{"file": "garis-panduan/14861_1646716462.pdf", "text": "Not Found\nThe requested URL was not found on this server."} {"file": "garis-panduan/14877_1639615192.pdf", "text": "Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nGARIS PANDUAN\n\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nBILANGAN 3 TAHUN 2013\nGARIS PANDUAN\n\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nBILANGAN 3 TAHUN 2013\n\n(Garis Panduan ini telah diperakukan oleh Panel Pakar Syariah \nJakim dalam mesyuaratnya kali ke-82 pada 17 - 19 Jun 2013)\nCetakan Pertama 2013\n\n\u00a9 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian\n\nartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan\n\ncara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau\n\ncara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan\n\nKemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519\n\nPutrajaya. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.\n\nPerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan\n\nGARIS PANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-\n\nPERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA\n\nISBN 978-983-042-528-3\n\n1. Marriage--Religigious aspects-Islam. 2. Mosque etiquette.\n\n3. Islamic etiquette.\n\n297.577\n\nKonsep, Reka Bentuk dan Cetakan: OMR Press Sdn Bhd\n\nNo. 18, Jln Perindustrian USJ 1/12\n\nTmn. Perindustrian USJ 1,\n\n47600 Subang Jaya, Selangor\n\nTel: 03-8024 6396\n\nFax: 03-8024 6936\nKANDUNGAN\n\nKATA ALU-ALUAN i-ii\n\nTUJUAN 1\n\nLATAR BELAKANG 2-4\n\nTAFSIRAN 5\n\nADAB-ADAB KETIKA BERADA DI DALAM 6\nMASJID\n\nMelakukan Ibadat-Ibadat Sunat 6\n\nAdab Berpakaian 7\n\nAdab Berhias dan Berdandan 8-9\n\nMenjaga Tatatertib dan Kesantunan 10-12\n\nPENUTUP 12\n\nRUJUKAN 13\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\ni\n\nKATA ALU-ALUAN \nKETUA PENGARAH \nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nSegala puji dirafakkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian \nalam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi\n\nMuhammad SAW. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana \ndengan taufiq dan limpah kurnia-Nya, Jabatan Kemajuan Islam \nMalaysia (Jakim) berjaya menerbitkan Garis Panduan Akad \nNikah di Masjid dan Perkara-perkara yang Berkaitan Dengannya.\n\nSaya berpandangan penerbitan garis panduan ini sebagai \nsuatu yang signifikan dengan situasi hari ini, memandangkan \nmasjid turut menjadi salah satu lokasi pilihan untuk bakal \npengantin melangsungkan majlis akad nikah. Ini sesuai dengan \nfungsi masjid pada hari ini yang tidak lagi hanya tertumpu kepada \npelaksanaan ibadah khusus semata-mata, bahkan masjid turut \nberperanan sebagai pusat perhubungan antara komuniti dalam \nmenjayakan pelbagai program dan aktiviti.\n\nMajlis akad nikah merupakan suatu majlis penting yang \nmembawa pengertian amat bermakna bagi pasangan lelaki dan \nwanita yang akan diijabkabulkan. Justeru, amat wajar majlis \ntersebut dilangsungkan mengikut tuntutan syarak dan tidak \nbercampur-aduk antara perkara yang harus dan yang haram. Saya \nberharap dengan terbitnya garis panduan ini, ia dapat memberi \nmanfaat dan panduan kepada masyarakat Islam semasa mereka \nhadir ke masjid sama ada untuk melangsungkan akad nikah atau \nmengiringi rombongan bakal pengantin yang akan dinikahkan.\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nii\n\nAkhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih \nkepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha menerbitkan \ngaris panduan ini. Semoga segala usaha yang telah dicurahkan \nmendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.\n\nSekian, terima kasih.\n\nDATO\u2019 HJ. OTHMAN BIN MUSTAPHA\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n1\n\nTUJUAN\n\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid dan Perkara-\nPerkara yang Berkaitan Dengannya disediakan untuk\n\nmemberi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di \nMalaysia mengenai adab semasa melakukan upacara akad nikah \ndi masjid atau surau agar selaras dengan tuntutan Islam.\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nLATAR BELAKANG\n\n2. Perkahwinan merupakan ikatan suci yang menghalalkan \nperhubungan antara lelaki dan perempuan. Ia suatu yang amat \ndituntut dalam Islam kerana menerusinya keperluan fitrah manusia \ndapat disalurkan secara halal selain bertujuan meneruskan zuriat \ndan keturunan bagi mendapat keredaan Allah SWT.\n\n3. Terdapat lima rukun nikah, iaitu pengantin lelaki (suami), \npengantin perempuan (isteri), wali, saksi dan lafaz (ijab dan \nqabul). Justeru, upacara akad nikah merupakan upacara yang \npaling penting dalam majlis perkahwinan kerana menerusinya, \nikatan antara seorang lelaki dan seorang perempuan menjadi sah \nsebagai pasangan suami isteri dan perhubungan antara mereka \nmenjadi halal.\n\n4. Secara umumnya, majlis akad nikah boleh dilaksanakan \nsama ada di rumah, surau, masjid atau tempat-tempat lain \nyang bersesuaian. Untuk majlis akad nikah di masjid, Islam \nsememangnya membenarkan amalan ini kerana Nabi SAW pernah \nmenikahkan seorang perempuan di dalam masjid sebagaimana \nsabda Baginda SAW:\n\nMaksudnya:\n\u201cHebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di \nmasjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang \n(di luar masjid).\u201d\n\nHadith riwayat al-Tirmidhi\n2\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n5. Tambahan pula, fungsi dan kemudahan yang disediakan \ndi institusi masjid pada hari ini tidak hanya tertumpu sebagai \ntempat pelaksanaan ibadah khusus semata-mata, bahkan masjid \nberperanan sebagai pusat perhubungan antara komuniti Islam \ndalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti merangkumi \nbidang keilmuan, perekonomian, kebudayaan, pendidikan dan \nsebagainya.\n\n6. Dalam hal ini juga, fungsi masjid telah diperluaskan \nlagi sebagai tempat untuk melangsungkan upacara akad nikah \ndan kenduri perkahwinan bertujuan untuk memudahkan urusan \npernikahan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. \nNamun begitu, majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid \nitu mestilah selari dengan kehendak syarak dan tidak bercampur-\naduk dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan \nIslam. Ini kerana hukum asal keharusan tersebut boleh bertukar \nmenjadi haram sekiranya di dalam majlis tersebut terdapat \npercampuran antara perkara yang harus dan perkara yang haram.\n\n7. Justeru, amat wajar masjid sebagai tempat yang suci lagi \nmulia, dihormati oleh setiap pengunjungnya dengan mematuhi \nsegala peraturan dan adab-adab yang telah digariskan oleh Islam.\n\n8. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi \nHal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang \npada 16 hingga 18 Jun 2011 telah membincangkan Hukum \nUpacara Akad Nikah di Masjid dan keputusannya seperti yang \nberikut:\n\n3\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n\u201cMuzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama\u2019 \ntelah memperakukan bahawa upacara akad nikah \ndibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan \nulama\u2019 mazhab Shafie berpendapat adalah sunat dan \ndigalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid. \nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan \nbahawa melakukan upacara akad nikah di masjid \natau surau adalah disunatkan untuk mendapat \nkeberkatan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak \nbagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut \nmenyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah \nmenjaga adab dan mematuhi peraturan semasa \nberada di dalam masjid atau surau berkenaan.\u201d\n\n4\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nTAFSIRAN\n\n9. Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis \npanduan ini adalah seperti yang berikut:\n\na. \u201cFadilat\u201d bermaksud kelebihan, darjat yang tinggi.\n\nb. \u201cIktikaf\u201d bermaksud tinggal di masjid dengan tujuan \nmendekatkan diri kepada Allah SWT.\n\nc. \u201cKhusyuk\u201d bermaksud tunduk, taat, merendah diri.\n\nd. \u201cMasjid\u201d bermaksud bangunan khas tempat umat \nIslam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah \nlain.\n\ne. \u201cNikah\u201d bermaksud akad yang menghalalkan \nperhubungan antara suami isteri.\n\n5\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nADAB-ADAB KETIKA BERADA DI DALAM \nMASJID\n\n10. Adab-adab semasa hadir ke majlis akad nikah yang \ndilangsungkan di masjid perlu sentiasa diambil perhatian \noleh pasangan pengantin dan ahli rombongan yang hadir. Ia \nmerangkumi beberapa aspek seperti yang berikut:\n\na. Melakukan ibadat-ibadat sunat;\nb. Memelihara adab berpakaian;\nc. Memelihara adab berhias dan berdandan; dan\nd. Menjaga tatatertib dan kesantunan.\n\nMelakukan Ibadat-Ibadat Sunat\n\n11. Memandangkan masjid merupakan rumah Allah SWT, \nsewajarnya setiap umat Islam yang mengunjungi masjid berusaha \nuntuk mendapat ganjaran pahala dan fadilat semasa berada di \ndalamnya. Justeru, bakal pengantin berserta ahli rombongan \nyang hadir, disunatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut \napabila memasuki masjid:\n\na. Berwuduk;\nb. Berniat iktikaf dengan lafaz \u201dsahaja aku mengerjakan\n\nsunat iktikaf di masjid ini kerana Allah Taala\u201d;\nc. Sebelum duduk, disunatkan menunaikan sembahyang\n\nsunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat dengan \nlafaz niat \u201dsahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul \nmasjid, dua rakaat kerana Allah Taala\u201d; dan\n\nd. Berzikir secara senyap tanpa mengganggu orang lain, \nsementara menunggu upacara akad nikah bermula.\n\n6\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nAdab Berpakaian\n \n12. Setiap pengunjung yang berkunjung ke masjid mestilah \nmenjaga adab berpakaian semasa berada di dalamnya.\n\n13. Bagi lelaki, adab berpakaian semasa menghadiri upacara \nakad nikah di masjid adalah seperti yang berikut:\n\na. Memakai pakaian yang suci dan bersih;\nb. Menutup aurat; dan\nc. Tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada \nsutera tulen.\n\n14. Adab berpakaian bagi wanita semasa menghadiri upacara \nakad nikah di masjid adalah seperti yang berikut:\n\na. Memakai pakaian yang suci dan bersih;\nb. Menutup aurat; dan\nc. Memakai pakaian yang longgar (tidak ketat), tidak \njarang atau nipis sehingga boleh menampakkan kulit dan \nbentuk susuk badan.\n\n7\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nAdab Berhias dan Berdandan\n\n15. Sebagai agama yang mudah dan mengamalkan \nkesederhanaan, Islam tidak menolak secara mutlak konsep berhias \ndalam kalangan wanita Islam. Namun begitu, cara berhias dan \nberdandan seseorang wanita itu mestilah selaras dengan tuntutan \nIslam, iaitu antaranya seperti yang berikut:\n\na. Tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan dalam \nbersolek dan berhias sehingga boleh menarik \nperhatian orang yang memandang atau membawa \nkepada fitnah;\n\nb. Hanya mengenakan solekan yang ringkas bagi \nmenaikkan seri wajah pengantin;\n\nc. Niat asal bersolek itu bukanlah dibuat dengan tujuan \nuntuk menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian \norang yang memandang;\n\nd. Memakai perhiasan dan barang kemas seperti cincin, \ngelang dan rantai tidak secara melampaui batas \nsehingga boleh membawa kepada sikap sombong dan \nbermegah-megah untuk mempamerkan kekayaan; \ndan\n\ne. Diharuskan bagi pengantin perempuan dan ahli \nrombongan wanita memakai bau-bauan bagi tujuan \nmenghilangkan bau badan, tetapi pemakaiannya \ntidak boleh secara berlebihan sehingga dapat dihidu \noleh orang lain atau sehingga menimbulkan fitnah.\n\n\n\n8\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n16. Bagi pengantin lelaki dan ahli rombongan lelaki yang \nmengiringi pengantin, mereka dilarang daripada memakai \nperhiasan yang berikut:\n\na. Rantai, gelang, subang dan perhiasan-perhiasan yang \nmenyerupai wanita; dan\n\nb. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, emas putih \ndan suasa.\n\n17. Namun begitu, diharuskan bagi lelaki memakai perhiasan \nyang berikut:\n\na. Cincin yang diperbuat daripada perak dan platinum; \ndan\n\nb. Memakai minyak wangi, bahkan, kaum lelaki \ndigalakkan memakai bau-bauan yang harum semasa \nberkunjung ke masjid.\n\n18. Harus bagi pengantin perempuan berinai dengan syarat-\nsyarat berikut:\n\na. Harus memakai inai pada kedua-dua tangan dan kaki \nselagi tidak menimbulkan fitnah;\n\nb. Kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki \nadalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku \nlali sahaja;\n\nc. Warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti \ntatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang \nmeragukan;\n\nd. Corak atau ukiran yang dibenarkan ialah corak atau \nukiran daun dan tumbuh-tumbuhan; dan\n\n9\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\ne. Corak atau ukiran haiwan, lambang dewa-dewa, \najaran atau apa jua gambaran yang bertentangan \ndengan syarak adalah dilarang.\n\nMenjaga Tatatertib dan Kesantunan\n\n19. Selain daripada adab berpakaian dan berhias, pengantin \ndan ahli rombongan yang hadir juga hendaklah menjaga tatatertib \ndan kesantunan dalam beberapa aspek berkaitan semasa berada \ndi dalam masjid. Antara perkara-perkara tersebut ialah larangan \nmemasuki masjid bagi:\n\na. lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi \nwanita yang sedang dalam haid;\n\nb. kanak-kanak yang dibimbangi najis mereka boleh \nmenitis ke lantai. Bahkan, kanak-kanak yang turut \ndibawa bersama-sama ke masjid hendaklah dipastikan \nbersih daripada segala kekotoran dan najis serta bau-\nbauan yang tidak menyenangkan.\n\n20. Perkara-perkara berikut juga hendaklah dihindari semasa \nberada di dalam masjid, iaitu:\n\na. Bercakap tentang hal-hal keduniaan, bercerita hal-hal \norang lain dan pada perkara yang sia-sia;\n\nb. Kanak-kanak membuat bising, bermain-main, \nberlari-lari atau menangis di dalam masjid. Sekiranya \ntingkah-laku kanak-kanak tersebut sukar lagi dikawal, \nmereka hendaklah dibawa keluar daripada masjid;\n\nc. Membawa barang-barang hantaran perkahwinan ke \ndalam masjid. Memadai dengan hanya membawa\n\n10\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nmas kahwin semasa upacara akad nikah tersebut \ndilangsungkan; dan\n\nd. Sesi bergambar dan rakaman video upacara akad \nnikah yang melampaui batas sehingga masjid seolah-\nolah seperti studio rakaman dengan limpahan cahaya \nkamera.\n\n21. Berkomunikasi semasa berada di dalam masjid adalah \ndiharuskan dengan adab-adab seperti yang berikut:\n\na. Bercakap hanya pada perkara-perkara yang penting, \nperlu dan bermanfaat sahaja; dan\n\nb. Bercakap dengan suara yang perlahan supaya tidak \nmengganggu jemaah lain yang sedang beribadat.\n\n22. Sekiranya terdapat ahli rombongan pengantin yang bukan \nberagama Islam turut hadir dalam majlis akad nikah tersebut, \ndiharuskan bagi mereka memasuki masjid dengan syarat-syarat \nseperti yang berikut:\n\na. Mendapat keizinan daripada pihak pengurusan \nmasjid;\n\nb. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan;\nc. Perlakuan dan tingkah laku mereka tidak\n\nmencemarkan kesucian masjid, sentiasa terkawal dan \nberadab; dan\n\nd. Tidak berdoa atau bertafakur mengikut cara agama \nmereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan \nfitnah.\n\n11\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n23. Selain itu, antara perkara-perkara yang perlu diberi \nperhatian oleh pengantin dan ahli rombongan yang hadir ke \nupacara akad nikah di masjid ialah:\n\na. Tempat duduk lelaki dan perempuan mestilah \nberasingan atau duduk secara bersebelahan antara \nsatu sama lain; dan\n\nb. Diharuskan makan dan minum di tempat yang telah \ndisediakan khusus oleh pihak pengurusan masjid \ndengan memastikan kebersihan masjid sentiasa \nterjaga daripada sebarang bentuk kekotoran.\n\n24. Pihak pengurusan masjid juga hendaklah memastikan \nbahawa upacara akad nikah yang akan dijalankan tidak \ndilaksanakan di hadapan mimbar atau mihrab masjid.\n\nPENUTUP\n\n25. Berdasarkan kepada fungsi masjid yang turut berperanan \nsebagai tempat melangsungkan upacara akad nikah, maka \nsewajarnya masyarakat Islam memanfaatkan masjid dengan \nsebaik mungkin agar kebersihan dan kesucian masjid serta adab-\nadab semasa berada di dalamnya sentiasa terpelihara. Dalam \nmasa yang sama, segala aktiviti, perbuatan atau tindakan yang \nboleh mencemarkan kesucian masjid, menimbulkan kemudaratan \natau mengganggu ketenangan para jemaah yang hadir hendaklah \ndielakkan. Perkara ini penting diambil perhatian supaya suasana \nyang harmoni, tenang dan selesa dapat dikekalkan di masjid \ndan setiap pengunjungnya dapat melaksanakan ibadat dan \nmendampingkan diri terhadap Allah SWT dengan penuh khusyuk.\n\n12\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\nRUJUKAN\n\nKAMUS\n\nMuhammad Rawwas Qal\u2018ah Ji, Mu\u2018jam Lughah al-Fuqaha\u2019, cet. 1. \nBeirut: Dar al-Nafais, 1996. \nNoresah binti Baharom et. al (ed) (2005), Kamus Dewan, Edisi \nKeempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.\n\nBAHASA ARAB\n\nSaleh bin \u2018Abd al-\u2018Aziz bin Muhammad bin Ibrahim, Mawsu\u2018ah al-\nHadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam, \n2000.\n\nBAHASA MELAYU\n\nTatatertib di Masjid, cet. 1. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam \nMalaysia, 2009.\n\nLAMAN WEB\n\ne-fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam \nMalaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan, 29 November \n2011.\n\n13\nGaris Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid \nDan Perkara-perkara Yang Berkaitan Denganya\n\n14\n\nSebarang pertanyaan dan maklum balas berkenaan garis panduan \nini bolehlah diajukan kepada:\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia,\nBlok D7, Kompleks D,\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\n62519 Putrajaya.\n\nNo. Telefon : 03-8886 4000\nN0. Faksimili : 03-8889 1993"} {"file": "garis-panduan/14890_1639638268.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14870_1639639071.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14862_1639639767.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14891_1639638345.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14872_1639637953.pdf", "text": "Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n(Garis Panduan ini telah diperakukan oleh Panel Pakar Syariah \nJakim, iaitu bagi Bahagian Pertama: Tatacara Pelaksanaan \nIbadah Qurban dalam mesyuaratnya kali ke-81 pada 26 - 28 \nFebruari 2013, dan Bahagian Kedua: Pengurusan Qurban dalam \nmesyuaratnya kali ke-82 pada 17 - 19 Jun 2013)\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nCetakan Pertama 2013\n\n\u00a9 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana\n\nbahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga\n\nbentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,\n\nmekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis\n\ndaripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat\n\nPentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62579 Putrajaya. Perundingan\n\ntertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.\n\nPerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan\n\nGARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN \nISBN 978-983-042-527-6\n1. Slaughtering and slaughter houses (Islamic Law).\n2. Islam--Customs and practices.\n3.Sacrifice--Islam.\n297.576\n\nKonsep, Rekabentuk dan Cetakan: OMR Press Sdn Bhd\nNo. 18, Jln Industri USJ 1/12,\nTmn. Perindustrian USJ 1,\n47600 Subang Jaya, Selangor\nTel : 03-8024 6396\nFax : 03-8024 6936\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nKandungan\n\nKata Alu-aluan \nTujuan\nLatar Belakang\n\nBAHAGIAN 1: TATACARA PELAKSANAAN IBADAH \nQURBAN\n\nTafsiran\nHikmah Ibadah Qurban\nHukum Berqurban\nJenis Qurban\nStatus Hukum Daging Qurban \nPembahagian Daging Qurban\nIndividu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban\nSyarat Sah Berqurban\nTempoh dan Masa Berqurban\nSyarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban\nSyarat Penyembelih Haiwan Qurban\nSyarat Sah Sembelihan\nSyarat Alat Menyembelih\nPerkara Sunat Ketika Berqurban\nPerkara Makruh Ketika Berqurban\nCara Menyembelih Haiwan Qurban\nAgihan Daging Qurban\n\nvii\n1\n\n2 - 3\n\n4\n\n4\n6\n6\n7\n7\n8\n9\n9\n\n10\n11\n12\n12\n13\n13\n14\n14\n18\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nBAHAGIAN 2: PENGURUSAN QURBAN\n\nTafsiran\nPihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan \nQurban\nLafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban\nPerkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan \nQurban\nPengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat \nDalam Negara\nPengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar \nNegara\nPenyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara\nQurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan \nSembelihan Biasa\nPemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan, \nPersatuan atau Agensi\nPemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam\n\nPENUTUP\n\n19\n\n19\n\n20\n20\n\n21\n\n22\n\n22\n23\n\n23\n\n24\n27\n\n28\n\nKandungan\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAAlhamdulillah, segala pujian hanyalah untuk Allah SWT \nyang menjadikan alam semesta ini. Selawat dan salam \nke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli\n\nkeluarga dan sekalian para sahabatnya.\n\nSaya bersyukur kerana Jakim telah berjaya menerbitkan \nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban ini untuk dijadikan \npanduan oleh umat Islam di Malaysia, khusus bagi yang terlibat \ndengan pengurusan sembelihan dan pengurusan penyertaan \nibadah qurban. Garis panduan ini disediakan berikutan isu-isu \nberkaitan telah dirujuk kepada Jakim.\n\nDisebabkan amalan qurban ini adalah perkara ibadah, \nsetiap perkara ibadah akan melibatkan kaedah dan peraturan \nkhusus. Kedua-dua perkara tersebut membangkitkan aspek \nhukum yang memberi kesan kepada sah atau sebaliknya ibadah \nyang dilaksanakan. Maka penerbitan garis panduan ini adalah \nsuatu bantuan kepada mereka yang ingin melaksanakan ibadah \nqurban dan mereka yang hendak menguruskan penyertaan ibadah \nqurban supaya dapat melaksanakannya dengan maklumat atau \nilmu yang tepat dan mencukupi, menepati tuntutan syarak dan \nibadah diterima Allah SWT.\n\n\n\nKata Alu - Aluan\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\ni\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nKandungan garis panduan ini mempunyai dua bahagian. Bahagian \npertama adalah berkenaan Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban, \niaitu menjurus kepada pelaksanaan ibadah qurban atau dikenali \nsebagai konsep ibadah qurban. Manakala bahagian kedua adalah \nberkaitan Pengurusan Qurban, iaitu lebih menjurus kepada \npelaksanaan pengurusan qurban, termasuk mengurus haiwan \nternakan untuk dijadikan qurban.\n \n Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada \nmereka yang telah menjayakan penerbitan garis panduan ini, dan \nmengharapkan agar garis panduan ini dapat memberi manfaat \nkepada semua pihak bagi memastikan pelaksanaan ibadah qurban \nmenepati kehendak syarak dan mencapai matlamatnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nDATO\u2019 HJ. OTHMAN BIN MUSTAPHA\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nii\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n1\n\nTUJUAN\n\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban ini disediakan \nadalah untuk memberi panduan dan rujukan kepada individu\n\nyang hendak melaksanakan ibadah qurban dan pihak yang hendak \nmenguruskan ibadah tersebut.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nLATAR BELAKANG\n\n2. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut \ndalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk \nmendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan \npada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-\nQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. \nHukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). \nIbadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap \ntahun apabila tibanya \u2018Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 \nZulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.\n\n3. Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan \nsecara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban \nmenawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu \nperniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk \nurusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa \nmelalui proses \u2018turun padang\u2019 untuk melaksanakan ibadah qurban.\n\n4. Isu sumbangan atau pemberian haiwan qurban juga \nsering dibangkitkan dalam masyarakat kerana melibatkan \njumlah sumbangan yang banyak oleh pihak-pihak yang berhajat \nmenyumbangkan ternakan qurban kepada kelompok masyarakat \nIslam bagi sama-sama meraikan Hari Raya Qurban. Oleh yang \ndemikian, penggunaan perkhidmatan urusan dan pemberian \nsumbangan, hendaklah diberi perhatian secara khusus supaya ia \ndapat memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.\n\n2\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n3\n\n5. Garis panduan ini mengemukakan beberapa panduan \npenting bagi memenuhi tuntutan syarak dalam melaksanakan \nibadah qurban supaya ia tidak menyalahi maksud asal ibadah \nqurban itu sendiri. Justeru, dengan adanya garis panduan \npelaksanaan ibadah qurban ini, mudah-mudahan ia dapat dilaksana \ndan diurus oleh semua pihak mengikut kehendak syarak.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n4\n\nBAHAGIAN 1: TATACARA PELAKSANAAN \nIBADAH QURBAN\n\n6. Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi \nmasyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan \npenyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai \nraya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. \nPelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam \nmelaksanakan penyembelihan qurban.\n\nTAFSIRAN\n\n7. Bagi maksud garis panduan ini:\n(a) \u201cQurban\u201d bermaksud nama bagi sesuatu yang\n\ndiqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih \npada \u2018Idul Adha. Qurban bermaksud menyembelih \nternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT \npada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai \nternakan an\u2019am yang disembelih pada Hari Nahar \ndengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.\n\n(b) \u201cTaqarrub\u201d bermaksud perbuatan atau amalan \nyang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri \nkepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah satu \namalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT \nberdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-\nHajj ayat 36.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n5\n\n(c) \u201cNazar\u201d bermaksud janji kepada Allah SWT. Menurut \nal-Mawardi, nazar ialah iltizam (mewajibkan \ndiri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh \nmenghampirkan diri kepada Allah) yang pada asalnya \ntidak wajib di sisi syarak.\n\n(d) \u201cQurban Nazar\u201d bermaksud qurban yang diwajibkan \nke atas individu yang berazam untuk melakukan \nqurban nazar. Contohnya, apabila seseorang \nmenyebut: \u201cWajib ke atas diriku berqurban seekor \nkambing kerana Allah SWT\u201d.\n\n(e) \u201cQurban Sunat (tatawu\u2019)\u201d bermaksud qurban yang \ndilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira \nsunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat yang \nmenjadikannya wajib.\n\n(f) \u201cSunat Muakkadah\u201d bermaksud sunat yang amat \ndituntut untuk melakukan ibadah qurban, dan makruh \nmeninggalkan bagi yang berkemampuan.\n\n(g) \u201cHari Nahar\u201d bermaksud \u2019Idul Adha atau Hari Raya \nQurban, iaitu pada 10 Zulhijjah.\n\n(h) \u201cHari Tasyrik\u201d bermaksud 11, 12 dan 13 Zulhijjah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nHIKMAH IBADAH QURBAN\n\n8. Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur \nterhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai \ndan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga \nbertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan \nkesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan \nsebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping \nmemberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan \njuga mereka yang lain.\n\nHUKUM BERQURBAN\n\n9. Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan \nkepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah \nal-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107. Manakala dalil \npensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah \nyang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith \nAnas yang diriwayatkan oleh Muslim.\n\n10. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan \nibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang \nberkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i adalah sunat \n\u2018ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut \npandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki \nadalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. \nManakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban \nnazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.\n\n6\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n7\n\nJENIS QURBAN\n\n11. Qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu qurban nazar \n(wajib) dan qurban sunat.\n\nSTATUS HUKUM DAGING QURBAN\n\n12. Hukum berkaitan daging qurban terbahagi kepada \nbeberapa status seperti yang berikut:\n\n(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan \nqurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah \ntanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga \nharam memberikan daging qurban tersebut kepada \norang bukan Islam.\n\n(b) Hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang \nbukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama \nmazhab Shafi\u2018i.\n\n(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-\nbulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah \nqurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat.\n\n(d) Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak \nharus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai \nupah melakukan sembelihan, kecuali bahagian \natau anggota tersebut diberikan oleh individu yang \nmelakukan qurban.\n\n(e) Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat \n(tatawu\u2019) memakan daging qurbannya.