{"title": "Zombies Esport Hacking PMPL Arabia!", "body": "

Musim PUBG Mobile Pro League (PMPL) kini sedang berlangsung di negara Arab. Ini merupakan PMPL musim pertama yang diadakan di negara ini. Sebanyak 20 pasukan yang bertanding dalam PMPL Arabia musim 1. Hadiah terkumpul untuk kejohanan ini adalah sebanyak USD 95,000 (RM380,000). Namun begitu, terdapat isu yang berlaku dalam PMPL Arabia musim ini.

Setelah 2 minggu PMPL berlangsung, salah seorang ahli pasukan Zombies Esport didapati bersalah kerana telah melakukan hacking dalam perlawanan. Hal ini dikesan apabila terdapat moment yang dipersoalkan seperti gun spray yang sangat tepat walaupun dari jarak yang jauh dan boleh mengetahui pergerakan pihak lawan. Disebabkan itu, Zombies Esports terpaksa dikeluarkan daripada PMPL Arabia musim 1.

Seperti yang semua tahu, melakukan hacking/cheating dalam game merupakan satu kesalahan yang besar. Oleh itu, individu yang melakukan hacking tersebut akan dikenakan tindakan dimana dia tidak boleh bermain mana-mana kejohanan untuk selamanya. Untuk ahli pasukan yang lain, mereka akan disiasat bagi mendapatkan maklumat.\u00a0

Kesimpulannya, korang semua mainlah game dengan usaha dan bakat sendiri. Jauhkan diri daripada melakukan hacking/cheating. Untuk maklumat lebih lanjut tentang berita ini, sila ke dotesports.com.

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/zombies-esport-hacking-pmpl-arabia"} {"title": "ROG Unveils Strix G15 & G17 Advantage Edition Gaming Laptops!", "body": "

Pada 1 Jun 2021, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan ROG Strix G15 dan G17 merupakan laptop gaming pertama yang menggunakan AMD Radeon\u2122 RX 6800M GPUs bersama AMD Ryzen\u2122 9 5900HX CPUs.\u00a0

Kedua laptop ini membolehkan pengguna bermain dengan lebih lama dan dapat melakukan pelbagai tugas dalam satu masa. Laptop ini dilengkapi dengan twin Smart Amp speakers yang diselaraskan oleh Dolby\u00ae Atmos\u2122 technology untuk dapatkan bunyi yang lebih jelas supaya pemain dapat merasai seperti berada di dalam pertempuran yang sebenar.

Laptop Advantage Edition ini juga telah meningkatkan tahap penyejukan. Laptop ini menggunakan termal logam cecair bukan saja pada CPU, namun mereka turut menggunakannya pada GPU. Ini dapat mengurangkan haba dan suhu sebanyak 14\u2019C.\u00a0

Advantage Edition juga telah membesarkan lagi ruang wap yang merangkumi CPU, GPU, VRAM dan litar pengatur voltan untuk mengurangkan haba pada tahap yang maksimum. Dengan adanya peningkatan ini, pengguna boleh bermain game dengan lebih lama tanpa merisaukan laptop daripada panas.

ROG Strix G Advantage Edition juga membolehkan pengguna untuk memilih paparan sama ada competition-ready 300 Hz / 3 ms FHD display panel atau gorgeous, higher-resolution WQHD 165 Hz / 3 ms screen.\u00a0

Untuk pemain game, kedua paparan ini adalah sangat penting kerana mereka memerlukan kepantasan tindak balas serta pandangan yang jelas untuk mengesan musuh. Oleh itu, ROG Unveils Strix G15 dan G17 Advantage Edition sememangnya laptop yang direka khas untuk pemain game.\u00a0

Hampir 100% laptop ini direka bagi memenuhi kehendak pemain game. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila ke https://rog.asus.com/my/.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-unveils-strix-g15-g17-advantage-edition-gaming-laptops"} {"title": "Astralis Buka Pusat Gaming & Hiburan Center Di Copenhagen!", "body": "

Baru-baru ini, sebuah organisasi esport iaitu Astralis telah membuka pusat gaming & hiburan. Pusat ini diberi nama Astralis Nexus yang berada di Copenhagen, Denmark. Terdapat pelbagai ruangan di dalam Astralis Nexus antaranya ialah flagship store, gaming center, streaming hub, fan space, auditorium, VIP rooms, dan cafe.

GRAND OPENING!

19th June, 10AM
1,200 sqm gaming entertainment
130 pro gaming stations
4 VIP rooms
3 Streaming Hubs
Auditorium
Show room
300 sqm Merchandise Store

M&G w players, opening discounts, tour - be the first to book your gaming experience!https://t.co/NSJMmra23z

\u2014 Astralis A/S (@astralisgroup) May 31, 2021

Pada bahagian flagship store, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif daripada Astralis. Pada bahagian gaming centre pula, pengunjung boleh bermain game di satu ruangan yang memuatkan seramai 130 orang dengan dilengkapi oleh pelbagai peralatan game.\u00a0

Para pengunjung juga boleh melihat para streamer melakukan kerja secara live di ruangan streamer hub. Pengunjung turut dibenarkan untuk mencuba sendiri menjadi seorang streamer. Untuk ruangan fan space, terdapat paparan sejarah serta pencapaian Astralis.

Astralis Nexus akan dibuka secara rasmi pada 19 Jun ini. Pengunjung yang datang pada hari pembukaan berpeluang untuk bertemu dengan para pemain CS:GO dan FIFA 21 Astralis. \u201cAstralis Nexus akan menjadi tempat gaming dan hiburan yang lengkap dan moden,\u201d, kata Co-founder dan CRO Jakob Lund.\u00a0

Astralis Nexus juga akan menjadi tempat para pemain Astralis menjalani latihan untuk kejohanan yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web astralisnexus.gg.

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/astralis-buka-pusat-gaming-hiburan-center-di-copenhagen"} {"title": "Call of Duty Online Akan Ditutup Di China!", "body": "

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa Call of Duty Online (CoDOL) akan ditutup di China pada 31 Ogos ini. Penutupan ini adalah disebabkan CoDOL kini kurang menjana pendapatan dan kurang pembaharuan yang dilakukan. Tencent turut beritahu yang pemain CoDOL diminta untuk beralih ke Call of Duty Mobile sebelum penutupan dilakukan.

CoDOL merupakan game pc yang dibangunkan sejak dari tahun 2015. Game ini mendapat sambutan yang hebat di China pada ketika itu. Selepas munculnya game-game mobile di China, CoDOL kurang mendapat sambutan oleh pemain.\u00a0

Pihak Tencent juga mengeluarkan pernyataan tentang penutupan ini. \u201cTerima kasih kerana meminati Call of Duty Online sepanjang 6 tahun yang lalu. Kami berbesar hati kerana dapat berkongsi pengalaman permainan yang tidak dapat dilupakan bersama anda. Call of Duty Online akan berakhir pada Ogos ini. Anda boleh terus meminati CoD Mobile. Terima kasih kepada semua pejuang Call of Duty Online,\u201d, kata Tencent.

Sebelum game ini ditutup, pemain perlu menggunakan semua kandungan di dalam CoDOL seperti tokens dan lain-lain. Ini kerana apabila game ditutup segala kandungan akan dipadam. CoDOL akan mula menutup game recharge pada 31 Mei dan game registration ditutup pada 1 Jun. Pada 31 Ogos 2021, CoDOL akan ditutup dengan secara rasminya. Untuk maklumat lebih terperinci, sila ke insidesport.com.

SUMBER: insidesport.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-online-akan-ditutup-di-china"} {"title": "Royal Never Give Up Champion MSI 2021!", "body": "

Semalam telah berlangsungnya final Mid-Season Invitational. Pasukan Royal Never Give Up (RNG) China muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan Damwon Kia.\u00a0

RNG menumpaskan Damwon Kia dalam 5 pusingan dengan mata kemenangan 3:2. Ini juga merupakan kemenangan kedua buat pasukan RNG dalam MSI dimana yang pertama ialah pada MSI 2018.

Walaupun RNG memulakan musim sebagai pasukan underdog, dengan semangat sepasukan yang mereka ada kini RNG mampu menjadi juara pada peringkat antarabangsa.\u00a0

Dalam kejohanan ini,RNG turut melakukan beberapa perubahan terhadap pasukan antaranya ialah membawa masuk pemain Wei sebagai jungler, Xiaohu ditukarkan sebagai top laner dan Cryin bermain di bahagian mid.

Pemain RNG sememangnya antara top player dalam League of Legends. Dalam kejohanan semalam, GALA yang bermain sebagai AD carry telah dinobatkan sebagai pemain MVP. GALA mempunyai score 37/9/22 dan KDA 6.5 untuk perlawanan akhir semalam. Tahniah diucapkan kepada pasukan RNG!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/royal-never-give-up-champion-msi-2021"} {"title": "The Infinity Juara PMPL Sea Championship S3!", "body": "

Setelah 3 tiga hari berlangsung, pasukan The Infinity dari Thailand berjaya dinobatkan sebagai juara PMPL Sea Championship Season 3. Ini merupakan satu kemunculan juara baru untuk pasukan Thailand dalam peringkat Sea selain daripada RRQ Athena. The Infinity semalam telah membawa pulang wang tunai sebanyak USD $32,000.


\u00a0

Dalam 3 hari perlawanan, The Infinity berjaya mengutip sebanyak 121 kills dan mendapatkan 4 Winner Winner Chicken Dinner dengan mata keseluruhan 239. Pemain INFINnOOZY juga dinobatkan sebagai Final MVP dan Top fraggers semalam.

Pemain ini berjaya mengutip 56 kills dengan hampir 10,000 damage yang dikeluarkan. Kemenangan The Infinity secara tak langsung akan membawa mereka layak ke PMPL Sea Championship Season 4.

Walau bagaimanapun, pasukan Evos Reborn dari Indonesia berjaya dapat tempat kedua diikuti dengan pasukan InfinityIQ dari China di tempat yang ketiga. Untuk pasukan Malaysia, mereka menduduki di tempat ke 13 (Geekfam), 14 (RSG) dan 16 (Dingoz).\u00a0

Mungkin ini bukan rezeki buat mereka. Mereka juga sudah mencuba dengan sehabis baik sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah diucapkan untuk para pemenang dan juga pasukan yang bertanding. Jumpa lagi di PMPL Sea Championship S4

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-infinity-juara-pmpl-sea-championship-s3"} {"title": "League of Legends: Wild Rift Origin Series!", "body": "

Baru-baru ini, Riot Games telah mengumumkan kejohanan League of Legends: Wild Rift Origin Series. Ini merupakan kejohanan pertama League of Legends: Wild Rift yang diadakan di negara Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah, CIS & Turki. Prize pool untuk kejohanan ini ialah wang tunai sebanyak \u20ac 300,000 (RM1.5 juta).

Pendaftaran Origin Series bermula 20 Mei hingga 1 Jun ini manakala qualifier pertama akan dimulakan pada 5 hingga 7 Jun. Pasukan yang berjaya menduduki tangga teratas akan masuk ke Grand final pada September 2021. Syarat penyertaan Origin Series ialah pemain mesti berumur 17 tahun dan keatas dan setiap kumpulan mesti mempunyai 3 orang ahli yang menetap di Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah, CIS & Turki.

Hans Christian Duerr, Riot\u2019s head of Wild Rift esports berkata, \u201cKami rasa sangat gembira dapat melancarkan kejohanan Wild Rift pertama di negara Eropah, MENA , CSI dan Turki berdasarkan momentum dan gembar-gembur yang ditunjukkan oleh pemain dan peminat setia kami.\u00a0

Origin Series diadakan bertujuan untuk membawa mobile gaming ke tahap yang lebih tinggi serta dapat mencungkil bakat-bakat baru.\u201d

SUMBER: originseries.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/league-of-legends-wild-rift-origin-series"} {"title": "PUBG: New State Kini di Google Play Store USA!", "body": "

Baru-baru ini, Krafton umumkan yang PUBG: New State dah boleh dibuat pra-tempah di Google Play Store. PUBG New State merupakan PUBG Mobile versi baru yang dikeluarkan oleh Krafton bersama dengan PUBG Studio.\u00a0

Apa yang menarik, PUBG New State dikatakan menggunakan grafik yang melampaui batas mobile game. Kalau tak percaya korang boleh tengok sendiri dekat trailer yang dikeluarkan oleh mereka.

PUBG New State akan menggunakan gambaran pada tahun 2051 yang diberi nama bandar Troi. Pemain boleh tengok pelbagai alatan canggih yang digunakan dalam permainan ini.\u00a0

Ada juga pembaharuan yang dilakukan seperti boleh customize weapon, ada drone, ada kereta canggih dan macam-macam lagi. Pihak Krafton mengharapkan yang PUBG New State ini akan menjadi sebutan ramai dari seluruh dunia. Ini kerana mereka telah membina game ini dengan penuh ketelitian bagi memenuhi citarasa pemain.

PUBG New State dikhabarkan akan dilancar pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pihak Krafton akan membuat percubaan game ini di US terlebih dahulu. Buat masa sekarang, pra-tempah hanya dibuka untuk pengguna android saja. Untuk pengguna ios mereka akan buka kemudian.\u00a0

\u00a0

SUMBER: Androidpolice

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-new-state-kini-di-google-play-store"} {"title": "MSC, Legends Comeback!", "body": "

Pemain-pemain terbaik MLBB Asia Tenggara kini tengah siap sedia untuk hadapi MSC. 8 buah negara akan bertanding bagi merebut gelaran juara MSC 2021 dan sekali gus dinobatkan sebagai pasukan terkuat Asia Tenggara dalam acara MLBB. Antara negara yang sertai MSC tahun ni ialah Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kamboja, Malaysia, Singapura dan Vietnam.\u00a0

MSC diadakan sejak tahun 2017 lagi. Pada tahun 2020, lepas MSC dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Antara pasukan pertama yg menang dalam MSC ialah IDONOTSLEEP (Thailand). Tahun 2018, pasukan AETHER MAIN (Filipina) telah menjuarai MSC diikuti dengan pasukan ONIC (Indonesia) tahun 2019.\u00a0

Siapa agaknya yang akan jadi juara MSC 2021? Difahamkan juga bekas juara MSC musim pertama (IDNS) akan membuat comeback di MSC tahun ni.

MSC 2021 akan berlangsung pada 7 hingga 9 Jun ini untuk peringkat kumpulan. Acara utama pula akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun ini. Untuk pasukan Malaysia, mereka tengah menjalani Playoff yang bermula pada 28 hingga 30 Mei ini. Pasukan mana agaknya yang akan jadi wakil Malaysia dalam MSC nanti. Sama-sama kita nantikan di Final MPL MY. Untuk maklumat lanjut ikuti laman web rasmi Mobile Legends.

\u00a0

SUMBER: Mobile Legends

", "url": "https://gamersonduty.com/news/msc-legends-comeback"} {"title": "Call of Duty: World Series of Warzone Kini Tiba!", "body": "

Baru-baru ini pihak Call of Duty telah mengumumkan yang kejohanan World Series Of Warzone sudah tiba. World Series Of Warzone atau dikenali sebagai WSOW merupakan satu kejohanan besar dalam permainan Call of Duty. Hadiah yang ditawarkan kali ini ialah wang tunai terkumpul sebanyak USD $300,000 (RM1.2 juta).

Kejohanan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu trio dan duo yang akan berlangsung di Amerika Utara dan Eropah. Kejohanan akan bermula dengan perlawanan trio yang berlangsung pada 23 Jun ini di Amerika Utara.\u00a0

Sebanyak 50 trio akan berentap dalam 6 pusingan bagi pusingan kelayakan. Kiraan mata akan dibuat berdasarkan jumlah kill dan juga mata placement. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD $200,000.\u00a0

WSOW juga adakan satu kejohanan iaitu Captain Cup. Captain Cup akan gabungkan nama-nama besar dalam Call of Duty dan mereka perlu draf trio masing-masing. Akan terdapat 10 trio iaitu 30 pemain yang bertanding.\u00a0

Hanya 5 pasukan yang dapat kutip mata tertinggi saja akan bawa pulang wang tunai. Untuk 5 captain yang berjaya bawa pasukan mereka kutip mata tertinggi akan dapat wang tunai sebanyak USD $20,000 manakala ahli pasukan lain akan dapat USD $1,000.

Satakat ini hanya tarikh perlawanan trio saja yang diberitahu iaitu pada 23 Jun 2021. Untuk tarikh perlawanan duo akan diberitahu kemudian oleh pihak Call of Duty.

\u00a0

SUMBER: worldseriesofwarzone

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-world-series-of-warzone-kini-tiba"} {"title": "Apex Legends: Legendary Bundles Tambah Prize Pool ALGS Championship!", "body": "

Baru-baru ini, EA ada keluarkan pernyataan tentang kejohanan Apex Legends. Dalam pernyataan itu, mereka beritahu yang Prize pool untuk Apex Legends Global Series Championship kali ini akan ditambahkan lagi daripada USD $1 juta (RM4 juta) kemungkinan menjadi USD $3 juta (RM12 juta).

Penambahan hadiah ni sebenarnya bergantung pada hasil jualan Legendary Bundles. Pada 18 Mei lalu, item bundles dah mula dijual di dalam Apex Legends Store. Terdapat 5 jenis bundles iaitu Mechameleon bundle, Boared to Death bundle, Wild Speed bundle, Silverback bundle, dan Animal Kingdom Bundle.\u00a0

Setiap pembelian Animal Kingdom Bundle akan ditambah sebanyak USD $20 ke dalam prize pool ALGS Championship manakala untuk 4 jenis bundle lagi akan tambah sebanyak USD $5.

Setiap bundle ini mempunyai 1 Legend Skin, 1 Epic Banner Frame dan 1 Epic Gun Charm. Untuk pembelian Animal Kingdom Bundle mereka akan mendapatkan kesemuanya. Animal Kingdom Bundle merupakan satu pakej pembelian secara keseluruhan.\u00a0

Acara ni dibuka hingga 1 Jun 2021. Kepada pemain Apex Legends, korang boleh buat pembelian sebelum tarikh tamat. Korang juga jangan lupa saksikan team kegemaran korang yang akan bertanding pada 22 May ini dalam ALGS Championship 2021.

\u00a0

SUMBER: EA\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-legendary-bundles-tambah-prize-pool-algs-championship"} {"title": "Pendaftaran PMNC 2021 Kini Dibuka!", "body": "

Baru-baru ini, PUBG Mobile Malaysia telah umumkan yang pendaftaran untuk kejohanan PUBG Mobile National Championship 2021 (PMNC) sudah dibuka.\u00a0

Antara hadiah yang ditawarkan kali ini merupakan wang tunai berjumlah RM100,000! Pendaftaran dibuka dari 16 Mei hingga 30 Mei ini saja. Korang boleh pergi ke laman web rasmi PUBG MOBILE untuk daftar. Daftar sekarang kerana slot adalah terhad.

PMNC kali ni ada pembaharuan dimana pihak penganjur membuka kepada 3 kategori iaitu Squad, Solo dan Ladies. Tapi, untuk kategori Ladies mereka tidak ada slot ke PMNC Grand Final atau PMPL MY/SG Musim ke-4 nanti.\u00a0

Kemasukan kelayakan diadakan pada 1 hingga 12 Jun ini manakala peringkat akhir zon akan bermula dari 11 Jun hingga 12 Julai. Untuk Grand Final pula akan bermula dari 16 hingga 18 Julai ini. Hanya 8 pasukan saja yang akan layak ke PMPL MY/SG Musim ke-4 nanti.

Pendaftaran ini dibuka kepada seluruh negeri di Malaysia. Pihak penganjur sudah membahagikan setiap negeri mengikut zon masing-masing seperti Zone A Erangel, Zone B Miramar, Zone C Karakin dan Zone D Sanhok.\u00a0

Korang boleh rujuk zon setiap negeri di sini. Ayuh! Kalau korang betul-betul pro dalam PUBG Mobile, jangan lepaskan peluang ni. Tunjukkan bakat korang kemungkinan korang akan jadi juara satu hari nanti.

SUMBER: pubgmobile

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-pmnc-2021-kini-dibuka"} {"title": "Cyberathlete Collegiate Mobile Legends Series Tawar Hadiah RM1 juta!", "body": "

Pada 11 Mei 2021, syarikat penganjur esport Singapura (Cyberathlete) telah umumkan tentang penganjuran kejohanan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends Series. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama untuk peringkat kolej yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak US$250,000 (RM1 juta). Ini merupakan salah satu peluang terbaik untuk para pelajar serlahkan bakat mereka.

Qualifier untuk Asia tenggara berlangsung pada Mei sehingga Ogos 2021. Pasukan teratas perlu bertanding untuk tiga musim bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Mereka juga akan diberikan gaji. Selesai tiga musim itu, hanya empat pasukan dari Asia tenggara yang akan layak ke World Collegiate Finals pada December 2022. Setakat ni, negara dari Asia tenggara yang terlibat ialah Malaysia (E-Stars Nation), Indonesia (Ligagame Esport), Filipina (National Esports Federation of Philippines (NESFP), dan Singapura (Persatuan Sukan Cyber & Permainan Online Singapura (SCOGA) dan Singapore Esports Association (SGEA).

Scott Valencia, CEO Cyberathlete berkata, \u201cKami rasa teruja untuk adakan kejohanan ini di Asia tenggara. Hal ini kerana Mobile Legends merupakan satu permainan yang popular di Asia tenggara.\u00a0

Tapi, apa yang lebih penting adalah kami rasa bangga dapat letakkan pelajar di jalan yang membolehkan mereka jadi lebih kompetitif dalam esport sambil mengutamakan pelajaran mereka.\u201d. Menurut Michael Lin, Esports Marketing Manager Moonton, berdasarkan kejayaan yang dikecapi dalam kejohanan M2 World Championship iaitu memperolehi jumlah tontonan lebih dari 100 juta, Moonton juga percaya bahawa kejohanan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends Series akan mendapat sambutan yang hangat.\u00a0

Ayuh! Bagi sokongan dekat wakil negara masing-masing untuk layak ke final World Collegiate 2022.

\u00a0

SUMBER: cyberathlete

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cyberathlete-collegiate-mobile-legends-series-tawar-hadiah-rm1-juta"} {"title": "Battlegrounds Mobile India Buka Untuk Pra-Pendaftaran!", "body": "

Pada 18 Mei 2021, Krafton umumkan yang Battlegrounds Mobile India sudah boleh dibuat pra-tempahan melalui Google Play Store. Perkara ini dimaklumkan di laman sosial rasmi Battlegrounds Mobile India semalam. Dalam posting yang dimuat naik semalam, mereka menyatakan yang Battlegrounds Mobile India kini sudah tersedia.\u00a0 Pra-tempah sekarang untuk dapatkan hadiah menarik.

Berikut merupakan cara untuk buat pra-tempahan game tersebut. Untuk buat pra-tempahan, korang boleh pergi ke Google Play Store dan cari \u201cBattlegrounds Mobile India\u201d. Kemudian, scroll ke bawah dan korang akan nampak button \u201cPre-register\u201d.\u00a0

Lepas dah tekan \u201cPre-register\u201d, mereka akan tanya sama ada nak muat turun game tersebut secara automatik atau tidak apabila game dah tersedia. Untuk memudahkan, korang tekan je button \u201cOkay\u201d. Kemudian dia akan keluar tulisan \u201cunregister\u201d untuk sahkan yang korang dh buat pra-tempahan. Selesai!

Kepada yang dah buat pra-tempah, mereka akan diberi hadiah menarik antaranya ialah Celebration Expert title, Recon outfit, Recon Mask, dan 300 AG. Pra-tempah untuk game Battlegrounds Mobile India setakat ini hanya dibuka kepada pengguna android saja. Krafton tidak keluarkan sebarang pernyataan berkaitan dengan pengguna ios. Bahkan tarikh rasmi game ini dilancarkan turut tidak diberitahu lagi.

\u00a0

SUMBER: battlegroundsmobileindia

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-india-buka-untuk-pra-pendaftaran"} {"title": "Natus Vincere (NAVI) berkolaborasi dengan AndaSeat!", "body": "

Baru -baru ini, pihak EsportsInsider telah \u00a0melaporkan yang Natus Vincere atau dikenali sebagai NAVI menyatakan bahawa mereka telah bekerjasama dengan jenama kerusi gaming terkenal iaitu AndaSeat.\u00a0

Perkara ni diketahui apabila pihak NAVI dan AndaSeat memuat naik satu posting di instagram berkenaan gambar kerusi gaming yang ada logo NAVI dan AndaSeat. Dalam posting itu juga AndaSeat ada memberitahu yang ini merupakan kolaborasi terbaru antara AndaSeat X NAVI.

AndaSeat merupakan antara jenama kerusi gaming yang terkenal di seluruh dunia. Setakat ni, AndaSeat dah mendominasi hampir 30 buah negara. Berkenaan dengan kolaborasi ini, Zhou Lin, CEO dan Founder AndaSeat berkata, \u201cKami sangat gembira apabila dapat bekerjasama dengan salah satu pasukan esports terkuat abad ini. Kami berharap kerjasama ini dapat menarik perhatian esports dari seluruh dunia. Kalau NAVI percaya yang mereka lahir untuk menang, AndaSeat juga percaya bahawa yang baik berhak dapat yang terbaik.\u201d.

Terdapat beberapa lagi syarikat yang bekerjasama dengan NAVI antaranya Logitech G, Monster Energy dan GG.Bet. Menurut Alexander Pavlenko, Chief Marketing Officer Natus Vincere, pihak mereka rasa bangga dapat bekerjasama dengan pengeluar kerusi gaming kedua terbesar di dunia iaitu AndaSeat.\u00a0

Alexander juga berkata bahawa mereka akan menilai kerusi keluaran NAVI bersama peminat NAVI. Tambah Alexander, NAVI akan membawa rakan kongsi baru ini menjadi juara dunia bersama dengan NAVI. Keluaran kerusi gaming edisi NAVI dijangka keluar pada bulan Jun ini.

\u00a0

SUMBER: ESPORTSINSIDER

", "url": "https://gamersonduty.com/news/natus-vincere-navi-berkolaborasi-dengan-andaseat"} {"title": "FIFAe World Cup 2021 Diadakan di London Ogos Ini!", "body": "

Baru-baru ini, pihak FIFA telah mmelaporkan yang FIFAe World Cup 2021 akan berlangsung di London pada Ogos ini. FIFAe World Cup sepatutnya berlangsung pada tahun lepas tapi disebabkan wabak Covid-19 yang melanda, pihak penganjur terpaksa tanggungkan hingga ke tahun ini. Kejohanan ini akan berlangsung dari 6 hingga 8 Ogos. Seramai 32 pemain terbaik dari seluruh dunia akan bertanding bagi merebut piala FIFAe World Cup serta hadiah yang lumayan.

Dalam kejohanan ini nanti, di peringkat kumpulan akan ada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili 8 pemain. Hanya top 4 pemain dari setiap kumpulan saja yang akan layak ke Playoff. FIFAe World Cup juga akan menggunakan cross-console format untuk menentukan juara bagi Playstation dan Xbox.\u00a0

Juara untuk FIFAe World Cup kali ni akan bawa pulang wang tunai sebanyak $250,000 USD (RM1 juta). Bukan tu saja, yang paling penting pemenang juga akan bawa pulang piala dunia FIFAe World Cup.

Pemain FIFAe Malaysia iaitu Luqman Haziq, Ahmad Akmal dan Faiz Hariry akan bertanding di EA Sports FIFA Global Series East Asia Playoff pada jun ini. Kalau mereka menang dalam kejohanan tersebut, mereka akan layak ke FIFAe World Cup. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok Malaysia bermain di FIFAe World Cup. Ayuh bagi sokongan dekat atlet negara kita ini. Semoga mereka berjaya bawa bendera Malaysia ke FIFAe World Cup.

Sumber: FIFA

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fifae-world-cup-2021-diadakan-di-london-ogos-ini"} {"title": "Godzilla VS King Kong Tiba Di PUBG Mobile!", "body": "

Update baru PUBG Mobile 1.4 kini terdapat Godzilla Vs King Kong. Mereka muncul di 3 map iaitu Erangel (Godzilla), Sanhok (Kong) dan Mechagodzilla akan muncul di map Livik pada 20 Mei ini. Untuk pengetahuan, 3 titan ini takkan ganggu pemain kecuali pemain tu sendiri yang cuba datang dekat untuk ganggu mereka.\u00a0

Titan ni juga sebenarnya membantu pemain dimana mereka akan hancurkan energy crystal dan beri kelebihan kepada pemain dalam pertempuran. Terdapat juga Cybernetics APEX dan penempatan monster yang membolehkan pemain untuk dapatkan alatan perang.

Sempena acara ini, PUBG Mobile telah bekerjasama dengan Warner Bros untuk meningkatkan lagi kualiti visual game ini. Korang boleh tengok the real Godzilla vs King Kong dari jarak dekat dalam game ni nanti.\u00a0

Terdapat juga update lain seperti map baru iaitu \u2018Hanger\u2019. Map ini boleh digunakan dalam Team Deathmatch modes, Training Arena, dan Team Gun Game. Bukan tu saja, update 1.4 ni juga menyediakan mod baru iaitu \u2018Over the Shoulder\u2019 (OTS). Mod ini membolehkan pemain untuk tukar posisi menembak supaya tembakan jadi lebih stabil tanpa gunakan scope.

PUBG Mobile juga membawa masuk kenderaan baru iaitu \u2018Coupe RB\u2019. Kenderaan dua pintu ini hanya memuatkan dua orang saja dan mempunyai kelajuan 150 KM/jam. Ini merupakan kenderaan yang terpantas dalam PUBG Mobile setakat ni.\u00a0

Dikhabarkan juga bahawa PUBG Mobile akan bekerjasama dengan jenama automotive terkenal iaitu McLaren bagi\u00a0 membawa masuk salah satu supercar mereka ke dalam PUBG Mobile pada masa akan datang. Terus ikuti PUBG Mobile untuk dapatkan perkembangan terbaru.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/godzilla-vs-king-kong-tiba-di-pubg-mobile"} {"title": "Dota 2 The International 10 Tawar RM165 Juta Hadiah Terkumpul!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Valve telah mengumumkan bahawa kejohanan The International 10 akan berlangsung pada Ogos tahun ini. Kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada tahun lepas namun disebabkan oleh pandemik Covid-19 pihak mereka terpaksa tangguhkan. Kejohanan ini masih mengekalkan tempat perlawanan iaitu di Stockholm, Sweden.

Kejohanan Dota 2 kali ini sememangnya satu pertarungan yang hangat buat para peserta. Hal ini apabila pihak Valve menyatakan bahawa terdapat sebanyak RM165 juta hadiah terkumpul. Pasukan terkuat dari seluruh dunia akan berentap bagi merebut hadiah tersebut serta mendapatkan gelaran juara dunia dalam acara Dota 2.\u00a0\u00a0

Perlawanan akan berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos ini iaitu untuk peringkat kumpulan manakala untuk acara utama akan berlangsung pada 10 hingga 15 Ogos ini.

Berkenaan dengan penyertaan penonton secara fizikal, pihak Valve tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana keadaan Covid-19 masih tidak stabil. Mereka akan mengumumkan perkara ini pada bulan Jun mengikut situasi semasa. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web Valve.
\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dota-2-the-international-10-tawar-rm165-juta-hadiah-terkumpul"} {"title": "Pevita Pearce Duta PUBG Mobile Indonesia!", "body": "

Pevita Pearce kini menjadi salah seorang duta untuk PUBG Mobile Indonesia. Hal ini telah diumumkan secara rasmi melalui posting yang dimuat naik oleh instagram PUBG Mobile Indonesia dan juga instagram milik Pevita Pearce.

Pevita Pearce merupakan seorang model dan juga pelakon terkenal indonesia. Pengambilan beliau sebagai duta untuk PUBG Mobile merupakan satu pengalaman baru buat dirinya dalam dunia e-sport. Dalam posting yang dimuat naik oleh Pavita, beliau berkata, \u201cSaya merasa bangga untuk mengumumkan bahawa saya telah menjadi duta PUBG Mobile Indonesia.\u201d.

Pavita turut memberitahu bahawa terdapat pelbagai lagi kejutan yang akan diberikan sempena kerjasama beliau bersama PUBG Mobile Indonesia. Apa yang menarik, dalam perlawanan PMPL SEA Championship S3 yang akan berlangsung pada 23 Mei ini, selebriti yang menjadi duta untuk PUBG Mobile akan berentap di show match. Antara duta PUBG Mobile yang akan berentap ialah MK K-Clique (Malaysia), Pevita Pearce (Indonesia), Nanon (Thailand), dan Karik (Vietnam).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pevita-pearce-duta-pubg-mobile-indonesia"} {"title": "Evos Esport Berkolaborasi Dengan Puma!", "body": "

Baru-baru ini, MyGameOn melaporkan yang organisasi e-sukan Asia tenggara iaitu EVOS Esport mengesahkan bahawa mereka telah berkolaborasi dengan satu jenama pakaian terkemuka iaitu PUMA. Antara barang kolaborasi yang dikeluarkan ialah set eksklusif tracksuit EVOS Esport X PUMA.\u00a0

Tracksuit ini dikeluarkan khas sempena kolaborasi antara EVOS Esport bersama PUMA. Difahamkan juga bahawa para atlet EVOS Esport akan memperagakan tracksuit ini serta barangan lain bagi mempromosikannya

Terdapat juga banner eksklusif dalam permainan Mobile legends: Bang Bang berkenaan dengan kolaborasi ini. Kepada yang membeli tracksuit eksklusif tersebut, mereka akan memperolehi kod istimewa bagi menebus EVOS Battle Emote. Pelbagai lagi tawaran menarik yang akan diberikan sempena kolaborasi ini.

\u201cKami teruja bekerjasama dengan EVOS Esport. Dengan kerjasama ini, PUMA boleh mendekati esport serta gaming tempatan. Kolaborasi ini juga dianggap sebagai peneraju perkembangan industri sedia ada,\u201d kata Country Manager PUMA Malaysia, Steven Tan. Dalam pada itu, Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo pula berkata, EVOS Esport teruja dapat\u00a0 bekerjasama dengan PUMA. Beliau juga berharap kolaborasi ini dapat mendedahkan PUMA kepada para peminat e-sukan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-esport-berkolaborasi-dengan-puma"} {"title": "Game 101: Deck Dan Jenis-Jenis Card Dalam Marvel Snap", "body": "

Pada artikel sebelum ini kitorang dah cerita dekat korang tentang apa itu Marvel Snap. Untuk artikel kali ini kitorang akan cerita pula tentang Deck dan jenis-jenis card yang ada dalam Marvel Snap.

DECK

Setiap match, korang dibenarkan untuk membawa 1 Deck sahaja. Korang boleh bina berapa banyak Deck yang korang nak mengikut gameplay apa yang yang korang cuba nak bawa.

Untuk Beginner, beberapa Deck yang popular adalah seperti On Reveal Deck, On Going Deck dan macam-macam lagi.\u00a0

CARD

3 Benda penting yang korang kena tengok dekat card-card marvel ini adalah Cost, Power & jenis skill yang terdapat pada card tersebut.\u00a0

Cost adalah berapa banyak blue orb diperlukan untuk korang main card ini setiap pusingan. Power pula menunjukkan berapa banyak kuasa yang card ini ada. Dan yang terakhir sekali adalah jenis skill yang akan membantu korang untuk memenangi setiap perlawanan.

Dalam Marvel Snap ini ada lebih kurang 6 jenis card yang korang akan jumpa. 6 Jenis card tersebut adalah Destroy, Discard, Move, Ongoing, On Reveal dan No Ability.

Ada juga card yang akan ada dua jenis untuk 1 card contohnya seperti card Electro yang mana akan ada dua skill iaitu On Reveal dan juga Ongoing. Hari ini kita akan bercerita tentang Destroy dan Discard dahulu.

DESTROY

Macam apa yang korang tengok dari nama card ini, Destroy card akan mengalih keluar sepenuhnya kad lain sama ada dari lokasi yang sama dengan mereka sendiri atau dalam kedudukan alternatif.\u00a0

Kad tertentu akan mempunyai sinergi dengan kata kunci yang mana boleh menghalangnya daripada dimusnahkan seperti Wolverine atau membawa kepada mereka mendapat bonus jika kad lain mengalami nasib yang mengerikan ini.\u00a0

Kad yang musnah dialih keluar secara kekal daripada pertempuran, dan tidak seperti permainan kad lain, tidak ada Graveyard untuk kad ini dihantar yang mana ia boleh dipulihkan kemudian.

Ada beberapa Location yang menghalang dari card dimusnahkan. Salah satunya adalah Location Wakanda.

DISCARD

Discard akan mengeluarkan kad sama ada daripada tangan anda atau lawan anda. Ini bertindak dengan cara yang sama seperti Destroy, dengan kad dialih keluar daripada permainan dan bukannya diangkut ke kawasan alternatif.

Discard terbukti berguna tetapi lazimnya merupakan kesan yang sangat rawak, menjadikannya tidak boleh dipercayai dan agak sukar untuk dimainkan.

Selalunya kad dengan Discard akan mempunyai statistik yang lebih besar daripada purata untuk kosnya, atau mempunyai beberapa peningkatan lain untuk menebus pengorbanan salah satu kad korang.

Marvel Snap ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan di Steam untuk PC.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/game-101-deck-dan-jenis-jenis-card-dalam-marvel-snap"} {"title": "Animal Well - Permainan Video Pertama Oleh Bigmode Dan Shared Memory", "body": "

Pada tahun lepas, pengguna nama \u2018videogamedunkey\u2019 di Youtube telah menghasilkan satu studio khas untuk memperkenalkan syarikat penerbitan kerana minatnya yang tinggi terhadap permainan video.\u00a0

Mereka telah menamakan studio mereka Bigmode dan baru sahaja mengumumkan permainan mereka yang pertama iaitu Animal Well.\u00a0

Ia mengisahkan tentang pengembaraan sesuatu makhluk blob di dalam sebuah gua yang penuh dengan pelbagai haiwan yang besar dan kecil, ada yang musuh dan ada yang kawan.\u00a0

Dihasilkan oleh pembangun Shared Memory dan akan diterbitkan di bawah Bigmode, mereka telah membuka butang Wishlist di Steam buat masa ini dan akan tiba di PS5 juga. Tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/animal-well-permainan-video-pertama-oleh-bigmode-dan-shared-memory"} {"title": "Backfirewall_ Permainan Bertemakan Sistem Telefon Bakal Tiba Bulan Ini", "body": "

Nampaknya kita boleh rasa sendiri menjadi sebuah program di dalam telefon dengan permainan terbaru ini. Backfirewall_ sebuah permainan tentang pengembaraan di dalam sebuah telefon dengan kita bermain sebagai satu \u201cupdate assistant\u201d.\u00a0

Ceritanya bermula dengan sebuah update telah dijalankan pada satu telefon bernama OS9 tetapi OS9 tidak mahu ia berterusan kerana sistemnya nanti akan dipadamkan buat selama-lamanya. Sebab itu OS9 meminta kita, pemain untuk memberhentikan update pada dirinya.\u00a0

Korang akan bertembung dengan pelbagai puzzle bertemakan teknologi telefon termasuk juga cheat-codes yang diletakkan di merata-rata tempat. Dengan meletakkan elemen tragedi dan komedi dalam satu genre, nantikan Backfirewall_ pada 30 Januari 2023 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/backfirewall-permainan-bertemakan-sistem-telefon-bakal-tiba-bulan-ini"} {"title": "Filem Berdasarkan Gran Turismo Akan Tayang Bulan Ogos Nanti", "body": "

Seperti yang kita tahu, permainan video Gran Turismo meletakkan fokus pada perlumbaan antara kereta-kereta lumba. Oleh itu, Sony Pictures Entertainment telah memutuskan untuk menghasilkan satu filem live-action berdasarkan permainan ini sambil menceritakan kisah Jann Mardenborough.

Mereka akan menceritakan perjalanan hidup Jann Mardenborough dalam menjadi seorang pelumba kereta yang profesional di England selepas memenangi GT Academy. Ia akan melibatkan elemen cinta, drama dan tidak terkecuali juga aksi daripada perlumbaan kereta.

Mereka menyarankan untuk menonton Gran Turismo di dalam panggung wayang untuk merasai sendiri bunyi getaran tayar kereta lumba bagi mendapat pengalaman yang lebih mengasyikkan.\u00a0

Buat masa ini, sudah disahkan akan ditayangkan pada bulan Ogos tetapi tarikhnya akan diketahui kemudian.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-berdasarkan-gran-turismo-akan-tayang-bulan-ogos-nanti"} {"title": "PowerWash Simulator Akan Tiba Untuk Playstation Dan Nintendo Switch", "body": "

Walaupun PowerWash Simulator hanyalah sebuah permainan tentang membasuh tidak kira barang ataupun tempat. Ramai pemain telah mencubanya dan telah menerima banyak komen yang positif.

Oleh sebab itu, PowerWash Simulator meraih populariti dan sedikit demi sedikit FuturLab menaik taraf permainan ini dari solo ke multiplayer. Mereka pada mulanya melancarkannya pada 19 May 2021 untuk PC sahaja (melalui Steam) tetapi hanyalah dalam versi early access.\u00a0

Selepas setahun berlalu, mereka akhirnya melancarkan versi yang penuh pada 14 July 2022 untuk Xbox Series, Xbox One dan Microsoft Store (tambahan untuk PC). Dan masuk sahaja tahun 2023, mereka telah mengumumkan tarikh pelancarannya ke PS5, PS4 dan Switch iaitu pada 30 Januari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/powerwash-simulator-akan-tiba-untuk-playstation-dan-nintendo-switch"} {"title": "Sebelum Jadi Transformer, Johnson Asalnya Seorang Pemain Ragbi Terkenal", "body": "

Johnson asalnya hanyalah seorang manusia biasa sebelum dia menjadi cyborg yang boleh berubah menjadi sebuah kereta.

Satu hari nak dijadikan cerita, semasa Johnson tengah memandu kereta sport dia, seorang kanak-kanak perempuan telah berlari ke tengah jalan. Johnson sempat mengelak dari langgar budak perempuan tadi tapi telah menyebabkan dia terbabas dan mengalami kecederaan yang teruk.

Nasib dia baik sebab beberapa orang saintis dari Eruditio nampak kemalangan yang terjadi dan berjaya mengeluarkan Johnson dari keretanya.

Saintis-saintis tadi kenal Johnson sebab dekat Lawn of Dawn, Johnson ni merupakan salah seorang pemain Ragbi yang terkenal dan memang seorang remaja yang baik.

Disebabkan kecederaan yang teruk, saintis tadi mengambil keputusan untuk membawa Johnson ke makmal dorang untuk menyelamatkan nyawanya.

Dorang mengambil keputusan untuk menggabungkan minda dan badan Johnson dengan automobil dan akhirnya terciptalah adik Optimus Prime ni.

Sejak dari itu, Johnson menganggap yang ini adalah peluang kedua untuk dia membuat kebaikkan dan dia pun mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang Pengawal Negara. Dia merupakan pertahanan utama menentang musuh-musuh dari Dark Abyss.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sebelum-jadi-transformer-johnson-asalnya-seorang-pemain-ragbi-terkenal"} {"title": "Armaggeddon MKA-1C Neo - Gaming Keyboard Kompak Tapi Padu", "body": "

Memperkenalkan Mechanical gaming keyboard terkecil dari Armaggeddon iaitu MKA 1C Neo!

Keyboard 61 keys ini dilengkapi dengan 11 lighting effect dam mempunyai 3 jenis hot-swappable switches iaitu Clicky, Tactile dan Linear. Ianya didatangkan dengan 2 warna iaitu Hitam dan Putih.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/armaggeddon-mka-1c-neo-gaming-keyboard-kompak-tapi-padu"} {"title": "Netflix Mengesahkan Yang Season 2 Wednesday Bakal Hadir Di Platform Mereka", "body": "

Baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan salah satu siri popular Netflix 2022 iaitu Wednesday mungkin tidak akan ditayangkan di Netflix. Ia dikatakan mungkin akan ditayangkan di Amazon Prime Video.

Wednesday has been officially renewed for Season 2! pic.twitter.com/ekqlxP9ueW

\u2014 Netflix (@netflix) January 6, 2023

Namun pagi tadi Netflix melalui Twitter rasmi mereka telah mengumumkan yang Wednesday musim kedua bakal hadir di Netflix dan bukannya di platform streaming lain seperti yang digembar-gemburkan.

