{"url": "https://www.isaham.my/blog/10-peraturan-kewangan-untuk-noobies", "title": "10 Peraturan Kewangan untuk Noobies", "body": "Tak kira macam mana pun keadaan ekonomi yang kita hadapi, sekiranya anda tidak berbelanja dengan betul, anda adalah orang yang rugi. Bagi mengelakkan menjadi orang yang rugi, mari kita baca peraturan kewangan yang dikongsikan oleh KayaBun. Untuk pengetahuan anda, \nKayaBun\n adalah produk MIDF (Malaysian Investment Development Finance Berhad) dan mereka membuat perkongsian tips kewangan peribadi.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Kayabun\n\n\n\n\n1. Bayar diri sendiri dulu\n\n\n\n\nDalam bahasa orang putih, ia disebut \u201cpay yourself first\u201d. Konsep ini ada diterangkan oleh Robert Kiyosaki dan caranya adalah menggunakan gaji untuk menjana pendapatan atau menyimpan untuk diri kita sendiri terlebih dahulu. Daripada pendapatan ini, barulah kita mendapat pulangan untuk membayar apa-apa perbelanjaan atau komitmen yang kita ada. Kalau menyimpan pula, baki gaji itulah yang digunakan untuk perbelanjaan kita. Konsep ini sememangnya agak mencabar, namun tak mustahil.\n\n\nKalau anda nak tafsiran lain untuk pay yourself first, boleh fikirkan untuk peruntukkan sebahagian wang dalam tabung pelaburan diri sendiri. Antara kegunaannya mungkin untuk hadir ke dalam kelas saham, latihan atau kemahiran professional, pemasaran digital dan sebagainya. Sama juga dengan konsep diguna pakai tadi, ia adalah suatu pelaburan yang memberikan pulangan kepada diri kita di waktu akan datang.\n\n\n2. Belajar bagaimana melabur\n\n\n\n\nZaman sekarang, ada banyak maklumat yang anda boleh cari sama ada dari buku ataupun secara online. Ada banyak tips kewangan dan cara-cara melabur yang anda belajar sama ada pelaburan hartanah, saham, perniagaan dan sebagainya. Selepas belajar, cubalah untuk mencuba.\n\n\n3. Bagi setiap ringgit bekerja\n\n\nKalau anda mempunyai duit simpanan lebih, boleh gunakan duit itu untuk menjana pendapatan modal. Inilah yang dinamakan duit bekerja untuk kita. Namun kalau tak melabur, pastikan setiap ringgit yang anda gunakan disalurkan kepada perkara yang manfaat.\n\n\n4. Jangan jadi hamba duit\n\n\nMemang betul orang kata semua benda di dunia ni perlukan duit. Tapi, duit bukanlah segalanya. Jangan jadi terlalu obses untuk mengumpul duit sampaikan terabai tanggungjawab dan keperluan diri.\n\n\n5. Ada matlamat kewangan\n\n\n\n\nKalau kita tak ada matlamat kewangan yang jelas, kita mungkin tak nampak sebabnya untuk menyimpan. Jadi, tetapkan sebuah matlamat, sama ada untuk bercuti, kebebasan kewangan, umrah dan sebagainya untuk lebih fokus mengumpul simpanan.\n\n\n6. Rancang kewangan dengan bijak\n\n\n\n\nLepas dah pasang matlamat kewangan tadi, kita perlu juga rancang dengan melihat berapa banyak yang perlu dikumpul secara keseluruhan, simpanan wajib bulanan, cara menyimpan dan sebagainya. Kalau tak ada perancangan, takut matlamat yang ditetapkan tadi lambat tercapai, atau lebih sedih, tak tercapai.\n\n\n7. Belajar jana pendapatan pasif\n\n\nBab belajar ni memang takkan habis. Kalau belum belajar, tetapkan masa. Kalau dah belajar, dapatkan ilmu yang lebih dalam. Dengan ilmu, kita boleh kurangkan risiko pelaburan sebab kita akan lebih tahu kaedah apa yang menjadi dan apa yang kurang menjadi. Kalau dah cuba tapi tak jadi, betulkan apa yang tak jadi.\n\n\n8. Duit hasilkan duit\n\n\nKadang-kadang kita rasa takut untuk keluarkan duit untuk melabur. Jangan risau, untuk mendapatkan duit memang kita kena berbelanja sedikit. Tapi jangan pula ingat ada duit mudah di luar sana. Kalau terjumpa ejen yang tawarkan pulangan yang terlalu bagus, pastikan kesahihahnya terlebih dahulu.\n\n\n9. Belanja kurang dari pendapatan\n\n\n\n\nManusia bila dah jumpa duit, ada yang kelabu mata. Perasaan tamak mula meresap ke dalam jiwa. Semua di dalam dunia ni kita nak sehingga lah berbelanja lebih dari kemampuan. Ini bukanlah tabiat yang bagus. Kalau nak berbelanja biarlah dalam kemampuan diri kita sendiri.\n\n\n10. Zakat dan sedekah selalu\n\n\n\n\nPernah khatib jumaat berpesan bahawa dalam rezeki yang kita nikmati, di situ ada rezeki orang lain. Jadi kongsi-kongsi lah bila anda dah kaya.\n\n\nArtikel ini ditaja oleh KayaBun. Untuk dapatkan tips kewangan peribadi yang lebih banyak, boleh \nfollow\n \nKayaBun\n di facebook."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/10-year-challenge-saham-di-bursa-malaysia", "title": "10 Year Challenge Saham di Bursa Malaysia", "body": "Ramai yang menyahut #10YearChallenge dengan membuat posting di laman sosial tentang perbezaan mereka 10 tahun lepas dan sekarang. Banyak perubahan kita dapat lihat untuk setiap individu, dan tahniah kepada semua yang bertambah baik daripada tahun ke tahun. Di iSaham, kami juga nak menyahut #10YearChallenge cuma hasilnya adalah sebegini:\n \n10 tahun lepas, kami (iSaham) tidak wujud, dan sekarang wujud untuk membantu anda memudahkan pelaburan saham. Terima kasih kepada anda semua, kini kami telah mendapat jutaan pageviews hasil sokongan anda semua.\n Jadi, untuk #10YearChallenge, kami buat ke atas saham-saham di Bursa Malaysia yang mudah difahami dan membuat kenaikan 10 tahun terbaik. 5 saham terpilih untuk challenge ini:\n\n\n\n\n1. HARTA (+4000%)\n\n\n\n\nHartalega Holdings Berhad merupakan syarikat pengeluar sarung tangan nitril \n(nitrile glove\n terbesar di dunia. Syarikat ini mempunyai kapasiti menghasilkan 30 bilion sarung tangan setahun dan dijangka meningkat ke 44 bilion sarung tangan setahun menjelang 2020. Dengan kejayaan besar ini, saham syarikat ini naik melebihi 4000% dalam masa 10 tahun.\n\n\n\n\n\n\nSumber Gambar: hartalega.com.my\n\n\n\n\n2. SKPRES (+1700%)\n\n\n\n\nSyarikat SKP Resources terlibat dalam pembuatan komponen plastik elektronic. Antara syarikat yang menggunakan perkhidmatan SKPRES ialah Dyson, Panasonic, Sony dan Fujitsu. Saham syarikat ini naik lebih kurang 1700% dalam masa 10 tahun.\n\n\n\n\n\n\nSumber Gambar: skpres.com\n\n\n\n\n3. TAKAFUL (+1400%)\n\n\n\n\nSyarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad atau branding mudah dipanggil Takaful Malaysia merupakan salah satu syarikat terbesar dalam kategori takaful. Syarikat ini menyediakan produk takaful dalam pelbagai kategori seperti \npersonal accident\n, \nmedical card\n, \ntravel\n dan macam-macam lagi. Saham syarikat ini telah naik sebanyak lebih kurang 1400% dalam masa 10 tahun.\n\n\n\n\n\n\nSumber Gambar: takaful-malaysia.com.my\n\n\n\n\n4. GHLSYS (+1300%)\n\n\n\n\nGHL Systems Bhd merupakan syarikat penyediaan servis pembayaran (\npayment service provider\n) yang mendapat nama di serantau Asia Tenggara. Kebanyakan pembayaran yang dibuat menggunakan kad debit / credit akan menggunakan mesin yang disediakan oleh GHLSYS di seluruh Malaysia. Saham ini naik 1300% dalam 10 tahun dan masih mempunyai potensi besar dengan wujudnya trend baru \nePayment\n.\n\n\n \n5. HUPSENG (+1000%)\n\n\nHup Seng Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar biskut kering Hup Seng yang sangat popular dan masih menjadi pilihan ramai. Tidak perlu pengenalan lebih lanjut, saham syarikat ini telah naik lebih daripada 1000% dalam masa 10 tahun\n\n\n \n\n\nBerapa banyak untung?\n\n\n\n\nDengan kenaikan 4000%, sekiranya modal anda RM25,000 pada tahun 2009, modal anda akan berkembang menjadi RM1,025,000 (lebih daripada 40 kali ganda). Kalau 1000% pun, anda boleh menggandakan wang anda lebih 10 kali ganda. Lebih baik lagi, saham-saham ini bukan sesuatu yang asing daripada anda tetapi servis-servis dan produk-produk yang anda gunakan setiap hari juga, ataupun sesuatu yang mudah difahami. \nSaham-saham lain yang naik lebih daripada 100% dan mudah anda fahami, boleh rujuk di \nscreener ini\n. Untuk beginner, boleh mula berkenalan dengan saham dengan melihat saham-saham ini dan mengkaji kenapa saham-saham begini naik seterusnya mencari peluang-peluang baru dalam saham-saham berpotensi."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/15-istilah-dan-maksud-berkaitan-saham", "title": "15 Istilah dan Maksud Berkaitan Saham", "body": "Dalam dunia pelaburan saham, boleh ada banyak istilah-istilah yang agak asing bagi kita. Ada yang melibatkan berkaitan dengan pasaran saham, ada yang berkaitan strategi saham, ada juga berkaitan dengan istilah saham. Bursa Malaysia telah pun menghimpunkan sejumlah terminologi yang digunakan dalam pasaran. Dalam post kali ni, kita akan lihat terminologi atau istilah yang berkaitan dengan saham.\n\n\n1. Share\n\n\n\n\nSaham secara umumnya adalah pegangan dalam sesebuah perusahaan. Namun apa yang kebiasaannya difahami sebagai saham adalah alat \npelaburan di pasaran saham\n.\n\n\n2. Balloting Shares\n\n\n\n\nPermohonan IPO\n diagihkan mengikut undian. Saham undian merujuk kepada saham yang melalui proses undian ini.\n\n\n3. Blue Chip\n\n\n\n\nSesebuah saham boleh dikategorikan mengikut saiz permodalan pasaran syarikat. \nBlue Chip\n merupakan saham-saham terbesar dalam Bursa Malaysia.\n\n\n4. Class of Shares\n\n\n\n\nSesetengah saham di luar negara dikelaskan mengikut hak bersuara seperti Class A dan Class B. Satu kelas ini akan mempunyai had dalam menyuarakan hak dan terutamanya pengambilalihan. Ini membolehkan syarikat mengawal milikan dan membuatkan proses pengambilalihan menjadi lebih susah.\n\n\n5. Ordinary Shares\n\n\n\n\nSaham yang didagangkan untuk memperoleh hak milikan ke atas syarikat. Secara ringkasnya, inilah saham yang kita biasa jual beli di pasaran.\n\n\n6. Preference Shares\n\n\n\n\nSejenis saham yang diberi keutamaan dividen terlebih dahulu sebelum diberikan kepada saham biasa. Biasanya boleh diperoleh dari \nrights issue\n yang menawarkan saham keutamaan. Suatu yang lebih relevan kepada pelabur yang sukakan dividen.\n\n\n7. Convertible Preference Shares\n\n\n\n\nSejenis saham keutamaan yang disertakan pilihan kepada pemegang untuk ditukarkan kepada sebilangan saham biasa selepas tarikh yang ditentukan.\n\n\n8. Cumulative Preferred Stock / Share\n\n\n\n\nSejenis saham keutamaan yang diperuntukkan untuk dibayar setiap kali pembayaran dividen. Sekiranya syarikat tidak membayar dividen pada suatu atau beberapa tempoh, ia berhutang dividen dengan pemegang saham ini selagi dividen tidak dibayar.\n\n\nSebagai contoh, apabila syarikat gagal membayar dividen 2 kali pada waktu yang sepatutnya, hutang dividen ini terkumpul buat 2 kali pembayaran. Sekiranya syarikat dapat bayar dividen untuk kali ketiga, ia perlu bayar dividen buat tempoh tersebut, ditambah dengan 2 dividen yang terhutang.\n\n\n9. Underlying Share\n\n\n\n\nSaham yang menjadi pendasar kepada sesebuah indeks atau sekuriti yang dibentuk. Sebagai contoh, \nKLCI\n didasari saham-saham seperti Maybank, Top Glove, TNB, Axiata dan sebagainya.\n\n\n10. Share Swap\n\n\n\n\nSebuah pertukaran aset ekuiti antara satu sama lain, biasanya dikaitkan dengan pemerolehan atau penggabungan syarikat. Ini membolehkan pegangan ekuiti antara kedua-dua pihak ini yang akan mengharapkan yang terbaik untuk satu sama lain.\n\n\n11. Authorised Share\n\n\n\n\nJumlah saham yang boleh diterbitkan bagi sesebuah syarikat apabila IPO.\n\n\n12. Issued Shares\n\n\n\n\nJumlah saham yang diterbitkan. Syarikat kebiasaannya tidak menerbitkan saham mengikut authorised share iaitu jumlah maksimum saham yang boleh diterbitkan. Ini membolehkan syarikat dikembangkan lagi pada waktu akan datang melalui private placement, rights issue dan sebagainya.\n\n\n13. Outstanding Shares\n\n\n\n\nJumlah kesemua saham yang dipegang sama ada oleh individu, institusi atau individu dalam syarikat seperti pengarah dan pekerja melalui ESOS. Istilah outstanding shares ni digunakan untuk mengira permodalan pasaran (market capitalisation), EPS dan sebagainya.\n\n\n14. Treasury Shares\n\n\n\n\nJumlah saham yang dimiliki oleh syarikat sendiri. Tidak dikira dalam pengiraan seperti permodalan pasaran, EPS dan sebagainya.\n\n\n15. Float\n\n\n\n\nJumlah saham yang boleh dibeli di pasaran. Secara umumnya dikira dengan outstanding share, ditolak dengan saham milikan ahli syarikat seperti pengarah dan pekerja, dan juga institusi. Konsep keapungan ini menjadikan sesebuah saham itu volatile atau tidak. Secara umumnya, institusi akan elak saham yang mempunyai keapungan yang rendah kerana pertukaran tangan yang terhad. Pertukaran tangan yang terhad ini boleh menggerakkan pasaran dengan mudah, menjadikan ia berisiko sekiranya jualan berlaku.\n\n\nUntuk merumuskan istilah 11 hingga 15, kita lihat contoh ini. Syarikat X boleh terbitkan sejumlah 200 juta saham (Authorised Share). Apabila IPO, sebanyak 100 juta saham sahaja yang diterbitkan (Issued Shares). Daripada jumlah ini, 10 juta dimiliki oleh syarikat (Treasury Stock / Shares). Baki sebanyak 90 juta boleh didagangkan di pasaran terbuka (Outstanding Shares). Sebahagian saham dimiliki oleh ahli syarikat seperti pengarah dan pekerja, dan sebahagiannya lagi dipegang oleh institusi, katakan jumlahnya 63 juta. Baki sebanyak 27 juta saham sahaja yang diapungkan di pasaran, iaitu 30% daripada 90 juta Outstanding Shares. Jumlah (Float) inilah yang boleh didagangkan di pasaran seharian.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/3-ipo-baru-yang-anda-boleh-pohon-sekarang-dengan-miti", "title": "3 IPO Baru yang Anda Boleh Pohon Sekarang dengan MITI", "body": "Sebelum berlakunya epidemik wabak Covid-19 ini, Bursa telah pun menjangka sebilangan IPO dalam perancangan dalam tahun ini. Namun tiada siapa sangka, wabak ini berlaku dan menangguh perancangan ini. Kini, ada tiga saham yang anda boleh mohon melalui MITI. Syarikat-syarikat yang bakal disenaraikan ini boleh dikatakan agak menarik untuk dibeli.\n\n\n\n\nEconframe Berhad\n\n\nTarikh permohonan: 3 - 10 Ogos 12.30PM\n\n\nEconframe\n adalah syarikat reka bentuk dan pengeluar bingkai besi untuk pintu dan tingkap. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2001 dan beroperasi di Sungai Rasau, Klang. Antara kepelbagaian produk jualan Econframe adalah pintu rintangan api, pintu besi dan komponen pintu (ironmongery). Bingkai pintu Econframe digunakan oleh pelbagai pemaju terkemuka seperti Aset Kayamas, Eco World, Gamuda, IJM, SP Setia dan banyak lagi.\n\n\n\n\nJika melihat pada 3 tahun prestasi kewangan, kita dapat lihat bahawa pendapatan dan keuntungan Econframe semakin meningkat dengan konsisten.\n\n\nDana IPO akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\nPembelian tanah dan pembinaan kilang pengeluaran baru\n\n\nAutomasi proses pengeluaran\n\n\nModal kerja\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n\n\nSamaiden Group Berhad\n\n\nTarikh permohonan: 4 - 11 Ogos 12PM\n\n\nSamaiden\n telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai kontraktor pemasangan sistem solar PV di bangunan perumahan. Syarikat ini telah berkembang kepada penawaran perkhidmatan rundingan, perancangan dan EPCC. Antara projek EPCC di bawah Samaiden Group yang telah siap adalah stesen janakuasa solar PV dengan kapasiti 23.7 MW di Seberang Perai. Samaiden juga telah memasuki pasaran Vietnam pada Oktober 2019, dan akan terus mengembangkan operasi perniagaan ke sana.\n\n\n\n\nSamaiden Group juga mencatatkan pendapatan dan keuntungan yang semakin meningkat secara konsisten. Tambahan di sini, kita dapat lihat kenaikan yang mendadak dalam tiga tahun sehingga 2019.\n\n\nDana IPO akan digunakan untuk tujuan di bawah:\n\n\n\n\nPembelian pejabat korporat\n\n\nPembelian pejabat cawangan Pulau Pinang, Sabah dan Vietnam\n\n\nAktiviti pemasaran\n\n\nPembelian peralatan perkhidmatan, perisian dan perkakasan IT\n\n\nModal kerja\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n\n\nAneka Holdings Berhad\n\n\nTarikh permohonan: 4 - 11 Ogos 12PM\n\n\nSyarikat ketiga yang dibuka untuk permohonan IPO MITI pula adalah Aneka Holdings Berhad yang menjalankan bisnes pembinaan. Aneka Holdings terlibat dalam pembinaan asas bangunan dan pembinaan bawah tanah (basement). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001 dengan projek binaan asas dan mula memasuki tanah Indonesia pada tahun 2014. Pendapatan utama syarikat sememangnya datang daripada dua jenis pembinaan ini, iaitu pembinaan asas dan bawah tanah, maka agak mudah untuk memahami bisnes syarikat ini.\n\n\n\n\nPendapatan Aneka Holdings Berhad ada kenaikan dan penurunan. Namun, keuntungan selepas cukai mencatatkan kenaikan yang konsisten. Margin keuntungan syarikat juga meningkat ke 9% pada laporan tahunan terkini.\n\n\nDana IPO akan digunakan untuk tujuan berikut:\n\n\n\n\nPembelian 4 buah rotary drilling rig\n\n\nPembelian 2 buah crawler crane\n\n\nBayaran pinjaman bank dengan tujuan:\r\n\n\n\nMesin dan peralatan\n\n\nBangunan ibu pejabat di Bukit Jalil\n\n\nPembiayaan semula hutang untuk pejabat\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n\n\nCara Memohon IPO melalui MITI\n\n\nSekiranya anda ingin tahu cara-cara memohon IPO ini, boleh pergi ke \npost ini\n. Sekiranya perlu mendaftar, anda boleh ikut langkah-langkah di dalam post tersebut. Panduan untuk cara permohonan juga dituliskan dalam post yang sama. Permohonan lengkap perlu dihantar sebelum tarikh tutup permohonan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/3-strategi-membeli-saham-sideway", "title": "3 Strategi Membeli Saham Sideway", "body": "Ada 3 jenis trend dalam market iaitu uptrend (menaik), sideway (mendatar), downtrend (menurun). Kami selalu tekankan \r\nbetapa pentingnya memberi fokus kepada saham uptrend (saham dalam keadaan menaik). \n\n\nAntara sebabnya ialah untuk mengelakkan peram kerana kesilapan bottom fishing, kesilapan menganggap saham jatuh \r\nitu diskaun, dan saham yang mempunyai momentum menaik, selalu lebih mudah dan cepat menaik.\n\n\nFokus kali ini ialah pada saham sideway. Saham sideway ialah saham dalam keadaan mendatar dimana kenaikan dan \r\npenurunan harga berada di paras lebih kurang sama.\n\n\nApakah strategi yang berkesan untuk membeli saham sideway?\n\n\n1. Beli saham fundamental yang bagus dalam keadaan sideway\n - Untuk mengelakkan bias bila harga saham \r\nnaik baru nampak fundamental & untuk mengelakkan bias bila harga turun rasa diskaun saja - akan dikupas lebih lanjut \r\ndalam post akan datang\n\n\n2. Beli saham uptrend untuk jangka masa lebih panjang, dan sideway untuk jangka masa lebih pendek\n - Contoh \r\n(long term uptrend, mid term sideway) atau (mid term uptrend, short term sideway) untuk mendapatkan entry yang selamat \r\ndan tenang dan mengelakkan sangkut diatas\n\n\n3. Beli saham yang baru bangkit selepas lama tidur\n - saham permulaan uptrend selalu boleh memberi pulangan \r\nyang lumayan dan kebangkitan tidak akan berlaku tanpa belian yang kuat dari bawah.\n\n\nAntara contoh saham yang baru bangkit selepas tidur ialah POS, TAMBUN dan PIE.\n\n\n\n\n\n\nUntuk mencari saham-saham sideway, anda boleh dapatkan di screener baru iSaham:\u2028\u2028\n\n\n1. \nLong Term Sideway Screener\n\n\n2. \nMid Term Sideway Screener\n\n\n3. \nShort Term Sideway Screener\n\n\nBoleh gabungkan screener sideway ini dengan strategi dan kaedah masing-masing. Contohnya, gabungkan volume \r\nuntuk smart money semasa saham dalam keadaan sideway dan sebelum saham terbang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/4-nama-baru-malaysia-dalam-senarai-terkaya-forbes-2021", "title": "4 Nama Baru Malaysia Dalam Senarai Terkaya Forbes 2021", "body": "Bulan ini, Forbes telah keluarkan senarai Billionaire dunia, \nindividu terkaya 2021\n. Walaupun dunia dalam keadaan pandemik, senarai ini semakin panjang. Tahun ini kita dapat lihat sejumlah 2,755 nama dalam senarai - penambahan sebanyak 660 nama berbanding tahun lepas. 493 nama baru telah masuk dalam senarai - 210 sahaja dari China dan Hong Kong, 250 yang lain pula kembali masuk ke dalam senarai.\n\n\nDi Malaysia pula, kita dapat lihat 4 nama baru yang termasuk dalam senarai Forbes individu terkaya dunia. Dalam post ini, kita akan berikan tumpuan kepada 4 individu tersebut.\n\n\nG. Gnanalingam\n\n\n\n\n\n\nG. Gnanalingam. Gambar: Westports\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai kekayaan: RM 7.03 bilion\n\n\nSumber kekayaan: \nWestports\n\n\nPendidikan: Sarjana, Harvard Business School\n\n\n\n\nG. Gnanalingam menduduki tangga ke-1833 individu terkaya dunia, dan ke-13 di Malaysia. Beliau merupakan pengerusi Wesports Holdings, pengendali pelabuhan kargo yang ditubuhkan bersama Ahmayuddin bin Ahmad. Wesport memiliki konsesi 60 tahun untuk mengendali pelabuhannya di Pulau Indah dan Pelabuhan Klang yang akan berakhir pada 2054.\n\n\nWestports adalah pelabuhan utama di Malaysia dan merupakan pelabuhan kedua tersibuk di Asia Tenggara. Walaupun dunia menghadapi wabak Covid-19, aktiviti pelabuhan tidak terjejas, malah menjadi semakin penting untuk memastikan aktiviti import dan eksport kekal berhubung. Gnanalingam memiliki Westport melalui Pembinaan Redzai Sdn\u00a0Bhd\u00a0dan Semakin Ajaib Sdn\u00a0Bhd. Secara tidak langsung, milikan Gnanalingam dalam Westport adalah sebanyak 45.52%.\n\n\nTan Yu Yeh dan Tan Yu Wei\n\n\n\n\n\n\nTan Yu Yeh (kanan) dan Brahmal Vasudevan. Gambar: NST\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai kekayaan: RM 7.86 bilion dan RM 4.55 bilion\n\n\nSumber kekayaan: \nMr DIY\n\n\nPendidikan: Sarjana Muda Sains, UM dan Sarjana Muda Pengurusan, USM\n\n\n\n\nAnda tentu kenal syarikat Mr DIY yang baru tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia pada 2020. Sebelum tersenarai lagi, ia telah menjadi salah satu jenama yang sangat dikenali. Mr DIY mendominasi anggaran 30% bahagian pasaran dalam segmen perniagaan yang dijalankan.\u00a0Sebelum penyenaraian sahaja, permodalan pasaran Mr DIY adalah pada RM 10 bilion. Setakat artikel ini ditulis, nilai Mr DIY telah pun meningkat ke RM 26.6 bilion, satu peningkatan sebanyak 160% sejak penyenaraian.\n\n\nMr DIY adalah sebuah perniagaan milik\u00a0keluarga dengan milikan terbesar oleh dua adik beradik, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei. Mereka memiliki pegangan dalam Mr DIY melalui Bee Family Limited. Di bawah struktur Bee Family Limited, terdapat pula Yeh Family (PTC) Limited dan WEI Future Capital Limited. Syarikat-syarikat ini adalah kepunyaan Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei dengan milikan masing-masing sebanyak 54.2% dan 32.8% di dalam Bee Family Limited. Yeh dan Wei masing-masing menduduki tangga ke-12 dan ke-17 individu terkaya Malaysia.\n\n\nTan Eng Kee\n\n\n\n\n\n\nTan Eng Kee (kiri). Gambar: Greatech\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai kekayaan: RM 4.96 bilion\n\n\nSumber kekayaan: \nGreatech\n\n\nPendidikan: Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah\n\n\n\n\nMenduduki tangga ke-16 individu terkaya Malaysia ialah Tan Eng Kee yang merupakan pengasas syarikat teknologi perkilangan, Greatech. Syarikat ini sangat dikenali sejak kemunculannya dalam pasaran Bursa. Jualan Greatech mempunyai perkaitan dengan industri yang hangat kini, iaitu Solar dan kenderaan elektrik. Semenjak IPO, nilai permodalan pasaran Greatech telah naik sehingga 1800%, dari RM 382 juta kepada RM 7.5 bilion setakat artikel ini ditulis.\n\n\nSebelum menubuhkan Greatech, Tan Eng Kee memulakan kerjaya sebagai Production Planner dan kemudiannya Eksekutif Pemasaran di syarikat yang sama. Beliau menubuhkan Greatech pada tahun 1993 dengan penglibatan dalam pengeluaran komponen kejuruteraan. Kini, Greatech terlibat dalam industri semikonduktor, solar, peranti elektronik, sains hayat dan simpanan tenaga. Tan Eng Kee memiliki sejumlah besar pegangan sebanyak 74% dalam Greatech melalui GTECH Holdings Sdn\u00a0Bhd.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/4-saham-lawan-arus-dikala-market-bergegar-sepanjang-september-2018", "title": "4 Saham Lawan Arus Dikala Market Bergegar Sepanjang September 2018", "body": "Dalam post yang lepas di facebook page, kami pernah bincangkan strategi yang patut diberi fokus yang lebih ketika market \r\ndalam keadaan tidak begitu menentu. 3 strategi yang disarankan tersebut ialah (1) mencari harga saham dibawah nilai intrinsik, \r\n(2) disiplin dengan hanya memasuki saham yang bermula uptrend atau kekal uptrend dan (3) mencari saham melawan arus. Fokus \r\npada post kali ini ialah mencari saham lawan arus, ataupun konsep yang dipanggil relative strength, RS (bukan relative strength index, RSI).\nKenapa cari saham lawan arus?\nSebab terdapat sokongan atau \"hidden hand\" yang menyerap jualan panik dan jualan berterusan yang berlaku, juga terdapat kekuatan \r\nbelian pada saham menunjukkan terdapat kekuatan saham-saham ini dimata \"smart money\".\nTerdapat 4 saham yang melawan arus dan dikesan pada screener premium \nRelative Strength iSaham\n yang akan dibincangkan dibawah dan boleh dipantau:\n\n\nEDGENTA - 4 hari berturut-turut dalam keadaan menaik semasa market 4 hari dalam keadaan perlahan, juga melepasi paras rintangan \r\nkuat RM2.70. Menggunakan analisa chart pattern, berpotensi untuk naik ke RM3.50 dan disarankan untuk buy on weakness untuk \r\npelabur mid term. Untuk pelabur short term, boleh sentiasa cari peluang.\n\n\nDIALOG - gap up, \"engulfing\" 5 candle sebelumnya dengan kekuatan fundamental yang bagus, lebih-lebih lagi dengan paras \nBrent Crude Oil\n yang juga dalam keadaan menaik. Sekiranya saham berjaya \r\nmelepasi paras RM3.55 dengan volume yang tinggi, saham berpotensi untuk naik ke target price Kepala & Bahu Terbalik (\nInverted Head \r\n& Shoulder\n) iaitu pada paras RM4.10\n\n\nVITROX - saham teknologi paling konsisten dari segi fundamental dan teknikal, juga dipegang kuat oleh fund2 luar seperti DBS Bank, \r\nCitibank New York , dan Fidelity Funds ASEAN, menunjukkan keyakinan fund yang lebih agresif pada masa depan syarikat.\n\n\nKERJAYA - saham dalam keadaan downtrend/sideway tetapi kekuatan dapat lihat pada paras support terkuat saham ini iaitu paras RM1.37. \r\nSaham ini lebih sesuai untuk penggemar bottom fishing tetapi tidak sesuai untuk mereka yang trade dengan mengikuti trend.\nAdakah saham-saham melawan arus sesuai untuk short term, mid term, atau long term?\nSaham-saham melawan arus sesuai dijadikan watchlist tidak kira apa cara entry kita. Contohnya kalau kita memilih short term, dan ada \r\nsignal short term pada saham tersebut, kita akan lebih \"bias\" kepada saham-saham diatas berbanding saham-saham lain. Contoh signal ialah \r\nsignal candlestick, volume, dan breakout. Begitu juga dengan long term, sekiranya kajian telah dibuat bahawa syarikat-syarikat diatas bagus \r\ndari segi nilai intrinsik, saham boleh terus dibeli. Jadi, saham-saham diatas sesuai untuk semua term, cuma signal dan style menentukan \r\nbila kita nak beli, dan berapa tempoh pegangan kita.\nSelamat mengharungi market pada masa terdekat ini, selalunya market slow atau jatuh akan diikuti kenaikan besar-besaran."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/499", "title": "iSaham Update 2023", "body": "27 Februari, 2023 - Pada hari Ahad yang lepas,\u00a0sebuah sesi iSaham Update yang pertama untuk tahun 2023 telah berlangsung secara\u00a0live\u00a0di\u00a0\nFacebook Page iSaham\n. Sesi ini telah disampaikan oleh\u00a0\nCo-founder\n\u00a0iSaham, Anas Faris bersama dengan CEO Lyndung, Suddin Salleh pada jam 10 pagi semalam.\n\n\n\r\nSesi\u00a0iSaham Update 2023\u00a0ini telah berlangsung selama 2 jam 25 minit. Sedikit berbeza daripada sesi-sesi sebelumnya, sesi kali ini bukan sahaja memperkenalkan dan menerangkan mengenai fungsi-fungsi baharu yang diterbitkan di aplikasi web\u00a0\nisaham.my\n, tetapi turut menampilkan sebuah anak syarikat kepada iSaham yang bakal melancarkan program perkongsian komuniti untuk bil perubatan pada 28 Februari ini.\n\n\nMengkaji saham di tahap yang lebih tinggi\n\n\nSesi kali ini telah membawakan beberapa\u00a0\nupdate\n\u00a0dan fungsi baharu pada iSaham. Antara\u00a0\nupdate\n\u00a0yang dibawakan adalah seperti berikut:\n\n\n1. Data terlaras (\nAdjusted)\n\n\n\n\nFungsi terbaru ini memberi ruang kepada pengguna untuk melakukan kajian yang lebih menyeluruh. Keuntungan sebenar syarikat yang telah diselaras dapat dilihat dengan mengaktifkan butang\u00a0\nAdjusted\n.\n\n\n2. Jadual Tersuai (\nCustomized Table)\n\n\n\n\nPengguna kini boleh menyusun semula pilihan mengikut keutamaan masing-masing dengan menggunakan fungsi\u00a0\nCustomize\n.\n\n\n3. Analisa IPO\n\n\nDengan\u00a0\nupdate\n\u00a0terbaru ini, pengguna dapat melakukan analisa IPO di tahap yang yang lebih tinggi. Antara fitur baharu untuk analisa IPO yang diumumkan semalam adalah\u00a0MITI & Future IPO, Kalkulator IPO dan perbandingan di antara PE IPO dan sektor berkaitan.\n\n\nSesi pendidikan lengkap dengan harga 'rahmah'\n\n\niSaham meneruskan inisiatif membawakan sesi pendidikan dan libat urus berkaitan saham dengan harga yang \u2018rahmah\u2019.\n\n\n\n\n1. iSaham Pro Weekly\n\n\niSaham memperkenalkan sesi iSaham Pro Weekly yang membincangkan syarikat yang dipilih sendiri oleh pelanggan secara undian. Sesi ini dilaksanakan setiap minggu dan mensasarkan untuk membincangkan sebanyak 52 syarikat sepanjang tahun 2023.\n\n\nSesi ini dibawakan khas oleh\u00a0\npartner\n\u00a0remisier\u00a0iSaham kepada pelanggan yang membuka akaun CDS Mplus di bawah beliau. Sekiranya anda berminat untuk menyertai sesi ini, jemput untuk membuka akaun CDS melalui link\u00a0\nini\n\u00a0dan seterusnya melengkapkan syarat Pro.\n\n\n2. iSaham Seminar 2023\n\n\nPada tahun ini, iSaham terus membawakan sesi kelas saham lengkap yang sesuai untuk semua golongan pelabur. Bagi mereka yang baru dalam dunia saham, kelas Asas Saham adalah yang paling sesuai untuk diikuti. Dua siri Kelas Asas Saham edisi Rahmah dengan harga RM9 telah diumumkan.\u00a0\u00a0\n\n\nSesi IPO Premier juga diperkenalkan dengan harga RM139. Peserta yang pernah hadir ke sesi IPO Advanced terdahulu pula layak untuk \nrecharge\n dengan harga RM9 sahaja. Bagi mengesahkan kelayakan untuk menghadiri sesi \nrecharge\n, anda boleh semak kelayakan anda bersama team\u00a0\niSaham Support\n.\n\n\nBagi mereka yang ingin melakukan pembelajaran secara kendiri, iSaham Playback boleh dilanggan dengan harga RM199. Dengan melanggan iSaham Playback, anda boleh menghadiri sesi TA Workshop dengan harga istimewa RM9, berbanding harga biasa RM69.\n\n\nMaklumat lanjut berkenaan seminar yang ditawarkan oleh iSaham boleh didapati di\u00a0\nhttps://www.isaham.my/seminar\n.\n\n\n3. iSaham Trader Day\n\n\nBuat julung kalinya iSaham akan menganjurkan iSaham Trader Day yang akan berlangsung pada 15 Mac nanti. Pengguna yang ingin mengajukan soalan secara bersemuka dijemput untuk menghadiri iSaham Trader Day ini. Pendaftaran untuk sesi ini akan dibuka tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.\n\n\niSaham mengorak langkah ke hadapan\n\n\nSesi kemudiannya diambil alih oleh Suddin Salleh, CEO Lyndung Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kepada iSaham untuk memberi penerangan mengenai program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang akan dilancarkan pada 28 Februari 2023.\u00a0\n\n\nIdea untuk menubuhkan sebuah program perkongsian ini tercetus selepas melihat\u00a0kesusahan\u00a0orang ramai untuk mendapatkan rawatan kesihatan disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat.\n\n\nMenurut laporan daripada Institut Kesihatan Umum pada tahun 2020, sebanyak 43% daripada responden yang mengambil bahagian dalam kajian telah menjawab \u201ctidak mampu\u201d bagi soalan \u201cSebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadi\u201d. Melihat daripada laporan ini Lyndung ditubuhkan untuk menyediakan penyelesaian terbaik untuk masyarakat mendapatkan rawatan perubatan mampu milik melalui kaedah perkongsian komuniti.\n\n\nMemetik kata-kata Anas Faris semasa sesi semalam:\n\n\n\u201c\nFokus iSaham bukan sahaja untuk membantu para pelabur melabur dengan lebih baik. Tetapi iSaham juga ingin membantu semua untuk melabur masa depan dengan lebih baik melalui sebuah komuniti\n.\u201d\n\n\nProgram perkongsian komuniti patuh Syariah ini untuk bil perubatan ini telah mengaplikasikan konsep\u00a0Tabarru\u2019\u00a0ke dalam program ini. Melalui konsep ini, ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan boleh berkongsi bil perubatan mereka bersama ahli komuniti yang lain secara sama-rata sambil bersedekah.\n\n\nProgram perkongsian ini menawarkan kepada pengguna fi keahlian yang rendah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun. Bukan itu sahaja, ahli komuniti juga hanya perlu berkongsi apabila terdapat ahli yang memerlukan rawatan kesihatan.\n\n\nUntuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Lyndung, layari laman web Lyndung di\u00a0\nhttps://lyndung.my/\n. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung, anda boleh mengklik butang \u2018J\noin Us Now\n\u2019 untuk mendaftar bermula 28 Februari 2023.\n\n\nSesi kemudian diakhiri dengan pemberian hadiah cabutan bertuah dari Twitter. Seramai 5 orang\u00a0pemenang bertuah telah berjaya memenangi cabutan bertuah yang diadakan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/5-ciri-ciri-saham-yang-patut-dielakkan", "title": "5 Ciri-ciri Saham yang Patut Dielakkan", "body": "Ada banyak sangat saham nak dipilih sampai pening kepala pelabur. Banyak juga berita, maklumat, dan cadagan saham tapi \r\nbetul ke saham-saham ni memang boleh masuk macam tu saja? Ok, nak tau saham yang bagus memang kena ada ilmu sedikit \r\ndan strategi yang sesuai dengan style masing-masing. Tetapi, yang paling penting antara semua ialah mengetahui saham \r\napa yang patut dielakkan. Orang kata, \"menghindari lebih baik daripada mengubati\". Jadi, kalau dapat tips mana-mana atau \r\nmula nak kaji sesuatu saham, boleh la check dulu samada termasuk dalam lima ciri-ciri saham yang patut dielakkan:\nSaham yang berpotensi untuk bankrup\n\n\n\n\nElakkan membeli saham yang mempunyai keadaan kewangan yang tenat sebab tak kira apa harga saham sekarang ini, \r\nharganya boleh jatuh dengan laju sehingga kosong pada bila2 masa saja. Boleh rujuk Altman Z, Current Ratio, dan macam2 \r\nmodel bankruptcy ratio yang lain di iSaham. Salah satu cara lain untuk mengetahui saham yang parah dari segi kewangan ialah \r\nsekiranya saham tersebut tersenerai didalam PN17\u2028.\nSaham yang keadaan bisnes syarikat sentiasa dalam keadaan merosot\n\n\n\n\nApabila kita memulakan bisnes, kita nak bisnes kita sentiasa berkembang dari masa ke masa dari semua aspek - \r\njualan produk / servis, keuntungan, jumlah pengguna dan lain2. Sebarang kemorosotan perlu diperbaiki dengan cepat \r\nsupaya syarikat tidak berada dalam keadaan tenat. Syarikat yang sentiasa dalam keadaan merosot (boleh dilihat pada \r\niSaham - FCON bawah 0.40) menunjukkan pengurusan syarikat yang lemah, dan kalau syarikat tidak boleh hasilkan duit, \r\nbagaimana pelabur nak buat duit? \n\u2028Saham yang pernah buat pattern pump and dump\u2028.\u2028\n\n\n\n\nSaham pump and dump ialah saham yang dinaikkan harga oleh operator dengan laju, dan jatuh juga laju seperti \r\nterjunan \"pandalela\". Kebanyakannya berpucuk-kan pattern double top atau v-top. Saham seperti ini kalau nk recover boleh\r\n makan masa sehingga 6 tahun, dan maybe takkan recover sampai bila2.\u2028\u2028\nSaham yang terlalu banyak disebut dalam akhbar dan social media\u2028.\u2028\n\n\nKebanyakan news sebenarnya hanya contribute beberapa sen sahaja kepada nilai intrinsik syarikat, tetapi sangat mudah \r\nuntuk menarik perhatian para pelabur hanya dengan menyebut kontrak beratus2 juta. Perhatian ini memudahkan smart money \r\nmelepaskan pegangan mereka kepada weak holders yang mengejar news.\nSaham yang betul2 downtrend, dan hanya melompat dengan pattern \"dead cat bounce\". \n\n\nRamai orang suka kejar diskaun, katanya nak beli semurah mungkin. Last2 hanyut dibawa ombak penurunan. Salah satu \r\nkekuatan analisa teknikal ialah elemen fundamental sudah boleh dilihat pada chart. Jadi, keadaan saham yang downtrend \r\nmenunjukkan selling pressure yang kuat, tiada demand dan tiada sokongan daripada jerung2 dan pelabur lain.\n\n\n\u2028Kalau nak juga beli saham downtrend (atau yg lain2 diatas), HANYA boleh beli setelah mengkaji kekuatan fundamental \r\ndengan cara yg betul dan sebenar bukan sekadar tengok ratio.\u2028"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/5-hiperinflasi-terburuk-dalam-sejarah", "title": "5 Negara Mengalami Hiperinflasi Terburuk dalam Sejarah", "body": "Inflasi merupakan salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara terutamanya melibatkan negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka atau bebas. Menurut Bernstein (1968) inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu disebabkan ketidakseimbangan antara pergerakan wang dan barangan. Manakala hiperinflasi merupakan kenaikan secara mendadak nilai inflasi melebihi 50% secara bulanan.\n\n\n\n\nSecara umumnya, ia berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti pencetakan berlebihan bekalan wang. Hal ini menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran untuk wang. Kebiasaannya pertumbuhan penawaran wang yang berlebihan disebabkan pihak kerajaan tidak mampu membayar belanjawan kerajaan melalui pencukaian atau pinjaman. Malah menggunakan alternatif dengan membiayai defisit belanjawan negara melalui pencetakan wang.\n\n\nNegara yang Mengalami Hiperinflasi\n\n\nPada zaman serba moden ini, terdapat beberapa buah negara tidak terkecuali mengalami ekonomi hiperinflasi. Antara yang terbaru adalah Venezuela yang memegang rekod sebagai negara inflasi tertinggi pada tahun 2020 sebanyak 6,500%. Walaupun suatu ketika kaya dengan sumber ekonomi dengan bekalan minyak terbesar di dunia, negara ini mengalami inflasi disebabkan isu politik dan ekonomi. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa buah negara yang mengalami fasa hiperinflasi yang lebih parah jika dibandingkan situasi ekonomi di negara Venezuela.\n\n\n1. Hungary: Ogos 1945 - Julai 1946\n\n\n\n\nKadar Inflasi Harian - 207%\n\n\nKadar Inflasi Bulanan Tertinggi - 4.19 x 10\n16 \n%\n\n\nMata wang berganda dua setiap 15 jam\n\n\nMata Wang - Pengo\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: mintageworld.com\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya ekonomi Hungary mula merudum disebabkan berlakunya perang dunia kedua. Hungary telah memegang rekod sebagai nilai hiperinflasi tertinggi di dunia dan dalam sejarah ekonomi sesebuah negara. Sebelum ini, Hungary telah membelanjakan dana yang banyak untuk menolong rakan sekutunya Jerman sebagai pembiayaan dalam peperangan. Faktor ini telah menyebabkan Hungary mengalami hutang yang tinggi.\n\n\nKetika Hungary menandatangani perjanjian damai pada tahun 1945, ia telah diperintah membayar semula kerosakan sebanyak 25% sehingga 50%. Sudah jatuh ditimpa tangga, ekonomi Hungary merudum sehingga menyebabkan separuh daripada pendapatan dan sektor perindustrian meliputi infrastruktur negara musnah sekaligus. Pada bulan Ogos 1946 Hungary telah memperkenalkan mata wang baru iaitu Forint untuk menggantikan mata wang lama Pengo. Tindakan ini dilaksanakan untuk menstabilkan semula nilai mata wang Hungary.\n\n\n2. Zimbabwe: Mac 2007 - November 2008\n\n\n\n\nKadar Inflasi Harian - 98%\n\n\nKadar Inflasi Bulanan Tertinggi - 7.96 x 10\n10 \n%\n\n\nMata wang berganda dua setiap 24.7 jam\n\n\nMata Wang - Dollar\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: economicshelp.org\n\n\n\n\n\n\nZimbabwe merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian selatan benua Afrika. Negara ini tiada mempunyai pantai dan sumber laut yang bersempadan dengan beberapa buah negara seperti Angola, Monzambique dan Botswana. Krisis ekonomi di Zimbabwe sudah dijangka semenjak tahun 1961. Apa yang menariknya, Zimbabwe merupakan negara pertama yang mencapai hiperinflasi pada abad ke-21.\n\n\nKetika Zimbabwe memperoleh kemerdekaan pada tahun 1980, negara tersebut menggunakan mata wang baharu yang bernilai sekitar USD 1.25. Disebabkan faktor salah urus tadbir pemerintah yang gagal menyebabkan Zimbabwe terjebak dalam krisis ekonomi. Krisis ini bermula pada tahun 1990-an apabila Presiden Robert Mugabe menjalankan satu sistem pengagihan tanah daripada etnik Eropah kepada penduduk tempatan Zimbabwe.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\n cato.org/zimbabwe\n\n\n\n\n\n\nFaktor yang menyebabkan Zimbabwe mencetak wang berlebihan:\n\n\n\n\nHutang negara yang meningkat\n\n\nPenurunan output ekonomi dan pendapatan eksport\n\n\nKegawatan politik dan kepercayaan terhadap pemerintah\n\n\nKawalan harga terhadap penawaran barangan\n\n\nJangkaan hiperinflasi semenjak tahun 1960\n\n\n\n\nSistem ini dikatakan gagal disebabkan petani tempatan tiada pengalaman dalam aktiviti pertanian. Hal ini menyebabkan, penawaran berkurangan dan permintaan terhadap pengeluaran makanan semakin meningkat. Kesannya, harga barangan tersebut semakin meningkat.\n\n\nPada awal abad ke-21 Zimbabwe terus mencetak wang untuk membayar pinjaman IMF dan perbelanjaan kerajaan meliputi pembayaran penjawat awam. Kos ini telah menelan belanja sebanyak ZWD 81 triion ZWD. Pada April 2008, wang kertas ZWD 50 juta bersamaan USD 1.20. Krisis ekonomi hiperinflasi di Zimbabwe ini semakin berterusan sehingga kini.\n\n\n3. Yugoslavia: April 1992 - Januari 1994\n\n\n\n\nKadar Inflasi Harian - 64.6%\n\n\nKadar Inflasi Bulanan Tertinggi - 313,000,000%\n\n\nMata wang berganda dua setiap 34 jam\n\n\nMata Wang - Dinar Yugoslavia (YUM)\n\n\n\n\n\n\nYugoslavia merupakan sebuah negara republik yang wujudnya sekitar tahun 1914 sehingga 2003 yang terletak di Semenanjung Balkan di Eropah Timur. Kini negara ini telah berpecah dan terbahagi kepada 6 buah negara iaitu Bosnia dan Herzegovina, Slovenia, Serbia, Montenegro, Macedonia dan Crotia.\n\n\nFaktor yang menyebabkan berlakunya hiperinflasi:\n\n\n\n\nKematian presiden pertama Josip Broz Tito\n\n\nKetegangan etnik dan perebutan wilayah sehingga berlakunya Perang Yugoslavia\n\n\nPerbezaan pandangan parti politik\n\n\nBerakhirnya League of Communists Yugoslavia\n\n\n\n\nSepanjang tempoh hiperinflasi Bank Negara Yugoslavia telah mengeluarkan sebanyak 33 wang kertas berlainan, antaranya 24 dikeluarkan pada tahun 1993. Negara ini mengalami hiperinflasi yang lebih panjang tempohnya selama 24 bulan berbanding krisis Jerman selepas perang dunia kedua (16 bulan), krisis Yunani 1941 (13 bulan) dan krisis Hungary 1945 (12bulan).\n\n\n4. Jerman: Ogos 1922 - Disember 1923\n\n\n\n\nKadar Inflasi Harian - 20.9%\n\n\nKadar Inflasi Bulanan Tertinggi - 29,500%\n\n\nMata wang berganda dua setiap 3.7 hari\n\n\nMata Wang - Papiermark\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nPeperangan dunia pertama telah menyebabkan kerajaan Jerman pada ketika itu telah menerima tekanan yang tinggi terhadap sektor ekonomi negara. Tekanan ini telah menyebabkan berlakunya hiperinflasi dalam negara Jerman sehingga menjejaskan mata wang Papiermark Jerman. Mata wang ini diperkenalkan pada tahun 1914 ketika penggunaan emas sebagai kadar tukaran dihapuskan.\n\n\nMata wang ini mula diseragamkan dengan nilai 4.2 papiermark bagi setiap nilai USD 1. Namun pada bulan Ogos 1923 nilai mata wang ini telah menjunam sehingga 1 juta bagi setiap nilai USD 1. Bukan itu sahaja, nilai ini terus terbang sehingga 238 juta papiermark bagi setiap nilai USD 1 pada bulan November. Peningkatan yang mendadak telah memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap penduduk Jerman.\n\n\nPsikologi ini dikenali sebagai Zero Stroke yang merupakan nilai kosong yang terlalu banyak dalam transaksi pembayaran barangan dalam negara tersebut. Kerajaan Jerman telah mengambil alternatif dengan menggunakan teori \nredenomination\n dengan menggantikan mata wang Papiermark kepada mata wang baru iaitu Rentemark. Penilaian ini dilaksanakan dengan menstabilkan mata wang sebanyak 4.2 Rentemark bagi setiap nilai USD 1 dan menghilangkan sebanyak 12 angka kosong.\n\n\n5. Greece: Mei 1941 - Disember 1945\n\n\n\n\nKadar Inflasi Harian - 18%\n\n\nKadar Inflasi Bulanan Tertinggi - 13,800%\n\n\nMata wang berganda dua setiap 4.3 hari\n\n\nMata Wang - Drachma\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPada suatu ketika pernah berlakunya krisis ekonomi di Greece pada tahun 2009 yang melibatkan kegusaran dalam negara di Eropah. Namun pada tahun 1941 sehingga 1945 negara ini mengalami krisis ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya hiperinflasi dengan harga barangan meningkat sebanyak 13,800% secara bulanan. Hiperinflasi ini bermula apabila berlakunya krisis perang dunia kedua. Keseimbangan Fiskal Yunani telah berubah daripada lebihan belanjawan 271 juta Drachma pada tahun 1939 kepada defisit 790 juta Drachma pada tahun 1940.\n\n\nSelepas berlakunya perang saudara 1946, British telah menawarkan pelan tindakan untuk menstabilkan negara Greece. Pelan ini meliputi peningkatan pendapatan melalui penjualan barangan, penetapan kadar cukai yang bersesuaian, kaedah kutipan cukai dan penubuhan Jawatankuasa Mata Wang (Currency Comittee).\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nBusinessinsider\n\n\nCNBC\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/5-jenis-corporate-exercise-secara-umum", "title": "5 Jenis Corporate Exercise: Dividen, Bonus Issue, Right Issue, Share Split & Share Consolidation", "body": "Corporate exercise adalah aktiviti-aktiviti besar yang dilakukan syarikat memerlukan persetujuan \nboard of directors\n, yang akan memberi impak yang besar pada harga saham. Aktiviti ini juga boleh memberi penunjuk tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat. Sebagai pelabur, kita boleh mengambil manfaat dari pelaksanaan aktiviti ini, walaubagaimanapun mari kita kaji dahulu pros dan cons bagi setiap aktiviti ini.\n\n\n5 Corporate Exercise tersebut adalah:\n\n\n1. Dividen \n\n\n\n\nSyarikat memberikan dividen kepada semua pemegang saham dalam bentuk cash atau dalam bentuk pemberian saham. Pemberian ini selalunya dilakukan setiap quarter atau setiap tahun. Contohnya jika syarikat mengumumkan pemberian 50 sen per unit, dan jika kita mempunyai 100 unit maka kita akan dapat RM5.\n\n\nRM 0.50 X 100 unit = RM 5.00\n\n\nSecara amnya, syarikat yang memberikan cash dividend selalunya menggunakan lebihan keuntungannya (walaubagaimanapun ada juga syarikat yang memberi dividend walaupun tidak mempunya keuntungan lebihan). \n\n\n2. Bonus Issue\n\n\n\n\nKonsepnya hampir sama seperti pemberian dividen. Syarikat memberikan bonus kepada pemegang saham dalam bentuk saham syarikat secara percuma. Tiada cash yang diberikan.\n\n\n3. Rights Issue \n\n\n\n\nAktiviti pengumpulan dana oleh syarikat dengan memberi tawaran pembelian saham baru syarikat kepada pemegang saham sedia sebelum dibuka kepada orang awam. Harga yang ditawarkan adalah pada harga diskaun. Tawaran ini adalah dalam jangka masa yang terhad dan jumlah yang boleh dibeli juga adalah terhad.\n\n\nKenapa syarikat mengeluarkan right issue? \n\n\nKerana syarikat yang sudah listed tidak boleh membuat IPO untuk kali kedua, maka right issue adalah salah satu cara lain untuk syarikat mengumpul dana bagi mengembangkan bisnes. \n\n\n4. Share Split\n\n\n\n\nSyarikat membuat pengumuman untuk murahkan harga saham supaya lebih cair dan lebih murah, supaya lebih mudah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur runcit seperti kita. \n\n\n5. Share Consolidation\n\n\n\n\nConsolidation bermaksud penyatuan. Share consolidation bertentangan dengan Share Split, dimana syarikat mengurangkan bilangan sahamnya dengan menaikkan harga saham. Mungkin 2, 3 atau lebih saham digabungkan menjadi 1 saham. \n\n\nContohnya 2000 unit saham menjadi 1000 unit saham, jika harga asalnya adalah RM2/unit, selepas share consolidatin harga akan jadi RM4/unit. \n\n\nSetiap pelabur mempunyai tujuan pelaburan yang berbeza dan strategi yang berbeza, maka reaksi terhadap setiap aktiviti ini juga akan berbeza. Contohnya dividen, jika kita lihat dari satu sudut, pemberian dividen adalah sesuatu yang menggembirakan investor kerana investor dapat merasa sedikit keuntungan hasil pelaburan, tetapi dalam masa sama keuntungan syarikat pun akan berkurang jika dilihat dalam jangka masa panjang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/5-negara-dengan-kadar-inflasi-tertinggi", "title": "5 Negara dengan Kadar Inflasi Tertinggi", "body": "Kadar inflasi di seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang mendadak. Faktor utama peningkatan itu sebahagian besarnya adalah daripada kenaikan harga makanan, peningkatan permintaan seiring dengan pembukaan semula ekonomi selepas berlakunya wabak COVID-19 serta peperangan antara Rusia dan Ukraine.\n\n\nKita selalu dengar perkataan inflasi yang mempunyai kesan besar terhadap ekonomi negara, tapi tahukah anda apakah maksud sebenar inflasi tersebut.\n\n\nApa Itu Inflasi?\n\n\nInflasi adalah pengurangan dalam kuasa beli mata wang. Apabila kadar nilai mata wang jatuh, ia akan memberi kesan terhadap harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa, dimana harga barangan dan perkhidmatan tersebut akan meningkat. Sebagai contoh, dahulu telur ayam boleh dibeli dengan harga RM7 atau RM8 sepapan, sekarang harga telur ayam sudah naik sehingga RM12 sepapan. Kenaikan harga kekal dari RM7 hingga RM12 ini ialah inflasi, iaitu ukuran yang menunjukkan kenaikan harga atau peningkatan kos sara hidup di sesebuah negara.\n\n\nPada April 2022, kadar inflasi di Malaysia meningkat kepada 2.3% berbanding bulan sebelumnya iaitu 2.2%. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kenaikan inflasi disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan, tambang perjalanan udara serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian.\n\n\nInflasi bagi negara Amerika Syarikat pula telah meningkat ke paras tertinggi dalam 40 tahun iaitu 8.6% pada bulan Mei 2022. AS telah bergelut dengan masalah kenaikan harga sejak COVID-19 melanda dunia lagi. Namun, ia diburukkan lagi dengan konflik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine yang telah menyebabkan harga minyak dan komo\u00additi seperti gandum meningkat lebih tinggi.\n\n\n5 Negara dengan Kadar Inflasi Tertinggi\n\n\n1. Venezuela - 222.3%\n\n\nNegara Venezuela telah mengalami hiperinflasi iaitu mencecah 222.3% setakat April 2022. Ia disebabkan oleh kerajaan mencetak sejumlah besar wang baharu untuk membantu perbelanjaan rakyat. Cetakan wang yang banyak seterusnya menyebabkan mata wang negara kehilangan nilai serta berlaku kekurangan barangan tempatan. Orang ramai juga banyak menyorok barang menyebabkan barang menjadi lebih terhad dan mahal. Ini memberi kesan terhadap nilai mata wang, institusi kewangan juga jatuh muflis dan akhirnya, ekonomi negara merudum.\n\n\nKegawatan ekonomi di Venezuela bermula dengan kawalan harga kerajaan dan kejatuhan harga minyak yang menyebabkan syarikat minyak milik kerajaan menggulung tikar. Krisis ekonomi ini telah menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat. Penduduk di Venezuela telah mencecah 29 juta pada tahun 2022 dan kebanyakan daripada mereka terpaksa berhijrah untuk mencari kerja dan bekalan di negara lain.\n\n\n\n\n\n\nSumber: South China Morning Post\n\n\n\n\n\n\n2. Sudan - 220.7%\n\n\nSudan menghadapi kadar inflasi tertinggi iaitu 220.7% setakat April 2022 di Afrika. Antara faktor kadar inflasi yang tinggi ini adalah disebabkan oleh krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik yang berpanjangan. Menjelang akhir tahun 2021, ekonomi Sudan yang sudah terjejas, diburukkan lagi apabila berlaku rampasan kuasa oleh pasukan tentera untuk mengawal kerajaan.\n\n\nSebelum peperangan antara Rusia dan Ukraine, harga makanan di benua Afrika telah pun terjejas disebabkan oleh isu penuaian dan sekatan perdagangan akibat wabak COVID-19. Ekoran peperangan Rusia dan Ukraine, harga makanan semakin meningkat kerana Rusia dan Ukraine adalah pembekal gandum utama untuk Afrika.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Freedom House\n\n\n\n\n\n\n3. Lebanon- 206.20%\n\n\nHyperinflasi juga berlaku di Lebanon sehingga mencapai kadar inflasi 206.20% setakat April 2022 kerana pihak berkuasa tidak bertanggugjawab dalam memantau dan mengawal kenaikan harga barangan keperluan. Rizab mata wang asing Lebanon semakin rendah dan inflasi makanan juga telah mencapai 374.38% setakat April 2022.\n\n\nKini, kekurangan wang dalam negara memberi kesan kepada bekalan ubat dan minyak. Pihak industri kesihatan juga telah melakukan protes kerana kekurangan ubat akibat kegagalan membayar pengimport asing. Sudah bertahun-tahun, rakyat Lebanon menghadapi krisis ekonomi dan kewangan yang merupakan antara yang paling teruk yang pernah terjadi di dunia akibat kegagalan pemimpin dalam mentadbir negara.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Middle East Monitor\n\n\n\n\n\n\n4. Zimbabwe - 131.7%%\n\n\nKadar inflasi di Zimbabwe telah mencapai 131.7% setakat May 2022 kerana harga minyak masak dan roti melonjak lebih tinggi kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Kerajaan telah cuba menurunkan harga dengan menggantung duti import ke atas komoditi asas seperti minyak masak, beras dan tepung bagi mengawal kenaikan inflasi. Kekurangan rizab mata wang asing menyebabkan syarikat tempatan terpaksa bergelut untuk membeli bekalan dari luar negara bagi mengeluarkan barangan di Zimbabwe.\n\n\nZimbabwe juga pernah mengalami hiperinflasi pada sedekad yang lalu apabila inflasi meningkat secara mendadak sehingga bank pusat pada 2008 mengeluarkan wang kertas 100 trilion dolar. Kerajaan kemudiannya membuang mata wang tempatan dan menerima pakai dolar AS dan rand Afrika Selatan sebagai mata wang yang sah. Tetapi pada tahun 2019, kerajaan memperkenalkan semula dolar Zimbabwe namun, nilai mata wangnya telah semakin surut.\n\n\n\n\n\n\nSumber: The Times of Africa\n\n\n\n\n\n\n5. Turkey - 73.5%\n\n\nInflasi di Turki untuk bulan Mei meningkat kepada 73.5% setakat May 2022 iaitu yang tertinggi dalam 23 tahun kerana negara tersebut terpaksa bergelut dengan kos makanan dan minyak yang melambung tinggi. Bukan itu sahaja, pemimpin yang tidak kompeten juga menjadi faktor utama peningkatan inflasi apabila Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mempunyai perancangan yang strategik dalam menstruktur dasar monetari.\n\n\nIndeks harga pengguna di negara yang berjumlah 85 juta rakyat itu meningkat kepada 931.76% pada Mei daripada 904.79% pada April 2022. Erdogan telah melakukan pengurangan dalam kadar faedah bagi menurunkan harga pengguna yang melambung tinggi sekaligus menyebabkan lira Turki mengalami kejatuhan.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSerangan inflasi memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan penyusutan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup. Inflasi memberi impak kepada pengguna kerana kuasa beli pengguna akan berkurangan. Maka, setiap pengguna perlu bijak dalam menguruskan kewangan. Merancang perbelanjaan dengan baik dapat membantu dalam mengharungi kemeseletan ekonomi yang disebabkan oleh inflasi.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nWorld Population Review\n\n\nStatista\n\n\nTrading Economics\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/5-persediaan-untuk-pelabur-saham-yang-baru", "title": "5 Persediaan untuk Pelabur Saham yang Baru", "body": "Kali ini kami menulis tentang persediaan yang perlu dibuat untuk pelabur saham baru. Disebabkan post kali ini agak bersifat nasihat, kita akan banyak bermain dengan peribahasa supaya sebati di dalam hati. Artikel ini bagaikan sediakan payung sebelum hujan kepada pelabur-pelabur baru. Ataupun mungkin kena tukar kepada sediakan pedang sebelum berperang sebab persediaan kita bukan saja untuk bersenang-senang kemudian, ia juga melibatkan proses bersusah-susah dahulu. Apapun, baca selanjutnya persediaan yang pelabur baru kena tahu.\n\n\nBuka Akaun CDS\n\n\n\n\nCentral Depository System adalah sistem simpanan pelaburan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia. Sistem inilah yang akan digunakan untuk memasukkan transaksi ekuiti secara elektronik seperti jual beli saham, bon, warrant, dividen dan sebagainya. CDS ni umpama bank tapi dia akaun yang memegang unit saham.\n\n\nAnda tak perlu pergi ke Bursa untuk buka akaun. Cukup untuk berurusan dengan broker yang berlesen kerana mereka adalah ejen yang sah untuk membuka akaun CDS. Kos yang terlibat untuk buka akaun CDS adalah RM 10 sahaja.\n\n\nBaca: \nCara buka akaun CDS\n\n\nDeposit ke Akaun CDS\n\n\nSeperti juga bank, anda perlu ada cash dalam akaun CDS untuk membeli saham (bagi akaun jenis upfront account). Sekiranya belum deposit disebabkan belum ada modal, boleh lah cepat-cepat menyimpan untuk kumpul modal melabur. Kalau tak ada cash dalam akaun CDS, umpama berperang dengan senapang, tapi peluru takde.\n\n\nBaca: \nCara deposit ke dalam akaun CDS\n\n\nModal Pelaburan\n\n\n\n\nSeperti disebut di atas, sekiranya belum ada modal, cepat-cepatlah menyimpan. Di sini kita sebut sebagai sikit-sikit, lama-lama jadi modal. Modal ni pula pastikan bukan duit keperluan harian. Kalau situasi macam ni, umpama sediakan payung sebelum hujan, payungnya dah dipegang lama, tangan pun sudah menggigil.\n\n\nIlmu Asas Melabur\n\n\nSebelum anda mulakan pelaburan, pastikan anda tahu di mana entry yang bagus dan bagaimana nak cut loss. Pastikan tahu resistance dan support. Jangan nanti masuk bila saham tengah tinggi, lepas tu terus jatuh tak tahu nak buat apa. Ibarat mati di pucuk. Cukupkan dulu ilmu asas barulah melabur saham. Kata pepatah, jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.\n\n\nDi sini kami nak promote \nkelas anjuran kami\n. Kosnya rendah saja. Tapi manfaatnya fuhh banyak sekali. Anda akan diajar dari asas ke advance dan macam-macam lagi ilmu dalam saham.\n\n\n\n\nMengendali Risiko\n\n\nWalaupun sudah cukup persediaan, anda kena tahu bahawa pelaburan saham ini penuh dengan risiko. Kata pepatah, walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. Maksudnya belum tentu akan berhasil dengan baik walaupun dah cukup persediaan. Tapi jangan pula terus patah semangat. Risiko kerugian tu memang ada, namun peluang keuntungan juga ada."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/50", "title": "Apa itu Waran?", "body": "Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.\u00a0\n\n\nSila pergi ke pautan ini: \nApa itu Waran?\n untuk bacaan lanjut.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/6-kategori-saham-menurut-peter-lynch", "title": "6 Kategori Saham Menurut Peter Lynch", "body": "Saham ialah sebahagian daripada pemilikan aset dalam sesebuah syarikat. Nilai satu unit saham bergantung kepada saiz syarikat dan prestasi sesebuah syarikat serta berkait rapat dengan yang lain di dalam sebuah industri. Selain daripada itu, perkembangan sesebuah syarikat itu boleh diukur dari segi peningkatan dalam jualan, peningkatan dalam keuntungan yang diperoleh, peningkatan dalam pendapatan dan sebagainya. \nSumber: Opinionesbroker.org\nTerdapat enam kategori saham yang dihuraikan dalam buku terbitan seorang pelabur tersohor analisa fundamental, Peter Lynch, iaitu \u2018One Up On Wall Street\u2019. Ada kategori yang perlu diberi fokus, ada kategori perlu dielakkan dan ada kategori yang memerlukan strategi tersendiri untuk membeli dan menjual. Dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan enam kategori tersebut.\nSlow Growers\nSlow growers ialah syarikat yang pada mulanya fast-growers, tetapi growth perkembangan syarikat mencapai paras \u201cstagnant\u201d atau \u201cslow down\u201d. Fasa ini selalunya berkait rapat dengan fasa perubahan atau revolusi industri. Petanda syarikat masuk dalam kategori ini ialah syarikat lebih pemurah memberi dividen, dan tidak menggunakan duit lebihan untuk dipam semula kedalam syarikat. Kategori ini sepatutnya dielakkan oleh para pelabur.\nStalwarts\nStalwarts lebih pantas daripada \u2018slow-growers\u2019 dan dijangka tidak mudah tenggelam dalam dunia perniagaan. Saham jenis ini selalu mempunyai pertumbuhan lebih kurang 10-12% setahun. Harga saham pula selalu naik secara tiba-tiba diikuti dengan perlahan yang lama, dan berulang-ulang dalam corak ini. Peter Lynch biasanya membeli saham seperti ini untuk jangkaan untung 30-50%, kemudian menjual, dan ulang pada saham yang belum naik atau sudah lama perlahan. Contoh yang diberikan oleh Peter Lynch: Coca-Cola, Procter and Gamble, the Bell telephone sisters, Hershey\u2019s, Colgate-Palmolive. Syarikat selalunya berada dalam kategori consumer tetapi mempunyai growth yang memberangsangkan. \nFast Growers\nKategori ini ialah antara kategori paling diminati Peter Lynch: saham saiz kecil, syarikat baru, agresif dan berkembang lebih kurang 20 ke 25 peratus setahun. Saham ini boleh bagi pulangan 10-40 kali ganda, juga 200 kali ganda. Syarikat dalam kategori fast grower tidak bermakna perlu berada dalam industri fast growing juga, sebab kebanyakan fast grower ialah saham yang bangkit, berkembang dengan kuat dan menjadi disrupter dalam sesuatu industri yang perlahan atau biasa. Contoh Marriott berkembang 20%, tetapi industri hotel berkembang 2% sahaja. Tumpukan pada syarikat yang mempunyai penyata imbangan (balance sheet) yang bagus dan sedang membina keuntungan besar. Trick untuk syarikat seperti ini ialah menjangka bila syarikat akan berhenti berkembang dan berapa yang perlu dibayar untuk growth yang dijangkakan.\nCyclicals\n\n\nSesebuah syarikat yang kebiasaanya mengalami naik turun dalam perniagaanya digelar \u2018cyclicals\u2019 sebagai contohnya syarikat penerbangan, pembuat besi, pembuatan tayar serta minyak dan gas. Syarikat kategori ini berkaitan dengan \u2018demand & supply\u2019 dalam pasaran berkaitan. Contohnya, apabila permintaan minyak tinggi, harga minyak sedunia akan naik, seterusnya harga saham. Begitu juga sebaliknya. Timing ialah segala-galanya untuk kategori cyclicals. Masuk apabila anda dapat kesan petanda awal kenaikan industri, jual apabila anda dapat kesan petanda awal kelembapan industri.\nTurnarounds\nSaham \u2018turnaround\u2019 ialah saham yang jatuh mendadak dalam jangka masa yang agak lama. \u2019Restructuring\u2019 atau membaikpulih syarikat itu dengan tujuan untuk mengurangkan kos yang tidak baik, meningkatkan produktiviti dan menyingkirkan anak-anak syarikat yang tidak menguntungkan yang sepatutnya dilakukan sejak dari awal lagi. Kebanyakan syarikat membeli pelbagai anak syarikat dengan niat untuk \u2018diversify\u2019 dan membuat keuntungan lebih, tetapi bak kata Peter Lynch, kebanyakannya ialah hanya \u2018diworsification\u2019 dan berakhir dengan kerugian dan kos pengendalian yang tinggi.\nAsset Plays\n\u2018Asset play\u2019 bermaksud syarikat mempunyai aset yang berharga tetapi pelabur terlepas pandang. Apabila terlalu banyak \u2018analyst\u2019 mengeluarkan \u2018research report\u2019 setiap hari, ramai yang berfikir semua maklumat telah dilaporkan oleh \u2018analyst\u2019, tetapi hakikatnya masih ada aset bernilai yang dimiliki syarikat yang tidak dikesan. Peluang ini perlu dicari, tetapi perlukan kerja dan pemahaman yang lebih berkaitan syarikat dan jenis aset tersebut. Sekiranya anda jumpa dan beli, anda cuma perlu bersabar untuk harga naik berganda-ganda.\nKesimpulannya, sebelum memilih saham untuk dilabur, selidik dahulu jenis saham dan kategorikan mereka agar lebih senang untuk menyusun strategi dalam pelaburan. Lain jenis saham memerlukan strategi dan tumpuan yang berbeza, dan dengan fokus yang lebih, anda boleh membuat keuntungan besar dalam pelaburan saham.\n "} {"url": "https://www.isaham.my/blog/6-peraturan-untuk-mulakan-pelaburan", "title": "6 Peraturan untuk Mulakan Pelaburan", "body": "Artikel ini ditaja oleh Kayabun. Untuk dapatkan banyak lagi tips kewangan seperti ini, boleh ikuti \nKayaBun\n di Facebook.\n\n\n\n\n\n\nJika melihat pada statistik, kita dapat melihat pertambahan bilangan pelabur di Malaysia ini. Namun, pelaburan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat tanpa persediaan yang cukup. Sebagai persediaan untuk melabur, baca peraturan dari Kayabun ini sebagai panduan.\n\n\n1. Bina Pengetahuan Kewangan yang kukuh\n\n\n\n\nSemakin banyak anda faham tentang wang, anda akan lebih mahir menggunakannya. Dalam pasaran kewangan, ada pelbagai instrumen pelaburan, simpanan, perlindungan, malah juga untuk perbelanjaan. Semuanya boleh memberikan anda kelebihan yang tertentu.\n\n\nNak bina pengetahuan ini ada banyak cara. Antaranya baca buku, tengok tutorial youtube, join group saham, coaching dan sebagainya. Kalau nak bina pengetahuan saham, kami sediakan pelbagai kelas saham daripada tahap baru belajar hingga ilmu tahap tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.\n\n\n2. Wang tak bekerja adalah wang yang hilang\n\n\n\n\nWang yang tak digunakan cuma berguna sebagai simpanan. Ia tak dapat memberikan lebihan wang berbanding instrumen pelaburan seperti saham, perniagaan, aset dan sebagainya.\n\n\n3. Kaji portfolio pelaburan dengan kerap\n\n\n\n\nDalam portfolio pelaburan kita, mungkin tak semua yang dapat memberi pulangan yang bagus. Kepada pelaburan ini, kita boleh katakan selamat tinggal. Luaskan pilihan kepada pelaburan lain sebagai alternatif, mana tahu terdapat peluang yang lebih baik di luar sana. Namun, perlulah dikaji sebaiknya sebelum memasuki pelaburan baru. Biasalah, nak tukar angin ni kadang-kadang perlukan masa, takut jiwa tak bersedia.\n\n\n4. Melabur untuk wang persaraan\n\n\n\n\nSalah satu perkara yang kita kena ingat di dunia ini adalah \u201cmuda sebelum tua\u201d. Ketika muda ini kita dah perlu fikir dan bijak bertindak untuk masa tua kita. Bila umur dah tua nanti, badan kita tak sekuat masa muda. Nak kerja pun susah. Jadi, ada bagusnya kalau dah sediakan dana yang cukup untuk hidup di hari tua nanti.\n\n\n5. Maksimakan pelaburan bebas (rendah) risiko\n\n\n\n\nPelaburan seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan yang terbaru, Wahed Invest adalah antara pelaburan yang kurang risiko. Namun, dengan risiko yang rendah, pulangan yang boleh dijana dengan pelaburan ini juga bukanlah tinggi. Maka, cara yang terbaik ialah menggunakan dana lebihan sebagai pelaburan agresif, manakala selebihnya diletakkan dalam pelaburan rendah risiko.\n\n\n6. Ketahui risiko terlibat sebelum melabur\n\n\n\n\nSetiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau kita tak tahu risiko yang terlibat, silap langkah akan mengakibatkan kerugian yang besar. Maka elakkan pelaburan seperti ini sekiranya anda belum faham risiko yang terlibat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/7-pelabuhan-tersibuk-di-dunia", "title": "7 Pelabuhan Tersibuk di Dunia", "body": "Perkembangan pesat ekonomi di dunia telah menyebabkan kepesatan perdagangan melibatkan perkhidmatan pelabuhan di sesebuah negara. Kemudahan di pelabuhan merupakan komponen penting dalam meningkatkan nadi pembangunan yang melibatkan aktiviti ekonomi seperti eksport dan import barangan.\n\n\nSetiap kontena yang berlabuh di pelabuhan menggunakan sistem kiraan TEU yang bermaksud (\ntwenty-foot equivalent unit)\n bersamaan dua puluh kaki. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa buah negara yang mempunyai pelabuhan tersibuk di dunia.\n\n\n\n\n\n\nSebuah kontena bersaiz ISO 40 kaki bersamaan 2 TEU. Gambar: shiptechnology.com\n\n\n\n\n\n\n1. Pelabuhan Shanghai\n\n\n\n\n43.3 juta TEU pada 2019\n\n\n\n\nPelabuhan Shanghai telah memegang rekod sebagai pelabuhan terbesar dan tersibuk di dunia semenjak tahun 2010 sehingga kini. Ia telah berjaya memintas kedudukan Pelabuhan Singapura. Pelabuhan ini telah dibuka pada tahun 1842 dan diuruskan oleh Shanghai International Port Company Ltd. Ia beroperasi dikawasan seluas 3,619 km\n2 \ndi muara Sungai Yangtze.\n\n\nPelabuhan ini mempunyai 3 terminal pelabuhan kontena utama iaitu Wusongko, Wagaoqiao dan Yangshan. Jika dihitung secara keseluruhannya, 1/4 aktiviti perdagangan antarabangsa di negara China melalui Pelabuhan Shanghai. Setiap bulan purata sebanyak 2,000 kapal kontena berlabuhan di pelabuhan ini dan berupaya menerima muatan kargo sekitar 744 juta tan.\n\n\nNegara China juga mempunyai beberapa pelabuhan utama seperti:\n\n\n\n\nPelabuhan Shenzhen - 25.77 juta TEU\n\n\nPelabuhan Ningbo - 27.54 juta TEU\n\n\nPelabuhan Guangzhou - 23.22 juta TEU\n\n\nPelabuhan Qingdao - 21.01 juta TEU\n\n\nPelabuhan Tianjin - 14.5 juta TEU\n\n\n\n\n2. Pelabuhan Singapura\n\n\n\n\n37.2 juta TEU pada 2019\n\n\n\n\nPelabuhan Singapura terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia yang jarak sebanyak 30 km dari barat daya Pelabuhan Johor, Malaysia. Pelabuhan ini menguruskan 37.2 juta TEU kontena dan 626.2 juta tan kargo pada tahun 2019. Pelabuhan Singapura mempunyai beberapa terminal seperti di Brani, Keppel, Tanjung Pagar, Pasir Panjang, Jurong dan Sembawang.\n\n\nKini, Singapura giat mengembangkan Pelabuhan Tuas yang bakal menjadi pelabuhan terbesar di dunia dengan anggaran sebanyak 65 juta TEU. Pelabuhan ini dijangka menjadi terminal automatik terbesar di dunia dan siap sepenuhnya pada tahun 2040. Secara ringkasnya pelabuhan ini akan menggunakan konsep teknologi inovatif yang melibatkan penggunaan sepenuhnya tenaga elektrik dalam kenderaan pengangkut automatik, AGV.\n\n\n\n\n\n\nGambar: maritimeinfo.org\n\n\n\n\n\n\n3. Pelabuhan Busan\n\n\n\n\n21.9 juta TEU pada tahun 2019\n\n\n\n\nPelabuhan Busan terletak di sebuah muara yang bernama Sungai Napake dan pelabuhan terbesar di negara Korea Selatan. Pada asalnya, pelabuhan ini dikenali sebagai Busan-po yang dibuka semenjak 1407. Peningkatan arus teknologi saban tahun menyebabkan pelabuhan ini semakin berkembang luas dan mengalami pembangunan infrastruktur semenjak tahun 1906 sehingga kini.\n\n\nPada masa ini, Pelabuhan Busan merupakan pelabuhan kontena tersibuk kelima di dunia dan kesepuluh dari segi kesibukan trafik laluan maritim di Asia Timur Laut. Pada tahun 2019 sebanyak 468,761 tan kargo yang berlabuh di pelabuhan ini. Pelabuhan Busan mempunyai beberapa pelabuhan dan setiapnya mempunyai fungsi tersendiri.\n\n\n\n\nPelabuhan Utara (Buk-hang)\n\n\nPelabuhan Selatan (Nam-hang)\n\n\nPelabuhan Gamcheon\n\n\nPelabuhan Dadaepo\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nportstrategy.com\n\n\n\n\n\n\n4. Pelabuhan Hong Kong\n\n\n\n\n18.3 juta TEU pada tahun 2019\n\n\n\n\nPelabuhan Hong Kong terletak di Semenanjung Kowloon di perairan Laut China Selatan berhampiran dengan Victoria Harbour. Pelabuhan ini merupakan hab utama di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Salah satu pelabuhan kontena yang paling sibuk di dunia ini telah mengendalikan 89% daripada jumlah keseluruhan kargo di Hong Kong. Pelabuhan ini dikendalikan oleh sektor swasta yang meliputi lima syarikat:\n\n\n\n\nModern Terminals (MTL)\n\n\nHong Kong International Terminal (HIT)\n\n\nCOSCO Information & Technology (COSCO)\n\n\nDubai Port International Terminal (DPI)\n\n\nAsia Container Terminals (ACT)\n\n\n\n\nSepanjang tahun 1974 sehingga 2004 pelabuhan Hong Kong mempunyai sebanyak 9 terminal yang siap dibina. Secara purata sebanyak 205,510 kapal berlabuh dan 386,853 tan jumlah kontena pada tahun 2016.\n\n\n\n\n\n\nGambar: container-mag.com\n\n\n\n\n\n\n5. Pelabuhan Jebel Ali, Dubai\n\n\n\n\n14.1 juta TEU pada 2019\n\n\n\n\nPelabuhan ini juga dikenali sebagai \nMina Jebel Ali\n yang merupakan pelabuhan dalam yang terletak di Jebel Ali, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. \nMina Jebel Ali\n dibina pada akhir tahun 1970 untuk menambah fasiliti dan kemudahan di Port Rashid. Pelabuhan ini telah dirasmikan pada tahun 1979 oleh Queen Elizabeth. Pada tahun 2013 dan 2014 terdapat 2 terminal berjaya disiapkan. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak USD 2.35 bilion. Perluasan terminal ini telah meningkatkan kapasiti pelabuhan sehingga 20 juta TEU.\n\n\nJebel Ali terletak 35 km dari barat daya Dubai di Teluk Parsi. Pelabuhan ini merupakan salah satu laluan sutera maritim yang menghubungkan Laut Merah, Terusan Suez, sehingga Laut Mediteranean. Jebel Ali dikategorikan sebagai pelabuhan terbesar di negara Timur Tengah. Menurut \nLondon Metal Exchange \n(LME) pelabuhan ini dianggap sebagai titik pertemuan penghantaran bagi empat logam bukan ferus seperti tembaga, plumbum, nikel dan zink.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nthemaritimestandard.com\n\n\n\n\n\n\n6. Pelabuhan Rotterdam, Belanda\n\n\n\n\n14.81 Juta TEU pada tahun 2019\n\n\n\n\nPelabuhan Rotterdam dianggap sebagai titik pertemuan perdagangan yang penting dan strategi di Eropah. Ia merupakan pelabuhan laut dalam terbesar di Rantau Eropah. Pelabuhan ini terpenting disebabkan kedudukan strategi yang berdekatan beberapa negara Eropah seperti Ruhr Jerman, Paris dan London. Ia didirikan di sebuah kawasan yang seluas lebih dari 100 kilometer persegi.\n\n\nPelabuhan ini juga berupaya menguruskan muatan kargo sehingga 469.4 juta tan. Dianggarkan purata setahun sebanyak 140,000 kapal yang melalui pelabuhan Rotterdam. Separuh daripada aktiviti perdagangan di pelabuhan ini meliputi sektor petrokimia dan minyak. Antara kemudahan yang disediakan adalah:\n\n\n\n\nRotterdam mempunyai saluran paip secara langsung ke kawasan Ruhr dan ke Antwerp.\n\n\nMempunyai 4 kilang besar dan pelbagai syarikat dari industri minyak.\n\n\n\n\nApa yang menariknya, pelabuhan Rotterdam telah memegang rekod dan menguasai pentas dunia perdagangan sebagai pelabuhan terbesar di dunia selama 4 dekad dari 1962 dan 2004. Kini pelabuhan ini telah dibayangi oleh peningkatan era pelabuhan di rantau Asia seperti Singapura dan Shanghai. Namun, ia masih lagi mendahului senarai pelabuhan tersibuk di Eropah dan ke-11 di dunia.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nporttechnology.org\n\n\n\n\n\n\n7. Malaysia\n\n\nMalaysia dikelilingi dengan perairan Selat Melaka yang telah memberi kelebihan kepada laluan kapal perdagangan dari barat ke timur. Laluan strategik ini dan hubungan yang baik telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara pilihan untuk memasuki pasaran Asia Tenggara. Faktor inilah telah memberi peluang kepada Malaysia mengembangkan dan meningkatkan aktiviti perdagangan yang melibatkan eksport dan import.\n\n\nSepanjang dekad ini, Malaysia mengalami peningkatan yang memberangsangkan melibatkan trafik kemasukan kontena melalui pelabuhan. Tidak hairanlah, Malaysia muncul sebagai negara kelima sebagai pelabuhan utama dunia selepas China, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong. Pada tahun 2019, Malaysia berjaya mencatatkan keseluruhan sebanyak 26.2 juta TEU diseluruh pelabuhan.\n\n\nAntara beberapa pelabuhan yang beroperasi di Malaysia adalah:\n\n\n\n\nPelabuhan Klang - 13.58 juta TEU ( kedudukan 12 dunia)\n\n\nPelabuhan Tanjung Pelepas - 9.07 juta TEU (kedudukan 19 dunia)\n\n\nPelabuhan Pulau Pinang - 1.52 juta TEU\n\n\nPelabuhan Johor - 941,589 TEU\n\n\nPelabuhan Kuantan - 149,912 TEU\n\n\nPelabuhan Bintulu - 349,792 TEU\n\n\n\n\nKesannya, syarikat yang terlibat dalam aktiviti perdagangan di pelabuhan semakin mendapat permintaan. Misalnya, syarikat yang terlibat dalam industri pelabuhan adalah \nMMCCORP\n, \nWPRTS\n, \nBIPORT \ndan lain-lain. Sektor berkait dengan aktiviti pelabuhan dan perkapalan yang boleh diperhatikan:\n\n\n\n\nDry Bulk Carrier\n\n\nTransportation dan Logistic Services\n\n\nShipping Ports\n\n\nTransportation Equipment\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/9-perkara-anda-perlu-tahu-tentang-ipo-mr-diy-yang-bakal-keluar-nanti", "title": "9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang IPO Mr DIY yang Bakal Keluar Nanti", "body": "Anda mungkin pernah dengar berita Mr DIY ingin disenaraikan di Bursa. Berita baik kepada anda semua, nampaknya mereka semakin dekat ke arah IPO. Draf awal prospektus mereka baru sahaja dikeluarkan di laman web Securities Commission, dan banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang syarikat ni.\n\n\n\n\n1. Akan tersenarai dalam Pasaran Utama\n\n\nMr DIY akan disenaraikan dalam pasaran utama di Bursa Malaysia. Penyenaraian dalam pasaran utama dikenakan syarat dengan keperluan yang lebih tinggi, contohnya keuntungan 3 ke 5 tahun kewangan yang penuh dengan keuntungan agregat sebanyak RM20 juta.\n\n\n2. Diklasifikasikan sebagai syariah oleh SC\n\n\n \nDinilai shariah oleh SC\n\n\nSaringan awal oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) melalui Majlis Penasihat Shariah (SAC) mereka menunjukkan bahawa saham ini diklasifikasikan sebagai patuh Shariah.\n\n\n3. Peningkatan kewangan yang konsisten\n\n\n\n\nSetakat laporan yang dikeluarkan, pendapatan tahunan yang dicatatkan menunjukkan peningkatan yang konsisten. Untung bersih yang dicatat dari tahun 2017 dan 2018 berbanding tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan sebanyak 43.1% hingga 46.8%.\n\n\n4. Sebanyak 125,532,000 unit saham dibuka kepada umum\n\n\nPihak Mr DIY akan menawarkan sejumlah 941,490,000 unit saham IPO. Daripada jumlah ini, 779,958,000 unit akan ditawarkan kepada pelabur institusi. Selebihnya, 161,532,000 akan ditawarkan kepada pelabur runcit. Daripada jumlah ini pula, sebanyak 125,532,00 boleh didagangkan secara awam.\n\n\n5. Sasaran dividen sebanyak 40%\n\n\n\n\nMereka mensasarkan bayaran dividen kepada pemegang syarikat sebanyak 40% daripada untung bersih.\n\n\n6. Penggunaan Dana\n\n\nDana IPO akan digunakan dalam tiga aspek iaitu hutang bank, modal kerja dan penyenaraian IPO. Mereka mempunyai bebanan hutang yang terkumpul sebanyak RM 625.7 juta. Jumlah dana yang akan digunakan untuk mengurangkan hutang ini belum lagi diumumkan.\n\n\n7. 30% pegangan dalam perkhidmatan IT, Qube\n\n\n \nStruktur organisasi Mr DIY\n\n\nStruktur organisasi Mr DIY terdiri daripada bahagian runcit, dagangan, e-commerce, pelaburan hartanah dan servis IT.\n\n\nDaripada laman web Qube, nampaknya mereka menawarkan khidmat produk perisian yang menumpukan kepada sistem pengurusan runcit, bayaran, penghantaran dan pergudangan.\n\n\n \nServis ditawarkan Qube, anak syarikat Mr DIY\n\n\n8. Kedai merata-rata di seluruh Malaysia\n\n\nMr DIY adalah satu-satunya pemain sektor home improvement yang mempunyai kedai di semua negeri dalam Malaysia. Jumlah kedai mereka telah pun mencecah 566 buah di seluruh negara. Variasi produk yang ditawarkan dalam kedai Mr DIY pula adalah yang paling luas berbanding pemain-pemain yang lain.\n\n\n9. Market Share yang besar\n\n\n\n\nMr DIY mempunyai bahagian pasaran sebanyak 69.6% tanpa menyambil kira peruncit kecil. Bahagian pasaran ini menandingi Ace Hardware, Daiso, One Stop Superstore, Miniso dan lain-lain dengan peratusan yang lauh lebih tinggi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara keseluruhannya, masa depan kelihatan cerah untuk Mr DIY. Mereka mempunyai fundamental kewangan yang kuat, dan rangkaian bisnes yang lebih luas berbanding pesaing yang lain. Frost & Sullivan sebagai penyedia Independent Market Research juga memberikan komen yang positif dan optimis kepada syarikat ini. Maka anda boleh lah follow kami di iSaham untuk mendapatkan kemaskini terbaru apabila IPO ini sudah boleh dibeli nanti.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/adakah-ipo-rm1.60-always-low-prices-mr-diy", "title": "Adakah IPO RM 1.60 Always Low Prices seperti Slogan Mr DIY?", "body": " \n\n\nGambar: \nMr DIY\n\n\n\n\nMr DIY Group (M) Berhad atau Mr DIY adalah sebuah syarikat yang tak asing lagi buat rakyat Malaysia. Bila nak cari barang untuk kelengkapan rumah, pasti Mr DIY tak terlepas dari fikiran. Mungkin ramai yang dah tahu syarikat ini ingin terbitkan IPO. Butiran IPO Mr DIY ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.60\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDiluluskan oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nMain Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 10.0 bilion\n\n\nNisbah PE:\n\n\n31.6 (FYE Disember 2019)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n14 Oktober 2020\n\n\nCabutan saham:\n\n\n16 Oktober 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n26 Oktober 2020\n\n\n\n\nIni adalah IPO kedua tahun 2020 untuk disenaraikan ke dalam Pasaran Utama di Bursa Malaysia. Harga yang diletakkan ialah RM 1.60. Persoalannya, adakah wajar harga IPO ini pada harga yang diletakkan? Mari kita kupas lebih lanjut.\n\n\nGambaran keseluruhan bisnes Mr DIY\n\n\nSyarikat ini telah mula sejak tahun 2005 dengan perniagaan runcit barangan kelengkapan rumah atau home improvement product. Pada tahun 2020, Mr DIY telah membuka lebih daripada 1000 kedai di negara Asia.\n\n\n \n\n\nGambar: \nMr DIY\n\n\n\n\nSebanyak 670 dan empat kedai di Malaysia dan Brunei yang dikendalikan oleh Mr DIY yang akan menjadi fokus perbincangan ini. Operasi Mr DIY di negara lain selain disebut tadi dikendalikan oleh entiti lain yang dimiliki oleh pemilik saham Mr DIY sebelum tersenarai, dan bukan di bawah Mr DIY yang akan tersenarai nanti.\n\n\nMr DIY menyatakan kedudukan mereka sebagai peruncit kelengkapan rumah terbesar di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 29.1% pada 2019. Mereka menawarkan produk berkualiti pada harga yang rendah. Ini menjadi tarikan kepada pengguna untuk berkunjung membeli di kedai mereka. Pada tahun kewangan Disember 2019, 90% daripada kedai Mr DIY telah mencatatkan keuntungan.\n\n\nSebahagian besar barangan jualan mereka melebihi 70% diimport dari China. Mereka bekerjasama dengan syarikat pengurusan pengangkutan yang berasas dari China untuk mengendalikan urusan import mereka.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nPandemik Covid-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti runcit di mana kedai Mr DIY tidak boleh beroperasi ketika peringkat awal PKP dikuatkuasakan.\n\n\n\n\nPKP mula dilonggarkan mengikut fasa, dan kedai Mr DIY juga semakin banyak dibuka mengikut perkembangan semasa. Akibat daripada penutupan kedai, pendapatan Mr DIY menurun di bawah purata bulanan RM 189.6 juta pada bulan Mac dan April.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPeningkatan pendapatan dan keuntungan Mr DIY menunjukkan pertumbuhan yang kuat dari 2017 ke 2019. Peningkatan pendapatan secara kasarnya meningkat sebanyak RM 500 juta setiap tahun dan keuntungan sebanyak 200 juta setiap tahun.\n\n\n\n\nDalam laporan terbaru, Mr DIY telah memasukkan laporan separuh pertama 2020. Pendapatan setakat Jun 2020 dicatatkan pada RM 1.05 bilion manakala keuntungan pula pada RM 448.0 juta.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana IPO akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n276.14\n\n\n91.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n25.30\n\n\n8.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang kita boleh lihat di atas, kebanyakan dana hanya akan digunakan untuk bayaran hutang bank. Dalam prospektus, kita boleh lihat butiran hutang ini. Pada tahun 2019, sebanyak RM 600 juta telah dipinjam untuk:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan hutang\n\n\nNilai (Juta)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal pembukaan kedai\n\n\n10.0\n\n\n\n\n\n\nPembelian barangan jualan\n\n\n266.0\n\n\n\n\n\n\nSebahagian daripada dividen tahun 2019 berjumlah RM 500 juta\n\n\n244.0\n\n\n\n\n\n\nPengambilalihan Mr DIY (Brunei)\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n520.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nHutang sebanyak RM 600 juta ini terbahagi kepada RM 400 juta pinjaman bertempoh (term loan) dan RM 200 juta kemudahan bayaran kredit (credit facility). Dana IPO sebanyak RM 276.14 juta akan digunakan untuk sebahagian daripada term loan sahaja. Baki term loan sebanyak RM 123.9 juta akan dilangsaikan dalam masa yang sama dengan dana dari syarikat sendiri. Pembayaran hutang ini dianggarkan dapat menjimatkan syarikat sebanyak RM 15.2 juta setahun sehingga 2021.\n\n\nMr DIY Brunei atau MD(B) telah ditubuhkan pada tahun 2016. Sebahagian duit bank yang dipinjam pada tahun 2019 di atas tadi telah digunakan untuk mengambil alih bisnes Mr DIY di Brunei yang sebelum ini dimiliki oleh pemegang saham syarikat.\n\n\nSatu perkara yang kita boleh sedar ialah Mr DIY tidak menggunakan dana IPO untuk penambahan kedai. Ini tidak menghairankan kerana bilangan kedai telah pun mencapai lebih 600 pada tahun ini walaupun tanpa dana IPO. Syarikat masih akan menambah bilangan kedai sebanyak 100 buah pada tahun ini dan 100 buah lagi pada tahun 2021.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Mr DIY\n\n\nMr DIY akan tersenarai dalam Pasaran Utama di Bursa Malaysia. Seperti yang kita tahu, syarikat ini menjalankan perniagaan dalam industri peruncitan barangan kelengkapan rumah. Antara perkara yang boleh diperhatikan untuk melihat prospek bisnes Mr DIY yang akan datang adalah pada pertumbuhan industri, populasi dan kekuatan ekonomi.\n\n\nPemerhatian makroekonomi Malaysia\n\n\n\n\nGDP Malaysia dianggarkan kekal meningkat sebanyak 3.3% untuk 5 tahun dari 2019, namun lebih perlahan berbanding 5 tahun sebelum ini.\n\n\n\n\nPertumbuhan populasi dan urbanisasi yang semakin meningkat di Malaysia dapat mengembangkan prospek yang lebih banyak untuk Mr DIY.\n\n\nSaiz dan prestasi industri di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nFokus Pemerhatian\n\n\nCAGR 2014-2019\n\n\nCAGR 2019-2024F\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai jualan runcit\n\n\n5.8%\n\n\n5.7%\n\n\n\n\n\n\nNilai jualan runcit sektor kelengkapan rumah\n\n\n12.4%\n\n\n10.2%\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemain industri utama\n\n\n\n\nAntara pesaing yang dikenalpasti dalam prospektus ialah One Stop Superstore, Daiso, Supersave, ACE Hardware dan pelbagai lagi. Kesemua jenama ini bersaing dalam sektor yang sama, iaitu kelengkapan rumah. Mr DIY menerajui pasaran ini dengan bahagian pasaran terbesar sebanyak 69.2% daripada persaingan sektor ini antara jenama-jenama lain.\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSkor iSaham: 1/4\n\n\nMr DIY ternyata memperlihatkan kekuatan kewangan yang kukuh. Pegangan bahagian pasaran juga menunjukkan Mr DIY sebagai peneraju yang kuat dalam sektor perniagaan yang dijalankan. Ia boleh memberikan sebuah keyakinan bahawa syarikat ini akan kekal berdiri untuk bertahun-tahun akan datang.\n\n\nNamun, pengiraan harga IPO telah pun mengambil kira semua perancangan masa depan yang masih belum direalisasikan. Ini termasuklah 200 buah kedai yang dirancang sehingga 2021 berserta pendapatan yang boleh diraih dari kedai tersebut. Bayaran IPO untuk hutang yang sebahagiannya digunakan untuk pembayaran dividen pemilik syarikat juga memberikan petanda yang tidak baik bagi pelabur.\n\n\nTambahan pula, penyenaraian untuk Mr DIY ini hanya terhad kepada perniagaan Mr DIY di Malaysia dan Brunei. Dengan saham ini, kita tidak dapat merasakan prospek perkembangan Mr DIY di negara Asia lain. Pemilik asal Mr DIY boleh sahaja memberikan tumpuan kepada prospek mereka di negara lain seandainya lebih menguntungkan dari pasaran Malaysia dan Brunei.\n\n\nPerkara yang boleh menguatkan hujah untuk membeli saham ini adalah polisi dividen yang disasarkan pada 40% keuntungan bersih syarikat. Daripada prestasi kewangan syarikat, kita boleh nampak pertumbuhan yang kuat. Dari sini, kita boleh anggap saham ini sesuai untuk pelaburan dividen.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/adakah-jerung-antarabangsa-bakal-membuat-comeback", "title": "Adakah Jerung Antarabangsa Bakal Membuat Comeback?", "body": "Sejak pilihan raya paling bersejarah baru-baru ini (PRU 14), kita menyaksikan jerung antarabangsa atau lebih dikenali \r\nsebagai \n\"foreign funds\"\n membuat jualan tanpa heti (\nselling spree\n). Dari pertengahan Mei sehingga hujung Jun, lebih \r\nkurang 9.6 billion ringgit nilai saham dikeluarkan dari Bursa Malaysia.\n\n\nAntara faktor terbesar ialah ketidakpastian pada hala tuju ekonomi selepas perubahan kerajaan dan juga ketidakpastian \r\nkemelut global yang menyaksikan kebanyakan market dunia turut sama jatuh.\n\n\nSetelah 1 bulan setengah atau 32 hari berturut-turut market mengalami keluaran wang dari jualan saham, kita \r\nmenyaksikan pada hari jumaat (29 Jun 2018), jerung antarabangsa (\nforeign funds\n) sudah mulai memasuki pasaran \r\nsemula dengan kemasukan sebanyak 259.4 juta.\n\n\nKemasukan ini merupakan satu sinar \ncomeback\n yang perlu diberi perhatian oleh para pelabur kerana kemasukan \r\nforeign fund boleh meningkatkan demand pada harga saham dan seterusnya terus memberikan sokongan kuat pada harga \r\nsaham. Kemasukan foreign fund juga sekiranya dibandingkan dengan indeks FBMKLCI, mempunyai korelasi yang \r\nsangat tinggi.\n\n\nAdakah foreign fund akan terus masuk ke bursa malaysia? Masih terlalu awal untuk memberitahu sebab keadaan \r\nsemasa global & tempatan masih penuh dengan ketidakpastian. Kemasukan pada jumaat lepas juga mungkin \r\ndisebabkan aktiviti \n\"window dressing\"\n untuk mencantikkan \nportfolio fund\n masing2.\nNamun begitu, sinar ini boleh digunakan sebagai persiapan kepada sebarang pergerakan positif kemasukan-kemasukan \r\nakan datang. Antara satu strategi yang kami sarankan ialah melihat kepada \npegangan \r\nforeign funds\n berdasarkan laporan tahunan syarikat yang terkini, dan memberi fokus kepada saham-saham tersebut.\n\n\nSaham-saham ini mungkin telah dijual disebabkan ketidakpastian global & tempatan, dan sekiranya isu global & \r\ntempatan ini bersifat sementara, sudah pasti mereka akan memasuki semula saham-saham yang mereka telah kaji \r\nsebelum ini. Gambar dibawah menunjukkan gabungan saham dan nilai yang dipegang oleh Citibank New York, \r\nUOB Kay Hian, Dimensional, Credit Suisse, DBS Bank, State Street, Vanguard dan lain-lain \r\n(rujuk \nOther Shareholders\n untuk senarai penuh).\n\n\n\n\nAntara saham yang mempunyai \niSaham Score\n tinggi ialah \nKOSSAN\n, \r\n\nPPB\n, \nVITROX\n, \r\n\nPETDAG\n dan \nTENAGA\n. \r\nSekiranya anda lebih berminat dengan saham yang telah jatuh, saham yang boleh dipantau ialah \r\n\nTM\n, \nVITROX\n, \r\n\nMAXIS\n, \nTIMECOM\n \r\ndan \nUMW\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/aeon-di-era-transformasi-digital", "title": "AEON di Era Transformasi Digital", "body": "\n\nTA Securities memberikan harga sasaran buat \nAEON\n pada RM1.23. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada sentimen positif terhadap saham AEON ini. Pihak pengurusannya membuat usaha-usaha transformasi untuk kekal relevan dalam keadaan semasa. Mari kita lihat usaha tersebut seperti di bawah.\n\n\nPusat Beli Belah Digital\n\n\nPusat beli belah digital merupakan langkah yang dilaksanakan AEON. Di bawah langkah ini, ada MyAEON Fresh di mana barangan runcit boleh dipesan secara atas talian.\n\n\nBerkolaborasi bersama Happy Fresh, AEON melaksanakan penghantaran yang cepat ke rumah pelanggan sekaligus memberikan servis nilai tambah buat penduduk ibu kota yang sibuk dan tidak dapat melanggan secara fizikal di AEON. Dengan berlanjutnya musim PKP, usaha ini dijangka akan mendapat sambutan baik pelanggan.\n\n\n\n\nMengubah tawaran barang-barang\n\n\nUsaha transformasi kedua AEON adalah mengubah tawaran barang-barang yang terdapat di AEON. Antaranya, memberikan tawaran barang-barang berharga 2.50 ringgit dan 5 ringgit sahaja. Begitu juga barang berharga RM10.00. Ini memberikan penjimatan sekaligus meningkatkan jualan di AEON. Ini membantu pemulihan prestasi kewangan AEON.\n\n\nKonsep kedai sebegini adalah konsep kedai 2 ringgit buat setiap barang.\n\n\nRumusan\n\n\nSentimen positif buat AEON didasari 2 faktor utama iaitu pengurusan yang cekap membuat keputusan strategik: MyAEON Fresh dan kedai konsep 2 ringgit yang harganya tetap. AEON menyedari bahawa di saat ekonomi meruncing, harga memainkan peranan penting buat pelanggan terus membeli belah. Selain itu, perkhidmatan menghantar barang ke rumah membolehkan nilai tambah diberikan kepada hidup pelanggan.\n\n\nDalam erti kata lain, usaha transformasi pertama dan kedua sangat membantu pelanggan dari segi harga dan juga servis.\n\n\nMari kita lihat sebentar keputusan kewangan AEON.\n\n\n\n\nTA membuat unjuran AEON akan melaporkan keuntungan sebanyak 85.7 juta ringgit buat tahun kewangan 2020.\n\n\nBagi tahun kewangan 2021 dan 2022 pula, TA mengunjurkan keuntung AEON masing-masing sebanyak 117 juta dan 132 juta ringgit. Namun ini hanyalah sebuah unjuran, dan kita boleh tentukan sama ada meyakini kajian yang dibuat atau tidak. Tambahan pula, terdapat pelbagai lagi faktor di luar jangkaan yang boleh mengubah keadaan di masa akan datang.\n\n\nSumber: TA Securities Holdings Bhd, Update Report"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/aerodyne-syarikat-perkhidmatan-drone-meneraju-dunia", "title": "Aerodyne - Syarikat Perkhidmatan Drone Menerajui Dunia", "body": "Kali ini, kita bukan berbincang tentang syarikat yang dah tersenarai, tapi syarikat yang agak baru dalam industri, dalam industri yang juga agak baru. Syarikat yang dimaksudkan ialah \nAerodyne\n yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam industri drone. Mereka bukanlah pengeluar drone, tetapi mereka menawarkan perkhidmatan yang melibatkan semakan visual dan disertakan dengan sains data kajian. Kajian yang dibuat membolehkan syarikat menjalankan operasi mereka dengan lebih cekap.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Aerodyne\n\n\n\n\n\n\nPernah menguji Kereta Terbang\n\n\nSyarikat ini agak baru ditubuhkan, iaitu pada tahun 2014. Mungkin ramai yang belum kenal dengan syarikat ini. Namun pada tahun 2019, mungkin ramai yang pernah dengar tentang sebuah pandu uji \"kereta terbang\". Inilah dia syarikat di sebalik percubaan kereta terbang itu, atau disebut sebagai Urban Air Mobility (UAM).\n\n\nPun begitu, UAM ini hanyalah sebuah projek jangka panjang, dan bukanlah perniagaan utama Aerodyne. Projek ini diusahakan berdasarkan pandangan pengasasnya, Kamarul A Mohamed bahawa dunia suatu hari nanti akan menggunakan pengangkutan ini untuk pergerakan yang lebih cepat. Namun buat masa ini, mereka tidak membangunkan projek ini secara aktif kerana dunia masih belum bersedia untuk perubahan ini, dan lebih banyak usaha ditumpukan untuk mengembangkan perniagaan drone.\n\n\nDi sebalik Aerodyne\n\n\nPada Mac lalu, Kamarul Muhamed dinamakan oleh EY Malaysia sebagai Entrepreneur of The Year (EOY) 2020 Malaysia. Gelaran ini diberikan terutamanya kerana ketahanan syarikat berkembang walaupun dicabar pandemik Covid-19. Tahun ini, Aerodyne dinobatkan sebagai syarikat kedua teratas dalam industri perkhidmatan teknologi drone di peringkat global.\n\n\n\n\n\n\nGambar: EY\n\n\n\n\n\n\nPada asalnya, Aerodyne hanya merupakan sebahagian daripada pecahan syarikat media yang beliau tubuhkan pada 2006. Beliau memulakan Aerodyne dengan tumpuan terhadap perkhidmatan Visual kepada Data. Aerodyne kemudiannya menawarkan penyelesaian keseluruhan untuk meningkatkan kecekapan operasi syarikat, suatu permintaan yang disedari wujud pada pelanggan mereka.\n\n\nPerkhidmatan DT3\n\n\nKemajuan teknologi drone kini membolehkan ia digunakan bukan sekadar tujuan penggambaran dan tindakbalas kecemasan. Ia juga boleh digunakan untuk kegunaan yang pelbagai, termasuklah pemetaan 2D dan 3D, pertanian jitu (precision agriculture), pengawasan dan sebagainya.\n\n\nPasaran drone mempunyai halangan kemasukan (entry barrier) yang rendah. Namun, pasaran ini boleh menawarkan perkhidmatan yang luas dengan nilai yang pelbagai. Pada nilai terendah, perkhidmatan ini boleh jadi seringkas penerbangan untuk penggambaran. Pada nilai tertinggi pula, visual yang diambil boleh dikaji dan seterusnya sebuah penyelesaian akan ditawarkan untuk menjadikan operasi syarikat lebih cekap, cepat, murah dan selamat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Aerodyne\n\n\n\n\n\n\nBagi Aerodyne, perkhidmatan drone ini ditawarkan\u00a0sebagai DT3, iaitu Drone Technology, Data Technology dan Digital Transformation. Dalam bahagian Drone Technology, sebuah drone hanya digunakan sebagai platform untuk sesebuah pekerjaan, antaranya penghantaran, penggambaran dan sebagainya. Data Technology adalah di mana kebanyakan nilai perniagaan ini dihasilkan. Pada perkhidmatan inilah mereka mengkaji data yang dikumpul dan penyelesaian dapat ditawarkan kepada pelanggan.\n\n\nAkhirnya untuk Digital Transformation, data yang dikaji dapat digunakan untuk mengubah cara syarikat beroperasi. Dengan penyelesaian yang diberi, syarikat boleh beroperasi dengan lebih cepat, cekap dan lebih murah. Dengan perubahan teknologi ini juga, kerja-kerja bahaya seperti pemeriksaan di udara yang perlu dilakukan secara fizikal kini boleh dibuat hanya menggunakan drone. Ia menjadikan kerja seperti ini lebih selamat.\n\n\nIndustri yang terlibat\n\n\nPerkhidmatan yang Aerodyne tawarkan ini boleh meliputi pelbagai industri, namun ada beberapa ciri perniagaan yang secara ringkasnya boleh memanfaatkan perkhidmatan drone ini. Antara perniagaan atau keperluan tersebut ialah pemilik aset, pertanian, hartanah dan pengawasan sempadan.\n\n\nDalam sesi radio BFM, Kamarul menjelaskan bahawa separuh pendapatan terbesar mereka disumbangkan oleh aktiviti pemeriksaan talian kuasa. Ini diikuti dengan industri tenaga boleh diperbaharu seperti solar dan kincir angin, dan akhir sekali, pertanian. Kamarul juga menyebut tentang penglibatan dalam aktiviti pengawasan sempadan dan juga maritim, di mana terdapat perjanjian yang telah dimeterai. Bahagian ini pula dijangka akan menjadi penyumbang pendapatan yang besar di masa akan datang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Aerodyne\n\n\n\n\n\n\nSetakat September 2018, mereka telah lengkapkan lebih 48,000 operasi penerbangan, periksa lebih dari 201,000 aset dan tinjau lebih 38,000 km infrastruktur janakuasa di serata dunia. Kepakaran yang mereka gunakan termasuklah pilot, jurutera, pembangun perisian dan pakar industri.\n\n\nBakal ke IPO\n\n\nAerodyne mempunyai perancangan untuk IPO dalam 3 hingga 5 tahun lagi. Namun, kita masih belum tahu di pasaran mana Aerodyne akan disenaraikan. Aerodyne telah pun melalui beberapa siri pembangunan dana di mana ia dapat menarik minat pelabur-pelabur tempatan dan juga asing. Antara dana asing yang berminat dengan Aerodyne adalah China, Jepun, Korea dan juga Indonesia.\n\n\n\n\n\n\nJejak Global Aerodyne. Gambar: Aerodyne\n\n\n\n\n\n\nMerujuk semula sesi radio BFM tadi, Kamarul menyatakan bahawa syarikatnya sentiasa mencatatkan keuntungan sejak ditubuhkan. Ketika diwawancara, beliau memberitahu buku pesanannya telah melangkaui USD 500 juta. Kepesatan industri ini juga adalah tinggi dengan CAGR sebesar 70%. Aerodyne juga berjaya mengukir nama di pasaran global dengan kedudukan nombor 2 dunia dalam industri ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/aktifkan-semula-akaun-cds-dengan-bursa-anywhere", "title": "Aktifkan Semula Akaun CDS Dengan Bursa Anywhere", "body": "Bursa Anywhere adalah tool yang sangat membantu untuk anda yang melabur di pasaran Bursa Malaysia. Dibangunkan oleh \nBursa Malaysia\n sendiri, aplikasi Bursa Anywhere telah menjalani beberapa kemaskini sejak pengeluaran Mei 2019. Kini, ia membolehkan anda untuk aktifkan semula akaun CDS tak aktif atau yang sudah dorman. Pengaktifan semula ini tidak dikenakan bayaran dari 10 April Sehingga 10 Julai iaitu selama 3 bulan.\n\n\nDengan pelancaran ciri baru ini, sesiapa yang nak aktifkan semula akaun CDS mereka tak perlu berurusan dengan pihak broker secara fizikal. Semuanya boleh diselesaikan dari telefon sendiri dari aplikasi Bursa Anywhere. Maka semakin mudahlah urusan pemegang akaun, dan di samping itu juga dapat mengurangkan pergerakan di kala pandemik COVID-19 ni merebak di luar sana.\n\n\nStatus akaun CDS\n\n\nAkaun anda dikatakan tidak aktif sekiranya maih terdapat sekuriti di dalam akaun, tetapi tiada transaksi kredit atau debit yang dilakukan dalam masa 36 bulan. Akaun yang dorman pula tidak ada apa-apa sekuriti, ditambah pula dengan tiada transaksi dalam masa 36 bulan.\n\n\nBacaan lanjut boleh didapati di \nlaman sesawang Bursa Malaysia\n.\n\n\nMenyemak status akaun anda\n\n\nMungkin ada di antara anda yang terfikir bagaimana nak buat semakan akaun. Maklumlah, dah lama tak trade, dah tak tahu sama ada tak aktif atau dorman atau tidak. Mudah sahaja caranya. Boleh semak dengan Bursa Malaysia di \npage ini\n dengan hanya memasukkan nombor IC anda. Keputusan akan terus keluar sama ada akaun anda tak aktif ataupun dorman ataupun tiada dari kedua-dua ini.\n\n\n\n\nCara pengaktifan semula akaun\n\n\nMuat turun Bursa Anywhere sekiranya anda belum berbuat demikian. Aplikasi ini sangat memudahkan untuk urusan yang berkaitan dengan akaun CDS.\n\n\n\n\nAnda cuma perlu log masuk, pergi ke tab \nMy Services\n di bahagian bawah skrin, dan pilih \nReactivate CDS Account\n. Seterusnya, ikut sahaja langkah yang digariskan. Dalam situasi biasa, anda akan dikenakan caj sebanyak RM 5, namun bayaran ini kini dikecualikan buat masa 3 bulan.\n\n\nPerkhidmatan yang ditawarkan Bursa Anywhere\n\n\nBursa Anywhere adalah aplikasi yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia sendiri. Maka aplikasi ini membolehkan anda mengendalikan pelbagai urusan yang berkaitan dengan CDS. Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui Bursa Anywhere:\n\n\n\n\nPindah saham antara akaun via FPX\n\n\nPandangan keseluruhan semua akaun CDS\n\n\nNilai portfolio saham\n\n\nKemas kini maklumat CDS secara layan diri\n\n\nNotifikasi Pengumuman Korporat untuk portfolio saham\n\n\nePenyata dengan rekod 12 bulan\n\n\n[TERBARU]\n - Pengecualian bayaran pengaktifan semula akaun (untuk 3 bulan)\n\n\n\n\nSekiranya anda rasa sudah agak lama tak melabur, boleh dapatkan ilmu atau refresh ilmu tu \ndi blog kami\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/aktiviti-window-dressing", "title": "Aktiviti Window Dressing", "body": " \nSatu minggu lagi tinggal untuk tahun 2018, saat-saat akhir di mana pengurus-pengurus syarikat nak tutup akaun, dan pengurus-pengurus dana (fund manager) nak kira dan siapkan laporan tahunan. Untuk dana yang perform semestinya tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Namun, untuk sesetengah dana, laporan yang tidak baik merupakan segala-galanya. Boleh jadi sebab pemegang unit amanah atau unit dana hilang kepercayaan atau membuat keputusan mengeluarkan duit dan pergi tak kembali.\nOleh sebab itu, berlakunya aktiviti window dressing pada penghujung tahun dan tarikh-tarikh laporan perlu dibuat. Apakah itu aktiviti window dressing? Window dressing merupakan aktiviti dimana pengurus dana menolak harga sesuatu saham supaya nampak cantik dalam laporan kewangan dana. Contohnya, sekiranya dana A membuat laporan tahunan untuk tahun 2018, dana A akan menolak harga pada hari terakhir bulan / tahun tersebut supaya prestasi nampak naik banyak, sedangkan keadaan fundamental syarikat mungkin tidak sekuat harga yang naik.\nContoh window dressing yang pernah berlaku:\nKLCC\n\n\n \nNAIM\n\n\n \nSPSETIA\n\n\n \nMITRA\n\n\n \nDIGI\n\n\n \n\n\nStrategi Window Dressing\n\n\n\n\n1. Cari saham yang selalunya naik berdekatan hujung tahun (atau \nquarter\n atau bulan)\n - Institusi dah start enjin untuk \nsupport\n saham-saham yang mereka pegang sebelum ini. Dengan pertambahan harga dan volume, pedagang akan cuba turut serta beli saham-saham tersebut. Semakin dekat dengan penghujung tahun atau \nquarter\n atau bulan, semakin kuat percubaan menaikkan harga. \nKami senaraikan saham-saham yang selalu naik di penghujung tahun dalam \nScreener Window Dressing\n (1W merujuk kepada 1 \nWeek\n - boleh pantau bermula 1 minggu terakhir sehingga hari terakhir hujung tahun).\n2. Cari saham yang selalunya naik pada hari terakhir hujung tahun\n - Saham dalam kategori ini selalu dinaikkan secara terang-terang (seperti 5 gambar contoh diatas), cuma hanya berlaku pada 15 minit terakhir saham didagangkan. Strategi ini memerlukan anda membeli \nsebelum\n pukul 4.44 petang (beli pagi pun digalakkan), dan queue sell [dengan harga asalkan untung] antara pukul 4.45-4.49 petang (Untuk yang takde masa, queue terus sell [dengan harga asalkan untung] selepas beli). \nSekiranya harga gap up pada pukul 4.50 petang, masih akan \nmatched\n pada harga tutup (dan bukannya harga anda queue sell) - Contoh beli harga RM7.90, queue sell harga RM8.00, tetapi masih \nmatched\n pada harga RM8.60 dan untung besar. Boleh rujuk \nScreener Window Dressing\n (1D merujuk kepada 1 \nDay\n iaitu harga yang naik hanya pada hari terakhir sahaja) untuk mendapat saham-saham yang suka naik hari terakhir sahaja.\n3. Cari institusi yang suka buat window dressing\n - Kami mendapati ada pattern beberapa institusi yang suka buat window dressing, jadi dengan melihat kepada saham-saham dan pergerakan harga pada penghujung tahun/suku/bulan, kita boleh fokus pada saham-saham yang dipegang oleh dana tersebut. \nBoleh baca posting blog sebelum ini iaitu \nhttps://www.isaham.my/blog/saham-milik-jerung-institusi\n untuk membuat kajian lanjut menggunakan cara ini. Senarai institusi yang selalu buat window dressing telah dibincangkan di dalam kelas iSaham (tidak dinyatakan disini bagi mengelakkan institusi-institusi berkaitan baca posting ni dan tak jadi window dressing).\n\n\n\n\nRisiko\n\n\n\n\nSemua strategi dalam saham mempunyai risiko tersendiri. Contohnya untuk strategi-strategi di atas, sangat bergantung pada institusi untuk membuat window dressing dengan membuat belian yang kuat, jadi boleh jadi institusi rasa tidak perlu buat atau tidak berbaloi dengan duit yang perlu digunakan. Aktiviti window dressing oleh institusi juga pernah diberi amaran oleh badan berkuasa tetapi setakat ini masih berlaku seperti biasa.\nStrategi-strategi diatas telah dibincangkan dengan mendalam dalam Sesi Khas iSaham 1 yang memberi fokus pada topik Window Dressing dan juga kelas-kelas iSaham sepanjang Disember. Info semasa dikupas lebih awal di dalam kelas, jadi boleh perhati rapat pada tarikh-tarikh kelas iSaham di \npage Events di Facebook iSaham\n untuk tidak terlepas input penting pada masa akan datang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/alice-walton-antara-wanita-terkaya-di-dunia", "title": "Alice Walton Antara Wanita Terkaya di Dunia", "body": "Setiap tahun Forbes akan mengeluarkan senarai golongan terkaya di dunia. Kebiasaannya senarai ini dimonopoli oleh golongan lelaki yang dikira berdasarkan nilai kekayaan seseorang. Namun pada Forbes ke-35, jumlah jutawan wanita telah meningkat kepada 328 orang berbanding 241 orang pada tahun 2020.\n\n\nDaripada senarai 20 orang terkaya di dunia, terdapat dua orang wanita yang tersenarai dengan menduduki tangga ke-12 iaitu Francoise Bettencourt Meyers dan Alice Walton dengan menduduki tangga ke-17. Oleh itu blog kali ni, kita akan membincangkan mengenai Alice Walton yang berjaya menduduki wanita kedua terkaya di dunia.\n\n\nSiapa Alice Walton?\n\n\nAlice Walton dilahirkan pada 7 Oktober 1949 di sebuah kawasan yang bernama Newport, Arkansas. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan terkenal yang telah mengasaskan Walmart Inc (dulu dikenali Wal-Mart Stores) dan Sam's Club. Manakala ibunya, Helen Robson Walton adalah peminat setia dalam dunia lukisan seni dan rakan perniagaan kepada suaminya.\n\n\nAlice merupakan anak bongsu dalam adik beradiknya dan mempunyai 3 orang abang iaitu Samuel Robson Walton (1944), John Thomas Walton (1946) dan Jim Carr Walton (1948). Setahun selepas kelahiran Alice, keluarganya telah berpindah ke Bentonville yang terletak di bahagian timur laut Arkansas dan menubuhkan kedai pertama yang dikenali \"Walton's 5 &10\". Kedai ini diambil sempena nama keluarga beliau.\n\n\n\n\n\n\nWalmart Muzium yang mengambil konsep daripada kedai pertama yang ditubuhkan iaitu Walton's 5-10. Gambar: \nbillontheroad.com\n\n\n\n\n\n\nZaman Persekolahan\n\n\nAlice Walton juga seperti kanak-kanak yang lain yang mempunyai minat ketika zaman kecil. Minat terhadap bidang seni semakin terserlah apabila beliau telah membeli salinan lukisan Picasso's \"Blue Nude\" dengan bermodalkan sebanyak USD 25 sen. Selain itu, Alice adalah seorang aktif dengan aktiviti dunia luar seperti menunggang kuda, mengisi masa lapang dengan melukis cat air bersama ibunya ketika mengadakan aktiviti perkhemahan dan lain-lain.\n\n\nKetika menerima pendidikan di Bentonville High School (BHS) Alice terlibat dalam pelbagai persatuan seperti kelab bahasa Sepanyol, kelab seni dan lukisan serta kelab kemasyarakatan. Beliau juga berlakon sebagai pelakon pembantu dalam drama 'Pardon My Millions'.\n\n\nPada tahun 1967, beliau telah melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah dalam bidang ekonomi dan kewangan di Universiti Trinity di San Antonio, Texas. Alice telah menamatkan pengajian pada tahun 1971 sebelum memasuki dunia pekerjaan.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \ntrinity.edu\n\n\n\n\n\n\nBermulanya Kerjaya\n\n\nSelepas menamatkan pengajian di Universiti Trinity, Alice tidak menceburkan diri dalam perniagaan keluarganya berbanding 3 orang abangnya yang terlibat secara langsung dalam perniagaan Walmart. Walau bagaimanpun, Alice sempat menjadi penjual baju kanak-kanak di Walmart. Kerjaya ini tidak bertahan lama disebabkan Alice berpendapat tidak bersesuaian dengan dirinya.\n\n\nFirst Commerce Corporation\n\n\nAlice memulakan pekerjaan yang sebenarnya sebagai \nAnalyst and Money Manager\n di First Commerce Corporation. Pekerjaan ini dilaksanakan oleh Alice dalam tempoh yang singkat.\n\n\nArvest Bank Group\n\n\nSetelah meninggalkan First Commerce Corporation, Alice telah memegang jawatan sebagai \nvice chairperson \ndan ketua dalam semua aktiviti pelaburan di Arvest Bank Group. Selepas itu, Alice telah berpindah ke New Orleans untuk menjadi broker di firma broker saham E.F. Hutton.\n\n\nLlama Company\n\n\nPada pertengahan tahun 80-an, Alice telah kembali ke Arkansas untuk membuka ladang kuda. Sepanjang memelihara kuda, Alice juga memasang niat untuk membuka perniagaan berkonsepkan keluarga (family business). Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan sebuah bank pelaburan kewangan yang dikenali Llama Company. Syarikat ini dijadikan sebagai anak syarikat Walton Enterprise.\n\n\nDalam syarikat ini Alice telah memegang jawatan sebagai CEO yang bercita-cita ingin meningkatkan semula ekonomi di Northwest Arkansas. Namun, Llama Company hanya bertahan selama 10 tahun dan ditutup pada tahun 1998. Selepas bersara dari dunia kewangan, Alice telah membawa semua kudanya dan memidahkan ladang ke Texas pada tahun yang sama. Ladang di Texas ini berkeluasan 3,200 ekar dan menjadikan salah satu perternak \ncutting horse\n terbaik pada ketika itu.\n\n\n\n\n\n\nAlice pernah berkhidmat di sebuah bank yang dikenali Arvest Bank. Gambar: \ncoconutsoftware.com\n\n\n\n\n\n\nPencinta Seni\n\n\nAlice Walton merupakan peminat dan pencinta seni lukisan semenjak semenjak berusia 11 tahun. Lukisan pertama yang dibeli adalah \"Blue Nude\" karya Picasso's. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni lukisan, Alice Walton telah menubuhkan sebuah galeri seni lukisan yang dikenali \nCrystal Bridges Museum of American Art\n. Galeri ini telah dibina oleh Moshe Safdie dan dibuka secara rasmi pada 11 November 2011. Sejak dibuka, ia telah menerima sekitar 5 juta pengunjung yang terdiri daripada berlainan negara.\n\n\nSelain itu, Alice Walton juga dikenali sebagai pembida misteri terhadap koleksi seni lukisan. Beliau sanggup berbelanja sebanyak jutaan dolar untuk mendapatkan lukisan tersebut. Antara lukisan yang berjaya dibida iaitu\n\n\n\n\nGilbert Stuart's portrait of George Washington from 1797 (USD 8 juta)\n\n\nAsher B. Durand's \" Kindred Spirits\" from 1849 (USD 35 juta)\n\n\nNorman Rockwell's 1943 \"Rosie the Riveter\" (USD 4.9 juta)\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : \ncrystalbridges.org\n\n\n\n\n\n\nWalmart\n\n\nWalmart merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat yang terlibat dalam bidang peruncitan. Ia menguruskan pelbagai rangkaian seperti pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka dan perkhidmatan barangan secara dalam talian. Umumnya, syarikat ini ditubuhkan pada 1962 yang diasaskan oleh bapa Alice Walton iaitu Sam Walton.\n\n\nBermulanya daripada sebuah kedai sahaja, kini pada tahun 2018 Walmart mempunyai 11,277 kedai di 27 buah negara. Syarikat ini telah didagangkan secara awam pada tahun 1972 di pasaran Bursa Saham New York. Secara keseluruhannya, sebanyak 51% pegangan syer Walmart melalui syarikat induknya Walton Enterprises yang dipegang oleh keluarga Walton.\n\n\n\n\n\n\nGambar : britannica.com\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Walton\n\n\nBerdasarkan penilaian Forbes pada tahun 2020, keluarga Walton dikategorikan sebagai keluarga yang terkaya yang melibatkan perniagaan berkeluarga di Amerika Syarikat. Ia mencatatkan anggaran kekayaan sebanyak USD 247 bilion.\n\n\nJumlah kekayaan yang dimiliki oleh Keluarga Walton pada tahun 2021:\n\n\n\n\nAlice Walton - USD 61.8 bilion (17 terkaya di dunia)\n\n\nJim Walton - USD 60.2 bilion (18 terkaya di dunia)\n\n\nRob Walton - USD 59.5 bilion (19 terkaya di dunia)\n\n\n\n\nNilai Kekayaan\n\n\nPada suatu ketika, Alice telah memegang gelaran sebagai wanita terkaya di dunia pada tahun 2020. Namun kedudukan ini telah berjaya dipintas oleh cucu kepada pengasas Loreal iaitu Francoise Bettencourt Meyers. Nilai kekayaan, Alice telah meningkat kepada USD 61.2 bilion tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya sebanyak USD 54.4 bilion. Sebahagian besar kekayaan Alice diperolehi pegangan syer Walmart. Beliau memiliki saham Walmart melebihi USD 11 bilion pada bulan September 2016.\n\n\nPada tahun 2015, beliau telah menjual semua kuda peternakannya dan pindah ke Fort Worth, Texas. Penjualan ini disebabkan Alice ingin menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap Crystal Bridge. Galeri seni ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Hal ini demikian kerana, Alice ingin menyebarkan sejarah negara melalui seni lukisan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/analisis-pegangan-terbaru-warren-buffett-dalam-saham", "title": "Analisis Pegangan Terbaru Warren Buffett dalam Saham", "body": "Warren Buffett adalah antara figura yang tersohor dalam dunia pelaburan. Untuk sesiapa pun yang sedang melabur dalam pasaran saham, kita boleh gunakan pegangan saham Warren Buffett sebagai panduan pelaburan. Dalam penulisan ini, kita akan lihat pegangan terbaru Warren Buffett di kala dunia kini berubah disebabkan pandemik Covid-19. Di iSaham, anda boleh guna \nscreener Warren Buffett\n untuk lihat saham yang bersamaan dengan portfolio beliau di Bursa Malaysia. Saham-saham ini bukan saham yang dibeli oleh Warren Buffett, tetapi saham yang mirip menggunakan \ncorrelation analysis\n yang kami bangunkan di iSaham.\n\n\n\n\nA. Tambahan terbaru\n\n\nAntara pegangan terbaru yang ditambah oleh Warren Buffett ialah saham dalam sektor:\n\n\n\n\nEmas\n\n\nOil & Gas\n\n\nMedia\n\n\nREITs\n\n\nRetail\n\n\n\n\n1. Emas\n\n\nDalam 3 bulan terbaru, Warren Buffett telah menambah pegangan saham yang banyak dalam syarikat berkaitan \nemas\n, iaitu Barrick Gold Corporation. Dari sini, kita boleh kata bahawa syarikat berkaitan emas adalah saham yang boleh diperhatikan.\n\n\nNamun, kita masih perlu perhalusi jenis perniagaan emas apa yang berkaitan untuk syarikat tersebut. Walaupun harga emas semakin naik, bukan semua syarikat mendapat kelebihan yang sama. Barrick Gold adalah syarikat yang menjalankan perlombongan emas. Emas yang dijumpai boleh disimpan ataupun dijual pada harga yang semakin tinggi mengikut harga emas semasa. Oleh itu, syarikat perlombongan emas mempunyai kelebihan berbanding syarikat yang berdagang emas.\n\n\nSyarikat yang dagangkan emas boleh mendapat untung dengan jualan emas atau barang kemas pada harga semasa. Namun apabila stok jualan berkurang, mereka masih perlu beli stok emas baru pada harga yang semakin tinggi seperti yang kita boleh lihat berlaku sekarang ini. Jadi, syarikat yang berdagang emas tidak mendapat kelebihan yang sama yang dirasai syarikat melombong emas.\n\n\n\n\nAntara saham di Bursa yang boleh diperhatikan ialah:\n\n\n\n\nGOLDETF\n\n\nMUI Properties\n\n\nBahvest\n\n\nBorneo Oil\n\n\n\n\n2. Oil & Gas\n\n\nWarren Buffett ada membuat beberapa pelarasan dalam portfolio beliau untuk \nsektor Oil & Gas\n. Beliau tidak membuang pegangan oil & gas secara keseluruhan. Namun, beliau lepaskan pegangan saham oil & gas yang kurang bagus, dan membuat belian dalam saham oil & gas dalam syarikat yang lebih berkualiti.\n\n\nDi sini kita boleh lihat bahawa Warren Buffett masih meletakkan harapan pada oil & gas. Mungkin apabila dunia kembali seperti biasa nanti, maka ramailah yang berbondong-bondong membeli saham minyak dan gas.\n\n\n\n\nDi Bursa, anda boleh perhatikan saham-saham seperti:\n\n\n\n\nDayang\n\n\nCarimin\n\n\n\n\n3. Lain-lain pegangan\n\n\nAntara pegangan baru yang lain dibeli oleh Warren Buffett ialah saham-saham dalam sektor:\n\n\n\n\nMedia/Iklan\n\n\nREITs\n\n\nRetail\n\n\n\n\nSyarikat \nmedia\n yang dibeli oleh Warren Buffett ialah Liberty Media. Di bawah Liberty terdapat beberapa syarikat seperti Formula One Group, Manga Entertainment dan juga Film Roman.\n\n\nDalam \nsektor REITs\n, beliau membeli Store Capital. Keunikan Store Capital ini adalah strategi pegangan Real Estate yang tertumpu terhadap premis yang menyediakan perkhidmatan. Contohnya ialah restoran, tadika, gimnasium, klinik veterinar dan klinik penjagaan.\n\n\nSaham terbaru dalam \nsektor retail\n yang dipilih oleh Warren Buffett adalah Kroger yang merupakan pasar raya terbesar di Amerika berdasarkan pendapatan (revenue).\n\n\nB. Pengurangan terbaru\n\n\nWarren Buffett telah membuang atau mengurangkan pegangan dalam beberapa sektor ini:\n\n\n\n\nPenerbangan\n\n\nPerbankan\n\n\nRestoran\n\n\n\n\n1. Penerbangan\n\n\nSyarikat penerbangan mengalami kesan terbesar akibat Covid-19 dan tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti sedia kala. Di kala angka pesakit Covid-19 semakin meningkat di serata dunia, banyak negara yang mengamalkan polisi untuk menutup pintu masuk ke negara masing-masing. Oleh itu, kita dapat lihat pengurangan aktiviti penerbangan dari mana-mana operator sekalipun.\n\n\nSaham terlibat yang boleh dijauhkan:\n\n\n\n\nAir Asia Group\n\n\nAir Asia X\n\n\n\n\n2. Perbankan\n\n\nWarren Buffett telah melepaskan semua pegangannya dalan Goldman Sachs, sebuah syarikat perbankan. Selain itu, beliau juga melepaskan pegangan yang banyak dalam syarikat perbankan yang lain seperti JPMorgan Chase, Wells Fargo dan PNC.\n\n\n\n\nDalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini, hakikatnya ramai yang lebih berhati-hati untuk membuat hutang-hutang baru. Maka ini boleh mengurangkan pendapatan \nbank\n.\n\n\nAnda mungkin ingin menjauhi sektor perbankan, dan satu-satunya saham bank yang boleh didagang dengan mematuhi syariah adalah \nBank Islam\n.\n\n\n3. Restoran besar\n\n\nDengan ketakutan orang ramai terhadap jangkitan wabak Covid-19 ini, ramai yang lebih suka untuk makan di rumah. Kapasiti tempat duduk di restoran juga dikurangkan untuk mengekang penularan wabak ini. Maka kita boleh jangka penurunan pendapatan dalam sektor francais restoran. Antara saham yang anda boleh elakkan ialah:\n\n\n\n\nBerjaya Food\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/analisis-teknikal-kenapa-carta-saham-boleh-dibaca", "title": "Analisis Teknikal: Kenapa Carta Saham Boleh Dibaca", "body": "Dalam saham, analisis teknikal merujuk kepada kajian pergerakan saham untuk mencari harga terbaik berdasarkan potensi kenaikan saham ke hadapan. Kajian ini dibuat dengan melihat pada corak pergerakan saham dan volume transaksi terdahulu berdasarkan carta harga saham. Kaedah ini berbeza dengan penilaian fundamental yang menumpukan pada kekuatan syarikat dan perniagaan syarikat tersebut. Dari sudut lain, analisis teknikal melihat pada sentimen pelabur terhadap saham yang diperhatikan.\n\n\n\n\nKaedah analisis teknikal yang diketahui umum ini asalnya diperkenalkan oleh Charles Dow dan Dow Theory pada lewat abad ke-19. Teori ini juga turut disumbangkan oleh tokoh-tokoh seperti William P. Hamilton, Robert Rhea, Edson Gould dan John Magee.\n\n\nFalsafah analisis teknikal\n\n\nDi sebalik pemerhatian carta saham untuk analisis teknikal, terdapat falsafah yang menjadikan ianya sebuah kaedah yang boleh diguna pakai. Falsafah analisis teknikal ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nPasaran mengambil kira semua perkara\n\n\nHarga bergerak dalam suatu trend\n\n\nSejarah berulang\n\n\n\n\nPasaran mengambil kira semua perkara\n\n\n\u201cMarket action discounts everything\u201d. Itulah yang tertulis dalam kitab-kitab para penganalisis teknikal dan ini adalah penyataan yang paling penting dalam analisis teknikal. Ia membawa maksud bahawa segala perkara yang boleh menyebabkan harga saham itu bergerak telah pun dan akan dicerminkan pada harganya. Ini bermakna kekuatan fundamental syarikat, keadaan politik, tanggapan dan sebagainya - semuanya menyumbang kepada pergerakan harga pasaran saham.\n\n\n\n\nKadang-kadang dalam melabur saham, tiba-tiba kita lihat sesebuah saham yang entah dari mana boleh naik. Kita tertanya-tanya \u201ckenapa saham ni naik\u201d? Kita nampak harga beratur yang kita tak pernah terfikir, dan kita tanya \u201ckenapa beratur harga sekian\u201d? Inilah yang dimaksudkan dalam falsafah pertama ini - bahawa psikologi, fundamental, berita dan apapun aspek - segalanya telah pun diambil kira. Sebenarnya orang biasa macam kita mungkin tak tahu kenapa, dan sebenarnya bukan menjadi tumpuan ahli teknikal pun. Maka apa yang perlu dibuat adalah untuk kaji pergerakan saham sahaja.\n\n\nHarga bergerak dalam suatu trend\n\n\nPergerakan saham akan mengikuti suatu trend. Dalam tulisan asalnya, \u201cPrice moves in trends\u201d. Ini bermaksud apabila sesebuah saham itu berada dalam trend menaik, ia akan terus mengikuti trend ini. Sama juga apabila saham itu dalam trend menurun atau mendatar, ia akan mengikuti trend tadi. Dan trend ini boleh jadi berkekalan untuk jangka masa pendek, sederhana, ataupun panjang.\n\n\nSejarah berulang\n\n\nAhli teknikal percaya bahawa perkara yang terjadi dalam sejarah adalah berulang: \"History repeats itself\". Sifat ini sebenarnya diambil dari psikologi manusia itu sendiri. Manusia mempunyai sifat takut dan tamak, pesimis dan optimis. Ini adalah suatu kualiti yang ada pada manusia dan tak dapat diubah. Maka dari sifat ini, suatu pergerakan saham itu dapat dianalisa seperti kita menganalisa \u201cmood\u201d pasaran. Ia juga bermaksud pergerakan saham ke hadapan boleh diramal berdasarkan apa yang telah berlaku pada masa yang lalu.\n\n\nAnalisis Teknikal dan Fundamental\n\n\nAhli fundamental lebih menumpukan pada kewangan dan potensi syarikat, manakala ahli teknikal hanya melihat pada pergerakan harga saham. Setelah baca semua perenggan di atas, mungkin anda sedar bahawa tak ada penyataan pun yang membincangkan tentang untung rugi syarikat. Ahli teknikal menganggap semua ini telah pun dikira dalam harga saham. Maka boleh dikatakan penelitian dari segi teknikal juga mengambil kira fundamental syarikat (seperti dalam falsafah pertama tadi) dalam melihat pada pergerakan harga saham.\n\n\nWalaupun analisis dari sudut teknikal telah pun mengambil kira fundamental sesebuah syarikat, namun ia bukanlah analisis yang lebih baik secara mutlak. Seorang ahli fundamental yang bagus dapat melihat lebih banyak pada sesebuah syarikat dan boleh menilai harga saham dengan lebih baik. Persoalan analisis mana yang lebih baik adalah lebih kepada kelebihan dan kepakaran seseorang dalam menggunakan ilmu tersebut.\n\n\nInstrumen analisis teknikal\n\n\nterdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan dalam ilmu analisis teknikal. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSupport dan Resistance\n\n\nTrend harga\n\n\nMoving Average\n\n\nOscillator\n\n\nChart Pattern\n\n\nVolume dan Momentum\n\n\n\n\nSetiap instrumen ini boleh memberikan maklumat yang berbeza kepada penilaian pergerakan harga saham. Tajuk-tajuk ini akan dibincangkan di masa akan datang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-itu-ipo", "title": "Apa itu IPO?", "body": "IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Initial Public Offering ni adalah situasi di mana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam. Dengan terbukanya milikan ini kepada awam, maka syarikat ini pun akan tersenarai dalam Bursa malaysia dan kita boleh jual dan beli saham mereka. Dipendekkan cerita, IPO ni adalah saham yang baru dibuka kepada awam.\n\n\nKenapa syarikat ingin menuju ke arah IPO?\n\n\nJadi kenapa syarikat ini jual sebahagian milikannya kepada orang awam? Jawapannya yang pertama adalah untuk mendapatkan dana yang berjumlah besar. Syarikat yang ingin disenaraikan dalam Bursa kebiasaannya mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, sama ada dengan menambah cawangan, modal kerja, aset dan sebagainya. Lain syarikat, lain cara penggunaan dana.\n\n\n\n\nSelain itu, syarikat yang tersenarai kepada awam dilihat sebagai mempunyai reputasi tinggi. Dengan reputasi ini, ia dapat menarik perhatian lebih banyak tenaga kerja dan bakat yang bagus. IPO juga adakalanya menjadi kayu ukur kejayaan syarikat. Syarikat yang berjaya tersenarai kepada awam dianggap berjaya kerana bisnes mereka laku di pasaran.\n\n\nTarikh-tarikh berkaitan IPO\n\n\nTerdapat beberapa tarikh yang berkaitan untuk IPO. Baru-baru ini team kami ada tuliskan \ntentang IPO Mestron\n, jadi kita gunakan sebagai contoh supaya boleh dapat idea dari segi jangka masa tarikh yang diberi.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka (Opening of application):\n\n\nTarikh: 23 Mei 2019, 10.00 pagi\nPenerangan: Ini adalah tarikh anda boleh mula beli IPO. Boleh beli melalui bank secara online.\n\n\nPermohonan ditutup (Closing of application):\n\n\nTarikh: 3 jun 2019, 5.00 petang\nPenerangan: Selepas tarikh dan waktu ini anda sudah tak dapat beli IPO yang diumumkan.\n\n\nCabutan saham (Balloting of application):\n\n\nTarikh: 10 Jun 2019\nPenerangan: Disebabkan ramai yang beli IPO, ia diagihkan mengikut cabutan undi. Ini adalah tarikh cabutan dibuat.\n\n\nAgihan saham kepada yang berjaya (Allotment of IPO shares to successful applicants):\n\n\nTarikh: 17 Jun 2019\nPenerangan: Tarikh saham masuk dalam akaun CDS anda.\n\n\nTentatif penyenaraian (Tentative listing date):\n\n\nTarikh: 18 Jun 2019\nPenerangan: Tarikh saham disenaraikan di Bursa dan boleh didagangkan.\n\n\n\n\nApa kelebihan beli IPO?\n\n\nHarga saham IPO kebiasaannya diletakkan lebih rendah berbanding harga sebenar. Dengan itu, harga saham akan naik pada hari pertama dan memberikan tanggapan saham mereka bagus. Namun harga saham yang ditawarkan juga tertakluk kepada keputusan pemilik syarikat, dan terdapat juga kemungkinan harganya akan jatuh pada hari pertama dibuka kepada awam.\n\n\n\n\nAnda boleh lihat \nprestasi saham IPO di sini\n. Berdasarkan statistik, dengan ketepatan setinggi 87%, anda boleh terus mendapatkan keuntungan sebanyak 22.88% pada hari pertama saham IPO disenaraikan. Oleh itu, salah satu contoh strategi IPO adalah untuk dijual pada hari pertama. Namun terdapat juga kemungkinan bahawa harga saham tersebut akan terus meningkat untuk jangka masa yang lebih panjang. Pendek cerita, menggunakan iSaham, anda bolehlah merangka strategi untuk mendapatkan yang terbaik dari pelaburan anda.\n\n\nBagi yang berminat nak membeli IPO, boleh baca \ncara membeli IPO di sini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-itu-saham", "title": "Apa Itu Saham?", "body": "Saham merupakan salah satu instrumen pelaburan yang boleh didapati di pasaran wang. Dalam konsep saham, anda boleh bayangkan menjalankan perniagaan bersama dengan rakan kongsi. Keuntungan dan kerugian sama-sama dikongsi, malah penambahbaikan dan cadangan juga boleh disampaikan antara rakan kongsi yang lain. Oleh itu, anda juga memiliki sebahagian daripada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.\n\n\n\n\nSaham sebagai alat pelaburan\n\n\nSecara umumnya, saham boleh dibeli untuk tujuan kenaikan modal ataupun pendapatan dividen. Sesebuah saham akan didagangkan pada harga tertentu. Bergantung kepada prestasi dan keyakinan pelabur terhadap syarikat, harga ini boleh naik dan turun. Untuk mendapat kenaikan modal, seorang pelabur itu akan beli saham syarikat pada harga yang rendah. Modal ini akan berkembang apabila harga saham syarikat semakin naik.\n\n\nSebagai menghargai kebersamaan pemegang saham dalam menjalani perniagaan, syarikat juga boleh mengumumkan dividen. Dividen kebiasaannya diberi apabila syarikat mencatatkan keuntungan. Bergantung kepada syarikat, ada yang berikan dividen pada jumlah yang besar, ada yang nilainya kecil. Pendapatan dividen ini kebiasaanya lebih merujuk kepada pelaburan jangka panjang.\n\n\nKenapa melabur saham?\n\n\nSaham merupakan satu instrumen pelaburan yang paling berisiko. Namun, ia masih menjadi antara instrumen yang paling diminati oleh pelabur. Antara sebabnya adalah ia juga boleh memberikan pulangan yang paling lumayan. Di sinilah yang orang kata \nhigh risk, high reward\n.\n\n\nIndividu terkaya dunia juga kebiasaannya mempunyai aset dalam bentuk saham. Individu seperti Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, Elon Musk dan sebagainya memiliki saham dalam syarikat mereka sendiri. Kenaikan harga saham syarikat mereka menjadikan ekuiti mereka lebih bernilai,\u00a0seterusnya\u00a0menaikkan nilai aset dan kekayaan mereka.\n\n\n\n\nDi Malaysia, kita sendiri boleh lihat institusi-institusi seperti \nASB, KWSP dan Tabung Haji melaburkan wang\n caruman ahli ke dalam pasaran saham. Institusi-institusi ini sememangnya ditubuhkan bagi tujuan simpanan dan pelaburan ahli untuk kegunaan kewangan di masa akan datang. Oleh itu, sekiranya kita melabur, kita menggunakan instrumen pelaburan yang sama dengan institusi-institusi ini. Bezanya kita melabur sendiri dengan modal yang dipegang, berbanding modal yang diuruskan oleh institusi ini.\n\n\nAdakah saham\u00a0patuh syariah?\n\n\nDalam melabur untuk menjadikan hidup kita lebih baik, satu aspek yang sudah tentu kita perlu titikberatkan adalah isu halal haram pelaburan tersebut. Adakah pelaburan saham itu sendiri patuh syariah? Satu rujukan utama yang anda boleh lihat ialah SC atau \nSecurities Commission\n. SC merupakan badan yang diberikan mandat untuk mengawalselia aktiviti pelaburan di Malaysia. Mereka juga yang akan mengeluarkan senarai saham yang patuh dan tak patuh syariah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: SC\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya, pelaburan saham itu patuh syariah sekiranya anda membeli \nsaham-saham patuh syariah\n. Untuk perbincangan lebih mendalam seperti sebab belian, tempoh belian, cara belian dan sebagainya, anda boleh rujuk tokoh-tokoh kewangan Islam yang berkaitan.\n\n\nPenutup\n\n\nDalam berbicara tentang pelaburan, saham merupakan satu instrumen yang hampir susah untuk tidak dibincangkan. Ramai yang boleh menjana pendapatan dengan saham. Namun, tak sikit juga yang jatuh muflis sebab pelaburan saham ini. Ianya bergantung kepada ilmu dan cara pelaburan masing-masing. Untuk mengurangkan risiko, satu saranan boleh dibuat dan terpakai untuk apa-apa disiplin adalah untuk \nmendalami ilmu pelaburan saham\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-itu-screener-saham", "title": "Apa itu Screener Saham?", "body": "Dalam pelaburan saham ni, ada banyak cara pemilihan saham. Ada yang pilih saham berdasarkan harga uptrend. Ada yang tengok financial ratio ok ke tak ok. Ada juga yang ikut teori-teori yang mereka belajar dalam pemilihan saham. Sebenarnya semua strategi ini boleh dikuantifikasikan sebagai kriteria pemilihan saham. Mengikut kriteria yang tertentu, suatu saham itu dipilih sebagai medium pelaburan. Kriteria inilah yang diformulasikan sebagai screener.\n\n\n\n\nAda banyak kriteria yang boleh dimasukkan dalam screener saham. Ianya boleh disamakan dengan memilih kereta. Nak enjin berapa HP, berapa kelajuan maksimum, harga berpatutan dan sebagainya. Kalau dalam saham, kita mungkin nak cari saham yang ada revenue dan profit, uptrend, P/E ratio pun ok, ada dividend dan sebagainya.\n\n\nScreener apa nak guna?\n\n\n\n\nKadang-kadang kita main guna saja screener ni. Tahu-tahu je ada list saham yang entah mana datangnya. Masuk screener lain, lain pula list dia. Masuk dalam iSaham pula, lagilah banyak screener, ada free dan ada yang premium. Nak guna yang mana satu pun dah tak tahu. Kalau anda dah berpengalaman melabur, ada \njoin kelas iSaham\n atau mana-mana kelas saham pun mungkin dah tahu macam mana nak pilih screener. Di sini, kami akan senaraikan beberapa screener yang anda boleh mula tengok.\n\n\n\n\nOverall Score\n - Pemarkahan saham berdasarkan kekuatan fundamental dan teknikal. Cari yang bahagian \nTotal Score\n hijau untuk lebih yakin dengan kekuatan saham yang dibeli.\n\n\nHigh Dividend Yield Screener\n - Kalau anda nak peram sampai dapat dividend, screener ini mungkin untuk anda, cuma disamping dividen yang tinggi, cari saham yang dividen boleh bertahan (\nsustainable\n)\n\n\nSimple Uptrend Screener\n - Berdasarkan trend peningkatan harga dalam tempoh beberapa minggu ke beberapa bulan\n\n\nSimple Uptrend Screener+\n \n(Premium)\n - Sama seperti screener tadi, ditambah dengan kriteria \nEntry Price (EP)\n dan katalis (\ncatalyst\n) saham\n\n\nBeginner\u2019s Stocks\n - Saham yang mudah difahami dan menunjukkan prestasi 10 tahun yang mantap\n\n\nRounding Bottom Screener\n \n(Premium)\n - Berpandukan kaedah \nchart pattern analysis\n, \nscreener\n ini mencari saham yang membuat \npattern rounding bottom, cup & handle\n dan \nsaucers\n.\n\n\nFCON Screener\n \n(Premium)\n - Saham yang mempunyai fundamental yang konsisten\n\n\niScanner\n - Screener DIY yang anda boleh customize mengikut citarasa sendiri. Boleh \nbaca post berkaitan iScanner\n untuk ketahui lebih lanjut.\n\n\n\n\nIni adalah antara screener yang anda boleh mula tengok. Kalau anda inginkan pilihan yang lebih banyak, boleh pergi ke \nsenarai penuh screener iSaham\n. Kami telah pun kumpulkan screener ini mengikut kategori, antaranya Moving Average, Indicator, Candlestick, Volume Screener dan sebagainya.\n\n\nSekiranya anda nak gunakan screener premium, boleh buka akaun CDS dengan remisier iSaham. Selain itu, anda boleh juga langgan screener kami dengan bayaran setahun atau setengah tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai \niSaham Premium\n, \nboleh pergi ke link ini \n .\n\n\ni-BURSA"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-itu-waran", "title": "Apa itu waran?", "body": "Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa di platform trading kadang-kala ada saham yang mempunyai dua atau lebih nama yang hampir sama, tetapi mempunyai simbol tambahan di belakang seperti -WA, -WB, -WC dan seterusnya atau -C1, -C2, -C3?\n\n\n\n\nIa dikenali sebagai waran, bukannya saham. Untuk mengenali jenis-jenis waran yang terdapat di pasaran Bursa Malaysia, boleh rujuk artikel kami di \nsini\n.\u00a0\n\n\nAdakah waran sama seperti saham?\n\n\nWaran tidak sama seperti saham walaupun ianya diniagakan di pasaran Bursa dan mempunyai harga yang naik dan turun seperti saham. Waran adalah instrumen yang memberi hak kepada anda untuk menjadi pemegang saham. Instrumen ini memberi peluang kepada anda yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu, kemudian ia boleh ditukarkan kepada saham induk\u00a0(juga disebut sebagai \nmother share\n) pada masa akan datang dengan bayaran tambahan.\n\n\nIa seolah-olah anda membuat tempahan untuk membeli saham pada masa hadapan pada harga yang telah ditentukan dengan membayar sejumlah wang (harga waran) yang dianggap sebagai deposit.\n\n\nKomponen waran\n\n\nWaran mempunyai 3 komponen utama iaitu:\n\n\n\n\nTarikh luput (\nexpiry date\n)\n\n\nHarga pelaksanaan (\nexercise price\n)\n\n\nNisbah pertukaran (\nconversion ratio\n)\n\n\n\n\n\n\nTarikh luput\n\n\nSetiap waran mempunyai tarikh luput yang kebiasaannya antara 2 hingga 10 tahun. Ini bermakna anda tidak perlu menyimpan atau memegang waran sepanjang tempoh tersebut sebaliknya, anda boleh menjualnya semula kepada pelabur lain di pasaran saham.\u00a0\n\n\nTarikh luput ini penting kerana ia merupakan tarikh akhir di mana pemegang waran boleh menukarkan waran tersebut kepada saham induk. Jika anda tidak menjual atau menukar waran tersebut sebelum tarikh luput, anda boleh mengalami kerugian modal pelaburan.\u00a0\n\n\nHarga pelaksanaan\n\n\nHarga pelaksanaan merupakan harga tambahan yang perlu dibayar apabila anda memilih untuk menukarkan waran tersebut kepada saham induk.\n\n\nNisbah pertukaran\n\n\nNisbah pertukaran merujuk kepada pertukaran di antara waran dan saham induk. Dengan kata lain, ia merupakan bilangan waran yang diperlukan untuk membeli satu saham induk atau menukarnya kepada satu unit saham. Sebagai contoh, jika nisbah pertukaran adalah 3:1, ini bermakna anda memerlukan 3 unit waran untuk membeli 1 saham.\u00a0\n\n\nDi mana anda boleh mendapatkan ciri-ciri waran?\n\n\n\n\nLog masuk ke platform dagangan anda.\n\n\nCari waran yang anda berminat. Sebagai contoh, WIDAD-WA.\n\n\nRight-click\n dan tekan \nGeneral Info.\n\n\nAnda akan menjumpai ciri-ciri waran tersebut seperti di bawah.\n\n\n\n\n\n\nJika anda ingin melakukan penukaran waran kepada saham induk, boleh rujuk blog kami di \nsini\n.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-maksud-bid-dalam-bursa", "title": "Apa Maksud Bid dalam Bursa?", "body": "Sekiranya anda mengikuti sebuah lelongan, sebagai pembeli, anda akan tawarkan pada suatu harga yang anda rasakan wajar dengan apa yang dibeli. Sama juga dalam saham, istilah yang digunakan untuk perbuatan ini dinamakan sebagai bidaan ataupun dalam bahasa yang biasa digunakan dalam Bursa ialah \u2018bid\u2019. Kebiasaannya, bidaan harga akan dibuat sekitar harga terakhir ataupun harga paras support sesebuah saham.\n\n\nSaiz bid mengikut harga saham\n\n\nPerbezaan terkecil antara sebuah bidaan kepada bidaan seterusnya adalah satu bid. Namun, saiz bidaan dari segi nilai adalah berbeza mengikut harga saham. Saiz bidaan mengikut harga saham boleh dilihat seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJulat harga\n\n\nSaiz bidaan (sen)\n\n\nContoh (RM)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBawah RM 1.00\n\n\n0.5\n\n\n0.600 \u2192 0.605 \u2192 0.610\n\n\n\n\n\n\nRM 1.00 hingga RM 9.99\n\n\n1\n\n\n1.50 \u2192 1.51 \u2192 1.52\n\n\n\n\n\n\nRM 10.00 hingga RM 99.98\n\n\n2\n\n\n16.86 \u2192 16.88 \u2192 16.90\n\n\n\n\n\n\nRM 100 dan ke atas\n\n\n10\n\n\n144.40 \u2192 144.50 \u2192 144.60\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaiz bidaan boleh difaham dengan mengumpamakan saiz bidaan itu sebagai skala terkecil pada pembaris. Sekiranya anda melihat pada saham yang berharga 60 sen, harga bidaan seterusnya adalah pada 60.5 sen, 61 sen dan seterusnya. Sekiranya anda melihat pada saham yang berharga RM 1.50, bidaan seterusnya adalah pada RM 1.51, RM 1.52 dan seterusnya. Begitulah juga untuk saham berharga RM 10 ke atas dan RM 100 ke atas.\n\n\nSeperti saiz bidaan, bidaan harga untuk belian atau jualan juga perlu diletakkan berdasarkan bidaan mengikut harga saham. Sebagai contoh, sekiranya anda melihat pada saham yang bernilai RM 0.50 (bawah harga RM 1.00), anda \ntidak boleh\n berjual beli pada harga RM 0.501 kerana saiz ini tiada dalam ukuran bidaan saham pada harga tersebut (rujuk jadual). Begitu juga sekiranya melihat pada saham RM 1.50, saham ini \ntidak boleh\n dijual beli pada harga RM 1.505. Semua harga jual dan beli perlu mengikut jadual di atas tadi.\n\n\nNamun, anda mungkin tidak akan berbuat seperti contoh yang diberi kerana pilihan harga telah disusun dalam proses membuat transaksi jual atau beli.\n\n\n\n\n\n\nJadual belian atau jualan telah ditetapkan mengikut saiz bidaan\n\n\n\n\nApa maksud saham naik satu bid?\n\n\nSekiranya sesuatu saham itu meningkat sebanyak satu bidaan, bermakna saham itu telah naik sebanyak satu bid. Begitu juga untuk dua saiz bidaan dan seterusnya. Kalau harga turun pula, dan tentu disebut turun satu bid, dua bid dan seterusnya.\n\n\nSaiz bid ini pula dah tentu mengikut harga saham seperti dibincangkan di atas tadi (rujuk jadual). Namun, istilah ini lebih sesuai digunakan dalam kenaikan harga dalam saiz bidaan yang kecil. Kalau saham anda naik banyak, anda dah tak kira mengikut berapa bid. Anda cuma sebut naik berapa peratus atau nilainya naik berapa banyak.\n\n\nCukup ke satu bid kalau nak untung?\n\n\nSekiranya anda beli saham mengikut \nteknik BTST\n, anda mungkin mempunyai matlamat pelaburan yang sangat singkat (super short term). Ini juga bermakna kenaikan saham yang anda lihat mungkin hanya satu hingga empat bid (kalau nasib baik, lagi banyak).\n\n\nBergantung kepada modal yang anda letakkan, kenaikan satu bid pun sebenarnya boleh memberikan keuntungan. Ini sangat bergantung kepada modal dan harga saham yang dibeli. Dalam kes ini, anda boleh manfaatkan \nbuy calculator\n untuk menjangka keuntungan yang anda boleh jana dengan kenaikan bid yang kecil ini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-lepas-terima-saham-melalui-miti", "title": "Apa Nak Buat Lepas Terima Saham Melalui MITI?", "body": "Kalau anda datang ke post ini, mungkin anda sudah mohon saham melalui \nMITI\n dan tak tahu langkah seterusnya. Kalau belum mohon, mungkin anda nak \nbaca post ini\n. Jadi untuk post kali ini, kami akan terangkan jalan untuk anda yang dah mohon saham melalui MITI dan mungkin kurang jelas dengan prosedur yang perlu dibuat. Semuanya akan diterangkan dalam post ni secara terperinci.\n\n\nShortcut: Terus ke poin ke-5 untuk proses dokumentasi.\n\n\n1. Pengumuman permohonan saham melalui MITI\n\n\nSebenarnya MITI tak beritahu dari awal tarikh saham yang dipohon akan diumumkan. Ini disebabkan terdapat kemungkinan saham yang ditawarkan itu dibatalkan dari penyenaraian. Contohnya yang pernah berlaku pada QSR Trading yang merupakan anak syarikat JCorp. Sekiranya saham tak diteruskan untuk penyenaraian, sebarang bentuk bayaran akan dipulangkan semula kepada anda.\n\n\nKalau anda ingin cadangan kami macam mana nak kemaskini dengan maklumat seperti ini, caranya adalah dengan menyertai kumpulan perbincangan yang berbincang tentang saham. iSaham memiliki beberapa kumpulan perbincangan saham dalam aplikasi Telegram, dan ia merupakan salah satu kelebihan menyertai \niSaham premium\n.\n\n\nCara yang lebih manual adalah dengan pergi ke laman web portal saham online MITI setiap malam dan baca pengumuman yang dipaparkan. Anda juga mungkin ingin berdoa supaya mereka ada sistem notifikasi.\n\n\n2. Log masuk portal saham online MITI\n\n\nSekiranya proses agihan sudah sedia, MITI akan paparkan makluman di bahagian depan portal saham miti. Anda perlu cari makluman dengan tajuk \u201cSemakan status permohonan saham khas Bumiputera : Saham ABC kini DIBUKA\u201d. Bila dah keluar makluman ini, teruskan log in untuk lihat berapa banyak saham yang diberi kepada anda.\n\n\n\n\n3. Terima Saham\n\n\nSesudah log masuk, pergi ke tab \nMy Saham\n di bahagian atas laman web. Anda akan lihat senarai saham yang anda pernah mohon, disusun daripada paling lama di atas kepada paling baru di bawah.\n\n\nLihat pada column \nStatus Permohonan\n. Sekiranya \"Berjaya\", anda boleh pilih untuk \nTerima/Tolak\n dan tentukan kuantiti yang anda mahu. Kalau anda pasti untuk terima saham ini, tekan butang terima. Sekiranya anda masih ragu-ragu sama ada untuk terima atau tidak, boleh semak \nskor IPO kami\n sebagai rujukan.\n\n\n\n\n\n\nSenarai permohonan yang diproses\n\n\n\n\nJika anda mendapati sukar untuk mendapatkan info syarikat, berkemungkinan prospectus terbaru belum lagi dikeluarkan. Dalam kes ini, anda boleh hubungi \nIssuing House\n atau bank penasihat yang terlibat. Apa pun situasi, harus diingat bahawa anda bertanggungjawab untuk mengenal syarikat yang anda ingin labur. Dan jangan risau, selagi anda belum buat bayaran, transaksi belian tidak akan berjalan. Pihak yang menjalankan tugas akan semak dengan anda sekiranya anda tidak berhasrat meneruskan belian.\n\n\n4. Cetak dokumen\n\n\nSelepas anda sahkan untuk menerima saham dengan tekan butang terima, anda boleh cetak dokumen yang diperlukan. Klik pada ikon muat turun pada column \nSenarai Dokumen\n. Anda akan dipaparkan dengan tiga set dokumen. Secara ringkasnya, anda perlu cetak semua, dan ikut arahan yang ditulis yang melibatkan tarikh penghantaran dokumen, cara bayaran (biasanya secara bank draft), isi borang dan tanda tangan.\n\n\n\n\n\n\nCetak dan lengkapkan borang-borang ini\n\n\n\n\n5. Lengkapkan dokumen\n\n\nSeperti yang disebut tadi, ada tiga set dokumen yang anda perlu cetak.\n\n\n\n\nSurat Peruntukan Khas\n\n\nSurat Aku Terima\n\n\nArahan Pembayaran Bank\n\n\n\n\nPertama sekali, anda boleh rujuk dokumen Arahan Pembayaran Bank untuk baca perincian prosedur. Ada kemungkinan yang prosedur ini berbeza mengikut saham yang anda mohon. Secara ringkasnya, penghantaran dokumen ini melibatkan dua pihak, iaitu MITI dan Bank Penasihat atau Issuing House.\n\n\ni. Penghantaran ke MITI\n\n\n\n\n\n\n\n\nDokumen\n\n\nTindakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSurat Peruntukan Khas\n\n\nCetak\n\n\n\n\n\n\nSalinan Surat Aku Terima\n\n\nLengkapkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedua-dua dokumen ini perlu dihantar kepada MITI. Penghantaran boleh dibuat secara serahan tangan atau elektronik melalui email atau faks.\n\n\nii. Issuing House / Bank Penasihat\n\n\nBergantung kepada arahan, anda mungkin perlu menghantar set dokumen ini sama ada ke Issuing House atau Bank Penasihat.\n\n\n* Nama penerima ditulis dalam dokumen \nArahan Pembayaran Bank\n di bawah perincian \nPayment Mode\n.\n\n\n\n\n\n\nDokumen\n\n\nTindakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan Surat Aku Terima\n\n\nLengkapkan\n\n\n\n\n\n\nBank Draft / Telegraphic Transfer / lain-lain (mengikut arahan disediakan)\n\n\nUrusan dengan Bank*\n\n\n\n\n\n\nDelivery Instruction Form (DIF)\n\n\nLengkapkan dan lampirkan\n\n\n\n\n\n\nSalinan IC dan penyata CDS\n\n\nLampirkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nCadangan kami untuk dapatkan bank draft, gunakan bank yang kurang pengunjung berdekatan dengan kawasan anda kerana proses ini mungkin akan memakan masa.\n\n\nDelivery Instruction Form atau DIF perlu diisi dan dilampirkan sekali dengan dokumen Surat Aku Terima atau pembayaran, tertakluk kepada arahan yang disediakan.\n\n\nAda arahan yang tak menyatakan keperluan untuk salinan IC dan CDS. Namun, untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku, ada baiknya untuk sertakan sekali. Untuk salinan penyata CDS (dari Bursa), cukup sekadar sekalikan muka depan yang memaparkan nombor CDS.\n\n\n6. Hantar dokumen\n\n\nSelesai dokumen lengkap, boleh lah hantar sama ada melalui kurier ataupun melalui kotak serahan (drop box) di Issuing House yang berkenaan. Dokumen untuk dihantar ke Issuing House iaitu perakuan terima saham dan pembayaran mempunyai tarikh tutup yang berbeza. Namun, kalau anda sudah sedia untuk membuat bayaran, boleh terus sekalikan semua dokumen ke dalam drop box. Jangan lupa kemaskan semua dokumen dalam sampul. Ini boleh memudahkan pegawai yang bertugas menjalankan kerja mereka dengan lancar. Ini juga boleh elakkan kemungkinan dokumen yang tercicir.\n\n\nSebagai rumusan, prosedur yang perlu dibuat sebenarnya agak leceh. Namun, kalau anda ditawarkan saham melalui MITI ini, anda dikira bertuah kerana tawaran ini sudah pun memastikan anda menerima sejumlah saham. Pembelian saham yang dibuka kepada awam perlu melalui proses cabutan dan terdapat kemungkinan untuk tidak dapat membeli suatu saham yang ditawarkan. Maka gunakan peluang yang baik ini untuk memantapkan lagi pelaburan anda."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-lepas-terima-saham-melalui-miti-secara-online", "title": "Apa Nak Buat Lepas Terima Saham Melalui MITI (Secara Online)", "body": "Mungkin kini anda sudah tahu bahawa saham tawaran melalui MITI sudah boleh dipohon secara online. Kami juga telah membuat perkongsian tentang cara untuk membuat \npermohonan saham tawaran MITI secara online\n.\n\n\nBaru-baru ini, keputusan saham tawaran Senheng New Retail Berhad sudah pun keluar. Saham ini adalah saham tawaran yang pertama keluar selepas penambahbaikan laman web \nsaham online MITI\n. Jadi perkongsian kita kali ini adalah tentang langkah yang perlu dilakukan setelah menerima saham tawaran dari MITI dan akan menggunakan Senheng sebagai contoh.\n\n\n1. Pengumuman permohonan saham melalui MITI\n\n\nPengumuman permohonan saham melalui MITI akan diberitahu di laman web rasmi mereka. Buat masa ini belum ada notifikasi atau e-mel yang dihantar kepada pelanggan saham tawaran. Anda perlu menyemak secara manual setiap hari jika ingin tahu.\n\n\nCara yang lain ialah dengan menyertai kumpulan perbincangan saham yang aktif di Telegram. Jika anda adalah ahli \niSaham Pro\n, anda akan dapat masuk ke dalam kumpulan perbincangan kami secara percuma.\n\n\n2. Log masuk portal saham online MITI\n\n\nSekiranya proses agihan sudah sedia, MITI akan paparkan makluman di bahagian depan portal saham MITI. Anda boleh terus log masuk untuk melihat status permohonan anda.\n\n\n\n\n\n\nPengumuman keputusan IPO di laman web MITI\n\n\n\n\n\n\n3. Terima Saham\n\n\nSesudah log masuk, klik pada tab \nMy Saham\n di bahagian kiri halaman. Anda akan dapat melihat kesemua saham yang pernah anda pohon. Cari Senheng, dan sekiranya '\nBerjaya\n' anda boleh pilih untuk terima/ tolak atau boleh juga terima dengan kuantiti yang anda mahukan sahaja.\n\n\n\n\n\n\nHalaman My Saham\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsi kuantiti saham yang ingin diterima dan tekan 'Simpan'.\n\n\n\n\n\n\nJika info syarikat sukar dicari, berkemungkinan prospektus terbaru syarikat belum lagi dikeluarkan. Anda boleh hubungi \nIssuing House\n atau bank penasihat yang terlibat. Namun, harus diingatkan bahawa pelaburan yang anda hendak lakukan haruslah berdasarkan kajian yang telah anda buat sendiri.\n\n\n4. Menerima, mengesahkan dan membuat pembayaran\n\n\nBagi langganan saham tawaran, anda perlu menyemak prosedur dengan melihat pada lampiran yang telah disediakan pada saham tersebut di MITI.\n\n\n\n\n\n\nContoh prosedur untuk saham tawaran Senheng.\n\n\n\n\n\n\nSeperti contoh di atas, penerima saham tawaran Senheng perlu mendaftar akaun bersama \nissuing house\n terlebih dahulu. Segala pembayaran akan dilakukan melalui laman web mereka.\n\n\ni. Daftar akaun dengan Issuing House/ Bank Penasihat\n\n\nBagi Senheng, issuing house untuk syarikat ini ialah Tricor Investor & Issuing House Services (TIIH). Pendaftaran ini boleh dibuat di laman web \ntiih.online\n.\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran di laman web Tricor Investor & Issuing House.\n\n\n\n\n\n\nUntuk pendaftaran baru, anda hanya perlu klik pada butang '\nSign Up\n' dan ia akan membawa anda ke halaman seperti gambar di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsikan butiran diri anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsikan butiran diri anda dengan lengkap dan muat naik gambar kad pengenalan anda. Pastikan gambar yang dimuat naik adalah jelas. Sekiranya anda mempunyai nombor kad pengenalan yang lama, anda juga dikehendaki untuk mengisinya di ruang yang disediakan. Setelah selesai, klik pada butang '\nRegister\n'.\n\n\nSetelah itu, anda akan menerima e-mel yang memberitahu bahawa pendaftaran anda telah berjaya. Kata kunci sementara akan diberikan kepada anda dan anda perlu menukarnya sebelum log masuk.\n\n\nii. Pengesahan\n\n\nSetelah itu, anda akan di bawa ke halaman ini. Halaman ini akan menunjukkan senarai aktiviti-aktiviti seperti AGM oleh saham syarikat yang anda miliki di dalam akaun CDS serta permohonan saham MITI. Cari Senheng, dan klik pada butang '\nNext\n'.\n\n\n\n\n\n\nCari Senheng dan klik 'Next'.\n\n\n\n\n\n\nKemudian, klik pada butang yang ditunjukkan dalam gambar di bawah sekiranya anda bersetuju dengan terma dan syarat. Klik '\nNext\n'.\n\n\n\n\n\n\nPengesahan terma dan syarat.\n\n\n\n\n\n\nSeterusnya, sahkan butiran anda dengan mengisi semula nombor akaun CDS, kuantiti yang ingin diterima serta pekerjaan anda. Lanjut ke halaman seterusnya dengan menekan butang '\nNext\n'.\n\n\n\n\n\n\nPengesahan butiran dan kuantiti saham.\n\n\n\n\n\n\niii. Pembayaran\n\n\nPihak \nissuing house\n akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 5. Caj ini adalah wajib dan tidak akan dipulangkan semula.\n\n\nJumlah pembayaran yang anda perlu lakukan termasuk caj perkhidmatan akan tertera pada bahagian bawah kanan halaman tersebut. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan Maybank2u ataupun FPX bagi pembayaran melalui bank-bank selain Maybank.\n\n\n\n\n\n\nSemak kuantiti dan jumlah bayaran.\n\n\n\n\n\n\nSemak kuantiti, jumlah pembayaran (termasuk caj perkhidmatan), pilih cara pembayaran dan kemudian tekan '\nConfirm\n'. Pastikan anda membuat pembayaran dengan menggunakan akaun di atas nama anda sendiri untuk mengelakkan konflik.\n\n\nSelesai membuat pembayaran, anda akan mendapat e-mel yang menyatakan pembayaran anda telah berjaya. Resit akan turut disertakan di dalam e-mel tersebut. Cetak atau simpan resit tersebut untuk merekodkan transaksi. Anda juga boleh melihat transaksi tersebut di dalam akaun tiih.online milik anda.\n\n\nRumusan\n\n\nProsedur penerimaan dan pembayaran secara online ini agak mudah berbanding prosedur sebelumnya yang perlu dibuat secara manual. Namun, jika anda lebih selesa dengan prosedur lama, anda boleh merujuk blog kami iaitu \napa nak buat lepas terima saham melalui MITI\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah", "title": "Apa Nak Buat: Saham Bertukar Status kepada Tak Syariah", "body": "Setiap penghujung bulan Mei dan November, \nSecurities Commission\n akan keluarkan senarai baru Saham Patuh Syariah. Daripada senarai ini, kita dapat lihat ada saham yang sebelum ini patuh syariah bertukar kepada tidak patuh syariah. Dalam situasi ini, anda perlu lupuskan pegangan saham ini mengikut garis panduan di bawah.\n\n\nGaris panduan melupuskan pegangan saham tak syariah\n\n\nSecara umumnya, terdapat dua situasi pelupusan saham yang anda perlu tahu. Garis panduan ini disediakan oleh Majlis Penasihat Syariah dari Securities Commission Malaysia.\n\n\nSituasi 1 - Saham belum menjana keuntungan\n\n\nSekiranya modal yang dilabur belum mendatangkan keuntungan, saham masih boleh dipegang sehingga dapat memberi pulangan modal.\n\n\n\n\nSituasi 2 - Saham telah menjana keuntungan\n\n\nKeuntungan yang disebut di sini bermaksud harga saham sudah pun melebihi pelaburan modal. Dalam kes ini, anda mempunyai hak ke atas segala keuntungan itu. Ini adalah termasuk dividen dan right issue yang telah diumumkan. Namun, keuntungan yang dijana selepas tarikh status syariah baru berkuatkuasa perlu disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan.\n\n\n\n\nAktiviti tak patuh syariah dalam pendapatan syarikat\n\n\nStatus patuh syariah untuk saham-saham atau lebih umum, sekuriti, dipantau oleh badan berkanun Securities Commission (SC) melalui Majlis Penasihat Syariah (MPS) mereka.\n\n\nAda beberapa panduan yang digariskan oleh MPS dalam mengenal pasti sekiranya sekuriti tersebut patuh syariah atau tidak. Antara kaedah yang digunakan adalah perbandingan atau sumbangan aktiviti tak patuh syariah ke dalam pendapatan syarikat secara keseluruhan. Sumbangan pendapatan aktiviti di bawah mestilah kurang daripada tanda aras yang ditetapkan.\n\n\nTanda aras 5%\n\n\n\n\nperbankan dan peminjaman konvensional;\n\n\ninsurans konvensional;\n\n\nperjudian;\n\n\narak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;\n\n\nbabi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;\n\n\nmakanan dan minuman tidak halal;\n\n\nhiburan tidak patuh Syariah;\n\n\ntembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;\n\n\npendapatan faedah2 daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara);\n\n\ndividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah; dan\n\n\naktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh MPS.\n\n\n\n\nTanda aras 20%\n\n\n\n\njual beli saham;\n\n\npembrokeran saham;\n\n\nsewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan\n\n\naktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh MPS.\n\n\n\n\nSekiranya pendapatan daripada aktiviti-aktiviti di atas ini melebihi tanda aras, maka ia akan menyebabkan sekuriti tersebut termasuk dalam kategori tak patuh syariah. Sekiranya anda menggunakan akaun CDS jenis syariah, secara automatiknya anda tak boleh membeli saham tak patuh syariah.\n\n\nMenyalurkan pendapatan tak syariah kepada baitulmal\n\n\nAndai kata saham syariah yang dibeli bertukar status kepada tak syariah, lebihan keuntungan selepas tarikh senarai berkuatkuasa tidak boleh dipegang. Keuntungan yang tak syariah ini perlu disalurkan kepada baitulmal. Baitulmal ni biasanya berkaitan dengan Pejabat Agama Islam negeri. Jadi kalau anda perlukan maklumat lebih lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat Agama negeri masing-masing"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-perlu-buat-kalau-syarikat-melaksanakan-rights-issue", "title": "Apa Perlu Buat Kalau Syarikat Melaksanakan Rights Issue", "body": "Rights issue adalah satu pelaksanaan korporat yang boleh dijalankan oleh syarikat tersenarai awam untuk mendapatkan dana perniagaan. Apabila rights issue dilaksanakan, pelabur yang memegang saham akan mendapat saham hak atau rights share. Saham hak ini boleh dijual beli, namun ia mempunyai hayat yang pendek.\n\n\nTujuan utama pemberian saham hak ini adalah supaya pelabur yang berminat dapat menukarkan saham hak ini kepada saham biasa, keutamaan atau pinjaman dengan kadar pertukaran tertentu. Apabila penukaran saham hak ini berlaku, syarikat dapat membangunkan dana perniagaan, dan pelabur dapat membeli saham syarikat pada kadar diskaun.\n\n\nUntuk melihat senarai syarikat yang melaksanakan rights issue, boleh lihat pada \nscreener upcoming entitlement\n.\n\n\nIPO dan rights issue\n\n\nApabila syarikat tersenarai di pasaran saham melalui IPO, mereka mempunyai strategi tertentu untuk membawa syarikat ke hadapan. Strategi ini memerlukan dana, dan dana ini dibangunkan dari pelabur awam dan juga institusi melalui penjualan saham syarikat.\n\n\nSepanjang syarikat menjalankan perniagaan, pelbagai ketidaktentuan mungkin akan dihadapi. Sekiranya syarikat memerlukan dana lagi untuk strategi baharu, pembangunan dana yang baharu ini bukan lagi melalui IPO. Satu cara untuk syarikat mendapatkan dana lebih dari pelabur awam adalah melalui rights issue. Cara lain syarikat boleh bangunkan dana ialah melalui \nprivate placement\n yang tidak melibatkan pelabur runcit.\n\n\nPemberian saham hak\n\n\nDalam pelaksanaan rights issue, syarikat akan mengumumkan tarikh ex-date untuk pelabur menerima saham hak. Saham hak ini diberi mengikut nisbah pegangan. Contohnya, pemberian pada nisbah 2:1 bermaksud pemegang saham akan menerima \n2 unit saham hak\n bagi setiap \n1 pegangan sedia ada\n. Saham ini akan ditetapkan harganya dalam butiran Rights Issue/Offer Price seperti di bawah. Harga ini juga akan dirujuk untuk penukaran nanti.\n\n\n\n\n\n\nContoh: Tawaran Ordinary Rights pada RM 0.15, nisbah pemberian saham pada 2:1. Gambar: Bursa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSelepas tarikh ex-date berlalu, saham hak tidak masuk ke portfolio secara automatik. Anda perlu lihat pada butiran Rights Crediting Date di atas yang memberitahu bila saham hak tersebut akan muncul dalam portfolio. Namun, saham hak ini hanya boleh didagangkan pada hari dagangan berikutnya. Anda boleh rujuk butiran \nDate for commencement of trading of rights\n di bawah dalam pengumuman lain tentang tarikh penting rights issue.\n\n\n\n\n\n\nPengumuman tarikh penting berkaitan dengan rights issue: Important Relevant Dates for Reounceable Rights\n\n\n\n\n\n\nDalam pengumuman, anda akan terjumpa perkataan renounceable rights. Istilah ini cuma bermaksud saham hak ini boleh dijual sekiranya anda tidak mahukannya.\n\n\nJenis saham hak\n\n\nDalam pengumuman rights issue juga syarikat akan memberitahu sekiranya saham hak ini merupakan hak penukaran untuk saham biasa, \nsaham keutamaan atau saham pinjaman\n. Syarikat juga berkemungkinan menyertakan sekali waran percuma untuk menarik minat pelabur ke atas tawaran mereka.\n\n\nSaham hak atau rights share ini ditandakan dengan akhiran -OR untuk ordinary rights, -PR untuk preference rights dan -LR untuk loan stock rights. Saham ini boleh dijual beli, namun belian saham ini tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya anda tidak bercadang untuk menambah pegangan saham syarikat. Penukaran saham ini boleh diringkaskan seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Hak\n\n\nMaksud\n\n\nSimbol\n\n\nSelepas penukaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrdinary rights\n\n\nSaham hak untuk ditukar kepada saham biasa\n\n\nABC-OR\n\n\nABC\n\n\n\n\n\n\nPreference rights\n\n\nSaham hak untuk ditukar kepada saham keutamaan\n\n\nABC-PR\n\n\nABC-PA, -PB\n\n\n\n\n\n\nLoan Stock rights\n\n\nSaham hak untuk ditukar kepada saham pinjaman\n\n\nABC-LR\n\n\nABC-LA, -LB\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa patut buat dengan Rights Issue?\n\n\nRights issue kebiasaannya tak begitu digemari pelabur. Sebabnya adalah apabila tersenarai melalui IPO, syarikat dijangka dapat menggunakan dana IPO tadi untuk menggerakkan syarikat mengikut perancangan. Namun, pengumuman rights issue ini menunjukkan bahawa syarikat tidak mempunyai kewangan yang sihat untuk meneruskan perniagaan. Oleh itu, rights issue biasanya mendatangkan persepsi yang negatif terhadap syarikat.\n\n\nSekiranya anda telah pun menerima saham hak ini, anda boleh memikirkan dua pilihan sama ada untuk menambah pegangan terhadap syarikat atau tidak. Sekiranya anda \ntidak\n mempunyai niat untuk menambah pegangan ke dalam syarikat, anda boleh jual terus saham hak ini.\n\n\nKalau dibiarkan lama pula, terdapat kemungkinan ia akan terus tidak mempunyai nilai. Namun, sekiranya anda dapat saham hak ini secara percuma, maka tiada kerugian yang anda akan alami apabila saham hak ini jatuh nilainya.\n\n\nSekiranya anda ingin menukar hak ini pula, anda boleh baca selanjutnya.\n\n\nMenukar saham hak\n\n\nSebelum anda memutuskan untuk menukar saham hak, sebaiknya anda baca dan fahamkan terlebih dahulu kenapa syarikat memerlukan dana tambahan. Pengumuman yang anda perlu cari dan baca adalah butiran rights issue yang dikeluarkan oleh syarikat di Bursa Malaysia. Syarikat akan memberikan butiran untuk apa dana ini diperlukan, apa prospek peluang yang diceburi, dan apa-apa lagi yang dianggap berpatutan untuk diberitahu kepada pelabur.\n\n\n\n\n\n\nProspektus ringkas Saudee Group Berhad. Gambar: Bursa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda merasakan syarikat berada di landasan yang betul, anda boleh teruskan untuk menukar saham hak ini kepada saham biasa atau keutamaan. Jika sebaliknya pula, anda boleh jual atau biar sahaja saham hak ini luput dari pegangan. Untuk penukaran saham hak ini, anda boleh buat urusan ini di ATM, laman web bank, ataupun yang terbaru adalah \nmelalui aplikasi Bursa Anywhere\n.\n\n\nPemegang saham sedia ada akan menerima saham hak ini secara percuma jika memegang saham sehingga ex-date. Penukaran saham akan dilaksanakan pada harga \nissue price\n iaitu harga asal untuk saham hak ini.\n\n\nSekiranya anda tidak memegang saham induk sebelum ex-date, anda tidak akan menerima saham hak. Namun, ia boleh dibeli apabila tersenarai. Sekiranya anda sanggup meletakkan kos tambahan, anda boleh beli saham hak, dan kemudian menukarkannya pada kos issue price tadi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nRights issue adalah pelaksanaan korporat untuk membangunkan dana untuk meneruskan perniagaan. Kebiasaannya, pelabur mempunyai persepsi negatif terhadap pelaksanaan ini, namun ia juga tertakluk kepada butiran keperluan dana dan apa-apa prospek untuk syarikat bergerak ke hadapan.\n\n\nAnda boleh jual saham hak ini kalau anda tidak bercadang menambah pegangan saham syarikat. Namun, anda \ntidak digalakkan\n membeli saham hak sekiranya tidak mempunyai niat untuk menambah pegangan saham syarikat. Saham hak ini tidak mempunyai hayat yang panjang, dan apabila luput, segala pegangan dalam saham hak ini boleh hangus sekiranya tak ditukar.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apa-yang-unik-tentang-ipo-unique", "title": "Apa yang Unik tentang IPO Unique?", "body": "\n\n\n\n\n\nUnique Fire Holdings Berhad (Unique) melalui anak syarikatnya, UFI terlibat dalam memasang, membuat dan mengedar sistem perlindungan kebakaran aktif, peralatan dan aksesori di dalam persekitaran terbina. UDI pula terlibat dalam mengedarkan alat pemadam api direka khas dan sistem perlindungan kebakaran aktif yang lain, peralatan dan aksesori serta khidmat-khidmat yang berkaitan.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.26\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 104 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n10.55\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n22 Julai 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n27 Julai 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n5 Ogos 2022\n\n\n\n\nBisnes Unique\n\n\nUnique telah diperbadankan pada 13 April 2021 sebagai syarikat swasta di bawah nama Unique Fire Holdings Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 8 September 2021. Struktur syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nUFI menjalankan aktiviti memasang, membuat dan mengedar sistem perlindungan kebakaran aktif, peralatan dan aksesori untuk kawasan binaan. Manakala UDI pula mengedar alat pemadam api yang dibuat khas, sistem perlindungan kebakaran aktif, peralatan dan aksesori serta khidmat-khidmat berkaitan yang lain.\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nPerniagaan Unique dianggap sebagai perkhidmatan penting oleh MITI dan dibenarkan beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun begitu, pelanggan-pelanggan syarikat ini terdiri daripada kontraktor M&E, kontraktor FPS dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan FPS, di mana kebanyakkannya adalah dari bahagian pembinaan dan pembangunan.\n\n\nHampir kesemua daripada mereka tergolong dalam perniagaan yang terganggu semasa pandemik COVID-19 melanda. Oleh kerana itu, syarikat Unique mengalami kekurangan pesanan baru dan terpaksa menangguhkan penghantaran produk kepada pelanggan. Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada permintaan dan jualan produk syarikat pada FYE 2020 dan 2021.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan bagi FYE 2020 dan FYE 2021 telah mengalami penurunan akibat pengurangan aktiviti pembinaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan akibat pandemik COVID-19. Bagi FPE 2022 pula, pendapatan setakat 9 bulan ini telah meningkat berbanding FPE 2021 akibat pembukaan semula aktiviti perniagaan di seluruh negara.\n\n\nPenurunan pendapatan untuk FYE 2021 dan FYE 2022 adalah kerana peningkatan terhadap harga keluli dan barangan-barangan untuk diedarkan tetapi tidak diberikan kepada pelanggan. Tambahan lagi, Unique juga turut mengenakan diskaun kepada pelanggan-pelanggan tertentu semasa pandemik COVID-19 melanda untuk menggalakkan penjualan semasa FYE 2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Unique.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan diperoleh oleh Unique dibahagikan kepada empat segmen, iaitu pemasangan, pengedaran, pembuatan dan aktiviti-aktiviti lain. Majoriti pendapatan syarikat ini diperolehi daripada aktiviti pemasangan, iaitu dengan lebih 40% dari keseluruhan pendapatan. Segmen pemasangan juga menunjukkan peningkatan pendapatan dari FYE 2019 ke FYE 2020 dan FYE 2021.\n\n\nSegmen pengedaran adalah segmen kedua terbesar bagi syarikat Unique, namun, segmen ini menghadapi penurunan pada setiap tahun kewangan bermula FYE 2019. Ini berlaku kerana terdapat sedikit gangguan terhadap perniagaan pelanggan-pelanggan mereka akibat sekatan-sekatan yang dilakukan sewaktu pandemik COVID-19. Justeru, ini secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada pendapatan mereka.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan mengikut segmen.\n\n\n\n\n\n\nSegmen pembuatan pula merangkumi kurang 20% daripada pendapatan Unique, manakala aktiviti-aktiviti lain pula memberikan hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan pendapatan.\n\n\nAntara aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh Unique Fire adalah membantu dalam menguruskan aplikasi Bomba eFEIS, penjualan mesin pengisian semula alat pemadam api kimia kering dan menservis peralatan perlindungan kebakaran.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nJumlah dana yang diterima daripada tawaran awam awal berjumlah RM 21.775 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPenambahan fasiliti pembuatan\n\n\n2.5\n\n\n11.48\n\n\n\n\n\n\nPerluasan liputan geografi\n\n\n6.0\n\n\n27.55\n\n\n\n\n\n\nPenambahan keupayaan operasi\n\n\n5.3\n\n\n24.34\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n4.575\n\n\n21.01\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.4\n\n\n15.62\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n21.775\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, sebahagian besar dana iaitu sebanyak 27.55% akan digunakan untuk tujuan perluasan liputan geografi. Pelan perluasan liputan geografi Unique adalah dengan membina sebuah pejabat jualan dan gudang di Johor dan Pulau Pinang. Selain itu, dana ini juga akan digunakan untuk meningkatkan aktiviti pengiklanan dan pemasaran di dalam dan luar negara, termasuk Hong Kong dan negara-negara Timur Tengah.\n\n\nSebanyak 24.35% daripada dana pula akan digunakan bagi tujuan menambah keupayaan operasi dengan meningkatkan kapasiti penyimpanan dan melaksanakan sistem pengurusan gudang. Selain itu, Unique juga akan menggunakan sejumlah RM 1.14 juta daripada dana tersebut untuk menjalankan sistem data pengenalan alat pemadam api digital dan juga meningkatkan sistem IT mereka. Tambahan lagi, Unique juga berhasrat untuk memasang sistem fotovoltaik suria di fasiliti sedia ada mereka di Shah Alam, Selangor, bagi mengurangkan kos utiliti.\n\n\n11.48 daripada dana akan digunakan untuk penambahan fasiliti pembuatan, iaitu dengan menambah talian pembuatan silinder pemadam api kimia kering mudah alih tangan baharu. Talian pembuatan itu juga akan digunakan untuk mengeluarkan alat pemadam api kimia kering mudah alih tangan baharu yang mematuhi Piawaian Malaysia (MS) dan Piawaian British (BS) untuk pasaran domestik dan antarabangsa.\n\n\nLebihan dana sebanyak RM 4.757 juta dan RM 3.4 juta pula akan digunakan untuk modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Unique\n\n\nUnique Fire Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya terlibat dalam pemasangan, pengedaran dan pembuatan sistem perlindungan kebakaran aktif, peralatan dan aksesori. Majoriti pendapatan syarikat diperoleh dari dalam negara.\n\n\nIndustri perlindungan kebakaran aktif\n\n\nMenurut Piawaian Malaysia (MS), sumber bahan api boleh terdiri daripada pelbagai jenis bahan mudah terbakar yang akan membawa kepada kelas kebakaran yang berbeza seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis kebakaran (mengikut kelas)\n\n\nBahan mudah bakar\n\n\n\n\n\n\nA\n\n\nBahan pepejal\n\n\n\n\n\n\nB\n\n\nCecair mudah terbakar\n\n\n\n\n\n\nC\n\n\nGas mudah terbakar\n\n\n\n\n\n\nD\n\n\nLogam mudah terbakar\n\n\n\n\n\n\nE\n\n\nPeralatan elektrik bertenaga\n\n\n\n\n\n\nF\n\n\nBahan memasak seperti minyak sayuran atau haiwan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJenis kebakaran yang berbeza memerlukan peralatan yang berbeza untuk memadam atau menyekat api. Unique Fire terlibat dalam menyediakan sistem perlindungan api, peralatan dan aksesori bagi kesemua kelas yang disenaraikan, kecuali kebakaran kelas D.\n\n\nFaktor mempengaruhi industri\n\n\nMenurut laporan Vital Factor Consulting, penyedia alat keselamatan api aktif bergantung terhadap keadaan ekonomi, aktiviti pembinaan dan pembangunan serta rangka kerja pengawalseliaan di Malaysia. Bangunan-bangunan baharu dapat menyumbang terhadap permintaan ke atas sistem keselamatan kebakaran aktif serta peralatannya.\n\n\nPada 2021, GDP ekonomi Malaysia dan sektor pembinaan masing-masing mencatatkan peningkatan dan penurunan sebanyak 3.1% dan -5.2% berbanding 2020. Pada Q1 2022, GDP ekonomi Malaysia dan sektor pembinaan masing-masing merekodkan 5.0% dan -6.2% berbanding Q1 2021.\n\n\n\n\nPrestasi industri perlindungan kebakaran yang aktif bergantung kepada pemulihan ekonomi Malaysia serta ekonomi global daripada pandemik COVID-19. Sebagai tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan Malaysia yang berjumlah RM 530 bilion, sebanyak RM 332.1 bilion lagi telah diperuntukkan untuk memacu pemulihan ekonomi seperti yang ditunjukkan dalam Bajet 2022.\n\n\nSebarang kebangkitan semula kes COVID-19 dan langkah-langkah pembendungan akan membebankan pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhannya. Penumbuhan ekonomi sebanyak 3.1% pada tahun 2021 diramalkan akan meningkat kepada 5.3% ke 6.3% pada tahun 2022.\n\n\nPertimbangan lain yang akan mendorong permintaan termasuk kesedaran awam yang semakin meningkat tentang keselamatan kebakaran, perubahan peraturan berkaitan keselamatan api, pemulihan dalam industri pembinaan serta pelaksanaan peraturan ketat untuk kebakaran perlindungan dalam bangunan.\n\n\nWalaupun \nGross Domestic Product\n (GDP) bagi industri pembinaan merosot sebanyak 5.2% pada tahun 2021, industri pembinaan dijangka akan pulih semula pada 2022 dengan ramalan pertumbuhan sebanyak 6.1%.\n\n\nPersaing bisnes\n\n\nSehingga 3 Jun 2022, sebanyak 241 syarikat telah berdaftar dengan Pertubuhan Perlindungan Kebakaran Malaysia, dan 124 daripada ahli terlibat dalam sektor sistem keselamatan kebakaran aktif.\n\n\nBagi tujuan perbandingan, kriteria pemilihan pesaing adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKumpulan atau syarikat mesti terlibat dalam pembuatan atau pemasangan peralatan atau sistem perlindungan kebakaran aktif, dengan kemudahan operasi di Malaysia\n\n\nHasil kumpulan atau syarikat mestilah RM10 juta dan ke atas\n\n\nMempunyai penyata kewangan terkini\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPerbincangan\n\n\nMeskipun perniagaan Unique dianggap sebagai perkhidmatan penting, syarikat ini turut terkena tempias yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Hal ini kerana terdapat kebergantungan industri terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan juga terhadap industri binaan dan pembangunan. Kebergantungan ini harus di ambil kira dalam menentukan kebersediaan syarikat sekiranya pandemik atau apa-apa hal serupa yang tidak dapat elakkan untuk berlaku lagi.\n\n\nDana yang diperolehi dari hasil penyenaraian kebanyakkan adalah bertujuan untuk mengembangkan perniagaan. Langkah ini ini boleh dianggap sebagai langkah yang baik bagi syarikat dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan. Namun, Unique perlu membuktikan kemampuan mereka apabila tersenarai di pasaran Bursa Malaysia tidak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apakah-dimaksudkan-dengan-recession", "title": "Apakah Dimaksudkan Dengan Recession", "body": "Maksud \nRecession\n\n\nRecession atau dalam bahasa melayunya kemelesetan adalah sebuah kitaran perniagaan di mana berlakunya kekurangan kegiatan ekonomi. Ada banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kemelesetan ini, antaranya krisis kewangan, kekurangan bekalan, letusan ekonomi (economic bubble) dan sebagainya.\n\n\nAda negara yang menafsirkan kemelesetan ini sebagai kekurangan kegiatan ekonomi untuk lebih dari beberapa bulan. Ada juga yang mengenalpasti kemelesetan ini sebagai pertumbuhan yang negatif untuk dua suku yang berturutan. Secara umumnya, kita boleh faham kemelesetan ini sebagai peringkat penurunan dalam kitaran perniagaan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\nRecession boleh berlaku pada skala negara dan juga dunia. Apabila ia berlaku pada skala dunia, ia disebabkan oleh kejadian yang memberi kesan secara global.\n\n\nRecession\n yang pernah berlaku\n\n\nMalaysia pernah mengalami kemelesetan yang teruk semasa krisis kewangan 1998. Seterusnya, Malaysia juga tak terkecuali mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2008-2009 yang dinamakan The Great Recession. Kesan penurunan pada Malaysia tak seteruk yang dialami oleh Amerika pada waktu kemelesetan ini kerana situasi yang dialami juga adalah berbeza.\n\n\nSelain dari kemelesetan di atas, terdapat banyak lagi kemelesetan ekonomi yang berlaku. Namun, ada yang lebih dikenali berbanding yang lain kerana tahap kedahsyatan yang berlaku dan kesannya kepada ekonomi.\n\n\nKebanyakan kitaran kemelesetan ini adalah disebabkan oleh krisis kewangan. Namun, pada tahun ini kita mengalami sebuah serangan ekonomi yang bukan berasal dari krisis kewangan. Ianya disebabkan oleh wabak yang memberi kesan kepada nyawa itu sendiri.\n\n\n\n\nAdakah Recession telah berlaku?\n\n\nSekiranya melihat pada laporan ekonomi Malaysia dari kementerian kewangan, negara kita telah pun mencatat penguncupan GDP untuk dua suku yang berturutan sejak suku ketiga 2019. Maka boleh kata negara kita telah pun mengalami recession. Sementara itu pula, firma pelaburan bertaraf antarabangsa pula mengesahkan spekulasi bahawa dunia sedang pun mengalami kemelesetan akibat wabak ini.\n\n\nPemerhatian terhadap kesan COVID-19\n\n\nWabak virus COVID-19 ini bermula dari China dan menular ke serata dunia. Tahap penularan virus ini sangat tinggi dan ada kes yang mengakibatkan kematian. Sebagai tindak balas yang semula jadi, ramai yang mengurangkan aktiviti di luar rumah untuk mengelak daripada dijangkit wabak ini. Kekurangan pengunjung pula menjejaskan jualan peruncit di pusat membeli belah yang perlu membayar sewa kedai setiap bulan.\n\n\n\n\nSentiment ketakutan ini juga menjejaskan permintaan minyak sedunia, terutamanya apabila banyak penerbangan yang dibatalkan. Dalam masa yang sama, Rusia pula tidak sehaluan dengan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak. Ini menyebabkan kejatuhan harga minyak yang mendadak.\n\n\n\n\nUntuk menahan wabak ini dari terus menular, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan. Kedai-kedai yang tidak termasuk dalam perkhidmatan penting atau (Essential Services) diarahkan untuk tutup sementara waktu. Keadaan ini juga menjejaskan perniagaan Perusahaan Kecil Sederhana yang tidak dapat menjalankan kegiatan perniagaan.\n\n\nSecara keseluruhan, wabak ini memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan masyarakat dan juga aktiviti perniagaan. Situasi ini merupakan suasana yang getir dan tindakan kerajaan memainkan peranan penting untuk membendung wabak ini dan juga memulihkan ekonomi negara.\n\n\nMenangani kemelesetan\n\n\nDalam menangani kemelesetan, tindakan yang bijak perlu diambil oleh kerajaan dan bank pusat. Setiap masalah yang berlaku pada waktu kemelesetan adalah unik, dan kebiasaannya hanya boleh ditangani oleh kerajaan yang mempunyai kuasa untuk tetapkan polisi yang perlu. Bank pusat pula sentiasa berjaga-jaga dengan menentukan dan menilai sama ada terdapatnya keperluan untuk mengubah kadar faedah pinjaman bank.\n\n\nDalam kes COVID-19 ini, ianya bukanlah boleh ditangani dengan polisi kewangan semata-mata. Ianya melibatkan nyawa dan perlu disertakan dengan tindakan untuk menangani wabak ini.\n\n\nKerajaan telah pun mengumumkan pakej stimulus untuk merangsang kelangsungan aktiviti ekonomi dalam negara. Dalam pakej ini, pembayaran sewa dijadualkan semula, pengecualian cukai disemak semula, dan pelbagai lagi inisiatif untuk menggalakkan perbelanjaan dalam negara.\n\n\nWabak ini pula ditangani dengan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menahan penularan COVID-19 daripada terus merebak dengan cepat. Selagi sentimen ketakutan daripada terkena wabak ini masih wujud, selagi itulah akan berkurangnya permintaan dalam ekonomi secara keseluruhan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apakah-kelebihan-membeli-waran", "title": "Apakah Kelebihan Membeli Waran?", "body": "Pada topik yang lepas, kita sudah bincangkan salah satu cara meningkatkan keuntungan dalam saham ialah dengan membeli saham-saham dalam kategori small & mid cap berpandukan simbol bintang* iSaham. Membeli saham-saham ini dapat mengurangkan kos jual beli kerana tiadanya caj duti setem. Satu lagi cara meningkatkan keuntungan dalam saham ialah dengan berdagang waran.\n\n\n\n\nApakah itu waran?\n\n\n\n\nWaran ialah instrumen yang memberi hak kepada anda untuk menjadi pemegang saham. Instrumen ini memberi peluang kepada anda yang tidak mempunyai modal yang besar, untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu, kemudian pada masa akan datang ditukarkan kepada saham induk (juga disebut sebagai mother share) dengan bayaran tambahan. Waran boleh dikesan dengan simbol -WA, WB, WC, WD, WE di belakang simbol saham.\n\n\n\n\nAnalogi Waran\n\n\n\n\nSebagai analogi, katakan rakan anda sedang membangunkan Bisnes Cafe dan offer kepada anda untuk menjadi 10% pemegang saham, mungkin anda perlu meletakkan modal 30,000. Tetapi rakan anda boleh offer anda membeli hak terlebih dahulu dengan harga 3,000, dan dalam masa 3 tahun, membayar 27,000 untuk memegang saham induk.\nKelebihan membeli hak ialah sekiranya bisnes tersebut maju dan nilai saham induk tersebut menjadi 100,000 untuk 10%, maka walaupun anda membeli hak dengan harga 3,000, anda masih perlu topup sebanyak 27,000 sahaja, dan anda terus untung sebanyak 70,000 tanpa perlu mengeluarkan modal 30,000 daripada awal lagi.\n\n\n\n\nApakah kelebihan membeli waran?\n\n\n\n\nSeperti analogi diatas, dengan membeli waran, setiap kali saham induk naik 1 sen, waran juga akan naik 1 sen, tetapi kenaikan 1 sen waran peratusannya lebih tinggi berbanding kenaikan 1 sen saham induk. Sebagai contoh, merujuk kepada gambar, kenaikan 1 sen KNM ialah 2.9% manakala kenaikan 1 sen KNM-WB ialah 8.7%. \nJadi, kenapa beli waran boleh jadi lebih baik? Sebab tidak kira KGB atau KGB-WA, fundamental saham tersebut adalah sama, kerana kedua-duanya merujuk kepada syarikat KGB. Dengan harga KGB-WA sebanyak RM0.40, anda sebenarnye sedang membeli saham bernilai RM0.950. Jadi KGB-WA RM0.40 adalah lebih baik berbanding saham penny lain yang berharga RM0.40 sebab kebanyakannya memang betul-betul bernilai RM0.40, sedangkan KGB-WA sebenarnye mempunyai fundamental saham berharga dua kali ganda daripada sekarang.\n\n\n\n\nMacam menarik, lepas ni beli waran aje?\n\n\n\n\nKena faham risiko dulu, kemudian boleh beli. Sebab peratusan kenaikan dan penurunan lebih tinggi, jadi kalau sekali jatuh 8% boleh pening kepala juga. Jadi, kena bersedia juga kalau sesuatu saham itu jatuh, perlu ada pelan trading. Adakalanya kita tidak kaji fundamental dengan mendalam, ada masanya market berhadapan dengan jualan panik, jadi kena sentiasa bersedia. \n\n\n\n\nDua perkara wajib perhati untuk warrant - Tarikh Luput & Premium %\n\n\n\n\nElakkan beli waran yang dah nak \"expired\" dalam masa 6 bulan sehingga 1 tahun. Sebab kalau waran expired dan tidak tukarkan ke saham induk, maka anda akan burn 100% duit waran tersebut. Elakkan juga membeli yang premium terlalu tinggi. Pantau atau beli waran yang dibawah premium 40% sahaja. Premium yang terlalu tinggi boleh membuatkan waran tidak mengikut saham induk sekiranya saham induk naik, dan berpotensi membuatkan harga waran juga lebih mudah jatuh daripada naik.\n\n\nMaklumat penting berkaitan waran (premium & tarikh luput) ada diletakkan di bawah carta di setiap page saham (sila rujuk gambar dibawah sebagai contoh).\n\n\n\n\nDah tau kelebihan waran, jom pantau waran-waran berkualiti. Kami sediakan senarai untuk anda dalam pautan berikut \nTop Warrant Screener\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apakah-syarikat-pn17-dan-gn3", "title": "Apakah Syarikat PN17 dan GN3?", "body": "Terdapat lebih 900 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Anda mungkin ada pendapat sendiri untuk menentukan sesebuah syarikat atau saham itu bagus ataupun tak bagus. Apa yang kita lihat sebagai bagus atau tak bagus ni mungkin agak subjektif mengikut pandangan masing-masing. Namun, Bursa Malaysia ada definisi atau kriteria mereka sendiri untuk mengenalpasti syarikat-syarikat yang bermasalah. Apa yang dimaksudkan dengan 'masalah' ni?\n\n\nSyarikat yang bermasalah\n\n\nIstilah yang Bursa gunakan untuk syarikat ini adalah PN17 untuk syarikat dalam pasaran utama (main market) dan GN3 untuk syarikat dalam pasaran ACE. Dalam Bursa, terdapat beberapa kriteria yang membolehkan sesebuah syarikat tersenarai, terus tersenarai, dan terkeluar dari senarai dalam Bursa. PN17 dan GN3 adalah satu langkah ke arah terkeluar dari tersenarai dalam pasaran saham Bursa. Contoh yang kita dapat lihat baru-baru ini adalah Utusan Melayu yang dikategorikan sebagai PN17 sebelum terkeluar dari pasaran saham.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Utusan Melayu\n\n\nKriteria syarikat PN17\n\n\nBursa Malaysia telah menggariskan beberapa kriteria untuk sesebuah syarikat itu dikategorikan sebagai bermasalah. Di antara kriteria syarikat \nPN17\n dan \nGN3\n, tak banyak beza, dan kita akan anggap sebagai sama dalam perbincangan kali ini. Antara kriteria tersebut adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nEkuiti terkumpul pegangan saham oleh syarikat yang tersenarai itu berada pada atau kurang daripada 25% daripada modal berbayar (paid-up capital)\n\n\nPenerima atau pengurus dilantik untuk menguruskan aset syarikat atau anggota syarikat dengan nilai terkumpul lebih 50% daripada aset syarikat\n\n\nAnak syarikat dan syarikat bersekutu gulung tikar sehingga 50% nilai terkumpul daripada aset syarikat\n\n\nJuruaudit mempunyai pendapat yang tak memihak kepada syarikat dalam laporan kewangan\n\n\n\n\nInilah dia antara kriteria yang dituliskan dalam Practice Note 17 (PN17). Secara ringkasnya, ia menunjukkan bahawa syarikat yang berkenaan mempunyai kuasa yang kukuh pada pegangan syarikat. Selain itu, ia menggambarkan bahawa pengurusan syarikat tidak mampu berjalan dengan berkesan.\n\n\n\n\nSyarikat-syarikat PN17 dan GN3\n\n\nSebagai badan yang berkuasa untuk menjaga dan mengawal selia pasaran saham di Malaysia, Bursa Malaysia akan mengeluarkan senarai kemas kini syarikat PN17 dan GN3 dari semasa ke semasa. Ini adalah antara usaha mereka bagi memastikan transaksi yang dilakukan dalam pasaran saham berlaku dengan adil. Link untuk syarikat bermasalah ini boleh dijumpai dalam laman web Bursa. Setakat 31 Ogos 2019, senarai terbaru syarikat-syarikat dalam kategori PN17 dan GN3 adalah seperti di bawah.\n\n\nSyarikat PN17\n\n\n\n\nAPFT BERHAD\n\n\nBARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD\n\n\nBERJAYA MEDIA BERHAD\n\n\nBERTAM ALLIANCE BERHAD\n\n\nBRAHIM\u2019S HOLDINGS BERHAD\n\n\nCHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED\n\n\nCOMINTEL CORPORATION BHD\n\n\nDAYA MATERIALS BERHAD\n\n\nEKA NOODLES BERHAD\n\n\nHB GLOBAL LIMITED\n\n\nKINSTEEL BHD\n\n\nKUANTAN FLOUR MILLS BERHAD\n\n\nLONDON BISCUITS BERHAD\n\n\nMAA GROUP BERHAD\n\n\nMALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD\n\n\nMAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD\n\n\nMULTI SPORTS HOLDINGS LTD\n\n\nPERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD\n\n\nSEACERA GROUP BERHAD\n\n\nSUMATEC RESOURCES BERHAD\n\n\nTH HEAVY ENGINEERING BERHAD\n\n\n\n\nSyarikat GN3\n\n\n\n\nG NEPTUNE BERHAD\n\n\nIDIMENSION CONSOLIDATED BERHAR\n\n\nWINTONI GROUP BERHAD\n\n\n\n\nLink: \nSenarai syarikat PN17 dan GN3 dari Bursa\n\n\nMacam mana nak tengok kaunter macam ni kat iSaham?\n\n\nUntuk mendapatkan senarai terkini, kami kumpulkan senarai syarikat PN17 dan GN3 dalam bahagian \niSaham Sector - PN17\n. Pada setiap page saham pula, kami paparkan PN17 di bahagian atas sekali (rujuk gambar di bawah) supaya anda dapat berfikir dua kali sebelum tertekan beli pada saham tersebut.\n\n\n\n\nKalau nak beli saham syarikat PN17 dan GN3\n\n\nPerkara yang anda perlu buat apabila terjumpa syarikat-syarikat ini adalah elakkan terlebih dahulu. Sebabnya berdasarkan definisi atau kriteria PN17, syarikat-syarikat ini bukanlah boleh buat pusingan-u dengan mudah. Jadi sekiranya anda melabur dalam saham ini, risiko yang anda akan hadapi adalah lebih tinggi. Anda juga perlu ingat bahawa syarikat ini berkemungkinan untuk dikeluarkan daripada pasaran saham. Jika perkara ini terjadi ketika modal anda sudah pun dilaburkan ke dalam syarikat ini, maka hanguslah pelaburan tadi. Akhir sekali, fikirkan sebaiknya dalam pelaburan anda untuk dapatkan yang terbaik."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/apakah-vwap-dan-bagaimana-ia-digunakan", "title": "Apakah VWAP dan Bagaimana Ia Digunakan", "body": "VWAP adalah terma dalam pasaran saham yang bermaksud Volume Weighted Average Price. Ia digunakan sebagai penanda aras yang memberitahu harga purata kepada sesebuah saham yang mengambil kira semua transaksi dalam sehari. Harga purata ini boleh digunakan sebagai pandangan keseluruhan kepada harga dan trend sesebuah saham.\n\n\nMemahami VWAP\n\n\nVWAP boleh difahami sebagai harga purata harian saham dengan mengambil kira semua transaksi yang berlaku. Pengiraan VWAP boleh diperoleh dengan menjumlahkan semua harga yang didagangkan untuk setiap transaksi dan dibahagikan dengan jumlah saham yang didagangkan.\n\n\n\n\nDalam erti kata lain, VWAP menunjukkan purata di mana harga sesebuah saham itu paling banyak didagang.\n\n\nBagaimana VWAP digunakan\n\n\nDalam platform dagangan (khususnya M+), VWAP hanya ditunjukkan sebagai sebuah angka. Namun pada hakikatnya, VWAP akan berubah mengikut masa. Perubahan VWAP ini disumbangkan oleh pergerakan harga dan volume saham yang didagangkan.\n\n\nPedagang menggunakan VWAP untuk mengenal pasti trend saham, dan digunakan untuk bina strategi dagangan. VWAP ini akan dibandingkan dengan harga saham semasa, dan panduan belian atau jualan digariskan berdasarkan VWAP ini.\n\n\n\n\n\n\nContoh menggunakan platform M+ Online. VWAP berada di bahagian bawah paparan.\n\n\n\n\nSebagai contoh, sekiranya harga semasa berada di bawah VWAP, ia memberikan petunjuk yang bagus untuk beli secara intraday. Sebaliknya, sekiranya harga semasa di atas VWAP, ia adalah petunjuk yang bagus untuk jual secara intraday.\n\n\nSekiranya anda ingin mengira VWAP secara manual, ada caranya, dan anda juga boleh pilih untuk tetapkan jangka waktu yang ingin diperhatikan. Pengiraannya adalah dengan mengambil \nAcc Val\n iaitu nilai terkumpul dibahagikan dengan \nAcc Vol\n iaitu volume terkumpul. Pengiraan ini perlu diambil untuk jangka waktu yang diperhatikan sahaja.\n\n\nSekiranya anda merasakan VWAP terlalu berat terhadap pergerakan sesi pagi, ada cara untuk mendapatkan VWAP yang berasingan untuk sesi pagi dan sesi petang. Caranya adalah dengan menggunakan paparan \nOverall\n seperti di bawah.\n\n\n\n\nKekangan penggunaan VWAP\n\n\nVWAP menunjukkan harga purata untuk transaksi yang telah pun berlaku. Sekiranya berlaku perubahan harga yang drastik, VWAP akan mengambil masa untuk menunjukkan perubahan. Maka, ia berkemungkinan akan berikan penanda yang kurang tepat untuk pergerakan saham yang mendadak.\n\n\n\n\nBerbeza dengan Moving Average, VWAP mengambil kira semua transaksi yang berlaku sehingga penutup pasaran. Kesannya, pergerakan harga untuk permulaan pasaran akan dibawa hingga ke penutup pasaran. Sebagai perbandingan pula, purata untuk Moving Average hanya berkesan untuk jangka waktu yang diperhatikan.\n\n\nVWAP adalah instrumen analisis teknikal yang berasaskan data yang terdahulu. Ia dapat memberitahu apa yang telah pun berlaku pada pasaran, namun tidak memberikan kualiti atau pengiraan untuk menjangka pergerakan saham ke hadapan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/asas-analisis-fundamental-dan-teknikal", "title": "Asas Analisis Fundamental dan Teknikal", "body": "\n\nAnalisis saham terbahagi kepada dua aspek utama iaitu analisis fundamental dan teknikal. Kedua-dua aspek ini mempunyai perspektif berbeza untuk membantu kita buat keputusan pelaburan. Dalam tajuk ini, anda akan belajar asas mengenai kaedah analisis ini dan bagaimana menggunakan analisis tersebut menggunakan iSaham.\n\n\nAnalisis Fundamental\n\n\nAnalisis fundamental\n ialah kaedah mengkaji nilai sebenar atau nilai wajar (fair value) suatu saham. Dalam analisis untuk pembelian saham, ia digunakan untuk mencari saham yang berada di bawah nilai sebenar pasaran. Kaedah ini melibatkan kajian segala faktor yang boleh menyumbang kepada nilai saham seperti situasi ekonomi, pihak pengurusan syarikat, kedudukan kewangan, ratio kewangan dan sebagainya.\n\n\nDalam iSaham, anda boleh lihat data fundamental syarikat pada bahagian \niSaham Fundamental Trend\n dan \nFinancial Ratios\n di bawah carta saham. Dari situ, anda boleh kaji financial consistency, peratusan peningkatan pendapatan, keuntungan, pulangan pelaburan dan sebagainya.\n\n\nAnda juga boleh cari saham yang mempunyai fundamental yang bagus dengan menggunakan screener dalam iSaham. Antara screener yang anda boleh tengok adalah \nFundamental Score\n dan screener-screener dalam kategori \nValue Screeners\n.\n\n\nAnalisis Teknikal\n\n\nAnalisis Teknikal\n pula ialah kaedah mengkaji pergerakan carta saham untuk menjangka pergerakan saham ke hadapan. Kaedah ini menumpukan perhatian kepada sejarah pergerakan saham dengan mengambil kira harga dan volume transaksi. Berdasarkan carta saham, kawasan support dan resistance boleh dikenal pasti untuk dijadikan sebagai isyarat untuk titik masuk atau titik keluar pegangan saham.\n\n\nSupport dan resistance ini merupakan suatu kawasan yang dianggap sebagai lantai atau siling dalam pergerakan saham. Konsep ini dapat membantu pelabur supaya tak terbeli saham yang mendekati kawasan siling di mana pergerakan saham itu cenderung untuk menghadapi kesukaran menaik.\n\n\nSelain support dan resistance, pelbagai lagi sudut analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengkaji suatu saham syarikat. Antaranya Moving Average, Bollinger Band, Ichimoku dan pelbagai lagi istilah-istilah yang akan dibincangkan pada waktu akan datang. Isyarat-isyarat teknikal ini dipaparkan dalam bahagian \nTrading Signals\n\n\nDalam iSaham, anda boleh lihat screener-screener teknikal dalam \nMoving Average Screener\n, \nIndicator Screener\n, \nSideway Screener\n dan pelbagai lagi dari senarai screener kami. Sekiranya anda ingin mencari saham yang mempunyai kekuatan teknikal yang baik pula, boleh cari berdasarkan \nTechnical Score\n.\n\n\nPerbandingan analisis fundamental dan teknikal\n\n\nJadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan analisis saham dari segi fundamental dan teknikal.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKriteria\n\n\nFundamental\n\n\nTeknikal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBentuk kajian\n\n\nLatar belakang syarikat dan perniagaan secara menyeluruh\n\n\nPergerakan carta harga saham\n\n\n\n\n\n\nMatlamat\n\n\nMembeli saham yang di bawah harga pasaran\n\n\nMembeli saham yang berpotensi bergerak lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\nTokoh terkenal\n\n\nWarren Buffett, Peter Lynch\n\n\nJohn Bollinger, Dan Zanger\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana menggunakan instrumen analisis saham\n\n\nSekarang ni kita dah tahu apa itu analisis dari aspek teknikal dan fundamental. Tapi macam mana nak guna dalam analisis saham? Pertama, kita kena tahu bahawa tak ada satu cara mutlak untuk mengkaji saham. Namun, ramai tokoh-tokoh pelabur besar yang membuat nama dengan menggukan analisis fundamental, antaranya Warren Buffett, \nPeter Lynch\n, Benjamin Graham dan Joel Greenblatt. Antara tokoh yang membuat nama dengan analisis teknikal pula adalah Dan Zanger dan John Bollinger.\n\n\nDalam iSaham, kami berikan pemarkahan untuk setiap saham dari segi fundamental dan teknikal. Dari pemarkahan ini, anda boleh cari syarikat yang mempunyai skor yang tinggi supaya anda pilih saham yang bagus. Dengan ini, anda boleh kurangkan risiko daripada beli saham syarikat yang kurang bagus. Pun begitu, untuk optimumkan pelaburan, haruslah kita cari entri yang bagus. Inilah datangnya analisis teknikal untuk memudahkan kita cari entri tersebut."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/aurelius-mengembangkan-segmen-ems-dengan-dana-ipo", "title": "Aurelius - Mengembangkan Segmen EMS dengan Dana IPO", "body": "\n\nAurelius Technologies Berhad (ATech) adalah sebuah syarikat yang\u00a0terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang menumpukan pasaran industri elektronik. Butiran IPO ATech adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.36\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nMAIN Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 487.12 Juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n32.4 (FYE 31 January 2021)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n3 Disember 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n7 Disember 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n16 Disember 2021\n\n\n\n\nBisnes ATech\n\n\nAurelius Technologies Berhad\n diperbadankan pada 9 Februari 2021 secara \nprivate limited company\n dan kemudian ditukarkan kepada \npublic limited company\n pada 8 Julai 2021. ATech menjalankan aktiviti perniagaan melalui anak syarikat tunggal iaitu BCM Electronics. BCM bertanggungjawab dalam penyediaan EMS \n(electronic manufacturing service\n).\n\n\nSyarikat yang bertapak di Kulim Hi-Tech Park, Kedah sejak tahun 2000 menawarkan perkhidmatan sokongan kejuruteraan prototaip, pemasangan papan (board assembly), peranti \nInternet of things\n (IOT) dan pelbagai lagi. Dari segi EMS, ATech terlibat dalam 3 kategori produk iaitu produk komunikasi dan IoT, peranti elektronik serta komponen semikonduktor.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nBukan itu sahaja, ATech juga menawarkan perkhidmatan pembuatan EMS melibatkan beberapa syarikat multinasional yang merentasi 11 buah negara termasuklah Asia Pasifik, Amerika dan Eropah. Negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Hong Kong, Australia, Singapura dan China.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membendung wabak pandemik Covid-19, ia menyebabkan beberapa syarikat terjejas dari segi pengoperasian termasuklah syarikat ATech.\u00a0Operasi EMS ATech telah terganggu buat sementara waktu, malah mereka juga mengalami masalah dalam rantaian bekalan dari pasaran global.\u00a0\n\n\nKesannya, ATech terpaksa menangguhkan pesanan pengeluaran pelanggan mereka untuk FYE 31 Januari 2021. Kebanyakkan bahan input untuk operasi pembuatan PCB, komponen semikonduktor, elektrik dan pelbagai lagi diimport dari luar negara. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pembatalan pesanan jualan atau tuntutan kerugian daripada pihak pelanggan ATech. Penangguhan ini menyebabkan pendapatan ATech telah menurun sebanyak 7% atau RM 27.1 juta pada FYE 31 Januari 2021.\n\n\nATech juga mempunyai nilai buku pesanan belum tertunai (\nunbilled order book\n) sebanyak RM 482.68 juta daripada berdasarkan laporan terbaru propektus. Pesanan ini akan dihantar bermula penghujung tahun 2021 sehingga tahun 2023. Namun begitu, pihak ATech berpandangan pandemik Covid-19 tidak akan memberi kesan buruk terhadap\n material adverse effect\n (MAC) dalam jangka masa panjang. Pandangan ini mengambil kira ekonomi Malaysia kembali pulih secara beransur-ansur.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nATech menunjukkan pendapatan tidak konsisten selama 3 tahun dari tahun 2019 sehingga 2021. Sepanjang 3 tahun ini, mereka mencatatkan pendapatan tertinggi pada tahun 2020 sebanyak RM 389.31 juta berbanding RM 358.17 (2019) dan RM 362.16 juta (2021).\n\n\nPada tahun 2021, syarikat ini mencatatkan keuntungan terendah sebanyak RM 15.1 juta berbanding dua tahun sebelumnya mencatat paras keuntungan konsisten sekitar RM 23 juta. Penurunan keuntungan ini disebabkan operasi pengeluaran ATech terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika PKP 1.0 dilaksanakan.\u00a0\n\n\nMargin keuntungan selepas cukai adalah lebih baik pada tahun 2019 sebanyak 6.17% berbanding tahun 2020 (6.1%) dan 2021 (4.7%). Berdasarkan graf kita dapat lihat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) dari RM 5.25 juta pada FPE 2020 ke RM 13.20 juta pada FPE 2021.\u00a0\n\n\n\n\nPendapatan ATech diperolehi melalui 3 segmen produk iaitu \ncommunication and IoT\n, peranti elektronik serta semikonduktor. Jika dilihat, pendapatan dari peranti elektronik mengalami fasa turun dan naik selama 3 tahun. Pada tahun 2021, syarikat ini\u00a0 mevmperoleh hasil terendah sebanyak RM 34.1 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 89.1 juta (2020) dan RM 71.7 juta (2019). Penurunan ini disebabkan ATech menerima jumlah pengeluaran yang rendah pada tahun tersebut daripada salah satu pelanggan mereka. Kesannya, jumlah jualan\u00a0\ntelematic instrumentation devices\u00a0\nmerosot sebanyak 53.7% pada FYE 31 Januari 2021.\n\n\nApa yang positifnya, segmen produk yang lain telah mengalami fasa peningkatan permintaan daripada pelanggan. Hal ini dapat dilihat, apabila produk \ncommunication and IoT\n mencatatkan hasil sebanyak RM 23.9 juta (8%) daripada RM 300.2 juta untuk tahun 2020 kepada RM 324.1 juta pada tahun 2021.\n\n\nATech juga telah mula menumpukan dalam pasaran komponen pembuatan semikonduktor \nmulticomponent IC\n\u00a0semasa FYE 31 Januari 2020. Hal ini menyebabkan pendapatan dalam segmen ini telah meningkat dari RM 1,000 tahun 2020 kepada RM 4.0 juta pada tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nATech akan mengumpul dana sebanyak RM 104.73 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian peralatan dan mesin\n\n\n40.00\n\n\n38.2\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n29.52\n\n\n28.2\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n28.192\n\n\n32.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n7.085\n\n\n6.7\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n104.73\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat hampir 38.2% daripada jumlah dana IPO iaitu sebanyak RM 104.73 juta akan digunakan dalam pembelian peralatan dan mesin. Ia melibatkan mesin dan peralatan dalam pembuatan komponen semikonduktor seperti\u00a0\nSMT lines, AGVs\n dan\n Automated backed inline testing.\u00a0\n\n\nPenambahan ini disebabkan pihak ATech ingin memenuhi permintaan pelanggan dan pertumbuhan pada masa hadapan. Mesin baharu ini berupaya meningkatkan pengeluaran jumlah pengeluaran apabila pembinaan kilang baharu siap dibina pada penghujung tahun 2021 dan bakal memulakan operasi pada pertengahan tahun 2022. Kilang pembuatan baharu ini melibatkan keluasan penambahan 61,909 kaki per segi yang akan meningkatkan ruang lantai pembuatan operasi EMS sekitar 69% kepada 132,821 kaki per segi secara keseluruhannya.\n\n\nBukan itu sahaja, ATech juga bakal membeli mesin dalam industri pembuatan elektronik seperti SMT lines. Pembelian ini berupaya meningkatkan kapasiti sebanyak 642 juta \nplacement point. \nIni menjadikan jumlah kapasiti tahunan mereka meningkat daripada 1002 juta \nplacement point\n\u00a0kepada 1644 \nplacement point\n menjelang tahun 2023.\n\n\nRM 29.52 juta diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank. Bayaran ini dijangka dapat menjimatkan syarikat daripada faedah tahunan berjumlah RM 1.38 juta. Selain itu, dana ini juga digunakan dalam modal kerja sebanyak RM 28.19 juta. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembelian bahan mentah operasi EMS sebanyak RM 25.13 juta dan perbelanjaan utiliti sebanyak RM 3 juta. Selebihnya, dana IPO digunakan dalam perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri ATech\n\n\nPasaran ATech\u00a0\n\n\nPendapatan ATech bukan sahaja diperolehi dari dalam negara, malah melibatkan jualan eksport ke luar negara. Jika dilihat pada analisis pendapatan di bawah, kita dapat melihat pendapatan tertinggi diperolehi melalui benua Amerika sebanyak (49.1%) yang melibatkan negara Amerika Syarikat dan Brazil. Selain itu, pendapatan juga diperolehi melalui negara di Asia Pasifik (45.4%) dan Eropah (4.2%).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Segmen pasaran geografi ATech\n\n\n\n\n\n\nPermintaan eksport Malaysia terhadap produk E&E\n\n\nSektor elektrik dan elektronik (E&E) merupakan sektor pembuatan terbesar di Malaysia dengan menyumbang 29.7% daripada jumlah KDNK industri pembuatan. Ia memperoleh hasil eksport sebanyak RM 386.1 bilion pada tahun 2020 bersamaan nilai eksport kasar 39.4% di Malaysia. Pada tahun yang sama juga, nilai produk eksport kasar E&E meningkat sebanyak 3.5% berbanding tahun sebelumnya.\n\n\nPeningkatan ini didorong oleh permintaan eksport melibatkan litar bersepadu elektronik (\nelectronic intergrated circuit\n), radas (\napparatus\n) untuk penghantaran atau penerimaan suara, imej dan data melibatkan bahagian litar bersepadu elektronik untuk menyokong peralatan bekerja dari rumah (WFH).\n\n\nMenurut\n Malaysia Economic Outlook\n 2022 yang diterbitkan pada Oktober 2021 oleh Kementerian Kewangan, pasaran eksport produk E&E dijangka berkembang sebanyak 12.8% pada tahun 2021 disebabkan permintaan yang tinggi untuk semikonduktor, alat ganti peralatan telekomunikasi serta peralatan mesin elektronik. Ia selari dengan perubahan pasaran global untuk pendigitalan dan pengembangan teknologi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nPembuatan produk elektronik di Malaysia\n\n\nDisebabkan ATech menumpukan dalam pembuatan seperti:\n\n\n\n\nPembuatan PCBA\n\n\nSub pemasangan dan produk elektroniik siap\n\n\nPembuatan semikonduktor (\nmulticomponent IC\n) untuk aplikasi IoT\n\n\n\n\nPrestasi akan memfokuskan dalam sektor ini sahaja di Malaysia. Semua pembuatan yang dihasilkan oleh ATech dikelaskan sebagai pembuatan komponen dan papan elektronik.\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai jualan pembuatan komponen dan papan elektronik di Malaysia telah meningkat pada CAGR 3.9% antara tahun 2018 dan 2020. Nilai jualan segmen ini pada tahun 2020 mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berjumlah RM 225.0 bilion.\n\n\nPada tahun 2020, nilai jualan produk E&E perkilangan di Malaysia telah merosot disebabkan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, ia dijangka kembali pulih tahun 2021 berikutan perubahan transformasi digital pada peringkat global disebabkan kebanyakkan kerja dilaksanakan dari rumah (WFH). Ia memerlukan kemudahan teknologi digunakan untuk komunikasi secara maya.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri E&E secara global\n\n\nPasaran jualan global semikonduktor telah mengembang 6.8% dan mencapai USD 440 bilion pada tahun 2020 yang disumbang melalui produk \nsensors\n, \nmemory\n dan \nintergrated circuits\n.\n\n\nPada tahun 2020, 3 negara tertinggi pengeksport dan pengimport bagi produk E&E adalah China, Hong Kong, dan USA. Berdasarkan laporan kewangan bagi 3 tahun terkini, ATech menerima pendapatan tertinggi melalui negara Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nPrestasi alat penyiaran radio secara global\n\n\nATech juga terlibat dalam pembuatan elektronik untuk komunikasi dan produk IoT. Hasil daripada produk komunikasi dan IoT termasuklah radio dua hala dan aksesori serta peranti IoT. Dalam segmen ini menyumbang sebahagian besar pendapatan bagi ATech untuk 3 tahun terkini iaitu 2019, 2020 dan 2021.\n\n\nMenurut laporan Victor dalam propektus, antara 2016 dan 2020 jumlah import serta eksport alat penyiaran global mengalami penurunan. Hal ini disebabkan peningkatan penggunaan jalur lebar untuk penghantaran bunyi dan imej kepada peranti individu alih seperti komputer, komputer riba dan peranti mudah alih. Langganan jalur lebar tetap dan mudah alih global meningkat pada CAGR 2016 (6.7%) dan 2020 (10.8%).\n\n\nPada tahun 2020, Amerika merupakan pengimport terbesar peralatan penyiaran radio di dunia sebanyak 35.9%. Manakala, China adalah pengeksport terbesar dengan menyumbang 34.0% daripada eksport global.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO ATech\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan ATech telah disenaraikan dalam propektus berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri sama dengan ATech. Gambar: IPO Propektus ATech\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat dalam industri EMS terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, syarikat tempatan berskala besar dan syarikat multinasional asing.\u00a0 Misalnya, Jabil Inc merupakan salah satu pembekal terbesar bagi EMS yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE). Jabil telah beroperasi di 30 negara termasuklah di Pulau Pinang, Malaysia. Jabil mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak USD 27.3 bilion pada FYE 31 Ogos 2020.\n\n\nSeperti yang dilihat di atas, ATech merupakan antara pemain industri yang agak meningkat naik dalam industri EMS. Jika dilihat pada pendapatan, ATech memperoleh pendapatan sekitar RM 362.17 juta berada di atas syarikat JHM dan Salutica. Namun itu bukan satu ukuran dalam penentuan prestasi syarikat.\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, ATech menunjukkan pendapatan tidak konsisten dan penurunan keuntungan terutamanya laporan kewangan FYE 31 Januari 2021 disebabkan faktor wabak pandemik Covid-19. Namun disebalik penurunan ini, ada juga produk pengeluaran ATech mengalami fasa peningkatan yang melibatkan segmen peranti elektronik dan komponen semikonduktor.\n\n\nBerdasarkan laporan kewangan 2021, syarikat ini dinilai pada nisbah PE 32.4 lebih tinggi sedikit jika dibandingkan dengan median \nsektor EMS\n sebanyak PE 20.4. Secara umumnya, dana ini membolehkan ATech mengembangkan sayap pasaran lebih baik pada masa hadapan, tertakluk bagaimana cara keberkesanan dana ini diuruskan oleh pihak pengurusan.\n\n\nDari sudut positifnya, ATech telah berada dalam fasa pengembangan kilang pengeluaran dan dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun 2022. Pengembangan ini akan meningkat jumlah \nproduction lines\n sebanyak 15 SMT lines dan peningkatan pengeluaran sebanyak 198.7% pada penghujung tahun 2023.\n\n\nSelain itu, ATech merancang menaik taraf kemudahan mesin pembuatan ke arah Industri 4.0. Bukan setakat itu sahaja, ATech mempunyai perancangan untuk menghasilkan sistem pek bateri \nlithium-ion\u00a0\nyang akan digunakan untuk kenderaan ringan adalah seperti \ngolf carts\n, \nforklifts\n, AGV dan\n mobile\u00a0robot \nserta kemudahan \nelectric carts\n di lapangan terbang, taman tema dan kompleks membeli belah.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/awas-scammer-menggunakan-nama-isaham", "title": "Awas Scammer Menggunakan Nama iSaham", "body": "Di iSaham, kami cuba berikan yang terbaik untuk pengguna kami. Antara perkara yang kami tawarkan adalah berbentuk pembukaan akaun CDS dan kelas-kelas saham. iSaham tidak akan terima apa-apa duit dari saluran selain daripada laman rasmi iSaham. Untuk pembukaan CDS pula, bayaran berlaku antara client dan M+ Online secara langsung.\n\n\nBaru-baru ini, telah sampai berita bahawa kepada kami bahawa ada pihak yang cuba menggunakan nama iSaham untuk menipu orang awam. Dalam kata lain, membuat satu scam penipuan kewangan.\n\n\nPenafian produk pelaburan\n\n\nKami tak pernah menawarkan pakej \"Stock Trading\" yang mencadangkan anda membayar sejumlah wang pelaburan untuk menerima pulangan dalam masa 24 jam. Ini adalah satu contoh cubaan scam dari pihak yang tidak dikenali yang menggunakan nama iSaham, malah juga nama Bursa Malaysia untuk membuat penipuan kewangan.\n\n\nContoh scam menggunakan nama iSaham:\n\n\nKes 1\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes 2\n\n\n\n\n\n\n\n\nTips elakkan diri dari scam\n\n\nDiharap anda di luar sana berhati-hati dengan mana-mana skim yang mencurigakan. Ada beberapa tips yang anda boleh ingat sekiranya mendapati diri anda dalam situasi ini.\n\n\nPertama sekali, sekiranya anda dihubungi oleh pihak luar, fikir semula dari mana mereka dapat maklumat peribadi anda. Kedua, anda boleh buat carian di internet untuk membaca kemungkinan scam dari pihak yang menghubungi anda ini. Ketiga, fikir semula kalau produk yang ditawarkan mereka adalah tawaran yang terlalu bagus atau \ntoo good to be true\n.\n\n\nApabila anda dapat tanam langkah ini di dalam fikiran, kemungkinan anda untuk ditipu scammer dapat dikurangkan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/axiata-syarikat-telekomunikasi-gergasi-dari-malaysia", "title": "Axiata - Syarikat Telekomunikasi Gergasi dari Malaysia", "body": "\n\nAxiata\n merupakan syarikat telekomunikasi dari Malaysia yang memberikan perkhidmatan data kepada telefon bimbit di Malaysia dan di negara-negara berikut:\n\n\n\n\nBangladesh (Robi)\n\n\nKemboja (Smart)\n\n\nIndia (Vodafone)\n\n\nNepal (Ncell)\n\n\nIndonesia (XL)\n\n\nMalaysia (Celcom)\n\n\nSri Lanka (Dialog)\n\n\n\n\nNama syarikat yang berada dalam kurungan di atas merupakan syarikat tempatan di negara tersebut di mana Axiata mempunyai kepentingan saham yang signifikan.\u00a0\n\n\n\n\nSejarah Axiata\n\n\nAxiata sebenarnya dahulu merupakan syarikat Telekom Malaysia, iaitu dikenali sebagai TM International Berhad yang ditubuhkan pada 1992 merupakan cabang mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia. Di Malaysia, Axiata lebih dikenali dengan nama Celcom, iaitu anak syarikatnya. Celcom pula popular dengan kempen pemasarannya: \"Ini Wilayah Celcom\". Susulan kempen itu, Celcom dikenali sebagai syarikat telekomunikasi yang memberikan capaian atau liputan internet dan telefon yang terbaik.\n\n\nCEO yang meneraju Celcom di kala syarikat telekomunikasi ini mencatatkan keuntungan yang membanggakan merupakan Shazalli Ramli, seorang alumni UiTM.\n\n\nOperasi Serantau Axiata\n\n\nAxiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Thailand dan Iran.\n\n\nAxiata mempunyai visi untuk menjadi syarikat digital menjelang 2024. Ini termasuk menjadi syarikat infrastruktur digital iaitu membina menara-menara telekomunikasi. Pada hari ini terdapat 150 juta pelanggan Axiata. Pada 2008, hanya 40 juta pelanggan.\n\n\nSehubungan dengan itu, pertambahan pelanggan itu disumbangkan oleh pelanggan data dan bukannya pelanggan suara sekaligus menjadikan Axiata syarikat digital.\n\n\n\n\nKeputusan Kewangan Axiata\n\n\nPada Q3 2020, Axiata telah mencatatkan keuntungan 353 juta ringgit. CEO barunya, Dato' Izzaddin berkata, akibat fenomena kerja dari rumah dan juga digitisasi SME, perniagaan data Axiata akan berkembang maju. Hal ini kerana akan terdapat lebih banyak permintaan untuk internet yang dibekalkan Celcom. Ini termasuklah telefon bimbit korporat yang pelanggannya membeli pelan data dari Celcom.\n\n\n\n\nRumusan\n\n\nAxiata beroperasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Thailand, dan Iran. Selain dari menyediakan perkhidmatan data, Axiata terlibat dalam perniagaan membina menara telekomunikasi melalui edotco. CEO juga mengatakan prospek masa depan Axiata adalah sangat cerah kerana faktor seluruh dunia beralih kepada bekerja dari rumah dan menggunakan lebih data.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-circuit-breaker-berfungsi-di-bursa-malaysia", "title": "Bagaimana Circuit Breaker Berfungsi di Bursa Malaysia", "body": "\n\nCircuit Breaker yang biasa kita faham dalam kehidupan seharian adalah mekanisma penyelamat perkakas elektrik apabila terdapat muatan tinggi yang boleh menyebabkan litar pintas. Konsep yang sama digunakan untuk Circut Breaker dalam pasaran saham untuk menahan sesebuah pasaran itu daripada terus mengalami kejatuhan terutamanya disebabkan jualan panik.\n\n\n\n\nKetika Circuit Breaker tercetus, semua saham dalam sesebuah pasaran saham (stock exchange) akan berehat daripada didagang. Dengan ini, anda mempunyai masa untuk menilai semula sama ada anda perlu panik atau tidak.\n\n\nKali terakhir Circuit Breaket tercetus pada Bursa Malaysia adalah pada 10 Mac 2008 dengan kejatuhan indeks sebanyak 130.01 mata, iaitu lebih 10% daripada indeks pada 1,296.33 mata.\n\n\nDalam post kali ini, kita akan lihat bagaimana Circuit Breaker Bursa Malaysia berfungsi.\n\n\nCircuit Breaker dicetus berdasarkan indeks\n\n\nKetetapan Circuit Breaker untuk Bursa Malaysia adalah berdasarkan indeks FBMKLCI. Apabila indeks FBMKLCI jatuh dari indeks tutup hari sebelumnya pada nilai yang besar, Circuit Breaker akan tercetus untuk seluruh pasaran saham Bursa Malaysia. Ada tiga tahap Circut Breaker yang ditetapkan oleh Bursa berdasarkan kejatuhan peratusan indeks sebanyak 10%, 15% dan 20% seperti jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahap cetusan Circuit Breaker\n\n\nKeadaan dan tempoh rehat dagangan saham\n\n\n\n\n\n\nTahap cetusan\n\n\nPenurunan KLCI\n\n\n9.00 - 11.15 pagi\n\n\n11.15 - 12.30 tghari\n\n\n2.30 - 3.30 petang\n\n\n3.30 - 5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nTahap 1\n\n\n10%\n\n\n1 jam\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\n1 jam\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\n\n\n\n\nTahap 2\n\n\n15%\n\n\n1 jam\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\n1 jam\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\n\n\n\n\nTahap 3\n\n\n20%\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\nSehingga habis sesi\n\n\n\n\n\n\n\n\nCircuit Breaker boleh berlaku tiga kali dalam sehari\n\n\nKejatuhan indeks FBMKLCI boleh berlaku dalam dua ragam:\n\n\n\n\nberansur\n\n\nmengejut\n\n\n\n\nDalam mana-mana situasi, setiap tahap hanya akan tercetus sekali sahaja dalam waktu sehari. Sekiranya tahap yang lebih tinggi tercetus terlebih dahulu, tahap yang lebih rendah tak akan tercetus.\n\n\nDalam situasi (i), penurunan indeks berlaku dalam ragam yang beransur. Sekiranya indeks beransur turun ke tahap seterusnya, Circuit Breaker tahap seterusnya akan tercetus. Jumlah Circuit Breaker yang boleh berlaku adalah tiga kali sekiranya indeks beransur turun hingga ke tahap 3.\n\n\nUntuk situasi (ii) pula, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku digambarkan seperti di bawah:\n\n\n\n\n10% dan 20%\n\n\n15% dan 20%\n\n\n20%\n\n\n\n\nBerdasarkan senario di atas, indeks boleh menurun dengan mengejut hingga melangkau mana-mana tahap cetusan Circuit Breaker.\n\n\nKesan Circuit Breaker kepada dagangan\n\n\nApabila Circuit Breaker tercetus, semua dagangan saham akan berhenti dengan peraturan yang sama seperti waktu rehat. Sebarang transaksi yang telah berlaku sebelum Circuit Breaker tidak akan mengalami sebarang gangguan.\n\n\nPesanan yang telah dibuat sebelum Circuit Breaker masih boleh dipadankan selepas habis penghentian dagangan sementara. Dalam waktu penghentian dagangan ini juga anda boleh buat pesanan baru atau kemaskini pesanan sedia ada.\n\n\nMacam mana nak tahu apabila Circuit Breaker tercetus\n\n\nApabila Circuit Breaker tercetus, Bursa Malaysia akan menyebarkan pengumuman dengan segera melalui website \nwww.bursamalaysia.com\n dan juga broker yang tersenarai dengan Bursa."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-membuat-saringan-pertama-kekuatan-fundamental-syarikat", "title": "Bagaimana Membuat Saringan Pertama Kekuatan Fundamental Syarikat", "body": "Dalam keadaan market masih berada di bawah, ramai pelabur dan pedagang mula pening nak beli saham apa. Indeks naik sehari dua ni, tapi masih teragak-agak nak tekan saham apa, dan hala tuju market masih samar-samar. Sebab tu pentingnya untuk kita mempelajari ilmu fundamental pada waktu market tengah jatuh, untuk mengambil peluang harga saham yang lebih rendah. Siri fundamental akan dijalankan sementara market masih mencuba membuat permulaan uptrend.\nDalam blog kali ini, kita akan bincangkan cara membuat saringan pertama dalam menentukan kekuatan fundamental sesebuah syarikat. Semestinya sebelum memulakan saringan ini, boleh rujuk dulu \nlink berikut\n untuk memahami saham-saham yang patut terus dielakkan. Selepas dipastikan syarikat tidak berada dalam keadaan kritikal, saringan pertama mendapatkan syarikat yang baik dari segi fundamental adalah seperti di bawah.\nMencari Syarikat yang Mempunyai Peningkatan Fundamental Secara Konsisten\nSelalunya apabila kita melihat pada sesuatu metriks seperti Kenaikan Keuntungan Quarter-on-Quarter (Profit QoQ) atau Year-on-Year (Profit YoY), kita hanya melihat pada prestasi terkini semata-mata. Begitu juga dengan PE ratio, Current ratio dan macam2 ratio lain. Melihat pada yang terkini sahaja, kita mungkin terkabur dengan kenaikan semasa, sedangkan belum tentu syarikat berjaya mengekalkan prestasi tersebut.\nCara untuk menentukan peningkatan tersebut kukuh dan berterusan ialah dengan melihat prestasi fundamental tersebut sejak laporan kewangan terawal lagi. Untuk melihat metriks ini dalam iSaham, boleh menggunakan indikator FCON di bahagian bawah carta. FCON yang bagus ialah atas 0.60 dimana syarikat meningkat dengan stabil dari segi fundamental.\nKekuatan FCON ialah pada kestabilan syarikat dari segi kenaikan keuntungan, kelangsungan syarikat menunjukkan prestasi positif, dan kenaikan untung dalam keadaan yang tidak terlalu cepat dan tidak juga perlahan atau dalam kata lain, \nsustainable increment\n. Saham yang mempunyai FCON yang tinggi agak sukar dikenal pasti menggunakan nisbah-nisbah kewangan (financial ratio) yang biasa digunakan. Boleh rujuk \nFCON screener\n untuk mendapatkan saham dalam kategori ini. Untuk ditambah perencah, boleh rujuk juga \nLong Term Stability (LTS) Screener\n di mana di tambah juga dengan kestabilan kenaikan harga menggunakan data teknikal saham.\nApabila Melihat pada Nisbah Kewangan (Financial Ratio), Fokus pada Nisbah Berkaitan Kecekapan (Efficiency Ratio) Syarikat\nAntara nisbah berkaitan kecepakan syarikat ialah Pulangan ke atas Ekuiti atau Return on Equity (ROE) dan Nisbah Keuntungan berbanding Pulangan atau Profit Margin. Nisbah-nisbah ini melihat bagaimana pengurusan syarikat menggunakan dan menguruskan aset, membuat strategi pricing yang baik, menguatkan brand sedia ada dan menggunakan brand untuk menghasilkan aliran tunai lebih juga mengurangkan kos dan perbelanjaan. Apabila ROE berada di atas paras 10% (atau 15% lebih baik) dan Profit Margin mengatasi purata industri, pengurusan syarikat berada dalam keadaan baik.\nSeorang pelabur tersohor, Joel Greenblatt menggunakan sesuatu yang mirip dengan ROE (boleh rujuk \nMagic Formula Screener\n) untuk memilih saham-saham yang boleh dimasukkan dalam portfolio. Jadi, ternyata rahsia disebalik formula ROE mempunyai kekuatan dalaman dengan kebanyakan backtesting yang telah dilakukan menunjukkan pencapaian yang baik bagi formula ini. Saham yang mempunyai ROE tinggi juga selalunya sukar dikenal pasti berbanding nisbah-nisbah kewangan (financial ratio) yang lain.\nFuh, 2 formula tapi cukup power\nYa, 2 formula ini nampak simple, tapi sudah cukup sebagai saringan pertama sebelum meneruskan kajian fundamental sesebuah syarikat. Dua kaedah berbeza (FCON dan ROE) tetapi mempunyai kekuatan tersendiri dan mudah diaplikasi ke dalam analisis pelabur atau pedagang. Dengan dua formula ini, harapnya lebih mudah nak pilih saham sebelum market kembali meriah seperti sesi Januari dan Julai 2018."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-mengkaji-fundamental-dengan-sekilas-pandang", "title": "Bagaimana Mengkaji Fundamental Syarikat dengan Sekilas Pandang", "body": "\n\nMula2 belajar saham bukan main susah untuk cari syarikat yang mempunyai prestasi kewangan yang baik. Baca buku A dia kata kena tengok Debt-Equity ratio, baca buku B dia \r\nkata kena tengok Return on Equity (ROE), dan macam-macam lagi. Kata penulis, kita kena buka annual report, dan kira sendiri nilai ni. Fuh, nampak macam power kan bila sebut \r\nkena kira sendiri! Tapi, bila nak buat tu terus \nblank\n. Banyak makan masa dan data fundamental pula berubah setiap tiga bulan. \n\n\nSebenarnya, mudah saja anda nak mendapatkan nilai2 ni, anda hanya pergi ke website \niSaham\n saja [rujuk page setiap saham]. Semuanya telah dikirakan untuk anda.\n\n\n\n\nSama juga bila nak pilih formula, banyak sangat ni, mana satu nak pakai ni? Senang je, kan lebih baik kalau lagi banyak ratio yang lebih baik. Kalau nak tengok nombor saja memang tak faham \r\ndan maybe akhirnya tak tengok pun. Jadi, anda boleh rujuk iSaham sekali lagi, buka saja mana2 saham yang anda nak kaji. Kemudian pada bahagian ratio, kalau banyak hijau dan \"thumb up\", \r\nmaknanya syarikat tersebut mempunyai permulaan fundamental yang memuaskan. Kalau merah, elakkan sekiranya anda memang tidak arif berkaitan bisnes tersebut atau memang \r\ntiada masa nak kaji syarikat tersebut sebab kebanyakannya memang tak bagus\n\n\nBagaimana pula kalau ada banyak hijau, tapi ada beberapa merah? Di sini la \nskill\n fundamental anda memainkan peranan yang penting. Anda perlu tengok pada ratio bewarna merah \r\ndan kemudian cari sebab kenapa ratio tersebut agak tidak baik. Contohnya, kenapa syarikat mempunyai hutang yang agak tinggi berbanding dengan yang lain. Mungkin syarikat perlukan duit \r\nuntuk mengembangkan bisnes ataupun syarikat mempunyai \npurchase order\n / pembelian yang besar yang bakal memberi keuntungan berganda pasa masa akan datang. Dalam \r\nkes ini, ini ialah hutang baik atau hutang yang diperlukan oleh syarikat. Jadi, merah pun tiada masalah. \n\n\nMungkin juga merah, sebab syarikat sedang berhadapan dengan masalah pembatalan projek, atau salah bajet perbelanjaan, maka ini ialah suatu syarikat yang patut dielakkan. Apa-apa \r\npun, paling penting, kajian anda kini menjadi lebih mudah sebab sekilas pandang saja, anda boleh tahu fundamental sesuatu syarikat dan boleh terus membuat kajian dengan lebih mudah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-nak-beli-atau-jual-odd-lot", "title": "Bagaimana nak Membeli atau Menjual Saham Odd Lot?", "body": "Anda mungkin biasa beli saham dalam bentuk lot. Sama ada 1 lot, 10 lot, 33 lot mengikut strategi anda. Anda tentu sudah tahu bahawa 1 lot mempunyai 100 unit saham. Persoalannya bolehkan anda beli saham dalam jumlah ganjil? Contohnya 1 unit, 52 unit, 99 unit dan sebagainya.\n\n\nJawapannya boleh.\n\n\nTapi, mungkin anda akan tertanya; kenapa perlu beli (atau jual) lot saham dengan bilangan ganjil ni? Nak buat satu transaksi pun dah dikenakan broker fee.\n\n\nSebenarnya ada beberapa sebab untuk anda beli atau jual lot ganjil (odd lot) ni. Antara sebabnya adalah apabila anda tiba-tiba sedar ada saham odd lot dalam portfolio anda selepas saham buat \ncorporate action\n seperti \nbonus issue\n, \nright issue\n, \nsplit share\n dan lain-lain. \n\n\nSelain itu, dengan 1 unit sahaja anda sudah layak untuk menyertai AGM, jadi mungkin anda nak belajar-belajar pasal syarikat di AGM cukup dengan membeli 1 unit (juga boleh dapat doorgift ya). Maka dengan itu anda beli odd lot kerana pembelian adalah dalam bentuk unit.\n\n\nJadi, bagaimana caranya untuk beli (atau jual) odd lot?\n\n\nSenang je. Langkah pertama yang anda perlu buat ialah login platform trading anda (MPlusonline, RHB, Maybank, UOB etc.) menggunakan desktop. Cari saham yang ingin dibeli dengan masukkan nama saham dalam kotak search.\n\n\nSekiranya anda ingin beli odd lot untuk AGM dan tak tahu saham apa untuk dibeli, boleh pergi ke link \niSaham upcoming AGM\n. Di sini kami ada senaraikan saham yang akan mengadakan AGM dalam masa terdekat. Kami juga catatkan lokasi dan tarikh mesyuarat supaya anda boleh buat keputusan sama ada bersesuaian atau tidak dengan perancangan anda.\n\n\nBerbalik kepada carian saham, right-click pada row saham pilihan, dan pilih \nOdd Lot Info\n.\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke laman info odd lot seperti gambar di bawah. Dari kiri, info queue boleh dijumpai di kotak merah. Di tengahnya info transaksi saham yang dipilih. Dari contoh ni nampaknya belum ada lagi transaksi jual beli dalam lot ganjil. Bahagian kanan atas (dalam kotak kuning), ada butang \nBuy\n. Klik pada arrow kecil di sebelah butang buy, pilih \nc. Normal Order (Odd Lots)\n.\n\n\n\n\nPopup akan keluar pada page yang sama untuk bertanyakan kuantiti saham yang anda ingin beli. \nQty: x1\n di sini bermakna anda membeli dalam bentuk unit. Isikan ruangan ini dengan amaun yang berkenan di hati. Kemudian di kotak seterusnya isikan harga pilihan hati. Boleh rujuk Odd Lots Queue atau kotak yang akan muncul setelah klik pada ruangan \nPrice: MYR\n. Setelah puas hati dengan kuantiti dan harga, klik \nSend Now\n. Anda boleh lihat pada \nOrder Status\n sekiranya transaksi anda berjaya, ataupun di ruangan tengah iaitu info transaksi saham.\n\n\n\n\nUntuk menjual lot, prosedurnya sama sahaja. Anda cuma perlu klik pada arrow kecil di sebelah butang \nSell\n dan pilih Normal Order (Odd Lots). Popup yang sama akan muncul untuk proses jualan.\n\n\nAnda juga boleh gunakan fungsi \nValidity\n yang membolehkan anda mengurus berapa lama anda sanggup queue. Fungsi ini akan dibincangkan pada masa akan datang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-nak-menang-dalam-saham", "title": "Bagaimana nak Menang Dalam Saham", "body": "Keuntungan pertama adalah satu cabaran yang perlu dilepasi oleh pelabur-pelabur baru. Ini adalah kerana dengan pengalaman yang sedikit, anda mungkin agak takut untuk melabur, dan mudah membuat kesilapan. Namun setelah anda berjaya buat keuntungan, ia dapat tingkatkan keyakinan dan pengalaman anda untuk melabur. Dari sinilah perjalanan pelaburan anda akan menjadi lebih baik.\n\n\nWalaubagaimanapun, kita tak akan cerita yang indah-indah sahaja. Kita akan lihat cabaran-cabaran yang pelabur sama ada yang lama atau baru akan lalui dan bagaimana untuk menangani dan memenangi cabaran ini.\n\n\nCabaran 1: Tak cukup pengalaman\n\n\n\n\nBila pengalaman tak cukup, kita terdedah kepada bermacam-macam kesilapan dalam pelaburan. Adakalanya kita masuk (beli) pada waktu yang kurang bagus, terkejar-kejar harga dan macam-macam lagi kesilapan mudah. Semua ini disebabkan kita ada jangkaan yang mungkin tak sepadan dengan realiti.\n\n\nJangan risau, anda pasti akan membuat kesilapan ini satu hari nanti. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa belajar dan kumpul pengalaman supaya dapat memenangi situasi ini dengan lebih tenang dan rasional. Teruskan melabur dan mengumpul ilmu. Pastikan fundamental anda kukuh, barulah boleh melabur dengan lebih yakin.\n\n\nCabaran 2: Takut ketinggalan\n\n\n\n\nBila mula melabur, mungkin jangkaan kita tak cukup sepadan dengan realiti. Kita ingatkan bila beli hari ni, saham itu akan bergerak dalam masa yang terdekat. Ada pula yang bila nampak saham naik, maka itulah yang dikejar. Inilah yang disebut sebagai FOMO, Fear of Missing Out. Anda takut terlepas saham yang sedang panas dijual beli sehingga harga naik. Dalam situasi ini, anda sebenarnya lebih terdorong kepada emosi berbanding pemikiran yang rasional, lebih-lebih lagi sekiranya saham itu tiba-tiba muncul entah dari mana, Quarter Report pun tak cantik.\n\n\nSebagai cadangan, anda boleh memenangi situasi ini dengan melabur dengan tenang. Peluang itu sentiasa ada. Jadi kita tak perlu tergesa-gesa untuk membeli ketika saham sedang naik. Kesilapan macam ni lah yang boleh menyebabkan portfolio kita terkebelakang. Namun jangan mengalah, setiap pelabur pasti mengalami kesilapan seperti ini. Yang penting jangan terlalu cepat terikut-ikut, pastikan saham yang kita beli tu ada sebab yang baik untuk dibeli.\n\n\nCabaran 3: Tiada perancangan pelaburan\n\n\n\n\nKadang-kadang saham yang kita beli tak menjadi. Dalam dunia pelaburan juga, mungkin kita pernah dengar pelabur saham pasti rugi. Memang benar, ada untung dan ada rugi. Sekiranya kita tak tahu apa nak buat semasa rugi, mungkin kita akan buat satu kesilapan ini iaitu tak cut loss. Bila tak cut loss, kita tunggu saham jatuh makin banyak, barulah panik dan mula cut loss. Padahal kalau kita cut loss awal, ada banyak lagi saham yang kita boleh pilih untuk membuat comeback.\n\n\nPelaburan saham adalah salah satu pelaburan yang berisiko tinggi. Jadi anda perlu melabur dalam keadaan bersedia. Apa yang anda perlu sediakan adalah sebuah perancangan sekiranya saham yang dilaburkan tak menjadi. Sebelum melabur, kita tanya \"adakah ini masa yang baik?\". Kalau dah beli dan harga saham jatuh pada paras tertentu, apa tindakan kita? Untuk memenangi situasi ini, semua \"kalau\" ini kita perlu fikirkan sebelum melaburkan duit kita untuk mengawal risiko pelaburan.\n\n\nCabaran 4: Entry tak ikut support dan resistance\n\n\n\n\nSecara amnya, saham tak bergerak secara lurus. Ada masanya saham akan turun ke sebuah paras dan mungkin berehat seketika sebelum meneruskan kenaikan seterusnya. Maka satu amalan yang baik untuk diikut ialah membeli pada paras yang lebih dekat dengan support. Ilmu ini sebenarnya ramai yang tahu, tapi sering kali dilanggar kerana terlalu optimis atau agresif untuk membeli saham. Semakin jauh harga yang kita beli dari paras support, semakin tinggi risiko penurunan yang kita akan berdepan nanti.\n\n\nKalau anda membuat pembelian saham agak jauh dari support, boleh guna strategi short term. Namun, sekiranya trend kenaikan masih kekal, anda boleh tukar kepada mid ke long term. Namun, kalau saham menghadapi kesukaran untuk teruskan kenaikan, ini mungkin masa yang baik untuk jual pegangan buat masa ini. Anda boleh beli semula apabila saham turun ke paras support. Perancangan seperti ini perlu ada dalam pelaburan supaya kita dapat kawal situasi. Inilah yang membuatkan anda menang dalam saham.\n\n\nKesimpulan\n\n\nAnda menang dalam saham sekiranya anda mampu mengawal situasi. Dalam apapun cabaran, ada jalan penyelesaiannya. Mungkin anda akan rasa susahnya melabur pada permulaan. Namun dengan ilmu dan pengalaman, perjalanan ini akan jadi lebih lancar.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-operator-memanipulasi-pasaran-saham", "title": "Bagaimana Operator Memanipulasi Pasaran Saham", "body": "Pasaran saham merupakan antara saluran pelaburan yang boleh memberikan sebuah pulangan yang banyak. Potensi pulangan daripada pelaburan ini adalah tak terhingga, namun begitu juga boleh dikatakan dengan risiko yang ada. Oleh itu, dunia pasaran saham ini tidak terlepas dari penglibatan pihak yang ingin mengawal pasaran. Mereka memanipulasi pasaran supaya ia bergerak seperti yang dikehendaki dan sudah tentu untuk meraih keuntungan dari pergerakan ini.\n\n\nSaham yang mudah dimanipulasi\n\n\nMicro Cap\n\n\n\n\nDalam kebanyakan kes, saham yang dicari oleh pemanipulasi pasaran atau juga disebut sebagai operator ialah saham-saham yang bersaiz kecil. Saiz syarikat boleh dilihat pada Market Capitalization atau Market Cap yang dikira berdasarkan jumlah saham dalam syarikat dan harga sesaham.\n\n\nSesebuah syarikat yang mempunyai Market Cap yang rendah seperti RM 100 juta dan ke bawah adalah lebih mudah untuk digerakkan. Saham ini dikategorikan sebagai \nMicro Cap\n dan menjadi target operator untuk dimanipulasi. Bilangan saham dalam kategori ini juga bukan sedikit yang tersenarai di Bursa Malaysia.\n\n\nSaham berspekulasi\n\n\n\n\nKebanyakan saham yang bagus mempunyai satu liputan yang aktif dari pihak penganalisa saham. Maka pelabur mempunyai sebuah perspektif yang agak konsisten untuk saham-saham ini. Namun kebanyakan saham syarikat bersaiz kecil tidak menerima liputan analisis seperti ini. Maka ia terdedah kepada pelbagai andaian dan khabar angin yang boleh jadi berdasarkan berita palsu.\n\n\nSaham ber\nvolume\n rendah\n\n\n\n\nSaham yang kurang didagangkan mempunyai kecenderungan untuk dimanipulasi. Bayangkan sekiranya kita mempunyai dua akaun dagangan, dan kita berdagang dalam saham yang tidak bertransaksi. Kita boleh jual dan beli dengan diri sendiri. Namun kebiasaannya volume beratur sentiasa ada, walaupun sedikit. Dengan volume yang kecil ini, modal yang kecil sahaja diperlukan untuk menggerakkan harga saham.\n\n\nSiapakah Operator?\n\n\nOperator ialah satu sebutan yang digunakan kepada pihak yang mempunyai kuasa membeli yang besar dan mampu menggerakkan pasaran. Pihak ini boleh jadi sama ada individu, organisasi, sindiket atau insider (orang dalam).\n\n\nCara Pasaran dimanipulasi\n\n\nSeperti yang disebut tadi, saham dimanipulasi supaya operator ini boleh mendapatkan keuntungan. Dalam kes ini, operator itu mestilah memiliki saham tersebut terlebih dahulu sebelum mereka operasi mereka dijalankan. Pegangan ini dikumpul dalam satu jangka waktu yang tertentu.\n\n\nSekiranya harga saham semakin menurun, operator ini boleh menambah pegangan untuk \"average down\" kos pegangan mereka pada harga yang rendah. Apabila mempunyai pegangan yang banyak, maka mereka bertindak dengan menyebarkan berita palsu untuk meningkatkan keyakinan terhadap syarikat ini. Ini bertujuan tak lain untuk mewujudkan persepsi yang optimis supaya harga saham semakin naik.\n\n\n\n\nApabila harga saham sudah cukup tinggi, maka mereka boleh jual saham ini pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Situasi ini bukan suatu yang asing dalam pasaran, dan ia dipanggil sebagai \"pump and dump\".\n\n\nAdakah mengikut operator strategi yang baik?\n\n\nKebiasaannya saham yang dimanipulasi ini berada dalam kategori micro cap. Secara umumnya, saham ini bukanlah yang terbaik. Banyak lagi saham yang boleh memberikan keuntungan dan kenaikan secara konsisten dalam market cap yang lebih besar. Operator yang memanipulasi pasaran ini tidak mengenal anda. Maka apabila mereka jual pegangan mereka, sekelip mata sahaja harga saham boleh turun tanpa menunggu anda.\n\n\nSatu cara yang kami boleh cadangkan ialah untuk tidak mengikut kaunter-kaunter seperti ini. Anda boleh rujuk pada Manipulation Indicator yang kami sediakan dalam page setiap saham untuk mengenal saham yang mudah dan susah dimanipulasi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-pesanan-saham-dipadankan", "title": "Bagaimana Pesanan Saham Dipadankan?", "body": "\n\n\n\nOrder matching atau pemadanan pesanan adalah ketika saham yang anda pesan sudah berjaya dibeli atau dijual kepada pemegang saham yang lain. Pemadanan ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria dan mengikut keutamaan dalam queue. Kali ini, kita akan lihat lebih mendalam tentang cara pemadanan pesanan ini.\n\n\n\n\nKeutamaan mengikut harga dan masa\n\n\n\n\nSetiap pesanan (order) yang ditempatkan dalam buku pesanan (order book) mempunyai keutamaannya mengikut harga pesanan dan masa pesanan dibuat. Sesebuah pesanan boleh diletakkan pada harga yang sama, namun bukan detik masanya yang terdiri daripada tarikh dan waktu. Maka untuk suatu harga yang sama, keutamaan diberikan kepada yang lebih awal membuat pesanan.\n\n\nKeutamaan pesanan mengikut harga di buku pesanan pula adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelah Belian\n\n\nSebelah Jualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeutamaan mengikut harga tertinggi kepada terendah\n\n\nKeutamaan mengikut harga terendah kepada tertinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesanan boleh dipadankan dengan harga lain\n\n\n\n\nUntuk pelabur runcit, jenis pesanan yang dimasukkan adalah dinamakan sebagai Limit Order. Pesanan ini bermaksud harga yang dimasukkan adalah harga yang paling tinggi untuk belian, dan yang paling rendah untuk jualan. Dalam erti kata lain, harga pesanan yang anda masukkan akan menjadi seperti bajet untuk belian, atau harga paling murah yang anda sanggup jual. Transaksi tidak semestinya berlaku pada harga yang anda masukkan dan boleh dipadankan kepada lebih daripada satu harga. Untuk memahami lebih lanjut, kita akan lihat beberapa contoh.\n\n\n\n\nContoh Situasi\n\n\n\n\nSituasi 1\n\n\nSebelum Transaksi:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Pesanan Belian\n\n\nBuku Pesanan Jualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n001\n\n\n20\n\n\n7.00\n\n\n7.10\n\n\n5\n\n\n003\n\n\n\n\n\n\n002\u00a0\n\n\n10\n\n\n6.50\u00a0\n\n\n7.20\n\n\n10\n\n\n004\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n7.50\n\n\n5\n\n\n005\n\n\n\n\n\n\n\n\nInput Transaksi\n: Pesanan belian #006 pada harga 7.20, kuantiti 20\n\n\nOutput\n:\n\n\n\n\nPesanan #006 dipadankan dengan #003 pada harga 7.10, kuantiti 5\n\n\nPesanan #006 dipadankan dengan #004 pada harga 7.20, kuantiti 10\n\n\n\n\nNota\n: Pesanan #003 dipadankan terlebih dahulu kerana keutamaan dari segi harga. Kemudian diikuti dengan pesanan #004. Pesanan #005 tak dipadankan kerana melebihi had harga belian maksimum 7.20\n\n\nSelepas transaksi\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Pesanan Belian\n\n\nBuku Pesanan Jualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n006\n\n\n5\n\n\n7.20\n\n\n7.50\n\n\n5\n\n\n005\n\n\n\n\n\n\n001\n\n\n20\n\n\n7.00\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n002\u00a0\n\n\n10\n\n\n6.50\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSituasi 2\n\n\nSebelum Transaksi\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Pesanan Belian\n\n\nBuku Pesanan Jualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n001\n\n\n20\n\n\n6.50\n\n\n9.00\n\n\n5\n\n\n003\n\n\n\n\n\n\n002\u00a0\n\n\n10\n\n\n6.00\u00a0\n\n\n9.50\n\n\n10\n\n\n004\n\n\n\n\n\n\n\n\nInput Transaksi\n: Pesanan jualan #005 pada harga 6.00, kuantiti 30\n\n\nOutput\n:\n\n\n\n\nPesanan #005 dipadankan dengan #001 pada harga 6.50, kuantiti 20\n\n\nPesanan #005 dipadankan dengan #002 pada harga 6.00, kuantiti 10\n\n\n\n\nSelepas transaksi\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Pesanan Belian\n\n\nBuku Pesanan Jualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n9.00\n\n\n5\n\n\n003\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n9.50\n\n\n10\n\n\n004\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSituasi dunia sebenar\n\n\n\n\n\n\nAnda mungkin akan lebih faham bila lihat pada situasi sebenar. Merujuk kepada buku pesanan di atas, kami akan tuliskan contoh-contoh input dan output yang akan terjadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nInput\n\n\nOutput\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeli pada harga 4.45, kuantiti 10\n\n\nPadanan penuh pada harga 4.42\n\n\n\n\n\n\nBeli pada harga 4.41, kuantiti 10\n\n\nTiada padanan, harga menjadi 'Best Buy' teratas\n\n\n\n\n\n\nBeli pada harga 4.40, kuantiti 10\n\n\nTiada padanan, beratur pada harga 4.40\n\n\n\n\n\n\nJual pada harga 4.48, kuantiti 10\n\n\nTiada padanan, beratur pada harga 4.48\n\n\n\n\n\n\nJual pada harga 4.35, kuantiti 1000\n\n\nPadanan penuh dengan 465 padanan pada 4.40, 386 padanan pada 4.39, 149 padanan pada 4.38\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bagaimana-untuk-menjadi-pemilik-syarikat-starbucks", "title": "Bagaimana untuk Menjadi Pemilik Syarikat Starbucks?", "body": "Penggemar kopi mungkin sudah kenal dan sering mengunjungi Starbucks. Starbucks juga sering dijadikan tempat untuk meluangkan masa, bersantai dan berjumpa dengan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, malah, ia adalah tempat kegemaran bagi sesetengah individu untuk belajar, membaca atau bekerja sambil menikmati secawan kopi.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Starbucks\n\n\n\n\n\n\nStarbucks adalah rangkaian kedai kopi antarabangsa yang bermula pada tahun 1971 di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu \ncoffeehouse\n terbesar dengan lebih 33 ribu cawangan di seluruh dunia. Setakat ini, di Amerika Syarikat sahaja sudah mempunyai lebih 14 ribu francais dan selebihnya terletak di banyak negara yang lain.\n\n\nSelain kopi, Starbucks juga menyediakan beberapa jenis minuman dan pelbagai pilihan makanan. Satu minuman sahaja berharga sekitar RM20. Jika selama ini anda membelanjakan RM200 bagi secawan minuman untuk 10 hari, dengan jumlah yang sama, anda sudah boleh mendapatkan 1 lot saham pemilikan Starbucks di Malaysia.\n\n\nPegangan saham Starbucks\n\n\nBuat masa ini, mungkin anda adalah salah satu pelanggan Starbucks, tetapi anda juga boleh jadi '\nowner\n' dengan membeli sebahagian saham Starbucks./p>\n\n\nSetakat pos ini ditulis, di pasaran global, harga seunit \nStarbucks\n adalah $ 108.63 dengan \nmarket capitalization\n sebanyak $ 127.44 bilion. Kos seunit bersamaan dengan anggaran RM 500 dan saham ini boleh didagangkan di platform global atau pada platform tempatan seperti \nCGS-CIMB\n dan lain-lain.\n\n\nDi Bursa pula, harga seunit saham ialah sekitar RM 1.99 dan anda akan memperoleh sebahagian pemilikan saham Starbucks di Malaysia melalui \nBerjaya Food Berhad\n. Ia boleh didagangkan melalui mana-mana broker di Malaysia sahaja.\n\n\nPemilikan saham Starbucks di Bursa\n\n\nStarbucks di Malaysia dikendalikan oleh Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd (BStarbucks). BStarbucks ini ialah anak syarikat milik penuh oleh Berjaya Food Berhad. Aktiviti perniagaan BStarbucks sama seperti Starbucks di negara lain dimana mereka menjual minuman kopi berkualiti tinggi, minuman campuran sejuk, pelbagai pastri dan lain-lain lagi.\n\n\nStarbucks mula dibuka di Malaysia pada 17 Disember 1998, dengan pelancaran cawangan pertamanya di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai KL Plaza). Kini, ia telah berkembang di seluruh Malaysia (kecuali Perlis) dengan mempunyai lebih 300 francais.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Laporan Tahunan 2021 Berjaya Food\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Kewangan\n\n\nWalaupun wabak Covid-19 dan pengenaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan 3.0 masih berterusan pada tahun 2021, pendapatan BStarbucks tetap meningkat dalam tahun kewangan terkini, iaitu dengan RM625.4 juta berbanding RM533.2 juta pada tahun kewangan 2020.\n\n\nTahun 2020 ini juga merupakan rekod pendapatan tahunan terendah dalam 3 tahun kewangan terkini. Ini disebabkan oleh penularan peringkat awal wabak Covid-19 yang membimbangkan.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Kewangan BStarbucks\n\n\n\n\n\n\nPada tahun kewangan 2021, kedai kopi Starbucks meningkat kepada 327 buah daripada 316 buah pada tahun sebelumnya. Bilangan kedai pandu lalu pula adalah sebanyak 58 buah dengan 6 buah yang baharu dibuka.\n\n\nStarbucks juga melancarkan program Starbucks Rewards baharu, dimana ia adalah satu program yang memberi kelebihan dan ganjaran kepada pelanggan setia Starbucks. Ahli yang berdaftar melalui Kad Starbucks atau aplikasi mudah alih Starbucks Malaysia akan memperolehi ganjaran yang menarik (contoh \nbirthday rewards\n, promosi dll).\n\n\nKesimpulan\n\n\nBerjaya Food merancang untuk membuka 38 buah kedai kopi Starbucks termasuklah 1 kedai pandu lalu dan 1 lagi Starbucks di Perlis pada tahun 2022. Ia juga akan fokus memberikan lebih banyak tawaran menarik, promosi daripada Starbucks Rewards dan pelbagai lagi.\n\n\nSelain daripada Starbucks, Berjaya Food juga mengendalikan perniagaan Kenny Rogers dan juga Jollibean Foods. Ini bermaksud, jika anda membeli sebahagian saham Berjaya Food, anda juga adalah sebahagian daripada pemilik syarikat Starbucks, Kenny Rogers dan juga Jollibean.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nWikipedia\n\n\nStarbucks Malaysia\n\n\nBerjaya Food Berhad\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bantuan-kecemasan-ribuan-terjejas-akibat-banjir-buruk-di-8-buah-negeri", "title": "Bantuan Kecemasan: Ribuan Terjejas Akibat Banjir Buruk di 8 Buah Negeri", "body": "Setakat 20 haribulan Disember 2021, seramai lebih 41,000 orang mangsa telah kehilangan tempat tinggal hasil dari banjir besar yang melibatkan 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bencana ini dilaporkan terjadi akibat hujan lebat yang turun tanpa henti semenjak hari Jumaat yang lalu.\n\n\n8 buah negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).\n\n\n\n\n\n\nSuasana banjir di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22, Shah Alam. (Gambar: \nKosmo\n)\n\n\n\n\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, fenomena ini berlaku disebabkan faktor aliran monsun dan sistem cuaca tekanan rendah dan mencapai tahap lekukan tropika yang terbentuk di Laut China Selatan, seperti yang dikesan oleh Jabatan Meteorologi pada 12 Disember lalu.\n\n\n\u201cTaburan hujan setahun di Kuala Lumpur ialah 2,400 mm dan ini bermakna taburan hujan semalam (Jumaat, 17/12/2021) telah melebihi purata taburan hujan untuk sebulan, ini adalah sesuatu di luar jangkakan dan hanya berlaku sekali dalam 100 tahun,\u201d ujar beliau lagi, seperti yang dilaporkan oleh \nBernama\n.\n\n\nSehubungan dengan itu, iSaham bersama-sama GlobalSadaqah sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas kepada semua yang terkesan akibat bencana alam yang melanda negara kita ini.\n\n\nJika anda hendak menghulurkan bantuan, boleh klik pada pautan ini:\n\n\nhttps://globalsadaqah.com/isaham-myfloods\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0641\u064e\u0651\u0633\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064d \u0643\u064f\u0631\u0652\u0628\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0631\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u0627\u064e \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0643\u064f\u0631\u0652\u0628\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0631\u064e\u0627\u0628\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0633\u064e\u0651\u0631\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0639\u0652\u0633\u0650\u0631\u064d \u064a\u064e\u0633\u064e\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064b\u0627 \u0633\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0652\u0644\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0646\u0650 \u0627\u064e\u062e\u0650\u064a\u0647\u0650. \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064c \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0628\u0650\u0649 \u0647\u064f\u0631\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e\n\n\nArtinya: \"\nBarang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya\n.\" (HR. Muslim).\n\n\nKredit gambar: \nNSTP/Sharul Hafiz Zam, Kosmo\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bekalan-tak-menentu-di-china-ancom-mendapat-perhatian", "title": "Bekalan Tak Menentu di China, Ancom Mendapat Perhatian", "body": "Ancom merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan bahan kimia untuk kegiatan pertanian atau nama pendeknya agrokimia. Aktiviti ini termasuk penghasilan (sintesis) ramuan aktif, formulasi, penyelidikan dan juga pengeluaran produk kimia pertanian seperti racun rumpai, baja, pengawet kayu dan sebagainya.\n\n\n\n\nProduk ini sebenarnya adalah penting kepada industri perladangan kerana ia membantu tanaman mengeluarkan hasil yang berkualiti. Penggunaan produk racun rumpai sebagai contoh, digunakan secara meluas oleh industri perladangan untuk pelbagai jenis tanaman. Produk ini juga lah yang membolehkan Ancom mendapatkan pendapatan yang tinggi untuk syarikat mereka.\n\n\nKetidaktentuan bekalan China dan peluang Ancom\n\n\nDalam sedekad ini, kita dapat lihat negara China berkembang pesat menjadi negara dengan GDP kedua tertinggi selepas Amerika. Kedudukan ini menjadikan China sebagai sumber penting kepada ekonomi dunia, termasuklah bahan kimia. China menjadi sumber utama dunia sebagai pembekal untuk pelbagai peringkat produk sama ada bahan mentah, bahan ramuan atau produk akhir.\n\n\nNamun, dalam sedekad ini juga, pelbagai ketidak tentuan bekalan terjadi kepada negara China ini. Antaranya insiden letupan kilang yang seakan-akan menjadi acara tahunan memberi kesan kepada operasi kilang berhampiran. Pada tahun 2019, letupan kilang bahan kimia telah mengakibatkan kematian sebanyak 78 orang di Jiangsu, China. Ia menyebabkan penutupan kilang di kawasan perindustrian tersebut selama paling kurang 2 minggu.\n\n\n\n\n\n\nLetupan kilang racun serangga di Jiangsu, China mengakibatkan penutupan dan pemindahan operasi kilang di kawasan terlibat. Gambar: AP\n\n\n\n\nApabila kilang di China ini ditutup, maka berlakunya gangguan bekalan di China dan memberikan kesan kepada pembeli dari seluruh dunia. Secara semula jadinya, pembeli akan mencari alternatif kepada bekalan dari China. Dalam situasi ini, terdapat beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh Ancom Berhad.\n\n\nKenali Ancom\n\n\nPada asalnya, Ancom di bawa masuk oleh syarikat Amerika pada tahun 1969 dengan nama Ansul (Malaysia) Sdn Bhd. Ianya mula berdagang dengan nama Ancom pada tahun 1989 dan tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 1990.\n\n\nTiga syarikat tersenarai awam dan syarikat media Redberry\n\n\nSecara keseluruhan, operasi Ancom terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahan agrokimia, bahan kimia perindustrian dan polimer, logistik dan juga media. Struktur syarikat Ancom boleh dilihat seperti gambar di bawah.\n\n\n\n\nAncom\n\n\nAktiviti utama Ancom ialah dalam pengeluaran bahan agrokimia yang sebahagian besarnya dilaksanakan oleh Ancom Crop Care (ACC). ACC adalah syarikat teras kepada Ancom yang menjalankan penyelidikan, formulasi, pengeluaran, jualan, perlesenan dan sebagainya untuk produk bahan agrokimia.\n\n\nAntara bahan agrokimia yang dikeluarkan oleh ACC ialah racun rumpai, racun serangga, racun kulat dan pengawet kayu. Produk yang dihasilkan oleh ACC ini dijual ke serata dunia dengan rangkaian yang luas.\n\n\nAncom Logistic\n\n\nDengan rangkaian pengguna yang luas di serata dunia, pengangkutan menjadi satu elemen yang penting kepada Ancom. Aktiviti pengangkutan mereka ini disokong oleh Ancom Logistic untuk pengangkutan dan logistik bahan kimia. Ancom Logistic ini juga sebenarnya tersenarai di papan Ace Bursa Malaysia.\n\n\nNylex\n\n\nTersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia pula ialah Nylex yang juga merupakan anak syarikat Ancom Berhad. Aktiviti utama yang dijalankan dalam Nylex ialah polimer dan bahan kimia perindustrian.\n\n\nPenyumbang utama pendapatan Nylex adalah pada bahagian bahan kimia perindustrian seperti ethanol, phosphoric acid, adhesive dan juga sealant. Nylex juga adalah penyumbang terbesar pendapatan kumpulan syarikat Ancom dengan pulangan lebih RM 1.5 bilion nilai jualan.\n\n\nRedberry\n\n\nSatu bahagian aktiviti dalam Ancom yang agak baru ialah operasi media yang dikendalikan oleh Redberry Sdn Bhd. Operasi tumpuan dalam bahagian media ini adalah dari segi pengiklanan melalui papan berbayar (billboard), lapangan terbang, panggung wayang, stesen MRT, bas awam dan pelbagai lagi tumpuan awam di Lembah Klang.\n\n\n\n\nRedberry sebenarnya merupakan satu bahagian yang menarik kumpulan Ancom kebelakang dalam beberapa tahun terbaru. Ancom kini telah memutuskan untuk mengurangkan pegangan dalam syarikat ini dan hanya akan memegang faedah minoriti dalam Redberry.\n\n\nPrestasi kewangan Ancom\n\n\nKeseluruhan kumpulan syarikat Ancom Berhad telah pun berjaya menjana pendapatan sehingga RM 1.9 bilion sejak tahun 2018. Angka ini agak mendatar pada tahun 2019, namun masih mencatat sedikit dengan sedikit kenaikan pada 2.1%. Keuntungan sebelum cukai pula semakin rendah dengan penurunan 54.3% dari RM 47.0 juta pada tahun 2018 kepada RM 21.5 juta pada tahun 2019.\n\n\nAncom sebenarnya mencatatkan kerugian walaupun dengan pulangan sebanyak RM 1.9 bilion. Nylex yang menyumbang pendapatan sebanyak RM 1.5 bilion sebenarnya mencatatkan keuntungan hanya sebanyak RM 4.6 juta sebelum cukai. Ancom melalui ACC pula menyumbang sebanyak RM 304.4 juta dari segi pendapatan dengan RM 47.1 juta keuntungan sebelum cukai. Setelah dimasukkan operasi media dan koperat, angka keseluruhan menunjukkan kerugian bersih selepas cukai.\n\n\n\n\nSekiranya melihat pada prestasi Ancom sahaja, kita sebenarnya dapat lihat sebuah potensi pertumbuhan yang baik. Pendapatan Ancom dari ACC menunjukkan peningkatan setiap tahun selepas pengarah urusan yang baru, iaitu Lee Cheun Wei memegang jawatan pada tahun 2014.\n\n\nPotensi dan prospek Ancom\n\n\n1. Tahap produk yang lebih asas\n\n\nProduk yang dihasilkan oleh ACC terdiri daripada bahan aktif, ramuan campuran dan juga pengawet kayu. Bahan aktif atau Active Ingredient ialah bahan spesifik yang memberikan fungsi kepada sesebuah kimia tersebut. Dalam kes Ancom, fungsi ini adalah sebagai racun rumpai, serangga, kulat atau pengawet kayu untuk pelbagai jenis tanaman. Tidak banyak syarikat yang mengeluarkan bahan aktif. Kebanyakan syarikat menggunakan bahan ramuan yang terdiri daripada bahan aktif dan formulasi campuran mereka.\n\n\n\n\nACC adalah salah satu syarikat yang mampu mengeluarkan produk bahan aktif. Bukan itu sahaja, di antara bahan-bahan ini, ada yang dikeluarkan oleh ACC dengan hatra intelek (IP) yang berdaftar. Antara keluaran utama ACC ialah MSMA, Diuron, Glyphosate, Monex dan Timber Preservative. Monex dan Timber Preservative hanya dikeluarkan oleh ACC, manakala MSMA pula disaingi oleh syarikat dari Israel.\n\n\n2. Proses pendaftaran mengurangkan persaingan\n\n\nSeperti yang disebut tadi, ACC mengeluarkan bahan agrokimia untuk dihantar ke seluruh dunia. Untuk menjual bahan agrokimia ini ke sesebuah negara, beberapa siri pendaftaran perlu dibuat yang juga melibatkan ujian makmal kerana ia melibatkan bahan kimia beracun.\n\n\nPendaftaran di Malaysia sahaja memakan masa sehingga 2 tahun, dan di Brazil yang merupakan negara eksport utama untuk Ancom pula memakan masa sehingga 7 tahun.\n\n\nDari sini, kita dapat lihat bahawa pendaftaran ini boleh mengambil masa yang lama. Tak banyak syarikat yang mampu ataupun ingin mengunggu waktu yang lama hanya untuk diberikan lesen untuk menjual di sesebuah negara. Selepas berdaftar pula, aktiviti pemasaran masih perlu berjalan untuk memastikan capaian pada pembeli. Ancom pula sudah beroperasi selama lebih 50 tahun dan telah pun bertapak di lebih 40 buah negara, memberikan mereka kelebihan dalam industri ini.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Ancom Crop Care\n\n\n\n\n3. Pembeli mencari alternatif kepada China\n\n\nAtas sebab ketidaktentuan bekalan, pengguna bahan kimia pertanian mula mencari alternatif di luar China. Insiden letupan di Jiangsu yang disebut tadi membawa kepada penutupan kilang yang menyebabkan pencemaran sungai di kawasan berdekatan. Kilang di kawasan terlibat pula perlu berpindah operasi, menambahkan lagi masa bekalan. Insiden letupan ini hanyalah salah satu daripada pelbagai lagi kes yang pernah terjadi di China.\n\n\nDalam perkembangan terbaru, mereka mengatakan bahawa pertanyaan (enquiry) terhadap produk mereka semakin banyak. Mereka adalah satu-satunya pengeluar dalam rantau Asia Tenggara yang mengeluarkan bahan aktif. Di waktu yang akan datang pula, mereka sudah pun mempunyai perancangan untuk menghasilkan produk baru iaitu bahan molekul untuk pertanian.\n\n\n4. Perancangan kilang untuk produk baru\n\n\n\n\n\n\nKilang Ancom di Klang akan dinaik taraf dengan fasiliti tambahan untuk produk baru\n\n\n\n\nProduk molekul telah pun berada dalam perbincangan dan Ancom kini sedang mengusahakan penambahan kapasiti kilang mereka di Klang. Tapak untuk kilang ini telah pun dilapangkan sebagai persediaan. Apabila beroperasi nanti, mereka akan mendapat akses kepada segmen baru kepada pasaran sedia ada untuk tanaman nenas dan tebu.\n\n\n5. Prestasi jualan mengikut keadaan cuaca\n\n\n\n\nSeperti mana-mana industri pertanian yang lain, aktiviti pertanian tidak lari dari kesan daripada cuaca. Dalam tahun 2019, kita dapat melihat banjir besar yang berlaku di Amerika yang merosakkan tanaman. Persekitaran yang kering di Australia pula menyebabkan berlakunya kebakaran besar di serata negara tersebut.\n\n\nDalam keadaan ini, produk kimia pertanian tak sesuai digunakan dan menyebabkan permintaan yang lebih rendah. Ancom turut merasai kesan ini dan akan tercermin dalam laporan kewangan yang akan datang.\n\n\nPenutup\n\n\nSyarikat ini memiliki banyak potensi ke hadapan. Bahagian media untuk beberapa tahun telah menarik kumpulan ini kebelakang akan memainkan peranan yang kecil untuk masa akan datang. Ini bermakna Ancom tidak lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk bahagian media ini. Keadaan cuaca pula menyebabkan nilai jualan terkesan secara negatif, namun perkembangan di China menimbulkan minat yang meningkat terhadap produk dari Ancom.\n\n\nAncom telah pun mendapatkan bekalan barangan mentah yang cukup dari China untuk meneruskan aktiviti perniagaan. Namun sekiranya wabak COVID-19 berterusan sehingga April atau Mei, ia akan menyebabkan gangguan bekalan kepada seluruh dunia. Sekiranya wabak ini dapat ditangani sebelum tempoh itu, keadaan pasaran dijangka akan pulih menjelang pertengahan tahun 2020."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/belajar-saham-bersama-isaham", "title": "Belajar Saham Bersama iSaham", "body": "21 Febuari, 2022 - Semalam, sesi iSaham Live telah berlangsung di \nYoutube rasmi iSaham\n dan \nFacebook iSaham Kelas Asas\n. Sesi secara langsung itu telah diadakan pada jam 10 pagi dan dihoskan oleh \nChief Strategy Officer\n (CSO) iSaham, En Suddin Salleh.\n\n\n\n\n\n\nSesi iSaham Live yang dihoskan oleh En Suddin Salleh.\n\n\n\n\n\n\nSesi \nlive\n dan interaktif ini telah diadakan selama 1 jam 14 minit. Sepanjang sesi dijalankan, penonton dibenarkan untuk bertanyakan soalan berkaitan saham dan iSaham. Antara soalan yang ditanya oleh penonton adalah seperti keadaan pasaran semasa, pendapatan syarikat, komoditi, dan banyak lagi.\n\n\nPengenalan kepada produk terbaru iSaham\n\n\nSesi kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada produk-produk terbaru iSaham, iaitu iSaham Gear One, iSaham Playback, iSaham Accelerator dan iSaham Max Live.\n\n\n\n\n\n\nProduk-produk terbaru iSaham.\n\n\n\n\n\n\niSaham Gear One\n\n\nProduk pertama yang diperkenalkan semasa sesi berlangsung adalah \niSaham Gear One, \niaitu sebuah seminar saham percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Bursa Malaysia-i. Sesi ini mempunyai 3 modul, iaitu iSaham Gear One Asas, iSaham Gear One Fundamental, dan iSaham Gear One Technical. Sesi ini juga telah diadakan pada tahun lepas, iaitu iSaham x Bursa Malaysia-i (Webinar Hybrid Trader iSaham 2021) dan telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan.\n\n\niSaham Playback\n\n\nSeterusnya, En Suddin memperkenalkan kelas saham lengkap iaitu \niSaham Playback\n yang merangkumi konten pembelajaran saham bermula daripada topik asas saham sehingga topik yang lebih \nadvanced\n seperti analisa teknikal dan fundamental. Kelebihan iSaham Playback ini adalah ia datang dalam bentuk video yang boleh ditonton berulang-kali, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Video-video ini merangkumi 30 topik, dengan durasi keseluruhan sepanjang 14 jam.\n\n\niSaham Accelerator\n\n\nBuat pertama kalinya, iSaham menawarkan \niSaham Accelerator\n, iaitu sebuah sesi tentang strategi untuk meningkatkan kejayaan dalam pelaburan. Sesi ini bertujuan untuk membantu pelabur yang masih mencari teknik yang sesuai untuk digunakan semasa berdagang.\n\n\niSaham Max Live\n\n\nProduk terakhir, iaitu\n iSaham Max Live \npula adalah sebuah komuniti \nlifelong-learners\n yang membincangkan perkara-perkara berkaitan saham mengikut undian, contohnya seperti arah tuju pasaran, saham yang sedang trending, dan perbincangan IPO. Sesi perbincangan ini akan diadakan sebanyak 3 kali sebulan.\n\n\nSelain itu, pelanggan iSaham Max juga boleh mengakses ciri-ciri baru seperti \nperformance tracker\n, \nstock alert\n dan iSaham Seasonality, di mana pelanggan boleh melihat prestasi sesuatu syarikat atau sektor mengikut bulan pada tahun-tahun sebelumnya. Jika anda seorang pelanggan sedia ada iSaham Max, anda boleh melihat ciri-ciri baru ini\u00a0\ndi sini\n.\n\n\nWalau bagaimanapun, untuk menjadi \nahli iSaham Max\n, terdapat \npre-requirement\n yang diperlukan, iaitu ahli perlu mendaftar sebagai ahli Pro iSaham terlebih dahulu. Boleh \nklik di sini\n untuk mendaftar sebagai ahli Pro iSaham secara percuma.\n\n\n\n\n\n\nSenarai penuh harga produk iSaham\n\n\n\n\n\n\nNamun, terdapat keraguan daripada penonton sewaktu sesi iSaham Live ini dijalankan, iaitu dari pelanggan lama produk iSaham tentang status produk yang telah dilanggan pada tahun sebelumnya. En Suddin menjelaskan pelanggan webinar sebelum ini masih boleh mengakses rakaman webinar terdahulu melalui iSaham Classroom. Akses kepada rakaman ini adalah seumur hidup, sama seperti produk eBook iSaham. Walau bagaimanapun, sesi live yang terdahulu akan ditamatkan pada bulan April tahun ini.\n\n\nUntuk melihat video penuh sesi iSaham Live ini, boleh \nklik di sini\n.\n\n\nNota\n: Untuk makluman, harga dan pakej di atas adalah versi lama. Untuk versi terbaru kami sudah update di blog \niSaham Special Event\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/belanjawan-2019-ulasan", "title": "Belanjawan 2019 - Ulasan", "body": " \nSumber Gambar: \nTV1\nBelanjawan 2019 merupakan belanjawan kali pertama oleh kerajaan baru selepas mengambil kerajaan Barisan Nasional. Banyak ulasan dan pandangan dikeluarkan dari pelbagai sudut, termasuklah kepada syarikat-syarikat yang diniagakan oleh para pelabur dan pedagang di Bursa Malaysia.\nSaham apakah yang mendapatkan manfaat daripada Belanjawan 2019 ini?\nPetronas Dagangan, Petronas Chemical\nDalam belanjawan 2019, kerajaan telah membentangkan salah satu punca pendapatan negara ialah daripada Dividen Petronas. Untuk belanjawan 2019, RM30 bilion dividen khas akan dikeluarkan oleh Petronas. Dividen yang dikeluarkan oleh syarikat induk petronas ini (Petroliam Nasional Berhad) juga adalah hasil dividen daripada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Petronas Chemicals (PCHEM), Petronas Dagangan (PETDAG) dan lain-lain. Dividen yang dikeluarkan oleh anak syarikat ini akan turut dapat dirasai oleh semua pemegang saham syarikat-syarikat tersebut. Kedua-dua syarikat ini juga mempunyai fundamental kewangan yang baik, jelas dengan berada di tangga-tangga tertinggi score iSaham.\nKPJ Healthcare\nKita melihat sebanyak 29 bilion disediakan untuk sektor kesihatan (healthcare) dalam Belanjawan 2019, kenaikan sebanyak lebih kurang 8% berbanding Bajet 2018. Kerajaan juga melancarkan program pilot untuk B40 Health Protection Fund yang memberikan perlindungan percuma ke atas 4 sakit kritikal, justeru bakal memanfaatkan hospital swasta seperti KPJ. Dalam masa yang sama, 20 juta disediakan kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) untuk mempromosi Malaysia sebagai pilihan mendapatkan servis rawatan. KPJ berpotensi besar mendapat manfaat daripada polisi ini kerana 5-10% daripada jumlah pelanggan KPJ ialah dalam kalangan warga asing.\nAeon, QL\nDengan insentif pelancongan yang ada, ditambah dengan pelbagai insentif dan subsidi kepada kumpulan B40 seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), subsidi minyak dan macam-macam lagi, kita bakal melihat syarikat berkaitan jualan runcit dan barangan pengguna mendapat manfaat. Syarikat seperti AEON dan QL akan dijangka mendapat lebih banyak kunjungan (makin penuh FamilyMart milik QL lepas ni). Di samping itu, online digital tax juga berkemungkinan besar menarik lebih ramai membeli di kedai tempatan.\nTakaful, BIMB (pemilik terbesar syarikat Takaful Malaysia)\nBermanfaat daripada polisi mengasingkan pelepasan tax untuk EPF dan Takaful, juga pelepasan duti setem untuk semua produk dibawah Perlindungan Tenang yang bakal mengurangkan jurang pengambilan perlindungan takaful.\nHartalega, Kossan Rubber, Top Glove, Supermax\nKesemua saham getah yang kuat (HARTA, KOSSAN, TOPGLOV, SUPERMX) dipilih oleh sekurang-kurangnya dua penganalisa belanjawan 2018. Sektor ini dijangka terus kukuh walaupun gaji minimum dinaikkan ke RM1,100 disebabkan automasi yang berkembang dalam industri ini. Syarikat-syarikat yang beroperasi dengan automasi khususnya sektor pembuatan elektronik dan teknologi juga dijangka tidak terjejas seperti INARI dan VS.\nApa pula kata penganalisa-penganalisa institusi pelaburan tempatan? Kami simpulkan saham-saham yang menjadi pilihan terbanyak institusi pelaburan dalam visual dan link di bawah.\nSaham-Saham Pilihan Institusi Pelaburan untuk Belanjawan 2018"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/belanjawan-2020-saham-yang-anda-boleh-pantau", "title": "Belanjawan 2020: Saham yang Anda Boleh Pantau", "body": "\n\nSeperti biasa, setiap tahun rakyat Malaysia sangat teruja dan amat tertunggu-tunggu untuk mendengar perbentangan belanjawan negara. Belanjawan ni bagaikan software update bagi sebuah negara supaya ia boleh berfungsi dengan lebih baik. Tahun ini, sebanyak RM 297 bil telah diperuntukkan untuk belanjawan negara, lebih rendah daripada tahun lepas yang diperuntukkan sebanyak RM 314.5 bilion. Namun, bajet tahun lepas adalah lebih tinggi disebabkan pemulangan GST sebanyak RM 37 bilion.\n\n\nTeras belanjawan 2020\n\n\nTeras di bawah adalah tunjang kepada belanjawan 2020\n\n\n\n\nPertama:\n\n\nMemacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital\n\n\nKedua:\n\n\nPelaburan ke atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan\n\n\nKetiga:\n\n\nMewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama\n\n\nKeempat:\n\n\nMemulihkan Institusi dan Kewangan Awam\n\n\n\n\nPeruntukan Belanjawan 2020\n\n\n\n\nKeseluruhan : RM 297 bil (18.4% GDP)\n\n\n\n\nOperasi : RM 241 bil\n\n\nPembangunan: RM 56 bil\n\n\n\n\nPenerima tertinggi:\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan: RM 64.1 bil\n\n\nKementerian Kewangan: RM 37.8 bil\n\n\nKementerian Kesihatan: RM 30.6 bil\n\n\n\n\nGST tak diteruskan\n\n\n\n\nWalaupun diguna pakai oleh lebih 100 buah negara dan berkurangnya pendapatan negara, kerajaan bertekad untuk tidak melaksanakan semula sistem cukai GST. Namun, cukai baru diperkenalkan iaitu cukai pendapatan digital yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019.\n\n\nIndustri apa yang diberi perhatian\n\n\nDalam teras pertama, kita dapat lihat pelbagai inisiatif yang menyediakan ke arah ekonomi digital. Ini termasuklah peruntukan dalam bidang automasi, pelabuhan dan digitalisasi perniagaan. Kerajaan juga berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelaburan yang menarik.\n\n\n\n\nAntaranya adalah inisiatif pelepasan cukai untuk syarikat Fortune 500 sebanyak RM 1 bilion. Jumlah FDI yang diluluskan setakat pertengahan tahun 2019 telah pun mencecah 97% berbanding jumlah yang diluluskan pada pertengahan tahun 2018. Pakej galakan ini sudah tentu berniat untuk menarik perhatian syarikat-syarikat besar dan yang mendahului pasaran untuk datang ke Malaysia. Ini juga dapat menggalakkan pasaran kerja dan juga membawa pekerjaan berkemahiran tinggi ke Malaysia.\n\n\n\n\nInfrastruktur logistik juga diperkuatkan dengan peruntukan penyelenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang. Ini adalah sejajar dengan kerancakan aktiviti e-commerce yang memerlukan khidmat pergudangan yang efektif. Kerajaan juga sedang mengkaji kebolehlaksanaan projek Koridor Logistik Klang yang dianggarkan bernilai RM 8.3 bilion untuk menghubungkan menyediakan hubungan lebuh raya yang lebih cekap.\n\n\nSelain itu, beberapa sektor industri mendapat insentif dari kerajaan. Pelbagai aktiviti pelaburan dalam bidang akan dikecualikan daripada cukai dalam bidang E&E. Kerajaan juga sedang giatkan aktiviti melibatkan ekonomi digital yang merupakan industri teknologi pada era ini. Inisiatif ini termasuklah galakan dalam bidang e-wallet, automasi perniagaan dan pelbagai kursus dan kemudahan yang menyediakan perkhidmatan untuk ekonomi digital.\n\n\nSaham yang anda boleh pantau\n\n\nDi bawah adalah saham-saham yang anda boleh pantau berdasarkan potensi cadangan belanjawan yang dibentangkan berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.\n\n\nMenarik minat pelaburan E&E\n\n\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\nSemikonduktor\n\n\n\n\nVITROX\n\n\nINARI\n\n\nGTRONIC\n\n\n\n\nPembuatan\n\n\n\n\nVS\n\n\nATAIMS\n\n\nSKPRES\n\n\n\n\nMerancakkan sektor automasi\n\n\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\n\n\nD&O\n\n\nGREATEC\n\n\nISTONE\n\n\n\n\nMemperluaskan rangkaian data\n\n\nNFCP atau National Fiberisation and Connectivity Plan adalah usaha MCMC untuk meningkatkan sambungan data ke seluruh negara pada kadar yang lebih mampu dimiliki. Geran padanan diperuntukkan sebanyak RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta untuk laksanakan pelan ini.\n\n\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\n\n\nOPCOM\n\n\nTM\n\n\nTIMECOM\n\n\n\n\nPenggalakan Tenaga Hijau\n\n\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\n\n\nTENAGA\n\n\nCYPARK\n\n\nSOLARVEST\n (IPO akan datang)\n\n\n\n\nCadangan mengurangkan beban tol lebuh raya\n\n\nJemaah Menteri sedang pertimbangkan cadangan untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia dari Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, pengambilalihan empat lebuh raya lebuh raya iaitu KESAS, LDP, SPRINT dan SMART telah diluluskan.\n\n\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\n\n\nLITRAK\n\n\nGAMUDA\n\n\nUEM\n\n\n\n\nProjek Bandar Malaysia Diteruskan\n\n\nBerita pasal projek Malaysia ni bukanlah baharu, namun diselitkan juga sebagai pengumuman yang rasmi dah juga kerana nilainya yang besar. Projek ini dianggarkan bernilai sebanyak RM 140 bilion.\n\n\n\n\nSaham yang terlibat:\n\n\n\n\nEKOVEST\n\n\nIWC\n\n\n\n\nSecara umumnya, belanjawan yang dibentangkan oleh PH berada dalam jangkaan penyelidik pasaran. Ianya bersifat mesra pasaran dan berusaha untuk menguatkan kuasa membeli di tangan rakyat."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/belanjawan-2021-melawan-covid-19", "title": "Belanjawan 2021 - Belanjawan Melawan Covid-19", "body": "Sepanjang tahun kita pasti akan disajikan dengan pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia. Belanjawan kali ni menyediakan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion, merupakan jumlah terbesar dalam sejarah negara. Angka sebesar ini telah disusun dengan teliti bagi mengimbangi kewajiban melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan serta menjamin kelangsungan ekonomi ketika pandemik Covid-19.\n\n\nMatlamat induk belanjawan 2021\n\n\n\n\nBelanjawan 2021 merupakan peringkat ke-5 strategi 6R iaitu Revitalize atau memperkasa, dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk:\n\n\n\n\nPertama:\n Kesejahteraan Rakyat\n\n\nKedua:\n Kelangsungan Perniagaan\n\n\nKetiga:\n Ketahanan Ekonomi\n\n\n\n\nPeruntukan Belanjawan 2021\n\n\n\n\nKeseluruhan : RM322.5 bilion diperuntukan secara keseluruhan (20.6% daripada GDP).\n\n\n\n\nPerbelanjaan Pengurusan: RM236.5 bilion\n\n\nPerbelanjaan Pembangunan : RM 69 bilion\n\n\nKumpulan Wang Covid-19: RM 17 bilion\n\n\n\n\nPenerima tertinggi:\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan : RM 50.4 bilion\n\n\nKementerian Kesihatan : RM 31.94 bilion\n\n\n\n\n\n\nUntuk memelihara kebajikan golongan rentan, bancian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Bancian ini mendapati Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) telah meningkat ke RM 2208 berbanding RM 980 pada tahun 2015. Ini bermakna sebanyak lebih 400 ribu isi rumah dikategorikan sebagai miskin. Kenaikan PGK ini menyebabkan lebih ramai golongan layak menerima bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan kewangan 2021.\n\n\nDana Covid-19 diperkenalkan\n\n\n\n\nKerajaan telah meperuntukkan 1 billion ringgit bagi perlaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.