{"file": "fiqh/14935_1639707675.pdf", "text": "BAHAGIAN III\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, \nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nKEPENTINGAN NASIONAL\n\n44. PELANTIKAN MUFTI DAN TIMBALAN MUFTI\n\n45. FUNGSI MUFTI\n\n46. JAWATANKUASA FATWA\n\n47. KUASA JAWATANKUASA FATWA UNTUK MENYEDIAKAN FATWA\n\n48. TATACARA PEMBUATAN FATWA\n\n49. FATWA YANG DISIARKAN DALAM WARTA ADALAH MENGIKAT\n\n50. PINDAAN, UBAHSUAIAN ATAU PEMBATALAN FATWA\n\n51. FATWA YANG ADA HUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL\n\n52. MENERIMA PAKAI NASIHAT DAN SYOR JAWATANKUASA KEBANGSAAN\n\n53. MEMINTA PENDAPAT DARIPADA JAWATANKUASA FATWA\n\n54. SUMBER YANG HENDAKLAH DIIKUTI\n\n\n\n44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh \nmelantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi \nNegeri Perlis.\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuatkuasa orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti \nbagi Negeri Perlis sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa hendaklah disifatkan telah \ndilantik dibawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Perlis dan \nhendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n45. Fungsi Mufti\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah \nberkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian \nhendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Perlis selepas Duli Yang Maha Mulia \nRaja Pemerintah, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n46. Jawatankuasa Fatwa\n\n(1) Maka hendaklah ada satu Jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada-\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi,\n\n(b) Timbalan Mufti,\n\n(c) Enam orang lain yang beragama Islam Ahli Sunnah Waljamaah termasuk tidak lebih \ndaripada tiga orang anggota Majlis yng dilantik oleh Majlis; dan\n\n(d) seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai setiausaha.\n\n(3) mana-mana orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa, menjadi anggota \nJawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk \nkepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota \nJawatankuasa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh \npelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.\n\n(4) Subseksyen (3)tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti, \nyang menjadi anggota jawatankuasa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama \njawatan.\n\n(5) Jawatankuasa fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan \nberhubungan dengan tatacara dan amalannya.\n\n47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk Menyediakan Fatwa\n\nTertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha \nMulia Raja Pemerintah, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh \nmana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan \nsuatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan \nkontroversi berhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n48. Tatacara pembuatan fatwa\n\n(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian \natau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja \ndisediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil \nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan \nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas \nnama Jawatankuasa fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.\n(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli Yang Maha \nMulia Raja Pemerintah untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.\n\n(5) Syor yang dibuat dibawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum \npenjelasan dan ulasa daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, \nMajlis hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah \nmenyebabkan fatwa itu disiarkan dalam warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan \nbahawa fatwa itu dibuat dibawah seksyen ini.\n\n(8) Sesuatu Fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi \nteks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.\n\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai \nFatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).\n\n49. Fatwa Yang Disiarkan Dalam Warta Adalah Mengikat.\n\n(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam \nyang berada di Negara Perlis sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya \ndi sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia \ndibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itudalam perkara-perkara \namalan.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan \nsyariah di dalam Negeri Perlis tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n50. Pindaan, Ubahsuaian Atau Pembatalan Fatwa\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana \nfatwa yang telah disiarkan dalam warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen \nterdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai \nsuatau fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48 (7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam warta \nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1)\n\n51. Fatwa yang Ada Hubungan Dengan Kepentingan Nasional.\n\n(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa \nfatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan \nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah \nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan \nperkara itu kepada Majlis.\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Duli yang Maha \nMulia Raja Pemerintah untuk mendapat perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu \ndirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melalui Majlis Raja-Raja.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan \ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada \nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara lansung \nmenyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana \nKemenerian, jabatan atau agensi-agensinya.\n\n(4) Jika Duli yang Maha Mulia Raja Pemerintah memberikan perkenannya di bawah \nsubseksyen (2), Majlis hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa \nKebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa \nkebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis \nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa \nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau \nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis \nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka \nMajlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan \nsupaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan \natau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah \nterpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan \nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n52. Menerima Pakai Nasihat dan Syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan Syor Jawatankuasa \nFatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis \nRaja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut \nPerkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.\n\n(2) Nasihat atau Syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan \nsebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan \nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n53. meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nJika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum \nsyarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang\npersoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada \nmahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n54. Sumber yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa \npendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengikut Al-Quran dan/atau \nSunnah Rasulullah Sallallahualaihi Wasasalam.\n\n(2) Pada mengeluarkan sesuatu fatwa di bawah Bahagian ini Majlis dan Jawatankuasa Fatwa \nhendaklah mengambil ingatan terhadap Adat Istiadat Melayu atau Undang-Undang Adat \nIstiadat Melayu yang terpakai dalam Negeri Perlis."} {"file": "fiqh/14926_1639707235.pdf", "text": "NEGERI KEDAH DARUL AMAN\n\nENAKMEN 10\n\nENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008\n\nMengandungi pindaan terkini - K.P.U 30/2008\n\nBAHAGIAN I \u2013 PERMULAAN\n\nSeksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa\n\nSeksyen 2. Tafsiran\n\nSeksyen 3. Memelihara hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan\n\n\n\nBAHAGIAN II \u2013 MUFTI\n\nSeksyen 4. Mufti\n\nSeksyen 5. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nSeksyen 6. Penamatan dan pembatalan perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nSeksyen 7. Fungsi Mufti\n\nSeksyen 8. Kuasa Mufti\n\nSeksyen 9. Permohonan izin jika Mufti berada di luar Malaysia\n\n\n\nBAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA\n\nSeksyen 10. Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 11. Keahlian Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 12. Notis jika Ahli Jawatankuasa Fatwa berada di luar Malaysia\n\nSeksyen 13. Setiausaha\n\nSeksyen 14. Tatacara perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 15. Minit\n\nSeksyen 16. Tempoh perlantikan dan lantikan semula\n\nSeksyen 17. Saraan\n\nSeksyen 18. Penamatan, pemberhentian atau pembatalan\n\nSeksyen 19. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan fatwa\nSeksyen 20. Korum\n\nSeksyen 21. Tatacara mengeluarkan fatwa\n\nSeksyen 22. Fatwa adalah mengikat\n\nSeksyen 23. Pindaan atau pembatalan fatwa\n\nSeksyen 24. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional\n\nSeksyen 25. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 26. Qaul muktamad hendaklah diikuti\n\n\n\nBAHAGIAN IV \u2013 AM\n\nSeksyen 27. Kuasa membuat kaedah\n\nSeksyen 28. Kuasa melantik Jawatankuasa Kecil\n\nSeksyen 29. Kecualian dan peralihan\n\n\n\nSeksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa\n\n(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.\n\n(2) Enakmen ini hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli\n\nYang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.\n\n\n\nSeksyen 2. Tafsiran\n\n(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain\u2014\n\n\u201cAhli Jawatankuasa Fatwa\u201d ertinya ahli-ahli yang dilantik di bawah seksyen 11;\n\n\u201cEnakmen terdahulu\u201d ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 1962\n\n[Enakmen No. 9 Tahun 1962];\n\n\u201cfatwa\u201d ertinya fatwa yang dikeluarkan di bawah seksyen 8 atau 19;\n\n\u201cHukum Syarak\u201d ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana\n\nsatu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali;\n\n\u201cJabatan\u201d ertinya Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman;\n\n\u201cJawatankuasa Fatwa\u201d ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;\n\u201cMajlis\u201d ertinya Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Undang-\n\nUndang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1962 [Enakmen No. 9 Tahun 1962];\n\n\u201cMufti\u201d ertinya Mufti yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di bawah\n\nseksyen 5;\n\n\u201cnas\u201d ertinya dalil atau hujah yang dikemukakan bagi menyokong sesuatu hukum yang\n\ndiputuskan;\n\n\u201cNegeri\u201d ertinya Negeri Kedah Darul Aman;\n\n\u201cPegawai Penyelidik\u201d ertinya Pegawai Penyelidik dan Penolong Pegawai Penyelidik Jabatan\n\nMufti Negeri Kedah Darul Aman;\n\n\u201cPengerusi\u201d ertinya Pengerusi Jawatankuasa Fatwa;\n\n\u201cqaul muktamad\u201d ertinya pegangan yang kukuh atau yang kuat dalam satu-satu mazhab;\n\n\u201csaraan\u201d ertinya gaji pokok, elaun-elaun, imbuhan, honorarium, pengangkutan percuma atau\n\nbersubsidi dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang;\n\n\u201cSetiausaha\u201d ertinya Setiausaha Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah seksyen 13;\n\n\u201cTimbalan Mufti\u201d ertinya Timbalan Mufti yang dilantik di bawah seksyen 5.\n\n(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan\n\ndalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]\n\nhendaklah mempunyai masing-masing erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu setakat\n\nyang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.\n\n(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan dan ungkapan\n\nyang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan\n\nbolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan\n\nbersetentangan dengannya dalam Jadual itu.\n\n\n\nSeksyen 3. Memelihara hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan\n\nKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua\n\nyang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan\n\nkuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di dalam\nNegeri Kedah Darul Aman sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-\n\nUndang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman [P.U. 32/59].\n\n\n\nBAHAGIAN II - MUFTI\n\n\n\nSeksyen 4. Mufti\n\nMufti yang dilantik di bawah seksyen 5 Enakmen ini hendaklah menjadi pentadbir Jabatan\n\nMufti Negeri Kedah Darul Aman.\n\n\n\nSeksyen 5. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\n(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis berkuasa melantik mana-\n\nmana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah\n\nDarul Aman.