Wednesday merupakan siri Netflix 8 episode yang menjadi sangat popular pada tahun lepas. Ianya dibintangi oleh Jenna Ortega sebagai Wednesday, Emma Myers sebagai Enid Sinclair dan juga pelakon asal watak Wednesday untuk filem The Addams Family iaitu Christina Ricci sebagai Marilyn Thornhill.

Buat masa ini tiada info bila Wednesday musim kedua ini akan ditayangkan di Netflix.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-mengesahkan-yang-season-2-wednesday-bakal-hadir-di-platform-mereka"} {"title": "ROG Raikiri Pro - Xbox Controller Yang Ditambahkan Dengan Skrin OLED", "body": "

Asus telah memperkenalkan ROG Raikiri Pro iaitu produk terbarunya untuk console Xbox. Kali ini, mereka telah menambahkan skrin OLED yang bersaiz 1.3 inci sebagai satu ciri terbaru pada permukaan controller tersebut.\u00a0

Di situ, korang semua boleh letak apa-apa sahaja animasi dan menyemak dengan mudah status controller tersebut. Antaranya, status bateri dan mikrofon. Manakala, di belakangnya pula ditambahkan dengan empat butang yang boleh diubah suai berdasarkan permainan-permainan yang dimain.\u00a0

Bukan sahaja itu, ROG Raikiri Pro yang tidak menggunakan wayar, kini sudah boleh disambungkan melalui tiga pilihan iaitu Bluetooth, 2..4GHz dan USB-C termasuk juga speaker yang berteknologi ESS DAC.

Tetapi, buat masa ini mereka masih lagi belum mengesahkan tarikh pelancarannya lagi. Oleh itu, nantikan berita seterusnya tentang ROG Raikiri Pro.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-raikiri-pro-xbox-controller-yang-ditambahkan-dengan-skrin-oled"} {"title": "PlayStation VR2 Akan Menerima Update Gran Turismo 7 VR Secara Percuma", "body": "

Akhirnya, peminat Gran Turismo 7 boleh rasai sendiri memandu kereta Lamborghini Murcielago LP640 dengan tambahan baru permainan ini ke virtual reality. Jim Ryan, CEO PlayStation telah mengumumkannya baru-baru ini di Sony\u2019s Consumer Electronics Show.\u00a0

Boleh dikatakan ramai yang teruja dengan update ini sebab dalam Gran Turismo 7 banyak kereta yang mahal dan perlumbaan-perlumbaan yang sengit. Mereka juga tidak terlepas untuk kongsikan sedikit rakaman gameplay Gran Turismo 7 semasa pengumumannya.

Ianya akan menjadi satu update percuma buat permainan ini dan akan tiba pada tarikh sama dengan pelancaran PS VR2 iaitu pada 22 Februari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-vr2-akan-menerima-update-gran-turismo-7-vr-secara-percuma"} {"title": "HP OMEN Memperkenalkan Gaming Desktop Terbaru Dan OMEN Gaming Hub", "body": "

HP juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan produk terbaru mereka semasa acara CES 2023. Antara yang menarik perhatian kami adalah gaming desktop terbaru mereka iaitu OMEN 40L dan OMEN 45L.

Gaming desktop ini didatangkan dengan 13th Gen Intel Core i9-13900K processor dan juga NVIDIA GeForce RTX 4090 bagi memberikan 4K visual dan FPS yang lebih tinggi untuk para gamers.

Selain daripada gaming desktop, HP OMEN juga memperkenalkan OMEN Gaming Hub. OMEN Gaming Hub ini memberikan peluang kepada pengguna untuk bermain lebih 1450 game dari AAA studio dan juga Indie studio.

HP akan mengumumkan tentang harga tidak lama lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hp-omen-memperkenalkan-gaming-desktop-terbaru-dan-omen-gaming-hub"} {"title": "Kolaborasi PUBG Mobile Dan Bruce Lee Bakal Tiba Pada Bulan Ini", "body": "

Sempena update PUBG Mobile kepada versi 2.4, mereka telah memilih untuk berkolaborasi dengan Bruce Lee Family Company untuk mendapatkan kebenaran dalam menggunakan ikon Bruce Lee ke dalam permainan mereka.

The Martial Showdown adalah nama bagi event yang akan dilangsungkan nanti termasuk juga beberapa barangan kosmetik masa terhad akan ditambah. Antaranya ialah set Bruce Lee Kung Fu Soul, set Melee Expert dan set Mr. Kung Fu.

Untuk pemain pula, korang semua akan diberi peluang untuk sertai Dreamrealm Apprentice, sebuah event yang mempunyai pelbagai hadiah eksklusif tetapi perlu lalui cabaran yang disediakan dahulu.

Oleh itu, nantikan ketibaan Bruce Lee di PUBG Mobile pada 26 Januari nanti. Info seterusnya juga akan diberitahu pada tarikh yang sama.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-pubg-mobile-dan-bruce-lee-bakal-tiba-pada-bulan-ini"} {"title": "OnePlus Buds Pro 2 - Kerjasama Antara OnePlus Dan Juga Dynaudio", "body": "

OnePlus baru-baru ini telah mengumumkan wireless earbuds flagship terbaru mereka iaitu OnePlus Buds Pro 2 yang mana merupakan satu kerjasama antara mereka dan juga pengeluar loudspeaker terkenal dari Denmark iaitu Dynaudio.

Dilengkapi dengan feature MelodyBoost Dual-Driver dihasilkan oleh Dynaudio dengan 11mm woofer dan 6mm tweeter, OnePlus Buds Pro 2 ini dapat memberikan impak bass yang lebih padu dan juga suara yang lebih jelas.

OnePlus Buds Pro 2 ini juga dilengkapi dengan feature equalizer (EQ) yang pelbagai. Terdapat 1 default EQ dan 3 lagi EQ yang telah diubahsuai oleh Dynaudio iaitu Bold, Serenade dan Bass. Dynaudio mengatakan dengan EQ yang diubahsuai ini pasti akan memberikan bunyi yang lebih pure kepada pengguna.

Buat masa ini tiada lagi info sama ada OnePlus Buds Pro ini akan dijual di pasaran Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/oneplus-buds-pro-2-kerjasama-antara-oneplus-dan-juga-dynaudio"} {"title": "Acer Predator X45 Dan Predator X27U, Monitor Khas Untuk Para Gamers", "body": "

Semasa acara CES 2023 baru-baru ini, Acer juga telah memperkenalkan 2 monitor gaming untuk peminat-peminat mereka. Dua monitor tersebut adalah Acer Predator X45 dan juga Predator X27U.

Acer Predator X45 merupakan sebuah gaming monitor bersaiz 45 inci Ultra Wide Quad HD (UWQHD) curve monitor dengan bingkai yang lebih nipis bagi memperluaskan field of vision semasa korang menggunakannya.

Acer Predator X27U pula merupakan flat gaming monitor bersaiz 27 inci Wide Quad HD (WQHD) yang bukan sahaja sesuai untuk digunakan semasa bermain video games malah sesuai untuk daily usage seperti editing dan juga menonton video.

Kedua-dua monitor ini mempunyai 240Hz refresh rate dan 0.01 ms pixel response time. Digabungkan dengan teknologi AMD FreeSync Premium sudah semestinya akan memberikan gameplay yang lebih smooth kepada pengguna.\u00a0

Buat masa ini belum ada lagi info sama ada kedua-dua monitor ini akan dijual di pasaran Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-predator-x45-dan-predator-x27u-monitor-khas-untuk-para-gamers"} {"title": "Acer Memperkenalkan Dua Lagi Gaming Laptop Predator Helios Series Di CES 2023", "body": "

Pada acara CES 2023 baru-baru ini, Acer telah memperkenalkan dua laptop gaming terbaru mereka untuk Predator Helios Series.

Dua gaming laptop tersebut adalah Predator Helios 16 dan juga Predator Helios 18 yang mana kedua-dua yang menampilkan design dan spekfikasi yang agak mengkagumkan.

Kedua-dua gaming laptop ini dilengkapi dengan 13th Gen Intel Core i9 ataupun i7 HX processor dan juga NVIDIA GeForce RTX 4080 Laptop GPU.

Predator Helios 16 ini mempunyai skrin paparan sebesar 16 inci manakala untuk Predator Helios 18 pula mempunyai skrin paparan sebesar 18 inci. Dengan design matte black chassis yang simple dan bezels yang lebih nipis membuatkan kedua-dua gaming laptop dari Acer ini nampak lebih menarik.

Gaming laptop Predator Helios Series ini juga dilengkapi dengan feature enhanced thermal solution dengan dual custom-engineered 5th Gen AeroBlade 3D metal fan bagi memberikan heat flow yang lebih bagus ketika laptop ini digunakan untuk heavy work seperti photo dan video editing ataupun semasa bermain game.

Buat masa ini tiada lagi maklumat sama ada kedua-dua laptop ini akan dijual di Pasaran Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-memperkenalkan-dua-lagi-gaming-laptop-predator-helios-series-di-ces-2023"} {"title": "Jadual Perlawanan Bagi Pasukan Malaysia Di Playoff M4 World Championship", "body": "

Pada 4 Januari 2023 yang lepas, telah berakhirnya Group Stage untuk M4 World Championship yang mana memperlihatkan pasukan Todak dengan rekod tanpa kalah dan pasukan pertama yang layak ke Upper Bracket M4 World Championship dan juga Team HAQ yang berjaya bangkit selepas kekalahan pertama mereka dan juga berjaya ke Upper Bracket.

Playoff untuk M4 World Championship akan bermula pada 7 Januari 2023 dimana Team HAQ akan bertemu dengan pasukan ECHO dari Filipina. Manakala pasukan Todak pula akan bertemu dengan RRQ Hoshi dari Indonesia pada 8 Januari 2023.

Disini kitorang nak mengambil peluang mengajak korang untuk hadir ke Menara Kuala Lumpur pada malam ini bermula pada pukul 8 malam sehingga 10 malam untuk acara Light Up KL Tower.

Korang berpeluang untuk memenangi set Epic Skin seperti set Blazing Bounties, Dragon Tamer (Tidak termasuk skin Lancelot \u201cEmpyrean Flame\u201d, Lightborn, S.A.B.E.R dan juga V.E.N.O.M.\u00a0

Apa yang korang perlu buat adalah daftar di LINK ini, kemudian tangkap gambar selfie terbaik korang semasa acara Light Up KL Tower berlangsung dan upload dekat Instagram Story korang. Jangan lupa untuk tag @mplmy.official dan hashtag #BeraniMenjadiHebat. Terakhir sekali korang perlu screenshoot Instagram Story korang tadi dan upload dekat link yang kitorang berikan tadi.\u00a0

Besoknya pula korang boleh beramai-ramai hadir ke HomeBois Pitstop untuk menyaksikan Watch Party Playoff M4 World Championship. Ada ramai personaliti internet terkenal yang akan hadir seperti intanserah, xkpenjahat, zeemahmad, dennislimming dan juga cosplayer-cosplayer MLBB terkenal seperti Josette ' Le Josette ' Swan dan ramai lagi. Acara akan bermula pada pukul 6.30 petang.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-perlawanan-bagi-pasukan-malaysia-di-playoff-m4-world-championship"} {"title": "WHALIEN: Unexpected Guests Akan Dilancarkan Bulan Ini", "body": "

Selepas tiga bulan pengumuman permainan video WHALIEN: Unexpected Guests akan datang ke PC, Forbidden Folds yang merupakan developer untuk game ini akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan video ini iaitu pada 24 Januari 2023.

WHALIEN: Unexpected Guests adalah permainan video tentang pengembaraan yang penuh dengan puzzle dan sistem mekanikal yang menarik.

Perjalanan permainan ini bermula dengan Fin, seekor ikan paus mekanikal dan juga tempat tinggal Ernest Hemingwhale, watak yang dimain kita, telah terkena wabak Squiddies yang nakal.\u00a0

Sebagai seorang rakan yang baik dan juga manusia terakhir yang tinggal dalam Fin, Ernest mula pengembaraannya untuk memulihkan keadaan sambil berkenalan dengan pelbagai tetamu yang tidak disangka-sangka olehnya.

Buat masa ini, WHALIEN: Unexpected Guests hanya tersedia untuk PC sahaja, melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/whalien-unexpected-guests-akan-dilancarkan-bulan-ini"} {"title": "World War Z: Aftermath Akan Tiba Untuk PS5 Dan Xbox Series", "body": "

World War Z: Aftermath merupakan permainan video manusia melawan zombie yang akan tiba untuk PS5 dan Xbox Series tidak lama lagi.

Menurut Saber Interactive yang merupakan developer untuk permainan video ini mengumumkannya yang ianya akan dilancarkan bersama satu update terbaru iaitu Horde Mode XL pada 24 Januari 2023.

Bagi yang sudah ada World War Z: Aftermath di PS4 dan Xbox One, jangan risau sebab korang semua nanti boleh menaik tarafkan ke PS5 dan Xbox Series secara percuma.

Untuk Horde Mode XL ini hanya akan tersedia khas di PS5, Xbox Series dan PC sahaja. Ianya sama dengan Horde Mode biasa tetapi apa yang bezanya, di dalam wave biasa zombie akan ada wave istimewa bernama \u201cXL\u201d yang berjumlah sebanyak 1,000 zombie.

Bukan itu sahaja, pada perlancaran permainan video ini nanti kesemua versi World War Z akan mendapat update percuma untuk memperkenalkan mutator, senjata baru dan sistem progresi senjata yang sudah ditambah baik.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/world-war-z-aftermath-akan-tiba-untuk-ps5-dan-xbox-series"} {"title": "Playstation Memperkenalkan Project Leonardo, Controller Khas Untuk Orang Kurang Upaya", "body": "

Terdapat pelbagai jenis gamers di dunia ini, termasuk juga orang kurang upaya. Sebelum ini Xbox telah mengeluarkan controller tersendiri khas untuk orang kurang upaya pada awal tahun 2018.\u00a0

Kini Playstation juga telah mengikut jejak mereka dengan menghasilkan \u2018adaptive controller\u2019 tersendiri mengikut reka bentuk PS5. Mereka menamakan controller ini\u00a0 \u201cProject Leonardo\u201d.\u00a0

Mereka menciptakannya dengan keadaan boleh diubah suai mengikut kesukaan masing-masing. Cara ini akan memudahkan lagi orang-orang kurang upaya dalam bermain permainan video dari segi keselesaan dan masa.

Antara apa yang boleh diubah adalah button yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz termasuk juga penutup analog stick. Bukan sahaja itu, jarak antara analog stick dengan gamepad juga boleh diubah.

Untuk memudahkan lagi mereka, Project Leonardo juga membenarkan pernyambungan antara Project Leonardo yang lain ataupun DualSense wireless controllers selain daripada bermain solo.\u00a0

Buat masa ini, tiada lagi pengumuman tentang tarikh pelancarannya kerana controller ini masih lagi dalam pembangunan. Oleh itu, nantikan berita seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-memperkenalkan-project-leonardo-controller-khas-untuk-orang-kurang-upaya"} {"title": "Dapatkan Emote Safee Sali Sempena M4 World Championship", "body": "

Bintang bola sepak terkenal Malaysia, Safee Sali telah berkerjasama dengan MOONTON Games bagi sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia yang kini bertanding di M4 World Championship.

Selain itu, korang juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah in-game yang menarik yang juga memaparkan bintang bola sepak tersebut.

Dengan log-in dan menyelesaikan misi yang memerlukan 25 World Football Item, korang akan mendapatkan Emote Safee Sali dengan dengan ayat \u201cMalaysia Boleh\u201d.

Peminat juga boleh menyaksikan video khas yang mana menampilkan pemain-pemain Mobile Legends Malaysia, content creator MLBB Malaysia dan juga pro footballer.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-emote-safee-sali-sempena-m4-world-championship"} {"title": "3 Pemain Yang Bersinar Di MPL MY S10 Minggu Pertama Regular Season", "body": "

MPL MY ataupun Mobile Legends Professional League Malaysia telah memulakan Regular Season mereka pada minggu lepas. Pada minggu pertama ini kita dapat melihat Team Haq dan Red Esports berjaya mengungguli Group A dan juga Group B.\u00a0

Kita juga dapat melihat beberapa player yang menunjukkan prestasi yang agak bagus pada minggu pertama Regular Season ini. Untuk artikel kali ini, Adeen mengkongsikan 3 pemain yang agak bersinar dan patut diberikan perhatian sepanjang MPL MY S10 ini.

Mann, midlaner untuk pasukan yang baru masuk ke MPL iaitui Team Haq telah menunjukkan prestasi yang semakin baik selepas pengalaman yang beliau dapat sewaktu di MSC. Minggu pertama MPL, beliau telah menggunakan Nana dan Valentina secara tidak langsung berjaya untuk dapat MVP dengan corak permainan yang begitu baik. Mann menunjukkan tindak balas yang pantas untuk menentukan apa yang harus beliau lakukan di dalam setiap minit perlawanan. Positioning Mann jugak sangat baik menyebabkan perlawanan pertama beliau dengan Suhaz Esports tidak mencatatkan sebarang kematian. Tetapi mampukah Mann kekal prestasi beliau sepanjang MPLMY S10?

Walaupun bertukar pasukan Stormie masih lagi menunjukkan persembahan yang baik bersama Orange Esports. Stormie seorang pemain yang sangat bijak dan jarang melakukan kesilapan-kesilapan kecil di dalam sesebuah perlawanan menyebabkan dia sentiasa menjadi tunjak utama pasukan Orange Esports. Selain itu, positioning Stormie di dalam perlawanan menyebabkan dia sukar untuk dicari dan sukar untuk dibunuh kerana itu juga kita lihat KDA Stormie cantik sahaja. Kali ini, Stormie membesarkan lagi hero pool beliau dengan membawa masuk hero selain mage di bahagian midlane (helcurt) dan perkara itu menjadi untuk Orange Esports dimana mereka berjaya menewaskan pasukan Homebois. Awas ya semua pasukan, Stormie is coming for you!

Mint, kalau ada anugerah pemain paling kacak di MPL musim kali ini confirm beliau boleh menang. Bukan sahaja hensem rupa paras tapi corak permainan beliau pada MPL kali ini juga boleh dikatakan agak memberangsangkan. Mint merupakan seorang pemain yang handal dalam situasi 1v1 dimana beliau bijak zoning musuh, freeze minion dan secara tidak langsung memenangkan fasa laning di goldlane.

Tambahan pulak, kita dapat lihat bagaimana chemistry diantara beliau bersama rakan-rakan begitu tinggi sekali. Mereka seolah-olah dah main begitu lama di MPL, Nampak tenang dan selesa berada di atas pentas MPL. Tapi masih lagi awal di dalam musim liga MPLMY S10, Mint harus teruskan prestasi beliau untuk membantu Team Lunatix layak ke playoffs.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-pemain-yang-bersinar-di-mpl-my-s10-minggu-pertama-regular-season"} {"title": "Hotel Esports Tencent Diurus AI", "body": "

Pembukaan hotel esports di Hangzhou, China merupakan usaha kolaborasi antara Tencent dan Ouyu Technology untuk menggalakkan aktiviti esports dan memajukan industri gaming di China.\u00a0\u00a0

Hotel ini mempunyai kelengkapan untuk pelbagai jenis pemain dan memberi pengunjungnya pengalaman latihan profesional esports. Hotel ini akan memberi ruang untuk pemain dan pengunjung untuk mengembangkan pengalaman bermain serta menaik taraf skill anda.

Tambahan pula, hotel ini diurus oleh VEEGY iaitu Artificial Intelligent yang mengendalikan hotel ini ala-ala Siri dan Alexa. Selain daripada pengendalian, ia juga merupakan jurulatih kepada pengunjung yang ingin melakukan ujian kemahiran pemain esports.

Di samping itu, hotel ini mempunyai bilik bertema, area latihan dan viewing secara langsung. Anda boleh kunjungi hotel esports ini pada akhir bulan Ogos ini tidak kira sama ada anda seorang pemain profesional mahupun pengunjung yang ingin merasa pengalaman unik ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hotel-esports-tencent-diurus-ai"} {"title": "Riot Games Melarang Bekas Jurulatih TSM Daripada Penglibatan Dalam LoL", "body": "

Bekas jurulatih pasukan Team SoloMid (TSM) Peter Zhang telah didakwa melanggar etika kewangan dan pengambilan pemain pada awal tahun 2022. Menurut kenyataan pasukan TSM, beliau mengenakan potongan pendapatan kepada pemain China dan Taiwan dan menjanjikan posisi mereka dalam pasukan tersebut.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah etika terhadap pemain, bekas pemain dan staf TSM. Namun, beliau menafikan segala salah lakunya di Twitter pada bulan Mac lalu namun tiada keluaran kenyataan balasan daripada pasukan TSM.

Kini, akaun Twitternya sudah dipadam dan Riot Games telah melarang beliau daripada melibatkan dirinya daripada sebarang aktiviti pasukan atau organisasi pertandingan yang melibatkan francais mereka.\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-games-melarang-bekas-jurulatih-tsm-daripada-penglibatan-dalam-lol"} {"title": "Fatal Fury Kembali Dengan Permainan Baru Selepas 23 Tahun", "body": "

Studio SNK telah mengumumkan keinginan untuk mengeluarkan permainan baru francais Fatal Fury sejak keluaran Garou: Mark of the Wolves pada 1999. Selepas 23 tahun, permainan klasik ini ingin kembali ke arena genre fighting games dengan imej baru.\u00a0

Untuk pengetahuan pembaca, francais Fatal Fury: King of Fighters merupakan permainan fighting yang popular di era 1997 apabila permainan seperti Street Fighter II sering kali menjadi hiburan para pemain di seluruh dunia.\u00a0\u00a0\u00a0

Keluaran video teasernya baru-baru ini tidak mempunyai sebarang informasi mengenai permainan ini selain daripada pengembalian francais ini. Agaknya, apakah pendekatan yang akan diambil oleh SNK untuk menarik perhatian pemain zaman sekarang selain daripada tarikan nostalgianya?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fatal-fury-kembali-dengan-permainan-baru-selepas-23-tahun"} {"title": "Marvel Midnight Sun Ditunda Ke Akhir 2022", "body": "

Dukacitanya, permainan Marvel baru yang dibawah komik Midnight Sun telah diumumkan untuk ditunda ke akhir 2022 ini. Pihak Midnight Sun telah mengeluarkan kenyataan ini di Twitter baru-baru ini.\u00a0

Midnight Sun merupakan permainan role-playing turn-based dimana pemain bermain sebagai The Hunter yang mempunyai lebih daripada 40 pilihan kuasa. Bina kredibiliti anda dan kumpul sepasukan superhero untuk menentang Lilith, ibu syaitan.\u00a0

Menurut kenyataan pasukan Midnight Sun, permainan ini merupakan projek mereka yang terbesar lalu ingin lebih banyak masa untuk memastikan proses pembangunnannya adalah lengkap.\u00a0

Tambahan pula, mereka ingin memastikan kepuasan pemain dan peminat yang telah memberi sokongan kepada mereka selama ini. Mereka menjanjikan keluaran permainan ini pada akhir tahun 2022 di platform seperti PC, Xbox Series X/S, PS5, Xbox One, dan Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-midnight-sun-ditunda-ke-akhir-2022"} {"title": "Blizzard Umumkan Pembatalan Permainan Mobile World of Warcraft", "body": "

Diberi nama kod Neptune, permainan spin off yang berbentuk mobile ini telah dalam pembangunan selama tiga tahun. Oleh itu, berita pembatalan daripada Blizzard ini telah mendatangkan kejutan kepada para pemain WoW.\u00a0

Menurut ura-ura, pembatalan ini adalah disebabkan konflik kewangan dengan syarikat pengeluarnya iaitu NetEase. Namun, salah seorang wakil Blizzard iaitu Andrew Reynolds telah menafikan kenyataan tersebut.

Dengan keluaran Diablo Immortal baru-baru ini, nampaknya Blizzard banyak menunjukkan usaha mereka untuk lebih fokus kepada pembangunan permainan mobile. Agaknya, francais manakah yang akan dikeluarkan sebagai permainan mobile oleh Blizzard nanti?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blizzard-umumkan-pembatalan-permainan-mobile-world-of-warcraft"} {"title": "Quake Pro League 2022 Akan Berlangsung Di Romania", "body": "

Pemain tegar first person shooter sekurang-kurangnya pernah dengar nama permainan klasik ini iaitu Quake. Dikeluarkan pada 1997, permainan ini memegang gelaran Raja FPS.\u00a0

Salah satu liga kejohanan permainan ini ialah Liga Antarabangsa Quake Pro 2022 yang dianjurkan oleh PGL Studios di Bucharest, Romania. 24 pemain akan bertanding secara live LAN bermula 18 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2022 menggunakan format double elimination.

Pusingan kelayakannya telah dibuat pada 19 Jun 2022 secara atas talian dan dibuka secara global untuk mengisi empat tempat kelayakan. Namun begitu, salah seorang pemain kelayakan dan tiga pemain jemputan telah digantung akibat konflik Ukraine.

Saksikan liga antarabangsa ini secara langsung di Quake dan Xbox di Twitch pada 18 Ogos 2022 sehinggalah 20 Ogos 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/quake-pro-league-2022-akan-berlangsung-di-romania"} {"title": "Grand Final PMPL MYSGPH Fall 2022 - 16 Pasukan Layak Ke Grand Final", "body": "

Minggu ketiga Playoff sudah tamat dengan pengumuman 16 pasukan yang akan layak ke Grand Final musim ini.

Berdasarkan leaderboard dan kutipan mata bonus, pasukan yang akan bertanding untuk prize pool sebanyak 150,000 USD ini ialah Geen Fam diikuti oleh SEM9, DBD, NSEA, BOSS, GNZ, Team Secret, DoZ, 4RVL, RSG, AXIS, Team HAQ, CRVP, YALL, MAB Esports dan Pasukan SMG .\u00a0

Duka citanya, pasukan posisi 17 sehingga 20 seperti HYVE, Farang Lejund, Homebois dan Mugen terlepas peluang dan telah tersingkir daripada lineup untuk pusingan seterusnya.

Saksikan pusingan Grand Final nanti secara langsung di Youtube dan Twitch pada 26 Ogos 2022 hingga 29 Ogos 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/grand-final-pmpl-mysgph-fall-2022-16-pasukan-layak-ke-grand-final"} {"title": "Garena Masters 2022 Kembali Dengan Musim Ketiga", "body": "

Kebanyakan kejohanan esports telah mula berlangsung secara fizikal setelah 2 tahun atas talian termasuk Garena Masters 2022. Kejohanan ini akan melangsungkan musim ketiganya di Manila Ballroom, Marriot Hotel di Filipina pada 12 Ogos hingga 14 Ogos 2022.

Negara yang terlibat ialah Filipina, Malaysia dan Singapura dengan format Double Elimination Bracket dan Best Of 5. 15 Pasukan akan bertanding untuk membawa pulang gelaran juara dan wang daripada prize pool yang bernilai 25,000 USD.\u00a0

Pasukan tanah air seperti SEM9 dan 21 Huntsmen akan berhadapan dengan pasukan seperti Omega Esports, Blacklist Ultimate, ALMGHTY, M420 LowKings, vVv Esports, C8 Legacy, Acno Finesse, C8 United, PDR Esports, RTL Esports, Sector Zero, CKG Legacy dan NV Doctors.\u00a0

Saksikan perlawanan ini secara langsung di akaun Youtube dan Twitch Garena.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/garena-masters-2022-kembali-dengan-musim-ketiga"} {"title": "Esports Komanwel 2022: Malaysia Bawa Balik 3 Pingat Emas", "body": "

Malaysia telah menghantar wakil pemain esports untuk menurut serta dalam divisi esports sukan Komanwel 2022.yang bermula 28 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022. Kini, pemain esports tanah air telah mengumpul sebanyak 3 pingat emas dalam kejohanan antarabangsa ini.

Salah satu kemenangan Malaysia adalah di bawah kategori DOTA 2. Pasukan wanita DOTA 2 Malaysia telah mendominasi pentas kejohanan ini dengan kemenangan bersih tanpa sebarang kekalahan.\u00a0

Tambahan pula, Malaysia juga telah mendapat emas dalam \u2018Open\u2019 kategori DOTA 2 dimana pasukan lelaki kita telah menewaskan pasukan England 2-1. Nampaknya, dunia esports DOTA 2 di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dengan kehadiran pemuda berbakat kita.

Seorang lagi pemain esports FIFA iaitu Haikal juga telah menangkan pingat emas di kategori CEC yang merupakan salah satu sukan pameran Esports Komanwel 2022. Beliau telah menewaskan pesaing dari Scotland dengan mata 2-0.\u00a0

Kemenangan pemain esports kita di peringkat antarabangsa ini merupakan kejayaan yang mesti dibanggakan. Tahniah kepada pasukan Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esports-komanwel-2022-malaysia-bawa-balik-3-pingat-emas"} {"title": "Ulang Tahun Ke-20 CD Projekt Red Akan Datang Minggu Depan", "body": "

Baru-baru ini, CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa ulang tahun ke-20 mereka akan datang pada minggu depan. Studio permainan yang telah mengeluarkan permainan popular seperti siri The Witcher dan juga Cyberpunk 2077 ini akan mencecah 20 tahun pada minggu depan.

Di samping ulang tahun ini, siaran Steam telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan jualan untuk permainan CD Projekt Red untuk meraikan ulang tahun ke-20 mereka.

Ini adalah berita yang menakjubkan untuk peminat siri The Witcher kerana permainan kegemaran mereka akan mengadakan jualan. Mungkin mereka yang bukan peminat juga akan mendapat insentif untuk membeli dan mengalami permainan-permainan studio CD Projekt Red kerana jualan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ulang-tahun-ke-20-cd-projekt-red-akan-datang-minggu-depan"} {"title": "Demo Untuk Mod Fallout London Kini Sudah Tiba Untuk PC", "body": "

Selepas dua tahun penantian dan keterujaan daripada peminat tak dilupakan \u00a0kerja keras dan dedikasi yang luar biasa daripada developer, sebuah demo untuk mod Fallout London akhirnya telah dikeluarkan untuk Fallout 4 di PC.

Peminat mod ini boleh muat turun dan bermain demo untuk Fallout London melalui Nexus Mods. Keluaran ini akan mempamerkan rupa versi lengkapnya, dan ia datang dengan misi singkat, serta pengenalan penjual baharu yang dipanggil Nick the Fence.

Ini adalah berita besar untuk peminat mod ini dan walaupun ia hanya demo, ini adalah petanda bahawa mod ini semakin hampir dengan keluarannya. Pada masa ini, developer untuk mod Fallout London masih memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu mereka dalam penyiapan projek ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/demo-untuk-mod-fallout-london-kini-sudah-tiba-untuk-pc"} {"title": "Controller Eksklusif Terbaru Dari Xbox Kini Akan Tiba", "body": "

Kita hidup dalam zaman crossover dan kolaborasi. Oleh itu, ia tidak begitu mengejutkan untuk melihat controller Xbox mendapat kolaborasi dengan beberapa artis muzik.\u00a0

Baru-baru ini, Xbox telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat controller eksklusif baharu. Controller ini adalah sebahagian daripada kolaborasi dengan Benny Blanco, BTS dan Snoop Dogg. Kehebatan controller ekslusif ini ialah ia menyanyi. Apabila anda menekan butang tertentu pada pengawal ini, speaker khas di bahagian belakang mula memainkan muzik.

Controller Xbox Bad Decisions tidak akan tersedia untuk pembelian, peminat perlu memenanginya dalam pertandingan Twitter. Mereka perlu mengikuti @Xbox dan tweet semula dengan #BadDecisionsSongXboxSweepstakes untuk peluang memenangi controller Xbox eksklusif ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/controller-eksklusif-terbaru-dari-xbox-kini-akan-tiba"} {"title": "Joy-Con Nintendo Switch Akhirnya Serasi Di Steam", "body": "

Steam dikenali untuk pengalaman pengguna yang lancar, serasi dan intuitif. Oleh itu, Steam\u00a0 telah dipuji berkali-kali sebagai platform dan launcher permainan PC terbaik sejak penubuhannya.

Valve kurang memberi tumpuan dalam membuat permainan dan lebih memfokuskan pada hardware dan platform mereka. Walaupun mereka mengeluarkan permainan seperti Half-Life: Alyx, mereka cenderung menumpukan kepada inovasi dan mengelakkan pengalaman permainan yang derivatif.

Baru-baru ini, Steam telah membuatkan controller Joy-Con Nintendo Switch serasi untuk platform nya. Bukan sahaja Joy-Con kini serasi dengan Steam pada PC, tetapi pengguna Steam Deck juga boleh memanfaatkan update ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/joy-con-nintendo-switch-akhirnya-serasi-di-steam"} {"title": "Topson Ingin Kembali Ke Dunia Esports", "body": "

Pemain Monkey King terbaik di dunia merupakan gelaran untuk Topson atau nama sebenarnya Topias Taavitsainen yang dahulu telah bermain dibawah OG Esports sebagai mid laner.\u00a0

Beliau telah membantu pasukannya memenangi The International dua kali berturut-turut pada tahun 2018 dan 2019 sebagai salah satu pemain core. Setelah empat tahun bermain untuk pasukan ini, beliau telah mengambil keputusan untuk berehat.\u00a0

Meluangkan masa rehatnya di Malaysia, beliau telah stream dan bermain di server Asia Tenggara. Kini, beliau mengumumkan niatkan untuk kembali semula ke dunia esports setelah sembilan bulan berlalu.\u00a0

Beliau ingin pulang ke Finland untuk mencari pasukan baru untuk bertanding di The International Musim Kesebelas dan mendapat kemenangan ketiganya. Namun, beliau masih menganggap pasukan OG sebagai rumahnya menurut temu bual di dokumentari Road to The International with BMW.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/topson-ingin-kembali-ke-dunia-esports"} {"title": "Tiket Jualan TI 11 Dibuka Tidak Lama Lagi", "body": "

Kejohanan antarabangsa DOTA 2 iaitu The International kembali dengan musim kesebelas dan akan berlangsung di Indoor Stadium Singapura pada tahun ini. Berita baik buat peminat sekalian kerana jualan tiket kejohanan ini akan dibuka tidak lama lagi.\u00a0

The International 11 akan memulakan Playoffs bermula 20 Oktober sehingga 23 Oktober 2022. Tiket untuk pusingan ini adalah anggaran RM 280 untuk sehari. Manakala, pusingan Grand Final yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2022 adalah berharga RM 1600 dan ke atas.\u00a0\u00a0

Untuk yang berminat untuk membeli, jualan tiket ini akan bermula pada hari Sabtu, 13 Ogos 2022 pada 10 pagi. Pembeli daripada Singapura juga boleh mendapatkan tiket mereka secara fizikal melalui pos.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiket-jualan-ti-11-dibuka-tidak-lama-lagi"} {"title": "Steam Kembali Ke Indonesia", "body": "

Lepas Indonesia memperkenalkan undang MR5, beberapa syarikat tidak sempat atau mahu mendaftar untuknya. Ini mungkin disebabkan oleh sifat undang tersebut yang tidak beretika.

Baru-baru ini, Steam telah berjaya mendaftar untuk MR5. Sekarang, servis-servis Steam sudah tersedia untuk pengguna di Indonesia. Selain daripada Steam, servis PayPal, Yahoo, Google, Meta, TikTok, Netflix dan Spotify sudah semua kembali juga.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa syarikat akan memprotes terhadap undang-undang yang tidak beretika dan melanggarkan privasi, kita boleh anggap bahawa mereka sangat kecewa. Buat masa ini, hanya Epic Games yang belum kembali ke Indonesia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-kembali-ke-indonesia"} {"title": "Dead by Daylight Berkolaborasi Dengan Resident Evil: PROJECT W", "body": "

Dead by Daylight telah bekerja sama dengan pelbagai permainan dan watak filem sebelum ini seperti Nightmare on Elm Street, Scream, Stranger Things dan banyak lagi. Mereka juga telah bekerja dengan rancangan anime seperti Attack on Titan.

Baru-baru ini, Dead by Daylight telah berkolaborasi dengan Resident Evil untuk kali kedua. Kali ini, mereka menambahkan watak-watak dari Resident Evil yang berbeza. Mereka telah menambah Albert Wester sebagai pembunuh baru dan juga Ada Wong dan Rebecca Chambers sebagai survivor baru.

Selain daripada watak baharu, kerjasama ini juga akan update Raccoon City Police Department map. Malangnya, tarikh keluaran watak-watak Resident Evil ini belum lagi ditetapkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dead-by-daylight-berkolaborasi-dengan-dead-by-daylight"} {"title": "Steam Deck Mungkin Dapat Mengalahkan Nintendo Switch", "body": "

Sejak penubuhannya, Steam Deck telah dipantau kerana kerurangan permainan di awal keluarannya. Ia pertama kali dilihat sebagai konsol yang akan mempunyai sedikit atau tiada sokongan kerana sifat penyesuaiannya.

Tetapi secara beransur-ansur, konsol ini telah mendapat lebih banyak permainan yang disahkan untuknya. Ia telah sampai ke tahap di mana terdapat lebih daripada 3000 permainan yang disahkan secara rasmi untuk Steam Deck.

Antara permainan paling popular yang kini disahkan untuk Steam Deck ialah Elden Ring, Spider-Man Remastered, The Witcher 3: Wild Hunt, Hades dan juga Cuphead. Semua ini dan banyak permainan lain kini disahkan dan dioptimumkan sepenuhnya untuk dimainkan di Steam Deck.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-deck-mungkin-dapat-mengalahkan-nintendo-switch"} {"title": "Meet Your Maker - Game Terbaru Dari Developer Dead By Daylight", "body": "

Baru baru ini, Behaviour Interactive telah mengeluarkan trailer untuk permainan terbaru mereka, Meet Your Maker. Trailer reveal yang mereka keluarkan baru-baru ini memberi kita pandangan yang baik tentang gaya rupa dan sedikit gameplay.

Meet Your Maker adalah permainan aksi pembinaan bangunan PvP yang terletak dalam dunia apokaliptik. Pemain boleh memilih sama ada untuk menjadi pembina base dan cuba menghalang penceroboh atau menyerbu, meroboh dan membunuh pemain lain dan pembinaannya.

Tarikh official release Meet Your Maker belum lagi diberikan tetapi Behaviour Interactive telah menyatakan bahawa permainan ini dijadualkan untuk dikeluarkan pada 2023. Meet Your Maker akan tersedia untuk dimainkan di PC, PlayStation dan Xbox.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/meet-your-maker-game-terbaru-dari-developer-dead-by-daylight"} {"title": "Gyutaro Tiba Di Demon Slayer: The Hinokami Chronicles", "body": "

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba - The Hinokami Chronicles adalah sebuah permainan video bertemakan action-adventure yang dibangunkan oleh CyberConnect2.\u00a0

Permainan ini boleh dimainkan secara Adventure Mode di mana pemain akan mengikut jalan penceritaan watak utama, Tanjiro Kamado atau Versus Mode, berlawan dengan 2 pemain lagi secara online atau offline.

Sudah tersedia sebanyak 30 karakter yang boleh dimain oleh pemain. Ada 6 daripadanya adalah karakter sama tetapi pakaian berbeza, 6 lagi daripadanya ditambah selepas beberapa update dan 6 lagi adalah karakter DLC (konten yang boleh dimuat naik) yang perlu dibayar terlebih dahulu.\u00a0

Pada bahagian DLC akan ditambahkan karakter baru bernama Gyutaro, seorang demon berpangkat Upper Rank Six dan abang kepada demon bernama Daki. Dia bersama dengan adik perempuannya adalah musuh semasa peristiwa Entertainment District.

Aniplex serta CyberConnect2 telah pun mengesahkan tarikh pelancarannya iaitu pada 16 November 2022, hari Rabu minggu ini. Nantikan pelancarannya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gyutaro-tiba-di-demon-slayer-the-hinokami-chronicles"} {"title": "Mobile Legends X Neymar Bakal Bermula Bulan Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends baru saja mengumumkan kerjasama terbaru mereka bersama bintang bola sepak terkenal, Neymar da Silva Santos Junior!

Kerjasama yang dilakukan bersempena FIFA World Cup Qatar 2022 ini akan memperlihatkan dua skin terbaru untuk MM pilihan ramai iaitu Bruno.

Dua skin terbaru yang akan menampilkan Neymar sebagai Bruno adalah Neymar Jr dan juga Halo Striker!

Event ini telah pun bermula pada 11 November 2022 dan korang bakal mendapatkan peluang untuk menebus skin Neymar Jr pada 19 November 2022. Bukan itu saja, korang juga dapat menebus Neymar signature pose dan juga emoji jersey yang dipakai oleh Neymar dalam event ini.

Bagi mendapatkan skin Halo Striker pula, ianya boleh didapatkan dengan menyelesaikan misi \u201cLucky Flip\" yang bermula dari 20 November 2022 sehingga 18 Disember 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-x-neymar-bakal-bermula-bulan-ini"} {"title": "Pendaftaran MPL MY Musim Kesebelas Bermula Akhir Bulan Ini", "body": "

Selepas sahaja MPL MY Musim Kesepuluh melabuhkan tirai dengan memperlihatkan Team HAQ berjaya muncul sebagai juara, kini pihak Mobile Legends: Bang Bang telah mengumumkan yang MPL MY Musim Kesebelas pula bakal membuka pendaftaran pada akhir bulan ini.\u00a0

Pendaftaran untuk kejohanan terbesar di Malaysia ini akan bermula pada 28 November 2022 dan ditutup pada 11 Disember 2022. Bagi pusingan kelayakan pula, ianya akan bermula dari 16 Disember sehingga 18 Disember 2022.

Untuk kejohanan kali ini, juara bukan sahaja akan membawa pulang sebahagian dari prizepool berjumlah USD100,000 tapi mereka juga berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2023 nanti!

Seperti biasa perlawanan akan disiarkan secara langsung di Youtube dan Facebook rasmi MPL MY dan untuk sebarang info lanjut, korang boleh check semua sosial media rasmi Mobile Legends: Bang Bang Malaysia.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-mpl-my-musim-kesebelas-bermula-akhir-bulan-ini"} {"title": "Project The Perceiver - Permainan Video Terbaru Paper Games", "body": "

Paper Games, sebuah studio terletak di China telah mendedahkan permainan mereka yang baru iaitu Project The Perceiver. Sebuah permainan bertemakan open-world action dan dibangunkan sekali dengan 17ZHE, sebuah sub-studio dalaman.\u00a0

Apa yang mengejutkan tentang berita ini, studio yang membangunkan permainan ini terkenal dengan permainan dress-up mereka iaitu Shining Nikki dan siri Nikki Up2U jadi, peminat semua tidak menyangka mereka akan mengeluarkan permainan luar dari kebiasaan mereka.\u00a0

Berdasarkan video trailer mereka, Project The Perceiver terletak di dunia fantasi era bersejarah China dengan kombat diinspirasikan dari permainan Dark Souls. Pemain juga akan berjumpa dan perlu memahami pelbagai karakter berbeza yang menghadapi pergolakan. Selepas itu, menukarkan keinginan mereka kepada topeng dan berduel ganas.\u00a0

Buat masa ini, Project The Perceiver tiada lagi pengesahan tarikh pelancaran tetapi telah disahkan pelancarannya ke PlayStation. Oleh itu, nantikan lagi berita mereka yang seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/project-the-perceiver-permainan-video-terbaru-paper-games"} {"title": "Ultra Heroes Tour SEA Dianjurkan Di Malaysia", "body": "

Anjuran Ultra Heroes Tour SEA sudah pun berlangsung dari 10 November 2022 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor. Program ini diadakan bawah jenama Tamashii Nations, dibawa oleh Bandai Spirits dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd.\u00a0

Peminat di Malaysia bagi siri Jepun yang ikonik ini pasti akan terpikat dengan bahagian best di program ini. Antaranya, pengunjung akan berpeluang berjumpa dengan Ultraman Decker! Ultraman terkini bagi siri francais Ultraman yang popular dan sedang disiarkan di Jepun. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan patung Ultraman Decker bersaiz manusia!