\n\n\n\n\nRM 475 juta\n - Pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus kegunaan KKM\n\n\nRM 318 juta\n - Penyediaan peralatan PPE dan hand sanitizer kepada petugas barisan hadapan KKM\n\n\nRM 150 juta\n - Agensi Pengurusan Bencana Negara untuk menyelaras dan memerangi Covid-19\n\n\nRM50 juta\n - perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat ubatan\n\n\n\n\nPasaran industri dan pelaburan\n\n\n\n\nDalam menghadapi pandemik Covid-19, kita dapat lihat pelbagai strategi dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan mendepani cabaran masa hadapan. Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan semula ekonomi dengan mewujudkan peluang pelaburan syarikat asing.\n\n\nAntaranya adalah melonggarkan galakan cukai untuk Hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022. Selain itu, melalui Penjana, kerajaan menawarkan kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang yang terpilih dengan memidahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan menjalankan pelaburan.\n\n\n\n\nInfrastruktur logistik juga diperkukuhkan dengan pembinaan projek baharu meliputi kos sekitar RM3.8 bilion seperti Projek Fasa 2 pembinaan Jambatan Klang ke-3 di Selangor dan lain lain bertujuan pemangkin pertumbuhan positif bagi industri sektor pembinaan. Selain itu, beberapa projek yang melibatkan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak 50 bilion ringgit. Merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrstruktur sosial, hab inovasi dan perubatan. Lebih 100 ribu peluang pekerjaan bakal dijana.\n\n\nBagi tahun 2021 Sabah dan Sarawak telah menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 5.1 bilion ringgit dan 4.5 bilion ringgit. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.\n\n\nSaham yang anda boleh pantau\n\n\nMelalui cadangan belanjawan yang dibentangkan, ada beberapa saham yang ada boleh pantau dan perhati berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.\n\n\nPeruntukan Vaksin Covid-19\n\n\n\n\nKerajaan telah komited untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 dengan melibatkan kos sebanyak RM3 bilion untuk memenuhi keperluan rakyat. Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan telah meluaskan skop pelepasan cukai untuk mendapatkan rawatan.\n\n\nSektor terlibat: \nPharmaseutikal\n\n\nAntara saham yang boleh diperhati :\n\n\n\n\nCCM\n\n\nDuopharma\n\n\nPharma\n\n\n\n\nSkim Pembangunan Nasional\n\n\n\n\nSkim ini diperkenalkan untuk menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.\n\n\nSektor terlibat : \nHealth care equipment & services\n\n\nAntara saham yang boleh diperhati:\n\n\n\n\nLKL\n\n\nAdventa\n\n\nTop Glove\n\n\n\n\nMerapatkan jurang digital rakyat\n\n\n\n\nProgram Jaringan Prihatin dan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan infrastruktur telekomunikasi. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9.4 bilion untuk menjadikan internet sebagai utiliti ketiga sepeti kemudahan air dan elektrik. Antaranya, sebanyak RM7.4 bilion diperuntukan untuk perluasan perkhidmatan jalur lebar. Fasa ini telah dijalankan secara berperingkat dan berterusan sehingga akhir tahun 2022. Sistem rangkaian 5G akan diperkenalkan dengan memantapkan dahulu rangkaian 4G dan menamatkan rangkain 3G.\n\n\nSektor terlibat: \nKelengkapan telekomunikasi\n, \nPenyedia perkhidmatan telekomunikasi\n\n\nAntara saham yang boleh diperhati:\n\n\n\n\nTM\n\n\nOPCOM\n\n\nTIMECOM\n\n\n\n\nKemudahan Pengangkutan\n\n\n\n\nSektor terlibat : \nPengangkutan\n\n\nAntara saham yang boleh diperhati:\n\n\n\n\nKTB\n\n\nPerak Transit\n\n\n\n\nPelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi\n\n\n\n\nSektor terlibat: \nSemikonduktor\n, \nKelengkapan Perindustrian\n\n\nAntara saham yang boleh diperhatikan:\n\n\nSemikonduktor\n\n\n\n\nVITROX\n\n\nINARI\n\n\nGTRONIC\n\n\n\n\nKelengkapan Perindustrian\n\n\n\n\nVS\n\n\nATAIMS\n\n\nSKPRES\n\n\n\n\nPembangunan Infrastruktur Pengangkutan\n\n\n\n\nSektor terlibat: \nPembinaan\n\n\nAntara saham yang boleh diperhati:\n\n\n\n\nGamuda\n\n\nEkovest\n\n\nIWC\n\n\n\n\nSecara umumnya, belanjawan yang dibentangkan diharapkan jadi penawar dan memulihkan semula ekonomi disebalik cabaran ketidaktentuan pasaran luar, kejatuhan harga komoditi dan ancaman pandemik Covid-19."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/belanjawan-2022-keluarga-malaysia-makmur-sejahtera", "title": "Belanjawan 2022 - Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera", "body": "Saban tahun, setiap rakyat di Malaysia akan dihidangkan mengenai intipati bajet belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia. Belanjawan ini ibarat satu tonik perancangan yang bakal memberikan manfaat kepada urus tadbir negara. Bajet 2022 memperuntukkan sebanyak RM 332.1 bilion, merupakan jumlah terbesar dalam sejarah belanjawan negara.\n\n\nBajet kali ni telah dirangka dengan mendapatkan maklum balas daripada sesi perbincangan, cadangan diterima sebanyak 50 ribu melalui portal Bajet 2022 dan 80 sesi sumbang saran melibatkan ahli-ahli Berhormat tanpa mengira pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.\n\n\nMatlamat utama belanjawan 2022\n\n\n\n\nBajet 2022 didokong berdasarkan Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Matlamat bajet kali ni kekal dengan 3 Fokus Induk:\u00a0\n\n\n\n\nPertama:\n\u00a0Rakyat yang Sejahtera\n\n\nKedua:\n\u00a0Perniagaan yang Berdaya Tahan\n\n\nKetiga:\n\u00a0Ekonomi yang Makmur dan Mampan\n\n\n\n\nPeruntukan Belanjawan 2022\n\n\n\n\nKeseluruhan : RM 332.1 bilion\n\n\n\n\nPerbelanjaan Pengurusan: RM 233.5 bilion\n\n\nPerbelanjaan Pembangunan: RM 75.6 bilion\n\n\nKumpulan Wang Covid-19: RM 23 bilion\n\n\nSimpanan Luar Jangka: RM 2 bilion\n\n\n\n\nPenerima tertinggi:\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan : RM 52.6 bilion\n\n\nKementerian Kesihatan : RM 32.4 bilion\n\n\n\n\nParas Garis Kemiskinan\u00a0\n\n\nUntuk memelihara kebajikan golongan rentan, syarat kelayakan kebajikan telah dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 sebanyak RM 1,169 berbanding sebelum ini PGK 2016 iaitu RM 980.\u00a0Oleh itu, kenaikan PGK ini menyebabkan lebih ramai golongan layak menerima bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan kewangan 2022. Sebanyak RM 2.4 bilion disediakan sebagai pemberian bantuan kebajikan yang memberi manfaat kepada lebih 440 ribu isi rumah.\n\n\nDana Covid-19 diteruskan\n\n\n\n\nKerajaan telah meperuntukkan 4 billion ringgit untuk menangani wabak pandemik Covid-19. Ia merangkumi 2 bilion ringgit bagi membiayai program vaksinasi. Manakala baki 2 bilion ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan dan meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti\n\n\n\n\nPembelian bekalan ubat\n\n\nBahan guna habis\n\n\nPPE dan kit kesihatan\n\n\n\n\nSelain itu, kerajaan berhasrat melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19. Pengenalan ini adalah salah satu cara kerajaan mencegah dan melawan Covid-19.\n\n\nPasaran industri dan pelaburan\n\n\n\n\nDalam meningkatkan semula ekonomi di kala menghadapi pandemik Covid-19, kita dapat lihat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui bajet ini. Kerajaan telah memperuntukkan dana khas pelaburan strategik sebanyak RM 2 bilion bertujuan menarik pelaburan asing strategik terutamanya dalam kalangan syarikat multinasional.\n\n\nBukan itu sahaja, kerajaan juga menyediakan dana sebanyak RM 25 juta untuk menghasilkan pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport baharu melalui \"Misi Perdagangan dan Pelaburan\".\n\n\n\n\nBagi tahun 2022 Sabah dan Sarawak telah menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 5.1 bilion ringgit dan 4.5 bilion ringgit. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.\u00a0Daripada keseluruhan peruntukan ini, sebahagian besar iaitu 1.5 bilion ringgit disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak.\n\n\nSektor Industri yang terlibat\n\n\nMelalui bajet belanjawan yang dibentangkan, ada beberapa sektor syarikat yang anda boleh kaji berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.\n\n\nProgram Imunisasi Covid-19\n\n\n\n\nPihak kerajaan telah komited dengan memperkasakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan membekalkan dos ketiga. Dos ketiga ini diguna sebagai vaksin penggalak kepada golongan dewasa dan juga kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.\n\n\nOleh sebab itu, kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos tambahan meliputi sekitar 140 peratus penduduk. Ia juga mencukupi untuk pemberian dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun ke atas.\n\n\nSektor terlibat: \nFarmaseutikal\n\n\nAmalan Rendah Karbon\n\n\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri telah menyatakan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada karbon menjelang tahun 2050. Bagi memenuhi hasrat ini, inisiatif \nVolutary Carbon Market\u00a0\nakan diperkenalkan di bawah kelolaan Bursa Malaysia. Ia akan bertindak sebagai platform sukarela bagi dagangan kredit karbon antara pemilik aset hijau dengan mana-mana syarikat yang ingin ke arah amalan rendah karbon.\n\n\nSelain itu, kenderaan elektrik berupaya meminimumkan pencemaran asap kenderaan ke udara dengan menggunakan teknologi \nenergy efficient vehicle.\u00a0\nPasaran EV semakin mendapat permintaan dalam kalangan negara maju. Oleh sebab itu, kerajaan telah melihat potensi segmen EV ini dengan memperkenalkan dan menyokong pembangunan industri EV tempatan. Antaranya:\n\n\n\n\nPengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais dan cukai jualan kenderaan EV\n\n\nPengecualian cukai jalan sehingga 100%\n\n\nPelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM 2500 bagi golongan memiliki EV\n\n\n\n\nSektor terlibat :\n Electric Vehicle\n\n\nProjek pembangunan infrastruktur\n\n\n\n\nDalam bajet kali ni, kerajaan telah meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara sebanyak RM 3.5 bilion, antaranya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan \nCentral Spine Road\n. Seterusnya, juga meneruskan projek kecil dan sederhana\u00a0 bernilai RM 2.9 bilion yang memberi manfaat kepada kontraktor kelas G1 dan G4 di seluruh negara.\n\n\nKerajaan juga memperuntukkan RM 2.5 bilion untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah. Daripada jumlah ini, hampir RM 1.5 bilion akan digunakan untuk pembangunan projek jalan luar bandar dan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer. Ia bakal memberi manfaat hampir 130 ribu penduduk setempat.\n\n\nSektor terlibat : \nPembinaan\n, \nProperty\n\n\nPeluasan perkhidmatan 5G\n\n\n\n\nPengenalan perkhidmatan 5G akan mengubah landskap dan mencetuskan teknologi baharu terutamanya kepada pengguna mengakses maklumat di laman sesawang dengan lebih baik serta pantas. Bukan setakat itu sahaja, ia berupaya merapatkan jurang digital dan mecipta peluang pekerjaan.\n\n\nMenjelang tahun 2022, perkhidmatan 5G ini akan diperluaskan sebanyak 36% di beberapa kawasan kepadatan tinggi terutamanya di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.\n\n\nSektor terlibat: \nKelengkapan telekomunikasi\n, \nPenyedia perkhidmatan telekomunikasi\n\n\nPemulihan semula sektor pelancongan\n\n\n\n\nDalam bajet kali ni, kerajaan memperuntukkan dana sekitar RM 1.6 bilion dalam industri pelancongan. Kerajaan juga mengecualikan duti hiburan termasuklah hiburan di taman tema dan panggung wayang di kawasan Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan sehingga 31 Disember 2022.\u00a0\n\n\nSektor terlibat: \nPelancongan\n\n\nPasaran Bursa Malaysia\n\n\nTerdapat juga beberapa langkah dan inisiatif yang melibatkan pasaran Bursa Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nMewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Ia akan dilaksanakan bermula 1 September 2022 untuk syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.\n\n\nCukai Makmur adalah cukai pendapatan dikenakan pada kadar 24 peratus bagi syarikat menjana pendapatan bercukai 100 juta ringgit pertama dan 33 peratus bagi pendapatan bercukai selebihnya.\n\n\nKadar duti setem nota kontrak dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus dan had duti setem 200 ringgit setiap nota kontrak dimansuhkan.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, belanjawan yang dibentangkan diharapkan jadi penawar dan memulihkan semula ekonomi negara di sebalik ancaman pandemik Covid-19. Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan berkembang antara 3 hingga 4 peratus pada tahun ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/beli-pada-permulaan-trend-menaik", "title": "Beli pada Permulaan Trend Menaik", "body": "\n\nAda pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan dalam saham seperti \r\nmembeli pada fasa \nraging bull\n dimana saham terus menaik dan menaik, juga membeli pada fasa \r\nsaham menurun dengan kaedah \nbottom fishing\n (tidak disarankan untuk beginner) dan strategi membeli \r\nsaham dalam fasa mendatar \nsideway\n.\nSetiap strategi mempunyai \nemotional experience\n yang berbeza dan sesuai mengikut jenis \r\nprofil masing-masing. Strategi membeli saham yang menaik dan menaik (uptrend) ialah strategi \r\nyang dinamik dan \nversatile\n dan sesuai digunakan oleh hampir kesemua pelabur kerana \r\nsifat uptrend yang tidak memeningkan pelabur sekiranya jatuh, dan kekuatan membelian yang boleh \r\nterus menerus menaikkan harga saham.\nStrategi membeli saham menurun ialah strategi paling berisiko \r\ndan bahaya kepada pelabur baru kerana dikhuatiri sekiranya harga saham terus jatuh, pelabur baru \r\ntidak tahu bagaimana nak respon dengan cut loss dan akhirnya terus peram dan peram. \nSalah satu strategi yang kami sangat sarankan ialah membeli sejurus selepas saham keluar dari \r\nfasa sideway (dibincangkan secara ringkas di post yang lepas - \r\n\n3 Strategi Membeli \r\nSaham Sideway\n) dan memasuki fasa \npermulaan uptrend\n. Dengan menggunakan strategi ini, \r\npelabur dapat mengurangkan potensi beli harga terlalu tinggi, dan lebih yakin dengan pembelian kerana \r\nmomentum penurunan sudah pun pudar. \nKelebihan strategi ini ialah sekiranya anda berjaya membeli pada permulaan uptrend, potensi kenaikan \r\nharga saham sangat tinggi, dan apabila saham berjaya naik ke peringkat seterusnya dan seterusnya, anda \r\nboleh hold dengan lebih tenang, sebab kebarangkalian jatuh semula ke bawah harga belian agak rendah.\nStrategi ini nampak mudah dipraktikkan tetapi sebenarnya betul-betul menguji disiplin \nentry\n pelabur, \r\nsebab seringkali harga saham bergerak dalam keadaan \"sekejap nampak macam nak naik, sekejap macam nak \r\nturun\", menyebabkan emosi pelabur terkacau dan akhirnya tidak membeli pun saham-saham ini. \r\nKalau tak sempat beli, selalu menyesal bila dah naik banyak dan \ntime\n tu baru la mula nak tekan beli dan \r\nakhirnya sangkut.\nBagaimana cara detect saham-saham dalam fasa permulaan uptrend? Selalunya saham akan menunjukkan \r\npattern-pattern berikut:\n1. Breakout downtrend line (DTL) - Kelas TA Level 1.\n\n\n2. Breakout mid term uptrend (XMA50) - Kelas TA Level 2.\n\n\n3. Breakout chart pattern - Kelas TA Level 3.\nSekiranya salah satu atau kesemua pattern diatas boleh dilihat, maka jangan tunggu emosi buat keputusan \r\nuntuk anda, tetapi anda yang buat keputusan untuk masuk ke dalam saham-saham ini sebelum terlambat. Ini bukan \r\nseruan membeli (buy call) tetapi idea perdagangan (trading idea).\nDalam contoh diatas, market kita (FBMKLCI) baru sahaja berjaya melepasi mid term uptrend (XMA50), seakan-akan \r\nboleh berlaku keadaan yang sama seperti XMA50 pada dua sesi sebelum ini. FBMKLCI juga berjaya breakout dengan \r\npattern double bottom pada kali ini (sebelum ini breakout rounding bottom, H&T pattern dan juga sebelum itu lagi \r\nbreakout double bottom). Market perlu melepasi 1800 (DTL) untuk terus membara keatas.\n\n\nAntara screener yang anda boleh rujuk untuk strategi ini ialah \nPrice cross MA50\n, \nRounding Bottom\n, dan \nMid Term Sideway\n.\r\n\n\n\n*Breakout - melepasi paras resistance"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/berapa-indikator-patut-digabungkan-dalam-trading-system", "title": "Berapa Indikator Patut Digabungkan dalam Trading System?", "body": "\n\nPernah tak bila kita da belajar satu signal mcm moving average 20, heikin-ashi atau parabolic SAR, then bila nak masuk saham kita tak yakin? Then kita tanya rakan saham kita, dia pun cakap RSI ok, MACD ok, STO ok, \r\nDMI ok, Ichimoku ok, then kita terus confident. Bila lagi banyak signal, baru confident tu datang.\n\n\nAdakah dengan banyaknya indikator kata ok, maka saham tu lebih berpotensi nak naik? Jawapannya, tidak semestinya. Kebanyakan indikator menggunakan data, formula dan konsep yang lebih kurang sama. \r\nContohnya RSI atas 50 menunjukkan momentum yang kuat, manakala MACD atas 0 juga menunjukkan momentum yang kuat. Namun, kalau kedua-dua signal berlaku (RSI atas 50 dan dalam masa yang sama MACD atas 0), \r\ntidak bermaksud signal dua kali ganda kuat. Begitu juga kalau 3 indikator atau lebih. Jadi walaupun, 3 indikator menunjukkan positif, tetapi ketiga2nya menceritakan benda yang sama, kekuatan signal itu masih dianggap \r\nsebagai sekali sahaja. \n\n\nAdalah lebih baik dalam membuat gabungan indikator atau dipanggil analisa confluence, kita menggunakan konsep yg berlainan dalam penggabungan signal. Contohnya, kita boleh gabungkan 1 indikator momentum + \r\n1 chart pattern + volume. Indikator momentum menunjukkan kekuatan trend semasa saham tersebut, chart pattern menunjukkan psikologi pergerakan harga sesuatu saham, dan volume menunjukkan demand pada suatu \r\njangka masa untuk saham tersebut. Dengan ini, kajian kita akan menjadi lebih holistik dan terbuka kepada pandangan yang lebih luas dan terperinci. Rujuk gambar di bawah untuk contoh kajian menggunakan konsep \r\nberbeza dan bandingkan dengan gambar diatas dengan kajian menggunakan konsep yang lebih kurang sama.\n\n\n\n\nKalau kita hanya bergantung pada konsep yang sama, kita sudah pastinya terdedah kepada \"confirmation bias\". Dalam konsep \"confirmation bias\", salah satu ilmu dalam behavioral finance, kita akan lebih bias kepada \r\nperkara yang positif saja, tanpa melihat kepada downside atau negatif sesuatu perkara. Contoh dalam saham, kita hanya melihat gabungan 5 aspek indikator sebagai positif sedangkan dari segi trend dan pattern menunjukkan \r\nsaham lebih cenderung kearah penurunan. Kesan yang lebih teruk apabila harga saham jatuh, kita tidak cut loss sebab terkenangkan kekuatan 5 signal indikator positif tadi.\n\n\nSecara kesimpulan, sebenarnya gabungan dua-tiga indikator/konsep sudah mencukupi. Kebanyakan strategi yang kami test hanya menggunakan jumlah indikator/konsep yang sedikit sahaja tapi performance-nya sangat \r\nbagus. Lagi sikit indikator, lagi besar chart utama anda, sebab tu ada yang kaji saham dengan naked chart sahaja."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/berdagang-dengan-corak-head-and-shoulder", "title": "Berdagang dengan Corak Head & Shoulder", "body": "Corak carta atau \nchart pattern\n ialah bentuk dalam carta yang membantu pelabur meramal ke mana arah tuju sesuatu saham, berdasarkan corak yang pernah dibuat sebelumnya. Ini kerana salah satu falsafah teknikal mengikut teori Dow adalah \"\nhistory repeats itself\"\n yang bermaksud harga dalam pasaran boleh diramal kerana sejarah berulang. Jadi dengan menganalisis corak ini, pelabur boleh kenal pasti dan membuat jangkaan pergerakan saham sama ada naik atau turun.\n\n\nTerdapat pelbagai corak yang terbentuk dalam pasaran saham, salah satu daripadanya adalah \nhead and shoulder\n. Ia diantara corak yang popular dan mudah dikesan di dalam carta.\n\n\nMaksud head & shoulder\n\n\nHead and shoulder\n yang dimaksudkan di sini bukanlah jenama pencuci rambut yang terkenal itu, tetapi ia merupakan petunjuk teknikal yang membentuk seakan kepala dan bahu. Corak ini muncul dengan membuat 3 puncak iaitu bahu kiri (\nleft shoulder\n), kepala (\nhead\n) dan bahu kanan (\nright shoulder\n). Puncak kedua iaitu \nhead \nlebih tinggi berbanding puncak pertama dan ketiga atau juga dipanggil sebagai \nshoulder\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan teori teknikal, corak ini merupakan corak \nreversal\n yang memberi isyarat bahawa pasaran berkemungkinan akan mula bertukar arah daripada \nbullish\n ke \nbearish\n atau \nbearish\n ke \nbullish\n.\n\n\nCara kenal pasti corak\n\n\nTerdapat dua jenis corak head and shoulder yang boleh muncul dalam carta, iaitu \ntop head and shoulder\n dan \nbottom head and shoulder\n atau juga dikenali sebagai \ninverted head and shoulder\n.\n\n\nTop Head & Shoulder\n\n\nKebiasaanya bentuk corak ini dapat dilihat di puncak sesuatu saham. Ia biasa terjadi apabila saham itu telah lama membuat kenaikan yang banyak dan menandakan saham itu di fasa terakhir \nuptrend\n dan mungkin membuat \ntrend\n baharu iaitu \ndowntrend\n. Pembentukan corak seperti:\n\n\n\n\nBahu kiri (\nleft shoulder\n): Kenaikan harga berlaku hingga puncak dan kemudian membuat penurunan.\n\n\nKepala (\nhead\n): Kenaikan harga menaik semula membentuk puncak lebih tinggi berbanding bahu kiri dan diikuti dengan penurunan semula.\n\n\nBahu kanan (\nright shoulder\n): Kenaikan harga berlaku sekali lagi tetapi lebih rendah daripada paras kenaikan sebelum ini iaitu kepala dan membuat penurunan harga.\n\n\n\n\nContoh disini boleh lihat pada carta saham syarikat \nMalayan Cement Bhd (MCEMENT)\n.\n\n\n\n\n\n\nPembentukan corak head & shoulder di saham MCEMENT\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pembentukan corak mengambil masa selama 14 bulan dari bulan Oktober 2012 sehingga November 2013 untuk melengkapkan corak \ntop head and shoulder\n. Sebelum pembentukan corak ini, saham MCEMENT dalam keadaan \nuptrend\n dan kemudian bertukar arah menjadi \ndowntrend\n.\n\n\nInverted head & shoulder\n\n\nCorak \ninverted head & shoulder\n pula terbalik dengan \ntop head & shoulder\n. Corak ini kebiasaanya muncul apabila sesuatu saham itu telah lama membuat penurunan. Ia menandakan saham tersebut di fasa terakhir \ndowntrend\n dan berkemungkinan akan bertukar arah membuat trend baharu iaitu \nuptrend\n. Pembetukan corak ini seperti:\n\n\n\n\nBahu kiri (\nleft shoulder\n): Penurunan harga terjadi dan kemudian diikuti dengan kenaikan harga.\n\n\nKepala (\nhead\n): Harga saham menurun sekali lagi membentuk bahagian bawah lebih rendah berbanding bahu kiri dan membuat kenaikan semula.\n\n\nBahu kanan (\nright shoulder\n): Penurunan harga berlaku semula tetapi lebih tinggi daripada penunan sebelumnya iaitu bahagian kepala. Kemudian harga meningkat sekali lagi.\n\n\n\n\nUntuk bentuk \ninverted head & shoulder\n pula boleh lihat pada carta saham syarikat \nFM Global Logistics Holdings Berhad (FM)\n.\n\n\n\n\n\n\nPembentukan corak inverted head & shoulder di saham FMGLOBAL\n\n\n\n\n\n\nCorak ini terbentuk 2 kali di saham FM iaitu pada bulan Februari 2021 hingga April 2021 dan Julai 2021 hingga Ogos 2021. Pembentukan corak ini mengambil masa 2 bulan lebih sebelum memulakan pertukaran arah dari \ntrend\n menurun ke \ntrend\n menaik.\n\n\nKekurangan head & shoulder\n\n\nSama seperti corak carta yang lain, corak \nhead and shoulder\n juga tidak lari dari kekurangan. Antara kekurangannya adalah seperti:\n\n\n\n\nIa jarang membuat pembentukan corak yang sempurna. Hal ini kerana terdapat beberapa \nmarket noise\n atau naik turun harga jangka pendek semasa pembentukan corak tersebut, yang membuatkan bentuknya yang samar-samar.\n\n\nPembentukan corak ini biasanya mengambil masa yang agak lama, bermakna tempoh menunggu peluang dagangan juga lama.\n\n\nPembentukan corak ini juga boleh jadi membuat penanda palsu dan tidak mengikut seperti yang diramalkan.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSetiap corak carta dan teknik hanyalah berfungsi sebagai panduan untuk pelabur membuat keputusan jual atau beli sesuatu saham. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko, pelabur perlu membuat \ntrading plan\n terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/berminat-beli-saham-time-dotcom-baca-artikel-ini", "title": "Berminat Beli Saham Time dotCom? Baca Artikel Ini", "body": "TIME dotCom\n adalah syarikat yang kita biasa kenali sebagai penyedia sambungan internet rumah dengan teknologi fibre optic. Anda juga mungkin pernah dengar TIME ada tawaran pelan internet sehingga 1 Gbps selepas usaha kerajaan untuk meningkatkan kelajuan internet di Malaysia. Selain sambungan internet, mereka juga menyediakan pusat data dan perkhidmatan terurus (managed services) kepada pelanggan merentasi ASEAN.\n\n\n\n\n\n\nGambar: TIME\n\n\n\n\nBisnes utama\n\n\nAda tiga produk utama yang ditawarkan oleh TIME iaitu data, panggilan, dan pusat data. Secara umumnya, produk data meliputi langganan pengguna untuk servis internet jalur lebar (broadband). Produk panggilan ialah servis telefon melalui talian tetap yang dilanggan sekali dengan pakej talian tetap internet. Kedua-dua servis ini biasanya disasarkan kepada pengguna awam.\n\n\n\n\nPusat data pula adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada enterprise, dan dilihat bahawa semakin banyak syarikat yang menyediakan servis atas talian. Servis ini juga sebenarnya sangat berguna untuk content provider \u2018over-the-top\u2019 (OTT) kerana syarikat ini memerlukan simpanan data yang bersaiz besar. OTT ni adalah servis media streaming yang ditawarkan secara langsung kepada pengguna, contohnya Netflix, iFlix, Tonton, IPTV, Spotify, Youtube dan sebagainya.\n\n\nBuat masa ini, mereka tidak menawarkan perkhidmatan jalur lebar kepada premis darat (landed). Namun sebagai pelabur, anda mungkin akan berbesar hati melihatkan bangunan-bangunan besar di bawah dikuasakan dengan internet TIME:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrevious\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNext\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Kewangan\n\n\n\n\nDari segi revenue, kita dapat lihat peningkatan sebanyak 18% secara keseluruhan daripada RM 860.7 juta kepada RM 983.4 juta. Produk data menunjukkan peningkatan yang paling banyak iaitu 24% diikuti dengan pusat data dengan peningkatan sebanyak 14%. Perkhidmatan panggilan pula menunjukkan trend pengurangan sebanyak 11% dan menunjukkan pengguna lebih gemar membuat panggilan melalui data berbanding talian tetap. Situasi ini turut dirasai oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan dalam industri ini.\n\n\nSecara keseluruhan, TIME mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 302.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 73% (Wow!!) berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 183.1 juta. Pelbagai kriteria lain juga mencatatkan peningkatan yang sihat. Boleh lihat selanjutnya di carta di bawah.\n\n\n\n\nOperasi TIME\n\n\nStruktur operasi TIME dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu talian tetap, rangkaian global, pusat data dan pengembangan ke negara ASEAN. Bahagian talian tetap TIME termasuklah perkhidmatan jalur lebar berserta dengan talian telefon perumahan. Rangkaian global menyambungkan pelanggan TIME ke internet seluruh dunia melalui sistem kabel bawah laut (subsea cable system). TIME juga menawarkan servis pusat data yang turut dilanggani oleh syarikat content provider bertaraf global. TIME ingin menyediakan semua servis ini ke negara ASEAN yang lain.\n\n\nTIME menghubungkan semenanjung Malaysia dengan Cross-Peninsular Cable System (CPCS) kepunyaan mereka sendiri dan Malaysia Timur dengan Sistem Kabel Rakyat 1 Malaysia (SKR1M) yang dikongsi dengan \nTelekom Malaysia\n. Sambungan ke serata dunia pula dicapai melalui subsea cable system, di mana TIME berkongsi empat kabel iaitu AAE-1, UNITY, FASTER dan APG yang antaranya turut dikongsi oleh Facebook dan Google.\n\n\n\n\n\n\nGambar: TIME\n\n\n\n\nKabel ini membolehkan rangkaian TIME mencapai pesisir Asia, Eropah, Afrika, dan paling penting sekali USA yang mempunyai konten yang lebih banyak. Apabila kabel ini sampai pada pesisir negara yang dituju, ia akan mendapat akses kepada rangkaian seluruh negara tersebut melalui sambungan talian kabel darat.\n\n\nPengembangan ke negara ASEAN\n\n\nTIME melihat banyak potensi untuk diteroka pada negara ASEAN. Berdasarkan sumber di bawah, hanya 38.7% sahaja pengguna internet jalur lebar dilihat daripada populasi 643.47 juta orang pada tahun 2015.\n\n\n\n\n\n\nGambar: TIME\n\n\n\n\nTIME menganggarkan peningkatan permintaan secara eksponen di rantau ini dan telah pun membeli pegangan dalam syarikat penyedia telekomunikasi di Thailand dan Vietnam. Antara pegangan terbaru TIME adalah di dalam syarikat tersenarai awam Symphony sebagai pemegang terbesar sebanyak 46.84%. Symphony menawarkan servis internet jalur lebar ke Thailand dan juga mempunyai pusat data dan rangkaian antarabangsa.\n\n\nPenapakan di Jepun\n\n\nSelain ASEAN, TIME juga mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran Jepun. Mereka telah pun menubuhkan TIME dotcom Japan K.K sebagai langkah awal untuk perkhidmatan di masa akan datang.\n\n\nMelangkah ke Hadapan\n\n\nDalam melangkah ke hadapan, TIME ingin mengekalkan momentum permintaan pakej baru internet jalur lebar mereka. Mereka juga ingin meluaskan kawasan liputan di Malaysia dan juga di Indochina dengan kerjasama rakan kongsi di Thailand, Vietnam dan Cambodia. Secara keseluruhan, mereka akan berusaha untuk menambahkan pengguna untuk memberi pulangan yang lebih banyak untuk syarikat."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/beza-bursa-malaysia-malacca-securities-dan-isaham", "title": "Beza Bursa Malaysia, Malacca Securities, dan iSaham", "body": "Jika anda seorang yang baru bermula dengan saham ini, mungkin ada beberapa perkara yang anda kurang faham tentang institusi yang terlibat dalam pasaran saham. \"Apa itu Bursa?\", \"Kenapa saya kena deal dengan M+?\", \"Kena beli saham guna iSaham ke?\". Persoalan ini mungkin antara perkara yang anda akan terkeliru di peringkat awal menceburi pelaburan saham. Kali ini, kita akan kenal semua organisasi ini dengan lebih jelas.\n\n\n1. Bursa Malaysia\n\n\n\n\nBursa Malaysia adalah organisasi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia sebagai syarikat pemegang urusniaga saham atau stock exchange di Malaysia. Semua syarikat yang ingin tersenarai dalam pasaran saham di Malaysia akan berurusan dengan Bursa Malaysia untuk terbitkan IPO. Selepas tersenarai, syarikat perlu mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Bursa untuk kekalkan penyenaraian.\n\n\nSebagai pelabur, anda tidak akan berurusan secara langsung dengan Bursa Malaysia. Proses jual beli saham yang berlaku ketika anda melakukan transaksi adalah diuruskan antara Bursa dan Participating Organization atau lebih mesra dikenali sebagai Broker.\n\n\n2. Malacca Securities\n\n\nMalacca Securities adalah salah satu \nParticipating Organization berlesen yang berdaftar\n dengan Bursa Malaysia. Sebagai Participating Organization, mereka bertanggungjawab untuk menguruskan jual beli sekuriti (contohnya saham, ETF) antara Bursa dan pelabur. Dalam bahasa mudah, mereka juga dikenali sebagai broker.\n\n\nUrusan pertama yang perlu dibuat untuk berdagang saham ialah membuka akaun CDS dengan salah satu Participating Organization yang berlesen. Ada banyak Participating Organization atau Broker di luar sana yang menawarkan perkhidmatan pembrokeran mereka dengan pelbagai kadar dan pelbagai ciri yang berbeza.\n\n\nAntara kadar pembrokeran yang ditawarkan oleh pelbagai broker:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBroker\n\n\nKadar Pembrokeran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalacca Securities\n\n\n0.08%, Minimum RM8\n\n\n\n\n\n\nRHB TradeSmart\n\n\n0.08%, Minimum RM28\n\n\n\n\n\n\nJupiter Securities\n\n\n0.10%, Minimum RM10\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang anda boleh lihat di atas, Malacca Securities menawarkan antara kadar pembrokeran yang termurah di pasaran. Jika anda buka akaun Malacca Securities, anda akan berdagang melalui platform dagangan mereka yang dinamakan M+ Online.\n\n\nSetiap syarikat broker pula mempunyai remisier sebagai ejen wakil perantara di antara broker dan pelabur saham. Remisier ini diberikan komisyen atas setiap belian dan jualan oleh pelabur yang berdaftar di bawah mereka. Sekiranya anda ingin membuka akaun CDS, remisier ini lah yang akan menguruskan borang anda untuk dihantar ke Bursa Malaysia.\n\n\n3. iSaham\n\n\niSaham adalah syarikat yang membuat analisis data pada syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kami paparkan analisis saham dalam laman web kami untuk memudahkan pelabur membuat keputusan dalam masa yang cepat. Analisis yang kami sediakan bukan biasa-biasa sahaja. Maklumat IPO yang kami paparkan menerima sambutan yang sangat baik dari pengguna yang berkunjung ke laman web iSaham.\n\n\nSebagai perkhidmatan, kami menyediakan lebih daripada 150 screener percuma dan premium untuk menapis saham-saham mengikut strategi pelabur. Screener ini bercirikan pelbagai strategi seperti chart pattern, breakout, dividen, moving average, Bollinger Band dan sebagainya. Selain itu, kami juga menganjurkan kelas-kelas saham dan personal coaching pada harga yang tak masuk di akal jika dibandingkan dengan ilmu yang boleh dicedok."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/beza-pasaran-utama-ace-dan-leap", "title": "Beza Pasaran Utama, ACE dan LEAP", "body": "Saham-saham yang boleh didagangkan dalam Bursa Malaysia terbahagi kepada tiga pasaran. Pasaran ini dinamakan Pasaran atau Papan Utama, ACE dan LEAP. Dua pasaran iaitu Utama dan ACE boleh didagang oleh pelabur awam, manakala hanya pelabur sofistikated sahaja yang boleh melabur dalam pasaran LEAP.\n\n\n\n\nSyarat penyenaraian untuk pasaran-pasaran ini juga berbeza. Dari syarat penyenaraian ini juga anda boleh dapatkan sedikit gambaran berkenaan saiz syarikat dalam pasaran ini. Perbezaan pasaran ini kita akan kupas dengan lebih lanjut dalam tulisan ini.\n\n\nPasaran Utama\n\n\nIni adalah pasaran yang terbesar di Bursa dengan penyenaraian sebanyak hampir 800 buah syarikat. Syarat penyenaraian untuk Pasaran Utama adalah lebih ketat berbanding pasaran lain. Pasaran utama adalah pasaran untuk syarikat yang telah berdiri kukuh dan mencapai piawai dari aspek kualiti, saiz dan operasi.\n\n\nUntuk Pasaran Utama, syarikat akan dinilai dari kriteria kualitatif dan kuantitatif. Dalam tulisan ini, kita akan membincangkan aspek kriteria kuantitatif untuk mendapatkan gambaran saiz syarikat. Aspek kuantitatif menggariskan beberapa syarat dari aspek keuntungan, market capitalization dan projek infrastruktur. Syarikat yang ingin tersenarai dalam pasaran utama perlu memenuhi mana-mana keperluan di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nProfit Test\n\n\n\n\n\n\nKeuntungan syarikat tak terganggu untuk 3 ke 5 tahun kewangan, dan agregat keuntungan selepas cukai dicatatkan tidak kurang RM 20 juta;\n\n\nKeuntungan selepas cukai melebihi RM 6 juta untuk tahun kewangan terbaru; dan\n\n\nMenjalankan operasi dalam teras perniagaan yang sama untuk prestasi kewangan yang dinilai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capitalisation Test\n\n\n\n\n\n\nMarket Capitalisation sebanyak RM 500 juta ketika penyenaraian; dan\n\n\nDiperbadankan dan menjana pendapatan operasi untuk sekurang-kurangnya satu tahun kewangan penuh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInfrastructure Project Corporation Test\n\n\n\n\n\n\nMestilah memiliki hak untuk bina dan laksanakan projek infrastruktur dalam atau luar Malaysia, dengan kos projek tidak kurang dari RM 500 juta; dan\n\n\nKonsesi atau lesen projek infrastruktur dianugerahkan oleh badan kerajaan atau agensi negeri, dalam atau luar Malaysia, dengan baki tempoh konsesi atau lesen sekurang-kurangnya 15 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara contoh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran utama adalah:\n\n\n\n\nTNB\n\n\nAirAsia\n\n\nUWC\n\n\nAME\n\n\nInNature\n\n\nMR. DIY\n\n\n\n\nKalau dalam platform dagangan M+ Online, anda boleh lihat saham-saham ini dengan teks berwarna cyan (hijau cair).\n\n\n\n\nPasaran ACE\n\n\nSebelum dikenali sebagai pasaran ACE, ia dikenali sebagai pasaran MESDAQ. Pasaran ACE ialah pasaran yang didorong oleh penaja atau sponsor untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang baik. Bermakna, syarikat yang ingin tersenarai akan mencari penaja yang akan menilai prospek bisnes mereka. Terdapat lebih 100 buah syarikat yang tersenarai dalam pasaran ini.\n\n\nDari aspek kuantitatif, tiada kriteria yang ditetapkan untuk penyenaraian. Namun, syarikat ini perlu mendapatkan nasihat dari penaja sekiranya penyenaraian adalah langkah yang sesuai untuk mereka.\n\n\nAntara contoh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran ACE adalah:\n\n\n\n\nKRONO\n\n\nOPCOM\n\n\nREVENUE\n\n\nGREATECH\n\n\nSOLARVEST\n\n\n\n\nSaham-saham dalam pasaran ACE pula ditanda dengan teks berwarna ungu.\n\n\n\n\nPasaran LEAP\n\n\nPasaran LEAP adalah pasaran yang didorong oleh penasihat yang disahkan untuk menyediakan akses pembangunan dana untuk syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana.\n\n\nAkses jual beli saham syarikat dalam pasaran LEAP ini diberikan kepada pelabur sofistikated yang boleh dikenali sama ada sebagai individu, entiti atau pelabur yang diiktiraf. Pelabur-pelabur ini mempunyai nilai bersih atau net-worth yang tinggi. Kriteria individu yang tergolong sebagai pelabur sofistikated ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nMemiliki aset bersih sebanyak RM 3 juta\n\n\nPendapatan tahunan melebihi RM 300,000 atau RM 400,000 sekiranya digabungkan dengan pendapatan pasangan\n\n\n\n\nSaham-saham ini tak banyak dalam Bursa, ia ditanda dengan teks berwarna kuning.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/bursa-excellence-awards-2021-trofi-kemenangan-milik-semua", "title": "Bursa Excellence Awards 2021: Trofi Kemenangan Milik Semua", "body": "Kuala Lumpur, 1 April 2022 - Bursa Malaysia Excellence Awards 2021 telah diadakan semalam oleh Bursa Malaysia Berhad bagi meraikan prestasi cemerlang broker dan pengantara untuk tahun 2021.\n\n\nDengan bertemakan '\nDriving Possibilities, Elevating Excellence\n', majlis ini telah diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Tan Sri Wahid Omar, Chairman Bursa Malaysia Berhad.\n\n\nPartner kami, remisier daripada Malacca Securities, En Anas Ahmad Faris sekali lagi telah berjaya merangkul anugerah dalam kategori \nBest Remisier \nbagi tahun 2021\n.\n Untuk makluman, beliau telah mendapat anugerah berprestij ini selama 2 tahun berturut-turut.\n\n\n\n\n\n\nTrofi kategori Best Remisier\n\n\n\n\n\n\nEn Anas Ahmad Faris, melalui akaun twitter peribadinya menyatakan bahawa \"Kemenangan ini adalah milik semua, termasuk komuniti saham yang inginkan masa depan terbaik. Setiap hari bersama-sama kerahkan tenaga untuk merealisasikan visi yang sama.\"\n\n\n\n\n\n\nKemenangan Semua\n\n\n\r\nTrofi ke-12 milik semua, milik komuniti saham yang inginkan masa depan terbaik untuk para pelabur. Setiap hari, setiap minggu, kita sama-sama kerah tenaga merealisasikan visi ini.\n\n\n\r\nPreview: minggu depan ada special event iSaham Update Q2. \npic.twitter.com/uYZuEgIuZt\n\r\n\u2014 Anas Faris (@anasfaris_i) \nMarch 31, 2022\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPada Februari lalu, beliau telah merangkul 3 anugerah di \nRetail Investors Campaign, 2021 Award Ceremony\n. Trofi yang diperoleh oleh beliau semalam merupakan trofi ke-4 yang diterima untuk tahun ini dan anugerah ke-12 yang telah berjaya dimenanginya sejak memulakan kerjayanya sebagai remisier.\n\n\nTahniah diucapkan kepada En Anas Ahmad Faris, warga dan juga pengguna iSaham, para Marketing Representatives, serta kesemua client-client Mplus atas kejayaan yang diperoleh ini. Kemenangan semalam merupakan satu anugerah dan penghargaan yang amat bermakna buat semua.\n\n\nSempena dengan kejayaan ini, iSaham ingin meraikan dengan membuat giveaway khas kepada seorang follower bertuah kami di twitter. Boleh klik pada \nlink ini\n dan ikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan diri.\n\n\nSeperti yang dimaklumkan oleh En Anas Ahmad Faris melalui akaun twitter peribadinya, akan ada \nspecial event \niSaham Update Q2 pada pertengahan April ini. Jadi, sama-sama kita nantikan update tersebut. Pemenang giveaway juga akan diumumkan pada hari yang sama.\n\n\nSekiranya anda ingin membuka akaun CDS bersama En Anas Ahmad Faris dan juga memperolehi akses kepada \nfeatures\n dan screener iSaham yang dihasilkan bersama beliau, anda boleh mendaftar \ndi sini\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/buy-calculator-isaham-memudahkan-pengiraan", "title": "Buy Calculator iSaham Memudahkan Pengiraan Pelaburan Saham", "body": "iSaham sentiasa memikirkan cara untuk memudahkan anda melabur. Tulisan kali ini akan mengulas tentang Buy Calculator iSaham yang boleh didapati di sini. Kalkulator saham ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pengiraan belian saham dan untung rugi belian saham anda.\n\n\n\n\nDalam situasi belian saham, anda akan terima kotak error sekiranya amaun (harga \u00d7 lot) melebihi Available Trading Limit. Ini adalah kisah benar untuk pembelian melalui desktop dan juga mobile. Untuk mobile pula, anda perlu tuliskan semula Trading Pin. Sekiranya anda berada di moment \u201caku kena beli cepat!\u201d, \u201caku nak cepat masuk queue\u201d, perkara ini mungkin menjadi kebimbangan untuk anda. Maka untuk mengelakkan perkara di atas terjadi, gunakan Buy Calculator iSaham untuk memudahkan pengiraan belian saham.\n\n\nTerdapat dua senario penggunaan kalkulator ini\n\n\nSenario pertama: Mengenalpasti Kos Saham\n\n\n\n\nInput:\n\n\n\n\nHarga belian\n\n\nKuantiti berdasarkan lot\n\n\n\n\nOutput:\n\n\n\n\nJumlah bersih amaun yang diperlukan.\n\n\n\n\n\n\nMenggunakan kalkulator ini, anda boleh tahu amaun diperlukan untuk membeli kuantiti lot yang dimasukkan. Dalam kalkulator ini, broker fee juga sudah dikira. Jadi, amaun di Net Bought Price adalah jumlah yang perlu ada dalam Trading Limit. Sekiranya amaun tadi tak melebihi Trading Limit, boleh terus beli dengan input yang sama.\n\n\nSenario Kedua: Letakkan Bajet Belian Saham\n\n\n\n\nInput:\n\n\n\n\nAmaun yang anda ingin melabur\n\n\nHarga belian\n\n\n\n\nOutput:\n\n\n\n\nKuantiti lot yang boleh dibeli\n\n\n\n\n\n\nDalam senario ini, anda akan diberitahu jumlah lot yang boleh dibeli mengikut bajet anda. Jadi boleh terus ikut harga pilihan hati dan masukkan lot yang dikira tadi.\n\n\nKira Untung Rugi Belian Saham\n\n\n\n\n\n\nDalam kedua-dua kalkulator tadi, bahagian bawah lagi akan membuat pengiraan untung rugi dalam bentuk amaun dan juga peratus. Anda cuma perlu isikan harga jualan saham tadi dan kalkulator akan terus buat pengiraan secara serentak. Kalkulator ini akan mengambil kira keuntungan selepas broker fee. Nilai yang terpapar di output adalah nilai sebenar keuntungan anda."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cadangan-azam-baru-pelaburan-untuk-tahun-2020", "title": "Cadangan Azam Baru Pelaburan untuk Tahun 2020", "body": "Setiap kali masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang azam tahun baru. Setiap tahun juga, kita pasti inginkan tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Kalau pakai kereta lama, mungkin ada yang nak target beli kereta baru, lagi-lagi dah masuk tahun baru 2020 ni. Ramai orang ingatkan kereta dah boleh terbang. Tapi rupanya yang terbang cumalah harapan. Apapun, ini adalah cadangan yang anda boleh cuba mulakan untuk tahun 2020 ini.\n\n\n1. Tetapkan matlamat pelaburan\n\n\n\n\nSekarang ni dah makin ramai rakyat Malaysia yang sedar tentang pentingnya pelaburan demi masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, orang kata makan gaji sahaja tak cukup, jadi pelaburan menjadi suatu yang wajib. Kalau selama ni kita melabur dengan mengharapkan untung, apa kata kali ni kita tetapkan matlamat pulangan pelaburan? Sebagai permulaan, antara tanda aras yang anda boleh cuba tandingi adalah pelaburan pasif seperti \nTabung Haji\n, \nASB\n, \nKWSP\n dan \nsebagainya\n.\n\n\n2. Semak semula strategi jual beli saham\n\n\nKalau sebelum ini kita cuma beli ikut buy call dan cut loss mengikut perasaan, apa kata kita cuba suatu yang lebih sistematik tahun ni? Dalam pelaburan saham, ada pelbagai strategi yang anda boleh ikut. Antara yang anda boleh kaji adalah support dan resistance, Higher High, Higher Low, Overbought, Bollinger Band, pulangan dividen dan sebagainya. Dengan mengikuti \nmana-mana konsep ini\n, anda akan melabur dengan lebih rasional.\n\n\n3. Semak semula portfolio saham\n\n\n\n\nSaham ini ada banyak jenis. Lain saham, lainlah pula ragamnya. Kalau saham yang kita beli adalah saham yang volatile, mungkin anda ingin cuba pula saham yang lebih stabil mengikut keadaan ekonomi semasa. Kalau banyak beli penny stock, boleh jadi senang untung, boleh jadi juga senang rugi. Maka terdapat pelbagai jenis saham di luar sana yang anda boleh kaji untuk dapatkan tahap risiko yang sesuai untuk jiwa anda. Kalau anda jenis suka ikut trend, mungkin anda ingin beli saham mengikut \nsector trend\n dalam iSaham.\n\n\n4. Sertai kelas saham\n\n\n\n\n\n\nKelas iSaham\n\n\n\n\nSemakin banyak ilmu yang anda tahu, semakin cerah peluang anda untuk dapatkan pulangan yang lebih baik. Maka kalau anda jenis yang suka terjun saja dalam pelaburan saham tanpa ilmu yang cukup, mungkin anda ingin duduk sekejap dengan sertai kelas saham. Dengan menyertai kelas saham, anda boleh nilai semula ilmu di luar sana dengan tindakan pelaburan anda sebelum ini. Dari kelas ini anda bolehlah buang yang keruh, ambil yang jernih.\n\n\n5. Kaji syarikat bagus\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi saham berkait rapat dengan kualiti syarikat dari aspek pengurusan, peluang perniagaan, kewangan dan sebagainya. Sekiranya anda dapati suatu syarikat itu bagus, maka belilah saham mereka. Tak mustahil anda boleh jana keuntungan dengan pulangan yang tinggi.\n\n\n6. Beli IPO\n\n\nIPO adalah salah satu cara anda boleh menjana pulangan yang tinggi dalam masa yang pendek. Sekiranya anda belum pernah beli saham dengan IPO, apa kata anda cuba dengan menggunakan \nIPO Analysis iSaham\n. Dengar cerita, fund manager pun guna analisis kami ini.\n\n\n7. Beli saham melalui MITI\n\n\nKaedah ini sama sahaja dengan poin di atas tadi. Secara ringkasnya, MITI adalah pihak yang membolehkan peruntukan saham dimiliki oleh bumiputera yang memohon. Maka sekiranya anda adalah Bumiputera, peluang anda untuk dapatkan saham IPO adalah lebih bagus. Maka apa kata anda gunakan peluang ini pada tahun ini.\n\n\n8. Simpan trading journal\n\n\n\n\nRamai juga yang jual beli saham tapi sayangnya, tak catat rekod pelaburan. Sepanjang kita melabur, boleh jadi untung tinggi sekali, tapi rugi kecil banyak kali. Asyik sangat melabur, langsung tak perasan untung ke rugi. Jadi, cara yang bagus untuk kenal pasti sama ada kita catatkan keuntungan adalah dengan maintain buku rekod atau trading journal. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Excel atau Google Sheets. Lebih automatik untuk pengiraan berbanding buku tulis. Rekod ini juga boleh membantu bila kita nak kira zakat nanti.\n\n\n9. Sertai AGM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKadang-kadang kita beli saham tapi tak kenal siapa yang mengendalikan syarikat. Dengan menyertai AGM, anda mempunyai peluang untuk kenal pihak pengurusan dengan lebih dekat. Anda juga boleh dapatkan info baru tentang saham syarikat pegangan anda. Dari sini, anda boleh lihat gaya pengurusan yang mereka bawa dan dapatkan lebih keyakinan dengan syarikat. Selain itu, ada juga syarikat yang menawarkan hadiah ataupun \ndoor gift\n sekiranya anda menyertai AGM mereka. Iya lah, pihak pengurusan hadir AGM dapat elaun. Kita sebagai pemegang saham nak juga merasa walaupun sikit, betul tak?"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/capex-petronas-dan-perkhidmatan-sokongan-minyak-dan-gas", "title": "Capex Petronas dan Perkhidmatan Sokongan Minyak dan Gas", "body": "Berikutan pandemik COVID-19, populasi dunia digalakkan untuk duduk rumah, atau stay at home untuk menahan penularan wabak ini. Maka baru-baru ni kita dapat melihat penurunan harga minyak yang mendadak. Keadaan ini menjejaskan pendapatan Petronas yang merupakan syarikat minyak dan gas milik negara. Apabila pendapatan terjejas, maka timbullah persoalan sama ada Petronas akan kekalkan perbelanjaan modal (Capex) untuk operasi.\n\n\nPerancangan aktiviti Petronas\n\n\n\n\nBermula tahun 2017, Petronas telah pun mula mengeluarkan laporan sekilas aktiviti Petronas atau \nPetronas Activity Outlook\n untuk perancangan selama 3 tahun. Laporan ini memberikan maklumat dari segi bidang kerja apa dan sebanyak mana yang diperlukan oleh Petronas untuk projek mereka. Ia bertujuan untuk memberi syarikat penyedia perkhidmatan kesediaan rapi untuk membida kontrak yang akan ditawarkan Petronas.\n\n\nPerbelanjaan Modal Petronas\n\n\nPerbelanjaan modal dari Petronas ini membawa jumlah yang besar dan ianya memberi manfaat kepada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan sektor minyak dan gas. Perkhidmatan yang diperlukan adalah berbentuk khidmat sokongan minyak dan gas dari bahagian upstream, downstream, gas dan tenaga baru.\n\n\n\n\n\n\nKeratan dari keluaran \nPetronas Activity Outlook\n\n\n\n\nSetakat 11 Mac 2020, capex sebanyak RM 50 bilion akan dikekalkan untuk dibelanjakan ke atas projek di bawah Petronas. Daripada jumlah ini, RM 26 bilion hingga RM 28 bilion akan dibelanjakan untuk projek dalam negara. Banyak di antara projek ini telah pun berjalan, dan perlu diteruskan. Projek dalam negara ini kebanyakannya akan dibelanjakan untuk aktiviti upstream.\n\n\nAntara syarikat yang menerima manfaat ini adalah penyedia perkhidmatan sokongan untuk pembikinan, penyelenggaraan, EPCIC, bekalan dan lain-lain. \n\n\nPembikinan (fabrication):\n\n\n\n\nMarine and Heavy Engineering (\nMHB\n)\n\n\nSapura Energy (\nSAPNRG\n)\n\n\n\n\nOffshore\n\n\n\n\nDayang Enterprise Holdings (\nDAYANG\n)\n\n\nCarimin Petroleum (\nCARIMIN\n)\n\n\nHibiscus Petroleum (\nHIBISCS\n)\n\n\nT7 Global (\nT7GLOBAL\n)\n\n\nPetra Energy (\nPENERGY\n)\n\n\nUzma (\nUZMA\n)\n\n\n\n\nOffshore Support Vessel\n\n\n\n\nPerdana Petroleum (\nPERDANA\n)\n\n\nAlam Maritim (\nALAM\n)\n\n\nIcon Offshore (\nICON\n)\n\n\nCoastal Contracts (\nCOASTAL\n)\n\n\n\n\n*Senarai ini boleh jadi lebih panjang daripada di atas.\n\n\nAdakah perbelanjaan modal Petronas dikekalkan?\n\n\nPersoalan ini menjadi tanda tanya terutamanya kepada pemain-pemain sektor minyak dan gas. Namun kita perlu tahu bahawa kerja-kerja yang telah dirancang antaranya untuk memastikan kecekapan pengeluaran (production efficiency). Maka, sama ada harga minyak jatuh atau tidak, kerja ini masih perlu berjalan terutamanya untuk brownfield (telaga minyak yang telah diteroka).\n\n\n\n\nSetakat ini, kita boleh jangkakan tiada pengurangan terhadap capex Petronas untuk jangka masa pendek. Buat masa ini juga, syarikat penyedia perkhidmatan ini masih berjalan seperti biasa. Pendapatan mereka datang dari perkhidmatan kejuruteraan dan sokongan untuk minyak dan gas. Maka harga minyak tidak memberi impak secara langsung kepada pendapatan mereka.\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya harga minyak kekal rendah untuk lebih dari 6 bulan, kita mungkin akan lihat perubahan pada perancangan Petronas. Dan sekiranya senario ini berlaku, maka syarikat penyedia perkhidmatan sokongan untuk minyak dan gas akan turut terdedah kepada pendapatan yang berkurang. Maka dalam senario ini, anda perlu berjaga-jaga dengan saham dalam sektor minyak dan gas."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/capital-a-identiti-baharu-airasia-kini-bukan-sekadar-syarikat-penerbangan-tambang-murah", "title": "Capital A, Identiti Baharu AirAsia - Kini Bukan Sekadar Syarikat Penerbangan Tambang Murah", "body": "Bila sebut tentang tambang tiket penerbangan yang murah, mesti ramai teringat pada syarikat penerbangan AirAsia. Baru-baru ini AirAsia Group Berhad telah mengumumkan pertukaran nama kepada Capital A Berhad. Ia sudah dicadangkan sejak awal Januari tahun ini, dan sah ditukarkan pada 10 Februari lalu.\n\n\nPertukaran nama kepada Capital A ini bertujuan untuk menunjukkan kepelbagaian portfolio perniagaan syarikat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes menyatakan bahawa langkah ini menunjukkan gambaran bahawa syarikat ini bukan hanya sebuah syarikat penerbangan lagi, malah ia juga mengendalikan perniagaan dan perkhidmatan berkaitan perjalanan dan gaya hidup digital.\n\n\nPermulaan AirAsia\n\n\nAirAsia ditubuhkan pada 1993 oleh pengasas DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad dengan tujuan untuk menjadi syarikat penerbangan kedua terbesar Malaysia, selepas Malaysia Airlines Berhad (MAS). Pada tahun 2001, syarikat penerbangan yang berhutang ini telah dibeli oleh Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun pada harga RM 1 dengan nilai hutang sebanyak RM 40 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nGambar di atas adalah kapal terbang AirAsia selepas diambil alih oleh Tune Air (yang diasaskan oleh Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun). Dua rakan kongsi ini telah menjenamakan dan melancarkan semula syarikat perkhidmatan penerbangan ini kepada syarikat penerbangan tambang murah tetapi tanpa \nfrills\n. Tujuannya untuk membolehkan semua orang menaiki kapal terbang termasuk orang biasa, seiring dengan slogan mereka iaitu \"\nNow Everyone Can Fly\"\n.\n\n\nPrestasi Kewangan\n\n\nBerdasarkan prestasi kewangan dalam tempoh lima tahun yang lalu, pendapatan Capital A dilihat telah turun mendadak pada tahun 2020. Pendapatan syarikat pada FYE 2020 merosot kepada RM 3.13 bilion berbanding RM 11.86 bilion pada FYE 2019. Hal ini disebabkan penularan COVID-19 yang telah menyebabkan sekatan perjalanan di seluruh dunia. Oleh itu, industri penerbangan adalah salah satu industri yang amat terkesan dengan pandemik ini. Disebabkan itu, syarikat ini tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi pendapatan Capital A\n\n\n\n\n\n\nPada 14 Januari 2022, syarikat ini telah diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah atau Nota Amalan 17 (PN17) selepas rayuannya kepada Bursa Malaysia untuk pelanjutan tempoh pelepasan ditolak. Menurut penganalisis daripada Maybank Investment Bank, syarikat ini dikelaskan sebagai PN17 kerana kedudukan ekuiti pemegang sahamnya yang negatif pada suku ketiga 2021 dan mengalami kerugian besar dalam tempoh tujuh \nquarter\n lalu akibat wabak COVID-19.\n\n\nBukan Sekadar Syarikat Penerbangan\n\n\nSeperti yang diterangkan di atas, pertukaran nama kepada Capital A adalah untuk mencerminkan strategi perniagaan baharu syarikat termasuk logistik, gaya hidup digital, dan perkhidmatan kewangan iaitu di bawah AirAsia Digital. Walaupun nama syarikat bertukar, nama AirAsia masih kekal untuk syarikat penerbangannya.\n\n\nGambar di bawah menunjukkan sektor perniagaan dan perkhidmatan Capital A terkini yang terbahagi kepada dua iaitu berkaitan syarikat penerbangan dan AirAsia digital.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nAirAsia\n\n\n\n\n\n\nAirAsia Digital\n\n\nAirAsia Digital mewakili perniagaan dan perkhidmatan digital daripada AirAsia. Sebelum ini dikenali sebagai RedBeat Ventures, dimana terdiri daripada semua perniagaan mereka yang berasaskan produk digital seperti Super App, BigPay, Teleport dan lain-lain. Dengan gangguan dalam industri penerbangan akibat wabak COVID-19, mereka telah memberi lebih tumpuan kepada perniagaan ini.\n\n\n\n\nAirAsia Super App\n: Platform e-dagang yang menawarkan lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan. Ia termasuk perkhidmatan pembelian tiket penerbangan, penempahan hotel, penghantaran makanan, barang runcit, dan bermacam-macam lagi.\n\n\nTeleport\n: Menyediakan perkhidmatan penghantaran kargo, pembungkusan e-dagang, dan lain-lain yang berkaitan ke seluruh 77 bandar di Asia Tenggara.\n\n\nBigPay\n: Terlibat dengan perkhidmatan kewangan yang memfokuskan pada penyelesaian pembayaran, pengiriman dan pinjaman wang.\n\n\n\n\n\n\n\n\nProduk dan perkhidmatan yang disediakan di AirAsia Super App. Gambar: \nAirAsia\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nCOVID-19 telah menjadi pemangkin kepada transformasi digital dalam pelbagai industri. Capital A juga telah mengambil peluang dalam pendigitalan produk dan perkhidmatan mereka seperti yang dibincangkan di atas. Walaupun perniagaan digital syarikat sudah lama dijalankan, namun penukaran nama ini menandakan permulaan baharu kepada syarikat dalam menyokong pengembangan pantas portfolio perniagaan Capital A. Di samping itu, ia juga turut membantu dalam pertumbuhan yang kukuh bagi kedua-dua syarikat penerbangan dan bukan penerbangan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-baharu-mendaftar-akaun-cds-mplus", "title": "Cara Baharu Mendaftar Akaun CDS Mplus", "body": "Mplus telah melancarkan M+ Global yang membolehkan para pelabur untuk terlibat dalam pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.\n\n\nKini, pendaftaran akaun CDS Mplus dan akaun Mplus Global boleh dilakukan secara atas talian melalui satu pautan yang sama.\n\n\nBlog ini akan menerangkan cara baharu mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global bagi \nanda yang belum mempunyai akaun CDS M+\n.\n\n\nSecara ringkas:\n\n\n\n\nUntuk buka akaun CDS M+ dan akaun M+ Global, pergi ke pautan \nisaham.my/cds\n\u00a0dan ikuti panduan yang dinyatakan dalam laman ini.\n\n\nWAJIB\n isi Invitation Code \nDVBJ\n pada borang M+ Global untuk mendapatkan akses iSaham Pro Global.\n\n\nWAJIB\n isi Invitation Code \nDVBJ\n pada borang M+ Global dan memilih jenis akaun \nIslamic Cash Account\n untuk mendapatkan akses iSaham Pro.\n\n\nRujuk blog ini untuk langkah pendaftaran akaun secara terperinci.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Mplus\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran akaun CDS M+ dan akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier kami akan membolehkan anda mendapatkan manfaat akses \niSaham Pro\n\u00a0dan akses iSaham Pro Global.\u00a0\n\n\nUntuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh mengikuti langkah yang dinyatakn dalam laman pendaftaran CDS kami.\n\n\nGaris Mula: Laman CDS iSaham\n\n\nPada \nlaman pendaftaran CDS iSaham\n, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang ini akan memudahkan kami untuk melakukan rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan iSaham Referral, anda boleh menulis nama wakil yang memperkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, anda boleh mengosongkan ruangan ini dan tekan butang\u00a0\nHantar\n.\n\n\nAnda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Global. Sila baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya mendaftar melalui iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang \nBuka Akaun\n. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Global.\u00a0\n\n\nBahagian 1: Sign Up\n\n\nPada laman ini, anda perlu memasukkan emel atau nombor telefon untuk mendaftar. Pilih Email/User ID jika anda ingin mendaftar menggunakan e-mel atau pilih Phone Number jika anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon.\u00a0\n\n\nTekan butang \nLog in or Sign up\n\u00a0untuk langkah seterusnya.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas itu, anda diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan pengesahan (\nconfirmation code\n) melalui nombor telefon atau e-mel.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasukkan kod pengesahan yang diterima melalui nombor telefon atau e-mel. Kemudian, cipta kata laluan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan teakn butang \nSign Up\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas itu, laman Account Opening Progress akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Tekan butang \nContinue\u00a0\nuntuk langkah seterusnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahagian 2: Contact Information\n\n\nIsikan maklumat yang diperlukan. Maklumat Username akan digunakan sebagai User ID untuk log masuk ke akaun CDS M+.\n\n\nPada ruangan Invitation Code, pastikan anda mengisi kod \nDVBJ\n. Kod ini wajib diisi dan merupakan syarat untuk anda mendapatkan \nakses iSaham Pro\n dan \nakses iSaham Pro Global\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahagian 3: Market Account Type\n\n\nPada ruangan MY Market, tandakan pada kotak \nIslamic Cash Account\n bagi pasaran Malaysia. Jenis akaun ini merupakan syarat wajib untuk anda mendapatkan \nakses\n \niSaham Pro\n.\u00a0\n\n\nPastikan anda juga menanda pada kotak \nUS Market\n dan \nHK Market\n dan tidak menanda pada kotak Share Margin Financing Account.\u00a0\n\n\nNota\n: Bagi jenis akaun Islamic Cash, hanya saham Bursa Malaysia yang berstatus shariah sahaja yang dibenarkan untuk anda membuat dagangan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahagian 4: Identity Verification\n\n\nDalam bahagian ini, isikan maklumat yang diperlukan dan tekan butang \nIdentify Verification\n untuk dibawa ke halaman yang mempunyai kod QR.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda perlu menggunakan telefon bimbit untuk mengimbas kod QR ini. Pastikan anda mempunyai internet yang stabil dan tidak menutup halaman ini sehingga proses pengesahan tamat.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas anda berjaya mengimbas kod QR, anda akan dibawa ke halaman yang memerlukan anda memuat naik gambar kad pengenalan (depan dan belakang) dan mengambil swafoto (\nselfie\n).\n\n\n\n\nPastikan anda menyemak nama penuh dan nombor kad pengenalan anda. Jika maklumat ini tidak betul, anda perlu tekan butang \nMy Input Name or NRIC\n is incorrect. Jika maklumat ini betul, sila tekan butang \nContinue\n pada halaman ini.\u00a0\n\n\nBagi mengelakkan permohonan ditolak, anda boleh mengikuti panduan yang dinyatakan seperti di bawah:\n\n\nPastikan gambar kad pengenalan yang dimuat naik:\n\n\n\n\ndalam format PNG, JPEG atau JPG\u00a0\n\n\njelas dan boleh dibaca\n\n\ntidak gelap, tiada bayang dan sebarang pantulan cahaya pada gambar\n\n\ntiada kesan gegaran daripada kamera\n\n\ntiada sebarang gambar latar belakang lain\u00a0\n\n\n\n\nPastikan gambar swafoto yang diambil:\n\n\n\n\njelas dan tidak gelap\n\n\ntiada kesan gegaran daripada kamera\n\n\n\n\nContoh pengambilan swafoto yang betul boleh dilihat pada contoh gambar di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas anda berjaya melakukan proses pengesahan identiti, anda akan dibawa ke halaman log masuk untuk langkah selanjutnya.\n\n\nBahagian 5: Log In\n\n\nPilih Email/User ID dan masukkan User ID yang telah anda tetapkan dalam bahagian Contact Information sebelum ini. Kemudian, tekan butang \nLog in or Sign up\n.\n\n\n\n\nNota\n: Selepas anda berjaya log masuk, maklumat yang perlu diisi dalam bahagian-bahagian seterusnya perlu diisi dengan betul untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.\n\n\nBahagian 6: Identity Verification\n\n\nSekiranya pengesahan identiti anda berjaya, maklumat nama penuh anda, jenis dokumen dan nombor kad pengenalan anda akan dipaparkan. Tekan butang \nNext\n untuk langkah seterusnya.\u00a0\n\n\n\n\nBahagian 7: Personal Details\n\n\nDalam bahagian ini, anda perlu mengisi maklumat yang berkaitan dengan diri anda. Pastikan anda mengisi maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul.\n\n\nSekiranya status anda berkahwin, anda akan diminta untuk melengkapkan butiran pasangan. Sekiranya tidak, anda boleh melengkapkan butiran peribadi yang lain.\n\n\n\n\nDalam bahagian Race, anda boleh memilih pilihan mengikut panduan seperti di bawah:\n\n\n\n\nBumiputera - Melayu, Sabah atau Sarawak\n\n\nChinese - Cina\n\n\nIndian - India\n\n\nForeigner - Jika pilih PR of Malaysia\n\n\nOthers - Bukan warganegara\n\n\n\n\nPastikan anda mengisi alamat yang didaftarkan adalah sama dan mengikut barisan alamat seperti alamat pada kad pengenalan anda.\u00a0\n\n\nBahagian 8: Employment and Spouse Details\n\n\nBagi butiran Estimated Net Worth, anda boleh meletakkan jumlah anggaran seperti jumlah anggaran Gross Annual Income. Jika anda tidak pasti, anda boleh memilih pilihan amaun terendah.\n\n\nNota\n: Bagi pemohon yang bergelar suri rumah atau tidak bekerja, anda boleh masukkan maklumat \"Homemaker\" pada ruangan Employment Status manakala bagi pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas, anda boleh masukkan maklumat \"Retired\".\n\n\n\n\nBahagian 9: Financial Profile\n\n\nDalam bahagian ini, anda perlu melengkapkan butiran bank dan memuat naik penyata bank. Anda boleh menggunakan maklumat mana-mana bank yang didaftarkan di bawah nama anda (pemohon) sendiri.\u00a0\n\n\n\n\nAnda juga boleh merujuk blog cara mendapatkan penyata bank yang disediakan oleh team kami melalui pautan di bawah:\n\n\n\n\nCara dapatkan penyata Maybank\n\n\nCara dapatkan penyata RHB\n\n\nCara dapatkan penyata Bank Islam\n\n\nCara dapatkan penyata CIMB\n\n\n\n\nPada ruangan ini, anda hanya perlu memuat naik potongan penyata bank yang mengandungi maklumat berikut:\n\n\n\n\nNama penuh pemegang akaun seperti kad pengenalan\n\n\nNombor akaun bank\n\n\nNama dan logo bank\n\n\n\n\nNota\n: Jangan \nscreenshot\n keseluruhan skrin atau transaksi kewangan. Anda hanya perlu \nscreenshot\n pada bahagian yang mengandungi butiran diri anda sahaja (rujuk gambar di bawah). Permohonan anda mungkin akan ditolak sekiranya perkara ini tidak dilakukan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mengelakkan masalah yang mungkin berlaku ketika anda memuat naik fail penyata, anda boleh mengikuti panduan yang dinyatakan seperti di bawah:\n\n\n\n\npastikan fail dalam format yang ditetapkan\n\n\npotongan\u00a0\nscreenshot\n\u00a0mestilah mempunyai nama dan logo bank, nama pemegang dan nombor akaun bank\n\n\njelas, tidak gelap dan tiada bayang atau pantulan pada gambar\n\n\njika menggunakan penyata bank daripada cawangan bank, penyata mestilah mempunyai cop dan tandatangan pegawai bank.\n\n\n\n\nBahagian 10: Investment Risk Profile\n\n\nDalam bahagian ini, anda hanya perlu membuat pilihan mengikut toleransi risiko yang anda selesa. Selepas itu, tekan butang \nNext\n untuk bahagian seterusnya.\u00a0\n\n\n\n\nBahagian 11: Tax Residency\n\n\nIsikan maklumat yang diperlukan mengikut kriteria yang menepati diri anda.\n\n\nBagi soalan pertama, pilih \nYes\n sekiranya anda ada membayar cukai negara lain atau \nNo\n jika sebaliknya.\u00a0\n\n\nBagi soalan Tax Identification Number (TIN) pula, pilih \nYes\u00a0\nsekiranya anda ada berdaftar dengan LHDN dan masukkan Tax ID atau pilih \nNo\n jika anda tidak mempunyai akaun LHDN.\n\n\nJika anda memilih \nNo\n pada soalan TIN tadi, anda perlu memilih sebab yang berkaitan. Untuk pilihan ini, anda boleh memilih pilihan \nC\n.\u00a0\n\n\n\n\nFEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Anda boleh merujuk pautan di \nBNM\n ini untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya, jika anda mempunyai pinjaman peribadi melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan kedua (I have domestic ringgit borrowings ...). Jika tiada, boleh pilih pilihan pertama (I do not have domestic ringgit borrowings ...).\n\n\nBahagian 12: Declarations\n\n\nTandakan maklumat mengikut kriteria yang menepati diri anda. Kemudian, tekan butang \nNext\n untuk langkah selanjutnya.\u00a0\n\n\n\n\nBahagian 13: Agreement and Disclosure\n\n\nAnda boleh membaca dokumen CDS Statement dan Terms of Service yang dilampirkan. Selepas itu, tandakan pada kedua-dua kotak dan tekan butang \nSign and Submit\n.\n\n\n\n\nBahagian 14: Sign\n\n\nTurunkan tanda tangan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang \nConfirm\n.\u00a0\n\n\n\n\nBahagian 15: Payment\n\n\nDalam bahagian ini, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM 11 sebagai yuran pembukaan akaun CDS M+. Pembayaran ini mestilah dilakukan melalui akaun bank yang didaftarkan di bawah anda (pemohon). Anda tidak boleh membuat pembayaran melalui akaun pihak ketiga (suami/ isteri/ saudara/ keluarga/ syarikat) kerana pembayaran melalui pihak ini akan menyebabkan permohonan akaun CDS M+ anda ditolak.\n\n\nTekan \nProceed to Payment\n untuk meneruskan pembayaran.\n\n\n\n\nJika ada telah membuat pembayaran, proses pembukaan akaun CDS M+ dan M+ Global anda telah selesai.\u00a0\n\n\n\n\nAnda akan menerima emel dan mesej daripada pihak Mplus apabila akaun anda telah berjaya diluluskan. Proses kelulusan akaun M+ Global biasanya mengambil masa sehingga 3 hari manakala proses kelulusan akaun CDS M+ biasanya mengambil masa sehingga 1 minggu.\n\n\nSekiranya anda mengalami kesulitan dalam mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global, boleh menghubungi team \niSaham Support\n untuk bantuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-baru-untuk-pendaftaran-cds-secara-online", "title": "Cara Baru untuk Pendaftaran CDS Secara Online", "body": "Untuk suatu ketika, pembukaan akaun CDS adalah agak fizikal. Proses ini melibatkan borang fizikal yang memerlukan penghantaran dokumen atau dalam kes lain, menurunkan tandatangan. Kini, semua proses pembukaan akaun CDS ini boleh dibuat secara atas talian.\n\n\nSecara ringkas:\n\n\n\n\nUntuk buka akaun cds, pergi ke link \nisaham.my/cds\n dan ikuti panduan dalam page tersebut.\n\n\nWAJIB\n masukkan DR Code \nR389\n (dan MR code sekiranya ada) di borang CDS M+ Online.\n\n\nRujuk page ini untuk perincian setiap langkah.\n\n\n\n\n\n\nMembuka akaun CDS secara online bermaksud anda tidak perlu lagi mencetak borang untuk dihantar ke iSaham. Tidak lagi perlu pos dokumen ke iSaham. Semuanya boleh dibuat secara atas talian. Namun, ada caranya untuk berdaftar dengan iSaham untuk dapatkan pelbagai manfaat \niSaham Pro\n yang kami tawarkan.\n\n\nUntuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh ikut langkah yang telah digariskan dalam laman pendaftaran CDS kami.\n\n\nGaris Mula: Laman CDS iSaham\n\n\nBermula dari \nlaman pendaftaran CDS iSaham\n, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:\n\n\n\n\nBorang ini akan memudahkan kami membuat rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan referral, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan \nHantar\n.\n\n\nAnda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Online. Baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya berdaftar dengan iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang \nBuka Akaun\n. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Online.\n\n\n\n\nIsi nama penuh dan alamat emel ini dan tekan \nSubmit\n untuk teruskan pendaftaran. Satu \nlink untuk verifikasi emel\n \nakan dihantar ke email\n yang isikan tadi. Semak juga folder \nSpam / Junk\n kalau tak jumpa dalam Inbox utama.\n\n\n\n\n\n\nEmel verifikasi yang dihantar kepada anda\n\n\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke borang pendaftaran yang dibahagikan kepada 4 bahagian; iaitu pendaftaran dan butiran peribadi, pekerjaan dan pasangan, kewangan, dan pengesahan maklumat.\n\n\nBahagian 1: Pendaftaran dan Butiran Peribadi\n\n\nDalam bahagian ini, anda perlu mengisi butiran peribadi dan ada beberapa soalan berkaitan akaun.\n\n\nSekiranya anda telah mengisi maklumat melalui aplikasi Bursa Anywhere, pilih Yes pada ruangan Bursa Anywhere di borang online ini. Sekiranya anda tidak mendaftar melalui Bursa Anywhere, tak perlu buat, dan pilih No untuk pilihan ini.\n\n\n\n\nPastikan akaun dagangan pilihan anda ialah \nIslamic Cash Upfront Account\n untuk memastikan akaun anda mematuhi landasan syariah. Ini juga adalah syarat untuk dapatkan akses Premium iSaham secara percuma.\n\n\n\n\nSelain itu, tiada soalan yang susah. Cuma pastikan barisan alamat IC dalam borang diisi seperti urutan dalam kad IC anda. Pastikan juga alamat yang dimasukkan adalah sama dengan alamat di dalam IC anda.\n\n\nDalam bahagian Race (bangsa), anda boleh ikut garis panduan ini:\n\n\n\n\nBumiputra - Melayu / Sabah / Sarawak\n\n\nChinese - Cina\n\n\nIndian - India\n\n\nForeigner - Jika pilih PR of Malaysia\n\n\nOthers - untuk bukan warganegara\n\n\n\n\nBahagian 2: Butiran Pekerjaan dan Pasangan\n\n\nDalam bahagian Employment Detail, untuk \nEstimated Net Worth\n, boleh ikut \nGross Annual Income\n. Kalau memang rasa tak tahu nak letak apa, pilih sahaja pilihan amaun terendah.\n\n\nNOTA\n:\n\n\n\n\nBagi mereka yang bergelar suri rumah atau isteri yang tidak bekerja, anda boleh masukkan maklumat \"Homemaker\" manakala bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, anda boleh masukkan maklumat \"Retired\".\n\n\n\n\n\n\nSekiranya status anda berkahwin, anda akan dibawa ke bahagian kedua ini, iaitu butiran pasangan. Sekiranya tidak, anda akan terus ke bahagian 3. Soalan di sini adalah mudah dan ringkas. Maka anda sepatutnya tiada masalah untuk mengisi bahagian ini.\n\n\n\n\nBahagian 3: Butiran Kewangan\n\n\n\n\nDalam bahagian ini, anda perlu lampirkan penyata bank. Boleh gunakan apa-apa bank yang berdaftar dengan nama anda sendiri. Sekiranya anda ingin tutorial untuk dapatkan penyata bank, boleh baca di link di bawah:\n\n\n\n\nCara dapatkan penyata Maybank\n\n\nCara dapatkan penyata RHB\n\n\nCara dapatkan penyata Bank Islam\n\n\n\n\nBoleh muat naik potongan penyata bank yang mengandungi:\n\n\n\n\nNama pemegang akaun yang penuh seperti IC\n\n\nNombor akaun\n\n\nNama & logo bank.\n\n\n\n\nNota penting\n: Jangan screenshot keseluruhan skrin atau transaksi kewangan. Potong bahagian yang menampakkan atas penyata bank (bahagian yang mengandungi butiran diri anda) sahaja. Permohonan anda mungkin akan ditolak sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.\n\n\n\n\n\n\nContoh keratan penyata akaun\n\n\n\n\n\n\nUntuk mengelakkan masalah pada muatnaik fail penyata, ada beberapa perkara yang kami boleh sarankan, iaitu memastikan:\n\n\n\n\nfail dalam bentuk JPEG atau JPG (gambar), boleh gunakan screenshot\n\n\nwajib ada logo bank, nama pemegang dan nombor akaun dalam screenshot tersebut\n\n\nperlu jelas dan tiada bayang pada gambar\n\n\nfail PDF tak dibenarkan\n\n\njika menggunakan penyata bank dari cawangan bank, perlu ada cop dan tandatangan pegawai bank\n\n\n\n\nSelain itu, anda juga akan ditanya tentang toleransi risiko yang anda sanggup hadapi. Anda hanya perlu membuat pilihan mengikut risiko yang anda selesa.\n\n\nBahagian 4: Pengisytiharan\n\n\nJawab soalan perakuan atau \nDeclaration\n mengikut kriteria yang menepati diri anda. Boleh rujuk di sini kerana mungkin ada yang perlukan sedikit panduan.\n\n\n\n\nFEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Boleh rujuk \nlink di BNM ini\n untuk butiran lanjut. Secara ringkas, jika anda mempunyai pinjaman peribadi (rumah + kereta + PTPTN) melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan 2 (I have domestic borrowings up to RM 1,000,000). Jika tidak, boleh pilih pilihan 1 (I do not have...).\n\n\nDeclaration of Principal Account Holder\n bertanyakan sama ada anda adalah pemilik akaun, dan dagangan melalui akaun ini akan dibuat untuk anda sebagai pemilik akaun. Tandakan kotak ini sekiranya betul.\n\n\nAnda kemudian akan di bawa ke halaman\n summary\n.\n\n\nBahagian 5: Rumusan dan Pengesahan\n\n\n\n\nSesudah mengisi semua ruangan borang, anda boleh semak borang yang diisi. Pastikan maklumat diri diisi dengan betul dan jenis akaun adalah Islamic. Sekali lagi peringatan bahawa akaun Islamic adalah syarat untuk dapatkan akses percuma iSaham Pro.\n\n\nSesudah semak, pastikan ruangan \nDR Code\n dengan di isi dengan kod \nR389\n seperti garis panduan kami. Sekiranya DR Code bukan dengan iSaham, anda tidak berpeluang untuk mendapat akses premium ini secara percuma. Sekiranya anda diperkenalkan kepada iSaham melalui Marketing Representative (MR) kami, tuliskan sekali kod MR mereka di Reference Code. Isikan \nMR389-\n diikuti dengan 3 angka kod MR seperti di bawah. Boleh kosongkan sahaja ruangan ini sekiranya tidak berkaitan. Sekiranya anda diperkenalkan melalui kenalan yang turut menggunakan iSaham, boleh isikan Referral Code kepunyaannya.\n\n\n\n\nAkhir sekali, turunkan tandatangan secara elektronik berserta persetujuan terma dan syarat.\n\n\n\n\nBahagian Pembayaran\n\n\nSetelah siap semua, tekan \nProceed to Payment\n. Anda akan dibawa ke laman pembayaran FPX. Pembayaran sebanyak RM 11 perlu dibuat dari \nakaun bank pemohon akaun CDS M+ sendiri sahaja\n. Tidak boleh membayar dari akaun pihak ketiga (suami / isteri / adik / keluarga / syarikat).\n\n\nSenarai bank dibawah sahaja yang ada untuk membayar yuran pembukaan akaun CDS M+ Online.\n\n\n\n\nSetelah pembayaran dibuat, anda akan dibawa ke halaman ini. Anda hanya perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan mengambil swafoto (\nselfie\n) untuk tujuan verifikasi. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan sopan semasa menangkap swafoto. Pastikan juga info-info di kad pengenalan tersebut dapat dilihat dengan jelas.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mengelakkan permohonan ditolak, pastikan anda mengambil swafoto dengan betul. Pastikan gambar muka anda kelihatan jelas dan pastikan juga gambar tidak bergegar. Contoh pengambilan swafoto yang betul boleh dilihat pada contoh gambar di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPastikan muka anda dari pandangan hadapan, sisi kiri dan kanan adalah jelas dan tidak bergegar.\n\n\n\n\n\n\nKemudian, lengkapkan pembayaran sebanyak RM 11 tadi, maka sempurnalah pendaftaran online ini. Sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran, boleh berhubung dengan \nteam kami\n untuk sebarang pertanyaan.\n\n\n\n\nBerikan masa dalam 2 hingga 4 minggu untuk akaun anda siap. Proses ini lengkap setelah anda menerima nama pengguna dan kata laluan untuk login ke platform dagangan \nM+ Online\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-belajar-saham-percuma", "title": "Cara Belajar Saham Percuma", "body": "Saham adalah satu saluran pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Namun, ianya difahami kalau ramai yang masih takut untuk melabur dalam pasaran saham. Risiko dalam saluran pelaburan ini juga adalah tinggi dan tak semua sanggup menghadapi situasi seperti ini.\n\n\n\n\nSebenarnya, nak mulakan apa-apa perniagaan tanpa pengetahuan yang cukup pun memang berisiko tinggi. Maka, apa yang anda perlu buat untuk rendahkan risiko ini adalah dengan belajar. Kali ni, kami akan senaraikan beberapa sumber untuk belajar saham yang anda boleh dapatkan secara percuma.\n\n\nGroup Telegram iSaham\n\n\nDengan membuka akaun CDS dengan kami, anda boleh dapatkan akses kepada group Telegram iSaham. Dalam group Telegram ini, anda boleh belajar pelbagai ilmu untuk bermula dalam pelaburan saham. Anda boleh bersoal jawab dengan team dan komuniti iSaham yang juga melabur dalam pasaran saham.\n\n\nPelbagai topik boleh ditanyakan, contohnya tentang keadaan pasaran, pengalaman melabur, platform dagangan dan sebagainya. Pembelajaran secara soal jawab dan situasi sebenar dapat memberikan anda input yang membantu untuk pelaburan nanti.\n\n\nKami juga ada \nchannel Telegram\n. Channel ini bukan untuk interaksi dua hala, tapi kami berikan info-info yang berguna kepada pelabur. Info ini kami sesuaikan dengan keadaan pasaran semasa.\n\n\nWebinar iSaham Gear One\n\n\nJika anda bertanya \u201cdi mana nak mula?\u201d, \u201ckelas apa nak join?\u201d dan sebagainya, maka inilah jawapannya. Kelas yang dinamakan \nWebinar iSaham Gear One\n ini kami telah lancarkan dengan kerjasama Bursa Malaysia-i. Tumpuan kelas ini adalah untuk memberikan pelabur-pelabur baru sebuah pemahaman asas dalam pelaburan saham. Kelas ini diadakan secara online, dan diadakan setiap hari Jumaat malam (selagi kuota tajaan masih ada).\n\n\n\n\nTerdapat 3 episod dalam siri ini, iaitu:\n\n\n\n\niSaham Gear One Asas\n\n\niSaham Gear One Technical\n\n\niSaham Gear One Fundamental\n\n\n\n\nSesi pembelajaran interaktif ini bukanlah sekadar kelas motivasi, dan bukan juga membincangkan teori saham semata-mata, tetapi anda juga akan diberi pendedahan kepada penggunaan tool analytics saham oleh iSaham. Kami telah susun pembelajaran kelas ini supaya dapat memberikan input yang tinggi dan membolehkan anda bermula untuk melabur. Bursa Malaysia-i telah pun membayar kelas ini untuk anda. Maka jangan lepaskan peluang ini sementara masih ada.\n\n\n\r\nPastikan anda telah memuat turun aplikasi Zoom di komputer/ laptop/ tablet/ telefon pintar anda untuk menyertai webinar ini.\n\n\nBlog iSaham\n\n\nDi iSaham, kami tuliskan \npelbagai tajuk bahan bacaan\n yang relevan untuk pelabur supaya ianya dapat membantu pelaburan anda. Ada tajuk yang agak teknikal, namun ianya kes sebenar yang anda mungkin akan lalui sepanjang pelaburan, contohnya share consolidation, saham -OR dan sebagainya.\n\n\n\n\nPelbagai tajuk juga telah ditulis yang menerangkan tentang disiplin analisis teknikal dan fundamental untuk menambahkan ilmu pelabur-pelabur seperti anda. Kesemua bahan bacaan ini adalah berkualiti tinggi, dan ini juga adalah salah satu cara untuk anda belajar saham dengan percuma.\n\n\nGroup iSaham Live\n\n\n\n\nSatu lagi cara belajar saham percuma yang lebih interaktif adalah sesi live iSaham yang diadakan dalam seminggu atau dua minggu sekali. Dalam sesi ini, anda boleh bertanya soalan dalam \ngroup FB\n berkaitan saham, keadaan pasaran semasa, dan melabur secara umum. Topik-topik ini akan dibincangkan oleh speaker kami selama 1 jam. Dalam sesi ini juga anda boleh kenal lebih dalam tentang iSaham dan servis yang kami tawarkan.\n\n\nDDNK Classroom\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-beli-ipo-menggunakan-maybank2u", "title": "Cara Membeli IPO menggunakan Maybank2u", "body": "Nak beli IPO ni mudah sahaja. Anda cuma perlu ada akaun bank, CDS dan modal. Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara nak beli IPO menggunakan Maybank2u. Sebelum itu anda disarankan \nikut panduan strategi IPO iSaham dulu\n sebelum membuat belian untuk mengoptimumkan modal pelaburan anda. Teruskan bacaan di bawah untuk cara membeli IPO menggunakan Maybank2u.\n\n\n1. Log masuk ke Maybank2u\n\n\nMacam biasa, masukkan username dan password.\n\n\n\n\n2. Pergi ke page Investment\n\n\nDari laman utama akaun Maybank2u, cari link \nApply\n di bahagian atas kanan (label no 1 dalam gambar) dan klik \nInvestment\n (label no 2). Sekiranya anda belum hubungkan akaun CDS, setelkan dulu dengan klik \nLink Account\n (label no 3). Sekiranya dah hubungkan akaun, terus tekan \nApply Now\n di bahagian eIPO (label no 4).\n\n\n\n\n3. Link akaun CDS\n\n\nSekiranya anda dah buat step ni, boleh langkau ke step seterusnya. Link no 3 tadi akan bawa anda ke page untuk Link CDS. Anda cuma perlu masukkan nombor akaun CDS, masukkan nama pilihan anda untuk akaun ini dan \nSubmit\n. Pastikan nombor akaun tu betul. Jangan tersilap masuk ke akaun orang lain.\n\n\n\n\n4. Membuat permohonan IPO\n\n\nDari link no 4 di atas tadi, anda akan dibawakan ke page permohonan untuk eIPO. Kalau dah hubungkan akaun CDS, anda tak perlu lagi masukkan CDS account no. Klik saja ruangan Favourite CDS Account, dan pilih akaun CDS anda. Klik pada saham pilihan dan isikan jumlah lot saham yang ingin dibeli (disarankan mengikut tier). Tandakan (\u2714) pada ruangan di bawah untuk menandakan anda sudah baca dokumen yang terlibat. Kemudian klik \nSubmit\n.\n\n\n\n\n5. Semak, ubahsuai atau sahkan pembelian\n\n\nAnda sudah berada di step terakhir. Dekat page ini, anda boleh semak semula pembelian anda kalau ada apa-apa yang perlu diubah, contohnya nak tambah jumlah unit. Kalau dah puas hati, boleh terus klik butang \nConfirm\n untuk menghantar permohonan eIPO.\n\n\n\n\nSo itu sahaja caranya untuk mohon IPO. Selepas sahkan pembelian anda bolehlah tunggu pengumuman cabutan sama ada dapat atau tidak."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-buka-akaun-luno-dan-jual-beli-matawang-kripto", "title": "Cara Buka Akaun Luno dan Jual Beli Matawang Kripto", "body": "Semakin hangat dibincangkan kebelakangan ini adalah nilai matawang kripto yang terus menaik. Kalau kita bandingkan harga Bitcoin dari 6 bulan lalu, kita boleh nampak lebih 300% kenaikan pada hari ini. Perkembangan ini telah menarik minat pelabur dan ramai tertanya-tanya bagaimana untuk membeli matawang ini. Antara cara untuk menjual beli matawang atau juga disebut sebagai aset digital ini di Malaysia adalah dengan menggunakan \nLuno\n.\n\n\nLuno\n\n\n\n\nLuno ialah sebuah platform yang membolehkan aset digital didagang dalam sebuah pasaran (exchange) dan disimpan secara atas talian (eWallet). Aset digital yang disebut ini merujuk kepada matawang kripto seperti Bitcoin, Etherium, Litecoin dan Ripple. Luno beroperasi di pelbagai negara, termasuk Malaysia dan diberikan \nlesen oleh SC\n sebagai sebuah Digital Asset Exchange (DAX). Oleh itu, ia merupakan pengendali pasaran aset digital yang sah di Malaysia.\n\n\nAset digital ini mempunyai nilai di mata pelabur yang memahami potensi teknologi di sebalik matawang kripto. Dari segi teknikal dan fundamental, ia juga boleh dikaji untuk menentukan waktu yang sesuai untuk dibeli atau dijual.\n\n\nBuka akaun, dapat RM 25 percuma\n\n\n\n\nJika anda berminat untuk berdagang matawang digital ini, anda boleh buka akaun Luno. Mereka juga membuat promosi di mana anda boleh dapat RM 25 percuma apabila anda beli matawang digital bernilai RM 250. Ikuti cara-cara yang akan diterangkan di bawah.\n\n\n1. Guna link referral\n\n\nPertama sekali anda perlu tekan link referral yang dikongsi kepada anda. Kalau tak ada referral, boleh guna \nkod dari sini\n. Kalau menggunakan kod pula, anda perlu isikan di ruangan Promo Code sebelum membuat belian pertama. Kita akan bincang lebih terperinci dalam panduan lanjut.\n\n\n2. Daftar akaun\n\n\n\n\nUntuk pendaftaran, anda perlu mengisi pelbagai maklumat asas. Antaranya email, atau boleh gunakan Sign Up melalui Gmail atau Facebook sebagai alternatif. Maklumat lain yang diperlukan ialah nama, nombor telefon, kad pengenalan berserta gambar. Oleh itu, pendaftaran melalui telefon adalah lebih sesuai. Sebagai langkah keselamatan piawai, profail anda juga akan disahkan berdasarkan maklumat dan kad pengenalan.\n\n\n3. Masukkan kod referral\n\n\n\n\nSekiranya anda tidak membuka akaun menggunakan link referral, anda perlu masukkan Promo Code sebelum membuat apa-apa belian untuk dapatkan RM 25 percuma. Caranya ialah pergi ke tab \nRewards\n. Dari sini, anda boleh lihat tab \nInvite a Friend\n dan \nEnter a Code\n di bahagian atas skrin. Pilih Enter a Code dan masukkan kod referral di sini, dan tekan \nApply Code\n.\n\n\nCara jual dan beli\n\n\nPergerakan harga matawang digital ini boleh dikaji dari aspek fundamental dan juga teknikal. Anda boleh kaji carta untuk cari titik masuk dan keluar. Berita juga boleh membantu anda untuk mengetahui sentimen semasa terhadap matawang digital ini secara umum.\n\n\n\n\n \nSentimen semasa di Twitter juga \ndipaparkan di Luno\n\n\n\n\nSeterusnya, kita akan lihat cara jual dan beli dari aplikasi Luno.\n\n\n1. Deposit\n\n\nPertama, anda perlu deposit wang ke dalam wallet Luno. Dari tab \nWallets\n, tekan pada bahagian \nLocal Currency\n (MYR XX), kemudian pilih \nDeposit\n. Pilih sama ada anda ingin masukkan dengan cara \nFPX\n atau \nBank Transfer\n. Masukkan jumlah yang anda ingin masukkan ke dalam Wallet dan tekan \nNext\n. Seterusnya, masukkan maklumat login bank untuk membenarkan transaksi ini.\n\n\nUntuk dapatkan RM 25 percuma yang disebut tadi, anda perlu membuat belian matawang kripto bernilai RM 250. Apa yang boleh disarankan di sini adalah untuk melebihkan deposit kerana anda akan bayar caj broker apabila membuat belian nanti. Sekiranya anda masukkan tepat RM 250, dikhuatiri ada sedikit baki tak digunakan.\n\n\n\n\nBagi kaedah FPX, caj admin sebanyak RM 0.70 akan dikenakan bagi setiap transaksi. Untuk Bank Transfer (Interbank GIRO), tiada caj dikenakan.\n\n\n2. Tambah Wallet\n\n\nKembali ke Wallets, pada bahagian Cryptocurrency, tekan \nAdd a wallet\n dan pilih matawang kripto pilihan yang anda ingin beli. Tekan \nCreate Wallet\n.\n\n\n\n\n3. Exchange\n\n\nPergi ke Home dan tekan menu atas (simbol tiga titik) dan tekan \nExchange\n. Dari sini, anda boleh lihat maklumat yang lebih terperinci seperti senarai pesanan beratur, senarai transaksi, pesanan anda dan sebagainya.\n\n\n\n\n4. Beli\n\n\nPastikan dahulu anda melihat pada carta matawang yang ingin dibeli. Jika betul, barulah tekan butang Buy. Dari menu jual beli, anda boleh lihat pilihan Limit, Market dan Stop-limit. Untuk Limit, anda akan beratur berdasarkan harga pilihan, manakala untuk Market, anda akan terus beli pada harga terkini. Kos transaksi adalah berbeza antara dua ini, dengan kos yang lebih tinggi untuk pesanan Market.\n\n\n\n\nMasukkan harga belian, tentukan sebanyak mana anda ingin beli, mengikut nilai ringgit atau BTC. Tekan Max untuk membelanjakan modal dari Wallet sepenuhnya. Apabila berpuas hati, tekan Buy untuk teruskan belian.\n\n\nTransaksi minimum\n\n\nAnda memerlukan anggaran RM 130 untuk setiap pembelian matawang BTC (berdasarkan RM 250,000/BTC dan kos belian). Namun, transaksi minimun ini berbeza mengikut matawang kripto. Anda boleh lihat jadual ini untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\nItu sahaja perkongsian tutorial Luno untuk kali ini. Luno juga boleh digunakan untuk menghantar dan menerima wang. Dan apabila sampai satu masa, anda juga mungkin ingin membuat pengeluaran atau withdrawal. Tutorial ini akan dibincangkan dalam post yang lain. Untuk mendapatkan tutorial dan maklumat berkaitan dunia kripto dan NFT, boleh ke laman web \nCrepeToast\n dan \nSolanaKit\n.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-buka-akaun-saham-cds", "title": "Cara Buka Akaun Saham (CDS)", "body": "Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya \nCentral Depository System\n merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.\n\n\nDengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham.\n\n\n\n\nBagaimana cara membuka akaun CDS?\n\n\n\n\nAnda hanya perlu mengisi dan menandatangi 2 jenis borang (broker dan bursa).\n\n\nDokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan (5 keping) dan salinan penyata bank (\nbank statement\n) (4 keping).\n\n\nSerahkan kepada dealer atau remisier yang memberikan borang kepada anda (rujuk di bawah).\n\n\nItu sahaja! Cukup mudah kan?\n\n\nKat mana nak dapatkan borang?\n\n\nUntuk mendapatkan borang CDS, anda boleh dapatkan daripada dealer atau remisier. \n\n\nDealer ialah mereka yang bekerja sepenuh masa di broker dan anda boleh terus walk-in ke mana-mana broker berlesen (rujuk senarai \nbroker berlesen di sini\n). Dealer tidak mendapat apa-apa komisyen secara direct untuk akaun yang dibuka dan transaksi trade.\n\n\nRemisier pula ialah mereka yang bekerja secara komisyen dengan broker-broker berlesen (dalam senarai di atas juga) dan mereka berada di mana-mana dan tidak semestinya di branch broker. Kelebihan buka akaun dengan remisier ialah, mereka akan cuba memberikan added value supaya anda buka akaun dengan mereka dan trade menggunakan akaun tersebut.\n\n\n\n\nTeam iSaham juga mempunyai remisier (broker Mplus - Malacca Securities Sdn Bhd) yang boleh membantu anda, dan anda akan diberikan akses percuma screener-screener premium iSaham yang telah diuji keberkesanan dan prestasi apabila anda membuka akaun CDS dan aktif bersama remisier kami.\n\n\nSekiranya anda berminat untuk membuka akaun CDS bersama remisier kami, sila hubungi \nteam support\n kami.\n\n\nAdakah saya akan membeli saham melalui remisier atau online?\n\n\nTidak kira anda buka akaun dengan dealer atau remisier, anda boleh membuat jual beli saham secara online tanpa memberitahu remisier anda.\n\n\nKos Membuka Akaun CDS\n\n\nKos membuka akaun CDS cuma RM10 dan sekali bayar sahaja.\n\n\nAda Risiko ke Buka Akaun CDS?\n\n\nTidak ada kecuali perlu bayar RM10 diatas. Anda tidak perlu deposit apa-apa jumlah sebelum akaun anda siap. Selepas akaun siap, risiko ada semasa anda jual beli saham sebab harga saham boleh naik dan boleh turun.\n\n\nBolehkah Saya Memiliki Lebih Daripada Satu Akaun CDS?\n\n\nBoleh. Anda boleh ada satu akaun CDS daripada Maybank, satu daripada CIMB, satu daripada Mplus, dan lain-lain.\n\n\nBelum ada akaun CDS Mplus? Boleh hubungi terus \nteam kami\n untuk buka akaun CDS dan dapatkan screener dan panduan premium secara percuma"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-cara-mendaftar-akaun-cgs-cimb-icash", "title": "Cara-cara Mendaftar Akaun CGS-CIMB iCash", "body": "Akaun CGS-CIMB kini boleh dibuka dengan iSaham. Dengan CGS-CIMB, broker fee untuk produk iCash hanyalah 0.08% atau RM 8 untuk setiap transaksi, yang mana lebih tinggi. Dengan CGS-CIMB iCash, anda boleh menikmati ciri-ciri ini:\n\n\n\n\nCash Account\n\n\nDagangan di pasaran global\n\n\nAkaun Islamic\n\n\nMembolehkan permohonan IPO\n\n\n\n\nPembukaan akaun CGS-CIMB melalui iSaham pula membolehkan anda memperoleh manfaat \niSaham Pro\n yang termasuk:\n\n\n\n\niSaham Support Group\n\n\niSaham Pro Screener\n\n\ndan pelbagai lagi\n\n\n\n\n\n\nUntuk mengelakkan berlakunya keciciran nama klien dari sistem, kami cadangkan anda isikan maklumat asas seperti Nama, IC, nombor telefon dan emel di \nlaman pendaftaran iSaham untuk CDS CGS-CIMB\n. Di situ juga digariskan panduan pembukaan akaun CGS-CIMB ini secara ringkas. Bagi ruangan iSaham referral dalam link ini, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan \nHantar\n.\n\n\nMari kita lihat panduan membuka akaun CDS CGS-CIMB secara online - langkah demi langkah.\n\n\n1. Buka link dan isi borang\n\n\nUntuk membuka akaun, layari: \nLink pendaftaran CGS-CIMB\n\n\nDi laman web di atas, sila isikan REMISIER REFERENCE: \nPR1M440\n. Kemudian, muat naik IC bahagian depan dan belakang secara berasingan. Boleh lihat seperti contoh di bawah.\n\n\n\n\nDalam ruangan Type of Broking, tandakan produk dengan ketiga-tiga pilihan seperti di bawah. Pertama sekali pilih \nEquities - Share Trading\n. Kemudian, pilih \niCash Trading\n. Akhir sekali, tandakan \nCross Border\n jika berminat untuk jual beli saham global di bursa-bursa saham antarabangsa. Setelah selesai, tekan Next.\n\n\n\n\nDengan Cross Border, anda boleh berdagang di pasaran saham global seperti tersenarai di bawah:\n\n\n\n\nSGX (Singapura)\n\n\nHKEx (Hong Kong)\n\n\nSET (Thailand)\n\n\nIDX (Indonesia)\n\n\nNYSE (Amerika)\n\n\nNASDAQ (Amerika)\n\n\nNYSE MKT LLC (Amerika)\n\n\n\n\n2. Maklumat asas\n\n\nAnda akan tiba ke page BASIC INFO. Isikan butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tempat lahir dan sebagainya.\n\n\n\n\nIsikan alamat, nombor telefon dan emel anda. Kemudian, tekan \nNext\n.\n\n\n\n\n3. Maklumat kewangan\n\n\nDi halaman FINANCIAL INFO, isi maklumat majikan anda, pendapatan serta sumber pendapatan anda seperti contoh di bawah.\n\n\n\n\n4. Maklumat lain\n\n\nAnda kini berada di halaman OTHER INFO. Boleh isikan matlamat pelaburan anda seperti contoh di bawah dan isi sekali Risk Tolerance anda dan pengalaman pelaburan. Tandakan Yes atau No sahaja mengikut yang mana bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nSeterusnya, isi maklumat berkaitan mengikut yang bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nIsikan maklumat pasangan atau waris anda.\n\n\n\n\nKemudian, masukkan butiran akaun bank anda untuk tujuan penerimaan dividen. Di bawahnya, tandakan Yes atau No sekiranya anda ingin sekalikan dividen dari pegangan saham melalui akaun CDS di broker lain. Boleh rujuk seperti gambar di bawah.\n\n\n\n\n5. Dokumen sokongan\n\n\nUntuk bahagian SUPPORTING DOCS, anda cuma perlu muat naik penyata bank dan penyata pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP atau penyata cukai.\n\n\nKami ada tuliskan tutorial untuk dapatkan penyata bank dari pelbagai bank di blog kami. Untuk penyata KWSP, anda boleh dapatkannya di portal KWSP.\n\n\n\n\n6. Persetujuan\n\n\nDalam bahagian CONSENT, anda cuma perlu tandakan butiran mana yang bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nTerdapat pelbagai lagi butiran dan pernyataan yang anda perlu tandakan. Secara umumnya, kami berpendapat tiada apa masalah yang mungkin akan dihadapi dalam bahagian ini. Sekiranya ada, boleh \nhubungi team support kami\n.\n\n\n7. Pengakuan\n\n\nAnda mungkin akan hadapi sedikit kesulitan dalam bahagian DECLARATION ini. Pertama sekali adalah pertanyaan berkaitan cukai. Untuk bahagian ini, boleh pilih negara Malaysia, TIN - Not Available dan Reason D.\n\n\n\n\nAda beberapa lagi pertanyaan yang secara umumnya agak jelas pernyataan yang perlu ditanda. Tandakan yang mana berkaitan dengan anda. Di sini pula terdapat bahagian pengakuan sekiranya anda mempunyai aset atau pelaburan di luar negara. Secara umumnya, pilihan pertama seperti di bawah adalah bersesuaian dengan kebanyakan pemohon.\n\n\n\n\nAkhir sekali, anda perlu masukkan nombor telefon untuk pengesahan permohonan. Kemudian, turunkan tandatangan menggunakan tetikus anda atau apa-apa peranti yang anda gunakan.\n\n\n\n\nSebenarnya anda boleh simpan permohonan anda dengan tekan butang \nSave\n di bahagian bawah kiri borang pada mana-mana tahap dalam permohonan supaya anda tak perlu ulang dari awal sekiranya berlakunya kesulitan.\n\n\nBila tekan butang Save ini, anda akan diminta untuk tetapkan email dan kata laluan. Seterusnya, CGS-CIMB akan hantar email kepada anda link kepada borang yang disimpan ini. Apabila anda klik link ini, masukkan sahaja kata laluan tadi untuk sambung mengisi borang.\n\n\nSelepas tandatangan, anda boleh tekan Next.\n\n\n8. Pengesahan\n\n\nAnda kini tiba di bahagian CONFIRMATION. Di sini, anda boleh kembali ke belakang untuk lihat semula input yang anda masukkan untuk memastikan anda mengisi dengan betul. Apabila pasti, anda boleh tekan butang Register.\n\n\n\n\n9. Lengkap\n\n\nAnda sudah berjaya mendaftar. Sila tunggu maklumat seterusnya dari pihak CGS-CIMB melalui emel anda yang anda masukkan dalam butiran tadi.\n\n\n\n\nAnda akan menerima DUA emel dari CGS-CIMB untuk pengesahan alamat emel dan ID yang akan melibatkan rakaman langsung muka anda. Jadi cara terbaik adalah buka emel ini dari telefon anda, dan ikuti langkah pengesahan yang disekalikan dalam emel tersebut.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-cara-mendaftar-akaun-cgs-cimb-tradebeyond", "title": "Cara-cara Mendaftar Akaun CGS-CIMB Trade Beyond", "body": "Akaun CGS-CIMB kini boleh dibuka dengan iSaham. Dengan CGS-CIMB, broker fee untuk produk Trade Beyond hanyalah 0.1% atau RM 8 untuk setiap transaksi, yang mana lebih tinggi. Dengan \nTrade Beyond\n, anda boleh menikmati ciri-ciri ini:\n\n\n\n\nCash Account\n\n\nDagangan di pasaran global\n\n\nAkaun Islamic\n\n\nMembolehkan permohonan IPO\n\n\n\n\nPembukaan akaun CGS-CIMB melalui iSaham pula membolehkan anda memperoleh manfaat \niSaham Pro\n yang termasuk:\n\n\n\n\niSaham Support Group\n\n\niSaham Pro Screener\n\n\ndan pelbagai lagi\n\n\n\n\n\n\nUntuk mengelakkan berlakunya keciciran nama klien dari sistem, kami cadangkan anda isikan maklumat asas seperti Nama, IC, nombor telefon dan emel di \nlaman pendaftaran iSaham untuk CDS CGS-CIMB\n. Di situ juga digariskan panduan pembukaan akaun CGS-CIMB ini secara ringkas. Bagi ruangan iSaham referral dalam link ini, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan \nHantar\n.\n\n\nMari kita lihat panduan membuka akaun CDS CGS-CIMB secara online - langkah demi langkah.\n\n\n1. Buka link dan isi borang\n\n\nUntuk membuka akaun, layari: \nLink pendaftaran CGS-CIMB\n\n\nDi laman web di atas, sila isikan REMISIER REFERENCE: \nPR1M440\n. Kemudian, muat naik IC bahagian depan dan belakang secara berasingan. Boleh lihat seperti contoh di bawah.\n\n\n\n\nDalam ruangan Type of Broking, pilih jenis akaun ISLAMIC seperti gambar di bawah untuk memastikan pelaburan anda mematuhi Syariah.\n\n\nDi bawahnya, anda WAJIB PILIH satu produk. Untuk membuka akaun Trade Beyond, pertama sekali pilih \nEquities - Share Trading\n. Kemudian, pilih \nSecuritised Direct\n > \nTrade Beyond\n untuk fee brokerage yang lebih murah. Akhir sekali, tandakan \nCross Border\n jika berminat untuk jual beli saham global di bursa-bursa saham antarabangsa.\n\n\n\n\nDengan Cross Border, anda boleh berdagang di pasaran saham global seperti tersenarai di bawah:\n\n\n\n\nSGX (Singapura)\n\n\nHKEx (Hong Kong)\n\n\nSET (Thailand)\n\n\nIDX (Indonesia)\n\n\nNYSE (Amerika)\n\n\nNASDAQ (Amerika)\n\n\nNYSE MKT LLC (Amerika)\n\n\n\n\nUntuk makluman, selepas pemilihan Securitised Direct, anda akan jumpa dua pilihan akaun. Trade Beyond ialah \ncash account\n dengan brokerage 0.1% atau minima RM8, Securitised pula ialah \nlimit account\n dengan brokerage 0.42% atau minima RM28. Jadi, pastikan anda tekan Trade Beyond untuk menggunakan cash account dan kadar broker yang lebih murah.\n\n\nSetelah selesai, tekan Next.\n\n\n2. Maklumat asas\n\n\nAnda akan tiba ke page BASIC INFO. Isikan butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tempat lahir dan sebagainya.\n\n\n\n\nIsikan alamat, nombor telefon dan emel anda. Kemudian, tekan \nNext\n.\n\n\n\n\n3. Maklumat kewangan\n\n\nDi halaman FINANCIAL INFO, isi maklumat majikan anda, pendapatan serta sumber pendapatan anda seperti contoh di bawah.\n\n\n\n\n4. Maklumat lain\n\n\nAnda kini berada di halaman OTHER INFO. Boleh isikan matlamat pelaburan anda seperti contoh di bawah dan isi sekali Risk Tolerance anda dan pengalaman pelaburan. Tandakan Yes atau No sahaja mengikut yang mana bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nSeterusnya, isi maklumat berkaitan mengikut yang bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nIsikan maklumat pasangan atau waris anda.\n\n\n\n\nSekiranya ini adalah akaun peribadi anda, dan semua pembayaran akan masuk ke akaun peribadi anda, tandakan kotak seperti di bawah. Kemudian, masukkan butiran akaun bank anda untuk tujuan penerimaan dividen. Di bawahnya, tandakan Yes atau No sekiranya anda ingin sekalikan dividen dari pegangan saham melalui akaun CDS di broker lain. Boleh rujuk seperti gambar di bawah.\n\n\n\n\n5. Dokumen sokongan\n\n\nUntuk bahagian SUPPORTING DOCS, anda cuma perlu muat naik penyata bank dan penyata pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP atau penyata cukai.\n\n\nKami ada tuliskan tutorial untuk dapatkan penyata bank dari pelbagai bank di blog kami. Untuk penyata KWSP, anda boleh dapatkannya di portal KWSP.\n\n\n\n\n6. Persetujuan\n\n\nDalam bahagian CONSENT, anda cuma perlu tandakan butiran mana yang bersesuaian dengan anda.\n\n\n\n\nTerdapat pelbagai lagi butiran dan pernyataan yang anda perlu tandakan. Secara umumnya, kami berpendapat tiada apa masalah yang mungkin akan dihadapi dalam bahagian ini. Sekiranya ada, boleh \nhubungi team support kami\n.\n\n\n7. Pengakuan\n\n\nAnda mungkin akan hadapi sedikit kesulitan dalam bahagian DECLARATION ini. Pertama sekali adalah pertanyaan berkaitan cukai. Untuk bahagian ini, boleh pilih negara Malaysia, TIN - Not Available dan Reason D.\n\n\n\n\nAda beberapa lagi pertanyaan yang secara umumnya agak jelas pernyataan yang perlu ditanda. Tandakan yang mana berkaitan dengan anda. Di sini pula terdapat bahagian pengakuan sekiranya anda mempunyai aset atau pelaburan di luar negara. Secara umumnya, pilihan pertama seperti di bawah adalah bersesuaian dengan kebanyakan pemohon.\n\n\n\n\nAkhir sekali, anda perlu masukkan nombor telefon untuk pengesahan permohonan. Kemudian, turunkan tandatangan menggunakan tetikus anda atau apa-apa peranti yang anda gunakan.\n\n\n\n\nSebenarnya anda boleh simpan permohonan anda dengan tekan butang \nSave\n di bahagian bawah kiri borang pada mana-mana tahap dalam permohonan supaya anda tak perlu ulang dari awal sekiranya berlakunya kesulitan.\n\n\nAnda akan diminta untuk tetapkan email dan kata laluan. Seterusnya, CGS-CIMB akan hantar email kepada anda link kepada borang yang disimpan ini. Apabila anda klik link ini, masukkan sahaja kata laluan tadi untuk sambung mengisi borang.\n\n\nSelepas tandatangan, anda boleh tekan Next.\n\n\n8. Pengesahan\n\n\nAnda kini tiba di bahagian CONFIRMATION. Di sini, anda boleh kembali ke belakang untuk lihat semula input yang anda masukkan untuk memastikan anda mengisi dengan betul. Apabila pasti, anda boleh tekas butang Register.\n\n\n\n\n9. Lengkap\n\n\nAnda sudah berjaya mendaftar. Sila tunggu maklumat seterusnya dari pihak CGS-CIMB melalui emel anda yang anda masukkan dalam butiran tadi.\n\n\n\n\nAnda akan menerima DUA emel dari CGS-CIMB untuk pengesahan alamat emel dan ID yang akan melibatkan rakaman langsung muka anda. Jadi cara terbaik adalah buka emel ini dari telefon anda, dan ikuti langkah pengesahan yang disekalikan dalam emel tersebut.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-dapatkan-penyata-bank-hong-leong", "title": "Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong", "body": "Bank Hong Leong adalah anak syarikat kepada Hong Leong Group yang merupakan konglomerat besar di Malaysia. Antara syarikat lain yang dimiliki oleh Hong Leong Group adalah Hong Leong Industries, Malaysian Pacific Industries, Southern Steel, Hume Industries dan beberapa lagi syarikat dengan nama Hong Leong dalam perkhidmatan kewangan.\n\n\nHong Leong Bank Berhad\n merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia dengan saiz syarikat bernilai RM 32.5 bilion. Di bawah ini adalah cara-cara untuk mendapatkan penyata kewangan sekiranya anda gunakan bank Hong Leong.\n\n\n1. Login ke HL Connect\n\n\nPertama sekali yang anda perlu buat ialah login ke \nHL Connect\n.\n\n\n\n\n2. Pergi ke menu penyata\n\n\nAnda akan dibawa ke dashboard HL Connect seperti di bawah.\n\n\n\n\nDari dashboard, anda perlu lihat atas di bahagian menu. Tekan pilihan \nStatement / Invoice\n. Menu lanjutan akan terbuka dan pilih sahaja \nOnline Statement\n.\n\n\n\n\n3. Muat turun penyata\n\n\nAnda akan dibawa ke laman penyata online. Lihat pada akaun yang anda gunakan untuk kegunaan harian sama ada Savings atau Current Account. Tekan pada \nDownload Statement\n di bahagian kanan untuk muat turun penyata terbaru. Sekiranya anda ingin tukar tempoh penyata untuk dilihat, boleh tekan pada anak panah kecil di sebelah butang tadi dan pilih \nView History\n.\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke laman penyata dengan pilihan tempoh waktu yang ingin diperhatikan. Tekan butang \nDownload Statement\n di bawah ruangan transaksi untuk muat turun penyata.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-dapatkan-penyata-bank-islam", "title": "Cara Dapatkan Penyata Bank Islam", "body": "Bank Islam adalah satu-satunya bank tersenarai di Bursa Malaysia dengan status patuh syariah. Syarikat ini juga memiliki Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Tapi tajuk hari ini bukan pasal saham, tapi cara untuk dapatkan penyata bank melalui Bank Islam.\n\n\nPanduan ini boleh membantu anda sebab penyata Bank Islam bukan boleh didapati dengan sekejap sahaja. Kalau tak ada penyata ini, anda mungkin akan menghadapi kesulitan sekiranya nak buat urusan kewangan dan sebagainya.\n\n\nMaka, ini adalah cara untuk memudahkan urusan penyata ini supaya mudah di kemudian hari. Caranya adalah untuk mohon langganan penyata elektronik melalui laman pengguna Bank Islam dan anda boleh ikut panduan ini.\n\n\n1. Log masuk ke dalam akaun Bank Islam\n\n\nSeperti biasa, nak buat apa-apa urusan bank, perlulah log in dulu ke \nhttps://www.bankislam.biz/\n. Selepas log in, anda akan dibawa secara automatik ke dashboard laman pengguna.\n\n\n\n\n2. Mohon langganan Penyata Elektronik\n\n\nDari dashboard, pergi ke tab \nMy Accounts\n > \nE-Statement\n > \nMaintenance\n. Apabila anda tekan ke link Maintenance, anda akan dibawa ke laman proses permohonan penyata elektronik.\n\n\n\n\nIkut sahaja langkah-langkah yang digariskan. Pertama, anda akan diminta untuk tetapkan pilihan akaun dan email. Kemudian, tekan Proceed.\n\n\n\n\n\n\nKedua, anda akan diminta untuk masukkan kod akses. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda.\n\n\n\n\n3. Pengesahan Maklumat\n\n\nSelepas masukkan kod akses, anda boleh semak dan sahkan permohonan.\n\n\n\n\nPermohonan ini boleh mengambil masa hingga sebulan, maka ada baiknya anda mulakan permohonan dari sekarang. Selepas sebulan, anda akan dapat penyata elektronik secara bulanan pula. Ia akan memudahkan hidup anda di masa akan datang.\n\n\nSekiranya anda tak menggunakan kaedah ini, permohonan penyata boleh jadi mengambil masa sehingga sebulan. Dalam masa ini, kerajaan pun boleh bertukar.\n\n\nMengakses Penyata\n\n\nSeperti yang disebut tadi, permohonan boleh mengambil masa sehingga sebulan. Apabila permohonan sudah diluluskan, anda boleh ikut panduan ini untuk lihat penyata anda secara online.\n\n\n1. Log Masuk\n\n\n\n\n2. Dari dashboard, pergi ke \nMy Accounts\n > \nE-Statement\n > \nDownload\n\n\n\n\n3. Pilih akaun yang ingin dilihat\n\n\n\n\n4. Pilih penyata untuk bulan yang ingin dilihat\n\n\n\n\nSetakat itu sahaja cara-cara untuk melanggan penyata elektronik dan melihat penyata ini. Semoga panduan ini dapat membantu urusan anda."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-dapatkan-penyata-bank-maybank", "title": "Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank", "body": "Malayan Banking Berhad atau Maybank merupakan bank terbesar Malaysia dengan saiz syarikat bernilai RM 79.5 bilion. Maybank merupakan pemilik kepada jenama Etiqa yang menjalankan perkhidmatan takaful dan insurans.\n\n\nMenurut Brand Finance, Maybank merupakan bank keempat teratas di negara Asean. Antara negara lain yang ditapak oleh Maybank ialah Singapura, Filipina, Indonesia, India dan beberapa lagi negara Asia.\n\n\nUntuk mendapatkan penyata bank Maybank, anda boleh ikut cara-cara berikut:\n\n\n1. Login ke Maybank2u\n\n\nPertama sekali, anda perlu login ke \nMaybank2U\n.\n\n\n\n\n2. Pergi ke butiran akaun\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke dashboard akaun bank dengan senarai akaun di bawah anda. Tekan akaun mana yang berkenaan. Kebiasaannya, akaun yang anda ingin tekan adalah akaun harian anda atau Savings.\n\n\n\n\n\n\n3. Lihat penyata\n\n\nAnda akan dibawa ke butiran akaun anda yang dipilih tadi. Dari sini, anda cuma perlu skrol ke bawah untuk jumpa butang View Statements. Tekan butang ini anda akan dipaparkan dengan penyata terkini untuk 3 bulan terkini.\n\n\n\n\nUntuk pengetahuan anda, Maybank hanya keluarkan penyata bank untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember. Jika anda ingin lihat penyata yang lalu, tekan pada pilihan jangka masa penyata, dan pilih penyata yang ingin dilihat. Tekan ikon di hujung kiri di bahagian atas sekiranya anda ingin muat turun penyata."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-dapatkan-penyata-bank-rhb", "title": "Cara Dapatkan Penyata Bank RHB", "body": "Sekadar trivia, \nRHB Bank Berhad\n telah tersenarai di Bursa Malaysia di bawah nama DCB Holdings Berhad. Ia mula mengambil nama RHB kini bermula Disember 1994. Bank ini ditubuhkan oleh Tan Sri Rashid Hussain (dari sini datangnya RH) dan kini syarikat ini bernilai RM 18.8 bilion. Bank ini merupakan yang ke-5 terbesar di Malaysia selepas CIMB.\n\n\nDalam tulisan ini, kami akan terangkan cara mendapatkan penyata bank untuk RHB. Mudah sahaja, boleh ikuti cara-cara di bawah.\n\n\n1. Login ke RHB Now\n\n\nLaman web RHB yang anda perlu pergi adalah di \nrhbgroup.com\n. Tekan butang Login dan kemudiannya RHB Now untuk log masuk. Selepas log masuk, anda akan dibawa secara automatik ke dashboard laman pengguna.\n\n\n\n\n2. Pergi ke menu sisi\n\n\nDari dashboard, cari butang menu (simbol tiga garisan) di bahagian atas laman dashboard. Anda akan keluarkan menu-menu yang lebih banyak. Dari menu, pilih \neStatement Management\n di bawah menu \nMy Account\n.\n\n\n\n\n3. Pilih jenis akaun\n\n\nPilih jenis akaun bank sama ada Savings, Current, Credit Card atau lain-lain. Kebiasaan jenis akaun untuk kegunaan harian adalah akaun Savings.\n\n\n\n\n4. Pilih akaun\n\n\nDari jenis akaun yang dipilih tadi, anda akan dibawa ke senarai akaun untuk jenis yang dipilih. Pilih akaun mana yang berkenaan.\n\n\n\n\n5. Pilih penyata\n\n\nDari jenis akaun yang dipilih tadi, anda akan dibawa ke senarai tempoh waktu yang mana satu anda berminat. Selalunya anda perlu ambil temboh yang terbaru, atau 3 bulan terbaru.\n\n\n\n\n6. Lihat penyata\n\n\nApabila anda tekan pada penyata yang dipilih, ia akan dimuat turun. Boleh terus lihat atau guna penyata ini untuk urusan anda.\n\n\nSetakat itu sahaja cara-cara untuk melanggan penyata elektronik dan melihat penyata ini. Semoga panduan ini dapat membantu urusan anda."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-deposit-akaun-mplus", "title": "Cara Deposit Modal ke Akaun CDS Malacca Securities (Mplus)", "body": "Sekarang ni anda sudah pun buka akaun CDS. Bagi akaun CDS jenis \ncash upfront\n account, anda perlu deposit atau topup dahulu modal ke dalam akaun CDS sebelum membuat pembelian pertama. Berapa banyak perlu deposit? Terpulang, tiada jumlah minimum. Anda akan ada kuasa membeli yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan jika modal anda lebih besar. \n\n\nAnda boleh teruskan bacaan untuk cara-cara deposit ke dalam CDS dengan lebih detail. Ataupun terus ke \nbahagian bawah untuk lihat tutorial ini dalam bentuk video.\n\n\n\n\nApapun step yang pertama sekali anda kena log masuk ke dalam akaun \nMplusonline\n anda. Seterusnya, klik pada menu tab \nPayment\n >> \nDeposit\n seperti gambar di atas.\n\n\n\n\nKemudian popup akan keluar seperti gambar di atas, memberikan anda dua pilihan sama ada melalui \nManual Transfer\n (IBG, cek, tunai) ataupun \nFPX Direct Transfer\n. Kalau modal anda RM 1,000 ke atas lebih baik guna FPX. Kalau tak, gunakan Manual Transfer. Kita akan cover kedua-dua pilihan di bawah.\n\n\nPilihan 1 - FPX Direct Transfer (minima modal RM1000)\n\n\n\n\nLangkah 1\n: Pilih option deposit melalui \nFPX Direct Transfer\n dan tekan butang \nSubmit\n. Anda akan dibawa ke kaunter pembayaran secure FPX dan pilih mana-mana online bank pilihan anda.\n\n\nLangkah 2\n: Anda akan diminta untuk log masuk online bank anda dan masukkan OTP melalui SMS yang diterima. Anda akan terima email status transaksi dari FPX.\n\n\nLangkah 3\n: Untuk lihat status deposit, klik menu \nPayment\n dan tekan \nStatus\n. Anda akan lihat status \nSuccessful\n jika transaksi berjaya. Cara lain untuk melihat status ialah klik menu \nAccount Summary\n, anda akan lihat jumlah modal anda disini.\n\n\nProses ini lebih mudah kerana anda tidak perlu upload resit sebagai bukti deposit dan tidak perlu tunggu lama, duit akan masuk terus ke dalam akaun CDS anda. Untuk menggunakan FPX Direct Transfer (atau instant transfer), minima modal yang ditetapkan oleh Malacca Securities adalah RM1000 untuk setiap transaksi dan maksima RM30 ribu dalam masa sehari.\n\n\n Jika anda masih mengalami kesukaran, ikuti langkah di \nlink\n ini.\n\n\n\n\nPilihan 2 - Manual Transfer\n\n\n\n\nUntuk manual, anda perlu masukkan modal ke dalam akaun Mplus terlebih dahulu (melalui IBG, cek atau tunai) dan \nupload\n resit transaksi ke dalam mplusonline. Anda akan lihat modal anda masuk dalam \nAccount Summary\n lebih kurang 30 minit selepas upload resit, waktu pejabat. \n\n\nLangkah 1\n: Masukkan atau depositkan modal anda ke salah satu akaun bank Mplus bawah:\n\n\n\n\nBank Name\nAccount Number\nMaybank Islamic\n554026275948\nMaybank\n004021409181\nCIMB\n8004758259\nRHB\n20402700043039\nHong Leong\n17200310373\nPublic Bank\n3171666534\nUOB\n1983020394\n\n\nAccount Holder: Malacca Securities Sdn Bhd\n\n\nEmail: support@mplusonline.com.my\n\n\nLangkah 2\n: Save dan simpan resit. Sangat penting! Anda perlu upload resit ini ke dalam akaun Mplus anda. Sekiranya anda membuat bayaran melalui IBG, anda boleh save resit dalam bentuk fail elektronik (pdf). Sekiranya tunai (ATM) atau cek, anda perlu dapatkan resit daripada mesin ATM atau deposit cek\n\n\nLangkah 3\n: Tekan menu \nPayment\n >> \nDeposit\n >> \nManual Transfer\n >> \nSubmit\n\n\n\n\n\n\nLangkah 4\n: Masukkan maklumat seperti yang diminta dan klik submit. Maklumat yang diminta ialah tarikh, masa, jumlah modal yang deposit, nama bank yang anda guna (Drawee Bank) dan nama bank Mplus yang anda pilih (Deposit Bank).\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda berhadapan dengan masalah semasa upload resit, \nbuang semua simbol, special characters, dash daripada nama fail yang anda upload dan upload sekali lagi\n. Sekiranya masalah masih berterusan, tekan butang \nSubmit\n tanpa perlu upload resit, yang penting tarikh dan masa yang anda isi adalah betul.\n\n\nUntuk semak status deposit, klik menu (tab) \nPayment\n >> \nStatus\n. Deposit anda akan masuk ke dalam akaun dalam masa kurang dari 30 minit waktu bekerja dan status akan berubah kepada \nUpdated\n. Duit yang sudah dimasukkan ke dalam akaun Mplus anda akan muncul di bahagian \nAccount Summary\n.\n\n\nBagi yang masih mengalami kesukaran, boleh lah lihat video tutorial di bawah. \n\n\nTutorial video\n\n\nVersi English:\n\n\n\n\n\n\n\n\nVersi Bahasa Melayu:\n\n\n\n\n\n\nDisclaimer: Cara deposit di atas adalah tertakluk kepada perubahan. Kemaskini terakhir pada 28 April 2019."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-membeli-ipo-menggunakan-cimb-clicks", "title": "Cara Membeli IPO Menggunakan CIMB Clicks", "body": "Ada tiga perkara yang anda perlu ada sebelum \nmembeli IPO\n. Anda perlu ada akaun CDS, akaun bank, dan modal dalam bank. Dalam tutorial ini, kita akan lihat cara-cara membeli IPO menggunakan CIMB Clicks. Sebelum itu anda disarankan \nikut panduan strategi IPO iSaham dulu\n sebelum membuat belian untuk mengoptimumkan modal pelaburan anda. Teruskan bacaan di bawah untuk cara membeli IPO menggunakan CIMB Clicks.\n\n\n1. Log masuk ke CIMB Clicks\n\n\nPergi ke \nCIMB Clicks\n, masukkan User ID dan password untuk log masuk.\n\n\n\n\n2. Pergi ke Appy & Invest\n\n\nSelepas login, anda akan dibawa ke Dashboard CIMB Clicks. Lihat di menu sisi kiri. Anda akan nampak menu \nApply & Invest\n. Tekan Apply & Invest untuk lihat pelbagai servis yang ditawarkan dalam menu ini. Scroll sedikit ke bawah dan anda akan dapat lihat pilihan \neIPO\n.\n\n\n\n\n3. Tetapkan CDS\n\n\nSekiranya ini adalah pertama kali anda menggunakan eIPO, tetapkan dahulu nombor CDS. Fungsi ini adalah untuk menyimpan nombor CDS anda dalam CIMB Clicks supaya memudahkan proses permohonan di masa akan datang. Kalau anda buat step ni, boleh langkau ke step 4, mengisi permohonan IPO.\n\n\n\n\nDi kotak menu eIPO, tekan pada butang bertitik tiga sebelah butang Invest. Menu \nCDS Maintenance\n akan keluar. Tekan link ini dan anda akan dibawa ke laman CDS Maintenance.\n\n\n\n\nSekiranya anda telah memasukkan akaun CDS sebelum ini, ia akan terpapar di laman CDS Maintenance ini. Untuk menambah akaun CDS baru ke dalam CIMB Clicks, tekan butang \nAdd\n yang terletak di bawah kotak senarai ini.\n\n\n\n\nMasukkan 15 angka nombor CDS dan nama untuk disimpan untuk akaun CDS ini. Akaun CDS yang ingin dipautkan mestilah di bawah nama pemilik yang sama dengan akaun bank.\n\n\nSekiranya anda kurang yang mana nombor CDS anda, boleh lihat di post: \nMacam Mana Nak Cari Nombor Akaun CDS\n.\n\n\n4. Mengisi permohonan IPO\n\n\nDari menu perkhidmatan Apply & Invest tadi, tekan butang Invest pada kotak eIPO. Anda akan dibawa ke laman eIPO. Pertamanya, anda akan ditanya sekiranya anda \nbukan\n pembayar cukai di negara luar, atau seorang warga Amerika. Pilih Yes jika anda menepati pernyataan ini atau No jika sebaliknya, dan tekan Submit.\n\n\n\n\nAnda kemudiannya akan dibawa ke senarai IPO yang boleh dipohon. Tandakan [\u2713] pada saham yang ingin dibeli dan tekan Apply.\n\n\n\n\nCIMB akan bertanya satu senarai pengisytiharan. Tekan Yes sekiranya anda menepati pengisytiharan ini, pilih \nYes\n dan tekan\u00a0\nAgree & Apply\n untuk ke input permohonan IPO.\n\n\n\n\nDalam kotak input pembelian, masukkan berapa banyak lot saham yang ingin dibeli dalam bahagian bernombor (1) dalam gambar di bawah. Dalam bahagian (2), pilih nombor CDS dari senarai CDS yang disimpan dalam akaun CIMB Clicks anda. Untuk bahagian (3), pilih akaun bank yang berkaitan untuk permohonan ini. Dalam bahagian (4), isikan maklumat peribadi anda (seperti bangsa, alamat).\n\n\n\n\n5. Semak, ubahsuai atau sahkan pembelian\n\n\nSemak kesemua maklumat yang dimasukkan dari atas ke bawah. Semak jumlah saham, ianya dikira mengikut lot ('00 unit). Pastikan nombor akaun CDS betul dan nama yang sama dengan pemilik bank. Sekiranya tiada masalah, tekan \nConfirm\n.\n\n\n\n\n6. Permohonan berjaya\n\n\nSelepas tekan Confirm di langkah sebelum ini, anda akan lihat laman bertajuk eIPO Acknowledgement dengan status Successful.\n\n\n\n\nMaka anda telah pun berjaya menghantar permohonan untuk membeli IPO. Proses permohonan IPO ini adalah berasaskan cabutan undi. Maka anda cuma perlu tunggu sehingga cabutan undi diumumkan.\n\n\n7. Semak permohonan\n\n\nUntuk CIMB, keputusan cabutan kebiasaannya sedikit lewat dari tarikh cabutan undi. Berikan masa beberapa hari selepas tarikh cabutan IPO dan boleh semak di Apply & Invest > Application Status > eIPO Application Status.\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke laman eIPO Application Status. Namun, CIMB mungkin tidak begitu cekap dalam memaparkan status permohonan IPO ini. Anda akan lihat semuanya berstatus pending. Cara terbaik ialah untuk semak akaun anda sekiranya terdapat wang yang dikembalikan dari modal yang anda berhajat untuk laburkan ke IPO tadi.\n\n\nSekiranya wang anda dikembalikan sepenuhnya, bermakna permohonan anda gagal. Sekiranya sebahagian jumlah dipulangkan, bermakna anda telah berjaya mendapat sebahagian daripada jumlah yang dipohon.\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-memohon-ipo-melalui-public-bank", "title": "Cara Membeli IPO menggunakan Public Bank", "body": "Ada tiga perkara yang anda perlu ada sebelum\u00a0\nmembeli IPO\n.\u00a0Anda perlu ada akaun CDS, akaun bank, modal dalam bank. Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara nak beli IPO menggunakan Public Bank. Sebelum itu, anda disarankan untuk mengikuti \npanduan strategi IPO iSaham\n terlebih dahulu sebelum membuat belian untuk mengoptimumkan modal pelaburan anda. Teruskan bacaan di bawah untuk cara membeli IPO menggunakan Public Bank.\n\n\nLangkah 1: Log masuk\n\n\nPergi ke laman \nPBe\n, masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nLangkah 2: Pergi ke halaman Investment\n\n\nSelepas berjaya log masuk ke akaun PBe, anda akan di bawa ke papan pemuka PBe. Tekan butang\u00a0\nInvestment \nuntuk melihat pelbagai servis yang ditawarkan dalam menu ini.\n\n\n\n\nKemudian, tekan butang\u00a0\neIPO\n untuk meneruskan langkah permohonan IPO anda.\n\n\n\n\nLangkah 3: Tetapkan akaun CDS\n\n\nSekiranya anda menggunakan eIPO ini buat kali pertama, boleh tetapkan dahulu nombor akaun CDS anda. Fungsi ini adalah untuk menyimpan nombor CDS bagi memudahkan proses permohonan IPO pada masa akan datang. Jika anda telah melakukan langkah ini, boleh langkau ke langkah 4 untuk memilih IPO.\n\n\nMaklumat nombor akaun CDS akan dipaparkan melalui laman\u00a0\nManage CDS Account \njika\n\u00a0anda telah memasukkan nombor akaun CDS sebelum ini. .\u00a0\n\n\n\n\nUntuk menambah akaun CDS baru, tekan butang\u00a0\nAdd New CDS\u00a0\ndan masukkan 15 angka nombor CDS dan nama untuk disimpan. Akaun CDS yang ingin dipautkan mestilah di bawah nama pemilik yang sama dengan akaun bank.\n\n\nBoleh rujuk pautan blog kami untuk \ncara mendapatkan nombor akaun CDS\n.\n\n\n\n\nLangkah 4: Pilih IPO\n\n\nPada laman eIPO, tekan butang\u00a0\nApply eIPO \nuntuk melihat senarai IPO yang boleh dipohon. Kemudian, tekan nama saham yang ingin dipohon.\u00a0\n\n\nAnda juga boleh membaca prospektus IPO untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat tersebut. Permohonan eIPO melalui PBe ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 2.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 5: Terma dan syarat permohonan\n\n\nBaca terma dan syarat permohonan eIPO. Jika setuju, boleh tekan butang \nAccept\n untuk langkah seterusnya.\n\n\n\n\nLangkah 6: Mengisi permohonan IPO\n\n\nRingkasan maklumat IPO seperti harga seunit dan tarikh tutup permohonan akan dipaparkan seperti di bawah.\u00a0\n\n\nMaklumat nombor akaun CDS anda akan dipaparkan secara automatik pada ruangan \nCDS Account Number\n jika telah berjaya dipautkan.\u00a0\n\n\nSebelum anda mengisi jumlah lot saham yang ingin dibeli, anda boleh merujuk \niSaham IPO Tier Calculator\n untuk mengenal pasti jumlah untuk dipohon berdasarkan modal anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal sebanyak RM 5,000, anda digalakkan untuk memohon sebanyak 201 lot atau 20,100 unit saham bagi permohonan IPO KGW.\u00a0\n\n\n\n\nUntuk memahami lebih lanjut tentang pengiraan tier, anda boleh membaca blog\u00a0\nStrategi IPO untuk Peluang Keuntungan yang Lebih Tinggi\n.\u00a0\n\n\nLangkah 7: Paparan maklumat permohonan\n\n\nAnda boleh menyemak semula maklumat permohonan dan mengubah maklumat seperti menambahkan atau mengurangkan jumlah unit saham yang dipohon. Pada masa yang sama, anda juga perlu melakukan pengesahan transaksi untuk meneruskan pembayaran IPO melalui pemberitahuan tolak (\npush notification\n) atau melalui kod PAC yang dihantar secara SMS.\u00a0\n\n\nSekiranya anda telah memastikan maklumat yang diisi adalah betul,\u00a0boleh tekan butang \nConfirm\n untuk menghantar permohonan eIPO.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 8: Semakan status permohonan\n\n\nStatus permohonan anda akan bertukar kepada \nSubmitted for Balloting\u00a0\nselepas anda selesai melakukan pembayaran.\u00a0\n\n\nSelepas hari pengundian (\nballoting\n), anda boleh menyemak semula status permohonan. Sekiranya ditolak, wang permohonan akan dipulangkan semula ke dalam akaun bank yang digunakan.\n\n\n\n\nSekiranya anda mengalami kesulitan semasa melakukan permohonan eIPO melalui PBe ini, boleh hubungi team \niSaham Support\n melalui Telegram untuk bantuan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-mendaftar-akaun-mplus-global", "title": "Cara Mendaftar Akaun Mplus Global", "body": "Mplus telah melancarkan M+ Global yang membolehkan para pelabur untuk terlibat dalam pelaburan pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.\n\n\nUntuk melabur di M+ Global ini, pelabur perlu membuka akaun M+ Global walaupun telah mempunyai akaun CDS M+. Bagi anda yang belum mempunyai akaun CDS M+, anda boleh mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global secara atas talian melalui pautan pendaftaran yang sama.\u00a0\n\n\nBlog ini akan menerangkan cara mendaftar akaun Global M+ bagi \nanda yang telah mempunyai akaun CDS M+\n. Sekiranya anda belum mempunyai akaun CDS M+, sila rujuk panduan \nCara Baharu Mendaftar Akaun CDS Mplus\n.\u00a0\n\n\nSecara ringkas:\u00a0\n\n\n\n\nUntuk membuka akaun M+ Global, pergi ke pautan\u00a0\nhttp://isaham.my/cds\n\u00a0dan ikuti panduan yang dinyatakan dalam halaman ini.\n\n\nWAJIB\n isi Invitation Code \nDVBJ\n pada borang M+ Global untuk mendapatkan akses iSaham Pro Global secara percuma (T&S).\n\n\nRujuk blog ini untuk langkah pendaftaran akaun secara terperinci.\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier iSaham akan membolehkan anda mendapatkan manfaat akses iSaham Pro Global.\n\n\nJika anda telah mempunyai akaun CDS M+ di bawah remisier lain, anda masih boleh membuka akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier iSaham untuk mendapatkan manfaat akses ini.\n\n\nUntuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh mengikuti langkah yang dinyatakan dalam laman pendaftaran CDS kami.\u00a0\n\n\nGaris Mula: Laman CDS iSaham\n\n\nPada \nlaman pendaftaran CDS iSaham\n, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:\n\n\n\n\nBorang ini akan memudahkan kami untuk melakukan rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan referral, tuliskan nama ejen atau wakil yang memperkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, boleh kosongkan dan tekan butang \nHantar\n.\u00a0\n\n\nAnda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Global. Sila baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya mendaftar dengan iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang \nBuka Akaun\n. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Global.\u00a0\n\n\nBahagian 1: Sign Up\n\n\nPada laman ini, anda perlu memasukkan emel, ID pengguna atau nombor telefon untuk log masuk ke laman pendaftaran.\n\n\nPilih Email/User ID: Sila masukkan User ID akaun CDS M+ anda. Tekan \nLog in or Sign Up\n untuk langkah seterusnya.\n\n\n\n\nNota\n: Proses pendaftaran akaun M+ Global adalah berbeza bagi pelanggan yang telah mempunyai akaun CDS M+ dan belum mempunyai akaun CDS M+ walaupun menggunakan pautan pendaftaran yang sama.\n\n\nSelepas itu, anda akan diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan kod pengesahan melalui nombor telefon atau emel.\u00a0\n\n\n\n\nJika anda tidak berjaya masuk, anda boleh mendaftar menggunakan kod pelanggan (\nclient code\n).\n\n\nKemudian, masukkan 6 digit kod pengesahan yang diterima. Seterusnya, anda perlu mencipta kata laluan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan tekan \nSign up\n.\n\n\n\n\nPastikan anda menanda pada kotak \nUS Market\n dan \nHK Market\n dan tidak menanda pada kotak \nShare Margin Financing Account\n. Kemudian, tekan \nNext\n.\n\n\n\n\nBahagian 2: Tax Residency\n\n\nIsikan maklumat yang diperlukan mengikut kriteria yang menepati diri anda.\n\n\n\n\nBagi soalan pertama, pilih \nYes\n sekiranya anda membayar cukai negara lain atau \nNo\n jika sebaliknya.\n\n\nBagi soalan Tax Identification Number (TIN) pula, pilih \nYes\n sekiranya anda ada berdaftar dengan LHDN dan masukkan Tax ID atau pilih \nNo\n sekiranya anda tidak mempunyai akaun LHDN.\n\n\nJika anda memilih \nNo\n pada ruangan soalan TIN, anda perlu memilih sebab yang berkaitan. Untuk pilihan ini, anda boleh memilih pilihan \nC\n.\n\n\n\n\nFEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Anda boleh merujuk pautan di \nBNM\n ini untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya, jika anda mempunyai pinjaman peribadi melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan kedua (I have domestic ringgit borrowings ... ). Jika tiada, boleh pilih pilihan pertama (I do not have domestic ringgit borrowings ...).\n\n\nTekan \nNext\n dan anda akan dibawa ke halaman Agreement dan Disclosure.\n\n\nBahagian 3: Agreement and Disclosure\n\n\nPada ruangan Invitation Code, pastikan anda mengisi kod \nDVBJ\n. Kod ini wajib diisi kerana ia merupakan syarat untuk anda mendapatkan \nakses iSaham Pro Global secara percuma (T&S)\n.\n\n\nSelepas itu, tandakan pada kedua-dua kotak dan tekan \nSign and Submit\n.\n\n\n\n\nBahagian 4: Sign\n\n\nTurunkan tanda tangan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan \nConfirm\n.\n\n\n\n\nProses pembukaan akaun M+ Global telah selesai. Proses kelulusan akaun M+ Global biasanya mengambil masa sehingga 3 hari. Anda akan menerima emel dan mesej daripada pihak Mplus apabila akaun anda telah berjaya diluluskan.\n\n\n\n\nSekiranya anda mengalami kesulitan dalam mendaftar akaun M+ Global, sila hubungi team \niSaham Support\n untuk bantuan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-menggunakan-ciri-rerbaru-m-plus-wiz-lite", "title": "Cara Menggunakan Ciri Terbaru M+ Wiz Lite", "body": "Berita baik buat pengguna M+ Online. Kini ada ciri baru yang ditambah ke dalam platform trading yang membolehkan anda mengimbas signal-signal yang berlaku dalam pasaran saham. Ciri ini dinamakan sebagai M+ Wiz Lite.\n\n\nApa anda boleh buat dengan M+ Wiz Lite?\n\n\nDengan M+ Wiz Lite, anda boleh pantau saham-saham berpotensi dalam Bursa Malaysia berdasarkan indicator teknikal sama ada Breakout, Broken Support, MACD, RSI dan Moving Average. Secara ringkasnya, anda boleh dapatkan fungsi screener tambahan dalam platform dagangan saham anda dengan M+ Online.\n\n\nBagaimana caranya?\n\n\nApa yang anda perlu buat cuma right-click pada apa-apa saham dan klik pada pilihan M+ Wiz Lite. Satu window baru akan keluar secara pop-up yang akan paparkan carta harga saham berserta fungsi-fungsi lain. Fungsi baru yang diperkenalkan dalam M+ Wiz Lite ni ialah Alerts atau \u201cpantau\u201d seperti yang disebut dalam bahasa Melayu. Panel Alerts ini akan senaraikan signal-signal pergerakan saham yang aktif berdasarkan waktu terkini.\n\n\nTetapan asal untuk Alerts akan memaparkan kesemua signal saham yang aktif dalam Bursa Malaysia. Namun, anda boleh ubah suai tetapan ini dengan memaparkan senarai saham pilihan anda atau signal pilihan anda. Caranya kami akan tunjukkan di bawah:\n\n\nPaparkan saham terpilih\n\n\nBuat sesetengah orang, mereka cuma nak monitor saham yang mereka kenal. Dengan senaraikan saham-saham yang mereka yakini, mereka cuma perlukan satu perkara sahaja yang masa yang betul untuk membeli. Jadi boleh pasang tetapan ni.\n\n\n1. Tekan butang senarai pantau\n\n\n\n\nTekan butan seperti ditandakan dalam gambar di atas. Kemudian, pop-up untuk senarai pantau akan keluar seperti gambar di bawah.\n\n\n2. Tambahkan saham dalam senarai\n\n\n\n\nDalam pop-up ini, anda boleh cari saham dalam ruang carian. Tulis sahaja simbol saham dalan ruang carian, hasil carian akan keluar di bawahnya. Tekan kotak semak pada saham yang ingin ditambah ke dalam senarai pantau. Selepas tekan butang \nInsert\n, saham akan ditambah ke dalam senarai pantau. Sekiranya anda nak tukar nama senarai ini, boleh tuliskan nama yang sesuai di ruangan input dan tekan \nRename\n.\n\n\n3. Tukar senarai pantau\n\n\n\n\nSekarang ni anda sudah pun simpan senarai pantau yang baru. Tapi untuk aktifkan pantauan, anda perlu pilih senarai tadi untuk dipaparkan. Tekan saja pada ruang pilihan, dan pilih senarai yang anda nak pantau.\n\n\nPaparkan signal terpilih\n\n\nKadang-kadang saham apa pun tak kisah sangat asalkan nampak entry macam bagus, dan ada potensi. Sekiranya anda jenis yang tunggu masa saja untuk terkam saham yang ada signal, boleh ikut tetapan ini.\n\n\n1. Tekan butang tetapan signal\n\n\n\n\nUntuk keluarkan menu pilihan signal, tekan butang seperti gambar di atas. Menu pop-up akan keluar untuk pilihan signal.\n\n\n2. Pilih signal pantauan\n\n\n\n\nPilih mana-mana signal dengan tekan ruangan kotak di sebelah nama signal. Senarai pantauan akan terus dikemas kini dengan perubahan yang anda kenakan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-menukar-waran-kepada-saham-induk", "title": "Cara Menukar Waran Kepada Saham Induk ", "body": "Waran adalah derivatif kepada sesuatu saham yang memberi pelabur peluang untuk melabur di dalam sesebuah syarikat dengan harga yang lebih murah di dalam suatu jangka masa yang telah ditetapkan. Ramai pelabur saham berminat untuk melabur ke dalam waran kerana harganya yang lebih murah dari saham induk (\nmother share\n). Selain daripada itu, pergerakan waran juga adalah lebih tidak menentu (\nvolatile)\n.\n\n\n\n\n\n\nContoh waran syarikat yang terdapat di pasaran Bursa Malaysia (sumber: M+ Online)\n\n\n\n\n\n\nJenis-jenis waran\n\n\nWaran terbahagi kepada dua, iaitu:\n\n\n\n\nWaran syarikat \nyang dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri untuk mendapatkan modal syarikat. Waran ini mempunyai -WA, -WB, -WC dibelakangnya, (contoh: DNEX-WD).\n\n\nWaran berstruktur\n iaitu waran \nCall \ndan \nPut \nyang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang tidak berkaitan dengan syarikat terbabit. Waran ini mempunyai -C[nombor] dibelakangnya, (contoh: AEON-C2). Waran ini berstatus \ntidak syariah\n.\n\n\n\n\nNamun, setiap waran mempunyai tempoh matang, dimana kebiasaannya boleh mencapai sehingga 10 tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Oleh kerana itu, pelabur haruslah menjual waran tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan. Jika pelabur tidak sempat membuat demikian, pelabur boleh menukar waran kepada saham induk sebelum waran tersebut tamat tempoh.\n\n\nKegagalan pelabur menjual atau menukar waran kepada saham induk sebelum tarikh luput akan menyebabkan pelabur mengalami kerugian penuh kerana waran tersebut akan menjadi tidak berharga setelah mencapai tempoh matang. Perlu juga diambil maklum, \nhanya waran syarikat boleh ditukarkan kepada saham induk\n.\n\n\nCara menukar waran kepada saham induk\n\n\nCara penukaran waran kepada saham induk dan cara pengiraan pembayaran harga pelaksanaan (e\nxercise price\n) ditunjukkan di dalam kajian kes waran syarikat \nDagang NeXchange Berhad (DNEX)\n seperti di bawah:\n\n\nMaklumat-maklumat di bawah diambil dari \nDNEX - Notice of Expiry of Warrants\n\n\n\n\n\n\nNotis ini bertarikh 29 Jun 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Berkaitan yang Penting\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh dan masa terakhir berdagang waran\n\n\nSelasa, 13 Julai 2021, 5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nTarikh dan masa terakhir penggantungan perdagangan waran\n\n\nRabu, 14 Julai 2021, 9.00 pagi\n\n\n\n\n\n\nTarikh dan masa terakhir tempoh matang waran\n\n\nJumaat, 30 Julai 2021, 5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nTarikh luput waran\n\n\nJumaat, 30 Julai 2021, 5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nTarikh dan masa penyahsenaraian waran\n\n\nIsnin, 2 Ogos 2021, 9.00 pagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n1. Mengisi dan menandatangani \nexercise form\n\n\nBorang pelaksanaan\n (exercise form)\n ini boleh didapati apabila \nshare registrar\n menghantar surat kepada pemegang waran syarikat yang menghampiri tarikh luput. Jika surat tidak terima, pelabur boleh berhubung terus dengan pihak \nshare registrar\n untuk mendapatkannya. Selain itu, pelabur juga boleh mendapatkan borang ini secara atas talian di \nPengumuman Syarikat (Bursa Malaysia)\n.\n\n\n\n\n2. Mengira kos dan membuat bank draf\n\n\nHarga pelaksanaan ini boleh dilihat di Maklumat Umum Saham di platform dagangan saham atau di laman sesawang \niSaham\n.\n\n\n\n\n\n\nMaklumat umum saham DNEX-WD (sumber: iSaham)\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, jika anda mempunyai 10,000 unit waran DNEX-WD, maka,\n\n\n\r\n\nKos penukaran = harga pelaksanaan X bilangan unit\r\nKos penukaran = RM 0.50 X 10,000 unit\r\nKos penukaran = RM 5000.00\n\n\nJadi, kos penukaran yang perlu anda bayar untuk menukar waran ke saham induk ialah RM 5,000.00.\n\n\n3. Membuat pembayaran harga pelaksanaan\n\n\nRujukan untuk butiran penerima harus dilihat pada notis berkaitan kematangan waran. Dalam contoh ini, bank draf haruslah dituliskan kepada \"\nDNeX Warrants Account\"\n dan dipalang. Pelabur juga boleh membuat pembayaran kepada Nombor Akaun: 514123650888 (Maybank) yang dibayar kepada \n\"DNeX Warrants Account\"\n.\n\n\n4. Menghantar borang pelaksanaan dan bank draf kepada \nshare registrar\n\n\nBorang pelaksanaan\n (exercise form)\n perlu dihantar kepada \nshare registrar\n sebelum tamat tempoh. Yuran pemprosesan juga perlu dibayar kepada \nshare registrar\n sebanyak \nRM 20.00\n bagi setiap borang pelaksanaan yang dihantar. Pembayaran yuran pemprosesan boleh dibuat dengan tiga cara, iaitu:\n\n\n\n\nDalam bentuk cek kepada \"\nMega Corporate Services Sdn Bhd\"\n\n\nDalam bentuk tunai jika pelabur menghantar sendiri dokumen kepada \nshare registrar\n\n\nMengkreditkan terus bayaran kepada akaun di bawah:\n\n\n\n\nMEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD\n\n\nStandard Chartered Bank Account No. 312157298173\n\n\nEmail notification: cindylim@megacorp.com.my\n\n\n*Contoh ini merujuk kepada DNEX-WD. Butiran tertakluk kepada notis berkaitan waran rujukan masing-masing.\n\n\nBerbaloi ataupun tidak?\n\n\nSekarang anda telah tahu cara untuk menukar waran ke saham induk. Namun, berbaloikah untuk membuat penukaran tersebut? Mari kita lihat contoh pengiraan kos bagi waran syarikat ABC yang bakal mencapai tempoh matang pada hujung bulan ini.\n\n\n\n\n\n\nMaklumat saham syarikat ABC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham ABC (induk)\n\n\nRM 0.725\n\n\n\n\n\n\nHarga waran ABC-WE\n\n\nRM 0.195\n\n\n\n\n\n\nHarga pelaksanaan\n\n\nRM 0.50\n\n\n\n\n\n\nNisbah penukaran (conversion ratio)\n\n\n1 kepada 1\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\nHarga penukaran ke saham induk = RM 0.195 + RM 0.50 = RM 0.695\r\nJumlah keuntungan penukaran = RM 0.725 - RM 0.695 = RM 0.03 ~ 4.14%\n\n\nDapat dilihat di sini, penukaran ke saham induk bagi ABC-WE adalah berbaloi kerana harga penukaran adalah lebih rendah dari harga saham induk dan anda boleh memperoleh keuntungan sebanyak 4.14%.\n\n\nWalaubagaimanapun, jika anda telah membeli waran ini pada harga yang lebih tinggi, kemungkinan anda akan membayar pada harga premium\u00a0apabila menambah kepada harga pelaksanaan. Ini kerana kos anda akan menjadi lebih besar, seterusnya menjadikan jumlah yang dikeluarkan untuk membeli 1 unit saham induk tidak berbaloi dari segi kos. Namun, pada akhirnya sama ada berbaloi atau tidak adalah berdasarkan penilaian anda terhadap syarikat memandang ke hadapan.\n\n\nSelain itu, anda juga harus tahu bahawa harga waran masih boleh berubah sehingga tempoh akhir waran didagangkan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSebelum membeli waran, pastikan anda tahu tentang jenis-jenis waran, cara membeli dan menjual waran serta langkah-langkah penukaran waran. Pastikan juga anda sentiasa ingat dan tahu akan risiko perdagangan waran adalah lebih tinggi kerana pergerakannya yang tidak menentu.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-menyertai-agm-secara-online-dengan-boardroom-limited", "title": "Cara Menyertai AGM Secara Online Dengan Boardroom Limited", "body": "Sejak Covid-19 melanda dunia, banyak inisiatif yang dibuat untuk mengurangkan pergerakan dan kontak sosial. Aktiviti AGM yang selama ini duibuat secara fizikal tak terkecuali mengalami perubahan ini. Terdapat banyak platform yang menyediakan perkhidmatan AGM secara online atau juga disebut Remote Participation and Voting (RPV). Dalam post kali ini, kita akan lihat cara-cara mendaftar dan menggunakan Boardroom Limited untuk penyertaan AGM.\n\n\nPanduan ini terbahagi kepada 2, iaitu pendaftaran akaun dan penyertaan AGM. Boleh tekan di link di bawah ini untuk langkau ke mana-mana bahagian.\n\n\n\n\nPendaftaran\n\n\nPenyertaan AGM\n\n\n\n\nHarus diingati bahawa untuk menyertai AGM, anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya 1 unit (\nodd lot\n) dalam akaun anda sebelum tarikh semak kelayakan.\n\n\nBahagian 1 - Pendaftaran\n\n\n1. Pergi ke Boardroom Limited\n\n\nPergi ke laman web BoardRoom Limited di \nhttps://boardroomlimited.my/\n.\n\n\n\n\n2. Log masuk\n\n\nSekiranya anda ingin log masuk atau membuka akaun, tekan butang Login berwarna ungu di bawah tulisan Investor Portal dalam gambar. Anda akan dibawa ke laman log masuk.\n\n\n\n\nSekiranya anda sudah ada akaun, teruskan sahaja masukkan butiran akaun untuk login. Sekiranya anda ingin membuka akaun baru, tekan Register di bawah butang Login seperti gambar di atas. Anda akan dibawa ke borang pendaftaran akaun seperti di bawah.\n\n\n\n\n3. Isi borang pendaftaran\n\n\nIsikan borang pendaftaran akaun tadi dengan butiran peribadi anda dengan lengkap. Gambar IC perlu dimasukkan secara berasingan untuk bahagian depan dan belakang. Selebihnya, cara pendaftaran ini adalah agak ringkas, lurus dan mudah difahami.\n\n\nBila dah isi semua, hantar dengan tekan butang Register. Anda kemudian akan menerima email untuk pengesahan alamat email untuk akaun anda. Selepas pengesahan, anda perlu tunggu sehingga akaun anda diluluskan.\n\n\nBahagian 2 - Menyertai AGM\n\n\nBila akaun dah siap, anda boleh log masuk untuk lihat syarikat apa yang akan adakan AGM melalui BoardRoom. Sebagai persediaan, anda boleh juga lihat terlebih dahulu sekiranya AGM syarikat akan berlangsung tak lama lagi. Anda boleh perhatikan di \nscreener iSaham\n atau fungsi tapisan \npengumuman syarikat di Bursa\n.\n\n\n1. Log Masuk\n\n\nPertama sekali, log masuk ke dalam BoardRoom. Anda akan dibawa ke dashboard utama. Pilih menu Virtual Meeting untuk mendaftar penyertaan AGM secara online.\n\n\n\n\n2. Mohon serta AGM\n\n\nDalam Virtual Meeting ini, anda akan jumpa sebuah senarai penuh syarikat yang akan menggunakan platform ini untuk mengadakan AGM. Boleh gunakan fungsi Search dalam kotak bahagian atas kanan atau cari sahaja nama syarikat dari senarai.\n\n\n\n\nApabila jumpa AGM yang anda ingin sertai, tekan butang Apply di sebelah paling kanan untuk syarikat tersebut. Pastikan anda memiliki saham syarikat sehingga tarikh catatan dan mohon sebelum tarikh tutup penyertaan. Anda kemudiannya akan dibawa ke laman terma dan syarat seperti di bawah. Baca dan tekan kotak checkbox dan tekan butang Next.\n\n\n\n\nSeterusnya, masukkan 15 angka nombor CDS. Cara untuk cari nombor CDS kami dah pun tulis dalam post \"\nMana nak cari nombor CDS\n\".\n\n\n\n\nLepas dah masukkan nombor CDS, tekan Submit. Anda akan dibawa ke laman pemberitahuan berjaya mendaftar. Sampai di sini, proses yang anda perlu buat adalah selesai. Apa yang anda perlu buat selepas ini ialah tunggu mesyuarat dibuat pada hari AGM. Anda akan terima email untuk butiran penyertaan di mana terpakai.\n\n\nAda syarikat akan menyediakan butiran ID dan password untuk penyertaan sesi siaran AGM atas talian melalui platform lain, contohnya \nLumi AGM\n. Maka anda perlu ikut panduan yang diberikan dan masukkan butiran yang diperlukan.\n\n\nAda beberapa lagi platform yang dilihat digunakan oleh syarikat untuk mengadakan AGM secara online atau Remote Participation and Voting (RPV) ini. Antaranya ialah:\n\n\n\n\nTIIH Online\n\n\nSecurities Services Holding\n\n\nMega Corporate Services\n\n\nBoardroom Share Registrars\n\n\nLumi AGM\n\n\n\n\nUntuk lihat panduan penyertaan AGM melalui platform ini, tekan sahaja link di nama platform di atas ini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-menyertai-agm-secara-online-dengan-tiih-online", "title": "Cara Menyertai AGM Secara Online dengan TIIH Online", "body": "Wabak Covid-19 telah mengubah cara syarikat mengadakan AGM. Kini, atas saranan Bursa Malaysia juga, semakin banyak syarikat yang menjalankan AGM atau Mesyuarat Agung Tahunan mereka secara online untuk mengelakkan kontak antara peserta mesyuarat. Dalam Bursa Malaysia, penyertaan atas talian ini disebut sebagai Remote Participation and Voting Facilities (RPV). Kali ini kita lihat RPV melalui platform TIIH Online.\n\n\n\n\nPlatform mesyuarat secara RPV\n\n\nAdakah semua syarikat menggunakan TIIH Online sebagai platform untuk mengadakan AGM secara RPV? Tak juga. Antara platform yang ada ialah:\n\n\n\n\nTIIH Online\n\n\nSecurities Services Holding\n\n\nMega Corporate Services\n\n\nBoardroom Share Registrars\n\n\nLumi AGM\n\n\n\n\nPlatform yang digunakan untuk diadakan mesyuarat secara RPV akan diberitahu oleh syarikat melalui Bursa dengan \npengumuman berkategori \u201cNotice of Meeting\u201d\n. Itulah rujukan utama anda untuk mengetahui platform mana yang akan digunakan untuk AGM secara RPV. Ataupun cara lainnya, anda boleh pergi ke laman saham yang dicari dalam iSaham. Pergi ke bahagian bawah untuk cari link ke pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\nMenggunakan TIIH Online\n\n\n1. Daftar akaun TIIH Online\n\n\n\n\nPertama sekali, untuk menggunakan \nTIIH Online\n, anda perlu daftarkan akaun. Proses ini boleh mengambil masa hingga sehari. Maka kami sarankan supaya anda terus daftar sahaja supaya boleh digunakan di masa-masa akan datang.\n\n\nIsikan sahaja maklumat yang diminta dan disertakan dengan gambar IC.\n\n\n2. Login\n\n\n\n\nBila akaun selesai, anda boleh log masuk ke platform TIIH Online. Anda akan terus dibawa ke senarai event yang akan diadakan, disusun mengikut masa yang terdekat.\n\n\n3. Daftar kehadiran AGM\n\n\nUntuk menghadiri AGM, anda perlu mempunyai pegangan saham syarikat terlebih dahulu. Pegangan saham pula akan dicatat pada sebuah tarikh yang ditentukan. Dalam iSaham, anda boleh lihat pada \nscreener Upcoming AGM\n dan lihat pada column \u201cLast Day to Buy\u201d. Ini adalah tarikh yang paling lewat anda sepatutnya beli saham syarikat untuk menghadiri AGM.\n\n\nDalam TIIH Online pula, ada kemungkinan anda akan terjumpa beberapa event dengan syarikat yang sama dalam senarai tadi. Event tersebut boleh merujuk kepada perkara-perkara yang berlainan sama ada penghantaran borang proksi, pendaftaran EGM ataupun AGM.\n\n\nApa yang anda perlu buat adalah pilih event untuk AGM syarikat. Caranya adalah dengan pilih event AGM yang ditulis perkataan \n(REGISTRATION)\n. Dah jumpa event AGM syarikat, tekan Next pada column bahagian kanan.\n\n\nDari sini, anda akan dibawa ke proses pendaftaran. Salah satu bahagian akan memerlukan anda mengisi \nnombor CDS\n sebagai peserta untuk AGM syarikat nanti. Akhir sekali, sahkan pendaftaran anda.\n\n\n\n\n4. Tunggu hari mesyuarat\n\n\nSekiranya anda sudah berjaya lengkapkan pendaftaran, pendaftaran tadi akan disimpan dalam \nApplication History\n di sidebar sebelah kiri. Boleh tekan \nReview Details\n untuk lihat semula rekod pendaftaran dan juga butiran mesyuarat. Namun, link untuk ke siaran AGM bukan dipaparkan di Application History. Ia akan dipaparkan pada dashboard anda di senarai event tadi.\n\n\n\n\nBila dah sampai hari mesyuarat, barulah siaran boleh didapati dari platform TIIH Online ni. Masa tu lah siaran akan berlangsung dan anda boleh dengar apa-apa perutusan yang nak disampaikan oleh lembaga pengarah syarikat, bertanya soalan dan juga mengundi resolusi yang dicadangkan secara online.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-pengeluaran-i-lestari-melalui-kwsp", "title": "Cara Pengeluaran i-Lestari melalui KWSP", "body": "Baru-baru ini PM ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat bertahan di kala ekonomi yang tak menentu ini. Antara bantuan yang diberikan adalah pengeluaran duit simpanan KWSP.\n\n\n\n\n\n\nGambar: PMO\n\n\n\n\nMemang betul yang orang kata duit ni memang duit kita sendiri. Tapi kalau tak digunakan, entah dapat pegang ke tidak masa hari tua nanti. Jadi kalau perlu atau ada kegunaannya, boleh lah keluarkan untuk digunakan sekarang.\n\n\nSyarat pengeluaran i-Lestari\n\n\ni-Lestari adalah nama skim pengeluaran yang diberikan untuk bantuan COVID-19 ini. Ada beberapa syarat yang dikenakan untuk pengeluaran duit simpanan anda dari Akaun 2 KWSP seperti yang tertulis di bawah:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\n\n\nBelum mencapai umur 55 tahun.\n\n\nMempunyai baki simpanan minimum RM50 dalam Akaun 2.\n\n\nAmaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum sebanyak RM500 sebulan.\n\n\nAmaun bayaran adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 semasa pembayaran pada bulan berkenaan dibuat.\n\n\nBilangan bayaran bulanan yang layak dikira bermula dari tarikh permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.\n\n\n\n\nUntuk \nmemudahkan urusan\n keluaran, anda perlu memastikan:\n\n\n\n\nNombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan KWSP adalah sah dan aktif bagi penerimaan 'Transaction Authorization Code' (TAC)\n\n\nAkaun bank anda (Simpanan/Semasa) adalah \nAKTIF\n.\n\n\n\n\nPermohonan pengeluaran ini boleh dihantar bermula \n1 April 2020 hingga 31 Mac 2021\n (permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).\n\n\nKenapa boleh hantar sehingga Mac 2021?\n\n\nMac 2021 tu tahun depan, dan masa tu pun masih boleh hantar permohonan i-Lestari. Tapi kalau hantar lambat, makin sikit yang anda boleh keluarkan. Fahami konsep pengeluaran i-Lestari seperti di bawah ini:\n\n\n\n\nPengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja\n\n\nBayaran pengeluaran akan dibuat secara\u00a0bulanan dan berulang\u00a0(recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)\n\n\nKelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.\n\n\n\n\nContoh Situasi:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenerimaan permohonan\n\n\nMaksimum kelayakan pengeluaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApril 2020\n\n\n12 bulan\n\n\n\n\n\n\nSeptember 2020\n\n\n7 bulan\n\n\n\n\n\n\nMac 2021\n\n\n1 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaluran memohon\n\n\nAda \ntiga saluran\n permohonan pengeluaran i-Lestari.\n\n\n\n\nSecara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli).\n\n\nSecara e-mel yang dialamatkan kepada: \nilestarimohon@epf.gov.my\n; atau\n\n\nSecara hantaran pos/kurier kepada alamat:\n\n\n\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja,\n\n\nBeg Berkunci No 220,\n\n\nJalan Sultan 46720,\n\n\nPetaling Jaya\n\n\nNota: Sila catatkan \n(UP : i-Lestari)\n di hadapan sampul surat.\n\n\nCara yang paling disarankan oleh pihak KWSP sendiri adalah \nsecara dalam talian (a)\n yang \nlebih cepat\n. Cara (b) dan (c) akan mengambil lebih masa untuk diproses.\n\n\n\n\nCara memohon secara dalam talian\n\n\nAnda perlu log masuk ke \ni-Akaun (Ahli)\n > tekan tab \nPengeluaran\n > tekan \nPermohonan Baru\n > pilih \nPengeluaran i-Lestari\n dan tekan butang \nSeterusnya\n untuk membuat permohonan.\n\n\n\n\nDari sini, anda cuma perlu ikut arahan dan langkah yang telah digariskan. Anda cuma perlu masukkan maklumat diri dan butiran pengeluaran.\n\n\n\n\nSelesai mengisi maklumat dan sahkan dengan kod TAC, anda dah sedia untuk menghantar permohonan. Sekiranya anda hantar permohonan dalam bulan April ini, bayaran pertama i-Lestari akan diterima mulai bulan Mei 2020. Kami doakan supaya anda dapat tempuhi pandemik COVID-19 ni dengan selamat. Jaga kesihatan diri, jaga jarak dan duduk rumah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-pengurusan-kewangan", "title": "Cara Pengurusan Kewangan\r\n", "body": "Wang adalah satu perkara yang memberi impak besar terhadap kehidupan kita. Jika kita ingin makan dan minum, ianya memerlukan wang. Jika kita ingin membeli buku, semestinya memerlukan wang. Jika kita ingin menghubungi keluarga melalui internet, ini juga memerlukan wang.\n\n\nTanpa wang, kita sukar mencari makan minum. Tanpa wang, kita sukar menghadiri kelas atas talian. Tanpa wang, kita tidak mampu membeli atau menyewa rumah. Sebahagian orang mungkin tidak mempunyai wang atas faktor-faktor tertentu, namun, ramai juga yang berjaya bekerja dengan gaji yang tinggi tetapi tetap gagal melepaskan diri daripada belitan kewangan. Dalam artikel ini, kita akan lihat pada tiga elemen utama pengurusan kewangan dan kaedah-kaedah pengurusan kewangan.\n\n\nElemen utama pengurusan kewangan\n\n\nTerdapat tiga elemen utama di dalam pengurusan kewangan. Antaranya ialah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n1. Keperluan\n\n\nPerkara paling utama yang perlu diambil kira ialah keperluan untuk kelangsungan kehidupan. Sepanjang sejarah peradaban manusia, terdapat 3 keperluan asas iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Namun dalam era digital hari ini, keperluan ini bertambah lagi dua iaitu kesihatan dan capaian internet.\n\n\nOleh itu, 5 perkara ini perlu terlebih dahulu diutamakan dalam bajet kewangan anda. Lakukan pengiraan bajet bulanan anda bagi kesemua 5 keperluan ini terlebih dahulu.\n\n\nJika anda seorang ketua keluarga, maka pastikan anda mengira kesemua keperluan ini terlebih dahulu termasuklah kesemua di bawah tanggungan anda. Jika ibu bapa anda masih bersama-sama anda, maka kirakan sekali pemberian kepada ibu bapa di bawah keperluan.\n\n\nPerkara paling utama berkaitan keperluan ialah ia tidak boleh dikurangkan kepada sifar dalam bajet keseluruhan. Tanpa bajet keperluan, kelangsungan kehidupan akan menjadi sukar. Oleh itu, asingkan terlebih dahulu pendapatan anda untuk memenuhi keperluan-keperluan ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Simpanan dan pelaburan\n\n\nSimpanan dan pelaburan adalah dua perkara yang kerap terlepas daripada pengurusan kewangan individu. Namun kedua-duanya memainkan peranan penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dalam jangka masa panjang.\n\n\nSimpanan diperlukan bagi memenuhi keperluan atau kehendak dalam jangka masa yang terdekat. Sebagai contoh, anda mahu membeli barangan pada harga diskaun di suatu masa tertentu. Anda perlu menyediakan simpanan awal untuk berbelanja apabila masanya sudah tiba. Jika anda ingin berkahwin, anda perlu menyediakan simpanan. Jika anda ingin membeli rumah, atau kereta yang memerlukan deposit, anda perlu menyimpan.\n\n\nSimpanan ada berbagai tujuan namun simpanan yang paling penting adalah simpanan kecemasan. Simpanan kecemasan ini bertujuan menjadi penimbal (\nbuffer\n) untuk memenuhi keperluan anda di masa-masa yang terdesak seperti ketika kehilangan pekerjaan. Walaupun pendapatan anda terputus, anda tetap boleh meneruskan kehidupan buat sementara waktu melalui simpanan kecemasan ini.\n\n\nSimpanan boleh dilaksanakan menggunakan akaun simpanan di bank, atau tabung fizikal di rumah.\n\n\nPelaburan berbeza dengan simpanan. Tujuan pelaburan juga berbeza dengan simpanan. Pelaburan bertujuan untuk menjana lebih banyak wang dalam jangka masa tertentu. Pada kebiasaannya, pelaburan dilakukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam jangka masa yang panjang.\n\n\nSebagai contoh, pelaburan KWSP dan ASB biasanya dilaksanakan untuk menyediakan diri anda bagi menghadapi hari tua, selepas pencen daripada pekerjaan harian. Anda boleh menyimpan untuk hari tua, namun simpanan anda ini terdedah kepada risiko inflasi setiap tahun yang menyebabkan susut nilai simpanan anda.\n\n\nTerdapat pelbagai jenis pelaburan mengikut risiko dan pulangan. Antara pelaburan yang popular adalah seperti unit amanah, emas, saham, matawang kripto dan hartanah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Kehendak\n\n\nSelepas keperluan asas dipenuhi, bajet kewangan beralih pula kepada kehendak. Keperluan manusia perlu dipenuhi bagi memastikan kelangsungan hidup. Kehendak manusia pula dipenuhi bagi mencorakkan kehidupan tersebut mengikut kehendak masing-masing. Kehendak ini adalah subjektif, bergantung kepada setiap orang.\n\n\nKehendak yang terkait dengan keperluan asas adalah seperti memilih jenis makanan yang lebih mahal, memilih rumah yang lebih besar, kawasan perumahan yang lebih selesa dan membeli pakaian yang berjenama. Manakala kehendak yang lebih umum adalah seperti pelancongan, pengangkutan, hiburan dan perhiasan.\n\n\nJika bajet kewangan anda masih berlebihan, maka anda boleh asingkan sebahagian untuk bajet kehendak. Kehendak tidak wajib dipenuhi. Kehendak hanya dipenuhi untuk memberikan kepuasan dan kebahagiaan pada kehidupan.\n\n\n\n\nKaedah pengurusan kewangan\n\n\nDalam merangka bajet kewangan anda, perkara pertama ialah pendapatan dan skala masa pendapatan tersebut. Bagi contoh kaedah ini, kita ambil pendapatan secara bulanan.\n\n\nAndaikan anda memperoleh gaji minimum sekitar RM 1,200 dan bekerja di sektor swasta. Gaji anda akan terus dipotong untuk KWSP, SOCSO, EIF sekitar RM 120. Maka anda akan mempunyai baki lebih kurang RM 1080 untuk menguruskan bajet bulanan.\n\n\nPerkara pertama ialah untuk mengira terlebih dahulu bajet bagi keperluan asas anda. Hitungkan jumlah berikut mengikut urutan:\n\n\n1.\n \nSewa rumah\n\n\n2.\n \nMakanan dan minuman untuk sebulan\n\n\n3.\n \nHutang-hutang lain\n\n\nJika pendapatan anda tidak cukup untuk memenuhi 3 perkara di atas, maka pengambilan hutang-hutang baharu perlu dikurangkan. Anda juga digalakkan untuk berusaha mencari pendapatan tambahan, mendapatkan bantuan zakat atau bantuan kerajaan. Sewajarnya, elakkan daripada mengambil hutang-hutang seperti hutang peribadi, hutang kad kredit dan hutang-hutang yang sekadar memenuhi kehendak anda, melainkan kewangan anda sudah kukuh.\n\n\nSelepas keperluan di atas dipenuhi, bajet seterusnya adalah memenuhi simpanan dan pelaburan. Berapa banyak simpanan yang perlu dipenuhi? Persoalan ini bergantung kepada diri masing-masing. Namun, simpanan paling penting, iaitu simpanan kecemasan perlu dipenuhi terlebih dahulu.\n\n\nPengiraan simpanan kecemasan adalah dengan mengira 3 keperluan sebelum ini (sewa, makan minum dan hutang) didarabkan dengan enam. Andaikan 3 keperluan ini adalah sebanyak RM 1000, maka anda perlu cuba melengkapkan simpanan RM 6000. Jika anda menghadapi masalah dibuang kerja, simpanan ini boleh memberi masa timbal (\nbuffer\n) untuk anda mencari pekerjaan baharu tanpa menyukarkan kelangsungan kehidupan anda selama 6 bulan.\n\n\nSeterusnya, asingkan pula sebahagian untuk pelaburan berisiko rendah seperti ASB dan Tabung Haji. Pelaburan ini untuk menambahkan lagi keselesaan anda di masa hadapan. Jika anda seorang yang bersedia dengan pelaburan risiko tinggi, anda boleh cuba melabur sendiri di pasaran saham, atau dalam matawang kripto. Pelaburan-pelaburan berisiko tinggi memerlukan ilmu untuk menjamin keuntungan. Jika anda tidak mahir berkaitan pelaburan berisiko tinggi, elakkan dari melabur, belajar terlebih dahulu baru melabur.\n\n\nBajet paling akhir adalah kehendak. Kehendak ini dibayar daripada baki pendapatan setelah ditolak bajet keperluan, simpanan dan pelaburan. Ingat, kehendak ini dipenuhi dari baki lebihan, bukan daripada keperluan, simpanan mahupun pelaburan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeraturan 50-30-20\n\n\nAntara peraturan yang popular dalam pengurusan kewangan ialah peraturan 50-30-20, iaitu \n50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% untuk simpanan & pelaburan. Peraturan ini bagus untuk mendisiplinkan diri dalam menguruskan kewangan kita. Jika berkemampuan, cuba ikuti peraturan 50-30-20 ini.\n\n\nDisiplinkan diri dan berbelanjalah dengan berhemah.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-semak-status-permohonan-ipo-dengan-maybank2u", "title": "Cara Semak Status Permohonan IPO dengan Maybank2u", "body": "Sebelum ni kami pernah tulis pasal cara beli IPO dengan Maybank2u. Mungkin ada juga yang dah pun mohon dengan panduan tu. Tapi lepas dah mohon IPO, dah tentu anda nak tahu sama ada permohonan berjaya ataupun tidak. Jadi anda boleh baca lebih lanjut untuk tahu cara semak status permohonan IPO tengan Maybank2u.\n\n\nTarikh cabutan saham\n\n\nPertama sekali anda kena tahu bila tarikh cabutan dibuat. Apabila sampai tarikh ini, cabutan akan dibuat untuk menentukan permohonan siapa yang berjaya dengan agihan berdasarkan jadual tier di sini. Bermula dengan tarikh ini, anda dah boleh semak permohonan melalui bank anda, ataupun Maybank khususnya dalam blog kali ni.\n\n\nSemak dalam Maybank2u\n\n\nSeperti biasa, anda kena login ke dalam akaun anda. Selepas login, pergi ke \nApply\n > \nInvestment\n.\n\n\n\n\nDari sini, anda perlu scroll ke bawah sikit untuk cari View IPO Status. Kemudian klik pada \nApply Now\n.\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke page \u201cApplication for View IPO Status\u201d. Dari sini anda boleh lihat pada \nShare Name\n iaitu nama saham yang dipohon dan semak pada column \nStatus\n.\n\n\n\n\nBerdasarkan jadual ini, \nReimburse Amount\n adalah jumlah yang dimasukkan semula ke dalam akaun bank (baki sebahagian yang tak berjaya dibeli). Manakala \nPartial/Successful Amount\n pula adalah nilai saham yang berjaya dibeli.\n\n\nUntuk column \nStatus\n pula, di bawah ini kami senaraikan kesemua status yang boleh terpapar dalam jadual permohonan anda, berserta penerangan status.\n\n\n\n\n\n\n\n\nStatus\n\n\nPenerangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPending\n\n\nProses agihan masih berjalan\n\n\n\n\n\n\nUnsuccessful\n\n\nTidak berjaya dan belum dapat refund\n\n\n\n\n\n\nWaiting list\n\n\nBerjaya dengan agihan sebanyak successful amount dan menunggu proses refund baki selebihnya\n\n\n\n\n\n\nAuto reversed\n\n\nBerjaya dengan agihan sebanyak successful amount dan refund sebanyak reimburse amount\n\n\n\n\n\n\nCleared\n\n\nBerjaya dapat 100% daripada jumlah yang dipohon\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh dapatkan kepastian dengan semakan dalam rekod transaksi akaun bank anda dengan keterangan \"MIDF/MIH Reimbursement\". Semak jumlah amaun bayaran semula ke dalam akaun bank anda. Amaun ini adalah nilai saham yang tak berjaya dibeli.\n\n\nSemak dalam Bursa Anywhere\n\n\nSelepas cabutan saham dibuat, agihan saham akan dibuat untuk memasukkan unit saham yang berjaya ke dalam akaun CDS anda. Anda boleh semak unit saham yang dibeli dalam aplikasi \nBursa Anywhere\n bermula tarikh agihan saham ini.\n\n\nSemak dalam platform dagangan\n\n\nBermula tarikh agihan saham juga anda boleh semak unit saham dalam portfolio anda. Namun ianya hanya boleh didagang pada hari penyenaraian.\n\n\nNak jual atau pegang?\n\n\nStrategi yang kami syorkan adalah jual pada market open pada hari penyenaraian. Namun, sekiranya anda yakin saham yang dibeli boleh pergi lebih jauh, anda boleh pegang mengikut strategi sendiri. Anda juga boleh lihat rekod prestasi IPO di page \nIPO Analysis\n sebagai rujukan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cara-tukar-akaun-kwsp-kepada-simpanan-syariah-melalui-i-akaun", "title": "Cara Tukar Akaun KWSP Kepada Simpanan Syariah Melalui i-Akaun", "body": "Bermula tahun 2016, KWSP telah membuka pilihan kepada ahlinya untuk menyimpan dalam akaun syariah. Akaun ini akan menggunakap prinsip kewangan Islam dan sebenarnya boleh dikatakan wajib terhadap ahli yang beragama Islam. Post ini akan menunjukkan cara untuk tukar jenis akaun daripada konvensional kepada syariah. Sebelum tu, kita fahamkan dulu konsep simpanan syariah ni.\n\n\nSimpanan Syariah KWSP\n\n\nPada asalnya, simpanan KWSP ahli-ahli baru berdaftar adalah bersifat konvensional. Simpanan ini cuma akan bertukar menjadi syariah selepas permohonan dibuat dan mula berkuat kuasa. Tempoh kuat kuasa bermula selepas habis kitaran kewangan tahunan KWSP. Selepas anda menukarkan akaun kepada simpanan syariah, perubahan ini tidak boleh diterbalikkan apabila mula berkuat kuasa.\n\n\n\n\nAkad simpanan syariah ni adalah berdasarkan akad \nwakalah mudhafah lil mustaqbal\n yang bermaksud pewakilan yang berkuatkuasa pada masa hadapan. Dalam konteks pelaksanaan, akaun simpanan syariah ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Lembaga iaitu 1 Januari setiap tahun. Apabila akaun simpanan syariah anda berkuat kuasa, pendapatan dividen hanya akan diperoleh daripada pelaburan patuh syariah.\n\n\n\n\n\n\nAnda akan menyedari bahawa dividen yang diberikan dalam simpanan syariah adalah rendah sedikit berbanding simpanan konvensional. Dividen yang diberikan dalam akaun konvensional juga dijamin sebanyak 2.5% pada kadar minimum. Namun mengikut hukum yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP, dividen yang diperoleh melalui simpanan konvensional perlu disucikan. 71% daripada jumlah dividen (berdasarkan tahun 2019) yang diterima adalah berasal dari pelaburan yang bukan syariah dan perlu disalurkan untuk aktiviti kebajikan melalui mana-mana cara yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nMelalui Baitulmal di Majlis Agama Islam negeri masing-masing atau persatuan/ pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan; atau\n\n\n\n\n\n\nSecara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan terutama sekali ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain daripada tanggunan wajib (seperti ibubapa, isteri dan anak-anak)\n\n\n\n\n\n\nCara tukar kepada akaun Simpanan Syariah\n\n\nAda beberapa saluran untuk tukarkan jenis akaun KWSP kepada simpanan syariah.\n\n\n\n\nKaunter KWSP dan KWSP Mobile Team\n\n\nSecara dalam talian menerusi i-Akaun\n\n\n\n\nSekiranya anda pergi ke kaunter KWSP, anda boleh berurusan dengan wakil KWSP. Anda cuma perlukan MyKad dan ibu jari untuk urusan ini. Untuk post ini, kami akan memberi fokus kepada saluran penukaran akaun melalui i-Akaun.\n\n\n1. Log in i-Akaun\n\n\n\n\nPerkara pertama yang perlu dibuat adalah log in ke dalam akaun anda. Sekiranya belum aktifkan i-Akaun, anda boleh langkau langkah ini dan terus uruskan semuanya di cawangan atau Mobile Team KWSP.\n\n\n2. Pergi ke tab Simpanan Syariah\n\n\n\n\nSekiranya akaun simpanan syariah anda telah berkuat kuasa, status simpanan syariah akan dikemas kini kepada \nDiluluskan\n. Sekiranya belum diluluskan, anda perlu tunggu sehingga Januari tahun berikutnya. Kalau anda belum daftar, tekan \nRegister Now\n atau \nDaftar Sekarang\n untuk bertukar kepada akaun simpanan syariah.\n\n\n\n\nAnda perlu isikan beberapa butiran maklumat diri dan sahkan maklumat yang dihantar. KWSP akan meminta pengesahan anda dengan memasukkan kod pengesahan atau TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.\n\n\n3. Tunggu berkuat kuasa\n\n\nSelepas pendaftaran, anda perlu tunggu sehingga akaun simpanan syariah mula berkuat kuasa iaitu pada 1 Januari tahun berikutnya.\n\n\nSekiranya akaun simpanan syariah mula berkuat kuasa, anda tidak boleh tukarkan semula kepada akaun konvensional. Sementara belum berkuat kuasa pula, anda boleh batalkan pendaftaran sekali sahaja.\n\n\nSebagai seorang muslim yang bertanggungjawab, anda sememangnya digalakkan untuk menukarkan akaun simpanan kepada yang patuh syariah. Lebih-lebih lagi bila dah ada kemudahan yang disediakan dan boleh diuruskan dengan mudah. Sekiranya anda terlajak dari tarikh kuat kuasa simpanan syariah dan perlu membuat penyucian, boleh gunakan apa-apa sumber kewangan untuk tujuan ini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cekd-dana-ipo-untuk-perolehan-kilang-dan-pembelian-mesin", "title": "CEKD - Dana IPO untuk Perolehan Kilang dan Pembelian Mesin", "body": "\n\nCEKD Berhad\n adalah sebuah syarikat yang\u00a0terlibat dalam segmen \ndie cutting solution\n\u00a0untuk barangan pengguna dan industri yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Butiran IPO CEKD adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.48\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 93.395 Juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n15.5 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n17 September 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n21 September 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n29 September 2021\n\n\n\n\nBisnes CEKD\n\n\nCEKD Berhad merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 1989 yang pada ketika itu menggunakan nama Sharp DCM. Menjelang tahun 2018 syarikat distrukturkan semula dengan menggunakan nama CEKD Berhad yang mempunyai tiga anak syarikat dikenali sebagai Sharp Die Cutting Mould Sdn Bhd, Hotstar (M) Sdn Bhd dan Focuswin Diecutting Mould Sdn Bhd.\n\n\nSyarikat ini menjalankan perkhidmatan \ndie cutting mould and solution (\npotongan acuan) yang melibatkan industri pencetakan dan pembungkusan, industri elektrik dan elektronik. Pengguna akhir terdiri dari sektor pembentukan bungkusan kotak, karton dan barangan elektronik. Perkhidmatan CEKD juga digunakan oleh industri lain seperti industri automotif, pembungkusan plastik, tekstil dan kulit (leather).\n\n\nPada tahun 2020, CEKD merupakan satu-satunya syarikat di rantau Asia Tenggara yang mempunyai kemahiran dan teknologi die-cutting solution yang diiktiraf oleh \nBOBST\n. BOBST merupakan salah satu syarikat besar yang membekalkan mesin pembungkusan untuk industri pembungkusan sekitar 50 buah negara di dunia. Ia\u00a0berpangkalan di Switzerland.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nCEKD\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila wabak pandemik Covid-19 menular di Malaysia menyebabkan kerajaan melaksanakan\u00a0Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsungnya, CEKD menerima tempias beberapa produk yang sudah siap tidak dapat dihantar kepada pelanggan mereka terutamanya di luar kawasan Lembah Klang. Walau bagaimanapun, produk tersebut kembali dihantar kepada pelanggan tanpa berlakunya tuntutan kerugian disebabkan penangguhan.\n\n\nDari segi penjualan, CEKD mengalami sedikit penurunan yang melibatkan permintaan dari dalam negara dan luar negara disebabkan sekatan pergerakan serta penutupan operasi pelanggan. Apa yang positifnya, CEKD masih menerima permintaan produk daripada pelanggan dalam segmen perkhidmatan penting seperti industri perubatan dan farmaseutikal serta industri makanan dan minuman.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nCEKD menunjukkan pendapatan konsisten selama 2 tahun dari tahun 2018 dan 2019 dengan mencatatkan pada paras RM 28 juta. Namun keuntungan sedikit menurun pada tahun 2019 dengan mencatatkan RM 5.4 juta berbanding tahun sebelumnya RM 6.8 juta. Pada tahun 2020, pendapatan CEKD merosot sedikit sebanyak RM 26.35 juta dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 6.03 juta.\n\n\nKeuntungan selepas cukai adalah lebih baik pada tahun 2018 sebanyak 23.67% berbanding tahun 2019 (19.1%) dan 2020 (22.91%). Berdasarkan graf kita dapat lihat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) dari RM 3.54 juta pada FPE 2020 ke RM 4.02 juta pada FPE 2021.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan CEKD mengalami fasa penurunan pada tahun 2020 berbanding tahun 2018. Ia mencatatkan RM 28.73 juta kepada RM 26.35 juta. Pendapatan CEKD melibatkan 2 perkhidmatan iaitu \nmanufacturing activities\n dan \ntrading activities.\n\n\nJika dilihat pendapatan dari die cutting mould telah merosot tahun 2020 dengan mencatatkan RM 21.32 juta berbanding 2 tahun sebelumnya. Penurunan ini disebabkan permintaan terhadap die cutting mould berkurangan akibat faktor pelaksanaan MCO. Jumlah keseluruhan ini telah menurun dari 108,666 unit mould kepada 104,542 unit mould tahun 2020.\u00a0\n\n\nAktiviti pembuatan lain iaitu \npress cutting dies \njuga menurun disebabkan kurangnya permintaan pesanan daripada pelanggan dalam sektor industri tekstil dan kulit di Malaysia ketika wabak covid melanda.\n\n\nNamun, pendapatan CEKD mula meningkat pada FPE 2021 berbanding FPE 2020. Peningkatan ini disebabkan industri utama seperti pembungkusan, elektrik dan elektronik dan industri automotif kembali beroperasi setakat FPE 2021. Kesannya daripada peningkatan ini dapat dilihat, CEKD telah menjual \ndie cutting mould \npada harga RM 215 seunit berbanding RM 207 seunit pada FPE 2020.\u00a0\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nCEKD akan mengumpul dana sebanyak RM 24.28\u00a0 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerolehan kilang untuk Hotstar\n\n\n8.80\n\n\n36.2\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan Modal\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n- Pembelian mesin\n\n\n3.00\n\n\n12.4\n\n\n\n\n\n\n- Peningkatan dalam teknologi perisian dan komputer\n\n\n1.30\n\n\n5.4\n\n\n\n\n\n\nAktiviti Pemasaran\n\n\n1.50\n\n\n6.2\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n2.68\n\n\n11.0\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n4.00\n\n\n16.5\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.00\n\n\n12.3\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n24.28\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah keseluruhan dana IPO RM 24.28\u00a0juta, sebanyak 36.2% bakal digunakan untuk perolehan kilang baharu untuk Hotstar yang merupakan salah satu anak syarikat CEKD. Pembelian ini akan melibatkan kilang baharu untuk mengabungkan dan menyatukan operasi Hotstar dengan lebih baik di bawah satu kawasan berbanding menguruskan 3\u00a0kilang berasingan di kawasan yang sama.\u00a0\u00a0Ia akan menggantikan 3\u00a0kilang berbeza sedia ada.\u00a0Isu dengan kilang sekarang ialah pengoperasian yang tidak cekap disebabkan pengeluaran perlu diuruskan di kilang berasingan.\n\n\nMenjangkakan inovasi produk berterusan, CEKD merancang untuk beli mesin dan perisian komputer baharu seperti 3 unit \nautomatic steel rule processor\n, \n1 unit laser cutting machine, 1 unit CAD software \ndan \nupgrade ERP system and computer server.\u00a0\nKesemua barangan ini akan diperuntukkan dana sebanyak RM 4.3 juta yang bertujuan mempertingkatkan pengeluaran serta memenuhi pertumbuhan perniagaan pada masa hadapan.\n\n\nCEKD juga berhasrat mempertingkatkan pendapatan dalam pasaran eksport ke luar negara dalam masa 2 tahun akan datang. Mereka menyasarkan pasaran di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand. CEKD telah memperuntukkan dana IPO sebanyak RM 1.5 juta melalui aktiviti pemasaran untuk mempromosikan produk mereka di pasaran Asia Tenggara. Dari segi modal kerja, CEKD memperuntukkan RM 2.68 juta dan RM 4.0 juta diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri CEKD\n\n\nPendapatan CEKD bukan sahaja diperolehi dari dalam negara, malah melibatkan dari luar negara. Jika dilihat pada analisis pendapatan di bawah, kita dapat melihat pendapatan tertinggi di rantau Asia Tenggara selain Malaysia iaitu Thailand dan Filipina. Oleh sebab itulah, CEKD menyatakan dalam propektus memperuntukkan dana IPO dalam aktiviti pemasaran untuk mengembangkan pasaran di kedua-dua negara tersebut.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: Segmen pasaran geografi CEKD\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri die-cutting tools manufacturing\n\n\nPada tahun 2020, pertumbuhan dalam industri ini telah menunjukkan unjuran penurunan sebanyak 8.7% dengan mencatatkan RM 216,52 juta kepada RM 197.68 juta. Penurunan ini disebabkan kurangnya permintaan terutamanya pengguna akhir dalam industri. Faktor ini disebabkan kebanyakan syarikat terpaksa menutup pengoperasian akibat pandemik Covid-19.\n\n\nMenurut World Economic Outlook pada April 2021, berpendapat ekonomi dunia dijangka pulih serta mencatat pertumbuhan 6.0% pada tahun 2021 dan 4.4% pada tahun 2022. Oleh sebab pasaran pengguna akhir die cutting tools industry di Malaysia akan mudah terjejas sekiranya ekonomi global mengalami krisis. Peningkatan pertumbuhan ini dijangka meningkatkan kembali industri die cutting pada jangka masa panjang. Pada tahun 2025 CAGR dijangka meningkat 3.2% dari RM 216.53 juta tahun 2019 kepada RM 261.04 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO CEKD\n\n\n\n\n\n\nPermintaan dalam industri dan produk kertas\n\n\nIndustri kertas dan produk kertas di Malaysia yang merangkumi:\n\n\n\n\nManufacture of pulp\n\n\nPaper and converted paper products,\n\n\nCorrugated boards and paperboard boxes\n\n\n\n\nIa diperbuat menggunakan kertas dan bahan lain dengan kaedah memotong dan membentuk, coating and laminating. Nilai jualan l\nocal manufactured corrugated paper, paperboard and containers of paper and paperboard\u00a0\ntelah meningkat CAGR 7% sepanjang tempoh 2015 sehingga 2020 (RM 9.37 bilion).\n\n\nPeningkatan ini didorong oleh permintaan dalam industri e-dagang dan tahap kesedaran dalam segmen pembungkusan. Pertumbuhan e-dagang yang pesat termasuklah yang melibatkan pembelian secara dalam talian oleh pengguna terutamanya ketika zaman wabak Covid-19 telah mendorong permintaan untuk bahan pembungkusan seperti kadbod dan \ncorrugated box.\n\n\nPermintaan dalam industri elektrik dan elektronik\n\n\nJika dilihat negara Malaysia merupakan salah satu negara pembuatan barangan elektrik dan elektronik utama dalam rantau Asia Tenggara. Menurut Mida, industri E&E telah menarik pelaburan asing sebanyak RM 15.64 bilion pada tahun 2020 berbanding RM 25.66 bilion tahun 2019. Walaupun pertumbuhan ekonomi global perlahan, industri E&E menunjukkan prestasi agak baik dari segi jumlah eksport dan import.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nJumlah Eksport\n\n\nJumlah Import\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\nRM 372.12 bilion\n\n\nRM 245.54 bilion\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\nRM 386.11 bilion\n\n\nRM 252.78 bilion\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nDi Malaysia dianggarkan sebanyak 40 buah pemain industri die-cutting tool yang terdiri daripada pemain domestik dan asing. Selain itu, pemain ini mempunyai keupayaan dalam pembuatan yang berbeza bergantung kepada kemudahan teknologi pengeluaran mereka. Antara sasaran industri dan pengguna akhir yang terlibat ialah industri kertas dan produk kertas, komputer, peralatan elektronik komputer, automotif, aeroangkasa, telekomunikasi sehinggalah dalam sektor pembinaan, minyak dan gas.\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan CEKD telah disenaraikan dalam propektus berikut:\n\n\n\n\nWalaupun tiada pesaing dari syarikat yang disenaraikan dalam pasaran saham, CEKD mempunyai pesaing dalam kalangan syarikat swasta. Jika dilihat berdasarkan propektus diatas, CEKD merupakan pemain industri utama yang mendahului dari segi keuntungan selepas cukai.\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, CEKD menunjukkan sedikit penurunan dari segi jumlah pendapatan yang diterima dari tahun 2018 sehingga tahun 2020 disebabkan wabak pandemik covid-19. Walau bagaimanpun keuntungan selepas cukai (PAT) bagi CEKD juga menunjukkan kadar penurunan dari 23.7% kepada 22.9% pada tahun 2020. Namun, terdapat juga permintaan produk yang berterusan daripada pelanggan dalam segmen perkhidmatan penting seperti industri perubatan dan farmaseutikal serta industri makanan dan minuman. Manakala PAT 2021 lebih baik sedikit berbanding FPE tahun 2020.\n\n\nDari sudut positifnya, CEKD berhasrat meningkatkan jumlah pendapatan eksport ke luar negara. CEKD menyasarkan meningkatkan pasaran produk di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam. Dana IPO 1.5 juta akan digunakan untuk mempromosikan dan menghadiri pameran antarabangsa. Selain itu, peningkatan\u00a0 dalam pasaran industri elektrik dan elektronik juga akan memberikan peluang kepada CEKD untuk mempertingkatkan pengeluaran kuantiti produk. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan selepas penyenaraian di Bursa Saham.\n\n\nAntara risiko yang mungkin akan dihadapi oleh CEKD adalah ketidaktertuan pasaran dan permintaan terutamanya melibatkan industri ini. Selain itu, majoriti projek yang terlibat hanya melibatkan pelanggan dalam jangka masa pendek. Projek tersebut tidak bersifat jangka masa panjang dan perlu mencari pelanggan baru selepas projek tersebut tamat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cengild-medical-mengembangkan-rangkaian-pusat-perubatan-melalui-dana-ipo", "title": "Cengild Medical - Mengembangkan Rangkaian Pusat Perubatan Melalui Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nCengild Medical Berhad adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mengendalikan pusat perubatan. Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.33\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 270.2 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n27.01\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n5 April 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n8 April 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n18 April 2022\n\n\n\n\nBisnes Cengild Medical\n\n\nCengild Medical, melalui anak syarikatnya terlibat dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mengendalikan pusat perubatan, khususnya dalam diagnosis dan rawatan gastrousus, penyakit hati dan obesiti.\n\n\nBerikut ialah aktiviti perniagaan syarikat:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus Cengild Medical\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, pusat perubatan Cengild Medical mempunyai 10 klinik, 3 endoskopi, 28 katil, 2 dewan bedah, jabatan radiologi kemalangan dan jabatan kecemasan. Cengild Medical juga mempunyai farmasi, makmal serta jabatan bekalan steril pusat.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nAkibat wabak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan berulang kali di dalam negara ini, operasi perniagaan syarikat Cengild Medical menerima tempias. Syarikat ini dibenarkan beroperasi semasa PKP pertama, tetapi jumlah pesakit yang datang sedikit dan mengalami penurunan ketara dalam bilangan prosedur perubatan yang dilakukan disebabkan penangguhan prosedur perubatan oleh pesakit.\n\n\nWalaupun terdapat penurunan bilangan pesakit dan prosedur semasa tempoh PKP pertama, Cengild Medical tidak mengalami kesan negatif ke atas kewangan dan tunai bersih syarikat daripada aktiviti operasi pada FYE 2020. Selepas PKP pertama beralih kepada PKPB diikuti dengan PKPP, jumlah bilangan pesakit dan prosedur kembali meningkat.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan Cengild Medical Berhad diperolehi terutamanya daripada penyediaan rawatan pesakit, prosedur endoskopik dan pembedahan. Cengild Medical mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE 2018, iaitu dari RM 11.68 juta menjadi RM 28.18 juta pada FYE 2019. Kenaikan pendapatan diteruskan pada FYE 2020 dan juga FYE 2021. Pada FYE 2021, pendapatan syarikat meningkat sebanyak RM 24.29 juta atau 62% daripada RM 39.18 juta pada FYE 2020, menjadikan jumlah pendapatan pada tahun 2021 sebanyak RM 63.47 juta. Peningkatan pendapatan ini didorong oleh segmen perkhidmatan perunding dan perkhidmatan pengurusan perubatan.\n\n\nWalaupun terdapat penurunan dalam bilangan pesakit dan prosedur yang dijalankan semasa tempoh PKP pertama iaitu pada tahun 2020, prestasi kewangan dan tunai bersih syarikat Cengild Medical tidak terjejas. Sejak PKP pertama juga, mereka tidak mengalami sebarang gangguan, kekurangan atau kelewatan dalam bekalan. Hal ini kerana pembekal syarikat juga dapat meneruskan operasi semasa fasa PKP.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Cengild Medical\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Cengild Medical melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada dua, iaitu melalui perkhidmatan perunding dan perkhidmatan pengurusan perubatan (terdiri daripada \nnursing services\n dan \nclinical support services\n).\n\n\nPada FYE 2019 sehingga FYE 2020, kenaikan pendapatan banyak disumbangkan daripada dua segmen ini iaitu sebanyak RM 13.41 juta (servis perunding) dan RM 24.18 juta (servis pengurusan perubatan) berbanding RM 9.38 juta (servis perunding) dan RM 16.8 juta (servis pengurusan perubatan) pada FYE 2019. Kenaikan ini diteruskan pada FYE 2021 menjadi jumlah pendapatan tahun tersebut sebanyak RM 23.4 juta (servis perunding) dan RM 38.93 juta (servis pengurusan perubatan).\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Cengild Medical mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat, kesemua segmen ini mengalami peningkatan yang baik pada FYE 2018 sehingga FYE 2021 dan pendapatan banyak disumbangkan daripada segmen servis pengurusan perubatan.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO in akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemperluas pusat perubatan sedia ada\n\n\n13\n\n\n18\n\n\n\n\n\n\nMenubuhkan pusat perubatan baharu\n\n\n37.1\n\n\n51.38\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n17.40\n\n\n24.11\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.7\n\n\n6.51\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n72.20\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk menubuhkan pusat perubatan baharu. Majoriti dana sebanyak RM 37.1 juta akan dimanfaatkan untuk mengembangkan pusat perubatan syarikat dengan menubuhkan 2 pusat perubatan baharu, khususnya dalam penyakit gastrousus, penyakit hati dan obesiti di Malaysia seperti Johor Bahru, Pulau Pinang atau Ipoh.\n\n\nSelain itu, RM 13 juta iaitu bersamaan 18% daripada dana tersebut akan digunakan untuk memperluas dan mengubahsuai pusat perubatan sedia ada. Tawaran IPO ini juga dapat memberikan modal kerja kepada syarikat sebanyak RM 17.4 juta iaitu 24.11% daripada jumlah dana yang dikumpul. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Cengild\n\n\nMengikut Laporan IMR, Cengild Medical terlibat terutamanya dalam industri perkhidmatan penjagaan kesihatan, di mana syarikat itu memberi tumpuan kepada perkhidmatan perunding dan perkhidmatan pengurusan perubatan.\n\n\nIndustri perkhidmatan penjagaan kesihatan\n\n\nPerkhidmatan penjagaan kesihatan merujuk kepada penyediaan rundingan, diagnostik, penjagaan pesakit dan ubat-ubatan dan lain-lain. Profesional penjagaan kesihatan seperti doktor, pakar, pembantu perubatan serta jururawat menyediakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh dibahagikan seperti berikut:\n\n\n\n\nPrimary Care Services\n: Perkhidmatan penjagaan kesihatan paling asas.\n\n\nSecondary Care Services\n: Merujuk kepada perunding atau perkhidmatan penjagaan kesihatan pertengahan yang disediakan oleh pakar.\n\n\nTertiary Care Services\n: Perkhidmatan penjagaan kesihatan melibatkan perundingan pakar penjagaan, rawatan lanjutan atau pembedahan kompleks.\n\n\nQuaternary Care Services\n: Tahap tertinggi penjagaan kesihatan perkhidmatan yang melibatkan pembedahan berisiko tinggi.\n\n\n\n\nPrestasi industri perkhidmatan penjagaan kesihatan\n\n\nIndustri perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta. Berdasarkan laporan IMR, pada 2019, pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di Malaysia bernilai RM 14.89 bilion atau 10.8% meningkat daripada 2018. Hal ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah pesakit berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.\n\n\n\n\n\n\nSejarah dan ramalan pertumbuhan industri\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2020, pandemik telah melanda dunia dan telah menyebabkan kejatuhan sebanyak 2.3% terhadap pertumbuhan industri perkhidmatan penjagaan kesihatan. Namun, menurut laporan IMR, pasaran perkhidmatan penjagaan swasta dianggarkan berkembang dan bernilai RM 15.44 bilion untuk tahun 2021. Dalam laporan IMR juga ada dinyatakan, pertumbuhan dalam jangka pendek (2022-2023) mungkin akan terjejas disebabkan Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi. Manakala, dalam jangka panjang (2024-2026), pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia dijangka pulih ke tahap pra-COVID apabila aktiviti ekonomi pulih.\n\n\nPersaingan\n\n\nCengild Medical terlibat dalam industri perkhidmatan penjagaan kesihatan, iaitu khususnya dalam perkhidmatan perunding dan perkhidmatan pengurusan perubatan. Oleh itu, persaingan Cengild Medical di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria di bawah:\n\n\n\n\nMenyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang mengendalikan minimum 1 hospital.\n\n\nBeroperasi dengan persediaan lebih daripada 20 katil berlesen atau dikendalikan.\n\n\nMempunyai jabatan gastroenterologi dan hepatologi\n\n\n\n\nCengild Medical adalah pusat perubatan yang berdiri sendiri dan bukan sebahagian daripada rangkaian atau kumpulan hospital seperti \nIHH Healthcare Berhad\n, \nKPJ Healthcare Berhad\n atau Columbia Asia Sdn Bhd.\n\n\n\n\nSelain daripada Cengild Medical, antara penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dengan pakar gastroenterologi dan hepatologi di Malaysia adalah Adventist Hospital & Clinic Services, Assunta Hospital, Columbia Asia Sdn Bhd, IHH Healthcare Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan pelbagai lagi.\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, Cengild Medical menunjukkan prestasi memberangsangkan sama ada dari segi pendapatan, mahupun keuntungan yang diperolehi sepanjang 3 tahun dari 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong oleh pendapatan yang diperolehi dari segmen perkhidmatannya iaitu perundingan dan pengurusan perubatan.\n\n\nSebahagian besar dana IPO akan digunakan untuk mengembangkan rangkaian pusat perubatan syarikat Cengild Medical. Hal ini menunjukkan langkah yang positif oleh syarikat dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan. Namun, pengembangan perniagaan pasti akan berhadapan dengan risiko seperti kos dan pelbagai lagi. Walaupun begitu, Cengild perlu membuktikan keberkesanan strategi mereka apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia tak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cipta-screener-saham-anda-sendiri-dengan-iscanner", "title": "Cipta Screener Saham Anda Sendiri dengan iScanner", "body": "Nak memilih saham berpotensi, ada banyak strategi. Dalam iSaham sahaja, kami berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan strategi yang terbaik untuk pelbagai jenis pelabur. Strategi-strategi ini dirumus dengan teliti dan kajian yang mendalam serta melalui pelbagai peringkat penghasilan strategi. \nStrategi-strategi tersebut dipaparkan dalam bentuk screener bagi memudahkan \ntrader\n memilih saham, mencari \nentry point\n dan membuat kajian lanjutan. Screener-screener ini telah mendapat jutaan pageview dan membantu ramai pelabur di luar sana mendapatkan idea jual beli saham.\nAda \ntrader\n yang suka guna screener seperti sedia ada, kerana \nsimplicity\n dan mengekalkan konsep asal screener. Ada juga yang berminat untuk \ntweak\n screener-screener dalam iSaham supaya lebih sesuai kepada \nstyle\n dan citarasa masing-masing. \nContohnya, penggemar strategi awan mungkin suka gunakan screener saham atas awan - \nIchimoku Above Kumo\n, tapi dalam masa yang sama nak cari yang \nberdekatan dengan support\n dan juga harga kurang RM1. Bagaimana \ntrader\n boleh \nmix and match\n strategi dan kriteria seperti diatas?\n\n\n\n\nMemperkenalkan fungsi terbaru iSaham: iScanner. iScanner memberikan nafas baru kepada pelabur untuk menggabungkan beberapa screener dan kriteria bagi memberikan saham yang terbaik untuk \nstyle\n anda. \n iScanner membolehkan anda memilih daripada lebih 100 screener iSaham sedia ada (fundamental dan teknikal) dan puluhan kriteria bagi membina \ntrading system\n yang mantap. Anda juga boleh \nsave\n kriteria tersebut dan kongsikan kepada pelabur-pelabur lain dengan link khas yang dicipta untuk anda. \nDengan iScanner, anda kini mampu mencipta screener anda sendiri dan anda boleh namakan screener tersebut dengan nama anda. Anda juga boleh membuat proses eksperimentasi dan \nfine-tuning\n untuk mendapatkan strategi dan kriteria terbaik untuk anda.\n\n\n\n\nKita rujuk semula contoh di atas, contoh anda nak gabungkan screener \nIchimoku Above Kumo\n, gabungkan dengan saham yang \nberdekatan dengan support\n dan juga harga kurang RM1. Anda boleh masukkan input seperti di bawah, dan tekan \nGenerate\n.\n\n\n\n\nHasilnya seperti berikut:\n\n\nAnda boleh \nsave\n screener dan watchlist anda untuk mendapatkan akses lebih pantas, dan anda juga akan mendapat link khas yang boleh dikongsikan bersama rakan-rakan \ntrader\n yang lain.\n\n\n\n\nTidak ada idea nak cipta screener? Anda boleh rujuk tab Top Scanners untuk rujuk dan guna screener yang dibuat oleh para \ntraders\n yang lain\n\n\nDengan mencipta screener anda, dan membuat beli dan jual menggunakan screener anda, anda telah mengorak langkah menjadi seorang pelabur algoritma (Algorithm Trader).\nUntuk menggunakan iScanner, sila tekan link \nberikut\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/cnergenz-meluaskan-segmen-ems-melalui-dana-ipo", "title": "Cnergenz - Meluaskan Segmen EMS Melalui Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nCnergenz Berhad\n merupakan syarikat semikonduktor yang terlibat dalam penyediaan penyelesaian pembuatan elektronik bagi syarikat-syarikat semikonduktor. Butiran IPO adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.58\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 288.84 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n17.9\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n11 Mei 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n13 Mei 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n24 Mei 2022\n\n\n\n\nBisnes Cnergenz Berhad\n\n\nCnergenz Berhad, melalui anak syarikatnya, terlibat dalam penyelesaian pembuatan elektronik, khususnya dalam penyelesaian dan pembuatan teknologi pelekap permukaan untuk industri elektronik dan semikonduktor (E&S).\n\n\nGambar di bawah menunjukkan aktiviti dan penyelesaian utama syarikat Cnergenz:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPelanggan syarikat terutamanya daripada sektor berikut:\n\n\n\n\nSyarikat semikonduktor seperti \nintegrated device manufacturers\n (IDM) dan pembekal \noutsourced semiconductor assembly and test services\n (OSATs).\n\n\nPengeluar produk elektronik seperti pembekal \noutsourced electronics manufacturing services\n (EMS) dan pemilik jenama produk elektronik.\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan termasuklah operasi perniagaan syarikat Cnergenz. Sejak pelaksanaan PKP pertama, syarikat Cnergenz mengalami kelewatan dalam penghantaran mesin, peralatan dan alatan, dimana mengakibatkan kelewatan sehingga 6 bulan untuk beberapa projek syarikat. Namun begitu, tiada pembatalan pesanan atau penalti yang dikenakan oleh pelanggan mereka.\n\n\nWalaupun PKP dilaksanakan dan operasi dihadkan, keuntungan syarikat Cnergenz tidak terjejas kerana syarikat masih menerima pesanan daripada pelanggan baharu dan sedia ada di Malaysia. Pesanan baharu ini menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan syarikat, khususnya di Malaysia, daripada RM 80.8 juta pada FYE 2019 kepada RM 103.2 juta pada FYE 2020 dan RM 109.9 juta pada FYE 2021.\n\n\nSungguhpun begitu, secara keseluruhannya, pendapatan syarikat menurun sebanyak 48.1% kepada RM 132.8 juta pada FYE 2020 (FYE 2019: RM 256 juta). Pandemik COVID-19 adalah antara punca penurunan pendapatan syarikat. Hal ini kerana syarikat Cnergenz memperoleh kontrak yang kurang di luar Malaysia disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan sempatan yang dikenakan.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat Cnergenz diperolehi terutamanya daripada perkhidmatan penyediaan penyelesaian bersepadu untuk pembuatan SMT, penjualan mesin dan peralatan SMT. Baki pendapatan syarikat pula diperolehi daripada penyediaan sokongan teknikal dan perkhidmatan untuk penyelesaian bersepadu syarikat.\n\n\nCnergenz mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE 2018, iaitu dari RM 187.75 juta menjadi RM 255.98 juta pada FYE 2019. Pada FYE 2020, pendapatan syarikat menurun, iaitu sebanyak RM 123.16 juta atau 48.11% menjadikan jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 132.82 juta.\n\n\nPenurunan ini adalah disebabkan penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan penutupan sempadan, dimana memberi kesan kepada aktiviti pemasaran syarikat dan pembangunan luar negara. Oleh itu, syarikat Cnergenz mendapatat sedikit pesanan baharu dari pelanggan luar negara semasa tahun 2020. Namun, pendapatan syarikat meningkat pada FYE 2021 iaitu sebanyak RM 20.13 juta atau 15.16%.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Cnergenz\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Cnergenz melalui segmen perniagaanya dibahagikan kepada tiga, iaitu perkhidmatan penyediaan penyelesaian bersepadu untuk pembuatan SMT, penjualan mesin dan peralatan SMT dan lain-lain (penyediaan sokongan teknikal dan perkhidmatan).\n\n\nPada FYE 2018 sehingga FYE 2020, kenaikan pendapatan banyak disumbangkan daripada segmen perkhidmatan penyediaan penyelesaian bersepadu untuk pembuatan SMT. Manakala bagi FYE 2021 pula, pendapatan syarikat banyak diperolehi daripada segmen penjualan mesin dan peralatan SMT. Pendapatan bagi segmen lain-lain iaitu penyediaan sokongan teknikal dan perkhidmatan untuk penyelesaian bersepadu meningkat sejak FYE 2019 sehingga FYE 2021.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat, kesemua segmen ini mengalami peningkatan yang baik pada FYE 2018 sehingga FYE 2019. Namun, perniagaan syarikat menjadi sedikit terbantut pada tahun 2020 dan 2021 akibat kesan dari pandemik COVID-19 yang melanda.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 58 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengembangan kemudahan operasi syarikat\n\n\n37.80\n\n\n65.2\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan R&D\n\n\n6.0\n\n\n10.3\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n10.0\n\n\n17.2\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.2\n\n\n7.3\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n58.0\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperoleh dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk pengembangan kemudahan operasi syarikat iaitu sebanyak RM37.80 juta mewakili 65.2% daripada jumlah dana IPO tersebut.\n\n\nSelain itu, RM 6 juta iaitu bersamaan 10.3% akan digunakan untuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dari segi modal kerja, Cnergenz Berhad memperuntukkan RM 10 juta iaitu mewakili 17.2% daripada dana IPO yang akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baru, pembayaran am, perbelanjaan pemasaran dan lain-lain. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Cnergenz Berhad\n\n\nMengikut Laporan IMR, Cnergenz Berhad terlibat dalam industri penyelesaian pembuatan elektronik (EMS) serta elektronik dan semikonduktor (E&S). Cnergenz adalah penyedia penyelesaian pembuatan elektronik, dimana digunakan terutamanya oleh syarikat dalam industri E&S di Malaysia, Vietnam dan Thailand.\n\n\nPerkhidmatannya termasuklah pemprosesan teknologi pelekap permukaan (SMT) bagi komponen E&S, iaitu produk pembungkusan semikonduktor termaju dan pemasangan papan litar bercetak (PCBA). Penyelesaian syarikat ini juga telah digunakan oleh syarikat dalam industri E&S di negara lain di Asia (Singapura dan Korea Selatan) dan wilayah lain (Oceania dan Amerika).\n\n\nIndustri EMS\n\n\nElectronics Manufacturing Solutions\n (EMS) atau penyelesaian pembuatan elektronik merujuk kepada pelbagai mesin, peralatan dan alatan automatik atau sistem barisan pengeluaran bersepadu yang digunakan dalam pembuatan produk E&S. Produk E&S ini termasuklah mikrocip, produk pembungkusan semikonduktor termaju dan PCBA. Produk-produk ini digunakan sebagai komponen dalam pengeluaran produk elektronik akhir seperti komputer, telefon pintar dan kenderaan elektrik.\n\n\nProses dalam rantaian nilai industri E&S boleh dilihat pada rajah di bawah:\n\n\n\n\n\n\nRantaian nilai industri E&S. Gambar: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPrestasi, saiz dan pertumbuhan industri\n\n\nCnergenz Berhad adalah penyedia penyelesaian pembuatan elektronik, khususnya dalam penyelesaian pembuatan teknologi pelekap permukaan (SMT), dimana digunakan terutamanya oleh syarikat dalam industri E&S di Asia Tenggara, Malaysia, Vietnam dan Thailand.\n\n\nMenurut laporan IMR, saiz industri global untuk penyelesaian pembuatan telah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 6.4% daripada USD 3.0 bilion (RM 12.4 bilion) pada 2016 kepada anggaran USD 4.1 bilion (RM 17.0 bilion) pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nSaiz industri untuk Asia Tenggara, Malaysia, Vietnam dan Thailand.\n\n\n\n\n\n\nSaiz industri untuk penyelesaian pembuatan SMT boleh diukur dari segi jualan penyelesaian pembuatan SMT. Berdasarkan data dari laporan IMR, saiz industri untuk servis ini telah berkembang dari tahun 2016 sehingga 2019 di Asia Tenggara, Malaysia, Vietnam dan Thailand. Sedikit penurunan dapat dilihat pada tahun 2020, dimana sebahagian besarnya disebabkan gangguan dalam rantaian bekalan untuk produk elektronik akhir. Selain itu, pandemik COVID-19 juga diantara punca menyebabkan penangguhan dalam pelancaran produk elektronik akhir. Namun, Providence Strategic Partners menganggarkan saiz industri ini akan pulih bagi tahun 2021 sehingga tahun 2024.\n\n\n\n\n\n\nAnggaran saiz industri antara tahun 2022 dan 2024\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan Cnergenz telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Cnergenz. Gambar: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Cnergenz. Gambar: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat berdasarkan prospektus, perbandingan antara syarikat ini telah dipilih berdasarkan kriteria berikut:\n\n\n\n\nPenyedia penyelesaian elektronik yang terlibat dalam penyelesaian pembuatan SMT.\n\n\nBeroperasi di Malaysia dan/atau Vietnam dan/atau Thailand.\n\n\n\n\nJika dibandingkan dengan syarikat lokal yang beroperasi di Malaysia, Vietnam dan Thailand, Cnergenz mencatatkan margin keuntungan selepas cukai tertinggi iaitu 8.5% berbanding syarikat \nDual Matrix\n dan \nPremtronic\n.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara keseluruhannya, industri penyelesaian pembuatan SMT di Asia Tenggara telah berkembang pada CAGR sebanyak 6.3% antara tahun 2016 dan 2019. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda pada tahun 2020 telah mengakibatkan penutupan sempadan, menyebabkan penurunan dalam saiz industri di Asia Tenggara pada tahun itu.\n\n\nPendapatan dan keuntungan syarikat Cnergenz juga turut terkesan pada tahun tersebut. Walaupun begitu, pendapatan syarikat bagi tahun 2021 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun 2020, dimana pendapatan tersebut banyak diperolehi daripada segmen penjualan mesin dan peralatan SMT.\n\n\nMelalui IPO ini, Cnergenz menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk mengembangkan kemudahan operasi syarikat. Hal ini menunjukkan langkah yang positif oleh syarikat dalam usaha untuk meningkatkan lagi pendapatan pada masa hadapan, tertakluk bagaimana cara keberkesanan dana ini diuruskan oleh pihak pengurusan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/coraza-mengembangkan-segmen-perkhidmatan-sokongan-kejuruteraan-melalui-dana-ipo", "title": "Coraza - Mengembangkan Segmen Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Melalui Dana IPO", "body": "\n\nCoraza Intergrated Technology Berhad\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu, terutamanya dalam fabrikasi kepingan logam dan komponen mesin ketepatan. Maklumat mengenai IPO Coraza adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.28\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 119.9 Juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n19.0 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n6 Januari 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n10 Januari 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n20 Januari 2022\n\n\n\n\nBisnes Coraza\n\n\nCoraza merupakan sebuah syarikat yang telah diasaskan pada 2001 yang pada ketika itu bertapak di Seberang Perai, Pulau Pinang. Pada tahun 2005 syarikat ini telah berpindah ke kilang baharu yang mempunyai 93,219.7 kaki per segi di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Menjelang penghujung tahun 2020 syarikat ini telah menjadi \nprivate limited company \ndan bertukar kepada \npublic limited company\n pada 5 Julai 2021. Syarikat ini dikenali sebagai Coraza Intergrated Technology Berhad yang mempunyai sebuah anak syarikat iaitu Coraza System.\n\n\nMelalui anak syarikatnya Coraza System, ia menjalankan perkhidmatan fabrikasi kepingan logam dan komponen mesin ketepatan. Proses ini melibatkan kepingan logam seperti memotong, membengkok, mengimpal dan proses lain. Fabrikasi ini mengikut reka bentuk dan spesifikasi pelanggan mereka. Selepas siap produk yang dihasilkan, ia akan dihantar kepada pelanggan Coraza yang terlibat dalam industri semikonduktor, instrumentasi, alat perubatan dan sains hayat, telekomunikasi, aeroangkasa dan E&E. Selain itu, Coraza juga terlibat dalam perkhidmatan D&D dan \nsub module assembly\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Coraza\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat majoriti pendapatan yang diterima oleh Coraza diperolehi melalui pelanggan daripada industri semikonduktor. Kebanyakkan pelanggan utama Coraza datangnya dari 2 buah negara iaitu Malaysia dan Singapura. Pada FYE 2020 hasil dari negara Malaysia menyumbang 70.7% dan Singapura 21.5%. Selain itu, Coraza juga menerima pelanggan dari beberapa buah negara seperti Eropah, China, USA dan negara lain.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Coraza\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nSemasa wabak pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia, pihak kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membendung wabak pandemik ini. Walaupun tercetusnya pandemik Covid-19 dan pengenalan PKP, PKP 2.0, PKP 3.0 serta FMCO, pendapatan syarikat Coraza sikit pun tidak memberi kesan yang ketara. Pendapatan mereka menunjukkan peningkatan pada tahun 2020 kepada RM 83.7 juta berbanding pendapatan pada tahun 2019 sebanyak RM 58.6 juta.\n\n\nPada 31 Mei 2021, Coraza telah menghentikan pengeluaran aktiviti operasi disebabkan sebahagian pekerja mereka dijangkiti wabak Covid-19. Ini menyebabkan wujudnya kelewatan penghantaran produk kepada pelanggan mereka. Namun, tiada sebarang pembatalan pesanan jualan atau tuntutan kerugian yang diminta oleh pelanggan mereka. Produk ini kembali semula dihantar selepas syarikat Coraza kembali beroperasi. Apa yang menariknya, Coraza terus menerima penambahan pesanan baru sebanyak RM 0.7 juta sepanjang tempoh penutupan dari 31 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nCoraza menunjukkan pendapatan konsisten selama 2 tahun sebanyak RM 56.0 juta (2018) dan RM 58.59 juta (2019). Namun keuntungan selepas cukai sedikit menurun pada tahun 2019 dengan mencatatkan RM 3.42 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 3.45 juta. Walaupun Malaysia menghadapi wabak pandemik Covid-19 pada tahun 2020, pendapatan syarikat Coraza terus melonjak naik kepada RM 83.69 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 6.31 juta.\n\n\nMargin keuntungan selepas cukai adalah lebih baik pada tahun 2020 iaitu sebanyak 7.5% berbanding tahun 2018 (6.2%) dan 2019 (5.8%). Berdasarkan graf di bawah, kita dapat lihat keuntungan selepas cukai (PAT) agak konsisten dari RM 5.33 juta pada FPE 2020 ke RM 5.41 juta pada FPE 2021.\n\n\n\n\nPendapatan Coraza diperolehi melalui 2 segmen perkhidmatan iaitu fabrikasi kepingan logam dan komponen mesin ketepatan. Ia melibatkan 4 pasaran industri iaitu semikonduktor, instrumentasi, perubatan dan sains hayat, aeroangkasa dan telekomunikasi serta E&E. Secara keseluruhannya, jumlah pendapatan Coraza mengalami fasa peningkatan agak drastik terutamanya pada tahun 2020 dengan mencatatkan jumlah RM 83.69 juta berbanding dua tahun sebelumnya.\n\n\nMajoriti pendapatan yang diterima oleh Coraza pada tahun 2020 disumbangkan oleh pertumbuhan segmen fabrikasi kepingan logam yang meningkat sebanyak RM 19.1 juta atau 36.1% kepada RM 72.16 juta. Peningkatan ini sebahagian besar melibatkan pelanggan Coraza dalam segmen industri semikonduktor. Pasaran semikonduktor mencatatkan RM 20.73 juta (2018), RM 23.72 (2019) dan RM 49.16 juta (2020). Hal ini dapat dilihat melalui industri semikonduktor pada tahun 2020 yang mencatatkan pendapatan dua kali ganda berbanding tahun 2018 dan 2019.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nCoraza akan mengumpul dana sebanyak RM 33.0 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian peralatan dan mesin\n\n\n15.50\n\n\n47.0\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang baru\n\n\n6.41\n\n\n19.5\n\n\n\n\n\n\nMengembangkan keluasan kilang sedia ada\n\n\n1.50\n\n\n4.6\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan sistem ERP\n\n\n1.20\n\n\n3.6\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n4.60\n\n\n13.9\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.77\n\n\n11.4\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n32.982\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebahagian besar dana ini melibatkan 47% akan digunakan dalam pembelian mesin baharu untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran berdasarkan permintaan terutamanya dalam segmen semikonduktor daripada pelanggan Coraza. Ia melibatkan dana sebanyak RM 13.5 juta untuk pembelian mesin seperti seunit \nlaser and\n \nturret punching machine\n, seunit\n laser machine\n, 3 unit \nbending machine\n dan seunit\n finishing line.\n\n\nBaki sebanyak RM 2 juta akan digunakan untuk membayar beberapa mesin yang telah dibeli pada suku ketiga 2021 melalui pinjaman bank. Antara mesin yang telah dibeli adalah 2 \nbending machine\n (RM 1.3 juta), \nsanding machine\n (RM 0.5 juta) dan \ndesign software Trutops Boost \n(RM 0.2 juta). Jentera mesin ini digunakan untuk segmen fabrikasi kepingan logam yang dipasang di kilang sedia ada mereka. Pembayaran ini berupaya menjimatkan faedah tahunan sebanyak 2.54% setahun bersamaan RM 50.8 ribu.\n\n\nSelain itu, Coraza telah memperuntukkan dana sebanyak RM 6.41 juta untuk pembinaan kilang baru yang terletak di Lot 2773 dan 2776 di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang berkeluasan 90,136.9 kaki persegi. Kilang ini dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM 19.7 juta, yang melibatkan kos pembinaan struktur, elektrik dan yuran profesional. Baki pembinaan sebanyak RM 13.3 juta akan dibayar melalui pinjaman bank yang diperolehi Coraza.\n\n\nCoraza juga bercadang melaksanakan sistem ERP baharu yang melibatkan dana sebanyak RM 1.2 juta. Pada peringkat permulaan ini, mereka menggunakan sistem yang dikenali E-Soft ERP. Sistem ERP yang baharu akan mempunyai teknologi yang lebih maju dalam memproses pangkalan data. Ia dijangka akan digunakan sepenuhnya menjelang Januari 2022.\n\n\nRM 1.5 juta juga akan digunakan mereka untuk mengembangkan keluasan kilang sedia ada. Keluasan ini melibatkan penambahan 10,000 kaki persegi. Ia bertujuan untuk menampung pembelian mesin baru yang telah ditempah. Baki selebihnya iaitu sebanyak RM 4.6 juta akan digunakan untuk membayar pinjaman bank dan perbelanjaan penyenaraian IPO berjumlah RM 3.77 juta\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Coraza\n\n\nPasaran Coraza\n\n\nHampir 75% peratus pendapatan Coraza diterima daripada pasaran domestik Malaysia. Berdasarkan analisis pendapatan pasaran geografi di bawah pada tahun terkini, kita dapat melihat pendapatan selain di negara Malaysia seperti Singapura (21.5%), Amerika Syarikat (4.8%), China (1.9%), Eropah (0.9%) dan negara lain (0.2%). Negara lain seperti Australia, Indonesia, Thailand, Taiwan, Vietnam dan Jepun. Manakala Eropah pula, Jerman, Switzerland, Sepanyol, Romania dan Belanda.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Pasaran geografi Coraza.\n\n\n\n\n\n\nPengenalan Industri ESI\n\n\nESI merupakan singkatan kepada \nengineering supporting system \nyang melibatkan pembuatan barangan logam yang kemudian digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk akhir. Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ESI di Malaysia terbahagi kepada 8 segmen seperti \nmoulds and dies, machining, metal casting, metal stamping, surface engineering, heat treatment, forging \nserta \nmetal fabrication.\n\n\n\n\n\n\nSegmen ESI dan kegunaan dalam industri. Gambar: IPO Propektus Coraza.\n\n\n\n\n\n\nIndustri M&E di Malaysia\n\n\nBuat masa ini, Malaysia masih lagi memerlukan pasaran import M&E untuk memenuhi permintaan domestik. Nilai import M&E telah meningkat daripada RM 54.57 bilion pada tahun 2013 kepada RM 69.64 bilion pada tahun 2019. Ia mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 4.2% sepanjang tempoh tersebut.\n\n\nSepanjang tempoh 2013 sehingga 2019, CAGR eksport telah mencatatkan sebanyak 7.3% kadar pertumbuhan tahunan. Pada tahun 2020, penularan wabak Covid-19 telah memberikan kesan penurunan pendapatan terhadap pasaran eksport dan import Malaysia. Pada tahun 2020, sebanyak 87 projek M&E telah diluluskan yang keseluruhannya bernilai RM 6.7 bilion.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nJumlah Import\n\n\nJumlah Eksport\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2013\n\n\nRM 54.57 bilion\n\n\nRM 27.07 bilion\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\nRM 69.64 bilion\n\n\nRM 41.60 bilion\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\nRM 69.69 bilion\n\n\nRM 39.37 bilion\n\n\n\n\n\n\n2020 (Januari - September)\n\n\nRM 44.04 bilion\n\n\nRM 28.82 bilion\n\n\n\n\n\n\n2021 ( Januari - September)\n\n\nRM 49.40 bilion\n\n\nRM 35.24 bilion\n\n\n\n\n\n\n\n\nPasaran global industri semikonduktor\n\n\nIndustri semikonduktor global dijangka akan terus berkembang apabila jumlah peranti E&E terus meningkat disebabkan penggunaan teknologi \nembedded\n semikonduktor. Evolusi teknologi berterusan secara tidak langsung menyumbang kepada pengenalan peranti elektronik baharu. Kesannya permintaan terhadap semikonduktor akan meningkat.\u00a0\n\n\nPrestasi industri instrumentasi secara global\n\n\nInstrumentasi merupakan peralatan ujian yang digunakan untuk mengukur, menganalisis, menguji dan merekod data elektrik. Peralatan yang menjana isyarat elektrik dan tindak balas digunakan untuk menguji sebarang kerosakan dan memastikan peranti yang diuji berfungsi dengan baik. Perubahan kecanggihan dalam segmen teknologi dan perindustrian adalah salah satu faktor industri instrumentasi semakin mendapat perhatian.\n\n\nPeralatan ujian dan pengukuran digunakan secara meluas untuk menguji prestasi dan kecacatan yang berlaku semasa pembuatan semikonduktor, barangan elektronik dan penyelenggaraan pesawat. Industri instrumentasi dijangka berkembang pesat memandangkan kemajuan dalam teknologi 5G dan Internet of Thing (IoT). Pada tahun 2020, industri ini merekodkan sebanyak USD 24.3 bilion. Ia dijangka meningkat CAGR sebanyak 3.7% daripada USD 26.0 bilion kepada USD 30.1 bilion.\n\n\nPrestasi industri aeroangkasa secara global\n\n\nTahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi industri aeroangkasa disebabkan kemerosotan permintaan penumpang dan penurunan trafik udara kapal terbang. Ia disebabkan faktor penularan wabak pandemik Covid-19. Kesannya, industri ini telah merosot daripada USD 342.4 bilion (2019) kepada USD 332.2 bilion (2020). Namun industri ini dijangka akan pulih semula dan berkembang pada CAGR 5.0% daripada USD 343.3 bilion (2021) kepada USD 417.3 bilion (2025).\n\n\nPersaingan\n\n\nBerdasarkan sumber dari MIDA, terdapat lebih 2000 pemain industri yang terlibat dalam segmen \nengineering supporting industry (ESI) \ndi Malaysia. Ia meliputi pemain industri dari syarikat domestik dan asing yang menubuhkan syarikat pembuatan di Malaysia.\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan Coraza telah disenaraikan dalam propektus berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri sama dengan Coraza. Gambar: IPO Propektus Coraza\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat berdasarkan propektus, perbandingan antara syarikat ini telah dipilih kepada beberapa buah syarikat seperti UWC, Alpha, Kobay, Frenchken dan Synturn. Kriteria ini dinilaikan adalah seperti:\n\n\n\n\nTerlibat dalam pengeluaran kepingan logam dan komponen mesin ketepatan.\n\n\nTerlibat dalam industri semikonduktor/ E&E serta pasaran pengguna akhir sains hayat dan teknologi perubatan\n\n\nMempunyai purata pendapatan tahunan antara RM 80 juta sehingga RM 250 juta.\n\n\n\n\nKriteria di atas digunakan untuk memilih pemain industri yang dianggap hampir serupa dengan Coraza dari segi pendapatan diterima, jenis produk dan aktiviti utama. Pada FYE 31 Disember Coraza mencatatkan pendapatan sebanyak RM 83.7 juta bersamaan 1.3% daripada junlah ESI di Malaysia sebanyak RM 6.23 bilion pada tahun 2020.\n\n\nJika dibandingkan syarikat yang telah tersenarai di Bursa Malaysia seperti \nKobay\n dan \nUWC\n, Coraza agak ketinggalan pada margin keuntungan selepas cukai. Berdasarkan laporan kewangan propektus 2020, Coraza mencatat nisbah PE sebanyak 19.0. Nisbah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan nisbah PE median \nsektor precision machining\n pada nisbah 33.0 iaitu salah satu sektor yang terlibat dalam perkhidmatan Coraza.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara keseluruhannya, nisbah PE syarikat Coraza (19.0) adalah lebih rendah jika dibandingkan pesaing lain seperti UWC (72.0) dan Kobay (63.7). Dana ini membolehkan Coraza mengembangkan pasaran lebih baik pada masa hadapan, tertakluk bagaimana cara keberkesanan dana ini diuruskan oleh pihak pengurusan.\n\n\nWalaupun negara menghadapi wabak pandemik covid-19 pada tahun 2020, pendapatan Coraza langsung tidak memberi sebarang kesan negatif pada laporan kewangan mereka. Syarikat ini terus mencatatkan pendapatan sebanyak RM 83.69 juta pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM 58.59 juta.\n\n\nDari sudut positifnya, pembinaan kilang baharu ini berupaya meningkatkan permintaan dan pengembangan kapasiti pengeluaran. Ia dijangka meningkatkan pengeluaran sebanyak 25% dalam tempoh 3 tahun. Fasa 1 pembinaan dijangka siap menjelang Februari 2023 dan memulakan operai menjelang Mac 2023.\n\n\nAntara risiko yang mungkin akan dihadapi Coraza adalah seperti kebanyakkan jualan eksport Coraza melibatkan kadar pertukaran USD. Kadar turun naik nilai pertukaran antara RM dan USD, tiada jaminan sekiranya ia tidak akan menjejaskan hasil dan pendapatan Coraza. Selain itu, majoriti pendapatan sekitar 70% yang diterima Coraza sepanjang FYE 2018 hingga FYE 2020 disumbang oleh 3 pelanggan utama mereka. Sekiranya berlaku penamatan kontrak ataupun pembatalan pesanan, ia akan memberi kesan kepada operasi serta prestasi kewangan Coraza.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/creador-private-equity-di-sebalik-mr-diy-ctos-dan-tealive", "title": "Creador - Private Equity di Sebalik Mr DIY, CTOS dan Tealive", "body": "\n\nCreador merupakan firma ekuiti persendirian \n(Private Equity) \nyang menumpukan dana pelaburan mereka pada sesebuah syarikat yang kukuh atau berpotensi untuk berkembang. Bentuk pelaburan ini dikenali sebagai \ncapital growth\n.\n\n\nCreador menumpukan pelaburan mereka pada pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara. Antara negara yang menjadi tumpuan Creador adalah Malaysia, Filipina, Singapura, India dan Sri Lanka.\n\n\nFaktor KDNK yang rendah namun sedang meningkat serta populasi golongan kelas menengah (M40) yang muda merupakan sebab firma ini memilih \npasaran negara-negara\n tersebut.\n\n\nApakah itu Private Equity?\n\n\nPrivate equity atau dikenali sebagai\n \nPE\n \nmerujuk kepada pemilikan ekuiti atau saham dalam sesebuah syarikat yang tidak diperdagangkan secara awam. Firma \nPublic Equity \nakan mengumpul dana pelaburan daripada pelabur tertentu contohnya dari individu berpendapatan tinggi\n (high-net-worth individual\n), dana institusi dan sebagainya.\n\n\nDana pelaburan ini juga merupakan alternatif modal pelaburan selain pinjaman bank, tetapi dengan cara syarikat tersebut menjual pegangan saham mereka kepada firma \nPrivate Equity\n.\n\n\nStrategi pelaburan dalam \nPrivate Equity \nadalah pelaburan dalam jangka masa panjang iaitu dalam tempoh 2 hingga 7 tahun. Firma \nPrivate Equity\n kebiasaannya akan melabur kepada syarikat-syarikat yang berpendapatan kukuh atau syarikat berpotensi yang memerlukan suntikan modal untuk berkembang lebih maju.\n\n\nSyarikat tersebut mengambil manfaat dari dana tersebut untuk mengembangkan syarikat dan perniagaan mereka, manakala firma \nPrivate Equity\n pula akan mendapat manfaat setelah capital dan ekuiti syarikat tersebut meningkat. Firma \nPrivate Equity\n akan menjual pegangan mereka setelah matlamat pelaburan tercapai.\n\n\nAntara firma \nPrivate Equity \ndi Malaysia adalah\u00a0Ekuinas, Xeraya capital, MTDC, Creador dan lain-lain.\n\n\nMengenai Creador\n\n\n\n\nCreador Sdn Bhd diasaskan oleh Brahmal Vasudevan pada tahun 2011. Bekas graduan lulusan Harvard Business School dan Imperial College ini, pernah menjadi Pengarah Urusan ChrysCapital iaitu sebuah firma ekuiti persendirian terkemuka di India. Selepas pulang ke Malaysia, beliau mengasaskan firma Creador ini.\n\n\nCreador menggariskan 4 pendekatan utama mereka untuk mencipta nilai superior dan mampan kepada rakan pelaburan mereka iaitu :\n\n\n\n\nFocused value creation\n\n\n\n\nCreador menumpukan pelaburan mereka kepada pasaran \nhigh-growth market \ndi Asia Selatan dan Asia Tengara. Pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang pasaran di rantau ini menjadi pemangkin mereka mencipta peluang nilai dalam pelaburan.\n\n\n\n\nLong-term Perspective\n\n\n\n\nCreador membuat pelaburan dengan mengkaji kitaran pasaran dari sudut pandang pelaburan jangka masa panjang serta mengoptimumkan \"\ntimeframe arbitrage\n\" dalam pelaburan mereka.\n\n\n\n\nStrategic Council\n\n\n\n\nPasukan Creador terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang peluang dan cabaran pasaran supaya potensi syarikat portfolio mereka tercapai.\n\n\n\n\nFull Alignment\n\n\n\n\nPasukan firma adalah sealiran dengan kepentingan jangka masa panjang pelabur mereka.\n\n\nCreador telah mengumpul sebanyak USD 1.5 billion (RM 6.2 billion) dari empat kali pungutan dana pelaburan. Tahun 2021 ini, Creador merancang untuk mengumpul dana pelaburan yang ke lima sebanyak \nUSD 600 juta\n\u00a0(RM 2.4 billion).\n\n\nRekod Cemerlang Pelaburan Creador\n\n\nFirma ini melabur dalam beberapa industri iaitu industri perkhidmatan kewangan, barangan pengguna, perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan, farmasi dan media. Mereka mensasarkan pelaburan dalam sektor yang mempunyai prospek pertumbuhan yang menguntungkan dan ada nilai tambah\n.\n\n\nAnand Narayan, Pengurus Creador di India di dalam \ntemu ramah beliau\n pada tahun 2018 menyatakan bahawa strategi pelaburan Creador adalah fleksibel dan mempunyai \npulangan capital yang cepat\n.\n\n\nPada dana kutipan yang pertama, mereka berjaya \nmemperoleh nilai capital\n sebanyak 110%, manakala dana kedua sebanyak 60% dan dana ketiga sebanyak 20%. Mereka juga mempunyai rekod perolehan nilai capital yang segera kepada pelabur iaitu dalam tempoh 2 atau 3 tahun.\n\n\nAntara syarikat-syarikat portfolio Creador yang berpangkal di Malaysia adalah BFI Finance, Big Pharmacy, Nipress, \nMR DIY Group\n, \nCTOS\n dan yang terbaru pada Jun 2021, LOOB Holding Sdn Bhd (pemilik jenama Tealive).\n\n\nPelaburan Terbaru Creador\n\n\nTealive merupakan pelaburan kedua Creador dalam industri makanan dan minuman (F&B) selepas OldTown White Coffee. Pada tahun 2012, Creador membeli 10% pegangan OldTown pada harga USD 15 juta dan memperoleh pulangan pelaburan 2 kali ganda dan Internal Rate of Return (IRR) sebanyak 101% selepas menjual pegangan tersebut \npada tahun berikutnya\n.\n\n\nCreador membeli 30% pegangan saham LOOB Holdings, terutamanya melihat pada\u00a0Tealive atas faktor :\n\n\n\n\nPasaran \nmade-to-order \nteh yang berkembang sebanyak 20% dalam beberapa tahun terakhir ini.\n\n\nMeskipun dalam tahun krisis pandemik ini, hasil pendapatan LOOB adalah sebanyak RM 307 juta, pendapatan bersih pula RM 58 juta. Kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) selama tiga tahun mereka adalah sebanyak 56% manakala CAGR pendapatan bersih adalah sebanyak 180%.\n\n\nTealive sedang merancang memperbanyakkan cawangan mereka sehingga 1000 dalam tempoh tiga tahun akan datang.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMinuman \nmade-to-order tea\n kini menjadi gaya hidup moden rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nApa yang boleh dipelajari ?\n\n\nStrategi melabur dalam jangka masa panjang memerlukan kajian yang menyeluruh bukan hanya pada kewangan syarikat sahaja tetapi juga kajian tentang kitaran pasaran, pasaran global dan faktor-faktor lain.\n\n\nWalaupun pelaburan strategi jangka masa panjang agak rumit dan perlu kajian yang terperinci tetapi strategi sebegini kurang risiko dan kita juga akan dapat \nmengurus emosi\n dengan baik dengan cara ini.\n\n\nOleh itu, ilmu tentang asas kewangan sesebuah syarikat,\n fundamental analysis\n contohnya merupakan ilmu yang penting dalam strategi pelaburan jangka panjang. Untuk melengkapkan diri dengan ilmu tersebut boleh belajar di \niSaham classroom\n dan membaca \nblog iSaham\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/dana-ipo-optimax-untuk-mengembangkan-rangkaian-perniagaan", "title": "Dana IPO Optimax untuk Mengembangkan Rangkaian Perniagaan", "body": "1. Butiran IPO\n\n\nPermohonan IPO untuk Optimax Holdings Berhad telah pun dibuka dengan butiran di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.30\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n15 Julai 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n4 Ogos, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n6 Ogos 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n14 Ogos 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n18 Ogos 2020\n\n\n\n\n2. Asal penubuhan Optimax\n\n\n\n\n\n\nGambar: Optimax\n\n\n\n\nOptimax telah pun memulakan perniagaan sejak tahun 1995 di bawah nama Precious Premier Sdn Bhd. Kini, syarikat bertukar nama kepada Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd (OESD). Rangkaian OESD kini adalah sebanyak 13 pusat perubatan pakar di Malaysia yang terdiri daripada 1 hospital pakar di George Town, 1 klinik pakar di Seremban dan 11 pusat jagaan.\n\n\n3. Peristiwa penting dan pencapaian syarikat\n\n\n\n\n1995\n\n\nPenubuhan Optimax ketika ini dikenali sebagai Precious Premier Sdn Bhd (kini OESC). Mereka beroperasi sebagai pakar mata menggunakan trademark Optimax dari Optimax International Limited, UK\n\n\n2001\n\n\nPengambilalihan 51% ekuiti OESC dari Dato\u2019 Tan Boon Hock dan Datin Lim Sho Hoo oleh syarikat tersenarai, \nMitrajaya Holdings Berhad\n\n\n2006\n\n\nMula menawarkan pembedahan katarak mata\n\n\n2008\n\n\nMula berkembang ke Malaysia Timur dengan penapakan di Kuching\n\n\n2010\n\n\nPemberian hak dari Optimax International Limited (UK) kepada OESC dalam rantau Asia Tenggara di bawah nama Dato\u2019 Tan Boon Hock\n\n\n2016\n\n\nPengambilalihan pegangan ekuiti Mitrajaya Holdings Berhad dalam OESC sebanyak 51% oleh Optimax Healthcare Services Sdn Bhd (kini Sena Healthcare Services)\n\n\n2020\n\n\nPelepasan hak pegangan ke atas trademark \u201cOptimax\u201d dari Dato\u2019 Tan Boon Hock untuk diberikan sepenuhnya kepada OESC\n\n\n\n\n4. Ringkasan bisnes\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 81 juta apabila tersenarai\n\n\nPE ratio pada 10.34 untuk tahun kewangan 2018\n\n\nBeroperasi di Taman Tun Dr Ismail, KL\n\n\nSyarikat pakar mata\n\n\nJualan berdasarkan geografi\r\n\n\n\nMalaysia Utara- RM 10.34 juta (16.51%)\n\n\nMalaycia Tengah - RM 37.42 juta (59.76%)\n\n\nMalaysia Selatan - RM 11.92 juta (19.05%)\n\n\nMalaysia Timur - RM 2.93 juta (4.68%)\n\n\n\n\n\n\nSyarikat dinilai patuh syariah oleh Elzar Shariah\n\n\n\n\n\n\nNew and coming IPO Interim Status.\r\n\r\nNEW IPO (OPTIMAX) INTERIM SHARIAH STATUS \r\n\r\nSalam & Dear All,\r\n\r\nWe have conducted the...\nPosted by \nDr. Zaharuddin Abd Rahman\n on\u00a0\nWednesday, 15 July 2020\n\n\n\n\n4. Perkhidmatan yang ditawarkan Optimax\n\n\n\n\na. Pembedahan pembiasan\r\n\nSegmen pembedahan pembiasan atau refractive surgery adalah penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Optimax sejak tahun 2018. Perkhidmatan ini melibatkan pembedahan untuk membetulkan kedudukan fokus pada mata. Dalam erti kata lain, ia bertujuan membetulkan masalah rabun mata. Antara prosedur yang terlibat ialah pembetulan penglihatan yang melibatkan penggunaan laser (seperti LASIK) dan juga implan lens di mata. Rekod bilangan pembedahan untuk segmen ini menunjukkan bilangan yang meningkat, seperti yang boleh dilihat di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBilangan Prosedur Pembetulan\n\n\n2016\n\n\n2017\n\n\n2018\n\n\n2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaser\n\n\n2,803\n\n\n3,106\n\n\n3,136\n\n\n3,890\n\n\n\n\n\n\nImplan\n\n\n39\n\n\n160\n\n\n102\n\n\n105\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Optimax\n\n\n\n\nb. Rawatan penyakit mata\r\n\nSegmen ini adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan Optimax. Kebanyakan penyakit mata yang dirawat ialah katarak yang melibatkan pembedahan mata. Selain katarak, terdapat juga rawatan dari segi perubatan dan tidak melibatkan pembedahan. Secara umumnya, bilangan pembedahan katarak dan rawatan mata lain menunjukkan peningkatan dari 2016 ke 2019.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Rawatan\n\n\n2016\n\n\n2017\n\n\n2018\n\n\n2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembedahan Katarak (Bilangan)\n\n\n1,537\n\n\n1,911\n\n\n3,457\n\n\n4,136\n\n\n\n\n\n\nPembedahan Katarak (% pendapatan)\n\n\n25.84\n\n\n28.26\n\n\n34.92\n\n\n34.18\n\n\n\n\n\n\nRawatan Mata Lain (% pendapatan)\n\n\n3.18\n\n\n4.47\n\n\n7.11\n\n\n8.50\n\n\n\n\n\n\n\n\nc. Lain-lain perkhidmatan\r\n\nKhidmat rundingan (consultation) adalah khidmat yang agak mudah untuk difahami. Khidmat ini ada yang diikuti dengan preskripsi ubatan yang sesuai untuk rawatan lanjut. Rawatan oculoplastic adalah pembedahan di keliling mata untuk membetulkan fungsi atau tujuan kosmetik. Setakat ini, hanya tiga pakar mata Optimax yang menjalankan prosedur ini.\n\n\nPerkhidmatan lain yang berkaitan di Optimax adalah termasuk pemeriksaan mata, jualan cermin mata, ubat-ubatan dan prosedur lain seperti Ortho-K dan Botox.\n\n\n5. Kesan COVID-19 terhadap operasi Optimax\n\n\nKetika PKP dilaksanakan, Optimax tergolong dalam perkhidmatan penting (essential services). Oleh itu, Optimax dibolehkan untuk beroperasi. Namun, seperti mana-mana kegiatan ekonomi lain, Optimax mengambil langkah untuk menjaga penjarakan sosial seperti digariskan oleh KKM.\n\n\nSewaktu PKP, Optimax menerima bilangan pesakit yang lebih rendah. Ini juga adalah disebabkan nasihat dari mereka sendiri kepada pesakit untuk menjadualkan semula pembedahan. Ketika PKPB pula, Optimax mula beroperasi seperti biasa, dengan SOP penjarakan sosial digariskan oleh KKM.\n\n\nDari segi rantaian bekalan, Optimax tidak menghadapi apa-apa gangguan, kekurangan atau kelewatan bekalan dalam tempoh PKP. Optimax juga tidak mengurangkan pekerja atau gaji pekerja, dan harga untuk perkhidmatan mereka juga tidak diubah.\n\n\n6. Prestasi Bisnes\n\n\nPrestasi kewangan Optimax adalah sangat bagus. Kita dapat lihat kenaikan pendapatan setiap tahun. Pendapatan sebanyak RM 30.0 juta meningkat secara konsisten setiap tahun ke angka RM 62.6 juta pada tahun 2019. Margin keuntungan syarikat pula adalah cukup bagus iaitu antara 10% hingga 20%.\n\n\n\n\n7. Analisis Bisnes\n\n\nSalah satu penanda (indicator) permintaan untuk pakar mata boleh dilihat pada bilangan pembedahan katarak yang berdaftar. Lebih dari 95% pembedahan katarak pula melibatkan warga berumur 50 tahun ke atas. Maka kita boleh andaikan golongan ini sebagai tumpuan pelanggan utama untuk Optimax. Pelbagai data yang kita boleh lihat, antaranya bilangan pembedahan katarak, populasi warga berumur 50 ke atas, pendapatan per kapita, dan peningkatan dalam healthcare tourism.\n\n\n\n\n\n\n\n\nData\n\n\n% CAGR (Tahun tumpuan)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembedahan katarak berdaftar\n\n\n4.9 (2016 - 2018)\n\n\n\n\n\n\nPopulasi berumur 50 ke atas\n\n\n3.2 (2015 - 2018)\n\n\n\n\n\n\nPendapatan per kapita\n\n\n4.0 (2017 - 2019)\n\n\n\n\n\n\nPendapatan healtcare tourism\n\n\n15.6 (2016 - 2018)\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdapat pelbagai saham yang tersenarai dalam sektor rawatan kesihatan di Bursa Malaysia. Namun, rawatan dalam perubatan ini boleh melibatkan pelbagai disiplin. Optimax pula hanya menumpukan disiplin rawatan mata. Maka, kita tak dapat bandingkan Optimax dengan saham-saham tersenarai ini secara adil.\n\n\n8. Penggunaan Dana IPO\n\n\nOptimax akan mengumpul dana sejumlah RM 21 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (RM Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n10.35\n\n\n49.31\n\n\n\n\n\n\nBayaran pinjaman\n\n\n3.52\n\n\n16.76\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n3.53\n\n\n16.79\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan IPO\n\n\n3.60\n\n\n17.14\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n21.00\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nLebih daripada separuh dari perbelanjaan modal akan disalurkan ke operasi di Seremban. Modal ini akan digunakan untuk pembelian bangunan dan peralatan di cawangan tersebut. Separuh lagi akan digunakan untuk pembelian peralatan dan perkakasan untuk keseluruhan pusat rawatan pakar Optimax yang sedia ada.\n\n\n9. Kesimpulan\n\n\niSaham berikan skor 4/4 kepada IPO Optimax. Setakat laporan kewangan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Optimax, kita dapat lihat prestasi yang baik. Namun, kita tak dapat jangka kesan ekonomi daripada wabak COVID-19 kepada syarikat ini. Pun begitu, Optimax menyatakan bahawa rantai bekalan mereka berjalan seperti biasa. Maka ia adalah satu pernyataan yang positif."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/dana-ipo-spring-art-holdings-berhad-untuk-bina-kilang-baru", "title": "Dana IPO Spring Art Holdings Berhad untuk Bina Kilang Baru", "body": "Pada 16 Oktober lalu, IPO untuk Spring Art Holdings Berhad telah diumumkan. Permohonan saham ini melalui MITI juga dah diumumkan. IPO ini akan disenaraikan dalam pasaran ACE pada butiran di bawah:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n16 Oktober 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n24 Oktober 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n31 Oktober 2019\n\n\nAgihan saham:\n\n\n6 November 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n8 November 2019\n\n\n\n\n\n\nSyarikat berteraskan eksport perabot\n\n\nSpring Art bermula pada tahun 1996 oleh pengarah Jack Lim dan Yvonne Kwan. Sebelum penubuhan syarikat ini, Jack Lim mula terlibat dalam perniagaan menjual komputer peribadi kepada pekedai runcit. Aktiviti ini ditambah dengan penjualan meja komputed kepada pembeli. Pada tahun 1996, Spring Art ditubuhkan dengan Yvonne Kwan sebagai rakan kongsi. Mereka berjual beli dan mengedarkan meja komputer sedia untuk dipasang kepada pekedai di kawasan Muar. Sejarah syarikat ini boleh dirumuskan seperti di bawah:\n\n\n\n\n1996\n\n\nPenubuhan Spring Art Marketing Sdn Bhd\n\n\n1997\n\n\nPengeluaran meja komputer dari kilang sendiri\n\n\n1998\n\n\nMenyertai Index Exhibition di Dubai, UAE dan mula eksport ke Timur Tengah\n\n\n1999\n\n\nNama Spring Art Marketing ditukar kepada Spring Art Industries\n\n\n\u00a0\n\n\nMula mengedar ke Jepun, Eropah dan India\n\n\n2000\n\n\nPengembangan pengeluaran perabot dengan pengambilalihan Kejora Bitara Sdn Bhd yang memiliki Tanah 1\n\n\n2005\n\n\nMeluaskan barisan produk kepada perabot pejabat\n\n\n2008\n\n\nMeluaskan barisan produk kepada perabot bilik dan rumah\n\n\n2009\n\n\nPembelian Tanah 2 dengan perancangan meluaskan barisan produk\n\n\n2010\n\n\nMengedar ke USA dan Canada melalui Malaysian International Furniture Fair\n\n\n2013\n\n\nMembangunkan kilang di Tanah 2 untuk pasaran India dan Timur Tengah\n\n\n2018\n\n\nPembelian Tanah 3 dengan perancangan untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah\n\n\n\n\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 103.9 juta\n\n\nPE ratio pada 16.67 untuk tahun kewangan 2018\n\n\nBeroperasi di Muar, Johor\n\n\nPengeluar dan pengedar barangan perabot\n\n\nJualan berdasarkan geografi (RM 50.38 juta - FYE 2018)\r\n\t\n\n\nAsia Pasifik - 41.1%\n\n\nTimur Tengah - 50.4%\n\n\nAmerika Utara - 4.6%\n\n\nLain-lain - 3.9%\n\n\n\n\n\n\nSyarikat dinilai patuh syariah oleh BIMB Securities\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nSpring Arts mencatatkan pendapatan yang meningkat setiap tahun dari RM 36.4 juta pada tahun 2015 hingga RM 50.4 juta ketika laporan kewangan terbaru 2018 dikeluarkan. Keuntungan selepas cukai meningkat dari tahun 2015 ke 2017 pada RM 7.86 juta, namun menurun pada laporan terbaru 2018 pada RM 6.23 juta. Ini adalah satu perkara yang menjadi kekurangan untuk IPO ini memandangkan PE ratio pada angka 16.67 menunjukkan harga saham ini lebih mahal berbanding pesaing yang lain.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nSolarvest akan mengumpul dana sejumlah RM 34.6 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nNilai [RM juta]\n\n\nPeratus [%]\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermesinan untuk kilang\n\n\n17.55\n\n\n71.9\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n3.67\n\n\n15.0\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan IPO\n\n\n3.2\n\n\n13.1\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang boleh dilihat dari jadual di atas, Spring Arts meletakkan banyak peruntukan kepada pembinaan Kilang C untuk pengeluaran yang lebih banyak.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKami berikan skor kepada IPO Spring Art ini sebanyak 2/4. IPO ini dilihat tak begitu merangsangkan terutamanya apabila melihat pada PE ratio yang agak tinggi dan keuntungan yang lebih kecil walaupun terdapat peningkatan jualan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/daythree-dana-ipo-untuk-keperluan-modal-kerja", "title": "Daythree - Dana IPO untuk Keperluan Modal Kerja", "body": "\n\nButiran IPO syarikat Daythree\n\n\n\n\nLatar belakang perniagaan syarikat\n\n\nSyarikat Daythree Digital Berhad merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan global (GBS) yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan pengurusan pengalaman pelanggan (CX) melalui alatan digital yang dibangunkan oleh syarikat mereka sendiri iaitu DAISY, FAITH dan SAIGE. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti perkhidmatan pelanggan, pengurusan penerimaan dan pemprosesan transaksi. Sebagai penyedia GBS, Daythree turut menyediakan perkhidmatan di luar fungsi transaksi tradisional dan memberikan nilai fungsi yang tinggi seperti perundingan dan analitik perniagaan.\u00a0\n\n\nSetakat 31 Mei 2023, Daythree telah mempunyai 22 pelanggan dalam pelbagai segmen. Model perniagaan syarikat Daythree adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPeralatan digital berasaskan AI\n\n\nSelaras dengan kemajuan teknologi baru seperti Automasi Proses Robotik (RPA) dan kecerdasan buatan (AI), syarikat Daythree telah membangunkan tiga peralatan digital iaitu DAISY, FAITH dan SAIGE yang dibangunkan secara khusus untuk mengoptimumkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan prestasi operasi pelanggan mereka. DAISY merupakan alatan digital yang membantu untuk mengendalikan interaksi pelanggan dengan lebih cekap manakala SAIGE merupakan platform analitik data dan pelaporan terintegrasi yang mengumpulkan data interaksi pelanggan untuk tujuan analisa dan penambahbaikan.\u00a0FAITH pula merupakan aplikasi yang digunakan untuk tujuan sumber kemanusiaan.\u00a0\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\nSecara keseluruhan, syarikat Daythree menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan yang positif dari tahun kewangan 2019 hingga 2022. Pendapatan utama syarikat diperoleh melalui perkhidmatan GBS.\u00a0\n\n\n\n\nBerdasarkan segmen pelanggan, pelanggan daripada segmen tenaga dan utiliti, dan telekomunikasi dan media merupakan pelanggan yang masing-masing menyumbang sebanyak 48.9% dan 23.4% kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2022, diikuti dengan pelanggan daripada segmen teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan, pembinaaan dan lain-lain.\u00a0\n\n\n\n\nPendapatan syarikat dikira berdasarkan kontrak-kontrak dengan pelanggan. Model harga yang digunakan terdiri daripada model berdasarkan transaksi, model setara masa penuh (FTE) dan model jam produktif.\u00a0\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nSyarikat Daythree mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan syarikat. Daripada lima pelanggan ini, syarikat Daythree mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pelanggan G, E dan F. Jumlah pendapatan daripada pelanggan G, E dan F adalah yang tertinggi dengan sumbangan terkini sebanyak 29.0%, 19.9% dan 18.4% pada tahun kewangan 2022. Berdasarkan maklumat prospektus, pelanggan G merupakan syarikat yang tersenarai di pasaran Utama Bursa Malaysia.\u00a0\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nMelalui dana IPO yang diperoleh, Daythree merancang untuk menggunakan dana bagi mengembangkan dan mengubahsuai ruang kerja yang akan digunakan untuk pelbagai kemudahan. Selain itu, dana IPO juga akan digunakan untuk merekrut pakar industri, perbelanjaan modal IT dan lain-lain lagi.\u00a0\n\n\n\n\nAktiviti D&D yang berterusan\n\n\nDaythree komited menjalankan aktiviti reka bentuk dan pembangunan (D&D) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan pengurusan pelanggan. Aktiviti D&D yang sedang diusahakan oleh mereka adalah integrasi sistem pengenalan digital yang didayakan oleh perisian \nblockchain\u00a0\nke dalam alatan digital sedia ada, diikuti dengan penggunaan pengenalan digital dalam kelulusan transaksi.\n\n\nSelain itu, mereka juga sedang membangunkan bot penyelia yang akan melakukan pemantauan secara \nreal-time\u00a0\ntanpa memerlukan pemantauan manusia.\u00a0\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nDengan kelebihan tenaga kerja yang menjadi aset utama syarikat, Daythree memberi fokus yang tinggi terhadap pembangunan modal kemanusiaan untuk menghasilkan pengalaman pelanggan yang berkualiti tinggi. Hal ini boleh dilihat menerusi bilangan eksekutif CX yang meningkat sepanjang tahun kewangan.\u00a0\n\n\n\n\nMelalui keupayaan teknologi terkini, alatan digital yang dibangunkan oleh Daythree dapat meningkatkan pengurusan dalam pengalaman pelanggan. Dengan alatan digital ini, Daythree berjaya mengembangkan pangkalan pelanggan mereka dalam pelbagai industri dan segmen seperti segmen tenaga dan utiliti yang memberi pendapatan yang signifikan kepada syarikat.\u00a0\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nSyarikat Daythree mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap tiga pelanggan utama yang menyumbang kepada pendapatan syarikat. Sifat perniagaan syarikat dijalankan berdasarkan kontrak perjanjian yang mempunyai tempoh sekitar satu hingga tiga tahun. Oleh itu, prestasi kewangan syarikat boleh terjejas jika syarikat kehilangan salah satu atau pelanggan utama tanpa mendapatkan pelanggan baru dengan segera. Daythree juga amat bergantung kepada pekerja mereka yang mempunyai pengalaman yang tinggi dalam menyokong operasi perniagaan mereka dalam perkhidmatan pengalaman pelanggan.\u00a0\n\n\nPerbincangan\n\n\nSyarikat Daythree merupakan syarikat yang berkembang dalam industri GBS dengan memberi fokus terhadap pengurusan pengalaman pelanggan melalui alatan digital yang dibangunkan sendiri oleh mereka. Syarikat ini mencatatkan prestasi kewangan yang positif, dengan pendapatan utama daripada segmen pelanggan yang datang dari industri tenaga dan utiliti.\u00a0\n\n\nDaythree juga merancang untuk mengembangkan ruang kerja dan merekrut pakar industri melalui dana yang diperoleh. Syarikat ini juga aktif dalam aktiviti D&D untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pengalaman pelanggan. Walaupun begitu, syarikat Daythree mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap tiga pelanggan utama dan pekerja mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan operasi perkhidmatan pelanggan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/dead-cat-bounce-perangkap-kenaikan-sementara", "title": "Dead Cat Bounce - Perangkap Kenaikan Sementara", "body": "Istilah Dead Cat Bounce\n\n\nDead cat bounce (DCB) adalah satu istilah dalam pelaburan saham yang bermaksud lantunan sementara harga saham atau pasaran yang sedang menurun dan disusuli dengan sambungan pergerakan menurun.\n\n\n\n\nDalam erti kata lain, saham atau pasaran yang menurun dan mencuba untuk naik, tapi kenaikan itu tak pergi jauh. Kenaikan harga saham tidak dapat berkekalan dan selalunya tidak membentuk \"higher high higher low\" pun.\n\n\nIa dipanggil dead cat bounce atau kucing mati melantun kerana seekor kucing yang mati pun akan melantun apabila ia jatuh teruk.\n\n\nBahaya DCB\n\n\nFenomena DCB ini merupakan amaran besar kepada mereka yang suka \"bottom fishing\" dan tidak menunggu \"uptrend confirmation\" terlebih dahulu.\n\n\n\n\nPedagang yang merasakan kenaikan ini adalah bentuk reversal mungkin akan beli ketika harga telah naik. Namun, sebenarnya ia bersifat sementara dan harga boleh jatuh lebih rendah dari harga semasa. Selalunya, mereka yang tersangkut dalam situasi ini takut terlepas peluang kalau tidak dapat lagi beli pada harga murah selepas ini. Sebenarnya, lebih elok berjaga-jaga ketika pasaran sedang jatuh merudum.\n\n\nDCB banyak berlaku pada sektor/industri yang lebih berisiko seperti sektor teknologi & small cap dan kurang berlaku pada sektor yang kurang berisiko seperti makanan & utilities. Jadi, kalau nk beli saham dalam sektor lebih berisiko, lebih baik tunggu uptrend confirmation terlebih dahulu.\n\n\nMengenal pasti DCB\n\n\nPergerakan ini pada mulanya kelihatan seperti pembalikan corak pergerakan saham. Namun, ia akan terus disusuli dengan pergerakan saham menurun. Jika melihat secara keseluruhan, saham masih bergerak dalam pergerakan menurun atau downtrend.\n\n\nDalam keadaan pasaran yang menurun, anggapan yang mudah adalah pergerakan kenaikan yang berlaku hanyalah DCB. Namun, boleh jadi anggapan ini salah dan pasaran sememangnya sedang membuat pergerakan reversal. Maka, kita belum dapat mengenal pasti dengan sepenuhnya sekiranya saham atau sesebuah pasaran mengalami DCB. Kalau dapat kenal pasti, memang dah kaya pun orang tu.\n\n\nBagaimana nak menghadapi DCB\n\n\nDalam keadaan pasaran yang menurun, pedagang perlu lebih berhati-hati dan tegas dengan trading plan yang dirancang. Keadaan pasaran yang tak menentu juga mencadangkan bahawa pelaburan jangka masa pendek adalah lebih selamat.\n\n\n\n\nPeluang untuk mendapatkan keuntungan masih ada. Contohnya, pedagang short-term akan mengambil peluang ini untuk mengaut saham dalam jangka masa pendek. Ada sebab pedagang ini hanya mengambil posisi short-term. Antaranya adalah sentiment keseluruhan terhadap pasaran masih belum positif."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/dividen-kwsp-ada-tier-siapa-untung-siapa-rugi", "title": "Cadangan Dividen KWSP ada Tier Siapa Untung Siapa Rugi?", "body": "Kadangkala kedengaran bahawa yang kaya bertambah kaya kerana dividen KWSP sesetengah pencarum dari segi jumlah kumulatif jauh lebih tinggi dari pencarum yang mempunyai simpanan yang sedikit. Ini bermakna dividen atas modal sesetengah pencarum jauh lebih tinggi, manakala selebihnya sedikit sahaja.\n\n\nStatistik menceritakan segalanya.\n\n\nKWSP ada 14 juta ahli. 7 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari 50,000 ringgit. Tetapi, pada masa yang sama ada 39,000 ahli yang mempunyai caruman lebih RM 1 juta.\n\n\n\n\nHal ini menyebabkan timbul cadangan untuk memberikan kadar dividen dari segi % lebih tinggi kepada pencarum yang mempunyai jumlah simpanan yang rendah.\n\n\nContohnya, untuk 50,000 ringgit diberikan 10% manakala yang mempunyai 1 juta ringgit diberikan 1% sahaja.\n\n\nCadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi kerana walaupun berfungsi seperti progressive tax iaitu (orang kaya dapat kurang dari segi %) berbanding rakyat biasa, Malaysia nampaknya belum bersedia untuk menjadi seperti negara Skandinavia. Penulis mengatakan sedemikian kerana ada pencarum jutawan KWSP yang membantah dan mengatakan ini satu kerugian kepada EPF kerana mereka akan alih duit mereka ke tempat lain yang memberi pulangan lebih tinggi.\n\n\nTidak mengapalah, pokoknya, rakyat biasa atau kurang berkemampuan stand to gain dari polisi baru ini dan rakyat yang kaya sudah mula risau kerana pulangan lumayan 5% per year on 1 million mereka nampaknya dalam bahaya.\n\n\nItu pun kalau polisi baharu ini diluluskan.\n\n\nSama-sama kita nantikan.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttps://www.theedgemarkets.com/article/varied-response-epf-implementing-tiered-dividends\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/do-mencerahkan-automotif-dengan-pencahayaan-led", "title": "D&O Mencerahkan Automotif dengan Pencahayaan LED", "body": "D&O\n merupakan sebuah syarikat pengeluar LED yang mempunyai kedudukan yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa. Pada satu ketika, mereka mengeluarkan produk LED yang juga meliputi segmen pencahayaan umum (general lighting) dan barangan elektronik pengguna (consumer electronics). Namun, syarikat telah beralih dari segmen persaingan tinggi itu, dan kini menumpukan sepenuhnya pada produk utama mereka sekarang, LED automotif. Sejak peralihan tersebut, kita boleh lihat prestasi yang semakin baik pada syarikat.\n\n\n\n\nKerja Design In semakin banyak\n\n\nBagi D&O, Penunjuk Prestasi Utama atau KPI yang dapat berikan mereka petunjuk awal ke hadapan adalah proses yang disebut sebagai Design In. Proses ini merujuk kepada proses reka bentuk yang dijalankan bersama antara team D&O dengan pelanggan mereka untuk menepati spesifikasi dan citarasa yang dikehendaki. Dalam AGM terbaru, CEO, Tay Kheng Chiong menunjukkan proses Design In yang semakin banyak berjalan pada tahun ini berbanding tahun lepas, dengan angka 179 untuk Januari hingga April tahun ini berbanding 144 dalam tempoh yang sama tahun lepas.\n\n\nDengan petunjuk ini, boleh dijangka bahawa jualan syarikat akan bertambah sekiranya tiada apa-apa masalah pada Design In. Proses Design In ini juga diterima melalui pejabat D&O di luar negara seperti di China, Taiwan, Korea, Jepun, India, Eropah dan USA. Bila sebut pasal negara-negara ini, mungkin ramai yang boleh bayangkan jenama automotif yang ada di negara tersebut.\n\n\n\n\n\n\nJenis pembekal dalam industri LED automotif. Gambar: ISELED\n\n\n\n\n\n\nD&O sememangnya mempunyai rangkaian pelanggan yang luas di seluruh dunia. Malah, mereka juga merupakan antara pemain industri LED automotif terbesar di peringkat antarabangsa, menyaingi syarikat besar seperti Osram, Nichia, Lumileds, Seoul Semi, Samsung dan sebagainya.\n\n\nPerubahan komponen semikonduktor automotif\n\n\nIndustri automotif kini semakin beralih dari menggunakan kabel atau wayar. Penggunaan wayar yang berkurang ini dapat mengurangkan berat pada kenderaan automotif. Dari segi komponen semikonduktor pula, semakin banyak ciri yang canggih ditambah. Antaranya, kita dapat lihat autonomous vehicle iaitu kenderaan pandu sendiri yang dilengkapi pelbagai sensor dan juga boleh dihubungkan dengan internet, membolehkan pelbagai kawalan dari jauh.\n\n\n\n\n\n\nSenarai produk tawaran D&O. Gambar: D&O\n\n\n\n\n\n\nPerubahan juga berlaku dari sudut pencahayaan kereta. Ada yang bersifat estetik, ada yang mempunyai fungsi penting. Namun secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kemungkinan rekabentuk pencahayaan yang boleh diterokai oleh syarikat dan juga industri automotif secara umumnya untuk menyambar bahagian pasaran yang lebih besar. Kepelbagaian kemungkinan dalam pencahayaan ini dihuraikan lebih lanjut oleh CEO dalam AGM baru-baru ini.\n\n\nInovasi pencahayaan automotif\n\n\nDalam AGM, Tay menyebut pelbagai inovasi yang sedang ataupun akan dialami oleh pasaran industri dalam bidang pencahayaan automotif. Inovasi ini kebanyakannya melibatkan penggunaan LED yang lebih banyak untuk kereta sama ada sebagai pencahayaan dalaman dan juga luaran. Pemain industri automotif berlumba-lumba untuk membawa suatu konsep yang turut meliputi pencahayaan kereta untuk menarik minat pengguna. Contoh-contoh inovasi ini akan disebut secara ringkas di bawah:\n\n\n1. Permukaan hiasan bercahaya\n\n\n\n\n\n\nGambar: DesignLED\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Smart LED akan membawa lebih banyak lampu LED dengan warna yang boleh diubah suai. Ini membolehkan sesebuah permukaan dihiaskan dengan cahaya. Dengan penggunaan LED yang lebih banyak juga, potensi pendapatan syarikat pembuat LED akan menjadi semakin besar.\n\n\n2. Pencahayaan dalaman diperibadikan\n\n\n\n\n\n\nGambar: ISELED\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Smart LED yang mempunyai pencahayaan yang lebih dinamik boleh menawarkan lebih banyak pengubahsuaian lampu dalaman. Pencahayaan boleh mendatangkan mood atau suasana tertentu mengikut cahaya yang digunakan. Ini memberikan satu ciri \npersonalization\n kepada pemilik kereta.\n\n\n3. Lampu sebagai identiti jenama\n\n\n\n\n\n\nGambar: Rolls Royce\n\n\n\n\n\n\nDengan landskap industri automotif yang kompetitif, pelbagai penerokaan yang boleh dibuat untuk menarik minat pengguna kereta. Aspek pencahayaan tidak terkecuali daripada menjadi titik jualan pengeluar kereta. Lampu boleh dijadikan sebuah identiti sama ada untuk bahagian dalaman mahupun luaran kereta.\n\n\n4. Lampu ketibaan dan keberangkatan\n\n\n\n\n\n\nGambar: Volkswagen\n\n\n\n\n\n\nDengan teknologi sensor yang semakin canggih, kereta boleh mengesan sekiranya pemilik kereta menghampiri kereta. Dalam inovasi lampu ketibaan atau \nwelcome lighting\n, lampu akan menyala untuk menyambut ketibaan pemilik mereka. Sebaliknya juga boleh dibuat untuk \nfarewell\n atau kepergian pemilik mereka yang keluar dari kereta.\n\n\nD&O akan terus berdaya saing\n\n\nTay sambung berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang beliau rasakan menjadi kelebihan syarikat di masa akan datang. Mereka berurusan secara langsung dengan pelanggan, tidak seperti kebanyakan syarikat di Malaysia yang selalunya berurusan dengan pihak perantara kepada pelanggan akhir. Mereka juga merupakan pengeluar OBM iaitu Original Brand Manufacturer yang mana produk mereka mempunyai jenama sendiri berbanding kebanyakan syarikat teknologi di Malaysia yang merupakan pengeluar OEM.\n\n\nDari sudut industri pula, ada empat sebab utama yang memberikan mereka kelebihan dalam industri ini. Pertamanya, seperti yang disebut, proses Design In semakin bertambah. Ini menunjukkan semakin banyak minat syarikat automotif untuk mengeluarkan rekaan baru model kereta mereka. Jenama EV kini lebih banyak menyebut tentang model baru berbanding enjin baru.\n\n\n\n\n\n\nGambar: ISELED\n\n\n\n\n\n\nPerubahan teknologi dalam kereta juga membawa lebih banyak kegunaan Smart LED yang boleh memberi kelebihan kepada industri LED automotif. Jenama-jenama EV juga sedang berlumba untuk keluarkan model baru untuk meraih bahagian pasaran yang lebih besar. Penggunaan LED juga semakin banyak yang turut disumbangkan dengan penggunaan panel media skrin LED yang lebih meluas dari automotif peringkat premium sehinggalah peringkat murah sekalipun.\n\n\nKesimpulan\n\n\nBanyak lagi yang dikongsikan oleh CEO Tay Kheng Chiong dari sesi AGM baru-baru ini. Kebanyakannya menunjukkan bahawa beliau yakin dengan apa yang mampu dicapai oleh syarikat. Syarikat juga akan membuka kilang baru pada separuh pertama tahun hadapan. Sebagai pelabur, anda boleh turut merasa yakin sekiranya anda percaya dengan kebolehan syarikat.\n\n\nNamun dalam dunia perniagaan ini, semua pendahulu pasaran ingin mengekalkan kedudukan atau mendahului pasaran dengan lebih banyak. Maka, industri ini masih tidak lari dari persaingan oleh syarikat-syarikat besar seluruh dunia. Jika bercakap tentang industri LED, pesaing ini antaranya disebut di atas tadi iaitu Osram, Lumileds, Nichia dan sebagainya. Pun begitu, apa yang dikongsikan oleh Tay sebagai pakar industri sememangnya menunjukkan pelbagai perkembangan positif yang dilalui dalam industri ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ds-sigma-dana-ipo-untuk-perolehan-jentera-dan-kilang", "title": "DS Sigma - Dana IPO untuk Perolehan Jentera dan Kilang Baharu", "body": "\n\nDS Sigma terlibat dalam pembuatan produk pembungkusan kertas beralun termasuk karton, perlindungan bungkusan dan palet kertas, termasuk perlindungan bungkusan yang tidak berasaskan kertas seperti plastik, foam dan produk berasaskan getah.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.55\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDisahkan syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 264 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.56\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n21 Disember 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n27 Disember 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n6 Januari 2023\n\n\n\n\nPerniagaan DS Sigma\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan sebagai syarikat persendirian di bawah nama DS Sigma Holdings Sdn Bhd dan seterusnya ditukarkan kepada syarikat awam pada 17 Febuari 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nDS Manufacturing terlibat dalam pembuatan produk pembungkusan kertas beralun, manakala DS Packaging terlibat dalam pembuatan produk pembungkusan kertas beralun dan juga produk bungkusan bukan berasaskan kertas seperti plastik, foam dan produk getah. Kaisung pula terlibat dalam pembekalan produk perlindungan bungkusan.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan DS Sigma:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan DS Sigma\n\n\nPada tahun kewangan 2020, pendapatan syarikat menurun sebanyak RM 19.79 juta (18.73%), menjadi RM 85.89 juta daripada RM 105.68 juta pada tahun 2019. Ini adalah kerana terdapat kekurangan permintaan daripada pelanggan-pelanggan utama yang terkesan akibat persaingan elektronik pengguna secara global.\n\n\nSelain itu, syarikat ini juga adalah salah satu syarikat yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19 melanda akibat panggantungan sementara aktiviti perniagaan. Pendapatan syarikat menurun daripada RM 8.65 juta menjadi RM 5.33 juta pada bulan Mac 2020 dan RM 0.73 juta pada April 2020.\n\n\nPendapatan syarikat kemudian meningkat sebanyak RM 41.97 juta (48.86%) menjadi RM 127.86 juta pada tahun 2021. Namun, jatuh semula sebanyak RM 6.64 juta (5.19%) pada tahun 2022. Ini adalah kerana terdapat kekurangan permintaan daripada pelanggan-pelanggan utama yang terganggu akibat Pelan Pemulihan Fasa 1 dan juga yang terpaksa menghentikan model produk daripada Rusia semasa sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara itu pada awal tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat DS Sigma datang daripada 2 segmen perniagaan iaitu:\n\n\n\n\nPembuatan produk pembungkusan kertas beralun\n\n\nPembekalan produk perlindungan bungkusan\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya, pendapatan syarikat yang diperoleh daripada jualan barangan atau khidmat akan dikira apabila barangan tersebut telah diterima oleh pelanggan. Dari tempoh tahun kewangan 2019 sehingga tahun 2022, pendapatan syarikat meningkat dengan kadar CAGR sebanyak 4.68%, iaitu daripada RM 105.68 juta pada tahun 2019 menjadi RM 121.22 juta pada tahun 2022. Peningkatan ini adalah kebanyakkannya disumbangkan oleh operasi pembuatan.\n\n\nOperasi pembuatan syarikat DS Sigma adalah segmen utama yang menyumbang kepada majoriti pendapatan syarikat, iaitu sebanyak 72.66% pada tahun 2019, pada 74.67% tahun 2020, 78.57% pada tahun 2021 dan 80.36% pada tahun 2022. Ini adalah disebabkan oleh penjualan karton dan produk perlindungan pembungkusan.\n\n\nManakala untuk pembekalan produk perlindungan pembungkusan pula menyumbang kepada 27.34% (RM 28.90 juta), 25.33% (RM 21.76 juta), 21.43% (RM 27.40 juta) dan 19.64% (RM 23.81 juta) daripada jumlah pendapatan pada tahun\u00a02019, 2020, 2021 dan 2022. Pendapatan ini adalah hasil daripada jualan beg\u00a0LDPE dan HDPE, foam dan beg PE foam yang berlamina.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nDS Sigma bergantung kepada sekumpulan pelanggan utama iaitu SSCSM, Samsung Electronics, SOEM, PAACM dan PAVC, yang secara kolektif mengambil kira 91.33%, 91.85%, 78.97% dan 73.32% daripada jumlah hasil syarikat untuk tahun kewangan 30 Jun 2019, 30 Jun 2020, 30 Jun 2021 dan 30 Jun 2022.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama DS Sigma:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pelanggan utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nDS Sigma mampu menyediakan produk pembungkusan seperti produk papan beralun, pembekalan bahan bungkusan dan penyediaan perkhidmatan nilai tambah dengan pembuatan secara \nin house\n.\n\n\nSyarikat ini juga telah beroperasi selama 20 tahun, di mana mereka telah membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan mereka. 5 pelanggan utama mereka ini telah menjalinkan hubungan perniagaan bersama selama 9 tahun hingga 20 tahun.\n\n\nTambahan lagi, mereka juga mampu untuk menyediakan penghantaran pantas kepada pelanggan dan pada masa yang sama mempunyai pengurusan inventori yang bagus.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nDS Sigma bergantung kepada pelanggan-pelanggan utama mereka, iaitu SSCSM, Samsung Electronics, SOEM, PAACM dan PAVC, yang menyumbang sebahagian besar daripada pendapatan syarikat. Sekiranya kehilangan salah satu daripada pelanggan ini dan tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat, ia akan memberikan kesan negatif kepada kewangan syarikat.\n\n\nSyarikat ini juga terdedah kepada pengurangan pembekalan bahan-bahan input. Disebabkan syarikat in tidak mempunyai hubungan jangka masa panjang dengan mana-mana pembekal, oleh itu tiada jaminan bahawa mereka mampu untuk mendapatkan sumber secara konsisten.\n\n\nSelain itu, perubahan harga produk berasaskan kertas, ketersediaan pekerja asing dan kebergantungan kepada kontraktor persendirian untuk aktiviti pemasangan juga dapat memberi kesan kepada syarikat.\n\n\nTambahan lagi, syarikat ini juga terdedah kepada gangguan yang tidak dijangka seperti kerosakan mesin dan PKP ketika pandemik.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima daripada IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPerluasan kemudahan operasi\n\n\n17.20\n\n\n34.30\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan baru\n\n\n16.14\n\n\n31.91\n\n\n\n\n\n\nMenubuhkan pusat reka bentuk pembungkusan dan inovasi\n\n\n1.14\n\n\n2.27\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n6.00\n\n\n11.96\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n5.41\n\n\n10.79\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian IPO\n\n\n4.40\n\n\n8.77\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n50.149\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMajoriti dana akan digunakan untuk tujuan perkembangan perniagaan, iaitu dengan perluasan kemudahan operasi (34.30%), pembelian mesin dan peralatan baru (31.91%) serta penubuhan pusat reka bentuk pembungkusan dan inovasi (2.27%).\n\n\nSyarikat ini bercadang untuk meluaskan kemudahan operasi dengan mengembangkan perniagaan ke Pulau Pinang serta membuka pejabat dan kilang baru di Lembah Klang. Daripada nilai dana yang diperuntukkan untuk perkembangan ini iaitu RM 17.20 juta, RM 16 juta akan digunakan untuk pembukaan pejabat dan kilang di Lembah Klang, manakala baki RM 1.2 juta akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan ke Pulau Pinang.\n\n\nBagi memenuhi hasrat mereka untuk mengautomasikan sepenuhnya produksi karton beralun, DS Sigma merancang untuk membeli dan memasang mesin pembungkusan automatik dan robotik untuk bahagian pengeluaran dalam kilang mereka. Selain itu, mereka juga bercadang untuk\u00a0memperkenalkan jenis palet kertas baharu yang menggunakan papan \nhoneycomb\n. Oleh itu, mereka bercadang untuk membeli mesin papan \nhoneycomb\u00a0\nmenghasilkan papan \nhoneycomb\n dalam pelbagai saiz. Mereka juga merancang untuk memperkenalkan cetakan 6 warna pada karton beralun mereka, justeru memerlukan mesin mencetak flexographic dengan 6 warna.\n\n\nBaki selebihnya akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman sebanyak 11.96%, modal kerja sebanyak 10.79% dan 8.77% akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian IPO.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nDS Sigma melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam pembuatan produk pembungkusan kertas beralun, termasuk karton, pembungkusan pelindung dan palet kertas. Oleh itu, analisis ini akan memberi fokus kepada industri pembungkusan berasaskan kertas.\n\n\nStruktur industri pembungkusan\n\n\nIndustri pembungkusan berasaskan kertas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu tegar, fleksibel dan pelindung.\u00a0\n\n\nPembungkusan tegar melibatkan pembungkusan luaran yang datang dalam bentuk karton, kotak atau bekas. Pembungkusan ini diperbuat daripada papan beralun, papan kertas, plastik tegar dan logam. Kotak jenis ini mempunyai tahap kekerasan yang tinggi untuk digunapakai dalam industri pelbagai seperti industri barangan pengguna agar mudah untuk disimpan dan dikendalikan.\u00a0\n\n\nPembungkusan fleksibel pula akan menggunakan bahan yang mudah dilentur dan dibentuk. Contohnya seperti beg plastik termasuk kantung untuk mengisi produk cecair.\u00a0Pembungkusan pelindung pula bertindak sebagai aksesori kepada produk kotak pembungkusan rigid yang berfungsi untuk melindungi kandungan daripada kerosakan ketika dibawa dan disimpan dalam proses pengangkutan. Antara contoh kotak pembungkusan pelindung ialah kotak bersarang, papan pelindung tepi dan beg plastik.\n\n\nDS Sigma mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan produk pembungkusan tegar dan fleksibel yang diilustrasikan dalam rajah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nStruktur industri pembungkusan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahap proses pembungkusan\n\n\nProses pembungkusan boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu peringkat primer, sekunder dan tertier. DS Sigma terlibat dalam aktiviti pembungkusan tahap sekunder dan tertier.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan ringkasan kepada tahap proses pembungkusan:\n\r\n\u00a0\n\n\nPrestasi industri\n\n\nAntara tahun 2019 hingga 2021, jumlah jualan produk pembungkusan karton beralun bagi peringkat domestik meningkat dengan CAGR sebanyak 10.4% menjadi RM 3.2 bilion pada tahun 2021. Peningkatan ini adalah berikutan daripada pembelian atas talian yang tinggi berkaitan produk barangan pengguna.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nBerikut merupakan senarai syarikat pengeluar karton beralun yang secara langsung merupakan pesaing rapat DS Sigma Group.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara umumnya, syarikat DS Sigma mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 4.68% iaitu daripada RM 105.68 juta pada tahun 2019 menjadi RM 121.22 juta pada tahun 2022. Peningkatan ini adalah berikutan daripada permintaan kotak pembungkusan berasaskan kertas yang meningkat terutamanya daripada pelanggan mereka yang merupakan pengeluar produk elektronik pengguna seperti Samsung Electronics.\n\n\nDana yang diperolehi oleh mereka akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan melalui pembelian jentera dan perolehan kilang baharu. Ini adalah langkah drastik yang diambil oleh mereka bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran tahunan sejajar dengan perancangan masa hadapan syarikat untuk terlibat dalam industri baharu seperti solar dan perlatan perubatan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/dyson-syarikat-terkemuka-dalam-pengeluaran-barangan-perkakas-rumah", "title": "Dyson - Syarikat Terkemuka dalam Pengeluaran Barangan Perkakas Rumah", "body": "Dyson merupakan sebuah syarikat teknologi yang berasal dari British yang ditubuhkan pada tahun 1991 oleh James Dyson di United Kingdom. Syarikat ini mencipta dan menghasilkan beberapa jenis model pembersih vakum. Dyson bukan sahaja terkenal dengan pembersih vakum, malah mereka juga menghasilkan barangan perkakas rumah seperti pengering rambut, penapis udara, pengering tangan dan pelbagai lagi. Sejak ditubuhkan, prestasi Dyson semakin dikenali dan mendapat perhatian sebagai salah satu pelopor dalam industri ini. Ia mempunyai beribu-ribu pelanggan sekitar 100 negara dan 340 rangkaian jualan kedai di serata dunia.\n\n\nSiapa James Dyson\n\n\nJames Dyson yang kini dikenali sebagai Sir James Dyson adalah seorang pencipta British yang dilahirkan di Norfolk, England pada 2 Mei 1947. Semasa zaman remaja, beliau mendapat pendidikan di Gresham's School dari tahun 1956 sehingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang perabot dan reka bentuk dalaman di Royal College of Art selama 4 tahun dari tahun 1966 sehingga tahun 1970. Selepas itu, barulah beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nfamous-entrepreneurs\n\n\n\n\n\n\nTimbulnya idea penciptaan\n\n\nIdea ini timbul apabila James berasa kecewa apabila pembersih vakum yang dibelinya sentiasa mengalami kerosakan berulang kali. Kerosakan ini disebabkan kotoran habuk tersumbat sehingga berlakunya kehilangan kuasa sedutan. James Dyson telah membuat lawatan dan merangka idea untuk menghasilkan pembersih vakuum yang lebih cekap dan efektif. Beliau telah berhasil mencipta pembersih vakum \ncyclonic\n pertama di dunia tanpa menggunakan beg penyedut.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\n jamesdysonfoundation\n\n\n\n\n\n\nPembersih vakum pertama Dyson berjaya terjual di Jepun apabila syarikat Apex pada ketika itu mempatenkan reka bentuknya. Pembersih vakum ini dikenali sebagai G-force yang dijual pada harga USD 2000 seunit di Jepun. James Dyson telah mengumpul pendapatan yang diperolehi dari royalti ini dengan menubuhkan syarikat Dyson serta pusat penyelidikan di United Kingdom pada tahun 1993. Dyson mengambil masa hampir 10 tahun selepas penciptaan produknya untuk dikenali dan dipasarkan di seluruh negara. Kini \nDyson Dual Cyclone\u00a0\nmerupakan salah satu pembersih vakum terlaris yang dijual di seluruh dunia.\n\n\n\n\n\n\nPerubahan teknologi dan reka bentuk pembersih vakum Dyson selama 25 tahun. Gambar: \nDyson\n\n\n\n\n\n\nPengoperasian\n\n\nPada penghujung tahun 2002, syarikat Dyson telah memindahkan kilang pengeluaran dari Malmesbury ke negara Malaysia atas faktor ekonomi dan pengembangan operasi mereka. Kilang ini terletak di Senai Johor. Dyson juga dijangka memindahkan ibu pejabat (HQ) ke negara Singapura di St James Power Station.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Dyson, Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSyarikat pembekal terlibat dengan Dyson\n\n\nApabila kilang pengeluaran Dyson berpindah ke Malaysia, ia telah memberi banyak manfaat ekonomi terutamanya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, kilang yang beroperasi di Johor juga menerima tempias yang sama. Jika dilihat, terdapat beberapa buah syarikat di Johor pernah dan ada juga yang masih menjalinkan kerjasama kontrak dengan Dyson. Ia juga melibatkan syarikat yang didagang di Bursa Malaysia adalah seperti:\n\n\nVS\n\n\nVS Industry Berhad merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1982 yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia tahun 1998. VS terlibat dalam industri \nelectronic manufacturing service \n(EMS) dengan mempunyai pelanggan dari pelbagai jenama global untuk produk elektrik dan elektronik pejabat serta isi rumah. Syarikat yang berpangkalan di Senai Johor ini disenaraikan sebagai 50 syarikat terbaik di dunia bagi sektor EMS selama 10 tahun berturut-turut.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: VS\n\n\n\n\n\n\nSKPRES\n\n\nSKP Resources Bhd \nataupun dikenali sebagai SKPRES di Bursa Malaysia merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam industri pembuatan plastik bagi barangan elektrik dan elektronik. Syarikat yang berpangkalan di Batu Pahat Johor ini, mempunyai pelanggan dari pelbagai jenama barangan yang terlibat dalam peralatan IT, peralatan audio dan visual, peralatan rumah, komponen automotif, komputer dan pelbagai lagi. Jenama tersebut adalah:\n\n\n\n\nDyson\n\n\nSharp\n\n\nPioneer\n\n\nSony\n\n\nFlextronics\n\n\nFujitsu\n\n\nPanasonic\n\n\n\n\nMisalnya, pada tahun 2016 SKPRES telah memperolehi kontrak selama 4 tahun dengan nilai sebanyak RM 2 bilion daripada Dyson bagi pembuatan produk pengering rambut. (sumber \ntheedgemarket\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar: SKPRES\n\n\n\n\n\n\nATAIMS\n\n\nBaru-baru ini agak kecoh apabila syarikat pengeluar pembersih vakum berteknologi terkemuka Dyson telah menamatkan kontrak dengan ATAIMS pada 24 November 2021. Kontrak ini melibatkan Dyson Operations Pte Ltd (Dyson Operations) dan Dyson Manufacturing Sdn Bhd (Dyson Manufacturing). Ia disebabkan dakwaan ATAIMS telah terlibat dengan isu pengabaian buruh pekerja. Penamatan kontrak ini telah memberikan kesan drastik kepada ATAIMS apabila sekitar 80% pendapatan diperolehi mereka daripada kerjasama dengan Dyson.