\n\n(2) Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n(3) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum\n\npermulaan kuat kuasa adalah Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah Darul Aman\n\nyang dilantik di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah\n\nseksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah Darul Aman dan\n\nhendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\nSeksyen 6. Penamatan dan pembatalan Mufti dan Timbalan Mufti\n\n(1) Perlantikan seseorang Mufti dan Timbalan Mufti bolehlah ditamatkan atau dibatalkan\n\npada bila-bila masa oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.\n\n(2) Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah tamat\u2014\n\n(a) apabila dia meninggal dunia; atau\n\n(b) jika dia, dengan surat yang dialamatkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia\n\nSultan, melalui Mufti jika dia Timbalan Mufti, meletakkan jawatannya.\n\n(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh membatalkan pelantikan Mufti atau\n\nTimbalan Mufti jika\u2014\n(a) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya atau selainnya,\n\nadalah kelakuan yang memburukkan nama jawatannya;\n\n(b) dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugastugasnya dengan\n\nsempurna;\n\n(c) dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Negeri; atau\n\n(d) dia diisytiharkan muflis.\n\n\n\nSeksyen 7. Fungsi Mufti\n\n(1) Mufti hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan\n\nberkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak dan dalam semua perkara sedemikian\n\nhendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Kedah Darul Aman selepas Kebawah\n\nDuli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\n(2) Mufti hendaklah bertanggungjawab terus kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan\n\ndan Baginda bolehlah, dari masa ke semasa memberi perintah sama ada secara am atau khas\n\nyang Baginda fikirkan perlu atau bermanfaat, iaitu perintah yang tidak berlawanan dengan\n\nperuntukan Enakmen ini, dan adalah menjadi kewajipan Mufti mematuhi dan melaksanakan\n\nperintah itu.\n\n\n\nSeksyen 8. Kuasa Mufti\n\n(1) Mufti hendaklah berkuasa mengeluarkan apa-apa fatwa.\n\n(2) Walau apapun peruntukan Enakmen ini Mufti boleh, sekiranya difikirkan perlu,\n\nberbincang dengan Jawatankuasa Fatwa sebelum mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah\n\nseksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 9. Permohonan izin jika Mufti berada di luar Malaysia\n\nJika Mufti menjangka dia akan berada di luar Malaysia selama lebih daripada 14 hari atau\n\nhendak bercuti dia hendaklah memohon perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia\n\nSultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa arahan\n\nsebagaimana yang difikirkannya patut.\nBAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA\n\n\n\nSeksyen 10. Jawatankuasa Fatwa\n\nMaka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Fatwa yang\n\nbertanggungjawab memberi nasihat kepada Mufti di atas apa-apa persoalan yang belum\n\nmuktamad berhubung Hukum Syarak.\n\n\n\nSeksyen 11. Keahlian Jawatankuasa Fatwa\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut\u2014\n\n(a) Mufti sebagai Pengerusi,\n\n(b) Timbalan Mufti sebagai ahli, dan\n\n(c) Tiga orang anggota Majlis, dan tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada\n\nenam orang lain, yang layak dan sesuai dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia\n\nSultan atas nasihat Mufti.\n\n(2) Perlantikan ahli Jawatankuasa Fatwa di bawah perenggan 11(1)(c) hendaklah disiarkan\n\ndalam Warta.\n\n\n\nSeksyen 12. Notis jika Ahli Jawatankuasa Fatwa berada di luar Malaysia\n\nJika mana-mana ahli Jawatankuasa Fatwa menjangka dia akan berada di luar Malaysia\n\nselama lebih daripada 14 hari, dia hendaklah memberi notis bertulis kepada Mufti.\n\n\n\nSeksyen 13. Setiausaha\n\n(1) Mufti boleh melantik seorang pegawai dari Jabatan sebagai Setiausaha.\n\n(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha\n\nhendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat menyurat dan dokumen Jawatankuasa\n\nFatwa, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya\n\noleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.\n\n(3) Setiausaha berhak untuk menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dan\n\nmengambil bahagian tetapi tidak berhak mengundi.\nSeksyen 14. Tatacara perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa\n\n(1) Mufti hendaklah menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jika Mufti tidak hadir dengan sebab kesihatan atau sebab-sebab lain maka Timbalan\n\nMufti bolehlah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.\n\n(3) Semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.\n\n(4) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.\n\n(5) Jawatankuasa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nberhubung dengan tatacara dan amalannya.\n\n\n\nSeksyen 15. Minit\n\n(1) Setiausaha hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan,\n\ntertakluk kepada apa-apa pindaan jika perlu.\n\n(3) Minit hendaklah dicatatkan dan hendaklah mengandungi rekod penuh bagi tiap-tiap\n\nketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa.\n\n(4) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Fatwa boleh\n\ndiambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan.\n\n\n\nSeksyen 16. Tempoh Perlantikan dan lantikan semula\n\n(1) Tempoh perlantikan ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c)\n\nadalah selama dua tahun. Tempoh bagi perlantikan mana-mana ahli Jawatankuasa Fatwa\n\nyang baru bagi tujuan mengisi kekosongan hendaklah tamat pada tempoh masa yang sama\n\ndengan ahli Jawatankuasa Fatwa yang lain.\n\n(2) Mana-mana ahli yang tempoh lantikannya telah tamat boleh dilantik semula oleh\n\nKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Mufti.\n\n(3) Mana-mana orang yang menjadi Mufti, Timbalan Mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa\n\nsebaik sahaja sebelum berkuat kuasa Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai telah\n\ndinamakan atau dilantik menjadi Mufti, Timbalan Mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa\ntersebut dan hendaklah bagi maksud Enakmen ini, Mufti, Timbalan Mufti dan ahli\n\nJawatankuasa Fatwa menjadi ahli Jawatankuasa itu sehingga tempoh perlantikannya tamat.\n\n\n\nSeksyen 17. Saraan\n\nMufti boleh, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menetapkan apa-apa\n\nsaraan bagi ahli Jawatankuasa Fatwa.\n\n\n\nSeksyen 18. Penamatan, pemberhentian atau pembatalan\n\n(1) Keahlian seseorang ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c)\n\nbolehlah ditamatkan atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Kebawah Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan atas syor Mufti atas sebab-sebab tertentu yang melayakkannya diberhentikan\n\nkeahliannya.\n\n(2) Mana-mana Ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c)\n\nbolehlah, dengan surat yang dialamatkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan,\n\nmemohon perkenan melalui Mufti, untuk melepaskan keahliannya.\n\n(3) Keahlian mana-mana ahli Jawatankuasa Fatwa yang tidak hadir ke mesyuarat sebanyak\n\ntiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah bolehlah ditamatkan.\n\n(4) Penamatan, pemberhentian atau pembatalan keahlian mana-mana Ahli Jawatankuasa\n\nFatwa hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n\n\nSeksyen 19. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan Fatwa\n\n(1) Tertakluk kepada seksyen 21 Jawatankuasa Fatwa hendaklah\u2014\n\n(a) atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, atau\n\n(b) atas kehendaknya sendiri, atau\n\n(c) atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat atau apa-apa cara yang\n\ndialamatkan kepada Mufti dan tertakluk kepada subseksyen (2),\n\nmengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau atas apa-apa\n\nisu yang berhubung dengan Hukum Syarak.\n(2) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbangkan permintaan oleh mana-mana orang\n\nkecuali pada fikirannya masalah yang dibentangkan itu hanya karut atau dengan apa-apa\n\nsebab lain yang munasabah yang tidak patut diberi jawapan.\n\n\n\nSeksyen 20. Korum\n\n(1) Pengerusi dan lima orang ahli Jawatankuasa Fatwa yang lain hendaklah membentuk\n\nkorum.\n\n(2) Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat,\n\ndan tiada ketetapan atau tindakan Jawatankuasa Fatwa yang dibuat atau dilaksanakan dalam\n\nsesuatu mesyuarat adalah sah melainkan, jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada\n\nanggota, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.\n\n(3) Tertakluk kepada kehendak Enakmen ini, Jawatankuasa Fatwa itu boleh membuat\n\nperaturannya sendiri dan membuat apa-apa tatacara di bawahnya.\n\n(4) Ahli Jawatankuasa Fatwa hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut Kanun\n\nKeseksaan [Akta 574].\n\n\n\nSeksyen 21. Tatacara mengeluarkan Fatwa\n\n(1) Sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan satu kajian atau\n\npenyelidikan dijalankan oleh Pegawai Penyelidik sebagaimana yang diarahkan olehnya dan\n\nsatu kertas kerja disediakan.\n\n(2) Mufti boleh memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud\n\nmembincangkan fatwa yang dicadangkan itu.\n\n(3) Apa-apa fatwa yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa yang melibatkan\n\nkepentingan awam hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n(4) Mufti hendaklah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebelum\n\napa-apa fatwa disiarkan dalam Warta.\n\n(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dalam tulisan Rumi,\n\ndan boleh mengandungi teks fatwa itu dalam tulisan Jawi.\n(6) Apa-apa pernyataan yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa di bawah\n\nEnakmen ini adalah fatwa.\n\n\n\nSeksyen 22. Fatwa adalah mengikat\n\n(1) Apa-apa fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam\n\nyang berada di Negeri Kedah Darul Aman sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipan di sisi Agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan\n\njika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-\n\nperkara amalan, kepercayaan atau pendapat.\n\n(2) Sesuatu fatwa bolehlah diterima oleh semua Mahkamah Syariah di dalam Negeri Kedah\n\nDarul Aman sebagai autoriti tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\nSeksyen 23. Pindaan atau pembatalan Fatwa\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah\n\ndisiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana Enakmen terdahulu.\n\n(2) Peruntukan seksyen 21 adalah terpakai bagi sesuatu pindaan atau pembatalan mana-mana\n\nfatwa.\n\n(3) Sesuatu pindaan atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah\n\ndisertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen 23.\n\n\n\nSeksyen 24. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional\n\n(1) Walau apapun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 19, apabila Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan Mufti hendaklah\n\nmenyembah maklum perkara itu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.\n\n(2) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada hubungan\n\ndengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh\n\nkepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana jabatan atau agensinya.\n(3) Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenannya di bawah\n\nsubseksyen (1), Mufti hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa,\n\nmemaklumkan kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman tentang rujukan itu.\n\n(4) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 25. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\n(1) Jika dalam mana-mana Mahkamah Sivil, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu\n\ndiputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan\n\nitu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada Mahkamah\n\nyang membuat permintaan pendapat itu.\n\n(2) Walau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman\n\nuntuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syarak di dalam mana-mana\n\nMahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.\n\n\n\nSeksyen 26. Qaul muktamad hendaklah diikuti\n\n(1) Dalam mempertimbangkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 21 atau memperakukan apa-\n\napa pendapat di bawah seksyen 25 Jawatankuasa Fatwa hendaklah, pada lazimnya mengikut\n\nqaul muktamad Mazhab Syafie berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijma\u2019 Ulamak dan Qiyas.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali\n\nsetelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, maka fatwa itu bolehlah diputuskan mengikut hematnya sendiri tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.\nBAHAGIAN IV \u2013 AM\n\n\n\nSeksyen 27. Kuasa membuat kaedah\n\nMufti boleh dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat apa-apa\n\nperaturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Enakmen ini.\n\n\n\nSeksyen 28. Kuasa melantik Jawatankuasa Kecil\n\nMufti boleh melantik beberapa jawatankuasa kecil bagi membantunya dalam menjalankan\n\ntugas-tugas Jabatan dengan lebih berkesan.\n\n\n\nSeksyen 29. Kecualian dan peralihan\n\nSemua tindakan, kaedah, fatwa, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, surat kebenaran,\n\npengesahan arah qiblat dan apa-apa perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau\n\nmenurut kuasa mana-mana Enakmen hendaklah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini\n\nterus berkuat kuasa setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga ia\n\ndibatalkan atau digantikan oleh kaedah, fatwa, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, surat\n\nkebenaran, pengesahan arah qiblat dan apa-apa perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di\n\nbawah Enakmen ini.