Pengunjung boleh juga melihat secara depan-depan Ultraman beraksi sinematik seperti di filem mereka.\u00a0

Selain itu, akan ada juga ditayangkan satu video istimewa menampilkan pelakon bintang Jepun, Hiroki Matsumoto sebagai Ultraman Decker dan Raiga Terasaka sebagai Ultraman Trigger.

Akan dipaparkan juga berbagai-bagai diorama yang hebat dan barisan jualan koleksi figurines baru dari S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations.

Berlangsung pada hari Sabtu (12, 19 dan 26 November 2022) dan hari Ahad (13, 20, 27 November 2022) setiap jam 1 petang, 4 petang dan 7 petang. Selamat Berkunjung!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ultra-heroes-tour-sea-dianjurkan-di-malaysia"} {"title": "Update 2.1 Tower Of Fantasy Tiba Bulan November Ini", "body": "

Pada hari ini, kita mendapat berita dari Level Infinite, syarikat penerbitan dan Hotta Studio, pengusaha Tower of Fantasy tentang update terkini permainan video tersebut. Versi 2.1 akan dinamakan sebagai Confounding Labyrinth dan akan tiba pada 22 November 2022 nanti.

Seperti namanya Labyrinth\u00a0, ia adalah satu kawasan bawah tanah yang besar, penuh dengan misteri dan terletak betul-betul di bawah Mirroria. Dikatakan lagi, perkara yang ada di dalam ruang kucar-kacir ini tidak patuh pada mana-mana undang di alam semesta ini.\u00a0

Oleh itu, pemain akan bertembung dengan pelbagai bentuk bumi dan pemandangan indah, tidak terkecuali juga runtuhan binaan dari masyarakat misteri.\u00a0

Tambahan lagi, simulacrum terkini juga telah dilancarkan semalam. Saki Fuwa, seorang kapten Mirroria Security Special Forces dan satu-satunya manusia tulen di dalam kumpulan tersebut kerana tidak pernah melakukan apa-apa perubahan biomekanikal pada dirinya.

Saki Fuwa amat suka dengan gaya lawan kendo purba dan selalu berpakaian tradisional uniform kendo. Dia mempunyai kuasa dalam menumpukan tumpuan sepenuhnya pada satu serangan sehingga menghasilkan satu boost kuat dan kehebatan kombat. Saki Fuwa selalu bersedia dengan senjatanya yang sangat kuat iaitu Heartstream.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/update-2-1-tower-of-fantasy-tiba-bulan-november-ini"} {"title": "Call Of Duty: Mobile Menyambut Ulang Tahun Ke-3", "body": "

Sempena menyambut ulang tahun Call of Duty: Mobile yang ke-3, Garena telah membuat penambahan pada kandungan dan hadiah baru di Musim 10.\u00a0

Apa yang lagi menariknya, untuk musim ini mereka telah bekerjasama dengan pemain bola sepak superstars iaitu Leo Messi, Neymar Jr. dan Paul Pogba untuk melangsungkan tema mereka kali ini.\u00a0

World Class adalah nama yang diberi bagi tema bola sepak musim ini dan sudah semestinya pemain boleh mengharapkan banyak item baru, hadiah dan easter eggs yang tersembunyi sepanjang musim berlangsung.\u00a0

Seperti yang dikatakan sebelum ini, terdapat tiga superstars akan bekerjasama dengan Call of Duty: Mobile dan mereka semua akan ditampilkan sebagai karakter istimewa yang korang boleh main dalam masa terhad.\u00a0

Selain itu, Crossroads Strike - nama bagi peta baru di bahagian peta Multiplayer akan dilancarkan sekali. Terletak di balai tentera yang penuh dengan salji dan hutan beku. Bukan itu sahaja, akan ditambahkan juga dengan senjata baru, LAPA.\u00a0

Dilengkapi dengan damage yang tinggi dan ketepatan yang hebat, medium-speed SMG ini korang perlu perhatikan betul-betul!

Battle Pass kali ini akan menampilkan banyak item bertemakan bola sepak dan kesemuanya pemain boleh mengunakannya. Antara senjata yang pemain akan dapat adalah senjata ASM10 - Midfield, NA-45 - Athletic Soul dan LAPA.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-menyambut-ulang-tahun-ke-3"} {"title": "PUMA x Pokemon Kini Tiba Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini PUMA telah mengumumkan kerjasama mereka bersama dengan Pokemon Company International dalam koleksi terbaru mereka.

Koleksi ini akan menampilkan watak-watak popular dari siri Pokemon seperti Pikachu, Bulbasaur, Charmander dan Squirtle.

Untuk koleksi kasut mereka, mereka akan menampilkan PUMA Slipstream bertemakan Charmander manakala untuk PUMA Suede dan PUMA Rider FV pula akan bertemakan Pikachu, Bulbasaur dan juga Squirtle.

Bukan untuk kasut sahaja, kerjasama ini juga boleh dilihat pada jacket, sweatpants, T-shirts dan juga hoodies.\u00a0

Kalau korang berminat, korang boleh dapatkan barang-barangan ini di kedai rasmi PUMA terpilih seperti di KLCC, Pavilion, KL, Sunway Pyramid, Queensbay Mall, Mid Valley, Tropicana Garden, I-City, Paradigm JB, Genting Sky Avenue, Atmos KL, SoleWhat dan JD Sports bermula 12 November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/puma-x-pokemon-kini-tiba-di-malaysia"} {"title": "Battlefield Mobile Untuk Android Kini Di Malaysia", "body": "

Battlefield Mobile adalah sebuah permainan first-person shooter game dengan mementingkan strategik bebas dengan memilih \u2018class\u2019 dan \u2018loadout\u2019 untuk diri masing-masing ketika bersaing di peta yang dipilih.

EA sebelum ini sudah pun melancarkan akses awal Battlefield Mobile pada bulan September tahun lepas, namun masa itu negara Malaysia tidak terpilih untuk mencuba ujian beta mereka.\u00a0

Tetapi setelah sekian lama, peminat Malaysia akhirnya boleh memuat turun permainan video ini di telefon masing-masing termasuk juga negara Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Terdapat juga penambahan dan perubahan dilakukan untuk versi mobile ini antaranya adalah penambahan mod Conquest dan Team Deathmatch.

Untuk peta pula, mempunyai penambahan tiga peta baru dengan salah satunya peta dari Battlefield 3 tetapi diubah menjadi lebih sesuai dengan pengguna telefon. Petanya ialah Noshahr Canals dan Grand Bazaar.

Lagi seronok untuk pemain, korang dibenarkan berinteraksi dan menggunakan jentera-jentera yang terletak di dalam peta untuk menghadapi pihak lawan dengan hebat lagi.

Battlefield Mobile telah menjamin permainan ini boleh menyokong ramai pemain seperti permainannya yang sebelum, namun jumlahnya belum disahkan lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battlefield-mobile-untuk-android-kini-di-malaysia"} {"title": "PUBG Mobile Global Championship Bermula 10 November 2022", "body": "

Sebanyak 48 pasukan akan bertanding di peringkat Group Stage dalam PUBG Mobile Global Championship pada 10 November 2022 nanti di Kuala Lumpur.

Pada peringkat ini, hanya tiga pasukan teratas sahaja akan terus ke PMGC peringkat final.

Bukan itu sahaja, mereka juga sedang bersaing untuk memenangi prizepool sebanyak $4 juta USD oleh itu keadaan sangatlah sengit.

Peringkat Group Stage ini akan berlangsung dari 10 November 2022 hingga 27 November 2022 di mana 48 pasukan itu akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Dalam setiap kumpulan akan ada 16 pasukan bersaing antara satu sama lain dan pemenangnya hanyalah tiga pasukan teratas sahaja.

Bagi 5 pasukan kebawah bagi setiap kumpulan, mereka akan disingkirkan manakala bakinya akan dimasukkan ke Survival Stage yang akan diadakan pada 30 November 2022 hingga 2 Disember 2022.

Di peringkat ini, hanya 16 pasukan sahaja yang akan mara ke Last Chance Qualifier pada 3 Disember 2022 hingga 4 Disember di mana peringkat ini adalah peluang terakhir mereka untuk mendapatkan tempat 4 slot di Grand Final.

Kumpulan Merah

Kumpulan Hijau\u00a0

Kumpulan Kuning

PMGC Grand Final akan berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 6 Januari 2023 hingga 8 Januari 2023. Akan ada 16 pasukan bertanding dengan 3 daripadanya adalah pasukan jemputan, Alter Ego Limax, Team SMG dan satu lagi belum diketahui lagi. Mereka akan bertanding selama tiga hari berturut-turut.

Jadi, jangan terlepas! Korang boleh saksikan mereka di Youtube, Facebook dan Twitch rasmi PUBG Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-global-championship-bermula-10-november-2022"} {"title": "Blacktail Mengumumkan Tarikh Pelancaran Dalam Gameplay Trailer", "body": "

Focus Entertainment dan The Parasight telah mengesahkan melalui trailer gameplay secara keseluruhan bahawa Blacktail akan dilancarkan pada Xbox Series X|S, PS5 dan PC melalui Steam pada 15 Disember 2022 nanti.

Trailer yang telah dikongsikan mempersembahkan pandangan pertama dunia fantasi Blacktail di mana pemain akan bermain sebagai seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang telah dituduh mempunyai kaitan dengan sihir kerana rupanya yang berbeza.\u00a0

Secara langsung, boleh dilihat Blacktail terletak di dunia berkisahkan dongeng gelap.

Bagi ciri tetap dalam Blacktail pula, korang akan menggunakan senjata busur dan perlu mengumpul bahan-bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis anak panah yang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.\u00a0

Terdapat juga pilihan untuk menghasilkan potion untuk menaikkan taraf kemahiran pemain.

Tambahan lagi, pemain akan belajar menggunakan elemen yang ada pada sekeliling untuk kelebihan pemain sepanjang merayau di dunia Blacktail.\u00a0

Akan ada makhluk yang boleh bercakap dengan pemain untuk majukan lagi jalan penceritaan permainan ini dan setiap pilihan yang kita pilih akan membawa kesan pada permainan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blacktail-mengumumkan-tarikh-pelancaran-dalam-gameplay-trailer"} {"title": "Spider-Punk Akan Dilakonkan Oleh Daniel Kaluuya", "body": "

Daniel Kaluuya adalah seorang pelakon terkenal dengan filem Get Out (2017) dan filem terkini Nope (2022) yang sedang mendapat sambutan ramai oleh penonton.

Selain dari filem thriller yang dilakukan oleh Daniel, dia juga pernah berlakon di filem Marvel Black Panther sebagai W\u2019Kabi namun, dia tidak akan muncul di Black Panther: Wakanda Forever sebab menjalankan penggambaran filem Nope ketika itu.\u00a0

Bakatnya terdengar hingga ke filem animasi Marvel yang sedang dinanti-nantikan peminat selepas filem pertamanya. Daniel telah diberikan peluang untuk menyuarakan karakter baru di Spider-Man: Across The Spider-Verse iaitu Hobart \u201cHobie\u201d Brown ataupun Spider-Punk. Salah satu Spider-Man di alam multiverse dengan berpakaian jaket dan bermain gitar.\u00a0

Pernah diumumkan bahawa filem ini akan dilancarkan pada 2 Jun 2023 manakala filem yang ketiga pula, Spider-Man: Beyond The Spider-Verse akan dilancarkan pada 29 Mac 2024 jika tidak sebarang masalah berlaku pada tahun itu.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-punk-akan-dilakonkan-oleh-daniel-kaluuya"} {"title": "Marvel Snap Menampilkan Black Panther Untuk Musim Seterusnya", "body": "

Pada hari ini, Musim 6 sudah pun tiba dengan tema Black Panther!\u00a0

Musim ini dipanggil sebagai Warriors of Wakanda dan akan memfokuskan kepada konten-konten berkaitan Black Panther seperti kad-kad dan hadiah-hadiah terbaru. Antara kad terbaru adalah Black Panther, Okoye dan Nakia manakala hadiah yang akan diterima adalah gambar avatar baru, latar belakang kad baru dan hadiah spotlight.

Kad Black Panther boleh dapat dari reward pertama Battle Pass dan di Level 50. Kelebihan yang ada pada kad Black Panther ini adalah menggandakan power\u00a0level pada kad lain yang digunakan semasa bersaing dengan rakan.\u00a0

Terdapat juga update dengan 4 tempat terbaru iaitu Shuri\u2019s Lab, Warrior Falls, Vibranium Mines dan Wakandan Throne Room.\u00a0

Boleh dikatakan pemain dan peminat sekarang semakin meningkat sejak pelancaran ke iOS dan Android. Jadi, jangan tunggu lagi! Warriors of Wakanda hanya akan ada sehingga 5 Disember 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-snap-menampilkan-black-panther-untuk-musim-seterusnya"} {"title": "Stranger Things VR Membenarkan Pemain Menjadi Vecna", "body": "

Netflix dan Tender Claws telah mengumumkan Stranger Things VR, sebuah permainan video baru mereka yang akan dilancarkan pada musim sejuk 2023. Di sini, pemain akan bermain sebagai Vecna, penjahat utama di Stranger Things Musim 4.\u00a0

Pembangun Tender Claws, telah melibatkan semua karakter dari siri Stranger Things dengan membuat Vecna menceroboh mimpi dan memori mereka.\u00a0

Jadi secara keseluruhannya, permainan ini sebenarnya meletakkan pemain sebagai Vecna untuk membalas dendam.

Vecna dahulunya seorang manusia bernama Henry Creel tetapi sesuatu telah berlaku pada dirinya sehingga dia menjadi seorang makhluk mengerikan.\u00a0

Perubahan pada dirinya ada kena-mengena dengan Eleven dan juga Hawkins National Lab dan disebabkan itu mereka menjadi sasaran utama untuk Vecna.\u00a0

Di alam mimpi nanti, Vecna akan mempunyai kuasa telekinesis untuk melawan makhluk-makhluk lain dan kita juga akan didedahkan sekali info tentang transformasi Henry Creel kepada Vecna termasuk juga pengaruh di sekeliling dia.\u00a0

Buat masa ini, telah disahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan pada \u201cmajor VR platforms\u201d. Oleh itu, nantikan lagi berita-berita yang seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/stranger-things-vr-membenarkan-pemain-menjadi-vecna"} {"title": "Marvel Midnight Sun Dedahkan Kelebihan Ghost Rider", "body": "

Firaxis Games telah muat naik satu video untuk permainan kad turn-based RPG mereka, Marvel\u2019s Midnight Suns, tentang kebolehan seorang watak bernama Ghost Rider.\u00a0

Di dalam video ini, telah ditunjukkan rupa bentuk kad-kad Ghost Rider, kuasa dan kelebihannya agar pemain berjaya dalam menghasilkan satu kombo ketika berlawan.\u00a0

Tidak lama sebelum ini, sudah pun dikongsikan satu video menceritakan asal-usul dan latar belakang Ghost Rider di dunia Midnight Suns.\u00a0

Tetapi, untuk kali ini video ini dihasilkan khas untuk showcase kad dan kebolehan Ghost Rider (Robbie Reyes).

Yang pertama adalah \u2018Immolate\u2019, satu kelebihan sebagai persediaan untuk serangan seterusnya.\u00a0

Musuh tersebut akan menjadi satu bom berdetik dan meletup di dua pusingan seterusnya selepas Ghost Rider mengalahkan mereka.

Satu mekanik yang istimewa untuk Ghost Rider adalah setiap kali dia mendapat Knockout, souls meternya akan naik satu demi satu blok dan akhirnya akan muncul satu kad Drain Soul di mana pemain boleh menggunakannya kepada musuh.

Yang kedua adalah \u2018Jugdment\u2019, di mana nyawa semasa Ghost Rider sebanyak 25 peratus akan digunakan demi melakukan serangan kepada musuh dan sekelilingnya.\u00a0

Yang ketiga mungkin paling menarik iaitu \u2018Hell Ride\u2019. Pemain akan dapat memanggil satu kenderaan dari neraka dan melanggar apa sahaja di hadapannya.\u00a0

Yang terakhir sekali adalah \u2018Penance Stare\u2019 di mana nyawa semasa Ghost Rider akan digunakan sebanyak 50 peratus untuk mensasarkan kepada musuh dan meneruskan serangan sebanyak empat kali ganda bagi satu kali nyawa digunakan.\u00a0

Nantikan lagi hero-hero lain dalam Midnight Sun yang akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 di Xbox One, Xbox Series X|S, PS4, PS5, Switch dan Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-midnight-sun-dedahkan-kelebihan-ghost-rider"} {"title": "Gimmighoul - Pokemon Baru Di Pokemon Scarlet Dan Violet", "body": "

Baru-baru ini, telah didedahkan pokemon baru oleh syarikat Pokemon dan Game Freak.\u00a0

Namanya adalah Gimmighoul. Pokemon ini adalah sejenis Ghost Type di kawasan Paldea.\u00a0

Makhluk ini dikategorikan sebagai Coin Chest Pokemon kerana selalu dilihat bersama dengan syiling emas di kedua-dua penampilannya.\u00a0

Kuasa yang dimilikinya adalah Rattled - mengawal minda manusia atau Pokemon dan memaksa membuat sesuatu seperti mengutip syiling emas sehingga penuh petinya.

Pokemon ini mempunyai dua penampilan. Satu Chest Form, satu lagi Roaming Form.\u00a0

Bagi Chest Form, kebiasaannya bersembunyi di dalam peti yang kukuh tetapi berat menyebabkan mereka bergerak lambat.\u00a0

Sangatlah jarang untuk Gimmighoul berbentuk ini disalah anggap sebagai satu barangan antik dan dibawa pulang kerana mereka selalu bersembunyi di kawasan yang tidak ramai manusia dan Pokemon lalu.

Bagi penampilannya yang kedua, Roaming Form pula tidak bersembunyi di dalam peti. Pokemon ini dapat dilihat bersembunyi dan merayau di seluruh Paldea dengan badannya kecil dan membawa satu syiling emas di belakangnya.\u00a0

Akibat itu, tiada satu pun Pokemon trainer berjaya menangkapnya.\u00a0

Apa yang mengejutkan lagi, Gimmighoul Roaming Form pernah dilihat di Pokemon GO sejak kebelakangan ini.\u00a0

Disebabkan itu, Mr. Jacq dari Pokemon Scarlet dan Violet dengan Professor Willow dari Pokemon GO telah bekerjasama dalam mencari jalan untuk menangkap Pokemon ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gimmighoul-pokemon-baru-di-pokemon-scarlet-dan-violet"} {"title": "Filem Terbaru Godzilla Akan Datang 2023", "body": "

Godzilla adalah nama bagi seekor raksasa reptilia yang besar dan berasal dari Jepun. Sempena Godzilla Day 2022, Toho telah mengumumkan filem terbarunya di Twitter rasmi Godzilla.\u00a0

Mereka telah kongsikan satu poster logo dengan satu tarikh di bawahnya. Godzilla 2023 akan dilancarkan pada 3 November 2023 nanti.

11.3.23 pic.twitter.com/H2uJo3gwHm

\u2014 GODZILLA.OFFICIAL (@Godzilla_Toho) November 3, 2022

Pengarah baru bagi filem ini adalah Takashi Yamazaki, terkenal dalam mengarah filem Parasyte Part 1 / Part 2 dan Lupin III: The First.\u00a0

Ini adalah kali pertama buat Yamazaki dalam mengarah filem Godzilla yang ke-37 di dalam francaisnya manakala ke-33 bagi filem Toho Godzilla.

Tambahan lagi, kita juga mendapat tahu Warner Bros. dan Legendary Pictures masih lagi menjalankan sekuel bagi filem Gozilla vs Kong (2021) di mana mereka berganding bahu dalam mengalahkan ancaman terbesar yang bersembunyi di bumi ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-terbaru-godzilla-akan-datang-2023"} {"title": "Wild Rift Update 3.5: Darkin to Dawn Tiba 17 November Ini", "body": "

Pada update 3.5 nanti, League of Legends: Wild Rift akan menambahkan beberapa update termasuk sekali tiga champions yang baru iaitu Aatrox, Kayn dan Lillia di mana mereka pernah ditunjukkan sebelum ini dengan satu imej bayang-bayang.\u00a0

Ketiga-tiga mereka ini merupakan champion yang berperanan sebagai Fighter. Bagi Aatrox, dia mempunyai serangan berbentuk jarak dekat dan boleh memulihkan dirinya sambil menyerang pihak lawan, manakala untuk Kayn dia mempunyai kelebihan dalam pergerakan seperti tebus tembok dan serangan laju.

Lillia lebih fokus pada kebolehan magik seperti memperlahankan pihak lawan dan menidurkan mereka. Tetapi, walaupun rupanya pemalu, dia seorang Fighter yang boleh menyerang musuh di kawasan yang luas.

Bukan itu sahaja, ada juga penambahan dalam sesi bermain. Buff Sharing adalah salah satunya di mana pemain akan dikongsikan buff biru dan merah manakala Conservation, akan memberikan buff di Jungler dan menukarkan Monster besar kepada emas selepas membunuhnya.

All For One adalah satu sistem baru di mana pemain akan mengundi salah satu Champion dan apabila dipilih satu, semua pemain akan berpeluang menggunakan Champion itu. Dan akhir sekali, khas buat pemain pengumpul skin, korang akan pasti teruja dengan skin-skin terbaru untuk update ini.

Senarai Skin Terbaru

Nantikan Wild Rift Update 3.5: Darkin to Dawn!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wild-rift-update-3-5-darkin-to-dawn-tiba-17-november-ini"} {"title": "Indonesia Mendominasi MPLI 2022", "body": "

Semalam telah berakhirnya kejohanan ONE Esports MPL Invitational 2022 ataupun lebih dikenali sebagai MPLI 2022.

20 Pasukan dari Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan juga Kemboja bertarung untuk merebut prize pool berjumlah USD100,000!

Pada Grand Finals semalam, dua pasukan dari indonesia iaitu ONIC Esports dan juga Geek Fam ID bertarung untuk mendapat gelaran juara MPLI 2022.

Perlawanan yang sangat sengit itu memperlihatkan kedua-dua pasukan bermain dengan sangat kemas dan tidak berputus asa dalam menyerang dan juga mempertahankan Kristal masing-masing.

Namun pada perlawanan terakhir Best of Five semalam, ONIC Esports membuktikan mereka lebih hebat dari pasukan Geek Fam ID dengan membawa mata 3 berbalas 2.

3 Pasukan Malaysia iaitu Todak berjaya mendapatkan tempat keempat, Team HAQ ditempat ke 6 manakala pasukan Orange Esports di tempat kesembilan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-mendominasi-mpli-2022"} {"title": "The Sandman Sah Kembali Dengan Musim Kedua", "body": "

Berdasarkan dari komik The Sandman oleh Neil Gaiman, Netflix telah mengeluarkan siri TV fantasi baru dengan tajuk yang sama pada tahun ini dan berdasarkan penilaiannya, siri ini semakin popular di kalangan penonton.\u00a0

Oleh itu, peminat dan penonton mendapat tahu bahawa pembangunan musim kedua telah pun berjalan. Tetapi, disebabkan pembangunan mereka ketika itu dibuat tanpa pengesahan dari Netflix, ramai peminat tertanya-tanya sama ada siri ini akan ditayangkan ataupun tidak.

Yes, it\u2019s true: The Sandman will return to Netflix!

\"There are some astonishing stories waiting for Morpheus & the rest of them\u2026 Now it\u2019s time to get back to work. There\u2019s a family meal ahead... And Lucifer is waiting for Morpheus to return to Hell,\" says @neilhimself pic.twitter.com/TbA3hnD5f6

\u2014 Netflix (@netflix) November 3, 2022

Selepas beberapa bulan menunggu, akhirnya Netflix menjawab persoalan semua peminat di Twitter dengan mengatakan bahawa The Sandman disahkan bersambung ke musim kedua.\u00a0

Jalan cerita keseluruhannya belum lagi didedahkan tetapi yang pasti kita akan dapat info lagi tentang Morpheus, lakonan Tom Sturridge. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-sandman-sah-kembali-dengan-musim-kedua"} {"title": "ServerDNA Kembali dengan ServerDNA 5!", "body": "

Walaupun banyak acara-acara tahun ini yang terpaksa dibatalkan disebabkan oleh Covid-19, ini tidak mematahkan semangat ServerDNA untuk meneruskan acara tahunan mereka. ServerDNA 5 akan diadakan pada 5 & 6 December tahun ini.

Walaupun kali ini acara tersebut terpaksa diadakan secara digital, pihak ServerDNA menjanjikan kemeriahanan yang sama dan akan lebih banyak acara dan giveaway yang bernilai lebih daripada RM200,000!

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran masih dibuka dan percuma! Korang boleh daftar di SINI.

Tahun ini juga, terdapat 2 esports tournament yang akan dijalankan di ServerDNA 5. Dua tournament tersebut adalah TIME Cyber League l Valorant dan juga Kejohanan PES 2021 Anjuran Majlis Sukan NEgeri Kelantan.

Jadi tunggu apa lagi, daftar sekarang sebelum terlambat!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/serverdna-kembali-dengan-serverdna-5"} {"title": "Resurgence Kini Bergelar RSG!", "body": "

Esports oraganisasi terkenal dari Singapura iaitu Resurgence baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula kepada nama RSG.\u00a0

Menurut pengasas dan CEO RSG iaitu Jayf Soh, dia menyatakan yang penjenamaan semula ini merupakan salah satu langkah untuk terus bergerak kedepan didalam scene Esports di Asia Tenggara.

RSG juga akan terus menggilap bakat-bakat baru dan membawa mereka lebih jauh.\u00a0

Baru-baru ini RSG telah menghantar dua pemain untuk bertanding dalam kejohanan E1 Championship. Dua pemain tersebut adalah Mikael \u201cMika\u201d Hakimi dan Ayman \u201cTadashi\u201d Aqeem.

Selain itu, pasukan RSG juga akan bertanding dalam ONE Esports Mobile Legends Professional League Invitational (MPLI) pada 27 November ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/resurgence-kini-bergelar-rsg"} {"title": "Gamers on Duty Challenge #MLBB Kembali!", "body": "

Pada tournament Gamers on Duty Challenge #MLBB yang lepas, Pasukan Silverfang telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM300 berserta 100% STAR Donation terkumpul dari awal hingga Grand Finals!

Kali ini Gamers on Duty Challenge #MLBB kembali dan kita dapat melihat pasukan-pasukan dan juga kembalinya beberapa pasukan yang pernah bertanding sebelum ini.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding kali ini:
\u00a0

Perlawanan pertama akan bermula malam ini diantara pasukan Gank Fnatix menentang Extinction Reborn 2.0. tournament ini masih membawa rule seperti rule tournament yang lepas dimana semua pasukan akan berentap dalam format Best of 5 & Single Elimination.

Pasukan mana akan muncul sebagai juara kali ini?

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamers-on-duty-challenge-mlbb-kembali"} {"title": "House Of Ashes - Permainan Video Seram Terbaru Untuk Siri The Dark Pictures!", "body": "

Tidak sampai seminggu perlancaran permainan video Little Hope, Bandai Namco dan Supermassive Games telah memberikan sedikit sneak peak untuk permainan video seram terbaru mereka yang diberi nama House of Ashes.\u00a0

Walaupun teaser ini belum dikeluarkan lagi di Youtube channel rasmi mereka, teaser ini dapat dilihat pada akhir permainan video Little Hope seperti mana mereka menunjukkan teaser untuk permainan video Little Hope pada pengakhiran permainan video Man of Medan!

Untuk permainan video terbaru ini, kita dapat melihat beberapa aspek penting seperti watak baru yang mana akan dimainkan oleh perlakon wanita terkenal, Ashley Tisdale.

Di dalam teaser ini jugak, kita juga dapat melihat satu patung berhala yang besar. Apa yang menariknya tentang patung ini adalah ia merupakan patung berhala yang diberi nama Pazuzu, entiti jahat yang mana pernah muncul dalam filem seram terkenal, The Exorcist!

Buat masa ini tiada maklumat bila permainan video ini akan dilancarkan dan di platform mana ia akan dilancarkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/house-of-ashes-permainan-video-seram-terbaru-untuk-siri-the-dark-pictures"} {"title": "Gamers on Duty Challenge #MLBB - Pasukan Mana Bakal Jadi Juara?", "body": "

Bagi yang tidak tahu, setiap bulan kami di Gamers on Duty mengadakan online esports tournament bagi pasukan-pasukan underground dari Malaysia.\u00a0

Setiap bulan, 16 pasukan yang terpilih akan bertanding bagi merebut prize pool sebanyak RM600 dan juga 100% STAR donation yang diterima dari hari pertama sehingga Grand Finals!

Tujuan kami mengadakan tournament seperti ini adalah untuk memastikan pasukan-pasukan underground dan underdog Malaysia juga diberikan perhatian!

Dari apa yang kami lihat, setiap pasukan yang memasuki tournament ini mempunyai skill dan gameplay seperti pasukan-pasukan terkemuka di Malaysia dan juga SEA.

Untuk tournament kali ini yang bakal berakhir pada 09 November 2020, hanya tinggal 6 pasukan sahaja yang berjaya ke pusingan seterusnya. 6 Pasukan tersebut adalah pasukan Silverfang, Queen Esports X, Queen Esports Geniuses, Team Zaibatsu, ACID ESPORTS dan juga pasukan HunterXEsports.

Setiap pasukan ini mempunyai gameplay yang sangat menarik dan boleh dikatakan mereka semua bermain seperti pasukan profesional!

Pasukan manakah yang bakal bertanding di Grand Finals nanti? Sama-sama kita nantikan!

Bagi mereka yang berminat untuk melihat match highlight setiap pasukan, korang boleh lihat di setiap social media Gamers on Duty.\u00a0

Andai kata korang mempunyai pasukan korang sendiri dan berminat untuk masuk Gamers on Duty Challenge #MLBB, korang boleh follow social media kami dan nantikan pengumuman kami disana!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamers-on-duty-challenge-mlbb-pasukan-mana-bakal-jadi-juara"} {"title": "Ruined King - Game Terbaru Dari Riot Games!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Riot Forge dan Airship Syndicate telah berkongsi trailer untuk permainan terbaru mereka yang diberi nama Ruined King: A League of Legendary Story.

Permainan video yang ber-genre turn-based RPG single player ini merupakan spinoff dari permainan video League of Legends. Ia dikatakan akan dilancarkan pada awal tahun 2021 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Steam dan juga di Epic Games Store.\u00a0

Dalam trailer yang telah ditunjukkan, terdapat beberapa watak dari permainan video League of Legends seperti Miss Fortune, Braum, Yasou, Ahri, Pyke dan juga Illaoi!

Permainan video ini merupakan permainan video indie pertama yang dikeluarkan oleh Riot Forge, syarikat indie dibawah Riot Games.\u00a0

Riot Forge telah bekerjasama dengan Airship Syndicate yang mana merupakan syarikat yang bertanggujawab untuk permainan video Darksiders Genesis!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ruined-king-game-terbaru-dari-riot-games"} {"title": "Porsche Anjur Esports Tournament Untuk Permainan Video Forza!", "body": "

Buat kali pertamanya, Porsche Asia Pacific dan Porsche Cars Australia telah bekerjasama dengan Forza Motorsport 7 untuk menganjurkan Esports Tournament yang diberi nama Porsche Asia Pacific Forza Cup!

Pendaftaran untuk pertandingan ini telah pun dibuka dan mereka yang berminat boleh mendaftar secara online.\u00a0

Peserta pada awalnya akan berlawan dan mengumpulkan mata dalam tiga pusingan kelayakan yang akan bermula pada 29 September sehingga 18 Oktober 2020.\u00a0

16 pasukan dengan markah tertinggi akan terpilih sebagai finalists. Setiap negara cuma akan ada 3 finalists sahaja.\u00a0

Untuk pusingan Grand Finals nanti, pemenang akan menerima hadiah menarik dari Porsche Driver's Selection dan 16 finalists ini juga akan menerima hadiah dari HUGO BOSS yang mana merupakan official sponsor untuk Porsche Asia Pacific Forza Cup!

Tournament ini terbuka semua pemain di Asia yang memiliki Xbox game pass and mempunyai permainan video ini di PC, Xbox One, Xbox One S ataupun Xbox One X.\u00a0

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendaftar DISINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/porsche-anjur-esports-tournament-untuk-permainan-video-forza"} {"title": "Seiko Memperkenalkan Jam Tangan Versi Street Fighter V!", "body": "

Baru-baru ini pengeluar jam tangan terkenal dari Jepun iaitu Seiko telah mengumumkan kerjasama antara mereka dengan permainan video terkenal Street Fighter V yang diberi nama Seiko 5 Sports STREET FIGHTER V Limited Edition!

Peminat permainan video ini dan jam tangan Seiko boleh mula pre-order jam tangan ini bermula sekarang sehingga tarikh pelancaran pada 28 September 2020.

Terdapat 6 versi yang berpandukan watak-watak dalam Street Fighter seperti Ryu, Chun Li, Ken, Guile, Blanka dan juga Zangief.

Setiap satu jam tangan ini dijual pada harga RM1,849.50 dan bagi mereka yang ingin mengambil ke semua 6 versi, mereka boleh membeli set ini pada harga RM10,480.50.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/seiko-memperkenalkan-jam-tangan-versi-street-fighter-v"} {"title": "IGN & No ID Kumpulan BLACKPINK Dalam permainan video PUBG Mobile Didedahkan!", "body": "

Setelah hampir seminggu PUBG Mobile mengacah satu kolaborasi antara mereka dengan kumpulan penyanyi popular Korea Selatan iaitu BLACKPINK, hari ini peminat permainan dan kumpulan tersebut boleh melihat ID akaun pemain untuk kumpulan penyanyi ini.

Selain itu, peminat juga boleh mengunakan feature untuk menghantar hadiah kepada mereka dan penghantar hadiah terbanyak dari 24 September sehingga 8 Oktober akan menerima ganjaran istimewa dari BLACKPINK.

Berikut merupakan ID & IGN bagi setiap ahli BLACKPINK di PUBG Mobile:

Selain itu, PUBG Mobile juga mengumumkan bentuk kerjasama yang akan dilakukan bersama BLACKPINK seperti Item dengan tema BLACKPINK, Lagu BLACKPINK di ruangan lobi dan macam-macam lagi.

Kapal terbang dan juga Airdrop dengan tema BLACKPINK juga akan dikeluarkan pada event khas ini nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/id-pubg-mobile-kumpulan-blackpink-didedahkan"} {"title": "Todak Langgar Scene Valorant!", "body": "

Hari ini Todak Gaming telah mengumumkan pasukan terbaru mereka untuk permainan video Valorant.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Todak Gaming hari ini di sosial media rasmi mereka. Dari senarai pemainan yang ditunjukkan, rata-rata pemain untuk pasukan Todak merupakan pemain untuk Team LZ, satu pasukan yang amat dikenali dalam scene CS:GO!

Ahli-ahli pasukan terbaru Todak untuk permainan video Valorant adalah:
\u00a0

Selain dari pengumuman pasukan terbaru untuk permainan video Valorant, Todak Valorant juga dikatakan telah mendapat direct invite untuk bertanding di EPULZE Royal Sea Cup yang mana akan bermula 21 September sehingga 27 September 2020 nanti.\u00a0

Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak iaitu Radzi Rahman yang juga dikenali sebagai Ikuto00 juga menyatakan yang dia berharap dengan penubuhan pasukan Todak Valorant ini dapat memeriahkan lagi industri Esports di Malaysia.

Katanya lagi dia berharap yang peminat Todak dan juga peminat permainan Valorant dapat memberikan sokongan kepada mereka seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-langgar-scene-valorant"} {"title": "Liga PMPL MY/SG Musim Kedua Bermula 18 Ogos!", "body": "

Bagi peminat permainan video PUBG Mobile, korang sudah tidak sabar untuk menyaksikan Liga PMPL My/SG Musim Kedua yang mana akan mula berlangsung pada 18 Ogos ini!

\ud83d\udce2 PMPL MY/SG Kembali Untuk Season Kedua! \ud83d\udce2 Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan sekali lagi pemain-pemain yang...

Posted by PUBG MOBILE on\u00a0Monday, July 27, 2020

Terdapat 24 pasukan yang akan berentap dalam liga kali ini. Pasukan-pasukan ini terdiri daripada 15 pasukan jemputan daripada PMPL MY/SG musim pertama, 5 pasukan dari PMNC 2020 dan 4 pasukan daripada pusingan kelayakan Singapura.

Berikut merupakan senarai pasukan jemputan untuk Liga kali ini:

Lima pasukan dari PMNC 2020 pula adalah AKA ESPORT, EZZY LX, MARLINO, TEAM BOSSKURR & TRX ELEMENTUS.

Prize pool untuk Liga PMPL MY/SG musim kedua ini berjumlah RM628,500 dan tiga pasukan terbaik untuk liga kali ini akan mendapat tempat untuk bertanding PMPL SEA musim kedua!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-pmpl-my-sg-musim-kedua-bermula-18-ogos"} {"title": "Savior Jurulatih Terbaru Pasukan PUBG Mobile Team SMG!", "body": "

Bekas pemain PUBG PC untuk pasukan BAE (Battle Arena Elites) iaitu Muhammad Hazwan Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Savior telah dilantik menjadi jurulatih untuk Team SMG (PUBG Mobile).

Team SMG nampaknya telah mengambil pasukan Bapak Ah untuk bermain dibawah nama Team SMG bagi menghadapi Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura (PMPM MY/SG) musim kedua!

Pasukan ini akan dianggotai oleh Bard, Trixnity, Six, \u706bJenny dan juga Putra. Manakala ikon esports terkenal Malaysia iaitu MasterRamen akan bertindak sebagai Pengurus Pasukan.

We are happy to announce that Team SMG has picked up PUBG MOBILE team, Bapak Ah Esports to represent us in the upcoming...

Posted by Team SMG on\u00a0Thursday, August 6, 2020

Bagi Savior, ini merupakan kali pertama dia menjadi jurulatih untuk pasukan esports dan ternyata dia sendiri merasa sangat teruja dan untuk melihat performance Team SMG yang akan dilatih olehnya.

Team SMG akan debut perlawanan pertama mereka di kejohanan #SquadUp yang telah pun berlangsung di Youtube TV3 Malaysia Official.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/savior-jurulatih-terbaru-pasukan-pubg-mobile-team-smg"} {"title": "Shoutcaster Terkenal Malaysia Kini Pengurus Pembangunan Esports Todak!", "body": "

Beberapa hari yang lepas, pasukan Todak telah menunjukkan satu gambar sebagai teaser di Instagram rasmi mereka dengan caption \u201cSometing Big Is Coming\u201d.

Kredit: Todak

Dari gambar teaser tersebut, terdapat satu figure yang tidak asing lagi dalam dunia esports di Malaysia iaitu berkemungkinan adalah Ikuto, seorang Shoutcaster yang terkenal dan pernah menjadi shoutcaster untuk M1.

Ada yang menyatakan kemungkinan Ikuto akan menjadi coach untuk pasukan Mobile Legends Todak.

Semalam persoalan itu telah terjawab apabila pihak Todak telah mengesahkan yang Ikuto kini akan berkhidmat di bawah pasukan Todak tapi bukan sebagai seorang coach tapi sebagai Esports Development Manager ataupun Pengurus Pembangunan Esports Todak!

Yes you have guessed it right! He is officially part of the Todak\u2019s family. Join us to give a warm welcome to \u201cthe king of all casters\u201d Ikuto! He\u2019ll be joining us in breaking the limits for the Malaysian E-sports scene. #todak #todakmlbb

Posted by Todak on Wednesday, August 5, 2020

Dia sebelum ini berkhidmat bersama-sama syarikat Moonton, developer untuk permainan video Mobile Legends: Bang Bang.

Mungkinkah dengan adanya Ikuto, Todak mungkin dapat mengembalikan kekuatan pasukan Todak dalam Mobile Legends? Sama-sama kita saksikan nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/shoutcaster-terkenal-malaysia-kini-pengurus-pembangunan-esports-todak"} {"title": "Disebalik Kontroversi Sebelum Ini, Angel Bosskurr Perkenalkan Lineup Terbaru!", "body": "

Rasanya peminat-peminat esports di Malaysia pasti kenal dengan nama Team Bosskurr. Pada 25/09/2019 tahun lepas, Sebuah pasukan PUBG Mobile wanita telah ditubuhkan dibawah Team Bosskurr dengan membawa nama Angel Bosskurr.

Kredit: MyGameOn

Namun baru sahaja seminggu Angel Bosskur ditubuhkan, tiga pemain mereka iaitu Missfarr, Ms Reen dan Babyy telah bertindak untuk keluar dari team tersebut.

Banyak ura-ura mengatakan tiga pemain ini dikeluarkan disebabkan beberapa masalah disiplin namun seperti apa yang telah dinyatakan oleh Sharina Richie, pengasas pasukan Angel Bosskurr sebelum ini yang menyatakan di MyGameOn, ketiga-ketiga pemain keluar dengan cara baik.

Kredit: MyGameOn

Sejak tiga pemain tersebut keluar dari Angel Bosskurr, pasukan tersebut nampaknya senyap dan tiada apa-apa update mengenai masa depan pasukan tersebut.

Namun pada minggu lepas, pasukan tersebut telah mengumumkan lineup terbaru untuk pasukan Angel Bosskurr melalui Facebook rasmi mereka.

Kredit: Angel Bosskurr

Melalui MyGameOn, Fiera Fendi yang merupakan pengurus Angel Bosskurr menyatakan yang pasukan tersebut akan lebih mengfokuskan dalam usaha mengembangkan lagi esports dalam kalangan wanita.

Berikut merupakan senarai lineup terbaru team Angel Bosskurr:

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disebalik-kontroversi-sebelum-ini-angel-bosskurr-perkenalkan-lineup-terbaru"} {"title": "Killjoy - Kenali Agent Terbaru Valorant & Kebolehannya!", "body": "

Pada minggu lepas, terdapat beberapa leaks mengenai Agent terbaru Valorant yang dipanggil sebagai Killjoy.

Semalam pihak Riot Games akhirnya memperkenalkan Agent ini secara rasmi dan kita boleh lihat beberapa skill yang akan digunakan oleh Agent Killjoy ini.

Killjoy dikatakan merupakan Agent yang berasal dari Rusia dan Agent jenis Sentinel (Pertahanan). Killjoy juga merupakan seorang engineer. Dia juga dikatakan merupakan Agent yang bertanggungjawab membina peralatan yang digunakan oleh Agent-Agent Valorant.

Selain itu dia juga dikatakan merupakan anak didik Brimstone dan bracelet yang digunakan oleh Brimstone merupakan salah satu gadget yang dibina oleh Killjoy!

Dari trailer yang ditunjukkan, Killjoy sememangnya dicipta untuk bahagian Defense. Antara skills & Ultimate yang akan digunakan oleh Killjoy adalah:

ALARMBOT

Alarmbot ini boleh dikatakan seperti Bot yang digunakan oleh Raze. Malah teknologi Bot yang digunakan oleh Raze juga dikatakan dicuri dari Alarmbot Killjoy!

Ketika Alarmbot digunakan, ia akan mengejar enemy yang masuk dalam lingkungan serangannya. Enemy yang diserang oleh Alarmbot akan terkena debuff yang mana akan membuatkan damage yang diterima oleh enemy meningkat.

Alarmbot ini juga dilihat sama seperti Tripwire yang digunakan oleh Agent Cypher dan ia juga boleh dikutip kembali semasa mid round!

NANOSWARM

Nanoswarm merupakan satu bom tangan yang digunakan oleh Killjoy. Namun ia agak berbeza dengan bom tangan yang digunakan oleh Raze yang mana apabila Nanoswarm dibaling, ia perlu diaktifkan secara manual.

Apabila diaktifkan, Nanoswarm akan mengakibat damage yang agak tinggi kepada enemy yang berada di dalam lingkungannya!

TURRET

Salah satu skill yang menarik yang terdapat pada Killjoy adalah Turret. Apabila diaktifkan, Turret ini akan menembak enemy dalam lingkungan 180 darjah.

Semakin dekat enemy dengan Turret, semakin tinggi damage yang akan diterima oleh mereka. Turret ini juga mempunyai life point sebanyak 125 point, jadi pihak enemy masih boleh menghancurkannya.

Turret ini merupakan signature skill bagi Killjoy jadi setiap round korang boleh menggunakannya. Tidak dilupakan ia juga boleh diambil kembali semasa mid round.