\u00a0\n\n\nATAIMS \nmerupakan sebuah syarikat yang bertapak di Kawasan Perindustrian Dewani, Johor yang didagangkan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam sektor \nelectronic manufacturing service\n (EMS), automotif, \ninternet of thing (IOT) \ndan lain-lain.\u00a0ATAIMS juga terlibat dalam \nplastic injection moulding, box build assembly, painting, mould design fabrication, PCBA, filter\n dan logistik.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: ATAIMS\n\n\n\n\n\n\nMTAG\n\n\nMTAG Group \nmerupakan sebuah syarikat yang mempunyai 3 anak syarikat iaitu Toyo Sho Industrial Products Sdn Bhd, Intag Industrial Supplies Sdn Bhd dan Intag Steel Hardware Sdn Bhd. MTAG menyediakan perkhidmatan pencetakan label dan pelekat, pelekat industri, \nadhesives\u00a0\ndan lain-lain produk. Selain itu, MTAG merupakan pengedar pita industri dan produk pelekat di jenama 3M dan Henkel. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau III, Johor Bahru.\u00a0Syarikat ini didagangkan sebagai tidak patuh shariah dalam pasaran Bursa Malaysia.\n\n\nAntara pelanggan MTAG adalah:\n\n\n\n\nHitachi Group\n\n\nHonda\n\n\nVenture\n\n\nPanasonic Group\n\n\nDyson Group\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara produk yang ditawarkan oleh MTAG. Gambar: MTAG\n\n\n\n\n\n\nAimflex\n\n\nAimflex Berhad\n memulakan operasi perniagaan pada 29 Januari 2007 dengan tertubuhnya AIMFLEX Technology Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai i-Stone Technology Sdn Bhd). Syarikat ini beroperasi di Skudai, Johor yang terlibat dalam \nautomation, test and measurement, data management system, precision parts and sheet metal fabrication, siemens digital industries software.\u00a0\nSyarikat ini baru sahaja didagangkan di pasaran Bursa Malaysia melalui penyenaraian IPO pada tahun 2019 dengan nama saham pada ketika itu \"ISTONE\".\n\n\nBerdasarkan maklumat propektus IPO, Aimflex menerima separuh pendapatan syarikat daripada Dyson sepanjang tahun 2015 sehingga tahun 2018. Ia melibatkan jumlah sebanyak RM 23.87 juta (2015), RM 26.54 juta (2016), RM 40.13 juta (2017) dan RM 44.26 juta (2018).\n\n\n\n\n\n\nMaklumat pendapatan yang diperolehi oleh Aimflex ketika penyenaraian IPO. Gambar: \nPropektus IPO Aimflex\n.\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSelepas hampir 30 tahun ditubuhkan, Dyson telah berkembang sebagai sebuah syarikat teknologi yang besar dengan mempunyai sebanyak 1000 jurutera di seluruh dunia. Pada penghujung Disember 2020, Dyson telah memperolehi pendapatan sebanyak USD 8.2 bilion\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nThe edge market\n\n\nThe James Dyson Foundation\n\n\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ecomate-meluaskan-pasaran-dalam-industri-perabot", "title": "Ecomate Meluaskan Pasaran dalam Industri Perabot", "body": "\n\nEcomate\u00a0Holdings Berhad\n adalah sebuah syarikat yang\u00a0terlibat dalam segmen pembuatan dan eksport perabot. Butiran IPO Ecomate adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.33\n\n\nStatus syariah:\n\n\nPenilaian tidak dibuat\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 115.5 Juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n13.56 (FYE 2021)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n25 Oktober 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n28 Oktober 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n8 November 2021\n\n\n\n\nDalam prospektus, penilaian syariah tidak dibuat. Namun, Elzar Shariah telah memberi penilaian patuh syariah pada IPO ini.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nElzar Shariah\n\n\n\n\n\n\nBisnes Ecomate\n\n\nEcomate Holdings Berhad\n\u00a0diperbadankan pada 11 November 2020 secara \nprivated limited company\n dan kemudian ditukarkan kepada \npublic limited company\n pada 15 Disember 2020. Syarikat ini diasaskan oleh Koh Cheng Huat bersama sepupu beliau iaitu Jason Koh Jian Hui.\n\n\nSyarikat yang berpangkalan di Muar Johor ini terlibat dalam industri pembuatan perabot. Melalui anak syarikatnya Ecomate, ia menghasilkan dan mengeluarkan produk perabot sedia di pasang yang diperbuat daripada \nchipboard\n atau \nMDF board\n. Antara produk Ecomate adalah seperti perabot di ruang tamu, bilik tidur atau lain-lain perabot berdasarkan spesifikasi dan kriteria yang diminta oleh pelanggan mereka. Kini, Ecomate mempunyai hampir 700 reka bentuk perabot yang berhasrat mengembangkan lagi reka bentuk produk baru.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nBukan itu sahaja, Ecomate juga mengeksport produk mereka hampir ke serata dunia yang melibatkan 30 buah negara. Untuk lebih dikenali di pasaran asing, Ecomate telah mempertingkatkan pemasaran dengan menyertai pameran perdagangan perabot dengan mempamerkan produk perabot siap dipasang dan bertemu pelanggan baru. Sepanjang tahun 2016 sehingga 2019, Ecomate telah menyertai CIFF di Shanghai, China dan MIFF di Kuala Lumpur, Malaysia.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAntara produk ditawarkan bagi segmen perabot ruang tamu. Gambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila wabak pandemik Covid-19 menular di Malaysia menyebabkan beberapa sektor dan aktiviti ekonomi tidak beroperasi terutamanya dalam perkhidmatan tidak penting.\u00a0 Kesannya, Ecomate mengalami tunggakan pengeluaran yang mengakibatkan berlakunya kelewatan dalam memenuhi pesanan sepanjang tempoh tersebut di pasaran domestik dan eksport.\u00a0Walau bagaimanapun, tiada sebarang pembatalan pesanan jualan atau tuntutan kerugian disebabkan kelewatan penghantaran produk perabot dibuat.\n\n\nApa yang positifnya, perniagaan Ecomate bukan melibatkan pengguna akhir tetapi melibatkan pembeli dari pengedar, pemborong, peruncit dan syarikat yang menggunakan saluran e-dagang. Disebabkan pandemik Covid-19, segmen e-dagang telah menjadi saluran penjualan utama untuk perabot siap dipasang. Pelanggan Ecomate merupakan salah satu penjual dalam e-dagang yang memasarkan produk Ecomate dalam platform dalam talian Amazon. Kesannya, produk Ecomate dapat diakses ke seluruh dunia melalui penyebaran platform e-dagang oleh pelanggan mereka.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nEcomate menunjukkan pendapatan meningkat selama 3 tahun dari tahun 2019 sehingga 2021. Pada tahun 2021, ia mencatatkan pendapatan sebanyak RM 56.34 juta berbanding dua tahun sebelumnya RM 42.39 juta (2020) dan RM 24.14 juta (2019).\u00a0\n\n\nMargin keuntungan selepas cukai adalah lebih baik pada tahun 2021 sebanyak 15.1% berbanding tahun 2019 (13.8%) dan 2020 (13.7%). Berdasarkan graf kita dapat lihat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) dari RM 0.67 juta pada FPE 2021 ke RM 2.40 juta pada FPE 2022.\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan Ecomate mengalami fasa peningkatan berterusan selama 3 tahun. Tahun 2021 adalah tahun terbaik dengan mencatatkan keuntungan tertinggi sebanyak RM 8.52 juta. Peningkatan ini disumbang melalui 3 segment produk iaitu perabot di ruang tamu, bilik tidur dan lain-lain perabot.\u00a0\n\n\nDari segi jualan eksport dan pendapatan dari luar negara, Ecomate menggunakan transaksi kadar tukaran tetap USD. Harga perabot ini dinilai berdasarkan kos bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk perabot. Semakin tinggi kos bahan digunakan, semakin mahal harga jualan perabot dikenakan.\n\n\na) Harga Perabot Ruang Tamu:\n\n\n\n\nLow range\n - bawah harga USD 25\n\n\nMid range -\u00a0\nsekitar harga USD 25 hingga USD 50\n\n\nHigh range\n - atas harga USD 50\n\n\n\n\nb) Harga Perabot Bilik dan lain-lain:\n\n\n\n\nLow range\n - bawah harga USD 40\n\n\nMid range -\u00a0\nsekitar harga USD 40 hingga USD 80\n\n\nHigh range\n - atas harga USD 80\n\n\n\n\nPada FYE 2021 jumlah pengeluaran unit Ecomate telah meningkat dari 289,911 unit (FYE 2020) kepada 414,557 unit.\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nEcomate akan mengumpul dana sebanyak RM 16.17 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian peralatan dan mesin\n\n\n6.00\n\n\n37.1\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang dan hostel\n\n\n2.00\n\n\n12.4\n\n\n\n\n\n\nPembelian bahan mentah\n\n\n5.27\n\n\n32.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n2.90\n\n\n17.9\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n16.17\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah RM 16.17 juta dana IPO, RM 6 juta merangkumi 37.1% bakal digunakan untuk pembelian peralatan dan mesin. Pembelian ini berupaya menambah jumlah\u00a0pengeluaran sebanyak 79.2 ribu unit setahun. Secara tidak langsung jumlah pengeluaran Ecomate akan meningkatkan di Kilang A dan Kilang B sebanyak 475,200 unit setahun.\n\n\nMenjangkakan perniagaan Ecomate semakin berkembang, sebanyak RM 2 juta bersamaan 12.4% penggunaan dana IPO akan digunakan dalam pembinaan kilang dan hostel baru. Pembinaan ini melibatkan kos RM 9 juta berkeluasan 60 ribu kaki persegi meliputi (kilang C) dan 1 blok asrama berkembar empat tingkat dalam sebidang tanah yang sama. RM 2 juta ini akan digunakan membiayai kos pembinaan kilang C dan bakinya dibayar melalui pinjaman bank atau sumber dana yang dijana. Apabila siapnya kilang baru ini, Ecomate berupaya memenuhi kapasiti pengeluaran sekitar 237,600 unit.\n\n\nSelain itu, Ecomate juga memperuntukkan dana sebanyak RM 5.27 juta untuk pembelian bahan mentah. Bahan mentah ini melibatkan \nparticles board\n dan \nMDF board\n yang digunakan untuk menghasilkan produk perabot mereka. Semasa FYE 2021, Ecomate telah membelanjakan RM 17.3 juta untuk pembelian bahan mentah ini. Selebihnya dana IPO akan digunakan dalam perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Ecomate\n\n\nPendapatan Ecomate bukan sahaja diperolehi dari dalam negara, malah melibatkan jualan eksport ke luar negara. Jika dilihat pada analisis pendapatan di bawah, kita dapat melihat pendapatan tertinggi di rantau Asia selain Malaysia sebanyak (36.4%), Eropah (13.7%), Amerika Utara (17.2%), Australasia (10.9%) dan Afrika (1.9%).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Segmen pasaran geografi Ecomate\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri perabot\n\n\nDi Malaysia terdapat pelbagai jenis produk perabot yang dihasilkan melibatkan perabot kayu, rotan dan perabot logam. Walau bagaimanapun, pembuatan perabot berasaskan kayu dan rotan adalah segmen terbesar. Antara tahun 2010 sehingga 2019, Malaysia mencatatkan pertumbuhan dari RM 11.4 bilion kepada RM 17.8 bilion bersamaan CAGR 5.1%.\n\n\nPada tahun 2020, pengeluaran perabot Malaysia merosot kepada RM 16.5 bilion disebabkan pandemik Covid-19 telah memberi kesan dalam industri perabot. Jika dilihat pada sudut geografi di Malaysia. Muar adalah kawasan utama yang menghasilkan dua per tiga kadar eksport di Malaysia.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nPermintaan eksport dan import dalam industri perabot\n\n\nSepanjang tahun 2010 dan 2019, eksport perabot Malaysia telah meningkat dari RM 8.0 bilion kepada RM 11.1 bilion dengan CAGR 2.7%. Pada tahun 2020, eksport perabot Malaysia konsisten meningkat menjadi RM 12.9 bilion (YoY) sebanyak 16.2%. Peningkatan didorong oleh peningkatan jual beli dalam platform secara dalam talian e-dagang. Hal ini disebabkan ketika wabak Covid-19 melanda, ramai orang bekerja dari rumah.\n\n\nBukan setakat itu saja, kadar import di Malaysia juga berlakunya peningkatan pertumbuhan dalam tempoh yang sama sebanyak RM 1.3 bilion kepada Rm 3.1 bilion pada CAGR 9.9%. Pada tahun 2020, import perabot Malaysia meningkat kepada RM 4.00 bilion (YoY) sebanyak 29.0%. Pada tahun 2020, Malaysia berada di kedudukan ke-9 peengeksport perabot terbesar di dunia dengan kadar eksport berjumlah RM 12.9 bilion.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri perabot secara global\n\n\nUndang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh negara lain juga telah mempengaruhi kadar eksport perabot di Malaysia. Situasi ini dapat dilihat apabila Amerika Syarikat dan China saling mengenakan tarif antara satu sama lain disebabkan isu perdagangan pada bulan Julai 2018.\n\n\nKesannya, Malaysia telah menerima kelebihan daripada perang dagangan ini apabila eksport perabot ke AS telah meningkat sebanyak USD 0.9 bilion pada tahun 2018 kepada USD 1.1 bilion (2019) dan USD 1.9 bilion (2020).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Ecomate\n\n\n\n\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan Ecomate telah disenaraikan dalam propektus berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri sama dengan Ecomate. Gambar: IPO Propektus Ecomate\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang dilihat di atas, Ecomate merupakan antara pemain industri yang agak kecil dalam industri perabot. Namun itu bukan satu ukuran dalam penentuan prestasi syarikat. Berdasarkan laporan kewangan 2021, syarikat dinilai pada nisbah PE 13.56, lebih kecil sedikit jika dibandingkan median \nsektor perabot\n sebanyak PE 14.3. Secara dasarnya, dana ini membolehkan Ecomate mengembangkan pasaran lebih baik pada masa akan datang, tertakluk bagaimana cara keberkesanan dana ini diuruskan oleh pihak pengurusan.\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, Ecomate menunjukkan prestasi memberasangkan sama ada dari segi pendapatan, mahupun keuntungan yang diperolehi sepanjang 3 tahun dari 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong oleh pendapatan yang diperolehi dari produk perabot yang dihasilkan sama ada dipasarkan secara domestik ataupun secara ekspot yang melibatkan hampir 30 buah negara.\n\n\nDari sudut positifnya, Ecomate menjalankan bisnes \" dibuat secara pesanan\" ia bermaksud produk perabot hanya dihasilkan setelah menerima pesanan dari pelanggan. Kaedah ini berupaya mengelakkan stok produk yang tidak laku atau perubahan trend design perabot.\n\n\nSelain itu, Ecomate berupaya mengurangkan kos penghantaran produk disebabkan menggunakan kaedah pembungkusan \ncorrugated box\n dan \npolyfoam\n secara rata dimana perabot tersebut dibungkus tanpa pemasangan. Maklumat pemasangan dan alat asas akan disediakan dalam pembungkusan tersebut. Kaedah ini berupaya mengelakkan kerosakan semasa penghantaran dan memudahkan produk di eksport ke luar negara.\n\n\nAntara risiko yang mungkin akan dihadapi oleh Ecomate adalah majoriti produk yang dihasilkan tidak melibatkan perjanjian jangka masa panjang hanya melibatkan pelanggan dalam jangka masa pendek berdasarkan pesanan pembelian. Walau bagaimanapun, Ecomate menyatakan ia tidak bergantung pada pelanggan tunggal saja. Namun, mempunyai pelanggan dari pengedar, pemborong, peruncit dan syarikat yang menggunakan saluran e-dagang dari pelbagai negara di seluruh dunia.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ecoscience-ingin-mengembangkan-operasi-di-indonesia", "title": "Ecoscience Ingin Mengembangkan Operasi di Indonesia", "body": "\n\n\n\n\n\nEcoscience International Berhad\n adalah syarikat penyedia penyelesaian sehenti untuk pembinaan kilang kelapa sawit dan kemudahan sokongan, dan fabrikasi peralatan.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.30\n\n\nStatus syariah:\n\n\nPenilaian tidak dibuat\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM102 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.5\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n1 Julai 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n6 Julai 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n18 Julai 2022\n\n\n\n\nDalam prospektus, penilaian syariah tidak dibuat, namun Elzar Shariah telah memberi penilaian patuh syariah pada IPO ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBisnes Ecoscience\n\n\nEcoscience International Berhad diperbadankan pada 21 Ogos 2020 secara \nprivated limited company\n dan kemudian ditukarkan kepada \npublic limited company\n pada 15 Julai 2021.\n\n\nEcoscience merupakan syarikat penyedia penyelesaian sehenti untuk pembinaan kilang kelapa sawit dan kemudahan sokongan, dan fabrikasi peralatan. Aktiviti teras Ecoscience adalah pembinaan kilang, yang kebanyakannya merupakan kilang kelapa sawit dan kemudahan yang disokong oleh fabrikasi peralatan dalaman syarikat. Aktiviti pelengkap lain termasuk pembekalan bahan dan peralatan, alat ganti dan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan.\n\n\nModel perniagaan syarikat Ecoscience adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat banyak diperoleh daripada perniagaan dalam industri minyak sawit, manakala pendapatan yang diperoleh daripada industri getah adalah terutamanya untuk aktiviti perniagaan dalam pembinaan kemudahan. Selain itu, pendapatan syarikat juga diperoleh daripada industri lain iaitu fabrikasi peralatan, pembinaan kilang dan kemudahan, dan membekalkan bahan binaan, peralatan pembinaan, alat ganti dan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan COVID-19 yang melanda seluruh dunia, operasi perniagaan syarikat Ecoscience di Malaysia, Gabon dan Indonesia terjejas. Dengan pelaksanaan sekatan perjalanan antarabangsa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah melambatkan kerja-kerja terhadap beberapa projek syarikat dan penggantungan sementara kemudahan fabrikasi telah dilaksanakan. Akibatnya, beberapa penghantaran struktur keluli fabrikasi, mesin dan peralatan telah terganggu. Beberapa projek telah ditangguhkan semasa FYE 2020 dan FYE 2021 dan lanjutan masa telah diminta daripada beberapa pelanggan. Ini mengakibatkan pelaksanaan projek syarikat bergerak perlahan.\n\n\nEcoscience juga mengalami perbelanjaan pengangkutan dan logistik yang lebih tinggi untuk tahun 2020 dan 2021 berbanding tahun 2019. Syarikat Ecoscience juga mencatatkan kerugian kasar untuk beberapa projek pada tahun 2020 akibat lebihan kos daripada kelewatan dalam beberapa projek, dan peningkatan kos penghantaran serta harga keluli.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nEcoscience menunjukkan pendapatan yang menaik pada tahun 2019. Ia meningkat sebanyak 50.43% daripada RM 113.63 juta tahun 2018 kepada RM 170.9 juta tahun 2019. Keuntungan bersih tertinggi juga pada tahun 2019 sebanyak RM 12.48 juta. Ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan hasil sebanyak RM53.2 juta daripada pembinaan kilang dan kemudahan.\n\n\nBagi FYE 2020, jumlah pendapatan Ecoscience mengalami penurunan sebanyak RM17.2 juta atau kira-kira 10.1% kepada RM153.7 juta berbanding RM 170.9 juta pada FYE 2019. Untuk FYE 2021, jumlah pendapatan menurun sedikit sebanyak RM0.5 juta atau kira-kira 0.3% kepada RM153.2 juta berbanding pada FYE 2020.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat Ecoscience International Berhad diperolehi daripada 4 segmen iaitu pembinaan kilang dan kemudahan, fabrikasi peralatan, bekalan bahan dan peralatan dan perniagaan lain.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nJika lihat pada rajah di atas, pendapatan bagi segmen pembinaan kilang dan kemudahan menurun sejak tahun 2019. Manakala, segmen lain seperti fabrikasi peralatan dan bekalan bahan & peralan meningkat sejak tahun 2018. Namun, secara keseluruhannya, majoriti pendapatan syarikat Ecoscience banyak diperoleh daripada segmen pembinaan kilang dan kemudahan dan diikuti dengan segmen fabrkasi peralatan, bekalan bahan dan peralan serta aktiviti perniagaan lain.\n\n\nStrategi IPO pada masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenubuhkan kemudahan fabrikasi baru dan pejabat di Indonesia\n\n\n5\n\n\n20.3\n\n\n\n\n\n\nMengembangkan perniagaan cekap tenaga dan mesra alam\n\n\n1\n\n\n4.1\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n7.85\n\n\n31.8\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n7\n\n\n28.4\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.8\n\n\n15.4\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n24.65\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO akan digunakan sebagai modal kerja syarikat iaitu sebanyak RM 7.85 juta, bersamaan 31.8% daripada dana IPO. Selain itu, syarikat Ecoscience akan memanfaatkan dana IPO yang diperoleh untuk mengembangkan perniagaannya iaitu melalui pembinaan kemudahan fabrikasi baru dan pejabat di Indonesia diperuntukkan sebanyak RM 5 juta iaitu bersamaan dengan 20.3% daripada dana IPO serta RM 1 juta untuk pengembangan perniagaan cekap tenaga dan mesra alam.\n\n\nSyarikat Ecoscience juga akan menggunakan RM 7 juta daripada hasil IPO untuk pembayaran balik pinjaman bank. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Ecoscience\n\n\nMenurut laporan IMR, Ecoscience International Berhad dan anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam pembinaan kilang kelapa sawit dan infrastruktur berkaitan, termasuk pengeluaran peralatan pengilangan minyak sawit. Operasi perniagaan ini menyumbang sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pendapatan Ecoscience.\n\n\nIndustri pengilangan kelapa sawit\n\n\nRantaian nilai industri minyak sawit bermula dari ladang kelapa sawit di mana pokok kelapa sawit diusahakan untuk menghasilkan\n fresh fruit bunches (FFB)\n yang mengandungi buah-buahan dari mana minyak sawit diekstrak. Kilang kelapa sawit perlu berdekatan dengan sumber FFB ini kerana kualiti buah merosot dari masa dipetik sehingga diproses.\n\n\n\n\n\n\nIndustri kelapa sawit\n\n\n\n\n\n\nOperasi segmen \nupstream\n bermula dari ladang kelapa sawit, kemudian di proses di kilang kelapa sawit dan kilang penghancur isirong. Manakala, dalam segmen \ndownstream\n, operasi yang terlibat adalah penapisan minyak sawit di kilang. Penapisan ini bertujuan untuk membuang unsur-unsur yang tidak diingini daripada CPO dan CPKO untuk mendapatkan produk minyak sawit yang ditapis.\n\n\nPerkhidmatan Ecoscience di kategorikan di segmen \nupstream\n, di mana mereka terlibat terutamanya dalam pembinaan kilang dan kemudahan kelapa sawit dan fabrikasi peralatan pengilangan minyak sawit.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nPerkhidmatan minyak sawit syarikat Ecoscience ini tertumpu di pasaran negara Malaysia, Indonesia dan Gabon. Oleh itu, kita akan lihat prestasi industri minyak sawit untuk 3 negara tersebut.\n\n\nPrestasi industri minyak sawit di Malaysia\n\n\nIndustri minyak sawit adalah salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia. GDP industri minyak sawit menunjukkan prestasi industri, di mana ia berkait dengan permintaan untuk pembinaan kilang dan peralatan minyak sawit. Menurut laporan IMR, sektor minyak sawit menyumbang 35.1% daripada GDP industri pertanian pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi minyak sawit di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2021, GDP industri minyak sawit merosot sebanyak 5.6% berbanding tahun 2020. Pada Q1 2022, GDP industri minyak sawit meningkat sebanyak 3.9% berbanding hingga Q1 2021. Secara keseluruhan pada tahun 2022, industri pertanian diramalkan pulih dan berkembang sebanyak 1.5%. Menurut laporan IMR, ramalan kenaikan ini didorong oleh pengeluaran kelapa sawit yang lebih tinggi dengan jangkaan peningkatan dalam tenaga buruh serta hujan yang lebih lebat pada awal tahun yang akan meningkatkan kelembapan tanah, secara tak langsung akan meningkatkan hasil kelapa sawit pada akhir tahun nanti.\n\n\nPrestasi industri minyak sawit di Gabon\n\n\nMenurut data terkini yang tersedia, GDP industri pertanian Gabon berkembang pada CAGR sebanyak 13.5% antara 2017 dan 2019, mengatasi pertumbuhan GDP negara sebanyak 3.8% dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, sumbangan pertanian kekal terhad, iaitu kurang daripada 3.0% daripada keseluruhan GDP sepanjang masa yang sama.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi minyak sawit di Gabon\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri minyak sawit di Indonesia\n\n\nPada tahun 2021, industri pembuatan, perdagangan, pertanian dan pembinaan merupakan penyumbang utama kepada GDP Indonesia, manakala industri pertanian menyumbang kira-kira 12.6% kepada keseluruhan GDP Indonesia. Pada tahun 2020, ekonomi Indonesia menguncup sebanyak 2.1%, terutamanya disebabkan oleh pandemik COVID-19. Namun, GDP industri pertanian berkembang sebanyak 1.8%, walaupun pada kadar yang lebih rendah berbanding tahun 2019.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi minyak sawit di Indonesia\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2021, GDP bagi ekonomi Indonesia tumbuh 3.7% berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, GDP industri pertanian meningkat sebanyak 1.9% pada 2021.\n\n\nPersaingan\n\n\nBerdasarkan prospektus, persaingan Ecoscience di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti dibawah:\n\n\n\n\nSyarikat senaraian awam atau syarikat swasta dengan pendapatan RM20 juta dan ke atas.\n\n\nTerlibat dalam pembinaan loji pemprosesan minyak sawit dan kilang dan/atau fabrikasi peralatan pemprosesan minyak sawit.\n\n\n\n\nAntara pesaing Ecoscience yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPesaing Ecoscience yang terlibat dalam industri yang sama\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nPembinaan kilang dan kemudahan, serta fabrikasi peralatan untuk pengilangan minyak sawit boleh dikatakan berkait rapat dengan prestasi industri minyak sawit. Industri minyak sawit yang berkembang maju dicerminkan oleh peningkatan keluasan ladang kelapa sawit dan juga didorong oleh harga CPO. Harga CPO pula bergantung kepada permintaan global, persaingan daripada minyak makan pengganti seperti \nsunflower\n, \nrapeseed\n dan \nsoybean\n, permintaan daripada penggunaan bukan makanan seperti biodiesel, pengaruh iklim seperti El Nino dan La Nina, serta sekatan perdagangan dari negara pengimport utama.\n\n\nJika diperhatikan, prestasi kewangan syarikat agak menurun. Namun, melalui penyenaraian IPO ini, Ecoscience menunjukkan majoriti dana IPO yang dikutip akan dimanfaatkan sebagai modal kerja untuk mengembankan lagi perniagaan syarikat. Perancangan ini adalah usaha syarikat Ecoscience untuk meningkatkan lagi pendapatan dan keuntungan syarikat. Walaubagaimanapun, mereka perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia nanti.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ekonomi-berkontak-rendah-10-peralihan-jangkaan", "title": "Ekonomi Berkontak Rendah - 10 Peralihan Jangkaan", "body": "Satu dunia tak terkecuali berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19. Dengan ancaman yang kekal wujud ini, ia telah mula mengubah landskap ekonomi dunia. Antara aspek penting adalah interaksi yang mengurangkan kontak antara individu.\n\n\nSebuah firma strategi perniagaan bertaraf antarabangsa telah keluarkan laporan tentang bagaimana dunia akan berupah pada masa akan datang. Dalam laporan tersebut, ada 10 peralihan yang berlaku atau yang akan berlaku pada tabiat manusia dan senario masyarakat umumnya. Perubahan yang pada asalnya bersifat perlahan kini berlaku dengan pecutan.\n\n\n\n\n1. Kegelisahan, kesunyian dan kemurungan yang meningkat\n\n\nDisebabkan oleh wabak Covid-19 ini, ada yang hilang pekerjaan. Interaksi dengan rakan dan kenalan sudah tidak lagi bebas seperti sebelum ini. Situasi yang disebut tadi mungkin juga boleh dirasai serentak pada masa yang sama.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nkeperluan untuk terapi dan bimbingan menjadi semakin penting\n\n\npermintaan yang meningkat terhadap haiwan peliharaan sebagai peneman\n\n\npermainan sosial secara atas talian semakin berkembang\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nApex Healthcare Berhad\n, \nIHH Healthcare Berhad\n, \n KPJ Healthcare Berhad\n, \nAppAsia Berhad\n\n\n\n\n2. Kesangsian terhadap kebersihan barangan dan juga orang lain\n\n\nSatu cara untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah dengan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Namun, tiada siapa tahu sebersih mana orang di sekeliling kita dan barangan yang dibeli. Proses pembersihan ini bukan berlaku di depan mata. Maka, pengguna mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap kebersihan orang lain atau kebersihan barangan.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nrekaan semula bungkusan barangan\n\n\nperkongsian rekod kesihatan peribadi dan juga suhu badan\n\n\nperkhidmatan tambahan percuma bertumpukan kebersihan\n\n\npenghantaran bebas-kontak\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nPublic Packages Holdings Berhad\n, \nMaster-Pack Group Berhad\n, \nBCM Alliance Berhad\n\n\n\n\n3. Kawalan pergerakan yang berlanjutan\u00a0\n\n\nSektor peranginan dan pelancongan dilihat menerima impak yang paling tinggi. Percutian ke suatu tempat dirasakan sebagai sebuah risiko sekiranya mereka tak dapat pulang ke rumah atas sebab kawalan pergerakan.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\npercutian ke luar negara hanya berbaloi untuk cuti panjang, dengan mengambil kira tempoh kuarantin\n\n\nkawasan pedalaman dan terpencil akan menjadi peranginan yang mewah\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nParlo Berhad\n, Sektor: \nTravel, Leisure & Hospitality\n\n\n\n\n4. Kerja dari rumah yang lebih optimum\n\n\n\n\nSyarikat-syarikat besar ingin mengurangkan pekerja di dalam pejabat. Syarikat kecil pula akan mengurangkan ruang pejabat. Pelaksanaan kerja dari rumah semakin meningkat dan merupakan pilihan yang lebih disarankan. Rumah pula perlu dilengkapi dengan kemudahan yang membolehkan keberkesanan kerja dari rumah.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nrumah dilengkapi dengan peralatan khas, mesin, dan kelengkapan audio dan video\n\n\npolisi dan insuran baru akan dibentuk berpaksikan fenomena ini\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nPineapple Resources Berhad\n, \nEG Industries Berhad\n, \nSyarikat Takaful Malaysia Berhad\n, Sektor: \nFurniture\n\n\n\n\n5. Ketegangan dan konflik yang meningkat\n\n\nBanyak syarikat yang beroperasi dalam mod survival. Dalam operasi ini, banyak yang mungkin akan melanggar kontrak dan undang-undang.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nkes perundangan akan meningkat\n\n\npeguam beralih ke arah gaya kerja digital\n\n\nlebih banyak alat diadakan untuk automasikan kerja perundangan\n\n\n\n\nAntara sektor yang boleh dipantau: \nSoftware\n\n\n\n\n6. Tahap pengangguran global yang tinggi\n\n\nRamai yang perlu memikirkan semula kerjaya kerana berpindah ke syarikat pesaing yang sama terkesan bukan lagi satu pilihan.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nlatihan dan kemahiran semula secara remote akan terus meningkat\n\n\nramai mungkin menjadi usahawan kecil untuk dapatkan pendapatan lebih\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nSEG International Bhd\n, \nEduspec Holdings Berhad\n\n\n7. Hantar semuanya ke rumah\n\n\n\n\n\r\nGambar: Grab\r\n\n\n\nBanyak perniagaan dan pengedar perlu menumpukan dan mengutamakan aspek penghantaran dalam strategi perniagaan. Peruncit sedia ada pula akan berevolusi.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nlebih banyak khidmat penghantaran khas (contohnya titik penghantaran untuk makanan sejuk beku)\n\n\nrantaian bekalan yang lebih optimum (contohnya beberapa kedai menyekalikan penghantaran)\n\n\n\n\nAntara sektor yang boleh dipantau: \nLogistics\n, \nCourier Service\n\n\n8. Kontak terhad dengan generasi tua\n\n\nGenerasi tua atau warga emas adalah golongan yang lebih terdedah kepada krisis wabak yang berlaku. Mungkin lepas ini tiada lagi perjumpaan sosial, atau berlaku layanan yang berbeza untuk membantu golongan tua.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nberlaku banyak peralihan digital pada aktiviti sosial\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \nLYC Healthcare Berhad\n, Sektor: \nSoftware\n\n\n\n\n9. Identiti dalam ruang digital\n\n\nKebanyakan masa seseorang akan dihabiskan di rumah. Manifestasi identiti diri akan dibawa ke tahap yang baru.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nfesyen sebagai cerminan identiti diri dibawa ke ruang digital dalam bentuk pengubahsuaian persona digital\n\n\n\n\nAntara sektor yang boleh dipantau: \nSoftware\n\n\n\n\n10. Nilai tambah pada golongan imun\n\n\n\n\nAktiviti yang bergantung kepada kehadiran pelanggan yang ramai sangat terkesan dengan krisis ini. Perniagaan seperti wayang, majlis, perayaan dan sebagainya tidak boleh berjalan melainkan ada faktor yang meyakinkan ketiadaan risiko.\n\n\nKesan jangkaan\n:\n\n\n\n\nperkhidmatan tanpa interaksi manusia\n\n\ntumbuhnya segmen pengguna baru dengan rekod kesihatan rasmi untuk membuktikan status imunisasi\n\n\n\n\nAntara saham yang boleh dipantau: \n UCrest Berhad\n, \n LYC Healthcare Berhad\n, \nApex Healthcare Berhad\n, \nIHH Healthcare Berhad\n, \n KPJ Healthcare Berhad\n\n\nApa yang perlu dibuat?\n\n\nPerubahan ini adalah pasti. Kita perlu bersiap sedia untuk satu era di mana ekonomi digital dan teknologi AI akan menjadi dominan. Selagi mana vaksin untuk Covid-19 ini belum dijumpai, maka selagi itu kita boleh jangka norma baru ini akan mengambil tempat dalam kehidupan manusia.\n\n\nJika sebuah vaksin dijumpai sekalipun, pengalaman telah mengajar kita untuk terus memikirkan penyelesaian masalah ini. Kemajuan yang boleh dicapai dengan ekonomi berkontak rendah ini memudahkan kehidupan dan peralihan ini mungkin akan kekal dengan kita."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ekonomi-untuk-diperhatikan-pasca-covid-19", "title": "Ekonomi untuk Diperhatikan Pasca Covid-19", "body": "\n\nPada 3 Disember baru ini, ketua penganalisis Bank Islam, Dr Afzanizam dijemput untuk memberi sedikit perkongsian di Twitter Bursa Malaysia-i dalam slot Social Media Takeover. Dr Afzanizam telah pun berkongsi mengenai \ncabaran 2021\n, dan dalam perkongsian ini pula, beliau berkonsi pemerhatian kesan dan juga ekonomi untuk diperhatikan pasca Covid-19.\n\n\n1. Apa yang kita pelajari\n\n\nPada mulanya, Dr Afzanizam menimbulkan satu persoalan tentang apa yang kita pelajari setelah wabak ini berlaku. Jawapannya ialah betapa pentingnya literasi kewangan. Dengan ilmu yang cukup, kita boleh mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran.\n\n\n\n\nUntuk mengukur situasi kewangan semasa, seseorang itu boleh \nmendaftar eCCRIS\n dengan BNM untuk menyemak jumlah hutang berbaki dengan bank. Dari sini, kita boleh kira nilai bersih kita (aset ditolak dengan liabiliti).\n\n\nUntuk mempersiapkan diri dengan keadaan ekonomi yang akan datang, kita perlu cakna dengan situasi ekonomi dan dasar yang bakal dilaksanakan. Apabila kita faham dengan keadaan ekonomi sekarang dan yang akan datang, kita boleh buat penilaian yang lebih rasional. Antara yang disebut oleh Dr Afzanizam adalah berkaitan dengan defisit fiskal dan penurunan taraf kredit.\n\n\nDefisit fiskal yang besar\n\n\nMalaysia akan mempunyai defisit fiskal yang besar iaitu 5.4% pada tahun depan. Sebahagian perbelanjaan kerajaan telah digunakan untuk pakej stimulus ekonomi. Sekiranya defisit ini tidak mengecil apabila ekonomi sudah pulih, ia secara langsungnya memberi maksud ekonomi itu terlalu bergantung kepada campurtangan kerajaan. Ini boleh memberi kesan kepada produktiviti dan daya saing ekonomi.\n\n\nPenurunan taraf kredit\n\n\nAgensi penarafan kredit seperti S&P, Fitch dan Moodys bakal menurunkan penarafan hutang kerajaan Malaysia (dan ia sudah pun berlaku). Dalam kes ini, ia boleh memberi kesan kepada nilai ringgit dan kos pinjaman di pasaran. Pelabur asing akan merasakan sentimen yang negatif dan dana pelaburan dalam negara akan berkurang.\n\n\n\n\n2. Keadaan ekonomi semasa dan terdekat\n\n\nDr Afzanizam selaku ketua penganalisis ekonomi di Bank Islam berkongsikan unjuran mereka untuk prospek ekonomi. Dipukul dengan wabak Covid-19, GDP tahun 2020 diunjurkan berada pada -4.7% berbanding tahun 2019.\n\n\nNamun, unjuran yang besar diberikan untuk tahun 2021 dengan kenaikan GDP 7.3% berbanding 2020. OPR dijangka kekal pada 1.75% dan ringgit bakal mengukuh ke paras RM 4 (berbanding USD) pada hujung tahun 2021. Secara keseluruhannya, prospek tahun 2021 dilihat sebagai positif.\n\n\n3. Ekonomi yang boleh diperhatikan\n\n\nDalam norma baharu, ramai yang dilihat mula berniaga. Dr Afzanizam mengutarakan fakta bahawa negara kita lebih banyak mengimport makanan dari negara luar, dan menyusuli perbincangan dengan sektor pertanian yang mempunyai potensi yang baik. Selain itu, perkhidmatan kewangan juga menunjukkan peluang yang banyak.\n\n\nSektor pertanian\n\n\nSatu metrik yang kita boleh lihat untuk sektor pertanian adalah pada Kadar Sara Diri (Self-Sufficiency Ratio) untuk barang makanan asas. Sekiranya kadar ini tidak mencapai 100%, bermakna kita terpaksa mengimport dari luar kerana bekalan barangan ini tak mencukupi untuk negara secara keseluruhan. Contoh yang disebut adalah:\n\n\n\n\nLembu - 23.7%\n\n\nKambing - 12.1%\n\n\nCili - 30.8%\n\n\nKobis - 36.2%\n\n\nHalia - 16.2%\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: John Lambeth, Pexels\n\n\n\n\nSekiranya berminat untuk bercucuk tanam, Dr Afzanizam menyarankan kaedah fertigasi kerana terdapat insentif yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 yang baru diluluskan ini.\n\n\nSektor perkhidmatan kewangan\n\n\nDalam sektor ini, peluang dilihat lebih banyak dalam bidang melibatkan khidmat nasihat kewangan dan pelaburan.\n\n\nDr Afzanizam juga menyelitkan pesanan penting untuk kita:\n\n\nUmumnya, kita tak boleh duduk diam. Kena sentiasa peka terhadap peluang yang ada. Dan yang paling penting kena sentiasa happy dan bermotivasi serta positif.\n\u2014 Bursa Malaysia-i (@icm_bursa) \nDecember 3, 2020\n \n\n\n4. Kegembiraan dan produktiviti\n\n\nDr Afzanizam pernah membuat kajian hubungan antara pertumbuhan GDP dan kegembiraan di Malaysia menggunakan data Consumer Sentiment Index.\n\n\nDapatan ini menunjukkan sekiranya rakyat Malaysia gembira, pertumbuhan GDP boleh mencecah 7%. Sekiranya tak gembira, GDP bertumbuh pada kadar 2% sahaja.\n\n\n5. Prospek tahun 2021\n\n\nFBMKLCI disasarkan pada paras 1,750 mata berdasarkan forward PE 18.3x dengan jangkaan earnings 11.5% pada 2021.\n\n\nSektor yang (akan) banyak membantu naikkan KLCI tahun depan:\n\n\n\n\nPerbankan (26.9%)\n\n\nSarung tangan getah (10.2%)\n\n\nTelekomunikasi (12.0%)\n\n\nPerladangan (11.0%)\n\n\n\n\nPerladangan kelapa sawit\n\n\n\n\n\n\nGambar: MPOB\n\n\n\n\nPerladangan kelapa sawit ada potensi tinggi pada tahun 2021 dan seterusnya. China menyatakan komitmen untuk mendapatkan bekalan 1.7 juta tan kelapa sawit dari Malaysia menjelang 2023.\n\n\nIndia pula kurangkan duti import minyak sawit dari 37.5% kepada 27.5%. Tindakan ini dijangka akan menambah eksport minyak sawit Malaysia ke India.\n\n\n\n\nSetakat itu sahaja perkongsian Dr Afzanizam yang menyentuh pelbagai perkara yang boleh mempersiapkan kita menempuh keadaan ekonomi ke hadapan. Dapatan kajian oleh Bank Islam boleh didapati \ndi website mereka\n.\n\n\nSumber: \nBursa Malaysia-i (Twitter)"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ekosistem-syariah-dalam-pelaburan-saham-di-malaysia", "title": "Ekosistem Syariah dalam Pelaburan Saham di Malaysia", "body": "Malaysia adalah antara negara yang terkedepan dalam bidang kewangan Islam. Tahun lepas, pengendali pasaran saham Malaysia, Bursa Malaysia dinobatkan sebagai \"Pasaran Saham Terbaik untuk Penyenaraian Islamik 2018\". Ada banyak usaha Bursa dan badan-badan fungsi kerajaan yang lain untuk menjadikan pasaran kita mesra syariah.\n\n\n\n\nMungkin ada yang masih berasa ragu dengan kepatuhan syariah dalam pelaburan saham ini. Baca lebih lanjut untuk lebih yakin dengan ekosistem syariah di Malaysia.\n\n\n1. Hukum melabur syariah\n\n\nHukum melabur saham itu sendiri adalah harus. Ini adalah dipersetujui oleh pelbagai sarjana dan badan penasihat syariah dari pelbagai negara. Di Malaysia, urusan pelaburan sekuriti seperti saham, ETF, sukuk dan sebagainya dipantau oleh \nShariah Advisory Council (SAC)\n di bawah Securities Commission (SC). SAC akan mengeluarkan senarai saham yang syariah dan tak patuh syariah, dan anda boleh melabur ke dalam saham yang patuh syariah.\n\n\n2. Saham patuh syariah\n\n\nMetodologi saringan kepatuhan syariah bagi saham dan sekuriti di Malaysia adalah satu usaha yang konsisten oleh Shariah Advisory Council dalam SC. Dengan menggunakan metodologi ini, SAC dapat menyaring atau mengklasifikasikan saham yang baru nak tersenarai sama ada sebagai syariah atau tidak. SAC akan perbaharui senarai saham syariah ini dua kali setahun kerana keadaan semasa syarikat boleh berubah-ubah dan mempengaruhi status kepatuhan syariah. \nBursa Malaysia\n sebagai pengendali pasaran saham di Malaysia pun sahamnya kini patuh syariah.\n\n\n\n\nSaringan syarikat-syarikat dibuat berlandaskan beberapa elemen dalam perniagaan, dan sebuah saham itu akan dianggap tak patuh syariah sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti teras seperti di bawah:\n\n\n\n\nPerkhidmatan kewangan berdasarkan riba (faedah);\n\n\nPerjudian;\n\n\nPembuatan atau penjualan produk bukan halal atau produk berkaitan;\n\n\nInsurans konvensional;\n\n\nAktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah;\n\n\nPembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan;\n\n\nPembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah, dan\n\n\nAktiviti lain yang dianggap tidak dibenarkan menurut Syariah.\n\n\n\n\n3. Akaun patuh syariah\n\n\nDalam membina sebuah ekosistem mesra syariah, Bursa telah menggalakkan kewujudan Islamic Participating Organisation iaitu broker yang bercirikan kepatuhan syariah. Dengan Islamic PO ini, kita boleh buka akaun CDS yang patuh syariah. Akaun ini akan menghalang pembelian saham yang tak patuh syariah. Selain itu, prosedur penjelasan tunai di sebalik tabir juga adalah berlandaskan prosedur yang patuh syariah.\n\n\nSenarai broker yang menawarkan akaun patuh syariah adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nAffin Hwang Investment Bank Berhad\n\n\nAmInvestment Bank Berhad\n\n\nBIMB Securities Sdn Bhd\n\n\nCGS-CIMB Securities Sdn Bhd\n\n\nHong Leong Investment Bank\n\n\nInter-Pacific Securities Sdn Bhd\n\n\nKenanga Investment Bank Berhad\n\n\nMalacca Securities Sdn Bhd\n\n\nMaybank Investment Bank Berhad\n\n\nMIDF Amanah Investment Bank Berhad\n\n\nPublic Investment Bank Berhad\n\n\nRHB Investment Bank Berhad\n\n\nTA Securities Holdings Berhad\n\n\nUOB Kay Hian Securities Sdn Bhd\n\n\nKAF Equities Sdn Bhd\n\n\n\n\n4. Bursa Malaysia-i\n\n\nApabila anda membuka akaun patuh syariah, anda akan melabur dalam saluran yang berbeza dari akaun konvensional. Pengasingan ini dapat mengelakkan dana bercampur antara proses syariah dan konvensional. Penyelesaian (settlement) untuk pelaburan antara broker islamik dan Bursa Malaysia akan dibuat melalui Institusi Kewangan Islam. Pelaburan anda akan melalui kesemua proses yang patuh syariah ini apabila anda membuka akaun CDS patuh syariah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Bursa Malaysia\n\n\n\n\nBursa Malaysia-i juga memberikan banyak fokus kepada pasaran Islam di Malaysia. Pelbagai kelas dianjurkan untuk menggalakkan pelaburan bersifat syariah. Antaranya dianjurkan oleh mereka sendiri. Ada juga kelas-kelas yang ditaja oleh mereka untuk membolehkan ilmu pelaburan saham ini disampaikan secara lebih meluas.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara keseluruhannya, Bursa Malaysia dan badan berkanun seperti SC memainkan peranan penting untuk menggalakkan pelaburan patuh syariah di Malaysia. Pelbagai inisiatif yang telah diambil untuk menjadikan pelaburan di Malaysia patuh dan diyakini syariah. Dengan keyakinan yang tinggi terhadap pasaran syariah di Malaysia, ia dapat menarik minat ramai pelabur syariah global untuk melabur di pasaran Malaysia."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/elon-musk-pencetus-legasi-teknologi", "title": "Elon Musk Pencetus Legasi Teknologi", "body": "Disebalik kejayaan sesebuah syarikat, pasti adanya seseorang yang menaikkan kegemilangan syarikat tersebut. Produk Apple terkenal dengan Steve Job, Tesla terkenal dengan imej Elon Musk. Setiap kali keluarnya produk baharu dari Tesla Motor pastinya terpaparnya imej ini. Tahukah anda, Elon Musk bukan sahaja terlibat dalam industri automatif kenderaan, malah beliau terlibat dalam pelbagai industri. Siapakah sebenarnya beliau?\n\n\n\n\nPencipta pelbagai produk\n\n\nElon Musk merupakan jurutera dan usahawan teknologi. Beliau memegang kerakyatan Afrika Selatan, Kanada dan Amerika Syarikat. Sebelum terlibat dengan Tesla Motors, beliau telah mengasaskan pelbagai syarikat antaranya Zip2, Paypal, dan SpaceX.\n\n\nZip 2\n\n\nElon Musk dan abangnya Kimbal mula melihat potensi ketika dunia internet mula berkembang pada tahun 90-an. Elon Musk telah mengambil peluang ini dan sanggup berhenti daripada pengajian di Stanford University dalam bidang PhD. Beliau dan abangnya telah meminjam modal sebanyak $28,000 daripada ayahnya untuk menubuhkan syarikat Zip2, syarikat membuat perisian web pada tahun 1995.\n\n\nBeliau telah memfokuskan perniagaan Zip2 untuk syarikat surat khabar yang ingin beralih ke arah akhbar digital seperti The New York Times dan Chicago Tribune. Menjelang tahun 1999 Zip2 telah dijual kepada syarikat Compaq sebanyak $307 juta.\n\n\nPaypal\n\n\nPada mulanya, syarikat ini dikenali sebagai X.com sehingga dijenamakan dengan menggunakan nama Paypal pada tahun 2001. X.com adalah sebuah syarikat pembayaran mel elektronik dan perkhidmatan niaga dalam talian.\n\n\nBeliau telah menggunakan modal hasil penjualan Zip2 sebanyak AS$10 juta. Kemudian syarikat ini telah bergabung dengan Confinity, syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian. Dari sinilah nama X.com ini ditukar menjadi Paypal.\n\n\nSpaceX\n\n\nDiasaskan pada tahun 2002 yang berkonsepkan teknologi yang mempunyai visi dan misi dalam dunia penerokaan angkasa lepas. Elon Musk merupakan CEO bagi SpaceX dan objektif syarikat tertubuh untuk membangunkan teknologi untuk eksplorasi angkasa pada kos yang rendah dan penjelajahan ke planet Marikh. Pada mulanya SpaceX terpaksa bersaing dengan syarikat Boeing dan Lockheed yang telah lama memonopoli industri ini.\n\n\nKini Space X telah mendapat kontrak daripada NASA sebanyak $1.6 bilion untuk menghantar bekalan makanan, perubatan dan peralatan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Kejayaan terbesar mereka adalah penghasilan roket Falcon Heavy yang dikatakan murah dan mampu setanding kualiti roket SLS milik NASA.\n\n\n \nGambar: qz.com\n\n\nThe Boring Company (TBC)\n\n\nElon Musk bukan sahaja melibatkan diri dalam industri kenderaan elektrik. Malah beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan penggerudian terowong dan penyelidikan melibatkan sistem pengangkutan dalam terowong. TBC dimiliki sepenuhnya oleh beliau dengan pegangan ekuiti sebanyak 90% dan selebihnya dimiliki oleh SpaceX.\n\n\nBeliau telah mencadangkan satu penyelidikan yang dikenali sebagai \nhyperloop\n. Ia adalah satu teknologi dalam sistem pengangkutan bawah tanah yang boleh bergerak sepanjang 700 batu bersamaan 1,126 kilometer tanpa menggunakan roda.\n\n\n \nGambar: Boring Company\n\n\nSolarCity\n\n\nSolarCity Corporation merupakan salah satu anak syarikat Tesla. Syarikat ini menjalankan perniagaan berasaskan tenaga solar dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat, antaranya Panasonic. Pada asasnya syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Peter dan Lyndon Rive yang mendapat cadangan daripada sepupu mereka iaitu Elon Musk.\n\n\nPada tahun 2016, berlakunya pergabungan dengan Tesla dengan pembelian sebanyak $2.6 bilion. Penggabungan ini selaras dengan idea Elon Musk untuk mengurangkan carbon dan meningkatkan penggunaan elektrik solar. Setiap produk dan servis dijalankan melalui laman web Tesla. Hala tuju SolarCity adalah seiring dengan kesedaran global yang lebih cenderung terhadap tenaga hijau. Di Malaysia, kita boleh lihat senarai syarikat yang mempunyai hala tuju yang sama di sektor \nGreen Technology\n.\n\n\nTesla\n\n\nTesla Motors sebenarnya syarikat Amerika Syarikat diasaskan oleh jurutera bernama Martin Eberhard dan Marc Tarpening pada 1 Julai 2003 sebagai pengeluar kereta sport elektrik canggih. Jenama Tesla diambil sempena nama Nikola Tesla, seorang pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan elektrik. Tesla menjalankan perniagaan mencipta, menjual kereta elektrik serta komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik.\n\n\nRamai yang menggangap Elon Musk adalah pengasas Tesla Motors. Tapi seperti yang diterangkan tadi, Elon Musk bukan pengasas Tesla. Pada tahun 2014 Elon Musk menjadi penyumbang dana terbesar dalam Tesla sehingga beliau dilantik sebagai CEO. Beliau merupakan individu yang berjaya menaikkan imej dan memastikan pengeluar kereta elektrik Tesla terus berdaya saing di pasaran.\n\n\nDengan kemajuan kereta sekarang, banyak komponen semikonduktor yang diperlukan dalam pembuatan kereta. Antara syarikat yang boleh dilihat dalam bidang semikonduktor kereta adalah di sektor \nSemikonduktor\n dan \nLED\n.\n\n\nTesla mencapai kejayaan dalam masa singkat\n\n\nTanpa disangka (atau mungkin ada yang menyangka), pada bulan Jun syarikat Tesla telah muncul sebagai pendahulu dan paling bernilai sebagai syarikat automatik. Gelaran ini dianugerah berdasarkan nilai pasaran semasa jenama berkenaan. Kejayaan ini telah mengatasi kuasa besar dalam dunia automatif seperti Toyota dan Volkswagen. Walaupun dunia menghadapi ancaman pandemik Covid-19, ia tidak menggugat prestasi syarikat Tesla.\n\n\n \nGambar: Visual Capitalist\n\n\nDalam tempoh setahun saham Tesla telah mengalami kenaikan sebanyak lima kali ganda dari AS$230 (RM985) kepada AS$1,100 (RM4714). Ini menyebabkan pasaran modal Tesla mencecah AS$205 Bilion (RM 878.8 bilion). Kebanyakan penganalisis berasa pelik dan bingung bagaimana nilai syarikat Tesla boleh mendahului Toyota.\n\n\n \nGambar: Bloomberg\n\n\nTesla hanya menghasilkan sebanyak 500,000 unit kenderaan sahaja berbanding Toyota yang mengeluarkan sebanyak 10 juta unit setahun. Namun, saham Tesla telah berjaya mendahului saham terkemuka seperti Disney, Coca-Cola dan Exxon Mobil. Para pelabur mula mempercayai kejayaan dihasilkan Tesla dalam pembuatan kenderaan elektrik, yang mampu mengurangkan pencemaran dan mengekalkan kelestarian alam.\n\n\nDari zero kepada jutawan\n\n\nSiapa sangka dengan hanya bermodalkan sebanyak $28,000 dolar ketika melibatkan diri dalam bidang perniagaan, hari ini beliau merupakan individu terkaya di dunia. Menurut Bloomberg, kekayaan Elon Musk bernilai AS$185\u00a0bilion (RM747.86\u00a0bilion) ketika artikel ini ditulis. Beliau telah mengatasi kekayaan pengasas syarikat peruncitan online Amazon iaitu Jeff Bezos yang kekayaannya berada pada nilai AS$184.6 billion (RM746.25 bilion). Tiga perempat kekayaan Elon Musk\u00a0diperoleh daripada peningkatan saham Tesla.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/estet-sepakat-penyedia-perkhidmatan-teknologi-dalam-segmen-pertanian", "title": "Estet Sepakat - Penyedia Perkhidmatan Teknologi dalam Segmen Pertanian", "body": "Beras merupakan makanan utama bagi penduduk negara di dunia, terutamanya penduduk di negara Asia. Menjelang tahun 2025, pengeluaran beras dunia dijangka akan meningkat sebanyak 570 juta tan. Pengeluar beras terbesar di dunia adalah China, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Thailand. Negara ini menyumbang 80 peratus pengeluaran beras dunia pada masa kini.\n\n\nIsu pengeluaran beras\n\n\nDi sebalik kepentingannya, beberapa negara pengeluar beras termasuklah negara Malaysia perlu mengimport beras untuk memenuhi keperluan harian domestik mereka. Jika dilihat secara keseluruhan, terdapat melebihi 35 juta pesawah di Malaysia, Indonesia dan Thailand majoriti memiliki ladang kurang dari 1 ha (hektar). Walaupun peranan mereka amat penting dalam memastikan jaminan makanan (\nfood security)\n negara tersebut mencukupi, namun kebanyakan petani ini masih berada di dalam kemiskinan. Hal ini disebabkan, penggunakan kaedah dan teknologi pertanian yang kurang bersesuaian telah mengakibatkan kos penanaman menjadi tinggi tetapi hasil pengeluaran masih rendah.\n\n\nUntuk memastikan pengeluaran padi tempatan kembali optimum dan meningkat, beberapa isu perlu diselesaikan. Antaranya, isu pengeluaran padi dan kadar kemiskinan pesawah perlu segera ditangani. Oleh itu, syarikat seperti Estet Sepakat menawarkan perkhidmatan yang berupaya menyelesaikan masalah ini. Buat masa ini, Estet Sepakat menyasarkan petani kecil di Malaysia terlebih dahulu. Mereka juga mempunyai perancangan untuk berkembang ke negara Indonesia dan Thailand.\n\n\nApa itu Estet Sepakat?\n\n\nEstet Sepakat Sdn Bhd\n merupakan sebuah syarikat \nAgriculture Technology as a Service (ATaaS) \nyang menguna pakai teknologi mesin dan data yang cekap untuk meningkatkan segmen pertanian. Syarikat ini menyasarkan untuk menghasilkan sebuah komuniti petani padi yang celik mengenai teknologi berdasarkan penggunaan data. Secara tidak langsung, ia berupaya membantu pesawah menjana pendapatan lebih stabil dan munasabah dalam jangka masa panjang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nEstet Sepakat\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan yang ditawarkan\n\n\nAntara penyelesaian Estet Sepakat menggunakan pendekatan ATaaS adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengoptimumkan perkhidmatan mesin industri dengan menggunakan mesin yang disediakan oleh Estet Sepakat dan mengurus mesin dari pihak ketiga melalui \nFleet Management Software. \nKaedah ini berupaya mengatasi masalah kekurangan buruh industri menyebabkan kos penanaman lebih tinggi dan hasil yang rendah. Penggunaan mesin secara optimum menjadikan kos perkhidmatan mesin yang lebih rendah kepada petani.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMewujudkan komuniti petani digital\n \nyang dikenali sebagai Komuniti SEPAKAT dengan mengagregat pembelian mereka kepada kos pembelian input yang lebih rendah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenghubungkan Komuniti SEPAKAT dalam platform pasaran secara dalam talian bagi memudahkan penjualan dan tanpa melibatkan orang tengah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan akses kepada petani mengenai \nbig data analytics\n dan a\nrtificial intelligence \nmelalui platform BIDARATI.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelaksanakan peralatan pertanian yang bersesuaian untuk meningkatkan hasil petani dan mengurangkan kos input mereka. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMewujudkan akses terus dalam pasaran dengan melibatkan peruncit dan pembeli dalam Komuniti SEPAKAT.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKepakaran teknologi\n\n\nDari segi kepakaran teknologi, Estet Sepakat telah menggabungkan dua kaedah pelaksanan melalui BIDARATI (SaaS) dan perkhidmatan mesin (EaaS) dalam program ini. Gabungan dua kaedah ini akan mengukuhkan syarikat dan mengurangkan pesaingan dari pesaing yang berpotensi dalam pemain industri yang sama.\n\n\nEstet Sepakat menjangkakan kekuatan program ini akan datang dari Komuniti Sepakat. Jika pihak Estet berupaya mewujudkan kesetian dalam diri pelanggan, tidak mustahil segmen Komuniti Sepakat akan memberikan satu sistem perniagaan dan pendapatan jangka panjang secara berulang.\n\n\nPlatform BIDARATI (SaaS)\n\n\nPlatform BIDARATI merupakan pusat saraf yang berfungsi menyalurkan maklumat melalui kaedah aliran data. Bukan itu sahaja, ia akan mengawal transaksi pada e-dompet, e-Marketplace dan pengurusan \nfleet\n untuk mesin yang digunakan. Seterusnya, menyampaikan data yang diperlukan dalam pelbagai komponen kepada pengguna data yang berkaitan seperti petani, pengurus ladang, pengurus logistik dan penyelia \nfleet. \nSemua komponen ini menggunakan analisis \nbig data, artificial inteligence\n (AI) dan \nmachine learning\n serta kesahihan transaksi menggunakan kaedah \nblockchain\n.\n\n\n\n\n\n\nPerancangan dan kaedah dalam platform BIDARATI. Gambar: Estet Sepakat\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Mesin (EaaS)\n\n\nDalam kaedah ini, Estet Sepakat akan menggunakan beberapa mesin yang bersesuaian yang berupaya mengurangkan kos pengeluaran pada kadar optimum dan meningkatkan semula kadar pendapatan petani melalui peningkatan pengeluaran beras.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan teknologi mesin dalam komponen EaaS. Gambar: Estet Sepakat\n\n\n\n\n\n\nSumber pendapatan\n\n\nSumber pendapatan Estet Sepakat akan diperolehi melalui caj bayaran perkhidmatan terhadap platform Eaas dan SaaS. Pembayaran ini akan dikenakan kepada petani sama ada secara langsung atau tidak langsung yang melibatkan pelbagai pengurus ladang, wakil petani atau koperasi mereka. Perstrukturan harga yang disediakan oleh Estet Sepakat berupaya menjimatkan petani atau berlakunya peningkatan dalam hasil pengeluaran mereka. Ini membolehkan mereka meningkatkan pendapatan pada akhir musim.\n\n\nSelain itu, Estet Sepakat melaksanakan satu mekanisme melalui pembelian jerami padi selepas tuai daripada petani. Ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada para petani. Pelaksanaan platform BIDARATI berupaya menjana pendapatan langsung kepada Estet selain daripada mengoptimumkan hasil bagi perkhidmatan EaaS. Dalam tempoh 5 tahun akan datang , hasil langsung daripada BIDARATI dijangka memberi pulangan kepada syarikat sekitar 20 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat.\n\n\nSasaran Estet Sepakat\n\n\nApabila menggunakan platform BIDARATI (SaaS) dan mesin (Eaas), Estet Sepakat berharap dapat meningkatkan pendapatan petani dalam Komuniti Sepakat kepada RM 5,000 sebulan berbanding RM 2,500 sekarang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Estet Sepakat\n\n\n\n\n\n\nJalinan usaha sama\n\n\nMelalui program ini, Estet Sepakat telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat yang mempunyai kepakaran masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Estet Sepakat\n\n\n\n\n\n\nSebab untuk perlu melabur ekuiti ECF di Estet Sepakat\n\n\nUmumnya, ini adalah kempen pelaburan pertama Estet Sepakat dalam platform ekuiti ECF. Estet Sepakat berharap dapat mengumpul nilai minimum sekitar RM 1.4 juta dan menawarkan pelabur sehingga 9% kepentingan dalam syarikatnya. Terdapat beberapa faktor mengapa para pelabur perlu melabur ekuiti ECF dalam Estet Sepakat ini, antaranya ialah:\n\n\n\n\nTeras perniagaan yang dijalankan melibatkan pengeluaran makanan utama dan satu keperluan yang penting.\n\n\nJangkaan \nreturn of investment \n(ROI) yang tinggi.\n\n\nMempunyai dua peluang pelaburan iaitu dalam jangka pendek melalui penjualan ECF dan potensi jangka panjang melalui penyenaraian IPO di pasaran saham.\n\n\nDari segi kesan sosial, ia berupaya mengeluarkan pesawah dari kadar kemiskinan serta meningkatkan jaminan makanan\n \nuntuk negara.\n\n\nPeluang dalam \nServiceable Addressable Market (SAM) \nsebanyak RM 82 bilion dalam tempoh 5 tahun.\n\n\nPelan Perlindungan Pelaburan yang mengutamakan pemegang saham dalam Ekuiti Crowdfunding (ECF).\n\n\n\n\nBaru-baru ini, Estet Sepakat dan Ethis ada membuat \nfinal pitch \nuntuk kempen mereka secara langsung di Zoom dan Facebook. Boleh tonton rakaman tersebut dengan menekan \nlink ini\n.\n\n\nKempen ini ditawarkan melalui platform Equity Crowdfunding (ECF) patuh shariah iaitu \nEthis Ventures\n. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara dan kaedah melabur ekuiti ECF dalam Estet Sepakat, anda boleh rujuk di \nlink\n ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/etf-menawarkan-pelaburan-berisiko-rendah", "title": "ETF Menawarkan Pelaburan Berisiko Rendah", "body": "Kami pernah berkongsi \npengenalan tentang ETF\n. Ia merupakan singkatan kepada Exchange Traded Fund atau dalam bahasa Melayu, Dana Dagangan Saham. Seperti Unit Trust, sebuah dana itu boleh merangkumi satu koleksi atau bakul saham yang membentuk profail risiko tersendiri.\n\n\nETF boleh difahami sebagai sebuah dana pelaburan seperti Unit Trust atau Amanah Saham. Dana ini boleh terdiri daripada pelaburan dalam ekuiti, komoditi atau REITs dan sebagainya, dan ia boleh didagangkan di Bursa Malaysia. Satu kelebihan ETF kita boleh lihat di sini ialah ia mempunyai kecairan yang lebih baik berbanding dana Unit Trust. ETF boleh didagangkan sepanjang waktu pasaran, manakala Unit Trust hanya boleh didagangkan mengikut satu harga pada waktu tutup pasaran.\n\n\nKenapa Risiko ETF lebih rendah\n\n\nSeperti juga Unit Trust, ETF dilaburkan ke dalam ekuiti yang dipelbagai (\ndiversified\n) untuk mengurangkan risiko. Sebagai contoh, sebuah dana ETF boleh meletakkan pegangan dalam beberapa saham di dalam satu bakul. Bakul ini mewakili sebuah unit ETF dan saham-saham di dalam bakul ini sebagai saham pendasar (\nunderlying stock\n). Harga unit ETF ini akan bergerak mengikut pergerakan saham pendasar ini.\n\n\n\n\nSatu andaian mudah adalah seperti ini. Anda memegang beberapa saham yang bagus dalam portfolio yang terdiri daripada beberapa sektor yang pelbagai. Apabila satu sektor mengalami trend menurun, contohnya Oil & Gas, ada banyak lagi saham lain dalam pegangan yang tidak terkesan.\n\n\nStrategi pembelian ETF\n\n\nSebagai contoh, nilai sebenar dana GOLDETF boleh dilihat berdasarkan harga semasa emas seperti yang ditunjukkan di graf di bawah. Pergerakan harga emas juga adalah sejajar dengan pergerakan GOLDETF.\n\n\n\n\nPun begitu, ETF kebiasaannya dibeli untuk jangka waktu yang panjang dan untuk strategi pegangan yang pasif. Pasif di sini membawa maksud jangka masa lama dan tidak perlu dipantau secara aktif.\n\n\nJenis ETF\n\n\nKebiasaannya, ETF dianggap sebagai sebuah dana dalam kelas aset ekuiti. Ini adalah disebabkan pilihan ETF jenis ekuiti yang lebih banyak berbanding yang lain. Namun, terdapat juga ETF jenis komoditi yang aset pendasarnya bersandarkan pada harga komoditi, contohnya emas.\n\n\n\n\nTradePlus Shariah Gold Tracker\n merupakan satu-satunya ETF jenis komoditi di Malaysia yang bersandarkan pada harga emas. Ia boleh didagangkan di Bursa Malaysia dengan simbol GOLDETF.\n\n\nDana TradePlus Shariah Gold Tracker atau GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. Dana ini disandarkan pada emas fizikal yang disimpan di Singapura. Pelaburan dana ini adalah patuh syariah, berpandukan perunding syariah Amanie Advisors Sdn Bhd. Setakat ini, TradePlus Shariah Gold Tracker adalah satu-satunya dana ETF syariah yang bersandarkan pada harga emas dan berstatus patuh syariah\n\n\nSekurangnya 95% dari keseluruhan dana disimpan dalam bentuk emas yang di beli hanya dari pengilang emas bertauliah dari London Bullion Market Association (\u201cLBMA\u201d). Kesemua emas ini disimpan dengan selamat di dalam peti besi di Singapura. Ketika artikel ini ditulis, sekitar 99% daripada keseluruhan dana disimpan dalam bentuk emas.\n\n\nDari sini, satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Sebagai perbandingan, kita boleh lihat harga emas semasa dengan harga satu lot ETF di bawah:\n\n\n\n\nCarta harga emas: \niSaham\n\n\nCara menjana keuntungan dengan ETF\n\n\nSama seperti saham, anda mendapat keuntungan dari ETF sekiranya membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi (\nBuy Low Sell High\n). Sekiranya ETF tersebut adalah jenis ekuiti, kebiasaannya terdapat juga pemberian dividen yang disebut sebagai \nincome distribution\n. Dividen ini tertakluk kepada pemberian dividen oleh saham pendasar di bawah dana ETF tersebut.\n\n\nUntuk ETF jenis komoditi emas pula, cara mendapatkan keuntungan adalah sama sahaja dengan pelaburan emas. Nilai pelaburan anda akan menaik apabila harga emas menaik. Antara perkara yang boleh menyebabkan harga emas naik ialah tahap hutang yang tinggi dalam pasaran kewangan dan kelemahan harga aset.\n\n\nKesimpulan\n\n\nTidak semua ETF ini dikategorikan sebagai patuh syariah. Oleh itu, TradePlus Shariah Gold Tracker atau GOLDETF boleh menjadi pilihan anda untuk pelaburan patuh syariah. Jika anda mencari ETF dari sektor-sektor tertentu, anda juga boleh mengisikan borang permintaan secara atas talian di \nsini\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/evolusi-scib-dari-pengeluar-konkrit-kepada-pemain-emcc", "title": "Evolusi SCIB Dari Pengeluar Konkrit Kepada Pemain EMCC", "body": "Sarawak Consolidated Industries Berhad\n atau SCIB adalah syarikat pengeluaran dan pembinaan di Kuching. Perniagaan utama SCIB ialah pengeluaran precast concrete products yang digunakan dalam industri pembinaan. Mereka adalah pengeluar terbesar di Malaysia Timur dan produknya terkenal di kalangan pemaju dan kontraktor di Sarawak dan Borneo. Malah, mereka mendahului pasaran di rantau tersebut dalam segmen perniagaan yang diceburi.\n\n\nKini, SCIB telah mengembangkan sayapnya ke pasaran luar negara seperti Indonesia dan Timur Tengah dengan menumpukan kerja-kerja Engineering, Manufacturing, Construction and Commissioning (EMCC).\n\n\nDari pengeluar kepada pembina\n\n\nSCIB mengeluarkan pelbagai jenis precast concrete yang digunakan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur. Produk mereka juga digunakan dalam pelbagai projek infrastruktur Sarawak seperti infrastruktur bekalan tenaga dan air dan juga projek besar Pan Borneo Highway. Sebelum ini, tumpuan syarikat adalah lebih kepada pengeluaran dan bekalan. Kini, syarikat menceburi bidang pembinaan dengan lebih agresif.\n\n\n\n\n\n\nGambar: SCIB\n\n\n\n\n\n\nTerbaru, syarikat telah memasuki pasaran EMCC di Indonesia, Oman dan Qatar. Indonesia kini menjalani proses peralihan ibu negara dan akan menjalankan projek pembinaan yang besar. Qatar pula akan mengacara Piala Dunia FIFA 2022, dan peluang di Oman dalam perkembangan Zon Ekonomi Khas akan diteroka. Penambahan aktiviti syarikat ini boleh dikaitkan dengan perubahan pegangan yang berlaku pada SCIB bermula 2019.\n\n\nSerba Consolidated\n\n\nPada Ogos 2019, terdapat sebuah perubahan besar yang berlaku pada syarikat. Dato Dr. Ir. Mohd Abdul Karim atau Dato Karim, pengasas \nSerba Dinamik\n telah menambah pegangannya dalam SCIB. Sekaligus, ini menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar dalam SCIB.\n\n\n\n\nBeliau dapat membawa pengetahuan dan selok belok dunia pembinaan antarabangsa, terutamanya Timur Tengah ke dalam SCIB. SCIB yang selama ini lebih menumpukan kepada pengeluaran kini menjadi lebih bersepadu dengan perkhidmatan pembinaan.\n\n\nDengan pengetahuan dan rangkaian yang dibawa oleh Dato Karim, SCIB dapat meluaskan perniagaannya ke dalam pasaran yang lebih luas. Antara projek baru yang kita dapat lihat di luar negara ialah kontrak bernilai sekitar RM 864.5 juta di Qatar dan Oman pada suku pertama 2020. Jika kita lihat pada portfolio Serba Dinamik, sebahagian besar projek mereka datangnya dari Timur Tengah. Maka, kita boleh jangkakan pelbagai lagi manfaat yang boleh diterima oleh SCIB melalui projek kendalian Serba Dinamik di Timur Tengah.\n\n\n\n\n\n\nPeta Operasi Serba Dinamik. Gambar: Serba Dinamik\n\n\n\n\n\n\nDato Karim juga ingin jadikan SCIB lebih menarik kepada institusi. Untuk ini, beliau ingin membawa nilai permodalan pasaran syarikat ke RM 1 bilion dalam dua tahun, menurut laporan Mac 2020 lalu. Setakat April 2021, permodalan pasaran SCIB telah pun mencecah RM 800 juta. Pun begitu, nilai sasaran RM 1 bilion ini pernah dilepasi pada bulan Januari lalu.\n\n\nSebuah penambahan baru lagi dalam syarikat adalah penerokaan peluang industri Oil & Gas. Kita dapat lihat kesungguhan syarikat dengan pemilikan 30% ke dalam syarikat Edaran Kencana Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan vendor kepada Petronas, dan akan menjadi barisan hadapan syarikat untuk membida projek-projek Petronas.\n\n\n\n\nPembelian baru\n\n\nDalam berita terkini pula, kita boleh lihat perancangan syarikat untuk membeli syarikat pembinaan di Seri Kembangan, Kencana Precast Concrete Sdn Bhd. Dalam pemfailan Bursa Malaysia, syarikat telah pun keluarkan cadangan ini untuk makluman pemegang saham. Prospek syarikat ini pula dilihat berpotensi untuk projek-projek infrastruktur di Semenanjung seperti ECRL, MRT2, LRT3 dan Lebuhraya Putrajaya (MEX-KLIA-KLIA2).\n\n\nDari Sarawak ke Antarabangsa\n\n\nUntuk tahun 2020, pihak pengurusan telah meletakkan sasaran RM 1.5 bilion buku pesanan atau order book. Sasaran ini telah tercapai sepanjang 2020, dan kini syarikat meletakkan angka RM 3 bilion untuk 2021. Sasaran ini berada pada haluan yang baik dengan RM 2.4 bilion telah terkumpul setakat ini. Ini menunjukkan bahawa mereka komited untuk mengembangkan syarikat ke hadapan.\n\n\n\n\n\n\nOperasi di Qatar dan Oman. Gambar: SCIB\n\n\n\n\n\n\nDalam sesi radio BFM terbitan 31 Mac, Encik Rosland Othman, Pengarah Urusan dan CEO SCIB menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih banyak projek di luar negara berbanding di Malaysia. 60% pecahan kerja mereka kini bertempat di luar negara, dan 40% di Malaysia. Margin keuntungan di luar negara pula dikatakan lebih tinggi pada 15-20% berbanding Malaysia pada 10-15%. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa terdapat banyak lagi peluang di Timur Tengah yang boleh diteroka dalam jangka masa panjang.\n\n\nRisiko pungutan bayaran\n\n\nAkibat daripada Covid-19, banyak syarikat yang mengalami kesukaran dari aspek kewangan. Situasi ini juga tak terkecuali kepada pasaran yang diceburi oleh SCIB. Menurut Encik Rosland, mereka bersifat berhati-hati dalam memilih projek. Buat masa ini, mereka lebih berminat dengan projek bersaiz kecil yang tidak disaingi oleh ramai pemain industri. Risiko kelewatan bayaran juga diambilkira, dan Dato' Karim dikatakan berpengalaman dalam pasaran Timur Tengah dan mengenali syarikat yang diyakini boleh membuat pembayaran apabila projek disiapkan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSCIB telah mengalami fasa perubahan yang semakin progresif. SCIB yang selama ini hanya menumpukan kepada pasaran pengeluaran telah meluaskan sayapnya ke dalam industri pembinaan dan oil & gas. Pasaran tumpuan yang selama ini bersifat tempatan juga diperluas ke skala global, dimulai dengan Indonesia, Qatar dan Oman."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/farm-fresh-ingin-meluaskan-bisnes-serantau-dengan-ipo", "title": "Farm Fresh Ingin Meluaskan Bisnes Serantau dengan IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nFarm Fresh Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan penternakan lembu tenusu, pemprosesan dan penjualan susu lembu. Syarikat ini kini membuka permohonan IPO dan butirannya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.35\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nUtama\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 2.5 bilion\n\n\nNisbah PE:\n\n\n71.1\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n8 Mac 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n11 Mac 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n22 Mac 2022\n\n\n\n\nBisnes Farm Fresh\n\n\nFarm Fresh Bhd sebelumnya dikenali sebagai Holstein Milk Company Sdn Bhd. Perniagaan utama syarikat adalah ternakan lembu tenusu dan penjualan susu lembu. Anak syarikat Farm Fresh juga terbabit dalam perniagaan perladangan, pemprosesan dan pengeluaran pelbagai produk tenusu. Setakat ini, syarikat ini mempunyai 5 ladang tenusu di Malaysia dan 1 ladang tenusu di Australia merentasi kira-kira 5,400 ekar tanah, dengan jumlah sekitar 9,960 lembu tenusu dan lembu jantan.\n\n\nFarm Fresh mempunyai pelbagai portfolio produk seperti produk susu RTD (\nReady To Drink\n) sejuk, produk susu (\nUltra-high Temperature Processing\n) UHT/ambien RTD, produk berasaskan tumbuhan, produk yoghurt, jem buah-buahan dan sos. Rajah di bawah menunjukkan operasi utama syarikat, iaitu daripada perladangan kepada pemprosesan dan pengedaran produk mereka.\n\n\n\n\n\n\nOperasi utama perniagaan Farm Fresh\n\n\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nWalaupun pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dijalankan berulang kali di Malaysia, ia tidak memberikan kesan buruk yang ketara terhadap perniagaan dan operasi Farm Fresh. Dari segi kewangan, Farm Fresh juga tidak mengalami kesan yang serius kerana dibenarkan untuk terus beroperasi pada masa tersebut sebagai 'perkhidmatan penting'. Hal ini kerana mereka adalah syarikat yang terlibat dalam sektor makanan dan minuman (F&B) iaitu membekal dan mengeluarkan susu dan produk tenusu lain.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nFarm Fresh mengalami kenaikan pendapatan mendadak selama 3 tahun semenjak FYE 2019, iaitu dari RM 178.23 juta menjadi RM 303.07 juta pada FYE 2020. Kenaikan pendapatan diteruskan pada FYE 2021 menjadi jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 490.5 juta. Walaupun negara berada dalam PKP, syarikat ini diberikat kebenaran untuk beroperasi sebagai 'perkhidmatan penting'. Oleh itu, ramai pengguna membeli bertujuan untuk simpanan stok ketika PKP tersebut.\n\n\nFarm Fresh juga menunjukkan peningkatan dalam keuntungan mereka pada 2020 iaitu sebanyak RM34.38 juta berbanding RM 27.38 juta (2019). Namun, peningkatan ini terbantut sedikit kepada RM 32.83 juta dalam tahun 2021 disebabkan liabiliti cukai tambahan sebanyak RM 25.71 juta.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Farm Fresh\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Farm Fresh melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada dua, iaitu melalui penjualan produk tenusu dan penjualan produk bukan tenusu. Produk tenusu mereka merangkumi produk susu RTD sejuk, produk susu UHT/ambien, dan yogurt. Manakala, produk bukan tenusu merangkumi produk berasaskan tumbuhan, jem buah dan sos, serta susu mentah.\n\n\nPada FYE 2019 sehingga FYE 2020, kenaikan pendapatan banyak disumbangkan daripada dua segmen ini iaitu sebanyak RM 270.52 juta (produk tenusu) dan RM 32.55 juta (produk bukan tenusu) berbanding RM 161.31 juta (produk tenusu) dan RM 16.92 juta (produk bukan tenusu) pada FYE 2019. Kenaikan ini diteruskan pada FYE 2021 menjadi jumlah pendapatan tahun tersebut sebanyak RM 423.76 juta (produk tenusu) dan RM 66.74 juta (produk bukan tenusu).\n\n\nJika dilihat, kesemua segmen ini mengalami peningkatan yang baik pada FYE 2019 sehingga FYE 2021 dan pendapatan banyak disumbangkan daripada segmen produk tenusu mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Farm Fresh mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan hab pembuatan baharu, ladang tenusu baharu, dan kemudahan pemprosesan integrasi di Malaysia\n\n\n140\n\n\n46.5\n\n\n\n\n\n\nPengembangan kemudahan di Australia\n\n\n60\n\n\n19.9\n\n\n\n\n\n\nPengembangan di kawasan serantau luar Malaysia\n\n\n40\n\n\n13.3\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n40.8\n\n\n13.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n20.2\n\n\n6.7\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n301\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Majoriti dana sebanyak RM 140 juta akan dimanfaatkan untuk penubuhan hab pembuatan baharu, ladang tenusu baharu, dan kemudahan pemprosesan integrasi di Malaysia. Sebahagian daripada dana iaitu 19.9% akan digunakan untuk pengembangan kemudahan di Australia dan 13.3% untuk pengembangan di kawasan serantau luar Malaysia.\n\n\nSelain itu, tawaran IPO ini juga dapat memberikan modal kerja kepada syarikat sebanyak 13.6% iaitu bersamaan dengan RM 40.8 juta. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis dan industri Farm Fresh\n\n\nFarm Fresh terlibat dalam industri tenusu, di mana syarikat ini memberi tumpuan kepada penternakan lembu tenusu, pemprosesan dan pengedaran pelbagai produk tenusu dan produk berasaskan tumbuhan.\n\n\nIndustri tenusu\n\n\nMenurut analisis pasaran industri oleh Frost & Sullivan, industri tenusu di Malaysia berkembang didorong oleh kedua-dua permintaan dan penawaran. Dari segi permintaan, Malaysia semakin mementingkan kesihatan dan mengamalkan diet yang lebih seimbang kaya dengan nutrien dan protein. Dari segi penawaran, syarikat tenusu di Malaysia telah menginovasikan produk yang memenuhi keperluan pengguna, seperti saiz pek baharu, perisa baharu dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nPenjualan runcit produk susu terpilih di Malaysia mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan laporan IMR, industri tenusu ini mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dari 2015 hingga 2019. Penjualan runcit produk susu meningkat dari 2015 hingga 2019. Pada tahun 2020, pasaran tenusu ini menunjukkan prestasi yang mampan didorong dengan pembelian panik untuk penyimpanan stok semasa sekatan pergerakan dikenakan di seluruh negara oleh kerajaan. Dalam sembilan bulan pertama 2021, jualan produk tenusu untuk industri di Malaysia stabil, tetapi merosot sedikit berbanding dengan prestasi kukuh yang dicapai pada 2020.\n\n\nPersaingan\n\n\nIndustri tenusu di Malaysia mempunyai daya saing yang tinggi, dengan penawaran produk yang pelbagai daripada jenama tempatan hingga antarabangsa. Aktiviti perniagaan Farm Fresh terlibat dalam peringkat \nupstream\n, \nmidstream\n, dan \ndownstream\n. Di peringkat \nupstream\n, Farm Fresh bersaing dengan jenama antarabangsa dan tempatan. Di peringkat \nmidstream\n dan \ndownstream\n, Farm Fresh bersaing dengan pemproses yang menghasilkan susu mentah dari Malaysia dan luar negara. Beberapa pesaing Farm Fresh termasuk jenama keluaran bersepadu Malaysia seperti Kedah Dairy, Bright Cow, Eco-Fresh dan banyak lagi. Manakala persaing dari peringkat \nmidstream\n dan \ndownstream\n ialah Dutch Lady, Goodday, Marigold dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nNilai pasaran Farm Fresh dan persaingnya\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, Farm Fresh menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding persaingnya dari 2018 hingga September 2021. Walaubagaimanapun, jenama Dutch Lady masih menjadi peneraju dalam industri tenusu.\n\n\n\n\n\n\nNilai pasaran Farm Fresh dalam produk susu RTD dan yogurt untuk 2015 sehingga September 2021\n\n\n\n\n\n\nTambahan pula, nilai pasaran Farm Fresh untuk produk susu RTD telah meningkat daripada 3% pada 2015 kepada 15% pada sembilan bulan pertama 2021. Manakala, untuk nilai pasaran produk yogurt pula menunjukkan peningkatan kepada 11% dalam sembilan bulan pertama 2021 dariapda 5% pada 2015. Menurut Frost & Sullivan, pada Januari 2022, Farm Fresh mempunyai portfolio terluas bagi produk tenusu buatan tempatan (iaitu produk susu RTD, yogurt dan susu RTD berasaskan tumbuhan) di kalangan syarikat bersepadu Malaysia yang mengeluarkan jenama tenusu tempatan.\n\n\nPerbincangan\n\n\nIndustri tenusu adalah industri yang tidak terima impak yang besar di kala wabak COVID-19 yang melanda. Walaupun sekatan perjalanan dan PKP telah dilaksanakan berulang kali, ia tidak menjejaskan perniagaan Farm Fresh. Hal ini kerana syarikat Farm Fresh dibenarkan beroperasi sebagai 'perkhidmatan penting', kerana mereka ialah syarikat yang mengeluarkan bekalan produk susu.\n\n\nJika diperhatikan, pendapatan syarikat dilihat meningkat dengan baik bagi 3 tahun yang terakhir. Tambahan pula, menurut Frost & Sullivan, syarikat ini mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dan rekod kejayaan dalam segmen perniagaan mereka.\n\n\nMelalui penyenaraian di IPO ini, Farm Fresh akan menggunakan jumlah besar dana yang dikumpul untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan syarikat. Hal ini menunjukkan satu langkah yang positif oleh syarikat dalam usahanya untuk meningkatkan lagi pendapatan. Namun begitu, syarikat masih perlu membuktikan keberkesanan strategi mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia pada akhir bulan ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/farm-fresh-senheng-dan-beberapa-syarikat-bakal-ke-ipo", "title": "Farm Fresh, Senheng dan Beberapa Syarikat Bakal ke IPO\r\n", "body": "Setakat pertengahan tahun 2021, terdapat 11 IPO baharu telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Penyenaraian IPO ini telah mendapat sambutan luar biasa oleh pelabur saham di Malaysia. IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ia dimana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam melalui Bursa Malaysia.\n\n\nApabila disenaraikan syarikat tersebut mendapat dana yang besar. Lain syarikat, lain cara penggunaan dana. Mari kita lihat antara IPO yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.\n\n\nFarm Fresh Bhd\n\n\n\n\nSektor: Industri Tenusu\n\n\nSegmen Pasaran: Mempunyai beberapa ladang di Malaysia dan Australia\n\n\n\n\nFarm Fresh Bhd \nsebelumnya dikenali sebagai Holstein Milk Company Sdn Bhd. Perniagaan utama mereka adalah ternakan lembu tenusu dan penjualan susu lembu. Anak syarikat Farm Fresh juga terbabit dalam perniagaan perladangan, pengeluaran dan pelbagai produk tenusu.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nFarm Fresh\n\n\n\n\n\n\nKhazanah mempunyai 30% pegangan dalam syarikat ini. Penyenaraian IPO ini bertujuan untuk mengumpul dana dalam mengembangkan perniagaan di Malaysia termasuk menubuhkan sebuah hab pengeluaran baharu serta kemudahan proses tenusu. Selain itu, mengembangkan pengeluaran fasiliti di Australia dan digunakan sebagai modal kerja.\n\n\nJIka dilihat pada prestasi kewangan yang diterima oleh Farm Fresh, ia menunjukkan peningkatan mendadak terutamanya dalam segmen pendapatan selama 3 tahun. Pada tahun 2021, Farm Fresh mencatatkan pendapatan sebanyak RM 490.5 juta berbanding RM 178.23 juta (2019) dan RM 303.07 juta (2020). Peningkatan ini terbantut sedikit apabila keuntungan Farm Fresh sedikit merosot daripada RM 34.38 juta (2019) kepada RM 32.83 juta (2021).\n\n\n\n\nSenheng Sdn Bhd\n\n\n\n\nSektor: Peruncit Barangan Elektrik dan elektronik\n\n\nSegmen Pasaran: Mempunyai 103 rangkaian kedai di seluruh Malaysia\n\n\n\n\nSengheng mula ditubuhkan pada tahun 1989 yang merupakan cawangan pertama pada ketika itu. Kini, ia adalah salah satu rangkaian peruncitan penjualan barangan elektrik dan elektronik terbesar di Malaysia. Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan dalam rangkaian ini melibatkan peralatan dapur, peralatan penjagaan diri, gadget dan barangan digital serta pelbagai lagi.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\n\n\n\n\n\n\nBukan itu sahaja, Senheng juga mempunyai jenama sendiri dalam produk peralatan memasak yang dikenali sebagai \"Delighto\". Dana daripada penyenaraian IPO akan digunakan untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti cawangan sedia ada. Selain itu, ia juga digunakan dalam mengembangkan perniagaan pengedaran jenama baru, gudang dan pasaran logistik, serta meningkatkan infrastruktur rangkaian digital.\n\n\nDari segi prestasi kewangan Senheng mencatatkan keuntungan sebanyak RM 55.64 juta pada tahun 2020. Keuntungan pada tahun tersebut sedikit menurun berbanding tahun 2018 sebanyak RM 61.06 juta. Namun berbeza pula bagi pendapatan yang diterima, ia memperoleh pendapatan tertinggi sepanjang 3 tahun iaitu tahun 2020 sebanyak RM 1.29 bilion.\n\n\n\n\nSwift Haulage Berhad\n\n\n\n\nSektor: Perkhidmatan dan kemudahan logistik\n\n\nSegmen Pasaran: Pasaran Asia Tenggara\n\n\n\n\nSwift Haulage Berhad\n ditubuhkan pada 29 November 2000 yang pada ketika itu menggunakan nama Yinson Haulage Sdn Bhd. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan logistik yang merangkumi pengangkutan kontena, pengangkutan darat, perkhidmatan pergudangan dan penghantaran barangan. Operasi logistik domestik bersepadu dan ibu pejabat terletak di Malaysia, manakala di Thailand tertumpu dalam pengangkutan rentas sempadan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSwift\n\n\n\n\n\n\nPenyenaraian IPO ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan gudang baru, pembeliaan tanah dan 30 unit \nprime movers, \nserta pembayaran hutang bank. Antara pemain industri yang terlibat dalam industri sama dengan Swift apabila akan di senaraikan dalam pasaran Bursa Malaysia adalah Tasco, Cj Cen, Tiong Nam, Xin Hwa dan lain-lain.\n\n\nDari segi aspek kewangan, Swift menunjukkan prestasi tidak konsisten selama 3 tahun dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Jika dilihat pendapatan Swift pada tahun 2019 lebih tinggi dengan mencatatkan RM 610.20 juta berbanding tahun 2020 sebanyak RM 555.84 juta. Berbeza pula dari segi kadar keuntungan yang diterima, pada tahun 2020 Siab mencatatkan keuntungan sebanyak RM 41.69 juta. Ia merupakan keuntungan tertinggi berbanding tahun sebelumnya.\n\n\n\n\nAurelius Technologies Berhad\n\n\n\n\nSektor: Penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS)\n\n\nSegmen Pasaran: Asia Pasifik, Amerika dan Eropah\n\n\n\n\nAurelius\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang memfokuskan pasaran industri produk elektronik. Ia mempunyai anak syarikat yang dikenali sebagai BCM Electronics yang bertapak di Kulim, Kedah. Syarikat ini terlibat dalam 3 segmen produk iaitu produk IoT dan komunikasi, komponen semikonduktor dan peralatan elektronik.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \natechgroup\n\n\n\n\n\n\nDari segi prestasi kewangan, pendapatan Aurelius tidak konsisten sepanjang 3 tahun dari tahun 2018 sehingga 2020. Pada tahun terbaru 2020 ia mencatatkan pendapatan sebanyak RM 362.17 juta berbanding tahun sebelumnya RM 389.31 juta. Keuntungan pada dua tahun pertama adalah tertinggi dengan mencatatkan sekitar RM 23.8 juta (2018) dan 23.59 juta (2019). Namun, pada tahun 2020 ia telah merosot kepada RM 15.01 juta dengan margin keuntungan 4.2%.\n\n\n\n\nSiab Holdings Berhad\n\n\n\n\nSektor: Pembinaan dan Perumahan\n\n\nSegmen Pasaran: Infrastruktur kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan\n\n\n\n\nSiab Holdings Berhad\n merupakan kontraktor G7 yang mempunyai 4 anak syarikat iaitu Siab Construction, Siab Development, Siab Engineering dan Siab Network. Melalui anak syarikat ini, Siab bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman. Selain itu syarikat ni juga menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan dalam segmen ICT.\n\n\n\n\n\n\nProjek pertama kompleks membeli-belah yang diuruskan oleh Siab. Gambar: \nSiabmy.com\n\n\n\n\n\n\nMelalui IPO ini, Siab akan mendapat dana untuk membeli peralatan mesin pembinaan, pembayaran hutang bank serta mendapatkan perisian dan sistem yang lebih baik. Selain itu, dana ini juga akan digunakan untuk membeli tanah yang bertujuan membina kemudahan penyimpanan bahan binaan dan peralatan mesin.\n\n\nDari segi prestasi kewangan, Siab menunjukkan pertumbuhan yang stabil dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Prestasi ini diteruskan apabila Siab mencatatkan keuntungan sebanyak RM 11.04 juta pada tahun 2020 berbanding dua tahun sebelumnya RM 5.63 juta (2018) dan RM 6.95 juta (2019).\n\n\n\n\nCengild Medical Berhad\n\n\n\n\nSektor: Kesihatan dan perubatan\n\n\nSegmen Pasaran: Malaysia\n\n\n\n\nCengild Medical Berhad\n sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mengendalikan pusat perubatan mengkhususkan dalam diagnosis dan rawatan penyakit \ngastrointestinal, liver diseases, \ndan\n obesity. \nDana IPO ini akan digunakan dalam mengembangkan rangkaian pusat perubatan, meningkatkan fasiliti sedia ada dari segi pembelian kemudahan perubatan dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Cengild\n\n\n\n\n\n\nCengild menunjukkan peningkatan pendapatan selama 3 tahun dari tahun 2018 hingga 2020 dengan mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM 39.20 juta. Namun keuntungan sedikit menurun pada tahun 2019 dengan mencatatkan RM 1.48 juta berbanding tahun sebelumnya RM 4.14 juta.\n\n\nPada tahun 2020, keuntungan Cengild kembali meningkat sebanyak RM 3.95 juta. Berdasarkan graf kita dapat lihat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) dari RM 3.84 juta pada FPE 2020 ke RM 8.47 juta pada FPE 2021.\n\n\n\n\nPelbagai lagi IPO menarik\n\n\nBerdasarkan propektus IPO dari laman web \nSC \nterdapat sekitar 20 syarikat yang telah menghantar draf propektus IPO. Syarikat ini meliputi pelbagai berlainan sektor pemain industri. Antara yang boleh dikenalpasti ialah \nMTT Shipping and Logistic Berhad\n, TUC Holdings Berhad, \nKeyfield International Berhad\n, \nHARPS Holdings Berhad\n, \nOrgabio Holdings Berhad\n dan \nSFP Tech Holdings Berhad.\n\n\nMTT terlibat dalam perkhidmatan penghantaran maritim, khususnya kapal kontena, pengurusan kapal, logistik automotif dan lain-lain perkhidmatan berkaitan kontena. Penyenaraian ini bakal menambahkan jumlah syarikat yang didagangkan di Bursa dalam sektor perkapalan dan logistik.\n\n\nSeterusnya, TUC merupakan syarikat pelaburan yang mempunyai dua anak syarikat yang dikenali sebagai \nVSD\n dan VSD Green. Melalui anak syarikatnya, ia terlibat dalam perkhidmatan penawaran smart meter, pembuatan \narc protection system \ndan\n integration of electrical distribution systems \nserta lain-lain berkaitan produk elektrik.\n\n\nSyarikat-syarikat di atas telah pun menghantar prospektus awal ke SC, ia menandakan langkah yang semakin hampir ke arah IPO. Ada antara syarikat yang sudah melalui fasa permohonan melalui MITI seperti Orgabio, Aurelius Technologies, MTT, Swift, Senheng dan lain-lain.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/favco-dan-potensi-iot-dengan-pembelian-exact-group", "title": "Favco dan Potensi IoT dengan Pembelian Exact Group", "body": "Sejarah dan rangkaian bisnes Favco\n\n\nFavelle Favco\n (atau Favco) pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah syarikat di Australia. Syarikat ini mula membina kren bermula tahun 1962, dan berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 1968 untuk pembinaan World Trade Centre, New York. Pada tahun 1995, Favco dibeli oleh Muhibbah Engineering Berhad dengan pegangan 59.28% sebagai bahagian bisnes kren. Dua tahun kemudian, Favco memperoleh 100% Kr\u00f8ll Cranes A/S yang berasal dari Sweden.\n\n\n\n\n\n\nKren Favco di WTC, New York\n\n\n\n\nFavco mempunyai reputasi yang bagus di mata dunia dengan portfolio pembinaan 8 daripada 10 bangunan tertinggi dunia yang pernah dibina. Ia mempunyai 7 fasiliti yang beroperasi dari negara Malaysia, Australia, Denmark, Amerika, China, Singapura dan UAE. Jejak global ini membolehkan Favco membina kren muatan berat berdekatan dengan titik penghantaran serata dunia.\n\n\nPemerolehan Exact Group\n\n\nPemerolehan terbaru syarikat ini adalah pembelian 70% Exact Group pada Julai 2018 sebagai bahagian Automasi Pintar (Intelligent Automation). Exact Group terlibat dengan penyelenggaraan, kejuruteraan dan reka bentuk untuk perkhidmatan automasi. Pemerolehan ini dilihat sebagai pelaburan ke hadapan apabila melihatkan dunia yang bergerak ke arah Industry Revolution 4.0.\n\n\nBuat masa ini, Favco sedang memberikan tumpuan untuk memahami bisnes Exact Group yang berpotensi memberikan sinergi kepada bisnes kren mereka. Mereka sudah pun melengkapkan kren dengan teknologi internet. CEO juga ada mengatakan bahawa mereka boleh mengawal kren di TRX dari pejabat kalau nak, cuma mereka tak berbuat begitu.\n\n\n\n\nProduk dan servis yang ditawarkan\n\n\nJualan dan sewaan kren\n\n\nAntara produk yang disediakan Favco adalah kren Offshore, kren menara dan kren pelabuhan. Produk ini ditawarkan dalam bentuk jualan, sewaan dan servis penyelenggaraan. Kebanyakan pelanggan mereka berada dalam sektor pembinaan, oil & gas dan perkapalan. Dalam laporan kewangan terbaru, Favco mencatatkan RM 457.7 juta revenue dalam bisnes kren. Sebanyak 36.8% adalah hasil jualan tempatan dan selebihnya di luar negara.\n\n\nFavco menyatakan bahawa pasaran sewaan semakin besar berbanding jualan kren baru. Jadi ini merupakan strategi mereka ke hadapan. Selain itu, Favco juga ingin memasuki pasaran kren bersaiz lebih kecil. Setakat ini mereka mendapat hasil yang menggalakkan dengan jualan model baru mereka sebanyak 11 unit terjual kepada satu klien.\n\n\nAutomasi Pintar\n\n\n\n\nPembelian Exact Group membolehkan Favco menyediakan perkhidmatan dalam bahagian automasi secara umum sama ada untuk oil & gas, pembinaan, pengeluaran, automotif dan sebagainya. Exact Group kini memegang lebih daripada 20 kontrak penyelenggaraan dengan kebanyakan syarikat oil & gas utama di Malaysia. Mereka juga sedang menjalankan perkhidmatan gas monitoring untuk \nGas Malaysia\n.\n\n\nPersaingan antarabangsa\n\n\nFavco adalah pemain industri antarabangsa dalam industri kren. Persaingan bisnes adalah dengan syarikat German, Perancis dan New York. Kren Favco dibuat di Senawang menggunakan teknologi mereka sendiri. Operasi Favco di rantau Asia juga membolehkan penghantaran dibuat dengan lebih cepat. Dari segi persaingan, Favco mendapat kelebihan dari segi kos pembuatan yang lebih murah dan lokasi yang lebih strategik.\n\n\nSekilas pandang ke pasaran dan kewangan\n\n\nPrestasi kewangan Favco semakin bagus walaupun pasaran yang agak perlahan pada 9 bulan pertama 2018. Walaupun aktiviti oil & gas semakin banyak berbanding beberapa tahun terkini, namun \u00a0 belum mencapai tahap yang memuaskan. 3 bulan terakhir 2018 pula memberikan pulangan yang baik pada jumlah kerja yang wajar.\n\n\nRevenue pada tahun 2018 dicatatkan pada RM 531 juta iaitu hampir sama dengan tahun sebelumnya pada RM 526 juta. Revenue ini terdiri dari bisnes kren sebanyak RM 458 dan Exact Group sebanyak RM 73 juta. Ia menunjukkan bahawa bisnes kren mencatatkan revenue yang lebih rendah, namun CEO menjangka angka untuk kren akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan dengan tamatnya krisis oil & gas buat Favco.\n\n\n\n\n\n\nRumusan Laporan Kewangan Favco\n\n\n\n\nPotensi lebih baik di masa depan\n\n\nDalam laporan kewangan, butiran kewangan dari Exact Group hanya mula dicatat sejak pertengahan tahun 2018, maka tahun hadapan akan menunjukkan angka revenue yang lebih banyak dalam laporan kewangan akan datang. CEO juga menjangka revenue akan meningkat untuk tahun 2019. Ini adalah berdasarkan pasaran kren yang akan menjadi lebih stabil dan jumlah buku pesanan sebanyak RM 637 juta setakat 29 Mac 2019. Revenue dari Exact Group pula dijangka sebanyak RM 120 hingga RM 140 juta untuk tahun kewangan yang penuh.\n\n\nFavco menjangka pasaran yang lebih stabil pada masa hadapan. Dengan pemerolehan Exact Group, ia membolehkan kren Favco disepadukan dengan fungsi IoT. Namun buat masa ini, teknologi ini masih diteroka untuk kegunaan bisnes. Pasaran kren pula semakin bergerak ke arah sewaan berbanding jualan. Potensi sewaan juga adalah besar dan Favco melihat trend ini dalam pandangan yang positif."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/frontken-bersiap-untuk-keluaran-cip-3nm-menjelang-2022", "title": "Frontken Bersiap untuk Keluaran Cip 3nm Menjelang 2022", "body": "Frontken\n merupakan sebuah syarikat yang menunjukkan pertumbuhan kewangan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pendapatan dan keuntungan menunjukkan kenaikan yang kukuh, manakala pergerakan saham pula telah menaik melebihi 500% sejak awal 2019 hingga ke hari ini. Dalam post kali ni, kita akan kenal lebih dalam tentang syarikat yang bernama Frontken ini.\n\n\n\n\nAktiviti perniagaan\n\n\nPerniagaan yang diceburi oleh Frontken mempunyai tahap teknikal yang agak tinggi pada awalnya. Namun, kita akan lihat satu per satu dengan lebih terperinci. Secara ringkasnya, kita boleh fahami teknologi yang digunakan Frontken adalah untuk memanjangkan hayat peralatan.\n\n\nSurface Metamorphosis Treatment\n\n\nSurface metamorphosis\n adalah sebuah istilah umum yang digunakan untuk apa-apa perkhidmatan rawatan permukaan bahan. Bagi Frontken khususnya, mereka menawarkan khidmat \nThermal Spray Coating\n untuk menyalut sesebuah bahan atau peralatan dengan lapisan mengikut keperluan pelanggan. Bahan yang disalut ini terdiri daripada pelbagai penggunaan kejuruteraan termasuk \npiston rod\n, paip besi, \nvalve\n, \npressure vessel\n dan sebagainya. Industri yang terlibat dalam perkhidmatan ini boleh terdiri daripada oil & gas, janakuasa tenaga dan \nmarine\n.\n\n\n\n\nPerkhidmatan surface metamorphosis ini membolehkan sesebuah permukaan itu diubah untuk meningkatkan kecekapan, hayat atau rupa. Proses ini adalah salah satu penyelesaian kepada pemilik bahan, peralatan atau kelengkapan untuk menyelesaikan masalah penggunaan dari segi kehausan, hakisan dan sebagainya. Ia dikatakan sebagai satu penyelesaian yang berpatutan berbanding membelanjakan R&D mencipta bahan baru untuk memanjangkan hayat bahan. Frontken merupakan pendahulu pasaran dalam perkhidmatan ini di pasaran Asia Tenggara.\n\n\nPasaran thermal spray coating secara khususnya terbahagi kepada pasaran utama (primary), dan kedua (secondary). Pasaran utama merujuk kepada pasaran OEM untuk produk yang dilengkapi dengan teknologi ini untuk memanjangkan hayat produk. Pasaran kedua merujuk kepada pasaran penyelenggaraan dan baikpulih peralatan yang mengalami kesan gunaan.\n\n\nPrecision Cleaning\n\n\nPerkhidmatan pembersihan jitu atau precision cleaning merupakan proses pembersihan berpiawai tinggi, meninggalkan kurang dari 0.3 micron zarah bahan pencemar. Dalam kebanyakan industri kejituan berteknologi tinggi (high-tech precision industry), pembersihan jitu adalah proses keperluan sebelum pemasangan dibuat. Perkhidmatan ini juga merupakan aktiviti rutin penyelenggaraan untuk mengelakkan pencemaran zarah yang boleh jadi memakan kos.\n\n\nProses ini boleh jadi proses pelengkap dalam perkhidmatan Thermal Spray Coating tadi, kerana sesebuah permukaan itu perlulah dibersihkan dahulu sebelum disalutkan. Namun, perkhidmatan ini juga boleh berdiri dengan sendirinya dalam industri semikonduktor. Bahan asas semikonduktor yang bermula dari wafer adalah bahan yang sensitif terhadap apa-apa pencemaran. Ia dihasilkan dalam \ncleanroom\n di mana tiada apa zarah pencemaran boleh dijumpai di dalamnya. Peralatan yang mengendalikan wafer ini juga perlulah bebas daripada pencemaran zarah bagi mengelakkan kerosakan pada wafer.\n\n\n\n\n\n\nPeralatan CVD dan senarai peralatan dikendalikan Frontken\n\n\n\n\n\n\nDalam segmen ini, Frontken mempunyai beberapa kaedah pembersihan iaitu \nspray cleaning\n, \nimmersion cleaning\n, dan \nultrasonic cavitation and implosion\n. Selain semikonduktor, perkhidmatan ini juga ditawarkan kepada industri oil & gas dan perubatan.\n\n\nKhidmat kejuruteraan\n\n\nSelain proses yang khusus tadi, Frontken juga menawarkan \nkhidmat kejuruteraan\n yang lebih umum. Perkhidmatan ini juga bertujuan melengkapi kerja-kerja baikpulih peralatan, maka mereka juga membuat kerja seperti pembikinan (fabrication) \nspare part\n. Mereka juga membuat \ndynamic balancing\n untuk peralatan berputar seperti turbin, \ngenerator\n, enjin, pam dan sebagainya.\n\n\nPendapatan lebih banyak di Taiwan\n\n\nFrontken memiliki 5 buah anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang dibincangkan tadi di beberapa buah negara, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Taiwan. Di Taiwan, Frontken memiliki Ares Green sebanyak 91.25% yang menyumbangkan sebanyak 65% daripada pendapatan pada tahun 2020.\n\n\nBila sebut Taiwan, secara automatik kita boleh bayangkan sebuah negara utama semikonduktor. Dalam konteks Frontken, kita boleh ingat pada \nTSMC\n, syarikat pengeluar semikonduktor terbesar di Taiwan, dan salah satu terbesar dunia. Taiwan merupakan penyumbang pendapatan Frontken terbesar sejak tahun 2016. Semikonduktor pula menunjukkan pendapatan yang semakin naik sejak tahun 2011 dari sekitar RM 99 juta sehingga mencecah RM 300 juta pada 2020. Sekiranya kita gabungkan kedua-dua kata kunci ini, kita boleh bayangkan mereka berada dalam perniagaan yang baik.\n\n\n\n\n\n\nPejabat utama TSMC. Gambar: TSMC\n\n\n\n\n\n\nTaiwan bukanlah satu-satunya geografi di mana mereka tawarkan perkhidmatan untuk industri semikonduktor. Di Malaysia dan Singapura juga, perkhidmatan ini ditawarkan. Namun, pelanggan utama Frontken merupakan syarikat Taiwan dan pada tahun 2020, menyumbangkan 36% daripada pendapatan tahun keseluruhan. Pelanggan mereka di Taiwan sahaja terdiri daripada lebih 150 syarikat. Mereka juga mempunyai perancangan pengembangan perniagaan di Taiwan.\n\n\nKilang baru di Taiwan\n\n\nPada April baru ini, \nAres Green membeli kilang baru\n di Kaohsiung Science Park, Taiwan bernilai RM 53 juta dengan bangunan berkeluasan 10,972 kaki persegi. Keluasan ini membolehkan pemasangan ruang pengeluaran sebesar 2.5 kali ganda fasiliti sedia ada. Setakat ini, fasiliti mereka telah pun dianggap sebagai fasiliti terbesar dunia (untuk advanced cleaning).\n\n\n\n\n\n\nKaohsiung Science Park. Gambar: Ministry of Science and Technology, Taiwan\n\n\n\n\n\n\nKilang ini dijangka akan mula beroperasi pada separuh kedua 2022, sejajar dengan pengeluaran cip \nnode 3 nm\n. Mereka akan menggunakan teknologi pembersihan termaju untuk node 3nm ini, dan juga untuk 2 nm dan 1.4 nm yang akan datang. Perkembangan teknologi ini akan memberi pertumbuhan yang baik kepada mereka dalam 5 hingga 8 tahun akan datang.\n\n\nMenimbang peluang di Arizona\n\n\nPerkembangan peristiwa \nTSMC membuka kilang wafer di Arizona\n menjemput pelbagai persoalan sekiranya Frontken akan turut menjejakkan tapak di sana. Frontken berada dalam perbincangan yang berterusan bersama pelanggan mereka untuk membuka kilang di sana untuk memberikan perkhidmatan sokongan.\n\n\nBuat masa ini, pelbagai persoalan yang masih berada dalam perbincangan, seperti struktur kos, persoalan sama ada berbaloi atau tidak, dan sebagainya. Namun, mereka bersetuju dengan pelanggan untuk memberikan sokongan dari jauh. Sekiranya mereka memutuskan untuk memasuki Arizona pula, ia tak semestinya berlaku ketika awal pengeluaran dibuat.\n\n\nKelebihan perniagaan Frontken\n\n\nDalam AGM, terdapat beberapa persoalan, salah satunya (\nQ&A nombor 27\n) bertanyakan tentang bagaimana mudah atau susahnya klien mereka menukar vendor, contohnya menukar Frontken dengan penyedia perkhidmatan lain. Jawapan balasnya, proses untuk mendapatkan kelayakan ini memakan masa. Ia mengambil masa sekitar 3 bulan untuk membuat satu wafer. Bahagian peralatan yang bersih ini mestilah diuji untuk beberapa pusingan, maka hampir 6-12 bulan diperlukan sebelum pertukaran dibuat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Jabil\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, penglibatan Frontken dalam industri semikonduktor ini adalah pada \nfasa front-end\n sebagai perkhidmatan sokongan. Fasa ini merupakan fasa awal pengeluaran semikonduktor, oleh itu, mana-mana cip sama ada untuk EV atau smartphone, secara tidak langsung disokong oleh perkhidmatan pembersihan jitu Frontken.\n\n\nUntuk perkhidmatan thermal spray coating pula, ada kelebihan yang boleh dirasakan dalam industri janakuasa tenaga. Pemain industri besar seperti GE, Siemens, Alstom dan Mitsubishi Heavy Industries pada asalnya mempunyai bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk kerja-kerja selepas penyelenggaraan. Namun, penghantaran mengambil masa yang lama kerana ia perlu dihantar ke kilang asal barangan ini dibuat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Siemens\n\n\n\n\n\n\nPemain industri ini juga tidak mahukan peralatan mereka contohnya gearbox, compressor dan turbin dihantar ke pesaing mereka bagi mengelakkan teknologi kejuruteraan ditiru. Oleh itu, kehadiran penyelenggara pihak ketiga seperti Frontken merupakan satu penyelesaian yang baik bagi mereka. Kita boleh lihat pada awal penyenaraian Frontken, mereka mempunyai Siemens sebagai pelanggan utama dalam segmen perkhidmatan ini. Malah, pelanggan utama mereka sebelum tahun 2020 dilaporkan dari perkhidmatan kejuruteraan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nFrontken memasuki pasaran yang diceburi ketika penggunaan dalam pasaran belum lagi meluas. Ketika tersenarai pada tahun 2006, mereka merupakan antara pemain terawal industri untuk perkhidmatan yang mereka tawarkan. Kini, mereka merupakan antara pemain utama dan sangat dikenali untuk bidang kepakaran mereka. Dalam AGM baru-baru ini, CEO juga menyatakan keyakinan untuk pertumbuhan syarikat ke hadapan.\n\n\nAntara perkara yang mungkin kurang disenangi tentang perniagaan Frontken ini ialah pertumbuhan mereka bergantung kepada pertumbuhan pelanggan mereka. Sekiranya pelanggan mereka mendapat lebih banyak projek, maka barulah ia akan memberikan kelebihan kepada Frontken. Walaubagaimanapun, kilang baru Ares Green berpeluang untuk memberikan perkhidmatan kepada kapasiti yang lebih banyak. Persoalan yang bermain sekarang ialah kebolehan mereka untuk menjayakan kilang baru ini supaya dapat memberikan pulangan yang optimum.\n\n\nPenafian: Artikel ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang team iSaham pelajari tentang syarikat ini. Sebarang penilaian positif atau negatif haruslah dipertimbangkan oleh pelabur sendiri untuk membuat keputusan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/fungsi-terbaru-broker-mplus", "title": "Fungsi Terbaru Broker Mplus", "body": "Artikel ini menyenaraikan fungsi-fungsi terbaru dalam Mplus. Artikel ini akan sentiasa dikemaskini sekiranya terdapat fungsi baru pada masa akan datang.\n\n\n\u00a0\n\n\n3 Nov 2020 - Kemaskini aplikasi mobile M+ Online\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n \n\n\n \n\n\nSatu daripada dua kemaskini terbaru untuk aplikasi mobile M+ Online ialah fungsi kemaskini password. Sekiranya anda terlupa password, kini anda boleh tekan \nforgot password\n dari aplikasi mobile M+ Online. Satu kotak input akan keluar untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang anda termasuk nombor pengenalan diri dan soalan keselamatan. Setelah berjaya masukkan jawapan, anda akan boleh masukkan password baru yang ingin digunakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n \n\n\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n \n\n\n \n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKemaskini kedua untuk aplikasi mobile M+ Online ialah fungsi yang ditunggu ramai iaitu Modify Order. Kini, anda boleh ubah pesanan yang telah diletakkan dengan hanya menggunakan aplikasi mobile. Sebelum ini fungsi ini hanya membolehkan anda mengurangkan lot pesanan. Kini anda boleh ubah bilangan lot dan harga sama ada untuk dikurangkan atau ditambah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n14 Jan 2020 - M+ Wiz Lite\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\nKini anda boleh guna ciri tambahan baru yang menarik dalam Mplus, dinamakan M+ Wiz Lite. Ciri ini berfungsi sebagai screener tambahan membolehkan anda mencari saham menggunakan signal-signal seperti Volume increase, price breakout, buyers intact, RSI oversold, bullish MACD. Cara menggunakan fungsi ini: Log in akaun mplus anda, klik nama saham (right click) dan pilih M+ Wiz Lite. Kemudian, tekan bahagian Alerts di sebelah kanan. \n\n\n\u00a0\n\n\n3 Dis 2018 - Sokongan browser selain IE\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\nPlatform Mplus kini boleh diakses di Google Chrome, Safari, Firefox dan pelayar selain Internet Explorer. Pengguna Mac tidak perlu lagi menggunakan VirtualBox atau mode dua OS. Masalah yang sering berlaku sebelum ini seperti download CAB files semasa pertama kali akses juga tidak lagi diperlukan.\n\n\n\u00a0\n\n\n23 Nov 2018 - Interactive Chart\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\nInteractive Chart kini menggunakan HTML5, jadi tidak perlu lagi download dan kemas kini java. Interactive Chart juga diperkemas lagi dengan memberi penunjuk aras support & resistance pada daily chart.\n\n\n\u00a0\n\n\n14 Sep 2018 - FPX Deposit\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\r\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\u00a0\n\n\n\r\nKlik gambar untuk besarkan\n\n\n\u00a0\n\n\nCara deposit ke akaun Mplus dipermudahkan lagi dengan FPX Deposit. Dengan cara ini, pengguna tidak perlu lagi upload resit selepas membuat pembayaran dan pembayaran akan masuk serta merta (instant). Pengguna juga tidak dikenakan apa-apa caj dengan menggunakan fungsi ini. Untuk cara-cara menggunakan FPX deposit boleh rujuk \ndi sini\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nBuka akaun Mplus bersama kami dan dapatkan akses premium iSaham secara percuma\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nFungsi-fungsi di atas memudahkan pelabur memulakan langkah dalam pelaburan saham, mengkaji saham dan membuat jual beli dalam saham. Ditambah dengan \nbrokerage fee\n yang rendah (serendah 0.05% untuk intraday dan 0.08% untuk trade biasa), pastinya Mplus merupakan broker yang sesuai untuk anda.\n\n\n\u00a0\n\n\nBukan itu sahaja, sekiranya anda buka akaun Mplus bersama team kami, anda akan mendapat akses \npro iSaham\n secara percuma. Akses premium seperti ini selalunya dijual pada harga ribu-ribu setahun. Untuk mendapat maklumat atau membuka akaun dengan team kami, sila hubungi \niSaham Support\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/gaya-pelaburan-di-pasaran-saham", "title": "Gaya Pelaburan di Pasaran Saham", "body": "Semua pelabur, termasuk pelabur individu hingga pengurus wang profesional mempunyai gaya pelaburan tersendiri. Gaya pelaburan ini merujuk kepada strategi khas yang digunakan berdasarkan tujuan pelaburan mereka. Strategi atau gaya pelaburan yang sesuai untuk anda mungkin tidak sesuai bagi sahabat anda atau pelabur lain. \nOleh itu, artikel ini akan mengupas tentang beberapa jenis gaya pelaburan yang ada di dalam pasaran saham.\n\n\nPelaburan Aktif vs Pelaburan Pasif\n\n\n\n\n\n\n\n\nStrategi utama pelaburan aktif biasanya adalah fokus kepada mendapat keuntungan yang tinggi dalam jangka masa pendek. Gaya pelaburan ini mungkin serasi untuk pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi kerana mereka akan membeli dan menjual saham secara kerap. Pelabur aktif ini akan sentiasa memantau portfolio mereka. Maka, ia sesuai kepada individu yang tiada halangan untuk selalu melihat pergerakan pasaran sahamnya.\n\n\nSebaliknya, pelaburan pasif pula sesuai kepada pelabur yang gemar dengan pelaburan yang berisiko rendah. Mereka tidak perlu melihat skrin komputer sepanjang hari untuk memantau pergerakan saham yang dibeli seperti pelabur aktif. Hal ini kerana, strategi pelaburan pasif ini adalah beli dan simpan untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa panjang. Contoh pelabur pasif ini seperti\n swing trader, position trader\n atau \ninvestors.\n\n\nGrowth vs Value\n\n\n\n\n\n\n\n\nGrowth style\n atau gaya pelaburan pertumbuhan memberi tumpuan kepada saham syarikat yang pendapatannya meningkat lebih pantas daripada kebanyakan saham lain. Saham ini sering disebut sebagai \novervalued. \nStrategi \ngrowth style\n ini adalah dengan mencari saham yang kadar pertumbuhan pendapatan tinggi, pulangan ekuiti (ROE) yang tinggi, margin keuntungan yang tinggi dan hasil dividen yang rendah. \n\n\nSementara itu, pelaburan \nvalue style\n pula akan mencari saham \nundervalued\n. Gaya pelaburan nilai ini lebih fokus untuk membeli syarikat yang fundamental bagus dengan nilai yang rendah, dengan jangkaan bahawa ia akan memberikan pulangan yang baik pada masa akan datang. Oleh itu, strategi pelaburan ini adalah dengan mencari saham \nprice to earning ratio\n yang rendah, \nprice to sales ratio yang \nrendah, dan hasil dividen yang tinggi.\n\n\nMarket Cap\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capitalization style \nadalah strategi pelaburan yang memilih saham berdasarkan saiz syarikat. \nMarket cap\n ini merujuk kepada jumlah nilai keseluruhan saham syarikat dan akan dikategorikan seperti \ns\nmall cap, mid cap\n dan \nblue chip\n. Keterangan lebih mendalam tentang \nmarket cap\n boleh dirujuk di \nsini\n.\n Pelabur perlu mengambil kira semua kategori ini kerana syarikat dengan \nmarket cap\n berbeza mempunyai risiko dan pulangan berbeza bergantung kepada keadaan pasaran.\n\n\nSaham \nsmall cap\n kebiasaanya mempunyai risiko lebih tinggi berbanding \nblue chip\n. Walaupun ia kadangkala memberikan pulangan yang tinggi, tetapi juga mempunyai \nvolatility \nyang tinggi. \nSebaliknya, saham \nblue chip\n adalah syarikat besar yang telah lama wujud dan didagangkan di pasaran saham. Sesetengah syarikat ini membayar dividend secara konsisten kepada pelaburnya. Oleh itu, kebiasaan pelabur melabur di dalam saham ini untuk jangka masa panjang. \n\n\nRumusan\n\n\nMungkin ada sebilangan pelabur mempelbagaikan sekuriti dalam portfolio mereka mengikut semua strategi yang telah dibincangkan, ada juga menggunakan satu strategi sahaja. Namun, ia bergantung kepada pelabur masing-masing yang menentukan berdasarkan tahap risiko, umur, masa, dan tujuan pelaburan mereka. Hal ini kerana tiada jenis strategi pelaburan yang betul atau salah. Oleh itu, kenal pasti gaya pelaburan yang sesuai dengan diri anda.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nThe balance\n\n\nInvestopedia\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/george-kent-meter-air-dan-projek-kereta-api-berpisah-tiada", "title": "George Kent, Meter Air dan Projek Kereta Api Berpisah Tiada", "body": "George Kent (Malaysia) Berhad\n ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1936 sebagai cawangan kepada syarikat induk pada masa itu, George Kent Ltd United Kingdom. Syarikat induk ini nampaknya sudah pun tak wujud, maka George Kent (Malaysia) adalah badan organisasi tempatan yang mampu membuat keputusan untuk mereka sendiri. Kini, George Kent adalah syarikat kejuruteraan yang mantap, yang terlibat dalam inftastruktur air, pengangkutan kereta api dan juga pembinaan hospital.\n\n\n\n\n\n\nGambar: George Kent\n\n\n\n\nTan Kay Hock dan Najib Razak\r\n\nTan Sri Dato' Tan Kay Hock merupakan pengarah di George Kent dengan pegangan terbesar sebanyak 39.15%. Pegangan ini termasuk milikan peribadi dan juga melalui Johan Equities Sdn Bhd dan pelbagai lagi syarikat Holdings Limited yang menjadi pemegang saham kepada George Kent. Tan Kay Hock ni merupakan golf buddy kepada bekas perdana menteri, Dato' Seri Najib Razak. Kita dapat lihat lepas daripada pertukaran kerajaan, saham syarikat ini jatuh teruk. Jadi itu adalah antara cerita berkaitan politik dalam syarikat ni, kita tengok pula apa aktiviti dan potensi syarikat.\n\n\nKhidmat yang ditawarkan oleh George Kent\n\n\nMeter Air\n\n\nProduk yang paling sinonim dengan George Kent ialah meter air yang telah pun dijalankan lebih 80 tahun yang lalu. Mereka memiliki kilang yang mengeluarkan pelbagai jenis meter air sama ada perumahan, komersial mahupun industri. Kapasiti pengeluaran mereka untuk produk ini adalah 2.5 juta setahun, dan pendapatan untuk segmen menyumbang sebanyak RM133.1 juta untuk tahun kewangan 2019. Meter air ini juga dibekalkan ke lebih 40 buah negara seluruh dunia. Terkini, teknologi terbaru mereka smart metering technology kini berada dalam fasa percubaan dan akan mula dikomersialkan pada tahun ini.\n\n\nKejuruteraan\n\n\nSegmen kejuruteraan dalam portfolio George Kent terdiri daripada jalan kereta api (rail), hospital dan infrastruktur air. George Kent mula terlibat dalam projek sambungan laluan untuk LRT pada tahun 2012 yang menyambungkan Sri Petaling ke Putra Heights. Kini, projek yang sedang berjalan untuk projek rail adalah MRT2 dan LRT3. Kerja-kerja yang terlibat dalam segmen rail ini adalah pemasangan trek, pentauliahan sistem kawalan tren dan juga engineering, procurement, construction, testing and commissioning.\n\n\n\n\n\n\nHospital Endokrin Putrajaya\n\n\n\n\nDalam bahagian hospital, pada tahun 2016 mereka berjaya memenangi tender untuk reka dan bina dua buah hospital iaitu Hospital Tanjung Karang dan Hospital Endokrin Putrajaya. Pembinaan dua buah hospital ini dilaporkan berjalan mengikut jadual untuk disiapkan pada tahun 2020.\n\n\nGeorge Kent juga merupakan pemain infrastruktur air yang agak senior iaitu selama 30 tahun. Di luar Malaysia, mereka mempunyai ekuiti dalam konsesi air PNG Water Limited di Papua New Guinea. Di sini, mereka mengendali loji rawatan air Mount Eriama yang menghantar 184 juta liter air sehari ke kawasan Port Moresby.\n\n\nTinjauan ekonomi kepada bisnes\n\n\nEkonomi Malaysia pada tahun 2018 terus memberi cabaran kepada syarikat yang terlibat dalam projek besar kerajaan. GDP dari 5.7% pada tahun 2017 berkurang kepada 4.7% pada 2018. Semua sektor kecuali perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan berdasarkan tahun ke tahun. Kedudukan kerajaan baru membawa kepada pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang mengakibatkan pemansuhan, penangguhan atau tawaran semula projek besar.\n\n\n\n\n\n\nGambar: George Kent\n\n\n\n\nAntara projek yang melibatkan George Kent adalah LRT3, di mana usaha sama antara mereka dengan MRCB ditukar daripada Project Delivery Partner kepada kontraktor. Kontrak untuk projek ini bernilai RM 11.4 bilion, dan kerja pembinaan dijangka bersambung pada lewat tahun 2019. Projek MRT2 yang dijalankan dengan usaha sama CCCC mengalami pengurangan kos sebanyak RM 3.6 bilion untuk kerja bawah tanah. Namun kontrak yang dianugerahkan oleh MRT Cort pada Ogos 2016 berjalan seperti perjanjian asal.\n\n\nPerjanjian dengan Honeywell dan pengembangan bahagian meter air\n\n\nBuat masa ini, meter air yang dibekalkan oleh George Kent tidak dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri. Sebahagian komponen perlu ditempah dari luar untuk dipasang di kilang mereka. Oleh itu, mereka telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang dengan Honeywell untuk teknologi pembuatan jitu. Ini membolehkan kawalan yang lebih baik kepada kualiti dan stok yang dipegang. Perjanjian ini juga membolehkan George Kent jual produk mereka ke 15 kawasan baru di rantau Asia.\n\n\n\n\nBuat masa ini, bahagian meter air menyumbangkan sebanyak 20% kepada keseluruhan keuntungan George Kent. Mereka kini menyasarkan angka yang lebih tinggi iaitu 50% dalam jangka masa pendek dan 75% jangka masa panjang. Ini adalah berikutan kelembapan industri pembinaan jalan kereta api tempatan.\n\n\nPrestasi kewangan 2019\n\n\nPendapatan George Kent buat tahun 2019 dicatatkan pada RM432 juta, berkurang sebanyak 30% daripada tahun 2018. Keuntungan sebelum cukai pula adalah pada RM128 juta, berkuran sebanyak 20% daripada tahun sebelumnya. Seperti yang telah dinyatakan oleh George Kent, pengurangan ini adalah disebabkan cabaran dalam bisnes terutamanya bahagian pembinaan yang melibatkan projek yang ditangguhkan.\n\n\nWalaupun kelihatan tak begitu banyak memandangkan banyak penyertaan dalam projek mega, sebenarnya ia belum dapat dilihat dalam laporan kewangan kerana ianya dimasukkan dalam laporan syarikat usaha sama MRCB-GK. Nilai tempahan dalam bahagian kejuruteraan dicatatkan pada RM5.08 bilion ketika AGM dilangsungkan, dan akan terserlah dalam pendapatan untuk 5 tahun yang akan datang.\n\n\n\n\nRancangan masa depan\n\n\nGeorge Kent terus berusaha mendapatkan projek kejuruteraan tempatan dan luar negara. Ini termasuklah peluang projek laluan kereta api dan infrastruktur air yang berpotensi memberikan pulangan sebanyak RM2.5 bilion. Antaranya mereka berminat untuk memasuki tender ECRL yang kini dihidupkan semula oleh kerajaan. Dari segi pengembangan bisnes pula, sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk mengembangkan bahagian meter air. Proses ini dijangka akan berjalan buat masa 2 tahun yang akan datang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/glostrext-dana-ipo-untuk-mengembangkan-perniagaan-di-singapura", "title": "Glostrext - Dana IPO untuk Mengembangkan Perniagaan di Singapura", "body": "\n\nButiran IPO syarikat Glostrext\u00a0\n\n\n\n\nLatar belakang perniagaan syarikat\n\n\nGlostrext Berhad merupakan syarikat pakar instrumentasi dan pengujian geoteknikal yang menyediakan perkhidmatan instrumen, ujian dan pemantauan untuk projek pembinaan, bangunan dan infrastruktur yang telah selesai seperti kedai, pangsapuri, kompleks membeli-belah, pencakar langit, lebuh raya dan terowong.\n\n\nModel perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nRekod prestasi perkhidmatan syarikat\n\n\nSejak permulaan perniagaan pada tahun 1992, Glostrext mempunyai rekod prestasi lebih daripada 30 tahun dalam perkhidmatan instrumentasi dan pengujian geoteknikal. Prestasi ini boleh dilihat melalui penglibatan syarikat dalam projek perkhidmatan untuk bangunan Merdeka PNB 118 dengan anggaran nilai projek sebanyak RM 2.7 juta. Selain itu, Glostrext juga terlibat dalam projek perkhidmatan untuk pembinaan stesen MRT di Singapura dan stesen MRT2 dan LRT3 di Malaysia.\n\n\n\n\nIa juga disokong dengan 13 projek perkhidmatan yang sedang dan telah berjaya diselesaikan dengan setiap nilai projek melebihi RM 0.50 juta. Setakat 30 Jun 2023, Glostrext mempunyai jumlah buku pesanan (\norder book\n) sebanyak RM 8.94 juta.\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan syarikat mencatatkan sedikit penurunan dari tahun kewangan 2020 hingga 2023 kerana jumlah pendapatan yang lebih rendah dicatatkan pada tahun kewangan 2023 diperoleh daripada segmen penyediaan peralatan instrumentasi dan perkhidmatan ujian beban statik.\n\n\n\n\nSegmen perkhidmatan instrumentasi cerucuk dan ujian beban statik merupakan segmen perniagaan yang menyumbang lebih daripada 80% kepada pendapatan syarikat. Dari jumlah sumbangan ini, Singapura menyumbang lebih daripada 60% kepada pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nSyarikat Glostrext mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan syarikat. Sepanjang empat tahun kewangan, syarikat Asia Piling Co Pte Ltd, Pintary Foundations Pte Ltd, Aneka Jaringan Sdn Bhd, TPW Engineering Pte Ltd dan Enconpile (M) Sdn Bhd (anak syarikat Econpile Holdings Berhad) merupakan pelanggan-pelanggan utama yang menyumbang kepada pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nSelain mempunyai pengalaman dalam industri perniagaan yang dijalankan, operasi Glostrext di Singapura dan Malaysia memberi kedudukan yang baik untuk memperoleh manfaat daripada kewajiban dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan masing-masing dalam pengujian cerucuk dan pemantauan struktur dan tapak pembinaan. Selain itu, dengan memanfaatkan pengalaman selama 31 tahun dan kepakaran dalam industri perniagaan, Glostrext juga telah melancarkan platform WiNA pada tahun 2022 menggunakan teknologi IoT bagi memenuhi keperluan industri. Oleh yang demikian, melalui kelebihan daya saing yang dimiliki oleh Glostrext ini, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengeksploitasi peluang-peluang perniagaan ini.\u00a0\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDengan dana sebanyak RM 11.7 juta, syarikat Glostrext merancang untuk mengembangkan perniagaan di Singapura dalam perkhidmatan instrumentasi dan pemantauan, dan keperluan modal kerja untuk menampung pengembangan perniagaan.\u00a0\n\n\nSelain itu, dana yang diperoleh daripada IPO juga akan digunakan untuk membiayai aktiviti kajian dan pembangunan untuk meningkatkan perkhidmatan sedia ada termasuklah menaiktaraf platform WiNA.\u00a0\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan dan modal kerja, kajian dan pembangunan dan lain-lain lagi.\u00a0\n\n\n\n\nBerdepan dengan risiko cukai pendapatan\u00a0\n\n\nMemandangkan Glostrext mempunyai anak syarikat di Singapura, Glostrext mungkin akan berdepan dengan risiko cukai pendapatan daripada sumber luar negara yang\u00a0 akan dikenakan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana dividen yang diterima sebelum 1 Januari oleh anak syarikat mereka, Glostrext Singapura dikecualikan daripada cukai pendapatan.\u00a0\n\n\nBerdasarkan pengumuman daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Glostrext Singapura masih mendapat pengecualian cukai pendapatan yang tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan tertentu. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa pengecualian cukai ini akan diteruskan pada masa akan datang.\n\n\nKesimpulan\n\n\nGlostrext Berhad merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam instrumentasi dan pengujian geoteknikal untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur di Singapura dan Malaysia. Berdasarkan tahun kewangan yang dikaji, walaupun syarikat mempunyai rekod prestasi yang kukuh selama lebih daripada 30 tahun, prestasi kewangan syarikat menunjukkan sedikit penurunan dalam pendapatan pada tahun kewangan 2023 yang disebabkan oleh pendapatan yang rendah daripada salah satu segmen perniagaan syarikat. Glostrext juga menghadapi risiko cukai pendapatan yang mungkin akan dikenakan terhadap anak syarikat mereka di Singapura. Walau bagaimanapun, dengan kelebihan daya saing yang dimiliki oleh mereka, mereka merancang untuk mengembangkan perniagaan mereka di Singapura dengan menggunakan dana IPO yang bakal diperoleh.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/haily-group-meluaskan-pasaran-dalam-industri-pembinaan-di-johor", "title": "Haily Group Meluaskan Pasaran dalam Industri Pembinaan di Johor", "body": "\n\nHaily Group \nadalah sebuah syarikat yang\u00a0terlibat dalam segmen pembinaan bangunan yang beroperasi di Johor. Butiran IPO Haily adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.68\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 121.26 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.6\u00a0(FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n07 Julai 2021 (5.00 p.m.)\n\n\nCabutan saham:\n\n\n12 Julai\u00a02021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n21 Julai\u00a02021\n\n\n\n\nBisnes Haily\n\n\nHaily sudah beroperasi selama 14\u00a0tahun yang mempunyai dua anak syarikat dikenali sebagai Haily Construction dan Haily Machinery. Haily Construction terlibat dalam industri pembinaan iaitu\u00a0bangunan kediaman\u00a0dan bangunan bukan kediaman.\n\n\nHaily Construction juga bertanggungjawab untuk keseluruhan projek termasuk persekitaran binaan luaran meliputi \ncivil and infrastructure works\n dalam kawasan pembinaan serta fizikal bangunan. Manakala,\u00a0Haily Machinery melaksanakan perkhidmatan sewaan\u00a0peralatan dan mesin pembinaan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAntara projek kediaman yang dilaksanakan oleh Haily di Kulai, Johor. Gambar: \nHaily\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan propektus setakat 10 Jun 2021, Haily memperolehi kontrak projek pembinaan sebanyak RM 460.04 juta. Pembinaan ini masih berada di fasa awal dan dijangka siap sepenuhnya antara tahun 2021 sehingga 2023. Projek ini melibatkan pembinaan \nresidential single dwelling building, non-residential, clubhouse,\u00a0\nbangunan pejabat, asrama pekerja, sekolah dan pembinaan infrastruktur kejuruteraan awam.\u00a0\n\n\nMereka merupakan kontraktor gred G7 yang berdaftar dengan CIDB. Gred 7 adalah gred teratas dalam senarai pendaftaran gred CIDB yang membolehkan pihak kontraktor membida tender tanpa had nilai projek. Sepanjang penubuhannya, Haily telah terlibat sebanyak 65 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak RM 1.29 bilion. Antara pelanggan Haily Group\u00a0iaitu IJM Properties, IOI GROUP, Mahsing, Meridin East, Tek Land dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Haily\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila wabak pandemik Covid-19 menular di Malaysia menyebabkan kerajaan melaksanakan\u00a0Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsungnya, Haily menerima tempias beberapa projek yang mengalami kelewatan dan penangguhan dari tarikh asal siap. Penangguhan ini menyebabkan pendapatan syarikat yang sepatutnya diperolehi pada tahun 2020 akan diterima pada tahun 2021.\n\n\nPada 27 April 2020, Haily telah memohon kebenaran daripada\u00a0MITI untuk\u00a0meneruskan pembinaan melibatkan 4 projek dalam fasa 90% siap. Projek ini telah menerima kelulusan pada 18 Mei 2020. Pada awalnya, pendapatan Haily mengalami penguncupan daripada RM 16.25 juta pada Februari sehingga RM\u00a01.99 juta pada bulan April 2020.\n\n\nNamun, pendapatan Haily kembali meningkat pada bulan Jun 2020 dengan mencatatkan RM 21.13 juta selepas projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya. Selepas penangguhan aktiviti tapak pembinaan disebabkan PKP 3.0 bermula pada 1 Jun sehingga 28 Jun 2021. Haily menjangkakan penangguhan ini akan memberi kesan kepada laporan tahunan kewangan 2021.\u00a0\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nHaily menunjukkan pendapatan yang menaik pada tahun 2018. Ia meningkat sebanyak\u00a0 42.64% daripada RM 121.83 juta tahun 2017 kepada RM 173.79 juta tahun 2018. Manakala keuntungan bersih tertinggi adalah pada tahun 2017 sebanyak RM 12.55\u00a0juta dan juga merupakan margin keuntungan tertinggi sebanyak 10.3%.\u00a0\u00a0\n\n\nMeskipun pada tahun 2020 negara mengalami wabak pandemik Covid-19, namun pendapatan dan keuntungan masih meningkat jika dibandingkan pada tahun sebelumnya 2019. Unjuran pendapatan tahun 2020 mencatatkan RM 166.13 juta dan keuntungan sebanyak RM 10.44 juta. Apa yang positifnya, Haily kembali menunjukkan unjuran peningkatan margin keuntungan dari tahun 2018 sebanyak 4.9% sehingga tahun 2020 sebanyak 6.3%.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan dalam segmen pembinaan Haily mengalami fasa menaik bagi bangunan kediaman dan menurun bagi bangunan bukan\u00a0kediaman. Pada tahun 2020, pendapatan segmen bangunan kediaman mencatatkan RM 144.93 juta berbanding sebanyak RM 29.59 juta tahun 2017. Peningkatan ini disebabkan\u00a0Haily menumpukan pasaran bangunan kediaman terutamanya di Kulai dan Johor Bharu.\n\n\nMenurut data statistik tahun 2020, 64.1% jumlah pembinaan di Johor merupakan bangunan kediaman. Ia\u00a0meliputi 23,150 unit di Johor yang merangkumi 48.7% di Johor Bharu dan 7.7% di Kulai. Manakala, bangunan bukan kediaman menunjukkan unjuran penurunan sebanyak dari RM 91.08 juta tahun 2017 kepada RM 18.95 juta tahun 2020. Selain itu, pendapatan lain yang diterima melibatkan infrastruktur kejuruteraan awam dan\u00a0sewaan mesin pembinaan.\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nHaily akan mengumpul dana sebanyak RM 20.40 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin pembinaan, peralatan melibatkan pengurusan kontrak dan teknologi software dalam sistem perakaunan serta peralatan pejabat.\n\n\n4.20\n\n\n20.59\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n6.00\n\n\n29.41\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n7.00\n\n\n34.31\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.20\n\n\n15.69\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n20.40\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah keseluruhan dana IPO RM 20.4 juta, sebanyak 21% digunakan untuk perbelanjaan modal seperti pembelian mesin pembinaan, peralatan melibatkan pengurusan kontrak dan lain-lain.\u00a0\n\n\nMenjangkakan segmen pembinaan bangunan akan berkembang di Johor, Haily merancang pembelian mesin pembinaan seperti \nscaffolding, backhoe loaders,\n dan \ntractors. \nPembeliaan ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap jentera pembinaan yang disewa.\n\n\nSelain itu, pembelian \ntractor\n baharu akan meningkatkan kecekapan pergerakan ke tapak binaan dan mengurangkan kos penyelenggaraan jika berlakunya kerosakan. Hal ini disebabkan kos untuk membaiki kerosakan \ntractor\n\u00a0baharu lebih murah jika dibandingkan \ntractor\n lama.\u00a0\n\n\nDari segi modal kerja, Haily memperuntukkan RM 6.0\u00a0juta untuk pembayaran kepada perkhidmatan subkontraktor dan peralatan bahan binaan. Manakala, RM 7.0 juta\u00a0diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Haily\n\n\nHaily Group lebih menumpukan pasaran pembinaan di Johor berbanding negeri lain di Malaysia. Oleh sebab itu, kita akan berikan lebih tumpuan dari segi sudut makroekonomi terhadap geografi negeri ini untuk menilai potensi syarikat pada masa hadapan. Penilaian ini melibatkan industri pembinaan bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Segmen pasaran geografi di Johor\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri pembinaan\n\n\nPada tahun 2020, GDP sebenar dalam industri pembinaan telah menunjukkan unjuran penurunan sebanyak 19.4%. Penurunan ini disebabkan\u00a0syarikat dalam industri pembinaan terjejas dari segi kekurangan bahan binaan, tenaga buruh berkurangan, dan pengoperasian tapak binaan ditutup disebabkan pandemik Covid-19.\n\n\nBank Negara Malaysia berpendapat ekonomi Malaysia akan kembali pulih sedia kala dengan mencatatkan pertumbuhan GDP sekitar 6.0% sehingga 7.5% serta industri pembinaan juga dijangka mengembang sebanyak 13.4% pada tahun 2021.\u00a0\n\n\nSecara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan kenaikan nilai kerja pembinaan dari 2015 hingga 2019, dan mengalami kejatuhan pada 2020. Namun, ia masih menunjukkan perkembangan pada tahun 2020 jika dibandingkan 2015. Trend yang sama dapat diperhatikan untuk geografi Johor dengan mencatatkan nilai konsisten antara RM 20 juta sehingga Rm 28.4 juta. Walau bagaimanapun, pada tahun 2020 berlakunya penurunan dengan\u00a0mencatatkan sebanyak\u00a0RM 12.14 juta.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai kerja pembinaan\n\n\nCAGR (2016-2020)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia\n\n\n-1.8%\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\n-18.5%\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri hartanah\n\n\nSecara umumnya, nilai dan jumlah transaksi hartanah\u00a0menunjukkan trend tidak konsisten dan penurunan\u00a0dari tahun ke tahun bagi jenis hartanah kediaman, komersial dan industri\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Transaksi jumlah unit hartanah di Malaysia dan Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekalan akan datang\n\n\nSecara ringkas, bekalan di ketiga-tiga jenis hartanah ini menunjukkan penurunan\u00a0 terutamanya di Johor. Ia mencatatkan 170,707 unit pada tahun 2017 kepada 119,815 unit pada tahun 2020. Bekalan akan datang di Johor bagi segmen bangunan kediaman lebih menumpukan \nlanded properties\n. Pada penghujung tahun 2021, sebanyak 117,818 units melibatkan 74.5% (87,808 units) adalah\n landed properties\n.\u00a0\n\n\nJohor Bharu dan Kulai merupakan kawasan yang berlakunya kepesatan dari segi populasi penduduk dan peningkatan pelaburan projek. Kepesatan ini akan memberi kesan kepada permintaan terhadap bangunan kediaman, aktiviti perindustrian dan lain-lain.\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nHaily Group\u00a0adalah\u00a0syarikat kontraktor Gred 7 yang merupakan satu gred tertinggi dalam sistem berdaftar dengan CIDB.\u00a0Jika dilihat jumlah syarikat yang berdaftar G7 ini bukanlah sedikit. Berdasarkan laporan Vital dalam propektus sehingga 8 Jun\u00a02021, sebanyak 8,657\u00a0syarikat Gred G7 yang didaftarkan di Malaysia. Dalam jumlah ini sebanyak 702 syarikat Gred 7\u00a0di Johor.\n\n\nOleh itu, wujudnya persaingan yang tinggi terhadap sektor pasaran pembinaan dalam kalangan pemain industri ini. Di bawah ini adalah syarikat yang tersenarai awam dalam industri sama dengan Haily berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\nNisbah PE\n\n\nGP Margin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAME\n\n\n1,101\n\n\n20.3\n\n\n31.6\n\n\n\n\n\n\nKERJAYA\n\n\n1,427\n\n\n15.1\n\n\n16.6\n\n\n\n\n\n\nGDB\n\n\n496\n\n\n17.4\n\n\n11.6\n\n\n\n\n\n\nTCS\n\n\n169\n\n\n12.0\n\n\n15.1\n\n\n\n\n\n\nHAILY\n\n\n121.26\n\n\n11.6\n\n\n16.5\n\n\n\n\n\n\nSUNCON\n\n\n2,093\n\n\n27.8\n\n\n17.4\n\n\n\n\n\n\nINTA\n\n\n157\n\n\n14.4\n\n\n9.5\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, Haily mencatatkan permodalan pasaran sebanyak RM 180.27 juta. Permodalan pasaran ini agak kecil, jika dibandingkan dengan pemain industri pembinaan yang lain. Berdasarkan laporan kewangan 2020 dalam propektus , syarikat ini dinilai pada nisbah PE 11.6. Nisbah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan nisbah PE median \nsektor pembinaan\u00a0\npada nisbah 16.1. Seandainya kita menjangkakan syarikat ini mengembang sekurang-kurangnya ke tahap median sektor pembinaan, maka kita boleh jangkakan ada lagi faktor kenaikan pada masa hadapan.\n\n\nHaily menunjukkan prestasi kewangan pendapatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh dalam laporan tersebut. Kita dapat lihat prestasi ini terus meningkat terutamanya dalam segmen bangunan kediaman. Haily juga berhasrat untuk melibatkan diri dalam pasaran pembinaan dalam daerah lain di Johor. Sebelum ini, Haily lebih menumpukan di\u00a0kawasan Kulai dan Johor Bahru. Pada 10 Jun, Haily telah menerima kontrak pembinaan di kawasan Pontian.\n\n\nDari sudut positifnya Johor merupakan negeri yang ke-4\u00a0di Malaysia dari segi pertumbuhan GDP tertinggi selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak. Secara tidak langsungnya, akan memberi peluang pertumbuhan dalam segmen pembinaan bangunan disebabkan peningkatan ekonomi di Johor. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan selepas penyenaraian di Bursa Saham.\n\n\nAntara risiko yang mungkin akan dihadapi oleh Haily adalah, cabaran terhadap pasaran hartanah perumahan di Johor. Laporan Vital Factor juga menunjukkan hartanah tidak terjual di Johor antara tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2020, data menunjukkan 23.8% perumahan tidak terjual di Malaysia terletak di Johor. Ia melibatkan sejumlah 7,030 unit perumahan yang bernilai RM 5.5 bilion.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/haiwan-yang-boleh-diperhatikan-dalam-saham", "title": "Haiwan yang Boleh Diperhatikan Dalam Saham", "body": "Dalam mana-mana situasi harian, kita dapat lihat pelbagai rencam dan ragam pada sekeliling kita. Daripada pemerhatian kita ini, banyak ragam pada persekitaran yang boleh kita kaitkan dengan hidupan sekeliling kita, antaranya persamaan dengan haiwan. Begitu juga saham, ada banyak ragam yang kita lihat pada pasaran ini yang kita persamakan dengan ragam haiwan. Dalam post kali ini, kita lihat beberapa ragam saham yang kita samakan dengan haiwan.\n\n\n1. Lembu jantan\n\n\n\n\nKenapa pasaran yang tengah naik disebut pasaran bullish? Dalam pasaran saham, lembu jantan adalah satu haiwan yang dikaitkan dengan keberanian. Ia menyerang secara berkejaran dalam keadaan meluru dan menaikkan mangsanya ke udara. Inilah yang berlaku pada pasaran saham apabila ia dikatakan bullish, atau kelembuan. Bukanlah saham itu dikatakan terbang, namun pelabur menjadi berani dan saham secara umumnya bergerak dalam keadaan menaik.\n\n\n2. Beruang\n\n\n\n\nKenapa pasaran yang tengah turun disebut pasaran bearish? Apabila kita melihat beruang, secara automatik kita akan menjadi lebih berjaga-jaga. Seekor beruang akan menyerang dengan bergusti sehingga lawannya rebah ke tanah. Inilah yang berlaku apabila pasaran saham dikatakan bearish atau dibayangi beruang. Keyakinan kita untuk berpegang kepada saham yang selama ini bergerak dalam keadaan baik digoyah dengan kehadiran beruang. Akhirnya, pegangan itu dilepaskan ketika kita berasa paling takut.\n\n\n3. Jerung\n\n\n\n\nKita seringkali melihat dari kaca TV bahawa jerung adalah sejenis ikan yang sangat berkuasa di lautan luas. Ianya ganas, berkuasa, laju, dan sangat licik. Begitulah jerung-jerung yang kita kenal dalam saham. Mereka adalah pelabur-pelabur besar yang boleh menjadikan sesebuah saham itu bergerak secara luar biasa. Namun, kehadiran jerung ini bukan senang disedari atau dikesan. Apabila kita tahu, harga saham pun telah bergerak. Anda boleh ke screener jerung dengan screener \nJerung X\n dan \nJerung Y\n. Jerung Z masih belum ada setakat ini.\n\n\n4. Bilis\n\n\n\n\nIkan bilis adalah sejenis ikan-ikan kecil yang menghuni di lautan yang luas. Mulutnya kecil, hanya boleh makan sedikit demi sedikit. Itulah dia pelabur-pelabur runcit seperti kebanyakan kita ini. Modal tak besar, namun sentiasa melabur untuk keuntungan demi keuntungan.\n\n\n5. Kanggaru\n\n\n\n\n\n\nGambar: Zoo Negara\n\n\n\n\nMungkin kita tak sedar selama ini bagaimana \"kanggaru\" dieja dalam bahasa melayu. Itulah dia ejaannya untuk haiwan kangaroo yang suka melompat-lompat. Apabila pasaran berada dalam keadaan bulllish dan bearish silang berganti, ia akan membentuk indeks yang naik turun. Sekejap di atas, sekejap turun semula ke lantai. Itulah dia yang dikatakan sebagai \"kangaroo market\" atau pasaran kanggaru.\n\n\n6. Kucing\n\n\n\n\nDua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang yang comel macam di atas ni? Namun dalam dunia pasaran saham, istilah saham yang dirujuk mungkin tak sedap didengar lepas melihat gambar kucing yang comel di atas. Istilah ini ialah kucing mati melantun atau \ndead cat bounce\n. Ianya merujuk kepada sebuah pasaran yang sedang mengalami penurunan yang kuat, diikuti dengan kenaikan yang sementara. Begitulah kudrat seekor kucing di hujung hayatnya.\n\n\n7. Turtle\n\n\n\n\nIstilah kura-kura mungkin boleh bawa sebuah konotasi negatif yang menggambarkan ianya suatu yang perlahan. Namun dalam situasi pelaburan, anda mungkin pernah atau pertama kali mendengar istilah turtle trading system. Ianya sebenarnya tak begitu berkait dengan sifat kura-kura itu sendiri. Ianya mendapat nama dari idea pencipta sistem ini dalam menghasilkan pelabur secara cepat dan berkesan sebagaimana dia melihat kura-kura diternak. Anda boleh baca lebih lanjut tentang turtle trading system di tulisan yang lain, dan \nscreener ini\n juga boleh didapati di iSaham."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/hari-air-sedunia-saham-berkaitan-utiliti-air", "title": "Hari Air Sedunia - Kenali Saham berkaitan Utiliti Air", "body": "Hari air sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993. Hari air sedunia ingin membangkitkan kesedaran mengenai hakikat bahawa masih terdapat 2.2 bilion orang di dunia yang tidak mempunyai akses kepada air paip yang bersih dan selamat. Sustainable Development Goal (SDG) ke-6\u00a0yang digariskan oleh PBB menyatakan bahawa dunia ingin mencapai bekalan air yang kondusif buat semua menjelang 2030.\n\n\nHal ini kerana pada hari ini satu daripada tiga orang di dunia hidup tanpa bekalan air minuman yang selamat. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap air, menjelang 2050, kemungkinan 5.7 bilion orang akan hidup selama sebulan dalam setahun tanpa air yang mencukupi. Menjelang 2040, permintaan terhadap bekalan air dijangka meningkat 50% berbanding permintaan terhadap tenaga sebanyak di pentas global sebanyak 25%. Mari kita lihat saham-saham yang berkaitan dengan utiliti air ini.\n\n\n\n\nRanhill\n\n\nRanhill\n merupakan syarikat konglomerat yang terlibat dalam sektor tenaga dan air. Ranhill juga memiliki, membangunkan dan mengoperasikan aset jana tenaga. Dalam bidang air terawat pula, Ranhill membekalkan air dan juga merawat air di loji penapisan sebagai perkhidmatan tambah nilai.\n\n\nDi Johor, Ranhill menyelia 44 loji penapisan air dan membekalkan air ke seluruh Johor untuk 3.8 juta pelanggan. Sektor persekitaran menyumbang 80% kepada jualan Ranhill, lebih daripada sektor tenaga. Sementara itu, dalam perkembangan terbaru pada Disember 2020, Ranhill telah mendapat kebenaran (lesen) untuk membekalkan air di Johor untuk tiga tahun seterusnya dari SPAN.\n\n\n\n\nPuncak Niaga\n\n\nPuncak Niaga\n membekalkan air terawat kepada pelanggan di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Selain dari loji rawatan air, Puncak Niaga juga mempunyai bisnes di dalam bidang minyak dan gas. Baru-baru ini, Puncak Niaga telah mendapat amaran UMA dari Bursa Malaysia kerana harga sahamnya melonjak naik dengan tiba-tiba. Puncak Niaga telah dikenakan UMA tetapi syarikat itu mengatakan ia tidak tahu sebab mengapa harga sahamnya melonjak 14.5 sen kepada 42.5 sen pada Disember 2020.\n\n\nTetapi, syarikat itu ada mengatakan ia mungkin ada kaitan dengan usahanya untuk meraih RM200 juta ringgit dari pemegang saham sedia ada menerusi eksesais korporat dalaman iaitu dengan menerbitkan saham baru. Pada suku pertama 2021, Puncak Niaga telah mencatatkan keuntungan sebanyak 43.47 juta ringgit setelah rugi sejak 2016.\n\n\n\n\nSalcon\n\n\nSalcon\n merupakan syarikat yang terlibat dalam pembekalan air terawat di China, Malaysia, Vietnam, Thailand, dan lain-lain. Dalam pengumuman kepada Bursa pada 9 March 2021, Salcon telah membeli balik 342,000 saham pada harga 0.235 sen sesaham. Selain itu, Salcon juga telah membeli 51% saham dalam JR Engineering and Medical Technologies (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mengilangkan sarung tangan getah; suatu komoditi yang hangat di pasaran sekarang.\n\n\nSalcon mempunyai beberapa projek loji air yang sedang dilaksanakan yang memberikan keuntungan kepada Salcon. Projek itu termasuklah projek air terawat Langat yang sudah siap 90%. Selain itu, terdapat projek pembekalan air di Haiphong, Vietnam yang dijangka siap pada 2020. Terdapat juga projek stesen pam air di Ambatale, Sri Lanka yang juga dijangka siap pada 2020.\n\n\n\n\nBrite Tech\n\n\nBrite Tech\n ataupun BTech merupakan syarikat yang terlibat dengan membekalkan air terawat. Daripada aktiviti perniagaan itu, 87.41% jualan dicatatkan dari segmen perniagaan ini. Dalam nilai ringgit, ini berjumlah 24.348 juta. Oleh kerana pendapatan yang meningkat, BTech telah mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi sebelum cukai iaitu sebanyak 7 juta ringgit berbanding 5 juta ringgit pada tahun 2018.\n\n\nSelain itu, BTech telah merancang untuk memperluaskan aktiviti perniagaan ke bidang yang lain. Bidang itu masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan. Hal ini kerana menurut laporan ke Bursa Malaysia pada 6 November 2020, Hong Leong telah memberikan pembiayaan sebanyak 16.4 juta ringgit kepada BTech untuk membina kilang di Klang. Sebahagian wang itu akan digunakan untuk membeli tanah tapak kilang dan sebahagian lagi untuk membina kilang itu.\n\n\n\n\nPenglibatan antarabangsa\n\n\nSesetengah syarikat di atas membekalkan air di Malaysia. Sementara itu, sesetengah yang lain terlibat dalam pembekalan air terawat di China, Thailand, Sri Lanka, India dan lain-lain. Pada waktu yang sama, mereka merupakan syarikat yang mempunyai operasi yang pelbagai. Ke arah memastikan bekalan air yang mapan buat semua penduduk dunia, kerjasama di peringkat antarabangsa amat diperlukan dalam dunia perniagaan bekalan air terawat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/heitech-antara-syarikat-integrasi-sistem-terawal-di-malaysia", "title": "HeiTech Antara Syarikat Integrasi Sistem Terawal di Malaysia", "body": "\n\nHeiTech Padu Berhad adalah sebuah syarikat perkhidmatan IT global dan asalnya berada di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad. Syarikat ini yang sebelumnya bernama PNB Information Technologies Sdn Bhd kemudiannya dibeli oleh Padujade Corporation Sdn Bhd. Padujade dimiliki secara majoriti oleh Dato\u2019 Sri Mohd Hilmey Bin Mohd Taib yang merupakan presiden kepada kumpulan HeiTech. Pada tahun 2000, HeiTech telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan merupakan antara syarikat terawal yang menerajui bidang IT di Malaysia.\n\n\nIntegrasi Sistem sebagai aktiviti utama\n\n\nBisnes utama kumpulan HeiTech ialah perkhidmatan integrasi sistem dan pembinaan aplikasi. Perkhidmatan ini merangkumi pelbagai industri, antaranya keselamatan nasional (pengurusan identiti), pengangkutan, pertahanan, penjagaan kesihatan dan juga kewangan. Selain itu, mereka juga menyediakan sokongan infrastruktur IT yang melibatkan perkhidmatan pemusatan data dan rangkaian. Aktiviti-aktiviti ini dapat dicerminkan pada kontrak-kontrak yang dibuat dengan agensi kerajaan yang merupakan klien utama mereka.\n\n\n\n\n\n\nHeiTech terlibat dalam sistem pengurusan identiti dengan kerajaan\n\n\n\n\nAntara kontrak yang telah dianugerahkan kepada HeiTech tahun ini ialah:\n\n\n\n\nSmart Parking dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai & Majlis Bandaraya Pulau Pinang\n\n\nCritical Care Information System untuk Unit Rawatan Intensif (ICU) 11 buah hospital di bawah Kementerian Kesihatan\n\n\nPembaharuan lesen perisian dan rangka sistem LHDN\n\n\nSistem aplikasi pengurusan untuk PERKESO\n\n\n\n\nKontrak-kontrak ini akan menyumbang kepada pendapatan HeiTech dalam tahun-tahun yang akan datang selama 2 hingga 7 tahun.\n\n\nPermintaan teknologi lebih mencabar\n\n\nTahun 2018 dikatakan sebagai tahun yang mencabar buat HeiTech. Dalam kemajuan teknologi dan perkhidmatan berasaskan teknologi, terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan yang boleh didapati di pasaran. Sesuatu teknologi itu boleh menggabungkan penggunaan peranti, sistem dan data dalam satu platform. Trend ini menimbulkan cabaran buat HeiTech untuk membina sebuah ekosistem yang menyeluruh selari dengan permintaan pasaran kini.\n\n\n\n\n\n\nSistem yang dibuat perlu menyeluruh untuk diintegrasi dengan bahagian perkhidmatan yang lain\n\n\n\n\nPelanggan HeiTech lebih banyak terdiri daripada sektor awam iaitu sebanyak 60%. Mereka boleh mendapatkan kekuatan pendapatan yang stabil dari sektor ini. Namun, presiden menyatakan bahawa mereka sedar sektor awam sahaja tidak cukup untuk mendapatkan pulangan yang memuaskan apabila melihat pada kerugian yang dicatatkan pada tahun ini. Maka usaha sedang dijalankan untuk meluaskan sumber pendapatan dengan capaian pada pengguna yang lebih luas.\n\n\nPrestasi kewangan semakin teruk\n\n\nTahun 2018 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak (RM 36.8 juta). Kerugian ini semakin besar berbanding tahun sebelumnya yang dicatatkan pada (RM 14.5 juta). Revenue syarikat juga berkurang iaitu daripada RM 426.9 juta pada tahun 2017 kepada RM 379.4 juta pada tahun 2018. Keseluruhan aspek kewangan menunjukkan prestasi yang semakin teruk. Walaupun pengurangan kos operasi sudah dibuat, namun ia masih tak dapat memberikan prestasi yang positif kepada kewangan mereka.\n\n\n\n\nStrategi \ncomeback\n\n\nKumpulan HeiTech kini telah menyusun semula syarikat kepada tiga strategi teras. Dengan strategi ini, mereka ingin mengukuhkan posisi mereka untuk berdepan dengan cabaran yang akan datang dan juga dapat bertindak balas dengan lebih cekap terhadap permintaan pasaran. Teras-teras tersebut adalah:\n\n\n\n\nTeras 1 - Mengukuhkan bisnes IT dan terus memberi sokongan kepada bisnes pelanggan melalui produk inovasi, penghantaran berkualiti dan perkhidmatan yang pelbagai.\n\n\nTeras 2 - Maksimakan pulangan dari syarikat di bawah HeiTech\n\n\nTeras 3 - Meneroka bisnes dan peluang baru\n\n\n\n\nTeras 1 adalah manifestasi kepada jenama HeiTech dalam sektor IT. Di bawah teras ini, perkhidmatan integrasi sistem dan perkhidmatan IT terurus adalah fokus HeiTech untuk menyediakan perkhidmatan kepada sektor awam dan swasta. Dalam Teras 2 pula, HeiTech akan menggunakan sebaiknya syarikat di bawah organisasi mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah khidmat persuratan dan pemprosesan dokumen, kerja kejuruteraan untuk sektor tenaga dan juga aplikasi mobile. Untuk mencapai Teras 3 pula, kerja penerokaan untuk potensi pasaran akan dirancang sama ada dalam pasaran sedia ada ataupun yang baru.\n\n\nKeadaan ke hadapan dijangka lebih bagus\n\n\n\n\n\n\nHeiTech sedang membangunkan teknologi VR yang menarik perhatian ramai\n\n\n\n\nDalam AGM ke-24 yang berlangsung pada 27 Jun 2019, Presiden menyatakan bahawa HeiTech berada di kedudukan yang baik. Mereka telah pun dapat beberapa kontrak yang boleh berikan kestabilan revenue kepada syarikat untuk beberapa tahun ke hadapan. Selain itu, Kementerian Kewangan menjangka kenaikan perkembangan sektor ICT sebanyak 8.1% dalam tahun 2019. Perkembangan ini disumbangkan oleh aktiviti digitalisasi dan juga penggunaan broadband yang semakin meningkat."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/idea-untuk-pemelbagaian-portfolio-pelaburan", "title": "Idea untuk Pemelbagaian Portfolio Pelaburan", "body": "Pemelbagaian atau diversification adalah satu cara yang boleh membantu mengurangkan risiko dalam pelaburan. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pemelbagaian, sama ada mempelbagaikan kelas aset atau instrumen pelaburan. Ada juga yang menumpukan satu jenis pelaburan seperti membeli saham sahaja, tapi mempelbagaikan jenis strategi belian, ataupun jenis saham itu sendiri.\n\n\n\n\nMungkin anda pernah dengar \u201cdon\u2019t put all your eggs in one basket\u201d. Dalam pelaburan, anda boleh bayangkan meletakkan telur sepapan dalam satu bakul. Kalau satu bakul tu jatuh, maka pecahlah kesemua telur tadi. Maka untuk mengurangkan risiko, letaklah telur anda dalam beberapa bakul. Kalau satu bakul jatuh, kita masih ada bakul yang lain untuk dibuat makan.\n\n\nBagaimana untuk pelbagaikan portfolio?\n\n\nSeperti yang disebut tadi, pemelbagaian dapat membantu mengurangkan risiko pelaburan. Dari sudut statistik, memegang 5 saham adalah lebih baik daripada memegang satu saham sahaja. Namun, memegang lebih dari 5 saham tidak memberi begitu banyak perbezaan. Malah, anda mungkin akhirnya membuat kesilapan dengan over-diversify portfolio anda. Kita akan lihat jenis-jenis pemelbagaian ini dengan lebih lanjut.\n\n\n1. Pemelbagaian Kelas Aset\n\n\nKelas aset ini boleh terdiri dari ekuiti saham, amanah saham, sukuk, emas, hartanah dan lain-lain. Pembahagian portfolio yang agresif akan melebihkan pada aset pegangan saham. Ketidaktentuan pada ekonomi pula akan memberikan kelebihan pada aset emas. Hartanah iaitu REIT pula merupakan aset yang lebih stabil tak mengira waktu.\n\n\n2. Saluran pelaburan\n\n\nSimpanan dalam institusi seperti KWSP, Tabung Haji dan ASB juga adalah salah satu saluran untuk pelaburan. Pulangan dari pelaburan ini adalah agak rendah, namun, kita boleh jangkakan risiko yang sangat rendah, jika ada sekalipun.\n\n\n\n\nSelain itu, \nWahed Invest\n juga adalah sebuah saluran yang boleh digunakan untuk melabur dalam saham dengan portfolio yang terurus. Portfolio ini terdiri daripada pegangan sukuk, emas, saham Malaysia dan juga Amerika yang patuh syariah.\n\n\nSeterusnya, sudah tentu ekuiti saham syarikat. Pelaburan saham adalah yang paling berisiko tinggi antara yang lain di atas. Sebuah portfolio yang agresif akan melebihkan pegangan saham berbanding pelaburan berisiko rendah seperti yang disebut tadi.\n\n\nDua jenis pemelbagaian yang kita telah sebut setakat ini tidak hanya mengambil kira pegangan dalam ekuiti saham. Seterusnya, kita lihat pemelbagaian yang boleh dikhususkan kepada pegangan saham pula.\n\n\n3. Kekuatan Sektor\n\n\nSekiranya anda melabur dalam saham, anda boleh perhatikan bahawa ada sektor yang lebih terkesan dengan keadaan ekonomi semasa berbanding yang lain. Kita boleh susun portfolio dengan melebihkan saham pada portfolio dalam sektor yang mengalami impak yang positif.\n\n\nDalam keadaan sekarang, sarung tangan getah mendapat permintaan yang tinggi, seterusnya memberi kelebihan pada harga saham syarikat dalam sektor ini. Secara umum pula, sektor teknologi adalah perniagaan yang boleh mendapatkan margin keuntungan yang tinggi, dan boleh mencatatkan peningkatan yang cepat. Namun, risiko penurunan juga boleh memberikan impak negatif yang dahsyat. Maka terdapat risiko tertentu daripada sektor-sektor tertentu.\n\n\n4. Saiz syarikat\n\n\nSaiz syarikat mempunyai peranan kepada pergerakan saham. Sekiranya saham itu bersaiz besar, saham syarikat kebiasaannya lebih lambat untuk bergerak. Ini disebabkan oleh jumlah pelabur yang banyak dalam saham tersebut. Dalam pasaran saham, saiz syarikat ini boleh dikelaskan sebagai saham Blue Chip, mid cap dan small cap.\n\n\n\n\nBlue Chip\n adalah lebih stabil dari segi kenaikan, tapi agak perlahan untuk bergerak. Saiz syarikat yang semakin kecil dari \nmid cap ke small cap\n akan lebih mudah untuk bergerak, namun mempunyai risiko yang lebih tinggi secara perbandingan.\n\n\nSusunan portfolio yang lebih stabil akan melebihkan pegangan Blue Chip. Portfolio agresif pula akan menumpukan lebih pegangan dalam small dan mid cap.\n\n\n5. Tempoh Pegangan\n\n\nTempoh pegangan saham sama ada untuk jangka masa panjang, sederhana dan pendek juga adalah salah satu cara untuk pelbagaikan portfolio. Sebuah portfolio yang berisiko rendah akan melebihkan pegangan jangka masa panjang, diikuti dengan jangka masa sederhana.\n\n\nPegangan jangka pendek adalah lebih bersifat risiko tinggi. Jika ada modal lebih, bolehlah peruntukkan dalam jangka pendek ini untuk meng'goreng' saham. Sekiranya pelaburan jangka pendek ini dapat memberikan pulangan yang baik dalam jangka masa pendek, ia boleh menjadi 'booster' untuk menambah keuntungan. Namun, sekiranya pelaburan ini tidak memberikan pulangan yang baik pula, ia boleh menjadi \nsetback\n kepada portfolio anda.\n\n\nPeruntukan modal\n\n\nModal adalah satu aspek yang subjektif dalam pelaburan. Ia bergantung kepada apa yang kita ada dan berbeza mengikut individu. Sebagai sebuah idea dan garis panduan yang umum, kita boleh wakilkan modal dalam bentuk carta pai. Kita bahagikan carta ini kepada 4 - 5 bahagian. 3 - 4 bahagian utama sama ada untuk portfolio yang stabil, agresif atau sederhana. Bahagian yang berbaki boleh diperuntukkan untuk seimbangkan pegangan.\n\n\nUntuk membina sebuah portfolio saham yang kurang berisiko, lebihkan jenis pegangan yang lebih stabil seperti sektor yang kukuh dan saham pegangan jangka panjang. Pegangan saham pula dipecahkan kepada 3 - 4 saham yang berlainan dalam kategori pegangan jangka panjang. Selebihnya boleh diseimbangkan dengan pegangan yang sederhana atau yang agresif mengikut selera anda.\n\n\n\n\nPortfolio yang agresif pula boleh dibina dengan melebihkan pegangan saham dalam sektor teknologi dan sektor semasa yang mengalami impak yang positif. Antara pegangan agresif yang lain adalah pegangan saham untuk jangka masa pendek. Peruntukkan 3 - 4 bahagian dengan saham yang berlainan untuk kategori ini. Baki untuk seimbangkan portfolio, boleh masukkan pegangan untuk jangka masa panjang atau sederhana mengikut kehendak masing-masing.\n\n\nIni hanyalah idea secara umum untuk mempelbagaikan portfolio. Idea ini secara umumnya bertujuan untuk membentuk sebuah portfolio sama ada stabil, sederhana atau agresif mengikut cita rasa sendiri. Anda ada kawalan yang penuh untuk tentukan portfolio jenis apa yang nak dibentuk. Jenis portfolio ini pula boleh berubah mengikut keadaan ekonomi semasa. Maka sekiranya keadaan memaksa anda untuk membentuk portfolio yang lebih stabil, boleh ubah jenis pegangan mengikut panduan umum seperti di atas."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ilmu-perlu-ada-untuk-mula-melabur", "title": "Ilmu Anda Perlu Ada untuk Mula Melabur", "body": "Bila baru saja nak mula melabur mungkin anda rasa agak tercengang sekejap sebab rasa ilmu belum cukup di dada. Namun hari-hari kita dengar ada saham yang naik, tapi kita di depan platform trading tak tahu apa nak buat dan apa nak beli. Ilmu saham dirasakan belum cukup untuk melabur.\n\n\n\n\nMacam-macam benda yang kita tak tahu. Kita cuma tahu dengan melabur, kita berpeluang untuk menjana pendapatan lebih. Kalau anda boleh merasai situasi seperti ini, baca lebih lanjut untuk tahu ilmu apa yang sekurang-kurangnya anda perlu ada untuk buat pelaburan yang baik.\n\n\nAsas saham\n\n\nIlmu yang pertama sekali anda perlu tahu adalah tentang saham tu sendiri. Saham adalah pegangan seseorang pelabur dalam sesebuah perniagaan. Pegangan ini pula boleh dijual beli antara pelabur-pelabur lain.\n\n\n\n\nAntara perkara yang membuatkan harga saham itu bergerak ialah adanya penjual dan pembeli untuk saham itu. Namun anda juga perlu tahu yang pergerakan saham bukan berlaku dalam garis lurus. Apabila ia naik, ada masanya ia akan turun. Malah, saham yang dirasakan mahal itu pun masih boleh mengalami kenaikan. Maka sekiranya anda terlepas satu peluang, tak bermakna ia terlepas selamanya.\n\n\nSesebuah saham itu boleh dilihat dari aspek potensi perniagaan untuk masa yang akan datang. Sekiranya keadaan pasaran sama ada mikro atau makroekonomi, perolehan projek baru, pengarah baru dilihat dapat memberikan potensi yang bagus kepada syarikat, maka kita boleh jangkakan pergerakan yang positif pada harga saham.\n\n\nTrend pergerakan saham\n\n\nPertama sekali apabila kita nak beli saham, satu perkara yang kita harapkan daripada saham itu adalah kenaikan harga. Maka di sini, satu perkara yang masuk di akal untuk dilakukan adalah melihat pada corak pergerakan saham pada carta saham. Adakah ia menaik atau menurun?\n\n\nSaham mempunyai kecenderungan untuk meneruskan pergerakannya sama ada menaik (uptrend) atau menurun (downtrend). Oleh itu, carilah saham yang uptrend, lagi bagus kalau dapat menunjukkan kenaikan sekurang-kurangnya 2 bulan. Kajian corak pergerakan saham boleh dibuat dengan semudah melihat pada carta saham.\n\n\nMembuat saringan awal\n\n\nNak tunggu syarikat dapat projek bukanlah suatu perkara yang pasti. Ada tahun syarikat dapat banyak projek, tahun lain mungkin tak sebanyak mana. Jadi, kriteria yang paling asas kita boleh gunakan sebagai garis panduan adalah prestasi pendapatan dan untung rugi syarikat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nContoh: \nPPHB\n\n\n\n\n\n\n\n\nKita boleh nilai sama ada syarikat sentiasa mencari jalan untuk menambah keuntungan atau sekadar cukup untuk bertahan. Mencari syarikat yang mempunyai pendapatan dan keuntungan yang sentiasa meningkat adalah satu saringan yang sesuai digunakan sekiranya anda baru mula melabur.\n\n\nDalam iSaham, trend prestasi pendapatan dan untung rugi ini boleh dilihat di bawah carta di bahagian analisis fundamental. Saham yang bagus akan menunjukkan trend prestasi yang menaik. Penilaian ini boleh dilihat pada ukuran FCON dan cadangan FCON yang bagus adalah pada 0.6 ke atas. Untuk cari saham dengan skor FCON yang bagus, boleh lihat pada \nscreener FCON (Premium)\n.\n\n\nSupport dan Resistance\n\n\nTadi, kami telah pun beritahu bahawa saham yang naik ada turunnya. Paras di mana harga saham ini cenderung untuk turun dan membuat lantunan adalah pada paras support. Sebaliknya, paras di mana saham cenderung untuk bertahan dari meneruskan kenaikan adalah dipanggil paras resistance.\n\n\nDi iSaham, carian paras support dan resistance ini telah dipermudahkan dalam jadual di bahagian analisis teknikal.\n\n\n\n\n\n\n\n\nContoh: \nPPHB\n\n\n\n\n\n\n\n\nGunakan ilmu support ini sebagai titik masuk atau harga belian saham. Semakin dekat anda beli dengan support, semakin rendah risiko untuk kerugian. Kriteria support ini juga ada di iSaham \ndalam bentuk screener\n yang dapat mencari saham yang berhampiran dengan paras support.\n\n\nJaga emosi\n\n\nSebenarnya agak kerap juga kita jumpa pelabur yang terikut emosi dalam melabur. Bila nampak saham naik saja, mula terikut terbeli sekali dengan harapan harga naik semakin tinggi. Padahal bila tengok dari carta saham, harga dah jauh dari support. Untuk yang baru belajar saham, tak digalakkan buat begini, takut-takut anda tak tahu nak buat apa kalau saham terjunam.\n\n\nAkhir kata, gunakan peringkat permulaan anda sebagai proses mencari pengalaman dan membiasakan diri dengan pasaran saham. Apabila pengalaman dan pengetahuan semakin membukit dan menggunung, anda boleh berdagang dengan lebih yakin. Yang penting sekali, anda mencuba dan sentiasa majukan diri."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ilmu-teknikal-asas-support-dan-resistance", "title": "Ilmu Teknikal: Asas Support dan Resistance", "body": "Dalam pelaburan saham, istilah support dan resistance adalah konsep analisis teknikal yang anda perlu faham dan semat dalam hati. Ia merupakan konsep penting yang boleh membantu kita membuat keputusan dalam proses membeli saham. Konsep ini digunakan oleh pelabur untuk menetapkan harga masuk atau keluar sesuatu saham dan mengurangkan risiko pelaburan.\n\n\nDefinisi Support dan Resistance\n\n\nSupport adalah paras sokongan harga saham di mana pergerakan saham yang menurun (downtrend) cenderung untuk bertahan. Sebaliknya, resistance pula adalah paras rintangan harga saham di mana pergerakan saham yang menaik (uptrend) mempunyai kesukaran untuk tembus. Gambaran support dan resistance ni boleh dibayangkan seperti lantai dan siling di mana lantai adalah sebagai support dan siling sebagai resistance.\n\n\n\n\nBerdasarkan definisi tadi, harga di sekitar paras support adalah entry (harga beli) yang bagus sekiranya anda bercadang untuk membeli saham tersebut. Ianya lebih selamat kerana harga saham dipercayai akan melantun naik pada paras ini. Sekiranya tidak terjadi, anda boleh terus jual kalau harga saham semakin turun dari paras support. Saham yang menghampiri paras resistance pula adalah entry yang kurang bagus kerana harga mempunyai kecenderungan untuk turun semula.\n\n\nPenembusan support dan resistance\n\n\nLantai atau siling dalam konsep support dan resistance adalah suatu yang bersifat abstrak dan berkaitan dengan keyakinan psikologi. Dalam mana-mana pasaran mahupun indeks, sesebuah support atau resistance masih boleh ditembusi.\n\n\nSekiranya sesebuah support ditembusi, ia adalah petanda bahawa harga saham akan turun lebih rendah. Apabila ia turun daripada support tadi, saham itu dikatakan sudah \"break\" support. Jika paras support ini pecah, ia akan menurun kepada tahap support yang seterusnya (atau paras support yang baru).\n\n\n\n\nSebaliknya pula akan berlaku untuk resistance. Kalau resistance berjaya ditembusi, ada kemungkinan tinggi yang saham ini akan naik lebih tinggi. Saham yang berjaya memecah atau menembusi resistance pula dikatakan sudah break resistance.\n\n\nApabila harga saham melepasi harga resistance, paras ini pula yang akan menjadi support yang baru. Situasi ini pula dinamakan Resistance Becomes Support atau RBS, dan ia dipercayai sebagai satu support yang kuat.\n\n\nKekuatan support dan resistance\n\n\nSesebuah support atau resistance mempunyai kekuatan relatifnya yang tersendiri. Ianya boleh dikaitkan dengan kekerapan saham menyentuh paras support dan resistance tersebut. Semakin kerap saham turun ke support yang sama, support itu dikatakan paras support yang kukuh. Begitu juga sebaliknya untuk resistance.\n\n\nSekiranya sebuah saham itu didapati berjaya melepasi atau memecah resistance yang kuat, saham itu dikatakan breakout. Saham yang mengalami breakout ini kebiasaannya akan melonjak dengan laju dan banyak. Maka, salah satu strategi dalam belian saham adalah cari saham yang mempunyai potensi breakout ini.\n\n\nBentuk support dan resistance\n\n\nSecara asasnya, kita melihat support dan resistance sebagai paras yang berasaskan harga. Dalam pembelajaran yang lebih ke hadapan, anda akan mendapati bahawa trendline dan Moving Average juga boleh digunakan sebagai support dan resistance.\n\n\n\n\n\n\nHarga saham sebagai support dan resistance\n\n\n\n\n\n\n\n\nTrendline sebagai support dan resistance\n\n\n\n\n\n\n\n\nMoving Average sebagai support dan resistance\n\n\n\n\nCiri support dan resistance dalam iSaham\n\n\nSekiranya anda menggunakan iSaham, ada jalan mudah untuk dapatkan paras support dan resistance. Dari laman saham, anda boleh skrol ke bawah ke bahagian \u201cSupport & Resistance\u201d untuk mengenalpasti paras harga support dan resistance.\n\n\n\n\nCarian support dan resistance dalam bahagian ini adalah berdasarkan harga. Untuk carian support dan resistance berdasarkan Moving Average dan trendline, anda boleh gunakan tool lukisan di atas carta harga saham.\n\n\nSelain penanda support dan resistance di halaman saham, iSaham juga ada \nscreener\n yang anda boleh gunakan untuk cari \nsaham di paras support\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/individu-di-sebalik-legasi-amazon-jeff-bezos", "title": "Individu Di Sebalik Legasi Amazon, Jeff Bezos", "body": "Pengenalan laman sesawang seperti e-dagang semakin mendapat perhatian di serata dunia melibatkan pembelian secara online. Di Malaysia terdapat banyak syarikat e-dagang dikenali seperti Shopee, Lazada, Zara dan lain-lain.\n\n\nTetapi tahukah anda, terdapat sebuah syarikat e-dagang Amazon semakin mendapat perhatian sejak diperkenalkan oleh pengasasnya Jeff Bezos pada tahun 1994. Siapa sangka Bezos yang merupakan anak kelahiran New Mexico ini berjaya menempah nama sebagai orang terkaya di dunia.\n\n\nSiapa Jeff Bezos?\n\n\nNama asal Jeff Bezos merupakan Jeffrey Preston Jorgensen yang dilahirkan pada 12 Januari 1964 disebuah kawasan Albuquerque, New Mexico. Ketika dilahirkan, ibunya masih dalam belasan tahun dan perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Pada tahun 1968 ibunya telah berkahwin dengan bapa tirinya Mike Bezos seorang imigran dari Cuba.\n\n\n\n\n\n\nJeff Bezos ketika zaman remaja. Gambar: cnbc.com\n\n\n\n\n\n\nKehidupan di Texas\n\n\nDipendekkan cerita, nama keluarganya telah ditukar kepada \"Bezos\". Keluarga ini telah berpindah ke Houston disebabkan bapa tirinya telah diterima bekerja sebagai jurutera di Syarikat Exxon. Sepanjang usia 4 hingga 18 tahun, Bezos banyak meluangkan masa musim panas dengan datuk dan nenek seperti mengembala lembu, biri-biri dan membaiki kincir angin.\n\n\nNenek moyang ibunya merupakan peneroka terawal di Texas. Bezos telah menjadikan datuknya Pretson Gise sebagai suri teladan dalam hidupnya. Pada satu ucapan umum tahun 2010, Bezos telah mengatakan Gise mengajarnya \n\"it's harder to be kind than clever.\"\n\n\nMinat mendalam dalam bidang kejuruteraan\n\n\nBakat Bezos dalam bidang kejuruteraan semakin terserlah sejak dari kecil. Beliau telah menjalankan beberapa ujikaji misalnya memasang penggera elektrik dan menjadikan stor rumahnya sebagai makmal projek sains. Atas minat yang mendalam, Bezos telah menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dengan memasuki Universiti Princeton dalam jurusan Kejuruteraan Sains Komputer dan Elektrik.\n\n\n\n\n\n\nGambar : princeton.edu\n\n\n\n\n\n\nBermulanya Kerjaya\n\n\nSelepas tamat pengajian di Universiti Princeton pada tahun 1986, beliau telah menerima tawaran bekerja di beberapa syarikat di Intel, Bell Labs dan Andersen Consulting.\n\n\nFITEL\n\n\nKerjaya terawalnya bermula di Syarikat Fitel yang berasal dari Taiwan menjalankan perusahaan telekomunikasi fintech. Beliau ditugaskan di bahagian jaringan telekomunikasi dalam perdagangan antarabangsa. Bezos telah dinaikkan pangkat sebagai ketua pembangunan dan perkhidmatan pelanggan.\n\n\nBankers Trust\n\n\nPada tahun 1988, beliau telah beralih ke industri kewangan perbankan sebagai pengurus produk di Bankers Trust. Syarikat ini berfungsi dengan menjalankan perkhidmatan kewangan perbankan, pinjaman dan pengurusan dana.\n\n\nD. E. Shaw & Co\n\n\nSelepas 2 tahun di Bankers Trust, Bezos telah berhijrah ke D. E. Shaw & Co sebuah firma menjalankan analisis sains komputer terhadap pasaran saham. Ketika berumur 30, Bezos telah memegang jawatan naib presiden termuda dalam firma pelaburan ini.\n\n\nWalaupon mempunyai masa depan yang cerah dan gaji lumayan dalam bidang kewangan, Bezos telah mengambil langkah berisiko ke dunia e-dagang. Beliau telah berhenti dari pekerjaannya pada tahun 1994 dan berpindah ke Seattle. Pemberhentian ini merupakan titik permulaan bagaimana legasi Amazon bermula.\n\n\nTercetusnya Legasi Amazon\n\n\nPeningkatan gelembung internet sehingga 2,300 peratus era tahun 90-an telah memberi peluang Bezos menceburi perniagaan baharu. Beliau mendapati pada era ini kurangnya kewujudan perniagaan dalam talian internet. Bezos telah mengambil risiko dengan menubukan syarikat yang bernama Amazon pada tahun 1994. Syarikat ini menjalankan perniagaan secara talian melibatkan penjualan buku.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nbbc.com\n\n\n\n\n\n\nDalam masa 30 hari selepas pengujian beta laman sesawang internet Amazon, ia berjaya menjual buku ke 50 buah negeri dan 45 buah negara asing. Selepas dua bulan, penjualan Amazon mencapai USD 20,000 seminggu. Pada tahun 1997, syarikat Amazon telah disenaraikan secara Initial Public Offering (IPO) sebanyak USD 18 seunit saham di NASDAQ menggunakan simbol AMZN.\n\n\nKini market capital Amazon telah mencecah USD 1.7 trilion dengan 70 peratus jualan banyak tertumpu di Amerika Syarikat. Amazon bukan sahaja terlibat dalam penjualan buku, malah meluaskan pasaran dalam penjualan barangan elektronik, runcit, pakaian, permainan video dan Kindle Direct Publishing. Perkhidmatan talian ini membolehkan pengarang dan penerbit bebas menyediakan buku dalam talian Kedai Kindle.\n\n\nPegangan Syarikat\n\n\nBlue Origin\n\n\nKegemilangan dan kejayaan Amazon telah mendorong Bezos mengasaskan sebuah lagi syarikat berkonsepkan penjelajahan angkasa lepas. Beliau telah menubuhkan syarikat aeorangkasa Blue Origin pada tahun 2000. Nama syarikat diambil ilham daripada planet biru, Bumi sebagai titik asal. Ia menjalankan kajian dengan menggunakan teknologi yang memfokuskan tenaga roket dan pendaratan menegak (VTVL) untuk akses ke ruang orbit angkasa.\n\n\n\n\n\n\nPelancaran roket New Sherpard pada awal tahun 2016. Gambar: Blue Origin\n\n\n\n\n\n\nPenyelidikan ini dijalankan di sebuah kawasan seluas 26 hektar di Seattle dan fasiliti pelancaran roket peribadi di West Texas. Penyelidikan ini akan memberikan perkhidmatan kepada golongan yang berminat menjelajah angkasa lepas. Menurut Reuters, pada bulan Julai 2018 syarikat ini akan mengenakan bayaran seorang penumpang sebanyak USD 200,000 sehingga USD 300,000.\n\n\nApa yang menariknya, syarikat Blue Origin telah mencapai pencapaian membanggakan dan melakar sejarah pada tahun 2015 apabila menjadi salah satu syarikat komersial pertama yang berjaya melancar roket yang boleh digunakan semula. Blue origin telah melancarkan 21 pelepasan roket sejak diperkenalkan roket New Sherpand pada tahun 2015.\n\n\nThe Washington Post\n\n\nSyarikat akhbar ini ditubuhkan pada tahun 1877 di Amerika Syarikat yang menyampaikan maklumat isu semasa. Pada awalnya, syarikat ini dimiliki oleh Granham Family melalui pembelian pada tahun 1933. Akhirnya pada tahun 2013, Granham Family telah menjual syarikat akhbar ini kepada Bezos sebanyak USD 250 juta. Bezos telah membuat pembelian sebagai syarikat swasta bukan melalui nama Amazon tetapi atas namanya sendiri. Atas dasar hormat dan kagum Bezos telah mengekalkan segala pengurusan terdahulu The Washington Post.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nThe Washington Post\n\n\n\n\n\n\nKekayaan Semakin Meningkat\n\n\nPerjalanan Jeff Bezos menjadi jutawan bermula apabila syarikatnya mula disenaraikan melalui IPO. Penyenaraian ini menyebabkan Bezos memperoleh kekayaan sebanyak USD 54 juta. Pada awal 1999, Bezos telah mencapai status Biliionaire pada usia muda 35 tahun. Namun pada tahun 6 Mac 2018, buat pertama kalinya Bezos diumumkan secara rasminya golongan terkaya di dunia selepas memintas Bill Gates dengan kekayaan sebanyak USD 112 bilion.\n\n\nKita boleh lihat kekayaan Bezos semakin meningkat dan bertambah sepanjang tahun. Malah baru-baru ini menurut Fobes, Bezos berjaya mengekalkan gelaran manusia paling kaya di dunia buat kali keempat. Walaupun dicabar sengit oleh pengasas Tesla iaitu Elon Musk, Bezos telah mencatatkan kekayaan sebanyak USD 177 bilion ketika Forbes menyusun senarai individu terkaya 2021.\n\n\nSelepas 27 tahun menerajui sebagai CEO Amazon, akhirnya Bezos akan melepaskan jawatannya kepada Andy Jassy. Kini beliau bakal memegang jawatan pengerusi eksekutif Amazon. Jawatan ini akan menyebabkan beliau mempunyai banyak masa menumpukan perhatian terhadap kepentingan yang lain seperti di Blue Origin.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/industri-solar-malaysia-terus-bersinar", "title": "Industri Solar Malaysia Terus Bersinar", "body": "\n\nIndustri solar Malaysia sedang mengalami pertumbuhan pesat, dengan pemain industri utama seperti Pekat Group Berhad (PEKAT), Teladan Setia Group Berhad (TELADAN), dan Solarvest Holdings Berhad (SLVEST) terus memacu ke hadapan.\n\n\nDalam berita terkini, Pekat Group berjaya memperolehi kontrak bernilai RM29.1 juta untuk projek \nphotovoltaics\n (PV) solar di Johor, Teladan Setia mengumumkan perancangan untuk menawarkan rumah sedia-solar di Melaka, dan Solarvest bekerjasama dengan i-Ruma untuk menghasilkan hartanah berkeupayaan tenaga bersih.\n\n\nPekat Group Dapatkan Projek PV Solar di Johor\n\n\nPekat Group akan mengendalikan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan komisyen (EPCC) sistem PV solar di Johor. Projek ini dijangka bermula pada Mei 2023 dan akan siap pada Oktober 2023. Kontrak ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dan potensi kuasa solar di Malaysia.\n\n\nTeladan Setia Tawarkan Rumah Sedia-Solar di Melaka\n\n\nTeladan Setia melalui memorandum persefaham bersama Micro Energy Holdings akan menawarkan rumah sedia-solar di Melaka. Pemaju hartanah ini telah mengintegrasikan panel solar ke dalam reka bentuk projek kediaman, mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga tidak boleh diperbaharui dan mengurangkan bil elektrik bagi pemilik rumah.\u00a0\n\n\nTeladan Setia akan memasang sistem solar PV daripada 2 kilowatt-peak (KWp) ke 4 KWp untuk 352 unit rumah di Taman Bertam Heights Fasa 2. Ini menandakan langkah penting ke arah menggalakkan kehidupan hijau dan pembangunan lestari dalam pasaran hartanah Malaysia.\n\n\nSolarvest Berkolaborasi dengan i-Ruma untuk Hartanah Berkeupayaan Tenaga Bersih\n\n\nSolarvest telah bergabung dengan i-Ruma, penyedia penyelesaian pengurusan hartanah digital, untuk mendigitalisasi pengurusan hartanah berkeupayaan tenaga bersih. Kerjasama ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi pemilik dan pengurus hartanah memantau dan mengoptimumkan penggunaan tenaga solar mereka, disamping menyediakan sistem tempahan \nEV charging\n.\u00a0\n\n\nPerkembangan terkini dalam industri solar dan tenaga hijau di Malaysia menunjukkan komitmen negara terhadap tenaga boleh diperbaharui (\nrenewable energy\n) dan pertumbuhan lestari. Dengan pelaburan dan fokus yang terus diberikan oleh negara dalam sumber tenaga boleh diperbaharui ini, syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor ini akan terus mendapat manfaat daripada projek yang ada, kolaborasi dan pelbagai aspek yang lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham-saham daripada sektor tenaga solar\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/info-berguna-sebelum-anda-beli-saham-hengyuan", "title": "Info Berguna Sebelum Anda Beli Saham Hengyuan", "body": "\n\n\n\nPeralihan Shell kepada Hengyuan\n\n\n\n\nHengyuan Refining Company Berhad\n atau Hengyuan pada asalnya adalah Shell Refining Company. Namun kita dengar berita bagaimana Shell mencatatkan kerugian dari 2011 hingga 2014. Ini diikuti pula dengan berita mereka ingin kurangkan aset pegangan mereka. Pada 2016, Shell Overseas Holdings Limited jual pegangan majoriti mereka sebanyak 51% dalam SRC kepada Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL). Berikutan peralihan pemegang majoriti ini, MHIL pun menamakan semula SRC kepada HRC iaitu Hengyuan Refining Company.\n\n\nDipendekkan cerita, Shell Refining Company di Port Dickson kini dimiliki oleh Malaysia Hengyuan International Limited dan dinamakan semula sebagai Hengyuan Refining Company.\n\n\nProduk dijual secara B2B\n\n\n\n\n\n\nGaris pengeluaran Hengyuan diwarisi oleh Shell\n\n\n\n\nDi Malaysia, kita dapat lihat stesen minyak Petronas, Shell dan Petron sebagai 3 syarikat utama yang mengedar minyak kepada pengguna. Tapi kita tak nampak pun Hengyuan buka stesen pam. Ini disebabkan mereka hanya menjalankan proses penapisan yang berkapasiti 156,000 tong sehari, dan produknya dijual secara B2B.\n\n\nHengyuan membeli minyak mentah serata dunia dan ia ditapis kepada beberapa kategori produk termasuk diesel dan petrol. Sesetengah produk seperti naphta dan propylene dieksport ke pasaran Asia. Hengyuan mempunyai Product Offtake Agreement masa-panjang dengan pengedar-pengedar besar di Malaysia. Mereka sentiasa mencari pelanggan baru dan saluran bekalan secara aktif di dalam dan luar pasaran Malaysia.\n\n\nProjek penyelenggaraan dan naik taraf\n\n\nMajor Turnaround\n\n\nHRC baru sahaja selesai menjalankan rutin penyelenggaraan setiap 3 tahun yang disebut sebagai Major Turnaround (MTA 2018). Dengan rutin penyelenggaraan ini, loji penapisan mereka akan lebih mampan atau sustainable untuk masa panjang (long-term). Ia juga akan memastikan operasi di loji penapisan lebih selamat, reliable dan lebih berdaya keuntungan. Operasi MTA 2018 berjalan dalam masa 11 minggu dan berjaya dicapai dengan USD 4.46 juta di bawah bajet dan dua hari awal dari jadual.\n\n\n\n\n\n\nGambar: HRC\n\n\n\n\nPenapisan Euro 4M dan Euro 5\n\n\nSRC sebelum ini ada menyatakan bahawa penaikan taraf loji untuk membolehkan penapisan kepada spesifikasi Euro 4M dan Euro 5 adalah satu komitmen yang tinggi bagi mereka. Jadi, MHIL dipilih sebagai pembeli pegangan terbesar kerana mereka menyatakan komitmen untuk menaik taraf loji penapisan HRC di Port Dickson. Komitmen ini terzahir di dalam Annual Report yang menunjukkan pelaburan-pelaburan yang dilakukan untuk penaikan taraf ini. Setakat ini, projek ini dilaporkan berjalan mengikut jadual.\n\n\nProjek naik taraf ini akan menjadikan Hengyuan lebih berdaya saing dalam pasaran Malaysia dan luar negara. Ia juga bertujuan untuk mematuhi polisi kerajaan yang akan menguatkuasakan penggunaan Euro 4M dan Euro 5 menjelang tahun 2020. Spesifikasi ini akan digunakan sebagai polisi untuk mengurangkan pencemaran udara.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPada tahun kewangan 2018, HRC mencatatkan revenue yang lebih rendah iaitu RM 11.2 bil berbanding RM 11.6 bil pada tahun 2017. Ini menunjukkan pengeluaran produk berjalan dengan lancar walaupun sedikit kekurangan disebabkan MTA. Keuntungan selepas cukai dicatatkan jatuh kepada RM 31 juta berbanding RM 930 juta, menjadikan pengurangan 96.6% daripada tahun 2017.\n\n\nKeuntungan berkurang atas beberapa faktor, antaranya purata margin FIFO yang lebih rendah iaitu USD 3.0/tong berbanding USD 8.4/tong tahun 2017. Major Turnaround yang berjalan selama 11 minggu juga menyumbang kepada pengeluaran dan volume jualan yang lebih rendah. Gambaran maklumat selebihnya boleh dilihat di bawah.\n\n\n\n\n\n\nGambaran Kewangan HRC\n\n\n\n\nMasa depan untuk HRC\n\n\nSelepas Major Turnaround 2018, HRC sudah bersedia untuk menjalankan pengeluaran dengan lebih lancar. Naik taraf loji penapisan HRC di Port Dickson untuk Euro 4M dan Euro 5 akan menyediakan HRC untuk lebih berdaya saing di pasaran minyak yang lebih luas."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/info-berguna-sebelum-anda-beli-saham-petron", "title": "Info Berguna Sebelum Anda Beli Saham Petron ", "body": "Asal Usul Petron di Malaysia\n\n\n\n\n Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd\n atau Petron adalah sebuah syarikat minyak yang tak asing lagi di Malaysia sejak kemasukan ke dalam pasaran Malaysia pada tahun 2012. Kemasukan ini adalah melalui pembelian 65% pegangan Esso Malaysia Berhad dan sebahagian anak syarikat ExxonMobil. Berasal dari negara Filipina, Petron merupakan syarikat minyak yang terbesar di negara tersebut dan pemain downstream ketiga terbesar di Malaysia.\nSekarang ni, kita boleh tengok lebih 640 pam Petron serata Malaysia. Kita juga boleh lihat gas memasak LPG Petron (dijenamakan Petron Gasul) yang juga dijual di stesen minyak Petron.\n\n\n\n\n\n\nPasaran minyak tak menentu, keuntungan lebih rendah\n\n\n\n\nDah kenal secara luaran, kita kenal lebih dalam pula tentang syarikat Petron ni. Menurut laporan kewangan tahunan 2018, Petron mencatatkan revenue dari RM 10.3 bil kepada RM 12.0 bil dengan peningkatan sebanyak 16%. Walaupun volume jualan meningkat, keuntungan bersih dicatatkan pada RM 225 juta, iaitu berkurang sebanyak 44% berbanding RM 405 juta tahun sebelumnya.\n\n\nSituasi ini dikaitkan dengan ketidaktentuan harga minyak disebabkan keadaan ekonomi global dan ketidakpastian geopolitik. Harga minyak pada umumnya adalah tinggi pada tahun 2018, namun semakin menurun menjelang hujung tahun dari USD 81 setong pada Oktober kepada USD 57 pada Disember 2018. Ringkasan selanjutnya untuk prestasi kewangan adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\n\n\nBerapa lama diperlukan untuk pemprosesan minyak?\n\n\n\n\nSesebuah fasiliti pemprosesan minyak akan mendapatkan sejumlah tong minyak dalam kuantiti yang mencukupi untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Sebagai contoh, Petron boleh menapis sebanyak 88,000 tong sehari di fasiliti mereka di Port Dickson Refinery (PDR). Mereka akan memesan lebih dari 2.4 juta tong minyak mentah supaya stok pemprosesan mencukupi untuk tempoh masa lebih dari sebulan.\n\n\n\n\nProduk Petron\n\n\n\n\nProses penapisan ini boleh menghasilkan produk petroleum yang termasuk gasolin, diesel, liquefied petroleum gas (LPG) dan bahan bakar untuk penerbangan.\n\n\nPetrol dan diesel\n\n\nProduk petrol dan diesel yang dijual di pam minyak Petron adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis\n\n\nJenama\n\n\nSpesifikasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPetrol\n\n\nBlaze 100\n\n\nEuro 4M\n\n\n\n\n\n\nPetrol\n\n\nBlaze 97\n\n\nEuro 4M\n\n\n\n\n\n\nPetrol\n\n\nBlaze 95\n\n\nEuro 2M\n\n\n\n\n\n\nDiesel\n\n\nTurbo Diesel\n\n\nEuro 5\n\n\n\n\n\n\nDiesel\n\n\nTurbo Max\n\n\nEuro 2M\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdapat lebih 640 cawangan dimiliki oleh Petron Malaysia Group yang merupakan pemain downstream ketiga terbesar di Malaysia. Setakat ini, spesifikasi tertinggi untuk minyak petrol keluaran mereka adalah Euro 4M, tak termasuk Blaze 95 yang masih menggunakan spesifikasi Euro 2M. Bahan bakar diesel pula sudah dijual dalam spesifikasi Euro 5 di cawangan pam terpilih, manakala yang tak terpilih pula akan menjual Euro 2M.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Petron\n\n\n\n\nNota: Spesifikasi Euro adalah piawai tahap kebersihan pelepasan (emission) bahan bakar. Euro 2M mempunyai pelepasan sulfur pada paras 500 ppm (parts per million) manakala Euro 4M pada 50 ppm dan Euro 5 pada 10 ppm.\n\n\nProduk lain\n\n\nSelain bahan bakar kenderaan darat, Petron juga terlibat dalam jualan berikut:\n\n\n\n\nPetron Aviation\n - Salah satu pegedar utama bahan bakar pesawat di KLIA dan KLIA2\n\n\nPetron Gasul\n - Gas memasak LPG yang turut dijual di stesen minyak Petron terpilih\n\n\n\n\n\n\nNaik Taraf Fasiliti\n\n\n\n\n\n\nPort Dickson Refinery\n\n\nPetron memiliki Port Dickson Refinery (PDR) yang menjalankan proses penapisan dari minyak mentah kepada pelbagai produk. Fasiliti ini akan dinaik taraf dengan penambahan komponen Diesel Hydrotreater. Ia akan membolehkan penapisan minyak di PDR memenuhi spesifikasi diesel Euro 5 apabila beroperasi pada tahun 2020 nanti. Ini adalah sejajar dengan rancangan kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan Euro 5 dan juga untuk memenuhi permintaan pasaran.\n\n\nSelain itu, Petron juga dalam proses penambahan pipeline sedia ada untuk menghubungkan marine terminal offshore dengan fasiliti PDR.\n\n\nPort Dickson Terminal\n\n\nMesin pengisian LPG dipasang di PDT untuk memenuhi permintaan gas LPG yang semakin meningkat.\n\n\n\n\nBagan Luar Terminal\n\n\nTerminal Bagan Luar adalah fasiliti penyimpanan dan pengedaran minyak yang terletak di Pulau Pinang. Kapasiti bekalan ditingkatkan dengan penambahan tangki sebesar 50,000 tong untuk memenuhi permintaan di kawasan utara.\n\n\nKLIA Aviation Facility\n\n\nServis pengisian semula bahan bakar pesawat dipertingkat dengan penggunaan hybrid refueller.\n\n\n\n\nMelihat ke hadapan\n\n\nPengerusi Petron Malaysia, Ramon Ang menyatakan bahawa walaupun bersaing dengan pemain minyak yang lebih besar terutamanya China, mereka optimis dengan masa hadapan Petron. Melangkah ke hadapan, mereka akan terus perkasakan tenaga kerja mereka mengikut perancangan yang telah disusun."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/inisiatif-made-in-china-2025", "title": "Inisiatif Made In China 2025", "body": "Latar Belakang\n\n\nMenjelang tahun 2015, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah melancarkan satu polisi strategi dikenali \"Made in China\" (MIC 2025). Inisiatif ini bertujuan untuk memodenkan dan memantapkan sektor industri teknologi China. Strategi komprehensif ini dijalankan selama 10 tahun bermula 2015 sehingga 2025 yang menumpukan 10 sektor industri pembuatan untuk menjamin kedudukan China sebagai pelopor dalam industri berteknologi tinggi.\n\n\n\n\n10 industri yang diberi perhatian:\n\n\n\n\nTeknologi maklumat (AI)\n\n\nPeralatan aeroangkasa dan aeronautik\n\n\nPeralatan kereta api\n\n\nJanakuasa tenaga\n\n\nBiopharma dan perubatan\n\n\nKejuruteraan maritim dan pembuatan kapal berteknologi tinggi.\n\n\nRobotik\u00a0\n\n\nTenaga yang boleh diperbaharui\u00a0dan kenderaan tenaga baru seperti elektrik\n\n\nAgrikultur\n\n\nBahan baru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: asiabriefing.com\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan pengeluaran domestik\n\n\nRancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dianggap penting supaya negara China mampu berdaya saing. Strategi\u00a0ini dapat mengurangkan kebergantungan China terhadap import teknologi dari negara lain melalui inovasi mewujudkan syarikat tempatan yang mampu bersaing dalam dan luar negara.\u00a0\n\n\nIndustri pembuatan ini bukan sahaja memfokuskan sektor huluan (upstream), malah sehingga sektor hiliran (downstream). Sekiranya berjaya,\u00a0ia mampu mengubah persepsi China sebagai pengeluar barangan kos rendah dan tidak berkualiti kepada pengeluar yang mampu bersaing dengan negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman.\n\n\nSumber Inspirasi\n\n\nMIC 2025 mengambil pendekatan strategi daripada \"Industri 4.0\" yang mula diperkenalkan\u00a0oleh negara Jerman dari segi pembangunan ekonomi dan inovasi.\u00a0I40 adalah strategi nasional yang dilancarkan pada tahun 2013 dengan menggabungkan kepakaran teknologi Jerman dalam kejuruteraan mekanikal. I40 didasarkan daripada \n\"German government\u2019s High Tech 2020 Strategy\" \ndan merupakan salah satu daripada 10 projek utama dalam strategi 2020.\n\n\nSelama 10 sehingga 15 tahun mampu meningkatkan pembuatan digital dalam rangkaian produk. Ini melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan internet dalam syarikat-syarikat kecil serta sederhana\u00a0ke rangkaian pengeluaran global. Kesannya, kita dapat lihat syarikat tersebut semakin cekap dan berdaya saing.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\u00a0evodiokaltenecker.com\n\n\n\n\n\n\nCabaran Dihadapi\n\n\nJika dilihat secara keseluruhannya, negara China menghadapi tekanan\u00a0bagaimana ia perlu bersaing dengan 2 faktor\u00a0iaitu ekonomi perindustrian Jepun dan Jerman yang lebih maju dan pengeluar kos yang lebih rendah di India, Brazil dan negara pengeluar lain.\n\n\nWalaubagaimanapun, kebanyakkan syarikat China kurang bersedia dengan transformasi teknologi begitu mendadak. Ini dapat dilihat hanya beberapa syarikat tertentu berjaya memenuhi sasaran pihak pemerintah.\n\n\nKuasa Besar Mula Tergugat\n\n\nSelepas pengumuman polisi ini dijalankan kuasa-kuasa besar mula berasa tergugat dari segi faktor ekonomi. Hal ini menyebabkan\u00a0orang\u00a0nombor satu di\u00a0negara Uncle Sam iaitu Donald Trump paling lantang bersuara sehingga tercetusnya perang dagang\u00a0antara Amerika-China. Donald Trump bertindak sedemikian untuk melindungi ekonomi negara atau 'protectionism' sehingga mengenakan tarif kepada China.\n\n\nTarif merupakan satu cukai terhadap barangan import oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagangan kerana mendakwa dagangan 2 hala tidak menguntungkan dan hanya merugikan Amerika Syarikat.\n\n\nSelain itu, negara yang berteknologi tinggi berpendapat langkah yang dijalankan oleh negara China kurang realistik. Hal ini demikian kerana, negara China hanya menumpukan teknologi dalam pengeluaran domestik sehingga menutup persaingan antarabangsa di pasaran China.\n\n\nSementara itu, syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat, Eropah dan negara lain\u00a0bimbang kerana negara China bebas melabur di negara asing, tetapi syarikat asing perlu mematuhi segala peraturan yang ketat apabila beroperasi di negara China.\n\n\nAdakah Ia Berjaya?\n\n\nSelepas 5 tahun dilaksanakan adakah polisi ini benar-benar berjaya?\u00a0Ya, ada beberapa produk telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga setanding dengan produk yang lain. Jenama-jenama telefon bimbit China sudah mampu bersaing dengan pengeluar utama seperti Apple dan Samsung.\n\n\n\n\nTiga syarikat buatan China iaitu Huawei, Xiaomi dan Oppo merupakan pengeluar telefon bimbit kedua, keempat dan kelima terbesar di dunia. Realme, Vivo, Redmi, Pocopone, Oneplus juga merupakan antara produk buatan China. Apa yang mengejutkan, produk Huawei telah mengatasi pertumbuhan Apple sebanyak 41% sekitar tahun 2017 sehingga 2018.\n\n\nSelain itu dalam pembuatan dron, firma Daijiang Innovation telah mendominasi pasaran dron global pada tahun 2018. Dari sektor automatif pula, syarikat Geely semakin meningkat dari segi pembuatan teknologi kenderaan.\n\n\nGeely telah membeli\u00a0pegangan syer Proton pada tahun 2017 dan memfokuskan pasaran di asia tenggara. Apa yang menariknya, Geely juga mempunyai pegangan syer beberapa syarikat automatif terkemuka seperti Lotus, Mercedes, Volvo, Daimler dan London taxi Cabs.\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/inisiatif-mestecc-ke-arah-malaysia-yang-lebih-inovatif", "title": "Inisiatif MESTECC ke Arah Malaysia yang Lebih Inovatif", "body": "\n\nPada 7 November 2019 lalu, MESTECC telah merasmikan inisiatif I-CONNECT dan Malaysia Open Science Platform (MOSP). Inisiatif ini adalah usaha untuk merapatkan kerjasama (atau perkataan yang sering diulang dalam event ini - collaboration) antara akademia dengan industri.\n\n\nKerjasama antara dua pihak ini adalah penting bagi meningkatkan penyelidikan yang dipandu oleh permintaan (demand driven). MOSP pula adalah inisiatif perkongsian data di antara penyelidik supaya penyelidikan di Malaysia dapat terus berkembang ke hadapan. Kedua-dua inisiatif ini dijalankan supaya dapat menambah baik ekosistem inovasi negara.\n\n\n\n\nSebanyak RM16 juta geran R&D dari MESTECC diperuntukkan dalam empat bidang tumpuan:\n\n\n\n\nRawatan dan kesihatan\n\n\nIndustri 4.0\n\n\nRantaian barangan halal\n\n\nPerkhidmatan kewangan Islam\n\n\n\n\nDi bawah inisiatif MESTECC, I-CONNECT dilancarkan untuk memastikan geran yang diluluskan akan digunakan ke arah bidang tumpuan tadi dan juga untuk kemajuan industri sains dan teknologi. Ia akan bertindak sebagai platform yang menyambung kerjasama antara pihak akademia dan industri supaya penyelidikan akademia mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi dan pihak industri menerima penyelesaian yang dicari.\n\n\nMalaysia perlukan lebih banyak penyelidikan eksperimental\n\n\nSehingga kini, penyelidikan yang dijalankan dalam Malaysia bersifat lebih kepada penyelidikan asas (basic) dan juga terpakai (applied). Penyelidikan ini dapat membantu perkembangan ilmu pengetahuan, namun mempunyai kurang nilai komersial kerana lebih bersifat abstrak.\n\n\n\n\nPemerhatian terhadap negara maju menunjukkan negara-negara ini lebih banyak menyelidik dalam penyelidikan eksperimental. Penyelidikan eksperimental bersifat lebih praktikal dan spesifik, dan merupakan tahap yang lebih dekat ke arah pengkomersialan. Maka, penyelidikan yang bersifat industri ini dapat menjana pulangan ekonomi dalam jangka masa yang lebih segera. Ini adalah penting terutamanya kepada Malaysia yang merupakan negara membangun. I-CONNECT akan menguruskan pemilihan permohonan untuk memastikan penyelidikan itu bersifat eksperimenal.\n\n\nPerkongsian data terbuka\n\n\nInisiatif kedua yang dilancarkan pada 7 November lalu ialah Malaysian Open Science Platform. Inisiatif ini akan mengumpulkan data penyelidikan supaya boleh digunakan sesama penyelidik dalam rangkaian Malaysia Research University Network. Rangkaian ini melibatkan lima universiti dan 15 institusi penyelidikan di bawah MESTECC.\n\n\n\n\nYB Yeo Bee Yin menjelaskan bahawa adakalanya penyelidik di Malaysia menjalankan penyelidikan dalam bidang kerja yang sama. Ini adalah disebabkan budaya kerja bersendirian dan kurangnya perkongsian antara institusi penyelidikan. Dengan adanya MOSP, data penyelidikan boleh dikongsi antara rangkaian penyelidikan MRUN. Ini boleh mengelakkan terjadinya penyelidikan yang diulang menggunakan dana kerajaan yang sama, sekaligus dapat menyumbang kepada perkembangan dalam bidang pengetahuan tersebut."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/inta-bina-rakan-pembinaan-dipercayai-untuk-pemaju-terkemuka", "title": "Inta Bina: Rakan Pembinaan Dipercayai untuk Pemaju Terkemuka", "body": "Inta Bina\n merupakan kontraktor bangunan dengan lebih 30 tahun sejarah operasi dalam industri pembinaan di Malaysia. Jenis pembinaan yang dijalankan adalah berbentuk bangunan kediaman sama ada bangunan binaan tinggi (high rise) atau binaan rendah (low rise), kilang, lot kedai dan clubhouse. Portfolio projek mereka diisi dengan pelbagai projek yang diberi oleh pemaju-pemaju terkemuka seperti Eco World, Gamuda, UEM Land, Mah Sing dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Inta Bina\n\n\n\n\nSyarikat ini mempunyai struktur korporat yang ringkas dan mudah difahami. Inta Bina Group Berhad merupakan syarikat pemegang kepada Inta Bina Sdn Bhd yang menjalankan operasi syarikat sebagai kontraktor utama pembinaan. Operasi yang dijalankan hanya ditumpukan kepada pembinaan kediaman dan industri, serta kerja-kerja infrastruktur dalam projek yang dijalankan.\n\n\nSejarah Inta Bina\n\n\nSyarikat ini asalnya adalah milik keluarga pengarah syarikat sendiri, iaitu Lim Ooi Joo. Beliau memasuki syarikat ini setelah mengumpul pengalaman kira-kira 10 tahun dalam bidang pembinaan. Setelah hampir 30 tahun, syarikat ini mencapai IPO dalam pasaran ACE pada tahun 2017. Setahun selepas tersenarai dalam Bursa Malaysia, mereka memasuki pasaran utama Bursa.\n\n\nPrestasi pembinaan\n\n\n\n\n\n\nAntara anugerah yang diterima\n\n\n\n\nInta Bina mempunyai rekod yang baik dalam portfolio pembinaan di bawah seliaan mereka. Kerja mereka dinilai mengikut pemarkahan \nCONQUAS dan QLASSIC\n. CONQUAS merupakan badan autoriti pembinaan dari Singapura dan purata Inta Bina untuk pemarkahan ini adalah atas purata. QLASSIC pula adalah penilai kualiti pembinaan dari CIDB dan memberikan purata sebanyak 80% kepada pembinaan Inta Bina.\n\n\nKedudukan kewangan dan Gearing Ratio\n\n\nSebelum IPO pada tahun 2017, Inta Bina telah pun mendapat projek yang banyak. Dalam masa yang sama, liabiliti hutang yang ditanggung berada pada paras yang tinggi menyebabkan pinjaman bank menjadi sukar untuk diluluskan. Situasi ini sebenarnya agak biasa untuk syarikat pembinaan yang mendapat projek yang banyak.\n\n\nSelepas Inta Bina mendapat dana IPO, sebahagian hutang dengan bank telah dibayar dan menjadikan gearing ratio berkurang sehingga 0.28 setakat laporan kewangan terkini. Dengan gearing ratio yang rendah, mereka boleh mendapatkan pinjaman bank dengan mudah sekiranya mendapat projek pembinaan yang baru.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemerhatian dalam industri pembinaan\n\n\nSyarikat pembinaan berbeza dengan syarikat pemaju. Pemaju merupakan pihak yang membeli tanah dan membuat pelan pembangunan hartanah. Syarikat pembinaan atau kontraktor pula akan mendapat upah untuk menjalankan pembinaan yang telah dirancang. Untuk mendapatkan kontrak pembinaan ini, mereka perlu menghantar tender ataupun sebut harga untuk projek yang ingin disertai.\n\n\nDalam pasaran yang bersaing tinggi ini, semua peserta tender ingin mendapatkan kontrak kerja. Ada yang sanggup menyerahkan tender di bawah harga pasaran hanya untuk mendapatkan projek. Namun syarikat yang lebih berpengalaman dan berada pada kedudukan yang baik akan lebih berhati-hati untuk memilih projek yang dapat memberikan keuntungan kepada syarikat.\n\n\nRealitinya, banyak projek telah diumumkan oleh pemaju untuk proses sebut harga. Namun, pemaju juga akan berhati-hati dalam meluluskan projek untuk diteruskan. Hanya projek-projek yang dinilai akan terjual akan diluluskan. Maka situasi ini juga menyebabkan kontraktor menjadi lapar untuk projek.\n\n\nKos tinggi untuk operasi yang tersusun\n\n\nSesebuah projek perumahan terutamanya bangunan binaan tinggi memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding bangunan binaan rendah. Namun untuk sesebuah projek dengan nilai yang sama, sebanyak (lebih kurang) 3 projek binaan rendah diperlukan untuk mencapai nilai yang sama untuk projek binaan tinggi.\n\n\nInta Bina lebih gemar berurusan untuk satu projek bernilai tinggi berbanding 3 projek untuk nilai yang sama. Dengan cara ini, operasi boleh ditumpukan di satu tempat sahaja, dan tidak perlu berurusan dengan beberapa klient dalam satu masa. Ia juga menjimatkan kos dari segi penghantaran dan pembelian bahan binaan kerana berada di satu tempat yang tetap dan bahan binaan boleh dibeli secara pukal. Penggunaan kren dalam satu tempat juga mengurangkan jentera dan tenaga manusia yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah projek.\n\n\nPrestasi kewangan Inta Bina\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenunjuk kewangan untuk syarikat Inta Bina mencatatkan perkembangan yang positif untuk kebanyakan aspek. Pendapatan syarikat bertambah sebanyak 32% berbanding tahun lepas iaitu dari RM 290.2 juta kepada RM 383.1 juta pada tahun 2019.\n\n\nKeuntungan bersih syarikat juga meningkat setara dengan pendapatan yang dijana kepada RM 21.2 juta pada tahun ini. Margin keuntungan sebanyak 5.83% adalah lebih tinggi dari purata prestasi pemain syarikat pembinaan di Malaysia. Secara keseluruhan, angka-angka ini menunjukkan petanda yang sihat kepada operasi syarikat berbanding pemain yang lain dalam sektor pembinaan.\n\n\nMemandang ke hadapan\n\n\nPihak pengurusan Inta Bina menyatakan pandangan yang optimis terhadap masa depan syarikat. Setakat Disember 2018, nilai buku pesanan yang belum tertunai (unbilled order book) adalah sebanyak RM 650 juta. Nilai ini boleh menjadikan mereka sibuk dengan kerja selama 2 tahun. Tambahan pula, terdapat tiga lagi kontrak baru yang diterima pada tahun 2019 yang bernilai sehingga RM 331 juta. Ini menambahkan lagi kekuatan operasi mereka untuk beberapa tahun lagi.\n\n\nPerkara yang perlu diketahui juga tentang syarikat ini adalah mereka tidak memasuki dalam bisnes yang memberikan keuntungan yang tinggi, namun boleh memberikan pulangan yang stabil. Dari perspektif pelabur, anda boleh jangkakan pergerakan yang tidak begitu drastik kepada harga saham. Namun, ianya saham yang boleh dipantau sekiranya sektor pembinaan mendapat rentaknya."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-aco-group-untuk-tambah-kedai-dan-aset-perniagaan", "title": "IPO ACO Group untuk Tambah Kedai dan Aset Perniagaan", "body": "IPO ACO Group sudah dibuka untuk umum yang akan disenaraikan dalam pasaran ACE. Saham ini boleh dibeli dengan harga RM 0.28 seunit. Butiran tarikh IPO ini adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n27 Feb 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n6 Mac 2020, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n11 Mac 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n17 Mac 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n18 Mac 2020\n\n\n\n\nPengedar aksesori dan barangan elektrik\n\n\nACO Group telah beroperasi sejak tahun 1991 dan menjalankan operasi perniagaan dalam pengedaran aksesori dan barangan elektrik untuk perindustrian, penggunaan komersial dan juga perumahan. Pelanggan mereka terdiri daripada:\n\n\n\n\nKontraktor elektrik\n\n\nPengeluar barangan elektrik\n\n\nPemilik kilang perniagaan\n\n\nArkitek\n\n\nPereka dalaman; dan\n\n\nPenyedia khidmat baik pulih dan selenggara peralatan dan mesin\n\n\n\n\nBarangan yang dijual oleh ACO Group terdiri daripada jenama besar global seperti Schneider Electric, Siemens, ABB, Panasonic dan lain-lain.\n\n\n\n\nStruktur syarikat ACO Group pula boleh dilihat seperti di bawah.\n\n\n\n\nACO Holdings berfungsi sebagai syarikat pemegang pelaburan manakala dibawahnya adalah operasi pengedaran aksesori dan barangan elektrik. Operasi ini dijalankan di Johor, Melaka dan sekitar Lembah Klang.\n\n\nMaklumat Bisnes\n\n\n\n\nMarket capitalization: RM 84.0 juta\n\n\nPE ratio: 11.34\n\n\nOperasi: Malaysia\r\n\t\n\n\nIbu Pejabat - Johor\n\n\nKedai Jualan - Melaka, Selangor, Johor\n\n\n\n\n\n\nProduk: Aksesori dan barangan elektrik\n\n\nStatus syariah: Disahkan patuh syariah oleh SAC, Suruhanjaya Sekuriti\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nPrestasi kewangan untuk ACO Group menunjukkan angka yang bagus. Pendapatan, keuntungan dan margin keuntungan masing-masing menunjukkan peningkatan setiap tahun bermula dari 2017. Pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak RM 10 juta secara kasar setiap tahun dari RM 114.5 juta pada tahun 2017 kepada RM 134.4 juta pada tahun 2019.\n\n\n\n\nKeuntungan selepas cukai pula menunjukkan anjakan yang lebih tinggi pada tahun terbaru. Peningkatan ini dicatatkan sebanyak 48% dari RM 5.0 juta pada tahun 2018 kepada RM 7.4 juta pada tahun 2019.\n\n\n\n\nMargin keuntungan syarikat juga adalah lebih baik iaitu dari RM 4.03 pada tahun 2018 meningkat kepada RM 5.52 pada tahun 2019.\n\n\n\n\nPendapatan ACO Group mengikut kumpulan barangan adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nFPE 30 November 2019\n\n\n\n\n\n\nSegmen\n\n\nRM (Juta)\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKabel, wayar dan aksesori\n\n\n54.32\n\n\n40.43\n\n\n\n\n\n\nAksesori dan barangan elektrik\n\n\n34.49\n\n\n25.67\n\n\n\n\n\n\nPengagihan elektrik, perlindungan dan peranti kawalan\n\n\n34.14\n\n\n25.41\n\n\n\n\n\n\nLain-lain\n\n\n11.42\n\n\n8.49\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari Financial Ratio, ACO Group mencatatkan gearing ratio yang agak tinggi iaitu 0.73. Ini adalah tahap yang agak tinggi, namun basih belum kritikal.\n\n\n\n\nAnalisis Pasaran untuk ACO Group\n\n\nDalam Laporan Selidik Pasaran atau IMR, Vital Factor Consulting (VFC) mengelaskan aktiviti perniagaan ACO Group sebagai pengedaran aksesori dan barangan elektrik di Malaysia. Mereka beroperasi dengan membeli barangan dari pengeluar atau penjual lain, menjadikan barangan ini milik mereka, dan kemudian agihkan barangan ini ke mana-mana kedai jualan yang mereka miliki.\n\n\nVFC juga mengenal pasti ACO Group sebagai pengedar full-line barangan perindustrian untuk aksesori dan barangan elektrik. Full-line di sini bermaksud barangan yang dijual merangkumi segmen barangan yang luas dengan jenama yang pelbagai. Segmen barangan elektrik yang dijual pula boleh dilihat seperti di bawah.\n\n\n\n\nDalam laporan penyelidikan, CAGR untuk segmen yang berkaitan dengan barangan jualan ACO Group pula adalah seperti di bawah. Jadual menunjukkan barangan industri mempunyai kadar pertumbuhan tahunan yang lebih cepat.\n\n\n\n\nData: Bank Negara Malaysia, DoSM, Vital Factor\n\n\n\n\n\n\nSegmen\n\n\nYoY %\n\n\nCAGR %\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKabel dan wayar\n\n\n-3.6\n\n\n0.4 (2015-2019)\n\n\n\n\n\n\nAgihan elektrik, perlindungan dan peranti kawalan\n\n\n-5.8\n\n\n16.5 (2015-2019)\n\n\n\n\n\n\nPeralatan pencahayaan\n\n\n-20.4%\n\n\n-0.6 (2015-2019)\n\n\n\n\n\n\nIndustri pembinaan\n\n\n5.3%\n\n\n9.6 (2014 - 2018)\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pengelasan Bank Negara, ACO Group boleh dikelaskan ke dalam industri Pengedar Barang Jualan (Distributive Trade) yang mencatatkan sumbangan 14.7% daripada jumlah KDNK Malaysia. CAGR dari 2014 ke 2018 pula mencatatkan peningkatan sebanyak 9.9%. Sekiranya melihat dari industri Barang Jualan Borong (Wholesale Trade) pula, sumbangan KDNK industri adalah sebanyak 7.2% kepada ekonomi Malaysia. CAGR dari tahun 2014 ke 2018 pula mencatatkan peningkatan sebanyak 8.7%.\n\n\nDalam prospektus, pesaing yang menjalankan aktiviti yang sama, sama ada secara keseluruhan atau melalui anak syarikat mereka dikenal pasti seperti di bawah.\n\n\n\n\nPE ratio untuk ACO Group pada 11.34 dianggap berpatutan. Menggunakan iSaham Portfolio, anda boleh lihat perbandingan antara PE Ratio dan Market Capitalization (dalam RM juta) untuk Pansar dan EITA yang dikenal pasti sebagai pesaing yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nACO Group akan mengumpul dana sebanyak RM 16.24 juta. Dana ini akan dibahagikan seperti di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSegmen\n\n\nRM (Juta)\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenapakan kedai jualan baru dan kedai konsep lampu\n\n\n4.2\n\n\n25.86\n\n\n\n\n\n\nPenapakan ibu pejabat baru dan pusat pengedaran\n\n\n2.50\n\n\n15.39\n\n\n\n\n\n\nBelian trak baru dan naik taraf sistem IT\n\n\n2.00\n\n\n12.32\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n4.24\n\n\n26.11\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO\n\n\n3.30\n\n\n20.32\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n16.24\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun gearing ratio telah pun mencecah 0.50, tiada dana yang digunakan untuk bayaran semula pinjaman bank. Kebanyakan dana akan digunakan untuk perkembangan perniagaan dari segi pembukaan kedai baru, kedai konsep lampu, pusat pengedaran dan ibu pejabat baru. Selain itu, mereka juga merancang untuk membeli tiga buah lori muatan 16 tan dan juga naik taraf sistem IT.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMarkah: 3/4\n\n\nIPO ACO Group ini mendapat skor sebanyak 3/4. Syarikat ini mempunyai tahap hutang yang agak tinggi. Namun, tiada sebarang dana pun digunakan untuk bayaran semula pinjaman hutang ini. Semuanya perancangan dana telah diperuntukkan untuk perkembangan perniagaan. Prestasi kewangan ACO Group menunjukkan perkembangan yang sihat dan secara keseluruhannya, IPO ini kelihatan positif.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO ACO Group Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-agmo-untuk-mengembangkan-penawaran-penyelesaian-digital", "title": "IPO Agmo untuk Mengembangkan Penawaran Penyelesaian Digital ", "body": "\n\n\n\n\n\nAgmo Holdings Berhad terlibat dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan web, penyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital, dan penyediaan perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.26\n\n\nStatus syariah:\n\n\nPenilaian tidak dibuat\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 84.5 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.63\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n8 Ogos 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n10 Ogos 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n18 Ogos 2022\n\n\n\n\nDalam prospektus, penilaian syariah tidak dibuat, namun Elzar Shariah telah memberi status diragui kerana ketiadaan maklumat yang mencukupi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBisnes Agmo\n\n\nAgmo telah diperbadankan pada 5 Januari 2021 sebagai syarikat swasta di bawah nama Agmo Holdings Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 30 September 2021. Struktur syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAgmo beroperasi dalam 3 perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPembangunan aplikasi mudah alih dan web.\n\n\nPenyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital.\n\n\nPenyediaan perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan.\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat Agmo adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen pembangunan aplikasi mudah alih dan web, diikuti segmen penyediaan perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan. Seterusnya adalah segmen penyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital.\n\n\nKebanyakan pelanggan syarikat Agmo adalah daripada perniagaan dan syarikat dari pelbagai industri seperti \nhealthcare\n, logistik, \noil & gas\n, automotif, perkhidmatan kewangan, agensi kerajaan dan pelbagai lagi.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia telah mengenakan pelbagai peringkat sekatan pergerakan di seluruh negara (iaitu PKP, PKP bersyarat, PKP pemulihan, dan lain-lain). Sepanjang tempoh PKP ini, pekerja syarikat Agmo meneruskan kerja-kerja syarikat dari rumah. Oleh itu, operasi perniagaan syarikat dapat diteruskan dan tidak ada gangguan pada operasi perniagaannya mahupun kelewatan masa dalam pelaksanaan projek mereka.\n\n\nDalam tempoh sekatan pergerakan ini, Agmo telah menghadapi satu penangguhan projek yang sepatutnya dirancang untuk disiapkan pada Jun 2021, tetapi telah siap pada November 2021. Memandangkan projek itu telah siap dalam tahun yang sama, tiada kesan kepada prestasi kewangan syarikat Agmo. Selain itu, tiada lagi penangguhan projek atau pembatalan projek membawa kepada kesan terhadap prestasi kewangan syarikat. Syarikat Agmo Holdings juga tidak menghadapi sebarang gangguan dalam perolehan dan penerimaan bekalan daripada pembekal kami atau menghadapi sebarang gangguan dalam jadual penghantaran ke pelanggan-pelanggan syarikat Agmo.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nAgmo Holdings menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 14% iaitu daripada RM 5.4 juta pada tahun 2019, menjadi RM RM 6.21 juta pada tahun 2020. Kenaikan pendapatan kemudian diteruskan lagi pada tahun kewangan 2021, iaitu sebanyak 45% menjadikan pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 9.04 juta. Kenaikan pendapatan ini diteruskan lagi pada tahun kewangan 2022 dengan peningkatan sebanyak 83% bersamaan RM 7.5 juta menjadi RM 16.53 juta.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat Agmo Holdings Berhad dibahagikan kepada 3 segmen iaitu pembangunan aplikasi mudah alih dan web, penyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital, dan penyediaan perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen pembangunan aplikasi mudah alih dan web. Kemudian diikuti dengan segmen perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan, dan segmen perkhidmatan berasaskan platform digital. Secara keseluruhannya, pendapatan bagi semua segmen ini mengalami peningkatan setiap tahun, termasuk untuk tempoh kewangan 2022.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembentukan pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)\n\n\n3.45\n\n\n15.6\n\n\n\n\n\n\nPembentukan pasukan jualan, pemasaran, & pembangunan perniagaan\n\n\n2.46\n\n\n11.1\n\n\n\n\n\n\nPembentukan bahagian sokongan teknikal & perkhidmatan penyelenggaraan\n\n\n3.56\n\n\n16.1\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pusat latihan dan pembangunan\n\n\n2.54\n\n\n11.5\n\n\n\n\n\n\nPengembangan syarikat ke Singapura\n\n\n0.69\n\n\n3.1\n\n\n\n\n\n\nModal kerja untuk pengembangan pembangunan aplikasi mudah alih dan web, dan perkhidmatan berasaskan platform digital\n\n\n5.92\n\n\n26.8\n\n\n\n\n\n\nModal kerja untuk penubuhan pejabat baharu\n\n\n0.3\n\n\n1.4\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.18\n\n\n14.4\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n22.10\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 5.92 juta (26.8% daripada dana IPO) akan diperuntukkan untuk modal kerja dan perbelanjaan bagi memenuhi keperluan untuk pengembangan pembangunan aplikasi mudah alih dan web, dan perkhidmatan berasaskan platform digital. Sebanyak 1.4% (RM 0.3 juta) akan digunakan sebagai modal kerja untuk penubuhan pejabat baharu di Lembah Klang.\n\n\nSyarikat Agmo bercadang untuk menggunakan dana IPO yang dikutip sebanyak RM 9.47 untuk pelaburan bagi pembentukan pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D), pasukan jualan, pemasaran, & pembangunan perniagaan serta pembentukan bahagian sokongan teknikal & perkhidmatan penyelenggaraan.\n\n\nSelain itu, 11.5% dari dana IPO akan digunakan untuk penubuhan pusat latihan dan pembangunan, manakala RM 0.69 juta akan digunakan untuk pengembangan perniagaan syarikat di Singapura.\n\n\nLebihan dana sebanyak RM 3.18 juta akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Agmo\n\n\nAgmo Holdings Berhad terlibat dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan web, penyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital, serta penyediaan perkhidmatan untuk langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan.\n\n\nIndustri pembangunan aplikasi mudah alih dan web\n\n\nMobile apps\n atau aplikasi mudah alih ialah satu aplikasi yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada peranti (\ndevices\n) pengkomputeran mudah alih dan \nwireless\n, seperti telefon pintar dan tablet. Mobile apps ini memerlukan pengguna \ndownload\n dan \ninstall \naplikasi tersebut daripada \napp stores\n (cth. Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery).\n\n\nWeb apps\n atau aplikasi web sebaliknya, ialah aplikasi berfungsi sepenuhnya dan boleh diakses pada \nweb browsers\n di mana-mana \ndevices\n seperti desktop, komputer riba dan peranti mudah alih yang lebih kecil seperti tablet dan telefon pintar. \nWeb apps\n ini tidak memerlukan pengguna untuk \ndownload\n dan \ninstall\n dalam \ndevices\n mereka.\n\n\nAplikasi mudah alih dan web boleh dikategorikan kepada 3 kategori, iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nSaiz industri pembangunan aplikasi mudah alih dan web di Malaysia, diukur dari segi hasil jualan. Saiz industri meningkat daripada RM269.08 juta pada 2018 kepada RM514.21 juta pada 2021, pada CAGR sebanyak 24.09%.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nWalaupun pandemik COVID-19 melanda, industri pembangunan aplikasi mudah alih dan web di Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 21.02% pada 2020 dan 29.43% pada 2021. Hal ini disebabkan oleh peningkatan keperluan pendigitalan daripada perniagaan semasa pandemik, dan pelaksanaan inisiatif untuk transformasi digital oleh Kerajaan Malaysia.\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan pembandingan, Smith Zander telah memilih beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan Agmo. Syarikat-syarikat ini haruslah menetapi kriteria seperti berikut:\n\n\n\n\nSyarikat \nsoftware development\n yang diperbadankan di Malaysia yang terlibat dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan web, dan mungkin menyediakan perkhidmatan berkaitan (cth. penyediaan perkhidmatan berasaskan platform digital dan penyediaan perkhidmatan langganan, \nhosting\n, sokongan teknikal dan penyelenggaraan) untuk perniagaan dan organisasi\n\n\nSyarikat yang mencatatkan pendapatan lebih RM1.00 juta berdasarkan tahun kewangan terkini masing-masing\n\n\n\n\nAntara pesaing Agmo yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSaiz industri pembangunan aplikasi mudah alih dan web di Malaysia meningkat daripada RM269.08 juta pada 2018 kepada RM514.21 juta pada 2021, pada CAGR sebanyak 24.09%. Seperti yang dinyatakan dalam laporan IMR, pasaran sektor pembangunan aplikasi mudah alih dan web dijangka meneruskan pertumbuhan yang kukuh, didorong oleh peningkatan pengguna dalam \nmobile devices \nuntuk melakukan aktiviti harian dalam talian, pendigitalan perniagaan dan lain-lain.\n\n\nSecara keseluruhannya, Agmo Holdings menunjukkan penumbuhan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong daripada peningkatan keperluan pendigitalan daripada perniagaan semasa pandemik, dan pelaksanaan inisiatif untuk transformasi digital oleh Kerajaan Malaysia.\n\n\nMelalui IPO ini, Agmo Holdings menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk tujuan mengembangkan perniagaan syarikat. Hal ini merupakan langkah yang positif bagi pihak syarikat untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka. Namun begitu, syarikat Agmo masih perlu buktikan keyakinan pelabur dan keberkesanan dalam strategi mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-ame-elite-consortium-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO AME Elite Consortium Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "Pada 24 September baru-baru ni, kita diumumkan dengan IPO baru iaitu AME Elite Consortium Berhad. Ini adalah IPO ke 12 dalam tahun 2019 dan bakal menjadi IPO ke-4 tahun ni yang tersenarai dalam pasaran utama (main market) bursa selepas \nLHI\n, \nHPMT\n dan \nUWC\n. Setakat ini, harga IPO diumumkan pada RM 1.30 sesaham, dan tarikh IPO adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n24 September 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n30 September 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n2 Oktober 2019\n\n\nAgihan saham:\n\n\n10 Oktober 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n14 Oktober 2019\n\n\n\n\n \nContoh projek AME Elite Consortium\n\n\nSyarikat berteraskan pembinaan perindustrian skala besar\n\n\nAME Elite Consortium Berhad (AME) adalah syarikat pembinaan dan hartanah dengan kepakaran utama dalam bidang pembinaan kilang besar dan juga reka-dan-bina kawasan perindustrian. Aktiviti ini disokong oleh bahagian khidmat kejuruteraan dan pelaburan dan khidmat pengurusan hartanah di Malaysia. Syarikat ini bermula pada tahun 1995 dengan fokus utama dalam pengubah suaian kilang industri. Sejak tahun 2011, syarikat ini mampu membangunkan kawasan industri dengan bangunan yang berkualiti tinggi.\n\n\nAktiviti utama kumpulan syarikat ini dijalankan bersama ahli kumpulan syarikat dalam bidang tersebut:\n\n\n\n\nPembinaan kilang pembuatan berskala besar dan hartanah perindustrian (68.93%)\n\n\nPembangunan kawasan industri dan jualan atau sewaan unit kilang perindustrian (12.73%)\n\n\nMenyampaikan kerja-kerja kejuruteraan dan perkhidmatan yang termasuk kejuruteraan besi, konkrit sedia-bancuh (precast concrete) dan khidmat kejuruteraan M&E (12.00%)\n\n\nPelaburan dan sewaan hartanah dan pengurusan tempat tinggal pekerja (6.34%)\n\n\n\n\n(Peratusan berdasarkan sumbangan kepada pendapatan untuk tahun kewangan 31 Mac 2019)\n\n\n \nContoh projek AME Elite Consortium\n\n\nRingkasan bisnes\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 555.2 juta\n\n\nPE ratio pada 11.73\n\n\nBeroperasi di Senai, Johor\n\n\nMenjalankan pembinaan dan kejuruteraan untuk bangunan perindustrian dan juga pelaburan dan sewaan hartanah untuk residensi pekerja\n\n\nGeografi pendapatan berdasarkan laporan kewangan terkini\r\n\t\n\n\nMalaysia - RM326.6 juta (96.33%)\n\n\nSingapura - RM11.9 juta (3.50%)\n\n\nAustralia - RM0.6 juta (0.17%)\n\n\n\n\n\n\nSyarikat disahkan patuh syariah dalam prospectus\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nAME telah menghantar empat tahun laporan kewangan sehingga terkini Mac 2019. Melihat secara kasar, pendapatan menunjukkan peningkatan dari tahun 2016 sehingga 2018, dan mendatar pada tahun 2019. Keuntungan terkini juga dicatatkan pada angka yang lebih kecil iaitu RM 50.99 juta berbanding tahun sebelumnya RM 78.22 juta, bersamaan dengan 34.8% pengurangan. Sekiranya mengira dari segi margin keuntungan, peratusan pada tahun 2018 adalah lebih besar iaitu 22.92% berbanding 2019 pada 15.04%.\n\n\n\n\nAnalisis pasaran\n\n\nSegmen ini ditulis berdasarkan laporan industri oleh Smith Zander dalam prospektus. Laporan tersebut menjangka pertumbuhan CAGR dari 2019 - 2020 dalam industri yang diceburi AME Elite Consortium Berhad seperti berikut:\n\n\n\n\nPembinaan perindustrian - 1.16%\n\n\nKonkrit sedia bancuh - 14.58%\n\n\nKejuruteraan besi - 2.78%\n\n\nKhidmat M&E - 17.70%\n\n\n\n\nAME terlibat dalam bisnes pembinaan bangunan perindustrian. Sebagai sebuah syarikat pembinaan, pelaburan asing yang tinggi akan memberikan peluang yang lebih baik untuk mendapatkan projek pembinaan. Johor pula adalah lokasi yang panas sebagai pilihan pelaburan di Malaysia, di mana 34.92% pelaburan asing seluruh Malaysia telah disalurkan ke negeri ini pada tahun 2018.\n\n\n \nAktiviti pemasangan konkrit sedia bancuh\n\n\nPotensi keuntungan untuk sektor pembinaan akan menjadi baik dengan masuknya pelaburan yang lebih banyak ke dalam negara. Sektor pengeluaran yang merupakan penyumbang kedua terbesar untuk GDP Malaysia mencatatkan peningkatan pelaburan sebanyak RM87.38 bil pada tahun 2018. Sebanyak 66.4% daripada angka ini datang daripada pelaburan asing yang menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia berada di tahap yang baik.\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nAktiviti utama AME adalah pembinaan perindustrian yang melibatkan kilang pengeluaran berskala besar. PE ratio dianggarkan pada 11.73 yang nilainya lebih tinggi berbanding saham-saham pesaing bisnes di bawah berdasarkan laporan industri tadi. Namun harus diingat bahawa AME adalah syarikat pembinaan yang tertumpu kepada projek pembinaan perindustrian berbanding dengan pesaing yang terlibat dalam pembinaan perindustrian sebagai salah satu bisnes mereka. Nilai market capitalization yang jauh berbeza tidak menjadikan perbandingan ini suatu yang padan, namun ia disebut dalam laporan supaya kita boleh menilai dengan sendiri.\n\n\n \nJadual dibina menggunakan \niSaham Portfolio\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nAME akan mengumpul dana sejumlah RM 111.1 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTanah dan usahasama untuk projek akan datang 62.2%\n\n\nModal kerja 20.7%\n\n\nPembesaran kapasiti pengeluaran konkrit sedia 8.1%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 9.0%\n\n\n\n\nHampir keseluruhan dana IPO akan digunakan untuk membiayai aktiviti bisnes. Ini adalah sesuatu yang positif bagi IPO ini. Dari segi kegunaan dana pula, mereka merancang untuk membangunkan kawasan perindustrian di negeri lain di Semenanjung Malaysia. Namun setakat ini, AME belum mempunyai projek yang khusus untuk projek akan datang. Di dalam prospektus, AME menyatakan sekiranya dana pembangunan ini tidak diperlukan dengan segera, mereka akan letakkan dana tersebut dalam instrumen pelaburan kewangan dengan matlamat untuk menjana keuntungan. Sekiranya terdapat perancangan di atas tadi yang tak dapat dijalankan, baki dana ini akan dimasukkan dalam modal kerja.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO AME Elite Consortium Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-ame-reit-menyasarkan-lebih-banyak-aset-dalam-portfolio", "title": "IPO AME REIT - Menyasarkan Lebih Banyak Aset dalam Portfolio", "body": "\n\nAME Real Estate Investment Trust (REIT) terlibat dalam pelaburan hartanah secara langsung dan tidak langsung dalam portfolio patuh Syariah untuk tujuan perindustrian dan berkaitan di Malaysia dan di luar negara. Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.15\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah\n\n\nPasaran:\n\n\nUtama\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 598 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n22.19\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n24 Ogos 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n1 September 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n20 September 2022\n\n\n\n\nStruktur AME REIT\n\n\nI REIT Managers Sdn Bhd ialah \nmanager\n atau pengurus AME REIT. Aktiviti utama \nmanager\n ialah mengurus dan mentadbir AME REIT. Mereka menjalankan aktiviti pengurusan utama berkaitan dengan AME REIT, termasuk tetapi tidak terhad kepada strategi keseluruhan, strategi pengurusan risiko, strategi pemerolehan dan pelupusan, aktiviti pembangunan hartanah, pemasaran dan komunikasi, dan aktiviti lain.\n\n\nRajah berikut menggambarkan struktur AME REIT dan menunjukkan hubungan antara AME REIT, \nmanager,\n \ntrustee\n, \nproperty manager\n, penasihat syariah dan \nunitholders\n.\n\n\n\n\nProjek pembangunan hartanah\n\n\nPortfolio awal AME REIT akan terdiri daripada 34 Hartanah yang terdiri daripada Hartanah SAC, Hartanah Indahpura dan Hartanah SILC, yang semuanya terletak sekitar Iskandar Malaysia.\n\n\n\n\nHartanah SAC\n: Projek 13 hartanah perindustrian yang terletak di i-Park @ SAC dan\u00a01 unit gudang terletak berhampiran dengan i-Park @ SAC, serta\u00a01 unit asrama terletak bersebelahan dengan i-Park @ SAC.\n\n\nHartanah Indahpura\n: Projek 11 hartanah perindustrian yang terletak di i-Park @ Indahpura dan 2 unit asrama terletak bersebelahan dengan i-Park @ Indahpura.\n\n\nHartanah SILC\n: Projek 3 hartanah perindustrian yang terletak di i-Park @ SILC dan\u00a03 unit kilang terletak di Daerah 6 @ SILC.\u00a0\n\n\n\n\nKesemua 34 hartanah yang dibangunkan oleh AME Group iaitu hartanah berkaitan industri dan perindustrian, sebahagiannya adalah pembangunan masih lagi berterusan dan sebahagian lagi sudah selesai.\n\n\nRajah di bawah adalah lokasi projek pembangunan AME REIT:\n\n\n\n\nPortfolio AME REIT yang terdiri daripada 34 hartanah industri dan berkaitan terletak di Iskandar Malaysia, Johor. Kesemua hartanah ini bernilai RM 557 juta. Hartanah industri dan asrama pekerja penuh disewakan. Oleh itu ia dapat\u00a0menyediakan aliran tunai yang jelas dan stabil.\n\n\nKesan COVID-19\n\n\nGangguan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada syarikat dalam pelbagai industri. Walau bagaimanapun, tiada kesan buruk ke atas penyewaan hartanah AME REIT. Penyewaan hartanah kepada penyewa telah diteruskan dan tiada sebarang pengurangan sewa diberikan. Namun, terdapat penamatan awal penyewaan dalam tempoh selepas Mac 2020, tetapi kekosongan ini telah digantikan dengan penyewa baharu. Terdapat juga 9 penyewaan baharu dan\u00a07 pembaharuan penyewaan yang diperoleh selepas Mac 2020.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nAME Real Estate Investment Trust\u00a0menunjukkan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2020 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 31.13% iaitu sebanyak daripada RM 26.87 juta tahun 2020, menjadi RM 35.24 juta pada tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan AMEREIT.\n\n\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nAME REIT tidak mengeluarkan sebarang unit baharu semasa penyenaraian IPO ini. Oleh itu, AME REIT tidak akan menerima sebarang wang tunai daripada penyenaraian ini.\n\n\nAnggaran perbelanjaan penyenaraian adalah RM 5 juta dan akan dibiayai melalui dana jana dalaman daripada hartanah subjek dan/atau kemudahan pembiayaan yang diperolehi oleh AME REIT.\n\n\nPecahan anggaran perbelanjaan berhubung dengan penyenaraian ini adalah seperti ikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYuran profesional dan nasihat\n\n\n3\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\nYuran kawal selia\n\n\n0.63\n\n\n12.6\n\n\n\n\n\n\nPercetakan, perhubungan pelabur dan perbelanjaan lain yang berkaitan\n\n\n1.37\n\n\n27.4\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n5\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnggaran perbelanjaan\u00a0IPO\n\n\nDari rajah di atas, dapat dilihat majoriti daripada jumlah perbelanjaan akan digunakan untuk membayar yuran-yuran profesional seperti pembayaran broker dan komisyen. Baki selebihnya akan digunakan untuk membayar yuran kawal selia dan perbelanjaan lain seperti percetakan.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri AME REIT\n\n\nMenurut laporan IMR,\u00a0AME REIT ialah amanah pelaburan hartanah yang ditubuhkan dan diuruskan oleh I REIT Managers Sdn Bhd.\u00a0 Portfolio AME REIT ini adalah terdiri daripada hartanah perindustrian dan asrama di Johor.\n\n\nPasaran hartanah industri\n\n\nHartanah industri adalah salah satu jenis hartanah yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perindustrian; seperti pembuatan, pengeluaran, pemprosesan dan penyimpanan bahan dan produk. Antara contoh hartanah industri adalah seperti kilang dan gudang.\n\n\nDi Malaysia, hartanah industri dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu teres, rumah berkembar, kilang, kompleks industri dan kluster. Jenis hartanah industri ini kebiasaannya dibina di dalam taman perindustrian iaitu sebuah kawasan yang digunakaan untuk tujuan perindustrian. Taman industri ini boleh dibahagikan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nJenis taman industri di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTaman perindustrian zon bebas\n (\nfree zone\n) - Kawasan dimana barangan dan perkhidmatan boleh dibawa, dibuat dan dibekalkan tanpa bayaran kastam, cukai dan lain-lain. Contoh zon bebas adalah\u00a0Port Klang Free Zone.\n\n\nTaman industri campuran\n (\nmixed\n) - Taman yang terdiri daripada syarikat-syarikat kecil dari pelbagai sektor. Contoh taman industri campuran adalah Taman Perindustrian Cemerlang.\n\n\nTaman perindustrian khusus\n (\nspecialised\n) - Taman yang dikhaskan untuk industri tertentu. Antara contoh taman perindustrian khusus adalah\u00a0Pengerang Integrated Petroleum Complex dan\u00a0Proton City.\n\n\nTaman perindustrian berpagar dan berkawal\n (\ngated and guarded\n) - Taman yang dikawal selia dengan pagar perimeter dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti sistem pengurusan pelawat, sistem akses kad pintar, pengawasan televisyen litar tertutup (CCTV) dan rondaan pengawal. Contoh kawasan ini adalah seperti di\u00a0Setia Business Park.\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nPermintaan terhadap industri hartanah di Malaysia ditunjukkan dengan nilai transaksi hartanah industri. Jumlah nilai transaksi hartanah industri di Malaysia meningkat daripada RM 12.02 bilion pada tahun 2016 sehingga RM 16.97 bilion pada tahun 2021, dengan jumlah CAGR sebanyak 7.14%.\n\n\nPada tahun 2020, jumlah nilai transaksi hartanah industri mencatatkan penurunan sebanyak 13.95% disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan aktiviti ekonomi. Penurunan ini adalah sejajar dengan kejatuhan pasaran hartanah. Walaubagaimanapun, tahun 2021 menunjukkan peningkatan yang kuat dengan pertumbuhan sebanyak 32.89%.\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nAME REIT adalah sebuah amanah pelaburan hartanah untuk hartanah industri di Johor. Rajah di bawah menunjukkan\u00a0gambaran keseluruhan REIT yang disenaraikan di Bursa Malaysiadi mana lebih 10.00% daripada unit hartanah pegangan mereka adalah hartanah industri. AME REIT juga turut disenaraikan dibawah bagi tujuan perbandingan.\n\n\n\n\n\n\nREIT dengan hartanah industri di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSewaktu pandemik COVID-19 melanda, terdapat penurunan yang mendadak terhadap aktiviti ekonomi yang secara tidak langsung telah menyebabkan kejatuhan pasaran hartanah. Walaubagaimanapun, AME REIT tidak mengalami kesan yang buruk oleh kerana tiada gangguan yang berlaku pada penyewaan hartanah dan tiada pengurangan kadar sewaan berlaku.\n\n\nMelabur dalam dana REIT adalah salah satu cara untuk melabur dalam bidang hartanah tanpa memerlukan dana yang banyak. Namun, kewangan syarikat, prestasi industri dan juga gambaran keseluruhan dana REIT secara keseluruhan juga perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.\n\n\nUntuk bacaan lebih lanjut tentang REIT, boleh rujuk blog\u00a0\nMelabur Hartanah dengan Modal yang Rendah Melalui REIT\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-betamek-mengembangkan-kebolehan-ems-untuk-industri-automotif", "title": "IPO Betamek - Mengembangkan Kebolehan EMS untuk Industri Automotif", "body": "\n\nBetamek Berhad, melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam servis penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk industri automotif di Malaysia. Antara produk elektronik yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah seperti sistem infotainment kereta, sensor, kabel HDMI, suis cermin dan pengecas USB.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.50\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 225 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n16.7\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n7 Oktober 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n12 Oktober 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n26 Oktober 2022\n\n\n\n\nPerniagaan Betamek Berhad\n\n\nBetamek Berhad telah diperbadankan di Malaysia pada 7 Disember 2021 sebagai sebuah syarikat swasta di bawah nama Betamek Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 18 Mac 2022.\n\n\nMirzan bin Mahathir, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir, merupakan pemilik terbesar syarikat ini melalui pegangan saham sebanyak 72%.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBetamek Berhad melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam operasi penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk industri automotif di Malaysia.\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen reka bentuk dan pembuatan produk audio dan visual kenderaan. Pada tahun 2022, segmen ini menyumbang sebanyak 80.5% daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan Betamek Berhad:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat Betamek\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhannya, Betamek Berhad merekodkan pertambahan pendapatan dari tahun 2019 hingga 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 3.31% iaitu daripada RM 126.54 juta pada tahun 2019 menjadi RM 130.73 juta pada tahun 2020.\n\n\nPada tahun 2021 pula, mereka mencatatkan pendapatan yang sedikit menurun sebanyak 0.7% iaitu daripada RM 130.73 juta kepada RM 129.87 juta pada tahun 2021. Penurunan ini adalah disebabkan oleh jualan yang sedikit merosot untuk produk audio dan visual kenderaan.\n\n\nWalaupun begitu, Betamek mula mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak 2.45% iaitu daripada RM 129.87 juta pada tahun 2021 kepada RM 133.05 juta untuk tahun 2022. Kenaikan ini dibantu oleh pertambahan permintaan untuk produk audio dan visual terutamanya untuk kereta keluaran Perodua.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Betamek Berhad\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPendapatan syarikat Betamek Berhad datang dari 2 jenis produk utama iaitu:\n\n\n\n\nSistem audio dan visual kenderaan\n\n\nAksesori kenderaan\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut jenis produk adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut jenis produk\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nRajah di atas menunjukkan bahawa majoriti pendapatan syarikat datang daripada penjualan produk berkaitan audio dan visual kenderaan. Dari tahun 2019 hingga 2022, produk ini menyumbang sebanyak 78.5%, 77.7%, 79.5% dan 80.5% daripada keseluruhan pendapatan syarikat.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nPada tahun 2022, Betamek Berhad mempunyai beberapa pelanggan utama yang menyumbang sebanyak 98.5% daripada keseluruhan pendapatan syarikat. Majoriti pendapatan mereka iaitu sebanyak 95% disumbang oleh syarikat Perodua melalui penjualan produk berkaitan audio dan aksesori kereta.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama Betamek Berhad untuk tahun 2022:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nBetamek Berhad mempunyai keupayaan untuk menyediakan servis EMS secara menyeluruh kepada pengilang automotif di Malaysia. Antara servis yang disediakan oleh mereka ialah seperti pembuatan dan pemasangan papan litar bercetak (PCB), pemasangan produk dan pembinaan sistem berkotak. Syarikat ini menyediakan servis EMS pada semua peringkat (one-stop solution) iaitu bermula dari proses pembangunan sehingga penghantaran produk siap.\n\n\nSelain itu, Betamek merupakan rakan kongsi perniagaan yang utama kepada syarikat Perodua. Mereka mempunyai aliran tunai yang stabil berikutan permintaan produk yang sentiasa tinggi daripada Perodua untuk produk berkaitan audio dan visual kenderaan. Mengikut rekod, Betamek telah menjadi pembekal sistem audio kepada syarikat Perodua sejak model pertama keluaran mereka lagi iaitu Kancil pada tahun 1994. Kini, Betamek menjadi pembekal utama sistem audio kepada 63.2% kereta keluaran Perodua di Malaysia.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nBetamek sangat bergantung kepada prestasi perniagaan syarikat Perodua. Hal ini kerana, untuk tahun 2022 sahaja, 95% atau RM 126.33 juta daripada keseluruhan pendapatan Betamek disumbang oleh Perodua terutamanya melalui penjualan produk berkaitan audio dan visual kereta.\n\n\nSekiranya Perodua tidak mampu untuk kekal kompetitif dan terkedepan dalam industri automotif terutamanya dalam segmen reka bentuk dan teknologi kereta, permintaan orang ramai terhadap produk kereta keluaran Perodua mungkin akan berkurangan. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi perniagaan Betamek yang menjadi pembekal utama produk elektronik automotif kepada mereka.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPembangunan produk baharu\n\n\n7.00\n\n\n20.7\n\n\n\n\n\n\nPengembangan ruang pejabat dan fasiliti\n\n\n6.50\n\n\n19.3\n\n\n\n\n\n\nPembelian peralatan baharu\n\n\n3.00\n\n\n8.9\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n3.85\n\n\n11.40\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n10.00\n\n\n29.6\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n3.40\n\n\n10.1\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n33.75\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak RM 7.0 juta bersamaan 20.7% daripada keseluruhan dana akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk baharu. Antara produk yang akan terlibat dalam R&D ini adalah\u00a0seperti visual kenderaan, sensor, akses keselamatan, sistem infotainment, integrasi telefon pintar, telemetri, solusi\u00a0\ne-call\u00a0\ndan pelbagai aplikasi IoT yang lain.\n\n\nBetamek juga akan membelanjakan RM 6.5 juta atau 19.3% daripada dana IPO untuk tujuan pengembangan ruang pejabat, tempat penyimpanan peralatan dan fasiliti lain. Dana ini akan digunakan untuk membayar kerja-kerja pembinaan seperti substruktur, mekanikal, elektrik dan kemasan kilang yang terletak di Rawang. Pengembangan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi sejajar dengan\u00a0aktiviti R&D produk yang akan dijalankan nanti.\n\n\nSelain itu, dana sebanyak RM 3.0 juta akan digunakan Betamek untuk tujuan pembelian peralatan baharu. Ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengautomasikan operasi kilang ke arah meningkatkan produktiviti, kelajuan dan kualiti kerja. Antara peralatan baharu yang bakal dibeli adalah seperti mesin sinar-X dan mesin pemeterian automatik.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nBetamek Berhad, melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam servis penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk industri automotif di Malaysia.\n\n\nIndustri elektronik automotif\n\n\nPeralatan elektronik automotif adalah penting untuk memastikan setiap kenderaan itu dapat berfungsi sepenuhnya. Peralatan ini terdapat dalam sistem kawalan kuasa, aplikasi keselamatan, komunikasi dan hiburan termasuk elektronik badan kenderaan. Peralatan ini digunapakai dalam keseluruhan proses automasi kenderaan bermula daripada enjin hingga diagnosis prestasi. Penganalisa pasaran, Providence menjangkakan hasil jualan perlatatan ini akan meningkat dengan CAGR sebanyak 5.4% iaitu daripada RM 32.3 bilion pada tahun 2019 kepada RM 39.9 bilion pada tahun 2025.\n\n\nSegmen perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) pula merujuk kepada proses yang terlibat untuk menghasilkan sesuatu komponen elektronik kenderaan. Ia termasuk reka bentuk, pembuatan, ujian, pengedaran serta penyediaan servis pembaikan produk elektronik untuk pengeluar asal kenderaan (OEM).\n\n\nBerikut merupakan rantaian proses untuk industri EMS automotif:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndustri EMS automotif\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndustri automotif di Malaysia\n\n\nJualan kenderaan di Malaysia meningkat dengan CAGR sebanyak 1.4% iaitu daripada 580,085 unit pada tahun 2016 kepada 604,287 unit pada tahun 2019. Kenaikan ini dibantu oleh pertumbuhan ekonomi dan aliran perdagangan serantau. Walaupun begitu, jualan kenderaan sedikit menurun untuk tahun 2020 dan 2021 disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kerajaan berikutan pandemik COVID-19.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nProton dan Perodua menyumbang sebanyak 59.9% daripada keseluruhan jualan kenderaan di Malaysia dan selebihnya disumbang oleh pengeluar dari negara luar seperti Honda dan Toyota. Setakat tahun 2019 hingga 2022, Perodua memegang majoriti jualan kenderaan di Malaysia dengan peratus sebanyak 39.77% hingga 37.39%.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan pasaran Betamek\n\n\nPada tahun 2021, Betamek membekalkan sebanyak 120,335 unit sistem infotainment kereta kepada syarikat Perodua. Jumlah jualan kereta penumpang dan komersial untuk semua jenis kenderaan pada tahun yang sama ialah sebanyak 508,911 unit. Dengan ini, Betamek memegang 23.6% daripada nilai pasaran untuk segmen tersebut.\n\n\nJika dibandingkan dengan jumlah jualan kereta penumpang sahaja pula, Betamek menguasai 26.6% daripada nilai pasaran berdasarkan 452,663 unit kereta terjual pada tahun 2021. Penguasaan pasaran ini dapat dicapai oleh Betamek berikutan keupayaan mereka untuk membekalkan peralatan elektronik kepada 63.2% kereta Perodua yang terjual di Malaysia pada tahun 2021.\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan perbandingan, Providence telah memilih beberapa syarikat awam dan swasta yang terlibat dalam servis penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) berkaitan automotif di Malaysia.\n\n\nSenarai syarikat tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nIndustri automotif sedang berkembang pesat di Malaysia. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan bahawa jualan kereta akan meningkat sebanyak 17.89% iaitu daripada 508,911 unit pada tahun 2021 kepada 600,000 unit pada tahun 2022. Ini dibantu oleh pengecualian cukai jualan kenderaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang mendorong pengeluar kenderaan untuk merancakkan lagi industri automotif di Malaysia.\n\n\nPeningkatan ini secara tidak langsung akan membantu Betamek Berhad yang merupakan pemain penting dalam industri EMS peralatan automotif di Malaysia. Pendapatan mereka secara keseluruhannya meningkat sebanyak sebanyak 5.14% daripada tahun 2019 hingga tahun 2022 berikutan pertambahan permintaan produk visual dan audio kereta terutamanya daripada syarikat Perodua.\u00a0\n\n\nSebahagian besar dana IPO akan digunakan oleh Betamek untuk tujuan (R&D) produk baharu seperti\u00a0visual kenderaan, sensor, akses keselamatan dan sistem infotainment kereta. Mereka menjanjikan produk yang lebih canggih pada masa hadapan seterusnya mempu menjadi pengeluar utama komponen elektronik untuk industri automotif di Malaysia.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-cosmos-meningkatkan-kapasiti-pengeluaran-dengan-bangunan-dan-jentera-baharu", "title": "IPO Cosmos - Meningkatkan Kapasiti Pengeluaran dengan Bangunan dan Jentera Baharu", "body": "\n\n\n\n\n\nCosmos Technology International Berhad terlibat dalam perniagaan pengedaran dan instrumentasi produk kawalan bendalir. Selain itu, mereka juga terlibat dalam pembuatan produk logam untuk kegunaan industri air, sisa minyak dan gas.\n\n\nButiran IPO syarikat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.35\n\n\nStatus syariah:\n\n\nInterim-Shariah oleh Elzar\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 89.78 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.04\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n22 September 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n27 September 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n6 Oktober 2022\n\n\n\n\nPerniagaan Cosmos Technology International\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan pada 14 Mei 2019 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad di bawah nama Cosmos Technology International Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 30 September 2019.\n\n\nSyarikat Cosmos telah dinyahsenarai daripada pasaran LEAP pada 10 November 2021 berikutan daripada permohonan syarikat untuk disenaraikan di pasaran ACE. Struktur syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan\n\n\n\n\n\n\nCosmos beroperasi dalam 2 segmen perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPembuatan produk logam untuk kegunaan industri air, minyak dan gas.\n\n\nPengedaran dan perkhidmatan instrumentasi produk kawalan bendalir.\n\n\n\n\nBerikut adalah model perniagaan untuk syarikat Cosmos:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPada tahun kewangan berakhir 2022, majoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen pembuatan produk logam untuk kegunaan industri air, minyak dan gas. Segmen ini menyumbang sebanyak 61.20% kepada keseluruhan pendapatan syarikat.\n\n\nSelain itu, pasaran domestik merupakan penyumbang utama kepada pendapatan syarikat dengan nilai sebanyak 52.88% hingga 84.37% untuk tahun kewangan 2019 hingga 2022. Pendapatan selebihnya diperoleh daripada pasaran luar negara terutamanya Amerika Syarikat.\n\n\nDi bawah merupakan beberapa contoh produk kawalan bendalir dan logam yang diedarkan oleh Cosmos:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebahagian produk kawalan bendalir yang diedarkan oleh Cosmos\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nProduk logam untuk kegunaan industri air, sisa minyak dan gas\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nCosmos menunjukkan prestasi kewangan yang bercampur-campur untuk tahun kewangan 2019 hingga 2022. Untuk penerangan yang lebih terperinci adalah seperti di bawah:\n\n\nPendapatan Cosmos menurun sebanyak RM 18.89 juta atau 42.85% daripada RM 44.08 juta pada tahun 2019 kepada RM 25.19 juta pada tahun 2020. Penurunan ini adalah disebabkan oleh prestasi jualan yang menurun dalam segmen pembuatan produk logam. Ini berpunca daripada pengurangan permintaan untuk produk logam terutamanya daripada pelanggan minyak dan gas berikutan harga minyak mentah dunia yang mengalami penurunan ketara pada tahun 2020.\n\n\nPada tahun 2021 pula, Cosmos mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak RM 8.53 juta atau 33.88% daripada RM 25.19 juta pada tahun 2020. Ini disebabkan oleh peningkatan permintaan dalam segmen pengedaran, pemasangan dan perkhidmatan meter air terutamanya daripada pihak berkuasa air negeri yang berlainan.\n\n\nCosmos mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang berterusan pada tahun kewangan 2022 dengan peningkatan sebanyak RM 15.40 juta atau 45.66% daripada RM 33.72 juta pada tahun 2021. Ini disokong oleh peningkatan permintaan untuk produk logam terutamanya daripada pelanggan yang terlibat dalam industri minyak dan gas kesan kenaikan harga minyak mentah dunia.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat Cosmos dibahagikan kepada 2 segmen utama iaitu pengedaran dan perkhidmatan instrumentasi produk kawalan bendalir dan penjualan produk logam untuk kegunaan industri air, minyak dan gas.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, majoriti pendapatan syarikat adalah dari segmen penjualan produk logam untuk kegunaan industri air, minyak dan gas. Sepanjang tahun kewangan 2019 hingga 2022, penjualan produk logam menyumbang 74.49%, 58.41%, 46.58% dan 61.20% kepada jumlah pendapatan syarikat.\n\n\n\n\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nSecara umumnya, produk dan perkhidmatan Cosmos banyak diedarkan kepada syarikat yang terlibat di dalam industri air, sisa minyak dan gas. Antara kriteria pelanggan utama Cosmos adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPihak berkuasa air, pengendali air dan pengendali rawatan air sisa\n\n\n\n\n\n\nKontraktor untuk loji rawatan air dan air sisa\n\n\n\n\n\n\nSyarikat peralatan dan perkhidmatan medan minyak\n\n\n\n\n\n\nDi bawah merupakan 5 pelanggan utama Cosmos untuk tahun kewangan 2022:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nNegara Asal\n\n\nJenis Produk\u00a0\n\n\nTempoh Perniagaan (Tahun)\n\n\nPeratus Penglibatan (%)\n\n\n\n\n\n\nNOV (Malaysia) SB\n\n\nMalaysia\n\n\nPeralatan logam\n\n\n12\n\n\n18.01\n\n\n\n\n\n\nNational Oilwell Varco, Inc.\n\n\nAmerika Syarikat\n\n\nPeralatan logam\n\n\n6\n\n\n15.63\n\n\n\n\n\n\nNOV Process & Flow Technologies Malaysia SB\n\n\nMalaysia\n\n\nPeralatan logam\n\n\n1\n\n\n15.50\n\n\n\n\n\n\nAir Selangor\n\n\nMalaysia\n\n\nKawalan bendalir\n\n\n5\n\n\n9.84\n\n\n\n\n\n\nM8 Machinery SB\n\n\nMalaysia\n\n\nPerlatan logam\n\n\n4\n\n\n7.90\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nCosmos melalui anak syarikatnya, Cosmos Instruments, merupakan rakan kongsi yang sah kepada Siemens Malaysia Sdn Bhd (SMSB). Melalui kerjasama ini, Cosmos mampu mendapatkan akses yang lengkap terhadap keseluruhan portfolio perniagaan SMSB termasuk kelebihan sokongan teknikal dan latihan yang disediakan oleh mereka.\n\n\nManakala anak syarikat Cosmos yang lain iaitu MCI, memiliki keupayaan dalam pembinaan dan penyesuaian produk logam yang pelbagai. Ini adalah penting untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari latar belakang industri yang berbeza.\n\n\nSelain itu, perniagaan Cosmos juga diuruskan oleh barisan kakitangan yang berpengalaman. Pengarah urusan mereka iaitu Dato' Chong, telah terlibat dalam industri berkaitan air sejak tahun 1991 lagi. Beliau memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan dasar syarikat untuk 18 tahun yang terakhir.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nCosmos bergantung kepada syarikat Siemens Malaysia Sdn Bhd yang merupakan pembekal utama untuk produk kawalan bendalir. Siemens Malaysia membekal sebanyak 24.54%, 46.09%, 62.45% dan 38.18% daripada jumlah pembelian yang yang dilakukan oleh syarikat Cosmos dari tahun 2019 hingga 2022. Sekiranya Siemens Malaysia menamatkan kontrak pembekalan, seluruh kegiatan perniagaan Cosmos akan terganggu dan seterusnya akan menjejaskan prestasi kewangan mereka.\n\n\n\n\n\n\nSenarai pembekal utama peralatan kepada Cosmos\n\n\n\n\n\n\nCosmos banyak bergantung kepada pelanggan utama mereka. Majoriti pendapatan syarikat Cosmos diperoleh daripada penjualan produk logam untuk pelanggan minyak dan gas tertutamanya syarikat NOV Malaysia Sdn Bhd dan National Oilwell Varco. Dari tahun 2019 hingga 2022, kedua-dua syarikat ini menyumbang sebanyak 71.79%, 56.18%, 26.62% dan 33.64% kepada keseluruhan pendapatan syarikat. Kegagalan untuk meneruskan perniagaan dengan kedua-dua syarikat ini pada masa hadapan akan menjejaskan hasil pendapatan tahunan Cosmos.\n\n\nSelain itu, perniagaan Cosmos dipengaruhi oleh prestasi semasa industri minyak dan gas serta industri berkaitan sisa air. Sebagai contoh, kemerosotan dalam harga minyak mentah dunia akan menyebabkan pelanggan Cosmos mula mengurangkan permintaan bekalan produk logam atau menangguh projek sedia ada sebagai inisiatif pemotongan kos operasi syarikat. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan keseluruhan jualan produk logam Cosmos.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPerolehan bangunan baharu\n\n\n10.00\n\n\n44.56\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n4.44\n\n\n19.80\n\n\n\n\n\n\nPembelian jentera baharu\n\n\n3.50\n\n\n15.59\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n3.00\n\n\n13.37\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n1.50\n\n\n6.68\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n22.44\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana yang diperoleh melalui IPO iaitu sebanyak RM 10.0 juta atau 44.56% daripada dana keseluruhan digunakan untuk perbelanjaan kos bagi perolehan bangunan baharu yang terletak di atas sebidang tanah perindustrian sekitar Balakong, Selangor. Bangunan baharu ini mempunyai keluasan sekitar 36,860 kaki persegi serta dilengkapi dengan kemudahan kilang berkembar, pejabat pengurusan dan\u00a0kawasan utiliti terbuka.\u00a0\n\n\nCosmos merancang untuk menjadikan bangunan ini sebagai ibu pejabat dan akan menyatukan kedua-dua tempat pengurusan serta operasi yang sekarang ini berada di lokasi yang berbeza. Ini memudahkan mereka untuk membuat penyelarasan dalam proses pengurusan, meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos perjalanan perkerja. Selain itu, Cosmos juga bercadang untuk membangunkan satu ruang pameran untuk mempromosi segala jenis produk yang ditawarkan seperti alat kawalan bendalir, meter alir dan RTU kepada bakal pelanggan yang berpotensi.\n\n\nSeterusnya, sebanyak RM 3.50 juta atau 13.37% dana IPO akan digunakan untuk membeli jentera baharu bagi tujuan pengembangan operasi selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan minyak dan gas. Melalui pembelian ini, Cosmos menganggarkan akan berlaku peningkatan sebanyak 42.86% dalam kapasiti pengeluaran mereka.\n\n\nDi bawah menunjukkan senarai jentara baharu yang akan dibeli oleh Cosmos:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri Cosmos\n\n\nCosmos terlibat dalam perniagaan pengedaran dan instrumentasi produk kawalan bendalir. Selain itu, mereka juga terlibat dalam pembuatan produk logam untuk kegunaan industri air, sisa minyak dan gas.\n\n\nIndustri produk kawalan bendalir\n\n\nProduk kawalan bendalir digunakan secara meluas dalam industri automasi.\u00a0Industri kawalan bendalir merangkumi pembuatan dan/atau pengedaran produk dan penyelesaian yang mengurus, mengukur, atau mengawal aliran bendalir. Industri ini membantu untuk menyediakan peralatan kejuruteraan yang khusus serta mesin penyelesaian untuk mengawal aliran bendalir untuk aplikasi industri\u00a0seperti air dan gas.\n\n\nSaiz industri untuk produk kawalan bendalir di Malaysia dijangka berkembang daripada RM 99.8 juta pada tahun 2021 kepada RM 190.7 juta pada tahun 2025, dengan nilai CAGR sebanyak 17.6%.\n\n\nSegmentasi untuk industri produk kawalan bendalir adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndustri produk penapis shaker\n\n\nPenapis shaker adalah sejenis peratalan kritikal dalam industri minyak dan gas. Peralatan ini berfungsi untuk menapis dan mengeluarkan sisa batu yang terperangkap di mesin gerudi ketika proses penggalian minyak berlangsung. Alat ini penting kerana ia membolehkan operator penggalian untuk membersihkan dan mengguna semula mesin gerudi setiap kali selesai proses penggalian. Tanpa alat ini, mereka perlu menampung kos operasi yang besar untuk menggantikan mesin gerudi yang baru sebelum melalukan kerja-kerja penggerudian.\n\n\nSyarikat Cosmos terlibat dalam pembuatan bingkai logam untuk penapis shaker yang digunakan dalam segmen penerokaan dan pembangunan lapangan rantaian nilai industri minyak dan gas (upstream).\u00a0 Di peringkat global, pengeluaran tahunan produk penapis shaker dijangka berkembang daripada 6,210,000 kepingan pada tahun 2021 kepada 7,544,418 kepingan pada tahun 2025 dengan nilai CAGR sebanyak 4.9%.\n\n\nRajah berikut menunjukkan rantaian proses untuk industri minyak dan gas (upstream).\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nPerniagaan dan permintaan produk penapis shaker bergantung kepada prestasi industri minyak dan gas. Pengeluaran minyak mentah dan gas asli di peringkat global untuk tahun antara 2017 hingga 2021 direkodkan pada CAGR sebanyak -1.0% dan 2.4%. Pengeluaran minyak mentah dunia dan gas asli masing-masing memuncak pada tahun 2018 dan 2019.\n\n\nManakala, untuk tahun 2020, pengeluaran minyak mentah dan gas asli global telah terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19. Kebanyakan negara pengeluar terpaksa mengalami sekatan ekonomi dan aktiviti penggerudian dan penggalian minyak serta gas asli tidak dapat berjalan seperti biasa. Walaupun begitu, kedua-dua aktiviti ini mula mengalami peningkatan untuk tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nUntuk tujuan perbandingan, Infobusiness Research telah memilih 7 pemain dalam industri yang menjalankan perniagaan yang sama dengan Cosmos. Antara kriteria yang diambil kira dalam membuat perbandingan ini ialah syarikat-syarikat tersebut haruslah terlibat dalam perniagaan:\n\n\n\n\nPengedaran produk pengawal bendalir\n\n\nPembuatan logam penapis shaker\n\n\n\n\nPemain industri yang dikenal pasti ini adalah seperti yang diperincikan di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSaiz industri untuk produk kawalan bendalir di Malaysia dijangka berkembang daripada RM 99.8 juta pada tahun 2021 kepada RM 190.7 juta pada tahun 2025, dengan nilai CAGR sebanyak 17.6%. Selain itu, pengeluaran tahunan produk penapis shaker dijangka akan berkembang daripada 6,210,000 kepingan pada tahun 2021 kepada 7,544,418 kepingan pada tahun 2025 dengan nilai CAGR sebanyak 4.9%.\n\n\nPendapatan Cosmos menurun pada tahun 2020 disebabkan oleh permintaan yang kurang terutamanya daripada pelanggan yang terlibat dalam industri minyak dan gas. Walaupun begitu, pendapatan mereka mula meningkat daripada RM 25.18 juta pada tahun 2020 kepada RM 49.12 juta pada tahun 2022. Seperti yang dinyatakan dalam laporan, kenaikan ini adalah didorong oleh pertambahan permintaan produk berikutan kenaikan harga minyak mentah yang mula mengalami pemulihan pasca COVID-19.\n\n\nSebahagian besar dana IPO yang diperolehi akan digunakan oleh Cosmos untuk membeli bangunan serta peralatan baharu untuk meningkatkan kapasti pengeluaran produk terutamanya alat kawalan bendalir serta penapis shaker. Ini adalah langkah produktif yang diambil oleh Cosmos untuk memenuhi permintaan produk yang semakin meningkat terutamanya daripada pelanggan yang terlibat dalam industri minyak dan gas.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-eca-pembelian-jentera-baharu-untuk-memperkukuh-keupayaan-teknikal", "title": "IPO ECA - Pembelian Jentera Baharu untuk Memperkukuh Keupayaan Teknikal", "body": "\n\nECA Integrated Solution Berhad terlibat dalam penyediaan sistem pengeluaran bersepadu dan peralatan automatik selain menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan alat ganti selepas jualan. Antara pelanggan mereka ialah syarikat multinasional yang terlibat dalam pembuatan semikonduktor, kereta elektrik, komponen automotif, solar dan produk industri yang lain.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.17\n\n\nStatus syariah:\n\n\nShariah Interim Elzar\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 98 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.97\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n11 November 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n16 November 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n23 November 2022\n\n\n\n\nPerniagaan ECA\u00a0\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan di Malaysia pada 28 September 2021 sebagai sebuah syarikat swasta di bawah nama ECA Integrated Solution Berhad dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 1 March 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nECA terlibat dalam tiga segmen perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPenyediaan sistem pengeluaran bersepadu\n\n\nReka bentuk dan fabrikasi peralatan automatik kendiri\n\n\nPerkhidmatan sokongan teknikal\n\n\n\n\nMajoriti hasil jualan syarikat diperoleh dari segmen penyediaan sistem pengeluaran bersepadu. Pada tahun 2021, segmen ini menyumbang sebanyak RM 20.51 juta atau 81.7% daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan ECA:\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhannya, ECA merekodkan pertambahan pendapatan yang konsisten dari tahun 2019 hingga 2021. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 100.33% iaitu daripada RM 7.67 juta pada tahun 2019 menjadi RM 15.37 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 33.47% atau RM 5.14 juta dari tahun 2020.\n\n\nIni disokong oleh pertambahan pesanan kerja daripada syarikat multinasional domestik dan antarabangsa yang terlibat dalam pembuatan semikonduktor, solar, bateri kereta elektrik serta peralatan industri yang lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat ECA datang dari 3 aktiviti perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPenyediaan sistem pengeluaran bersepadu\n\n\nReka bentuk dan fabrikasi peralatan automatik kendiri\n\n\nPerkhidmatan sokongan teknikal\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\n\n\nRajah di atas menunjukkan bahawa majoriti pendapatan syarikat datang dari segmen penyediaan sistem pengeluaran bersepadu. Dari tahun 2019 hingga 2021, segmen ini menyumbang sebanyak 85.4%, 92.2%, 81.7% daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nPada tahun 2021, ECA mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang sebanyak 79.6% daripada keseluruhan pendapatan syarikat. Pelanggan mereka ini terdiri daripada syarikat multinasional yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perindustrian seperti pembuatan semikonduktor, komponen solar dan bahagian automotif.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama ECA untuk tahun 2021:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai pelanggan utama syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nSistem pengeluaran bersepadu ECA direka khusus untuk memenuhi keperluan pelbagai aplikasi industri buatan. Sistem pengeluaran ini membolehkan pelanggan mereka untuk menyelaraskan segala aktiviti pembuatan produk akhir. Selain mampu untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, pelanggan mereka juga mampu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia.\n\n\nDi bawah menunjukkan pecahan pendapatan ECA mengikut industri:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPecahan pendapatan mengikut industri\n\n\n\n\n\n\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nPendapatan syarikat ECA bergantung kepada dua kumpulan pelanggan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Pada tahun 2019 hingga 2021, kedua-dua kumpulan pelanggan ini menyumbang sebanyak 77.4%, 68.6%, dan 62.3% daripada hasil keseluruhan syarikat.\n\n\nSekiranya ECA tidak mampu menyambung kontrak kerja dengan syarikat tersebut atau tidak mampu mencari pelanggan baharu yang lain, seluruh aktiviti perniagaan mereka akan terganggu dan seterusnya menjejaskan prestasi kewangan syarikat pada masa akan datang.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima daripada IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPembelian jentera baharu\n\n\n7.70\n\n\n30.2\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n14.00\n\n\n54.9\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n1.00\n\n\n3.9\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n2.80\n\n\n11.0\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n25.5\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak RM 7.70 juta bersamaan dengan 30.2% daripada dana IPO akan digunakan untuk tujuan pembelian jentera baharu. Ini selaras dengan rancangan masa hadapan syarikat untuk menambah kapasiti pengeluaran dan keupayaan teknikal\u00a0 berkaitan penyediaan sistem pengeluaran bersepadu mereka. Jentera baharu ini juga akan membolehkan syarikat untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan sistem terutamanya jika membabitkan pembuatan produk berskala besar oleh pelanggan.\n\n\nMereka juga akan membelanjakan sebanyak RM 14.0 juta atau 54.9% daripada dana IPO untuk pembiayaan modal kerja. Sebahagian besarnya akan digunakan untuk membeli bahan mentah bagi menyokong operasi syarikat seperti perkakasan, komponen robotik, injap, motor, aluminium, perisian teknologi maklumat, kamera, sensor dan banyak lagi.\n\n\nSelain itu juga, syarikat ECA juga sedang merancang untuk mengembangkan kebolehan syarikat dalam aktiviti penyelesaian kilang pintar berikutan permintaan daripada pelanggan sedia ada. Kilang pintar ini dipercayai boleh membantu pengilang untuk menjalankan seluruh aktiviti pengeluaran secara integrasi lengkap beserta dengan pengurusan ruang penyimpanan dan inventori secara automatik.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nECA Integrated Solution Berhad terlibat dalam penyediaan sistem pengeluaran bersepadu dan peralatan automatik selain menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan alat ganti selepas jualan.\n\n\nMereka mempunyai keupayaan yang luas dalam aktiviti reka bentuk, fabrikasi, dan integrasi sistem pengeluaran bersepadu yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelbagai proses industri seperti pembuatan peralatan elektronik, semikonduktor, kereta elektrik, komponen solar dan banyak lagi. Oleh itu, analisis ini akan memberi fokus kepada industri sistem pengeluaran bersepadu serta potensi yang ada pada masa hadapan.\n\n\nIndustri penyelesaian pembuatan automatik\n\n\nPenyelesaian pembuatan automatik merujuk kepada satu rantaian pengeluaran lengkap yang dibina khusus untuk memenuhi keperluan pengilangan, pembuatan komponen, perolehan serta pengurusan inventori.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan segmen industri sistem pengeluaran bersepadu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: Providence, IPO Prospektus\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndustri penyelesaian kilang pintar\n\n\nKilang pintar merujuk kepada persekitaran kilang yang menghubungkan seluruh proses pembuatan produk secara digital. Ini merupakan salah satu solusi dalam Industri 4.0 yang direka khusus untuk memudahkan seluruh proses pengilangan, pengurusan dan pemantauan yang boleh dilakukan secara automatik pada jarak jauh.\n\n\nKecerdikan buatan digunakan untuk mengawal seluruh proses pengilangan dan membolehkan setiap mesin untuk berintegrasi dan berkomunikasi antara satu sama lain tanpa bantuan daripada manusia. Contohnya, robot mudah alih beserta perisian analitik digunakan untuk meningkatkan kecekapan aktiviti pembuatan sekaligus membantu mengurangkan kos operasi syarikat.\n\n\nECA berhasrat untuk mengimplementasikan sistem penyelesaian kilang pintar ini pada masa hadapan untuk memenuhi keperluan pelanggan terutamanya dalam sektor pembuatan komponen pada skala besar.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan contoh aplikasi kilang pintar:\n\n\n\n\n\n\n\n\nIlustrasi kilang pintar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nDi peringkat global, industri penyelesaian pembuatan automatik meningkat daripada RM 731.7 bilion pada tahun 2015 kepada RM 1.2 trilion pada tahun 2021 dengan CAGR sebanyak 7.9%. Penganalisa pasaran, Providence, menjangkakan bahawa industri ini akan terus berkembang dengan nilai CAGR 8.7% iaitu daripada RM 1.4 trilion pada tahun 2022 kepada RM 1.6 trilion pada tahun 2024.\n\n\nIndustri ini berkembang dengan lebih pesat di Malaysia iaitu daripada RM 3.1 bilion pada tahun 2015 kepada RM 8.7 bilion pada tahun 2021 dengan CAGR sebanyak 17.5%. Industri ini dianggarkan akan terus meningkat kepada RM 15.3 bilion pada tahun 2024 dengan CAGR sebanyak 19.3% berikutan aktiviti pengilangan yang semakin rancak dalam sektor elektronik dan semikonduktor, automotif, solar serta telekomunikasi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan perbandingan, Providence telah memilih beberapa syarikat awam dan swasta yang terlibat dalam servis penyediaan sistem pengeluaran bersepadu yang beroperasi di Malaysia.\n\n\nSenarai syarikat tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nIndustri penyelesaian pembuatan automatik merupakan salah satu industri yang sedang berkembang di Malaysia. Industri ini telah merekodkan pertambahan CAGR yang tinggi iaitu sebanyak 17.5% dari tahun 2015 kepada tahun 2021. Penganalisa pasaran menjangkan bahawa industri ini akan terus meningkat dengan CAGR sebanyak 19.3% hingga tahun 2024 selaras dengan aktiviti pengilangan yang semakin rancak.\n\n\nSecara keseluruhannya, syarikat ECA berjaya mencatat pertumbuhan hasil pendapatan yang konsisten sepanjang tiga tahun kewangan terakhir. Pada tahun 2019, mereka berjaya mengutip hasil jualan sebanyak 7.67 juta kemudian meningkat sebanyak 167.41% menjadi RM 20.51 juta pada tahun 2021. Ini disokong oleh pertambahan pesanan kerja daripada syarikat multinasional domestik dan antarabangsa.\n\n\nSebahagian besar dana IPO akan digunakan oleh ECA untuk tujuan pembelian jentera baharu untuk memperkukuh keupayaan teknikal dan output mereka. Mereka juga dalam perancangan untuk mengembangkan kebolehan syarikat dalam aktiviti penyelesaian kilang pintar.\u00a0 Ini adalah langkah produktif yang diambil oleh mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terutamanya dalam sektor pembuatan komponen semikonduktor dan produk elektronik.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-i-stone-group-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO i-Stone Group Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "Nampaknya makin banyak syarikat yang tersenarai ke Bursa dalam dua bulan ni. Baru-baru ni ada Greatech, Mestron, UWC, dan sekarang ni i-Stone yang akan disenaraikan dengan harga RM0.16. Butiran permohonan boleh dirujuk di bawah.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n21 Jun 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n8 Julai 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n10 Julai 2019\n\n\nAgihan saham:\n\n\n16 Julai 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n17 Julai 2019\n\n\n\n\n\n\nUntuk analisis IPO yang lepas, \nboleh pergi ke link ni.\n\n\nLatar Belakang i-Stone Group Berhad\n\n\n\u00a0\n\n\ni-Stone mula beroperasi pada tahun 2007 di Skudai, Johor. Mereka memulakan bisnes dengan menyediakan integrasi sistem untuk ujian operasi pembuatan (manufacturing) dan sistem pengukuran (measurement). Perkhidmatan yang disediakan termasuk dari idea konsep sehinggalah pembuatan prototaip.\n\n\n\u00a0\n\n\nKini, syarikat i-Stone menjalankan operasi bisnes dalam khidmat automasi pengeluaran, pengurusan data, penghasilan precision part dan pengedaran produk perisian. Suatu perkara yang boleh diberikan perhatian ialah bisnes ini berkait dengan teknologi IoT. Jadi ia mungkin sesuatu yang boleh dipandang kehadapan, terutamanya kerana syarikat ini berurusan dengan syarikat-syarikat MNC.\n\n\n\n\nMaklumat Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 195.4 juta\n\n\nBeroperasi di Senai, Johor\r\n\t\n\n\nPejabat di Singapura sebagai bahagian jualan dan pemasaran luar negara\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan khidmat automasi pengeluaran\n\n\nGeografi bisnes mengikut revenue berdasarkan laporan akhir tahun 2018:\r\n\t\n\n\nTempatan: RM 52.85 juta (78.2%)\n\n\nLuar negara: RM 14.75 juta (21.8%)\r\n\t\t\n\n\nSingapura: RM 8.43 juta (12.5%)\n\n\nFilipina: RM 4.60 juta (6.8%)\n\n\nIndonesia: RM 0.78 juta (1.1%)\n\n\nTaiwan: 0.76 juta (1.1%)\n\n\nLain-lain: 0.19 juta (0.3%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeseluruhan bisnes lebih berat kearah automasi pengeluaran (83.6%) berbanding produk dan servis (16.4%)\n\n\nDisahkan patuh shariah oleh SAC (Shariah Advisory Council dari Securities Commission)\n\n\n\n\n\n\nAnalisis Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nSejak tahun 2015, lebih separuh revenue syarikat datang daripada Dyson Group of Companies walaupun tidak terikat dengan kontrak jangka panjang. Berita bagusnya, Dyson mempunyai tapak di Malaysia dan Singapura dan kemungkinan besar akan menjalankan bisnes jangka panjang di rantau ini. Namun, sektor pembuatan ini adalah kompetitif dan terdapat kemungkinan Dyson akan mencari pembekal yang lain untuk menjalankan projek mereka sekiranya terdapat deal yang lebih bagus.