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n8\n\nPEMBAHAGIAN DAGING QURBAN\n\n13. Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, \niaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat \nseperti yang berikut:\n\n(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:\n\nWajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk \ndisedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi \npihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya \natau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan \ndirinya.\n\n(b) Pembahagian daging qurban sunat:\n\nMenurut pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i:\n(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang \nberqurban dan ahli keluarganya;\n(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan \nmiskin;\n(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat \nhandai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.\n\nYang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i \nialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul \natau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang \nberqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati \nkerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan \noleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n9\n\nINDIVIDU YANG DITUNTUT MELAKUKAN \nIBADAH QURBAN\n\n14. Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan \nibadah qurban adalah seperti yang berikut:\n\n(a) Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh \nmelakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan \nwasiat.\n\n(b) Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.\n(c) Mencapai umur baligh dan berakal.\n(d) Bermukim, iaitu menetap di sesuatu kawasan.\n(e) Mampu melaksanakan, iaitu mereka yang mempunyai\n\nwang untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, \nyang lebih daripada keperluannya dan keperluan \nmereka yang berada di bawah tanggungannya untuk \nHari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah \nmasa bagi melakukan qurban.\n\nSYARAT SAH BERQURBAN\n\n15. Syarat sah berqurban hendaklah melakukan dua perkara:\n(a) Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu\n\nniat qurban adalah semasa menyembelih atau semasa \nmembeli ternakan qurban.\n\n(b) Memilih ternakan qurban yang boleh dikongsi \nbahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin \nberkongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biri-\nbiri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu \nbahagian.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n10\n\nTEMPOH DAN MASA BERQURBAN\n\n16. Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan \nberdasarkan ketetapan yang berikut, iaitu:\n\n(a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari \nNahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 \nZulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban \ntidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya \n(10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada \nmalam 14 Zulhijjah.\n\n(b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa \ndua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan \nkhutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan \nuntuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan \nselesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban \nbermula pada jam 9.30 pagi.\n\n(c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh \ntersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, \nsama ada orang berqurban menunaikan solat atau \ntidak, sama ada imam menyembelih haiwan qurban \natau tidak, hukumnya adalah sah.\n\n(d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan \nmalam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) \nsehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) \nsebelum terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan \nqurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka \nhukumnya adalah tidak sah.\n\n(e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit \nmatahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya \nAdha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak \ndikira sebagai ibadah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n11\n\nSYARAT SAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK \nQURBAN\n\n17. Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, \nperkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan \nberkenaan, iaitu:\n\n(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan \nternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri \ndan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada \njantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. \nDengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan \nternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk \ndan seumpamanya.\n\n(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas \ndaripada sebarang penyakit.\n\n(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, \nsama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah \ntanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga \ntidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain \nsepertinya.\n\n(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap \nminimum umur, iaitu:\n\n(i) unta : berumur lima tahun masuk tahun \nkeenam; \n(ii) lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk \ntahun ketiga;\n(iii) kambing : berumur dua tahun masuk tahun \nketiga;\n(iv) biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun \nkedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n12\n\nSYARAT PENYEMBELIH HAIWAN QURBAN\n\n18. Afdal bagi orang yang melakukan qurban menyembelih \nsendiri qurbannya. Walau bagaimanapun, dia boleh mewakilkan \nkepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju \nuntuk menguruskan ibadah qurban, dan sunat baginya sama-sama \nhadir menyaksikannya dengan syarat-syarat seperti yang berikut:\n\n(a) Penyembelih qurban hendaklah seorang muslim, \nsama ada lelaki atau perempuan. Namun yang afdal \nmenyembelih qurban adalah orang lelaki dan sunat \norang perempuan mewakilkan kepada orang lelaki;\n\n(b) Seorang yang telah mumayyiz dan berakal; \n(c) Mampu melakukannya (pandai menyembelih) dan\n\ndilakukan tanpa ada paksaan;\n(d) Sembelihan makruh jika mewakilkan qurban itu\n\nuntuk disembelih oleh ahli kitab, atau kepada kanak-\nkanak dan perempuan haid;\n\n(e) Jika qurban itu disembelih oleh orang kafir yang \ndiwakilkan oleh tuan qurban, maka qurban itu tidak \nsah.\n\nSYARAT SAH SEMBELIHAN\n\n19. Syarat sah sembelihan adalah dengan memutuskan:\n(a) dua urat pembuluh darah, iaitu karotid dan jugular\n\n(wadajain);\n(b) urat mari\u2019 (saluran makanan); dan\n(c) halqum (saluran pernafasan).\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n13\n\nSYARAT ALAT MENYEMBELIH\n\n20. Alat menyembelih hendaklah tajam, bukan menggunakan \nalat yang tumpul, tulang dan gigi haiwan.\n\nPERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN\n\n21. Antara perkara sunat ketika berqurban adalah seperti yang \nberikut:\n\n(a) Menambat ternakan qurban menjelang Hari Nahar.\n(b) Memberi makanan kepada haiwan qurban sebelum\n\ndisembelih.\n(c) Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan\n\nyang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang \nbukan milik tuan haiwan qurban.\n\n(d) Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan qurban \nsupaya dapat merasakan kepentingan qurban.\n\n(e) Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri.\n(f) Membaca Bismillah ( ).\n(g) Berselawat ke atas Nabi SAW.\n(h) Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah qiblat.\n(i) Memilih haiwan ternakan yang paling baik.\n(j) Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga\n\nsejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau \nbenar-benar mati dan baharulah dilapah.\n\n(k) Orang yang melakukan qurban disunatkan tidak \nbercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba \nbulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berqurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n14\n\nPERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN\n\n22. Antara perkara yang makruh ketika berqurban adalah \nseperti yang berikut:\n\n(a) Melakukan qurban ke atas haiwan yang carik \ntelinganya atau terpotong sedikit di belakang \ntelinganya.\n\n(b) Memotong bulu haiwan yang hendak diqurbankan bagi \ntujuan kegunaan sendiri jika boleh memudaratkannya.\n\n(c) Melakukan qurban ke atas haiwan yang pecah atau \npatah tanduknya, atau tiada bertanduk.\n\n(d) Memerah susu haiwan yang hendak dijadikan qurban \ndan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut.\n\n(e) Memotong kuku dan bercukur bagi orang yang \nberniat qurban.\n\n(f) Melakukan sembelihan qurban pada waktu malam.\n\nCARA MENYEMBELIH HAIWAN QURBAN\n\n23. Cara menyembelih ternakan qurban adalah seperti yang \nberikut:\n\n(a) Niat atau qasad untuk sembelih qurban; antara contoh-\ncontoh lafaz niat:\n(i) Qurban Sunat\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n15\n\nKategori Haiwan \nTernakan Qurban\n\nContoh Lafaz Niat Oleh\nPenyembelih Qurban\n\nSeekor binatang yang \ntidak berkongsi (kambing, \nlembu, kerbau)\n\nBagi penyembelih yang\nberqurban:\n\u201cInilah qurbanku kerana \nAllah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201cInilah qurban Ali dan \naku mewakilinya kerana \nAllah\u201d.\n\nSeekor binatang yang \nberkongsi tujuh bahagian.\n\nBagi penyembelih yang \nmenyertai qurban:\n\u201dInilah qurban aku dan \naku mewakili Ali, Abu, \nAhmad, Aishah, Adibah \ndan Aminah kerana \nAllah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban Hasan, \nAli, Abu, Ahmad, Aishah, \nAdibah dan Aminah dan \naku mewakili mereka \nkerana Allah\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n16\n\n(ii) Qurban Nazar\n\nKategori Haiwan \nTernakan Qurban\n\nContoh Lafaz Niat Oleh\nPenyembelih Qurban\n\nSeekor binatang yang \ntidak berkongsi (kambing, \nlembu, kerbau)\n\nBagi penyembelih yang\nberqurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natasku kerana Allah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib \nke atas Ali dan aku \nmewakilinya kerana \nAllah\u201d.\n\nSeekor binatang yang \nberkongsi tujuh bahagian.\n\nBagi penyembelih yang \nmenyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natasku dan ke atas Ali, \nAbu, Ahmad, Aishah, \nAdibah dan Aminah dan \naku mewakili mereka \nkerana Allah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natas Hasan, Ali, Abu, \nAhmad, Aishah, Adibah \ndan Aminah dan aku \nmewakili mereka kerana \nAllah\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n17\n\n(b) Membaringkan dan menghadapkan rusuk kiri haiwan \nke arah kiblat dan kepalanya diangkatkan sedikit;\n\n(c) Direbahkan dengan menggunakan tali yang \nsesuai, tempat yang sesuai dan tidak menyebabkan \nkecederaan kepada ternakan;\n\n(d) Membaca atau\n(e) Berselawat ke atas Nabi SAW;\n(f) Bertakbir tiga kali sebelum dan selepas sebagai\n\ncontoh:\n\n(g) Penyembelih hendaklah memegang kulit tengkuk \nhaiwan di bahagian bawah dagunya dan menariknya \nsehingga nampak jelas kulitnya;\n\n(h) Meletakkan alat menyembelih di leher dengan \nmemutuskan halqum, urat mari\u2019 dan dua urat di leher \nkiri kanan haiwan (wadajain);\n\n(i) Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan kadar \nsegera dan tidak diselangi dengan amalan-amalan \nlain; dan\n\n(j) Berdoa kepada Allah SWT agar ibadah qurban \nditerima:\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAGIHAN DAGING QURBAN\n\n24. Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, \ntindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan \nantara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian \nqurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini jika \nperkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat \nqurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau \nada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah. Ini langkah pertama \nyang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan \nkepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian \naqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan \npengagihan qurban sunat.\n\n25. Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya \nhendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk \nmemudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal \npasti seperti yang berikut:\n\n(a) Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan \nkepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;\n\n(b) Menyediakan senarai penerima daging qurban \nmengikut keutamaan;\n\n(c) Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah \ndikenal pasti status mereka;\n\n(d) Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang \ntinggal di kawasan terpencil;\n\n(e) Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk \nmenempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke \nkawasan pedalaman; dan\n\n(f) Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang \nberada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.\n\n18\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n19\n\nBAHAGIAN 2: PENGURUSAN QURBAN\n\nTAFSIRAN\n\n26. Bagi maksud garis panduan ini:\n\n(a) \u201cAkad Wakalah\u201d bermaksud suatu akad untuk \nmewakilkan orang lain (wakil) melaksanakan urusan \ndalam mengendalikan perkara yang diharuskan oleh \nsyarak.\n\n(b) \u201cMuwakkil (pewakil)\u201d bermaksud orang yang \nmenyuruh orang lain menjadi wakil atau orang yang \nmembuat wakalah.\n\n(c) \u201cWakil\u201d bermaksud orang yang menerima wakalah.\n(d) \u201cMuwakkal fih\u201d bermaksud barang atau urusan yang\n\nhendak diserahkan kepada wakil.\n(e) \u201cTawkil\u201d bermaksud pelantikan wakil.\n(f) \u201cHibah\u201d bermaksud pemberian yang mencakupi\n\nhadiah dan sedekah atau sumbangan. Dalam istilah \nsyarak ialah akad yang dapat memindah milik sesuatu \ntanpa balasan.\n\n(g) \u201cQurban Nazar\u201d bermaksud qurban yang diwajibkan \nke atas individu yang berazam untuk melakukan \nqurban nazar. Contohnya apabila seseorang \nmenyebut: \u201cWajib ke atas diriku berqurban seekor \nkambing kerana Allah SWT\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n20\n\nPIHAK WAKIL MELANTIK WAKIL LAIN (TAWKIL) \nMELAKSANAKAN QURBAN\n\n27. Kaedah umum menyatakan bahawa wakil tidak harus \nmewakilkan orang lain terhadap apa yang diwakilinya tanpa izin \npewakil. Tetapi sekiranya pewakil (orang yang berniat qurban) \nmengungkap dengan lafaz umum, maka harus bagi wakil untuk \nmewakilkan kepada orang lain berdasarkan kepada kefahaman \numum. Contoh akad wakalah umum:\n\n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \ntuan menguruskan qurban saya pada tahun ini \n(1434H) kerana Allah Ta\u2018ala\u201d.\n\n28. Sekiranya pewakil tidak menyebut lafaz yang \nmenunjukkan umum keizinannya untuk bertindak, maka tidak \nharus bagi wakil mewakilkan (tawkil) kepada orang lain untuk \nmenerima kerana wakil bertindak mengikut penyerahan pewakil \ndan memiliki kadar serahan itu sahaja.\n\n29. Wakil juga tidak harus mewakilkan (tawkil) kepada orang \nlain tanpa izin pewakil apabila ia mampu melakukannya. Apabila \ntidak mampu melaksanakan apa yang diwakilkan kepadanya, \nharus baginya tawkil.\n\nLAFAZ NIAT WAKALAH UNTUK PELAKSANAAN \nQURBAN\n\n30. Contoh lafaz khusus, akad orang yang berqurban \nmenyuruh seseorang mewakilinya:\n\n(a) \u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \nPengarah Program Syarikat Qurban melaksanakan\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n21\n\nqurban saya untuk tahun ini (1434H) dengan \nbayaran RM500.00 bagi satu bahagian beserta upah \nRM100.00 kerana Allah Ta\u2018ala.\u201d\n\n(b) \u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \nPengarah Program Syarikat Qurban melaksanakan \nqurban saya, isteri saya Fatimah, anak saya Aishah \ndan Aminah untuk tahun ini (1434H) dengan bayaran \nRM2000.00 bagi empat bahagian beserta upah \nRM400.00 kerana Allah Ta\u2018ala.\u201d\n\nPERKARA YANG MESTI DIKETAHUI SEBELUM \nMEWAKILKAN URUSAN QURBAN\n\n31. Perkara-perkara yang mesti diketahui oleh individu \nsebelum mewakilkan urusan qurban kepada persatuan, agensi \natau syarikat adalah seperti yang berikut:\n\n(a) hendaklah mengetahui kadar harga bagi satu bahagian \nqurban yang ditawarkan oleh persatuan, agensi atau \nsyarikat;\n\n(b) hendaklah mengetahui kadar upah yang diambil oleh \npersatuan, agensi atau syarikat;\n\n(c) hendaklah mengagihkan daging qurban mengikut \nhukum syarak;\n\n(d) hendaklah mengetahui orang yang akan menjadi \nwakil untuk menyembelih haiwan qurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN, \nAGENSI ATAU SYARIKAT DALAM NEGARA\n\n32. Pihak persatuan, agensi atau syarikat hendaklah \nmenjelaskan perkara-perkara berikut:\n\n(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan \nfizikal haiwan yang cukup syarat;\n\n(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang \nditawarkan;\n\n(c) kadar kos pengurusan (upah) yang diambil;\n(d) cara pengagihan dan penerima daging qurban.\n\nPENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN, \nAGENSI ATAU SYARIKAT LUAR NEGARA\n\n33. Pihak persatuan, agensi atau syarikat luar negara \nhendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut:\n\n(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan \nfizikal haiwan yang cukup syarat;\n\n(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang \nditawarkan oleh syarikat atau persatuan;\n\n(c) menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal \nakad bukan selepas akad;\n\n(d) menetapkan kos pengurusan yang terlibat di luar \nnegara selepas akad adalah ditanggung oleh persatuan, \nagensi atau syarikat dan bukan pihak individu.\n\n22\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENYERAHAN WANG KEPADA WAKIL BAGI \nQURBAN DI LUAR NEGARA\n\n34. Apa-apa jumlah wang yang diberi kepada pihak pengurusan \nqurban yang dilantik sebagai wakil untuk menguruskan qurban \ndi luar negara adalah terlaksana selagi mana wang berkenaan \ndibelanja mengikut akad yang telah dipersetujui. Akad tersebut \nhendaklah:\n\n(a) akad penyerahan dengan lafaz yang khusus, bukan \nlafaz am kerana lafaz am mengandungi ketidakjelasan \n(gharar);\n\n(b) menjelaskan tentang jenis, sifat dan kadar harganya;\n(c) orang yang menjadi wakil, tidak boleh mewakilkan\n\nkepada orang lain, kecuali mendapat izin daripada \npewakil (muwakkil) atau wakil tidak mampu \nmelaksanakannya.\n\nQURBAN YANG BERCAMPUR DENGAN AQIQAH, \nHADIAH, NAZAR DAN SEMBELIHAN BIASA\n\n35. Sekiranya berlaku percampuran qurban dan perkara-\nperkara lain, maka:\n\n(a) wajib dilakukan pengasingan antara daging bahagian \nqurban wajib (nazar) daripada daging bahagian \nqurban sunat, aqiqah, hadiah atau daging sembelihan \nuntuk dijual, sebelum diagihkan kepada penerima \njika terjadi perkongsian sedemikian. Langkah ini \namat penting kerana daging qurban wajib (nazar), \nhendaklah diagihkan kesemuanya kepada yang \nberhak;\n\n23\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n(b) adalah lebih baik, pihak yang menguruskan qurban \ntidak mencampurkan antara urusan qurban wajib \n(nazar) dengan qurban sunat, aqiqah, hadiah atau \ndaging sembelihan biasa.\n\nPEMBERIAN HAIWAN QURBAN OLEH ORANG \nPERSEORANGAN, PERSATUAN, ATAU AGENSI\n\n36. Pemberian atau sumbangan haiwan ternakan oleh \norang perseorangan, persatuan, agensi, syarikat, jabatan atau \nkementerian kepada masyarakat Islam bagi tujuan qurban \nhendaklah diserahkan kepada jawatankuasa masjid atau surau \nuntuk diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik.\n\n37. Sesuatu pemberian atau sumbangan hendaklah dijelaskan \nakadnya terlebih dahulu sebelum menerima penyerahan, iaitu \nsama ada akad pemberian (hibah) sebagai hak milik atau akad \nwakalah untuk melantik satu pihak sebagai wakil menguruskan \nhaiwan untuk qurban.\n\n(a) Akad Pemberian atau Hibah Sebagai Hak milik \nKe Atas Haiwan Qurban\n\n(i) Contoh lafaz hibah: \n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju \nmenyerahkan sumbangan 30 ekor lembu qurban \nuntuk tahun 1434H kepada jawatankuasa masjid/\nsurau untuk diuruskan\u201d.\n\n24\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n25\n\n\u201cSaya mewakili Kementerian yang bersetuju \nmenyerahkan sumbangan 30 ekor lembu qurban \nuntuk tahun 1434H kepada jawatankuasa masjid/\nsurau untuk diuruskan\u201d.\n\n(ii) Pihak jawatankuasa masjid/surau boleh \nmemilih dan memberi keutamaan kepada golongan \nasnaf fakir miskin atau individu lain bagi mewakili \nbahagian qurban yang disertai.\n\n(iii) Asnaf fakir miskin atau individu yang \nterpilih disunatkan mengambil daging tidak \nmelebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang \ndisertai.\n\n(iv) Pihak jawatankuasa masjid/surau dilarang \nmelakukan perkara lain ke atas haiwan qurban \nkecuali untuk ibadah qurban sahaja.\n\n(b) Akad Wakalah Sebagai Wakil Menguruskan \nHaiwan Ternakan Untuk Qurban\n\n(i) Pihak jawatankuasa masjid/surau \nhendaklah mengikut akad yang diamanahkan \nsebagai wakil mengurus haiwan ternakan untuk \nqurban sama ada dengan lafaz am atau lafaz khas.\n\n(ii) Contoh lafaz am:\n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju melantik \njawatankuasa masjid/surau sebagai wakil untuk\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nmenguruskan 10 ekor lembu sebagai sumbangan \n70 bahagian qurban kepada penduduk kampung \nini\u201d.\n\n(iii) Contoh lafaz khas:\n\u201cSaya mewakili Syarikat yang bersetuju melantik \njawatankuasa masjid/surau sebagai wakil untuk \nmenguruskan 10 ekor lembu sebagai sumbangan \n70 bahagian qurban kepada fakir miskin di \nkampung ini\u201d.\n\n(iv) Sekiranya perlu, pihak jawatankuasa \nmasjid/surau boleh mengenakan kos pengurusan \ndengan kadar yang berpatutan kepada peserta \nibadah qurban yang terpilih.\n\n(v) Asnaf fakir miskin atau individu yang \nterpilih disunatkan mengambil daging qurban \ntidak melebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang \ndisertai.\n\n26\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n27\n\nPEMBERIAN HAIWAN QURBAN OLEH ORANG \nBUKAN ISLAM\n\n38. Pemberian, hibah atau sumbangan haiwan qurban oleh \norang perseorangan, persatuan atau pertubuhan bukan Islam \nkepada masyarakat Islam bagi tujuan qurban hendaklah diuruskan \nseperti yang berikut:\n\n(a) Haiwan qurban tersebut hendaklah diserahkan kepada \njawatankuasa masjid/surau untuk diuruskan.\n\n(b) Pihak jawatankuasa yang dilantik perlu memilih asnaf \nfakir miskin atau individu bagi mewakili bahagian \nqurban yang disertai.\n\n(c) Asnaf fakir miskin atau individu yang terpilih \ndisunatkan mengambil daging qurban tidak melebihi \n1/3 daripada bahagian qurban yang disertai.\n\n(d) Sekiranya perlu, pihak jawatankuasa masjid/surau \nboleh mengenakan kos pengurusan dengan kadar \nyang berpatutan kepada peserta ibadah qurban yang \nterpilih.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENUTUP\n\n39. Garis panduan ini diharap dapat membantu orang \nyang berhajat melakukan ibadah qurban sebagai persediaan \nawal sebelum melakukannya, termasuk mendapat gambaran \nyang lebih jelas berkenaan cara melakukan ibadah qurban di \nsamping menjaga adab-adab yang ditetapkan. Organisasi yang \nmenguruskan qurban bagi pihak orang lain pula sewajarnya \nbersikap amanah dan tidak mengutamakan keuntungan semata-\nmata. Ini kerana perbuatan menolong untuk menyampaikan hajat \nseseorang juga diberi ganjaran oleh Allah SWT.\n\n40. Justeru, garis panduan ini diharap dapat mencapai objektif \nqurban sebagai satu ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT. \nSemoga amalan penyembelihan ibadah qurban yang dilakukan \nmemberi kesan yang mendalam serta galakan kepada orang lain \nuntuk berusaha melaksanakan qurban sebagai salah satu tuntutan \ndalam Islam.\n\n28\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n29\n\nRUJUKAN\n\nAl-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin \u2018Ali (t.t.). Kitab \nal-Sunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Ma\u2018rifah.\n\nAl-Buhuti, al-Sheikh Mansur bin Yunus bin Idris (1402H/1982M). \nKashaf al-Qina\u2018 \u2018an Matn al-\u2018Iqna\u2018, Kitab al-Hajj, Bab al-Huda \nwa al-Udahi wa al-\u2018Aqiqah wa Ma Yata\u2018allaqu biha. Dar al-Fikr.\n\nAl-Ghanimi, al-Sheikh Abd al-Ghani al-Ghanimi al-Dimashqi \nal-Maidani al-Hanafi (t.t.). al-Lubab. Beirut: Maktabah al-\n\u2018Alamiah.\n\nAl-Ghazali, al-\u2018Alamah al-Faqih al-Hujjah Abi Hamid \nMuhammad bin Muhammad bin Muhammad (1418H/1997M). \nAl-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi\u2018i. Beirut: Syarikat Dar al-\nArqam bin Abi al-Arqam.\n\nAl-Hakim al-Naisaburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah \n(1418H/1998M). Al-Mustadrak \u2018ala Sahihain. Beirut: Dar al-\nMa\u2018rifah.\n\nAl-Hanafi al-Haskifi, Muhammad bin \u2018Ali bin Muhammad bin \n\u2018Ali bin Abd al-Rahman (1423H/2002M). Al-Durr al-Mukhtar. \nDar al-Kutub al-\u2018Ilmiyah: Beirut-Lubnan.\n\nAl-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M). \nMughni al-Muhtaj, Kitab al-Udhiyyah. Beirut-Lubnan: Dar al-\nMakrifah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAl-Mawardi al-Basri, Abu al-Hasan \u2018Ali bin Muhammad bin \nHabib (1414H/1994M). Al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-\nImam al-Shafi\u2018i. Beirut: Dar al-Kutub al-\u2018Ilmiyah.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \n(1416H/1996M). Sharhu al-Nawawi \u2018ala Muslim, Kitab Udahi, \nBab Istihbab al-Dahiyah wa Zabhuha Mubasyarah bila Tawkil wa \nal-Tasmiyah wa al-Takbir. Dar al-Khair.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \n(t.t.). Kitab al-Majmu\u2018 Syarh al-Muhazzab li al-Shirazi. Jeddah: \nMaktabah al-Irsyad.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \nal-Dimashqi (1423H/2003M). Raudah al-Talibin. Beirut: Dar \n\u2018Alam al-Kutub.\n\nAl-Ramli, Muhammad bin Shihabuddin (1404H/1984M), Nihayat \nal-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Kitab al-Udhiyah. Dar al-Fikr.\n\nAl-Shafi\u2018i, Imam Muhammad bin Idris (1422H/2001M). al-\nUmm. al-Mansurah: Dar al-Wafa\u2019.\n\nIbn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin \u2018Ali (t.t), Tuhfat \nal-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, Kitab al-Udhiyah. Dar Ihya\u2019 al-\nTurath al-\u2018Arabi.\n\nIbn Qudamah, Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad bin \nMuhammad (1405H/1985M). Al-Mughni, Kitab al-Udahi, \nMas\u2019alatu al-Istihbab an Ya\u2019kula Sulus Udhiyatihi. Dar Ihya\u2019 al-\nTurath al-\u2018Arabi. Cet. 1.\n\n30\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nIbn Rushd al-Qurtubi, al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin \nAhmad bin Muhamad bin Ahmad (1416H/1995M). Bidayat al-\nMujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. Dar al-Salam. Cet. 1.\n\nJabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan \nIndustri Asas Tani, Garis Panduan Penyembelihan Ternakan \nKorban.\n\nMuhammad al-Qari, \u2018Ali bin Sultan (1422H/2002M). Mirqatu \nal-Mafatih Sharhu Mishkatu al-Masabih, Kitab al-Solat, Bab fi \nal-Udhiyat. Darul al-Fikr.\n\nSheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih (2000M). Tafsir \nPimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala \nLumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.\n\nWahbah al-Zuhaili (1999M). Fiqh & Perundangan Islam. Terj. \nSyed Ahmad Syed Hussain et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa \ndan Pustaka.\n\nWahbah al-Zuhaili, Ustaz Doktor (1418H/1997M). Al-Fiqh al-\nIslami wa Adillatuh. Beirut- Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu\u2018asir.\n\nWizarah al-Auqaf wa al-Shu\u2019un al-Islamiyah (1404H/1983M). \nAl-Mausu\u2018ah al-Fiqhiyah. Al-Kuwait. Cet. ke-2.\n\n31\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nSebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai Garis Panduan \nPelaksanaan Ibadah Qurban bolehlah diajukan kepada alamat \nseperti berikut:\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia,\nBlok D7, Kompleks D,\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\n62519 Putrajaya.\n\nNo. Telefon :03 - 8886 4000\nNo. Faksimili :03 - 8889 1993\n\n32\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban"} {"file": "garis-panduan/14865_1639640105.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14864_1639640274.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14893_1639636832.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14897_1639636747.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14876_1639615081.pdf", "text": "1\n\n\n\nGARIS PANDUAN BERSUKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM\n\n\n\n1. TUJUAN\n\n\n\nGaris Panduan Bersukan Menurut Perspektif Islam ini disediakan untuk\n\nmemberi panduan kepada golongan yang terlibat secara aktif dalam\n\nbidang sukan dan sebagai panduan serta rujukan seluruh masyarakat\n\nawam di Malaysia.\n\n\n\n2. PENDAHULUAN\n\n\n\n2.1 Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam\n\nkerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat\n\ndikekalkan sekaligus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit. Firman\n\nAllah SWT:\n\n\n\n\u06c1 \u06be \u06be \u06be \u06be \u06d2 \u06d2 \u06d3 \u06d3 \u06ad \u06ad \u06ad\n\n(Surah al-Qasas, 28:26)\n\n\n\nMaksudnya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: \n\u201cWahai ayah, ambillah dia jadi orang upahan (menggembala kambing \nkita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah \norang yang kuat, lagi amanah.\n2\n\nHadis Nabi SAW:\n\n\n\n\n\nMaksudnya: Daripada Abi Hurairah, berkata: Bersabda Rasulullah SAW \nmaksudnya: \u201cOrang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh \nAllah daripada orang mukmin yang lemah: pada keduanya adalah baik. \nBersungguh-sungguhlah mengerjakan ketaatan kepada Allah dan \nmohonlah pertolongan kepada-Nya dan janganlah engkau merasa lemah. \nJika engkau ditimpa sesuatu musibah janganlah engkau ucapkan kalau \naku berbuat demikian tidak berlakulah musibah itu, tetapi ucapkanlah \nAllah telah mentakdirkannya dan apa yang Allah kehendaki pasti berlaku. \nSesungguhnya perkataan kalau boleh membuka ruang kepada amalan \nsyaitan\u201d.\n\n\n\nDalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :\n\n\n\nMaksudnya: Tidak akan dijangkiti penyakit bagi orang yang sihat.\n\n\n\n\n\nRasulullah SAW juga bersabda:\n\n\n\n\n\nMaksudnya: Hak seorang anak terhadap ibu bapanya ialah mengajarnya \nmenunggang kuda, berenang dan memanah serta memberinya makanan \ndan minuman yang baik-baik.