LOCKDOWN

Lockdown merupakan Ultimate milik Killjoy. Untuk mengaktifkan Lockdown, pemain memerlukan 7 point untuk menggunakannya.

Semasa diaktifkan, ia memerlukan 13 saat untuk betul-betul aktif. Selepas 13 saat, enemy yang berada dalam lingkungan Lockdown akan terkena kesannya.

Enemy yang terkena Lockdown tidak dapat menggunakan senjata dan skill mereka dalam lingkungan masa 8 saat. Lockdown ini juga mempunyai lifepoint sebanyak 150 dan boleh dimusnahkan sebelum ia meletup!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/killjoy-kenali-agent-terbaru-valorant-kebolehannya"} {"title": "Dua Pasukan Malaysia Layak Mara Ke Super Weekend Terakhir!", "body": "

Setelah berhempas pulas semalam, dua pasukan PUBG Mobile Malaysia iaitu Yoodo Gank dan Team Secret akhirnya berjaya melayakan diri mereka ke PMWL Super Weekend yang terakhir.

Sebelum ini, kedudukan kedua-dua pasukan dilihat agak bahaya apabila Team Secret berada dikedudukan nombor 13 manakala pasukan Yoodo Gank berada dikedudukan nombor 17.

Kedua-dua pasukan harus berada dalam Top 16 bagi melayakkan mereka mara ke Super Weekend yang terakhir.

Kredit: MyGameOn

Setelah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semalam, kedua-dua pasukan berjaya naik kedudukan yang lebih selamat.

Team Secret berjaya mendapat tempat ke-7 manakala pasukan Yoodo Gank pula bejaya melompat empat anak tangga dan meraih kedudukan ke-13.

Kredit: MyGameOn

Pasukan paling popular dari negara sebarang iaitu Bigetron Red Alien juga sebelum berada dikedudukan bahaya iaitu ditempat ke-19 namun berjaya membuktikan sekali lagi yang pasukan mereka merupakan pasukan yang perlu digeruni apabila berjaya melompat kedudukan pertama semalam!

Adakah pasukan daripada Malaysia akan terus berjaya di PMWL Super Weekend yang terakhir dan berjaya menempah slot ke Final PMWL? Sama-sama kita doakan mereka melakukan yang terbaik nanti!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-pasukan-malaysia-layak-mara-ke-super-weekend-terakhir"} {"title": "Plan Bermuda - Event Gabungan Free Fire dan Money Heist!", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena telah mempersembahkan satu crossover event diantara mereka dengan siri Netflix popular iaitu Money Heist!

Crossover event yang dinamakan sebagai Plan Bermuda ini dikatakan akan bermula pada bulan September ini.

Terdapat pelbagai item-item yang menarik sepanjang crossover event ini sebagai contohnya outfit berdasarkan siri Money Heist, gears dan new game mode.

New game mode yang diberikan nama Money Heist ini akan memperlihatkan mode 4vs4 yang mana korang dan team korang perlu berebut dan mengutip sebanyak mungkin duit menentang pasukan lawan.

Korang boleh tengok trailer untuk crossover event Plan Bermuda ini dibawah:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/plan-bermuda-event-gabungan-free-fire-dan-money-heist"} {"title": "Prize Pool TI10 Kini Melebihi USD30 Millions!", "body": "

Seperti yang semua peminat permainan DOTA 2 tahu, The International 10 terpaksa ditunda mungkin ke tahun 2022.

Namun itu tidak mematahkan semangat peminat permainan video tersebut untuk terus membeli Battle Pass bagi sama-sama menaikkan Prize Pool untuk kejohanan tersebut.

Pada TI9 sebelum ini, mereka telah berjaya mencatat rekod esports tournament yang mempunyai jumlah Prize Pool paling banyak iaitu sebanyak USD34+ Million!

Setakat sekarang, Prize Pool untuk TI10 telah melebihi USD30 Million dan berkemungkinan besar TI10 akan mencatatkan rekod Prize Pool paling banyak memandangkan tarikh kejohanan itu masih lagi jauh!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/prize-pool-ti10-kini-melebihi-usd30-millions"} {"title": "Kamen Rider: Memory of Heroez Bakal Tiba Tidak Lama Lagi!", "body": "

Pada minggu lepas, pihak Bandai Namco telah mengumumkan permainan video terbaru bagi siri Kamen Rider mereka yang dipanggil sebagai Kamen Rider: Memory of Heroez!

Permainan video ini dijangka akan mula dijual di Jepun dan pasaran Asia Tenggara. Bandai Namco menyatakan yang permainan video ini akan mempunyai alih suara berbahasa Jepun dengan sari kata berbahasa English.\u00a0

Selain itu, Bandai Namco menyatakan yang Pre-Order untuk permainan video ini akan menyertakan tiga special motions untuk ketiga-tiga Kamen Rider iaitu Kamen Rider W, OOO dan juga Zero-One.

Tidak dilupakan, pemain juga akan mendapatkan empat equipment yang akan menaikkan experience dan stamina pemain seperti Memory of Heroez, No Life Is Easily Saved, Count Up Your Sins dan juga The Only One Who Can Stop You.

Dari trailer yang ditunjukkan, permainan video Kamen Rider: Memory of Heroez ini nampaknya agak berbeza dengan permainan video Kamen Rider sebelum ini. Permainan video ini dikatakan akan dikeluarkan untuk PS4 dan Nintendo Switch sahaja buat masa ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kamen-rider-memory-of-heroez-bakal-tiba-tidak-lama-lagi"} {"title": "Pasukan-Pasukan Yang Akan Berentap Di MPL MY/SG Musim Keenam!", "body": "

Semalam dua pasukan Malaysia iaitu Team SMG dan Red Bella Ciao telah pun berjaya mendapat tempat untuk bertanding di MPL MY/SG Season 6 selepas berjaya menumbangkan pasukan Icon dan juga pasukan Ezzy MY.

Selain daripada Team SMG dan Red Bella Ciao, Moonton turut mengumumkan empat pasukan daripada Malaysia yang mendapat jemputan untuk bertanding dalam MPL MY/SG kali ini.

Empat pasukan tersebut adalah Geek Fam, Orange Louvre Esports, Team Bosskurr dan juga pasukan Todak.

Bagi pasukan dari Singapura pula, mereka akan diwakili oleh juara MPL MY/SG musim lepas iaitu Resurgence. Selain Resurgence, Singapura turut diwakili oleh EVOS SG, Divinity Esports dan juga pasukan Forsaken.

MPL MY/SG Season 6 akan bermula pada 28 Ogos 2020. Agak-agak team mana akan memenangi MPL MY/SG Season 6 nanti?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-pasukan-yang-akan-berentap-di-mpl-my-sg-musim-keenam"} {"title": "Pemain Team Orca Diban Selamanya Oleh Valve", "body": "

Baru-baru ini, telah berlaku satu lagi kes penipuan \u201cjoki\u201d dalam sebuah kejohanan anjuran Valve. Kes kali ini melibatkan pasukan Apex dan Orca yang dulunya dikenali sebagai pasukan Ragdoll. Mereka didapati melakukan match fixing dan account sharing ketika bertanding di kejohanan DPC SEA 2021/22 Division 1.

Kesan daripada itu, kelima-lima ahli pemain Team Orca dan berapa pemain Apex iaitu Vtfaded, Ahjit, Gy, Yif, dan Men You Ping dilarang sama sekali untuk menyertai mana-mana kejohanan anjuran Valve. Apa yang menghairankan, salah seorang ahli pasukan mereka pernah ditegur oleh pihak penganjur sebelum ini kerana melakukan kesilapan yang sama.

Vtfaded, antara pemain yang pernah ditegur kerana melanggar peraturan DPC iaitu menjoki pasukan lain sedangkan beliau juga turut serta dalam kejohanan tersebut. Orca sebelum ini muncul sebagai juara dalam beberapa kejohanan seperti QH Sports DOTA Series 3, Oceanic Esports DOTA Championships dan BTS Pro Series Season 10 SEA.

Oleh disebabkan itu, Team Orca dan Apex telah disingkirkan daripada kejohanan dan dilarang untuk menyertai kejohanan DPC yang akan datang. Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat pemain-pemain yang lain. Hargailah bakat yang anda ada!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-team-orca-diban-selamanya-oleh-valve"} {"title": "EVOS Divine Juara Free Fire Master League Season 5 Division 1", "body": "

EVOS Divine muncul sebagai juara dalam kejohanan Free Fire Master League (FFML) Season 5 Division 1. Mereka berjaya mengutip mata tertinggi daripada 18 pasukan yang lain. Kemenangan ini turut melayakkan mereka bertanding di kejohanan Free Fire World Series 2022: Sentosa.

Secara keseluruhan, EVOS Divine mengutip sebanyak 640 mata dengan 7 Booyah!. SES Alfaink merupakan pasukan kedua selepas EVOS Divine yang mengutip sebanyak 511 mata dan 7 Booyah!. EVOS Divine akan membawa pulang wang tunai sebanyak 36 797 USD manakala SES membawa pulang sebanyak 17 523 USD.

Walau bagaimana, predator untuk FFML kali ini diberikan kepada pemain \u2018Evos Bion\u2019. Beliau berjaya mencatatkan sebanyak 122 kill, 42 headshot dan 65 569 damage yang dikeluarkan. Evos Bion turut membawa pulang sebanyak 1 402 USD.\u00a0

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-divine-juara-free-fire-master-league-season-5-division-1"} {"title": "Barisan Pemain Rasmi MLBB Yang Akan Mewakili Indonesia Pada Sukan SEA, Hanoi", "body": "

Sukan SEA 2021 Vietnam semakin terasa bahangnya. Negara yang terlibat sudah pun mempersiapkan barisan atlet mereka untuk bertanding demi membawa pulang pingat. Baru-baru ini, Indonesia telah mengumumkan barisan atlet e-sukan yang akan bertanding di dalam Sukan SEA nanti.

Menerusi laman instagram Pengurus Besar Esports Indonesia pbesi_official, para pemain e-sukan dalam pelbagai acara telah diumumkan termasuk juga dengan acara Mobile Legends: Bang Bang. Mesti ramai peminat MLBB yang tertanya-tanya siapakah pemain yang akan mewakili Indonesia untuk Sukan SEA kali ini.

PB ESI mengumumkan bahawa hanya 7 orang pemain sahaja yang akan dipilih untuk ke Sukan SEA. 7 pemain tersebut dipilih daripada 24 pemain yang bersaing dalam pelbagai kategori. Siapa agaknya 7 pemain bertuah itu? Untuk pengetahuan, 7 pemain ini terdiri daripada ahli pasukan ONIC Esports, RRQ Hoshi dan EVOS Legends.

Antara barisan pemain rasmi yang akan mewakili Indonesia adalah:

Seram tak tengok line up dorang?\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/barisan-pemain-rasmi-mlbb-yang-akan-mewakili-indonesia-pada-sukan-sea-hanoi"} {"title": "Festival Esports Johor Bermula Pada 22 Mac Ini", "body": "

Festival Esports Johor (JFE22) yang julung kalinya diadakan bakal bermula pada bulan ini. JEF22 turut menampilkan sebanyak RM86,000 hadiah terkumpul buat para pemenang.

Acara ini dijangka akan menarik seramai 7,500 peserta serta pasukan jemputan teratas. Mereka akan bersaing dalam 3 kejuaraan iaitu FIFA 22, Mobile Legends dan PUBG Mobile. Untuk pusingan kelayakan dalam talian yang pertama akan bermula pada 22 Mac manakala pusingan kelayakan kedua diadakan pada 22 Mei. Untuk kelayakan ketiga pula bakal diadakan pada 22 Julai.

Setiap kelayakan akan menampilkan seramai 32 pasukan atau atlet yang bersaing untuk merebut tempat di Grand Final pada 22 September di Stadium tertutup Arena Larkin Johor Bahru. JEF22 merupakan sebuah kejohanan e-sukan terbesar di Johor yang dianjurkan oleh Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) menerusi anak syarikatnya Sports Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Lukman Abdul Bakar berkata JEF22 akan menyediakan platform yang konsisten untuk atlet eSports yang ingin mengasah kemahiran bersaing mereka. Beliau percaya dalam tempoh dua tahun, sekurang-kurangnya lima pemain dari setiap liga berpotensi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.\u00a0

Lukman turut menggesa komuniti eSports di Johor untuk melibatkan diri dalam JEF22.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/festival-esports-johor-bermula-pada-22-mac-ini"} {"title": "Leixia Keluar Dari Team SMG", "body": "

Leixia, nama yang tidak asing lagi dalam scene Mobile Legends Malaysia. Pemain jungler ini sememangnya mempunyai pengalaman yang banyak dalam kompetitif MLBB dan beliau juga mempunyai pencapaian yang menarik.

Baru-baru ini, beliau yang menyertai pasukan SMG didapati telah berpisah dengan pasukannya. Perkara ini disahkan apabila Team SMG telah memuat naik posting yang mengucapkan \u201cSelamat Tinggal\u201d kepada Leixia. \u201cTerima kasih Leixia. Pada hari ini kami terpaksa ucapkan selamat berpisah kepada salah seorang pemain skuad MLBB kami, Leixia.\u201d

\u201cLeixia meluahkan hasratnya untuk berehat dan kami menghormati keputusannya,\u201d tulis SMG di media sosial. Leixia baru sahaja menyertai pasukan SMG untuk MPL musim ke 9 ini. Beliau sempat bermain bersama Team SMG pada minggu pertama dan juga untuk kelayakan Sukan SEA.\u00a0

Leixia merupakan pemain yang pernah menyertai beberapa pasukan hebat MLBB Malaysia seperti Team Bosskurr, RSG MY, Team TODAK, dan juga Team SMG. Diharapkan dengan pengalaman yang ada beliau mampu untuk melonjak ke tahap yang lebih jauh.\u00a0

Selamat Maju Jaya Leixia!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/leixia-keluar-dari-team-smg"} {"title": "Virtus.Pro Bertanding Di Bawah Nama \u2018Outsider\u2019 Dalam ESL Pro League", "body": "

Electronic Sports League (ESL) mengesahkan bahawa ahli pasukan Virtus.Pro bakal bertanding di dalam ESL Pro League (EPL) musim 15 dengan menggunakan nama \u201cOutsider\u201d.\u00a0

\u201cMengenai pemain Gambit, kami masih dalam perbincangan dan akan dikemas kini setelah semuanya selesai,\u201d kata ESL di dalam media sosial. Isu ini adalah selepas beberapa organisasi didapati terlibat dengan keganasan yang berlaku di antara Rusia dengan Ukraine. Virtus.Pro dan Gambit dikatakan telah menyokong keganasan tersebut pada minggu lepas.

ESL turut mengeluarkan kenyataan bahawa organisasi yang terlibat akan dilarang daripada mengambil bahagian dalam EPL yang akan datang. Walau bagaimana, ESL memberitahu jika mereka masih ingin menyertai EPL mereka tidak boleh menggunakan nama organisasi mahupun penaja. Pemain perlu bersaing di bawah nama neutral tanpa mewakili negara, organisasi, penaja atau sebaliknya.

Meskipun pada awalnya Virtus.Pro menentang kenyataan ini, namun mereka masih membenarkan para pemainnya untuk menyertai EPL musim 15 dengan menggunakan nama Outsider. Outsider akan bertanding pada 16 Mac ini di dalam kumpulan B.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/virtus-pro-bertanding-di-bawah-nama-outsider-dalam-esl-pro-league"} {"title": "Apex Legends Mobile Dilancarkan Di 10 Buah Negara", "body": "

Selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya Apex Legends Mobile dikeluarkan secara rasminya. Electronic Arts telah mengeluarkan tajuk permainan battle royale ini di dalam Android dan IOS pada 10 buah negara.

Antara 10 buah negara tersebut adalah Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina, dan Columbia. Pemain yang berada di dalam 10 buah negara ini boleh memuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store dan bermainnya sekarang.

EA memberitahu bahawa pelancaran serantau ini adalah untuk menguji dari segi sistem pemadanan dan kemajuan, infrastruktur belakang tabir, keadaan di dalam permainan, dan keupayaan operasi secara langsung serantau. EA turut meminta agar pemain memberikan maklum balas supaya dapat menambah baik permainan sebelum dikeluarkan secara lebih meluas.\u00a0

Dalam pelancaran serantau ini, pemain dapat turun ke medan perang dengan sembilan lagenda berbeza iaitu Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder, dan Caustic. Mod permainan pula adalah Battle Royale classic untuk peta World Edge, Deathmatch, Mini Battle Royale, Arena 3v3, dan Ranked Battle Royale.

Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-mobile-dilancarkan-di-10-buah-negara"} {"title": "Adidas Lancarkan Kasut Bersama Team Vitality", "body": "

Jika sebelum ini Puma pernah mengeluarkan pakaian untuk pasukan EVOS, kini Adidas melancarkan kasut (sneakers) untuk Team Vitality. Team Vitality merupakan organisasi daripada Francis. Organisasi ini telah mengadakan kerjasama dengan jenama pakaian sukan terkenal iaitu Adidas sejak beberapa tahun yang lalu.

Baru-baru ini, Team Vitality bersama Adidas melancarkan kempen untuk mempromosikan barangan kolaborasi terbaru mereka iaitu kasut VIT.03. Kasut ini diilhamkan daripada budaya 90-an bersama iklan bijirin klasik. Untuk menghidupkan konsep tersebut, Team Vitality turut mengeluarkan 100 kotak bijirin yang dipanggil sebagai VIT POPS.

VIT POPS akan dijual dengan harga 9.99 euro dan ianya adalah terhad. Dalam setiap kotak VIT POPS akan terdapat mini replika eksklusif kasut VIT.03 dan QR kod untuk dapatkan hadiah istimewa. Bukan itu sahaja, pembeli bertuah turut akan mendapat kasut VIT.03 secara percuma.

Kasut VIT.03 akan mempamerkan 2 logo jenama iaitu Adidas dan Vitality. Mereka juga membawa motto pasukan iaitu \u201cV for Victory\u201d. Kasut ini akan dijual dengan harga 140 euro dan boleh didapati di kedua-dua kedai Vitality dan Adidas bermula pada 11 Mac ini. Untuk pengetahuan, ini merupakan kasut ketiga yang dikeluarkan oleh Adidas untuk Team Vitality dimana yang sebelumnya adalah VIT.01 dan VIT.02.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adidas-lancarkan-kasut-bersama-team-vitality"} {"title": "Sambutan Ulang Tahun Keempat PUBG Mobile Kini Bergerak Ke Johor", "body": "

Selepas enam hari berada di Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan ulang tahun keempat pemainan video mudah alih popular Asia Tenggara, PUBG Mobile, kini giliran warga Johor pula untuk merasakan kehangatannya.

Dengan kerjasama bersama syarikat pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia iaitu Xiaomi, acara hebat ini semestinya ditunggu-tunggu oleh para peminat di Johor. Trak istimewa yang dipanggil AirDrop Truck akan berada di Johor dari 11 hingga 13 Mac (Jumaat - Ahad) minggu depan. Berikut merupakan jadual roadshow untuk Johor:

Johor: 11 - 13 Mac 2022

Seperti di Kedah dan Pulau Pinang, para peminat di Johor juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perlawanan TDM 4v4 Fun Match di mana peserta berpeluang untuk memenangi UC yang lumayan.

Selain itu, pengunjung juga dapat menyertai aktiviti Spin to Win untuk peluang memenangi skin terhad dan juga barangan eksklusif sempena ulang tahun keempat PUBG Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sambutan-ulang-tahun-keempat-pubg-mobile-kini-di-johor"} {"title": "Alter Ego Celeste Juara VCT 2022 : APAC Game Changers Stage 1", "body": "

Kejohanan VCT 2022: APAC Challengers Stage 1 telah selesai. Pasukan Valorant wanita di Asia Pacific juga telah bertanding sehabis mungkin demi merebut gelaran juara. Namun pada musim ini, Alter Ego Celeste berjaya merangkul gelaran juara dalam VCT 2022: APAC Challengers Stage 1 .

Di peringkat kumpulan, Alter Ego Celeste telah menewaskan pasukan Nigma Galaxy Female dan The Capitol Arise. Kemenangan ini diteruskan hingga ke peringkat playoff dimana Alter Ego Celeste berjaya mendapatkan kemenangan ke atas FUMA Ladies, Team SMG, dan X10 Crit Female.

Masuk pada perlawanan akhir, Alter Ego Celeste sekali lagi bertemu dengan pasukan X10 Crit Female. X10 Crit Female sememangnya memberikan saingan yang sengit terhadap pasukan Alter Ego Celeste. Walau bagaimana, mereka terpaksa akur dengan kekalahan terhadap Alter Ego Celeste dimana mereka tewas dengan mata 2-3.\u00a0

Alter Ego bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 1500 USD di tempat yang pertama. Sehingga kini, Alter Ego Celeste berjaya mengekalkan gelaran pasukan Valorant wanita terkuat di Asia Pacific. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alter-ego-celeste-juara-vct-2022-apac-game-changers-stage-1"} {"title": "BOOM Esports Juara GAMERS GALAXY", "body": "

BOOM Esports dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan GAMERS GALAXY: Invitational Series Dubai 2022. Mereka telah menempah nama di persada dunia apabila berjaya menundukkan pasukan Dota 2 terbaik dunia yang lain.

Pada perlawanan akhir, BOOM Esports telah bertemu dengan pasukan Tundra Esports. Ini merupakan pertemuan kali kedua dimana kali pertama BOOM Esports telah tewas terhadap Tundra dan sekaligus menghantar mereka ke lower bracket.

Tundra Esports kemudiannya terus memenangi perlawanan hingga ke final upper bracket dimana mereka telah menewaskan pasukan Nigma Galaxy. Meskipun BOOM Esports jatuh di kedudukan bawah, ia bukanlah satu penghalang buat mereka.

BOOM Esports berjaya mendapatkan 2 kemenangan bersih terhadap Team Secret dan Team Spirit. BOOM Esports kemudiannya menentang pasukan NGX sebelum memasuki perlawanan akhir dan mereka telah memenangi perlawan tersebut 2-1.

Pertemuan kembali antara Tundra Esports dengan BOOM Esports sememangnya sangat mendebarkan. Keuda pasukan telah bersaing dengan sengit demi merebut gelaran juara. Akhir perlawanan, BOOM Esports telah dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menutup permainan dengan mata kemenangan 3-2.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/boom-esports-juara-gamers-galaxy"} {"title": "Tabah NSEA & Geek Fam Wakil Malaysia Ke Sukan SEA Vietnam", "body": "

Kejohanan kelayakan Sukan SEA Vietnam untuk acara PUBG Mobile telah pun selesai. 16 pasukan telah berentap selama 3 hari yang bermula pada 4 hingga 5 Februari. Tabah NSEA dan Geek Fam berjaya menduduki tempat pertama dan kedua sekaligus melayakkan mereka ke Sukan SEA Vietnam 2021 untuk mewakili Malaysia.

Kemunculan Tabah NSEA musim ini sememangnya mengejutkan banyak pasukan. Mereka berjaya menunjukkan konsistensi permainan sepanjang perlawanan kelayakan ini berlangsung. Mereka telah mengutip mata sebanyak 167 di tempat yang pertama. Tabah NSEA musim ini diwakili oleh Aduka, XRush, Lexbot, Magix, FlaxOP, dan Franky.

Di tempat kedua diduduki oleh pasukan Geek Fam. Kekuatan pasukan ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pengalaman yang dimiliki. Tambah pula, Geek Fam membawa masuk 2 individu terkemuka di dalam arena PUBG Mobile iaitu Uhigh dan juga Jangs. Geek Fam telah menurunkan pemain Damrude, Qb, Sonix7days, Snipes, Uhigh, dan Jangs sebagai jurulatih pada perlawanan kelayakan tempoh hari. Mereka berjaya mendapatkan tempat kedua dengan mata keseluruhan 156.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasukan. Teruskan menyokong mereka dalam mewakili Sukan SEA nanti. Semoga Emas menjadi milik Malaysia!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tabah-nsea-geek-fam-wakil-malaysia-ke-sukan-sea-vietnam"} {"title": "Brawl Stars Championship 2022 EECA Ditangguhkan", "body": "

Supercell baru-baru ini memberitahu bahawa pusingan akhir bulanan dan kelayakan untuk rantau Asia Timur dan Asia Tengah (EECA) dalam kejohanan Brawl Stars Championship 2022 ditangguhkan akibat peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.\u00a0

Disebabkan konflik ini, pihak penganjur terpaksa menangguhkan kejohanan kerana rantau ini terdapat kedua-dua negara iaitu Rusia dan Ukraine. Pihak penganjur turut memberitahu bahawa keputusan kelayakan untuk bulan Februari akan disambung semula apabila pertandingan diteruskan. Namun, dengan konflik yang belum menunjukkan tanda kedamaian, kemungkinan ia akan memakan masa yang agak lama.

Lapan pasukan teratas daripada kelayakan Februari akan bertanding di pusingan akhir yang akan berlaku pada 15 Mac ini. 8 pasukan tersebut adalah F/A Sky, F/A Upper Moon, Free Win Agents, GrassMudDoppin, A Few Nervous Men, BYRO Esports, F/A Hashira, dan Reconic Esports. Supercell juga memberitahu mereka telah menderma sebanyak 1 juta Europe kepada UNHCR sebagai usaha kemanusiaan.\u00a0

Ikuti laman sosial brawl esports untuk dapatkan perkembangan lebih lanjut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/brawl-stars-championship-2022-eeca-ditangguhkan"} {"title": "Team SMG Tubuhkan Pasukan Valorant Wanita", "body": "

Team SMG umumkan barisan pemain Valorant Wanita buat kali yang pertamanya. Barisan ini terdiri daripada bekas pemain pasukan Renatus White. Pasukan ini bakal bersaing dalam siri VCT Game Changers APAC 2022 serta VCT Circuit.\u00a0

Team SMG sememangnya memilih barisan pemain yang mempunyai pengalaman. Semasa di Renatus White, barisan pemain ini berjaya menduduki tempat ketiga pada kejohanan VCT Game Changers SEA: FSL Elite tahun lalu. Untuk menguatkan lagi pasukan, SMG turut membawa masuk 2 pemain Thailand iaitu \u201cfixky\u201d dan \u201cYOKY\u201d.\u00a0

Pasukan wanita ini akan dilatih oleh Alex \u201cfalfalfal\u201d iaitu bekas pemain Valorant SMG. \u201cKami sentiasa melabur dalam memupuk senario e-sukan di Asia Tenggara dan dengan senarai baharu kami, kami yakin dapat memberikan sokongan untuk memaksimumkan potensi dalam senarai baharu kami,\u201d kata Orrin Xu, Pengurus Besar Pasukan SMG.

\u00a0\u201cSemua senarai wanita kami akan menjadi senarai Valorant tunggal kami dan akan menerima tahap sokongan yang sama seperti yang kami miliki untuk senarai Dota 2, MLBB dan PUBG Mobile kami.\u00a0 Kami berhasrat untuk mewakili APAC dalam kejohanan Game Changers global, serta bersaing dalam kelayakan utama VCT Malaysia/Singapura.\u201d

Barisan telah pun membuat penampilan sulung pada playoff Terbuka APAC VCT Game Changers pada 3 Mac yang lepas. Berikut merupakan senarai pemain:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-tubuhkan-pasukan-valorant-wanita"} {"title": "Virtus.pro Terima Ugutan", "body": "

Baru-baru ini, pasukan Dota 2 Virtus.pro telah menerima ugutan daripada menyertai kejohanan GAMERS GALAXY: Dota 2 International Series Dubai 2022. Virtus.pro menyatakan bahawa organisasi kejohanan tersebut telah mengumpulkan para pemain yang sudah tiba di Dubai untuk menyuarakan ancaman terhadap pasukan Virtus.pro.

Antara ugutan yang diterima oleh Virtus.pro adalah, \u201cSama ada pasukan anda mengeluarkan kenyataan awam mengenai situasi di Ukraina atau pasukan anda digugurkan daripada kejohanan.\u201d Mereka juga diugut bahawa organisasi kejohanan akan mendakwa para pemain Virtus.pro adalah positif COVID-19 meskipun ujian menyatakan negatif. Ini adalah untuk menyekat Virtus.pro dari menyertai kejohanan.

Segala ancaman ini dibuat adalah selepas RuHub, organisasi di bawah ESforce Holding memuatnaik di laman twitternya yang menyokong Rusia menghantar tentera ke Ukraina. Untuk pengetahuan, ESforce Holding juga merupakan pemilik Virtus.pro yang bertapak di Rusia. Disebabkan itu, Virtus.pro telah terpalit dengan ancaman daripada pihak kejohanan.

Dalam pada itu, Virtus.pro turut diberi pilihan jika tetap ingin bertanding mereka perlu menanggalkan tag serta jersi dan perlu bermain tanpa mengaitkan mana-mana club atau negara. Walau bagaimana, tindakan ini telah melampaui pandangan Virtus.pro. Virtus pro juga menyatakan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan organisasi kejohanan iaitu WePlay dan GAMERS GALAXY.

\u201cKami tidak menyokong sebarang peperangan yang ada atau pernah berlaku di Ukraina, Syria, Afghanistan, Yugoslavia, atau yang lain. Tetapi memaksa seseorang untuk mengambil pendirian awam tidak akan membawa keamanan sebaliknya menjauhkan orang ramai daripada satu sama lain serta menyemarakkan kebencian.\u201d

\u201cVirtus pro tidak akan terpengaruh dengan ugutan ini. Kami tidak akan menanggalkan jersi kami dan tidak akan bertolak ansur dengan tekanan ini.\u201d Selain itu, Virtus juga menyatakan, \u201cRamai pemain dan pekerja kami adalah warga Ukraina. Meskipun mereka menghadapi tekanan sekarang, tetapi mereka menyimpannya untuk mendapatkan keamanan.\u201d

Setakat ini tiada apa-apa tindak balas oleh organisasi penganjur. Adakah Virtus.pro akan bertanding dalam kejohanan ini? Sama-sama kita nantikan keputusan mereka.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/virtus-pro-terima-ugutan"} {"title": "Lunna Bersama Team Baru Di MPL Brazil S2", "body": "

Lunna, bekas pemain Red Canids baru-baru ini menyatakan yang beliau akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pro player. Beliau telah menarik semula kenyataan yang beliau akan berehat daripada kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Kehadiran beliau dalam kompetitif MLBB kali ini adalah bersama dengan pasukan barunya.

Lunna akan menyertai Mobile Legends Professional League (MPL) Brazil musim 2 bersama dengan pasukan SONS Esports. Untuk pengetahuan, SONS Esports merupakan pasukan yang dijaga oleh Lunna sebelum beliau bersama Red Canids lagi. Pasukan ini telah mendapat undangan secara langsung di MPL Brazil musim 2 bersama dengan pasukan RRQ Akira dan DreamMax Esports.

Kemasukan Lunna ke dalam SONS Esports ditemani oleh rakan seperjuangannya iaitu UpaaTzy. Kedua-dua pemain ini sememangnya mempunyai pengalaman yang tinggi dimana mereka pernah bertanding di kejohanan dunia M3 bersama pasukan Red Canids. Mampukah Lunna membawa SONS Esports untuk dinobatkan sebagai juara dalam MPL Brazil musim 2? Sama-sama kita nantikan.

Pemain SONS Esports:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lunna-bersama-team-baru-di-mpl-brazil-s2"} {"title": "FaZe Clan Juara IEM Katowice 2022", "body": "

FaZe Clan baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan CS:GO Intel Extreme Masters (IEM) Katowice 2022. Mereka berjaya menundukkan pasukan G2 Esports di perlawanan akhir dengan mata kemenangan 3-0. FaZe Clan juga akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 400,000 USD.

Pada perlawanan akhir, kedua pasukan telah mengalami masalah dimana terdapat ahli pasukan mereka yang dikatakan positif Covid-19. G2 Esports terpaksa bermain tanpa jurulatih mereka iaitu \u201cXTQZZZ\u201d manakala FaZe Clan pula terpaksa kehilangan pemain utama mereka iaitu \u201crain\u201d. Beliau telah digantikan oleh pemain simpanan iaitu \u201cjks\u201d.

Walau bagaimana, perlawanan akhir tersebut tetap berlangsung dengan sengit. Di map pertama Inferno FaZe Clan berjaya mendapatkan kemenangan dengan skor 19-15. Map kedua pula Mirage, FaZe Clan sekali lagi mendapatkan kemenangan 31-27. Masuk map ketiga iaitu Dust 2, FaZe Clan telah menutup perlawanan dengan kemenangan 16-14.\u00a0

Pemain MVP untuk kejohanan akhir tersebut telah diberikan kepada \u201cBroky\u201d. Ini merupakan kemenangan kedua buat FaZe Clan dimana yang pertamanya adalah di IEM Sydney 2018 dan IEM Katowice 2022. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/faze-clan-juara-iem-katowice-2022"} {"title": "Free Fire X BTS", "body": "

Free Fire antara salah sebuah permainan Battle Royale yang semakin meningkat naik. Permainan ini juga pernah memenangi anugerah Esports Mobile Game of the Year pada tahun lepas yang telah mengalahkan saingan terdekatnya iaitu PUBG Mobile.

Baru-baru ini, Garena telah mengadakan satu kolaborasi hebat iaitu Free Fire X BTS. BTS merupakan sebuah kumpulan Kpop yang berasal dari Korea. BTS mempunyai peminat yang sangat ramai sehingga dikenali dunia. Dengan kehadiran BTS dalam Free Fire, ia secara tidak langsung dapat menarik minat ramai pemain terutama dalam kalangan remaja.

\u201cBTS merupakan salah sebuah kumpulan yang paling digemari serta memenangi hati dan fikiran ratusan juta orang di seluruh dunia. Pemain dan peminat Free Fire boleh menantikan pelbagai acara dan aktiviti sempena dengan kolaborasi ini pada minggu akan datang,\u201d tulis Free Fire menerusi laman instagram mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-bts"} {"title": "Ura-Ura MPL Bakal Diadakan Di China", "body": "

Mobile Legends Professional League (MPL) merupakan sebuah kejohanan mobile terbesar di Asia Tenggara. Bahkan pada tahun lepas jumlah tontonannya lebih tinggi berbanding Dota 2 menurut Esports Charts. Ini menunjukkan bahawa Mobile Legends merupakan antara permainan yang semakin diminati dunia.

Tahun ini, Mooton kemungkinan bakal melancarkan MPL di sebuah negara yang sememangnya maju dalam bidang e-sukan iaitu China. Berita ini telah dinyatakan oleh salah seorang kakitangan Liquipedia iaitu Hesketh2 yang memberitahu bahawa Bytedance sedang menguji MLBB versi China yang dipanggil sebagai \u201cWin the Peak\u201d pada tahun lepas.

Dalam pada itu, terdapat juga gambar hero MLBB yang ditulis dalam versi bahasa Cina. Walau bagaimana, Moonton masih belum mengesahkan tentang perkara ini. Kewujudan MPL di China pasti akan memberi saingan yang sengit kepada kejohanan mobile yang lain seperti Honor of Kings dan League of Legends: Wild Rift.\u00a0

Seperti yang semua tahu, China antara negara yang digeruni untuk pasukan PUBG Mobile mereka. Ini adalah selepas mereka beberapa kali dinobatkan sebagai juara dunia dalam PUBG Mobile. Jika benar MPL diadakan di China, ia pasti akan memberikan saingan yang hebat kepada negara-negara lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ura-ura-mpl-bakal-diadakan-di-china"} {"title": "IESF World Esports Championship Umumkan 500,000 USD Prizepool", "body": "

International Esports Federation (IESF) baru-baru ini mengumumkan tentang hadiah terkumpul untuk kejohanan akhir World Esports Championship 2022. IESF memaklumkan bahawa hadiah terkumpul untuk edisi kali ini adalah sebanyak 500,000 USD. Ini menunjukkan penambahan yang sangat ketara dalam masa setahun kerana musim lalu hadiah terkumpul adalah sebanyak 55,000 USD.

Akan tetapi, tidak hairanlah mengapa IESF meningkatkan jumlah hadiah terkumpul kerana seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, World Esports Championship 2022 mempunyai 2 permainan mobile baru yang dibawa masuk iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. Ini secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai peserta dan penonton untuk mengikuti kejohanan dunia ini.

Vlad Marinescu, Presiden IESF berkata, \u201cKami sangat teruja dengan penambahan kumpulan hadiah untuk pusingan akhir kejohanan WE 2022 iaitu sebanyak 500,000 USD. Kami sedang berusaha untuk mengadakan kejohanan WE yang terbesar dan paling inklusif. Kami berharap dapat terus meningkatkan akses kepada sukan profesional serta menyediakan atlet dengan persekitaran yang terbaik untuk beraksi pada potensi sepenuhnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/iesf-world-esports-championship-umumkan-500-000-usd-prizepool"} {"title": "Spider-Man: No Way Home Tiba Di Netflix", "body": "

Kepada peminat Spider-Man, ada berita baik untuk anda semua. Spider-Man No Way Home kini boleh ditonton di kaca TV rumah anda kerana filem ini bakal memasuki Netflix Malaysia pada 13 Julai ini. Jika anda terlepas untuk menonton filem ini dipawagam atau tidak puas menonton, inilah masanya.

Spider-Man No Way Home telah ditayangkan di pawagam pada Disember 2021 dan filem ini berjaya mengutip sebanyak 1.9 billion USD. Spider-Man No Way Home merupakan filem arahan Jon Watts bersama Sony Pictures dan pemegang watak utamanya ialah Tom Holland (Spider-Man). Jika masih ada yang masih belum menonton filem ini, di bawah kami berikan sedikit storyline untuk Spider-Man No Way Home.

\u201cIdentiti rahsia Peter Parker didedahkan kepada seluruh dunia. Terdesak untuk mendapatkan bantuan, Peter berjumpa dengan Doctor Strange untuk membuat dunia lupa bahawa dia adalah Spider-Man. Mantra yang diberikan oleh Doctor Strange itu menjadi sangat bahaya dan menghancurkan multiverse, membawa masuk penjahat besar yang boleh memusnahkan dunia.\u201d

Jangan lupa untuk langgan Netflix pada 13 Julai ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-no-way-home-tiba-di-netflix"} {"title": "Syamil Masuk Farang Lejund", "body": "

Kebelakangan ini, terdapat banyak berita mengenai kemasukan, penukaran serta peninggalan pemain. Kini, Syamil iaitu pemain yang dahulu dibawah Farang Elementus secara rasminya menyertai Farang Lejund.

Pasukan berdivisi PUBG Mobile ini telah memutuskan bahawa ia sudah tiba masa bagi beliau untuk bermain di peringkat atas seperti PMPL musim akan datang. Poster menyambut kedatangan beliau telah dimuat naik di laman Instagram rasmi Farang Esports.

Syamil akan mula beraksi di kejohanan PMPL tanah air bermula bulan September nanti bersama Repoboy, AdikLuq, Helton, Luppy serta Oliyo.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/syamil-masuk-farang-lejund"} {"title": "Barisan Pemain SEM9 Lengkap", "body": "

Akaun rasmi Instagram SEM9 telah mengeluarkan poster yang menyambut kemasukan Harm dan Adibz dalam divisi PUBG Mobile mereka. Nampaknya, divisi ini sedang melakukan rombakan selepas keluaran Stoned dan pinjaman Bravo ke Guerilla Esports baru-baru ini.

Harm atau nama sebenarnya Muhammad Ilham pernah bermain untuk R2K dan Anti Circle. Beliau menurut serta dalam kemenangan pasukan Anti Circle memenangi tempat ketiga PMPL Musim Ketiga.

Adibz pula berasal daripada Guerilla Esports dan kelihatan mendampingi Man Parang semasa scrim selepas berakhirnya liga lalu. Oleh itu, dengan kemasukan dua pemain ini barisan pemain SEM9 lengkap untuk menentang pasukan lain di PMPL MYSGPH 2022 Fall Split.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/barisan-pemain-sem9-lengkap"} {"title": "Lollipop Chainsaw Remake Keluar 2023", "body": "

Baru-baru ini, Dragami Games mengumumkan tarikh keluaran remake Lolipop Chainsaw iaitu pada tahun hadapan. Permainan ini pertama dikeluarkan pada Jun 2012 dan telah memperoleh banyak keuntungan dengan jualan sebanyak sejuta unit di seluruh dunia.

Menurut Yoshimi Yasuka iaitu penerbit Dragami Games, mereka telah membeli hak pemilikan buat Lollipop Chainsaw daripada Kadokawa Games. Dengan pengesahan daripada Warner Bros, keluaran remake ini merupakan usaha mereka untuk kembalikan semangat baru bagi permainan ini.\u00a0

Beliau menjanjikan untuk kekalkan intipati yang asal namun mempunyai perubahan daripada segi lagu. Sesetengah lagu daripada 15 lagu asal yang digunakan berkemungkinan tidak akan dimasukkan untuk remake.

Namun, mereka berniat untuk membuat penambahan lagu serta menaik tarafkan grafik untuk menjadi lebih realistik. Tambah beliau, mereka juga ingin membuat permainan ini lebih mudah agar lebih banyak pemain akan berminat untuk mencuba.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lollipop-chainsaw-remake-keluar-2023"} {"title": "RSG MY Johan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia", "body": "

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 merupakan program yang diperkenalkan sebagai salah satu usaha negeri Perak untuk mempromosikan kawasan mereka sebagai destinasi pelancongan daripada 1 Julai sehingga 3 Julai 2022 di Pasir Salak, Perak.\u00a0

Salah satu acara yang terdapat dalam program ini ialah acara kejohanan esports PUBG Mobile. Terdapat 4 pasukan PMPL yang terlibat sebagai persiapan sebelum PMPL MYSGPH Fall Split 2022.

Pasukan-pasukan seperti Farang Lejund, RSG MY, Team Haq dan NSEA telah bertanding untuk memenangi wang tunai yang bernilai RM 3,000.\u00a0

Akaun rasmi Instagram RSG MY telah memuat naik gambar kemenangan RSG MY sebagai johan yang telah membawa pulang RM 2,000. Tempat kedua pula dimenangi oleh Farang Lejund dengan kemenangan RM 1,000 dan Team HAQ menduduki tempat ketiga.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-my-johan-jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia"} {"title": "GBX Esports Wakil Asia Ke Piala Dunia FIFAe 2022", "body": "

Pasukan daripada Malaysia iaitu GBX Esports telah mencatat sejarah esports sebagai pasukan Malaysia pertama yang layak mewakili Asia ke Piala Dunia FIFAe 2022.\u00a0

Pemainnya LuqmanHzq dan AkmalJHD telah menempatkan kedudukan mereka sebagai salah satu pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat Antarabangsa.\u00a0

Kejohanan piala ini bermula sejak November 2021 dengan penyertaan daripada 100 pasukan terbaik daripada seluruh benua Asia yang telah bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat antarabangsa.\u00a0

Peringkat Antarabangsa ia pula akan diadakan di Copenhagen, Denmark pada 20 Julai sehingga 23 Julai 2022. Johan piala ini akan dihadiahkan ganjaran yang bernilai RM 1,200,000 atau $300,000 USD.\u00a0

Mari memberi sokongan yang padu kepada pasukan yang akan mewakili bukan sahaja nama negara namun seluruh Asia. Selamat maju jaya GBX Esports untuk piala antarabangsa akan datang.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gbx-esports-wakil-asia-ke-piala-dunia-fifae-2022"} {"title": "Siapa Pemain Roamer Dan Flex Baru HomeBois", "body": "

Homebois telah mengeluarkan poster teaser mengenai kedatangan roamer dan flex yang baru bagi divisi MLBB mereka. Penambahan roamer baru ini berkemungkinan sebagai penggantian Saiful yang ingin bersara sebagai pemain profesional esports.

Seorang peminat di ruang komen meneka XpDEA kerana ternampak kelibatnya semasa tour dengan HomeBois. Adakah ia XpDEA walaupun beliau masih bermain untuk pasukan SMG?