\n\n\n\u00a0\n\n\nPihak i-Stone sendiri menyatakan bahawa belum ada saham yang tersenarai dalam sektor bisnes yang sama dengan mereka. Namun, pesaing bisnes yang dicatat dalam prospectus ialah \nGenetec\n, \nAT Systemization\n, \nGreatec\n dan \nMMSV\n. Sekiranya dibandingkan dari segi PE ratio, pesaing terdekat untuk i-Stone berada pada angka 9.6 hingga 10.8. i-Stone pula dikira pada angka 13.9 yang menunjukkan harga saham ini diletakkan lebih tinggi dari pesaing yang lain.\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nSepanjang tempoh 2015 hingga 2018, rekod menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi i-Stone Group Berhad. Revenue pada 2015 dicatatkan pada RM 44.12 juta dan meningkat ke RM 67.59 juta pada tahun 2018. Dari segi keuntungan selepas cukai atau PAT, kita boleh lihat keuntungan yang semakin tinggi iaitu RM 4.09 juta pada tahun 2015 ke RM 11.47 juta pada tahun 2018. Peratusan PAT bertambah baik setiap tahun bermula tahun 2015 hingga ke 2018 iaitu dari 9.3% ke 17%.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPenggunaan Dana\n\n\n\u00a0\n\n\nI-Stone ingin mengumpul sejumlah RM 39.09 juta daripada IPO ini. Dana ini dirancang untuk digunakan dalam aspek berikut\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBayaran semula pada bank 34.5%\n\n\nPembinaan pusat D&D baru 17.4%\n\n\nModal kerja 15.1%\n\n\nCapex 13.3%\n\n\nPembangunan proses dan produk 10.7%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 9.0%\n\n\n\n\nSebilangan besar dana IPO ini akan digunakan untuk bayaran kepada bank dalam jangka masa 12 bulan. Pusat D&D iaitu Design and Development akan dibina, dan dana ini akan digunakan dalam jangka masa 2 tahun. Bangunan ini dianggarkan berukuran 50,000 kaki persegi yang akan ditempatkan di Senai. Ia akan dijadikan pejabat kejuruteraan dan akan menumpukan kerja-kerja reka bentuk mekanikal untuk mesin automasi, makmal, dan pembinaan prototaip.\n\n\nCara Membeli\n\n\n\u00a0\n\n\nIPO i-Stone Group Berhad boleh dibeli melalui bank anda. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-infomina-memperkukuh-keupayaan-penyelidikan-dan-pembangunan-produk", "title": "IPO INFOMINA - Memperkukuh Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan Produk", "body": "\n\nInfomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau. Melalui anak-anak syarikatnya, mereka terlibat dalam reka bentuk, pelaksanaan aplikasi teknologi dan penyelesaian infrastuktur yang menyokong operasi asas pelanggan. Mereka juga terlibat dalam menyediakan servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.40\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 240 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n14.3\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n11 November 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n16 November 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n25 November 2022\n\n\n\n\nPerniagaan Infomina Berhad\n\n\nInfomina Berhad telah diperbadankan di Malaysia pada 11 Jun 2007 sebagai sebuah syarikat swasta berhad di bawah nama Infomina Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 21 Febuari 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nInfomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau yang mempunyai kepakaran dalam pelaksanaan aplikasi dan infrastruktur teknologi.\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi. Pada tahun 2022, segmen ini menyumbang sebanyak 50.3% atau RM 101.18 juta daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\u00a0\n\n\nRajah berikut menggambarkan model pelaksanaan teknologi Infomina Berhad:\n\n\n\n\n\n\nModel pelaksanaan teknologi syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhannya, Infomina Berhad merekodkan pertambahan pendapatan yang konsisten dari tahun 2019 hingga 2021. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 23.65% iaitu daripada RM 66.0 juta pada tahun 2019, menjadi RM 81.6 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun 2021 dan 2022 dengan peningkatan masing-masing sebanyak 28.91% dan 91.09%.\n\n\nKenaikan sebanyak RM 73.3 juta pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 ini disokong oleh pertambahan hasil pendapatan dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi\u00a0 berikutan kebolehan syarikat untuk beroperasi pada skala penuh selepas sekatan COVID-19 berakhir.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Infomina Berhad\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Infomina Berhad datang dari dua segmen perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nReka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi\n\n\nServis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan\u00a0\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun berlaku sedikit penurunan hasil pendapatan dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi pada tahun 2021, tetapi secara keseluruhannya, segmen ini merupakan penyumbang terbesar terhadap hasil pendapatan syarikat pada tahun 2019, 2020 dan 2022 dengan nilai masing-masing sebanyak 64.5%, 55.5% dan 50.3%.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nPada tahun 2022, Infomina Berhad mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang sebanyak 75.0% daripada pendapatan keseluruhan syarikat. Berdasarkan laporan, dua pelanggan terbesar ini merupakan antara agensi penting kerajaan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama Infomina Berhad untuk tahun 2022:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nInfomina Berhad mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang reka bentuk aplikasi teknologi boleh ubah suai termasuk dengan penyelesaian infrastruktur untuk digunakan dalam pelbagai jenis platform, sistem penyimpanan, sistem sekuriti, perkakasan dan perisian untuk memudahkan operasi harian pelanggan.\n\n\nIni membolehkan mereka untuk menyediakan servis terutamanya kepada pelanggan berstatus syarikat multinasional yang terlibat dalam pelbagai lapangan seperti pemprosesan data dan transaksi berskala besar, platform integrasi, blockchain, operasi kecerdasan buatan dan Internet Pelbagai Benda.\n\n\nSetakat ini, majoriti pelanggan Infomina ialah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti industri penting seperti pengurusan sektor awam, institusi kewangan, automotif dan telekomunikasi.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nPendapatan syarikat Infomina Berhad bergantung kepada lima pelanggan utamanya. Pada tahun 2019 hingga 2022, lima pelanggan utama ini menyumbang sebanyak 99.0%, 91.4% 72.8% dan 75.0% terhadap hasil keseluruhan syarikat.\n\n\nSekiranya pelanggan-pelanggan ini menamatkan kontrak perniagaan dengan Infomina atas sebab-sebab tertentu, seluruh kegiatan perniagaan mereka akan terganggu dan seterusnya akan menjejaskan prestasi kewangan syarikat.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nAktiviti penyelidikan dan pembangunan\u00a0\n\n\n7.60\n\n\n23.4\n\n\n\n\n\n\nPengembangan serantau\n\n\n5.52\n\n\n17.0\n\n\n\n\n\n\nAktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi\n\n\n0.89\n\n\n2.7\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n13.96\n\n\n43.0\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n4.50\n\n\n13.9\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n32.47\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak RM 7.60 juta bersamaan 23.4% daripada dana IPO akan digunakan untuk tujuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) aplikasi dan\u00a0penyelesaian infrastruktur teknologi. R&D ini akan membantu Infomina untuk mengembangkan dua aplikasi baharu mereka iaitu VIDESPACE dan Centre of Excellence (CoE) agar boleh memberi nilai tambah kepada pelanggan.\n\n\nVIDESPACE merupakan sebuah platform yang menyediakan kemudahan komunikasi dan membantu pengguna untuk menjalankan, mengurus dan memantau tugas harian dengan selamat dan teratur. Centre of Excellence (CoE) pula merupakan sebuah fasiliti pembangunan kemudahan ilmu pengetahuan berkaitan ekosistem komputer.\n\n\nInfomina juga akan membelanjakan sebanyak RM 5.52 juta atau 17.0% daripada dana IPO untuk tujuan pengembangan serantau. Mereka berhasrat untuk memasuki pasaran luar dan menjalankan perniagaan dengan syarikat yang berada di rantau Asia Tenggara termasuk China, Hong Kong dan Taiwan. Ini adalah sebahagian langkah yang dirancang oleh syarikat untuk mengurangkan kebergantungan kepada pelangan di peringkat domestik sahaja.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nInfomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau yang mempunyai kepakaran dalam pelaksanaan aplikasi dan infrastruktur teknologi.\n\n\nIndustri perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia\n\n\nSektor teknologi maklumat diterajui oleh syarikat yang dipacu dengan pertumbuhan teknologi pembangunan dan pembuatan. Syarikat-syarikat ini sedang berkembang pesat untuk membangunkan teknologi baharu yang berkaitan dengan peranti elektronik canggih, internet pelbagai guna dan perkomputeran awan.\u00a0\n\n\nIndustri teknologi ini boleh dibahagikan kepada tiga sub-sektor utama iaitu sektor perkakasan, perisian dan perkhidmatan IT. Infomina Berhad ialah salah satu syarikat yang mempunyai keparakan dalam perkomputeran kerangka utama.\n\n\nDi bawah ialah posisi syarikat Infomina dalam rantaian nilai teknologi maklumat:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\u00a0\n\n\nSektor perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia berkembang daripada RM 4.9 bilion pada tahun 2019 kepada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 dengan CAGR sebanyak 2.0%. Pada tahun 2020, sektor ini sedikit terjejas berikutan COVID-19 kerana majoriti syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil pendekatan untuk mengurangkan penggunaan perkhidmatan teknologi maklumat bagi meminimakan perbelanjaan operasi mereka.\n\n\nWalaupun begitu, COVID-19 telah membuka lebih banyak peluang kepada syarikat perkhidmatan teknologi maklumat untuk menyediakan platform bagi memudahkan urusan kerja dari rumah, persidangan dan perjumpaan secara maya. Sektor teknologi maklumat perkhidmatan meningkat dengan mendadak pada tahun 2021 dengan nilai 17.3% berikutan permintaan yang bertambah terutamanya dari syarikat perusahaan kecik dan sederhana (SPKS). Dengan faktor ini, penganalisa menjangkakan bahawa sektor ini akan terus berkembang daripada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 kepada RM 6.5 bilion pada tahun 2025 dengan CAGR sebanyak 6.3%.\n\n\nPenguasaan pasaran\n\n\nPada tahun kewangan 2022, Infomina Berhad berjaya mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM 115.4 juta daripada perniagaan penyelesaian aplikasi dan infrastruktur teknologi termasuk servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Oleh itu, syarikat ini menguasai sebanyak 2.3% nilai pasaran dalam sektor perkhidmatan teknologi maklumat.\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan perbandingan, Providence telah memilih beberapa syarikat awam dan swasta yang terlibat dalam reka bentuk, pelaksanaan aplikasi teknologi dan penyelesaian infrastruktur termasuk penyediaan servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan.\n\n\nSenarai syarikat tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nPrestasi sektor perhidmatan teknologi maklumat di Malaysia dijangka akan terus berkembang dengan nilai CAGR sebanyak 6.3% iaitu daripada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 kepada RM 6.5 bilion pada tahun 2025. Ini didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mula mengadaptasi sistem integrasi penuh dalam operasi harian syarikat.\n\n\nSecara keseluruhannya, Infomina Berhad berjaya mencatat pertumbuhan hasil pendapatan yang konsisten sepanjang tiga tahun kewangan yang terakhir. Pada tahun 2019, mereka memperolehi hasil jualan sebanyak RM 66.0 juta kemudian meningkat sebanyak 204.06% menjadi RM 201.06 juta pada tahun 2021. Pertambahan ini disumbang oleh projek berkaitan penyelesaian infrastruktur teknologi terutamanya daripada agensi kerajaan dan syarikat multinasional.\n\n\nSebahagian besar dana IPO akan digunakan oleh Infomina untuk tujuan memperkukuh keupayaan penyelidikan dan pembangunan servis teknologi maklumat mereka seperti platform VIDESPACE dan Centre of Intelligence (CoE). Mereka yakin bahawa kedua-dua platform ini mampu memberi nilai tambah kepada pelanggan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-innature-untuk-kembangkan-perniagaan-the-body-shop-dan-natura", "title": "IPO InNature untuk Kembangkan Perniagaan The Body Shop dan Natura", "body": "\n\nSebelum ini kami pernah menyentuh serba sedikit tentang syarikat InNature Berhad yang akan terbitkan IPO. Hari ini, mereka telah pun memutuskan tarikh untuk IPO ini seperti berikut:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n29 Jan 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n6 Feb 2020, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n10 Feb 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n19 Feb 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n20 Feb 2020\n\n\n\n\nPermohonan untuk IPO InNature ini dibuka pada harga RM 0.68 dan akan disenaraikan dalam papan utama Bursa Malaysia.\n\n\nPerniagaan boleh menjadi kuasa untuk kebaikan\n\n\nInNature menjalankan aktiviti perniagaan dalam industri kosmetik dan penjagaan diri melalui francais The Body Shop, dan akan datang, Natura. Jenama The Body Shop (TBS) melalui InNature telah menapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1984 lagi. TBS tidak asing lagi sebagai jenama yang \"mementingkan kesedaran terhadap alam sekitar dan sosial\". Produk TBS menikmati kesedaran jenama (brand awareness) dan kepercayaan yang tinggi dari pengguna di seluruh dunia.\n\n\n \nGambar: The Body Shop Malaysia\n\n\n\"Perniagaan boleh menjadi kuasa untuk kebaikan\". Itulah yang boleh diterjemahkan daripada muka hadapan prospektus IPO InNature ini. Itulah juga nilai yang dipercayai oleh syarikat InNature ini. Selama beroperasi, mereka pernah memulakan dan menyusun kempen untuk pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar dan haiwan, dan juga hak asasi manusia dan wanita, di Malaysia dan Vietnam.\n\n\nStruktur kumpulan syarikat\n\n\n \nStruktur syarikat InNature Berhad\n\n\nStruktur operasi syarikat InNature ini tidak begitu rumit. InNature yang berpusat di Malaysia membahagikan operasi francais TBS mengikut negara Malaysia, Vietnam dan Kemboja. Di Malaysia, Rampai-Niaga mengendalikan francais TBS, manakala Ola Beleza pula untuk jenama yang akan dibangunkan selepas ini iaitu Natura.\n\n\nJenama Natura\n\n\n \nGambar: Natura Brazil\n\n\nNatura adalah jenama di bawah syarikat tersenarai awam global Natura Cosmeticos S.A. yang berasal dari Brazil. Syarikat ini memiliki sebahagian pegangan dari jenama produk penjagaan diri TBS, Avon dan Aesop di serata dunia. Jenama yang kukuh di peringkat global ini akan dibawa ke Malaysia melalui kemudi InNature Berhad.\n\n\nSasaran pengguna\n\n\nJenama TBS berada pada kedudukan \"masstige\", iaitu produk yang memiliki nilai tambah dari perspektif pengguna yang dijual pada harga yang berpatutan. Kedudukan jenama TBS ini menjadikan ia tarikan kepada pengguna dalam kelas pendapatan sederhana.\n\n\nRingkasan Maklumat Bisnes\n\n\nInNature telah menjalankan operasi selama lebih 35 tahun dalam perniagaan produk kosmetik dan penjagaan diri. Mereka memiliki 89 point-of-sale di Malaysia, 34 di Vietnam, dan baru sahaja bermula dengan 1 di Kemboja.\n\n\n* Point-of-sale merujuk kepada saluran jualan sama ada kedai di shopping mall, lapangan terbang, kedai dalam pasar raya dan kedai di kawasan tumpuan.\n\n\n \nOperasi InNature berdasarkan geografi. Gambar: InNature\n\n\n\n\nPenyenaraian: Pasaran Utama\n\n\nMarket Capitalization: RM 480 juta\n\n\nPE ratio: 13.3 (FYE 2018)\n\n\nPolisi Dividen: 30%\n\n\nAktiviti: Perniagaan runcit melalui francais The Body Shop ketika ini dan Natura di masa akan datang\n\n\nSektor perniagaan: Produk kosmetik dan penjagaan diri / Cosmetic and personal care (CPC)\n\n\nOperas perniagaan:\r\n\t\n\n\nThe Body Shop:\r\n\t\t\n\n\nMalaysia - 89 point-of-sale\n\n\nVietnam - 34 point-of-sale\n\n\nKemboja - 1 point-of-sale\n\n\n\n\n\n\nNatura:\r\n\t\t\n\n\nMalaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nStatus syariah: Disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti.\n\n\n\n\n \nStatus syariah InNature oleh MPS, Suruhanjaya Sekuriti\n\n\n \nPolisi dividen InNature\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nInNature telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM 159.9 juta pada tahun kewangan 2016 dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 26.8 juta. Margin keuntungan daripada tahun 2016 ini adalah pada 16.9% selepas cukai.\n\n\n\n\nPendapatan InNature ini menunjukkan peningkatan setiap tahun secara konsisten dan mencatatkan sebanyak RM 184.5 juta pada tahun kewangan 2018. Ini adalah bersamaan dengan peningkatan sebanyak 15.4% dalam jangka masa 2 tahun.\n\n\nKeuntungan selepas cukai pula menunjukkan angka yang memberangsangkan iaitu RM 45.6 juta. Ini adalah bersamaan dengan peningkatan sebanyak 70.1% dalam tempoh 2 tahun. Keuntungan ini juga menunjukkan margin yang lebih baik iaitu 19.6% selepas cukai.\n\n\n\n\nTempoh kewangan untuk tahun terbaru iaitu FPE 2019 untuk InNature adalah sehingga September 2019. Berbanding dengan tahun 2018, ia menunjukkan sedikit penurunan. Namun, dalam tempoh yang sama, mereka menunjukkan peningkatan aset daripada RM 87.7 juta pada FPE 2018 kepada RM 96.1 juta pada FPE 2019.\n\n\n\n\nDifahami bahawa mereka sedang giat mengembangkan perniagaan mereka dengan TBS di Kemboja dan juga Natura yang sudah pun memulakan gerakan dalam tempoh laporan kewangan tersebut. Aset dijangka akan terus meningkat kepada RM 129.6 juta selepas IPO mengikut perancangan yang tertulis dalam prospektus.\n\n\nAnalisis Pasaran untuk InNature\n\n\nFrancais The Body Shop yang dikendalikan InNature berada dalam pasaran \"masstige\" iaitu barangan pengeluaran besar-besaran (mass-produced) yang dipasarkan sebagai berprestij. Kelas produk ini menjadi tarikan kepada golongan kelas berpendapatan sederhana.\n\n\nTBS juga menerima persepsi sebagai syarikat yang menggunakan bahan natural. Persepsi ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pengguna yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar yang juga menjadi trend sejak kebelakangan ini.\n\n\nInNature bersaing di bawah sektor cosmetic and personal care (CPC). Perniagaan InNature disaingi oleh syarikat-syarikat seperti Estee Lauder, L'Oreal dan Shiseido yang juga memiliki pelbagai aneka jenama di bawah mereka. Jika perhatian diberikan kepada syarikat yang mengedarkan jenama tunggal, TBS bersaing dengan SKII (P&G), Clarins, Bath & Body Works, KOSE, Elianto dan lain-lain.\n\n\n \nBahagian pasaran TBS Vietnam. Sumber: Laporan Frost & Sullivan, Prospektus InNature\n\n\nDaripada laporan penyelidikan pasaran, InNature mendahului segmen jenama tunggal di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 11%. Peratusan ini adalah berdasarkan jualan sebanyak RM 1.48 bilion setakat FPE 2019. Mereka juga mempunyai point-of-sale terbanyak di antara pesaing dalam segmen yang sama.\n\n\n \nBahagian pasaran TBS Vietnam. Sumber: Laporan Frost & Sullivan, Prospektus InNature\n\n\nDi Vietnam, mereka adalah antara pemain yang mendahului pasaran CPC. Mereka memiliki kehadiran online yang kukuh dan juga kedai-kedai fizikal di bandar-bandar utama. Tabiat membeli di Vietnam menunjukkan pengguna lebih gemar berkunjung ke kedai di bandar utama berbanding di shopping mall. Ini mungkin penyebab kepada dana modal yang lebih banyak di Vietnam berbanding Malaysia dan Cambodia dalam bahagian \"Penggunaan Dana IPO\" di bawah.\n\n\nSecara keseluruhan, Frost & Sullivan menjangkakan prospek yang baik untuk InNature dengan perniagaan yang dijalankan di Malaysia, Vietnam dan Kemboja di masa akan datang. Populasi yang semakin tinggi, lebihan pendapatan, dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kecantikan menjadi faktor kepada jangkaan positif ini.\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nInNature akan mengumpul dana sebanyak RM 50.4 juta. Dana ini akan dibahagikan kepada perkara seperti di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nTBS yang kini berjalan (RM juta)\n\n\nNatura yang akan berjalan (RM juta)\n\n\nPeratus (%)\n\n\nJangkaan masa penggunaan dana dari tarikh IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n27.3\n\n\n7.2\n\n\n68.5\n\n\nDalam 48 bulan\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n1.6\n\n\n2.2\n\n\n7.5\n\n\nDalam 36 bulan\n\n\n\n\n\n\nPembangunan perniagaan baru\n\n\n-\n\n\n5.7\n\n\n11.3\n\n\nDalam 48 bulan\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO\n\n\n-\n\n\n-\n\n\n12.7\n\n\nDalam 3 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebanyakan dana IPO InNature akan dibelanjakan ke arah pengembangan perniagaan. Perbelanjaan modal akan menumpukan kepada infrastruktur aset seperti menaik taraf pejabat TBS di Ho Chi Minh City, pengubah suaian kedai, dan pembukaan kedai-kedai baru di tiga negara operasi TBS yang dikemudi oleh InNature. Untuk perniagaan Natura, sebanyak 6 point-of-sale baru akan dibangunkan, dengan sasaran pembukaan 2 point-of-sale setahun.\n\n\nSelain perbelanjaan modal, dana untuk modal kerja akan digunakan untuk membeli inventori Natura dan khidmat pergudangan di Malaysia. Dana pembangunan untuk jenama Natura pula akan ditumpukan kepada aktiviti pemasaran dan upacara pelancaran.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMarkah: 4/4\n\n\nBerdasarkan maklumat dari prospektus, kami berikan IPO InNature dengan markah sebanyak 4/4. Syarikat ini mempunyai fundamental dan juga menunjukkan perkembangan yang bagus. InNature juga akan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam beberapa tahun selepas IPO ini dengan tujuan yang telah dibincangkan tadi.\n\n\nKesedaran terhadap produk natural yang semakin tunggi sejak kebelakangan ini boleh memberikan InNature satu lagi kelebihan kepada syarikat ini.\n\n\nSekiranya anda melihat pada laporan penyelidikan pasaran, anda juga akan mendapati bahawa CAGR untuk industri ini adalah sebanyak 17%. Maka, ia adalah satu sisi positif yang boleh ditunggu-tunggu.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-leform-dana-untuk-meningkatkan-hasil-pengeluaran-keluli", "title": "IPO LEFORM - Dana untuk Meningkatkan Hasil Pengeluaran Keluli", "body": "\n\nLeform Berhad, melalui anak-anak syarikatnya, terlibat dalam pembuatan dan perdagangan produk keluli. Produk mereka digunakan dalam pelbagai industri pengguna akhir seperti dalam industri perabot, pembuatan bahagian automotif dan tiang menara telekomunikasi.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.23\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 340 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n7.7\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n11 November 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n15 November 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n22 November 2022\n\n\n\n\nPerniagaan Leform Berhad\n\n\nLeform Berhad telah diperbadankan di Malaysia pada 14 Januari 1995 sebagai sebuah syarikat swasta di bawah nama Leform Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 14 Januari 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLeform Berhad terlibat dalam dua segmen perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPembuatan dan pengilangan produk keluli\n\n\nPerdagangan produk keluli\n\n\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen pembuatan dan pengilangan produk keluli. Pada tahun 2022, segmen ini menyumbang sebanyak 78.3% atau RM 167.16 juta daripada jumlah pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan Leform Berhad:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhannya, Leform Berhad merekodkan pertambahan pendapatan yang konsisten dari tahun 2019 hingga 2021. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 2.9% iaitu daripada RM 344.58 juta pada tahun 2019, menjadi RM 354.71 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 5.4% atau RM 19.26 juta berbanding tahun 2020.\n\n\nIni disokong oleh kenaikan hasil pendapatan dari segmen pembuatan produk keluli berikutan pertambahan permintaan terutamanya daripada pelanggan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Leform Berhad\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Leform Berhad datang dari dua segmen perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPembuatan dan pengilangan produk keluli\n\n\nPerdagangan produk keluli\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut jenis produk adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Leform Berhad mengikut segmen\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nRajah di atas menunjukkan bahawa majoriti pendapatan syarikat datang dari segmen pembuatan produk keluli. Dari tahun 2019 hingga 2021, segmen ini menyumbang sebanyak 76.9%, 77.7%, 79.3% dan 78.9% daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nPada tahun 2021, Leform Berhad mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang sebanyak 23.7% daripada pendapatan keseluruhan syarikat. Kelima-lima pelanggan ini mempunyai hubungan perniagaan yang agak panjang dengan Leform Berhad iaitu secara puratanya adalah selama 10 tahun.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama Leform Berhad untuk tahun 2021:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nLeform Berhad mempunyai rangkaian produk keluli yang luas untuk memenuhi pelbagai aplikasi industri. Kelebihan inilah yang membolehkan mereka untuk membekalkan produk keluli kepada pelanggan yang datang daripada sektor yang berlainan seperti:\n\n\n\n\nPengilang produk perabot untuk kegunaan di rumah dan pejabat seperti meja, kayu, rak dan katil.\n\n\nPerancah, tangga dan struktur keluli sementara untuk kegunaan kontraktor binaan.\n\n\nProduk perindustrian seperti peralatan automotif dan tiang menara komunikasi.\n\n\n\n\nIni membolehkan mereka untuk mengurangkan risiko perniagaan syarikat untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada prestasi industri tertentu sahaja.\n\n\nGambar di bawah menunjukkan contoh aplikasi produk keluli Leform Berhad:\n\n\n\n\n\n\nContoh aplikasi keluli oleh pengguna akhir industri\n\n\n\n\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nPrestasi perniagaan dan pendapatan Leform Berhad bergantung kepada naik turun harga keluli global. Produk akhir mereka dihasilkan daripada bahan mentah seperti gegelung besi tergalvani, keluli gulung panas dan keluli gulung sejuk. Harga bahan mentah ini berubah-ubah mengikut harga pasaran semasa yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan ekonomi global, permintaan dan penawaran serta rantaian bekalan keluli.\n\n\nSetakat ini, harga jualan produk akhir Leform Berhad adalah ditentukan berdasarkan harga semasa keluli global dan secara umumnya mereka boleh menyalurkan sebarang peningkatan kos operasi kepada pelanggan. Sekiranya tidak mampu berbuat demikian pada masa akan datang, mereka terpaksa menanggung kenaikan kos tersebut dan hasil pendapatan serta margin keuntungan mungkin akan berkurangan.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPembinaan ibu pejabat, gudang penyimpanan dan tempat penginapan pekerja\n\n\n30.04\n\n\n42.0\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n14.39\n\n\n20.1\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n21.91\n\n\n30.6\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n5.20\n\n\n7.3\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n33.75\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak RM 30.04 juta bersamaan 42.0% daripada keseluruhan dana IPO akan digunakan untuk tujuan pembinaan ibu pejabat, gudang penyimpanan dan tempat penginapan pekerja. Pembinaan gudang baharu ini dijangka akan menambahkan kapasiti penyimpanan produk akhir mereka sebanyak 93.2% iatu daripada 161,372 Tan Metrik kepada 311,720 Tan Metrik. Kapasiti baharu ini membolehkan syarikat untuk menambah hasil pengeluaran produk bagi menampung jangkaan peningkatan tempahan terutamanya untuk paip keluli dan produk keluli rata.\n\n\nMereka juga akan membelanjakan sebanyak RM 21.91 juta atau 30.6% daripada dana IPO untuk modal kerja. Sebahagian besarnya akan digunakan untuk membeli bahan mentah seperti keluli gelung panas, keluli gelung sejuk serta gegelung keluli terbelah. Ini adalah sebahagian langkah awal yang diambil oleh Leform Berhad untuk mengembangkan rangkaian produk mereka dengan menambahkan ketebalan keluli daripada 4mm kepada 5mm untuk digunakan dalam industri lasak seperti pembinaan.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nLeform Berhad terlibat dalam pembuatan dan perdagangan produk keluli. Oleh itu, analisis industri yang dikeluarkan oleh Providence ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan industri keluli termasuk jangkaan prestasi pada masa hadapan.\n\n\nIndustri keluli di Malaysia\n\n\nKeluli ialah bahan keras yang diperbuat daripada biji besi, sekerap besi dan arang batu. Keluli yang berkualiti perlulah memenuhi beberapa kriteria utama seperti tahan lasak, tahap kekerasan dan teganan yang tinggi serta senang dibentuk. Inilah yang menjadikan keluli sebagai komponen utama untuk digunakan dalam pelbagai industri seperti pembinaan, automotif, perabot dan lain-lain.\n\n\nRantaian nilai industri keluli boleh dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu \nupstream, midstream dan downstream. \nSyarikat Leform Berhad terlibat dalam segmen \ndownstream \nyang berfungsi sebagai pengilang akhir produk keluli sebelum sampai kepada pengguna industri.\u00a0\n\n\nRajah di bawah menunjukkan rantaian nilai industri keluli:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri keluli di Malaysia\n\n\nBerdasarkan nilai jualan keseluruhan, industri keluli di Malaysia telah berkembang daripada RM 22.6 bilion pada tahun 2018 kepada RM 26.5 bilion pada tahun 2021 dengan CAGR sebanyak 5.4%. Providence menjangkakan bahawa industri keluli di Malaysia akan terus meningkat dengan CAGR sebanyak 5.6% iaitu daripada RM 28.0 bilion pada tahun 2022 kepada RM 31.2 bilion pada tahun 2024.\n\n\nManakala, berlaku sedikit penurunan dari segi jumlah penggunaan produk keluli di Malaysia iaitu daripada 9.8 juta Tan Metrik pada tahun 2018 kepada 6.8 juta Tan Metrik pada tahun 2020. Penurunan ini berlaku disebabkan oleh keadaan ekonomi yang perlahan di Malaysia terutamanya dari sektor pembinaan dan industri pembuatan berikutan pandemik COVID-19. Walaupun begitu, penggunaan keluli dijangka akan bertambah kepada 9.1 Tan Metrik pada tahun 2021 selaras dengan peningkatan harga purata gegelung keluli dunia.\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran dan pengunaan keluli\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan pasaran Leform Berhad\n\n\nPada tahun 2020, Leform Berhad memegang sebanyak 10.2% nilai pasaran berdasarkan jumlah pengeluaran paip dan tiub keluli di Malaysia dengan nilai 555,000 Tan Metrik. Mereka juga memegang sebanyak 4.7% nilai pasaran berdasarkan jumlah pengeluaran gegelung dan kepingan keluli di Malaysia dengan nilai 1.0 juta Tan Metrik pada tahun yang sama.\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan pembandingan, Providence telah memilih 16 pemain industri yang mempunyai model perniagaan yang lebih kurang serupa dengan Leform Berhad.\n\n\nSyarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nPrestasi industri keluli di Malaysia bergantung kepada pertumbuhan tiga sektor utama iaitu pembinaan, pengilangan bahagian automotif dan perabot. Kadar pertumbuhan sektor ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti permintaan pelanggan, inisiatif kerajaan dan keadaan ekonomi semasa. Berdasarkan laporan, industri keluli di Malaysia dijangka akan meningkat dengan CAGR sebanyak 5.6% iaitu daripada RM 28.0 bilion pada tahun 2022 kepada RM 31.2 bilion pada tahun 2024.\n\n\nSecara keseluruhannya, Leform Berhad berjaya mencatat pertumbuhan hasil pendapatan yang konsisten sepanjang tiga tahun kewangan yang terakhir. Pada tahun 2019, mereka memperolehi hasil jualan sebanyak RM 344.58 juta kemudian meningkat sebanyak 10.27% menjadi RM 373.97 juta pada tahun 2021. Pertambahan ini disokong oleh permintaan produk keluli yang berterusan terutamanya daripada pelanggan yang merupakan pemain industri di Malaysia.\n\n\nSebahagian besar dana IPO yang diperolehi akan digunakan oleh Leform untuk tujuan pembinaan ibu pejabat, gudang penyimpanan dan tempat penginapan pekerja. Ini adalah langkah positif yang diambil oleh mereka untuk meningkatkan kecekapan kerja serta kapasiti pengeluaran syarikat bagi menampung pertambahan tempahan dan permintaan untuk produk keluli mereka.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-mestron-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO Mestron Kini Boleh Dibeli", "body": "Baru-baru ini kami baru sahaja cover \nIPO Greatech\n. Kalau anda terlepas, boleh tengok pada saham Mestron pula yang diletakkan pada harga RM 0.16 seunit. Butiran tarikh permohonan adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n23 Mei 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n3 jun 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n10 Jun 2019\n\n\nAgihan saham kepada yang berjaya:\n\n\n17 Jun 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n18 Jun 2019\n\n\n\n\nLatar Belakang Mestron\n\n\nMestron Holdings Berhad, ataupun yang kita akan tulis sebagai Mestron, adalah syarikat yang membuat tiang besi. Mereka telah menjalankan bisnes ini sejak tahun 2002. Jenis-jenis tiang yang diniagakan termasuklah tiang lampu biasa, tiang berhias, tiang telekomunikasi dan tiang berkamera. Semuanya anda boleh lihat di atas jalan.\u00a0\n\n\n\n\nMaklumat Bisnes\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah\n\n\n\n\nMarket capitalization sebanyak RM 126.4 mil\n\n\nBeroperasi di Puchong, Selangor\n\n\nSangat bergantung pada pertumbuhan industri pembinaan (construction)\n\n\nGeografi bisnes berdasarkan revenue:\n\n\n\n\nTempatan: RM 59.0 mil (92.7%)\n\n\nLuar negara: RM 4.7 mil (7.3%)\n\n\n\n\nDisahkan patuh shariah oleh SC\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nBisnes menunjukkan peningkatan setiap tahun untuk revenue dan keuntungan selepas cukai. Pertumbuhan revenue tidak begitu banyak dari 2017 ke 2018, namun masih dalam keadaan baik memandangkan banyak projek kerajaan yang dibatalkan atau tertangguh sejak pertukaran kerajaan pada Mei 2019. Boleh rujuk graf di bawah.\n\n\n\n\nAnalisis Pasaran Bisnes\n\n\nBisnes Mestron sangat bergantung pada pasaran pembinaan. Sejak pertukaran kerajaan Mei 2019, banyak projek yang kini dalam pertimbangan semula sama ada untuk dibatalkan, ditangguhkan atau disambung. Dari sini akan memberi kesan kepada potensi pendapatan dan keuntungan (atau kerugian).\n\n\nBarangan jualan Mestron adalah dalam niche yang tersendiri, dan persaingan adalah terdiri dari syarikat kecil tempatan yang mendapat kelulusan JKR. Anggaran saiz pasaran untuk lampu jalan ialah RM202.5 juta. Mestron pula memiliki anggaran 19.8% daripada pasaran tempatan.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana\n\n\nMestron akan mengumpul dana sebanyak RM 25.28 juta daripada IPO ini. Perancangan dana ini adalah untuk digunakan dalam aspek berikut:\n\n\n\n\nPengembangan fasiliti dan belian peralatan 51.4%\n\n\nModal kerja 20.5%\n\n\nHutang bank 15.8%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 12.3%\n\n\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Untuk cara membeli saham IPO ni, anda boleh ikuti video tutorial kami untuk \nCIMB Clicks\n dan \nMaybank2u\n, atau blog post kami \ndi sini\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-mobilia-dana-pembinaan-kilang-dan-belian-mesin", "title": "IPO Mobilia - Dana Pembinaan Kilang dan Belian Mesin", "body": " \n\n\nGambar: \nMobilia\n\n\n\n\nMobilia Holdings\u00a0Berhad atau Mobilia adalah sebuah syarikat pembuatan perabot yang mempunyai rangkaian eksport yang luas. Butiran IPO Mobilia ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.23\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTidak dinilai oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 92.0 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.5 (FYE 2019)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n9 Februari 2020\n\n\nCabutan saham:\n\n\n19 Februari 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n23 Februari 2020\n\n\n\n\nIni adalah IPO kedua untuk disenaraikan di Bursa Malaysia tahun 2021.\n\n\nGambaran keseluruhan bisnes Mobilia\n\n\nIPO Mobilia akan disenaraikan dalam sektor Consumer Products & Services, lebih spesifiknya, dalam \nsektor perabot\n. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis perabot rumah dengan rekabentuk yang baharu. Rangkaian eksportnya luas, meliputi Amerika Utara dan Selatan, Afrika Utara dan Timur, Eropah, Australasia dan Asia.\n\n\n\n\nSebahagian besar jualannya melebihi 60% memasuki pasaran eksport antarabangsa. Terbaru, pandemik Covid menempatkan Amerika Utara sebagai destinasi eksport terbesar syarikat dengan bahagian 45% untuk tempoh kewangan (FPE) 2020.\n\n\nMobilia membuat reka bentuk perabot dan proses pengeluaran sendiri. Terdapat sebahagian kerja yang memerlukan perkhidmatan pihak ketiga. Apabila siap, perabot akan dihantar kepada ejen, peruncit dan penjual.\n\n\n\n\nMobilia juga menggunakan teknologi automasi dalam pengeluaran mereka. Antaranya untuk menyembur warna, CNC, mesin pengamplas (\nsanding\n), pengering UV dan pelbagai lagi. Ada juga mesin baru untuk ditambah ke dalam aset mereka dengan IPO ini.\n\n\nSegmen utama perabot mereka adalah perabot ruang makan yang menyumbang 55.1% daripada keseluruhan pendapatan. Ia diikuti dengan ruang tamu dengan bahagian 21.7% dan bilik tidur 20.8%. Sebahagian kecil yang lain ditumpukan pada bahagian (alat ganti)\u00a0perabot dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nMobilia\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nPandemik Covid-19 telah mengakibatkan kelewatan penghantaran yang melibatkan kerja subkontrak dan juga pembatalan pesanan ke atas Mobilia. Kesemua kelewatan akhirnya dapat disempurnakan, namun terdapat 2 pesanan yang bernilai USD 173 ribu telah dibatalkan.\n\n\nAcara pameran perabot yang tidak dapat berjalan juga memberi kesan kepada jualan yang berkurang. Kekangan ini mengehadkan aktiviti pemasaran mereka dari mencapai rangkaian potensi yang lebih luas. Pun begitu, pihak pengurusan merasakan tahun kewangan penuh (FYE) 2020 akan menunjukkan pendapatan dan keuntungan yang serupa dengan FYE 2019.\n\n\n\n\nDalam prospektus pula\u00a0ditulis tentang perancangan mereka untuk membuat ujian RTK untuk semua pekerja asing mereka yang bakal berlangsung bulan Februari ini. Sekiranya terdapat kes dan kilang diarahkan untuk ditutup, mereka berikan anggaran kerugian operasi sebanyak RM 35 ribu sehari.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nMobilia menunjukkan pertumbuhan yang stabil dari 2017 ke 2019. Namun, kita sedia maklum bahawa Covid-19 telah mengakibatkan kesan kewangan yang buruk bagi kebanyakan sektor perniagaan, terutamanya bagi tahun 2020. Mobilia turut terkesan dengan kelembapan ekonomi ini.\n\n\n\n\nDari sini, terdapat sebuah kesukaran untuk menilai prestasi kewangan di masa hadapan. Kita tak dapat gambaran bagaimana Covid-19 telah memberi kesan kepada Mobilia secara keseluruhannya. Maka, ia bergantung kepada strategi mereka menyesuaikan diri dengan keadaan dunia sekarang.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana IPO sebanyak RM 13.8 juta ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan bangunan\n\n\n5.8\n\n\n42.03\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin\n\n\n1.3\n\n\n9.42\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n1.8\n\n\n13.04\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n1.9\n\n\n13.77\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.0\n\n\n21.74\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n13.8\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nHampir separuh daripada perbelanjaan digunakan untuk aset baru, iaitu bangunan dan pembelian mesin. Dua fasa pembangunan yang akan berjalan, dan dijangka berjalan menjelang 2 tahun selepas tersenarai. Bangunan yang nak dibina ialah pejabat dan ruang pameran yang bernilai RM 2.5 juta. Fasa pembinaan seterusnya adalah penambahan blok kilang untuk menambah kapasiti pengeluaran yang bernilai RM 3.3 juta.\n\n\nMesin yang ingin dibeli ialah CNC, pemotong papan automatik, dan pembentang fabrik automatik. Kita boleh lihat syarikat ini mengutamakan kecekapan pengeluaran dengan pengambilan pelbagai mesin automasi kilang.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Mobilia\n\n\nMobilia akan tersenarai dalam Pasaran ACE di Bursa Malaysia dengan menjalankan aktiviti mereka bentuk, mengeluarkan dan mengeksport perabot ke serata dunia. Malaysia sendiri merupakan negara ke-11 terbesar di dunia sebagai pengeksport perabot.\n\n\nDi Malaysia sendiri, pemain industri untuk sektor perabot ini mempunyai senarai yang panjang. Ini meletakkan Mobilia dengan bahagian pasaran bersaiz 0.58%, iaitu RM 50.17 juta nilai eksport\u00a0daripada keseluruhan RM 8.71 bilion eksport perabut kayu di Malaysia, tahun 2019.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Portfolio iSaham, disusun mengikut market cap\n\n\n\n\n\n\nProspek ke hadapan untuk Mobilia dilihat cerah dengan peningkatan populasi dunia dan beberapa perjanjian perdagangan (FTA) yang terjalin secara dua hala dan serantau antara Malaysia dan kuasa\u00a0ekonomi yang lebih luas.\n\n\nAntara statistik yang kita boleh lihat adalah pada CAGR penggunaan perabot (2.8%), dan perabot berasaskan kayu (2.0%) dari 2017 hingga 2019.\n\n\n\n\n\n\nCorporate presentation, Mobilia\n\n\n\n\n\n\nEksport perabot Malaysia membesar pada CAGR 5.0% dari 2017 hingga 2019. Secara khususnya perabot berasaskan kayu di Malaysia menunjukkan CAGR untuk eksport pada 7.3%.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSkor iSaham: 4/4\n\n\nIPO ini diberikan penilaian yang baik yang didasari peningkatan kewangan yang baik. Prospek industri juga dilihat sebagai positif seperti yang dibincangkan dalam segmen analisis bisnes tadi. Sebahagian besar dana IPO digunakan untuk pertumbuhan yang agresif.\n\n\nRisiko yang ada dan perlu diteliti\u00a0untuk Mobilia ialah persoalan sama ada strategi agresif ini akan membuahkan hasil. Dengan kapasiti kilang yang makin besar, kos akan bertambah untuk overhead. Sekiranya kadar penggunaan kilang adalah rendah, ia boleh memberi kesan negatif kepada syarikat. Pameran perabot yang tak dapat dijalankan juga mengehadkan aktiviti pemasaran syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-mtag-group-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO MTAG Group Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "Agak lama masa berlalu sejak kita dihidangkan dengan IPO. Terakhir sekali kita diberi \nIPO Tashin\n awal bulan Ogos yang tak begitu menjadi. Jadi sekarang ni kita diumumkan dengan IPO MTAG Group yang mendapat markah 4/4 berdasarkan algoritma skor iSaham. Kalau ikutkan rekod sebelum ni (boleh rujuk \nIPO analysis\n), saham macam ni ada potensi untuk naik.\n\n\nSo macam biasa, kita tengok butiran IPO ni supaya tahu harga dan tarikh yang perlu.\n\n\n\n\nHarga Penyenaraian:\n\n\nRM 0.53\n\n\nPapan senarai:\n\n\nPasaran ACE\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n19 Ogos 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n6 Sept 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n12 Sept 2019\n\n\nAgihan saham:\n\n\n20 Sept 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n25 Sept 2019\n\n\n\n\nCetak label pun boleh masuk IPO\n\n\nMTAG Group Berhad ini bermula dengan penubuhan Toyo Sho yang menyediakan khidmat cetakan label pada tahun 1995. Bisnes mereka menunjukkan prestasi yang bagus dan terus berkembang dengan penubuhan Intag Industrial Supplies pada 2001 dan Intag Steel pada 2005. Kini ketiga-tiga syarikat ini diuruskan di bawah syarikat pemegang iaitu MTAG. Bisnes utama kumpulan syarikat ini ialah:\n\n\n\n\nPercetakan label dan pelekat industri dan khidmat pertukaran diubahsuai (customised converting services)\n\n\nPengedaran pita industri (industrial tape), pelekat dan produk lain\n\n\n\n\n\n\n\n\nFasiliti MTAG sekarang\n\n\n\n\nMungkin ada yang terfikir, cetak label pun boleh masuk IPO? Ya, boleh. Dan saiz pasaran industri cetakan label dan converting ini dijangka akan terus meningkat dari RM 5.46 billion pada tahun 2018 kepada RM 8.11 billion menjelang tahun 2023 iaitu CAGR sebanyak 8.2% dalam 5 tahun.\n\n\nBerbalik kepada MTAG, converting services merujuk kepada percetakan, potongan beracuan (die-cutting), potongan jalur (slitting) dan penggabungan bahan kepada produk baru. Cara nak faham converting services ini, ia masih berada di bawah khidmat percetakan, cuma lebih banyak pengubahsuaian yang boleh dibuat dalam suatu percetakan. Pengubahsuaian ini termasuklah bentuk potongan, saiz yang tak piawai, jenis bahan dan tambahan bahan pelekat.\n\n\nPengedar sah pelekat 3M dan Henkel, pembekal kepada Dyson\n\n\nMTAG menggunakan pelekat yang berreputasi tinggi dan sangat dikenali iaitu 3M dari Amerika dan Henkel dari Jerman. Kebanyakan pesanan diambil dari industri elektrikal dan elektronik (E&E), alatan jitu (precision tooling), automotif, mekanikal dan kejuruteraan, dan juga sektor pembinaan. Namun pelanggan terbesar bagi mereka berada dalam sektor E&E.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Website MTAG\n\n\n\n\nMajoriti pelanggan utama mereka (antaranya yang tersenarai Bursa: \nVS Industry\n, \nJabco Filter\n, \nATA Industrial\n dan \nSin Kwang Plastic\n) merupakan pembekal kepada Dyson, jenama yang tak asing lagi buat industri E&E. Banyak juga syarikat di Malaysia ni mempunyai hubungan silaturahim dengan Dyson. Selain vakum pembersih tanpa beg dan kipas tanpa bilah, Dyson mempunyai rancangan untuk membina kereta elektrik yang bakal bermula tahun 2020. Maka kita boleh jangka potensi yang agak banyak untuk syarikat ini beberapa tahun kehadapan.\n\n\nMTAG juga sebenarnya terlibat dalam saringan pembekal, dan membekal secara tak langsung kepada Dyson. Mereka mendapati saringan yang dijalankan mengambil masa, dan percaya bahawa pelanggan mereka tak akan mudah bertukar pembekal. Dalam kata lain, sebagai pembekal yang diluluskan untuk produk Dyson, MTAG sudah menyediakan tapak yang kukuh untuk bisnes mereka.\n\n\nRingkasan maklumat bisnes\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 361.3 juta\n\n\nBeroperasi di Johor Bahru\n\n\n\n\nKetiga-tiga subsidiari di tapak yang sama berjumlah keluasan binaan 83,500 kaki persegi\n\n\n\n\nMenjalankan pencetakan label dan khidmat pertukaran\n\n\nMajoriti pendapatan (lebih 90%) datang dari pelanggan di Malaysia\n\n\nSyarikat disahkan patuh syariah dalam prospectus\n\n\n\n\n\n\n\n\nMTAG menyatakan bahawa belum ada syarikat yang tersenarai dalam Bursa yang menjalankan bisnes sama dengan mereka. Analisis pasaran dalam prospectus juga tidak menyebut mana-mana saham yang menjadi pesaing dalam bisnes syarikat ini. Jadi, kita boleh anggap mereka bersaing dengan syarikat-syarikat kecil yang lain. PE ratio pula berada pada angka 11.0 berdasarkan pro forma net EPS bagi tahun kewangan 2018. Kita tak dapat nak bandingkan angka ini dengan syarikat lain kerana ketiadaan perbandingan, namun merupakan angka yang bagus.\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nPendapatan MTAG Group pada tahun 2018 adalah agak mendatar dengan sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pendapatan tahun ini dicatatkan pada RM 187.5 juta manakala 2017 pada RM 186.6 juta. Walaubagaimanapun, keuntungan menunjukkan prestasi yang semakin baik dari 2016 sehingga laporan terbaru bulan Jun 2018. Dari segi angka dalam RM, peningkatan ini adalah dari RM 158.9 juta kepada RM 475.1 juta iaitu hampir tiga kali ganda dalam 3 tahun. Margin keuntungan juga meningkat dari 12.5% dari tahun 2016 kepada 25.3% pada 2018.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nMTAG Group akan mengumpul dana sejumlah RM 72.2 juta daripada IPO ini. Dana ini dirancang untuk digunakan dalam aspek berikut:\n\n\n\n\nPemerolehan tanah dan pembinaan kilang baru 45.7%\n\n\nCapex 18.0%\n\n\nBayaran pinjaman bank 13.8%\n\n\nModal kerja 17.2%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 5.3%\n\n\n\n\nDana ini akan digunakan untuk pengembangan fasiliti dan kapasiti pengeluaran. Melalui IPO ini, mereka akan membeli tanah untuk bangunkan kilang yang lebih besar. Kilang ini juga akan menempatkan sebanyak 11 mesin baru mengikut perancangan untuk menambah kapasiti kerja dan mengambil lebih banyak pesanan dari pelanggan. Dengan mesin baru yang antaranya pencetak digital, MTAG boleh ambil pesanan untuk percetakan berdefinisi tinggi (contohnya cetakan gambar) yang tak mampu ditunaikan sebelum ini.\n\n\nPolisi Dividen\n\n\nDalam prospektus, MTAG ada nyatakan bahawa mereka bercadang untuk memberikan sebanyak 20% daripada keuntungan kepada pemegang saham.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO MTAG Group Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-seng-fong-menyokong-keperluan-modal-kerja", "title": "IPO Seng Fong: Menyokong Keperluan Modal Kerja", "body": "\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeng Fong Holdings Berhad terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan, pemprosesan dan penjualan produk getah asli pelbagai gred, terutamanya Standard Rubber Malaysia (SMR) dan gred Premium.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.75\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nUtama\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM389.22 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.2\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n24 Jun 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n29 Jun 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n7 July 2022\n\n\n\n\nBisnes Seng Fong\n\n\nSeng Fong, melalui anak syarikatnya, terlibat terutamanya dalam pemprosesan ketulan getah cawan menjadi getah blok. Mereka memiliki dan mengendalikan perniagaan pemprosesan getah di Gemas, Negeri Sembilan, yang terdiri daripada 3 kilang dengan jumlah ruang lantai pengeluaran kira-kira 319,000 kaki persegi, dan jumlah kapasiti pengeluaran kira-kira 142,000 MTS setahun.\n\n\nSeng Fong dikategorikan di bawah sektor pertengahan industri getah dan mengeluarkan pelbagai gred getah blok. Bahan mentah utama yang dibeli ialah ketulan getah cawan, getah separa diproses (RSS dan getah sintetik) dan bahan tambah nilai tambah (bahan kimia lain). Seng Fong memproses ketulan getah cawan kepada pelbagai gred.\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan Seng Fong\n\n\n\n\n\n\nSeng Fong mendapatkan ketulan getah cawan daripada peniaga getah domestik dan antarabangsa. Manakala bagi getah separuh proses (RSS dan getah sintetik) dan bahan tambahan nilai tambah (bahan kimia lain) daripada peniaga getah antarabangsa, untuk menghasilkan getah blok Gred SMR dan Gred Premium (segmen pemprosesan). Seng Fong juga berdagang getah blok yang diperoleh daripada peniaga getah antarabangsa dan pemproses getah asli (segmen perdagangan), atas permintaan pelanggan syarikat.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nSemasa pengenaan PKP pertama di seluruh Malaysia operasi perniagaan Seng Fong telah ditutup dari 18 Mac 2020 hingga 22 Mac 2020, dan disambung semula pada 23 Mac 2020 kerana aktiviti perniagaan mereka dianggap sebagai perkhidmatan penting, tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan ketika itu.\n\n\nSeng Fong tidak mengalami sebarang gangguan besar dalam perolehan dan penerimaan bekalan. Selain itu, tiada juga kekurangan bekalan untuk memenuhi pesanan pelanggan mereka. Sebaliknya, kapasiti pengeluaran syarikat terjejas disebabkan pengurangan kapasiti tenaga kerja kepada 50% semasa PKP pertama. Ditambah pula dengan kesesakan pelabuhan, ini sekali gus melambatkan pemenuhan pesanan untuk beberapa pelanggan luar negara. Oleh itu, pendapatan syarikat sebanyak RM13.2 juta hanya boleh diiktiraf pada suku pertama 2021 dan bukannya sebelum suku ke-4 2020.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat Seng Fong Holdings Berhad diperolehi daripada dua segmen iaitu pemprosesan dan juga perdagangan.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\n\n\nJumlah pendapatan syarikat menurun sebanyak RM20.4 juta atau kira-kira 3.2% kepada RM616.4 juta pada 2020 (FYE 2019: RM636.8 juta). Penurunan ini didorong terutamanya oleh penurunan hasil daripada segmen pemprosesan. Pendapatan yang kurang ini juga disebabkan oleh pengeluaran yang terjejas penangguhan penghantaran pesanan pelanggan akibat COVID-19 yang melanda seluruh dunia.\n\n\nBagi FYE 2021, jumlah pendapatan syarikat Seng Fong meningkat sebanyak RM151.8 juta atau kira-kira 24.6% kepada RM768.2 juta (FYE 2020: RM616.4 juta) didorong terutamanya daripada segmen pemprosesan syarikat (RM737.3 juta atau 96.0%). Peningkatan pendapatan daripada segmen pemprosesan kami adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan hasil daripada kuantiti jualan yang tinggi serta ASP getah blok Gred SMR dan Gred Premium.\n\n\nTerdapat peningkatan pendapatan sebanyak 18.8% bagi FPE 2021 berbanding FPE 2020. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan dalam ASP getah blok Gred SMR dan Gred Premium.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nPenyumbang pendapatan utama syarikat Seng Fong adalah daripada pemprosesan dan penjualan getah blok Gred SMR dan Gred Premium iaitu segmen pemprosesan. Manakala segmen perdagangan, pendapatan yang diperoleh adalah minimum iaitu daripada perdagangan getah blok.\n\n\nPada FYE 2020, terdapat penurunan pendapatan bagi segmen pemprosesan. Tambahan pula, tiada hasil daripada segmen dagangan semasa FYE 2020 kerana tiada pesanan daripada pelanggan mereka ketika tahun itu. Manakala bagi FYE 2021 pula, pendapatan bagi kedua-dua segmen ini meningkat.\n\n\nStrategi IPO pada masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n19.72\n\n\n28.9\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n37.86\n\n\n55.6\n\n\n\n\n\n\nPemasangan sistem biojisim\n\n\n6.25\n\n\n9.2\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.27\n\n\n6.3\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n68.1\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank iaitu sebanyak RM 37.86 juta (55.6%). Selain itu, 28.9% daripada dana IPO ini akan dimanfaatkan untuk modal kerja syarikat Seng Fong.\n\n\nRM 6.25 juta bersamaan 9.2% pula akan digunakan untuk pemasangan sistem biojisim di kilang pemprosesan yang terletak di Gemas. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bines dan industri Seng Fong\n\n\nIndustri pemprosesan getah blok\n\n\nGetah blok adalah daripada getah yang diproses, yang diproses daripada ketulan getah cawan, dimana akan dibersihkan, diproses menjadi serbuk. Kemudian getah tersebut akan dikeringkan, diadun dan selepas itu dimampatkan menjadi blok getah pepejal.\n\n\nIndustri pemprosesan getah blok merujuk kepada sektor pertengahan industri getah di mana pemain industri pemprosesan getah blok membeli bahan mentah (iaitu ketulan getah cawan, getah separuh proses seperti RSS, dan getah sintetik) untuk diadun dan diproses menjadi getah blok, dan kemudiannya dijual kepada pengeluar tayar, alat ganti kenderaan dan barangan getah industri, peniaga getah dan lain-lain.\n\n\nRantaian nilai industri getah boleh digambarkan seperti rajah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRantaian nilai industri getah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan gambar di atas, industri pemprosesan getah blok yang Seng Fong terlibat adalah pemprosesan getah gred SMR dan getah blok gred tersuai.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nIndustri pemprosesan getah blok di Malaysia, yang diwakili oleh jumlah pengeluaran getah blok, merosot sedikit daripada 1.38 juta tan metrik (MTS) pada 2018 kepada 1.34 juta MTS pada 2019. Pada 2020, ia meningkat kepada 1.51 juta MTS dan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 4.6% dalam tempoh ini. Jumlah pengeluaran getah blok menurun sebanyak 20.53% tahun ke tahun (YOY) kepada 1.20 juta MTS pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri getah. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nVolum eksport getah blok pula, mencatatkan penurunan sedikit daripada 1.09 juta MTS pada 2018 kepada 1.04 juta MTS pada 2019. Pada 2020, volum tersebut meningkat kepada 1.09 juta MTS, dan seterusnya menurun kepada 1.03 juta MTS pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nEksport getah blok. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mengeksport 78.99%, 77.61%, 72.19% dan 85.83% daripada jumlah getah blok yang dikeluarkan pada 2018, 2019, 2020 dan 2021, masing-masing. Pada 2021, terdapat 10 tempat eksport getah blok utama Malaysia iaitu China, India, Amerika Syarikat, Jerman, Finland, Turki dan pelbagai lagi. China menjadi negara pengeksport utama getah blok dari Malaysia pada 2021, menyumbang 65.58% daripada jumlah eksport getah blok Malaysia.\n\n\nPersaingan\n\n\nSeng Fong terlibat dalam pemprosesan ketulan getah cawan menjadi getah blok dan produk mereka terdiri daripada gred SMR dan getah blok gred tersuai (iaitu getah blok gred premium). Oleh itu, menurut laporan IMR, kriteria untuk pemilihan pemain industri utama dalam industri pemprosesan getah blok di Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSyarikat pemprosesan getah blok yang berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia.\n\n\nSyarikat yang terlibat dalam pemprosesan ketulan getah cawan kepada gred SMR dan getah blok gred tersuai.\n\n\nSyarikat yang mencatatkan pendapatan lebih RM100 juta berdasarkan tahun kewangan terkini masing-masing.\n\n\n\n\nAntara pesaing yang menepati kriteria tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing Seng Fong yang terlibat dalam industri yang sama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nKira-kira 70% getah asli global digunakan untuk pembuatan tayar, dan getah blok adalah salah satu bahan mentah utama untuk pembuatan tayar. Menurut laporan IMR, sektor kenderaan dunia dijangka terus berkembang dengan peningkatan pengeluaran kenderaan daripada 80 juta unit pada 2021 kepada 105 juta unit 2025, pada CAGR 7.03%. Dengan peningkatan bilangan kenderaan yang dikeluarkan dan dijual serta penggantian tayar yang haus semasa penyelenggaraan kenderaan, permintaan terhadap tayar meningkat, secara tidak langsung meningkatkan lagi industri pemprosesan getah.\n\n\nJika diperhatikan, prestasi kewangan Seng Fong bertambah baik untuk tahun 2021. Peningkatan pendapatan bagi tahun tersebut didorong oleh segmen pemprosesan getah. Melalui IPO ini, Seng Fong menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank serta dimanfaatkan untuk modal kerja.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-solarvest-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO Solarvest Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "Pada 30 September baru-baru ni, IPO Solarvest Holdings Berhad telah pun dibuka untuk pembelian secara awam. Sebenarnya, saham untuk syarikat ini telah pun dijual kepada pelabur \nmelalui MITI\n pada bulan lepas. Kalau anda dah pun mohon melalui MITI, dinasihatkan tunggu sampai keputusan dikeluarkan. Kalau tak dapat saham melalui MITI, barulah beli melalui bank. Sebab dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Solarvest akan disenaraikan dalam pasaran ACE, dan butiran tarikh adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n30 September 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n11 November 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n14 November 2019\n\n\nAgihan saham:\n\n\n21 November 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n26 November 2019\n\n\n\n\nPerkara yang anda perlu ambil perhatian ialah tempoh menunggu untuk IPO ni agak lama. Jadi gunakan modal anda sebaiknya sebelum masuk ke dalam IPO ini.\n\n\nSyarikat berteraskan Sistem Solar\n\n\nSolarvest Holdings Berhad ditubuhkan sebagai syarikat pemegang kepada tiga subsidiari yang menjalankan operasi yang melibatkan sistem solar PV. Subsidiari ini adalah Atlantic Blue Sdn Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd dan Powertrack. Atlantic Blue baru sahaja ditubuhkan pada hujung tahun 2011 berikutan dengan pengenalan Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. Operasi syarikat ini secara keseluruhan adalah seperti di bawah.\n\n\n \nOperasi Solarvest\n\n\nBerdasarkan gambar di atas, kita boleh lihat bahawa syarikat ini menjalankan projek berskala besar seperti Large Scale Solar (LSS) dan juga skala kecil seperti pemasangan untuk perumahan. Pasaran utama yang menjadi tumpuan mereka setakat ini adalah Malaysia. Namun, mereka bercadang untuk memasuki Selatan Semenanjung Malaysia, Vietnam dan Taiwan dengan dana dari IPO ini.\n\n\nAntara peristiwa sepanjang penubuhan syarikat ini\n\n\n\n\n2012\n\n\nAtlantic Blue mula beroperasi dengan pemasangan PV solar untuk perumahan\n\n\n2013\n\n\nKontrak EPCC pertama untuk memasang PV solar pada bangunan perindustrian\n\n\n2014\n\n\nPelaburan untuk loji penjanaan kuasa PV yang diuruskan sendiri\n\n\n2016\n\n\nPowertrack ditubuhkan untuk mengendali operasi dan penyelenggaraan sistem PV\n\n\n\u00a0\n\n\nNEM dan LSSPV diperkenalkan\n\n\n2017\n\n\nPembelian ekuiti 45% oleh kumpulan Chin Hin\n\n\n\u00a0\n\n\nProjek LSSPV pertama bernilai RM12.4 juta\n\n\n2018\n\n\nIbu pejabat dialikan dari Alor Setar ke Lembah Klang\n\n\n2019\n\n\nProjek LSSPV terapung pertama di Kuala Langat\n\n\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 136.7 juta\n\n\nPE ratio pada 12.5 untuk tahun kewangan 2019\n\n\nBeroperasi di kawasan utara, tengah dan selatan Malaysia\n\n\nKontraktor EPCC yang berteraskan sistem solar PV\n\n\nDimiliki oleh Chin Hin sebanyak 45%\n\n\nSyarikat disahkan patuh syariah dalam prospectus\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nSolarvest menunjukkan prestasi kewangan yang agak cantik. Kita boleh lihat bahawa pendapatan sentiasa meningkat setiap tahun, dan naik mencanak untuk tahun kewangan terbaru berakhir 31 Mac 2019 dengan pendapatan sebanyak RM 112.2 juta. Ini adalah peningkatan sebanyak hampir 150% berbanding tahun sebelumnya pada RM 45.1 juta.\n\n\nWalaupun kita dapat lihat pendapatan meningkat dengan begitu banyak, nampaknya kos untuk mencapai pendapatan tersebut juga adalah tinggi. Ini dicerminkan dari margin keuntungan yang agak rendah iaitu 10.9% berbanding tahun-tahun sebelumnya yang lebih tinggi dari peratusan tahun ini. Apapun, dari segi nilai Ringgit Malaysia, syarikat ini menunjukkan keuntungan yang meningkat untuk setiap tahun.\n\n\n\n\nAnalisis Pasaran untuk Solarvest\n\n\nSistem solar PV di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu sistem luar grid dan sistem sambungan grid. Solarvest menjalankan aktiviti yang melibatkan sistem sambungan grid, maka ia akan menjadi fokus kita untuk bacaan ini.\n\n\nSistem sambungan grid adalah penetapan sistem yang membolehkan kuasa yang dijana melalui panel PV dibekalkan ke dalam rangkaian tenaga. Kuasa yang dibekalkan ke dalam rangkaian tenaga ini dibeli oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional. Polisi pembelian kuasa yang dijana oleh pihak ketiga ini adalah dinamakan Feed-in Tariff. Di samping sebagai teknologi hijau, polisi inilah yang juga menarik perhatian pelbagai sektor termasuk orang awam untuk membeli atau melabur dalam sistem solar PV. Polisi ini telah pun digantikan dengan NEM yang membenarkan penjualan tenaga dengan pengiraan yang berlainan.\n\n\n \nCAGR untuk industri solar 2018-2023\n\n\nProt\u00e9g\u00e9 Associates menjangka masa depan yang baik untuk industri solar PV di Malaysia dengan CAGR sebanyak 50% untuk jangka masa 2018 hingga 2023. Faktor yang menjadi tunjang pengembangan sektor ini adalah polisi atau program kerajaan untuk penjualan tarif tenaga.\n\n\nSyarikat lain yang bersaing dengan Solarvest dalam industri yang sama adalah seperti di bawah. Antara syarikat tersenarai yang boleh dibandingkan ialah \nCYPARK\n. Selain itu semuanya adalah syarikat sendirian berhad. PE ratio untuk CYPARK berada pada angka 8.2 manakala Solarvest pada 12.5, yang masih dikira tak terlalu mahal.\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nSolarvest akan mengumpul dana sejumlah RM 34.6 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nRM (Juta)\n\n\n%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengembangan bisnes\n\n\n3.00\n\n\n8.7%\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n4.00\n\n\n11.5%\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n19.19\n\n\n55.5%\n\n\n\n\n\n\nBayaran pinjaman bank\n\n\n5.00\n\n\n14.5%\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO\n\n\n3.40\n\n\n9.8%\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n34.60\n\n\n100%\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana pembangunan bisnes akan digunakan untuk melebarkan tapak ke luar negara seperti Vietnam dan Taiwan. Mereka merancang untuk membentuk JV dengan syarikat tempatan untuk projek solar PV di masa akan datang. Dana akan digunakan untuk membuka pejabat, peralatan dan penggajian pekerja tempatan Taiwan dan Vietnam. Perbelanjaan modal akan digunakan untuk pelbagai peralatan, modal projek dan operasi harian. Bayaran bank pula adalah RM5 juta yang merupakan 14.5% daripada keseluruhan dana IPO.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKami berikan skor kepada IPO Solarvest ini sebanyak 4/4. Anda boleh lihat rekod analisis IPO sebelum ini untuk menilai sekiranya anda patut beli. Perkara yang positif untuk saham ini adalah ia berada dalah sektor yang diberikan perhatian oleh kerajaan. Polisi kerajaan untuk bayaran tarif juga memainkan peranan untuk menjadikan sektor ini menarik kepada umum. Tambahan pula, pelbagai pelepasan cukai diperuntukkan dalam sektor ini dalam perbentangan belanjawan 2020. Ini sedikit sebanyak dapat memberi galakan kepada kegiatan perniagaan sektor tenaga hijau ini.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO Powerwell Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-sunview-dana-untuk-mengembangkan-perniagaan-solar", "title": "IPO Sunview - Dana untuk Mengembangkan Perniagaan Solar", "body": "\n\nSunview Group, melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam servis EPCC (kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan), pembinaan dan pemasangan fasiliti fotovoltan solar. Selain itu, mereka juga terlibat dalam operasi penjanaan dan pembekalan tenaga solar termasuk dengan penyediaan perkhidmatan berkaitan.\n\n\nButiran IPO syarikat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.29\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 135.72 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n15.27\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n30 September 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n4 Oktober 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n17 Oktober 2022\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPerniagaan Sunview Group Berhad\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan pada 25 Mei 2021 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad di bawah nama Sunview Group Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 24 Disember 2021. Struktur syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nSunview Group melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam tiga jenis operasi utama iaitu:\n\n\n\n\nEPCC untuk PV solar dan fasiliti tenaga boleh diperbaharui, pembinaan dan pemasangan panel solar termasuk penyediaan servis berkaitan\n\n\nPenjanaan dan pembekalan tenaga solar\n\n\nPenyediaan peralatan dan sistem berkaitan kejuruteraan solar\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat Sunview adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan Sunview Group\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada tahun kewangan berakhir 2022, majoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen EPCC fasiliti solar. Segmen ini menyumbang sebanyak RM 75.17 juta atau 75.73% daripada pendapatan keseluruhan syarikat.\u00a0\n\n\nTerdapat dua jenis kerja EPCC yang dijalankan oleh Sunview Group iaitu fasiliti PV solar di atas bumbung dan di atas tanah. Untuk tahun 2022, kontrak kerja EPCC untuk fasiliti PV solar di atas tanah ialah penyumbang majoriti terhadap pendapatan syarikat dengan nilai RM 44.25 juta atau 44.59%.\n\n\nPecahan pendapatan berkaitan EPCC adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPecahan pendapatan segmen EPCC mengikut jenis PV solar\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSunview Group Berhad menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 hingga 2022. Maklumat yang lebih terperinci adalah seperti di bawah:\n\n\nPendapatan mereka meningkat sebanyak 366.73% iaitu daripada RM 5.65 juta pada tahun 2019, menjadi RM 26.38 juta pada tahun 2020. Setiap segmen perniagaan Sunview membuat pertambahan hasil pendapatan berikutan inisiatif daripada kerajaan yang mula menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui rancangan Pemetaran Tenaga Bersih (NEM 2.0).\n\n\nSunview Group menyambung kenaikan pendapatan sebanyak 64.28% iaitu daripada RM 26.38 juta pada tahun 2020 kepada RM 43.33 juta pada tahun 2021. Majoriti kenaikan ini disumbang oleh penyiapan kerja-kerja EPCC untuk fasiliti solar di beberapa lokasi yang berlainan seperti Melaka, Pahang dan Shah Alam.\n\n\nPada tahun 2022 pula, Sunview Group berjaya mencatat pertumbuhan pendapatan sebanyak 129.09% iaitu daripada RM 43.33 juta pada tahun 2021 kepada RM 99.26 juta pada tahun 2022. Kenaikan ini disokong oleh penyelesaian kerja-kerja berkaitan EPCC untuk projek solar berskala besar (LSS) peringkat 1 hingga 4.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Sunview Group\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat Sunview Group dibahagikan kepada 4 segmen iaitu EPCC, pembinaan dan pemasangan fasiliti solar, penyediaan perkhidmatan dan peralatan berkaitan solar serta penjanaan dan pembekalan tenaga solar.\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen kejuruteraan EPCC fasiliti solar. Pada tahun 2022 sahaja, segmen ini menyumbang sebanyak RM 75.17 juta atau 75.73% daripada keseluruhan pendapatan syarikat. Ini dibantu oleh penyelesaian kontrak kerja berkaitan projek solar berskala besar (LSS).\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nUntuk tahun 2022, Sunview Group mempunyai 5 pelanggan utama yang menyumbang hampir 52.0% kepada keseluruhan pendapatan syarikat. Pelanggan ini terdiri daripada pemilik fasiliti, kontraktor utama dan subkontraktor solar.\n\n\nSenarai pelanggan Sunview Group untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nSunview Group mempunyai kepakaran dalam segmen EPCC fasiliti solar. Setakat tahun kewangan berakhir 2022, mereka berjaya menyelesaikan 98 kontrak kerja berkaitan EPCC untuk pemasangan solar berbumbung merangkumi sektor industri, komersial dan bangunan kediaman dengan kapasiti sebanyak 23.08 MWp.\n\n\nSelain itu, mereka juga berjaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan pemasangan fasiliti solar untuk 6 projek solar berskala besar (LSS) dengan kapasiti bermula 29.92 MWp hingga 100 MWp sebagai subkontraktor. Projek-projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang diberikan tanpa sebarang penangguhan.\n\n\nSunway Group berjaya memperoleh 7 kontrak baharu berkaitan projek solar berskala besar tahap 1.0, 2.0 dan 4.0 serta pembekalan tenaga solar melalui program NEDA dengan kapasiti terkumpul sebanyak 178.0 MW. Nilai keseluruhan projek ialah RM 658.04 juta dan dianggarkan siap menjelang tahun 2024.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nPrestasi perniagaan Sunview Group bergantung kepada keupayaan mereka untuk mendapatkan projek baharu terutamanya yang berkaitan dengan EPCC solar. Kontrak bagi projek solar yang perlu diselesaikan oleh mereka adalah bersifat \"one-off\" untuk jangka masa pendek hingga sederhana.\n\n\nUntuk kerja berkaitan EPCC solar berbumbung, tempoh yang diberikan ialah selama 12 bulan dan 18 bulan untuk projek EPCC solar berskala besar. Manakala, untuk kerja-kerja berkaitan pembinaan dan pemasangan fasiliti solar, tempoh yang diperuntukkan ialah hanya 7 bulan.\u00a0\n\n\nSelepas selesai sahaja kontrak tersebut, Sunview Group perlu mendapatkan kontrak baharu melalui aktiviti pembidaan kompetitif bersama pencabar yang lain. Kegagalan untuk memenangi kontrak projek solar baharu akan mengganggu hasil pendapatan mereka.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n20.09\n\n\n58.72\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n7.00\n\n\n20.46\n\n\n\n\n\n\nPembayaran kos penyenaraian\n\n\n3.60\n\n\n10.52\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n1.85\n\n\n5.42\n\n\n\n\n\n\nPengembangan perniagaan\n\n\n1.67\n\n\n4.88\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n34.22\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak RM 20.09 juta bersamaan 58.72% daripada keseluruhan dana akan digunakan untuk tujuan pembiayaan modal kerja. Modal kerja ini merangkumi beberapa bon seperti bon pembinaan, bon bida, bon prestasi dan bon pelaksanaan. Bon ini antaranya berfungsi sebagai instrumen pengurusan risiko dan akan bertindak sebagai penjamin kepada pelaksanaan projek EPCC solar Sunview Group pada masa hadapan.\n\n\nSunview Group juga akan membelanjakan RM 7.20 juta atau 21.04% daripada dana IPO untuk tujuan pembelian peralatan baharu berkaitan kerja-kerja EPCC fasiliti solar seperti modul PV solar, inverter solar dan kabel. Dana ini juga akan digunakan untuk menjelaskan bayaran kepada pembekal dan subkontraktor mereka bagi menjamin kelancaran perniagaan pada masa hadapan.\n\n\nSelain itu, Sunview Group akan menggunakan RM 1.67 juta atau 4.88% daripada dana IPO untuk membangunkan pejabat baharu di Johor. Ini adalah untuk memudahkan pengembangan perniagaan mereka termasuk meningkatkan kedudukan pasaran di wilayah selatan. Mereka juga\u00a0sedang mengkaji untuk memperluaskan keupayaan EPCC dalam industri biogas dan produk pelengkap.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri Sunview Group\n\n\nSunview Group, melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam servis EPCC, pembinaan dan pemasangan fasiliti PV solar termasuk operasi penjanaan dan pembekalan tenaga solar.\u00a0\n\n\nSumber Tenaga Elektrik di Malaysia\n\n\nMajoriti tenaga elektrik di Malaysia dihasilkan melalui sumber yang tidak boleh diperbaharui. Pada tahun 2021, sumber ini menyumbang 77% (29,789 MW) manakala sumber yang boleh diperbaharui seperti hidro, solar dan biotenaga hanya menyumbang 23% (8,898 MW) daripada keseluruhan tenaga elektrik yang dijana.\n\n\nMenteri Tenaga dan Sumber Asli komited untuk meningkatkan penjanaan tenaga melalui sumber yang boleh diperbaharui di Malaysia. Sumber ini bakal menyumbang sebanyak 31% dan 40% daripada tenaga elektrik yang akan dihasilkan menjelang tahun 2025 dan 2045. Ini memberi peluang perniagaan kepada penyedia perkhidmatan berkaitan solar di Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nDi peringkat global pula, tenaga solar telah berkembang pesat untuk menjadi sumber utama tenaga elektrik yang dihasilkan terutamanya di China, Jepun dan India. Kapasiti PV solar yang dipasang di seluruh dunia meningkat dengan CAGR sebanyak 21.3% daripada 395 GW pada tahun 2017 kepada 855 GW pada tahun 2021.\n\n\nPrestasi industri PV solar\n\n\nDi Malaysia, kapasiti PV solar meningkat sebanyak 38.3% dan 64.0% untuk tahun 2018 dan 2019. Kenaikan ini disokong oleh pelaksanaan projek solar berskala besar termasuk dengan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM 2.0). Antara tahun 2019 hingga 2021, kapasiti PV solar meningkat dengan CAGR 41.4%.\u00a0\n\n\nPeningkatan kapasiti PV solar di Malaysia ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan di peringkat global dengan CAGR sebanyak 21.3% antara tahun 2019 hingga 2021. Walaupun begitu, dari segi purata, kapasiti PV solar di Malaysia adalah masih rendah dengan nilai 0.05 MW untuk setiap 1000 orang berbanding dengan negara membangun seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China dengan nilai 0.59 MW.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nCAGR kapasiti solar terkumpul di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nSetakat 1 September 2022, terdapat 142 kontraktor berdaftar CIDB yang terlibat dalam operasi berkaitan fasiliti PV solar. Selain itu, terdapat 209 syarikat berdaftar SEDA yang terlibat sebagai penyedia perkhidmatan untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan EPCC solar.\u00a0\n\n\nBerikut merupakan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan EPCC solar yang disenaraikan oleh Vital Factor untuk tujuan perbandingan:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nKapasiti PV solar di Malaysia meningkat dengan CAGR sebanyak 41.4% antara tahun 2019 hingga 2021. Ini dibantu oleh pelaksanaan beberapa projek solar berskala besar melalui program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM 2.0). Industri solar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan untuk tahun-tahun yang akan datang berikutan inisiatif daripada kerajaan agar Malaysia mampu menjana 41% daripada tenaga elektrik domestik melalui sumber yang boleh diperbaharui pada tahun 2045.\n\n\nSecara keseluruhannya Sunview Group merekodkan pertumbuhan pendapatan yang memberangsangkan dari tahun 2019 hingga 2022. Kenaikan ini banyak disumbang oleh penyelesaian kontrak kerja terutamanya yang berkaitan dengan EPCC fasiliti projek solar berskala besar tahap 1 hingga 4. Kebanyakan projek solar yang dilaksanakan mereka setakat ini adalah bersifat \"one-off\".\n\n\nOleh itu, Sunview Group perlu lebih produktif pada masa hadapan untuk memenangi bidaan projek berkaitan solar agar pendapatan mereka tidak terganggu. Mereka yakin dengan modal yang diperolehi melalui IPO nanti akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan solar termasuk untuk memperluas keupayaan mereka dalam sektor baharu seperti biogas.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-syarikat-pembinaan-tcs-group-untuk-dana-mesin", "title": "IPO Syarikat Pembinaan TCS Group untuk Dana Mesin", "body": "Permohonan IPO untuk TCS Group telah pun dibuka sebelum COVID-19. Kini, permohonan dibuka semula dengan butiran di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.23\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n29 Jun 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n10 Julai, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n14 Julai 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n20 Julai 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n23 Julai 2020\n\n\n\n\nSyarikat berteraskan pembinaan bangunan dan struktur\n\n\nTCS Group menjalankan bisnes dalam sektor pembinaan sejak tahun 1999. Kini, setelah 21 tahun beroperasi, TCS menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti jalan raya, loji rawatan air dan pembinaan bangunan perumahan dan komersial.\n\n\n\n\nPeristiwa penting dan pencapaian syarikat\n\n\n\n\n2015\n\n\nBerkembang untuk pembinaan bangunan, GEMS International School bernilai RM 46.04 juta\n\n\n2017\n\n\nDianugerahkan projek bangunan binaan tinggi pertama - Suria Pantai dan Riana South bernilai RM141.73 juta dan RM119.73 juta\n\n\n2018\n\n\nDianugerahkan projek pusat membeli-belah pertama - KTCC Mall bernilai RM101.0 juta\n\n\n2019\n\n\nDianugerahkan projek Putrajaya Sentral bernilai RM223.89 juta\n\n\n\n\nRingkasan Bisnes\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 82.8 juta\n\n\nPE ratio pada 16.67 untuk tahun kewangan 2018\n\n\nBeroperasi di Bandar Saujana Putra, Selangor\n\n\nKontraktor pembinaan struktur dan bangunan\n\n\nJualan berdasarkan geografi:\r\n\t\n\n\nWP Putrajaya - 48.20%\n\n\nWP KL - 34.16%\n\n\nSelangor - 9.00%\n\n\nNegeri Sembilan - 8.64%\n\n\n\n\n\n\nSyarikat dinilai patuh syariah oleh BIMB Securities\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nTCS Group menunjukkan peningkatan kewangan yang cukup baik. Pendapatan pada tahun 2016 adalah pada RM 10.36 juta, diikuti dengan sedikit penurunan ke RM 7.17 juta pada tahun 2017. Daripada penurunan ini, TCS kembali mengumpul pendapatan ke RM 14.63 juta dan 35.84 juta pada tahun 2018 dan 2019. Maka secara keseluruhannya, kita dapat lihat bahawa nilai projek yang dijamin TCS adalah semakin meningkat.\n\n\nDari segi keuntungan pula, margin keuntungan untuk sektor pembinaan ini sememangnya agak rendah. Margin bersih (gross margin) dicatatkan pada 10% hingga 20% daripada pendapatan. Namun selepas cukai, margin ini berada pada julat 4% - 8%.\n\n\n\n\nAnalisis Bisnes\n\n\nMenurut Jabatan Statistik Malaysia dan Protege Associates, Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) untuk sektor pembinaan dijangka pada 3.1% untuk tahun 2020 - 2024 dengan saiz RM 77.29 bilion.\n\n\nTCS Group adalah kontraktor gred G7 yang boleh menjalankan projek tanpa had nilai. Namun, terdapat lebih 8,000 kontraktor lain dengan gred seperti ini di Malaysia. Maka, persaingan dalam sektor ini bukan terhad dalam kalangan syarikat pembinaan yang tersenarai sahaja.\n\n\nSebagai perbandingan, antara syarikat tersenarai lain yang boleh dibandingkan dengan TCS Group adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nTCS Group akan mengumpul dana sejumlah RM 20.7 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\n\n\n13.0\n\n\n62.80\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n4.2\n\n\n20.29\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan IPO\n\n\n3.5\n\n\n16.91\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n20.7\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang boleh dilihat dari jadual di atas, kebanyakan modal akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan pembinaan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKami berikan skor kepada IPO TCS Group ini sebanyak 3/4. Prestasi kewangan dilihat agak bagus. Namun, anda perlu sedar bahawa laporan kewangan mereka hanya setakat FYE 2019. Maka, kesan daripada COVID-19 belum termasuk dalam laporan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-tashin-holdings-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO Tashin Holdings Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "\n\nPada 25 Jun lalu, tarikh IPO Tashin Holdings Berhad diumumkan. Kali ni waktu dibuka agak lama, jadi anda boleh kaji baik-baik sebelum beli IPO ini pada harga RM 0.58 seunit. Butiran tarikh untuk IPO ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n25 Jun 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n19 Julai 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n24 Julai 2019\n\n\nAgihan saham kepada yang berjaya:\n\n\n30 Julai 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n1 Ogos 2019\n\n\n\n\nTashin Holdings merupakan anak syarikat Prestar Group\n\n\n\u00a0\n\n\nTashin Holdings Berhad (Tashin) ialah anak syarikat kepada \nPrestar Resources Berhad (Prestar)\n. Prestar menjalankan bisnes dalam bisnes pembuatan besi dengan produk yang lebih luas, manakala Tashin lebih menumpukan kepada produk gegelung besi yang boleh diproses menjadi paip besi, kepingan besi, checkered plate, C purlin, dan expanded metal. Mereka juga terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan perdagangan besi.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAktiviti yang dijalankan dalam Tashin sekiranya dibahagikan mengikut revenue adalah 70.0% pemprosesan besi, 29.4% pengeluaran produk besi, dan 0.6% aktiviti dagangan. Produk jualan Tashin ini pula digunakan dalam beberapa sektor, antaranya elektronik, industri, automotif, perabot, pembuatan dan kejuruteraan.\n\n\nBanyak menumpukan aktiviti tempatan\n\n\n\u00a0\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMarket capitalization pada RM 195.4 juta\n\n\nBeroperasi di Perai, Pulau Pinang\r\n\t\n\n\nPrestar Group di KL sebagai pemegang syarikat boleh menambahkan keluasan rangkaian bisnes Tashin\n\n\n\n\n\n\nMenjalankan pemprosesan produk gegulung besi, pembuatan paip besi dan perdagangan produk besi\n\n\nGeografi bisnes mengikut revenue sebanyak RM 260.5 juta berdasarkan laporan akhir tahun 2018:\r\n\t\n\n\nPenang, Perak, Kedah & Perlis (39.6%)\n\n\nKelantan, Terengganu & Pahang (24.3%)\n\n\nKL & Selangor (23.3%)\n\n\nJohor (12.8%)\n\n\n\n\n\n\nStatus shariah tidak disebut dalam prospectus\n\n\n\n\n\n\nAdakah sekarang ni masa yang bagus buat Tashin?\n\n\n\u00a0\n\n\nBuat masa ini, prestasi pasaran besi dilihat semakin rendah berbanding tahun yang lalu disebabkan projek mega yang tertangguh atau mungkin dibatalkan oleh kerajaan. Namun, permintaan besi dijangka pulih semula secara sederhana dengan permulaan projek yang akan dijangkakan contohnya Bandar Malaysia yang dianggarkan bernilai RM 140 billion dan projek ECRL RM 44 bil.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nTashin bergantung kepada \nCSC Steel\n sebagai pembekal utama colled rolled coil untuk gred tertentu. Colled rolled coil ini pula adalah 70% aktiviti Tashin Holdings yang mendatangkan revenue. Jika mereka tidak dapat membeli dari CSC Steel di masa akan datang, mereka terpaksa menanggung duti import sebanyak 15% untuk mengimport bekalan coil ini. Ia juga mengakibatkan lebih banyak kehilangan pertukaran matawang kerana dalam senario ini perdagangan dibuat dalam USD.\n\n\nBerdasarkan laporan penyelidikan dalam prospectus, Tashin miliki sebanyak 1.23% bahagian pasaran (market share) dalam Malaysia. Pasaran ini disaingi oleh banyak lagi syarikat seperti \nSouthern Steel\n, \nHiap Teck\n, \nLeon Fuat\n dan \nMycron Steel\n.\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nTashin Holdings Berhad mencatatkan revenue yang meningkat setiap tahun. Namun agak flat pada 2 tahun terbaru dalam laporan kewangan, iaitu dari RM 257.7 hanya meningkat ke RM 260.5 juta. Keuntungan selepas cukai pula dicatatkan pada lingkungan RM 4.2 juta pada tahun 2015 hingga ke RM 15.7 juta tertinggi pada tahun 2017. Keuntungan ini berkurang pada tahun 2018 menjadi RM 11.3 juta, iaitu peratusan keuntungan sebanyak 3.89% daripada 5.43% pada tahun 2017. Secara pandangan kasarnya, kewangan Tashin ini dilihat tak begitu menarik.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIngin menambah kapasiti pengeluaran\n\n\n\u00a0\n\n\nTashin akan mengumpul dana sejumlah RM 34.41 juta daripada IPO ini. Penggunaan dana ini dirancang untuk aspek berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPemerolehan tanah dan pembinaan kilang baru (51.00%)\r\n\t\n\n\nPemerolehan tanah 20.92%\n\n\nPembinaan kilang baru 30.08%\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\r\n\t\n\n\n5 aliran pembuatan wire mesh 11.92%\n\n\n1 aliran pemotongan 5.23%\n\n\n5 mesin pembungkusan 5.23\n\n\n\n\n\n\nModal kerja 17.32%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 9.30%\n\n\n\n\nMatlamat utama dana ini lebih bersifat pengembangan fasiliti dan kapasiti pengeluaran. Melalui IPO ini, Tashin mengatur rancangan untuk menambahkan segmen produk pengeluaran mereka iaitu wire mesh yang sebelum ini dijalankan sebagai aktiviti dagangan. Wire mesh dijadikan tambahan produk kerana lebih mudah digunakan untuk pembinaan dan juga dijangka menambah baik margin keuntungan syarikat.\n\n\nCara Membeli\n\n\n\u00a0\n\n\nIPO Tashin Holdings Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-terbaru-greatech-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO Terbaru Greatech Kini Boleh Dibeli", "body": "Permohonan IPO untuk syarikat Greatech kini dibuka bermula 13 Mei 2019 dengan harga sebanyak RM 0.61. Anda boleh mohon melalui bank pilihan anda dan permohonan akan ditutup pada 24 Mei 2019.\n\n\nTarikh untuk penyenaraian dalam Bursa adalah pada 13 Jun 2019.\n\n\nLatar Belakang Greatech\n\n\nGreatech adalah syarikat yang menyediakan khidmat automasi (automation solution) dalam bidang perkilangan. Syarikat ini telah menjalankan bisnes lebih dari 20 tahun dan menawarkan khidmat mereka dalam industri seperti solar, peranti elektronik dan semikonduktor.\n\n\n\n\nMaklumat Bisnes\n\n\nAnda boleh baca poin-poin di bawah yang kami sudah ringkaskan\n\n\n\n\nMarket capitalization sebanyak RM 381 mil\n\n\nIbu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang\n\n\nDua fasiliti di Kedah, sebuah pejabat di USA\n\n\nGeografi bisnes berdasarkan revenue:\n\n\n\n\nTempatan: RM 22.0 mil (10.01%)\n\n\nEksport: RM 197.6 mil (89.99%)\n\n\n\n\nVietnam: RM 137.6 mil (69.7%)\n\n\nUSA: RM 55.7 mil (28.2%)\n\n\n\n\n\n\nTak lupa juga, disahkan patuh shariah oleh SC\n\n\n\n\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nRevenue menunjukkan peningkatan yang baik sepanjang 4 tahun. Peratusan peningkatan terbesar sebanyak 313.7% pada tahun 2017, dan 133.8% pada tahun 2018. Namun, profit margin semakin berkurang iaitu 14.45% pada tahun 2018 berbanding 20.29% pada tahun sebelumnya. Boleh lihat pada graf di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnalisis Pasaran Bisnes\n\n\nMenurut laporan ASEAN, pengeluaran global untuk modul dan sel solar menunjukkan 27.4% peningkatan CAGR dari tahun 2012 hingga 2017. Jualan global untuk semikonduktor pula menunjukkan 8.7% peningkatan CAGR dari 2014 hingga 2018. Bonusnya di sini adalah sektor solar yang kini semakin panas.\n\n\nTeam iSaham telah menyenaraikan competitor Greatech yang tersenarai dalam Bursa. Anda juga boleh buat kajian sendiri dengan hanya menggunakan tool Portfolio iSaham. Dari senarai ini, direct competitor mempunyai PE ratio dari 12.4 hingga 21.2 manakala Greatech pula mempunyai PE ratio sebanyak 9.7. Ini bermakna harga saham ini masih dianggap undervalued berbanding dengan competitor yang lain.\n\n\n\n\nPenggunaan Dana\n\n\nGreatech akan mengumpul dana sebanyak RM 73.05 juta daripada IPO ini. Dana ini bertujuan untuk digunakan dalam aspek berikut:\n\n\n\n\nModal kerja 50.03%\n\n\nAktiviti bisnes, pemasaran 24.64%\n\n\nCapex 6.85%\n\n\nR&D 6.85%\n\n\nHutang bank 6.16%\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO 5.47%\n\n\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Untuk cara membeli saham IPO ni, anda boleh ikuti video tutorial kami untuk \nCIMB Clicks\n dan \nMaybank2u\n, atau blog post kami di \nsini\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-untuk-mesin-automasi-dan-kilang-baru-econframe", "title": "IPO untuk Mesin Automasi dan Kilang Baru Econframe", "body": "\n\nEconframe Berhad atau Econframe adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan sistem pintu lengkap untuk pemaju hartanah. Sistem pintu ini merangkumi bingkai pintu besi (baca: bingkai pintu diperbuat dari besi), set pintu rintangan api, pintu dan kelengkapan pintu. Syarikat ini bakal menerbitkan IPO dengan butiran di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.28\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDiluluskan oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 91 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.2 (FYE 2019)\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n5 Oktober 2020\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n12 Oktober 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n27 Oktober 2020\n\n\n\n\nGambaran keseluruhan bisnes Econframe\n\n\nEconframe telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan aktiviti pembuatan bingkai besi pintu dan tingkap. Bingkai pintu dan tingkap besi dijual di bawah nama ECONFRAME dan DUROE untuk set pintu rintangan api.\n\n\nPasaran utama Econframe ialah Malaysia. Produk syarikat dijual ke syarikat kontraktor atau bahagian pemerolehan bahan pembinaan pemaju untuk projek-projek perumahan, komersial dan industri. Jualan produk ini adalah berasaskan projek.\n\n\n \n\n\nGambar: \nEconframe\n\n\n\n\nBahan pembuatan yang dibeli oleh Econframe adalah untuk pembuatan dan dagangan. Antara barangan yang mereka beli ialah gegelung besi, kelengkapan pintu, papan kalis api, plywood, pintu kayu dan bahan penebat. Kebanyakan pembekal mereka adalah dari Malaysia. Namun, papan rintangan api dan kelengkapan pintu iaitu ironmongery ada yang dibeli dari China.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nSelepas PKP dikuatkuasakan, Econframe mengalami kelewatan dalam pengeluaran yang secara langsungnya melewatkan penghantaran. Projek pembinaan yang turut mengalami kelewatan juga mengakibatkan penghantaran untuk dilewatkan seketika.\n\n\nKetika ini juga, jualan juga mengalami kelembapan. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pesanan yang dibatalkan oleh pelanggan.\n\n\nDi kala pandemik ini berlaku juga, Econframe telah membuat modul pembasmi kuman yang kebanyakannnya digunakan di tapak pembinaan. Ianya merupakan salah satu langkah adaptasi yang mereka jalankan di kala perubahan paradigma ekonomi ini.\n\n\n\n\nPada kemuncak pandemik ini pada April 2020, Econframe mengalami kerugian dalam anggaran RM 0.38 juta kerana masih perlu untuk keluarkan kos overhead walaupun pengeluaran tidak berjalan. Namun, mereka melihat pengeluaran dan penghantaran yang beransur pulih apabila PKP semakin dilonggarkan untuk pemulihan ekonomi.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\nJika melihat pada 3 tahun prestasi kewangan dari 2017 hingga 2019, kita dapat lihat bahawa pendapatan dan keuntungan Econframe semakin meningkat dengan konsisten. Namun, seperti yang dinyatakan dalam prospektus, syarikat ternyata terkesan dengan wabak Covid di mana permintaan berkurang dengan ketara. Dalam rekod kewangan terbaru, tahun kewangan Mei 2020 dibandingkan dengan 2019. Dari sini, kita dapat lihat penurunan keuntungan selepas cukai dari RM 5.6 juta pada 2019 ke RM 4.2 juta pada 2020.\n\n\nStrategi IPO\n\n\nDana IPO sejumlah RM 18.2 juta akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian tanah dan pembinaan kilang pengeluaran baru\n\n\n5.0\n\n\n27.5\n\n\n\n\n\n\nAutomasi proses pengeluaran\n\n\n4.0\n\n\n22.0\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n6.2\n\n\n34.1\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.0\n\n\n16.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, tanah fasiliti Econframe adalah sebesar 39,000 kps yang merangkumi pejabat, kilang dan gudang. Isu dengan kilang sekarang ialah ianya kurang optimum untuk barangan jualan Econframe yang besar.\n\n\nSebanyak RM 5 juta akan digunakan untuk membiayai kos pembelian tanah baru sebesar 65,000 kps yang merangkumi kilang baru sebesar anggaran 55,000 kps, gudang, D&D, dan ruang pejabat. Kilang baru ini dijangka beroperasi secara penuh menjelang separuh kedua tahun 2022. Sebanyak RM 3.6 juta pula akan digunakan dari duit syarikat sedia ada dan/atau pinjaman bank untuk kerja pembinaan dan bayaran professional.\n\n\nEconframe juga berhasrat untuk lebih mengautomasikan fasiliti mereka dengan pembelian \nrobotic welding line\n dan juga \nCNC bending machine\n.\n\n\nSelain dari itu, dana IPO ini akan digunakan untuk modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Econframe\n\n\nSaiz dan prestasi industri\n\n\n\n\nIndustri pintu dan bingkai pintu besi (Malaysia), CAGR 2016 - 2018: 4.86%\n\r\nIndustri pintu rintangan api dan bingkai pintu besi (Malaysia), CAGR 2016 - 2018: 9.36%\n\n\nPemacu utama industri\n\n\n\n\nPenggunaan bingkai pintu besi yang meningkat atas sebab ketahanan dan kecekapan kos memacu permintaan bingkai pintu besi\n\n\nKriteria pengawalseliaan untuk mempunyai elemen rintangan api memacu permintaan pintu rintangan api\n\n\nPermintaan hartanah meningkatkan permintaan bingkai pintu besi, pintu dan kelengkapan pintu\n\n\n\n\nCabaran dan risiko utama industri\n\n\n\n\nBisnes yang dijalankan oleh Econframe adalah bergantung kepada pasaran hartanah\n\n\nEconframe membeli produk besi yang terdedah kepada turun naik harga besi global\n\n\n\n\n \nHarga besi agak stabil dalam 3 tahun terkini. Sumber: TradingEconomics\n\n\nPemain industri utama\n\n\nJika dibandingkan dengan pemain industri lain, Econframe mempunyai margin keuntungan yang jauh lebih tinggi. Sebagai perbandingan, syarikat yang mempunyai perniagaan yang agak serupa adalah \nAjiya\n.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSkor iSaham: 4/4\n\n\nSatu perkara yang membuatkan kita perlu berjaga-jaga ialah kesan Covid terhadap Econframe dan industri hartanah secara umumnya. Selain itu, banyak perkara positif yang kita boleh lihat dari IPO ini seperti margin keuntungan yang tinggi, strategi IPO yang agresif dan bisnes yang berkembang sebagai poin utama di sini. Untuk cara-cara membeli IPO, anda boleh pergi ke tutorial di link di bawah ini.\n\n\nTutorial membeli IPO dengan Maybank (video)\n\n\nTutorial membeli IPO dengan CIMB Clicks (video)\n\n\nCara membeli IPO dengan Maybank (blog)\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ipo-uwc-berhad-kini-boleh-dibeli", "title": "IPO UWC Berhad Kini Boleh Dibeli", "body": "\n\nKalau anda ikuti hebahan Bursa, mungkin anda sudah tahu terdapat IPO baru iaitu UWC Berhad yang dah boleh dibeli dengan harga RM 0.82. Kalau belum, kami nak beritahu butiran tarikh permohonan adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n17 Jun 2019, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n28 Jun 2019, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n2 Julai 2019\n\n\nAgihan saham kepada yang berjaya:\n\n\n8 Julai 2019\n\n\nTentatif penyenaraian:\n\n\n10 Julai 2019\n\n\n\n\nLatar Belakang UWC Berhad\n\n\n\u00a0\n\n\nMacam biasa, kita akan kenal dulu ataupun taaruf dengan syarikat baru nak IPO ni. UWC Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk peralatan teknologi. Perkhidmatan ini kebiasaannya adalah pemprosesan kepingan logam (sheet metal) untuk dijadikan casing untuk peralatan (equipment). Produk ini akan dihantar kepada pelanggan UWC yang kebanyakannya membuat barangan semikonduktor, sains hayat, teknologi perubatan dan peralatan berat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMaklumat Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nRingkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMarket capitalization sebanyak RM 300.8 juta\n\n\nBeroperasi di Batu Kawan, Pulau Pinang\n\n\nMenyediakan khidmat OEM dalam aspek kejuruteraan\n\n\nGeografi bisnes mengikut revenue berdasarkan laporan terkini 2019:\r\n\t\n\n\nTempatan: RM 30.10 juta (50.9%)\n\n\nLuar negara: RM 29.03 juta (49.1%)\r\n\t\t\n\n\nSingapore: RM 23.95 juta (40.5%)\n\n\nUSA: RM 1.46 juta (2.5%)\n\n\nChina: RM 1.65 juta (2.8%)\n\n\nFrance: RM 1.20 juta (2.0%)\n\n\nLain-lain: RM 0.77 juta (1.3%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDisahkan patuh shariah oleh SAC (Shariah Advisory Council dari Securities Commission)\n\n\n\n\n\n\nRisiko Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nUWC menjalankan perkhidmatan kejuruteraan untuk industri sains hayat, teknologi kesihatan dan semikonduktor. Industri ini bersifat technologically demanding iaitu meminta-minta terhadap kemajuan teknologi. Oleh itu, syarikat dalam industri ini atau dalam konteks IPO ini, UWC perlu sentiasa mengikuti atau mendahului teknologi semasa untuk mendapatkan urusniaga yang terbaik dalam bisnes yang dijalankan. Ini juga disebabkan pelanggan mereka yang akan sentiasa menaik taraf teknologi mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\nSifat bisnes sebagai OEM yang dijalankan juga menyebabkan bolehnya terjadi situasi di mana satu atau dua pelanggan utama menjadi penyumbang sebahagian besar revenue kepada syarikat ini. Dalam prospektus yang dikeluarkan, terdapat dua syarikat iaitu Syarikat A yang tidak dinamakan, dan juga Agilent yang menyumbang sejumlah antara 41.2% hingga 57.5% kepada revenue syarikat sejak 2016 sehingga laporan terbaru 2019.\n\n\n\n\nSituasi ini menggambarkan seolah-olah UWC terlalu bergantung kepada dua syarikat ini. Ia juga menunjukkan kemungkinan besar revenue akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan urusniaga dengan syarikat tersebut. Namun untuk menjadi optimistik, boleh jadi juga mereka telah mendapatkan pelanggan yang betul untuk bisnes mereka.\n\n\nPasaran bisnes ini juga adalah sangat bersaing tinggi. Persaingan bukan sahaja wujud dari dalam Malaysia, namun juga disaingi oleh syarikat-syarikat besar dari luar negara. Beberapa pesaing utama yang disebutkan adalah seperti di bawah.\n\n\n\n\nUntuk perbandingan di atas, kami cuma akan bandingkan \nKobay Technology\n dan UWC sebagai kategori syarikat tersenarai di Bursa. Berdasarkan PE ratio, Kobay Technology dan UWC berada pada nisbah yang lebih kurang sama iaitu 8.2 dan 9.6. Walau bagaimanapun, margin PAT untuk UWC adalah lebih baik sebanyak hampir tiga kali daripada Kobay Technology, menjadikan ia sebagai pilihan yang lebih menarik berdasarkan kedua-dua pilihan tadi.\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\n\u00a0\n\n\nKami dah sebutkan beberapa risiko berkaitan industri ini, ataupun untuk UWC secara khususnya. Tapi bagaimana prestasi UWC dalam bisnes mereka? Laporan kewangan mereka sudah pun memberikan jawapan ini. Menurut penyata kewangan tahunan yang dah diaudit, revenue menunjukkan peningkatan dari RM 76.3 juta pada 2016 kepada RM 136.5 juta pada 2018. Keuntungan selepas cukai ataupun PAT pula mencatatkan kenaikan bersih dari RM 19.4 juta (25.4% daripada revenue) pada 2016 kepada RM 31.2 juta pada 2018 (22.9% daripada revenue).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan Dana\n\n\n\u00a0\n\n\nUWC Berhad ingin mengumpul sejumlah RM 57.4 juta daripada IPO ini. Perancangan dana ini adalah untuk digunakan dalam aspek berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\r\n\t\n\n\nMesin CNC RM 27.4 juta\n\n\nPeralatan tangan robot dan pengendalian RM 4.7 juta\n\n\n\n\n\n\nBayaran semula bank RM 18.0 juta\n\n\nModal kerja RM 2.8 juta\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO RM 4.4 juta\n\n\n\n\nDari segi peratusan, anda boleh lihat di bawah.\n\n\n\n\nCara Membeli\n\n\n\u00a0\n\n\nSeperti biasa, IPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Kami telah pun menulis dan juga merakam tutorial membeli IPO. Untuk pergi ke video tutorial membeli IPO, kami ada video melalui servis \nCIMB Clicks\n dan \nMaybank2u\n, atau untuk baca blog post kami \nboleh klik sini\n.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/isaham-membawa-inovasi-di-bursa-marketplace-fair-2023", "title": "iSaham Membawa Inovasi di Bursa Marketplace Fair 2023", "body": "Pasukan iSaham bakal menyertai Bursa Marketplace Fair 2023 yang akan diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada 5 Ogos 2023. Pameran ini akan disertai oleh lebih daripada 20 pempamer yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini dalam pasaran saham kepada komuniti pelabur dan pedagang saham dari semua peringkat untuk melabur dengan lebih yakin.\n\n\n\n\nPeluang berhubung dan berinteraksi\n\n\nPameran ini merupakan peluang yang bernilai bagi kami untuk berhubung dengan pelabur, pedagang saham, broker dan rakan kongsi lain dalam industri. Ia juga memberi ruang untuk kami berinteraksi dengan mereka dan berkongsi bagaimana aplikasi screener iSaham dapat membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak.\n\n\nSelain penampilan istimewa, para pengunjung boleh mengambil peluang dan beramah mesra dengan Encik Suddin Salleh daripada \nLyndung\n dan Encik Zulhaikal daripada \nSharlife\n yang turut menyertai pameran bersama dengan kami.\n\n\n\n\nPameran screener iSaham\n\n\nKami akan mengadakan sesi demo screener iSaham secara langsung di booth kami kepada pengunjung yang ingin mencuba dan mendapatkan panduan tentang cara menggunakan screener iSaham untuk mengenalpasti dan menyaring saham-saham yang terdapat di Bursa Malaysia yang sesuai dengan kriteria yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri baharu yang dinaiktaraf seperti screener untuk menyaring saham-saham di pasaran global.\n\n\n\n\nSeminar Analisis Teknikal\n\n\nSelain itu, Encik Anas Faris yang merupakan pengasas bersama iSaham akan turut menjadi salah seorang panel daripada seminar-seminar yang diadakan pada hari tersebut. Beliau akan berkongsi pengetahuan dan pandangan beliau tentang Analisis Teknikal yang memberi fokus secara khusus dalam mengenalpasti dan menguasai trend dan sektor yang sedang meningkat.\n\n\nSeminar ini akan diadakan pada jam 4.30 hingga 5.30 petang di Breakout Room 1. Para pengunjung boleh mengambil peluang yang ada untuk menghadiri seminar ini dan memperoleh manfaat ilmu yang dikongsikan.\u00a0\n\n\n\n\nJemputan ke booth iSaham\n\n\nKami berharap melalui penyertaan kami dalam pameran ini dapat membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan baharu dan sedia ada, dan memperluas rangkaian perniagaan dengan jaringan baru untuk pertumbuhan dalam industri pelaburan.\n\n\nOleh itu, kami ingin menjemput anda untuk mengunjungi booth kami di \nStandard 11\u00a0\n untuk mendapatkan informasi terkini tentang iSaham dan berkongsi pandangan tentang peluang-peluang yang menarik dalam industri kewangan dan pelaburan.\n\n\nUntuk menyertai Bursa Marketplace Fair 2023, anda boleh mendaftar secara percuma di laman sesawang Bursa Marketplace melalui pautan di bawah.\n\n\nPautan: \nPendaftaran Bursa Marketplace Fair 2023\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/isaham-menjalinkan-kerjasama-dengan-ethis-ventures-dan-globalsadaqah", "title": "iSaham Menjalinkan Kerjasama dengan Ethis Ventures dan GlobalSadaqah", "body": "Hari ini bersamaan 11 November 2021, iSaham telah menandatangani \nMemorandum of Understanding\n (MoU) dengan Ethis Ventures Sdn Bhd dan juga GS Global Guardian Sdn Bhd (GlobalSadaqah) untuk menjalin kerjasama strategik bersama kedua-dua pihak.\n\n\nEthis Ventures\n\n\nEthis Ventures atau Ethis merupakan Pengendali Pasaran Dikenalpasti (RMO) yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan aktiviti \nEquity Crowdfunding\n dan pelaburan lain yang berkaitan. Platform mereka di \nethis.co\n memadankan pelabur dan penderma global secara langsung dengan projek dunia sebenar yang berimpak tinggi dan lestari di Asia Tenggara.\n\n\n\n\n\n\nEthis memadankan dana pelaburan dan derma kepada projek kewangan sosial\n\n\n\n\n\n\nAntara pelabur yang menggunakan platform ini juga datang daripada latar belakang yang meluas, dari \nhigh net worth individuals\n, yayasan, institusi dan juga korporat.\n\n\nSejak kehadiran Covid-19, mereka telah melancarkan produk pelaburan baru popular, antaranya termasuk projek jangka pendek pembiayaan rantaian nilai berpulangan tinggi. Selain itu, platform mereka juga menempatkan peluang pelaburan ekuiti dalam \"\nfuture tech\n\" untuk syarikat \nstartup\n di Malaysia.\n\n\nGlobalSadaqah\n\n\nGlobalSadaqah\u00a0ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam membina dan mengendali operasi platform \ncrowdfunding\n melalui \nGlobalSadaqah.com\n. Dengan platform ini, antara usaha yang mereka dapat jalankan ialah program CSR, pengurusan zakat dan juga wakaf. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama badan keagamaan, yayasan, bank, korporat dan juga masyarakat awam untuk meningkatkan kecekapan, kelestarian dan impak Kewangan Sosial.\n\n\n\n\n\n\nGlobalSadaqah memadankan dana penderma dengan kempen kebajikan serata dunia\n\n\n\n\n\n\nSyarikat ini berpangkalan di Malaysia, dan mereka juga memiliki cawangan di Singapura dan Indonesia. Namun, capaian mereka untuk menyampaikan amal kebajikan merentasi sempadan di serata dunia.\n\n\nPlatform mereka di GlobalSadaqah.com memberi kemudahan badan organisasi untuk menghebahkan inisiatif yang mereka ingin jalankan. Inisiatif ini memerlukan sejumlah dana untuk dilaksanakan, oleh itu memerlukan sumbangan masyarakat umum. Sesiapa yang ingin berkongsi sebahagian rezeki mereka untuk berbuat kebaikan pula boleh memberikan sumbangan melalui kempen yang sedia ada di GlobalSadaqah.com.\n\n\nDengan ekosistem ini, amalan kebajikan menjadi semakin mudah dijalankan di setiap tahap pelaksanaan. Pihak penganjur boleh menumpukan pada pelaksanaan kempen, individu boleh memberikan sumbangan melalui platform yang disediakan, dan dengan kemudahan ini juga, semoga lebih ramai masyarakat di dunia mendapat manfaat sedikit sebanyak dari kempen yang dijalankan.\n\n\nMajlis menandatangani MoU\n\n\nDalam majlis menandatangani MoU pada pagi tadi, iSaham Sdn Bhd diwakili dengan pengasasnya, Encik Anas Ahmad Faris, manakala bagi pihak organisasi Ethis Ventures Sdn Bhd, diwakili oleh CEO, Encik Wan Mohd Dazriq, dan GlobalSadaqah pula diwakili oleh CEO, Encik Irfan Tarmizi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari kiri: CEO Ethis Ventures, pengasas iSaham dan CEO GlobalSadaqah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInisiatif kerjasama yang dijalankan ini adalah untuk menyediakan pelaburan alternatif kepada para pelabur dan juga dapat memudahkan orang ramai untuk membuat sumbangan bagi yang memerlukan. Menurut pengasas iSaham,\n\n\n\"\nKami di iSaham ingin membantu pelabur untuk melabur dengan lebih baik. Jadi, dengan kolaborasi ini, dapat memudahkan kami untuk mencapai misi kami\n. \nDengan Ethis, pelabur tidak terhad untuk melabur hanya pada syarikat yang telah tersenarai, malah mereka kini mempunyai peluang untuk melabur kepada syarikat pemula.\n\"\n\n\nMenurut beliau lagi,\n\n\n\"\nMelabur dengan baik juga bermaksud melabur pada masa hadapan, iaitu melabur untuk akhirat. Kolaborasi bersama GlobalSadaqah ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mempunyai masa hadapan yang lebih baik, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat jua.\n\"\n\n\nSemoga kerjasama ini dapat berkekalan dan memberi manfaat kepada orang ramai.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/isaham-special-event-Q2-2022-update-analisa-data-di-tahap-seterusnya", "title": "iSaham Special Event (Q2 2022 Update) - Analisa Data di Tahap Seterusnya", "body": "28 April, 2022 - Pada hari Sabtu yang lepas, sebuah sesi khas telah berlangsung secara \nlive\n di \nYoutube rasmi iSaham\n dan \nFacebook Group iSaham Live\n. Sesi ini dijalankan pada jam 11 pagi dan dihoskan oleh partner remisier iSaham, iaitu En Anas Faris.\n\n\n\n\n\n\nSesi iSaham Special Event yang dihoskan oleh En Anas Faris.\n\n\n\n\n\n\nSesi yang diberi nama \niSaham Special Event (Q2 2022 Update)\n ini telah diadakan selama 1 jam 17 minit. Sebelum sesi dimulakan, penonton dibenarkan untuk bertanyakan soalan berkaitan pasaran dan iSaham. Antara soalan yang diajukan adalah berkaitan sektor semikonduktor dan teknologi, pasaran global, proses IPO dan banyak lagi.\n\n\nSesi kemudian diteruskan dengan pengenalan tentang \nspecial event\n ini oleh En Anas Faris. Memetik kata-kata beliau,\n\n\n\"\nDi iSaham, kami berusaha untuk membantu pelabur melabur dengan lebih baik. Kami akan membina dan terus membina demi mencapai matlamat kami, iaitu memberi kemudahan untuk akses pelaburan yang profesional dengan kos yang rendah kepada orang ramai\n.\"\n\n\nAnalisa data di tahap seterusnya\n\n\nSesi kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada \nupdate\n dan \nfeatures\n terbaru di \nisaham.my\n. Berikut merupakan \nhighlight\n untuk pengenalan tersebut.\n\n\n1. Bar navigasi baru\n\n\n\n\nNavigasi kini lebih mudah, dan pantas. Kini segala yang penting, semuanya berada di atas.\n\n\n2. StockWord\n\n\n\n\nSedalam mana pengetahuan anda tentang kaunter-kaunter di Bursa Malaysia? Uji kekuatan kamus simbol saham anda dengan \nStockWord\n.\n\n\n3. Sektor berserta carta\n\n\n\n\nKadang-kala pandangan boleh jadi berat sebelah. Untuk lebih mudah, kami hasilkan carta untuk \nkeseluruhan sektor\n; aluminium, kayu, atau pembinaan, semua kami sediakan.\n\n\n4. Kalendar\n\n\n\n\nAda beberapa tarikh yang penting di dalam dunia saham, antaranya ialah tarikh tamatnya waran, tarikh keluarnya \nquarter report\n, dan tarikh Annual General Meeting (AGM). Semuanya disenaraikan di \nkalendar\n, termasuk tarikh cuti.\n\n\n5. Perbandingan saham\n\n\n\n\nBandingkan saham\n Greatec dan Genetec sebelah menyebelah untuk melihat prestasi syarikat dengan lebih mudah.\n\n\n6. Halaman bermusim\n\n\n\n\nApa yang \nrally\n sewaktu Aidilfitri? Nilai sendiri dengan melihat prestasi indeks, sektor, atau saham berdasarkan pulangan bulanan atau acara \nbermusim\n yang lalu.\n\n\n7. Korelasi\n\n\n\n\nHubungkaitkan\n satu data dengan data yang lain untuk melihat pergerakan yang bergerak secara langsung atau tidak langsung.\n\n\nProduk yang dinaiktaraf, harga yang lebih mesra\n\n\nKami pernah memperkenalkan produk-produk kami di dalam blog \nBelajar Saham Bersama iSaham\n. Kali ini kami memperkenalkan produk yang sama, dinaiktaraf, dengan harga yang lebih mesra.\n\n\n\n\n1. iSaham Playback\n\n\niSaham Playback\n membolehkan anda belajar fundamental dan teknikal mengikut keselesaan diri, dengan kadar kelajuan anda sendiri.\n\n\nKini, jika anda melanggan iSaham Playback, anda bukan sahaja bakal memperolehi video pembelajaran saham, malah, anda juga akan diberikan koleksi E-book iSaham yang bernilai RM 69. Sungguhpun begitu, harga untuk iSaham Playback tetap dikekalkan, iaitu \nRM 199 sahaja\n.\n\n\nNota:\n Jika anda sudah melanggan iSaham Playback sebelum ini, anda layak untuk mengakses E-book iSaham. Jika terdapat sebarang kesulitan, boleh hubungi \n@iSahamSupport\n di Telegram.\n\n\n2. iSaham Max dan iSaham Max Live\n\n\nSebelum ini kami telah memperkenalkan iSaham Max Live, yang merangkumi keseluruhan \nfeatures\n iSaham dan memperolehi akses kelas iSaham secara \nlive\n. Kini kami pecahkan kepada dua, iaitu iSaham Max dan iSaham Max Live.\n\n\niSaham Max\n merupakan suatu \nadd-on\n\u00a0kepada iSaham Pro. Anda akan memperolehi akses penuh \nfeatures\n di isaham.my, tanpa iklan. Harga untuk melanggan iSaham Max \nhanyalah RM 19/ bulan\n.\n\n\niSaham Max Live\n pula merupakan akses kepada \nfeatures\n sepenuhnya isaham.my, dengan tambahan sesi \nlive\n sebanyak empat kali sebulan. Sesi-sesi \nlive\n ini termasuklah pembelajaran tentang analisa fundamental, teknikal dan \nIPO review\n (jika ada). Harga yang ditawarkan \nhanyalah RM 69/ sebulan\n.\n\n\n\n\nAnda juga boleh membuat perbandingan kelebihan di antara akses asas, Pro dan Max di pautan \nplan compare\n ini.\n\n\nSesi kemudian diakhiri dengan pemberian hadiah \ngiveaway\n dari Twitter dan StockWord. Seramai tujuh orang pemenang bertuah telah berjaya memenangi giveaway yang diadakan. Tahniah diucapkan!\n\n\nUntuk melihat video penuh sesi iSaham Special Event ini, boleh \nklik di sini\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/istilah-berkaitan-syarikat-dan-pengambilalihan", "title": "Istilah Berkaitan Syarikat dan Pengambilalihan", "body": "Dalam berita syarikat, adakalanya kita akan terjumpa istilah-istilah yang agak misteri seperti M&A, MTO, SPAC dan lain-lain. Dalam tema istilah saham kali ini, kita akan lihat sebutan yang melibatkan istilah syarikat dan pengambilalihan. Semoga lepas ni kalau nak baca berita, semuanya menjadi lebih terang dan jelas.\n\n\n1. Parent Company\n\n\n\n\nParent Company bermaksud syarikat induk. Dalam struktur organisasi, sebuah syarikat induk boleh mempunyai beberapa syarikat lagi di bawahnya. Syarikat induk ini mempunyai kuasa tertinggi terhadap anak syarikatnya. Istilah ini juga boleh digantikan dengan holding company atau syarikat pemegang.\n\n\n2. Subsidiary\n\n\n\n\nSubsidiary merujuk kepada anak syarikat. Secara teknikal, sesebuah anak syarikat perlu dimiliki sekiranya sekurang-kurangnya 50% oleh syarikat induk untuk dikenalpasti dengan istilah ini. Dalam kes milikan 100% oleh syarikat induk, anak syarikat tersebut dikenali sebagai milikan penuh atau wholly owned subsidiary.\n\n\n3. Associate Company\n\n\n\n\nDalam milikan syarikat sekutu, sebuah syarikat induk memiliki suatu bahagian besar dalam syarikat, tetapi bukan pegangan majoriti. Saiz pegangan ini kebiasaannya sebesar 20% hingga 49%.\n\n\n4. Joint Venture\n\n\n\n\nDalam sebuah usaha sama, dua syarikat atau lebih berganding usaha dengan berkongsi milikan, sumber, risiko dan pengurusan. Kebiasaannya, sebuah entiti baru akan ditubuhkan bagi mewakili operasi usaha sama tersebut.\n\n\n5. Nominee Company\n\n\n\n\nSebuah syarikat penama biasa ditubuhkan bagi tujuan pegangan aset seperti saham atau bon sebagai wakil kepada pemilik sebenar. Antara tujuan menggunakan syarikat penama ini adalah untuk kerahsiaan. Orang kata, diam-diam ubi berisi. Tengok orang namanya tak terkenal, tapi rupanya beli saham guna akaun nominee.\n\n\n6. SPV\n\n\n\n\nSpecial Purpose Vehicle atau disebut juga Special Purpose Entity boleh ditubuhkan oleh individu, syarikat, gabungan individu dan syarikat ataupun kerajaan. Tujuan syarikat atau individu menggunakan SPV adalah untuk mengasingkan struktur kewangan dari entiti asal. Kita juga boleh lihat SPV ini sebagai entiti pegangan saham bagi individu atau syarikat. Dalam Bahasa Melayu, kita boleh sebut SPV ni sebagai syarikat tujuan khas atau entiti tujuan khas.\n\n\n7. SPAC\n\n\n\n\nBerbeza dengan SPV, SPAC atau Special Purpose Acquisition Company merupakan sebuah syarikat kerangka yang tidak mempunyai apa-apa perniagaan khusus kecuali untuk membeli dan menjual syarikat persendirian. SPAC atau syarikat tujuan khas pengambilalihan adalah satu cara lain sebuah syarikat persendirian menghala ke arah IPO.\n\n\nPada mulanya, IPO akan diterbitkan bagi SPAC untuk membangunkan dana pengambilalihan syarikat. Apabila SPAC mengenalpasti dan seterusnya membuat pengambilalihan, syarikat tersebut akan menjadi syarikat tersenarai awam di bawah SPAC. Secara ringkas, bagi syarikat persendirian tersebut, perjalanan IPO mereka adalah melalui pengambilalihan oleh SPAC.\n\n\nPada tahun 2020, pelaburan SPAC di Amerika menunjukkan angka yang memberangsangkan.\n\n\n8. Friendly Takeover\n\n\n\n\nPengambilalihan yang mesra atau bersefahaman berlaku apabila pihak pemilik syarikat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak pemeroleh untuk mengambilalih syarikat.\n\n\n9. Mandatory General Offer\n\n\n\n\nApabila seseorang individu atau sesebuah organisasi memperoleh 33% pegangan saham hingga 50% ke atas syarikat, MGO akan dibangkitkan. Dalam MGO atau Tawaran Umum Wajib ini, Bursa Malaysia akan bertanya kepada pihak pemeroleh sama ada ingin memperoleh baki saham yang ada dalam syarikat.\n\n\n10. Mandatory Takeover Offer\n\n\n\n\nApabila seseorang individu atau sesebuah organisasi memperoleh pegangan yang besar dalam syarikat, Mandatory Takeover Offer (MTO) atau Tawaran Pengambilalihan Wajib akan dibangkitkan. MTO dibangkitkan bagi mewujudkan suasana yang adil bagi pemegang saham sedia. Dalam kes MTO, suatu harga akan diletakkan untuk pengambilalihan syarikat, dan pemegang saham sedia ada boleh pilih untuk menolak atau menerima cadangan harga melalui undian.\n\n\n11. Hostile Takeover\n\n\n\n\nSesebuah pengambilalihan syarikat boleh juga berlaku dalam keadaan yang tidak mesra atau berseteru. Dalam kes ini, pengambilalihan syarikat tidak dipersetujui pihak pemilik. Namun, pihak pemeroleh tetap berusaha meningkatkan pegangan saham dalam syarikat supaya mendapat pegangan kawalan ke atas syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/isu-audit-mampukah-serba-dinamik-kembali-pulih", "title": "Isu Audit - Mampukah Serba Dinamik Kembali Pulih", "body": "Masih menjadi tanda tanya sekarang ini adalah kes audit dalam syarikat Serba Dinamik. Pada 25 Mei, pihak pengarah diberitahu oleh juruaudit mereka, KPMG tentang beberapa perkara berkaitan pengauditan berkanun syarikat. Hari berikutnya sunyi, berikutan dengan cuti Wesak. Dua hari berikutnya, Khamis dan Jumaat, saham syarikat dibekukan supaya situasi keseluruhan dapat diteliti sehinggalah saham Serba Dinamik limit down apabila dagangan disambung pada Isnin, 31 Mei.\n\n\nMungkin ada yang dah baca pelbagai berita tentang isu ini. Dalam post kali ini, kita akan lihat apa yang berlaku pada syarikat ini secara menyeluruh.\n\n\nIsu jualan dan pihak berkait\n\n\nKPMG sebagai juruaudit akaun Serba Dinamik membangkitkan isu audit berkaitan transaksi jualan. Antara isu yang termasuk ialah perkara seperti baki bahan gunaan di tapak projek, pembekal dan pelanggan. Sejumlah 11 pihak bermain dalam persoalan, antaranya melibatkan:\n\n\n\n\nRM 2,320 juta jumlah transaksi jualan\n\n\nRM 652 juta baki hutang dagangan\n\n\nRM 569 juta baki bahan projek\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar sekadar hiasan, tidak bermaksud untuk menggambarkan projek yang terlibat. Gambar: Serba Dinamik\n\n\n\n\n\n\nKesemuanya berjumlah lebih RM 3 bilion. Menurut KPMG lagi, kesahihan kontrak dan transaksi berkaitan pendapatan dan kos terlibat tidak dapat ditentukan.\n\n\nPersoalan yang bermain\n\n\n12 pelanggan ditanya, 1 terjawab\n\n\nBagi mendapatkan kesahihan transaksi yang berlaku, KPMG telah bertanyakan kepada 12 pelanggan Serba Dinamik tetapi hanya menerima satu pengesahan. Untuk ini, Serba Dinamik mencadangkan untuk sesi temu bual antara KPMG dan penghutang dagangan untuk penjelasan lanjut. Lembaga pengarah juga mencadangkan pengesahan ketiga dihantar.\n\n\nLatar belakang pembekal\n\n\nDua pembekal didaftarkan pada hari yang sama, dan 4 pembekal turut mempunyai alamat pendaftaran yang sama dengan dua pembekal tadi. Semua pembekal ini dimiliki oleh seorang individu.\n\n\nBagi menjawab isu alamat sama, Serba Dinamik menjelaskan ianya alamat setiausaha syarikat. Temu bual lanjut diatur untuk pencerahan lanjut antara KPMG dan pembekal.\n\n\n\n\nBeberapa lagi persoalan\n\n\nSelain itu, terdapat beberapa persoalan lagi yang bermain pada pihak KPMG seperti pelanggan dan pembekal di Bahrain. Untuk ini, pengurusan Serba Dinamik mengatakan KPMG melihat pada alamat yang salah.\n\n\nDalam isu lain pula, KPMG menyedari ketiadaan nombor pendaftaran syarikat yang terlibat untuk kontrak jualan IT. Isu ini dibalas dengan pernyataan salah pandang maklumat pada pihak KPMG.\n\n\nSiapa yang betul? Siapa salah?\n\n\nSepanjang berbangkitnya isu ini, saham Serba Dinamik dibekukan sehinggalah bersambung semula pada 31 Mei. CEO, Dato' Abdul Karim menyatakan syarikat tidak berbuat apa-apa kesalahan. Beberapa perkara disebutkan oleh Dato' Karim terhadap KPMG.\n\n\nBeliau menyalahkan KPMG kerana melewatkan kerja audit menyebabkan Serba Dinamik terlepas tarikh akhir audit. KPMG juga dikatakan bersikap ganjil dan tidak adil kerana mengemukakan isu terus kepada pengarah bebas daripada menerangkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. Dato' Karim berpendapat mereka sebagai pihak pengurusan lebih faham operasi harian syarikat berbanding pengarah bebas dan seharusnya menjadi rujukan terlebih dahulu.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Bernama\n\n\n\n\n\n\nBuat masa ini, masing-masing tetap dengan pendirian sendiri. KPMG dengan pendirian bahawa terdapat tanda-tanda yang mengelirukan dalan audit syarikat. Pihak pengurusan berpendapat bahawa tiada apa kesalahan yang dibuat oleh syarikat. Pengarah bebas pula menyatakan kerisauan pada audit syarikat.\n\n\nReaksi pasaran\n\n\nHarga semakin turun\n\n\nSaham lain yang berkaitan dengan pengarah syarikat, Dato' Abdul Karim turut menerima tempias dengan terjunan harga yang banyak. KPower menurun dari RM 1.69 ke RM 1.08, SCIB dari RM 1.48 ke RM 0.91, masing-masing dengan peratusan penurunan sebanyak 36% dan 39%. Serba Dinamik apabila dagangan bersambung turun dari RM 1.61 sehingga RM 0.795 pada 1 Jun iaitu sebanyak 50.6%. Setakat 8 Jun, harga saham masih menurun sehingga ke paras terendah RM 0.61 pada hari dagangan.\n\n\n\n\nIni menunjukkan reaksi negatif pelabur terhadap berita ini. Sekiranya benar terdapat masalah pada persoalan audit yang dikemukakan, nilai ini sebenarnya telah pun mencapai pendapatan sebanyak dua suku kewangan. Data kewangan yang selama ini menjadi asas pelabur untuk membeli saham syarikat menjadi sebuah keraguan.\n\n\n\n\n\n\nRekod QR Serba Dinamik kini menjadi persoalan\n\n\n\n\n\n\nDana besar beralih\n\n\nApabila Serba Dinamik bersambung didagang pada 1 Jun, terlah berlakunya beberapa peralihan dana besar. Dato' Karim dan Datuk Abdul Kadier telah menambah pegangan mereka ke dalam syarikat. Namun sebaliknya pula, KWAP telah mengurangkan pegangan mereka dalam syarikat.\n\n\nPenambahan pegangan pengarah menunjukkan petanda baik yang menunjukkan pengarah yakin tiada kesalahan yang berlaku pada syarikat. Namun, tindakan KWAP mengurangkan pegangan dalam syarikat menunjukkan institusi tersebut tidak ingin mendedahkan pelaburan mereka dalam risiko situasi yang berbangkit ini.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKes audit ini membawa reaksi negatif yang cukup besar kepada syarikat. Setakat ini, kita belum dapat satu kesimpulan yang jelas. Situasi ini menimbulkan ketidaktentuan pasaran terhadap saham ini. Sekiranya terbukti terdapat kesalahan, maka ia sememangnya akan memberi impak yang negatif terhadap syarikat dan pemegang saham termasuk dana KWSP yang tidak kurang banyak dalam saham ini. Namun sekiranya tiada kesalahan, ada kemungkinan bahawa saham ini boleh kembali pulih.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/itmax-mengembangkan-aplikasi-bandar-pintar-dengan-dana-ipo", "title": "ITMAX - Mengembangkan Aplikasi Bandar Pintar dengan Dana IPO", "body": "\n\nITMAX System Berhad (ITMAX) terlibat dalam perniagaan pembekalan dan pemasangan serta penyediaan sistem rangkaian ruang awam. STS, anak syarikat yang dicadangkan bagi ITMAX pula terlibat dalam penyelidikan & pembangunan sistem dan perisian aplikasi, reka bentuk dan pemasangan pengawal, pembekalan dan pemasangan sistem pengurusan trafik berangkaian, serta menyediakan perkhidmatan yang dipajak dan diuruskan bagi sistem pengawasan dan analisis video.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.07\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDisahkan syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nUtama\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 1.10 bilion\n\n\nNisbah PE:\n\n\n37.7\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n1 Disember 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n5 Disember 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n13 Disember 2022\n\n\n\n\nPerniagaan ITMAX\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan pada 9 April 2001 sebagai syarikat persendirian dibawah nama Alfaville (M) Sdn Bhd. Kemudian, ia menukar nama menjadi ITMAX System Sdn Bhd pada 26 Oktober 2001. Syarikat ini kemudian ditukarkan menjadi syarikat awam pada 29 Jun 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nITMAX terlibat dalam perniagaan membekal, memasang, serta menyediakan sistem rangkaian ruang awam. Manakala anak syarikat tunggal mereka, STS pula terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan sistem dan perisian aplikasi, reka bentuk dan pemasangan pengawal, pembekalan dan pemasangan sistem pengurusan trafik rangkaian, dan menyediakan perkhidmatan pajakan dan pengurusan sistem pengawasan dan analisis video.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan ITMAX:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan ITMAX\n\n\nDari tahun 2019 sehingga tahun 2021, syarikat ITMAX mencatatkan keuntungan yang konsisten iaitu dengan peningkatan daripada RM 37.2 juta pada tahun 2019 kepada RM 79.8 juta pada tahun kewangan 2021 iaitu dengan kenaikan sebanyak 46.4%. Untung kasar syarikat juga meningkat iaitu daripada 18.4% pada tahun kewangan 2019 kepada 52.9% dan 66.9% pada tahun kewangan 2020 dan 2021.\n\n\nKebanyakan pembekalan dan pemasangan sistem rangkaian ruang awam adalah berdasarkan kontrak sekaligus. Oleh itu, ITMAX harus mencari projek baru untuk mengembangkan pesanan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat ITMAX datang daripada 2 aktiviti perniagaan utama iaitu:\n\n\n\n\nPembekalan dan pemasangan sistem rangkaian\n\n\nPenyediaan kemudahan rangkaian\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nRajah di atas menunjukkan bahawa majoriti pendapatan syarikat datang daripada segmen pembekalan dan pemasangan sistem rangkaian awam. Namun, bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2022, segmen pembekalan dan pemasangan sistem rangkaian hanya merangkumi 34.4% daripada pendapatan syarikat. Sementara itu, hasil daripada penyediaan kemudahan rangkaian pula meningkat sebanyak 63.8%, iaitu sebanyak RM 26.0 juta.\n\n\nSelain itu, ITMAX juga menawarkan produk-produk berkaitan yang melengkapkan segmen utama perniagaan mereka. Ini termasuk jualan pengawalan trafik serta bekalan UPS yang diperoleh daripada pihak ketiga. Untuk 30 Jun 2022, hasil daripada segmen ini menyumbang RM0.7 juta (1.8%) daripada hasil pendapatan syarikat.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nSehingga tempoh kewangan 30 Jun 2022, ITMAX mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan syarikat. Daripada lima pelanggan tersebut, pendapatan daripada kontrak bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak RM 23.1 juta (62.2%), RM 28.9 juta (60.7%), RM 58.4 juta (73.2%) dan RM 38.5 juta (94.5%) bagi pendapatan bagi tahun kewangan 2019, 2020, 2021 dan tempoh kewangan sehingga 30 Jun 2022.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama ITMAX untuk tempoh kewangan 2022:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pelanggan utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nSyarikat ITMAX terlibat dalam perniagaan pembekalan dan pemasangan serta penyediaan ruangan sistem rangkaian awam. Manakala anak syarikat tunggal mereka, iaitu STS terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan mengenai sistem dan perisian aplikasi, reka bentuk dan pemasanganan pengawalan, pembekalan dan pemasangan sistem pengurusan trafik rangkaian, dan menyediakan perkhidmatan yang dipajak dan diuruskan bagi sistem pengawasan dan analitik video.\n\n\nAntara kelebihan syarikat ini ialah mereka membangunkan dan mereka bentuk sistem pengawasan video, pencahayaan dan pengurusan trafik rangkaian secara dalaman yang terus berfungsi sebagai platform untuk pengembangan dan pertumbuhan perniagaan. Model perniagaan syarikat ini adalah berdasarkan dua segmen utama yang menyediakan hasil berasaskan projek dan hasil berulang yang memberikan jaminan hasil sepanjang tempoh kontrak tersebut.\n\n\nSelain itu, mereka juga mempunyai rangkaian kawasan metropolitan persendirian di Kuala Lumpur untuk menyokong sistem rangkaian ruang awam dan seterusnya menyediakan peluang perniagaan pada masa hadapan.\n\n\nTambahan lagi, ITMAX juga mempunyai rekod prestasi yang bagus selama sembilan tahun sebagai pembekal sistem rangkaian di ruang awam.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nSebahagian besar pendapatan syarikat diperoleh daripada kerja dan perkhidmatan yang diberikan kepada DBKL. Pendapatan daripada DBKL merangkumi RM 23.1 juta (62.2%), RM 28.9 juta (60.7%), RM 58.4 juta (73.2%) dan RM 38.5 juta (94.5%) bagi pendapatan bagi tahun kewangan 2019, 2020, 2021 dan tempoh kewangan sehingga 30 Jun 2022.\n\n\nOleh itu, sekiranya ITMAX kehilangan DBKL sebagai pelanggan, ia boleh menjejaskan perniagaan syarikat, hasil operasi dan keadaan kewangan syarikat. Seandainya perkara ini berlaku, ITMAX perlu mendapatkan kontrak baharu dengan pelanggan sedia ada dan/atau pelanggan baharu untuk menggantikan kehilangan hasil daripada DBKL.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima daripada IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPerluasan aplikasi bandar pintar\n\n\n85\n\n\n41.7\n\n\n\n\n\n\nPerluasan keupayaan penyelidikan dan pembangunan\n\n\n12.5\n\n\n6.1\n\n\n\n\n\n\nMengembangkan perniagaan ke dalam pasaran perusahaan\n\n\n20\n\n\n9.8\n\n\n\n\n\n\nPerluasan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi\n\n\n39.5\n\n\n19.4\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n29.078\n\n\n14.3\n\n\n\n\n\n\nPembayaran semula pinjaman\n\n\n8\n\n\n3.9\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian IPO\n\n\n9.814\n\n\n4.8\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n203.892\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMajoriti dana akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan. Dana terbesar iaitu sebanyak RM 85 juta (41.7%) daripada dana IPO akan digunakan untuk tujuan perluasan aplikasi bandar pintar kepada kerajaan tempatan lain, kementerian persekutuan, dan pelanggan sedia ada. ITMAX merancang untuk melabur ke dalam jenis sistem rangkaian ruang awam, infrastruktur, sumber dan kemudahan yang berkaitan.\n\n\nSelain itu, sebanyak RM 12.5 juta dana pula akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan dengan mengembangkan kumpulan penyelidikan dan menyediakan makmal ujian yang baru. Manakala sejumlah RM 20 juta dan RM 39.5 juta masing-masing akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan ke dalam pasaran perusahaan dan juga meluaskan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi.\n\n\nBaki dana pula akan digunakan untuk modal kerja (14.3%), pembayaran semula pinjaman (3.9%) dan juga perbelanjaan untuk penyenaraian IPO (4.8%).\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nITMAX System Berhad bersama anak syarikatnya, terlibat dalam sistem rangkaian ruang awam yang memfokuskan pada pencahayaan, pengurusan trafik dan pengawasan video, serta perkhidmatan rangkaian komunikasi, yang merupakan sebahagian daripada infrastruktur bandar pintar. Syarikat ITMAX terlibat dalam beberapa inisiatif bandar pintar di Kuala Lumpur.\n\n\nIndustri sistem rangkaian ruang awam\n\n\nBandar pintar\n\n\nBandar pintar merujuk kepada kawasan perbandaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemajuan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran yang mampan dan selamat, dan menggalakkan amalan pengurusan bandar yang cekap.\n\n\nKumpulan ITMAX terlibat dalam Kehidupan Pintar (\nSmart Life\n) dengan kemudahan pengawasan video rangkaiannya di bawah pengawasan pintar dan projek televisyen litar tertutup (CCTV), Persekitaran Pintar (\nSmart Environment\n) dengan sistem lampu rangkaiannya dengan penggabungan lampu LED, Kerajaan Pintar (\nSmart Government\n) dengan sistem dan platform rangkaian di bawah projek pusat operasi bersepadu, Mobiliti Pintar (\nSmart Mobility\n) dengan sistem pengurusan trafik rangkaiannya dan Infrastruktur Digital Pintar (\nSmart Digital Infrastructure\n) dengan rangkaian gentian optik di Kuala Lumpur.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan inisiatif bandar pintar.\n\n\n\n\nSistem rangkaian di ruang awam\n\n\nSistem rangkaian dibina daripada berbilang komponen pengkomputeran, disambungkan melalui pelbagai sistem penghantaran melalui rangkaian berwayar atau tanpa wayar.\n\n\nITMAX terlibat dalam rangkaian pencahayaan, pengurusan trafik, sistem video pengawasan dan mempunyai rangkaian gentian optik telekomunikasi serta menara telekomunikasi dan monopol.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan contoh beberapa sistem rangkaian di ruang awam.\n\n\n\n\nPrestasi ekonomi digital Malaysia\n\n\nMalaysia Digital Economy (MyDIGITAL) telah dilancarkan pada 19 Febuari 2021 untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang dipacu secara digital, berpendapatan tinggi dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.\n\n\nSumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia meningkat pada tahun 2017 sehingga 2021, iaitu sebanyak 9.4%. Malah, pada tahun 2021, sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 12.1%, mewakili 23.2% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, yang mana 60.4% disumbangkan oleh industri ICT, dan baki 39.6% diambil kira oleh e-dagang daripada industri lain.\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nSebanyak 30 ahli yang berdaftar di bawah Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA). Ahli MSCA terdiri daripada para akademik, badan kerajaan serta pemain industri. Namun, bukan semua operator terlibat dalam projek pembangunan bandar pintar yang berdaftar di bawah MSCA.\n\n\nSenarai syarikat pembekal sistem rangkaian ruang awam di Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara keseluruhannya, syarikat ITMAX menunjukkan peningkatan pendapatan yang memberangsangkan dari tahun 2019 sehingga tahun 2021. Peningkatan ini adalah atas perniagaan berterusan daripada pelanggan-pelanggan utama syarikat, terutamanya daripada DBKL. Pada tahun 2021, pendapatan daripada DBKL sahaja merangkumi 73.2% pendapatan keseluruhan syarikat.\n\n\nOleh kerana itu, sekiranya DBKL tidak lagi menjadi pelanggan ITMAX, kewangan syarikat akan terjejas. Namun begitu, jenis perniagaan seperti ini tidak boleh diubah dalam sekelip mata. Ini kerana, pembinaan semula bandar pintar ini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas. Disebabkan itu, terdapat kebergantungan dua hala antara DBKL dan syarikat ITMAX.\n\n\nSebahagian besar dana IPO pula akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan syarikat, iaitu dengan 41.7% daripada dana akan digunakan untuk meluaskan aplikasi bandar pintar. Walau bagaimanapun, mereka perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia tidak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/jati-tinggi-penyedia-penyelesaian-kejuruteraan-utiliti", "title": "Jati Tinggi - Penyedia Penyelesaian Kejuruteraan Utiliti ", "body": "\n\n1. Butiran IPO syarikat Jati Tinggi\n\n\n\n\n2. Latar belakang perniagaan syarikat\n\n\nJati Tinggi merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan penyelesaian kejuruteraan infrastruktur yang merangkumi penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah dan atas tanah. Selain itu, ia juga terlibat dalam perkhidmatan lain seperti perkhidmatan\u00a0perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) stesen, perdagangan peralatan untuk stesen dan perkhidmatan pencahayaan jalan.\n\n\nSyarikat ini terlibat dalam tiga jenis kontrak iaitu kontrak tunggal, kontrak pukal dan kontrak EPCC yang banyak melibatkan projek berkaitan bekalan elektrik.\n\n\n\n\n3. Sebanyak 13 projek telah berjaya disiapkan\n\n\nSejak permulaan perniagaan pada tahun 2003, syarikat ini mempunyai rekod prestasi selama lebih daripada 15 tahun dalam perkhidmatan kejuruteraan utiliti. Prestasi ini disokong dengan penyelesaian 13 projek utama berkaitan bekalan eletrik dengan nilai setiap projek melebihi RM 5 juta.\u00a0\n\n\n4. Sebanyak 42 projek yang sedang dijalankan\n\n\nMereka juga sedang dalam proses untuk menyelesaikan 42 projek yang sedang berjalan dengan nilai setiap projek melebihi RM 5 juta yang dijangka akan selesai pada tahun 2024.\u00a0\n\n\nAntara projek tersebut ialah projek Danga Bay, pembinaan terowong kabel bagi laluan ke stesen Price Court dan projek Farlim yang masing-masing mempunyai nilai kontrak melebihi RM 50 juta.\u00a0\n\n\n\n\n5. Prestasi kewangan Jati Tinggi\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan dan keuntungan bagi syarikat ini membuat kenaikan konsisten daripada tahun kewangan 2019 hingga 2021.\u00a0\n\n\n\n\nKontrak tunggal merupakan pendapatan utama syarikat yang menyumbang sehingga 91.48% pada tahun 2019 dan 74.20% pada tahun 2021.\n\n\n\n\n6. Pelanggan utama syarikat\n\n\nSumbangan pendapatan daripada pelanggan syarikat adalah berbeza mengikut sifat perniagaan yang dinyatakan dalam kontrak projek. Berdasarkan sumbangan pendapatan daripada pelanggan-pelanggan utama syarikat, dua pelanggan utama mereka adalah Worktime Engineering dan CD Electrical, yang terdiri daripada kontraktor utama yang dilantik oleh TNB.\n\n\nDua pelanggan ini masing-masing menyumbang antara 84.67% hingga 90.86% kepada pendapatan syarikat sejak tahun 2019.\n\n\n\n\n7. Penggunaan dana daripada IPO\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja untuk penyiapan projek dan lain-lain.\u00a0\n\n\n\n\n8. Rakan persaingan\u00a0\n\n\nBerikut merupakan senarai syarikat tempatan yang terlibat dalam industri sama dan pesaing kepada Jati Tinggi.\u00a0Syarikat \nRohas Tecnic Berhad\n, \nMN Holdings Berhad\n dan \nPestech International Berhad\n merupakan tiga syarikat pesaing yang telah disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia.\u00a0\n\n\n\n\n9. Strategi perniagaan dan rancangan masa hadapan\n\n\nSalah satu perancangan Jati Tinggi adalah terlibat dalam projek-projek berskala besar untuk mengukuhkan lagi rekod prestasi mereka sebagai penyedia perkhidmatan utiliti. Selain itu, mereka juga ingin mengembangkan potensi melalui peluasan perkhidmatan utiliti di Malaysia Timur terutamanya dalam industri bekalan tenaga elektrik.\n\n\n10. Berhadapan dengan risiko kebergantungan pelanggan\n\n\nJati Tinggi bergantung kepada dua pelanggan utama mereka dalam aktiviti perniagaan kejuruteraan utiliti.\u00a0Kehilangan perniagaan dengan dua pelanggan ini mungkin mempunyai kesan yang ketara kepada prestasi kewangan syarikat.\n\n\n\n\nSehingga tarikh perlaksanaan, Jati Tinggi mempunyai nilai buku pesanan yang belum tertunai sebanyak RM 77.43 juta daripada Worktime Engineering dan RM 139.62 juta daripada CD Electrical.\n\n\n11. Perbincangan\n\n\nSecara umumnya, syarikat Jati Tinggi menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2021. Selain itu, syarikat ini juga telah berkembang untuk menjalankan projek-projek yang lebih besar dan lebih kompleks, bermula dengan projek-projek utiliti bawah tanah berkaitan penghantaran voltan sebanyak 11kV dan 33kV kepada 132kV dan 275kV.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/jatuh-bangun-sektor-ekonomi-semasa-pandemik", "title": "Jatuh Bangun Sektor Ekonomi Semasa Pandemik", "body": "Tarikh 18 Mac 2020 merupakan suatu peristiwa dimana perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam memutuskan rantaian Covid-19. Pandemik ini telah memberi impak terhadap isi rumah, pihak kerajaan, tenaga buruh dan sektor swasta sehingga merencatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Tamparan hebat Covid-19 ini sekaligus memberi luka yang mendalam bukan sahaja dalam peringkat domestik, malah sehingga peringkat global.\n\n\nSelepas setahun berlalu, jika diperhatikan terhadap beberapa sektor\u00a0mengalami fasa menaik dan menurun dalam Bursa Malaysia. Pengenalan vaksin yang dilancarkan di seluruh dunia dijangka akan memberi penawar terhadap pandemik Covid-19, sekaligus akan memberi pertumbuhan positif terhadap sektor\u00a0ekonomi.\n\n\n\n\nMinyak\n\n\nPandemik Covid-19 menyebabkan berlakunya krisis\u00a0terhadap industri pasaran minyak dunia semakin parah. Pada awalnya, harga minyak dunia telah merosot sehingga AS$16.27 setong berbanding AS$63.27 pada awal Januari 2020. Faktor ini menyebabkan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) telah mengurangkan jumlah output pengeluaran minyak mentah untuk menstabilkan harga komoditi tersebut.\n\n\nKrisis\u00a0ini berlanjutan sehingga tercetusnya perang harga antara Rusia dan Arab Saudi dalam pengeluaran tong minyak. Apabila perintah kawalan dilaksanakan di seluruh dunia, permintaan terhadap minyak berkurangan. Kesannya, negara pengeluar utama seperti Arab Saudi mengalami\u00a0lambakan sebanyak 10 juta tong minyak sehari.\u00a0\n\n\n\n\nParas\u00a0Sebelum Covid-19\n\u00a0: AS$63.27 (3 Januari 2020)\n\n\nParas Terendah\n\u00a0: AS$16.27\u00a0setong (28\u00a0April\u00a02020)\n\n\nParas Krisis 1998\n : AS$12.50 setong (27 Mac 1998)\n\n\nParas Terkini\n\u00a0: AS$65 setong (21 Mac 2021)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIndustri Sarung Tangan\n\n\nSecara keseluruhannya pada tahun 2020 industri sarung tangan merupakan lubuk sektor yang\u00a0mendapat permintaan yang tinggi sehingga dianggap sebagai industri 5 bintang dalam kalangan pelabur. Hal ini dapat dilihat, pengeluar sarung tangan mendominasi Bursa Malaysia pada 2020.\n\n\nDari segi aspek ekonomi, industri sarung tangan getah telah menyumbang hampir 90 peratus daripada pendapatan eksport barangan getah Malaysia. Peningkatan penularan wabak Covid-19 menyebabkan permintaan sarung tangan semakin meningkat. Syarikat utama seperti \nTop Glove\n, \nHartalega,\n \nSupermax\n dan \nKossan \nsentiasa menjadi tumpuan pelabur. Kesannya empat pengeluar sarung tangan utama ini, mencatatkan jumlah urus niaga lebih daripada RM40 bilion (13.5 peratus jumlah transaksi di Bursa\u00a0Malaysia)\u00a0 sepanjang tahun 2020.\n\n\nApa yang menariknya, beberapa buah syarikat seperti Mahsing, Luster, AT, Salcon dan lain-lain yang bukannya aktiviti utama dalam industri sarung tangan turut\u00a0sama ingin mengembangkan operasi\u00a0dalam industri ini. Ketika keyakinan vaksin semakin meningkat dalam membasmi Covid-19, hal ini menyebabkan sentimen pelabur terhadap harga saham sarung tangan semakin menurun.\n\n\nNamun begitu, jumlah pendapatan syarikat dalam industri sarung tangan menunjukkan peningkatan berlipat kali ganda. Misalnya, syarikat\u00a0 Top Glove Corp Bhd mencatatkan pendapatan jualan suku tahunan sebanyak RM5.37 bilion berakhir pada 28 Februari 2021. Ia peningkatan sebanyak 336 peratus berbanding suku sama tahun lalu.\n\n\n\n\nTeknologi\n\n\nSektor teknologi merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara. Teknologi dapat dikategorikan seperti \nteknologi hijau\n, \nsemikonduktor\n, \nLED\n, \nOSAT,\n \nsoftware\n dan lain-lain. Apabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 8 Mac 2020, sektor teknologi tak terkecuali menunjukkan penurunan dan kembali uptrend sehingga 11 Jan 2021. Namun menjelang tahun 2021, saham teknologi kembali melonjak sehingga mencapai ke paras tertinggi pada 91.74 (2 Mac 2021).\n\n\nPeningkatan ini didorong oleh pemintaan terhadap produk yang berkaitan teknologi seperti kenderaan elektrik, solar dan lain-lain. Misalnya, pasaran semikonduktor sebelum ini hanya melibatkan dalam telefon pintar. Namun pada era ni, pengenalan teknologi dalam kenderaan elektrik telah memberi peningkatan permintaan dalam sektor semikonduktor. Sentimen ini telah menarik minat para pelabur\u00a0terhadap pasaran saham teknologi.\n\n\n\n\nWork From Home\n\n\nApabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan, masyarakat hanya boleh duduk dirumah dan keluar sekiranya mempunyai urusan yang penting. Hal ini menyebabkan, wujudnya istilah \nwork from home\n bermaksud pekerja bekerja di rumah dengan menggunakan teknologi sedia ada dari rumah. Secara tidak langsung, masyarakat meluangkan banyak masa di rumah sehingga menyebabkan trend beli belah secara online telah melonjak dalam industri e-dagang.\n\n\nMisalnya industri e-dagang seperti Shopee, Lazada, CJWOW SHOP, dan lain-lain. Pembeli dari e-dagang bukan sahaja membeli barangan keperluan runcit, malah berlakunya perningkatan permintaan dalam peralatan rumah seperti perabot, aksesori komputer, dan lain-lain bertujuan mewujudkan suasana yang kondusif di rumah.\n\n\nKesannya, \nsektor pembuatan kayu\n, \nsektor logistik\n penghantaran barangan dan makanan seperti Grab, Foodpanda, Pos Laju, GDEX, Nationwide Express dan lain-lain telah mendapat permintaan amat tinggi. Misalnya, Pos Laju telah menerima parcel sebanyak 770,000 sehari berbanding kapasiti biasa 350,000 bungkus sebelum PKP dilaksanakan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar : (shoppe.com)\n\n\n\n\n\n\nIndustri Pelancongan\u00a0\n\n\nMalaysia merupakan bumi bertuah yang kaya dengan biodiversiti alam, pulau, budaya pelbagai kaum, syurga makanan dan lain-lain. Faktor ini menjadi tarikan kepada pelancong luar negara, malah pelancong domestik. Namun apabila pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia, industri ini paling teruk terjejas\u00a0berbanding sektor lain. Penutupan pintu sempadan dan perintah kawalan pergerakan menyebabkan beberapa industri pelancongan semakin lumpuh\u00a0seperti :\n\n\n\n\nSektor Pehotelan dan Penginapan\n\n\nSektor Pengangkutan (Bas Ekspres, Pemandu Teksi)\n\n\nAgensi Pelancongan\n\n\nPelancongan Perubatan\n\n\n\n\nMengikut statistik pada tahun 2019 Malaysia mencatat sejumlah 26,100,784 pelancong antarabangsa dan menyumbang pendapatan negara sebanyak RM86.14 bilion. Namun pada tahun 2020, Malaysia mencatatkan kerugian hampir RM100 bilion dalam industri pelancongan tempatan.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Industri pelancongan di Pulau Langkawi mengalami kerugian RM1.7 bilion (blog.airpaz.com)\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSelepas setahun berlalu, penganalisis\u00a0ekonomi berpendapat krisis pandemik Covid-19 telah\u00a0menjejaskan beberapa industri perniagaan sehingga menyebabkan wujudnya keluk ekonomi baharu iaitu \nkeluk-K\n. Namun disebalik cabaran ini, ekonomi\u00a0Malaysia mula bangkit semula dalam menangani\u00a0pandemik Covid-19 melalui bantuan dan inisiatif diberi oleh pihak pentadbir negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/jenama-di-sebalik-jenama-volcano-disenaraikan", "title": "Jenama di Sebalik Jenama - Volcano Akan Disenaraikan", "body": "\n\nVolcano Berhad adalah sebuah syarikat pembuatan plat nama dan komponen plastik untuk barangan pengguna dan industri. Butiran IPO Volcano ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.35\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTidak dinilai oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 57.75 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n15.09 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n24 Mac 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n26 Mac 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n6\u00a0April 2021\n\n\n\n\nBisnes Volcano\n\n\nKenapa kami sebut jenama di sebalik jenama dalam tajuk? Sebabnya Volcano sendiri ada gunakan tagline tersebut sebelum website mereka berwajah baru. Volcano menjalankan aktiviti pembuatan plat nama untuk barangan elektronik dan automotif. Anda boleh lihat produk plat nama ini kebiasaannya pada perkakasan elektrik. Memandangkan produk mereka banyak ditawarkan pada syarikat Electrical dan Electronic, mereka juga menawarkan perkhidmatan yang berkaitan. Antaranya, mereka membuat komponen plastik, switch membrane dan juga die-cut (potongan acuan).\n\n\nSaiz pelanggan mereka lebih besar di luar negara berbanding di Malaysia sendiri. Dua geografi utama yang menyumbangkan pendapatan mereka ialah di Thailand dan Singapura dengan anggaran 44% dan 43% daripada pendapatan keseluruhan. Segmen barangan plat nama menyumbang purata 64% daripada pendapatan kepada syarikat. Baki selebihnya adalah dari segmen barangan komponen plastik.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nVolcano\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nVolcano menunjukkan penurunan prestasi pendapatan dan keuntungan sejak 2018 hingga laporan terbaru 2020. Pendapatan dicatatkan pada RM 58.6 juta pada tahun 2018 dan turun ke RM 52.5 juta pada tahun 2020. Margin keuntungan juga semakin menurun dari 11% pada 2018 kepada 6% pada 2020.\n\n\n\n\nPenurunan pendapatan Volcano berkait dengan penurunan nilai pesanan dari pelanggan mereka iaitu HP dari Singapura. Pasaran utama plat nama datang dari Singapura. HP mengubah pesanan plat nama mereka dari besi kepada bukan besi yang mempunyai harga jualan yang lebih rendah.\n\n\nStrategi IPO Volcano\n\n\nVolcano ingin membangunkan dana sebanyak RM 8.75 juta. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\n\n\n5.55\n\n\n63.43\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.20\n\n\n36.57\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n8.75\n\n\n36.57\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana yang dikumpulkan ini agak kecil. Dari jumlah RM 8.75 juta, RM5.55 juta akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan. Mesin yang akan dibeli ialah 6 unit mesin pemotongan laser dan juga lima unit pick and paste machine. Pembelian mesin ini membolehkan kapasiti pengeluaran dinaikkan dan juga pengautomasian pengeluaran yang lebih mantap.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Volcano\n\n\nVolcano terlibat dalam pengeluaran produk berasaskan besi dan plastik. Oleh itu, kos yang terlibat bagi mereka bergantung kepada harga besi dan resin iaitu bahan asas untuk pengeluaran plastik.\n\n\nMenurut Smith Zander, saiz pasaran untuk plat nama tidak dapat dikenalpasti. Pasaran plat nama untuk Volcano pula lebih tertumpu kepada Singapura, dengan pelanggannya HP. Saiz pasaran untuk komponen plastik di Thailand pula dianggarkan pada RM 16.82 juta untuk industri E&E dan automotif.\n\n\nThailand merupakan lokasi pengeluaran utama di Asia Tenggarar untuk pelbagai syarikat MNC, termasuk pengeluar E&E dan automotif. Antara syarikat MNC yang disenaraikan oleh Smith Zander di Thailand ialah:\n\n\n\n\nElectrolux\n\n\nFisher & Paykel Appliances\n\n\nLG Electronics\n\n\nSeagate Technology\n\n\nWestern Digital\n\n\nHonda\n\n\nIsuzu\n\n\nMitsubishi\n\n\nNissan\n\n\nToyota\n\n\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nPesaing atau syarikat yang menjalankan bisnes yang sama dengan Volcano telah disenaraikan dalam prospektus seperti di bawah.\n\n\n\n\nSeperti yang boleh dilihat di atas, Volcano merupakan antara pemain industri yang kecil untuk industri ini. Menurut Smith Zander juga, bahagian pasaran Volcano dalam pasaran Thailand ini dianggarkan pada 0.13 dan 0.14% untuk industri E&E dan automotif.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSkor iSaham: 1/4\n\n\nSyarikat menunjukkan penurunan sepanjang 2018 hingga 2020. Ini melihatkan seolah-olah syarikat ini tidak bagus. Sekiranya kita lihat pada syarikat dalam industri yang sama, beberapa\u00a0syarikat seperti VS dan SKP juga memperlihatkan prestasi yang agak terhad dalam tempoh yang sama. Namun\u00a0kita boleh lihat baru-baru ini, sektor ini mula mendapat momentum. Kita boleh anggap Volcano mengambil peluang ini untuk tersenarai dan mengembangkan bisnes pada waktu yang mencabar ini untuk peluang yang lebih di masa akan datang.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/jenis-dividen-yang-ditawarkan-syarikat", "title": "Jenis Dividen yang Ditawarkan Syarikat", "body": "Dividen adalah salah satu cara syarikat berkongsi keuntungan kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Seperti istilah yang digunakan, perkongsian keuntungan ini kebiasaannya diambil dari sebahagian keuntungan syarikat. Dalam tulisan kali ini, kita akan kenali jenis-jenis dividen yang diberi oleh syarikat.\n\n\n\n\nDividen tunai\n\n\nJenis dividen yang paling biasa diberikan oleh syarikat tersenarai awam adalah dalam bentuk tunai. Dividen tunai atau disebut sebagai dividen kebiasaannya diberi selepas tahun kewangan yang lengkap. Dividen ini juga disebut final dividend dalam Bursa Malaysia. Sesetengah syarikat pula bahagikan agihan dividen setiap kali selepas laporan suku tahunan.\n\n\nDividen Interim\n\n\nInterim adalah perkataan Latin yang membawa maksud \"sementara waktu\" atau \"antara waktu\". Dalam konteks dividen interim, ia adalah agihan dividen di dalam tahun kewangan yang belum lengkap. Sebagai contoh, sesebuah syarikat mempunyai tahun kewangan pada hujung Jun. Syarikat yang memberikan dividen interim akan memberikan dividen interim pertama, kedua, ketiga ataupun terakhir sepanjang suku tahunan selepas Jun.\n\n\n\n\n\n\nDari screener \nUpcoming Dividends\n\n\n\n\nNamun, tidak semua syarikat memberikan dividen interim mengikut suku tahunan. Ada yang berikan dividen mengikut separuh tahunan. Ada pula yang mengikut kesesuaian masa yang ditentukan syarikat. Ada masa anda mungkin akan berteka-teki dengan syarikat sama ada dividen akan diagihkan, terutamanya sekiranya syarikat itu tidak mengisytiharkan polisi untuk dividen, ataupun keuntungan syarikat menunjukkan angka yang berkurangan.\n\n\nDividen Khas\n\n\nDalam Bursa, ada juga syarikat yang memberikan dividen khas atau Special Dividend. Dividen ini tidak terkait antara tahun kewangan sama ada tahun penuh, separuh mahupun suku tahunan. Adakalanya, syarikat mencatatkan keuntungan yang luar biasa dalam suatu tahun. Keuntungan ini boleh datang daripada aktiviti kebiasaan syarikat atau jualan one-off aset syarikat. Sebahagian daripada keuntungan ini diberikan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen khas.\n\n\nDividend Re-Investment Plan (DRIP)\n\n\nPelan pelaburan semula dividen juga adalah antara jenis dividen yang ditawarkan oleh syarikat. Dalam pelan ini, syarikat menawarkan pilihan kepada pemegang saham untuk menukarkan tunai yang sepatutnya diperoleh kepada pegangan saham tambahan. Apabila diumumkan, anda akan terima borang DRIP untuk mengesahkan sekiranya anda ingin menggunakan dividen tunai ini untuk beli saham syarikat.\n\n\nSingle-Tier\n\n\nSekiranya anda melihat pada pengumuman syarikat, anda akan terbaca istilah single-tier dividend. Istilah ini merujuk kepada struktur penerimaan dividen di mana penerima tidak akan dikenakan cukai atas penerimaan dividen. Ini adalah perkembangan dari struktur imputation system di mana pemegang saham yang menerima dividen perlu membayar cukai atas dividen yang diterima.\n\n\nPetunjuk kedudukan kewangan\n\n\nPemberian dividen adalah satu petanda baik bahawa sesebuah syarikat itu mempunyai kedudukan kewangan yang sihat. Namun, ada juga syarikat mengambil hutang untuk memberi dividen kepada pemegang saham. Sekiranya ini berlaku, perkara ini boleh jejaskan kewangan syarikat untuk masa yang akan datang.\n\n\nAnda juga perlu tahu bahawa dividen akan pemberi kesan kepada harga saham. Pada hari Ex-Date, pengumuman pemberian saham ini akan berkuat kuasa. Dalam hari yang sama, harga saham akan diselaraskan sebanyak harga dividen."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/jenis-pelabur-dalam-pasaran-saham", "title": "Jenis-Jenis Pelabur dalam Pasaran Saham", "body": "Dalam dunia pelaburan saham ni, bukan satu cara saja yang kita boleh guna untuk jana pendapatan. Ada banyak cara pelaburan yang masing-masing cara ini mempunyai pendekatan, kelebihan dan kekurangan tertentu. Setiap strategi yang pelbagai ini boleh dijadikan pilihan untuk pelbagai jenis pelabur yang masing-masing mempunyai kemampuan risiko, tahap modal, komitmen masa dan tahap ilmu tersendiri.\n\n\nPelabur Nilai\n\n\n\n\nPelabur nilai atau value investor membeli saham di bawah nilai instrinsik. Suatu saham itu dikaji menggunakan analisa fundamental dengan mendalam. Dari kajian ini, nilai intrinsik atau nilai sebenar sesuatu saham boleh dikenalpasti. Jika harga itu lebih rendah dari harga pasaran, maka itu adalah posisi masuk dan jika sebaliknya, posisi keluar. Pelabur yang menggunakan \nstrategi value investing\n biasanya merupakan pelabur jangka panjang.\n\n\nSesuatu saham itu boleh berada di bawah atau atas nilai instrinsik kerana reaksi pasaran yang berlebihan terhadap sesebuah berita baik atau buruk. Reaksi berlebihan ini menyebabkan harga sesuatu saham itu tidak lagi mencerminkan fundamental sebenar.\n\n\nAntara pelabur yang terkenal menggunakan strategi value investing adalah seperti Warren Buffett. Beliau dikenali sebagai seorang yang rajin membaca.\u00a0Dengan pembacaan yang konsisten inilah satu gambaran yang menyeluruh boleh dibina terhadap sesuatu saham itu. Namun, sekiranya kita lihat sikap yang selalu diamalkan oleh Warren Buffett, kita akan faham bahawa ia bukanlah satu usaha yang mudah.\n\n\nPelabur Momentum\n\n\n\n\nAda pelabur lebih gemar pegang saham sekejap sahaja. Pegangan jangka masa panjang perlukan komitmen, katanya. Tak ada masalah. Ada juga \nteknik saham\n yang berasaskan pergerakan harga dan volume saham dalam waktu singkat. Idea di sebalik teknik ini adalah sekiranya ada tekanan yang kuat di sebalik pergerakan harga, ia akan terus bergerak dalam arah yang sama. Dalam erti kata lain, kalau ada tekanan yang kuat ke arah kenaikan harga, ia berkemungkinan akan menyambung pergerakan menaik itu.\n\n\nSeperti yang disebut tadi, pelabur jenis ini kebiasaannya hanya memegang saham ini dalam tempoh yang singkat. Namun, ia juga bergantung pada sejauh mana kekuatan pergerakan itu boleh kekal. Tempoh ini boleh jadi sependek beberapa saat hingga berhari-hari. Namun, pelaburan seperti ini juga boleh jadi berisiko sekiranya anda belum mahir mencari posisi masuk dan keluar.\n\n\nPelabur IPO\n\n\nJenis pelabur IPO ini tidaklah dianggap sebagai satu jenis yang wujud dalam waktu kebiasaan. Namun, kita dapat lihat baru-baru ini, Bursa sentiasa mengeluarkan IPO baru selepas penyenaraian IPO sebelumnya. Kenapa nak jadi pelabur IPO? \nBerdasarkan statistik\n, sekiranya anda jual semua saham IPO yang baru tersenarai pada harga buka, anda akan dapat 40% purata pulangan pelaburan. Sekiranya anda takut untuk kekal dalam pasaran saham, mungkin anda boleh pertimbangkan strategi ini.\n\n\nSecara teori, pelaburan saham dengan hanya mengharap kepada IPO akan bergantung kepada nasib. Seorang pelabur itu hanya akan berjaya memiliki saham IPO sekiranya berjaya mendapat cabutan saham. Pun begitu, peluang untuk memiliki saham IPO ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya memohon bilangan lot IPO yang lebih banyak.\n\n\nItu pun, masih terdapat beberapa lagi ketidaktentuan. Antaranya, adakah trend permohonan IPO baru selepas penyenaraian IPO sebelum ini akan kekal? Permohonan IPO boleh mengambil masa yang lama. Sekiranya pasaran saham menjadi rancak sementara anda menunggu keputusan IPO, anda akan ketinggalan kerana modal yang masih menunggu permohonan.\n\n\n\n\nPelabur Growth\n\n\nSemua pelabur tentunya suka melihat \nperkembangan pendapatan\n dan prospek pada syarikat yang dilaburkan. Namun, pernyataan ini lebih rapat lagi menggambarkan pelabur jenis growth. Sekiranya sesebuah syarikat melalui fasa perkembangan yang drastik, saham syarikat boleh naik dalam corak yang agresif. Jika menilai semula harga saham syarikat, kita boleh lihat nisbah PE yang tinggi dan tak masuk akal.\n\n\nKebiasaannya pelabur akan menganggap saham dengan nisbah PE yang tinggi ini sebagai mahal berbanding harga sebebar. Namun, pelabur growth yang meyakini arah tuju syarikat akan anggap ini sebagai peluang keemasan.\n\n\n\n\nPelabur dividen\n\n\nAda pula pelabur yang melabur untuk mendapat dividen. Labur sekali, duduk sahaja. Sampai masa, dapat dividen. Satu perkara yang boleh membangkitkan kemarahan atau kekecewaan pelabur seperti ini ialah sekiranya dividen diumumkan rendah. Dari duduk tunggu dividen, terus terbangun, sertai AGM dan tanya pihak pengurusan \"kenapa dividen rendah?\". Kebanyakan masa, pelabur juga harus faham bahawa dalam perniagaan ini, ada ombak dan bayunya.\n\n\nUntuk dapatkan nilai dividen yang tinggi bagi setiap sen yang kita belanjakan, boleh lihat pada syarikat yang mempunyai \nDividend Yield yang tinggi\n. Pun begitu, tak semestinya nilai ini akan sentiasa sama dalam masa akan datang. Namun, anda boleh cari syarikat yang selalu berikan dividen di \nscreener percuma ini\n. Untuk dapatkan dividen yang tinggi pula, dah tentu kita perlukan modal yang besar juga. Pelaburan dividen ini juga lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang.\n\n\n\n\nPelabur Hybrid\n\n\nPelabur\u00a0Hybrid ini kedengaran seperti sesuatu yang berevolusi. Dan benar, ianya suatu pelaburan yang dibantu oleh sistem yang teratur untuk memudahkan kita membuat keputusan pelaburan. Bagaimana kita nak dapatkan sistem yang teratur ini? Caranya ialah dengan bantuan teknologi dan data. Di iSaham, kita ada pelbagai screener yang masing-masing dibina berasaskan kriteria tersendiri. Ianya boleh digunakan untuk pelbagai jenis pelabur termasuk semua yang disebut di atas tadi.\n\n\n\n\nPada ketika ini, anda boleh sertai kelas \nWebinar Hybrid Trader iSaham 2021\n yang ditaja oleh Bursa Malaysia-i. Ini adalah siri kelas asas yang membincangkan asas saham, asas analisis teknikal dan juga fundamental. Dalam kelas ini, kami terapkan bagaimana anda boleh gunakan bantuan teknologi dari iSaham untuk membantu anda melabur. Sesi ini akan diadakan pada setiap minggu selagi kuota tajaan Bursa Malaysia-i masih ada. Anda boleh tekan \nlink ini untuk pendaftaran\n (sama dengan link di atas tadi). Untuk mengikuti perkembangan kelas-kelas yang kami adakan, boleh ikuti di link \nisaham.my/events\n.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSetiap jenis pelabur mempunyai perangai dan cara sendiri untuk melabur. Ada yang boleh terima kerugian yang besar dengan melihat ke arah potensi keuntungan yang lebih tinggi. Ada yang inginkan satu pelaburan yang tak memeningkan dan tak perlukan komitmen yang banyak untuk memantau hasil pelaburan. Semua ini boleh dicapai dengan menimba ilmu yang betul dan konsisten memperkasakan diri untuk pelaburan yang lebih baik.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kabel-fiber-dasar-laut-sistem-saraf-pusat-bagi-jaringan-internet", "title": "Kabel Fiber Dasar Laut Sistem Saraf Pusat bagi Jaringan Internet", "body": "Pernahkah anda mengalami situasi, dimana terjadinya gangguan permasalahan internet tidak kiralah sama ada di rumah atau pejabat? Apabila ini berlaku, pastinya kita akan memeriksa dan menghidupkan semula wifi beberapa kali. Namun selepas diselidik permasalahan ini, ia berpunca daripada kabel dasar laut. Situasi ini pernah terjadi apabila awal tahun 2020, terdapat gangguan kabel dasar laut Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) yang menghubungkan Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat.\n\n\nSetiap kabel di dunia ini mempunyai nama dan fungsi tersendiri bagi perkhidmatan internet yang menghubungkan laluan di beberapa buah negara. Tetapi tahukah anda selain daripada menara telekomunikasi, satelit ataupun teknologi wifi, kabel dasar laut adalah medium terbesar yang berfungsi untuk menyalurkan maklumat melalui jaringan internet. Tidak hairanlah, apabila berlakunya kerosakan kabel ini, ia akan merencatkan dan melembabkan jaringan internet.\n\n\n\n\n\n\nKabel dasar laut pertama dilaksanakan pada tahun 1856 yang menghubungkan negara USA dan Britain. Gambar : spectrum\n\n\n\n\n\n\nApa itu \nSubmarine Cable\n?\n\n\nSebelum kita ulas lebih lanjut, kabel fiber dasar laut merupakan satu teknologi yang digunapakai dengan meletakkan kabel di dasar laut untuk menghubungkan isyarat telekomunikasi dan ia terdiri daripada ratusan wayar nipis yang dikenali sebagai gentian \n(fibers).\n\n\nMisalnya, apabila kita membuat panggilan telefon dengan seseorang dari negara lain, mengirim emel atau memuat turun serta memuat naik video ke YouTube. Kabel ini lah memainkan peranan dengan memindahkan data tersebut dari satu sumber ke sumber yang lain. Umumnya, fungsi ini akan memastikan dunia sentiasa berhubung dan meningkatkan kadar trafik jaringan internet.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nelectrical-engineering.com\n\n\n\n\n\n\nKepentingan kabel dasar laut\n\n\nKabel dasar laut dianggap sebagai sistem saraf pusat bagi jaringan internet untuk menyampaikan sumber maklumat. Hampir kesemua aktiviti kita yang dilakukan dengan jaringan internet seperti menelefon, menghantar teks, menjalankan aplikasi perisian, \ndownloading\n or \nupload\n maklumat, \nstreaming\n menggunakan bantuan kabel fiber ini yang terletak di dasar laut.\n\n\nKebiasaannya kabel fiber dasar laut mempunyai jangka ketahanan sekitar 25 tahun. Namun, ketahanan kabel ini bergantung kepada situasi dan keadaan semasa di dasar laut. Misalnya, gempa laut, ribut, gangguan gigitan dari haiwan maritim atau\nanchoring\n dari kapal yang menyebabkan kerosakan kabel.\n\n\nApabila berlaku sebarang kerosakan, pihak jurutera mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk memperbaikinya semula dengan menggunakan kapal khas yang disediakan. Kabel yang rosak tersebut akan ditarik di atas kapal yang menggunakan alat \ngrapple reeling \ndan kemudian diganti dengan kabel fiber yang baharu.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nCNN\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat sepanjang abad ke-20 sehingga abad ke-21, majoriti kabel dasar laut dimiliki dan dibina oleh syarikat telekomunikasi. Walaubagaimanapun, dalam dekad ini syarikat teknologi besar mula mengorak langkah dengan membina dan mengendalikan kabel dasar laut mereka sendiri.\n\n\nSyarikat teknologi besar ini termasuklah Google, Microsoft, Facebook dan Amazon telah memiliki beberapa kabel di seluruh dunia. Dianggarkan terdapat 380 kabel fiber dasar laut yang jumlah keseluruhan sepanjang 1.2 juta kilometer di dunia. Google mempunyai 8.5 peratus daripada kabel dasar laut dunia sepanjang 102,363 kilometer.\n\n\nLangkah ini telah dilaksanakan dengan menjalinkan kerjasama polisi dengan negara-negara berbeza bertujuan untuk memastikan penyelenggaran kabel berjalan lancar. Kabel dasar laut dianggap penting kepada syarikat gergasi teknologi ini yang berfungsi sebagai pusat data.\n\n\nProjek Apricot\n\n\nProjek Apricot merupakan satu projek kabel dasar laut yang melibatkan kerjasama antara Facebook dan Google. Ia akan menggunakan kabel sepanjang 12 ribu kilometer dengan menghubungkan beberapa buah negara seperti Jepun, Taiwan, Guam, Filipina, Indonesia dan Singapura. Projek ini dilaksanakan di rantau Asia Pasifik selepas projek Echo dan Bifrost\n\n\nProjek ini dijangka dilancarkan dan siap pada tahun 2024 dengan memiliki reka bentuk yang berupaya menampung 190 terabit data per saat (Tbps). Kabel ini akan memenuhi permintaan pengguna dengan membekalkan kapasiti tinggi internet akses 4G dan 5G yang diperlukan serta memperluaskan capaian di rantau Asia Pasifik.\n\n\nPada awal perancangan Projek Apricot ingin melibatkan negara Malaysia sebagai salah satu laluan kabel ini. Namun begitu, beberapa \nperbincangan\n telah diadakan antara pihak Malaysia dan wakil Apricot. Perbincangan ini telah menemui titik kegagalan dikatakan atas beberapa faktor tertentu misalnya polisi kabotaj dan lain-lain.\n\n\nKabel dasar laut di Malaysia\n\n\nSeiring kemajuan dunia telekomunikasi, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan teknologi dalam kabel fiber optik. Ia mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 25 rangkaian kabel dasar laut, masing-masing melibatkan kepunyaan 19 antarabangsa dan 9 tempatan yang terletak di Stesen Pendaratan Kabel seluruh Malaysia.\n\n\nAntara beberapa stesen kabel dasar laut domestik dan antarabangsa di Malaysia:\n\n\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Pengkalan Balak, Melaka\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Mersing, Johor\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Kuala Muda, Pulau Pinang\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Cherating, Kuantan\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Kuching, Sarawak\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Bintulu\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Miri\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Labuan\n\n\nStesen Kabel Dasar Laut Kota Kinabalu\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaluan kabel dasar laut yang melibatkan negara Malaysia. Gambar: submarine networks\n\n\n\n\n\n\nSyarikat di Malaysia\n\n\nTelekom Malaysia (TM)\n\n\nTM \nmerupakan syarikat utama yang memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan rangkaian telekomunikasi negara sejak tahun penubuhan 1946. Seiring melangkaui sempadan negara, rangkaian global TM terdiri daripada 30 sistem kabel dasar laut yang dianggarkan sepanjang 300,000 km yang diperluas untuk memenuhi permintaan tempatan dan global.\n\n\nSyarikat ini memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi meliputi data internet dan memiliki kabel dasar laut serta menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat antarabangsa. Antara projek yang dilaksanakan seperti pada tahun 2017, TM berjaya menyelesaikan projek sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia, Kemboja, Thailand (MCT) dengan kerjasama syarikat Telcotech dari Kemboja dan Symphony Communication dari Thailand.\n\n\nTerdapat juga beberapa pemain industri yang mempunyai konsep perkhidmatan dan kepakaran yang sama seperti TM, misalnya syarikat Time dotCom Berhad (\nTimecom\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nTM\n\n\n\n\n\n\nLain-lain syarikat\n\n\nSelain itu, Malaysia juga mempunyai beberapa buah syarikat yang terlibat dalam penawaran kejuruteraan serta pembaikan kabel dasar laut seperti \nDNe\nX\n, \nOptic Marine Services (OMS)\n, \nIFactors Sdn Bhd\n dan lain-lain. Misalnya, Dnex merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pemasangan, pembaikan dan penyelenggaran kabel gentian optik di dasar laut.\n\n\nApabila pemasangan kabel fiber dasar laut telah siap dilaksanakan dengan merentas lautan beberapa buah negara, proses seterusnya memerlukan sambungan kabel fiber optik. Antara syarikat yang menyediakan pembuatan dan perkhidmatan fiber optik adalah \nOPCOM\n\u00a0dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nDnex\n\n\n\n\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nEdge Market\n\n\nSubmarines Cabel Networks\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kaedah-penggunaan-parabolic-sar-dalam-kajian-teknikal", "title": "Kaedah Penggunaan Parabolic SAR dalam Kajian Teknikal", "body": "Parabolic SAR merupakan satu penunjuk teknikal yang digunakan untuk menentukan pergerakan dan \nreversal \nsesuatu harga saham. SAR membawa maksud kepada \nStop And Reverse.\u00a0\nKebanyakkan pelabur menggunakan indikator ini untuk mengenal pasti waktu yang sesuai saham tersebut dalam keadaan uptrend atau downtrend. Indikator ini telah diilhamkan oleh J. Welles Wilder Jr. yang juga pencipta indikator teknikal lain seperti \nRelative Strength Index\n (RSI)\n dan pelbagai lagi.\u00a0\n\n\nKegunaan parabolic SAR\n\n\nIndikator ini dicipta oleh J. Welles untuk menentukan 3 perkara iaitu:\n\n\n\n\nUntuk menentukan pergerakan aliran trend sesuatu saham.\n\n\nMenjangkakan kemungkinan perubahan trend saham.\n\n\nSebagai strategi untuk meletakkan \ntrading stop loss.\n\n\n\n\nKaedah parabolic SAR\n\n\nUntuk menggunakan teknik ini, anda perlu mencari dan menaip \"Parabolic SAR\" di ruangan indikator. Selepas itu anda boleh menentukan tetapan parabolic SAR mengikut kesesuaian strategi masing-masing. Asas bagi tetapan parabolic SAR adalah (0.02, 0.02, 0.2). Tetapan indikator parabolic SAR ini adalah level tindak balas mengikut perubahan pergerakan harga sesuatu saham.\n\n\n\n\nPenentuan pergerakan trend\n\n\nBerdasarkan carta di bawah, \nparabolic SAR\n adalah pergerakan titik atau bentuk seakan-akan bulat kecil di atas dan di bawah \ncandlestick.\u00a0\nIndikator ini akan memberikan isyarat bahawa fasa uptrend dan downtrend akan bermula.\n \nApabila titik \nparabolic SAR\n berada di bawah \ncandlestick, \nia menunjukkan pergerakkan uptrend. Pada fasa ini, terdapat momentum peningkatan harga saham sesebuah syarikat. Semakin meningkat harga saham, titik parabolic SAR juga akan meningkat.\n\n\nApabila titik parabolic SAR berada di atas \ncandlestick,\u00a0\nia menunjukkan pergerakan \ndowntrend\n akan berlaku. Pada fasa ini, terdapat penurunan pada pergerakan harga saham tersebut. Hal ini menunjukkan perubahan titik parabolic SAR telah berlaku dari bawah ke atas.\n\n\n\n\n\n\n\n\nFasa sideway\n\n\nNamun parabolic SAR tidak sesuai digunakan apabila pergerakan saham berada di fasa \nsideway.\u00a0\nKebarangkalian mendapat momentum palsu pada fasa ini adalah sangat tinggi. Jika dilihat pada momentum palsu dibawah, titik parabolic SAR tetap juga akan bergerak meningkat walaupun pada ketika itu pergerakan harga saham menurun. Oleh sebab itu, J. Wilder berpendapat pelabur juga perlu menggunakan indikator teknikal lain untuk menentukkan pergerakan saham tersebut.\n\n\n\n\nKelemahan parabolic SAR\n\n\nDisebalik manfaatnya, parabolic SAR juga mempunyai kelemahan dalam penggunaan indikator untuk kajian teknikal. Indikator ini hanya bersesuaian ketika fasa pergerakan saham mempunyai momentum uptrend. Ia tidak sesuai digunakan apabila momentum pergerakan \ntrend\n berada di fasa \nsideway.\n\u00a0Parabolic SAR juga perlu bergantung dengan indikator teknikal yang lain seperti\n moving average (MA) \ndan pelbagai lagi untuk menentukan trend momentum pergerakan saham. Adakalanya momentum palsu titik kenaikan akan muncul terutamanya apabila di fasa sideway.\n\n\nKesimpulan\n\n\nJika dilihat teknik parabolic SAR memudahkan pelabur untuk menentukkan pergerakan \nuptrend\n dan \ndowntrend \nsesuatu saham. Namun, pelabur juga perlulah mempunyai langkah dan strategi yang lain sekiranya indikator ini tidak menjadi semasa pembelian saham dilaksanakan.\u00a0Setiap indikator teknik yang disediakan hanyalah sebagai bantuan kepada pelabur sebelum memulakan aktiviti dagangan. Pelabur yang bijak akan mempunyai persediaan tindakan alternatif dalam \ntrading plan\n masing-masing.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nCFI\n\n\nThe Balance\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kaji-saham-dengan-teknik-t", "title": "Kaji Saham dengan Teknik T+", "body": "Dalam dunia saham, ada banyak jenis teknik dan strategi yang boleh diguna pakai oleh pelabur ketika melabur. Antaranya adalah teknik \nmoving average\n, teknik \nfresh breakout\n (FBO), teknik tangkap pisau dan pelbagai lagi. Untuk post kali ini akan menceritakan tentang satu teknik mungkin jarang didengar oleh sesetengah pelabur, iaitu teknik T+.\n\n\nKonsep T+\n\n\nSecara asasnya teknik T+ diinspirasikan daripada teori atau strategi T4. Apabila sesuatu saham membuat kenaikan yang banyak, biasanya saham itu akan membuat sedikit penurunan atau \nminor pullback.\n Hari kenaikan tersebut dipanggil sebagai T0 atau T \nday\n. Keesokan harinya pula disebut T1, kemudian T2, T3 pada hari berikutnya. Bermula pada T1 adalah hari saham sedang \nretrace\n. \nRetracement\n ini mungkin berlaku sehingga 2, 3 hari atau lebih lagi dan kemudiannya susuli dengan kenaikan semula. Teknik ini boleh dikatakan sebagai teknik \nbuy on dip\n atau membeli ketika \npullback\n. Untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk gambar dibawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nT0 = Hari saham membuat kenaikan secara mendadak\n\n\nT1 sehingga T3 = \nRetracement \nberlaku\n\n\nT4 = Saham membuat kenaikan semula\n\n\nTurutan hari \nretracement\n atau kenaikan semula tidak semestinya seperti rajah diaatas, kerana ia boleh jadi lebih awal atau lewat. \nRetracement\n atau kenaikan harga saham boleh juga tidak berlaku.\n\n\nKaedah teknik T+\n\n\nPemilihan saham adalah langkah pertama yang penting sebelum membuat keputusan untuk melabur. Seperti yang kita tahu, ada banyak saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, jadi dengan bantuan \nscreener,\n pelabur lebih senang untuk \nshort list \nsaham yang berpotensi. Untuk teknik T+ ini, pelabur boleh pilih saham yang sedang melakukan penurunan atau berada dalam kategori T1, T2 atau lain-lain dengan menggunakan \nT+ screener\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam \nscreener\n ini telah disediakan beberapa maklumat seperti kategori T+, cadangan \nsupport\n dan \nresistance, remarks\n, iSaham s\ncore\n dan beberapa lagi. Jika pelabur mahu menentukan \nsupport\n dan \nresistance\n sendiri pun tiada masalah. iSaham \nscore\n pula adalah \nscore\n bagi sesuatu saham itu berdasarkan \nfundamental\n dan teknikal.\n\n\nPelabur boleh memilih saham mengikut pilihan kriteria masing-masing. Pemilihan saham dinasihatkan mempunyai \nfundamental\n dan teknikal yang bagus. Elakkan melabur saham dalam kaunter yang pendapatan negatif atau sejarah carta yang kurang menarik.\n\n\nAdakah teknik T+ ini berkesan?\n\n\nTeknik ini sama seperti teknik \nbuy on pullback\n atau \nbuy on dip\n. Bermaksud membeli saham ketika ia membuat penurunan selepas saham itu \nbreakout\n atau membuat kenaikan yang tinggi. Tetapi persoalannya berapa jauh atau berapa lama saham itu membuat \nretracement\n? Mungkin ada yang makan masa sehingga dua tiga bulan atau sehingga mencecah tahap sokongan paling jauh. Sejauh mana sesuatu saham itu membuat penurunan adalah tidak diketahui. Jadi pelabur perlu membuat \ntrading plan\n sebelum membuat pembelian saham.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Carta MHC Plantations Bhd\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, pada 6 Oktober 2021 saham MHC telah membuat kenaikan dan pada hari itu dikira sebagai T0. Hari seterusnya dikira sebagai T1 dan T2. Pada 11 Oktober 2021 adalah T3 dan harga sahamnya kembali \nrebound. \nTetapi, jika harga saham jatuh lebih dari support, maka ia dikira terbatal.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSetiap teknik atau strategi adalah untuk membantu para pelabur membuat keputusan dalam pelaburan. Kita membuat \ntrading plan\n berdasarkan kajian saham, namun ini tidak dapat menentukan dengan tepat kemana arah tuju saham tersebut. Jadi, pentingnya ada \ntrading plan\n untuk mengurangkan risiko jika sesuatu strategi itu tidak menjadi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kajian-trend-saham-dengan-moving-average", "title": "Kajian Trend Saham dengan Moving Average", "body": "Moving average adalah satu instrumen dalam kajian atau analisis teknikal saham. Tujuan moving average digunakan ialah untuk mendapatkan sebuah lengkung di atas graf yang lebih normal. Lengkung ini akan memberikan gambaran purata harga untuk satu jangka masa yang diperhatikan. Dengan moving average, kesan naik turun saham yang rawak boleh ditapis, membolehkan harga dilihat secara purata yang bergerak.\n\n\nMasa dalam pemerhatian Moving Average\n\n\nPurata bergerak atau moving average boleh dilihat dalam apa-apa jangka masa yang ingin diperhatikan. Secara kebiasaan, ia digunakan untuk melihat dalam tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Mengikut pengelasan ini, jangka masa pendek boleh jadi sama ada 3, 4 atau 5 hari mengikut apa yang anda biasa.\n\n\nSekiranya anda gemar untuk pantau pada purata pergerakan seminggu, boleh lihat pada MA5 berdasarkan 5 hari pasaran dibuka seminggu. Untuk dua minggu dan lebih, boleh lihat pada MA10 dan seterusnya. Semakin pendek masa yang digunakan untuk membina purata ini, semakin sensitif lengkung yang akan terhasil daripada perubahan harga. Sebaliknya pula yang berlaku jika diperhatikan pada jangka masa yang lebih panjang.\n\n\n\n\nPurata untuk moving average boleh dibuat sama ada asaskan harga buka, tutup, tinggi atau rendah saham. Setiap titik pada lengkung moving average pula terhasil daripada jumlah hari yang diperhatikan sebelum dan termasuk hari rujukan. Jika kita lihat pada MA10 pada hari ini, ianya dibentuk dari 9 hari sebelum, dan termasuk harga saham hari ini.\n\n\nCara menggunakan Moving Average\n\n\n\n\nUntuk menggunakan moving average di iSaham, anda boleh lihat pada carta dan tekan butang \nIndicators\n di bahagian atas carta. Cari dan tekan pada indicator moving average. Anda akan dapat lihat lengkungan moving average terhasil pada carta. Daripada lengkung ini, anda boleh menilai sama ada saham bergerak secara menaik, menurun atau mendatar.\n\n\n\n\nMelihat pada contoh di atas, kita boleh tetapkan lengkung Moving Average sama ada pada 10, 50, atau 200 hari untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kita boleh lihat bahawa lengkung dari MA10 (berwarna biru) terbentuk lebih mirip dengan carta lilin berbanding MA50 dan juga MA200 yang jauh sekali berbeza coraknya.\n\n\nDari corak ini, secara umumnya kita boleh katakan POHUAT ini sesuai dilabur untuk jangka masa pendek dan sederhana, dan tak sesuai untuk jangka masa panjang. Penilaian ini dibuat berdasarkan lengkung mana yang menunjukkan corak kenaikan atau penurunan.\n\n\nPintasan Moving Average\n\n\nDalam pemerhatian moving average, kita juga boleh mengesan sebuah signal dagangan sekiranya berlaku pintasan moving average. Untuk mengenal mekanisma ini, kita boleh sebut moving average jangka masa pendek sebagai MA yang laju dan jangka masa panjang sebagai MA yang perlahan.\n\n\nSekiranya MA laju membuat pintasan atas MA perlahan dalam keadaan uptrend, ia disebut sebagai Golden Cross. Sebaliknya pula, sekiranya MA laju membuat pintasan atas MA perlahan dalam keadaan downtrend, ia disebut sebagai Dead Cross.\n\n\n\n\nGolden Cross adalah satu signal belian, manakala Dead Cross adalah signal jualan. Relevannya di sini ialah pergerakan MA yang laju akan mula menguasai trend pergerakan berbanding MA yang perlahan.\n\n\nAda pelbagai kombinasi MA laju dan perlahan yang boleh digunakan. Namun semuanya menggunakan konsep yang sama, iaitu MA laju memintas MA perlahan. Antara screener Golden Cross yang ada di iSaham ialah:\n\n\n\n\nMA20 Cross MA40\n\n\nMA20 Cross MA50\n\n\nMA30 Cross MA200\n\n\nMA7 Cross MA26\n\n\n\n\nMoving Average sebagai Support\n\n\nMA juga boleh digunakan sebagai support untuk menentukan harga entry saham. Secara kebiasaannya kita melihat satu paras harga itu sebagai suatu harga support. Untuk penggunaan MA, kita boleh anggap lengkungan MA pula sebagai support. Maka apabila harga saham menurun dan menyentuh lengkungan MA, ia menandakan sebuah entry. Antara screener yang boleh membantu anda mencari saham-saham yang mempunyai MA sebagai support adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMA as Support\n\n\nVWMA as Support\n\n\n\n\n\n\nScreener di atas tadi akan mengesan mana-mana saham yang berdekatan dengan garisan MA20, 50, 100 dan 200 seperti dalam gambar (garisan biru) di atas.\n\n\nKebergantungan pada Moving Average\n\n\nSeperti mana-mana kaedah kajian yang lain, Moving Average juga tidak terkecuali dari risiko entry yang palsu (false entry). Saham merupakan instrumen pelaburan yang sangat susah untuk diramal. Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan saham. Terdapat juga kemungkinan saham tidak bergerak seperti yang dijangka disebabkan sentimen pasaran yang pelbagai."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kebangkitan-ekonomi-negara-4-harimau-asia", "title": "Kebangkitan Ekonomi Negara 4 Harimau Asia", "body": "Selepas berakhirnya konflik Perang Dunia II dan Perang Korea, negara yang terlibat mula bergelut untuk mengatasi masalah ekonomi dan membangunkan semula negara selepas berlakunya kemusnahan dalam peperangan. Dari segi sudut positif, pembukaan semula pintu sempadan telah dilaksanakan antara negara yang telah memberi peluang aktiviti perdagangan dan teknologi berkembang secara meluas serta mengurangkan jurang ketidaksetaraan ekonomi antara negara.\n\n\nUmumnya, menjelang tahun 1980-an telah munculnya beberapa buah negara yang pesat membangun dari segi pertumbuhan ekonomi sehingga digelar sebagai 4 Harimau Asia. Pertumbuhan ini telah menyebabkan negara ini telah berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi perindustrian. Gelaran ini telah diberikan kepada 4 buah negara iaitu Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.\n\n\n\n\n1. Korea Selatan\n\n\n\n\n*Berdasarkan data statistik tahun 2020\n\n\n\n\n\n\nNilai GDP\n\n\nUSD 1.59 trilion\n\n\n\n\n\n\nGDP per Kapita\n\n\nUSD 30,640\n\n\n\n\n\n\nKadar Pertumbuhan\n\n\n-1.9%\n\n\n\n\n\n\nPopulasi\n\n\n51.8 juta penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada suatu ketika dahulu, Korea Selatan sebuah negara yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Negara ini bergelut untuk membangunkan semula ekonomi selepas berakhirnya peperangan \"Korea War\" pada lewat tahun 1953. Hal ini menyebabkan Korea Selatan dikategorikan sebagai negara termiskin di dunia selama sedekad.\n\n\nSampai satu tahap GDP per kapita negara ini adalah USD 79 pada tahun 1960. Namun segalanya berubah selama 4 dekad apabila Korea Selatan mula melibatkan diri dalam ekonomi perindustrian seperti elektronik dan pembangunan perisian, automotif dan lain-lain.\n\n\nPeningkatan ini didorong oleh galakan kerajaan terutamanya terhadap struktur perniagaan syarikat konglomerat \nChaebol\n seperti Hyundai, Samsung dan LG Corporation. Galakan ini meliputi pelepasan cukai, kemudahan pinjaman kewangan bank dan lain-lain. Kini, Korea Selatan merupakan kuasa besar dalam dunia elektronik, automatif dan pembuatan kapal.\n\n\n\n\n\n\nGambar: autonews.com\n\n\n\n\n\n\n2. Taiwan\n\n\n\n\n*Berdasarkan data statistik tahun 2020\n\n\n\n\n\n\nNilai GDP\n\n\nUSD 660 bilion\n\n\n\n\n\n\nGDP per Kapita\n\n\nUSD 28,180\n\n\n\n\n\n\nKadar Pertumbuhan\n\n\n2.5%\n\n\n\n\n\n\nPopulasi\n\n\n23.6 juta penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nTaiwan merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang bersempadan dengan China dan Hong Kong. Sebelum dan semasa berlakunya Perang Dunia II negara ini telah diperintah oleh pemerintahan Jepun. Jepun pada ketika itu telah membawa perubahan terhadap sektor awam dan swasta seperti meningkatkan komunikasi, mewujudkan infrastruktur pengangkutan dan menerapkan bidang pendidikan kepada penduduk Taiwan.\n\n\nPada tahun 1950, apabila tercetusnya Perang Korea, Amerika Syarikat telah memberi dorongan ekonomi melalui program Suruhanjaya Bersama Pembangunan Semula Luar Bandar yang menjadikan sektor pertanian sebagai asas pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 1962, GDP per kapita Taiwan pada ketika itu mencatatkan USD 170 berbanding pada tahun 2020 sebanyak USD 28,180.\n\n\nPerubahan ini disebabkan dasar dan polisi \"Sepuluh Projek Pembinaan Utama\" yang dilaksanakan oleh Chiang Ching-kuo merupakan Presiden Taiwan pada ketika itu. Dasar ini telah mengubah ekonomi Taiwan secara drastik yang mula melibatkan diri dalam perdagangan eksport dan import. Mulai tahun 1990-an pelbagai syarikat teknologi yang berpusat di Taiwan mula melebarkan sayap pasaran ke seluruh dunia. Antaranya, Acer Inc, Asus, Foxconn dan HTC. Foxconn merupakan syarikat pembuatan elektronik yang mengeluarkan produk kepada Blackberry, Apple, Nokia, Nintendo, Xbox, dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nBangunan Taipei 101 memegang rekod dunia pencakar langit dari tahun 2004 sehingga 2010. Gambar: \ndesignbuild-network.com\n\n\n\n\n\n\n3. Singapura\n\n\n\n\n*Berdasarkan data statistik tahun 2020\n\n\n\n\n\n\nNilai GDP\n\n\nUSD 340 bilion\n\n\n\n\n\n\nGDP per Kapita\n\n\nUSD 58,480\n\n\n\n\n\n\nKadar Pertumbuhan\n\n\n-6%\n\n\n\n\n\n\nPopulasi\n\n\n5.8 juta penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nSingapura merupakan sebuah negara yang terkecil di rantau Asia Tenggara berkeluasan 728.3 km\n2\n. Walaupun negara ini kecil dan tidak mempunyai sumber alam semula jadi, namun Singapura adalah sebuah kota metropolitan yang memainkan peranan utama dalam dunia perdagangan dan kewangan antarabangsa. Kini Singapura adalah \npelabuhan\n entrepot kedua tersibuk di dunia yang menguruskan sekitar 38.0 juta TEU dan 626.2 juta kargo pada tahun 2019.\n\n\nPerubahan ini bermula selepas Perdana Menteri Singapura pada ketika itu, Lee Kuan Yew menerapkan beberapa dasar ekonomi untuk meningkatkan sektor pembuatan negara. Antaranya, beberapa kawasan perindustrian ditubuhkan dengan memberi galakan insentif cukai kepada pelaburan asing.\n\n\nPada tahun 2020, Singapura mencatatkan kadar pelaburan asing sebanyak USD 1,912 trilion. Peningkatan ini menyebabkan Singapura negara kelima di dunia menerima kemasukan kadar pelaburan asing tertinggi selepas Amerika, China, Belanda dan Hong Kong.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \ncio.com\n\n\n\n\n\n\n4. Hong Kong\n\n\n\n\n*Berdasarkan data statistik tahun 2020\n\n\n\n\n\n\nNilai GDP\n\n\nUSD 340 bilion\n\n\n\n\n\n\nGDP per Kapita\n\n\nUSD 45,180\n\n\n\n\n\n\nKadar Pertumbuhan\n\n\n2.9%\n\n\n\n\n\n\nPopulasi\n\n\n7.6 juta penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nHong Kong merupakan negara pertama berkembang terlebih dahulu dalam kalangan negara 4 Harimau Asia yang bermula pada tahun 1950-an. Sebelum berlakunya revolusi perindustrian, Hong Kong mendapat permintaan terutamanya melibatkan industri kapas dan kain.\n\n\nPada tahun 1949, negara ini diletakkan sebagai wilayah pentadbiran khas (SAR) di China sehingga tahun 2047 yang mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju dan dasar ekonomi tanpa dipengaruhi keputusan daripada China. Sepanjang pembangunan ekonomi dilaksanakan pada tahun 1961 sehingga 1997, GDP Hong Kong telah meningkat 180 kali ganda yang telah menjadikannya salah satu negara terkaya di dunia.\n\n\nFaktor peningkatan ini disebabkan insentif cukai terhadap pelaburan asing dan upah yang murah terhadap tenaga buruh. Insentif ini telah menarik ramai syarikat tidak kira bersaiz sederhana dan besar melabur pelaburan di kawasan bandar. Tidak hairanlah, bandar Hong Kong mempunyai pelbagai bangunan pencakar langit dan pelabuhan ke-4 tersibuk di dunia yang terletak berhampiran Victoria Harbour.\n\n\n\n\n\n\nGambar: bbc.com\n\n\n\n\n\n\nFaktor Perubahan Revolusi Industri\n\n\nJika dilihat secara keseluruhannya, 4 harimau Asia ini terus berdaya saing dengan mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sejak 1960-an. Singapura dan Hong Kong dilihat sebagai hub dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa serta perdagangan eksport dan import .\n\n\nManakala Taiwan dan Korea Selatan menjadi pelopor dalam pembuatan komponen elektronik, semikonduktor dan komputer. Pertumbuhan ekonomi ini dijadikan sebagai suri teladan dan inspirasi bagi negara yang sedang membangun, terutamanya ekonomi \nTiger Cub\n Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Faktor perubahan ini disebabkan revolusi dan dasar yang dijalankan:\n\n\n\n\nMengamalkan dasar buka pintu ekonomi melalui perdagangan bebas\n\n\nMemperkenalkan penawaran cukai dan dasar-dasar yang memberangsangkan untuk menggalakkan pelaburan asing (FDI)\n\n\nKebijaksanaan pemerintah dalam mencorak pertumbuhan ekonomi negara\n\n\nMeningkatkan taraf pendidikan penduduk\n\n\nMeningkatkan tenaga kerja buruh yang intensif kepada berkemahiran tinggi\n\n\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\niDeals\n\n\nCFI\n\n\nBorgen Magazine\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kejatuhan-syarikat-blue-chip-kodak", "title": "Kejatuhan Syarikat Blue Chip yang Bernama Kodak", "body": "\n\nDunia digital semakin berubah saban tahun telah melahirkan pelbagai produk dan jenama berkaitan dengan kamera. Pelbagai kenangan dan memori telah terukir terutamanya generasi yang lahir tahun 70-an sehingga tahun 90-an mengenai kamera berjenama Kodak. Anda pasti akan menyebut \u201cfilem kodak sudah habis, kena beli baru untuk mengambil gambar\u201d, berbanding pada zaman kini \u201calamak memori telefon sudah penuhlah\u201d.\n\n\nTahukah anda, Kodak merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan kamera dan filem yang paling lama bertahan dalam industri fotografi serta telah mampu menakluk dunia dengan pelbagai produk yang dihasilkan.\n\n\nSejarah Penubuhan\n\n\nKodak ditubuhkan oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang bernama George Eastman pada tahun 1888. Sebelum kewujudan kamera bersaiz kecil dan mini, hanya golongan professional sahaja yang terlatih yang layak mengambil gambar disebabkan kamera yang bersaiz besar dan rumit untuk mengendalikannya. Kos harga untuk mengambil gambar pada ketika itu adalah mahal.\n\n\nMenggunakan kebijaksanaan dan inovasi, George Eastman telah menghasilkan sebuah kamera yang bernama Brownie. Kamera ini dijual dengan harga yang rendah dan sangat mudah digunakan oleh orang ramai tanpa memerlukan kemahiran penggunaan yang tinggi. Pengeluaran ini merupakan titik utama peningkatan pengeluaran Kodak.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu iklan dan promosi kamera Brownie pada tahun 1900. Gambar: Photofocus\n\n\n\n\nRaja Monopoli Dalam Pasaran Fotografi\n\n\nGeorge Eastman pernah menyatakan \n\u201cyou press the button, we do the rest\u201d.\n Selepas gambar diambil melalui kamera Kodak, pelanggan tersebut perlu menghantar ke kedai Kodak untuk diproses untuk menghasilkan sekeping gambar. Kodak telah menjalankan polisi dengan menjual harga kamera yang mampu milik oleh orang ramai. Walaupun konsep ini dikatakan agak merugikan, namun Kodak beranggapan sebaliknya.\n\n\nSecara logiknya pengguna akan membeli sekali sahaja kamera tetapi perlu membeli berkali kali untuk filem Kodak. Tidak hairanlah Kodak mampu memperolehi jumlah pendapatan berlipat kali ganda dengan hanya menjual kamera filem. Kodak mencapai kemuncak apabila mereka memdominasi lebih daripada 85% penjualan kamera dan 90% penjualan filem kamera dan berterusan sehingga awal tahun 2000.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan filem Kodak begitu popular sebelum kemunculan kamera digital. Gambar: Pexels\n\n\n\n\nBermulanya Perubahan Analog ke Digital\n\n\nMenjelang tahun 1980, industri fotografi mula berubah kepada zaman digital kamera. Kodak juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan kamera digital pertama mereka.\n\n\nPada tahun 1976 pencipta kamera digital pertama telah dihasilkan oleh Steven Sasson dan dipatenkan. Tapi sayangnya, revolusi yang diperkenalkan oleh Steven Sasson tidak dipandang serius oleh pihak pengurusan tinggi Kodak. Beliau mengetahui ciptaannya berpotensi mampu menjadi perubahan dalam dunia fotografi.\n\n\nWalaupun Kodak telah mengeluarkan kamera digital DC40 pada tahun 1995, Kodak masih lagi berada di takuk lama dan berfokuskan pengeluaran filem kamera berbanding kamera digital yang memerlukan kos pengeluaran yang tinggi. Akhirnya, Kodak telah membawa satu teknologi baharu pada filem kamera dikenali sebagai \nAdvance Proton Sistem\n untuk meningkatkan keuntungan dalam pasaran kamera digital. Pengeluaran teknologi ini telah menelan belanja sebanyak 1 billion USD.\n\n\n\n\n\n\nKamera digital pertama dicipta oleh Steven Sasson. Gambar : \nDIY Photography\n\n\n\n\nStrategi Berlainan Fujifilm\n\n\nPesaing Kodak seperti Fujifilem, Canon, Nikon dan sebagainya mempunyai strategi yang berbeza. Pada ketika itu pesaing telah merangka pelan dan cadangan untuk menaik taraf kamera digital kearah lebih bagus. Mereka berpendapat potensi untuk kamera digital akan lebih berkembang pada masa hadapan. Kodak terlalu maju dan kehadapan dalam pengeluaran filem kamera menyebabkan pesaing lebih memfokuskan kamera digital.\n\n\nPada tahun 2000 di bawah pimpinan presiden Komori, pelbagai strategi telah dirangka supaya keuntungan Fujifilem tidak merosot. Beliau telah merangka Visi 75 sempena ulang tahun syarikat ke 75 pada tahun 2004. Beliau menjangkakan keuntungan jualan syarikat akan meningkat sebanyak 2 atau 3 trillion Yen setiap tahun.\n\n\n\n\nSumber Laporan Tahunan Kodak dan Fujifilm\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n2000\n\n\n2010\n\n\nPeratus\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJualan Kodak\n\n\n14 Billion Dollar\n\n\n7.2 Billion Dollar\n\n\n-32.07%\n\n\n\n\n\n\nJualan Fujifilm\n\n\n1.4 Trillion Yen\n\n\n2.2 Trillion Yen\n\n\n22%\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelbagai inovasi dan rangka pengurusan telah dijalankan seperti menutup fasiliti yang kurang mendapat keuntungan dan memfokuskan kepada pasaran baharu seperti farmasi, komestik dan bahan material bermutu tinggi antaranya, Fujitac dan Astalift.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nFujitac\n\n\n\n\nPengeluaran Fujitac telah menembusi hampir 70% pasaran produksi panel LCD dunia. Fujifilem juga melibatkan dalam pasaran komestik dikenali sebagai Astalift dengan teknologi cetak foto seperti collagen, antioksidan, nano teknologi dan sebagainya. Betapa bijak Fujifilem dan siapa sangka dengan menggunakan teknologi filem kamera mampu menghasilkan produk kecantikan.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nAstalift\n\n\n\n\nBermulanya Zaman Kejatuhan\n\n\nMenurut kajian \nHarvard Business, \npada ketika itu CEO Kodak George Fisher beranggapan agak mustahil kamera digital mampu mengatasi perniagaan utama mereka itu analog kamera yang menggunakan filem kamera. Fisher terus mengeluarkan modal sebanyak $2 billion dollar untuk menjalankan pembangunan dalam filem kamera berbanding pembangunan digital kamera.\n\n\nPada tahun 2001 disebabkan kewangan syarikat yang kukuh, Kodak masih lagi menjual harga kamera digital secara komersial pada harga yang lebih murah berbanding pesaing lain yang lebih menumpukan penggunaan teknologi kamera DLSR. Mengikut statistik dari Harvard Business, Kodak telah mengalami kerugian sebanyak 60 USD untuk setiap satu kamera digital.\n\n\nKesudahan Yang Teruk Selepas 100 Tahun Penubuhan\n\n\nPada awal tahun 2000 perkembangan teknologi internet dalam media sosial seperti Myspace, Facebook dan Yahoo mula berkembang luas dalam kalangan pengguna. Secara tidak langsung, perkongsian gambar dalam dunia maya lebih mudah dan cepat berbanding penggunaan gambar secara bingkai. Perkembangan ini menyebabkan revolusi filem analog kamera semakin berkurangan.\n\n\nNatijahnya, Kodak yang kurang menjalankan inovasi dalam pembangunan digital kamera untuk kegunaan professional seperti penggunaan DLSR gagal menemui jalan penyelesaian dan tidak lagi dapat bersaing terkemuka seperti Sony, Canon dan sebagainya dalam bidang fotografi.\n\n\n\n\nPenggunaan dan perkembangan teknologi telefon bimbit juga telah menyebabkan harga pasaran kamera semakin berkurangan. Ini dapat dilihat pada masa kini pengguna lebih menggunakan telefon bimbit sebagai mekanisme mengambil gambar berbanding penggunaan kamera.\n\n\nPada tahun 2012, akhirnya Kodak tidak mampu lagi bertahan dan disytiharkan muflis oleh Mahkamah Persekutuan disebabkan hutang yang terlalu banyak dan kemasukan untung pendapatan tidak selari dengan bebanan hutan setiap tahun. Sebuah legasi yang telah wujud hampir 130 tahun lenyap begitu sahaja disebabkan gagal mengambil serius perkembangan dunia digital.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kelebihan-guna-stock-screener", "title": "Kelebihan Guna Stock Screener", "body": "Cabaran dalam membeli saham ni banyak terletak pada pemilihan saham yang bagus. Saham bagus ni terpulang pada penilaian pelabur sama ada untuk memberikan pulangan jangka pendek, sederhana atau panjang. Sebuah peralatan ataupun tool yang membolehkan anda memilih saham yang bagus ialah stock screener.\n\n\nDengan stock screener, seorang pelabur boleh menapis saham-saham bagus dari beratus-ratus saham yang kita tak mungkin cari satu per satu. Ianya membolehkan anda menjimatkan masa, mengurangkan faktor emosi dalam pemilihan saham, dan mengenali saham yang mungkin tersembunyi di sebalik timbunan saham-saham di dalam pasaran.\n\n\nMenjimatkan masa\n\n\nSesebuah stock screener biasanya adalah sebuah tool berasaskan web ataupun perisian. Ia berkebolehan menggunakan fungsi tapisan data berdasarkan kriteria dan ukuran yang ditetapkan dengan pantas. Sekiranya anda menapis beratus-ratus saham di Bursa Malaysia secara manual, ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan fungsi tapisan stock screener ini.\n\n\n\n\nAnda boleh menapis pelbagai kriteria yang menjadi keutamaan anda. Antaranya mungkin margin keuntungan, P/E ratio, LTS, FCON dan sebagainya. Sekiranya anda tak tahu kriteria apa yang nak ditapis, mungkin anda perlu ikut kelas dulu. Tapi ada banyak screener yang telah pun tersedia di iSaham dengan pelbagai kriteria yang dapat menapis saham-saham yang bagus.\n\n\nMengurangkan faktor emosi\n\n\nBerdasarkan fungsi tapisan tadi sahaja anda dapat lihat bahawa tapisan saham dalam stock screener itu berdasarkan data semata-mata. Ini bermakna faktor emosi telah disingkirkan dari pemilihan saham. Sekiranya anda jenis pelabur emosi pula, mungkin screener dapat menyelamatkan anda dari pelaburan yang berpotensi untuk lebur.\n\n\n\n\nAnda boleh tetapkan sebuah screener untuk mengeluarkan saham yang berprestasi tinggi sahaja sebagai pemilihan. Sekiranya saham yang anda suka tak melepasi piawai yang ditetapkan, mungkin bukan masanya untuk beli saham yang anda rasa bias dengan emosi anda.\n\n\nMengenali saham tersembunyi\n\n\nSekiranya anda mengimbas senarai saham dalam pasaran satu per satu, ada kemungkinan anda akan terjumpa saham yang tak pernah dikenali sebelum ini. Ini adalah disebabkan terdapat beratus-ratus saham yang tersenarai, dan mungkin ada saham-saham yang selama ini sedang tidur atau tak banyak didagangkan. Oleh itu, saham-saham ini jarang dijumpai dan di antaranya mungkin berada di bawah nilai sebenar.\n\n\n\n\nDengan stock screener, sesebuah saham yang kurang dikenali boleh muncul sekiranya bertemu kriteria yang dicari. Screener ini boleh jadi berlandaskan kriteria P/E ratio yang rendah, atau apa-apa kriteria potensi pertumbuhan yang tertentu.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKesimpulannya, penggunaan stock screener dapat membantu memudahkan urusan kita untuk membuat pemilihan saham. Pemilihan secara manual memerlukan masa yang lebih panjang. Ia juga hanya bergantung kepada saham yang kita kenali sahaja. Dengan stock screener, seluruh saham dalam pasaran dapat ditapis mengikut kriteria kehendak kita. Dengan ini, anda tidak tercicir dengan peluang yang mungkin boleh diperoleh melalui saham-saham yang tersembunyi atau secara mudahnya, yang belum dikenali.\n\n\nDi iSaham, kami sediakan \nscreener-screener\n yang anda boleh gunakan untuk membantu anda memilih dan mengkaji saham berpotensi. Ada screener percuma dan premium. Sekiranya anda berminat menggunakan screener premium secara percuma, boleh hubungi \nteam kami."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kemuncak-pasaran-nasdaq-sehingga-berlaku-gelembung-dot-com", "title": "Kemuncak Pasaran Nasdaq sehingga Berlaku Gelembung Dot Com", "body": "Perubahan menjelang tahun 2000 telah memberi anjakan paradigma dan perkembangan teknologi yang meletus ke serata dunia. Sedar tak sedar hampir 21 tahun peristiwa ini berlalu. Krisis ini bermula apabila berlakunya gelembung dot-com dikenali sebagai gelembung teknologi maklumat dan perubahan teknologi dengan menggunakan rangkaian internet.\n\n\nHampir kesemua syarikat yang baru ditubuhkan berpusu-pusu menggunakan nama yang mempunyai \u201c.com\u201d sebagai identiti syarikat. Penggunaan \u201c.com\u201d bermaksud istilah yang begitu popular di Internet seperti webvan.com, e-toys.com dan sebagainya. Situasi ini semakin rancak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nstreetfins.com\n\n\n\n\n\n\nPengenalan\n\n\nPermulaan krisis ini berlaku sekitar tahun 1995 dan telah mencapai puncaknya pada Mac 2000. Kebanyakan pasaran saham dipengaruhi oleh modal perbelanjaan dan syarikat dibiayai IPO dalam sektor internet. Ini dapat dilihat dari hampir majoriti 295 daripada 457 syarikat diniagakan di Wall Street terlibat dalam industri teknologi internet. Jumlah ini bertambah pada suku pertama tahun 2000 sebanyak 91 syarikat.\n\n\nIni menyebabkan indeks saham teknologi Nasdaq didagangkan di Wall Street meningkat sebanyak 400% dari 1000 mata indeks sehingga 5000 mata indeks bermula tahun 1995 sehingga tahun 2000. Dagangan ini menyebabkan munculnya pelabur baharu semata mata ingin mengaut keuntungan tanpa memikir kedudukan dan strategi perancangan perniagaan sesebuah syarikat.\n\n\nSpekulasi Gelembung Dot Com\n\n\nApabila syarikat ini diniagakan secara awam, majoriti pelabur tidak melepaskan peluang dalam pasaran \u201c.com\u201d. Antara strategi dan teknik yang dilaksanakan pelabur adalah melabur dalam pendekatan IPO. Sebanyak 295 IPO telah diniagakan, 117 berjaya menggandakan nilai pada hari pertama dagangan sehingga mampu mencatat kekayaan pada masa yang singkat disebabkan pasaran gelembung internet.\n\n\nPesaing yang tidak mempunyai perniagaan dalam industri teknologi maklumat mempunyai pendekatan berbeza. Mereka telah membelanjakan hampir 90% untuk menjalankan pengiklanan untuk memasarkan jenama supaya dikenali orang ramai. Jadi tidak hairanlah, mereka membelanjakan jumlah yang banyak supaya berupaya mengekalkan dan bersaing dengan syarikat \u201c.com\u201d.\n\n\nSecara logiknya syarikat yang mula berkecimpung dan bertapak dalam teknologi internet memerlukan dana yang banyak dalam infrastruktur rangkaian syarikat. Pinjaman yang besar diperlukan sehingga menyebabkan berlakunya krisis \u201c.com\u201d apabila kewangan syarikat mula kerugian.\n\n\nKejutan Panik Penjualan\n\n\nPada 10 Mac 2000, gelembung \u201c.com\u201d mula meletus dan menunjukkan perubahan yang negatif. Permulaan jumlah stok Nasdaq sebanyak USD 6.71 trillion dan mula menurun sebanyak USD 6.02 trilion pada 30 Mac 2000. Lebih memeranjatkan dalam masa sebulan nilai Nasdaq mula menurun sebanyak 1 trillion pada 6 April dengan mencatatkan USD 5.78 trillion.\n\n\n\n\nMenurut pandangan JP Morgan di Portal Time kebanyakan syarikat menunjukkan kerugian sebanyak USD 10 juta sehingga USD 30 juta pada suku pertama yang berkemungkinan boleh menyebabkan muflis. Para pelabur mula panik dan menjual saham berkaitan teknologi seperti Dell dan Cisco. Jumlah penjualan saham menjadi lebih banyak berbanding jumlah pembelian saham dalam syarikat tersebut.\n\n\nKejatuhan Beberapa Syarikat\n\n\nSpekulasi ini bermula apabila syarikat gergasi Microsoft mula disiasat atas dakwaan \u201canti-trust\u201d dalam proses penjualan. Anti-trust merupakan perundangan dan peraturan yang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan strategi kotor untuk mendapatkan keuntungan.\n\n\nSiasatan ini mula merunsingkan para pelabur mengenai pasaran dalam industri teknologi. Selepas diumumkan keputusan penyiasatan secara terbuka, ia menyebabkan indeks teknologi mengalami penurunan sebanyak 10 peratus.\n\n\n\n\n\n\nGambar: news.gcase\n\n\n\n\n\n\nKesannya, berlakunya deflasi dalam saham sehingga menyebabkan para pelabur mula menjual saham sektor teknologi. Mereka berpendapat pasaran sektor teknologi internet tidak membawa keuntungan, sebaliknya mengalami kerugian. Kerugian dalam gelembung \u201c.com\u201d telah menyebabkan kejatuhan syarikat seperti Pets.com, Webvan.com, eToys.com, Flooz.com, theGlobe.com dan lain-lain. Namun syarikat seperti Amazon.com dan eBay.com berjaya mengukuhkan syarikat ketika krisis berlaku daripada kejatuhan walaupun mengalami kesukaran pada peringkat permulaan.\n\n\nPerubahan gelembung dot com telah membawa perubahan bercirikan teknologi baru sehingga mewujudkan pasaran baharu melibatkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaliber. Kerancakan pelabur dalam pasaran baharu teknologi tidak bertahan lama sehingga berlakunya penurunan. Indeks Nasdaq memerlukan masa selama 15 tahun iaitu 2015 untuk mencapai indeks semasa (5048.2 mata) tahun 2000.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nCorporate Finance institute (CFI)\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenali-ethis-ventures-platform-equity-crowdfunding-yang-patuh-syariah", "title": "Kenali Ethis Ventures, Platform Equity Crowdfunding yang Patuh Syariah", "body": "Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang platform seperti Kickstarter dan Indiegogo yang terkenal di Amerika Syarikat? Platform ini disediakan untuk syarikat kecil atau orang persendirian yang mencari dana untuk projek mereka. Jika ada pelabur yang berminat, mereka akan melabur pada projek tertentu di dalam masa yang ditetapkan.\n\n\nAktiviti yang dinyatakan di atas adalah antara contoh \ncrowdfunding\n. Terdapat 3 jenis \ncrowdfunding\n, iaitu\u00a0\nreward crowdfunding, debt crowdfunding, \ndan\n equity crowdfunding\n. Untuk artikel ini, kami akan memfokuskan kepada \nequity crowdfunding\n.\n\n\nMaksud equity crowdfunding\n\n\nEquity crowdfunding\n (ECF) adalah cara alternatif untuk mengumpul dana dari orang ramai bagi syarikat pemula (\nstartup\n). Proses ini dilakukan melalui platform ECF yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia boleh diertikan seakan-akan tawaran awam awal (IPO) di Bursa Malaysia.\n\n\nECF memberi peluang kepada syarikat pemula untuk menawarkan saham milik syarikat kepada pelabur dalam masa yang tertentu. Syarikat-syarikat ini akan menyampaikan idea mereka melalui platform ECF, dan pelabur yang berminat dengan idea mereka akan tertarik untuk melabur di dalamnya.\n\n\nJusteru itu,\u00a0platform ECF seperti ini juga dapat memberi peluang kepada pelabur kecil-kecilan untuk melabur di dalam syarikat yang berpotensi. Dengan adanya platform ECF, mereka akan mempunyai lebih banyak pilihan pelaburan selain pelaburan tradisional.\n\n\nSehingga kini, terdapat 10 platform ECF yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, antaranya ialah\n\u00a0\nEthis Ventures\n.\n\n\n\n\nEthis Ventures\n\n\nEthis Ventures atau Ethis merupakan Pengendali Pasaran Dikenalpasti (RMO) yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan aktiviti \nequity crowdfunding\n dan pelaburan lain yang berkaitan.\n\n\nEthis bertujuan untuk memudahkan pelabur pada setiap peringkat mencari pelaburan tambahan, dan pada masa yang sama dapat membantu syarikat pemula untuk memperolehi dana. Ethis agak berbeza dengan platform ECF yang lain kerana kesemua pelaburan yang ditawarkan adalah patuh syariah.\n\n\nSesiapa sahaja boleh melabur di Ethis asalkan menepati kriteria seperti rajah di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKriteria pelabur seperti yang ditetapkan oleh \nSuruhanjaya Sekuriti Malaysia\n. Gambar: Ethis\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara membuka akaun di Ethis\n\n\nPertama sekali, anda harus klik \nlink ini\n untuk ke laman web Ethis\u00a0dan pergi ke bahagian \nLogin\n dan pilih\u00a0\nRegistration\n di bahagian kanan atas halaman tersebut. Masukkan butiran peribadi anda. Jangan lupa masukkan kod referral '\niSaham\n' di dalam kotak seperti rajah di bawah. Kemudian tekan\u00a0\nCreate Account\n.\n\n\n\n\nAnda akan menerima emel yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Log masuk ke Ethis menggunakan emel dan kata kunci anda seperti yang telah didaftarkan tadi.\n\n\nSejurus itu, anda perlu mengemaskini butiran peribadi anda dengan lebih lanjut di halaman ini. Pilih keahlian yang sesuai dengan anda sama ada anda ialah pelabur\u00a0\nRetail\n, \nAngel\n atau \nSophisticated\n. Lengkapkan pengisian butiran peribadi dan muat naik gambar kad pengenalan serta bukti alamat rumah. Kesemua ini perlu diisi untuk memenuhi keperluan \nKnow Your Customer\n (KYC).\n\n\n\n\nAnda kemudian akan menerima emel seperti di bawah yang memberitahu pendaftaran anda telah berjaya.\n\n\n\n\nPemilihan pelaburan\n\n\nUntuk memulakan pelaburan, anda hanya perlu tekan pada butang \nInvest\n di bahagian atas halaman ini. Di sini, terdapat beberapa kempen yang sedang berlangsung, seperti contoh di bawah:\n\n\n\n\nTekan \nView\n\u00a0untuk membaca butiran lanjut tentang kempen yang sedang dijalankan itu. Butiran seperti latar belakang syarikat, \nhighlight\n kempen, \nroadmap\n dan lain-lain disenaraikan di sini.\n\n\nJika berminat, pilih amaun yang hendak dilaburkan (mengikut jumlah minima pelaburan yang ditetapkan) dan tekan \nInvest\n. Anda kemudian akan di bawa ke halaman seperti rajah di bawah. Isikan butiran peribadi anda, dan pastikan anda memasukkan kod referral \niSaham \ndi tempat yang disediakan seperti dalam rajah di bawah.\n\n\n\n\nSetelah itu, tekan \nGet Instruction\n dan anda akan mendapat emel yang menyatakan anda perlu memasukkan wang melalui \ndirect transfer\n\u00a0atau sebagainya kepada Ethis (untuk kempen tersebut).\n\n\nSeperti instrumen pelaburan yang lain, anda harus melengkapkan butiran peribadi dan KYC terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk membuat pelaburan. Untuk memudahkan urusan, pastikan anda telah melengkapkan butiran tentang diri anda terlebih dahulu\n\n\nSetelah selesai, anda boleh melihat status pelaburan anda di bahagian \nMy Profile\n > \nDashboard\n.\n\n\n\n\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Ethis, boleh rujuk di \nWiki Ethis Malaysia\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenali-floating-stocks-dan-kepentingannya", "title": "Kenali Floating Stocks dan Kepentingannya", "body": "Apabila syarikat mengeluarkan saham, kebiasaannya saham tersebut akan dibahagikan terlebih dahulu. Syarikat akan menentukan saham mana yang akan dihadkan dan yang dibenarkan untuk didagangkan dalam pasaran terbuka.\n\n\n\n\nUntuk artikel kali ini, kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang \nfloating stocks\n, iaitu saham yang dimiliki syarikat untuk didagangkan dalam pasaran terbuka.\n\n\nMaksud floating stocks\n\n\nFloating stocks\n atau saham terapung merupakan saham yang boleh didagangkan dalam pasaran secara terbuka. \nFloating stocks\n diperolehi dari jumlah \noutstanding shares\n tolak \nclosely-held stocks\n (saham yang dipegang rapat) dan \nrestricted stocks\n (saham terhad). Secara dasarnya, pengiraannya adalah seperti berikut:\n\n\n\r\n\nOutstanding shares - (closely-held stocks + restricted stocks)\r\n= Floating stocks\n\n\nOutstanding shares\n atau saham tertunggak adalah jumlah bilangan saham yang diterbitkan dan dipegang secara aktif oleh kesemua pemegang saham, iaitu termasuk orang dalaman syarikat serta pelabur-pelabur luar. Kebiasaannya, \noutstanding shares\n juga dikenali sebagai jumlah saham.\n\n\nClosely-held stocks\n adalah saham yang dipegang oleh orang dalaman, pemegang saham utama dan pekerja syarikat. Manakala \nrestricted stocks\n pula ialah saham dalaman yang tidak boleh didagangkan kerana terdapat halangan-halangan sementara seperti selepas penyenaraian tawaran awam awal (IPO).\n\n\nJumlah \nfloating stocks\n boleh bertambah dan berkurang dengan aktiviti seperti \nbonus issues\n dan \nshare consolidation\n.\n\n\nKepentingan floating stocks\n\n\nFloating stocks\n adalah penting untuk diketahui oleh pelabur kerana ia dapat memberitahu berapa banyak jumlah saham yang ada untuk didagangkan oleh orang awam. \nFloating stocks\n dengan peratusan yang kecil mempunyai \nvotality\n yang tinggi, namun mempunyai kadar \nliquidity\n yang rendah akibat \nvolume\n jual beli yang kecil.\n\n\nKebanyakan pelabur besar mungkin kurang gemar untuk menjual beli saham yang mempunyai jumlah \nfloating stocks\n yang rendah dan akan lebih bertumpu kepada syarikat yang mempunyai \nfloating stocks\n dengan peratusan yang besar.\n\n\nContoh floating stocks\n\n\nBerikut merupakan contoh-contoh syarikat dan info saham yang di ambil dari \niSaham Stock Screener\n. Informasi ini boleh didapati di bahagian '\nProfile\n' syarikat tersebut.\n\n\n1. FGV\n\n\n\n\n\n\nInfo saham syarikat \nFGV\n di iSaham.\n\n\n\n\n\n\nFloating stocks\n bagi saham FGV adalah hampir separuh dari keseluruhan jumlah \noutstanding shares\n. Kesannya, saham ini boleh dikatakan bergerak dengan stabil dan mempunyai volume jual beli yang tinggi.\n\n\n2. SCIPACK\n\n\n\n\n\n\nInfo saham syarikat \nSCIPACK\n di iSaham.\n\n\n\n\n\n\nJumlah \nfloating stocks\n bagi SCIPACK pula hanyalah 13.3%, iaitu agak sedikit berbanding jumlah c\nlosely-held stocks\n dan \nrestricted stocks\n syarikat tersebut. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa pergerakannya adalah lebih \nvolatile\n, namun terdapat kekurangan \nvolume\n dagangan.\n\n\nNota:\n Saham serta nilai yang dinyatakan adalah sebagai rujukan sahaja. Jumlah \nfloating stocks\n dan \noutstanding shares\n boleh berubah dari semasa ke semasa.\n\n\nKesimpulan\n\n\nFloating stocks\n adalah antara perkara penting yang boleh pelabur kaji sebelum membuat pelaburan kerana jumlah \nfloating stocks\n boleh memberi impak terhadap tahap \nvotality\n sesuatu saham.\n\n\nSelain itu, memahami \nfloating stocks\n juga membolehkan pelabur untuk memahami struktur pegangan saham dalam syarikat. Justeru, dapat memberikan gambaran tentang kawalan yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham tertentu, dan kesannya apabila mereka melakukan pembelian atau penjualan saham.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenali-indeks-pasaran-saham-luar-negara-versi-covid", "title": "Kenali Indeks Pasaran Saham Luar Negara (Versi Covid)", "body": "Pasaran saham adalah suatu yang kadang-kala susah difahami. Ada hari ia menghijau sehijau hutan hujan khatulistiwa. Kita pun anggap pasaran sedang optimis. Tiba-tiba esoknya pasaran menjadi merah semerah padi, atau mungkin cili padi. Sebenarnya pasaran dunia ini ada yang saling berkait. Produk yang dibuat di negara maju banyak juga datangnya dari negara-negara membangun.\n\n\n\n\nDalam post kali ini, kita akan lihat beberapa pasaran yang utama secara imbas lalu. Dan disebabkan screenshot ini diambil pada bulan Ogos, kita boleh lihat bagaimana beberapa pasaran kembali pulih atau dibantut selepas Covid-19. Senarai ini disusun mengikut waktu pasaran dibuka.\n\n\nSecara ringkas, anda boleh lihat waktu pasaran dalam jadual di bawah yang disesuaikan pada waktu Malaysia:\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegara\n\n\nBuka\n\n\nTutup\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJepun\n\n\n8.00 pagi\n\n\n2.00 petang\n\n\n\n\n\n\nKorea\n\n\n8.00 pagi\n\n\n2.30 petang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTaiwan\n\n\n9.00 pagi\n\n\n1.30 tengah hari\n\n\n\n\n\n\nMalaysia\n\n\n9.00 pagi\n\n\n5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nSingapura\n\n\n9.00 pagi\n\n\n5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nHong Kong\n\n\n9.15 pagi\n\n\n4.30 petang\n\n\n\n\nChina\n\n\n9.30 pagi\n\n\n3.00 petang\n\n\n\n\nIndonesia\n\n\n10.00 pagi\n\n\n5.00 petang\n\n\n\n\n\n\nIndia\n\n\n11.45 pagi\n\n\n6.00 petang\n\n\n\n\n\n\nArab\n\n\n3.00 petang\n\n\n8.00 malam\n\n\n\n\n\n\nTurki\n\n\n3.00 petang\n\n\n8.00 malam\n\n\n\n\n\n\nPerancis\n\n\n4.00 petang\n\n\n1.30 pagi\n\n\n\n\n\n\nItali\n\n\n4.00 petang\n\n\n1.35 pagi\n\n\n\n\n\n\nJerman\n\n\n3.00 petang\n\n\n3.00 pagi\n\n\n\n\n\n\nUK\n\n\n4.00 petang\n\n\n12.30 malam\n\n\n\n\n\n\nBrazil\n\n\n9.00 malam\n\n\n4.30 pagi\n\n\n\n\n\n\nAmerika Syarikat\n\n\n10.30 malam\n\n\n5.00 pagi\n\n\n\n\n\n\nKanada\n\n\n10.30 malam\n\n\n5.00 pagi\n\n\n\n\n\n\nMexico\n\n\n10.30 malam\n\n\n5.00 pagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nJepun\n\n\nPasaran saham utama:\n Tokyo Stock Exchange (TSE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 3 petang UTC+9\n\n\nIndeks pasaran: \nNikkei 225 Index (NI225)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Nikkei 225\n\n\n\n\nKorea\n\n\nPasaran saham utama:\n Korea Stock Exchange (KRX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 3.30 petang UTC+9\n\n\nIndeks pasaran: \nKorea Composite Stock Price Index (KOSPI)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Korea Composite Stock Price\n\n\n\n\nHong Kong\n\n\nPasaran saham utama:\n Hong Kong Stock Exchange (HKEX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9.15 pagi - 4.30 petang UTC+8\n\n\nIndeks pasaran: \nHang Seng Index (HSI)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Hang Seng\n\n\n\n\nMalaysia\n\n\nPasaran saham utama:\n Bursa Malaysia (MYX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 5 petang UTC+8\n\n\nIndeks pasaran: \nFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI)\n\n\n\n\n\n\nIndeks FBMKLCI\n\n\n\n\nSingapura\n\n\nPasaran saham utama:\n Singapore Exchange (SGX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 5 petang UTC+8\n\n\nIndeks pasaran: \nStraits Times Index (STI)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Straits Times\n\n\n\n\nTaiwan\n\n\nPasaran saham utama:\n Taiwan Stock Exchange (TWSE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 1.30 tengah hari +8\n\n\nIndeks pasaran: \nTaiwan Capitalization Weighted Stock Index (TAIEX)\n\n\n\n\n\n\nIndeks TSEC Weighted\n\n\n\n\nChina\n\n\nPasaran saham utama:\n Shanghai Stock Exchange (SSE) / Shenzhen Stock Exchange (SZSE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9.30 pagi - 3 petang UTC+8\n\n\nIndeks pasaran:\n\n\n\n\nShanghai Composite Index (SHCOMP)\n\n\nSZSE Component Index (399001)\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndeks Shanghai Composite\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndeks SZSE Component\n\n\n\n\nIndonesia\n\n\nPasaran saham utama:\n Indonesia Stock Exchange (IDX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 4 petang UTC+7\n\n\nIndeks pasaran: \nIDX Composite Index (COMPOSITE)\n\n\n\n\n\n\nIndeks IDX Composite\n\n\n\n\nIndia\n\n\nPasaran saham utama:\n National Stock Exchange (NSE) / Bombay Stock Exchange (BSE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9.15 pagi - 3.30 petang UTC+5.5\n\n\nIndeks pasaran: \nNifty 50 Index (NIFTY)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Nifty 50\n\n\n\n\nArab Saudi\n\n\nPasaran saham utama:\n Saudi Stock Exchange (TADAWUL)\n Waktu pasaran dibuka:\n 10 pagi - 3 petang UTC+3\n\n\nIndeks pasaran: \nTadawul All Shares Index (TASI)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Tadawul All Shares\n\n\n\n\nTurki\n\n\nPasaran saham utama:\n Borsa Istanbul (ISE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 10 pagi - 3 petang UTC+3\n\n\nIndeks pasaran: \nBIST 100 Index (XU100)\n\n\n\n\n\n\nIndeks BIST 100\n\n\n\n\nUK\n\n\nPasaran saham utama:\n London Stock Exchange (LSE)\n Waktu pasaran dibuka:\n 8 pagi - 4.30 petang UTC+0\n\n\nIndeks pasaran: \nUK 100 Index (UKX)\n\n\n\n\n\n\nIndeks UK 100\n\n\n\n\nJerman\n\n\nPasaran saham utama:\n Frankfurt Stock Exchange (FSX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 8 pagi - 8 malam UTC+1\n\n\nIndeks pasaran: \nDAX Index (DAX)\n\n\n\n\n\n\nIndeks DAX\n\n\n\n\nPerancis\n\n\nPasaran saham utama:\n Euronext Paris (EPA)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 5.30 petang UTC+1\n\n\nIndeks pasaran: \nCAC 40 Index (PX1)\n\n\n\n\n\n\nIndeks CAC 40\n\n\n\n\nItali\n\n\nPasaran saham utama:\n Milan Stock Exchange (MTA)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9 pagi - 5.35 petang UTC+1\n\n\nIndeks pasaran: \nMilano Italia Borsa Index (FTMIB)\n\n\n\n\n\n\nIndeks Milano Italia Borsa\n\n\n\n\nBrazil\n\n\nPasaran saham utama:\n Bolsa de Valores de Sao Paulo (Bovespa)\n Waktu pasaran dibuka:\n 10 pagi - 5.30 petang UTC-3\n\n\nIndeks pasaran: \nBOVESPA Index (IBOV)\n\n\n\n\n\n\nIndeks BOVESPA\n\n\n\n\nAmerika Syarikat\n\n\nPasaran saham utama:\n New York Stock Exchange (NYSE)/NASDAQ \nWaktu pasaran dibuka:\n 9.30 pagi - 4 petang UTC-5\n\n\nIndeks pasaran:\n\n\n\n\nNASDAQ (IXIC)\n\n\nS&P 500 (SPX)\n\n\nDow Jones Industrial Average (DJI)\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndeks NASDAQ\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndeks S&P 500\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndeks Dow Jones Industrial Average\n\n\n\n\nKanada\n\n\nPasaran saham utama:\n Toronto Stock Exchange (TSX)\n Waktu pasaran dibuka:\n 9.30 pagi - 4 petang UTC-5\n\n\nIndeks pasaran:\n S&P / TSX Composite Index (TSX)\n\n\n\n\n\n\nIndeks S&P / TSX Composite\n\n\n\n\nMexico\n\n\nPasaran saham utama:\n Mexican Stock Exchange (BMV)\n Waktu pasaran dibuka:\n 8.30 pagi - 3 petang UTC-6\n\n\nIndeks pasaran:\n IPC Mexico Index (BMV)\n\n\n\n\n\n\nIndeks IPC Mexico\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenali-innature-pengendali-francais-the-body-shop-yang-bakal-terbitkan-ipo", "title": "Kenali InNature - Pengendali Francais The Body Shop yang Bakal Terbitkan IPO", "body": "1. Pengendali Francais The Body Shop\n\n\nInNature merupakan pengendali francais The Body Shop (TBS) yang kini menjalankan operasi di Malaysia dan Vietnam. Jumlah kedai TBS yang mereka kendalikan adalah 89 buah di Malaysia dan 26 buah di Vietnam. Mereka baru dianugerahkan The Body Shop International untuk mengembangkan francais TBS di Kemboja.\n\n\n \nGambar: The Body Shop Malaysia\n\n\n2. Maklumat penyenaraian\n\n\nInNature akan disenaraikan dalam pasaran utama Bursa. Harga IPO telah diumumkan pada RM 0.68 seunit. Agihan saham melalui MITI telah pun diumumkan. Sekiranya tiada apa-apa masalah, selepas ini IPO ini akan dibuka untuk permohonan secara umum pula tidak lama lagi.\n\n\n3. Status shariah\n\n\n\n\nBerdasarkan draf awal prospektus InNature, saham ini dinilai shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti.\n\n\n4. Penggunaan dana IPO\n\n\n\n\nInNature akan menggunakan dana IPO ini untuk perbelanjaan modal, modal kerja, pembangunan bisnes baru dan belanja penyenaraian. Perbelanjaan modal ini melibatkan pengembangan bisnes dalam negara dan juga luar negara di Vietnam dan Kemboja. Aset yang ingin dibelanjakan termasuk pejabat, infrastruktur IT, pergudangan dan tenaga pekerja.\n\n\n5. Pengarah terlibat dalam persatuan kesihatan\n\n\n\n\nPemegang saham terbesar Dato\u2019 Simon dan Datin Mina mempunyai latar belakang yang kukuh untuk sokong kedudukan mereka dalam syarikat. Dato\u2019 Simon pernah menceburi bidang telekomunikasi, komputer peribadi, penjagaan diri dan peranginan. Datin Mina pula menerima beberapa anugerah yang bersifat pemerkasaan wanita. Beliau juga menerima anugerah Patron di Malaysian AIDS Foundation Tun Dr Siti Hasmah atas perkhidmatan yang lama dengan Malaysian AIDS Foundation.\n\n\n6. Prestasi kewangan yang baik\n\n\n\n\nLaporan kewangan terbaru dikeluarkan pada 31 Disember 2018. Tahun terbaru menunjukkan keuntungan yang meningkat dan marjin keuntungan yang semakin baik.\n\n\n7. Jenama Natura ditambah ke dalam kumpulan syarikat\n\n\n\n\nInNature kini mengendalikan edaran dan jualan produk The Body Shop di Malaysia dan Vietnam. Perancangan masa depan untuk InNature ialah mengendalikan francais TBS di Kemboja melalui syarikat Green Cosmetics. Selain itu, Ola Beleza ditubuhkan untuk membawa francais \u201cNatura\u201d ke dalam kumpulan InNature.\n\n\n \nGambar: Natura Brazil\n\n\n8. Bahagian pasaran yang bagus\n\n\n\n\nDalam industri kosmetik dan kecantikan ini ada banyak pesaing dengan kelebihan yang tersendiri. Jenama The Body Shop yang dibawa dalam bisnes InNature mempunyai bahagian pasaran sebanyak 12.3%, membelakangi Estee Lauder dan L\u2019Oreal Malaysia dalam keseluruhan industri kecantikan. Namun, sekiranya mengambil kira kategori jenama tunggal, InNature dengan anak syarikatnya Rampai-Niaga menduduki tempat pertama dengan jenama The Body Shop.\n\n\n9. Permintaan produk natural semakin tinggi\n\n\nBukan suatu perkara yang pelik sekiranya pengguna kini lebih gemar produk natural atau bebas bahan kimia. The Body Shop adalah salah satu jenama yang mendahului segmen produk natural ini dengan 100% bahan tumbuhan (vegan ingredient) dan bebas-kekejaman (haiwan dll). Produk natural ini dianggap lebih selamat, lebih berkualiti, mesra alam dan lebih efektif.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSkor awal yang kami berikan kepada saham IPO ini ialah 4/4 berdasarkan draf prospektus awal. Skor ini tertakluk kepada perubahan sekiranya terdapat perkembangan terbaru dalam prospektus muktamad bila diumumkan nanti. Frost & Sullivan juga menyimpulkan bahawa prospek bisnes InNature ini kelihatan positif. Ini disumbangkan oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan populasi, peningkatan pendapatan boleh guna (disposable), dan kesedaran yang meningkat terhadap penjagaan diri dan kecantikan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenali-tradeplus-pengendali-pelbagai-dana-etf", "title": "Kenali TradePlus Pengendali Pelbagai Dana ETF", "body": "Affin Hwang Asset Management\n adalah sebuah firma pengurusan aset di bawah \nAffin Bank\n. Ia diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelaburan syarikat korporat, dana pencen, institusi, syarikat berkaitan kerajaan, individu berharta dan lain-lain. Antara dana pelaburan yang mereka tawarkan adalah seperti ekuiti, bon, pasaran wang, produk berstruktur dan ETF. TradePlus adalah sayap mereka dalam penawaran produk pelaburan ETF.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Affin Hwang\n\n\n\n\n\n\nKenali TradePlus\n\n\nTradePlus\n mula diperkenalkan pada tahun 2017. Ia menawarkan pelbagai dana pelaburan ETF seperti \nEquity ETF\n, \nCommodity ETF\n dan \nLeveraged & Inverse ETF\n. ETF atau \nExchange Trade Fund\n adalah satu instrumen dana pelaburan yang didagang di pasaran saham Bursa Malaysia. Kali ini kita akan melihat secara mendalam terhadap pembelian emas dengan ETF yang dikategorikan sebagai \nCommodity ETF\n.\n\n\n\n\n\n\nAntara ETF yang ditawarkan kepada pelabur oleh TradePlus. Gambar: TradePlus\n\n\n\n\n\n\nGOLDETF\n\n\nSatu aset komoditi yang ditawarkan oleh TradePlus dalam bentuk ETF ialah \nGOLDETF\n. Ia boleh didagangkan di pasaran saham dan merupakan dana \nTradePlus Shariah Gold Tracker\n. Dana ini adalah patuh syariah, berdasarkan penilaian perunding syariah Amanie Advisor Sdn Bhd. Kini, TradePlus Shariah Gold Tracker merupakan satu-satunya dana pelaburan emas ETF berstatus patuh syariah di Malaysia yang berpandukan pada harga emas semasa.\n\n\n\n\n\n\nGambar: TradePlus\n\n\n\n\n\n\nPelaburan ini membolehkan kita melabur kepada emas fizikal tanpa perlu memegang secara nyata. 95% daripada aset dana ini telah dibeli secara fizikal dari London Bullion Market Association (LBMA) dan kemudian jongkong emas ini disimpan di Singapura. Selebihnya, akan didagangkan dalam bentuk pasaran kewangan patuh syariah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: TradePlus\n\n\n\n\n\n\nGOLDETF ini didagangkan di pasaran Bursa Malaysia melalui platform dagangan. Sebelum pembelian ini dilaksanakan, kita perlulah membuka terlebih dahulu akaun CDS melalui broker. Transaksi jual atau beli ETF ini boleh dilaksanakan pada waktu pasaran Bursa Malaysia.\n\n\nSecara umumnya, satu unit GOLDETF bersamaan dengan 0.01 gram nilai tunai emas semasa. Sama seperti saham dagangan yang lain, pembelian minimum adalah 1 lot (100 unit) bersamaan 1 gram emas. Berdasarkan harga diatas, kos yang perlu dibayar adalah RM 2.45 x 100 unit = RM 245.00 dan ditambah dengan kos broker. Jika dilihat pembelian emas dengan GOLDETF merupakan antara yang termurah di pasaran.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenapa-anda-perlu-melabur-dalam-saham", "title": "Kenapa Anda Perlu Melabur dalam Saham?", "body": "Adakah duit anda hanya berada dalam bank atau pun dana yang memberikan pulangan setiap tahun? Adakah anda rasa dana tersebut sudah pun memberi pulangan yang tinggi untuk anda? Anda rasa saham ini susah dan tidak bersedia untuk melabur sebab anda tidak profesional dan tidak berpengalaman? Mungkin anda perlu berfikir semula. Kami berikan sebab-sebab kenapa anda perlu melabur dalam saham.\nSaham itu mudah, saham ialah bisnes\n \nSaham ialah pemilikan dalam syarikat. Apabila anda membeli sesebuah saham, anda membeli sebahagian (kecil atau besar) daripada syarikat. Sekiranya syarikat untung, anda juga sama-sama untung. Jadi nak buat duit mudah saja, cari syarikat yang anda kaji boleh untung dan berkembang, harga saham juga akan naik seiring dengan potensi syarikat. Kalau syarikat berpotensi membuat untung 10 kali ganda, nilai saham dan keuntungan anda juga akan naik sehingga 10 kali ganda. Anda hanya perlu berfikir seperti seorang pengurus syarikat. \nBegitu mudah kan? Mudah lagi sebab syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia banyak yang mudah difahami - Maxis, Nestle, Dutch Lady, Pos Malaysia dan lain-lain (rujuk gambar di atas). Mulakan mengkaji saham-saham ini sekiranya anda beginner, kerana anda lebih mudah faham bila anda kenal syarikat tersebut.\nDana yang memberi pulangan tinggi juga hasilnya daripada saham\n \nKebanyakan daripada anda mempunyai akaun persaraan di EPF, KWAP atau LTAT, menyimpan duit di Tabung Haji ataupun ada yang melabur di unit amanah. Tahukah anda, kesemua dana ini juga melabur dalam saham? Bezanya sebahagian keuntungan mereka simpan, sebahagian lagi diberikan kepada kita. \nKalau mereka pun melabur dalam saham dan menghasilkan keuntungan yang hanya sebahagian dikongsikan kepada kita, maknanya memang saham ni boleh buat duit. Kalau tak, duit mana diorang nak bagi kat kita sebagai bonus atau dividen. Sebenarnya, kita sudah lama menjadi pelabur \"indirect\" saham.\n \nSenarai pemegang saham sebuah syarikat di Bursa Malaysia. Dana terkenal seperti Tabung Haji, Employees Provident Fund Board (EPF), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) semuanya mempunyai pegangan saham yang besar di Bursa Malaysia. Rujuk bahagian Top Shareholdings di \npage\n setiap saham di bahagian bawah sekali.\nAnda tidak perlu bergelar profesional untuk hasilkan keuntungan besar\nRamai orang takut nak melabur dalam saham, katanya tak cukup ilmu baik serahkan pada yang profesional. Sebenarnya pelabur profesional atau berpengalaman juga ada masa tidak untung dan tidak perform. Sebab saham ini bukannya ilmu matematik. Bukannya pengiraan dan nombor yang menentukan saham akan naik atau tidak tetapi potensi perkembangan bisnes yang menentukan harga saham naik atau tidak. \nPelabur berpengalaman juga boleh rugi banyak sebab tersilap menilai prospek sesebuah syarikat. Tidak ada sesiapa yang tahu sesuatu saham akan naik ke tak esok. Kalau ada yang tahu, sudah pasti dia dah letak keseluruhan hartanya ke dalam saham tersebut. \n\n\nAnda sendiri mungkin mempunyai kelebihan melihat potensi sesebuah syarikat berdasarkan pengalaman anda dalam bidang tertentu berbanding orang lain termasuklah mereka yang profesional. \nDuit bekerja untuk anda\nDengan usaha yang tidak begitu banyak, anda boleh hasilkan portfolio anda. Selepas itu, sebahagian saham akan naik dan naik, dan menghasilkan duit untuk anda tanpa anda perlu bekerja. Dalam erti kata lain, duit bekerja untuk anda. Anda cuma perlu cari duit baru untuk bekerja untuk anda.\nHakikatnya, yang berkerja untuk anda ialah pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja syarikat. Fuh, bes kan jadi boss. Beli saham, anda jadi pemilik syarikat, anda cuma kena pilih syarikat yang bagus, dan pulangan yang besar menanti anda.\nNak mulakan langkah menjadi pemilik syarikat dan dapat pulangan berganda-ganda? Jom buka akaun cds bersama iSaham dan hadiri \nKelas Asas Saham\n di serata Malaysia bersama iSaham. "} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenapa-beli-saham-dalam-kategori-small-mid-cap", "title": "Kenapa Beli Saham dalam Kategori Small & Mid Cap?", "body": "Sumber: NajibRazak.com\nPada awal tahun 2018, bekas perdana menteri, Dato Seri Najib telah mengumumkan \ninsentif pengecualian duti setem\n untuk saham kategori small & mid cap (saham yang mempunyai market capitalization 200 juta sehingga 2 billion) bagi merancakkan lagi aktiviti pelaburan saham di negara kita.\nDuti Setem merupakan caj yang dikenakan oleh kerajaan untuk setiap transaksi beli atau jual yang kita lakukan, iaitu sebanyak RM1 untuk setiap RM1,000 transaksi.\nSekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM20,000 sehari, anda akan dikenakan caj RM20 sehari belum termasuk caj broker dan bursa clearing. Jadi, dengan insentif ini, anda boleh jimat RM20 sehari, bermakna seumpama anda mendapat free lunch dan dinner untuk anda setiap hari.\nUntuk memudahkan anda membuat pemilihan dan transaksi berkaitan saham dalam kategori small & mid cap ini, kami telah memilih simbol asterick/bintang * (lihat gambar dibawah) untuk diletakkan disebelah kanan saham. Setakat ini, di platform trading pun takde indikator saham dalam kategori ini, jadi ambil peluang sepenuhnya di iSaham!\nKami juga telah menambah pilihan \"Small & Mid Cap\" di \nBuy Calculator iSaham\n.\nKlik gambar untuk \nzoom in\nKlik gambar untuk \nzoom in\nKenapa beli saham dalam kategori small & mid cap?\n\n\n1. Diskaun yang diberikan boleh meningkatkan dan menggandakan keuntungan serta mengurangkan risiko apabila terpaksa cut loss\n\n\nBayangkan penjimatan RM20 sehari, dan penjimatan terkumpul bulanan lebih kurang RM400, serta duit ini dilaburkan semula. Pastinya keuntungan pun boleh berganda. Fuh, memang bes cerita benda-benda untung, kalau rugi macam mana?\n\n\nKalau rugi pula, risiko dapat dikurangkan sebab kalau sebelum ini, anda dah memang kena caj duit setem sebanyak RM20, tambah lagi dengan rugi saham. Jadi, kalau cut loss, kerugian dapat diminimakan. \n2. Saham dalam kategori ini ialah saham bersaiz sederhana. Saiz tidak terlalu kecil sehingga mudah dimanipulasi.\n\n\nSaham Small & Mid Cap bermaksud saham yang mempunyai market capitalization 200 juta sehingga 2 billion. Saham ini mempunyai saiz yg tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, jadi risiko nye juga berada di paras pertengahan.\n\n\nRamai trader gemar membeli saham2 yang murah dibawah 20sen (yang kebanyakannya mempunyai market cap lebih rendah daripada 200 juta) utk mendapatkan return yang tinggi. Tetapi risiko nya tidak ramai boleh handle, dan berakhir dengan peram.\n\n\nRisiko pertama saham yang terlalu kecil ialah sedikit penurunan pada tangga harga saham melibatkan peratusan kejatuhan yang tinggi. Bayangkan anda boleh loss 5-10% untuk setiap penurunan. Ramai yang hanya membayangkan pada ke-positif-an pengingkatan semata-mata, dan bila harga jatuh, tidak tahu nak buat apa dan berakhir dengan peram.\n\n\nRisiko lain saham bersaiz kecil ialah saham mudah dimanipulasi disebabkan mudahnya operator membeli sebanyak mungkin pegangan saham dan mengawal pergerakan harga saham tersebut. Kebanyakan pergerakan harga dilakarkan oleh operator dan chart menjadi kurang valid.\n3. Saiz tidak terlalu besar sehingga potensi pertumbuhan berkurangan.\n\n\nSaham2 yang besar pula seperti blue chip kebanyakannya sudah besar dan peluang growth syarikat sudah tidak terlalu tinggi.\nJadi, saham small & mid cap merupakan saham yang ideal untuk dibeli, dengan risiko sederhana dan potential return yang tinggi, lagi2 dengan pengecualian duti setem, anda mendapat diskaun yg amat banyak sekali.\nAntara saham-saham dalam kategori small & mid cap yang boleh dipantau ialah AWC, EFORCE, REACH, PENTA dan DUFU."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenapa-syarikat-membuat-private-placement", "title": "Kenapa Syarikat Membuat Private Placement?", "body": "Dalam dunia perniagaan, ada banyak cara yang boleh dibuat untuk membangunkan modal perniagaan. Kalau syarikat kecil, mungkin kita boleh yakinkan saudara-mara tentang perancangan perniagaan untuk bangunkan modal dalam bentuk pinjaman atau dana pelaburan. Pada tahap syarikat tersenarai awam pula ada banyak cara, antaranya IPO, rights issue, pinjaman bank dan juga private placement. Kali ni, kita akan bincangkan tentang private placement. Kaedah private placement ini juga diamalkan oleh syarikat \nstart-up\n yang memerlukan dana untuk potensi yang lebih banyak ke hadapan.\n\n\nApa itu \nPrivate Placement\n?\n\n\nDalam amalan private placement atau tawaran persendirian, syarikat mempunyai suatu pelan strategik yang dirasakan boleh membantu syarikat dari segi potensi, peluang baru, perkembangan syarikat dan sebagainya. Pada masa yang sama, syarikat juga mempunyai gambaran akan pihak mana yang mungkin akan berminat untuk laburkan dana untuk kegunaan pelan strategik ini. Pihak ini boleh terdiri daripada institusi, bank, organisasi, malah juga boleh terdiri dari pelabur sofistikated.\n\n\nDi iSaham, anda boleh lihat senarai syarikat yang berada dalam fasa ini dengan \nscreener private placement\n.\n\n\nBerdasarkan contoh-contoh di Bursa Malaysia, antara aspek penggunaan private placement adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPembiayaan sebahagian atau sepenuhnya pengambilalihan syarikat sasaran\n\n\nCapex, pengambilalihan dan pelaburan\n\n\nBayaran pinjaman bank\n\n\nModal kerja, dan lain-lain\n\n\n\n\n\n\n\n\nContoh penggunaan dana oleh DNeX untuk mengambilalih SilTerra.\n\n\n\n\n\n\nProses private placement ini kebiasaannya juga disertai oleh perunding seperti pihak bank bagi melancarkan proses pembangunan dana. Ia juga melibatkan kertas kerja dan kerja pemfailan dengan Bursa Malaysia. Seperti juga rights issue, IPO dan sebagainya, proses ini melibatkan kos. Oleh itu, ada juga syarikat yang menyertakan kos pembiayaan prosedur sebagai sebahagian penggunaan dana.\n\n\nPelabur yang yakin akan arah tuju dan pelan strategik syarikat akan ditawarkan sebahagian pegangan saham untuk dibeli pada harga yang dipersetujui. Harga ini kebiasaannya akan mengambil kira harga saham syarikat dalam tempoh masa tertentu, dan diberikan diskaun atau mungkin premium mengikut apa yang syarikat rasakan wajar.\n\n\nKesan \nPrivate Placement\n\n\nKebiasaannya, syarikat akan menerbitkan saham baru untuk dijual kepada pelabur yang berminat. Ini akan memberikan pelabur sebahagian pegangan atau ekuiti dalam syarikat sebagai balasan kepada dana yang disumbangkan. Seperti juga IPO, dana ini kini menjadi pegangan syarikat, dan boleh digunakan untuk tujuan yang disebutkan.\n\n\nUntuk memahami struktur saham, kita andaikan sebuah syarikat A yang mempunyai jumlah saham sebesar 1,000,000 unit. Syarikat A kini membuat private placement dan menerbitkan 10% saham baru untuk ditawarkan kepada pelabur. Sekiranya pelabur X membeli kesemua saham baru ini, dia akan memiliki 100,000 unit saham syarikat A yang kini mewakili 9.09% daripada keseluruhan 1,100,000 unit jumlah terbaru saham.\n\n\n\n\nStruktur dan harga\n\n\nDari segi struktur, tiada kesan yang diterima pada saham sebagaimana yang dirasai ketika bonus issue, share split dan consolidation dengan penyelarasan harga. Tiada perubahan yang berlaku pada harga saham, cuma terdapat penambahan unit yang berlaku dalam pasaran.\n\n\nPegangan saham\n\n\nBergantung kepada saiz private placement dan bahagian yang dilaburkan, boleh jadi terdapat perubahan dalam saiz pegangan pada pemegang terbesar syarikat. Namun, kebiasaannya ia tidak menjatuhkan kedudukan pemegang saham terbesar dari kedudukan mereka.\n\n\n\n\n\n\nPenambahan saham baru dalam syarikat mengurangkan peratusan pegangan pemegang terbesar. Jumlah pegangan tetap sama.\n\n\n\n\n\n\nPersepsi\n\n\nAda sesetengah penggunaan dana jelas menunjukkan kelemahan syarikat, ada juga melibatkan potensi yang juga melibatkan risiko tertentu. Secara ringkasnya, pembayaran bank jelas menunjukkan syarikat tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menjelaskan bayaran hutang. Namun, untuk strategi yang lebih agresif seperti pengambilalihan, pembukaan kilang baru, perkembangan syarikat dan sebagainya, ia boleh membawa persepsi positif dengan risiko tertentu.\n\n\nRakan perniagaan\n\n\nApabila pihak yang berminat dengan private placement ini meletakkan pelaburan, mereka memiliki sebahagian pegangan syarikat. Pemberian pegangan ini juga boleh jadi sesuatu yang strategik bagi syarikat terutamanya sekiranya mereka menginginkan pelabur tersebut untuk menjadi sebahagian daripada syarikat. Dengan milikan sebahagian saham dalam syarikat, pelabur ini kini mempunyai motivasi untuk membawa syarikat ke hadapan untuk keuntungan persendirian juga. Dalam erti kata lain, pelabur ini kini menjadi rakan strategik syarikat.\n\n\nMudah dan cepat\n\n\nPrivate placement sememangnya mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan rights issue dan IPO. Namun, private placement mempunyai kelebihannya sendiri berbanding dua pelaksanaan tadi. Dalam ketiga-tiga pelaksanaan ini, semuanya memerlukan sejumlah saham diterbitkan supaya dana dapat dibangunkan. Satu cabaran yang mungkin dihadapi dalam membangunkan dana ini adalah mendapatkan dana yang mencukupi.\n\n\nSesebuah syarikat boleh melaksanakan private placement walaupun tidak tersenarai di pasaran saham. Namun, sekiranya syarikat ingin mendapatkan akses kepada kemungkinan dana yang lebih banyak, ia boleh laksanakan IPO yang akan menjadikan syarikat tersenarai awam. Untuk rights issue pula, mungkin tidak semua unit hak ditukarkan kepada saham.\n\n\n\n\n\n\nApabila IPO, sejumlah saham juga diperuntukkan untuk private placement.\n\n\n\n\n\n\nPrivate placement dikatakan mempunyai proses yang lebih mudah bagi syarikat untuk capaian kepada pelabur yang lebih tepat. Proses pelaksanaannya juga adalah lebih mudah berbanding IPO dan rights issue yang membolehkan ia dilaksanakan dengan lebih cepat. Namun, kekurangannya mungkin dari segi sifat eksklusif di mana dana ini hanya ditawarkan kepada pelabur yang tertentu. Ia seakan-akan membelakangkan pelabur sedia ada dari menyertai pelaburan tambahan untuk potensi baru dengan private placement ini.\n\n\nDalam pelaksanaan private placement juga, syarikat perlu mencari pelabur yang sanggup melabur ke atas mereka. Sekiranya tujuan dana dilihat sukar untuk memberikan pulangan, proses meyakinkan pelabur mungkin boleh mengambil lebih banyak masa berbanding kaedah lain.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKaedah pembangunan dana ini mempunyai beberapa aspek yang sama dengan pembangunan dana melalui IPO dan rights issue. Secara ringkasnya, private placement memberikan syarikat akses untuk membangunkan dana dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Ini membolehkan tindak balas dan pelaksanaan strategi yang lebih cepat untuk syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kenapa-tiba-tiba-ada-saham-or-dalam-portfolio", "title": "Kenapa Tiba-tiba Ada Saham OR dalam Portfolio", "body": "\n\nTak ramai di antara kita yang melabur saham ni rajin baca atau mungkin tak begitu ambil berat tentang pengumuman syarikat di Bursa, walaupun saham tu kita pegang. Jadi ada yang tengok portfolio, tiba-tiba muncul saham yang tak dikenali. Contohnya saham -OR, -PR, dan lain-lain. Sebenarnya kalau anda semak pengumuman syarikat, anda boleh jumpa jawapannya, dan sebagai memudahkan urusan anda, kami tuliskan tentang kes-kes ini.\n\n\nSaham muncul dari pelaksanaan Rights Issue\n\n\nKebanyakan kes-kes saham yang tak dikenali masuk ke dalam portfolio anda adalah berkaitan dengan Rights Issue. Ia adalah salah satu corporate exercise yang membolehkan syarikat mengumpul dana untuk perniagaan.\n\n\nButiran mengenai kegunaan dana pun ada diterangkan dalam pengumuman syarikat. Nak baca setiap butiran pasal rights issue ni mungkin agak susah. Namun, ada beberapa ciri-ciri saham terbitan ini yang boleh berikan maksud yang agak relevan kepada anda sebagai pemegang saham.\n\n\n1. Jenis terbitan hak\n\n\nDalam pelaksanaan rights issue, ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh syarikat. Antaranya penawaran hak dalam bentuk ordinary rights atau preference rights yang juga boleh disertai penawaran waran. Apabila sampai tarikh ex-Date, anda akan terima hak terbitan atau \"saham anak\" dalam bentuk ABC-OR atau ABC-PR.\n\n\n\n\nInilah sebabnya saham -OR, -PR atau -WA muncul dalam portfolio anda. Sama ada -OR, -PR, atau WA sebenarnya mungkin tak begitu penting kepada anda, kerana anda mungkin akan jual pegangan hak terbitan ini. Namun kalau anda tak nak jual, hak terbitan ini boleh ditukar kepada saham induk dengan harga diskaun.\n\n\n2. Penyenaraian saham terbitan\n\n\nAnda boleh lihat pada pengumuman rights issue yang berkaitan sama ada saham hak terbitan ini akan disenaraikan dalam Bursa.\n\n\n\n\nSekiranya ia tersenarai, maknanya anda boleh jual hak terbitan ini kepada pelabur lain. Dalam kes ini, hak untuk penukaran saham ini pula akan diberikan kepada pemegang saham yang baru tadi.\n\n\n3. Tawaran hak terbitan boleh ditolak\n\n\nDalam pengumuman rights issue, anda mungkin akan terjumpa dengan istilah renounceable rights. Dari segi terjemahan, renounceable rights bermaksud hak yang boleh ditolak. Maksud dalam penawaran hak saham, pemegang saham akan diberikan keutamaan untuk membeli saham baru terbitan syarikat pada harga diskaun.\n\n\n\n\nNamun sekiranya anda tidak berminat, anda tidak perlu isi borang untuk menukarkan hak terbitan ini kepada saham induk walaupun masih memegang saham hak terbitan ini. Dalam kes ini, hak terbitan ini dikira hangus apabila tak ditukar kepada saham induk.\n\n\n4. Penerimaan tawaran hak terbitan\n\n\nSekiranya anda berminat untuk membeli hak terbitan, anda boleh baca prospektus untuk rights issue yang dicadangkan ini. Mengikut peraturan Bursa, syarikat tersenarai adalah diwajibkan untuk mengeluarkan butiran tentang dana yang ingin dibangunkan ini. Sebagaimana syarikat yang ingin tersenarai dengan IPO, syarikat yang ingin membangunkan dana ini perlu menjelaskan butiran dana supaya dapat membantu pelabur membuat keputusan.\n\n\nSebagai pelabur, sekiranya anda yakin dengan strategi syarikat untuk kegunaan dana tersebut, anda bolehlah beli mengikut prosedur tertentu. Anda perlu memiliki hak terbitan ini dan isi borang untuk menukarkan hak terbitan itu kepada saham induk.\n\n\n5. Apa tindakan yang sesuai untuk kebanyakan kes apabila muncul OR?\n\n\nDalam kebanyakan situasi, syarikat yang menerbitkan right issue untuk mengumpul dana ialah syarikat yang bermasalah kerana tidak dapat mengumpul dana dengan cara lain. Apabila muncul sahaja OR ini, untuk elakkan pening kepala, pelabur perlu jual serta merta sebelum tidak ada lagi orang nak beli saham tersebut. Untuk elakkan daripada perlu bertindak segera (\nfast hand\n) untuk menjual OR ini, pelabur lebih digalakkan untuk tidak membeli saham yang nak terbitkan OR, atau jual serta merta apabila tahu saham nak terbitkan OR ini. Pengumuman right issue boleh dijumpai di \nlink ini\n. "} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kerjaya-dalam-industri-pasaran-saham-bursa-malaysia", "title": "Kerjaya dalam Industri Pasaran Saham Bursa Malaysia", "body": "Ramai yang tahu cara untuk mendapatkan wang melalui pasaran saham. Antaranya ialah melalui berdagang (keuntungan modal), melabur dalam \nsaham dividen\n, atau memperoleh '\ndoorgift\n' selepas menghadiri AGM/ EGM.\n\n\nNamun, terdapat satu lagi cara untuk menjana pendapatan dalam industri pasaran saham yang mungkin tidak ramai tahu, iaitu dengan menjadi seorang wakil pemasaran ataupun \nmarketing representative\n (MR).\n\n\n\n\nKerjaya sebagai Marketing Representatives (MR)\n\n\nMarketing representative\n (MR) adalah suatu kerjaya di mana sesuatu individu bertindak sebagai orang tengah di antara prinsipal (broker) dan pelanggan.\n\n\nMereka bertanggungjawab dalam memperkenalkan atau merujuk bakal pelanggan. Selain itu, MR boleh menawarkan perkhidmatan yang disediakan oleh prinsipal yang diwakili, dan juga boleh memberi perkhidmatan sokongan kepada pelanggan.\n\n\nCara untuk menjadi seorang MR\n\n\nMenurut \nGuidelines for Marketing Representatives\n yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, untuk menjadi seorang MR, anda hendaklah:\n\n\n\n\nBerumur 21 tahun dan ke atas\n\n\nMempunyai sekurang-kurangnya sijil Diploma dari institusi yang diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia\n\n\nMenghadiri kursus 2 hari:\u00a0\nFamiliarisation Programme for Marketing Representatives\n\n\nLulus penilaian yang diberikan pada akhir program\n\n\n\n\nPerbezaan MR dan Remisier\n\n\nSekiranya anda telah mempunyai akaun CDS, pasti anda biasa dengan terma remisier, iaitu individu berkelayakan dari syarikat broker yang menjadi pengantara di antara pelabur saham dan institusi pelaburan.\n\n\nBerbeza dengan MR, seorang remisier boleh membuat perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh MR; seperti menerima dan melaksanakan pesanan pelanggan dan memberi nasihat (yang tidak mempengaruhi pelabur secara spesifik) dalam pasaran.\n\n\nNamun, kelayakan untuk menjadi remisier adalah lebih sukar berbanding MR. Antara syarat untuk menjadi seorang remisier adalah anda perlu lulus ujian \nmodul 6 & 7\n, serta perlu meletakkan wang cagaran dalam jumlah tertentu yang ditetapkan oleh broker.\n\n\n\n\nTambahan lagi, seorang remisier hanya boleh bekerja di bawah satu prinsipal, manakala seorang MR bebas untuk berada di bawah beberapa prinsipal yang berlainan (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan prinsipal).\n\n\nKelebihan menjadi MR bersama partner-remisier iSaham\n\n\nDi iSaham, kami juga menyediakan kemudahan untuk individu yang berminat untuk menjadi MR. Terdapat beberapa kelebihan jika anda menjadi MR bersama partner-remisier iSaham, iaitu:\n\n\n\n\nKomisyen 20% daripada caj pembrokeran Mplus.\n\n\nClient yang berdaftar di bawah anda boleh memperolehi akses \niSaham Pro\n\u00a0secara percuma.\n\n\nBoleh bekerja secara \npart-time\n.\n\n\nKumpulan sokongan untuk MR disediakan.\n\n\nKlien percuma diberikan oleh iSaham (tertakluk pada keadaan tertentu).\n\n\nAnda akan menjadi wakil iSaham di lokasi masing-masing.\n\n\n\n\nOleh itu, sekiranya anda berminat untuk menjadi MR bersama iSaham, boleh baca \npost ini\n\u00a0atau hubungi \n@iSahamSupport\n di Telegram untuk pertanyaan lanjut.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kesalahan-manipulasi-pasaran-saham", "title": "Kesalahan Manipulasi Pasaran Saham", "body": "Pasaran saham merupakan tempat untuk membeli dan menjual saham syarikat yang tersenarai. Secara umumnya, pasaran saham berfungsi dengan adil dan teratur berdasarkan penawaran dan pemintaan yang seimbang. Namun, terdapat beberapa situasi di mana sesetengah pihak cuba melakukan aktiviti manipulasi pasaran saham yang boleh merugikan para pelabur.\u00a0\n\n\n\n\nManipulasi pasaran saham merujuk kepada tindakan suatu individu atau kumpulan yang mempengaruhi harga saham secara buatan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Perbuatan ini sememangnya menyalahi undang-undang di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dikenakan tindakan penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 1 juta. Boleh rujuk senarai kes atau ilustrasi manipulasi pasaran saham yang pernah berlaku di pasaran Bursa Malaysia di \nsini\n.\u00a0\n\n\nAntara aktiviti manipulasi pasaran saham yang kerap digunakan oleh para pelabur ialah aktiviti '\npump and dump\n' dan '\nprice leading\n'.\u00a0\n\n\nPump-and-dump\n\n\nAktiviti \npump-and-dump\n merujuk kepada manipulasi terancang yang dilakukan oleh golongan individu atau sekumpulan orang berkepentingan yang cuba untuk meningkatkan harga saham atau sekuriti sebelum harga saham tersebut mengalami penurunan yang sangat drastik. Golongan yang terlibat dalam aktiviti ini biasanya telah membeli saham pada harga yang lebih rendah dalam jumlah unit saham yang besar.\u00a0\n\n\nModus operandi yang biasa dilakukan adalah mereka akan menyebarkan maklumat dan kenyataan palsu melalui platform media sosial, emel, panggilan atau aplikasi pesanan mesej yang boleh menarik minat sesetengah pelabur yang tidak curiga untuk membeli saham tersebut.\u00a0Mereka juga akan cuba untuk menyebarkan maklumat seperti perkembangan dan prospek positif bagi sesuatu saham untuk menambahkan lagi keyakinan para pelabur.\u00a0\n\n\nApabila pelabur-pelabur ini telah membeli saham tersebut, ia akan menyebabkan harga saham meningkat secara signifikan dan pada masa yang sama, ia memberi peluang kepada golongan berkepentingan untuk menjual semua unit saham yang dipegang untuk meraih keuntungan. Hal ini akan menyebabkan para pelabur yang telah membeli saham pada harga yang tinggi mengalami kerugian.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nContoh corak carta yang terlibat dalam \npump-and-dump\n\n\n\n\nPrice leading\n\n\nAktiviti \nprice leading\n\u00a0pula merupakan\u00a0aktiviti manipulasi yang hampir sama dengan aktiviti \npump-and-dump\u00a0\nnamun terdapat sedikit perbezaan seperti golongan yang terlibat dan cara pelaksanaannya. Golongan yang terlibat biasanya merupakan golongan individu dan mereka tidak terlalu bergantung kepada golongan berkepentingan lain untuk meningkatkan harga saham. Hal ini demikian kerana golongan ini cuba untuk memperoleh keuntungan peribadi dalam masa yang singkat.\n\n\nDagangan yang dilakukan oleh mereka mungkin tampak seperti dagangan normal namun aktiviti ini boleh dikesan melalui corak dagangan harian yang dilakukan. Sebagai contoh, mereka melakukan dagangan belian saham yang sama dalam kuantiti unit kecil secara berturut-turut dalam tempoh masa yang pendek. Kemudian, mereka akan mencuba untuk menjual semua unit pegangan saham tersebut dalam kuantiti unit yang besar secara sekaligus yang boleh menyebabkan harga saham tersebut meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang sama.\n\n\nBerikut merupakan contoh dagangan transaksi yang dilakukan yang boleh dikesan sebagai aktiviti \nprice leading\n.\n\n\n\n\nJika dilihat dalam senario di atas, impak yang boleh berlaku terhadap harga saham mungkin tidak sebesar dengan impak daripada aktiviti \npump and dump\n. Namun, jika aktiviti ini turut dilakukan oleh pelabur-pelabur individu lain, ia mungkin boleh memberikan kesan manipulasi yang tinggi terhadap perubahan harga saham dalam tempoh masa tersebut.\u00a0\n\n\nCara mengenali saham yang mudah dimanipulasi\n\n\nDunia pasaran saham tidak akan terlepas daripada aktiviti-aktiviti di atas. Sebagai seorang pelabur, anda perlu mengenali ciri-ciri saham yang mudah dimanipulasi untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi di atas. Ciri-ciri tersebut adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nPasaran saham modal yang kecil (atau disebut sebagai \nsmall cap\n)\n\n\nHarga saham yang murah di bawah harga RM 0.50 (atau dikenali sebagai \npenny stock\n)\n\n\nKadar kecairan saham yang rendah disebabkan bilangan unit saham yang rendah\n\n\nLonjakan harga saham secara mendadak\n\n\nPergerakan harga saham tidak selari dengan prestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSelain meningkatkan ilmu pelaburan saham, para pelabur perlu bijak dalam melakukan keputusan pelaburan bagi sesuatu saham untuk melindungi diri daripada terlibat dengan situasi di atas. Kesalahan manipulasi pasaran saham merupakan salah satu kesalahan yang boleh berlaku dalam pasaran. Namun, terdapat kesalahan lain yang boleh berlaku seperti dagangan palsu dan dagangan dalaman.\u00a0Boleh rujuk \nblog ini\n untuk bacaan lanjut.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kesan-bonus-issue-kepada-saham", "title": "Kesan Bonus Issue Kepada Saham", "body": "Bonus Issue atau terbitan bonus saham adalah pemberian saham oleh syarikat kepada pelabur sedia ada dengan tujuan untuk memberikan pulangan dalam bentuk saham tambahan. Tindakan korporat terbitan bonus ini boleh dikatakan alternatif kepada pemberian dividen. Tanpa menggunakan tunai, syarikat boleh berikan ganjaran kepada pelabur dengan Bonus Issue.\n\n\nBonus Issue tidak mengubah saiz syarikat sebagaimana kita boleh lihat pada Market Cap. Apabila berkuatkuasa, bilangan saham akan bertambah dalam pasaran. Maka penyelarasan yang dibuat ialah dengan menurunkan harga saham.\n\n\nPengumuman Syarikat\n\n\nSyarikat yang ingin menerbitkan Bonus Issue akan mengumumkan terlebih dahulu cadangan untuk tindakan ini. Apabila dipersetujui dan sebuah tarikh telah ditentukan, pengumuman rasmi Bonus Issue akan dikeluarkan. Dari platform M+ Online, saham akan diikuti dengan simbol C yang bermaksud sebuah tindakan korporat akan berkuatkuasa.\n\n\n\n\nMemahami Ratio Split\n\n\nDalam pengumuman Bonus Issue ini, syarikat akan mengumumkan bagaimana Bonus Issue ini akan diberikan. Satu nisbah akan ditentukan\u00a0di mana dengan setiap pegangan saham, berapa saham lagi yang syarikat akan berikan sebagai tambahan. Contoh nisbah ini adalah seperti 1:1, 2:1, 3:2 iaitu kadar pegangan \nBaru : Sedia Ada\n. Sekiranya kita lihat pada contoh nisbah 2:1, kita boleh fahami dengan setiap 1 pegangan sedia ada, 2 pegangan baru akan diberikan.\n\n\nContoh pengumuman adalah seperti di bawah, dengan pengumuman dari Greatech bertajuk Bonus Issue. Terbitan yang dibuat ialah 1 saham baru bagi 1 sedia ada.\n\n\n\n\nAdakalanya, syarikat akan sekalikan terbitan waran dalam Bonus Issue ini. Ia juga akan diberikan mengikut nisbah bagi setiap pegangan.\n\n\nHarga berubah pada Ex-Date\n\n\nPemberian terbitan bonus ini berlaku dalam mekanisme tertentu. Pada hari Ex-Date, anda akan lihat portfolio saham dengan pegangan unit yang sama dengan bilangan sebelum Ex-Date, tapi pada harga yang lebih rendah. Jangan panik, anda bukan kerugian. Sebenarnya saham terbitan bonus belum masuk dalam pegangan anda.\n\n\nContohnya di bawah, di mana saham dibeli pada RM 9,999, namun dinilai pada RM 5,324 pada hari Ex-Date. Portfolio kelihatan dalam keadaan rugi. Namun, ianya disebabkan 1,100 unit lagi belum masuk dalam pegangan.\n\n\n\n\nUntuk kira berapa harga average price (dan juga harga semasa) nanti, kira sahaja average price dibahagikan dengan jumlah bahagian nisbah, darab bahagian nisbah unit sedia ada. Kalau 1:1, maknanya average price bahagi 2. Kalau 3:2, bahagi 5, darab 2. Kalau 4:3, bahagi 7, darab 3 dan begitulah juga untuk apa-apa nisbah lain.\n\n\nKemasukan saham tambahan\n\n\nSaham terbitan bonus hanya akan masuk ke dalam pasaran sehari selepas Ex-Date. Namun, pada waktu ini pun ia belum masuk ke dalam portfolio. Ia hanya bertambah di dalam pasaran. Saham hanya akan masuk ke dalam portfolio sehari sebelum ia boleh didagangkan. Dari pengumuman Bonus Issue, anda boleh lihat butiran ini dalam bahagian Securities Entitlement, Available/Listing Date.\n\n\n\n\nSekiranya contoh Greatech ini, Ex-Date adalah pada 7 Januari, saham bonus masuk dan boleh didagangkan pada 11 Januari, iaitu 2 hari bekerja. Anda perlu baca pengumuman untuk mengetahui tarikh Available/Listing Date ini.\n\n\nScreener yang boleh diperhatikan\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan bonus issue ini, anda boleh perhatikan pada screener \nUpcoming Entitlements\n di bahagian Bonus Issue.\n\n\n\n\nScreener iSaham: Upcoming Entitlements\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ketahui-lebih-dalam-tentang-jadual-berdagang-di-bursa", "title": "Ketahui Lebih Dalam tentang Jadual Berdagang di Bursa", "body": "\n\nSeperti yang mungkin kita semua sedia maklum, jadual berdagang di Bursa adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nSesi 1 (Pagi)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPre-Opening\n\n\n8.30 am\n\n\n\n\n\n\nMain Trading Phase\n\n\n9.00 am\n\n\n\n\n\n\nClosing & Rehat\n\n\n12.30 pm\n\n\n\n\n\n\n\n\nSesi 2 (Petang)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPre-Opening\n\n\n2.00 pm\n\n\n\n\n\n\nMain Trading Phase\u00a0\n\n\n2.30 pm\n\n\n\n\n\n\nPre-Closing\u00a0\n\n\n4.45 pm\n\n\n\n\n\n\nTrading at Last\u00a0\n\n\n4.50 pm\n\n\n\n\n\n\nMarket Closed\n\n\n5.00 pm\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenerangan fasa dagangan\n\n\n\n\nSecara ringkas, transaksi dagangan hanya berlaku pada fasa Main Trading Phase dan Trading at Last sahaja. Waktu yang bersepadan dengan fasa yang disebut tadi ialah 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, 2.30 hingga 4.45 petang dan 4.50 hingga 5.00 petang.\n\n\nPada peringkat Pre-Opening, rehat tengah hari dan Pre-Closing, anda boleh memasukkan, mengubah dan membatalkan pesanan. Pada fasa ini, tiada transaksi yang akan berlaku.\n\n\nApabila Market Closed, pesanan anda akan luput dari platform dagangan Bursa dan anda perlu masukkan pesanan yang baru untuk dagangan keesokan hari.\n\n\nSelepas beberapa ketika anda di pasaran saham, mungkin anda perasan kegilaan pasaran pada Pre-Opening waktu pagi dan Pre-Closing selepas pukul 4.45 petang.\n\n\nApa yang Berlaku pada Pre-Opening dan Pre-Closing?\n\n\n\n\nDalam fasa Pre-Opening dan Pre-Closing, Bursa akan mengira Theoretical Opening Price (atau T-O dalam M+ Online) dan Theoretical Closing Price (TCP). Setiap pagi ketika Pre-Opening, T-O akan dikira untuk menentukan harga bukaan pasaran (market opening price). Pada Pre-Closing di waktu petang pula, TCP dikira untuk menentukan satu harga untuk didagangkan semasa Trading at Last. Harga ketika Pre-Opening dan Closing ini ditentukan menggunakan algoritma yang telah ditetapkan.\n\n\n\n\nSemasa Pre-Opening, suatu saham itu belum ada harga semasa. Antara market closing dan opening pada hari berikutnya, terdapat kemungkinan contohnya berita tentang perkara yang terjadi antara US dan China akan memberi kesan kepada pergerakan harga saham di Malaysia. Oleh itu, harga saham pada bukaan adalah agak volatile dan ramai berteka-teki sama ada harga saham tersebut akan bullish atau bearish. Atas sebab ini, terdapat pelbagai jangkaan pada harga saham yang menyebabkan harga di queue mungkin tak masuk di akal.\n\n\nSituasi ini adalah sama untuk Pre-Closing ketika sistem Bursa ingin menentukan harga penutup. Pada lima minit Pre-Closing iaitu 4.45 hingga 4.50 petang, harga saham akan ditentukan untuk Theoretical Closing Price. Maka dalam waktu yang pendek ini juga ada kemungkinan kegilaan harga yang sama tadi boleh berlaku kerana masing-masing berteka-teki dan tak nak terlepas queue.\n\n\nPernah trade lepas pukul 4.50 petang tapi kena reject?\n\n\n\n\nDalam fasa Trading at Last, hanya satu harga yang akan digunakan sebagai harga penutup. Ia adalah harga yang dikira dalam fasa Pre-Closing tadi. Selepas harga penutup ini diperoleh, semua pesanan baru selain harga ini tidak akan diterima ataupun direject dalam sistem dagangan. Pesanan lama yang tak sama dengan harga Theoretical Closing Price (TCP) pula tak akan terdagang sehinggalah anda ubah kepada harga TCP tadi.\n\n\nSebenarnya, sebelum peraturan ini diperkenalkan, terdapat lompong dalam sistem Bursa di mana harga saham boleh dimanipulasi pada saat-saat akhir di pasaran. Dengan memperkenalkan peraturan ini, harga saham dapat dikawal supaya menjadi lebih stabil. Peraturan ini juga sebenarnya mengikut piawai semasa di negara-negara maju. Jadi, ianya suatu yang normal di peringkat antarabangsa."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kgb-pemain-industri-sistem-penghantaran-gas-dan-kejuruteraan", "title": "KGB - Pemain Industri Sistem Penghantaran Gas dan Khidmat Kejuruteraan", "body": "Kelington Group Berhad\n atau KGB mungkin suatu syarikat yang agak asing bagi sesetengah pelabur. Sekali pandang, sistem penghantaran gas tak memberikan bayangan yang cukup jelas dalam kepala. Namun, industri ini sebenarnya agak luas digunakan, dan seperti sifat gas, ianya tak kelihatan pada mata kasar.\n\n\nAktiviti perniagaan KGB\n\n\nAktiviti perniagaan utama KGB ialah sistem penghantaran gas berketulenan tinggi (Ultra High Purity). Perkhidmatan ini ditawarkan terutamanya untuk industri semikonduktor dan bioteknologi. Antara syarikat yang terlibat dalam industri ini adalah syarikat pembuatan wafer, LCD, farmaseutikal, bioteknologi, sel solar dan gas perindustrian.\n\n\n\n\n\n\nGambar: KGB\n\n\n\n\n\n\nSyarikat telah berkembang dan kini turut menawarkan kejuruteraan proses, kontrak umum dan juga jual beli bahan dan gas industri. Perkhidmatan kejuruteraan proses dan kontrak umum khususnya boleh berfungsi sebagai segmen tersendiri, namun ia juga boleh jadi pelengkap kepada perkhidmatan UHP tadi.\n\n\nPandangan lebih dekat\n\n\nUHP\n\n\nKGB menyediakan perkhidmatan UHP lengkap untuk keseluruhan sistem gas yang termasuk rekaan perpaipan, kabinet gas, sistem kawalan, sehinggalah pemasangan dan perkhidmatan sokongan lain. Dalam sistem ini, mereka akan menyambungkan sumber gas yang terletak di fasiliti ke equipment atau peralatan yang menggunakan gas ini. Oleh itu, kerja ini akan melibatkan pelan rekaan, pemasangan dan kepakaran peralatan untuk membuat sambungan ini.\n\n\n\n\n\n\nProses penghasilan semikonduktor memerlukan gas bersih. Gambar: Lam Research\n\n\n\n\n\n\nAntara pelanggan mereka adalah syarikat berprofail tinggi seperti SMIC, TSMC, Infineon, Seagate dan Micron. Syarikat yang berkedudukan upstream dalam rantaian nilai semikonduktor ini dikatakan memerlukan modal yang tinggi. Dalam proses pembuatan wafer, mereka memerlukan gas bersih dan berketulenan tinggi untuk dibawa ke mesin sepanjang proses pembuatan wafer berjalan.\n\n\nDalam keadaan kekurangan cip global, KGB berada di kedudukan yang penting untuk menyokong industri semikonduktor ini. Syarikat semikonduktor pula perlu sentiasa melabur pada kilang wafer baru, yang bermaksud lebih banyak peluang projek akan datang untuk KGB.\n\n\nSelain semikonduktor, perkhidmatan UHP ini juga menyokong industri TFT LCD dan solar PV.\n\n\nProcess Engineering dan Kontrak Umum\n\n\nKGB juga menawarkan kejuruteraan proses yang membolehkan sesebuah bahan diproses kepada barangan siap atau separuh siap. Dalam segmen ini, suatu sistem mekanikal atau elektrikal dibina dan perkhidmatan ini ditawarkan ke pelbagai sektor industri. Perkhidmatan ini juga bersifat dari hujung ke hujung, merangkumi fasa rekabentuk, pembuatan, dan juga penyelenggaraan rutin.\n\n\n\n\n\n\nPembinaan bilik bersih semikonduktor. Gambar: KGB\n\n\n\n\n\n\nUntuk kontrak umum, kita boleh lihat kerja-kerja seperti kontrak pembinaan awam dan juga pembinaan bilik bersih (clean room) yang merupakan fasiliti khas untuk pembuatan semikonduktor. Mereka juga bolehh membina loji berskala kecil dan besar untuk syarikat petrokimia dan oleokimia, berserta kerja awam dan pembinaan untuk mereka.\n\n\nSecara umumnya, mereka juga mempunyai kepakaran kejuruteraan untuk membuat pelbagai pembinaan khusus, dilengkapi dengan sistem khusus yang diperlukan.\n\n\nGas perindustrian\n\n\nSyarikat ini juga menjual beli gas perindustrian ke pelbagai syarikat yang menggunakan gas dalam operasi harian. Melangkah ke hadapan, segmen ini dikatakan akan menjadi pertumbuhan utama untuk KGB. Dalam laporan The Edge, CEO KGB, Gan menyebut bahagian mereka dalam pasaran ini akan berada pada RM 20 juta tahun ini. Angka ini adalah kecil berbanding saiz pasaran di Malaysia pada RM 1.4 bilion hingga RM 1.5 bilion. Namun, ia juga bermaksud ruang pertumbuhan yang besar ke hadapan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Linde Group\n\n\n\n\n\n\nPesaing utama KGB dalam industri ini ialah The Linde Group, syarikat gas perindustrian terbesar global. Dalam segmen ini, KGB menumpukan tawaran produk cecair karbon dioksida (CO2) yang digunakan dalam industri F&B secara meluas. CO2 digunakan dalam industri ini untuk membantu penyejukan, pembekuan, pembungkusan makanan, penghasilan minuman ringan dan sebagainya. Produk ini juga digunakan untuk mengekalkan kesegaran makanan.\n\n\nSelain industri makanan, CO2 juga digunakan di pelbagai industri lain, terutamanya untuk kerja kimpalan (welding). KGB menjual produk ini kepada pihak perantara yang juga mengisi dan menjual semula gas ini ke pengguna akhir. Mereka boleh menjual produk ini sama ada sebagai silinder ataupun dalam bentuk generator.\n\n\nMereka mempunyai loji pengeluaran di Kerteh, Terengganu yang boleh mengeluarkan 50,000 tan cecair CO2 setahun.\n\n\nPecahan pendapatan\n\n\nSegmen UHP menyumbang sebahagian besar 70% pendapatan KGB pada RM 278 juta. Angka ini merupakan kenaikan 6% pendapatan berbanding tahun 2019 dipacu terutamanya oleh projek yang disiapkan di China dan Singapura. Process Engineering mengalami beberapa siri gangguan dalam pasaran seperti PKP di Malaysia dan circuit breaker di Singapura. Ini menjatuhkan pendapatan segmen ini dari RM 90.4 juta ke RM 46.5 juta.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan KGB mengikut segmen perniagaan\n\n\n\n\n\n\nSatu perkara yang boleh diberikan perhatian adalah perkembangan dalam segmen jual beli gas perindustrian. Pembinaan loji pengeluaran CO2 mereka baru sahaja disiapkan pada suku keempat 2019. Tahun 2020 pula merupakan tahun pertama dengan operasi penuh. Pendapatan RM 22.1 juta yang dijana pula belum berada pada kapasiti penuh mereka, tapi hanya 40% kapasiti. Di sini kelihatan adanya lebih ruang untuk pertumbuhan pendapatan, namun, sama ada mereka mampu mencari lebih banyak pelanggan atau tidak adalah persoalan lain.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKGB merupakan sebuah syarikat kejuruteraan yang mempunyai pengkhususan untuk menawarkan gas perindustrian. Mereka mempunyai portfolio pelanggan yang kuat dalam industri semikonduktor dan komited dengan pelaburan loji pengeluaran gas di Kerteh. Kapasiti pengeluaran gas di Kerteh ini belum lagi berada pada tahap penuh, oleh itu ada lagi ruang untuk segmen ini membesar.\n\n\nPerkhidmatan tawaran mereka iaitu segmen UHP adalah kritikal dalam keadaan sekarang di mana bekalan cip berada pada paras yang tidak mencukupi. Ini meletakkan KGB pada kedudukan yang agak penting dalam industri semikonduktor.