\nJadual\n\n(Subseksyen 2(3))\n\n\n\nBENTUK SKRIP BAHASA ARAB BAGI PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDiluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 18 November 2007 bersamaan dengan 8\n\nZulkaedah 1428.\n\nABD. RASHID BIN HAJI OTHMAN\n\nSetiausaha Dewan Undangan Negeri\n\nKedah Darul Aman\n\n[PSU(K) 3784/1389]\nSENARAI PINDAAN\n\n\n\nUndang-undang yang\n\nmeminda\n\nTajuk ringkas Tarikh mula berkuatkuasa\n\nK.P.U. 30/2008 Pembetulan Seperti En. 6/2008 / En. 10 - 1\n\nApril 2008"} {"file": "fiqh/14937_1639706982.pdf", "text": ""} {"file": "fiqh/14924_1639707072.pdf", "text": "UNDANG-UNDANG MALAYSIA\n\n\n\nAKTA 505\n\nAKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH\n\nPERSEKUTUAN) 1993\n\nmengandungi pindaan terkini - P.U.(A) 250/2002\n\n\n\nBAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA\n\nDAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK\n\nSeksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nSeksyen 33. Kuasa Mufti.\n\nSeksyen 34. Fatwa.\n\nSeksyen 35. Bentuk fatwa.\n\nSeksyen 36. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 37. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.\n\nSeksyen 38. Permintaan pendapat daripada Mufti.\n\nSeksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.\n\n\n\nSeksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis\n\nmelantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi\n\nWilayah-Wilayah Persekutuan.\n\n(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebelum sahaja\n\npermulaan kuatkuasa itu, menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik di\n\nbawah Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini\n\nsebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah memegang jawatan\n\ndemikian.\nSeksyen 33. Kuasa Mufti.\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua\n\nperkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak\n\nberkuasa utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali\n\njika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.\n\n\n\nSeksyen 34. Fatwa.\n\n(1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya\n\nsendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan\n\nkepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-apa\n\npersoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau\n\nberhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n(2) Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan\n\nsehingga pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (1).\n\n(3) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam\n\nyang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah\n\nmenjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu\n\nmelainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-\n\nperkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.\n\n(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Wilayah-Wilayah\n\nPersekutuan sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.\n\n\n\nSeksyen 35. Bentuk fatwa.\n\n(1) Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut seksyen 34.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan Rumi, tetapi\n\nteks fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh juga disiarkan.\n\n\n\nSeksyen 36. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah\n\ndikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan suatu\n\nfatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 34 dan subseksyen (2)\n\nseksyen 35 hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa\n\nia dibuat menurut subseksyen (1).\n\n\n\nSeksyen 37. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa\n\nPerundingan Hukum Syarak.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada--\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) tidak kurang daripada dua orang, yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis;\n\ndan\n\n(e) seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang\n\ndilantik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.\n\n(3) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah dilantik\n\nsebagai anggota Jawatankuasa Undang-Undang Ugama yang ditubuhkan di bawah seksyen\n\n40 Enakmen hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik\n\nmenjadi anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan hendaklah terus menjadi\n\nanggota sehingga habis tempoh perlantikan mereka sekarang.\n\n(4) Daripada orang-orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang adalah anggota\n\nMajlis hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (c) subseksyen (2) dan\n\nyang lainnya hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen itu\n\n(5) Bilamana Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 34 dia hendaklah\n\nmemanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang\n\ndicadangkan itu.\n\n(6) Sebelum Mufti membuat fatwa, dia boleh menyebabkan kajian-kajian atau penyelidikan\n\ndijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.\nSeksyen 38. Permintaan pendapat daripada Mufti.\n\nWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang Mufti tidaklah boleh dipanggil\n\nuntuk memberikan pendapat atau keterangan berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-\n\nmana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah\n\nselain daripada Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan,\n\nmahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan itu, dan Mufti boleh\n\nmemperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu.\n\n\n\nSeksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa\n\npendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-\n\npandangan diterima (qaul muktamad) MazhabSyafie.\n\n(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan\n\nmembawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah\n\nmengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.\n\n(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu\n\nboleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam,\n\nMufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan\n\nqaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/16535_1639706830.pdf", "text": "NEGERI SEMBILAN\n\nENAKMEN 10 TAHUN 2003\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003\n\nMengandungi pindaan terkini - Ns En. 8/05\n\nBAHAGIAN III\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWA TANKUASA\n\nFATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG\n\nBERKEPENTINGAN NASIONAL\n\n\n\nSeksyen 45. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nSeksyen 46. Fungsi Mufti\n\nSeksyen 47. Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 47A. Melantik mana-mana orang dan jawatankuasa kecil\n\nSeksyen 48. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nSeksyen 49. Tatacara membuat fatwa\n\nSeksyen 50. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat\n\nSeksyen 51. Pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa\n\nSeksyen 52. Fatwa yang berhubung dengan kepentingan nasional\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\n\n\n45. (1) Yang di-Pertuan Besar boleh, atas nasihat Menteri Besar, melantik mana-mana orang\n\nyang layak dan sesuai menjadi Mufti Negeri Sembilan.\n\n(2) Yang di-Pertuan Besar boleh, atas nasihat Menteri Besar, selepas berunding dengan\n\nMufti, melantik manamana orang yang layak dan sesuai menjadi Timbalan Mufti bagi Negeri\n\nSembilan.\n\n(3) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Sembilan sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan\n\ntelah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Sembilan\n\ndan hendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\n46. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar berkenaan dengan\n\nsemua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi\n\npihak berkuasa utama di Negeri Sembilan selepas Yang di-Pertuan Besar, kecuali jika\n\ndiperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini. Perkhidmat awam. Majlis boleh menentukan\n\ntatacaranya sendiri.\n\n\n\n47. (1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada\u2014\n\n(a) Mufti sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang mahir dalam Hukum\n\nSyarak yang dilantik oleh Majlis atas syor Pengarah Jabatan itu;\n\n(e) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada lapan orang yang mahir\n\ndalam Hukum syarak yang dilantik oleh Majlis setelah berunding dengan Mufti;\n\ndan\n\n(f) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik oleh Mufti, yang\n\nhendaklah bertindak sebagai Setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, menjadi\n\nanggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen yang terdahulu\n\nhendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi\n\nanggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga\n\nhabis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nyang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.\n48. Tertakluk kepada seksyen 52, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-\n\nPertuan Besar, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana\n\norang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa\n\natas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang\n\nberhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa.\n\nKuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\n49. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat sesuatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-\n\napa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan suatu\n\nkertas kerja disediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, memaklumkan fatwa yang telah disediakan itu kepada Majlis.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa hendaklah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Besar untuk\n\nmendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(5) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar, Jawatankuasa fatwa\n\nhendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan sesudah itu hendaklah\n\nmenyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(6) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertai dengan pernyataan bahawa\n\nfatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n(7) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi\n\nteks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.\n\n(8) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh dikira suatu fatwa\n\nmelainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen (5).\nTatacara membuat fatwa.\n\n50. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang\n\nIslam yang berada di Negeri Sembilan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika\n\ndia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara\n\namalan.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Sembilan\n\nberkenaan dengan semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\n51. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-\n\nmana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen\n\nyang terdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan seksyen 49, kecuali subseksyen 49(6), hendaklah terpakai\n\nbaginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertai dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\n52. (1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 48, apabila Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan\n\nperkara itu kepada Majlis.\n\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Yang di-Pertuan\n\nBesar untuk mendapatkan perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada\n\nJawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja. Fatwa yang disiarkan dalam\n\nWarta adalah mengikat. Fatwa yang berhubung dengan kepentingan nasional. Pindaan,ubah\n\nsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa hendaklah disifatkan berkaitan\n\ndengan perkaraperkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu berhubung\n\ndengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh\nkepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan\n\natau agensinya.\n\n(4) Jika Yang di-Pertuan Besar memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2), Majlis\n\nhendaklah, sebelum fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubah suaian yang disyorkan olehnya, atau\n\nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka\n\nMajlis setelah berunding dengan Jawatankuasa fatwa boleh menimbangkan nasihat dan syor\n\nitu dan sesudah itu boleh menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan\n\ndalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian, dan peruntukan seksyen 49, kecuali\n\nsubseksyen 49(6), hendaklah terpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertai dengan pernyataan bahawa\n\nfatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\n53. (1) Jika dalam mana-mana mahkamah, selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan\n\nHukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa\n\nFatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa\n\nitu kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n(2) Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman\n\nuntuk memberikan pendapat atau keterangan mengenai Undangundang Islam di dalam mana-\n\nmana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah\n\nselain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Undang-undang Islam patut diputuskan,\n\nmahkamah itu boleh meminta Mufti memberikan pendapat mengenai hal itu, dan Mufti boleh\n\nmengesahkan pendapatnya kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.