\n\n\n\n2.2 Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat dirumuskan\n\nbahawa Islam amat mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana\n\nia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat\n3\n\ndan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa\n\ndan negara. Ini juga selaras dengan prinsip pensyariatan yang digariskan\n\ndengan menjaga lima perkara yang menjadi tunjang kehidupan sejahtera\n\niaitu, memelihara agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan. Dengan\n\nmemiliki tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang\n\nitu mengerjakan suruhan Allah SWT dan dapat menjalani kehidupan\n\nseharian dengan mudah dan selesa. Nabi SAW sendiri menyarankan\n\numatnya supaya berdoa, memohon agar Allah SWT sentiasa\n\nmengurniakan kesihatan tubuh badan yang berterusan kerana ia\n\nmerupakan salah satu nikmat yang amat bernilai dalam menjalani\n\nkehidupan di dunia ini.\n\n\n\n2.3 Pada hari ini sukan bukan hanya sekadar aktiviti masa senggang\n\nsemata-mata bahkan mempunyai peranan yang lebih luas. Ini kerana\n\nmenerusi sukan semangat muhibah, perpaduan dan keharmonian antara\n\nindividu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan\n\nnegara. Di peringkat antarabangsa, sukan merupakan salah satu medan\n\nyang boleh digunakan untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini\n\nkerana kejayaan dalam pertandingan sukan berprestij turut dikaitkan\n\ndengan lambang kemajuan sesebuah negara selain dikagumi dan menjadi\n\ncontoh kepada negara dunia yang lain.\n\n\n\n3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN\n\n\n\nGaris panduan ini memberi penekanan terhadap cara bersukan yang\n\ndibenarkan syarak. Ia mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut:\n\na. Tafsiran;\n\nb. Objektif Sukan Menurut Islam;\n\nc. Kejurulatihan;\n\nd. Pakaian Sukan;\n\ne. Penggunaan Tempat Bersukan;\n4\n\nf. Penganjuran Program Sukan;\n\ng. Sukan yang Ekstrem atau Tidak Bermanfaat;\n\nh. Tanggungjawab Penganjur; dan\n\ni. Kesimpulan\n\n\n\n4. TAFSIRAN\n\n\n\nTafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini\n\nadalah seperti yang berikut:\n\n\n\na. Atlet\n\nOrang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan.\n\n\n\nb. Aurat\n\nBahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup\n\n(menurut hukum Islam).\n\nAurat bagi lelaki ialah antara pusat dan lutut. Manakala, aurat bagi\n\nperempuan ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan dua\n\ntapak tangan. Begitu juga dengan aurat antara wanita Islam\n\ndengan wanita bukan Islam iaitu seluruh anggota badan kecuali\n\nmuka dan dua tapak tangan.\n\n\n\nc. Jurulatih\n\nOrang yang melatih orang lain (seperti ahli sukan dan lain-lain)\n\nsupaya mahir.\n\n\n\nd. Kejurulatihan\n\nYang berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya.\n5\n\ne. Sukan\n\nSegala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran\n\nserta tenaga (seperti berenang, permainan bola sepak, tenis,\n\nlumba lari dan lain-lain) yang dilakukan sebagai acara hiburan\n\n(acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan dan lain-\n\nlain).\n\n\n\n5. OBJEKTIF SUKAN MENURUT ISLAM\n\n\n\nObjektif sukan menurut Islam adalah bertujuan untuk:\n\n\n\na. Memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada individu yang terlibat\n\nsama ada daripada aspek fizikal, mental dan spiritual;\n\nb. Memantapkan pelaksanaan ibadah dan ketaatan diri seseorang\n\nindividu muslim terhadap Allah SWT; dan\n\nc. Memupuk perpaduan dan keharmonian sesama manusia.\n\n\n\n6. KEJURULATIHAN\n\n\n\nDalam aspek kejurulatihan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi\n\nperhatian. Antaranya adalah seperti yang berikut:\n\n\n\na. Jurulatih dan ahli sukan sebaik-baiknya terdiri daripada jantina\n\nyang sama; dan\n\nb. Sekiranya berbeza jantina, batas-batas pergaulan antara jurulatih\n\ndan ahli sukan hendaklah dijaga selaras dengan tuntutan syarak\n\nseperti menjaga maruah diri, akhlak, adab dan tatasusila. Bagi\n\nmaksud ini juga, jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan\n\nperempuan yang dilatihnya dan begitu juga sebaliknya.\n6\n\n7. PAKAIAN SUKAN\n\n\n\nPakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang\n\nditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian\n\ndengan sukan yang diceburi. Contohnya seperti yang berikut:\n\n\n\na. Lelaki: T-shirt dan berseluar panjang atau seluar yang melepasi paras\n\nlutut.\n\n\n\nb. Perempuan: T-shirt lengan panjang, berseluar panjang dan menutup\n\nrambut serta leher. Pakaiannya juga mestilah longgar dan tidak\n\nmenampakkan susuk badan.\n\n\n\n8. PENGGUNAAN TEMPAT BERSUKAN\n\n\n\nPenggunaan tempat bersukan hendaklah memenuhi beberapa kriteria\n\nseperti yang berikut:\n\n\n\na. Semasa bersukan, percampuran bebas antara lelaki dan wanita\n\nadalah dilarang;\n\nb. Penggunaan tempat bersukan antara lelaki dengan perempuan\n\nseperti padang permainan, trek olahraga, gimnasium, kolam\n\nrenang dan sebagainya hendaklah disediakan secara berasingan;\n\ndan\n\nc. Sekiranya kemudahan penggunaan tempat bersukan secara\n\nberasingan tidak dapat disediakan, sebagai alternatif, jadual masa\n\npenggunaan bagi lelaki dan wanita hendaklah dilaksanakan.\n7\n\n9. PENGANJURAN PROGRAM SUKAN\n\n\n\nBagi setiap program sukan yang dianjurkan, ia hendaklah memenuhi\n\nbeberapa kriteria seperti yang berikut:\n\na. Diadakan pada masa, tempat dan waktu yang bersesuaian;\n\nb. Tidak melalaikan daripada menunaikan perintah Allah SWT.\n\nContohnya tidak menghalang pelaksanaan ibadah seperti\n\nsembahyang dan puasa;\n\nc. Tidak disertai dengan perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.\n\nContohnya meraikan kemenangan dalam pertandingan sukan\n\ndengan berpeluk-pelukan antara lelaki dengan wanita yang bukan\n\nmahram atau penggunaan arak sebagai lambang kemenangan;\n\nd. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh\n\nmenimbulkan sikap prejudis, permusuhan dan pergaduhan;\n\ne. Tidak melibatkan pertaruhan atau perjudian;\n\nf. Tidak melibatkan penggunaan bahan-bahan yang dilarang seperti\n\ndadah, steroid dan seumpamanya;\n\ng. Tidak mencetuskan vandalisme yang merosakkan harta benda\n\nawam;\n\nh. Tidak melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan\n\nkepada pemain lain;\n\ni. Tidak menggunakan lambang-lambang keagamaan lain seperti\n\nsalib, api (obor) dalam penganjuran program sukan;\n\nj. Tidak membawa kepada unsur-unsur pembaziran; dan\n\nk. Pengadil wajib mengadili perlawanan dengan adil dan tidak berat\n\nsebelah kepada mana-mana pihak.\n\n\n\n10. SUKAN YANG EKSTREM ATAU TIDAK BERMANFAAT\n\n\n\n10.1 Jenis-jenis sukan yang ekstrem, berisiko tinggi dan boleh\n\nmendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental dan spiritual serta\n8\n\ntidak memberi manfaat kepada para pesertanya adalah dilarang.\n\nTermasuk dalam kategori ini juga ialah pertandingan makan makanan\n\neksotik seperti kala jengking, labah-labah dan seumpamanya serta\n\npertandingan memakan benda-benda yang haram, najis, kotor,\n\nmenjijikkan dan seumpamanya.\n\n\n\n10.2 Bagi kaum wanita, penyertaan mereka dalam sukan-sukan yang\n\nbercanggah dengan fitrah kewanitaan mereka dan bertentangan dengan\n\nadab, adat dan tatasusila adalah dilarang.\n\n\n\n11. TANGGUNGJAWAB PENGANJUR\n\n\n\nPenganjur hendaklah memastikan acara sukan yang dianjurkan menepati\n\ngaris panduan yang telah disediakan ini.\n\n\n\n12. KESIMPULAN\n\n\n\nGaris panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada pihak yang\n\nterlibat dalam bidang sukan. Ia juga sebagai usaha untuk mewujudkan\n\nsebuah masyarakat yang dapat mempraktikkan sukan berteraskan syariat\n\nIslam.\n9\n\nRUJUKAN \n \nAl-Quran. \n \nAl-Hadis. \n \nAl-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajjaj (1992), Mausu\u2018ah as-Sunnah, al-\nKutub al-Sittah wa Shuruhuha Sahih Muslim, c. 2. Istanbul: Dar al-Da\u2018wah. \n \nAl-Syeikh Saleh bin \u2018Abd al-\u2018Aziz bin Muhammad bin Ibrahim (2000), Mausu\u2018ah \nal-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Sahih Bukhari, c. 3. Riyadh: Dar al-Salam. \n \nKamus Dewan (2005) Edisi Keempat Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan \nPustaka. \n \nSheikh Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada \nPengertian al-Quran (2001), c. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir."} {"file": "garis-panduan/14871_1639614244.pdf", "text": "KATA ALU-ALUAN \nKETUA PENGARAH JAKIM\n\nSegala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., Tuhan\n\nsekalian alam dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi\n\nMuhammad S.A.W.\n\nAlhamdulillah dengan taufik dan inayahNya, \u201cFAQ VAKSIN\n\nDAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\u201d\n\nyang merupakan kompilasi soalan-soalan lazim mengenai isu\n\nvaksinasi ini telah dapat diterbitkan sebagai panduan dan rujukan\n\nmasyarakat awam seluruhnya. Penjelasan terhadap soalan-soalan lazim ini telah\n\ndihasilkan secara bersama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan\n\nKemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KKM dan JAKIM menyedari ada di kalangan\n\nibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau\n\nimunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang\n\ntersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan\n\nharam dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia.\n\nJuga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah\n\nbertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan\n\noleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan\n\nanak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit\n\nmerbahaya yang boleh mengancam nyawa. Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi\n\nmerupakan satu jalan pencegahan yang amat dituntut dalam Islam. Muzakarah\n\nJawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak\n\ndari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan\n\nlangsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam.\n\nSaya berharap penerbitan buku ini dapat memberikan maklumat dan penjelasan\n\nsebenar kepada seluruh masyarakat mengenai isu vaksinasi ini dan dijadikan\n\npanduan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan segala usaha murni ini akan\n\nberoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.\n\nSekian, terima kasih.\n\n(DATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA)\n\nKetua Pengarah\n\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n1\n\nDi dalam Islam penjagaan terhadap\n\nlima (5) perkara utama yang terkandung\n\ndalam Maqasid Syar\u2019iyyah iaitu agama,\n\nnyawa, akal, keturunan dan harta adalah\n\namat dituntut. Penjagaan dan pemeliharaan\n\nsyariat terhadap lima (5) kriteria asas tersebut\n\nmerupakan satu perkara yang sangat penting dalam\n\npenentuan Syariat Islam.\n\nKesihatan individu dan masyarakat adalah antara tuntutan agama dan\n\nkehidupan, di mana ia akan memberi manfaat dan kemaslahatan\n\nkepada kehidupan seluruh umat manusia. Oleh itu, tindakan pencegahan\n\ndaripada perkara-perkara yang boleh memudharatkan kesihatan dan\n\nnyawa manusia adalah amat dituntut oleh Islam bersesuaian dengan\n\nKaedah Fiqhiyyah (Menyekat Pintu Kerosakan).\n\nImunisasi adalah satu cara pencegahan yang\n\ndapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-\n\npenyakit merbahaya yang mengancam nyawa,\n\nkhususnya kanak-kanak seperti demam campak\n\n(measles), tibi (batuk kering), batuk kokol\n\n(pertussis), difteria, tetanus (kancing gigi) atau\n\npolio. Penggunaan vaksin dalam program\n\nimunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-\n\npenyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh\n\nsyarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu\n\n(menolak\n\nkerosakan adalah didahulukan daripada mencari\n\nkemaslahatan).\n\nApa Pandangan Islam\nMengenai Penjagaan\nKesihatan Ummah?\n\nAdakah Islam Membenarkan Imunisasi?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n2\n\nSesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah\n\nlebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga\n\nadalah berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam surah Al- Baqarah, Ayat\n\n195 yang bermaksud:\n\nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu\n\nke dalam bahaya kebinasaan.\n\nProgram imunisasi ini bukan lagi merupakan kehendak seorang\n\nindividu, tetapi imunisasi kini menjadi keperluan kepada masyarakat\n\nsecara umumnya.\n\nIslam pada dasarnya menegah penggunaan ubat\n\ndari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu\n\npenyakit. Ketetapan ini adalah berdasarkan\n\nhadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: \u201cDari\n\nAbi Darda\u2019 RA, Rasulullah S.A.W. berkata:\n\nSesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit\n\ndan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi\n\ntiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua\n\nberubatlah dan janganlah kamu semua berubat\n\ndengan (perkara-perkara) yang haram\u201d.\n\nWalau bagaimanapun, dalam keadaan darurat di\n\nmana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara\n\nberkesan untuk mengubati sesuatu penyakit,\n\nsedangkan sesuatu penyakit\n\nitu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara\n\nkesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan\n\nperkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan\n\nselama mana tiada ubat lain dari sumber yang\n\nhalal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar\n\nyang diperlukan sahaja.\n\nAdakah Islam Membenarkan Penggunaan Ubat Daripada\nSumber Yang Haram?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n3\n\nDalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat yang ditetapkan\n\nuntuk memastikan keperluan tersebut berada di peringkat darurat\n\nperlulah dipenuhi. Syarat-syarat tersebut ialah:\n\n1.\n\n2.\n\n3.\n\n4.\n\n5.\n\nImunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi\n\nmengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa\n\nkhususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria,\n\ntetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi\n\nmengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan\n\noleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu:\n\nMaksudnya, \u201cMenolak kerosakan didahulukan daripada mencari\n\nkemaslahatan\u201d.\n\nBerlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau\n\nkemudharatan pada lima perkara asas ataupun kemusnahan akan\n\nberlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang\n\nkuat berpandukan pengalaman-pengalaman atau pengetahuan;\n\nSeseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan\n\ndengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu\n\nyang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudharatan\n\nmelainkan perkara yang ditegah;\n\nMestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang\n\nlain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa\n\npesakit;\n\nPengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan\n\nPada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah\n\ndipasti dan diperakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.\n\nApakah Yang Dimaksudkan Sebagai Vaksinasi Atau\nImunisasi?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n4\n\nImunisasi boleh dikategorikan sebagai alat yang\n\nakan menghasilkan antibodi terhadap badan\n\nmanusia melawan penyakit yang mendatang.\n\nDalam buku \u201cThe Development of New Vaccines\u201d,\n\nGordon L. Ada (1994) berkata bahawa antibodi\n\nmembawa maksud daya pertahanan dan satu-\n\nsatunya mekanisme yang mana boleh menghalang\n\nsuntikan digunakan untuk tujuan melawan agen.\n\nVaksin yang efektif boleh membuatkan kebolehdaya\n\ntahan antibodi dalam badan.\n\nPertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health\n\nOrganization) mendefinisikan \u201cimunisasi\u201d sebagai\n\nproses di mana seseorang itu dijadikan imun atau\n\ntahan penyakit berjangkit, biasanya melalui\n\npengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem\n\nimun badan sendiri untuk melindungi seseorang\n\nitu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit\n\n(http://www.who.int/topics/immunization/en/).\n\nSatu istilah yang sama dengan imunisasi ialah vaksinasi. Abd Rahman\n\n(2013) mendefinisikan vaksinasi sebagai satu proses pengaktifan\n\nsistem imun buatan manusia sebagai usaha untuk melindungi manusia\n\ndaripada penyakit berjangkit.\n\nVaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah\n\norganisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu,\n\npenghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia\n\ndengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan\n\nkebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi\n\nAmalan Pengilangan Baik (GMP). Perkara asas yang perlu dipatuhi\n\ntermasuk:\n\n1. Memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat;\n\ndan\n\nBagaimana Proses Pembuatan Vaksin?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n5\n\n2.\n\nPenghasilan vaksin dijalankan di dalam persekitaran bebas kuman dan\n\ndipantau secara rapi melalui langkah-langkah kawalan kualiti. Proses\n\npenghasilan boleh berbeza mengikut jenis vaksin kerana beberapa\n\nkomponen yang digunakan dalam proses penghasilan adalah khusus\n\nkepada jenis vaksin sama ada berunsurkan virus atau bakteria. Secara\n\namnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:\n\n1.\n\n2.\n\n3.\n\n4.\n\nMemastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa\n\nmematuhi spesifikasi yang ditetapkan.\n\nPembiakan\n\nPembiakan organisma hidup yang digunakan\n\ndalam vaksin.\n\nPengasingan\n\nPengasingan organisma hidup daripada sel\n\natau media pertumbuhan yang digunakan\n\nsemasa langkah pembiakan.\n\nPenulenan\n\nMengeluarkan semua bahan yang mungkin\n\nmelekat pada organisma yang dikultur, atau\n\nmemisahkan bahagian khusus daripada\n\norganisma untuk digunakan dalam vaksin.\n\nFormulasi\n\nMelibatkan pencampuran bahan yang telah\n\nditulenkan ke dalam larutan sehingga ia\n\nmencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini\n\njuga merangkumi penambahan komponen\n\nseperti pengawet, pelarut, adjuvant dan\n\nagen penstabil. Di peringkat akhir proses\n\npenghasilan, vaksin diisi ke dalam botol atau\n\npicagari dan dibungkus untuk dihantar ke\n\nfasiliti kesihatan.\n\nRajah 1: Empat langkah dalam proses penghasilan vaksin\n\nPengasinganPembiakan FormulasiPenulenan\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n6\n\nContoh: Penghasilan vaksin berunsurkan virus\n\nOleh kerana virus hanya membiak di dalam sel\n\nhidup, virus yang digunakan dalam vaksin\n\ndibiakkan di dalam sel atau sel Vero. Setelah\n\nvirus membiak, ia diasingkan daripada sel dan\n\nmedium kultur sel. Beberapa teknik digunakan\n\nuntuk proses pengasingan ini, seperti pemecahan\n\nsel menggunakan bahan kimia, sentrifugasi dan\n\npenapisan atau proses penyeragaman.\n\nProses seterusnya adalah penulenan virus, yang\n\njuga melibatkan beberapa teknik sentrifugasi,\n\npenapisan ultra, kromatografi atau penulenan\n\nmenggunakan bahan kimia. Pada peringkat ini,\n\nvirus juga dilemahkan secara kimia untuk\n\npenghasilan vaksin menggunakan virus yang\n\ndilemahkan.\n\nPersediaan virus tadi kemudiannya dicampurkan dengan bahan lain\n\nuntuk memastikan setiap dos vaksin mencapai kepekatan yang sesuai\n\nagar boleh diberikan secara selamat. Pada peringkat ini, vaksin boleh\n\ndigabungkan dengan antigen lain (seperti vaksin measles-mumps-\n\nrubella). Produk yang telah dicampurkan diisi ke dalam botol atau\n\nFigure 2 : Processes involved at each of the four steps of vaccine manufacturing\n\nSource : Vaccine Fact Book 2012, page 58\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n7\n\npicagari. Sesetengah vaksin dikering-bekukan pada peringkat ini bagi\n\nmemanjangkan tempoh simpanan vaksin.\n\nContoh: Proses penghasilan vaksin\n\nberunsurkan bakteria\n\nBakteria tidak memerlukan sel hidup untuk\n\nmembiak, maka ia dibiakkan dalam bioreaktor\n\nyang mengandungi media kultur khusus. Setelah\n\ndibiakkan, pengasingkan dilakukan secara\n\nsentrifugasi atau menggunakan teknik khusus\n\nbagi mengekstrak polisakarida. Proses penulenan\n\nadalah khusus kepada antigen yang digunakan,\n\nseperti pemendakan kimia atau pemeringkatan,\n\npenapisan ultra and langkah kromatografi. Pada\n\nperingkat ini, protein pembawa boleh digabungkan\n\ndengan vaksin polisakarida dan vaksin yang telah\n\ndigabungkan kemudiannya ditulenkan melalui\n\npelbagai teknik penapisan atau kromatografi.\n\nProduk yang telah ditulenkan kemudiannya\n\ndigunakan sebagai vaksin. Pada peringkat ini juga produk boleh\n\ndigabungkan dengan beberapa antigen lain. Sesetengah vaksin\n\npolisakarida mengandungi beberapa jenis polisakarida (seperti vaksin\n\npolisakarida pneumococcal mengandungi 23 polisakarida berbeza)\n\nmanakala sesetengah vaksin berunsurkan bakteria digabungkan\n\ndengan bakteria lain dan/atau antigen virus (seperti vaksin Difteria-\n\nTetanus-Pertussis-Hepatitis B atau juga dikenali sebagai DTP-Hep B).\n\nVaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama\n\nada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus\n\nyang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau\n\nsebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen\n\ntambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa\n\nkomponen lain. Setiap bahan yang terkandung di dalam vaksin\n\nmempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada kualiti,\n\nkeselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin. Vaksin tidak\n\nmengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.\n\nApakah Yang Terkandung Dalam Sesuatu Vaksin?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n8\n\nPengawet di dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan\n\nvaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin.\n\nPengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal (atau thimerosal). Ia\n\nmengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl merkuri. Ia tiada\n\nkaitan dengan sebarang kesan toksik methyl merkuri. Methyl merkuri\n\nadalah toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang telah digunakan\n\ndalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat\n\nsedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik yang\n\nmenunjukkan ia berbahaya.\n\nSetelah mengkaji bukti epidemiologi terkini berkaitan thiomersal dan\n\nprofil farmakokinetiknya, Jawatankuasa Penasihat Sedunia bagi\n\nKeselamatan Vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah\n\nmembuat kesimpulan bahawa tiada bukti kesan toksik merkuri ke atas\n\nbayi, kanak-kanak atau orang dewasa yang terdedah kepada thiomersal\n\ndalam vaksin. Tambahan pula, banyak kajian yang telah dijalankan\n\nmendapati bahawa tiada bukti menunjukkan kecacatan sistem saraf\n\natau perkembangan seperti autisme disebabkan oleh penggunaan\n\nvaksin yang mengandungi thiomersal.\n\nBahan penstabil berfungsi mencegah komponen vaksin dari melekat di\n\ndinding botol vaksin. Ia mengekalkan keselamatan dan keberkesanan\n\nvaksin di dalam keadaan dan suhu yang pelbagai. Gelatin dan lactose-\n\nsorbitol adalah contoh bahan penstabil.\n\nAdjuvant ditambah ke dalam vaksin untuk meningkatkan tindak balas\n\nsistem ketahanan tubuh terhadap vaksin. Adjuvant yang sering\n\ndigunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum).\n\nPengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding\n\ndengan pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti\n\nantasid. Penelitian semua kajian yang ada berkaitan vaksin difteria,\n\ntetanus dan pertussis yang mengandungi aluminium (sama ada secara\n\nberasingan atau kombinasi) menunjukkan bahawa tiada bukti garam\n\naluminium di dalam vaksin menyebabkan sebarang kesan sampingan\n\nserius atau kesan sampingan jangka masa panjang. Kemerahan dan\n\nbengkak pada tempat suntikan selalunya berkait dengan vaksin yang\n\nmengandungi aluminum berbanding vaksin yang tiada kandungan\n\naluminium, namun kesan ini selalunya ringan.\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n9\n\nTubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi\n\nbagi melindunginya daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau\n\nbagaimanapun, mekanisme pertahanan ini boleh dirangsang dengan\n\nsuntikan vaksin. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem\n\ndaya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus\n\nterhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan\n\nkepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu\n\nuntuk dilawan pada masa hadapan. Kesan maksimum sesuatu vaksin\n\nlazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil\n\nmengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.\n\nMelalui imunisasi,\n\n1.\n\n3.\n\nSmallpox telah berjaya dibasmi (eradikasi) di\n\nseluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox\n\nadalah penyakit yang tiada rawatan dengan\n\nkadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan\n\nparut atau buta kepada orang yang dijangkiti.\n\nKadar morbiditi dan mortaliti (kematian)\n\npenyakit cegahan vaksin telah berkurangan\n\ndengan ketara. Imunisasi telah menjadikan\n\nd u n i a s e m a k i n s e l a m a t d e n g a n\n\nmenyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti\n\npenyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa\n\nimunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-\n\n2. Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di\n\nbawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)\n\niaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat.\n\nMalaysia telah mencapai status eradikasi polio\n\npada Oktober 2000.\n\nBagaimanakah Vaksin Berfungsi?\n\nAdakah Vaksin Benar-Benar Mencegah Penyakit?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n10\n\n4.\n\nTempoh perlindungan sesuatu vaksin berbeza-beza bergantung kepada\n\njenis vaksin dan cara penghasilannya. Sesetengah vaksin memberi\n\nperlindungan sepanjang hayat, manakala terdapat vaksin yang boleh\n\nmemberi perlindungan sehingga 30 tahun. Terdapat juga vaksin yang\n\nmemerlukan dos tambahan (booster) untuk memastikan perlindungan\n\nberterusan.\n\nKeberkesanan vaksin tidaklah 100%. Tindak balas tubuh seseorang\n\nterhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan\n\nsesetengah orang tidak menghasilkan tindak balas imun yang\n\nmencukupi terhadap vaksin yang diambil. Hasilnya, individu seperti ini\n\ntidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan\n\ndos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti terhadap\n\npenyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih\n\nbaik dari tiada perlindungan langsung.\n\nkanak dan orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit\n\npoliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.\n\nKita dilindungi dari barah (kanser) tertentu seperti vaksin Human\n\nPapilloma Virus (HPV) memberi perlindungan terhadap kanser\n\npangkal rahim manakala vaksin Hepatitis B memberi perlindungan\n\nterhadap kanser hati.\n\nBerapa Lamakah Tempoh Perlindungan Yang Diperoleh\nDari Imunisasi?\n\nAdakah Vaksin Memberi Perlindungan 100% Terhadap\nPenyakit Cegahan Vaksin?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n11\n\nTidak dapat dipastikan anak yang sihat akan\n\nsentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan\n\nvaksin. Penyakit boleh menjangkiti seseorang\n\ntanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah\n\ndiberi imunisasi, mereka akan terlindung dari\n\npenyakit cegahan vaksin.\n\nApabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan\n\nsesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit\n\ntersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti. Oleh itu,\n\nseluruh masyarakat akan terlindung dari jangkitan penyakit tersebut,\n\nini dinamakan \u2018imuniti kelompok\u2019. Imuniti kelompok hanya dicapai\n\ndengan liputan imunisasi yang tinggi. Ia berupaya melindungi mereka\n\nyang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko daripada dijangkiti\n\nbakteria/virus tersebut. Maka, imunisasi bukan sahaja melindungi\n\nindividu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan\n\nnegara. Sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab untuk\n\nmelindungi mereka yang tidak sesuai menerima imunisasi seperti\n\nkanak-kanak yang menghidap barah (kanser) dan perlu menjalani\n\nrawatan kimoterapi; lantas mereka berisiko untuk mendapat jangkitan.\n\nTanggungjawab kita untuk melindungi mereka.\n\nVaksin dihasilkan dari keseluruhan atau sebahagian virus atau bakteria\n\nyang telah dimatikan atau dilemahkan. Virus/bakteria tersebut tidak\n\nberupaya untuk menyebabkan penyakit kepada kanak-kanak yang sihat.\n\nBagaimana Vaksin Melindungi Kita Serta Orang Lain\nDalam Masyarakat?\n\nBagaimana Vaksin Boleh Dikatakan Selamat Jika Ia\nMengandungi Kuman?\n\nAnak Saya Sihat Dan Kuat, Mengapa\nDia Perlu Diberi Imunisasi?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n12\n\nSebelum vaksin dipasarkan secara komersial untuk digunakan,\n\nia diuji dengan rapi pada ribuan orang menerusi kajian klinikal\n\nberskala besar. Ia dipantau dengan ketat bagi menjamin\n\nkeselamatan penerimanya. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah,\n\nKementerian Kesihatan Malaysia akan mendaftarkan/\n\nmeluluskan sesuatu vaksin sebelum ia boleh digunakan di Malaysia dan\n\ndimasukkan ke dalam program imunisasi.\n\n1.\n\n2.\n\nIbu mengandung\n\nBanyak penyakit boleh menjangkiti ibu mengandung\n\ndan kandungannya. Contohnya jangkitan Hepatitis\n\nB, rubella dan tetanus (kancing gigi). Terdapat vaksin\n\nyang boleh diambil sebelum mengandung (seperti\n\nvaksin Hepatitis B dan vaksin rubella) atau semasa\n\nmengandung (seperti vaksin tetanus) yang akan\n\nmencegah pelbagai komplikasi kepada ibu\n\nmengandung dan kandungannya.\n\nPerjalanan ke luar negara\n\nSesetengah penyakit adalah endemik (biasa berlaku) di beberapa\n\nnegara di dunia. Oleh kerana itu, terdapat vaksin khusus yang\n\ndisyorkan sebelum melawat ke negara yang berisiko berlaku\n\njangkitan ini seperti vaksin demam kuning sebelum melawat ke\n\nnegara-negara di benua Afrika; pelalian polio sebelum melawat\n\nnegara Nigeria, Afghanistan atau Pakistan memandangkan negara-\n\nAdakah Vaksin Selamat, Terutama Bagi Bayi Dan\nKanak-Kanak Yang Masih Terlalu Muda?\n\nMengapa Orang Dewasa Perlu Diberi Imunisasi?\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n13\n\n3.\n\n4.\n\nnegara ini masih mempunyai kes poliomyelitis.