\n\n\nPenafian: Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat yang dikaji oleh team iSaham tentang syarikat ini. Sebarang penilaian positif atau negatif haruslah dipertimbangkan oleh pelabur sendiri untuk membuat keputusan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kgw-penyedia-perkhidmatan-logistik", "title": "KGW - Penyedia Perkhidmatan Logistik ", "body": "\n\nButiran IPO syarikat KGW\n\n\n\n\nLatar belakang perniagaan\n\n\nKGW Group Berhad merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan logistik iaitu perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan udara dan perkhidmatan penghantaran barang. Melalui anak syarikatnya, KGW memberi fokus kepada perkhidmatan logistik ke rantau Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Selain itu, KGW juga turut terlibat dalam aktiviti pergudangan dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti di Malaysia.\n\n\nModel perniagaan syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan dan keuntungan syarikat KGW mencatat peningkatan dari tahun kewangan 2019 hingga 2022. Segmen perkhidmatan pengangkutan laut merupakan segmen utama yang menyumbang lebih daripada 97% kepada pendapatan syarikat pada tahun kewangan 2022.\n\n\n\n\n\n\nWalaupun terdapat peningkatan pendapatan, namun jumlah kapasiti kargo (kontena) yang dicatatkan melalui segmen pengangkutan laut berlaku penurunan. Jumlah kapasiti kargo pada tahun kewangan 2022 telah merekodkan penurunan sebanyak 13.26% iaitu daripada 17,106 TEU kepada 14,837 TEU.\n\n\nJumlah ini berkurang kerana ruang muatan kargo yang terhad untuk penghantaran kontena yang disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global yang berlaku selepas pandemik terutamanya pada separuh pertama tahun 2022. Selain itu, ia juga disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah untuk perkhidmatan ini pada separuh kedua tahun 2022.\n\n\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nKGW mempunyai pangkalan pelanggan yang terdiri daripada pengeksport, pengimport dan syarikat penghantaran barang, sama ada tempatan atau luar negara.\u00a0\n\n\nSyarikat Press Metal merupakan pelanggan terbesar syarikat pada tahun kewangan 2019 dan 2020 yang telah menyumbang masing-masing sebanyak 25.37% dan 19.88% kepada pendapatan syarikat. Walau bagaimanapun, pelanggan ini tidak lagi menjadi pelanggan terbesar mereka pada tahun-tahun kewangan seterusnya, berikutan ia mungkin memilih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan laut daripada syarikat perkhidmatan lain yang menawarkan harga yang lebih kompetitif.\n\n\n\n\n\n\nPada tahun kewangan seterusnya,\u00a0syarikat Rierden Chemical & Trading Company menjadi pelanggan teratas yang juga menyumbang lebih daripada 10% kepada pendapatan syarikat. Pelanggan ini juga merupakan pelanggan sedia ada syarikat dan mempunyai hubungan perniagaan selama sembilan tahun.\u00a0\n\n\nSelain itu, anak syarikat PMB Techology Berhad iaitu PMB Silicon Sdn Bhd juga merupakan salah satu pelanggan utama syarikat KGW.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana IPO akan digunakan untuk tujuan seperti pengubahsuaian bangunan, pembayaran pinjaman bank, modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.\n\n\n\n\nDana sebanyak RM 2 juta akan digunakan untuk mengubahsuai bangunan pejabat syarikat dan gudang untuk mencapai keperluan operasi perniagaan. Dengan pengubahsuaian ini, syarikat KGW juga merancang untuk meningkatkan jumlah pekerja mereka untuk mengukuhkan lagi operasi perniagaan mereka. Di samping itu, ruang gudang yang telah diubah suai akan digunakan untuk perkhidmatan gudang kepada pelanggan mereka selain digunakan untuk perniagaan gudang dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti.\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nSyarikat KGW merupakan syarikat pembekal perkhidmatan logistik yang mempunyai rekod perkhidmatan pengangkutan laut yang panjang dari dan ke Amerika Syarikat iaitu sejak tahun 2005. Melalui rekod ini, KGW telah membina rangkaian dengan pembekal perkhidmatan logistik lain di pelbagai kawasan Amerika Syarikat untuk mengendalikan penghantaran kepada pelanggan mereka, memudahkan pelepasan kargo dan mengatur pengangkutan darat kargo.\u00a0\n\n\nRekod ini juga boleh dilihat menerusi pendapatan syarikat berdasarkan destinasi penghantaran.\n\n\n\n\nBerdasarkan jadual di atas, penghantaran dari dan ke Amerika Utara menyumbang lebih daripada 70% kepada pendapatan syarikat pada tahun kewangan 2022.\n\n\nSelain mempunyai hubungan yang lama dengan pelanggan sedia ada, KGW juga mempunyai pelanggan daripada pelbagai industri seperti industri produk logam, sarung tangan dan produk kimia. Mereka juga terus memperluaskan pangkalan pelanggan mereka, dengan mencatatkan lebih kurang 400 pelanggan baru dalam setiap tahun kewangan. Bagi tahun kewangan 2022, KGW telah memberi perkhidmatan kepada 1,357 pelanggan.\u00a0\n\n\nRisiko kadar pengangkutan yang tidak menentu\n\n\nMemandangkan pendapatan utama syarikat diperoleh melalui perkhidmatan pengangkutan laut untuk penghantaran antarabangsa, operasi perniagaan dan prestasi kewangan syarikat tertakluk kepada kadar pengangkutan laut. Bagi tahun kewangan 2019 hingga 2022, caj pengangkutan laut masing-masing menyumbang kira-kira 72.32%, 75.55%, 89.4% dan 91.47% daripada jumlah kos jualan.\u00a0\n\n\nKenaikan inflasi dan kadar faedah yang meningkat juga boleh mempengaruhi permintaan pengguna yang menyumbang kepada penurunan permintaan dan boleh menyebabkan kadar pengangkutan turut menurun.\u00a0\n\n\nPerbincangan\n\n\nKGW Group Berhad adalah syarikat logistik yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan laut, udara dan penghantaran barang. Syarikat mencatatkan pendapatan dan keuntungan yang baik walaupun jumlah kapasiti kargo bagi segmen utama syarikat mengalami penurunan yang disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global akibat pandemik dan permintaan yang lebih rendah daripada pelanggan.\u00a0\n\n\nMelalui dana IPO, KGW merancang untuk menggunakan dana tersebut untuk pembayaran pinjaman bank dan pengubahsuaian pejabat dan gudang untuk meningkatkan operasi perniagaan. Selain mempunyai hubungan lama dengan pelanggan sedia ada, syarikat KGW juga mempunyai rekod hubungan yang panjang dengan Amerika Syarikat. Dengan hubungan ini, KGW percaya mereka dapat memberi ruang untuk bersaing secara berkesan dan mengembangkan perniagaan mereka pada masa hadapan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kisah-fomo-dalam-pasaran-saham", "title": "Kisah FOMO dalam Pasaran Saham", "body": "FOMO merupakan singkatan kepada 'Fear of Missing Out' iaitu perasan takut apabila ketinggalan dari perkembangan semasa. Misalnya, apabila panas satu isu di media sosial, kita tertanya-tanya dan tercari-cari isu apa yang hangat dibincangkan. Kita tak nak jadi satu-satunya orang yang tak tahu. Takut-takut kawan kita semua bersembang pasal isu terkini, kita pula tak tahu apa-apa. Dalam situasi ini, kita menjadi FOMO, lalu kita terus siasat isu apa yang dipanaskan. Dalam pelaburan saham pula, pelabur FOMO kerana takut ketinggalan dari menyertai saham yang sedang naik dengan rancak.\n\n\nApabila saham sesuatu kaunter meningkat, kita pasti akan berasa tidak mahu ketinggalan dalam melabur saham tersebut. Sampai satu tahap pelabur dalam pasaran beli saham tersebut sehingga mencapai berlipat kali ganda peratusan peningkatan. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa situasi dan sebab FOMO berlaku sampai berlakunya kesilapan serta kekeliruan dalam pembelian saham.\n\n\n\n\nKegilaan GameStop\n\n\nGameStop merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam game video dan barangan elektronik yang berasal daripada Amerika Syarikat yang mempunyai hampir 5000 buah kedai. Disebabkan pasca pandemik Covid-19, syarikat GameStop terpaksa menutup sebanyak 3,500 buah kedai.\u00a0Pada penghujung bulan Januari 2021 saham GameStop telah berlakunya peningkatan mendadak.\n\n\nFenomena ini bermula apabila satu medium perbincangan forum di Reddit yang dikenali sebagai \"Wallstreetbets\" telah viral dalam kalangan 3 juta pengguna. Dipendekkan cerita, ramai pelabur FOMO untuk beli saham GameStop pada 28 Januari 2021. Kesannya, saham ini telah meningkat sebanyak 400% seminggu sehingga paras tertinggi AS$483 seunit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nGameStop\n\n\n\n\n\n\nHarga Sebelum Fomo\n\n\nAS$17.26 seunit (4 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Paras Harga Tertinggi\n\n\nAS$483 seunit (28 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeratusan Kenaikan\n\n\n1500% dalam masa 2 minggu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: cnbc.com\n\n\n\n\n\n\nSalah FOMO\n\n\nGameStop didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) menggunakan nama saham GME. Namun disebalik kerancakan peningkatan saham GameStop, terdapat GME lain yang didagangkan di Australia turut mengalami kenaikan. GME yang didagangkan di pasaran Australia ini adalah GME Resources Ltd yang menjalankan perniagaan industri perlombongan logam nikel dan kobalt di Australia Barat.\n\n\nDisebabkan simbol saham yang sama, pelabur yang FOMO tekan saham yang tidak berkaitan, menyangka mereka membeli GameStop. Kesannya, saham GME syarikat lombong di Australia ini mengalami peningkatan sebanyak 60%.\n\n\nTersalah \"Signal\"\n\n\n\n\n\n\nGambar : Signal\n\n\n\n\n\n\nSebut sahaja Elon Musk, pasti ramai yang mengenali beliau yang terkenal dalam pelbagai industri meliputi teknologi, angkasa, solar dan lain-lain. Elon Musk juga terkenal dan berpengaruh dalam aplikasi Twitter yang mempunyai pengikut sebanyak 42 juta follower. Setiap kali tweet dilaksanakan oleh Elon Musk, pasti akan mendapat perhatian pengikutnya.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Twitter Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nSegalanya bermula apabila CEO Tesla ini telah tweet \"Use Signal\" di Twitter pada 7 Januari. Tweet ini telah ditujukan kepada aplikasi mesej iaitu Signal. Aplikasi mesej Signal ini telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh bekas pengasas WhatsApp, Brian Acton selepas WhatsApp dibeli oleh Facebook. Ada yang sememangnya faham, Elon Musk sebut tentang aplikasi mesej ini. Namun ada juga pelabur terkeliru dan \"tersalah signal\" dengan membeli saham Signal Advance yang didagangkan di platform jual beli OTC.\n\n\nSignal, aplikasi mesej itu sendiri tidak didagangkan sebagai saham. Namun, pelabur tetap mencari sehinggalah terjumpa \"Signal\". Signal Advance merupakan syarikat yang telibat dalam pengeluaran elektronik komponen kecil perubatan dan teknologi dalam kawalan kenderaan. Syarikat ini terletak di Rosharon, Texas dengan nilai market capital sebanyak AS$192.6 juta. Kekeliruan ini telah menyebabkan saham Signal Advance melonjak sebanyak 6300% dalam masa 3 hari pasaran.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nSignal Advance\n\n\n\n\n\n\nHarga sebelum FOMO\n\n\nAS$0.60 ( 6 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Paras Harga Tertinggi\n\n\nAS$38.70 (11 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeratusan Kenaikan\n\n\n6300% (3 hari)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nZoom yang mana satu?\n\n\nPermulaan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan seluruh penduduk di dunia melakukan tugas secara 'work from home'. Pelaksanaan ini telah menyebabkan teknologi secara maya seperti Zoom mendapat sambutan. Kesannya Zoom telah memperoleh keuntungan sebanyak 4 bilion selama 3 bulan serta pasaran saham sektor tersebut melambung tinggi.\n\n\nTetapi tahukah anda, apabila fenomena ini berlaku, ada saham syarikat lain terkena tempias peningkatan. Syarikat lain yang sama nama dengan Zoom bernama ZOOM Technologies turut berkongsi pentas. ZOOM Technologies, pembuatan komponen telefon bimbit ini berpangkalan di Beijing dengan nilai pasaran AS$18 juta. Ia didagangkan di pasaran menggunakan nama saham ZOOM, manakala Zoom Video Communications pula menggunakan nama saham ZM.\n\n\n\n\n\n\nGambar: thestreet.com\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan simbol ini telah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan pelabur yang beranggapan nama saham ZOOM ini adalah untuk Zoom Video Communications. Kesannya, saham ZOOM Technologies telah meningkat dua kali ganda sehingga mencapai AS$20.84 seunit selama seminggu. Berikutan daripada situasi ini, ZOOM Technologies telah menukar nama saham kepada ZTNO untuk mengelakkan kekeliruan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nZoom Tecnhologies\n\n\n\n\n\n\nHarga sebelum FOMO\n\n\nAS$3.08 (2 Mac 2020)\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Paras Harga Tertinggi\n\n\nAS$20.839 seunit (20 Mac 2020)\n\n\n\n\n\n\nPeratusan Kenaikan\n\n\n50% (seminggu)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : \n(cnn.com)\n\n\n\n\n\n\nKaesang Pangarep\n\n\nKaesang Pangarep merupakan anak bongsu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi. Pemuda yang berusia 26 tahun ini juga terkenal dalam laman sosial seperti youtube, twitter, dan blogger. Pada 14 Januari, Kaesang telah berkongsi kajian analisis teknikal dan fundamental di twitter mengenai prospek saham Bank Pembangunan Daerah Jawa Timur (BJTM).\n\n\nBJTM merupakan satu institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan perbankan di Indonesia. Disebabkan perkongsian ini dibuat oleh anak Presiden, ramai yang menganggap terdapat sebuah hint di sebalik perkongsian ini. Akibat FOMO, saham BJTM telah meningkat pada keesokan harinya sebanyak 19%. Peningkatan ini telah mencapai paras tertinggi Rp 965 seunit semenjak saham BJTM mula didagangkan pada tahun 2012.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nBank Pembangunan Daerah Jawa Timur\n\n\n\n\n\n\nHarga sebelum FOMO\n\n\nRp 710 seunit (13 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Paras Harga Tertinggi\n\n\nRp 965 seunit (15 Jan 2021)\n\n\n\n\n\n\nPeratusan Kenaikan\n\n\n19% dalam masa sehari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nkajian analisis teknikal yang dikongsi oleh Kaesang. Gambar: Twitter Kaesang Pangarep\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nDisebabkan FOMO, apabila harga laju meningkat kebanyakan pelabur akan mencuba nasib tanpa memikirkan risiko dan kerugian yang bakal dialami. Sampai ke satu tahap boleh menyebabkan kesilapan serta kekeliruan dalam pembelian kaunter saham. Namun sebagai seorang pelabur bijak kita perlulah membuat analisis melalui aspek teknikal dan fundamental sebelum melakukan sesuatu pembelian kaunter saham.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kos-yang-terlibat-dalam-jual-beli-saham", "title": "Kos yang Terlibat dalam Jual Beli Saham", "body": "Bagi setiap transaksi jualan atau belian saham yang berjaya, terdapat empat caj terlibat yang dikenakan kepada aktiviti perdagangan saham. Caj tersebut ialah bayaran broker, cukai kerajaan, pelepasan dan duti setem. Post kali ini akan menerangkan cara pengiraan setiap caj yang terlibat dalam transaksi saham. Untuk memudahkan penjelasan, kita akan gunakan RM 800 sebagai modal bercerita.\n\n\n1. Bayaran Broker\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBayaran broker atau bahasa mudahnya brokerage fee adalah caj yang dikenakan oleh broker anda. Kadar bayarannya adalah berbeza mengikut broker. Sebagai contoh, boleh lihat di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBroker\n\n\nKadar Broker (minimum)\n\n\n\n\n\n\nMalacca Securities\n\n\n0.08% atau RM 8\n\n\n\n\n\n\nCGS-CIMB Securities\n\n\n0.08% atau RM 8\n\n\n\n\n\n\nRHB TradeSmart\n\n\n0.42% atau RM 28\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya, broker akan kenakan suatu kadar tetap sebagai minimum, namun akan mengikut kadar peratusan sekiranya melebihi kadar minimum tersebut. Sebagai contoh, mari kita lihat contoh di bawah:\n\n\n\n\n\r\n\nRM 800 x 0.08%\n\r\n\n= RM 0.64 (tak sampai harga minimum)\n\r\n\nBayaran broker RM 8 dikenakan\n\r\n\n\n\n\n\nBerdasarkan contoh, disebabkan pengiraan kadar peratus adalah lebih kecil, harga minimum \nRM 8.00\n akan dikenakan sebagai broker fee. Sebaliknya, sekiranya pengiraan kadar peratusan adalah lebih besar, maka jumlah itulah yang akan dikenakan sebagai broker fee.\n\n\n2. Cukai Kerajaan\n\n\n\u00a0\n\n\nSejak GST dimansuhkan, kini kerajaan mengenakan cukai SST. Dalam pengiraan jual beli saham, cukai ini hanya ditambah ke atas nilai broker fee tadi. Dari contoh di atas, kita lihat pengiraannya di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\nRM 8 x 6%\n\r\n\n= RM 0.48\n\r\n\n\n\n\n\nJadi, \nRM 0.48\n kadar SST akan dikenakan untuk transaksi ini.\n\n\n3. Bayaran Pelepasan\n\n\nBayaran pelepasan atau bahasa Bursanya adalah clearance fee. Ya, perkataan Bursa tadi digunakan sebab bayaran ini akan disalurkan kepada Bursa Malaysia. Pelepasan ini akan dikenakan ke atas nilai jual beli saham dengan kadar 0.03%.\n\n\n\n\n\r\n\nRM 800 x 0.03%\n\r\n\n= RM 0.24\n\r\n\n\n\n\n\nBayaran pelepasan yang dikenakan untuk transaksi ini adalah sebanyak \nRM 0.24\n.\n\n\n4. Duti Setem\n\n\n\u00a0\n\n\nDuti ini juga dikenakan oleh Bursa Malaysia. Kadar pengiraannya adalah RM 1.50 bagi setiap transaksi saham bagi setiap RM 1000 yang dijual beli. Dalam contoh kali ini, RM 800 akan dikenakan duti setem sebanyak \nRM 1.50\n. Contoh selanjutnya boleh dilihat di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\nRM 800 ~ RM 1.50\n\r\n\nRM 1600 ~ RM 2.40\n\r\n\nRM 4000 ~ RM 6.00\n\r\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPengiraan keseluruhan\n\n\n\u00a0\n\n\nJadi pengiraan kos untuk contoh kali ini boleh dikira seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\nRM 800 + (RM 8 + RM 0.48 + RM 0.24 + RM 1.50)\n\r\n\n= RM 810.22\n\r\n\n\n\n\n\nSekiranya transaksi berbentuk belian, ini adalah jumlah yang anda perlu ada dalam Trading Limit. Secara rumusannya RM 8 dibayar ke broker, RM 0.48 kepada kerajaan dan RM 1.74 kepada Bursa dengan jumlah kos sebanyak \nRM 10.22\n. Sebenarnya pengiraan ini sudah pun dirumus oleh team iSaham dalam Buy Calculator kami mengikut kadar broker Malacca Securities. Boleh gunakan \nkalkulator saham kami di sini\n.\n\n\nKemaskini\n\n\nPada 29 Oktober 2021, pembentangan Belanjawan 2022 telah dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Zafrul\u00a0bin Tengku Abdul Aziz.\u00a0Terdapat beberapa perubahan terhadap kos pembelian saham telah diumumkan. Untuk bacaan lebih lanjut, boleh rujuk \npost ini\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/kos-yang-terlibat-dalam-jual-beli-saham-bermula-januari-2022", "title": "Kos yang Terlibat dalam Jual Beli Saham Bermula Januari 2022", "body": "Kami pernah menjelaskan tentang \nkos-kos yang terlibat dalam jual beli saham\n pada suatu ketika dulu. Kos-kos ini termasuklah bayaran broker, duti setem, bayaran pelepasan dan cukai kerajaan.\n\n\nNamun, pada 29 Oktober yang lalu, pembentangan \nBelanjawan 2022\n telah dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia, dan terdapat beberapa perubahan terhadap kos pembelian saham telah diumumkan.\n\n\n\n\n\n\nPerubahan cukai dan duti setem yang telah dimaklumkan sewaktu Belanjawan 2022.\n\n\n\n\n\n\nTerkini, pada 19 Jun 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kadar duti setem saham akan dikurangkan daripada 0.15% kepada 0.1%, tertakluk kepada had maksimum RM 1,000 setiap kontrak berkuat kuasa \nJulai 2023\n.\n\n\nTerdapat beberapa perkara yang akan memberi perubahan terhadap kos pembelian saham di Bursa Malaysia. Antaranya ialah:\n\n\n\n\nDuti setem nota kontrak yang diturunkan daripada 0.15% kepada 0.1%.\n\n\nHad duti setem sebanyak RM200 bagi setiap nota kontrak akan dimansuhkan.\n\n\nAktiviti pembrokeran dagangan saham tidak lagi dikenakan cukai oleh kerajaan.\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, pada 30 Disember 2021, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa \namaun maksimum duti setem\n yang akan dikenakan bagi setiap nota kontrak dihadkan kepada RM 1,000.\n\n\nDuti setem\n\n\nSecara ringkasnya, kadar duti setem yang baharu ini membawa maksud, bagi setiap RM 1,000 saham yang didagangkan, terdapat RM 1.00 kadar duti setem yang akan dikenakan.\n\n\nNamun demikian, terdapat perbezaan kadar maksima duti setem mengikut jenis saham yang didagangkan. Kadar maksima duti setem dan jenis saham dibahagikan seperti berikut:\n\n\n1. Kadar maksima RM 1,000, bersamaan 0.1%\n\n\n\n\nSaham induk\n\n\nSaham pinjaman\n\n\nSaham keutamaan\n\n\nExchange Traded Bond\n\n\n\n\n2. Kadar maksima RM 200, bersamaan 0.1%\n\n\n\n\nWaran\n\n\nRights\n\n\nREIT\n\n\nUnit amanah\n\n\nDana tertutup\n\n\n\n\nManakala untuk Exchange Traded Fund (ETF) pula, ia diberikan pengecualian duti setem sehingga tahun 2025.\n\n\nLain-lain caj\n\n\nBagi bayaran broker, anda perlu merujuk broker masing-masing untuk mengetahui caj yang dikenakan oleh mereka. Untuk M+ dan CGS-CIMB, bayaran broker kekal pada kadar 0.08% atau minima RM 8 untuk setiap transaksi. Manakala bayaran pelepasan oleh Bursa Malaysia pula kekal dengan kadar 0.03%.\n\n\nOleh itu, mari kita lihat cara pengiraan kos yang terlibat dalam jual beli saham bermula 1 Januari 2022.\n\n\nContoh kiraan kos jual beli saham\n\n\nContoh 1:\n Saham ABC, kuantiti 10,000 unit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham\n\n\nRM 0.80\n\n\n\n\n\n\nKuantiti\n\n\n10,000 unit\n\n\n\n\n\n\nBayaran broker\n\n\nRM 8\n\n\n\n\n\n\nBayaran pelepasan\n\n\n0.03%\n\n\n\n\n\n\nDuti setem\n\n\n0.1%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPengiraan:\n\n\n\r\n\nRM 8000 + (RM 8 + RM 2.40 + RM 8) = RM 8018.40\n\n\nOleh kerana 0.08% dari RM 8,000 adalah RM 6.40, jadi, caj minima bayaran broker sebanyak RM 8 dikenakan.\n\n\nContoh 2:\n Saham ABC, kuantiti 100,000 unit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham\n\n\nRM 0.80\n\n\n\n\n\n\nKuantiti\n\n\n100,000 unit\n\n\n\n\n\n\nBayaran broker\n\n\n0.08%\n\n\n\n\n\n\nBayaran pelepasan\n\n\n0.03%\n\n\n\n\n\n\nDuti setem\n\n\n0.1%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPengiraan:\n\n\n\r\n\nRM 80,000 + (RM 64 + RM 24 + RM 80) = RM 80,168\n\n\nContoh 3:\n Saham ABC, kuantiti 1,000,000 unit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham\n\n\nRM 0.80\n\n\n\n\n\n\nKuantiti\n\n\n1,000,000 unit\n\n\n\n\n\n\nBayaran broker\n\n\n0.08%\n\n\n\n\n\n\nBayaran pelepasan\n\n\n0.03%\n\n\n\n\n\n\nDuti setem\n\n\n0.1%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPengiraan:\n\n\n\r\n\nRM 800,000 + (RM 640 + RM 240 + RM 800) = RM 801,680\n\n\nOleh kerana terdapat had maksima caj duti setem, jumlah yang akan dicaj adalah RM 1,000 dan bukanlah RM 1,200.\n\n\nRumusan\n\n\nJelas dilihat melalui pengiraan, caj duti setem yang baharu ini akan lebih memberi kesan kepada pelabur yang melabur dalam jumlah yang besar. Namun begitu, penetapan had limit yang diumumkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menjadikan pasaran Bursa Malaysia kekal rancak dan dinamik.\n\n\nSelain mengira kos jual beli saham secara manual, anda juga boleh menggunakan \nBuy Calculator\n kami. Kalkulator ini menggunakan kadar broker yang ditetapkan oleh Malacca Securities (M+).\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/krisis-kenaikan-harga-minyak-1973", "title": "Krisis Kenaikan Harga Minyak 1973", "body": "Minyak petrol merupakan salah satu komoditi yang penting dalam input sektor ekonomi dan kehidupan seharian masyarakat. Ia sering digunakan dalam pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Setiap kenaikan dalam pasaran harga minyak mentah pastinya akan memberi kesan positif dan negatif dalam pembangunan sesebuah negara. Tetapi tahukah anda krisis OPEC 1973 merupakan krisis peningkatan harga minyak yang pertama berlaku dalam sejarah dunia.\n\n\nPunca\n\n\nKrisis ini bermula apabila 12 anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah bersetuju dan bersepakat melaksanakan Embargo minyak pada 19 Oktober 1973. Perlaksanaan ini dilakukan dengan memboikot dan menghentikan eksport petroleum ke negara Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, sekatan ini juga ditujukan kepada beberapa buah negara seperti Kanada, Jepun, Belanda, United Kingdom, Portugal dan Afrika Selatan.\n\n\n\n\n\n\nPertempuran yang berlaku di Bukit Golan antara tentera Israel dan Syria. Gambar: \nbritannica.com\n\n\n\n\n\n\nBagaimana ia bermula?\n\n\nSekatan ini dilaksanakan kepada negara yang memberi sokongan terhadap negara Israel yang terlibat dalam peperangan Yom Kippur. Ia juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1973 atau Perang Ramadan. Semasa peperangan ini berlaku, Amerika Syarikat telah menyediakan dana sebanyak USD 2.2 bilion untuk membekalkan kelengkapan peralatan peperangan. Peperangan ini melibatkan pertempuran antara Israel dengan Mesir di semenanjung Sinai dan Syria di Bukit Golan.\n\n\nTindakan Richard Nixon\n\n\nBukan itu sahaja, pada tahun 1971 Presiden ke-37 Amerika Syarikat iaitu Richard Nixon telah bersepakat menarik diri daripada Perjanjian Bretton Woods yang telah wujud semenjak tahun 1944. Sistem Bretton Woods merupakan satu sistem pengurusan matawang antarabangsa yang melibatkan penjanjian 44 buah negara dalam menentukan pertukaran nilai mata wang dolar dengan emas.\n\n\nSetiap pertukaran 1 aunz (28.349 gram) emas bersamaan harga USD 35. Sistem ini akan memerlukan negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas dengan kadar pertukaran dolar sahaja. Apabila Amerika menarik diri dalam penjanjian ini, ia telah memberi kesan terhadap negara lain.\n\n\n\n\n\n\nPersidangan Bretton Woods yang diadakan pada tahun 1944. Gambar: britannica.com\n\n\n\n\n\n\nTindakan ini dilaksanakan oleh Nixon untuk mengelakkan negara yang menandatangani penjanjian menuntut hak yang sama rata dalam pertukaran jumlah emas yang sama dengan dolar Amerika yang berada dalam rizab simpanan. Sekiranya Amerika memungkiri janji atau gagal menunaikan tuntutan, ia boleh menyebabkan berlakunya muflis. Satu risiko yang tidak ingin dihadapi.\n\n\nSelepas Amerika menarik diri, harga emas telah melonjak naik dan harga dolar telah susut nilai sehingga menjunam jatuh. Secara langsungnya, ia memberi kesan terhadap negara OPEC dari segi jumlah pendapatan yang diperolehi. Hal ini disebabkan kebanyakkan kontrak dan penjanjian urusan jual beli petroleum dilaksanakan menggunakan transaksi pembayaran matawang dolar Amerika. Untuk mengatasi masalah ini, OPEC telah mengubah sistem dengan menetapkan harga minyak berdasarkan jumlah emas.\n\n\nKesan kepada pasaran minyak dunia\n\n\nSepanjang berlakunya sekatan embargo dari Oktober 1973 sehingga Mac 1974 menyebabkan peningkatan harga minyak dunia dari USD 25.97 setong pada 1973 kepada USD 46.35 setong pada 1974. Peningkatan harga ini selari dengan peningkatan kadar inflasi pada ketika itu. Kenaikan ini telah memberikan gambaran positif terutamanya kepada negara OPEC yang memiliki hampir 86% pasaran dalam pengeluaran petroleum dunia.\n\n\nTindakan embargo ini langsung tidak memberi kelebihan kepada Amerika yang pada ketika itu berhempas pulas untuk melaksanakan catuan dan pengurangan permintaan terhadap petroleum. Hal ini disebabkan pengeluaran dan penawaran bekalan minyak Amerika semakin berkurangan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nnpr.org\n\n\n\n\n\n\nIa menyebabkan beberapa tindakan telah dilaksanakan:\n\n\n\n\nCatuan ganjil - kenderaan yang mempunyai nombor plat pada digit terakhir perlu membeli pada hari ganjil. Sebaliknya yang mempunyai nombor genap perlu membeli pada hari genap.\n\n\nPemilik stesen meletakkan papan tanda dan mempamerkan berdasarkan kategori warna seperti merah apabila kehabisan stok, kuning hanya untuk kenderaan tertentu dan hijau untuk semua kenderaan.\n\n\nMemperuntukkan jumlah minyak domestik yang sama rata bagi setiap negeri.\n\n\nMengehadkan had laju kenderaan kepada 55 batu sejam\n\n\n\n\nKemelesetan Ekonomi Dunia\n\n\nSecara tidak langsungnya, negara Amerika terus mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan berlakunya kadar inflasi meningkat sehingga 10%. Manakala negara lain seperti Britain mengalami inflasi sehingga 25% yang telah menyebabkan tekanan hidup kepada masyarakat pada ketika itu.\n\n\nDisebalik krisis ini, rakyat mula menyedari dan beralih kepada alternatif lain seperti kenderaan yang lebih jimat petrol. Kesannya, perusahaan yang menawarkan kenderaan kecil seperti Toyota, Honda dan Nissan telah menguasai pasaran penjualan kenderaan di Britain.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/krisis-kewangan-asia-1997-malaysia-mendepani-krisis-luar", "title": "Krisis Kewangan Asia 1997 - Malaysia Mendepani Krisis Luar", "body": "Selepas pasca merdeka, ekonomi Malaysia telah mengalami beberapa kali pasang surut dan krisis atas beberapa faktor. Sebahagian besar krisis tersebut berpunca dari faktor luar kerana polisi ekonomi Malaysia yang terbuka.\n\n\nAntara krisis yang pernah dilalui Malaysia ialah:\n\n\n\n\nKrisis komoditi 1958 akibat jatuhnya harga petroleum, kelapa sawit\n\n\nKrisis kewangan Asia 1997 akibat turunnya nilai mata wang serantau\n\n\nKrisis kewangan global 2009 akibat krisis kredit dan gadai janji subprima (\nsubprime mortage\n) di Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nKrisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian\n.\n\n\n\n\n\n\nKrisis kewangan Asia pada tahun 1997 merupakan krisis yang kuat kesannya pada ekonomi Malaysia dan krisis ini juga masih menjadi topik perbincangan ahli ekonomi dan akademik serta orang awam. Ini kerana Malaysia merupakah satu-satunya negara terjejas yang enggan menggunakan program bantuan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Terdapat banyak bahan bacaan dan kajian yang boleh dibaca tentang topik ini.\n\n\nBagaimana krisis ini bermula\n\n\nKrisis ini bermula di Thailand pada Julai 1997 dan kemudian merebak ke Asia Timur serta Asia Tenggara. Pada tahun tersebut, nilai mata wang Thailand iaitu Baht telah diserang oleh spekulator mata wang kerana dianggap nilai yang diikat pada dollar Amerika Syarikat terlalu tinggi. Pemerintah Thailand terpaksa mengapungkan Baht kerana kekurangan mata wang asing untuk menyokong mata wangnya ke atas dollar AS.\n\n\nKesannya, sebahagian besar negara di Asia Tenggara menyaksikan penurunan nilai mata wang, pasaran saham dan harga aset lain dan peningkatan hutang swasta dengan mendadak.\n\n\nMalaysia juga turut terkena tempias krisis ini. Pelaburan langsung asing jatuh pada kadar yang membimbangkan dan apabila modal mengalir keluar dari negara, nilai ringgit turun dari RM 2.50 setiap dollar AS kepada pada satu ketika, RM 4.80 setiap dollar AS. Index KLCI turut turun dari kira-kira 1300 kepada hampir 400 mata dalam beberapa minggu sahaja.\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nAsian Financial Crisis 1997 - Economics Help\n.\n\n\n\n\n\n\nKeadaan ekonomi Asia Tengara\n\n\nBoleh dikatakan sebelum krisis ini, negara-negara Asia Tenggara melalui zaman kegemilangan pada tahun 90-an. Fenomena ini turut digelar sebagai \n\"The East Asian Miracle\"\n. Pada tahun-tahun tersebut, ekonomi Thailand berkembang pada kadar purata melebihi 9% setiap tahun iaitu kadar KDNK yang paling pesat di dunia ketika itu. Kadar inflasi pula rendah antara 3.4% hingga 5.7%\n\n\nBagi Malaysia pula, purata pertumbuhan KDNK ialah 8.7% setahun dengan kadar inflasi yang rendah iaitu sekitar 3.8% . Malaysia juga secara relatifnya mempunyai hutang asing yang rendah iaitu 42% daripada KDNK pada bulan Jun 1997.\n\n\nFaktor-faktor terjadinya krisis\n\n\nWalaupun ekonomi serantau bertumbuh dengan pesat, pertumbuhan ini turut menyemarakkan bilangan pinjaman yang berisiko oleh kebanyakan negara.\n\n\nThailand sebagai contoh mempunyai kadar hutang dengan bank luar sebanyak 45% daripada KDNK dengan kebanyakan merupakan hutang jangka pendek. Indonesia juga tidak terlepas dengan pinjaman yang berisiko tinggi seperti pemberian pinjaman untuk projek kereta nasional yang kemudiannya menjadi projek gajah putih.\n\n\nHutang-hutang swasta Malaysia pula banyak yang berkait dengan sektor hartanah. Ramai beranggapan bahawa pelaburan besar-besaran dalam sektor ini akan membuahkan keuntungan kerana pemaju-pemaju sedang menyasarkan prospek-prospek dari Hong Kong. Dengan saiz populasi komuniti Cina yang agak ramai, Kuala Lumpur dianggap destinasi pilihan ahli-ahli perniagaan Hong Kong untuk memindahkan operasi perniagaan kerana Hong Kong pada tahun 1997 akan diserahkan kembali kepada China.\n\n\nSelain itu, spekulator mata wang turut menjadi peranan dalam krisis ini. Ketika itu, kewangan negara adalah stabil dan belanjawan negara juga tidak melebihi defisit. Malah Malaysia dikategorikan sebagai negara yang memiliki kadar tabungan yang tinggi dan jumlah pinjaman tidak berbayar (NFL) yang rendah.\n\n\n\n\nNamun kerana tekanan spekulator yang menjual mata wang secara besar-besaran dan didorong juga oleh kurangnya keyakinan pelabur, Malaysia juga terkena tempias krisis ini.\n\n\nLangkah Malaysia\n\n\nBagi menangani krisis kewangan ini, Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan. Bank Negara telah mengenakan kawalan modal dan mengikat Ringgit Malaysia pada RM 3.80 untuk setiap dollar AS.\n\n\nDi samping itu, ia juga menggantung sepenuhnya perdagangan CLOB (Perintah Buku Had Batas Pusat) tanpa had dengan membekukan kira-kira $4.47 bilion saham. Malaysia juga turut menurunkan kadar faedah pinjaman, meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan menyelamatkan syarikat dan bank yang terjejas.\n\n\nMalaysia menolak pakej bantuan ekonomi dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tidak seperti negara-negara lain yang terjejas oleh krisis itu. Walaupun rizab asing negara rendah pada ketika itu, namun ianya cukup untuk bertahan dalam suatu tempoh.\n\n\nNegara Asia selepas 20 tahun krisis\n\n\nDari segi kewangan, Asia adalah wilayah yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun 1997. Menurut \nFitch Ratings\n, ekonomi Asia kini lebih berdaya tahan dalam mendepani tekanan kewangan luar berikutan langkah-langkah transformasi polisi ekonomi negara yang lebih baik serta kekuatan kewangan yang dibina.\n\n\n\n\n\n\nPendekatan Malaysia tanpa bantuan IMF masih mampu memulihkan ekonomi dengan segera. Ekonomi Malaysia kembali berkembang dengan pertumbuhan 4.3% pada tahun 1999 seiring dengan negara-negara lain sekaligus berjaya keluar dari kemelesetan ekonomi Asia.\n\n\nPemulihan ekonomi telah diterajui oleh pertumbuhan eksport yang kukuh, terutamanya produk elektronik dan elektrik, kepada Amerika Syarikat, rakan perdagangan dan pelaburan utama Malaysia. Tekanan inflasi kekal tidak berbahaya, dan hasilnya, Bank Negara Malaysia telah dapat mengikuti dasar kadar faedah yang rendah.\n\n\nWalaupun pada mulanya ramai pihak seperti organisasi IMF tidak yakin dan memandang rendah dengan tindakan Malaysia, malah ada yang menjangkakan Malaysia akan muflis, namun Malaysia akhirnya berjaya mendepani krisis ini dan menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.\n\n\nRujukan:\n\n\n\n\nLesson from the last three major economic crises - Prof Jomo | The Edge Markets\n\n\nSejarah Ekonomi Malaysia | Wikipedia\n\n\nKrisis Kewangan Asia 1997 | Wikipedia\n\n\nAsia lebih berdaya tahan selepas krisis 1997 | Berita Harian\n\n\nKrisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian\n\n\nThe Asian financial crisis - 20 years later | The Star\n\n\nHow Asia shapes up 20 years after 1997 financial crisis | Nikkei Asia\n\n\nAsian Financial Crisis | Corporate Finance Institute\n\n\nAsian financial crisis | Britannica\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/l&pbhd-mengembangkan-perniagaan-dengan-dana-ipo", "title": "L&PBHD - Mengembangkan Perniagaan dengan Dana IPO", "body": "\n\nKumpulan L&P Global (L&P Global) terlibat dalam reka bentuk dan pembuatan pembungkusan bahan industri yang berasaskan kayu. Syarikat ini telah beroperasi selama 38 tahun.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.30\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDisahkan syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 168 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.72\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n19 Disember 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n21 Disember 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n3 Januari 2023\n\n\n\n\nPerniagaan L&P\n\n\nKumpulan syarikat L&P Global telah diperbadankan pada 30 Ogos 2021 sebagai syarikat persendirian di bawah nama Berjayapak International Holdings Sdn Bhd. Kemudian, ia ditukarkan kepada L&P Global Sdn Bhd pada 27 Januari 2022.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nL&P Global adalah syarikat penyedia penyelesaian pembungkusan industri bersepadu yang merupakan bahagian yang penting dalam pengurusan rantaian bekalan. Ia membantu dalam membolehkan penggunaan produk pembungkusan industri secara optimum melalui pergerakan barangan yang kos efektif dan cekap di seluruh rantaian bekalan, pengurusan inventori dan penggunaan ruang.\n\n\nSelain itu, syarikat ini juga turut menyumbang dari segi persekitaran pengurusan bekalan rantaian dengan menggunakan barangan kitar semula dan mengitar semula barangan pembungkusan industri.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan L&P Global:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan L&P\n\n\nBagi tahun kewangan 2020, pendapatan syarikat meningkat sebanyak RM 22 juta (33.18%) menjadi RM 88.3 juta, berbanding RM 66.3 juta pada tahun kewangan 2019. Faktor utama peningkatan ini adalah kerana permulaan operasi di Vietnam pada bulan Ogos, 2019 dan telah mencapai sehingga lebih kurang 90% daripada kapasiti pengeluaran untuk tahun kewangan penuh FYE 2020.\n\n\nBagi tahun kewangan 2021, pendapatan syarikat meningkat lagi sebanyak RM 32.62 juta (36.94%) menjadi RM 120.92 juta. Salah satu penyumbang kepada peningkatan pendapatan ini adalah kerana terdapat peningkatan permintaan daripada pelanggan sedia dari industri tenaga diperbaharui serta elektronik dan semikonduktor.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat L&P datang daripada 4 aktiviti perniagaan iaitu:\n\n\n\n\nReka bentuk dan pembuatan kotak dan peti serta penyediaan khidmat pembungkusan\n\n\nReka bentuk dan pembuatan palet\n\n\nPenyediaan khidmat kitaran rantaian bekalan\n\n\nBerdagang sebagai perkhidmatan nilai tambah\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nRajah di atas menunjukkan bahawa majoriti pendapatan syarikat datang daripada segmen reka bentuk dan pembuatan kotak dan peti serta penyediaan khidmat pembungkusan. Pada tahun kewangan 2020, terdapat peningkatan terhadap jualan kotak dan peti sebanyak 71.28% disebabkan pembukaan operasi di Vietnam. Peningkatan jualan diteruskan pada tahun kewangan 2021 akibat terdapat permintaan yang tinggi dari industri tenaga diperbaharui serta elektronik dan semikonduktor. Permintaan berterusan dari industri-industri ini juga telah menyumbang kenaikan jualan kotak dan peti pada tempoh kewangan 2022.\n\n\nSegmen reka bentuk dan pembuatan palet juga mengalami peningkatan akibat permintaan yang meningkat dari industri tenaga diperbaharui serta elektronik dan semikonduktor. Pada tahun kewangan 2021, terdapat peningkatan permintaan terhadap palet tereka bentuk. Justeru menyebabkan peningkatan terhadap nilai jualan kerana harganya yang lebih tinggi berbanding palet kayu biasa.\n\n\nManakala segmen khidmat kitaran rantaian bekalan serta perdagangan merupakan penyumbang kecil kepada pendapatan syarikat.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nSehingga tempoh kewangan 30 Jun 2022, L&P mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan syarikat. Daripada lima pelanggan tersebut, jumlah pendapatan daripada First Solar Group adalah yang tertinggi dengan sumbangan sebanyak 41.78%, 57.70%, 59.40% dan 55.39% dari tahun kewangan 2019 sehingga tempoh kewangan 2022.\n\n\nBerikut merupakan senarai pelanggan utama L&P untuk tempoh kewangan 2022:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pelanggan utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nL&P Global menyediakan penyelesaian pembungkusan industri bersepadu secara hujung ke hujung; daripada sumber bahan, mereka bentuk, pembuatan, pemasangan dan pembekalan industri pembungkusan produk, pembungkusan barang ke dalam kotak dan peti, kepada mengguna semula, mengitar semula dan membaiki palet. Selain itu, syarikat ini juga menawarkan perdagangan sebagai perkhidmatan nilai tambah.\n\n\nSelain mempunyai pengalaman dalam industri pembungkusan barangan industri, produk syarikat ini juga diperbuat dengan memenuhi piawaian antarabangsa, ISPM-15. Justeru, memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menggunakan produk syarikat L&P Global dalam keperluan bekalan rantaian global mereka.\n\n\nL&P Global telah menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan utama mereka yang terdiri daripada syarikat-syarikat MNC yang terkenal dan juga dari pelbagai industri pembuatan. Mereka juga turut mempunyai hubungan dengan pembekal bahan kayu, justeru membolehkan mereka memperoleh bekalan bahan kayu yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembuatan.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nSebahagian besar pendapatan L&P Global diperoleh dari pelanggan utama mereka, iaitu First Solar. First Solar juga merupakan pelanggan tunggal L&P Global di Vietnam yang menyumbang 100% daripada jumlah pendapatan mereka di sana. Justeru itu, terdapat kebergantungan yang tinggi terhadap pelanggan ini. Sekiranya syarikat kehilangan First Solar sebagai pelanggan, ia akan memberi kesan terhadap kewangan syarikat.\n\n\nL&P Global juga bergantung terhadap ketersediaan pekerja asing untuk menjalankan aktiviti pembuatan. Pada Jun 2020, sewaktu pandemik COVID-19 melanda, L&P Global adalah salah satu syarikat yang terkesan akibat pengumuman pembekuan pengambilan pekerja asing oleh Menteri Sumber Manusia. Sekiranya perkara ini berlaku lagi, ia akan memberi gangguan terhadap produktiviti syarikat.\n\n\nSelain itu, syarikat ini juga terdedah kepada gangguan dan kelewatan yang disebabkan oleh kerosakan alatan, kebakaran, dan faktor persekitaran yang berada di luar kawalan mereka.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima daripada IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n10\n\n\n29.5\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan perniagaan\n\n\n2\n\n\n5.9\n\n\n\n\n\n\nPembayaran semula pinjaman\n\n\n5\n\n\n14.75\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n13\n\n\n38.35\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian IPO\n\n\n3.9\n\n\n11.5\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n33.9\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana akan digunakan untuk tujuan perkembangan perniagaan. Sebanyak RM 10 juta (29.5%) daripada dana IPO akan digunakan untuk tujuan perbelanjaan modal. L&P bercadang untuk mengembangkan operasi mereka di Johor dengan membina kilang baru dan lebih besar yang akan merangkumi pembuatan komponen dan kawasan pemasangan serta penyimpanan. Selain meningkatkan produksi, pengembangan operasi di Johor ini juga dapat menyokong pelan perkembangan mereka ke Singapura.\n\n\n5.9% daripada jumlah dana akan digunakan untuk perkembangan perniagaan mereka, iaitu dengan menyediakan kilang baharu di Lembah Klang. Kilang ini akan digunakan untuk kerja-kerja pemasangan untuk produk-produk akhir. Tambahan lagi, L&P Global juga memerlukan mesin tambahan bagi menyokong operasi pengembangan geografi mereka. Oleh itu, sebanyak RM 1.39 juta akan digunakan untuk pembelian mesin.\n\n\nSebanyak 14.75% dari dana pula akan digunakan untuk tujuan pembayaran balik pinjaman. Pembayaran balik pinjaman ini akan memberikan impak yang positif terhadap syarikat atas penjimatan kadar faedah sebanyak RM 0.28 juta setahun.\n\n\nDana terbesar, iaitu sebanyak 38.35% akan digunakan untuk modal kerja. Kos bahan mentah adalah komponen utama dalam kos jualan. Sebanyak RM 13 juta akan digunakan untuk pembelian bahan mentah, yang terdiri daripada kayu tereka bentuk dan kayu semula jadi.\n\n\nBaki dana sebanyak RM 3.9 juta pula akan digunakan untuk tujuan perbelanjaan penyenaraian IPO.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri\n\n\nL&P Global terlibat dalam penyediaan penyelesaian pembungkusan kayu perindustrian bersepadu. Justeru, analisis ini akan memfokuskan tentang industri penyelesaian pembungkusan perindustrian di Malaysia dan Vietnam.\n\n\nIndustri pembungkusan kayu perindustrian\n\n\nPembungkusan kayu perindustrian adalah sebahagian daripada pengurusan bekalan rantaian yang menyokong pergerakan barangan yang cekap dan kos efektif, serta dapat membantu dalam pengurusan inventori dan penggunaan ruang. Ia juga menyumbang kepada aspek alam sekitar dalam pengurusan rantaian bekalan dengan penggunaan bahan kitar semula serta penggunaan semula pembungkusan kayu perindustrian sepanjang proses bekalan rantaian.\n\n\nKayu yang digunakan dalam pembuatan pembungkusan kayu perindustrian terdiri daripada kayu semula jadi, kayu tereka bentuk, dan juga kayu yang dikitar semula.\n\n\nBagi mengeksport pembungkusan kayu perindustrian, ia haruslah mematuhi keperluan \nInternational Standards for Phytosanitary Measures No. 15\n (ISPM 15). Piawaian ini memastikan pembungkusan kayu perindustrian ini menggunakan rawatan haba dan asap untuk membasmi haiwan perosak.\n\n\nPembungkusan kayu perindustrian yang mematuhi peraturan ISPM 15 akan dicop dan ditandakan sebagai memenuhi patuhan.\n\n\n\n\nRantaian nilai industri\n\n\nRantaian nilai industri bagi pembungkusan kayu perindustrian bermula dari aktiviti pembalakan. Syarikat pembalakan terlibat dalam aktiviti pembalakan terkawal melalui pemilihan pokok-pokok yang telah matang dan kemudian menanamnya semula di dalam hutan. Hal ini menggalakkan pemeliharaan hutan dan juga bekalan kayu yang mampan. Namun, pada masa yang sama, masih memenuhi permintaan masa kini tanpa menggadaikan keperluan masa hadapan.\n\n\nManakala kayu tereka bentuk pula terhasil daripada terbitan produk kayu\n\r\nmelalui proses mengikat helai kayu, zarah, gentian atau venir dengan pelekat untuk membentuk kayu.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan ringkasan kepada rantaian nilai industri.\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nMalaysia\n\n\nPrestasi industri pembungkusan kayu perindustrian di Malaysia meningkat daripada RM 1.54 bilion pada tahun 2017 menjadi RM 1.88 bilion pada tahun 2021, dengan nilai CAGR sebanyak 5.11%.\n\n\nSebelum pandemik COVID-19 melanda, penumbuhan industri pembungkusan kayu perindustrian adalah 6.25% (YoY). Namun, ia kemudian menghadapi penurunan sebanyak 8.02% pada tahun 2020 akibat perintah kawalan pergerakan sewaktu pandemik COVID-19, yang telah mengakibatkan kelewatan dalam aktiviti pembuatan, dan seterusnya memberi kesan terhadap permintaan produk.\n\n\nPada tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 9.30% YoY, justeru meningkatkan prestasi industri.\n\n\n\n\n\n\nCaption: Lorem ipsum, dolor sit amet consectetur adipisicing elit. Maiores, quae.\n\n\n\n\n\n\nVietnam\n\n\nManakala di Vietnam pula, terdapat peningkatan dari segi jualan iaitu daripada RM 653.94 juta pada tahun 2017, menjadi RM 1.28 bilion pada tahun 2021. Walaupun pandemik COVID-19 memberi impak besar terhadap ekonomi, industri pembungkusan kayu perindustrian terus mencatatkan rekod penumbuhan YoY sebanyak 5.23% pada tahun 2020.\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nSenarai syarikat penyedia pembungkusan kayu perindustrian di Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSenarai pesaing utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara dasarnya, syarikat L&P Global menunjukkan peningkatan pendapatan yang baik dengan kenaikan yang konsisten pada tahun 2019 sehingga tempoh kewangan 2022. Syarikat ini juga mempunyai 5 pelanggan utama, di mana salah satu pelanggan tersebut merupakan pelanggan terbesar mereka. Oleh sebab itu, terdapat sedikit kebergantungan dan kerisauan tentang apa yang akan terjadi sekiranya syarikat ini kehilangan pelanggan tersebut.\n\n\nNamun begitu, tindakan syarikat utuk menggunakan majoriti modal bagi tujuan mengembangkan perniagaan merupakan tindakan yang mungkin akan dapat membantu meningkatkan pendapatan syarikat dalam jangka masa yang panjang.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ladang-solar-terbesar-di-dunia", "title": "Ladang Solar Terbesar di Dunia", "body": "Perkembangan tenaga suria semakin mendapat permintaan di setiap negara. Sumber tenaga ini mudah didapati, berterusan tanpa mencemarkan alam sekitar. Tenaga suria bukan sahaja berguna kepada tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis, malah berguna untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga suria diperolehi melalui sinaran matahari yang mengandungi cahaya dan haba untuk kegunaan kehidupan di Bumi. Dalam post kali ni, kita dapat melihat ladang solar terbesar di dunia dalam beberapa buah negara.\n\n\nBhadla Solar Park, India - 2,245 MW\n\n\nBhadla Solar Park telah memegang rekod sebagai ladang solar terbesar di dunia dan menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 2,245 MW. Ia dihasilkan dengan keluasan 5,700 hektar (14,000 ekar) disebuah kawasan bernama Phalodi Tehsil, Rajasthan, India.\n\n\nNegara India juga mempunyai beberapa ladang solar terbesar seperti:\n\n\n\n\nPavagada Solar Park - 2,050 MW\n\n\nKurnool Ultra Mega Solar Park - 1,000 MW\n\n\nKamuthi Solar Power - 648 MW\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: nsenergybusiness.com\n\n\n\n\n\n\nTengger Desert Solar Park, China - 1,547 MW\n\n\nTengger Desert Solar Park terletak di sebuah kawasan bernama Zhongwei, Ningxia di negara China. Kawasan ini dikenali sebagai 'Great Wall of Solar' kerana solar panel dipasang seluas 1,200 km di Gurun Tengger sepanjang 36,700 km meliputi 3.2% kawasan gurun. Kos pembinaan menelan belanja sebanyak AS$2.2 bilion.\n\n\nTenaga solar ini mampu menghasilkan 1,547 MW yang diuruskan oleh China National Grid dan Zhongwei Power Supply Company. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 2012 dan loji janakuasa mula beroperasi pada tahun 2017. Tenaga solar ini berupaya membekalkan tenaga elektrik sekitar 600,000 rumah.\n\n\nNegara China juga mempunyai beberapa ladang solar terbesar seperti:\n\n\n\n\nYangchi Ningxia Solar Park - 1,000 MW\n\n\nDatong Solar Power Top Runner Base - 1,070 MW\n\n\nLongyangxia Dam Solar Park - 850 MW\n\n\n\n\nSweihan, UAE - 1,177 MW\n\n\nProjek kuasa Sweihan merupakan projek tenaga bebas (IPP) \nphotovoltaic solar\n (PV) di Abu Dhabi, UAE. Pembinaan loji solar PV bermula sekitar Mei 2017 dan mula beroperasi pada April 2019. Kos pembinaan ini menelan belanja sebanyak AS$870 juta. Loji ini dapat menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sekitar 195,000 rumah. Penghasilan solar ini mampu mengurangkan tujuh juta tan pelepasan karbon setahun.\n\n\nPembinaan solar ini seluas 780 hektar terletak di bahagian timur Abu Dhabi dan 120 km dari bandar Abu Dhabi. Tenaga suria ini dihasilkan melalui modul PV monokristalin dengan kecekapan tinggi yang dibekalkan syarikat JinkoSolar. Modul dipasang pada struktur tetap menggunakan reka bentuk susun atur model inventif.\n\n\n\n\n\n\nGambar : power-technology.com\n\n\n\n\n\n\nEnel Villanueva PV Plant, Mexico - 828 MW\n\n\nLoji PV Villanueva mula beroperasi dan menghasilkan tenaga suria pada bulan Mac 2018. Ladang ini berupaya menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 828 MW serta menggunakan 2.5 juta panel solar. Ia terletak disebuah kawasan Viesca, Bagian Coahuila berkeluasan 2,400 hektar dan berupaya membekalkan tenaga kepada 1.3 juta rumah. Loji dapat mengurangkan 783,683 tan karbon dioksida memasuki atmosfera.\n\n\nProjek ini sekaligus mencapai sasaran 50% elektrik dari sumber tenaga bersih menjelang tahun 2050 oleh negara Mexico. Kos ini mencecah sekitar AS$650 juta. Apa yang menariknya, loji Villanueva merupakan ladang solar terbesar di benua Amerika.\n\n\n\n\n\n\nGambar: nesenergybusiness.com\n\n\n\n\n\n\nOuarzazate Solar Power Station, Morocco - 580 MW\n\n\nLadang solar ini juga dikenali sebagai \nNoor Complex Solar Power\n yang dimiliki oleh Agensi Tenaga Suria Maghribi. Kawasan ini berkeluasan 6,178 ekar dan menghasilkan 580 MW. Lokasinya terletak di padang pasir Maghribi dan berhampiran dengan bandar Ouarzazate. Pembinaan menelan belanja sebanyak AS$9 bilion dan mula beroperasi pada tahun 2016.\n\n\nApa yang menariknya, tenaga solar ini menggunakan teknologi garam cair yang dipanaskan bertujuan untuk menyimpan tenaga suria. Kesannya, ia dapat menghasilkan elektrik pada waktu malam. Penggunaan 2 juta cermin membolehkan kilang ini menghasilkan tenaga sebanyak 6% sebagai bekalan elektrik negara. Fasa pertama loji ni telah berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 280,000 tan bersamaan 1% pelepasan CO2 di Maghribi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: engineerlive.com\n\n\n\n\n\n\nMalaysia\n\n\nCuaca panas di Malaysia telah memberi peluang teknologi tenaga suria berkembang dengan pesat. Faktor inilah menyebabkan beberapa ladang solar dibina beberapa buah negeri. Negeri Johor juga berhasrat membina ladang solar. Pelaksanaan projek ini akan menjadikan Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang sebagai ladang solar terbesar di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Kos pembinaannya dijangka bernilai RM1.4 bilion dan berkapasiti 450 MW.\n\n\nBeberapa ladang solar beroperasi di Malaysia seperti:\n\n\n\n\nLSS Gambang - 50 MW\n\n\nLSS Sepang - 50 MW\n\n\nLSS Jasin - 50 MW\n\n\nLSS Kemaman - 18.5 MW\n\n\n\n\nKesedaran semakin tinggi terhadap kelestarian alam mendorong Malaysia untuk mewujudkan garis panduan mengurangkan karbon dioksida dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kesannya syarikat yang terlibat dalam industri tenaga suria semakin mendapat permintaan. Antara syarikat yang terlibat sebagai kontraktor dan pembinaan janakuasa solar adalah \nSamaiden\n, \nCypark\n, \nSolarvest\n dan lain-lain. Sektor berkait dengan tenaga hijau yang boleh diperhatikan juga adalah:\n\n\n\n\nGreen Tech\n\n\nSolar EPCC\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/laluan-perdagangan-maritim-utama-di-dunia", "title": "Laluan Perdagangan Maritim Utama di Dunia", "body": "Sejak berkurun lamanya, laluan maritim menjadi nadi hub perdagangan sehingga munculnya beberapa pelabuhan entrepot ke serata dunia. Laluan maritim ini mempunyai pelbagai jalur pelayaran utama yang memainkan peranan penting dalam perdagangan global. Saban tahun sekitar 11 bilion tan muatan yang melalui laluan maritim di beberapa Selat atau Terusan yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada semua barangan yang diperdagangkan di peringkat global.\n\n\nSelat Melaka\n\n\nZaman terdahulu sehinggalah era moden kini, laluan maritim di Selat Melaka semakin sibuk dengan pelbagai jenis kapal perdagangan yang melibatkan beberapa buah negara. Umumnya, Selat Melaka diambil nama sempena sebuah pelabuhan Melaka yang begitu mashyur sebagai pusat entrepot perdagangan pada abad ke-16 dan 17 di Kepulauan Nusantara. Ia merupakan selat yang tersibuk di dunia yang menghubungkan laluan Timur ke Barat yang melalui Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan (Lautan Pasifik).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laluan maritim di Selat Melaka\n\n\n\n\n\n\nSelat ini berhampiran antara 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tidak hairanlah, faktor ini menyebabkan berlakunya persaingan pelabuhan di beberapa buah pelabuhan di sepanjang laluan Selat Melaka. Berdasarkan laporan \nSeatrade Maritime News\n trafik laluan ini dijangka akan meningkat secara konsisten dan permintaan akan melebihi 100 juta TEU. Ia bermaksud ukuran bagi sesebuah kapal yang diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU). Selat Melaka merupakan laluan terpenting bagi menghubungkan Eropah dan Asia Timur.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai Dagangan\n\n\n\n\n\n\nLaluan terpenting bagi negara China\n\n\n25 peratus minyak dari Timur Tengah melalui Selat Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPanjang\n\n\n\n\n\n\nSepanjang 930 km\n\n\nLebar 38 km\n\n\nPurata kedalaman sebanyak 25 meter\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSektor\n\n\nJalur perkapalan di Selat Melaka memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelbagai sektor ekonomi dagangan di Malaysia, India, China, Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, dan Taiwan. Setiap tahun dianggarkan sekitar 83,000 kapal yang menggunakan Selat Melaka untuk menghantar dan mengangkut kargo ke destinasi yang ditetapkan. Jika dilihat Selat Melaka dikenali sebagai \n\"choke point\" \nyang penting bagi industri minyak mentah, minyak sawit, arang batu, gas asli dan kopi bagi negara Indonesia.\n\n\nKepentingan selat ini telah menyebabkan wujudnya beberapa \npelabuhan terkemuka\n dan tersibuk di dunia:\n\n\n\n\nPelabuhan Singapura\n\n\nPelabuhan Klang\n\n\nPelabuhan Shanghai\n\n\nPelabuhan Busan, Korea Selatan\n\n\nPelabuhan Hong Kong\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \neia.gov\n\n\n\n\n\n\nSelat Hormuz\n\n\nSelat Hormuz merupakan sebuah selat yang berbentuk V yang menghubungkan Teluk Parsi ke Lautan Hindi. Ia bersempadan dengan Iran di utara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Oman di bahagian selatan. Panjangnya sebanyak 161 kilometer dan lebar 33.7 kilometer.\n\n\nSelat sempit ini adalah titik pertemuan utama yang paling penting untuk bekalan minyak mentah dunia. Sejumlah satu per tiga minyak dunia dan satu perempat gas asli cecair global (LNG) yang diangkut melalui Selat Hormuz. Sepanjang hari sekitar 14 kapal tangki minyak akan melalui Selat Hormuz dengan anggaran 21 juta tong minyak. Kemudian muatan minyak ini akan dihantar ke beberapa buah negara antaranya India, China, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai Dagangan\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 21 juta tong minyak yang bernilai USD 1.2 bilion yang melalui selat ini setiap hari\n\n\nBersamaan 21% daripada penggunaan petroleum global\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGeografi\n\n\n\n\n\n\nBerhampiran dengan negara-negara OPEC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPanjang\n\n\n\n\n\n\nSatu-satunya laluan ke laut terbuka sepanjang 39 kilometer.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nglobalnews\n\n\n\n\n\n\nSektor\n\n\nJika dapat dilihat selat ini dikellilingi dengan beberapa buah negara Tanah Arab yang kaya dengan sumber minyak mentah.\n\n\n\n\nArab Saudi - 11.81 juta bpd\n\n\nIraq - 4.74 juta bpd\n\n\nIran - 3.19 juta bpd\n\n\nUAE - 3.14 juta bpd\n\n\nKuwait - 2.63 juta bpd\n\n\nQatar - 1.53 juta bpd\n\n\nOman - 948,967 bpd\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \neia.gov\n\n\n\n\n\n\nTerusan Panama\n\n\nPanama merupakan sebuah negara yang menghubungkan dua benua Amerika Utara dan Amerika Selatan. Negara ini bersempadan dengan negara Costa Rica di bahagian barat dan Colombia di bahagian timur. Negara ni terdapat sebuah laluan perdagangan perkapalan yang dikenali sebagai Terusan Panama. Terusan ini menghubungkan antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.\n\n\n\n\nTerusan buatan ini dibuka secara rasmi pada 12 Julai 1920 dan menelan perbelanjaan sebanyak USD 336,650,000. Ia dapat mengurangkan perjalanan 8,000 batu nautika (15,000km) dari Atlantik ke Pasifik. Sekiranya kelajuan kapal berlayar dengan kelajuan anggaran 15 knot tanpa melalui terusan ini, ia akan belayar selama 22 hari. Namun, melalui terusan ini hanya memerlukan 8 sehingga 10 jam serta mampu menjimatkan masa dan mengurangkan kadar pelepasan karbon kapal.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai Dagangan\n\n\n\n\n\n\nKetibaan 13.548 kapal dan mencatatkan 403.8 juta tan kargo (2017)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Tol\n\n\n\n\n\n\nJumlah tertinggi dibayar sebanyak USD 376,000 oleh kapal persiaran Norwegian Pearl\n\n\nTol paling murah dikenakan sebanyak 36 sen oleh Richard Halliburton yang berenang merentasi terusan pada tahun 1928\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPanjang\n\n\n\n\n\n\n82 kilometer\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSektor\n\n\nSecara keseluruhannya laluan ini menawarkan perkhidmatan kepada 29 kapal kargo utama, kebanyakkannya laluan perdagangan dari Pantai Timur Amerika Syarikat ke negara di Asia. Perbandingan jumlah kargo pada tahun 2020 mengikut negara yang menggunakan Terusan Panama:\n\n\n\n\nAmerika Syarikat - 122.96 juta tan\n\n\nChina - 17.62 juta tan\n\n\nColombia - 12.29 juta tan\n\n\nChile - 11.13 juta tan\n\n\nKanada - 11.05 juta tan\n\n\nKorea Selatan - 8.77 juta tan\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : \npancanal.com\n\n\n\n\n\n\nTerusan Suez\n\n\nPada bulan Mac yang lalu terdapat sebuah kapal kontena bernama Ever Given telah menghalang laluan Terusan Suez disebabkan faktor angin kencang. Halangan ini telah menyebabkan berlakunya kerugian sehingga USD 400 juta sejam dan kesesakan perjalanan sepanjang laluan perdagangan. Apakah sebenarnya fungsi terusan Suez?\n\n\nTerusan Suez mula dibuka pada tahun 1869 yang merupakan salah satu jalur laluan perkapalan terpenting di dunia. Terusan ini adalah buatan manusia yang menghubungkan Lautan Hindi ke Lautan Atlantik. Seandainya Terusan Suez tidak diwujudkan, kapal-kapal kargo perlu mengelilingi Cape of Good Hope yang terletak di Afrika Selatan.\n\n\nPerjalanan ini akan memerlukan pihak kapal menambahkan tempoh masa selama 24 hari yang bersamaan 3,700 batu. Ia akan mengakibatkan berlakunya kelewatan tempoh penghantaran kargo.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nnews.yahoo.com\n\n\n\n\n\n\nTerusan Suez berupaya menjimatkan masa dan hanya memerlukan sekitar 16 jam untuk melalui dari awal sehingga akhir terusan. Dianggarkan sebanyak 100 kapal yang melalui pada setiap hari. Terusan ini tiada lorong dua hala, sebaliknya kapal akan melalui dua arah dari selatan dan satu arah dari utara pada waktu yang ditetapkan setiap hari.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai Dagangan\n\n\n\n\n\n\nUSD 5.61 bilion setahun (2020)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Tol\n\n\n\n\n\n\nBayaran Tol melebihi USD 100,000 (RM414,650) mengikut saiz dan berat kargo kapal.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPanjang\n\n\n\n\n\n\n193 km dan kedalaman 24 meter (78 kaki)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSektor\n\n\nTerusan Suez dianggap sebagai laluan terpantas bagi pengangkutan industri minyak. Terusan ini merupakan laluan maritim kedua terpenting selepas Selat Hormuz bagi bekalan minyak dan gas asli cecair. Secara keseluruhannya, terusan ini menguruskan sebanyak 10 peratus daripada perdagangan global bersamaan 35 peratus daripada jumlah trafik harian kontena.\n\n\nKargo utama ke utara iaitu Eropah dan Amerika Utara terdiri daripada minyak mentah, petroleum, arang batu, \nores and metal, fabricated metals, wood, oilseeds and oilseed cakes, cereal.\n Manakala, perjalanan ke selatan terdiri daripada simen, baja, logam buatan, bijirin dan kapal tangki minyak kosong.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nsuezcanal.gov\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/laman-saham-dalam-isaham-berwajah-kemas", "title": "Laman Saham dalam iSaham Berwajah Kemas", "body": "Baru-baru ini, iSaham baru sahaja mengemaskini susunan reka letak untuk laman saham kami. Dengan kemaskini yang terbaru ini, kami harapkan supaya pemilihan saham akan menjadi semakin mudah untuk anda.\n\n\nKemaskini Terbaru April 2020\n\n\nDari atas, anda masih akan lihat info yang sama iaitu nama saham, skor, signal pelaburan dan juga carta harga saham. Dari bawah carta, anda boleh lihat perubahan yang serba kemas dengan pembahagian segmen untuk Fundamental dan Teknikal.\n\n\nSegmen Fundamental dan Teknikal\n\n\nDalam segmen Fundamental, anda boleh lihat info seperti Trend, QR, Dividend, Financial Ratio dan sebagainya dalam bentuk tab. Sama juga untuk segmen Teknikal, butiran info di bawah analisis ini dipersembahkan dalam bentuk tab.\n\n\n\n\nQuarter Report (QR)\n\n\nQuarter Report adalah salah satu info yang baru ditambah dalam kemaskini kali ini. QR ini dipersembahkan dalam bentuk carta bar supaya perkembangan perniagaan mudah untuk dijejak dari suku ke suku tahunan berikutnya. Anda boleh lihat di bawah, dengan contoh QR yang cantik dari \nFPGROUP\n.\n\n\n\n\nDividen\n\n\nAntara satu penanda yang kita boleh guna untuk kenalpasti saham yang bagus adalah pemberian dividen. Sekiranya syarikat memberikan dividen, syarikat ini dianggap mempunyai lebihan keuntungan. Sekiranya pemberian ini dibuat secara konsisten, maka boleh dikatakan syarikat mempunyai keberuntungan (profitability) yang konsisten.\n\n\n\n\nAnda boleh lihat contoh di atas dengan pemberian dividen yang meningkat oleh \nOPENSYS\n.\n\n\nSetakat itu sahaja pembaharuan dalam page iSaham yang kami dapat kongsi untuk kali ini. Kami berdedikasi untuk memberikan servis yang terbaik kepada anda. Maka teruskan menyokong kami untuk membantu anda. Inilah manifesto kami."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/langgan-laporan-kredit-3-bulan-percuma-dengan-mycreditinfo", "title": "Langgan Laporan Kredit 3 Bulan Percuma dengan MyCreditInfo", "body": "Mengetahui credit rating boleh berikan kita kelebihan dari segi kewangan. Kita boleh tahu macam mana rekod kita dari pandangan bank. Dengan pelbagai nilai aset seperti saham yang susut ketika ini, ada banyak peluang untuk membeli. Mungkin ada juga yang ingin membuat pinjaman untuk membeli rumah, kereta atau apa-apa sahaja terutamanya bila keadaan kembali pulih dari wabak COVID-19 nanti. Maka anda boleh tahu kedudukan kewangan anda dengan membuat semakan credit rating.\n\n\nBaru-baru ini, kami ada keluarkan hantaran tentang promosi semakan credit rating dari CTOS. Kalau anda terlepas, jangan risau. Kali ni MyCreditInfo pula menawarkan servis ini secara percuma untuk 3 bulan. Sekiranya anda nak langgan untuk setahun, harga servis ini pun ada promosi ketika ini. Dalam hantaran ini, kita akan ikut langkah-langkah untuk dapatkan laporan kredit percuma 3 bulan dari MyCreditInfo.\n\n\n1. Pergi ke laman web MyCreditInfo\n\n\nLayari laman web MyCreditInfo di \nhttps://www.mycreditinfo.com.my/\n\n\n\n\n2. Daftarkan akaun MyCreditInfo\n\n\nIkut langkah ini kalau anda belum membuka akaun dengan MyCreditInfo. Ada beberapa cara untuk ke borang pendaftaran. Antaranya anda boleh klik butang \nRedeem Yours Now\n di banner pada banner promosi JagaMyID (nama produk maklumat kredit).\n\n\n3. Isi maklumat yang diperlukan\n\n\nIsikan maklumat yang diperlukan. Isi nombor telefon bimbit dan sahkan dengan kod TAC. Tekan \nSign Up\n.\n\n\n\n\nDalam skrin yang berikutnya, anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat beberapa lagi maklumat akaun. Ikut sahaja langkah yang digariskan.\n\n\n4. Pilih langganan JagaMyID\n\n\nDalam langkah ketiga, anda akan diminta untuk pilih langganan perkhidmatan dengan MyCreditInfo. Pilih JagaMyID dengan tekan pada butang \nKnow More\n.\n\n\n\n\nAnda akan dibawa ke laman baru untuk memilih jenis servis JagaMyID. Anda akan perasan kedua-duanya adalah servis berbayar. Pilih sahaja mana-mana. Selepas anda tekan \nBuy Now\n, anda akan dibawa ke bakul pembelian. Di sini, anda boleh buang pilihan tadi yang berbayar dengan tekan butang pangkah.\n\n\n\n\nLihat pada menu dashboard di bahagian kiri, anda akan jumpa \nJagaMyID (BASIC/PLUS)\n. Sila tekan. Anda akan jumpa banner promosi yang kita sebutkan tadi iaitu langganan JagaMyID untuk 3 bulan. Klik butang \nRedeem Yours Now\n pada banner tersebut.\n\n\n\n\n\n\nSekarang bakul pembelian anda akan ada \nJagaMyID (3 Month)\n yang berharga RM 0. Ini bermakna anda berjaya pilih perkhidmatan percuma yang kita nak langgan tadi. Tekan butang \nCheckout\n untuk ke langkah seterusnya.\n\n\n5. Pengesahan identiti\n\n\nDalam langkah ni, anda cuma perlu ambil gambar muka dengan menggunakan smartphone anda. Gambar IC depan dan belakang pun perlu dimuat naik, sama ada menggunakan smartphone atau muat naik melalui laman web.\n\n\n\n\nJangan risau sekiranya anda tersangkut di langkah ini. Anda boleh sambung langkah ini bila-bila anda bersedia.\n\n\n\n\n6 Laporan boleh dibaca\n\n\nItu sahaja yang anda perlu buat. Permohonan anda tak sepatutnya mengambil masa yang lama sekiranya tiada masalah pada gambar yang dimuat naik dan anda siapkan dalam waktu bekerja.\n\n\n\n\nSelepas siap, anda boleh baca laporan dari dashboard. Di dashboard, anda akan dikemas kini berkenaan tarikh sah langganan JagaMyID tadi. Laporan kredit pula boleh dibaca dari menu Summary Credit Profile.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/lanskap-pengangkutan-dan-kemungkinan-krisis-selepas-ini", "title": "GDEX - Perbincangan Landskap Pengangkutan dan Kemungkinan Krisis Baru", "body": "Perkhidmatan penghantaran merupakan salah satu perkhidmatan keperluan yang dibenarkan beroperasi sewaktu PKP berlangsung di Malaysia. Dalam sesuatu perniagaan, jika barang tidak sampai kepada pelanggan, maka urusan perniagaan itu tidak lagi selesai. Kali ni, kami akan berkongsi sebuah perbincangan radio BFM dan CEO kepada syarikat penghantaran GDEX, Teong Teck Lean.\n\n\n1. Perubahan prospek permintaan\n\n\n60% dari pendapatan GDEX datangnya dari perkhidmatan B2B iaitu bisnes ke bisnes. Pada minggu pertama PKP berjalan, mereka memerhatikan pengurangan sehingga 70% daripada aktiviti ini. Dalam minggu itu juga, kebanyakan perniagaan menyesuaikan operasi mereka ke arah e-dagang. Minggu seterusnya melihatkan peningkatan aktiviti sehingga 50% lebih daripada biasa.\n\n\n\n\nDalam waktu terbaharu ini, mereka memerhatikan peningkatan dalam segmen C2C pula iaitu penghantaran dari individu. Segmen ini dijelaskan sebagai perubahan terkini dengan jualan secara online melalui media sosial terutamanya oleh \"influencer\". Trend ini dilihat semakin meningkat dengan peningkatan yang kuat. Marjin keuntungan untuk segmen ini juga adalah sihat kerana persaingan harga tidak sehebat segmen B2B.\n\n\n2. Covid-19 mungkin hanya permulaan krisis\n\n\n\n\n\n\nGambar: Zukiman Mohamad\n\n\n\n\nApabila ditanya tentang persiapan menjelang PKP, Teong mengatakan mereka sedang persiapkan diri lebih jauh untuk krisis yang mungkin akan tiba setelah Covid-19 ini. GDEX kini sedang memperkukuhkan kedudukan kewangan dengan mengekalkan simpanan tunai.\n\n\nKatanya, Covid-19 ini mungkin hanya permulaan krisis. Selepas ini, terdapat kemungkinan syarikat-syarikat menghadapi masalah hutang tak berbayar akibat kekurangan pendapatan syarikat. Sejauh mana krisis yang akan timbul selepas ini pula tak diketahui. Namun, beliau membangkitkan situasi semasa di mana 90% negara membangun telah pun meminta bantuan kewangan dari IMF untuk menghadapi cabaran pandemik ini.\n\n\n3. Pengurusan kos untuk menggagahkan syarikat\n\n\nTeong menyatakan bahawa GDEX tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk membuang pekerja. Dari segi perniagaan, mereka juga mempunyai permintaan baru untuk penghantaran ikan segar. Mereka merancang untuk memanfaatkan pekerja mereka sepenuhnya supaya tiada yang dibuang, dan dalam masa yang sama, tidak perlu mengambil pekerja baru.\n\n\n4. Peluang yang mungkin ada selepas ini\n\n\nDari segi pelaburan perniagaan, Teong menyatakan bahawa tahun 2020 tak berikan peluang yang banyak. Buat masa ini, syarikat dalam kedudukan berjaga-jaga dari berbelanja untuk membina simpanan tunai. Namun, peluang ini mungkin lebih cerah pada tahun 2021 hingga 2022. Pada waktu ini barulah keyakinan untuk meluaskan pelaburan itu lebih kuat.\n\n\n5. Kesan Covid terhadap syarikat\n\n\nCovid bukanlah suatu yang bagus untuk dilalui. Namun dalam melalui cabaran ini, syarikat mula menyedari bahawa terdapat banyak lagi tindakan yang boleh diambil untuk memperkasakan syarikat. Ini bukanlah suatu yang unik terhadap GDEX sahaja, tapi juga benar untuk kebanyakan syarikat.\n\n\n\n\nSebelum ini, mungkin terdapat beberapa pelaburan yang telah dibuat untuk membina sesebuah sistem. Namun, dengan tamparan Covid-19, syarikat mula melakukan tindakan drastik untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi yang dilanda kini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/lgms-meluaskan-segmen-perkhidmatan-keselamatan-siber-melalui-dana-ipo", "title": "LGMS - Meluaskan Segmen Perkhidmatan Keselamatan Siber Melalui Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nLGMS Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan keselamatan siber bagi mengatasi serangan siber yang dihadapi oleh organisasi. Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.50\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 228 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.04\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n26 Mei 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n30 Mei 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n8 Jun 2022\n\n\n\n\nBisnes LGMS Berhad\n\n\nLGMS Berhad terlibat dalam perkhidmatan keselamatan bagi memenuhi permintaan untuk perlindungan keselamatan siber. Kepakaran utama mereka adalah menyediakan perkhidmatan pencegahan risiko siber, pematuhan dan pengurusan risiko siber, ancaman siber dan perkhidmatan tindak balas insiden terhadap syarikat teknologi, kewangan dan telekomunikasi.\n\n\nBerikut adalah butiran aktiviti utama bisnes yang dijalankan oleh LGMS Berhad:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nLGMS Berhad menyediakan perkhidmatan profesional keselamatan siber terutamanya di Malaysia. Bukan itu sahaja, LGMS juga menyediakan perkhidmatan kepada syarikat yang berpangkalan di negara-negara Asia Tenggara antaranya adalah Singapore, Brunei, Cambodia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain negara Asia Tenggara pula adalah Jepun, Kanada, Maldives, Belanda, New Zealand, Australia, Arab Saudi, Perancis dan Amerika Syarikat.\n\n\nKesan COVID-19 Terhadap Bisnes\n\n\nAkibat pandemik COVID-19, beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 hingga 2021 oleh kerajaan. PKP telah menjejaskan operasi perniagaan LGMS apabila berlaku pengurangan dalam prospek pelanggan dan aktiviti perniagaan pelanggan sedia ada juga semakin perlahan. Ini telah mengakibatkan penurunan ketara dalam perkhidmatan LGMS kerana pelanggan mengurangkan perbelanjaan untuk IT dan keselamatan siber.\n\n\nPKP juga telah memberi kesan negatif ke atas kewangan syarikat dengan mengalami penurunan pendapatan daripada pasaran tempatan sebanyak RM 0.92 juta atau 5.30% disebabkan pelaksanaan projek keselamatan siber yang perlahan pada FYE 2020. Namun begitu, LGMS menjangkakan permintaan untuk perkhidmatan keselamatn siber akan meningkat dengan peningkatan trend pengaturan kerja jarak jauh selepas PKP.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhan, LGMS Berhad telah menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam pendapatan dan keuntungan daripada tahun 2018 hingga 2021. LGMS Berhad telah mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE 2018 iaitu daripada RM 17.39 juta menjadi RM 20.56 juta pada FYE 2019. Tahun 2021 pula LGMS Berhad telah merekodkan pendapatan yang tertinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 28.26 juta berbanding FYE 2020 sebanyak RM 20.65 juta.\n\n\nSekalipun LGMS mengalami pengurangan perkhidmatan dan aktiviti perniagaan pelanggan menjadi perlahan akibat PKP, prestasi kewangan syarikat LGMS menunjukkan peningkatan yang baik dan tidak terjejas. Tahun 2021, berlaku peningkatan yang ketara apabila kebanyakan syarikat sudah memulakan mod kerja dari rumah dan permintaan terhadap perkhidmatan keselamatan siber juga meningkat.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan LGMS Berhad\n\n\n\n\n\n\nPendapatan yang diperoleh LGMS Berhad melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada tiga, iaitu melalui perkhidmatan pencegahan risiko siber, pematuhan dan pengurusan risiko siber dan perkhidmatan ancaman siber dan tindak balas insiden. Penyumbang utama bagi pendapatan syarikat LGMS adalah daripada perkhidmatan pencegahan risiko siber.\n\n\nPada FYE 2021, perkhidmatan pencegahan risiko siber telah menyumbang sebanyak RM 16.10 juta (58.81%), berbanding pematuhan dan pengurusan risiko siber sebanyak RM 8.15 juta (28.83%) dan perkhidmatan ancaman siber dan tindak balas insiden sebanyak RM 3.5 juta.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan, ketiga-tiga segmen ini telah menunjukkan peningkatan yang baik daripada FYE 2018 hingga FYE 2021 dan pendapatan syarikat lebih banyak diperoleh daripada segmen perkhidmatan pencegahan risiko siber.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM45.7 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan %\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian pejabat\n\n\n18.0\n\n\n39.39\n\n\n\n\n\n\nPerluasan tenaga kerja\n\n\n6.5\n\n\n14.22\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal untuk peralatan IT dan alatan perisian\n\n\n6.0\n\n\n13.13\n\n\n\n\n\n\nPerluasan perniagaan yang strategik\n\n\n7.7\n\n\n16.85\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n3.5\n\n\n7.66\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.0\n\n\n8.75\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n45.7\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut jadual di atas, majoriti dana yang diperoleh daripada penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk pembelian premis pejabat bahari di Klang Valley untuk menyokong pangkalan pelanggan yang semakin meningkat iaitu sebanyak RM 18 juta mewakili 39.39% daripada jumlah dana IPO tersebut. Selain itu, RM 6.5 juta bersamaan 14.42% akan digunakan untuk meluaskan tenaga kerja dengan membiayai gaji kakitangan 70 rekrut teknikal baharu dan kos latihan dan pensijilan yang berkaitan untuk meningkatkan kemahiran teknikal.\n\n\nTambahan, perbelanjaan modal untuk peralatan IT dan alatan perisian juga diperuntukkan sebanyak RM 6 juta mewakili 13.13% bagi pusat latihan dan makmal baharu. RM 7 juta bersamaan 16.85% daripada dana tersebut pula akan digunakan untuk perluasan perniagaan yang strategik dengan menubuhkan cawangan baru di Singapura dan membiayai usaha sama atau hubungan dengan rakan kongsi tempatan di Vietnam dan Kemboja. Tawaran IPO ini juga dapat memberikan RM 3.5 juta sebagai modal kerja kerpada syarikat dan baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri LGMS Berhad\n\n\nLGMS ialah penyedia bebas perkhidmatan keselamatn siber profesional yang mengkhusus dalam penilaian keselamatan siber dan ujian penembusan, pematuhan dan pengurusan risiko siber, serta penyediaan forensik digital dan perkhidmatan tindak balas insiden. Keselamatn siber menjadi lebih penting apabila teknologi berkembang dan internet digunakan secara meluas pada pelbagai platform, serta peningkatan infrastruktur \ncloud, \npusat data dan telefon pintar.\n \n\n\nIndustri keselamatan siber\n\n\nKeselamatan siber merujuk kepada teknologi atau perisian yang digunakan untuk melindungan seseorang, firma, organisasi atau sistem maklumat dan infrastruktur negara daripada jenayah dan serangan berasaskan internet. Industri keselamatan siber berkembang untuk memerangi kecanggihan jenayah siber yang semakin meningkat. Keselamatan siber meliputi tugas pencegahan, detektif dan pemulihan.\n\n\nIndustri keselamatan siber boleh dibahagikan mengikut beberapa kategori seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, keselamatan siber boleh dibahagikan kepada 5 kategori. Syarikat LGMS lebih banyak terlibat dengan \nendpoint security, data security, network security, cloud security \ndan lain lain bagi melindungi data digital dan rangkaian komputer. Selain itu, LGMS juga terlibat dalam perkhidmatan profesional dan menjalankan aktiviti keselamatan siber di premis klien dan \ncloud\n.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nMenurut laporan IMR, industri keselamatan siber Malaysia semakin berkembang dengan pesat apabila Malaysia telah menduduki tempat kelima di peringkat global bersama Persekutuan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu dan kedua di rantau Asia Pasifik dalam Indeks Keselamatan Siber Global ITU 2020, dengan skor 98.06 daripada 100.00. Justeru, industri keselamatan siber Malaysia telah berkembang daripada RM 2.92 billion pada tahun 2020 kepada RM 3.33 billion pada tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejarah dan ramalan pertumbuhan syarikat\n\n\nMemandangkan \nlockdown \nberlaku semasa wabak COVID-19 menyerang, ini mengakibatkan permintaan untuk perkhidmatan digital melonjak. Teknologi digital baharu seperti 5G, serta pengembangan perusahaan yang diterajui teknologi seperti fintech, dijangka meningkatkan ekonomi digital dan meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan keselamatan siber. Perniagaan keselamatan siber tempatan dijangka berkembang sebanyak 13.7% kepada 14.0% daripada tahun 2022 hingga 2026 apabila ekonomi Malaysia meneruskan transformasi digitalnya. Perniagaan keselamatan siber Malaysia diramalkan bernilai RM 6.36 billion menjelang 2026, dengan CAGR 13.9%.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nLGMS ialah sebuah syarikat penyedia bebas di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan keselamatn siber profesional yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan teknikal, terutamanya dalam bidang penilaian kelamahan dan ujian penembusan.\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan LGMS terdiri daripada syarikat tempatan dan asing telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nData di atas hanya digunakan sebagai petunjuk dan perniagaannya tidak boleh dianggap setanding secara lansung dengan LGMS kerana tidak semua syarikat mempunyai FYE yang sama, menjalankan operasi yang serupa sepenuhnya dan beroperasi di kawasan geografi yang sama.\n\n\nLGMS Berhad telah memperoleh pendapatan sebanyak RM 28.26 juta bersamaan dengan 0.8% bahagian daripada pasaran keselamatan siber di Malaysia yang berjumlah RM 3.33 billion pada tahun 2021. Ini merangkumi sumbangan hasil oleh peserta pasaran keselamatan siber tempatan dan asing daripada kesemua 5 kategori iaitu \ncomponent, type, solution, service\n dan \nrollout\n.\n\n\nPerbincangan\n\n\nMelihat kepada permintaan terhadap perkhidmatan keselamatan siber yang semakin meningkat, ini dapat memberi kesan positif terhadap prospek industri keselamatan siber Malaysia. Wabak COVID-19 dan lockdown telah meningkatkan penggunaan internet dan penggunaan medium digital sekaligus telah membuka jalan untuk potensi permintaan terhadap perkhidmatan keselamatan siber.\n\n\nLGMS juga telah menunjukkan pendapatan yang meningkat secara konsisten daripada FYE 2018 hingga FYE 2021 walaupun berlaku sedikit pengurangan pelanggan ketika syarikat yang lain terpaksa berhenti operasi seketika akibat pandemik COVID-19. Namun begitu, perniagaan LGMS tidak terlalu terjejas kerana pendapatan tersebut juga lebih banyak diperoleh daripada segmen pencegahan risiko siber hasil daripada perkhidmatan penilaian. Peningkatan pendapatan tersebut hasil daripada permintaan untuk perkhidmatan penilaian daripada pelanggan baharu yang beroperasi terutamanya industri teknologi dan perkhidmatan kewangan.\n\n\nHasil dana daripada penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk membeli pejabat baharu, memandangkan pelanggan yang semakin meningkat dan merancang untuk mengembangkan perniagaan melalui penambahan tenaga kerja serta meningkatkan kapasiti teknikal melalui penubuhan makmal baharu. Namun, syarikat LGMS perlu memainkan peranan penting untuk membuktikan keberkesanan segala rancangan dan strategi mereka selepas penyenaraian di Bursa Malaysia.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/limit-up-limit-down-pasaran-saham", "title": "Limit Up dan Limit Down Dalam Pasaran Saham", "body": "Di kala wabak Covid-19 menjadi tema kehidupan tahun 2020 ini, kesihatan kembali menjadi suatu nikmat yang berharga yang mungkin kita anggap remeh selama ini. Jika kita lihat kebelakangan ini, sektor penjagaan kesihatan juga merupakan sektor yang paling memberangsangkan. Beberapa saham dalam sektor ini mengalami limit up dalam hari yang sama. Apakah yang dimaksudkan dengan limit up? Mari kita baca selanjutnya.\n\n\nPeraturan had harga\n\n\nSebagai penyelia pasaran saham, Bursa perlu tetapkan satu harga had dagangan untuk mengawal pergerakan harga. Had ini terpakai untuk sesebuah hari dagangan, dan sebuah had atas dan bawah ditetapkan berdasarkan harga tutup hari sebelumnya. Pada sesebuah hari, harga saham itu hanya boleh bergerak dalam lingkungan had harga yang ditetapkan tadi.\n\n\n\n\nSekiranya harga saham meningkat ke had atas (upper limit), saham itu disebut sebagai limit up. Sebaliknya pula sekiranya harga menurun ke had bawah (lower limit), ia disebut limit down. Harga tutup pada penghujung hari ini akan digunakan sebagai harga rujukan untuk menetapkan harga had atas dan bawah untuk hari esok pula.\n\n\nHad atas dan had bawah\n\n\nHad atas dan bawah dalam Bursa Malaysia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga saham. Ketetapan had ini juga berbeza sekiranya saham itu pertama kali tersenarai, iaitu IPO. Had harga ini boleh dilihat seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nKedudukan harga\n\n\nHad atas\n\n\nHad Bawah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nRM 1 dan ke atas\n\n\n30% atas harga rujukan\n\n\n30% bawah harga rujukan\n\n\n\n\n\n\nBawah RM 1\n\n\n30 sen atas harga rujukan\n\n\n30 sen bawah harga rujukan\n\n\n\n\n\n\nIPO\n\n\nRM 1 dan ke atas\n\n\n400% atas harga rujukan\n\n\n30% bawah harga rujukan\n\n\n\n\n\n\nBawah RM 1\n\n\n400% atas harga rujukan\n\n\n30 sen bawah harga rujukan\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk mencari saham-saham yang menghampiri limit up, anda boleh gunakan screener \nLimit Up\n.\n\n\nApabila saham mencapai had harga\n\n\nApakah yang akan berlaku sekiranya saham mencapai had harga? Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa harga belian atau jualan yang tertinggi boleh dipesan adalah pada had atas. Apa-apa pesanan yang dihantar melebihi harga ini tidak akan diterima dalam platform dagangan.\n\n\n\n\n\n\nTiga saham yang mengalami limit up pada hari yang sama\n\n\n\n\nApabila saham mencapai harga di had atas, tiada lagi harga yang lebih tinggi dari had tadi. Kita boleh anggap saham ini seperti mencapai paras siling, dan hanya boleh bertahan sampai siling, atau kembali menurun dari paras itu. Sebaliknya pula halnya untuk had bawah. Saham mencapai pada paras lantai, dan hanya boleh kekal di situ, atau kembali menaik.\n\n\nTrend limit up boleh bersambung esoknya\n\n\nKejadian limit up ini menunjukkan terdapat banyaknya permintaan terhadap saham itu. Dengan adanya permintaan yang tinggi ini, kadar belian pun meningkat dan harga saham terus naik sehingga ke had atas.\n\n\nSaham yang mengalami kenaikan seperti ini berpotensi untuk meningkat lagi pada hari berikutnya. Kita boleh bayangkan had atas sebagai penghalang kenaikan. Apabila masuk hari esok, had itu ditetapkan semula di paras yang baru. Maka saham boleh menyambung pergerakan kenaikan.\n\n\nSeperti biasa, sekiranya sambungan kenaikan boleh berlaku pada saham yang limit up, sebaliknya pula boleh berlaku pada saham yang limit down."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/lyndung-diri-anda-dengan-perkongsian-perubatan-serendah-rm10-sebulan", "title": "Lyndung Diri Anda dengan Perkongsian Perubatan Serendah RM 10 Sebulan", "body": "Dalam usaha memperluaskan inisiatif terhadap penyelesaian digital kepada komuniti, syarikat iSaham yang merupakan peneraju dalam penyelesaian pusat tunggal bagi pelabur untuk melakukan analisis pasaran saham telah mengorak langkah melalui penubuhan anak syarikatnya, Lyndung Sdn. Bhd. yang menyediakan Program Perkongsian Komuniti patuh Syariah untuk bil perubatan.\n\n\nUmum mengetahui bahawa tekanan inflasi telah memberi kesan kenaikan terhadap kos sara hidup termasuk peningkatan dalam kos perubatan. Rentetan itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum memiliki pelan perlindungan perubatan kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkannya.\n\n\nDengan visi Lyndung untuk mewujudkan sebuah komuniti di mana penjagaan perubatan dapat diakses dengan mudah dan berpatutan, Lyndung memberi nafas baharu kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman kemudahan penjagaan kesihatan melalui Program Perkongsian yang ditawarkan.\u00a0\n\n\n\n\nApa itu Lyndung?\n\n\nSecara ringkas, Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti patuh Syariah yang membolehkan ahli komuniti berkongsi bil perubatan secara sama rata untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan pada harga yang mampu milik. Melalui program ini, ahli komuniti dapat menikmati manfaat perkongsian perubatan dan rawatan di hospital serendah RM 10 sebulan atau RM 120 setahun.\n\n\n\n\nBagaimanakah cara perkongsian bil perubatan di Lyndung?\n\n\nPerkongsian bil perubatan di Lyndung hanya berlaku jika terdapat ahli Lyndung yang dimasukkan ke hospital pada sesuatu bulan. Sebagai contoh, jika seorang ahli Lyndung telah dimasukkan ke hospital pada bulan X dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 10,000, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama rata kepada semua ahli Lyndung. Dengan mengambil contoh ahli komuniti Lyndung seramai 1,000 orang, maka jumlah perkongsian adalah sebanyak RM 10 seorang.\u00a0\n\n\nSelain itu, Perkongsian Perubatan juga telah dihadkan kepada RM 50 sebulan untuk meringankan beban kewangan ahli komuniti Lyndung. Jika Perkongsian Perubatan pada suatu bulan melebihi RM 50, baki Sumbangan Perkongsian akan dibawa ke bulan hadapan. Sebagai contoh, jika pada bulan X, Perkongsian Perubatan adalah bernilai RM 80, maka pada bulan tersebut, Sumbangan Perkongsian ahli akan ditolak sebanyak RM 50 sahaja. Baki daripada Perkongsian Perubatan sebanyak RM 30 pula akan ditolak pada bulan seterusnya.\u00a0\n\n\nLyndung bukan merupakan syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk seperti kad perubatan. Tetapi sebaliknya, Lyndung adalah sebuah program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang mempunyai konsep seakan sama dengan khairat.\u00a0\n\n\nBuat masa ini, penyertaan Lyndung hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun, tanpa sebarang penyakit sedia ada. Had umur ini hanya ditetapkan untuk pendaftaran sahaja. Walaupun anda telah melebihi usia 40 tahun, anda masih boleh menikmati manfaat perkongsian selagi keahlian tersebut kekal aktif.\n\n\nApa manfaat perkongsian yang diperoleh?\n\n\nIndividu\n\n\nBerikut adalah ringkasan manfaat perkongsian untuk setiap ahli Lyndung:\n\n\n\n\nDisclaimer:\n Maklumat berkenaan manfaat penuh termasuk senarai perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi dan senarai penyakit khusus boleh didapati di Perkara 7, 8 dan 10 di dalam \nManual Ahli\n.\n\n\nManfaat Program Perkongsian bagi individu bergantung kepada tempoh menunggu secara berperingkat selepas mendaftar Lyndung. Berikut adalah peringkat-peringkat tempoh menunggu yang ahli Lyndung perlu lalui:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKorporat\n\n\nLyndung juga terbuka kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana \n(Micro & SME)\n yang ingin menyediakan manfaat kebajikan perubatan kepada pekerja. Melalui \nProgram Korporat Lyndung\n, pihak syarikat dapat menyediakan manfaat kebajikan perubatan kepada pekerja tanpa begitu membebankan kewangan syarikat.\u00a0\n\n\nBerikut adalah antara kelebihan Program Lyndung Korporat:\n\n\n\n\nReferral & Affiliate\n\n\nLyndung turut memberi ganjaran kepada ahli yang mempromosikan Lyndung kepada keluarga dan kenalan mereka melalui program Referral Lyndung. Sekiranya anda tidak melepasi syarat untuk menjadi ahli Lyndung, anda juga boleh membantu mempromosikan Lyndung sambil menjana pendapatan tambahan melalui program Affiliate Lyndung.\u00a0\n\n\nMaklumat lanjut mengenai program\u00a0\naffiliate\u00a0\nini boleh didapati di program \nAffiliate Lyndung\n.\n\n\nKenapa perlu memilih Lyndung?\n\n\nWalaupun Program Perkongsian ini baru sahaja dilancarkan sekitar Mac tahun ini, Lyndung telah berjaya mendapat liputan meluas daripada pihak \nmedia\n seperti Berita Harian dan SUKE TV. Pempengaruh media sosial turut memberi respon yang positif terhadap program Lyndung. Lebih menarik, secara keseluruhannya, ahli-ahli Lyndung sedia ada turut berpuas hati dengan program ini dan memberikan \ntestimonial\n yang positif kepada Lyndung.\n\n\n\n\nAntara kelebihan lain yang anda perlu tahu jika anda memilih Lyndung adalah seperti berikut:\n\n\n1. Program patuh Syariah\n\n\nBagi anda yang ingin menyertai Lyndung, anda tidak perlu merasa was-was kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung.\u00a0\n\n\n2. Sumbangan Perkongsian dikendalikan oleh AWARIS\n\n\nBagi menjaga ketelusan dan integriti program Lyndung ini, Sumbangan Perkongsian ini dikendalikan oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS) yang merupakan syarikat amanah patuh Syariah dan berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.\u00a0\n\n\n3. Pengurusan kemasukan ke hospital oleh TPA\u00a0\n\n\nLyndung juga melantik Juruaudit Perubatan Profesional Ketiga (TPA) yang akan menguruskan perkara-perkara berkaitan mengenai kemasukan ke hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan.\n\n\n4. Fi keahlian yang rendah\n\n\nFi keahlian yang sangat rendah iaitu hanya RM 10 sebulan kerana Lyndung mempunyai kepakaran teknologi dalaman dan tidak menggunakan khidmat ejen. Oleh itu, program ini amat sesuai kepada anda yang sukakan penjimatan dan tidak mahu berbelanja lebih.\u00a0\n\n\n5. Lebih daripada 200 hospital panel\n\n\nLyndung menawarkan lebih daripada 200 \nhospital panel\n termasuk Sabah dan Sarawak. Sememangnya, manfaat ini memberi kemudahkan kepada ahli komuniti untuk mendapatkan rawatan di lokasi berhampiran.\n\n\nJom lindungi diri anda dengan Lyndung hari ini!\n\n\n\n\nDengan bebanan kos sara hidup yang tinggi, program Lyndung yang berkonsepkan perkongsian sama rata merupakan alternatif terbaik untuk anda yang ingin mengurangkan beban kewangan pada harga mampu milik. Jika kita ingin bandingkan harga keahlian yang serendah RM 10 sebulan serta Perkongsian Perubatan yang hanya berlaku apabila perlu sahaja, manfaat perkongsian yang ditawarkan kepada ahli komuniti adalah sangat berbaloi.\u00a0Bagi anda yang masih belum menyertai Program ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli Lyndung dan menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung.\n\n\nPautan: \nLyndung\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/macam-mana-nak-cari-nombor-akaun-cds", "title": "Macam Mana Nak Cari Nombor Akaun CDS?", "body": "Ramai orang yang bertanya macam mana nak cari nombor CDS. Sebenarnya tak susah. Mula-mula sekali anda kena buka akaun CDS lah. Kalau takde akaun CDS, sampai bila pun takde nombor CDS. Anda boleh ade lebih daripada satu akaun CDS, dan akaun tu akan link dengan broker anda. Sekiranya anda perlukan sesebuah transaksi yang melibatkan saham, contohnya IPO atau ESOS, akaun CDS inilah yang menjadi akaun anda.\n\n\nNombor CDS ada 9 angka, namun kalau anda diminta nombor akaun CDS, selalunya anda kena masukkan sejumlah 15 angka yang termasuk 9 angka nombor CDS tadi, 3 angka kod broker dan 3 angka cawangan seperti di bawah:\n\n\n\r\n\nKod broker: 012 (Contoh menggunakan Mplus)\r\nKod cawangan: 001 (Contoh menggunakan Mplus)\r\nNombor CDS: 123456789\n\r\n\n\n\nNombor 15 angka akaun CDS anda akan jadi seperti ini:\n\n\n\r\n012-001-123456789\n\n\nAda 3 cara untuk dapatkan nombor akaun CDS anda. Kita akan kupas lebih lanjut tiga-tiga cara ini.\n\n\n1. \nProfile\n akaun\n\n\nSalah satu cara adalah masuk ke laman web broker anda. Kami akan gunakan Mplus sebagai contoh jadi caranya adalah pergi ke website Mplus dan login akaun anda. Lepas login, cari bahagian \nMy Account\n dan tekan \nMy Profile\n. Popup akan keluar untuk memaparkan info peribadi anda, termasuk nombor CDS di bahagian \nAccount Details\n.\n\n\n\n\nDari account detail Mplus, cari nombor CDS anda dari \nCDS Account No\n. Sambungkan mengikut urutan nombor kod broker (012), kod cawangan (001) dan nombor CDS 9 angka seperti nota kaki dalam gambar.\n\n\n2. Penyata akaun dari Bursa\n\n\nSetiap bulan Bursa akan hantar penyata untuk akaun CDS anda melalui email. Jadi anda boleh cari email itu dan buka fail yang dilindungi dengan password mengikut format yang telah diberi oleh Bursa (boleh rujuk email).\n\n\nBuka fail dan anda akan jumpa 15 angka nombor akaun CDS di bahagian kanan atas jadual penyata akaun.\n\n\n\n\nBoleh terus ambil nombor lengkap CDS ni untuk digunakan.\n\n\n3. \nEmail\n selepas buka akaun CDS\n\n\nSelepas anda buka akaun CDS, Mplus akan menghantar anda email untuk menyatakan akaun sudah berjaya dibuka.\n\n\n\n\nButiran client code akan diberikan yang termasuk nombor akaun CDS, kod broker dan kod cawangan. Gabungkan ketiga-tiga nombor ini mengikut kod broker > kod cawangan > nombor CDS seperti dalam gambar.\n\n\n4. Client Statement di aplikasi M+\n\n\nTerdapat juga cara untuk mendapatkan nombor akaun CDS melalui aplikasi telefon mudah alih M+. Anda hanya perlu log masuk seperti biasa ke dalam aplikasi tersebut menggunakan User ID dan Password anda.\n\n\nKemudian, pergi kepada Menu dan pilih \nClient Statement\n seperti gambar di bawah. Klik pada mana-mana penyata yang ada di dalam akaun anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPilih 'Client Statement' dan klik pada salah satu penyata tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeterusnya, lihat pada belah kanan atas penyata tersebut. Anda akan dapat melihat Client Code serta nombor akaun CDS anda di situ. Contoh dapat dilihat dalam gambar di bawah.\n\n\n\n\n\n\nNombor akaun CDS yang dipaparkan dalam Client Statement.\n\n\n\n\n\n\nSambungkan nombor akaun CDS anda mengikut urutan nombor kod broker (012), kod cawangan (001) dan nombor CDS 9 angka seperti yang terdapat di dalam gambar.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/macam-mana-nak-guna-mplus", "title": "Macam Mana nak Guna M+?", "body": "M+ (ataupun mplusonline) ni adalah antara broker berlesen yang menjadi platform untuk urusan jual beli saham. Ada banyak lagi broker di luar sana selain M+ yang anda boleh gunakan sebagai platform jual beli saham. Kebiasaannya, platform ini akan memaparkan segala transaksi yang berlaku dalam pasaran Bursa, dan akan menunjukkan volume saham yang sedang beratur untuk urusan jual atau beli.\n\n\nMata akan berpinar kalau nak gunakan platform trading ni untuk pilih saham kerana sangatlah banyak saham dalam senarai, dan nombor sentiasa berkelip-kelip sebab banyaknya update yang berlaku dalam real-time. Jadi, macam mana nak guna M+ ni?\n\n\nGunakan iSaham dulu untuk pilih saham\n\n\n\n\nSebenarnya, sebelum pergi ke M+, step pertama yang anda kena buat adalah pilih saham dulu. Gunakan saja iSaham semasa nak pilih saham yang nak dibeli (atau nak dijual). Dalam iSaham, kami ada pelbagai screener yang anda boleh jadikan sebagai kriteria untuk memilih saham.\n\n\n\n\nSetiap page saham akan paparkan skor saham, trend dari segi teknikal dan fundamental, kedudukan support dan resistance, dan juga buy signal pada setiap saham yang berada dalam pasaran Bursa. Dari sini, anda boleh nilai sama ada saham pilihan itu bagus, kemudian cari harga entri anda, dan move on ke M+ untuk membeli.\n\n\nDah pilih saham, barulah guna M+\n\n\n\n\n\n\nSelepas anda puas hati dengan kajian yang dibuat; nampak skor ok, chart pun ok, trading plan pun ada, maka log in lah platform trading anda iaitu M+. Dalam M+ ataupun trading platform anda, cari saham pilihan dalam ruang carian saham atau \nSearch Stocks\n.\n\n\nSenarai akan dipaparkan untuk carian yang sepadan dengan nama yang anda tulis tadi. Dari senarai hasil carian, double click pada saham yang berkaitan dan anda akan dibawa ke page aktiviti saham yang dipilih tadi.\n\n\nInterface trading platform\n\n\n\n\n\n\nDi ruangan kiri, anda dapat lihat kesemua transaksi yang berlaku untuk kaunter saham anda berserta info seperti masa, harga transaksi dan volume. Di ruangan kanan, anda boleh lihat nama saham, harga semasa, harga queue untuk jual dan beli, panjang queue dan juga chart yang menunjukkan pergerakan harga saham dari pagi ke petang. Info ini sedikit sebanyak boleh membantu anda buat keputusan terakhir sekiranya anda ingin beli saham tersebut.\n\n\nCara Beli atau Jual\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda nak beli, boleh tekan butang \nBuy\n berwarna hijau ataupun kalau nak jual, butang \nSell\n yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli atau dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan \nSend Now\n untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.\n\n\nStatus transaksi jual beli\n\n\n\n\nUntuk melihat status transaksi tadi, boleh tekan butang \nOrder Status\n. Maksud status yang dipaparkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nStatus\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nConfirmed\n\n\nInput jual beli tadi dah dimasukkan dalam sistem, tetapi transaksi belum berlaku. Caj broker belum dikenakan. Pesanan boleh dibatalkan atau diubah.\n\n\n\n\n\n\nAll Matched\n\n\nInput tadi sudah berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Pesanan tak boleh dibatalkan.\n\n\n\n\n\n\nPartially Matched\n\n\nSebahagian jumlah saham berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Baki pesanan boleh dibatalkan.\n\n\n\n\n\n\nOrder Expired\n\n\nPesanan tidak terpadan sehingga habis hari dagangan pada pukul 5 petang. Tiada caj broker dikenakan.\n\n\n\n\n\n\nOrder Removed from queue\n\n\nPesanan berjaya dibatalkan. Tiada caj broker dikenakan.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/maklumat-dari-agm-digi-2019", "title": "Maklumat dari AGM: Digi 2019", "body": "\n\nMinggu lepas, \nDigi\n telah mengadakan AGM bagi membentangkan laporan kewangan 2018. Antara perbincangan utamanya adalah penggabungan antara syarikat pemegang Digi dan Celcom iaitu Telnor dan \nAxiata\n dan laporan kewangan yang menunjukkan prestasi yang positif.\n\n\nRevenue semakin baik\n\n\nPada permulaan AGM, CEO telah menyalakan highlights dari tahun 2018 seperti di bawah:\n\n\n\n\nSecara generalnya, bisnes berjalan dengan baik. Revenue yang berjaya dikutip dari pengguna adalah semakin banyak.\n\n\nNPS teratas\n\n\nNet Promoter Score, ataupun NPS adalah sistem survey yang menilai syarikat dari aspek product loyalty. Digi berjaya mendapat nombor 1 untuk industri telco.\n\n\nSoalan MSWG\n\n\nSebanyak 459,000 pelanggan pelan prepaid telah berkurang untuk suku pertama 2019 berbanding 2017. Digi terangkan bahawa bilangan pelanggan mereka kekal stabil pada paras 11.7 mil. Peratusan pelanggan postpaid adalah meningkat dari 24.1% kepada 25.4% pengguna menunjukkan penukaran prepaid kepada postpaid yang lebih bagus.\n\n\nKe arah 5G\n\n\nDigi (dan semestinya telco lain juga) kini sedang membuat persediaan untuk rangkaian 5G. Mereka akui dengan teknologi sedia ada sekarang, 5G masih jauh lagi untuk dicapai. Namun, mereka sedang mengumpul talent dan kepakaran untuk merealisasikan matlamat ini.\n\n\nGabungan Telnor-Axiata\n\n\nAnda mungkin pernah dengar berita tentang penggabungan Telnor dan Axiata sebagai pemegang syarikat Digi dan Celcom untuk membentuk entiti baharu yang dinamakan MergedCo. Perkara ini masih lagi di dalam proses rundingan, dan proses ini dijangka akan berterusan sehingga 3 bulan. Buat masa ini tiada transaksi dilakukan antara kedua-dua pihak.\n\n\nDoorgift\n\n\n\n\nDoorgift tahun ni adalah berbentuk set combo KFC dan topup Digi sebanyak RM 100.\n\n\nUntuk senarai doorgift AGM dalam koleksi kami, boleh lihat \npage ini\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/maklumat-yang-anda-boleh-dapat-dari-agm-gas-malaysia-2019", "title": "Maklumat yang Anda Boleh Dapat dari AGM Gas Malaysia 2019", "body": "\n\nBaru-baru ini kami ada menyertai AGM untuk Gas Malaysia Berhad (\nGASMSIA\n) yang diadakan di Hotel Istana, KL. Ada beberapa perkara yang kami rasa berguna untuk dikongsi terutamanya kalau anda berminat nak tahu dan beli saham GASMSIA ni.\n\n\nGASMSIA\n\n\nGas Malaysia ialah pengedar gas asli dan LNG yang membeli gas dari \nPetronas\n dan menjualnya kepada pelanggan dari sektor industri, komersial dan perumahan di Semenanjung Malaysia. Pengedaran gas ini dilakukan dengan menggunakan laluan paip (pipeline) gas ke fasiliti pengguna. Gas asli ini digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik atau tenaga haba. Dikatakan 99% daripada revenue mereka datangnya dari sektor industri sahaja. Mereka juga menganggarkan memiliki bahagian pasaran (market share) dalam sektor tenaga untuk jualan gas sebanyak 25%.\n\n\nLaporan Tahunan 2018\n\n\n\n\nLaporan untuk tahun berakhir 31 Disember 2018 menunjukkan revenue, keuntungan dan jumlah aset semakin meningkat dari tahun sebelum ini.\n\n\nPengenalan TPA\n\n\nBuat masa ini, GASMSIA merupakan satu-satunya pemain pasaran dalam bisnes pengedaran gas. Namun, kerajaan mempunyai rancangan untuk meliberalkan dan menggalakkan persaingan dalam pasaran ini dengan memperkenalkan sistem Akses Pihak Ketiga (Third Party Access, TPA). Dengan TPA ini, syarikat boleh mendapatkan akses untuk menggunakan aset laluan paip dan fasiliti yang tersedia untuk mengedar gas.\n\n\nGASMSIA pula boleh mendapat manfaat dari TPA ini sekiranya ada syarikat yang ingin menggunakan laluan paip yang dibina oleh mereka. GASMSIA boleh mengenakan kadar seperti tol bagi setiap unit isipadu gas yang diedarkan.\n\n\nLaluan Paip gas asli\n\n\nBuat masa ini, GASMSIA mempunyai laluan paip sepanjang lebih 2300 km. Mereka mempunyai perancangan untuk menambah 500km lagi dalam masa 3 tahun dengan menelan belanja lebih 20% dari capex tahunan.\n\n\n\n\nPerancangan masa depan\n\n\nGas Malaysia dengan kerjasama Tokyo Gas Co. Ltd mempunyai perancangan untuk mengembangkan bisnes ke negara Asia Tenggara. Tokyo Gas Co. Ltd adalah anak syarikat Tokyo Gas-Mitsui & Co Holdings Sdn Bhd yang mempunyai pegangan saham dalam GASMSIA sebanyak 18.5 peratus. Mereka juga terlibat dalam perjanjian kerjasama (Collaboration Agreement) dengan GASMSIA sebagai pembekal kepakaran dan latihan.\n\n\nDoorgift\n\n\nDoorgift adalah berbentuk baucar KFC bernilai RM 40; sedapnya hingga menjilat jari."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/maksud-di-sebalik-market-cap", "title": "Maksud di Sebalik Market Cap", "body": "Market capitalization atau juga dikenali sebagai permodalan pasaran merujuk kepada nilai pasaran saham bagi sesebuah syarikat. Ia boleh dikelaskan mengikut tiga kategori iaitu \nBlue Chip, Mid Cap\n dan \nSmall Cap. \n\n\nUntuk memahami lebih lanjut, market cap adalah harga syarikat seandainya pelabur berhasrat ingin beli keseluruhan syarikat tersebut. Misalnya, syarikat VITROX mempunyai market cap sebanyak RM 8.92 bilion. Pelabur tersebut perlu mempunyai jumlah duit sebanyak RM 8.92 bilion untuk membeli terus 100% saham syarikat VITROX.\n\n\nFormula Market Cap\n\n\n\n\nBerdasarkan formula di atas, jumlah syer merupakan bilangan saham yang boleh di dagangkan di pasaran saham bagi sesebuah syarikat. Manakala, harga saham merujuk kepada harga semasa. Semakin tinggi permintaan terhadap sesebuah saham syarikat, semakin tinggi nilai harga saham dijangka meningkat. Kesannya, ia juga akan mempengaruhi nilai semasa market cap sesebuah syarikat.\n\n\nSaham Blue Chip\n\n\nBlue Chip\n \nmerupakan syarikat-syarikat besar dan terkemuka yang mempunyai permodalan pasaran yang melebihi RM 10 bilion yang didagangkan di pasaran Bursa Malaysia. Kebiasaannya, saham ini didagangkan di indeks utama seperti \nFBMKLCI\n yang mempunyai sekitar 30 syarikat yang dipilih melalui Bursa Malaysia. Syarikat besar ini kebiasaannya sudah lama bertapak dan pemain utama dalam sesuatu sektor industri perniagaan.\n\n\nIa mempunyai risiko yang rendah dari segi pulangan pelaburan dan sesetengah syarikat ini membayar dividen secara konsisten kepada pembeli saham. Faktor ini lah yang menyebabkan syarikat yang mempunyai \nmarket cap\n yang besar kebiasaannya digunakan sebagai pelaburan dalam jangka masa panjang bagi sesetengah pelabur.\n\n\n\n\n\n\nAntara syarikat blue chip yang didagangkan di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nSaham Mid Cap\n\n\nManakala \nmid cap\n pula merupakan syarikat yang mempunyai permodalan pasaran antara RM 1 bilion sehingga RM 10 bilion. Dalam segmen ini, syarikat \nmid cap\n yang terlibat berada dalam fasa keluk pertumbuhan prestasi mereka. Sekiranya, sesebuah syarikat dalam \nmid cap\n berjaya mengekalkan prestasi dari segi kekuatan pengurusan, aliran tunai yang positif dan lain-lain berkemungkinan syarikat ini akan beralih ke kategori \nblue chip\n.\n\n\nHal ini menyebabkan ia telah menjadi antara salah satu faktor yang menarik pelabur untuk melabur dalam segmen ini. Jika dibandingkan dari segi pergerakan, saham\n mid cap \nlebih kuat (\nvolatile\n) berbanding saham \nblue chip\n.\n\n\n\n\n\n\nAntara syarikat mid cap yang didagangkan di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nSaham Small Cap\n\n\nSmall cap\n merupakan syarikat yang mempunyai permodalan pasaran antara RM 200 juta sehingga RM 1 bilion. Jika dilihat saham \nsmall cap\n boleh memberi keuntungan yang tinggi tetapi juga boleh menyebabkan kerugian yang besar. Bak kata pepatah \n\"high risk, high reward\".\n Ketika pasaran saham kurang menentu, saham-saham ini agak mendapat perhatian dalam kalangan pelabur. Hal ini disebabkan pergerakan sesetengah saham dalam kategori \nsmall cap\n lebih \nvolatile\n berbanding \nmid cap\n dan \nblue chip\n.\n\n\nNamun, para pelabur perlu mengetahui risiko dan mengikut \ntrading plan\n masing-masing yang telah ditetapkan. Kebiasaannya syarikat \nsmall cap\n merupakan syarikat yang baru dalam sesuatu industri dan ingin mengembangkan serta meluaskan pasaran perniagaan.\n\n\n\n\n\n\nAntara syarikat small cap yang didagangkan di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nContoh pengiraan Syarikat Azman\n\n\n\n\nHarga saham semasa - RM 23.60\n\n\nJumlah syer - 50 juta\n\n\n\n\nJika dilihat Syarikat Azman mempunyai harga saham semasa sebanyak RM 23.60 dan jumlah syer sebanyak 50 juta. Selepas didarabkan kedua-dua indikator ini, Syarikat Azman akan mempunyai \nmarket cap\n sebanyak RM 1.18 bilion.\n\n\nContoh pengiraan Syarikat Badrul\n\n\n\n\nHarga saham semasa - RM 3.50\n\n\nJumlah syer - 3690 juta\n\n\n\n\nManakala Syarikat Badrul, mempunyai harga saham semasa sebanyak RM 3.50 dan jumlah syer sebanyak 3679 juta. Selepas didarabkan kedua-dua indikator ini, Syarikat Badrul akan mempunyai \nmarket cap\n sebanyak RM 12.92 bilion.\n\n\nOleh itu, market cap Syarikat Azman merupakan saham yang berada dalam kategori \nmid cap\n dan manakala Syarikat Badrul tergolong dalam saham \nblue chip\n. Walaupun harga saham Syarikat Azman lebih mahal berbanding Syarikat Badrul, penilaian \nmarket cap\n bukan diambil kira berdasarkan harga saham semasa sesebuah syarikat. Tetapi, perlu terlebih dahulu menggunakan pengiraan formula \nmarket cap\n untuk menentukan saiz syarikat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermodalan pasaran dan bilangan saham syarikat Greatech\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nKesimpulannya, setiap saiz syarikat mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jika dilihat ada sesetengah saham syarikat dinilai pada harga yang tinggi dan sememangnya merupakan syarikat \nblue chip\n. Misalnya, harga saham semasa Nestle adalah RM 133.30 dan market cap sebanyak RM 31.3 bilion.\n\n\nNamun jika melihat pada \nmarket cap\n barulah kita tahu saiz sebenar sesebuah syarikat. Sebagai seorang pelabur yang bijak perlulah mengambil kira pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk melabur dalam saham mengikut saiz \nmarket cap\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/maksud-simbol-dan-warna-dalam-platform-trading", "title": "Maksud Simbol dan Warna dalam Platform Trading", "body": "Trading platform merupakan sebuah perisian yang membolehkan anda membeli atau menjual saham. Di dalamnya disenaraikan kesemua saham yang boleh dijual beli berdasarkan jenis akaun yang anda pilih. Dalam kes kebiasaan, sekiranya anda buka akaun dengan kami, anda akan memegang akaun untuk jual beli saham yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nHarga saham ditandakan dengan simbol dan warna\n\n\n\n\nMaksud simbol dalam platform trading\n\n\nDalam platform trading ini, anda akan jumpa macam-macam simbol dalam ruangan \nStock\n. Semua ini adalah untuk membantu memberikan maklumat yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan pelaburan. Simbol-simbol ini ada yang memberikan maksud pengumuman syarikat, syariah, saham PN17, saham digantung dan sebagainya.\n\n\nDi bawah ini adalah maksud simbol dalam ruangan Stock.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSymbol\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n*\n\n\nAda berita / pengumuman\n\n\n\n\n\n\no\n\n\nKaunter syariah\n\n\n\n\n\n\n!\n\n\nKaunter PN17 / PN4 / GN3 , berjaga dengan pengumuman getir\n\n\n\n\n\n\nC\n\n\nTarikh dividen/bonus issue/right issue sudah diumumkan, boleh beli atau pegang saham untuk terima hak pegangan\n\n\n\n\n\n\nX\n\n\nPemberian dividen/bonus issue/right issue sudah berkuat kuasa\n\n\n\n\n\n\nF\n\n\nSaham dibeku (Frozen)\n\n\n\n\n\n\nS\n\n\nSaham digantung (Suspended)\n\n\n\n\n\n\niR\n\n\nRight click untuk lihat maklumat Investor Relation\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota berkaitan entitlement\n\n\nSeperti yang tertulis dalam jadual simbol di atas, terdapat dua simbol yang berkaitan entitlement, iaitu C dan X.\n\n\nSimbol pertama iaitu C bermaksud Cum Entitlement. Dalam kes ini, suatu keputusan yang melibatkan pegangan saham telah diumumkan. Cum Entitlement bermaksud keputusan ini akan melibatkan pemegang saham sepanjang tempoh ini. Sekiranya anda mula membeli atau memegang saham ini dalam tempoh Cum Entitlement, anda akan menerima hak atas keputusan yang diumumkan. Keputusan ini boleh jadi perkara-perkara seperti share split, bonus issue, dividend dan sebagainya.\n\n\nSimbol kedua iaitu X bermaksud Ex Entitlement. Ini adalah tarikh di mana keputusan dalam pengumuman di atas tadi berkuatkuasa. Selepas tarikh ini, keputusan ini tidak lagi berkuatkuasa kepada pemegang saham yang baru. Ini bermakna, selepas anda beli atau menjadi pemegang saham selepas tarikh ini, anda tidak akan menerima apa-apa hak berdasarkan perkara yang telah diumumkan tadi.\n\n\nMaksud warna dalam platform trading\n\n\nDari platform trading ini juga, anda akan terjumpa pelbagai warna yang masing-masing membawa maksudnya tersendiri, sama ada dari segi syarikat ataupun harga saham. Maksud-maksud di sebalik warna dalam platform trading ini adala seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarna\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenanda Syarikat\n\n\n\n\n\n\nCyan\n\n\nPasaran Utama\n\n\n\n\n\n\nMagenta\n\n\nPasaran ACE\n\n\n\n\n\n\nKelabu\n\n\nDigantung (Suspended)\n\n\n\n\n\n\nPenanda Harga\n\n\n\n\n\n\nHijau\n\n\nPositif / Peningkatan nilai\n\n\n\n\n\n\nMerah\n\n\nNegatif / Penurunan nilai\n\n\n\n\n\n\nPutih\n\n\nStatik / Tiada perubahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenerangan\n\n\nMaksud bagi warna untuk saham ini agak lurus kedepan (straight forward) sahaja. Warna hijau, merah dan putih memberikan maksud kepada harga saham. Sekiranya hijau, harga saham meningkat berbanding harga penutup hari sebelumnya. Sekiranya merah bermakna harga menurun, dan sekiranya putih, maksudnya harga saham tiada perubahan berbanding harga penutup hari sebelumnya.\n\n\nDari segi maksud kepada syarikat, warna cyan bermakna syarikat tersebut berada dalam pasaran utama. Kalau ditandakan dengan warna magenta, saham tersebut berada dalam pasaran ACE. Sekiranya ditandakan warna kelabu, saham ini digantung.\n\n\nAda pelbagai sebab suatu saham itu digantung. Kadang kala dipohon oleh pihak syarikat sendiri sebelum membuat pengumuman besar yang mungkin memberi kesan yang besar kepada pergerakan harga saham. Dalam situasi ini, saham yang digantung tidak boleh didagang sehingga status ini diangkat semula oleh Bursa."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/maksud-winding-up-dan-kesannya-terhadap-syarikat", "title": "Maksud Winding Up dan Kesannya Terhadap Syarikat", "body": "Mungkin ada yang terbaca berita baru-baru ini tentang \npetisyen penggulungan syarikat\n yang diterima oleh \nlima anak syarikat milik Sapura Energy\n. Hal ini adalah berhubung jumlah kontrak yang belum dibayar, jumlah perjanjian penyelesaian dan jumlah penghakiman berjumlah kira-kira RM 47.5 juta.\n\n\n\n\n\n\nSaham syarikat Sapura Energy mencecah paras \nall-time-low \nselepas berita petisyen penggulungan dikeluarkan.\n\n\n\n\n\n\nBerita ini telah menyebabkan saham syarikat \nSapura Energy\n mencecah paras terendah. Jadi, apakah maksud \nwinding up\n atau penggulungan? Dan apa yang akan terjadi kepada syarikat-syarikat yang menerima petisyen penggulungan ini?\n\n\nMaksud penggulungan\n\n\nWinding up\n atau penggulungan adalah apabila sesuatu syarikat itu dibubarkan akibat syarikat tersebut gagal dalam meneruskan perniagaan mereka. Tujuan penggulungan syarikat berlaku adalah untuk membuat pembayaran kepada pemiutang. Aset-aset syarikat akan dicairkan untuk pembayaran hutang, dan bakinya akan dibahagikan kepada pemegang saham dan penyumbang syarikat mengikut kelayakan mereka.\n\n\n\n\nNamun begitu, istilah ini adalah tidak sama dengan bankrap, tetapi ia lebih kepada pembubaran syarikat.\n\n\nCara penggulungan syarikat\n\n\nTerdapat 2 cara penggulungan syarikat, iaitu secara sukarela dan melalui perintah mahkamah. Kedua-dua cara penggulungan syarikat ini tertakluk kepada \nAkta Syarikat 1965\n (AS 1965) dan \nAkta Syarikat 2016\n (AS 2016).\n\n\n1. Secara sukarela\n\n\nPenggulungan syarikat secara sukarela ini kebiasaannya dilakukan dengan menubuhkan satu resolusi khas. Ia boleh dilakukan oleh ahli-ahli syarikat atau oleh pemiutang melalui mesyuarat di antara pemegang saham dan pemiutang yang dibuat untuk membubarkan syarikat tersebut.\n\n\nSituasi pasaran turut memainkan peranan dalam membuat keputusan penggulungan syarikat ini. Sekiranya pihak berkepentingan memutuskan syarikat akan menghadapi cabaran yang tidak dapat diatasi, mereka mungkin akan meminta penyelesaian untuk menamatkan perniagaan.\n\n\n2. Melalui perintah mahkamah\n\n\nSyarikat juga boleh digulung dengan perintah mahkamah atas petisyen yang dibuat oleh mana-maha pihak yang berhak, seperti pemiutang, pelikuidasi dan pendaftar syarikat. Pihak-pihak ini kebiasaannya adalah yang pertama menyedari tentang masalah kewangan syarikat.\n\n\nDi Malaysia, kebanyakan penggulungan syarikat berlaku melalui perintah mahkamah. Penggulungan ini adalah wajib dan kebanyakan syarikat yang menerima perintah mahkamah ini adalah syarikat yang tidak mampu untuk membayar hutang mereka.\n\n\nPemiutang, berdasarkan Seksyen 218, Akta Syarikat 1965, boleh menghantar surat tuntutan kepada syarikat tersebut untuk dibayar dalam masa 21 hari. Jika syarikat tersebut gagal untuk membuat pembayaran, pemiutang boleh memfailkan petisyen penggulungan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi penggulungan syarikat. Kebiasaannya, pemfailan petisyen penggulungan boleh menyebabkan kerosakan reputasi terhadap sesuatu perniagaan.\n\n\nPenggulungan bukan bankrap\n\n\nPenggulungan syarikat adalah berbeza dengan bankrap, walaupun kebiasaannya ia akan berakhir dengan bankrap. Perniagaan yang bankrap adalah apabila perniagaan itu tidak mampu lagi untuk membayar hutang-hutang milik mereka. Kebankrapan ialah suatu prosiding undang-undang yang melibatkan pemiutang cuba mendapatkan akses kepada aset syarikat supaya ia boleh dibubarkan untuk membayar hutang.\n\n\nPenggulungan syarikat pula adalah apabila perniagaan dihentikan dan tidak lagi boleh berjalan seperti biasa. Sebaliknya, syarikat tersebut perlu melengkapkan proses pencairan dan pembahagian aset kepada pemiutang dan pemegang saham.\n\n\nKesan penggulungan\n\n\nPenggulungan syarikat ini semestinya bukan suatu perkara yang baik, justeru ia memberi kesan seperti berikut:\n\n\n1. Syarikat\n\n\nApabila penggulungan syarikat bermula, perniagaan hendaklah dihentikan. Seterusnya, kontrak pekerjaan juga ditamatkan. Syarikat juga tidak boleh melupuskan aset dan pindah milik saham syarikat. Pada masa yang sama, tiada tindakan boleh diambil ke atas syarikat tersebut kecuali dengan kebenaran mahkamah.\n\n\n2. Pengarah syarikat\n\n\nPengarah syarikat tidak lagi berkuasa dalam mentadbir hal ehwal syarikat. Pentadbiran akan diberikan kepada penyelesai semasa proses penggulungan syarikat ini bermula. Pengarah syarikat juga hendaklah memberi mengemukakan segala dokumen dan maklumat tentang ehwal syarikat seperti aset dan liabiliti. Pengarah juga dikehendaki untuk melengkapkan dan mengemukakan penyata hal ehwal syarikat kepada penyelesai.\n\n\n3. Penyumbang syarikat\n\n\nWalaupun penyumbang syarikat tidak menanggung hutang syarikat, namun, penyelesai boleh mengarahkan penyumbang untuk membayar apa-apa syer syarikat yang belum dibayar.\n\n\n4. Pemiutang\n\n\nTerdapat dua jenis pemiutang, iaitu bercagar dan tidak bercagar. Bagi pemiutang tidak bercagar, keutamaan mengikut undang-undang diberikan kepada pemiutang tidak bercagar yang utama seperti pekerja syarikat. Selepas itu barulah akan diagihkan secara sama rata kepada pemiutang tidak bercagar yang lain.\n\n\nBagi pemiutang bercagar pula, mereka boleh menjual aset syarikat yang telah dicagarkan sebagai cagaran untuk melangsaikan hutang. Sekiranya terdapat lebihan dari hasil jualan aset, ia perlu diserahkan kembali kepada penyelesai. Jika terdapat defisit, mereka boleh memfailkan bukti hutang dan mereka akan dianggap sebagai pemiutang tidak bercagar.\n\n\nRumusan\n\n\nPenjelasan di atas sedikit sebanyak adalah gambaran tentang penggulungan syarikat di Malaysia. Setiap penggulungan syarikat yang berlaku haruslah berpandukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.\n\n\nSeksyen 619, Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa syarikat yang sedang dalam proses penggulungan sebelum akta ini dikuatkuasakan, iaitu pada 31 Januari 2017, perlu meneruskan proses penggulungan menggunakan Akta Syarikat 1965 sehingga syarikat dibubarkan.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia\n\n\nInvestopedia\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/melabur-hartanah-dengan-modal-yang-rendah-melalui-reit", "title": "Melabur Hartanah dengan Modal yang Rendah Melalui REIT", "body": "Ramai yang mahu mengembangkan portfolio pelaburan mereka ke bidang hartanah, tetapi tidak semua bersedia untuk mengeluarkan wang deposit yang tinggi dan mengambil pinjaman kewangan yang besar dengan tempoh yang panjang.\n\n\nSelain itu, menjadi pemilik rumah juga memerlukan beberapa kos seperti kos penyelenggaraan, kos pengubahsuaian, cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain lagi. Jika anda membeli rumah untuk menyewakan kepada orang lain, anda juga akan berhadapan dengan risiko seperti tidak mendapat penyewa, penyewa yang culas dengan pembayaran sewa dan kerosakan yang dihadapi apabila penyewa keluar. Tambahan lagi, pelaburan hartanah secara fizikal kini agak sukar untuk memberi jaminan keuntungan.\n\n\nJusteru itu, jika anda mahu menjadikan hartanah sebagai salah satu pelaburan di dalam portfolio anda, terdapat cara lain, iaitu dengan melabur dalam saham \nReal Estate Investment Trust (REIT)\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengenalan REIT\n\n\nReal Estate Investment Trust (REIT) atau Amanah Pelaburan Hartanah ialah sebuah amanah yang mempunyai dan menguruskan hartanah berskala besar seperti kompleks membeli-belah, hospital, kilang-kilang, hotel dan bangunan pejabat. REIT beroperasi sebagai pelaburan kolektif di mana pengumpulan dana dari pelabur dibuat. Seterusnya ia digunakan untuk menjana pendapatan di dalam sektor hartanah. Pendapatan REIT adalah dari pengutipan sewa, pengiklanan dan lain-lain lagi hasil daripada hartanah yang dimiliki atau diuruskan.\n\n\nREIT didagangkan di Bursa Malaysia dan seterusnya memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan pendedahan mengenai pelaburan hartanah dengan mudah. Hartanah-hartanah di dalam sesuatu REIT dikawal selia oleh pengurus pemegang amanah bagi memastikan aset dapat memberi keuntungan kepada pemegang unit REIT. REIT memberikan pendapatan kepada pelabur melalui kenaikan modal dan dividen.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan melabur di dalam REIT\n\n\nTerdapat beberapa kelebihan melabur di dalam REIT, iaitu:\n\n\n1. Mampu milik\n\n\nPelaburan REIT hanyalah sebahagian kecil daripada pelaburan hartanah fizikal. Pelabur tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak kerana pelaburan REIT boleh dimulakan dengan modal kurang daripada RM 100. Pembelian saham minimum di Bursa Malaysia ialah 1 lot atau 100 unit. Oleh itu, modal yang diperlukan untuk menjadi pelabur REIT adalah sangat kecil.\n\n\nSebagai contoh, harga semasa saham \nALSREIT\n ialah RM 0.535 seunit. Jadi, jumlah modal yang diperlukan untuk memiliki 1 lot saham ALSREIT termasuk caj broker dan lain-lain, hanyalah RM 63.00.\n\n\n2. Kemudahcairan aset\n\n\nDisebabkan REIT didagangkan seperti saham, ianya adalah mudah dicairkan kerana proses jual belinya sama seperti perdagangan saham yang lain. Hal ini berbeza dengan hartanah fizikal kerana aset fizikal tidak mudah dicairkan dan proses jual beli akan mengambil masa.\n\n\n3. Pendapatan pasif\n\n\nPendapatan pasif dapat dicapai melalui dividen dan kenaikan modal dengan REIT. Pengagihan dividen kebiasaannya adalah 90% sekurangnya dari keuntungan yang diperoleh. Selain itu, pelabur tidak perlu pening kepala memikirkan tentang penyewa yang culas membayar sewa atau penjagaan dan penyelenggaraan hartanah kerana REIT diuruskan oleh pengurusan yang profesional.\n\n\n4. Pelaburan di dalam aset pelbagai\n\n\nKebiasaannya sesuatu REIT itu mempunyai beberapa hartanah yang berlainan jenis, tempat dan industri. Sebagai contoh, \nSUNREIT\n mempunyai kompleks membeli-belah Sunway Pyramid, Sunway Medical Centre dan Sunway Putra Hotel. Justeru itu, pendapatan pelabur tidaklah terhad kepada satu hartanah sahaja. Dengan melabur kepada satu pegangan REIT sahaja, pelabur akan mempunyai peluang untuk melabur di dalam hartanah berskala besar dan pelbagai.\n\n\n5. Pencukaian\n\n\nREIT juga dikenali dengan memberi dividen yang konsisten dari hasil yang tinggi kerana terdapat kelebihan dari segi pencukaian. REIT dikecualikan dari pembayaran duti setem, cukai keuntungan harta tanah (CKHT) dan diberi pengeculian cukai korporat khas, jika mereka bersetuju untuk memberi sekurangnya 90% hasil pendapatan mereka sebagai dividen kepada pelabur. Atas sebab-sebab ini, pemberian dividen tinggi kepada pelabur REIT dapat dicapai.\n\n\n6. Risiko lebih rendah berbanding saham biasa\n\n\nREIT berbeza dengan saham biasa kerana ianya adalah dana pelaburan yang dikawal ketat oleh undang-undang dan peraturan kewangan. REIT haruslah mengikut \nGaris Panduan Amanah Pelaburan Harta Tanah Tersenarai\n yang ditetapkan oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, untuk tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Peraturan ini dibuat bagi memelihara modal dan memastikan pulangan pelaburan dapat dicapai.\n\n\n\n\n\n\n\n\nRisiko REIT\n\n\nSetiap pelaburan mempunyai risiko mereka yang tersendiri dan REIT adalah tidak terkecuali. Oleh kerana REIT terdedah sepenuhnya terhadap sektor hartanah, terdapat beberapa situasi yang akan mengganggu pendapatan REIT, iaitu:\n\n\n1. Kenaikan faedah pembayaran hartanah\n\n\nJika kadar faedah pinjaman sesuatu hartanah menaik, jumlah pembayaran juga akan menaik. Justeru, ia akan menyebabkan keuntungan berkurangan.\n\n\n2. Persaingan\n\n\nLambakan hartanah juga menjadi risiko terhadap REIT kerana penawaran akan menjadi lebih daripada permintaan. Oleh itu, persaingan antara REIT yang lain akan menjadi lebih sengit. Keuntungan juga akan berkurangan jika harga sewa dikurangkan demi mendapatkan penyewa.\n\n\n3. Faktor ekonomi\n\n\nFaktor ekonomi boleh memberi impak yang besar terhadap pasaran hartanah. Keadaan ekonomi yang bagus boleh memberi kesan yang positif terhadap pelaburan yang memerlukan komitmen kewangan yang tinggi seperti hartanah.\n\n\nSebagai contoh, sektor hartanah adalah antara yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Oleh kerana peniaga-peniaga tidak dibenarkan berniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai diantara mereka yang meminta untuk diberikan pengurangan sewa. Selain itu, terdapat juga peniaga-peniaga yang mengalami kerugian teruk dan terpaksa menutup terus perniagaan mereka. Oleh itu, apabila pasaran hartanah merundum, pendapatan REIT juga akan turut merundum.\n\n\nPerkara yang perlu dilihat sebelum melabur REIT\n\n\nSelain daripada risiko-risiko yang disenaraikan di atas, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira sebelum memulakan pelaburan REIT, iaitu:\n\n\n\n\nRekod prestasi dan kualiti pengurusan yang baik\n\n\nKualiti hartanah yang dimiliki, lokasi dan kadar penghunian\n\n\nObjektif dan strategi pelaburan yang jelas\n\n\nPolisi pengagihan pendapatan dan kadar cukai\n\n\n\n\nPenentuan prestasi REIT\n\n\nPelabur boleh mengambil kira prestasi sesuatu REIT melalui pengiraan pengagihan pendapatan menggunakan formula di bawah:\n\n\n\n\n\n\nFormula pengiraan hasil pengagihan pendapatan\n\n\n\n\n\n\nFormula di atas adalah kiraan bagi hasil\u00a0pengagihan pendapatan bagi setiap sen pelaburan di dalam REIT. Jika hasil pengagihan pendapatan REIT tersebut adalah tinggi, maka kadar pulangan kepada pelabur juga akan turut meningkat.\n\n\nSelain itu, prestasi REIT juga dapat ditentukan dengan melihat nilai aset bersih, peratus\u00a0 perbelanjaan pengurusan dan jumlah pulangan\u00a0yang diperolehi. Maklumat-maklumat ini boleh didapati di dalam laporan tahunan REIT tersebut.\n\n\nJenis-jenis REIT\n\n\nTerdapat beberapa jenis pelaburan REIT di Malaysia:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Pelaburan REIT\n\n\nContoh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenjagaan kesihatan\n\n\nHospital, klinik, kemudahan kesihatan\n\n\n\n\n\n\nHotel\n\n\nHotel, rumah penginapan, tempat peranginan\n\n\n\n\n\n\nPeruncitan\n\n\nKedai, kompleks membeli-belah, premis perniagaan runcit\n\n\n\n\n\n\nGudang\n\n\nGudang penyimpanan dan logistik\n\n\n\n\n\n\nPerindustrian\n\n\nTanah, bangunan industri dan kilang\n\n\n\n\n\n\nPejabat\n\n\nBangunan pejabat\n\n\n\n\n\n\nKediaman\n\n\nHartanah kediaman, harta sewaan, hartanah unit besar\n\n\n\n\n\n\nRuang tempat letak kereta\n\n\nBangunan atau tapak letak kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Julai 2021, terdapat 17 REIT yang didagangkan di \nBursa Malaysia\n. Namun, terdapat 4 sahaja pelaburan REIT yang patuh syariah, iaitu Al-Aqar Healthcare REIT (\nALAQAR\n), Axis Reits (\nAXREIT\n), Al-Salam REIT (\nALSREIT\n), dan KLCC REIT (\nKLCC\n).\n\n\nCara pembelian REIT\n\n\nPelaburan REIT adalah sama seperti pelaburan saham biasa. Pelabur hanya perlu membuka akaun CDS dengan mana-mana broker saham yang berdaftar. Kemudian, pelabur boleh mula melakukan pembelian unit REIT dengan cara yang sama dengan saham biasa.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/melabur-saham-dengan-teknik-canslim", "title": "Melabur Saham dengan Teknik CANSLIM", "body": "Antara cara yang memudahkan pelabur untuk membuat pemilihan saham yang berpotensi adalah dengan menggunakan bantuan screener. Terdapat banyak screener percuma di iSaham. Salah satu screener tersebut ialah screener \nCANSLIM\n.\n\n\nCANSLIM adalah akronim untuk teknik pemilihan saham pertumbuhan yang dicipta oleh seorang pelabur terkenal di Amerika Syarikat, William O'Neil yang bermaksud:\n\n\n\n\nC\n: Current quarterly earnings\n\n\nA\n: Annual earnings growth\n\n\nN\n: New product, service, management or price high\n\n\nS\n: Supply and Demand\n\n\nL\n: Leader or Laggard\n\n\nI\n: Institutional sponsorship\n\n\nM\n: Market Direction\n\n\n\n\nKaedah CANSLIM menggabungkan kaedah fundamental dan teknikal untuk membantu para pelabur mencari saham yang berpotensi.\n\n\nSiapakah William O\u2019Neil?\n\n\n\n\n\n\nWilliam J. O'Neil\n\n\n\n\n\n\nWilliam O\u2019Neil, yang dilahirkan pada 25 Mac 1933, ialah seorang usahawan, penulis, broker saham dan juga pegasas \nInvestor\u2019s Business Daily\n. O\u2019Neil telah menulis beberapa buah buku, iaitu \nHow to Make Money in Stocks, The Successful Investor,\n and \n24 Essential Lessons for Investment Success\n. Teknik CANSLIM diterangkan oleh beliau di dalam salah satu bukunya iaitu \nHow to Make Money in Stocks. \nTeknik CANSLIM dicipta oleh O\u2019Neil semasa beliau masih bekerja sebagai seorang broker saham.\n\n\nCiri-ciri CANSLIM\n\n\nBerdasarkan teknik CANSLIM, setiap akronim menggambarkan ciri-ciri pemilihan saham yang berpotensi. Untuk memudahkan pemahaman pembaca, syarikat \nVitrox Corporation Berhad\n akan dijadikan kajian kes untuk teknik CANSLIM ini.\n\n\nCurrent quarterly earnings\n\n\n\n\n\n\n\n\nFinancial ratio Vitrox Corporation Berhad\n\n\n\n\n\n\nPendapatan sesuatu syarikat adalah syarat pertama yang perlu dilihat untuk teknik CANSLIM ini. \nCurrent quarterly earnings\n atau pendapatan syarikat pada suku tahun terkini haruslah meningkat sekurang 25% daripada suku sebelumnya.\n\n\nUntuk syarikat Vitrox Corporation Berhad, pendapatan \nQuarter on Quarter\n (QoQ) untuk suku terkini adalah 120.92%.\n\n\nAnnual earnings growth\n\n\n\n\n\n\nGraf kenaikan pendapatan Vitrox Corporation Berhad (Sumber: \nVitrox Annual Report 2020\n)\n\n\n\n\n\n\nAnnual earnings growth\n atau pertumbuhan pendapatan tahunan dapat dilihat pada pendapatan \nYear on Year\n (YoY) sesebuah syarikat. Pendapatan YoY haruslah meningkat sekurangnya 25% untuk teknik CANSLIM ini. Selain itu, \nReturn of Equity\n (ROE) atau pulangan ekuiti syarikat yang dicadangkan haruslah sekurangnya 17%.\n\n\nSyarikat Vitrox Corporation Berhad mengalami kenaikan pendapatan YoY sebanyak 89.03% manakala ROE mereka pula ialah 22.56% lebih tinggi dari tahun sebelumnya.\n\n\nNew product, service, management or price high\n\n\nIni membawa maksud apa-apa sahaja hal yang dapat menunjukkan bahawa sesuatu syarikat mempunyai pembangunan dan inovasi yang berterusan. Perkara-perkara ini boleh menarik pelabur untuk melabur ke dalam syarikat tersebut dan juga menjadi pemangkin kepada kenaikan harga saham.\n\n\nSupply and Demand\n\n\n\n\n\n\nPermodalan pasaran dan bilangan saham syarikat Vitrox Corporation Berhad\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermodalan pasaran\n\n\n9,368 Juta\n\n\n\n\n\n\nBilangan saham\n\n\n472 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nSupply and demand\n atau penawaran dan permintaan sesebuah syarikat memainkan peranan penting untuk teknik CANSLIM ini. Semakin tinggi permintaan terhadap sesebuah saham syarikat, semakin tinggi nilai saham boleh meningkat. Anda juga boleh lihat pada pergerakan carta harga saham. Sekiranya harga bergerak dengan cantik, ada naik turun yang baik, tak sikat, maknanya ada supply dan demand yang baik.\n\n\nSelain itu, bilangan unit saham yang terhad dapat memberi impak terhadap permintaan saham bagi sesebuah syarikat. Keseimbangan permodalan pasaran dengan jumlah saham dalam pasaran juga boleh membuatkan harga saham naik dengan sihat.\n\n\nLeader or Laggard\n\n\nSebaiknya, syarikat yang dipilih adalah peneraju sesuatu industri dari jumlah permodalan pasaran. Saham syarikat tersebut haruslah mengatasi prestasi persaingannya. Tambahan lagi, kenaikan peneraju juga hendaklah selari dengan kenaikan sektor industri tersebut.\n\n\n\n\n\n\nVitrox Corporation Berhad mendahului syarikat lain di dalam sektor ATE (Sumber: \niSaham\n)\n\n\n\n\n\n\nSeperti senarai di atas, Vitrox Corporation Berhad menerajui industri \nAutomated Test Equipment\n (ATE) berbanding persaingannya iaitu \nUWC Berhad\n dan \nGreatech Technology Berhad\n.\n\n\nInstitutional sponsorship\n\n\n\n\n\n\nPegangan unit saham oleh institusi besar di dalam syarikat Vitrox Corporation Berhad\n\n\n\n\n\n\n\n\nInstitusi\n\n\nJumlah Pegangan (Juta)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDBS Bank Ltd\n\n\n183.59\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)\n\n\n166.73\n\n\n\n\n\n\nCitibank New York\n\n\n98.35\n\n\n\n\n\n\nCredit Suisse\n\n\n79.62\n\n\n\n\n\n\nPublic Islamic Select Treasures Fund\n\n\n73.06\n\n\n\n\n\n\n\n\nInstitutional sponsorship\n atau tajaan institusi bermaksud terdapat institusi dengan dana yang besar di dalam industri kewangan turut memiliki saham sesuatu syarikat tersebut. Kebiasaannya, para institusi hanya akan melabur di dalam syarikat yang mempunyai kualiti dan potensi yang tinggi.\n\n\nVitrox Corporation Berhad juga mempunyai pelabur dari institusi yang besar, antaranya ialah Credit Suisse, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan banyak lagi.\n\n\nMarket Direction\n\n\n\n\n\n\nPergerakan harga saham Vitrox Corporation Berhad\n\n\n\n\n\n\nMemastikan arah pergerakan saham adalah antara perkara yang penting sebelum membuat pelaburan. Pelabur harus memastikan saham yang ingin dibeli berada di dalam keadaan menaik. Jika tidak, pelabur mungkin akan terperangkap di dalam saham yang sedang melakukan penurunan.\n\n\nSebagai contoh, seperti yang boleh dilihat di graf di atas, saham syarikat Vitrox Corporation Berhad masih di dalam fasa kenaikan dan baru sahaja \nbreakout\n. Sekiranya anda merasakan posisi breakout agak berisiko, anda boleh skip saham ni dan lihat pada saham lain dalam screener CANSLIM. Atau, sekiranya anda sanggup tunggu dan cari entry yang lebih selamat, itu juga boleh menjadi satu pilihan.\n\n\nDengan menggunakan kesemua ciri-ciri teknik CANSLIM ini, pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat Vitrox Corporation Berhad sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.\n\n\nBerhasilkah teknik CANSLIM ini?\n\n\nTeknik CANSLIM adalah teknik hibrid yang menggabungkan analisa fundamental dan teknikal. Teknik ini dapat membantu pelabur mencari syarikat yang mempunyai pertumbuhan yang kukuh dan berdaya maju. Pada masa yang sama, teknik ini turut mencari syarikat yang berada di dalam keadaan menaik. Justeru itu, dapat memberikan peluang kepada pelabur untuk melabur di dalam saham dengan momentum yang kuat.\n\n\nWalaubagaimanapun, teknik ini hanyalah sebagai alat untuk membantu pelabur mencari saham yang berpotensi. Teknik ini bukanlah '\nbuy call\n' dan pelabur haruslah membuat kajian tersendiri berdasarkan garis panduan di atas sebelum memulakan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/melabur-secara-pasif-dengan-wahed-invest", "title": "Melabur Secara Pasif dengan Wahed Invest", "body": "Nak melabur ni kita perlukan usaha. Contohnya kumpul modal, cari saham berpotensi, fikir sama ada untuk kekalkan pegangan saham, dan sebagainya. Pelaburan ini dianggap proses yang aktif kerana melibatkan pelbagai penekanan usaha. Kini, anda perlu tahu kewujudan Wahed Invest yang memudahkan pelaburan dengan cara pasif.\n\n\n\n\nApakah Wahed Invest?\n\n\nWahed Invest adalah platform pelaburan syariah yang diuruskan oleh robo-investor. Ia adalah satu saluran pelaburan yang anda boleh gunakan sebagai alternatif kepada pelaburan secara langsung dalam pasaran saham. Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan lesen Wahed Invest sebagai sebuah syarikat Digital Investment Management. Secara ringkasnya, Wahed Invest adalah sebuah saluran pelaburan yang sah dan patuh syariah.\n\n\nDengan memasukkan modal ke dalam akaun, anda menyerahkan dana untuk diuruskan oleh pihak Wahed Invest berdasarkan strategi portfolio yang dipilih. Dengan portfolio tertentu, anda akan melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti emas, sukuk, saham Malaysia dan saham Amerika. Risiko pelaburan dengan Wahed Invest pula adalah dikira rendah, namun dapat memberi pulangan yang baik jika dibandingkan dengan prestasi pulangan pelaburan berisiko rendah yang lain.\n\n\nMelabur dengan Wahed Invest\n\n\nMudah sahaja untuk melabur dengan Wahed Invest ini. Tak perlu masuk apa-apa skim untuk turut serta. Tak perlu berdaftar melalui pihak ketiga di luar sana yang cuba untuk scam anda. Anda boleh uruskan pendaftaran sendiri. Muat turun sahaja aplikasi Wahed Invest dan ikut langkah-langkah pendaftaran seperti mengisi maklumat peribadi dan gambar IC. Setelah berjaya berdaftar, anda boleh mula masukkan dana ke dalam akaun anda.\n\n\nJangan lupa masukkan \nkod rujukan\n (referral code) untuk dapatkan RM 10 daripada Wahed Invest apabila anda masukkan modal nanti.\n\n\n\n\n\n\nAnggaran pertumbuhan portfolio dengan Wahed Invest\n\n\n\n\nModal boleh dimasukkan bila-bila sahaja serendah RM100 untuk setiap transaksi. Anda juga boleh jadualkan deposit berkala sama ada setiap minggu atau setiap bulan. Dah masuk modal, anda tak perlu fikir nak beli saham apa seperti di pasaran saham. Modal akan diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest dengan bayaran 0.79% setahun.\n\n\nPelaburan secara pasif\n\n\nSeperti yang disebut tadi, modal diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest. Maksudnya anda tak perlu pening kepala memilih saham apa untuk dibeli. Inilah yang dimaksudkan dengan pelaburan secara pasif. Ia dapat berikan anda pulangan tanpa memerlukan tindakan yang aktif seperti membuat kajian saham, mencari paras harga yang bagus dan sebagainya.\n\n\nPelaburan yang telus\n\n\nMelabur dengan Wahed Invest juga adalah proses yang telus, di mana anda boleh lihat ke mana modal anda dilaburkan. Portfolio yang lebih agresif akan mempunyai lebih banyak pegangan dalam saham Amerika. Portfolio yang konservatif pula akan mempunyai lebih banyak pegangan emas.\n\n\n\n\n\n\nContoh portfolio dalam Wahed Invest\n\n\n\n\nAntara dana yang dipilih oleh Wahed Invest:\n\n\n\n\nWahed FTSE USA Shariah ETF (\nHLAL\n)\n\n\nMyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (\nMYETFID\n)\n\n\nTradePlus Shariah Gold Tracker (\nGOLDETF\n)\n\n\nRHB Islamic Bond Fund (\nBon terbitan RHB\n)\n\n\n\n\nRisiko rendah\n\n\nPegangan saham ini lebih tepatnya dipegang dalam bentuk ETF. Anda boleh \nbaca tentang ETF di sini\n. ETF itu sendiri sudah pun dikira sebagai pelaburan yang berisiko rendah. Namun, ada ETF boleh dikatakan lebih agresif secara relatif berbanding ETF yang lain. Maka, cara untuk melabur boleh juga disesuaikan dengan cara melabur dalam ETF, iaitu dengan memastikan harga ETF tak terlalu mahal berbanding Net Asset Value.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/melakukan-pembelian-pertama-selepas-pendaftaran-cds", "title": "Melakukan Pembelian Pertama Selepas Pendaftaran CDS", "body": "Pertama kali nak mulakan melabur mungkin susah bagi sesiapa pun. Kali ni, anda akan baca garis panduan untuk memulakan pembelian atau dagangan yang pertama di platform dagangan M+ Online. Bacaan ini sesuai untuk pelabur yang dah terima akaun M+ Online dan ingin melakukan dagangan pertama.\n\n\nAnda ada modal\n\n\nPertama sekali, anda perlu ada modal. Perlu diingat, dalam pelaburan pertama ni anda belum tentu dapat membuat keuntungan. Orang kata, \u201csemua orang ada garis bermula\u201d. Jadi tak perlu terus mula dengan modal besar. Modal ini kita cuba niatkan untuk dapatkan pengalaman dulu.\n\n\nLagi satu, dengan mulakan belian, anda dapat akses kepada lebih banyak screener di iSaham. Jadi mungkin anda boleh tumpukan lebih banyak modal selepas dapat akses kepada screener-screener yang lebih canggih.\n\n\nMasukkan modal ke dalam akaun CDS\n\n\nModal anda tadi pula perlu dimasukkan dalam akaun CDS untuk digunakan dalam platform dagangan. Maka boleh login ke akaun M+ atau platform dagangan anda. Boleh ikut \npanduan ini\n untuk butiran lebih lanjut.\n\n\n\n\nDari M+ Online, anda boleh masukkan modal menggunakan FPX atau manual transfer iaitu online banking. Deposit melalui kaedah FPX adalah lebih cepat tetapi memerlukan transaksi sebanyak RM 1000 ke atas. Kalau anda nak cepat tapi nak masukkan sikit saja, boleh masukkan RM 1000 dan keluarkan sedikit selepas deposit berjaya. Namun, pengeluaran duit mungkin akan mengambil masa lagi satu atau dua hari pula.\n\n\nMemilih saham\n\n\nDalam Bursa Malaysia ada banyak saham yang tersenarai. Kalau anda baru nak mula, mungkin anda cuma kenal saham-saham besar yang terkenal sahaja. Saham-saham terkenal ni pun sudah baik untuk dijadikan saham permulaan. Bermakna saham ini cukup hebat untuk dikenali ramai.\n\n\nKalau anda nak teroka lebih banyak saham, boleh juga mula dengan screener iSaham yang percuma. Ada banyak juga screener yang anda boleh gunakan untuk bermula. Antaranya seperti berikut:\n\n\n\n\nBeginner Stocks\n\n\n40 Profitable Quarters\n\n\nInstitution\n\n\n\n\nBerdagang dari platform dagangan\n\n\nGunakan butiran akaun yang telah diterima untuk log in ke \nM+ Online\n. Selepas berjaya log in, cari saham yang dipilih tadi dengan menulis nama saham di kotak search seperti dalam gambar, dan tekan enter.\n\n\n\n\nSenarai hasil carian akan dipaparkan. Anda cuma perlu tekan sekali untuk highlight saham pilihan. Apabila anda tekan butang \nBuy\n di bahagian atas skrin (berwarna hijau), kotak input belian akan keluar untuk saham dalam highlight.\n\n\nKalau anda nak tengok lebih banyak info, tekan saham dua kali (double click). Anda boleh tengok info queue saham dan senarai transaksi yang berlaku. Untuk butiran lanjut, boleh \nbaca di sini\n.\n\n\nTekan \nBuy\n untuk teruskan belian. Pilih harga dan lot belian dan tekan confirm. Anda akan diminta untuk masukkan \nTrading Pin\n. Ini adalah sama dengan password akaun anda untuk log in tadi.\n\n\nUntuk mengetahui sekiranya pesanan belian tadi berjaya, boleh lihat di \nOrder Status\n dan semak sama ada status pesanan tadi dikemas kini kepada \nAll Matched\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-bisnes-minyak-kelapa-sawit", "title": "Memahami Bisnes Minyak Kelapa Sawit", "body": "Kelapa sawit adalah salah satu tanaman yang boleh mengeluarkan minyak sayuran dan ia merupakan tanaman yang penting untuk Malaysia. Industri minyak kelapa sawit di Malaysia adalah yang kedua terbesar selepas Indonesia. Antara pemain utama dalam \nindustri\n ini adalah \nSime Darby\n, \nFGV\n dan \nKLK\n yang juga merupakan pemain utama pada peringkat global.\n\n\nKelapa sawit sebagai minyak sayuran\n\n\nKelapa sawit adalah salah satu tanaman yang ditanam secara komersial untuk mendapatkan minyak sayuran (vegetable oil atau kadang-kala dinamakan edible oil). Antara tanaman lain yang boleh mengeluarkan minyak sayuran ialah kacang soya, jagung, bunga matahari, kacang, zaitun dan sebagainya. Antara tanaman-tanaman ini, kelapa sawit boleh mengeluarkan kadar minyak yang paling tinggi apabila dibandingkan dalam keluasan tanah yang sama.\n\n\n\n\n\n\nGambar: MPOB\n\n\n\n\nMaka boleh dikatakan penanaman pokok kelapa sawit untuk tujuan komersial adalah lebih mesra alam berbanding tanaman lain yang memerlukan tanah yang lebih luas. Oleh itu, ia juga merupakan minyak makanan yang lebih murah berbanding yang lain.\n\n\nTentang Kelapa Sawit\n\n\nKelapa sawit yang ditanam sebagai aktiviti komersial diberi nama saintifik Elaeis guineensis - nama yang kita tak mungkin ingat, namun ia membantu kita bezakan jenis kelapa sawit yang dibincangkan. Ia berasal dari Afrika dan boleh mencapai ketinggian 20 meter apabila matang, dan ia tumbuh di garisan ekuator bumi.\n\n\nDi Malaysia, kawasan utama penanaman pokok kelapa sawit adalah di Sabah, Sarawak dan Johor. Tak kurang juga syarikat Malaysia yang meluaskan kawasan tanaman mereka di Indonesia.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nRCPO\n\n\n\n\nPokok kelapa sawit mula berbuah pada tahun ketiga hayatnya dan mempunyai hayat ekonomi antara 20 hingga 30 tahun. Buah yang dihasilkan ini dipanggil tandan buah segar ataupun Fresh Fruit Bunch (FFB) yang boleh diproses untuk mendapatkan minyaknya. Buah sawit ini terdiri daripada isinya (mesocarp) di bahagian luar, dan endocarp di bahagian dalam yang terdiri daripada cangkerang atau shell dan biji yang disebut sebagai kernel.\n\n\n\n\nAnatomi buah sawit. Gambar: \nMPOB\n\n\nPemprosesan Kelapa Sawit\n\n\nProses bermula dengan pemilihan tandan yang berkualiti. Tandan buah atau FFB akan dimasukkan ke dalam pressure vessel untuk dipanaskan. Proses ini boleh capai pelbagai matlamat, antaranya membunuh bakteria, hentikan degradasi buah dan merenggangkan buah daripada tandan. Kemudian, ia dimasukkan ke dalam rotating drum untuk mengasingkan buah daripada tandan.\n\n\nBuah yang diasingkan akan ditekan dengan mesin screw press untuk dihancurkan. Proses ini akan menghasilkan bentuk isi sawit yang dihancurkan atau dipanggil cake dan kernel. Cake ini akan menjalani proses penulenan untuk mengekstrak minyak sawit mentah atau Crude Palm Oil (CPO).\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nIJM Plantation\n\n\n\n\nMinyak sawit mentah ini sedia untuk dijual kepada kilang-kilang penapisan untuk diproses menjadi produk-produk downstream sama ada minyak masak, marjerin dan pelbagai produk ramuan. Antara kegunaan lain yang boleh dihasilkan dari CPO juga adalan biodiesel iaitu bahan bakar untuk enjin berkuasa diesel. Kerajaan di Malaysia dan malah di Indonesia juga telah menetapkan campuran biodiesel dan diesel sebagai mandatori.\n\n\nKernel yang diasingkan daripada cake tadi juga boleh diekstrak minyaknya. Minyak ini dinamakan sebagai Crude Palm Kernel Oil atau CPKO. Minyak ini boleh digunakan sebagai bahan untuk pelbagai produk seperti aiskrim, marjerin, coklat, sabun dan sebagainya.\n\n\nProduk sampingan\n\n\nPengasingan buah dari tandan buah sawit akan memberikan tandan kosong sebagai produk sampingan. Tandan buah kosong atau Empty Fruit Bunches (EFB) ini boleh diproses sebagai papan serat (fibreboard) untuk perabot, bahan bakar biomass ataupun baja.\n\n\nIsi sawit yang dihancurkan atau cake adalah kaya dengan serat dan boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. Ini juga adalah sama untuk shell dari biji sawit dan juga EFB yang disebut tadi.\n\n\nBahagian pokok kelapa sawit yang tak melalui proses penghasilan minyak adalah batang pokok dan pelepah. Batang pokok boleh dijadikan kayu perabot atau arang kayu. Pelepah pula boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.\n\n\nKebergantungan syarikat kepada harga CPO\n\n\nCPO adalah minyak sawit mentah yang boleh diproses kepada pelbagai produk downstream untuk minyak sawit. Harga CPO memainkan peranan penting kepada pendapatan syarikat yang menjalankan aktiviti melibatkan tanaman sawit. Jika harga CPO menurun, maka pendapatan syarikat akan berkurang. Sebaliknya akan berlaku sekiranya harga CPO menaik.\n\n\nPada tahun 2018, harga CPO menunjukkan penurunan yang mendadak menjelang suku keempat. Sebagai akibatnya, banyak syarikat mencatatkan kerugian - atau jika bernasib baik, keuntungan yang berkurang - untuk tahun 2018. Harga CPO pada penghujung 2019 kini menunjukkan peningkatan yang semakin tinggi berbanding tahun lepas. Maka pada trend harga CPO sebegini, ia merupakan waktu yang bagus untuk melihat pada saham yang berteraskan sawit.\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nMPOB\n\n\n\n\nTanaman Sawit dan Kelestarian Alam\n\n\nBerita tentang kebakaran hutan bukanlah asing lagi. Hutan dibakar untuk dijadikan tapak tanaman komersial. Ini mengakibatkan ancaman terhadap ekosistem hidupan yang sedia ada, khususnya orang utan, rafflesia dan harimau di rantau ini.\n\n\nPada zaman ini, kita dapat lihat pelbagai gerakan antarabangsa yang menggesa supaya alam sekitar dapat dipelihara dalam aktiviti harian syarikat. Dalam skop tanaman kelapa sawit, organisasi antarabangsa yang menjadi barisan hadapan gerakan ini adalah Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Semakin banyak syarikat Malaysia yang mendapatkan pensijilan untuk RSPO yang mengikuti panduan kelestarian alam sekitar dalam aktiviti yang dijalankan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-dividen-dan-cara-untuk-menerimanya", "title": "Memahami Dividen dan Cara untuk Menerimanya", "body": "Dividen adalah salah satu cara syarikat menghargai pemegang saham yang melabur ke dalam syarikat mereka. Dalam perspektif lain, anda sebagai pelabur yang ingin melihat syarikat semakin berjaya ingin juga merasa sebahagian daripada keuntungan tersebut. Salah satu manfaat melabur dalam syarikat yang bagus adalah anda boleh dapatkan keuntungan dalam bentuk kenaikan harga saham dan dalam masa yang sama, menerima dividen dari syarikat. Dalam post kali ini, kita akan mendalami beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang dividen.\n\n\nDividen dapat mengukur kekuatan syarikat\n\n\nDividen itu sendiri bermaksud agihan sebahagian keuntungan syarikat kepada pemegang saham. Dalam erti kata lain, syarikat yang membayar dividen mempunyai lebihan kewangan. Lebihan kewangan inilah yang diberi kepada pemegang saham syarikat.\n\n\nRekod pemberian dividen merupakan salah satu kaedah untuk mengenalpasti syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Di iSaham, anda boleh lihat rekod pemberian dividen di laman saham di bahagian Fundamental, tab \nDividend\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \niSaham/KKB\n\n\n\n\nKita dah sebutkan tadi bahawa syarikat yang berikan dividen adalah syarikat untung. Namun, ada juga syarikat yang cuba menjaga air muka dengan berikan dividen walaupun dalam kerugian. Adakalanya tindakan ini melibatkan pinjaman dengan bank. Ini bukanlah tindakan yang bagus, maka anda perlu peka terhadap tindakan syarikat yang anda laburkan.\n\n\nAda satu isu. Kadang-kadang ada syarikat boleh dapat prestasi bagus, dan boleh bagi dividen tinggi. Tapi tahun lain prestasi dah menurun dan tak bagi dividen. Macam mana nak dapatkan senarai syarikat yang konsisten bagi dividen? Boleh gunakan screener \nBirds of Bursa\n.\n\n\nBagaimana nak dapatkan dividen\n\n\nKebiasaannya, dividen diberikan dalam bentuk tunai dan akan disalurkan ke akaun bank yang anda telah daftarkan ketika membuka akaun CDS. Anda tak perlu pegang saham sehingga genap setahun untuk layak mendapatkan dividen. Cukup sekadar membeli sehari sebelum Ex-Date yang diumumkan untuk layak mendapatkan dividen. Pada pagi Ex-Date, anda boleh terus jual pegangan saham tadi dan masih layak untuk mendapatkan dividen yang diumumkan.\n\n\n\n\nAnda boleh gunakan screener \nUpcoming Dividends Screener\n untuk dapatkan senarai saham yang akan memberikan dividen dalam masa terdekat. Perhatikan pada column \nEx-Date\n yang merupakan tarikh tutup bagi kelayakan penerimaan dividen ini. Beli saham ini selewat-lewatnya sehari sebelum Ex-Date. Nilai dividen pula boleh dilihat pada column \nValue\n yang memaparkan nilai dividen dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).\n\n\nCara pemberian Dividen\n\n\nBerdasarkan screener tadi, anda mungkin akan jumpa istilah seperti \nFinal dividend\n, \nInterim dividend\n dan sebagainya. Dividen boleh diberikan secara sekali setahun atau berkala mengikut separa tahunan atau suku tahunan. Anda boleh \nbaca post ini\n untuk memahami lebih lanjut tentang istilah-istilah tadi.\n\n\n\n\nPengiraan Dividen\n\n\nCara mengira dividen adalah agak mudah, iaitu nilai dividen sesaham didarabkan dengan jumlah pegangan. Sebagai contoh, melihat pada KKB yang memberikan sebanyak RM 0.06 sesaham, dan anda memegang sebanyak 30 lot (3000 unit). Pengiraan dividen adalah seperti berikut:\n\n\nRM 0.06/unit x 3000 unit\n= RM 180\n\n\nKesan dividen pada saham\n\n\nBila dengar beli sehari jual esok pun dapat dividen memang dengar macam menarik - macam boleh dapat dividen percuma. Sebenarnya tak semudah itu. Anda perlu fahamkan dahulu kesan dividen terhadap harga saham.\n\n\nPada hari Ex-Date, harga saham akan dianjak kebelakang sebanyak nilai dividen. Mari kita lihat contoh situasi di bawah untuk gambaran yang berlaku:\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga tutup sebelum Ex-Date\n\n\nHarga buka pada Ex-Date\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM 1.66\n\n\nRM 1.60\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam contoh di atas, kita boleh andaikan anda beli saham ini pada harga tutup pasaran sehari sebelum Ex-Date pada RM 1.66. Pada keesokan hari iaitu Ex-Date, pasaran akan tunjukkan seolah-olah saham ini ditutup pada harga RM1.60. Ini adalah kerana harga RM 1.66 tadi dianjak kebelakang ke harga RM 1.60 sebanyak nilai dividen iaitu 6 sen.\n\n\nDari segi mekanisma, pelabur yang membeli pada harga RM 1.66 ini tidak mencatatkan kerugian kerana penurunan ini dikontra sebanyak dividen yang diterima. Secara keseluruhan juga, saham yang mengeluarkan dividen ini dianjakkan harganya kerana sejumlah wang telah dikeluarkan dari pegangan syarikat. Kesan selepas dividen ini agak neutral di mana harga saham boleh bergerak naik atau turun seperti biasa.\n\n\nMenilai dividen dari harga saham\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan nilai dividen yang tinggi bagi setiap sen yang dilaburkan, anda boleh lihat pada dividend yield. Dividend Yield ini dikira seperti berikut:\n\n\nDividend Yield = Dividen diberi sesaham / Harga Semasa\n\n\n\n\nPengiraan dividend yield mengambil kira berapakah nilai dividen jika dibandingkan dengan harga saham. Maka, dividend yield yang lebih tinggi dapat berikan kita nilai dividen yang lebih tinggi bagi setiap sen harga saham. Di iSaham, anda boleh lihat syarikat yang berikan dividend yield yang tinggi dalam \nscreener High Dividend Yield\n.\n\n\nKelebihan pelabur yang telah memegang saham dividen ini lebih lama, ada yang dapat beli saham-saham ini pada harga yang lebih rendah. Mereka dapat membeli saham dengan unit yang lebih banyak ketika harga rendah, dan nikmati dividen ketika syarikat umumkan pemberian dividen."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-financial-ratio-dalam-penilaian-fundamental", "title": "Memahami Financial Ratio dalam Penilaian Fundamental", "body": "Dalam menilai fundamental sesebuah syarikat, financial ratio atau nisbah kewangan adalah satu petunjuk yang boleh membantu untuk penilaian tersebut. Penilaian fundamental ini boleh menyentuh pelbagai aspek sama ada prestasi kewangan, kedudukan kewangan, pihak pengurus, keadaan ekonomi negara, dunia dan sebagainya. Namun, ada ukuran yang kita boleh rujuk sebagai panduan asas kepada kekuatan fundamental sesebuah syarikat itu.\n\n\n\n\nSetiap laman saham dalam iSaham akan ada penilaian atau analisis dari aspek fundamental dan teknikal. Kali ini kita akan tumpukan kepada nisbah kewangan syarikat. Nisbah kewangan atau financial ratio yang dipaparkan dalam iSaham terdiri dari penilaian terhadap kemuflisan, keseimbangan hutang, tunai dalam tangan, prestasi semasa, kecekapan pengurusan dan lain-lain. Kita akan belajar macam mana menilai sesebuah syarikat itu dengan lebih terperinci.\n\n\nUjian kemuflisan\n\n\nAda dua nisbah ujian kemuflisan yang dipaparkan di iSaham pada laman saham. Nisbah ini ditanda oleh Altman-Z dan Beaver dan ia berfungsi seperti credit rating untuk sesebuah syarikat. Secara ringkasnya, anda ingin cari mana-mana antara nisbah ini yang memenuhi angka di bawah:\n\n\n\r\nAltman-Z > 1\r\nBeaver > 0.03\r\n\n\n\nKeseimbangan aset, liabiliti dan tunai\n\n\nSeterusnya, kita lihat pula nisbah aset, liabiliti dan tunai syarikat. Sesebuah aset boleh dijual untuk mendapatkan wang tunai. Liabiliti pula adalah bebanan yang perlu dibayar oleh syarikat. Maka sesebuah syarikat itu adalah lebih bagus sekiranya mempunyai aset yang lebih banyak daripada liabiliti. Keseimbangan aset dan liabiliti ini boleh diukur dengan current ratio, dan nisbah lebih dari 2 menandakan angka yang sihat.\n\n\n\n\nKebanyakan syarikat pula pastinya ada hutang sama ada hutang baik atau hutang jahat untun meneruskan kelangsungan perniagaan. Penilaian terhadap hutang ini dikira menggunakan Debt-Equity ratio. Sekiranya nisbah ini kurang daripada 1, ia menunjukkan angka yang sihat.\n\n\nFCF Yield pula adalah ukuran yang menunjukkan berapa banyak pendapatan ini dapat dialirkan dalam bentuk wang tunai. Nama panjang kepada FCF ini adalah free cash flow. Umumnya, angka yang lebih tinggi, lagi bagus. Kriteria ini adakalanya menjadi kepentingan ketika krisis ekonomi berlaku.\n\n\nKesimpulan nisbah keseimbangan yang sihat ini boleh dilihat seperti di bawah:\n\n\n\r\nCurrent ratio > 2\r\nDebt-Equity < 1\r\nFCF Yield > 0\r\n\n\n\nPrestasi semasa\n\n\nPrestasi semasa syarikat boleh dilihat dari perbandingan jualan dan keuntungan syarikat yang dicatatkan dari tahun ke tahun, atau suku ke suku. Ukuran ini boleh didapati dari penanda Revenue atau Profit yang disusuli dengan QoQ atau YoY.\n\n\nQoQ bermaksud suku tahunan tersebut dibandingkan dengan suku tahunan yang sama pada tahun sebelumnya. Contohnya prestasi jualan atau keuntungan Q1 2020 dibandingkan dengan Q1 2019. YoY pula adalah prestasi keseluruhan setahun dibandingkan dengan tahun sebelumnya.\n\n\n\n\nMengikut lumrah, kita memang akan suka kepada jualan yang sentiasa meningkat. Maka angka yang lebih besar adalah lebih bagus. Namun, lain syarikat, lain ceritanya. Sekali prestasi yang bagus tak semestinya boleh berkekalan di masa hadapan. Memadai sekiranya angka ini tidak menunjukkan angka negatif.\n\n\nKecekapan pengurusan\n\n\nDua individu dengan pendapatan yang sama belum tentu boleh menyimpan jumlah yang sama. Itulah analogi yang boleh difikirkan untuk melihat kepentingan kriteria ini. Kecekapan pengurusan ini boleh diukur dengan Profit Margin, ROE atau ROIC.\n\n\nProfit Margin yang lebih tinggi dapat diterjemahkan dengan kos yang lebih rendah atau harga jualan yang lebih tinggi. Sekiranya kos air minuman pada RM 1 dapat dijual pada RM 1.20, maka pengiraan margin keuntungan adalah seperti berikut:\n\n\n\r\n(Harga Jualan - Kos Barang) / Kos Barang * 100%\r\n(1.20 - 1) / 1 * 100% = 20%\r\n\n\n\nROE adalah pulangan dari modal keluaran. Ia dapat mengukur kebolehan syarikat untuk menghasilkan pulangan berdasarkan modal tak termasuk pinjaman. ROIC juga menggunakan konsep yang sama, bezanya adalah pelaburan yang dibuat akan dikira secara jumlah modal dan pinjaman. Angka yang dianggap bagus untuk nisbah ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\r\nProfit Margin > Sector Median atau 10% ke atas\r\nROE / ROIC > 15%\r\n\n\n\nPulangan Dividen\n\n\nSyarikat yang berada pada kedudukan kewangan yang baik mempunyai wang lebihan yang boleh diberikan kepada pelabur dalam bentuk dividen. Sebanyak mana yang syarikat berikan mungkin tak begitu penting kepada pelabur jangka pendek dan sederhana. Maka Dividend Yield dan Dividend Per Share adalah ukuran yang subjektif kepada pelabur sama ada diberikan atau tidak.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nUntuk mendapatkan kesemua kriteria ini adalah satu saringan yang sangat susah. Jarang kita dapat lihat sebuah syarikat yang memenuhi semua kriteria tadi atau semua petanda diwarnakan hijau. Maka di sini kita perlu ada keseimbangan untuk menilai kriteria apa yang perlu dititikberatkan lebih daripada yang lain."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-indikator-relative-strength-index-rsi", "title": "Memahami Indikator Relative Strength Index (RSI)", "body": "RSI adalah singkatan kepada nama \nRelative Strength Index\n. Ia merupakan satu indikator yang sering digunakan oleh pelabur untuk membuat analisis teknikal. RSI ini merupakan salah satu indikator yang terkenal dan dikenali dalam dunia pelaburan. Ramai pelabur menggunakan indikator ini untuk mengukur momentum perubahan harga untuk menilai sekiranya saham tersebut terlebih jualan (\noversold\n) atau terlebih belian (\noverbought\n).\n\n\nPengasas indikator RSI\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nWikiwand\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndikator ni dicipta oleh J. Walles Wilder Jr. pada tahun 1978 dan diulas dalam bukunya yang berjudul \u2018\nNew Concepts in Technical Trading System\n\u2019. Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku berkenaan pasaran saham antaranya, \u2018\nThe Adam Theory of Markets or What Matters Is Profit\n\u2019, \u2018\nThe Wisdom of the Ages in Acquiring Wealth\n\u2019, dan \u2018\nThe Delta Phenomenon, Or, The Hidden Order in All Markets\n\u2019.\n\n\nWilder ialah bapa kepada beberapa penunjuk teknikal yang kini dianggap sebagai prinsip teras perisian analisis teknikal. Ini termasuk \nAverage True Range\n, \nRelative Strength Index\n (RSI), \nAverage Directional Index\n, dan \nParabolic SAR\n.\n\n\nFormula bagi indikator RSI\n\n\nRSI dikira dengan dua pengiraan. Formula pertama adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nKerugian atau keuntungan purata hanyalah peratusan kerugian atau keuntungan purata dalam tempoh hari kebelakang. Biasanya, anda akan menggunakan 14 titik untuk mengetahui nilai RSI. Kemudian, setelah 14 tempoh data ini tersedia, anda boleh memulakan langkah kedua dalam pengiraan. Formula kedua adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nPerlu diingatkan bahawa, setiap pedagang akan menggunakan RSI yang berbeza. Walaupun tempoh 14 sesuai untuk pedagang \nswing\n, sesetengah pedagang mungkin ingin menurunkan jangka masa dengan meningkatkan sensitiviti \noscillator\n. Pedagang harian (\nday trader\n) selalunya menggunakan tempoh 9-11, manakala pedagang \nswing\n boleh menggunakan tempoh yang lebih tinggi, iaitu, 20-30.\n\n\nPenggunaan RSI\n\n\nRSI mempunyai dua \nlevel\n iaitu di bawah 30% dan di atas 70%. Di antara kegunaan RSI adalah untuk menentukan harga saham berada di paras terlebih jualan (\noversold\n) jika berada di bawah 30%, atau di paras terlebih belian (\noverbought\n) apabila berada di atas 70%.\n\n\nKebiasaannya, momentum belian akan berkurangan apabila garisan RSI sudah melebihi paras 70% dan kemungkinan akan berlaku pembetulan harga. Apabila garisan RSI sudah berada pada kawasan \noverbought\n, kebiasaanya akan berlaku \ncorrection\n ataupun perubahan trend ke bawah (\ndowntrend\n).\n\n\nSebaliknya, apabila momentum jualan melebihi momentum belian dan menyebabkan garisan RSI berada dibawah 30%, ia berkemungkinan akan berlaku \nreversal\n ataupun perubahan trend ke atas (\nuptrend\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar\n: \nCarta CBIP\n\n\n\n\n\n\nSeperti contoh carta diatas, apabila harga saham berada dalam keadaan \nuptrend\n dan RSI sudah capai paras \noverbought\n, ia menunjukkan satu petanda bahawa kemungkinan akan berlakunya \ncorrection\n atau perubahan trend. Manakala, apabila harga saham berada dalam keadaan \ndowntrend\n dan RSI sudah capai paras \noversold\n, maka ia juga memberi petanda bahawa mungkin akan berlaku \nreversal\n ataupun perubahan trend.\n\n\nNamun, indikator ini bukanlah satu kepastian bahawa harga akan naik atau turun sekiranya sudah capai paras \noverbought\n atau \noversold\n. Tetapi, ia hanyalah salah satu petunjuk untuk memudahkan pelabur membuat keputusan.\n\n\nRSI divergence\n\n\nRSI \ndivergence\n dapat membantu pelabur saham melihat dan mengambil kesempatan dengan membuat pembelian saham. Apabila digunakan dengan betul, RSI boleh menjadi salah satu petunjuk dagangan dan pengesahan dalam \ntrading plan\n anda. RSI ialah salah satu indikator yang popular dalam \nswing investment\n, dan merupakan satu teknik di mana pelabur menunggang trend pasaran untuk membuat keuntungan.\n\n\nBullish divergence\n\n\nBullish divergence\n berlaku apabila harga sesuatu saham sedang berada di \nlower low\n berbanding paras rendah sebelumnya. Apabila \nbullish divergence\n dikesan, indikator RSI akan membuat \nhigher low\n. Ini menunjukkan akan berlakunya momentum kenaikan harga dan perubahan trend (\nuptrend\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nBearish divergence\n\n\nBearish divergence\n pula berlaku apabila harga sesuatu saham sedang berada di \nhigher high\n berbanding paras tinggi sebelumnya. Apabila \nbearish divergence\n dikesan, indikator RSI akan membentuk \nlower high\n. Ini menunjukkan akan berlakunya momentum penurunan harga dan perubahan trend (\ndowntrend\n).\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSeperti indikator yang lain, RSI hanyalah salah satu alat atau penunjuk yang membantu pelabur dalam membuat keputusan sewaktu berdagang. Ia perlulah dikaji terlebih dahulu dan tidak seharusnya diikuti secara membuta tuli.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nWikiwand\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-intraday-short-selling-idss", "title": "Memahami Intraday Short-selling (IDSS)", "body": "Pada 1 Januari 2021 yang lalu, \nRegulated Short Selling (RSS)\n telah kembali dibenarkan setelah disekat pada tahun 2020 akibat penularan COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia dan telah memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi. Pembukaan semula sekatan RSS telah meningkatkan kecairan kepada pasaran tempatan.\n\n\nBaru-baru ini, terdapat dua lagi jenis short selling telah kembali dibenarkan setelah hampir 2 tahun disekat; iaitu \nintraday short-selling\n (IDSS) dan \nintraday short-selling by proprietary day traders\n (PDT short sale).\n\n\nAktiviti short selling\n\n\nShort selling\n atau jualan singkat adalah suatu proses di mana keuntungan diperoleh dengan kejatuhan harga saham. Secara ringkasnya, anda akan menjual saham yang dipinjam dari \nbroker\n atau \nCentral Lending Agency\n (CLA) pada harga yang tinggi, dan kemudian membelinya semula pada harga yang rendah.\n\n\n\n\n\n\nPenjualan dilakukan pada harga tinggi, dan pembelian semula dilakukan pada harga yang rendah.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat empat jenis aktiviti short selling yang boleh dilakukan di Bursa Malaysia, iaitu \nRegulated Short Selling\n (RSS), \nIntraday Short Selling\n (IDSS), \nIntraday Short Selling by Proprietary Day Traders\n (PDT) dan juga \nPermitted Short Selling\n (PSS).\n\n\nKami telah pun menjelaskan tentang RSS pada blog yang lepas. Jadi, blog kali ini akan lebih bertumpu kepada IDSS yang penggantungan sementaranya telah dibatalkan bermula 1 Januari 2022.\n\n\nIntraday short-selling (IDSS)\n\n\nAnda mungkin pernah melihat simbol ^ pada kaunter saham tertentu. Simbol ini melambangkan bahawa saham tersebut dibenarkan untuk aktiviti IDSS.\n\n\n\n\n\n\nContoh saham yang dibenarkan untuk IDSS.\n\n\n\n\n\n\nIDSS atau jualan singkat intra hari adalah salah satu daripada jenis dagangan penjualan singkat yang dijalankan dalam hari yang sama. Aktiviti IDSS ini boleh dilakukan oleh kesemua pedagang Bursa Malaysia, tidak kira lah sama ada pedagang runcit, mahupun institusi.\n\n\nIDSS membenarkan pelabur menjual sekuriti yang bukan milik mereka, dan kemudian membeli semula sekuriti yang sama. Semua posisi jual mesti ditutup dengan posisi beli dalam hari dagangan yang sama.\n\n\nPerbezaan IDSS dan PDT\n\n\nIntraday short-selling by proprietary day traders\n (PDT \nshort sale\n) atau jualan singkat oleh Pedagang Harian Proprietari juga adalah aktiviti jualan singkat yang dilakukan dalam hari dagangan yang sama. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaannya dengan IDSS, iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIDSS\n\n\nPDT\n\n\n\n\n\n\nPeserta\n\n\nKesemua pedagang runcit dan institusi\n\n\nIndividu yang mewakili sesuatu organisasi seperti Kenanga, Affin Hwang, dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nKelayakan\n\n\nTerbuka kepada semua pedagang yang menepati syarat yang ditetapkan.\n\n\nIndividu berlesen dan berdaftar di bawah organisasi, serta mempunyai 5 tahun pengalaman sebagai \nInvestment Account Trader\n (IVT).\n\n\n\n\n\n\nSaham untuk jualan singkat\n\n\nSekuriti yang diluluskan\n\n\nSekuriti yang diluluskan di Pasaran Utama (sekuriti layak dagangan harian)\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Bursa Malaysia mengawal aktiviti short selling\n\n\nUntuk melakukan aktiviti \nshort selling\n, terdapat peraturan dan limitasi yang ditetapkan bagi mengelakkan pasaran menjadi huru-hara. Seperti RSS, IDSS juga mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Antaranya ialah:\n\n\n1. Syarikat yang dibenarkan untuk short selling\n\n\nAktiviti jualan singkat hanya boleh dilakukan terhadap syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam \nBursa Approved Securities\n sahaja. Senarai ini akan disemak dan dikemas-kini pada setiap enam bulan oleh Bursa Malaysia.\n\n\n2. Peraturan at-tick\n\n\nPada mulanya, hanya RSS sahaja yang perlu mengikut 'peraturan \nat-tick\n' ini. Namun, pada 17 Mac 2020, \nBursa Malaysia\n telah memaklumkan bahawa IDSS dan PDT juga perlu mematuhi peraturan tersebut.\n\n\n'Peraturan \nat-tick\n' membawa maksud setiap pesanan haruslah dibuat pada harga permintaan atau jualan terbaik pada waktu itu, ataupun pada harga yang lebih tinggi.\n\n\n3. Penggantungan short selling untuk sesuatu saham\n\n\nTerdapat masa-masa yang tertentu di mana sesuatu saham akan digantung dari \nshort selling\n, iaitu apabila:\n\n\n\n\nHarga saham jatuh lebih 15%\n daripada harga tutup pada hari dagangan sebelumnya. Sebagai contoh, baru-baru ini saham syarikat Airasia telah jatuh melebih 15%. Justeru itu, \naktiviti short selling untuk saham syarikat Airasia digantung\n dengan serta-merta pada hari tersebut.\n\n\nVolume short sale\n melebihi 3% \niaitu had maksima harian bagi sesuatu syarikat.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nPenarikan kembali penggantungan sementara \nshort selling\n\u00a0menambah kecairan serta \nvotality\n pasaran Bursa Malaysia. Selain itu, kebenaran untuk berdagang dua hala juga boleh menarik pelabur luar untuk melabur dalam pasaran tempatan.\n\n\nNamun begitu, \nshort selling\n adalah berisiko tinggi dan hanya pedagang yang berpengalaman serta mempunyai dana yang besar sahaja digalakkan untuk melakukan aktiviti ini.\n\n\nTambahan lagi, walaupun terdapat pengecualian untuk RSS, \nshort selling\n secara keseluruhannya adalah tidak patuh syariah. Oleh itu, penganut agama Islam haruslah mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-margin-call-dan-kesannya-pada-harga-saham", "title": "Memahami Margin Call dan Kesannya pada Harga Saham ", "body": "\n\nKetika \nisu audit Serba Dinamik\n menjadi perbualan hangat para pelabur pada akhir Mei tahun ini, berita tentang Pengarah Urusan Serba Dinamik, Datuk Awang Daud yang menjual sebahagian pegangan saham beliau turut menjadi tumpuan.\n\n\nIsu ini dijernihkan apabila \nbeliau menyatakan penjualan saham\n itu disebabkan faktor teknikal pegangan margin pasaran saham beliau atau panggilan margin \n(margin call)\n untuk akaun beliau dan bukannya sebagai satu langkah untuk melupuskan saham. Justeru itu, timbul persoalan, apakah itu \nmargin call\n?\n\n\n\n\nApakah itu margin call?\n\n\nMargin call merupakan istilah yang jarang didengar kerana ianya hanya melibatkan kepada pengguna akaun margin sahaja. Secara umumnya terdapat 3 jenis akaun pelabur iaitu akaun tunai\n (cash upfront)\n, akaun cagaran \n(colleteral account)\n dan akaun margin \n(margin account)\n.\n\n\nPemilik akaun margin mendapat kemudahan untuk menambah belian saham yang dimiliki dengan membuat pinjaman modal daripada broker tetapi dengan jumlah margin yang ditetapkan atau juga dikenali sebagai \nmaintenance margin\n.\n\n\nSekiranya harga saham yang dipegang tersebut jatuh di bawah margin yang dibenarkan, maka \nmargin call\n akan berlaku. Broker akan memberi pilihan kepada pelabur untuk menjual beberapa unit pegangan saham tersebut atau menambah ekuiti ke dalam akaun mereka. Sekiranya tiada tindakan, broker berhak membuat jualan paksa \n(force selling)\n kepada saham tersebut.\n\n\nBagaimana margin call berlaku?\n\n\nMargin call\n berlaku apabila nilai ekuiti pelabur tersebut jatuh di bawah jumlah \nmaintenance margin\n yang dibenarkan oleh broker\n. Maintenance margin\n ini dikira berdasarkan nilai ekuiti pemilikan modal pelabur dalam sesuatu pembelian saham.\n\n\nNilai ekuiti pelabur dikira \nberdasarkan formula\n di bawah:\n\n\n\n\nSebagai contoh, pelabur A memiliki saham sebuah syarikat B dengan jumlah RM 20,000. RM 10,000 dari modal sendiri dan RM 10,000 yang lain dari broker.\n Maintenance margin\n syarikat broker adalah sebanyak 40%.\n\n\nSekiranya nilai saham jatuh pada harga RM 15,000, maka margin call akan berlaku. Ini kerana jumlah ekuiti pelabur A lebih rendah dari \nmaintenance margin\n yang ditetapkan berdasarkan formula di atas : (RM 15,000 - RM 10,000) / RM 15,000 = 0.33% < 40%.\n\n\nOleh itu, pelabur A mempunyai dua pilihan iaitu:\n\n\n\n\nMenjual sebahagian pemilikan iaitu sebanyak RM 2500 untuk meningkatkan kadar pemilikan dengan kadar \nmaintenance margin. \nMenjual saham tersebut bermaksud pelabur menjual saham yang sedang rugi.\n\n\nMenambah ekuiti ke dalam akaun iaitu sebanyak RM 1000 untuk meningkatkan kadar pemilikan margin.\n\n\n\n\nRingkasan boleh dilihat pada gambar rajah di bawah.\n\n\n\n\nApakah kesan margin call dan force sell?\n\n\nMungkin untuk pelabur runcit yang memiliki pegangan saham yang kecil,\n margin call\n kurang memberi kesan yang kuat kepada harga saham. Tetapi jika melibatkan melibatkan seorang pelabur yang terpaksa menjual pegangan beliau berjumlah jutaan ringgit iaitu \nvolume\n yang besar pasti memberi kesan yang kuat pada harga saham.\n\n\nContoh yang terdekat adalah awal bulan Jun 2021 pada saham syarikat\n Serba Dinamik\n. Datuk Awang Daud iaitu Pengarah Urusan dan juga merupakan pemegang saham ketiga terbesar Serba Dinamik menjual sebanyak 4.3 juta pegangan beliau dari pemilikan beliau pada 11 Jun 2021.\n\n\nKesannya, pada hari tersebut harga saham Serba Dinamik jatuh sebanyak 5% seperti gambar di bawah.\n\n\n\n\n\n\nGraf Serba Dinamik.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTransaksi jual beli saham ahli-ahli lembaga sesebuah syarikat yang boleh dilihat di platform iSaham.\n\n\n\n\n\n\nContoh lain yang boleh kita pelajari adalah ketika pasaran di Bursa Malaysia menjunam jatuh pada Mac 2020. Antara \nfaktor kejatuhan index FBM KLCI\n ketika itu adalah \nmargin call\n dan \nforce selling\n oleh para pelabur. Pelabur yang tidak mampu menambah ekuiti sebagai cagaran terpaksa menjual pegangan mereka atau syarikat broker membuat\n force selling\n.\n\n\nSelepas penjualan saham oleh ramai pelabur, harga saham pun jatuh. Kemudian mengakibatkan \nmargin call\n dan \nforce selling\n berlaku sekali lagi tetapi kepada pelabur-pelabur lain pula. Situasi \nforce selling\n yang tidak putus-putus ini bersama dengan \nvolume \nkumulatif yang besar ibarat \ndomino effect \npada harga saham dan memberi tekanan jualan yang kuat pada pasaran dan kesannya index FBM KLCI jatuh menjunam.\n\n\nAtas faktor cabaran dan ketidaktentuan pasaran seperti tadi, \nSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil beberapa inisiatif\n untuk membantu pelabur dan peserta pasaran. Antara inisiatif SC adalah:\n\n\n\n\nBroker boleh menerima cagaran lain seperti bon, unit amanah, emas dan harta tak alih \n(immovable properties)\n untuk mengekalkan akaun margin pelanggan mereka.\n\n\nMemberi kelonggaran syarat \nmargin call\n kepada broker untuk pelanggan mereka. Sebelum ini, broker dikehendaki secara automatik mencairkan akaun margin pengguna mereka sekiranya ekuiti dalam akaun susut di bawah 130% dari baki tertunggak.\n\n\n\n\nInisiatif ini membantu pasaran supaya lebih stabil dan dapat menangani kejatuhan index bursa secara mendadak dengan mengurangkan aktiviti \nmargin call\n dan \nforce selling\n.\n\n\n\n\n\n\nPada 19 Mac 2020, index FBM KLCI ditutup pada 1219.72, terendah sejak 7 October 2009. Sumber: The Star\n\n\n\n\n\n\nApa yang boleh dipelajari?\n\n\nAkaun margin adalah satu fasiliti akaun dalam pelaburan saham di mana pengguna dapat meningkatkan kuasa beli dengan meminjam modal dari broker. Namun begitu, kemudahan ini juga boleh di ibaratkan sebagai pisau bermata dua. Pelabur ada peluang untuk untung berganda dan juga ada risiko untuk rugi berganda.\n\n\nUntuk pelabur yang mengunakan akaun \ncash upfront\n, iaitu kuasa membeli mereka terhad kepada modal yang dideposit sahaja, mereka juga boleh mengambil pengajaran tentang pentingnya mengurus risiko sekiranya nilai saham yang dimiliki jatuh. \nMargin call\n berlaku kerana broker cuba mengelakkan kerugian pada pihak mereka.\n\n\nOleh kerana kita melabur dengan duit sendiri, kita sepatutnya lebih berjaga-jaga dan ada \nexit plan\n jika strategi tidak menjadi. Mempunyai \nexit plan\n penting kerana dapat meminimumkan kerugian kita dan mengelak kerugian yang lebih banyak sekiranya harga saham yang dipegang semakin turun. Menggunakan teknik harapan boleh membuatkan kita terjebak dalam\n \nSunk Cost Fallacy\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-merger-&-acquisition-m&a", "title": "Memahami Merger & Acquisition (M&A)", "body": "Mungkin ada yang dah baca tentang \nAncom Berhad\n telah \nmemuktamadkan pengambilalihan semua asset dan liabiliti\n \nNylex (Malaysia) Berhad\n dengan pembelian berjumlah RM 179.3 juta yang akan dipenuhi melalui gabungan tunai dan terbitan saham Ancom baharu.\n\n\nMenurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Ancom, melalui penggabungan dengan syarikat Nylex ini membolehkan mereka mendapat rangkaian produk yang lebih luas, faedah sinergi, penjimatan kos syarikat dan sebagainya.\n\n\nArtikel kali ini akan menerangkan tentang maksud penggabungan dan pengambilalihan (M&A), serta tujuan dan kesan aktiviti M&A dilaksanakan.\n\n\nMaksud Penggabungan & Pengambilalihan\n\n\nMergers\n atau penggabungan ialah strategi korporat untuk bergabung dengan syarikat lain dan beroperasi sebagai satu entiti yang sah. Penggabungan biasanya bersifat sukarela dan melibatkan syarikat yang mempunyai saiz dan skop yang lebih kurang sama.\n\n\nAcquisitions\n atau pengambilalihan pula ialah apabila satu syarikat membeli sebahagian besar atau semua saham syarikat lain untuk mendapatkan pemilikan dan kawalan ke atas syarikat tersebut. Syarikat yang mengambil alih dikenali sebagai pemeroleh (\nacquirer\n), manakala syarikat yang diambil alih dikenali sebagai syarikat sasaran (\ntarget\n). Membeli lebih daripada 50% daripada firma sasaran dan aset lain memberikan syarikat pemeroleh tersebut kuasa untuk membuat keputusan mengenai aset baharu yang diperoleh tanpa kebenaran pemegang saham syarikat lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTujuan penggabungan & pengambilalihan (M&A)\n\n\nAktiviti penggabungan dan pengambilalihan berlaku atas pelbagai sebab. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n\nMewujudkan sinergi\n\n\nSinergi ialah konsep yang membolehkan dua atau lebih syarikat bergabung dan mendapat faedah yang lebih besar daripada menjalankan perusahaan mereka secara individu. Melalui penggabungan dan pengambilalihan boleh menghasilkan sinergi seperti pengurangan kos dan peningkatan pendapatan. Sinergi kos boleh terbentuk daripada pelaksanaan skala ekonomi, manakala sinergi pendapatan boleh terhasil daripada penjualan lebih banyak daripada dua syarikat secara berasingan, harga yang lebih tinggi dan pelbagai lagi.\n\n\nKuasa pasaran yang lebih kukuh\n\n\nDalam penggabungan\n horizontal\n, entiti yang terhasil akan memperoleh bahagian pasaran atau \nmarket share\n yang lebih tinggi dan berkemungkinan mendapat kuasa untuk mempengaruhi harga. Penggabungan \nhorizontal\n di sini merujuk kepada dua syarikat yang beroperasi dalam industri yang sama.\n\n\nMelalui penggabungan \nvertical\n juga menghasilkan kekuatan pasaran yang lebih tinggi. Hal ini kerana syarikat mempunyai kawalan yang besar ke atas rantaian bekalannya di mana secara tak langsung boleh mengelakkan isu bekalan tidak cukup atau terhad. Penggabungan \nvertical\n di sini merujuk kepada penggabungan di antara syarikat dengan rantaian bekalannya (pembekal atau pelanggan).\n\n\nDiversifikasi\n\n\nApa jua perniagaan yang dijalankan semestinya tidak lari dengan risiko. Syarikat yang beroperasi dalam industri kitaran (\ncyclical industries\n) mungkin merasakan keperluan untuk mempelbagaikan aliran tunai mereka untuk mengurangkan kerugian yang besar semasa kemelesetan dalam industrinya. Oleh itu, dengan memperoleh atau bergabung dengan syarikat yang lain daripada industrinya, boleh mengurangkan risiko pasaran.\n\n\nKesan terhadap M&A\n\n\nMelalui aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) boleh memberikan kesan kepada pelbagai faktor, seperti:\n\n\nPengurusan\n\n\nPengurusan syarikat akan berubah mengikut persetujuan M&A. Syarikat yang merundingkan penggabungan ini akan mempertimbangkan barisan lembaga pengarah, pasukan pengurusan, unit operasi dan sebagainya.\n\n\nPekerja\n\n\nDengan pelaksanaan M&A, perubahan akan datang boleh mewujudkan ketidakpastian daripada kalangan pekerja. Pekerja-pekerja akan bimbang tentang perubahan budaya kerja akan datang, pengurusan baharu, kehilangan jawatan dan pelbagai lagi.\n\n\nSaham syarikat\n\n\nReaksi pasaran terhadap aktiviti M&A ini boleh jadi positif atau negatif, bergantung kepada persepsi oleh pelabur tentang perjanjian urus niaga tersebut sama ada penggabungan tersebut memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat atau tidak. Selain itu, dari segi keadaan ekonomi semasa juga boleh memberi kesan kepada syarikat yang bergabung tersebut dari segi prestasi kewangan, dan lain-lain.\n\n\nRumusan\n\n\nPenjelasan di atas adalah penerangan ringkas tentang asas penggabungan dan pengambilalihan (M&A). Melalui aktiviti M&A ini, kedua-dua syarikat boleh mendapat manfaat bersama dari segi sinergi, manfaat kewangan, peningkatan daya saing dan pelbagai. Namun, terdapat juga kesan yang negatif terhadap aktiviti M&A ini yang tidak dapat dielakkan seperti perselisihan faham dalam budaya organisasi, dan lain-lain lagi.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nCFI\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-polisi-dividen-syarikat", "title": "Memahami Polisi Dividen Syarikat", "body": "Dividen ialah pembahagian keuntungan syarikat kepada pemegang sahamnya. Apabila syarikat memperoleh keuntungan, mereka mampu membayar sebahagian daripada keuntungan sebagai dividen kepada pemegang saham. Dividen ini adalah salah satu cara syarikat menghargai pemegang saham yang melabur ke dalam syarikat mereka.\n\n\nPembayaran dividen bergantung kepada keuntungan syarikat dan \ndividend policy\n yang ditetapkan. Dalam post kali ini, kita akan mendalami beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang \ndividend policy\n.\n\n\n\n\nApa itu dividend policy?\n\n\nDividend policy\n boleh ditakrifkan sebagai garis panduan pengagihan dividen yang disediakan oleh lembaga pengarah atau \nboard of director\n syarikat itu sendiri.\n\n\nApabila syarikat membuat keuntungan, mereka perlu membuat keputusan tentang apa yang boleh dilakukan dengan keuntungan tersebut. Lembaga pengarah syarikat boleh tentukan sama ada ingin mengekalkan keuntungan dalam syarikat (\nretained earnings)\n, atau mengagihkan wang kepada pemegang saham dalam bentuk dividen.\n\n\nJenis dividend policy\n\n\nPara pengarah perlu mengambil kira banyak faktor semasa membuat keputusan ini, seperti prospek pertumbuhan syarikat dan projek masa depan. Terdapat pelbagai polisi dividen, seperti:\n\n\n1. \nRegular dividend policy\n\n\nDi dasar dividen tetap atau \nregular dividend policy\n ini, syarikat membayar dividen kepada pemegang sahamnya setiap tahun.\n\n\nJika syarikat ini membuat keuntungan luar biasa atau sangat tinggi, lebihan keuntungan tidak akan diagihkan kepada pemegang saham tetapi dikekalkan oleh syarikat sebagai \nretained earnings\n. Sekiranya syarikat mengalami kerugian, pemegang saham masih akan dibayar dividen di bawah polisi tersebut.\n\n\n2. \nStable dividend policy\n\n\nDalam polisi ini, syarikat memutuskan jumlah dividen tetap untuk para pemegang saham, yang dibayar secara berkala. Tiada perubahan dalam dividen yang dibenarkan walaupun syarikat mengalami kerugian atau menjana keuntungan yang tinggi.\n\n\n3. \nIrregular dividend policy\n\n\nDi bawah dasar dividen yang tidak teratur atau \nirregular dividend policy\n, syarikat mungkin membayar atau mungkin tidak membayar dividen kepada para pemegang sahamnya. Ia bergantung kepada lembaga pengarah syarikat untuk tentukan apa yang akan dilakukan dengan keuntungan tersebut.\n\n\nJika syarikat membuat keuntungan yang tidak normal atau sangat tinggi, mereka boleh mengagihkan dividen atau tidak membayar sebarang dividen langsung. Boleh jadi mereka membuat keputusan untuk menyimpan keuntungan tersebut bagi tujuan pengembangan perniagaan dan projek masa depan syarikat.\n\n\n4. \nNo dividend policy\n\n\nDi bawah dasar ini, syarikat tidak mengagihkan dividen kepada pemegang saham. Ini kerana sebarang keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan dikekalkan dan dilaburkan semula ke dalam perniagaan mereka untuk pertumbuhan masa hadapan.\n\n\nSemak dividen syarikat\n\n\nDividen boleh diberikan secara sekali setahun atau berkala mengikut separa tahunan atau suku tahunan. Pengagihan dividen ini bergantung kepada keputusan dari \nboard of directors\n syarikat.\n\n\nAnda boleh gunakan screener \nUpcoming Dividends Screener\n untuk dapatkan senarai saham yang akan memberikan dividen dalam masa terdekat. Dari sini juga boleh lihat jenis dividen yang diberikan serta tarikh-tarikh penting bagi penerimaan dividen tersebut.\n\n\n\n\n\n\nUpcoming Dividends Screener\n\n\n\n\n\n\nJika kurang \nfamiliar\n dengan istilah seperti \nFinal dividend\n, \nInterim dividend\n dan sebagainya, anda boleh \nbaca post ini\n untuk memahami lebih lanjut tentang istilah tersebut.\n\n\nRumusan\n\n\nDividen dan dasar dividen syarikat adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh pelabur semasa ingin membuat keputusan pelaburan sesebuah saham. Selain \ncapital gain\n atau keuntungan daripada jual beli saham, dividen dapat membantu pelabur memperoleh pulangan yang tinggi daripada pelaburan mereka, dan dasar pembayaran dividen syarikat mencerminkan prestasi kewangannya.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memahami-theoretical-opening-price", "title": "Memahami Theoretical Opening Price", "body": "\n\nTheoretical Opening Price\n\n\nTheoretical Opening Price adalah sistem penentuan harga buka yang ditetapkan oleh pengendali pasaran saham seperti Bursa Malaysia di negara kita. Ianya dirujuk sebagai TOP oleh Bursa Malaysia atau T-O dalam platform M+ Online. T-O akan dikira tiga kali dalam sehari pada sesi Pre-Open/Close. Pertama adalah pada Pre-Open sesi pagi, seterusnya Pre-Open selepas rehat tengahari dan akhirnya pada sesi Pre-Close sebelum trading at last (sebelum pasaran ditutup).\n\n\n\n\nPada waktu yang disebut di atas tadi, anda akan lihat pesanan harga seolah-olah tak betul. Contohnya harga semasa berada pada RM 1, tapi harga yang beratur untuk beli boleh jadi lebih tinggi seperti RM 1.05, RM 1.10 dan sebagainya. Sebenarnya, pasaran berada dalam keadaan waktu rehat buat masa tersebut. Pesanan hanya akan terpadan apabila pasaran memasuki semula sesi melabur. Apabila pasaran bersambung semula, harga buka akan dicari mengikut algorithm carian T-O.\n\n\nBagaimana Theoretical Opening Price ditentukan?\n\n\nSatu perkara yang anda perlu faham ialah suatu saham mempunyai hanya satu harga semasa. Maka dari pesanan yang beratur tadi, Bursa perlu memilih satu harga yang akan menjadi harga saham ketika sesi trading bersambung melalui sebuah algorithm. Algorithm ini mengambil kira kriteria di bawah, tapi sekiranya susah nak difahami (memang agak susah), boleh baca penerangan di perenggan seterusnya.\n\n\n\n\nMembolehkan padanan paling banyak berdasarkan volume\n\n\nJika terdapat lebih dari satu harga dari kriteria 1, baki lot tak terpadan yang lebih rendah antara harga-harga ini akan diberi keutamaan.\n\n\nJika masih terdapat lebih dari satu harga dari kriteria 2, harga ditentukan berdasarkan kecenderungan Market Pressure (sama ada ke bullish atau bearish).\n\n\nSekiranya ketiga-tiga kriteria ini tak tercetus (triggered), harga market open akan ditentukan berdasarkan harga market close sesi sebelumnya\n\n\n\n\nPenerangan Algorithm T-O Bursa\n\n\nAlgorithm T-O Bursa\n ini mengambil kira semua senario yang boleh terjadi ketika pasaran dibuka. Oleh itu, ia perlu diperincikan sehingga beberapa peringkat saringan untuk penentuan harga.\n\n\nPertama sekali, algorithm ini akan menapis harga beratur yang mempunyai paling banyak padanan berdasarkan harga dan volume. Harga belian yang tinggi boleh dipadankan dengan harga jualan yang lebih rendah, manakala harga jualan yang lebih rendah pula boleh dipadankan dengan harga yang lebih tinggi.\n\n\nApa yang berlaku dalam algorithm ni adalah sebuah titik tengah akan dicari berdasarkan volume kesemua pesanan yang beratur. Dan sekiranya titik tengah itu melibatkan lebih daripada dua harga, satu harga akhir akan dipilih berdasarkan tekanan pasaran sama ada bullish atau bearish. Proses ini akan berulang setiap kali terdapat pesanan baru dalam sistem sehinggalah pasaran dibuka.\n\n\nJalan pintas mendapatkan T-O\n\n\nKebiasaannya, anda tak akan mengira T-O secara manual. Semuanya telah pun diautomasikan dalam platform trading anda. Contohnya dalam M+ Online (melalui browser sahaja), anda boleh lihat ruangan T-O dari senarai saham. Ruangan ini akan memberitahu anda harga T-O yang telah dikira setiap kali mana-mana pelabur meletakkan pesanan pada sesebuah saham. Jadi, ianya sentiasa mengikuti masa terkini ketika sesi Pre-Open/Close.\n\n\n\n\nSeperti yang disebut sebelum tadi, T-O akan berlaku pada sesi pagi, tengah hari dan petang. Maka pada Pre-Open/Close anda dapat lihat T-O dikosongkan semula untuk mendapatkan harga T-O baru pada sesi melabur yang akan bersambung selepasnya.\n\n\nApa yang berlaku bila pasaran dibuka\n\n\nApabila pasaran berehat, tiada pesanan jual beli saham yang akan dipadankan. Pada waktu ini, pesanan jual beli pada saham boleh ada banyak padanan. Namun ia hanya akan dipadankan ketika pasaran bersambung semula. Harga yang akan dipadankan pula adalah pada harga T-O.\n\n\nPotong barisan dalam saham\n\n\nSeperti yang disebut tadi, selepas habis rehat, pasaran akan bersambung semula pada harga T-O. Maka di sini ada satu cara untuk anda terus beli saham pada harga T-O. Anda boleh beratur pada harga belian yang tinggi pada Pre-Open/Close dan ia masih akan terpadan pada T-O. Sekiranya anda ingin menjual, boleh letak pesanan pada harga lebih rendah daripada T-O.\n\n\nContoh situasi T-O\n\n\nUntuk menggambarkan pemilihan harga T-O, kita akan gunakan contoh ringkas di bawah.\n\n\n\n\nJadual 1: Buku pesanan contoh jual beli saham\n\n\n\n\n\n\nBeli\n\n\nJual\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n001\n\n\n10\n\n\n1.40\n\n\n1.00\n\n\n100\n\n\n006\n\n\n\n\n\n\n002\n\n\n20\n\n\n1.30\n\n\n1.10\n\n\n90\n\n\n007\n\n\n\n\n\n\n003\n\n\n30\n\n\n1.20\n\n\n1.20\n\n\n80\n\n\n008\n\n\n\n\n\n\n004\n\n\n40\n\n\n1.10\n\n\n1.30\n\n\n70\n\n\n009\n\n\n\n\n\n\n005\n\n\n50\n\n\n1.00\n\n\n1.40\n\n\n60\n\n\n010\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut peraturan padanan, harga belian yang lebih tinggi boleh dipadankan dengan harga jualan lebih rendah. Sebaliknya pula dengan harga jualan yang rendah, ia boleh dipadankan dengan harga belian yang lebih tinggi. Maka cara pengiraan untuk mendapatkan T-O boleh disusun seperti di bawah:\n\n\n\n\nJadual 2: Jalan kira pemilihan harga T-O\n\n\n\n\n\n\nJumlah belian boleh padan\n\n\nKuantiti belian\n\n\nHarga (RM)\n\n\nKuantiti jualan\n\n\nJumlah jualan boleh padan\n\n\nJumlah tertinggi padanan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n10\n\n\n1.40\n\n\n60\n\n\n400\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n30\n\n\n20\n\n\n1.30\n\n\n70\n\n\n340\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n60\n\n\n30\n\n\n1.20\n\n\n80\n\n\n270\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\n100\n\n\n40\n\n\n1.10\n\n\n90\n\n\n190\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n150\n\n\n50\n\n\n1.00\n\n\n100\n\n\n100\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nTumpuan pengiraan ini adalah mencari satu harga akhir, maka harga disusun mengikut urutan. Setiap harga boleh ada permintaan jual dan beli. Belian di harga lebih tinggi boleh dipadankan dengan jualan di harga lebih rendah. Oleh itu, semakin banyak padanan boleh berlaku pada harga yang lebih rendah.\n\n\nKita boleh lihat dalam column \nJumlah belian boleh padan\n, angka ini bertambah apabila semakin menuruni jadual. Ini adalah kerana harga RM1.40 boleh dipadankan dengan jualan pada harga RM1.30. Harga-harga yang lebih tinggi ini pula boleh juga terpadan pada harga yang lebih rendah. Sebaliknya pula berlaku untuk jualan dengan \nJumlah jualan boleh padan\n yang semakin banyak apabila lihat jadual dari bawah ke atas.\n\n\nDari sini, anda dapat lihat jumlah tertinggi yang boleh terpadan adalah sebanyak 100 lot dari 2 harga yang berbeza, RM 1.10 dan RM 1.00 berdasarkan kriteria algorithm T-O yang pertama. Kriteria kedua pula akan menapis dari sudut baki tak terpadan yang lebih rendah. Jika kita lihat pada contoh, baki transaksi tak terpadan dari harga RM 1.10 adalah 90 lot jualan, manakala RM 1.00 pula berbaki 50 lot belian. Oleh itu, RM 1.00 akan menjadi T-O untuk contoh ringkas ini.\n\n\nApabila pasaran dibuka, lot belian pada pesanan 001 (Jadual 1) akan dipadankan terlebih dahulu, diikuti dengan 002, 003 dan 004 mengikut urutan. Semuanya sebanyak 100 lot akan terpadan dengan pesanan 006 pada RM 1.00 yang menjadi harga terkini. Pesanan 005 tidak terpadan dan akan menjadi Best Buy. Best Sell pula akan didahului oleh pesanan 007.\n\n\n\n\nJadual 3: Keadaan buku pesanan selepas pasaran dibuka\n\n\n\n\n\n\nBelian\n\n\nJualan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n# Pesanan\n\n\nKuantiti\n\n\nHarga\n\n\nHarga\n\n\nKuantiti\n\n\n# Pesanan\n\n\n\n\n\n\n005\n\n\n50\n\n\n1.00\n\n\n1.10\n\n\n90\n\n\n007\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1.20\n\n\n80\n\n\n008\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1.30\n\n\n70\n\n\n009\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1.40\n\n\n60\n\n\n010\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memandang-axiata-5-tahun-ke-hadapan", "title": "Memandang Axiata 5 Tahun ke Hadapan", "body": "Hari ni team iSaham telah pergi menjenguk AGM \nAxiata\n di Nexus Ballroom, Bangsar South. Penyampaian untuk AGM tadi oleh CEO Tan Sri Jamaludin Ibrahim begitu bersemangat. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan prestasi keseluruhan yang semakin kukuh, potensi gabungan yang kuat antara Telenor dan Axiata di peringkat Asia dan juga perancangan untuk Axiata.\n\n\n\n\nRangkaian Liputan Axiata\n\n\n\n\nKami pasti ramai kenal Axiata melalui Celcom, namun tahukah anda Axiata ada banyak lagi mobile operator di negara Asia yang lain? Negara-negara Asia yang dimasuki Axiata sebagai mobile operator adalah Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Cambodia dan Indonesia. Axiata mendapat kedudukan pasaran kedua teratas dalam negara-negara ini. Mereka juga menjangka potensi waktu panjang untuk Indonesia menjelang 2050 yang akan menjadi salah sebuah ekonomi besar dunia.\n\n\n\n\n3 Strategi Teras Untuk Mendahului Pasaran\n\n\n\n\nSejak tahun 2016, Axiata telah memasuki fasa transformasi untuk menjadi generasi baru jaguh digital (Becoming A New Generation Digital Champion). Axiata meletakkan 3 teras sebagai strategi, iaitu digital telco, digital business dan infrastructure. Strategi digital telco akan menjadikan mobile operator di bawah Axiata untuk meliputi segmen jalur lebar ke rumah-rumah dan bisnes.\n\n\nDigital business akan menumpukan daya keuntungan untuk Axiata Digital Services (ADS) yang melibatkan servis kewangan seperti Boost, pengiklanan \nada\n, dan platform Apigate. Dari segi infrastructure, Axiata akan memberikan fokus kepada edotco untuk menjalankan bisnes menara komunikasi untuk pertumbuhan global.\n\n\n\n\nPotensi Gabungan Axiata-Telenor sebagai MergedCo\n\n\n\n\nCEO membuka peyampaian tentang potensi gabungan Axiata-Telenor dengan memberikan gambaran bahawa prestasi industri telco pada peringkat global adalah merosot dan kini adalah waktu yang mencabar untuk industri ini. Pembentukan MergedCo adalah langkah ke hadapan untuk berdaya saing dengan menggabungkan aset, kawasan liputan dan jumlah pengguna. Sekiranya gabungan ini berjaya diteruskan, MergedCo akan menjadi kumpulan telco terbesar (dari segi revenue) di rantau ASEAN dan Asia Selatan.\n\n\n\n\nGabungan ini juga akan memiliki 9 anak syarikat telco dibawahnya, dengan 6 pemain nombor satu, 2 pemain nombor dua, dan 1 pemain nombor tiga industri telco di negara masing-masing. Jumlah pelanggan yang akan diperoleh di bawah MergedCo ini adalah sebanyak 300 juta.\n\n\n\n\nDengan volume pengguna yang lebih besar, Axiata-Telenor akan mendapat manfaat untuk mendapat ruangan network yang lebih luas. Dari sini, lebih banyak peluang akan terbuka untuk mempromosikan servis data seperti yang sedang diusahakan oleh Axiata dengan Boost, \nada\n, Apigate dan sebagainya.\n\n\nDari segi struktur organisasi, MergedCo yang merupakan nama syarikat gabungan buat masa ini, akan dipimpin oleh pengarah dari Malaysia. Ia akan menjadi sebuah entiti syarikat bertaraf antarabangsa yang mengendali servis rangkaian telekomunikasi di rantau Asia Selatan dan ASEAN.\n\n\nDalam perbincangan penggabungan ini, terdapat beberapa bisnes yang masih kekal di bawah syarikat masing-masing iaitu Digital untuk Telenor dan Robi, Idea dan ADS untuk Axiata. Pada peringkat Malaysia pula, Celcom dan Digi akan membentuk sebuah entiti, dan CEO memberitahu bahawa tiada pemberhentian kerja akan dilakukan, namun ada kemungkinan untuk penawaran VSS.\n\n\n\n\nSetakat ini, pihak Axiata dan Telenor masih berada di tahap perbincangan. Namun, CEO juga mengatakan sekiranya menjadi, MergedCo akan beroperasi dalam suku ketiga 2020. Segala potensi keuntungan yang dibincangkan boleh dijangkakan dalam jangkamasa 5 tahun ke hadapan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/membeli-emas-dengan-etf", "title": "Membeli Emas dengan ETF", "body": "Exchange Traded Fund atau ETF bermaksud Dana Dagangan Saham iaitu dana pelaburan yang boleh didagang melalui pasaran saham. Antara ETF patuh syariah yang wujud di pasaran ketika ini adalah MyETF untuk dana jenis ekuiti dan TradePlus Shariah Gold Tracker untuk pelaburan emas. Kali ini, kita akan memberi fokus pada pembelian emas dengan ETF.\n\n\nPengenalan\n\n\nDana \nTradePlus Shariah Gold Tracker\n atau GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. Dana ini disandarkan pada emas fizikal yang disimpan di Singapura. Pelaburan dana ini adalah patuh syariah, berpandukan perunding syariah Amanie Advisors Sdn Bhd. Setakat ini, TradePlus Shariah Gold Tracker adalah satu-satunya dana ETF syariah yang bersandarkan pada harga emas dan berstatus patuh syariah.\n\n\n\n\n95% daripada keseluruhan dana berjumlah USD 26.1 juta ini disimpan dalam bentuk emas, manakala selebihnya dalam bentuk pelaburan pasaran kewangan patuh syariah. Dari sini, satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Sebagai perbandingan, kita boleh lihat harga emas semasa dengan harga satu lot ETF di bawah:\n\n\n\n\n\n\nCarta harga emas: \niSaham\n\n\n\n\nMudah dan murah didagangkan\n\n\nETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu \nmembuka akaun CDS\n melalui broker untuk membeli ETF. Jual beli ETF boleh dibuat sama seperti saham didagangkan. Anda boleh jual atau beli bila-bila masa pada waktu pasaran Bursa Malaysia.\n\n\nPembelian emas dengan \nGOLDETF\n juga merupakan antara yang termurah di pasaran. Anda boleh bandingkan sendiri pembelian emas melalui ejen, kedai dan juga aplikasi pembelian emas. Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.\n\n\nBagaimana menjana keuntungan dengan ETF?\n\n\nSama seperti saham, anda mendapat keuntungan dari ETF sekiranya membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi (Buy Low Sell High). Sekiranya ETF tersebut adalah jenis ekuiti, kebiasaannya terdapat juga pemberian dividen yang disebut sebagai income distribution. Dividen ini tertakluk kepada pemberian dividen oleh saham pendasar di bawah dana ETF tersebut.\n\n\nUntuk ETF jenis komoditi emas pula, cara mendapatkan keuntungan adalah sama sahaja dengan pelaburan emas. Nilai pelaburan anda akan menaik apabila harga emas menaik. Antara perkara yang boleh menyebabkan harga emas naik ialah tahap hutang yang tinggi dalam pasaran kewangan dan kelemahan harga aset."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/membeli-saham-yang-berpotensi-masuk-indeks", "title": "Membeli Saham yang Berpotensi Masuk Indeks", "body": " \nFBMKLCI ialah indeks yang menjadi kayu ukur prestasi syarikat2 di bursa malaysia. Selalu bila dikatakan market kita tengah bagus atau tengah bergoyang, itu merujuk kepada FBMKLCI. 30 syarikat terbesar (dan terpilih) akan dimasukkan ke dalam indeks ini dan dikemaskini beberapa kali setahun. \nKenapa penting? Syarikat yang terbesar (dan terpilih) selalunya ialah syarikat yang sudah berkembang dengan jayanya dan kukuh. Sebab tu ada fund pasif yang hanya membeli indeks sahaja, dan sebenarnye mengalahkan 70% fund yang mempunyai fund manager aktif.\nSatu strategi yang berguna disini ialah mencari syarikat yang berpotensi masuk indeks, sebab salah satu kriteria penting dalam pemilihan indeks ialah syarikat mestilah mempunyai market capitalization yang besar (antara top 30-40).\nAntara kelebihan strategi ini ialah, pertamanya, anda membeli syarikat yang kukuh dan kuat, dan keduanya, apabila saham masuk ke dalam indeks, fund yang track indeks akan adjust portfolio masing2 dan membeli saham2 ini. Belian yang kuat menambahkan demand pada saham, dan menguatkan harga saham. Contoh saham yang berjaya sebelum ini ialah NESTLE, HARTA dan DIALOG.\nKali ini kita dapat lihat harga TOPGLOV sudah semakin kuat dengan harapan kuat masuk ke dalam indeks manakala TM sudah berada di paras lemah kerana bakal terkeluar dari indeks. Kejatuhan sementara boleh dijadikan peluang untuk membeli saham2 seperti ini (ini hanyalah idea strategi dan bukannya buy call). Risiko: saham / market cap boleh jatuh dengan drastik pada bila2 masa, dan saham yang market cap tinggi juga boleh tidak terpilih ke dalam indeks.\n \nSaham berpotensi masuk indeks ialah TOPGLOV diikuti dengan WPRTS (kebarangkalian lebih rendah). Screener: \nPotential FBMKLCI Inclusion\n \nSaham berpotensi besar keluar daripada indeks ialah TM. Screener: \nPotential FBMKLCI Exclusion\nKonsep yang sama untuk indeks MSCI\nIndeks lain yang boleh dipantau dengan konsep yang sama ialah MSCI Index di mana ada fund yang menggunakan fund ini sebagai kayu ukur membeli. Saham QL baru masuk senarai indeks manakala MYEG, ASTRO, FGV dan UMW tumpas dan terkeluar daripada indeks ini. Untuk melihat saham yang berpotensi masuk pada masa akan datang, boleh rujuk screener \nPotential MSCI Inclusion\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/membuat-catatan-jurnal-pelaburan-saham", "title": "Membuat Catatan Jurnal Pelaburan Saham - Bahagian 1", "body": "Antara kesilapan yang kita boleh buat dalam melabur ialah dengan tidak merekod prestasi pelaburan. Sepanjang setahun, anda mungkin bertukar-tukar pegangan saham. Ada yang di antara pegangan ini akan memberikan keuntungan, dan ada juga yang menyebabkan portfolio anda terjejas. Akhir sekali, anda pun tak tahu di mana kedudukan pelaburan sama ada untung atau rugi. Di sinilah pentingnya untuk menyimpan jurnal pelaburan - untuk mengukur prestasi pelaburan kita.\n\n\nAda macam-macam cara yang anda boleh ikut untuk merekod jurnal pelaburan. Ada yang lebih ringkas, tapi hanya berikan maklumat asas. Ada pula yang sangat detail, tapi agak leceh untuk dicatat. Anda boleh ikut mana-mana cara yang anda suka, asalkan yang penting sekali, kedudukan pelaburan dapat dikenalpasti dengan prestasi untung rugi.\n\n\n\n\nAspek yang boleh diukur dalam jurnal pelaburan\n\n\n1. Modal masuk / keluar\n\n\nModal adalah aspek yang penting dalam pelaburan. Ia mungkin datang dari poket anda sendiri, atau mungkin sebuah pinjaman yang anda perlu pulangkan semula. Matlamat pelaburan sudah tentu untuk menggandakan modal ini kepada nilai yang lebih besar, namun kerugian juga adalah satu risiko yang anda mungkin hadapi.\n\n\nDari segi penilaian pelaburan, lebih cepat masa diambil untuk berikan anda pulangan, lebih baiklah pelaburan yang dibuat. Maka masa juga adalah satu aspek yang anda ingin sekalikan dengan modal yang dimasukkan tadi.\n\n\nAnda boleh lihat sejarah deposit pada \nPayment\n > \nStatus\n. Dari data ini, pindahkan pada tool yang anda biasa guna untuk pengiraan, contohnya Excel atau Google Sheets.\n\n\n2. Nilai pelaburan\n\n\nNilai pelaburan ini boleh juga disebut sebagai nilai portfolio. Mungkin ada yang terfikir nilai pelaburan ini adalah sama dengan modal yang dimasukkan tadi. Tak semestinya. Modal yang kita dimasukkan dalam CDS tadi belum tentu digunakan sepenuhnya. Contohnya kalau modal anda RM 3000, saham RM 0.99 sebanyak 3000 unit membolehkan pegangan sebanyak RM 2970, tak termasuk caj broker.\n\n\nSeterusnya, nilai pelaburan boleh berubah walaupun tiada perubahan pada modal. Sekiranya pelaburan pertama anda mencatatkan keuntungan, anda mempunyai modal yang lebih untuk membuat pelaburan kedua. Modal asal yang dimasukkan dalam CDS masih sama.\n\n\nAnda boleh kemas kini catatan untuk nilai pelaburan ini setiap kali menukar portfolio. Atau sekiranya anda lebih suka untuk menilai secara bulanan atau mingguan, boleh catat nilai pelaburan pada setiap kitaran bulan atau minggu. Sekiranya nilai ini berkembang, maka anda membuat semakin banyak keuntungan. Jadi, anda boleh nilai prestasi untung rugi mengikut kitaran jurnal anda.\n\n\nNilai pelaburan boleh didapati pada \nPortfolio\n > \nTotal Portfolio Value\n.\n\n\n\n\n3. Maklumat transaksi\n\n\nBahagian transaksi merupakan aspek maklumat yang lebih terperinci. Dengan maklumat ini, anda boleh semak semula sejarah jual beli yang telah dibuat. Sekiranya anda seorang pelabur aktif, mencatat kesemua transaksi yang dilakukan memerlukan disiplin yang tinggi.\n\n\nAda banyak perkara yang boleh berlaku di sini. Antara maklumat yang boleh dicatat:\n\n\n\n\ntarikh\n\n\nnama saham\n\n\ntransaksi jual / beli\n\n\nlot jual / beli\n\n\nharga jual / beli\n\n\nwaktu beli / jual\n\n\nstrategi / sebab / kriteria\n\n\ncaj broker\n\n\n\n\nKalau anda mampu pantau secara mikro kesemua aspek ini, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk catatkan maklumat transaksi ini. Dari sini, anda boleh nilai mana-mana aspek yang yang memberikan anda pulangan yang baik. Aspek ini boleh jadi saham pegangan, strategi yang bagus, jangka masa pegangan dan sebagainya.\n\n\nSekiranya melabur secara aktif, mungkin maklumat ini akan jadi agak banyak untuk anda catatkan. Kalau rasa tak mampu untuk pantau kesemua transaksi, cukup sekadar pantau dana utama anda. Jika tak mampu juga, sekurang-kurangnya pantau aspek yang dah dibincangkan dalam poin 1 dan 2 tadi.\n\n\nDalam platform trading, anda boleh dapatkan maklumat transaksi ini dalam \nOrder Status\n untuk jual beli harian. Kalau nak lihat pada transaksi yang pernah dibuat, boleh pergi ke \nMy Account\n > \nDaily Business Done\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/membuat-catatan-jurnal-pelaburan-saham-bahagian-2", "title": "Membuat Catatan Jurnal Pelaburan Saham - Bahagian 2", "body": "\n\nIni adalah sambungan kepada tulisan sebelum ini dalam perbincangan untuk \nmembuat jurnal pelaburan\n. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mencatat jurnal pelaburan. Ada yang ringkas dan mudah, ada yang lebih terperinci dan memerlukan disiplin. Ada juga yang lebih kompleks tapi dapat berikan gambaran keseluruhan.\n\n\n1. Gambaran Ringkas\n\n\n\n\nDalam contoh di atas, kita boleh lihat lebih banyak tumpuan diberikan kepada pergerakan nilai portfolio berbanding transaksi saham. Ianya mudah untuk dicatat, dan dapat menterjemahkan prestasi pelaburan secara keseluruhan. Kekurangan catatan ini pula adalah tak dapat lihat pelaburan mana satu yang bagus dan tak bagus dari segi pegangan saham, strategi dan sebagainya. Namun, sekiranya anda menggunakan strategi yang sama, mungkin boleh juga catatkan strategi apa yang digunakan.\n\n\nUntuk memahami contoh di atas, anda boleh bayangkan ia sebagai sebuah catatan berkala untuk setiap minggu. Sekiranya kitaran catatan anda adalah pada setiap minggu, gunakan satu column untuk satu minggu. Pada awal minggu, catat nilai pelaburan. Hujung minggu, catat nilai pasaran.\n\n\nSekiranya anda tak membuat apa-apa jualan dan pembelian yang baru, tiada perubahan yang berlaku pada nilai pelaburan. Sekiranya anda jual pegangan dan kemudian buat belian baru, barulah ada perubahan pada nilai pelaburan.\n\n\nAnda boleh tambah lain-lain maklumat seperti Untung/Rugi atas kertas. Maklumat ini boleh didapati dengan perbezaan antara nilai pelaburan dan nilai pasaran semasa. Disebut atas kertas kerana ianya hanya menjadi kenyataan apabila pegangan itu didagangkan. Ia juga dapat membantu untuk tentukan sama ada anda ingin jual pegangan dan terus kunci keuntungan, atau biarkan pelaburan berjalan.\n\n\n2. Gambaran Terperinci\n\n\n\n\nSeperti yang anda boleh lihat, jurnal ini nampak lebih kompleks daripada contoh yang tadi. Sebenarnya ia juga agak susah untuk susun mengikut bulan kerana boleh jadi pelaburan akan dipegang untuk berbulan-bulan. Namun, beberapa perkara masih boleh dijadikan asas sekiranya anda ingin rangka jurnal anda sendiri.\n\n\nMaklumat seperti nilai pelaburan dan nilai pasaran boleh dicatat pada gambaran keseluruhan. Pada paparan utama pula, kita akan tumpukan pada kaunter saham, strategi pelaburan, dan harga saham. Untuk setiap saham, ada bahagian untuk catatan maklumat harga beli dan harga jual. Sekiranya anda belum beli atau masih memegang saham, boleh tuliskan harga beli dan harga target jualan. Di column hujung, anda boleh lihat prestasi untung rugi bagi setiap kaunter yang dibeli atau yang nak dibeli.\n\n\nDari column untung rugi ini, anda boleh lihat pelaburan mana yang memberikan pulangan yang baik kepada anda. Dari sini, anda boleh nilai semula aspek pelaburan seperti strategi, jarak dengan support, jumlah modal dan sebagainya. Mungkin ada teknik pelaburan tertentu yang anda lebih selesa berbanding yang lain.\n\n\n3. Aliran Transaksi\n\n\n\n\nContoh di atas pula adalah catatan yang agak kompleks, namun dapat berikan gambaran yang lebih menyeluruh. Ia bersifat seperti aliran tunai atau kunci kira-kira dan dicatat mengikut kronologi masa.\n\n\nMelihat pada contoh di atas, kita boleh lihat bahawa modal mula dimasukkan pada bulan Mei. Ada column yang khusus untuk mencatat transaksi tunai, lot saham dan nilai dalam bentuk pelaburan.\n\n\nDalam sesebuah transaksi belian, tunai akan ditolak dari akaun, tapi ia akan menjadi pegangan pelaburan. Apabila dijual, nilai pelaburan ditolak berdasarkan nilai ianya dibeli, dan tunai dimasukkan berdasarkan nilai sebenar jualan. Apabila masuk bulan baru, kita boleh catatkan pegangan yang masih dipegang dan tunai dalam akaun.\n\n\nBaki pegangan terkini boleh dimasukkan pada ringkasan maklumat akaun seperti Tunai Semasa dan Nilai Pelaburan Semasa. Maklumat ini boleh dinilai dan dibandingkan dengan modal untuk menilai prestasi pelaburan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nAda pelbagai cara untuk menyimpan jurnal pelaburan. Pilihlah yang mana satu yang anda selesa. Perkara yang paling penting untuk dijejak adalah prestasi untung rugi. Maka pastikan anda boleh catat sekurang-kurangnya modal pendahuluan dan nilai pulangan semasa.\n\n\nBonus\n: Kalau anda nak lihat cara-cara memasukkan formula ke dalam Excel atau Google Sheets, boleh lihat video youtube yang diajar oleh saudara Suddin Salleh \ndi sini\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/memulakan-pelaburan-dalam-pasaran-mencabar", "title": "Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Mencabar", "body": "Kebanyakan saham dalam pasaran kini telah jatuh akibat pertarungan dengan wabak Covid-19 ni. Maka, sekarang ni dikatakan waktu yang sesuai untuk melabur sebab harga saham sudah menjadi murah. Sebenarnya, kita belum tahu sepenuhnya sama ada pasaran telah pulih sepenuhnya. Namun, peluang pelaburan itu sentiasa ada.\n\n\nDalam waktu ini, ramai juga yang ingin mula melabur melihatkan harga saham \"mampu milik\" tapi tak tahu macam mana nak mula. Sebenarnya dah menjadi adat apabila kita memulakan sesuatu, kita belum biasa. Cara untuk membiasakan dengan pasaran ni adalah dengan melabur. Dengan ini, anda boleh rasa bagaimana permainan perasaan dan gelora jiwa ketika harga saham bergerak. Bila dah biasa, mungkin anda akan lebih yakin dan emosi semakin kental bila melabur.\n\n\n\n\nDi sini, kami ada beberapa cadangan yang anda boleh pertimbangkan untuk memulakan pelaburan saham. Konsepnya adalah meminimakan risiko pelaburan. Harga saham telah pun menunjukkan kenaikan semula daripada kejatuhan teruk kira-kira sebulan yang lepas. Namun, sama ada harga saham akan terus naik atau akan turun semula masih belum terdapat tanda-tanda yang meyakinkna. Jadi, pendekatan yang kita boleh ambil adalah melabur dalam setting yang lebih defensif. Ini adalah antara saham-saham yang anda boleh cari di kala waktu yang tak menentu ni.\n\n\nSmall & Mid Cap\n\n\nApakah Mid Cap, dan kenapa Mid Cap? Small Cap ula untuk siapa? Ok. Kita fahamkan dulu apa itu konsep market capitalization. Ianya adalah nilai pasaran syarikat itu sendiri dan ia dapat memberikan gambaran saiz sesebuah syarikat. Market Capitalization untuk syarikat dikelaskan dalam tiga kategori - Blue Chip, Mid Cap dan Small Cap.\n\n\nBlue Chip\n adalah syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan market capitalization lebih dari RM 10 bilion. Syarikat ini sememangnya telah pun berdiri kukuh di pasaran dan mempunyai risiko yang rendah dari segi pelaburan. Namun, pertumbuhan modal dari kenaikan saham dalam segmen ini boleh jadi agak perlahan.\n\n\n\n\nSmall Cap\n pula adalah syarikat yang mempunyai market capitalization dari RM 200 juta sehingga RM 1 bilion. Pelaburan dalam saham small cap ini boleh jadi sangat menguntungkan, namun boleh juga merugikan. Pendek kata, high risk, high reward. Dalam keadaan pasaran yang sihat, saham-saham ini akan menjadi agak popular untuk didagangkan. Namun, dalam waktu yang kurang menentu, risiko pelaburan agak tinggi.\n\n\nMid Cap\n pula mempunyai market capitalization antara RM 1 bilion hingga RM 10 bilion. Risiko pelaburan dalam segmen ini adalah agak sederhana. Syarikat dalam kategori mid cap mempunyai kedudukan yang lebih stabil dari small cap. Pergerakan saham pula lebih kuat daripada saham Blue Chip. Secara ringkasnya, saham Mid Cap sesuai untuk dilabur ketika krisis ini atas sebab risiko dan ganjaran yang sederhana. Ianya dah cukup bagus dalam keadaan yang tak menentu ini.\n\n\nSetiap saiz syarikat mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, tapi boleh kita simpulkan di sini mid cap bersifat sederhana, sesuai untuk yang baru nak bermula pelaburan, manakala mereka yang mempunyai pelan perdagangan (\ntrading plan\n) dan pengalaman dalam saham, small cap boleh memberi pulangan yang lebih tinggi dengan risiko yang tinggi. Anda juga boleh memperoleh \ndiskaun duti setem untuk pembelian saham dalam kategori small & mid cap.\n\n\nLong Term Stability\n\n\nDalam keadaan pasaran yang tak menentu ini, apa-apa boleh jadi dalam jangka masa pendek. Oleh itu, strategi yang lebih sesuai sekarang adalah mensasarkan pelaburan untuk jangka masa yang lebih panjang.\n\n\nDi sini, ada satu screener yang kita boleh lihat iaitu \nLong Term Stability (LTS)\n. Dalam kriteria Long Term Stability, kita melihat pada syarikat yang dapat meraih pendapatan yang stabil dan juga mempunyai kenaikan harga yang stabil. Dalam erti kata lain, syarikat mencatatkan pulangan yang konsisten untuk jangka masa yang lama.\n\n\n\n\nSekiranya pendapatan syarikat adalah stabil, maka pelabur juga akan lebih yakin dengan syarikat seperti ini. Oleh itu, ia mengurangkan pendedahan syarikat terhadap sentimen yang tak sepatutnya mempengaruhi harga saham.\n\n\nPengurusan risiko pelaburan\n\n\nDalam mana-mana situasi pun, anda masih perlu berjaga-jaga dan peka dengan keadaan pasaran semasa. Seandainya berlaku penurunan harga atas sebab-sebab mikro atau makroekonomi, anda perlu membuat pilihan sama ada mengekalkan atau melepaskan pegangan syarikat.\n\n\nMungkin anda merasakan dalam waktu ini, campak duit ke mana-mana pun ia akan memberikan hasil lumayan. Sebenarnya masih tiada jaminan untuk itu. Saham adalah instrumen pelaburan yang berisiko tinggi. Anda masih terdedah kepada risiko kerugian. Oleh itu, anda perlu merancang pelan tindakan sekiranya hasil pelaburan tak seperti yang dijangka.\n\n\nAnda juga perlu percaya bahawa sekiranya rezeki itu bukan sekarang, banyak lagi peluang yang ada di masa akan datang. Contohnya kalau harga saham jatuh, kita mungkin ada peluang untuk beli di harga yang lebih rendah. Oleh itu, jangan mengalah, dan terus membina pengalaman dan pengetahuan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mencari-peluang-dengan-teknik-cup-and-handle", "title": "Mencari Peluang dengan Teknik Cup & Handle", "body": "Pada artikel yang lalu bertajuk \nMelabur Saham Dengan Teknik CANSLIM\n, kami ada memaklumkan pembaca tentang pengasas teknik tersebut, iaitu William J. O'Neil. Namun tahukah anda, selain teknik CANSLIM, beliau juga adalah pencipta kepada corak dagangan yang popular, iaitu c\nup & handle \natau di dalam Bahasa Melayu bermaksud cawan dan pemegang. Teknik dagangan menggunakan corak \ncup & handle\n ini juga terdapat di dalam buku penulisan beliau yang sama, iaitu \nHow To Make Money in Stocks\n.\n\n\nMaksud cup & handle\n\n\nCup\n atau cawan yang dimaksudkan di sini bukanlah cawan yang digunakan oleh kita untuk minum, tetapi ianya sejenis petunjuk teknikal yang membuat bentuk seakan-akan bentuk lengkungan mangkuk cawan. Cawan tersebut membuat bentuk \u201cU\u201d manakala pemegangnya (\nhandle\n) sedikit menurun ke bawah sebelum membuat kenaikan untuk mencapai bentuk cawan yang sempurna.\n\n\n\n\nTeknik ini digemari ramai kerana ia memberikan petanda bahawa kenaikan harga saham akan berlaku. Kebiasaannya, pembentukan corak \ncup & handle\n ini boleh berlaku dalam jangka masa 7 sehingga 65 minggu.\n\n\nBagaimana teknik ini berfungsi?\n\n\nCup\n haruslah menyerupai bentuk mangkuk atau bahagian bawah berbentuk bulat (\nrounding bottom\n). Pembentukan yang sempurna mestilah mempunyai ketinggian yang sama di kedua-dua sisi, namun kebiasaannya pembentukan pemegang yang sempurna jarang berlaku.\n\n\nUntuk mengenal pasti corak \ncup & handle\n, pelabur perlu memastikan \ncup\n mempunyai bentuk \"U\", kerana bentuk ini menandakan tanda kenaikan yang kuat. Akan tetapi, \ncup\n yang terbaik hendaklah tidak terlalu dalam kerana \nhandle\n akan terbentuk kurang separuh dari kedalaman cup itu. Pembentukan \ncup & handle\n ini juga bergantung kepada pergerakan \nvolume\n, dimana \nvolume\n bertindak sebagai penanda untuk pengesahan teknik ini.\n\n\n\n\nCup & handle\n ini berlaku apabila sesuatu saham itu telah mencapai kenaikan harga yang tinggi kemudian menghadapi tekanan penjualan akibat pengambilan keuntungan. Harganya akan jatuh dan seakan-akan cenderung ke fasa penurunan. Namun, penurunan itu akan membuat dasar untuk beberapa ketika sebelum membuat kenaikan. Teknik \ncup & handle\n ini boleh dikatakan corak kesinambungan kenaikan harga dan boleh dianggap sebagai peluang untuk pelabur.\n\n\nKajian kes cup & handle\n\n\nSebagai contoh, pembentukan \ncup\n untuk saham syarikat \nA\nWC Berhad (AWC)\n mengambil masa selama 6 bulan iaitu dari bulan Jun 2020 sehingga Januari 2021.\n\n\nHandle\n perlu lebih kecil dan tidak jatuh ke bahagian bawah \ncup\n. Seperti rajah di bawah, jika \ncup\n terbentuk antara RM 0.350 dan RM 0.525, \nhandle\n harus terbentuk tidak kurang separuh dari harga tertinggi corak ini.\n\n\n\n\n\n\nPembentukan cup & handle di saham AWC\n\n\n\n\n\n\nSetelah pembentukan ini terjadi, \nvolume\n akan memberi pengesahan untuk saham ini melakukan kenaikan.\n\n\nJika kita lihat rajah di atas, kaunter ini berjaya membuat kenaikan cemerlang selepas pembentukan \nhandle\n selesai. Walaupun begitu, teknik ini hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, adalah amat penting untuk pelabur mengambil keuntungan atau meletakkan \nstop loss\n jika bercadang untuk memegang saham ini pada jangka masa yang panjang.\n\n\nKekurangan teknik cup & handle\n\n\nSeperti teknik dagangan yang lain, teknik \ncup & handle\n ini juga tidak boleh lari dari kekurangan. Antara kekurangan tersebut adalah:\n\n\n\n\nPembentukan kebiasaannya memakan masa yang lama, oleh itu membuatkan keputusan pelabur untuk melakukan pelaburan menjadi lambat. Kadang-kala pembentukan juga boleh jadi dengan cepat, sejurus itu boleh membuatkan corak ini menjadi samar-samar.\n\n\nPembentukan boleh menjadi penanda palsu dan tidak membuat kenaikan.\n\n\nPembentukan \ncup\n boleh terjadi tanpa \nhandle\n. Justeru, tiada \nretracement\n yang akan berlaku dan menyebabkan pelabur terlepas peluang.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSetiap teknik hanyalah bertindak sebagai pembantu kepada pelabur sebelum memulakan dagangan. Walaupun teknik \ncup & handle\n mempunyai sejarah kenaikan yang cemerlang, hakikatnya, pelabur masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum melakukan dagangan. Pelan dagangan perlulah dibuat untuk mengurangkan risiko jika teknik yang digunakan tidak menjadi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mencari-saham-akhirat-di-penghujung-ramadan", "title": "Mencari Saham Akhirat di Penghujung Ramadan", "body": "Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan akan berakhir. Bulan Ramadan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam, penuh dengan keberkatan, dimana setiap amalan yang dilakukan akan dilipatgandakan.\n\n\nDari Aisyah RA, beliau berkata:\n\n\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u064a\u064e\u062c\u0652\u062a\u064e\u0647\u0650\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650\u060c \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062c\u0652\u062a\u064e\u0647\u0650\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\n\n\nMaksudnya: \"\nRasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh (dalam melaksanakan ibadahnya) pada sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan) berbanding pada waktu lain\n.\" (HR Muslim).\n\n\nSumbangan Bulan Ramadan\n\n\nBulan Ramadan sangat sinonim dengan amalan-amalan kebaikan khususnya bersedekah. Sedekah ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, antaranya melalui pemberian wang ringgit dan harta.\n\n\nDalam sebuah hadis Riwayat Abu Huraiah RA, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\n\"Apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan baginya.\" (Riwayat Muslim).\n\n\nSehubungan dengan itu, iSaham bersama GlobalSadaqah sedang mengusahakan kempen sumbangan bagi menyediakan makanan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Bekalan makanan ini akan disumbangkan kepada keluarga asnaf dan B40 yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini.\n\n\nJika anda ingin menyalurkan sumbangan boleh dibuat di \nSumbangan Makanan Kepada Keluarga Asnaf di Malaysia untuk Bulan Ramadan\n.\n\n\n\n\n\n\nPenyerahan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan. Gambar: GlobalSadaqah\n\n\n\n\n\n\nProgram Wakaf Al-Quran di Masjidil Haram\n\n\nSelain itu, iSaham bersama-sama GlobalSadaqah juga sedang berusaha menjalankan projek Wakaf Al-Quran di Masjidil Haram di Kota Makkah. Projek ini bertujuan untuk membantu umat Islam seluruh dunia merebut ganjaran berwakaf Al-Quran di tanah suci dan memperoleh pahala yang berterusan.\n\n\n\n\n\n\nProjek wakaf Al-Quran pada fasa 1, 2 dan 3. Gambar: GlobalSadaqah\n\n\n\n\n\n\nJusteru, jika anda hendak mewakafkan Al-Quran di Masjidil Haram di Kota Makkah boleh di buat melalui= \nWakaf Al-Quran di Masjidil Haram\n.\n\n\nRasulullah \ufdfa bersabda, \u201cBarangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, nescaya dia dihitung satu kebaikan, dan satu kebaikan itu mendapat sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.\u201d [Tirmizi]\n\n\nMarilah kita sama-sama tingkatkan amalan di hari-hari terakhir ini. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT dan diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mencari-saham-yang-stabil", "title": "Mencari Saham yang Stabil", "body": "Kestabilan syarikat merupakan satu perkara yang penting untuk kebanyakan pelabur. Mengapa? Sebab kebanyakan pelabur jangka masa panjang tidak mahu mengambil risiko yang \r\ntinggi untuk syarikat yang belum pasti boleh berkembang pada masa akan datang. Ada beberapa cara yang biasa digunakan untuk memilih syarikat yang stabil:\n\n\n1. Syarikat-syarikat yang terbesar di bursa malaysia.\n\n\nDengan memilih \nsyarikat-syarikat terbesar\n seperti Petronas Chemicals Group Berhad (\nPCHEM\n), Nestle (M) Berhad (\nNESTLE\n), dan Sime Darby Plantation Berhad (\nSIMEPLT\n), anda akan \r\nlebih tenang sebab syarikat-syarikat ini merupakan gergasi-gergasi yang \nestablished\n dan mempunyai kelebihan dari segi branding, aset, monopoli, dan pengalaman. Kebanyakan \r\nsaham dalam kategori ini lebih kearah dividend-based, di mana mereka lebih fokus kearah memberi dividen daripada menjadi syarikat high-growth.\n\n\n2. Syarikat yang memberi dividend secara konsisten & berkembang dalam keadaan baik\n\n\nSeperti no. 1, banyak juga syarikat dalam kategori sederhana yang memberikan dividen secara konsisten dan dalam masa sama berkembang dengan baik. Apabila sesuatu syarikat \r\nmemberikan dividen, syarikat tersebut akan menggunakan sebahagian daripada duit mereka untuk diberikan kepada pelabur, bermakna kalau syarikat terus berkembang dengan baik \r\nsyarikat akan terus dapat memberikan pulangan kepada pelabur. Pulangan tersebut boleh meningkat mengikut perkembangan syarikat. Salah satu screener yang sesuai digunakan ialah \nDividend Growth Model\n.\n3. Syarikat dalam industri yang stabil atau \nrecession proof\n (kalis kemelesatan ekonomi)\n\n\nKebanyakan syarikat mempunyai \nindustry cycle\n masing-masing dan bila-bila masa boleh naik dan turun berdasarkan keaaan semasa seperti harga minyak dunia, \r\nharga komoditi, kadar tukaran matawang, polisi kerajaan dan polisi negara asing. Ada yang disangka terus naik, tiba-tiba jatuh tersungkur. Ada yang disangka jatuh sebentar, tetapi \r\njatuh yang agak lama dan tak naik-naik dah. Akan tetapi, ada sesetengah industri yang stabil seperti \nReal Estate Investment Trust\n (REITs)\n (stabil disebabkan bisnes hanya \r\nkutip sewa setiap bulan) dan sektor \nMakanan/Minuman\n (stabil disebabkan tak kira apa berlaku, kita makan & minum tiap-tiap hari). \n4. Syarikat yang melaporkan rekod keuntungan yang meningkat secara konsisten\n\n\nKebanyakan pelabur didedahkan dengan no 1-3 tetapi walapun syarikat-syarikat diatas stabil, tetapi kebanyakannya memberikan pulangan yang tidak terlalu tinggi (low risk, medium \r\nreward). Kaedah keempat ini bukan sahaja mencari syarikat yang stabil, tetapi syarikat yang \nhigh growth\n. Apabila sesuatu syarikat dapat berkembang dengan kuat, sudah tentu \r\npengurus syarikat tersebut sedang dalam \nmood\n aggresif dan tidak akan membiarkan perkembangan syarikat berhenti atau bergerak kearah lawan. Syarikat seperti ini yang kita nak \r\ncari dan melabur. Dalam iSaham, anda boleh cari syarikat yang mempunyai \nFundamental Consistency (FCON)\n yang tinggi, yang terbaik ialah atas 0.60.\n\n\n\n\nNak tambah \npower\n lagi? Cari juga saham yang mempunyai kestabilan dari segi kenaikan harga saham (menggunakan formula sharpe ratio yang biasa digunakan oleh pengurus \r\ndana besar), dan dengan gabungan ini kita dapat saham yang mempunyai Long Term Stability yang tinggi. Boleh rujuk screener \nLong Term Stability (LTS)\n ini untuk hasilnya."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mendalami-analisis-fundamental-dalam-saham", "title": "Mendalami Analisis Fundamental dalam Saham", "body": "\n\nDalam pelaburan saham, analisis dari segi fundamental adalah bertujuan untuk mendapatkan nilai sebenar atau nilai wajar sesuatu saham. Dengan nilai yang didapati ini, saham tersebut akan dinilai sama ada wajar dibeli ataupun tidak berdasarkan kedudukan harga berbanding nilai sebenar. Analisis ini dibuat dengan menggunakan instrumen-instrumen seperti kecekapan kewangan, nisbah kewangan, penyata imbangan syarikat dan juga penilaian kualitatif berdasarkan kecekapan pengurusan, model perniagaan, keadaan ekonomi semasa dan akan datang.\n\n\nKecekapan kewangan diukur dalam bentuk nisbah dan peratusan untuk mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset dan liabiliti untuk menjana pendapatan. Antara nisbah atau peratusan yang dikira adalah:\n\n\n\n\nOperating Margin - ukuran keuntungan selepas kos operasi\n\n\nReturn on Asset - kecekapan aset untuk menjana pendapatan\n\n\nInventory Turnover - kekerapan jualan inventori\n\n\nReturn on Equity - kecekapan pelaburan syarikat pegangan untuk menjana pendapatan\n\n\nCurrent Ratio - ukuran kecairan aset untuk menanggung liabiliti\n\n\nDebt to Equity - perbandingan jumlah hutang syarikat dengan ekuiti\n\n\n\n\nIni hanyalah beberapa contoh nisbah yang dikira untuk analisis fundamental. Selain pengiraan nisbah kewangan, penganalisa fundamental juga akan mengambil kira keadaan ekonomi terhadap sesuatu syarikat itu. Sebagai contoh, perubahan \nkadar OPR\n akan memberi kesan kepada pasaran wang. Maka perubahan dasar ini akan mengubah penilaian dari segi fundamental terhadap syarikat berasaskan khidmat perbankan. Antara contoh lain yang boleh dilihat adalah perbentangan belanjawan negara apabila sesebuah sektor diberikan keutamaan.\n\n\nBaca: \nBelanjawan 2020: Saham yang Anda Boleh Pantau\n\n\nData yang digunakan\n\n\nSebagai syarikat yang tersenarai awam, laporan kewangan syarikat haruslah dikeluarkan kepada awam. Dari laporan ini, pelabur boleh menganalisa kekuatan fundamental syarikat berdasarkan pendapatan, keuntungan, potensi masa hadapan dan pelbagai lagi data yang dikeluarkan untuk mendapatkan nilai sesebuah syarikat itu.\n\n\n\n\nBaca: \nBagaimana Membuat Saringan Pertama Kekuatan Fundamental Syarikat\n\n\nSelain itu, berita juga boleh menjadi suatu sumber penilaian. Sekiranya berita tersebut boleh berikan impak positif kepada syarikat, di situ ada potensi untuk saham yang terlibat menaik lebih tinggi. Contohnya, berita tentang pemotongan bekalan minyak boleh jadi penyebab saham berkaitan minyak naik disebabkan harga minyak akan jadi lebih mahal. Maka berita juga adalah sahabat baik kepada pelabur fundamental.\n\n\nPendekatan kuantitatif dan kualitatif\n\n\nDalam analisis fundamental, suatu penilaian boleh dibuat melalui pendekatan kualitatif ataupun kuantitatif. Pendekatan kualitatif merujuk kepada perkara yang boleh dikira, contohnya untung rugi, nisbah kewangan, penyata imbangan, kecekapan penggunaan aset dan sebagainya. Pendekatan kualitatif pula merujuk kepada penilaian yang bersifat abstrak seperti model perniagaan, pentadbiran korporat, kelebihan persaingan dan pengurusan.\n\n\n\n\nMemahiri Fundamental\n\n\nSekiranya anda ingin menjadi mahir dalam analisis fundamental, mungkin anda boleh contohi tokoh-tokoh pelabur fundamental seperti Warren Buffett, Joel Greenblatt, Benjamin Graham dan sebagainya. Untuk menjadi mahir dalam fundamental juga, anda perlu mempunyai penilaian yang bagus terhadap kegiatan perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pengetahuan industri yang lebih mendalam juga akan membantu untuk memberikan penilaian yang lebih kukuh. Pendeknya, analisis fundamental adalah suatu penilaian yang mendalam dan mungkin akan memberikan dapatan yang berbeza berdasarkan pemahaman seseorang itu pada keadaan ekonomi."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mengenali-4-jenis-carta-dalam-analisis-teknikal", "title": "Mengenali 4 Jenis Carta dalam Analisis Teknikal", "body": "Sebelum memasuki dunia pelaburan, adalah sangat penting bagi pelabur untuk mempelajari asas-asas pelaburan supaya dapat membuat kajian sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.\n\n\nAnalisis fundamental dan teknikal merupakan dua kaedah asas yang digunakan ketika mengkaji sesuatu saham. Mungkin ada yang pernah pernah belajar fundamental analisis semasa di universiti, dimana perlu kira beberapa ratio, kaji \nbackground\n syarikat dan sebagainya. Tapi lain pula dengan teknikal analisis, pelabur perlu kaji carta saham untuk tentukan mana nak \nentry\n, mana nak \nexit\n, apa nak buat kalau strategi tak jadi dan pelbagai lagi.\n\n\nTapi sebelum nak pergi ke\u00a0\nadvance level\n, kena tahu dulu asasnya. Kali ini kami akan ceritakan tentang 4 jenis carta yang boleh anda guna dalam mengkaji sesuatu saham.\n\n\nLine Chart\n\n\nLine chart\n merupakan \nchart\n paling mudah untuk digunakan semasa menganalisa sesuatu saham. \nLine chart\n membentuk garis yang menghubungkan titik-titik \nclosing price\n saham tersebut untuk tempoh masa tertentu.\n\n\nPaksi-x menunjukkan skala masa, iaitu \ntimeframe\n yang digunakan seperti \nmonthly\n, \nweekly\n, \ndaily\n, \nhourly\n dan sebagainya. Manakala, paksi-y menunjukkan harga saham tersebut.\n\n\nGambar di bawah merupakan contoh \nline chart\n:\n\n\n\n\n\n\nLine chart\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\n\n\nKurangkan \nmarket noise\n dalam carta, seperti harga Open, High dan Low dalam hari dagangan tersebut.\n\n\nKenal pasti dengan jelas \nsupport\n & \nresistance\n, \ntrend\n dan juga \nchart pattern\n.\n\n\n\n\nKekurangan:\n\n\n\n\nTidak memberikan maklumat harga yang mencukupi untuk sesetengah pelabur menggunakan strategi mereka.\n\n\n\n\nCandlestick chart\n\n\nCandlestick telah wujud sejak abad ke-17 di Jepun sebelum ia menjadi popular di Amerika Syarikat. Carta candlestick merupakan carta paling banyak digunakan dalam kalangan pelabur.\n\n\n\n\n\n\n4 data penting dalam carta candlestick\n\n\n\n\n\n\n4 data penting dalam carta candlestick ialah Open, High, Low dan Close atau selalu juga dipendekkan menjadi OHLC mengikut abjad depan huruf. Definisi OHLC adalah seperti berikut:\n\n\nOpen (O) - Harga buka\n\n\nHigh (H) - Harga tertinggi\n\n\nLow (L) - Harga terendah\n\n\nClose (C) - Harga tutup\n\n\nCara mudah nak memahami candle ini ialah dengan mengenalpasti Badan (Body) dan Ekor (Shadow). Badan candlestick adalah bahagian yang terbentuk dari pergerakan harga buka dan tutup. Ekor pula adalah bahagian yang terbentuk apabila harga saham melepasi harga buka atau tutup.\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarna Badan Candlestick\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHijau\n\n\nHarga tutup lebih tinggi dari harga buka\n\n\n\n\n\n\nMerah\n\n\nHarga tutup lebih rendah dari harga buka\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar di bawah merupakan contoh carta candlestick:\n\n\n\n\n\n\nCandlestick chart\n\n\n\n\n\n\nKelebihan:\n\n\n\n\nMemberikan maklumat harga yang mencukupi.\n\n\nDapat kenal pasti \nsupport\n & \nresistance\n, \ntrend\n dan juga \nchart pattern\n.\n\n\nMengenal pasti \ncandlestick pattern\n seperti \nbullish engulfing\n, \nbullish harami\n dan sebagainya.\n\n\n\n\nKekurangan:\n\n\n\n\nMempunyai banyak \nmarket noise\n, terutamanya pada \ntimeframe\n yang lebih rendah.\n\n\n\n\nBar chart\n\n\nBar chart juga merupakan di antara carta yang popular yang digunakan oleh para pelabur. Carta bar ini menunjukkan berbilang bar harga, dimana mempunyai maklumat harga sama seperti candlestick iaitu Open, High, Low dan Close (OHLC).\n\n\n\n\n\n\n4 data penting dalam bar chart\n\n\n\n\n\n\nNamun, bentuknya tidak sama seperti candlestick. Setiap bar mempunyai satu garis menegak yang menunjukkan harga tertinggi (High) dan juga terendah (Low). Harga buka (Open) ditandai dengan garisan mendatar kecil di sebelah kiri, manakala harga tutup (Close) ditandai dengan garisan mendatar kecil di sebelah kanan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarna Bar Harga\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHijau\n\n\nHarga tutup lebih tinggi dari harga buka\n\n\n\n\n\n\nMerah\n\n\nHarga tutup lebih rendah dari harga buka\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar di bawah merupakan contoh bar chart:\n\n\n\n\n\n\nBar chart\n\n\n\n\n\n\nKelebihan:\n\n\n\n\nMemberikan maklumat harga yang mencukupi.\n\n\nDapat kenal pasti \nsupport\n & \nresistance\n, \ntrend\n dan juga \nchart pattern\n.\n\n\n\n\nKekurangan:\n\n\n\n\nMempunyai banyak \nmarket noise\n, terutamanya pada \ntimeframe\n yang lebih rendah.\n\n\nAgak susah dilihat jika tidak biasa gunakan jenis carta ini.\n\n\n\n\nHeikin-Ashi\n\n\nBentuk dan rupa Heikin-Ashi ini seakan sama dengan \nJapanese candlestick\n yang biasa digunakan oleh para pelabur. Tetapi, kegunaan \ncandle\n Heikin-Ashi yang terbentuk berbeza dengan \ncandlestick \ntersebut.\n\n\nDi Jepun, Heikin-Ashi bermaksud \naverage bar\n atau bar purata dimana ia digunakan untuk mengenal pasti \ntrend\n pasaran saham. Kaedah Heikin-Ashi yang menggunakan data harga purata yang membantu menapis\n noise\n jangka pendek menjadikan carta saham lebih mudah untuk dibaca dan \ntrend\n juga lebih mudah untuk dianalisa. Kami juga pernah tulis artikel tentang strategi Heikin-Ashi \ndi sini\n.\n\n\nGambar di bawah merupakan contoh Heikin-Ashi chart:\n\n\n\n\n\n\nHeikin-Ashi chart\n\n\n\n\n\n\nKelebihan:\n\n\n\n\nMenapis \nmarket noise\n jangka pendek.\n\n\nLebih senang kenal pasti \ntrend\n saham tersebut.\n\n\n\n\nKekurangan:\n\n\n\n\nTidak menunjukkan harga yang sebenar dan memberikan \nsignal\n yang lambat.\n\n\nTidak menunjukkan\n price gap\n.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nJenis carta yang dibincangkan di atas adalah antara yang paling popular digunakan oleh pelabur semasa menganalisis saham. Setiap jenis carta tersebut ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak semua carta sesuai digunakan oleh setiap pelabur. Mungkin ada sestengah orang memilih \ncandlestick chart\n sahaja, manakala yang lain menggabungkan \ncandlestick\n dan \nline chart\n. Semuanya ditentukan oleh citarasa dan kesesuaian pelabur tersendiri. Oleh itu, cuba \ntry test\n mana satu yang sesuai dengan diri anda.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mengenali-leader-dan-laggard-dalam-pasaran-saham", "title": "Mengenali Leader dan Laggard dalam Pasaran Saham", "body": "\n\nTerdapat banyak saham syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sudah pasti semua saham ini tidak akan bergerak pada masa yang sama. Ada saham yang melonjak naik, ada yang membuat kejatuhan dan ada juga yang tidak bergerak semasa hari dagangan.\n\n\nJika ada berita baik dalam sesuatu industri, akan ada saham yang awal membuat kenaikan. Tetapi ada juga saham dalam industri tersebut bergerak dengan lambat. Inilah yang boleh diklasifikasikan sebagai saham \nleader\n dan \nlaggard\n, dimana \nleader\n adalah peneraju sesuatu sektor manakala \nlaggard\n adalah \nfollower\n.\n\n\nMemahami maksud disebalik leader dan laggard\n\n\nLeader\n\n\nLeader\n atau dalam bahasa melayu ialah pemimpin. Saham \nleader\n inilah yang menerajui sesebuah industri. Kebiasaan saham \nleader\n mempunyai kewangan yang paling kukuh, pertumbuhan pendapatan suku tahunan dan tahunan terbaik serta pulangan ekuiti tertinggi, margin keuntungan terluas, pertumbuhan jualan paling kukuh. Jika ada sebarang \ncatalyst\n tentang sesuatu sektor, harga saham \nleader\n yang akan bergerak paling awal mengikut sentimen tersebut.\n\n\nLaggard\n\n\nLaggard\n pula bermaksud sesuatu yang lambat atau ketinggalan. Kebiasaannya \nlaggard\n ini mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding pesaingnya dalam industri. Saham \nlaggard\n ini juga mempunyai pulangan yang lebih kecil daripada purata. Sebagai contoh, saham ABC merekodkan pulangan tahunan hanya 2% manakala syarikat lain dalam industri menunjukkan purata pulangan sebanyak 5%. Oleh itu, saham ABC boleh dikategorikan sebagai saham \nlaggard\n,\n\n\nHarga saham \nlaggard\n ini akan memberikan respon yang lewat sedikit berbanding saham \nleader\n jika ada sebarang berita dalam sektornya.\u00a0\nLeader\n dan \nlaggard\n ini adalah bertentangan antara satu sama lain.\n\n\nMengenal pasti saham leader dan laggard\n\n\nBagaimanakah kita boleh membezakan antara \nleader\n dan \nlaggard\n? Selain mengkaji \nfundamental\n syarikat, terutamanya pertumbuhan pendapatan dan kekuatan kewangan syarikat, pelabur boleh lihat daripada beberapa perkara seperti berikut:\n\n\nMarket capitalization\n\n\nMarket capitalization\n, juga dikenali sebagai permodalan pasaran adalah nilai pasaran saham syarikat. Kebiasan saham \nleader\n mempunyai saiz \nmarket cap\n yang berjumlah lebih besar dalam sesuatu sektor. Manakala, saham \nlaggard\n pula mempunyai saiz \nmarket cap\n yang lebih kecil.\n\n\n\n\n\n\nSektor Logam\n\n\n\n\n\n\nGambar diatas merupakan syarikat berkaitan logam dan produk logam termasuk aluminium, silikon dan tembaga di Bursa Malaysia. \nPMETAL\n adalah satu contoh saham leader daripada industri ini dengan \nmarket cap\n sebanyak RM44.74 bilion. Diikuti dengan \nPMBTECH\n dengan RM28.3 bilion. Manakala contoh saham \nlaggard\n pula adalah seperti \nPA\n, \nLIONIND\n dan lain-lain.\n\n\nKenaikan saham\n\n\nSatu lagi kaedah untuk mengenal pasti saham \nleader\n atau \nlaggard\n ini dengan melihat kepada pergerakan sahamnya. Saham-saham dalam sesuatu industri tidak akan bergerak sama antara satu sama lain.\n\n\nContoh dalam sektor logam, PMETAL sebagai saham \nleader\n, manakala PA sebagai saham \nlaggard\n mengikut kepada jumlah \nmarket cap\n seperti dijelaskan diatas.\n\n\n\n\n\n\n\n\nCarta saham Press Metal Bhd\n\n\n\n\n\n\nCarta saham P.A. Resources Bhd\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham PMETAL meningkat secara konsisten sejak 2016 hingga kini (tahun 2021) dan sudah berjaya membuat kenaikan melebihi 1000%. Manakala saham PA pula menunjukkan prestasi kurang baik sejak tahun 2016 sehingga 2019 dan mula membuat kenaikan pada awal tahun 2020.\n\n\nReaksi terhadap catalyst\n\n\nReaksi pergerakan saham \nleader\n dan \nlaggard\n terhadap berita berkaitannya juga boleh dikaji. Kebiasaannya saham \nleader\n akan bergerak memberi respon awal jika ada berita berkaitan sektornya. Manakala saham \nlaggard\n bergerak lewat sedikit berbanding \nleader\n.\n\n\nContoh, pada 10 Oktober 2021 kerajaan \nmembenarkan untuk rentas negeri\n bermula 11 Oktober 2021. Antara sektor yang memberikan reaksi positif terhadap berita itu termasuk sektor pengangkutan dan perlancongan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nCarta saham AirAsia Bhd\n\n\n\n\n\n\nCarta saham E&O Bhd\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAirAsia\n adalah antara saham \nleader\n dalam \nsektor perlancongan\n. Manakala, \nE&O\n adalah contoh saham \nlaggard\n dalam industri ini. Saham AirAsia telah membuat kenaikan awal pada 23 September 2021 iaitu sebelum berita tersebut. Tetapi E&O bergerak sehari selepas berita itu diumumkan iaitu pada 11 Oktober 2021.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMengenal pasti saham \nleader\n dan \nlaggard\n adalah antara teknik yang mudah yang boleh digunakan untuk melabur di dalam pasaran saham. Selain menganalisa saham secara teknikal, pelabur juga perlu kaji fundamental syarikat seperti latar belakang, kewangan, jenis perniagaan dan lain-lain yang berkaitan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mengenali-saham-overbought-dan-oversold-menggunakan-oscillator", "title": "Mengenali Saham Overbought dan Oversold Menggunakan Oscillator", "body": "Pergerakan saham ada naik dan turunnya. Ia bergerak disebabkan oleh pelabur yang menjual dan membeli saham. Namun, ada masanya sesebuah saham itu terlebih jual ataupun terlebih beli. Istilah yang lebih popularnya disebut sebagai overbought dan oversold. Apabila sebuah saham itu terlebih dijual, anda akan berpeluang untuk beli saham itu dengan harga yang murah. Dalam bacaan kali ni, kita akan kenalpasti saham overbought dan oversold dan potensi yang ada.\n\n\n\n\nMaksud overbought dan oversold\n\n\nOverbought adalah keadaan di mana sesebuah saham itu dibeli secara berterusan sehingga menyebabkan kenaikan jangka pendek pada harga saham melebihi nilai sebenar. Saham ini dijangka akan turun semula pada nilai wajarnya ketika pasaran mengalami fasa pembetulan atau correction. Sebaliknya pula untuk oversold, saham ini pula dijual secara berterusan sehingga berlaku kejatuhan harga saham melebihi nilai wajar. Apabila berlakunya fasa correction, saham ini akan kembali naik ke harga wajarnya.\n\n\nOscillator mengesan overbought dan oversold\n\n\nSatu kaedah analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengenalpasti saham overbought dan oversold adalah dengan menggunakan oscillator. Dalam bahasa melayu, mungkin ia boleh disebut sebagai pengayun atau pembuai. Oscillator dapat lakarkan sebuah jalur tinggi dan rendah dalam sebuah graf oscillator berdasarkan carta saham. Graf oscillator akan bergerak dalam lingkungan batasan tinggi dan rendah ini dan dapat menunjukkan kawasan overbought dan oversold. Antara oscillator yang biasa digunakan adalah:\n\n\n\n\nRSI\n\n\nStochastic\n\n\nMACD\n\n\n\n\nDalam iSaham, anda boleh cari indicator ini pada screener dengan tag oscillator, overbought atau oversold. Dari page saham pula, anda boleh tambah indicator ini pada carta saham dengan menekan butang seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.\n\n\n\n\nApabila membuka indicator RSI, Stochastic atau MACD, anda akan nampak ada graf oscillator di bawah carta candle. Terdapat sedikit perbezaan antara ketiga-tiga graf ini (dan oscillator lain yang tak disebut), namun masing-masing dapat berikan satu cerita yang sama dengan kaedah masing-masing, iaitu overbought dan oversold.\n\n\nMengenalpasti kawasan overbought dan oversold\n\n\nKebiasaannya, pelabur lebih berminat dengan saham yang terlebih dijual iaitu oversold. Ini adalah disebabkan potensi kenaikan yang boleh dijangka untuk masa akan datang. Keadaan oversold wujud apabila graf oscillator menghampiri batasan bawah, dari skala 30% hingga 20%.\n\n\n\n\nMengenalpasti overbought dan oversold lebih mudah dengan menggunakan RSI dan Stochastic kerana ada batasan yang jelas. Contohnya dalam graf RSI, kita boleh lihat batasan yang jelas pada angka 30 dan 70 di kanan graf. Sekiranya graf terkeluar dari batasan pada angka 30, bermakna ia memasuki kawasan oversold. Ketika ini anda boleh bersedia untuk membeli, dan cadangan waktu untuk beli adalah ketika graf RSI memasuki batasan semula pada angka 30 ke atas. Untuk mengesan saham-saham yang timbul dalam kriteria ini, boleh gunakan screener \nRSI Oversold\n.\n\n\nTeknik yang sama boleh digunakan untuk Stochastic dengan melihat pada angka 20 dan 80 yang menunjukkan kawasan oversold. Namun, signal membeli untuk Stochastic dan MACD agak berlainan dengan RSI. Untuk dua indicator ini, boleh lihat pada graf indicator di atas dan perhatikan ketika garisan biru memintas garisan merah dalam keadaan uptrend. Untuk Stochastic, anda boleh gunakan screener \nStochastic Oversold\n, manakala untuk MACD, boleh guna screener \nMACD Oversold\n.\n\n\nUntuk take profit pula, anda juga boleh gunakan teknik overbought. Untuk RSI, apabila oscillator telah terkeluar ke kawasan overbought, anda boleh bersedia untuk jual. Untuk Stochastic dan MACD pula, kalau garisan merah berada di atas garisan biru, boleh bersedia untuk jual. Memang hebat ilmu saham ni. Saham is Cool!\n\n\nMacam senang, kan?\n\n\nYa, senang saja nak gunakan oscillator ni. Jadi kalau kita ikut teknik oversold ni, konfem untung lah kan? Sebab dah oversold, mestilah ada correction untuk naik semula. Sebenarnya tak juga. Ada masanya, kita mungkin akan terjumpa dengan signal yang mengelirukan dan boleh jadi palsu.\n\n\n\n\nSebagai contoh, kita tengok pada indeks di atas. Indeks pasaran terus menurun walaupun signal beli tercetus beberapa kali. Jadi perlu diingat, dalam pelaburan saham, kita memang terdedah kepada banyak risiko. Maka, kalau anda guna teknik ini, jangan lupa untuk cutloss kalau teknik tak menjadi. Anda boleh andaikan ia tak menjadi apabila garisan oscillator terkeluar semula ke kawasan oversold."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mengesan-trend-pergerakan-pasaran", "title": "Mengesan Trend Pergerakan Pasaran", "body": "Konsep Trend adalah pengetahuan penting dalam pendekatan analisis teknikal. Ada banyak alat dalam analisis teknikal yang boleh membantu untuk mencari sebuah trend saham. Ianya bertujuan untuk memasuki saham dengan trend yang dikenalpasti. Sekiranya memasuki saham uptrend, ada kemungkinan kita akan memasuki saham itu dalam keadaan menaik, begitu juga sebaliknya. Satu pepatah dalam saham yang anda boleh ingat adalah \u201cthe trend is your friend\u201d. Maka jadikan trend kawan baik anda.\n\n\nBagaimana untuk mengesan trend pasaran?\n\n\nSecara ringkasnya, trend adalah arah pergerakan sesebuah pasaran atau saham. Saham tidak bergerak dalam satu garis lurus, tapi dalam bentuk zigzag. Dari pergerakan zigzag ini, puncak (peak) dan dasar (trough) akan terbentuk.\n\n\n\n\nDalam buku analisis teknikal, ada disebut \u201cit is the direction of those peaks and troughs that constitutes market trend\u201d. Maksudnya, nak tahu arah pergerakan pasaran, boleh tengok puncak dan dasar yang berturutan sama ada semakin menaik, menurun atau mendatar. Dari sinilah datangnya terma-terma seperti Higher High Higher Low, Lower High Lower Low dan sideway.\n\n\nPenjelasan HHHL dan LHLL\n\n\nKenaikan dan penurunan puncak dan dasar ini adalah sebuah pernyataan yang agak umum. Untuk lihat corak yang lebih bermakna dan boleh diguna pakai dalam pemerhatian, kita boleh lihat pembentukan Higher High Higher Low atau Lower High Lower Low pada carta saham.\n\n\nHigher High Higher Low ni agak panjang nak sebut, dan kebiasaannya ia juga dipendekkan sebagai HHHL. Ia adalah sebuah petunjuk uptrend berdasarkan puncak dan dasar yang menaik secara berturutan. Untuk memahami HHHL ni, kita boleh tengok pada pergerakan harga saham.\n\n\nDalam saham, sebuah puncak yang dapat dilihat pada carta boleh dipanggil sebagai sebuah High. Sebuah dasar pula disebut sebagai Low. Sepanjang pergerakan saham pula, harga boleh bergerak naik dan turun, dan berulang semula.\n\n\n\n\nApabila pergerakan menunjukkan sebuah High yang lebih tinggi dari yang sebelumnya, maka saham itu telah membuat Higher High. Daripada kedudukan Higher High ni, saham boleh kembali menurun. Sekiranya penurunan ini berada di paras lebih tinggi dari kedudukan Low tadi, maka ia telah membuat Higher Low. Pergerakan ini secara keseluruhannya disebut sebagai Higher High, Higher Low. Senarai saham yang membuat corak ni boleh dilihat di \nscreener HH HL\n.\n\n\n\n\nSebaliknya pula untuk LHLL, sekiranya harga saham bergerak dari sebuah High ke sebuah Low, kita akan menjangka kenaikan semula. Sekiranya kenaikan ini membentuk sebuah High yang lebih rendah dari High sebelumnya, ia membentuk sebuah Lower High. Dari kedudukan ini, saham boleh kembali menurun. Sekiranya kedudukan Low yang baru adalah lebih rendah dari Low sebelumnya, ia membentuk Lower Low. Secara keseluruhannya, saham ini telah membuat corak Lower High, Lower Low.\n\n\nWaktu untuk beli\n\n\nSekiranya anda baru dalam saham, tak digalakkan untuk beli saham yang sedang mengalami corak LHLL sehinggalah berlakunya corak pembalikan (reversal). Sebaiknya, berikan tumpuan kepada saham dengan corak HHHL. Apabila corak HHHL telah terbentuk, anda boleh mula berikan fokus kepada saham-saham ini. Perhatikan sekiranya saham mula naik dari kedudukan Higher Low, maka ia adalah masa yang baik untuk beli.\n\n\nCara lain untuk mengesan uptrend\n\n\nCorak pembentukan HHHL hanyalah salah satu teknik analisis yang boleh digunakan untuk mengesan pergerakan uptrend. Terdapat pelbagai lagi teknik analisis yang boleh digunakan untuk mengesan pergerakan uptrend. Antaranya kaedah ichimoku di atas awan, oscillator, moving average dan lain-lain. Semuanya dapat mengenal pergerakan uptrend dalam cara masing-masing."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/menggunakan-stochastic-sebagai-panduan-dagangan", "title": "Menggunakan Stochastic Sebagai Panduan Dagangan", "body": "Stochastic\n merupakan satu petunjuk atau indikator yang mengukur momentum pergerakan harga sesuatu saham pada tempoh masa tertentu. \nStochastic\n ini dicipta oleh George Lane pada akhir tahun 1950-an dan telah menjadi salah satu indikator paling banyak digunakan oleh pelabur dalam analisis teknikal.\n\n\nFormula stochastic\n\n\nFormula untuk mengira \nstochastic\n adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dalam indikator \nstochastic\n ada 2 garisan iaitu:\n\n\n\n\nGarisan %K - garisan berwarna biru, merupakan garis \nstochastic\n cepat.\n\n\nGarisan %D - garisan berwarna merah, merupakan garis \nstochastic\n perlahan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKaedah penggunaan stochastic\n\n\nTiga kaedah yang boleh digunakan dengan \nstochastic oscillator\n iaitu:\n\n\n\n\nKenal pasti tahap terlebih beli (\noverbought\n) dan terlebih jual (\noversold\n).\n\n\nMelihat isyarat teknikal melalui persilangan garisan \nstochastic\n.\n\n\nKenal pasti \nstochastic divergence\n.\n\n\n\n\nMengesan overbought & oversold\n\n\nStochastic oscillator\n adalah penunjuk teknikal yang boleh digunakan untuk mengenalpasti saham \noverbought\n dan \noversold\n. \nStochastic\n mempunyai 2 \nlevel\n iaitu di bawah 20% dan di atas 80%. Menurut teori teknikal, bacaan \nstochastic\n di bawah 20% dianggap sebagai \noversold\n, petanda bahawa sesebuah saham itu berada di paras terlebih jualan. Manakala, bacaan \nstochastic\n yang melebihi 80% dianggap sebagai \noverbought\n, bermaksud saham tersebut berada di paras terlebih belian.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersilangan garisan stochastic\n\n\nPersilangan disini merujuk kepada titik di mana garis \nstochastic\n cepat (%K) bersilang dengan garis \nstochastic\n perlahan (%D). Berdasarkan gambar rajah di bawah, kita dapat lihat 2 simbol bulatan iaitu hijau dan merah.\n\n\nBulatan hijau menunjukkan garisan %K (biru) bersilang ke atas garisan %D (merah). Mengikut teori teknikal, ia menunjukkan isyarat terdapat peningkatan momentum dan pembelian sesebuah saham. Sebaliknya, apabila garisan %K (biru) bersilang ke bawah garisan %D (merah), menunjukkan momentum penjualan dan penurunan harga saham. Penurunan ini dapat dilihat melalui bulatan merah di gambar rajah di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nStochastic Divergence\n\n\nStochastic divergence\n merupakan satu kaedah untuk melihat kemungkinan \nreversal\n \ntrend\n terjadi. \nDivergence\n berlaku apabila pergerakan tinggi dan rendah harga tidak sama atau selari dengan pergerakan tinggi dan rendah garisan \nstochastic\n. Terdapat dua jenis \ndivergence\n iaitu \nbullish\n dan \nbearish\n.\n\n\nBullish divergence\n\n\nBullish divergence\n merupakan situasi apabila harga saham membuat \nlower low\n berbanding paras rendah sebelumnya, tetapi \nstochastic oscillator\n berada di \nhigher low\n dari paras terendah sebelumnya. \nHigher low\n di \nstochastic\n memberikan jangkaan bahawa momentum pergerakan harga untuk menurun telah berkurang dan perubahan \ntrend\n (\nuptrend\n) mungkin akan berlaku.\n\n\n\n\n\n\nGambar: StockCharts\n\n\n\n\n\n\nBearish divergence\n\n\nBearish divergence\n pula merupakan situasi apabila harga saham membuat \nhigher high\n berbanding paras tinggi sebelumnya, tetapi \nstochastic oscillator\n berada di \nlower high\n dari paras tertinggi sebelumnya. \nLower high\n di \nstochastic\n memberikan jangkaan bahawa momentum pergerakan harga untuk menaik telah berkurang dan perubahan \ntrend\n (\ndowntrend\n) mungkin akan berlaku.\n\n\n\n\n\n\nGambar: StockCharts\n\n\n\n\n\n\nKelemahan stochastic oscillator\n\n\nWalaupun banyak kaedah dan manfaatnya, \nstochastic\n juga mempunyai kelemahan apabila digunakan dalam analisa teknikal. Salah satu daripadanya ialah berkemungkinan menghasilkan isyarat palsu. Adakalanya isyarat yang ditunjuk tidak mengikut apa yang di jangkakan. Tambahan pula, isyarat palsu ini boleh berlaku agak kerap semasa keadaan pasaran tidak menentu.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSeperti indikator yang lain, \nstochastic\n hanyalah berfungsi sebagai panduan ketika mengkaji pasaran saham. Oleh itu, pelabur yang bijak akan mengkaji terlebih dahulu sesebuah saham sebelum membuat keputusan dagangan dan mempunyai \ntrading plan\n masing-masing.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nCFI\n\n\nStockCharts\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mengingati-dawn-raid-peristiwa-perampasan-semula-hak-negara", "title": "Mengingati Dawn Raid: Peristiwa Perampasan Semula Hak Negara", "body": "Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namun negara kita pada waktu itu masih belum mencapai arti 'kemerdekaan' sepenuhnya. Sungguhpun berpijak di bumi sendiri, masih banyak lagi tanah dan perihal ekonomi tempatan berada di bawah kuasa British.\n\n\nPada 7 Septembar 1981, London Stock Exchange (LSE) telah dikejutkan dengan satu serangan dalam pengambilalihan syarikat perladangan British iaitu Kumpulan Guthrie Berhad oleh kerajaan Malaysia.\n\n\nSerangan ini dilakukan dalam masa empat jam sahaja dan dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang pada waktu itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat selepas Tun Hussien Onn. Serangan ini dikenali sebagai Serangan Subuh atau \nDawn Raid\n.\n\n\nKumpulan Guthrie Berhad\n\n\nGuthrie merupakan syarikat perladangan British yang tertua dan terbesar di Malaysia pada waktu tersebut. Syarikat ini memiliki tanah-tanah yang besar di Malaysia dan ia juga tersenarai di kedudukan 68 di dalam LSE. Disebabkan polisi Tunku Abdul Rahman yang menggalakkan pelaburan asing, ia telah menyebabkan syarikat Guthrie ini terus berpengaruh walaupun selepas merdeka.\n\n\nPerihal Tun Dr Mahathir\n\n\nTun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada tahun 1981. Tun Dr Mahathir bukanlah berasal dari golongan berada atau berketurunan diraja, tetapi beliau hanyalah seorang rakyat biasa. Disebabkan itu, beliau dikatakan agak berbeza berbanding perdana menteri yang sebelumnya.\n\n\nDasar yang dilaksanakan Tun Dr Mahathir ketika itu juga kelihatan anti British. Ini kerana beliau mempromosikan dasar Pandang Ke Timur dan \nBuy British Last\n.\n\n\n\n\n\n\nTun Dr Mahathir. Gambar: New Straits Times\n\n\n\n\n\n\nIsu yang ditimbulkan oleh British\n\n\nAntara sebab rancangan ini dibuat adalah:\n\n\n1. Penolakan penanaman semula pokok getah\n\n\nSungguhpun agensi kerajaan iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 25% di dalam Guthrie, namun banyak cadangan oleh PNB seperti penanaman semula getah untuk membantu petani dan penoreh getah melayu ditolak oleh syarikat tersebut.\n\n\n2. Tujuan penubuhan Guthrie-Ropel\n\n\nAtas desakan Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat Guthrie-Ropel telah ditubuhkan khas untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan membeli sebahagian tanah kecil Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Namun, ini hanyalah rancangan licik oleh British kerana tanah-tanah yang dijual itu dikatakan tidak sesuai untuk pertanian dan terletak di kawasan berbukit.\n\n\n3. Kenaikan yuran pendidikan\n\n\nKerajaan British telah menghentikan subsidi pendidikan terhadap pelajar Malaysia di United Kingdom dan telah menaikkan yuran pengajian terhadap pelajar asing. Perkara ini telah menyebabkan pelajar-pelajar Malaysia di sana terkesan. Sebanyak 17,000 orang pelajar Malaysia dibebani yuran pengajian yang mahal. Terdapat juga pelajar yang melaporkan yurannya naik tiga kali ganda dari yuran asal. Justeru itu, berita seperti ini tidak menggembirakan Tun Mahathir kerana Malaysia telah menghantar ramai pelajar ke negara itu.\n\n\n4. Penolakan hak pendaratan dan pencerobohan ruang udara\n\n\nTerdapat satu lagi isu yang timbul, iaitu tentang penolakan cadangan terhadap hak pendaratan bagi syarikat penerbangan kebangsaan iaitu Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Heathrow. Tidak lama selepas itu, terdapat pencerobohan di ruang udara antarabangsa Malaysia di Subang oleh kapal supersonik British iaitu Concorde.\n\n\nPermulaan rancangan\n\n\nTerdapat beberapa individu lain yang juga tidak berpuas hati dengan British dalam hal Guthrie ini, termasuklah Tun Ismail Ali, iaitu abang ipar kepada Tun Mahathir.\n\n\nTun Ismail Ali merupakan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada ketika itu. Beliau juga berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir iaitu dengan tidak memihak kepada British. Beliau telah mengarahkan untuk memindahkan wang negara keluar dari bank-bank British seperti HSBC dan dimasukkan ke dalam bank tempatan.\n\n\nTambahan lagi, bank asing dari British turut disekat untuk membuka cawangan baru di Malaysia. Pada tahun 1981, disebabkan Guthrie telah menjual aset tanpa pengetahuan PNB, Tun Mahathir dan Tun Ismail telah membuat perancangan ambil alih.\n\n\n\n\n\n\nTun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar: New Straits Times\n\n\n\n\n\n\nTun Ismail kemudian mendapatkan pertolongan Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan pengurus pelaburan di PNB pada ketika itu. Beliau telah diarah untuk merangka sebuah strategi untuk rancangan ini. Antara sebab beliau dipilih adalah kerana beliau pernah bekerja di bawah syarikat Guthrie di London, iaitu Barings. Setelah kajian dijalankan, beliau memberitahu misi ini memerlukan sekurangnya RM 1 bilion (\u00a3286 juta) dana dan ianya perlu dilakukan dengan pantas.\n\n\nKerajaan Malaysia bersetuju menyediakan peruntukkan tersebut dengan memperoleh dana dari syarikat Petronas, PERNAS dan Amanah Saham Malaysia (ASN). Manakala di England pula terdapat 2 kumpulan yang bersama dengan misi ini iaitu N. M. Rothschild & Sons yang bertanggungjawab untuk meyakinkan syarikat M&G Investment Trust untuk menjual saham Guthrie milik mereka iaitu sebanyak 17%. Selain itu, mereka juga menghubungi syarikat broker saham, Rowe & Pitman untuk memastikan penjualan dan pembelian saham kecil berjalan dengan lancar.\n\n\nSerangan dimulakan\n\n\nSetelah semua rancangan disusun, Malaysia mula mengorak langkah. Pada awal pagi 7 September 1981, broker-broker di bawah Rowe & Pitman dikerah untuk membeli semua saham minoriti milik Guthrie yang ada di pasaran. Akhirnya sebanyak 1.6 juta iaitu 5% saham Guthrie dirampas oleh PNB. Pada masa ini saham PNB meningkat kepada 30%, daripada pegangan sebelumnya iaitu 25%. 12% lagi diambil oleh PNB dari syarikat-syarikat di Asia Tenggara. Ekuiti pegangan PNB melonjak naik ke 42%.\n\n\nPada waktu rancangan ini berlaku, Tun Ismail berada di Singapura untuk berunding dengan syarikat OCBC. Namun, mereka telah menolak untuk menjual pegangan mereka kepada PNB.\n\n\nOleh yang demikian, Tan Sri Khalid telah menghubungi Kuwait Investment untuk menjual 5% saham mereka kepada PNB. Akhirnya, rancangan Tan Sri Khalid berjaya apabila PNB telah memiliki 7995 juta unit saham iaitu 50.4% pegangan saham dan seterusnya menjadikan PNB mempunyai pegangan terbesar di dalam Kumpulan Guthrie Berhad.\n\n\n\n\n\n\nKejayaan kerajaan Malaysia menakluk Guthrie. Gambar: Pixel Play\n\n\n\n\n\n\nSerangan ini dilakukan dalam masa 4 jam sahaja. Pengerusi Guthrie iaitu Mark Gent hanya menyedari tentang serangan ini melalui berita di radio. Pengambilalihan ini telah memberi tamparan yang hebat kepada British kerana ia berjaya dilakukan oleh bekas tanah jajahannya.\n\n\nPerdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, telah memberi respon dalam masa beberapa hari selepas serangan ini berlaku dengan mengetatkan undang-undang supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Kebanyakan broker di London telah memuji kerajaan Malaysia di atas rancangan yang licik ini.\n\n\nKesan Dawn Raid kepada Malaysia\n\n\nSelepas beberapa bulan semenjak serangan ini dibuat, saham Guthrie beransur menjadi milik kerajaan Malaysia. Pada penghujung tahun 1981, kesemua saham Guthrie akhirnya berjaya menjadi milik negara.\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Guthrie Berhad bergabung dengan Sime Darby\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2007, Guthrie telah digabungkan dengan \nSime Darby\n. Kini, nama Guthrie sudah pun tidak ada lagi. Namun strategi yang dirancang oleh tiga orang tokoh ini untuk kembalikan hak negara yang dirampas kekal di dalam sejarah negara.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nRecalling The Guthrie Dawn Raid -NST\n\n\nThe \u2018Unfinished Business\u2019 of Malaysia\u2019s Decolonisation: The Origins of the Guthrie \u2018Dawn Raid\u2019 - Shakila Yacob\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/menilai-harga-syarikat-dengan-nisbah-pe", "title": "Menilai Harga Syarikat dengan Nisbah PE", "body": "Dalam pelaburan saham, nisbah PE merupakan satu kriteria yang selalu digunakan untuk menilai harga saham. Dengan kriteria ini, pelabur boleh kenalpasti sama ada sesebuah saham itu didagangkan pada harga yang berpatutan ataupun sebaliknya. Untuk menilai, nisbah PE ini\u00a0dibandingkan dengan saham yang lain dalam aktiviti perniagaan yang sama. Ini membolehkan saham dibandingkan pada asas yang sama.\n\n\nMemahami nisbah PE\n\n\n\n\nPE ratio atau nisbah PE menggunakan perbandingan harga saham terhadap Earnings per share (EPS) atau pendapatan bagi setiap unit saham. Ataupun, sama juga sekiranya menggunakan pengiraan Market Capital dibahagikan dengan pendapatan syarikat. Pengiraan ini akan memberikan satu nilai yang relatif antara harga dan pendapatan. PE atau lebih tepat lagi ditulis P/E sendiri bermaksud price-to-earning.\n\n\nNombor yang dihasilkan dalam pengiraan nisbah PE ini tak memberikan apa-apa maksud yang begitu bermakna dengan sendirinya. Ianya perlu dibandingkan dengan nombor PE yang lain seperti purata nisbah PE dalam sektor, nisbah PE saham lain dan juga PE sejarah\u00a0saham itu sendiri. Dari sini barulah kita boleh katakan nilai ini tinggi atau rendah.\n\n\n\n\nNisbah Tinggi\n\n\nNisbah PE yang tinggi boleh menunjukkan sesebuah saham itu didagangkan pada harga yang tinggi berbanding pendapatan yang dihasilkan. Namun, situasi ini boleh terjadi, terutamanya sekiranya saham itu dijangka akan melipatgandakan pendapatan mereka. Dalam situasi ini, pelabur sanggup membeli saham ini pada harga premium kerana optimis terhadap potensi pertumbuhan syarikat.\n\n\nWalaubagaimanapun, sekiranya jangkaan ini salah\u00a0dan keputusan kewangan menunjukkan pendapatan di bawah jangkaan, terdapat kemungkinan bahawa harga saham akan jatuh semula mengikut sentimen pasaran. Pelabur akan menilai semula sentimen positif mereka kepada pandangan yang lebih realistik.\n\n\nNisbah Rendah\n\n\nSebaliknya sekiranya sesebuah saham mempunyai nisbah PE yang rendah, syarikat itu boleh dianggap sebagai saham di bawah nilai. Namun, ia tak semestinya menjadikan nilai PE yang rendah ni satu pilihan yang lebih digemari. Nisbah PE yang rendah juga memberitahu bahawa syarikat ini mempunyai pertumbuhan yang rendah. Pun begitu, nisbah PE yang rendah, diikuti dengan pelaburan berpotensi boleh menjadikan saham ini lebih menarik.\n\n\nDengan prospek baru untuk syarikat, kita juga boleh unjurkan PE di masa hadapan untuk menganggarkan harga wajar yang baru.\n\n\nTrailing dan Forward PE\n\n\nBacaan PE yang biasa digunakan untuk harga saham semasa disebut sebagai Trailing PE, atau PE ekoran. Nisbah PE ini dikira berdasarkan 12 bulan laporan kewangan atau QR terbaru. Nilai PE ini akan berubah bergantung kepada pergerakan harga saham. Sekiranya nisbah ini menunjukkan nilai yang tinggi, syarikat perlu tunjukkan prestasi kewangan yang baik untuk laporan kewangan akan datang supaya nisbah ini menjadi wajar.\n\n\n\n\nNisbah PE hadapan atau Forward PE pula boleh dikira untuk mengunjurkan harga saham di masa akan datang. Caranya adalah dengan menganggarkan pendapatan ke hadapan dan tetapkan nilai PE yang realistik. Pengiraan ini akan memberikan harga saham berdasarkan input yang dimasukkan tadi. Kita boleh lihat di sini bahawa semua angka ini adalah berdasarkan anggaran. Oleh itu, sebuah tanggapan yang berasas perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan nilai yang hampir. Ini juga menjadikan satu penilaian itu sukar untuk dianggarkan dengan tepat.\n\n\nNisbah PE dengan faktor pertumbuhan\n\n\nTerdapat satu variasi pengiraan nisbah PE yang boleh mengambil kira pertumbuhan masa hadapan. Variasi ini disebut sebagai price-to-earning-to-growth ratio atau nisbah PEG. Sekiranya nisbah PE memberitahu sama ada syarikat ini didagangkan pada harga yang tinggi atau rendah, nisbah PEG boleh menjustifikasikan nilai ini. Satu pengiraan tambahan akan dibuat selepas pengiraan PE dengan dibahagikan dengan EPS hadapan.\n\n\n\n\nSekiranya pengiraan menunjukkan nilai kurang daripada 1, ini secara umum memberitahu bahawa saham ini berada di bawah nilai wajar. Sebabnya, harga saham ini didagangkan murah berbanding pendapatan ke hadapan. Sebaliknya, saham mempunyai nilai PEG yang lebih daripada 1 dianggap sebagai murah berbanding pendapatan yang boleh dibuat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/menilai-kebarangkalian-kemuflisan-syarikat-dengan-altman-z", "title": "Menilai Kebarangkalian Kemuflisan Syarikat dengan Altman Z ", "body": "Altman Z merupakan satu formula yang digunakan untuk mengkaji dan mengukur analisis kebarangkalian sesebuah syarikat akan mengalami muflis dalam masa dua tahun ke hadapan. Model ini telah dicipta dan dikembangkan oleh seorang profesor kewangan Amerika iaitu Edward Altman pada tahun 1967 yang bertujuan mengukur kestabilan kewangan syarikat.\n\n\nPenilaian Skor Z\n\n\n\n\nDalam penilaian ini, Altman Z menggunakan lima nisbah prestasi kewangan yang diukur kepada satu skor. Pengiraan ini akan memberikan satu skor dan menentukan kebarangkalian kemuflisan terhadap sesebuah syarikat. Kebiasaannya apabila semakin rendah skor Z, semakin tinggi syarikat untuk kebarangkalian mengalami kemuflisan.\n\n\n1.8 ke bawah\n\n\nSekiranya pengiraan menunjukkan skor Z kurang daripada 1.8, ia bermaksud syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan akan muflis pada masa hadapan.\n\n\n3 ke atas\n\n\nSebaliknya, apabila skor Z lebih daripada 3, secara umum memberitahu syarikat ini mempunyai prestasi kewangan yang memberangsangkan serta berada di zon selamat daripada mengalami muflis.\n\n\nAntara 1.8 dan 2.99\n\n\nManakala, apabila skor Z berada diantara 1.8 dan 2.99 ia bermaksud syarikat itu berada di zon kelabu dan mempunyai kebarangkalian sederhana mengalami tahap muflis.