\n54. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 49, atau memperakukan\n\nsesuatu pendapat di bawah seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya\n\nmengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau\n\nHambali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14936_1639707738.pdf", "text": "ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001\n\n\n\nBAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.\n\n\n\nMufti\n\nSeksyen 35. Pelantikan Mufti.\n\n\n\nLembaga Fatwa\n\nSeksyen 36. Penubuhan Lembaga Fatwa.\n\nSeksyen 37. Kuasa Majlis untuk mengeluarkan fatwa.\n\nSeksyen 38. Meminta pendapat daripada Lembaga Fatwa.\n\nSeksyen 39. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\nSeksyen 40. Pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 41. Fatwa yang ada kaitan dengan perka\n\nnasional.\n\nSeksyen 42. Menerima pakai nasihat d\n\n\n\nMufti\n\n\n\nSeksyen 35. Pelantikan Mufti.\n\n(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Yang di\n\nlayak dan sesuai untuk menjadi Mufti.\n\n\n\n\n\nNEGERI SARAWAK\n\nORDINAN 41 TAHUN 2001\n\nORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001\n\nPELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.\n\nPelantikan Mufti.\n\nPenubuhan Lembaga Fatwa.\n\nKuasa Majlis untuk mengeluarkan fatwa.\n\nMeminta pendapat daripada Lembaga Fatwa.\n\nyang hendaklah diikuti.\n\npengubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nFatwa yang ada kaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nSeksyen 35. Pelantikan Mufti.\n\nPertuan Agong boleh, atas syor Yang di-Pertua Negeri, melantik seorang yang\n\ndan sesuai untuk menjadi Mufti.\n\nPELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.\n\nperkara yang menyentuh kepentingan\n\nan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nPertua Negeri, melantik seorang yang\n(2) Mufti hendaklah secara ex officio menjadi anggota Majlis dan dia tidaklah tertakluk\n\nkepada seksyen 11.\n\n\n\nLembaga Fatwa\n\n\n\nSeksyen 36. Penubuhan Lembaga Fatwa.\n\n(1) Maka hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Ordinan ini, suatu Lembaga Fatwa yang terdiri\n\ndaripada Mufti dan tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada lapan orang\n\nanggota lain yang hendaklah membantu dan menasihati Majlis atas semua perkara yang\n\nberhubungan dengan Undang-Undang Islam.\n\n(2) Anggota-anggota Lembaga Fatwa, selain Mufti, hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua\n\nNegeri, atas syor Majlis, bagi apa-apa jua tempoh sebagaimana yang ditetapkan.\n\n(3) Mufti hendaklah menjadi Pengerusi Lembaga Fatwa dan semasa dia tidak menghadiri\n\nmana-mana mesyuarat, anggota-anggota yang hadir boleh memilih seorang anggota dari\n\nkalangan mereka untuk bertindak selaku Pengerusi mesyuarat itu.\n\n(4) Kehadiran Pengerusi dan tiga orang anggota lain Lembaga Fatwa sudah cukup menjadi\n\nsatu kuorum.\n\n(5) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Lembaga Fatwa hendaklah\n\nmempunyai kuasa untuk mengawalselia tatacaranya sendiri.\n\n(6) Bagi maksud subseksyen (4), \"Pengerusi\" hendaklah termasuk seseorang yang dipilih\n\nuntuk bertindak selaku Pengerusi mengikut subseksyen (3).\n\n\n\nSeksyen 37. Kuasa Majlis untuk mengeluarkan fatwa.\n\n(1) Majlis boleh mengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa perkara atau rukun Undang-Undang\n\nIslam atau atas apa-apa perkara mengenai amalan agama Islam:\n\n(a) atas daya usahanya sendiri; atau\n\n(b) sekiranya permintaan supaya dikeluarkan suatu fatwa dibuat oleh seseorang\n\ndalam golongan yang mempercayai agama Islam dan yang mewakili suatu\n\nbahagian daripada masyarakat Islam di dalam Negeri.\n(2) (a) Sebaik sahaja menerima permintaan di bawah subseksyen (1)(b), Setiausaha\n\nhendaklah segera mengemukakan permintaan itu kepada Mufti yang, jika berpuas hati\n\nbahawa fatwa yang diminta itu adalah berkaitan dengan perkara mengenai Undang-Undang\n\nIslam atau amalan agama Islam yang menarik minat atau menimbulkan kebimbangan kepada\n\nmasyarakat Islam di dalam Negeri atau mana-mana bahagian daripadanya, akan\n\nmenyebabkan dijalankan suatu kajian atau penyelidikan mengenai isu yang dibangkitkan dan\n\nfatwa yang dicadangkan diminta itu, untuk membolehkan Lembaga Fatwa menimbangteliti\n\nmengenainya.\n\n(b) Jika Lembaga Fatwa memutuskan bahawa fatwa yang dicadangkan itu patut dikemukakan\n\nkepada Majlis untuk pertimbangannya, maka Lembaga Fatwa hendaklah mengemukakan\n\npendapat bertulisnya mengenai fatwa itu kepada Majlis.\n\n(3) (a) Sekiranya Majlis memutuskan, sama ada atas daya usahanya sendiri atau menurut\n\nsuatu permintaan yang dibuat oleh seseorang mengikut subseksyen (1)(b), bahawa sesuatu\n\nfatwa patut dikeluarkan, maka Majlis hendaklah, melalui Setiausaha Kerajaan Negeri,\n\nmenghantar keputusannya itu kepada Yang di-Pertua Negeri untuk mendapat persetujuannya.\n\n(b) Sesuatu keputusan di bawah perenggan (a) boleh dibuat mengikut bilangan majoriti\n\nanggota Majlis.\n\n(4) Sebaik sahaja persetujuan Yang di-Pertua Negeri didapati mengenai pengeluaran fatwa,\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta dan\n\nberikutan dengan itu, fatwa itu hendaklah, mulai tarikh yang dinyatakan dalam\n\npemberitahuan Warta, mengikati semua orang Islam di dalam Negeri.\n\n(5) (a) Sesuatu fatwa hendaklah mulai tarikh yang disebut dalam subseksyen (4) diiktiraf oleh\n\nsemua mahkamah di dalam Negeri sebagai konklusif mengenai perkara-perkara yang\n\ndinyatakan di dalamnya.\n\n(b) Dalam prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, pengemukaan pemberitahuan Warta\n\nyang disiarkan menurut subseksyen (4) hendaklah menjadi bukti konklusif tentang fatwa\n\nyang terkandung di dalamnya.\n\n\n\nSeksyen 38. Meminta pendapat daripada Lembaga Fatwa.\n\nJika di dalam mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan\n\nmengenai Undang-Undang Islam perlu diputuskan atau diperjelaskan, mahkamah itu boleh\n\nmeminta pendapat Lembaga Fatwa mengenainya dan Lembaga Fatwa boleh, dengan\npersetujuan Majlis, mengemukakan pendapatnya kepada mahkamah yang memintanya\n\ndengan syarat bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Lembaga tidaklah boleh dianggap\n\nsebagai fatwa.\n\n\n\nSeksyen 39. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, atau memperakukan pendapat\n\ndi bawah seksyen 38, Majlis hendaklah pada lazimnya mengikut pendapat-pendapat yang\n\nditerima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Majlis berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie itu akan\n\nmembawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan awam, maka Majlis\n\nboleh, dengan keizinan khas Yang di-Pertua Negeri, mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nHanafi, Maliki atau Hanbali.\n\n(3) Jika Majlis berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab\n\nitu boleh diikuti tanpa membawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan\n\nkepentingan awam, maka Majlis boleh, dengan keizinan khas Yang di-Pertua Negeri,\n\nmembuat fatwa mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad mana-mana\n\nsatu daripada empat Mazhab itu.\n\n(4) Semasa membuat apa-apa fatwa di bawah subseksyen (2) atau (3), Majlis boleh\n\nmenerangkan secara terperinci dan dengan memberi apa-apa penjelasan yang diperlukan\n\ntentang peruntukan-peruntukan dan prinsip-prinsip yang diikutinya.\n\n\n\nSeksyen 40. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) MajIis boleh meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah\n\ndisiarkan dalam Warta di bawah Ordinan ini atau di bawah Ordinan dimansuhkan.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.\nSeksyen 41. Fatwa yang ada kaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh\n\nkepentingan nasional.\n\n(1) Walau apa pun kuasa Lembaga Fatwa di bawah seksyen 37, apabila ternampak kepada\n\nLembaga Fatwa bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Lembaga Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan\n\nperkara itu kepada Majlis dengan sewajarnya.\n\n(2) Selepas menimbangteliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Yang di-Pertua\n\nNegeri bagi mendapatkan perkenannya untuk merujukkan fatwa yang dicadangkan itu kepada\n\nMajlis Raja-Raja melalui Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa hendaklah disifatkan berkaitan\n\ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada kaitan\n\ndengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh\n\nkepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan\n\natau agensinya.\n\n(4) Jika Yang di-Pertua Negeri memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2), Majlis\n\nhendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,\n\nmemaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan; Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu hendaklah mengemukakan nasihat dan\n\nsyornya tentang perkara itu kepada Majlis Raja-Raja mengikut subseksyen (2).\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan dan mengesyorkan supaya dibuat\n\nfatwa yang dicadangkan itu, dengan atau tanpa apa-apa ubahsuaian, atau supaya dibuat suatu\n\nfatwa lain tentang perkara yang sama, dan MajIis Raja-Raja telah bersetuju-\n\n(a) bahawa fatwa yang dicadangkan itu menyentuh perbuatan atau amalan agama yang\n\nmeliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan; dan\n\n(b) dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu,\n\nmaka Majlis hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Negeri tentang fatwa itu mengikut apa-\n\napa nasihat dan syor itu dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini\n\n\n\nSeksyen 42. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n(1) Majlis boleh menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\nyang menyentuh perbuatan atau amalan agama yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang\n\nmerupakan perbuatan atau amalan agama yang meliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara\n\n38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.\n\n(2) Nasihat dan syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai fatwa dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini."} {"file": "fiqh/14927_1639562797.pdf", "text": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003\n\nBAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL\n\nAGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN\n\nDENGAN KEPENTINGAN NASIONAL\n\n\n\nFasal 44. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nFasal 45. Fungsi Mufti\n\nFasal 46. Jawatan kuasa Fatwa\n\nFasal 47. Kuasa Jawatan kuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nFasal 48. Tatacara pembuatan fatwa\n\nFasal 49. Fatwa yang disiarkan dalam warta adalah mengikat\n\nFasal 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa\n\nFasal 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan kebangsaan\n\nFasal 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan\n\nFasal 53. Meminta pendapat daripada Jawatan kuasa Fatwa\n\nFasal 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\n\n\nFasal 44. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas n\n\norang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Tim\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam\n\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menj\n\nbagi Negeri Johor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah\n\n\n\nNEGERI JOHOR\n\nENAKMEN 16 TAHUN 2003\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003\n\n\n\nPERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL\n\nAGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN\n\nDENGAN KEPENTINGAN NASIONAL\n\nPerlantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nJawatan kuasa Fatwa\n\nKuasa Jawatan kuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nmbuatan fatwa\n\nFatwa yang disiarkan dalam warta adalah mengikat\n\nPindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa\n\nFatwa yang ada hubungan dengan kepentingan kebangsaan\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan\n\nMeminta pendapat daripada Jawatan kuasa Fatwa\n\nQaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\nFasal 44. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat Majlis, hendaklah melantik mana\n\norang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Johor.\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta\n\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Johor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003\n\nPERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL\n\nAGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan\n\nasihat Majlis, hendaklah melantik mana-mana\n\nbalan Mufti bagi Negeri Johor.\n\nWarta.\n\nadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Johor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah\ndilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Johor dan\n\nhendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\nFasal 45. Fungsi Mufti.\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pentadbiran\n\nkerajaan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara\n\nsedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Johor selepas Duli Yang\n\nMaha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\n\n\nFasal 46. Jawatankuasa Fatwa.