\n\nJemaah Haji pula perlu mengambil vaksin\n\nmeningococcal ACW135Y kerana ia telah\n\nditetapkan/diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi.\n\nWalaupun tiada peraturan yang ditetapkan\n\nuntuk mengambil vaksin tertentu sebelum\n\npergi ke luar negara, adalah satu langkah\n\nyang bijak untuk mendapatkannya. Ia bertujuan mencegah dari\n\nmendapat jangkitan penyakit semasa di luar Negara. Ia juga bagi\n\nmenghalang dari menyebarkan jangkitan tersebut kepada orang\n\nyang disayangi setelah pulang ke tanah air.\n\nPenyakit bermusim\n\nVaksin memberi perlindungan terhadap penyakit bermusim seperti\n\ninfluenza yang berlaku setiap tahun. Vaksin tersebut boleh\n\nmencegah ketidakhadiran ke tempat kerja atau sekolah, kemasukan\n\nke hospital atau kematian terutama apabila wabak berlaku.\n\nWarga emas dan individu dengan sistem imuniti yang lemah atau\n\npenghidap penyakit kronik adalah berisiko untuk mendapat\n\nkomplikasi sekiranya dijangkiti penyakit bermusim,\n\ndan perlu mempertimbangkan pengambilan vaksin\n\nbermusim ini.\n\nWarga emas\n\nWarga emas (berumur lebih 65 tahun) secara umumnya mempunyai\n\nsistem imuniti yang lemah. Mereka mudah terdedah\n\nkepada jangkitan penyakit cegahan vaksin.\n\nOleh itu, warga emas dinasihatkan\n\nuntuk mendapatkan vaksin\n\ntertentu seperti vaksin\n\npneumococcal.\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n14\n\nTerlalu sedikit kajian saintifik yang telah dijalankan\n\nke atas persediaan homeopati, dan tiada kajian\n\nsaintifik yang telah dijalankan ke atas persediaan\n\nhomeopati yang digunakan untuk mencegah\n\npenyakit cegahan vaksin yang tersenarai\n\ndalam jadual imunisasi kebangsaan. Manakala\n\nkeberkesanan vaksin konvensional telah terbukti\n\nmelalui kajian berskala besar yang telah dijalankan untuk mengkaji\n\nkeselamatan dan keberkesanan vaksin sebelum ia digunakan dengan\n\nmeluas. Oleh itu, keberkesanan persediaan homeopati dalam mencegah\n\npenyakit cegahan vaksin masih belum dibuktikan.\n\nTerdapat beberapa produk homeopati yang dijual sebagai \u2018vaksin\u2019.\n\nKebanyakan produk tersebut dihasilkan daripada proses pencairan pati\n\n(ekstrak) tisu berpenyakit atau pati tumbuhan kepada tahap di mana\n\ntiada bahan asal masih berbaki dalam hasil akhir produk sebelum\n\nia dijual. Proses \u2018succussion\u2019 tersebut dikatakan boleh memindahkan\n\nkesan perlindungan dari bahan asal ke dalam air yang digunakan untuk\n\nproses pencairan tersebut. Namun, dari sudut biologi tiada penjelasan\n\nmunasabah bagaimana pengambilan persediaan homeopati tersebut\n\nboleh mencegah jangkitan dan/atau penyakit.\n\nRamai pengamal homeopati yang menyokong pemberian vaksin\n\nkonvensional untuk perlindungan terhadap penyakit cegahan vaksin. Di\n\nantaranya, Persatuan Homeopati Australia dan Persatuan Perubatan\n\nHomeopati United Kingdom mengesyorkan imunisasi melalui\n\npemberian vaksin konvensional. Persatuan\n\nPengamal Homeopati United Kingdom juga tidak\n\nmenggalakkan ahlinya menasihati pesakit supaya\n\nmenolak vaksin. Majlis Perubatan Homeopati\n\nMalaysia juga sependapat dengan badan-badan\n\nhomeopati antarabangsa bahawa imunisasi perlu\n\ndiberi menggunakan vaksin konvensional.\n\nIsu Keraguan Dan Penolakan Vaksin Dan Imunisasi Oleh\nGolongan Yang Mengamalkan Perubatan Homeopati\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n15\n\nDi Malaysia, Program Imunisasi Kebangsaan diperkenalkan pada awal\n\ntahun 1950an. Perkhidmatan tersebut diberikan percuma untuk\n\nmelindungi kanak-kanak daripada jangkitan Tuberculosis (batuk kering),\n\nHepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Haemophilus\n\nInfluenza Type B, measles (campak), mumps (beguk), rubella, Human\n\nPapilloma Virus (HPV) dan Japanese encephalitis (JE).\n\nFenomema ibubapa enggan memberikan suntikan\n\nimunisasi kepada anak-anak mereka di klinik-\n\nklinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan\n\nini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak\n\nyang merupakan generasi masa depan kita, tetapi\n\njuga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan\n\npenyakit-penyakit merbahaya tersebut.\n\nDalam hal ini Islam amat menitikberatkan\n\nkeselamatan umat manusia. Perlu difahami bahawa\n\nsesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk\n\nmaslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak\n\nsekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar\u2019iyyah iaitu menjaga\n\nagama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha\u2019, sebarang\n\npenyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini\n\npencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan\n\nkesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran\n\nIslam.\n\nProgram Imunisasi Kebangsaan\n\nApakah Pendirian/Ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis\nKebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\nMengenai Kedudukan Beberapa Jenis Vaksin dan Imunisasi\nFAQ VAKSIN DAN IMUNISASI DARI ASPEK SYARAK DAN PERUBATAN\n\n16\n\nBerdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah\n\nJawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam\n\nMalaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa\n\npandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang\n\nseharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi\n\nHepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi\n\nCampak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio, Ubat Pelalian\n\nRubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin\n\nMeningococcal Meningitis oleh Orang Islam, Hukum Pengambilan\n\nVaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin\n\nMeningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut\n\nboleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my)\n\n* Ilustrasi adalah sekadar hiasan\n17\n\nKENYATAAN AKHBAR BERSAMA\n\nKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n____________________________________________________________________________________________________________\n\nPENJELASAN TERHADAP KERAGUAN SUNTIKAN VAKSIN (IMUNISASI)\n\n11.\n\n12.\n\n13.\n\n14.\n\n15.\n\n16.\n\nDalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia.\nSesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya\ndiperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid\nSyar\u2019iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.\nMenurut fuqaha\u2019, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati.\nDalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh\nmenjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan\nkeutamaan ajaran Islam.\n\nImunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi\nmengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa\nkhususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria,\ntetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi\nbagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah\ndiharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu\n\n(Menolak Kerosakan Adalah\nDidahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan\nakan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya\ntidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan\nFirman Allah S.W.T. dalam surah Al- Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud:\nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya\nkebinasaan.\n\nIslam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber\nyang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith\nRasulullah S.A.W. yang bermaksud: \u201cDari Abi Darda\u2019 RA, Rasulullah S.A.W.\nberkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar,\ndan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu\nsemua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-\nperkara) yang haram\u201d.\n\nWalau bagaimanapun, dalam keadaan dharurat di mana tiada ubat lain\nyang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit,\nsedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara\nkesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara\nyang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber\nyang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan\nsahaja.\n\nBerdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah\nJawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam\nMalaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan\nhukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya\nmenjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B\nMenurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk\nKokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi\nRubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh\nOrang Islam, Hukum Pen ggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq\nYang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum\nPengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan\nVaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan\ntersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my).\n\nSukacita pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM menasihatkan\nseluruh masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan\nberita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-\npihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya timbul keraguan\natau perlukan pengesahan, eloklah merujuk kepada pihak berkuasa\nsupaya penyebaran isu-isu seumpama ini tidak menimbulkan kegelisahan\nkepada masyarakat seluruhnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nDATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH\nKetua Pengarah Kesihatan Malaysia\n\nDATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA\nKetua Pengarah \nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nTarikh: 15 Jun 2013\n\n1.\n\n2.\n\n3.\n\n4.\n\n5.\n\n6.\n\n7.\n\n8.\n\n9.\n\n10.\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam\nMalaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir\ndan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada\nbayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar\nluas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-\nbahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan\nnyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang\ndijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam.\nSemua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak\nbertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan\nmasyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit\nmerbahaya yang boleh mengancam nyawa.\n\nProgram Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan\nsejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis\npenyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan\npercuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-\nkanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga\n2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan\ntermasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox)\ndari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara\ndi dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya\ntetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.\n\nVaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh\nmanusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen\nyang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan\npenyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain\nseperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant.\nSetiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam\npengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.\n\nSemua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\nadalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksin-\nvaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa\ntermasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti,\nkeselamatan dan keberkesanannya (efikasi).\n\nKesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak\nberbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan\nsampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat\nsuntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro\nPengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan\nsampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada\ntindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.\n\nSebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO\ndan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan\nsampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu\npada peringkat antarabangsa.\n\nSekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan\nselepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-\nmana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan\nFarmaseutikal Kebangsaan melalui talian 03 - 7883 5400 atau emel ke\nbpfk@bpfk.gov.my.\n\nDari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan\npencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam\nsesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu .\n\nAl-\u2018Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu\u2018ah Huquq Al-Insan Fi Al-Islam,\nmenyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan,\ndi mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia.\nDalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan\npencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.\n\nFenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-\nanak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini\nbukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi\nmasa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan\npenyakit-penyakit merbahaya tersebut."} {"file": "garis-panduan/14895_1639636648.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14873_1639614458.pdf", "text": "(Garis Panduan ini telah disahkan oleh Panel \nKajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam \nMalaysia (Jakim) pada mesyuarat kali ke-45 \nyang bersidang pada 19-21 November 2012 \nbertempat di Hotel Heritage, Ipoh Perak \nDarul Ridzuan)\nwww.islam.gov.my\n\nCetakan Pertama 2013\n\u00a9 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana \nbahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk \ndan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, \nrakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua \nPengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan \nPersekutuan, 62579 Putrajaya. Perundingan tertakluk kepada perkiraan \nroyalti atau honorarium.\n\nPerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan\n\nGARIS PANDUAN PROGRAM MOTIVASI BERUNSUR ISLAM.\n ISBN 978-983-042-522-1\n 1. Motivation (Psychology)--Religious aspects--Islam.\n 158.1\n\nKonsep, Rekabentuk dan Cetakan: Concept Press Sdn.Bhd\n No. 26, Jalan SU 26\n Selayang Utama Industrial Park\n 68100 Batu Caves\n Selangor Darul Ehsan\nKANDUNGAN\n\nKata Alu-Aluan Ketua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia....................................... i\n\nTujuan................................................................................... 1\n\nLatar Belakang...................................................................... 1\n\nDefi nisi Istilah....................................................................... 2\n\nSyarat-Syarat Penyampai Motivasi Berunsur Islam............. 6\n\nTempat Program.................................................................... 6\n\nWaktu Program..................................................................... 6\n\nSyarat-Syarat Kandungan Program Motivasi....................... 7\n \n Penggunaan Sumber Islam........................................... 7\n \n Penggunaan Sumber Saintifi k...................................... 8 \n \n Penggunaan Kaedah dan Instrumen Tambahan........... 10\n\nPenutup................................................................................. 12\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\nKATA ALU-ALUAN\n\nSaya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya \nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berjaya \nmengeluarkan buku Garis Panduan Program Motivasi Motivasi \nBerunsur Islam. Garis panduan ini disediakan untuk menjadi asas \nrujukan kepada sebarang program motivasi berunsur Islam agar \nmetodologi dan kandungan yang disampaikan tidak menyalahi \naqidah, syariah, akhlak dan maslahah umum.\n\nGaris panduan ini boleh dirujuk oleh masyarakat sama ada \nagensi kerajaan, swasta atau mana-mana pihak untuk menilai \ndan menentukan mana-mana program motivasi berunsur Islam \nyang ingin dipilih. Di samping itu, garis panduan ini juga boleh \ndijadikan rujukan oleh setiap ahli motivasi ketika mengendalikan \nprogram mereka.\n\nAkhirnya, saya berharap garis panduan ini dapat memandu \ngolongan terlibat agar dapat memastikan segala kaedah dan \nkandungan yang dipersembahkan adalah sahih dan tidak \nterkeluar daripada aqidah, syariah dan akhlak Islam.\n\nSekian, wassalam\n\nDATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA\nKETUA PENGARAH\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.\n\ni\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n1\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nGARIS PANDUAN PROGRAM MOTIVASI \nBERUNSUR ISLAM\n\nTUJUAN\n\nGaris panduan ini disediakan untuk menjadi asas rujukan kepada \nsebarang program motivasi berunsur Islam agar metodologi dan \nkandungan yang disampaikan tidak menyalahi aqidah, syariah, akhlak \ndan maslahah umum. Garis panduan ini boleh dirujuk oleh masyarakat \nsama ada agensi kerajaan, swasta atau mana-mana pihak untuk menilai \ndan menentukan mana-mana program motivasi berunsur Islam yang \ningin dipilih. Di samping itu, garis panduan ini juga boleh dijadikan \nrujukan oleh setiap ahli motivasi ketika mengendalikan program \nmereka.\n\nLATAR BELAKANG\n\n2. Mutakhir ini, semakin ramai umat Islam yang ingin \nmendapatkan perkhidmatan motivasi berasaskan Islam Ia adalah \nsesuatu yang positif kerana menunjukkan keinginan masyarakat untuk \nkembali kepada Islam dalam memotivasikan diri mereka. Mereka yakin \nbahawa agama adalah penyelesaian kepada segala masalah dalam isu \nmoral, disiplin, kerjaya, pelajaran dan sebagainya. Selaras dengan \npermintaan yang tinggi, program-program motivasi berunsur Islam \nsama ada secara persendirian atau berkumpulan tumbuh dengan begitu \npesat. Namun begitu, ruang motivasi yang terbuka luas, dibimbangi \nboleh mencemarkan imej Islam sekiranya dilaksanakan tanpa satu \ngaris panduan yang jelas. Lebih membimbangkan, dunia moden \nmenyaksikan betapa kepesatan ilmu motivasi Barat telah mendominasi \ndunia motivasi itu sendiri. Keadaan ini memerlukan sebarang unsur-\nunsur asing yang tidak bersesuaian dan bercanggah dengan kesucian \nIslam diteliti dan ditapis agar motivasi yang disampaikan tidak\n2\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nbercanggah dengan ajaran Islam. Berlandaskan realiti tersebut, garis \npanduan ini digarap untuk menjadi rujukan kepada semua pihak yang \nterlibat dalam menjayakan program motivasi berunsur Islam.\n\nDEFINISI ISTILAH\n\n3. Berikut dinyatakan defi nisi beberapa istilah penting yang \ntercatat dalam garis panduan ini, iaitu:\n\na) Program motivasi berunsur Islam : Iaitu mana-\nmana program motivasi yang dikendalikan oleh orang \nIslam dan mengaitkannya dengan ajaran Islam seperti \nberikut:-\n\ni) Nama program motivasi yang menggunakan \nistilah-istilah keislaman seperti al-fi trah, al-\nfalah, al-solah dan seumpama dengannya, \natau;\n\nii) Menyandarkan program motivasi kepada \nrujukan Islam seperti mengatakan motivasi \nyang disampaikan adalah bersumberkan \nal-Qur\u2019an dan al-Sunnah, tokoh-tokoh \nulama Islam, ilmu tasawuf dan seumpama \ndengannya, atau;\n\niii) Kandungan penyampaian yang mengambil \nayat-ayat al-Qur\u2019an, hadith-hadith, athar \ntabi\u2019in, kisah para nabi, doa-doa dan \nseumpama dengannya, atau;\n\niv) Mana-mana yang mempunyai salah satu \ndaripada ciri-ciri seperti di atas atau lebih.\n3\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nb) Aqidah, syariah dan akhlak: Iaitu yang berasaskan \nmazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah.\n\nc) Maslahah umum umat Islam : Iaitu suasana yang \nsentiasa memelihara umat Islam dalam keadaan \naman, harmoni dan bersatu serta menjauhkan \nmereka daripada kekeliruan, ketidaktenteraman dan \nperpecahan.\n\nd) Neuro Linguistic Programming (NLP) : Iaitu \nsatu program yang bermula di California pada awal \n1972 ketika Richard Bandler, mahasiswa University \nof Santa Cruz bersepakat dengan John Grinder \n(Profesor Bahasa) untuk mempelajari kesempurnaan \nketerampilan berkomunikasi. Kesempurnaan ini \ndibuktikan dengan beberapa orang yang tergolong \ndalam kumpulan mustahil boleh disembuhkan \nakhirnya sembuh dan kemudian dijadikan model oleh \nBandler dan Grinder. Mereka berpendapat walaupun \npesakit itu berbeza gaya keperibadian, tetapi ternyata \nada pola yang sama dalam melakukan komunikasi. \nOleh itu Bandler dan Grinder berpendapat, pola \nyang sama boleh diguna pakai untuk mencapai \nkesempurnaan di bidang lain. Kini NLP tidak hanya \ndipakai untuk keperluan penyembuhan tetapi secara \nmeluas pada berbagai-bagai disiplin di pelbagai \nnegara. Manfaatnya sangat luas bermula daripada \nmenghentikan tabiat buruk sehinggalah menguasai \nbeberapa teknik pergerakan seperti memahami bacaan \ntubuh dan ragam manusia.\n4\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\ne) Hipnotisme : Ia berasal daripada perkataan \u2018hypnos\u2019 \niaitu nama dewa tidur bagi orang-orang Yunani. Dari \nsudut istilah, hipnosis ialah keadaan menyerupai \ntidur yang dapat dilakukan secara sengaja terhadap \nseseorang, iaitu seseorang yang sedang dihipnosis \nboleh menjawab pertanyaan yang diajukan serta \nmelaksanakan sesuatu arahan tanpa bantahan. \nHipnotisme yang mempunyai unsur-unsur sihir dan \npukau adalah diharamkan.\n\nf) Kuasa minda : Ialah sesuatu yang dikaitkan dengan \nempat gelombang otak, iaitu Beta, Alpha, Theta dan \nDelta. Menurut teori ini, setiap gelombang memiliki \nfrekuensi yang berbeza dan mempunyai kelebihan \nserta fungsi tertentu.\n\ng) Aura warna : Digelar juga sebagai gelombang \nelektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air \ndalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak \nkelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya \nia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan \ndan tumbuhan yang hidup. Dalam setiap warna itu \npula terdapat maksud yang tertentu. Contohnya \nwarna kuning, ia menggambarkan seseorang yang \nberpegang pada logik, material (kebendaan). Banyak \nmenggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, \ncermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, \norang itu penuh dengan perasaan was-was, syak \nwasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.\n5\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nh) Numerologi : Iaitu salah satu sistem kuno yang \nseringkali digunakan untuk ramalan. Pada dasarnya, \nnumerologi mengira bagaimana sistem angka \nmempunyai hubungan dengan benda atau makhluk \nhidup. Seringkali, numerologis akan menggunakan \nnama penuh seseorang atau tarikh lahir penuh untuk \nmendapatkan nombor tertentu. Melalui numerologi, \ndikatakan seseorang dapat mengenalpasti arah tuju \nkehidupan, potensi diri dan bakat yang tersembunyi.\n\ni) Spiritualiti Barat : Iaitu spiritualiti yang \nbersumberkan supernatural dan transcendent. Ilmu \ntersebut dianggap universal. Oleh itu, ilmu tersebut \ntidak dibatasi oleh suatu kelompok agama tertentu. \nIa adalah milik bersama semua Tradisi Primordial. \nPerkara ini berbeza sama sekali dengan spiritualiti \natau ilmu kerohanian dalam Islam, ini kerana ilmu \nkerohanian atau tasawwuf atau ihsan adalah satu \ntingkatan tertinggi dalam ibadah bagi seseorang Islam. \nIanya bersifat eksklusif dan berkait rapat dengan amal \nibadah dalam Islam.\n\nj) Matrix code : Iaitu satu kaedah yang mengajar \ntentang rahsia ilmu penomboran dan kaitannya dengan \nkehidupan manusia.\n\nk) Ilmu astrologi : Iaitu ilmu nujum atau ilmu ramalan \nyang berdasarkan bintang-bintang.\n\nl) Isra\u2019iliyat : Cerita-cerita ambilan daripada Bani Israel \nyang bercampuraduk antara benar dan palsu.\n6\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nSYARAT-SYARAT PENYAMPAI MOTIVASI BERUNSUR \nISLAM\n\n4. Syarat-syarat bagi seseorang penyampai motivasi berunsur \nIslam adalah seperti berikut :\n\na) Sekurang-kurangnya memiliki ilmu-ilmu asas fadhu \n\u2018ain yang kukuh dalam aqidah dan syariah sama \nada secara formal atau tidak. Memiliki tauliah atau \nkelayakan dalam bidang agama daripada mana-mana \ninstitusi yang diiktiraf adalah lebih baik;\n\nb) Penampilan sebagai seorang muslim yang jujur \ndan taat kepada agama. Ia termasuk menutup aurat, \nberakhlak mulia dan tidak memiliki sebarang kes yang \nboleh merosakkan maruah dirinya sebagai penyampai \nmotivasi Islam;\n\nc) Memiliki sijil yang diiktiraf oleh kerajaan dalam \nbidang kepakarannya;\n\nd) Tertakluk kepada tauliah kebenaran berceramah oleh \njabatan-jabatan agama Islam negeri.\n\nTEMPAT PROGRAM\n\n5. Mengadakan program motivasi di tempat yang bersesuaian \ndengan imej Islam yang dipamerkan.\n\nWAKTU PROGRAM\n\n6. Jadual program hendaklah tidak mengabaikan waktu solat.\n7\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nSYARAT-SYARAT KANDUNGAN PROGRAM MOTIVASI\n\nPenggunaan Sumber Islam\n\n7. Dalam penyampaian motivasi Islam, seseorang ahli motivasi \nsudah tentu akan menyandarkan modul atau kandungan motivasinya \nkepada sumber-sumber Islam seperti al-Qur\u2019an, al-Hadith dan lain-\nlain. Walau bagaimanapun, penggunaan sumber-sumber ini perlu \ndipastikan benar-benar tepat, dinukil dan dibaca dengan betul, ditafsir \natau disyarahkan mengikut tafsiran atau syarahan yang muktabar \nberasaskan disiplin Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Antara perkara-perkara \nyang perlu dititikberatkan dalam penggunaan sumber-sumber Islam \nadalah seperti yang berikut :\n\na) Membaca ayat-ayat al-Qur\u2019an dengan betul;\n\nb) Menyebut hadith-hadith beserta rujukan yang diambil \ndan memastikan taraf sesuatu hadith tersebut;\n\nc) Tidak meriwayatkan hadith-hadith palsu yang tidak \ndiketahui sumbernya;\n\nd) Merujuk tafsiran al-Qur\u2019an kepada kitab-kitab tafsir \nyang muktabar;\n\ne) Merujuk syarahan hadith-hadith kepada kitab-kitab \nsyarah hadith yang muktabar;\n\nf) Tidak mereka-reka sendiri kelebihan ayat-ayat atau \ndoa-doa tertentu tanpa mempunyai sandaran daripada \nsumber yang muktabar;\n8\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\ng) Tidak menyebut sebarang kisah para nabi dan para \nsahabat kecuali dari sumber-sumber yang muktabar;\n\nh) Tidak mengeksploitasi ayat-ayat al-Qur\u2019an di luar \nkonteks sebenar seperti menjadikan ayat-ayat al-\nQur\u2019an sebagai ubat pengasih dan lain-lain;\n\ni) Tidak menyentuh soal ibadah kecuali bersandarkan \nkepada mazhab yang muktabar menurut disiplin Ahli \nSunnah Wal-Jamaah;\n\nj) Tidak mengambil kesempatan mengajarkan sebarang \najaran kesufi an kecuali bersandarkan tasawuf Islam \nyang muktabar;\n\nk) Tidak boleh menimbulkan perkara atau keadaan \nyang boleh mendatangkan keraguan, kekeliruan dan \nkegelisahan masyarakat terhadap sumber-sumber \nagama mereka.\n\nPenggunaan Sumber Saintifi k\n\n8. Pada asasnya, Islam tidak menolak kemajuan sains, malah \npara ulama telah membuktikan, dengan mengamalkan ajaran Islam, \nbanyak penemuan sains dan teknologi telah dicapai seperti dalam ilmu \nperubatan, astronomi, matematik, fi zik dan lain-lain. Namun begitu, \npenemuan-penemuan sains tidak boleh menjadi penilai terhadap \nkebenaran al-Quran dan hadith sebagai nas-nas Islam yang muktamad. \nSains kekal menjadi sesuatu yang bersifat teori dan terbuka kepada \nperubahan dari semasa ke semasa, sebaliknya nas-nas al-Qur\u2019an dan \nal-Hadith tetap kekal hingga ke hari Kiamat. Oleh itu, antara perkara \nyang perlu diawasi dalam penggunaan sumber-sumber saintifi k yang \ningin dikaitkan dengan Islam adalah seperti yang berikut :\n9\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\na) Tidak menjadikan sains sebagai objektif utama dalam \nberaqidah dan beribadah seperti mengatakan al-\nQur\u2019an adalah kitab sains dan seumpama dengannya;\n\nb) Tidak sewenang-wenangnya mengaitkan teori-teori \nsains metafi zik seperti kuasa minda, aura warna, NLP \ndan seumpamanya dengan amal ibadah dalam Islam. \nAntaranya mendakwa waktu siang adalah sesuai untuk \nberdoa mengenai permohonan \u201cdunia\u201d manakala \npada waktu malam sesuai untuk berdoa mengenai \n\u201cakhirat\u201d, kerana setiap gelombang pada waktu siang \ndan malam adalah berbeza dan permintaan dalam \ndoa tersebut perlu disesuaikan mengikut gelombang \nmasing-masing;\n\nc) Tidak menjadikan dapatan-dapatan sains sebagai \nsebab atau \u2018illah utama perintah dan larangan Allah \nSWT seperti menghuraikan sebab kewajipan solat, \npengharaman khinzir dan lain-lain dari sudut sains;\n\nd) Hanya mengemukakan dapatan-dapatan sains yang \ntelah disahkan secara akademik beserta bukti daripada \nsumber yang berautoriti;\n\ne) Tidak merasionalisasikan semua bentuk kepercayaan \naqidah dan amal ibadah terutamanya ibadah yang \nmahdhah berdasarkan teori sains seperti mengaitkan \nformula \u2018infi nity\u2019 dengan perkara yang mencarik adat \ndan seumpama dengannya.\n10\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nPenggunaan Kaedah dan Instrumen Tambahan\n\n9. Kaedah, pendekatan dan gaya penyampaian juga adalah \nelemen penting dalam memastikan motivasi yang disampaikan tidak \nbertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga membabitkan penggunaan \ninstrumen tambahan yang lain seperti muzik, video, nyanyian, \npermainan dan seumpama dengannya. Antara perkara-perkara yang \nperlu diberi perhatian adalah seperti yang berikut :\n\na) Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang \nmempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa \nhadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh \nlahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat, \nrahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama \ndengannya;\n\nb) Tidak memasang dan mencampuradukkan ayat-ayat \nal-Qur\u2019an dengan bunyi-bunyian muzik;\n\nc) Tidak memasukkan bentuk-bentuk permainan yang \nmengundang kelalaian dan kemaksiatan;\n\nd) Tiada unsur-unsur memaksa peserta supaya meratapi \nkesalahan dan menceritakannya kepada orang lain \nsecara terbuka;\n\ne) Tidak mengeksploitasi sewenang-wenangnya \nsebarang perbuatan ibadah seperti solat, haji dan \nseumpamanya untuk tujuan simulasi yang melibatkan \nbukan muslim;\n11\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nf) Tidak menggunakan peralatan muzik atau nyanyian-\nnyanyian melampau yang tidak melambangkan ciri-\nciri keislaman;\n\ng) Tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan \nperempuan yang boleh menimbulkan fi tnah;\n\nh) Tidak membekalkan para peserta dengan tangkal, \nazimat, jampi serapah yang mengandungi unsur syirik \ndan seumpama dengannya;\n\ni) Tidak membawa cerita karut-marut, khurafat, tahayul \ndan isra\u2019iliyat yang tidak dijelaskan kedudukannya \nsemata-mata untuk menarik perhatian peserta;\n\nj) Tidak menggunakan kaedah hipnotisme yang \nmempunyai unsur-unsur sihir untuk memanipulasikan \nminda bawah sedar atau memikat hati, dan \nmemperdayakan para peserta.