\n\n\n1.8 atau 1.0\n\n\nNilai 1.8 dan ke bawah ini secara umumnya dianggap sebagai skor yang teruk untuk syarikat. Namun, nilai 1 juga boleh diambil untuk menggantikan angka pembawah ini untuk memberi ruang yang lebih besar untuk penilaian zon kelabu ini. Skor yang lebih rendah dari 1, malah mencapai nilai negatif pula boleh dikatakan memang teruk.\n\n\nSecara ringkas, skor Altman Z ini boleh memberikan sebuah gambaran sekilas tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat sama ada mempunyai kebarangkalian muflis. Namun, skor ini sendiri bukanlah penentu kepada prestasi syarikat. Altman Z merupakan salah satu kajian fundamental dan masih banyak lagi faktor serta indikator lain untuk membuat kajian terhadap prestasi syarikat.\n\n\n\n\nParameter 5 Nisbah Skor Z\n\n\nA - Modal Kerja / Jumlah Aset\n\n\nModal kerja merupakan perbezaan antara aset semasa syarikat dan liabiliti semasa. Nilai terhadap modal kerja syarikat menentukan tahap kestabilan kewangan dalam jangka masa pendek. Modal ini dilaburkan dalam aset semasa syarikat.\n\n\nB - Retained Earning / Jumlah Aset\n\n\nRetained Earning\n bermaksud jumlah pendapatan bersih dalam perniagaan selepas membuat pembayaran dividen kepada pemegang saham.\n\n\nC - Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) / Jumlah Aset\n\n\nEBIT merupakan satu ukuran keuntungan syarikat yang merujuk kepada kemampuan syarikat untuk menjana keuntungan daripada operasi syarikat. Nisbah EBIT / Jumlah Aset menunjukkan kemampuan syarikat untuk menjana pendapatan yang menguntungkan, berupaya membiayai pengeluaran operasi dan membuat pembayaran hutang.\n\n\nD - Nilai Pasaran Ekuiti / Jumlah Liabiliti\n\n\nNilai pasaran juga dikenali sebagai \nmarket capitalization\n yang merupakan nilai ekuiti syarikat. Ia diperoleh daripada pergerakan jumlah saham berdasarkan harga saham semasa.\n\n\nE - Jumlah Jualan / Jumlah Aset\n\n\nNisbah ini menunjukkan seberapa banyak keberkesanan pihak pengurusan syarikat menggunakan aset untuk menjana pendapatan. Nisbah penjualan yang tinggi akan menyebabkan pihak pengurusan hanya memerlukan pelaburan yang kecil untuk menghasilkan penjualan. Kesannya, menyebabkan berlakunya peningkatan keuntungan keseluruhan syarikat\n\n\nApabila nisbah ini rendah atau menurun pihak pengurusan perlu menggunakan lebih banyak sumber untuk menjana penjualan mencukupi. Kesannya, keuntungan syarikat akan berkurangan.\n\n\nTidak mewakili aliran tunai\n\n\nSekiranya melihat pada parameter Altman Z tadi, anda mungkin sedar bahawa jumlah tunai dalam tangan tiada dalam pengiraan skor ini. Jadi, syarikat dengan skor Z yang tinggi tidak semestinya mempunyai tunai yang banyak. Oleh itu, jika kita lihat keputusan kewangan yang teruk, tahap tunai yang rendah dan skor Z yang rendah, kita mungkin sedang melihat syarikat yang sedang menghadapi masalah dari segi kewangan.\n\n\nFungsi dan Kegunaan\n\n\n\n\nSebagai seorang pelabur, kita boleh menggunakan Altman Z untuk membuat kajian untuk menentukan tahap kebarangkalian kemuflisan sesebuah syarikat. Namun, setiap indikator dan analisis kajian mempunyai faktor kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Penggunaan Altman Z merupakan salah satu panduan sahaja, dan banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi pasaran harga saham.\n\n\nAltman Z bukan sahaja digunakan para pelabur, malah institusi kewangan juga menggunakan formula ini. Penilaian ini penting juga untuk dijadikan salah satu kaedah kepada institusi kewangan untuk memberi pinjaman kewangan kepada sesebuah syarikat."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/menilai-mood-market-semasa", "title": "Menilai \"Mood\" Market Semasa", "body": "Sudah tentu ramai yang nak masuk market pada waktu market memberi duit pada kita. Tetapi mengetahui keadaan market kadang-kadang tidak mudah lebih-lebih lagi untuk yang baru berdagang dalam pasaran. Ada banyak cara menentukan samada market tengah ok atau market tengah slow, dan istilah yang digunakan untuk penentuan ini ialah \nMarket Breadth\n.\nAntara kaedah \nmarket breadth\n yang selalu digunakan ialah saham naik (gainers) melawan saham turun (losers), penggunaan carta indeks, Advance-Decline line, jumlah saham mencapai harga tertinggi melawan terendah, saham mempunyai volume menaik vs volume menurun dan macam-macam lagi. Kami terangkan 3 kaedah disini:\n\n\n1. Penggunakan Carta Indeks\n\n\nCarta indeks boleh digunakan untuk mengukur kekuatan keseluruhan market. Untuk market Malaysia, kita menggunakan \nFBMKLCI\n (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index) sebagai kayu ukur kerana indeks ini mengumpulkan 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Setiap market ada kayu ukur masing-masing seperti Dow Jones Industrial Average / S&P (US), Nikkei (Jepun) dan Straits Times Index (Singapura).\n\n\nUntuk menilai market menggunakan carta indeks seperti FBMKLCI, anda memerlukan sedikit ilmu analisis teknikal untuk menentukan sama ada indeks dalam keadaan \nuptrend\n atau ada signal-signal positif. Apabila indeks positif, selalunya keseluruhan pasaran juga dalam keadaaan baik.\n\n\n\n\n2. Saham Naik \n(Gainers)\n Melawan Saham Turun \n(Losers)\n\n\nPetanda ini selalu digunakan untuk mereka yang nak short term untuk memilih sama ada untuk berdagang secara short term atau berehat. Apabila jumlah saham meningkat banyak, maknanya banyak pembelian berlaku pada hari tersebut dan \nmood\n dalam keadaan baik. Begitu juga sebaliknya. Petanda ini boleh dirujuk dalam platform trading masing-masing. Contoh, untuk platform mplus, seperti berikut:\n\n\n\n\nContoh petanda di platform web Mplus\n\n\n\n\nContoh petanda di aplikasi mobile Mplus\n3. iSaham Market Mood\n\n\n\n\nPetanda ini paling mudah digunakan untuk semua sebab kami rumuskan berdasarkan algoritma yang disusun secara khas dan dipaparkan dengan mudah untuk difahami. Anda boleh dapatkan di link berikut: \n[Market Mood]\n atau pilih menu \nLabs\n di bawah, dan kemudian pilih \nMarket Mood\n. Cara penggunaan iSaham Market Mood:\n\n\n\n\n\n\nMood\n\n\nPenerangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nExtreme Fear\n\n\nFasa market jatuh terlalu banyak, \ntrader\n terlalu takut dan panik. Ini ialah fasa yang sesuai untuk pelabur yang suka saham yang jatuh banyak dan mencari saham \nundervalued\n\n\n\n\n\n\nFear\n\n\nFasa market mula takut. Bagi mereka yang menggunakan strategi \"trend following\", fasa ini ialah fasa untuk berehat dan lepaskan pegangan saham\n\n\n\n\n\n\nNeutral\n\n\nFasa ketidakpastian sama ada market nak naik atau tidak. Selalunya pada fasa ini, masih banyak saham yang boleh beri pulangan yang baik, namun perlu berhati-hati pada perubahan fasa market sama ada ke atas atau ke bawah\n\n\n \n\n\nGreed\n\n\nFasa market mula berani. Bagi mereka yang menggunakan strategi \"trend following\", fasa ini ialah fasa yang perlu aktif semula dan membeli saham-saham yang mantap\n\n\n\n\n\n\nExtreme Greed\n\n\nFasa market naik terlalu banyak dengan sesi kejar mengejar harga. Fasa ini semestinya boleh buat duit tetapi sebarang kejatuhan boleh jadi kejatuhan besar, jadi perlu serius dengan cut loss. Untuk pelabur jangka masa panjang (yang tak hold selamanya), selalunyu akan ambik untung sebab harga dah naik banyak\n\n\n\n\n\n\nKenapa market mood penting?\nMarket mood\n atau \nmarket breadth\n selalunya digunakan bagi memberikan gambaran menyeluruh sekilas pandang tentang keadaan market sekarang. Statistik menunjukkan \nperformance\n portfolio semasa market mood baik untuk semua jangka masa adalah jauh lebih baik berbanding pada waktu market mood tidak baik. Sebab tu bila market ok, kita pakai strategi apa pun, saham naik. Pakai strategi hentam pun saham naik. Jadi, dekat sini pentingnya memahami keadaan market semasa."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/menimbang-risiko-dengan-sharpe-ratio", "title": "Menimbang Risiko dengan Sharpe Ratio", "body": "Terdapat pelbagai cara dan formula untuk menilai teknikal pergerakan saham sesuatu syarikat ataupun prestasi bisnes syarikat itu sendiri.\n\n\nPenulisan ini akan memberi penjelasan tentang suatu nisbah utama yang diguna pakai oleh iSaham dalam menilai teknikal harga sesuatu syarikat iaitu nisbah \nSharpe Ratio\n.\n\n\nWalaupun nisbah \nSharpe Ratio\n adalah nisbah analisis teknikal, iSaham turut memaparkan nisbah ini di dalam topik Fundamental. Nisbah ini boleh dilihat di page iSaham untuk setiap syarikat pada bahagian Fundamental dan di bawah subtopik Trend.\n\n\n\n\nInfo tambahan\n\n\nFCON\n adalah kaedah yang dicipta oleh iSaham untuk menilai fundamental sesebuah syarikat. \nFCON\n merupakan singkatan bagi perkataan \nFundamental Consistency\n. \nLTS\n \n(long term stability) \nadalah hasil formula FCON bersama \nSharpe Ratio.\n\n\nBoleh tonton penjelasan yang ringkas dan padat tentang FCON dan LTS oleh CEO iSaham, Encik Anas Faris \ndi link youtube ini.\n\n\nApakah itu Sharpe Ratio?\n\n\nDi dalam pelaburan, \nSharpe Ratio\n adalah suatu perbandingan purata pulangan pelaburan dalam sesuatu tempoh dan kemudian diselaraskan dengan risiko iaitu kekuatan turun naik \n(volatility)\n pelaburan tersebut. Nisbah ini juga dikenali sebagai \nrisk-adjusted return\n.\n\n\nKaedah \nSharpe Ratio\n ini dicipta oleh pemenang nobel, William F. Sharpe dan digunakan untuk membantu pelabur mengukur risiko sesuatu pelaburan. Nisbah ini boleh juga digunakan untuk menilai satu saham, ETF ataupun keseluruhan portfolio.\n\n\nFormula Sharpe Ratio\n\n\n\u200b\n\n\nDi mana:\n\n\nR\np\n - pulangan pelaburan\n\n\nR\nf\n\u00a0 \n- kadar pulangan bebas risiko\n\n\nSD\np\n - sisihan piawai (standard deviation) pelaburan\n\n\nR\np\n merupakan kadar pulangan sesuatu pelaburan. \nR\nf\n pula adalah kadar pulangan bebas risiko sesuatu pelaburan iaitu untuk Malaysia, \n3-month Treasury Bill (risk free rate)\n adalah sebanyak 3%. \nSD\np\n \nadalah sisihan piawai \n(standard deviation)\n turun naik \n(volatility)\n sesuatu pelaburan.\n\n\nNisbah \nSharpe Ratio\n yang tinggi bermaksud pelaburan tersebut adalah pelaburan yang baik. Ia juga memberi gambaran bahawa pulangan pelaburan tersebut kurang dipengaruhi oleh risiko.\n\n\nBerikut adalah ringkasan pengredan \nSharpe Ratio\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nGred\n\n\nPenilaian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAtas 1\n\n\nCemerlang\n\n\n\n\n\n\nAtas 0.66\n\n\nSangat baik\n\n\n\n\n\n\nAtas 0.3\n\n\nBaik\n\n\n\n\n\n\nBawah 0.3\n\n\nRendah\n\n\n\n\n\n\n\n\nKajian Kes Sharpe Ratio\n\n\nUntuk lebih jelas tentang topik ini, kita akan melihat beberapa contoh situasi yang boleh terjadi di dalam pelaburan. Gambar ringkas pergerakan harga saham ditunjuk untuk membantu pelabur mendapat gambaran apakah itu \nvolatility\n.\n\n\n\n\n\n\nVolatility sama, Pulangan berbeza\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u200b\n\n\nSituasi 1: Graf harga saham Syarikat A dan Syarikat B.\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan graf diatas, Syarikat A memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi berbanding Syarikat B. Pengerakan harga juga hampir sama iaitu \nvolatility\n yang sama. Jika dikira mengunakan \nSharpe Ratio\n, nisbah Syarikat A adalah lebih tinggi Syarikat B. Oleh itu, untuk volatility yang sama, saham yang memberi pulangan yang lebih tinggi mempunyai nisbah sharpe ratio yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nVolatility berbeza, Pulangan sama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u200b\n\n\nSituasi 2: Graf harga saham Syarikat C dan Syarikat D.\n\n\n\n\n\n\nUntuk situasi yang kedua, Syarikat C dan Syarikat D memberi pulangan pelaburan yang sama. Namun begitu, pergerakan harga Syarikat D lebih stabil dan kurang \nvolatilite\n berbanding Syarikat C. Jika dikira mengunakan \nSharpe Ratio\n, nisbah Syarikat D adalah lebih tinggi dari Syarikat C. Oleh itu, jika pulangan sama adalah sama, saham yang mempunyai volatility yang rendah mempunyai lebih tinggi nisbah sharpe ratio.\n\n\n\n\n\n\nVolatility berbeza, Pulangan berbeza\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u200b\n\n\nSituasi 3: Graf harga saham Syarikat X dan Syarikat Y.\n\n\n\n\n\n\nUntuk situasi yang ketiga, Syarikat X memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi dari Syarikat Y. Namun begitu, pergerakan harga saham Syarikat X lebih \nvolatile\n berbanding Syarikat Y.\n\n\nUntuk contoh ini, peratus Malaysia 3-month Treasury Bill adalah 3% dan standard deviation untuk Syarikat X adalah 7. Manakala standard deviation untuk Syarikat Y adalah 3.\n\n\nJika dikira mengunakan \nnisbah Sharpe Ratio\n, nisbah \nSharpe Ratio\n Syarikat X adalah 1.0 manakala Syarikat Y adalah 1.3. Ini bermaksud melabur di dalam Syarikat Y adalah lebih bagus berbanding Syarikat X.\n\n\nOleh itu, nisbah sharpe ratio akan lebih tinggi jika volatility lebih rendah, kemudian baru diikuti dengan berapa pulangan saham tersebut. Ini merupakan contoh gambaran kasar sahaja. Untuk lebih tepat perlu membuat kiraan kerana nisbah sharpe ratio merupakan cara menilai saham secara kuantitatif.\n\n\nKelemahan Sharpe Ratio\n\n\nDalam ilmu statistik, \nSharpe Ratio\n menganggap pulangan pelaburan adalah distribusi normal \n(normal distribution)\n. Namun begitu, data pulangan dari pelaburan tidaklah bersifat seperti begitu.\n\n\nData taburan pulangan pelaburan bersifat condong (skewness) iaitu tidak simetri dari data purata pulangan. Ini kerana harga saham boleh meningkat atau menurun dengan drastik dalam situasi tertentu.\n\n\nKesimpulan\n\n\nDi dalam pelaburan, selain mengejar keuntungan, pelabur juga seharusnya menimbang risiko yang boleh terjadi. Setiap pelaburan ada risikonya.\n\n\nSharpe Ratio\n memberi gambaran segera prestasi dan trend harga sesuatu saham dengan diselaraskan oleh risiko walaupun tanpa melihat graf saham tersebut.\n\n\nBerdasarkan formula Sharpe ratio, pelaburan yang baik adalah pelaburan yang rendah risiko kemudian baru diikuti dengan pulangan pelaburan yang baik.\n\n\nSharpe Ratio\n lebih effektif jika digunakan untuk membandingkan beberapa saham berpotensi yang kita minati, contohnya membandingkan saham-saham \nuptrend\n yang di dalam watchlist kita.\n\n\nDi dalam platform iSaham, selain memberi informasi nisbah Sharpe Ratio setiap saham, iSaham juga menyediakan \nscreener khas Sharpe Ratio\n untuk menapis saham-saham berpotensi berdasarkan nilai Sharpe Ratio tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nScreener iSaham yang menapis saham berpotensi berdasarkan nisbah Sharpe Ratio dalam tempoh 3 tahun, 1 tahun, 6 bulan dan 3 bulan.\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/meningkatkan-pertumbuhan-syarikat-dengan-dana-ipo", "title": "MN Holdings - Meningkatkan Pertumbuhan Syarikat dengan Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nMN Holdings Berhad terlibat dengan penyediaan perkhidmatan pembinaan utiliti infrastruktur dan penyelesaian. Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.21\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 85.84 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n10.55\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n15 April 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n18 April 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n28 April 2022\n\n\n\n\nBisnes MN Holdings\n\n\nMN Holdings Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan penyediaan perkhidmatan kejuruteraan utiliti infrastruktur yang merangkumi perkhidmatan dan penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah, serta perkhidmatan dan penyelesaian kejuruteraan pencawang. Pelanggan mereka terutamanya daripada kontraktor utama untuk projek kuasa, pemaju hartanah dan industri yang memerlukan perkhidmatan dan penyelesaian untuk membolehkan bekalan kuasa ke lokasi atau premis tertentu.\n\n\nKedudukan MN Holdings dalam industri adalah seperti digambarkan di bawah:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nMN Holdings mempunyai lebih daripada 13 tahun pengalaman beroperasi dalam industri pembinaan utiliti kuasa di Malaysia. Kedua-dua anak syarikatnya merupakan kontraktor G7 bagi kategori Bangunan (B), Kejuruteraan Awam (CE) dan Kejuruteraan Mekanikal (ME).\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan termasuklah operasi perniagaan syarikat MN Holdings. Oleh itu, beberapa projek syarikat yang sedang berjalan terpaksa ditangguhkan sementara.\n\n\nSemasa PKP pertama dilaksanakan, MN Holdings mengalami gangguan bekalan bahan, alatan dan perkakas serta perkhidmatan subkontraktor selama 6 minggu. Sungguhpun begitu, kelewatan bekalan dan bahan ini tidak mengakibatkan sebarang gangguan perniagaan yang besar. Hal ini kerana kerja-kerja pembinaan syarikat turut ditangguhkan sementara pada masa yang sama.\n\n\nWalaupun wabak COVID-19 dan pengenaan pelbagai fasa PKP, MN Holdings tidak mengalami sebarang pembatalan dalam kontrak. MN Holdings juga tidak mengalami kesan negatif keatas kewangan syarikat daripada penggantungan operasi dan gangguan bekalan bahan dan alatan semasa PKP pertama.\n\n\nMalah, pendapatan MN Holdings meningkat daripada RM 65.68 juta pada FYE 2019 kepada RM 68.01 juta pada FYE 2020. Peningkatan ini disumbang terutamanya daripada segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah disebabkan oleh aktiviti pembinaan bagi kontrak tertentu yang sedang berjalan bermula pada FYE 2019 serta kontrak baharu yang diperoleh pada FYE 2020.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan dan keuntungan MN Holdings meningkat secara konsisten dari tahun 2018 hingga 2021. Pendapatan MN Holdings menunjukkan peningkatan dalam tahun kewangan terkini, iaitu dengan RM 115.2 juta berbanding tahun 2020 pada RM 68.01 juta. Tahun 2021 ini juga merupakan rekod pendapatan dan keuntungan tahunan tertinggi di dalam tempoh 4 tahun kewangan pemerhatian.\n\n\nMeskipun pada tahun 2020 negara mengalami wabak pandemik COVID-19, namun pendapatan syarikat masih meningkat jika dibandingkan pada tahun sebelumnya 2019. Namun, keuntungan selepas cukai (PAT) mengalami sedikit penurunan iaitu RM 5.66 juta berbanding RM 6.37 juta pada 2019.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan MN Holdings\n\n\n\n\n\n\nPendapatan diperoleh oleh MN Holdings dibahagikan kepada dua segmen, iaitu segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang. Penyumbang utama pendapatan syarikat adalah daripada kontrak yang diterima daripada dua segmen ini.\n\n\nPada FYE 2020, kenaikan pendapatan banyak disumbangkan daripada dua segmen iaitu RM 54.78 juta untuk segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dan RM 13.23 juta untuk kejuruteraan pencawang. Kenaikan ini diteruskan lagi pada FYE 2021 dengan menjadikan jumlah pendapatan bagi segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah sebanyak RM 92.78 juta dan RM 22.42 juta bagi kejuruteraan pencawang untuk tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan, segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat iaitu sebanyak 80.54%, manakala bagi segmen kejuruteraan pencawang menyumbang 19.46% daripada jumlah keseluruhan pendapatan syarikat MN Holdings.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 17.17 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nModal pelaburan perniagaan\n\n\n5.84\n\n\n34.02\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n4.0\n\n\n23.27\n\n\n\n\n\n\nModal kerja am\n\n\n4.33\n\n\n25.24\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.0\n\n\n17.47\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n17.17\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk modal pelaburan perniagaan syarikat. Modal pelaburan perniagaan sebanyak RM 5.84 juta mewakili 34.02% daripada jumlah dana IPO tersebut akan dimanfaatkan untuk membeli pelbagai mesin dan peralatan iaitu 6 biji mesin HDD, 6 buah lori, 1 mesin pemantauan gas dan 3 biji pump hydraulic elektrik.\n\n\nSelain itu, RM 4 juta iaitu bersamaan 23.27% akan digunakan untuk pembayaran pinjaman bank. Dari segi modal kerja, MN Holdings meperuntukkan RM 4.33 juta iaitu mewakili 25.24% daripada dana IPO untuk bayaran kepada subkontraktor dan pembekal, serta kos penyelenggaran. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri MN Holdings\n\n\nMN Holdings ialah penyedia perkhidmatan pembinaan utiliti infrastruktur dan penyelesaian di Malaysia dengan lebih 13 tahun pengalaman. Operasi perniagaan syarikat dianggap penting untuk menyokong syarikat utiliti dalam meluaskan liputan bekalan kuasa ke kawasan baharu, dan menyediakan bekala kuasa berterusan ke lokasi tertentu.\n\n\nIndustri infrastruktur utiliti kuasa\n\n\nUtiliti ialah perkhidmatan infrastruktur yang disediakan kepada pengguna, seperti elektrik, gas berpaip, air serta perkhidmatan komunikasi. Projek utiliti pula merujuk kepada projek pembinaan di mana reka bentuk, pembinaan, pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur utiliti turut disediakan.\n\n\nSyarikat utiliti biasanya melibatkan syarikat kejuruteraan pihak ketiga seperti MN Holdings Berhad, dimana ia bertujuan untuk melaksanakan reka bentuk dan pembangunan infrastruktur penghantaran dan pengedaran kepada pengguna kediaman. Bukan sahaja pengguna seperti kita, malah pemaju hartanah dan industri besar juga menggunakan perkhidmatan syarikat ini untuk mendirikan pencawang elektrik, memasang saluran paip atau kabel di dalam premis mereka.\n\n\nSaiz industri dan potensi pertumbuhan\n\n\nMenurut laporan IMR, pasaran pembinaan utiliti kuasa di Malaysia berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 12.4% daripada RM 5.7 bilion pada 2016 kepada RM 10.3 bilion pada 2021, berdasarkan pelaburan modal pada penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik.\n\n\nMN Holdings menyediakan perkhidmatannya dalam kedua-dua segmen untuk projek utiliti kuasa di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berdasarkan pelaburan modal yang dinyatakan, pasaran infrastruktur utiliti kuasa di Semenanjung Malaysia dan Sabah meningkat pada CAGR sebanyak 6.1% daripada RM 5.4 bilion pada 2016 kepada RM 7.3 bilion pada 2021.\n\n\nDalam laporan IMR juga ada menyatakan bahawa anggaran sekitar RM 20 bilion akan diperuntukkan dalam perbelanjaan modal bagi penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik di Semananjung Malaysia dan Sabah. Daripada peruntukan tadi, kira-kira RM 11.8 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan modal bagi tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaaan modal untuk penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik di Malaysia. Gambar: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan data dalam prospektus syarikat, penggunaan elektrik di Malaysia meningkat daripada tahun 2015 sehingga 2019. Pada tahun 2020, penggunaan elektrik sedikit menurun disebabkan PKP yang mengakibatkan aktiviti perniagaan terganggu.\n\n\nPenggunaan elektrik adalah pemacu utama bagi industri bekalan elektrik. Justeru, ia juga merangsang pelaburan dalam infrastruktur penjanaan, penghantaran dan pengedaran, di mana MN Holdings turut terlibat. Seperti yang dinyatakan dalam laporan IMR, dalam jangka panjang, permintaan terhadap tenaga elektrik akan terus berkembang didorong daripada pertumbuhan ekonomi masa depan, dasar Kerajaan serta pertumbuhan penduduk.\n\n\nPersaing bisnes\n\n\nMN Holdings melalui 2 anak syarikatnya iaitu Mutu Nusantara Sdn Bhd dan MN Power Transmission Sdn Bhd terlibat dalam industri infrastruktur utiliti kuasa di Malaysia. Kedua-dua anak syarikat merupakan kontraktor G7 yang berdaftar di bawah kategori Bangunan (B), Kejuruteraan Awam (CE) dan Kejuruteraan Mekanikal (ME).\n\n\nAntara persaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan MN Holdings telah disenaraikan dalam prospektus berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing bagi segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah\n\n\n\n\n\n\nPesaing bagi segmen kejuruteraan pencawang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dalam gambar di atas, terdapat pesaingan yang tinggi terhadap sektor infrastruktur utiliti kuasa dalam kalangan pemain industri. Di bawah ini pula adalah perbandingan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam industri sama dengan MN Holdings berdasarkan permodalan pasaran (market cap).\n\n\nAntara syarikat berikut, \nPESTECH\n merupakan pesaing rapat syarikat MN Holdings. MN Holdings mempunyai bisnes segmen yang agak sama dengan syarikat PESTECH. PESTECH ini juga terlibat dalam perkhidmatan dan penyelesaian kejuruteraan utiliti kuasa, pembuatan, pemasangan serta pengujian infrastruktur kuasa elektrik.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam industri sama dengan MN Holdings\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSLVEST\n\n\n667\n\n\n\n\n\n\nPESTECH \n\n\n615\n\n\n\n\n\n\nSAMAIDEN\n\n\n231\n\n\n\n\n\n\nROHAS\n\n\n125\n\n\n\n\n\n\nMNHDLG\n\n\n85.84\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nWalaupun ada penangguhan kerja-kerja semasa PKP pertama, sektor pembinaan utiliti kuasa di Malaysia masih menunjukkan pertumbuhan yang meningkat iaitu pada kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 12.4% daripada RM 5.7 bilion pada 2016 kepada RM 10.3 bilion pada 2021. Seperti yang dinyatakan dalam laporan IMR, pasaran sektor utiliti kuasa ini berkemungkinan dijangka untuk berkembang pada masa akan datang didorong daripada permintaan penggunaan elektrik yang tinggi, peningkatan perbelanjaan modal yang diperuntukkan dan juga pertumbuhan penduduk.\n\n\nMelihat secara keseluruhannya, MN Holdings mencatatkan permodalan pasaran sebanyak RM 85.84 juta. Permodalan pasaran ini agak kecil, jika dibandingkan dengan pesaingnya. Bagi prestasi kewangan pula, syarikat ini menunjukkan pendapatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh dalam laporan tersebut. Kita dapat lihat prestasi ini terus meningkat terutamanya dalam segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah.\n\n\nMelalui IPO ini, MN Holdings menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk menambah mesin dan peralatan syarikat untuk mengembangkan skala projek. MN Holdings juga berhasrat untuk melibatkan diri dalam segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah yang lain, iaitu pengagihan air paip dan pembetungan. Hal ini menunjukkan langkah yang positif oleh syarikat untuk mengembankan lagi perniagaan mereka. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan selepas penyenaraian di Bursa Malaysia.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/merancang-pelaburan-dengan-rule-of-72", "title": "Merancang Pelaburan dengan Rule of 72", "body": "Di dalam pelaburan, \nRule of 72\n merupakan satu kaedah mudah untuk membuat anggaran kasar berapa tahun yang diperlukan untuk sesuatu pelaburan menjadi sekali ganda berdasarkan kadar pulangan tahunan yang tetap.\n\n\nRule of 72\n juga boleh digunakan untuk membuat anggaran kepada sesuatu yang boleh berkembang dengan eksponen (\nexponential growth) \nseperti kadar pertumbuhan negara (GDP), kadar populasi sesebuah negara ataupun sesuatu yang boleh menurun dengan eksponen \n(expontential decay) \nseperti kesan inflasi terhadap kuasa beli pengguna.\n\n\nFormula pengiraan\n\n\n\n\nUntuk mengetahui berapa tahun yang diperlukan untuk pelaburan tersebut menjadi sekali ganda, caranya adalah 72 dibahagikan dengan kadar pulangan tahunan sesuatu pelaburan.\n\n\nAplikasi Rule of 72 dalam kehidupan\n\n\nPelaburan\n\n\nContoh mudah, sekiranya kita mempunyai pelaburan bernilai RM 10,000 dan pulangan pelaburan adalah 6% setiap tahun, maka untuk jumlah tersebut menjadi sekali ganda, ia akan mengambil masa selama 12 tahun. (72/6 = 12).\n\n\nSebagai pembandingan, mari kita lihat gambar rajah di bawah:\n\n\n\n\nBoleh dirumuskan bahawa semakin tinggi kadar pulangan tahunan, semakin cepat nilai pelaburan tersebut menjadi sekali ganda. Kita juga boleh lihat bahawa walaupun peratusan pulangan hanya berbeza 2% di antara satu sama lain, jurang tahun untuk pelaburan menjadi berganda adalah besar.\n\n\nContohnya, perbezaan kadar pelaburan menjadi sekali ganda antara 4% dan 6% adalah sebanyak 6 tahun. Namun begitu, semakin tinggi peratusan meningkat iaitu selepas 8% peratus dan keatas, jurang perbezaan tahun untuk pelaburan berganda semakin mengecil.\n\n\nAdakah Rule of 72 tepat?\n\n\nRule of 72\n tepat untuk kadar pulangan yang rendah iaitu antara 6% hingga 10%. Jika kadar pulangan semakin tinggi, ketepatan akan semakin menurun.\n\n\nJadual di bawah membandingkan data \nRule of 72\n dengan data sebenar untuk pelaburan menjadi sekali ganda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeratus Pulangan\n\n\nRule of 72 (Tahun)\n\n\nTahun Sebenar\n\n\nPerbezaan Tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2%\n\n\n36.0\n\n\n35.0\n\n\n1.0\n\n\n\n\n\n\n3%\n\n\n24.0\n\n\n23.45\n\n\n0.6\n\n\n\n\n\n\n5%\n\n\n14.4\n\n\n14.21\n\n\n0.2\n\n\n\n\n\n\n7%\n\n\n10.3\n\n\n10.24\n\n\n0.0\n\n\n\n\n\n\n9%\n\n\n8.0\n\n\n8.04\n\n\n0.0\n\n\n\n\n\n\n12%\n\n\n6.0\n\n\n6.12\n\n\n0.1\n\n\n\n\n\n\n25%\n\n\n2.9\n\n\n3.11\n\n\n0.2\n\n\n\n\n\n\n50%\n\n\n1.4\n\n\n1.71\n\n\n0.3\n\n\n\n\n\n\n72%\n\n\n1.0\n\n\n1.28\n\n\n0.3\n\n\n\n\n\n\n100%\n\n\n0.7\n\n\n1\n\n\n0.3\n\n\n\n\n\n\n\n\nInflasi\n\n\nInflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Kadar inflasi pula ialah ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, jika kadar inflasi sesebuah negara ialah 2%, bermaksud perbelanjaan purata individu atas barangan utama dan perkhidmatan telah meningkat pada kadar 2% sepanjang tempoh setahun.\n\n\nPada setiap bulan, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengeluarkan data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP). Untuk Jun 2021, IHP meningkat 3.4% berbanding tempoh yang sama dari tahun sebelum ini.\n\n\nAntara penyumbang utama kepada kenaikan inflasi keseluruhan negara adalah:\n\n\n\n\nKumpulan Pengangkutan (16.6%)\n\n\nPerumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (3.2%)\n\n\nHiasan,Perkakasan dan Penyelenggaran Isi Rumah (2.0%)\n\n\nMakanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.3%)\n\n\n\n\nPada April 2021, kadar inflasi di Malaysia dilaporkan melonjak kepada 4.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan tertinggi sejak 2018.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nApakah kepentingan data inflasi kepada pelabur?\n\n\nJika pelaburan kita boleh berkembang sekali ganda dalam tempoh tertentu, maka inflasi juga boleh berlaku sebegitu kerana sifat pelaburan dan inflasi hampir sama iaitu berkembang secara eksponen.\n\n\nSebagai contoh, kadar inflasi adalah 2%. Pada tahun ini, kita membeli beberapa barangan keperluan harian dengan harga RM 100. Namun setelah 36 tahun (72/2 = 36 tahun), dengan menggunakan modal yang sama, kita hanya mampu membeli separuh sahaja barangan keperluan asas berbanding dahulu. Oleh itu, nilai wang yang kita ada sekarang adalah berbeza pada masa akan datang.\n\n\nDi dalam pelaburan pula, jika pelaburan kita boleh memberi pulangan 7% setiap tahun, maka untuk tahu nilai sebenar pelaburan kita pada waktu akan datang, peratusan pulangan hendaklah ditolak dengan kadar inflasi. Maka, jumlah nilai pulangan sebenar adalah (7%-2%) = 5%.\n\n\nDi bawah menunjukkan kiraan dan graf nilai sebenar pulangan pelaburan jika pulangan tahunan pelaburan adalah 7% dan kadar inflasi adalah 2%.\n\n\n\n\nBerdasarkan graf di atas, setelah kesan inflasi diambil kira, pulangan pelaburan yang akan diterima iaitu sebanyak RM 38 ribu pada masa akan datang adalah bernilai sebanyak RM 26 ribu pada masa sekarang.\n\n\nApa yang boleh dipelajari?\n\n\nMula sekarang\n\n\nRule of 72 memberi gambaran walaupun perbezaan sekecil 1% contohnya peratus pulangan tahunan di dalam pelaburan, ia memberi kesan besar untuk tempoh pelaburan tersebut menjadi berganda.\n\n\nSelain itu, amat penting untuk kita membuat perancangan kewangan, menggariskan keperluan dan kehendak dan membuat pelaburan untuk menghadapi cabaran inflasi.\n\n\nJika ditanya, bilakah waktu sesuai untuk melabur?\u00a0Jawapannya adalah sekarang. Terdapat banyak jenis pelaburan yang kita boleh sertai seperti membuat simpanan di KWSP, Tabung Haji, ASB, pelaburan emas ataupun membuat pelaburan di Bursa Malaysia.\n\n\nKita perlu memastikan pulangan pelaburan kita itu lebih tinggi dari kadar inflasi yang dijangkakan agar kita dapat menjalani kehidupan yang selesa terutamanya di waktu bersara kelak.\n\n\nMenganalisa pelaburan\n\n\nUntuk seseorang yang melabur di pasaran saham, ilmu pelaburan sangatlah penting untuk berjaya. Pelabur perlu mempunyai trading plan supaya sasaran keuntungan tercapai serta dapat meminimakan risiko kerugian.\n\n\nDisebabkan tiada siapa yang akan memberi tahu berapa pulangan kita setiap tahun, pelabur seeloknya mengambil inisiatif untuk membuat jurnal pelaburan seperti berapa pulangan pelaburan setiap bulan supaya kita dapat mengetahui kedudukan pelaburan kita. Ini untuk mengelakkan wang yang kita labur menjadi lebur.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nPortal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia\n\n\nBerita Harian\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mi-technovation-bakal-memasuki-pasaran-bahan-semikonduktor", "title": "Mi Technovation Bakal Memasuki Pasaran Bahan Semikonduktor", "body": "Sejak tersenarai pada 2018 lagi, \nMi Technovation\n ketika ini menjalani pelan 10 tahun untuk mencapai matlamat mereka supaya dapat menjadi bisnes yang mampan dalam jangka panjang. Penggal pertama adalah dari 2019 hingga 2023. Yang kedua adalah dari 2024 hingga 2028. Dalam 10 tahun ini, pelbagai perkara perlu dibangunkan seperti fasiliti, produk, dan bisnes di serata dunia, terutamanya di Taiwan, China dan Korea.\n\n\nMi apa? Mi Technovation\n\n\nPertama sekali, kita boleh fahamkan aktiviti perniagaan Mi dengan memahami bahawa komponen semikonduktor kini \nmenjadi semakin kecil\n. Satu teknologi yang ada di sebalik pengecilan komponen ini ialah WLCSP, iaitu \nWafer Level Chip Scale Package\n.\n\n\n\n\n\n\nWLCSP bersaiz lebih kecil dari teknologi lebih lama. Gambar: EETimes\n\n\n\n\n\n\nDengan teknologi ini, sesebuah cip semikonduktor akan melalui proses packaging semasa masih berada di atas wafer. Bahan substrate akan diletakkan di atas wafer, mencipta perumah untuk packaging, dan kemudiannya cip akan dipotong mengikut saiz. Oleh itu, ia menghasilkan \nchip scale package\n, iaitu packaging semikonduktor bersaiz cip pada \nwafer level\n iaitu ketika masih di atas wafer.\n\n\nPeralatan Semikonduktor WLCSP\n\n\nRantaian nilai semikonduktor\n boleh dibahagi kepada 2, iaitu \nfront-end\n, fasa pembuatan cip di atas wafer, dan \nback-end\n, fasa \nchip packaging\n. Mi terlibat dalam back-end untuk bekalan peralatan semikonduktor untuk packaging.\n\n\n\n\nPeralatan yang dimaksudkan secara khususnya adalah mesin penyusun dan pemeriksaan WLCSP, mesin yang menyusun dan juga yang dilengkapi dengan teknologi pemeriksaan potongan cip yang berautomasi. Mereka mengkaji trend teknologi global, membuat rekabentuk peralatan, jualan dan seterusnya pengeluaran. Sebahagian kerja pengeluaran juga diberikan kepada subcon tempatan.\n\n\nArah tuju bisnes\n\n\nDalam industri semikonduktor, ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk proses packaging untuk komponen semikonduktor. Antaranya, Wire Bonding, leadframe, heterogenous integrated packaging dan sebagainya. WLCSP adalah salah satu kaedah packaging yang juga termasuk dalam kategori advanced packaging, dan ia merupakan teknologi yang mula diperkenalkan menjelang tahun 2010.\n\n\nDalam industri semikonduktor, mereka menumpukan pada packaging WLCSP dalam perkhidmatan umum. Maksudnya, mana-mana syarikat yang menggunakan teknologi WLCSP ini berkemungkinan akan mendapati peralatan Mi membantu dalam aktiviti perniagaan mereka. Selain penjualan peralatan, mereka juga ingin menawarkan bahan (material) dan kimia (chemical) untuk semikonduktor.\n\n\n\n\n\n\nSilicon Carbide, antara bahan digunakan untuk membuat semikonduktor. Gambar: USGS\n\n\n\n\n\n\nBahan dan kimia ini juga banyak digunakan dalam proses pengeluaran semikonduktor, sama ada untuk pembuatan wafer atau untuk packaging. Menurut CEO, adakalanya syarikat yang menawarkan produk ini juga kehabisan stok. Maka, strategi yang mereka lihat adalah untuk memasukkan bahan dan kimia ini ke dalam barisan produk untuk menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh.\n\n\nSegmen produk\n\n\nDalam laporan tahunan 2020, Mi melaporkan dua segmen pendapatan, iaitu unit perniagaan peralatan semikonduktor (SEBU) dan automasi dan robotik (ARBU). Bahan semikonduktor (SMBU) merupakan segmen yang akan dimulakan tak lama lagi.\n\n\nSegmen peralatan semikonduktor menyumbangkan sebahagian besar pendapatan syarikat. Dalam laporan suku tahunan, dikatakan segmen ini akan digabungkan dengan segmen ARBU menjelang pertengahan suku kedua 2021. Segmen ini nanti dijangka akan menyumbangkan sebanyak 70% kepada pendapatan keseluruhan untuk tahun penuh 2021 dengan kadar pertumbuhan dua angka (double digit growth).\n\n\n\n\nDalam barisan produk segmen peralatan, Mi menawarkan \nbeberapa siri produk\n: Mi Series, Ai Series, Si Series, dan Vi Series. Setiap siri produk ini berfungsi seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSiri Produk\n\n\nFungsi\n\n\n\n\n\n\nMi Series\n\n\nPenyusunan \"die\" dari wafer ke carrier tape (untuk pelbagai proses lanjut) dalam proses assembly dan packaging\n\n\n\n\n\n\nVi Series\n\n\nSistem pemeriksaan semikonduktor dilengkapi dengan sistem laser\n\n\n\n\n\n\nAi Series\n\n\nPeralatan die bonding yang membolehkan \"die\" disatukan dengan packaging\n\n\n\n\n\n\nSi Series\n\n\nSistem pemeriksaan akhir dan berautomasi di bawah arus dan voltan tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahan dan kimia semikonduktor merupakan segmen yang penting dalam rantaian nilai industri semikonduktor dengan permintaan yang stabil. Pasaran ini mencatatkan pendapatan global sebanyak USD 55.3 bilion pada 2020 dengan peningkatan 4.9% berbanding USD 52.9 bilion pada 2018. Mi meyakini bahawa produk ini akan menjadi pilihan yang tepat ke dalam barisan produk mereka dan dapat menambah baik pendapatan syarikat. Segmen ini pula dijangka menyumbang sebanyak 30% kepada pendapatan keseluruhan 2021, juga dengan kadar pertumbuhan dua angka.\n\n\nPrestasi Kewangan\n\n\nSyarikat mencatatkan pendapatan yang lebih besar pada tahun 2020 berbanding 2019 dengan anggaran 20% peningkatan. Namun, keuntungan berkurang sebanyak 9.2% berbanding tahun sebelumnya. Di sini, CEO mengingatkan semula bahawa mereka berada dalam fasa pengembangan perniagaan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Mi, Laporan Tahunan 2020\n\n\n\n\n\n\nMereka ingin meluaskan tawaran perkhidmatan mereka di serata kawasan tumpuan seperti di Taiwan, China, Korea Selatan dan Malaysia. Pusat kejuruteraan pertama mereka di luar negara telah dibina di Taiwan pada tahun 2019, diikuti dengan Korea awal 2020. Penapakan di China pula dikatakan akan siap menjelang suku kedua 2021.\n\n\nDalam perkembangan terbaru, syarikat telah mengambilalih syarikat Accurus Scientific yang berpangkalan di Taiwan. Accurus mempunyai rangkaian di pelbagai negara Asia, dengan pasaran utama di Taiwan dan China. Pengambilalihan ini membolehkan Mi untuk \nmenawarkan produk bahan semikonduktor\n kepada pelanggan mereka. Khususnya, Accurus mempunyai teknologi pengeluaran solder sphere yang digunakan untuk die bonding.\n\n\nPelbagai perkembangan yang diperlukan untuk memberikan pendapatan yang mampan, dan ianya memerlukan belanja yang banyak. Namun, pihak pengurusan juga berusaha untuk tidak mengorbankan keuntungan syarikat untuk menjaga kepentingan pelabur. Oleh itu, mereka menyatakan hasrat untuk mengekalkan kedudukan kewangan dalam keadaan baik dalam fasa pengembangan perniagaan ini.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMi telah membuktikan kebolehan mereka sebagai pengeluar peralatan semikonduktor yang bagus. Ini dapat dibuktikan dengan pelanggan mereka yang terdiri daripada syarikat \nOSAT\n seperti \nInari\n, \nUnisem\n, dan juga pelbagai syarikat IDM. Strategi mereka untuk menawarkan bekalan bahan dan kimia semikonduktor dilihat sebagai hala tuju yang baik kerana dapat memberikan sinergi dalam bidang kepakaran mereka. Mereka juga menyatakan keyakinan dalam strategi yang bakal dijalankan.\n\n\nNamun, kita masih perlu lihat sama ada strategi ini dapat menunjukkan kejayaan. Produk bahan dan kimia semikonduktor ini mungkin memerlukan pegangan stok barangan jualan dalam jumlah tertentu. Tiada jaminan juga sekiranya syarikat boleh menjana keuntungan yang besar dari segmen yang akan dijalankan ini. Pun begitu, syarikat telah menyatakan bahawa pendapatan dari segmen ini akan bersifat stabil dan menaikkan tahap pendapatan.\n\n\nPenafian: Artikel ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang team iSaham pelajari tentang syarikat ini. Sebarang penilaian positif atau negatif haruslah dipertimbangkan oleh pelabur sendiri untuk membuat keputusan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/minox-pengedar-komponen-keluli-tahan-karat", "title": "Minox - Pengedar Komponen Keluli Tahan Karat", "body": "\n\n1. Butiran IPO syarikat Minox\n\n\n\n\n2. Latar belakang perniagaan syarikat\n\n\nMinox merupakan syarikat yang terlibat dalam pengedaran komponen keluli tahan karat termasuk injap, tiub dan kelengkapan, komponen dan peralatan pemasangan dan hos getah di bawah jenama MINOX\u00ae dan produk lain yang berkaitan. Produk-produk ini digunakan secara khusus dalam industri makanan dan minuman (F&B), semikonduktor dan farmaseutikal.\u00a0\n\n\nModel perniagaan syarikat Minox adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n3. Prestasi kewangan syarikat\n\n\nDari tahun 2019 sehingga tahun 2021, syarikat Minox mencatatkan keuntungan walaupun terdapat penurunan dalam pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\n\n\nSegmen produk tiub dan kelengkapan dan injap merupakan pendapatan utama syarikat yang menyumbang lebih 85% daripada jumlah pendapatan.\u00a0\n\n\n\n\n4. Pelanggan utama syarikat\n\n\nMinox mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan syarikat sehingga tempoh kewangan Jun 2022. Daripada lima pelanggan ini, Kumpulan GEA merupakan pelanggan utama teratas yang mampu menyumbang sehingga 11.8% diikuti dengan Kumpulan Tetra Pak yang konsisten menyumbang sehingga 4.6% kepada pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n5. Penggunaan dana daripada IPO\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk pembangunan dan penggunaan produk termasuk kelengkapan vakum dan injap untuk industri semikonduktor, pembinaan gudang untuk mengembangkan kapasiti penyimpanan dan menubuhkan gudang baharu di Singapura untuk menyimpan inventori dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan luar negara.\u00a0\n\n\nSelain itu, ia juga akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan peruntukan modal kerja am untuk menambah dana sedia ada.\u00a0\n\n\n\n\n\u00a06. Kelebihan daya saing\n\n\nSelain mereka mempunyai reputasi yang kukuh dan pelbagai produk sanitari yang memenuhi piawaian antarabangsa, Minox juga mampu untuk mengedar produk mereka di dalam dan luar negara. Produk mereka juga dapat digunakan melalui industri yang pelbagai. Hal ini dapat dilihat melalui rekod prestasi Minox yang baik dengan pelanggan akhir industri selama lebih 24 tahun. Sehingga 30 November 2022, Minox mempunyai pangkalan pelanggan kira-kira 1,300 pelanggan aktif dan berulang, di mana majoriti pelanggan ini datang daripada industri F&B.\n\n\n7. Strategi perniagaan dan masa depan syarikat\n\n\nBagi mengukuhkan lagi kedudukan Minox di pasaran, mereka ingin mengembangkan kepelbagaian produk mereka di bawah jenama mereka sendiri untuk memenuhi keperluan pelanggan dan memperluaskan lagi aktiviti perniagaan mereka untuk produk kelengkapan vakum dan injap yang dipertingkatkan.\n\n\nDi samping itu, Minox juga berhasrat untuk mengembangkan lagi pasaran mereka dalam industri semikonduktor di Singapura dengan memanfaatkan kos purata yang lebih rendah bagi setiap unit produk sanitari yang dihantar dari Singapura. Berdasarkan kajian mereka, industri ini dapat memberi pertumbuhan yang positif secara keseluruhan. Untuk memastikan strategi ini berjaya, Minox merancang untuk membina gudang baharu di Singapura yang akan memberi kapasiti tambahan untuk menyimpan produk injap dan kelengkapan vakum yang baharu dan menyimpan inventori. Setakat ini, mereka mempunyai tiga gudang di Singapura.\u00a0\n\n\n8. Risiko kebergantungan terhadap pembekal\n\n\nSyarikat Minox mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pengeluar atau pembekal bagi produk mereka dan tidak mempunyai perjanjian jangka panjang dengan mereka dan ia boleh menimbulkan risiko terhadap operasi perniagaan Minox Tambahan pula, pengeluar atau pembekal mereka bertanggungjawab ke atas sumber bahan mentah iaitu keluli tahan karat. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah akan membawa peningkatan kepada kos pembelian.\u00a0\n\n\nSelain itu, Minox juga tidak mempunyai kontrak jangka panjang dengan pelanggan mereka kerana jualan produk adalah berdasarkan pesanan pembelian dan keperluan. Oleh yang demikian, ia boleh menyumbangkan kepada ketidaktentuan terhadap prestasi kewangan syarikat secara keseluruhan pada masa akan datang.\u00a0\n\n\n9. Perbincangan\n\n\nSyarikat Minox merupakan syarikat yang terlibat dalam pengedaran produk kelengkapan sanitari di bawah jenama mereka sendiri yang memberi fokus dalam industri F&B, semikonduktor dan farmaseutikal. Walaupun pendapatan syarikat menurun, Minox masih mencatat keuntungan sehingga tahun 2021. Dengan kelebihan daya saing mereka, ia dapat membantu strategi perniagaan mereka untuk mengembangkan pasaran di Singapura.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/model-bisnes-dan-budaya-yang-diamalkan-di-greatech", "title": "Model Bisnes dan Budaya yang Diamalkan di Greatech", "body": "Greatech terlibat dalam penyediaan perkhidmatan sistem pengeluaran kilang. Selain sebuah sistem kilang lengkap, mereka juga menawarkan khidmat pemeriksaan, pemasangan dan lain-lain. Pelanggan mereka terdiri daripada syarikat solar dan EV. Dalam keputusan kewangan 2020, syarikat telah menunjukkan peningkatan 20% keuntungan berbanding tahun sebelumnya walaupun dalam keadaan wabak Covid-19.\n\n\nDalam post kali ini, kita akan lihat bagaimana syarikat ini diuruskan. Penulisan ini adalah berdasarkan apa yang dibincangkan dalam AGM Greatech yang berlangsung pada 21 Mei 2021.\n\n\n1. Kebolehan Greatech\n\n\nSebelum kita bercakap lebih dalam tentang Greatech, mari kita lihat terlebih dahulu apa kebolehan syarikat ini. Pertama sekali, mereka mampu reka sebuah sistem pengeluaran, atau Production Line System (PLS). Secara umumnya, sistem ini membolehkan sesebuah kilang berfungsi dengan lebih cekap dalam memproses bahan asas kepada barangan akhir, atau separa akhir. Mereka menawarkan produk dan perkhidmatan ini ke industri yang pelbagai di mana pelanggan mereka merupakan syarikat Fortune 500.\n\n\n\n\nSelain sistem pengeluaran kilang, mereka juga mempunyai Single Automated Equipment, iaitu modul peralatan berasingan untuk kegunaan semikonduktor, bateri dan solar. Mereka juga menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggan sedia ada dengan khidmat kejuruteraan. Sementara itu juga, mereka menawarkan pilihan penaiktarafan untuk meningkatkan produktiviti dan kepantasan peralatan.\n\n\n2. Nilai teras\n\n\n6 Nilai teras yang menjadi pegangan dan budaya di Greatech ialah Integrity, Innovation, Performance, Customer Satisfaction, Care & Respect dan Teamwork. CEO, Tan Eng Kee tidak menghuraikan satu-satu nilai ini secara terperinci. Berkemungkinan ada beberapa nilai ini menjelaskan dirinya sendiri dari istilah yang digunakan. Antara huraian yang disebut dengan lebih mendalam ialah Innovation ataupun inovasi. Syarikat percaya bahawa inovasi bukan hanya perlu dibuat pada peringkat produk atau rekabentuk, malah juga perlu pada peringkat bisnes itu sendiri.\n\n\n\n\nGreatech juga meletakkan Care & Respect pada pekerja mereka kerana inilah aset mereka untuk mencapai kejayaan yang boleh terlihat sekarang. Dari segi Teamwork pula, mereka meyakini bahawa pekerja pada semua peringkat adalah diperlukan bagi menjayakan syarikat. Slogan yang mereka bawa ialah \"Together we create possibilities\", \"Bersama kita cipta kemungkinan\". Slogan ini masih lagi dan akan kekal menjadi tunjang kepada kejayaan syarikat untuk masa yang akan datang.\n\n\n3. Pelan Strategik\n\n\nDalam 20 tahun lagi, Greatech akan dipacu oleh perancangan utama ini yang digariskan oleh CEO.\n\n\n\n\nPembangunan produk teras\n\n\nPemelbagaian produk dan pasaran\n\n\nPenggabungan dan pengambilalihan\n\n\n\n\n80% tenaga kerja diperuntukkan untuk membangunkan dan menambahbaik produk teras mereka. Ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pemain pasaran dalam industri yang diceburi.\n\n\nMereka tidak menumpukan kepada produk sedia ada sahaja. Untuk tidak terlepas dari teknologi lain yang juga berpotensi membawa permintaan kepada syarikat, 20% tenaga kerja diperuntukkan dalam pemelbagaian produk. Produk yang diteroka ini haruslah suatu teknologi baru dan muncul sebagai teknologi penting di masa akan datang.\n\n\nSeterusnya, satu strategi yang biasa terdapat dalam perkembangan bisnes ialah penggabungan atau pengambilalihan syarikat. Mereka akan mencari syarikat yang mempunyai bahagian pasaran yang bagus atau kepakaran yang tinggi untuk dijadikan sebahagian daripada Greatech. Buat masa ini, Tan menyatakan bahawa mereka akan menumpukan pada syarikat Amerika dan Eropah. Greatech telah pun meneliti pelbagai syarikat dalam tempoh 9 bulan kebelakangan, namun belum berjumpa dengan sebuah keputusan.\n\n\n4. Pemacu kejayaan\n\n\nPerkara yang dapat membawa Greatech ke arah kejayaan syarikat antaranya adalah buku pesanan yang boleh terlihat kini. Buku pesanan atau order book Greatech terbaru mencatatkan RM 351 juta iaitu 63% lebih banyak berbanding tahun lepas pada awal 2020.\n\n\nSyarikat berniat untuk kekalkan margin keuntungan pada sekurang-kurangnya 30%. Ia sememangnya bukanlah suatu yang mudah. Untuk mencapai margin ini, syarikat perlu lebih selektif dalam memilih pelanggan mereka. Ini juga adalah untuk memastikan kualiti kerja yang tinggi dicapai untuk diberikan kepada pelanggan.\n\n\nGreatech memegang tunai yang banyak iaitu RM 103.23 juta pada FY 2020. Namun, apabila ditanya, Tan mengatakan tidak mempertimbangkan untuk memberikan dividen sehinggalah 2023. Beliau menyatakan mempunyai banyak perancangan untuk masa depan syarikat, dan tunai ini akan digunakan untuk aktiviti berkaitan untuk syarikat.\n\n\n5. Industri utama\n\n\nGreatech melibatkan dirinya dalam 4 industri utama, iaitu solar, simpanan tenaga, semikonduktor dan sensor, dan sains hayat. Daripada 4 industri ini, kita dapat lihat lebih banyak sumbangan nilai dalam buku pesanan bernilai RM 293 datang dari solar dan EV iaitu masing-masing sebanyak 25% dan 73%. Selebihnya, yang lain menyumbang 2%.\n\n\n\n\nDalam AGM, Tan menjelaskan bilangan pelanggan sedia ada dan sasaran untuk masa depan. Buat masa ini, segmen industri sains hayat dan semikonduktor bergerak agak perlahan. CEO juga menyebut bahawa industri sains hayat ini adalah suatu yang beliau percaya akan menjadi paling menguntungkan dalam jangka panjang.\n\n\n6. Produk baru 2021\n\n\nDalam pelan strategik di poin nombor 3 tadi disebut tentang pemelbagaian produk dan pasaran. 20% tenaga kerja diperuntukkan dalam penerokaan produk ini. Dalam AGM baru ini, Tan menyatakan 2 produk baru yang sedang dalam pembangunan iaitu substrate dan optik. Status pembangunan produk ini masing-masing telah mencapai 95% dan 90%.\n\n\nProduk ini kemudiannya akan melalui fasa percubaan. Maklumat lebih lanjut tentang produk mereka ini dikatakan akan menyusul lebih banyak pada suku ketiga tahun ini. Tan juga menyatakan terdapat produk baru yang akan dibangunkan dalam 2022.\n\n\n7. Pelaburan R&D dan umum\n\n\n\n\nGreatech telah melaburkan RM 9.3 juta untuk aktiviti R&D pada tahun 2020. Pelaburan R&D ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berevolusi, pertumbuhan portfolio produk dan inovasi yang berterusan. Untuk tahun 2021 pula, Greatech menjangka RM12 juta akan dibelanjakan untuk aktiviti R&D ini.\n\n\nSecara umum pula, Greatech telah mengeluarkan pelaburan untuk penapakan fasiliti berukur 16,000 kaki persegi di Michigan, Amerika untuk peluang pertumbuhan dalam segmen produk PLS. Setakat ini, perkembangan baik dapat dilihat melalui projek baru dengan sebuah pengeluar EV di Amerika yang menurut berita dikenali sebagai Atlis. Tan yakin bahawa pelaburan di Michigan ini dapat memberikan pulangan modal atau memberi keuntungan pada tahun pertama operasi.\n\n\nDi Ireland, perkembangan untuk industri sains hayat adalah agak perlahan. Namun begitu, Tan menyatakan untuk membelanjakan lebih banyak modal di sini dalam masa akan datang.\n\n\n\n\n\n\nKilang baru Greatech di Batu Kawan. Gambar: Kok Construction\n\n\n\n\n\n\nSyarikat juga meletakkan pelaburan untuk fasiliti baru di Batu Kawan Industrial Park, BK1 dan BK2 di Pulau Pinang. Sebanyak RM 19.2 juta dilaburkan sejak Mei 2020 untuk pembinaan fasiliti BK1 yang berukur sebesar 130,000 kaki persegi bangunan dua tingkat. Sebidang tanah yang berhampiran juga telah diperoleh pada Januari 2021 untuk membina fasiliti BK2 yang akan berukuran 230,000 kaki persegi.\n\n\nFasiliti ini akan membolehkan pemindahan fasiliti syarikat sebelum ini di Lunas dan meletakkan fasiliti baru ini di kawasan tumpuan operasi. Fasiliti BK1 ini akan digunakan untuk pengeluaran bahagian mesin dan komponen. BK2 ini pula akan digunakan untuk khidmat rekabentuk kejuruteraan, pemasangan dan juga pengurusan. Dengan pelaburan yang dibuat untuk fasiliti Batu Kawan ini, kos overhead yang berulang dapat dikurangkan.\n\n\n8. Inisiatif bakat global\n\n\nSeperti yang disebut sebelum ini, Greatech meletakkan nilai yang tinggi pada pekerja sebagai aset mereka. Untuk memastikan kelangsungan syarikat pula, Tan membentuk Greatech untuk mempunyai pelan pewarisan (succession plan) pada semua peringkat. Semua tahap pekerja perlu mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan dalam aspek ini - Integrity, Education, Leadership, Knowledge dan Experience.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Greatech\n\n\n\n\n\n\nSekarang ini, Greatech sedang giat mencari pekerja. Ketika ini, 50% tenaga kerja mereka terdiri daripada jurutera sama ada rekabentuk, perisian, mekanikal, dan vision. Bilangan terkini yang disebut dalam AGM ialah 585 orang pekerja, dan mereka ingin mencapai angka 800 menjelang tahun ini. Ia mungkin tidak mustahil kerana dikatakan 80% daripada sasaran ini telah pun dicapai.\n\n\n9. Kedudukan Greatech hari ini\n\n\nTan Eng Kee menyambung perkongsiannya dalam AGM baru ini dengan kedudukan Greatech dalam pasaran industri. Buat masa ini, Greatech hanya dapat mengaut hanya RM 261 juta daripada pasaran, sedangkan pesaing di syarikat \"A\" dapat mengaut sehingga RM 5.6 bil. Oleh itu, Greatech adalah sangat dahagakan bahagian pasaran yang lebih besar.\n\n\n\n\nDengan perbandingan 4 pesaing lain, 2 di Amerika dan 2 di Eropah, Tan tidak selesa dengan kedudukan sekarang. Menurut beliau, pelbagai usaha yang sedang dijalankan bagi mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran. Dengan usaha yang dibuat ini, beliau menjangka 2023 akan menjadi tahun yang bagus untuk Greatech.\n\n\nKesimpulan\n\n\nBerdasarkan pembentangan AGM baru ini, sukar dinafikan bahawa Greatech merupakan sebuah syarikat dengan matlamat yang jelas. Ini jelas dibawa oleh CEO, Tan Eng Kee yang ingin menjadikan Greatech sebuah syarikat yang lebih berkembang maju. Beliau dikatakan tidak menyangka pun akan bergelar jutawan, malah disenaraikan di Forbes sebagai terkaya Malaysia. Fokus beliau diberikan sepenuhnya terhadap syarikat. Dalam AGM ini, kita dapat lihat bagaimana beliau ingin menetapkan sebuah tahap kecekapan pekerja dengan \"succession plan\" pada setiap peringkat.\n\n\nPenafian: Penulisan ini adalah berdasarkan apa yang dibincangkan dalam AGM Greatech pada 21 Mei 2021. Sebarang penilaian positif atau negatif haruslah dipertimbangkan oleh pelabur sendiri untuk membuat keputusan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mohon-rights-issue-secara-online-dengan-erights-bursa-anywhere", "title": "Mohon Rights Issue Secara Online dengan eRights Bursa Anywhere", "body": "Bursa Anywhere adalah sebuah aplikasi keluaran Bursa Malaysia untuk memudahkan pengurusan CDS. Terdapat pelbagai ciri yang telah diperkenalkan sebelum ini, antaranya \npemantauan secara umum\n, \npemindahan saham\n dan \npengaktifan semula akaun\n. Kini, eRights diperkenalkan di aplikasi ini untuk memudahkan lagi proses permohonan rights issue.\n\n\nApakah eRights\n\n\neRights bukanlah suatu perkhidmatan yang baru. Sejak 2013 lagi, perkhidmatan ini telah pun dilancarkan dan boleh dibuat melalui ATM dan perkhidmatan online melalui website bank yang berkenaan. Namun, perkhidmatan ini kini dibawa lebih dekat kepada pengguna ke peranti paling mudah alih iaitu smartphone kita. Kini, pelabur tidak lagi perlu pergi ke ATM untuk proses ini.\n\n\n\n\neRights di Bursa Anywhere\n\n\nUntuk menggunakan eRights ini, anda cuma perlu muat turun aplikasi Bursa Anywhere dan berdaftar sebagai pengguna. Perkhidmatan eRights ini akan terpapar dalam bahagian \nMy Services\n. Dari perkhidmatan ini, ada dua tindakan yang anda boleh buat. Pertamanya ialah untuk menghantar permohonan, lagi satu pula ialah untuk melihat permohonan yang lalu. Sekiranya akaun CDS anda tidak mempunyai apa-apa perkara yang berkaitan untuk eRights, maka tiada apa maklumat lanjut yang akan dipaparkan.\n\n\nPerkara yang tertakluk kepada eRights antaranya ialah \nsaham yang mempunyai akhiran -OR atau -PR\n yang membawa maksud ordinary rights dan preference rights. Ordinary rights adalah hak untuk mendapatkan saham biasa iaitu saham induk syarikat. Preference rights pula adalah hak untuk mendapatkan \nsaham keutamaan\n yang tidak memberikan anda kuasa mengundi, tapi memberikan anda keutamaan menerima dividen. Saham keutamaan ini mempunyai simbol saham syarikat diikuti dengan akhiran -PA, -PB dan seterusnya.\n\n\nSelain OR dan PR, syarikat juga boleh menawarkan hak untuk waran dan saham pinjaman iaitu WR dan LR.\n\n\n\n\n\n\nSaham keutamaan yang mengikut simbol saham induk dan diakhiri dengan -PA, -PB.\n\n\n\n\n\n\nDalam pengumuman syarikat berkaitan rights issue yang dikeluarkan, mereka akan memberitahu sama ada unit hak pegangan itu boleh ditukar kepada saham biasa atau keutamaan. Sekiranya anda ingin menukarkan hak ini kepada saham yang dicadangkan, anda boleh teruskan permohonan dengan pilihan \nSubmit Application\n. Kami belum pernah cuba ciri eRights melalui aplikasi Bursa Anywhere, maka tiada paparan lanjut yang dapat kami tunjukkan selain perjalanan untuk sampai ke pilihan pelaksanaan rights issue ini.\n\n\n\n\nNamun, prosedur eRights menggunakan bank menyatakan anda perlu mengisi borang berkaitan dan seterusnya membuat bayaran untuk pelaksanaan rights issue ini. Kami beranggapan prosedur ini adalah sama. Ia tidak memerlukan borang fizikal, pembayaran boleh dibuat secara online dan tiada proses penghantaran fizikal yang terlibat.\n\n\nTerdapat kemungkinan mesej \nerror\n keluar akan setelah memasuki menu Submit Application walaupun anda mempunyai saham hak dalam penyata. Kemungkinan ini adalah disebabkan syarikat itu sendiri yang tidak tertakluk kepada perkhidmatan eRights. Sekiranya anda mempunyai permasalahan seperti ini, boleh hubungi Bursa Anywhere melalui emel di \nbursaanywhere@bursamalaysia.com\n.\n\n\nPerbincangan untuk pelaksanaan rights issue\n\n\nRights issue merupakan satu saluran untuk syarikat meminta dana dari pelabur. Tindakan syarikat untuk menggunakan saluran ini menunjukkan bahawa syarikat tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk meneruskan perniagaan. Oleh itu, pelabur diharap dapat pertimbangkan sebaiknya sebelum keputusan permohonan untuk rights issue ini dibuat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang butiran rights issue dari segi kegunaan dana, anda boleh baca pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.\n\n\nSekiranya anda merasakan syarikat berada di landasan yang betul untuk memperbaiki keadaan mereka, maka silakan tukar rights issue ini menjadi saham pegangan. Jika tidak, anda digalakkan untuk jual pegangan -OR atau -PR ini secepat mungkin.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/momentum-automotif-memberi-harapan-mce-holdings", "title": "Momentum Automotif Memberi Harapan MCE Holdings", "body": "MCE Holdings\n merupakan syarikat yang menyediakan komponen elektronik dan mekatronik untuk kereta. Untuk memahami barangan jualan mereka ini, kita boleh lihat satu contoh produk terbesar mereka iaitu power window. Dalam satu modul power window, perlunya satu litar elektronik yang dilengkapi dengan mekanisme berstruktur untuk menggerakkan tingkap kereta. Terdapat juga butang suis yang diperbuat daripada plastik sebagai kawalan untuk melaraskan pergerakan tingkap ke atas atau ke bawah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: MCE Holdings\n\n\n\n\n\n\nDari pengenalan tadi, kita boleh faham barangan yang dikeluarkan oleh MCE boleh terdiri daripada komponen plastik, struktur besi, sistem elektronik atau gabungan kesemuanya. Antara barangan keluaran mereka yang lain ialah sistem sensor yang pelbagai, suis fungsi, sistem lampu kereta dan pelbagai lagi yang boleh dilihat di \nwebsite mereka\n. Mereka adalah antara pembekal terbesar untuk power window di Malaysia.\n\n\nCabaran industri automotif\n\n\nSebagai pengeluar komponen industri automotif, setiap produk memerlukan rekaan dan pengelesaian tersendiri. Sebagai contoh, modul power window untuk Bezza mungkin tak sama dengan Iriz kerana bentuk dan ketetapan yang berbeza untuk kereta yang berlainan ini. Oleh itu, setiap kereta yang berbeza memerlukan penyelesaian dari segi mekanisme, litar, mahupun program yang tersendiri. Dalam kes yang tertentu, sesebuah tender yang ingin dimenangi mungkin memerlukan pelaburan dari segi kelengkapan dan fasiliti yang berkaitan.\n\n\nApabila ia melibatkan pelaburan, jualan syarikat perlulah mencapai satu tahap tertentu untuk mendapatkan pulangan modal. Jika tidak, ia akan menyebabkan kerugian pada syarikat.\n\n\nPrestasi terkini Proton memberi kelebihan\n\n\nMCE telah pun mengedarkan barangan mereka dengan syarikat automotif tempatan iaitu Proton dan Perodua sejak sekian lama. Kini, kedua-dua syarikat ini menjadi pelanggan terbesar mereka. Perodua dan Proton juga kini merupakan dua syarikat automotif dengan bahagian pasaran terbesar di Malaysia mengikut volume jualan.\n\n\nJika melihat pada prestasi kewangan MCE sejak 2018, syarikat menunjukkan kerugian yang semakin dalam. Kerugian ini dikaitkan dengan suasana industri yang mencabar dan ketidakstabilan Proton dalam fasa penyesuaian apabila Geely muncul sebagai rakan kerjasama baru mereka semenjak tahun 2017. Bermula September 2020, MCE mula menunjukkan keuntungan sejak sekian lama mencatatkan rugi. Perkembangan positif ini disumbangkan oleh prestasi Proton yang semakin kukuh dan kepesatan industri automotif baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Proton\n\n\n\n\n\n\nSelain Proton, terdapat juga faktor luaran yang sememangnya telah memberikan insentif yang baik kepada industri. Pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan telah memberi galakan baik kepada pengguna untuk membeli. Beberapa bulan yang lopong tanpa apa-apa belian kereta mewujudkan permintaan terpendam (pent up demand) dalam industri ini. Perubahan dunia akibat Covid-19 juga mempengaruhi masyarakat untuk memiliki kenderaan sendiri.\n\n\nKenaikan mendadak disoal\n\n\nPada September lalu, MCE ditampar dengan pertanyaan Unusual Market Activity (UMA) oleh Bursa. Ianya berkaitan dengan kenaikan saham mendadak dari 57 sen pada hujung Ogos sehingga RM 1.21 pada 21 September. Pertanyaan ini dijawab dengan kenyataan bahawa terdapat pelabur yang menyatakan minat terhadap saham syarikat.\n\n\n\n\nKini, saham syarikat telah pun berlegar sekitar RM 1.40 - RM 1.45 sesaham, dan belum ada lagi perkembangan tentang kerjasama baru yang boleh dijumpai. Pun begitu, CEO menyatakan pendirian bahawa kerjasama baru akan dapat membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.\n\n\nPerancangan ke hadapan\n\n\nDalam perancangan ke hadapan, mereka ingin menambahkan sistem kamera automotif ke dalam senarai produk tawaran. Kerjasama telah pun ditandatangani bersama syarikat Taiwan pada tahun 2019. Namun perkembangan ini terbantut apabila dunia dilanda Covid-19. MCE menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan usaha ini. Mereka mempercayai produk ini akan mempunyai permintaan tinggi melihatkan perkembangan terkini dalam industri automotif.\n\n\nDalam laporan kewangan 2019, syarikat dilaporkan telah membeli tanah di Serendah dari \nUMW\n, dikenali dengan nama UMW HVM Park Serendah. Tanah ini akan membolehkan ruang yang mencukupi untuk fasiliti pengeluaran sedia ada bagi perkembangan yang dijangkakan buat masa akan datang. Pun begitu, tidak banyak perkembangan baru yang kita dapat dengar dari tanah ini."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/mst-golf-dana-ipo-untuk-mengembangkan-perniagaan", "title": "MST Golf - Dana IPO Untuk Mengembangkan Perniagaan", "body": "\n\nButiran IPO syarikat MST Golf\n\n\n\n\nLatar belakang perniagaan syarikat\n\n\nMST Golf Group Berhad melalui anak syarikatnya merupakan syarikat yang terlibat dalam peruncitan golf di Malaysia dan Singapura. Syarikat ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan golf untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Antaranya ialah bimbingan golf, perkhidmatan sewa peralatan golf, membekalkan barangan golf dan lain-lain lagi.\n\n\nSelain itu, MST Golf juga menyediakan kepelbagaian produk di bawah 97 jenama termasuklah jenama termuka seperti Adidas, Nike Golf dan Titleist. Sehingga 31 Mei 2023, MST Golf mempunyai 44 buah kedai.\u00a0\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\nSecara umum, pendapatan syarikat mempunyai peningkatan daripada tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2022. Seiring dengan peningkatan pendapatan, keuntungan bersih juga menunjukkan peningkatan.\u00a0\n\n\n\n\nPendapatan utama syarikat adalah hasil daripada jualan runcit diikuti dengan jualan gudang dan perkhidmatan sukan golf. Pada tahun kewangan 2022, jualan runcit dan jualan gudang masing-masing telah menyumbang sebanyak 80.20% dan 15.75%.\u00a0\n\n\n\n\nPeneraju pasaran golf di Malaysia\n\n\nBerdasarkan laporan pasaran bebas (IMR), MST Golf menguasai pasaran kelengkapan golf sebanyak 51% di Malaysia selain menjadi rangkaian khusus golf terbesar negara. Dengan kepelbagaian produk kelengkapan golf yang dijual di bawah 97 jenama, ia mampu mengekalkan dan membantu pertumbuhan perniagaan syarikat. Hal ini boleh dilihat menerusi jualan pendapatan dan keuntungan yang diperoleh serta jualan sebanyak 12,000 unit simpanan stok (SKU).\u00a0\n\n\n\n\nSelain mempunyai rekod perniagaan yang kukuh di Malaysia dan Singapura, MST Golf juga mempunyai program keahlian yang telah dilancarkan pada tahun 2005 sebagai salah satu strategi pemasaran mereka untuk memasarkan produk mereka dan membina kepercayaan pelanggan. Melalui program ini, mereka telah mempunyai bilangan ahli aktif seramai 93,995 ahli sehingga Mei 2023. Dengan bilangan ahli aktif yang ramai, ia mampu menyumbang sebanyak 75.68% kepada pendapatan syarikat dalam segmen peruncitan.\u00a0\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\nMelalui dana sebanyak RM 62.76 juta, MST Golf merancang untuk memperluaskan rangkaian kedai runcit mereka di Malaysia dan Singapura dengan menambah 15 buah kedai dalam tempoh 3 tahun akan datang. Menjelang tahun 2025, mereka bakal mempunyai 59 buah kedai.\u00a0\n\n\nSelain itu, mereka juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baru iaitu di Indonesia, Thailand dan Vietnam dengan sasaran sebanyak 16 buah kedai menjelang tahun 2026.\n\n\nBaki dana akan digunakan untuk menambahbaik dan memperbaharui kedai sedia ada di Malaysia dan modal kerja am.\u00a0\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nMST Golf mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pembekal A di mana jumlah pembelian bahan menyumbang lebih 30% pada tahun kewangan 2022. Pembekal A merupakan syarikat swasta di Amerika Syarikat yang terlibat dalam pembuatan kelengkapan golf. Syarikat MST Golf telah berurusan dengan jenama produk syarikat ini selama lebih kurang 24 tahun sejak tahun 1999. Pada masa yang sama, jenama produk syarikat ini juga merupakan salah satu daripada 25 jenama teratas yang menyumbang pendapatan sekitar 16.26% dan 29.19% dari tahun kewangan 2019 hingga 2022.\u00a0\n\n\nOleh itu, operasi perniagaan dan prestasi kewangan MST Golf mungkin boleh terjejas dengan ketara sekiranya berlaku sebarang gangguan dalam hubungan perniagaan mereka.\u00a0\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara keseluruhan, MST Golf merupakan syarikat peruncitan kelengkapan golf terbesar di Malaysia melalui jaringan kedai mereka yang besar. Mereka juga menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan golf dan mempunyai rangkaian produk kelengkapan golf di bawah 97 jenama. Pendapatan syarikat juga meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2022, dengan jualan runcit dan jualan gudang menjadi sumber pendapatan utama syarikat.\u00a0\n\n\nMelalui dana IPO yang diperoleh, MST Golf merancang untuk memperluaskan rangkaian kedai runcit mereka di Malaysia dan Singapura serta memasuki pasaran baru di Indonesia, Thailand dan Vietnam.\u00a0\n\n\nWalau bagaimanapun, terdapat risiko yang berkaitan dengan operasi perniagaan mereka, antaranya ialah kebergantungan yang tinggi terhadap pembekal A dari Amerika Syarikat boleh memberi kesan terhadap perniagaan dan prestasi kewangan syarikat jika terdapat sebarang gangguan dalam hubungan perniagaan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/nationgate-dana-ipo-untuk-keperluan-modal-kerja", "title": "NationGate - Dana IPO untuk Keperluan Modal Kerja", "body": "\n\nNationGate Holdings Sdn Bhd. (NationGate) terlibat dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang memfokuskan kepada pemasangan dan pengujian komponen elektronik dan produk untuk menghasilkan papan litar bercetak lengkap (PCB), pemasangan separuh siap dan pemasangan lengkap produk elektronik dan juga peranti semikonduktor.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.38\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDisahkan syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 788.094 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.9\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n30 Disember 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n04 Januari 2023\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n12 Januari 2023\n\n\n\n\nPerniagaan NationGate\n\n\nSyarikat ini telah diperbadankan pada 4 Febuari 2021 sebagai sebuah syarikat persendirian di bawah nama NationGate Holdings Sdn Bhd. Pada 30 April 2021, syarikat ini ditukarkan kepada syarikat awam menggunakan nama yang sama.\n\n\nStruktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus IPO\n\n\n\n\n\n\nNationGate, melalui anak syarikatnya, adalah penyedia EMS yang memfokuskan pemasangan dan pengujian komponen eletronik dan produk untuk menghasilkan PCB lengkap, pemasangan elektronik separuh siap dan pemasangan produk elektronik lengkap, serta peranti semikonduktor.\n\n\nRajah berikut menggambarkan model perniagaan NationGate:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan NationGate\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan dan keuntungan bagi syarikat NationGate membuat kenaikan secara konsisten daripada tahun kewangan 2019 sehingga 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat NationGate datang daripada 2 segmen perniagaan iaitu:\n\n\n\n\nTurnkey\n\n\nConsignment\n\n\n\n\nPendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2019, pendapatan keseluruhan yang diperolehi daripada segmen turnkey meningkat sebanyak RM 200.25 juta atau 70.1%. Kemudian pada tahun 2020, NationGate mengembangkan khidmat EMS mereka kepada industri semikonduktor, di mana mereka merekodkan pendapatan sebanyak RM 7.66 juta daripada ujian dan pemasangan produk pencahayaan keadaan pepejal untuk sebuah syarikat di Pulau Pinang.\n\n\nSehingga tahun 2021, pendapatan syarikat kemudian meningkat 31.7%, iaitu sebanyak RM 153.82 juta, dan diikuti dengan peningkatan sebanyak 7.9% iaitu sebanyak RM 25.87 juta.\n\n\nBagi segmen consignment pula, pada tahun kewangan 2019, pendapatan yang direkodkan meningkat sebanyak 99.1%. Ini adalah disebabkan oleh permulaan aktiviti pemasangan yang dilakukan oleh superkomputer dan penggunaan semula komponen elektronik tertentu bagi 2 syarikat MNC yang terlibat dalam industri data pengkomputeran di China dan USA. Aktiviti ini menyumbang sebanyak RM 36.55 juta kepada pendapatan syarikat. Selain itu, peningkatan pendapatan daripada pelanggan sedia ada sebanyak 24.7% dan pesanan PCB yang telah selesai daripada 2 buah syarikat pembuatan di Taiwan juga membantu dalam meningkatkan pendapatan yang diperoleh daripada segmen ini.\n\n\nNamun begitu, terdapat pengurangan pendapatan daripada segmen automotif, yang menyebabkan pengurangan pendapatan sebanyak 49.8% semasa tahun kewangan 2020, daripada pendapatan pada tahun 2019, iaitu sebanyak RM 7.73 juta.\n\n\nPada tahun 2020 sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan pendapatan sebanyak RM 40.8 juta atau 50.8%. Namun, ia diimbangi dengan penurunan pendapatan daripada pelanggan sedia ada yang terlibat dalam industri segmen instrumen, rangkaian dan telekomunikasi, serta pemberhentian pesanan PCB lengkap oleh 2 syarikat pembuatan di Taiwan. Manakala bagi tahun 2021 sehingga tempoh kewangan 2022, keseluruhan pendapatan daripada aktiviti consignment meningkat sebanyak 38.6%, iaitu sebanyak RM 20.24 juta.\n\n\nPelanggan utama syarikat\n\n\nNationGate tidak mempunyai pelanggan jangka masa panjang kerana perniagaan mereka bergantung kepada pesanan pembelian dari masa ke semasa. Oleh kerana itu, prestasi syarikat bergantung kepada keupayaan mereka untuk memperoleh pesanan pembelian daripada pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada.\n\n\nMerujuk rajah di bawah, Syarikat A adalah pelanggan NationGate yang menyumbang kepada 44.5%, 53.1%, 51.1% dan 54.8% daripada jumlah pendapatan syarikat pada tahun 2019, 2020, 2021 dan tempoh kewangan 2022. Hubungan dengan Syarikat A yang lama ini telah berkembang daripada pembuatan PCB lengkap secara consignment pada tahun 2009 kepada pembuatan produk optik yang kompleks secara turnkey.\n\n\n\n\n\n\nSenarai pelanggan utama syarikat\n\n\n\n\n\n\nKelebihan daya saing\n\n\nNationGate yakin dengan keupayaan teknikal dalam memenuhi keperluan pelanggan untuk perkhidmatan EMS. Mereka juga telah membuat pelaburan secara berterusan dengan pembelian mesin dan peralatan yang diperlukan bagi sentiasa mengikuti perkembangan dan keperluan perubahan teknologi. Secara keseluruhan, mereka mempunyai sebanyak 31 SMT baris pemasangan dengan kapasiti untuk memasang sehingga 1,257,600,000 titik pelekap setiap bulan. Khidmat pemasangan ini juga disediakan kepada semua pelanggan dari pelbagai segmen industri.\n\n\nSyarikat ini juga menjalinkan hubungan perniagaan dengan pelanggan antarabangsa dan mampu untuk menyediakan perkhidmatan pembuatan EMS kepada pelbagai pasaran pengguna akhir. Tambahan lagi, mereka juga menekankan kualiti khidmat yang diberikan kepada pelanggan. QMS syarikat ini memenuhi piawaian antarabangsa seperti ISO 9001:2015, ISO 14001:2015, AS9100D, ISO 13485:2016 dan IATF 16949:2016.\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nNationGate bergantung kepada input yang diimport untuk perniagaan EMS seperti termasuk kapasitor, perintang, transistor, diod, induktor, tampal pateri, skrin, bingkai plumbum, PCB teras logam, bahan asas, wafer gergaji (hirisan nipis semikonduktor), epoksi pelekat atau pateri dan wayar. Sekiranya terdapat kekurangan global terhadap bahan-bahan tersebut, ia akan menyebabkan berlakunya kerugian dari segi peluang perniagaan, keuntungan dan perkembangan syarikat. Kos produksi juga bergantung kepada kos bahan input yang digunakan. Jika terdapat kenaikan terhadap harga bahan input, syarikat akan terjejas dari segi operasi dan kewangan.\n\n\nSelain itu, NationGate juga bergantung kepada Syarikat A bagi aktiviti perniagaan EMS. Perniagaan mereka bersama Syarikat A dijalankan di bawah pengaturan turnkey, di mana mereka perlu membeli bahan mentah tertentu daripada Syarikat A untuk tujuan pemasangan dan ujian produk telekomunikasi optik. Oleh kerana itu, Syarikat A merupakan pembekal tunggal terbesar NationGate sepanjang tahun kewangan 2019 sehingga tempoh kewangan 2022. Kehilangan perniagaan dengan Syarikat A mungkin mempunyai kesan yang ketara kepada prestasi kewangan syarikat.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima daripada IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\n\n\n5.93\n\n\n3.6\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n48.362\n\n\n29.2\n\n\n\n\n\n\nPembayaran pinjaman\n\n\n105.508\n\n\n63.8\n\n\n\n\n\n\nModal penyenaraian IPO\n\n\n5.7\n\n\n3.4\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n165.5\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak RM 5.93 juta atau 3.6% daripada dana yang diterima akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan tambahan bagi menaiktaraf kapasiti pemasangan SMT, akibat daripada permintaan yang meningkat daripada pelanggan baru dan sedia ada.\n\n\nModal kerja sebanyak RM 48.36 juta (29.2%) akan digunakan untuk membiayai keperluan tambahan modal kerja yang selari dengan penumbuhan aktiviti perniagaan EMS syarikat. Modal kerja ini akan digunakan untuk pembelian bahan mentah, guna habis dan komponen elektronik yang diperlukan untuk aktiviti EMS.\n\n\nDari rajah di atas, dapat dilihat bahawa majoriti dana akan digunakan untuk tujuan pembayaran hutang. Hal ini ditentukan dengan mengambil kira beberapa faktor, seperti; kos faedah, jumlah pinjaman tertunggak, penarikan semula kemudahan pinjaman, dan yuran penyelesaian awal.\n\n\nManakala baki selebihnya iaitu sebanyak RM 5.7 juta akan digunakan untuk modal penyenaraian IPO.\n\n\nAnalisis perniagaan dan industri EMS\n\n\nPerkhidmatan pembuatan elektronik sehenti (EMS) kebiasaannya merujuk kepada rekaan, ujian, pembinaan, pembekalan berantai dan pengurusan logistik bagi komponen elektronik dan pemasangan PCB. Oleh itu, pasaran EMS memainkan peranan integral dalam perkembangan dan penumbuhan pengilang.\n\n\nPasaran EMS mempunyai julat yang luas terhadap pasaran pengguna akhir, termasuk industri elektrik dan elektronik, telekomunikasi, industri elektronik pengguna dan semikonduktor.\n\n\nStruktur industri\n\n\nIndustri EMS berhubung rapat dengan industri elektrikal dan elektronik (E&E), dan menyediakan khidmat pengilangan sokongan terhadap industri tersebut. Prestasi pasaran EMS adalah berhubungkait dengan pembangunan industri E&E.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nIndustri E&E di Malaysia terdiri daripada dua sektor, iaitu elektrik dan elektronik. Sub-sektor komponen elektronik merangkumi pelbagai jenis produk, daripada semikonduktor kepada komponen pasif. Manakala bagi sub-sektor elektronik pengguna pula menghasilkan produk seperti kamera, tv dan pembesar suara. Bagi komponen elektrik pula, ia terdiri daripada produk seperti kabel dan wayar, lampu dan transformers. Barangan elektrik pula adalah seperti penghawa dingin.\n\n\nMalaysia merupakan salah satu negara pengilang E&E di dalam negara-negara ASEAN. Penumbuhan berterusan industri ini disokong oleh kemasukan pelabur asing ke dalam negara. Oleh kerana itu, prestasi industri E&E adalah baik walaupun terdapat kelembapan terhadap penumbuhan ekonomi global.\n\n\nSungguhpun penghasilan produk E&E di Malaysia menurun sebanyak 0.5% pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19, pendapatan syarikat masih kekal baik. Jumlah eksport produk E&E meningkat sebanyak 3.5% manakala jumlah import meningkat sebanyak 3.0%. Manakala pada tahun 2021 pula, jumlah eksport meningkat sebanyak 18% dan jumlah import meningkat sebanyak 24.3%.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nPasaran EMS menyediakan perkhidmatan sokongan yang penting kepada industri E&E. Prestasi pasaran EMS dipengaruhi oleh prestasi industri E&E. Oleh kerana industri E&E di Malaysia mempunyai orientasi eksport yang sangat tinggi, jumlah eksport E&E produk akan digunakan sebagai proksi untuk saiz pasaran dan prestasi pasaran EMS di\n\r\nMalaysia.\n\n\nPada tahun 2020, pasaran EMS tempatan mendapat manfaat daripada pertumbuhan eksport produk E&E yang meningkat daripada RM373.12 bilion pada 2019 kepada RM386.29 bilion pada 2020. Pertumbuhan pada 2020 boleh dikaitkan dengan\n\r\neksport E&E yang lebih tinggi kepada China, Singapura dan Amerika Syarikat.\n\n\nPada tahun 2021, bersama dengan pemulihan dalam aktiviti ekonomi global, permintaan untuk produk E&E di seluruh dunia meningkat. Ini juga membawa kepada peningkatan mendadak dalam eksport produk E&E di Malaysia pada tahun\n\r\n2021, dengan jumlah eksport meningkat 18.0% kepada RM455.73 bilion.\n\n\nMelangkah ke hadapan, eksport produk E&E dijangka terus berkembang dalam tempoh dari tahun 2022 hingga 2027. Pertumbuhan eksport dijangka dirangsang oleh pengembangan dalam industri E&E tempatan yang disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan.\n\n\nPersaingan\n\n\nBerikut merupakan senarai syarikat tempatan yang terlibat dalam industri EMS dan secara langsung merupakan pesaing kepada NationGate.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara umumnya, syarikat NationGate menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2021. Selain itu, penganalisis bebas pasaran, Protege, menjangkakan bahawa industri ini akan terus membuat kenaikan dengan kadar CAGR sebanyak 10.3% sehingga tahun 2027 yang secara tidak langsung akan memberi kebaikan kepada NationGate.\n\n\nSebahagian dana yang diperoleh nanti akan digunakan untuk pembelian mesin baharu bagi meningkatkan keupayaan pemasangan papan litar bercetak. Ini adalah salah satu langkah strategik yang diambil oleh NationGate ke arah memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/negara-pengeluar-utama-minyak-mentah-dunia", "title": "Negara Pengeluar Utama Minyak Mentah Dunia", "body": "Industri Petroleum merupakan nadi ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan bagi sesebuah negara yang kaya dengan pengeluaran minyak mentah. Namun apabila berlakunya krisis isu semasa terutamanya melibatkan negara pengeluar minyak mentah seperti peperangan, perang dagang yang melibatkan kuasa besar dalam dunia ekonomi, dan isu politik. Secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pasaran dan harga minyak mentah.\n\n\nHal ini menyebabkan munculnya Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang bertanggungjawab dalam mengawal pengeluaran dan menstabilkan pasaran minyak mentah dunia. Industri minyak mentah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu \nupstream\n, \nmidstream dan downstream\n. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa buah negara yang merupakan pengeluar utama minyak mentah dunia.\n\n\n1. Amerika Syarikat\n\n\n\n\n19.51 juta barrel per day (bpd) pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nPada tahun 2017, negara Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar terbesar di dunia selepas mengatasi Arab Saudi. Kedudukan ini terus kekal sehingga kini. Antara tahun 2018 dan 2019 pengeluaran minyak di USA telah meningkat sebanyak 9%. Bukan itu sahaja, Amerika merupakan pengguna minyak terbesar dengan anggaran 7.47 bilion tong minyak pada tahun 2019.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalah satu teknologi pengerudian \nfracking\n yang digunakan di Texas. Gambar: theverge.com\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran ini meningkat disebabkan proses penggerudian fracking (iaitu menyuntik cecair pada tekanan tinggi ke dalam batuan bawah tanah). Fracking adalah satu proses yang melibatkan penggerudian ke dalam tanah bumi dengan menyuntikkan campuran air, pasir dan agen penebat yang bertekanan tinggi. Amerika merupakan negara pertama yang menggunakan teknologi dan kaedah penggerudian ini. Kesannya, negara USA telah menjadi pengeksport bersih minyak tertinggi (eksport melebihi import) semenjak tahun 2011.\n\n\nPada tahun 2019, sebanyak 69% pengeluaran minyak mentah di Amerika Syarikat terhasil daripada 5 buah negeri iaitu Texas, North Dakota, New Mexico, Oklahoma dan Colorado. Negara Uncle Sam ini juga merupakan negara pengeluar gas asli utama di dunia sebanyak 921 bilion cm\n2 \nmengatasi negara Rusia yang berada di tempat kedua.\n\n\nPeningkatan ini didorong oleh beberapa syarikat pengeluar minyak:\n\n\n\n\nChevron - 442,000 bpd\n\n\nExxonMobil - 416,000 bpd\n\n\nEOG Resources - 366,900 bpd\n\n\nConoco Phillips - 343,000 bpd\n\n\nAnadarko Petroleum - 266,000 bpd\n\n\n\n\n2. Arab Saudi (OPEC)\n\n\n\n\n11.81 juta bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nArab Saudi merupakan pengeluar utama dalam kalangan negara yang menganggotai OPEC. Negara ini telah memperoleh sebanyak 11.81 juta bpd yang mewakili 12% daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dunia. Negara ini merupakan pengeksport kedua minyak mentah ke negara Amerika Syarikat selepas Kanada.\n\n\nPengeluaran minyak utama di Arab Saudi terletak di Ghawar, Safaniya, Khurais, Manifa, Shahybah dan lain-lain. Apa yang menariknya, ladang minyak di Ghawar merupakan ladang minyak\n on shore\n terbesar di dunia. Ia terletak di Al Hasa, Eastern Province yang mempunyai panjang anggaran 280 km dan lebar 40 km. Ia mampu menyimpan rizab minyak sebanyak 96 bilion tong.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \narabnews.pk\n\n\n\n\n\n\n3. Rusia\n\n\n\n\n11.49 juta bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nRusia merupakan sebuah negara yang rentas benua yang terletak di Asia Timur dan Eropah Timur. Ia merupakan negara terbesar di dunia yang berkeluasan 17,125,200 kilometer persegi. Pada tahun 2019, Rusia telah menghasilkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 11.49 juta bpd meliputi 12% minyak dunia.\n\n\nIndustri minyak di Rusia telah diswastakan setelah kejatuhan Kesatuan Soviet. Namun selepas beberapa tahun syarikat tersebut telah dikembalikan di bawah kawalan pihak pemerintah negara. Syarikat yang terlibat dalam pengeluaran minyak mentah di Russia:\n\n\n\n\nGazprom\n\n\nSugutneftegaz\n\n\nLukoil\n\n\nRosneft\n\n\nTatneft\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrirazlomnoye field \n merupakan pelantar minyak pertama yang tahan ais di Benua Artik. Gambar: \ngazprom-neft.com\n\n\n\n\n\n\n4. Kanada\n\n\n\n\n5.50 juta bpd bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nKanada merupakan sebuah negara yang mempunyai sepuluh buah negeri dan tiga buah wilayah. Negara ini terletak di bahagian benua Amerika Utara dan negara kedua paling luas di dunia selepas Rusia. Kanada kaya dengan pelbagai sumber tenaga seperti gas asli, hidroelektrik, dan minyak mentah. Negara ini merupakan pengeluar minyak mentah keempat di dunia dengan anggaran 5.5 juta bpd. Pengeluaran ini meliputi 5% daripada pengeluaran global minyak mentah.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu tapak pengeluaran minyak mentah yang menggunakan kaedah oil sands di Kanada. Gambar: bloomberg.com\n\n\n\n\n\n\nPada Januari 2019, negara ini memiliki simpanan rizab minyak sebanyak 167 bilion tong yang berada di kedudukan ketiga selepas Venezuela dan Arab Saudi. Kanada adalah sumber terbesar import minyak mentah bagi negara Amerika Syarikat. Ia telah menyumbang sebanyak 48% daripada jumlah import minyak mentah Amerika Syarikat dengan purata 3.7 juta bpd. Hampir keseluruhan pengeluaran minyak mentah di Kanada telah dieksport ke negara Amerika Syarikat. Negara ini menggunakan kaedah \noil sands \nyang sebahagian besar pengeluaran ini terletak di Alberta.\n\n\n5. China\n\n\n\n\n4.89 juta bpd bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nChina merupakan sebuah negara yang bersempadan dengan negara Korea Selatan, Mongolia dan lain-lain. Negara ini mempunyai ramai penduduk serta perkembangan ekonomi yang semakin pesat saban tahun. Faktor inilah telah mendorong negara China memerlukan bekalan tenaga yang banyak. Tidak hairanlah, negara ini merupakan negara kedua dalam kategori pengguna minyak tertinggi sebanyak (14% pengeluaran minyak dunia) selepas negara Amerika Syarikat.\n\n\nPada tahun 2020, keluaran minyak tahunan China sebanyak 4.89 juta bpd. Bukan itu sahaja China telah muncul sebagai juara negara pengimport minyak pada tahun 2017 selepas mengatasi Amerika Syarikat yang kini berada di tempat kedua. China juga pengeluar utama minyak di rantau Asia dan 55 peratus importnya datangnya dari negara-negara OPEC.\n\n\nSyarikat utama yang menguasai minyak di China:\n\n\n\n\nSinopec (NOC)\n\n\nPetroChina\n\n\nNational Petroleum Corporation (CNPC)\n\n\nChina National Offshore Oil Corporation (CNOOC)\n\n\n\n\n6. Iraq (OPEC)\n\n\n\n\n4.74 juta bpd bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nIraq merupakan sebuah negara yang terletak di timur tengah tanah Arab yang bersempadan dengan Syria, Jordan, Kuwait, Arab Saudi dan Iran. Walaupun dalam negara ini sering berlakunya pergolakan yang melibatkan isu semasa, Iraq muncul sebagai negara keenam pengeluar utama minyak dunia dengan anggaran 4.74 juta bpd. Iraq juga adalah pengeluar minyak mentah kedua terbesar dalam OPEC selepas Arab Saudi.\n\n\n\n\n\n\n Rumaila Oilfield menghasilkan 1.35 juta bpd yang meliputi 40% daripada pengeluaran minyak mentah di Iraq. Gambar: nsenergybusiness.com\n\n\n\n\n\n\nNegara ini menyimpan rizab minyak mentah kelima terbesar di dunia sebanyak 145 billion tong. Ia meliputi 17% rizab simpanan di Timur Tengah dan 8% sebagai rizab minyak dunia. Sebahagian besar kawasan pengeluaran minyak mentah terletak di darat yang kebanyakan terletak di padang pasir. Ekonomi Iraq sangat bergantung kepada pendapatan eksport minyak mentah. Pada tahun 2018, Iraq memperolehi pendapatan eksport minyak mentah bersih sebanyak USD 87 bilion yang menyumbang sekitar 91% jumlah pendapatan kerajaan Iraq.\n\n\nAntara negara di Tanah Arab yang merupakan pengeluar minyak mentah dunia:\n\n\n\n\nUnited Arab Emirates (UAE) - 4.01 juta bpd (ke-7 di dunia)\n\n\nIran - 3.19 juta bpd (ke-9 di dunia)\n\n\nKuwait - 2.94 juta bpd (ke-10 dunia)\n\n\nIran - 2.67 juta bpd\n\n\nQatar - 1.53 juta bpd\n\n\n\n\nMalaysia \n\n\n\n\n661,000 bpd bpd pengeluaran pada tahun 2019\n\n\n\n\nMalaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Singapura, Thailand dan Indonesia. Dalam rantau ini, Malaysia berada di tempat kedua sebagai pengeluar minyak mentah dan gas asli selepas negara Indonesia yang mengeluarkan 945,637 bpd.\n\n\nDari segi pasaran dunia, negara Malaysia berada di tempat ke-27 yang mengeluarkan 661,000 bpd. Apa yang menariknya, Malaysia mempunyai simpanan rizab minyak sebanyak 3.6 bilion yang merupakan negara keempat tertinggi di Asia di belakang negara China, India dan Indonesia. \n\n\nJumlah pengeluaran minyak mentah pada tahun 2017 di Malaysia:\n\n\n\n\nSemenanjung Malaysia - 209,960 bpd\n\n\nSabah - 276,740 bpd\n\n\nSarawak - 173,350 bpd\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: eia.gov\n\n\n\n\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nInvesting News\n\n\nEIA\n\n\nStatista\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/nestcon-membangunkan-fasiliti-ibs-dengan-dana-ipo", "title": "Nestcon - Membangunkan Fasiliti IBS Dengan Dana IPO", "body": "\n\nSatu lagi syarikat pembinaan dan kejuruteraan akan memasuki pasaran Bursa Malaysia melalui IPO, iaitu Nestcon Berhad. Permohonan IPO Nestcon ini dah dibuka dan butirannya adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.28\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 180.27 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.61 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n17 Jun 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n21 Jun 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n29 Jun 2021\n\n\n\n\nIni adalah IPO yang kedua tahun 2021 bagi sektor industri pembinaan akan disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia.\n\n\nBisnes Nestcon\n\n\nNestcon Berhad merupakan sebuah syarikat pembinaan yang sudah beroperasi selama 10 tahun. Nestcon mempunyai dua anak syarikat dikenali Nestcon Builders iaitu terlibat dalam industri pembinaan bangunan dan Nestcon Infra menjalankan aktiviti industri kejuruteraan awam serta infrastruktur.\n\n\n\n\n\n\nAntara projek infrastruktur kejuruteraan yang dilaksanakan oleh Nestcon. Gambar: \nNestcon\n\n\n\n\n\n\nSepanjang tahun 2017 sehingga 2020, sebahagian besar pendapatan diperoleh melalui segmen pembinaan bangunan yang meliputi 55% daripada jumlah pendapatan. Memandang ke hadapan, Nestcon menjangkakan 73.5% pendapatan akan diperoleh daripada segmen pembinaan. Dalam segmen ini sahaja, nilai buku pesanan belum tertunai (unbilled order book) telah pun mencapai RM 891.4 juta setakat laporan terbaru di prospektus.\n\n\nMereka merupakan kontraktor gred G7 yang berdaftar dengan CIDB dibawah pengkhususan B04 dalam industri pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam serta infrastruktur seperti \nearthworks\n, jalan raya dan saliran. Gred 7 adalah gred teratas dalam senarai pendaftaran gred CIDB yang membolehkan pihak kontraktor membida tender tanpa had nilai projek.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Nestcon\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila PKP dilaksanakan, beberapa projek yang mengalami kelewatan dan penangguhan dari tarikh asal siap. Antaranya adalah Projek Grand, Projek Scarletz, Panorama Projek, Mossaz dan Paxtonz, projek laluan kereta api dan projek infrastruktur jalan raya di Damansara Perdana. Penangguhan ini menyebabkan pendapatan syarikat yang sepatutnya diperolehi pada tahun 2020 akan diterima pada tahun 2021.\n\n\nWalaupun tercetusnya pandemik Covid-19 dan pengenalan PKP, PKP 2.0, PKP 3.0 serta FMCO, syarikat ini tidak akan terjejas dari segi bekalan penawaran bahan binaan sekiranya salah satu pembekal Nestcon terpaksa menghentikan operasi. Hal ini disebabkan Nestcon tidak menumpukan kepada satu pembekal sahaja. Malah, mempunyai alternatif sebanyak 39 pembekal dan 32 subkontraktor yang memenuhi standard piawaian syarikat.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nNestcon menunjukkan pendapatan dan keuntungan yang menaik bagi tahun 2017 sehingga 2019. Walaupun pendapatan menurun pada tahun 2020 disebabkan faktor pandemik Covid-19, namun pendapatan dan keuntungan masih meningkat jika dibandingkan pada tahun 2017.\n\n\nPada tahun 2020, ia mencatatkan pendapatan sebanyak RM 344.5 juta berbanding RM 190.9 juta tahun 2017. Margin keuntungan adalah lebih baik pada tahun 2020 sebanyak 4.2% berbanding 2019 sebanyak 3.7%.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan dalam segmen pembinaan bangunan dan infrastruktur kejuruteraan awam mengalami kenaikan sepanjang tahun laporan kewangan ini. Walaupun mengalami kemerosotan sedikit pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 disebabkan faktor pandemik.\n\n\nNamun, prestasi pendapatan segmen ini tahun 2020 lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2017. Manakala, pendapatan segmen infrastruktur kejuruteraan awam mencatatkan peningkatan drastik dari RM 21.77 juta (11.4%) pada tahun 2017 kepada RM 145.03 juta (42.1%) tahun 2020. Selain itu, pendapatan lain yang diterima melibatkan sewaan mesin pembinaan.\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nNestcon akan mengumpul dana sebanyak RM 45.07 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan fasiliti IBS\n\n\n6.00\n\n\n13.3\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan infrastruktur kejuruteraan awam\n\n\n6.62\n\n\n14.7\n\n\n\n\n\n\nPembelian teknologi software dan sistem\n\n\n1.00\n\n\n2.2\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n10.95\n\n\n24.3\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n16.50\n\n\n36.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.00\n\n\n8.9\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n45.07\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nHampir 30% daripada modal IPO akan dibelanjakan dalam perbelanjaan modal sebanyak RM 13.62 juta. Perbelanjaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembinaan fasiliti IBS, pembelian mesin dan peralatan, pembelian teknologi software dan sistem.\n\n\nMenjangkakan segmen kejuruteraan awam akan berkembang, Nestcon merancang membeli mesin dan peralatan infrastruktur seperti \nexcavator, off road dump trucks\n dan \noff road mining dump trucks.\u00a0\nPembelian RM 6.62 juta ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap mesin dan peralatan yang disewa dalam menjalankan projek kejuruteraan awam.\n\n\nFasiliti IBS merupakan satu teknologi yang menggunakan pelbagai komponen terutamanya bahan binaan yang dihasilkan terlebih dahulu di kilang. Bahan binaan ini akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kemudiannya akan dicantumkan di tapak pembinaan. Nestcon menjangkakan dengan adanya fasiliti IBS berupaya meningkatkan kualiti, mengurangkan waktu penghantaran, menjimatkan kos pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan pekerja asing.\n\n\nRM 16.5 juta diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank. Bayaran ini dijangka dapat menjimatkan syarikat daripada faedah tahunan berjumlah RM 1.08 juta. Dari segi modal kerja, Nestcon memperuntukkan RM 10.95 juta untuk pembayaran kepada perkhidmatan subkontraktor dan peralatan bahan binaan.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Nestcon\n\n\nDua aktiviti utama Nestcon adalah industri pembinaan bangunan dan industri kejuruteraan awam serta infrastruktur. Kita akan lihat satu per satu aktiviti perniagaan ini, bermula dengan segmen industri pembinaan bangunan.\n\n\nIndustri Pembinaan Bangunan\n\n\nBerdasarkan data Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan Protege Associates, kadar pertumbuhan bagi industri pembinaan untuk tahun 2020 telah mencatatkan penguncupan sebanyak 16.2% bersamaan RM 24.80 billion berbanding RM 29.59 bilion pada tahun 2019.\n\n\nUntuk meningkatkan sektor pembinaan, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai langkah dan inisiatif dalam Belanjawan 2021:\n\n\n\n\nPengecualian duti stem perumahan selama 5 tahun dari 2021 sehingga 2025\n\n\nPeruntukkan RM 1.2 bilion untuk pembinaan perumahan mampu milik\n\n\nMelaksanakan skim perumahan mampu milik melibatkan 5000 rumah PRIMA\n\n\n\n\nMelalui inisiatif ini, industri pembinaan bangunan dijangka mencapai RM 31.75 bilion pada tahun 2025 yang mewakili CAGR sebanyak 5.1% dalam tempoh 2021 sehingga 2025.\n\n\nIndustri Kejuruteraan Awam dan Infrastruktur\n\n\nKejuruteraan awam merujuk kepada pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, bangunan utiliti, jambatan landasan keretapi, empangan, lapangan terbang dan lain-lain. Selain itu, ia merangkumi perkhidmatan seperti eartworks, piling works, sistem pembentungan dan saliran dan lain-lain. Pentumbuhan industri ini mengalami kemerosotan sebanyak 22.0% sebanyak RM 28.59 bilion pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan RM 36.66 bilion.\n\n\nDalam Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 15 bilion terhadap projek pengangkutan seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT 3 di Lembah Klang dan lain-lain. Pelbagai lagi peruntukan yang diumumkan dalam projek infrastruktur yang berjumlah RM 54.58 bilion. Melalui inisiatif ini, industri kejuruteraan awam dijangka akan meningkat sebanyak RM 44.17 bilion pada tahun 2025.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Propektus IPO Nestcon\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nNestcon adalah syarikat kontraktor Gred 7 yang berdaftar di bawah pengkhususan B04. G7 merupakan satu gred tertinggi dalam sistem yang berdaftar dengan CIDB. Jika dilihat jumlah syarikat yang berdaftar G7 ini bukanlah sedikit. Berdasarkan laporan propektus sehingga 8 Mei 2021, sebanyak 3,057 dan 1,647 syarikat Gred G7 yang didaftarkan di Selangor dan Kuala Lumpur.\n\n\nMalah dalam Gred B04 sebanyak 123,388 buah syarikat yang didaftarkan dalam G1 sehingga G7 yang terlibat dalam pembinaan bangunan dan infrastruktur kejuruteraan awam. Dalam jumlah ini terdapat 8,823 syarikat terlibat dalam kategori G7. Oleh itu, wujudnya persaingan yang tinggi terhadap sektor pasaran pembinaan dalam kalangan pemain industri ini.\n\n\nDi bawah ini adalah syarikat yang tersenarai awam dalam industri sama dengan Nestcon berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\nNP Margin\n\n\nNisbah PE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGDB\n\n\n571\n\n\n6.8\n\n\n19.9\n\n\n\n\n\n\nMGB\n\n\n448\n\n\n1.7\n\n\n20.7\n\n\n\n\n\n\nTCS\n\n\n181\n\n\n6.7\n\n\n12.8\n\n\n\n\n\n\nNestcon\n\n\n180.27\n\n\n4.2\n\n\n12.6\n\n\n\n\n\n\nINTA\n\n\n173\n\n\n2.8\n\n\n15.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nJika dibandingkan dengan pemain industri pembinaan yang lain, Nestcon merupakan pemain industri yang agak kecil dengan permodalan pasaran sebanyak RM 180.27 juta. Melihat secara keseluruhan juga, industri pembinaan ini mempunyai margin keuntungan yang agak kecil.\n\n\nBerdasarkan laporan kewangan 2020 dalam propektus, syarikat ini dinilai pada nisbah PE 12.6. Nisbah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan nisbah PE median \nsektor pembinaan\n pada nisbah 16.8. Sekiranya kita menjangkakan syarikat ini berkembang sekurang-kurangnya ke tahap median industri, maka kita boleh jangkakan ada lagi ruang kenaikan (upside).\n\n\nNestcon menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan sepanjang tempoh dalam laporan tersebut. Kita dapat lihat prestasi ini terus meningkat terutamanya dalam segmen infrastruktur kejuruteraan awam. Nestcon juga berhasrat untuk melibatkan diri dalam penyediaan kerja tanah dan infrastruktur segmen tenaga yang boleh diperbaharui seperti projek tenaga solar fotovoltaik (LSSPV). Ia berkemungkinan memberi kelebihan kepada Nestcon yang mempunyai pengkhususan B04 dengan CIDB.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/orgabio-dana-ipo-untuk-pembinaan-kilang-dan-perolehan-mesin", "title": "Orgabio - Dana IPO untuk Pembinaan Kilang dan Perolehan Mesin", "body": "\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrgabio Holdings Berhad merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembuatan minuman pracampuran segera kepada pemilik jenama pihak ketiga dan pembuatan, penjualan dan pemasaran minuman pracampuran segera jenama sendiri.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.31\n\n\nStatus syariah:\n\n\nPenilaian tidak dibuat\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 76.8 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n10.06\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n21 Jun 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n24 Jun 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n05 July 2022\n\n\n\n\nDalam prospektus, penilaian syariah tidak dibuat, namun Elzar Shariah telah memberi penilaian patuh syariah pada IPO ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBisnes Orgabio Holdings Berhad\n\n\nOrgabio Holdings melalui anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan, penjualan dan pemasaran minuman pracampuran segera.\n\n\nRajah di bawah adalah produk dan akitiviti utama syarikat:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAktiviti utama syarikat adalah menyediakan perkhidmatan pembuatan untuk minuman pracampuran segera kepada syarikat F&B, pasaraya, farmasi dan syarikat jualan langsung. Ini melibatkan proses merumus, mengadun dan membungkus pelbagai minuman pracampuran segera melalui Orgabio Manufacturing. Orgabio menyediakan rangkaian produk yang berlainan untuk memenuhi permintaan pelbagai pelanggan di dalam dan luar negara. Antara produk minuman pracampuran yang disediakan adalah kopi, coklat, teh, krimer dan \nfood supplement\n. Proses pembuatan untuk menghasilkan produk tersebut juga telah mendapat Sijil Pengesahan Halal daripada pihak Hab Halal, JAKIM.\n\n\nOrgabio juga mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan minuman pracampuran segera \nhouse brand \natau jenama sendiri iaitu EveryDay dan BrogaHill. Produk EveryDay dan BrogaHill dihasilkan secara dalaman daripada perumusan produk, reka bentuk pembungkusan, pengadunan, pembungkusan dan pengedaran kepada aktiviti jualan dan pemasaran. Aktiviti jualan dan pemasaran untuk EveryDay dan BrogaHill dijalankan oleh Everyday F&B.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun minuman pracampuran segera pelanggan dan jenama sendiri mungkin mempunyai perisa yang sama, namun, produk pelanggan dan jenama Orgabio sendiri mempunyai formulasi yang berbeza dari segi reka bentuk pembungkusan, strategi pemasaran, pelanggan sasaran dan strategi harga. \nHouse brand\n menyasarkan pengguna akhir yang mementingkan kesihatan seperti pesakit diabetes yang lebih suka kopi pracampuran segera dengan GI yang rendah. Syarikat ini juga terlibat dalam penjualan gel aloe vera, di mana proses pembungkusan akan dilakukan oleh syarikat pembungkusan pihak ketiga kerana mereka tidak mempunyai mesin khusus untuk pembungkusan produk dalam tiub.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nPelaksanaan PKP telah berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020 oleh kerajaan Malaysia. Memandangkan perniagaan Orgabio dikategorikan di bawah perkhidmatan penting, mereka dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh PKP dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja kepada 50% kapasiti. Semasa peringkat awal PKP, telah berlaku kelewatan dalam penghantaran sehingga 2 minggu kepada pelanggan tempatan dan pelanggan asing. Namun, semasa PKP berperingkat dijalankan sejak Mac 2020, Orgabio berjaya memenuhi tempahan daripada 12 pelanggan baharu dengan jumlah pesanan pembelian berjumlah RM1.40 juta .\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nRajah di bawah menunjukkan prestasi kewangan bagi Orgabio Holdings Berhad bagi tahun akhir 2018 sehinggan tahun akhir 2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Orgabio Holdings Berhad\n\n\n\n\n\n\nPada FYE 2019, pendapatan syarikat Orgabio telah berkurang sebanyak RM0.97 juta daripada RM32.67 juta pada FYE 2018 kepada RM31.70 juta pada FYE 2019. Faktor utamanya adalah kerana pelanggan utama mereka iaitu Hai-O Enterprise Berhad tidak membeli sebarang teh pracampuran pada 2019 disebabkan jualan pracampuran teh mereka berkurangan.\n\n\nPendapatan syarikat Orgabio meningkat pula sebanyak RM7.67 juta daripada RM31.70 juta pada FYE 2019 kepada RM39.37 juta pada FYE 2020, terutamanya hasil daripada jualan \nfood supplement premixes kepada \nTDV Avenue. \nFood supplement\n yang dihasilkan kepada TDC Avenue terus mendapat sambutan yang baik daripada pelanggannya. Peningkatan dalam permintaan untuk \nfood supplement\n juga didorong kebanyakannya oleh peningkatan kesedaran tentang produk pemakanan akibat pandemik COVID-19. Peningkatan pendapatan bagi FYE 2021 diteruskan lagi dengan peningkatan jualan \nfood supplement \ndi mana meningkat sebanyak RM19.70 juta atau 50.04% daripada RM39.37 juta pada FYE 2020 kepada RM59.07 juta pada FYE2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan, penyumbang utama kepada pendapatan mereka adalah daripada segmen perkhidmatan pembuatan minuman pracampuran.\n\n\nStrategi IPO pada masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 29.97 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang baru\n\n\n16.0\n\n\n53.39\n\n\n\n\n\n\nPerolehan mesin\n\n\n2.23\n\n\n7.44\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n8.14\n\n\n27.15\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.6\n\n\n12.02\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n29.97\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan untuk kilang baru di Semenyih, Selangor diperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan pembuatan syarikat Orgabio. Jumlah kos pembinaan kilang baru dianggarkan berjumlah RM18 juta, di mana RM16 juta melalui hasil IPO dan baki RM2 juta akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman. Syarikat Orgabio juga akan menggunakan RM2.23 juta daripada hasil IPO untuk membeli mesin iaitu \nIntermediate Bulk Containers blending system. \n\n\nSelain itu, RM8.14 juta akan digunakan untuk menambah keperluan modal kerja. Ia akan digunakan untuk membeli bekalan utama untuk pembuatan produk seperti susu tepung, krimer, serbuk kolostrum, serbuk kopi, gula dan sachet foils. Baki selebihnya iaitu sebanyak RM3.6 juta akan diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Orgabio Holdings\n\n\nIndustri minuman pracampuran segera\n\n\nIndustri minuman pracampuran segera adalah sebahagian daripada industri pembuatan makanan di mana ia melibatkan pengeluaran bahan mentah, pemprosesan, pembuatan, penjenamaan dan pemasaran, dan akhirnya pengedaran untuk kegunaan pengguna. Pemilik jenama minuman pracampuran segera boleh menjalankan aktiviti pembuatan dengan bantuan pengilang kontrak atau \ncontract manufacturing service providers\n.\n\n\n\n\n\n\nKategori industri minuman pracampuran segera\n\n\n\n\n\n\nContract manufacturing service providers\n adalah segmen utama Orgabio Holdings terlibat. Ini bermaksud bahawa Orgabio sebagai pengilang kontrak menandatangani perjanjian dengan syarikat lain untuk membuat produk minuman pracampuran segera dalam tempoh masa tertentu.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nIndustri minuman pracampuran minuman segera adalah sub-segmen bagi industri minuman kopi, teh, susu dan koko. Prestasi industri minuman pracampuran segera dikira berdasarkan saiz industri bagi minuman kopi, teh, susu dan koko.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaiz industri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai jualan pembuatan kopi, teh, susu dan minuman koko yang termasuk dengan minuman pracampuran minuman segera di Malaysia telah menunjukkan peningkatan daripada RM13.83 bilion pada 2018 kepada RM16.05 bilion pada 2020. Pada 2021 pula, nilai jualan pembuatan kopi, teh, susu dan minuman koko di Malaysia bertambah meningkat sebanyak 1.81% kepada RM16.34 bilion.\n\n\nMenurut IMR Report, penilaian saiz industri menggunakan pendapatan pemain industri minuman pracampuran segera tidak dapat di lakukan kerana industri minuman pracampuran segera mempunyai bilangan pemain industri yang ramai dan tiada rekod berpusat yang boleh dikesan oleh mana-mana agensi kerajaan di Malaysia. Bahkan sukar untuk memastikan pendapatan yang tepat yang dapat diperoleh daripada pemain industri kerana banyak syarikat terlibat dalam pembuatan produk lain seperti minuman sedia untuk diminum, minuman pekat dan lain-lain. Oleh itu, data terdekat yang tersedia, iaitu nilai jualan pembuatan kopi, teh, susu dan minuman koko, digunakan untuk mewakili prestasi industri minuman pracampuran segera.\n\n\nPersaingan\n\n\nMenurut IMR Report, pesaing bagi Orgabio Holdings akan tertumpu kepada penyedia perkhidmatan pembuatan atau pengeluar kontrak di Malaysia kerana mereka khususnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan untuk minuman pracampuran segera untuk pemilik jenama pihak ketiga.\n\n\nMaka,asas pemilihan pemain industri utama dalam industri minuman pracampuran segera di Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPembekal perkhidmatan perkilangan atau pengilang kontrak yang menyediakan perkhidmatan pembuatan untuk minuman percampuran segera.\n\n\nSyarikat yang mempunyai kemudahan pembuatan di Malaysia.\n\n\nSyarikat yang merekodkan pendapatan lebih RM10 juta berdasarkan kewangan tahunan terkini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing Orgabio yang terlibat dalam industri yang sama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nKrisis seperti pandemik COVID-19 dapat memberi gangguan sementara terhadap rantaian bekalan pengeluar minuman pracampuran segera. Pandemik ini juga telah menyebabkan Orgabio lewat menghantar pesanan kepada pelanggan akibat pengangkutan udara dan hab pengangkutan lain terpaksa berhenti operasi sementara. Namun begitu, pelanggan tidak melakukan sebarang tuntutan penalti terhadap kelewatan tersebut. Jualan tempatan Orgabio juga tidak terjejas kerana tiada sebarang pembatalan pesanan jualan daripada pelanggan.\n\n\nMenurut laporan IMR, prestasi kewangan syarikat Orgabio akan terjejas jika kelewatan dalam pengeluaran dan penghantaran dalam tempoh yang berpanjangan atau jika pelanggan melakukan tuntutan penalti disebabkan kelewatan. Pendapatan syarikat juga telah menunjukkan peningkatan daripada tahun 2019 sehingga 2021, di mana perkhidmatan pembuatan minuman pracampuran segera merupakan penyumbang terbesar dalam peningkatan pendapatan.\n\n\nOrgabio mempunyai rancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam segmen jualan langsung dan pasaran eksport selepas melihat permintaan yang baik sejak 4 tahun yang lalu dengan mengumpul RM29.97 juta daripada penyenarian IPO. Kita dapat lihat bahawa Orgabio mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat. Namun, syarikat masih perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/panduan-cukai-untuk-keuntungan-saham", "title": "Panduan Cukai untuk Keuntungan Saham", "body": "Bila baca tajuk, mungkin persoalan pertama yang anda terfikir ialah \"untung saham kena bayar cukai ke?\". Ya dan tidak. Bergantung kepada niat atau cara keuntungan ini dibuat, anda boleh dikenakan atau dikecualikan daripada cukai atas keuntungan saham.\n\n\nSatu perkara yang perlu diketahui juga ialah, anda hanya akan tertakluk kepada pembayaran cukai apabila pendapatan tahunan melebihi tahap boleh dicukai. Kebiasaannya tahap ini ialah pada RM 34,000 setahun bagi individu, namun boleh jadi berbeza mengikut isi rumah yang mempunyai anak.\n\n\nYang boleh dan tak boleh dicukai\n\n\nUntuk menjawab persoalan cukai untuk keuntungan saham, pertama sekali kita perlu faham struktur pendapatan yang dikenakan cukai. Pendapatan jenis \nkenaikan modal\n, dan hadiah tidak tertakluk kepada bayaran cukai. Sebaliknya, pendapatan jenis upah perkhidmatan, pekerjaan, \njual beli perdagangan\n dan sebagainya, pendek cerita, semua pendapatan lain tertakluk kepada bayaran cukai.\n\n\n\n\nKita boleh bincangkan contoh-contoh umum seperti milikan rumah di tajuk yang lain. Dalam tajuk kali ini, kita akan tumpukan kepada kata kunci \"kenaikan modal\" dan \"jual beli perdagangan\". Kedua-dua kaedah pendapatan ini boleh menjana pendapatan dalam pelaburan saham. Namun, bergantung kepada cara dan niat pelaburan kita, ia boleh termasuk dalam salah satu kategori.\n\n\nMenentukan jenis pendapatan\n\n\n\n\nSatu kekeliruan yang wujud apabila mengenalpasti keuntungan saham adalah sama ada ianya merupakan kenaikan modal atau untung jualan. Jika saham membuat kenaikan dalam apa-apa jangka masa pun, kita boleh sebut bahawa ia mengalami kenaikan modal kerana saham mengalami kenaikan harga.\u00a0Oleh itu, menurut kategori pendapatan berasaskan kenaikan modal, ianya tidak tertakluk kepada pembayaran cukai.\n\n\nNamun apabila saham tadi dijual, apa pula yang kita boleh katakan tentang status percukaian ini? Adakah ia terkeluar daripada kategori kenaikan modal? Di sini terdapat persoalan yang perlu ditentukan secara mendalam. Anda juga mungkin akan dapat jawapan yang berbeza menurut pihak yang ditanya.\n\n\nPersoalan saham dijual beli\n\n\nUntuk menjawab persoalan tadi, kita boleh lihat pada gerak kerja jual beli yang dibuat. Sekiranya saham itu dipegang untuk jangka masa panjang iaitu lebih dari 1 tahun, kita boleh katakan ia sememangnya kenaikan modal kerana tiada jual beli yang berlaku sepanjang pegangan.\n\n\nSebagai pelabur runcit yang membuat jual dan beli dengan kerap, ia mungkin boleh disebut sebagai jual beli, namun masih tiada panduan yang jelas untuk tentukan pernyataan tersebut. Sekiranya anda pelabur sepenuh masa yang tiada pendapatan lain selain jual beli saham, maka anda mungkin akan dikenakan cukai pendapatan sekiranya cukup syarat.\n\n\nTunaikan kewajipan\n\n\nSebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita sewajarnya isytiharkan apa yang patut supaya tidak terlanggar apa-apa kesalahan di sisi undang-undang negara. Untuk yang beragama Islam pula, kita ada tanggungjawab sebagai Muslim untuk membayar zakat. Sekiranya anda memenuhi syarat untuk membayar zakat harta, ianya suatu yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Terdapat juga potongan rebat zakat yang boleh mengurangkan cukai yang perlu dibayar.\n\n\n\n\n\n\nPelepasan cukai LHDN taksiran 2020\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda tergolong dalam individu yang dikenakan cukai, anda boleh memfailkan pelepasan cukai. Bagi tahun 2021 (taksiran 2020), ada 24 perkara yang diberikan pengecualian cukai, antaranya pembelian buku, telefon bimbit dan komputer peribadi. Terbaru, pelancongan domestik juga diberikan pengecualian cukai, selaras untuk mewujudkan insentif terhadap industri ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/panduan-membaca-annual-report", "title": "Panduan Membaca Annual Report", "body": "Sekiranya anda nak tahu lebih dalam tentang sesebuah syarikat, cara terbaik adalah dengan menghadiri AGM. Namun, ianya adalah membantu kalau anda membuat bacaan awal terhadap syarikat itu. Dan sekiranya anda tak menghadiri AGM, laporan tahunan juga dapat memberikan banyak maklumat tentang kegiatan syarikat dan perkembangan terbaru mereka.\n\n\nDisebabkan banyaknya maklumat, kadang-kadang nak baca pun tak tahu dari mana nak mula. Maka dalam artikel ni, kami ringkaskan tentang isi perbincangan dalam pelbagai bahagian dalam laporan tahunan.\n\n\n1. Isi kandungan\n\n\nSeperti mana-mana buku, isi kandungan adalah tempat di mana anda boleh rujuk untuk tahu tentang isi buku dan muka surat mana anda boleh cari tajuk yang menarik bagi anda.\n\n\nKebiasaannya, bahagian awal akan menceritakan tentang syarikat itu sendiri. Di sini juga dimasukkan perutusan dari pengerusi syarikat, maklumat pengurus, ringkasan prestasi syarikat, aktiviti, produk dan pelbagai lagi maklumat tentang syarikat.\n\n\nSeterusnya, bahagian belakang akan membentangkan penyata syarikat yang merangkumi keseluruhan aktiviti yang berlaku dalam setahun. Di sini juga akan diberitahu siapa pemegang saham terbesar syarikat.\n\n\n2. Struktur korporat syarikat\n\n\nSesebuah kumpulan syarikat boleh mempunyai beberapa anak syarikat dan boleh jadi berlapis-lapis. Dalam bahagian struktur korporat syarikat, anda boleh mempelajari ke mana syarikat membuat pelaburan dan banyak mana pegangan yang mereka ada dalam anak-anak syarikat ini. Sesetengah syarikat juga mengelaskan syarikat pegangan mereka ini dengan sektor atau negara yang terlibat.\n\n\n\n\n3. Perutusan pengerusi\n\n\nBahagian perutusan ini sebenarnya boleh memberikan anda banyak maklumat tentang syarikat dalam masa setahun. Bayangkan anda diberitahu oleh pengerusi sendiri tentang syarikat. Anda boleh mengetahui tentang aktiviti syarikat, cabaran, keadaan pasaran, dan juga hala tuju syarikat. Sekiranya terdapat prestasi syarikat yang menurun atau meningkat, ada juga diberitahu sebabnya. Secara ringkasnya, anda akan diberitahu apa yang berlaku pada syarikat oleh seorang yang paling layak.\n\n\n\n\n4. Maklumat Lembaga Pengurus\n\n\nSebuah syarikat yang bagus adalah dipandu oleh pengurusan yang bagus. Maka, maklumat ahli lembaga pengurus dapat memberikan anda sebuah kefahaman tentang latar belakang pengurus syarikat. Di sini, kita ingin melihat sekiranya ahli pengurus mempunyai kelulusan atau pengalaman yang berkaitan. Dengan ini, kita boleh berasa lebih yakin dengan kebolehan pihak pengurusan syarikat untuk menjalankan bisnes.\n\n\n5. Ringkasan prestasi syarikat\n\n\nSyarikat akan bentangkan ukuran utama prestasi syarikat sepanjang beberapa tahun yang terbaru. Dari sini anda boleh lihat prestasi utama dengan sekilas pandang. Pun begitu, ada juga syarikat yang tak berbuat begini, dan hanya akan dibentangkan dalam bentuk laporan penyata audit.\n\n\n\n\n6. Pernyataan kelestarian\n\n\nPernyataan kelestarian atau sustainability statement adalah sebuah pernyataan syarikat dalam menjadikan perniagaan mereka lebih peka terhadap persekitaran atau komuniti. Dalam pernyataan ini, kita boleh lihat langkah-langkah yang diambil oleh syarikat untuk memberikan semula kepada ekosistem yang terdekat.\n\n\nAntara langkah-langkah ini mungkin program penanaman pokok, kitar semula, penggunaan tenaga boleh dipebaharui atau apa-apa sahaja yang merangkumi skop kelestarian alam dan komuniti. Ia dapat menonjolkan nilai yang diambil berat oleh syarikat, lebih-lebih lagi sekiranya syarikat sendiri tidak menerima manfaat yang nyata dari tindakan ini.\n\n\n7. Penyata kewangan\n\n\nPenyata kewangan syarikat adalah antara perbincangan utama dalam mesyuarat am tahunan (AGM) syarikat. Dalam buku laporan pula, ia memakan jumlah halaman yang agak tebal. Bermula dengan penyata pendapatan dan aset, semua butiran ini akan diterangkan lagi dengan lebih terperinci.\n\n\n8. Pemegang saham terbesar\n\n\nKebiasaannya, syarikat juga akan menyenaraikan pemegang saham terbesar dalam bilangan 10 hingga 30 teratas. Dengan ini, anda boleh memahami siapa yang berminat dengan saham syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pantau-akaun-cds-anda-dengan-bursa-anywhere", "title": "Pantau Akaun CDS Anda Dengan Bursa Anywhere", "body": "Baru-baru ini Bursa ada keluarkan aplikasi terbaru mereka, Bursa Anywhere. Kelebihan aplikasi ini adalah ia membolehkan anda edit info yang berkaitan dengan akaun CDS dan juga pantau portfolio anda dari mana-mana akaun CDS yang anda miliki. Paling penting sekali, anda tak perlu berurusan dengan Bursa untuk ubah butiran maklumat anda. Semuanya boleh dilakukan dari mana pun anda berada. Itulah sebabnya ia dinamakan Bursa Anywhere.\n\n\n\n\nKenapa perlu dapatkan Bursa Anywhere?\n\n\nAplikasi ini adalah percuma, dan dengan Bursa Anywhere, anda boleh edit sendiri butiran info berkaitan dengan CDS anda. Sebagai contoh, yang penting sekali anda mungkin nak tukar alamat, ataupun correspondence address di mana apa-apa urusan surat-menyurat akan dihantar kepada alamat ini. Selain itu, anda juga boleh tukar maklumat kerakyatan dan nombor telefon.\n\n\n\n\nAplikasi ini juga membolehkan anda memantau portfolio di semua akaun CDS anda, berikan makluman tentang pengumuman dari syarikat di portfolio dan juga membaca eStatement dalam tempoh 12 bulan.\n\n\nMacam mana nak dapatkan Bursa Anywhere?\n\n\nSenang saja, boleh pergi ke \nApp Store\n ataupun \nPlay Store\n, dan cari Bursa Anywhere. Kalau anda hebat, boleh terus scan QR code dalam gambar di bawah. Jika anda ingin maklumat yang lebih lengkap, anda boleh terus pergi ke website Bursa Anywhere \ndi sini\n.\n\n\n\n\nPendaftaran Bursa Anywhere\n\n\nUntuk menggunakan Bursa Anywhere, anda perlu daftarkan akaun baru menggunakan dokumen pendaftaran identiti seperti nombor IC, IC tentera ataupun pasport. Sekiranya anda adalah pelanggan eStatement sedia ada, anda boleh terus semak email yang digunakan untuk eStatement. Jika tidak, masukkan email yang anda gunakan untuk terima kod pengesahan.\n\n\n\n\nSelepas dah masukkan kod, anda akan terus ke borang pendaftaran untuk butiran peribadi, kata laluan dan soalan keselamatan. Kemudian, anda perlu sahkan pendaftaran dengan memasukkan nombor TAC. Ini akan dihantar kepada nombor telefon yang anda masukkan tadi. Selepas nombor TAC berjaya disahkan, anda boleh mulakan mengguna Bursa Anywhere.\n\n\nAnda boleh lihat \ndi sini\n untuk panduan pendaftaran bergambar, atau klik pada gambar di bawah.\n\n\n\n\nSelepas pendaftaran berjaya, bolehlah anda tukar butiran berkaitan CDS anda, dan pantau portfolio dari mana pun anda berada."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pasaran-saham-sebelum-wujudnya-internet", "title": "Pasaran Saham Sebelum Wujudnya Internet", "body": "Pelaburan saham telah wujud sekian lamanya semenjak tahun 1500 sehinggalah pada zaman modenisasi ini. Sepanjang tahun, pelbagai nama saham yang diperdagangkan di serata dunia telah memberi keuntungan dan kerugian kepada pelabur. Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah kaedah jual dan beli saham berlaku sebelum wujudnya penggunaan teknologi internet?\n\n\nWarung kopi menjadi tumpuan\n\n\n\u00a0\n\n\nPada tahun 1602 Syarikat Perdagangan Hindia Timur Belanda (SHTI) (\nDutch East India Company\n) telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat \"joint-stock\" dan mempunyai beberapa jumlah saham yang didagangkan. Pada ketika itu, saham SHTI merupakan saham syarikat dagangan awam pertama diperkenalkan di dunia. Ia didagangkan di Bursa Saham Amsterdam. Stok dan bon diterbitkan kepada pelabur dan setiap pelabur berhak mendapat peratusan keuntungan Syarikat Hindia Timur.\n\n\nApabila pasaran saham mula berkembang dalam Syarikat Hindia Timur, ini menyebabkan penjualan saham semakin meningkat dalam kalangan pelabur dan pihak broker. Namun pada masa ini, bursa saham belum diperkenalkan secara meluas di beberapa buah negara. Pelabur perlu mencari broker untuk menjalankan urus niaga saham.\n\n\nMisalnya, di England kebanyakan broker dan pelabur menjalankan urus niaga saham di pelbagai kedai kopi di sekitar London. Terbitan hutang dan saham yang dijual akan ditulis serta ditampal di ruangan pintu kedai sebagai tatapan umum kepada pelabur.\n\n\nLahirnya bursa saham pertama di London\n\n\n\u00a0\n\n\nSebelum abad ke-17, pihak broker banyak menjalankan urus niaga saham di \nRoyal Exhange\n. Namun disebabkan sikap kurang sopan seperti bergaduh, pihak broker tidak dibenarkan masuk ke \nRoyal Exchange\n. Hal ini menyebabkan pihak broker mencari alternatif lain dengan menjalankan urus niaga saham di kedai kopi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: britishmuseum.org\n\n\n\n\n\n\nMenurut rujukan sejarah, \"\nThe Stock Exchange\n\" mula berkembang dan berfungsi di sebuah kedai kopi yang dikenali sebagai \nJonathan's Coffee House. \nRumah kopi ini dibuka sekitar tahun 1680 oleh Jonathan Miles di bandar London. Melalui kedai kopi inilah, pada tahun 1698 timbulnya ilham daripada broker John Castaing yang telah menyenaraikan harga saham mengikut sektor dan komoditi pada setiap hari selasa dan jumaat. Komoditi yang terlibat tadi seperti garam, arang batu, dan kertas.\n\n\nPenyenaraian ini telah menunjukkan bukti pertama munculnya pertukaran sekuriti yang sistematik di London. Pada awal tahun 1773, sekumpulan para broker berhasrat menubuhkan \"\nNew Jonathan's\n\" yang menjalankan urus niaga dalam bangunan sendiri tanpa melibatkan penjualan saham di kedai kopi. Pada tahun 1801, munculnya bursa pertama di London yang dikenali sebagai \"\nLondon Stock Exchange\n\".\n\n\nEvolusi komunikasi ticker tape\n\n\n\u00a0\n\n\nPada awal dagangan saham sekitar tahun 1870, para pelabur tidak mempunyai akses secara langsung dalam pasaran saham. Semua urusan pembelian dan penjualan perlu melalui broker. Disebabkan teknologi kemudahan internet dan platform komunikasi dalam pasaran saham belum diperkenalkan, pihak broker akan tinggal berdekatan dengan kawasan bursa seperti di \nNew York Stock Exchange (NYSE)\n. Hal ini akan memudahkan pihak broker mendapatkan maklumat terkini melalui info di ticker tape.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu mesin ticker tape yang digunakan untuk mencetak stock ticker tape. Gambar: Pinterest\n\n\n\n\n\n\nPembacaan melalui pita (ticker tape) merupakan salah satu teknik lama yang digunakan oleh pelabur saham untuk menganalis harga dan jumlah pergerakan sesuatu kaunter saham. Ia dihantar dan dicetak melalui mesin telegraf yang menggunakan tenaga elektrik. Ticker Tape diperbuat daripada jalur kertas yang akan melalui mesin yang dikenali sebagai stock ticker. Mesin ticker tape pertama mula diperkenalkan pada tahun 1867 oleh Edward A. Calahan untuk kegunaan \nGold and Stock Telegraph Company.\n\n\nPada tahun 1871, Thomas Edison mula berinovasi dengan memperkenalkan \nstock ticker\n untuk kegunaan dalam pasaran saham. Mesin ini mula diguna pakai oleh broker-broker utama. Menjelang tahun 1930, mesin stock dikatakan lebih cepat mencetak pergerakan saham berbanding model sebelum ini. Namun ia tetap berlakunya kelewatan selama 15-20 minit antara pergerakan saham sebenar dan pergerakan yang dicetak.\n\n\nStock ticker ini akan mencetak simbol nama syarikat, harga pasaran dan jumlah urus niaga saham. Ia terus digunakan sebagai medium komunikasi dalam pasaran saham sekitar tahun 1870 sehingga 1970 sebelum wujudnya teknologi internet dan komputer.\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Maklumat dan info di jalur kertas ticker tape. Gambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTicker Symbol\n\n\nNama atau Simbol saham sesebuah syarikat yang didagangkan.\n\n\n\n\n\n\nShares Traded\n\n\n\n\nJumlah pembelian unit (volume) saham\n\n\nK = ribu, M= juta, dan B= billion\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrice Traded\n\n\nPerubahan harga semasa saham (last bid price)\n\n\n\n\n\n\nChange Direction\n\n\nMenentukan sama ada harga saham meningkat atau menurun berdasarkan harga dagangan semalam.\n\n\n\n\n\n\nChange Amount\n\n\nPerubahan harga semasa berdasarkan harga tutup semalam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPermulaan teknologi ECN\n\n\n\u00a0\n\n\nECN diperkenalkan pada tahun 1967 yang merupakan singkatan kepada \nelectronic communication network \nyang menggunakan sistem komputer secara automatik yang melibatkan urus niaga jual dan beli di sekuriti pasaran saham. ECN berupaya menghubungkan broker utama dan pelabur individu menjalankan dagangan saham secara langsung tanpa melalui orang tengah.\n\n\nTeknologi ECN mula digunapakai pertama kalinya oleh Instinet pada tahun 1969 yang membangunkan \n\"first electronic trading platform / security network\"\n digunakan sebagai medium telekomunikasi dalam transaksi saham melibatkan beberapa institusi. Instinet merupakan sebuah anak syarikat Nomura Group terlibat dalam agensi broker yang menyediakan perkhidmatan sekuriti kewangan global yang menggunakan teknologi sistem pesanan elektronik. Sepanjang tempoh ini, terdapat beberapa teknologi ECN yang terlibat seperti SelectNet dan NYSE Arca.\n\n\n\n\n\n\nGambar: thinkso.com\n\n\n\n\n\n\nIa akan memudahkan pelabur yang berlainan lokasi geografi untuk melaksanakan traksasi urus niaga saham dengan broker secara cepat dan mudah. Sistem ini bukan sahaja dapat memudahkan dagangan saham di bursa utama pada waktu pasaran, malah selepas waktu pasaran yang melibatkan perdagangan mata wang asing. Teknologi ini telah semakin berkembang luas di serata dunia yang melibatkan perdagangan saham secara elektronik di bursa utama seperti \nNYSE\n,\n NASDAQ\n dan lain-lain.\n\n\nEra kini\n\n\n\u00a0\n\n\nPerubahan dalam anjakan penggunaan internet dan penggunaan telefon pintar telah memberi kesan kepada cara penjualan transaksi saham antara broker dan pelabur individu. Kini pelabur individu tidak perlu lagi berurusan dengan broker, hanya menjalankan transaksi saham di medium \ntrading platform\n yang disediakan oleh broker saham masing-masing.\n\n\nPenilaian ini dinilai berdasarkan analisis fundamental dan teknikal bagi sesuatu saham. Fundamental melibatkan untung rugi, penilaian kewangan (\nquarter report\n) dan sebagainya. Teknikal pula melibatkan kajian pergerakan saham melalui chart dan penggunaan indikator.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nPada masa kini juga terdapat kemudahan seperti di\u00a0\niSaham\n, yang menawarkan screener berdasarkan indikator seperti \nMACD, Stochastic RSI\n dan pelbagai lagi. Namun begitu, screener ini hanyalah sebagai bantuan dan strategi sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Pelabur yang bijak perlulah mempunyai \ntrading plan\n dan telah membuat kajian sendiri.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n (Teknologi ECN)\n\n\nInvestopedia\n (Ticker Tape)\n\n\nCFI\n\n\nHistory of Stock Market\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pekat-kumpul-dana-ipo-untuk-kembang-segmen-solar-dan-elp", "title": "Pekat Mengumpul Dana IPO untuk Kembang Segmen Solar dan ELP", "body": "\n\nSatu lagi syarikat pemasangan sistem solar akan memasuki pasaran Bursa Malaysia melalui IPO, iaitu Pekat Group Berhad. Permohonan IPO Pekat ini dah dibuka dan butirannya adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.32\n\n\nStatus syariah:\n\n\nPenilaian tidak dibuat\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 206.4 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n15.2 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n10 Jun 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n14 Jun 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n23 Jun 2021\n\n\n\n\nDalam prospektus, penilaian syariah tidak dibuat, namun Elzar Shariah telah memberi penilaian patuh syariah pada IPO ini.\n\n\n\n\nBisnes Pekat\n\n\nPekat menjalankan aktiviti perniagaannya dalam 3 kategori utama, iaitu pemasangan sistem solar PV, pembumian dan perlindungan kilat (ELP) dan jual beli barangan elektrik. Jika melihat pada pecahan pendapatan, 57.4% datangnya dari segmen solar dengan nilai RM 72.1 juta, 21% dari ELP dan 21.6% dari jual beli. Pasaran Pekat ditumpukan sepenuhnya pada pasaran Malaysia.\n\n\nBila membincangkan tentang industri solar, satu perkara yang kita biasa jumpa ialah program-program seperti FiT, NEM, SELCO dan MySuria. Banyak program yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini. Ini adalah antara pemangkin yang ada dalam pasaran industri solar sejak sekian lama. Kebanyakan penglibatan Pekat dalam segmen ini adalah sebagai kontraktor utama.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nPekat\n\n\n\n\n\n\nUntuk segmen ELP, kedudukan Pekat adalah lebih kepada subkontraktor sebagai salah satu bidang kerja M&E. Kebanyakan projek ELP diaplikasikan pada bangunan, namun binaan jenis infrastruktur mendapat lebih banyak permintaan pada tahun 2020. Dalam skop kerja ELP, peralatan ELP dipasang pada bangunan untuk menangkap kilat di bahagian bumbung bangunan untuk dibumikan ke tanah.\n\n\nDalam segmen dagangan barangan elektrik pula, produk mereka terdiri daripada barangan ELP, Solar PV, alat perlindungan kilat dan sistem lampu amaran kapal terbang. Mereka juga menjual barangan jenama sendiri yang terdiri daripada 28.8% dari jualan dalam segmen ini, dan selebihnya 71.2% adalah jenama pihak ketiga.\n\n\nSatu perkara yang kita boleh perhatikan juga adalah kedudukan \nHextar\n sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat. Ini adalah sebahagian daripada pemelbagaian segmen industri oleh Hextar yang juga memiliki bahagian terbesar syarikat sarung tangan \nRubberex\n.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nApabila PKP berjalan, beberapa projek terpaksa ditangguhkan, antaranya adalah projek pemasangan solar dan ELP yang masing-masing bernilai RM 9.8 juta dan RM 2.2 juta. Ini menyebabkan pendapatan berjumlah RM 5.7 juta yang sepatutnya diterima pada suku terakhir 2020 dibawa ke suku kedua 2021. Selain itu, tiada kesan kewangan lain yang memberi impak pada tahun 2020.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPekat menunjukkan pendapatan yang menaik bagi tahun 2018. Dari tahun 2018 sehingga 2020, prestasi kewangan syarikat berada pada paras yang sama, antara RM 119.5 juta hingga RM 125.6 juta untuk 3 tahun tersebut. Margin keuntungan adalah lebih baik pada tahun 2019 sebanyak 12.4% berbanding 2020 sebanyak 10.8%.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan dalam segmen pemasangan solar mengalami kenaikan sepanjang tahun laporan kewangan ini. ELP pada 2 tahun pertama agak mendatar sekitar RM 33 juta hingga RM 34 juta kemudian menurun pada RM 30 juta pada 2019 dan RM 26 juta pada 2020. Segmen jual beli mencatatkan kenaikan secara keseluruhan, namun lebih rendah berbanding rekod tertinggi 2018.\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nPekat akan mengumpul dana sebanyak RM 44.4 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFasiliti operasi dan ibu pejabat baru\n\n\n18.00\n\n\n40.6\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n12.67\n\n\n28.6\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n10.00\n\n\n22.5\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.70\n\n\n8.3\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n44.37\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBilangan pekerja Pekat di pejabat Cubic Space meningkat hampir 100% dari 61 orang pada 2017 kepada 119 orang terkini. Pada Julai 2020, Pekat telah memperoleh tanah di Elmina Land berkeluasan 138,000 kaki persegi. Tanah ini akan dijadikan sebagai ibu pejabat yang turut memuatkan ruang pameran, stesyen pemantauan berpusat, pusat latihan, bengkel dan gudang.\n\n\nModal kerja terdiri daripada pembelian bahan projek seperti modul solar PV, inverter, barangan ELP dan kelengkapan lain. Selain itu, ada projek yang dibida memerlukan Pekat untuk memperuntukkan sebahagian tunai sebagai bon tender atau bon prestasi. Sebahagian daripada dana modal kerja juga akan digunakan untuk kos pemasaran dan juga kos overhead.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Pekat\n\n\nTiga aktiviti utama Pekat Group adalah pemasangan solar PV, pembumian dan perlindungan kilat, dan jual beli barangan elektrik. Kita akan lihat satu per satu aktiviti perniagaan ini, bermula dengan segmen solar.\n\n\nIndustri Solar PV\n\n\nKami telah pun membuat liputan beberapa IPO berkaitan solar seperti \nSolarvest\n dan \nSamaiden\n. Kebanyakan isinya bercakap tentang perkara yang sama. Ianya industri yang sememangnya sedang mendapat pergerakan global dengan kos pelaburan untuk sistem solar yang semakin murah, diikuti dengan pelbagai inisiatif kerajaan.\n\n\nIndustri solar boleh dibahagikan kepada 4 fasa, iaitu perangkaan dan rekaan, EPCC, O&M dan juga penutupan atau pembaharuan. Pekat terlibat dalam dua proses terawal iaitu perangkaan dan rekabentuk, dan EPCC. Satu perkara yang kita boleh perhatikan dalam prospektus ialah tidak disebutkan perancangan Pekat untuk meluaskan aktiviti ke luar negara seperti Vietnam sebagaimana IPO berkaitan solar sebelum ini. Oleh itu, kita hanya memerhatikan potensi industri ini di Malaysia.\n\n\n\n\nJika melihat pada jenis pemasangan solar, jenis On-Grid Centralised atau juga boleh dikenali sebagai Large Scale Solar (LSS) mempunyai CAGR terbesar iaitu 183.7% untuk 2017 hingga 2019. Ia juga merupakan jenis pemasangan yang paling banyak setakat ini dengan 715.59 MW pada 2019. Selain itu, jenis On-Grid dan Off-grid pula mempunyai CAGR yang mempunyai perkembangan yang sihat dengan sekurang-kurangnya 27% pertumbuhan.\n\n\nIndustri ELP\n\n\nSistem ELP dipasang pada bangunan dan infrastruktur bagi mengelakkan sambaran kilat kepada bangunan yang boleh menyebabkan kerosakan bangunan, litar pintas dan juga kemalangan jiwa. Ia berfungsi dengan mengalihkan aliran elektrik melalui sebuah saluran dengan selamat ke tanah. Walaupun disebut sebagai pendahulu pasaran, penglibatan Pekat dalam industri ini adalah sebagai subkontraktor di bawah skop kerja M&E. Oleh itu, mereka bergantung kepada prestasi industri pembinaan untuk dapatkan projek.\n\n\nSetakat prestasi terkini, nilai pembinaan dalam bidang M&E adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nSkop kerja M&E dalam pembinaan masih meningkat setiap tahun, namun dengan pertumbuhan yang semakin perlahan dari tahun ke tahun. Menurut kajian Vital Factor, dengan bersumberkan BNM, industri pembinaan dijangka melantun semula disokong oleh projek janakuasa solar, program JENDELA, projek berskala kecil di bawah Belanjawan 2021, pakej stimulus Pemerkasa bernilai RM 20 bilion, dan juga kerja penyempurnaan projek besar.\n\n\nIndustri jual beli produk elektrik\n\n\nSebelum ini, kita boleh lihat pemain industri lain dalam segmen ini seperti \nACO Group\n yang mempunyai kepelbagaian produk yang lebih luas. Pekat lebih menumpukan jual beli produk pengedaran, perlindungan dan peranti kawalan elektrik.\n\n\nUntuk mengukur permintaan, Vital Factor membawa data penggunaan alatan ini yang menunjukkan CAGR -10.4% dari 2018 hingga 2020.\n\n\nPersaingan\n\n\nPekat merupakan pendahulu dalam segmen ELP dengan pendapatan RM 26.4 dalam segmen ini. Namun mereka adalah antara pemain yang lebih kecil dalam industri produk elektrik. Untuk segmen solar, mereka menempatkan diri di kedudukan yang agak baik, sedikit ke belakang dari Samaiden yang tersenarai sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\nNP Margin\n\n\nNisbah PE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSolarvest\n\n\n253.4\n\n\n6.3\n\n\n52.6\n\n\n\n\n\n\nSamaiden\n\n\n76.2\n\n\n9.5\n\n\nN/A\n\n\n\n\n\n\nPekat\n\n\n72.1\n\n\n9.1\n\n\n15.2\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nBeberapa aspek yang kurang memberangsangkan adalah kita belum lagi melihat apa-apa minat syarikat untuk mengembangkan aktiviti solar di luar negara buat masa ini. Oleh itu, prospek syarikat buat masa ini adalah pada pasaran Malaysia sahaja. Selain itu, segmen lain yang diceburi seperti ELP mempunyai potensi yang terhad, dan mereka merupakan pemain kecil dalam industri pengedaran barangan elektrik. Pendapatan syarikat pula agak mendatar buat 3 tahun terakhir.\n\n\nNamun untuk aspek yang baik pula, Pekat menunjukkan prestasi kewangan yang cukup baik sepanjang tempoh dalam laporan. Dana IPO akan digunakan untuk membeli aset iaitu ibu pejabat yang akan menjadi fasiliti yang lebih besar bagi operasi mereka yang semakin berkembang. Kita dapat lihat prestasi yang terus meningkat pada segmen solar Pekat yang juga merupakan sektor dengan pertumbuhan yang tinggi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pelaburan-emas-pergerakan-harga-dan-etf-emas", "title": "Pelaburan Emas, Pergerakan Harga dan ETF Emas", "body": "Sejak sekian lama, emas dilihat sebagai sejenis logam yang berharga. Ia telah digunakan sebagai matawang sejak ketamadunan Mesir Purba sekitar 500 SM lagi. Emas juga digunakan untuk menaikkan nilai estetik pada apa-apa benda, antaranya bangunan, hiasan bangunan, makanan, dan sudah tentunya barang kemas.\n\n\nDari aspek sifat kimia pula, emas adalah logam yang stabil, tidak karat, tidak terhakis, tidak bertoksik dan mudah dibentuk berbanding logam lain di muka bumi. Dari segi industri pula, ia adalah pengalir arus elektrik yang bagus. Faktor utama mungkin dari segi estetik, namun kesemua ini menjadikan emas sebuah logam berharga di mata ramai.\n\n\nPelaburan emas\n\n\nApabila berbincang tentang pelaburan emas, sebab utama yang kita biasa dengar adalah keupayaan emas untuk mengekalkan nilainya berbanding matawang kertas, iaitu kalis inflasi.\n\n\n\n\nSekiranya kita bandingkan apa yang RM 100 boleh beli pada hari ini, ia mungkin adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan beberapa tahun akan datang. Manakala untuk emas pula, 1 gram emas beberapa tahun akan datang mungkin boleh belikan kita lebih banyak barangan berbanding hari ini. Secara umumnya, emas lebih banyak dilaburkan untuk jangka masa panjang berbanding didagangkan jangka pendek.\n\n\nJenis pelaburan emas\n\n\nAda pelbagai cara kita boleh beli emas dan setiap cara ini mempunyai sifatnya masing-masing.\n\n\nEmas fizikal\n\n\nCara ini mungkin merupakan kaedah paling popular. Antara sebab untuk ingin memiliki secara fizikal adalah untuk mengagumi kecantikan emas dan menyentuh emas dengan tangan sendiri. Kebiasaannya, pembelian emas dibuat melalui bank, agen, kedai dan sebagainya pada suatu harga yang ditetapkan. Apabila kita terima emas tersebut, maka satu lagi perkara yang perlu difikirkan ialah tempat untuk disimpan.\n\n\n\n\nSekiranya kita memegang jumlah yang kecil, pembungkusan emas itu mungkin cukup kecil untuk disimpan dalam beg duit, atau disimpan begitu sahaja di rumah. Namun, untuk pelaburan yang berskala lebih besar, kita mungkin akan perlukan sebuah tempat yang khusus untuk simpanan, contohnya peti simpanan keselamatan. Ini adalah untuk menempatkan emas itu sendiri, mengelakkan kecurian dan melindungi emas secara fizikal dari apa-apa kerosakan.\n\n\nETF\n\n\nSebelum ini kami pernah membincangkan tentang \nGOLDETF\n yang diperkenalkan \noleh TradePlus\n. GOLDETF adalah sebuah dana dagangan saham yang diuruskan oleh TradePlus untuk membawa sebuah instrumen pelaburan komoditi emas ke dalam pasaran.\n\n\nApabila anda membeli ETF ini melalui platform dagangan, maka samalah juga seperti membeli emas fizikal tadi. Bezanya cuma anda tak perlu fikirkan di mana nak simpan, kerana ia duduk di dalam akaun CDS anda selepas dibeli. Kelebihan GOLDETF ini juga ialah harganya yang rapat mencerminkan harga emas terkini, di mana satu lot GOLDETF bersamaan dengan satu gram emas dalam ringgit.\n\n\n\n\n\n\nPergerakan GOLDETF seiring dengan harga emas. Gambar: \nTradePlus\n\n\n\n\n\n\nDisebabkan ETF boleh dibeli di pasaran Bursa, GOLDETF ini juga boleh dibeli pada bila-bila masa waktu pasaran Bursa. Jualan juga boleh dibuat di Bursa. Anda cuma perlu \nbuka akaun CDS\n untuk dapatkan kemudahan ini.\n\n\nBarang kemas\n\n\nSebahagian besar penggunaan emas dunia adalah pada barang kemas. Pembelian perhiasan barang kemas pula sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada peminat barang kemas. Memandangkan kita bercakap tentang emas, sudah tentu barang kemas ini juga boleh dijual semula atau dicagarkan untuk ditebus nilainya untuk sejumlah tunai.\n\n\nPerniagaan emas\n\n\nSelain itu, terdapat pilihan untuk membeli saham syarikat berkaitan perniagaan emas, sama ada yang menjalankan perlombongan, atau perniagaan runcit. Secara logiknya, keuntungan syarikat ini akan mempunyai hubungkait dengan pergerakan harga emas. Maka, ianya sebuah pilihan yang boleh dipertimbangkan.\n\n\n\n\n\n\n99% dana GOLDETF disandarkan pada emas fizikal, saham syarikat tertakluk kepada pelbagai faktor. Gambar: \nTradePlus\n, iSaham\n\n\n\n\n\n\nNamun, apa yang kita beli bukanlah emas, tapi sebahagian milikan dalam perniagaan yang tertakluk kepada prestasi, kecekapan, pertumbuhan, dan pelbagai lagi aspek syarikat. Oleh itu, ia tidak semestinya bergerak seiring dengan harga emas setiap masa.\n\n\nSifat emas sebagai aset\n\n\nEmas merupakan sebuah aset selamat (safe haven) dan biasanya menjadi tumpuan apabila nilai matawang mengalami inflasi untuk melindungi nilai kekayaan. Namun, emas bukan satu-satunya instrumen yang seseorang itu boleh lihat untuk melindungi kekayaan mereka. Antara instrumen lain ialah matawang asing terutamanya USD.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi emas berbanding pasaran bearish. Gambar: \nTradePlus\n\n\n\n\n\n\nMatawang dolar memainkan peranan tertentu dalam pergerakan harga emas. Bank pusat di serata dunia membuat transaksi jual beli emas menggunakan matawang USD, menjadikan matawang ini rujukan penting terhadap emas. Oleh itu, kelemahan USD menjadikan emas lebih menarik, dan begitu juga sebaliknya. Ianya berkait dengan persepsi instrumen mana yang lebih menguntungkan antara safe haven ini.\n\n\nDalam dunia moden pula, ada pelbagai keputusan politik dibuat oleh sesebuah negara yang boleh memberi kesan terhadap ekonomi. Sesetengahnya boleh menyebabkan ketidakstabilan politik yang boleh meruntuhkan nilai matawang. Dalam situasi sebegini, pegangan emas seakan-akan memberikan seseorang itu satu insurans untuk melalui keadaan yang tidak menentu ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pelaburan-selamat-yang-boleh-dicari-ketika-pasaran-tak-menentu", "title": "Pelaburan Selamat yang Boleh Dicari Ketika Pasaran Tak Menentu", "body": "Istilah safe haven ialah salah satu sebutan yang digunakan untuk merujuk kepada pelaburan yang selamat. Ianya adalah sebuah pelaburan yang dijangka akan mengekalkan atau meningkatkan nilai modal walaupun dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam erti kata lain, pelaburan berisiko rendah.\n\n\nNamun, harus diingat bahawa pelaburan ini bukanlah sentiasa naik. Seperti saham atau mana-mana pelaburan lain, ia mempunyai fasa naik dan turun. Namun, jika dilihat dalam jangka masa panjang, ia dapat memberikan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah.\n\n\nEmas\n\n\nEmas\n merupakan sejenis logam berharga yang mempunyai nilai tersendiri dalam ekonomi. Ia pernah digunakan sebagai alat jual beli, dan pernah juga nilai matawang disandarkan pada emas. Sebagai aset pula, emas mampu melindungi nilai kekayaan seseorang daripada kesan inflasi. Apabila keadaan ekonomi menunjukkan kebimbangan, emas menjadi semakin popular kerana sifatnya sebagai aset. Oleh itu, minat yang meningkat terhadap emas boleh menyebabkan nilainya meningkat dalam suasana yang tidak menentu.\n\n\n\n\nSeseorang itu boleh beli emas secara fizikal atau atas talian. Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Untuk emas fizikal, anda perlu menyediakan tempat simpanan yang selamat. Bagi emas atas talian pula, aspek ini tidak menjadi kerisauan kerana emas itu disimpan oleh pemegang amanah.\n\n\nTreasury Bills\n\n\nAmerika mempunyai sekuriti perbendaharaan negara yang berfungsi sebagai dana untuk bayaran hutang. Salah satu sekuriti ini adalah treasury bills atau bil perbendaharaan yang bersifat seperti bon. Sekuriti ini dijual dengan kadar diskaun, dan apabila mencapai tempoh matang, pembeli akan mendapat semula nilai pelaburan pada nilai muka (nilai sebenar). Disebabkan oleh mekanisme jual beli dan sandaran sekuriti ini pada kerajaan Amerika Syarikat, ia dianggap sebagai pelaburan yang selamat dan bebas risiko.\n\n\n\n\n\n\nGambar: The Balance\n\n\n\n\n\n\nPada awal tahun 2021, pulangan dari pelaburan treasury bills Amerika ini menunjukkan kenaikan yang mendadak dalam masa yang singkat. Oleh itu, ia menarik minat ramai pelabur untuk memasukkan dana ke pelaburan selamat ini dan secara langsung menyebabkan dana dari ekuiti beralih ke instrumen ini. Di Malaysia, mungkin tak ramai yang membeli sekuriti ini. Namun, sifat pelaburan ini boleh dibandingkan dengan dana-dana pelaburan yang diuruskan oleh badan berkanun kerajaan, seperti yang akan dibincangkan dalam poin seterusnya.\n\n\nDana persaraan\n\n\nSecara umumnya, kategori ini adalah lebih kepada dana yang diuruskan badan berkanun kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan ASB. Dana ini dilaburkan dengan tujuan persaraan, namun ia boleh menjadi untuk apa-apa tujuan untuk masa depan. Walaupun pertumbuhan yang agak kecil, namun setakat ini, ia sentiasa dapat memberikan pulangan.\n\n\n\n\n\n\nKadar pulangan dividen KWSP, Tabung Haji dan ASB tahun 2020\n\n\n\n\n\n\nSekiranya pasaran saham terlalu berisiko untuk anda, anda boleh pertimbangkan untuk mencarumkan ke dalam akaun-akaun ini secara sendiri. Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa sebahagian dana yang dicarumkan itu akan dilaburkan ke dalam pasaran saham juga. Pihak pengendali dana ini mempunyai pegawai yang khusus untuk mengendalikan portfolio dana ini supaya tidak terdedah kepada risiko yang tinggi dan dapat memberikan pulangan yang terbaik kepada pencarum.\n\n\nMatawang\n\n\nKedudukan matawang sebagai pelaburan selamat ini adalah agak subjektif kerana macam-macam perkara boleh berlaku dalam keadaan ekonomi dan politik antarabangsa. Namun, pertimbangan bahawa nilai matawang tempatan semakin menyusut boleh menjadi sebab untuk membeli matawang negara lain yang lebih stabil. Antara matawang negara yang selalu dilihat ialah Franc Switzerland, Yen Jepun dan Dolar Amerika.\n\n\n\n\nHarus diketahui bahawa terdapat perbahasan dari segi kepatuhan syariah dalam bidang jual beli matawang ini. Transaksi matawang boleh menjadi haram atau harus bergantung kepada cara pelaksanaan jual beli tersebut. Oleh itu, tunaikan kewajipan anda untuk memastikan pelaburan mematuhi syariat.\n\n\nSaham defensif\n\n\nSaham defensif merujuk kepada saham yang dapat memberikan pulangan dividen dan mendapat pendapatan yang stabil tanpa mengira keadaan pasaran. Produk yang mereka tawarkan mempunyai permintaan yang berterusan, oleh itu lebih stabil merentasi pelbagai kitaran perniagaan. Rujukan terhadap sesebuah sektor boleh dibuat, namun saham dalam sektor dirujuk perlu disaring lagi untuk dapatkan syarikat terbaik di antara pesaing perniagaan.\n\n\n\n\nAntara sektor yang boleh diperhatikan ialah \ntelekomunikasi\n, \nREIT\n, \nutiliti\n, \nkesihatan\n dan sebagainya. Sebagai kajian lanjutan, anda boleh perhatikan aspek pergerakan harga saham (terutamanya pergerakan jangka panjang), laporan kewangan suku tahunan, dan rekod dividen pada saham tertentu. Cari syarikat yang anda rasa boleh berikan anda ketenangan selepas modal anda dilaburkan ke atas mereka.\n\n\nKesimpulan\n\n\nWalaupun disebut sebagai safe haven, tak semua pelaburan di atas ini sesuai untuk setiap keadaan ekonomi yang mencabar. Terdapat pelbagai faktor yang akan menyebabkan nilai aset di atas ini naik dan turun. Sebagai panduan asas, pelaburan yang dibuat untuk jangka masa panjang mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan jangka pendek. Dalam keadaan ekonomi tertentu juga, sesetengah sektor berpotensi untuk mendapat kelebihan, seterusnya boleh dianggap sebagai pelaburan selamat selagi mana situasi menyebelahi sektor, syarikat atau perniagaan umumnya.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pelaburan-terbaik-saham-akhirat", "title": "Pelaburan Terbaik Saham Akhirat", "body": "Setiap manusia di muka bumi ini tidak lari daripada mengejar kekayaan di dunia demi mencapai kesenangan dalam kehidupan. Adakala, kita berusaha mencari wang ringgit dengan pelbagai cara seperti menjalankan perniagaan, melabur wang melalui saham, dan lain-lain. Namun kita sebagai seorang hamba Allah SWT perlulah seimbang amalan antara dunia dan akhirat.\n\n\nSedekah Kunci Kepada Pintu Rezeki\n\n\nAda pepatah yang mengatakan \"tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima\". Persoalannya, adakah kita perlu menunggu kaya raya barulah berniat untuk bersedekah kepada orang lain? Tidak, sedekah cukuplah sekadar berniat dan ikhlas walaupun pemberian itu sekecil nilai 10 sen. Pemberian sedekah ini mampu memberikan kegembiraan dan kenikmatan terutamanya kepada golongan yang memerlukan.\n\n\n\n\n\n\nSedekah mengajar kita erti nikmat kesyukuran\n\n\n\n\n\n\nSekiranya kita bersedekah dengan niat kerana Allah, nescaya keimanan kita dapat dipertingkatkan serta akan mengurangkan sifat bongkak dan bakhil terhadap harta yang dimiliki. Sedekah tidak sesekali akan mengurangkan jumlah harta yang dimiliki, malah akan dijanjikan ganjaran oleh Allah SWT dengan ganjaran besar. Ingatlah disebalik rezeki yang kita miliki, pasti ada bahagian dan syer untuk diberikan kepada orang lain.\n\n\nAllah SWT telah berfirman yang bermaksud; \n\"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.\"\n (Surah al-Baqarah, ayat 261)\n\n\nDi iSaham, kami mempunyai sebuah \nsenarai organisasi kebajikan\n yang diminati oleh komuniti iSaham sendiri. Kalau anda pergi ke laman ni, anda boleh cari organisasi kesukaan anda, jika tiada, boleh cadangkan kepada kami melalui \niSaham Support\n. Anda boleh pilih untuk memberi sumbangan langsung kepada mereka, atau tekan butang Support dan kami akan berikan sumbangan kepada organisasi ini.\n\n\nSelain itu, kami juga ada senarai masjid-masjid yang menerima \nderma melalui e-Wallet\n. Maka kini semakin mudahlah untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. Bila-bila terasa nak membuat kebaikan, buka telefon, pergi ke link tadi, sumbangkan derma. Mudah-mudahan dengan sumbangan ini, anda pun dapat sebahagian daripada kebaikan tersebut.\n\n\nGanjaran Pahala Berterusan Melalui Wakaf\n\n\nAmalan berwakaf amat dituntut dalam agama Islam yang mempunyai pelbagai kelebihan seperti ganjaran pahala. Ketika zaman Rasulullah SAW, ramai sahabat baginda berlumba-lumba membelanjakan harta ke jalan Allah melalui bersedekah, berwakaf dan lain-lain.\n\n\nWakaf bermaksud seseorang menyerahkan hak miliknya sama ada dalam bentuk aset atau harta untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Harta tersebut tidak boleh dijual atau dimiliki oleh mana-mana individu. Misalnya, tanah wakaf diperuntukkan bagi keperluan agama seperti mendirikan masjid, tanah perkuburan, madrasah dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nTanah perkuburan merupakan salah satu tanah wakaf yang digunakan untuk keperluan agama islam. Gambar: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nIa menjanjikan ganjaran pahala berterusan kepada si pemberi wakaf walaupun telah meninggal dunia. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:\n\n\n\"Apabila matinya umat manusia di muka bumi ini maka terputuslah amalan pahala kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkan atau doa anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya\"\n\n\nMisalnya, apabila seseorang mewakaf RM10 untuk pembinaan masjid atau surau. Maka, pahala pewakaf tersebut akan berterusan mengalir selagi mana masjid itu kekal berada di situ.\n\n\nPulangan Satu Huruf al-Quran\n\n\nApabila menjelang bulan Ramadan terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku misalnya, peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran pada malam Jumaat 17 Ramadan. Al-Quran merupakan mukjizat terulung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda beribadat di Gua Hira. Kitab ini mempunyai 114 surah dan 30 juzuk yang menjadi panduan kepada umat manusia.\n\n\nAmalan membaca Al-Quran perlulah dibaca setiap hari terutamanya ketika bulan Ramadan yang dijanjikan ganjaran pahala. Ketika waktu lapang, janganlah kita membuang waktu tanpa melakukan aktiviti bermanfaat. Alangkah bagusnya, kita boleh bermula dengan membaca dan mempelajari Al-Quran.\n\n\n\n\nApa yang menariknya, setiap satu huruf bacaan Al-Quran yang kita baca ganjarannya sepuluh pahala. Misalnya, apabila kita membaca bacaan tiga huruf \"alif lam mim\", kita sudah mendapat ganjaran sebanyak 30 pahala. Malah, ia juga akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat. Adakah kita bersedia untuk merebut peluang ini atau biarkan ia berlalu begitu sahaja? Anda tentukan.\n\n\nDaripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda: \n\u201cBacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.\u201d\n (Hadis riwayat Muslim)\n\n\nKenikmatan Malam Lailatul Qadar\n\n\nJika kita diberikan tugas dan dijanjikan pulangan wang sebanyak 1000 peratus, pasti kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Namun adakah kita bersedia FOMO atau tidak melepaskan peluang dalam ganjaran malam 'Lailatul Qadar' yang lebih baik dari 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun? Pelaburan ini tidak melibatkan jumlah wang ringgit tetapi hanya memerlukan kita beribadah secara konsisten sepanjang bulan Ramadhan dengan niat kerana Allah SWT.\n\n\n\n\nTidak ramai yang mengetahui bilakah malam lailatul qadar akan berlaku. Namun menurut pendapat Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan bermaksud:\n\n\n\"Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam lain\"\n\n\nBetapa mulianya malam agung lailatul qadar, justeru hendaklah kita melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa mengeluh. Isikanlah waktu dengan qiamullail, membaca al-Quran, berzikir, munajat dan berdoa memohon keberkatan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenurut Imam Al-Ghazali berpesan\u201cKetahuilah dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana.\u201d Ingatlah pelaburan ini tidak akan rugi, malah memberikan ganjaran yang tinggi. Oleh itu, marilah kita bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk saham akhirat dan janganlah alpa terhadap duniawi.\n\n\nSekiranya anda ingin bacaan tazkirah ramadan, boleh baca post tahun lepas \ndi sini\n.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nKeistimewaan wakaf berbanding sedekah\n\n\nMalam lailatulqadar\n\n\nKehebatan al-Quran\n\n\nKepentingan mempelajari al-Quran\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pemilihan-presiden-amerika-donald-trump-joe-biden", "title": "Pemilihan Presiden Amerika - Donald Trump dan Joe Biden ", "body": "\n\n\n\nMusim pemilihan pemimpin sering membawa sebuah ketidaktentuan politik. Di mana-mana negara pun, pernyataan ini adalah benar. Semasa pemilihan sedang berlaku, kita tidak tahu sama ada pimpinan akan berubah tangan. Dari sini sahaja satu ketidaktentuan telah pun wujud.\n\n\nSekiranya berlakunya peralihan pimpinan pula, maka wujudnya sebuah lagi ketidaktentuan untuk melihat dan memahami tindakan pimpinan yang baru ini. Itulah yang sedang berlaku di Amerika Syarikat, dan ia sedikit sebanyak menyebabkan ketidaktentuan perhubungan politik untuk negara-negara lain, termasuklah kita di Malaysia.\n\n\nMemahami Pemilihan Presiden Amerika Syarikat\n\n\nApabila terlantik, Presiden Amerika Syarikat dibenarkan untuk menggalas tugas selama dua penggal, di mana satu penggal bersamaan 4 tahun. Selepas habis penggal pertama, sebuah pemilihan perlu dibuat untuk menentukan sama ada presiden semasa akan kekal atau seorang presiden baru akan dipilih melalui undian.\n\n\nFalsafah dua parti yang berlawan\n\n\n\n\nSeperti biasa, calon presiden ini terdiri dari dua parti utama di Amerika: Republican dan Democrat. Republican yang pernah diwakili tokoh seperti Abraham Lincoln dan George W. Bush adalah parti yang berfalsafahkan hak kebebasan dan tanggungjawab individu. Democrat pula pernah diwakili Barack Obama dan Bill Clinton, dan mereka mementingkan hak persamaan dan tanggungjawab sosial.\n\n\nDaripada falsafah ini maka terbentuknya pelbagai perbezaan idea untuk ekonomi, percukaian, hak persamaan dan sebagainya. Sebagai contoh, Republican percaya bahawa cukai tak sepatutnya dinaikkan untuk sesiapa, sama ada yang miskin atau kaya. Democrat pula beranggapan bahawa golongan berpendapatan tinggi perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi.\n\n\nBanyak lagi perbezaan pendapat antara kedua-dua parti ini yang kini diwakili oleh calon mereka yang bertanding untuk jawatan Presiden Amerika yang sedang berlangsung ketika ini.\n\n\nDua calon presiden Amerika Syarikat 2020\n\n\nTahun ini kita menyaksikan dua calon parti ini bertanding, dengan Republican diwakili oleh Presiden Amerika kini, Donald Trump dan Joe Biden dari Democrat. Pasti ramai yang kenal Donald Trump, presiden yang mempunyai perwatakan tersendiri dengan slogan utamanya \"Make America Great Again\". Joe Biden juga tak kurang popular sebagai orang kanan sepanjang Presiden Barack Obama menerajui White House.\n\n\n\n\nSatu persoalan yang membuatkan keadaan semasa tidak menentu ialah apakah bentuk hubungan ekonomi dengan negara luar yang akan berlaku selepas pemilihan presiden nanti?\n\n\nSekiranya Donald Trump dipilih untuk meneruskan jawatannya, kita boleh jangkakan keadaan politik semasa akan kekal seperti sedia ada sebelum pemilihan ini. Sekiranya Trump digantikan dengan Joe Biden, kita boleh jangkakan satu perubahan dalam hubungan antarabangsa.\n\n\nIni membawa kepada persoalan lanjut: apa perbezaan polisi Trump dan Biden?\n\n\nPolisi Trump dan Biden\n\n\nMatlamat kita di sini bukanlah untuk mengundi, kita hanya ingin melihat polisi yang mungkin akan memberi kesan terhadap perhubungan diplomatik antarabangsa. Ada dua skop yang kita boleh tumpukan, iaitu fokus pemimpinan dan polisi luar negeri.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSkop\n\n\nDonald Trump\n\n\nJoe Biden\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFokus pimpinan\n\n\nPemulihan ekonomi, tenaga kerja, menjaga kepentingan perdagangan Amerika dan isu berkaitan imigresen\n\n\nMencipta peluang ekonomi baru untuk pekerja, pemulihan penjagaan alam sekitar dan hak rawatan kesihatan, dan persekutuan antarabangsa\n\n\n\n\n\n\nPolisi luar negeri\n\n\n\"Utamakan Amerika\" dalam polisi luar negeri - antara yang kita pernah lihat ialah menarik diri dari perjanjian iklim Paris Accord, perdagangan bebas NAFTA, dan pakatan NATO\n\n\nMemulihkan hubungan dengan sekutu Amerika terutamanya NATO, dan gabungan perjanjian dagangan antarabangsa terhadap China\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni cuma sebahagian ringkasan daripada perdebatan panjang lebar antara dua calon ini. Antara lain ialah Donald Trump kurang percaya kepada perubahan iklim dunia seperti pemanasan global. Joe Biden pula mempercayai kesan perubahan iklim dan mencadangkan pelaburan sebanyak USD 2 trilion ke dalam teknologi hijau.\n\n\nSaham berkaitan Trump dan Biden\n\n\nSecara ringkas, sektor saham yang pernah dibincangkan dua calon ini boleh dilihat dalam jadual di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDonald Trump\n\n\nJoe Biden\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\nSaham teknologi Amerika\n\r\nInfrastruktur 5G\n\r\nPertahanan\n\r\nTenaga dan oil & gas\n\r\nPenjagaan terurus\n\r\nFarmaseutikal\n\r\nBank di Amerika\r\n\n\n\n\r\nSaham teknologi China\n\r\nInfrastruktur kelestarian\n\r\nKeperluan asas pengguna\n\r\nTenaga hijau\n\r\nPemilik fasiliti rawatan kesihatan\n\r\nPengeluar kelengkapan perubatan\n\r\nUtiliti\r\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda juga boleh tekan pada link di bawah untuk melihat jadual ini dalam bentuk satu senarai saham. Senarai ini disusun berdasarkan fokus perbincangan oleh calon dalam jadual di atas tadi.\n\n\n\n\nDonald Trump\n\n\nJoe Biden\n\n\n\n\nPerlantikan presiden kali ini dijangka akan diumumkan pada 4 November waktu Malaysia seawal tengahari. Maka sama-sama kita lihat kesudahan pemilihan ini, dan bagaimana ia membentuk dunia dalam beberapa tahun akan datang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pemulihan-ekonomi-keluk-k", "title": "Pemulihan Ekonomi Keluk-K", "body": "Penularan pasca pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemelesetan paling teruk seluruh dunia serta telah meninggalkan kesan tidak setara dalam ekonomi. Krisis ini disusuli dengan penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan setiap negara sehingga menyebabkan pelbagai sektor industri terjejas. Faktor ini menyebabkan satu keluk ekonomi baharu terhasil.\n\n\nApa itu Istilah Keluk?\n\n\nIstilah keluk merupakan satu andaian yang digunakan oleh pakar ekonomi untuk meramalkan situasi pemulihan\u00a0ekonomi sesebuah negara selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. Kebiasaanya\u00a0keluk digunakan seperti keluk Z, V, W, U.\n\n\nKeluk-K\n\n\nKeluk-K merupakan keluk yang baharu terbentuk berbanding keluk\u00a0sebelum ni seperti keluk V, U, dan W. Pemulihan keluk-K berlaku apabila atau selepas kemelesatan ekonomi yang ketika itu berada di fasa pemulihan selepas terjadinya wabak Covid-19. Dalam fasa ini, ada beberapa sektor akan kembali mengembang\u00a0dan beberapa sektor lain akan menguncup. Jika dilihat, pertumbuhan ekonomi menyerupai dua garis penjuru berbeza yang menyerupai seperti huruf K.\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: uschamber.com\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari sisi positifnya, pelbagai sektor semakin berkembang ketika fasa pemulihan seperti:\n\n\n\n\nKewangan\n\n\nTeknologi\n\n\nPembuatan sarung tangan\n\n\nLogistik dan lain-lain\n\n\n\n\nHal ini dapat dilihat pada\u00a0aplikasi seperti Zoom yang merupakan medium mengadakan mesyuarat serta perbincangan secara online. Ketika\u00a0kuarantin dilaksanakan di seluruh dunia, orang ramai telah beralih kepada Zoom. Hal ini menyebabkan aplikasi ini\u00a0telah memperoleh keuntungan sebanyak 3 billion selama 3 bulan. Kesannya, pasaran saham sektor tersebut melambung tinggi dan berlakunya peningkatan.\n\n\nBerdasarkan graf dibawah, pendapatan Zoom meningkat sepanjang tahun fiskal berakhir pada 31 Januari 2021. Sekiranya pendapatan ini konsisten, ia akan meningkat pada setiap quarter report pada tahun 2021.\u00a0Pendapatan Zoom berjumlah AS$2.65 bilion berbanding AS$623 juta pada tahun berikutnya. Sehingga 1 Mac Zoom Video mencatatkan market capital AS$120 bilion berbanding AS$31 bilion tahun sebelumnya.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Peningkatan pendapatan Zoom (statista.com)\n\n\n\n\n\n\nIndustri berkaitan pertanian dan perkhidmatan seperti pelancongan antara industri yang terjejas teruk sepanjang tempoh kawalan dilaksanakan. Contohnya, industri pelancongan seperti hiburan, penerbangan, perhotelan dan pengangkutan mengalami kerugian. Pertumbuhan juga menguncup terutamanya dalam sektor perniagaan peruncitan, makanan dan minuman (F&B).\n\n\nKesan Dalam Negara\n\n\nDi Malaysia, sektor perniagaan kecil merupakan salah satu sektor paling terkesan secara langsung disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Ini sekaligus telah merencatkan pendapatan yang diperoleh peniaga kecil terutamanya di kawasan luar bandar.\n\n\nPemulihan keluk-K ini juga dapat dilihat dalam kalangan masyarakat. Golongan T20 berpendapatan tinggi kurang terjejas berbanding golongan B40 dan M40. Golongan yang bekerja sendiri berisiko kehilangan mata pencarian menyebabkan kualiti kehidupan terjejas.\n\n\nJurang ketidaksamarataan ekonomi akan semakin ketara dalam sesebuah negara.\u00a0Hal ini dapat dilihat apabila ekonomi berada di fasa pemulihan selepas pandemik Covid-19, golongan yang kaya akan semakin kaya, manakala yang bergaji rendah akan terjejas disebabkan pemotongan gaji dan kehilangan pekerjaan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/penemuan-vaksin-dan-dunia-yang-dinantikan", "title": "Penemuan Vaksin dan Dunia Normal yang Dinantikan", "body": "Pada 9 November baru-baru ini, syarikat ubatan Pfizer dengan kerjasama BioNTech telah mengumumkan bahawa vaksin yang mereka hasilkan menunjukkan keberkesanan lebih daripada 90%. Berikutan daripada berita ini, pasaran menunjukkan reaksi yang optimis terhadap pembukaan semula ekonomi. Antara kesan yang terbesar boleh dilihat pada kenaikan sektor \npelancongan\n, \nminyak dan gas\n, dan \nperbankan\n. Jim Cramer menyifatkan berita ini sebagai satu halaman baru dalam pasaran.\n\n\nVaksin yang dihasilkan\n\n\nVaksin dihasilkan Pfizer dan BioNTech ialah vaksin jenis mRNA. Sifatnya yang tidak stabil memerlukan ia dibawa dalam simpanan sejuk -70 darjah Celcius. Apabila tiba di pusat rawatan, ia boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 5 hari. Ianya satu keadaan yang sangat kritikal dari segi logistik.\n\n\n\n\nSyarikat yang agak muda dalam industri ubatan, Moderna turut mengemukakan keputusan vaksin mereka. Keberkesanan setinggi 95% telah dilaporkan untuk vaksin keluaran mereka. Dari segi logistik pula, suhu simpanan vaksin ini lebih mesra industri iaitu pada -20 darjah Celcius.\n\n\nPerjalanan masih jauh\n\n\nHasil penemuan vaksin ini masih separa, dan memerlukan pengesahan US Food and Drug Administration (FDA). Apabila lulus, Pfizer menjangka hanya dapat mengeluarkan 50 juta dos vaksin menjelang akhir tahun 2020. Jumlah ini dapat memberi manfaat kepada 25 juta orang berdasarkan jadual 2 dos untuk setiap seorang. Menjelang 2021 pula, mereka menjangka boleh mengeluarkan sehingga 1.3 bilion dos. Masih tak cukup untuk rawatan 7.7 bilion penduduk bumi.\n\n\nModerna pula menjangka mampu membekal sehingga 20 juta dos menjelang akhir tahun 2020. Sama juga dengan vaksin Pfizer dan BioNTech, vaksin ini adalah berjadual untuk 2 dos setiap seorang.\n\n\n\n\nDi Malaysia pula, kerajaan telah berunding dengan sebilangan pengeluar vaksin Covid-19. Setakat ini, kerajaan cenderung ke arah kerjasama dengan Gavi dan WHO untuk menghasilkan vaksin COVAX. Setakat perkembangan terbaru, COVAX akan dapat dikeluarkan sebanyak 2 bilion dos menjelang penghujung 2021.\n\n\nDalam masa sebulan lagi, negara-negara di hemisfera utara, antaranya Amerika akan memasuki musim salji. Cuaca ini bakal menjadikan penyebaran wabak semakin teruk. Maka syarikat pengeluar vaksin sedang berlumba dengan masa untuk mengeluarkan vaksin mereka ke pasaran secara massa.\n\n\nVaksin oleh syarikat tersenarai Malaysia\n\n\nSetakat ini, kita tidak nampak vaksin Covid-19 ini dihasilkan oleh syarikat Malaysia. Namun, syarikat-syarikat ini mempunyai peranan tersendiri dalam pengeluaran vaksin. Antaranya sebagai pengedar atau pembotolan vaksin. Senarai syarikat ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nKerjasama\n\n\n\n\n\n\n\n\nBintai Kinden Corporation Berhad\n\n\nGenerex Biotechnology Corp\n\n\n\n\n\n\nSolution Engineering Holdings\n\n\nCanSino Biologics\n\n\n\n\n\n\nHo Wah Genting Berhad\n\n\nE-Mo Biology Inc\n\n\n\n\n\n\nKanger International Berhad\n\n\nSinopharm\n\n\n\n\n\n\nDuopharma Biotech Berhad\n\n\nVaksin pilihan kerajaan - COVAX\n\n\n\n\n\n\nPharmaniaga Berhad\n\n\nVaksin pilihan kerajaan - COVAX\n\n\n\n\n\n\n\n\nReaksi pasaran\n\n\nBerita vaksin ini sedikit sebanyak membawa reaksi yang mendadak dalam pasaran. Di kala kes yang mendadak di Amerika, berita ini adalah suatu harapan yang sangat positif. Pasaran Amerika bertindak seolah-olah ekonomi boleh berjalan kembali seperti biasa sebelum Covid-19 mengubah dunia.\n\n\nSektor yang selama ini mengalami kelembapan seperti sektor tenaga (baca: oil and gas) dan perbankan mula menunjukkan kenaikan untuk dua hari bermula hari Isnin ketika pengumuman dikeluarkan. Namun, kenaikan ini hanya bersifat sementara, dan mula perlahan pada hari Rabu. Hari berikutnya, kita dapat lihat pasaran yang normal dan lebih realistik.\n\n\nWalaupun tak dinafikan waktu itu mungkin akan tiba, ekonomi global akan mengambil masa untuk pulih. Axel Weber, pengerusi bank pelaburan Switzerland UBS mengatakan sekurang-kurangnya setahun diperlukan untuk dunia kembali ke tahap sebelum krisis ini.\n\n\nPersiapan untuk dunia normal\n\n\nMelihat ke hadapan, kita dapat lihat semakin banyak perkembangan baik tentang vaksin Covid-19 ini. Dunia menjadi semakin bersedia untuk hari di mana wabak ini tidak menjadi kerisauan di kala kita menjalankan aktiviti harian. Apabila ia berlaku, tiada lagi sekatan pergerakan PKP. Kereta akan semakin banyak di atas jalan, kedai menerima lebih banyak kunjungan, dan keperluan perkhidmatan untuk kerja dari rumah akan mula berkurang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Zul Khairi Hariri\n\n\n\n\nAntara saham yang bakal mendapat manfaat telah dikumpulkan dalam sektor \nPost-MCO\n. Perkhidmatan yang menerima manfaat daripada trend \nWork-From-Home\n pula berkemungkinan akan menerima permintaan yang berkurang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengangkutan-kereta-api-berkelajuan-tinggi-terpantas-di-dunia", "title": "Pengangkutan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Terpantas di Dunia", "body": "Pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi ini dapat dilihat terutamanya di kawasan negara yang mempunyai geografi jarak perjalanan yang jauh antara satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya di negara China, Jepun, Eropah, Korea Selatan dan lain-lain. Penggunaan kereta api berkelajuan tinggi telah memberi kelebihan kepada penumpang untuk menjimatkan masa dan kos serta mempunyai pilihan yang lain berbanding penggunaan kapal terbang sebagai medium pengangkutan.\n\n\nSecara umumnya, kereta api berkelajuan tinggi bermaksud sesebuah kereta api yang mampu mencapai kelajuan melebihi 250 km/h. Dalam post kali ni, kita akan melihat antara kereta api berkelajuan tinggi di beberapa buah negara di dunia.\n\n\n\n\n\n\nNegara China mempunyai jumlah landasan kereta api berkelajuan tinggi sepanjang 35 ribu kilometer. Gambar: \nchina discovery\n\n\n\n\n\n\nE5 Series Shinkasen\n\n\n\n\nKelajuan operasi maksimum: 320 km/h\n\n\nRekod Kelajuan Ujian: 400 km/h\n\n\nNegara: Jepun\n\n\nModel: \nShinkasen bullet train\n\n\n\n\nE5 Series Shinkasen merupakan generasi terbaharu bagi kereta api berkelajuan tinggi yang mula beroperasi pada bulan Mac 2011. Kereta api yang juga dikenali sebagai \"Hayabusa\" dikendalikan oleh Syarikat Kereta Api Timur Jepun (JR East). Penggunaan model siri Shinkasen generasi terdahulu mula digunakan semenjak tahun 1964. Sepanjang penggunaannya, ia jarang berlaku kemalangan dan dianggap sebagai simbol keselamatan.\n\n\nShinkasen E5 mempunyai 10 gerabak dan kapasiti seramai 731 penumpang. Ia menyediakan perkhidmatan bermula di Stesen Tokyo ke Stesen Shin-Aomory. Ia mengambil masa sebanyak 3 jam 20 minit yang melibatkan perjalanan sejauh 578 kilometer. Sekiranya seseorang menggunakan pengangkutan bas, ia akan mengambil masa sekitar 11 jam untuk tiba di Sin Aomory dari Tokyo.\n\n\nSelain itu, Jepun juga mempunyai sebuah lagi kereta api berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai L0 Series Maglev. Series Maglev ini masih berada dalam fasa percubaan dan pembangunan yang dikendalikan oleh \nCentral Japan Railway Company (JR Central). \nIa berupaya mencapai kelajuan 603 km/h dan kelajuan operasi 500 km/h. Ia dijangka memulakan operasi pada tahun 2027 yang akan menjadikan perjalanan dari Stesen Shingawa Tokyo ke Osaka (483 kilometer) dalam tempoh masa sekitar 1 jam 10 minit.\n\n\n\n\n\n\nL0 Series Maglev ketika dalam fasa percubaan. Gambar: \nwikipedia\n\n\n\n\n\n\nShanghai Maglev\n\n\n\n\nKelajuan operasi maksimum: 431 km/h\n\n\nRekod kelajuan: 501 km/h\n\n\nNegara: China\n\n\nModel: Maglev Train\n\n\n\n\nShanghai Maglev merupakan kereta api berkelajuan tinggi yang menggunakan teknologi maglev (magnetik) yang bergerak tanpa menggunakan roda. Maglev adalah satu teknologi magnet yang menggunakan elektromagnet yang berlaku disebabkan medan magnet di landasan. Kuasa medan magnet yang tinggi menyebabkan kereta api tidak menyentuh trek landasan.\n\n\nIa boleh mencapai kelajuan dari 0 km/h sehingga 350km/h dalam masa 2 minit. Kereta api ini telah dibina oleh Thyssen Krupp dan Siemens. Shanghai Maglev hanya memerlukan masa 7 minit untuk melengkapkan jadual perjalanan sekitar 30 kilometer sepanjang laluan kereta api di Stesen Long Yang sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.\n\n\nSelain itu, China juga mempunyai beberapa buah kereta api berkelajuan tinggi yang dalam fasa percubaan dan beroperasi seperti:\n\n\n\n\nNew Maglev Train - 600 km/h (dalam fasa ujian dan telah memecahkan rekod)\n\n\nFuxing Hao CR400AF/BF - 350 km/h\n\n\nHarmony 380 A - 380 km/h\n\n\nCRH 380 AL - 310 km/h\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nwestchinatour.com\n\n\n\n\n\n\nTalgo 350\n\n\n\n\nKelajuan operasi maksimum: 350 km/h\n\n\nRekod kelajuan tercatat: 402 km/h\n\n\nNegara: Sepanyol\n\n\n\n\nTalgo 350 atau dikenali sebagai RENFE AVE Class 102 mula menjalankan operasi pada Februari 2005 di Sepanyol. Ia telah dibina oleh sebuah syarikat Sepanyol iaitu Patentes Algo dan Bombardier Transportation. Ia juga dikenali sebagai Pato yang disebabkan muncung hadapan kereta api ini seakan-akan paruh itik. Dalam bahasa Sepanyol Pato bermaksud itik.\n\n\nIa menjalankan operasi bermulanya di Stesen Barcelona sehingga lah di Stesen Madrid (506 kilometer) yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit perjalanan. Talgo 350 telah dirancang pembangunan prototaip semenjak dari tahun 1995 dan bermulanya percubaan ujian prototaip pada tahun 2002.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nrailway-technology.com\n\n\n\n\n\n\nFrecciarossa 1000\n\n\n\n\nKelajuan operasi maksimum: 360 km/h\n\n\nRekod kelajuan tercatat: 400 km/h\n\n\nNegara: Itali\n\n\nModel: Bombardier Zefiro\n\n\n\n\nFrecciarossa 1000 juga dikenali sebagai V300ZEFIRO atau ETR 1000 merupakan model terkini dalam kategori kereta api berkelajuan tinggi bagi model Bombardier Zefiro. Model ini berupaya mencapai kelajuan 400 km/h yang merupakan antara kereta api terpantas di benua Eropah. Ia mula digunakan pada 25 April 2015 dengan memulakan perjalanan dari Milan ke Rom.\n\n\nKereta api ini direka khas dengan teknologi penjimatan tenaga dan mempunyai ciri kelestarian. Ia diperbuat daripada 95 peratus bahan yang boleh diperbaharui dan 85 peratus bahan daripada yang boleh dikitar semula. Frecciarossa 1000 menawarkan kapasiti 485 penumpang berdasarkan empat kelas tersedia iaitu eksekutif, perniagaan, premium dan standard.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nrailway-technology.com\n\n\n\n\n\n\nPerbandingan di Malaysia\n\n\nPada zaman terdahulu, kereta api di Malaysia digunakan sebagai pengangkutan untuk mengangkut hasil bahan mentah. Ia bermula pada 1 Jun 1885 apabila kereta api pertama dibina yang menyambungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang). Tujuan utama jalan kereta api ini dibina untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat Port Weld. Kesannya, ia menjadikan stesen kereta api Taiping sebagai stesen kereta api pertama di bina di Malaysia.\n\n\nSelain itu, disebabkan berlakunya peredaran zaman dan peningkatan teknologi kegunaan kereta api bukan sahaja melibatkan pengangkutan bahan mentah. Ia juga digunakan sebagai medium pengangkutan awam untuk menghubungkan pengguna dari satu kawasan ke kawasan lain.\n\n\nWalaupun Malaysia tiada kereta api berkelajuan tinggi tetapi Malaysia mempunyai beberapa kemudahan kereta api atau tren yang dikenali sebagai LRT, KTM, MRT, Monorel, ETS, \nExpress Rail Link (ERL), \nJabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) dan ECRL (fasa pembinaan). Kini, ERL merupakan kereta api terpantas di Malaysia dengan mencapai kelajuan operasi maksimum sehingga 160 km/h.\n\n\n\n\n\n\nERL mampu mencapai kelajuan operasi maksimum sehingga 160 km/h. Gambar: \nklia2.info\n\n\n\n\n\n\nKesan Terhadap Sektor Sekeliling\n\n\nKerancakan dan peningkatan jumlah penduduk terutamanya di kawasan urban iaitu bandar telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya ketika waktu puncak. Peningkatan ini menyebabkan pihak kerajaan melaksanakan inisiatif dengan melaksanakan pembinaan LRT dan MRT untuk mengatasi kesesakan dan memudahkan pergerakan. Antara projek yang berada dalam fasa pembinaan di kawasan bandar seperti \nLRT3\n dan \nMRT2\n.\n\n\nKesannya, ia telah membuka ruang kepada syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan dan infrastruktur kejuruteraan awam. Mereka bukan sahaja terlibat dalam pembinaan perumahan, malah melibatkan diri dalam pembinaan fasa kemudahan stesen kereta api di Malaysia. Antara syarikat yang terlibat seperti \nGKENT\n, \nMRCB\n, \nWCT\n, \nSunway Construction\n, \nGamuda\n, \nEita\n (kemudahan lift), dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Gamuda terlibat dalam pembinaan \nMRT Putrajaya Line\n. Gambar: \nGamuda\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-candlestick", "title": "Pengenalan Candlestick", "body": "Setiap ilmu dalam saham ada kelebihan & personaliti tersendiri. Analisa fundamental memberi gambaran kekuatan kewangan syarikat dan boleh mengesan samada harga saham \r\nmurah (di bawah pasaran) atau tidak. Indikator boleh menunjukkan kekuatan trend, belian dan jualan. Chart Pattern pula menunjukkan psikologi pembentukan harga saham. \n\n\n\n\nBagaimana pula dengan candlestick? Candlestick sesuai digunakan untuk \nfast trader\n. Bila nampak candle yang kuat keatas dan saham mempunyai kecairan yang tinggi, \r\nsaham boleh diberi fokus untuk \ntrading\n jangka masa sehari dua. Kalau ada candle pusingan di bawah, candle boleh dijadikan rujukan untuk \nbottom fishing\n. Signal \r\ncandlestick boleh menunjukkan \ncontext\n pergerakan harga berbanding indikator yang hanya menunjukkan trend\n\n\nOk, candlestick ada satu masalah besar iaitu ada berpuluh-puluh pattern yang wujud dalam ilmu candlestick ini. Jadi \ntrader\n akan mula \nconfuse\n nak pakai pattern yang mana? \r\nSebenarnya, anda tidak perlu tau kesemua pattern ini. Anda hanya perlu tau 2-3 sahaja ataupun kaedah gabungan pattern yang kami akan rungkaikan pada post-post akan datang. Tapi, \r\ncukuplah hari ni kami dedahkan bahawa pattern kegemaran kami ialah \nMorning Star\n.\n\n\nSignal morning star menunjukkan kejatuhan saham yang kuat pada hari pertama diikuti dengan penyerapan pada hari kedua, dan \nweak sellers\n untuk kedua-dua hari ini berakhir dengan \r\npush up oleh gergasi-gergasi saham. Untuk pelabur jangka masa pendek, boleh membeli pada petang hari ketiga dan jual pada hari keempat atau kelima. Untuk pelabur jangka masa sederhana, boleh \r\ngabungkan strategi ini dengan signal-signal \nmid term\n yang lain seperti \nIchimoku Power Up\n, \r\n\nHH HL Midterm\n & macam-macam lagi."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-dan-cara-menyertai-agm", "title": "Pengenalan dan Cara Menyertai AGM", "body": "Saham merupakan satu struktur di mana syarikat boleh mendapatkan dana dari masyarakat awam untuk perniagaan. Dalam masa yang sama, masyarakat awam juga boleh memilih syarikat mana yang dipercayai boleh membuat keuntungan di masa akan datang untuk dilaburkan.\n\n\nMaka, syarikat-syarikat tersenarai perlulah mengeluarkan sebahagian maklumat penting yang boleh diakses oleh orang awam untuk memberitahu pelabur apa yang syarikat mampu hasilkan. Satu saluran yang paling terus atau direct untuk mendapatkan maklumat ini adalah melalui Mesuarat Agung Tahunan syarikat.\n\n\n\n\nDalam Mesyuarat Agung Tahunan ataupun AGM, pelabur berpeluang untuk berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat sendiri. Ketika mesyuarat, pelabur boleh dengar apa-apa perbincangan, berita dan perkembangan terbaru mengenai syarikat. Pelabur juga boleh berbincang dengan pihak pengurusan berkaitan dengan pelbagai isu dan pertanyaan tentang syarikat.\n\n\nMenyertai AGM\n\n\nUntuk menyertai AGM, ada beberapa perkara yang anda perlu ada.\n\n\n\n\nPegangan saham\n\n\n\n\nAnda perlu memegang sekurang-kurangnya 1 unit saham untuk turut serta dalam AGM. Dari pengumuman AGM, syarikat akan tetapkan satu tarikh catatan untuk merekod pemegang saham yang layak hadir ke AGM. Anda perlu memegang saham ketika tarikh catatan untuk layak hadir.\n\n\n\n\n\n\nKad Pengenalan (IC)\n\n\n\n\nBagi pihak syarikat, mereka menggunakan maklumat IC sebagai senarai semak individu yang layak menyertai AGM syarikat. Anda perlu tunjukkan IC ketika hadir ke AGM nanti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMusim\u201d mesyuarat\n\n\nTak semua syarikat mengadakan mesyuarat ini pada waktu yang sama. Namun secara umumnya, kita boleh lihat lebih banyak mesyuarat diadakan pada pertengahan tahun dan penghujung tahun. Sesebuah syarikat pula kebiasaannya memilih waktu yang hampir sama setiap tahun untuk mengadakan mesyuarat ini.\n\n\nButiran mesyuarat\n\n\nSumber utama yang anda boleh rujuk untuk lihat bila AGM akan diadakan adalah pada laman saham di laman web Bursa Malaysia di bawah kategori General Meetings, dengan sub-kategori \nNotice of Meetings\n untuk pengumuman butiran AGM sahaja. Dari sini, tapis pula syarikat apa yang anda ingin hadiri, atau biarkan kosong untuk lihat senarai syarikat yang akan adakan mesyuarat. Selain itu, boleh juga lihat pada screener iSaham untuk \n AGM yang akan datang\n.\n\n\n\n\nDalam pengumuman notice of meetings ni, anda akan lihat beberapa butiran. Pertamanya, anda boleh lihat jenis mesyuarat sama ada General untuk AGM atau Extraordinary untuk EGM. EGM kebiasaannya adalah untuk urusan di luar rutin tahunan seperti corporate exercise, perubahan struktur syarikat dan sebagainya. Perbincangan syarikat yang lebih umum seperti laporan tahunan, projek baru dan sebagainya akan dibincangkan dalam AGM atau Annual General Meeting.\n\n\n\n\nButiran mesyuarat akan diberitahu dengan tarikh, waktu dan tempat diadakan. Sejak Covid-19, kebanyakan syarikat mula membawa mesyuarat secara atas talian, dan butiran ini juga akan diberitahu di sini sama ada dibuat secara fizikal atau broadcast. Satu lagi butiran yang penting ialah Date of General Meeting Record.\n\n\nTarikh catatan kelayakan\n\n\nDate of General Meeting Record adalah tarikh di mana syarikat akan tentukan siapa yang layak hadir ke AGM. Penentuan ini dibuat berdasarkan siapa yang memegang saham syarikat dan ada dalam penyata CDS pada tarikh tersebut. Untuk memastikan tiada masalah dalam catatan kelayakan, beli saham syarikat 2 hari sebelum Date of Record.\n\n\nSenarai AGM\n\n\nSekiranya anda nak sertai mana-mana AGM yang bakal diadakan, kami juga ada \nsenarai AGM\n yang telah diumumkan. Anda cuma perlu cari saham apa yang diminati untuk disertai dan beli selewat-lewatnya dua hari sebelum Date of Record iaitu pada column Last Day to Buy.\n\n\n\n\nMenyertai AGM\n\n\nApabila anda ikut panduan di atas tadi, anda kini boleh sertai AGM yang akan diadakan. Sebagai menghargai kedatangan pemegang saham, ada syarikat yang menawarkan Door Gift dengan kehadiran dalam AGM. Namun apabila Covid-19, door gift ini semakin kurang diberikan. Pun begitu, ada juga syarikat yang menawarkan pemberian e-voucher dan sebagainya.\n\n\nKehadiran AGM kini boleh dibuat sama ada secara fizikal atau atas talian, tertakluk kepada ketetapan syarikat. Sekiranya fizikal, anda perlulah hadir AGM ini pada masa dan waktu yang ditetapkan. Untuk atas talian pula, boleh lihat pada butiran Venue sekiranya dibuat secara fizikal atau disebut dengan kata kunci \"Broadcast\". Kebiasaannya, anda perlu daftar dalam platform yang ditetapkan untuk menghadiri AGM ini.\n\n\n\n\nUntuk butiran lebih lanjut, skrol ke bawah dari butiran mesyuarat tadi untuk temukan sebuah lampiran pengumuman AGM seperti di atas. Dalam pengumuman atau admin notes ini akan disebut dengan lebih terperinci panduan penyertaan mesyuarat, contohnya platform mana yang perlu didaftar untuk turut serta. Antara platform yang syarikat akan gunakan untuk perkhidmatan siaran AGM ini ialah:\n\n\n\n\nTIIH Online\n\n\nBoardRoom Limited / Lumi AGM\n\n\nSSHSB\n\n\nMega Corporate Services\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-dan-kelebihan-exchange-traded-fund", "title": "Pengenalan dan Kelebihan Exchange Traded Fund", "body": "Exchange Traded Fund, juga dikenali sebagai ETF adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh didagang di pasaran Bursa. Seperti nama yang diberi, ETF bermaksud Dana Dagangan Saham iaitu dana pelaburan yang boleh didagang melalui pasaran saham. Pengurus dana akan dimasukkan dana ini dalam pelbagai instrumen kewangan seperti bon, komoditi, dan ekuiti mengikut jenis ETF. Konsep ini sama seperti unit trust, tapi memiliki beberapa kelebihan berbanding unit trust itu sendiri.\n\n\nMemahami ETF\n\n\nSeperti yang disebut tadi, ETF adalah sama seperti unit trust di mana dana ETF ini digunakan untuk membeli pelbagai pegangan pelaburan yang lain. ETF selalunya difahami sebagai dana yang mengumpulkan beberapa saham di dalam satu bakul. Bakul ini mewakili sebuah unit ETF dan saham-saham di dalam bakul ini sebagai saham pendasar (underlying stock). Harga unit ETF ini akan bergerak mengikut pergerakan saham pendasar ini.\n\n\n\n\nKenapa pilih ETF?\n\n\nETF mempunyai beberapa kelebihan berbanding pelaburan unit trust dan saham. Antara kelebihan ETF ialah kepelbagaian portfolio, risiko rendah, boleh dijual beli seperti saham dan juga memberikan pendedahan kepada pasaran negara maju. ETF juga adalah unit pelaburan yang telus dan cekap kos pelaburan.\n\n\n1. Kepelbagaian portfolio\n\n\nMempelbagaikan portfolio adalah mudah dengan ETF. Satu unit ETF boleh mengandungi sebuah bakul berisi dengan pelbagai saham sama ada mengikut sektor, seluruh pasaran, saham berprestasi tinggi dan sebagainya.\n\n\n\n\n2. Risiko rendah\n\n\nKelebihan ETF yang rendah dengan risiko berkait dengan cirinya yang mempunyai kepelbagaian pelaburan saham dalam satu unit ETF. Satu bakul ETF mempunyai pelbagai saham pendasar yang menjadikannya kurang volatile terhadap pasaran.\n\n\n3. Boleh dijual beli seperti saham\n\n\nETF seperti namanya yang bermaksud Dana Dagangan Saham boleh didagang melalui pasaran saham, atau dalam konteks Malaysia, melalui Bursa Malaysia. ETF ini telah pun mula didagang di Bursa Malaysia mulai 1993 dan kini terdapat semakin banyak kepelbagaian jenis ETF termasuklah yang patuh syariah dan juga yang berdasarkan emas fizikal.\n\n\n\n\nTidak seperti unit trust yang hanya mengemas kini harga pada buka dan tutup pasaran, harga ETF sentiasa dikemas kini sepanjang hari. Kemasukan atau belian unit ETF juga boleh dibuat pada bila-bila masa pada waktu pasaran seperti belian saham.\n\n\n4. Pendedahan kepada pasaran luar negara\n\n\nSaham pendasar dalam ETF tidak terhad kepada saham yang tersenarai dalam Bursa sahaja. ETF juga boleh memasukkan saham-saham syariah di luar negara seperti Amerika dan Jepun dalam bakul mereka. Dengan ini, anda boleh mendapatkan kelebihan pergerakan saham-saham gergasi dunia di luar sana. Dalam masa yang sama, dana ini juga mematuhi garis panduan syariah oleh majlis penasihat syariah antarabangsa.\n\n\n5. Telus\n\n\nSaham pendasar dalam ETF akan diumumkan pada setiap hari dalam pengumuman kaunter ETF berkenaan. Dari sini, anda boleh lihat apa saham pendasar yang dilaburkan dalam ETF ini berserta nilai pegangan terkini. Laporan ini juga memaparkan Net Asset Value (NAV) atau Nilai Aset Bersih daripada dana pelaburan ETF ini.\n\n\n\n\n6. Kecekapan kos pelaburan\n\n\nUntuk memiliki beberapa saham dalam Bursa, anda perlu melakukan beberapa transaksi dan ini akan memakan kos pada bayaran broker. Dengan membeli unit ETF, anda boleh mendapat akses kepada beberapa ekuiti saham yang lain dengan satu transaksi sahaja.\n\n\nBagaimana menjana keuntungan dengan ETF?\n\n\nSama sahaja dengan saham, anda boleh menjana keuntungan melalui ETF dengan pendapatan modal. Selain itu, sebagai pemegang unit ETF juga anda boleh mendapat agihan pendapatan yang mempunyai konsep yang sama dengan dividen.\n\n\nPelaburan dalam ETF biasanya lebih dilihat sebagai pelaburan yang pasif kerana ia adalah kurang terdedah kepada pasaran yang tak menentu. Pelaburan ETF juga biasanya bersifat jangka-masa lama.\n\n\nMembeli ETF\n\n\nAnda boleh cari senarai penuh ETF dari platform dagangan dengan carian sektor \"ETF\". Namun, tak banyak sekuriti ETF yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antara yang didagangkan dan berstatus syariah adalah ETF berbentuk ekuiti patuh syariah dari MyETF dan emas dari TradePlus.\n\n\nMyETF\n\n\n\n\nMyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (\nMETFUS50\n)\n\n\nMyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (\nMYETFDJ\n)\n\n\nMyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (\nMYETFID\n)\n\n\nMyETF MSCI Malaysia South East Asia Islamic (SEA) Dividend (\nMETFSID\n)\n\n\nMyETF Thomson Reuters Islamic Asia Pacific ex-Japan Agribusiness Index (\nMETFAPA\n - suspended)\n\n\n\n\nTradePlus\n\n\n\n\nTradePlus Shariah Gold Tracker (\nGOLDETF\n)\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nETF boleh dianggap sebagai dana unit trust yang didagangkan dalam pasaran Bursa. Seperti sekuriti-sekuriti lain, ianya juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk didagangkan dalam Bursa Malaysia. Terdapat ETF jenis ekuiti dan juga emas yang patuh syariah yang boleh anda lihat untuk berjinak-jinak dengan ETF. Ianya sesuai untuk pelaburan jangka-masa panjang dan mempunyai risiko pelaburan yang lebih rendah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-kepada-carta-candlestick", "title": "Pengenalan kepada Carta Candlestick", "body": "Memahami Candlestick\n\n\nCarta harga saham adalah sebuah carta yang agak berbeza dengan carta-carta lain. Carta seperti carta bar, garisan dan lain-lain mempunyai sebuah nilai yang tetap untuk sebuah ukuran. Contohnya, dalam carta dana pelaburan asing, sesuatu hari akan memberikan kita sebuah angka iaitu nilai dana pada hari tersebut. Sekiranya kita bandingkan dengan hari sebelumnya, kita boleh nilai sama ada angka tersebut mengalami kenaikan atau penurunan.\n\n\nDalam saham pula, carta ini berbentuk lilin dan dipanggil candlestick. Sekiranya anda membakar lilin, anda pasti dapat lihat bahawa sumbu lilin semakin pendek, dan badan lilin juga semakin rendah dari detik ke detik yang lain. Mengambil inspirasi daripada lilin ini, begitulah carta candlestick berfungsi.\n\n\n\n\nHarga saham boleh berubah setiap detik sepanjang hari. Pergerakan seharian ini dapat diterjemah kepada satu bentuk candle. Dengan pembentukan candlestick ini, kita boleh faham lebih mendalam tentang keadaan psikologi pelabur dan potensi pergerakan harga.\n\n\nCandlestick boleh dianalisa secara teknikal\n\n\nSeperti yang disebut tadi, keadaan psikologi boleh difahami dari candlestick. Sebagai contoh, suatu saham mungkin dilihat bergerak dalam keadaan menaik. Namun dengan meneliti pada candlestick, kita boleh mendapati bahawa tekanan menjual telah pun bermula dan harga bakal jatuh. Semua ini boleh dikenal pasti dengan hanya menganalisa pada corak lilin dari carta.\n\n\nMengenali Candlestick\n\n\n4 data penting dalam carta candlestick ialah Open, High, Low dan Close atau selalu juga dipendekkan menjadi OHLC mengikut abjad depan huruf. Definisi OHLC adalah seperti berikut:\n\n\nOpen (O) - Harga buka\n\n\nHigh (H) - Harga tertinggi\n\n\nLow (L) - Harga terendah\n\n\nClose (C) - Harga tutup\n\n\n\n\nCara mudah nak memahami candle ini ialah dengan mengenalpasti Badan (Body) dan Ekor (Shadow). Badan candlestick adalah bahagian yang terbentuk dari pergerakan harga buka dan tutup. Ekor pula adalah bahagian yang terbentuk apabila harga saham melepasi harga buka atau tutup.\n\n\nBadan Candlestick\n\n\nKita mulakan dengan BADAN dulu. Untuk setiap candle, ada yang berbadan HIJAU dan MERAH. Candle HIJAU bermaksud harga saham ditutup lebih tinggi berbanding harga Open. Candle MERAH pula bermaksud harga saham ditutup lebih rendah berbanding harga open. Harga tutup yang lebih rendah menunjukkan tekanan jualan lebih tinggi daripada belian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarna Badan\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHijau\n\n\nHarga tutup lebih tinggi\n dari harga buka\n\n\n\n\n\n\nMerah\n\n\nHarga tutup lebih rendah\n dari harga buka\n\n\n\n\n\n\n\n\nBadan lilin juga ada yang pendek dan ada yang panjang. Lebih panjang badan, lebih kuat tekanan belian (kalau HIJAU) atau jualan (MERAH) sesuatu saham. Ada juga yang tidak ada badan, iaitu apabila harga 9 pagi (Open) dan harga 5 petang (Close) adalah sama.\n\n\nEkor Candlestick\n\n\nEkor candlestick pula menunjukkan sejauh mana harga naik dan juga turun pada hari tersebut. Boleh jadi harga saham pada waktu pagi ialah RM1.00 dan petang ialah RM1.10, tetapi pada pertengahannya harga turun sehingga ke RM0.80. Jadi ekor candle ini akan kelihatan sehingga ke paras RM0.80. Kalau harga saham tak turun kurang daripada harga buka pula, ekor tak terbentuk di bahagian bawah.\n\n\n\n\nMembaca candlestick dari carta saham\n\n\nDari carta harga saham, paksi kanan merujuk kepada harga manakala paksi bawah merujuk kepada masa. Semakin ke kanan, carta akan menunjukkan data terbaru, manakala semakin ke kiri carta, anda dapat lihat data bulan-bulan yang lepas.\n\n\n\n\nSecara asasnya, kita akan guna carta harian (Daily Chart), dimana satu point atau satu candle merujuk kepada satu hari. Candle hanya akan terbentuk pada hari pasaran dibuka. Maka, hari minggu dan cuti umum tidak akan dimasukkan ke dalam carta.\n\n\nJika kita melihat dari corak candle yang terbentuk, pelbagai analisa boleh diperoleh. Ilmu teknikal ini dipanggil chart pattern. Ia membantu pelabur teknikal untuk memahami psikologi pelabur di pasaran. Antara chart pattern yang boleh terbentuk adalah seperti \"Double Top\", \"Double Bottom\", \"Head and Shoulder\" dan lain-lain."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-kepada-corak-carta", "title": "Pengenalan kepada Corak Carta", "body": "Dalam berdagang, kita semua mempunyai matlamat yang sama; iaitu untuk mengambil peluang dengan turun atau naik bagi harga sesuatu saham. Antara cara untuk mengenal pasti pergerakan saham adalah dengan mempelajari corak carta.\n\n\nMaksud corak carta\n\n\nCorak carta (\nchart pattern\n) adalah corak yang dihasilkan oleh pergerakan harga saham di atas carta. Menurut teori analisa teknikal, corak carta dapat memberikan isyarat penurunan atau kenaikan sesuatu saham di dalam \ntrendline\n.\n\n\nTerdapat pelbagai jenis corak carta yang boleh digunakan semasa berdagang. Artikel ini akan menerangkan lebih lanjut tentang corak carta dan jenis-jenis corak carta yang sering digunakan oleh para pelabur sewaktu melabur saham.\n\n\nTrendline dalam analisa teknikal\n\n\nTerdapat banyak corak carta yang boleh digunakan di dalam analisa teknikal.\n\n\nNamun, sebelum mengenali corak carta, seseorang pelabur haruslah terlebih dahulu memahami \ntrendline\n dan cara melukisnya di carta. \nTrendline\n adalah garis lurus yang dilukiskan dengan menghubungkan puncak menurun (tinggi) atau dasar menaik (rendah). Pergerakan trend dapat membantu pedagang untuk mengenal pasti kawasan sokongan (\nsupport\n) dan rintangan (\nresistance\n) pada sesuatu saham.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGaris arah aliran (trendline)\n\n\n\n\n\n\nKumpulan utama corak carta\n\n\nTerdapat dua jenis kumpulan utama corak carta yang sering digunakan, iaitu:\n\n\n1. Corak carta sambungan\n\n\nCorak carta sambungan (\ncontinuation pattern\n) adalah sebuah corak yang boleh membantu pelabur untuk mengenalpasti peluang sambungan sesuatu trend.\n\n\nCorak ini menunjukkan sambungan selepas pembeli dan penjual berehat seketika sebelum mendapatkan momentum untuk bergerak ke arah yang sama mengikut trend.\n\n\nAdalah amat sukar untuk mengetahui arah pergerakan trend sewaktu perbentukan corak harga. Oleh itu, pemerhatian penuh harus diberikan untuk melukis \ntrendline\n bagi melihat sama ada harga akan bergerak naik ke atas atau ke bawah di dalam zon sambungan. Kebiasaannya, trend dianggap akan berterusan sehingga terdapat pengesahan untuk berubah arah.\n\n\nContoh-contoh corak carta sambungan:\n\n\ni. Pennant\n\n\nPanji (\npennant\n) ialah corak carta sambungan yang dilukis dengan dua \ntrendline\n yang akhirnya bercantum. Ciri utama \npennant\n ialah \ntrendline\n yang bergerak dalam dua arah; satu menurun dan satu lagi menaik.\n\n\nRajah di bawah menunjukkan contoh \npennant\n pada carta saham. Kebiasaannya, \nvolume\n akan berkurangan semasa pembentukan \npennant\n, dan kemudian akan berlaku peningkatan apabila harga akhirnya \nbreakout\n dari bentuk \npennant\n tersebut.\n\n\n\n\n\n\nPanji (Pennant)\n\n\n\n\n\n\nii. Triangle\n\n\nTerdapat 3 jenis corak carta segitiga (\ntriangle\n), iaitu menaik (\nascending\n), menurun (\ndescending\n) dan simetri (\nsymmetrical\n).\n\n\nAscending triangle\n ialah corak dagangan menaik\u00a0yang menandakan arah pergerakan trend yang memberi idea kawasan yang sesuai untuk masuk (\nentry\n), sasaran keuntungan (\ntarget price\n) dan kawasan untuk menghadkan kerugian (\ncut loss\n). Garis \nresistance\n bersilang dengan garis \nbreakout\n, dan menunjukkan peluang untuk \nentry\n.\n\n\n\n\n\n\nSegitiga menaik (ascending triangle)\n\n\n\n\n\n\nManakala \ndescending triangle\n adalah bertentangan dengan a\nscending triangle\n, di mana ia menunjukkan bahawa permintaan semakin berkurangan dan \ntrendline\n atas mula menurun menunjukkan perubahan trend mungkin berlaku.\n\n\nSymmetrical triangle\n\u00a0pula berlaku apabila dua \ntrendline\n menumpu ke arah satu sama lain dan memberi isyarat bahawa \nbreakout\n mungkin akan berlaku.\n\n\n\n\n\n\nSegitiga simetri (symmetrical triangle)\n\n\n\n\n\n\niii.\u00a0Cup and Handle\n\n\nCawan dan pemegang ialah corak sambungan yang menaik apabila trend menaik telah berhenti seketika dan kemudian diterusankan apabila corak itu disahkan. Bahagian \"cawan\" corak menyerupai pembulatan mangkuk. Bentuk \"pemegang\" di sebelah kanan cawan pula melakukan akan \npullback\n pendek. Setelah pembentukan pemegang itu selesai, pergerakan harga saham mungkin akan bergerak naik ke atas.\n\n\nUntuk bacaan penuh tentang corak carta cup and handle, anda boleh rujuk \nblog ini\n.\n\n\n\n\n\n\nCawan dan pemegang (cup and handle)\n\n\n\n\n\n\n2.\u00a0Corak carta pembalikan\n\n\nCorak harga (\nprice pattern\n) yang menandakan perubahan dalam \ntrendline\n semasa dikenali sebagai corak pembalikan (\nreversal pattern\n). Corak pembalikan adalah lawan kepada corak sambungan. Corak ini digunakan untuk mencari peluang dalam perubahan trend dagangan. Ia memberi isyarat bahawa trend yang sedang berterusan sudah mula hilang momentum dan akan mengalami perubahan arah. Dalam erti kata lain, corak pembalikan bertujuan untuk mencari di mana trend berakhir.\n\n\nPembalikan yang berlaku di kawasan penawaran (\nsupply\n) dikenali sebagai corak pengedaran (\ndistribution pattern\n), di mana banyak saham dijual daripada dibeli. Sebaliknya, pembalikan yang berlaku di bahagian kawasan permintaan (\ndemand\n) dikenali sebagai corak pengumpulan (\naccumulation pattern\n), di mana saham adalah lebih aktif dibeli daripada dijual.\n\n\nContoh-contoh corak carta pembalikan:\n\n\ni. Head and shoulder\n\n\nKepala dan bahu (\nhead and shoulder\n) ialah corak pembalikan yang boleh muncul di bahagian atas atau bawah carta.\n\n\nJika corak kepala dan bahu muncul sewaktu trend menaik, ada kemungkinan ia akan mengalami pembalikan, dan berubah menjadi trend menurun. Sebaliknya, trend menurun yang menghasilkan corak kepala dan bahu songsang pula berkemungkinan akan berubah arah menjadi trend menaik.\n\n\nBoleh baca blog \nBerdagang dengan Corak Head & Shoulder\n untuk mengetahui lebih lanjut tentang corak ini.\n\n\n\n\n\n\nKepala dan bahu (head and shoulder)\n\n\n\n\n\n\nii. Double Tops/\u00a0Double Bottoms\n\n\nCorak carta ini berlaku apabila harga bergerak melalukan pergerakan berganda, menandakan kawasan di mana terdapat dua percubaan\u00a0yang tidak berjaya untuk menembusi tahap sokongan atau rintangan.\n\n\nDouble top\n selalunya kelihatan seperti huruf M manakala \ndouble bottom\n kelihatan seakan huruf W. Kedua-duanya akan melakukan pergerakan yang gagal melepasi tahap rintangan atau sokongan dan diikuti dengan percubaan gagal kali kedua, mengakibatkan pembalikan trend.\n\n\n\n\n\n\nPuncak berganda (double top)\n\n\n\n\n\n\nBeza corak carta dan corak candlestick\n\n\nSelain corak carta, corak \ncandlestick\n juga boleh digunakan oleh pelabur untuk berdagang. Boleh baca lebih lanjut tentang \ncandlestick\n di blog \nPengenalan kepada Carta Candlestick\n ini.\n\n\nPerbezaan di antara corak \ncandlestick\n dan corak carta adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan corak candlestick dan corak carta\n\n\n\n\n\n\n\n\nCorak Candlestick\n\n\nCorak Carta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuncul dalam jangka masa yang singkat.\n\n\nTrend ditunjukkan untuk jangka masa yang lebih panjang.\n\n\n\n\n\n\nArah pergerakan trend hanya muncul dalam jangka masa yang singkat.\n\n\nPerubahan trend boleh ditunjukkan oleh corak carta.\n\n\n\n\n\n\nSesuai untuk dagangan jangka pendek.\n\n\nSesuai untuk dagangan jangka panjang.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nCorak carta adalah antara salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan pergerakan harga semasa membuat analisa teknikal. Walau bagaimanapun, ia adalah sekadar untuk membantu pedagang mencari peluang, dan tidak semestinya boleh memberi isyarat yang tepat untuk melakukan pembelian atau penjualan.\n\n\nOleh itu, anda sentiasa perlu mempunyai pelan dagangan sendiri supaya risiko kerugian yang dihadapi berada di dalam keadaan yang terkawal.\n\n\nSekiranya anda berminat untuk belajar corak carta dengan lebih lanjut serta teknik-teknik analisa teknikal yang lain, anda boleh hadir ke seminar Technical Analysis Level 1 dan Technical Analysis Advanced yang akan diadakan di iSaham Putrajaya. Boleh rujuk butiran kelas di \nisaham.my/seminar\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-kepada-esg", "title": "Pengenalan kepada ESG", "body": "Istilah ESG adalah akronim bagi Environment (alam sekitar), Social (sosial) dan Governance (tadbir urus). Ia merupakan piawaian yang perlu dipatuhi oleh syarikat sebagai menunaikan tanggungjawab korporat sosial dan wajib dilaporkan dalam laporan tahunan syarikat. Melalui pematuhan piawaian ESG, ia akan menjadi nilai tambah bagi syarikat-syarikat tersenarai untuk menarik lebih ramai pelabur. Piawaian ESG juga dijadikan panduan pengurusan portfolio pelaburan bagi para pelabur yang cakna akan kebajikan sosial.\n\n\nSetelah tercetusnya peperangan Vietnam, ia telah membuka mata banyak pihak akan kepentingan pelaburan yang lebih mampan untuk kesejahteraan sejagat. Hasil daripada itu, ESG mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada sekitar 1960-an. Kini, Bursa Malaysia juga mempunyai senarai syarikat patuh ESG. Senarai 200 syarikat teratas yang mengamalkan ESG yang baik boleh didapati dalam \nsektor F4GBM\n.\n\n\n\n\nEnvironment (E)\n\n\nUnsur alam sekitar yang terlibat adalah bagi menilai keupayaan sesebuah syarikat menguruskan kelestarian alam, antaranya dari sudut penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, kawalan sisa pembuatan, pengurusan sumber air, isu penebangan hutan, dan perubahan iklim. Syarikat yang mementingkan kemandirian alam sekitar akan memastikan segala operasi tidak akan menjejaskan alam sekitar dan menguruskan segala sumber asli dengan lebih cekap.\n\n\nKegagalan dalam mengawal kelestarian alam akan menyebabkan pencemaran dan kerosakan sumber bumi seterusnya memudaratkan kehidupan termasuk manusia. Syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan dan dihadapkan ke muka pengadilan.\n\n\nIsu lain yang turut diperhatikan bagi unsur alam sekitar termasuklah sumber bahan mentah dan amalan biodiversiti sesebuah syarikat terhadap kawasan dan tanah yang dimiliki.\n\n\n\n\nSocial (S)\n\n\nIsu yang diberikan perhatian bagi unsur sosial adalah berkaitan kebajikan pekerja dan hubungan sosial dengan masyarakat. Isu kebajikan pekerja termasuklah keadilan gaji pekerja, polisi tempat kerja, latihan dan pendidikan pekerja. Hubungan sosial pula merangkumi hubungan syarikat bersama pembekal dan pengguna serta tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekitar tempat syarikat beroperasi.\n\n\nAmalan seperti penyediaan bantuan kecemasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan akan meringankan beban yang ditanggung dan menarik minat pekerja untuk lebih setia kepada syarikat. Pihak syarikat juga boleh menyumbang kepada masyarakat melalui amalan bersedekah dan bayaran zakat.\n\n\nGovernance (G)\n\n\nSecara asasnya, unsur tadbir urus adalah berkisarkan keupayaan sesebuah syarikat menguruskan isu pentadbiran pada peringkat eksekutif. Antara isu yang diketengahkan adalah pembayaran gaji para eksekutif, pengurusan audit, ketelusan maklumat, prosedur audit dan perlantikan ahli lembaga pengarah. Tadbir urus yang mampan akan menarik minat lebih ramai pelabur kerana yakin akan keupayaan syarikat untuk lebih maju pada masa akan datang.\n\n\n\n\nRujukan kajian ESG\n\n\nAntara rujukan yang boleh dibaca oleh para pelabur untuk membuat kajian ESG terhadap sesuatu syarikat tersenarai adalah Sustainability Report dan Corporate Governance Report. Sustainability Report boleh didapati dalam Annual Report kerana ianya adalah perkara yang wajib dilaporkan berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Bursa Malaysia. Manakala, Corporate Governance Report selalunya akan dikeluarkan bersama Annual Report setiap tahun.\n\n\nKepentingan ESG\n\n\nPandemik Covid-19 telah mengetuk hati lebih ramai pihak akan kepentingan pelaburan ESG.\n\n\nPelaburan bertemakan ESG semakin mendapat perhatian oleh institusi-institusi pengurus dana dan pelabur jangka masa panjang. ESG dapat dijadikan indikator untuk menilai ketahanan sesebuah syarikat ketika menghadapi kemelesetan ekonomi dan keupayaan syarikat menghadapi ranjau pandemik serta kebolehan syarikat untuk kembali stabil selepas kejatuhan.\n\n\nAntara institusi yang mula menunjukkan minat terhadap pelaburan ESG termasuklah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank Asset Management (Maybank AM).\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nPelaburan ESG seharuskan mendapat lebih perhatian dari pihak pengurus-pengurus dana dan para pelabur. Sebahagian para sarjana kewangan Islam juga berpendapat bahawa ESG adalah sebahagian daripada maqasid (tujuan) shariah dalam kegiatan ekonomi. Selain menjamin pulangan yang kompetitif, ia juga dapat memastikan kelestarian alam sekitar, kebajikan sosial dan kecekapan tadbir urus.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-kepada-mata-wang-kripto", "title": "Pengenalan kepada Mata Wang Kripto", "body": "\"Cryptocurrency\" merupakan mata wang digital yang mempunyai nilai tetapi tidak dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan. Nilai mata wang digital tidak disandarkan kepada apa-apa barang termasuk barang ribawi seperti emas dan perak. Sebaliknya, mata wang digital menggunakan teknologi \"blockchain\" di mana data transaksi yang pernah berlaku di antara dua pihak akan disimpan dan tidak boleh diubah sampai bila-bila.\n\n\nDalam teknologi blockchain, sebuah rangkaian \"database\" komputer saling berhubung dan saling memeriksa data input dan output apabila ada transaksi. Data antara kesemua komputer ini sentiasa dikemaskini dan sentiasa diperiksa antara satu sama lain. Oleh itu, ia menjadi satu bentuk data yang sangat selamat dan susah (atau mungkin mustahil) untuk digodam. Seterusnya, kekuatan keselamatan ini juga menjadikan mata wang kripto yang bersandarkan blockchain ini sesuatu yang dipercayai dan mempunyai nilai.\n\n\n\n\nKepatuhan syariah\n\n\nMenurut laman web SC, token digital adalah mematuhi syariah jika ianya menepati syarat berikut: iaitu hasil terbitan token digital digunakan untuk tujuan patuh syariah. Hak dan manfaat token digital patuh syariah. Penggunaan, hak dan manfaat tidak bercampur dengan perkara halal dan haram.\n\n\nBerikut merupakan petikan kenyataan dari Majlis Penasihat Syariah SC:\n\n\n\"MPS juga telah memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat di atas dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan.\"\n\n\nAnda boleh baca keputusan SC ini secara lebih terperinci dalam \nkeputusan mesyuarat 29 Jun dan 20 Julai 2020\n.\n\n\nMana nak beli mata wang kripto\n\n\nSehubungan dengan kelulusan dari sudut syariah ini, sambutan hangat dapat dirasakan daripada pelabur di Malaysia. Buktinya, Luno telah berjaya mendapat kelulusan daripada SC untuk beroperasi sebagai DAX berdaftar. Melalui Luno, mata wang kripto boleh dijual beli untuk simpanan atau pelaburan.\n\n\nKonsepnya sama seperti sesetengah orang yang membeli USD dan menyimpannya dan kemudiannya menjualnya apabila harganya meningkat. Selain daripada Luno, terdapat dua lagi syarikat yang diberikan lesen oleh SC untuk mengendalikan perniagaan mata wang digital ini iaitu Tokenize dan SINEGY. Boleh rujuk laman web SC dalam Inisiatif Digital yang digariskan \ndi link ini\n.\n\n\n\n\nAnda boleh dapatkan RM 25 percuma dengan pembukaan akaun Luno. Caranya adalah dengan daftar akaun menggunakan \nreferral ini\n dan beli sejumlah RM 250 mata wang digital.\n\n\n\n\nProspek masa hadapan mata wang digital\n\n\nDi masa hadapan, berkemungkinan mata wang kripto akan mencetuskan sistem mata wang baharu yang tidak bergantung kepada kerajaan. Hal ini kerana dalam sistem \"e-wallet\" sekarang seperti Apple Pay, Bitcoin diterima sebagai mata wang yang ada nilai. Maka bolehlah ia dianggap sama seperti mata wang kertas atau fiat. Tambahan pula, datanya lebih terjamin dari sudut keselamatan. Oleh itu, ia semakin diterima sebagai mata wang untuk jual dan beli barang secara universal.\n\n\nSaham-saham di Bursa Malaysia yang berkaitan\n\n\nSecara keseluruhan terdapat potensi untuk \nproduk pembayaran\n terutamanya dari sudut payment gateway untuk membolehkan mata wang digital ini diterima sebagai kaedah bayaran.\n\n\nTerdapat juga beberapa syarikat yang terlibat secara langsung dengan teknologi kriptografi atau blockchain. Contohnya, \nSecuremetric Berhad\n menawarkan \"\nCrypto As A Service\n\" dengan kepakaran mereka dari segi perkhidmatan keselamatan digital.\n\n\n\n\nSelain itu, syarikat \nSystech Berhad\n memperkenalkan aplikasi blockchain yang boleh \nmengesan zakat\n yang diberikan, kepada siapa dan banyak mana.\n\n\nUntuk mempelajari lebih lanjut berkaitan dunia kripto dan NFT, boleh rujuk \nblog\n di laman web \nCrepeToast\n dan \nSolanaKit\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengenalan-kepada-regulated-short-selling", "title": "Pengenalan Kepada Regulated Short Selling (RSS)", "body": "Pernah tak anda menonton filem \nThe Big Short\n (2015) arahan Adam McKay yang mengisahkan tentang kisah ekonomi di Amerika Syarikat dimana pengurus dana, Michael Burry telah membuat \nshort selling\n terhadap sektor hartanah? Akibat \nshort selling \ntersebut, Michael Burry dan individu lain yang mengikuti langkah beliau berjaya menghasilkan keuntungan berbilion dollar semasa krisis ekonomi pada tahun 2008.\n\n\nShort selling\n atau di dalam bahasa Malaysia, jualan singkat, adalah proses di mana keuntungan diperoleh dengan kejatuhan harga saham. Jika kebiasaannya kita membuat keuntungan dengan membeli saham pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi, \nshort selling\n pula adalah sebaliknya.\n\n\n\n\n\n\n\"Sell high, buy low\"\n\n\n\n\n\n\nShort selling\n\n\nShort Selling\n \ndiperkenalkan semula\n di Malaysia pada Januari 2007, setelah diharamkan selama lapan tahun oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada 24 Mac 2020, \nshort selling\n digantung buat sementara waktu \nakibat pandemik COVID-19\n yang telah membuatkan pasaran saham menjadi huru-hara. Buat masa sekarang, hanya \nRegulated Short Selling\n (RSS) kembali dibenarkan bermula 1 Januari 2021.\n\n\nTerdapat 4 jenis \nshort selling\n di pasaran Bursa Malaysia iaitu:\n\n\n\n\nRegulated Short Selling\n (RSS)\n\n\nIntraday Short Selling\n (IDSS)\n\n\nIntraday Short Selling by Proprietary D\nay Traders\n (PDT)\n\n\nPermitted Short Selling\n (PSS)\n\n\n\n\nWalaubagaimanapun, artikel ini akan lebih bertumpu kepada RSS. Di pasaran Bursa Malaysia, \nshort selling\n ini termaktub di bawah panduan \nRegulated Short Selling\n (RSS) dan \nSecurities Borrowing and Lending\n (SBL).\n\n\nApakah Regulated Short Selling (RSS)?\n\n\nRegulated Short Selling\n (RSS) atau Jualan Singkat Dikawal Selia adalah keadaan di mana pelabur menjual saham yang belum dimiliki dengan meminjam daripada \nCentral Lending Agency\n (CLA). Pinjaman ini adalah sah dan peminjam harus membeli balik saham tersebut apabila harganya jatuh.\n\n\nCLA ialah syarikat yang diuruskan oleh \nBursa Clearing\n dimana proses pinjaman saham dijalankan. Namun pelabur tidaklah berhubung secara terus dengan pihak CLA, tetapi mereka akan melalui orang tengah iaitu broker atau bank pelaburan seperti \nM+ Online\n, Maybank, CIMB dan lain-lain lagi.\n\n\nAnalogi short selling\n\n\nAin melihat peluang untuk \nshort sell\n saham syarikat XPDC Berhad berikutan laporan tahunan terkini mereka yang kurang baik.\n\n\nJusteru itu, Ain meminta Broker Z untuk memberi pinjaman sebanyak 1,000 unit saham pada harga, RM 1.00 per unit saham dengan perjanjian pembayaran semula di dalam tempoh yang telah dipersetujui. Kemudian, Ain menjual kepada Yana 1,000 unit saham tersebut. Dengan ini, Ain sekarang mempunyai wang sebanyak RM 1000.00.\n\n\nOleh kerana saham yang telah Ain jual tadi adalah pinjaman dari Broker Z, Ain perlu membeli semula saham syarikat XPDC Berhad sebanyak 1,000 unit bagi menggantikan saham yang telah dia jual kepada Yana. Apabila saham XPDC Berhad jatuh nilai kepada RM 0.60, Ain terus membeli 1,000 unit saham tersebut dengan menggunakan wang RM 1000.00 yang diperolehi tadi dan memulangkan saham tersebut kepada Broker Z.\n\n\nDaripada aktiviti \nshort selling\n ini, Ain telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 400.00.\n\n\n\n\n\n\nAnalogi \nRegulated Short Selling\n (RSS)\n\n\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, Ain telah membuat pinjaman saham dari broker dan menjualnya kepada pasaran. Kemudian, dia membeli semula saham tersebut dengan harga yang lebih rendah dan memulangkan saham yang dipinjam tadi kepada broker.\n\n\nKesimpulannya, aktiviti \nshort selling\n ini memberikan keuntungan kepada pelabur apabila harga sesuatu saham tersebut jatuh.\n\n\nPerbezaan RSS dan IDSS\n\n\nTerdapat beberapa perbezaan di antara RSS dan IDSS iaitu:\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan di antara RSS dan IDSS\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis short\n\n\nRSS\n\n\nIDSS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh pegangan\n\n\nTidak melebihi 12 bulan\n\n\nJual dan beli harus dilakukan pada hari yang sama\n\n\n\n\n\n\nPelabur\n\n\nTerbuka kepada PDT dan institusi tertentu sahaja. Didominasi oleh intitusi luar.\n\n\nTerbuka kepada semua. Didominasi oleh pelabur runcit dan intitusi luar.\n\n\n\n\n\n\nStrategi perdagangan\n\n\nPegangan lama\n\n\nTeknikal dan momentum\n\n\n\n\n\n\nPatuh syariah\n\n\nYa\n\n\nTidak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, RSS adalah lebih terkawal berbanding IDSS. Pada bulan Disember 2020, RSS diperkenalkan semula dengan langkah-langkah kawalan iaitu:\n\n\n\n\nHad kedudukan singkat kasar harian bagi Sekuriti yang Diluluskan akan dikurangkan buat sementara waktu daripada 3% kepada 2%; dan\n\n\nHad baharu sebanyak 4% pada kedudukan singkat bersih beragregat RSS akan diperkenalkan.\n\n\n\n\nSumber: \nBursa Malaysia - Kenyataan Media\n\n\nCara melibatkan diri dengan RSS\n\n\nUntuk bermula melibatkan diri dengan RSS, pelabur haruslah membuka akaun pelaburan khas daripada broker masing\u2013masing. Akaun pelaburan RSS ini berbeza dengan akaun pelaburan biasa.\n\n\nBroker akan membantu pelabur membuat pinjaman dengan CLA bagi menjalankan aktiviti RSS. Pelabur hendaklah membayar imbuhan untuk membuat pinjaman tersebut. Setelah berjaya membuat pinjaman, pelabur boleh mula menjalankan aktiviti RSS.\n\n\nSepanjang aktiviti RSS, pelabur hanya boleh menjual saham pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa. Perkara ini dinamakan sebagai \nUp-Tick Rules\n.\n\n\nWalaubagaimanapun, RSS hanya dibenarkan untuk \nProprietary Day Trader\n (PDT) dan institusi tertentu sahaja.\n\n\nSaham yang dibenarkan untuk short selling\n\n\nAktiviti RSS ini hanya dibenarkan bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam senarai \nBursa Approved Securities\n sahaja. Sehingga 24 Jun 2021, terdapat 256 syarikat dibenarkan untuk aktiviti RSS.\n\n\n\n\n\n\nAntara syarikat yang tersenarai untuk RSS di dalam \nBursa Approved Securities\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\u2013syarikat ini haruslah memenuhi kriteria penting untuk tersenarai sebagai saham yang boleh di \nshort\n. Kriteria penting tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSaham perlu tersenarai secara rasmi di dalam Bursa Malaysia\n\n\nMempunyai modal pasaran melebihi 500 juta untuk 3 bulan terkini\n\n\nMempunyai sekurang \u2013 kurangnya 50 juta unit saham terapung di pasaran\n\n\nPurata jumlah saham yang didagangkan melebihi satu juta unit di dalam tempoh 12 bulan terkini\n\n\n\n\nSenarai \nBursa Approved Securities\n ini akan dikaji semula pada setiap 6 bulan (Sumber: \nBursa Malaysia\n).\n\n\nRisiko short selling\n\n\nShort selling\n membenarkan pelabur untuk mendapatkan keuntungan apabila harga sesuatu saham itu jatuh. Justeru itu, ia dapat memberi keuntungan yang tinggi apabila harga saham jatuh, namun ia juga boleh menyebabkan kerugian yang besar apabila harga saham menaik.\n\n\nOleh kerana itu, aktiviti ini hanya digalakkan kepada pelabur yang mahir serta mempunyai dana yang besar untuk menampung kerugian.\n\n\nHukum short selling\n\n\nPara ulama berpendapat bahawa hukum \nshort selling\n adalah haram kerana kita tidak memiliki saham tersebut semasa menjualnya.\n\n\nWalaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan penyataan bahawa short selling yang dijalankan secara terkawal (\nRegulated Short Selling\n) adalah harus.\n\n\nSumber: \nResolutions of the Securities Commission Shariah Advisory Council\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengiraan-average-price-dalam-portfolio-mplus", "title": "Pengiraan Average Price dalam Portfolio M+", "body": "Dalam platform M+ Online, banyak info yang kita boleh dapat, antaranya nama saham, harga terkini, kuantiti pegangan, harga belian, prestasi pulangan dan sebagainya. Info ini sudah lazim dijadikan sebagai rujukan pelabur untuk lihat prestasi pulangan. Namun, ada cara tertentu harga belian dalam portfolio ini dikira. Harga belian dalam portfolio boleh jadi tak sama seperti yang mereka beli. Dalam post kali ini, anda akan memahami lebih dalam tentang pengiraan ini. Anda juga boleh gunakan kalkulator yang disediakan oleh iSaham untuk pengiraan ini \ndi sini\n.\n\n\nPengiraan purata belian\n\n\nApabila anda membuat belian saham pada suatu harga maka sistem akan catatkan harga tersebut sebagai harga belian. Katakan anda buat belian tambahan apabila harga telah naik. Maka sekarang ini anda telah beli saham ini dengan beberapa harga berbeza. Dalam M+, beberapa belian ini akan dirumuskan sebagai sebuah purata. Secara ringkasnya, rumusan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, pengiraan purata ini akan mengira setiap belian sebanyak berapa lot, dan dibahagikan dengan jumlah lot pegangan.\n\n\nWeighted Average Portfolio\n\n\nSebelum 5 Disember 2020, M+ menggunakan sistem portfolio First In First Out (FIFO). Ia membuatkan pengiraan menjadi rumit setiap kali tambahan dan jualan sebahagian pegangan saham. Kini, M+ menggunakan sistem Weighted Average Portfolio. Dalam sistem ini, harga purata hanya dikira selepas pembelian lot yang baru. Pengiraan ini adalah perlu kerana untuk setiap kali tambahan pegangan saham, harga belian mungkin berbeza.\n\n\nKita andaikan situasi di bawah:\n\n\n\n\nBelian pada harga RM 1.00, 20 lot\n\n\nBelian pada harga RM 1.50, 30 lot\n\n\n\n\nMengikut formula di atas tadi, purata akan dikira berdasarkan lot dan harga belian.\n\n\n\r\nPurata harga = (RM 1.00 x 20 lot) + (RM 1.50 x 30 lot) / 50 lot\r\n= RM 1.30\r\n\n\n\n\n\nJika dikirakan, setakat ini purata belian ialah RM 1.30 dengan jumlah pegangan 50 lot.\n\n\nKatakan sekarang kita nak take profit, jadi kita pun jual pegangan sebanyak 25 lot. Berapa pula purata harga belian?\n\n\nMungkin kita boleh fikir sejenak dan buat pengiraan.\n\n\n\n\n.\n\n\n\n\n.\n\n\n\n\n.\n\n\n\n\nYa, tiada apa yang perlu dikira. Purata belian masih RM 1.30 kerana anda tidak menambah apa-apa belian baru. Ini adalah berbeza dengan sistem lama FIFO yang akan memberikan angka RM 1.50 dan menimbulkan banyak persoalan. Sekarang, bagaimana pula kalau kita tambah pegangan baru?\n\n\nJawapannya, M+ akan kirakan semula purata harga belian berdasarkan purata lot sedia ada (RM 1.30) ditambahkan dengan harga belian baru.\n\n\nDiharapkan dengan pengiraan baru ini tidak akan membuatkan anda keliru lagi.\n\n\nPurata harga sifar\n\n\nDalam beberapa kes, boleh jadi harga purata menunjukkan harga rendah yang tak masuk akal. Untuk kes seperti ini, kita perlu fikir di luar situasi jual beli biasa. Dua kes yang boleh dikenalpasti ialah IPO dan Bonus Issue.\n\n\n\n\nKes 1: IPO\n\n\nMungkin saham itu adalah IPO, yang mana sistem akan daftarkan sebagai sifar untuk lot yang dibeli. Jika ini yang berlaku, anda boleh ubah harga pada portfolio. Caranya adalah tekan pada nama saham dan kemudian harga yang terpapar pada angka sifar. Tukarkan kepada harga belian IPO.\n\n\nKes 2: Bonus Issue\n\n\nSekiranya anda menerima bonus issue, anda akan menerima unit saham percuma. Bermakna saham yang diterima itu adalah RM 0, dan ia akan menggangu pengiraan purata yang sepatutnya. Satu contoh yang kita boleh lihat ialah Supermax yang menawarkan bonus issue dengan satu unit saham bagi setiap unit pegangan. Kita boleh lihat contoh yang berlaku di bawah:\n\n\n\n\nBelian pada RM 20, 10 unit\n\n\nBonus issue 10 unit\n\n\n\n\nAsalnya, purata belian boleh diambil terus dari harga yang dibeli iaitu RM 20. Namun kini anda menerima 10 unit saham secara percuma iaitu RM 0. Jika kita masukkan dalam pengiraan:\n\n\n\r\n[(RM 20 x 10 lot) + (RM0 x 10 lot)] / 20 lot\r\n= RM 10\r\n\n\n\nPurata belian anda kini adalah RM 10. Namun disebabkan saham Supermax itu sendiri dikenakan bonus issue, harga saham akan diselaraskan dengan dibahagikan dengan 2, berdasarkan bonus issue 1 unit setiap 1 pegangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga saham (diselaraskan)\n\n\nPegangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM 10\n\n\n10 lot\n\n\n\n\n\n\nRM 0\n\n\n10 lot\n\n\n\n\n\n\n\n\nPurata harga selepas bonus issue: RM 5 untuk pegangan 20 lot.\n\n\n\n\nJadi anda tak perlu terkejut dengan merasakan harga purata menjadi terlalu rendah. Ianya sudah pun diselaraskan dengan tambahan unit percuma ke dalam portfolio anda."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengiraan-kadar-broker-untuk-dagangan-intraday", "title": "Pengiraan Kadar Broker untuk Dagangan Intraday", "body": "\n\n\n\nDalam M+ Online, malah untuk mana-mana broker pun, akan ada cara pengiraan yang berasingan sama ada untuk dagangan biasa (dipanggil kadar internet) dan dagangan harian (intraday). Kadang-kadang bila pasaran rancak, atau mungkin panik, kita pun terikut-ikut jual beli sampai jadi day trader dengan tak sengaja. Kalau jadi day trader, jangan terkejut kalau bayaran broker tak sama dengan kadar bayaran biasa. Dalam post kali ni, kita akan belajar cara mengira bayaran kadar dagangan harian mengikut broker Malacca Securities atau M+ Online.\n\n\nJenis Kadar Broker\n\n\nDalam M+ Online atau kebiasaan mana-mana broker, ada dua jenis kadar yang digunakan iaitu kadar biasa dan kadar harian.\n\n\nIntraday Rate\n\n\nKadar harian, juga disebut sebagai intraday rate ini dikenakan kepada mana-mana transaksi yang berselang antara jualan dan belian untuk jumlah lot yang sama. Kadar intraday ini hanya akan mengira jualan sekali dan belian sekali sahaja tanpa mengambil kira jumlah transaksi yang berlaku dalam sehari.\n\n\nNamun harus diingat, jumlah lot harus berpadanan antara jualan dan belian. Sebagai contoh, Ahmad membeli 100 lot Saham A, dan selepas kenaikan harga, Ahmad pun menjual Saham A tadi dengan jumlah lot yang sama. Dalam kes ini, Ahmad dikenakan kadar harian sebanyak 0.05% untuk jualan dan 0.05% belian.\n\n\nUntuk apa-apa lagi jual beli yang dibuat pada hari yang sama, sekiranya jumlah jualan dan belian adalah sama, maka tiada kadar yang akan dikenakan terhadap transaksi tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh\n\n\nLot\n\n\nTransaksi\n\n\nKadar Broker\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nBeli\n\n\n0.05% (intraday)\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nJual\n\n\n0.05% (intraday)\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n50\n\n\nBeli\n\n\ntidak dikenakan caj\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n50\n\n\nJual\n\n\ntidak dikenakan caj\n\n\n\n\n\n\n\n\nSituasi intraday ini tak semestinya dimulakan dengan belian sahaja. Boleh jadi Ahmad telah beli 100 lot pada hari yang lain. Hari ini dia membuat transaksi jual, beli, jual dan beli semula dengan lot yang berpadanan. Dalam kes ini, pengiraan masih akan sama seperti jadual di atas.\n\n\nInternet Rate\n\n\nKadar biasa, kadang kala disebut sebagai internet rate atau overnight rate ini pula dikenakan kepada mana-mana transaksi yang melibatkan belian atau jualan sahaja tanpa diselangkan dengan transaksi lain dalam hari yang sama.\n\n\nSebagai contoh, hari ini Badrul beli Saham B sebanyak 200 lot dan ceritanya habis di situ. Esoknya, Badrul membuat transaksi jualan 100 lot. Dalam kes ini pula, Badrul akan dikenakan kadar biasa iaitu sebanyak 0.08% seperti boleh dilihat dalam kes 1 di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh\n\n\nLot\n\n\nTransaksi\n\n\nKadar Broker\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nBeli\n\n\n0.08% (biasa)\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nBeli\n\n\n\n\n\n\n6\n Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nJual\n\n\n0.08% (biasa) - hari tak sama\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes yang selalu terjadi\n\n\nKami sering mendapat aduan bahawa M+ mengenakan dua kadar pada mereka iaitu kadar intraday dan juga internet. Namun, kes ini sememangnya boleh berlaku. Sebagai gambaran, boleh lihat situasi ini.\n\n\nSituasi 1\n\n\nDalam situasi ini, suatu transaksi itu dimulakan dengan belian dan diikuti dengan jualan. Seterusnya, mungkin anda mahu membuat belian sahaja tanpa diikuti dengan jualan. Maka kes seperti inilah yang selalu akan menyebabkan dua kadar ini dikira dalam satu hari.\n\n\nContoh:\n Beli 100 lot, jual 100 lot dan beli 90 lot dalam hari yang sama\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh\n\n\nLot\n\n\nTransaksi\n\n\nKadar Broker\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nBeli\n\n\n0.05% (intraday)\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n100\n\n\nJual\n\n\n0.05% (intraday)\n\n\n\n\n\n\n5 Ogos 2021\n\n\n90\n\n\nBeli\n\n\n0.08% (internet)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenjelasan:\n Dalam situasi di atas, ianya agak jelas bahawa ada 90 lot yang telah dibeli tidak diselangkan dengan jualan pada jumlah lot yang sama. Oleh itu, baki 90 lot ini dikira dengan kadar internet.\n\n\nSituasi 2\n\n\nDalam situasi ini pula, ia boleh terjadi semudah membeli dan menjual dengan bilangan yang tak sama. Oleh itu, M+ akan mencari bilangan saham yang boleh dipadankan antara belian dan jualan, bakinya dikira sebagai kadar internet.\n\n\nContoh:\n Beli 100 lot, jual 90 lot dalam hari yang sama\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh\n\n\nLot\n\n\nTransaksi\n\n\nKadar Broker\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n31 Jan 2020\n\n\n100\n\n\nBeli\n\n\n0.05% (intraday) dan 0.08% (internet)\n\n\n\n\n\n\n31 Jan 2020\n\n\n90\n\n\nJual\n\n\n0.05% (intraday)\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenjelasan:\n Dalam situasi di atas, transaksi 90 lot dari 100 lot belian akan dikira sebagai intraday yang berpadanan dengan 90 lot jualan. Baki lagi 10 lot dari belian tadi akan dikira pada kadar internet.\n\n\nAdakah kadar ini meningkatkan kos?\n\n\nMungkin ada yang merasakan kadar ini menjadikan kos broker lebih tinggi, mungkin juga ada yang tidak merasakan begitu. Sekiranya anda pertama kali mengalami kes dikenakan kadar intraday dan internet seperti contoh tadi, anda perlu tahu bahawa pengiraan ini wujud. Oleh itu, anda boleh menguruskan jualan dan belian mengikut pengiraan kadar yang diguna pakai oleh broker.\n\n\nSekiranya anda berdagang secara aktif dalam sehari pula, anda sebenarnya boleh dapatkan penjimatan dengan kaedah pengiraan ini. Sebagai contoh, sekiranya belian hari ni dijual pada hari pasaran lain, anda akan dikenakan kadar internet (0.08%) pada kedua-dua hari tersebut. Namun, sekiranya kedua-dua jualan dan belian dibuat pada hari yang sama, anda bayar pada kadar yang lebih rendah. Anda cuma perlu pastikan dagangan dibuat dengan jumlah belian dan jualan yang sama banyak.\n\n\nBolehkah anda \ndeactivate\n kadar intraday?\n\n\nSekiranya anda melihat kadar intraday ini menambahkan kadar transaksi, anda boleh hubungi remisier anda untuk \ndeactivate\n kadar ini. Namun, anda tidak lagi dapat menikmati kadar intraday sekiranya anda beli dan jual secara intraday. Anda boleh gunakan calculator dalam \npage ini\n untuk buat pengiraan intraday.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pengurusan-risiko-emosi-dan-duit", "title": "Pengurusan Risiko, Emosi dan Duit", "body": "Ramai yang memberi fokus yang sangat besar pada saham apa nak dibeli, strategi apa yang okay dan cari komen berkaitan saham. Bila dah jumpa saham nak beli, dan harga saham turun, terus kita taktau nak buat \r\napa. Kita pernah dengar \"cut loss\" tapi bila nak tekan \"sell\" tak mampu. Kenapa semua ini terjadi?\nSebabnya ialah tiada fokus pada elemen yang lebih penting dalam saham iaitu 3 jenis pengurusan utama:\n\n\n1. Pengurusan Risiko (R)\n2. Pengurusan Emosi (E)\n3. Pengurusan Duit (D)\n\n\nMari kita bincangkan satu persatu di bawah.\nPengurusan Risiko\nPelabur perlu mengetahui risiko melabur dalam saham berbanding membiarkan duit dalam tabung haji, risiko memilih short term berbanding long term, risiko memilih saham 20 sen berbanding RM2.00, risiko membeli \r\nwarrant berbanding saham, risiko membeli 1 saham berbanding membeli 5 saham dan risiko tidak \"cut loss\" atau jual tanpa strategi. \nSelepas memahami risiko yang bakal dihadapi, baru lah pelabur boleh membuat keputusan dengan lebih bijak. Contoh soalan yang pelabur kena tanya, \"Berapa saya sanggup loss untuk mendapat \r\nkeuntungan yang besar?\". \nPengurusan Emosi\nEmosi memainkan peranan paling penting dalam saham. Selepas mengetahui kepentingan \"cut loss\", agak sukar untuk pelabur menjual saham kerana terfikirkan apa akan jadi kalau saham naik. \r\nApa-apa keputusan perlu dibuat sebelum membeli saham, bukan selepas membeli saham. \nAda yang terlalu emosi sampai bila harga da naik banyak baru nak beli. Bila strategi kata BUY, tak nak tekan BUY sebab tak yakin, tapi bila harga da naik barulah rasa nak tekan BUY. Itu bukan follow strategi, \r\ntetapi follow emosi. Lawan emosi ialah strategi.\nPengurusan Duit\nTanpa modal, memang tak boleh melabur. Dah ada modal, kena pandai agihkan ke dalam beberapa saham. Masuk satu saham saja boleh, tapi akan terkena ujian emosi. Jadi kena \"diversify\" ke dalam 2-5 saham. \r\nEh, technical analysis pun kena diversify ke? Saya akan kupas bab ni dalam topik akan datang. \nBerapa modal minimum? Kalau nak long term, serendah RM500 da boleh masuk bulan2. Kalau nak mid term, RM1000 keatas. Short term pula RM2000 keatas. Apa-apa pun gunakan \nkalkulator iSaham\n untuk tengok untung ke tak selepas dikira brokerage fee.\nPengurusan Lain-lain\nBanyak lagi pengurusan kena buat sebenarnya. Pengurusan minda (\"mindset\") - untung hari-hari vs untung bulan-bulan, dan jangan mudah terpedaya dengan gimik marketing. Pengurusan masa pun penting \r\njuga, kalau 24 jam tengok saham, tapi untung bulanan atau tahunan rendah sangat, susah juga tu. Lebih baik spend 15-30 minit sehari, tetapi untung berbaloi dengan masa yang digunakan. Orang kata, duit buat duit. \nJom kita salurkan fokus pada pengurusan risiko, emosi, duit, mindset, masa dan lain-lain yang sebenarnya merupakan sebahagian besar daripada setiap keputusan pelaburan kita."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/penjanaan-kuasa-hidroelektrik-melalui-empangan-terbesar-di-dunia", "title": "Penjanaan Kuasa Hidroelektrik Melalui Empangan Terbesar di Dunia", "body": "Air dan elektrik merupakan salah satu utiliti asas bagi keperluan penduduk di dunia. Pertambahan penduduk dari semasa ke semasa menyebabkan penggunaan air dan elektrik juga akan meningkat. Hal ini menyebabkan negara di dunia mula mencari alternatif seperti pembinaan empangan untuk memenuhi keperluan ini. Menjelang abad ke-20 terdapat lebih 40,000 buah empangan di seluruh dunia. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa buah empangan hidroelektrik terbesar di dunia.\n\n\n1. Three Gorges (Sanxia), China - 22.5 GW\n\n\nThree Gorges telah memegang rekod sebagai empangan hidroelektrik terbesar di dunia yang berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 22.5 GW. Pembinaan ini bermula pada tahun 1993 sehingga tahun 2012 yang melibatkan beberapa fasa pembinaan generator. Ia terdiri daripada 32 unit turbin generator yang berkapasiti 700 MW dan 2 penjana kuasa 50 MW.\n\n\nEmpangan ini mula beroperasi pada tahun 2003 dan turbin terakhir dipasang pada tahun 2012. Ia melibatkan pembinaan sebanyak USD 29 bilion yang terletak di Yichang, Hubei. Loji kuasa Three Gorges telah membekalkan elektrik ke sembilan wilayah dan dua bandar di China seperti Shanghai. Sepanjang tahun, loji ini telah menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 85 TWh.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nasiafinancial.com\n\n\n\n\n\n\n2. Baihetan, China - 16 GW\n\n\nSelepas berada di kedudukan pertama melalui empangan Three Gorges, China sekali lagi berjaya menyiapkan sebuah lagi empangan yang berupaya menjana tenaga elektrik 16 GW. Empangan ini dikenali sebagai loji hidroelektrik Baihetan dan mula beroperasi pada 28 Jun 2021. Kesannya, negara China telah mengukuhkan kedudukan sebagai pengeluar utama tenaga hidroelektrik melalui empangan di dunia\n\n\nSelain itu, China juga mempunyai beberapa loji janakuasa hidroelektrik terbesar seperti:\n\n\n\n\nXiluodu, Jinsha Jiang River- 13.86 GW\n\n\nWudongde, Jinsha River - 10.2 GW (dijangka beroperasi pada Disember 2021)\n\n\nXiangjiaba, Yangtze River - 6.44 GW\n\n\nLongtan, Hongsui River - 6.42 GW\n\n\n\n\n\n\n\n\nEmpangan Baihetan ketika masih dalam proses pembinaan. Gambar: \nnews.cgtn.com\n\n\n\n\n\n\n3. Itaipu - 14 GW\n\n\nEmpangan Itaipu terletak di sepanjang Sungai Paran yang bersempadan antara Brazil dan Paraguay. Ia menelan belanja sekitar USD 19.6 bilion yang mempunyai 20 unit turbin yang berupaya menjana kuasa sehingga 14 GW. Pada akhir tahun 2020, Itaipu telah mencatatkan pengeluaran kumulatif sebanyak 2.77 bilion MWh sejak beroperasi tahun 1984.\n\n\nApa yang menariknya, empangan terbesar di Brazil ini mencapai ketinggian 196 m lebih tinggi berbanding bangunan 56 tingkat. Loji tenaga hidroelektrik diuruskan oleh Itaipu Binacional untuk memenuhi 15% penggunaan tenaga Brazil dan 85% Paraguay. Itaipu telah menggunakan satu sistem telemetri hidrometeorologi (HTS) untuk mendapatkan data ramalan, pengawasan dan pengendalian. Sistem ini akan memudahkan penerimaan maklumat melalui sensor dan menyampaikan ke loji hidro melalui satelit dan internet.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \ngihub.org\n\n\n\n\n\n\n4. Belo Monte, Brazil - 11.23 GW\n\n\nPada asal pembinaan empangan ini dicadangkan pada tahun 1975 dan tertangguh sehingga tahun 1990 disebabkan isu alam sekitar serta mendapat bantahan daripada penduduk setempat. Selepas reka bentuk projek diubah mengikut spesifikasi alam sekitar, akhirnya projek ini mendapat kelulusan daripada Kerajaan Brazil pada 2010.\n\n\nEmpangan Belo Monte ini terletak di Sungai Xingu, berhampiran dengan hutan Amazon, Brazil. Pada bulan November 2019, Belo Monte telah mencapai kapasiti maksimum selepas pemasangan jana kuasa yang ke-18. Empangan ini telah dikendalikan oleh Norte Energia selama kontrak 35 tahun. Tenaga hidro ini berupaya membekalkan tenaga elektrik kepada 60 juta penduduk di Brazil bersamaan 10% daripada jumlah permintaan kapasiti elektrik negara.\n\n\n\n\nEmpangan Tucurui, Sungai Tocantins - 8.37 GW\n\n\nEmpangan Santo Antonio, Sungai Madeira - 3.15 GW\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nscidev.net\n\n\n\n\n\n\n5. Guri, Venezuela - 10.2 GW\n\n\nEmpangan ini juga dikenali sebagai \nSimon Hydroelectric Plant\n yang dibiayai oleh Kerajaan Venezuela dan Bank Dunia. Empangan ini berukuran panjang 7.42 kilometer dan berketinggian 162 meter yang menghasilkan 10.2 GW. Lokasinya terletak di Sungai Caroni, Bolivar, Venezuela. Pembinaan loji janakuasa Guri dilaksanakan pada awal 60-an yang bertujuan mengurangkan jumlah tenaga yang dihasilkan daripada bahan bakar fosil.\n\n\nLoji tenaga hidroelektrik Guri telah membekalkan kira-kira 50,000 GW/h tenaga kepada penduduk Venezuela setiap tahun. Pengeluaran ini meliputi 80% bekalan elektrik negara datangnya dari loji ini. Oleh sebab itu, kerajaan Venezuela telah melaksanakan program pemodenan selama 30 tahun untuk meningkatkan tahap kecekapan dengan meningkatkan sistem kawalan dan penambahbaikan teknologi di loji.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \ndialogochino.net\n\n\n\n\n\n\n6. Grand Coulee, USA - 6.8 GW\n\n\nGrand Coulee merupakan empangan hidroelektrik struktur konkrit terbesar di Amerika Syarikat berketinggian 167.6 meter dan panjang 1,592 meter. Ia dibina pada tahun 1933 sehingga 1942 dan terletak di Sungai Colombia timur laut Bandar Coulee. Empangan ini telah memegang rekod sebagai empangan konkrit terbesar sehinggalah diatasi oleh empangan Three Gorges pada tahun 2009. Three Gorges berukuran tiga kali ganda besar berbanding Grand Coule.\n\n\nKeseluruhannya, empangan ini mempunyai empat loji janakuasa. Dua loji janakuasa mula beroperasi pada tahun 1941 yang dikenali Loji Tenaga Kiri dan Loji Tenaga Kanan. Tenaga elektrik yang dihasilkan ini dibekalkan kepada beberapa kawasan di Amerika Syarikat antaranya, Idaho Nevada, Washighton, California, Colorado dan lain-lain. Empangan ini mampu menghasilkan tenaga elektrik 6.8 GW yang diuruskan oleh\n United States Bureau of Reclamation (USBR)\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: usbr.gov\n\n\n\n\n\n\nPerbandingan di Malaysia\n\n\nEmpangan di Malaysia mula bertapak sejak tahun 1920. Pada ketika itu, empangan Chenderoh merupakan empangan tertua di Malaysia yang bertujuan menjana tenaga hidroelektrik untuk kawasan Lembah Kinta. Faktor geografi yang berbukit-bukau telah memberi kelebihan kepada pembinaan beberapa empangan di Malaysia. Kini terdapat lebih 100 buah empangan yang dibina di Malaysia yang mempunyai pelbagai fungsi seperti jana elektrik, sumber bekalan air, tebatan banjir dan pusat rekreasi.\n\n\nUmumnya, Malaysia mempunyai sebuah empangan hidroelektrik terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Empangan Bakun, Sarawak. Empangan Bakun mula beroperasi pada tahun 2011 dengan kapasiti tenaga elektrik sebanyak 2.4 GW. Apa yang menariknya, empangan ini merupakan empangan batu bata konkrit ketiga tertinggi di dunia yang berketinggian 205 meter dan 16.75 juta isi padu air. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) sejak tahun 2017 dan menyumbang kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).\n\n\nAntara beberapa empangan hidroelektrik lain yang beroperasi mengikut penjanaan kuasa elektrik tertinggi di Malaysia:\n\n\n\n\nEmpangan Murum Dam, Sarawak - 944 MW\n\n\nEmpangan Pergau, Kelantan - 600 MW\n\n\nEmpangan Sultan Mahmud, Terengganu (Empangan Kenyir) - 400 MW\n\n\nEmpangan Ulu Jelai, Cameron Highlands - 372 MW\n\n\nEmpangan Temenggor, Perak - 348 MW\n\n\n\n\nAntara syarikat yang terlibat sebagai kontraktor atau pengurusan adalah Jabatan Saliran Negeri, \nTNB\n, \nMFCB\n, \nHo Hup\n, \nWCT\n dan beberapa buah syarikat yang lain. Sektor berkait dengan perkhidmatan empangan yang boleh diperhatikan:\n\n\n\n\nPower Utilities\n\n\nWater Utilities\n\n\nElectricity\n\n\n\n\n\n\n\n\nEmpangan Bakun di Sarawak. Gambar: \nhydropower-dams.com\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/penjelajahan-melalui-pelancongan-angkasa-bukan-perkara-mustahil", "title": "Penjelajahan Melalui Pelancongan Angkasa Bukan Perkara Mustahil", "body": "Penjelajahan ke angkasa lepas sudah menjadi impian terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Pasti ada antaranya yang ingin menggapai bintang di angkasa. Eksplorasi dan penempatan di angkasa bukanlah perkara mustahil, malah seorang jutawan dari Amerika, Dennis Tito telah membuktikan menjadi pelancong pertama di dunia. Denis telah menghabiskan masa selama seminggu di ruang angkasa setelah mengunjungi Stesen Angkasa Antarabangsa melalui \nRussian Space Agency\n.\n\n\nKonsep pelancongan angkasa dianggap sebagai pelik dan kedengaran seakan dongeng dalam cerita sains fiksyen. Namun semua perkara ini bakal menjadi realiti dan nyata. Beberapa syarikat terkemuka giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan industri teknologi angkasa untuk merealisasikan impian ini.\n\n\n\n\nBlue Origin\n\n\nBlue Origin adalah salah satu syarikat perniagaan aeroangkasa yang menumpukan penerbangan pelancongan angkasa. Syarikat ini berpusat di Kent, Washington yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon \nJeff Bezos\n. Mengikut konsep dan idea yang dinyatakan oleh Blue Origin, ia akan menumpukan perjalanan pergi dan balik dalam jangka masa pendek. Pada peringkat permulaan, pelancong akan berlepas secara menegak dengan menggunakan roket New Shepard ke ruang angkasa.\n\n\n\n\nKos Penerbangan\n: USD 200,000 sehingga USD 300,000 seorang\n\n\nPakej Ditawarkan\n:\n\u00a0\nMenikmati pemandangan ruang angkasa dan bumi\n\n\nPengangkutan\n: New Shepard\n\n\n\n\nNew Shepard telah direka dan menjalani ujian pelepasan sebanyak 16 kali sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Roket ini berupaya membawa penumpang mencapai ketinggian lebih daripada 340,000 kaki (lebih 100 kilometer). Pada penghujung roket tersebut, terdapat kapsul penumpang yang dapat memuatkan sehingga enam orang. Dipendekkan cerita, dalam kapsul tersebut dilengkapi tingkap yang luas dan tempat duduk premium serta selesa. Apabila berada di ruang angkasa, pelancong dapat menikmati pemandangan Bumi yang menakjubkan.\n\n\nPada peringkat seterusnya, kapsul ini akan menghabiskan masa beberapa minit dalam graviti sifar sebelum kembali ke Bumi. Semasa perjalanan pulang ke bumi, roket dan kapsul digunakan kembali. Akhirnya roket tersebut akan mendarat secara menegak menggunakan alat kawalan set \nparachutes.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\n blueorigin\n\n\n\n\n\n\nOrion Span\n\n\nOrion Span merupakan sebuah syarikat pelancongan ruang angkasa yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat yang ditubuhkan oleh Frank Bunger. Orion telah menjalankan dan mengumumkan sebuah rancangan sebuah stesen angkasa yang komersial serta premium. Stesen ini akan berfungsi sebagai sebuah hotel yang mampu memuatkan sehingga enam orang dalam sesuatu tempoh masa meliputi empat orang pelancong dan dua orang krew operasi. Hotel premium ini dikenali sebagai \n\"The Aurora Space Station\".\n\n\n\n\nKos Tempahan Hotel\n: USD 8.4 juta\n\n\nPakej Yang Ditawarkan\n: Menginap selama 12 hari di hotel \n\"The Aurora Space Station\"\n selepas menjalani latihan selama 3 bulan.\n\n\n\n\nWalaupun masih dalam perancangan, Orion telah berjaya menjual beberapa tempahan hotel dalam beberapa bulan. Jumlah kos tempahan dikenakan sebanyak USD 8.4 juta (RM 34.5 juta) bagi seorang penumpang. Pada masa ini, Orion Span mengatakan pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan pertama yang membuat pembayaran ke Stesen Angkasa Aurora pada tahun 2022.\n\n\nNamun disebabkan kekurangan dana, projek ini terpaksa ditamatkan. Hal ini menyebabkan, Orion terpaksa memulangkan semula deposit USD 80,000 yang telah dibayar oleh para pelanggan. Melalui laman web rasmi pihak Orion mengucapkan terima kasih atas sokongan selama ini. Sekiranya projek ini dilaksanakan, \nThe Aurora Space Station\n akan menjadi hotel pertama di ruang angkasa.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nspace.com\n\n\n\n\n\n\nVirgin Galactic\n\n\nVirgin Galactic merupakan salah satu syarikat penerbangan angkasa yang berasal dari Amerika kepunyaan Virgin Group. Syarikat ini diasaskan oleh usahawan terkemuka Sir Richard Branson yang sebelum ini telah mengasaskan beberapa buah syarikat antaranya Virgin Group, Virgin Atlantic dan Virgin Orbit.\n\n\n\n\nHarga Tiket Penerbangan:\nUSD 200,000 sehingga USD 250,000\n\n\nPasaran Saham\n: Didagangkan di Nasdaq menggunakan nama \"SPCE\"\n\n\nPengangkutan: \nWhite Knight Two, VSS Imagine, Inspire\n\n\n\n\nIdea penubuhan ini telah diasaskan oleh Richard untuk mengembangkan penerbangan komersial kapal angkasa. Syarikat ini akan menyediakan perkhidmatan melalui tiket penerbangan ke angkasa kepada pelancong luar angkasa melalui beberapa buah model kapal terbang seperti White Knight Two, VSS Imagine, Inspire. VSS Imagine akan melancarkan penerbangan ujian menjelang Mei 2021. Kini hampir seramai 600 orang dari 60 buah negara telah membayar deposit penerbangan.\n\n\nSehingga kini, Galactic telah menerima jumlah deposit sebanyak USD 80 juta (RM340 juta). Hal ini menyebabkan, potensi pendapatan syarikat meningkat sehingga USD 120 juta (RM510 juta). Menurut Galactic, penerbangan ini akan mengambil masa 90 minit dan mampu mencapai melebihi paras ketinggian 272,000 kaki. Untuk memberikan pemandangan yang menarik, VSS Imagine dilengkapi pelbagai tingkap yang luas. Terutamanya, ketika graviti berada di tahap sifar, ini membolehkan para penumpang bergerak bebas dan melihat pemandangan di ruang angkasa.\n\n\n\n\n\n\nVSS Imagine merupakan salah satu pengangkutan angkasa yang akan digunakan. Gambar: \nvirgingalactic.com\n\n\n\n\n\n\nSpaceX\n\n\nApabila sebut sahaja mengenai SpaceX pasti kita akan mengenali mengenai pengasasnya, \nElon Musk\n yang merupakan seorang jutawan yang memiliki beberapa buah syarikat seperti Tesla dan The Boring Company. SpaceX adalah salah satu syarikat aeroangkasa terkemuka di dunia yang berpengkalan di Hawthorne, California di Amerika Syarikat.\n\n\n\n\nPakej Ditawarkan\n: Penjelajahan ke Bulan dan Marikh.\n\n\nInfo\n:\n\u00a0\nSpaceX salah satu syarikat swasta yang dipilih oleh NASA untuk mendaratkan manusia di bulan.\n\n\nPengangkutan\n: SpaceX Starship\n\n\n\n\n\n\n\n\nElon Musk memperkenalkan kapal angkasa kapsul Crew Dragon V2 pada tahun 2014. Gambar: cnet.com\n\n\n\n\n\n\nDisebabkan timbulnya inspirasi dalam perniagaan pelancongan ruang angkasa, SpaceX telah merancang dalam jangka masa panjang berhasrat untuk tidak hanya menempatkan manusia di Marikh. Malah ingin mewujudkan penempatan manusia tinggal secara tetap di planet ini. SpaceX belum mengumumkan strategi penetapan harga rasmi untuk penjelajahan ke bulan atau Marikh serta syarikat ini belum mempunyai senarai menunggu yang aktif.\n\n\nPada tahun 2018, Elon Musk menyatakan jutawan daripada Jepun Yusaku Maezwa telah membeli slot penjelajahan seramai 8 orang ke bulan. SpaceX tidak menyatakan jumlah pembayaran tersebut, tetapi ia melibatkan pembayaran yang tinggi. Pada awal Bulan Mac Yusaku telah membuka permohonan dan berkongsi link di Twitter kepada orang ramai yang berminat menemaninya ke Bulan.\n\n\nMisi ini akan dikenali \n\"DearMoon\"\ndan bakal menjelajah pada tahun 2023. Pemohon hanya perlu memohon tanpa melibatkan sebarang pembayaran. Penjelajahan ini akan menggunakan kapal SpaceX Starship yang masih dalam pembangunan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJutawan Jepun Yusaku Maezawa bersama Elon Musk. Gambar: businessinsider\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perangkap-kewangan", "title": "Perangkap Kewangan", "body": "Anda telah berjaya dapatkan gaji pertama. Dah berjaya peroleh pendapatan sendiri. Pertama kali akaun simpanan anda melebihi RM 3000. Namun, di akhir bulan, anda dapati duit beribu-ribu ini tetap tak mampu menampung perbelanjaan anda. Tiba-tiba baki simpanan anda sifar, dan anda perlu menunggu seminggu lagi untuk dapatkan gaji seterusnya. Lebih membimbangkan lagi, anda telah mendapat notis pembayaran hutang kad kredit, hutang rumah dan kereta.\n\n\nSituasi di atas ini sangat merisaukan kerana ia berlaku dalam kalangan anak-anak muda bekerja hari ni, bahkan mereka yang berjawatan tinggi pun menghadapi situasi sama. Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Mengapa tiba-tiba kewangan disedut begitu cepat? Jom kita analisis perangkap-perangkap kewangan yang kerap berlaku tanpa kita sedari.\n\n\n\n\nHutang kereta\n\n\nAnda memiliki motosikal untuk berulang-alik dari rumah sewa ke tempat kerja. Setelah beberapa bulan bekerja, anda dapati ramai rakan sekerja anda menaiki kereta untuk ke tempat kerja. Anda pun rasa kecil hati dan ingin membeli kereta. Hujung bulan, anda terus ke Perodua, Honda, Proton, dan mengambil keputusan untuk buat hutang kereta bagi membeli kereta baharu. Inilah perangkap kewangan pertama.\n\n\nTanya diri anda, adakah prestasi kerja anda terkesan dengan anda menaiki motosikal berbanding kereta? Rakan sekerja anda tahu tangga gaji anda, mengapa nak puaskan hati mereka? Adakah kereta terpakai tak cukup untuk diri anda?\n\n\nKebanyakan orang, memerlukan kenderaan untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Maka, jika anda telah mempunyai motosikal yang memenuhi tujuan itu, tak perlulah anda membeli kereta pula.\n\n\nJika anda betul-betul memerlukan kereta atas sebab-sebab yang penting, tanya diri anda, adakah kereta terpakai mampu memenuhi keperluan tersebut? Jika ya, maka carilah kereta terpakai. Ingat, jika anda membeli kereta baharu, nilai kereta tersebut akan susut 5% - 10% sebaik sahaja anda lakukan pemanduan pertama.\n\n\nJika anda perlu berhutang membeli kereta, pastikan anda mengira terlebih dahulu komitmen bulanan yang perlu dibayar, dan tolakkan siap-siap komitmen tersebut dari duit gaji anda. Jika anda mampu, teruskan. Jika anda ragu-ragu, fikir masak-masak sebelum berhutang.\n\n\n\n\nHutang rumah\n\n\nTempat tinggal adalah salah satu daripada tiga keperluan asas untuk hidup. Setelah anda bekerja, pasti anda mengidamkan rumah sendiri. Anda mahu hidup bahagia bersama keluarga di rumah idaman anda. Namun, tidak semua mencapai impian tersebut walaupun telah memiliki rumah sendiri. Ini kerana mereka telah terperangkap dengan hutang rumah. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Jom kita fikirkan.\n\n\nHartanah merupakan satu pelaburan yang cukup popular beberapa dekad lalu. Golongan-golongan yang berumur 50 tahun ke atas, akan menasihati anak-anak mereka untuk terus membeli rumah sebaik sahaja mendapat pekerjaan. Alasannya, harga rumah akan sentiasa naik, dan boleh dapatkan pendapatan bulanan daripada sewaan rumah. Namun, realiti hari ini berbeza dengan 20 tahun lalu.\n\n\nTanya soalan berikut pada diri anda, adakah anda perlu membeli rumah atau cukup sekadar menyewa? Jika anda membeli rumah, adakah anda dapat jamin bahawa anda akan kekal bekerja di kawasan tersebut? Atau anda mungkin sahaja akan berhenti atau dihentikan kerja dan perlu berpindah ke tempat lain?\u00a0\u00a0\n\n\nJika anda tak yakin akan kekal bekerja di lokasi bekerja, elakkan dari berhutang membeli rumah di kawasan tersebut. Carilah rumah sewa yang sesuai dengan pendapatan bulanan anda. Jika anda yakin anda dapat kekal bekerja sehingga hari tua di tempat sama, maka hitunglah komitmen bulanan yang perlu dibayar dan tempoh pembayaran tersebut. Elakkan daripada meninggalkan hutang kepada keluarga anda pula.\n\n\n\n\nKad kredit\n\n\nKita semua mahu berbelanja bagi memenuhi keperluan dan kehendak kita. Namun kadangkala, pendapatan bulanan kita tak mencukupi. Kemudian, bank pula mengiklankan kad kredit yang membolehkan kita berbelanja melebihi daripada pendapatan bulanan. Nak ambil ke tidak?\n\n\nJangan ambil jika anda tak mampu bayar jumlah hutang kad kredit setiap bulan. Tak dinafikan, kad kredit mempunyai kebaikannya tersendiri untuk memudahkan perbelanjaan kita. Namun kad kredit ini seperti api, jika kita mengawalnya, ia akan membakar kewangan kita.\n\n\nGunakan kad kredit jika anda yakin anda dapat membayar keseluruhan hutan kad kredit anda di hujung bulan. Elakkan dari menggunakan kad kredit, dan sekadar membayar pada jumlah minimum perlu dibayar. Perangkap kad kredit adalah pada faedah yang dikenakan. Jika anda lewat bayar, jumlah hutang anda bukan sekadar hutang yang anda pinjam, tetapi anda perlu membayar faedah apabila lewat membayar, atau tidak membayar sepenuhnya.\n\n\n\n\nSkim cepat kaya\n\n\nKerap kali kita dengar tentang skim cepat kaya yang menipu, tersungkur dan pengasasnya membawa lari segala wang pelaburan. Walaupun pelbagai nasihat telah diberikan, masih ramai yang terjebak dalam skim ini. Masalah utama adalah untuk mengenali skim cepat kaya ini. Ramai yang menyertai skim cepat kaya tanpa mengetahui bahawa skim itu adalah skim cepat kaya. Jadi, bagaimana cara kita mengenali skim cepat kaya?\n\n\n\"Too good to be true\"\n\n\nSkim cepat kaya ini biasanya menawarkan sejenis pelaburan yang hampir mustahil iaitu pelaburan yang memberi pulangan sangat tinggi, tetapi risikonya sangat rendah. Pelaburan seperti ini, sama ada wujud unsur penipuan, atau ia tidak bertahan lama. Jika agen skim-skim ini membuktikan kepada anda akan pulangan yang besar-besar dengan risiko kecil, yakinlah, pelaburan tersebut tak akan bertahan lama pun.\n\n\nEjen\u00a0show-off\n\n\nTanya pada diri anda, adakah orang yang benar-benar kaya seperti Elon Musk dan Mark Zuckerberg menayangkan kekayaan mereka untuk mengajak orang lain menyertai mereka? Sudah pastilah tidak. Jika agen yang menunjuk-nunjuk ini tak dapat buktikan sumber kekayaan mereka, kebarangkaliannya, andalah tempat mereka melombong duit. Sumber harta mereka adalah dari kocek anda.\n\n\nTidak berdaftar\n\n\nSyarikat pelaburan mereka ini tak berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti, atau mana-mana badan penguat kuasa di Malaysia atau antarabangsa. Jika mereka mengatakan bahawa syarikat tersebut berpangkalan di luar negara, cuba anda semak, siapakah pelabur-pelabur mereka, adakah dari negara tersebut, atau kebanyakannya dari Malaysia?\n\n\n\n\nPerangkap-perangkap kewangan, tidak terhad kepada tiga ini sahaja. Banyak lagi perangkap-perangkap yang wujud di luar sana yang bukan sahaja memerangkap rakyat marhaen seperti kita, tetapi telah memerangkap institusi-institusi besar. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menguruskan kewangan anda.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perjanjian-sistem-bretton-woods", "title": "Perjanjian Sistem Bretton Woods", "body": "Perjanjian Bretton Woods merupakan satu perjanjian yang bertujuan mereformasikan sistem pasaran monetari kewangan dunia. Perjanjian ini terjadi apabila munculnya zaman kemelesetan ekonomi selepas berlakunya peperangan dunia kedua. Ia dibincangkan dengan mendapatkan kata sepakat persetujuan pada bulan Julai 1944.\n\n\nKata sepakat ini melibatkan 44 buah negara di seluruh dunia yang mewakili 730 delegasi.\u00a0Ia dilaksanakan sempena persidangan \"\nUnited Nations Monetary and Financial Conference\" yang\n\u00a0diadakan di Bretton Woods, New Hampsire. Oleh sebab itulah, perjanjian ini dikenali sebagai \"Perjanjian Bretton Woods\".\n\n\n\n\n\n\nGambar: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nHasil daripada persidangan tersebut tercetuslah sistem Bretton Woods dan ia digunakan bermula dari tahun 1944 sehingga tahun 1971 iaitu selama 27 tahun. Tempoh itu dikenali sebagai Era Bretton Woods.\n\n\nPerjanjian ini telah menggantikan penggunaan emas dengan dolar Amerika sebagai mata wang antarabangsa. Perlaksanaan ini akan menjadikan negara Amerika sebagai kuasa utama dalam ekonomi dunia. Selepas perjanjian ini dipersetujui, Amerika adalah satu-satunya negara yang mampu mencetak dolar. Dalam perjanjian itu, negara-negara yang terlibat akan melaksanakan dan mengekalkan kadar pertukaran tetap antara mata wang mereka dengan dolar Amerika Syarikat (AS).\n\n\nBagaimana sistem ini beroperasi?\n\n\nSecara prinsipnya, sistem Bretton Woods masih mengekalkan emas sebagai nilai asas mata wang dan atas kadar tukaran tetap. Ia juga dikenali sebagai sistem pancangan boleh ubah (Miltiades Chacholiades 1973). Dalam sistem ini sesebuah negara akan menetapkan nilai mata wangnya pada emas atau pada dolar Amerika Syarikat pada satu kadar yang disebut nilai tara.\n\n\nPemilihan nilai mata wang dolar AS sebagai kadar pertukaran tetap disebabkan Amerika Syarikat mempunyai 3/4 daripada bekalan emas yang ditawarkan di dunia. Tiada mata wang yang lain yang mempunyai emas yang mencukupi untuk dijadikan sebagai nilai tara (tambatan). Pengenalan Bretton Woods, sedikit demi sedikit berlakunya perubahan dari standard emas kepada penggunaan dolar AS.\u00a0\n\n\n\n\nNilai emas yang ditetapkan adalah pada harga USD 35 untuk seauns (28.35 gram) berat emas yang menjadi asas nilai sesuatu mata wang. Dolar Amerika Syarikat bebas ditukar dengan emas apabila dituntut. Jika negara yang menetapkan mata wangnya pada dolar AS ingin mendapatkan emas, negara itu harus menukarkan mata wangnya kepada dolar AS terlebih dahulu\n\n\nSecara umumnya, sistem ini beroperasi dengan menjadikan emas sebagai nilai asas mata wang untuk kadar pertukaran tetap. Kesannya, nilai dolar AS semakin meningkat berbanding dengan nilai mata wang lain.\n\n\nTertubuhnya IMF dan IBRD\n\n\nMelalui perjanjian ini, telah lahirnya Bank Dunia \n(World Bank)\n\u00a0yang pada ketika itu dikenali sebagai IBRD. Selain itu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga diperkenalkan. Ia diumumkan secara rasmi pada bulan Disember 1945 yang merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan dan disokong oleh Amerika Syarikat. Ia bertanggungjawab dalam memantau aktiviti perdagangan dan pembiayaan kewangan antarabangsa.\n\n\nTujuan IMF ditubuhkan untuk memantau kadar pertukaran dan mengenal pasti negara-negara yang memerlukan dana kewangan antarabangsa. Sistem Bretton Woods tidak akan berfungsi tanpa IMF. Manakala,\n\u00a0\nIBRD iaitu singkatan kepada (\nInternational Reconstruction and Development)\n\u00a0dibentuk untuk memberikan pinjaman dan dana kepada negara-negara Eropah yang hancur akibat Perang Dunia II.\u00a0\n\n\nWalaupun Sistem Bretton Woods dibubarkan pada tahun 70-an, IMF dan Bank Dunia tetap menjadi tunjang penting dalam pertukaran mata wang antarabangsa pada masa kini.\n\n\nBermulanya Zaman Kejatuhan\n\n\nPada tahun 1971, negara Amerika Syarikat telah mengalami stagflasi iaitu gabungan antara inflasi dan kemelesetan sehingga menyebabkan berlakunya pengganguran serta pertumbuhan ekonomi yang rendah. Secara tidak langsung telah memberi kesan kepada nilai mata wang dolar AS. Hal ini disebabkan penawaran nilai dolar AS yang mengalir dalam transaksi semakin meningkat berbanding permintaan. Kesannya nilai mata wang AS telah merosot.\n\n\nPada ketika itu, Presiden Nixon cuba mengawal dengan menurunkan nilai dolar AS dengan nilai emas. Nixon telah menurunkan nilai dolar kepada 1/38 auns emas, kemudiannya menjadi 1/42 auns emas. Namun pelan penurunan nilai ini tidak berhasil dan menemui jalan kegagalan. Pada 15 Ogos 1971, Nixon telah mengambil keputusan untuk menamatkan sistem Bretton Woods dengan menghentikan pertukaran nilai dolar AS dengan emas.\n\n\n\n\n\n\nKeratan akhbar disebalik krisis ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat. Gambar: \nmarctomarket\n\n\n\n\n\n\nTindakan ini dilaksanakan untuk mengelakkan negara-negara dalam anggota perjanjian Bretton Woods menuntut jumlah emas rizab yang sama seperti dalam perjanjian sebelum ini. Sekiranya ini berlaku, negara Amerika Syarikat akan jatuh muflis disebabkan kegagalan menunaikan janji.\n\n\nNatijahnya, apabila berlakunya keruntuhan sistem ini telah menyebabkan tiada pengawalan harga terhadap pertukaran nilai emas. Sampai satu tahap, nilai emas telah meningkat sehingga mencecah USD 120 per auns emas di pasaran bebas.\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perkara-di-rumah-yang-ingatkan-kita-pada-saham", "title": "Perkara di Rumah yang Ingatkan Kita Pada Saham", "body": "Sama ada kita bekerja atau tidak, ada banyak aktiviti di rumah yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan saham. Minum air, ada syarikat di sebalik kordial minuman tu. Nak masak, kita ambil periuk kuali. Ada juga saham syarikat di sebalik periuk kuali tu. Dari pagi sampailah malam, di sebalik aktiviti yang kita buat tu ada macam-macam syarikat yang sebenarnya kita boleh kaitkan.\n\n\nPerabot\n\n\nBangun pagi, tahu-tahu je kita bangun atas katil, walaupun mungkin semalam tertidur atas lantai. Dah bangun, bersiap-siap memakai baju dari almari. Lepas tu nak buat kerja kita kena ada meja. Nak makan pula ada meja makan. Nak tengok TV pula ada sofa dan kabinet TV. Macam-macam perabot yang boleh ada dalam rumah ni. Di Malaysia, ada banyak\u00a0juga syarikat yang mengeluarkan perabot-perabot ini. Antaranya, \nHevea\n, \nLii Hen\n, \nSern Kou\n, \nPoh Huat\n dan \nsebagainya\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Sern Kou\n\n\n\n\n\n\nPeriuk\n\n\nAda hari kita pesan makanan dari kedai. Ada hari pula kita masak. Nak masak kenalah ada periuk kuali. Mungkin anda ingat tak ada saham berkaitan periuk yang tersenarai di Bursa tetapi, rupanya ada. Antara syarikat tersebut adalah \nNi Hsin\n dan \nCam Resources\n.\n\n\n\n\nPerkakas rumah\n\n\nKita juga perlukan perkakas rumah untuk pelbagai fungsi dalam kehidupan seharian. Di dapur, kita perlukan peti ais untuk menyimpan makanan, rice cooker untuk memasak nasi, toaster untuk bakar roti, coffee maker untuk buat kopi dan sebagainya. Di ruang umum, ada yang perlukan penghawa dingin untuk sejukkan rumah. Tak lupa juga kepada kipas, seterika dan sebagainya sebagai kelengkapan bilik.\u00a0Antara syarikat tersenarai yang mengeluarkan barangan ini ialah \nKhind\n, \nMilux\n, \nPensonic\n dan \nPanasonic\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Panasonic\n\n\n\n\nMinuman pelbagai Jenis\n\n\nKita ni ada macam-macam selera. Kalau cuaca panas, tak cukup dengan minum air kosong \nSpritzer\n sahaja. Nak kena ada kordial \nF&N\n untuk buat air sarsi, sirap dan sebagainya. Ada juga yang suka minum Nescafe dari \nNestle\n, dibancuh dengan susu \nDutch Lady\n. Selain syarikat ini, ada lagi pengeluar lain yang mengeluarkan produk minuman segera seperti \nPower Root\n, \nPPB\n, \nHup Seng\n dan \nsebagainya\n.\n\n\n\n\nInternet rumah\n\n\nSekarang ni internet dah jadi satu keperluan bagi semua orang. Inilah juga yang mendorong kerajaan melancarkan MyDigital untuk merancakkan lagi capaian data ke seluruh negara. Berbalik pada situasi di rumah, internet bukan sahaja digunakan untuk bekerja, perbincangan video dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk hiburan di waktu senggang, berhubung dengan keluarga yang jauh dan sebagainya.\n\n\nSyarikat yang paling berkait dengan internet rumah ini adalah \nTM\n dan \nTimeCom\n. Mungkin boleh juga kalau nak masukkan \nTNB\n dalam senarai ni. Selain itu, syarikat telekomunikasi telefon juga semakin banyak menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, \nAxiata\n, \nMaxis\n dan \nDigi\n juga menawarkan pelan internet rumah dengan kerjasama syarikat internet rumah yang disebut tadi (TM terutamanya).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Digi\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perkara-perlu-tahu-kalau-nak-convert-rights-issue", "title": "Perkara Perlu Tahu Kalau Nak Convert Rights Issue", "body": "Rights issue kebiasaannya dikaitkan dengan sentimen negatif sebab syarikat ingin membangunkan dana dari pelabur awam untuk meneruskan perniagaan. Dalam erti kata lain, pendapatan syarikat ketika ini tidak cukup mantap, kedudukan kewangan juga tidak berada dalam keadaan baik. Namun, pembangunan dana ini juga bertujuan untuk membuat \nturnaround\n atau kembali dalam keadaan baik. Saham rights issue ini juga kebiasaannya ditawarkan pada kadar diskaun antara 10% hingga 40% dan mungkin lebih.\n\n\nSekiranya anda merasakan terdapatnya peluang di sebalik rights issue ini untuk membuat keuntungan, anda mungkin ingin melanggan saham rights issue ini. Dalam post kali ni, kita akan lihat perkara yang penting untuk melaksanakan proses penukaran rights issue. Post ini adalah sesuai untuk pelabur yang memahami keadaan syarikat yang kemukakan pelaksanaan rights issue, memahami risiko yang terlibat pada syarikat ini dan ingin menambahkan pegangan ke dalam syarikat yang membuat rights issue.\n\n\n1. Pengumuman syarikat\n\n\nPertama sekali, anda perlu lihat pada pengumuman syarikat sekiranya terdapat pelaksanaan rights issue. Anda juga boleh lihat pada \nscreener upcoming entitlements ini\n untuk melihat syarikat mana yang akan melaksanakan rights issue. Senarai ini boleh dilihat dalam bentuk jadual di bawah kategori Rights Issues. Di bahagian kanan jadual, terdapat ruangan bertajuk Value yang menyatakan nisbah pemberian saham hak (rights share) mengikut nisbah saham baru kepada saham sedia ada.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Screener Upcoming Entitlements di bawah Rights Issues, iSaham\n\n\n\n\n\n\nPelbagai pengumuman penting dikeluarkan di laman web pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.Link ini juga boleh dicapai melalui link shortcut pada bahagian bawah laman saham di iSaham. Ada dua pengumuman yang anda perlu lihat sebagai rujukan utama. Pengumuman ini bertajuk:\n\n\n\n\nRights Issue\n\n\nImportant Relevant Dates for Renounceable Rights\n\n\n\n\nTajuk-tajuk pengumuman ini akan dibincangkan dalam poin nombor 2 dan 3 selanjutnya. Antara yang kita akan bincangkan juga ialah prospektus ringkas, sambutan rights issue dan perbincangan sama ada berbaloi ataupun tidak.\n\n\n2. Pengumuman Rights Issue\n\n\n\n\n\n\nPengumuman rights issue dari OIB di Bursa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nApabila anda membuka pengumuman ini, anda akan lihat beberapa perkara. Kami simpulkan beberapa perkara penting dari pengumuman ini seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nEx-Date\n\n\nTarikh pelaksanaan rights issue\n\n\n\n\n\n\nRights Issue/Offer Price\n\n\nHarga unit yang akan diberi (yang juga harga penukaran)\n\n\n\n\n\n\nEntitlement\n\n\nJenis saham yang akan diberi\n\n\n\n\n\n\nRatio\n\n\nNisbah pemberian\n\n\n\n\n\n\nRights Crediting Date\n\n\nTarikh saham rights issue dimasukkan ke akaun\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pengumuman rights issue, syarikat akan memberitahu sekiranya mereka akan memberikan saham hak dalam bentuk ordinary rights (OR), preference rights (PR), loan stock rights (LR), atau warrant rights (WR). Maksud untuk saham hak ini diringkaskan dalam jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis saham hak\n\n\nHak untuk\n\n\nContoh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOR\n\n\nSaham biasa\n\n\nABC\n\n\n\n\n\n\nPR\n\n\nSaham keutamaan\n\n\nABC-PA\n\n\n\n\n\n\nLR\n\n\nSaham pinjaman\n\n\nABC-LA\n\n\n\n\n\n\nWR\n\n\nWaran\n\n\nABC-WA\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk memahami jenis-jenis saham ini, anda boleh baca di link di bawah:\n\n\n\n\nSaham keutamaan dan pinjaman\n\n\nWaran\n\n\n\n\n3. Pengumuman tarikh penting\n\n\n\n\nSelepas anda menerima saham hak, anda boleh jual atau beli saham tersebut bermula tarikh \nDate for commencement\n hingga \ncessation of trading of rights\n. Prospektus ringkas akan dikeluarkan melalui pos pada \nDespatch Date\n, namun ia juga boleh didapati lebih awal di laman pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.\n\n\nAcceptance and Payment\n adalah tarikh akhir untuk penerimaan dan pembayaran saham hak. Prosedur ini boleh dibuat melalui \nBursa Anywhere\n. Selepas pembayaran, saham hak tadi akan tersenarai pada \nAvailable/Listing Date\n sebagai apa-apa jenis saham yang syarikat ingin berikan seperti di butiran Entitlement di atas tadi.\n\n\n4. Prospektus ringkas\n\n\nPenggunaan dana, kadar diskaun dan pelbagai lagi sebab dana ini dibangunkan akan diterangkan dalam prospektus ringkas atau abridged prospectus.