\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada \u2013\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak\n\ndan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan\n\n(e) seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis sebagai Setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu\n\nhendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi\n\nanggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga\n\ntempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nberhubungan dengan tatacara dan amalannya dan kouram mesyuarat Jawatankuasa Fatwa\n\nialah kehadiran lima ahli termasuk Pengerusi.\n\n\n\nFasal 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nTertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana\n\norang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa\natas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan ketidaktentuan\n\nberhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n\n\nFasal 48. Tatacara pembuatan fatwa.\n\n(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian\n\natau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja\n\ndisediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.\n\n(4) Majlis boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan\n\nperkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum\n\npenjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu\n\nperIu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis\n\nhendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu\n\nhendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan atau disampaikan dalam bahasa kebangsaan dalam\n\ntulisan jawi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan rumi boleh juga disiarkan dan segala Fatwa\n\nyang dikeluarkan adalah muktamad.\n\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai\n\nfatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).\n\n(10) Walau apa pun yang diperuntukkan oleh subseksyen (3), (4), (6) dan (9), jika perkara\n\nyang dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa untuk fatwa tidak menyentuh masalah umum\ndan kepentingan negara, atau telah diketahui umum akan hukum hakamnya, Mufti bolehlah\n\nmengeluarkan fatwa dan memaklumkan fatwa tersebut terus kepada orang yang memohon\n\nfatwa itu dan fatwa yang dimaklumkan sedemikian kepada orang yang memohon itu tidaklah\n\nperlu diwartakan tetapi adalah mengikat untuk dipatuhi.\n\n\n\nFasal 49. Fatwa yang disiarkan atau dimaklumkan adalah mengikat.\n\n(1) Apabila mana-mana fatwa telah disiarkan atau dimaklumkan, maka fatwa itu hendaklah\n\nmengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Johor sebagai ajaran agamanya dan\n\nhendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan\n\nfatwa itu, melainkan jika dia telah mendapat kecualian oleh Jawatankuasa Fatwa berdasarkan\n\nHukum Syarak.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri Johor tentang\n\nsemua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\nFasal 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana\n\nfatwa yang telah disiarkan dalam Warta atau telah dimaklumkan di bawah Enakmen ini, atau\n\ndi bawah Enakmen terdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\nFasal 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan kebangsaan.\n\n(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan\n\nperkara itu kepada Majlis.\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu Majlis boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan untuk mendapat perkenannya supaya fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan\n\nkepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan\n\ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan kebangsaan jika persoalan itu ada\n\nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, rancangan atau kegiatan yang secara langsung\n\nmenyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana\n\nkementerian, jabatan atau agensi-agensinya.\n\n(4) Jika Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2),\n\nMajlis hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,\n\nmemaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau\n\nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka\n\nMajlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan\n\nsupaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan\n\natau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nFasal 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa bolehlah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa\n\nFatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis\n\nRaja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut\n\nFasal 2(b) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.\n(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nFasal 53. Meminta pendapat daripada Jawatan kuasa Fatwa.\n\nJika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum\n\nSyarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatan kuasa Fatwa\n\ntentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatan kuasa Fatwa itu\n\nkepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n\n\nFasal 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa\n\npendapat di bawah seksyen 53 Jawatan kuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul\n\nmuktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Jawatan kuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatan\n\nkuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.\n\n(3) Jika Jawatan kuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14932_1639707464.pdf", "text": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004\n\nBAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA,\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nKEPENTINGAN NASIONAL\n\n\n\nSeksyen 33. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nSeksyen 34. Fungsi Mufti.\n\nSeksyen 35. Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 36. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nSeksyen 37. Tatacara pembuatan fatwa.\n\nSeksyen 38. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\nSeksyen 39. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 40. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional.\n\nSeksyen 41. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nSeksyen 42. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 43. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n\n\nSeksyen 33. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hend\n\nsesuai untuk menjadi Mufti ba\n\n(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana\n\nuntuk menjadi Timbalan Mufti ba\n\n(3) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam\n\n\n\nNEGERI PERAK\n\nENAKMEN 4 TAHUN 2004\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA,\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nKEPENTINGAN NASIONAL\n\nPelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nJawatankuasa Fatwa.\n\nKuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\ntacara pembuatan fatwa.\n\nFatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\nPindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nFatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional.\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nMeminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nQaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\nSeksyen 33. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik mana-mana orang yang layak dan\n\nsesuai untuk menjadi Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.\n\n(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai\n\nuntuk menjadi Timbalan Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.\n\nPelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA,\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nmana orang yang layak dan\n\nmana orang yang layak dan sesuai\n\nWarta.\n(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufit bagi Negeri Perak\n\nDarul Ridzuan sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah\n\ndilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan hendaklah\n\nterus memegang jawatan itu.\n\n\n\nSeksyen 34. Fungsi Mufti.\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan\n\nsemua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi\n\npihak berkuasa utama di Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,\n\nkecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\n\n\nSeksyen 35. Jawatankuasa Fatwa.\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada\u2014\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang arif dalam Hukum Syarak yang dinamakan oleh\n\nMajlis;\n\n(d) seorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Perak yang layak dan sesuai yang\n\ndinamakan oleh Pengarah Jabatan iu;\n\n(e) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak\n\ndan sesuai yang arif dalam Hukum Syarak yang hendaklah dilantik oleh Majlis; dan\n\n(f) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilanyik oleh Majlis, yang hendaklah\n\nmenjadi Setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk\n\nkepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota\n\nJawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang\n\nterdahulu.\n\n(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti, yang menjadi\n\nanggota Jawatankusa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.\n(5) Jawatankusa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nyang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.\n\n\n\nSeksyen 36. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nTertakluk kepada seksyen 40, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana\n\norang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa\n\natas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontrovesi tentang\n\natau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n\n\nSeksyen 37. Tatacara pembuatan fatwa.\n\n(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat sesuatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya\n\napa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan suatu\n\nkertas kerja disediakan.\n\n(2) Bilamana Jawatankuasa bercadang hendak membuat sesuatu fatwa, Mufti hendaklah\n\nmemanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatawa bagi maksud membincangkan fatwa yang\n\ndicadangkan itu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, memaklumkan Majlis tentang fatwa yang telah disediakan itu.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk\n\nmendapatkan perkenan Baginda bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum\n\npenjelasan dan ulasan daripada Jawatankuasa Fatwa jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat\n\npenjelasan dan ulasan itu perlu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Jawatankuasa\n\nFatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan sesudah itu hendaklah\n\nmenyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi dan jawi,\n\ndan nas fatwa itu hendaklah dalam tulisan jawi.\n\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil\n\nsebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen (6).\n\n\n\nSeksyen 38. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\n(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam\n\nyang berada di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah\n\nmenjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu,\n\nmelainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam\n\nperkara-perkara amalan, kepercayaan atau pendapat peribadi.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Perak Darul\n\nRidzuan tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya. Jika terdapat perbezaan fatwa\n\natas perkara yang sama, fatwa yang terakhir dikeluarkan hendaklah terpakai.\n\n\n\nSeksyen 39. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubah suai atau membatalkan mana-mana fatwa\n\nyang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen terdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan seksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai\n\nbaginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\nSeksyen 40. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional.\n\n(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 36, bilamana Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan\n\nperkara itu kepada Majlis.\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan untuk mendapatkan perkenan Baginda agar fatwa yang dicadangkan itu\n\ndirujukkan kepada Majlis Raja-Raja, melalui Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa hendaklah disifatkan berkaitan\n\ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada\n\nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti secara langsung menyentuh\n\nkepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan\n\natau agensinya.\n\n(4) Jika Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenan Baginda di bawah subseksyen\n\n(2), Majlis hendaklah, sebelum fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada Jawatankuasa\n\nFatwa Kebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau\n\nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah memperkenankan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu,\n\nmaka Majlis selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbangkan\n\nnasihat dan syor itu dan sesudah itu boleh menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan\n\nsyor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian, dan peruntukan\n\nseksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 41. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa\n\nFatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang diperkenankan oleh\n\nMajlis Raja-Raja sebagai merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh\n\nPersekutuan menurut Fasal (2)(b) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.\n(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai suatu fatwa dan seksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 42. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nJika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah apa-apa persoalan tentang\n\nHukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa\n\nFatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankusa Fatwa itu\n\nkepada mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n\n\nSeksyen 43. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, atau memperakukan sesuatu\n\npendapat di bawah seksyen 42, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul\n\nmuktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mahzab Shafie.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mahzab\n\nShafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mahzab Hanafi, Maliki atau\n\nHambali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa boleh membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14934_1639707624.pdf", "text": "PAHANG\n\nENAKMEN 3 TAHUN 1991\n\nENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991\n\nMengandungi pindaan terkini - Phg. En. 5/01\n\nBAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG\n\n\n\nSeksyen 34. Perlantikan Mufti.\n\nSeksyen 35. Kuasa Mufti.\n\nSeksyen 36. Fatwa.\n\nSeksyen 37. Bentuk fatwa.\n\nSeksyen 38. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 39. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.\n\nSeksyen 40. Permintaan untuk pendapat oleh mana-mana mahkamah.\n\nSeksyen 41. Nas yang akan diikuti.\n\n\n\nSeksyen 34. Perlantikan Mufti.\n\n(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang yang layak dan\n\nsesuai untuk menjadi Mufti Negeri selama tempoh dan menurut syarat-syarat yang\n\ndiperkenankan oleh Baginda.\n\n(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini, orang yang menjadi mufti Negeri sebelum sahaja\n\nberkuatkuasa seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini\n\nmenjadi Mufti Negeri dan hendaklah terus memegang jawatan itu sehingga perlantikan Mufti\n\nNegeri di bawah Enakmen ini dibuat.\n\n(3) Seorang Timbalan Mufti Negeri boleh dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia\n\nSultan untuk membantu Mufti menjalankan tugasnya di bawah Enakmen ini.\n\n(4) Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\nSeksyen 35. Kuasa Mufti.\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan\n\nberkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Hukum Syarak, dan dalam\n\nsemua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Pahang\n\nselepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam\n\nEnakmen ini.\n\n\n\nSeksyen 36. Fatwa.\n\n(1) Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang\n\nyang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Kebawah Duli\n\nYang Maha Mulia Sultan, membuat dan, tertakluk kepada subseksyen 2, menyiarkan dalam\n\nWarta fatwa atau pendapat atas sesuatu persoalan yang belum diputuskan atau persoalan yang\n\nmenimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syarak.\n\n(2) Sesuatu fatwa yang dibuat oleh Mufti boleh disiarkan dalam Warta jika difikirkan perlu\n\noleh Mufti tetapi hendaklah disiarkan dalam Warta jika diperintahkan dibuat demikian oleh\n\nKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.\n\n(3) Sebaik sahaja dibuat oleh Mufti, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam\n\nyang tinggal di Negeri Pahang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya mengikuti dan berpegang kepada fatwa itu, kecuali dia dibenarkan oleh Hukum\n\nSyarak menyimpang daripada fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau\n\npendapat.\n\n(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang\n\nsebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.\n\n\n\nSeksyen 37. Bentuk fatwa.\n\n(1) Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut seksyen 36.\n\n(2) Sesuatu fatwa jika disiarkan dalam Warta hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan dalam\n\ntulisan rumi dan jawi.\nSeksyen 38. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang\n\nyang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Kebawah Duli\n\nYang Maha Mulia Sultan, meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana fatwa\n\nyang dikeluarkan olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap\n\nmenjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4) seksyen 36 dan\n\nsubseksyen (2) seksyen 37 hendaklah terpakai.\n\n(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia\n\ndibuat menurut peruntukan subseksyen (1).\n\n\n\nSeksyen 39. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa\n\nPerundingan Hukum Syarak.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada \u2013\n\n(a) Mufti sebagai Pengerusi;\n\n(b) dua orang ahli Majlis yang dilantik oleh Majlis;\n\n(c) seseorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Pahang yang mahir dalam\n\nHukum Syarak yang akan dilantik oleh Majlis; dan\n\n(d) sekurang-kurangnya dua orang, tetapi tidak lebih daripada enam orang yang akan\n\ndilantik oleh Majlis, terdiri daripada orang-orang yang mahir dalam Hukum Syarak.\n\n(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini telah dilantik sebagai ahli\n\nJawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen 1982, hendaklah\n\ndisifatkan sebagai telah dipilih atau dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum\n\nSyarak dan hendaklah terus menjadi ahli sehingga tamat tempoh perlantikannya.\n\n(4) Pengerusi dan dua orang ahli Jawatankuasa yang lain, seorang daripadanya bukan ahli\n\nMajlis, hendaklah menjadi kuorum.\n\n(5) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 36, dia hendaklah\n\nmemanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan persoalan yang\n\nhendak diberi fatwa itu.\n(6) Jawatankuasa hendaklah menimbangkan cadangan tersebut dan hendaklah, melainkan\n\npada pandangan Jawatankuasa persoalan yang dirujukkan itu adalah remeh atau atas sebab-\n\nsebab lain tidak sepatutnya diputuskan, menyediakan satu draf fatwa mengenainya dan jika\n\ndraf fatwa itu diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa, Mufti boleh membuat\n\nfatwa menurut seksyen 36.\n\n(7) Sebelum Mufti bercadang membuat fatwa, dia boleh mengarahkan suatu kajian atau\n\npenyelidikan dibuat dan kertas kerja disediakan.\n\n\n\nSeksyen 40. Permintaan untuk pendapat oleh mana-mana mahkamah.\n\nWalau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidak boleh disaman untuk\n\nmemberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syarak di dalam mana-mana\n\nmahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah lain\n\ndaripada Mahkamah Syariah sesuatu persoalan Hukum Syarak patut diputuskan, mahkamah\n\nitu boleh meminta Mufti memberi pendapat mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh\n\nmemberi pendapatnya kepada mahkamah itu.\n\n\n\nSeksyen 41. Nas yang akan diikuti.\n\n(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36 atau memberi pendapat di bawah\n\nseksyen 40, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.\n\n(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie boleh\n\nmembawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh\n\nmengikuti qaul muktamad Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, atau Mazhab Hambali.\n\n(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada suatupun daripada qaul muktamad empat Mazhab\n\nitu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan\n\nawam, Mufti boleh memutuskan masalah itu menurut pendapatnya sendiri dengan tidak\n\nterikat kepada qaul muktamad mana-mana Mazhab yang empat."} {"file": "fiqh/14929_1639707366.pdf", "text": "NEGERI SELANGOR\n\nENAKMEN 1 TAHUN 2003\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003\n\nMengandungi pindaan terkini - En. A5\n\nBAHAGIAN III\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWA TANKUASA\n\nFATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN\n\nNASIONAL\n\n\n\nSeksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nSeksyen 45. Fungsi Mufti.\n\nSeksyen 46. Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 47. Kuasa Jawatankuasa fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nSeksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa.\n\nSeksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\nSeksyen 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional.\n\nSeksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n\n\nPelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\n44. Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik mana-mana orang yang layak dan\n\nsesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Selangor.\n\n(1) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam warta.\n\n(2) Apabila Seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan\n\nMufti bagi Negeri Selangor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah\ndisifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri\n\nSelangor dan hndaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\nFungsi Mufti\n\n45. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan bekenaan\n\ndengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah\n\nmenjadi pihak berkuasa utama di Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,\n\nkecuali jika diperuntukkan selainnya dalam enakmen ini.\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa\n\n46. (1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada\u2014\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;\n\n(d) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(e) seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor yang mahir dalam Hukum\n\nSyarak yang akan dilantik oleh Majlis;\n\n(f) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak\n\ndan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan\n\n(g) seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu\n\nhendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi\n\nanggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga\n\ntempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nberhubungan dengan tatacara dan amalannya.\nKuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\n47. Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang\n\nMaha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-\n\nmana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu\n\nfatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi\n\nberhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n\n\nTatacara pembuatan fatwa\n\n48. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya\n\nkajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja\n\ndisediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.\n\n(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum\n\npenjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu\n\nperlu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis\n\nhendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu\n\nhendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi\n\nteks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai\n\nfatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).\n\n\n\nFatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat\n\n49. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang\n\nIslam yang berada di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu,\n\nmelainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam\n\nperkara-perkara amalan peribadi.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri Selangor\n\ntentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\nPindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa\n\n50. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-\n\nmana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah\n\nEnakmen terdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\nFatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional\n\n51. (1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan\n\nperkara itu kepada Majlis.\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu Majlis boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan untuk mendapat perkenannya supaya fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan\n\nkepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan\n\ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada\n\nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung\n\nmenyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana\n\nkementerian, jabatan atau agensi-agensinya.\n\n(4) Jika Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2),\n\nMajlis hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,\n\nmemaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau\n\nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka\n\nMajlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan\n\nsupaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan\n\natau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\n52. (1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor\n\nJawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan yang dipersetujui\n\noleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan\n\nmenurut Fasal 2(b) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.