Pada hari berikutnya, poster teaser pemain flex yang baru mempunyai bayang-bayang yang ala-ala Soloz. Admin akaun Instagram HomeBois mengusik peminat dengan mengatakan tekaan Soloz itu hampir dengan jawapan sebenar.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siapa-pemain-roamer-dan-flex-baru-homebois"} {"title": "Uhigh Dipinjamkan Kepada Geek Fam", "body": "

Kebelakangan ini, laman Instagram Geek Fam seringkali mengusik peminat mengenai kedatangan pemain baru untuk divisi PUBG Mobile mereka. Pengumuman pertama mengenai kemasukan dua pemain baru ini melibatkan penyembunyian identiti mereka.

Poster yang diperkenalkan menyembunyikan muka serta nama namun menyenaraikan pencapaian mereka sebagai petunjuk kepada identiti. Seorang daripadanya pernah menjadi MVP Grand Final PMPL Musim Kedua, Terminator teratas di Liga Musim Kedua serta telah mewakili Malaysia ke SEA Games 2022.

Seorang lagi merupakan Gunslinger PMPL Musim Kelima dan merupakan Terminator teratas di Liga PMPL Musim Keempat. Berdasarkan petunjuk ini, peminat membuat ramalan atau meneka bahawa ia merupakan Uhigh dan Mica.\u00a0\u00a0

Tekaan ini disahkan dengan keluaran poster baru barisan pemain divisi PUBG Mobile Geek Fam. Dalamnya, terdapat Damrude, Snipe, Sonix dan secara sahnya Uhigh (dipinjamkan daripada Bigetron Esports) dan Mica. Dengan ini, barisan pemain Geek Fam sudah lengkap untuk PMPL MYSGPH Musim Keenam akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/uhigh-dipinjamkan-kepada-geek-fam"} {"title": "Kini Terjawab - SmallBoy Masuk Genexus", "body": "

Baru-baru ini, pasukan Genexus telah berjaya mendapatkan tempat kedua bagi Ruthless Invitational Arena 2022 dengan pengenalan roaster yang baru. Pada poster yang dikeluarkan di halaman Instagram mereka, terdapat seorang pemain yang disembunyikan identiti.

Terdapat banyak peminat di ruang komen yang meneka identiti tersebut sebagai SmallBoy. Namun, laman Instagram masih mengusik peminat dengan mengeluarkan soalan \u2018Teka Siapa?\u2019 serta mengedit muka Psy pada badan SmallBoy.

Kini, secara sahnya mereka telah menjawab soalan peminat dengan menyambut kedatangan SmallBoy pada keluaran poster baru di laman Instagram mereka.\u00a0\u00a0

SmallBoy merupakan pemain profesional PUBG Mobile esports di Malaysia yang dahulu pernah bermain untuk RSG Malaysia. Beliau juga telah berkhidmat dalam kemenangan pasukannya bagi PMPL MYSG Musim Ketiga.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kini-terjawab-smallboy-masuk-genexus"} {"title": "Team Lemah x LTX Integrated", "body": "

Pada awal bulan Jun yang lalu, Team Lemah telah memulakan pencarian tajaan atau kolaborasi dengan memuat naik poster di laman instagram mereka. Nampaknya, pencarian ini sudah tamat kerana Team Lemah telah mendapat sponsorship daripada LTX Integrated baru-baru ini.

Menurut temu bual Arkd bersama Syazriel Nazif atau Stingy iaitu pengurus Team Lemah, tajaan ini akan memberi semangat bagi mereka untuk pusingan kelayakan MPL MY musim kesepuluh nanti.\u00a0

LTX Integrated merupakan syarikat esport yang juga dikenali sebagai Lunatix. Organisasi ini pernah berkolaborasi bersama pasukan-pasukan lain seperti Reborn, Evos malahan Orange Esports.

Buat pengetahuan pembaca, salah satu pasukan dibawah LTX Integrated iaitu Lunatix Origins telah menjuarai Liga Amatur ROG x Yoodoo. Mereka telah mengalahkan pasukan HAQ Academy dengan skor 3-1 dan membawa pulang RM6000 dan 20,000 Diamond MLBB.

Sponsorship ini bermaksud Team Lemah akan berfungsi sebahagian daripada LTX Integrated. Tetapi, mereka masih dapat mengekalkan nama, imej serta barisan pemain sebagai Team Lemah. Penambahan di bahagian kejurulatihan sahaja yang akan memberi sedikit perubahan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lemah-x-ltx-integrated"} {"title": "Ultraman Berkolaborasi Dengan Super Hero Marvel", "body": "

Sebelum ini, Tsuburaya Production telah mengumumkan bahawa mereka ingin mengembangkan projek ke seluruh dunia. Selepas daripada pengumuman itu, kita dapat lihat pihak produksi telah membawa Ultraman ke dalam siri anime, komik, dan Shin Ultraman. Terbaru ini, Ultraman dikatakan bakal mengadakan kolaborasi dengan Marvel Comics pula.

Ketika di Ekspo Anime baru-baru ini, Tsuburaya Production dan Marvel Comics mengumumkan bahawa beberapa hero Marvel seperti Spider-Man, Iron Man, Captain Marvel, dan beberapa wira jahat terkenal akan memasuki Kaiju iaitu alam semesta Ultraman dan Ultraseven pada komik mini siri terbaharu. Ini merupakan crossover pertama untuk Ultraman dan Marvel Comics.

Pengumuman yang dibuat di Ekspo Anime oleh kedua pihak tentang kolaborasi ini tidaklah begitu lengkap. Mereka walau bagaimanapun masih belum mengumumkan tajuk sebenar untuk komik ini begitu juga dengan tarikh pelancaran. Tetapi kemungkinan besar pelancarannya adalah pada tahun depan. Untuk dapat maklumat lanjut, pergi ke Tsubaraya.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ultraman-berkolaborasi-dengan-super-hero-marvel"} {"title": "Uncle Chikanook Tamatkan Perjalanan Mengulas", "body": "

MPL Musim Kesepuluh semakin hampir dengan peringkat kelayakan yang akan bermula 7 Julai 2022. Namun, peminat berduka cita apabila mendengar pemergian Uncle Chikanook daripada dunia pengulasan e-sukan.\u00a0\u00a0\u00a0

Baru-baru ini, Uncle Chikanook telah berkongsikan niat beliau untuk meninggalkan dunia pengulasan e-sukan di laman sosialnya melalui Instagram.\u00a0

Beliau juga telah mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan mengulasnya untuk MPL akan datang. Selain itu, beliau mendoakan kejayaan RedEsports Malaysia untuk kemasukan kejohanan M4.

Uncle Chikanook telah menjadi pengulas siri MPL MY sejak musim-musim awal lagi. Beliau juga telah berkhidmat untuk pelbagai lagi kejohanan Mobile Legends di tanah air. Semoga urusan dan perjalanan beliau dipermudahkan bagi masa akan datang.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/uncle-chikanook-tamatkan-perjalanan-mengulas"} {"title": "Team HAQ Tambah Kuasa", "body": "

Kebelakangan ini, Team HAQ telah mengumumkan kemasukan kuasa baru dalam usaha mereka untuk melakukan comeback di arena PUBG Mobile Malaysia untuk PMPL MYSGPH Fall Split 2022.

Cmper dan Damqt adalah pemain scouter dan fragger baru Team HAQ yang telah diperkenalkan di laman Instagram mereka semalam. Kedua dua pemain ini berpengalaman dalam kejohanan PMPL musim sebelum.\u00a0

DamQT yang dulunya bermain dengan Team SMG akan bekerjasama dengan pemain Wuv Arov yang pernah dijumpai di musim keempat PMPL. Selain itu, Cmper juga pernah bermain di PMPL musim ketiga bersama IphoneWanted.

Tambahan pula, Team HAQ telah membawa masuk Jurulatih Savior yang mempunyai banyak pengalaman bermain serta membimbing pasukan PUBG e-sukan. Beliau pernah menjadi jurulatih untuk Nigma Galaxy malahan pasukan Farang Esports.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-tambah-kuasa"} {"title": "Trailer Trigun: Stampede Beri Nafas Baru", "body": "

Sebelum ini, kami pernah mengumumkan tentang kemunculan anime klasik iaitu Trigun. Baru-baru ini, animasi tersebut telah mengeluarkan trailer rasminya serta tahun pelancaran. Mereka mula menayangkan trailer dan mendedahkan tarikh ketika di Anime Expo 2022 yang diadakan pada baru-baru ini.

Orange Studio mengesahkan ia sedang mengusahakan anime baharu yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2023. Ini bermakna Trigun: Stampede kemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun hadapan. Pihak produksi walau bagaimana belum memutuskan tarikh rasmi ianya dikeluarkan.

Berdasarkan trailer tersebut, dapat dilihat bahawa Trigun: Stampede sememangnya muncul dengan nafas baharu. Ini kerana tayangan pada tahun 90-an masih terdapat banyak kekurangan dari segi visual mahupun teknikal lain. Sudah pasti Trigun: Stampede bakal memberikan keseronokan yang lebih lagi apabila ianya ditayangkan. Nantikan kemunculan Trigun: Stampede!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-trigun-stampede-beri-nafas-baru"} {"title": "Bleach: Thousand Year Blood War Kembali Hujung Tahun Ini", "body": "

Anime popular Bleach bakal kembali pada hujung tahun ini. Berdasarkan kesinambungan daripada Bleach 2004, anime ini kembali dengan tajuk Bleach: Thousand Year Blood War. Perkara ini dipastikan setelah trailer rasminya dikeluarkan di Youtube VIZ Media pada baru-baru ini.

New Key Visual for BLEACH: Thousand-Year Blood War! \u2694\ufe0f #BleachTYBW pic.twitter.com/zb6F7Ci7ti

\u2014 VIZ (@VIZMedia) July 3, 2022

Bleach: Thousand-Year Blood War akan ditayangkan di TV Tokyo pada bulan Oktober dan VIZ Media akan mengeluarkan siri ini dalam bahasa Inggeris. Anime ini akan merangkumi arka terakhir manga, yang meliputi jilid 55-74. Turut dikatakan bahawa terdapat kemunculan watak daripada permainan video Bleach: Brave Souls akan tampil pada musim baharu ini.

Bleach: Thousand-Year Blood War turut mengambil bahagian semasa Ekspo Anime tahun ini untuk mendedahkan treler dan poster baharu yang mempamerkan lebih banyak aksi. Tite Kubo, pencipta anime ini muncul dalam mesej video kepada peminat semasa panel Ekspo Anime Bleach dan berkata \u201cPeminat boleh menjangkakan pewarnaan kontemporari moden dan pengalaman tontonan baharu serta menyegarkan anime baharu.\"

Pastinya Bleach: Thousand Year Blood War akan kembali dengan lebih gempak dan penuh aksi. Sama-sama kita nantikan kemunculannya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bleach-thousand-year-blood-war-kembali-hujung-tahun-ini"} {"title": "Mod Ancient Secret Kembali Lagi", "body": "

Mod Ancient Secret akan dikembalikan untuk PUBG Mobile dengan versi 2.0. Keluaran pertama mod ini adalah pada Julai 2020 tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja.\u00a0

Namun, popularitinya bersama peminat telah menjanjikan pengembaliannya pada 13 Julai 2022. Mod ini akan dikeluarkan seiring dengan kemas kini 2.1 nanti.\u00a0

Kebelakangan ini, akaun Twitter PUBG Mobile telah mengeluarkan gambaran teaser serta klip pendek sut Pharaoh X dan skin M24. Gambaran teaser ini bukan sahaja menjanjikan Pharaoh malahan pelbagai skins menarik akan datang.

Tambahan pula, keluaran Royale Pass Musim ke-18 akan datang juga akan memberikan ganjaran, skin dan emotes baru kepada pembeli dan peminat sekalian.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mod-ancient-secret-kembali-lagi"} {"title": "CRIT Esports Cawangan Malaysia Ditubuhkan", "body": "

CRIT Esports merupakan pasukan e-sukan Asia Tenggara yang bertapak di Brunei. Baru-baru ini, Andrew Chan telah memperkenalkan pertubuhan pasukan CRIT Esports baru di Malaysia serta posisinya sebagai Pengurus Negara di laman Facebooknya.

Andrew Chan merupakan bekas pengurus besar pasukan EVOS SG/MY yang telah berkhidmat untuk mereka hampir 2 tahun. Kini, perjalanan pengurusan e-sukan beliau akan diteruskan melalui CRIT Esports.\u00a0

Proses pembinaan pasukan CRIT Esports Malaysia masih dalam fasa awal maka tidak banyak informasi yang dikongsi lagi. Malahan, divisi dan barisan pemain juga masih belum dikeluarkan lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/crit-esports-cawangan-malaysia-ditubuhkan"} {"title": "Jumper \"Jump\" Ke 4Rivals", "body": "

Pasukan esport 4Rivals telah mengukir nama sebagai pasukan PUBG Mobile yang antara terhebat di Malaysia. Sebagai contoh, kemenangan mereka di PMPL MYSGPH Musim Kelima 2022 telah menghadiahkan mereka sebanyak $31,000 USD.\u00a0

Sumber: 4Rivals

Kini, mereka telah dijemput untuk bermain di PMWI 2022 iaitu Kejohanan PUBG Mobile peringkat Antarabangsa di Riyadh Arab Saudi. Tanggunjawab untuk mewakili negara ini juga telah mengalu-alukan kedatangan pemain hebat PUBG Mobile seperti Jumper.

Jumper atau nama sebenarnya Izzrudin Hashim secara rasminya telah menyertai pasukan 4Rivals. Pengumuman ini telah dibuat baru-baru ini melalui akaun rasmi Instagram 4Rivals. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini Jumper pernah bermain untuk Axis RedOne, Team Secret, Yoodo Gank dan VIP.

Beliau telah mengambil bahagian dalam kemenangan pasukannya dalam menjohani PMPL Asia Tenggara 2020, PMPL Kejohanan Asia Tenggara Musim Keempat malahan juga membawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia di Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.

Turut menyertainya, ahli pasukan seperti Appy, Eypul, Pemburu, Vokey dan Rith yang dipinjam oleh Axis RedOne akan mewakili Malaysia dan Asia Tenggara untuk PMWI 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jumper-jump-ke-4rivals"} {"title": "Sea Of Stars Ditunda Ke 2023", "body": "

Permainan ini merupakan projek RPG daripada studio Sabotage yang terkenal dengan The Messenger. RPG bergaya retro ini telah diperkenalkan pada 2020 dan berniat untuk dikeluarkan di akhir 2022.

Akaun rasmi Sea of Stars telah mengeluarkan tweet yang meluahkan kepentingan bagi mereka dalam memastikan kesihatan kualiti hidup pekerja serta kualiti permainan ini apabila dikeluarkan nanti.\u00a0

Oleh itu, mereka telah membuat keputusan untuk menunda keluarannya ke 2023. Sabotage juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan mereka dan ingin mengeluarkan seakan-akan demo untuk pemain untuk menikmati pada tahun ini.

Sea of Stars pula akan dikeluarkan di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sea-of-stars-ditunda-ke-2023"} {"title": "Team HAQ Melepaskan Pemain", "body": "

Baru-baru ini, akaun rasmi Instagram Team HAQ telah mengumumkan pemergiaan pemain daripada divisi MLBB dan FIFA mereka.

Terdapat tiga pemain daripada divisi Mobile Legends: Bang Bang yang telah dilepaskan iaitu Zeno (roamer) , Nuar (tank) dan Syam (support). Untuk pengetahuan pembaca, Zeno dan Nuar juga merupakan antara ahli pertama yang menyertai divisi MLBB Team HAQ.\u00a0

Selain itu, divisi FIFA Team HAQ juga mengucapkan selamat tinggal kepada Ismir dan Draco. Ismir merupakan ahli asal Team HAQ bersama dengan Amtuah sejak awal penubuhan pasukan esukan ini. Draco pula telah menemaninya untuk semua liga dan kejohanan FIFA 22 sejak kemasukannya.

Team HAQ telah mengucapkan terima kasih kepada pemain atas segala usaha dan koperasi mereka semasa bermain dengan pasukan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-melepaskan-pemain"} {"title": "PUMA Bekerjasama Dengan Warner Bros. Hasilkan Kasut Bertemakan Rick And Morty", "body": "

Baru-baru ini pihak PUMA dan Warner Bros. Discovery Global Consumer Product telah mengumumkan kerjasama mereka bagi satu lagi keluaran kasut mereka untuk LaMelo Ball\u2019s collaboration dengan siri animasi terkenal Adult Swim iaitu Rick and Morty.

Kasut MB.02 Rick and Morty ini telah pun mula dijual di Malaysia. Bagi korang yang berminat, korang boleh dapatkannya di PUMA.com, Hoopsstation dan juga Atmos KL pada harga RM749 sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/puma-bekerjasama-dengan-warner-bros-hasilkan-kasut-bertemakan-rick-and-morty"} {"title": "Format Dan Jadual Perlawanan Regular Season MPL MY Musim Kesebelas", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya sidang media untuk perlancaran MPL MY Musim Kesebelas. Banyak perkara baru yang telah ditambah baik untuk kejohanan kali ini seperti format dan juga pengumuman pasukan baru yang mana akan menggantikan slot Orange Esports.

Rasanya sudah ramai yang tahu yang mana Orange Esports telah melepaskan slot mereka dan slot tersebut telah diganti dengan salah satu pasukan esports terkenal dunia iaitu Team Secret. Buat masa ini tiada lagi info berkenaan siapakah pemain-pemain untuk pasukan tersebut.\u00a0

FORMAT

Berkenaan dengan format, kali ini MPL MY S11 tidak lagi memecahkan pasukan-pasukan yang bertanding kepada 2 kumpulan. Sebaliknya kesemua 10 pasukan akan diletakkan dalam satu kumpulan saja di Regular Season seperti mana yang dilakukan oleh MPL ID. Ini telah menguatkan lagi yang MPL MY akan mendapat Francais tidak lama lagi.

Perlawanan setiap minggu Regular Season juga akan dikurangkan daripada 8 perlawanan kepada 6 perlawanan sahaja. Dengan penukaran format untuk Regular Season ini, setiap pasukan nampak harus \u201cPanas Enjin\u201d dengan lebih awal berbanding dengan MPL MY yang lepas. Pasukan yang menduduki tangga kesembilan dan kesepuluh akan terkeluar dari MPL MY S11.

Di Playoff pula, dua pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi di Regular Season akan terus ditempatkan di Upper Bracket Semi Finals manakala pasukan yang menduduki tangga ketiga dan keempat pula akan ditempatkan di Upper Bracket Quater Finals. Empat lagi pasukan akan bermula di Play In. Lower Bracket Semi Finals pula cuma akan bermula selepas Upper Bracket Semi Finals tamat.\u00a0

Jika dilihat pada format baru Playoff ini, pasukan yang menduduki tangga kelima hingga kelapan akan menghadapi perjalanan yang agak mencabar bagi memastikan mereka dapat bertahan sekurang-kurang hingga Upper Bracket Semi Finals bermula.

JADUAL REGULAR SEASON

Selain dari memperkenalkan format baru, pihak MPL MY juga telah mengeluarkan jadual perlawanan untuk Regular Season Minggu Pertama sehingga Minggu Kelapan. Regular Season akan bermula pada 10 March 2023 sehingga 16 April 2023 manakala Playoff akan bermula pada 27 April 2023.\u00a0

Pada perlawanan pertama Regular Season Minggu pertama, kita akan melihat juara untuk MPL MY S10 iaitu Team HAQ akan bertembung dengan pasukan Homebois dan perlawanan kedua adalah antara Team Secret menentang pasukan RSG Slate MY.

TIKET DAN LOKASI PERLAWANAN

Bagi MPL MY Musim Kesebelas kali ini, ianya akan dijalankan di Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Pihak MPL MY juga menyatakan yang tiada jualan tiket early bird akan dilakukan.

Tiket perlawanan cuma akan dijual seminggu sebelum minggu Regular Season bermula. Untuk Regular Season Week 1, tiket akan mula dijual pada 3 March 2023 pada harga RM10 sahaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket, korang boleh dapatkannya di Ticket2U bila tiket mula dijual nanti.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/format-dan-jadual-perlawanan-regular-season-mpl-my-musim-kesebelas"} {"title": "#MPLGosip - MPL MY Musim Ke-12 Adalah MPL Terakhir Sebelum Dapat Francais", "body": "

Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan MPL MY bakal mendapat Francais namun tiada apa-apa info yang telah dikeluarkan oleh pihak MPL MY sendiri. Namun hari ini terapat khabar angin MPL MY mungkin dapat Francais selepas MPL MY S12!

Seperti apa yang telah didedahkan oleh Daddyhood ketika Podcast beliau bersama dengan Rush yang merupakan Manager untuk pasukan Yoodo Red Giant, MPL MY sekarang sedang menuju ke Francais.

Dia juga menyatakan yang MPL MY S12 akan datang merupakan MPL MY terakhir sebelum mendapat Francais. Harga slot juga dikatakan mungkin mencecah sehingga jutaan ringgit.

Jika khabar angin ini benar, adakah pasukan-pasukan di Malaysia sudah bersedia? Adakah disebabkan itu format untuk MPL MY kali ini dikatakan akan bertukar daripada 2 kumpulan kepada 1 kumpulan sahaja seperti mana yang dilakukan di MPL ID? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada pihak MPL MY tidak lama lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mplgosip-mpl-my-musim-ke-12-adalah-mpl-terakhir-sebelum-dapat-francais"} {"title": "#MPLGosip - Flint Masuk Todak, Bengg Captain RED Esports", "body": "

Hari ini satu khabar angin yang agak besar dah tersebar yang mana dikatakan Flint yang sebelum ini merupakan Midlaner untuk Team Lunatix bakal menjadi Midlaner baru untuk pasukan Todak.\u00a0

Bengg pula yang sebelum ini merupakan Midlaner untuk Homebois pula bakal mengetuai pasukan RED Esports!

Khabar angin ini mula tersebar apabila Rush yang sekarang ini merupakan Manager untuk pasukan Yoodo Red Giant telah dijemput ke Podcast With Daddyhood.

Ketika ditanya pendapat tentang pasukan Todak untuk MPL MY S11 kali ini, Daddyhood tak sengaja mendedahkan yang Flint akan menjadi Midlaner baru untuk pasukan Todak dan juga disahkan oleh Rush.\u00a0

Jika khabar angin ini benar, Flint berkemungkinan besar akan menggantikan Moon sebagai Midlaner Todak untuk beberapa perlawanan. Flint sebelum ini merupakan Midlaner untuk Team Lunatix.

Satu lagi berita yang leaks melalui Podcast ini adalah dimana Bengg yang sebelum ini merupakan Midlaner untuk pasukan Homebois akan berpindah ke pasukan RED Esports.

Dia dikatakan akan menggalas tugas sebagai Captain untuk pasukan tersebut. Buat masa ini RED Esports masih belum memperkenalkan pemain mereka untuk MPL MY S11 kali ini.\u00a0

Berita-berita ini masih belum disahkan lagi kerana buat masa ini, Todak baru memperkenalkan player pertama dan terbaru mereka iaitu Malik yang akan bermain sebagai Jungler manakala untuk RED Esports, masih tiada apa-apa khabar berita mengenai line-up mereka.

Buat masa ini kita cuma boleh menunggu berita sah dari setiap pasukan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rumors-mpl-my-s11-flint-masuk-todak-bengg-captain-red-esports"} {"title": "MPL MY S11 - Kembalinya Sang Maharaja Dan Raja Taunting Ke Land Of Dawn", "body": "

MPL MY Musim Kesebelas dijangkakan bakal bermula pada bulan hadapan. Setakat ini, masih ada beberapa pasukan yang masih menyorokkan line-up utama mereka untuk kejohanan kali ini.

Hanya tiga pasukan yang telah memperkenalkan line-up penuh mereka untuk MPL MY S11 setakat ini iaitu pasukan Homebois, Team SMG dan juga RSG Slate.\u00a0

Todak pula baru memperkenalkan Jungler terbaru mereka yang dibawa dari Filipina iaitu Lord Malikkk yang merupakan bekas pemain Bren Esports.

Tapi apa yang menarik perhatian minggu ini adalah kembalinya Maharaja dan Raja Taunting iaitu Soloz dan juga Rippo. Rippo akan bermain sebagai EXP Laner untuk RSG Slate MY manakala Soloz pula bermain dibahagian Flex untuk pasukan Homebois!

Rippo yang terkenal dengan gelaran Raja Taunting bukan saja di Malaysia semasa dia bermain untuk Geek Fam dahulu, tapi juga terkenal di Indonesia semasa dia bermain untuk Aerowolf Jr dan Bigetron Alpha.

Sebut nama Soloz, tak mungkin tiada orang kenal. Lagi-lagi di arena esports di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Jasa beliau untuk menaikkan Mobile Legends di Malaysia memang tidak dapat disangkal.\u00a0

Ketika ditanya sama ada ini cuma marketing seperti apa yang dilakukan oleh RSG MY pada MPL MY yang lepas ketika mereka membawa masuk M.Nasir, Daddyhood dalam satu livestream di Instagram miliknya menegaskan yang ini bukanlah satu Marketing. Soloz akan bermain untuk MPL MY S11.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mpl-my-s11-kembalinya-sang-maharaja-dan-raja-taunting-ke-land-of-dawn"} {"title": "RSG Slate MY Full Roster - Rippo In, Kuza Out!", "body": "

Baru-baru ini pasukan RSG Slate MY telah memperkenalkan full roster mereka untuk MPL MY Musim Kesebelas kali ini. Pengumuman ini dibuat semasa perlancaran fasiliti terbaru mereka.\u00a0

Nampaknya ura-ura tentang kemasukkan Rippo dalam pasukan RSG Slate MY akhirnya disahkan melalui pengumuman ini. Rippo sebelum ini bermain untuk pasukan Geek Fam sebelum merantau ke pasukan negara jiran iaitu Aerowolf Jr dan yang terakhir sekali Bigetron Alpha sebelum kembali ke Malaysia.

Selain Rippo, pasukan RSG Slate MY dianggotai oleh Iris, Izanami, Zaed, Linkezaa, Lolealz, Chr1sphobia dan Lexia manakala EgM akan menggalas tugas sebagai analyst dan Kuja sebagai jurulatih.

Semalam, RSG Slate MY turut mengumumkan selamat tinggal kepada Kuza yang mana sebelum ini bermain sebagai Jungler untuk pasukan tersebut. Kemanakah hala tuju Kuza selepas ini? Sama-sama kita nantikan!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-slate-my-full-roster-rippo-in-kuza-out"} {"title": "Todak Perkenalkan Pemain Import Pertama Mereka Untuk MPL MY Musim Kesebelas", "body": "

Hari ini Todak telah mula memperkenalkan line-up mereka untuk MPL MY musim Kesebelas kali ini. Seperti apa yang Ikuto katakan pada podcast Daddyhood, ini merupakan pemain import pertama mereka!

Pemain import yang pertama untuk pasukan Todak adalah Lord Malikk ataupun nama sebenarnya Mujahid Usman Malik yang berasal dari Filipina.

Beliau merupakan bekas pemain Bren Esports dan pernah bermain sebagai Jungler untuk pasukan tersebut.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-perkenalkan-pemain-import-pertama-mereka-untuk-mpl-my-musim-kesebelas"} {"title": "Ikuto Sahkan Player Dan Coach Baru Todak Dibawa Dari Luar Negara Untuk MPL MY S11", "body": "

Baru-baru ini Ikuto ataupun nama sebenarnya Radzi Rahman Bin Ibrahim yang mana merupakan Esports Development Manager untuk pasukan Todak telah dijemput di dalam podcast Daddyhood.

Di dalam podcast ini, Ikuto akhirnya mengesahkan tekaan ramai peminat-peminat yang mana Todak bakal membawa player dan juga coach baru dari luar negara.

\u201cKalau kita (Todak) nak menang bukan sekadar di Malaysia, Kita kena buat benda ni\u201d Ikuto.

Todak dikatakan akan mengumumkan line-up mereka hari ini.\u00a0

Selain dari itu, Ikuto turut menyatakan yang antara punca kekalahan mereka di M4 World Championship adalah disebabkan oleh pihak pengurusan Todak sendiri.

Kata ikuto lagi, disebabkan sebelum ini mereka terlalu banyak memasuki pelbagai kejohanan, pihak musuh sudah boleh baca bagaimana gameplay pasukan mereka.

Disebabkan Todak sebelum ini dipuji dan dipandang tinggi disebabkan gameplay mereka yang tidak boleh dijangka, mereka tidak sedar yang pihak musuh sudah mula mengkaji gameplay mereka dari kejohanan-kejohanan yang lain.

Ini juga telah membuatkan pemain tidak cukup rehat dan cepat burnout. Ini boleh dilihat ketika M4 dimana Todak mendapatkan rekod tanpa kalah di Group Stage namun apabila Knock Stage bermula, Todak sudah \u201cpancit\u201d.

Disebabkan oleh perkara-perkara ini, Ikuto menyatakan sudah tiba masanya untuk Todak menekan butang \u201cReset\u201d. Semoga Todak kembali bangkit untuk MPL MY musim Kesebelas kali ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ikuto-sahkan-ada-3-ahli-baru-todak-yang-dibawa-dari-luar-negara-untuk-mpl-my-s11"} {"title": "Grouping Dan Jadual Perlawanan Untuk 2023 PMPL MY Spring", "body": "

2023 PMPL MY Spring kembali dan akan berlangsung dari 15 hingga 26 Februari 2023 dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak USD80,000. Kejohanan ini dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.

Seperti yang diumumkan oleh Encik James Yang, Direktor Global PUBG MOBILE divisi esports pada 7 Januari 2023, Malaysia tidak lagi akan berkongsi litar/liga profesional mereka dengan Filipina dan Singapura. Ini bermaksud, PMPL MY yang pertama telah tiba mulai musim ini.

Sebanyak 20 pasukan akan bertanding untuk PMPL MY Spring 2023 ini. Mereka akan dibahagikan kepada 5 Group yang mana setiap Group akan ada 4 pasukan.\u00a0

Musim baharu ini juga akan dihadkan kepada 2 minggu sahaja untuk peringkat liga dan tiada peringkat akhir (finals). Pertandingan akan bermula dari 15 Februari 2023 dan berakhir pada 26 Februari 2023.

Pada Minggu 1, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan (Kumpulan A, B, C, D, dan E ). Setiap perlawanan akan dimainkan oleh 4 kumpulan. Pada Minggu 2, 20 pasukan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan ranking mereka untuk Minggu 1.

Kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Melayu untuk peminat PUBG MOBILE di Malaysia. Livestream rasmi untuk 2023 PMPL MY Spring akan disiarkan di Facebook, Youtube dan Tiktok. Barisan Pengulas musim ini adalah OTG, J Hunter, EmiMohamad, Soultannn, Kyrul dan TopCast.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/grouping-dan-jadual-perlawanan-untuk-2023-pmpl-my-spring"} {"title": "Kolaborasi Free Fire Dan Devil May Cry 5 Telah Pun Bermula", "body": "

Salah satu permainan video battle royale mobile terkenal di dunia iaitu Free Fire baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan satu lagi siri permainan video terkenal iaitu Devil May Cry.

Untuk acara ini, pemain akan mendapatkan beberapa item in-game khas Devil May Cry 5. Antaranya adalah skin Dante, Nero dan beberapa item lain.\u00a0

Acara Free Fire X Devil May Cry 5 ini telah pun bermula sejak 10 Februari 2023 dan akan berakhir pada 26 Februari 2023. So korang ada lebih kurang 2 minggu sahaja untuk mendapatkan item-item menarik kolaborasi Free Fire dan Devil May Cry 5 ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-free-fire-dan-devil-may-cry-5-telah-pun-bermula"} {"title": "Lotus's Dan ROG Berkerjasama Untuk Kejohanan Sulung PUBG Mobile Lotus's eLEGASI", "body": "

Baru-baru ini Lotus's yang merupakan antara pasaraya terkenal di Malaysia telah mengumumkan kerjasama diantara mereka dan ASUS ROG (Repuclic of Gamers) untuk kejohanan PUBG Mobile Lotus's eLEGASI.

Kejohanan Lotus's PUBG Mobile eLEGASI yang pertama ini bakal bermula pada 25 sehingga 26 Februari 2023 ini dan akan dijalankan di Lotus's Selayang.

Pemenang untuk kejohanan ini akan membawa pulang prizepool dan juga cash voucher daripada Lotus's yang bernilai sehingga RM12,000.

Pendaftaran untuk kejohanan ini telah pun dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 22 Februari 2023. Bagi korang yang berminat, korang boleh dapatkan maklumat lanjut dan daftar segera team korang di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lotus-s-dan-rog-berkerjasama-untuk-kejohanan-sulung-pubg-mobile-lotus-s-elegasi"} {"title": "Ini Sebab Sebenar Coach Zeys Ambil Keputusan Meninggalkan Pasukan EVOS Legends", "body": "

Pada 10 Februari 2023 yang lepas, Juara M1 World Championship iaitu EVOS Legends telah mengumumkan beberapa nama ahli yang akan meninggalkan pasukan tersebut. Antaranya adalah seperti Vellion, Bajan, Clover, Hyde O'Brien dan satu nama terakhir yang paling mengejutkan iaitu Coach Zeys.

Coach Zeys ataupun nama sebenarnya Bjorn Ong telah bersama dengan pasukan EVOS sejak dari Jun 2019 lagi yang mana bermula sebagai jurulatih untuk EVOS SG dan kemudiannya berhijrah ke Indonesia untuk memikul jawatan yang sama untuk EVOS Legends pada Ogos 2019.

Beliau telah berjaya mengalahkan pasukan RRQ di M1 World World Championship dan menjadi pasukan pertama memenangi kejohanan tersebut. Dengan jasa yang lama dan banyak di EVOS Legends, berita Coach Zeys keluar dari EVOS Legends sudah tentunya membuatkan peminat tertanya-tanya.

Namun soalan ini telah terjawab semasa livestream miliknya di Youtube. Beliau menyatakan disebabkan dia tidak tersenarai dalam roster EVOS Legends untuk MPL ID musim ini, dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Katanya lagi, dia merasakan dirinya seperti tidak dihargai setelah penat lelah beliau menaikkan pasukan EVOS dan membawa EVOS Legends menjuarai M1 World Champions.\u00a0

\u201cMemang nak bawa EVOS Legends pergi ke M5 tapi keputusan bukan ditangan saya. Saya juga kecewa. Sebuah pasukan yang saya bina dari mula dan berjaya menjadi salah satu pasukan yang hebat akhirnya mengambil keputusan meninggalkan saya dibelakang\u201d\u00a0

Beliau juga ada menyatakan yang beliau terbuka dan mencari pasukan-pasukan yang memerlukan khidmatnya. Adakah beliau tetap akan bermain untuk scene MPL Indonesia dan Singapura ataupun beliau mungkin ke MPL MY? sama-sama kita nantikan.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ini-sebab-sebenar-coach-zeys-ambil-keputusan-meninggalkan-pasukan-evos-legends"} {"title": "Jadual Dan Senarai Pasukan Yang Bakal Bertanding Di MPL PH Musim Kesebelas", "body": "

MPL PH Musim Kesebelas bakal berlangsung tidak lama lagi dan senarai pasukan yang akan bertanding juga telah diperkenalkan. Kejohanan MLBB terbesar Filipina ini dikatakan bakal bermula pada 17 Februari 2023.\u00a0

Berikut merupakan jadual untuk Regular Season MPL PH Musim Kesebelas dan 8 pasukan berserta senarai pemain utama setiap pasukan yang bakal bertanding di MPL PH Musim Kesebelas nanti:

Regular Season Week 1\u00a0

17 Februari 2023

18 Februari 2023

19 Februari 2023

Regular Season Week 2

24 Februari 2023

25 Februari 2023

26 Februari 2023

\u00a0

Blacklist International

Bren Esports

ECHO

Nexplay EVOS

Omega Esports

ONIC Philippines

RSG Slate PH

TNC Pro Team

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-dan-senarai-pasukan-yang-bakal-bertanding-di-mpl-ph-musim-kesebelas"} {"title": "Jadual Dan Senarai Pasukan Yang Bakal Bertanding Di MPL ID Musim Kesebelas", "body": "

MPL ID Musim Kesebelas berlansung tidak lama lagi dan senarai pasukan yang akan bertanding juga telah diperkenalkan. Kejohanan MLBB terbesar Indonesia ini dikatakan bakal bermula pada 17 Februari 2023.\u00a0

Regular season untuk MPL ID Musim Kesebelas bakal bermula pada 17 Februari 2023 yang mana perlawanan pertama akan menyaksikkan AURA Esports menentang pasukan Rebellion Esports. Berikut merupakan jadual perlawanan untuk Regular Season MPL ID musim kesebelas untuk minggu pertama:

Sebanyak lapas pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara MPL ID S11 dan juga prizepool sebesar USD300,000. Berikut merupakan 8 pasukan dan senarai pemain utama setiap pasukan yang bakal bertanding di MPL ID Musim Kesebelas nanti:

Alter Ego

AURA Fire

Bigetron Alpha

EVOS Legends

Geek Slate

ONIC Esports

Rebellion Zion

RRQ

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-dan-senarai-pasukan-yang-bakal-bertanding-di-mpl-id-musim-kesebelas"} {"title": "Skin Duo Khas Claude Dan Fanny Bakal Tersedia Sempena Valentine's Day Akan Datang", "body": "

Moonton baru-baru ini telah mengumumkan duo skin terbaru mereka sempena sambutan Valentine's Day akan datang. Duo skin terbaru ini adalah untuk Fanny dan juga Claude.\u00a0

Bagi Fanny, skin ini diberi nama Heart Afloat Fanny manakala untuk Claude pula adalah Heart Aflame Claude. Ini merupakan skin duo khas sempena Valentine's Day ketiga yang dikeluarkan oleh Moonton selepas skin Guns and Roses Clint dan Cannon and Roses Layla tidak dilupakan juga skin Romantic Fantasy Alucard dan juga Sweet Fantasy Miya.

Duo skin khas ini bakal dikeluarkan pada Valentine's Day ini iaitu pada 14 Februari 2023. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan duo skin khas Valentine's Day sebelum ini yang hanya boleh dimiliki pada bulan ini sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/skin-heart-afloat-fanny-dan-heart-aflame-claude-bakal-tersedia-sempena-valentine-s-day-akan-datang"} {"title": "Infinix Malaysia Berkerjasama Dengan Logitech Sempena Valentine Day Akan Datang", "body": "

Infinix Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka bersama dengan Logitech untuk Valentine Day yang bakal tiba pada 14 Februari 2023 ini. Mereka akan mengadakan Valentine's Day giveaway yang mana bakal berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Februari 2023.

Pelanggan yang membeli smartphone ataupun laptop daripada platform rasmi Infinix Malaysia di Shopee dan Lazada bakal berpeluang untuk memenangi set Logitech bluetooth keyboard dan juga desk mat bernilai RM260!

Lima pemenang bertuah akan dipilih dan akan diumumkan di Facebook dan Instagram rasmi Infinix Malaysia pada 20 Februari 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-malaysia-berkerjasama-dengan-logitech-sempena-valentine-day-akan-datang"} {"title": "Ecosystem Terbaru Tower of Fantasy Dipersembahkan Dalam Video Sambutan Six Month Anniversary", "body": "

Baru-baru ini publisher permainan video Tower of Fantasy iaitu Level Infinite dan developer Hotta Studio telah mengeluarkan video khas untuk sambutan six month anniversary bagi permainan video tersebut.

Apa yang menariknya dalam video ini adalah pada saat akhir video tersebut, mereka telah mempersembahkan satu ecosystem baru yang bertemakan lautan dalam. Ini berkemungkinan merupakan kawasan terbaru yang boleh dilawati oleh pemain pada update seterusnya.

Untuk sambutan six month anniversary ini, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah in-game menarik seperti costumized skin dengan mengundi simulacrum kegemaran mereka. Pemain juga berpeluang untuk mendaftarkan diri untuk program Crowd Creation Project mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ecosystem-terbaru-tower-of-fantasy-dipersembahkan-dalam-video-sambutan-six-month-anniversary"} {"title": "Pearson Kini Menawarkan Program Esports Business Management Di Asia Tenggara", "body": "

Pearson yang merupakan sebuah syarikat e-pendidikan baru-baru ini telah memperkenalkan program terbaru mereka. Program ini merupakan program Esports Busieness Management untuk region Asia Tenggara.

Program ini merupakan satu kerjasama antara Pearson Education dan British Esports Association. Mereka juga berkerjasama dengan AcadArena, salah satu campus gaming terkenal di Asia Tenggara dan juga organisasi Esports Education yang mana akan bertindak sebagai rakan strategik untuk memulakan program ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pearson-kini-menawarkan-program-esports-business-management-di-asia-tenggara"} {"title": "Pre-Order ASUS ROG STRIX SCAR 18 Dan ROG Zephyrus M16 Dibuka Sekarang", "body": "

Baru-baru ini pihak ASUS ROG (Republic of Gamers) telah mengumumkan yang pre-order untuk kedua-dua laptop gaming terbaru mereka telah pun dibuka. Dua gaming laptop tersebut adalah ASUS ROG STRIX SCAR 18 dan juga ASUS ROG Zephyrus M16.

ASUS ROG STRIX SCAR 18 akan dijual pada harga RM18,999 manakala untuk ROG Zephyrus M16 pula pada harga bermula RM10,999.

Bagi 5 orang pelanggan bertuah pertama yang pre-order ASUS ROG STRIX SCAR 18 akan berpeluang untuk membawa pulang ROG Chariot Core Gaming Chair bernilai RM1,888 secara percuma manakala 15 orang pelanggan bertuah pertama yang pre-order ROG Zephyrus M16 pula berpeluang untuk membawa pulang ROG SLASH Hip Bag dan ROG Cetra True Wireless yang bernilai RM1,029.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, korang boleh klik di SINI!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-order-asus-rog-strix-scar-18-dan-rog-zephyrus-m16-dibuka-sekarang"} {"title": "Team Haq Ladies Tersingkir, Zeg Iris Mara Ke Playoff MWI 2023", "body": "

Bagi korang tak tahu, Group Stage untuk Mobile Legends: Bang Bang Women Invitational 2023 telah pun bermula sejak dari 6 Februari 2023 lagi. Dalam kejohanan ini, terdapat 2 pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Team Haq Ladies dan juga Zeg Iris.\u00a0

Zeg Iris yang berada di Group A terpaksa berdepan dengan pasukan-pasukan seperti Bigetron Era, Smart Omega Empress, Impunity Empress dan Burmese Ghouls - Reinas.

Zeg Iris hampir-hampir kecundang namun berjaya memenangi perlawanan menentang Burmese Ghouls - Reinas dan berjaya mengeluarkan pasukan tersebut dari MWI 2023 kali ini. Zeg Iris akan bertemu dengan pasukan GPX Basreng dari Indonesia pada Playoff hari ini.

Namun berita kepada satu lagi pasukan daripada Malaysia iaitu Team Haq Ladies apabila mereka terpaksa pulang awal apabila gagal mendapatkan slot untuk ke Playoff. Mereka tewas kepada pasukan MDH Phoenix di pusingan Tie Breaker walaupun berjaya menumpaskan pasukan tersebut pada perlawanan sebelumnya.

Team Haq Ladies berada di Group B yang mana menempatkan pasukan seperti GPX Basreng yang mana mempunyai rekod tanpa kalah untuk Group B, Risk Velkhana, MDH Phoenix dan Grayback Esports.

Korang boleh menyaksikan Playoff MWI 2023 di Facebook MPL Malaysia dan marilah ramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan Zeg Iris yang akan berlangsung pada pukul 7.15 Petang ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-ladies-tersingkir-zeg-iris-mara-ke-playoff-mwi-2023"} {"title": "Unreal Engine: Enjin Permainan Seakan Dunia Sebenar", "body": "

Unreal Engine adalah grafik komputer berteknologi 3D dan juga enjin permainan yang dibuat oleh Epic Games. Unreal Engine telah mengeluarkan lima edisi enjin permainan dan Unreal Engine 5 yang merupakan sebuah enjin generasi terkini telah dikeluarkan pada April 2022. Permainan awal yang menggunakan Unreal Engine 5 antaranya adalah The Matrix Awakens.

Dari segi statistik, lebih 50% permainan next-gen diumumkan menggunakan Unreal Engine 5 termasuklah permainan Coral Island yang dibuat oleh syarikat Indonesia, Stairway Games. Syarikat dari Malaysia, Passion Republic juga menggunakan Unreal Engine 5 dalam permainan Gigabash. Lebih 80 permainan yang dikeluarkan tahun ini menggunakan Unreal Engine 5.