\n\n\n\n\n\n\nKeratan bahagian penggunaan dana dari prospektus ringkas\n\n\n\n\n\n\nDokumen ini perlu dijadikan rujukan utama kepada keputusan anda sekiranya anda ingin menambahkan pegangan ke dalam syarikat. Pada pemerhatian kami, ia dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan Entitlement Date di laman pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nProspektus ringkas disertakan dengan borang peruntukan saham\n\n\n\n\n\n\nPengumuman ini juga akan disertakan dengan borang NPA (\nNotice of Provision Allotments\n) dan RSF (\nRights Subscription Form\n) untuk tujuan pembayaran penukaran saham. Namun, anda tidak perlu menggunakan borang ini sekiranya anda melanggan rights issue ini \nmelalui eRights\n di Bursa Anywhere, ATM atau melalui bank secara online.\n\n\n5. Sambutan langganan Rights Issue\n\n\nSelepas proses pembayaran rights issue selesai, syarikat akan membuat pengiraan keputusan langganan rights issue. Hari keputusan ini boleh dirujuk pada jadual tarikh penting tadi dengan butiran \nDate for announcement of final subscription result\n.\n\n\n\n\n\n\nContoh keputusan rights issue OIB\n\n\n\n\n\n\nDari keputusan ini, anda boleh lihat sama ada rights issue yang ditawarkan ini mendapat sambutan atau tidak. Ini dapat berikan anda sebuah gambaran bagaimana penerimaan pelabur terhadap cadangan rights issue ini. Dalam kes OIB di atas, sambutan rights issue ini agak memberangsangkan dengan \nover-subscription\n sebanyak 20%.\n\n\nSesebuah rights issue hanya boleh dipenuhi sebanyak 100% maksimum mengikut berapa saham baru yang dicadangkan. Dalam proses penukaran, pelabur boleh mengisi \nExcess Applications\n untuk mendapatkan baki saham yang tidak dilanggan. Namun, permohonan ini tertakluk kepada pemilihan oleh syarikat di mana asas kebiasaannya adalah untuk mengurangkan kebarangkalian odd lot. Asas pemilihan ini juga akan disebut sekali dengan pengumuman keputusan.\n\n\nSelepas keputusan dikeluarkan, anda cuma perlu tunggu untuk saham baru ini disenaraikan. Tarikh penyenaraian ini boleh dirujuk pada jadual tarikh di atas tadi pada butiran \nAvailable/Listing Date\n.\n\n\n\n\n\n\nPengumuman pelaksanaan rights issue dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\n6. Berbaloi atau tidak?\n\n\nWalaupun saham rights issue ini ditawarkan pada kadar diskaun, saham masih boleh menurun lebih rendah dari harga diskaun tadi. Dalam kes kebiasaan, saham akan berlegar di sekitar issue price. Oleh itu, diskaun ini tidak semestinya bermakna anda boleh membuat untung mudah. Di sini, kita akan lihat pergerakan saham Saudee yang telah pun melengkapkan pelaksanaan rights issue baru-baru ni.\n\n\n\n\nBeberapa perkara yang berkaitan dalam pelaksanaan rights issue untuk Saudee dilabelkan seperti dalam gambar. Ketika syarikat mengeluarkan pekeliling untuk rights issue pada 11 Mac, saham mengalami kenaikan luar biasa. Memandangkan sifat saham ini yang agak spekulatif pada masa tersebut, kenaikan ini boleh jadi berkait atau tidak dengan rights issue.\n\n\nSelepas ex-date, saham hak akan diberikan kepada pemegang saham, diikuti dengan keluaran prospektus ringkas atau \nabridged prospectus\n pada 21 Mei. Di sini, pemegang saham boleh pilih sekiranya ingin menambahkan pegangan ke dalam saham ini sebelum membuat komitmen bayaran pada 9 Jun 2021. Pada 23 Jun, saham baru yang ditukarkan dari saham hak mula ditambah ke dalam pasaran.\n\n\nDalam kes ini, pelabur mencatatkan keuntungan ketika saham baru ini ditambah ke dalam pasaran kerana membeli saham melalui rights issue ini pada harga RM 0.15 dan harga menaik ke RM 0.16 pada 23 Jun. Terdapat beberapa lagi kes yang kita boleh kaji, antaranya boleh dilihat di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nIssue Price\n\n\nHarga apabila tersenarai (Open)\n\n\nTarikh Tersenarai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSCOPE\n\n\nRM 0.175\n\n\nRM 0.240\n\n\n27 Julai 2021\n\n\n\n\n\n\nPASUKGB\n\n\nRM 0.100\n\n\nRM 0.095\n\n\n21 Julai 2021\n\n\n\n\n\n\nSAUDEE\n\n\nRM 0.150\n\n\nRM 0.145\n\n\n23 Jun 2021\n\n\n\n\n\n\nTAFI\n\n\nRM 0.580\n\n\nRM 0.800\n\n\n15 Jun 2021\n\n\n\n\n\n\nMTOUCHE [NS]\n\n\nRM 0.100\n\n\nRM 0.085\n\n\n10 Jun 2021\n\n\n\n\n\n\nOIB\n\n\nRM 0.680\n\n\nRM 0.750\n\n\n2 Jun 2021\n\n\n\n\n\n\nHHGROUP\n\n\nRM 0.200\n\n\nRM 0.880\n\n\n17 Mei 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari sini mungkin kelihatan seperti banyak syarikat yang mencatatkan kenaikan harga saham selepas pelaksanaan rights issue. Namun, ini cuma sebahagian daripada data yang dapat dikumpul untuk rights issue yang terbaru. Selain itu, pergerakan saham selepas penyenaraian juga perlu diambil kira untuk membuat kesimpulan. Realitinya, terdapat pelbagai cabaran yang mungkin akan dirasai sepanjang proses rights issue ini berjalan.\n\n\n7. Pertimbangan langganan rights issue\n\n\nAntara pertimbangan yang perlu dibuat untuk melanggan rights issue, pertamanya adalah untuk memikirkan sebaiknya sebelum membuat keputusan membeli saham sebelum ex-date untuk menerima saham hak. Sudah menjadi kebiasaan, perkara yang kita risau selepas membeli saham ialah sekiranya harganya menurun. Lebih-lebih lagi apabila memegang saham rights issue yang biasanya dilihat sebagai negatif mungkin bukan sesuatu yang memberikan ketenangan.\n\n\nSekiranya anda tidak melanggan saham hak melalui pegangan saham sebelum ex-date pula, anda perlu fikirkan sama ada untuk membeli saham hak melalui pasaran. Ini akan menjadikan kos langganan rights issue ini menjadi sedikit tinggi berbanding langganan sebelum ex-date.\n\n\nSelepas anda membuat bayaran untuk langganan rights issue, ia tidak boleh dibatalkan. Anda perlu tunggu sehingga syarikat menyelesaikan pelaksanaan rights issue ini sehingga saham baru ditambah ke dalam syarikat. Sekiranya saham bergerak dalam keadaan downtrend dan jatuh di bawah harga tawaran saham baru, maka harga 'diskaun' tidak memberi apa-apa makna.\n\n\nPun begitu, melihat pada jadual kes terbaru rights issue tadi, mungkin sebenarnya ada juga peluang yang tersembunyi. Anda perlu menilai dengan baik kewajaran syarikat melaksanakan rights issue dan strategi mereka dengan dana baru yang akan digunakan.\n\n\nUntuk menilai sekiranya rights issue ini bagus atau tidak, kita boleh menilai sambutan atau penerimaan pelabur terhadap rights issue syarikat. Sekiranya banyak sambutan dan over-subscribed, mungkin ia sesuatu yang boleh diberikan perhatian. Namun, sambutan rights issue yang over-subscribed hanya akan dapat kita ketahui selepas keputusan langganan dikeluarkan. Dalam kes ini, mungkin saham induk itu sendiri boleh diperhatikan.\n\n\nAkhir sekali, rights issue ini juga boleh menjadi pisau bermata dua. Boleh jadi memberikan keuntungan, boleh juga merugikan. Sekiranya anda masih baru dalam pasaran saham, pelaksanaan rights issue ini mungkin tidak sesuai dengan anda. Namun sekiranya anda faham risiko yang bakal dihadapi dengan rights issue ini, ia mungkin suatu peluang yang boleh diterokai.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perkara-yang-anda-boleh-tahu-dari-agm-ppb-2019", "title": "Perkara yang Anda Boleh Tahu dari AGM PPB 2019", "body": "PPB ni hot sahamnya. Tempat duduk dalam AGM pun penuh. Maklumlah, berkait rapat dengan Robert Kuok, saudagar paling kaya di Malaysia. Jadi, kali ini kita akan uncover perkara yang anda boleh tahu dari AGM PPB ni.\n\n\n\n\nPPB ni buat apa?\n\n\nMungkin ada juga yang belum kenal dengan saham \nPPB\n ni. Di sini kami akan tulis sedikit info. PPB adalah syarikat konglomerat yang menjalankan bisnes seperti berikut:\n\n\n\n\nIndustri bijian (grain)\n\n\nBarangan konsumer\n\n\nPengedaran filem\n\n\nKejuruteraan alam sekitar (environmental engineering)\n\n\nHartanah\n\n\n\n\nSebagai keseluruhan, keuntungan berkurang walaupun revenue meningkat berbanding tahun 2017. Bisnes dikatakan berjalan dengan baik secara keseluruhannya, walaupun menghadapi waktu yang mencabar pada tahun 2018.\n\n\n\n\nIndustri Grain\n\n\nGrain merupakan sebuah kategori besar bijian yang merangkumi gandum, oat, beras, jagung dan sebagainya. Dalam PPB, industri grain ataupun lebih spesifik tepung gandum dijalankan oleh FFM Group. Industri ini adalah penyumbang terbesar revenue dan keuntungan syarikat iaitu sebanyak RM3.15 bil revenue dan RM126 mil keuntungan. BOD juga mengatakan bahawa industri ini pada tahun 2018 adalah competitive dan juga volatile.\n\n\nUrusniaga GSC\n\n\n\n\nDua tahun yang lepas, ada berita yang spekulasikan perancangan PPB untuk menjual GSC. Soalan ini kembali timbul dan BOD mengatakan bahawa sekiranya urusniaga (deal) itu bagus, mereka mungkin akan jual. Kebelakangan ini, pengguna dilihat semakin berjimat dan oleh itu idea untuk menjual GSC masuk di akal sekiranya mereka mendapat urusniaga yang sesuai.\n\n\nLeisure Mall\n\n\nSalah satu hartanah komersial pegangan PPB iaitu Leisure Mall mengalami kekurangan pengunjung kerana peruncit besar di situ iaitu Giant telah berhenti menyewa. Mereka menjelaskan bahawa peruncit besar yang baru telah pun menandatangani perjanjian untuk menyewa premis. PPB juga memberikan komen bahawa industri shopping mall semakin perlahan dan mencabar iman.\n\n\nDoorgift\n\n\n\n\nDoorgift yang diberi dalam AGM kali ini ialah barangan PPB yang termasuk roti Massimo, 2 baucer tiket wayang GSC, white coffee, sos thousand island, sabun pencuci baju dan juga shopping bag untuk tapau semua gift tu pulang ke rumah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-account-summary", "title": "Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Account Summary", "body": "Ini adalah soalan yang agak popular kepada pelabur-pelabur baru yang menggunakan M+ Online. Artikel ini akan terangkan kepada anda perkara yang anda perlu tahu tentang Account Summary ni. Secara umumnya, Account Summary akan memberi tahu berapa banyak duit yang anda boleh keluarkan dan berapa banyak yang anda boleh trade.\n\n\n\n\nDalam Account Summary, ada banyak butiran yang dinyatakan. Namun, ada 2 butiran sahaja yang penting dan bermakna kepada anda dalam summary ni. Dua butiran tadi ialah:\n\n\n1. Trust account\n\n\nJumlah duit yang anda boleh keluarkan daripada akaun. Nilai sebenar akan dicerminkan selepas kesemua butiran T+1 dan T+2 sudah menjadi 0 yang bermakna urusan tertunggak sudah selesai.\n\n\n2. Available Trading Limit\n\n\nButiran yang paling penting yang anda perlu lihat untuk melabur. Ini adalah modal yang anda boleh gunakan untuk beli saham. Nilai ini akan sentiasa dikemas kini selepas setiap transaksi jual beli.\n\n\n\u2734\u2734\u2734\n\n\nKalau anda menggunakan akaun jenis Cash Upfront (seperti kebiasaan untuk client iSaham), anda tak perlu peningkan kepala dengan butiran-butiran yang lain. Penyataan butiran yang lain ini adalah lebih kepada urusan antara broker dan Bursa.\n\n\nSekiranya anda menggunakan akaun jenis kontra (jual beli saham secara hutang), barulah butiran lain dalam penyata tadi bermakna kepada anda. Namun, bagi anda yang menggunakan cash upfront, boleh lah lihat pergerakan tunai ke dalam Trust Account. Untuk membantu penjelasan, penyata ni boleh dipecahkan kepada bahagian belian, jualan, dan urusan lain.\n\n\n\n\nPenyata belian\n\n\n\n\nRemaining Purchase Contracts (T+1)\n\n\nSehari selepas anda buat belian saham (T+1), nilai belian akan dimasukkan dalam butiran ini. Maksud remaining purchase contract ini ialah berapa nilai yang broker perlu bayar kepada Bursa untuk lengkapkan urusan belian. Kalau nilai ini kembali menjadi 0, bermakna urusan tertunggak sudah selesai, dan nilai asal akan bergerak kepada proses yang seterusnya.\n\n\nDue for Settlement (T+2)\n\n\nDua hari selepas anda buat belian saham (T+2), nilai dari Remaining Purchase Contract akan dimasukkan dalam butiran ini. Ia adalah sama seperti butiran tadi, cuma selepas membuat penyata, broker akan bersedia untuk membuat bayaran kepada Bursa.\n\n\n\n\nPenyata jualan\n\n\n\n\nRemaining Sales Contracts (T+1)\n\n\nSehari selepas anda buat jualan saham (T+1), nilai jualan akan dimasukkan dalam butiran ini. Sama juga seperti Remaining Purchase Contracts di atas, cuma kali ni ia adalah nilai yang Bursa perlu bayar kepada broker untuk lengkapkan urusan jualan.\n\n\nSales Proceeds Due (T+2)\n\n\nDua hari selepas anda buat jualan saham (T+2), nilai dari Remaining Sales Contract akan dimasukkan dalam butiran ini. Sama seperti di atas, cuma selepas membuat penyata, Bursa akan membuat bayaran kepada broker.\n\n\n\n\nUrusan Lain\n\n\n\n\nDue to Forced Selling (>T+2)\n\n\nSekiranya anda menggunakan akaun jenis cash upfront, bahagian ini akan sentiasa menunjukkan angka 0. Bahagian ini cuma akan digunakan oleh pengguna akaun kontra/margin.\n\n\nContra Gains / Losses (net amount)\n\n\nSekiranya anda menjalankan urusniaga jual dan beli pada hari sama, hasil pulangan ini akan dikira dalam butiran ini pada hari berikutnya. Namun, ianya mungkin lebih tepat sekiranya jual dan beli melibatkan saham yang sama pada jumlah saham yang sama."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/perkongsian-penganalisis-persediaan-ekonomi-2021", "title": "Perkongsian Penganalisis - Persediaan Ekonomi untuk 2021", "body": "\n\nBaru-baru ini, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam telah dijemput oleh Bursa Malaysia-i untuk memberikan sedikit perkongsian mengenai ekonomi Malaysia di Twitter. Terdapat banyak input yang boleh diambil dari perkongsian ini yang kami rasakan penting untuk menghadapi cabaran di kala pandemik Covid-19 ini.\n\n\nCabaran 2021 - Apakah Persediaan Kita\n\n\n\n\nSlot Bursa Malaysia-i Social Media Takeover ini menampilkan Dr Afzanizam di mana beliau diberikan kawalan untuk menghantar ciapan di akaun \nTwitter Bursa Malaysia-i\n. Beliau tidak mensia-siakan peluang ini untuk berkongsi pengetahuan yang banyak dengan netizen di Twitter.\n\n\n\"Assalam dan selamat pagi semua. Saya Dr Afzanizam, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad. Hari ini saya akan mengulas serba sedikit berkenaan isu-isu ekonomi serta tinjauan bagi tahun 2021. \n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan dugaan akibat pandemik Covid-19. Langkah-langkah seperti lockdown dan PKP terpaksa dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak tersebut. \n\n\nAngka KDNK yang merupakan petunjuk utama ekonomi negara menguncup dengan drastik kepada 17.1% pada suku kedua 2020, prestasi terburuk semenjak negara menghadap Asian Financial Crisis pada tahun 1997 dan 1998\n\u2014 Bursa Malaysia-i (@icm_bursa) \nDecember 3, 2020\n \n\n\nAngka KDNK yang merupakan petunjuk utama ekonomi negara menguncup dengan drastik kepada 17.1% pada suku kedua 2020, prestasi terburuk semenjak negara menghadap Asian Financial Crisis pada tahun 1997 dan 1998. \n\n\nLangkah Menstabilkan Ekonomi\n\n\nJusteru, pelbagai langkah dilaksanakan bagi menstabilkan ekonomi. Dasar monetari yang merupakan the first line of defense telah digunakan yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR) diturunkan sebanyak 125 mata asas iaitu daripada 3% kepada 1.75%. \n\n\n\n\n\n\nSumber: BNM\n\n\n\n\nDasar fiskal yang mengembang atau \u201cexpansionary fiscal policy\u201d juga dilaksanakan yang mana jumlah rangsangan adalah RM305 billion atau bersamaan 21% daripada KDNK. Ianya melebihi RM67 billion jumlah rangsangan ketika Krisis Sub Prima 2008/2009. \n\n\nNamun demikian, syarat-syarat kawalan pergerakan telah pun dilonggarkan seawal bulan Mei. Sektor-sektor penting telah mula dibenarkan beroperasi dan sekaligus dapat merancakkan aktiviti ekonomi. \n\n\nTanda-tanda pemulihan\n\n\nTanda-tanda pemulihan sudah mula kelihatan. Jualan kenderaan pada awalnya merudum kepada 141 unit pada bulan April, kini ia telah mencecah 56,670 unit pada bulan Oktober yang lalu. Kebanyakannya disumbang oleh kenaikan jualan kenderaan penumpang. \n\n\nBegitu juga data dari PERKESO yang menunjukkan Loss of Employment (LOE) yang pada awalnya melonjak ke paras 18,579 orang bagi bulan Jun, kini telah merosot kepada 8,563 orang pada bulan November. Penempatan pekerjaan juga naik kepada 20,490 pada bulan November. \n\n\nMeskipun demikian, peningkatan kes Covid-19 pada bulan September memberi gambaran bahawa perjalanan ekonomi kita bukanlah semudah yang disangka. \nThe known unknown\n itu membuatkan kita sukar untuk membuat sebarang telahan. \n\n\nPergerakan ekonomi mempunyai kitaran\n\n\nHakikatnya, pergerakan ekonomi mempunyai suatu kitaran. Kalau kita lihat kali terakhir negara kita meleset adalah pada tahun 2009. Sebelum itu, pada tahun 1998 dan 1985. Ini merupakan suatu petunjuk yang harus kita ingat bagi merancang kewangan kita. \n\n\n\n\n\"Di dalam Al Quran juga dengan jelas menerangkan kitaran ekonomi didalam surah Yusuf ayat 47, 48 dan 49.\"\n\n\n\n\nTujuh tahun pertama kitaran meningkat, kita disaran utk menyimpan. 7 tahun kedua, kitaran menurun dan kita bakal menggunakan simpanan bagi menghadapi masa sukar.\n\n\nPetanda kemelesetan ekonomi\n\n\nDalam konteks semasa, petanda atau signals daripada pasaran bon amat berguna. Yield curve atau keluk pulangan bon di Amerika Syarikat merupakan signals yang terbaik bagi menandakan kedatangan sesuatu kemelesetan ekonomi. \n\n\nInverted yield curve berlaku apabila kadar pulangan jangka panjang adalah lebih rendah daripada kadar pulangan jangka pendek. Ini merupakan signal bahawa ekonomi itu mungkin akan berhadapan dengan suasana kemelesetan.\n\n\nKebiasaanya ia akan mengambil masa dalam satu hingga dua tahun bagi kemelesetan itu untuk berlaku. Petanda atau signal ini jelas kelihatan pada tahun lalu apabila Inverted Yield Curve ini berlaku di pasaran US Treasury antara Mei dan September 2019. \n\n\nNamun punca kepada kemelesetan tidak diketahui.\n\n\n\n\n\"Pada ketika itu, the usual suspects kepada punca kemelesetan adalah perang perdagangan antara US dan China.\"\n\n\n\n\nPerkara berkenaan \njangkaan kemelesetan pernah dibincangkan seawal 2018\n. \n\n\nOleh itu, amat penting utk kita memerhatikan kepada petanda-petanda ini bagi memudahkan kita untuk membuat keputusan yang baik terutamanya keputusan berkenaan berkaitan kewangan dan pelaburan. Sekiranya memang wujud kitaran ekonomi 10 tahun, maka kita perlu membuat persediaan lebih awal. \n\n\nJika melihat data seperti the US Federal Fund Rate (FFR) pada 31 Januari 1980, ianya berada pada paras 14%. Sekarang FFR berada pada paras 0.25%. Manakala, Dow Jones Industrial Average (DJIA) pula berada 883.45 mata pada 26 Jun 1980. Skrg 29,883 mata. Maksudnya? \n\n\nKeperluan untuk bertindak\n\n\nMaksudnya, kita perlu mengambil risiko utk melabur. Ini adalah kerana pelaburan \u201cselamat\u201d memberikan pulangan yang rendah. Risiko pula adalah sesuatu yang kita tidak tahu atau uncertainty.\n\n\n\n\n\"Mahu atau tidak, kita mesti memahami \u201cuncertainty\u201d ini dan bertindak sebaiknya.\"\n\n\n\n\nKembali kepada situasi semasa, langkah yang diambil kerajaan dan Bank Negara Malaysia adalah tepat. Iaitu merangsang ekonomi mengikut teori Keynesian yang mana dasar monetari dan fiskal digembeling bagi menstabilkan ekonomi. \n\n\nBerdasarkan perbincangan saya dengan pihak BNM, pengurangan OPR 125 mata asas ini bakal menghasilkan kesan positif kepada ekonomi sekitar 0.4 hingga 0.5 percentage points (ppt) pada tahun ini. Pada tahun 2021, kesan pengurangan OPR ini lebih tinggi lagi. \n\n\nDasar fiskal pula, melalui perbelanjaan pembangunan, kesan penggandanya pula adalah di antara 0.5 hingga 2.0 percentage points (ppt). Kesannya lebih cepat berbanding dasar monetari. \n\n\nUnjuran KDNK 2021 sekitar 6.5% sehingga 7.5%\n\n\nRamai yang bertanya adakah unjuran KDNK negara bagi tahun 2021 iaitu sekitar 6.5% sehingga 7.5% dapat dicapai? Ini memang soalan cepu emas.\n\n\nJawapan mudah, boleh. \n\n\nIni adalah kerana belanjawan yang dibentangkan mempunyai saiz yang besar. Dan seperti yang disebut didalam thread,\n\n\n\n\n\"kesan atau impak dasar fiskal adalah lebih cepat berbanding dasar monetari.\"\n\n\n\n\nJusteru, isu perlaksanaan merupakan persoalan seterusnya. \n\n\nFaktor Kejayaan Kritikal pembukaan ekonomi\n\n\nDisamping itu, ekonomi luaran dilihat begitu positif buat masa ini. Berita mengenai penemuan vaksin bagi Covid-19 dilihat semakin rancak dihebahkan. Ini merupakan Critical Success Factor untuk proses pembukaan ekonomi terus berlaku. \n\n\nSelain itu, Presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Joe Biden juga dijangka lebih rasional dalam pendekatan beliau mengenai isu-isu berkaitan ekonomi. Jangkaan perlantikan Janet Yellen sebagai Treasury Secretary juga positif. \n\n\nIsyarat positif pasaran kewangan\n\n\nData seperti J.P. Morgan Global PMI terus meningkat kepada 53.7 mata pada bulan November bagi sektor pembuatan (manufacturing). Harga minyak Brent meningkat ke AS$48 setong berbanding AS$19 pada pertengahan April. 10-yr US Treasury pada 0.94%, Ogos lalu 0.51%.\n\n\nRinggit berbanding dolar Amerika Syarikat berada pada paras RM4.0755 hari ini berbanding RM4.447 pada 23 Mac 2020. FBMKLCI sekarang berada pada 1,615.96 mata berbanding 1,219.72 mata pada 19 Mac 2020. Jelas pasaran kewangan memberi isyarat positif. \n\n\nDari segi sektor, industri berasaskan eksport dijangka mendapat manfaat positif. World Semiconductor Trade Statistics (WSTS) telah menyemak semula unjuran jualan Semiconductor bagi tahun 2021 dari 6.2% kepada 8.4%.\n\n\nIndustri Minyak dan Gas pun nampak ada harapan cerah. Pihak International Energy Agency (IEA) menjangkakan permintaan minyak dunia bakal meningkat 5.8 juta tong sehari (mbpd) pada 2021 setelah merudum 8.8 (mbpd) pada tahun ini. \n\n\nBerikutan peningkatan perbelanjaan pembangunan kepada RM69 billion pada tahun 2021, industri pembinaan (construction) dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.9% pada tahun 2021 berbanding penguncupan 18.7% pada tahun ini. Banyak projek infra bakal dilaksanakan tahun depan. \n\n\n\n\n\n\nGambar hiasan\n\n\n\n\nSektor perbankan juga dilihat lebih baik tahun hadapan. Berdasarkan pengamatan kami, OPR bakal dikekalkan pada paras 1.75% tahun depan. Perkara ini seharusnya membantu Net Income Margin (NIM) bagi industri perbankan. \n\n\nSektor sarung tangan getah juga tidak ketinggalan. Kapasiti pengeluaran yang selesa disamping permintaan produk yang kekal sihat dijangka dapat memastikan tahap keuntungan yang baik. \n\n\nDari segi perbelanjaan dikalangan para pengguna, Malaysia merupakan antara negara yang suka berbelanja. Kecenderungan utk berbelanja bagi setiap kenaikan RM1 dalam pendapatan atau Marginal Propensity to Consume (MPC) adalah 0.61. Oleh itu, pembukaan ekonomi amat penting. \n\n\nSektor telekomunikasi juga adalah antara penyumbang tertinggi FBMKLCI iaitu sekitar 12%. Program JENDELA bagi mengukuhkan infra jalur lebar bakal memberi manfaat sektor ini. \n\n\nPersoalan seterusnya, apakah downside risks kepada tinjauan ekonomi tahun 2021? \n\n\nDownside risks\n ekonomi 2021\n\n\nNombor satu memang Covid-19 dan Vaksin la. Ini memang kotak hitam atau black box atau known unknowns yang menghantui pelbagai persoalan. Apa yang boleh kita buat ialah patuhi SOP dan berdoa. \n\n\nKedua hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan China. Berita terkini menunjukkan Joe Biden tidak \u201cberminat\u201d untuk membatalkan perjanjian Fasa 1 yang ditandatangani pada awal tahun ini. Selain itu, import tarif yang dikenakan juga tidak dinyatakan rancangan utk dibatalkan. \n\n\nKetiga suasana politik domestik. Ini kena tanya penganalisis politik. Tapi rule of thumb atau hukum alam dia,\n\n\n\n\n\"pasaran tak suka ketidakpastian terutamanya kalau berkaitan halatuju ekonomi dan dasar.\"\n\n\n\n\nSetakat hari ini, indeks FBMKLCI ditutup tinggi iaitu 1,611.06 mata, naik 12.34 mata. Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pula berada pada paras RM4.074, meningkat 35 pips. \n\n\nSetelah kita menilai perkara yang lepas, melihat prospek ekonomi serta dasar kerajaan yang telah dan bakal dilaksanakan, apakah strategi pelaburan kita pada tahun 2021? \n\n\nApakah kita akan melabur seratus peratus dalam pasaran ekuiti? Bagaimana pula pasaran bon? Pasaran hartanah? Atau pun, do nothing? \n\n\nSesuaikan pelaburan dengan jangkaan risiko\n\n\nJawapan yang rasional adalah, tepuk dada tanya iman. Apa-apa hal pun, kita perlu menilai tahap toleransi kita terhadap risiko. Perkara ini akan menentukan jenis alokasi aset yang sesuai bagi mencapai sasaran pulangan pelaburan yang bersesuaian dengan tahap risiko yang sanggup diambil.\n\n\nJusteru mempelbagaikan aset itu, saya boleh dikatakan satu kemestian. Dalam waktu pemulihan ekonomi, pasaran saham atau ekuiti sememangnya menjadi pilihan utama disebabkan jangkaan peningkatan keuntungan syarikat serta kenaikan harga saham yang tinggi. Namun...... risiko turun naik harga saham sentiasa ada. Justeru adalah lebih baik kita perlu ada pegangan dalam instrument pendapatan tetap. Kalau pasaran bon, pilihan bagi individu adalah melabur dalam unit amanah yang memberi fokus kepada pasaran sukuk. \n\n\nPelaburan adalah suatu keperluan\n\n\nHakikatnya melabur ini suatu keperluan. Ini adalah kerana apabila kita membuat simpanan, duit yang kita simpan itu akan terdedah kepada hakisan inflasi. Ini adalah disebabkan harga barangan saban tahun memang meningkat. Dan ini akan memgurangkan kuasa beli kita. \n\n\nBerdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP), kadar inflasi meningkat sebanyak 2.5% setahun antara tahun 1985 dan 2019. Ini bermakna duit kita akan \u201chilang\u201d kuasa belinya sebanyak RM2.50 bagi setiap RM100. \n\n\nIni bermakna jika kita mempunyai RM100 pada awal tahun dan kita simpan duit itu didalam dialmari, duit itu akan bernilai RM97.50 pada akhir tahun nanti. Justeru, utk mengelak duit dari terus dihakis oleh inflasi, maka kenalah melabur. \n\n\nMelabur pula ada banyak instrumen dan kita telah pun bincang dari segi pasaran ekuiti dan bon. Pasaran hartanah tidak kurang juga daya tarikannya. Terutama sekarang ini pasaran hartanah dikatakan \u201cbuyers market\u201d. Ini disebabkan property overhang yang masih berlaku. \n\n\nData terkini menunjukkan hartanah kediaman yang tidak terjual adalah 30,926 unit setakat suku ketiga 2020, menurun sedikit daripada 31,661 unit pada suku kedua. Purata harga rumah di Malaysia pula turun kepada RM427k pada suku ketiga berbanding RM432 pada suku kedua.\n\n\nSelain dari faktor pulangan dan risiko pelaburan, kita perlu juga mengambil kira faktor kecairan dalam satu-satu pelaburan itu. Maksudnya berapa cepat kita boleh tukarkan pelaburan itu kepada bentuk tunai. \n\n\nKalau kita letakkan pelaburan kita seratus peratus dalam hartanah, ini boleh menimbulkan masalah. Ini adalah kerana utk menjual hartanah memakan masa yang lama iaitu berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun. Disitu pentingnya kepelbagaian portfolio.\"\n\n\nSumber: \nBursa Malaysia-i"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/permohonan-ipo-melalui-eipo-cgs-cimb", "title": "Permohonan IPO Melalui eIPO CGS-CIMB", "body": "Bermula 3 Jun 2023, fungsi Tawaran Awam Permulaan Elektronik (eIPO) dalam CIMB Clicks akan ditamatkan. Jangan terkejut jika anda tidak dapat lagi melihat fungsi ini dalam laman web CIMB Clicks.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: CIMB\n\n\n\n\n\n\nSebagai alternatif, anda boleh memohon IPO melalui fungsi eIPO yang terdapat dalam laman web CGS-CIMB iTrade. Untuk memohon, anda perlu mendaftar dan mempunyai akaun CDS CGS-CIMB.\u00a0\n\n\nJika anda belum mempunyai akaun CDS CGS-CIMB, anda boleh mendaftar\u00a0di bawah remisier CGS-CIMB rakan kongsi iSaham untuk mendapat manfaat akses screener \niSaham Pro\n\u00a0secara percuma (T&S). Rujuk \nlaman pendaftaran akaun ini\n untuk pendaftaran.\u00a0\n\n\nSekiranya anda telah mempunyai akaun CDS CGS-CIMB, boleh lihat panduan permohonan IPO melalui CGS-CIMB di bawah.\n\n\nLangkah 1: Log masuk\n\n\nLog masuk ke halaman eIPO melalui pautan \nini\n.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 2: Pilih IPO\n\n\nSelepas log masuk, pilih dan klik IPO yang anda ingin pohon.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 3: Ringkasan IPO\n\n\nRingkasan IPO akan dipaparkan seperti harga dan tarikh-tarikh penting IPO tersebut. Tekan butang \nContinue\n untuk meneruskan proses permohonan.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 4: Terma dan Syarat Prospektus\n\n\nBaca dan tandakan pada kotak \"I have read ... \" kemudian tekan butang \nYes\n untuk langkah seterusnya.\n\n\n\n\nLangkah 5: Prospektus IPO\n\n\nDokumen prospektus IPO yang dipohon akan dipaparkan. Anda boleh membaca dokumen ini untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang IPO tersebut.\n\n\n\n\nLangkah 6: Terma dan Syarat eIPO\u00a0\n\n\nBaca Terma dan Syarat eIPO yang dipaparkan. Jika bersetuju, anda boleh tekan butang \nAccept\n.\n\n\n\n\nLangkah 7: Kalkulator Tier IPO\n\n\nSebelum anda meneruskan permohonan, anda boleh merujuk \niSaham\u00a0IPO Tier Calculator\n\u00a0untuk mengenal pasti jumlah untuk dipohon berdasarkan modal anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal sebanyak RM 5,000, anda digalakkan untuk memohon sebanyak 201 lot atau 20,100 unit saham bagi permohonan IPO Edelteq.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk memahami lebih lanjut tentang pengiraan tier, anda boleh membaca blog \nStrategi IPO untuk Peluang Keuntungan yang Lebih Tinggi\n.\u00a0\n\n\nLangkah 8: Halaman Permohonan IPO\n\n\nLengkapkan maklumat yang diperlukan. Pilih mod pembayaran (pembayaran melalui CIMB Clicks atau Maybank2u) dan masukkan maklumat nombor bank. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum anda menekan butang \nSubmit\n.\n\n\n\n\nLangkah 9: Hantar Permohonan IPO\n\n\nSelepas itu, masukkan Trading PIN anda dan tekan butang \nConfirm\n untuk menghantar permohonan IPO anda. Selepas menghantar, anda tidak boleh membatalkan atau mengemaskini permohonan ini.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 10: Pembayaran IPO\n\n\nAnda akan dihubungkan ke laman web pembayaran (\npop-out window\n) untuk anda meneruskan pembayaran bagi permohonan IPO. Sila pastikan \npop-out blocker\n dimatikan untuk memastikan proses pembayaran yang lancar. Caj pembayaran sebanyak RM2 akan dikenakan bagi permohonan yang dilakukan.\n\n\n\n\nNota\n: Sekiranya anda tidak berjaya melakukan pembayaran, anda boleh pergi ke tab \"Application Status\" untuk menyemak status permohonan. Status \"Pending Payment\" akan dipaparkan. Tekan butang \nResubmit\n untuk meneruskan pembayaran.\n\n\n\n\nLangkah 11: Permohonan Selesai\n\n\nStatus permohonan anda akan bertukar kepada \"Pending Balloting\" selepas anda selesai melakukan pembayaran.\u00a0\n\n\n\n\nLangkah 12: Semakan Status Permohonan\n\n\nSelepas hari pengundian (\nballoting\n), anda boleh menyemak semula status permohonan anda. Sekiranya gagal, wang permohonan akan dipulangkan semula ke dalam akaun bank yang digunakan semasa pembayaran IPO tersebut.\n\n\n\n\nSekiranya anda mengalami kesulitan semasa melakukan permohonan IPO ini, boleh hubungi team \niSaham Support\n melalui Telegram untuk bantuan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/permohonan-saham-melalui-miti-bagi-individu", "title": "Cara Permohonan Saham Melalui MITI Bagi Individu", "body": "Kebiasaannya, pelabur saham akan membeli saham melalui broker ataupun bank pelaburan. Satu lagi cara lain adalah melalui MITI yang peruntukkan jualan Saham Khas Bumiputera. Peruntukan saham ini terlebih dahulu diumumkan sebelum dibuka untuk cabutan awam melalui IPO. Bermakna anda berpeluang untuk beli saham ini lebih awal sebelum ianya dijual kepada orang awam. Teruskan bacaan untuk cara-cara memohon saham melalui MITI.\n\n\nSyarat Layak Memohon Saham Khas Bumiputera\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nBerstatus Bumiputera;\n\n\nBerumur 18 tahun ke atas; dan\n\n\nMempunyai sumber kewangan yang mencukupi.\n\n\n\n\nNota:\n\n\n\n\nPelajar adalah tidak layak memohon.\n\n\n\n\nDokumen-dokumen Berkaitan Yang Diperlukan Untuk Memohon\n\n\nKami akan terangkan semua prosedur di perenggan seterusnya, namun dokumen yang anda perlukan untuk permohonan saham melalui MITI adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nMengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);\n\n\nSalinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;\n\n\nSalinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) (perlu disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank sekiranya bukan penyata bank online); dan\n\n\nSalinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) (perlu disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan sekiranya bukan penyata online).\n\n\nSalinan Kad Pengenalan/Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas.\n\n\n\n\nSumber: \nhttps://sahamonline.miti.gov.my/site/faq\n\n\nBahagian 1: Pendaftaran Akaun\n\n\n1. Pergi ke Laman web\n\n\nPertama sekali, pergi ke laman web \nhttps://sahamonline.miti.gov.my/\n. Halaman ini akan paparkan makluman sekiranya terdapat tawaran saham yang boleh dibeli.\n\n\n\n\n\n\nRuangan makluman untuk tawaran saham\n\n\n\n\n2. Daftar\n\n\nPilih jenis pelabur individu dan klik daftar. Sebelum itu, pastikan juga anda mempunyai akaun CDS. Butiran ini akan diperlukan untuk buka akaun pengguna MITI. Sekiranya anda belum ada akaun CDS, sila rujuk remisier anda atau hubungi kami untuk \nbuka akaun CDS\n.\n\n\n3. Isi borang dan hantar\n\n\nSelepas klik daftar, anda akan dibawa ke borang pendaftaran online. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan akaun. Borang yang anda perlu isi untuk daftar akaun saham online MITI adalah seperti di bawah. Seterusnya, anda akan diminta untuk semak ID pengguna dan kata laluan yang dihantar di email yang didaftarkan tadi untuk membuat penukaran kata laluan.\n\n\n\n\nUntuk muat naik kad pengenalan, ikut panduan yang diberi oleh MITI di \nlink ini\n.\n\n\nBahagian 2: Permohonan Saham\n\n\nSelepas log masuk ke dalam sistem saham online MITI, anda akan dibawa ke senarai saham yang boleh dimohon. Dalam contoh kali ini, hanya terdapat satu saham yang boleh dimohon.\n\n\n\n\n1. Pohon dan tentukan bilangan unit\n\n\nKlik butang \nPohon\n; dan isi jumlah unit yang anda ingin beli di ruangan yang disediakan bermula dari angka minimum 1000 unit. Namun, pastikan bahawa jumlah unit yang ingin dibeli adalah muktamad. Anda tidak boleh mengubah jumlah pembelian unit selepas ini. Setelah yakin dengan jumlah pembelian unit, klik \nHantar\n.\n\n\nKalau ragu-ragu, masukkan sahaja bilangan unit yang banyak. Anda boleh pilih untuk kurangkan selepas permohonan diluluskan.\n\n\n\n\n2. Cetak borang permohonan\n\n\nAnda akan dapat notis yang mengatakan permohonan anda sedang diproses seperti di bawah. Seterusnya klik \nCetak\n. Pada peringkat ini, anda telah pun berjaya memohon untuk pembelian saham yang dipilih tadi. Untuk lebih kepastian, butang \nPohon\n; tadi sudah diganti dengan teks \u201cSudah Pohon\u201d.\n\n\n3. Lengkapkan borang\n\n\nHarus diingat, prosedur tadi adalah untuk permohonan saham secara online. Anda masih perlu hantar borang permohonan lengkap secara pos atau tangan ke pejabat pengarah MITI sebelum tarikh yang dinyatakan pada makluman.\n\n\nNota: Permohonan melalui email atau fax tidak diterima\n\n\n\n\nSelepas klik \nCetak\n, anda akan dapat salinan pdf borang permohonan dan fail elektronik senarai semak untuk melengkapkan permohonan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrevious\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNext\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Penghantaran Borang\r\n\nDari senarai semak yang diberi, butirannya adalah seperti berikut, dan perlu dihantar setiap kali anda membeli saham melalui MITI:\n\n\n\n\nCetakan Borang Permohonan Individu.\n\n\nPenyata Kewangan\n\n\n\n\nCetakan atau salinan penyata bank 3 bulan terkini bertransaksi (Maybank, CIMB, dan lain-lain);\n\n\nCetakan penyata ASB/ASN/ASD/ASW terkini (Online atau di cawangan ASNB); atau\n\n\nCetakan penyata di cawangan atau 3 mukasurat terakhir terkini (Buku) Tabung Haji\n\n\n\n\nSurat kebenaran rasmi Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen (Bagi Pegawai Kerajaan)\n\n\nCetakan atau Salinan Penyata Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (terkini).\n\n\nSalinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran atau Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas dan \ndisahkan\n.\n\n\nSenarai semak perlu dicetak dan dikepilkan bersama-sama Borang Permohonan.\n\n\nPastikan anda dapat buktikan memiliki penyata kewangan yang mencukupi dalam butiran [2] Penyata Kewangan. Jika tidak, terdapat kemungkinan permohonan ditolak.\n\n\nKeputusan akan diumumkan dari 30 ke 40 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan di \nhttp://sahamonline.miti.gov.my\n. Keputusan adalah muktamad dan sekiranya tidak berjaya, anda tidak boleh membuat rayuan. Namun, anda masih berpeluang untuk membeli saham yang sama apabila IPO syarikat itu diumumkan untuk cabutan awam."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/permohonan-saham-tawaran-miti-secara-online", "title": "Permohonan Saham Tawaran MITI Secara Online", "body": "Saham tawaran MITI kini boleh dibuat secara atas talian. Ianya semestinya sesuatu yang pelabur Bumiputera sering ternanti-nanti kerana ia dapat memudahkan urusan permohonan saham. Permohonan tawaran MITI kini tidak lagi memerlukan borang untuk dicetak dan dihantar ke Menara MITI. Kita akan lihat cara-cara melengkapkan permohonan saham melalui portal MITI dalam post kali ni.\n\n\n1. Pergi ke portal MITI\n\n\n\n\nPertama sekali, lawati portal MITI di \nhttps://sahamonline.miti.gov.my/portal/index\n. Anda akan dibawa ke wajah baru portal permohonan saham online MITI. Dari sini, anda boleh lihat sekiranya terdapat apa-apa makluman berkaitan saham sama ada permohonan baru dibuka, keputusan permohonan, atau pemberitahuan pelabur berkaitan cara menggunakan portal MITI ini.\n\n\n2. Tukar kata laluan\n\n\nSekiranya anda telah berdaftar sebelum ini, boleh ikuti panduan dalam point nombor 2 ini. Sekiranya anda pengguna baharu pula, tekan link \nLog Masuk\n, dan pilih \nDaftar Pelabur\n > \nIndividu\n untuk mendaftar, dan boleh langkau ke point nombor 3 untuk langkah pendaftaran.\n\n\nMemandangkan MITI telah menukar sistem kepada yang baru, pengguna yang telah berdaftar sebelum ini perlu mengikut garis panduan yang dipaparkan di muka hadapan portal MITI ini. Anda perlu tekan link \nTerlupa kata laluan\n yang dipaparkan untuk menukar kata laluan kepada yang baru.\n\n\n\n\nDari sini, akan diminta untuk masukkan maklumat seperti MyKad atau SSM untuk tindakan lanjut. Masukkan maklumat berkaitan dan tekan \nHantar\n. Kata laluan baru akan dihantar ke email yang anda gunakan untuk membuka akaun MITI ini. Perhatikan juga dalam folder Spam seperti gambar yang dipaparkan sendiri oleh MITI.\n\n\n\n\nMasukkan kata laluan tersebut ke laman Log Masuk dan tekan \nLog Masuk\n untuk pergi ke laman permohonan.\n\n\n\n\n3. Lengkapkan maklumat peribadi\n\n\nSelepas Log Masuk, anda akan dibawa ke laman utama pengguna. Namun, buat pertama kali selepas peralihan ke sistem baru, anda akan diminta untuk kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu. Lengkapkan ruangan yang perlu diisi, dan anda boleh teruskan ke permohonan saham.\n\n\n\n\n4. Permohonan Saham\n\n\nUntuk ke laman permohonan saham, tekan teks \nMaklumat Saham\n di bahagian kiri portal. Ia akan muncul selepas anda berjaya lengkapkan langkah dalam point nombor 3 tadi. Di sini, anda akan dipaparkan dengan senarai saham yang tersedia untuk dimohon. Tekan \nMohon\n di panel saham untuk memohon saham tersebut.\n\n\n\n\n5. Maklumat permohonan\n\n\nAnda akan dibawa ke borang maklumat permohonan. Di sini, anda perlu masukkan berapa modal anda dan berapa unit saham yang anda ingin laburkan. Anda juga perlu masukkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kewangan peribadi supaya dapat disaring oleh MITI.\n\n\nDokumen yang wajib untuk anda sertakan ialah penyata CDS dalam bentuk PDF. Untuk penyata CDS ini, pastikan ia tidak dilindungi oleh kata laluan supaya pegawai bertugas di MITI boleh mengakses fail anda.\n\n\n\n\nPenyata CDS boleh didapati melalui aplikasi \nBursa Anywhere\n. Log masuk ke akaun Bursa Anywhere dan muat turun dari aplikasi tersebut untuk dapatkan penyata CDS.\u00a0 Anda boleh buang kata laluan dari fail penyata CDS dari Bursa secara online di mana-mana website pihak ketiga, contohnya \nSmallpdf\n.\n\n\n\n\nSeterusnya, sekiranya anda ingin akses fail\u00a0 penyata CDS melalui komputer, anda boleh hantar fail tadi ke email anda atau simpan di \"Saved Message\" Telegram untuk dibuka dari komputer peribadi anda.\n\n\nDokumen lain yang anda boleh sertakan adalah mana-mana dokumen berkaitan kewangan anda, antaranya penyata kewangan bank, penyata gaji, tabung haji, ASB dan lain-lain.\n\n\n\n\nUntuk lampirkan fail ini, tekan sahaja \nBrowse\n dan pilih fail yang berkaitan, atau tarik dan lepas sahaja fail dari komputer anda ke bahagian drag & drop.\n\n\nBagi sesiapa yang mendaftar pekerjaan mereka sebagai penjawat awam, akan ada satu \ndrag & drog file\n tambahan di mana anda perlu memuat naik surat kebenaran rasmi daripada Ketua Jabatan untuk memohon saham tawaran MITI.\n\n\nSetelah berpuas hati dengan semua dokumen hantaran, tekan \nHantar\n.\n\n\n6. Tamat\n\n\nItu sahaja langkah yang anda perlu buat. Kini, anda tidak lagi perlu berurusan dengan pihak kurier untuk menghantar dokumen permohonan ke MITI. Malah, anda juga tidak perlu lagi berurusan dengan mesin pencetak anda. Semuanya boleh diuruskan secara atas talian.\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin lihat status permohonan anda, boleh tekan teks \nMySaham\n di bahagian kiri portal. Anda akan dibawa ke senarai saham yang anda telah mohon melalui MITI, berserta dengan status permohonan masing-masing.\n\n\n\n\nDari laman permohonan saham juga, butang \nMohon\n telah digantikan dengan teks \nSaham telah dipohon\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/peroleh-bonus-minimum-rm100-melalui-kempen-khas-merdeka-lyndung", "title": "Peroleh Bonus Minimum RM100 melalui Kempen Khas Merdeka Lyndung ", "body": "Dalam blog\u00a0sebelum ini, kami telah menceritakan secara ringkas tentang Lyndung iaitu sebuah Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan yang menawarkan tiga jenis program di dalamnya.\u00a0\n\n\nPada hari ini, kami akan berkongsi mengenai kempen khas yang ditawarkan melalui program Referral dan Affiliate Lyndung untuk anda manfaatkan. Jika anda terlepas mengenai perkongsian kami berkenaan program-program yang ditawarkan di bawah Lyndung, anda boleh rujuk artikel tersebut di \nsini\n.\n\n\n\n\nSempena sambutan kemerdekaan yang ke-66,\u00a0Lyndung menjalankan Kempen Khas Merdeka di mana anda boleh menerima ganjaran bonus \nRM 100\n untuk setiap pendaftaran yang berjaya (mod keahlian tahunan).\u00a0Kempen ini terbuka kepada semua ahli Lyndung serta orang ramai yang ingin membantu mempromosikan Lyndung kepada kenalan mereka sambil menjana pendapatan sampingan.\u00a0\n\n\nMenariknya mengenai program ini, bukan sahaja anda yang mempromosikan Lyndung dapat menerima manfaat malah bakal ahli yang mendaftar dan memilih mod keahlian tahunan juga boleh menerima bonus bernilai RM 10. Bonus ini akan dimasukkan ke \nInitial Sharing Contribution\n ahli tersebut dan boleh digunakan untuk perkongsian bil perubatan pada masa akan datang.\n\n\nApakah perbezaan di antara Lyndung Referral dan Affiliate?\n\n\nLyndung Referral adalah terbuka kepada semua ahli Lyndung. Jika anda telah mendaftar keahlian Lyndung, maka Lyndung Referral adalah untuk anda. Anda boleh rujuk panduan \nini\n untuk mendapatkan kod referral anda.\n\n\nBerbeza dengan Lyndung Affiliate, Program ini dikhaskan kepada mereka yang tidak memenuhi syarat keahlian Lyndung tetapi ingin membantu untuk mempromosikan Lyndung sambil menjana pendapatan sampingan. Anda boleh rujuk panduan \nini\n untuk menyertai Program ini.\u00a0\n\n\nCara mudah untuk mendapatkan RM 100\n\n\n1. Daftar sebagai Ahli atau Affiliate Lyndung.\n\n\n2. Kongsikan kod referral anda kepada kenalan anda.\u00a0\n\n\n3. Keluarga dan kenalan anda mendaftar menggunakan kod referral anda dan memilih kod keahlian tahunan.\n\n\n4. Anda menerima bonus sebanyak RM 100.\n\n\nKempen ini dijalankan sehingga 31 Ogos ini sahaja. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana tiada had limit referral ditetapkan. Jika anda mendapat 100 referral yang berjaya dalam tempoh kempen, maka anda akan menerima bonus sebanyak RM 10,000!\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/persediaan-sebelum-melabur-untuk-jangka-panjang", "title": "Persediaan Sebelum Melabur untuk Jangka Panjang", "body": "Adakah menguntungkan untuk membuat pelaburan jangka panjang? Ramai orang mendapati pelaburan jangka panjang tidak menarik apabila mereka mendengar perkataan \"jangka panjang\" kerana ia bermaksud memperoleh pulangan yang lambat. Kebanyakannya lebih gemar untuk menjana keuntungan yang lebih cepat. Tetapi, pelaburan jangka panjang boleh membantu untuk mengembangkan simpanan anda untuk masa depan seperti persaraan, kecemasan, sekolah anak anda dan sebagainya.\n\n\nPelaburan jangka panjang bukan sekadar meletakkan wang anda dalam pasaran saham dan melupakannya. Terdapat beberapa perkara yang perlu pelabur fahami sebelum melabur untuk jangka masa panjang.\n\n\nRancang kewangan\n\n\nPersediaan pertama sebelum melabur untuk jangka panjang adalah memastikan jumlah modal atau wang untuk dilaburkan. Pelabur mestilah menguruskan kewangan yang betul dan mempunyai simpanan kecemasan. Merancang kewangan terlebih dahulu adalah penting supaya pelabur boleh menikmati keuntungan dalam \nportfolio\n jangka panjang tanpa mengeluarkannya untuk sebarang situasi yang tidak dijangka.\n\n\nMengeluarkan wang daripada portfolio jangka panjang sebelum masa yang telah ditetapkan akan menjejaskan matlamat pelabur. Ia juga boleh menyebabkan pelabur menjual pada kerugian dan boleh mengakibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, pelabur perlu memastikan kewangan yang teratur sebelum membuat pelaburan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetahui matlamat pelaburan\n\n\nSetiap orang mempunyai pelbagai matlamat pelaburan. Contoh seperti membayar \ndown payment\n rumah, belanja sekolah dan kolej untuk anak, atau termasuk menyimpan untuk kegunaan ketika kecemasa.\n\n\nKunci kepada mana-mana pelaburan jangka panjang, tidak kira apa matlamatnya, adalah menentukan masa, atau berapa tahun sehingga wang itu diperlukan. Pelaburan jangka panjang biasanya mengambil masa dalam 5 hingga 10 tahun atau lebih. Memahami matlamat dan masa dapat membantu pelabur memilih pelaburan yang lebih selamat dan menetapkan risiko yang perlu ditanggung. Contohnya, individu yang memerlukan wang untuk persaraan dalam 12 tahun akan datang, memilih pelaburan yang betul dan simpan sehingga mereka perlu menggunakan wang tersebut.\n\n\nMemilih pelaburan sesuai\n\n\nSebaik sahaja menetapkan matlamat pelaburan dan jangka masa, pelabur harus memilih pelaburan yang bersesuaian. Antara jenis instrumen pelaburan yang sedia ada adalah termasuk, saham, bon, kripto, forex, emas atau pelaburan \nmutual fund\n seperti tabung haji atau ASB. Kesemua jenis pelaburan ini ada tahap risiko yang tertentu. Mungkin pelabur boleh mempelbagaikan pelaburan mereka ke dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan sebagai contoh, 70% di pasaran saham, 30% di pasaran bon atau yang paling agresif adalah 85% hingga 90% di saham.\n\n\nTetapi secara realistik, pilih apa yang sesuai dengan diri. Penting untuk memilih portfolio pelaburan yang sesuai, supaya pelabur boleh kekal dengan strateginya, tidak kira dalam apa jua keadaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan, pelaburan ini menumpukan pada matlamat kewangan pelabur. Pelaburan jangka panjang dapat mengabaikan turun naik jangka pendek pasaran dan sentimen semasa. Ini bermakna pelabur hanya perlu membeli dan \nhold\n untuk jangka panjang, tanpa mengira sebarang berita dan media yang membuat liputan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/persiapan-untuk-kejatuhan-pasaran-saham", "title": "Persiapan untuk Kejatuhan Pasaran Saham", "body": "Dalam keadaan pasaran yang sentiasa merah ni, nak menjana keuntungan sememangnya mencabar. Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, wabak COVID-19 yang bermula di China menimbulkan kerisauan seluruh dunia apabila ia merebak dengan cepat ke luar negara tersebut.\n\n\n\n\nPasaran dunia kini terkesan dengan penularan wabak COVID-19 atas ketidaktentuan pasaran dunia yang terjadi akibat wabak ini. Situasi ini diburukkan lagi dengan permintaan minyak yang berkurang, disusuli dengan perang harga minyak antara Rusia dan Amerika.\n\n\n\n\nAntara persoalan yang timbul juga adalah sama ada situasi ini akan menyebabkan kejatuhan pasaran (market crash) pada tahap global. Baru-baru ini, kita dapat lihat bahawa semua saham telah pun terkesan dengan penurunan harga minyak sebanyak lebih 30% ini. Sekiranya situasi ini berlanjutan, ia akan menimbulkan kerisauan pelabur dan ketidak tentuan pasaran global.\n\n\nDalam menganggap kejatuhan pasaran akan terjadi tak lama lagi, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum ia menyebabkan anda panik.\n\n\n1. Kejatuhan pasaran adalah suatu yang berulang\n\n\nPertama sekali, jangan risau. Market crash itu adalah pasti. Yang menjadi persoalan adalah bila ia akan berlaku. Kebiasaan yang kita dengar adalah ia berlaku dalam kitaran setiap 7-10 tahun. Kejatuhan pasaran sebelum ini adalah pada tahun 2008, dan ramai yang masih tertanya-tanya bila yang seterusnya akan berlaku.\n\n\n\n\nAda kemungkinan yang coronavirus ini akan menyebabkan kejatuhan pasaran untuk kitaran kali ini. Kalau melihatkan pada carta indeks KLCI, kita telah pun nampak ragam downtrend dan penyusutan mata indeks yang teruk. Namun, kita tak tahu sama ada ia akan berlarutan, dan sehingga ke tahap mana ia akan turun. Apapun, kita perlu bersiap-siap untuk menghadapi keadaan ini dengan tenang.\n\n\n2. Market akan rebound selepas kejatuhan\n\n\nKetika pasaran mengalami kejatuhan, ia akan berlaku dengan teruk. Sekiranya anda perhatikan secara langsung pergerakan harga saham, anda mungkin akan panik dan jual pegangan saham anda ketika kejatuhan ini berlaku. Namun, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kejatuhan ini tidak bersifat kekal. Pasaran akan kembali pulih seperti sediakala selepas habis panik.\n\n\n3. Jual pegangan sebelum \ncrash\n\n\nWalaupun pasaran akan kembali pulih selepas kejatuhan pasaran, anda tak perlu termasuk dalam pelabur yang mengalami kejatuhan nilai saham. Apa yang anda perlu buat adalah jual pegangan anda sebelum pasaran mengalami kejatuhan. Selamatkan wang pelaburan anda terlebih dahulu. Ada kemungkinan penurunan ini akan berlaku dalam masa yang lama.\n\n\n4. Bersedia untuk pasaran rebound\n\n\nKetika pasaran mengalami kejatuhan, ia tak menggambarkan nilai sebenar sesebuah saham itu. Ramai pelabur yang membuat jualan panik apabila pasaran saham mengalami kejatuhan, seterusnya mengebabkan saham didagang pada harga yang lebih rendah daripada biasa. Ini sebenarnya adalah peluang yang baik untuk membeli. Bila dah nampak tanda-tanda pemulihan pasaran, inilah peluang anda untuk swing saham-saham yang selama ni dikatakan \"mahal\"."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pindah-wang-lebih-cepat-dengan-duitnow", "title": "Pindah Wang Lebih Cepat dengan DuitNow", "body": "Cara lama nak pindahkan duit adalah dengan pergi ke ATM dan uruskan pemindahan duit dari ATM. Cara ini agak leceh sebab kena pergi ke lokasi yang ada ATM, dan perlu beratur untuk giliran. Bila dah makin maju, kita gunakan aplikasi bank dari telefon pintar untuk pindahan segera (Instant Transfer). Itupun, bukan boleh jamin boleh pindahkan duit dalam masa beberapa minit.\n\n\nKali ini, kita akan belajar cara pindahkan duit yang lebih laju daripada cara-cara yang disebut tadi. Bila tekan saja Hantar, duit akan sampai dalam masa yang singkat. Inilah cara yang dinamakan DuitNow. Tekan hantar, sekarang dapat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: DuitNow\n\n\n\n\nSangat berguna untuk kegunaan harian. Kalau ada kawan yang berhutang dengan kita, mintak je transfer guna DuitNow. Duit cepat masuk, lepas tu boleh lah masukkan duit ke dalam akaun CDS pulak.\n\n\nDuitNow ni apa?\n\n\nDuitNow adalah kaedah pembayaran bank menggunakan ID sama ada nombor telefon atau IC yang dihubungkan dengan bank. Maksudnya sekiranya anda masuk ke menu pembayaran bank, DuitNow akan tersenarai sebagai kaedah pembayaran di samping pilihan seperti Instant Transfer, InterBank GIRO dan sebagainya.\n\n\nSebagai contoh, Ahmad ingin pindahkan wang kepada Badrul yang menggunakan DuitNow. Ahmad perlu login ke dalam bank, dan lakukan transaksi di bawah kaedah DuitNow kepada Badrul. Dalam beberapa saat, wang tadi akan sampai dalam pegangan Badrul.\n\n\nDibangunkan oleh PayNet\n\n\nKadang-kadang kita tengok benda bagus ni, kita nak tahu lah siapa yang buat. Mana tahu ada saham yang boleh dibeli. Sebenarnya takde. DuitNow ni dibangunkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Syarikat ini juga membangunkan kaedah bayaran bank yang lain seperti FPX, IBG, JomPay dan DirectDebit. PayNet sebenarnya merupakan sebahagian daripada organisasi BNM melalui \nMyClear dan MEPS\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: PayNet\n\n\n\n\nBank yang boleh guna DuitNow\n\n\nKita dapat nampak rangkaian yang luas untuk DuitNow ni. Bank yang boleh digunakan dengan DuitNow boleh dilihat seperti di bawah sebagaimana yang tertera di website mereka.\n\n\n\n\nDalam masa yang akan datang, mereka juga akan membolehkan pemindahan ke rangkaian e-Wallet.\n\n\n\n\nCara nak daftar DuitNow\n\n\nNak daftar untuk DuitNow ni senang je. Anda cuma perlu log in ke dalam bank sama ada melalui aplikasi atau secara online. Lepas tu, cari setting untuk pendaftaran DuitNow. Cuma ada satu isu, lain bank lain perjalanan untuk nak cari setting ni. Namun, kami akan cuba yang terdaya supaya panduan ini berguna untuk anda.\n\n\n\n\nDari dashboard akaun bank anda, cari menu setting untuk akaun anda. Boleh jadi menu ini berada di bahagian atas, bawah, atau di sebalik ikon menu (terutamanya untuk aplikasi mobile). Dah jumpa menu setting, anda perlu cari menu pendaftaran DuitNow. Kadang-kala ia diletakkan di dalam bahagian Apply & Transfer, ada juga yang terus paparkan menu DuitNow. Bila dah jumpa, kita pergi ke laman menu DuitNow.\n\n\nDalam laman menu DuitNow, anda akan nampak beberapa maklumat seperti nombor telefon dan nombor IC. Sekiranya belum dihubung dengan mana-mana bank, boleh pilih ID untuk didaftarkan. Sesetengah bank tidak paparkan apa-apa maklumat sekiranya tiada ID yang berhubung dengan bank untuk kaedah bayaran DuitNow. Dalam kes ini, anda perlu cari butang untuk menambah sama ada nombor telefon atau nombor IC sebagai ID untuk DuitNow.\n\n\nKedua-dua maklumat ini adalah ID yang boleh digunakan untuk dihubungkan dengan akaun bank anda. Anda boleh daftarkan contohnya nombor telefon untuk bank pertama dan nombor IC untuk bank kedua. Dalam butiran ID sama ada nombor telefon atau nombor IC, anda boleh pilih mana-mana satu untuk didaftarkan dengan bank yang anda gunakan.\n\n\nDuitNow memudahkan urusan pemindahan wang\n\n\nKaedah penghantaran menggunakan DuitNow adalah sama seperti Instant Transfer, IBG dan yang bersamaan. Tapi untuk DuitNow, anda perlu masukkan nombor telefon atau IC penerima. Dah tak perlu tunggu kawan bagi nombor akaun. Terus je cari nombor telefon dari handphone untuk hantar duit.\n\n\nSebagai pemindah wang sendiri, anda tak perlu berdaftar dengan DuitNow. Anda cuma perlu berdaftar sekiranya ingin terima wang dengan kaedah DuitNow yang pantas ni. Jadi, bagus juga anda daftar DuitNow untuk memudahkan urusan pemindahan wang ni."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pmetal-pengeluar-aluminium-terbesar-di-asia-tenggara", "title": "PMETAL - Pengeluar Aluminium Terbesar di Asia Tenggara", "body": "Press Metal Berhad\n atau PMETAL adalah syarikat yang tersenarai di bawah sektor perindustrian. Syarikat ini terlibat dengan pembuatan dan penjualan produk aluminium dan ia juga adalah salah sebuah syarikat pengeluar terbesar aluminium bersepadu di Asia Tenggara. Dalam \nsektor aluminium\n, PMETAL adalah \nmarket leader\n dengan permodalan pasaran atau \nmarket capitalization\n sebanyak RM47.65 bilion.\n\n\nAktiviti perniagaan\n\n\nKegiatan perniagaan utama syarikat ini terdiri daripada pembuatan dan perdagangan produk aluminium primer, nilai tambah dan penyemperitan (\nextrusion\n) aluminium. Produk aluminium ini digunakan dalam pelbagai industri di seluruh dunia seperti automotif, teknologi, pembinaan dan yang berkaitan. Kalau perasan, hampir setiap hari kita dikelilingi oleh aluminium, contohnya di kereta, kapal terbang, telefon, komputer, peralatan pejabat, pembungkus makanan dan pelbagai lagi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Aktiviti pembuatan aluminium\n\n\n\n\n\n\nPandangan lebih lanjut\n\n\nPembuatan aluminium adalah proses yang agak panjang, dimana ia terdiri kepada tiga segmen iaitu \nupstream\n, \nmidstream\n dan \ndownstream\n. Press Metal Berhad terlibat dengan ketiga-tiga operasi segmen ini.\n\n\nUpstream segment\n\n\nDalam segmen ini, ia bermula dengan perlombongan bauksit dan kemudian diproses menghasilkan alumina. Alumina ini adalah bahan mentah untuk operasi peleburan. Selain alumina, karbon anod juga adalah bahan yang digunakan untuk operasi peleburan syarikat. Untuk mendapat bahan mentah ini, PMETAL memiliki kepentingan dengan pengeluar alumina di Indonesia dan Australia serta pelaburan dalam Shandong Sunstone & PMB Carbon Ltd., Co bagi pengeluaran karbon anod.\n\n\nMidstream segment\n\n\nSegmen \nmidstream\n adalah dimana operasi peleburan aluminium primer dihasilkan. Ia proses menukarkan aluminium kepada \nfeedstock. Feedstock \nadalah\n \nbahan mentah yang digunakan untuk proses produk lain.\n \nSegmen peleburan adalah aktiviti perniagaan utama Press Metal Berhad yang dijalankan di Sarawak. Mereka mengeluarkan produk aluminium termasuk jongkong aluminium Gred Tinggi (P1020) dengan bersijil London Metal Exchange (\u201cLME\u201d) dan nilai tambah seperti jongkong aloi A356.2, aluminium \nbillet\n dan batang dawai (\nwired rod\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Aktiviti peleburan aluminium\n\n\n\n\n\n\nDownstream segment\n\n\nSegmen downstream pula terlibat dengan operasi penyeperitan. Segmen ini menghasilkan pengeluaran produk aluminium \nsemi-fabricated ('semis'). \nProduk penyemperitan aluminium PMETAL digunakan secara meluas dalam produk fabrikasi seperti tingkap, pintu, bingkai panel solar, almari pakaian, tangga dan lain-lain lagi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Produk penyemperitan PMETAL\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat\n\n\nSegmen peleburan dan penyeperitan menyumbang sebanyak 86% kepada pendapatan syarikat bersamaan RM6,442 juta. Walau bagaimanapun ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2019. Perdagangan aluminium juga menurun sehingga RM670 juta berbanding RM695 juta pada 2019. Keseluruhan pendapatan PMETAL turun pada 2020. Ia disebabkan harga aluminium yang lebih rendah pada separuh pertama 2020 iaitu semasa kemuncak pandemik covid-19.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Pecahan pendapatan PMETAL\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nPress Metal Berhad adalah salah sebuah syarikat pembuatan dan perdagangan aluminium. Mereka terlibat dengan aktiviti dari peleburan hingga penyemperitan aluminium. Sebahagian besar pendapatan syarikat adalah daripada segmen tersebut. Semua produk utama mereka dipasarkan ke Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Eropah dan Amerika. Ini mungkin kerana atas dasar kualiti aluminium yang dikeluarkannya. Produk utama mereka iaitu Jongkong aluminium P1020 diiktiraf di peringkat global dan berdaftar dengan London Metal Exchange di bawah gred Aluminium Primer Gred Tinggi di bawah jenama PMB dan PMS. Tambahan lagi, aluminium digunakan dalam pelbagai industri termasuk automotif, teknologi dan lain-lain, meletakkan syarikat ini dalam kedudukan penting untuk menghasilkan produk aluminium yang berkualiti tinggi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/powerwell-mengumpul-dana-ipo-untuk-menaik-taraf-kilang", "title": "Powerwell Mengumpul Dana IPO untuk Menaik Taraf Kilang", "body": "Tahun baru 2020 membuka tirai IPO dengan penyenaraian Powerwell dalam pasaran ACE. Saham ini boleh dibeli dengan harga RM 0.25 seunit.\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n2 Jan 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n10 Jan 2020, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n14 Jan 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n20 Jan 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n22 Jan 2020\n\n\n\n\nPengeluar dan Penjual \nSwitchgear\n dan \nSwitchboard\n\n\nPowerwell telah beroperasi sejak tahun 1991. Mereka menjalankan operasi dalam rekaan, pengeluaran dan perdagangan produk agihan tenaga elektrik (power distribution). Produk ini termasuklah LV (Low Voltage) switchboard, MV (Medium Voltage) switchgear dan produk-produk yang berkaitan. Powerwell adalah pemain global yang telah pun memasuki pasaran Bangladesh, Indonesia, Filipina, Pakistan dan Singapura.\n\n\n\n\n\n\nStruktur syarikat Powerwell\n\n\n\n\nAgihan tenaga elektrik merupakan komponen yang penting kepada sesebuah bangunan. Ini termasuklah kilang-kilang, bangunan komersial dan juga kawasan perumahan. Sebagai komponen yang memegang ciri keselamatan yang penting untuk aktiviti perindustrian, produk-produk ini haruslah menjalani saringan keselamatan yang ketat. Maka dari sinilah juga datangnya kos untuk mengembangkan perniagaan mereka yang memerlukan pensijilan produk dan permit operasi.\n\n\n\n\n\n\nProduk jualan Powerwell\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel bisnes Powerwell\n\n\n\n\nProduk yang ditawarkan oleh Powerwell terdiri daripada switchboard keluaran mereka sendiri, dan juga keluaran syarikat besar seperti Schneider dan Siemens. Powerwell diberikan kebenaran (authorized) untuk membuat produk barangan dua syarikat MNC ini di Malaysia. Ini menunjukkan Powerwell sebagai syarikat yang dipercayai untuk mengikut piawaian produk berteknologi tinggi.\n\n\nRingkasan Maklumat Bisnes\n\n\n\n\n\n\nRangkaian bisnes Powerwell. Sumber: Powerwell\n\n\n\n\n\n\nMarket capitalization: RM 145.14 juta\n\n\nPE ratio: 11.96 (FYE 2018)*\n\n\nAktiviti: Pengeluaran dan jualan barangan pengedaran elektrik\n\n\nOperasi:\r\n\n\n\nMalaysia - Pejabat dan kilang\n\n\nVietnam - Pejabat dan kilang\n\n\nIndonesia - Pejabat\n\n\n\n\n\n\nStatus syariah: masih belum disahkan\n\n\n\n\n* Sila rujuk bahagian kesimpulan untuk ulasan lanjut\n\n\nPrestasi Bisnes\n\n\nPowerwell menunjukkan prestasi kewangan yang kurang memberangsangkan. Pendapatan tertinggi yang pernah dicapai adalah pada tahun 2017 dengan nilai sebanyak RM 106.4 juta. Margin atas jualan pula adalah pada 26.4%, namun selepas pengiraan bayaran cukai, margin ini berada pada 13%. Dalam laporan terbaru, margin keuntungan selepas cukai dicatatkan pada 7.7%.\n\n\nPerbandingan antara FPE 2018 dan 2019 menunjukkan pendapatan yang berkurang sebanyak 3.5% iaitu dari RM 46.1 juta kepada RM 44.5 juta. Pengurangan ini disebabkan oleh nilai projek yang lebih rendah, walaupun bilangan projek menunjukkan peningkatan.\n\n\n\n\nPerkara bagus tentang syarikat ini adalah mereka berada pada kedudukan tunai yang kukuh. Hutang pula berada pada kadar yang rendah.\n\n\nAnalisis Pasaran untuk Powerwell\n\n\nPelanggan Powerwell kebanyakannya terdiri daripada kontraktor dan syarikat EPCC untuk projek pembinaan. Maka, permintaan barangan Powerwell akan berkait rapat dengan aktiviti pembinaan. Bagi tahun 2020, sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 3.7% dengan kebangkitan semula projek-projek mega yang ditangguhkan sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nSesebuah kilang, fasiliti atau taman perumahan akan menggunakan sistem agihan ini\n\n\n\n\nSetakat ini, masih belum ada syarikat yang menjalankan aktiviti bisnes yang sama dengan Powerwell. Namun, antara pesaing yang disebut dalam prospektus adalah seperti di bawah. Syarikat-syarikat ini dilesenkan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai \"Pengeluar Switchboard\" dan mencatatkan pendapatan lebih daripada RM 30 juta.\n\n\n\n\nNota: Pengiraan PAT Margin untuk syarikat di atas berkemungkinan disumbangkan dari pelbagai aktiviti bisnes yang lain.\n\n\n\n\n\n\nNama Syarikat\n\n\nTarikh Laporan\n\n\nPAT Margin (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nABB Malaysia\n\n\n31 Dec 2018\n\n\n3.85\n\n\n\n\n\n\nTamco Switchgear (Malaysia)\n\n\n31 Mar 2019\n\n\n2.80\n\n\n\n\n\n\nToshiba Transmission & Distribution Systems Asia\n\n\n31 Mar 2019\n\n\n(-)\n\n\n\n\n\n\nSRS Power Engineering\n\n\n31 Mei 2018\n\n\n10.34\n\n\n\n\n\n\nPowerwell\n\n\n31 Dis 2018\n\n\n11.52\n\n\n\n\n\n\nINDKOM Engineering\n\n\n30 Ogos 2018\n\n\n\u00a021.65\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nPowerwell akan mengumpul dana sebanyak RM 21.85 juta. Dana ini akan dibahagikan seperti di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nNilai (RM juta)\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n10.27\n\n\n47.0\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan pensijilan\n\n\n3.87\n\n\n17.7\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n3.62\n\n\n16.6\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan untuk IPO\n\n\n4.10\n\n\n18.76\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana ini akan digunakan untuk menambahbaik kilang dan pengeluaran Powerwell. Sebahagian modal akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan. Mereka juga ingin menambahbaik sistem ERP untuk pengurusan kilang yang lebih cekap.\n\n\nKesimpulan\n\n\nIPO Powerwell ini mendapat skor sebanyak 3/4. Untuk perbandingan, anda boleh pergi ke laman \nIPO Analysis\n.\n\n\nPE ratio dalam prospektus dicatat pada 11.96 berdasarkan tahun kewangan 2018. Namun, perkembangan \nterbaru\n pula mencatatkan PE ratio pada angka 13 walaupun dengan margin keuntungan yang lebih tinggi. Ini adalah suatu yang perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin membeli saham ini.\n\n\nMelihat dari segi kewangan pula, Powerwell berada pada kedudukan yang baik dengan liabiliti yang rendah. Kedudukan ini diperkuatkan lagi dengan unjuran Kementerian Kewangan yang menjangkakan pertumbuhan 3.7% dalam sektor pembinaan. Maka dari sini anda boleh jangkakan suatu kemungkinan yang positif untuk IPO ini.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO Powerwell Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan Maybank\n\n\nTutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks\n\n\nBlog membeli IPO dengan Maybank"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/proses-withdraw-dari-akaun-cds-mplus-online", "title": "Proses Withdraw dari Akaun CDS M+ Online", "body": "Sekiranya anda ingin mengeluarkan duit dari Akaun CDS, post kali ini boleh membantu anda memahami proses pengeluaran ini dengan lebih jelas. Untuk mengeluarkan duit dari akaun CDS, anda perlu berpuasa dari membeli saham untuk dua hari berturut-turut. Selepas itu barulah anda boleh hantar permohonan untuk keluarkan duit anda dari CDS. Ikuti post ini untuk ketahui lebih lanjut.\n\n\nCara Mengeluarkan Duit di M+ Online\n\n\nSecara ringkas, proses pengeluaran ini adalah seperti berikut:\n\n\nA - Sekiranya trust account mencukupi\n\n\n\n\nPergi ke tab Withdrawal > Cash\n\n\nIsi borang\u00a0Cash Withdrawal Request\n\n\nSubmit\n\n\n\n\nB - Sekiranya trust account tak mencukupi\n\n\n\n\nJual saham\n\n\nTidak membuat belian dalam masa 2 hari\n\n\nLakukan proses A di atas\n\n\n\n\nTekan tab \nWithdrawal\n\n\nUntuk keluarkan duit, anda boleh pergi ke \nWithdrawal\n > \nCash\n di menu bahagian atas skrin.\n\n\n\n\nIsi borang pengeluaran\n\n\nSatu tetingkap akan keluar dengan borang Cash Withdrawal Request dan masukkan butiran yang diperlukan. Akaun bank tak semestinya menggunakan bank yang anda daftar ketika membuka akaun. Boleh masukkan ke mana-mana akaun bank yang didaftarkan dengan nama anda. Maksudnya, sama dengan nama pemegang akaun CDS.\n\n\n\n\nRuangan \nAvailable Trust Withdrawal (RM) After minus O/S Purchase\n akan paparkan sebanyak mana anda boleh keluarkan dari akaun. Dari aplikasi, ruangan ini akan terus paparkan jumlah yang tersedia. Dari browser pula, anda perlu isikan butiran \nClient Code\n untuk angka ini dipaparkan. Lengkapkan borang, isikan pada Amount sebanyak mana yang anda ingin keluarkan dan tekan \nSubmit\n.\n\n\nAvailable Trust Withdrawal tak cukup\n\n\nSekiranya angka ini menunjukkan 0 atau angka rendah, anda tidak mempunyai tunai yang sedia ada untuk dikeluarkan. Bermakna tunai selebihnya dah dilaburkan ke dalam pegangan saham. Apa yang anda perlu buat ialah jual dahulu mana-mana saham untuk dapatkan tunai, dan tunggu selama dua hari untuk \nproses jualan ini dijelaskan\n antara broker dan Bursa.\n\n\nAnda boleh hantar permohonan untuk keluaran pada hari ketiga bekerja. Bergantung kepada waktu dan kesibukan, anda mungkin hanya akan terima pengeluaran ini sehari selepas permohonan.\n\n\nPengiraan tempoh dua hari\n\n\nMungkin ada juga yang kurang jelas bagaimana dua hari itu dikira. Kita gunakan contoh, katakan hari ini Isnin, anda lihat Available Trust Withrawal tak mencukupi. Jadi hari ini anda jual. Hari Selasa anda boleh lihat nilai jualan pada \"Remaining Sales Contracts\". Rabu, nilai ini masuk ke \"Sales Proceeds Due\". Rabu malam apabila sistem dikemaskini, anda boleh mula lihat nilai ini tercermin dalam Trust Account. Maka, Rabu malam dah boleh mula isi borang pengeluaran.\n\n\nWaktu Memohon untuk Pengeluaran\n\n\nWithdrawal atau pengeluaran duit boleh dibuat bila-bila masa. Tapi M+ hanya akan memproses permohonan pengeluaran ini pada hari kerja.\n\n\nMasa memohon juga memainkan peranan untuk terima pengeluaran ini lebih cepat. Sekiranya anda mohon sebelum pukul 8 pagi, anda boleh terima duit anda dalam hari yang sama (petang atau malam). Lewat dari 8 pagi, proses anda akan beratur untuk hari esok pula.\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin buat pengeluaran untuk \nbeli IPO\n, seelok-eloknya jual pegangan selewat-lewatnya 4 hari sebelum hari terakhir permohonan. Yang ni memang betul last minute.\n\n\nPerlu diingatkan juga, pastikan anda tidak melakukan sebarang pembelian dalam hari yang sama anda memohon untuk mengeluarkan duit dari akaun CDS Mplus anda. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang akan berlaku seperti berlakunya kekurangan wang di dalam \ntrust account\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/prospek-masa-depan-untuk-fgv-dan-msm", "title": "Prospek Masa Depan untuk FGV dan MSM", "body": "Pengeluaran dijangka meningkat untuk Sawit\n\n\n\n\nMenuju ke hadapan, pengeluaran minyak mentah kelapa sawit bakal meningkat lebih kurang tiga peratus. Hal ini didasari dua faktor utama iaitu perluasan kawasan penanaman dan juga cuaca kering dan panas.\n\n\nPada 2020, sebanyak 19.14 juta tan metrik minyak kelapa sawit dihasilkan. Unjuran buat 2021 adalah sebanyak 19.70 juta tan metrik minyak kelapa sawit akan dikeluarkan. Data ini memetik kenyataan Menteri Perusahaan, YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.\n\n\nSementara itu, perladangan dikelaskan sebagai sektor perlu. Sektor perlu memastikan bahawa hanya penjarakkan fizikal sahaja yang dilakukan, dan tidak tertakluk kepada kawalan pergerakan. Di kala buruh asing tidak cukup, langkah ini cukup tepat dan tuntas sekali.\n\n\nSejajar dengan pemulihan perdagangan antarabangsa akibat penemuan vaksin, pertumbuhan eksport diramal terus memberangsangkan. Dari Januari hingga Jun 2020, 15% pendapatan eksport negara datangnya daripada eksport agrokomoditi, dengan nilai sejumlah RM133.2 billion. Angka ini meningkat berbanding RM 117 billion pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, minyak sawit menyumbang 64.8 billion ringgit iaitu sebanyak 48.6 peratus.\n\n\nSaham yang dijangka terkesan dengan fakta-fakta di atas adalah \nFGV\n dan saham-saham perladangan sawit antaranya disenaraikan dalam \nsektor perladangan\n. Walaubagaimanapun, Felda sedang dalam proses membeli semula saham yang diapungkan dalam FGV, dan seterusnya akan menswastakannya.\n\n\nPerubahan struktur dalam MSM\n\n\n\n\nMSM\n merupakan anak syarikat FGV. MSM menghasilkan gula, di mana jenama yang terkenal di bawah mereka ialah Gula Prai dan Gula Perlis.\n\n\n\n\nMSM ini merupakan syarikat yang telah mendapat publisiti Oktober 2020 kerana terdapat inventori hilang yang tidak dapat dijelaskan sebabnya oleh bekas CEO MSM. Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai CEO lama telahpun diganti. CEO baru bernama Fakhrunniam Othman merupakan lulusan ACCA, UK dan MBA daripada Royal Melbourne Institute of Technology.\n\n\nCEO baru ini hanyalah perlantikan sementara. Hal ini bagi memberi ruang mencari CEO baru selepas kerugian yang tidak dapat dijelaskan oleh Datuk Khairil Anuar Aziz sebanyak RM 36.6 juta pada tahun kewangan 2019.\n\n\n\n\nMSM mencatatkan kerugian yang teruk pada tahun 2019. Keadaan kelihatan lebih baik pada tahun 2020 walapun masih dalam keadaan yang rugi. Dalam laporan suku tahunan terbaru Februari 2021, syarikat mencatatkan keuntungan suku tahunan buat kali pertama selepas kerugian 8 suku berturut-turut. Pengurusan baru kelihatan membuahkan hasil dan permintaan terhadap gula kekal tinggi.\n\n\n\n\nDengan kenaikan untung suku tahunan pertama ini, saham menunjukkan kenaikan mendadak. Dengan pergerakan macam ini, anda perlu menjadi lebih berhati-hati untuk menentukan entry untuk membeli saham ini. Boleh jadi, cepat naik, cepat juga turun. Namun, sekiranya anda rasakan kenaikan mendadak ini wajar, mungkin boleh cari titik yang sesuai untuk masuk."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/pt-resources-mengembangkan-operasi-pasaran-makanan-laut-beku-dengan-dana-ipo", "title": "PT Resources - Mengembangkan Operasi Pasaran Makanan Laut Beku dengan Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nPT Resources Holdings Berhad menjalankan aktiviti perniagaan dalam industri pembekalan makanan dengan memproses dan menjual produk sejuk beku makanan laut (\nfrozen seafood products\n), serta peruncitan produk daging dan bukan daging.\n\n\nButiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.36\n\n\nStatus syariah:\n\n\nInterim-Shariah oleh Elzar\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 192.6 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n6.8\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n12 September 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n15 September 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n27 September 2022\n\n\n\n\nBisnes PT Resources\n\n\nPT Resources telah diperbadankan di Malaysia pada 6 September 2019 sebagai syarikat swasta di bawah nama PT Resources Holdings Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 21 September 2021. Struktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nStruktur syarikat selepas disenarai di Bursa\n\n\n\n\n\n\nAktiviti utama PT Resources ialah pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Melalui anak syarikatnya, PT Resources terlibat terutamanya dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku serta perdagangan produk lain.\u00a0\n\n\nSepanjang 4 tahun kewangan yang lalu, PT Resources menjual produknya di Malaysia dan mengeksport kepada pelanggannya di pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, China, Filipina dan UAE.\n\n\nRajah berikut menggambarkan segmen perniagaan PT Resources:\n\n\n\n\n\n\nSegmen perniagaan syarikat\n\n\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nWalaupun pandemik COVID-19 melanda dan pelbagai fasa PKP dilaksanakan, aktiviti pemprosesan dan perdagangan syarikat PT Resources masih dibenarkan beroperasi kerana perniagaan mereka diiktiraf sebagai perkhidmatan penting. Walau bagaimanapun, syarikat mengalami trafik yang lebih rendah di cawangan \"MO Foodmart\" semasa PKP tetapi mereka dapat meningkatkan pendapatannya dengan meningkatkan eksport ke Arab Saudi dan China.\n\n\nPT Resources tidak mengalami sebarang gangguan material terhadap operasi perniagaan mereka sepanjang PKP yang telah dilaksanakan setakat ini. Oleh itu, pandemik COVID-19 tidak mempunyai kesan buruk yang ketara ke atas prestasi kewangan syarikat bagi FYE 2020 hingga FYE 2022.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPT Resources menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 38.58% iaitu daripada RM 116.4 juta pada tahun 2019, menjadi RM RM 161.31 juta pada tahun 2020. Kenaikan pendapatan kemudian diteruskan lagi pada tahun kewangan 2021, iaitu sebanyak 15.58% menjadikan pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 186.45 juta. Kenaikan pendapatan ini diteruskan lagi pada tahun kewangan 2022 dengan peningkatan sebanyak 87.26% bersamaan RM 162.7 juta menjadi RM 349.14 juta.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat PT Resources dibahagikan kepada dua segmen iaitu pemprosesan & perdagangan produk makanan laut sejuk beku dan perdagangan runcit produk lain.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen pemprosesan & perdagangan produk makanan laut sejuk beku. Pendapatan segmen ini meningkat secara konsisten semenjak 2019. Bagi pendapatan segmen runcit produk lain menurun pada tahun 2020 dan 2021, tetapi meningkat semula pada tahun 2022.\u00a0\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu\n\n\n17.6\n\n\n36.3\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n27.2\n\n\n55.9\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.8\n\n\n7.8\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n48.6\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 27.2\u00a0juta (55.9% daripada dana IPO) akan diperuntukkan untuk modal kerja. Modal kerja ini akan membiayai kos jualan syarikat iaitu bahan mentah, yang kebanyakannya terdiri daripada makanan laut dan produk daging segar dan beku.\n\n\nSyarikat PT Resources bercadang untuk menggunakan dana IPO yang dikutip sebanyak RM 17.6 juta untuk membiayai perbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu,\u00a0dimana akan meningkatkan kapasiti daripada 700 tan kepada 4,000 tan.\u00a0Gudang penyimpanan sejuk baharu ini akan dibina di atas tanah kosong syarikat PT Resources yang terletak di PM 31091, Lot 150651, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang.\n\n\nLebihan dana sebanyak RM 3.8 juta akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri PT Resources\n\n\nPT Resources Holdings Berhad dan anak syarikatnya terlibat dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku. PT Resources telah menjual produk makanan laut bekunya ke pasaran tempatan dan antarabangsa.\n\n\nIndustri pemprosesan makanan laut beku\n\n\nMakanan laut seperti ikan, sotong dan lain-lain sangat mudah rosak, dimana ia mula merosot apabila dituai dari alam liar atau dari ladang akuakultur dan ini akan menjejaskan kualiti dan kesegarannya. Oleh itu, makanan laut boleh diproses dalam\n\r\npelbagai cara untuk mengekalkan kualiti, rasa dan jangka hayatnya. Contoh makanan laut yang diproses termasuk beku, produk makanan laut dalam tin, sedia untuk dimasak dan sedia untuk dimakan.\n\n\nRantaian nilai industri pemprosesan makanan laut bermula dengan penuaian makanan laut daripada sama ada perikanan komersial atau ladang akuakultur. Makanan laut yang dituai ini boleh disejukkan atau dibekukan dalam blok semasa di atas kapal penangkapan ikan atau sebelum ia diangkut dari ladang akuakultur.\n\n\nRajah berikut menggambarkan rantaian nilai industri pemprosesan makanan laut:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nSaiz industri pemprosesan makanan laut beku dalam Malaysia, diukur dari segi hasil keseluruhan industri oleh syarikat pemprosesan makanan laut di Malaysia. Industri pemprosesan makanan laut di Malaysia meningkat pada CAGR sebanyak 13.8% antara 2015 dan 2021 daripada RM 2.9 bilion pada 2015 kepada RM 6.3 bilion pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nIndustri pemprosesan makanan laut beku di Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh permintaan tempatan dan global untuk makanan laut, serta kemajuan dalam teknologi pemprosesan makanan laut serta peningkatan jumlah saluran pemasaran dan jualan.\u00a0\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan pembandingan, Providence Strategic Partners telah memilih 19 pemain industri yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan PT Resources. Syarikat-syarikat ini haruslah menetapi kriteria seperti berikut:\n\n\n\n\nSyarikat yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan laut utama di Malaysia untuk menghasilkan produk makanan laut sejuk beku\n\n\nSyarikat yang mempunyai pendapatan RM 1.0 juta dan ke atas, dan tidak termasuk pemain industri yang terlibat dalam aktiviti pertanian atau perikanan.\n\n\n\n\nPemain industri yang dikenal pasti ini adalah seperti yang diperincikan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSaiz industri pemprosesan makanan laut di Malaysia meningkat pada CAGR sebanyak 13.8% antara 2015 dan 2021. Menurut IMR, makanan laut juga merupakan produk haiwan yang paling banyak diambil oleh rakyat di Malaysia, diikuti oleh daging ayam pada 50.2kg per kapita, dan telur ayam/itik pada 23.6 kg per kapita.\n\n\nSecara keseluruhannya, PT Resources menunjukkan penumbuhan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021.\u00a0Hasil industri PT Resources meningkat kepada 2.7% pada 2020, dengan hasil sebanyak RM165.8 juta untuk FYE 2021 dan jumlah saiz industri pemprosesan makanan laut sebanyak RM6.2 bilion pada tahun tersebut.\n\n\nPT Resources menyatakan bahawa sebahagian besar hasil daripada IPO akan digunakan untuk mengembangkan operasi syarikat.\u00a0Mereka bercadang untuk menggunakan majoriti dana IPO tersebut untuk digunakan sebagai modal kerja dan juga\u00a0membiayai perbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu.\u00a0Ini merupakan langkah yang positif untuk keuntungan syarikat bertambah lagi baik pada masa hadapan. Walaupu bagaimanapun, kecekapan dan keberkesanan strategi dan rancangan PT Resources ini bergantung kepada syarikat itu sendiri apabila disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia tidak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/punca-saham-ipo-tidak-masuk-ke-dalam-akaun-cds", "title": "Punca Saham IPO Tidak Masuk ke dalam Akaun CDS", "body": "Semenjak tahun 2020 sehingga kini jelas kelihatan \ntrend kenaikan permohonan Tawaran Awam Permulaan\n atau dikenali sebagai \nInitial Public Offering\n (IPO) di Bursa Malaysia.\n\n\nTahun 2022 ini sahaja telah terdapat sebanyak enam IPO yang telah disenaraikan. Antara IPO yang menarik perhatian ramai pada tahun ini adalah \nFarm Fresh Berhad\n, yang telah membuat kenaikan sehingga 30% pada hari penyenaraian.\n\n\nMaksud IPO dan cara membelinya\n\n\nIPO adalah singkatan kepada \nInitial Public Offering\n. Ia adalah situasi di mana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, boleh rujuk blog kami, \nApa itu IPO?\n\n\nKami juga ada menjelaskan tentang cara nak mohon IPO melalui MITI (\nonline\n dan \noffline\n) serta melalui bank-bank seperti \nMaybank\n dan \nCIMB\n. Cara semak status permohonan IPO pula kami telah terangkan di dalam \nblog ini\n.\n\n\nNamun, bagaimana pula jika anda lihat wang yang anda gunakan untuk memohon IPO di bank tidak dikembalikan, tetapi saham tersebut tidak muncul di dalam akaun CDS anda? Kami senaraikan kemungkinan situasi ini terjadi di bawah.\n\n\n\n\nKenapa saham IPO tidak muncul di akaun CDS?\n\n\n1. Salah masuk nombor CDS\n\n\nKesilapan ini adalah antara kesilapan yang biasa terjadi dikalangan pelabur IPO. Perlu diingatkan kembali, nombor akaun CDS adalah sebanyak 15 angka, iaitu 9 angka nombor CDS, 3 angka kod broker serta 3 angka cawangan. Contohnya boleh dilihat seperti di bawah:\n\n\n\r\n\nKod broker: 012 (Contoh menggunakan Mplus)\r\nKod cawangan: 001 (Contoh menggunakan Mplus)\r\nNombor CDS: 123456789\n\r\n\n\n\nNombor 15 angka akaun CDS anda akan jadi seperti ini:\n\n\n\r\n012-001-123456789 atau 012001123456789\n\n\nPastikan anda menyemak nombor akaun CDS anda berulang kali sebelum menghantar permohonan. Kami juga ada menyediakan blog \nMacam Mana Nak Cari Nombor Akaun CDS?\n sebagai panduan untuk anda.\n\n\n2. Menggunakan akaun bank pihak ke-3\n\n\nSama seperti mendepositkan wang ke dalam akaun CDS, pembelian saham IPO juga tidak boleh sama sekali dilakukan menggunakan akaun bank pihak ketiga. Akaun bank pihak ketiga yang dimaksudkan di sini adalah akaun bank penama yang berlainan dengan pemilik akaun CDS.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemilik akaun CDS haruslah orang yang sama dengan pemilik akaun bank supaya permohonan IPO tidak ditolak.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, akaun CDS adalah milik Ahmad (suami), tetapi pembelian IPO dilakukan dengan menggunakan akaun bank Siti (isteri). Dalam situasi ini, permohonan akan ditolak.\n\n\n3. Permohonan menggunakan akaun CDS yang berlainan\n\n\nUntuk makluman, seorang penama (satu kad pengenalan) hanya boleh memohon IPO menggunakan satu akaun CDS sahaja, walaupun individu tersebut mempunyai dua atau lebih akaun CDS dari pelbagai broker.\n\n\nContohnya, jika anda mempunyai akaun CDS bersama M+ dan juga CGS-CIMB, anda hanya boleh memilih salah satu akaun CDS sahaja untuk membuat permohonan IPO.\n\n\nKesan dan tindakan yang boleh diambil\n\n\nJika anda ada melakukan salah satu kesilapan seperti di atas, usah risau kerana wang anda akan dikembalikan semula ke dalam akaun bank.\n\n\nNamun begitu, anda juga boleh menghubungi pihak \nissuing house\n (seperti Tricor, Malaysian Issuing House dan lain-lain) untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/qsr-brands-kembali-dengan-rancangan-ipo", "title": "QSR Brands Kembali Dengan Rancangan IPO", "body": "Pasti ramai di antara kita yang pernah makan di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut. Namun, tahukah anda syarikat manakah yang mengendalikan restoran makanan segera ini di Malaysia?\n\n\nSyarikat yang menjadi pengendali untuk francais makan segera ini ialah QSR Brands (M) Holdings Bhd. Mereka telah diberi hak tunggal oleh Yum! Brands, iaitu pemilik francais makanan ini, untuk mengendalikan KFC dan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Sehingga kini, terdapat lebih 850 buah restoran KFC dan 495 buah restoran Pizza Hut dikendalikan oleh QSR Brands.\n\n\nSelain mengendalikan restoran makanan segera, QSR Brands juga menjalankan perniagaan ternakan dan pemprosesan daging melalui Ayamas dan perniagaan sampingan seperti penghasilan sos melalui anak syarikat mereka, iaitu Region Food Industries.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini, akhbar \nThe Edge\n telah melaporkan bahawa QSR Brands telah menghidupkan kembali rancangan mereka untuk mengeluarkan tawaran awam permulaan atau Initial Public Offering (IPO).\n\n\nPemegang saham pengendali syarikat QSR, iaitu Johor Corp Bhd (JCorp) telah berhubung dengan Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd untuk menjadi penasihat bagi pengeluaran IPO mereka.\n\n\nRancangan IPO QSR Brands\n\n\nSaham syarikat QSR Brands pernah berada di dalam pasaran Bursa Malaysia, namun telah dinyahsenaraikan pada tahun 2013 akibat pembelian secara besar-besaran bernilai RM 5.21 bilion oleh syarikat JCorp, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan CVC Capital Partners.\n\n\nNamun, rancangan IPO syarikat ini bukanlah sesuatu yang baru. QSR Brands pernah merancang untuk memasuki pasaran semula sejak tahun \n2016\n, tetapi rancangan itu terhalang apabila pelabur berpotensi mempersoalkan penilaiannya yang agak tinggi. Oleh yang demikian, pada \nApril 2019\n, syarikat QSR Brands secara rasminya menangguhkan rancangan IPO mereka.\n\n\nKini, mereka bercadang untuk mengeluarkan kembali rancangan IPO pada tahun 2021 ini setelah JCorp menjalankan penstrukturan semula syarikat, termasuk kajian semula secara terperinci terhadap kesemua perniagaan mereka.\n\n\n\n\n\n\nRestoran makanan segera KFC\n\n\n\n\n\n\nTambahan lagi, QSR Brands melihat permintaan yang tinggi terhadap saham syarikat \nMR DIY Group (M) Bhd\n dan \nCTOS Digital Bhd\n pada awal keluarannya. Justeru, memberi peluang untuk mereka memperoleh dana tambahan untuk mengembangkan perniagaan atau keperluan-keperluan lain.\n\n\nWalaubagaimanapun, rancangan ini adalah masih di peringkat awal dan berkemungkinan juga syarikat QSR Brands tidak meneruskan hasrat penyenaraian IPO mereka. (Sumber: \nBloomberg\n)\n\n\nPrestasi IPO pada tahun 2021\n\n\nWalaupun ekonomi terkesan akibat pandemik, namun pasaran IPO kelihatan kekal stabil pada tahun ini. Sejumlah 12 syarikat telah tersenarai di Pasaran Utama dan Pasaran ACE setakat ini.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat-syarikat yang telah tersenarai di pasaran Bursa Malaysia tahun ini.\n\n\n\n\n\n\nHampir kesemua IPO yang tersenarai pada tahun 2021 ini menunjukkan kenaikan yang memberangsangkan pada hari penyenaraian akibat sambutan yang hangat dari para pelabur. Analisa IPO ini boleh dilihat di screener iSaham,\u00a0\nIPO Analysis\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ramssol-meluaskan-bisnes-serantau-dengan-ipo-rm-251-juta", "title": "Ramssol Ingin Meluaskan Bisnes Serantau dengan IPO RM 25.1 Juta", "body": "\n\nRamssol Group Berhad ialah syarikat perisian yang menumpukan terhadap pengurusan sumber manusia. Syarikat ini kini membuka permohonan IPO dan butirannnya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.45\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTiada penilaian syariah SAC, dinilai tidak patuh syariah oleh Elzar Shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 100.37 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n13.24 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n29 Jun 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n2 Julai 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n13 Julai 2021\n\n\n\n\n\n\nRamssol diberi status interim tidak patuh syariah oleh Elzar Shariah. Harus diketahui bahawa status rasmi hanya akan dikeluarkan oleh SC apabila sampai penggal penilaian. Status syariah IPO ini hanya akan ditentukan secara rasminya oleh SC pada bulan November 2021 nanti.\n\n\nBisnes Ramssol\n\n\nRamssol Group Berhad\n ataupun Ramssol merupakan sebuah \nsyarikat perisian\n ataupun software. Perisian yang menjadi fokus utama Ramssol ialah perkhidmatan pengurusan sumber manusia atau HCM. Sebelum 2020, syarikat hanya mempunyai 2 segmen perniagaan iaitu HCM dan sistem pengurusan pelajar, dan penyediaan staf IT untuk syarikat. Pertambahan segmen baru sejak Covid-19 ialah segmen aplikasi teknologi HCM.\n\n\nSegmen HCM dan sistem pengurusan pelajar membentuk bahagian terbesar pendapatan Ramssol. Penyediaan perkhidmatan untuk segmen ini melibatkan rundingan untuk menawarkan sebuah sistem yang optimum untuk organisasi pelanggan. Untuk perkhidmatan ini juga Ramssol perlu membeli dan menjual semula lesen penggunaan perisian kepada pelanggan. Seterusnya, perkhidmatan ini juga diiringi dengan sokongan pelanggan (customer service) dan penyelenggaraan.\n\n\nPenyediaan staf IT merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan syarikat walaupun bertapak lebih lama dari segmen aplikasi teknologi HCM. Dalam segmen ini, mereka membuat pengambilan dan membekalkan pakar IT kepada pelanggan mereka.\n\n\n\n\nDalam segmen aplikasi teknologi HCM, Ramssol mempunyai beberapa aplikasi yang antaranya bernama Feet's dan Lark. Kedua-dua aplikasi ini berfungsi sebagai alat komunikasi antara pekerja organisasi. Feet's ini merupakan sebuah entiti yang dimiliki oleh Ramssol dan sebahagian milikan pengarah sendiri. Selain itu, mereka juga menjual perkhidmatan Zoom sebagai reseller.\n\n\nSebahagian besar pendapatan Ramssol datang dari Malaysia sendiri sebanyak 45% berdasarkan tahun terkini. Pendapatan dari negara lain pula diperoleh dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Taiwan dan Belanda.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nKesan daripada Covid-19, pelbagai kerja perlu dibuat secara atas talian. Ini menyukarkan akses kepada dokumen sulit yang perlu didapati secara fizikal di premis pelanggan. Dari segi kewangan, Ramssol tidak mengalami kesan yang serius. Beberapa projek dan pembayaran mengalami kelewatan, namun ia tidak menjejaskan pendapatan.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nRamssol menunjukkan pendapatan dan keuntungan yang menaik sepanjang tahun pemerhatian iaitu dari 2017 hingga 2020. Keuntungan pada dua tahun pertama ini adalah sedikit sahaja, menyumbang sebanyak 1% daripada pendapatan. Pada tahun 2019, keuntungan syarikat naik sehingga hampir 25% daripada pendapatan, menyumbang sebanyak RM 3.8 juta daripada RM 15.4 juta pendapatan. Tahun 2020 merupakan tahun terbaik dalam pemerhatian dengan margin 29.7% bersamaan RM 7.5 juta daripada RM 25.3 juta pendapatan.\n\n\n\n\nPada tahun 2017, Ramssol merakam pendapatan tertinggi dari Singapura yang menyumbang 61% dari pendapatan keseluruhan. Saiz pendapatan di Singapura semakin kecil dari RM 4.18 juta menjadi RM 2.88 juta pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, mereka merakam pendapatan yang semakin besar di Malaysia dari RM 1.7 juta sehingga RM 11.53 juta pada tahun 2020. Di Thailand dan Indonesia juga, kedudukan mereka semakin kukuh dengan pendapatan yang semakin besar.\n\n\n\n\nDari segi segmen perniagaan pula, HCM dan sistem pengurusan pelajar mengalami kenaikan sepanjang tahun pemerhatian. Penyediaan staf IT merakamkan pendapatan tertinggi pada RM 2.34 juta sebelum menurun sehingga RM 0.88 pada tahun 2020. Aplikasi teknologi HCM merupakan segmen baru namun telah pun memberikan pendapatan sehingga RM 9.10 juta pada tahun pertama aktiviti ini dijalankan.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nRamssol akan mengumpul dana sebanyak RM 25.09 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\nPenggunaan Dana IPO Ramssol\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengembangan bisnes ke Filipina\n\n\n2.50\n\n\n9.98\n\n\n\n\n\n\nPengembangan penggunaan Feet's dan Lark di rantau Asia Tenggara\n\n\n6.35\n\n\n25.30\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan R&D\n\n\n4.10\n\n\n16.34\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPengembangan segmen pengambilan staf IT\n\n\n0.79\n\n\n3.14\n\n\n\n\n\n\nPengembangan jualan lesen perisian\n\n\n2.25\n\n\n8.97\n\n\n\n\n\n\nModal kerja umum\n\n\n4.52\n\n\n18.02\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.58\n\n\n18.25\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n25.09\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nAda banyak aspek di mana dana ini akan digunakan. Secara umumnya, kita boleh melihat dari sudut pengembangan bisnes, R&D, dan modal kerja. Pengembangan bisnes ke Filipina ini memerlukan RM 2.5 juta untuk penyewaan pejabat, penggajian, peralatan pejabat dan perbelanjaan pengiklanan dan pemasaran. Untuk Feet's dan Lark, operasi akan diluaskan lagi di rantau Asia Tenggara. R&D yang ingin dibelanjakan melibatkan penambahan fungsi AI iaitu kecerdasan buatan ke dalam Feet's yang merupakan perisian yang dibangunkan sendiri.\n\n\nSelain daripada itu, perbelanjaan untuk modal kerja melibatkan pengembangan segmen pengambilan staf IT. Segmen ini dijangka akan mendapat rentak semula selepas kelembapan ekonomi akibat Covid-19. Dana diperlukan untuk menampung gaji pendahuluan yang perlu diberi untuk 2 bulan pengambilan staf IT ini.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Ramssol\n\n\nRamssol terlibat dalam sektor perisian dengan pengkhususan terhadap sistem sumber manusia iaitu HCM solutions. Industri ini melibatkan pembekalan perisian itu sendiri dan juga perkhidmatan iringan seperti rundingan dan sokongan teknikal. Ramssol terlibat dalam mengedarkan perisian HCM ini dan juga disertai dengan perkhidmatan sokongan.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, industri ini mengembang dari tahun 2017 hingga 2019, dan mengalami penurunan pada tahun 2020. Smith Zander menganggarkan pertumbuhan CAGR untuk industri ini pada 4.37% dari 2017 hingga 2020.\n\n\nPenggerak utama industri\n\n\nIndustri ini dipandu oleh pendigitalan fungsi Sumber Manusia untuk gerak kerja syarikat bagi meningkatkan kecekapan kerja. Ia juga bergantung kepada kesedaran majikan sekiranya mereka faham potensi yang boleh ditawarkan oleh perisian ini.\n\n\nPersaingan\n\n\nRamssol berhadapan dengan saingan yang besar dengan syarikat-syarikat gergasi di peringkat MNC. Antara syarikat yang berada dalam industri HCM yang diceburi Ramssol ialah Accenture, Capgemini, Deloitte, E&Y, KPMG, PwC dan sebagainya.\n\n\n\n\nPun begitu, bahagian pasaran Ramssol melalui perisian kerjasama dengan Oracle menyumbang sebanyak RM 14.36 juta iaitu 1.33% daripada jumlah RM 1.08 bilion dalam rantau negara terlibat. Angka ini tidaklah besar, tapi agak mengagumkan bagi sebuah syarikat bersaiz kecil yang bertarung dalam geografi yang luas.\n\n\nPerbincangan\n\n\nPrestasi kewangan Ramssol menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, begitu juga pelbagai lagi aspek seperti pengembangan segmen perniagaan dan pendapatan geografi yang lebih luas. Sebahagian besar dana IPO akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan, meneruskan prestasi yang dicatatkan setakat yang kita dapat lihat dari prospektus. Ramssol juga lebih berminat untuk mendekati organisasi bersaiz besar untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Ini dapat membentuk profail pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.\n\n\nRisiko yang mungkin akan dialami oleh syarikat ini pula ialah kebergantungan pada perisian pihak ketiga. Perkhidmatan seperti Lark dan perisian HCM lain dimiliki oleh pihak ketiga dan Ramssol tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang akan ditawarkan dari perisian ini. Sesetengah syarikat pula menganggap bahawa perbelanjaan untuk perisian sebegini juga memakan kos. Maka mereka bergantung kepada kekuatan pasukan mereka untuk mendapatkan jualan dalam apa keadaan ekonomi sekalipun.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/rantaian-industri-minyak-dan-gas-bahagian-1", "title": "Rantaian Industri Oil and Gas (Bahagian 1)", "body": "Berjuta\u2013juta tahun yang lalu, tumbuhan dan haiwan yang mereput membentuk menjadi lapisan\u2013lapisan tebal. Jirim tumbuhan dan haiwan yang reput ini dipanggil sebagai bahan organik (benda hidup satu ketika dulu). Masa berlalu, pasir dan kelodak berubah menjadi batu, menutupi bahan organik, dan terperangkap di bawah batuan.\n\n\nTekanan dan haba yang sangat tinggi dari kerak bumi menukarkan sebahagian bahan organik kepada komoditi minyak mentah (petroleum) dan sebahagian lagi kepada gas asli (gas yang tidak berbau). Kawasan yang terdapat sumber-sumber ini dipanggil sebagai oil and gas reservoir (takungan minyak mentah dan gas asli).\n\n\n\n\nKegunaan hasil penapisan petroleum\n\n\nTerdapat banyak manfaat dan kegunaan daripada hasil penapisan (refining) kedua-dua komoditi ini. Sebagai contoh, majoriti produk dari minyak (petroleum) boleh digunakan dalam industri pengangkutan (kapal terbang, kereta, lori). Aplikasi lain seperti produk plastik, kosmetik, elektronik, baja, penghasilan ubat-ubatan turut boleh dihasilkan daripada 'refined petroleum'. Produk dari pemprosesan gas asli pula kebiasaannya digunakan dalam sektor 'energy generation' (menyalakan dapur, pemanas air, peralatan elektrik, pemanasan kediaman atau janakuasa tenaga).\n\n\n\n\nSumber minyak mentah dan gas asli ini tertanam di dasar permukaan bumi dengan purata kedalaman 5,000 kaki di daratan (onshore), dan 10,000 kaki di lautan dalam (offshore). Persoalannya, bagaimanakah kita ingin memperoleh minyak mentah dan gas asli ini untuk membawanya ke permukaan bumi? Jawapannya, ini boleh dilakukan dengan pelbagai kepakaran teknikal dan gabungan dari perkhidmatan ahli jurutera, saintis dan geologi.\n\n\nUpstream\n\n\nPencarian dan penyeluaran minyak mentah & gas asli\n\n\nPada peringkat pertama ini, ahli geologi dan jurutera akan melakukan beberapa ujian dan pengiraan untuk ciri-ciri fizikal dan kimia batuan di permukaan bumi. Antara alat yang selalu digunakan dan terbukti keberkesanannya ialah tinjauan seismik.\n\n\nTinjauan seismik\n\n\nSesebuah trak atau kapal akan mengeluarkan Isyarat gelombang seismik menggunakan bahan letupan untuk menghasilkan getaran dalam bumi. Imej reflektif (2D atau 3D) dari gelombang bawah permukaan bumi akan diterima dan direkodkan oleh sensor geofon atau hidrofon.\n\n\nTinjauan ini digunakan untuk mencari minyak mentah, gas asli dan mineral atau untuk penyiasatan saintifik lain. Di Malaysia, antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan upstream-greenfield operation (pencarian minyak mentah & gas asli) ialah \nUZMA\n (menyediakan software tinjauan seismik).\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nkrisenergy.com\n\n\n\n\nMenyediakan pelantar minyak\n\n\nSekiranya kawasan tersebut berpotensi, kerja-kerja mengorek (drilling) akan dimulakan untuk membawa minyak mentah dan gas asli ke permukaan bumi. Sebelum itu, pelantar minyak yang dilengkapi dengan pelbagai mesin haruslah dibina (fabrication) terlebih dahulu di 'field' yang telah dikenal pasti.\n\n\nSetelah sesuatu pelantar atau 'jacket' siap dibina, penghantaran pelantar yang telah siap dibina biasanya menggunakan 'barge' yang mampu menampung berat keseluruhan struktur binaan pelantar tersebut. Proses ini sangat rumit dan kritikal kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan struktur yang telah dibina berbulan-bulan lamanya hilang di tengah lautan (offshore).\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSapura Energy\n\n\n\n\nMelengkapkan pelantar\n\n\nKemudian, proses 'hook up' (penyambungan paip dari pelantar ke reservoir) dan 'commissioning' (ujian untuk keseluruhan sistem pelantar) akan dilaksanakan untuk memastikan keseluruhan sistem berfungsi dengan baik dan lancar. Akhir sekali, kerja 'drilling' iaitu penggerudian di kawasan bekalan simpanan minyak atau gas akan dilaksanakan.\n\n\nPenyelenggaraan dan baik pulih\n\n\nKegagalan operasi selama satu hari boleh mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit serta kemalangan yang amat dahsyat dan berbahaya kepada kontraktor dan petugas. Maka, perkhidmatan operasi, membaik pulih dan penyelenggaraan amatlah penting untuk memastikan operasi pengeluaran minyak dan gas yang berisiko tinggi ini berjalan dengan lancar.\n\n\nSaham yang terlibat\n\n\nDi Malaysia, antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk menjaga dan membaik pulih upstream-brownfield operation (telaga minyak yang telah diteroka) ialah \nVelesto\n, \nSapura Energy\n, \nDayang\n dan \nlain-lain\n seperti yang boleh dilihat di bawah.\n\n\n\n\nSambungan bacaan tajuk Oil & Gas ini boleh dibaca di \nBahagian 2\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/rantaian-industri-minyak-dan-gas-bahagian-2", "title": "Rantaian Industri Oil and Gas (Bahagian 2)", "body": "Artikel ini adalah kesinambungan dari \nbahagian 1\n yang membincangkan tentang minyak mentah dan gas asli secara ringkas dan proses Upstream. Kali ini, kita akan membincangkan lebih lanjut tentang Midstream dan Downstream.\n\n\nMidstream\n\n\nPenyaluran minyak mentah\u00a0dan gas asli kepada pengguna\n\n\nPada peringkat kedua ini, minyak mentah (petroleum) dan gas asli yang telah dikorek akan disimpan terlebih dahulu di \u201cstorage tank facilities\u201d sebelum disalurkan kepada pengguna seterusnya. Minyak mentah akan disalurkan menggunakan paip, manakala gas asli akan disalurkan di dalam bentuk gas yang telah dicecairkan (Liquified Natural Gas - LNG).\n\n\nGas asli haruslah dicecairkan terlebih dahulu sebelum penghantaran pada suhu yang rendah (-162.22 C). Penyaluran dalam bentuk gas ini adalah amat rumit kerana sifat gas yang tidak berbau dan tidak berwarna. Antara syarikat yang menyediakan operasi penghantaran dan penyaluran (midstream storage and transport) minyak mentah dah gas asli di Malaysia ialah \nPetronas Gas\n, \nMISC\n, \nGas Malaysia\n dan \nlain-lain\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar:\u00a0\nPetronas Gas\n\n\n\n\n\n\nDownstream\n\n\nPenapisan dan pengedaran minyak mentah dan gas asli kepada pengguna akhir\n\n\nPada peringkat ketiga ini, minyak mentah dan gas asli yang diperoleh dari penyaluran \u201cmidstream\u201d tidak boleh terus digunakan kerana terdapat beberapa campuran pelbagai jenis petrokimia. Campuran di dalam minyak mentah ini diasingkan melalui formula & struktur dan ianya mempunyai sifat kimia, fizikal & termofizikal yang tersendiri.\n\n\nPenapisan petroleum\n\n\nSetiap petrokimia ini perlu dipisahkan dan ditapis (refined) terlebih dahulu melalui pelbagai proses supaya ianya boleh digunakan dalam aplikasi yang spesifik. Proses penukaran minyak mentah ini dilakukan di loji penapisan. Gambar rajah di bawah menunjukkan operasi terpenting di dalam pemprosesan minyak mentah kepada pelbagai produk yang berlainan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Petropedia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, nafta yang merupakan produk penyulingan petrokimia biasanya digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk yang berasaskan bahan kimia. Sebagai contoh, industri pembuatan plastik, elektronik, kosmetik dan lain-lain. Antara pengguna produk nafta ini adalah \nPetronas Chemical\n dan \nLC Titan\n.\n\n\nSelain itu, bitumen yang merupakan produk penyulingan kimia yang terberat dijadikan komponen utama untuk jalan raya. Takat leburnya sekitar 350 C adalah cukup tinggi untuk kegunaan dan ketahanan di jalan raya di bawah terik matahari (suhu sekitar 30-45 C).\n\n\nMaksud takat lebur di sini adalah penukaran sifat fizikal dari pepejal ke cecair. Maka, petrokimia bitumen ini mempunyai takat lebur yang amat sesuai untuk kegunaan jalan raya oleh kerana sifatnya yang kuat melekat & tidak mudah cair di bawah julat suhu terik matahari.\n\n\nIndustri penapisan produk petroleum dan gas asli boleh disifatkan sebagai \u201cdownstream operation\u201d. Di Malaysia, antara syarikat terbesar untuk industri penapisan minyak mentah adalah \nHengyuan\n. Selain itu, syarikat yang mempunyai bisnes dalam operasi stesen minyak dan pengedar LPG (gas memasak) seperti \nPetronM\n turut diklasifikasikan sebagai syarikat downstream. Syarikat-syarikat lain boleh didapati dalam sektor \ndownstream Oil and Gas\n.\n\n\nImpak harga minyak mentah kepada bisnes upstream, midstream dan downstream\n\n\nKeuntungan syarikat-syarikat oil and gas bergantung kepada harga minyak dunia. Syarikat bisnes upstream akan mempunyai kelebihan positif sekiranya harga minyak naik kerana perkhidmatannya adalah bergantung secara langsung dengan harga minyak mentah.\n\n\nSyarikat yang menyediakan perkhidmatan brownfield operation (telaga minyak yang telah diteroka) dari sub-industri pembaikan pulih mempunyai impak yang paling ketara. Ini adalah kerana, kebanyakan telaga minyak di Malaysia telah pun diteroka dan memerlukan servis penjagaan dan pembaikan pulih.\n\n\n\n\n\n\nGambar hiasan: \nSapura\n\n\n\n\n\n\nSekiranya harga minyak mentah turun, syarikat yang mempunyai kelebihan positif adalah dari bisnes downstream. Ini kerana margin keuntungan untuk produk yang dijual berdasarkan \u201ccrack spread\u201d akan lebih tinggi. Crack spread bermaksud perbezaan harga penukaran bahan mentah ke produk akhir.\n\n\nTetapi, harus diingatkan juga, sekiranya permintaan produk petrokimia berkurangan, penurunan harga minyak untuk bisnes downstream tidak akan memberikan impak yang signifikan, malah akan memberikan impak negatif kepada keuntungan syarikat.\n\n\nAkhir sekali, syarikat yang menjalankan servis midstream mempunyai impak yang agak sederhana kepada pergerakan harga minyak oleh kerana penjualan dan keuntungannya tidak bergantung secara langsung dengan harga minyak mentah.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/rantaian-industri-semikonduktor-bahagian-1", "title": "Rantaian Industri Semikonduktor (Bahagian 1)", "body": "Industri semikonduktor merupakan antara industri yang mempunyai tahap teknikal yang tinggi sama ada aspek kemahiran mahupun penulisan. Jika kita ingin memahami aktiviti perniagaan syarikat yang terlibat dalam sektor semikonduktor dengan lebih mendalam, pengetahuan yang diperlukan menjadi semakin teknikal. Post kami kali ini adalah cubaan untuk merungkai industri semikonduktor supaya dapat difahami oleh para pelabur dengan lebih mudah.\n\n\nTercetus dari rekaan produk\n\n\nIndustri semikonduktor\n bermula dengan rekaan produk. Kita gunakan contoh, Apple membuat sebuah rekaan bagaimana sebuah iPhone mempunyai rekaan bentuk luaran. Di dalamnya, terdapat pelbagai komponen semikonduktor yang mempunyai fungsi tertentu seperti kamera, speaker, accelerometer, paparan, bateri dan sebagainya. Komponen semikonduktor ini mempunyai bentuk, salinghubungan litar, dan pada tahap ini juga keseluruhan rangkaian sambungan ini telah pun direka untuk dibuat oleh pembekal.\n\n\n\n\n\n\nGambar: iFixit\n\n\n\n\n\n\nSetiap komponen ini pula tak semestinya dibuat oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh, antena mungkin dibuat oleh syarikat A. Komponen kamera dibuat oleh syarikat B, dan seterusnya untuk komponen lain. Syarikat pada tahap ini boleh disebut sebagai Semiconductor Manufacturing Company. Mereka boleh jadi berurusan secara langsung dengan syarikat pemilik produk, atau melalui sebuah lagi tahap syarikat perantara.\n\n\nWafer sebagai asas\n\n\nPertama sekali, kita perlu tahu tentang wafer yang merupakan sebuah bahan asas untuk menghasilkan cip atau komponen semikonduktor. Wafer merupakan potongan nipis silikon tulen berbentuk bulat. Di atas permukaan wafer, proses litografi optik akan dijalankan untuk membentuk sejumlah pengulangan litar elektrik.\n\n\nSemua pengulangan litar ini mempunyai bentuk yang sama dan membentuk litar asas untuk sesebuah komponen semikonduktor. Setiap litar individu ini akan dipotong (atau diced dalam Bahasa Inggeris) dan dalam dunia semikonduktor, ia disebut sebagai \"die\" atau cip.\n\n\n\n\n\n\nGambar: DISCO\n\n\n\n\n\n\nApabila cip dibentuk atas wafer, belum tentu lagi kesemua cip itu berfungsi dengan baik. Oleh itu, pelbagai testing juga dibuat pada tahap ini untuk memastikan hanya cip yang berfungsi akan menjalani proses seterusnya. Proses pembuatan cip ini sahaja boleh memakan masa sehingga dua bulan.\n\n\nProses pembuatan semikonduktor bermula dari pembuatan wafer sehingga pemeriksaan cip individu dikategorikan sebagai proses \"front-end\". Apabila habis proses front-end, pembuatan semikonduktor memasuki proses back-end iaitu pemasangan dan pemeriksaan atau assembly and testing. Kebanyakan syarikat Malaysia yang berada dalam industri ini berada pada proses back-end.\n\n\n\n\n\n\nGambar: DISCO\n\n\n\n\n\n\nDie assembly atau packaging\n\n\nSyarikat OSAT\n akan memproses cip atau die ini dengan proses assembly dan juga testing. Die merupakan komponen yang sangat sensitif. Oleh itu, proses assembly akan memberikan die ini sebuah perumah yang juga dilengkapi dengan terminal input dan output sebagai sambungan untuk fungsi yang dikehendaki. Proses ini juga disebut sebagai packaging, dan dalam dunia semikonduktor, terdapat pelbagai cara packaging dalam industri yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.\n\n\n\n\n\n\nGambar: KLA\n\n\n\n\n\n\nSebagai gambaran yang luas, proses packaging menambahkan beberapa komponen yang akhirnya menyebabkan penambahan saiz semikonduktor. Teknologi terbaru membolehkan produk akhir semikonduktor dihasilkan dengan saiz yang sama dengan cip asal. Bukan semua aplikasi memerlukan teknologi terbaru terutamanya untuk mengecilkan komponen. Ianya bergantung kepada permintaan pasaran dan keperluan produk.\n\n\nPemeriksaan akhir\n\n\nApabila seluruh packaging ini dibuat, syarikat perlu memastikan kesemua aspek semikonduktor ini berfungsi dengan baik. Pemeriksaan atau testing dibuat dari pelbagai aspek seperti visual, struktur dan signal elektrik.\n\n\nDengan teknologi packaging yang semakin kompleks, sesetengah pemeriksaan memerlukan fungsi x-ray yang membolehkan pemeriksaan yang lebih dalam pada packaging semikonduktor. Saiz semikonduktor yang kecil menyebabkan pemeriksaan tidak boleh dibuat dengan mata kasar. Pemeriksaan ini juga melibatkan bilangan cip atau packaging yang banyak.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Vitrox\n\n\n\n\n\n\nUntuk menjadikan proses pemeriksaan berjalan dengan lebih cepat dan tepat, bantuan peralatan mesin diperlukan. Oleh itu, proses ini akan melibatkan mesin yang mungkin dibeli oleh syarikat penyedia peralatan yang boleh dikenali sebagai \nAutomated Test Equipment (ATE)\n.\n\n\nPembuatan berkemahiran tinggi\n\n\nSaiz semikonduktor kini menjadi semakin kecil. Ini membolehkan pengurangan kos, dan juga memenuhi permintaan pasaran untuk menawarkan produk yang lebih berkuasa tinggi pada saiz yang optimum. Oleh itu, pembuatan semikonduktor ini memerlukan antara teknologi yang termaju di pasaran. Syarikat dalam industri ini harus bergerak seiring dengan permintaan pasaran untuk kekal dalam industri.\n\n\nTak dinafikan ada juga aplikasi yang tidak memerlukan teknologi tercanggih. Namun, satu risiko yang perlu dihadapi nanti adalah sekiranya teknologi lama ini tidak lagi dipakai di mana-mana. Teknologi packaging ini juga sentiasa mengalami kemajuan. Oleh itu, banyak keputusan yang perlu dibuat oleh pemain industri untuk melabur dan menggunapakai teknologi yang mana satu untuk suatu tempoh tertentu.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/rantaian-industri-semikonduktor-bahagian-2", "title": "Rantaian Industri Semikonduktor (Bahagian 2)", "body": "Dalam \npost sebelum ini\n, kita dah lihat rantai industri semikonduktor secara keseluruhan. Kali ini kita cuba lihat dengan lebih mendalam pada tahap pemasangan pula. Sedikit rumusan bagaimana proses keseluruhan berlaku secara ringkas:\n\n\nPertama, rekaan cip dikeluarkan oleh pemilik produk. Seterusnya, pembuatan dimulakan dengan pengeluaran wafer sebagai proses frontend dan dilengkapi dengan pemasangan cip sebagai pakej sebagai proses backend. Pelbagai pemeriksaan dan pengautomasian boleh terlibat pada proses tersebut.\n\n\nDalam proses pemasangan pula, pelbagai teknologi yang sedang beralih. Peralihan teknologi ini berkemungkinan menggugat sebahagian bidang kerja syarikat \nOSAT\n. Seperti yang disebut dalam bahagian 1, terdapat risiko sekiranya teknologi pemasangan tradisional tidak lagi diamalkan dalam industri. Oleh itu, syarikat OSAT perlu sentiasa mengikuti perkembangan pasaran untuk kekal bersaing dalam industri ini.\n\n\n\n\n\n\nFoundry meraih sebahagian besar packaging Fan-Out. Gambar: Yole Development\n\n\n\n\n\n\nDi dalam post ini, kita akan membincangkan tentang teknologi assembly atau pemasangan semikonduktor dengan lebih dalam. Dengan memahami teknologi ini, diharapkan supaya anda dapat memahami servis tawaran syarikat dan secara umumnya syarikat itu sendiri dengan lebih baik. Sekiranya anda menyertai AGM juga, mungkin anda boleh tanyakan soalan yang lebih teknikal untuk memahami arah tuju penggunaan teknologi syarikat.\n\n\nPengeluar semikonduktor\n\n\nDalam segmen ini, kita akan mengenali lebih dalam tentang pengeluar wafer dan model bisnes mereka. Pengeluar \nwafer\n ini dikenali sebagai foundry yang mengeluarkan wafer melalui fasiliti yang dikenali sebagai \nfab\n, singkatan kepada semiconductor \nfabrication plant\n. Sebuah fab adalah fasiliti yang bernilai berbilion untuk dibina. Ia dilengkapi dengan \ncleanroom\n iaitu fasiliti yang bebas daripada pendedahan habuk. Keadaan ini penting kerana kehadiran habuk boleh merosakkan proses pembuatan wafer. Sesebuah pengeluar semikonduktor ini mempunyai model bisnes sendiri yang akan dihurai lebih lanjut seterusnya.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Poems\n\n\n\n\n\n\nSekiranya \nfoundry\n itu mengeluarkan rekaan litar sendiri, ia disebut sebagai \nintegrated device manufacturer\n (IDM). Foundry yang hanya menumpukan pada pengeluaran berdasarkan rekaan litar pelanggan dipanggil \npure-play foundry\n. Ada juga syarikat yang memiliki dan mengeluarkan rekaan semikonduktor sahaja tanpa mempunyai foundry sendiri. Mereka dinamakan pembuat cip \nfabless\n. Pembuat cip fabless ini tidak mempunyai kilang pembuatan wafer dan hanya bergantung kepada foundry untuk pengeluaran cip.\n\n\nAntara pengeluar IDM yang ada dalam pasaran ialah Analog Devices, Fujitsu, IBM, Infineon, Intel, Samsung dan sebagainya. Foundry pure-play yang terkenal ialah TSMC, Globalfoundries dan UMC. Kebanyakan foundry terbesar berpangkalan di Taiwan. Pengeluar fabless pula tidak boleh dianggap sebagai pemain kecil industri. Antara nama pengeluar ini yang terkenal ialah Broadcom, Qualcomm, Nvidia, MediaTek dan AMD.\n\n\n\n\n\n\nPemain industri dalam teknologi semiconductor packaging\n\n\n\n\n\n\nSesebuah foundry itu bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk membuat wafer, malah juga proses seterusnya iaitu packaging. Teknologi packaging yang digunakan ini juga merupakan antara yang tercanggih di pasaran. Mereka juga boleh menyerahkan sebahagian kerja kepada syarikat OSAT sebagai rakan kerjasama. Namun, syarikat kerjasama ini juga perlulah mempunyai tahap keupayaan teknikal yang tinggi untuk memenuhi permintaan teknologi berdasarkan keperluan pemilik produk. Jika tidak, mungkin foundry akan mendominasi kesemua packaging yang lebih maju di masa akan datang.\n\n\nPerubahan teknologi packaging\n\n\nAnda mungkin pernah terlihat komponen semikonduktor yang mempunyai kaki di kedua-dua sisinya yang perlukan penyambungan pateri kepada papan litar utama. Teknologi ini dipanggil through hole packages yang merupakan generasi terawal semikonduktor.\n\n\nSeterusnya, kita boleh lihat teknologi leadframe yang mempunyai kaki yang lebih rapat bagi membolehkan lebih banyak sambungan input dan output ataupun I/O. Teknologi ini diteruskan dengan SMT iaitu surface mount technology yang membolehkan sambungan I/O lebih banyak pada satu permukaan berbanding sambungan di perimeter semikonduktor.\n\n\n\n\n\n\nGambar: anysilicon\n\n\n\n\n\n\nAntara teknologi pengecilan yang terbaharu pula ialah WLCSP iaitu \nwafer level chip scale package\n yang menjalankan proses assembly pada tahap wafer sebelum pemotongan cip individu. Saiz packaging ini pula hanyalah sebesar cip yang dipotong, iaitu \nchip scale packaging\n. Kaedah ini memerlukan kepakaran yang tinggi, lebih-lebih lagi bagi penyambungan litar kerana saiz pakej yang lebih kecil.\n\n\nSeterusnya, teknologi ini disambung lagi dengan \nheterogenous integrated packaging\n seperti 2.5D dan 3D integrated packaging. Dalam susunan packaging ini, sesebuah packaging boleh terdiri daripada beberapa cip, dan ditindan antara satu sama lain, atau disusun bersebelahan atas satu packaging. Secara umumnya, peralihan teknologi kini membolehkan lebih banyak I/O pada semikonduktor dan saiz pakej yang lebih kecil. Namun dengan packaging yang kecil ini, ia dapat mengurangkan berat, mengoptimumkan penggunaan tenaga, menyalurkan signal elektrik yang lebih pantas, dan mengurangkan kos bahan.\n\n\nSambungan litar\n\n\nProses assembly melengkapkan sesebuah die dengan perumah yang turut dilengkapi dengan sambungan litar. Perumah ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Antara bahan yang biasa dilihat ialah plastik, resin, epoxy atau bahan seramik. Sebelum perumah ini dipasang, sebuah die itu perlulah dilengkapi sambungan litar ke terminal I/O. Antara teknologi yang masih digunakan sekarang ialah wire bond yang merupakan wayar berskala mikro.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Polymer Innovation Blog\n\n\n\n\n\n\nSehingga 2018, TechSearch International membuat dapatan bahawa teknologi wire bond ini masih digunapakai secara meluas, di mana penggunaannya dianggarkan pada sekitar 75% - 80% dalam pasaran secara keseluruhan. Teknologi sambungan litar ini diteruskan dengan Flip Chip, dan kini EWLB yang dimajukan dari Wafer Level Package. EWLB adalah sejenis teknologi yang boleh mengurangkan saiz packaging semikonduktor secara drastik, kepada hanya saiz die atau sedikit penambahan keluasan (disebut Fan-Out). Secara ringkasnya, sesebuah die itu diletakkan di atas lapisan berlitar atau interposer dengan Ball Grid Array sebagai terminal I/O.\n\n\nRisiko Syarikat OSAT\n\n\nUntuk memahami kepentingan teknologi packaging ini, mungkin kita boleh lihat pada perkhidmatan packaging yang ditawarkan syarikat pendahulu pasaran dunia. Antara syarikat ini ialah \nASE Technology\n, \nAmkor Technology\n, \nJCET\n, \nSPIL\n dan lain-lain. Syarikat ini masih mempunyai sebahagian teknologi tradisional, namun mereka juga mempunyai penglibatan yang besar dalam teknologi yang lebih baharu.\n\n\n\n\n\n\nPeralihan saiz pasaran advanced packaging\n\n\n\n\n\n\nDalam laporan yang dikeluarkan oleh Yole Development, kita boleh lihat pertumbuhan pendapatan yang semakin besar dalam segmen \nadvanced packaging\n berbanding packaging lain yang lebih tradisional. Kebanyakan teknologi advanced packaging ni hanya ditawarkan oleh pemain OSAT besar dan juga foundry. Oleh itu, syarikat OSAT lain mungkin berada dalam keadaan yang bahaya sekiranya packaging tradisional tidak lagi digunapakai dalam industri semikonduktor.\n\n\nDi iSaham, kita telah pun ada pengelasan sektor untuk OSAT. Syarikat-syarikat ini adalah:\n\n\n\n\nInari Amertron\n\n\nMalaysian Pacific Industries\n\n\nUnisem\n\n\nGlobetronics Technology\n\n\nKESM Industries\n\n\n\n\nAntara kaedah packaging yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini ialah Quad Flat Package, Flip Chip dan WLCSP. Sebahagian teknologi ini masih lagi tradisional, namun ada juga teknologi yang agak baharu.\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan yang ditawarkan Unisem. Screenshot dari website syarikat.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya syarikat OSAT ini tidak dapat mengejar teknologi yang lebih baharu ini, jurang pendapatan syarikat pendahulu dengan syarikat OSAT lain akan menjadi lebih jauh. Sebaliknya, sekiranya syarikat OSAT ini dapat memiliki kepakaran advanced packaging dan menawarkan perkhidmatan ini, kita berkemungkinan dapat melihat pendapatan yang lebih besar pada syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/rebut-peluang-tunaikan-ibadah-korban-di-mekah", "title": "Rebut Peluang Tunaikan Ibadah Korban di Mekah", "body": "Hari Raya Aidiladha akan tiba tak lama lagi. Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun.\n\n\nIbadah korban di Hari Raya Aidiladha\n\n\nKebiasaanya setiap kali datangnya Hari Raya Aidiladha ini, ramai umat Islam akan merebut peluang untuk melakukan ibadah korban.\n\n\nIbadah korban ini adalah untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, dimana Nabi Ibrahim a.s sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s bagi menunaikan perintah Allah SWT.\n\n\nSusulan peristiwa tersebut, setiap kali perayaan ini, umat Islam akan mengerjakan ibadah korban, iaitu menyembelih binatang al an'am atau binatang berkaki empat dan jinak. Binatang-binatang yang disembelih tersebut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.\n\n\nKorban untuk keluarga memerlukan di Mekah\n\n\nIbadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut bagi orang yang mampu. Seperti yang dinyatakan dalam \nlaman Mufti Wilayah Persekutuan\n, para ulama sudah menjelaskan bahawa perintah untuk berkorban pada Hari Raya Aidiladha ini adalah untuk orang-orang yang berkemampuan.\n\n\nImam al-Khatib al-Syarbini, ada menjelaskan dengan berkata bahawa:\n\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062e\u064e\u0627\u0637\u064e\u0628\u064f \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064f\u0631\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0644\u0650\u063a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\n\n\nMaksudnya: \nGolongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.\n\n\nRujuk \nMughni al-Muhtaj\n, 6:123\n\n\nSehubungan dengan itu, iSaham bersama GlobalSadaqah sedang mengusahakan kempen korban bagi membuka peluang untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Kempen ini memberi peluang kepada penderma untuk menunaikan korban, dimana daging korban tersebut akan dibungkus dan diedarkan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Mekah.\n\n\nOleh itu, jika anda ingin melaksanakan ibadah korban di tanah suci Mekah, anda boleh daftar di \nKempen Korban untuk Keluarga Miskin di Mekah\n.\n\n\n\n\n\n\nKorban di Mekah\n\n\n\n\n\n\nDari Firman Allah SWT:\n\n\n\u0644\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0644\u064f\u062d\u064f\u0648\u0645\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062f\u0650\u0645\u064e\u0627\u0624\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0670\u0643\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u0652\u0648\u064e\u0649\u0670 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da\n\n\nMaksudnya:\n\n\n\u201c\nDaging dan darah binatang korban atau hadyu (haiwan yang disembelih) itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu.\u201d \n(Surah al-Hajj: 37)\n\n\nMarilah kita rebut peluang yang datang setahun sekali ini. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang pemurah dan suka bersedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/retail-investor-campaign-2021-award-ceremony-kemenangan-untuk-semua", "title": "Retail Investor Campaign, 2021 Award Ceremony - Kemenangan Untuk Semua", "body": "Kuala Lumpur, 8 Febuari 2022 - Bursa Malaysia Berhad semalam telah menganjurkan Retail Investor Campaign, 2021 Award Ceremony, bagi meraikan broker serta pengantara pasaran berprestasi tinggi.\n\n\nMajlis yang telah diadakan di W Hotel, Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Datuk Muhamad Umar Swift iaitu CEO Bursa Malaysia.\n\n\nPartner kami, remisier daripada Malacca Securities, En Anas Ahmad Faris telah berjaya merangkul 3 anugerah dalam kategori \nTop Remisier \ndari Bursa Malaysia, iaitu:\n\n\n\n\nHighest Number of New Accounts Opened (Shariah)\n\n\nHighest Traded Value - ETFs\n\n\nHighest Traded Value - New Accounts (Shariah)\n\n\n\n\nUntuk makluman, beliau telah mengungguli tempat pertama bagi kategori Highest Number of New Accounts Opened (Shariah) dan Highest Traded Value - New Accounts (Shariah) selama empat tahun berturut-turut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nEn Anas Ahmad Faris, melalui akaun twitter peribadinya menyatakan bahawa \"Kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua. Kita semua adalah pemenang dengan misi yang sama - membantu lebih ramai melabur dengan lebih mantap.\"\n\n\n\n\n\n\nKemenangan Semua\n\n\n\r\nTrofi ke-11 hasil gerak kerja bersama-sama team & pengguna \n@iSahamScreener\n, MR & client Mplus. Terima kasih dan tahniah kepada semua!\n\n\n\r\nKita semua ialah pemenang, dengan misi yang sama - membantu lebih ramai melabur dengan lebih mantap. \npic.twitter.com/SwSNzAu4me\n\u2014 Anas Faris (@anasfaris_i) \nFebruary 7, 2022\n\n\n\n\n\n\nAnugerah-anugerah yang diterima oleh beliau semalam merupakan anugerah ke-11 yang telah berjaya dimenangi sejak memulakan kerjaya sebagai seorang remisier. Anugerah yang telah berjaya dimenangi setakat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnugerah\n\n\nTahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHighest Number of New Accounts Opened (Shariah)\n\n\n2018, 2019, 2020, 2021\n\n\n\n\n\n\nHighest Traded Value - New Accounts (Shariah)\n\n\n2018, 2019, 2020, 2021\n\n\n\n\n\n\nHighest Traded Value - ETFs\n\n\n2020, 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnugerah-anugerah yang telah berjaya dimenangi Encik Anas setakat ini.\n\n\n\n\n\n\nTahniah diucapkan kepada En Anas Ahmad Faris, penggerak dan pengguna iSaham, Marketing Representatives, dan juga client-client M+ di atas kejayaan yang diperolehi ini. Sememangnya, kemenangan ini adalah kemenangan buat semua.\n\n\nSekiranya anda ingin membuka akaun CDS bersama En Anas Ahmad Faris dan memperolehi akses kepada screener iSaham yang dihasilkan bersama-sama beliau, anda boleh membuat demikian dengan mendaftar \ndi sini\n.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/richard-branson-usahawan-optimis-yang-mengilhamkan-lebih-200-syarikat-virgin", "title": "Richard Branson Usahawan Optimis yang Mengilhamkan Lebih 200 Syarikat Virgin", "body": "Sir Richard Charles Nicholas Branson dilahirkan pada 18 Julai 1950, di sebuah tempat bernama Surrey, England. Bapanya dikenali sebagai Edward James Branson yang bekerja sebagai pengacara dan ibunya Eve Branson seorang pramugari serta juruterbang. Selepas berkahwin Eve mencuba pelbagai pekerjaan misalnya, perniagaan hartanah, usahawan perniagaan, penulis novel dan buku kanak-kanak.\n\n\nSemasa zaman kanak-kanak, Richard mengalami satu penyakit yang dikenali sebagai myopia atau dyslexia. Apabila seseorang yang menderita dyslexia, orang tersebut akan sukar membaca dan menulis sepanjang hidup mereka. Namun ibu bapa Richard tidak pernah berbelah bahagi kasih sayang dan berusaha memberi dorongan kepada beliau.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Virgin.com\n\n\n\n\n\n\nZaman Persekolahan\n\n\nSejak dari kecil Richard telah dihantar ke sekolah berasrama penuh oleh bapanya. Tinggal di asrama merupakan salah satu amalan tradisi bagi keluarga Richard. Beliau kurang bersetuju disebabkan menghadapi masalah dalam bidang akademik terutamanya bersaing dalam kelas yang melibatkan pelajar lain. Ketika berusia 8 tahun, Richard masih gagal dalam membaca dan menulis huruf serta nombor di papan hitam.\n\n\nWalaupun Richard merupakan pelajar yang kurang bijak dalam bidang akademik ketika zaman persekolahan. Namun beliau mewarisi bakat bapanya yang aktif dalam bidang sukan. Richard telah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak, ragbi dan kriket. Apa yang membanggakan, Richard telah berjaya memecah rekod bagi acara lompat jauh. Dipendekkan cerita, beliau terpaksa berehat panjang tanpa menyertai sebarang acara sukan disebabkan kecederaan.\n\n\n\n\n\n\nRichard telah berpindah ke Stowe School pada tahun 1963. Gambar: stowe.com\n\n\n\n\n\n\nUsahawan Muda\n\n\nBakat dalam perniagaan sudah terserlah dalam jiwa Richard sejak dari bangku sekolah lagi. Ketika berumur 11 tahun, beliau telah menjalankan perniagaan sendiri bersama rakannya Nik Powell. Mereka telah menjual serta membiak sejenis burung kakak tua yang dikenali \"Budgerigars\". Ayah Richard telah memberi dorongan dengan membina kandang burung. Sepanjang berada di asrama, Ibu dan bapanya telah menjaga burung tersebut.\n\n\nMenjelang cuti sekolah, Richard dan kawannya berjaya menjual banyak burung kepada penduduk disekitar rumahnya. Perniagaan ini tidak bertahan, disebabkan kebanyakkan burung tersebut dimakan oleh tikus dan bakinya terpaksa dilepaskan dari sangkar. Seterusnya, Richard telah berazam dengan menanam sebanyak 400 anak pokok Krismas di laman rumahnya.\n\n\nBeliau menjangkakan anak pokok akan tumbuh membesar setinggi 6 kaki pada malam Krismas. Richard akan menjualnya sebanyak 2 Euro bagi satu pokok dan keseluruhanya sebanyak 800 Euro. Namun jangkaan ini meleset, apabila semua anak pokok ini telah dimakan oleh arnab.\n\n\nTercetusnya Inspirasi Syarikat Virgin\n\n\nMajalah Student\n\n\nDisebabkan pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam bidang akademik, Richard telah berhenti pada usia 16 tahun dalam pengajian sains dan bahasa Latin. Beliau telah berbincang dengan rakannya semasa kecil Nik Powell mengenai hasrat menerbitkan sebuah majalah bernama \"Student\". Nik telah bersetuju untuk menolong Richard.\n\n\n\n\n\n\nPaparan muka hadapan edisi pertama majalah Student 1968. Gambar: \nastrumpeople.com\n\n\n\n\n\n\nBeliau telah mengambil sedikit masa untuk menjelaskan cita-cita mengenai hasratnya ingin menubuhkan majalah student. Richard juga membuat permohonan maaf kepada keluarganya disebabkan tidak meneruskan persekolahan. Ibunya sangat menyokong dengan menulis beberapa artikel dan memberikan wang pendahuluan. Akhirnya Richard telah melancarkan majalah \"Student\" pada tahun 1966 dan edisi pertama telah diterbitkan pada Januari 1968.\n\n\nSelepas setahun diterbitkan nilai kekayaan Richard telah meningkat kepada 50,000 Euro. Richard telah menjalankan strategi dengan menemuramah beberapa artis terkenal dan tokoh terkemuka untuk dimasukkan dalam artikel majalah tersebut seperti Mick Jagger, Peter Blake, John Lennon. Sampai satu tahap, salinan majalah student terus meningkat kepada 100,000 salinan apabila Richard berjaya menemuramah John Lennon.\n\n\nKejayaan ini diteruskan sehingga sebanyak USD 8000 dalam ruangan iklan majalah berjaya terjual. Menjelang tahun 1970, Richard telah fokus sepenuhnya terhadap Virgin Mail Order dan cuba menjual majalah Student tetapi gagal mencari pembeli. Akhirnya, majalah Student menghentikan pencetakan begitu sahaja.\n\n\nVirgin Records (1972)\n\n\nSelepas melancarkan Virgin Mail Order, Richard telah menubuhkan Virgin Records pada tahun 1972 setelah melihat peluang perniagaan dalam bidang industri muzik. Artis rakaman pertama dibawah naungan label Virgin Record merupakan Mike Oldfield, lagu Tubullar Bells pada tahun 1973. Lagu ini berada di carta muzik UK selama 247 minggu.\n\n\nPada tahun 1983, Virgin Records semakin berkembang luas sehingga mencapai jualan sebanyak USD 17 juta. Bukan itu sahaja, ramai penyanyi terkemuka berada di bawah naungan Virgin Records. Namun menjelang tahun 1992, Richard Branson terpaksa menjual Virgin Record kepada THORN EMI sebanyak USD 1 bilion untuk mendapatkan dana tambahan kepada Virgin Atlantic.\n\n\nPada waktu ini, kewangan syarikat Virgin Atlantic kurang memberangsangkan. Penjualan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri Richard.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nVirgin.com\n\n\n\n\n\n\nSektor Pengangkutan dan Eksplorasi Angkasa\n\n\nVirgin Atlantic\n\n\nDetik permulaan Richard mula menceburkan diri dalam industri penerbangan adalah apabila beliau bersama isterinya Joan dalam perjalanan ke Puerto Rico. Penerbangan ini terpaksa dibatalkan menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di lapangan terbang Puerto Rico. Perkara ini telah memberi idea untuk menubuhkan sebuah syarikat berasaskan penerbangan.\n\n\nSecara kebetulan, seorang peguam Randolph Fields dan bekas ketua juruterbang syarikat penerbangan swasta, Britain Laker Airways berhasrat ingin menubuhkan syarikat baru yang dikenali sebagai British Atlantic Airways. Idea ini timbul selepas Laker Airways muflis pada Februari 1982. Selepas Fields mengadakan perbincangan dengan Richard Branson akhirnya British Atlantic ditukar nama kepada Virgin Atlantic ditubuhkan pada tahun 1984 dengan konsep perkongsian perniagaan.\n\n\nNamun disebabkan Fields kurang bersetuju cara pengurusan Richard, akhirnya beliau menjual syer pegangan saham dalam syarikat tersebut. Kini Virgin Atlantic semakin berkembang luas dengan menambah jumlah penerbangan hampir 103 destinasi. Richard bukan sahaja mempunyai satu, malah terdapat beberapa syarikat penerbangan Virgin di negara lain:\n\n\n\n\nVirgin Nigeria\n\n\nVirgin America\n\n\nVirgin Express\n\n\nVirgin Australia\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Virgin.com\n\n\n\n\n\n\nVirgin Hyperloop\n\n\nSyarikat ini telah ditubuhkan pada Jun 2014 berkonsepkan syarikat teknologi pengangkutan berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai Hyperloop. Ia merupakan pengangkutan kereta api vakum yang membawa penumpang atau kargo dengan kelajuan sehingga 760 mph (1223.1 km/h). Kereta api ini akan menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik yang melalui tiub tekanan rendah sebagai laluan perjalanan.\n\n\nSelepas menjalani ujian sebanyak 400 kali tanpa pemandu, pada 8 November 2020 Virgin Hyperloop telah melakukan ujian pertama yang melibatkan manusia sebagai penumpang. Ujian ini dilaksanakan dengan kelajuan 107 mph (172 km/h) di tapak ujian Virgin Hyperloop DevLoop di Las Vegas, Nevada. Pengangkutan ini dijangka akan beroperasi secara komersial menjelang tahun 2030.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \ncnn\n\n\n\n\n\n\nVirgin Galactic\n\n\nPada tahun 2004, Richard Branson telah bekerjasama dengan dengan Scaled Composites untuk menubuhkan Spaceship Company dibawah syarikat \nVirgin Galactic\n. Sikap beliau yang optimis dan ingin merealisasikan impian dalam penerokaan angkasa syarikat merupakan salah satu faktor tertubuhnya syarikat ini.\n\n\nSyarikat ini menjalankan perkhidmatan dengan membawa penumpang ke angkasa lepas. Sehingga kini terdapat lebih 600 pelanggan telah membeli tiket penerbangan ini. Beberapa model kapal terbang telah diperkenalkan seperti White Knight Ewo, VSS Imagine dan Inspire.\n\n\n\n\n\n\nGambar: space.com\n\n\n\n\n\n\nPelbagai Jenama dibawah Virgin\n\n\nApa yang menariknya mengenai Branson, beliau bukan sahaja memegang 3 atau 4 buah syarikat tetapi memiliki sehingga 200 buah syarikat yang menggunakan nama \"Virgin\". Dengan strategi ini, Branson melancarkan syarikat yang baru dengan menggunakan wang pelaburan minimum sebagai pegangan syer. Pelaburan ini merangkumi sektor pelancongan, pengangkutan, hiburan, telekomunikasi, makanan dan minuman.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nastrumpeople.com\n\n\n\n\n\n\nNilai Kekayaan\n\n\nMenurut Forbes, Richard Branson telah mencapai kekayaan sebanyak USD 4.4 billion serta individu ke-589 terkaya di dunia. Siapa sangka dengan bermulanya keuntungan sebanyak USD 2,000 pada usia 16 tahun, kini beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam jatuh bangun syarikat Virgin.\n\n\nIni adalah disebabkan beliau seorang yang optimis, berpandangan jauh dan suka mengambil cabaran terhadap dirinya terutamanya dalam sesuatu perniagaan. Richard juga telah berjaya mencatat rekod sebagai orang pertama dalam yang menyeberangi Lautan Atlantik dengan menggunakan belon panas. Satu cabaran yang mungkin tak pernah difikirkan untuk dibuat oleh sesiapa.\n\n\nPada tahun 2011, Richard Branson telah berundur dari Virgin Group sebagai Ketua Pegawai Eksekutif disebabkan ingin fokus sepenuhnya dalam Virgin Galactic sebagai sektor pelancongan ruang angkasa.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nastrumpeople.com\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-bagus-yang-sehebat-nama", "title": "7 Saham Bagus yang Sehebat Namanya", "body": "Nak pilih saham yang bagus ni bukannya mudah. Tapi sebenarnya ia pun tak susah sangat. Kalau kita tengok saham yang memang dah terkenal, kita mungkin dapat lihat pergerakan yang stabil, tapi agak perlahan. Ada saham pula tak terkenal, tapi boleh naik banyak. Tapi ada satu lagi cara untuk kenal saham yang bagus. Caranya adalah tengok pada nama. Kenapa tengok pada nama? Mari kita lihat semula babak teka-teki dalam filem P. Ramlee \"Nujum Pak Belalang\".\n\n\nBertanya Ahli Nujum \"Di mana terletaknya kekuatan Hang Tuah? Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?\"\n\n\nPak Belalang pun menjawab \"Kekuatan Hang Tuah adalah terletak di atas huruf 'ta'.\"\n\n\nDalam filem \"Nujum Pak Belalang\" ini, kekuatan di sebalik seorang tokoh yang dianggap hebat itu dikatakan terletak pada namanya. Jadi, mari kita lihat saham-saham yang sehebat namanya.\n\n\n1. Frontken\n\n\n\n\nSeperti nama yang diberi, \nFRONTKN\n berada pada kedudukan yang kehadapan dalam industri teknologi. Aktiviti utama syarikat adalah perkhidmatan pembersihan jitu (precision cleaning) dan rawatan permukaan (surface treatment) untuk komponen semikonduktor.\n\n\nPendapatan syarikat kebanyakannya datang dari Taiwan yang meliputi lebih separuh dari geografi lain secara terkumpul.\n\n\n2. Supermax\n\n\n\n\nSekiranya anda dah melabur sekurang-kurangnya seawal bulan April atau Mei 2020, anda tentu cakna tentang kenaikan harga saham-saham sarung tangan getah. Antaranya sudah tentu \nSUPERMX\n, yang boleh berikan anda kenaikan modal yang SUPER untung.\n\n\nSaham ini didagangkan serendah RM 1.60 sen pada awal April, dan telah naik sehingga RM16 bulan Julai, dan masih lagi menaik. Sekiranya dikira dalam peratusan, peningkatan ini sudah pun mencecah 1000%. Separuh dari jualan Supermax datangnya dari Amerika yang teruk menerima kesan COVID-19.\n\n\n3. Supercomnet Technologies\n\n\n\n\nBerikutan dengan pandemic COVID-19, \nSupercomnet\n juga menerima impak yang SUPER terhadap perniagaan syarikat. Syarikat ini menjual kabel dan wayar untuk kegunaan automotif, barangan elektronik dan perubatan di peringkat antarabangsa.\n\n\nAntara pelanggan-pelanggan besar mereka terdiri daripada \nsyarikat-syarikat Jepun\n, namun kebanyakan jualan Supercomnet datangnya dari Malaysia sendiri.\n\n\n4. Greatech Technology\n\n\n\n\nGreatech Technology\n adalah sebuah syarikat yang baru tersenarai dalam pasaran ACE. Sekiranya anda pernah dengan Trump sebut \"Make America GREAT again\", iSaham ada slogan untuk saham ini iaitu \"Make Malaysia GREATEC again\". Biasanya dilaungkan apabila saham teknologi sedang bullish.\n\n\nDari segi prestasi perniagaan, kita boleh nampak kenapa Greatech ni sememangnya 'great'. Dalam masa setahun penyenaraian sahaja, kita boleh nampak saham ini seakan-akan tiada rehat untuk kenaikan. Boleh difahami kerana 70% pendapatan mereka datangnya dari Amerika, kuasa ekonomi besar dunia.\n\n\n5. Top Glove\n\n\n\n\nKalau Malaysia merupakan pengeluar yang 'top' dalam industri sarung tangan getah, \nTop Glove\n pula adalah syarikat yang 'top' antara pengeluar sarung tangan getah di dunia.\n\n\nTop Glove mengeksport barangan mereka ke 195 negara di seluruh dunia, dengan jualan terbesar di Amerika Utara. Dengan sentimen yang optimis terhadap produk sarung tangan ini, ada bank yang menjangka kenaikan harga saham Top Glove sehingga ke RM100.\n\n\n6. Kumpulan Powernet\n\n\n\n\nBeberapa tahun yang lepas, \nKumpulan Powernet\n atau KPOWER tak begitu Power. Jika melihat prestasi kewangan 5 tahun lepas, kita lihat KPOWER ni sebagai syarikat rugi. Namun, kita boleh tengok bermula dengan tahun 2017, syarikat ini mula mengurangkan kerugian sehingga mula menghasilkan keuntungan pada tahun 2019.\n\n\nPendek kata, comeback yang dibuat oleh KPOWER ni memang 'power'. Aktiviti utama syarikat ini ialah penghasilan tekstil fabrik untuk pakaian dalam dan mereka mempunyai pelanggan utama di Eropah. Syarikat ini juga dalam proses mempelbagaikan aktiviti bisnes mereka antaranya dalam industri tenaga, utility, infrastruktur dan logistik.\n\n\n7. Revenue Group\n\n\n\n\nPerkataan revenue tu sendiri dah dapat berikan kita bayangan bahawa syarikat ini ada kaitan dengan duit atau pendapatan. Dan memang betul, kalau kita lihat pada carta harga saham, memang kita boleh nampak syarikat \nRevenue\n ni 'revenue' sentiasa sejak penyenaraian pada tahun 2018.\n\n\nApa yang syarikat ini buat sememangnya berkaitan dengan duit, lebih tepat lagi, platform pembayaran seperti terminal pembayaran dan e-Dompet. Kebanyakan jualan Revenue Group ini datangnya dari Malaysia, namun ada bahagian kecil disumbangkan dari Amerika."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-blue-chip-dan-fbmklci", "title": "Saham Blue Chip dan FBMKLCI", "body": "Ada beberapa terma yang selalu kita dengar di dalam movie atau berita seperti saham \nblue chip\n, dan kadang-kadang kita tertanya, apa maksudnya dan apa kelebihan melabur dalam saham kategori ini. Terma \nblue chip\n berasal daripada permainan \npoker\n di mana cip biru merupakan cip paling bernilai antara semua cip yang ada (merah dan putih).\n\n\nSaham \nblue chip\n merupakan saham yang paling kuat, kukuh dan besar di Bursa Malaysia atau pasaran negara masing-masing. Selalunya saham ini dikaitkan dengan indeks utama seperti \nFBMKLCI\n yang menyenaraikan 30 syarikat terbesar & terpilih di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\nBagaimana syarikat dikira besar kecil saiznya?\n\n\nKayu pengukur besar saiz syarikat ialah \nMarket Capitalization (Market cap)\n. Market cap, daripada segi formula ialah:\n\n\nMarket cap = Harga saham x Jumlah saham\n\n\nSekiranya harga saham naik, maka semakin besar harga keseluruhan syarikat tersebut dan kita semakin besar saiz syarikat tersebut dari segi harganya. Untuk lebih memahami market cap, market cap ialah harga syarikat sekiranya pelabur nak beli keseluruhan syarikat tersebut. Contohnya, syarikat PARKSON mempunyai market cap sekitar 280 juta, jadi sekiranya pelabur ada duit sebanyak 280 juta, boleh membeli terus 100% syarikat tersebut.\n\n\nSyarikat \nblue chip\n dan bersaiz besar selalunya mempunyai market cap melebihi 10 bilion. Syarikat terbesar di Bursa Malaysia pada awal 2019 ini ialah MAYBANK, mempunyai market cap sekitar 105 bilion, diikuti dengan PBBANK (95 bilion) dan TENAGA (75 bilion).\n\n\n\n\nKenapa beli saham-saham besar atau \nBlue Chip\n ni?\n\n\nSaham-saham yang besar mempunyai harga yang tinggi disebabkan operasi syarikat yang sudah tersusun, kekuatan pengurusan dalam mengukuhkan dan mengembankan syarikat serta aliran tunai yang positif dan baik. Kesemua syarikat-syarikat ini mendapat liputan dan pegangan besar daripada institusi-institusi dan dana-dana gergasi atas risiko yang rendah tetapi pulangan yang berpatutan daripada pelaburan.\n\n\nAda juga dana yang hanya melabur dalam syarikat \nblue chip\n atau syarikat yang tersenarai dalam indeks FBMKLCI sahaja atas sebab-sebab diatas. Untuk mereka yang nak melabur dengan selamat, risiko rendah dan pegang lama (\nlong term\n), salah satu strategi ialah melabur sahaja dalam saham-saham \nblue chip\n.\n\n\nKalau nak gabungkan dengan elemen fundamental lain, boleh tambah mengikut cita rasa tersendiri seperti melihat pada \nFCON dan ROE\n. Sekiranya anda berminat untuk gabungkan dengan teknikal, boleh gunakan screener \nBlue Chip Uptrend\n.\n\n\nUntuk melihat saham-saham \nblue chip\n, anda boleh ke menu \nSectors -> Blue Chip\n atau klik di link \nberikut."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-mahal-boleh-naik-lagi-ke", "title": "Saham Mahal boleh Naik Lagi ke?", "body": "Semasa membelek2 post lama, terjumpa satu post berkaitan \r\n\n\"Saham \r\nmahal boleh naik lagi ke?\"\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelang dua tahun, saham paling mahal dah naik lebih dari 100% berbanding harga pada ketika soalan ditanya. Jadi, kalau ada yang tanya lagi, memang \r\nkena tunjuk chart NESTLE sekali lagi.\n\n\n\n\nSaham mahal atau murah tidak menjadi penentu sama ada harga akan terus naik atau tidak. Kayu pengukur kenaikan ialah pertumbuhan keuntungan saham syarikat \r\ntersebut. \nSelalunya syarikat yang mahal merupakan syarikat yang bersaiz besar atau sederhana dan kebanyakannya mempunyai pengurusan yang efektif dalam mengembangkan \r\nsyarikat ke peringkat yang lebih tinggi. Pengurusan yang berkesan membawa syarikat berkembang 30-100% dengan pantas, kemudiaannya menolak harga saham \r\nkeatas dengan cepat juga. Projek diurus dengan baik, projek baru masuk.\n\n\nJadi, lepas ni jangan takut nak beli saham2 mahal ye. Baru nampak 'class' sikit. Beli kereta nak menunjuk, beli saham nak tunjuk yang murah-murah aje. \n\n\n\n\nSaham mahal atau saham murah, tidak ada beza sebenarnye, dua2 ada potensi yang sama untuk naik tinggi, dan boleh naik lebih \r\ndaripada 100%. Jangan \nbias\n pada harga, \nbias\n pada ilmu fundamental dan teknikal dalam kajian saham.\n \nBeli dengan ilmu dan kajian, \r\nbukan terikut-ikut emosi. Kalau signal kata BUY pada saham murah, beli saham murah. Kalau signal kata BUY pada saham mahal, beli saham mahal. Jangan \r\nterlalu memilih sebab takut emosi yang jaga kita, bukan kita jaga emosi.\n\n\nTakde modal macam mana nak beli saham mahal?\nKalau anda ada modal lebih 1000 ringgit, anda boleh beli lebih daripada 99% saham di bursa malaysia. Satu lot (100 unit) saham berharga RM10 setiap satu hanya \r\nmemerlukan modal RM1000 sahaja. Maknanya anda mampu, cuma salah bagi alasan.\n\n\nAnda sebenarnya tidak mahu beli saham mahal sebab anda nak\r\nambil risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan lebih besar, bukan sebab anda tak mampu. Syarikat murah selalunya market value kecil, \r\nsekali naik tinggi % profit, sekali turun banyak juga % loss. Tidak ada masalah untuk lebih gemar membeli saham murah, tetapi anda kena ada sebab yang betul.\nSekali lagi, murah atau mahal tidak penting. Yang penting saham itu bagus atau tidak, dan ada signal BUY ataupun tidak.\nAntara saham-saham mahal yang boleh dipantau ialah NESTLE, DLADY, F&N, PPB, TOPGLOV, KOSSAN, SAM, QL, PADINI, YINSON."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-milik-jerung-institusi", "title": "Saham Milik Jerung Institusi", "body": " \nTerdapat berbilion transaksi saham berlaku setiap hari. Transaksi-transaksi besar kebanyakan berlaku oleh dana-dana besar iaitu tidak lain dan tidak bukan dana institusi atau nama lainnya jerung institusi. Semuanya bercita-cita untuk membeli dengan harga saham yang berpotensi naik, seterusnya dengan keuntungan yang dikecapi memberi kepercayaan kepada pemengang unit dana untuk terus melabur dalam dana tersebut.\n\n\nJerung Antarabangsa\n\n\nKebanyakan pegangan saham di Bursa Malaysia dipegang oleh dana atau institusi tempatan, tetapi ada juga institusi-institusi besar daripada luar negara melabur dalam Bursa Malaysia. Ini menunjukkan kepercayaan yang kuat pada syarikat-syarikat di Malaysia. Antara jerung-jerung antarabangsa yang terkenal ialah:\n\n\n\n\n1. Vanguard Group (A.S.)\n\n\n\n\n \nSaiz dana: Sekitar 4 trilion.\n\n\nNilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 17 bilion.\n\n\nContoh dana: \nVanguard Emerging Markets Stock Index Fund\n, \nVanguard Total International Stock Index Fund\n\n\n\n\n2. UBS (Switzerland)\n\n\n\n\n \nSaiz dana: Sekitar 3 trilion.\n\n\nNilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 1.3 bilion.\n\n\nContoh dana: \nUBS AG\n\n\n\n\n3. Bank of New York Mellon (A.S.)\n\n\n\n\n \nSaiz dana: Sekitar 1.5 trilion.\n\n\nNilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 1.5 bilion.\n\n\nContoh dana: \nThe Bank of New York Mellon\n\n\n\n\n4. Credit Suisse (Switzerland)\n\n\n\n\n \nSaiz dana: Sekitar 1 trilion.\n\n\nNilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 3.7 billion.\n\n\nContoh dana: \nCredit Suisse\n\n\n\n\nJerung Dalam Negara\n\n\nJerung-jerung institusi dari dalam negara yang mempunyai dana besar dan membuat banyak transaksi:\n\n\n\n\n1. Employee Provident Fund (EPF)\n\n\n\n\n \nNilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 150 bilion.\n\n\n\n\n2. Amanah Saham Bumiputera (ASB)\n\n\n\n\n \nNilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 130 bilion.\n\n\n\n\n3. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)\n\n\n\n\n\n\nNilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 40 bilion.\n\n\n\n\n6. Lembaga Tabung Haji\n\n\n\n\n\n\nNilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 13 bilion.\n\n\n\n\nKat mana nak dapat list penuh transaksi dan pegangan institusi?\n\n\n\n\n\n\nBoleh rujuk di website iSaham -> All Screeners -> Bahagian kiri, bawah sekali atau terus ke link berikut - \nShareholder Analysis\n dan pilih institusi yang anda nak kaji dengan lebih mendalam. \nKami juga telah menyusun senarai dana / institusi mengikut jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia.\n \nStrategi Berkaitan Institusi\n1. Melabur berdasarkan transaksi semasa institusi\n - Satu sebab kenapa strategi melabur bersama institusi mempunyai merit yang tinggi ialah kerana setiap institusi mempunyai pengurus dana yang profesional dan juga penganalisis tersendiri yang membuat kajian syarikat secara \nfull time\n. Jadi, apabila anda membeli apa yang mereka sedang beli, bermakna anda percaya pada analisis mereka.\n \n2. Melabur berdasarkan keseluruhan portfolio institusi\n - Lebih kurang sama dengan atas, bezanya bila anda nak bina portfolio anda dengan memegang 10-30 saham, anda ambik je dari list institusi yang anda paling percaya dan beli mengikut peratusan yang mereka beli. Sekali lagi, kita percaya mereka sudah mengkaji apa yang mereka beli.\n3. Beli kalau saham yang mereka beli jatuh\n - Institusi membeli untuk jangka masa panjang, banyak saja saham yang dibeli jatuh sejurus dan beberapa hari selepas mereka beli. Disebabkan mereka telah kaji bahawa saham ini bagus untuk \nlong term\n, setiap kejatuhan itu ialah peluang untuk anda beli lebih murah daripada insti, dan mengalahkan pencapaian mereka. Kami ada juga screener khas untuk strategi rare ini, yang dipanggil \nBeat the Insti Screener.\n Screener ini hasil inspirasi daripada Lauren Templeton, cucu saudara kepada Sir John Templeton, seorang pelabur terkenal yang diiktiraf pada tahun 1999 dalam Money Magazine sebagai \n\"arguably the greatest global stock picker of the century\"\n.\n4. Gunakan pegangan institusi sebagai salah satu kriteria atau \nwatchlist\n - Setiap orang ada teknik pelaburan sendiri, dan kecendurungan tersendiri dalam memilih sesuatu saham. Pegangan institusi boleh dijadikan salah satu elemen daripada banyak kriteria pemilihan saham. Contoh screener yang menggunakan pegangan institusi sebagai petunjuk ialah strategi \nfamous\n William O'Neil yang dipanggil CANSLIM (boleh rujuk \nScreener CANSLIM\n).\n5. Saja-saja nak tengok apa pegangan saham institusi\n - Pun boleh. Kadang-kadang keluar isu tabung haji, kita nak tengok apa pegangan mereka. Ada juga institusi yang suka buat window dressing, kita nak cari institusi-institusi ni, boleh cari di iSaham Shareholder Analysis. Boleh juga guna list untuk bottom fishing time market jatuh ni."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-pinjaman-dan-saham-keutamaan", "title": "Saham Pinjaman dan Saham Keutamaan", "body": "Kadang-kadang kita ternampak saham yang mempunyai -PA, -PB, -LA, -LB di belakangnya. Namun pernahkah anda mengambil tahu apakah maksud saham tersebut?\n\n\nJika anda sering mengambil tahu tentang pasaran saham, pasti anda pernah membaca atau tahu akan kewujudan saham pinjaman (\nloan stock\n) dan saham keutamaan (\npreference shares\n). Artikel ini akan menjelaskan tentang maksud, ciri-ciri serta perbezaan di antara keduanya.\n\n\nSaham pinjaman\n\n\nSaham pinjaman ialah sejenis sekuriti yang dikeluarkan untuk membuat pinjaman pelaburan. Ianya boleh menjadi bercagar, tidak bercagar, boleh ditukar dan tidak boleh ditukar.\n\n\nKebiasaanya, saham pinjaman ialah pinjaman yang tidak bercagar. \nIrredeemable Convertible Unsecured Loan Stock\n (ICULS) adalah sejenis saham pinjaman yang akan diterangkan dibawah.\n\n\n\n\n\n\nIrredeemable Convertible Unsecured Loan Stock\n\n\n\n\n\n\nIrredeemable Convertible Unsecured Loan Stock\n\n\nIrredeemable Convertible Unsecured Loan Stock\n atau di dalam Bahasa Malaysia, saham pinjaman tidak bercagar boleh tukar tidak boleh ditebus ialah sekuriti hibrid yang mempunyai gabungan bon dan ekuiti.\n\n\nICULS dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat untuk membiayai kos perniagaan sedia ada atau yang baharu. Kebiasaannya, syarikat yang mempunyai kewangan tidak kukuh akan mengeluarkan ICULS untuk mendapatkan modal daripada pelabur sedia ada.\n\n\nICULS merangkumi ciri-ciri seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\nCiri-ciri ICULS\n\n\n\n\n\n\n\n\nCiri-ciri\n\n\nPenerangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak boleh ditebus (irredeemable)\n\n\nSaham ini tidak boleh ditebus menjadi wang ringgit\n\n\n\n\n\n\nBoleh ditukar (convertible)\n\n\nSaham ini boleh ditukar kepada saham induk pada bila-bila masa sebelum tempoh matang\n\n\n\n\n\n\nTidak bercagar (unsecured)\n\n\nTiada cagaran diletakkan sebagai sokongan pinjaman. Justeru, jika berlaku sesuatu terhadap syarikat tersebut, tiada jaminan bahawa duit anda akan dikembalikan daripada saham pinjaman\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang telah diberitahu di atas, ICULS adalah sekuriti hibrid di mana terdapat gabungan antara bon dan ekuiti. Justeru itu, ICULS mempunyai aliran pembayaran stabil sama seperti bon iaitu dengan pemberian dividen atau faedah kupon yang telah ditentukan dan dibayar secara berkala atau sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun.\n\n\nICULS juga mempunyai ciri-ciri yang sama dengan waran seperti mempunyai premium dan tempoh matang. Perbezaannya, penukaran ICULS kepada saham induk adalah wajib. Jika pelabur tidak berbuat demikian, penukaran paksa wajib akan berlaku secara automatik. Kaedah penukaran ICULS terbahagi kepada 2 iaitu:\n\n\n\n\nNisbah penukaran yang telah ditetapkan\n: Contohnya, 5 ICULS bersamaan dengan 1 saham induk seperti yang telah ditetapkan pada tarikh penerbitan.\n\n\nNisbah penukaran 1 kepada 1\n: Untuk penukaran ini, pelabur perlu membayar perbezaan harga mengikut kadar penukaran yang telah ditetapkan (seperti waran)\n\n\n\n\nSaham keutamaan\n\n\nSaham keutamaan ialah pemilikan dalam syarikat yang mempunyai tuntutan aset yang tinggi berbanding saham biasa. Perbezaannya dengan saham induk ialah pemegang saham keutamaan tiada hak mengundi di dalam syarikat.\n\n\nSaham keutamaan ini adalah istimewa dari segi pembayaran dividen dan tuntutan aset, di mana pemegangnya akan diutamakan terlebih dahulu berbanding pemegang saham induk.\n\n\n\n\n\n\nJenis-jenis saham keutamaan\n\n\n\n\n\n\nSaham keutamaan ditentukan mengikut empat aspek seperti berikut:\n\n\n1. \nCumulative\n\n\nSaham keutamaan kumulatif (\ncumulative\n) boleh menuntut dividen tertunggak pada tahun sebelumnya manakala saham keutamaan bukan kumulatif (\nnon-cumulative\n) tidak boleh menuntutnya.\n\n\n2. \nParticipating\n\n\nSaham keutamaan penyertaan (\nparticipating\n) memberi hak kepada pemiliknya untuk memiliki dividen tambahan dari baki keuntungan setelah pembayaran dividen kepada pemegang saham induk telah dibuat. Manakala saham keutamaan bukan penyertaan (\nnon-participating\n) tidak mempunyai hak tersebut.\n\n\n3. \nConvertible\n\n\nSaham keutamaan boleh tukar (\nconvertible\n) boleh ditukarkan kepada saham induk manakala saham keutamaan tidak boleh ditukar (\nnon-convertible\n) tidak boleh ditukar kepada saham induk.\n\n\n4.\n Redeemable\n\n\nSaham keutamaan boleh ditebus (\nredeemable\n) mempunyai kelebihan di mana syarikat akan membayar semula apabila telah mencapai tempoh masa yang ditetapkan pada hari penerbitan. Untuk saham keutamaan yang tidak boleh ditebus (\nnon-redeemable\n), tiada pembayaran yang akan dibuat melainkan berlakunya pembubaran syarikat.\n\n\nAntara saham keutamaan yang biasa didengari di pasaran Bursa Malaysia ialah \nRedeemable Convertible Preference Shares\n (RCPS) dan \nIrredeemable Convertible Preference Shares\n (ICPS).\n\n\nPerbandingan di antara saham induk, ICULS dan ICPS\n\n\n*syarikat ABC digunakan sebagai contoh untuk perbandingan di bawah\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan di antara saham biasa, ICULS dan ICPS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSaham induk\n\n\nICULS\n\n\nICPS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod saham\n\n\nABC\n\n\nABC-LA, -LB, -LC\n\n\nABC-PA, -PB, PC\n\n\n\n\n\n\nHak mengundi\n\n\nAda\n\n\nTiada\n\n\nTiada (melainkan jika berlaku pembubaran syarikat)\n\n\n\n\n\n\nDividen/ faedah kupon\n\n\nAda. Tidak tetap\n\n\nAda\n\n\nAda. Tetap dan diutamakan\n\n\n\n\n\n\nLiquidation\n\n\nAda selepas membayar kepada kreditor, pemegang bon dan saham keutamaan\n\n\nTiada jaminan\n\n\nDiberi keutamaan\n\n\n\n\n\n\nTempoh matang\n\n\nTiada\n\n\nAda\n\n\nAda\n\n\n\n\n\n\nPenukaran ke saham induk\n\n\n-\n\n\nAda (wajib)\n\n\nAda (tidak wajib)\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara untuk memiliki ICULS atau ICPS\n\n\nCara untuk memiliki ICULS dan ICPS adalah sama. Kebiasaannya syarikat akan membuat pengumuman (boleh dilihat di \nCompany Announcement - Bursa Malaysia\n), kemudian pemegang saham syarikat tersebut akan dihubungi melalui surat atau emel. Pelabur juga boleh menghubungi terus kepada \nshare registrar\n syarikat tersebut. Pelabur boleh memilih untuk \nsubscribe\n atau tidak kepada saham yang ditawarkan. Jumlah unit yang ditawarkan adalah berdasarkan jumlah unit pemilikan saham syarikat.\n\n\n\n\n\n\nContoh pengumuman ICULS di laman sesawang Bursa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBerbaloikah untuk mendapatkannya?\n\n\nJika ICULS syarikat tersebut mempunyai premium yang rendah dan saham induk berpotensi untuk bergerak naik, pembelian ICULS adalah dianggap berbaloi. Namun, perlu diingatkan bahawa ICULS adalah berisiko tinggi kerana ianya tidak bercagar.\n\n\nBagi ICPS, risiko pemilikan adalah lebih rendah dan pelabur juga akan menjadi keutamaan dari segi pembahagian dividen dan juga tuntutan aset jika berlaku pembubaran syarikat.\n\n\nBagaimanapun, soal berbaloi atau tidak terletak kepada tahap risiko yang anda sedia hadapi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSaham pinjaman dan saham keutamaan ini mungkin lebih kompleks berbanding saham induk atau waran, terutama sekali kepada pelabur baru. Justeru itu, sebelum membuat apa-apa pelaburan, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu. Pengiraan risiko kerugian juga perlu dibuat supaya risiko kerugian berada pada tahap paling minima.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terbaru-kim-hin-joo", "title": "Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Saham Terbaru Kim Hin Joo", "body": "Baru-baru ini MITI telah mengumumkan tawaran saham Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad. Buat masa ini, Saham Khas Bumiputera boleh dibeli melalui sistem \nsaham online MITI\n bermula 29 April 2019 (Isnin) hingga 6 Mei 2019 (Isnin) 12.00 tengahari.\n\n\nBorang itu kemudian perlu dicetak dan hantarkan selewat-lewatnya pada 13 Mei (Isnin) pukul 4.30 petang.\n\n\nTak pernah dengar Kim Hin Joo?\n\n\nMungkin anda tak pernah dengar syarikat Kim Hin Joo ni. Tapi anda tentu pernah nampak kedai Mothercare yang terletak di kebanyakan shopping mall besar di Malaysia. Kim Hin Joo merupakan pemilik bagi jenama Mothercare di Malaysia.\n\r\n\r\n\ufffc\n\r\n\ufffc\n\n\nMothercare telah pun menjalankan bisnes di Malaysia bermula tahun 1987. Sehingga kini, 16 buah cawangan telah dibuka di seluruh Malaysia dengan sebuah kedai flagship di Suria KLCC.\n\n\nBarangan yang dijual oleh Mothercare terdiri daripada pakaian bayi, kanak-kanak lelaki dan perempuan, pakaian ibu mengandung, aksesori and mainan bayi.\n\n\nSaham Kim Hin Joo\n\n\nBerikut merupakan butiran tentang tawaran saham Kim Hin Joo:\n\n\n\n\nJumlah Saham Khas: 38,000,000 unit\n\n\n Harga par: tiada (RM 0.00)\n\n\n Harga Tawaran (Indikatif) : RM 0.45 seunit\n\n\nAktiviti Utama Syarikat : Kumpulan KHJ terlibat dalam peruncitan dan pengedaran produk bayi, kanak-kanak dan materniti. Pasaran utama Kumpulan KHJ adalah di Malaysia. Kegiatan perniagaan Kumpulan KHJ dikategorikan dan diringkaskan seperti berikut:\r\n\n\n\nPeruncitan produk bayi, kanak-kanak dan materniti melalui kedai Mothercare, ELC SIS, kedai dalam talian Mothercare, saluran jualan dalam talian dan pameran barangan bayi; dan \n\n\nPengedaran produk bayi, kanak-kanak dan materniti kepada peruncit tempatan, serta peruncit dan pengedar luar negara.\n\n\n\n\n\n\nPenyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran ACE- Private Placement\n\n\nBank Penasihat : UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. (194990-K)\n\n\nPegawai Untuk Dihubungi \r\n\n\n\nTan Heng Hooi Tel : 03-2147 1926 Email : henghooi@uobkayhian.com\n\n\nEnelli Abdul Kadir Tel : 03-2147 1927 Email : enellikadir@uobkayhian.com\n\n\nGan Teng Yi Tel : 03-2147 1923 Email : tengyi@uobkayhian.com\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nMITI\n\n\nNota: tarikh tutup \npermohonan\n adalah 6 Mei 2019 pukul 12.00 tengahari, manakala tarikh tutup \npenghantaran borang\n adalah 13 Mei 2019 pukul 4.30 petang.\n\n\nUntuk cara-cara permohonan saham melalui MITI, anda boleh baca post akan datang atau rujuk remisier masing-masing."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-bagi-november-2021", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Bagi November 2021", "body": "Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam \nsector list\n kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nIPO baru tersenarai patuh syariah\n\n\n\n\nAntara IPO yang baru disenaraikan sejak Mei 2021 adalah:\n\n\n\n\nPekat Group Bhd\n\n\nNestcon Bhd\n\n\nCTOS Digital Bhd\n\n\nHaily Group Bhd\n\n\nCEKD Bhd\n\n\nEcomate Holdings Bhd\n\n\n\n\nNestcon\n dan \nHaily\n\u00a0masing-masing berada dalam sektor pembinaan. Ia sebenarnya dah dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Ini termasuk \nCTOS\n yang terlibat dalam perniagaan pelaporan kredit, \nCEKD\n yang berada di dalam industri pembuatan die-cutting mould serta \nEcomate\n iaitu sebuah syarikat pengeluaran dan pengedaran produk perabot sedia untuk dipasang.\n\n\nHanya satu sahaja saham yang tidak dinilai kepatuhan syariahnya sebelum disenaraikan tetapi kini secara rasminya dinilai sebagai patuh syariah, iaitu \nPekat\n. Syarikat ini terlibat dalam \nsektor green technology\n dengan perekaan, pembekalan dan pemasangan solar photovoltaic (PV) serta loji kuasa (kemudahan solar PV).\n\n\nIJM Plantations, Pensonic, NTPM, Tan Chong Motor kini patuh syariah\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAda 33 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antaranya juga ada disebutkan beberapa saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat \nIJM Plantations\n telah memasuki senarai patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam penanaman dan perdagangan kelapa sawit terutamanya di Malaysia dan Indonesia.\n\n\nNTPM\n terlibat dalam pembuatan dan perdagangan kertas dan produk penjagaan diri di dalam dan luar negara. \nPensonic\n\u00a0yang menumpukan kepada pembuatan, pemasangan dan pengedaran produk elektronik dan peralatan rumah elektrik juga kini dinilai patuh syariah. \nTan Chong Motor\n yang terlibat dalam pemasangan, pengedaran dan penjualan kenderaan penumpang dan komersial turut dinilai sebagai patuh syariah.\n\n\nHLT, Rubberex dan Key Asic memasuki senarai tak patuh syariah\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSejumlah 25 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah HLT, Rubberex, Luster, Parlo, AppAsia dan Key Asic. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut \npanduan kami\n untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-mei-2019", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2019", "body": "\n\nSetiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/sc-releases-updated-list-of-shariah-compliant-securities-by-shariah-advisory-council\n \n\n\nSaham Bursa Malaysia Berhad (BURSA) dah patuh syariah\n\n\nBursa Malaysia Berhad\n merupakan syarikat yang pasti dikenali oleh semua pelabur, sebab semua akaun CDS di Malaysia dibuka di bawah Bursa Malaysia Berhad. Setiap transaksi pelabur akan memberi pulangan kepada Bursa Malaysia Berhad. Sekiranya market bertambah rancak dan lebih ramai melabur di Bursa Malaysia, pastinya saham syarikat ini akan dapat merasai kesan positif tersebut.\n\n\nDengan penukaran status syariah, kini pelabur saham syariah boleh mengkaji saham ini dan membeli menggunakan strategi masing-masing.\n\n\nJom melabur syariah\nSelamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, \n\"Live responsibly, invest responsibly, invest shariah\"\n - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-mei-2020", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2020", "body": "\n\nSetiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nSaham BJFOOD dah patuh syariah, boleh la merasa jadi owner Starbucks kat Malaysia\n\n\n\n\nSelama ni bila nak lepas, pergi Starbucks, tak dapat nak jadi owner Starbucks. Sekarang ni, dah boleh sebab \nBJFOOD\n dah patuh syariah. Bisnes retail memang mencabar, lagi-lagi dengan musim Covid-19 ni, kurang orang lepak dan berbisnes di Starbucks, tapi sekarang dah boleh monitor rapat-rapat apa pelan dan perancangan mereka untuk terus menjadi kedai kopi terkemuka di dunia. Selain Starbucks Malaysia, BJFOOD juga memiliki restoran jenama Kenny Rogers di Malaysia.\n\n\n\n\nJom melabur syariah\nSelamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, \n\"Live responsibly, invest responsibly, invest shariah\"\n - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-mei-2021", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2021", "body": "Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nIPO baru tersenarai patuh syariah\n\n\n\n\nAntara IPO yang baru disenaraikan sejak November 2020 adalah:\n\n\n\n\nFlexidynamic Holdings Bhd\n\n\nHPP Holdings Bhd\n\n\nMobilia Holdings Bhd\n\n\nTeladan Setia Group Bhd\n\n\nTuju Setia Group Bhd\n\n\nVolcano Bhd\n\n\n\n\nTuju Setia\n dan \nTeladan Setia\n masing-masing berada dalam sektor pembinaan. Ia sebenarnya dah dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenarai lagi. Saham lain tidak dinilai kepatuhan syariahnya tapi kini secara rasminya dinilai sebagai patuh syariah. \nFlexidynamic\n terlibat dalam khidmat sokongan dalam industri pembuatan dan pengeluaran sarung tangan getah. \nMobilia\n mengeluarkan perabot dan mengeksport ke luar negara. \nHPP\n terlibat dalam pembungkusan produk dan \nVolcano\n menyediakan komponen dan plat jenama untuk barangan.\n\n\nCAB, Eco World International, A-Rank, Karex kini patuh syariah\n\n\n\n\nAda 25 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antaranya juga ada disebutkan beberapa saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat \nA-Rank\n telah memasuki senarai patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam jualan produk aluminum di mana harga komoditi ini pernah menunjukkan kenaikan dalam masa 5 bulan yang lepas.\n\n\nCAB\n terlibat dalam jualan ayam, telur dan produk makanan laut. Kalau dilihat dalam sektor penternakan ayam, saham ini adalah antara yang besar dalam segmen small cap dalam sektor tersebut. \nEco World International\n yang menumpukan pembinaan di UK dan Australia kini dinilai patuh syariah. \nKarex\n yang menyertai senarai patuh syariah ini dikatakan sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia.\n\n\nPoh Huat, MTAG, Khee San memasuki senarai tak patuh syariah\n\n\n\n\nSejumlah 15 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah DGSB, XOX, Khee San, Mtouche, MTAG dan Poh Huat. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut \npanduan kami\n untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-mei-2022", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2022", "body": "Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam \nsector list\n kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nIPO baru tersenarai patuh syariah\n\n\n\n\nAntara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Disember 2021 adalah:\n\n\n\n\nAurelius Technologies Bhd\n\n\nSwift Haulage Bhd\n\n\nCoraza Integrated Technology Bhd\n\n\nSenheng New Retail Bhd\n\n\nSiab Holdings Bhd\n\n\nFarm Fresh Bhd\n\n\nCengild Medical Bhd\n\n\nMN Holdings Bhd\n\n\n\n\nSejak Disember 2021, ada 9 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia, 8 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham tersebut adalah \nAurelius\n, \nSwift\n, \nCoraza\n, \nSenheng\n, \nSiab\n, \nFarm Fresh\n, \nCengild\n dan \nMN Holdings\n.\n\n\nHanya satu sahaja saham yang tidak dinilaikan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan di Bursa, iaitu \nPappajack Bhd\n. Syarikat ini terlibat terutamanya dalam perkhidmatan pajak gadai di Malaysia.\n\n\nTexchem, Poh Huat, MTAG, Guocoland kini patuh syariah\n\n\n\n\nAda 24 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antara saham tersebut ada disebutkan dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat saham syarikat \nTexchem\n yang telah membuat kenaikan yang banyak sepanjang 5 bulan lepas, baru sahaja memasuki senarai saham patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam perdagangan bahan kimia industri dan produk lain.\n\n\nPada Mei 2021, syarikat \nPoh Huat\n dan \nMTAG\n dikelaskan sebagai saham tidak patuh shariah, tetapi kali ini masuk semula dalam senarai saham patuh syariah. Sementara itu, \nGuocoLand\n yang terlibat dalam pelaburan dan pembangunan hartanah, operasi hotel dan resort juga telah dikelaskan sebagai saham patuh syariah. Antara saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah boleh rujuk \ndi sini\n.\n\n\nJFTECH, Revenue, Cheetah memasuki senarai tidak patuh syariah\n\n\n\n\nSejumlah 19 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah JFTECH, Revenue, Cheetah, MAG, Vsolar, Econframe dan\n selebihnya\n. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut \npanduan kami\n untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-nov-2020", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah Nov 2020", "body": "\n\n\n\nSetiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nSOLUTN, IFCAMSC, LSTEEL, CCB dan MPAY dah patuh syariah\n\n\n\n\nAntara saham yang telah bertukar status kepada syariah ialah SOLUTN, IFCAMSC, LSTEEL, CCB dan MPAY. SOLUTN, melalui anak syarikat Solution Biologics Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan CanSino Biologistics Inc daripada China untuk mengedar vaksin koronavirus (Covid-19). Syarikat IFCAMSC pula pernah digelar \"stock of the year\" apabila membuat pecutan 2000% dalam masa 1 tahun daripada petengahan 2014 sehingga pertengahan 2015.\n\n\n\n\nLSTEEL merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan, perdagangan dan penjualan besi di Bursa Malaysia. Saham ni mempunyai skor yang agak baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan \nbesi\n yang lain. Saham CCB pula merupakan pengedar kereta jenama Mercedes Benz, di mana dengan membeli saham ini, bila masuk show house Mercedes, kita boleh rasa semua kereta di situ milik kita. Satu lagi saham yang boleh dikaji ialah MPAY, saham penny stock berharga kurang 20 sen yang terlibat dalam sektor \npayment terminal\n, sektor yang menjadi perhatian ramai atas faktor pertumbuhan masa depan.\n\n\n\n\n\n\nJom melabur syariah\nSelamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, \n\"Live responsibly, invest responsibly, invest shariah\"\n - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-november-2018", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah November 2018", "body": " \nSetiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/data-statistics/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/\n \nKajian saham baru patuh syariah - Formosa Prosonic Industries (FPI)\nSumber: fp-group.com\n \nSaham FPI merupakah saham yang terlibat dalam perniagaan sistem pembesar suara. Saham ini mempunyai fundamental yang konsisten dan baik, dengan FCON ~0.60, kesihatan kewangan yang baik dan ROE diatas 15%. Dari segi teknikal, saham mempunyai momentum yang kuat dengan melepasi pattern \nascending triangle\n (segi tiga menaik) dan juga downtrend line yang terbentuk sejak awal 2018. Saham juga berada di paras entry yang sesuai sekiranya menggunakan strategi \nbuy on dip\n. Target price chart pattern ialah RM2.00 dan kemudiannya RM3.00.\nPenafian / \nDisclaimer\n: Sila buat kajian anda sebelum membeli dan menjual sesuatu saham, dan fahami risiko yang terlibat dalam pelaburan saham.\nJom melabur syariah\nSelamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, \n\"Live responsibly, invest responsibly, invest shariah\"\n - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-november-2019", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah November 2019", "body": "\n\nSetiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council\n \n\n\nSaham Airasia dah patuh syariah\n\n\nSyarikat \nAIRASIA\n ni memang dah tak asing lagi sebagai salah satu syarikat penerbangan digemari ramai dengan penerbangan kos rendah yang ditawarkan. Selama ni, mungkin kita jadi penumpang Air Asia je, tapi sekarang ni dah boleh jadi penumpang saham Air Asia.\n\n\n \n \n \n \n \n \n \n \n View this post on Instagram\n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \nOn the air ke Kuantan untuk 3 sesi khas Sabtu dan Ahad ni. #airasia\n \nA post shared by \n iSaham\n (@isaham.my) on \nNov 22, 2018 at 8:52pm PST\n \n\n\nSaham Air Asia dari segi \nlong term\n agak mendatar, mungkin ambil penumpang dulu, tapi boleh kaji potensi saham ni untuk fly pada masa akan datang seiring dengan slogan \"Now everyone can fly\". Dengan penukaran status syariah, kini pelabur saham syariah boleh menilai saham ini dan membeli menggunakan strategi masing-masing.\n\n\nJom melabur syariah\nSelamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, \n\"Live responsibly, invest responsibly, invest shariah\"\n - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-terkini-patuh-syariah-november-2022", "title": "Saham Terkini Patuh Syariah November 2022", "body": "Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.\n\n\nUntuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam \nsector list\n kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndiklasifikasikan\n sebagai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-shariah\n\n\nSenarai penuh saham yang baru \ndikeluarkan\n daripada senarai patuh syariah: \nhttp://www.isaham.my/sector/new-non-shariah\n\n\nRujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: \nhttps://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology\n\n\nGaris panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: \nhttps://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah\n\n\nIPO baru tersenarai patuh syariah\n\n\n\n\nAntara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Jun 2022 adalah:\n\n\n\n\nAgmo Holdings Bhd\n\n\nBetamek Bhd\n\n\nCnergenz Bhd\n\n\nCosmos Technology International Bhd\n\n\nEcoscience International Bhd\n\n\nOrgabio Holdings Bhd\n\n\nPT Resources Holdings Bhd\n\n\nSFP Tech Holdings Bhd\n\n\nSeng Fong Holdings Bhd\n\n\nSNS Network Technology Bhd\n\n\nSunview Group Bhd\n\n\nUMediC Group Bhd\n\n\nUnique Fire Holdings Bhd\n\n\nYew Lee Pacific Group Bhd\n\n\nYX Precious Metals Bhd\n\n\nLGMS Bhd\n\n\n\n\nSejak Mei 2022, ada 20 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia, 16 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham tersebut adalah \nBETA\n, \nCNERGEN\n, \nLGMS\n, \nSENFONG\n, \nSFPTECH\n, \nSNS\n, \nSUNVIEW\n, \nUNIQUE\n, dan \nYEWLEE\n.\n\n\nAda beberapa saham yang tidak dinilaikan sebagai patuh syariah atau tidak mempunyai apa-apa status syariah sebelum disenaraikan di Bursa, iaitu \nAGMO\n, \nCOSMOS\n, \nORGABIO\n, \nUMC\n dan \nYXPM\n.\n\n\nMBSB, Rubberex, Tomei kini patuh syariah\n\n\n\n\nAda 57 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antara saham tersebut ada disebutkan dalam pasaran LEAP. Selain itu, dua anak syarikat saham \nHEXTAR\n, iaitu \nHEXCARE\n dan \nHEXTECH\n kini telah menjadi patuh syariah.\n\n\nPada Mei 2022, syarikat \nJFTECH\n\u00a0dikelaskan sebagai saham tidak patuh shariah, tetapi kali ini masuk semula dalam senarai saham patuh syariah. Sementara itu, syarikat \nTOMEI\n yang terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan peruncitan barang kemas juga telah dikelaskan sebagai saham patuh syariah. Antara saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah boleh rujuk \ndi sini\n.\n\n\nASB, IOI Properties, Tan Chong Motor memasuki senarai tidak patuh syariah\n\n\n\n\nSejumlah 16 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah \nIOIPG\n, \nOPENSYS\n, \nBSTEAD\n, \nASB\n dan\n selebihnya\n. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut \npanduan kami\n untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-yang-berkaitan-dengan-e-dompet", "title": "Saham yang Berkaitan Dengan e-Dompet", "body": "E-Dompet atau E-wallet adalah satu teknologi kewangan baru yang boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran. Teknologi ini semakin mendapat tempat kerana ianya mudah dan selamat digunakan. Di Malaysia, kita ada banyak pemain e-wallet, dan masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri.\n\n\n3 Syarikat Terbesar\n\n\nTiga pemain utama penggunaan e-wallet di Malaysia adalah Touch 'n Go, Boost dan Grab. Ketiga-tiga syarikat ini dilantik sebagai vendor untuk pengagihan e-tunai rakyat yang diumumkan dalam bajet 2020 Oktober lalu.\n\n\n1. Touch 'n Go eWallet\n\n\n\n\nTouch 'n Go (TnG) ni rakyat Malaysia dah tentu kenal. Dia dah ada sejak tahun 1997 lagi sebagai pengutip bayaran tol secara elektronik. Namun, TnG yang kita kenal ini cuma mulakan operasi eWallet melalui Touch 'n Go Digital Sdn Bhd ini pada tahun 2018.\n\n\nPenggunaan TnG eWallet ini yang paling dikenali adalah pada RFID dan PayDirect yang membolehkan anda membayar tol. Maka boleh dikatakan eWallet ini agak sustainable kerana semua pengguna di Malaysia ini bayar tol. Selain tol, eWallet ini juga boleh digunakan untuk pembayaran di kedai, bayar bil, parking dan sebagainya.\n\n\n\n\nPemilik:\n\n\nCIMB Group Holdings Berhad\n\n\nJumlah Pengguna:\n\n\n6.5 juta*\n\n\nJumlah Penjual:\n\n\n110 ribu*\n\n\n\n\n*Sumber: The Star, Jan 2020\n\n\n2. Boost\n\n\n\n\nBoost adalah sebuah syarikat yang agak baru di bawah kumpulan Axiata Group Berhad. Namun, Boost dilihat mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia dengan pengguna yang ramai, didorong oleh promosi, peraduan dan program ganjaran yang berkesan. Antara penggunaan Boost adalah pembayaran bil, bayaran di kedai, bayaran online, restoran dan sebagainya.\n\n\n\n\nPemilik:\n\n\nAxiata Group Berhad\n\n\nJumlah Pengguna:\n\n\n5.1 juta**\n\n\nJumlah Penjual:\n\n\n135 ribu**\n\n\n\n\n**Sumber: NST, Jan 2020\n\n\n3. Grab\n\n\n\n\nGrabPay adalah salah satu ciri dalam aplikasi Grab yang boleh digunakan sebagai pembayaran. Dalam Grab sendiri, ada beberapa rangkaian perkhidmatan untuk pengangkutan, makanan, penghantaran, pembelian barangan runcit dan sebagainya.\n\n\n\n\nPemilik:\n\n\nAnthony Tan (ahli keluarga dari \nTan Chong Motor Holdings Berhad\n)\n\n\nJumlah Pengguna:\n\n\nTiada maklumat\n\n\nJumlah Penjual:\n\n\nTiada maklumat\n\n\n\n\nSyarikat lain\n\n\nSetel\n\n\n\n\nPemilik: \nPetronas Dagangan Berhad\n\n\nSelain tol, minyak juga merupakan salah satu keperluan kepada pengguna jalan raya. Setel adalah satu e-wallet yang membolehkan pembelian minyak petrol di stesen minyak Petronas. Dengan menggunakan Setel, anda tak perlu pergi ke kaunter atau swipe kad kredit di pam minyak dan kad mesra. Semuanya boleh 'setel' dari aplikasi Setel. Kelemahan aplikasi ini ialah ketiadaan penggunaan selain untuk membeli minyak.\n\n\nBigPay\n\n\n\n\nPemilik: \nAirAsia Group Berhad\n\n\nPendaftaran BigPay akan disekalikan dengan kad prabayar yang menggunakan kaedah pembayaran MasterCard. Kelebihan BigPay ini adalah kesesuaian penggunaan merentasi negara kerana pengeluaran wang melalui BigPay ini lebih murah daripada pertukaran matawang. Anda juga boleh semak penggunaan anda melalui aplikasi BigPay. Ganjaran BigPay boleh didapati dalam bentuk BIG Point yang boleh ditebus untuk penerbangan tiket AirAsia.\n\n\nAEON Wallet\n\n\n\n\nPemilik: \nAEON Credit Service (M) Berhad\n\n\nKalau anda selalu shopping di AEON, mungkin AEON Wallet ni sesuai untuk anda. Tak banyak kelebihan yang boleh didapati dari e-wallet ini untuk penggunaan yang meluas. Ianya lebih kepada mengumpul mata ganjaran apabila membeli belah di kedai-kedai AEON.\n\n\nInfrastruktur\n\n\nSyarikat e-wallet ini kebanyakannya menggunakan perkhidmatan dari pihak ketiga untuk membina infrastruktur e-wallet pada aplikasi mereka. Selain itu, syarikat ini juga ada yang menawarkan terminal penerimaan bayaran yang dibuat melalui kad bank atau e-wallet.\n\n\n\n\nRevenue\n\n\nGHLSYS\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/saham-yang-paling-untung-di-bulan-ramadan", "title": "Saham yang Paling Untung di Bulan Ramadan", "body": "\n\nRamadan tiba, ramadan tiba, ramadan tiba.\n\n\nBegitulah lagu yang kita biasa dengar bila dah masuk bulan berpuasa ni. Tahun ni, puasa kita tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Anda pun tahu sebab apa. Sebabnya tahun ni kita tak ada bazar! Maklumlah dengan masalah wabak Covid-19 yang masih belum selesai ni, kita memang tak digalakkan keluar untuk memelihara kesihatan.\n\n\nBulan puasa ni dah sinonim dengan bulan untuk kita merebut amal kebaikan. Sebabnya pahala kita semuanya digandakan sebanyak 10 hingga 700 kali ganda.\n\n\nDicatatkan dalam hadis, dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:\n\n\n\n\n\u201cSetiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipat gandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda.\u201d\n\n\n[HR. Bukhari - 1904, 5927 dan Muslim - 1151]\n\n\n\n\nAnda yang melabur saham ni dah tentunya faham kalau saham 10 sen harganya naik menjadi RM 70. Memang sangat-sangat untung. Kebaikan yang berlipat ganda ni pula kita dapat bawa ke akhirat. Inilah dia jawapan kepada tajuk di atas tadi. Saham yang beruntung kita boleh laburkan adalah saham akhirat, dan modalnya cumalah kebaikan. Untungnya berkekalan di akhirat nanti.\n\n\nKonsep saham dalam amalan\n\n\nKonsep perbelanjaan harta untuk kebaikan mempunyai gambaran hebat yang diterangkan dalam Al-Quran. Firman Allah:\n\n\n\n\n\u201cBandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.\u201d\n\n\nSurah al-baqarah: 261\n\n\n\n\n\n\nDari ayat ini, kita dapat lihat betapa luasnya pahala kebaikan yang kita boleh dapat dengan membelanjakan harta ke jalan Allah. Istilah \u201cmembelanjakan harta ke jalan Allah\u201d boleh merujuk kepada apa-apa belanja yang mematuhi syariah dan bertujuan untuk mencari keredhaan dari-Nya.\n\n\nPerbelanjaan ini termasuklah untuk keperluan diri, keluarga, kerabat, atau masyarakat umum. Semua ini akan dibalas berlipat ganda seperti ayat tadi. Maka sebenarnya sangatlah senang untuk kita dapatkan kebaikan yang telah dijanjikan ini.\n\n\nHidup ini hanya sementara\n\n\nManusia tak hidup lama. Kalau di Malaysia, purata jangka hayat kita adalah sehingga 75 tahun. Kalau dibandingkan dengan umur sekarang, mungkin ada di antara kita dah melangkau 1/3 daripada hayat ini. Ada juga yang mungkin melangkaui 1/2 atau 2/3 hayat ini. Namun sebenarnya kita tak tahu di mana hayat kita. Maka apa yang terbaik untuk kita adalah kumpul kebaikan ini sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat nanti.\n\n\n\n\nAda beberapa perkara yang kita boleh buat untuk menyambungkan amalan kita apabila kita meninggalkan dunia ini. Antaranya telahpun dirakam dalam hadis yang bermaksud:\n\n\n\n\n\u201cApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.\u201d\n\n\n[Riwayat Muslim - 1631, al-Nasa\u2019i -3651, al-Tirmizi - 1376 dan Abu Daud - 2880]\n\n\n\n\nMaka dari sini ada tiga perkara yang boleh menyambung amalan kita di dunia ini:\n\n\n\n\nSedekah jariah\n\n\nIlmu yang boleh dimanfaatkan\n\n\nDoa anak yang soleh\n\n\n\n\nKita akan tumpukan kepada perkara pertama dan kedua yang boleh diamalkan oleh sesiapa pun sama ada yang sudah berkahwin, bujang atau yang berumur. Ingatlah bahawa dalam rezeki yang kita dapat, di situ ada rezeki orang lain juga.\n\n\nContohnya nasi yang kita makan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Di situ ada bahagian petani yang menanam dan menuai padi. Maka ringankan tangan dan poket kita untuk memberikan kepada yang lain.\n\n\nDi iSaham, kami ada sebuah \nsenarai organisasi yang mengamalkan kebajikan\n. Kalau anda pergi ke laman ni, anda boleh pilih organisasi kesukaan anda. Kami akan sumbangkan sebahagian daripada keuntungan kami kepada organisasi ini secara berkala. Mudah-mudahan dengan sumbangan ini, anda pun dapat sebahagian daripada kebaikan tersebut.\n\n\n\n\nBila umur semakin meningkat, ilmu kita pun semakin bertambah. Ilmu yang kita ada itu boleh diturunkan kepada yang lain agar manfaatnya jadi berterusan. Dengan ilmu, hidup seseorang boleh berubah. Kita tak dapat jangka sehebat mana perkara yang boleh dimanfaatkan dengan ilmu. Maka ianya suatu perkara yang mulia untuk diamalkan dan disampaikan.\n\n\nKesimpulan\n\n\nAkhir sekali, dalam tekunnya kita melabur untuk menambah pendapatan, jangan kita lupa adanya saudara kita di luar sana yang mungkin malam ni tak ada makanan untuk berbuka. Di bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama membantu mereka yang hidupnya susah. Semoga dengan amal kebaikan kita, saham kebaikan kita dapat disambungkan di akhirat nanti."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/salah-laku-dalam-pasaran-mengikut-akta-671", "title": "Salah Laku dalam Pasaran Mengikut Akta 671", "body": "Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan semestinya mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, jika kita hendak memandu di jalan raya, kita haruslah mengikut peraturan lalu-lintas seperti memandu mengikut had laju yang ditetapkan, tidak melanggar lampu isyarat, dan memakai tali pinggang keledar.\n\n\n\n\n\n\nAntara peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi.\n\n\n\n\n\n\nPasaran saham Bursa Malaysia juga mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk para pelabur. Setiap peraturan yang ditetapkan adalah untuk mengelakkan pasaran menjadi huru-hara, dimanipulasi atau berat kepada pihak-pihak berkepentingan sahaja.\n\n\nBadan yang bertanggungjawab\n\n\nDi Bursa Malaysia, industri sekuriti dikawal selia oleh \nAkta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)\n\u00a0iaitu Akta 671, sebuah akta yang menggabungkan \nAkta Perindustrian Sekuriti 1983\n dan \nAkta Perindustrian Niaga Hadapan 1993\n. Tujuan akta CMSA dikeluarkan adalah untuk mengawal selia hal berkaitan aktiviti, pasaran dan pengantara dalam pasaran modal.\n\n\nSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)\n, adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah \nAkta Suruhanjaya Sekuriti 1993\n. Mereka bertanggungjawab untuk mentadbir CMSA. Antara fungsi SC adalah mengawal selia hal berkaitan sekuriti dan derivatif, memastikan undang-undang berkenaan sekuriti serta menguruskan hal ehwal berkaitan seperti pemberian lesen dan memberi kebenaran kepada individu-individu tertentu.\n\n\nSecara ringkasnya, SC bertanggungjawab untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pasaran modal, memastikan pertumbuhan dan pembangunan pasaran, menyelia aktiviti pasaran modal dan institusi pasaran, rumah penjelasan dan pengendali pasaran berdaftar, dan mengawal selia semua entiti dan individu yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. SC juga perlu melapor kepada Menteri Kewangan.\n\n\nSalah laku dalam pasaran berdasarkan CMSA\n\n\nAkta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 digubal untuk mengawal selia perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti, pasaran dan pengantara dalam pasaran modal.\n\n\nAntara peraturan berkaitan dagangan yang sering kita dengari adalah seperti berikut:\n\n\n1. Seksyen 175 CMSA - Dagangan Palsu/ Penipuan Pasaran\n\n\nDagangan palsu atau \nfalse trading\n berlaku apabila harga dimanipulasi dan seterusnya memberi maklumat yang mengelirukan pasaran. Pasaran kemudiannya akan dicemari oleh perubahan yang tidak menentu kerana nilai sebenar pasaran dikaburkan oleh maklumat yang salah.\n\n\nPerkara ini terjadi apabila terdapat transaksi berpadanan di mana pembeli dan penjual adalah sama. Hal ini berlaku apabila individu tertentu membuat dagangan dengan diri sendiri menggunakan akaun\u00a0Sistem Pendepositan Berpusat (CDS) menggunakan broker yang berlainan atau melakukan transaksi di dalam kumpulan tertentu. Dalam erti kata lain, telah berlakunya pertukaran tangan, tetapi tiada pertukaran pemilikan.\n\n\nSituasi ini juga dinamakan \nNo Change in Beneficial Owner\n (NCBO), iaitu sejenis transaksi yang dilarang sama sekali.\n\n\n2. Seksyen 176 CMSA - Manipulasi Pasaran Saham\n\n\nManipulasi pasaran saham ialah suatu tindakan yang boleh menggerakkan harga sekuriti bagi sesuatu syarikat. Tindakan ini dilakukan untuk mempengaruhi orang ramai untuk membeli atau menjual sekuriti syarikat tersebut.\n\n\nAntara contoh manipulasi pasaran saham adalah '\npump and dump\n', dan kebiasaannya dilakukan terhadap syarikat-syarikat kecil yang mudah dimanipulasi.\n\n\n\n\n\n\nContoh carta pump and dump\n\n\n\n\n\n\n3. Seksyen 188 CMSA - Dagangan Dalaman\n\n\nDagangan dalaman ataupun \ninsider trading\n adalah apabila seseorang yang mempunyai maklumat sulit yang boleh mempengaruhi harga sekuriti sesuatu syarikat, membeli atau menjual sekuriti syarikat tersebut.\n\n\nDagangan dalaman adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia akan memberi kelebihan terhadap pihak tertentu sahaja. Justeru, menyebabkan ketidakadilan dalam pasaran.\n\n\nHukuman terhadap salah laku dalam pasaran\n\n\nMenurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, bagi kesalahan mengikut seksyen 175 dan 176\u00a0pelaku akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada 1 juta ringgit.\n\n\nManakala bagi kesalahan mengikut seksyen 188,\u00a0jika disabitkan, pelaku juga akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada 1 juta ringgit.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPeraturan dicipta sebagai satu garisan yang perlu dipatuhi demi memastikan sesuatu perkara lebih teratur dan tidak berpihak kepada individu atau organisasi tertentu. Oleh itu, jika kita ingin memasuki pasaran, kita seharusnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.\n\n\nElakkan membuat perkara yang menyalahi undang-undang jika anda tidak boleh menanggung akibatnya. Jangan nanti apabila\u00a0sudah terhantuk, baru\u00a0tengadah.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/samaiden-ingin-bergerak-lebih-agresif-dengan-dana-ipo", "title": "Samaiden Ingin Bergerak Lebih Agresif dengan Dana IPO", "body": "\n\n \nGambar: \nSamaiden\n\n\nIPO untuk Samaiden Group Berhad (SAGB) telah dibuka sebelum ini untuk permohonan melalui MITI. Permohonan IPO ini kini dibuka dengan butiran di bawah:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka:\n\n\n28 September 2020, 10.00 pagi\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n5 Oktober 2020, 5.00 petang\n\n\nCabutan saham:\n\n\n7 Oktober 2020\n\n\nAgihan saham:\n\n\n13 Oktober 2020\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n15 Oktober 2020\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.48\n\n\nPasaran penyenaraian:\n\n\nACE\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDisahkan oleh SAC\n\n\nNisbah PE:\n\n\n13.91 (apabila tersenarai)\n\n\nMarket Cap:\n\n\nRM 100.8 juta\n\n\n\n\nSatu perkara yang anda perlu cakna ialah harga saham dinaikkan dari RM 0.45 semasa dibuka melalui MITI ke RM 0.48 untuk IPO. Ia boleh bermaksud pihak pengurusan yakin pada kekuatan syarikat dan harga yang diletakkan.\n\n\nSyarikat Pemasangan Sistem Solar PV\n\n\nKumpulan syarikat Samaiden terbahagi kepada SAGB iaitu pemegang pelaburan dan operasi melalui tiga syarikat dibawahnya, Samaiden, Samaiden Consultancy dan SC Green. SC Green adalah anggota baru di antara syarikat operasi ini yang dibeli dengan milikan 60%.\n\n\n\n\nModel bisnes syarikat adalah dengan menyediakan khidmat EPCC iaitu kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan untuk projek sistem solar PV dan loji janakuasa. Dalam masa akan datang, SAGB juga akan turut memiliki dan mengendali fasiliti Renewable Energy (RE). Mereka juga akan meluaskan tapak operasi ke Vietnam dengan lebih agresif dengan dana IPO ini.\n\n\nKesan operasi dari Covid-19\n\n\nApabila PKP fasa pertama berjalan bermula 18 Mac 2020, aktiviti di tapak projek telah diberhentikan dalam anggaran sebulan. Pun begitu, PKP tak menjejaskan perniagaan dari segi operasi dan prestasi kewangan. Setakat perkembangan terkini, badan pengarah \ntidak\n maklum apa-apa berita berkenaan:\n\n\n\n\nhasrat pelanggan untuk menangguh atau menggantung projek berjalan\n\n\nkesukaran pembekal untuk menghantar bahan pembinaan seperti yang telah dijadualkan\n\n\nkekurangan tenaga kerja di bahagian syarikat atau subkontraktor\n\n\nkelewatan atau penggantungan projek mengikut jadual projek yang berjalan\n\n\n\n\nApa yang kita boleh katakan di sini ialah, Samaiden tidak menerima impak yang serius terhadap aktiviti dan operasi mereka setakat laporan terkini.\n\n\nPeristiwa penting dan pencapaian syarikat\n\n\n\n\n2013\n\n\nPenubuhan Samaiden yang menjalankan projek EPCC untuk sistem solar PV dengan kapasiti 6 kWp dan 12 kWp di bangunan perumahan dan komersial\n\n\n2014\n\n\nSamaiden berdaftar dengan SEDA sebagai penyedia perkhidmatan, dan memperoleh sebuah projek EPCC untuk tiga sekolah kerajaan\n\n\n2015\n\n\nPeroleh projek EPCC untuk solar PV berkapasiti 425 kWp di bangunan Plaza Metro Kajang dan memenangi ASEAN Energy Award untuk projek ini\n\n\n\n\n2017\n\n\nPeroleh hak untuk menggunakan tanda \"MyHIJAU\" dari Malaysian Green Technology Corporation dan memperoleh projek berskala utiliti di bawah program LSS1 berkapasiti 23.70 MWp di Seberang Perai\n\n\n2018\n\n\nPeroleh dua projek EPCC di bawah program LSS2\r\n\t\n\n\n6.80 MWp solar PV di Mersing, Johor bernilai RM 25.29 juta\n\n\n13.50 MWp solar PV di Kluang, Johor bernilai RM 49.90 juta\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\nBerdaftar sebagai Kontraktor Elektrik Kelas D dengan Suruhanjaya Tenaga, pertubuhan Samaiden Consultancy dan SC Green\n\n\n\n\nPrestasi Kewangan Samaiden\n\n\nPrestasi kewangan Samaiden menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dalam tempoh yang pendek. Kita dapat lihat kenaikan pendapatan setiap tahun. Pendapatan sebanyak RM 6.53 juta pada tahun 2017 telah meningkat secara mendadak ke angka RM 76.17 juta pada tahun berakhir 2020. Dari segi keuntungan pula, kita dapat lihat kenaikan dari RM 1.36 juta pada tahun 2017 ke RM 7.23 juta pada 2020.\n\n\n\n\nSebahagian besar pendapatan Samaiden datangnya daripada perkhidmatan EPCC untuk projek solar. Setakat laporan terbaru, bahagian ini menyumbang sebanyak RM 68.55 juta yang merangkumi 90% daripada pendapatan syarikat.\n\n\nAnalisis Bisnes\n\n\nPengenalan\n\n\nSamaiden menjalankan perniagaan yang melibatkan perkhidmatan EPCC untuk industri sistem solar PV dan loji janakuasa tenaga di Malaysia. Dalam industri ini, aktiviti yang terlibat ialah perangkaan dan reka bina, EPCC, Operasi dan Penyelenggaraan dan penutupan atau pembaharuan. Namun, industri solar PV di Malaysia belum cukup matang untuk meliputi penutupan atau pembaharuan, dan aktiviti ini juga tidak ditawarkan oleh Samaiden.\n\n\n\n\nSumber Tenaga Elektrik di Malaysia\n\n\nSebahagian besar sumber tenaga di Malaysia datang daripada arang batu dan gas asli, diikuti dengan hidroelektrik. Dari data 2017, jumlah ketiga-tiga sumber ini dicatatkan pada 98.1% sumber tenaga di Malaysia, manakala tenaga bersumberkan solar berjumlah 330 GWh menyumbangkan 0.2% daripada keseluruhan.\n\n\nDari tahun 2015 ke 2019, kapasiti solar PV yang dipasang telah meningkat dengan CAGR sebanyak 29.6% pada peringkat global. Peningkatan kapasiti solar PV di Malaysia pula adalah lebih tinggi di mana ia telah meningkat dari 0.22 GW ke 1.13 GW, iaitu peningkatan CAGR sebanyak 50.3%. Jumlah ini masih dikira rendah berbanding Jepun yang dicatatkan pada 63.0 GW.\n\n\nUsaha kerajaan untuk Tenaga boleh baharu\n\n\nKerajaan kini sedang giat untuk menambah sumber tenaga yang boleh baharu untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara. Antara inisiatif yang telah dibuat ialah pelbagai program solar untuk perumahan, pemaju dan kerajaan. Di antara program yang ditawarkan ini, Samaiden lebih banyak terlibat dengan FiT, NEM dan LSS.\n\n\nKerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insentif cukai untuk perkukuhkan kemajuan teknologi hijau, antaranya:\n\n\n\n\nGreen Investment Tax Allowance\n\n\nGreen Income Tax Exemption\n\n\nSolar Leasing Tax Exemption\n\n\nGreen Technology Financing Scheme\n\n\n\n\nDengan inisiatif pengecualian cukai ini, ia dapat menggalakkan syarikat atau individu untuk memasang sistem solar. Secara langsungnya, inisiatif ini dapat menggalakkan perkembangan industri solar PV ini.\n\n\nIndustri Solar PV\n\n\nPemasangan fasiliti solar PV boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu luar grid, on-grid berkeliling dan on-grid berpusat. Fasiliti luar grid bermaksud ia tidak dihubungkan dengan grid tenaga. On-grid bermaksud ia berhubung dengan grid tenaga, dan ia terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama ialah berkeliling (dari istilah distributed) yang biasanya adalah sistem skala kecil yang diletakkan di atas bumbung bangunan persendirian. Kedua pula ialah berpusat (dari istilah centralised) yang berskala utiliti atau pusat penjanaan tenaga seperti LSS.\n\n\n\n\nPada tahun 2018, program LSS yang dijalankan telah meningkatkan kapasiti solar PV on-grid berpusat sebanyak 349.2%. Fasiliti on-grid berkeliling pula meningkat sebanyak 31.5%.\n\n\nIndustri Solar PV di Vietnam\n\n\nDi masa akan datang, Samaiden berhasrat untuk kembangkan perniagaan mereka ke Vietnam. Vietnam mempunyai keluasan yang lebih besar dari Malaysia, dan kapasiti solar PV yang dipasang adalah sebanyak 5 GW pada tahun 2019. CAGR untuk kapasiti solar PV yang dipasang dianggarkan pada 10.8% dari tahun 2019 ke 2050.\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nKita boleh lihat aktiviti yang dijalankan oleh Samaiden sangat mirip dengan Solarvest yang telah mencapai IPO tahun lepas. Oleh itu, secara langsungnya Solarvest merupakan pesaing kepada Samaiden. Senarai penuh pesaing Samaiden adalah seperti di bawah berdasarkan syarikat tersenarai awam atau pegangannya yang berdaftar dengan SEDA dengan pendapatan melebihi RM 20 juta.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNama Syarikat\n\n\nTahun berakhir kewangan\n\n\nPendapatan (RM)\n\n\nUntung Bersih (RM)\n\n\nMargin untung bersih (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nScatec Solar Solutions Malaysia Sdn Bhd\n\n\nDis 19\n\n\n272.4\n\n\n99.8\n\n\n36.6\n\n\n\n\n\n\nSolarvest Holdings Berhad\n\n\nMar 20\n\n\n253.4\n\n\n15.67\n\n\n6.2\n\n\n\n\n\n\nSamaiden Group\n\n\nJun 20\n\n\n76.2\n\n\n7.2\n\n\n9.5\n\n\n\n\n\n\nPanasonic Life Solutions Malaysia Sdn Bhd\n\n\nMar 19\n\n\n63.1\n\n\n1.3\n\n\n2.1\n\n\n\n\n\n\nEI Power Technologies Sdn Bhd\n\n\nDis 19\n\n\n26.6\n\n\n1.7\n\n\n6.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeseluruhan pasaran malaysia untuk solar PV yang berhubung dengan grid dinilai pada RM 1,684.8 juta. Bahagian pasaran Samaiden ialah sebanyak RM 74.7 juta iaitu anggaran sebanyak 4% daripada jumlah pasaran solar PV di Malaysia.\n\n\nPenggunaan Dana IPO\n\n\nSamaiden akan mengumpul dana sejumlah RM 29.35 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Dana\n\n\nNilai (RM juta)\n\n\nBahagian dana\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian pejabat korporat\n\n\n7.00\n\n\n23.85%\n\n\n\n\n\n\nPengembangan perniagaan dan aktiviti pemasaran\n\n\n2.54\n\n\n8.65%\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal\n\n\n1.17\n\n\n3.98%\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n15.45\n\n\n52.62%\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan IPO\n\n\n3.20\n\n\n10.90%\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebahagian besar dana IPO akan digunakan sebagai modal kerja. Bahagian ini merangkumi perbelanjaan untuk bon tender dan bon prestasi untuk projek EPCC. Selain itu, ia juga akan digunakan untuk bahan pemasangan dan binaan, modal kerja umum dan perbelanjaan latihan dan kemajuan. Penggunaan kedua tertinggi adalah untuk kerja renovasi dan pembelian pejabat di Selangor.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSkor iSaham: 4/4\n\n\nKami berikan markah penuh untuk Samaiden. Teknologi hijau adalah satu teknologi yang semakin diambil berat di dunia dan turut dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia. Masih banyak pertumbuhan ke hadapan untuk industri ini, sama ada dalam negara atau luar negara. Dari segi fundamental pula, rekod kewangan Samaiden menunjukkan prestasi yang bagus. Samaiden juga diterajui oleh pengarah operasi yang berpengalaman.\n\n\nCara Membeli\n\n\nIPO Samaiden Group Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.\n\n\nTutorial membeli IPO dengan Maybank (video)\n\n\nTutorial membeli IPO dengan CIMB Clicks (video)\n\n\nCara membeli IPO dengan Maybank (blog)\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sebab-pembelian-saham-tak-berjaya", "title": "Sebab-sebab Pembelian Saham Tak Berjaya", "body": "Persoalan kepada pembelian saham yang tak berjaya ini adakalanya mudah sahaja. Namun, ada juga hal-hal teknikal yang boleh menyebabkan pembelian saham anda tak berjaya dilaksanakan.\n\n\n1. Pesanan belum terpadan\n\n\nKadang-kadang kita tanya dalam group \"Saya dah jual dah, tapi kenapa tak berjaya?\". Tapi rupa-rupanya kita terlepas pandang perkara paling basic. Status pada Order Status perlulah dikemas kini kepada \"All Matched\". Barulah bermaksud pesanan belian anda berjaya dilakukan.\n\n\n2. Beli saham tak syariah\n\n\nSebenarnya, apabila anda buka akaun syariah, broker anda akan menetapkan halangan untuk pembelian saham tak syariah. Senarai saham patuh syariah dikemaskini oleh Suruhanjaya Sekuriti pada setiap penghujung Mei dan November.\n\n\nMungkin anda menyangka bahawa saham yang ingin dibeli masih syariah, tetapi telah bertukar status selepas \nsenarai baru dikeluarkan\n. Ini adalah punca yang agak biasa yang berlaku. Untuk mengenali saham yang patuh syariah, boleh lihat jadual di bawah untuk penanda syariah pada platform iSaham dan M+ Online.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPlatform\n\n\nPenanda\n\n\nContoh\n\n\nMaksud\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\niSaham\n\n\n[NS]\n\n\nPENTA [NS]\n\n\nTak patuh syariah\n\n\n\n\n\n\niSaham\n\n\nTiada\n\n\nGREATEC\n\n\nPatuh syariah\n\n\n\n\n\n\nM+ Online\n\n\nTiada\n\n\nPENTA\n\n\nTak patuh syariah\n\n\n\n\n\n\nM+ Online\n\n\no\n\n\nGREATEC\no\n\n\nPatuh syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Nilai belian lebih tinggi dari trading limit\n\n\nPengguna M+ Online di bawah kami kebiasaannya menggunakan akaun jenis cash upfront. Akaun jenis ini hanya membolehkan anda berdagang mengikut seberapa banyak wang yang anda masukkan ke dalam akaun CDS. Dalam bahasa mudah, ia berfungsi seperti prepaid - topup dulu, baru guna. Nilai dana yang boleh didagang ini akan tercermin pada Trading Limit dalam account summary anda.\n\n\n\n\nSekiranya anda membeli lebih daripada duit di dalam akaun anda, platform dagangan akan mengeluarkan notis ralat (error). Jadi, anda perlu pastikan pembeli anda dibuat mengikut dana yang cukup dalam trading limit. Kalau tak cukup baki, perkara yang anda boleh buat adalah sama ada tambah wang ke dalam akaun atau kurangkan nilai belian.\n\n\n4. Beli pada waktu rehat\n\n\n\n\nWaktu rehat Bursa: 12.30 tghari - 2.30 petang\n\n\n\"Masa kita tengah makan, ada pula orang beli saham\". Itulah yang mungkin difikirkan oleh pekerja-pekerja di Bursa Malaysia yang sedang merarau (makan tengah hari). Kalau anda beli di waktu rehat, pesanan anda sebenarnya bukanlah gagal, namun ia akan diatur ke dalam barisan. Maksudnya, apabila pasaran bersambung selepas rehat, barulah apa-apa pesanan boleh dipadankan. Sama ada padan atau tidak, ia bergantung kepada harga pesanan anda.\n\n\nBaca: \nBagaimana pesanan saham dipadankan\n\n\n5. Beli ketika Pre-Closing\n\n\nWaktu Pre-Closing: 4.45 - 4.50 petang\n\n\nAda satu waktu dalam sesi kedua Bursa (sesi petang) di mana pasaran akan berehat selama 5 minit. Dalam waktu ini, pasaran akan mencari dan menentukan pada harga apa pasaran akan ditutup. Tiada pesanan yang akan terpadan dalam tempoh 5 minit ini. Ianya hanya boleh terpadan bergantung kepada harga pesanan anda apabila pasaran disambung untuk 10 minit terakhir nanti.\n\n\n6. Beli selain harga tutup pada fasa Trading at Last\n\n\n\n\nWaktu Trading at Last: 4.50 - 5.00 petang\n\n\nKes ini pula boleh berlaku pada waktu petang pada 10 minit terakhir waktu pasaran Bursa. Dalam 10 minit terakhir ini, hanya satu harga akhir yang akan terpadan apabila ditentukan pada fasa (4) tadi. Jika pesanan yang anda letakkan pada fasa (4) tadi tidak berjaya, anda perlu letakkan pesanan baru pada harga tutup. Mana-mana pesanan yang diletakkan pada selain harga tutup akan ditendang dari barisan. Dalam erti kata lain, tiada lagi tawar menawar dalam fasa ini.\n\n\n7. Beli dari diri sendiri\n\n\n\"Macam ni pun ada..\", mungkin akan disebut oleh remisier anda. Transaksi sebegini adalah tidak sah mengikut peraturan Bursa Malaysia, sebanyak mana pun anda cuba. Dalam kes ini mungkin anda beratur jual pada sesebuah harga yang lebih tinggi dari harga belian. Anda ingin cuba berikan keuntungan kepada diri sendiri dengan membeli pesanan saham tadi. Transaksi ini tidak akan dilaksanakan oleh Bursa.\n\n\n8. Ada pesanan yang sedang beratur\n\n\nKadang-kadang bila nak beli saham, kita fikir modal dah cukup. Tapi bila beli, keluar pula error mengatakan modal tak mencukupi. Sekiranya anda melalui situasi ini, mungkin boleh semak semula sekiranya anda telah pun membuat pesanan yang lain dalam Order Status. Untuk pengetahuan anda, apabila pesanan belian dibuat, nilai itu akan ditolak dari \nTrading Limit\n. Ini bukanlah bermaksud belian sudah terpadan, namun ia diperuntukkan untuk bayaran sekiranya terpadan. Sekiranya dibatalkan atau tak terpadan, nilai belian ini akan dimasukkan semula ke dalam Trading Limit.\n\n\nAnda juga boleh baca \nsebab-sebab saham tak berjaya dijual\n untuk pesanan yang melibatkan penjualan."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sector-rotation-dalam-pasaran-saham", "title": "Sector Rotation Dalam Pasaran Saham", "body": "Kadang-kadang \nentry\n kaunter dah cantik ikut analisis teknikal sendiri, tapi harga saham pula tak berapa nak gerak sangat. Sebab apa? Mungkin kita beli kaunter yang tak \ntrending\n pada masa itu.\n\n\nDalam pasaran saham ada pelbagai industri dan tak semua gerak sekali. Ada masa sektor teknologi membuat kenaikan yang kuat, tapi sektor lain \nsideway\n atau buat \nreversal trend\n. Jadi, walaupun dah buat analisis teknikal, pelabur juga perlu kaji industri saham tersebut.\n\n\nMengkaji sesuatu industri bukan sahaja membantu pemahaman pelabur tentang sektor tersebut, tetapi juga dapat membuatkan pelabur melabur dengan bijak dengan memanfaatkan sektor yang sedang berkembang. Inilah yang dipanggil sebagai putaran sektor atau \nsector rotation\n.\n\n\nSector rotation\n\n\nSector rotation\n ialah strategi pelaburan yang melibatkan pergerakan wang yang dilaburkan dalam saham dari satu sektor ke sektor lain. Untuk melaksanakan strategi ini, pelabur memerlukan pendekatan '\ntop-down'\n, dimana melibatkan analisis pasaran secara keseluruhan (ekonomi-industri-syarikat). Ia termasuk juga dasar monetari, kadar faedah, harga komoditi, dan faktor lain. Oleh itu, melalui analisis ini dapat membantu pelabur mencari peluang dagangan dalam sektor yang berpotensi pada masa tertentu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nEmpat peringkat kitaran ekonomi\n\n\nKadang-kadang ada sektor tertentu berprestasi lebih baik daripada yang lain semasa fasa tertentu kitaran ekonomi. Berikut ialah empat peringkat asas kitaran ekonomi, bersama-sama dengan beberapa sektor yang cenderung berkembang maju pada setiap peringkat.\n\n\nGraf di bawah menunjukkan kitaran ekonomi (biru), kitaran pasaran (oren) dan sektor yang berkemungkinan yang berprestasi baik di bahagian atas.\n\n\n\n\n\n\nGambar: StockCharts\n\n\n\n\n\n\nFull recession\n: Tempoh penurunan prestasi ekonomi selama beberapa bulan. Sektor-sektor yang secara sejarah memperoleh keuntungan paling banyak dalam peringkat ini adalah teknologi dan \nconsumer discreationary\n (barangan dan perkhidmatan tidak penting).\n\n\nEarly recovery\n: Pengembangan ekonomi bermula dengan jangkaan pengguna semakin meningkat. Sektor yang berkembang pada fasa ini adalah sektor bahan dan komoditi. Sektor ini mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi dan peningkatan permintaan daripada ekonomi berkembang.\n\n\nFull recovery\n: Peringkat ini menandakan kemuncak pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham. Walaupun pengembangan berterusan, ekonomi berkembang pada kadar yang lebih perlahan kerana kesan daripada kenaikan kadar faedah dan harga komoditi. Sektor yang secara sejarah menguntungkan pada peringkat ini adalah \nconsumer staples\n (barangan dan perkhidmatan penting).\n\n\nEarly recession\n: Fasa ini menandakan kemerosotan dalam ekonomi. Pasaran saham telah pun bergerak lebih rendah dan termasuk juga komoditi dengan menjangkakan penurunan permintaan daripada ekonomi merosot.\n\n\nKitaran ekonomi yang juga dikenali sebagai kitaran perniagaan, ialah pergerakan ekonomi yang bergerak daripada pengembangan kepada kemerosotan dan berulang. Pelbagai sektor berpotensi mendapat keuntungan daripada perubahan kitaran ekonomi ini.\n\n\nNamun, dalam pasaran, tiada siapa pun yang tahu apa akan jadi esok. Ini bermaksud, sektor seperti di atas ada kalanya tidak bergerak pada fasa tersebut, ada juga bergerak lambat atau cepat.\n\n\nMencari sektor trending\n\n\nStrategi \nsector rotation\n ini bukanlah hanya berdasarkan kitaran ekonomi sahaja, malah ia juga boleh terjadi melalui pelbagai faktor lain seperti, perayaan, politik dan sebagainya. Sektor yang \ntrending\n boleh membuat kenaikan dalam masa yang lama dan juga singkat.\n\n\nNak kaji sektor boleh lihat di \niSaham Screener\n di bahagian \nSectors\n.\n\n\n\n\n\n\nSenarai sektor di \niSaham\n\n\n\n\n\n\nSektor yang membuat kenaikan mengikut jangka masa iaitu \nlong term\n, \nmid term\n, \nshort term\n, dan juga harian boleh lihat di sini. Sektor yang paling atas menunjukkan trend kenaikan paling kuat dan sebaliknya.\n\n\nNota\n: Sektor serta skor di dalam gambar di atas adalah sebagai rujukan sahaja. Sektor \nbull\n dan \nbear\n serta skor boleh berubah dari semasa ke semasa.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSector rotation\n adalah salah satu strategi pelaburan di mana pelabur bertukar pelaburan dari satu sektor ke sektor lain yang kuat untuk mendapat keuntungan.\n\n\nNamun, ia masih mempunyai risiko. Antara risikonya adalah pelabur berkemungkinan membeli saham terlalu awal atau lambat dalam sesuatu sektor, membuatkan emosi terganggu jika saham tersebut tak gerak atau membuat \nreversal trend\n. Apa-apa pun bila berhadapan dengan situasi begini, berbalik kepada strategi dan \ntrading plan \nmasing-masing.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nStockcharts\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sejarah-di-sebalik-jenama-maggi", "title": "Sejarah Di Sebalik Jenama Maggi", "body": "Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan yang mempunyai pelbagai perisa seperti perisa sup ayam, kari, asam laksa, tomyam dan sebagainya. Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti. Bayangkan mi Maggi mampu menjadi penyelamat bagi pelajar menghadapi liku-liku kehidupan semasa di universiti. Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah \u201cMi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan\u201d. Tetapi tahukah anda siapa sebenarnya pengasas jenama Maggi?\n\n\nSiapa Pengasas Maggi?\n\n\n\n\n\n\nGambar: nestle.com\n\n\n\n\n\n\nKebanyakan orang pasti ingat Maggi hanyalah jenama mi segera. Tapi sebenarnya Maggi merupakan nama pengasas syarikat tersebut. Jenama Maggi mula diperkenalkan oleh seorang ahli perniagaan dari Switzerland, Julius Michael Johannes Maggi pada tahun 1887. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1846 dan merupakan anak bongsu kepada Michael Maggi, imigran daripada Itali dan ibunya Sophie anak jati Switzerland.\n\n\nPada mulanya perniagaan Maggi hanyalah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan tepung gandum. Beliau bukan sekadar seorang usahawan, namun mempunyai visi dan berpandangan jauh. Beliau telah melihat keadaan semasa terutamanya melihat kaum wanita menyediakan makanan untuk keluarga. Situasi ini telah memberi idea bagaimana nutrisi makanan mampu disediakan pada kadar yang cepat dan memberi manfaat kepada setiap keluarga.\n\n\nPengenalan Produk Pertama\n\n\nAtas usaha keras, beliau telah bekerjasama dengan seorang pakar nutrisi makanan bernama Fridolin Schuler yang mengamalkan konsep untuk meningkatkan mutu makanan dalam kalangan pekerja. Pada tahun 1884 kerjasama mereka telah berjaya menghasilkan produk kekacang, namun produk tersebut gagal mendapat sambutan.Pada tahun 1886, berkat usaha dan tidak berputus-asa satu produk berasaskan sup segera telah berjaya dihasilkan.\n\n\nPenghasilan ini telah mendapat bantuan kewangan dan perhatian daripada kerajaan Switzerland. Selang beberapa tahun Maggi telah menghasilkan beberapa sup pelbagai perisa serta sos sebagai penambah perasa dalam masakan. Syarikat Maggi telah berkembang maju dan membuka beberapa cawangan seperti Amerika, Perancis dan lain-lain.\n\n\n\n\nNestle Mengambil Alih\n\n\nMenjelang tahun 1947, untuk meningkat pertumbuhan syarikat sebuah syarikat multinasional dari Switzerland iaitu \nNestle\n telah mengambil alih sepenuhnya hak perniagaan Maggi. Jenama Nestle meliputi Nespresso, Nescafe, Kit Kat, Smarties, Maggi, Vittel dan pelbagai lagi. Selepas pengambil alihan ini, jenama Maggi yang diasaskan oleh Julius Maggi telah dikenali hampir ke serata dunia.\n\n\nBagi pasaran Malaysia, Maggi memulakan operasi sekitar tahun 1969 dengan memperkenalkan produk berasaskan sos seperti sos tomato dan cili. Selepas mendapat sambutan, Maggi telah memperkenalkan mi segera berperisa kari kepada rakyat Malaysia pada awal 70-an.\n\n\n\n\nManusia mati meninggalkan nama\n\n\nAkhirnya, Julius Maggi telah meninggal dunia pada tahun 1912 disebabkan penyakit strok. Jasa Julius Maggi sangatlah bernilai terutama memudahkan golongan pekerja dan wanita dari segi kecepatan penghasilan masakan yang bernutrisi. Kini jenama Maggi telah menghasilkan pelbagai jenis produk masakan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sejarah-dividen-tabung-haji", "title": "Sejarah Dividen Tabung Haji", "body": "Sejak 60 tahun penubuhan Lembaga Tabung Haji (LTH), LTH bukan hanya mendominasi pengurusan haji malah ia juga merupakan salah satu institusi\u00a0yang konsisten dalam memberikan dividen kepada pendeposit\u00a0berdasarkan prestasi kewangan dan keuntungan yang dihasilkan melalui aktiviti pelaburan dan perniagaannya.\n\n\nDalam blog ini, kita akan menyelusuri sejarah dividen Tabung Haji (TH) dari tahun 1994 hingga tahun 2022 dengan memberi fokus kepada pertumbuhan dividen dan transformasi yang telah dilakukan.\u00a0\n\n\nPendekatan awal dan pengenalan dividen\u00a0\n\n\nTH mula memperkenalkan dividen pada tahun 1994 sebagai tambahan kepada nilai simpanan jemaah haji. Dividen sebanyak 5.5% telah diberikan pada tahun tersebut. Sejak penubuhannya, TH merupakan satu-satunya institusi yang mengendalikan simpanan haji dan tidak menawarkan dividen kepada para jemaah haji. Strategi ini sejajar dengan visi institusi dalam memastikan pengurusan haji yang cemerlang. Boleh baca ringkasan sejarah penubuhan TH di \nsini\n.\n\n\n\n\nPertumbuhan dividen\u00a0\n\n\nDividen TH telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil sejak ia diperkenalkan sehingga tahun kewangan 2017. Namun, agihan dividen pada tahun kewangan 2018 telah merudum kepada 1.25% disebabkan oleh beberapa faktor-faktor seperti kerugian yang dicatatkan daripada pelaburan yang menyebabkan jurang defisit di antara aset dan liabiliti.\n\n\nPenstrukturan semula kedudukan kewangan TH telah dilakukan melalui Pelan Penstrukturan dan Pemulihan oleh kerajaan untuk memastikan kelangsungan dana TH. Melalui pelan ini, agihan dividen dapat diteruskan berdasarkan kedudukan kewangan semasa dan peningkatan dividen dapat dilihat pada tahun kewangan seterusnya.\n\n\nBagi tahun kewangan 2022, nilai dividen kekal sebanyak 3.10% yang melibatkan agihan keuntungan sebanyak RM2.65 bilion. Agihan ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 8.77 juta pendeposit.\u00a0\n\n\n\n\nPotensi dividen\n\n\nDalam usaha TH untuk terus memperluaskan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada jemaah haji dan pelaburan strategik dalam pasaran, TH mengekalkan dividen yang kompetitif. Pertumbuhan berterusan dalam penglibatan pengurusan haji, dana dan deposit secara keseluruhan menjadi asas kukuh TH dalam meningkatkan agihan dividen pada masa hadapan.\n\n\nSelain itu, strategi dividen TH berkemungkinan akan terus memberi tumpuan dalam mencapai keseimbangan di antara penjanaan pulangan yang kukuh kepada pendeposit dan pelaburan semula dalam pasaran.\u00a0\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara umumnya, pengenalan dividen oleh TH pada tahun 1994 telah membawa manfaat kepada para pendeposit dengan agihan dividen yang konsisten setiap tahun. Walaupun terdapat penurunan dalam agihan dividen pada tahun kewangan 2018, pelan pemulihan berjaya dilakukan untuk memastikan kesinambungan dana. Melalui aktiviti perniagaan dan pelaburan rancak, dividen TH dijangka memberi pulangan yang kompetitif dan memberi manfaat kepada para pendeposit pada masa hadapan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sejarah-penubuhan-tabung-haji", "title": "Sejarah Penubuhan Tabung Haji ", "body": "Pentadbiran yang cekap merupakan tunjang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi. Kali ini kita akan melihat salah satu institusi kewangan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Tabung Haji. Lembaga Tabung Haji ataupun lebih dikenali sebagai Tabung Haji telah mengambil satu langkah positif bagi mentadbir kewangan jemaah haji, memudahkan urusan perjalanan jemaah haji, dan juga memastikan ekonomi umat Islam terjamin dengan pelaburan yang baik. Kini, Tabung Haji telah pun membuka 123 pejabat cawangan di seluruh negara dan mempunyai pendeposit seramai 8.41 juta ahli.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejarah penubuhan\n\n\nPada pertengahan abad ke-20 iaitu sebelum tahun 1963, orang Melayu sudah mula berjimat dan menyimpan duit dengan serius untuk menunaikan ibadah haji. Sebagai contohnya, cara yang paling popular ketika itu adalah dengan membeli tanah, sawah, binatang ternakan dan juga beberapa pelaburan yang lain bagi tujuan ibadah haji. Selain itu, ada juga yang menyimpan secara tradisional seperti simpan di bawah bantal, di bawah tikar, di dalam tempayan dan beberapa bahagian rumah yang tersorok.\n\n\nPada masa itu, orang Melayu berpendapat bahawa itulah cara yang terbaik untuk memastikan duit mereka disimpan dalam keadaan selamat. Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa buah bank di Malaysia, umat Islam ketika itu tidak mahu menyimpan duit mereka di bank-bank konvensional untuk tujuan mengerjakan haji. Hal ini kerana mereka ingin memastikan wang simpanan mereka bebas dari sebarang unsur riba.\n\n\nNamun begitu, instrumen penyimpanan tradisional ini bukanlah cara yang paling terbaik untuk menyimpan duit dengan selamat. Walau bagaimanapun, jelas masyarakat Melayu ketika itu amat mementingkan dan menitikberatkan kebersihan dan kesucian harta yang mereka miliki. Bermula dengan kesedaran itu, salah seorang tokoh ekonomi yang bernama YM Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu institusi kewangan berdasarkan konsep pelaburan dan keuntungan. Beliau juga merupakan seorang ilmuan yang juga pernah berkhidmat di Universiti Malaya (UM).\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. Sumber: Wikipedia\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 1950-an, Profesor Diraja Ungku Aziz telah membuat beberapa penyelidikan bagi menyelesaikan isu tersebut. Beliau juga membuat beberapa kajian dan pertanyaan tentang aspek riba dalam Islam dengan mendapatkan pendapat pakar daripada segelintir ulama yang terpelajar. Hasil penyiasatan teliti beliau mengenai persoalan kemiskinan dan simpanan haji, Prof Ungku Aziz menyediakan kertas kerja bertajuk \u201cRancangan Peningkatan Ekonomi Jemaah Haji\u201d kepada Kerajaan Malaysia dalam 1959. Kerajaan memberikan respon yang positif terhadap memorandam tersebut. Usaha ini juga mendapat pujian daripada Perdana Malaysia ketika itu iaitu Tungku Abdul Rahman.\n\n\nProfesor Diraja Ungku Aziz telah membuat kesimpulan bahawa cadangan itu bertujuan untuk membantu bakal jemaah haji menunaikan ibadah haji dan pada masa yang sama boleh menggunakan dana tersebut untuk pembangunan ekonomi negara. Beliau juga menegaskan bahawa rancangan itu akan membolehkan golongan miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membuat simpanan yang banyak mempunyai peluang untuk menyimpan dalam jangka masa yang panjang.\n\n\nObjektif penubuhan dan perkhidmatan yang ditawarkan\n\n\nProfesor Diraja Ungku Aziz telah melihat situasi masyarakat melayu sebagai satu perkara perlu ditambah baik. Oleh itu, Tabung Haji diasaskan dengan bertunjangkan beberapa tujuan, antaranya:\n\n\n\n\nMembolehkan umat Islam menabung secara beransur-ansur bagi menampung perbelanjaan mereka dalam melaksanakan haji atau perbelanjaan lain yang berfaedah kepada mereka.\n\n\nMembolehkan umat Islam menyertai pelaburan dalam industri, perdagangan, perladangan dan juga hartanah melalui simpanan mereka.\n\n\nMenyediakan perlindungan, kawalan dan kebajikan umat Islam semasa menunaikan haji melalui pelbagai kemudahan dan perkhidmatan TH\n\n\n\n\nTabung Haji juga mengorak langkah kehadapan dengan membuat pelaburan yang memberi pulangan dividen kepada setiap pendeposit ke dalam Tabung Haji. Secara asasnya, Tabung Haji juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi umat Islam dan pada masa yang sama membolehkan mereka melabur bagi mendapatkan pulangan yang baik.\n\n\nPerkhidmatan utama Tabung Haji pula adalah mengumpulkan dana daripada pendeposit di lebih 300 lokasi seluruh Malaysia. Tabung Haji juga membuat perjanjian khusus dengan Pos Nasional Berhad dan dua buah bank komersial bagi memudahkan urusan pengumpulan dana daripada para pelangggan. Tabung Haji telah berkolaborasi dengan Bank Islam dan Bank Rakyat bagi tujuan untuk mendeposit, pemindahan dan pengeluaran duit. Kita dapat melihat bahawa Tabung Haji sangat komited bagi memastikan pengurusannya berada dalam keadaan yang sentiasa ditambah baik.\n\n\nPerniagaan dan pelaburan Tabung Haji\n\n\nSebahagian dana yang didepositkan daripada para pelanggan akan dilaburkan ke dalam pelbagai jenis perniagaan dan pelaburan bertujuan untuk menjana keuntungan dan memaksimumkan pulangan pelaburan. Tabung Haji sentiasa memastikan setiap perniagaan dan pelaburannya adalah patuh syariah. Tabung Haji banyak terlibat dalam perniagaan daripada sektor pertanian, Islamic banking, pembinaan, teknologi, hartanah, dan beberapa servis yang lain.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Lembaga Tabung Haji\n\n\n\n\n\n\nPelaburan dalam dana-dana di pasaran merupakan salah satu aktiviti teras bagi Tabung Haji. Tabung haji banyak melabur dana ke dalam ekuiti, Initial Public Offering (IPO), dan private equity fund. Untuk pengetahuan semua, Tabung Haji merupakan pemegang saham utama untuk Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia berhad.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPenubuhan Tabung Haji merupakan satu sejarah yang penting buat umat Islam di Malaysia. Tabung haji adalah satu institusi kewangan Islam yang patut dijadikan contoh sebagai salah satu pemacu ekonomi dalam negara. Ia bukan sahaja menyelesaikan isu simpanan umat Islam untuk menunaikan haji, bahkan dapat memberikan pulangan dividen yang baik hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang cekap.\n\n\nKini, tumpuan Tabung Haji lebih banyak kepada pelaburan daripada pelbagai sektor yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pelanggannya. Sudah pasti aktiviti ini akan memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sektor-eksport-bermula-trend-menaik", "title": "Sektor Eksport Bermula Trend Menaik", "body": "\n\nKita pernah bincangkan dalam post yang lepas, sektor yang kuat merupakan faktor yang lebih perlu diberi \r\nperhatian berbanding keadaan market yang baik. Contohnya, penanda aras market malaysia, FBMKLCI \r\njatuh dengan kuat pada hujung 2014 sehingga tahun 2016, tetapi saham dalam kategori eksport naik \r\nmelebihi 100% dan ada yang menjangkaui 500%.\nMelihat pada keadaan semasa, dengan teknologi \niSaham Sector \r\nAnalysis\n, kita dapat melihat sektor \nWooden \r\nProducts\n dan \nExports\n telah pun berada di antara \r\ntangga-tangga teratas dalam Mid Term Section menunjukkan mereka sudah pun masuk ke fasa permulaan \r\nuptrend\nSatu cara lain untuk mendapat kepastian ialah merujuk kepada US Dollar Index (gambar diatas) dan \r\ncarta USD/MYR di mana kita dapat lihat carta-carta ini sudah menunjukkan permulaan uptrend dengan pattern \r\nKepala & Bahu (K&B) Terbalik. Volume yang besar juga dapat dilihat pada saham-saham eksport \r\nsejajar dengan kenaikan ini dan signal telah diberikan pada \nchannel \r\ntelegram iSaham\n sejak Isnin lagi.\nKenapa sektor kayu naik lebih banyak berbanding eksport yang lain?\nSektor kayu merupakan sektor yang sensitif dengan kenaikan USD dan penurunan ringgit, dan kadar \r\n\ngrowth\n syarikat lebih rendah berbanding dengan sektor glove dan lain-lain. Jadi, sektor ini mempunyai \r\nkenaikan yang lebih banyak sekiranya USD menaik, tetapi harus diingat, sekiranya USD jatuh sektor ini juga \r\nsangat sensitif dan turun dengan sangat banyak sekali.\nPada masa market jatuh hari ini, kita dapat lihat saham-saham eksport berada dalam keadaan menaik \r\nseperti SYF, EVERGRN dan LIIHEN. Untuk fast in fast out, boleh cuba saham-saham tengah naik. Untuk \r\nshort dan mid term, boleh tengok saham yang sedang retrace dan bertahan pada paras sokongan (support)."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sektor-semikonduktor-kini-dalam-mode-agresif", "title": "Sektor Semikonduktor kini dalam Mode Agresif", "body": "Setelah sekian lama sektor defensif seperti makanan & telur menaik, akhirnya kita dapat lihat perubahan aliran tunai \r\nkearah saham-saham semikonduktor (dan teknologi). Perubahan ini dapat lihat menggunakan \r\n\niSaham Sector Analysis\n dimana dari segi Short, Mid \r\n& Long Term, sektor ini sudah menguasai tangga2 atas.\n\n\n\n\nApakah punca kekuatan sektor ini?\n\n\nSalah satu faktor kekuatan ini ialah demand semiconduktor yang sentiasa kuat, disebabkan kebanyakan syarikat di \r\nMalaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pembinaan cip untuk smartphone Apple, Samsung & \r\nsmartphone buatan China.\n\n\nDari segi analisa teknikal pula, kita boleh buat penilaian hanya dengan membuat perbandingan antara indeks \r\nteknologi melawan indeks biasa digunakan. Sebagai contoh, apabila kita membuat perbandingan antara NASDAQ \r\n(saham2 teknologi di US) berbanding dengan DOW JONES, kita dapat melihat jelas NASDAQ menunjukkan kearah atas \r\nsementara DOW JONES hanya dalam keadaan sideway (mendatar).\n\n\n\n\n\n\nKita boleh melihat perkara yang sama pada Bursa Malaysia, dimana sejak pertengahan mei indeks FBMKLCI jatuh \r\nberturut2 tetapi indeks TECHNOLOGY terus menerus melakukan kenaikan. Pada jangka masa tersebut hanya saham \r\ndefensif sahaja yang naik tetapi pelik sektor teknologi yang agresif juga sudah mula melakukan kenaikan.\n\n\n\n\n\n\nKekuatan melawan arus (dan kepelikan) ini harus diberi perhatian yang tinggi untuk para pelabur sebab kenaikan \r\npada sesuatu sektor boleh bertahan lama dan memberi pulangan lumayan lebih-lebih lagi jika beli pada permulaan \r\ntrend (lihat sektor glove yang tidak berhenti2 naik).\nApabila saham teknologi menaik, time2 ni banyak retailer masuk semula ke dalam market, sebab banyak saham2 \r\nmurah dari sektor ini. Harus diingatkan, musim teknologi naik, saham sen2 banyak yang naik, peratus2 pun besar, \r\njangan da naik baru nak beli, takut \"duduk sorang2, yang lain da lari.\"\n\n\nBeli dengan strategi. Antara saham-saham semikonduktor / teknologi yang mempunyai iSaham Score yang tinggi \r\nialah INARI, GTRONIC, VITROX, KESM, VIS.\n\n\n1. \nhttps://www.isaham.my/sector/semiconductors\n\n\n2. \nhttps://www.isaham.my/sector/technology\n\n\nMode agresif sedang berlangsung! Apakah mode anda sekarang?"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/semak-laporan-kredit-secara-percuma-dengan-ctos", "title": "Semak Laporan Kredit Secara Percuma dengan CTOS", "body": "Banyak sektor pekerjaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan menjejaskan sumber kewangan golongan pekerja. Berikutan hal ini, BNM memberikan moratorium secara automatik kepada peminjam yang termasuklah dalam kalangan rakyat jelata. Mungkin tak ramai yang nak buat pinjaman bank buat masa ini, tapi anda boleh semak rekod kredit anda secara percuma untuk waktu terhad. Promosi ini dianjurkan oleh CTOS yang merupakan salah satu Credit Reporting Agency (CRA) atau agensi pelaporan kredit yang sah di Malaysia.\n\n\nDalam hari biasa, anda perlu belanjakan sebanyak RM 25 untuk dapatkan laporan kredit anda, tak termasuk SST. Hari ini, anda boleh dapatkan laporan ini secara percuma. Kenapa dan bagaimana boleh percuma? Sebab bermula 1 April 2020, CTOS memberikan 100,000 laporan kredit skor CTOS \nsecara PERCUMA\n. Ini adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia menilai keupayaan kewangan mereka di kala pandemik COVID-19 ini berlaku.\n\n\n\n\nAnda cuma perlu daftarkan akaun CTOS ID dan beli laporan dengan memasukkan kod promo untuk dapatkan laporan kredit ini secara percuma. Kami akan tuliskan cara-caranya dan anda boleh mengikut langkah-langkah seperti di bawah.\n\n\n1. Pergi ke laman web CTOS\n\n\nLayari laman web CTOS di \nhttps://ctoscredit.com.my\n.\n\n\n2. Daftarkan CTOS ID\n\n\nTekan butang Sign Up. Sekiranya anda sudah pun mendaftarkan CTOS ID, boleh langkau ke poin ke-3.\n\n\n\n\na. Isi maklumat yang diperlukan\n\n\nIsikan maklumat yang diperlukan. Isi nombor telefon bimbit dan sahkan dengan kod TAC. Tekan \"Continue\".\n\n\n\n\nDalam skrin yang berikutnya, anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat beberapa lagi maklumat akaun. Ikut sahaja langkah yang digariskan.\n\n\n\n\n\n\nb. Tunggu pengesahan akaun\n\n\nPengesahan akaun boleh jadi mengambil masa, boleh juga siap dengan segera. Apabila berjaya, pihak CTOS akan menghantar email kepada anda yang memberitahu akaun anda sedia untuk digunakan.\n\n\n\n\n\n\n3. Log masuk akaun\n\n\nDah ada akaun, bolehlah log masuk ke dalam akaun anda. Isikan maklumat log masuk yang ditetapkan tadi.\n\n\n\n\n4. Beli laporan dengan kod promo\n\n\nDari dashboard, anda boleh lihat pelbagai maklumat diri. Dari sini juga, anda boleh beli laporan kredit. Tekan Buy Report untuk pesanan belian.\n\n\n\n\na. Masukkan kod promosi\n\n\nGunakan kod promosi kempen CTOS Cares sempena pandemik COVID-19 ini. Kod promosinya ialah \nFREEMCO20\n. Isikan ke dalam ruangan voucher, dan tekan \"Apply\". Sekiranya berjaya, harga akan dikemaskini kepada RM 0 iaitu percuma.\n\n\n\n\nb. Hantarkan pesanan\n\n\nUntuk Payment method, gunakan sahaja mana-mana kaedah. Tekan \"Checkout\", anda akan terus boleh dapatkan akses kepada laporan yang dipesan tadi.\n\n\n\n\nLaporan kredit boleh dilihat di ruangan dashboard atau pada email yang didaftarkan tadi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/senheng-melihat-peluang-dalam-pasaran-industri-ee", "title": "Senheng Melihat Peluang dalam Pasaran Industri E&E", "body": "\n\n\n\n\n\nSenheng New Retail Berhad\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenheng New Retail Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan peruncitan eletrik dan eletronik (E&E) yang terbesar di Malaysia. Butiran IPO Senheng adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.07\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nUtama\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 1.6 bilion\n\n\nNisbah PE:\n\n\n28.84 (FY 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n10 Januari 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n12 Januari 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n25 Januari 2022\n\n\n\n\nBisnes Senheng\n\n\nSenheng telah diperbadankan sebagai syarikat awam pada 21 Mei 2021 di bawah nama Senheng New Retail Berhad. Syarikat ini menjalankan perniagaan peruncitan untuk barangan eletrik dan eletronik.\n\n\nSyarikat Senheng menawarkan penjualan peralatan digital, audio dan perkakas rumah. Selain itu, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan seperti pemasangan, penyelenggaraan dan penghantaran. Sehingga kini, syarikat Senheng telah memasarkan lebih 280 jumlah jenama terkenal di kedai mereka.\n\n\n\n\n\n\nSenheng, peruncit barangan eletrik dan eletronik terbesar di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSyarikat ini pernah diiktiraf sebagai syarikat peruncit elektrik terbesar di Malaysia oleh Malaysian Book of Records pada tahun 1998 dan mencapai bilangan outlet yang ke-100 pada tahun 2008. Setakat ini, keseluruhan rangkaian kedai Senheng telah mencapai 105 buah.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nPada 18 Mac 2020 yang lalu, kebanyakan perniagaan terutamanya yang bukan keutamaan diarah untuk tutup bagi mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. Ini termasuklah kedai-kedai fizikal milik Senheng di seluruh negara.\n\n\nMeskipun dengan penutupan sementara premis, pendapatan Senheng untuk FYE 2020 dan FPE 2021 meningkat sebanyak 13.1% dan 20.9% berbanding FYE 2019 dan FPE 2020. Hal ini terjadi kerana terdapat permintaan yang tinggi dari pelanggan untuk barangan eletrik dan eletronik sewaktu PKP dijalankan.\n\n\nAntara penyumbang kepada peningkatan pendapatan Senheng termasuk program kesetiaan PlusOne yang menarik pelanggan baru dan sedia ada, serta penjualan secara atas talian dan secara telemarketing.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat dan EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) Senheng mengalami kenaikan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM 149.91 juta dan RM 12.66 juta berbanding tahun 2019 walaupun dengan penutupan kedai fizikal semasa PKP. Tambahan lagi, pada 6 April 2020, CDC dan hub serantau telah dibenarkan beroperasi dengan kebenaran MOT untuk memenuhi permintaan atas talian. Kesemua kedai mula dibuka sepenuhnya pada 4 Mei 2020 di Semenanjung Malaysia dan 10 Mei 2020 bagi Sabah dan Sarawak.\n\n\nPeningkatan pada FPE 2021 sebanyak RM 116.38 juta dan EBITDA sebanyak RM 13.22 juta berbanding FPE 2020 pula adalah disebabkan kelonggaran PKP pada tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Senheng\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Senheng melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada dua, iaitu melalui penjualan peralatan eletrik dan eletronik, serta perkhidmatan waranti. Pendapatan daripada penjualan produk eletrik dan eletronik ini pula boleh dibahagikan kepada peralatan digital, peralatan audio, peralatan rumah, lain-lain produk, dan perkhidmatan selepas jualan.\n\n\nPada FYE 2020, pendapatan penjualan barang eletrik dan eletronik terutamanya adalah yang tertinggi berbanding FYE 2019 dan FYE 2018. Ini kerana, terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan sewaktu PKP disebabkan ramai yang tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah, walaupun ke tempat kerja.\n\n\nPeningkatan pada FPE 2021 menjadi RM 640.68 juta berbanding RM 526.23 juta pada FPE 2020 pula adalah disebabkan oleh kedai-kedai fizikal Senheng yang sudah mula beroperasi semula.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Senheng mengikut segmen.\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2021, kesemua segmen ini mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya kerana pembukaan penuh kedai fizikal dan juga disebabkan kebanyakan aktiviti ekonomi yang sudah mula beroperasi. Antara peningkatan yang dapat dilihat adalah segmen peralatan digital yang memperoleh keuntungan sebanyak RM 55,821 iaitu bersamaan 30.6% peningkatan berbanding tahun 2020.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenaik taraf dan mengembangkan cawangan\n\n\n160.5\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\nPembayaran hutang bank\n\n\n46\n\n\n17.2\n\n\n\n\n\n\nMembangunkan jenama baru perniagaan\n\n\n22\n\n\n8.22\n\n\n\n\n\n\nMenambahbaik dan mengembangkan gudang dan logistik\n\n\n20\n\n\n7.48\n\n\n\n\n\n\nMeningkatkan infrastruktur digital\n\n\n9.7\n\n\n3.63\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n9.3\n\n\n3.47\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n267.5\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana sebanyak RM 160.50 juta akan dimanfaatkan dengan menaik taraf kedai Senheng kepada Grand Senheng atau Grand Senheng Elite, melancarkan kedai dengan konsep baru bernama Grand SenQ dan membuka cawangan di kawasan yang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Oleh itu, dana sebanyak 60% itu akan digunakan untuk pemilikan hartanah yang baru, bayaran sewa dan kos penyediaan untuk membuka kedai baru dan menaik taraf kedai yang sedia ada.\n\n\nSelain itu, 17.2% atau RM 46 juta dana akan digunakan untuk membuat pembayaran pinjaman kepada bank. Tujuan pembayaran hutang dilakukan adalah untuk memberi impak positif kepada kewangan syarikat dan juga untuk mendapatkan penjimatan faedah pembayaran sebanyak RM 1.67 juta iaitu 3.62% setahun.\n\n\nSelebihnya, dana yang diperolehi melalui tawaran awam awal ini akan digunakan untuk membangunkan jenama dan perniagaan baru (8.22%), membangunkan dan menaiktaraf gudang dan logistik (7.48%), serta meningkatkan infrastruktur digital syarikat (3.63%). Baki dana sebanyak RM 9.3 juta pula akan digunakan untuk menanggung kos penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Senheng\n\n\nMengikut Laporan IMR, Senheng adalah peruncit rangkaian eletrik dan eletronik terbesar di Malaysia mengikut pendapatan, dengan jumlah penjualan sebanyak RM 1.29 bilion pada FYE 2020. Kedai fizikal Senheng sebanyak 105 buah juga boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga secara atas talian.\n\n\nIndustri E&E\n\n\nProduk E&E pada masa kini adalah antara produk yang sering digunakan oleh orang ramai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Selain peralatan eletrik asas seperti peti ais dan mesin basuh, telefon bimbit juga telah menjadi suatu keperluan bagi setiap individu. Tanpa kita sedari, peralatan-peralatan ini telah membantu untuk memudahkan kerja seharian kita.\n\n\nProduk E&E terbahagi kepada pelbagai jenis dan berbeza mengikut fungsinya. Jika sebelum ini produk E&E hanya bertumpu kepada fungsi yang tertentu, kini kebanyakan peralatannya mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti penjimatan tenaga dan penggunaan teknologi pintar.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara contoh produk E&E. Gambar: Prospectus Senheng\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebanyakan pemain industri E&E mempunyai kedai fizikal dan juga atas talian. Hal ini memudahkan pengguna untuk menjadi lebih fleksibel dalam membeli peralatan eletrik dan elektronik.\n\n\nPrestasi industri E&E\n\n\nSaiz pengguna industri E&E diwakili oleh penjualan peralatan digital, audio dan peralatan rumah. Bagi tahun 2020, industri E&E telah menunjukkan kenaikan CAGR sebanyak 3.99% semenjak tahun 2018, iaitu daripada RM 54.56 bilion kepada RM 54.56 bilion. Manakala untuk YOY pula, terdapat penurunan penjualan sebanyak 6.16%, akibat kesan dari pandemik COVID-19. Aktiviti ekonomi yang terjejas turut menggangu pendapatan orang ramai, justeru menyebabkan penurunan kuasa membeli dari pengguna. PKP juga adalah salah satu faktor yang telah menyumbang kepada penurunan ini kerana ia telah menyebabkan pengguna mengelak untuk keluar rumah melainkan jika perlu.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Senheng\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, secara keseluruhan, industri E&E masih lagi stabil pada tahun 2020 ini atas permintaan yang tinggi terutamanya terhadap peralatan digital serta peralatan rumah akibat PKP. Selain itu, bantuan kerajaan dan kebenaran mengeluarkan dana dari akaun KWSP juga telah membantu pengguna untuk berbelanja.\n\n\nPersaingan\n\n\nDisebabkan Senheng terlibat dalam peruncitan produk E&E di Malaysia secara fizikal dan atas talian, pesaingnya juga dipilih berdasarkan kriteria yang sama, iaitu penglibatan dalam penjualan produk E&E, menggunakan platform yang sama dengan Senheng (fizikal dan atas talian) dan mempunyai pendapatan lebih RM 50 juta pada penyata kewangan terkini.\n\n\nAntara pemain industri E&E di Malaysia (termasuk syarikat Senheng New Retail Berhad) boleh dilihat di dalam senarai di bawah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Senheng\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSenheng adalah pemain industri E&E terbesar di Malaysia dengan pendapatan melebihi RM 1 bilion bagi FYE 2020. Secara keseluruhan, syarikat ini mencatatkan penumbuhan yang sihat walaupun dikala pandemik dan perintah kawalan pergerakan yang berulang.\n\n\nMeskipun pendapatan Senheng bagi 3QFY21 dilaporkan jatuh 22% berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan keuntungan selama 9 bulan sehingga September 2021, syarikat ini masih lagi mempunyai pendapatan yang positif dengan peningkatan sebanyak 21.22% iaitu RM 34.05 juta berbanding tahun sebelumnya. (Sumber: \nThe Edge\n)\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sentimen-politik-dalam-pasaran-saham", "title": "Sentimen Politik dalam Pasaran Saham", "body": "Sejak akhir-akhir ini, politik di Malaysia kelihatan bergelora. Ketika ini, isu keabsahan Perdana Menteri sudah terungkai dan kemudian disusuli dengan topik siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri yang terbaru. Tidak lama lagi akan terjawab siapakah pemimpin politik yang mendapat sokongan terkuat dalam pentadbiran sekarang dan akan dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nKesan politik kepada pasaran saham\n\n\nTidak boleh dinafikan, ketidakstabilan politik dapat memberi kesan kepada ekonomi dan pasaran saham negara. Krisis politik yang berlanjutan ini telah menyebabkan indeks\u00a0\nFBMKLCI\n mencatatkan penurunan sehingga 1483.80\u00a0pada 4 Ogos 2021.\n\n\n\n\n\n\nIndeks FBMKLCI\n\n\n\n\n\n\nApabila krisis politik berlaku, saham-saham berkaitan dengan ahli dan parti politik akan menjadi tumpuan para pelabur. Berikut adalah senarai ahli dan parti politik yang dikaitkan dengan saham syarikat tertentu:\n\n\n1. Barisan Nasional (BN)\n\n\n\n\nUtusan Malaysia (telah dinyahsenarai) - UMNO memiliki 49.77% saham Utusan\n\n\nMedia Prima Bhd\n - UMNO memiliki 19.05% saham melalui Gabungan Kesturi Sdn Bhd dan Altima Inc.\n\n\nStar Media Group Bhd\n - Malaysia Chinese Association (MCA) memiliki 43.03% saham.\n\n\nMy E.G. Service Bhd\n - syarikat ini dikhabarkan mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan BN.\n\n\nDatasonic Group Bhd\n - Syarikat ini berkaitan dengan Presiden UMNO sekarang iaitu Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\n\n2. Tun Mahathir Mohammad\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar: The Star\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerjaya Assets Bhd\n, \nBerjaya Corporation Bhd\n, \nBerjaya Food Bhd\n, \nBerjaya Land Bhd\n, \nBerjaya Sports Toto Bhd\n - dimiliki oleh Tan Sri Dato Seri Vincent Tan yang mempunyai hubungan baik dengan Tun Mahathir.\n\n\nBermaz Auto Bhd\n - pemegang saham utama ialah Tan Sri Dato Vincent Tan.\n\n\nPPB Group Bhd\n dan \nMalaysian Bulk Carriers Bhd\n - dimiliki oleh Robert Kuok, iaitu salah satu ahli \nCouncil of Elders\n yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2018.\n\n\nOpcom Holdings Bhd\n - anak beliau, Dato Mukhriz Mahathir antara pemegang saham utama syarikat ini.\n\n\nPetron Corporation\n - anak beliau, Mirzan Mahathir adalah ahli lembaga pengarah syarikat ini.\n\n\n\n\n3. Dato Seri Najib Razak\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar: Focus Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSersol Berhad\n - anak beliau, Mohd Nazifuddin Najib adalah pemegang saham utama sebelum ini sehingga akhir tahun 2018.\n\n\nGeorge Kent (M) Bhd\n dan \nJohan Holdings Bhd\n - pemegang saham utama syarikat ini ialah Tan Sri Dato' Tan Kay Hock, iaitu kawan rapat Dato' Sri Najib.\n\n\nCIMB Berhad\n - Pengarah Urusan adalah adik beliau, Dato' Sri Nazir Razak\n\n\nMalton Bhd\n - terkenal dengan pengembangan KL Pavilion oleh Tan Sri Desmond yang berkawan rapat dengan beliau.\n\n\nWCT Holdings Bhd\n - syarikat ini dikendalikan oleh Tan Sri Desmond\n\n\n\n\n4. Tan Sri Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar: Berita Harian\n\n\n\n\n\n\n\n\nEden Inc Bhd\n dan \nThiriven Global Bhd\n - berkaitan dengan Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, iaitu anak beliau.\n\n\n5. Dato Sri Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar: Berita Harian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAdvance Synergy Bhd\n - Pengerusi syarikat, Datuk Ahmad Sebi Bakar dikatakan mempunyai kaitan dengan beliau\n\n\nMalayan United Industries Bhd\n, \nMUI Properties Bhd\n dan \nPan Malaysia Holdings Bhd\n - adik beliau iaitu Dato Farizan Ibrahim ialah pengarah kedua-dua syarikat ini\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nApabila berlaku krisis dan perubahan politik di Malaysia seperti perubahan tampuk pimpinan atau pertukaran kerajaan, akan terjadi perubahan yang drastik dan anomali pada harga saham syarikat tertentu di Bursa Malaysia. Ini mungkin disebabkan jualan panik oleh para pelabur atau ada pihak tertentu yang cuba mencipta spekulasi untuk mengaut keuntungan.\n\n\nKetika pertama kali BN tumbang di dalam pilihan raya umum ke-14, saham-saham syarikat yang berkaitan dengan pimpinan dan parti komponen BN jatuh dengan teruk. Contohnya pada 8 Mei, harga saham UTUSAN jatuh sebanyak 22.58%, manakala saham George Kent jatuh sebanyak 61%.\n\n\nAntara contoh lain, pada tahun lepas, apabila Dato Seri Anwar dikatakan mempunyai cukup sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, \nsaham ASB melonjak naik\n\u00a0sehingga 20.45%.\n\n\nWalaupun saham-saham di atas dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pemimpin parti politik, namun pelabur haruslah berhati-hati supaya tidak dimanipulasi oleh individu tertentu.\n\n\nBoleh jadi saham-saham yang disenaraikan di atas hanyalah spekulasi dan tidaklah berkaitan dengan mana-mana pemimpin tersebut.\n\n\nTanpa bercakap pasal saham, sekiranya kita ingin melihat maklumat sekali imbas tentang ahli politik di Malaysia, kita boleh lihat maklumat ini di \nPolitika.my\n . Platform tersebut memaparkan pelbagai data pada ahli politik yang sekarang menduduki parlimen dan terdapat juga cara untuk menilai ahli politik dengan fungsi \nrating\n dan \nreview\n.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nThe Edge Markets | Politically-linkend media groups spotlight\n\n\nBN-linked counters show signs price recovery | The Edge Markets\n\n\nMuhyiddin-linked stocks soar | The Edge Markets\n\n\nDatasonic, MyEG hit news charges against former DPM | The Edge Markets\n\n\nMokhzani Mahathir-linked Eduspec rises post-GE14 | The Edge Markets\n\n\nNajib-linked stocks George Kent, Johan, Malton hit hard in post-election trad | Malay Mail\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sentimen-positif-pelancongan-malaysia-menurut-knight-frank", "title": "Sentimen Positif Pelancongan Malaysia menurut Knight Frank", "body": "\n\nMenurut Knight Frank, sentimen positif terhadap sektor pelancongan Malaysia didasari beberapa faktor. Antaranya adalah penemuan vaksin Covid-19 yang membolehkan rakyat melancong kembali. Selain itu, kejatuhan harga hotel di kala pandemik yang membolehkan pemilik baru mengambil alih hotel-hotel pada harga yang lebih rendah dan kemudiannya menawarkan harga menginap pada harga yang lebih kompetitif.\n\n\nPenerangan lanjut mengenai faktor-faktor ini seperti di bawah:\n\n\nPenemuan Vaksin\n\n\nApabila diumumkan bahawa vaksin akan disuntik kepada rakyat khasnya petugas barisan hadapan menjelang Mac dan April sentimen terhadap sektor pelancongan akan bertukar positif. Hal ini kerana apabila barisan hadapan mendapat vaksin, maka petugas berisiko tinggi akan mendapat imuniti. Hospital akan boleh digunakan sebagai tempat selamat untuk vaksinasi lebih ramai rakyat. Sekaligus apabila rakyat mendapat imuniti, rakyat boleh kembali melancong seperti sebelum ini.\n\n\nKejatuhan Harga Hotel dan Pengambilalihan oleh Pemilik Baru\n\n\nMenurut Knight Frank, pelabur bijak kini mengambil peluang untuk membeli hotel-hotel pada harga lebih murah dari biasa akibat Covid-19. Hal ini kerana ada pemilik yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tiada pelanggan sepanjang Covid ini berlaku. Diskaun yang bakal diberikan dianggarkan pada sekitar 10-13%. 16% dari responden Knight Frank mengatakan akan membeli hotel dalam masa 6 bulan akan datang.\n\n\n\n\n89% responden Knight Frank juga mengatakan faktor utama yang mendorong mereka untuk melabur dengan membeli hotel adalah kedatangan pelancong dan akses penerbangan ke lokasi hotel mereka. Sebagai contoh, penerbangan terus ke Langkawi akan menjadi faktor yang mendorong mereka untuk melabur.\n\n\n\n\nRumusan\n\n\nFaktor yang mendorong pelabur untuk melihat sektor pelancongan dengan sentimen positif adalah penemuan vaksin dan juga kejatuhan harga hotel yang membolehkan mereka menjadi pelabur bijak dan mengambil kesempatan. Faktor yang mendorong pelancong untuk melihat sektor pelancongan dengan sentimen positif pula adalah kerana penemuan vaksin dan juga bakal jatuhnya kos menginap semalaman di hotel-hotel."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sfp-tech-memperkukuh-pertumbuhan-syarikat-dengan-dana-ipo", "title": "SFP Tech - Memperkukuh Pertumbuhan Syarikat dengan Dana IPO", "body": "\n\nSFP Tech Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan kejuruteraan dan penyelesaian automatik. Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.30\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM240 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.98\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n02 Jun 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n08 Jun 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n20 Jun 2022\n\n\n\n\nBisnes SFP Tech Holdings Berhad\n\n\nSFP telah terlibat dalam perkhidmatan sokongan kejuruteraan melalui anak syarikatnya iaitu STSB dan EEASB khususnya dalam penyediaan pembuatan kepingan logam, pemesinan CNC (\ncomputer numerical control\n), pemasangan mekanikal, penyelesaian automatik dan perdagangan alat ganti.\n\n\nGambar dibawah menunjukkan produk dan perkhidmatan utama syarikat SFP Tech:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, pelanggan utama bagi syarikat SFP Tech adalah pengilang peralatan asal dan pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik. Syarikat SFP Tech juga menyediakan produk dan perkhidmatan khususnya bagi industri semikonduktor, E&E, solar pv dan automotif. Pelanggan utama syarikat pula terdiri daripada Malaysia, USA, Singapore, Vietnam, Thailand, Denmark dan Perancis.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nPada 2020, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 dan ini telah menyebabkan penutupan mandatori semua premis kerajaan dan swasta. Semasa tempoh awal PKP, semua perniagaan dikehendaki berhenti operasi buat sementara waktu, kecuali perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan, makanan dan minuman serta pembuatan barangan keperluan. Syarikat SFP Tech dianggap sebagai perkhidmatan penting kerana mereka adalah sebahagian daripada industri sokongan kejuruteraan dan terlibat dalam rantaian bekalan produk E&E. Oleh itu, anak syarikatnya iaitu STSB dan EEASB telah dibenarkan untuk menyambung semula operasinya semasa PKP selepas menerima kelulusan daripada MITI tetapi pada kapasiti jumlah tenaga kerja berkurangan sebanyak 50%.\n\n\nPada tahun 2021 pula, syarikat SFP Tech telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 0.42 juta untuk melaksanakan SOP baharu berhubung COVID-19. Mereka juga tidak mengalami masalah dari segi material dalam aktiviti pengeluaran. Namun, PKP telah menghalang mereka daripada menjalankan pertemuan bersemuka dan lawatan tapak dengan bakal pelanggan, sekaligus memperlahan proses pembangunan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, hasil pendapatan syarikat untuk FYE 2021 tidak mengalami kesan yang besar akibat COVID-19 kerana aktiviti pengeluaran tidak begitu terjejas.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan yang diperolehi oleh SFP Tech telah menunjukkan peningkatan yang konsisten dan ketara daripada FYE 2018 iaitu RM27.6 juta menjadi RM 50.41 juta pada FYE 2021. Perniagaan SPF Tech telah mengalami pertumbuhan hasil daripada peningkatan pendapatan dengan CAGR sebanyak 22.21% antara FYE 2018 dan FYE 2021. PKP tidak banyak memberi kesan negatif terhadap pendapatan syarikat kerana mereka masih boleh beroperasi secara biasa dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Produk dan perkhidmatan syarikat disediakan kepada pelanggan tempatan dan asing. Peningkatan pendapatan ini didorang oleh segmen pembuatan kepingan logam dan pemesinan CNC, yang menyumbang 66% daripada jumlah pendapatan syarikat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan SFP Tech melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada tiga, iaitu melalui pembuatan kepingan logam, pemesinan CNC dan pemasangan mekanikal. Penyumbang utama antara ketiga-tiga segmen ini adalah pemesinan CNC.\n\n\nPendapatan daripada segmen pemesinan CNC meningkat sebanyak RM 9.02 juta daripada RM 7.83 juta pada 2018 kepada RM 16.85 juta pada 2019. Peningkatan ini diteruskan lagi sebanyak RM 6.18 juta daripada RM 25.41 juta untuk FYE 2020 kepada RM 31.59 juta untuk FYE 2021. Pendapatan daripada segmen kepingan logam pula menurun sebanyak RM 2.82 juta atau 26.81% untuk FYE 2019 disebabkan oleh pesanan dan permintaan yang rendah terhadap struktur dan bahagian kepingan logam daripada industri semikonduktor dan E&E. Namun, pendapatan bagi FYE 2021 meningkat sebanyak RM 11.97 juta kerana berlaku tempahan baru untuk bahagian logam. Pendapatan bagi segmen pemasangan mekanikal juga menunjukkan penurunan sebanyak RM 3.53 juta atau 38.04% daripada RM 9.28 juta untuk FYE 2018 kepada RM 5.75 juta untuk FYE 2019. Hal ini disebabkan oleh penurunan tempahan bahagian untuk pembuatan mesin dan modul daripada \nElectro Scientific Industries group of companies \n(ESI Group).\n\n\n\n\n\n\nPendapatan SFP Tech Mengikut Segmen\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan, hanya segmen pemesinan CNC yang menunjukkan peningkatan yang stabil dan menjadi penyumbang terbesar terhadap pendapatan syarikat.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 62.23 juta akan digunakan untuk tujuan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan %\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan baru\n\n\n24.5\n\n\n39.37\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang pembuatan 3\n\n\n15.0\n\n\n24.10\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n10.0\n\n\n16.07\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan modal kerja\n\n\n5.1\n\n\n8.25\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.6\n\n\n7.39\n\n\n\n\n\n\nPusat D&D\n\n\n3.0\n\n\n4.82\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n62.2\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baru bagi menjalankan aktiviti pembuatan kepingan logam dan pemesinan CNC iaitu sebanyak RM 24.5 juta mewakili 39.37%. Kemudian, RM 15 juta akan diperuntukkan untuk pembinaan kilang pembuatan yang ketiga bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang semakin meningkat. Dana IPO ini juga akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank sebanyak RM 10 juta.\n\n\nSelain itu, RM 5.1 juta mewakili 8.25% akan digunakan untuk perbelanjaan modal kerja iaitu untuk membeli bahan mentah, pembayaran gaji dan perbelanjaan utiliti. Perbelanjaan penyenaraian akan diperuntukkan sebanyak RM 4.6 juta bersamaan 7.39% dan baki selebihnya adalah bagi membiayai pusat D&D iaitu sebanyak RM 3 juta. Ini akan melibatkan pembelian peralatan dan \nsoftware \nserta pengubahsuaian pusat D&D.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri SFP Tech Holdings Berhad\n\n\nIndustri Sokongan Kejuruteraan\n\n\nIndustri sokongan kejuruteraan atau \nEngineering Supporting Industry \n(ESI) terlibat dalam pengeluaran produk logam bagi menghasilkan pelbagai produk siap. ESI terdiri daripada 2 industri pengguna iaitu industri \nmachinery & equipment\n (M&E) dan \nend-user markets\n. Menurut Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), ESI di Malaysia terdiri daripada 8 segmen berbeza iaitu \nmoulds and dies, machining, metal casting, metal stamping, surface engineering, heat treatment, forging \ndan \nmetal fabrication.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndustri M&E ialah perantara bagi produk logam yang dikeluarkan oleh ESI. End-user markets pula adalah pengguna yang menggunakan logam yang dihasilkan oleh ESI. Pasaran pelanggan utama bagi SFP Tech pula adalah \nsemiconductor, E&E\n dan \nsolar photovoltaic\n (PV).\n\n\nRantau Asia Pasifik telah menguasai industri semikonduktor dengan menjadi penyumbang pendapatan tertinggi dalam industri semikonduktor pada tahun 2020 sebanyak USD 271.03 billion bersamaan 61.6% daripada jumlah hasil semikonduktor di seluruh dunia. Antara syarikat semikonduktor utama di dunia adalah Samsung Electronics (South Korea), MediaTek Inc. (Taiwan) dan Hynix Semiconductor Inc. (South Korea).\n\n\nMalaysia adalah antara negara pengilangan E&E utama di \nSouthest Asian Nations\n (ASEAN) . Di Malaysia, industri E&E adalah perniagaan berorientasikan eksport yang bukan sahaja menjana rangkaian produk yang luas, tetapi juga menjadi pembekal kepada global. Pengeluaran produk E&E menurun sebanyak 0.5% pada tahun 2020 disebabkan oleh COVID-19 dan PKP yang mengganggu aktiviti ekonomi dan rantaian bekalan industri, namun pengeluaran pada tahun 2021 telah meningkat sebanyak 14.5% iaitu RM 483.20 billion.\n\n\nBagi sistem PV pula, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan penggunaan tenaga suria sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. Malaysia sangat komited untuk membangunkan industri PV dalam jangka panjang bagi mencapai sasaran 20% bagi tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025. Pertumbuhan industri PV solar akan disokong terutamanya oleh program penjualan tarif yang diterajui kerajaan dan pelbagai insentif cukai pelaburan hijau.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nESI secara keseluruhan menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun disebabkan turun naik dalam pertumbuhan ekonomi global dan Dolar AS yang mempengaruhi permintaan eksport. Prestasi pertumbuhan kitaran juga disebabkan oleh sektor pengguna akhir terutama industri semikonduktor.\n\n\n\n\n\n\nSejarah dan ramalan industri sokongan kejuruteraan\n\n\n\n\n\n\nAkibat pandemik COVID-19, ESI Malaysia telah jatuh sebanyak 21.4% pada tahun 2020 daripada RM 7.93 billion kepada RM 6.23 billion. PKP telah menjejaskan rantaian bekalan global, kenaikan harga bahan mentah dan kos logistik. Namun begitu, pada tahun 2021, berlaku pemulihan ekonomi Malaysia dan ini telah meningkatkan ESI tempatan. Menurut laporan IMR, ESI Malaysia diramalkan akan mengalami pertumbuhan kitaran dari tahun 2023 hingga 2026, berikutan turun naik dalam pertumbuhan ekonomi global dan pertukaran mata wang asing yang tidak menentu di mana keduanya dijangka terus memberi kesan terhadap permintaan eksport Malaysia untuk produk logam. Maka, ESI di Malaysia diramalkan berkembang 8.9% setiap tahun daripada RM 8.36 billion pada tahun 2022 kepada RM 11.67 billion pada tahun 2026. \n\n\nPersaingan\n\n\nSFP Tech adalah penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang terlibat terutamanya dalam penyediaan pembuatan kepingan logam , pemesinan CNC, perkhidmatan pemasangan serta penyelesaian peralatan automatik. Maka, persaingan SFP tech di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut: \n\n\n\n\nTerlibat dalam pengeluaran bahagian kepingan logam dan komponen mesin ketepatan\n\n\nKhusus kepada industri semikonduktor\n\n\nMendaftar perolehan tahunan antara RM25 juta hingga RM220 juta berdasarkan maklumat kewangan terkini\n\n\n\n\nAntara syarikat yang menjadi pesaing bagi SFP Tech dalam industri semikonduktor adalah seperti berikut:\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbandingan antara pesaing dalam industri semikonduktor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara amnya, pembuatan peralatan automatik adalah di bawah industri M&E. Memandangkan SFP Tech adalah antara syarikat yang terlibat dalam segmen penyelesaian peralatan automatik, terdapat beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang turut terlibat dalam industri yang sama. Antara syarikat yang boleh dibuat perbandingan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbandingan antara pesaing dalam industri M&E\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan IMR, SFP Tech dijangkakan dapat mencapai margin yang lebih tinggi kerana mereka menjalankan pembuatan campuran yang lebih kompleks yang mana penggunaan mesin CNC yang lebih canggih akan diperlukan. Tambahan pula, SFP Tech terlibat secara langsung dengan reka bentuk peralatan ujian dan pengukuran jenama OEM. SFP Tech juga telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM50.4 juta, yang mewakili 0.7% bahagian ESI di Malaysia pada tahun 2021. Bahagian pasaran ini dikira berdasarkan pendapatan SFP Tech sebanyak RM50.4 juta berbanding saiz ESI di Malaysia sebanyak RM7.62 bilion pada 2021.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSyarikat SFP Tech tidak begitu terjejas akibat pandemik COVID-19 kerana mereka masih dapat beroperasi dan meneruskan pengeluaran produk dan menjalankan perkhidmatan sokongan kejuruteraan. Permintaan produk daripada pelanggan juga tidak mengalami pengurangan, namun ia memberi kesan terhadap pertemuan secara bersemuka dengan pelanggan.\n\n\nDapat dilihat bahawa pendapatan syarikat juga menunjukkan peningkatan yang berterusan daripada FYE 2018 hinggan FYE 2021 yang banyak disumbang oleh segmen pemesinan CNC. Antara pasaran global mereka adalah negara USA di mana ini dapat meningkatkan prestasi kewangan perniagaan syarikat dan lebih mudah untuk berkembang secara global.\n\n\nMelalui dana daripada IPO ini, SFP Tech akan menggunakan majoriti dana tersebut untuk membeli mesin dan peralatan baru iaitu mesin pemotong dan penebuk laser baharu serta 41 mesin pengilangan baharu CNC bagi tempoh tiga tahun akan datang. Ini dapat membantu dalam meningkatkan pengeluaran pembuatan produk sekaligus mengembangkan perniagaan syarikat. Namun, SFP Tech perlu membuktikan keberkesanan strategi yang telah dirancang setelah disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 20 Jun 2022 ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/share-consolidation-patutkah-anda-pegang-saham-syarikat", "title": "Share Consolidation - Patutkah Anda Pegang Saham Syarikat?", "body": "Penggabungan saham, juga disebut sebagai share consolidation atau reverse share split adalah salah satu tindakan korporat yang menggabungkan beberapa unit saham kepada satu unit. Dengan tindakan ini, jumlah saham dalam syarikat akan menjadi lebih kecil, tetapi diselaraskan dengan perkadaran harga saham yang lebih tinggi.\n\n\n\n\nSebagai contoh, ICON mengumumkan share consolidation dengan pembahagian 1:50 iaitu setiap 50 unit saham akan digabungkan menjadi satu unit. Maka harga saham daripada RM 0.03 akan diselaraskan dengan gandaan 50 kali, menjadikan harga baru berada pada RM 1.50. Sebagai contoh, pegangan sebanyak 5,000 unit akan mengecil kepada 100 unit, tetapi nilai pegangan masih sama.\n\n\n\n\n\n\n\n\nICON\nHarga seunit\nJumlah pegangan\nNilai pegangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum\nRM 0.03\n5,000 unit\nRM 150\n\n\n\n\n\n\nSelepas\nRM 1.50\n100 unit\nRM 150\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa jadi selepas Ex-date?\n\n\nEx-date adalah tarikh di mana tindakan korporat ini dilaksanakan. Dalam situasi sebenar, perkara yang pertama terjadi di Bursa apabila berlakunya consolidation adalah penyelarasan harga saham mengikut nisbah penggabungan. Walau bagaimanapun, saham-saham yang dipegang akan mengambil masa 2 hari selepas Ex-date untuk digabungkan mengikut nisbah tadi.\n\n\nDalam masa 2 hari ini, porfolio anda akan kelihatan bagus kerana unit pegangan masih banyak, dan harga saham pula lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nICON\nHarga seunit\nJumlah pegangan\nNilai pegangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPortfolio\nRM 1.50\n5,000 unit\nRM 7,500\n\n\n\n\n\n\n\n\nSudah menjadi kebiasaan, selepas rasa seronok melihat portfolio ini, ada kemungkinan besar anda ingin jual semuanya. Namun anda perlu tahu bahawa sebenarnya, consolidation telah pun berlaku. Walaupun portfolio menunjukkan sebanyak 5,000 unit saham ICON, tindakan penggabungan ini akan menjadikan saham milikan sebenar anda menjadi 100 unit sahaja.\n\n\n\n\n\n\n\n\nICON\nHarga seunit\nJumlah pegangan\nNilai pegangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPortfolio\nRM 1.50\n5,000 unit\nRM 7,500\n\n\n\n\n\n\nSebenar\nRM 1.50\n100 unit\nRM 150\n\n\n\n\n\n\n\n\nBursa juga ada keluarkan pengumuman sebanyak mana saham yang dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua hari selepas Ex-date. Dalam kes ini, jumlah saham yang dibenarkan untuk dijual adalah 1/50 daripada pegangan atau dalam contoh ini, 100 unit sahaja iaitu sebanyak mana yang anda miliki selepas consolidation.\n\n\nBolehkah jual beli saham ini selepas Ex-date?\n\n\nDari perspektif pelabur yang tidak memegang saham ini sebelum Ex-date, tiada apa-apa kesan yang akan berlaku, dan mereka boleh beli, kemudian jual semula saham ini seperti biasa. Bagi pelabur yang memegang saham ini sebelum Ex-date pula, mereka perlu kenalpasti jumlah unit pegangan selepas penggabungan seperti yang disebut di perenggan sebelum ini.\n\n\nSekiranya anda terlebih jual, ia merupakan satu situasi yang tak sepatutnya berlaku, dan Bursa mempunyai sebuah mekanisme untuk pembetulan. Namun, ianya boleh menyebabkan kerugian untuk anda.\n\n\nApa jadi kalau jual lebih?\n\n\nBermula daripada tajuk ini, anda akan baca perkara yang anda tak patut lalui. Sekiranya tajuk ini relevan kepada anda, diharap dapat fahamkan betul-betul.\n\n\nSekiranya anda ingin jual, anda perlu tahu sebanyak mana yang boleh dijual bagi mengelakkan terlebih jual dari jumlah pegangan sebenar.\n\n\nJika anda terjual unit saham melebihi jumlah sebenar yang dimiliki, lebihan jualan akan dianggap seperti short-selling. Short-selling adalah strategi pelaburan yang menggunakan cara jual dahulu, beli kemudian. Lebihan jualan ini perlu dibeli semula untuk cukupkan bilangan saham yang sepatutnya ada di dalam pasaran.\n\n\n\n\n\n\nDalam portfolio (Unit)\nPegangan sebenar / Boleh dijual (Unit)\nJualan (Unit)\nTak dimiliki / Perlu dibeli semula (Unit)\n\n\n\n\n\n\n5000\n100\n5000\n4900\n\n\n\n\n\n\n5000\n100\n1000\n900\n\n\n\n\n\n\nMenggunakan contoh di atas, kalau dalam portfolio ada 5000 unit, jumlah pegangan sebenar ialah 100 unit sahaja yang boleh dijual. Sekiranya anda membuat kesilapan dengan menjual lebih daripada jumlah ini, maka anda perlu cukupkan baki yang anda tak miliki. Katakan anda jual semuanya iaitu 5000 unit, anda perlu beli semula 4900 unit. Kalau anda jual 1000 unit, anda perlu beli semula 900 unit yang tak dimiliki untuk mengelakkan buying-in.\n\n\nApa jadi kalau tak beli semula?\n\n\nSeperti yang dinyatakan tadi, unit tak dimiliki yang dijual perlu dibeli semula. Sebagaimana short-selling dibuat, anda perlu membuat belian selepas jual saham yang tak dimiliki. Jika tidak, terdapat kelopongan dari segi jumlah saham dalam pasaran, dan Bursa akan menggunakan mekanisme buying-in untuk membetulkan kelopongan ini.\n\n\nDalam proses buying-in, Bursa akan membeli unit saham tadi dengan harga 10 bid di atas harga terakhir atau harga tutup hari sebelum, mana-mana yang lebih tinggi. Anda pula seolah-olah perlu membiayai kos pembelian ini supaya dijual kepada Bursa.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga selepas ex-date\nHarga jual\nHarga tutup/terakhir\nHarga buying-in\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM 1.50\nRM 1.60\nRM 1.70\nRM 1.80\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJualan saham\nTiada buying-in\nDikenakan buying-in\nHarga buying-in\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5000 unit\n100 unit\n4900 unit\n4900 x 1.80 = RM 8,820\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenggunakan contoh di atas, katakan saham ICON selepas Ex-date dibuka pada RM 1.50. Saham naik macam pisang goreng panas, maka anda pun jual sebab rasa macam dah buat untung. Andai kata saham semakin naik, ini adalah situasi paling teruk yang boleh terjadi (sebab anda bagaikan short-selling saham yang sedang naik).\n\n\nSekiranya anda jual pada RM 1.60 seunit sebanyak 5000 unit, maka anda dapat jual RM 160 milikan anda dan RM 7,840 yang anda tak miliki. Saham 4900 unit sejumlah RM 7,840 ni anda tak sepatutnya jual. Tapi kalau dah jual, anda perlu beli sebaik sahaja ada peluang membeli. Kalau gagal membeli, buying-in berasaskan harga tutup pada RM 1.70 akan memaksa anda membeli pada harga yang lebih tinggi iaitu RM 1.80 seunit bersamaan 10 bid atas harga tutup. Nilai yang anda perlu beli untuk 4900 unit meningkat daripada RM 7,840 kepada RM 8,820.\n\n\nJadi pendek cerita, sekiranya anda tak beli semula, Bursa akan beli dengan 10 bid lebih tinggi, dan kos belian itu akan dikenakan pada nama anda. Bukan situasi yang bagus.\n\n\nPatutkah anda beli saham consolidation?\n\n\nBaik atau buruk, bergantung juga dengan matlamat syarikat melaksanakan consolidation. Dari segi kesan kepada pelabur, boleh jadi perkara buruk kalau anda terlebih jual saham yang tak dimiliki. Dari segi saham, ia akan kelihatan lebih mahal dan pelabur tidak lagi sebut sebagai saham sekupang, dua kupang dan lain-lain. Dari segi market capitalization, tiada apa yang berubah.\n\n\nMacam mana nak tahu kalau saham diperhatikan ada consolidation?\n\n\nKebiasaannya, anda perlu semak pada platform dan lihat pada simbol sama ada C atau X. Namun, anda masih perlu menapis pengumuman jenis \"Entitlement\" untuk mengetahui pengumuman apa yang akan berkuat kuasa. Di iSaham, kami mempunyai cara untuk memudahkan urusan ini.\n\n\n\n\nPada laman saham, kami telah pun meletakkan label sekiranya terdapat tindakan consolidation yang akan berkuat kuasa. Dengan ini, anda bolehlah berjaga-jaga supaya tak terlibat dengan masalah yang mungkin akan timbul disebabkan consolidation ini.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh berawas-awas dengan pengumuman jenis entitlement dengan melawat laman \nscreener entitlement yang akan datang\n ni. Anda boleh dapatkan maklumat sekiranya pengumuman yang akan berkuat kuasa itu adalah consolidation, bonus issue, share split ataupun rights issue."