\n\nk) Tidak mencampuradukkan antara tasawuf Islam \ndengan unsur-unsur spiritualiti Barat;\n\nl) Tidak mempromosi, mengiktiraf atau mengakui \nsebarang bentuk unsur-unsur kepercayaan dan \nperibadatan dalam agama lain;\n\nm) Tidak menyamakan konsep-konsep tertentu dalam \nagama Islam dengan konsep-konsep dalam agama \nlain seperti menyamakan solat dengan yoga dan \nseumpamanya;\n12\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nn) Tidak mengeksploitasi para peserta untuk mengutip \napa-apa bentuk derma ketika program sedang berjalan \nkecuali setelah dinyatakan tujuannya terlebih dahulu;\n\no) Tidak boleh mempamerkan apa-apa perkara yang \nmencarik adat yang disandarkan kepada agama; dan\n\np) Tidak mempromosikan mana-mana ajaran atau amalan \nyang telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa \nFatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri \nsama ada yang telah diwartakan atau belum.\n\nPENUTUP\n\n10. Sesungguhnya usaha untuk memulihkan dan memperbaiki \njati diri seseorang manusia supaya kembali kepada agama adalah \nsuatu perkara yang mulia. Ia jelas termaktub dalam objektif program-\nprogram motivasi yang dianjurkan berasaskan Islam. Walaupun \nbegitu, matlamat yang baik jika tidak dilaksanakan berasaskan prinsip \ndan tatacara yang ditentukan Islam, maka ia seolah-olah akan menjadi \nperosak kepada agama Islam itu sendiri. Oleh itu, garis panduan ini \ndiwujudkan supaya ia dapat memandu golongan terlibat agar dapat \nmemastikan segala kaedah dan kandungan yang dipersembahkan \nadalah sahih dan tidak terkeluar daripada aqidah, syariah dan akhlak \nIslam. Wallahu a\u2019lam.\n13\n\nGaris Panduan Program Motivasi Berunsur Islam\n\nSebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai Garis Panduan \nProgram Motivasi Berunsur Islam bolehlah diajukan kepada alamat \nseperti berikut:\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia,\nBlok D7, Kompleks D,\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\n62519 Putrajaya.\n\nNo. Telefon : 03 - 8886 4000\nNo. Faksimili : 03 - 8889 1993"} {"file": "garis-panduan/14896_1639637225.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14887_1639639252.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14883_1639638117.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14898_1639613840.pdf", "text": "cover\n\npg1\n\npg2\n\npg3\n\npg4\n\npg5\n\npg6\n\nback"} {"file": "garis-panduan/14885_1639639321.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14889_1639638455.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14888_1639639130.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14878_1639615262.pdf", "text": "Ya Allah, Maha Suci Allah Yang Maha kuasa, lagi kekal kesudahan. Maha Suci-Mu ya Allah \nyang mengaturkan manusia seluruhnya semua akan menemui kematian. Kurniakanlah kasih \nsayang-Mu kepada saudara-saudara kami penumpang-penumpang dan kru penerbangan MH17 \nyang malang itu.\n\nYa Allah, Yang Maha Agung, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... \nKurniakanlah rahmat-Mu kepada saudara-saudara kami hamba-Mu ini. Ampunkanlah dosa dan \nkesalahan mereka, dan ampunkanlah dosa dan kesalahan kami semua.\n\nYa Allah, Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha Mendengar...\nTerimalah rayuan kami hamba-Mu yang lemah ini. Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan \nhati yang penuh pengharapan serta dengan berkat kemuliaan Rasul-Mu bahawa tidaklah kiranya \nmayat-mayat mereka saudara-saudara kami ini disiksa dan diazab.\n\nYa Allah berikanlah ketabahan dan kecekalan kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat \nhandai dalam berhadapan dengan musibah yang besar ini. Semoga diberikan rahmat dan maghfirah \nkepada mereka.\n\nDisediakan oleh :\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nDisemak oleh :\nYBhg. Tan Sri Dato\u2019 Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad\nImam Besar Masjid Negara\n\nJAKIM\n\nPANDUAN\nSOLAT JENAZAH\n\nGHAIB\n(RAMAI)\nPANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB (RAMAI)\n1) LAFAZ NIAT DAN TAKBIR PERTAMA\n\n\n\nSahaja Aku solat ke atas semua mayat ghaib empat takbir fardhu kifayah sebagai \n (imam/makmum) kerana Allah Taala\n\n2) BACA KESELURUHAN SURAH AL-FATIHAH\n\n3) TAKBIR KEDUA\n\n4) MEMBACA SELAWAT \n Sekurang-kurangnya pada lafaz yang bertanda garisan dan afdhalnya keseluruhan \n selawat seperti di bawah\n\n5) TAKBIR KETIGA\n\n6) MEMBACA DOA UNTUK JENAZAH\n Sekurang-kurangnya pada lafaz bertanda garisan dan afdhalnya baca keseluruhan\n\n7) TAKBIR KEEMPAT\n\n8) TAMBAHAN DOA LEBIH AFDHAL DIBACA UNTUK JENAZAH\n\n9) MEMBERI SALAM KE KANAN DAN KE KIRI\n\nDOA KHAS\nTragedi Pesawat MH 17\nPANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB (RAMAI)\n1) LAFAZ NIAT DAN TAKBIR PERTAMA\n\n\n\nSahaja Aku solat ke atas semua mayat ghaib empat takbir fardhu kifayah sebagai \n (imam/makmum) kerana Allah Taala\n\n2) BACA KESELURUHAN SURAH AL-FATIHAH\n\n3) TAKBIR KEDUA\n\n4) MEMBACA SELAWAT \n Sekurang-kurangnya pada lafaz yang bertanda garisan dan afdhalnya keseluruhan \n selawat seperti di bawah\n\n5) TAKBIR KETIGA\n\n6) MEMBACA DOA UNTUK JENAZAH\n Sekurang-kurangnya pada lafaz bertanda garisan dan afdhalnya baca keseluruhan\n\n7) TAKBIR KEEMPAT\n\n8) TAMBAHAN DOA LEBIH AFDHAL DIBACA UNTUK JENAZAH\n\n9) MEMBERI SALAM KE KANAN DAN KE KIRI\n\nDOA KHAS\nTragedi Pesawat MH 17\nYa Allah, Maha Suci Allah Yang Maha kuasa, lagi kekal kesudahan. Maha Suci-Mu ya Allah \nyang mengaturkan manusia seluruhnya semua akan menemui kematian. Kurniakanlah kasih \nsayang-Mu kepada saudara-saudara kami penumpang-penumpang dan kru penerbangan MH17 \nyang malang itu.\n\nYa Allah, Yang Maha Agung, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... \nKurniakanlah rahmat-Mu kepada saudara-saudara kami hamba-Mu ini. Ampunkanlah dosa dan \nkesalahan mereka, dan ampunkanlah dosa dan kesalahan kami semua.\n\nYa Allah, Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha Mendengar...\nTerimalah rayuan kami hamba-Mu yang lemah ini. Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan \nhati yang penuh pengharapan serta dengan berkat kemuliaan Rasul-Mu bahawa tidaklah kiranya \nmayat-mayat mereka saudara-saudara kami ini disiksa dan diazab.\n\nYa Allah berikanlah ketabahan dan kecekalan kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat \nhandai dalam berhadapan dengan musibah yang besar ini. Semoga diberikan rahmat dan maghfirah \nkepada mereka.\n\nDisediakan oleh :\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nDisemak oleh :\nYBhg. Tan Sri Dato\u2019 Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad\nImam Besar Masjid Negara\n\nJAKIM\n\nPANDUAN\nSOLAT JENAZAH\n\nGHAIB\n(RAMAI)"} {"file": "garis-panduan/14869_1639639896.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14882_1639640341.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14867_1639640203.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14880_1639639441.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14868_1639639379.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14899_1639613913.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14894_1639636924.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14874_1639614985.pdf", "text": "1 | P a g e\n\nGaris Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami\n\n\n\nTUJUAN\n\n\n\nGaris Panduan Ber`iddah Bagi Wanita Yang Bercerai atau Kematian Suami disediakan\n\nsebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dalam\n\nkalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh `iddah\n\nmenurut tuntutan syarak.\n\n\n\nPENDAHULUAN\n\n\n\n2. Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci\n\nperkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum\n\nyang wajib dipatuhi oleh umat Islam.Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa\n\naspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan\n\npembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang\n\nisteri yang diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.\n\n\n\n3. Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian\n\nsuami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan\n\nberkabung atas kematian tersebut.\n\n\n\n4. Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam\n\ntempoh `iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan\n\nterperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita\n\nber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi\n\nmaklumat dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan\n\ngaya hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan\n\nsebaiknya, masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan\n\nmenghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam,\n\nbahkan menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.\n\n\n\n\n\nKANDUNGAN GARIS PANDUAN\n\n5. Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai batas hukum yang perlu dipatuhi\n\noleh seorang wanita yang sedang berada dalam tempoh `iddah supaya kehidupan mereka\n\nsepanjang tempoh tersebut selari dengan tuntutan Islam dan mengelakkan berlakunya\n\nsebarang fitnah serta tohmahan yang tidak diingini. Garis panduan ini mengandungi\n\nperkara-perkara seperti yang berikut:\n2 | P a g e\n\na. Tafsiran.\n\nb. Hukum `iddah dan berkabung.\n\nc. Dalil-dalil pensyariatan `iddah.\n\nd. Dalil-dalil pensyariatan berkabung.\n\ne. Hikmah `iddah.\n\nf. Jenis dan tempoh `iddah.\n\ng. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie.\n\nh. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba\u2019in.\n\ni. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami.\n\nj. Kesimpulan.\n\nTafsiran\n\nTafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang\n\nberikut:\n\n\n\ni. Ajnabi\n\n\n\nTidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.\n\n\n\nii. Berkabung (Ihdad)\n\n\n\nMeninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita yang sedang ber`iddah kerana\n\nkematian suami.\n\n\n\niii. Fasakh\n\n\n\nPembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.\n\n\n\niv. `Iddah\n\n\n\nTempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas\n\nkematian suami.\n\n\n\nv. Istihadhah\n\n\n\nDarah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid atau nifas.\n3 | P a g e\n\n\n\nvi. Mut`ah\n\n\n\nPemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.\n\n\n\nvii. Rujuk\n\n\n\nSuami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak ba\u2019in, tanpa\n\nmemerlukan kepada akad baharu.\n\n\n\nviii. Suami Hilang (Mafqud)\n\n\n\nTerputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.\n\n\n\nix. Talak Raj`ie\n\n\n\nTalak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam\n\ntempoh `iddah.\n\n\n\nx. Talak Ba\u2019in\n\n\n\nTalak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri yang\n\ndiceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu. Talak ba\u2019in terbahagi kepada dua\n\niaitu ba\u2019in baynunah sughra dan ba\u2019in baynunah kubra.\n\n\n\nBa\u2019in baynunah sughraialah perceraian yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan sama\n\nada secara talak satu atau dua.\n\n\n\nBa\u2019in baynunah kubraialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk\n\nkepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.\n\n\n\n\n\nHukum `Iddah dan Berkabung\n\ni. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau\n\nkematian suami.\n\n\n\nii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian\n\nsuami.\n\n\n\n\n\nDalil-Dalil Pensyariatan `Iddah\n\nTerdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan\n\n`iddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:\n4 | P a g e\n\n\n\ni. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:\n\n\n\nDan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari\n\nberkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka\n\nmenyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam\n\nkandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan\n\nsuami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa\n\n`iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai\n\nhak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan\n\ncara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat\n\nkelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.\n\n\n\n\n\nii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:\n\n\n\nWahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),\n\nmaka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah\n\nmasa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah\n\nkamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya),\n\ndan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan\n\nperbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu\n\nmelanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya\n\nia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak\n\nmengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).\n\n\n\niii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:\n\n\n\nDan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika\n\nkamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan\n\n(demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-\n\nperempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang\n\ndikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah\n\nmemudahkan baginya segala urusannya.\n\n\n\niv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a.,\n\nkatanya yang bermaksud:\n\n\n\nRasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.\n5 | P a g e\n\nDalil-Dalil Pensyariatan Berkabung\n\n\n\nTerdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan\n\nberkabung. Antara dalil-dalil tersebut ialah:\n\n\n\n\n\ni. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:\n\n\n\nTidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih\n\ndaripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan\n\nsepuluh hari.\n\n\n\n\n\nii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah\n\nr.a., katanya yang bermaksud:\n\n\n\nKami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas\n\nkematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang\n\nmemakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni...\n\n\n\n\n\niii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa\u2019ie bermaksud:\n\n\n\nTidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana\n\nkematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak\n\nboleh bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni.\n\n\n\n\n\nHikmah `Iddah\n\n\n\nTerdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah\n\ntersebut ialah:\n\n\n\ni. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia\n\nbertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang\n\nbaharu dikahwininya.\n\n\n\nii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir\n\ndan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan\n\ndaripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada\n\nsuami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.\n6 | P a g e\n\niii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh\n\nberkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga\n\nsebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.\n\nSelain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.\n\n\n\n\n\nJenis dan Tempoh `Iddah\n\n\n\nSecara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah\n\ndisebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami. Setiap\n\nbahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh\n\n`iddah yang perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi\n\nkepada tiga iaitu:\n\n\n\ni. `Iddah dengan kiraan suci (quru\u2019);\n\nii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan\n\niii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.\n\n\n\n\n\nPerincian berhubung jenis dan tempoh `iddah adalah seperti dalam Jadual 1.\n\n\n\nJadual 1: Jenis dan Tempoh `Iddah\n\nBIL\n\nJENIS `IDDAH\n\nADA HAID /\n\nTIADA HAID/\n\nSEDANG\n\nMENGANDUNG\n\nTEMPOH\n\n`IDDAH[1] \nKETERANGAN\n\ni. Bercerai talak raj`ie/ba\u2019in Ada haid \nTiga kali\n\nsuci\n\na. Jika ditalaq\n\nsemasa dalam\n\nkeadaan suci,\n\n`iddahnya tamat\n\napabila datang\n\nhaid yang ketiga.\n\nb. Jika ditalaq\n\nsemasa dalam\n\nkeadaan haid,\n\n`iddahnya tamat\n\napabila datang\n\nhaid yang\n\nkeempat.\n\nc. Jika ditalaq\n\nsemasa dalam\n\nkeadaan nifas,\n\nhendaklah\n\nmenunggu\n\n\nhttp://www.islam.gov.my/garis-panduan-beriddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami#_ftn1\n7 | P a g e\n\nsehingga tiga kali\n\nsuci selepas nifas.\n\n`Iddah tamat\n\napabila datang\n\nhaid yang\n\nkeempat.\n\nii. Bercerai talak raj`ie/ba\u2019in\n\nTiada haid (sama\n\nada kerana\n\npenyakit, telah\n\ndibuang rahim,\n\ntelah putus haid,\n\nbelum pernah haid\n\natau lain-lain)\n\nTiga bulan\n\niii. Bercerai talak raj`ie/ba\u2019in \nSedang\n\nmengandung\n\nSehingga\n\nbersalin atau\n\nkandungan\n\ngugur\n\nSelesai `iddah\n\napabila\n\nmelahirkan anak\n\nsama ada hidup\n\natau mati, atau\n\ngugur kandungan\n\nyang telah\n\nmembentuk janin\n\nyang sempurna\n\natau hanya\n\nberbentuk\n\nsegumpal daging\n\nyang menurut\n\npakar perubatan\n\nitulah kandungan\n\nyang sebenar.\n\niv.\n\nBercerai talak raj`ie/ba\u2019in dan\n\nbelum pernah disetubuhi\n\n\n\nAda haid atau\n\ntiada haid\n\nTiada `iddah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nv. \nBercerai talak raj`ie/ba\u2019in dan\n\nmenghidap istihadhah\n\na. Haid tidak\n\nmenentu tetapi\n\nmasih dapat\n\nmengetahui\n\nkebiasaan\n\nperjalanan darah\n\nhaidnya.\n\n\n\nb. Haid tidak\n\nmenentu dan\n\ntidak mengetahui\n\nkebiasaan\n\nTiga kali\n\nsuci\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga bulan\n8 | P a g e\n\nperjalanan\n\nhaidnya atau tidak\n\ndapat\n\nmembezakan\n\nantara darah haid\n\ndan istihadhah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nvi.\n\nBerlaku kematian suami semasa\n\nberada dalam tempoh `iddah talak\n\nraj`ie dan tidak mengandung\n\nAda haid atau\n\ntiada haid\n\nEmpat bulan\n\nsepuluh hari\n\nKiraan `iddah\n\nbaru bermula\n\npada tarikh atau\n\nhari kematian\n\nsuami walaupun\n\nsebelum itu\n\n`iddah isteri sama\n\nada dengan tiga\n\nkali suci atau tiga\n\nbulan telah\n\nhampir tamat.\n\n\n\nvii.\n\nBerlaku kematian suami semasa\n\nberada dalam tempoh `iddah talak\n\nba\u2019in dan tidak mengandung\n\nAda haid atau\n\ntiada haid\n\nTiga kali\n\nsuci atau\n\ntiga bulan\n\nKekal `iddah talak\n\nba\u2019in sama ada\n\ndengan kiraan tiga\n\nkali suci atau tiga\n\nbulan dan `iddah\n\ntidak bertukar\n\nkepada `iddah\n\nkematian suami.\n\nviii.\n\nKematian suami sama\n\nada\n\ntelah disetubuhi atau belum\n\ndisetubuhi dan tidak mengandung\n\nAda haid atau\n\ntiada haid\n\n\n\n\n\nEmpat bulan\n\nsepuluh hari\n\nWanita yang\n\nkematian suami\n\nbukan sahaja\n\nwajib ber`iddah,\n\ntetapi juga wajib\n\nberkabung.\n\n\n\n\n\n\n\nix. Kematian suami \nSedang\n\nmengandung\n\nSehingga\n\nmelahirkan\n\nanak atau\n\nkandungan\n\ngugur\n\nSelesai `iddah\n\napabila\n\nmelahirkan anak\n\nsama ada hidup\n\natau mati, atau\n\ngugur kandungan\n\nyang telah\n\nmembentuk janin\n\nyang sempurna\n9 | P a g e\n\natau hanya\n\nberbentuk\n\nsegumpal daging\n\nyang menurut\n\npakar perubatan\n\nitulah kandungan\n\nyang sebenar.\n\nx. Suami hilang\n\nAda haid, tiada\n\nhaid atau sedang\n\nmengandung\n\nIsteri wajib\n\nmenunggu\n\nselama\n\nempat\n\ntahun.\n\nSelepas\n\ntempoh\n\ntersebut,\n\nisteri wajib\n\npula\n\nber`iddah\n\ndengan\n\n`iddah\n\nkematian\n\nsuami\n\nselama\n\nempat bulan\n\nsepuluh\n\nhari.\n\nBagi kes suami\n\nhilang, isteri\n\nboleh\n\nmengemukakan\n\npermohonan\n\nkepada\n\nMahkamah\n\nSyariah bagi\n\nmendapatkan\n\npengesahan\n\nkematian suami\n\natau membuat\n\ntuntutan fasakh.\n\n\n\n\n\nBatasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie\n\n\n\nWanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu\n\ndipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian\n\nperkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara\n\nperkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:\n\n\n\ni. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.\n\n\n\nii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa\n\ndalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib\n\ndipisahkan.\n\n\n\niii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.\n\n\n\niv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi\n\nkebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami\n\ndilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh\n10 | P a g e\n\nnafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah\n\nal-Talak ayat 1 yang bermaksud:\n\n\n\n\u2026Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai\n\n`iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka\n\nmelakukan perbuatan keji yang nyata\u2026\n\n\n\nNamun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat\n\nbahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.\n\n\n\nv. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias\n\nkepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.\n\n\n\n\n\nBatasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba\u2019in\n\n\n\nBagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba\u2019in, mereka juga mempunyai batas\n\nhukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu\n\ndipatuhi oleh mereka ialah:\n\n\n\ni. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.\n\n\n\nii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa\n\ndalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib\n\ndipisahkan.\n\n\n\niii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan\n\nsahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja,\n\nmendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak,\n\ndengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan\n\nIslam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun\n\nuntuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan\n\nyang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.\n\n\n\niv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi\n\nkebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang\n\ntempoh `iddah dengan talak ba\u2019in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat\n\ntinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya\n\nterdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta\n\nbenda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar\n\ndan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau\n\ndapat diatasi.\n11 | P a g e\n\nv. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi\n\ndengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada\n\nfitnah.\n\n\n\nBatasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami\n\n\n\ni. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-\n\ncara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang\n\nmesti dipatuhi oleh mereka ialah:\n\n\n\na) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.\n\n\n\nb) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga\n\nsemasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib\n\ndipisahkan.\n\n\n\nc) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan\n\nbatas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah\n\nialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan\n\nasasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya)\n\ndan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat\n\nmenjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar\n\nrumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun,\n\npengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja\n\npada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia\n\ntermasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.\n\n\n\nd) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal\n\nsepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang\n\nboleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa\n\nbumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut\n\nsehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.\n\n\n\ne) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh\n\ntersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias\n\nsama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:\n\n\n\ni) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik\n\nperhatian orang yang memandang;\n\n\n\nii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-\n\nbarang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;\n\n\n\niii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan\n12 | P a g e\n\n\n\niv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-\n\nperbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.\n\n\n\nii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan\n\ntubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan\n\nsebagainya.\n\n\n\niii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna\n\nmereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah,\n\nmereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang\n\ntempoh `iddah dan berkabung itu.\n\n\n\nKESIMPULAN\n\nIslam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka\n\nmasih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya\n\nperkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah\n\npasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang\n\nmungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan\n\n`iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya\n\nyang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut\n\ntanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-\n\nkesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian\n\ndiri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.\n\n\n\nDalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota\n\nmasyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi\n\nkesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah\n\ndan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut\n\nlandasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini,\n\nperkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya\n\nfitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang\n\nber`iddah dan berkabung.\n\n\n\nPENUTUP\n\nGaris panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya\n\ndalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya\n\ndapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat\n\nmembantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung\n\nmenurut tuntutan Islam yang sebenar.\n13 | P a g e\n\nRUJUKAN\n\n\n\nTERJEMAHAN AL-QURAN\n\nAbdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur\u2019an. Cet.\n\n12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.\n\n\n\n\n\nKAMUS\n\nMuhammad Rawas Qal\u00d1ah Ji.2006. Mu\u00d1jam Lughah al-Fuqaha\u2019.Cet. 1. Beirut: Dar al-\n\nNafa\u2019is.\n\n\n\n\n\nBAHASA ARAB\n\n`Abd al-Karim Zaidan. 2000. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar\u2019ah wa al-Bait al-Muslim fi al-\n\nShari`ah al-Islamiyyah. Juz. 9. Beirut: Mu\u2019assasah al-Risalah.\n\n\n\nIbn al-Jauzi, Imam Jalal al-Din Abi al-Farj. 1998. Ahkam al-Nisa\u2019. Beirut: Dar al-Ma\u2018rifah.\n\n\n\nSaleh bin \u00d1Abd al-\u00d1Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. 2000.Mawsu\u00d1ah al-Hadith al-Sharif\n\nal-Kutub al-Sittah. Cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam.\n\n\n\n\n\nWahbah al-Zuhaily. 1997.Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 9. Beirut: Dar al-Fikr.\n\n\n\nWazarah al-Awqaf wa al-Syu\u2019un al-Islamiyyah.1993. Al-Mawsu\u2018ah al-Fiqhiyyah.Juz. 2.\n\nKuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.\n\n\n\n__________________________________________. Al-Mawsu\u2018ah al-Fiqhiyyah.Juz. 29.\n\nKuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.\n\n\n\n\n\nAKTA\n\nAkta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).\n\n2005. Petaling Jaya: International Book Services.\n\n\n\n[1]Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan\n\nbukannya mengikut kalendar masihi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nhttp://www.islam.gov.my/garis-panduan-beriddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami#_ftnref1"} {"file": "garis-panduan/14875_1646717392.pdf", "text": "Not Found\nThe requested URL was not found on this server."} {"file": "garis-panduan/14866_1639640004.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14879_1639615400.pdf", "text": "Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n(Garis Panduan ini telah diperakukan oleh Panel Pakar Syariah \nJakim, iaitu bagi Bahagian Pertama: Tatacara Pelaksanaan \nIbadah Qurban dalam mesyuaratnya kali ke-81 pada 26 - 28 \nFebruari 2013, dan Bahagian Kedua: Pengurusan Qurban dalam \nmesyuaratnya kali ke-82 pada 17 - 19 Jun 2013)\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nCetakan Pertama 2013\n\n\u00a9 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\n\nHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana\n\nbahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga\n\nbentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,\n\nmekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis\n\ndaripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat\n\nPentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62579 Putrajaya. Perundingan\n\ntertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.\n\nPerpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan\n\nGARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN \nISBN 978-983-042-527-6\n1. Slaughtering and slaughter houses (Islamic Law).\n2. Islam--Customs and practices.\n3.Sacrifice--Islam.