Unreal Engine juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai program yang boleh mendekatkan mereka dengan penduduk di rantau Asia Tenggara. Antara program tersebut adalah Women Creators Programme 2022 dimana 21 orang telah terpilih termasuk sorang wakil dari Malaysia, Zubaida Nila.

Zubaida bekerja sebagai visual effects artist dan virtual production researcher. Filem pendeknya yang pertama dengan menggunakan CGI, Into The Devigation mengisahkan kepayahan post-production artist di belakang tabir.\u00a0

Kembali kepada Unreal Engine, enjin ini sangat bermanfaat untuk produksi animasi dan filem. Sebagai contoh, Unreal Engine telah digunakan dalam The Mandalorian untuk membina persekitaran 3D di set.

Pelbagai fungsi menarik dalam Unreal Engine 5 seperti teknologi Nanite yang mebolehkan pembuat game menghasilkan permainan berkualiti filem. Selain itu, teknologi Lumen berfungsi untuk menukar warna dan lighting contohnya apabila terkena matahari. Fungsi seperti ini akan mengubah masa depan permainan dengan permainan tampak lebih realistik!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/unreal-engine-enjin-permainan-seakan-dunia-sebenar"} {"title": "Lima Permainan Bola Sepak Terbaik Di PS5", "body": "

Bola sepak merupakan sukan paling popular di muka bumi. Bagi korang yang fanatik dengan bola sepak, pelbagai permainan bola sepak yang korang boleh main di PS5.

\u00a0

FIFA 23

FIFA 23 adalah sebuah permainan bola sepak yang dibangun dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Permainan ini sangat popular kerana permainan yang realistik, banyak stadium dan pasukan yang berlesen serta grafik yang hebat!\u00a0

Terdapat pelbagai mod yang boleh dimainkan antaranya adalah Career Mode, Pro Clubs, Volta Football, dan FIFA Ultimate Team. Dalam mod FIFA Ultimate Team, pemain boleh membina pasukan dengan pelbagai kad pemain. Untuk tahun ini, FIFA 23 menampilkan crossplay dalam mod FIFA Ultimate Team membolehkan pemain bermain menentang pesaing yang menggunakan konsol lain.

Permainan ini dilancarkan 30 September 2022 lalu di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, dan Xbox Series X.

\u00a0

eFootball 23

eFootball 23 atau lebih dikenali sebagai siri PES dahulu adalah sebuah permainan yang dibangunkan oleh Konami Digital Entertainment dan diterbitkan oleh Konami. Seperti FIFA 23, permainan ini juga menampilkan permainan yang realistik dengan grafik yang padu!

eFootball 23 yang memfokuskan mod MyClub seperti FIFA Ultimate Team mempunyai permulaan yang goyah kerana kebanyakan pemain merungut tentang pergerakan model karakter yang teruk. Namun, permainan ini sudah banyak dimainkan di seluruh dunia.\u00a0

Permainan ini terdapat di platform PC, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X, Android dan IOS.

\u00a0

Rocket League

Berbanding dengan FIFA 23 dan eFootball 23 dimana pemain yang menyepak adalah seorang 'manusia', pemain akan menggerakkan bola menggunakan sebuah 'kereta'. Pemain akan mengawal kereta yang boleh dipertingkatkan menggunakan pelbagai kuasa atau boost dan menggerakan bola yang bersaiz besar terhadap gawang lawan.

Antara keistimewaan permainan ini adalah warna grafik yang terang dan soundtrack EDM yang boleh menghiburkan pemain.

Permainan ini dibangunkan dan diterbitkan oleh Psyonix serta tersedia di platform PC, PlayStation 5, PlayStation 4, Linux, MacOS, dan Nintendo Switch.

\u00a0

Football Manager 2023

Football Manager 2023 adalah sebuah game genre simulasi sukan yang dibangunkan oleh Sports Interactive dan diterbitkan oleh SEGA. Ianya sebuah permainan simulasi bola sepak yang membolehkan pemain merasai dunia pengurusan bola sepak.

Dengan bermain permainan ini, korang akan dapat menguruskan pasukan yang korang minat dengan mengubah taktikal dan menguruskan perpindahan pemain. Jika korang menunjukkan prestasi buruk, korang akan dipecat!\u00a0

Permainan ini mula tersedia di PlayStation 5 pada 1 Februari lalu dan juga tersedia di PC, Xbox One, Xbox Series X, Android, iOS, dan Nintendo Switch.

\u00a0

Fall Guys

Agak janggal untuk memanggil Fall Guys sebagai permainan bola sepak, tetapi ada satu mod yang dinamakan Fall Ball di mana pemain menolak bola ke dalam gol. Jumlah pemain dari 2 hingga 8 orang perlu bekerjasama untuk menjaringkan gol lebih banyak pasukan pesaing. Seperti Rocket League, bola adalah bersaiz gergasi dan watak permainan yang kecil perlu menolak bola tersebut ke dalam gawang berbanding menyepaknya.

Fall Guys adalah sebuah permainan bergenre battle royale yang dibangunkan oleh Mediatonic dan diterbitkan Epic Games. Permainan ini adalah percuma di PlayStation 5 dan mempunyai fungsi cross-platform yang membolehkan pemain bermain dengan rakan yang menggunakan pelbagai jenis konsol.\u00a0

Permainan ini juga tersedia di PC, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, dan Xbox Series X.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/5-permainan-bola-sepak-terbaik-di-ps5"} {"title": "ROG dan ACRONYM Jalin Kerjasama Hasilkan Tablet Flow Z13", "body": "

ROG dan ACRONYM telah melancarkan tablet terbaru iaitu ROG Flow Z13-ACRNM RMT02. Ini adalah kali kedua kerjasama antara mereka kerana pernah berkolaborasi pada 2020 untuk menghasilkan edisi khas bagi laptop Zephyrus G14.\u00a0

Mengenai spesifikasi tablet ini, ianya menggunakan cip Intel Core i9-13900H dan sokongan grafik NVIDIA GeForce RTX 4070. Memori adalah sebesar 32GB RAM dan 1TB SSD.

ACRONYM adalah sebuah syarikat pakaian dari Jerman yang menghasilkan pakaian berkualiti tinggi dengan rekaan moden dan avant-garde.

Tumpuan utama tablet ini adalah rekaan yang sangat menarik serta dilengkapi pelbagai aksesori seperti tali yang menyokong tablet supaya tidak mudah jatuh apabila dibawa bersama.

Tablet ini tersedia di Malaysia dengan harga RM12,999 dan hanya terdapat sebanyak 14 unit.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-dan-acronym-jalin-kerjasama-hasilkan-tablet-flow-z13"} {"title": "Infinix Lancarkan Siri Hot 30 Dan Kolaborasi Dengan Free Fire", "body": "

Infinix secara rasminya mengumumkan ketibaan siri Hot 30 dengan kemunculan dua model iaitu Hot 30 dan Hot 30i pada 31 Mac lalu. Perlancaran siri ini adalah sebagai kolaborasi dengan permainan mudah alih yang popular, Free Fire.

Untuk meraikan partnership tersebut, mereka akan mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti TikTok challenge di mana pemain Free Fire boleh menonjolkan kreativiti dengan mempamerkan sorotan permainan mereka.

Hot 30 menampilkan Dar-Link 3.0 yang bertindak sebagai enjin gaming dan sistem bunyi, DTS Stereo Surround Sound yang memberi pengalaman permainan yang hebat kepada pengguna model ini.

Menyentuh spesifikasi Hot 30 dengan lebih lanjut, ia dilengkapi dengan paparan IPS LCD FHD+ yang berukuran 6.78 inci serta dipasang cip pemprosesan MediaTek Helio G88. Bagi spesifikasi Hot 30i, ianya menggunakan cip pemprosesan Unisoc T606 dengan paparan skrin IPS LCD HD+ sebesar 6.6 inci.

Selain itu, Hot 30 ini juga mempunyai kecerahan maksimum sehingga 600nit yang membolehkan pemain bermain dengan pandangan yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari. Kapasiti bateri adalah sebesar 5000mAh.

Selain menawarkan pengalaman permainan dan hiburan yang menakjubkan, Hot 30 juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan bukaan aperture sebesar F1.6. Manakala bagi model Hot 30i, model ini menawarkan kamera utama 13MP dan kamera depan 8MP.

Selain mengadakan TikTok challenge, Infinix dan Free Fire juga mengadakan aktiviti yang mengajak orang ramai untuk mencipta wallpaper untuk siri Hot 30.

Siri Hot 30 yang didapati dua model iaitu Hot 30 dan Hot 30i akan mula dijual pada 14 April ini. Hot 30 dijual dengan harga RM599 dan Hot 30i dengan harga RM399

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-lancarkan-siri-hot-30-dalam-suatu-kolaborasi-dengan-kolaborasi"} {"title": "Capcom Beri Amaran Terdapat Bug Di Resident Evil 4 Remake", "body": "

Capcom telah mengingatkan pemain Resident Evil 4 bahawa ada satu bug di permulaan chapter 12 dimana pemain tidak dapat meneruskan permainan sebaik sahaja menggunakan pisau selepas mendapat satu kunci.

Capcom berkongsi berita tersebut di Twitter dan mengatakan bug tersebut akan memberi kesan kepada semua platform. Mereka juga memohon maaf dan berjanji untuk membaiki bug tersebut di update akan datang.

\u26a0\ufe0f Resident Evil 4 players \u26a0\ufe0f

Please be aware of a rare but critical progress bug. This issue will only occur under very specific circumstances, as detailed below. We're working on a fix and apologize for any inconvenience. pic.twitter.com/rcJaFXE1jG

\u2014 Resident Evil (@RE_Games) March 31, 2023

Untuk mengelak bug ini, pemain perlu mengelak untuk menyerang menggunakan pisau sehingga mendapat notifikasi selepas menerima kunci. Jika tiada notifikasi, pemain perlu reload data yang disimpan sebelum permulaan chapter 12.

Dibangun dan diterbitkan oleh Capcom, permainan ini bergenre survival horror dengan mod single player dan mengisahkan seorang ejen, Leon S. Kennedy yang perlu menyelamatkan anak presiden Amerika, Ashley Graham yang diculik oleh suatu kumpulan misteri di Sepanyol.

Permainan ini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-beri-amaran-terdapat-bug-di-resident-evil-4"} {"title": "Pelakon Suara Bagi Watak Ada Wong Dikecam Peminat Resident Evil 4 Remake", "body": "

Pelakon suara bagi Resident Evil 4 remake, Lily Gao telah memadam hampir semuanya postnya di Instagram selepas menerima banyak komen negatif daripada peminat Resident Evil.

Gao menerima beberapa kritikan dengan kebanyakan peminat tidak gembira dengan performance Gao. Ramai peminat bertindak menyerang Gao melalui media sosial mengakibatkan dia memadam hampir kesemua postnya di Instagram.

y\u2019all always take things way too far.. pic.twitter.com/WIJGcVMYNS

\u2014 . (@alicunts) April 1, 2023

Untuk permainan ini, dua watak mempunyai pelakon yang berbeza iaitu Leon S. Kennedy dan Ada Wong. Lily Gao meminjamkan suaranya untuk watak Ada Wong dan pernah muncul dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 2021 iaitu Resident Evil: Welcome To Racoon City sebagai watak yang sama.

Sebelum Gao menjadi pelakon suara bagi watak Ada Wong, ramai peminat menyuarakan kekecewaan kerana pelakon suara sebelum ini Jolene Andersen tidak kembali untuk watak ini.\u00a0

Keputusan Capcom untuk mengambil Gao adalah kerana mereka mahukan seseorang berbangsa Cina memainkan watak Cina-Amerika. Walaupun peminat tidak menyukai Gao, mereka sepatutnya tidak memberi kritikan dan diharapkan sikap ini berubah di masa akan datang. \u00a0

Resident Evil 4 kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation5, dan Xbox Series X

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pelakon-suara-bagi-watak-ada-wong-dikecam-peminat-resident-evil-4"} {"title": "vivo Lancarkan Model Baru V27 Dengan Fungsi Aura Light", "body": "

vivo semalam secara rasmi telah melancarkan model telefon pintar baru iaitu vivo V27. Tumpuan utama telefon pintar ini adalah kamera yang dihadirkan dengan teknologi Aura Light Portrait.

Menyentuh spesifikasi vivo V27, ia dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED berukuran 6.78 inci (FHD+) dan disokong dengan sistem operasi FunTouch 13 berasaskan Android 13. Telefon pintar ini juga dipasang cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200.

Beralih ke bahagian kamera, kamera depan 50MP diletakkan pada paparan berlubang. Di belakang peranti, terdapat tiga kamera ditempatkan dengan 50MP kamera utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro.\u00a0

Kapasiti bateri adalah sebesar 4,600mAh dengan sokongan pengecasan 66w. vivo V27 didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Noble Black, Flowing Gold, Magic Blue dan Emerald Green.

Antara keistimewaan lain, boleh dilihat melalui edisi Emerald Green yang mampu bertukar warna.\u00a0

vivo V27 boleh didapati dengan dua varian iaitu 8GB+256GB yang berharga RM1,799 dan satu lagi varian iaitu 12GB+256GB yang berharga RM1,999.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vivo-lancarkan-model-baru-v27-dengan-keupayaan-kamera-yang-hebat"} {"title": "RED Esports Bawa Masuk 3 Pemain Baru Untuk MPL MY S11", "body": "

Bagi menghadapi saki baki Regular Season MPL MY Musim Kesebelas, RED Esports nampaknya telah membawa masuk 3 pemain baru untuk pasukan mereka. \u00a0Tiga pemain baru tersebut adalah Kyym, Wynn dan juga AJ.

Kymm merupakan pemain daripada tier 2 MLBB dan ini merupakan kali pertama beliau bermain di pentas MPL MY. Wynn pula sebelum ini pernah bermain untuk Team SMG dan juga Team Caracal sebagai Jungler.

Satu lagi pemain terbaru mereka iaitu AJ juga bukan nama asing untuk pentas MPL MY. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk Suhaz Esports dan juga Team Caracal sebagai Mid Laner.

Untuk MPL MY S11 ini, Kyym akan bermain diposisi Mid Laner manakala Wynn dan juga AJ akan bermain diposisi Jungler.

Adakah dengan kemasukkan 3 pemain baru ini dapat merubah kedudukan pasukan RED Esport yang mana kini berada ditangga kelima Regular Season MPL MY S11? Sama-sama kita saksikan nanti.

RED Esports akan menentang RSG Slate MY sebagai pembuka minggu keempat Regular Season MPL MY S11 hari ini pada jam 4 petang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-bawa-masuk-3-pemain-baru-untuk-mpl-my-s11"} {"title": "Siri Anime Scott Pilgrim Himpunkan Kesemua Pelakon Asal", "body": "

Berita yang menggembirakan buat peminat Scott Pilgrim kerana suatu siri anime Scott Pilgrim akan dikeluarkan di Netflix pada masa akan datang dan akan dibintangi Michael Cera, Mary Elizabeth Winstead dan Chris Evans yang kembali menjadi pelakon suara.

Buat yang belum tahu, barisan pelakon suara ini pernah membintangi filem Scott Pilgrim vs. The World yang dikeluarkan pada tahun 2010. Filem ini menjadi kegemaran orang ramai\u00a0kerana mempunyai jalan cerita yang menarik berserta lawak yang menggelikan hati.

Siri anime ini mengisahkan Scott Pilgrim, seorang pemuzik yang terpaksa menentang tujuh orang bekas kekasih bagi teman wanita barunya, Ramona Flowers.\u00a0

Siri ini akan dihasilkan oleh syarikat animasi dari Jepun iaitu Science SARU. Bryan Lee O'Malley dan BenDavid Grabinski yang merupakan penulis dan pelukis bagi novel grafik yang dikeluarkan dari 2004 hingga 2010 akan terlibat sebagai penerbit eksekutif, penulis dan showrunner manakala pengarah filem Scott Pilgrim vs. The World, Edgar Wright akan menjadi penerbit eksekutif.

Antara pelakon lain daripada filem asal yang kembali menjadi pelakon suara dalam siri anime adalah Brie Larson, Anna Kendrick, Brandon Routh dan Aubrey Plaza.\u00a0

Tarikh tayangan masih belum dapat dipastikan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-anime-scott-pilgrim-himpunkan-muka-lama"} {"title": "Gambar Terbaru Di Set Captain America Beri Bayangan Ada Kematian", "body": "

Ketika produksi untuk Captain America: New World Order sedang rancak berlangsung, peminat mencari sebarang petunjuk yang mereka boleh dapatkan tentang filem ini. Kini, gambar set baru memberi bayangan akan ada kematian watak utama.

Diarahkan oleh Julius Onah dan skrip ditulis oleh Malcolm Spellman dan Dalan Musson, Captain America: New World Order akan menjadi filem pertama yang menampilkan Sam Wilson lakonan Anthony Mackie sebagai Captain America yang baru.\u00a0

Gambar set Captain America: New World Order yang disiarkan oleh Jo Entertainment Studio di Instagram menunjukkan Mackie dan Tyler berada di tanah perkuburan dengan memakai pakaian pengebumian.

Gambar terbaru menunjukkan berlaku sesuatu terhadap Sam apabila dilihat memakai anduh di tangannya. Mungkin ada insiden yang menyebabkan kecederaan kepada tangan Sam Wilson.

\u00a0

Filem ini akan ditayangkan pada 3 Mei 2024.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gambar-terbaru-di-set-captain-america-beri-bayangan-ada-kematian"} {"title": "Lima Permainan Video Marvel Yang Bakal Tiba Tidak Lama Lagi", "body": "

Terdapat beberapa permainan baru Marvel untuk tahun 2023, daripada sekuel yang sangat dinanti-nantikan yang menceritakan kisah-kisah Spider-Man terbaik sepanjang masa, dan spin-off yang akan membolehkan pemain merealisasikan impian mereka menjadi watak Marvel terbaik di dunia nyata.

\u00a0

Marvel World of Heroes

Dibangunkan oleh Niantic, syarikat ini menjadi tulang belakang di sebalik fenomena Pokemon Go. Seperti permainan Niantic sebelum ini, World of Heroes akan membenarkan pemain menggunakan peranti mudah alih \u00a0untuk berinteraksi dengan dunia sebenar, kali ini dengan mengumpul pelbagai kuasa super Marvel dan bekerjasama dengan wira lain yang pemain temui semasa meneroka.

Permainan ini akan tersedia di platform iOS dan Android.

\u00a0

Marvel's Iron Man

EA telah mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Marvel Games untuk mencipta permainan video Iron Man. Motive Studio menerajui pembangunan permainan ini yang juga menjadi pasukan di belakang Star Wars Squadron dan Dead Space Remake.\u00a0

Walau bagaimanapun, permainan ini masih belum mendapat tarikh rasmi dan tidak dapat dipastikan platform manakah yang akan hadir.

\u00a0

Marvel's Spider-Man 2

Marvel's Spider-Man 2 menjadi salah satu permainan PS5 akan datang yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2023. Dibangunkan oleh Insomniac Games, studio di sebalik beberapa permainan PS5 terbaik yang dikeluarkan setakat ini. Marvel's Spider-Man 2 akan menyaksikan Peter Parker dan Miles Morales bekerjasama untuk membasmi kejahatan di bandar New York apabila ancaman kuat mula muncul.

Permainan ini dijangka tiba tahun ini di platform PS5. Masih belum ada tarikh spesifik permainan ini akan keluar walaupun Todd, pelakon suara bagi watak Venom, tersilap memberitahu permainan ini akan dilancarkan September 2023.

\u00a0

Marvel's Wolverine

Marvel's Wolverine sedang dibangunkan oleh pasukan di belakang Marvel's Spider-Man: Miles Morales iaitu Imsomniac Games, jadi korang boleh menjangkakan permainan aksi pantas yang hebat dengan pertempuran yang kejam. \u00a0

Bakal dikeluarkan di platform PS5, tidak dapat pastikan tarikh keluaran permainan ini.

\u00a0

Amy Hennig's Marvel Game

Syarikat pembangun Skydance Media sedang membangunkan permainan berasaskan naratif pengembaraan dengan Amy Hennig \u2013 salah seorang pemikir kreatif di sebalik siri Naughty Dog's Uncharted yang boleh dikatakan antara permainan pengembaraan terbaik sepanjang masa.\u00a0

Korang akan dapat bermain sebagai Steve Rodgers, Gabriel Jones (ahli Howling Commandos), Black Panther (Azzuri, datuk T'Challa), dan Nanali (pemimpin Rangkaian Perisik Wakanda).

Tiada tarikh rasmi dan platform manakah yang akan hadir.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-marvel-yang-akan-datang"} {"title": "Evil Dead: The Game Edisi Game Of The Year Dilancarkan April Ini", "body": "

Syarikat penerbitan, Saber Interactive dan pembangun Boss Team Games mengumumkan mereka akan mengeluarkan Evil Dead: The Game \u2013 Game of the Year Edition untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 26 April. Keluaran ini juga menandakan kemunculan pertama permainan ini di Steam.

Edisi Game of the Year akan menyertakan permainan asas, bersama enam pek DLC. Itu juga termasuk pek \"Who's Your Daddy\" baru, yang menampilkan Lee Majors sebagai Brock Williams daripada \"Ash vs. Evil Dead\" sebagai Survivor baru, bersama Demon baru iaitu The Schemer.

Mengenai edisi ini, Brock mempunyai kekebalan terhadap serangan balik, serta beberapa aura yang dia boleh keluarkan untuk membantu rakannya. Aura ini berubah secara dinamik berdasarkan bilangan ahli keluarga Williams dalam pasukan.\u00a0

Sementara itu, Schemer ialah pakar perangkap yang mengelirukan Survivors dengan ilusi. \u00a0Meat Puppets pula akan menimbulkan kerosakan yang meningkat dengan pelbagai serangan berdasarkan tahap ketakutan Survivors. DLC \"Who's Your Daddy\" juga akan menyertakan pakaian baru untuk Ash, Amanda dan Pablo.

DLC \"Who's Your Daddy\" akan tersedia sebagai pembelian standalone. Masih belum dapat dipastikan DLC lain akan disertakan dengan Evil Dead: The Game \u2013 Game of the Year Edition.

Masih tiada maklumat mengenai versi Nintendo Switch Evil Dead: The Game, yang telah diumumkan akan tiba pada masa akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evil-dead-the-game-edisi-game-of-the-year-dilancarkan-april-ini"} {"title": "Banyak Developer Tarik Diri, E3 2023 Akhirnya Terpaksa Dibatalkan", "body": "

Electronic Software Association (ESA) telah secara rasmi membatalkan E3 2023, berikutan spekulasi selama berminggu-minggu bahawa acara itu tidak dapat diadakan.

Semua rancangan terdahulu untuk E3 2023 kini telah dibatalkan oleh ESA. Dalam kenyataan awam daripada penganjur E3 ReedPop, pembatalan itu dijelaskan sebagai \"apa yang sesuai untuk industri dan apa yang sesuai untuk E3.\" E3 2023 dikatakan tidak mendapat minat yang mencukupi untuk mencapai jangkaan yang bagus.

ReedPop mengatakan ramai syarikat yang berminat tidak dapat menyediakan permainan demo dalam masa yang ditetapkan menjadi halangan terbesar mengapa acara ini tidak dapat diadakan.

Terdahulu, ESA secara rasmi mengumumkan pembatalan E3 2022 dan berkata ia disebabkan oleh risiko kesihatan berterusan yang dikaitkan dengan COVID-19. ESA mengumumkan pada masa itu bahawa E3 akan kembali pada tahun 2023. Namun, acara E3 2023 masih tidak dapat dijalankan.

Electronic Software Association (ESA) dan ReedPop akan terus bekerjasama dalam acara E3 akan datang. Buat masa ini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai E3 2024.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/e3-2023-dibatalkan"} {"title": "Deto Dikeluarkan, Zuto Gold Laner Baru Team Secret", "body": "

Dengan tamatnya minggu ketiga Regular Season MPL MY S11 minggu lepas, ini juga bermaksud windows transfer telah pun bermula untuk pasukan-pasukan yang bertanding dalam MPL MY Musim Kesebelas.\u00a0

Salah satu pasukan yang membawa pemain baru adalah Team Secret. Melalui pengumuman yang dilakukan melalui Instagram MPL MY, Team Secret telah mengeluarkan Deto dan telah menggantikan pemain tersebut dengan Zuto.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, Zuto sebelum ini pernah bermain untuk pasukan MAB Esports pada MPL MY Musim Kesembilan sebagai Jungler.

Namun untuk MPL MY kali ini, Zuto akan menggantikan tempat Deto sebagai Gold Laner baru pasukan Team Secret.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/deto-di"} {"title": "Infinix Mengacah Kerjasama Dengan Permainan Video Free Fire", "body": "

Pengeluar smartphone yang nampaknya mula meningkat naik iaitu Infinix baru-baru ini telah mengacah satu kerjasama diantara mereka dengan permainan video mobile popular Free Fire.\u00a0

Buat masa ini masih tiada info berkenaan dengan kerjasama ini namun kemungkinan mereka akan mengeluarkan satu smartphone yang akan bertemakan permainan video tersebut.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-mengacah-kerjasama-dengan-permainan-video-free-fire"} {"title": "EA Dikhabarkan Bakal Memberhentikan Ramai Pekerja", "body": "

Syarikat pembangun dan penerbit Electronic Arts bersedia untuk memberhentikan sebahagian besar tenaga kerjanya apabila syarikat itu berusaha untuk menyusun semula tenaga pekerja.

Dalam berita yang dilaporkan oleh GamesIndustry.biz, telah didedahkan bahawa EA akan memberhentikan kira-kira 6% daripada jumlah tenaga kerjanya dalam beberapa bulan akan datang, yang bersamaan dengan sekitar 775 pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif EA, Andrew Wilson mengatakan pekerja yang terjejas akan ditawarkan gaji pemberhentian dan faedah tambahan seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan peralihan kerjaya.

Pemberhentian itu adalah sebahagian daripada langkah EA untuk memfokus semula matlamat strategik syarikat dan mengurangkan ruang pejabat, dengan Wilson menyatakan bahawa keutamaan EA adalah untuk bergerak ke hadapan dengan mewujudkan komuniti dengan gelaran \u2018penceritaan blockbuster yang interaktif\u2019 dan \u2018memanfaatkan komuniti dengan sosial dan alat ciptaan\u2019.

Dalam usaha mencapai matlamat baharu ini, Wilson menambah bahawa syarikat itu akan berpindah daripada projek yang tidak menyumbang kepada strategi EA sambil menyusun semula beberapa pasukan sedia ada.

Terdahulu, EA telah memberhentikan seramai 200 \u2018QA Tester\u2019 yang bekerja dalam pembangunan permainan Apex Legends.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-memberhentikan-ramai-pekerja"} {"title": "Thomas Haden Church Mungkin Kembali Sebagai Sandman", "body": "

Thomas Haden Church mengatakan Sandman dalam perbincangan untuk kembali ke MCU pada masa akan datang.

Bercakap kepada The DisInsider, Church mengatakan mereka telah membuat penceritaan mengenai hubungan watak Sandman dengan anaknya untuk No Way Home.\u00a0

\"Kami mempunyai keseluruhan cerita yang melibatkan anak perempuan Sandman namun dipotong kerana terdapat begitu banyak perkara yang berlaku.

Church mengatakan dia telah berbincang bersama Amy Pascal dan Kevin Feige sambil menjelaskan bahawa perancangan telah dilakukan mengenai kemungkinan Sandman hadir dalam filem akan datang.

\"Perbincangan telah berlaku tentang Sandman kembali, dan mungkin menyampaikan cerita yang lebih memuaskan,\" sambung Church.

Church membuat debutnya sebagai Sandman dalam Spider-Man 3 pada tahun 2007, dan meneruskan semula watak Sandman dalam Spider-Man: No Way Home bersama penjahat lain yang juga kembali iaitu Doctor Octopus (Alfred Molina), Electro (Jamie Foxx), dan Green Goblin (Willem Dafoe). Walau bagaimanapun, Sandman mempunyai jalan cerita yang jauh lebih kecil daripada penjahat Spiderman yang lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/thomas-haden-church-mungkin-kembali-sebagai-sandman"} {"title": "Kandungan DLC Untuk Forspoken Akan Dilancarkan Mei Ini", "body": "

Square Enix dan developer Luminous Productions mengumumkan kandungan DLC untuk Forspoken akan dikeluarkan pada 26 Mei 2023 dan diberi judul \u201cIn Tanta We Trust\u201d.

Kandungan DLC \"In Tanta We Trust\" Forspoken akan berfungsi sebagai prekuel kepada permainan utama tersebut. DLC ini menggunakan watak Frey walaupun kejadian berlaku 25 tahun sebelum peristiwa Forspoken.\u00a0

Semasa mencari cara untuk menghapuskan Break, Frey mendapati dirinya mengikuti suara misteri yang membawanya ke Purge of the Rheddig, sebuah pertempuran legenda yang menghancurkan Athia dan mendorong Tantas kepada kegilaan.

Diiringi oleh Tanta Cinta dan kebolehan ajaib baharu, Frey mesti mencari jawapan mengapa Tantas menjadi gila dan harus menyelamatkan Athia sekali lagi.

Forspoken kini tersedia untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kandungan-dlc-untuk-forspoken-akan-dilancarkan-mei-ini"} {"title": "Filem Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Permainan Video One Piece", "body": "

Bandai Namco telah mengeluarkan filem khas meraikan 23 tahun permainan video One Piece. Ia bertajuk, \u201cToday, Too, A Day Like a Game.\u201d

Permainan video One Piece pertama iaitu One Piece: Mezase Kaizoku Ou!, dilancarkan untuk handheld console WonderSwan hampir 23 tahun yang lalu pada 19 Julai 2000 di Jepun.\u00a0

Permainan video terbaru iaitu One Piece Odyssey telah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 12 Januari 2023 di Jepun dan 13 Januari di seluruh dunia.

Filem ini mengisahkan sejarah permainan One Piece dan pembesaran seorang kanak-kanak perempuan. Video ini diarahkan oleh Sho Yanagisawa yang terkenal dengan imej realistik seperti CG, mencabar penonton dengan adegan aksi yang hebat menggunakan api sebenar!

Filem istimewa ini adalah karya seni untuk menyatakan rasa terima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan berkembang dengan permainan video One Piece selama ini, dan jangkaan pihak pembangun untuk masa depan permainan One Piece.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-khas-sempena-permainan-video-one-piece"} {"title": "Ant-Man and the Wasp: Quantumania Antara Filem Marvel Paling Rugi", "body": "

Apabila peminat Marvel mula mengalihkan pandangan mereka kepada Guardians of the Galaxy Vol. 3, Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini kelihatan bersedia untuk menjadi kesilapan box office untuk Disney dan entri terburuk wira bersaiz kecil itu.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini mengumpul kutipan sebanyak $469.7 juta USD di seluruh dunia. Walaupun hasil itu biasanya merupakan jumlah yang kebanyakan filem tidak akan peroleh, untuk kos blockbuster Marvel Studios, ia tidak mencukupi untuk memperoleh keuntungan walaupun minggu tayangan mencatat kutipan yang memberangsangkan.

Seperti yang dilaporkan oleh Variety, Ant-Man and the Wasp: Quantumania dijangka akan mengutip kurang daripada kira-kira $600 juta yang diperlukan untuk pulang modal dengan kebanyakan penganalisis pada masa kini menggandakan belanjawan mana-mana filem untuk mengambil kira perbelanjaan pemasaran filem sebelum menolak potongan yang diambil oleh pawagam daripada jualan tiket.

Secara perbandingan, kutipan box office Ant-Man and the Wasp: Quantumania tidak jauh lebih tinggi daripada keluaran awal pasca-pandemik Marvel Studios, Black Widow ($379 juta), Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings ($432 juta), dan Eternals ($402 juta), walaupun dengan dorongan tambahan yang diperoleh daripada penonton negara China.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania telah ditayangkan di Malaysia pada 17 Februari yang lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ant-man-3-antara-filem-marvel-paling-rugi"} {"title": "VALORANT x WEBTOON", "body": "

Baru-baru ini Riot Games telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama platform komik digital terbesar iaitu WEBTOON. Dengan ini, mereka ingin memanggil para artis, pelukis, dan peminat VALORANT untuk membuat intripitasi babak terbaru mereka dalam bentuk komik.\u00a0\u00a0

VALORANT and WEBTOON are teaming up\u2026 Are you in?

Starting August 23, #VALORANTxWEBTOON are looking to bring the story of Fade's Sting to life. #VALORANT #WEBTOON

Are you ready to Face Your Fears? Then, it's time to start creating. https://t.co/V0B5AQLLIc pic.twitter.com/FFswxyZrkw

\u2014 VALORANT (@PlayVALORANT) August 15, 2022

Bertemakan misi ejen VALORANT ke Istanbul, ejen Cypher, Sova, Neon dan Breach perlu bergabung tenaga untuk menangkap Fade dalam babak terbaru mereka iaitu Sting.

Para peserta diminta untuk membuat komik sebanyak 20 muka surat dengan rujukan daripada log audio dan trailer terbaru mereka. 4 pemenang akan berpeluang untuk berkolaborasi bersama VALORANT untuk mencipta rekaan pistol terbaru dan battle pass yang akan datang.\u00a0

Malah, 10 komik yang terbaik juga dapat dipamerkan di WEBTOON sebagai feature komik dan akan dimuat naik di kesemua laman sosial VALORANT. Daftar bermula 23 Ogos 2022 melalui pautan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-x-webtoon"} {"title": "MPL MY S10: Jadual Minggu Ketiga", "body": "

Minggu kedua MPL MY musim terbaru ini sudah berakhir maka akan bermulanya minggu ketiga Regular dari 19 Ogos 2022 sehingga 21 Ogos 2022. Akaun MPL MY telah mengumumkan jadual perlawanan minggu ini di laman sosial.

Menurutnya, hari pertama akan dimulakan dengan perlawanan antara Suhaz Esports vs Team HAQ pada 3:00 petang. Perlawanan kedua pula adalah antara Homebois vs Team Caracal yang akan berlangsung pada 6:00 petang.

Hari kedua pula akan bermula pada 12:00 petang antara pasukan TODAK vs RSG MY diikuti dengan Team HAQ vs Team SMG pada 3:00 petang dan diakhiri dengan Team Lunatix vs Orange Esports pada 6:00 petang.

Hari terakhir minggu ketiga ini perlawanan adalah antara pasukan RSG MY vs SUHAZ Esports diikuti Homebois vs Team Lunatix dan perlawanan terakhir adalah antara RED Esports vs Orange Esports.\u00a0

Dapatkan tiket anda melalui pautan ini atau anda boleh menonton perlawanan tersebut secara siaran langsung di Youtube dan Facebook LIVE.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mpl-my-s10-jadual-minggu-ketiga"} {"title": "Team SMG x Logitech G", "body": "

Baru-baru ini, Team SMG telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan syarikat pembuat peralatan PC iaitu Logitech G. Mereka telah menjanjikan pemberian kelengkapan PC yang berkualiti kepada pemain SMG divisi Dota 2.

Pengurus Team SMG, Origin Xu, telah membuat kenyataan bahawa kelengkapan selesa Logitech G seperti mouse tanpa wayar dan papan keyboard mekanik akan membantu pemain mereka dalam permainan.

Pasukan SMG bukan nama baru di dunia esports sejak pertubuhannya di 2017 malah kemenangan mereka di Arena of Valor International Championship telah melonjakkan nama mereka di industri esports.\u00a0

Walaupun kelengkapan canggih tidak penting dalam mencapai prestasi permainan yang baik, ia masih membantu pemain untuk fokus tanpa sebarang gangguan fizikal. Semoga kolaborasi ini memudahkan permainan Team SMG untuk kemenangan seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-x-logitech-g"} {"title": "Todak Sang Raja Comeback", "body": "

Pelbagai nama samaran yang telah diberikan kepada pasukan yang pernah menjadi juara MPL Malaysia sebanyak dua kali ini iaitu Todak. Antaranya adalah Todak Langgar, Todak Raja Malaysia dan pelbagai lagi tetapi yang paling cocok untuk mereka adalah \u201cSang Raja Comeback\u201d tapi kenapa? Meh Adeen cerita sikit.\u00a0

Minggu lepas di MPL Malaysia Todak mempunyai 2 perlawanan mengikut jadual mereka iaitu perlawanan dengan Team Haq (jumaat) dan Team SMG (ahad). Skornya berakhir dengan pasukan Todak menang 2-1 (Team Haq) dan 2-0 (Team SMG) dan cara mereka menang itu seolah-olah sama sahaja coraknya. Apabila berhadapan dengan Team Haq di perlawanan kedua Pasukan Todak mengalami kerugian hampir 8 ribu \u201cgold lead\u201d ketinggalan jumlah kill sebanyak 10 kill dan di atas kertas kelihatan Team Haq yang bakal memenangi perlawanan tersebut. Sehubungan dengan itu, perkara ini juga berlaku pada perlawanan pertama apabila bertemu dengan Team SMG dimana pasukan Todak mengalami kerugian \u201cin-game\u201d yang sangat besar.\u00a0

Namun, nak hairan apa? Inikan Todak MLBB! Dengan pengalaman mereka, kearifan daripada arahan Ciku dan kesefahaman antara pemain-pemain Todak mengorak langkah \u201ccomeback\u201d mereka dengan sekelip mata sahaja. Satu kesilapan dilakukan oleh Team Haq dan juga Team SMG, terus dihukum oleh pasukan Todak dimana mereka menamatkan perlawanan dengan serta merta terus memberikan mata kemenangan untuk mereka.\u00a0

Kenapa pekara ini harus diberikan perhatian? Kerana sangat mustahil untuk Todak menang perlawanan mereka diwaktu tersebut tetapi di dalam arena Mobile Legends Bang Bang apa pun boleh berlaku dan Todak membuktikan selagi permainan belum selesai janganlah mengalah!\u00a0

Semoga pasukan Todak terus memberikan kejutan untuk kita semua di MPL Malaysia musim

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-sang-raja-comeback"} {"title": "Lenovo Malaysia Lancarkan Barisan Model Terbaru", "body": "

Jenama laptop popular Lenovo telah mengeluarkan barisan model laptop terbaru untuk para gamers dan content creator sekalian.\u00a0

Lenovo Legion merupakan barisan model baru yang berkapasiti tinggi untuk pemain menikmati pengalaman bermain video game sebarang gangguan. Terdapat model yang bersaiz 16 inci iaitu Lenovo Legion 5i Pro dan Lenovo Legion 5 Pro yang dijual pada tanda harga bermula RM 7,400 sehingga RM 8,500.

Untuk yang tidak suka bermain di laptop besar, terdapat model bersaiz 15 inci iaitu Lenovo Legion 5i dan Lenovo Legion 5 yang mempunyai harga antara RM 5,300 sehingga RM 6,000. Model terbaru ini boleh menahan grafik tinggi dan persembahan yang baik untuk mana-mana pemain PC.

Bagi content creator yang perlukan peranti yang lebih ringan dan padat, Model Yoga Lenovo mungkin menjadi pilihan anda. Terdapat 3 model yang boleh dipilih iaitu Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 7i dan Lenovo Yoga Slim 7i Pro. Model Yoga ini dibina berdasarkan keperluan content creators daripada melukis, menulis dan sebagainya.\u00a0

Model berikut didatangkan dengan 2-1 touchscreen yang memberi pilihan buat pengguna antara mod laptop mahupun tablet. Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 7i dan Lenovo Yoga Slim 7i Pro akan tiba di Malaysia pada tahun ini dengan jurang harga antara RM 4,200 sehingga RM 6,700.

Anda boleh dapatkan laptop terbaru Lenovo ini di kedai-kedai retail mahupun membelinya atas talian melalui LES, Shopee dan Lazada. Terdapat juga promosi Lenovo Legion sehingga 31 Ogos 2022 dimana anda akan mendapat free gift seperti official merchandise dan PC Game Pass selama 3 bulan bagi setiap pembelian atas RM 480.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lenovo-malaysia-lancarkan-barisan-model-terbaru"} {"title": "Watak MultiVersus Baru - Black Adam dan Stripe", "body": "

Permainan MultiVersus sudah keluar di Amerika, Eropah, Australia, dan New Zealand bermula 15 Ogos 2022. Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan watak baru iaitu Black Adam daripada DC Universe dan Stripe daripada Gremlin.

Pengumuman ini adalah melalui keluaran poster promosi di Twitter namun tarikh keluaran watak ini masih belum dijelaskan. Sementara menunggu, Rick and Morty telah dijanjikan tarikh keluaran pada 23 Ogos 2022.

Buat masa sekarang, terdapat 17 watak dalam roaster mereka dan pemain boleh unlock watak ini melalui marketplace.\u00a0

Terdapat lebih banyak watak ramalan yang akan dikeluarkan di MultiVersus seperti Harry Potter, Fred Flinstone dan Gizmo. Permainan percuma ini boleh dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Windows PC, Xbox One, dan Xbox Series X tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa sehingga permainan ini akan dikeluarkan di Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/watak-multiversus-baru-black-adam-dan-stripe"} {"title": "Omega Esports Kekal \u2018Raja Garena\u2019 Di COD Mobile Garena Masters III", "body": "

Kebelakangan ini, COD Mobile Garena Master III 2022 telah melabuhkan tirainya dengan kemenangan pasukan \u2018Raja Garena\u2019 iaitu Omega Esports. Mereka telah berjaya mempertahankan takhta mereka daripada pemenang sebelumnya, Blacklist Ultimate di pusingan Grand Final.\u00a0\u00a0

Lapan pasukan daripada Singapura, Malaysia dan Filipina telah beraksi di pentas Garena Masters yang berlangsung di Manilla Marriott Hotel, Pasay City. Omega Esports telah berhadapan dengan Blacklist dua kali iaitu di Upper Bracket dan Grand Final.

Kemenangan pertama mereka telah mengunci kedudukannya di Grand Final namun Blacklist International mampu comeback di Lower Bracket. Perlawanan kedua mereka di peringkat akhir ini dimainkan seakan sebelumnya dimana Blacklist mendapat kedua-dua Hardpoints.\u00a0

Namun, jurang besar S&D antara dua pasukan ini telah memihak kepada pasukan Omega lalu mengunci kemenangan mereka. Dengan ini, pasukan Omega telah membawa balik sebahagian besar daripada prizepool bernilai $10,000 USD.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/omega-esports-kekal-raja-garena-di-cod-mobile-garena-masters-iii"} {"title": "MyLadies PUBGM 2.0 Kembali", "body": "

Baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan kembalinya siri kedua MyLadies PUBGM sejak pelancarannya pada tahun 2020. Kejohanan terbuka ini merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pemain perempuan di Malaysia.\u00a0

Bagi yang berminat, tarikh pendaftaran telah dibuka sejak 15 Ogos 2022 sehingga penutupannya pada 23 Ogos 2022. Berbeza daripada siri pertama, mereka telah mengehadkan bilangan penyertaan kepada 64 pasukan dan 80 pemain solo.

Kejohanan ini akan berlangsung secara atas talian untuk circuit 1 sehingga circuit 4 namun akan mengumumkan lokasi Grand Final pada masa akan datang. Circuit bagi kategori solo akan bermula 27 Ogos sehingga 17 September 2022 namun bagi kategori berpasukan akan bermula pada 28 Ogos sehingga 18 September 2022.

Pautan pendaftaran mengikut kategori adalah seperti berikut:

Solo: https://mesf.gg/tournament/kbs-myladies-pubgm-championship-circuit-1-solo-category\u00a0

Berpasukan: https://mesf.gg/tournament/kbs-myladies-pubgm-championship-circuit-1-squad-category

", "url": "https://gamersonduty.com/news/myladies-pubgm-2-0-kembali"} {"title": "Pendaftaran ROG Masters APAC 2022 Dibuka Sekarang", "body": "

Panggilan buat pemain-pemain Rainbow 6: Siege di Asia Pasifik untuk mencuba nasib di kejohanan yang mempunyai prize pool bernilai $40,000 USD ini. ROG Masters Asia Pasifik kembali lagi pada tahun 2022 dengan permainan Tom Clancy dan dianjurkan oleh ASUS ROG.