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/siab-menyokong-pertumbuhan-syarikat-dengan-dana-ipo", "title": "Siab - Menyokong Pertumbuhan Syarikat dengan Dana IPO", "body": "\n\n\n\nSiab Holding Berhad\n\n\n\n\n\n\nSiab Holding Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembinaan bangunan dan perkhidmatan pelengkap seperti penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Butiran IPO Siab adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.30\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 146.89 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n13.33\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n16 Febuari 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n18 Febuari 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n28 Febuari 2022\n\n\n\n\nBisnes Siab\n\n\nSiab, melalui anak syarikatnya, terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembinaan bangunan. Syarikat ini juga menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).\n\n\nModel perniagaan Siab boleh dilihat pada rajah di bawah:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus Siab.\n\n\n\n\n\n\nSehingga kini, Siab telah berjaya membina pelbagai projek bernilai lebih RM 2 bilion. Projek-projek yang telah dijalankan termasuklah pembinaan bangunan komersial mewah, pejabat, bangunan perindustrian, pasaraya dan banyak lagi. Antara projek pembinaan yang telah dibina Siab adalah seperti Hospital Bentong, Quayside Mall, kilang Masteel, dan Tesco Jenjarom.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nAkibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan berulang kali di dalam negara ini, kerja-kerja di pejabat dan tapak pembinaan syarikat Siab Holdings Berhad menjadi terbatas. Oleh kerana itu, beberapa projek pembinaan yang sedang berjalan terpaksa ditangguhkan.\n\n\nSungguhpun begitu, tiada gangguan bekalan bahan berlaku kerana aktiviti ekonomi kemudian dibenarkan berjalan dengan bersyarat. Disebabkan itu, Siab tidak menerima sebarang pembatalan, penggantungan kontrak, pengurangan skop kerja, atau perubahan tender sepanjang tempoh PKP.\n\n\nPendapatan Siab pada FYE 2020 meningkat berbanding FYE 2019 iaitu sebanyakRM 30.50 juta (12.56%). Peningkatan ini adalah disebabkan pendapatan yang lebih tinggi daripada segmen bukan kediaman syarikat ini. Selain itu, bantuan berkaitan COVID-19 iaitu \none-off\n subsidi gaji yang diberikan kerajaan selama 6 bulan juga turut membantu kenaikan pendapatan syarikat ini.\n\n\nNamun begitu, terdapat penurunan pendapatan pada FPE 2021, iaitu sebanyak RM 20.30 juta atau 17.90% daripada RM 113.42 juta pada FPE 2020.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat Siab Holdings Berhad diperolehi daripada pembinaan bangunan kediaman dan juga bangunan bukan kediaman. Baki pendapatan syarikat pula diperolehi daripada penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).\n\n\nSiab mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE 2018, iaitu dari RM 145.42 juta menjadi RM 242.89 juta pada FYE 2019. Kenaikan pendapatan diteruskan pada FYE 2020, iaitu sebanyak RM 30.50 juta atau 12.56%, menjadikan jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 273.39 juta. Walaupun negara berada dalam PKP, syarikat ini diberikan kebenaran bersyarat oleh MITI bagi menjalankan kerja-kerja pejabat dan juga pembinaan untuk projek yang sedang berjalan. Siab juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan memohon extension of time (EOT) untuk menyiapkan projek tanpa dikenakan liquidated and ascertained damages (LAD).\n\n\nNamun, terdapat penurunan pendapatan sebanyak 15.93% bagi FPE 2021 berbanding FPE 2020. Hal ini terjadi akibat PKP yang berterusan dan berulang, justeru menghadkan pergerakan pembinaan.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Siab\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Siab melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada tiga, iaitu melalui pembinaan bangunan kediaman, bukan kediaman, dan lain-lain perkhidmatan seperti penyelesaian komunikasi (ICT).\n\n\nPada FYE 2018 sehingga FYE 2019, kenaikan pendapatan banyak disumbangkan daripada dua segmen, iaitu bangunan kediaman dan bukan kediaman. Manakala bagi FYE 2020 pula, peningkatan pendapatan sebanyak 12.56% berlaku disebabkan terdapat kenaikan yang tinggi pada segmen bangunan bukan kediaman.\n\n\nBerbeza pula dengan pendapatan syarikat pada FPE 2020 dan FPE 2021, syarikat ini menghadapi penurunan pendapatan akibat kekurangan pendapatan dari segmen yang sama iaitu bangunan bukan kediaman.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Senheng mengikut segmen.\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat, kesemua segmen ini mengalami peningkatan yang baik pada FYE 2018 sehingga FYE 2020, namun perniagaan menjadi sedikit terbantut pada tahun 2021 kesan dari pandemik COVID-19 yang melanda.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMembeli tanah dan pembinaan pusat penyimpanan barang\n\n\n6.1\n\n\n16.61\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan\n\n\n13.13\n\n\n35.74\n\n\n\n\n\n\nMembeli sistem perisian BIM\n\n\n3.07\n\n\n8.35\n\n\n\n\n\n\nMenaik taraf perisian dan sistem\n\n\n0.81\n\n\n2.21\n\n\n\n\n\n\nMembesarkan pejabat\n\n\n0.3\n\n\n0.82\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n9.3\n\n\n25.32\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.02\n\n\n10.95\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n36.72\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Majoriti dana sebanyak RM 13.13 juta akan dimanfaatkan dengan membeli mesin dan peralatan, 16.61% untuk membeli tanah dan 8.35% untuk membeli perisian BIM. Sebahagian kecil dana akan digunakan untuk menaik taraf perisian lain, sistem dan membesarkan pejabat.\n\n\nSelain itu, tawaran IPO ni juga dapat memberikan modal kerja kepada syarikat sebanyak 10.95%, iaitu bersamaan dengan RM 402.3 juta. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Siab\n\n\nMengikut Laporan IMR, Siab terlibat terutamanya dalam pembinaan hartanah, di mana syarikat itu memberi tumpuan kepada pembinaan bangunan bukan kediaman iaitu seperti bangunan komersial dan perindustrian, serta bangunan kediaman seperti pangsapuri bertingkat tinggi dan kondominium.\n\n\nIndustri pembinaan\n\n\nPembinaan ialah satu siri proses yang menukarkan bahan mentah melalui dengan menggunakan tenaga buruh dan mesin untuk membina pelbagai bentuk bangunan dan infrastruktur. Industri pembinaan di Malaysia secara amnya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, pasaran pembinaan hartanah dan pasaran kerja perdagangan kejuruteraan awam dan khusus.\n\n\nPembinaan hartanah merujuk kepada proses menambah struktur dan bangunan ke kawasan tanah. Ini termasuklah pemasangan dan pendirian binaan pasang siap seperti tangga, tingkap, dinding, dan lain-lain. Aktiviti seperti memulihkan tapak dan bangunan bersejarah juga adalah salah satu aktiviti pembinaan. Pembinaan bangunan boleh dibahagikan kepada berikut:\n\n\n\n\nKediaman\n: Bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman seperti kondominium, rumah pangsa, dan rumah teres.\n\n\nBangunan bukan kediaman\n: Bangunan yang tidak digunakan untuk tujuan kediaman dan boleh dibahagikan kepada komersil, perindustrian dan bangunan yang dibina khas seperti hospital.\n\n\n\n\nPrestasi industri pembinaan\n\n\nIndustri pembinaan di Malaysia sebahagian besarnya adalah domestik dan merupakan komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana hubungan strategik dan meluasnya dengan seluruh sektor ekonomi. Kerajaan Malaysia juga turut menyokong pertumbuhan industri pembinaan tempatan dengan mencadangkan projek-projek kerajaan sebagai sebahagian pembelanjaan pembangunan.\n\n\nTerdapat sedikit peningkatan pada industri pembinaan tempatan iaitu daripada RM 66.22 bilion pada tahun 2018, menjadi RM 66.25 bilion pada tahun 2019. Hal ini terjadi kerana terdapat pertumbuhan dalam sektor kejuruteraan awam dan pasaran kerja perdagangan khusus yang sedikit sebanyak membantu prestasi hartanah yang lemah akibat situasi hartanah tidak terjual yang berterusan.\n\n\n\n\n\n\nSejarah dan ramalan pertumbuhan industrian pembinaan di Malaysia. Gambar: Prospectus Siab\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2020, pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan telah menyebabkan kejatuhan sebanyak 19.2% terhadap pendapatan industri pembinaan. Pergerakan yang terbatas akibat PKP menyebabkan kerja-kerja pembinaan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Walaupun terdapat sedikit kelonggaran terhadap projek-projek tertentu, namun \nStandard Operating Procedure\n (SOP) PKP yang ketat membuatkan kerja pembinaan menjadi perlahan. Hampir keseluruhan ekonomi yang melumpuh sewaktu pandemik ini juga telah menyebabkan permintaan terhadap hartanah merundum.\n\n\nSungguhpun telah dibenarkan beroperasi, industri pembinaan terus terkesan dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2021 disebabkan SOP PKP yang ketat. Namun begitu, industri ini dijangka akan pulih semula bermula tahun 2022 atas peningkatan aktiviti ekonomi. Kadar vaksinasi yang tinggi juga turut membantu melonggarkan SOP.\n\n\nPersaingan\n\n\nSiab melalui 2 anak syarikatnya iaitu Siab (M) Sdn Bhd dan Siab Construction Sdn Bhd terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia. Kedua-dua anak syarikat merupakan kontraktor G7 yang berdaftar di bawah pengkhususan B04.\n\n\nOleh itu, persaingan Siab di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria dibawah:\n\n\n\n\nTerlibat dalam pembinaan bangunan dan 75% pendapatan adalah daripada aktiviti pembinaan\n\n\nMempunyai pendapatan lebih daripada RM 250 juta pada laporan kewangan terbaru yang telah di audit.\n\n\nDisenaraikan di Bursa Malaysia\n\n\nKontraktor G7 yang berdaftar atau sekurang-kurangnya mempunyai anak syarikat yang merupakan kontraktor G7 dengan CIDB dengan pengkhususan B04.\n\n\n\n\nAntara persaing Siab yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Siab\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSektor hartanah adalah antara sektor yang terkesan di kala pandemik COVID-19 melanda. Sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk mengawal pandemik ini telah menyebabkan kerja pembinaan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Hal ini menyebabkan kerugian kepada keseluruhan sektor hartanah.\n\n\nJika diperhatikan, pada permulaan pandemik, Siab berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang baik walaupun dengan kekangan yang timbul. Namun, pada tahun 2021, prestasi syarikat merundum akibat PKP yang berterusan serta SOP yang ketat.\n\n\nMelalui IPO ini, Siab menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan syarikat. Hal ini menunjukkan langkah yang positif oleh syarikat dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan. Walaupun begitu, syarikat masih perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila tersenarai di Bursa Malaysia pada penghujung bulan ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/siapakah-dan-zanger-yang-memegang-rekod-dunia-dalam-pelaburan-saham", "title": "Siapakah Dan Zanger yang Memegang Rekod Dunia dalam Pelaburan Saham?", "body": "Jika kita belajar mengenai dunia pelaburan saham, pasti ada satu nama terkenal yang tercatat dalam sejarah lewat tahun 90-an. Nama beliau telah mengempar dunia: bagaimana seorang kontraktor kolam renang mampu menghasilkan wang sebanyak AS$18 juta dengan bermodalkan pelaburan AS$10,000 selama 2 tahun?\n\n\nPelaburan ini telah memberikan Dan Zanger kenaikan sebanyak 29,000% peningkatan modal. Pencapaian ini menjadikan beliau pemegang rekod dunia pelaburan dan majalah terkenal Fortune Magazine telah menerbitkan ulasan mengenai diri beliau.\n\n\nSiapa Dan Zanger?\n\n\nBeliau dilahirkan dan dibesarkan di San Fernando Valley, Los Angeles. Bapanya merupakan seorang ahli fizik dan ibunya seorang ahli psikologi. Walaupun berjaya menyambung pengajian di peringkat kolej, namun beliau telah berhenti untuk bermain ski laju beberapa tahun di Colorando dan Idaho. Pada awal usia 20-an, Dan Zanger menghadapi kesukaran hidup dan bekerja pelbagai pekerjaan seperti buruh kasar, pemandu teksi dan pembantu tukang masak.\n\n\n\n\nMengambil Peluang\n\n\nDengan hanya mempunyai kelulusan pendidikan sekolah menengah, beliau telah pulang semula ke Los Angeles dan mula bekerja disebuah syarikat landskap serta memperoleh lesen kontraktor. Minatnya dalam pelaburan saham bermula apabila ibunya sering menonton berita mengenai saham di televisyen. Secara tidak langsung, Dan Zanger mula meminati dan mendalami ilmu pelaburan saham secara serius.\n\n\nKetika berlakunya krisis gelembung internet, Dan Zanger telah menjual kereta Porshenya bernilai $11,000 untuk dijadikan modal pembelian saham. Pada tahun 1998 kebanyakkan saham berasaskan internet telah melonjak naik serta menjadi pilihan para pelabur. Beliau tidak terkecuali melabur dalam pasaran tersebut.\n\n\n\n\n\n\nRajah peristiwa gelembung internet (news.gcase.org)\n\n\n\n\n\n\nStrategi dan Teknik\n\n\nMenggunakan Teknik\u00a0CANSLIM\n\n\nBeliau telah menjadikan buku bertajuk \"How to Make Money in Stocks\" karya William O'Neil' sebagai rujukan. William O'Neil telah mengajar teknik CANSLIM\u00a0yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal analisis dalam pemilihan sesuatu kaunter saham.\n\n\nBeliau telah mengulangkaji serta menghabiskan masa sehingga 8-16 jam sehari untuk mengkaji sesebuah kaunter yang berkualiti berdasarkan pemerhatian volume, analisis harga dan chart pattern.\n\n\nVolume dan Chart Pattern\n\n\nDan Zanger akan memilih saham yang berpotensi dengan jumlah volume yang tinggi berbanding volume yang rendah. Ini memudahkan pergerakan harga saham meningkat dan menurun dalam pasaran saham. Situasi ini biasanya terjadi apabila sesebuah kaunter saham membentuk\u00a0bullish flag pattern.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Investopedia.com\n\n\n\n\n\n\nEntry Exit Rule\n\n\nMengikut pandangan Dan Zanger beliau hold maksimum selama 3 hari dan menggunakan prinsip pasaran breakout flag pattern. Dengan menggunakan strategi ini,\u00a0beliau telah berjaya menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda dan memegang rekod dunia.\n\n\nKehidupan Sekarang\n\n\nKesimpulannya, kini Dan Zanger telah menjadi pelabur dan memberi seminar sepenuh masa mengenai teknik pasaran saham di Amerika Syarikat. Teknik pasaran saham yang diajarnya banyak digunapakai terutamanya pelabur baharu.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/siapakah-itu-pelabur-sofistikated", "title": "Siapakah itu Pelabur Sofistikated?", "body": "Mungkin ramai daripada kita yang pernah mendengar tentang istilah Pelabur Sofistikated bukan? Kalau anda hendak tahu, selain layak memohon peruntukan saham IPO secara tawaran persendirian, pelabur sofistikated juga ialah satu-satunya kategori pelabur yang dibenarkan terlibat dalam transaksi jual beli saham syarikat yang tersenarai di Pasaran LEAP.\u00a0\n\n\nApakah itu Pasaran LEAP?\n\n\nPerkataan LEAP merujuk kepada (Leading, Entrepreneur, Accelerated, Platform). Pasaran LEAP adalah pasaran ketiga yang ada di Bursa Malaysia selepas pasaran Utama dan ACE.\n\n\nPasaran ini merujuk kepada pasaran baharu yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat permulaan terutamanya syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengumpul dana bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nFoto perasmian pasaran LEAP oleh Dato' Seri Najib pada tahun 2017\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelaburan dalam saham-saham di pasaran LEAP dianggap agak berisiko kerana kecairan yang rendah berbanding dengan saham-saham dalam pasaran lain. Oleh itu, pasaran ini hanya tersedia untuk Pelabur Sofistikated yang dikatakan mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai potensi dan risiko pulangan pasaran ini.\n\n\nSaham-saham ini tidak banyak ditawarkan di Bursa Malaysia dan biasanya terpapar dengan warna kuning dalam platform dagangan.\n\n\n\n\nSiapakah itu Pelabur Sofistikated?\n\n\nPelabur Sofistikated dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu pelabur bertauliah, entiti bernilai bersih tinggi dan individu yang bernilai tinggi. Antara kriteria utama untuk menjadi Pelabur Sofistikated adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nIndividu yang mempunyai aset peribadi bersih berjumlah RM 3,000,000 dan ke atas; atau\n\n\n\n\n\n\nIndividu yang mempunyai pendapatan tahunan kasar berjumlah RM 300,000 dan ke atas; atau\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSekiranya bersama pasangan, pendapatan tahunan kasar perlulah berjumlah RM 400,000 dan ke atas; atau\n\n\n\n\n\n\nPerbadanan dengan jumlah aset bersih melebihi RM10,000,000 dan ke atas; atau\n\n\n\n\n\n\nSyarikat yang berdaftar sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang mempunyai aset berjumlah RM10,000,000 dan ke atas; atau\n\n\n\n\n\n\nSyarikat awam di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjadi pemegang amanah dan mempunyai aset melebihi RM10,000,000\u00a0\n\n\n\n\nCara mendaftar sebagai Pelabur Sofistikated\n\n\nIndividu atau entiti yang ingin mendaftar sebagai Pelabur Sofistikated perlulah menyediakan dokumen berkaitan kepada broker saham untuk membolehkan broker tersebut melakukan proses penilaian dan semakan \"Kenali Klien Anda\". Jika mencukupi segala syarat yang diperlukan, Pelabur Sofistikated ini boleh mula berdagang di pasaran LEAP dengan menggunakan akaun CDS sedia ada.\n\n\nMemohon IPO secara Tawaran Persendirian\n\n\nPeruntukan saham IPO biasanya diagihkan kepada 4 pihak iaitu awam, Tawaran Persendirian, peruntukan saham khas Bumiputera di MITI dan pekerja syarikat yang terlibat. Sebagai contoh, anda boleh melihat struktur peruntukan saham IPO syarikat SFPTECH Berhad di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPelabur Sofistikated yang juga dikenali sebagai \"High Net Worth Clients\" sebenarnya layak untuk memohon saham-saham IPO secara Tawaran Persendirian atau (Private Placement). Kebiasaannya, saham IPO jenis ini ditawarkan secara blok dan setiap blok mempunyai nilai saham terkumpul berjumlah RM 250,000 atau sebanyak 1,000,000 unit saham. Ini adalah jumlah minima yang perlu dilanggan oleh Pelabur Sofistikated.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPelabur Sofistikated ialah salah satu kategori pelabur yang terlibat dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Sesiapa juga boleh menjadi Pelabur Sofistikated dengan syarat mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti memiliki aset bersih peribadi bernilai RM 3,000,000 atau pendapatan kasar tahunan bernilai RM 300,000 dan ke atas.\n\n\nPelabur Sofistikated merupakan satu-satunya jenis pelabur yang mendapat akses untuk membeli dan menjual saham-saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, mereka juga layak memohon saham IPO secara Tawaran Persendirian.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/skyworld-pembangun-hartanah-kediaman-dan-komersial-bertingkat-tinggi", "title": "SkyWorld - Pembangun Hartanah Kediaman dan Komersial Bertingkat Tinggi", "body": "\n\n1. Butiran IPO syarikat SkyWorld\n\n\n\n\n2. Latar belakang perniagaan syarikat\n\n\nSkyWorld melalui anak syarikatnya terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, perkhidmatan pengurusan, pengurusan kewangan, perniagaan e-dagang dan perkhidmatan perundingan pengurusan.\n\n\nSyarikat ini memfokuskan kepada pembangunan kediaman dan komersial bertingkat tinggi dengan penawaran harga yang berpatutan. Setakat ini, semua pembangunan hartanah mereka berpusat di bandar raya Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n3. Berjaya menyiapkan 7 pembangunan kediaman, komersial dan mampu milik semenjak 2014\n\n\nSejak permulaan perniagaan SkyWorld pada tahun 2014, mereka mempunyai rekod prestasi selama 8 tahun dalam pembangunan hartanah dan prestasi ini disokong oleh penyelesaian 7 pembangunan hartanah termasuk hartanah kediaman, komersial dan mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM 3.05 bilion.\n\n\n\n\n4. Sedang dalam proses untuk menyiapkan 5 pembangunan hartanah\n\n\nMereka juga sedang dalam proses untuk menyiapkan 5 pembangunan hartanah yang sedang berjalan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM2.28 bilion yang dijangka akan selesai pada tahun 2026.\n\n\nAntara projek tersebut ialah pembangunan SkyVogue Residences di Taman Desa, SkySierra di Setiawangsa, EdgeWood Residences di Setapak dan SkyAwani V Residences di Sentul.\n\n\n\n\n5. Skor QLASSIC melebihi purata industri\n\n\nBerdasarkan data yang diperoleh daripada CIDB, syarikat SkyWorld mencatatkan skor QLASSIC yang melebihi purata keseluruhan industri yang bernilai antara 69% hingga 73% pada tahun 2017 dan 2020.\n\n\nQLASSIC\u00a0merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard. Secara mudahnya, lagi tinggi QLASSIC skor, lagi tinggi kualiti sesuatu bangunan tersebut.\n\n\n\n\n6. Mencatatkan pertambahan pendapatan dari tahun 2020 hingga 2022\n\n\nMereka berjaya mencatatkan peningkatan dalam pendapatan syarikat sebanyak 50.89% iaitu dari RM 523.86 juta pada tahun 2020 hingga RM 790.43 juta pada tahun 2022. Peningkatan pendapatan ini dibantu oleh penyiapan projek kediaman, komersial dan mampu milik.\n\n\nPada tahun 2022, segmen kediaman mampu milik menyumbang sebanyak 41.62% kepada seluruh pendapatan syarikat. Ini berkesinambungan dengan matlamat SkyWorld iaitu bukan sahaja untuk menyediakan penempatan yang bukan sesuai dengan pendapatan purata rakyat Malaysia, bahkan lokasi bangunan yang strategik di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n7. Menempa nama dalam Malaysia Book of Records\n\n\nSkyWorld telah mencapai dua pencapaian penting dengan bangunan SkyAwani 3 Residences. Pencapaian pertama mereka ialah penyelesaian projek perumahan mampu milik yang tepat pada masanya di Setapak.\n\n\nYang kedua, SkyBridge yang terletak di tingkat 52 telah dianugerahkan dengan gelaran Jambatan Langit Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records.\n\n\n\n\n8. Penggunaan dana daripada IPO\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan oleh syarikat untuk pembelian tanah untuk pembangunan, modal kerja untuk penyiapan projek dan lain-lain.\n\n\n\n\n9. Strategi perniagaan dan rancangan masa hadapan\n\n\nSalah satu perancangan SkyWorld adalah untuk melancarkan 11 pembangunan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 41.61 ekar secara berperingkat bermula dari tahun 2023 hingga 2026.\n\n\nIni akan memberikan peningkatan kepada nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak sebanyak RM 4.61 bilion.\n\n\n\n\n10. Kadar jualan melebihi 90%\n\n\nSkyWorld secara puratanya berjaya menjual lebih 90% unit rumah kepada pembeli untuk projek yang sudah siap dan juga projek yang sedang dalam pembangunan.\n\n\n\n\n11. Berdepan dengan risiko \"Overhang Properties\".\n\n\n\"Overhang Properties\" merujuk kepada\u00a0hartanah kediaman yang telah siap dan bersedia digunakan tetapi masih belum terjual selepas sembilan bulan.\n\n\nPada tahun 2021, jumlah kelebihan hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 29.8% manakala pelancaran unit kediaman bertingkat tinggi menurun sebanyak 41.0%.\n\n\nSementara itu, untuk kelebihan hartanah komersial bertingkat tinggi pada tahun 2021, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan sebanyak 10.2% berbanding dengan 81.4% pada tahun 2020.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/smart-money-screener-mencari-saham-di-fasa-accumulation", "title": "Smart Money Screener: Mencari Saham di Fasa Accumulation", "body": "Screener\n adalah satu platform yang membantu pelabur untuk tapis saham yang berpotensi. Di iSaham, ada beberapa \nscreener free\n yang boleh digunapakai. Antaranya adalah \nsmart money screener\n.\n\n\nSmart money screener ini diinspirasikan daripada teori \nThe Richard Wyckoff Method\n. Ada juga yang memanggil sebagai strategi \nVolume Spread Analysis Method\n. Secara umumnya, ia adalah strategi yang cubaan untuk mengesan\u00a0\nsmart money\n\u00a0atau lebih dikenali di Malaysia sebagai 'jerung'\u00a0dalam pasaran saham.\n\n\nSiapakah Richard Demille Wyckoff?\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Wyckoff Stock Market Institute\n\n\n\n\n\n\n\n\nRichard Demille Wyckoff yang dilahirkan pada tahun 1873, merupakan perintis awal abad ke-20 dalam pendekatan teknikal untuk mengkaji pasaran saham. Beliau dikenali sebagai salah satu daripada lima \nlegendary \npenganalisis teknikal, bersama dengan Dow, Gann, Elliott dan Merrill. Wyckoff juga adalah pengasas, penulis dan \neditor \nuntuk\n The Magazine of Wall Street\u00a0\n(diasaskan pada 1907).\u00a0Wyckoff banyak memerhatikan permainan dan cara legenda pada zamanya berdagang di pasaran saham, termasuklah JP Morgan adn Jesse Livermore.\n\n\nWyckoff Price Cycle\n\n\nKajian beliau mengenai \nprice action\n digabungkan dalam \nWyckoff Market Cycle Theory \ndan\u00a0ia masih digunakan secara meluas dalam perdagangan sehingga hari ini.\n\n\nMenurut pendekatan Wyckoff, kitaran harga mempunyai 4 peringkat: \naccumulation\n, \nmarkup\n, \ndistribution\n dan \nmarkdown\n.\u00a0Beliau menggariskan bahawa elemen utama dalam pembangunan trend dalam saham sama ada \nbullish\n atau \nbearish\n, ditandakan dengan tempoh \naccumulation\n dan \ndistribution\n.\u00a0\n\n\nRajah di bawah adalah gambaran bagaimana beliau mengkonseptualisasikan persediaan \nsmart money\n ini melaksanakan aktiviti perdagangan di pasaran \nbull\n dan \nbear.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: StockCharts\n\n\n\n\n\n\n\n\nWyckoff menjelaskan masa untuk \nentry long position\n adalah pada akhir fasa \naccumulation\n, manakala \nentry\n untuk \nshort position\n adalah pada penghujung fasa \ndistribution\n sebelum membuat penurunan harga.\n\n\nScreening saham mengikut ciri-ciri teori Wyckoff\n\n\nSeperti yang dinyatakan, \nsmart money screener \nadalah diilhamkan daripada teori Wyckoff. \nSceener\n ini membantu pelabur menapis saham yang berada di fasa \naccumulation\n atau fasa akhir \naccumulation\n sebelum bergerak ke arah \nmarkup\n.\u00a0\n\n\nMari lihat contoh saham \nSCGM\n\n\n\n\n\n\nCarta saham SCGM Bhd\n\n\n\n\n\n\nSaham SCGM telah melalui fasa \naccumulation\n yang agak lama daripada pertengahan tahun 2019 hingga pertengahan tahun 2020. Proses \naccumulation\n\u00a0ini adalah peringkat pertama kitaran harga Wyckoff. Proses ini juga akan menghasilkan \ntrading range\n seperti\u00a0dalam kotak yang dilukis\u00a0seperti carta diatas.\n\n\nKemudian selepas fasa akhir \naccumulation\n ini akan disusuli dengan fasa \nmarkup\n seperti saham SCGM yang memulakan \nuptrend\n pada pertengahan tahun 2020.\n\n\nKesimpulan\n\n\nScreener ini dapat memudahkan pelabur untuk mencari\u00a0saham yang berpotensi.\u00a0Kalau nak \nentry\n dan \nexit\n saham mestilah bergantung kepada strategi masing-masing. Sama ada nak \nentry\n bila \nbreakout\n, \nentry\n di \nnear support\n\u00a0atau lain-lain cara, terpulang kepada strategi pelabur. Paling penting, pemilihan saham mestilah mengikut kesesuaian risiko yang boleh dihadapi.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nStockCharts\n\n\nInvestopedia\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sns-mengembangkan-perkhidmatan-berasaskan-langganan-daas", "title": "SNS - Mengembangkan Perkhidmatan Berasaskan Langganan DaaS", "body": "\n\nSNS Network Technology Berhad\n terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.25\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 403.2 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.21\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n18 Ogos 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n22 Ogos 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n2 September 2022\n\n\n\n\nBisnes SNS Network\n\n\nSNS Network Technology Berhad diperbadankan pada 26 Januari 2016 secara \nprivated limited company\n dan kemudian ditukarkan kepada \npublic limited company\n pada 30 Julai 2021. Syarikat ini mempunyai sejarah operasi selama 24 tahun dalam industri produk dan perkhidmatan ICT di Malaysia. Struktur syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nStruktur syarikat SNS Network\n\n\n\n\n\n\nSNS Network, melalui anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT seperti:\n\n\n\n\nPenjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT\n\n\nPenyediaan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan untuk syarikat Apple, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar.\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat SNS Network adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan SNS Network\n\n\n\n\n\n\nPasaran di Malaysia adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat, dimana menyumbang antara 67.1% hingga 89.3% untuk FYE 2019 hingga 2022. Pendapatan selebihnya diperoleh terutamanya dari Hong Kong dan Singapura.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia telah mengenakan pelbagai fasa sekatan pergerakan di seluruh negara. Perniagaan dan operasi SNS Network menghadapi gangguan sementara akibat wabak pandemik COVID19, dimana syarikat SNS tidak dapat beroperasi semasa PKP Pertama. Namun begitu, SNS Network dibenarkan beroperasi semula bermula PKP tempoh kedua dengan mematuhi perubahan dalam SOP yang digariskan oleh MITI dan pihak berkuasa.\n\n\nSemasa PKP pertama, kedai fizikal SNS Network tidak dapat beroperasi dan telah memberikan kesan kepada jualan syarikat. Namun, selepas PKP pertama, hasil jualan syarikat beransur pulih dan secara tidak langsung pendapatan meningkat bagi tahun kewangan yang ditinjau. Peningkatan pendapatan ini didorong oleh peningkatan jualan secara \nonline\n. Tambahan pula, pandemik COVID-19 telah membawa kepada perubahan dalam tingkah laku pengguna, yang membawa kepada peningkatan dalam amalan kerja dari rumah (\nwork from home\n) dan kelas maya yang membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk produk ICT dan perkhidmatan jalur lebar.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nSNS Network Technology Berhad menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 13.65% iaitu daripada RM 594.14 juta pada tahun 2019, menjadi RM 675.28 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun fiskal 2021 dan 2022, dengan peningkatan masing-masing sebanyak 6.84% dan 54.13%.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\n\n\nPendapatan syarikat SNS Network dibahagikan kepada 2 segmen iaitu penjualan produk ICT dan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT. Sepanjang FYE 2019 hingga 2022, penjualan produk ICT menyumbang 98.0%, 98.2%, 98.5% dan 98.9% kepada jumlah pendapatan syarikat.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan hasil daripada IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengembangkan perkhidmatan berasaskan langganan DaaS\n\n\n30.9\n\n\n34.1\n\n\n\n\n\n\nMembuka kedai runcit baharu\n\n\n2.5\n\n\n2.8\n\n\n\n\n\n\nPembinaan hab serantau\n\n\n18.0\n\n\n19.8\n\n\n\n\n\n\nAktiviti pemasaran\n\n\n1.5\n\n\n1.7\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n20.0\n\n\n22.0\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n13.12\n\n\n14.5\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.7\n\n\n5.1\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n90.72\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 30.9 juta bersamaan 34.1% daripada dana IPO akan digunakan untuk perbelanjaan modal bagi pengembangan perkhidmatan berasaskan langganan DaaS (\nDaaS subscription-based service\n). Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan syarikat untuk \nsubscribe\n (cth. \nsubscription content\n, pelbagai \nICT devices\n, \nsoftware content\n dan perkhidmatan nilai tambah) mengikut keperluan perniagaan dan operasi mereka. SNS Network merancang untuk menggunakan RM2.50 juta untuk menubuhkan 10 kedai baharu di Malaysia, terutamanya 8 kedai di Lembah Klang, 1 kedai di Johor Bahru dan 1 kedai di Pulau Pinang.\n\n\nSelain itu, RM 18 juta (19.8% daripada dana IPO) akan digunakan untuk pembinaan hab serantau, manakala RM 1.5 juta pula diperuntukkan untuk aktiviti pemasaran. Syarikat SNS Network memperuntukkan RM20 juta untuk membayar sebahagian pinjaman syarikat, iaitu berjumlah RM 14.65 juta pada CIMB Islamic Bank Berhad dan baki selepas itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dari RHB Islamic Bank Berhad. Lebihan dana IPO ini akan dimanfaatkan sebagai modal kerja dan juga perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri SNS Network\n\n\nMengikut laporan IMR, SNS Network terlibat terutamanya dalam industri produk dan perkhidmatan ICT. Syarikat SNS Network terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan. Selain itu, mereka juga adalah penyedia perkhidmatan pembaikan peranti dan yang berkaitan, serta menjual perkhidmatan jalur lebar.\n\n\nIndustri produk dan perkhidmatan ICT\n\n\nIndustri produk dan perkhidmatan ICT merujuk kepada pemain industri yang menawarkan produk ICT dimana digunakan untuk berkomunikasi, \nnetworking\n, penghantaran dan penerimaan maklumat.\n\n\nProduk ICT termasuk komputer riba, desktop, monitor, \nearphones\n, radio, telefon bimbit dan lain-lain lagi. Perkhidmatan ICT pula termasuk penyediaan produk, \nsoftware installation\n, perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan lain.\n\n\nSegmen produk dan perkhidmatan ICT boleh digambarkan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSegmen produk dan perkhidmatan ICT. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nPrestasi industri\n\n\nICT, internet dan teknologi lain telah menjadi kepentingan dalam kehidupan seharian, di mana ia digunakan untuk komunikasi, sosial dan \nnetworking\n, e-dagang, e-sukan dan hiburan serta kerja dan pembelajaran. Peratusan individu yang menggunakan internet di Malaysia meningkat daripada 81.20% pada 2018 kepada 96.77% pada 2021.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan dalam aktiviti dalam talian ini mendorong permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan ICT. Jika dilihat, peningkatan peratusan individu menggunakan komputer riba/ desktop meningkat daripada 70.50% pada 2018 kepada 83.45% pada 2021, dan peratusan individu menggunakan telefon bimbit/telefon pintar yang meningkat daripada 97.90% pada 2018 kepada 98.73% pada 2021.\n\n\nSaiz industri produk dan perkhidmatan ICT diwakili oleh jualan produk ICT dan nilai tambah kasar perkhidmatan ICT. Jualan produk ICT meningkat daripada RM52.03 bilion pada 2018 kepada RM54.18 bilion pada 2019, tetapi menurun kepada RM50.98 bilion pada 2020. Jualan ini kemudian meningkat kepada RM54.63 bilion pada 2021. CAGR keseluruhan dari 2018 hingga 2021 ialah 1.64%.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, nilai tambah kasar perkhidmatan ICT meningkat daripada RM17.63 bilion pada 2018 kepada RM19.53 bilion pada 2020, pada CAGR 5.25%. Smith Zander menganggarkan nilai tambah kasar perkhidmatan ICT ini telah meningkat daripada RM19.53 bilion pada 2020 kepada RM20.69 bilion pada 2021 pada tahun ke tahun dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.94%.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus syarikat\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nSNS Network ialah \ndealer\n/\nreseller\n, terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT.\n\n\nBerdasarkan prospektus, persaingan SNS Network Technology di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti dibawah:\n\n\n\n\nPemain industri yang merupakan \ndealer\n/\nreseller\n dan/atau \nservice providers\n/ \nsystem integrators\n, yang terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada \nhardware \natau\n devices\n dan perkakasan berkaitan, dan penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT kepada perniagaan, agensi kerajaan dan institusi pendidikan.\n\n\nPemain industri dengan pendapatan lebih RM100 juta berdasarkan penyata kewangan terkini.\n\n\n\n\nAntara pesaing SNS Network yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat SNS Network\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing syarikat SNS Network\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nPrestasi kewangan SNS Network menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan ICT disebabkan aktiviti dalam talian meningkat sejak wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.\n\n\nMelalui penyenaraian IPO ini, SNS Network akan menggunakan jumlah besar dana yang dikumpul bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat terutamanya perkhidmatan berasaskan langganan DaaS. Saiz pasaran DaaS di Malaysia meningkat daripada RM139.95 juta pada 2018 kepada RM376.17 juta pada 2021, pada CAGR sebanyak 39.04%. Oleh itu, perancangan ini adalah langkah yang positif bagi meningkatkan lagi pendapatan dan keuntungan syarikat. Namun begitu, mereka perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia nanti.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/spritzer-pengeluar-air-mineral-kaya-silika-terbesar-di-malaysia", "title": "Spritzer - Pengeluar Air Mineral Kaya Silika Terbesar di Malaysia", "body": "Air merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya. Umum mengetahui bahawa 70% komposisi tubuh kita terdiri daripada air. Mengikut kajian, tubuh kita boleh bertahan selama seminggu tanpa makanan tetapi hanya tiga hari tanpa air. Sebab inilah, kita digalakkan untuk sentiasa minum air yang bersih serta kaya dengan bahan mineral agar tubuh kita boleh berfungsi secara optimum.\n\n\nDi Malaysia, mudah sahaja untuk kita mendapatkan akses kepada air minuman yang bersih. Sebagai contoh, kita boleh pergi ke pasaraya atau kedai runcit berdekatan dan beli sahaja produk air yang sudah dibotolkan dan dijual secara meluas. Antara produk air tempatan yang terkenal serta mudah untuk kita dapatkan ialah air botol berjenama Spritzer. Ini kerana, Spritzer merupakan pengeluar air mineral yang terbesar di Malaysia.\n\n\nSpritzer Berhad\n\n\nDitubuhkan pada akhir 1980-an oleh\u00a0Lim Kok Cheong, Spritzer kini merupakan perintis dan peneraju dalam industri air botol di Malaysia. Syarikat ini terlibat secara langsung dalam pembuatan, pemasaran dan penjualan produk air botol yang pelbagai. Selain daripada produk utamanya iaitu air mineral, banyak lagi jenama air lain yang sebenarnya dikeluarkan sendiri oleh Spritzer seperti Cactus, Summer, Desa, Tinge dan Pop.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSpritzer\n\n\n\n\n\n\nPengeluar Air Mineral Terbesar di Malaysia\n\n\nBerdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh \nEuromonitor Research\n, Spritzer memegang sebanyak 48% nilai jualan pasaran iaitu yang tertinggi dalam keseluruhan jualan air botol di Malaysia. Ini jauh meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu Sea Master dan Evian, masing-masing dengan nilai jualan pasaran sebanyak 13.2% dan 9.8%.\n\n\nKecanggihan peralatan kilang yang dilengkapi dengan teknologi pembotolan automatik serta dipantau sepenuhnya oleh barisan jurutera yang profesional ialah salah satu sebab kenapa Spritzer mampu mendominasi pasaran air botol di Malaysia.\u00a0\n\n\nProses pembotolan air di sini juga sangat menitikberatkan aspek kebersihan serta tiada sentuhan tangan berlaku dari sumber air sehingga kepada produk akhir. Setakat ini,\u00a0Spritzer mempunyai tiga kilang pemprosesan di lokasi yang berlainan dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 750 juta liter air.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKilang pemprosesan air Spritzer yang terletak di Taiping, Perak. Gambar: \nSpritzer\n\n\n\n\n\n\nHutan Hujan Berusia 220 Juta Tahun\n\n\nMungkin ramai antara kita yang terfikir, bagaimana Spritzer boleh mengekalkan kesegaran dan rasa air mineral mereka? Rahsianya ialah pada sumber air yang datang dari tapak hujan seluas 390 ekar di Taiping, Perak. Tapak sumber air semulajadi ini bebas daripada pencemaran kerana terletak sedalam 420 kaki di bawah tanah. Ketika disedut keluar, air akan melalui 5 lapisan batuan dan akan menyerap segala jenis mineral di sepanjang perjalanan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSilica Waters\n\n\n\n\n\n\nAir Mineral Kaya Silika\n\n\nProses pemendapan air yang lama di dalam tanah itulah punca kenapa air mineral Spritzer ini kaya dengan kandungan silika. Silika merupakan bahan mineral penting yang memberi kekuatan dan fleksibiliti kepada tisu penghubung badan manusia. Selain itu, silika juga membantu dalam proses mensintesis kolagen dalam badan secara semula jadi. Kolagen penting untuk menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat.\n\n\nMenurut satu jurnal, kandungan silika dalam air Spritzer adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan jenama air mineral yang lain di Malaysia.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nJournal of Natural Sciences Research\n\n\n\n\n\n\n\n\nAcilis by Spritzer - Produk Premium Terbaharu\n\n\nPada tahun 2019, Spritzer telah melancarkan produk premium terbaharunya iaitu Acilis by Spritzer. Air ini mengandungi jumlah silika terlarut yang lebih tinggi berbanding produk Spritzer yang lain iaitu sekitar 55.2 mg/L. Air ini juga mempunyai tahap PH yang seimbang iaitu sekitar 7.2 dan menjadikan ianya selamat untuk diminum oleh semua peringkat umur.\n\n\nOleh sebab itu, produk ini dijual dengan harga yang lebih tinggi dan banyak dieksport ke negara luar seperti United Kingdom dan Belanda disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat di sana.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSilica Waters\n\n\n\n\n\n\nBila sebut tentang produk air premium, mungkin ramai antara kita yang akan mula berfikir tentang produk air antarabangsa terkenal seperti Evian, Fiji dan Socosani.\u00a0Tapi tahukah anda, kandungan silika yang terdapat di dalam sebotol air Acilis oleh Spritzer ini sebenarnya antara yang tertinggi di dunia jika dibandingkan dengan produk antarabangsa yang lain?\n\n\nSebagai langkah permulaan, anda mungkin boleh mengambil kira untuk membeli produk air Acilis oleh Spritzer di pasaraya yang terdekat sebelum membeli produk air lain yang lebih mahal. Di samping menyokong produk keluaran tempatan, banyak manfaat kesihatan lain yang anda juga akan dapat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nWater Purification Guide\n\n\n\n\n\n\n\n\nBotol Berasaskan Tumbuhan Pertama di Malaysia\n\n\nTahukah anda bahawa Acilis by Spritzer ini ialah produk pertama di Malaysia yang menggunakan botol berasaskan tumbuhan dan dibotolkan sendiri di dalam negara. 30% daripada jumlah bahan plastik botol tersebut sebenarnya diperbuat daripada tebu.\n\n\nSelain daripada kandungan plastik botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya, penggunan botol berasaskan tumbuhan ini ialah langkah produktif yang diambil oleh Spritzer ke arah menjaga kelestarian alam sekitar untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sesuai dengan slogan mereka iaitu \"Go Nature, Go Spritzer\".\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSpritzer\n\n\n\n\n\n\n\n\nSilika dan Penyakit Alzheimer\n\n\nPenyakit Alzheimer ialah penyakit\u00a0berkaitan saraf otak yang biasanya bermula secara perlahan-lahan dan memburuk secara berperingkat dari masa ke masa. Alzheimer inilah yang menyumbang hampir 60% kepada kes demensia yang berlaku. Gejala awal yang paling biasa adalah kesukaran untuk mengingati kejadian yang baru sahaja berlaku. Biasanya, orang akan panggil penyakit Alzheimer ini sebagai penyakit nyanyuk.\n\n\nMenurut pakar toksikologi aluminium terkemuka dunia, \nProfesor Christopher Exley\n, selain faktor penuaan, \nkajian makmal\n yang dijalankan mendapati aluminium juga merupakan punca utama seseorang itu menghidapi penyakit Alzheimer. Kandungan aluminium yang berlebihan di dalam badan akan menganggu sel-sel otak menyebabkan kemahiran berfikir seseorang mula merosot.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nIOI Press\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKita sebenarnya sentiasa terdedah dengan aluminium dalam kehidupan seharian. Contoh yang paling mudah ialah air tin. Air yang disimpan di dalam bekas tin akan meningkatkan risiko untuk partikel aluminium meresap masuk ke dalam air. Jika kita minum air tersebut, partikel halus aluminium akan mula masuk dan merebak ke sel-sel badan dan mengganggu fungsinya. Oleh itu, kita perlu menyingkirkan kembali kandungan aluminium berlebihan yang ada dalam badan kita ini.\n\n\nKajian klinikal yang dijalankan oleh Professor Christopher di Keele University menunjukkan bahawa, kandungan silika di dalam air Spritzer boleh membantu penghidap Alzheimer untuk membuang kandungan aluminium berlebihan dalam badan mereka melalui perkumuhan air kencing.\n\n\nKatanya, \"individu yang menghidap penyakit Alzheimer digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 1 liter air mineral Spritzer setiap hari dan paras aluminium akan berkurangan secara efektif dalam jangka masa 12 minggu sahaja\". Sepanjang kajian klinikal dilakukan, tiga daripada lapan individu yang menghidap penyakit Alzheimer terbukti mampu meningkatkan fungsi kognitif otak mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSumber: \nKeele University\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nMalaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan bahan mineral yang berguna untuk manusia. Spritzer merupakan salah satu syarikat tempatan yang pandai menggunakan kelebihan ini dengan menjadi pengeluar air mineral kaya silika terbesar di Malaysia. Selain daripada rasa air mineral yang menyegarkan, kandungan silika yang terkandung di dalamnya adalah baik untuk kesihatan kita.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ssf-home-penyedia-kelengkapan-rumah", "title": "SSF Home - Penyedia Kelengkapan Rumah", "body": "\n\nButiran IPO syarikat SSF Home\n\n\n\n\nLatar belakang perniagaan syarikat\n\n\nSSF Home Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam peruncitan perabot, hiasan rumah dan produk kediaman melalui saluran runcit dan e-dagang. Syarikat ini menawarkan rangkaian perabot, hiasan rumah dan produk kelengkapan rumah untuk pelbagai kegunaan di bawah jenama SSFHOME, SSF - Great Lifestyle Made Affordable dan SSF.\u00a0\n\n\nSetakat 31 Disember 2022, SSF Home telah mempunyai sebanyak 41 buah cawangan di dalam pusat beli belah dan kawasan komersial di Malaysia.\u00a0\n\n\nModel perniagaan syarikat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\nSecara keseluruhan, pendapatan syarikat menunjukkan peningkatan dari tahun kewangan 2020 hingga 2021 disebabkan oleh amalan kerja dari rumah\u00a0(\nwork from home\n) yang telah menyumbang secara positif dalam jualan segmen produk syarikat.\n\n\nWalau bagaimanapun, pendapatan syarikat mengalami penurunan dari tahun kewangan 2021 hingga 2022 kerana fasa perubahan Perintah Kawalan Pergerakan yang membenarkan pelanggan syarikat kembali semula bekerja secara fizikal di pejabat. Hal ini menyebabkan amalan kerja dari rumah telah berkurang dan memberi kesan terhadap jumlah jualan segmen produk syarikat.\n\n\n\n\nPendapatan syarikat SSF Home terdiri daripada empat segmen perniagaan di mana segmen perabot merupakan segmen utama yang menyumbang lebih daripada 50% kepada pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\n\n\nPeratusan SSSG yang berubah-ubah\n\n\nPada tahun kewangan 2021, SSF Home mencatat nilai SSSG sebanyak 35.1% sebelum ia menurun kepada -29.6% pada tahun 2022. Hal ini demikian kerana syarikat mengalami penurunan dalam pendapatan yang disebabkan oleh faktor permintaan perabot yang berkurang pada tahun tersebut.\u00a0\n\n\n\n\nSame-store sales growth \n(SSSG) merupakan satu kaedah untuk mengukur pertumbuhan dalam pendapatan yang dijana oleh cawangan runcit yang sama dalam satu tempoh dan dibandingkan dengan tempoh yang sepadan pada tahun sebelumnya.\u00a0\n\n\nSecara ringkas, semakin positif nilai SSSG, semakin baik prestasi semasa bagi cawangan runcit yang sama. Ia juga menunjukkan permintaan terhadap produk bagi cawangan tersebut itu sedang meningkat.\u00a0\n\n\nPangkalan pelanggan yang melebihi 70,000\n\n\nDengan cawangan operasi yang melebihi 40 buah, SSF Home berjaya mencapai jumlah pelanggan yang besar dalam negara. Program keahlian yang merupakan salah satu strategi pemasaran mereka telah menarik minat pelanggan dan berjaya mengumpulkan seramai 75,620 pelanggan aktif. Dengan jumlah bilangan ini, ia mampu menyumbang sebanyak RM 152.86 juta kepada pendapatan syarikat pada tahun kewangan 2022 atau RM 2,178 bagi purata perbelanjaan setiap pelanggan.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\nSSF Home berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran mereka dengan membuka 18 cawangan runcit baru di seluruh negara dalam masa tiga tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak\u00a052 cawangan runcit.\u00a0\n\n\nRisiko berkaitan perniagaan dan operasi\n\n\nSSF Home mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap reputasi dan jenama mereka yang menyumbang secara signifikan terhadap pertumbuhan syarikat. Reputasi dan jenama syarikat ini adalah penting untuk menarik minat pelanggan dan mengekalkan hubungan dengan pihak pembekal. Sekiranya terdapat sebarang peristiwa negatif, ia boleh memberi kesan terhadap pelanggan dan perniagaan syarikat.\u00a0\n\n\nPerbincangan\n\n\nSSF Home merupakan syarikat peruncitan perabot yang mempunyai jumlah cawangan yang besar di Malaysia. Dengan reputasi dan jenama yang kukuh, SSF Home mampu mengumpulkan pelanggan aktif melebihi 70,000 pelanggan yang turut menyumbang secara signifikan terhadap pendapatan syarikat.\u00a0\n\n\nDari segi pendapatan syarikat, SSF Home mencatatkan pertumbuhan yang positif pada tahun 2021 disebabkan permintaan produk yang tinggi kerana amalan kerja dari rumah. Namun, pendapatan syarikat mengalami penurunan kerana perubahan amalan kerja dari rumah yang berkurang.\u00a0\n\n\nMelalui dana IPO yang bakal diperoleh, SSF Home akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran mereka melalui pembukaan 18 cawangan runcit baru dalam masa tiga tahun.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/status-syariah-dalam-penggunaan-pembayaran-shopee-pay-later", "title": "Status Syariah dalam Penggunaan Pembayaran Shopee Pay Later", "body": "Pada zaman dahulu, penggunaan sistem barter mula digunapakai dalam kalangan masyarakat untuk menukarkan barangan yang dikehendaki secara persetujuan antara dua pihak. Namun, dalam era kemajuan teknologi telah menyebabkan dunia pembelian mempunyai pilhan kepada pengguna sama ada membeli secara bersemuka atau secara dalam talian. Kini, pelbagai platform membeli-belah secara dalam talian e-dagang diperkenalkan seperti Shopee, Lazada, Amazon dan pelbagai lagi.\n\n\nAplikasi Shopee\n\n\nPlatform secara dalam talian Shopee telah memberikan pelbagai pilihan dan penjimatan masa kepada pengguna untuk membeli barangan. Pengguna hanya perlu memilih barangan dan kemudian membuat pembayaran serta menunggu barangan tersebut dihantar melalui rangkaian penghantaran kurier ke rumah anda. Aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan produk sehingga pengguna rambang mata terutamanya pada hari Jualan Shopee. Dalam aplikasi Shopee terdapat pelbagai pilihan pembayaran sama ada melalui \ncash on delivery, online banking, Shopee wallet\n dan \nShopee Pay Later.\n\n\nApa itu Shopee Pay Later?\n\n\nPihak Shopee telah memperkenalkan satu mekanisme pembayaran baharu kepada pelanggan mereka. Pembayaran ini dikenali sebagai Shopee Pay Later atau SpayLater. Ia menggunakan konsep pengguna membeli barangan terlebih dahulu dan membayarnya pada kemudian hari.\u00a0\n\n\nSeterusnya pengguna mempunyai pilihan sama ada membayar sekaligus pada bulan hadapan atau memilih pelan ansuran selama beberapa bulan. Ia melibatkan 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan pembayaran.\u00a0 Ansuran ini akan melibatkan yuran servis sebanyak 1.25% sebulan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nShopee\n\n\n\n\n\n\nPengguna yang lewat membuat pembayaran ansuran akan dikenakan caj lewat sebanyak 1.5%.\u00a0Pihak Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd untuk menguruskan sistem pembayaran ansuran Shopee.\u00a0 Pihak SeaMoney akan bayar terlebih dahulu jumlah ansuran oleh pembeli kepada penjual Shopee.\n\n\nKemudian, pembeli tersebut akan perlu membayar kepada pihak SeaMoney sama ada secara pembayaran sekaligus sebulan atau ansuran. Konsep ini dianggap pembeli akan berhutang terlebih dahulu untuk mendapatkan barangan tersebut.\n\n\nTimbulnya isu Syariah\n\n\nIsu ini timbul apabila kaedah pembayaran ini melibatkan pembayaran hutang dan caj berlebihan yang dikenakan. Terdapat pelbagai persoalan melibatkan hukum sama ada ia halal atau haram menggunakan Spay Later terutamanya melibatkan pengguna Islam.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Shopee\n\n\n\n\n\n\nPersoalan ini telah dijawab secara mendalam oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan. Menurut pandangan yang dinyatakan terdapat beberapa perkara syariah yang telah timbul dalam sistem pembayaran Shopee Pay Later adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBagi \ncara pembayaran secara one-off\n atau pembayaran sekaligus dalam tempoh sebulan, tiada timbulnya isu syariah sekiranya pembayaran tersebut diselesaikan dalam tempoh sebulan yang ditetapkan. Namun, sekiranya pengguna gagal dan lewat menyelesaikan pembayaran. Ia akan dikenakan caj lewat pembayaran. Maka berlakunya riba yang diharamkan Syarak.\n\n\nBagi \npembayaran secara ansuran,\u00a0\nterdapat dua isu syariah yang timbul iaitu caj pemprosesan dan caj lewat pembayaran. Hal ini disebabkan setiap caj pemprosesan dan caj lewat pembayaran yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar. Ia adalah sebahagian daripada riba.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nOleh itu, kita sebagai masyarakat beragama Islam perlulah mengelakkan sebarang aktiviti atau pun perkara yang melibatkan riba. Hal ini demikian kerana riba adalah haram dan berdosa besar dalam agama Islam. Melalui firman Allah SWT:\n\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u062d\u064e\u0644\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064e \u0648\u064e\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627\n\n\nMaksudnya:\n\u00a0\nAllah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.\n\n\nSurah al-Baqarah (275)\u00a0\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nTerma dan Syarat penggunaan Shopee Pay Later\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/stop-limit", "title": "Cara Guna Stop Limit ", "body": "1. Pilih saham yang nak set stop loss, dan tekan butang SELL\n\n\n2. Tukarkan setting LIMIT ke STOP LIMIT seperti gambar di bawah\n\n\n\n\n3. Ada dua jenis price yg anda kena faham - PRICE dan STOP PRICE\n\n\n4. Set PRICE dan STOP PRICE. STOP PRICE ialah trigger price, dimana apabila harga mencapai harga ini, sistem akan queue sell menggunakan harga dalam kotak PRICE.\n\n\n5. Sebagai contoh seperti gambar di bawah, saya set STOP PRICE pada 0.295. Apabila harga mencapai STOP PRICE 0.295, sistem akan queue sell pada harga PRICE 0.295.\n\n\n6. Kalau anda takut harga terlalu cepat jatuh selepas trigger STOP PRICE, anda boleh setkan PRICE kepada 0.290 untuk potong queue. Kalau pening, gunakan saja nombor yang sama untuk PRICE dan STOP PRICE.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Feature ini juga boleh digunakan untuk buy, dimana anda nak beli sekiranya harga naik ke sesuatu paras (buy on breakout)\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/strategi-2021-menurut-kajian-uob", "title": "Strategi 2021 Menurut Kajian UOB", "body": "UOB Kay Hian telah membuat kajian dan strategi pelaburan saham untuk tahun 2021. Dari sini, kami mengolah dan ringkaskan sektor apa yang anda boleh pantau untuk tahun 2021 nanti.\n\n\n\n\nApa yang berlaku 2020\n\n\nTahun 2020 menyaksikan krisis ekonomi yang tak pernah diduga. Semua pasti cakna bagaimana krisis wabak Covid-19 ini mengganggu aktiviti perniagaan fizikal. Banyak sektor ekonomi terjejas yang menyebabkan penurunan pendapatan, kehidupan manusia pula berubah dibayangi wabak ini.\n\n\nDunia kini berada di satu episod di mana semua mata melihat vaksin yang kini telah dikeluarkan, dan sekiranya ia mampu mengembalikan semula gaya kehidupan yang selama ini kita jalani.\n\n\nPeluang 2021\n\n\nDengan bermulanya episod pemerhatian vaksin, kita dibawa dengan sentimen positif untuk pembukaan semula ekonomi.\n\n\nSekiranya vaksin berjaya mengembalikan keadaan dunia seperti sedia kala, perniagaan tidak lagi dijejaskan oleh pergerakan kawalan.\n\n\nBank bakal melihat lebih banyak perbelanjaan yang boleh diterjemah kepada pinjaman yang lebih banyak.\n\n\nLebih banyak barangan jualan dapat dijual apabila had pelanggan dalam premis tidak lagi dikenakan.\n\n\nTema Pembukaan semula ekonomi\n\n\nPembukaan semula ekonomi mungkin akan menjadi tema utama pasaran pada 1Q2021. Tema ini boleh dipecahkan kepada beberapa aspek. Di bawah aspek ini, kami sertakan dengan sektor yang berkaitan. Jadi, anda boleh perhatikan sektor di bawah ini apabila aspek pembukaan ekonomi ini dilihat menjadi tema semasa.\n\n\n\n\nPembukaan sempadan\n\n\n\n\nPenerbangan\n\n\nHiburan, pelancongan\n\n\n\n\nBoleh dilihat di sektor \nTravel, Leisure and Hospitality\n\n\nBarangan pengguna\n\n\n\n\nPeruncit\n\n\nREIT\n\n\n\n\nPemulihan berkitaran\n\n\n\n\nKomoditi\n\n\nBank\n\n\nOil & Gas\n\n\nPembinaan\n\n\nBahan Binaan\n\n\nAutomotif\n\n\nHartanah\n\n\n\n\nPengeluaran vaksin\n\n\n\n\nFarmaseutikal\n\n\nVaksin\n\n\nLogistik\n\n\n\n\nTerdedah kepada profit-taking\n\n\n\n\nGlove\n\n\nFarmaseutikal\n\n\n\n\nTinjauan sektor\n\n\nSecara ringkas, UOB menilai sektor-sektor di bawah sebagai Overweight (dijangka akan outperform indeks).\n\n\n\n\nBank\n\n\nPembinaan\n\n\nConsumer\n\n\nTravel, Leisure and Hospitality\n\n\nPembuatan Glove\n\n\nREIT\n\n\nUtility\n\n\n\n\nSektor di bawah ini pula dinilai sebagai Market Weight\n\n\n\n\nAutomotif\n\n\nHealthcare\n\n\nOil & Gas\n\n\nPlantation\nProperty Developer\n\n\nTechnology\n\n\nTelecommunication\n\n\n\n\nSaham utama untuk dipantau\n\n\n\n\nAxiata Group\n\n\nGenting Malaysia [NS]\n\n\nInari Amertron\n\n\nMr D.I.Y. Group (M)\n\n\nMy EG Services\n\n\nPentamaster Corporation\n\n\nPress Metal Aluminium Holdings\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/strategi-heikin-ashi-cara-berdagang-mengikut-trend", "title": "Strategi Heikin-Ashi: Cara Berdagang Mengikut Trend", "body": "Mungkin pelabur pernah mendengar atau menggunakan Heikin-Ashi (HA) \ncandle\n ketika menganalisa carta saham. Bentuk atau rupa Heikin-Ashi seakan sama dengan \nJapanese candlestick\n yang biasa digunakan oleh para pelabur. Tetapi, kegunaan \ncandle\n Heikin-Ashi yang terbentuk berbeza dengan \ncandle\n yang biasa pelabur gunakan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nDi Jepun, Heikin-Ashi bermaksud \naverage bar\n atau bar purata dimana ia digunakan untuk mengenal pasti \ntrend\n pasaran saham. Kaedah Heikin-Ashi yang menggunakan data harga purata yang membantu menapis\n noise\n jangka pendek menjadikan carta saham lebih mudah untuk dibaca dan \ntrend\n juga lebih mudah untuk dianalisa.\n\n\nPengiraan Heikin-Ashi\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Formula Heikin-Ashi\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar di atas adalah formula yang digunakan untuk Heikin-Ashi. Ia dikira mengikut tempoh masa yang dipilih di dalam carta, contohnya seperti carta seminggu, sehari atau sejam. Dalam pengiraan \ncandlestick\n ini, ia menggunakan data \nopen-close\n Heikin-Ashi dari tempoh sebelumnya dan juga data \nopen-high-low-close\n (OHLC) dari tempoh semasa. Pelabur tidak perlu menghafal atau mengira Heikin-Ashi ini kerana ia telah dikira secara automatik oleh sistem. Para pelabur hanya perlu memahami konsep dan teknik penggunaan \ncandle\n sahaja.\n\n\nTeknik penggunaan Heikin-Ashi?\n\n\nTerdapat pelbagai teknik atau strategi yang boleh dilakukan dengan Heikin-Ashi \ncandle\n. Contoh boleh dilihat pada carta saham D&O dibawah:\n\n\n\n\n\n\nGambar: Carta D&O\n\n\n\n\n\n\nMengenal pasti permulaan trend saham\n\n\nIni adalah strategi yang umum dan selalu digunakan oleh para pelabur dimana mereka menggunakan Heikin-Ashi untuk mengenal pasti trend semasa sesuatu saham. Pelabur juga boleh melihat permulaan \ntrend\n saham tersebut sama ada ia menunjukkan kenaikan (HA Hijau) atau penurunan (HA Merah) yang kuat.\n\n\n\n\nJika ada saham yang dalam keadaan \ntrend\n menurun atau membuat \npullback\n dan kemudian HA \ncandle\n hijau muncul, ia mungkin petanda bagi saham tersebut akan membuat permulaan \ntrend\n baharu. Pelabur boleh memperhatikan pergerakan saham tersebut sama ada ia berpotensi untuk membuat kenaikan atau tidak.\n\n\nHeikin-Ashi tanpa shadow\n\n\n\n\nMengenal pasti Heikin-Ashi tanpa \nshadow\n bawah adalah salah satu isyarat kekuatan saham itu untuk menaik, manakala Heikin-Ashi tanpa\n shadow\n atas adalah sebaliknya, dimana ia menunjukan kekuatan saham itu untuk menurun. Teknik ini secara tidak langsung membantu pelabur untuk \nride the trend\n atau mengambil peluang untuk mendapat keuntungan kepada mereka ketika saham sedang dalam keadaan menaik. Jika berlaku sebaliknya, ia dapat memberi isyarat kepada pelabur untuk menjauhi saham yang sedang menurun.\n\n\nCandle Heikin-Ashi kecil\n\n\n\n\nKemunculan \ncandle\n Heikin-Ashi yang kecil adalah isyarat kepada pelabur untuk berhati-hati kerana terdapat kemungkinan bahawa \ntrend\n saham sudah berhenti atau akan membuat \npullback\n sementara. Dalam situasi ini pelabur hendaklah tidak terburu-buru melakukan perdagangan dalam sesuatu saham. Sebaiknya mereka perlu menunggu pengesahan harga saham itu untuk bergerak dahulu, sama ada menaik atau menurun.\n\n\nKekurangan Heikin-Ashi\n\n\nHeikin-Ashi juga sama seperti teknik atau indikator yang lain, ia juga mempunyai kekurangan. Oleh kerana \ncandle\n ini dikira secara purata menggunakan harga lama, ia tidak menunjukkan harga yang sebenar dan memberikan \nsignal\n yang lambat. Oleh itu, teknik HA tidak sesuai digunapakai oleh pedagang aktif atau \nscalper\n. Selain itu, \ncandle\n HA juga tidak menunjukkan\n price gap\n. Kebiasaannya, jika ada sebuah saham melonjak naik atau turun dan membuat \nprice gap,\n ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti pengumuman pendapatan dan lain-lain. Pelabur akan menilai momentum saham tersebut dan juga menetapkan \nstop loss \natau \nentry\n berdasarkan \nprice gap\n.\n\n\nRumusan\n\n\nHeikin-Ashi secara umumnya mudah difahami oleh para pelabur. Ia juga telah banyak digunakan terutamanya oleh pelabur baharu. Namun, penggunaan Heikin-Ashi mungkin tidak sesuai digunakan oleh sesetengah pelabur atas sebab pergerakannya yang agak ketinggalan. Justeru, ia tidak dapat menunjukkan harga sebenar sesuatu saham. Oleh kerana itu, pelabur hendaklah memilih strategi yang sesuai bergantung kepada objektif pelabur sendiri.\n\n\nRujukan\n\n\n1. \nInvestopedia\n\n\n2. \nCFI\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/strategi-literasi-kewangan-kebangsaan-2019", "title": "Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023", "body": "\n\n\n\nGambar: BNM\n\n\n\n\nPada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir telah melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023. Inisiatif ini dilancarkan untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dan menggalakkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Ia diterajui di bawah gabungan Bank Negara Malaysia dan Securities Commission dalam satu platform yang dinamakan sebagai \nFinancial Education Network (FEN)\n.\n\n\nKadar hutang isi rumah adalah tinggi\n\n\n\u201cHutang isi rumah di Malaysia adalah tinggi pada kadar 82.1% daripada KDNK\u201d. Itulah yang disebut dalam ucapan Perdana Menteri. Peratusan ini adalah lebih tinggi dari negara-negara yang mempunyai KDNK tinggi seperti Italy, Jepun dan Amerika Syarikat. Walaupun risiko hutang isi rumah (household debt) keatas kestabilan domestik masih dalam keadaan terkawal, namun terdapat tanda-tanda kesukaran peminjam untuk bayar balik hutang. Ini adalah lebih ketara bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM 5000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar.\n\n\nMengupayakan keputusan kewangan yang bijak\n\n\n\n\n\n\nGambar: Buku Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan\n\n\n\n\nDalam persekitaran kewangan yang semakin kompleks, literasi dan kemahiran kewangan adalah penting untuk melindungi diri dari sebarang tawaran yang tidak adil atau sebarang penipuan. Ia adalah first line of defence dari aktiviti pasaran yang tidak adil mahupun yang bersifat jenayah. Selain itu, Terdapat beberapa strategi utama yang digariskan FEN untuk mencapai objektif literasi kewangan dalam masyarakat, antaranya:\n\n\n\n\nmenyemai nilai murni sejak usia muda\n\n\nmeningkatkan akses orang ramai kepada maklumat, alat kewangan serta sumber berkaitan pengurusan kewangan\n\n\nmemupuk tabiat kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan yang disasarkan\n\n\nmemperkasa amalan perancangan persaraan dan kewangan jangka panjang\n\n\nmengumpul dan melindungi harta\n\n\n\n\nStrategi ini akan disasarkan bagi setiap peringkat kehidupan termasuklah peringkat sekolah, bekerja, berkeluarga dan persaraan. Usaha ini akan dijalankan secara konsisten oleh ahli-ahli FEN, dan mereka juga mengalu-alukan kerjasama sektor awam yang lain dan juga sektor swasta.\n\n\nMemperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan\n\n\nAntara hasil strategik yang ingin dicapai adalah supaya masyarakat bijak untuk menyimpan, mengurus dan melindungi wang. Selain itu, usaha ini ingin memperkasakan keupayaan rakyat untuk merancang dan melabur untuk masa depan yang mampan. Buat masa ini, pemerhatian menunjukkan tidak ramai yang bersedia untuk menghadapi situasi di luar jangkaan.\n\n\nSebanyak 52% rakyat Malaysia sukar untuk menyediakan RM1,000 sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Mengejutkan juga, 17% rakyat Malaysia sahaja yang mempunyai insurans hayat dan perlindungan takaful. Pelbagai lagi data yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan di masa susah dan juga pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan kewangan. Oleh itu, strategi di bawah FEN ini juga bertujuan untuk memperkasakan rakyat untuk melindungi harta mereka sendiri daripada penipuan kewangan.\n\n\nPelbagai inisiatif FEN sedang dijalankan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Financial Education Network\n\n\n\n\nPada masa ini, inisiatif pendidikan kewangan telah pun bermula dalam pelbagai bentuk. Antaranya E-Pembelajaran Sektor Awam buat penjawat awam yang dijalankan oleh BNM. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengaplikasi elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah melalui subjek-subjek matapelajaran. Integrasi elemen literasi kewangan adalah dilaksanakan menurut tema atau bidang pembelajaran yang bersesuaian.\n\n\nSC pula membawa inisiatif pendidikan kewangan dengan InvestSmart(R) yang bertujuan mewujudkan pelabur yang lebih bermaklumat. Seorang pelabur yang bijak perlulah pandai menilai sesebuah pelaburan dari segi kesahihan dan potensi yang boleh didapati. Banyak lagi inisiatif yang telah dijalankan oleh ahli-ahli FEN, antara yang belum disebut ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).\n\n\n\n\n\n\nAhli-ahli FEN\n\n\n\n\nDalam masa yang sama juga, Strategi Kebangsaan ini turut berganding usaha dalam bidang penyelidikan dan perkongsian data. Data dan penyelidikan ini akan menyumbang kepada penggubalan dasar supaya lebih efektif dan menepati objektif. Hasil kajian ini juga boleh dikongsi secara terbuka sebagai pengetahuan kewangan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.\n\n\nSebuah inisiatif yang bagus\n\n\nKami berpendapat inisiatif ini adalah suatu usaha yang bagus ke arah kemantapan ekonomi rakyat Malaysia. Kami di iSaham juga berterusan menjalankan bahagian kami untuk mencelikkan orang ramai tentang ilmu pelaburan terutamanya saham Bursa Malaysia. Di iSaham, kami menyediakan kelas yang mampu dibayar oleh semua dengan ilmu yang berkualiti. Ini adalah selaras dengan visi kami untuk membantu orang ramai melabur dengan lebih maher."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sumber-kuasa-bateri-kenderaan-elektrik", "title": "Sumber Kuasa Bateri Kenderaan Elektrik", "body": "Segmen kenderaan elektrik semakin rancak dalam industri automotif terutamanya dalam pasaran Eropah. Tidak juga ketinggalan jenama gergasi daripada pasaran asia seperti Toyota, Hyundai, BYD, Nissan dan Honda mula mempergiat pengeluaran kenderaan elektrik. Tidak mustahil pada masa hadapan penggunaan sepenuhnya kenderaan elektrik berbanding kenderaan konvensional\u00a0dalam pasaran industri automotif dapat dilihat di setiap negara. Tahukah anda, apakah jenis-jenis sumber kuasa bateri yang terdapat dalam kenderaan elektrik?\n\n\n\n\nSumber Kuasa Bateri\n\n\nKenderaan Elektrik Hibrid (HEV)\n\n\nHEV merupakan penggabungan dua sumber kuasa enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik. Ia menggunakan petrol dan elektrik. Motor elektrik dan pek bateri berkapasiti rendah dalam kereta hibrid sekadar sokongan dan mampu menggerakkan kereta lebih kurang 1-2 km perjalanan. Kelebihan hibrid ia mampu menawarkan penjimatan semasa berlaku kesesakan lalu lintas termasuk kesenyapan enjin.\n\n\nContoh kenderaan HEV:\n\n\n\n\nToyota Prius\n\n\nHonda Insight\n\n\nHonda Civic hibrid\n\n\n\n\nKenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV)\n\n\nPHEV adalah revolusi atau penambahbaikan daripada PHV. Ia membenarkan bateri akan dicas melalui soket rumah atau kenderaan tersebut boleh dipandu menggunakan petrol. Penggunaan PHEV agak efisien dan praktikal dalam famili hibrid yang boleh beroperasi sebagai EV dengan menawarkan penjimatan bahan api. Kebanyakan PHEV boleh dipandu sejauh 100 km menggunakan kuasa bateri.\n\n\nContohnya kenderaan PHEV:\n\n\n\n\nBMW i8\n\n\nHyundai Sonata\n\n\nToyota Prius\n\n\nPorsche Panamera SE-hibrid\n\n\nMercedes S550e\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Penggunaan PHV pada Toyota Prius (pandulaju.com)\n\n\n\n\n\n\nKenderaan Elektrik\u00a0(EV)\n\n\nEV menggunakan sumber tenaga elektrik daripada motor elektrik dan bateri berkepadatan tinggi yang boleh dicas semula. EV tidak mengurangkan pelepasan asap karbon berbahaya disebabkan tidak menggunakan langsung bahan petrol sebagai sumber kuasa. Pengecas (EV) dikelaskan mengikut kelajuan tahap pengecasan semula bateri EV. Antaranya, Tahap 1, Tahap2, dan Tahap 3 atau pengecasan pantas DC.\n\n\nMisalnya kenderaan yang berada pada tahap pengecasan pantas DC:\n\n\n\n\nTesla Model 3, Model S, X, Y\n\n\nBMW i3\n\n\nNissan Leaf\n\n\nHyundai IONIQ\n\n\nVolkswagen e-Golf\n\n\n\n\nFCEV\n\n\nFCEV merupakan singkatan nama bagi\n fuel cell electric vehicle\u00a0\nyang menggabungkan sistem hidrogen dan oksigen atom dalam kebuk bahan api. FCEV memampatkan hidrogen di bawah tekanan tinggi dan menghasilkan kuasa tenaga elektrik dengan pelepasan zero emisi asap.\n\n\n\n\n\n\nGambar : afdc.energy\n\n\n\n\n\n\nKelebihan pada pengeluar semikonduktor\n\n\nJika dilihat secara keseluruhannya selama 5 tahun ini, jualan kenderaan elektrik di peringkat global telah meningkat sebanyak 24 kali ganda. Walaupun mengalami krisis pandemik Covid-19, jualan pengeluaran telah meningkat terutamanya pada tahun 2020. Angka jualan EV di Eropah telah mengatasi penjualan EV di China.\n\n\nPeningkatan pengeluaran kenderaan elektrik secara tidak langsung memberi tempias kepada permintaan sektor dalam teknologi terutamanya semikonduktor dalam automotif. Selalunya semikonduktor dijumpai dalam unit kawalan kuasa atau \npower control units\n (PCU) bertujuan untuk mengawal kuasa motor dalam sistem hibrid serta kenderaan dengan sistem pacuan elektrik. PCU juga berfungsi untuk mengawal proses pengecasan semula bateri.\n\n\nSelain itu, pengenalan teknologi autonomi dalam kenderaan EV juga telah memberi peningkatan kepada permintaan semikonduktor. Teknologi\u00a0autonomi merupakan kenderaan yang bergerak sendiri tanpa kawalan pemandu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) melibatkan teknologi sensor dan kamera. Kesannya syarikat yang terlibat dengan teknologi automatif \nkenderaan elektrik\n mendapat permintaan yang lebih banyak misalnya \nMPI\n, \nPenta\n, \nD&O\n, \nUnisem\n, \nFrontkn\n, \nGreatec\n, \nJHM\n, \nKESM\n dan lain-lain.\n\n\nSecara keseluruhannya, pemain semikonduktor yang kebanyakannya selama ini terlibat dalam telefon pintar kini mempunyai prospek yang lebih luas iaitu kenderaan EV. Antara sektor yang boleh diperhatikan juga adalah:\n\n\n\n\nOSAT\n\n\nATE\n\n\nTechnology Equipment\n\n\nLED\n\n\n\n\nDi samping permintaan semikonduktor, sistem pengecasan bateri EV juga akan mendapat permintaan yang semakin banyak. Untuk segmen ini, boleh lihat pada sektor \nEV Charger\n.\n\n\nDari segi segmen pasaran, Tesla menguasai sebanyak 23 buah negara berbanding pesaing terdekat. Tesla juga menguasai jualan kenderaan elektrik pada tahun 2019 sebanyak 300,075 unit bagi Model 3 juga mengatasi model BAIC EU-Series (111,047 unit), Nissan Leaf (69,873 unit).\n\n\n\n\n\n\nGambar: ev-volumes.com\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/sunway-bina-milik-dan-urus-sebagai-model-bisnes", "title": "Sunway - Bina, Milik dan Urus sebagai Model Bisnes", "body": "\n\nSunway Berhad\n merupakan kumpulan yang tak asing lagi di Malaysia. Siapa yang tak kenal Sunway Pyramid? Pusat beli belah bertemakan Mesir purba dan besar sampai tak larat nak jalan ni dibina dan dimiliki oleh Sunway. Kumpulan Sunway ni merupakan konglomerat yang menjalankan pembangunan bandar, rawatan kesihatan, pendidikan, perindustrian dan juga pembinaan. Ada dua lagi anak syarikat Sunway yang tersenarai awam, iaitu \nSunway Construction\n dan \nSunway REIT\n.\n\n\nSunway beroperasi berdasarkan model bisnes \u201cBina, Milik, Urus\u201d, di mana keseluruhan rantaian nilai hartanah (property value chain) diuruskan oleh Sunway dan anggotanya. Sesebuah kitaran projek bermula dengan penambakan dan pelan utama, diikuti dengan rekabentuk dan pembinaan, pemasaran dan jualan, pengurusan hartanah, dan akhirnya kitaran semula kewangan melalui Sunway REIT apabila projek selesai.\n\n\nPencapaian tahun 2018\n\n\nPelbagai pencapaian telah dicapai oleh Sunway sepanjang tahun 2018. Kita akan lihat berdasarkan empat segmen utama iaitu pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembinaan dan pelaburan strategik.\n\n\nHartanah terjual sebanyak RM 1.9 bil\n\n\nKumpulan Sunway telah pun melancarkan beberapa hartanah iaitu GEOLake Residence, Citrine Lakehomes, dan Sunway Velocity TWO yang bernilai RM2.1 bil. Dua hartanah dibina di luar negara iaitu di China dan Singapore yang belum termasuk dalam laporan kewangan di segmen Property Development. Tahun 2018 mencatatkan jualan sebanyak RM1.9 bil dan sasaran untuk tahun 2019 adalah RM1.3 bil. Tiga hartanah baru bakal dilancarkan pada tahun 2019, dan empat lagi bakal dilancarkan untuk masa akan datang.\n\n\n\n\nJumlah aset REIT bernilai RM 9.9 bil\n\n\nPelaburan hartanah dan REIT meliputi bangunan komersial seperti Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang dan Sunway Big Box Village di Sunway Iskandar. Selain itu, ada juga aset seperti pejabat, hotel dan lain-lain dalam pegangan REIT kumpulan Sunway. Jumlah aset yang diuruskan adalah berjumlah RM 7.3 bil untuk REIT dan RM 2.6 bil untuk pelaburan hartanah. Segmen ini memberikan pendapatan yang stabil dan berulang kepada kumpulan Sunway.\n\n\nPelaburan strategik pelbagai segmen\n\n\nPelaburan strategik dalam Sunway terdiri daripada beberapa segmen iaitu dagangan dan pembuatan, kuari, bahan binaan bangunan, rawatan kesihatan dan pusat peranginan. Jumlah kesemua subsegmen ini menyumbangkan RM2.1 bil kepada kumpulan Sunway. Untuk segmen rawatan kesihatan, kumpulan Sunway bakal melihat Sunway Medical Centre Velocity dibuka pada pertengahan 2019 dan Sunway Medical Centre Seberang Jaya pada hujung 2020.\n\n\n\n\nPembinaan penyumbang terbesar dari segmen tersendiri\n\n\nSegmen pembinaan adalah segmen yang besar dalam kumpulan Sunway, dan anak syarikatnya Sunway Construction juga merupakan sebuah syarikat yang besar. Pendapatan dalam kumpulan ini adalah yang terbesar sebagai segmennya sendiri. Setakat penghujung Mac 2019, buku pesanan telah dicatatkan pada RM 5.7 bil. Antara projek yang telah dibina pada tahun 2018 adalah International School of Kuala Lumpur, Gas District Cooling Plant, Putrajaya dan Parcel F, Putrajaya.\n\n\nPrestasi kewangan 2018\n\n\nSunway mencatatkan prestasi kewangan yang kuat. Daripada pendapatan RM 5.2 bil tahun lepas, Sunway masih boleh mengembangkan angka ini kepada RM 5.4 bil untuk tahun ini. PATMI ataupun Profit After Tax and Minority Interest juga meningkat daripada RM628 juta kepada RM658 juta. Walaupun keuntungan secara umumnya adalah besar, margin untuk keuntungan kasar pula menurun. Ini adalah berikutan dengan persaingan pasaran. Apabila banyak pemain pasaran, masing-masing kurangkan harga untuk mendapatkan kelebihan.\n\n\nPrestasi dari segi pembinaan hartanah (Property Development) pula mencatatkan penurunan dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut lembaga pengarah, terdapat dua kontrak pembinaan luar negara iaitu China dan Singapore yang belum termasuk dalam laporan kewangan. Ini adalah berdasarkan amalan MFRS 15 yang menyatakan keuntungan ini hanya boleh dikenalpasti selepas projek disiapkan. MFRS merupakan piawai laporan kewangan Malaysia yang kini digunapakai oleh syarikat-syarikat tersenarai awam.\n\n\nSelain Property Development, segmen lain mencatatkan prestasi yang meningkat dari tahun-tahun sebelumnya. Di bawah ini adalah rumusan laporan mengikut segmen yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Property Development, Property Investment, Construction dan Strategic Investment. Property Investment dan Strategic Investment meliputi beberapa lagi subseksyen yang boleh dilihat pada petunjuk dalam rajah di bawah.\n\n\n\n\nMelangkah ke hadapan\n\n\nKetegangan ekonomi\n\n\nKumpulan Sunway menjangka keadaan yang mencabar di masa yang akan datang berdasarkan ekonomi tempatan yang sederhana dan ketegangan ekonomi yang berlarutan antara US dan China. Selain itu, kos untuk menjalankan bisnes juga meningkat, ditambah buruk dengan persaingan yang semakin kuat dan permintaan yang berkurang.\n\n\nKe arah digitalisasi kerja\n\n\nStrategi Sunway ke hadapan adalan untuk menganalisa trend pasaran dan melabur ke dalam R&D untuk kekal ke hadapan dalam pasaran. Mereka juga mengaplikasi digitalisasi untuk bisnes mereka supaya dapat percepatkan proses kerja.\n\n\nProjek yang akan datang\n\n\nSunway juga mempunyai perancangan untuk meluaskan tapak perniagaan ke ASEAN dan India yang semakin popular kebelakangan ini. Antara perancangan yang sedang diusahakan di India adalah proses tender untuk projek jalan raya dan jalan kereta api. Di Singapura, mereka sedang memasuki bisnes pemasangan cerucuk (piling) dan precast concrete. Di Malaysia, antara usaha yang mereka sedang jalankan adalah untuk mendapatkan projek LSS3 yang bernilai RM2 bil melalui tender."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/swift-haulage-meluaskan-pasaran-dalam-industri-logistik", "title": "Swift Haulage Meluaskan Pasaran dalam Industri Logistik", "body": "\n\nSwift Haulage Berhad\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik bersepadu yang merangkumi pengangkutan kontena, pengangkutan darat, pergudangan dan perkhidmatan agensi penghantaran barang. Butiran IPO Swift Haulage adalah seperti di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 1.03\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nMain Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 916.5 Juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n17.8 (FYE 31 Disember 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n7 Disember 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n9 Disember 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n21 Disember 2021\n\n\n\n\nBisnes Swift Haulage\n\n\nSwift Haulage Berhad telah diperbadankan pada 29 November 2000 sebagai syarikat persendirian bernama Yinson Haulage Sdn Bhd. Kemudian, nama syarikat diubah kepada Swift Haulage Berhad dan statusnya juga diubah menjadi sendirian berhad pada 24 Jun 2021.\n\n\nSyarikat Swift Haulage terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik bersepadu termasuk pengangkutan darat, kontena dan pergudangan. Syarikat ini beroperasi di Malaysia, manakala di Thailand pula lebih bertumpu kepada pengangkutan merentas sempadan dan penghantaran barang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSwift Haulage\n\n\n\n\n\n\nAktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka adalah perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pengangkutan darat, perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena, pengangkutan barang, serta perkhidmatan lain seperti penjualan, pengedaran, perkhidmatan dan alat ganti untuk kenderaan komersial serta peruncitan e-dagang.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nMeskipun operasi syarikat Swift Haulage tidak diberhentikan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), namun pendapatan mereka turut terjejas.\n\n\nPada tahun kewangan 2020, pendapatan dari pengangkutan kontena menurun sebanyak 9.4% menjadi 252.7 juta berbanding RM 278.8 juta pada tahun sebelumnya. Penurunan ini berpunca daripada pengurangan terhadap jumlah penghantaran untuk barangan bukan kepentingan dan menyebabkan operasi tergendala sementara.\n\n\nPerniagaan pengangkutan darat juga mengalami penurunan sebanyak 8.9% iaitu daripada RM 193.2 juta pada tahun 2019, kepada RM 176 juta pada tahun kewangan 2020. Oleh kerana kebanyakan barangan pelanggan tidak dianggap sebagai mustahak, perjalanan pengangkutan darat terpaksa dikurangkan. Secara umumnya, pengurangan aktiviti ekonomi mengurangkan permintaan untuk pengangkutan darat dan pengangkutan rentas sempadan.\n\n\nPerkhidmatan penghantaran barang juga terjejas bagi tahun kewangan 2020, dengan penurunan sebanyak 16.2% daripada tahun sebelumnya. Jumlah pekerjaan yang dijalankan sepanjang tahun 2020 juga menurun, terutama sekali pada PKP kali pertama, iaitu dari 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 oleh kerana kawalan pergerakan yang agak ketat dan telah menjejaskan permintaan penghantaran barang. Permintaan perkhidmatan tambahan juga berkurangan dari pelanggan kerana mereka ingin meminimakan kos.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan Swift Haulage mengalami penurunan dalam tahun kewangan terkini, iaitu dengan RM 555.8 juta berbanding tahun 2019 pada RM 610.2 juta. Tahun 2019 ini juga merupakan rekod pendapatan tahunan tertinggi di dalam tempoh 3 tahun kewangan pemerhatian.\n\n\nPenurunan keuntungan yang berlaku pada tahun 2020 ini adalah disebabkan oleh operasi syarikat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 yang berlaku semenjak PKP dimulakan pada 18 Mac 2020.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Swift Haulage diperolehi melalui 5 segmen iaitu pengangkutan kontena, pengangkutan darat, gudang dan depoh kontena, penghantaran barang serta beberapa perkhidmatan yang lain seperti e-dagang. Majoriti pendapatan syarikat adalah daripada pengangkutan kontena iaitu lebih 40% bagi setiap tahun.\n\n\nPada tahun kewangan 2020, pendapatan daripada pengangkutan kontena menurun berbanding dengan tahun sebelumnya. Penurunan ini berpunca dari pengurangan caj harga diesel kepada pelanggan disebabkan faktor penyelarasan harga minyak. Selain itu, kawalan pergerakan yang ketat juga telah memberi kesan terhadap penurunan pendapatan daripada pengangkutan kontena ini.\n\n\nKesemua segmen yang lain juga turut merekodkan pengurangan pendapatan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19. Ini termasuklah pengangkutan darat yang mengalami penurunan sebanyak 8.9%, pergudangan sebanyak 2.3%, serta penghantaran barang yang turut mengalami penurunan sebanyak 16.2% berbanding tahun 2019. Akan tetapi, depoh kontena mengalami kenaikan sebanyak 18.6% disebabkan oleh pemerolehan Northern Gateway Depot.\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Swift Haulage mengikut segmen.\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2021, kebanyakan segmen mengalami fasa peningkatan kerana kebanyakan aktiviti ekonomi sudah mula boleh beroperasi. Contohnya, segmen pengangkutan kontena yang meningkat sebanyak 22.7% daripada tahun sebelumnya, kesan daripada kelonggaran ekonomi dan juga peningkatan caj harga minyak. Segmen penghantaran barang juga menghadapi peningkatan yang baik iaitu sebanyak 9.8% akibat permintaan pekerjaan yang bertambah.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan gudang baru\n\n\n28.6\n\n\n17.6\n\n\n\n\n\n\nPembelian tanah\n\n\n41.6\n\n\n25.7\n\n\n\n\n\n\nPembelian prime mover\n\n\n12.0\n\n\n7.4\n\n\n\n\n\n\nPembayaran hutang bank\n\n\n69.7\n\n\n43.1\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n10.0\n\n\n6.2\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n161.9\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebahagian besar dana akan digunakan untuk dilaburkan semula dengan pembelian gudang, tanah dan \nprime mover\n yang baru. Lagi 43.1% akan digunakan untuk membayar hutang bank dan baki 6.2% akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nSwift Haulage merancang untuk membina gudang baru di atas tanah pajakan di Port Klang Free Zone dengan keluasan 300,564 kaki per segi. Pembinaan gudang ini adalah untuk menyimpan barangan am. Kemudian, mereka berhasrat untuk memindahkan operasi dari gudang sedia ada untuk menggunakan ruang yang lebih besar. Jangkaan penyiapan pembinaan untuk gudang baru ini adalah pada tahun 2022.\n\n\nPada 28 Mei 2020, syarikat Swift Haulage telah membuat perjanjian penjualan saham untuk memperoleh keseluruhan kepentingan ekuiti di dalam syarikat Ann Joo Properties. Ann Joo Properties telah membuat pajakan untuk tanah Bandar Sultan Sulaiman daripada pembina, PKNS. Tanah Bandar Sultan Sulaiman mempunyai keluasan lebih kurang 1,263,231 kaki persegi dengan pegangan tanah sehingga 30 Jun 2105. Swift Haulage dijangkakan akan menyelesaikan pengambilalihan Tanah Bandar Sultan Sulaiman pada suku keempat 2021, dan meneruskan sewaan kepada tanah tersebut kepada 2 penyewa sedia ada. Selepas tamat tempot sewaan, tanah tersebut akan digunakan untuk mengembangkan pengangkutan kontena, pengangkutan darat sedia ada dan/ atau perkhidmatan gudang dan depoh kontena.\n\n\nTambahan lagi, Swift Haulage juga berhasrat untuk membeli 30 \nprime movers\n baru sepanjang 2022 demi menaikkan armada pengangkutan komersial.\n\n\nDaripada dana yang diterima juga, sebanyak RM 69.7 juta akan digunakan untuk membuat pembayaran hutang bank. Pembayaran ini dilakukan supaya dapat menambah baik aliran kewangan syarikat untuk digunakan sebagai modal kerja. Selain itu, pembayaran balik pinjaman bank akan dapat menjimatkan lebih kurang RM 2.1 juta daripada kos kewangan tahunan.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Swift Haulage\n\n\nSwift Haulage Berhad ialah penyedia perkhidmatan logistik bersepadu di Malaysia. Swift Haulage juga mempunyai operasi di Thailand yang menumpukan pada pengangkutan rentas sempadan. Namun begitu, lebih 90% pendapatan Swift Haulage dijana di dalam negara. Oleh itu, analisis ini akan lebih bertumpu kepada bisnes di dalam Malaysia.\n\n\nIndustri logistik\n\n\nIndustri logistik dibahagikan kepada pengangkutan, pergudangan dan penghantaran barang. Perniagaan Swift Haulage mengoperasikan ketiga-tiga sektor industri logistik ini. Selain itu, Swift Haulage juga menawarkan perkhidmatan logistik tambahan seperti mengambil dan menghantar barang, memenuhi pembelian atas talian dan menguruskannya, serta menjalankan kerja-kerja berkaitan pergudangan.\n\n\nMenurut MIDA, aktiviti utama dalam perkhidmatan logistik bersepadu harus menyediakan 3 perkhidmatan utama iaitu pengangkutan, pergudangan dan penghantaran barang dengan sekurang-kurangnya satu tambahan aktiviti nilai tambah secara bersepadu. Swift Haulage juga ada menyediakan tiga perkhidmatan utama logistik dan perkhidmatan nilai tambah seperti logistik pengedaran dan perkhidmatan e-pemenuhan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebergantungan terhadap pembekalan dan permintaan\n\n\nPenyedia perkhidmatan logistik bergantung kepada aktiviti ekonomi di dalam negara dan juga global mengikut tahap permintaannya. Pada tahun 2020, ekonomi seluruh dunia terjejas teruk oleh pandemik COVID-19. Ekonomi di Malaysia juga turut terjejas akibat penutupan perniagaan dan sekatan ke atas pergerakan termasuk penutupan sempadan.\n\n\nSebagai contoh, industri pembuatan adalah salah satu pemacu perkembangan industri logistik atas keperluan pengangkutan yang berterusan. Pada tahun 2020, GDP industri pembuatan menurun sebanyak 2.5% kepada RM315.6 billion, iaitu 22.3% daripada nilai GDP Malaysia. Sekatan dalam operasi, gangguan rantaian bekalan dan keadaan permintaan yang berkurang telah menjejaskan aktiviti pengeluaran (Sumber: BNM).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, aktiviti dagangan global yang merupakan antara penyumbang industri logistik turut terjejas. Ini adalah kesan daripada penurunan dalam eksport barangan perlombongan disebabkan terdapat kekurangan permintaan dari industri global dan juga kemerosotan harga global. Namun pada tahun 2021, nilai eksport kasar dijangka meningkat sebanyak 17.1% disebabkan oleh permintaan luar yang kukuh, terutamanya untuk produk E&E.\n\n\nPrestasi sektor pengangkutan\n\n\nPrestasi pengangkutan juga memainkan peranan dalam memacu industri logistik. Antara pengangkutan yang digunakan adalah pengangkutan kargo laut. Pada tahun 2020, kargo kontena mencatatkan penurunan sebanyak 5.7% dalam ukuran tan, iaitu sebanyak 65.9% daripada jumlah muatan kargo laut yang terdiri daripada kargo kontena dan bukan kontena.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2020, pengangkutan kargo laut berdasarkan pengeluaran kontena merosot sebanyak 0.2% dan 2.4% untuk eksport dan import. Jumlah pergerakan kontena hanya terjejas sedikit oleh pandemik COVID-19 kerana kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa pelabuhan, perkapalan dan perkhidmatan pengangkutan darat sebagai perkhidmatan penting, dengan itu mengecualikan mereka daripada berhenti beroperasi.\n\n\nKadar pengangkutan laut juga turut bertambah. Ini didorong oleh peningkatan dalam permintaan penghantaran menggunakan kontena yang terhasil daripada banyak negara, terutamanya Amerika Syarikat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\nManakala, pengangkutan kargo udara pula mengalami penurunan sebanyak 16.3% akibat pemberhentian perkhidmatan penumpang secara tiba-tiba.\n\n\nPersaingan\n\n\nIndustri logistik ini dipenuhi dengan sejumlah besar pengusaha. Terdapat sebanyak 1,500 pengusaha berdaftar dengan Persekutuan Malaysia Freight Forwarders (FMFF) dan 131 operator berdaftar dengan Persatuan Pengangkut Malaysia (AMH).\n\n\nDi bawah ini adalah senarai pengendali perkhidmatan logistik di Malaysia termasuk syarikat Swift Haulage Berhad.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospectus Swift Haulage\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara umumnya, industri logistik memainkan peranan penting dalam ekonomi, membolehkan semua bentuk perdagangan dan aktiviti pengedaran dijalankan. Namun begitu, industri ini bergantung kepada pembekal dan permintaan. Disebabkan ini, apabila berlakunya krisis seperti pandemik COVID-19, industri ini akan turut terjejas meskipun dikategorikan sebagai perkhidmatan penting.\n\n\nSwift Haulage Berhad merupakan antara peneraju untuk sektor logistik. Meskipun pendapatan mereka terjejas pada tahun 2020 akibat COVID-19, namun sudah mula menunjukkan peningkatan bagi beberapa segmen perniagaan pada tahun 2021. Tambahan lagi, terdapat 9 \ncornerstone investors \nyang sudah pun tertarik untuk melabur ke dalam syarikat ini. (Sumber: \nThe Edge\n)\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syariahsaham-dari-belantara-untuk-nusantara", "title": "SyariahSaham - Dari Belantara Untuk Nusantara", "body": "Tahun 2023 menyaksikan ramai pelabur baru dalam dunia IPO. Prestasi yang memberangsangkan ini dapat dilihat apabila Indonesia, sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang berkembang pesat menjadi pasaran IPO paling aktif di Asia Tenggara pada suku pertama tahun 2023 dengan 30 IPO yang berjaya mengumpulkan sekitar AS$828 juta.\n\n\nPrestasi ini seiring dengan usaha Indonesia dalam menempatkan kedudukannya dalam rangkaian bekalan antarabangsa untuk kenderaan elektrik. Usaha ini dapat dilihat melalui\u00a0sebuah syarikat nikel Indonesia, Trimegah Bangun Persada telah disenaraikan pada April lalu dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak AS$672 juta. Kejayaan ini diteruskan lagi\u00a0apabila sebuah syarikat perlombongan tembaga dan emas kedua terbesar di Indonesia,\u00a0Amman Mineral Internasional telah berjaya mengumpulkan sebanyak AS$713.43 juta daripada IPO pada bulan ini, menjadikannya IPO terbesar pada tahun 2023.\n\n\n\n\nSelain itu, kedua-dua saham IPO ini merupakan saham yang patuh Syariah dan telah terlebih langganan. Perkara ini menunjukkan saham patuh Syariah juga mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan pelabur selain merasa yakin terhadap potensi syarikat pada masa akan datang. Dengan jumlah penduduk muslim yang terbesar di Asia pada ketika ini iaitu seramai 237 juta, Indonesia dilihat mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran perniagaan berasaskan Syariah seperti pasaran kewangan Islam.\n\n\nSekiranya iSaham menjadi portal pilihan pelabur patuh Syariah di Malaysia, bagaimana pula dengan pelabur Indonesia? Baru-baru ini, pasukan iSaham telah membuat satu pertemuan secara maya dengan pasukan SyariahSaham yang dihoskan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Pertemuan ini memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua syarikat untuk saling mengenali dan bertukar pandanan mengenai prospek pelaburan saham patuh Syariah di Malaysia dan Indonesia.\n\n\n\n\nSyariahSaham - Komuniti saham patuh Syariah pertama di Indonesia\n\n\nSyariahSaham\n merupakan komuniti saham patuh Syariah pertama di Indonesia sejak penubuhannya pada tahun 2015 yang diasaskan oleh Mang Amsi dan menjadi satu-satunya portal rujukan saham patuh Syariah di Indonesia. Bermula sebagai sebuah komuniti kecil, kini SyariahSaham telah menerima sekitar 36.8 ribu kunjungan untuk tiga bulan terkini.\u00a0\n\n\nSyariahSaham adalah sebuah komuniti yang bergerak dalam bidang pelaburan Syariah, meliputi aspek pendidikan dan sosial termasuk penyediaan data dan informasi bagi masyarakat Indonesia. Dengan visi \"Memasyarakatkan Saham Syariah dan Mensyariahkan Saham Masyarakat\", komuniti ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat Indonesia untuk menjalankan aktiviti pelaburan selaras dengan kehendak Syariah dan fatwa yang ditetapkan.\u00a0\n\n\n\n\nSelain itu, SyariahSaham juga menyediakan maklumat lengkap bagi pelabur individu yang berminat dalam pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia. Ia menawarkan pelbagai informasi yang membantu pelabur untuk mendalami prinsip-prinsip saham Syariah, memahami cara pelaksanaannya dan bagaimana ia mampu memberi impak kepada ekonomi negara.\u00a0\n\n\nCiri fungsi di SyariahSaham\n\n\nAntara fungsi-fungsi yang terdapat di portal Syariah Saham adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n1. Senarai saham patuh Syariah\n\n\nAnda boleh menyemak senarai saham patuh Syariah yang telah disenaraikan di pasaran Bursa Efek Indonesia (BEI). Ia juga membantu pelabur untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria Syariah dengan cepat.\n\n\n2. MM sederhana\n\n\nAkses yang membenarkan pelabur untuk mengira jumlah saham yang boleh dibeli sesuai dengan profil risiko peribadi.\n\n\n3. Analisis pasaran\n\n\nPaparan analisis pasaran terkini secara digital yang boleh membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan dengan baik.\n\n\n4. Rangkuman berita\n\n\nRangkuman berita yang merangkumi perkembangan terkini dalam sektor saham patuh Syariah, profil syarikat, artikel-artikel dan SyariahSaham untuk menambah pengetahuan semasa pelabur.\u00a0\n\n\nKelebihan menggunakan SyariahSaham\n\n\nPelabur yang menggunakan SyariahSaham boleh memperoleh manfaat seperti berikut:\n\n\n1. Komuniti yang sihat\n\n\nPelbagai program yang telah dianjurkan oleh SyariahSaham dalam memastikan komuniti yang diwujudkan ini mendapat manfaat secara penuh, sesuai dengan usaha dan komitmen yang diberikan. Program ini termasuklah \nWorkshop\n, \nRoadshow\n, \nWebinar\n, \nRetreat\n dan \nIn-house Training\n.\n\n\n2. Sumber maklumat yang dipercayai\n\n\nDengan adanya rujukan daripada pakar-pakar dalam pelaburan, SyariahSaham menyediakan sumber maklumat yang dipercayai dalam industri pelaburan. Ia juga menyediakan maklumat secara terperinci yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan bijak.\n\n\n3. Kemudahan akses\n\n\nPortal ini mudah diakses dan membolehkan para pelabur dan peminat saham mencari dan menapis maklumat penting mengenai saham patuh Syariah dengan cepat.\n\n\n4. Pemahaman mendalam\n\n\nMelalui kandungan daripada artikel, berita dan panduan yang disediakan di ShariahSaham, para pelabur dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip saham patuh Syariah, proses pemilihannya dan peluang pelaburan dalam sektor Syariah.\n\n\nKesimpulan\u00a0\n\n\nSebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi yang terbesar di dunia (2021), pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia mempunyai potensi yang tinggi. Portal SyariahSaham merupakan sumber rujukan yang bernilai bagi mereka yang berminat dalam pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia. Dengan menyediakan maklumat yang komprehensif, panduan dan analisis pasaran, SyariahSaham memperkukuh pengetahuan pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah dan memperoleh hasil yang optimum.\u00a0\n\n\nSemoga pertemuan di antara pasukan iSaham dan SyariahSaham ini dapat membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan. Bagi anda yang berminat untuk melabur di pasaran Indonesia, anda boleh melabur menggunakan akaun CDS CGS-CIMB. Untuk membuka akaun CDS CGS-CIMB di bawah rakan kongsi iSaham, anda boleh mendaftar melalui pautan di bawah.\n\n\nPautan: \nBuka akaun CDS CGS-CIMB di bawah rakan kongsi iSaham\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-berkaitan-kayu-yang-disenaraikan-di-bursa-malaysia", "title": "Syarikat Berkaitan Kayu yang Disenaraikan di Bursa Malaysia", "body": "Malaysia merupakan salah satu pemain penting dalam pasaran antarabangsa untuk produk kayu dan juga pengeksport perabot kayu terkemuka di dunia. Sektor berasaskan kayu di Malaysia telah menjadi salah satu \npenyumbang utama\n kepada pertumbuhan ekonomi negara sepanjang dua dekad lalu.\n\n\nKenaikan harga komoditi baru-baru ini telah memberi manfaat kepada banyak pihak, termasuklah sektor kayu. Menurut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), eksport kayu dan produk kayu \ndiramalkan meningkat dengan jumlah RM 24 bilion berbanding RM 22.74 bilion pada 2021\n.\n\n\nTahukah anda, terdapat beberapa syarikat berkaitan kayu dan produk kayu disenaraikan di Bursa Malaysia? Penilaian ini disusun berdasarkan jumlah permodalanan pasaran syarikat.\n\n\nMieco Chipboard Berhad\n\n\n\n\nNama saham: \nMIECO\n\n\nPermodalan pasaran: RM 689 juta\n\n\n\n\nMieco Chipboard Berhad\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan, penjualan dan pemasaran papan serpai dan produk lain yang berkaitan di Malaysia, Hong Kong dan China. Syarikat ini telah diperbadankan pada tahun 1972 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1998.\n\n\nMieco Chipboard Berhad menawarkan produk papan gentian kenaf dan papan partikel serta produk lain. Ia juga terlibat dengan penanaman semula hutan, penuaian, pengekstrakan, pembekalan dan pemerolehan kayu getah serta perdagangan dan pelaburan hartanah. Pada laporan kewangan terkini, Mieco Chipboard Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM 134.81 juta serta keuntungan sebanyak RM 28.11 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan MIECO\n\n\n\n\n\n\nEvergreen Fibreboard Berhad\n\n\n\n\nNama saham: \nEVERGRN\n\n\nPermodalan pasaran: RM 507 juta\n\n\n\n\nEvergreen Fibreboard Berhad\n, bersama-sama anak syarikatnya terlibat dalam pembuatan dan penjualan papan gentian beketumpatan sederhana, papan partikel dan perabot kayu di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Syarikat ini telah diperbadankan pada tahun 1992, memulakan operasinya pada Julai 1993 dan telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun 2004.\n\n\nProduk syarikat, khususnya papan gentian, digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perabot, kotak pembesar suara dan pintu. Manakala papan partikel syarikat digunakan dalam pembinaan perabot rumah dan pejabat, rak dan kabinet dapur dan sebagainya. Pada laporan kewangan terkini, Evergreen Fibreboard Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM 287.27 juta dan keuntungan sebanyak RM 16.52 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan EVERGRN\n\n\n\n\n\n\nSubur Tiasa Holdings Berhad\n\n\n\n\nNama saham: \nSUBUR\n\n\nPermodalan pasaran: RM 330 juta\n\n\n\n\nSubur Tiasa Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengekstrakan dan penjualan kayu balak, serta dalam pembuatan produk kayu bergergaji. Di samping itu, syarikat ini terlibat dalam pembalakan, pemasaran kayu balak dan kayu bergergaji. Syarikat ini disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun 1997 dengan berstatus bukan syariah.\n\n\nSelain daripada kegunaan tempatan, kayu balak dan produk kayu syarikat dieksport ke lebih 20 negara di seluruh dunia. Pasaran eksport utama untuk kayu balak kebanyakkanya ke negara India, manakala Korea Selatan, Yaman, Jepun dan Indonesia ialah destinasi eksport penting untuk barangan kayu syarikat. Pada laporan kewangan terkini, Subur Tiasa Holdings Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM 93.7 juta dan keuntungan sebanyak RM 30.42 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan SUBUR\n\n\n\n\n\n\nHeveaBoard Berhad\n\n\n\n\nNama saham: \nHEVEA\n\n\nPermodalan pasaran: RM 274 juta\n\n\n\n\nHeveaBoard Berhad\n merupakan sebuah syarikat disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Januari 2005. Syarikat ini terlibat dengan pengeluaran, perdagangan dan pengedaran pelbagai produk berasaskan papan partikel. Di segmen pembuatan syarikat, HEVEA memproses bahan mentahnya (kayu getah) sehingga menjadi produk akhir iaitu papan partikel. Sebahagian daripada papan partikel ini kemudiannya diproses untuk menghasilkan perabot sedia untuk dipasang (\nready-to-assemble\n).\n\n\n\n\n\n\nProses Pembuatan syarikat. Gambar: HEVEA\n\n\n\n\n\n\nHeveaBoard adalah salah satu peneraju pasaran dalam pengeluaran papan partikel, panel kayu yang dihasilkan daripada sisa kayu getah, manakala anak syarikatnya pula iaitu HeveaPac Sdn. Bhd. terlibat dalam pembuatan perabot \nready-to-assemble\n. Laporan kewangan terkini HeveaBoard, menunjukkan peningkatan dalam pendapatan iaitu RM 115.75 juta dengan keuntungan RM 7.36 juta berbanding laporan suku sebelumnya.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan HEVEA\n\n\n\n\n\n\nWTK Holdings Berhad\n\n\n\n\nNama saham: \nWTK\n\n\nPermodalan pasaran: RM 247 juta\n\n\n\n\nWTK ataupun \nWTK Holdings Berhad\n adalah sebuah syarikat berasaskan perkayuan dan perladangan yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2 Mei 1972. WTK beroperasi dalam 3 perniagaan utama iaitu perkayuan, perladangan dan \ntape\n. Di segmen kayu, syarikat ini terlibat dengan operasi \nupstream\n iaitu penuaian kayu, penghutanan semula dan operasi \ndownstream\n khususnya\n \npemprosesan kayu .\n\n\nSelain daripada penggunaan tempatan, produk kayu syarikat termasuk kayu balak dan papan lapis dieksport ke pelbagai negara, terutamanya Jepun dan India. Berdasarkan laporan kewangan terkini, WTK menunjukkan penurunan dalam pendapatan iaitu RM 99.25 juta. Penurunan ini disebabkan oleh pengeluaran balak yang lebih rendah terhasil daripada keadaan cuaca yang kurang baik dan kelewatan penghantaran eksport papan lapis yang tidak dijangka.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan WTK\n\n\n\n\n\n\nSelain daripada syarikat-syarikat ini, terdapat juga syarikat lain yang berkaitan dengan perkayuan yang tidak dinyatakan. Antaranya ialah Dominant Enterprise Berhad (\nDOMINAN\n), Focus Lumber Berhad (\nFLBHD\n), Annum Berhad (\nANNUM\n), dan pelbagai lagi. Senarai penuh syarikat terlibat ini boleh dilihat di \nsektor kayu\n iSaham.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-berkaitan-penjagaan-dan-perhiasan-diri-di-bursa-malaysia", "title": "Syarikat Berkaitan Penjagaan dan Perhiasan Diri di Bursa Malaysia", "body": "Apabila kita melangkah ke kompleks membeli-belah pastinya akan kelihatan beberapa kedai yang menjual barangan penjagaan dan perhiasan diri. Ia melibatkan pakaian, barangan kecantikan, cermin mata dan pelbagai lagi. Tidak kiralah sama ada golongan kaum hawa atau kaum adam penjagaan dan perhiasan diri sentiasa diutamakan agar kelihatan kemas serta menawan. Tanpa kita sedari barangan yang kita beli dari rangkaian kedai di kompleks membeli-belah ini, sebenarnya ada disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.\n\n\nPenjagaan Kecantikan\n\n\nInnature\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan kosmetik dan produk penjagaan diri yang memasarkan jenama The Body Shop dan Natura. Bukan setakat di pasarkan di negara Malaysia, malah ke beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Kemboja dan Vietnam. Produk ini boleh dimiliki melalui platform e-dagang seperti Hermo, Tiki, Lazada dan Shopee.\n\n\nDalam laporan kewangan (QR) baru-baru ini iaitu pada bulan Ogos yang lalu, syarikat Innature mencatatkan pendapatan sebanyak RM 27.91 juta dan keuntungan sebanyak RM 1.44 juta. Pendapatan ini sedikit menurun berbanding suku yang sama pada tahun 2020 (YoY) iaitu sebanyak RM 31.43 juta dan keuntungan RM 3.13 juta.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu rangkaian perniagaan yang dimiliki oleh Innature. Gambar: \nInnature\n\n\n\n\n\n\nPakaian dan beg tangan\n\n\nPadini\n\n\nSebut sahaja \nPadini\n, pasti ramai rakyat Malaysia pernah melihat atau memasuki kedai ini di kompleks membeli belah. Bukan itu sahaja, Padini juga memiliki rangkaian kedai pakaian Brands Outlet dan Vincci. Kedua-dua kedai ini kebiasaanya menjadi tumpuan orang ramai apabila jualan murah dilaksanakan.\n\n\nPadini pada asalnya ditubuhkan tahun 1971 yang pada ketika itu menjalankan perniagaan berasaskan pakaian wanita. Setelah berkembang selama beberapa tahun, Padini mempunyai jenama pakaian sendiri seperti Padini , Seed, Padini Authentic, PDI, Miki, Vincci dan pelbagai lagi. Keseluruhannya, Padini mempunyai 140 cawangan kedai di Malaysia dan berkembang ke pasaran luar negara seperti Kemboja, Indonesia, Qatar, Bahrain, Brunei, Oman, Qatar, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.\n\n\nSelain itu, terdapat juga beberapa syarikat berkaitan perniagaan pakaian yang didagang di Bursa Malaysia, seperti:\n\n\n\n\nCheetah\n\n\nKamdar\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nPadini\n\n\n\n\n\n\nBonia\n\n\nBagi golongan kaum hawa beg tangan adalah salah satu aksesori wajib untuk dibawa kemana-mana terutamanya ketika menghadiri majlis yang penting. Tak lengkap rasanya kalau kita tidak menyebut jenama beg terkenal iaitu Bonia. Mungkin ada yang tidak tahu, Bonia merupakan jenama yang berasal dari Malaysia yang mengambil inspirasi dari Itali yang ditubuhkan pada tahun 1974.\n\n\nSyarikat\n Bonia\n mempunyai hampir 1,200 cawangan jualan dan 185 butik di seluruh negara termasuklah Singapura, Malaysia, China, Jepun, Australia, Kuwait, Arab Saudi dan pelbagai lagi. Bonia bukan sahaja menyediakan barangan untuk kaum hawa, malah untuk kaum lelaki juga. Bonia mula disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia sekitar tahun 1994.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nBonia\n\n\n\n\n\n\nBarang Kemas\n\n\nKalau kita bincang mengenai barang kemas, hampir kesemua kaum hawa meminati dan memilikinya. Wanita dan barang perhiasan memang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Kedai emas ini akan dipenuhi terutamanya ketika harga emas semasa menurun. Bukan setakat memiliki barang perhiasan, malah kedai emas ini juga menjual jongkong emas mengikut berat. Pembelian ini dikatakan sebagai aset pada hari tua. Namun, tahukah anda terdapat beberapa syarikat berkaitan emas yang didagangkan di Bursa Malaysia?\n\n\nPoh Kong\n\n\nPoh Kong\n mula menjalankan perniagaan barang kemas sekitar tahun 1976 yang pada ketika itu cawangan pertama mereka adalah di Petaling Jaya. Poh Kong mula mengorak langkah dalam industri barang kemas dengan menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia pada tahun 2004. Kini Poh Kong mempunyai kedai pembuatan barang kemas sendiri di Shah Alam dan memiliki hampir 100 cawangan di seluruh Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nPoh Kong\n\n\n\n\n\n\nTomei (NS)\n\n\nTomei\n mula memasuki pasaran Bursa Malaysia sekitar tahun 2006. Ia menjalankan perniagaan berkaitan barang kemas yang memiliki hampir 48 rangkaian kedai di seluruh Malaysia. Namun, syarikat ini dikategorikan sebagai tidak patuh syariah (NS) dalam pasaran Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nAntara produk barang kemas yang dikeluarkan oleh Tomei. Gambar: \nTomei\n\n\n\n\n\n\nZhulian\n\n\nApabila kita sebut je \nZhulian\n, pastinya kita akan mengingati katalog yang berwarna hijau yang dimiliki oleh golongan ibu kita pada masa dahulu. Namun syarikat Zhulian bukan sahaja menjual barang kemas, malah mereka juga menjalankan perniagaan pelbagai barangan. Antara produknya adalah barangan kelengkapan dapur, penapis air, serbuk pencuci, barangan penjagaan diri dan banyak lagi.\n\n\nSyarikat ini disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 27 April 2007 dan ditubuhkan sekitar tahun 1989 oleh En Teoh Beng Seng. Zhulian semakin berkembang di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu ibu pejabat syarikat Zhulian. Gambar: \nZhulian\n\n\n\n\n\n\nMata\n\n\nMata merupakan salah satu organ badan yang paling penting yang perlu dijaga setiap masa supaya ia berfungsi dengan baik. Namun bagi masyarakat yang mempunyai masalah rabun penglihatan sama ada dekat atau jauh, perlulah memakai cermin mata atau kanta lekap. Kini terdapat pelbagai jenis cermin mata yang ditawarkan mengikut saiz dan design mengikut kesesuaian diri kita. Terdapat dua syarikat yang berkaitan perkhidmatan dan penjagaan mata didagangkan di pasaran saham.\n\n\nOptimax\n\n\nOptimax \nmerupakan sebuah syarikat yang baru sahaja disenaraikan melalui IPO pada bulan Ogos 2020. Pada hari pertama penyenaraian di Bursa Malaysia, ia mencatatkan kenaikan hampir 100 peratus dan mencapai paras tertinggi pada harga RM 0.76. Ketika artikel ini ditulis, Optimax mencatatkan harga pada paras RM 1.29.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nholidayhealth\n\n\n\n\n\n\nUmumnya, Optimax adalah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan penjagaan dan rawatan mata seperti \ncataract, glaucoma, dry eyes,\n\u00a0dan \nlasik\n. Sejak ditubuhkan selama 26 tahun iaitu pada tahun 1995, Optimax mempunyai hampir 300,000 pesakit yang terdiri daripada pesakit tempatan dan antarabangsa seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Australia, Jepun dan lain-lain negara.\n\n\nFocus Point\n\n\nFocus Point\n adalah satu-satunya syarikat yang melibatkan kedai rangkaian runcit optik yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain itu, ia juga diiktiraf dalam Malaysia Book of Record sebagai kedai rangkaian runcit optik terbesar di Malaysia dengan mempunyai 180 cawangan di seluruh negara. Focus Point menyediakan pelbagai jenama bingkai cermin mata mengikut cita rasa pelanggan mereka. Rangkaian kedai Focus Point dijenamakan seperti Focus Point, Focus Point Signature, Focus Point Concept Store, Whoosh, Opulence, Eyefont, dan Solariz.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nFocus Point\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nDari segi ekonomi, apabila rakyat Malaysia berbelanja barangan dari pasaran tempatan, secara tidak langsung dapat meningkatkan kuasa beli pengguna dan juga ekonomi negara. Oleh itu, jadilah rakyat Malaysia yang bangga dengan barangan buatan Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-gergasi-dan-kenderaan-elektrik-mereka", "title": "Syarikat Gergasi dan Kenderaan Elektrik Mereka", "body": "Menjelang abad ke-21 jenama syarikat automotif terkemuka berlumba-lumba untuk menghasilkan kenderaan elektrik. Perubahan ini dikatakan mampu mengurangkan karbon yang dikeluarkan daripada kenderaan bahan petroleum dan diesel. Industri automotif akan menunjukkan perubahan ketara sekiranya kereta elektrik dapat dikormesialkan besar-besaran dan mengurangkan kereta konvensional.\n\n\nTesla\n\n\nPada tahun 2008, Tesla Motors secara rasminya melancarkan model pertama yang dikenali Tesla Roadster. Model ini dijual sekitar $110,000 dan terjual sebanyak 2400 unit sepanjang pengeluaran dihasilkan. Model pertama inilah bermulanya titik permulaan Tesla maju ke hadapan. Kini dengan keupayaan teknologi berkualiti, Tesla semakin berkembang dengan melebarkan pasaran di Asia dan Eropah seperti China, India, Jerman, Belanda dan lain-lain. Antara model Tesla mendapat sambutan seperti Model 3, Model S dan Model X.\n\n\nKekuatan Tesla bukan sahaja dalam bidang penghasilan kenderaan elektrik, malah dalam penghasilan bateri sebagai sumber tenaga kenderaan. Tidak hairanlah Tesla telah memperkenalkan bateri elektrik (EV) baharu yang dikenali sebagai \"Tables'. Bateri ini mampu menyimpan 6 kali lebih banyak tenaga elektrik dan mengurangkan kos sebanyak 14% kilowatt per jam.\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Tesla Motors\n\n\n\n\n\n\n\n\nToyota\n\n\nJika dilihat Toyota merupakan salah satu sektor automotif paling berdaya saing dalam setiap jenis pengeluaran kenderaan. Model Prius generasi pertama yang berkonsepkan kenderaan elektrik mula diperkenalkan peringkat global sekitar tahun 1997. Sepanjang tempoh berkenaan model ini telah terjual sebanyak 15 juta unit di seluruh dunia.\n\n\nToyota telah memperkemaskan dan meningkatkan prestasi, penggunaan minyak serta kecekapan emisi dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) terhadap model baru hibrid elektrik. Bermula awal tahun 2020, Toyota mula mempergiatkan dan penyelidikan terhadap pengunaan sepenuhnya kenderaan elektrik. Model yang dijangkakan iaitu Toyota Mirai yang menggunakan sistem enjin hydrogen dalam kategori \nfuel cell electric vehicle (FCEV) .\n\n\n\n\n\n\nGambar: Toyota Mirai (Fullcellworks.com)\n\n\n\n\n\n\nHyundai Motor\n\n\nHyundai mengamalkan satu polisi iaitu pemanduan biru dengan membangunkan teknologi berkualiti berkaitan penjagaan alam sekitar dan dalam masa sama, mengurangkan pencemaran dalam sektor automotif. Tidak hairanlah syarikat terkemuka dari Korea Selatan ini telah diiktiraf sebagai pengeluar pertama menawarkan kepada pelanggan sistem eko-teknologi termasuk model \"Blue Drive\" di semua barisan kenderaan termasuk model IONIQ.\n\n\nModel IONIQ bermaksud gabungan ion dan unique semasa pengumuman Projeq IONIQ. Hyundai telah menlancarkan model ini sekitar tahun 2016, satu-satunya model di dunia mempunyai rangkaian elektrikfikasi iaitu hibrid elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik bateri (EV).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Hyundai IONIQ\n\n\n\n\n\n\nNissan\n\n\nNissan Leaf mula diperkenalkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 2010. Model ini merupakan kenderaan elektrik pertama keluaran Nissan yang menggunakan bateri elektrik (BEV) sebagai bahan kuasa. Apa yang menariknya, Nissan Leaf merupakan kenderaan (BEV) elektrik pertama mengatasi rekod jualan 400,000 unit terjual sepanjang pengeluaran dihasilkan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Nissan Leaf generasi kedua tahun 2017\n\n\n\n\n\n\nBYD\n\n\nBYD merupakah salah satu pemain utama syarikat gergasi China yang bersaing dengan syarikat automotif terkemuka dalam pembuatan kenderaan elektrik. BYD juga pernah terlibat dalam pembekalan bateri lithium kepada Motorola dan Nokia. Apa yang menariknya, \"Warren Buffet\" juga melabur sebanyak $225 juta pegangan saham BYD pada tahun 2008 sehingga sekarang. Pada Ogos tahun 2015 jualan model BYD Qin telah berjaya mengatasi jualan Tesla model S dan Nissan Leaf dalam segmen kenderaan elektrik dunia.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Model terkini kenderaan elektrik BYD Han (carscoops.com)\n\n\n\n\n\n\nApple\n\n\nSiapa sangka dari sebuah syarikat yang menghasilkan teknologi cip pemprosesan dan dikenali dengan beberapa model seperti iPhone dan Mac telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan kenderaan elektrik. Perkara ini bukan rahsia lagi, apabila Apple sendiri telah merancang menjalinkan kerjasama dengan syarikat Hyundai Motors dan Kia menjelang bulan Mac 2021.\n\n\nKenderaan elektrik ini dijangka memulakan pengeluaran sekitar tahun 2024 di Amerika Syarikat. Apa yang menarik, projek yang dikenali sebagai Titan telah menjalinkan pembangunan kenderaan sejak tahun 2014 di bawah pengurusan Tim Cook. Kerjasama ini akan memudahkan Apple untuk memasarkan kenderaan elektrik secara global.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: elektrek.co\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDyson\n\n\nAwal tahun 2014, Dyson telah berhasrat menghasilkan penyelidikan kenderaan elektrik dengan komitmen pelaburan (RM11.83 billion) melibatkan 500 orang pekerja. Syarikat ini lebih dikenali dengan produk pembersihan dan produk vakuum. Namun, bukan semua syarikat mampu menghasilkan kenderaan elektrik yang melibatkan pelaburan yang besar.\n\n\nProjek ini akhirnya menemukan titik noktah apabila pengasasnya Sir James Dyson menamatkan projek EV pada bulan Oktober 2019 disebabkan tidak mampu bersaing dengan syarikat syarikat besar. Disebalik itu, Dyson telah meneruskan usaha untuk membangunkan teknologi bateri kenderaan elektrik.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Model kenderaan elektrik dyson\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-komoditi-kelapa-sawit-yang-disenaraikan-di-bursa-malaysia", "title": "Syarikat Komoditi Kelapa Sawit yang Disenaraikan di Bursa Malaysia", "body": "Pasaran komoditi kelapa sawit merupakan salah satu penyumbang utama pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada tahun 2021, harga buah tandan segar (BTS) sawit telah mencapai harga tertinggi dalam sejarah, iaitu \nmelebihi RM 1,000 satu tan\n. Selain itu, harga minyak sawit mentah (MSM) juga mencecah RM 5,430/ tan pada tahun 2021, iaitu harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.\n\n\nTahukah anda, terdapat beberapa buah syarikat berkaitan komoditi kelapa sawit yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Penilaian ini disusun mengikut jumlah permodalan pasaran (\nmarket capitalization\n) syarikat tersebut.\n\n\nSime Darby Plantation Berhad\n\n\n\n\nNama saham - \nSIMEPLT\n\n\nPermodalan pasaran - RM 25.93 bilion\n\n\nPasaran - Utama\n\n\n\n\nSime Darby Plantation Berhad\n merupakan salah satu daripada lima bahagian teras daripada Sime Darby Group. Ia mewakili cabang daripada perniagaan peladangan dan pertanian. Melalui pengasingan ini, Sime Darby Plantation disenaraikan di Bursa Malaysia pada 30 November 2017 melalui nama saham SIMEPLT.\n\n\nSime Darby Plantation mempunyai jumlah simpanan tanah seluas 342,408 hektar dengan kawasan tanaman kelapa sawit seluas 298,965 hektar. 82.6% daripadanya adalah pokok matang. Syarikat ini memiliki 123 ladang kelapa sawit di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada laporan kewangan terkini, Sime Darby Plantation mencatatkan pendapatan sebanyak RM 5.06 bilion serta keuntungan sebanyak RM 610 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan (QR)\n\n\n\n\n\n\nIOI Corporation Bhd\n\n\n\n\nNama saham - \nIOICORP\n\n\nPermodalan pasaran - RM 23.69 bilion\n\n\nPasaran - Utama\n\n\n\n\nIOI Corporation Berhad merupakan pemain dalam industri minyak sawit terlibat dalam pasaran domestik dan global. Syarikat ini dikenali sebagai IOICORP yang disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia. Perniagaan minyak sawit IOI meliputi peringkat \nupstream\n perladangan di Malaysia dan Indonesia. Selain itu ia juga terlibat pada peringkat \ndownstream\n seperti \nrefining, oleochemicals dan specialty oils and fats.\n\n\nIOI mempunyai 96 estet, 15 kilang kelapa sawit dan 4 pusat penyelidikan pembangunan (R&D) di seluruh negara Malaysia dan Indonesia. Jumlah kawasan tanaman mereka melibatkan 178,105 hektar melibatkan Sabah dan Sarawak (112,824 hektar), Semenanjung Malaysia (42,968 hektar) dan Indonesia (21,134 hektar). D\ni mana 81% dikategorikan sebagai pokok matang. Purata umur pokok sawit adalah 13.5 tahun. \nPada laporan kewangan terkini, IOICORP mencatatkan pendapatan sebanyak RM 3.63 bilion serta keuntungan sebanyak RM 277.6 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan IOICORP\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur Kepong Bhd\n\n\n\n\nNama saham -\n KLK\n\n\nPermodalan pasaran - RM 23.11 bilion\n\n\nPasaran - Utama\n\n\n\n\nKuala Lumpur Kepong Berhad\n merupakan sebuah syarikat disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan mencatatkan permodalan pasaran sekitar RM 23.11 bilion. Syarikat ini terlibat dalam 3 aktiviti perniagaan iaitu perladangan, \noleochemical\n, dan hartanah.\n\n\n\n\n\n\nLokasi penanaman kelapa sawit KLK di Malaysia. Gambar: KLK.\n\n\n\n\n\n\nKLK adalah antara salah satu syarikat terbesar di Malaysia dengan keluasan tanah hampir 300,000 hektar di seluruh Malaysia (Semenanjung dan Sabah), Indonesia (Pulau Belitung, Sumatera, Kalimantan) dan Liberia. Dari segi taburan geografi kira-kira 54% keluasan ladang di Indonesia, 40% di Malaysia dan 6% di Liberia. Berdasarkan laporan kewangan, KLK mencatat pendapatan RM 5.9 bilion dan keuntungan sebanyak RM 625.8 juta.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan KLK\n\n\n\n\n\n\nUnited Plantations Berhad\n\n\n\n\nNama saham - \nUTDPLT\n\n\nPermodalan pasaran - RM 5.8 bilion\n\n\nPasaran - Utama\n\n\n\n\nPada awalnya, United Plantation merupakan sebuah syarikat perladangan Malaysia-Denmark yang diasaskan pada tahun 1906. Syarikat ini menjalankan penanaman kelapa sawit dan kelapa. Ia melibatkan keluasan tanaman sebanyak 51,000 hektar yang meliputi Malaysia (80%) dan Indonesia (20%) serta mempunyai sebanyak 6500 orang kakitangan.\n\n\nUnited Plantation mempunyai anak syarikat iaitu Unitata Berhad bertanggungjawab dalam pengeluar premium minyak sawit, \npalm kernel oil \ndan \nderivatives. \nAntara produk UNITATA berkaitan kelapa sawit ditapis seperti minyak sawit ditapis, palm olein, palm sterin, palm kernel oil, dan palm kernel stearin. Selain itu, syarikat ini juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat Fuji Oil dalam pemprosesan minyak sawit mentah bermutu tinggi. Kerjasama ini dikenali sebagai UNIFUJI.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan UTDPLT\n\n\n\n\n\n\nFelda Global Ventures Holding Berhad\n\n\n\n\nNama saham - \nFGV\n\n\nPermodalan pasaran - RM 5.4 bilion\n\n\nPasaran - Utama\n\n\n\n\nFGV ataupun \nFelda Global Ventures Holding Berhad\n merupakan sebuah perniagaan berasaskan pertanian yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012. Syarikat ini memfokuskan 3 sektor perniagaan iaitu perladangan, gula dan logistik. Dari segi perladangan kelapa sawit, ia terlibat dalam proses \nupstream\n dan \ndownstream\n.\n\n\n\n\n\n\nProduk keluaran FGV. Gambar: FGV\n\n\n\n\n\n\nPada peringkat \nupstream, \nFGV mempunyai keluasan tanah perladangan seluas 439,275 hektar di Malaysia dan Indonesia yang menghasilkan 3 juta tan CPO setahun. Dari sudut geografi negara Malaysia (416,697 hektar) dan Indonesia (22,578 hektar). FGV mempunyai sekitar 197 estet di Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Manakala, di Indonesia mempunyai 5 estet yang terletak di Kalimantan Tengah dan Barat.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan Kewangan FGV\n\n\n\n\n\n\nSelain daripada syarikat-syarikat ini, terdapat juga syarikat lain yang terlibat dengan komoditi kelapa sawit yang tidak dinyatakan. Antaranya ialah, Genting Plantation (\nGENP\n), TH Plantation (\nTHPLANT\n), Sarawak Plantation (\nSWKPLNT\n) dan bermacam-macam lagi. Senarai penuh syarikat terlibat ini boleh dilihat di \nsektor plantation \niSaham.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-konglomerat-terkenal-dalam-dunia-perniagaan", "title": "Syarikat Konglomerat Terkenal dalam Dunia Perniagaan", "body": "Apa itu Konglomerat?\n\n\nPerniagaan konglomerat merupakan syarikat utama yang memiliki beberapa anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai industri perniagaan. Syarikat-syarikat konglomerat ini adalah syarikat yang besar, justeru membolehkan mereka untuk memasuki pasaran industri pelbagai. Terdapat juga segelintir syarikat konglomerat yang bukan sahaja memiliki syarikat tertentu, malah membentuk keseluruhan buruh dan rantaian bekalan untuk produk-produk syarikat tersebut.\n\n\n\n\n\n\nPerniagaan konglomerat merupakan syarikat utama yang memiliki beberapa syarikat kecil\n\n\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, perniagaan konglomerat ini ialah syarikat utama yang memiliki beberapa syarikat kecil, dan juga di dalam industri pelbagai. Syarikat-syarikat kecil di bawah syarikat konglomerat ini beroperasi secara sendiri, namun, mereka perlu melaporkan kepada syarikat utama.\n\n\nBagaimana syarikat dianggap konglomerat?\n\n\nSyarikat boleh dianggap sebagai konglomerat dengan pelbagai cara, antaranya melalui pemerolehan syarikat-syarikat kecil, perkembangan syarikat melalui pengstrukturan dan penyusunan semula syarikat utama, serta penerusan perniagaan keluarga atau perniagaan turun-temurun ke dalam sektor atau industri berbeza.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat konglomerat boleh terjadi melalui pemerolehan, perkembangan syarikat dan penerusan perniagaan.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat konglomerat ini terdapat di serata dunia, dan nama syarikat-syarikat ini juga kebanyakannya dikenali ramai.\n\n\nSyarikat konglomerat terkenal di dunia\n\n\nSyarikat konglomerat ini kebiasaannya adalah syarikat gergasi yang dikenali ramai. Kebanyakan negara juga mempunyai syarikat konglomerat tersendiri. Antara syarikat konglomerat yang terkenal adalah:\n\n\n1. Amerika Syarikat\n\n\nAmerika Syarikat adalah 'rumah' kepada syarikat-syarikat gergasi seperti Nike, 3M, AT&T dan lain-lain. Jadi, tidak hairanlah negara ini merupakan salah satu negara yang mempunyai banyak syarikat konglomerat. Antaranya ialah Johnson & Johnson, The Walt Disney Company, dan Berkshire Hathaway.\n\n\n2. Korea Selatan\n\n\nDi Korea Selatan, 'chaebol' merupakan perniagaan konglomerat yang diuruskan dan dikawal oleh sesuatu individu atau sesebuah keluarga. Kebanyakan \nchaebol\n adalah perniagaan yang diwarisi turun-temurun. Perniagaan \nchaebol\n yang besar dan dikenali ramai adalah seperti Samsung, Hyundai dan LG.\n\n\n3. Jepun\n\n\nBerbeza pula di Jepun, perniagaan konglomerat diwakili oleh 'keiretsu' dan 'zaibatsu'. \nKeiretsu\n merupakan hubungan perniagaan dan pemegang saham. Dalam erti lain, \nkeiretsu\n adalah sebuah kumpulan perniagaan.\n\n\nManakala \nzaibatsu\n pula merupakan sebuah perniagaan konglomerat milik keluarga pada zaman empayar Jepun. Antara syarikat-syarikat konglomerat yang terkenal di Jepun adalah seperti Mitsui, Yamaha, dan juga Nintendo.\n\n\n4. Malaysia\n\n\nNegara kita juga tidak terkecuali dari memiliki perniagaan konglomerat. Syarikat \nAxiata\n dan \nPetronas\n adalah antara syarikat konglomerat yang dikenali ramai. Selain itu, terdapat juga syarikat konglomerat yang juga merupakan perniagaan milik keluarga seperti \nBerjaya Group\n dan \nIOI Group\n.\n\n\nRumusan\n\n\nSetiap jenis perniagaan mempunyai risiko tersendiri, tidak kira lah sama ada syarikat kecil, ataupun syarikat konglomerat. Seandainya anda ingin melabur ke dalam mana-mana perniagaan konglomerat tertentu, pastikan anda membuat kajian dengan mendalam terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-stesen-minyak-yang-bertapak-di-malaysia", "title": "Syarikat Stesen Minyak yang Bertapak di Malaysia", "body": "Petroleum merupakan salah satu keperluan dalam penggunaan pengangkutan di dunia. Di Malaysia terdapat beberapa bahan api dan gas yang ditawarkan di stesen minyak seperti diesel, minyak RON97, minyak RON95 dan gas LPG. Sepanjang kewujudan stesen minyak di Malaysia telah berlakunya beberapa perubahan penjenamaan semula beberapa buah nama stesen minyak. Dahulu adanya stesen minyak seperti Projet, Esso, Mobil dan BP.\n\n\nStesen Minyak Utama\n\n\nPetronas\n\n\nPetronas merupakan singkatan bagi Petroleum Nasional Berhad adalah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional negara Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974. Pada 5 Jun 1979, Petronas telah mengorak langkah dengan memperkenalkan tiga buah stesen minyak pertama.\n\n\nStesen ini diperkenalkan pada ketika itu untuk mengatasi kekurangan minyak tanah dan diesel. Tiga stesen minyak tersebut terletak di Jalan Enggang Datuk Keramat, Jalan Kepong dan Jalan SS 3/39 berhampiran kawasan perdagangan bebas Sungai Way-Subang. Di sinilah bermulanya titik permulaan Petronas mengembangkan rangkaian stesen minyak ke seluruh negara Malaysia.\n\n\nDalam pasaran saham, syarikat Petronas mempunyai 3 jenis saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya, Petronas Dagangan Bhd (\nPETDAG\n) Petronas Chemicals Group Berhad (\nPCHEM\n), dan Petronas Gas Bhd (\nPETGAS\n).\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nBloomberg\n\n\n\n\n\n\nShell\n\n\nShell\n mula diperkenalkan di Malaysia sekitar 125 tahun yang lalu dengan melibatkan pelbagai kepakaran petroleum. Stesen minyak Shell menawarkan pelbagai jenis bahan api petrol dan diesel yang bermutu tinggi. Antaranya, Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, Shell V-Power Racing, Shell FuelSave Diesel dan Shell FuelSave Diesel Euro 5.\n\n\nSetiap tahun Shell akan memperkenalkan pelbagai jenis kereta permainan tidak kira koleksi dari Ferrari, Lego atau Truk. Pengenalan ini berupaya menarik pelanggan terutamanya bagi pengumpul tegar koleksi kereta permainan dari Shell dengan menebusnya melalui pembelian minyak kenderaan.\u00a0\n\n\nPada mulanya, syarikat Shell pernah didagangkan melalui pasaran saham di Bursa Malaysia. Namun penghujung tahun 2016, syarikat Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL) telah membeli pegangan saham Shell sebanyak 51% bersamaan USD 66.3 juta. Oleh sebab itu, berlaku penjenamaan semula dengan menukar nama dari Shell Refining Company kepada \nHengyuan Refining Company Berhad\n. Penukaran ini menyebakan nama saham Shell ditukarkan kepada \nHENGYUAN\n.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nShell\n\n\n\n\n\n\nPetron\n\n\nPetron \nmerupakan syarikat minyak yang dikenali sebagai Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. Nama Petron mula digunapakai selepas penjenamaan semula nama Esso Malaysia Berhad (EMB) pada Julai tahun 2012. Pertukaran ini menyebabkan semua stesen minyak Esso di Malaysia digantikan dengan nama stesen minyak Petron. Kesemua anak syarikat juga ditukarkan nama kepada Petron Fuel International Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan Petron Oil (M) Sdn Bhd (ExxonMobil Borneo Sdn Bhd).\n\n\nPerstrukturan ini berlaku apabila syarikat San Miguel Corporation, Petron Corporation mengambil alih perniagaan hiliran (\ndownstream\n) ExxonMobil pada Januari 2012. Kini, Petron Malaysia adalah syarikat ketiga terbesar dan pemain industri utama downstream di Malaysia. Dalam pelaburan saham, syarikat Petron didagangkan atas nama \nPETRONM\n di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nPetron\n\n\n\n\n\n\nCaltex\n\n\nCaltex\n merupakan stesen minyak dan penjenamaan yang dimiliki sepenuhnya oleh \nChevron Corporation\n. Di Malaysia ia diuruskan oleh anak syarikat Chevron iaitu Chevron Malaysia Limited. Syarikat ini mempunyai hampir 420 stesen minyak Caltex di Semenanjung Malaysia yang menawarkan bahan api seperti Premium 95 Techron, Premium 97 Techron, Caltex Diesel Techron D dan Caltex Power Diesel (Euro5). Techron adalah nama paten yang digunakan di stesen minyak Caltex.\n\n\nCaltex mula bertapak dan menjalankan operasi perniagaan pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Malaya dengan memasarkan minyak pelincir dari pejabatnya di Singapura. Caltex Oil (Malaya) Ltd telah diperbadankan pada tahun 1959 dan sekali namanya ditukar pada tahun 1965 kepada Caltex Oil Malaysia Limited. Menjelang tahun 2001, berlakunya penggabungan antara Chevron dan Texaco. Pada tahun 2006, Chevron Malaysia Limited diperkenalkan dengan menggantikan nama Caltex Oil Malaysia Limited.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nCaltex\n\n\n\n\n\n\nBHPetrol\n\n\nBoustead\n melalui anak syarikat iaitu Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd merupakan pemegang saham utama dalam\n BHP Petroleum\n. Sebelum ini syarikat BHPetrol dimiliki oleh syarikat BP sehingga tahun 2004, namun syarikat BP telah mengundurkan diri dalam pasaran industri peruncitan petroleum Malaysia. BHPetrol mempunyai sekitar 400 rangkaian stesen minyak di seluruh negara Malaysia yang menjual bahan api pelincir dan produk Gas Petroleum Cecair (LPG).\n\n\nJika dilihat dalam pasaran saham, Boustead didagangkan dalam 3 jenis nama saham berlainan. Perbezaan ini disebabkan syarikat Boustead terlibat dalam pelbagai industri. Antaranya adalah Boustead Holdings Berhad (\nBSTEAD\n), Boustead Plantation Berhad (\nBPLANT\n) dan Boustead Heavy Industries Corp (\nBHIC\n)\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nBHPETROL\n\n\n\n\n\n\nLain-lain stesen minyak\n\n\nFive\n\n\nFive Petroleum Malaysia Sdn Bhd (\nFive\n) adalah sebuah syarikat peruncitan minyak tempatan mula diperkenalkan dengan melancarkan stesen minyak Five dalam pasaran Malaysia pada awal tahun 2020. Stesen minyak pertama Five terletak di Kalumpang, Selangor. Pembukaan ini seiring dengan pengenalan kedai serbaneka Woo Mart dan minyak Ultimaxx. Syarikat ini diuruskan oleh Seng Group yang mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan runcit petrol selama lima dekad.\u00a0\n\n\nMelalui kenyataan media, untuk memastikan penawaran minyak berkualiti Five telah menjalinkan kerjasama pembekalan dengan Petronas untuk memenuhi standard kualiti tinggi. Five menyasarkan untuk mengembangkan lagi jumlah rangkaian stesen minyak pada masa hadapan.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \n5 Petrol\n\n\n\n\n\n\nBuraqoil\n\n\nBuraqoil\n adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh IPTB Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Zaiyadal Keluarga Sdn Bhd (ZKSB) melalui cabang pelaburan 80% bahagian ekuiti syarikat dan 20% dimiliki secara langsung oleh ZKSB. Ia membawa konsep \"\nYour Community Station\"\n\u00a0yang bermaksud stesen komuniti anda. Oleh sebab itulah, stesen minyak mini Buraqoil menumpukan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di 9 buah negeri yang melibatkan produk petroleum Buraqoil (Ron 95 dan Diesel B7). Negeri yang terlibat adalah seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.\n\n\nStesen ini sama sahaja seperti stesen minyak yang lain, cumanya dalam skala yang lebih kecil dari segi modal permulaan, tapak perniagaan dan saiz stesen. Ia dipanggil stesen mini serta menyenangkan penduduk luar bandar terutamanya bagi golongan nelayan atau petani untuk mendapatkan keperluan bahan api. Buraqoil juga menerima jalinan kerjasama dengan UMW M&E Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW untuk mengembangkan rangkaian pengedaran luar bandar. Kini, Buraqoil mempunyai hampir 150 stesen minyak mini.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nBuraqoil\n\n\n\n\n\n\nPetros\n\n\nPetros\n merupakan singkatan kepada Petroleum Sarawak Berhad yang dimiliki oleh kerajaan negeri Sarawak. Pembinaan stesen ini dilaksanakan oleh SEDC Energy Sdn Bhd (SEDC Energy). Stesen pertama Petros dibina terletak di Darul Hana, Kuching, Sarawak. Dalam masa empat tahun akan datang. Petros merancang membina empat buah stesen minyak yang terletak di Miri, Sri Aman, Bintulu dan Sibu.\n\n\nApabila stesen minyak Petros siap dibina, ia akan menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia memiliki stesen minyak sendiri. Apa yang menariknya, Petros akan dilengkapi dengan kemudahan isi minyak bahan bakar konvensional, pengecasan kenderaan elektrik dan pengisian bahan bakar hidrogen. Stesen ini akan memberi manfaat kepada penggunaan kenderaan EV yang semakin mendapat perhatian dalam dunia pengangkutan.\n\n\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nUtusan\n\n\nUKAS\n\n\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-terkemuka-delisted-dari-bursa-malaysia", "title": "Syarikat Terkemuka Delisted dari Bursa Malaysia", "body": "Dalam Bursa Malaysia terdapat pelbagai syarikat didagangkan melibatkan hampir 1,000 buah saham. Saham ini meliputi pelbagai sektor seperti, komunikasi, kewangan, teknologi, pengangkutan dan lain-lain. Apabila sesuatu saham mengalami kerugian dalam laporan kewangan, saham tersebut akan disenaraikan sebagai PN17 untuk syarikat dalam pasaran utama (main market) dan GN3 untuk syarikat dalam pasaran ACE. Sampai satu tahap syarikat tersebut berkemungkinan akan delisted daripada Bursa Malaysia. Mari kita perhatikan saham-saham yang telah delisted dalam Bursa Malaysia.\n\n\nMAS\n\n\nIndustri penerbangan merupakan salah satu aspek yang penting dalam\u00a0nadi perhubungan udara ke negara lain. Dalam negara Malaysia, terdapat beberapa syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia dan lain-lain. Syarikat MAS mula ditubuhkan sejak tahun 60-an dan saban tahun MAS mengalami jatuh bangun dari segi aspek kerugian, peningkatan operasi dan tragedi kemalangan sehingga menggemparkan dunia.\n\n\nSetelah beberapa tahun didagangkan di Bursa Malaysia, akhirnya MAS dinyahsenaraikan apabila Khazanah membeli pegangan saham sebanyak RM 1.38 bilion bersamaan RM 0.27 sesaham. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan MAS Airline dari mengalami kerugian dan muflis. Kesannya, MAS telah diswastakan dan menggunakan nama baharu iaitu Malaysia Airlines Bhd (MAB).\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capital\n\n\nRM 3.07 bilion\n\n\n\n\n\n\nTarikh Dinyahsenaraikan\n\n\n31 Disember 2014\n\n\n\n\n\n\nFaktor\n\n\nMAS telah diswastakan melalui penjualan syer pegangan saham kepada Khazanah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : businesstraveller.com\n\n\n\n\n\n\nProton\n\n\nJenama Proton merupakan satu simbolik dan lambang kemegahan bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai sejarah dalam inovasi automotif. Pelbagai usaha-sama dijalankan dengan syarikat terkemuka seperti Mitsubishi dalam menghasilkan kereta pertama buatan Malaysia.\n\n\nPermulaannya, Proton diuruskan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad sejak diperkenalkan pada tahun 1983. Pada 16 April 2004, saham Perusahaan Otomobil Nasional Berhad tidak lagi disenaraikan\u00a0dan status penyenaraian ini disambung serta diambil alih oleh PROTON Holdings Berhad selepas berlakunya penukaran saham. Penukaran saham ini bertujuan untuk penyusunan semula korporat syarikat PROTON.\n\n\nSelepas 9 tahun didagangkan di Bursa Malaysia, akhirnya Khazanah Nasional Bhd telah menjual 42.74% peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada \nDRB-HICOM\n. Penjualan ini melibatkan pembelian harga RM 5.50 sesaham bersamaan RM 1.291 bilion.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capital\n\n\nRM 3 bilion\n\n\n\n\n\n\nTarikh Dinyahsenaraikan\n\n\n16 Mei 2012\n\n\n\n\n\n\nFaktor\n\n\nProton telah diswastakan melalui penjualan syer pegangan saham kepada DRB-HICOM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : Proton\n\n\n\n\n\n\nUtusan\n\n\nSebut sahaja Utusan, pasti ramai yang mengenali akhbar yang tertua diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1930-an yang berfungsi menyampaikan maklumat dan isu semasa. Utusan mula didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia) sekitar tahun 1994. Utusan pernah mencatatkan paras tertinggi pada harga RM 7.66 sesaham (31 Mac 2000). Pada Ogos 2018, syarikat Utusan telah diklasifikasikan sebagai PN17 disebabkan kewangan yang tidak mencukupi dan bebanan hutang terlalu tinggi.\n\n\nSyarikat ini telah dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia pada paras harga RM0.005 sesaham. Untuk menanggung kos operasi pihak syarikat telah menaikkan harga akhbar Utusan dari RM 1.50 kepada RM 2.00 dan Kosmo RM 1.00 kepada RM 1.50. Namun tindakan ini tidak berhasil dan pada 31 Oktober 2019, syarikat Utusan telah menamatkan operasi. Pada Julai 2020, syarikat Utusan telah kembali beroperasi dibawah pengurusan baharu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capital\n\n\nRM 6 juta\n\n\n\n\n\n\nTarikh Dinyahsenaraikan\n\n\n30 Ogos 2019\n\n\n\n\n\n\nFaktor\n\n\nKegagalan mencari pelabur dan tanggungan hutang sebanyak RM139.19 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : Utusan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTransmile\n\n\nTransmile Group Bhd merupakan syarikat pelaburan yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan udara, peralatan pesawat dan pengurusan logistik ekspres. Syarikat ini mempunyai beberapa anak syarikat seperti Transmile Air Services Sdn Bhd, Transmile Thailand Sdn Bhd, Transmile Management Sdn Bhd, Viunique Corporation Sdn Bhd, dan CEN Worldwide Sdn Bhd. Syarikat ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 27 Jun 1997.\n\n\nJika dilihat syarikat ini mempunyai pelbagai sektor yang terlibat dan mempunyai kewangan yang kukuh. Pada satu tahap Transmile telah mencapai pada paras harga tertinggi RM16 sesaham. Segalanya bermula apabila pihak syarikat Transmile telah memanipulasi data audit dalam laporan tahunan kepada Bursa.\n\n\nDalam laporan audit tersebut, Transmile mengalami kerugian sebanyak RM 126.3 juta dan bukannya keuntungan RM 157.5 juta pada FY06 seperti dilaporkan. Pada FY05, ia mencatat kerugian berjumlah RM 369.6 juta dan bukannya keuntungan RM 84.4 juta. Kesannya, saham Transmile telah menjunam daripada RM 16 kepada 16 sen dan dua pengarah syarikat telah dibicarakan di mahkamah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capital\n\n\nRM 3.89 bilion kepada RM 155.32 juta (2007)\n\n\n\n\n\n\nTarikh Dinyahsenaraikan\n\n\n24 Mei 2011\n\n\n\n\n\n\nFaktor \n\n\nMemanipulasi laporan suku tahunan Transmile terhadap data audit kewangan syarikat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara perkhidmatan yang disediakan Transmile.Gambar: theedgemarket.com\n\n\n\n\n\n\nCaring Pharmacy\n\n\nCaring Pharmacy merupakan dalam sektor perkhidmatan yang berkonsepkan farmasi dalam industri runcit (ubatan) seperti Guardian, Watson dan lain-lain. Secara umumnya, Caring Pharmacy ditubuhkan pada tahun 1994 dan membuka cawangan pertamanya di Taman Muda, Cheras. Pada tahun 2019, cawangannya semakin berkembang luas dan mempunyai sebanyak 120 cawangan serata Malaysia.\n\n\nFarmasi ini mula didagangkan di pasaran utama Bursa Malaysia pada tahun 2014. Selepas enam tahun setengah, pada 8 Mei 2020 Caring Pharmacy tidak didagangkan disebabkan pengambilalihan oleh \n7-Eleven Malaysia Holdings Bhd\n. 7-Eleven telah mengambil alih Caring dengan harga RM 2.60 sesaham. Tawaran ini sekaligus meningkatkan pegangan 7-Eleven dalam Caring Pharmacy kepada 38.57% berbanding 13.22%.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarket Capital\n\n\nRM 455 juta ( 2019)\n\n\n\n\n\n\nTarikh Dinyahsenaraikan\n\n\n8 Mei 2020\n\n\n\n\n\n\nFaktor\n\n\nPengambilalihan oleh 7-Eleven (RM 2.60 sesaham)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : Vulcanpost.com\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara keseluruhannya, bukan semua saham yang terkeluar senarai di Bursa Saham disebabkan\u00a0faktor negatif seperti kerugian kewangan syarikat, manipulasi maklumat laporan tahunan syarikat dan lain-lain. Ada antaranya faktor positif seperti strategi bisnes dalam\u00a0pengambil-alihan\u00a0untuk penyusunan semula syarikat.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/syarikat-yang-bakal-ipo-dalam-masa-terdekat", "title": "Syarikat yang Bakal IPO Dalam Masa Terdekat", "body": "Menjelang awal tahun 2021, terdapat 4 IPO baharu telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Penyenaraian IPO ini telah mendapat sambutan oleh pelabur saham di Malaysia ibarat pisang goreng panas. Situasi ini dapat dilihat apabila salah satu IPO iaitu Flexydynamic telah oversubscribed sebanyak 155.72 peratus dalam senarai pemohonan. Mari kita lihat antara IPO yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.\n\n\nRAMSSOL Group Berhad\n\n\n\n\nSektor : Perisian, Pengurusan dan Teknologi Maklumat\n\n\nSegmen Pasaran : Asia Tenggara\n\n\n\n\nRamssol\n mula ditubuhkan pada tahun 2010 dibawah nama RAMS Solutions yang menawarkan penyelesain inovatif teknologi terhadap pengurusan modal insan. Syarikat ini telah mengembangkan pasaran ke beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Setiap pasaran dalam negara-negara ini mempunyai fungsi dan matlamat masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nGambar : Ramssolgroup.com\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2019, syarikat ini telah menukar nama kepada RAMSSOL Group. Dana daripada penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan pemasaran produk IT Feet's dan Lark ke Asia Tenggara. Selain itu, wang IPO ini juga digunakan untuk tujuan penyelidikan (R&D) dan mengembangkan sayap pasaran baru iaitu Filipina.\n\n\nDari segi prestasi kewangan, Ramssol telah mencatat pertumbuhan pendapatan yang meningkat selama 3 tahun. Pada tahun 2019 ia mencatatkan pendapatan sebanyak RM15.44 juta berbanding RM6.8 juta tahun 2017. Peningkatan ini menyebabkan Ramssol mencatat margin keuntungan yang tinggi pada tahun 2019. Syarikat ini telah mencatatkan peratusan margin keuntungan sebanyak 24% (2019) berbanding tahun 2017 sebanyak 1.2%.\n\n\n\n\nNestcon Berhad\n\n\n\n\nSektor : Pembinaan dan Perumahan\n\n\nSegmen Pasaran : Infrastruktur kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan\n\n\n\n\nNestcon\n\u00a0Berhad mempunyai dua anak syarikat iaitu Nestcon Infra Sdn Bhd dan Nestcon Builders Sdn Bhd. Nestcon Infra menjalankan projek kejuruteraan awam dan infrastruktur seperti penyediaan tapak, \nearthwork\n, penambakan tanah, infrastruktur kereta api, jambatan dan pelbagai lagi. Manakala, Nestcon Builders tertumpu terhadap pembinaan perumahaan kediaman, komersial dan bangunan industri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Nestcon\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui IPO ini, Nestcon Berhad akan mendapat dana untuk membeli peralatan mesin pembinaan, pembayaran hutang bank serta mendapatkan perisian dan sistem yang lebih baik. Selain itu, dana ini juga digunakan untuk membeli\u00a0teknologi dan membina fasiliti IBS yang lengkap.\n\n\nDari segi prestasi kewangan, Nestcon menunjukkan pertumbuhan yang stabil dari 2017 sehingga 2019. Prestasi ini diteruskan apabila Nestcon mencatat keuntungan sebanyak RM14.58 juta pada tahun 2019 berbanding RM5.48 juta tahun 2017.\n\n\n\n\nHaily Group Berhad\n\n\n\n\nSektor : Pembinaan meliputi perumahan, komersial dan kilang industri\n\n\nSegmen Pasaran : \u00a0Projek perumahan banyak tertumpu di Johor Bharu\n\n\n\n\nHaily Group Berhad\n adalah sebuah syarikat pembinaan yang didaftar di bawah CIDB sebagai kontraktor kelas G7. Ia terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman, bukan kediaman, komersial dan industri. Haily akan bertanggungjawab dalam keseluruhan projek pembinaan meliputi persekitaran binaan luaran, infrastruktur fizikal dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nAntara projek perumahan yang terlibat oleh Haily di St Marco Park, Kulai Johor. Gambar : \nHaily\n\n\n\n\n\n\nSyarikat ini mempunyai dua anak syarikat iaitu Haily Construction dan Haily Machinery. Penyenaraian IPO ini bertujuan untuk mengumpul dana pembelian peralatan pembinaan seperti tractor, scaffolding, dan backhoe loaders. Pembelian mesin ini mampu meningkatkan kecekapan kerja-kerja pembinaan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Selain itu, ia juga akan digunakan untuk pembelian peralatan pejabat seperti komputer, software server dan lain-lain.\n\n\nHaily menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan yang tidak konsisten sejak 2017 sehingga laporan terkini pada tahun 2019. Pendapatan tertinggi dicapai pada tahun 2018 sebanyak RM173.78 juta. Peningkatan ini terbantut apabila keuntungan syarikat merosot daripada RM12.55 juta (2017) kepada RM8.86 juta (2019).\n\n\n\n\nPekat Group Berhad\n\n\n\n\nBisnes dan industri : Pemasangan peralatan solar, sistem ELP, elektrik\n\n\nSegmen Pasaran : Terlibat dalam program solar oleh kerajaan \"MySuria\" tahun 2017\n\n\n\n\nPekat Group Berhad\n\u00a0ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjalankan perkhidmatan dan peralatan kejuruteraan sistem ELP (Earth Ligthning Protection). Seiring dengan galakan teknologi hijau oleh kerajaan, syarikat ini telah melebarkan pasaran dengan terlibat dalam perniagaan panel solar pada tahun 2009. Ia telah mendapat kontrak pertama pemasangan solar PV sistem di Platinum Sentral berkapasiti 168.0 kWp dan siap sepenuhnya pada tahun 2011.\n\n\n\n\n\n\nGambar : \nPekat\n\n\n\n\n\n\nSyarikat ini mempunyai beberapa buah anak syarikat seperti Pekat Solar Sdn Bhd, Pekat E&LP Sdn Bhd, Pekat Engineering, E&LP Engineering, dan Pnexsoft. Salah satu sebab penyenaraian ke IPO bertujuan mengumpul dana membangunkan sebuah ibu pejabat baharu di Elmina. Pejabat ini akan mempunyai fasiliti lengkap seperti bilik pameran, pusat latihan, gudang, bengkel dan lain-lain.\n\n\nDari segi aspek kewangan, pada tahun 2017 Pekat Group telah memperoleh jumlah pendapatan kepada RM72.83 juta dan meningkat tahun berikutnya sebanyak RM120.12 juta (2018) dan RM119.52 juta (2019). Peningkatan ini menyebabkan Pekat mencatatkan margin keuntungan yang memberangsangkan selama 3 tahun. Pada tahun 2019, Pekat mencatatkan peratusan margin keuntungan sebanyak 12.4% berbanding tahun 2018 sebanyak 9%.\n\n\n\n\nPelbagai lagi IPO menarik\n\n\nSyarikat-syarikat di atas telah pun menghantar prospektus awal ke SC seawal penghujung Oktober 2020, menandakan langkah yang semakin hampir ke arah IPO. Selain itu, ada juga beberapa lagi syarikat lain yang akan ke IPO. Antara yang boleh dikenalpasti ialah \nYenher Holdings Berhad\n, CEKD Berhad, \nEcomate Holdings Berhad\n, \nKeyfield International Berhad\n dan \nHARPS Holdings Berhad\n.\n\n\nHARPS terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan dan bakal disenaraikan dalam pasaran utama. Penyenaraian ini bakal menambahkan jumlah syarikat yang didagangkan di Bursa dalam sektor industri sarung tangan.\n\n\nSelain itu, kita juga pernah dengar \nFarm Fresh\n untuk disenaraikan di Bursa, tapi masih belum lagi nampak prospektus dihantar setakat ini. Jika menjadi, penyenaraian ini akan menjadikan Farm Fresh sebagai syarikat pengeluar tenusu tempatan pertama disenaraikan di Bursa Malaysia.\n\n\nSeterusnya, \nCTOS\n juga telah mengemukakan niatnya untuk penyenaraian di Bursa. CTOS merupakan syarikat terlibat dalam perkhidmatan pengurusan risiko kredit dan penyelesaian kewangan. Pastinya dikenali ramai, bila nak buat pinjaman bank saja, antara syarikat yang kita cari untuk cek rekod kredit CCRIS ni adalah CTOS. Sebahagian syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Creador yang juga mempunyai pegangan saham dalam syarikat besar seperti Mr DIY.\n\n\nPenutup\n\n\nKesimpulannya, untuk merancakkan penyenaraian IPO di Bursa Malaysia kerajaan telah memperkenal satu mekanisme dalam Program\u00a0Strategik PEMERKASA. Misalnya, dalam inisiatif ke-9 kerajaan telah mengecualikan fi selama 12 bulan terhadap syarikat memohon penyenarain di pasaran MAIN, LEAP atau ACE. Program ini bertujuan untuk memulihkan ekonomi dengan suntikan dana terhadap 20 inisiatif diperkenalkan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/t7-global-mengharungi-dua-sektor-terkesan-covid-19", "title": "T7 Global - Mengharungi Dua Sektor Terkesan COVID-19", "body": "Di kala pandemik COVID-19 ini berlaku, ramai yang sedia maklum bahawa industri penerbangan dan minyak terjejas dengan teruk kerana takut terkena wabak ini. Satu syarikat dikenali yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam kedua-dua bidang yang terkesan ini adalah T7 Global Berhad.\n\n\nPemelbagaian ke bidang aeroangkasa\n\n\nT7 Global Berhad (atau \"T7\") telah ditubuhkan sejak 1990 dan merupakan syarikat penyedia perkhidmatan dalam bidang minyak dan gas. Bidang perkhidmatan minyak dan gas yang dijalankan oleh T7 adalah subsea services atau perkhidmatan bawah laut. Bahagian operasi ini telah berjalan sejak peringkat awal penubuhan syarikat lagi.\n\n\nBermula 2018, mereka telah mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan menceburi bidang aeroangkasa. Mungkin pada pandangan ramai, bidang ini bukan yang pertama yang difikirkan untuk pemelbagaian aktiviti perniagaan. Namun, mereka menyatakan bahawa terdapatnya sebuah pasaran dan permintaan yang menggalakkan.\n\n\n\n\nDari segi kepakaran, mereka menganggap pemelbagaian ke bidang aeroangkasa ini bukanlah suatu lompatan yang besar. Secara asasnya, kedua-dua bidang ini bersifat kejuruteraan, dan pekerja mereka boleh dilatih semula untuk kepakaran aeroangkasa.\n\n\nKeadaan pasaran minyak dan aeroangkasa\n\n\nSeperti mana yang disebut di atas tadi, kedua-dua bidang iaitu minyak dan aeroangkasa ini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 ini. Ia bermula dengan kurangnya penerbangan antarabangsa dan juga pergerakan kenderaan secara umumnya yang mengakibatkan permintaan berkurang untuk kapal terbang dan juga minyak.\n\n\nNamun apakah kesannya kepada syarikat dalam bidang ini, khususnya T7 Global? Untuk bidang minyak dan gas, T7 ada kontrak yang masih berjalan dengan Petronas untuk kerja-kerja Maintenance, Construction & Modification (MCM) dan Water Inspection Services yang diterima pada penghujung 2019. Aktiviti MCM dijangka berjalan dengan kukuh untuk 3 tahun ke hadapan, manakala perkhidmatan Underwater Services pula adalah aktiviti berkala.\n\n\n\n\n\n\nGambar keratan dari Petronas Activity Outlook\n\n\n\n\nBidang aeroangkasa pula menghadapi permintaan yang berkurang buat masa ini. Maka untuk jangka masa pendek, aktiviti perniagaan ini akan terjejas dengan kurangnya permintaan. Untuk jangka masa panjang pula, Airbus dan Boeing menjangkakan angka yang meningkat untuk pesawat udara sebanyak lebih dari dua kali ganda menjelang tahun 2037. Pertambahan bilangan pesawat udara ini adalah sebanyak 37,000 hingga 40,000 buah pesawat dalam masa kurang 20 tahun.\n\n\n\n\n\n\nGambar: MIDA\n\n\n\n\nPasaran aeroangkasa adalah industri di mana rantaian bekalannya bersifat global. Rantaian ini kini semakin beralih ke negara ASEAN untuk proses perkilangan. Malaysia juga mempunyai perancangan melalui Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030 untuk menjadi negara yang mendahului sektor aeroangkasa di rantau Asia Tenggara.\n\n\nIndustri ini masih kecil dan kerajaan sedang giat menarik syarikat antarabangsa untuk melabur dan menjadikan Malaysia sebagai kawasan strategik untuk industri aeroangkasa ini. Anggaran pendapatan tahunan yang disasarkan menjelang tahun 2030 dari industri ini adalah sebanyak RM 55.2 bilion.\n\n\nPrestasi kewangan T7 Global\n\n\nKedudukan kewangan T7 Global adalah agak stabil untuk beberapa tahun terbaru ini. Kita boleh lihat T7 mencatatkan pendapatan lebih dua kali ganda dari tahun 2016 ke 2017 pada angka RM 204.5 juta. Angka ini diikuti dengan peningkatan sebanyak 2.9% kepada RM 210.4 juta pada tahun 2018.\n\n\n\n\nJika melihat pada keuntungan selepas cukai pula, tiga tahun kewangan terbaru menunjukkan angka yang meningkat. Keuntungan dicatatkan pada RM 5.06 juta pada tahun 2016. Ia meningkat ke RM 5.66 juta pada tahun 2017 dan kenaikan hampir gandaan dua pada RM 10.56 juta pada 2018. Sebahagian besar keuntungan ini disumbangkan dari segmen minyak dan gas. Walaupun T7 juga menjalankan aktiviti perniagaan dalam hartanah dan aeroangkasa, hasil ini belum mencukupi untuk dipecahkan ke dalam segmen tersendiri.\n\n\nSecara ringkas\n\n\nSebagai penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas, T7 Global masih menerima manfaat dari kontrak yang telah mula berjalan. Manfaat ini dijangka dapat memberi T7 sumber pendapatan yang berterusan sehingga 2 tahun ke hadapan. Namun, sekiranya harga minyak kekal rendah, terdapat kemungkinan pelbagai perkhidmatan sokongan minyak dan gas untuk dikurangkan. Bidang aeroangkasa pula dilihat sebagai terjejas untuk jangka masa pendek, tapi positif untuk jangka masa panjang."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/tak-perlu-borang-untuk-pindahkan-saham", "title": "Tak Perlu Borang untuk Pindahkan Saham", "body": "Sebelum ni, kami pernah tulis pasal \naplikasi mobile keluaran Bursa Malaysia\n yang dinamakan Bursa Anywhere. Kini, ada satu ciri baru yang memudahkan anda pindahkan saham antara akaun CDS. Selama ini, servis ini hanya boleh dibuat dengan mengisi borang. Kini, semua ini boleh dibuat secara elektronik. Sekiranya anda belum ada aplikasi Bursa Anywhere, boleh dapatkan di \nApp Store\n atau \nPlay Store\n.\n\n\n\n\nKenapa nak pindahkan saham?\n\n\nAda beberapa sebab yang anda perlu pindahkan saham (atau secara umumnya, securities) antara akaun CDS. Mungkin anda ingin memudahkan urusan melabur dengan menggunakan satu akaun sahaja. Selain itu, mungkin anda ingin cantikkan portfolio dengan memasukkan saham untung kedalam satu akaun. Ataupun anda ingin simpan saham yang anda tak perlu tengok hari-hari ke dalam satu akaun. Semua ini subjektif kepada diri anda sendiri.\n\n\nCara pindahkan saham\n\n\nPertamanya, anda perlulah ada lebih dari satu akaun. Kalau tidak, tak ada tempat lain untuk dipindahkan dan feature ini juga tak boleh digunakan. Melalui aplikasi Bursa Anywhere, pergi ke tab \nMy Services\n melalui navigasi di bahagian bawah aplikasi, dan pilih \nTransfer of Securities\n. Dari situ, anda boleh pindahkan saham antara akaun anda dengan mudah:\n\n\n\n\n\n\nTekan saham yang ingin dipindahkan dan akaun yang ingin dipindahkan\n\n\nMasukkan kuantiti untuk dipindahkan\n\n\nSahkan dan bayar melalui FPX\n\n\n\n\nKami telah pun cuba secara real untuk pemindahan saham ini. Anda boleh rujuk gambar di bawah. Prosesnya memang mudah.\n\n\n\n\nBayaran akan dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap saham yang ingin dipindahkan.\n\n\nUrusan yang anda boleh buat menggunakan Bursa Anywhere\n\n\nDengan Bursa Anywhere, anda boleh buat perkara-perkara di bawah\n\n\n\n\nPindah saham antara akaun via FPX\n\n\nPandangan keseluruhan semua akaun CDS\n\n\nNilai portfolio saham\n\n\nKemas kini maklumat CDS secara layan diri\n\n\nNotifikasi Pengumuman Korporat untuk portfolio saham\n\n\nePenyata dengan rekod 12 bulan\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin buka atau tambah akaun CDS, boleh pergi ke \nlink ini\n."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/teladan-setia-mengembangkan-aset-tanah-di-kala-pandemik", "title": "Teladan Setia Mengembangkan Aset Tanah di Kala Pandemik", "body": "\n\nTeladan Setia Group Berhad atau Teladan Setia adalah sebuah syarikat pemaju hartanah kediaman yang beroperasi di Melaka. Butiran IPO Teladan Setia ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.48\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 386.5 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n8.9 (FYE 2019)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n2 Mac 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n5 Mac 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n16\u00a0Mac 2021\n\n\n\n\nIni adalah IPO ketiga untuk disenaraikan di Bursa Malaysia tahun 2021.\n\n\nBisnes Teladan Setia\n\n\nTeladan Setia menjalankan aktiviti pembangunan\u00a0\nhartanah\n, di mana mereka memajukan dan menjual hartanah perumahan dan bangunan kedai. Setakat dalam laporan 2017 hingga 2020, kesemua projek mereka terletak di Melaka. Ia merupakan antara kelebihan syarikat ini kerana Melaka merupakan antara negeri yang mencatatkan kadar hartanah tak terjual yang rendah di Malaysia.\n\n\nMereka kini mempunyai 3 projek perumahan yang sedang berjalan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM632 juta. 3 lagi projek telah ditentukan dalam masa yang akan datang dengan GDV RM 995.2 juta. Mereka juga memiliki simpanan tanah sebanyak 69.7 ekar di Melaka dan 4.9 ekar lagi di Selangor, dan dalam proses menambah 145.2 ekar lagi di Selangor.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nTeladan Setia\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nPandemik Covid-19 telah mengakibatkan kelewatan dalam pembinaan projek. Sebanyak 203 pekerja asing di bawah kontraktor pembinaan juga disaring positif Covid-19, juga mengakibatkan\u00a0tapak projek Bali Residence ditutup seketika. Teladan Setia juga bersetuju untuk menanggung kos ujian, pengangkutan dan makanan untuk pekerja asing ini dengan nilai RM 150,000. Tiada kos tambahan lain yang dijangka , dan kes ini tidak memberikan kesan yang ketara terhadap operasi dan keputusan kewangan.\n\n\nDalam senario terburuk sekiranya PKP dilanjutkan, mereka meletakkan beberapa jangkaan seperti:\n\n\n\n\ntidak menjana pendapatan sepanjang penggantungan operasi\n\n\ntidak perlu membayar kepada kontraktor kerana penggantungan kerja\n\n\nsewa pejabat perlu dibayar secara bulanan\n\n\noperasi dan pentadbiran berlaku pada tahap yang minima\n\n\nmereka perlu dapatkan pembiayaan untuk komitmen tunai\n\n\ntiada dividen akan diumumkan\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nTeladan Setia menunjukkan penurunan prestasi pendapatan dan keuntungan sejak 2017 hingga laporan terbaru 2020. Namun, mereka masih dapat mencatatkan keuntungan buat tempoh kewangan dalam rekod. Margin keuntungan kasar adalah agak tinggi pada 33% hingga 36% sepanjang tempoh pemerhatian. Margin keuntungan bersih pula berada pada 17% hingga 19%.\n\n\nCEO mengatakan bahawa penurunan pendapatan dan keuntungan boleh dikaitkan dengan format laporan kewangan. Dalam format MFRS terbaru, pendapatan untuk pembinaan hanya dapat dikenalpasti berdasarkan perkembangan semasa pembinaan projek. Oleh itu, kita dapat bayangkan beberapa lebih banyak projek yang telah siap dalam tahun pemerhatian. Tahun yang lebih terkini menunjukkan projek berjalan yang masih di peringkat awal.\n\n\n\n\nSekiranya kita lihat dari 2017 hingga terkini, kita juga dapat melihat penurunan kewangan pada kebanyakan syarikat \nhartanah perumahan\n. Oleh itu, penurunan pada prestasi kewangan Teladan Setia bukanlah suatu yang luar biasa. Pun begitu, tidak semua syarikat perumahan ini mampu kekalkan kedudukannya kewangannya dengan mencatatkan keuntungan. Teladan Setia adalah salah satu syarikat yang dapat mengekalkan keuntungan mereka dalam tempoh ini.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana IPO sebanyak RM 77.3 juta ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian tanah pembangunan\n\n\n35.0\n\n\n45.3\n\n\n\n\n\n\nModal kerja projek\n\n\n33.1\n\n\n42.8\n\n\n\n\n\n\nBayaran hutang bank\n\n\n4.0\n\n\n5.2\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n5.2\n\n\n6.7\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n77.3\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nHampir separuh daripada dana IPO akan dibelanjakan untuk membeli tanah di Melaka. Ia berhampiran dengan tanah simpanan sedia ada dan tanah yang akan dibeli dalam perancangan akan datang. Sebahagian besar IPO sebanyak RM 33.1 juta pula akan digunakan untuk kos-kos pembinaan, contohnya kontraktor, khidmat rundingan dan bayaran professional, bayaran pihak berkuasa tempatan dan pemasaran.\n\n\nBayaran hutang bank dijangka dapat menjimatkan syarikat daripada kadar bunga sebanyak RM 300 ribu. Dengan pembayaran bank ini, syarikat akan berada pada gearing ratio lebih rendah pada pekali 0.368\u00a0selepas penggunaan dana IPO.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Teladan Setia\n\n\nTumpuan pasaran Teladan Setia adalah di Melaka, jadi makroekonomi Melaka menjadi satu rujukan penting untuk mengukur potensi syarikat ini.\n\n\nEkonomi Melaka secara luasnya bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan dengan sumbangan GDP masing-masing sebanyak 48% dan 38%. Sektor perkhidmatan ini terdiri dari pelancongan, penginapan, pengangkutan dan \nfood and beverage\n. Pertumbuhan dalam sektor-sektor ini akan memacu ekonomi Melaka,\u00a0menarik lebih pekerjaan, seterusnya kawasan kediaman.\n\n\nPrestasi pasaran perumahan\n\n\nDari tahun 2016 ke 2019, pasaran perumahan di Melaka meningkat dengan CAGR 3.88%. Dalam tempoh yang sama, nilai transaksi hartanah juga menunjukkan peningkatan iaitu dari RM 2.12 bilion kepada RM 2.76 bilion pada CAGR 9.19%.\n\n\nBilangan hartanah tak terjual atau overhang adalah berbeza untuk perumahan dan kedai. Perumahan yang tak terjual di Melaka menurun dari 2016 hingga 2019, dari 1181 unit ke 710. Overhang yang semakin rendah ini dikaitkan dengan inisiatif kerajaan melalui Home Ownership Campaign (HOC) dan pengecualian duti setem.\n\n\nPada suku ketiga 2020, Melaka merupakan antara negeri dengan bilangan perumahan tak terjual yang rendah di Malaysia pada bilangan 926 unit berbanding purata negara pada 3450 unit. Pun begitu, bilangan kedai tak terjual di Melaka adalah kedua tertinggi selepas Johor, pada 735 unit berbanding purata negara 419 unit.\n\n\nPesaing bisnes\n\n\nAntara pesaing atau syarikat yang menjalankan bisnes yang sama dengan Teladan Setia telah disenaraikan dalam prospektus seperti di bawah.\n\n\n\n\nSeperti yang boleh dilihat di atas, Teladan Setia merupakan antara pemain hartanah yang boleh mengekalkan keuntungan dan juga mempunyai margin keuntungan yang agak tinggi. Syarikat Teladan Setia boleh juga dibandingkan dengan syarikat tersenarai \nGromutual Berhad\n yang ketika ini dinilai pada PE 9.7. Secara keseluruhan pula, penilaian purata PE untuk saham-saham dalam sektor hartanah ketika ini adalah pada 14.5.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSkor iSaham: 4/4\n\n\nIPO Teladan Setia mempunyai strategi yang agresif di mana sebahagian besar perbelanjaan dana IPO adalah untuk tujuan perkembangan bisnes. Penambahan dana IPO ini boleh diibaratkan dengan suntikan dana Private Placement di mana syarikat dapat menaikkan dana tanpa perlu membuat hutang baru dengan bank. Dengan ini, mereka berada pada kedudukan kewangan yang lebih baik, dan berupaya untuk dapatkan lebihan dana dari bank sekiranya perlu.\n\n\nStrategi syarikat untuk menumpukan pembangunan pada kawasan di Melaka dilihat sebagai baik berdasarkan data bahawa hartanah perumahan tak terjual adalah rendah. Penambahan tanah di sekitar pembangunan sedia ada juga boleh dilihat sebagai aspek positif kerana ia boleh berikan kelebihan pada kejiranan dan persekitaran perumahan projek. Syarikat juga menunjukkan kadar jualan yang memberangsangkan untuk projek-projek yang telah dilancarkan sebelum ini.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/tercetusnya-permulaan-krisis-ekonomi-bunga-tulip-mania", "title": "Tercetusnya Permulaan Krisis Ekonomi Bunga Tulip Mania", "body": "Pernahkah anda mendengar bait-bait lagu \n\u201cSekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi\u201d\n nyayian penyanyi kumpulan Alleycats? Lagu ini mengisahkan sebuah krisis cinta. Namun kali ini kita bukanlah nak bincang tentang krisis cinta, mahupun bunga mawar tetapi krisis bunga tulip. Tidak ramai menyangka bagaimana sejenis bunga yang harum dan indah ini mampu menjatuhkan krisis ekonomi sesebuah negara.\n\n\nKrisis ini merupakan salah satu fenomena klasik gelembung ekonomi terawal yang pernah dikenalpasti. Ia berlaku sekitar era 1630-an dan dikenali sebagai \nThe Tulip Mania\n. Bunga Tulip merupakan simbolik bagi negara Belanda dan membawa makna kasih sayang, semangat dan harapan untuk diberikan kepada golongan istimewa.\n\n\nApa Itu Tulip Mania\n\n\nPada asalnya bunga tulip berasal dari negara Turki dan diperkenalkan oleh Sultan Turki dari Empayar Uthamaniah dengan pemberian bijih benih kepada kerajaan Belanda di Viena pada tahun 1554. Kemudian bijih benih mula tersebar ke negeri lain seperti Augsburg, Antwerp dan Amsterdam. Bunga Tulip mula mendapat sambutan dan tarikan maka ramai yang mula menanam di hadapan laman sendiri.\n\n\n\n\n\n\nGambaran bunga tulip mania\n\n\n\n\n\n\nTitik permulaan ini telah menyebabkan bunga tulip menjadi perdagangan utama sekitar tahun 1600 selepas keju, gin (sejenis beri), dan herrings (sejenis ikan laut). Harga pasaran bunga tulip terus meningkat disebabkan spekulasi dalam kalangan masyarakat yang tidak pernah melihat bunga tulip.\n\n\nMinat Bertukar Kepada Taksub\n\n\nTulip dianggap sebagai simbol kemewahan dan bangsawan menyebabkan harga meningkat berlipat kali ganda sehingga masyarakat pada masa itu sanggup menjual aset dan harta untuk mendapatkan bunga tulip tersebut. Disebabkan negara Belanda merupakan negara 4 musim, bunga tulip hanya ditanam pada bulan September dan dituai pada bulan Jun.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Virus Mosaic menyebabkan tulip mempunyai lebih satu warna\n\n\n\n\n\n\nMenjelang masa, sejenis kelopak bunga tulip luarbiasa telah ditemui disebabkan kemunculan virus \u201cmosaic\u201d. Virus ini tidak berjaya dihapuskan dan dimatikan. Ia telah menyebabkan kelopak bunga tulip mempunyai pelbagai ton warna. Penemuan ini dianggap luar biasa dan menambahkan kecantikan bunga ini di mata masyarakat Belanda. Harga bunga tulip jenis ini pula lebih bernilai berbanding harga bunga tulip biasa.\n\n\nHarga Bunga Tulip Bersamaan Harga Sebuah Rumah\n\n\nPada masa itu masyarakat Belanda mempercayai bahawa harga bunga Tulip (bulb) kebal daripada kejatuhan dan akan terus meningkat. Pembeli mula berubah arah daripada memiliki bunga tersebut kepada menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan segera berdasarkan spekulasi harga bukanya dibeli untuk ditanam di rumah.\n\n\nPada tahun 1636 bunga tulip yang berkualiti rendah juga dijual pada harga yang mahal sekitar 160 guilder sehingga 200 guilder. Betapa tingginya nilai bunga tulip sekuntum apabila dibandingkan bersamaan gaji 1 tahun gaji seorang rakyat biasa pada waktu itu.\n\n\nPerubahan perdagangan juga berlaku apabila bunga tulip bukan lagi dijual secara bersemuka dan nyata tetapi menggunakan sistem \u201ccommodity futures contract\u201d. Sampai ke satu tahap kontrak ini mampu berubah tangan ke pihak yang berlainan dengan mengenakan harga yang berbeza. Contohnya, Pihak A menjual kepada pihak B dengan harga RM 100, kemudian pihak B akan menjual kepada pihak C dengan harga yang lebih tinggi.\n\n\nSelain diperdagangkan, bunga tulip ibarat nilai duit digunakan untuk membeli barangan lain. Apa yang menariknya ia digunakan untuk membeli rumah, tanah dan ladang. Disebabkan kenaikan harga yang menggila, harga bunga tulip tidak lagi menggambarkan nilai yang sebenar.\n\n\nAkhirnya Menjunam Ke Bawah\n\n\nKetika di puncak permintaannya, harga bunga tulip meningkat tetapi penawaran stok tidak mencukupi. Berbalik kepada asas teori ekonomi permintaan dan penawaran, apabila penawaran tidak mampu memenuhi permintaan, ia menyebabkan harga untuk melonjak naik. Harga meroket sehingga 20 kali ganda dalam masa sebulan. Tetapi perkara ini tidak bertahan lama apabila pelabur dalam pasaran mula menjualnya sehingga menyebabkan harga bunga tulip jatuh dalam masa sebulan bersamaan harga bawang merah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Perubahan harga bunga tulip mania\n\n\n\n\n\n\nPerubahan ini berlaku apabila penawaran lebih banyak berbanding permintaan. Ini mewujudkan situasi panik menjual, seterusnya ramai yang sanggup menjual demi mengurangkan kos dan kerugian yang dihadapi. Walaupun mendapat kerjasama campur tangan daripada kerajaan Belanda, namun untuk menstabilkan semula harga menemui jalan buntu.\n\n\nKesimpulannya sebagai seorang pelabur perlulah mempunyai perancangan terhadap sesuatu pelaburan yang hendak dijalankan. Bak kata pepatah, \"ukur lah baju di badan sendiri\". Setiap pelaburan perlulah berdasarkan kemampuan aset yang mencukupi tanpa bergolok bergadai dengan menjual harta dan membuat pinjaman.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/terkena-tempias-virus-wuhan-ada-saham-yang-naik", "title": "Terkena Tempias Virus Wuhan, Ada Saham yang Naik", "body": "Pada 31 Disember 2019, WHO telah dimaklumkan dengan beberapa kes keradangan paru-paru di Wuhan, China. Virus ini tidak menyamai mana-mana virus yang pernah dijumpai sebelum ini. Hanya seminggu kemudian, pihak berkuasa China mengesahkan bahawa virus baharu itu dikenalpasti sebagai coronavirus.\n\n\nWabak penyakit ini merebak melalui sistem pernafasan dan juga titisan yang terhasil dari bersin dan batuk dari penghidap virus. Maka beberapa kelengkapan kesihatan ini menjadi penting kepada individu dan industri kesihatan untuk mengelakkan daripada jangkitan dan juga sebagai keperluan rawatan.\n\n\n1. Topeng Muka\n\n\nTopeng muka sudah menjadi keperluan asas kepada pencegahan virus melalui sistem pernafasan. Kalau cari di kedai-kedai penjagaan diri dan farmasi, topeng muka ni antara barangan yang paling hangat dengan permintaan.\n\n\nSaham yang terlibat dengan barangan topeng muka:\n\n\n\n\nOCNCASH (Non-woven fabric)\n\n\n\n\n2. Sarung tangan getah\n\n\nSarung tangan getah adalah satu pemakaian yang penting bagi pekerja industri kesihatan. Ini adalah untuk mencegah sentuhan langsung dengan bahan berjangkit. Penggunaan sarung tangan ini pula bersifat pakai buang. China pula adalah antara negara yang giat mengimport sarung tangan getah, terutamanya dalam keadaan wabak yang menular ketika ini. Maka ia menjadi sebuah bekalan penting untuk masa panjang.\n\n\nSaham yang terlibat dengan barangan sarung tangan getah:\n\n\n\n\nTOPGLOV\n\n\nHARTA\n\n\nKOSSAN\n\n\nCAREPLS\n\n\nCOMFORT\n\n\nHLT\n\n\nRUBEREX\n\n\nSUPERMX\n\n\n\n\n3. Bekalan Rawatan Kesihatan\n\n\nBekalan rawatan kesihatan terus menjadi bekalan yang penting untuk pelbagai kegunaan rawatan di institusi kesihatan. Barangan ini termasuklah picagari, pembalut luka, gogal (goggle) dan sebagainya. Tambahan pula, kita didengarkan dengan berita pembinaan hospital baru di China untuk menampung pesakit yang berkemungkinan akan meningkat.\n\n\nSaham yang terlibat dengan barangan bekalan rawatan kesihatan:\n\n\n\n\nMTAG (produk 3M untuk rawatan kesihatan)\n\n\nADVENTA\n\n\n\n\n4. Peralatan Rawatan Kesihatan\n\n\n\n\nPeralatan untuk rawatan kesihatan juga terkena sedikit tempias, di mana hospital di China tadi mungkin memerlukan katil-katil rawatan untuk hospital mereka.\n\n\nSaham yang terlibat dengan barangan peralatan rawatan kesihatan:\n\n\n\n\nLKL (katil hospital)\n\n\nUWC (katil hospital)\n\n\nADVENTA (peralatan klinik dan hospital)\n\n\n\n\n5. Farmaseutikal\n\n\nSehingga hari ini, masih belum ada penawar untuk coronavirus. Namun, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga supaya tak terkena penyakit dan mula mengambil ubat-ubatan yang boleh meningkatkan imuniti badan.\n\n\nAntara saham-saham dalam sektor pharmaceutical yang boleh diperhatikan:\n\n\n\n\nPHARMA\n\n\nYSPSAH\n\n\nKOTRA\n\n\nAHEALTH\n\n\nDPHARMA\n\n\nCARING\n\n\nCCM\n\n\n\n\n6. Perkhidmatan rawatan kesihatan\n\n\nPerkhidmatan untuk rawatan kesihatan mungkin bukan suatu perkara yang akan mendapat kesan langsung dari penularan wabak ini. Malah, kedudukan mereka tidak jauh beza dengan masyarakat awam yang memerlukan bekalan kepada kelengkapan pencegahan wabak coronavirus ini. Namun, mungkin ramai juga yang akan mendapatkan khidmat rawatan sebagai langkah berjaga-jaga.\n\n\nAntara saham-saham yang menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan yang boleh diperhatikan:\n\n\n\n\nKPJ\n\n\nADVENTA\n\n\nEDGENTA (pengurusan hospital)\n\n\n\n\n*Kemas kini pada 12 Mei 2020\n\n\n7. Perubahan aktiviti syarikat\n\n\nDalam pertarungan menentang wabak ini, ada syarikat yang menyertai aktiviti berkaitan Covid-19. Antaranya berkaitan dengan nyahinfeksi, peralatan hospital dan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE).\n\n\n\n\nNOTION\n - PPE\n\n\nMTOUCHE\n - Kit ujian\n\n\nK1\n - alat bantuan pernafasan\n\n\nSCGM\n - pelindung muka\n\n\nM3TECH\n - ruang nyahinfeksi\n\n\nAT\n - ruang nyahinfeksi\n\n\nCAELY\n - pelitup muka\n\n\nLYC\n - aplikasi jejak kontak\n\n\nKGROUP\n - AI penjejakan kontak\n\n\n\n\n8. Pembersih tangan\n\n\nSelagi vaksin belum ditemui, selagi itu ruang pergerakan awam akan dilengkapi dengan pembersih tangan (hand sanitizer). Malah, ada juga orang awam yang akan membeli pembersih tangan ini untuk kegunaan sendiri. Syarikat yang menghasilkan pembersih tangan ini ada yang merupakan pengeluar bahan kimia berasaskan alkohol. Ada juga yang jual pembersih tangan itu sendiri sebagai produk jualan.\n\n\n\n\nNOVA\n\n\nANCOM\n\n\nHEXTAR\n\n\nNOVA\n\n\nAWC\n (pembersihan kawasan bangunan)\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/the-sunk-cost-fallacy", "title": "The Sunk Cost Fallacy", "body": "Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang menonton wayang, tetapi filem tersebut sangat membosankan, tetapi anda tetap memilih untuk meneruskan tontonan kerana anda telah membayar tiket wayang?\n\n\nAtau pernahkah anda memaksa diri menghabiskan makanan kerana tidak mahu membazir walaupun anda telah kenyang?\n\n\nJuga pernahkah anda meneruskan hubungan yang toksik bersama pasangan anda hanya kerana anda telah bersama dengannya selama lima tahun?\n\n\nSituasi\u2013situasi yang dinyatakan di atas adalah dikenali sebagai \nSunk Cost Fallacy\n. Bagi mengatasi perkara sebegini berlaku, kita haruslah memahami dengan lebih mendalam apakah itu \nSunk Cost Fallacy\n dan cara menghindarinya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaksud \nsunk cost\n\n\nSunk cost\n ialah kos yang telah dibelanjakan dan tidak boleh diperolehi semula. Kos yang dimaksudkan di sini bukan sahaja dari segi wang ringgit, tetapi apa\u2013apa sahaja pelaburan yang telah dibuat mahupun dari segi masa dan juga tenaga.\n\n\nSunk cost fallacy\n pula ialah suatu kepercayaan dimana pelaburan tambahan perlu dilakukan demi untuk menyelamatkan kos yang telah dilaburkan, walhal ianya boleh menghasilkan kerugian yang lebih tinggi.\n\n\nApakah perkara yang membuat seseorang terperangkap di dalam \nsunk cost fallacy\n?\n\n\nKebiasaannya, \nsunk cost\n ini dipengaruhi oleh:\n\n\n\n\nTidak mahu menanggung kerugian\n. Perkara ini terjadi apabila seseorang itu tidak mahu mensia\u2013siakan pelaburan yang telah dibuat, justeru membuat keputusan secara tidak rasional.\n\n\nTidak mahu mengaku kesilapan yang telah dilakukan\n. Oleh disebabkan ini, seseorang itu akan terus hidup dengan penafian dan akan sentiasa mencuba untuk memberi justifikasi terhadap pelaburan tidak baik yang telah dilakukan itu.\n\n\n\n\nSunk cost fallacy\n dalam pelaburan saham\n\n\nSunk cost fallacy\n adalah tidak asing di dalam dunia pelaburan saham. Ramai pelabur yang jatuh ke dalam perangkap \nsunk cost\n dengan tidak mahu mengakui kesilapan mereka apabila mereka telah melakukan suatu pelaburan yang buruk (\nbad trade\n). Oleh kerana itu, ramai pelabur yang memegang kepada pelaburan buruk yang mereka lakukan dan ada juga yang menambah kepada pelaburan buruk tersebut demi mempertahankan kos\u2013kos yang telah dikeluarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, Jenny telah membeli saham syarikat Cocomelon Berhad sebanyak RM 1000 pada harga RM 1.00. Tidak lama kemudian, saham syarikat Cocomelon Berhad telah jatuh menjadi RM 0.60 kerana syarikat tersebut didapati telah memalsukan laporan kewangan mereka. Oleh kerana tidak mahu menerima hakikat, Jenny tetap memegang saham Cocomelon Berhad yang akhirnya dinyahsenaraikan dari pasaran saham.\n\n\nCara menghindari \nsunk cost fallacy\n di dalam pelaburan saham\n\n\nPelabur yang bijak ialah mereka yang mempunyai pelan sebelum memulakan dagangan. Adalah amat penting bagi pelabur untuk tahu bilakah masa yang sesuai untuk membeli, menjual, meminimakan kerugian atau memegang saham dalam tempoh yang lama. Mempunyai jurnal dagangan juga adalah penting di dalam perjalanan pelabur yang berjaya.\n\n\nNamun, perkara yang paling utama untuk mengelakkan \nsunk cost\n ialah dengan mengakui kesilapan dan bersedia untuk menampung kerugian. Jika sesuatu saham itu nampak seperti tiada harapan, adalah lebih baik jika kita memotong kerugian (\ncut loss\n) dan mencari saham lain yang lebih berpotensi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSunk Cost\n ialah kos yang telah dilaburkan dan tidak dapat diperolehi kembali. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa sedar apabila kita telah melakukan kesilapan dan terus maju ke hadapan. Berpegang kepada pelaburan yang salah hanyalah akan membawa kepada kerugian yang lebih besar.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nCorporate Finance Institution\n\n\nIvey Business Journal\n\n\nInvestopedia\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/tiga-perspektif-untuk-pelabur-oleh-howard-marks-yang-boleh-dipelajari", "title": "Tiga Perspektif untuk Pelabur oleh Howard Marks", "body": "\n\nDi dalam perkongsian ini, kami akan memberi ringkasan dan sedikit komentar tentang buku yang bertajuk \nThe Most Important Thing: Uncommon Sense for Thoughful Investor\n karangan Howard Marks.\n\n\nBuku ini merupakan koleksi memo kepada klien firma pelaburan beliau yang dikumpulkan menjadi sebuah buku. Buku ini banyak menceritakan tentang psikologi di dalam pasaran saham, pengurusan risiko, kitaran ekonomi serta cara menjadi pelabur yang berjaya. Buku ini mengunakan laras bahasa yang ringkas dan sesuai untuk sesiapa yang baru dalam pelaburan saham.\n\n\nSiapakah Howard Marks?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Forbes\n\n\n\n\n\n\n\n\nHoward Marks merupakan pengasas Oaktree Capital Management, sebuah firma pelaburan yang berpusat di Los Angelas. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan iaitu memiliki ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kewangan dan MBA dalam perakaunan dan pemasaran. Beliau merupakan \nseorang pelabur, penulis dan jutawaan\n yang terkemuka.\n\n\nHoward Marks memang terkenal dengan tulisan \nmemo\n beliau. \nWarren Buffet\n sendiri menyatakan bahawa:\n\n\n\u201cWhen I see memos from Howard Marks in my mail, they\u2019re the first thing I open and read\n.\n\u201d\n\n\nDi dalam perkongsian ini, kami akan memberi ringkasan untuk 3 topik di dalam buku ini. Menurut Howard, perkara penting untuk seorang pelabur adalah:\n\n\n1.\n Pemikiran aras tinggi \n\n\nHoward menerangkan pentingnya mempunyai \nsecond-level thinking\n atau kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjadi pelabur yang berjaya.\n\n\nApakah itu pemikiran aras tinggi?\n\n\nPemikir aras tinggi berfikir dengan cermat dan membuat analisa. Pemikir aras pertama pula berfikiran \nsimplistic\n, mencari formula mudah dan kebanyakan orang boleh bertindak sebegitu.\n\n\nPemikiran aras pertama menyatakan \"Ini syarikat yang baik, mari kita beli saham syarikat ini!\". Pemikiran aras tinggi pula menyatakan \"Ini syarikat yang baik, tetapi ramai menganggap ia adalah syarikat yang hebat tetapi sebenarnya bukan. Harga saham ini terlalu tinggi, mari kita jual.\"\n\n\nKenapa perlu berfikir aras tinggi?\n\n\nMelabur bagi penulis adalah lebih kepada seni berbanding sains. Seni yang dimaksudkan di sini adalah sifatnya yang sedikit rumit.\n\n\nPelabur yang berjaya bagi penulis ini adalah seorang yang adaptif dan mempunyai pulangan yang lebih baik dari market (index fund) dan dari kebanyakan pelabur lain. Justeru, untuk ke tahap tersebut pelabur perlulah mempunyai pemikiran aras tinggi.\n\n\nAntara petikan dalam topik ini adalah:\n\n\n\"\nTidak ada teknik yang sentiasa berjaya.\n \nPersekitaran adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal.\n \nPsikologi memainkan peranan utama dalam pasaran. Oleh kerana ia sering berubah-ubah, hubungan sebab dan akibat tidak boleh dipercayai. \"\n \n\n\n2. Memahami market efficiency\n\n\nManusia merupakan makhluk yang mempunyai emosi. Manusia mempunyai sifat tamak, takut dan panik serta emosi-emosi lain yang melahirkan kepada persepsi yang berbeza-beza dan tidak lari dari kesilapan. Antara salah satu faktor perubahan harga dalam pasaran adalah faktor emosi manusia.\n\n\nApakah maksud market efficiency?\n\n\nHipotesis \nmarket efficiency\n bermaksud kenaikan dan penurunan harga aset atau saham menggambarkan semua maklumat yang telah ada.\u00a0\n\n\nHoward setuju bahawa harga saham akan segera dicerminkan oleh tindakan majoriti (kata sepakat) berdasarkan maklumat yang diterima. Tetapi beliau percaya tidak semua pendapat majoriti itu sentiasa betul.\n\n\nContohnya, pada Januari 2000 saham Yahoo berharga $237 dan pada April 2001 harga saham Yahoo adalah $11. Pada ketika itu, syarikat yang berkaitan dengan internet seperti Yahoo, berpotensi untuk berkembang mengikut pendapat majoriti pelabur. Namun, sebaliknya terjadi. Krisis gelembung dotcom telah mengubah persepsi majoriti pelabur.\n\n\nBagaimana ingin menjana keuntungan di dalam pasaran saham?\n\n\nHarga pasaran tidak sentiasa tepat. Ia boleh berada dalam harga yang terlalu mahal atau terlalu murah berbanding nilai sebenar (intrinsic value). Ini semua terdorong dari emosi manusia sama ada tamak atau terlalu panik.\n\n\nUntuk memperoleh pulangan yang lebih dari biasa, pelabur mesti mengambil peluang ketika pasaran tidak efektif.\n\n\nAntara petikan penting dalam topik ini adalah:\n\n\n\"Pasaran yang tidak cekap tidak semestinya memberikan pulangan yang lumayan kepada peserta mereka. Sebaliknya, menurut saya mereka menyediakan satu kajian (contohnya misvalue)- yang boleh membolehkan beberapa orang menang dan yang lain kalah berdasarkan kemahiran berbeza.\"\n\n\n3. Memahami nilai sesuatu saham\n\n\nHoward percaya kepada pelaburan yang berdasarkan fundamental sesebuah syarikat. Terdapat dua cara pelaburan bagi Howard:\n\n\n\n\nValue investing: Mencari nilai semasa yang sebenar (intrinsic value) sesebuah syarikat. Beli ketika harga rendah dari nilai tersebut.\n\n\nGrowth investing: Mencari saham syarikat yang akan meningkat pada masa akan datang.\n\n\n\n\nKaedah pelaburan bagaimanakah yang terbaik?\n\n\nHoward memilih \nvalue investing \nkerana ia lebih konsisten. Kita hanya membayar kurang sedikit dari nilai sebenar saham tersebut dan ianya kurang berisiko. \nGrowth investing \npula berisiko kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan.\n\n\nPelaburan terbaik adalah apabila ia dapat mencantumkan kedua-dua kaedah tersebut, akan tetapi keadaaan seperti itu tidak selalu terjadi.\n\n\nAntara petikan dalam topik ini adalah:\n\n\n\"Ada dua cara untuk memperoleh keuntungan di dalam pasaran yang merosot; anda harus tahu nilai intrinsik sesuatu saham, dan anda harus memegang pandangan itu dengan kuat untuk bertahan dan membeli walaupun harga saham tersebut menurun.\n\u00a0Oh ya, ada yang ketiga: \nanda mesti betul.\n\"\n\n\nKesimpulan\n\n\nBoleh disimpulkan bahawa untuk menjadi pelabur yang berjaya, pelabur perlu mempunyai kebolehan menganalisa sesuatu saham dan syarikat dengan baik. Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan antara pelabur dan pedagang saham. Strategi pelaburan seorang pelabur kebiasaannya adalah dalam jangka masa yang lama. Oleh sebab itu, mereka mengambil masa untuk membuat apa-apa tindakan di dalam membeli dan menjual saham.\n\n\nHoward Marks cenderung kepada mencari saham-saham yang \nbargain\n dan \nundervalue\n di dalam pelaburan. Antara faktor naik turunnya sesuatu saham itu adalah dari emosi manusia. Oleh itu, untuk berjaya di dalam pasaran saham, pelabur hendaklah sentiasa rasional dalam setiap tindakan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/topline-dan-bottomline-sekilas-prestasi-kewangan", "title": "Topline dan Bottomline - Sekilas Prestasi Kewangan", "body": "Ada dua ukuran terbesar yang kita boleh lihat sebagai cara mudah menilai syarikat. Dua ukuran tersebut adalah topline dan bottomline sesebuah syarikat. Kedua-dua istilah ini boleh sahaja disebut sebagai pendapatan kasar dan bersih sesuatu syarikat. Namun istilah ini juga kerap disebut sebagai topline dan bottomline dalam perbincangan syarikat, contohnya dalam AGM.\n\n\nIstilah topline dan bottomline\n\n\nAsal usul istilah topline dan bottomline ini boleh difahami dari format penyata pendapatan syarikat. Penyata pendapatan (income statement) syarikat kebiasaanya akan menunjukkan penyata pendapatan dan perbelanjaan syarikat.\n\n\nDari penyata ini, barisan pertama akan menunjukkan pendapatan (revenue). Inilah yang dirujuk sebagai topline. Di baris terakhir pula, penyata untuk angka pendapatan bersih (net profit/loss) akan ditulis. Inilah yang dimaksudkan dengan istilah bottomline di sini. Dengan ini, anda boleh terus lihat pada barisan pertama dan barisan terakhir dalam penyata pendapatan syarikat.\n\n\n\n\nPertumbuhan topline\n\n\nSeperti yang dibincangkan tadi, topline merujuk kepada pendapatan kasar syarikat. Ada syarikat lebih menumpukan pertumbuhan topline. Dari segi aktiviti syarikat, pertumbuhan ini boleh diterjemah kepada projek, pengeluaran atau jualan yang lebih banyak. Sekiranya syarikat membuat jualan yang lebih banyak, bermakna capaian syarikat adalah lebih besar dan potensi jualan adalah lebih tinggi.\n\n\nPertumbuhan bottomline\n\n\nBottomline merujuk kepada pendapatan bersih syarikat setelah mengambil kira perbelanjaan syarikat yang termasuk kos operasi, faedah pinjaman, kadar cukai dan sebagainya. Peningkatan kepada topline boleh meningkatkan bottomline. Tapi untuk topline yang sama, syarikat yang mempunyai perbelanjaan yang lebih rendah akan mempunyai bottomline yang lebih tinggi.\n\n\nOleh itu, bottomline boleh menunjukkan kecekapan syarikat dalam menguruskan kewangan dan kos operasi. Dengan pertumbuhan bottomline, syarikat akan memegang simpanan tunai yang lebih banyak. Pegangan tunai ini boleh digunakan untuk pemberian dividen, pelaburan perniagaan, pembelian semula saham syarikat dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nCarta QR boleh didapati pada bahagian fundamental saham. Contoh: \nAXREIT\n\n\n\n\nSatu perkara yang perlu diperhatikan juga ialah penjualan aset akan termasuk dalam bottomline syarikat. Sesebuah syarikat boleh mencatatkan keuntungan yang lebih daripada pendapatan sekiranya jualan aset berlaku, terutamanya melibatkan aset yang besar. Penjualan aset seperti ini disebut sebagai one-off gain. Adakalanya, jualan aset seperti ini membuatkan pelabur terkeliru dengan prestasi sebenar syarikat. Maka, ia adalah sesuatu yang perlu diteliti dalam kajian.\n\n\nYang mana lebih penting\n\n\nKepentingan topline atau bottomline boleh jadi berbeza mengikut syarikat dan situasi yang dipersiapkan. Ada syarikat yang lebih mementingkan pertumbuhan topline daripada bottomline. Ini lebih biasa dijumpai pada syarikat yang baru dan ingin meluaskan capaian pelanggan.\n\n\n\n\nSyarikat yang mempunyai bottomline yang lebih tinggi akhirnya akan memegang tunai yang lebih banyak. Ini adalah penting terutamanya dalam menghadapi waktu yang mencabar. Namun, syarikat yang bagus sebenarnya akan mempunyai topline dan bottomline yang meningkat. Dan sebenarnya syarikat seperti ini memang banyak di Bursa. Sekiranya anda ingin melabur, modal anda lebih selamat untuk dilaburkan di dalam syarikat-syarikat seperti ini.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara ringkas, kita boleh melihat pada topline dan bottomline sesebuah syarikat untuk menilai sekilas prestasi jualan dan kewangan. Ia tidaklah memberikan gambaran keseluruhan syarikat yang dapat dinilai dari pelbagai kriteria fundamental yang lain. Namun, ia sudah memadai untuk kajian asas sesebuah syarikat di mana pertumbuhan dalam kriteria ini menunjukkan syarikat ini sedang melakukan sesuatu untuk bertambah maju."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/tropicana-suntikan-aset-tanah-dan-penapakan-langkawi", "title": "Tropicana - Suntikan Aset Tanah dan Penapakan di Langkawi", "body": "Tropicana\n adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang menumpukan jualan hartanah pada golongan berpendapatan pertengahan dan ke atas. Syarikat ini telah pun bermula pada tahun 1979 dan merupakan antara pemaju yang berkembang pesat di Malaysia.\n\n\nAntara kawasan mercu yang dimajukan Tropicana ialah The Residences, Tropicana Aman dan Tropicana Metropark. Kebanyakan kawasan yang dibangunkan Tropicana berada di Lembah Klang di kawasan penduduk berpendapatan sederhana dan tinggi. Antaranya ialah di Subang Jaya, Petaling Jaya, Kajang dan juga Kuala Lumpur. Di Selatan, mereka membangunkan kawasan Johor Bahru dan di Utara, kawasan di Pulau Pinang.\n\n\n\n\nSelain jualan rumah, mereka juga menjana pendapatan dengan pelaburan hartanah. Antara hartanah ini adalah sekolah antarabangsa yang berprestij iaitu St. Joseph's Institution, GEMS dan Tenby International School. Selain itu, Tropicana Gardens Mall dijangka akan menjadi sebuah kawasan tumpuan di Kota Damansara bila ia dilancarkan nanti.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nKedudukan kewangan untuk Tropicana secara umumnya adalah kukuh. Syarikat mencatatkan pendapatan dan keuntungan yang sihat buat jangka masa lebih dari 5 tahun. Setakat laporan tahunan terkini 2018, pendapatan dicatatkan pada RM 1.64 bilion dengan keuntungan sebanyak RM 170.0 juta. Laporan 2019 yang belum diaudit pula menunjukkan keuntungan yang lebih tinggi iaitu RM 335.8 juta. Margin keuntungan pula dicatat sekitar 20 - 25% iaitu sebuah paras yang sihat.\n\n\n\n\nPelancaran terbaru Tropicana Gardens Mall\n\n\nTropicana Gardens Mall (TGM) merupakan antara tambahan terbaru dalam pelaburan hartanah bagi syarikat Tropicana. TGM ini merupakan sebuah kompleks bangunan yang meliputi serviced residence, pejabat, SOFO dan juga kompleks membeli belah. Ia juga dilengkapi dengan akses laluan kereta api MRT. Kedudukan TGM di Kota Damansara ini berpotensi menjadi tumpuan 'leisure', tempat makan dan gaya hidup penduduk di sekitar kawasan ini.\n\n\n\n\nPelaburan terbaru penambahan tanah\n\n\nPada suku keempat 2018, Tropicana telah mengambil alih majoriti syarikat kepunyaan Tan Sri Danny Tan yang juga memiliki sebahagian besar saham Tropicana. Pengambil alihan ini bernilai RM 1.94 bilion yang dibayar dalam bentuk pegangan saham, tunai dan hutang. Dengan pengambil alihan ini, Tropicana memegang hak pembinaan ke atas tanah-tanah milikan syarikat dan menambahkan Nilai Pembangunan Kasar atau Gross Development Value (GDV) sebanyak RM 20.5 bilion.\n\n\n\n\nSetakat 31 Disember 2019, potensi pembangunan Tropicana telah meningkat dengan simpanan tanah sebanyak 1792 ekar dan potensi GDV sebanyak RM 61.3 bilion.\n\n\nProjek usahasama Langkawi dan Pekan Nenas\n\n\nSelain itu, beberapa projek usahasama juga telah dirancang di Langkawi, Kedah dan Pekan Nenas, Johor. Tropicana belum pernah memasuki pasaran Langkawi, dan ini merupakan satu permulaan untuk menapak di sana. Pekan Nenas pula dilihat berpotensi untuk dijadikan pembinaan hub industri.\n\n\n\n\nTanah usahasama di Langkawi ini adalah tapak yang sesuai sebagai pusat peranginan. Namun, perancangan tanah sama ada untuk pembinaan hotel, villa, apartmen atau bangunan runcit belum diputuskan. Rancangan pembangunan tanah ini dijangka akan berjalan untuk jangka masa 15 tahun.\n\n\n\n\nKunci kepentingan Pekan Nenas ni dilihat dari kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sebagai pelabuhan penting laluan maritim antarabangsa. Pekan Nenas terletak berdekatan dengan PTP dan perancangan usahasama ini adalah untuk menjadikan tanah perusahaan ini sebagai hub industri dan logistik.\n\n\nSecara keseluruhannya, tanah untuk projek usahasama ini merangkumi 1235.9 ekar. Dua tanah usahasama di Langkawi berjumlah 47.1 ekar mempunyai anggaran GDV sebanyak RM 3.32 bilion manakala dua tanah di Pekan Nenas pula berjumlah 1188.8 ekar dengan anggaran GDV sebanyak RM 1.45 bilion. Ini menjadikan jumlah anggaran projek usahasama di dua kawasan ini bernilai sehingga RM 4.78 bilion.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara keseluruhannya, Tropicana telah membuat pelbagai tindakan yang memberikan mereka kelebihan di masa yang akan datang. Kita dapat lihat terutamanya dari segi pegangan tanah yang semakin banyak dan potensi pembangunan yang boleh dijalankan. Simpanan tanah sebanyak ini mampu memberi pulangan kepada syarikat untuk 10 hingga 15 tahun."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/tuju-setia-dana-ipo-untuk-pembelian-mesin-dan-peralatan", "title": "Tuju Setia - Dana IPO untuk Pembelian Mesin dan Peralatan", "body": "\n\nTuju Setia Berhad merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah kediaman dan bukan kediaman. Kebanyakan projek mereka bertempat di kawasan Lembah Klang. Butiran IPO Tuju Setia ini adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.70\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nMain Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 221.8 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n13.65 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n5 Mei 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n7 Mei 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n19 Mei 2021\n\n\n\n\nIni adalah IPO pertama yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia tahun ini.\n\n\nBisnes Tuju Setia\n\n\nTuju Setia menjalankan aktiviti pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman. Dari tahun 2017 hingga 2019, sebahagian besar pendapatan mereka datangnya dari pembinaan bukan kediaman. Dalam laporan terbaru pula, saiz segmen ini adalah sama dengan pembinaan kediaman, sekitar 40% daripada keseluruhan pendapatan. Baki 20% pula disumbangkan oleh kerja rekabentuk dan pembinaan hospital. Pasaran geografi utama mereka adalah di KL dan Selangor.\n\n\nSebahagian besar kerja yang mereka jalankan adalah pembinaan bangunan binaan tinggi dengan sumbangan melebihi 80% daripada jumlah pendapatan 2017 hingga 2020. Mereka mereka merupakan kontraktor gred G7 yang berdaftar dengan CIDB, dan B29 untuk kerja pembinaan hospital.\n\n\nUntuk memahami gred CIDB ini, gred G7 adalah gred teratas yang membolehkan kontraktor membida tender tanpa had nilai projek. B29 adalah pengkhususan kerja untuk pembinaan kerja bangunan kesihatan. Dengan komitmen pendaftaran B29 ini, mungkin kita boleh lihat pelbagai lagi kerja pembinaan hospital dalam masa akan datang untuk Tuju Setia.\n\n\n\n\n\n\nHospital Kajang Kompleks Wanita dan Kanak-kanak. Gambar: \nTuju Setia\n\n\n\n\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nMenurut prospektus, Tuju Setia menyatakan tidak menerima impak dari Covid-19 terhadap perniagaan dan operasi mereka. Apa yang disebut dalam prospektus hanyalah kelewatan dibayar untuk kerja-kerja pembinaan yang berjalan akibat dari aktiviti yang perlahan di kala PKP dan PKPB.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nTuju Setia menunjukkan pendapatan dan keuntungan yang menaik sejak 2017 hingga 2019. Seperti yang kita tahu, 2020 adalah tahun pandemik, maka kita dapat lihat keputusan kewangan yang terjejas untuk tahun terbaru ini. Namun, tanpa melihat kesan pandemik pun kita dapat lihat margin keuntungan selepas cukai yang agak rendah, dari 2.5% hingga 6.36% pada paras tertinggi. Satu perkara yang bagus ialah margin ini meningkat setiap tahun.\n\n\n\n\nPendapatan syarikat pembinaan adalah bergantung kepada tahap penyempurnaan projek. Untuk Tuju Setia, lebih banyak kerja-kerja pembinaan yang telah disiapkan pada 2019 berbanding 2018. Pendapatan pada 2020 menurun kerana beberapa projek bukan kediaman telah disiapkan dan industri menghadapi kelembapan. 3 Projek kediaman telah disiapkan sejak September 2019 hingga Oktober 2020, maka pendapatan yang dicatatkan adalah untuk baki kerja yang disiapkan.\n\n\nBagi keseluruhan laporan kewangan, segmen bukan kediaman mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding segmen kediaman. Pada 2019, segmen bukan kediaman menyumbangkan 66.14% dari keseluruhan pendapatan dengan jumlah RM 278.86 juta berbanding RM 119.90 juta (28.44%) untuk kediaman. Untuk 2020 pula, segmen kediaman dan bukan kediaman mengecil ke pecahan yang hampir sama, sekitar RM 102 juta dan 103 juta. Pendapatan selebihnya disumbangkan oleh pembinaan hospital (20%) pada RM 49.90 juta yang juga mempunyai margin keuntungan yang lebih baik.\n\n\nUntuk margin keuntungan kasar, satu-satunya projek dalam segmen reka dan bina iaitu projek pembinaan hospital mencatatkan margin yang tertinggi iaitu 8 - 18%. Ia diikuti dengan segmen bukan kediaman sebanyak 6-9% dan kediaman dengan margin keuntungan 1-8%.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nMelalui IPO ini, Tuju Setia akan mengumpul dana sebanyak RM 56 juta. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan Modal\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n- Pembelian mesin, peralatan dan perisian BIM\n\n\n24.0\n\n\n42.86\n\n\n\n\n\n\n- Pembelian tanah dan pembinaan fasiliti stor\n\n\n8.0\n\n\n14.28\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n19.0\n\n\n33.93\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n5.0\n\n\n8.93\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n56.0\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah RM 56 juta dana IPO, RM 32 juta iaitu 57% akan digunakan untuk perbelanjaan modal yang terbahagi kepada pembelian kelengkapan perniagaan dan pembelian tanah.\n\n\nMenjangkakan syarikat semakin berkembang, Tuju Setia merancang untuk beli mesin pembinaan seperti sistem pembentukan aluminium, kren menara, scaffolding, self-climbing platform dan on-site concrete batching plant. Mereka juga merancang untuk beli perisian BIM system. Kesemua barangan ini akan diperuntukkan dana sebanyak RM 24 juta.\n\n\nRM 8 juta diperuntukkan untuk pembelian tanah untuk penyimpanan mesin pembinaan. RM 6 juta akan digunakan untuk pembelian tanah itu sendiri, manakala baki RM 2 juta adalah untuk kerja pembinaan. Untuk modal kerja, peruntukan yang berkaitan adalah untuk bayaran bahan binaan dan perkhidmatan subkontraktor yang merupakan kos terbesar untuk jualan (84-88% dari jualan).\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Tuju Setia\n\n\nUntuk memahami prospek untuk Tuju Setia, kita boleh lihat pada industri pembinaan dan hartanah. Memandangkan kebanyakan projek Tuju Setia bertumpukan pada kawasan KL dan Selangor, kita akan berikan lebih tumpuan terhadap geografi ini. Kita juga akan berikan lebih tumpuan terhadap pembinaan dalam kategori pembinaan bangunan, mengetepikan kategori lain seperti kejuruteraan awam dan pembinaan khas.\n\n\nPrestasi industri pembinaan\n\n\nGDP sebenar industri pembinaan untuk tahun 2020 telah mencatatkan penurunan sebanyak 19.4%. Pada Q2 2020 pula, kerja-kerja pembinaan bangunan bukan kediaman dan kediaman masing-masing telah menurun sebanyak 23.9% dan 22.9%. Namun, ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih dengan pertumbuhan GDP sebanyak 6.5% hingga 7.5% menjelang 2021. Industri pembinaan pula dijangka akan berkembang sebanyak 13.9% pada 2021.\n\n\nMalaysia secara keseluruhannya mencatatkan kenaikan nilai kerja pembinaan dari 2015 hingga 2019, dan mengalami kejatuhan pada 2020. Namun, ia masih menunjukkan perkembangan berbanding 2015. Trend yang sama dapat diperhatikan untuk geografi KL dan Selangor.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai kerja pembinaan\n\n\nCAGR (2016-2020)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia\n\n\n-1.8%\n\n\n\n\n\n\nWilayah Persekutuan\n\n\n2.9%\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\n2.9%\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuju Setia juga terlibat dalam pembinaan hospital kerajaan. Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM 366 juta untuk pembinaan hospital baru.\n\n\nPrestasi industri hartanah\n\n\nSecara umumnya, nilai dan jumlah transaksi berkurang dari tahun ke tahun bagi jenis hartanah kediaman dan komersial.\n\n\n\n\nTransaksi hartanah di KL dan Selangor\n\n\n\n\n\n\nKawasan\n\n\nJenis Hartanah\n\n\nCAGR (2016-2020)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nKediaman\n\n\n-2.6%\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nKomersial\n\n\n-3.9%\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur\n\n\nKediaman\n\n\n-1.5%\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur\n\n\nKomersial\n\n\n-0.9%\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekalan akan datang\n\n\nSecara ringkas, bekalan bangunan kediaman di Selangor sahaja yang mencatatkan penurunan dari tahun ke tahun. Untuk bangunan komersial pula, bekalan masih meningkat dari tahun ke tahun di Selangor. Di Kuala Lumpur pula, bekalan bangunan kediaman dan komersial meningkat dari tahun 2015 hingga 2020.\n\n\n\n\nBekalan bangunan masa hadapan\n\n\n\n\n\n\nKawasan\n\n\nJenis Hartanah\n\n\nCAGR (2016-2020)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nKediaman\n\n\n-2.3\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nKomersial\n\n\n6.8%\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur\n\n\nKediaman\n\n\n9.2%\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur\n\n\nKomersial\n\n\n10.4%\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nKontraktor Gred 7 merupakan satu gred tertinggi untuk kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Namun, bilangan syarikat berdaftar G7 ini bukanlah sedikit. Berdasarkan laporan Vital Factor, sebanyak 2446 dan 2311 syarikat G7 masing-masing yang berdaftar di Kuala Lumpur dan Selangor. Persaingan untuk kerja pembinaan hospital (B29) adalah lebih sedikit dengan jumlah 911 kontraktor, di mana 563 buah syarikat adalah Gred 7.\n\n\nDi bawah ini adalah syarikat yang tersenarai awam dalam industri yang sama dengan Tuju Setia.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\nGP Margin\n\n\nNisbah PE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKERJAYA\n\n\n1,662\n\n\n16.6\n\n\n18.3\n\n\n\n\n\n\nGDB\n\n\n546\n\n\n11.6\n\n\n21.3\n\n\n\n\n\n\nNADIBHD\n\n\n244\n\n\n7.8\n\n\n19.5\n\n\n\n\n\n\nTuju Setia\n\n\n222\n\n\n9.1\n\n\n13.7\n\n\n\n\n\n\nTCS\n\n\n185\n\n\n17.2\n\n\n11.4\n\n\n\n\n\n\nINTA\n\n\n165\n\n\n9.5\n\n\n20.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuju Setia adalah syarikat yang agak kecil dalam industri pembinaan dengan permodalan pasaran bersaiz RM 221.8 juta. Berdasarkan laporan kewangan 2020, syarikat dinilai pada nisbah PE 13.7, lebih rendah dari 21.5 untuk nisbah PE median \nsektor pembinaan\n. Secara teori, dana ini membolehkan ruang pertumbuhan yang lebih baik dalam masa akan datang, tertakluk kepada keberkesanan penggunaan dana dan pengurusan.\n\n\nPerbincangan\n\n\nSkor iSaham: 3/4\n\n\nTuju Setia menunjukkan prestasi kewangan yang baik sebelum dunia dilanda wabak Covid-19. Namun, syarikat menunjukkan margin keuntungan yang rendah. Kita dapat lihat syarikat cuba untuk meningkatkan margin ini dengan mempelbagaikan kerja dalam bidang reka dan bina hospital. Pun begitu, saiz pasaran untuk segmen ini adalah kecil terutamanya jika melihat penglibatan syarikat setakat ini dalam sektor awam.\n\n\nMelalui IPO ini, sebahagian dana akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan untuk kerja pembinaan. Pembelian ini dirancang untuk menampung perkembangan yang dijangka untuk masa hadapan, dan juga untuk mengurangkan kos buruh dan percepatkan kerja pembinaan. Aspek ini menunjukkan tanda yang positif. Pun begitu, syarikat perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila tersenarai nanti.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/ukuran-analisis-indikator-macd", "title": "Ukuran Analisis Indikator MACD", "body": "MACD\n merupakan singkatan kepada nama \nMoving Average Convergence Divergence\n. Ia digunakan untuk menentukan pergerakan serta momentum harga dan melalui \ntrend\n \nshort term\n. Indikator ini antara salah satu analisis teknikal cukup popular dalam dunia pelaburan. \nMACD\n banyak digunapakai oleh para pelabur di dunia sebagai penunjuk pergerakan sesuatu saham.\n\n\nPengasas Analisis MACD\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nSignalert\n\n\n\n\n\n\nIndikator MACD mula diperkenalkan oleh Gerald Appel pada tahun 1979. Tahun demi tahun indikator ini mula digunapakai secara meluas oleh para pelabur. Beliau juga menghasilkan 17 buku pelaburan, antaranya\n\"Investment Book of the Year\", \"Technical Analysis: Power Tools for Active Investor\n\" dan lain-lain. Sepanjang penglibatan dalam dunia pelaburan, beliau telah menubuhkan dan menguruskan wang pelanggan selama 35 tahun sebelum bersara pada tahun 2012. Beliau merupakan CEO kepada Appel Asset Management dan pemilik Signalert Asset Management.\n\n\nKaedah penggunaan MACD\n\n\nFormula\n\n\n\n\nIndikator MACD terhasil daripada perbezaan antara EMA iaitu \nExponential Moving Average\n 12 dan EMA 26 hari. EMA merupakan salah satu jenis indikator\u00a0\nmoving average\u00a0\nyang menggunakan paras harga terbaru bertujuan menghasilkan purata pergerakan harga.\n\n\nJika dilihat indikator MACD terhasil dengan melibatkan tiga faktor utama seperti:\n\n\n\n\nGarisan MACD - garisan berwarna biru perbezaan antara EMA 12 dan EMA 26\n\n\nGarisan Signal - garisan berwarna merah yang terhasil melalui EMA 9 hari garisan MACD.\n\n\nHistogram - ia menunjukkan perbezaan antara garisan MACD dan garisan Signal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenentuan Oscillator\n\n\nPenilaian oscillator merupakan kaedah analisis teknikal yang digunapakai untuk mengenalpasti saham yang overbought dan oversold. Overbought bermaksud situasi di mana sesebuah saham mengalami pembelian secara berterusan dalam jangka masa pendek pada harga saham melebihi nilai sebenar.\n\n\nOversold pula adalah penjualan sesebuah saham secara berterusan sehingga menyebabkan kejatuhan harga saham melebihi nilai sebenar. Apabila ia mengalaminya fasa pembetulan, saham ini dijangka akan kembali kepada nilai sebenar.\n\n\n\n\nGarisan MACD bersilang\n\n\nApabila garisan signal dan garisan MACD bersilang, ia memberi petunjuk kepada pelabur sama ada perlu menjual atau membeli saham tersebut. Berdasarkan gambar rajah di bawah, kita dapat melihat 2 simbol bulatan berwarna merah dan hitam.\n\n\nBulatan merah menunjukkan persilangan garisan MACD berwarna biru bersilang ke bawah dengan garisan signal. Persilangan ini menunjukkan momentum penjualan dan penurunan harga.\n\n\nSebaliknya apabila garisan MACD berlakunya pergerakan ke atas, ia menunjukkan isyarat terdapat momentum peningkatan dan pembelian saham sesebuah syarikat. Peningkatan ini dapat dilihat melalui bulatan hitam di gambar rajah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengenalpastian Trend\n\n\nMACD divergence merupakan satu kaedah yang berlaku apabila pergerakan tinggi dan rendah harga saham, tidak sama atau selari dengan tinggi dan rendah pergerakan garisan MACD. Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish dan bearish. Divergence ini juga digunakan untuk menentukan pergerakan saham sama ada \"\nup trend\"\n ataupun \"\ndown trend\n\".\n\n\nBullish Divergence\n\n\nBullish divergence merupakan satu situasi apabila harga saham sesebuah syarikat berada di \nlower low\n berbanding paras rendah sebelumnya. Apabila b\nullish\n dikesan, \nMACD\n pula menunjukkan oscillator berada di \nhigher low\u00a0\nberbanding paras terendah sebelumnya. \nHigher low \ndi garisan \nMACD \nmemberikan jangkaan bahawa akan berlakunya momentum pergerakan harga dan perubahan trend (uptrend).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nBearish Divergence\n\n\nBearish divergence pula merupakan satu situasi apabila harga saham berada di higher high berbanding paras tinggi sebelumnya. Apabila bearish dikesan, MACD pula menunjukkan oscillator berada di \nlower high\u00a0\nberbanding paras tertinggi sebelumnya. Paras terendah di garisan MACD memberikan jangkaan bahawa akan berlakunya pergerakan penurunan harga dan perubahan trend (down trend).\n\n\n\n\n\n\nGambar: Investopedia\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nKesimpulannya, dalam dunia pelaburan saham kita terdedah dengan pelbagai risiko. Walaupun teknik MACD banyak digunapakai oleh para pelabur disebabkan strategi untuk menganalisis pergerakan saham. Namun,sebagai seorang pelabur yang bijak perlulah mengambil langkah berjaga-jaga serta mempunyai pelan tindakan seperti cut loss dan lain-lain sekiranya teknik ni tidak menjadi. Setiap teknik dan analisis yang dijalankan hanyalah sebagai bantuan dan strategi sebelum memulakan sesuatu pelaburan.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nInvestopedia\n\n\nCFI\n\n\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/umedic-meningkatkan-kapasiti-pengeluaran-dengan-dana-ipo", "title": "UMediC - Meningkatkan Kapasiti Pengeluaran dengan Dana IPO", "body": "\n\nUMediC Group Berhad (UMC) adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pemasaran dan pengedaran pelbagai peranti perubatan berjenama dan bahan guna habis.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.32\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTidak dimaklumkan\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 119.651 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n23.53\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n13 Julai 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n18 Julai 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n26 Julai 2022\n\n\n\n\nBisnes UMC\n\n\nUMediC Group Berhad telah diperbadankan menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 7 Oktober 2021 bagi memudahkan penyenaraian saham syarikat di Pasaran ACE, Bursa Malaysia.\n\n\nUMC merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pemasaran dan pengedaran pelbagai alat perubatan berjenama dan bahan guna habis. Syarikat ini juga menawarkan khidmat selepas jualan untuk kesemua produk mereka. Selain itu, UMC juga terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan pemasaran bahan guna perubatan mereka.\n\n\nModel perniagaan syarikat UMC adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel perniagaan syarikat UMC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajoriti pendapatan syarikat diperoleh dari pemasaran dan pengedaran peralatan kesihatan dari pelbagai syarikat antarabangsa, antaranya ialah Phillips dan Mindray. Selain itu, UMC juga terlibat dalam pembuatan produk guna habis iaitu penapis pra-isi, Hydro-X.\n\n\nProduk syarikat ini dipasarkan kepada pusat kesihatan awam dan swasta, termasuk kepada perniagaan yang tidak berasaskan kesihatan. Pasaran domestik adalah pasaran utama bagi UMC, dengan sumbangan sebanyak 83.71% daripada keseluruhan pendapatan tahun kewangan 2021, dan 88.29% daripada keseluruhan pendapatan tahun kewangan 2022. Baki pendapatan syarikat pula diperoleh daripada pasaran global.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDisebabkan sifat perniagaan UMC yang berasaskan perkhidmatan kesihatan, ia dibenarkan untuk meneruskan operasi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas mendapat kelulusan daripada pihak MITI, tertakluk kepada prosedur operasi standard COVID-19 yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, dari segi operasi, tidak ada gangguan perniagaan telah berlaku sepanjang tempoh pandemik ini.\n\n\nNamun begitu, terdapat sedikit gangguan bekalan terhadap peralatan perubatan daripada pembekal pada pertengahan tahun 2020 akibat penutupan sempadan. Penyekatan sempadan ini telah mengakibatkan penangguhan penghantaran kepada pelanggan sehingga mencecah 2 minggu. Tambahan lagi, gangguan bekalan farmaseutikal, perubatan kritikal dan produk-produk berkaitan secara global juga turut menyumbang kepada kelewatan penghantaran peralatan kesihatan.\n\n\nDi bahagian pembuatan pula, operasi pembekal-pembekal syarikat turut digantung sewaktu fasa pertama PKP dan PKPP. Namun, tiada gangguan bahan mentah berlaku kerana UMC mempunyai inventori yang mencukupi bagi memenuhi permintaan.\n\n\nOleh kerana UMC merupakan sebuah syarikat yang berasaskan perubatan dan kesihatan, ia dianggap sebagai khidmat penting sewaktu pandemik COVID-19. Tambahan lagi, penjualan peralatan kesihatan UMC meningkat akibat permintaan yang tinggi.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nUMC menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 44% iaitu daripada RM 16.422 juta pada tahun 2019, menjadi RM 23.676 juta pada tahun 2020. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap peralatan kesihatan sejak bermulanya pandemik COVID-19.\n\n\nKenaikan pendapatan kemudian diteruskan lagi pada tahun kewangan 2020 sehingga ke tahun kewangan 2021 dengan peningkatan sebanyak RM 10.44 juta menjadi RM 34.116 juta.\n\n\n\n\nUMediC Group Berhad melalui anak-anak syarikatnya, terlibat di dalam pemasaran dan pengedaran peralatan perubatan pelbagai jenama, bekalan perubatan guna habis dan juga perkhidmatan selepas jualan bagi kesemua produknya.\n\n\nPendapatan syarikat UMC dibahagikan mengikut dua (2) segmen, iaitu:\n\n\n\n\nPemasaran dan pembekalan, termasuk khidmat selepas jualan\n\n\nMembina, membuat dan memasarkan peralatan perubatan\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen pemasaran dan pengedaran, manakala segmen pembuatan menyumbang hanya lebih kurang 11% ke 22% daripada hasil pendapatan syarikat.\n\n\nPendapatan bagi segmen pemasaran dan pengedaran mengalami peningkatan setiap tahun, termasuk untuk tempoh kewangan 2022 (sehingga 31 Januari 2022). Segmen pembuatan juga menunjukkan peningkatan yang positif, namun terdapat sedikit penurunan pada tempoh kewangan 2022.\n\n\nStrategi IPO pada masa depan\n\n\nDana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang dan menyediakan pejabat baru bagi tujuan pemasaran dan pengedaran\n\n\n10.3\n\n\n33.11\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n9\n\n\n28.93\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n8.63\n\n\n27.84\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.15\n\n\n10.12\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n31.112\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMajoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO akan digunakan untuk membina kilang dan juga pejabat pemasaran dan pengedaran baru. Kilang ini akan digunakan untuk membuat dan memasang produk-produk baru, dan pada masa yang sama akan digunakan sebagai pusat penyimpanan bagi produk yang bakal diedarkan, termasuk penyimpanan bahan mentah dan barang siap. Pejabat baru untuk pemasaran dan pengedaran yang akan bertempat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pula akan digunakan sebagai bilik pameran dan pusat khidmat pelanggan.\n\n\nSebanyak 28.93% dana IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank. Pembayaran balik ini dijangka akan dapat menjimatkan kos faedah sehingga RM 0.31 juta setahun.\n\n\nModal kerja syarikat dijangka akan meningkat sejajar dengan pengembangan perniagaan. Oleh itu, sebanyak RM 8.63 juta daripada dana akan digunakan untuk membiayai pembelian produk pengedaran tambahan. Baki dana sebanyak 10.12% pula akan digunakan untuk pembelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri UMC\n\n\nMenurut laporan Protege Associates, UMC terlibat dalam pemasaran dan pengedaran peralatan perubatan pelbagai jenama, bahan guna habis dan juga khidmat selepas jualan bagi kesemua produk mereka. Selain itu, UMC juga terlibat dalam pembinaan, pembuatan dan pemasaran produk perubatan guna habis.\n\n\nProduk syarikat ini kebanyakkan dijual kepada hospital swasta, kerajaan, pusat-pusat kesihatan yang lain, termasuk kepada perniagaan yang tidak berasaskan kesihatan.\n\n\nIndustri kesihatan\n\n\nIndustri kesihatan merangkumi bidang perundingan, diagnosis, rawatan dan perubatan bagi pelbagai penyakit. Khidmat ini diberikan oleh petugas-petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat. Sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dibahagikan kepada dua, iaitu awam dan swasta.\n\n\nJumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan semenjak dari tahun 2016 hingga 2020 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.7%. Selain itu, pembinaan hospital baru serta nisbah katil juga turut meningkat. Oleh itu, ia dapat memberi peluang untuk pembinaan berterusan bagi industri kesihatan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nJumlah pembelanjaan kesihatan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nIndustri peralatan perubatan\n\n\nPeralatan perubatan adalah sebarang peralatan seperti radas, mesin, dan perkakas yang dapat membantu prosedur perubatan seperti diagnosis, merawat, dan konsultasi.\n\n\nMalaysia merupakan hub pembuatan untuk peralatan perubatan, termasuk menjadi penempatan bagi syarikat luar seperti B. Braun dan Abbot Medical. Terdapat lima kategori peralatan perubatan di Malaysia, iaitu:\n\n\n\n\nProduk guna habis\n\n\nAlat pembedahan\n\n\nTerapeutik\n\n\nPeralatan diagnostik\n\n\nPeralatan lain seperti perabot hospital\n\n\n\n\nProduk yang diedarkan UMC tergolong di dalam peralatan diagnostik, seperti monitor dan mesin ultrasound. Manakala produk yang dibuat oleh UMC pula adalah seperti pelembap pra-isi dan nebulizer pra-isi.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nPandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi impak positif terhadap penumbuhan industri. Sebanyak RM 7.7 bilion pelaburan industri telah direkodkan bagi tahun 2021, iaitu kenaikan daripada RM 6.1 bilion pada tahun 2020 dan RM 4 bilion pada tahun 2019.\n\n\n\n\n\n\nNilai eksport peralatan kesihatan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nPeralatan kesihatan yang dibina di Malaysia memenuhi permintaan tempatan dan global. Hasil eksport peralatan kesihatan Malaysia meningkat sebanyak 25.5% daripada RM 23.9 bilion pada tahun 2019 kepada RM 30 bilion pada tahun 2020.\n\n\n\n\n\n\nSejarah dan ramalan pertumbuhan industri.\n\n\n\n\n\n\nMerujuk kepada rajah di atas, industri peralatan kesihatan mengalami kenaikan pada tahun 2019 dan 2020 oleh kerana permintaan yang tinggi sewaktu pandemik COVID-19 berlaku. Pandemik COVID-19 ini telah menunjukkan kepentingan mempunyai peralatan kesihatan yang dapat membantu dalam memudahkan rawatan atau pencegahan penyakit.\n\n\nDengan bantuan serta sokongan dari pihak kerajaan, industri kesihatan di Malaysia dijangka akan dapat mengekalkan pertumbuhan.\n\n\nPersaingan\n\n\nBagi tujuan pembandingan, Protege Associates telah memilih beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan UMC. Syarikat-syarikat ini haruslah menetapi kriteria seperti berikut:\n\n\n\n\nMelakukan aktiviti pemasaran, pengedaran dan pembuatan peralatan kesihatan\n\n\nPendapatan minima bernilai RM 15 juta sehingga RM 45 juta direkodkan dalam laporan kewangan terkini mereka\n\n\n\n\nAntara pesaing UMC yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPerbandingan di antara UMC dan pemain industri lain di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara keseluruhan, UMC menunjukkan penumbuhan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap peralatan kesihatan semenjak wabak COVID-19 melanda.\n\n\nMajoriti dana IPO akan digunakan untuk tujuan mengembangkan perniagaan. Langkah ini merupakan langkah yang positif bagi syarikat dalam meningkatkan pendapatan. Namun, syarikat berkemungkinan menghadapi risiko sekiranya permintaan berkurangan. Seandainya syarikat ini mampu menangkap penumbuhan industri dengan baik, ia berpotensi untuk melangkah lebih jauh. Oleh itu, UMC perlu membuktikan bahawa kemampuan mereka untuk berkembang apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia tak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/unitrade-meningkatkan-pengembangan-perniagaan-syarikat", "title": "Unitrade: Meningkatkan Pengembangan Perniagaan Syarikat", "body": "\n\nUnitrade Industries Berhad\n adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan perniagaan pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan. Butiran IPO adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.32\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai patuh syariah oleh \nElzar Shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 500 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n11.9\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n30 Mei 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n2 Jun 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n14 Jun 2022\n\n\n\n\nBisnes Unitrade Industries Berhad\n\n\nUnitrade Industries Berhad, melalui anak syarikatnya terlibat dalam pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan untuk kerja-kerja pembinaan seperti paip, injap, kelengkapan dan aksesori untuk kerja-kerja \nMechanical & Electrical\n (M&E). Selain itu, Unitrade juga terlibat dengan pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.\n\n\nBerikut adalah sebahagian barangan dan bahan binaan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut:\n\n\n\n\n\n\nRajah di bawah merupakan model perniagaan Unitrade Industries Berhad:\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, perniagaan mereka terutamanya adalah \nwholesale dan distribution\n pelbagai bahan binaan, bermaksud syarikat ini tidak membuat barang-barang tersebut tetapi membeli secara borong dan \nsupply\n kepada pelanggannya. Pelanggan mereka pula datang daripada pelbagai industri iaitu kontraktor bangunan, kontraktor M&E, pengeluar produk keluli hiliran, peruncit perkakas dan sebagainya.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nPerniagaan dan operasi syarikat Unitrade Industries Berhad menghadapi gangguan sementara disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda dan pelaksanaan fasa PKP sejak 18 Mac 2020 lalu. Tempoh penutupan memberikan kesan kepada operasi syarikat dan anak syarikatnya.\n\n\nJusteru, syarikat Unitrade merekodkan pendapatan yang lebih rendah pada FYE 2021 disebabkan oleh tempoh penutupan tersebut, di mana prestasi jualan mereka lebih rendah direkodkan semasa PKP pertama. Keuntungan juga berkurang dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, prestasi kewangan syarikat untuk FYE 2021 dan FPE 2022 tidak terjejas secara ketara yang disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran produk syarikat kepada pelanggan mereka, kerana pesanan yang tertangguh akhirnya dipenuhi.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat Unitrade Industries Berhad diperolehi daripada pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaaan, pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.\n\n\nUnitrade mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE2019, iaitu dari RM 1.05 bilion menjadi RM 1.08 bilion pada FYE 2020. Kenaikan ini didorong oleh segmen pemborongan dan pengedaran bahan binaan untuk kerja-kerja binaan terutamanya dalam kegunaakn projek infrastruktur untuk Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang, Lebuhraya Damansara -Shah Alam dan Jambatan Sungai Pulai dan sebagainya. Kenaikan ini terbantut sedikit pada FYE 2021, dimana syarikat mengalami penurunan dalam pendapatan sebanyak RM 52.59 juta bersamaan 4.88%, menjadikan jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 1.03 bilion.\n\n\nNamun, terdapat kenaikan pendapatan sebanyak 33.22% bagi FPE 2022 (RM 756.38 juta) berbanding FPE 2020 (RM 567.77 juta). Kenaikan ini terutamanya disumbangkan oleh peningkatan dalam harga besi yang mempengaruhi peningkatan harga jualan barangan syarikat.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan syarikat\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Unitrade dibahagikan melalui 3 segmen, iaitu pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaaan, pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.\n\n\nPada FYE 2020, pendapatan syarikat untuk ketiga-tiga segmen ini meningkat berbanding FYE 2019. Manakala, untuk FYE 2021, pendapatan untuk semua segmen perniagaan Unitrade Industries Berhad mengalami sedikit penurunan.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nNamun, secara keseluruhannya, segmen pemborongan dan pengedaran bahan binaan adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat Unitrade Industries Berhad iaitu sebanyak 96% disumbangkan kepada pendapatan syarikat itu.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 100 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n50.5\n\n\n50.5\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n39.8\n\n\n39.8\n\n\n\n\n\n\nModal untuk pusat fabrikasi paip\n\n\n5.0\n\n\n5.0\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n4.7\n\n\n4.7\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n100.0\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan syarikat. Majoriti dana sebanyak RM 50.5 juta akan diperuntukkan untuk mebiayai modal kerja syarikat. Selain itu, 39.8% daripada dana tersebut akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank. Manakala 5% daripada dana IPO itu akan digunakan sebagai modal untuk pusat fabrikasi paip. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Unitrade\n\n\nMengikut laporan IMR, Unitrade terlibat terutamanya dalam industri bahan binaan iaitu khususnya pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan untuk kerja-kerja pembinaan.\n\n\nIndustri bahan binaan\n\n\nBahan binaan merujuk kepada bahan yang digunakan dalam aktiviti pembinaan yang merangkumi pembinaan, pemasangan, pembaharuan, \nrenovation\n dan sebagainya. Bahan binaan ini termasuk bahan binaan perkilangan yang diperbuat daripada logam, kayu, simen/konkrit, plastik, sintetik dan lain-lain.\n\n\nIndustri bahan binaan boleh dibahagikan dengan pelbagai bentuk, salah satunya dalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat, bahan binaan ini boleh dibahagikan kepada dua kerja iaitu kerja M&E dan kerja sivil (\ncivil works\n). Syarikat Unitrade Industries Berhad terlibat dengan kedua-dua kerja ini iaitu dengan menjual bahan binaan seperti \npipes\n, \nvalves\n, \nfittings\n, \nsanitary wares\n, \ncement\n, \ndoor and windows\n dan sebagainya.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nSaiz industri bahan binaan di Malaysia diwakili dengan \napparent consumption\n bahan binaan di Malaysia. \nApparent consumption\n bahan binaan di Malaysia meningkat daripada RM 97.76 bilion pada 2018 kepada RM 102.68 bilion pada 2019 tetapi menurun pada tahun 2020 dan 2021. Penurunan ini akibat \nslowdown\n aktiviti pembinaan yang disebabkan oleh COVID-19 yang menyebabkan penutupan sementara aktiviti ekonomi.\n\n\n\n\n\n\nApparent consumption\n bahan binaan di Malaysia. Sumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nNilai jualan pembuatan untuk bahan binaan telah meningkat pada 2019 hingga 2021 daripada RM 82.19 bilion pada CAGR sebanyak 2.14%. Selanjutnya, nilai import bahan binaan juga meningkat daripada RM 80.88 bilion pada 2018 kepada RM 91.03 bilion pada 2021 dengan CAGR 4.02%. Dalam tempoh yang sama, nilai eksport bahan binaan telah meningkat daripada RM 65.31 bilion kepada RM93.20 bilion pada CAGR 12.58%\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nBerdasarkan prospektus, persaingan Unitrade di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti dibawah:\n\n\n\n\nSyarikat yang terdiri daripada pemborong, peniaga, pengimport yang membawa dan memasarkan pelbagai jenis bahan binaan daripada jenama dan bahan yang berbeza (contohnya, keluli, konkrit, kayu, seramik dan plastik).\n\n\nSyarikat-syarikat yang terlibat dalam pembuatan bahan binaan dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.\n\n\nSyarikat yang mencatatkan pendapatan lebih RM300 juta berdasarkan tahun kewangan terkini.\n\n\n\n\nAntara pesaing Unitrade yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Unitrade\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Unitrade\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nKesimpulannya, bahan binaan digunakan sepanjang kitaran hayat mana-mana struktur seperti bangunan dan infrastruktur. Pada 2021, saiz industri bahan binaan di Malaysia direkodkan pada RM 85.41 bilion. Pendapatan syarikat bagi tahun berakhir 31 Mac 2021, telah direkodkan pada RM 1.03 bilion bersamaan \nmarket share\n sebanyak 1.21% di Malaysia.\n\n\nJika diperhatikan, walaupun syarikat ini hanya terlibat dengan pemborongan dan pengedaran bahan binaan, mereka menunjukkan pendapatan yang agak memberangsangkan. Pendapatan syarikat meningkat dari 2019 hingga 2020.\n\n\nMelalui penyenaraian IPO ini, Unitrade menunjukkan jumlah besar dana akan dimanfaatkan sebagai modal kerja dimana untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat. Perancangan syarikat ini adalah satu langkah yang positif dalam usaha meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat. Walaubagaimanapun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia bulan hadapan.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/upstream-midstream-downstream-minyak-dan-gas", "title": "Upstream, Midstream dan Downstream Dalam Bidang Minyak dan Gas", "body": "Istilah upstream, midstream dan downstream kebiasaannya didengari ketika kita berbicara tentang industri minyak dan gas (oil & gas). Istilah ini sebenarnya bukanlah eksklusif kepada bidang ini sahaja. Ia juga disebut dalam bidang penanaman terutamanya minyak sawit dan getah, dan juga bidang industri kimia. Ia adalah suatu istilah umum yang digunakan untuk menerangkan aktiviti yang terlibat dalam pemprosesan sesuatu bahan mentah.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Zukiman Mohamad\n\n\n\n\nUpstream\n\n\nProses upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang oil & gas, kita boleh lihat pada aktiviti penerokaan bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ia diikuti dengan drilling, dan seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih.\n\n\nSelain proses yang disebut di atas, terdapat juga aktiviti yang tak langsung dengan bahan mentah. Antara contoh aktiviti ini adalah pembinaan pelantar minyak, bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan, dan juga fabrikasi untuk peralatan.\n\n\nDi Malaysia, kebanyakan projek yang berkaitan dengan upstream akan dijalankan dengan Petronas yang dimiliki oleh kerajaan. Sumber minyak di Malaysia adalah milik negara, dan syarikat yang ingin memperoleh sumber ini hanya berbuat demikian selepas menandatangani kontrak dengan Petronas. Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) atau kontrak perkongsian risiko (RSC) ini dapat melindungi sumber minyak sebagai milik negara, dan juga menggalakkan syarikat untuk mengusahakan pengeluaran minyak mentah di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Petronas\n\n\n\n\nSelepas syarikat pengeluar menandatangani kontrak ini, barulah mereka boleh memperoleh sumber minyak di Malaysia. Mereka juga boleh melantik pihak ketiga sebagai kontraktor untuk aktiviti-aktiviti upstream yang disebut tadi.\n\n\nAntara pemain-pemain upstream di Malaysia adalah:\n\n\n\n\nSapura Energy Berhad\n\n\nVeleso Energy Berhad\n\n\nDayang Enterprise Holdings Berhad\n\n\n\n\nDownstream\n\n\nAktiviti utama downstream dalam bidang minyak dan gas adalah proses penapisan sumber ini kepada barangan siap. Peringkat downstream adalah yang terdekat dengan pengguna barangan ini. Selain penapisan minyak, aktiviti jualan dan pengedaran juga termasuk dalam peringkat downstream ini.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Petronas\n\n\n\n\nSyarikat yang terlibat dalam proses penapisan dah tentu memerlukan sebuah loji penapisan, namun tak semestinya mempunyai stesen minyak mereka sendiri. Aktiviti penapisan ini memerlukan fasiliti yang sangat rumit dan memerlukan tahap keselamatan yang sangat tinggi.\n\n\nAntara pemain downstream di Malaysia adalah\n\n\n\n\nPetronas Dagangan Berhad\n\n\nPetron Malaysia Refining & Marketing Berhad\n\n\nHengyuan Refining Company Berhad\n\n\n\n\nMidstream\n\n\nAktiviti midstream adalah proses yang berada di antara upstream dan downstream. Kebiasaannya dikaitkan dengan logistik yang diperlukan selepas habis proses upstream untuk ke downstream yang termasuk simpanan, pengangkutan dan pengedaran melalui laluan paip.\n\n\nAntara pemain midstream di Malaysia adalah:\n\n\n\n\nPetronas Gas Berhad\n\n\nGas Malaysia Berhad\n\n\nMISC Berhad\n\n\n\n\nProses Bersepadu\n\n\nKebanyakan syarikat mampu menjadikan aktiviti mereka bersepadu dan boleh menjalankan aktiviti upstream ke midstream, midstream ke downstream atau upstream ke downstream.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Dialog\n\n\n\n\nAntara syarikat yang menjalankan proses yang bersepadu adalah:\n\n\n\n\nDialog Group Berhad\n\n\nSerba Dinamik Holdings Berhad\n\n\nYinson Holdings Berhad\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/widad-group-penjaga-istana-negara", "title": "Widad Group - Penjaga Istana Negara", "body": "Beberapa bulan yang lalu, kerajaan ada menyatakan hasrat mereka untuk menjual lebuh raya paling utama di Malaysia iaitu PLUS. Hasrat ini disambut oleh pelbagai syarikat yang antaranya adalah Widad Business Group (WBG) dengan bidaan tertinggi.\n\n\n\n\n\n\nGambar: UEM\n\n\n\n\nSebenarnya anggapan bahawa Widad Group merupakan pembina lebuh raya PLUS adalah kurang tepat. Widad Business Group yang membida lebuh raya PLUS adalah kumpulan syarikat yang lebih besar dan beroperasi dalam pelbagai sektor dalam industri. Antara industri yang diceburi WBG adalah pembinaan, IFM dan \nrail\n melalui \nWidad Group Berhad\n, sektor teknologi dengan pegangan dalam \nDataprep\n, dan Wardah Group dalam bidang kesihatan dan rawatan.\n\n\nMaka pengumuman yang dibuat oleh WBG sedikit sebanyak memberikan spotlight kepada Widad Group. Syarikat ini sebenarnya mempunyai rekod yang baik dan juga boleh mendapat manfaat daripada pegangan PLUS oleh WBG sekiranya pengambil alihan tersebut menjadi kenyataan.\n\n\nSelepas sahaja dari pengumuman tersebut, kita dapat tengok saham syarikat Widad dengan entah dari mana datangnya, menjadi begitu hangat. Saham ini yang didagang dari 22 sen pada awal bulan September 2019 menunjukkan penerbangan sehingga 52 sen pada penghujung November. Ini bersamaan dengan 136% peningkatan harga saham dalam masa tiga bulan.\n\n\nPersoalannya sekarang, siapakan Widad Group ini? Bagaimana saham syarikat ini boleh naik dengan mendadak?\n\n\nWidad Group Berhad\n\n\nSyarikat Widad Group Berhad bermula dengan usaha Tan Sri Ikmal Opat Abdullah dalam bisnes pembinaan di Kedah. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001, dan bermula dengan pembinaan jalan, tangki air dan pembentungan. Portfolio yang bagus dan projek yang dijayakan membolehkan Widad mendapatkan lagi kontrak dari agensi kerajaan, antaranya pembinaan sekolah awam, jambatan dan kompleks UTC.\n\n\nPada tahun 2011, Widad mula pelbagaikan portfolio ke dalam sektor Integrated Facility Management (IFM) melalui kontrak dengan JKR untuk Istana Negara dan seterusnya, JB Sentral. Pada hari ini, aktiviti IFM menjadi kegiatan utama Widad Group. Perkhidmatan untuk Istana Negara dalam portfolio juga dapat meningkatkan kredibiliti mereka dalam sektor ini. Pengurusan fasiliti untuk Istana Negara ini juga dapat memberikan mereka nilai kontrak yang besar untuk jangka masa yang agak panjang.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Widad Group\n\n\n\n\nKejayaan Widad dalam aktiviti yang dijalankan menobatkan mereka sebagai 8 Kontraktor Terbaik Bumiputera dan 16 Kontraktor Terbaik di seluruh Malaysia. Mereka juga berjaya dianugerahi dengan penarafan \u201cKontraktor 5 Bintang\u201d oleh CIDB. Selain itu, terdapat banyak juga anugerah yang dimenangi yang \nboleh dilihat di sini\n.\n\n\nPengambil alihan Ideal Jacobs\n\n\nSebenarnya kehadiran Widad Group di dalam Bursa memang kurang dirasai. Ini adalah kerana Widad memasuki senarai Bursa dengan Reverse Take-Over (RTO) syarikat Ideal Jacobs. Proses ini berlaku pada tahun 2018 dengan perbelanjaan sebanyak RM 520 juta. Terdapat juga sumber berita yang menyatakan hasrat Widad Group untuk menaiktaraf penyenaraian mereka ke dalam pasaran utama Bursa Malaysia menjelang tahun 2020.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Widad Builders\n\n\n\n\nIntegrated Facility Management\n\n\nKebiasaan kontrak pengurusan hanya memerlukan perkhidmatan dalam suatu skop aktiviti yang khusus, contohnya penyelenggaraan, pembersihan, pengurusan dan sebagainya. Integrated Facility Management merupakan suatu pakej komprehensif yang meliputi pengurusan dalam semua skop pekerjaan untuk fasiliti yang menawarkan kontrak kerja. Sektor ini sangat niche dan tidak mempunyai ramai pemain.\n\n\nAntara syarikat yang menjadi pemain dalam sektor ini adalah \nUEM\n, Widad, \nAWC\n dan \nGFM Services\n. UEM adalah pemain terbesar dalam sektor ini, manakala Widad menyatakan bahawa mereka adalah pemain 'baru nak up' untuk IFM. Dan prestasi Widad dalam operasi mereka sememangnya sangat memberangsangkan, terutamanya dalam aspek nilai kontrak yang dianugerahkan dan juga margin keuntungan.\n\n\nPrestasi Kewangan Widad Group Berhad\n\n\nSetakat 30 Jun 2019, order book Widad Group bernilai sebanyak RM 920 juta. Nilai ini membolehkan syarikat ini bertahan sehingga tahun 2022. Pendapatan pada tahun 2018 dicatatkan pada RM 289 juta dengan keuntungan sebanyak RM 74.6 juta. Nilai ini adalah bersamaan dengan margin keuntungan sebanyak 25.8 peratus.\n\n\n\n\n\n\nGambar: Laporan AGM Widad\n\n\n\n\nMargin keuntungan Widad Group untuk segmen pembinaan dicatatkan pada 15.9%, manakala margin yang lebih tinggi dicatatkan untuk segmen IFM, iaitu sebanyak 44.9%. Widad Group sudah mempunyai beberapa perancangan untuk meluaskan lagi portfolio pembinaan dan IFM.\n\n\nPerancangan Ke Hadapan\n\n\nPLUS\n\n\nAntara perkara yang ditunggu-tunggu ramai dalam masa terdekat adalah berita pengambil alihan lebuh raya PLUS dari Khazanah. Seperti yang dikatakan tadi, pengambil alihan ini ditawarkan oleh ibu syarikat kepada Widad Group. Setakat 31 Oktober 2019, mereka menawarkan RM 5.3 bilion untuk mengambil alih lebuh raya tersebut dengan 100% pegangan. Mereka juga menyatakan komitmen untuk mengurangkan bebanan masyarakat umum, antaranya dengan 18% pengurangan bayaran tol. Namun, belum ada kata putus mengenai keputusan ini.\n\n\nPembinaan\n\n\nSelain berita yang melibatkan PLUS, peberapa projek pembinaan telah pun berada dalam perancangan untuk Widad Group. Pertamanya adalah projek dari syarikat seinduk (sister company) untuk reka, bina dan memajukan hospital swasta dengan nilai projek sebanyak RM 190.5 juta. Selain itu, mereka juga menerima projek sebagai subkontraktor untuk projek pelupusan sisa pepejal dengan nilai RM 120 juta.\n\n\nIFM\n\n\nDalam segmen IFM, Widad berada dalam proses penbelian konsesi untuk kampus UiTM di Jasin. Konsesi ini boleh memberikan pulangan yang berulang untuk 14 tahun dengan nilai berjumlah RM 861.6 juta. Widad juga akan memasuki bisnes penyelenggaraan landasan kereta api dan menjangkakan sumbangan yang positif kepada syarikat pada masa akan datang.\n\n\nSecara Umum\n\n\n\n\n\n\nGambar: Widad Group\n\n\n\n\nProjek-projek ini boleh meluaskan portfolio syarikat dalam pelbagai sektor. Rekod yang baik dengan agensi-agensi kerajaan berpotensi memberikan mereka kelebihan dalam mendapatkan projek-projek yang akan datang.\n\n\nNamun, sebagai pelabur, kita tidak boleh juga menjadi terlalu optimis. Syarikat ini sebenarnya berada pada peringkat pembangunan dan memerlukan banyak pegangan tunai untuk pembiayaan projek. Maka di sini pentadbiran atasan memainkan peranan yang penting untuk memastikan syarikat ini berada pada landasan yang betul."} {"url": "https://www.isaham.my/blog/yenher-menuju-pasaran-global-selepas-ipo", "title": "Yenher Menuju Pasaran Global selepas IPO", "body": "\n\nYenher Holdings Bhd merupakan syarikat pembuatan dan pengedaran produk kesihatan dan nutrisi haiwan ternakan. Syarikat ini akan memasuki pasaran Bursa Malaysia melalui IPO pada awal Julai tahun ini. Permohonan IPO Yenher Holdings kini dibuka dan butirannya adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.95\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTiada penilaian syariah SAC, dinilai tidak patuh syariah oleh Elzar Shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nMain Market\n\n\nMarket Capitalisation:\n\n\nRM 285.00 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n12.72 (FYE 2020)\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n1 Julai 2021\n\n\nCabutan saham:\n\n\n5 Julai 2021\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n15 Julai 2021\n\n\n\n\nIni adalah IPO yang kedua tahun 2021 bagi sektor produk dan perkhidmatan pengguna yang disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia. Pernyataan tidak patuh syariah \noleh Elzar Shariah\n boleh dirujuk seperti di bawah:\n\n\n\n\nBisnes Yenher Holdings\n\n\nYenher Holdings Bhd bermula sebagai syarikat pengedar produk kesihatan dan nutrisi haiwan ternakan dan kemudian berkembang menjadi pengeluar dan pengedar produk tersebut. Syarikat yang berpangkalan di Seberang Perai Selatan, Penang ini telah meluaskan pasaran dan jaringan pelangannya dengan melantik pengedar produk mereka di Medan, Indonesia serta membuka gudang dan pejabat jualan di Sarawak. Pada tahun 2020, mereka berjaya membuka cawangan mereka di Taiwan.\n\n\nSyarikat ini mengedar produk makanan tambahan, vitamin, produk pembiakan untuk haiwan ternakan, vaksin veterinar serta peralatan ladang. Mereka juga menghasilkan produk makanan lengkap, rumusan makanan dan nutrisi untuk haiwan ternakan seperti ayam, itik dan khinzir.\n\n\n\n\n\n\nGambar: \nYenher\n\n\n\n\n\n\nSelain menjadi pengeluar dan pengedar barangan, mereka juga menyediakan perkhidmatan analisa dan diagnostik bahan serta perkhidmatan perundingan kepada pelanggannya secara percuma. Syarikat ini juga turut melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hasilnya, mereka berjaya menghasilkan ramuan makanan dengan teknologi biotech di atas nama produk YenSoy dan YenPalm.\n\n\nKesan Covid-19 terhadap bisnes\n\n\nBisnes Yenher Holdings ini tersenarai di dalam kategori perkhidmatan perlu (\nessential service\n). Menurut prospektus, syarikat ini tidak mengalami sebarang impak negatif yang drastik. Sewaktu PKP pertama pada March 2020, bekalan produk mereka tidak terjejas dan aktiviti syarikat masih boleh beroperasi dengan 50% tenaga kerja di kilang operasi pembuatan.\n\n\nMereka berpendapat bahawa PKP \nfull lockdown\n yang dikuatkuasakan pada 1 Jun tempoh hari tidak memberi impak yang teruk kerana mereka masih boleh beroperasi tetapi dengan jumlah pekerja yang terhad pada satu-satu masa.\n\n\nNamun begitu, kadar pengeluaran produk syarikat sedikit menurun kerana kekangan jumlah pekerja di kilang. Kenaikan kadar harga penghantaran juga berlaku atas faktor pandemik global yang tidak menentu mencacatkan perkembangan sihat syarikat.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nUnjuran pendapatan Yenher Holdings mendatar dari tahun 2017 hingga 2019 kemudian meningkat pada tahun 2020. Manakala keuntungan bersih tertinggi adalah pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM 27.285 juta dan juga merupakan margin keuntungan tertinggi iaitu sebanyak 15.07%.\n\n\nMeskipun 2020 merupakan tahun krisis pandemik, Yenher Holdings berjaya mencatat pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM 202.635 juta dengan margin keuntungan sebanyak 11.05%. Mengikut data, purata margin keuntungan adalah sebanyak 11% keatas dalam tempoh 2017 hingga 2020 ini.\n\n\nJumlah pendapatan Yenher Holdings pada tahun 2020 ini merangkumi 9.3% dari hasil industri kesihatan dan nutrisi di Malaysia. Saiz industri ini dianggarkan berjumlah RM 2.18 billion pada tahun tersebut.\n\n\n\n\nSecara keseluruhannya, nilai pendapatan dalam segmen pembuatan dan pengedaran tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Dilihat kini prestasi pendapatan dari sektor pembuatkan semakin meningkat dan lebih tinggi berbanding segmen pengedaran di dalam 2 tahun terakhir 2019-2020. Pertumbuhan segmen ini adalah hasil dari strategi syarikat untuk mempromosikan produk buatan sendiri.\n\n\n\n\nDi dalam laporan kewangan, pasaran Malaysia merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat iaitu sebanyak 90%. Baki 10% adalah dari export jualan kepada 11 negara iaitu Indonesia, Hong Kong, Brunei, Belgium, Pakistan, Korea Selatan, Nigeria, Thailand dan Vietnam.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nYenher Holdings akan mengumpul dana sebanyak RM 61.21 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kilang pembuatan baru\n\n\n31.00\n\n\n50.64\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan baru\n\n\n9.70\n\n\n15.85\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n16.71\n\n\n27.30\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.80\n\n\n6.21\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n61.21\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM 31 juta iaitu separuh dari modal IPO akan diperuntukan untuk pembinaan kilang baru berstatus \nGood Manufacturing Practice\n (GMP). Kilang baru ini akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran bulanan syarikat dan juga boleh\u00a0membantu syarikat untuk fokus pada segmen pembuatan dan mencipta produk baru pada masa akan datang.\n\n\nDengan kelengkapan seperti mesin dan kemudahan baru ini, Yenher Holdings mensasarkan pasaran luar negera seperti Myammar, Bangladesh dan China dalam jangka masa \n2 tahun\n. Menurut Pengarah Urusan Cheng Mooh Tat, jumlah penduduk yang ramai di negara tersebut merupakan faktor terbesar untuk mereka mencuba pasaran di sana.\u00a0\n\n\nDana IPO juga tidak digunakan untuk membayar sebarang hutang syarikat. Berdasarkan maklumat kewangan, jumlah hutang berbanding jumlah ekuiti syarikat (\nGearing ratio\n) pada tahun 2020 adalah rendah iaitu sebanyak 0.01.\n\n\nAnalisis Bisnes dan Industri Yenher Holdings\n\n\nData dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Protege Associates menunjukkan prestasi industri makanan ternakan semakin berkembang. Pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) juga meningkat pada kadar 6.6% dari tahun 2013 hingga 2020.\n\n\nIndustri Kesihatan dan Nutrisi Ternakan\n\n\nProduk kesihatan dan nutrisi ternakan merupakan elemen penting untuk memastikan ternakan membesar dengan optimum, bebas dari penyakit dan selamat untuk pengguna. Industri ini disenaraikan dalam perkhidmatan perlu \n(essential service)\n kerana kepentingannya dalam menjaga jaminan makanan\n (food security)\n negara terutamanya di waktu krisis seperti krisis pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang ini.\n\n\nBerdasarkan data terkumpul, industri kesihatan dan nutrisi ternakan ini adalah industri yang mampan dan berdaya tahan kerana adanya kebergantungan yang berterusan dari industri makanan dan ternakan negara. Industri ini diunjurkan meningkat dari RM 2.18 billion pada tahun 2020 menjadi RM 2.69 billion pada tahun 2025 dengan peratusan CAGR sebanyak 4.3%.\n\n\nData-data penting dipamerkan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar: Prospektus IPO Yenher Holdings\n\n\n\n\n\n\nPersaingan\n\n\nPasaran untuk produk kesihatan dan nutrisi haiwan ternakan mempunyai daya saing yang tinggi dan pasaran industri ini juga tidak sekata (\nfragmented industry\n). Ia tediri daripada pelbagai pemain industri yang secara kolektifnya menawarkan pelbagai produk kesihatan dan pemakanan untuk haiwan ternakan. Setakat ini terdapat sebanyak 79 organisasi tempatan yang terlibat dalam Malaysian Animal Health and Nutrition Industries Association (MAHNIA) pada 31 Mei 2021.\n\n\nUntuk bersaing dalam industri ini, syarikat perlu menawarkan harga produk yang kompetitif dan juga mempunyai nilai tambah dalam produk seperti memberi konsultasi kepada pengguna dalam pengurusan makanan ternakan.\n\n\nJika dibandingkan Yenher Holdings dengan syarikat-syarikat yang tersenarai awam dalam industri yang sama, Yenher Holdings boleh dikatakan sebagai syarikat yang terkehadapan. Di bawah ini adalah syarikat yang tersenarai awam dalam industri yang sama dengan Yenher Holdings.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat\n\n\nMarket Cap (RM Juta)\n\n\nNP Margin\n\n\nNisbah PE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYenher Holdings\n\n\n285\n\n\n11.05\n\n\n12.7\n\n\n\n\n\n\nRHONEMA\n\n\n139\n\n\n8.26\n\n\n17.2\n\n\n\n\n\n\nPLABS\n\n\n67\n\n\n5.02\n\n\n17.4\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nSecara umumnya, Yenher Holdings merupakan syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh serta tidak asing lagi dalam industri makanan\u00a0kesihatan haiwan ternakan di Malaysia. Kebergantungan syarikat ini pada pembelian daripada pengguna Malaysia menjadi isu maka strategi mereka untuk melihat pasaran luar negara selepas mendapat dana IPO ini merupakan strategi yang baik.\n\n\nBerdasarkan\u00a0data kewangan juga, syarikat ini kelihatan sedang menumpukan\u00a0pada pembuatan produk sendiri berbanding mengedar produk-produk barangan luar. Ini adalah tindakan yang baik untuk meningkatkan margin keuntungan mereka. Namun, ia juga tertakluk kepada keberkesanan dan kekuatan jenama yang mereka akan keluarkan nanti.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/yew-lee-ingin-mengembangkan-rangkaian-berus-industri-dengan-dana-ipo", "title": "Yew Lee Ingin Mengembangkan Rangkaian Berus Industri dengan Dana IPO", "body": "\n\nYew Lee Pacific Group Bhd\n merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan berus industri, perdagangan perkakasan industri dan alat ganti mesin. Butiran IPO adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.28\n\n\nStatus syariah:\n\n\nDinilai syariah oleh SAC\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 149 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n14.7\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n25 Mei 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n27 Mei 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n7 Jun 2022\n\n\n\n\nBisnes Yew Lee Pacific\n\n\nYew Lee Pacific, melalui anak syarikat dan syarikat bersekutunya, terlibat dengan pembuatan berus industri, perdagangan perkakasan industri dan alat ganti mesin.\n\n\nRajah di bawah menggambarkan aktiviti utama syarikat:\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, YLPM hanya terlibat dengan pembuatan dan penjualan berus industri. Yew Lee Thailand dan Yew Lee Indonesia pula hanya terlibat dalam penjualan berus industri yang dikeluarkan oleh YLPM.\n\n\nBerus industri dan perkakasan industri di syarikat Yew Lee Pacific, digunakan oleh pelbagai industri seperti pengeluar sarung tangan, pengilang kayu, industri makanan dan sebagainya.\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nDalam pelbagai tempoh PKP yang dilaksanakan, syarikat Yew Lee masih menerima pesanan pembelian daripada pelanggan utama mereka, yang merupakan pengeluar sarung tangan getah utama. Seperti yang kita tahu, permintaan sarung tangan sewaktu COVID-19 sangat tinggi dan merupakan industri yang boleh beroperasi sebagai perkhidmatan penting.\n\n\nSyarikat Yew Lee tidak menerima sebarang pembatalan atau penangguhan mana-mana kontrak atau pesanan pembelian disebabkan oleh pandemik, kecuali beberapa kes. Walaubagaimanapun, ia tidak memberi kesan kepada kewangan syarikat. Dengan peningkatan permintaan untuk sarung tangan getah dan peralatan perlindungan lain yang digunakan untuk memerangi pandemik COVID-19, syarikat ini mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang positif semasa FYE 2020 dan FYE 2021.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPendapatan syarikat Yew Lee Pacific diperolehi daripada 2 segmen, iaitu segmen pembuatan dan segmen dagangan. Unitrade mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE 2018, iaitu dari RM 27.813 juta menjadi RM 29.21 juta pada FYE 2019. Untuk FYE 2020, pendapatan syarikat meningkat sehingga 43.71%. Kenaikan ini diteruskan sehingga FYE 2021 menjadikan jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 45.53 juta.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Yew Lee Pacific dibahagikan melalui 2 segmen, iaitu segmen pembuatan yang terdiri daripada 2 jenis (\nindustrial brushes\n & \nhousehold brushes\n) dan segmen dagangan.\n\n\nPada FYE 2020, pendapatan syarikat untuk kedua-dua segmen ini meningkat berbanding FYE 2019. Bagi FYE 2021, pendapatan untuk segmen pembuatan meningkat sebanyak 69.4% untuk pembuatan \nindustrial brushes \ndan 0.9% untuk pembuatan \nhousehold brushes\n. Manakala, pendapatan bagi segmen dagangan mengalami sedikit penurunan pada tahun tersebut.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nNamun, secara keseluruhannya, segmen pembuatan berus, khususnya \nindustrial brushes\n adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat Yew Lee Pacific. Pertumbuhan dalam segmen pembuatan syarikat ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam permintaan daripada pelanggan Yew Lee Pacific yang terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan getah, dimana menyumbang antara 78.7%, 88%, dan 85.4% daripada jumlah pendapatan Yew Lee Pacific untuk FYE 2019, FYE 2020, dan FYE 2021, masing-masing.\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 37.27 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (Juta)\n\n\nPeratusan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan tambahan\n\n\n10.9\n\n\n29.2\n\n\n\n\n\n\nPembinaan kemudahan gudang dan pejabat baharu\n\n\n7.3\n\n\n19.6\n\n\n\n\n\n\nPengubahsuaian pejabat baharu\n\n\n1.8\n\n\n4.8\n\n\n\n\n\n\nPembayaran balik pinjaman bank\n\n\n8.9\n\n\n23.9\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n4.57\n\n\n12.3\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.8\n\n\n10.2\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n37.27\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperoleh dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan tambahan iaitu sebanyak RM 10.9 juta mewakili 29.2% daripada dana IPO tersebut. Mesin dan peralatan yang akan dibeli adalah mesin \nsemi-automated CNC continuous cycle drilling and filling\n, mesin \nCNC lathe\n, mesin \nCNC milling\n, mesin \nplastic injection moulding\n mesin \nbristle cutting\n dan banyak lagi.\n\n\nSelain itu, 23.9% daripada dana IPO iaitu RM 8.9 juta diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank. Syarikat Yew Lee akan memanfaatkan RM 7.3 juta untuk pembinaan kemudahan gudang dan pejabat baharu, manakala RM 4.57 akan digunakan sebagai modal kerja syarikat. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk ubahsuai pejabat baharu sebanyak RM 1.8 juta dan perbelanjaan penyenaraian sebanyak RM 3.8 juta.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri Yew Lee Pacific\n\n\nMengikut laporan IMR, Yew Lee Pacific terlibat terutamanya dalam pembuatan berus industri. Berus industri ini memainkan peranan penting dalam pelbagai industri termasuk pertanian, automotif, elektrik dan elektronik (E&E), sarung tangan getah dan industri kerja kayu.\n\n\nIndustri berus\n\n\nBerus digunakan untuk kerja-kerja pembersihan, mengecat dan rawatan permukaan. Berus memainkan peranan penting dalam operasi perindustrian dan komersial serta aktiviti di rumah.\n\n\nIndustri berus boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nKategori berus industri. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan rajah di atas, produk teras Yew Lee ialah berus industri iaitu terdiri daripada \nwheel brush\n, \nwire brush\n, \nspiral brush\n, \nroller brush\n dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai jenis berus industri (juga dikenali sebagai berus teknikal) yang digunakan dalam pelbagai industri \nend-user\n.\n\n\nSeperti yang dinyatakan dalam prospektus, segmen \nhousehold brush\n menyumbang 53.6% daripada \nmarket share\n atau bahagian pasaran industri berus di Malaysia. Diikuti dengan segmen berus industri, 41% \nmarket share\n dengan anggaran RM 199.7 juta. Manakala, segmen \nspecialised brush\n pula mewakili 5.4% bahagian pasaran dengan anggaran nilai RM 26.2 juta.\n\n\nPrestasi industri\n\n\nSaiz industri berus tempatan diperolehi terutamanya daripada nilai import dan eksport berus industri serta nilai berus industri yang dikeluarkan dan digunakan. Pada 2019, sektor berus industri di Malaysia bernilai RM 177.3 juta, menurun daripada RM 194.9 juta pada 2018. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan import berus industri ke Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nSaiz industri dan ramalan pertumbuhan bagi sektor berus industri. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nNamun, pada 2020, industri ini kembali pulih dengan angka RM 199.7 juta dan dijangka akan berkembang pada CAGR sebanyak 7.5% untuk mencecah RM 286.6 juta pada 2025. Pada tahun 2020, walaupun pandemik COVID-19 melanda dunia dan telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan global, industri berus perindustrian Malaysia masih berkembang. Hal ini kerana berus industri memainkan peranan penting dalam proses pembuatan bagi sektor-sektor pembuatan.\n\n\nWalaupun sektor pembuatan mencatatkan penurunan sebanyak 2.6% pada 2020, tetapi terdapat pemulihan yang positif sejak Jun 2020. Pemulihan ini didorong daripada sektor perkhidmatan penting khususnya, pembekal sarung tangan getah, pengeluar pelindung diri, farmaseutikal dan sektor lain yang dibenarkan beroperasi sewaktu PKP dilaksanakan.\n\n\nPersaingan\n\n\nBerdasarkan prospektus, persaingan Yew Lee di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti di bawah:\n\n\n\n\nPengilang tempatan yang terlibat dalam pembuatan berus industri.\n\n\nMempunyai \nturnover\n tahunan kurang daripada RM 50 juta berdasarkan maklumat kewangan terkini.\n\n\n\n\nSelepas mengambil kira kriteria di atas, Prot\u00e9g\u00e9 Associates telah memilih beberapa pemain industri yang sama dengan Yew Lee untuk tujuan perbandingan. Antara pesaing Yew Lee yang terlibat dalam industri yang sama adalah:\n\n\n\n\n\n\nPesaing Yew Lee yang terlibat dalam industri yang sama. Gambar: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan gambar di atas, dapat lihat bahawa syarikat Yew Lee mempunyai \nmarket share\n yang besar berbanding persaingnya. Namun, masih terdapat persaing yang mengikut rapat. Untuk FYE 2020, pendapatan yang dijana syarikat Yew Lee daripada segmen perniagaan pembuatan berus perindustrian adalah sebanyak RM 27.1 juta bersamaan dengan 13.6% daripada jumlah saiz industri berus di Malaysia (RM 199.7 juta).\n\n\nPerbincangan\n\n\nMenurut laporan IMR, prospek industri berus di Malaysia dijangka terjejas disebabkan oleh wabak COVID-19, tetapi dijangka akan pulih sebaik sahaja wabak ini dapat dikawal. Prestasi industri berus juga bergantung kepada prestasi pengguna akhirnya termasuk industri pembuatan E&E, semikonduktor, sarung tangan getah dan lain-lain.\n\n\nSewaktu beberapa PKP dikenakan, syarikat Yew Lee tidak mempunyai pembatalan kontrak, kecuali beberapa kes. Walaubagaimanapun, ia tidak memberi kesan kepada kewangan syarikat. Malah, pendapatan syarikat meningkat dari 2019 sehingga 2021, disumbang terutamanya daripada pelanggannya daripada industri pengeluar sarung tangan getah.\n\n\nYew Lee Pacific mempunyai rancangan dan strategi masa hadapan yang menarik, dimana jumlah besar dana IPO yang diterima akan dimanfaatkan sebagai modal perniagaan dimana untuk menambah lagi mesin dan peralatan serta pembinaan gudang dan pejabat baharu. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan strategi dan perancangannya selepas disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.\n\n"} {"url": "https://www.isaham.my/blog/yx-precious-metals-ingin-mengembangkan-perniagaan-syarikat-melalui-dana-ipo", "title": "YX Precious Metals Ingin Mengembangkan Perniagaan Syarikat Melalui Dana IPO", "body": "\n\n\n\n\n\nYX Precious Metals Bhd merupakan syarikat yang terlibat dalam pemborongan, reka bentuk dan pembuatan barang kemas emas. Syarikat YX Precious Metals juga terlibat dalam jualan jongkong emas tulen, jongkong emas sekerap, pembuatan rantai perak, dan penyediaan perkhidmatan penapisan untuk logam berharga.\n\n\n\n\nHarga IPO:\n\n\nRM 0.28\n\n\nStatus syariah:\n\n\nTiada penilaian syariah SAC, dinilai tidak patuh syariah oleh Elzar Shariah\n\n\nPasaran:\n\n\nACE\n\n\nPermodalan pasaran:\n\n\nRM 104.2 juta\n\n\nNisbah PE:\n\n\n14.66\n\n\nPermohonan ditutup:\n\n\n09 Jun 2022\n\n\nCabutan saham:\n\n\n14 Jun 2022\n\n\nTarikh penyenaraian:\n\n\n23 Jun 2022\n\n\n\n\nBisnes YX Precious Metals Bhd\n\n\nYX Precious Metals merupakan anak syarikat 100% milik Tomei Consolidated Bhd yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Mereka terlibat khususnya dalam \nwholesale\n, \ndesign \ndan \nmanufacturer \nbagi barang kemas emas. Sebagai pakar barang kemas emas, YX Precious Metals memberi tumpuan kepada emas 916 yang mengandungi 91.67% kandungan emas tulen yang dialoi dengan logam lain. Mereka menawarkan pelbagai jenis barang kemas emas seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki dan rantai asas, serta cincin, loket, azimat dan anting-anting.\n\n\nModel perniagaan mereka adalah berdasarkan jualan barang kemas emas kepada pelanggan untuk dijual semula dan ini termasuk peruncit barang kemas, pemborong dan pengilang. Malaysia ialah pasaran utama yang menyumbang 92.73%, 90.45%, 96.23% dan 97.58% daripada jumlah pendapatan untuk FYE 2018, FYE 2019, FYE 2020 dan FYE 2021. Mereka juga telah mengeksport ke negara luar seperti Singapura, Jerman, Myanmar, Indonesia dan Hong Kong.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Prospektus\n\n\n\n\n\n\nKesan COVID-19 terhadap bisnes\n\n\nAkibat Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 pada tahun 2020 berlaku, operasi perniagaan YX Precious Metals terpaksa ditutup kerana mereka tidak dikira sebagai perkhidmatan penting. Semasa PKP 1.0, pendapatan mereka merosot daripada RM13.19 juta pada Februari 2020 kepada RM8.13 juta pada Mac 2020 dan tidak mencatatkan sebarang pendapatan pada April 2020. Selain itu, disebabkan penutupan sempadan Malaysia dan Singapura, mereka juga mengalami kesukaran mengatur penghantaran ke Singapura dari Mac 2020 hingga Ogos 2020, dan hanya memulakan penghantaran ke Singapura pada September 2020. Kesannya, jualan kepada pelanggan Singapura berkurang sebanyak 40,391g, daripada 63,195g pada FYE 2019 kepada 22,804g pada FYE 2020, dan pendapatan menurun sebanyak RM6.25 juta.\n\n\nPrestasi kewangan\n\n\nPada tahun 2020, keseluruhan industri barang kemas di Malaysia terjejas oleh kesan pandemik COVID-19. Nilai jualan pembuatan barang kemas di Malaysia menurun sebanyak 12.1%, manakala nilai eksport barang kemas dan bahagian logam berharga menurun sebanyak 46.0%. Semasa pelan pemulihan negara, nilai jualan keseluruhan pembuatan barang kemas meningkat sebanyak 1.9%, manakala nilai eksport barang kemas dan alat ganti logam berharga meningkat sebanyak 38.1% pada 2021. Pandemik COVID-19 dan tindak balas dasar fiskal daripada bank pusat global telah menimbulkan perubahan struktur dalam strategi peruntukan aset. Emas dilihat sebagai strategi pelaburan kerana ia aset yang sangat cair dan nilainya yang kekal dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan YX Precious Metals Bhd\n\n\n\n\n\n\nOperasi perniagaan YX Precious Metals terjejas akibat PKP pada tahun 2020 dan ini dibuktikan dengan volum jualan Segmen Barang Kemas Emas menurun sebanyak 138,948g atau 12.10% berbanding tahun 2019. Pendapatan daripada Segmen Barang Kemas Emas diteruskan meningkat sebanyak RM30.92 juta atau 21.37% pada tahun 2020 terutamanya disebabkan oleh purata harga emas global yang lebih tinggi pada tahun 2020. Pada tahun 2021 pula, pendapatan syarikat YX Precious Metals meneruskan peningkatan hasil permintaan terhadap emas semakin bertambah akibat kebimbangan orang ramai terhadap kesan wabak COVID-19 dan tahap kekukuhan kewangan dunia.\n\n\nPendapatan utama diperoleh daripada Segmen Barang Kemas Emas, yang terdiri daripada \nWholesale Segment\n yang dijalankan oleh YXG dan \nDesign and Manufacture Segment\n yang dilaksanakan oleh GPM. Segmen Barang Kemas Emas telah menyumbang lebih daripada 96.00% daripada jumlah pendapatan syarikat.\n\n\n\n\n\n\nPrestasi kewangan mengikut segmen\n\n\n\n\n\n\nStrategi IPO dan masa depan\n\n\nDana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 31.26 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDana\n\n\nNilai (juta)\n\n\nPeratusan %\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian mesin dan peralatan baru\n\n\n4.4\n\n\n14.08\n\n\n\n\n\n\nPerluasan dan naik taraf kemudahan operasi\n\n\n2.5\n\n\n7.99\n\n\n\n\n\n\nModal kerja\n\n\n20.86\n\n\n66.73\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan penyenaraian\n\n\n3.5\n\n\n11.20\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n31.26\n\n\n100.0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa majoriti dana yang akan diperoleh daripada penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk modal kerja iaitu sebanyak RM 20.86 juta mewakili 66.73%. Modal kerja ini akan digunakan untuk membeli bahan mentah, iaitu bahan emas dalam bentuk jongkong emas tulen dan sekerap. Bahan mentah ialah komponen terbesar dalam kos jualan syarikat. Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan syarikat untuk mengembangkan rangkaian barang kemas emas \nhollow \ndan meningkatkan aktiviti pembuatan melalui proses automasi, YX Precious Metals memerlukan lebih banyak bahan mentah (bahan emas) untuk operasi perniagaan mereka.\n\n\nSelain itu, 14.08% daripada jumlah dana IPO iaitu sebanyak RM 4.4 juta akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baru seperti mesin rantai tali, peralatan \nelectroforming \ndan mesin pelarut logam. Kemudian, RM 2.5 juta akan dimanfaatkan untuk meluaskan dan menaik taraf kemudahan operasi serta baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian iaitu sebanyak RM 3.5 juta.\n\n\nAnalisis bisnes dan industri YX Precious Metals\n\n\nMengikut laporan IMR, YX Precious Metals Bhd bersama-sama anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam pemborongan, reka bentuk serta pembuatan barang kemas emas, yang menyumbang 97.3% daripada jumlah pendapatannya bagi tahun 2021.\n\n\nIndustri barang kemas\n\n\nIndustri barang kemas boleh dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nIndustri barang kemas\n\n\n\n\n\n\nFine jewellery\n merujuk kepada barang kemas yang kebanyakannya diperbuat daripada \nprecious metals\n dan \ngemstones\n (batu permata). YX Precious Metals khususnya terlibat dalam segmen \nPrecious Metals\n di mana ia merujuk kepada barang kemas yang diperbuat daripada emas, perak atau platinum. Mereka tidak terlibat dalam \ngemstones jewellery\n. \nGemstones jewellery\n merupakan barang kemas yang mempunyai satu atau lebih banyak batu permata. \nGemstones\n yang biasa digunakan untuk barang kemas seperti berlian, nilam, delima, zamrud, jed serta mutiara. Umumnya, harga \nfine jewellery\n jauh lebih tinggi daripada \ncostume jewellery\n kerana harga \nprecious metals\n dan \ngemstones\n yang tinggi.\n\n\nPrestasi industri barang kemas emas\n\n\nEmas adalah komoditi yang didagangkan secara global dan tertakluk kepada turun naik harga. Industri barang kemas emas Malaysia juga terjejas mengikut permintaan dan harga global emas. Rajah di bawah menunjukkan bahawa harga emas meningkat apabila risiko ekonomi, kewangan dan geopolitik meningkat kerana emas dianggap sebagai satu bentuk pelaburan.\n\n\n\n\n\n\nPurata harga Emas\n\n\n\n\n\n\nPurata harga emas global mengalami turun naik antara 2017 dan awal 2021. Purata harga emas global pada Januari 2017 adalah pada RM171/g dan menurun kepada RM166/g pada Disember 2017. Purata global harga emas terus menurun lagi pada 2018 di mana ia merosot ke paras terendah bulanan RM158/g pada bulan Ogos 2018. Selepas itu, purata harga emas global terus meningkat daripada RM158/g pada Ogos 2018 kepada RM202/g pada Ogos 2019 dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada RM265/g pada Ogos 2020. Sejak kemuncak bersejarah pada Ogos 2020, purata harga emas global telah turun kepada RM242/g pada Januari 2021, RM235/g pada Februari 2021 dan RM227/g pada Mac 2021, yang merupakan yang terendah sejak April 2020. Kegelisahan terhadap inflasi, dolar AS yang lebih lemah dan lonjakan dalam turun naik pasaran telah meningkatkan permintaan emas, memacu purata global harga emas kembali kepada trend menaik ke mencecah RM246/g pada Mei 2021 dan berakhir pada RM242/g pada Disember 2021.\n\n\nPersaingan\n\n\nBerdasarkan laporan IMR, pesaing bagi YX Precious Metals Bhd di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria berikut:\n\n\n\n\nSyarikat mesti terlibat dalam pemborongan dan pembuatan barang kemas emas dan beroperasi di Malaysia.\n\n\nSyarikat mempunyai penyata kewangan yang terkini.\n\n\n\n\nAntara pesaing YX Precious Metals yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPesaing yang terlibat sama dalam industri barang kemas emas\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan\n\n\nPrestasi kewangan syarikat YX Precious Metals Bhd tertakluk kepada turun naik harga emas global kerana emas adalah komoditi yang didagangkan secara global. Harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti krisis ekonomi global, wabak, inflasi, kekuatan USD, kadar faedah, permintaan daripada industri dan pelaburan dalam sektor barang kemas. Syarikat YX Precious Metals adalah antara syarikat yang terjejas ketika pandemik COVID-19 kerana tidak dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan penting.\n\n\nNamun begitu, pendapatan syarikat YX Precious Metal untuk FYE 2018, FYE 2019 dan FYE 2020, telah menunjukkan peningkatan bagi harga jualan mereka daripada RM137.53 juta pada FYE 2018 kepada RM175.63 juta pada FYE 2020 disebabkan oleh kenaikan harga emas global.\n\n\nMelalui penyenaraian IPO ini, YX Precious Metals akan menggunakan jumlah besar dana yang dikumpul sebagai modal kerja untuk membeli bahan mentah iaitu bahan emas dalam bentuk jongkong emas tulen dan sekerap. Hal ini bagi mengembangkan lagi rangkaian barang kemas emas dan meningkatkan aktiviti pembuatan emas. Namun, ingin diingatkan bahawa syarikat YX Precious Metals telah dinilai tidak patuh syariah oleh Elzar Shariah.\n\n"}