\n297.576\n\nKonsep, Rekabentuk dan Cetakan: OMR Press Sdn Bhd\nNo. 18, Jln Industri USJ 1/12,\nTmn. Perindustrian USJ 1,\n47600 Subang Jaya, Selangor\nTel : 03-8024 6396\nFax : 03-8024 6936\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nKandungan\n\nKata Alu-aluan \nTujuan\nLatar Belakang\n\nBAHAGIAN 1: TATACARA PELAKSANAAN IBADAH \nQURBAN\n\nTafsiran\nHikmah Ibadah Qurban\nHukum Berqurban\nJenis Qurban\nStatus Hukum Daging Qurban \nPembahagian Daging Qurban\nIndividu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban\nSyarat Sah Berqurban\nTempoh dan Masa Berqurban\nSyarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban\nSyarat Penyembelih Haiwan Qurban\nSyarat Sah Sembelihan\nSyarat Alat Menyembelih\nPerkara Sunat Ketika Berqurban\nPerkara Makruh Ketika Berqurban\nCara Menyembelih Haiwan Qurban\nAgihan Daging Qurban\n\nvii\n1\n\n2 - 3\n\n4\n\n4\n6\n6\n7\n7\n8\n9\n9\n\n10\n11\n12\n12\n13\n13\n14\n14\n18\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nBAHAGIAN 2: PENGURUSAN QURBAN\n\nTafsiran\nPihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan \nQurban\nLafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban\nPerkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan \nQurban\nPengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat \nDalam Negara\nPengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar \nNegara\nPenyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara\nQurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan \nSembelihan Biasa\nPemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan, \nPersatuan atau Agensi\nPemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam\n\nPENUTUP\n\n19\n\n19\n\n20\n20\n\n21\n\n22\n\n22\n23\n\n23\n\n24\n27\n\n28\n\nKandungan\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAAlhamdulillah, segala pujian hanyalah untuk Allah SWT \nyang menjadikan alam semesta ini. Selawat dan salam \nke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli\n\nkeluarga dan sekalian para sahabatnya.\n\nSaya bersyukur kerana Jakim telah berjaya menerbitkan \nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban ini untuk dijadikan \npanduan oleh umat Islam di Malaysia, khusus bagi yang terlibat \ndengan pengurusan sembelihan dan pengurusan penyertaan \nibadah qurban. Garis panduan ini disediakan berikutan isu-isu \nberkaitan telah dirujuk kepada Jakim.\n\nDisebabkan amalan qurban ini adalah perkara ibadah, \nsetiap perkara ibadah akan melibatkan kaedah dan peraturan \nkhusus. Kedua-dua perkara tersebut membangkitkan aspek \nhukum yang memberi kesan kepada sah atau sebaliknya ibadah \nyang dilaksanakan. Maka penerbitan garis panduan ini adalah \nsuatu bantuan kepada mereka yang ingin melaksanakan ibadah \nqurban dan mereka yang hendak menguruskan penyertaan ibadah \nqurban supaya dapat melaksanakannya dengan maklumat atau \nilmu yang tepat dan mencukupi, menepati tuntutan syarak dan \nibadah diterima Allah SWT.\n\n\n\nKata Alu - Aluan\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\ni\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nKandungan garis panduan ini mempunyai dua bahagian. Bahagian \npertama adalah berkenaan Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban, \niaitu menjurus kepada pelaksanaan ibadah qurban atau dikenali \nsebagai konsep ibadah qurban. Manakala bahagian kedua adalah \nberkaitan Pengurusan Qurban, iaitu lebih menjurus kepada \npelaksanaan pengurusan qurban, termasuk mengurus haiwan \nternakan untuk dijadikan qurban.\n \n Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada \nmereka yang telah menjayakan penerbitan garis panduan ini, dan \nmengharapkan agar garis panduan ini dapat memberi manfaat \nkepada semua pihak bagi memastikan pelaksanaan ibadah qurban \nmenepati kehendak syarak dan mencapai matlamatnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nDATO\u2019 HJ. OTHMAN BIN MUSTAPHA\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nii\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n1\n\nTUJUAN\n\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban ini disediakan \nadalah untuk memberi panduan dan rujukan kepada individu\n\nyang hendak melaksanakan ibadah qurban dan pihak yang hendak \nmenguruskan ibadah tersebut.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nLATAR BELAKANG\n\n2. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut \ndalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk \nmendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan \npada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-\nQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. \nHukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). \nIbadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap \ntahun apabila tibanya \u2018Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 \nZulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.\n\n3. Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan \nsecara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban \nmenawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu \nperniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk \nurusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa \nmelalui proses \u2018turun padang\u2019 untuk melaksanakan ibadah qurban.\n\n4. Isu sumbangan atau pemberian haiwan qurban juga \nsering dibangkitkan dalam masyarakat kerana melibatkan \njumlah sumbangan yang banyak oleh pihak-pihak yang berhajat \nmenyumbangkan ternakan qurban kepada kelompok masyarakat \nIslam bagi sama-sama meraikan Hari Raya Qurban. Oleh yang \ndemikian, penggunaan perkhidmatan urusan dan pemberian \nsumbangan, hendaklah diberi perhatian secara khusus supaya ia \ndapat memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.\n\n2\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n3\n\n5. Garis panduan ini mengemukakan beberapa panduan \npenting bagi memenuhi tuntutan syarak dalam melaksanakan \nibadah qurban supaya ia tidak menyalahi maksud asal ibadah \nqurban itu sendiri. Justeru, dengan adanya garis panduan \npelaksanaan ibadah qurban ini, mudah-mudahan ia dapat dilaksana \ndan diurus oleh semua pihak mengikut kehendak syarak.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n4\n\nBAHAGIAN 1: TATACARA PELAKSANAAN \nIBADAH QURBAN\n\n6. Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi \nmasyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan \npenyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai \nraya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. \nPelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam \nmelaksanakan penyembelihan qurban.\n\nTAFSIRAN\n\n7. Bagi maksud garis panduan ini:\n(a) \u201cQurban\u201d bermaksud nama bagi sesuatu yang\n\ndiqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih \npada \u2018Idul Adha. Qurban bermaksud menyembelih \nternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT \npada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai \nternakan an\u2019am yang disembelih pada Hari Nahar \ndengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.\n\n(b) \u201cTaqarrub\u201d bermaksud perbuatan atau amalan \nyang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri \nkepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah satu \namalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT \nberdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-\nHajj ayat 36.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n5\n\n(c) \u201cNazar\u201d bermaksud janji kepada Allah SWT. Menurut \nal-Mawardi, nazar ialah iltizam (mewajibkan \ndiri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh \nmenghampirkan diri kepada Allah) yang pada asalnya \ntidak wajib di sisi syarak.\n\n(d) \u201cQurban Nazar\u201d bermaksud qurban yang diwajibkan \nke atas individu yang berazam untuk melakukan \nqurban nazar. Contohnya, apabila seseorang \nmenyebut: \u201cWajib ke atas diriku berqurban seekor \nkambing kerana Allah SWT\u201d.\n\n(e) \u201cQurban Sunat (tatawu\u2019)\u201d bermaksud qurban yang \ndilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira \nsunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat yang \nmenjadikannya wajib.\n\n(f) \u201cSunat Muakkadah\u201d bermaksud sunat yang amat \ndituntut untuk melakukan ibadah qurban, dan makruh \nmeninggalkan bagi yang berkemampuan.\n\n(g) \u201cHari Nahar\u201d bermaksud \u2019Idul Adha atau Hari Raya \nQurban, iaitu pada 10 Zulhijjah.\n\n(h) \u201cHari Tasyrik\u201d bermaksud 11, 12 dan 13 Zulhijjah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nHIKMAH IBADAH QURBAN\n\n8. Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur \nterhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai \ndan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga \nbertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan \nkesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan \nsebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping \nmemberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan \njuga mereka yang lain.\n\nHUKUM BERQURBAN\n\n9. Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan \nkepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah \nal-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107. Manakala dalil \npensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah \nyang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith \nAnas yang diriwayatkan oleh Muslim.\n\n10. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan \nibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang \nberkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i adalah sunat \n\u2018ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut \npandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki \nadalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. \nManakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban \nnazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.\n\n6\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n7\n\nJENIS QURBAN\n\n11. Qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu qurban nazar \n(wajib) dan qurban sunat.\n\nSTATUS HUKUM DAGING QURBAN\n\n12. Hukum berkaitan daging qurban terbahagi kepada \nbeberapa status seperti yang berikut:\n\n(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan \nqurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah \ntanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga \nharam memberikan daging qurban tersebut kepada \norang bukan Islam.\n\n(b) Hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang \nbukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama \nmazhab Shafi\u2018i.\n\n(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-\nbulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah \nqurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat.\n\n(d) Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak \nharus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai \nupah melakukan sembelihan, kecuali bahagian \natau anggota tersebut diberikan oleh individu yang \nmelakukan qurban.\n\n(e) Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat \n(tatawu\u2019) memakan daging qurbannya.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n8\n\nPEMBAHAGIAN DAGING QURBAN\n\n13. Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, \niaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat \nseperti yang berikut:\n\n(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:\n\nWajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk \ndisedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi \npihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya \natau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan \ndirinya.\n\n(b) Pembahagian daging qurban sunat:\n\nMenurut pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i:\n(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang \nberqurban dan ahli keluarganya;\n(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan \nmiskin;\n(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat \nhandai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.\n\nYang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi\u2018i \nialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul \natau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang \nberqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati \nkerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan \noleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n9\n\nINDIVIDU YANG DITUNTUT MELAKUKAN \nIBADAH QURBAN\n\n14. Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan \nibadah qurban adalah seperti yang berikut:\n\n(a) Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh \nmelakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan \nwasiat.\n\n(b) Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.\n(c) Mencapai umur baligh dan berakal.\n(d) Bermukim, iaitu menetap di sesuatu kawasan.\n(e) Mampu melaksanakan, iaitu mereka yang mempunyai\n\nwang untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, \nyang lebih daripada keperluannya dan keperluan \nmereka yang berada di bawah tanggungannya untuk \nHari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah \nmasa bagi melakukan qurban.\n\nSYARAT SAH BERQURBAN\n\n15. Syarat sah berqurban hendaklah melakukan dua perkara:\n(a) Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu\n\nniat qurban adalah semasa menyembelih atau semasa \nmembeli ternakan qurban.\n\n(b) Memilih ternakan qurban yang boleh dikongsi \nbahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin \nberkongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biri-\nbiri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu \nbahagian.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n10\n\nTEMPOH DAN MASA BERQURBAN\n\n16. Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan \nberdasarkan ketetapan yang berikut, iaitu:\n\n(a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari \nNahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 \nZulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban \ntidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya \n(10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada \nmalam 14 Zulhijjah.\n\n(b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa \ndua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan \nkhutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan \nuntuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan \nselesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban \nbermula pada jam 9.30 pagi.\n\n(c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh \ntersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, \nsama ada orang berqurban menunaikan solat atau \ntidak, sama ada imam menyembelih haiwan qurban \natau tidak, hukumnya adalah sah.\n\n(d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan \nmalam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) \nsehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) \nsebelum terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan \nqurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka \nhukumnya adalah tidak sah.\n\n(e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit \nmatahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya \nAdha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak \ndikira sebagai ibadah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n11\n\nSYARAT SAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK \nQURBAN\n\n17. Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, \nperkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan \nberkenaan, iaitu:\n\n(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan \nternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri \ndan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada \njantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. \nDengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan \nternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk \ndan seumpamanya.\n\n(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas \ndaripada sebarang penyakit.\n\n(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, \nsama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah \ntanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga \ntidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain \nsepertinya.\n\n(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap \nminimum umur, iaitu:\n\n(i) unta : berumur lima tahun masuk tahun \nkeenam; \n(ii) lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk \ntahun ketiga;\n(iii) kambing : berumur dua tahun masuk tahun \nketiga;\n(iv) biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun \nkedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n12\n\nSYARAT PENYEMBELIH HAIWAN QURBAN\n\n18. Afdal bagi orang yang melakukan qurban menyembelih \nsendiri qurbannya. Walau bagaimanapun, dia boleh mewakilkan \nkepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju \nuntuk menguruskan ibadah qurban, dan sunat baginya sama-sama \nhadir menyaksikannya dengan syarat-syarat seperti yang berikut:\n\n(a) Penyembelih qurban hendaklah seorang muslim, \nsama ada lelaki atau perempuan. Namun yang afdal \nmenyembelih qurban adalah orang lelaki dan sunat \norang perempuan mewakilkan kepada orang lelaki;\n\n(b) Seorang yang telah mumayyiz dan berakal; \n(c) Mampu melakukannya (pandai menyembelih) dan\n\ndilakukan tanpa ada paksaan;\n(d) Sembelihan makruh jika mewakilkan qurban itu\n\nuntuk disembelih oleh ahli kitab, atau kepada kanak-\nkanak dan perempuan haid;\n\n(e) Jika qurban itu disembelih oleh orang kafir yang \ndiwakilkan oleh tuan qurban, maka qurban itu tidak \nsah.\n\nSYARAT SAH SEMBELIHAN\n\n19. Syarat sah sembelihan adalah dengan memutuskan:\n(a) dua urat pembuluh darah, iaitu karotid dan jugular\n\n(wadajain);\n(b) urat mari\u2019 (saluran makanan); dan\n(c) halqum (saluran pernafasan).\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n13\n\nSYARAT ALAT MENYEMBELIH\n\n20. Alat menyembelih hendaklah tajam, bukan menggunakan \nalat yang tumpul, tulang dan gigi haiwan.\n\nPERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN\n\n21. Antara perkara sunat ketika berqurban adalah seperti yang \nberikut:\n\n(a) Menambat ternakan qurban menjelang Hari Nahar.\n(b) Memberi makanan kepada haiwan qurban sebelum\n\ndisembelih.\n(c) Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan\n\nyang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang \nbukan milik tuan haiwan qurban.\n\n(d) Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan qurban \nsupaya dapat merasakan kepentingan qurban.\n\n(e) Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri.\n(f) Membaca Bismillah ( ).\n(g) Berselawat ke atas Nabi SAW.\n(h) Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah qiblat.\n(i) Memilih haiwan ternakan yang paling baik.\n(j) Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga\n\nsejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau \nbenar-benar mati dan baharulah dilapah.\n\n(k) Orang yang melakukan qurban disunatkan tidak \nbercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba \nbulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berqurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n14\n\nPERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN\n\n22. Antara perkara yang makruh ketika berqurban adalah \nseperti yang berikut:\n\n(a) Melakukan qurban ke atas haiwan yang carik \ntelinganya atau terpotong sedikit di belakang \ntelinganya.\n\n(b) Memotong bulu haiwan yang hendak diqurbankan bagi \ntujuan kegunaan sendiri jika boleh memudaratkannya.\n\n(c) Melakukan qurban ke atas haiwan yang pecah atau \npatah tanduknya, atau tiada bertanduk.\n\n(d) Memerah susu haiwan yang hendak dijadikan qurban \ndan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut.\n\n(e) Memotong kuku dan bercukur bagi orang yang \nberniat qurban.\n\n(f) Melakukan sembelihan qurban pada waktu malam.\n\nCARA MENYEMBELIH HAIWAN QURBAN\n\n23. Cara menyembelih ternakan qurban adalah seperti yang \nberikut:\n\n(a) Niat atau qasad untuk sembelih qurban; antara contoh-\ncontoh lafaz niat:\n(i) Qurban Sunat\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n15\n\nKategori Haiwan \nTernakan Qurban\n\nContoh Lafaz Niat Oleh\nPenyembelih Qurban\n\nSeekor binatang yang \ntidak berkongsi (kambing, \nlembu, kerbau)\n\nBagi penyembelih yang\nberqurban:\n\u201cInilah qurbanku kerana \nAllah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201cInilah qurban Ali dan \naku mewakilinya kerana \nAllah\u201d.\n\nSeekor binatang yang \nberkongsi tujuh bahagian.\n\nBagi penyembelih yang \nmenyertai qurban:\n\u201dInilah qurban aku dan \naku mewakili Ali, Abu, \nAhmad, Aishah, Adibah \ndan Aminah kerana \nAllah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban Hasan, \nAli, Abu, Ahmad, Aishah, \nAdibah dan Aminah dan \naku mewakili mereka \nkerana Allah\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n16\n\n(ii) Qurban Nazar\n\nKategori Haiwan \nTernakan Qurban\n\nContoh Lafaz Niat Oleh\nPenyembelih Qurban\n\nSeekor binatang yang \ntidak berkongsi (kambing, \nlembu, kerbau)\n\nBagi penyembelih yang\nberqurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natasku kerana Allah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib \nke atas Ali dan aku \nmewakilinya kerana \nAllah\u201d.\n\nSeekor binatang yang \nberkongsi tujuh bahagian.\n\nBagi penyembelih yang \nmenyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natasku dan ke atas Ali, \nAbu, Ahmad, Aishah, \nAdibah dan Aminah dan \naku mewakili mereka \nkerana Allah\u201d.\n\nBagi penyembelih yang \ntidak menyertai qurban:\n\u201dInilah qurban wajib ke \natas Hasan, Ali, Abu, \nAhmad, Aishah, Adibah \ndan Aminah dan aku \nmewakili mereka kerana \nAllah\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n17\n\n(b) Membaringkan dan menghadapkan rusuk kiri haiwan \nke arah kiblat dan kepalanya diangkatkan sedikit;\n\n(c) Direbahkan dengan menggunakan tali yang \nsesuai, tempat yang sesuai dan tidak menyebabkan \nkecederaan kepada ternakan;\n\n(d) Membaca atau\n(e) Berselawat ke atas Nabi SAW;\n(f) Bertakbir tiga kali sebelum dan selepas sebagai\n\ncontoh:\n\n(g) Penyembelih hendaklah memegang kulit tengkuk \nhaiwan di bahagian bawah dagunya dan menariknya \nsehingga nampak jelas kulitnya;\n\n(h) Meletakkan alat menyembelih di leher dengan \nmemutuskan halqum, urat mari\u2019 dan dua urat di leher \nkiri kanan haiwan (wadajain);\n\n(i) Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan kadar \nsegera dan tidak diselangi dengan amalan-amalan \nlain; dan\n\n(j) Berdoa kepada Allah SWT agar ibadah qurban \nditerima:\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAGIHAN DAGING QURBAN\n\n24. Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, \ntindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan \nantara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian \nqurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini jika \nperkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat \nqurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau \nada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah. Ini langkah pertama \nyang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan \nkepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian \naqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan \npengagihan qurban sunat.\n\n25. Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya \nhendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk \nmemudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal \npasti seperti yang berikut:\n\n(a) Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan \nkepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;\n\n(b) Menyediakan senarai penerima daging qurban \nmengikut keutamaan;\n\n(c) Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah \ndikenal pasti status mereka;\n\n(d) Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang \ntinggal di kawasan terpencil;\n\n(e) Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk \nmenempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke \nkawasan pedalaman; dan\n\n(f) Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang \nberada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.\n\n18\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n19\n\nBAHAGIAN 2: PENGURUSAN QURBAN\n\nTAFSIRAN\n\n26. Bagi maksud garis panduan ini:\n\n(a) \u201cAkad Wakalah\u201d bermaksud suatu akad untuk \nmewakilkan orang lain (wakil) melaksanakan urusan \ndalam mengendalikan perkara yang diharuskan oleh \nsyarak.\n\n(b) \u201cMuwakkil (pewakil)\u201d bermaksud orang yang \nmenyuruh orang lain menjadi wakil atau orang yang \nmembuat wakalah.\n\n(c) \u201cWakil\u201d bermaksud orang yang menerima wakalah.\n(d) \u201cMuwakkal fih\u201d bermaksud barang atau urusan yang\n\nhendak diserahkan kepada wakil.\n(e) \u201cTawkil\u201d bermaksud pelantikan wakil.\n(f) \u201cHibah\u201d bermaksud pemberian yang mencakupi\n\nhadiah dan sedekah atau sumbangan. Dalam istilah \nsyarak ialah akad yang dapat memindah milik sesuatu \ntanpa balasan.\n\n(g) \u201cQurban Nazar\u201d bermaksud qurban yang diwajibkan \nke atas individu yang berazam untuk melakukan \nqurban nazar. Contohnya apabila seseorang \nmenyebut: \u201cWajib ke atas diriku berqurban seekor \nkambing kerana Allah SWT\u201d.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n20\n\nPIHAK WAKIL MELANTIK WAKIL LAIN (TAWKIL) \nMELAKSANAKAN QURBAN\n\n27. Kaedah umum menyatakan bahawa wakil tidak harus \nmewakilkan orang lain terhadap apa yang diwakilinya tanpa izin \npewakil. Tetapi sekiranya pewakil (orang yang berniat qurban) \nmengungkap dengan lafaz umum, maka harus bagi wakil untuk \nmewakilkan kepada orang lain berdasarkan kepada kefahaman \numum. Contoh akad wakalah umum:\n\n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \ntuan menguruskan qurban saya pada tahun ini \n(1434H) kerana Allah Ta\u2018ala\u201d.\n\n28. Sekiranya pewakil tidak menyebut lafaz yang \nmenunjukkan umum keizinannya untuk bertindak, maka tidak \nharus bagi wakil mewakilkan (tawkil) kepada orang lain untuk \nmenerima kerana wakil bertindak mengikut penyerahan pewakil \ndan memiliki kadar serahan itu sahaja.\n\n29. Wakil juga tidak harus mewakilkan (tawkil) kepada orang \nlain tanpa izin pewakil apabila ia mampu melakukannya. Apabila \ntidak mampu melaksanakan apa yang diwakilkan kepadanya, \nharus baginya tawkil.\n\nLAFAZ NIAT WAKALAH UNTUK PELAKSANAAN \nQURBAN\n\n30. Contoh lafaz khusus, akad orang yang berqurban \nmenyuruh seseorang mewakilinya:\n\n(a) \u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \nPengarah Program Syarikat Qurban melaksanakan\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n21\n\nqurban saya untuk tahun ini (1434H) dengan \nbayaran RM500.00 bagi satu bahagian beserta upah \nRM100.00 kerana Allah Ta\u2018ala.\u201d\n\n(b) \u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju mewakilkan \nPengarah Program Syarikat Qurban melaksanakan \nqurban saya, isteri saya Fatimah, anak saya Aishah \ndan Aminah untuk tahun ini (1434H) dengan bayaran \nRM2000.00 bagi empat bahagian beserta upah \nRM400.00 kerana Allah Ta\u2018ala.\u201d\n\nPERKARA YANG MESTI DIKETAHUI SEBELUM \nMEWAKILKAN URUSAN QURBAN\n\n31. Perkara-perkara yang mesti diketahui oleh individu \nsebelum mewakilkan urusan qurban kepada persatuan, agensi \natau syarikat adalah seperti yang berikut:\n\n(a) hendaklah mengetahui kadar harga bagi satu bahagian \nqurban yang ditawarkan oleh persatuan, agensi atau \nsyarikat;\n\n(b) hendaklah mengetahui kadar upah yang diambil oleh \npersatuan, agensi atau syarikat;\n\n(c) hendaklah mengagihkan daging qurban mengikut \nhukum syarak;\n\n(d) hendaklah mengetahui orang yang akan menjadi \nwakil untuk menyembelih haiwan qurban.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN, \nAGENSI ATAU SYARIKAT DALAM NEGARA\n\n32. Pihak persatuan, agensi atau syarikat hendaklah \nmenjelaskan perkara-perkara berikut:\n\n(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan \nfizikal haiwan yang cukup syarat;\n\n(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang \nditawarkan;\n\n(c) kadar kos pengurusan (upah) yang diambil;\n(d) cara pengagihan dan penerima daging qurban.\n\nPENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN, \nAGENSI ATAU SYARIKAT LUAR NEGARA\n\n33. Pihak persatuan, agensi atau syarikat luar negara \nhendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut:\n\n(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan \nfizikal haiwan yang cukup syarat;\n\n(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang \nditawarkan oleh syarikat atau persatuan;\n\n(c) menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal \nakad bukan selepas akad;\n\n(d) menetapkan kos pengurusan yang terlibat di luar \nnegara selepas akad adalah ditanggung oleh persatuan, \nagensi atau syarikat dan bukan pihak individu.\n\n22\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENYERAHAN WANG KEPADA WAKIL BAGI \nQURBAN DI LUAR NEGARA\n\n34. Apa-apa jumlah wang yang diberi kepada pihak pengurusan \nqurban yang dilantik sebagai wakil untuk menguruskan qurban \ndi luar negara adalah terlaksana selagi mana wang berkenaan \ndibelanja mengikut akad yang telah dipersetujui. Akad tersebut \nhendaklah:\n\n(a) akad penyerahan dengan lafaz yang khusus, bukan \nlafaz am kerana lafaz am mengandungi ketidakjelasan \n(gharar);\n\n(b) menjelaskan tentang jenis, sifat dan kadar harganya;\n(c) orang yang menjadi wakil, tidak boleh mewakilkan\n\nkepada orang lain, kecuali mendapat izin daripada \npewakil (muwakkil) atau wakil tidak mampu \nmelaksanakannya.\n\nQURBAN YANG BERCAMPUR DENGAN AQIQAH, \nHADIAH, NAZAR DAN SEMBELIHAN BIASA\n\n35. Sekiranya berlaku percampuran qurban dan perkara-\nperkara lain, maka:\n\n(a) wajib dilakukan pengasingan antara daging bahagian \nqurban wajib (nazar) daripada daging bahagian \nqurban sunat, aqiqah, hadiah atau daging sembelihan \nuntuk dijual, sebelum diagihkan kepada penerima \njika terjadi perkongsian sedemikian. Langkah ini \namat penting kerana daging qurban wajib (nazar), \nhendaklah diagihkan kesemuanya kepada yang \nberhak;\n\n23\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n(b) adalah lebih baik, pihak yang menguruskan qurban \ntidak mencampurkan antara urusan qurban wajib \n(nazar) dengan qurban sunat, aqiqah, hadiah atau \ndaging sembelihan biasa.\n\nPEMBERIAN HAIWAN QURBAN OLEH ORANG \nPERSEORANGAN, PERSATUAN, ATAU AGENSI\n\n36. Pemberian atau sumbangan haiwan ternakan oleh \norang perseorangan, persatuan, agensi, syarikat, jabatan atau \nkementerian kepada masyarakat Islam bagi tujuan qurban \nhendaklah diserahkan kepada jawatankuasa masjid atau surau \nuntuk diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik.\n\n37. Sesuatu pemberian atau sumbangan hendaklah dijelaskan \nakadnya terlebih dahulu sebelum menerima penyerahan, iaitu \nsama ada akad pemberian (hibah) sebagai hak milik atau akad \nwakalah untuk melantik satu pihak sebagai wakil menguruskan \nhaiwan untuk qurban.