\n(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nMeminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\n53. Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum\n\nSyarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa\n\ntentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu\n\nkepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n\n\nQaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\n54. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa\n\npendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul\n\nmuktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14931_1639707416.pdf", "text": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004\n\nMengandungi pindaan terkini\n\nBAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nPERKARA KEPENTINGAN NASIONAL\n\n\n\nSeksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nSeksyen 45. Fungsi Mufti\n\nSeksyen 46. Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nSeksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa\n\nSeksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat\n\nSeksyen 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan\n\nSeksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional\n\nSeksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\n\n\nSeksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\n(1) Yang di-Pertuan Agong, atas\n\nmana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan M\n\nPulau Pinang.\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam\n\n\n\nPULAU PINANG\n\nENAKMEN 2\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004\n\nMengandungi pindaan terkini - Pg.P.U. 11/2008\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nKEPENTINGAN NASIONAL\n\nPelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nJawatankuasa Fatwa\n\nKuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nTatacara pembuatan fatwa\n\ndisiarkan dalam Warta adalah mengikat\n\nPindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa\n\nFatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\nMeminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nQaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\nSeksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti\n\nPertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh melantik\n\nmana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan M\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA\n\nJAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN\n\nFatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional\n\nMenerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\nnasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh melantik\n\nmana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri\n\nWarta.\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah\n\ndisifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri\n\nPulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\nSeksyen 45. Fungsi Mufti\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua\n\nperkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak\n\nberkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika\n\ndiperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\n\n\nSeksyen 46. Jawatankuasa Fatwa\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada\u2014\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak\n\ndan sesuai, yang dilantik oleh Mufti; dan\n\n(e) seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk\n\nkepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota\n\nJawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh\n\npelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.\n\n(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti,\n\nyang adalah anggota atas nama jawatan bagi Jawatankuasa Syariah yang disebut dalam\n\nsubseksyen (3).\n\n(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nberhubungan dengan tatacara dan amalannya.\nSeksyen 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa\n\nTertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan\n\nAgong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang\n\nmelalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan\n\nyang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan\n\nHukum Syarak.\n\n\n\nSeksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa\n\n(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian\n\natau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja\n\ndisediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk\n\nmendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa\n\nhendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah\n\nmenyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat\n\n(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam\n\nyang berada di Negeri Pulau Pinang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu,\n\nmelainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam\n\nperkara-perkara amalan.\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Pulau Pinang\n\ntentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\nSeksyen 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana\n\nfatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen\n\nterdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\nSeksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional\n\n(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa\n\nFatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan\n\nperkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu.\n\n(2) Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk\n\nmendapat perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada Jawatankuasa\n\nFatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan\n\ndengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada\n\nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung\n\nmenyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana\n\nkementerian, jabatan atau agensi-agensinya.\n\n(4) Setelah Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2),\n\nJawatankuasa Fatwa hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau\n\nmenasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka\n\nJawatankuasa Fatwa hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah\n\nmenyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-\n\napa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen\n\n48(5), hendaklah terpakai baginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa\n\nFatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang telah dipersetujui\n\noleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan\n\nmenurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.\n\n(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa\n\nJika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum\n\nSyarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa\n\ntentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu\n\nkepada mahkamah yang membuat permintaan itu.\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa\n\npendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul\n\nmuktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau\n\nHambali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14928_1639707293.pdf", "text": "MELAKA\n\nENAKMEN 7 TAHUN 2002\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002\n\n\n\nBAHAGIAN III\n\nPELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWA TANKUASA\n\nFATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN\n\nNASIONAL\n\n\n\nSeksyen 32. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nSeksyen 33. Fungsi Mufti.\n\nSeksyen 34. Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 35. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nSeksyen 36. Tatacara pembuatan fatwa.\n\nSeksyen 37. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\nSeksyen 38. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 39. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional.\n\nSeksyen 40. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\nSeksyen 41. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 42. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n\n\n32. (1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Pihak Berkuasa Negeri, selepas berunding\n\ndengan Majlis, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan\n\nTimbalan Mufti bagi Negeri Melaka.\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Melaka sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan\ntelah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Melaka\n\ndan hendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n\n\n33. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan\n\nsemua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi\n\npihak berkuasa utama di Negeri Melaka selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika\n\ndiperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\nPekhidmat awam. Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.\n\n\n\nPelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nFungsi Mufti.\n\n34. (1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada\u2014\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak\n\ndan sesuai yang dilantik oleh Majlis; dan\n\n(e) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai\n\nSetiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan\n\ntelah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi\n\nanggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang\n\nterdahulu, dan dalam hal Mufti yang dilantik di bawah Enakmen terdahulu, dia hendaklah\n\ndisifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu.\n\n(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nyang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.\n\n\n\n35. Tertakluk kepada seksyen 39, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-\n\nPertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana\n\norang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas\napa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang\n\nberhubungan dengan Hukum Syarak.\n\n\n\n36. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat sesuatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan\n\nsupaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan suatu\n\nkertas kerja disediakan.\n\nJawatankuasa Fatwa. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa. Tatacara\n\npembuatan fatwa.\n\n(2) Bilamana Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.\n\n(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Yang di-Pertuan\n\nAgong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.\n\n(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum\n\npenjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu\n\nperlu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Majlis hendaklah\n\nmemaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan sesudah itu hendaklah menyebabkan\n\nfatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi\n\nteks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.\n\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai\n\nfatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen (6).\n37. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang\n\nIslam yang berada di Negeri Melaka sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika\n\ndia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara\n\namalan peribadi.\n\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Melaka tentang\n\nsemua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\n38. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana\n\nfatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen\n\nterdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan seksyen 36, kecuali subseksyen 36(7), hendaklah terpakai\n\nbaginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\n39. (1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35, bilamana\n\nJawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah\n\nberkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa\n\nFatwa hendaklah menangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan\n\nmengemukakan perkara itu kepada Majlis.\n\n(2) Selepas menimbang teliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Yang di-Pertuan\n\nAgong untuk mendapatkan perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada\n\nJawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja. Fatwa yang disiarkan dalam\n\nWarta adalah mengikat. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional.\n\nPindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa hendaklah disifatkan berkaitan\n\ndengan perkaraperkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada\n\nhubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung\nmenyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana\n\nkementerian, jabatan atau agensinya.\n\n(4) Jika Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2), Majlis\n\nhendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,\n\nmemaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.\n\n(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa\n\nKebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis\n\nRaja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.