Pendaftaran adalah terbuka kepada pemain daripada Asia Tenggara, Asia Selatan, Jepun dan Korea Selatan bermula 15 Ogos 2022 sehingga 15 September 2022. Bagi yang berminat anda boleh mendaftar melalui pautan ini.\u00a0

Peringkat kelayakan akan berlangsung secara atas talian pada 17 September dan 18 September 2022. Terdapat juga peringkat kawasan pada 24 September dan Grand Final akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-rog-masters-apac-2022-dibuka-sekarang"} {"title": "Pendaftaran Kejohanan Wanita MLBB Terbesar Malaysia Dibuka", "body": "

Women Professional Championship 2022 atau WPC 2022 adalah kejohanan MLBB yang dianjurkan oleh Bold Prime dan Madness Gaming untuk memberi fokus kepada pemain perempuan di Malaysia .

Pendaftaran adalah terbuka untuk yang berkelayakan perempuan warganegara Malaysia sehingga tarikh tutupnya pada 19 Ogos 2022. Pusingan kelayakan akan bermula 20 Ogos dan 21 Ogos 2022 dan musim regular akan bermula 1 September sehingga 22 Oktober 2022.\u00a0

10 pasukan akan bertanding di kejohanan ini dimana 5 adalah pasukan jemputan dan 5 melalui peringkat kelayakan. Lokasi dan prizepool kejohanan ini masih belum diumumkan namun bagi yang berminat untuk mendaftar boleh klik di pautan ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-kejohanan-wanita-mlbb-terbesar-malaysia-dibuka"} {"title": "Kod Rahsia Legendary Matt Dalam Nintendo Switch Sports", "body": "

Baru-baru ini, Nintendo Wii Sports telah meminjamkan watak meme Nintendo iaitu Matt kepada Switch Sports. Nintendo telah mengumumkan kolaborasi ini dalam sebuat Tweet di akaun Nintendo of America.

Interested in a tougher challenge in #NintendoSwitchSports? Try entering ZR + R + A or ZL + L + \u2192 on the difficulty select screen. pic.twitter.com/UI62lApxvw

\u2014 Nintendo of America (@NintendoAmerica) August 12, 2022

Menurutnya, terdapat kod rahsia yang boleh dibuat dalam Switch Sports untuk keluarkan Matt. Untuk pengetahuan pembaca, Matt merupakan watak daripada Wii Sports yang berkemahiran dalam pelbagai sukan termasuklah menggunakan pedang.

Tetapi, sukan ikoniknya ialah gusti dimana Matt merupakan champion NPC. Jika pemain menggunakan kod rahsia ini yang juga tertera di Tweet berikut, Matt akan muncul dengan gelaran \u2018Legend\u2019.

Sesuai dengan popularitinya sebagai meme di francais Nintendo ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kod-rahsia-legendary-matt-dalam-nintendo-switch-sports"} {"title": "Thailand Kekal Juara PMWI 2022", "body": "

Baru-baru ini, pasukan Thailand iaitu Vampire Esports telah menjuarai kejohanan antarabangsa PUBG Mobile World Invitation 2022. Ini merupakan kali kedua Thailand menjuarai kejohanan PMWI selepas kemenangan Valdus Esports tahun lepas.\u00a0

Kemenangan pasukan ini adalah hasil daripada comeback di hari terakhir perlawanan dimana mereka telah peroleh 2 Winner Winner Chicken Dinner dan kutipan sebanyak 220 lalu mendahului tuan rumah Team Falcons sebanyak 23 mata.

Pasukan wakil Malaysia iaitu 4Rivals telah mendapat tempat ke-13 dengan kutipan 101 mata dan telah membawa pulang wang tunai sebanyak $27,500 USD. MVP kejohanan ini ialah Action daripada Stalwart Esports dan beliau telah membawa pulang $10,000 USD.

Bagi yang terlepas PMWI 2022, anda masih boleh menonton Afterparty Showdown dimana 5 pasukan teratas akan berentap dengan 7 pasukan undian peminat iaitu Bigetron Red Aliens, Alpha7 Esports, DeadEyes Guys, S2G Esports, Ra'ad, dan pasukan jemputan istimewa R8 Esports

", "url": "https://gamersonduty.com/news/thailand-kekal-juara-pmwi-2022"} {"title": "Pasukan-Pasukan Yang Layak Ke PMNC 2022", "body": "

PMCT atau PUBG Mobile City Tournament Malaysia 2022 telah melabuhkan tirainya dengan senarai 24 pasukan yang akan mara ke PUBG Mobile National Championship 2022 dan kemunculan juara pasukan wanita AI Huntress.\u00a0

Peringkat kelayakan ini mempunyai tiga kategori iaitu perlawanan skuad, solo dan wanita. Skuad dan solo telah dibahagikan mengikut empat zon berbeza di Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Borneo.

20 pasukan yang telah mara ke PMNC 2022 adalah daripada kategori skuad manakala 4 lagi pasukan adalah gabungan 5 pemain terbaik daripada kategori solo mengikut zon. Senarai 20 pasukan yang terlibat adalah seperti berikut:

Buat kategori wanita, pasukan AI Huntress telah memenangi dengan kutipan mata 247 mata dan 4 kemenangan Winner Winner Chicken Dinner. Mereka telah membawa pulang sebahagian besar daripada prizepool bernilai RM 12,000.

PMNC 2022 masih belum mengumumkan tarikh, lokasi mahupun format permainan namun 24 pasukan yang layak akan berhadapan dengan pasukan seperti Farang Guerilla dan HomeBois yang telah tersingkir daripada barisan PMPL MYSGPH 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-pasukan-yang-layak-ke-pmnc-2022"} {"title": "Pasukan Yang Mewakili Asia Tenggara Dalam The International 11", "body": "

Musim terbaru The International dijangka akan memulakan langkahnya bermula 15 Oktober 2022 di Suntec Arena, Singapura. 20 pasukan daripada seluruh dunia akan berentap di pentas antarabangsa ini untuk peroleh gelaran juara dan prize pool lumayan bernilai 1,600,000 USD.

Di samping BOOM Esports, terdapat satu lagi pasukan yang akan mewakili Asia Tenggara di The International melalui pusingan kelayakan. Pusingan ini melibatkan 15 pasukan seperti Fnatic, Talon Esports, T1, RSG, Polaris Esports, Team SMG, Nigma Galaxy SEA, Neon Esports, Execration, LilGun, Army Geniuses, Summit Gaming, Atlantis, Xerxia dan TNC Predator.

Untuk pengetahuan pembaca, pasukan Atlantis dan Summit mempunyai roaster penuh pemain Malaysia manakala pasukan SMG mempunyai tiga pemain tanah air kita. Duka citanya, tiket T11 sudah habis dijual dalam masa 20 minit sejak pelancarannya di Ticketmaster.

Rupa-rupanya, sistem jualan tiket ini menjemput banyak \u2018ulat tiket\u2019 yang telah membeli tiket secara awal lalu menjualnya dengan harga dua kali ganda. Sebagai contoh, harga tiket yang asalnya dijual dengan harga $88 SGD ke $498 SGD kini mencecah harga $600 SGD ke $1700 SGD.\u00a0

Nampaknya penganjur Valve perlu menyemak semula sistem jualan tiket untuk menangani masalah \u2018ulat tiket\u2019 ini. Tetapi, penonton yang tidak berpeluang untuk membeli tiket masih boleh menonton perlawanan nanti melalui siaran langsung di Youtube dan Twitch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-yang-mewakili-asia-tenggara-dalam-the-international-11"} {"title": "Permainan Seram Terbaik Tahun 2022 Setakat Ini", "body": "

Permainan seram telah menjadi genre ruji dalam komuniti gamers. YouTuber terbesar dunia iaitu PewDiePie menjadi popular dengan bermain permainan seram seperti Amnesia. Tahun demi tahun, permainan seram adalah batu asas industri permainan. Permainan seram popular seperti Outlast , Five Nights at Freddy's, Resident Evil, Silent Hill, Little Nightmares akan kekal dalam hati pemain untuk generasi akan datang.

The Quarry\u00a0

Untuk setakat ini pada tahun 2022, The Quarry kelihatan sebagai permainan seram konvensional berasaskan cerita yang terbaik. Permainan ini dibuat oleh Supermassive Games, sebuah studio yang terkenal kerana membuat satu lagi permainan seram yang sangat popular iaitu Until Dawn. Permainan ini dikeluarkan pada awal Julai baru-baru ini untuk PC, PlayStation dan Xbox. Ia mendapat ulasan yang baik daripada pemain dan juga pengulas.

The Quarry adalah permainan dimana anda mengikuti sekumpulan kaunselor remaja yang terpaksa bertahan melalui pengalaman yang mengerikan dan menyeramkan di kem musim panas. Sebagai pemain, anda boleh menentukan nasib watak-watak ini daripada ancaman seperti makhluk ghaib dan juga penduduk tempatan yang ganas.

Permainan ini mempunyai cerita yang baik tetapi tidak hebat. Ia bersinar apabila ia berkaitan dengan seram, ketegangan dan plot. Permainan ini cemerlang dalam mencipta cerita yang ngeri, seram dan berbelit-belit. Jumpscare dan horror berfungsi sangat baik di samping dengan jalan cerita yang direka dengan baik. Kelemahannya pula datang dari kekurangan bekenaan dengan watak. Sebilangan besar emosi dan motivasi watak-watak dalam permainan ini terasa seperti terlalu flat. Kebanyakan keputusan yang diberikan dirasakan terlalu tidak matang walaupun untuk remaja. Kelemahan ini menyebabkan pemain merasa kurang berminat apabila berkaitan dengan watak.

Dari segi gameplay, tiada banyak benda yang boleh diberi perhatian. Permainan ini bermain hampir sama dengan Until Dawn. Ini pastinya disebabkan oleh sifat permainan yang berat kepada aspek sinematik dan naratif. Gameplay permainan ini serupa dengan beberapa permainan yang juga fokus kepada jalan cerita seperti The Walking Dead dan Tales from the Borderlands oleh Telltale Games.

Permainan ini dilihat lebih kepada sebuah filem berbanding sebuah permainan video. Gameplay nya bukanlah aspek yang kuat dalam permainan ini tetapi ceritanya memanglah mendebarkan. Walaubagaimanapun, dengan harga RM189 kami yakin ramai yang memilih untuk skip game ini ataupun menunggu ianya dijual pada harga yang lebih murah nanti.\u00a0

MADiSON

Untuk permainan kedua, permainan seram indie bertajuk MADiSON ini dibuat oleh studio permainan baharu bernama Bloodious Games. Studio permainan ini debut dengan permainan seram mereka yang mendapat ulasan yang agak baik daripada pemain dan pengulas. Permainan ini dikeluarkan pada awal bulan Julai tahun ini dan ia agak mengejutkan untuk melihat studio permainan indie mengeluarkan permainan pertama mereka pada semua platform terkenal iaitu PC, PlayStation, Xbox dan juga Nintendo Switch.

MADiSON ialah permainan seram psikologi tentang seorang anak lelaki yang cuba menyelesaikan siri pembunuhan. Pemain bermain sebagai Luca Maxwell\u00a0 yang merupakan anak lelaki kepada keluarga yang menjadi mangsa pembunuh bersiri bernama Madison Hale. Permainan ini akan membuatkan anda menerokai sekitar rumah yang berubah-ubah dengan cara yang pelik dan mengerikan. Pemain akan cuba menyiasat tentang pembunuhan yang berlaku tapi dalam masa yang sama harus melarikan diri dari gangguan hantu yang menghantui rumah tersebut.

Permainan ini tidak begitu inovatif apabila ia melibatkan gameplay, kebanyakan kebaikannya datang daripada penceritaannya. Permainan ini sama seperti permainan seram yang lain. Mekanik kamera yang membolehkan anda melihat perkara yang tidak kelihatan telah dibuat sebelum ini dalam permainan seram lain seperti dalam siri Fatal Frame.

Walaupun permainan ini mempunyai harga yang jauh lebih murah berbanding dengan The Quarry, masa bermain permainan ini lebih sedikit. Permainan ini akan berlangsung selama enam atau sembilan jam untuk diselesaikan. Tapi bagi harga RM59, kami merasakan game ini agak berbaloi untuk dimainkan.

Martha is Dead

Permainan seram ketiga adalah Martha is Dead. Permainan ini dibuatkan oleh LKA dan diterbitkan oleh Wired Productions pada hujung bulan Februari tahun ini. Martha is Dead dikeluarkan untuk PC, PlayStation dan juga Xbox pada keluarannya. Permainan ini adalah permainan seram kedua mereka. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan permainan seram psikologi bernama Town of Light pada tahun 2016.

Martha is Dead adalah permainan seram psikologi yang ditetapkan di Itali pada tahun 1944 semasa Perang Dunia II. Ketika konflik semakin meruncing antara tentera Jerman dan Allied Forces, mayat Martha telah ditemui lemas dan adik kembarnya Giulia, anak perempuan seorang askar Jerman, harus sendirian menangani trauma kehilangan dan akibat daripada pembunuhannya.

Dari segi gameplay, permainan ini mempunyai hala tuju dan gaya yang agak unik. Developer memastikan mereka membuat dan menunjukkan kawasan kampung Tuscany dengan tepat. Pemain sering bertukar antara meneroka dengan berjalan kaki, dengan bot atau dengan basikal. Feature kecil yang mereka tambahkan seperti bermain patung, fotografi dan kad tarot menambah banyak perincian ke dalam dunia permainan ini. Dengan pemandangan indah yang direka dengan baik dan muzik Itali pada zaman perang, suasana dalam permainan ini sungguh luar biasa.

Walaupun permainan ini kelihatan padat dengan kandungan dan perincian, ia hanya berharga RM51 yang lebih murah berbanding dengan dua permainan sebelum ini.

The Mortuary Assistant

Permainan seram terakhir adalah The Mortuary Assistant. Permainan ini dibuatkan oleh Darkstone Digital, sebuah studio permainan yang telah develop beberapa permainan yang genre berlainan seperti The Subject, Our Secret Below dan Kohate. Permainan terbaru mereka, The Mortuary Assistant telah diterbitkan oleh Dread XP dan permainan ini telah dikeluarkan pada awal bulan Ogos tahun ini untuk Windows PC sahaja.

Dalam permainan Mortuary Assistant, anda bermain sebagai seorang murid yang baru sahaja menamatkan ijazah dan berkhidmat di River Fields Mortuary untuk membantu jurumayat dalam tugas hariannya. Pada satu malam, anda dipanggil bekerja untuk mengendalikan beberapa perkara seorang diri dan keadaan mula berubah menjadi lebih buruk apabila anda mula mengalami perkara yang ganjil dan menyeramkan.

Gameplay permainan ini adalah unik dan juga konvensional. Beberapa bahagian permainan ini agak inovatif apabila ia melibatkan cara mereka menyediakan situasi yang menakutkan dan tegang. Walaupun jumpscare sering tidak disukai apabila ia diletakkan dalam permainan seram, permainan ini menggunakan jumpscare dengan baik. Dijual pada harga RM44, kami boleh katakan yang permainan video ini sangat berbaloi untuk dibeli.\u00a0

Inilah empat permainan seram yang terbaik bagi setakat ini untuk tahun 2022. Jika anda masih bimbang tentang harga yang tinggi, kami nasihatkan anda menunggu untuk jualan semasa Halloween pada bulan Oktober nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-seram-terbaik-tahun-2022-setakat-ini"} {"title": "Indonesia Menjadi Tuan Rumah Grand Finals PMGC 2022", "body": "

PUBG Mobile telah mengumumkan Indonesia sebagai destinasi Grand Finals bagi PUBG Mobile Global Championship 2022. Berita hangat ini menjadi bualan mulut peminat PUBG Indonesia kerana ia merupakan kali pertama kejohanan besar ini berlangsung di situ.

Kebanyak informasi masih belum diumumkan seperti spesifikasi lokasi, tarikh, mahupun pasukan yang terlibat. Namun, fasa liga akan bermula November 2022 nanti dengan penglibatan sebanyak 48 pasukan.\u00a0

Pasukan-pasukan ini akan bertanding untuk mengisi 13 tempat Grand Final dimana 3 akan diisi dengan pasukan undangan PUBG Mobile. Grand Final ini telah dirancang untuk berlangsung pada Januari 2023 dengan prize pool bernilai 4,000,000 USD.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-menjadi-tuan-rumah-grand-finals-pmgc-2022"} {"title": "Ly4knu Dilamar Pasukan Dari Mongolia", "body": "

Nampaknya, trend pengambilan pemain daripada Filipina diteruskan dengan seorang lagi pemain Filipina yang kini menyertai pasukan Positive Gaming daripada Mongolia. Pasukan Mongolia ini telah mengumumkan kedatangan pemain ly4knu melalui keluaran poster di laman sosial mereka baru-baru ini.

Ly4knu atau nama sebenarnya Joshwell Christian Manaog merupakan pemain berbakat yang pernah bermain untuk pasukan seperti ONIC PH dan RSG PH. Beliau digelar sebagai Kingslayer kerana gaya permainannya yang agresif.\u00a0

Beliau kini mengisi posisi Gold Laner di pasukan Positive Gaming dan pasukan ini juga baru menyambut kedatangan Analyst baru mereka iaitu Calvine \u201cBombom\u201d Lekawael. Selamat maju jaya kepada Pasukan Positive Gaming yang kini berada di Filipina untuk belajar lebih mendalam mengenai stail permainan Asia Tenggara.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-filipina-mlbb-sertai-pasukan-mongolia"} {"title": "Homegirls Mencari Goldlaner Baru", "body": "

Pasukan dibawah Homebois MLBB divisi wanita iaitu Homegirls telah mengeluarkan poster pencarian pemain baru buat pasukan mereka baru-baru ini. Mereka kini mencari pemain perempuan untuk mengisi posisi Gold Laner.

Syarat kelayakan mendaftar adalah semestinya perempuan yang mempunyai profil pengumpulan mata sebanyak 700 dan ke atas serta Win rate 60% dan ke atas. Mereka perlukan pemain aktif, bersikap baik dan mempunyai pool hero yang luas.

Homegirls sedang memegang posisi pertama di ranking kumpulan setelah mengalahkan pasukan seperti Red Roses, HERO, IRIS dan LUNAR di Ladies Open MLBB League. Kepada yang berminat, anda boleh hantar penyertaan anda melalui DM Instagram @homegirls.mlbb.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homegirls-membuka-pencarian-goldlaner"} {"title": "BOOM Esports Secure Slot Ke The International 11", "body": "

Baru-baru ini pasukan BOOM Esports telah berjaya mengalahkan Team Liquid di Arlington Major dengan skor 2-1. Kejayaan ini bukan sahaja meletakkan mereka di posisi keempat di Kumpulan B Major ini namun juga telah memberikan mereka tempat di The International.

Hal ini kerana, kumpulan BOOM Esports telah berjaya mengumpul mata sebanyak 1,130 dan melayakkan mereka mendapat jemputan terus ke T1 S11. Mereka juga antara pasukan terawal mewakili Asia Tenggara dalam kejohanan antarabangsa ini selepas pasukan Fnatic.

Tambahan pula, BOOM Esports juga akan mewakili Indonesia ke Valorant Championship yang akan berlangsung di Istanbul Turki setelah kemenangan mereka menentang ONIC Esports. Divisi PUBG mereka juga telah tampil sebagai juara PMPL peringkat negara dan kini sedang menunggu minggu Playoffs untuk bermula.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/boom-esports-secure-slot-ke-the-international-11"} {"title": "RTM World Cup Esports Challenge Bakal Berlangsung Minggu Ini", "body": "

Bagi korang yang berminat bermain eFootball Mobile, apa kata minggu ini korang pergi Pavilion Bukit Jalil untuk menyaksikan ataupun masuk bertanding untuk RTM World Cup Esports Challenge.\u00a0

Kejohanan yang ditaja oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan minuman tenaga Monster Energy ini menampilkan prizepool sebanyak RM3,000 dan dibuka kepada semua.\u00a0

Pendaftaran telah pun bermula dari semalam dan akan ditutup pada 11 Ogos 2022 pada pukul 9 malam. Bagi korang yang berminat nak tahu lebih lanjut, sila layari page rasmi PES Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rtm-world-cup-esports-challenge-bakal-berlangsung-minggu-ini"} {"title": "Remedy & Tencent Bekerjasama Bangunkan Permainan \u201cVanguard\u2019.", "body": "

Baru-baru ini, Remedy Entertainment telah menandatangani perjanjian bersama Tencent. Mereka mengadakan perjanjian ini adalah untuk membangunkan permainan \u2018Vanguard\u2019. Antara perjanjian yang dilakukan adalah perjanjian pembangunan, lesen, dan pengedaran global.

Vanguard, permainan milik Remedy Entertainment merupakan sebuah permainan free-to-play. Permainan aksi ini dibangunkan bersama Unreal Engine untuk PC dan juga konsol. Remedy menginginkan Vanguard dibangunkan ke seluruh dunia dan mereka telah meminta Tencent untuk membangunkan Vanguard di wilayah Asia.\u00a0

Selain itu, sebahagian daripada perjanjian yang dilakukan, Remedy telah memberikan lesen kepada Tencent untuk membangun serta menerbitkan permainan ini ke dalam versi mobile. Tencent juga perlu membiayai kos pembinaan untuk versi mobile. Walau bagaimana, kedua pihak telah bersetuju dengan syarat perkongsian serta keuntungan yang ditawarkan.\u00a0

Untuk dapatkan info dengn lebih lanjut, anda boleh melayari remedygames.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/remedy-tencent-bekerjasama-bangunkan-permainan-vanguard"} {"title": "Onic X One Piece!", "body": "

Onic Esports, salah sebuah organisasi e-sukan terkenal di Indonesia. Ia turut mempunyai cawangan di Filipina dan terkenal dengan pasukan MLBB mereka. Beberapa hari yang lalu, Onic Esports membuat satu posting video pendek mereka yang memaparkan logo Onic bersama kartun animasi popular One Piece.

\u201cSurprise drops coming this month, prepare yourself to get it.\u201d#GOONIC #ONICXONEPIECE#onicsupplyid pic.twitter.com/3yHpvCnyIg

\u2014 ONIC Esports (@onic_esports) December 24, 2021

Dalam posting tersebut, mereka menulis \u201cSurprise drops coming this month, prepare yourself to get it.\u201d Melihat ke online mereka, ternyata berita tersebut adalah sahih. Dilihatkan beberapa t-shirt, bucket hat, dan hoodie hasil collab antara Onic Esports & One Piece telah mula dijual.\u00a0

Ini juga merupakan kolaborasi pertama kartun animasi One Piece bersama organisasi e-sukan. Kolaborasi ini tentu akan mendapat sambutan yang hangat sama ada dari peminat Onic mahupun One Piece. Sebelum ini, Team Liquid juga pernah melakukan kolaborasi dengan kartun animasi Jepun iaitu Naruto Shippuden. Mereka mengeluarkan barangan seperti hoodie dan t-shirt jersey.

Untuk mendapatkan barangan Onic, anda boleh pergi ke www.onicsupplyid.com

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/onic-x-one-piece"} {"title": "Esports High School Dibuka Di Jepun!", "body": "

Seperti yang sedia maklum, e-sukan merupakan industri yang semakin berkembang pesat. E-sukan bukan sahaja tertumpu pada sesebuah negara, malah hampir seluruh dunia memberikan tumpuan terhadap industri ini. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kotaku, Jepun turut mengembangkan industri e-sukan mereka dengan membina sebuah sekolah e-sukan yang diberi nama Esports Koutou Gakuin. Esports Koutou Gakuin bermaksud Esports High School (EHS).

EHS ini akan mula dibuka pada April 2022 yang terletak di Shibuya, Tokyo. Terdapat beberapa sokongan yang diberikan kepada EHS antaranya daripada syarikat telekomunikasi Jepun iaitu Nippon Telegraph & Telephone Corporation (NTT), pasukan e-sukan Tokyo Verdy, serta pasukan bola sepak Jepun. EHS tentunya berbeza dengan sekolah biasa. Mereka akan diajar oleh guru-guru yang terdiri daripada pro-player atau individu yang terlibat dalam e-sukan supaya mereka dapat berkongsikan pengalaman mereka.

Para pelajar EHS akan mempelajari tentang First-person shooter (FPS), Third-person shooter (TPS), RTS, dan MOBA. Selain daripada itu, mereka juga perlu mengambil kokurikulum seperti sekolah Jepun yang lain. Apa yang menarik, EHS ini akan dilengkapi dengan 40 Galleria XA7C-R37 gaming PC bersama Intel Core i7-1700 serta Nvidia GeForce RTX 3070 graphics cards.

Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi dalam bidang ini ialah pereka VR, game writer, pereka 3DCG, game designer, special effects creator, dan programmer. Mereka turut boleh menceburi kerjaya seperti streamer dan pemain profesional. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke Kotaku.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esports-high-school-dibuka-di-jepun"} {"title": "Alter Ego Keluarkan Players Photocard!", "body": "

Alter Ego, salah sebuah organisasi e-sukan terkemuka di Indonesia baru-baru ini telah mengeluarkan 82 photocard para pemain mereka.\u00a0

Photocard tersebut terdiri daripada para pemain Mobile Legends, Valorant dan PUBG Mobile. Ini merupakan barangan yang jarang dikeluarkan oleh mana-mana organisasi e-sukan.

Photocard tersebut termasuklah para pemain wanita mereka iaitu Alter Ego NYX. Untuk photocard para pemain MPL ID S8 berbeza dari yang lain dimana photocard mereka disertakan dengan tanda tangan para pemain.\u00a0

Photocard ini mula dijual pada 27/12/2021. Harga yang dijual adalah Rp10.000 (RM2.94) untuk 2 photocard. Anda boleh mendapatkannya di Alter Ego Merch, Shopee dan Tokopedia.

Alter Ego Valorant juga baru-baru ini berjaya mendapatkan juara dalam kejohanan TEC Challengers Series 6. Untuk pasukan MLBB, mereka gagal melayakkan diri ke peringkat global iaitu kejohanan M3. Jadi, jika anda peminat tegar Alter Ego anda boleh mendapatkannya sekarang. Ikuti media sosial rasmi Alter Ego Esports bagi mendapatkan perkembangan mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alter-ego-keluarkan-players-photocard"} {"title": "Dragonica Muncul Juara Gamers on Duty Community Cup!", "body": "

Setelah berbulan bertarung, akhirnya pasukan Dragonica (Sebelum ini dikenali sebagai pasukan ESDK) berjaya merangkul gelaran juara Gamers on Duty Community Cup.

Grand Final yang berlangsung pada 29/12/2021 yang lepas memperlihatkan perlawanan sengit diantara pasukan Dragonica menentang Team Keshin.

Pasukan Dragonica berjaya menundukkan Team Keshin dengan mata 3 berbalas 0 dan dengan itu berjaya muncul sebagai juara Gamers on Duty Community Cup. Pasukan Dragonica membawa pulang RM1569.56!

Tempat kedua pula dimenangi oleh Team Keshin dengan membawa pulang RM1000 manakala ditempat ketiga dimenangi oleh pasukan Revolta dengan membawa pulang RM500 setelah menewaskan pasukan Aquanix Meister!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dragonica-muncul-juara-gamers-on-duty-community-cup"} {"title": "ESL Woman CS:GO 2022 Diperkenalkan!", "body": "

Baru-baru ini, ESL Counter-Strike telah melancarkan sebuah inisiatif baharu secara meluas. #GGFORALL adalah sebuah program yang ditujukan khas kepada para wanita dalam dunia e-sukan. Program ini dilancarkan adalah untuk meningkatkan babak CSGO wanita dengan liga serantau dan acara LAN. Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Majlis Wanita serta Program Pembangunan Bakat.

Woman CS:GO menawarkan hadiah kejohanan sebanyak $500,000. Terdapat dua perlawanan akhir peringkat global iaitu pertama diadakan di DreamHack Dallas dan DreamHack Winter. Untuk DreamHack Dallas akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun 2022 manakala DreamHack Winter diadakan pada 24 hingga 26 November 2022.\u00a0

Selain itu, terdapat juga kejohanan kecil seperti DreamHack Valencia 2022 yang bakal diadakan. Berikut adalah sebahagian kejohanan DreamHack 2022 yang telah diumumkan. Dengan adanya program dan kejohanan wanita seperti ini, ia dapat meningkatkan lagi kemeriahan dalam dunia e-sukan terutama untuk permainan CSGO. Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, sila ke ggforall.eslgaming.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esl-woman-cs-go-2022-diperkenalkan"} {"title": "Brawl Stars Championship 2022 Kembali!", "body": "

Baru-baru ini, syarikat pembangun permainan, Supercell telah mengumumkan tentang butiran mengenai Brawl Stars Championship (BSC) 2022. BSC kali ini akan diadakan dengan lebih menarik. Pihak penganjur akan menyediakan hadiah yang lebih lumayan, format yang lebih besar, jemputan yang lebih luas dan banyak lagi. Ini adalah kerana Supercell ingin memberikan sokongan terhadap para peminat Brawl Stars.\u00a0

Dengan adanya peluang seperti ini, para pemain Brawl Stars dapat menentukan hala tuju mereka di samping mengasah bakat para pemain. BSC akan bermula pada Februari 2022 dengan kelayakan bulanan yang terbuka kepada semua. Ini bermakna akan ada beberapa pertandingan bulanan sepanjang tahun. Perlawanan akhir untuk kelayakan bulan pertama bermula pada Mac 2022. Pasukan yang juara akan memasuki Brawl Stars World Finals 2022.

Selain itu, terdapat juga pertandingan baharu yang ditambah ke dalam kalender e-sukan Brawl Stars 2022 iaitu Mid-Season Invitational (MSI). Ia akan menampilkan pasukan teratas daripada BSC dan bertanding secara luar talian (bersemuka) untuk merebut hadiah wang tunai. Selepas semua perlawanan akhir bulanan selesai, 16 pasukan terbaik dari seluruh dunia akan mara ke Brawl Stars World Finals 2022.\u00a0

Berikut merupakan agihan slot:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/brawl-stars-championship-2022-kembali"} {"title": "Warna Baru PS5 Hadir Tahun Depan!", "body": "

Sony umumkan yang mereka bakal melancarkan warna PS5 terbaru pada Januari 2022. Warna tersebut akan terdapat pada sarung konsol dan controller. Antara warna baru yang akan dilancarkan ialah Nova Pink, Starlight Blue, Galactic Purple, Cosmic Red, dan Midnight Black.

Pengguna juga boleh memadankan antara warna konsol dan controller supaya kelihatan menarik. Sarung konsol baharu ini sememangnya cantik dan mudah digunakan. Sarung konsol ini juga tersedia untuk pemacu cakera Blu-ray Ultra HD manakala PS5 Digital Edition dijual secara berasingan.

Sony akan mulakan jualan untuk dua warna pertama dahulu iaitu Midnight Black dan Cosmic Red pada Januari 2021. Manakala warna Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple Cosmic akan dijual pada separuh tahun pertama.

Jangan lupa untuk dapatkan sarung konsol serta controller terbaru anda. Bermain dengan penuh bergaya bersama warna-warna kegemaran. Untuk buat pembelian, anda boleh pergi ke pengedar yang sah atau layari direct.playstation.com. Untuk info lanjut, sila ke blog.playstation.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/warna-baru-ps5-hadir-tahun-depan"} {"title": "God of War Bakal Tiba Di PC!", "body": "

God of War adalah permainan video terbaik sepanjang zaman. Jika sebelum ini God of War hanya dimainkan di konsol, namun tidak lama lagi pemain boleh memainkannya melalui PC. Hasil daripada kerjasama Sony dan Santa Monica Studio.

Sony dan Santa Monica Studio sedaya upaya mengurangkan halangan kepada pemain untuk mendapatkan game tersebut ke dalam PC mereka. Ini kerana kedua pihak menginginkan seramai yang mungkin untuk merasai permainan God of War. God of War bakal dikeluarkan pada Januari 2022.\u00a0

Terdapat pelbagai peningkatan God of War pada keluaran PC kali ini. Antaranya ialah terdapat bayang-bayang resolusi yang lebih tinggi, pantulan ruang skrin yang lebih baik, NVIDIA Reflex untuk permainan yang lebih responsif, kadar bingkai tidak tertutup, sokongan monitor skrin yang lebar, kesan pencahayaan yang lebih baik, dan lain-lain.

Jangan lupa untuk dapatkan God of War di dalam PC anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila ke Sony Santa Monica.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/god-of-war-bakal-tiba-di-pc"} {"title": "Manny Pacquiao Tubuhkan Pasukan Esport!", "body": "

Legenda tinju dunia iaitu Manny Pacquiao (Pacman) baru-baru ini telah menceburi industri e-sukan. Beliau menubuhkan syarikat e-sukannya sendiri iaitu Team Pacquaio GG (TPGG). TPGG memfokuskan pada tiga perkara iaitu community, competition dan charity. Organisasi ini juga telah bekerjasama dengan organisasi e-sukan perlumbaan global iaitu Veloce Esports bagi membantu pembangunan mereka.

\u201cKebanyakan rakyat Filipina menganggap game adalah sekadar hobi dan harus diawasi supaya tidak menjadi ketagihan pada golongan muda. Tapi sekarang, ianya bukan lagi apa yang disangkakan,\u201d kata Pacquiao dalam sidang akhbar. \u201cE-sukan bukan sekadar fenomena dalam talian, tetapi juga industri sukan yang berkembang pesat dengan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan,\u201d tambah beliau.

Welcome to Team Pacquiao GG! \ud83e\udd4a\ud83c\udfae\ud83c\uddf5\ud83c\udded#TPGG #ReadyToRumble #PanaloPusoPilipino pic.twitter.com/EKSkXaiY6j

\u2014 Team Pacquiao GG (@TeamPacquiao_GG) December 4, 2021

Menurut Pacquiao, TPGG adalah salah satu hadiah kepada rakyat Filipina yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya. Dengan adanya TPGG, beliau dapat membantu rakyat serba sedikit. Matlamat utama beliau menubuhkan TPGG adalah untuk meningkatkan e-sukan sebagai platform untuk membawa perubahan positif terhadap Filipina dan juga Asia Tenggara.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/manny-pacquiao-tubuhkan-pasukan-esport"} {"title": "Apex Raiders Membawa Inspirasi Lanun!", "body": "

Acara koleksi Apex Legends Raiders telah disiarkan secara langsung dengan membawa tema Inspirasi Lanun baharu. Untuk Winter Express, pemain perlu mengumpul barangan eksklusif acara dan mendapatkan set Wattson\u2019s Heirloom sebagai bonus.

Winter Express merupakan mod masa terhad yang diadakan oleh Respawn sempena dengan musim cuti. Kali ini ia juga datang bersama acara Raiders. Untuk mod ini, pemain boleh memilih pemuatan mereka sendiri. Mod ini juga akan menampilkan persembahan lagenda baru seperti Fuse, Valkyrie, Seer dan Ash.

Arrr you ready, mateys? \ud83c\udff4\u200d\u2620\ufe0f

Dive into the Raiders Collection Event from now until Dec 21. Now live on all platforms. pic.twitter.com/3aGLXRWTmt

\u2014 Apex Legends (@PlayApex) December 7, 2021

Terdapat pelbagai lagi perkara baru dalam acara ini. Antaranya ialah seperti azimat pistol yang memaparkan tikus Ash bersama pisaunya. Untuk dapatkan maklumat dengan lebih terperinci, anda boleh pergi ke Dot Esports serta media sosial Apex Lagends.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-raiders-membawa-inspirasi-lanun"} {"title": "Caldera - Map Terbaru Call of Duty: Warzone Pacific!", "body": "

Call of Duty: Warzone Pacific baru-baru ini telah dikemaskini. Terdapat peta baharu iaitu Caldera yang telah disiarkan secara langsung ke dalam permainan di semua platform bagi mereka yang memiliki Call of Duty Vanguard. Pemain yang memiliki Call of Duty terbaru pada tahun ini boleh mengakses dalam tempoh 24 jam awal untuk merasai peta yang bertemakan Pasifik pada Perang Dunia kedua.

Kemaskini ini akan tersedia secara rasmi pada 9 Desember, dan ianya adalah percuma. Selain daripada menukarkan lokasi Verdansk, Caldera juga terdapat pelbagai senjata dan peralatan Vanguard dari Perang Dunia kedua. Terdapat juga pelbagai kenderaan baharu seperti jet pejuang Perang Dunia kedua yang boleh digunakan untuk pertempuran.

Say hello to a whole new war.

Season One across #Vanguard and #Warzone is NOW LIVE! pic.twitter.com/RfmyxkkTYw

\u2014 Call of Duty (@CallofDuty) December 8, 2021

Selain daripada itu, kemaskini terbaru ini juga terdapat perubahan dan penambahan seperti acara awam baru, kontrak baru, mekanik baru seperti senjata anti-pesawat dan banyak lagi. Ia juga terdapat anti-cheat PC kernel-level driver yang menapis segala aktiviti cheat dan penggodaman. Pemain boleh mencuba sekarang di Playstation, Xbox, dan PC bagi yang memiliki Call of Duty: Vanguard.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/caldera-map-terbaru-call-of-duty-warzone-pacific"} {"title": "Mugi Juara Dunia Clash Royale League 2021!", "body": "

Mugi telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam kejohanan Clash Royale League (CRL) 2021. Pemain daripada Jepun ini dinobatkan sebagai juara apabila beliau berjaya menumpaskan pemain daripada Mesir, Mohamed Light dengan mata 2-1 di perlawanan akhir. Mugi sememangnya melalui perjalanan yang sukar untuk ke final.

Beliau telah mara ke upper bracket setelah menewaskan Framsito, Sambox, Michifu dan Egor sebelum mara ke final. Untuk Mohamed Light, beliau telah jatuh ke lower bracket pada separuh akhir namun beliau sedaya upaya bertahan untuk bertemu dengan Mugi di perlawanan akhir.

CONGRATS @Mutyan_cr! YOU EARNED YOUR NAME UP IN LIGHTS! pic.twitter.com/bOqnehfKQN

\u2014 Clash Royale Esports (@EsportsRoyaleEN) December 5, 2021

Mugi, juara CRL 2021 akan membawa pulang $200,000 beserta trofi manakala Mohamed Light akan membawa pulang $100,000 beserta trofi. Mugi adalah juara CRL individu yang pertama. Supercell telah merombak format CRL sejak tahun ini. Kemungkinan untuk tahun 2022 akan terdapat format yang baru, namun masih belum dimaklumkan secara rasmi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mugi-juara-dunia-clash-royale-league-2021"} {"title": "M3, Blacklist International Mengungguli Kumpulan A!", "body": "

Semalam merupakan hari pertama kejohanan Mobile Legends World Championship (M3). Perlawanan semalam adalah di antara kumpulan A di mana terdapat pasukan daripada Filipina, Amerika Latin, Brazil dan Turki. Perlawanan semalam sememangnya menunjukkan saingan yang sengit.

Pasukan Filipina, Blacklist International telah menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang layak untuk memenangi M3. Ini adalah kerana mereka telah menewaskan kesemua pasukan lawan di kumpulan A. Juara MPL Filipina ini dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu dengan pasukan Malvinas Gaming, Red Canids dan Bedel semalam.

Johnmar \u2018OhMyV33nus\u2019 berkata, \u201cKami menerima setiap tekanan kerana ianya tidak boleh dielakkan. Kami adalah pasukan yang dinantikan oleh orang ramai dan kami sudah biasa dengannya sejak kami memenangi MPL Filipina musim ke-7 lagi\u201d. Ini bermakna Blacklist International akan mara ke upper bracket di play-off nanti.\u00a0

Jangan lupa saksikan pasukan daripada Malaysia iaitu pasukan Todak yang akan bertanding hari ini untuk kumpulan B.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/m3-blacklist-international-mengungguli-kumpulan-a"} {"title": "Rocket League Bawa Masuk 2 Model Mustang!", "body": "

Psyonix baru-baru ini telah mengembangkan kerjasamanya dengan jenama kenderaan Ford. Mereka telah membawa 2 jenis model kenderaan Ford Mustang ke dalam permainan Rocket League. Ini juga merupakan salah satu tajaan untuk siri kejuaraan Rocket League yang bakal diadakan.

Bermula pada 9 hingga 22 Desember, pemain akan dapat merasai kehebatan 2 jenis model Ford Mustang. Antara model yang pertama adalah Ford Mustang GT350R 1965. Kereta ini telah dilengkapi dengan segala keperluan untuk bersaing dalam Rocket League. Untuk model kedua pula adalah SUV Ford Mustang Mach-E iaitu keluaran terbaru.

SUV Ford Mustang Mach-E ini juga dilengkapi dengan kesan visual yang unik serta sifat elektriknya ke tahap yang lain apabila ia menjadi supersonik bersama kesan kilat. Untuk harga, setiap model adalah berharga 1,100 kredit di dalam kedai atau 2,000 kredit untuk keduanya. Berikut merupakan senarai pakej yang ditawarkan:

Ford Mustang Mach-E\u00a0

Ford Mustang Shelby GT350R\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rocket-league-bawa-masuk-2-model-mustang"} {"title": "PMGC, 4Rivals tempat kedua di Superweekend 1", "body": "

Semalam, berakhirnya perlawanan Superweekend 1 untuk 16 pasukan. Selesai 3 hari perlawanan, pasukan 4Rivals berjaya mendapatkan tempat kedua dengan jumlah mata sebanyak 142. 4Rivals hanya beza 13 mata dengan pasukan The Infinity yang berada di tempat pertama dengan jumlah mata sebanyak 155.

Apa yang lebih menakjubkan, sepanjang 3 hari perlawanan, 4Rivals tidak mendapatkan sebarang Winner Winner Chicken Dinner. Tapi disebabkan konsistensi yang ditunjukkan dari segi kill dan placement, 4Rivals berjaya mengutip mata yang banyak dan berada di tempat yang kedua.

Tidak lupa juga untuk satu lagi pasukan daripada Malaysia iaitu Team Secret. Team Secret juga menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka berjaya menduduki di tempat ke-5 dengan jumlah mata sebanyak 125. Apa yang lebih membanggakan adalah apabila Team Secret berjaya mendapatkan WWCD di hari kedua dengan kutipan sebanyak 14 kill.\u00a0

Jangan lupa untuk saksikan Superweekend ke-2 pada Jumaat ini. Terus berikan sokongan terhadap pasukan kegemaran anda.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmgc-4rivals-tempat-kedua-di-superweekend-1"} {"title": "Fortnite Chapter 3 Season 1 Kini Tiba!", "body": "

Fortnite chapter 3 season 1: \u2018Flipped\u2019 kini telah dikeluarkan. Para pemain boleh merasai perlawanan dengan terdapat peta baru, item baru, senjata baru dan banyak lagi. Kemunculan bab 3 adalah apabila Ratu Cube berjaya ditewaskan dalam acara langsung terakhir di bab 2, dan pulau tersebut telah bertukar menjadi lebih menarik.

Peta baru kali ini sememangnya memberikan pengalaman yang berbeza terhadap pemain Fortnite. Separuh daripada peta akan dilitupi dengan sajli disebabkan oleh musim perayaan tahun ini baru bermula. Selain daripada itu, terdapat juga kemunculan Spiderman ke dalam permainan dan \u2018Daily Bugle\u2019 versi New York.\u00a0

Menurut video yang dikeluarkan oleh Fortnite, terdapat item dan senjata baru yang akan dikeluarkan pada bab 3 ini. Mereka juga mengharapkan dengan adanya cuaca baru di dalam permainan, pemain akan rasa lebih bersemangat sepanjang musim ini.\u00a0

Selain daripada itu, bab 3 juga akan terdapat mekanik baru iaitu \u2018sliding\u2019. Dengan adanya mekanik baru ini, pemain dapat melakukan pertempuran dan pengembaraan yang luar biasa. Peta baru ini akan diberikan perhatian dimana sekiranya terdapat kekurangan, mereka akan membuat penambahbaikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-chapter-3-season-1-kini-tiba"} {"title": "BOOM Esports Ditaja Oleh Rivalry!", "body": "

BOOM Esports baru-baru ini telah mengumumkan tentang penaja baru mereka iaitu Rivalry, syarikat media dan pertaruhan e-sukan Asia. Mereka turut mempamerkan logo Rivalry yang terdapat pada baju pasukan Dota 2 BOOM Esports.