\n\n(a) Akad Pemberian atau Hibah Sebagai Hak milik \nKe Atas Haiwan Qurban\n\n(i) Contoh lafaz hibah: \n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju \nmenyerahkan sumbangan 30 ekor lembu qurban \nuntuk tahun 1434H kepada jawatankuasa masjid/\nsurau untuk diuruskan\u201d.\n\n24\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n25\n\n\u201cSaya mewakili Kementerian yang bersetuju \nmenyerahkan sumbangan 30 ekor lembu qurban \nuntuk tahun 1434H kepada jawatankuasa masjid/\nsurau untuk diuruskan\u201d.\n\n(ii) Pihak jawatankuasa masjid/surau boleh \nmemilih dan memberi keutamaan kepada golongan \nasnaf fakir miskin atau individu lain bagi mewakili \nbahagian qurban yang disertai.\n\n(iii) Asnaf fakir miskin atau individu yang \nterpilih disunatkan mengambil daging tidak \nmelebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang \ndisertai.\n\n(iv) Pihak jawatankuasa masjid/surau dilarang \nmelakukan perkara lain ke atas haiwan qurban \nkecuali untuk ibadah qurban sahaja.\n\n(b) Akad Wakalah Sebagai Wakil Menguruskan \nHaiwan Ternakan Untuk Qurban\n\n(i) Pihak jawatankuasa masjid/surau \nhendaklah mengikut akad yang diamanahkan \nsebagai wakil mengurus haiwan ternakan untuk \nqurban sama ada dengan lafaz am atau lafaz khas.\n\n(ii) Contoh lafaz am:\n\u201cSaya Ahmad bin Muhamad bersetuju melantik \njawatankuasa masjid/surau sebagai wakil untuk\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nmenguruskan 10 ekor lembu sebagai sumbangan \n70 bahagian qurban kepada penduduk kampung \nini\u201d.\n\n(iii) Contoh lafaz khas:\n\u201cSaya mewakili Syarikat yang bersetuju melantik \njawatankuasa masjid/surau sebagai wakil untuk \nmenguruskan 10 ekor lembu sebagai sumbangan \n70 bahagian qurban kepada fakir miskin di \nkampung ini\u201d.\n\n(iv) Sekiranya perlu, pihak jawatankuasa \nmasjid/surau boleh mengenakan kos pengurusan \ndengan kadar yang berpatutan kepada peserta \nibadah qurban yang terpilih.\n\n(v) Asnaf fakir miskin atau individu yang \nterpilih disunatkan mengambil daging qurban \ntidak melebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang \ndisertai.\n\n26\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n27\n\nPEMBERIAN HAIWAN QURBAN OLEH ORANG \nBUKAN ISLAM\n\n38. Pemberian, hibah atau sumbangan haiwan qurban oleh \norang perseorangan, persatuan atau pertubuhan bukan Islam \nkepada masyarakat Islam bagi tujuan qurban hendaklah diuruskan \nseperti yang berikut:\n\n(a) Haiwan qurban tersebut hendaklah diserahkan kepada \njawatankuasa masjid/surau untuk diuruskan.\n\n(b) Pihak jawatankuasa yang dilantik perlu memilih asnaf \nfakir miskin atau individu bagi mewakili bahagian \nqurban yang disertai.\n\n(c) Asnaf fakir miskin atau individu yang terpilih \ndisunatkan mengambil daging qurban tidak melebihi \n1/3 daripada bahagian qurban yang disertai.\n\n(d) Sekiranya perlu, pihak jawatankuasa masjid/surau \nboleh mengenakan kos pengurusan dengan kadar \nyang berpatutan kepada peserta ibadah qurban yang \nterpilih.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nPENUTUP\n\n39. Garis panduan ini diharap dapat membantu orang \nyang berhajat melakukan ibadah qurban sebagai persediaan \nawal sebelum melakukannya, termasuk mendapat gambaran \nyang lebih jelas berkenaan cara melakukan ibadah qurban di \nsamping menjaga adab-adab yang ditetapkan. Organisasi yang \nmenguruskan qurban bagi pihak orang lain pula sewajarnya \nbersikap amanah dan tidak mengutamakan keuntungan semata-\nmata. Ini kerana perbuatan menolong untuk menyampaikan hajat \nseseorang juga diberi ganjaran oleh Allah SWT.\n\n40. Justeru, garis panduan ini diharap dapat mencapai objektif \nqurban sebagai satu ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT. \nSemoga amalan penyembelihan ibadah qurban yang dilakukan \nmemberi kesan yang mendalam serta galakan kepada orang lain \nuntuk berusaha melaksanakan qurban sebagai salah satu tuntutan \ndalam Islam.\n\n28\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\n29\n\nRUJUKAN\n\nAl-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin \u2018Ali (t.t.). Kitab \nal-Sunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Ma\u2018rifah.\n\nAl-Buhuti, al-Sheikh Mansur bin Yunus bin Idris (1402H/1982M). \nKashaf al-Qina\u2018 \u2018an Matn al-\u2018Iqna\u2018, Kitab al-Hajj, Bab al-Huda \nwa al-Udahi wa al-\u2018Aqiqah wa Ma Yata\u2018allaqu biha. Dar al-Fikr.\n\nAl-Ghanimi, al-Sheikh Abd al-Ghani al-Ghanimi al-Dimashqi \nal-Maidani al-Hanafi (t.t.). al-Lubab. Beirut: Maktabah al-\n\u2018Alamiah.\n\nAl-Ghazali, al-\u2018Alamah al-Faqih al-Hujjah Abi Hamid \nMuhammad bin Muhammad bin Muhammad (1418H/1997M). \nAl-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi\u2018i. Beirut: Syarikat Dar al-\nArqam bin Abi al-Arqam.\n\nAl-Hakim al-Naisaburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah \n(1418H/1998M). Al-Mustadrak \u2018ala Sahihain. Beirut: Dar al-\nMa\u2018rifah.\n\nAl-Hanafi al-Haskifi, Muhammad bin \u2018Ali bin Muhammad bin \n\u2018Ali bin Abd al-Rahman (1423H/2002M). Al-Durr al-Mukhtar. \nDar al-Kutub al-\u2018Ilmiyah: Beirut-Lubnan.\n\nAl-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M). \nMughni al-Muhtaj, Kitab al-Udhiyyah. Beirut-Lubnan: Dar al-\nMakrifah.\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nAl-Mawardi al-Basri, Abu al-Hasan \u2018Ali bin Muhammad bin \nHabib (1414H/1994M). Al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-\nImam al-Shafi\u2018i. Beirut: Dar al-Kutub al-\u2018Ilmiyah.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \n(1416H/1996M). Sharhu al-Nawawi \u2018ala Muslim, Kitab Udahi, \nBab Istihbab al-Dahiyah wa Zabhuha Mubasyarah bila Tawkil wa \nal-Tasmiyah wa al-Takbir. Dar al-Khair.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \n(t.t.). Kitab al-Majmu\u2018 Syarh al-Muhazzab li al-Shirazi. Jeddah: \nMaktabah al-Irsyad.\n\nAl-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi \nal-Dimashqi (1423H/2003M). Raudah al-Talibin. Beirut: Dar \n\u2018Alam al-Kutub.\n\nAl-Ramli, Muhammad bin Shihabuddin (1404H/1984M), Nihayat \nal-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Kitab al-Udhiyah. Dar al-Fikr.\n\nAl-Shafi\u2018i, Imam Muhammad bin Idris (1422H/2001M). al-\nUmm. al-Mansurah: Dar al-Wafa\u2019.\n\nIbn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin \u2018Ali (t.t), Tuhfat \nal-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, Kitab al-Udhiyah. Dar Ihya\u2019 al-\nTurath al-\u2018Arabi.\n\nIbn Qudamah, Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad bin \nMuhammad (1405H/1985M). Al-Mughni, Kitab al-Udahi, \nMas\u2019alatu al-Istihbab an Ya\u2019kula Sulus Udhiyatihi. Dar Ihya\u2019 al-\nTurath al-\u2018Arabi. Cet. 1.\n\n30\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nIbn Rushd al-Qurtubi, al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin \nAhmad bin Muhamad bin Ahmad (1416H/1995M). Bidayat al-\nMujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. Dar al-Salam. Cet. 1.\n\nJabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan \nIndustri Asas Tani, Garis Panduan Penyembelihan Ternakan \nKorban.\n\nMuhammad al-Qari, \u2018Ali bin Sultan (1422H/2002M). Mirqatu \nal-Mafatih Sharhu Mishkatu al-Masabih, Kitab al-Solat, Bab fi \nal-Udhiyat. Darul al-Fikr.\n\nSheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih (2000M). Tafsir \nPimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala \nLumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.\n\nWahbah al-Zuhaili (1999M). Fiqh & Perundangan Islam. Terj. \nSyed Ahmad Syed Hussain et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa \ndan Pustaka.\n\nWahbah al-Zuhaili, Ustaz Doktor (1418H/1997M). Al-Fiqh al-\nIslami wa Adillatuh. Beirut- Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu\u2018asir.\n\nWizarah al-Auqaf wa al-Shu\u2019un al-Islamiyah (1404H/1983M). \nAl-Mausu\u2018ah al-Fiqhiyah. Al-Kuwait. Cet. ke-2.\n\n31\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban\n\nSebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai Garis Panduan \nPelaksanaan Ibadah Qurban bolehlah diajukan kepada alamat \nseperti berikut:\n\nKetua Pengarah\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia,\nBlok D7, Kompleks D,\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\n62519 Putrajaya.\n\nNo. Telefon :03 - 8886 4000\nNo. Faksimili :03 - 8889 1993\n\n32\nGaris Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban"} {"file": "garis-panduan/14863_1639639833.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/16075_1663657655.pdf", "text": "GARIS PANDUAN PENGELUARAN FATWA DI MALAYSIA\n\nDiperaku oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-111 \npada 9-10 November 2017 di Putra Sunway, Kuala Lumpur.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 1\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGARIS PANDUAN PENGELUARAN FATWA DI MALAYSIA\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 2\n\n\n\nKata Alu-aluan\n\nKetua Pengarah\n\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nSegala puji dirafakkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan \nsalam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian Nabi dan \nRasul. \n \n Alhamdulillah, saya bersyukur dengan taufiq dan limpah kurnia-Nya, Jabatan \nKemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pengurusan Fatwa berjaya \nmenerbitkan Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia. \n \n Penggubalan Garis Panduan Pengeluaran Fatwa ini adalah untuk \nmenyeragamkan proses pengeluaran hukum atau fatwa yang memerlukan \nperincian dari segi mekanisma dan tatacara pengeluaran hukum atau fatwa \nmengikut peruntukan yang terdapat dalam akta/ enakmen/ ordinan pentadbiran \nundang-undang di negeri masing-masing. \n \n Sehubungan itu, diharapkan ia dapat menjadi panduan secara menyeluruh \ndalam menyelesaikan masalah hukum atau fatwa dalam masyarakat Islam di negara \nini. Penyediaan kertas hukum yang berkualiti berdasarkan sumber yang muktabar \nakan dapat menghasilkan hukum atau fatwa yang berkredibiliti. \n \n Garis Panduan ini bukan sahaja menjadi rujukan dan pedoman kepada \nJawatankuasa Fatwa bagi menentukan hukum atau fatwa di peringkat persekutuan \ndan negeri tetapi juga untuk kegunaan para penyelidik dalam melaksanakan kajian \nhukum dengan lebih sistematik. Pengamalan dalam proses pengeluaran hukum \natau fatwa berdasarkan garis panduan ini diharapkan dapat mewujudkan pandangan \nhukum atau fatwa yang selaras serta mengurangkan kekeliruan dan kecelaruan \nhukum atau fatwa di dalam masyarakat negara ini. \n \n Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada \npasukan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia yang telah memberikan \nkomitmen yang tinggi dalam mewujudkan garis panduan ini. Tidak lupa juga kepada \nahli Jawatankuasa Fatwa MKI dan pihak Darul Ifta\u2019 serta semua pihak yang terlibat \nsecara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbiatn garis \npanduan ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan serta dijadikan panduan berguna untuk \numat Islam di negara ini. \n \nSemoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. \n \nSekian, terima kasih. \n \n \nTAN SRI DATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA \nKetua Pengarah \nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 3\n\n\n\n\n\nKandungan Halaman\n\nKata Alu-aluan ...................................................................................................................................... 2\n\nTujuan .................................................................................................................................................... 4\n\nLatar Belakang ...................................................................................................................................... 4\n\nTafsiran .................................................................................................................................................. 5\n\nFungsi Jawatankuasa Fatwa .............................................................................................................. 6\n\nPermohonan Mendapatkan Fatwa .................................................................................................... 6\n\nKlasifikasi Isu ........................................................................................................................................ 6\n\nSumber Rujukan Fatwa ....................................................................................................................... 7\n\nKaedah Pengeluaran Fatwa ............................................................................................................... 7\n\nPertama: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Syafi\u2018i .................................... 8\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Syafi\u2018i ...................................................................................... 8\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Syafi\u2018i ..................................................... 8\n\nPenggunaan Qawl Tidak Muktamad Dalam Mazhab Syafi\u2018i ....................................................... 11\n\nKedua: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Hanafi ..................................... 12\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Hanafi.................................................................................... 12\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Mazhab Hanafi .............................................................. 12\n\nKetiga: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Maliki ...................................... 16\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Maliki ..................................................................................... 16\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Maliki ................................................... 17\n\nKeempat: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Hanbali .............................. 19\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Hanbali .................................................................................. 19\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Hanbali ................................................ 19\n\nPengeluaran Fatwa Mengikut Ijtihad ............................................................................................... 21\n\nMeraikan Kepentingan Awam ( \u0627\u0644\u0639\u0627\u0645\u0629 \u0627\u0645\u0644\u0635\u0644\u062d\u0629 ) ....................................................................................... 22\n\nFatwa Yang Ada Hubungan Dengan Kepentingan Nasional ...................................................... 22\n\nPenyediaan Sighah ............................................................................................................................ 23\n\nPewartaan Fatwa ............................................................................................................................... 24\n\nPenyampaian Dan Hebahan ............................................................................................................ 24\n\nPenutup ................................................................................................................................................ 25\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 4\n\n\n\nGARIS PANDUAN\n\nPENGELUARAN FATWA DI MALAYSIA\n\n_________________________________________________________\n\n\n\nTujuan\n\nGaris Panduan ini disediakan sebagai asas rujukan kepada:\n\n(i) Jawatankuasa Fatwa dalam mengeluarkan sesuatu pandangan hukum\n\natau fatwa;\n\n(ii) Penyelidik dan pihak yang menyediakan kertas kajian hukum bagi\n\ntujuan mendapatkan pandangan hukum atau fatwa daripada\n\nJawatankuasa Fatwa.\n\nLatar Belakang\n\n\n\n2. Di Malaysia, negeri-negeri mempunyai bidang kuasa dalam mengeluarkan\n\nsesuatu hukum atau fatwa. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa\n\nFatwa dianggap sebagai pandangan rasmi kerajaan terhadap sesuatu isu yang\n\nberkaitan dengan agama Islam. Ini disebabkan Jawatankuasa Fatwa telah\n\nditubuhkan secara rasmi di bawah peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Pentadbiran\n\nUndang-Undang Islam Negeri-Negeri.\n\n\n\n3. Dalam proses mengeluarkan hukum atau fatwa, kebanyakan negeri secara\n\nlazimnya akan mengeluarkan hukum atau fatwa berasaskan qawl muktamad\n\nmazhab Syafi\u2019i. Sekiranya qawl muktamad mazhab Syafi\u2019i bertentangan dengan\n\nkepentingan awam, mana-mana qawl muktamad mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali,\n\natau mana-mana mazhab lain yang kaedah istinbat hukumnya hampir kepada aliran-\n\naliran ini boleh dirujuk. Jika dengan merujuk qawl-qawl muktamad tersebut\n\nJawatankuasa Fatwa berpandangan terdapat percanggahan dengan kepentingan\n\nawam, maka Jawatankuasa Fatwa boleh menggunakan ijtihad mereka sendiri.\n\n\n\n4. Bagi tujuan menyelaras proses pengeluaran hukum atau fatwa di negara ini,\n\nmaka Garis Panduan Pengeluaran Fatwa ini diwujudkan sebagai panduan yang\n\nseragam kepada Jawatankuasa Fatwa dalam mengeluarkan hukum atau fatwa.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 5\n\n\n\nGaris panduan ini menjelaskan dengan lebih terperinci proses pengeluaran hukum\n\natau fatwa yang telah diperuntukkan secara ringkas di dalam Akta/Enakmen/Ordinan\n\nPentadbiran Undang-Undang Islam Negeri-Negeri, dan juga sebagai mekanisme\n\npenyelarasan dalam pengeluaran hukum atau fatwa di negara ini.\n\n\n\nTafsiran\n\n\n\n5. Bagi maksud Garis Panduan ini:\n\n\n\n\u201cHukum\u201d ertinya sesuatu keputusan yang didasarkan kepada dalil-dalil\n\nsyarak.\n\n\n\n\u201cFatwa\u201d ertinya apa-apa ketetapan hukum tentang sesuatu isu berkaitan\n\ndengan akidah, syariah dan akhlak yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa. Dari\n\nsudut undang-undang ia akan dianggap sebagai fatwa apabila disiarkan di dalam\n\nwarta.\n\n\n\n\u201cJawatankuasa Fatwa\u201d ialah Jawatankuasa Fatwa/ Jawatankuasa\n\nPerundingan Hukum Syarak/ Jamaah Ulama\u2019/ Majlis Fatwa Negeri/ Lembaga Fatwa\n\nyang ditubuhkan berdasarkan peruntukan dalam Akta/ Enakmen/ Ordinan\n\nPentadbiran Undang-Undang Islam Negeri-Negeri.\n\n\n\n\u201cJawatankuasa Fatwa MKI\u201d ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan\n\nBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.\n\n\n\n\u201cRaja Pemerintah\u201d ialah Yang Di-Pertuan Agong/ Sultan/ Raja/ Yang\n\nDiPertuan Besar.\n\n\n\n\u201cMajlis\u201d ialah Majlis Agama Islam Negeri\n\n\n\n\u201cMufti\u201d ialah orang yang dilantik menjadi Mufti berdasarkan Akta/ Enakmen/\n\nOrdinan Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri-Negeri.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 6\n\n\n\n\u201cSetiausaha\u201d ialah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri.\n\n\n\n\u201cUndang-Undang\u201d ertinya Akta/ Enakmen/ Ordinan Pentadbiran Undang-\n\nUndang Islam Negeri-Negeri.\n\n\n\nFungsi Jawatankuasa Fatwa\n\n\n\n6. Fungsi Jawatankuasa Fatwa ialah:\n\n\n\n(i) Mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa atas sesuatu persoalan\n\nyang diajukan kepadanya atau yang menimbulkan pertikaian berkaitan\n\ndengan hukum syarak.\n\n\n\n(ii) Menimbangkan hukum yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa\n\nMKI mengenai isu yang ada hubungan dengan kepentingan nasional.\n\n\n\nPermohonan Mendapatkan Fatwa\n\n\n\n7. Permohonan untuk mendapatkan hukum atau fatwa daripada Jawatankuasa\n\nFatwa hendaklah dikemukakan kepada Mufti. Jawatankuasa Fatwa juga boleh\n\nmenetap dan memberikan pandangan hukum atau fatwa atas:\n\n\n\n(i) Perintah Raja Pemerintah; atau\n\n(ii) Inisiatif sendiri.\n\n\n\nKlasifikasi Isu\n\n\n\n8. Isu-isu yang dipohon pandangan hukum atau fatwa hendaklah diklasifikasikan\n\nterlebih dahulu sama ada ia adalah:\n\n\n\n(i) Isu yang telah diputuskan secara ijmak atau khilaf; atau\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 7\n\n\n\n(ii) Isu yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa yang memerlukan\n\npindaan atau semakan semula; atau\n\n(iii) Isu baharu (kontemporari).\n\n\n\nSumber Rujukan Fatwa\n\n\n\n9. Sumber utama rujukan Jawatankuasa Fatwa dalam menetap dan\n\nmemberikan pandangan hukum atau fatwa hendaklah mengikut sumber-sumber\n\nberikut:\n\n(i) al-Quran ( \u0646\u0631\u0622\u0627\u0644\u0642 )\n\n(ii) al-Sunnah(\u0627\u0644\u0633\u0646\u0629)\n\n(iii) al-Ijmac ( \u0627\u0625\u0644\u0645\u062c\u0627\u0639)\n\n(iv) al-Qiyas(\u0627\u0644\u0642\u064a\u0627\u0633)\n\nKaedah Pengeluaran Fatwa\n\n\n\n10. Sebelum Jawatankuasa Fatwa memberi pandangan hukum atau membuat\n\nfatwa, satu kajian atau penyelidikan mengenai isu berkenaan hendaklah dilakukan.\n\n\n\n11. Setelah kajian selesai dilaksanakan, Jawatankuasa Fatwa akan bersidang\n\nuntuk membincangkan isu berkenaan bagi tujuan memberi pandangan hukum atau\n\nmembuat fatwa.\n\n\n\n12. Format penyediaan kertas kajian bagi menetapkan hukum atau fatwa secara\n\nasasnya hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:\n\n(i) Tujuan.\n\n(ii) Latar Belakang.\n\n(iii) Masalah (Isu Utama).\n\n(iv) Metodologi.\n\n(v) Hujah dan dalil.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 8\n\n\n\n(vi) Pandangan hukum atau fatwa yang sedia ada.\n\n(vii) Analisis (Hujah menerima dan menolak).\n\n(viii) Hasil atau tarjih.\n\n(ix) Syor.\n\n(x) Rujukan dan Lampiran.\n\n\n\n13. Dalam mengeluarkan apa-apa pandangan hukum atau fatwa, Jawatankuasa\n\nFatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qawl muktamad mazhab Syafi\u2019i.\n\n\n\n14. Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat dengan mengikut qawl muktamad\n\nmazhab Syafi\u2019i akan berlawanan dengan kepentingan awam, maka Jawatankuasa\n\nFatwa bolehlah mengikut mana-mana qawl muktamad mazhab Hanafi, mazhab\n\nMaliki atau mazhab Hanbali.\n\n\n\nPertama: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Syafi\u2018i\n\n\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Syafi\u2018i\n\n\n\n15. Qawl muktamad mazhab Syafi\u2019i ialah pandangan rajih yang dipegang dalam\n\nmazhab Syafi\u2018i yang telah ditetapkan melalui kaedah-kaedah tertentu.\n\n\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Syafi\u2018i\n\n\n\n16. Kaedah penetapan adalah seperti berikut:\n\n\n\n(i)\n\nPendapat yang disepakati oleh Imam al-Raficiyy (623H) dan Imam al-\n\nNawawiyy (676H).\n\n\n\n(iii) Sekiranya berlaku perselisihan antara keduanya iaitu Imam al-Raficiyy\n\ndan Imam al-Nawawiyy, maka pendapat yang muktamad adalah\n\npendapat Imam al-Nawawiyy, selagi mana ulama mutaakhirin tidak\n\nmentarjihkan pendapat Imam al-Raficiyy. Sekiranya ulama mutaakhirin\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 9\n\n\n\nmentarjihkan pendapat Imam al-Raficiyy, maka pendapat imam al- al-\n\nRaficiyy adalah yang muktamad.1\n\n\n\n17. Sekiranya terdapat perbezaan pendapat Imam al-Nawawiyy dalam kitab-kitab\n\nbeliau, maka hendaklah merujuk mengikut turutan kitab beliau seperti yang berikut:\n\n(i) al-Tahqiq )\u0627\u0644\u062a\u062d\u0642\u064a\u0642(\n\n(ii) al-Majmuc Sharh al-Muhadhdhab )\u0627\u062c\u0645\u0644\u0645\u0648\u0639 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0647\u0630\u0628(\n\n(iii) al-Tanqih (Sharhuhu cAla Wasit al-\nImam al-Ghazaliyy\n\n)\u0627\u0644\u062a\u0646\u0642\u064a\u062d \u0634\u0631\u062d\u0647 \u0639\u0644\u0649 \u0648\u0633\u064a\u0637 \u0627 \u0627\u0625\u0644\u0645\u0627\u0645 \u0627\u0644\u063a\u0632\u0627\u064a\u0644(\n\n(iv) Rawdat al-Talibin )\u0631\u0648\u0636\u0629 \u0627\u0644\u0637\u0627\u0644\u0628\u0646\u064a(\n\n(v) Minhaj al-Talibin )\u0645\u0646\u0647\u0627\u062c \u0627\u0644\u0637\u0627\u0644\u0628\u0646\u064a(\n\n(vi) al-Fatawa )\u0627\u0644\u0641\u062a\u0627\u0648\u0649(\n\n(vii) Sharh Sahih Muslim )\u0634\u0631\u062d \u0635\u062d\u064a\u062d \u0645\u0633\u0644\u0645(\n\n(viii) Tashih al-Tanbih )\u062a\u0635\u062d\u064a\u062d \u0627\u0644\u062a\u0646\u0628\u064a\u0647(\n\n(ix) Nukat al-Tanbih )\u0646\u06a9\u062a \u0627\u0644\u062a\u0646\u0628\u064a\u0647(\n\n\n\n18. Sekiranya tidak terdapat pendapat al-Shaykhan (al-Raficiyy dan al-Nawawiyy)\n\ndalam kitab kedua-duanya, maka pendapat yang muktamad adalah apa yang\n\ndisepakati oleh Imam Ibn Hajar al-Haytamiyy (974H) dan Imam Shams al-Din al-\n\nRamliyy (1004H).\n\n\n\n19. Sekiranya kedua-dua Imam iaitu Ibn Hajar dan Imam al-Ramliyy berselisih\n\npendapat, Jawatankuasa Fatwa boleh memilih antara pendapat kedua-dua Imam\n\napa yang lebih menepati maslahah, mengelakkan kesukaran (mashaqqah) dan\n\nmembawa kemudahan berdasarkan metodologi mazhab Syafi\u2019i.\n\n\n\n20. Sekiranya tidak terdapat pendapat Imam Ibn Hajar dan Imam al-Ramliyy\n\nmaka pendapat yang muktamad ialah apa yang disepakati oleh ulama mutaakhirin.\n\n1\n Antara kitab-kitab fiqh karangan imam al-Rafi\n\nc\niyy ialah:\n\n(i) Fath al-\nc\nAziz al-Mashhur Bi al-Sharh al-Kabir (\u0641\u062a\u062d \u0627\u0644\u0639\u0632\u064a\u0632 )\u0627\u0645\u0644\u0634\u0647\u0648\u0631 \u0628\u0627\u0644\u0634\u0631\u062d \u0627\u0644\u0643\u0628\u0631\u064a\n\n(ii) al-Sharh al-Saghir )\u0627\u0644\u0634\u0631\u062d \u0627\u0644\u0635\u063a\u0631\u064a( \n(iii) al-Muharrar )\u0627\u062d\u0645\u0644\u0631\u0631(\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 10\n\n\n\nSekiranya terdapat perselisihan dalam kalangan mereka, maka pendapat yang\n\nmuktamad ialah mengikut tertib berikut:\n\n(i) Pendapat yang dipilih oleh Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansariyy\n\n(926H) dalam kitabnya al-Ghurar al-Bahiyyah fi Sharh Manzumah al-\n\nBahjah al-Wardiyyah, Sharh al-Manhaj (\u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u062c) atau Fath al-Wahhab\n\n. (\u0641\u062a\u062d \u0627\u0644\u0648\u0647\u0627\u0628)\n\n(ii) Pendapat yang dipilih oleh Imam Al-Khatib Al-Sharbiniyy (977H) dalam\n\nkitabnya Mughniyy al-Muhtaj (\u0645\u063a\u064a\u0646 \u0627\u062d\u0645\u0644\u062a\u0627\u062c) dan lainnya.\n\n(iii) Pendapat yang dipilih oleh al-Zayyadiyy (1024H) dalam kitabnya\n\nHashiyah Sharh cAla al-Manhaj (\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0634\u0631\u062d \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u062c) dan Sharh cAla al-\n\nMuharrar ((\u0634\u0631\u062d \u0639\u0644\u0649 \u0627\u062d\u0645\u0644\u0631\u0631.\n\n(iv) Pendapat yang dipilih oleh Ibn Qasim al-cUbbadiyy (994H) dalam\n\nkitabnya Hashiyah cAla Sharh al-Minhaj (\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u0627\u062c).\n\n(v) Pendapat yang dipilih oleh al-Shihab cUmayrah (907H) dalam kitabnya\n\nHashiyah cAla Sharh al-Minhaj Li al-Mahallyyi ( \u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u0627\u062c\n\n.(\u0644\u0644\u0645\u062d\u0644\u064a\n\n(vi) Pendapat yang dipilih oleh cAliyy al-Syabramallisiyy (1087H) dalam\n\nkitabnya Hashiyah cAla Nihayat al-Muhtaj Li al-Ramliyy ( \u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0647\u0646\u0627\u064a\u0629\n\n.(\u0627\u062d\u0645\u0644\u062a\u0627\u062c \u0644\u0644\u0631\u0645\u0644\u064a\n\n(vii) Pendapat yang dipilih oleh Nur al-Din al-Halabiyy (1044H) dalam\n\nkitabnya Hashiyah cAla Sharh al-Manhaj (\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u062c).\n\n(viii) Pendapat yang dipilih oleh al-Shaubariyy (1065H) dalam kitabnya\n\nHashiyah Syarh al-Manhaj (\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u062c).\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 11\n\n\n\n(ix) Pendapat yang dipilih oleh al-Inaniyy (1075 H) dalam kitabnya\n\nHashiyah cAla Tahrir (\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062a\u062d\u0631\u064a\u0631).\n\n\n\nPenggunaan Qawl Tidak Muktamad Dalam Mazhab Syafi\u2018i\n\n\n\n21. Qawl tidak muktamad ialah pandangan yang berlawanan dengan pandangan\n\nqawl rajih atau pun daif.\n\n\n\n22. Jawatankuasa Fatwa boleh memutuskan hukum atau fatwa dengan qawl\n\ntidak muktamad (tidak rajih) di sisi ulama mazhab Syafi\u2018i sekiranya ada keperluan\n\ndengan mengambil kira prinsip-prinsip berikut iaitu:\n\n(i) Perlu mengetahui dalilnya.\n\n(ii) Tidak menyalahi pendapat yang diijmakkan.\n\n(iii) Pendapat tersebut boleh mengelakkan kesukaran (mashaqqah) dan\n\nmendatangkan kebaikan (maslahah).\n\n(iv) Menisbahkan pendapat tersebut kepada sumber yang muktabar.\n\n\n\n23. Istilah-istilah yang bersamaan dengan qawl tidak muktamad di sisi ulama\n\nmazhab Syafi\u2018i ialah:\n\n(i) Qawl Qadim: iaitu pendapat Imam Syafi\u2018i yang berlawanan dengan\n\nqawl jadid atau pendapat beliau sebelum berpindah ke Mesir.\n\n(ii) Muqabil al-Asah (paling sahih): iaitu pendapat kuat (sahih) yang\n\nberlawanan dengan pandangan yang paling sahih (asah).\n\n(iii) Muqabil sahih: iaitu pendapat yang tidak diamalkan kerana lemah\n\nsumbernya.\n\n(iv) Muqabil masyhur: iaitu pendapat yang terpencil (khafiyy) dan pelik\n\n(gharib).\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 12\n\n\n\nKedua: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Hanafi\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Hanafi\n\n\n\n24. Qawl Muktamad mazhab Hanafi ialah qawl zahir al-riwayah iaitu pendapat\n\nyang rajih lagi kuat di sisi tiga imam mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Hanifah\n\n(150H), Imam Abu Yusuf Yacqub bin Ibrahim (182H) dan Imam Muhammad\n\nbin al-Hasan al-Shaybaniyy (189H).\n\n\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Mazhab Hanafi\n\n\n\n25. Kaedah Penetapan qawl muktamad mazhab Hanafi adalah seperti berikut:\n\n\n\nPertama: Kitab-kitab Zahir al-Riwayah oleh Imam Muhammad bin al-Hasan al-\n\nShaybaniyy (189H) menurut turutan berikut:\n\n(i) al-Sayr al-Kabir (\u0627\u0644\u0633\u0631\u064a \u0627\u0644\u0643\u0628\u0631\u064a)\n\n(ii) al-Sayr al-Saghir (\u0627\u0644\u0633\u0631\u064a \u0627\u0644\u0643\u0628\u0631\u064a)\n\n(iii) al-Ziyadat (\u0627\u0644\u0632\u064a\u0627\u062f\u0627\u062a)\n\n(iv) Al-Jamic al-Kabir (\u0627\u062c\u0644\u0627\u0645\u0639 \u0627\u0644\u0643\u0628\u0631\u064a)\n\n(v) al-Jamic al-Saghir (\u0627\u062c\u0644\u0627\u0645\u0639 \u0627\u0644\u0635\u063a\u0631\u064a)\n\n(vi) al-Mabsut (\u0627\u0645\u0644\u0628\u0633\u0648\u0637)\n\n\n\nKitab \u201cal-Kafi\u201d (\u0627\u0644\u0643\u0627\u064a\u0641) karangan al-Marwaziyy, al-Hakim al-Shahid Abu al-Fadl\n\nMuhammad bin Muhammad bin Ahmad juga dianggap sebagai kitab usul atau\n\nmuktamad mazhab Hanafi. Kitab \u201cal-Kafi\u201d (\u0627\u0644\u0643\u0627\u064a\u0641) ini telah menghimpunkan ke enam-\n\nenam kitab karangan imam Muhammad bin al-Hasan di atas.