\n\n(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa\n\nyang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa apa-apa ubahsuaian yang disyorkan olehnya,\n\natau menasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis\n\nRaja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka\n\nMajlis hendaklah menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu boleh menyebabkan\n\nsupaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan\n\natau ubahsuaian, dan peruntukan seksyen 36, kecuali subseksyen 36(7), hendaklah terpakai\n\nbaginya.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\n40. (1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor\n\nJawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang\n\ndipersetujui oleh Majlis Raja-Raja sebagai merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi\n\nseluruh Persekutuan menurut Fasal 2(b) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.\n\n(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan\n\nsebagai suatu fatwa dan seksyen 36, kecuali subseksyen 36(7), hendaklah terpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n\n\n41. Jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah apa-apa persoalan Hukum\n\nSyarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa\ntentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu\n\nkepada mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n\n\n42. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 36, atau memperakukan\n\nsesuatu pendapat di bawah seksyen 41, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya\n\nmengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil,\n\nJawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau\n\nHambali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\n\nterikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu. Menerima pakai\n\nnasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Meminta pendapat daripada\n\nJawatankuasa Fatwa. Qaul Muktamad yang hendaklah diikuti."} {"file": "fiqh/14933_1639707531.pdf", "text": "TERENGGANU\n\nENAKMEN 2 TAHUN 2001\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 2001\n\nMengandungi pindaan terkini - En. 1/03\n\n\n\nBAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA\n\nDAN JAWATANKUASA FATWA\n\n\n\nSeksyen 46. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\nSeksyen 47. Fungsi Mufti.\n\nSeksyen 48. Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 49. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nSeksyen 50. Tatacara pembuatan fatwa.\n\nSeksyen 51. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\nSeksyen 52. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n\n\nSeksyen 46. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.\n\n(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh melantik mana-mana\n\norang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu.\n\n(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.\n\n(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti\n\nbagi Negeri Terengganu sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan\n\ntelah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri\n\nTerengganu dan hendaklah terus memegang jawatan itu.\nSeksyen 47. Fungsi Mufti.\n\nMufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan\n\nsemua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi\n\npihak berkuasa utama di Negeri Terengganu selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali\n\njika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.\n\n\n\nSeksyen 48. Jawatankuasa Fatwa.\n\n(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.\n\n(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada-\n\n(a) Mufti, sebagai Pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti;\n\n(c) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;\n\n(d) Tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak\n\ndan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan\n\n(e) Seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.\n\n(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota\n\nJawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk\n\nkepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota\n\nJawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh\n\npelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.\n\n(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti\n\nyang menjadi anggota Jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.\n\n(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan\n\nberhubungan dengan tatacara dan amalannya.\n\n\n\nSeksyen 49. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa.\n\nJawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah\n\natas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui\n\nsurat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang\n\nbelum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syarak.\nSeksyen 50. Tatacara pembuatan fatwa.\n\n(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian\n\natau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja\n\ndisediakan.\n\n(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil\n\nsuatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan\n\nitu.\n\n(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas\n\nnama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.\n\n(4) Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli Yang Maha\n\nMulia Sultan untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.\n\n(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum\n\npenjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu\n\nperlu.\n\n(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis\n\nhendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah\n\nmenyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan\n\nbahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.\n\n(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan jawi dan rumi.\n\n(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai\n\nfatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).\n\n\n\nSeksyen 51.Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.\n\n(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam\n\nyang berada di Negeri Terengganu sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi\n\nkewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu,\n\nmelainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam\n\nperkara-perkara amalan.\n(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri Terengganu\n\ntentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.\n\n\n\nSeksyen 52. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.\n\n(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana\n\nfatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen\n\nterdahulu.\n\n(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai\n\nsuatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 50, kecuali subseksyen 50 (7), hendaklah\n\nterpakai baginya.\n\n(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta\n\nhendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).\n\n\n\nSeksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.\n\nJika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum\n\nSyarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa\n\ntentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu\n\nkepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.\n\n\n\nSeksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.\n\n(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 50, atau memperakukan apa-apa\n\npendapat di bawah seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut\n\npendapat-pendapat yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafii.\n\n(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab\n\nSyafii suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa\n\nFatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.\n\n(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada\n\nempat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan\n\nkepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa\nterikat dengan qual muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu."} {"file": "fiqh/14925_1639707137.pdf", "text": "KELANTAN\n\nENAKMEN 4 TAHUN 1994\n\nENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU\n\nKELANTAN 1994\n\nBAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU\n\nKELANTAN\n\nJAMAAH ULAMA'\n\nJAMAAH ULAMA'\n\n\n\nSeksyen 33. Penubuhan Jamaah Ulama'.\n\nSeksyen 34. Mesyuarat Jamaah Ulama'.\n\nSeksyen 35. Pemakaian peruntukan yang sama.\n\nSeksyen 36. Fatwa.\n\nSeksyen 37. Rujukan yang mesti diikuti.\n\nSeksyen 38. Adat istiadat yang tidak berlawanan.\n\nSeksyen 39. Fatwa yang diakui.\n\n\n\nSeksyen 33. Penubuhan Jamaah Ulama'.\n\n(1) Maka hendaklah ditubuhkan bagi maksud menasihati Majlis atau lain-lain perkara\n\nberhubung dengan fatwa yang hendak dikeluarkan mengikut mana-mana peruntukan yang\n\nterkandung di dalam Enakmen ini, suatu Jamaah Ulama' yang terdiri daripada \u2013\n\n(a) Mufti sebagai pengerusi;\n\n(b) Timbalan Mufti; dan\n\n(c) tidak kurang daripada lapan, tetapi tidak lebih daripada lima belas orang ahli lain.\n\n(2) Ahli-ahli Jamaah Ulama', selain daripada Mufti dan Timbalan Mufti, hendaklah dilantik\n\noleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bagi suatu tempoh mengikut budicaranya\n\ndengan tauliah yang ditandatangani dan dimeteraikan mohornya dan Kebawah Duli Yang\n\nMaha Mulia Al-Sultan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana perlantikan itu.\n(3) Semua perlantikan dan pembatalan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu melalui\n\nWarta.\n\n\n\nSeksyen 34. Mesyuarat Jamaah Ulama'.\n\n(1) Mufti hendaklah menjadi pengerusi mesyuarat Jamaah Ulama' dan semasa ketiadaannya,\n\nTimbalan Mufti dan semasa ketiadaannya mana-mana ahli yang hadir bolehlah memilih dari\n\nkalangan mereka pengerusi mesyuarat itu.\n\n(2) Pengerusi dan dua pertiga daripada ahli-ahli Jamaah Ulama' hendaklah menjadi korum\n\nuntuk menjalankan mesyuarat.\n\n(3) Jamaah Ulama' boleh, tertakluk kepada Enakmen ini dan dengan kelulusan Majlis,\n\nmembuat prosedur dan amalannya sendiri.\n\n\n\nSeksyen 35. Pemakaian peruntukan yang sama.\n\n(1) Peruntukan berkenaan dengan ahli Majlis di bawah seksyen-seksyen 13, 14 dan 15\n\nhendaklah terpakai kepada ahli-ahli Jamaah Ulama' seolah-olah bagi perkataan \"ahli Majlis\"\n\ndigantikan dengan perkataan \"Jamaah Ulama' \".\n\n(2) Peruntukan di bawah seksyen 32 hendaklah juga terpakai kepada ahli-ahli Jamaah Ulama'.\n\n\n\nSeksyen 36. Fatwa.\n\n(1) Mana-mana orang dengan secara bertulis, boleh meminta Majlis mengeluarkan fatwa\n\ntentang apa-apa masalah mengenai Hukum Syarak atau Adat Istiadat Melayu Kelantan, dan\n\napabila permintaan seumpama itu diterima, Setiausaha hendaklah segera mengedarkannya\n\nkepada Pengerusi Jamaah Ulama'.\n\n(2) Jamaah Ulama' hendaklah menimbang tiap-tiap permintaan itu dan hendaklah, melainkan\n\npada fikirannya masalah yang dikemukakan itu adalah tidak munasabah dan kerana sebab-\n\nsebab tertentu tidak patut diberi jawapan, menyediakan satu draf fatwa baginya, dan jika draf\n\nfatwa itu dipersetujui, sama ada dengan sebulat suara atau dengan suara yang terbanyak,\n\nmaka pengerusi, bagi pihak dan dengan nama Majlis, hendaklah mengeluarkan fatwa.\n\n(3) Jika masalah yang dikemukakan itu tidak dapat diselesaikan dengan fatwa mengikut cara-\n\ncara di bawah subseksyen (2), maka Jamaah Ulama' hendaklah merujukkan masalah tersebut\nkepada Majlis yang akan mengeluarkan fatwanya dengan berpandukan kepada pandangan\n\ndan pendapat Mufti:\n\nDengan syarat, bahawa dengan sebab-sebab khusus, mana-mana masalah bolehlah\n\ndisembahkan oleh Majlis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untuk mendapat\n\npenentuan Baginda.\n\n(4) Jamaah Ulama' boleh, atas daya usahanya sendiri, pada bila-bila masa, membuat dan\n\nmengisytiharkan apa-apa fatwa bagi pihak dan atas nama Majlis.\n\n(5) Walau apa pun yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis, Mufti\n\ntidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai undang-undang\n\nIslam di dalam mana-mana Mahkamah Awam atau Mahkamah Syariah, tetapi jika di dalam\n\nMahkamah lain daripada Mahkamah Syariah, sesuatu soalan Hukum Syarak patut\n\ndiputuskan, Mahkamah itu boleh meminta Mufti memberi pendapat mengenai hal itu, dan\n\nMufti boleh memberikan pendapatnya kepada Mahkamah itu.\n\n\n\nSeksyen 37. Rujukan yang mesti diikuti.\n\n(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah Ulama' hendaklah\n\npada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.\n\n(2) Jika Majlis atau Jamaah Ulama' berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari Mazhab\n\nSyafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis\n\natau Jamaah Ulama' bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan\n\nmengikut qaul dari mana-mana Mazahab Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-\n\nperkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah\n\ndiikut.\n\n\n\nSeksyen 38. Adat istiadat yang tidak berlawanan.\n\nMana-mana adat istiadat Melayu atau undang-undang adat istiadat Melayu yang masih\n\ndiamalkan di Negeri ini dan tidak berlawanan dengan pengajaran Islam hendaklah\n\ndiambilkira ketika mengeluarkan mana-mana fatwa di bawah seksyen-seksyen sebelum ini.\nSeksyen 39. Fatwa yang diakui.\n\nMana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Jamaah Ulama' atau apa-apa keputusan\n\nmengenai masalah yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan seperti yang\n\ndimaksudkan di bawah seksyen 36 (3), jika diperintahkan oleh Baginda, hendaklah\n\ndiwartakan."}