\n\n\n\nKedua: Kitab-kitab masalah al-Nawadir:\n\nIaitu kitab-kitab karangan imam Muhammad bin al-Hasan al-Shaybaniyy (189h) yang\n\ndiriwayatkan oleh segolongan kecil (al-ahad) yang tidak sampai tahap mutawatir\n\natau masyhur. Ini adalah pendapat yang bukan zahir al-riwayah (ghayr zahir al-\n\nriwayah) kerana ia tidak kuat seperti yang pertama (zahir al-riwayah) tadi. Namun\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 13\n\n\n\nterkadang pendapat-pendapat al-Nawadir lebih sahih daripada pendapat zahir al-\n\nriwayah kerana kekuatan tempat ambilannya dan kesahihan riwayatnya. Ini kerana\n\nkebanyakan pendapat dalam kitab al-Nawadir adalah riwayat yang sah seperti kitab\n\nal-Raqqiyyat ( (\u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0642 \u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a 2, kitab al-Kaysaniyyat ( (\u0627\u0644\u064e\u0643\u0652\u064a\u064e\u0633\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a 3, kitab al-Jurjaniyyat (\u0627\u062c\u0644\u064f\u0652\u0631\u064e\u062c\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a)4\n\ndan kitab al-Haruniyyat (\u0627\u0647\u0644\u064e\u0627\u064f\u0631\u0652\u0648\u0646\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a)5.\n\n\n\nKetiga: Kitab-kitab al-Fatawa:\n\nIa juga dinamakan al-Waqicat iaitu kitab-kitab yang yang mengandungi isu-isu yang\n\ndiistinbatkan oleh anak-anak murid imam Muhmmad bin al-Hasan dan ulama\n\nmutaakhirin mazhab Hanafi selepasnya; seperti kitab al-Nawazil (\u0627\u0644\u0646\u0648\u0627\u0632\u0644) karangan\n\nAbu al-Layth al-Samarqandiyy, kitab Majmuc al-Nawazil (\u062c\u0645\u0645\u0648\u0639 \u0627\u0644\u0646\u0648\u0627\u0632\u0644) dan kitab al-\n\nWaqicat (\u0627\u0644\u0648\u0627\u0642\u0639\u0627\u062a) karangan imam al-Natifiyy, kitab al-Waqicat (\u0627\u0644\u0648\u0627\u0642\u0639\u0627\u062a) karangan imam\n\nal-Sadr al-Shahid cUmar bin cAbd al-cAziz bin Mazah al-Bukhariyy, kitab Fatawa\n\n( (,\u0641\u062a\u0627\u0648\u0649 kitab al-Khulasah ( (,\u0627\u062e\u0644\u0627\u0644\u0635\u0629 al-Muhit al-Burhaniyy (\u0627\u062d\u0645\u0644\u064a\u0637 \u0627\u0644\u0631\u0628\u0647\u0627\u064a\u0646) dan kitab al-\n\nSarajiyyah (\u0627\u0644\u0633\u0631\u0627\u062c\u064a\u0629) karangan imam Qadikhan.\n\n\n\n26. Sekiranya permasalahan yang diriwayatkan dalam zahir al-riwayah tidak\n\nmempunyai khilaf dalam kalangan imam-imam mazhab Hanafi, maka hendaklah\n\ndirujuk. Pendapat ini akan dianggap sebagai pendapat mazhab Hanafi walaupun\n\nmereka tidak menyatakan secara jelas. Namun boleh merujuk kepada pendapat\n\nyang disebut oleh ulama mutaakhirin Hanafi kerana darurat dan ada keperluan\n\nberamal dengannya.\n\n\n\n27. Sekiranya terdapat perbezaan dalam kalangan imam-imam mazhab Hanafi\n\ndalam sesuatu isu zahir al-riwayah dan pendapat salah seorang muridnya sama\n\n2\n Kitab \u201cal-Raqqiyyat\u201d ialah karangan imam Muhammad bin al-Hasan ketka beliau menjadi qadi di\n\nRaqqah. \n3\n Kitab \u201cal-Kaysaniyyat\u201d ialah karangan imam Muhammad bin al-Hasan yang dinisbahkan kepada\n\nmuridnya yang bernama Abu \nc\nAmru Sulayman bin Shu\n\nc\nayb al-Kaysan.\n\n4\n Kitab \u201cal-Jurjaniyyat\u201d ialah karangan imam Muhammad bin al-Hasan ketka beliau berada di Jurjan.\n\n5\n Kitab \u201cal-Haruniyyat\u201d ialah karangan imam Muhammad bin al-Hasan ketika zaman Harun al-Rashid.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 14\n\n\n\ndengan pendapat Imam Abu Hanifah, maka pendapat itu diutamakan berbanding\n\npendapat yang berlawanan dengannya.\n\n\n\n28. Sekiranya terdapat perbezaan dalam kalangan imam-imam mazhab Hanafi\n\ndalam sesuatu isu zahir al-riwayah dan Imam Abu Hanifah mempunyai pandangan\n\ntersendiri, berbeza dengan dua orang anak muridnya Abu Yusuf dan Muhammad bin\n\nal-Hasan, maka:\n\n(i) Sekiranya kedua orang anak muridnya Abu Yusuf dan Muhammad bin\n\nal-Hasan mempunyai pandangan tersendiri setiap seorangnya, maka\n\npendapat Imam Abu Hanifah diutamakan. Sekiranya kedua orang anak\n\nmuridnya Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan bersepakat atas\n\nsatu pendapat yang berlawanan dengan pendapat Imam Abu Hanifah,\n\nmaka perlu diteliti. Sekiranya perbezaan mereka semua berdasarkan\n\nperbezaan masa dan zaman, maka pendapat kedua orang anak\n\nmuridnya Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan adalah diutamakan\n\nkerana keadaan masyarakat sudah berubah.\n\n\n\n(ii) Sekiranya perbezaan mereka semua bukan berdasarkan perbezaan\n\nmasa dan zaman, maka Jawatankuasa Fatwa boleh memilih dan\n\nberfatwa dengan pendapat yang dirasakan lebih rajih dari segi dalilnya\n\natau berfatwa dengan pendapat Imam Abu Hanifah secara mutlak.\n\n\n\n(iii) Isu yang berkaitan dengan ibadah dan ahwal syakhsiah, pendapat\n\nImam Abu Hanifah adalah muktamad.\n\n\n\n(iv) Isu berkaitan kehakiman pula, pendapat Qadi Abu Yusuf adalah\n\nmuktamad.\n\n\n\n(v) Isu berkaitan pewarisan dhawi al-arham pendapat Imam Muhammad\n\nbin Hasan adalah muktamad.\n\n\n\n(vi) Isu berkaitan wakaf adalah berdasarkan apa yang lebih bermanfaat\n\ndan lebih sesuai pada pandangan Jawatankuasa Fatwa.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 15\n\n\n\n29. Sekiranya tidak terdapat suatu pendapat imam-imam mazhab Hanafi sama\n\nada dalam zahir al-riwayah atau lain-lain, maka perlu dilihat pendapat-pendapat\n\nulama selepas mereka. Sekiranya mereka bersepakat atas satu pendapat, maka\n\npendapat itulah yang diamalkan. Sekiranya mereka berselisih pendapat, maka\n\npendapat yang dipegang ialah pandangan majoriti ulama.\n\n\n\n30. Kitab-kitab khusus yang menjadi rujukan pendapat muktamad mazhab Hanafi\n\nselepas kitab-kitab zahir al-riwayah menurut turutannya ialah:\n\n(i) Kitab Sharh Macani al-Athar (\u0634\u0631\u062d \u0645\u0639\u0627\u064a\u0646 \u0627\u0622\u0644\u062b\u0627\u0631) karangan al-Tahawiyy,\n\nAbu Jacfar Ahmad bin Muhammad bin Salamah bin cAbd al-Malik bin\n\nSalamah al-Azdiyy al-Hajariyy al-Misriyy (321H).\n\n(ii) Kitab al-Mukhtasar Fi al-Fiqh (\u0627\u0645\u0644\u062e\u062a\u0635\u0631 \u064a\u0641 \u0627\u0644\u0641\u0642\u0647) karangan al-Karkhiyy, Abu\n\nal-Hasan cUbaydullah bin al-Husayn bin Dallal bin Dalham al-\n\nBaghdadiyy (340H).\n\n(iii) Kitab Sharh Mukhtasar al-Tahawiyy (\u0634\u0631\u062d \u062e\u0645\u062a\u0635\u0631 \u0627\u0644\u0637\u062d\u0627\u0648\u064a) karangan al-\n\nJassas, Ahmad bin cAliyy Abu Bakr al-Raziyy (370H).\n\n(iv) Kitab al-Tajrid (\u0627\u0644\u062a\u062c\u0631\u064a\u062f) karangan al-Quduriyy, Abu al-Husayn Ahmad bin\n\nMuhammad bin Ahmad bin Jacfar bin Hamdan (428H).\n\n(v) Kitab al-Mabsut (\u0627\u0645\u0644\u0628\u0633\u0648\u0637) karangan al-Sarakhsiyy, Muhammad bin\n\nAhmad bin Sahl (483H).\n\n(vi) Kitab Bada\u2019ic al-Sana\u2019ic Fi Tartib al-Shara\u2019ic ( )\u0628\u062f\u0627\u0626\u0639 \u0627\u0644\u0635\u0646\u0627\u0626\u0639 \u0649\u0641 \u062a\u0631\u062a\u064a\u0628 \u0627\u0644\u0634\u0631\u0627\u0626\u0639\n\nkarangan al-Kasaniyy, cAla\u2019 al-Din Abu Bakr bin Mascud bin Ahmad\n\n(587H).\n\n(vii) Kitab al-Hidayah Fi Sharh Bidayat al-Mubtadi ( )\u0627\u0647\u0644\u062f\u0627\u064a\u0629 \u064a\u0641 \u0634\u0631\u062d \u0628\u062f\u0627\u064a\u0629 \u0627\u0645\u0644\u0628\u062a\u062f\u064a\n\nkarangan al-Marghinaniyy, Abu al-Hasan cAli bin Abi Bakr bin cAbd al-\n\nJalil al-Farghaniyy (593H).\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 16\n\n\n\n(viii) Kitab Tabyin al-Haqa\u2019iq Sharh Kanz al-Daqa\u2019iq ( \u062a\u0628\u064a\u0646\u064a \u0627\u062d\u0644\u0642\u0627\u0626\u0642 \u0634\u0631\u062d \u06a9\u0646\u0632\n\n.karangan al-Zaylaciyy, cUthman bin cAliyy al-Bariciyy (743H) \u0627\u0644\u062f\u0642\u0627\u0626\u0642(\n\n(ix) Kitab Sharh al-Wiqayah (\u0634\u0631\u062d \u0627\u0644\u0648\u0642\u0627\u064a\u0629) karangan al-Mahbubiyy, Sadr al-\n\nSharicah cUbaydullah bin Mascud (747H).\n\n(x) Kitab al-cInayah Sharh al-Hidayah (\u0627\u0644\u0639\u0646\u0627\u064a\u0629 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0647\u0644\u062f\u0627\u064a\u0629) karangan al-\n\nBabartiyy, Muhammad bin Muhammad bin Mahmud, Akmal al-Din Abu\n\ncAbdillah (786H).\n\n(xi) Kitab Fath al-Qadir( )\u0641\u062a\u062d \u0627\u0644\u0642\u062f\u064a\u0631 karangan Ibnu al-Humam, Kamal al-Din\n\nMuhammad bin cAbd al-Wahid al-Siwasiyy (861H).\n\n(xii) Kitab al-Bahr al-Ra\u2019iq Sharh Kanz al-Daqa\u2019iq ( \u0626\u0642 \u0634\u0631\u062d \u0643\u0646\u0632 \u0627\u0644\u062f\u0642\u0627\u0626\u0642\u0627\u0644\u0628\u062d\u0631 \u0627\u0644\u0631\u0627 )\n\nkarangan Ibnu Nujaym, Zayn al-Din bin Ibrahim bin Muhammad\n\n(970H).\n\n(xiii) Kitab al-Nahr al-Fa\u2019iq Sharh Kanz al-Daqa\u2019iq (\u0627\u0644\u0646\u0647\u0631 \u0627\u0644\u0641\u0627\u0626\u0642 \u0634\u0631\u062d \u0643\u0646\u0632 \u0627\u0644\u062f\u0642\u0627\u0626\u0642)\n\nkarangan Ibnu Nujaym, Siraj al-Din cUmar bin Ibrahim bin Muhammad\n\n(1005H).\n\n(xiv) Kitab Radd al-Muhtar cAla al-Durr al-Mukhtar (\u0631\u062f \u0627\u062d\u0645\u0644\u062a\u0627\u0631 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062f\u0631 \u0627\u0645\u0644\u062e\u062a\u0627\u0631)\n\nkarangan Ibnu cAbidin, Muhammad Amin bin cUmar bin cAbd al-cAziz\n\n(1252H).\n\n\n\nKetiga: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Maliki\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Maliki\n\n\n\n31. Qawl muktamad mazhab Maliki ialah pandangan yang dipegang dalam\n\nmazhab Maliki (yang difatwakan dengannya) yang telah ditetapkan melalui kaedah-\n\nkaedah mazhab Maliki. Ia adalah pendapat Imam Malik dan ashab yang sama\n\nmanhaj dengannya berdasarkan kaedah dan usul mazhab Maliki.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 17\n\n\n\n\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Maliki\n\n\n\n32. Kaedah penetapan qawl muktamad dalam mazhab Maliki adalah seperti\n\nturutan berikut:\n\n(i) Pendapat Imam Malik yang diriwayatkan oleh Ibn Qasim dalam kitab\n\nal-Mudawwanah.\n\n(ii) Pendapat Imam Malik yang diriwayatkan oleh selain Ibn Qasim dalam\n\nkitab al-Mudawwanah.\n\n(iii) Pendapat Ibn Qasim dalam kitab al-Mudawwanah.\n\n(iv) Pendapat selain Ibn Qasim dalam kitab al-Mudawwanah.\n\n(v) Pendapat Imam Malik yang diriwayatkan Ibn Qasim dalam selain kitab\n\nal-Mudawwanah.\n\n(vi) Pendapat Imam Malik yang diriwayatkan oleh selain Ibn Qasim dalam\n\nselain kitab al-Mudawwanah.\n\n(vii) Pendapat Ibn Qasim dalam selain kitab al-Mudawwanah.\n\n(viii) Pendapat ulama-ulama mazhab Maliki yang lain.\n\n\n\n33. Kitab al-Mudawwanah didahulukan berbanding kitab al-Muwatta\u2019 kerana kitab\n\nal-Mudawwanah datang kemudian daripada kitab al-Muwatta\u2019. Kitab al-Mudawwanah\n\nmengandungi pendapat-pendapat Imam Malik yang diriwayatkan oleh Ibn Qasim\n\niaitu anak muridnya yang paling dipercayai dan yang paling lama berguru\n\ndengannya.\n\n\n\n34. Kaedah merujuk kitab-kitab bagi mengenal pasti pendapat muktamad mazhab\n\nMaliki ialah:\n\n\n\nPertama: Kitab-Kitab Induk (Ummahat al-Kutub)\n\n(i) Kitab al-Muwatta\u2019( .karangan Imam Malik bin Anas (179H) \u0627\u0645\u0644\u0648\u0637\u0623(\n\n(ii) Kitab al-Mudawwanah al-Kubra (\u0627\u0645\u0644\u062f\u0648\u0646\u0629 \u0627\u0644\u0643\u0631\u0628\u0649) karangan Imam Sahnun\n\n(240H).\n\n(iii) Kitab al-Wadihah (\u0627\u0644\u0648\u0627\u0636\u062d\u0629) karangan cAbd al-Malik bin Habib.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 18\n\n\n\n(iv) Kitab al-Mustakhrajah (al-cUtbiyyah) ( \u0627\u0644\u0639\u062a\u0628\u064a\u0629 -\u0627\u0645\u0644\u0633\u062a\u062e\u0631\u062c\u0629 ) karangan Abu\n\ncAbdillah Muhammad bin Ahmad bin cAbd al-cAziz bin Abi cUtbah.\n\nImam Abu al-Walid bin Rushd telah mensyarahkannya melalui kitabnya\n\nal-Bayan Wa al-Tahsil (\u0627\u0644\u0628\u064a\u0627\u0646 \u0648\u0627\u0644\u062a\u062d\u0635\u064a\u0644).\n\n(v) Kitab al-Mawaziyyah (\u0627\u0645\u0644\u0648\u0627\u0632\u064a\u0629) karangan Muhammad bin al-Mawaz.\n\n(vi) Kitab al-Majmucah ( \u0645\u0648\u0639\u0629\u0627\u062c\u0645\u0644 ) karangan Ibn cAbdus.\n\n(vii) Kitab al-Mabsut Fi al-Fiqh (\u0627\u0645\u0644\u0628\u0633\u0648\u0637 \u064a\u0641 \u0627\u0644\u0641\u0642\u0647) karangan al-Qadiyy Abu Ishaq\n\nIsmacil bin Ishaq.\n\n(viii) Kitab Mukhtasarat Ibn cAbd al-Hakam (\u062e\u0645\u062a\u0635\u0631\u0627\u062a \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u062d\u0644\u0643\u0645) karangan\n\ncAbdullah bin cAbd al-Hakam bin Acyan.\n\n\n\nKedua: Kitab-Kitab Muktamad Mazhab Maliki\n\n\n\n(i) Kitab Mukhtasar Khalil karangan Khalil bin Ishaq (776H). (\u062e\u0645\u062a\u0635\u0631 \u062e\u0644\u064a\u0644)\n\n(ii) Kitab Mawahib al-Jalil fi Sharh Mukhtasar Khalil karangan al-Hattab (954H).\n\n(\u0645\u0648\u0627\u0647\u0628 \u0627\u062c\u0644\u0644\u064a\u0644 \u064a\u0641 \u0634\u0631\u062d \u062e\u0645\u062a\u0635\u0631 \u062e\u0644\u064a\u0644)\n\n(iii) Kitab Sharh al-Zarqaniyy cAla Mukhtasar Sayyidi Khalil karangan Al-Zarqaniyy\n\n(1099H)\n\n( \u0639\u0644\u0649 \u062e\u0645\u062a\u0635\u0631 \u0633\u064a\u062f\u064a \u062e\u0644\u064a\u0644 \u0634\u0631\u062d \u0627\u0644\u0632\u0631\u0642\u0627\u064a\u0646 )\n\n(iv) Kitab Hashiyat al-cAdawiyy cAla al-Khurashiyy cAla Mukhtasar Khalil karangan\n\ncAliyy bin Ahmad al-cAdawiyy (1189H).\n\n(\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0627\u0644\u0639\u062f\u0648\u064a \u0639\u0644\u0649 \u0627\u062e\u0644\u0631\u0634\u064a \u0639\u0644\u0649 \u062e\u0645\u062a\u0635\u0631 \u062e\u0644\u064a\u0644)\n\n(v) Kitab Hashiyat al-Dusuqiyy cAla al-Sharh al-Kabir karangan Muhammad cUrfah\n\nal-Dusuqiyy (1230H).\n\n(\u062d\u0627\u0634\u064a\u0629 \u0627\u0644\u062f\u0633\u0648\u0642\u064a \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0634\u0631\u062d \u0627\u0644\u06a9\u0628\u0631\u064a)\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 19\n\n\n\nKeempat: Pengeluaran Fatwa Menurut Qawl Muktamad Mazhab Hanbali\n\nDefinisi Qawl Muktamad Mazhab Hanbali\n\n\n\n35. Qawl muktamad mazhab Hanbali ialah pandangan yang dipegang\n\nberdasarkan kaedah-kaedah tertentu mazhab Hanbali.\n\n\n\nKaedah Penetapan Qawl Muktamad Dalam Mazhab Hanbali\n\n\n\n36. Pendapat yang disepakati oleh Imam Musa bin Ahmad al-Maqdisiyy al-\n\nHijawiyy (968H) dalam kitabnya al-Iqnac ( \u0639 \u0627\u0625\u0644\u0642\u0646\u0627 ) dan Imam Taqiyy al-Din Ibn al-\n\nNajjar al-Futuhiyy (972H) dalam kitabnya Muntaha al-Iradat fi al-Jamc Bayn al-\n\nMuqnic wa al-Tanqih wa al-Ziyadat ((\u0645\u0646\u062a\u0647\u0649 \u0627\u0625\u0644\u0631\u0627\u062f\u0627\u062a \u064a\u0641 \u0627\u062c\u0644\u0645\u0639 \u0628\u0646\u064a \u0627\u0645\u0644\u0642\u0646\u0639 \u0648\u0627\u0644\u062a\u0646\u0642\u064a\u062d \u0648\u0627\u0644\u0632\u064a\u0627\u062f\u0627\u062a.\n\n\n\n37. Sekiranya terdapat perbezaan terhadap penjelasan hukum bagi sesuatu isu\n\nantara imam al-Hijawiyy dan Ibnu al-Najjar al-Futuhiyy dalam kitab mereka, maka\n\nhendaklah dirujuk kepada pendapat berikut:\n\n(i) Imam cAla\u2019 al-Din al-Mirdawiyy (884H) dalam kitabnya:\n\n\uf0b7 al-Tanqih al-Mushbic fi Tahrir Ahkam al-Muqni\u2019c \n\u064a\u0641 \u062d\u062a\u0631\u064a\u0631\u0623\u062d\u06a9\u0627\u0645 \u0627\u0645\u0644\u0642\u0646\u0639( )\u0627\u0644\u062a\u0646\u0642\u064a\u062d \u0627\u0645\u0644\u0634\u0628\u0639\n\n\uf0b7 al-Insaf Fi Macrifat al-Rajih min al-Khilaf cAla Madhhab al-Imam\n\nAhmad bin Hanbal.\n\n.(\u0627\u0625\u0644\u0646\u0635\u0627\u0641 \u064a\u0641 \u0645\u0639\u0631\u0641\u0629 \u0627\u0644\u0631\u0627\u062c\u062d \u0645\u0646 \u0627\u062e\u0644\u0627\u0644\u0641 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0630\u0647\u0628 \u0627\u0627\u0644\u0645\u0627\u0645 \u0623\u0645\u062d\u062f \u0628\u0646 \u062d\u0646\u0628\u0644)\n\n\uf0b7 Tashih al-Furuc (\u062a\u0635\u062d\u064a\u062d \u0627\u0644\u0641\u0631\u0648\u0639).\n\n(ii) Pendapat Imam al-Marciyy bin Yusuf al-Karamiyy (1033H) dalam\n\nkitabnya Ghayat al-Muntaha Fi al-Jamc Bayn al-Iqnac wa al-Muntaha.\n\n(\u063a\u0627\u064a\u0629 \u0627\u0645\u0644\u0646\u062a\u0647\u0649 \u064a\u0641 \u0627\u062c\u0644\u0645\u0639 \u0628\u0646\u064a \u0627\u0625\u0644\u0642\u0646\u0627\u0639 \u0648\u0627\u0645\u0644\u0646\u062a\u0647\u0649)\n\n(iii) Mana-mana pendapat imam al-Mirdawiyy atau al-Karamiyy yang\n\nmenyokong pendapat imam al-Hijawiyy dan Ibnu al-Najjar al-Futuhiyy,\n\nmaka pendapat itulah yang muktamad dalam mazhab.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 20\n\n\n\n(iv) Kebanyakan pendapat muktamad dalam mazhab Hanbali adalah\n\nmerujuk kepada pentarjihan yang dinyatakan oleh imam Ibnu al-Najjar\n\nal-Futuhiyy dalam kitabnya al-Muntaha (\u0627\u0645\u0644\u0646\u062a\u0647\u0649).\n\n38. Kitab-kitab yang menjadi rujukan bagi mengenal pasti pendapat muktamad\n\nmazhab Hanbali adalah seperti berikut:\n\n(i) Kitab al-Tanqih al-Mushbic fi Tahrir Ahkam al-Muqnic\n\nkarangan imam cAla\u2019 al-Din al-Mirdawiyy (\u0627\u0644\u062a\u0646\u0642\u064a\u062d \u0627\u0645\u0644\u0634\u0628\u0639 \u064a\u0641 \u062d\u062a\u0631\u064a\u0631 \u0623\u062d\u06a9\u0627\u0645 \u0627\u0645\u0644\u0642\u0646\u0639)\n\n(884H).\n\n(ii) Kitab al-Insaf Fi Macrifat al-Rajih min al-Khilaf cAla Madhhab al-Imam\n\nAhmad bin Hanbal\n\nkarangan (\u0627\u0627\u0644\u0646\u0635\u0627\u0641 \u064a\u0641 \u0645\u0639\u0631\u0641\u0629 \u0627\u0644\u0631\u0627\u062c\u062d \u0645\u0646 \u0627\u062e\u0644\u0627\u0644\u0641 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0630\u0647\u0628 \u0627\u0627\u0644\u0645\u0627\u0645 \u0623\u0645\u062d\u062f \u0628\u0646 \u062d\u0646\u0628\u0644)\n\nImam cAla al-Din al-Mirdawiyy (884H).\n\n(iii) Kitab Tashih al-Furuc (\u062a\u0635\u062d\u064a\u062d \u0627\u0644\u0641\u0631\u0648\u0639) karangan imam cAla\u2019 al-Din al-\n\nMirdawiyy (884H).\n\n(iv) Kitab al-Iqnac ( \u0639 \u0646\u0627\u0627\u0625\u0644\u0642 ) karangan imam Musa bin Ahmad al-Maqdisiyy al-\n\nHijawiyy (968H).\n\n(v) Kitab Muntaha al-Iradat fi al-Jamc Bayn al-Muqnic wa al-Tanqih wa al-\n\nZiyadat ((\u0645\u0646\u062a\u0647\u0649 \u0627\u0625\u0644\u0631\u0627\u062f\u0627\u062a \u064a\u0641 \u0627\u062c\u0644\u0645\u0639 \u0628\u0646\u064a \u0627\u0645\u0644\u0642\u0646\u0639 \u0648\u0627\u0644\u062a\u0646\u0642\u064a\u062d \u0648\u0627\u0644\u0632\u064a\u0627\u062f\u0627\u062a karangan Imam\n\nTaqiyy al-Din Ibn al-Najjar al-Futuhiyy (972H).\n\n(vi) Kitab Ghayat al-Muntaha Fi al-Jamc Bayn al-Iqnac Wa al-Muntaha\n\n-karangan Imam Marciyy bin Yusuf al (\u063a\u0627\u064a\u0629 \u0627\u0645\u0644\u0646\u062a\u0647\u0649 \u064a\u0641 \u0627\u062c\u0644\u0645\u0639 \u0628\u0646\u064a \u0627\u0625\u0644\u0642\u0646\u0627\u0639 \u0648\u0627\u0645\u0644\u0646\u062a\u0647\u0649)\n\nKaramiyy (1033 H).\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 21\n\n\n\nPengeluaran Fatwa Mengikut Ijtihad\n\n\n\n39. Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat tiada satu pun qawl muktamad\n\ndaripada empat mazhab boleh diikuti, maka Jawatankuasa Fatwa bolehlah memberi\n\npandangan hukum atau membuat fatwa mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qawl\n\nmuktamad daripada mana-mana mazhab yang empat.\n\n\n\n40. Sumber ijtihad hukum atau fatwa yang utama ialah al-Quran, al-Sunnah,\n\nIjmak dan Qiyas. Seterusnya adalah sumber rujukan berikut:\n\n.\n\n(i) al-Istihsan ( \u0633\u062a\u062d\u0633\u0627\u0646\u0627\u0627\u0644 )\n\n(ii) al-Masalih al-Mursalah(\u0627\u0645\u0644\u0635\u0627\u062d\u0644 \u0627\u0645\u0644\u0631\u0633\u0644\u0629)\n\n(iii) al-cUrf (\u0627\u0644\u0639\u0631\u0641)\n\n(iv) Sad al-Dhara\u2019ic (\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639)\n\n(v) al-Istishab (\u0627\u0627\u0644\u0633\u062a\u0635\u062d\u0627\u0628)\n\n(vi) Sharcu Man Qablana(\u0634\u0631\u0639 \u0645\u0646 \u0642\u0628\u0644\u0646\u0627)\n\n(vii) Qawl al-Sahabiyy (\u0642\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0635\u062d\u0627\u064a\u0628)\n\n(viii) cAmal Ahl Al-Madinah (\u0639\u0645\u0644 \u0623\u0647\u0644 \u0627\u0645\u0644\u062f\u064a\u0646\u0629)\n\n\n\n41. Pakar-pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan hendaklah dipanggil untuk\n\nmemberi penjelasan dan pandangan terperinci dalam isu-isu tertentu. Ini bagi\n\nmemastikan Jawatankuasa Fatwa mendapat maklumat yang tepat dan jelas\n\nsebelum pandangan hukum atau fatwa diputuskan.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 22\n\n\n\nMeraikan Kepentingan Awam (\u0627\u0645\u0644\u0635\u0644\u062d\u0629 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0645\u0629)\n\n\n\n42. Kepentingan awam ialah kebaikan dan manfaat kepada masyarakat yang\n\ndiperakui kesahihannya oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa demi mencapai\n\nmaqasid syariah. Maqasid syariah ialah kebaikan (maslahah) yang ingin dicapai\n\noleh syarak untuk manfaat manusia di dunia dan akhirat. Ia merangkumi\n\npemeliharaan terhadap lima perkara kemestian utama (al-daruriyyat al-khamsah)\n\niaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta.\n\n\n\n43. Kriteria kepentingan awam ialah:\n\nBertepatan dengan maqasid syariah.\n\n(i) Perkara hakiki atau sangkaan kuat (ghalabat al-zann), bukannya\n\nkhayalan.\n\n(ii) Sesuai dengan uruf dan amalan setempat yang diiktiraf Syarak.\n\n(iii) Bersifat menyeluruh (al-cumum) atau kebanyakan (al-ghalabah).\n\n\n\nFatwa Yang Ada Hubungan Dengan Kepentingan Nasional\n\n\n\n44. Apabila Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu pandangan hukum\n\natau fatwa yang dicadangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang ada\n\nhubungan dengan kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah\n\nmenangguhkan perbincangannya tentang hukum atau fatwa yang dicadangkan itu\n\ndan mengemukakan perkara itu kepada Majlis.\n\n\n\n45. Seterusnya Majlis hendaklah membuat syor kepada Raja Pemerintah untuk\n\nmendapatkan perkenan agar hukum/fatwa yang dicadangkan itu dirujuk kepada\n\nJawatankuasa Fatwa MKI melalui Majlis Raja-Raja. Apabila diperkenan oleh Raja\n\nPemerintah, Majlis hendaklah sebelum hukum atau fatwa yang dicadangkan itu\n\ndirujuk, memaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang rujukan itu.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 23\n\n\n\n46. Kriteria isu-isu nasional ialah:\n\n(i) Isu yang melibatkan kepentingan Negara; atau\n\n(ii) Isu yang berkaitan dengan umat Islam secara keseluruhan; atau\n\n(iii) Isu agama yang berlaku di sesebuah negeri yang mungkin akan berlaku\n\ndi negeri lain.\n\n\n\n47. Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor\n\nJawatankuasa Fatwa MKI yang menyentuh perbuatan atau amalan yang meliputi\n\nseluruh Persekutuan.\n\n\n\n48. Nasihat dan syor yang diterima pakai hendaklah disifatkan sebagai\n\nhukum/fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah Akta/Enakmen/\n\nOrdinan Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri.\n\n\n\nPenyediaan Sighah\n\n\n\n49. Selepas Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan sesuatu hukum atau fatwa,\n\nmaka hendaklah disediakan sighah hukum atau fatwa tersebut.\n\n\n\n50. Sighah hukum atau fatwa itu hendaklah secara asasnya mengandungi:\n\n(i) Tajuk Hukum atau Fatwa;\n\n(ii) Muqaddimah Keputusan (Bilangan Mesyuarat atau Muzakarah\n\nJawatankuasa Fatwa, tarikh dan tempat);\n\n(iii) Latar belakang isu;\n\n(iv) Hujah dan dalil; dan\n\n(v) Hukum atau Fatwa.\n\n\n\n51. Hukum atau fatwa yang telah diputuskan itu hendaklah dimaklumkan kepada\n\nMajlis.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 24\n\n\n\n\n\nPewartaan Fatwa\n\n\n\n52. Apabila sesuatu hukum atau fatwa yang telah diputuskan untuk diwartakan,\n\nmaka sighah fatwa bagi tujuan pewartaan hendaklah disediakan. Sighah pewartaan\n\nhendaklah secara asasnya mengandungi:\n\n\n\n(i) Tajuk Fatwa;\n\n(ii) Muqaddimah (Nyatakan Enakmen & Seksyen);\n\n(iii) Bilangan Mesyuarat Muzakarah, tarikh dan tempat;\n\n(iv) Fatwa;\n\n(v) Ciri kesalahan atau kesesatan atau hukum (mana yang berkaitan); dan\n\n(vi) Elemen larangan atau undang-undang.\n\n\n\n53. Sighah pewartaan itu hendaklah dikemukakan kepada Majlis bagi membuat\n\nsyor kepada Raja Pemerintah untuk mendapatkan perkenan bagi penyiaran fatwa itu\n\ndalam Warta.\n\n\n\n54. Apabila fatwa itu diperkenankan, Majlis hendaklah memaklumkan kepada\n\nKerajaan Negeri tentang fatwa itu bagi tujuan fatwa itu disiarkan dalam Warta.\n\n\n\nPenyampaian Dan Hebahan\n\n\n\n55. Hukum atau fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa\n\nhendaklah disampaikan kepada pihak-pihak yang mengemukakan persoalan, Mufti\n\nNegeri lain dan Jawatankuasa Fatwa MKI untuk makluman.\n\n\n\n56. Hukum atau fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa\n\nhendaklah dihebahkan kepada umum sebagai panduan hukum.\n\n\n\n57. Bagi fatwa yang telah diwartakan, siaran Warta itu disampaikan kepada\n\nJabatan Agama Islam Negeri bagi tujuan penguatkuasaan.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 25\n\n\n\nPenutup\n\n\n\n58. Garis Panduan Pengeluaran Fatwa ini adalah menjadi asas rujukan dalam\n\nproses mengeluarkan sesuatu hukum atau fatwa di Negara/negeri ini.\n\n\n\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia\n\nPutrajaya.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 26\n\n\n\nRUJUKAN\n\n\n\nKitab\n\n\u0627\u0641 \u0627\u0644\u0634\u0627\u0641\u0639\u064a \u0627\u0645\u0644\u0643\u0651 .1 \u064a\u064e\u0651\u0629 \u0641\u064a\u0645\u0627 \u062d\u064a\u062a\u0627\u064f\u062c\u064f\u0647 \u0637\u0644\u0628\u064f\u0629 2012\u064a. \u0627\u0644\u0633\u064a\u062f \u064e\u0639\u064e\u0644\u0650\u0648\u0651\u064a \u0628\u0646 \u0623\u0645\u062d\u062f \u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0631\u0645\u062d\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0642\u064e\u0651 . \u0627\u0644\u0641\u0648\u0627\u0626\u062f \u0627\u0645\u0644\u0651\u0643\u0650\u0651\n \u0627\u0644\u0634\u0627\u0641\u0639\u064a\u0629. \u0628\u0631\u064a\u0648\u062a: \u0645\u0624\u0633\u0633\u0629 \u0627\u0644\u0631\u0633\u0627\u0644\u0629 \u0646\u0627\u0634\u0631\u0648\u0646.\n\n. \u0635\u0646\u0627\u0639\u0629 \u0627\u0644\u0641\u062a\u0648\u0649 \u0648\u0641\u0642\u0647 \u0627\u0623\u0644\u0642\u0644\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a. \u062c\u062f\u0629: \u062f\u0627\u0631 \u0627\u0645\u0644\u0646\u0647\u0627\u062c.2007\u0639\u0628\u062f \u0627\u0647\u0644\u0644 \u0628\u0646 \u0627\u0644\u0634\u064a\u062e \u0627\u062d\u0645\u0644\u0641\u0648\u0638 \u0628\u0646 \u0628\u064e \u064a\u064e\u0651\u0652\u0647. .2\n \u0626\u0650\u064f\u062f \u0627\u0644\u064e\u0641\u064e\u0648\u0627\u0626\u0650\u0650\u062f. \u062f.\u0645: \u0645\u0643\u062a\u0628\u0629 \u062a\u0631\u0645\u064a \u0627\u062d\u0644\u062f\u064a\u062b\u0629.\u0639\u0628\u062f \u0627\u0647\u0644\u0644 \u0628\u0646 \u062d\u0645\u0645\u062f \u0628\u064e\u0627\u0642\u0634\u0631\u064a \u0627\u062d\u0644\u0636\u0631\u0645\u064a \u0627\u0644\u0634\u0627\u0641\u0639\u064a. \u062f.\u0633. \u064e\u0642\u0627\u0644\u0626\u0650\u064f\u062f \u0627\u062e\u0644\u064e\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u062f \u0648\u0641\u064e \u0631\u064e\u0627 .3\n\n. \u0627\u0645\u0644\u062f\u062e\u0644 \u0625\u0649\u0644 \u062f\u0631\u0627\u0633\u0629 \u0627\u0645\u0644\u0630\u0627\u0647\u0628 \u0627\u0644\u0641\u0642\u0647\u064a\u0629. \u0627\u0644\u0642\u0627\u0647\u0631\u0629: \u062f\u0627\u0631 \u0627\u0644\u0633\u0627\u0644\u0645.2012\u0639\u0644\u064a \u0645\u062c\u0639\u0629 \u062d\u0645\u0645\u062f. \n . \u0623\u0635\u0648\u0644 \u0627\u0625\u0644\u0641\u062a\u0627\u0621 \u0648\u0622\u062f\u0627\u0628\u0647. \u062f\u0645\u0634\u0642: \u062f\u0627\u0631 \u0627\u0644\u0642\u0644\u0645.2014\u062d\u0645\u0645\u062f \u062a\u0642\u064a \u0627\u0644\u0639\u062b\u0645\u0627\u064a\u0646. .4\n\u0650\u0626\u064a. .5 \u0647 . \u0627\u0644\u0631\u0648\u0636 \u0627\u0644\u0646\u0636\u0631\u064a \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0641\u0639 \u0627\u0644\u0643\u0628\u0631\u064a. \u0628\u0646\u063a\u0627\u0644\u062f\u064a\u0634: \u0645\u0643\u062a\u0628\u0629 \u0634\u064a\u062e 1429\u062d\u0645\u0645\u062f \u062d\u0641\u0638 \u0627\u0644\u0631\u0645\u062d\u0646 \u0627\u0644\u064f\u0643\u0650\u0645\u0627\u0644\u064e\u0651\n\n\u0627\u0625\u0644\u0633\u0627\u0644\u0645.\n\n6. Ad-Daghistani, Murtadza Ali bin Muhammad Al-Muhammadi. 2008. Al-Madkal\n\nila Usul Al-Imam As-Syafie. Daghistan: Dar As-Salam.\n\n7. Al-Asqar, Umar Sulaiman. 2007. Jordan: Dar An-Nafais.\n\n8. Al-Maliki, As-Sayyid Muhammad bin \u2018Alawi. 1990. Syarh Nizam Al-Waraqat.\n\nWizarah Al-\u2018iklam.\n\n9. Al-Qawasi, Akram Yusuf Muhammad. 2008. Al-Madkhal Ila Mazhab As-\n\nSyafie. Jordan: Dar An-Nafais.\n\n10. Ar-Ramli, Muhammad bin Ahmad bin Hamzah. 2009. Nihayah Al-\n\nMuhtaj Ila Syarh Al-Minhaj. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.\n\n11. Az-Zuhaili, Muhammad. 2008. Al-Muktamad Fi Al-Fiqh As-\n\nSyafie. Damsyik: Dar Al-Kalam.\n\n12. Ba \u2018Alawi, Umar bin Al-Habib Hamid bin Umar bin Abdurrahman Ba\n\nFaraj.Fathu \u2018Ali Bi Jam\u2019I Al-Khilaf Baina Ibn Hajar Wa Ibn Ramli. Dar Al-\n\nMinhaj.\n\n13. Jaghim, Nu\u2019man. 2007. Madkhal ila al-Mazhab al-Syafie. Kuala\n\nLumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.\n\n14. Ibn Hajar, Shihabuddin Abi Al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali.\n\n2011. Tuhfah Al-Muhtaj Bi Syarh Al-Minhaj. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.\nGaris Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia 27\n\n\n\n15. Muhammad, Ali Jumu\u2019ah. 2004. Al-Madkal Ila Dirasah Al-Mazahib Al-\n\nFiqhiyyah. Kaherah: Dar As-Salam.\n\n16. Syirbini, Muhammad ibn Muhammad Al-Khatib. 2006. Mughni Al-\n\nMuhtaj Syarh Minhaj. Kaherah: Dar Al-Hadith.\n\nKertas Kerja\n\n17. Penggunaan Usul Fiqh Dan Ijtihad Mazhab Syafi\u2019i oleh Prof. Selamat\n\nbin Hashim (AJK Fatwa Kebangsaan)\n\n18. Ma\u1e63la\u1e25ah \u02bf\u0101mmah Berdasarkan Perspektif Syarak olehLokmanulhakim\n\nHussain, International Shari\u2019ah Research Academy For Islamic Finance\n\n(ISRA)\n\n19. Metod Ijtihad Dalam Mazhab Syafi\u2019i\u201d oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin\n\nAmran (Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan)\n\n20. Mufti Muqallid: Fatwa Sekitar Pendapat Syaikhan\u201d oleh Ahmad Fauwaz\n\nbin Fadhil (Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd.);\n\n21. Hukum Beramal Dengan Hadith Dhaif oleh Tuan Haji Adnan bin Abdul\n\nWahab (Maahad Turath Islami, Selangor)\n\n22. Qaul Muktamad Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali\u201d oleh Prof. Madya\n\nDr. Arief Salleh bin Rosman (UTM;Felo JAKIM)."} {"file": "garis-panduan/14886_1639639500.pdf", "text": ""} {"file": "garis-panduan/14892_1639638184.pdf", "text": ""}