Rivalry adalah rakan kongsi yang kelapan buat BOOM Esports, dimana yang lainnya adalah seperti CBN, syarikat perkhidmatan internet dan Espo, platform penglibatan peminat. Menurut Ketua Pegawai BOOM Esports, beliau percaya dengan gabungan BOOM dan Rivalry ianya dapat menambahkan lagi nilai hebat ekosistem.

\u00a0\u201cPlatform seperti Rivalry memainkan peranan penting dalam memberi ganjaran kepada peminat tegar kami.\u00a0 Ia juga memberi sebab kepada peminat untuk mengikuti pasukan kami dengan sangat dekat dan yang paling penting adalah mereka dapat meraikan kemenangan bersama kami,\u201d kata Devesh Kabdwal, Ketua Pegawai BOOM Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/boom-esports-ditaja-oleh-rivalry"} {"title": "Silco, bakal hadir pada TFT tahun depan!", "body": "

Silco, salah satu watak utama dalam siri animasi Riot Games, Arcane. Watak Silco diberitahu akan menyertai Teamfight Tactics sebagai unit yang boleh dimainkan pada tahun hadapan. Tetapi, Silco tidak akan disenaraikan dalam roster juara League of Legends, menurut Riot.

\u201cBiasanya, kami menyesuaikan juara League of Legends kepada Teamfight Tactics dengan melalui tugas yang banyak. Untuk Silco, dia tidak datang dari League of Legends, jadi kami perlu membinanya dari bawah,\u201d kata Riot Games. Untuk pengetahuan, TFT adalah permainan League of Legends yang diasaskan daripada Dota Auto Chess.

Silco, watak yang direka khas untuk siri animasi Arcane, membuat penampilan sulungnya semasa tayangan perdana siri Netflix. Watak Silco akan mula berkembang apabila Riot membawa masuk ke dalam permainan Teamfight Tactic yang bukan asalnya daripada roster juara League of Legends.

Kebolehan Silco di dalam Teamfight Tactic masih belum diketahui lagi. Riot masih belum mengeluarkan statistik dan kebolehannya. Walau bagaimana, Riot memberi bayangan akan ada beberapa lagi watak yang luar dari senarai juara LoL akan menyertai TFT. Silco adalah pertama menyertai TFT yang luar dari juara LoL.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/silco-bakal-hadir-pada-tft-tahun-depan"} {"title": "Rocket League Sideswipe Kini Di Mobile", "body": "

Rocket League Sideswipe kini telah dikeluarkan secara rasminya ke dalam mobile. Anda boleh muat turun game ini melalui Android (Google Play Store) dan Ios (App Store). Ini bermakna para pemain dapat merasai pengalaman bermain Rocket League bukan sekadar daripada PC.

Rocket League Sideswipe ialah game yang dibina dalam versi 2D dan dibawa ke dalam Mobile untuk menarik minat pemain. Game ini juga telah diselaraskan dari segi kawalan untuk memudahkan pemain. Pemain juga akan menggunakan sentuhan pada skrin untuk mengawal pergerakan kereta dan butang kanan untuk melakukan boost dan lompatan.

Buat masa ini, format permainan yang dikeluarkan adalah satu lawan satu atau dua lawan dua. Ia juga boleh dimainkan dalam gaya bola sepak kereta biasa atau mod bola keranjang kereta Hoops. Terdapat juga mod bermain kompetitif, kasual dan luar talian.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rocket-league-sideswipe-kini-di-mobile"} {"title": "Knights Of The Zodiac - Trailer Eksklusif Untuk Filem Live-Action Saint Seiya", "body": "

Saga Saint Seiya kini telah mendapat filem live-action yang pertama berjudul Knights of the Zodiac dan dijangka ditayangkan pada bulan Mei ini.\u00a0

Filem ini diadaptasi anime sensasi dan cerita asal serta watak daripada manga \"Saint Seiya\" oleh Masami Kurumad. Knights of the Zodiac akan dibintang Mackenyu, Famke Janssen, Madison Iseman, Diego Tinoco, Mark Dacascos, Nick Stahl, dan Sean Bean.

Menurut sinopsis rasmi, Seiya merupakan seorang remaja jalanan yang keras kepala dan bertarung mencari wang sambil mencari adiknya yang diculik.\u00a0

Tanpa menyedari, Seiya mendapati dirinya masuk ke dunia orang suci yang berperang, latihan sihir purba, dan menemui seorang \u00a0dewi yang dijelmakan semula yang memerlukan perlindungannya.\u00a0

Jika dia mahu bertahan, dia perlu menerima takdirnya dan mengorbankan segala-galanya untuk mengambil tempat yang sepatutnya di kalangan Knights of the Zodiac.

\"Filme

Knights of the Zodiac diarahkan oleh Tomek Baginski dan skripnya ditulis oleh Josh Campbell, Matt Stuecken dan Kiel Murray. Baginski pernah terlibat dalam siri Netflix, The Witcher sebagai executive producer.

Filem ini dijangka bakal ditayangkan di Malaysia pada Jun 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/knights-of-the-zodiac-trailer-eksklusif-untuk-filem-live-action-saint-seiya"} {"title": "Call of Dragons Kini Tersedia Di PC dan Mobile", "body": "

Farlight Games telah mengumumkan pada 28 Mac lalu bahawa permainan MMO Fantasy terbaru mereka yang berjudul Call of Dragons telah tersedia di PC dan Mobile di seluruh dunia.

Call of Dragons menggabungkan tema fantasi dengan pertempuran strategi real-time yang sengit dan ianya juga menampilkan wira dan puak yang unik dan bertemakan fantasi dalam suasana yang luas dan visual yang menakjubkan.

Salah satu tarikan utama permainan iaitu naga! Menjaga naga daripada menetas kepada dewasa, memerintahkan binatang perkasa itu untuk berlawan di medan perang. Selain itu, pemain boleh menjinakkan bos dan menambah mereka ke dalam alliance dan menggunakannya untuk membunuh musuh, mengatasi konflik antara puak, dan menyasarkan untuk hadiah utama iaitu mendapatkan Imperial Dragon.

\"Call

Permainan ini dibangunkan oleh LEGOU Games dan diterbitkan Farlight Games. Pemain boleh memuat turun permainan ini di platform di Windows PC, iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-dragons-kini-tersedia-di-pc-dan-mobile"} {"title": "SEGA dan Level Infinite Tidak Akan Hadiri E3 2023", "body": "

Dua buah syarikat iaitu SEGA dan Level Infinite mengumumkan yang mereka tidak akan menghadiri E3 2023.

Bercakap kepada IGN, SEGA memutuskan untuk tidak menghadiri E3. \"Selepas pertimbangan yang teliti, kami telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam E3 2023 sebagai exhibitor,\". \u201cKami berharap dapat berkongsi lebih banyak maklumat mengenai projek yang diumumkan dan tidak diumumkan pada masa hadapan\".

\"E3

Seorang jurucakap bagi pihak Level Infinite juga mengesahkan yang mereka tidak akan hadir di E3.

IGN juga menghubungi Activision Blizzard, Electronic Arts, Embracer Group, Epic Games, Square Enix, Take-Two dan Warner Bros. Games, tetapi tidak mendapat kemaskini daripada mereka. IGN melaporkan bahawa ia memahami lebih banyak penerbit merancang untuk tidak menghadiri E3 2023, tetapi masih belum membuat pengumuman rasmi.

E3 2023 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Jun di Pusat Konvensyen Los Angeles. Setakat ini, Ubisoft dan Nintendo telah mengesahkan mereka tidak akan hadir. Microsoft juga mengumumkan yang mereka akan mengadakan acara sendiri seminggu sebelum adanya E3.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sega-dan-level-infinite-tidak-akan-hadiri-e3-2023"} {"title": "Bintang Bola Sepak Wanita Kritik Kelemahan Model Karakter FIFA 23", "body": "

Sebilangan liga bola sepak wanita telah ditambahkan ke FIFA 23, namun beberapa pemain telah menyatakan kekecewaan atas penampilan mereka dalam permainan.

Pada hari Selasa yang lepas (22 Mac 2023), kemas kini utama FIFA 23 memperkenalkan Liga Juara-Juara Wanita UEFA (UWCL) dan Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan (NWSL) kepada permainan video tersebut.

Kemas kini itu memperkenalkan semua 12 pasukan NWSL, bersama kit mereka dan empat stadium liga. Walau bagaimanapun, liga yang baru diperkenalkan itu nampaknya tidak membuat model karakter pemain dengan baik.

\"Saya bersyukur EA Sports akhirnya memasukkan NWSL tetapi ini tidak mewakili saya,\" tulis Caprice Dydasco, yang bermain untuk Houston Dash.

I\u2019m grateful EA Sports is finally including the NWSL but this does not represent me. @EASPORTSFIFA pic.twitter.com/SgrFkoCYy1

\u2014 Caprice Dydasco (@CapriceDydasco) March 22, 2023

Sementara itu, Sydney Leroux berseloroh penampilannya dalam permainan akan menakutkan anaknya.

You are going to scare my children. pic.twitter.com/LkxwQg37EF

\u2014 Sydney Leroux (@sydneyleroux) March 22, 2023

FIFA 23 tersedia di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Windows, Nintendo Switch, Xbox One, dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bintang-bola-sepak-wanita-kritik-kelemahan-model-karakter-fifa-23"} {"title": "Among Us Umum Update Baru Dan Kembalinya Mod Kegemaran Ramai", "body": "

Among Us, sebuah permainan online multiplayer yang popular, telah mengumumkan kemas kini terbarunya, yang kini telah tersedia pada PC, console dan peranti mudah alih. Kemas kini ini termasuk pelbagai ciri dan penambahbaikan baharu, termasuk Horse Mod baharu untuk meraikan Hari April Fools, kosmetik baharu dan pembetulan pepijat.

Dalam kemas kini di laman web rasmi Innersloth, pembangun permainan Among Us mengumumkan bahawa bersempena dengan Hari April Fool, mereka mengembalikan Horse Mod yang popular. Dalam mod ini, semua crewmates berubah menjadi kuda -watak berbentuk sesuai dirujuk sebagai \u2018\u2019Horsemates''.

\ud83e\uddb4 update time! v2023.3.28 is out now!! \ud83e\uddb4

featuring:
\ud83e\udde5 all new Bean cosmetics
\ud83d\udee0\ufe0f bug fixes
\ud83e\udd20 an upgraded April Fools Horse Mode with all new tricks coming March 31...!

update your devices and keep an eye out for what we have planned \ud83d\udc40 https://t.co/HoSyjsTlRN

\u2014 Among Us (@AmongUsGame) March 28, 2023

Kemas kini Among Us juga memperkenalkan kosmetik baharu kepada permainan, termasuk topi, papan nama dan visor. Pemain boleh membeli item baharu ini dari kedai dalam permainan menggunakan beans, dan beberapa harga papan nama telah disabotaj oleh Impostor, menjadikannya lebih murah daripada yang sepatutnya. Pembangun akan melakukan penambahbaikan harga pada update akan datang.

Sebagai tambahan kepada ciri baharu ini, kemas kini termasuk beberapa pembetulan pepijat dan penambahbaikan. Sebagai contoh, pemain dalam mod Hide and Seek tidak lagi akan terperangkap pada skrin hitam jika seeker pergi semasa skrin mendedahkan nama seeker.

Among Us kini tersedia untuk permainan mudah alih, PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/among-us-umum-update-baru-dan-kembalinya-mod-kegemaran-ramai"} {"title": "James Gunn Kembali Untuk Menceritakan Kisah Rocket Racoon", "body": "

James Gunn mengesahkan dia kembali untuk menamatkan trilogi Guardians of the Galaxy adalah dengan sebab utama untuk menceritakan Rocket Raccoon. James Gunn memberitahu bahawa selain Star-Lord, Rocket Racoon adalah wira rahsia francais Guardians of the Galaxy.

Gunn memberitahu kepada Total Film, \"perkara yang paling penting bagi saya ialah cerita Rocket, dan barulah orang lain. Rocket ialah protagonis rahsia Guardians of the Galaxy. Sebab saya kembali, dan memutuskan untuk membuat filem ini, adalah kerana saya benar-benar merasakan kisah Rocket perlu diberitahu\".

Gunn juga menyatakan filem yang terbaru ini akan mengetengahkan self-standing. Dibandingkan filem sebelumnya, filem pertama adalah mengenai ibu, filem kedua mengenai bapa dan filem ketiga adalah mengenai diri sendiri.

Filem ini akan dibintangi Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper. Watak baharu seperti Adam Warlock akan dilakonkan oleh Will Poulter dan High Evolutionary dilakonkan oleh Chukwudi Iwuji.

Guardian of the Galaxy Vol 3 akan ditayangkan pada 5 Mei 2023 ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/james-gunn-kembali-untuk-menceritakan-rocket-racoon"} {"title": "Trailer Shin Kamen Rider Padat Dengan Aksi", "body": "

Sebuah trailer Shin Kamen Rider telah dikeluarkan untuk filem keempat dalam siri Shin Hideaki Anno, yang berfungsi sebagai reboot siri Kamen Rider 1971.

Filem ini mengisahkan seorang pelajar kolej dan peminat motosikal, Takeshi Hongo diculik oleh organisasi jahat yang dinamakan Sustainable Happiness Organization with Computational Knowledge Embedded Remodeling atau dikenali \u2018Shocker\u2019. Hongo telah ditukar menjadi Batta Augment-01 sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menguasai dunia.\u00a0

Namun, sebelum mereka boleh brainwash otak Hongo, dia berjaya melarikan dan menggunakan kuasa baru yang dipertingkatkan serta menamakan dirinya sebagai Kamen Rider untuk menentang kejahatan Shocker

Saksikan trailer tersebut di bawah:

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Hideaki Anno serta dibintangi Sosuke Ikematsu, Minami Hamabe, Tasuku Emoto, Nanase Nishino, Shinya Tsukamoto, Toru Tezuka, Suzuki Matsuo, and Mirai Moriyama.

Sebahagian daripada siri Shin Hideaki Anno adalah Shin Godzilla, Evangelion: 3.0+1.0 Thrice Upon a Time (dikenali sebagai Shin Evangerion Gekijban di Jepun), Shin Ultraman, dan Shin Kamen Rider. Filem terbaharu, Shin Kamen Rider kini ditayangkan di pawagam Jepun bermula 17 Mac yang lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-reboot-shin-kamen-rider-padat-dengan-aksi"} {"title": "Koleksi Ray Gun Rasmi Yang Pertama Tersedia Untuk Pre-Order", "body": "

Menjelang ulangtahun ke-20 francais Call of Duty, terdapat banyak moments yang menarik dalam sejarah francais ini dan antaranya adalah Ray Gun, satu senjata yang dicipta oleh Treyarch untuk satu mod rahsia dalam Call of Duty: World at War - Zombies.

Maxwell Porter selaku Lead Senior Artist mendedahkan ketika itu dia pernah berbual dengan seorang pengarah seni dan melontarkan beberapa idea untuk membawa elemen yang pelbagai ke dalam Call of Duty: World at War. Antara idea tersebut adalah permainan retro futuristik yang boleh ditemui dalam kotak bijiran.

Sementara pereka bunyi, Collin Ayers dan Ketua Audio, Brian Tuey bertanggungjawab menghasilkan bunyi yang kedengaran moden pada masa itu dengan bunyi \"poing-poing-poing\".

Ketiga-tiga veteren ini merasa sangat gembira apabila Ray Gun versi rasmi sedang dibuat untuk komuniti Call of Duty. Maxwell mengakui dia terharu kerana senjata tersebut merupakan sebahagian besar daripada kariernya.

Korang boleh dapatkan barangan yang bersejarah ini dengan harga USD600 dan membuat pre-order di Call of Duty Gear Shop.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/koleksi-ray-gun-rasmi-yang-pertama-tersedia-untuk-pra-pesan"} {"title": "#AdeenTalk - Taunting Di Arena MPL MY", "body": "

ARTICLE INI DITULIS OLEH SYED ADEEN JAMAL BIN SYED FAISAL

Mengikut Encik Google, \"Taunting\" diberi maksud mengejek ataupun provoking someone dengan kata-kata yang kurang murni namun di dalam konteks MPL Malaysia, taunting merupakan satu perbuatan yang digalakkan supaya atmosphera arena menjadi lebih hangat.\u00a0

Pada awalnya. perbuatan taunting in tidak mewujudkkan sebarang masalah akan tetapi ia menjadi keruh apabila ada beberapa peminat sesebuah pasukan itu melampaui batas dalam taunting mereka dengan mengunakkan kata-kata kesat, aksi yang sungguh provokasi dan agresif malah ada yang melibatkan isu perkauman & agama.\u00a0

There should be a line ataupun wajib ada batasnya dalam perbuatan taunting ini kerana in the end of the day kita semua harus menghormati antara satu sama lain dan tidak wajar membiarkan isu taunting in memisahkan tali persaudaraan kita.

Saya selaku pengulas, MPL Malaysia berasa seronok dan teruja apabila melihat dua pihak penyokong yang begitu semangat memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.\u00a0

Tetapi saya tidak galakan penyokong yang terlampau passionate hingga ingin mencetuskan pergaduhan sama ada di fizikal venue ataupun di laman sosial (keyboard warriors).\u00a0

Cukup sekadar menyokong pasukan anda sendiri dan taunting berpada-pada kepada pihak lawan apabila perlawanan sedang berlangsung. Sebaik sahaja perlawanan tamat, maka berjabat tangan semula dan berikan tanda hormat kepada kedua-dua pasukan yang telah berikan segalanya di dalam Land Of Dawn.

Konklusinya. teruskan menyokong MPL Malaysia, menyokong pasukan kegemaran anda tetapi ingat taunting-lah dengan cara yang paling murni sekali sambil menghormati semua pihak.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adeentalk-taunting-di-arena-mpl-my"} {"title": "ITZY Dipilih Sebagai Duta Global ALLSTAR Mobile Legends: Bang Bang", "body": "

Kumpulan sensai KPOP ITZY menyertai acara ALLSTAR Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 'Harmonia\" sebagai duta global. Ini menandakan kali pertama MLBB bekerja bersama artis Korea untuk mempromosikan kempen bersama. Sertai Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong, dan Yuna untuk menakluki kegelapan dalam peta bertema ALLSTAR, iaitu 'Harmonia.'

Membuat kemunculan sejak Februari 2019, kumpulan ITZY adalah antara kumpulan KPOP termuda yang memenangi pelbagai anugerah dan rancangan muzik. Mereka telah meraih 42 trofi rancangan dan 23 anugerah!

Untuk menyambut penyertaan kumpulan ITZY, pemain MLBB boleh log-in ke dalam permainan untuk mendapatkan hadiah ALLSTAR yang eksklusif berserta 4 skin hero baru!

Pemain juga boleh menggunakan Skin Miya \"Atomic Pop,\" Eudora \"Atomic Pop\", Rafaela \"Seraphic Selfie\", dan Hanabi \"Moonlit Ninja\" untuk melawan musuh dalam \u00a0peta baru yang dinamakan sebagai Purify Harmonia. Akan ada juga trek muzik ALLSTAR yang eksklusif dalam permainan untuk hiburan pemain.

Acara Purify Harmonia berlangsung dari 31 Mac hingga 23 April, di mana pemain boleh melengkapkan task untuk memperoleh Technotes yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran ALLSTAR, seperti skin eksklusif dan in-game item khas untuk acara ini.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kumpulan-kpop-itzy-sertai-allstar-mobile-legends-bang-bang-mlbb-sebagai-duta-global"} {"title": "Pengarah Shazam! Fury of the Gods Menjawab Dakwaan Deepfake Adalah Tidak Benar", "body": "

Shazam! Fury of the Gods menerima banyak mixed reviews daripada peminat dan para pengkritik di awal minggu tayangan filem tersebut. Filem berkenaan menjadi bualan ramai namun ianya bukan suatu perkara yang mahu didengari pengarah filem tersebut iaitu David Sandberg.

Sandberg baru-baru ini telah menjawab dakwaan yang mengatakan dia menggunakan teknologi deepfake dalam pembikinan filem Shazam 2 adalah tidak benar.\u00a0

Dakwaan tersebut timbul selepas suatu babak di hujung filem yang memaparkan cameo Gal Gadot muncul di pemakaman Billy Batson untuk menghidupkannya kembali. Beberapa peminat menyuarakan keraguan mereka yang Gadot pernah berada di set penggambaran kerana mendakwa terdapat keanehan dalam suntingan.\u00a0

Akibat tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut, Sandberg telah berkongsi di laman Twitternya menunjukkan dia mengarahkan Gal Gadot dari jauh. Dia menjelaskan bahawa masalah visa menyebabkan dia tidak dapat pergi ke London untuk mengarah, dan Gadot tidak dapat pergi ke Atlanta untuk penggambaran.

A certain cameo in #ShazamFuryOfTheGods had to be shot in England but I couldn\u2019t go because of a visa issue so I directed remotely. It wasn\u2019t a deepfake as some believe. pic.twitter.com/p8ODDHWe9Q

\u2014 David F. Sandberg (@ponysmasher) March 22, 2023

Shazam! Fury of the Gods adalah sekuel kepada filem terdahulu iaitu Shazam! yang dikeluarkan pada tahun 2019. Filem baru ini mula ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dakwaan-deepfake-adalah-tidak-benar-pengarah-shazam-fury-of-the-gods"} {"title": "Final Fantasy 16 Dedahkan Butiran Baru Mengenai Penceritaan dan Pertempuran Eikon", "body": "

Dengan Final Fantasy 16 semakin hampir dengan tarikh keluaran, producer Naoki Yoshida atau Yoshi-P telah memberikan banyak butiran mengenai aspek utama permainan, termasuk cerita, pertempuran, dan juga pertempuran besar dengan Eikons dalam suatu convention yang diadakan di Boston.\u00a0

Dalam suatu sesi live di YouTube, panel telah menunjukkan beberapa aspek permainan, termasuk trailer sinematik untuk Final Fantasy 16 yang menonjolkan persekitaran yang terdiri daripada banjaran gunung berbatu, bandar yang dilanda perang, hutan hijau yang subur, dan gunung berapi.

Peminat juga didedahkan dengan pelbagai pertembungan yang melibatkan Clive Rosfield menggunakan kuasa elementals yang diberikan oleh Eikon. Pemain juga dapat melihat Clive dan Jill Warrick dalam pelbagai cutscene.

Trailer itu juga memfokuskan pada pertempuran besar Eikon dengan pemain mengawal Ifrit, bertarung menentang Garuda. Pertempuran antara raksasa bersaiz Kaiju ini lebih sinematik daripada pertempuran biasa, dengan serangan khas yang menarik!

Final Fantasy 16 merupakan sebuah permainan bergenre action-role playing yang dibangunkan oleh Square Enix Creative Business dan dikeluarkan oleh Square Enix Unit III. Permainan ini akan dilancarkan 22 Jun tahun ini di platform PlayStation 5.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/final-fantasy-16-dedahkan-butiran-baru-mengenai-penceritaan-dan-pertempuran-eikon"} {"title": "3 Permainan Video PC Terbaru Yang Tiba Bulan April Nanti", "body": "

Sepanjang tahun ini, banyak permainan video AAA menarik yang dikeluarkan seperti Dead Space Remake, Hogwarts Legacy dan lain-lain. Akan ada lebih banyak permainan video PC yang bakal hadir pada April 2023 nanti.\u00a0

Ini adalah 3 permainan video Pc yang kitorang tak sabar nak main bila tiba April nanti:\u00a0

God of Rock

God of Rock adalah sebuah permainan video rhythm-fighting game yang menghimpunkan musician terhebat daripada seluruh pelusuk alam semesta. Permainan video ini telah dihasilkan oleh Modus Studio Brazil dan dikeluarkan oleh Modus Studio.\u00a0

Terdapat 4 modes yang boleh dimainkan iaitu Story mode, Training mode, Track Editor dan Ranked Online Multiplayer. Terdapat pelbagai watak yang boleh dimainkan seperti Ziggy, King, Tophat, Johann dan banyak lagi. Setiap watak mempunyai skill yang berbeza-beza!

Permainan video ini akan dikeluarkan pada 18 April 2023 di PC melalui Steam. Permainan ini turut tersedia di platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan Switch.

Dead Island 2

Dead Island 2 adalah sebuah permainan video RPG yang membawa pemain mengharungi zombie yang dijangkiti wabak berbahaya di bandar Los Angeles. Dead Island yang pertama telah dilancarkan pada September 2011 dan selepas 12 tahun, peminat Dead Island akhirnya mendapat sequel yang ditunggu-tunggu!

Pemain akan diberi pilihan untuk memilih 6 watak yang boleh dimainkan dan mempunyai skil-skil tersendiri! Korang juga akan menentang pelbagai jenis zombi yang mempunyai pelbagai jenis mutasi dan serangan.

Dead Island 2 akan dilancarkan di platform PC melalui Epic Games Store pada 21 April 2023. Ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Playstation 4, Xbox One, Xbox Series X dan Series S.

Star Wars Jedi: Survivor

Star Wars Jedi: Survivor adalah sekuel kepada Star Wars: Fallen Order yang merupakan permainan action-adventure mengetengahkan perjuangan Cal Kestis. Permainan video ini dihasilkan oleh Respawn Entertainment dan dikeluarkan oleh Electronic Arts.

Berbanding permainan video terdahulu, permainan video ini bercirikan wide-open world dimana pemain akan meneroka lebih banyak tempat baharu di samping storyline yang lebih mendalam dan lebih epic!

Permainan video ini bakal dilancarkan pada 28 April 2023 di platform PC melalui Steam. Ianya juga akan dilancarkan pada PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-permainan-video-pc-terbaharu-yang-tiba-bulan-april-ini"} {"title": "ASUS TUF Gaming Monitor VG28U - Gaming Monitor 4K Terbaru Dari ASUS TUF Gaming", "body": "

Baru-baru ini ASUS TUF Gaming ada send dekat kitorang gaming monitor terbaru dorang yang dipanggil ASUS TUF Gaming Monitor VG28U untuk kitorang review.

Gaming monitor ini dilengkapi dengan 4K HDR display, 144Hz refresh rate, IPS Ultrawide Angle dan macam-macam lagi. On paper, gaming monitor nampak agak menarik tapi macam mana pula performance dia?\u00a0

Sebelum kita review dengan lebih mendalam, kitorang nak ucapkan terima kasih kepada ASUS TUF Gaming kerana memberikan peluang kepada kitorang untuk review ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini. Jangan lupa untuk check out Facebook rasmi dorang!

DESIGN

ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini mempunyai design yang agak sleek dan moden. Tidak terlalu nampak \u201cGaming\u201d sangat seperti gaming monitor lain dipasaran yang ada RGB light dan macam-macam feature lain yang mana kadang-kadang nampak terlalu semak.

Terdapat logo ASUS pada belakang dan juga dihadapan monitor. Dengan VESA-compatible, korang boleh pilih sama ada nak mount monitor ini dengan dinding korang or korang boleh gunakan sahaja stand yang dorang dah sediakan. Stand untuk monitor ini sangat kukuh dan mempunyai build kualiti yang sangat bagus.\u00a0

Monitor ini boleh dicondongkan keatas dan kebawah sebanyak 15 darjah dan juga boleh diputarkan secara menegak kalau korang nak gunakan dia sebagai second monitor untuk check chat semasa korang tengah livestream or semasa korang tengah creat content menegak seperti untuk video TikTok contohnya.\u00a0

Terdapat beberapa button pada bahagian belakang kanan monitor seperti power button dan lain-lain. Bagi korang yang mementingkan cable management, terdapat smart management clip dibahagian belakang stand monitor ini.\u00a0

CONNECTIVITY

Untuk I/O (Input/Output) port, ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini mempunyai 1 x DisplayPort 1.4, 2 x HDMI 2.1 port dan 2 x HDMI 2.0 port. Tidak dilupakan ianya juga mempunyai USB upstream port, 2 x USB 3.0 port dan yang terakhir 3.5mm headphone jack.

Dengan port yang banyak, korang boleh sambung beberapa peranti seperti PS5, Xbox, PC dan beberapa peranti lain dalam satu-satu masa. So kalau korang nak jadikan monitor ini sebagai monitor untuk gaming console korang pun tak ada masalah.

DISPLAY

Gaming monitor bersaiz 28 inci ini mempunyai 144Hz refresh rate dan 1ms GTG response time bersama dengan AMD FreeSync dan NVIDIA GSync compatibility.\u00a0

Dengan HDMI 2.1 port dan DisplayPort 1.4, ASUS TUF Gaming Monitor VG28U sangat sesuai untuk digunakan pada next gen console seperti PS5 yang mana mampu memberikan resolusi 4K dengan 120Hz refresh rate.\u00a0

Untuk PC, gaming monitor ini mampu untuk support resolusi 4K dengan 144Hz bagi graphic card terbaru. Kalau korang menggunakan graphic card lama seperti GTX 1080, korang boleh dapatkan 120HZ refresh rate dengan menggunakan DisplayPort 1.4 yang disediakan.

SCREEN COLOR

ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini mempunyai feature wide viewing angle yang mana korang boleh melihat image pada monitor ini dari mana-mana sudut tanpa washout dan juga color distortion. Tidak kira sama ada korang lihat dari hadapan, tepi or mana-mana sudut, korang akan dapat melihat image yang clear dan warna yang accurate.

Dengan teknologi HDR, gaming monitor ini mampu memberikan warna yang lebih terang dan higher contrast level kalau nak dibandingkan dengan monitor biasa yang ada dipasaran. Tak dilupakan yang monitor ini juga mempunyai feature 90% DCI-P3 (Digital Cinema Initiatives - Protocol 3) yang mana akan memberikan color reproduction yang lebih tepat kepada pengguna.

SYNC TECHNOLOGY

Monitor ini mempunyai empat pilihan sync technology yang korang boleh pilih seperti Adaptive Sync, ASUS Extreme Low Motion Blur (ELMB), G-Sync (NVIDIA) dan juga FreeSync (AMD). Dengan teknologi ini, ianya akan memberikan pilihan kepada pengguna untuk synchronizes monitor refresh rate dengan GPU output bagi mengurangkan screen tearing dan juga stuttering.

VERDICT

Daripada segi feature yang ditawarkan, aku boleh cakap yang ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini merupakan antara gaming monitor 4K yang berbaloi untuk dimiliki. Cuma daripada segi harga aku agak kurang berminat sebab kalau aku betul-betul tengah mencari sebuah gaming monitor 4K, aku boleh dapatkan gaming monitor dari brand lain yang mempunyai harga yang lebih murah dari apa yang ditawarkan untuk ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini.

ASUS TUF Gaming Monitor VG28U ini dijual pada harga lebih kurang RM3,300 di Shopee.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-tuf-monitor"} {"title": "Tower of Fantasy \"Under The Grand Sea\" Bakal Tiba Akhir Bulan Ini", "body": "

Baru-baru ini Level Infinite dan juga Hotta Studio telah mengumumkan yang major expansion mereka untuk permainan video ini bakal hadir pada 30 Mac 2023 ini.

Melalui major expansion yang diberi nama \u201cUnder The Grand Sea\u201d ini, Level Infinite akan memberikan Map, Simulacra dan juga pelbagai Challenges terbaru yang bertemakan underwater!

Akan terdapat 3 layer untuk map terbaru ini yang mana akan dipanggil sebagai Grand Sea Island, Innars City dan juga Dragon Breath Volcano.\u00a0

Tidak dilupakan, melalui major expansion ini, Tower of Fantasy juga akan memperkenalkan Simulacra baru yang diberi nama Lan dan dikatakan datang dari Domain 9.\u00a0

Akhir sekali adalah Abyssant baru yang digelar Haboela yang mempunyai saiz yang besar dan badannya diperbuat daripada lava! Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out Facebook rasmi Tower of Fantasy.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tower-of-fantasy-under-the-grand-sea-bakal-tiba-akhir-bulan-ini"} {"title": "SonicGear SonicBar 5300BT - Soundbar & Wireless Subwoofer Mampu Milik", "body": "

SonicGear SonicBar 5300BT adalah sebuah soundbar dengan kualiti sound yang memuaskan dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik. Soundbar ini sesuai untuk pengguna yang mencari tambahan sistem audio untuk hiburan di rumah mereka.\u00a0

Terima kasih kepada SonicGear kerana sudi sponsor kitorang SonicGear SonicBar 5300BT ini untuk di review. Jangan lupa unntuk check Facebook dan TikTok dorang!

UNBOXING

Di dalam kotak SonicGear SonicBar 5300BT korang akan dapat Soundbar dan juga Subwoofer. Tak dilupakan beberapa aksesori lain seperti:

DESIGN

SonicGear SonicBar 5300BT hadir dengan design yang ramping dan elegan. Soundbar ini bersaiz 560 x 66 x 110 mm dan seberat 2KG. Untuk Subwoofer pula ianya bersaiz 120 x 300 x 225 mm dan seberat 2.5KG. \u00a0Walaupun berada dalam lingkungan mampu milik, SonicGear SonicBar 5300BT ini mempunyai kualiti binaan yang nampak dan rasa premium.\u00a0

Soundbar ini tersedia dalam warna hitam yang nampak moden dan sesuai untuk ditempatkan di bahagian ruang tamu korang ataupun untuk diletakan di meja korang. Tak dilupakan korang juga boleh mount Soundbar ni dekat dinding kalau korang nak nampak lebih menarik. Dibahagian depan soundbar ini terdapat LCD Indicator dan juga button untuk Power button, Volume button dan lain-lain.

Soundbar ini dilengkapi dengan 40 x 80 mm speaker driver dan juga 17.5W RMS output power. Dibahagian belakang soundbar ini, korang akan nampak AUX slot, Optical, HDMI dan juga DC slot.\u00a0

Bagi subwoofer pula, ianya dibina menggunakan MDF wood yang mana memberikan qualiti binaan yang lebih sturdy. Subwoofer ini juga mempunyai speaker driver bersaiz 5.25\" dengan fabric cover dibahagian kanan. Bagi output power, ianya mempunyai 35W RMS output power.\u00a0

Disebabkan subwoofer ini adalah wireless, korang boleh letak subwoofer ini dimana-mana sahaja. cuma korang kena pastikan tempat korang letak itu ada power source sendiri.\u00a0

SOUND QUALITY

Bagi sound quality, SonicGear SonicBar 5300BT ini sangat memuaskan. Korang boleh dengar video audio test dibawah:

Sound yang dihasilkan sangat clear walaupun korang set pada maximum volume. Bass yang dihasilkan pun sangat mantap. Kalau korang nak letak SonicGear SonicBar 5300BT di ruang tamu, aku cadangkan korang letak subwoofer ini dibelakang korang bagi memberikan korang pengalaman menonton video ataupun movie yang lebih bagus.

HARGA

SonicGear SonicBar 5300BT ini dijual pada harga RM299.00 sahaja. Bagi sebuah soundbar dan subwoofer wireless yang memberikan sound quality yang mantap dan mempunyai design yang menarik dan nampak premium, SonicGear SonicBar 5300BT sudah tentunya sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Kalau korang berminat, korang boleh dapatkan SonicGear SonicBar 5300BT ini di Shopee rasmi SonicGear.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonicgear-sonicbar-5300bt-soundbar-wireless-subwoofer-mampu-milik"} {"title": "HI5 Muncul Juara Pok\u00e9mon UNITE Asia Champions League 2023, Tewaskan Pasukan TeamMYS", "body": "

Minggu lepas telah berakhirnya kejohanan Pok\u00e9mon UNITE Asia Champions League 2023 yang mana telah diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor. Kejohanan ini merupakan satu kerjasama antara Yoodo dan juga The Pok\u00e9mon Company.

Sebanyak 6 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini. Antara pasukan yang bertanding adalah Revenant Esports, Hi5, RISE, Marcos Gaming, T2 dan juga pasukan daripada Malaysia iaitu TeamMYS.

Pada Grand Finals, Pasukan daripada Taiwan iaitu HI5 telah bertembung dengan pasukan daripada Malaysia iaitu TeamMYS. Perlawanan akhir ini berlangsung dengan sangat sengit yang mana kedua-dua pasukan sama kuat dan sama hebat.

Namun pada akhirnya TeamMYS telah ditewaskan oleh pasukan daripada Taiwan itu dengan mata 3 berbalas 2. Pasukan HI5 telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai USD30,000 manakala pasukan daripada Malaysia iaitu TeamMYS telah membawa pulang USD15.000 untuk tempat kedua.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hi5-muncul-juara-pokemon-unite-asia-champions-league-2023-tewaskan-pasukan-teammys"} {"title": "Moonton Anjur Acara ALLSTAR, Skin Baru Dan Penampilan Khas Kpop Group Terkenal", "body": "

Moonton baru-baru ini telah mengumumkan acara tahunan mereka iaitu acara ALLSTAR ataupun sebelum ini dikenali sebagai acara MLBB 515. Acara ini dikatakan akan menampil 4 skin khas, UI khas bertemakan Cyberpunk untuk Map dan juga Lord!

Acara yang akan bermula pada 31 Mac 2023 ini juga akan menampilkan aktiviti-aktiviti menarik yang mana pemain berpeluang untuk mendapatkan skin dan juga Avatar Frames terbaru bersempena dengan sambutan bulan Ramadan.

Antara skin khas yang akan dikeluarkan sempena acara ini adalah:

Eudora \u201cAtomic Pop\u201d

Eudora \u201cAtomic Pop\u201d

Rafaela \"Seraphic Selfie\"

Hanabi \"Moonlit Ninja\"

Selain daripada skin khas dan in-game item menarik untuk acara ini, Moonton juga mengumumkan kehadiran kumpulan Kpop popular iaitu ITZY.\u00a0

Berikut merupakan roadmap untuk acara ALLSTAR ini:

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/moonton-anjur-acara-allstar-skin-baru-dan-penampilan-khas-kpop-group-terkenal"} {"title": "Jadual Dan Format Penuh 2023 PUBG Mobile Super League Southeast Asia Spring", "body": "

2023 PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Spring bakal berlangsung pada 22 Mac hingga 16 April 2023 dengan prize pool sebanyak USD 250,000. 20 pasukan dari seluruh Asia\u00a0 Tenggara akan berkumpul di Kuala Lumpur, Malaysia dan bersaing di Peringkat Kumpulan selama 3 minggu pada setiap Rabu ke Ahad.\u00a0

16 pasukan yang teratas akan menuju ke Peringkat Akhir dan bertanding selama 3 hari pada 14 - 16 April 2023. Untuk Minggu 1, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan: Kumpulan A, B, C, D, dan E. Hanya 4 kumpulan akan bertanding dalam setiap pusingan.\u00a0

Untuk Minggu ke-2 pula, 20 pasukan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan kedudukan mereka di Minggu 1, manakala Minggu ke-3 juga akan menggunakan pembahagian yang sama berdasarkan kedudukan di Minggu ke-2.

Pasukan akan diberikan mata bonus berdasarkan kedudukan mingguan mereka. 16 pasukan yang terbaik di kedudukan mata bonus anda menuju ke Peringkat Akhir. Hanya 50 peratus jumlah mata bonus dari 3 minggu akan menjadi mata permulaan para pasukan untuk Peringkat Akhir.

Format perlawanan adalah sama untuk 3 minggu Peringkat Kumpulan 2023 PMSL SEA Spring, iaitu 5 hari perlawanan seminggu dan 6 pusingan sehari. Oleh itu, sebanyak 30 pusingan akan ditandingkan setiap minggu. Setiap pasukan akan bertanding dalam 24 pusingan setiap minggu.

20 pasukan profesional yang akan bertanding dalam PMSL SEA Spring 2023 adalah seperti yang berikut:

Antara 20 pasukan yang disenaraikan, AE, BAC, BOOM, BOX, BTR, DX, FaZe, GEEK, PBE, PJEV, RRQ, SEM9, TS, VPE dan YALL adalah pasukan perkongsian untuk 2023 PMSL SEA Spring.

Untuk 2023 PMSL SEA Spring, ada perpindahan yang telah berlaku antara pasukan di Asia Tenggara. LoongSKR dan LooYou dari GENEXUS (GNX) telah bergabung kuasa dengan SEM9 manakala FlaxOP dari JENTERA PEJUANG TABAH NSEA (NSEA) bersama dengan Kenny dari RAV3NWOOD (RVWD) pula akan bermain bersama Yoodo Alliance (YALL).\u00a0

Untuk Indonesia pula, GenFos pun telah kembali ke BIGETRON RV (BTR) setelah dipinjamkan kepada AURA Esports untuk 2023 PMPL Indonesia Spring. Tidak ketinggalan pergerakan pemain di Thailand di mana FaZe Clan telah memperoleh MORMAN dan Onzenxs dari TEM Entertainment, dan MELA dari The Infinity (INFIN) ke barisan pemain mereka untuk 2023 PMSL SEA Spring.

2023 PMSL SEA Spring akan disiar langsung dalam Bahasa Malaysia kepada para peminat Malaysia di Saluran Rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia seperti Facebook, YouTube dan TikTok.\u00a0

Korang dah ready untuk kesemua aksi-aksi yang bakal berlaku di 2023 PMSL SEA Spring? Pasukan manakah yang akan menjuarai\u00a0 rantau Asia Tenggara? Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan semuanya bermula dari 22 Mac!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-dan-format-penuh-2023-pubg-mobile-super-league-southeast-asia-spring"} {"title": "COD: Warzone 2.0 ONE Esports New World Royale Akan Ditunda Ke Tarikh Baru", "body": "

Baru-baru ini pihak ONE Esports telah mengumumkan kerjasama antara mereka dan Activision Blizzard untuk kejohanan Call of Duty: Warzone 2.0 yang mana berlangsung pada 25 Mac 2023 dan 26 Mac 2023

Namun kejohanan ini telah ditunda ke tarikh yang baru. Buat masa ini pihak ONE Esports masih belum mengumumkan tarikh baru bila kejohanan ini akan berlangsung.\u00a0

Kejohanan terbuka ini membuka peluang pasukan-pasukan dari Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina dan juga Singapura. Pemain akan bermain dalam Quads (4 pemain dalam 1 pasukan) game mode untuk merebut prizepool berjumlah USD5,100 dan juga COD Point bernilai USD10,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cod-warzone-2-0-one-esports-new-world-royale-akan-ditunda-ke-tarikh-baru"} {"title": "Logitech G Cloud - Pesaing Steam Deck Bakal Tiba Oktober Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Logitech telah mengumumkan tarikh pengeluaran dan juga harga untuk handheld console terbaru mereka iaitu Logitech G Cloud. Mereka menyatakan yang Logitech G Cloud ini akan dijual bermula bulan 17 Oktober tahun ini dengan harga USD349.99, Lebih kurang dalam RM1600.

Selain dapat menggunakan feature Game Cloud Pass dan juga GeForce Now, Logitech G Cloud ini juga menyokong remote play untuk Xbox dan Juga Steam.

Console ini dijana dengan Qualcom Snapdragon 720G dan dilengkapi dengan 4GB RAM. Untuk screen pula, Logitech G Cloud ini mempunyai resolution sebesar 1920 x 1080 FHD dengan panel IPS LCD bersaiz 7 inci dan 60Hz refresh rate.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/logitech-g-cloud-pesaing-steam-deck-bakal-tiba-oktober-ini"} {"title": "Graveless - RPG Games Terbaru dari Developer DreadOut", "body": "

Baru-baru ini pihak developer dari Indonesia iaitu Digital Happiness yang popular dengan permainan video seram mereka iaitu DreadOut menyatakan yang mereka bakal mengeluarkan permainan video berbentuk RPG untuk PS5, Xbox Series dan juga PC.

Permainan video yang diberi nama Graveless ini merupakan permainan video third-person hack and slash action RPG yang mana korang akan bermain sebagai Death Reaper yang ditugaskan untuk purify the undead.

Buat masa ini tiada info berkenaan bila permainan video Graveless ini akan dilancarkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/graveless-rpg-games-terbaru-dari-developer-dreadout"} {"title": "EA Sah Akan Mengeluarkan Permainan Video Solo Iron Man", "body": "

Baru-baru ini pihak EA dan developer Motive Studio telah mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan video solo untuk Iron Man. Sebelum ini sememangnya ada beberapa rumors tentang kewujudan permainan video Iron Man ini namun tiada info penting yang kita dapat.

Selain itu, mereka juga memberitahu yang Olivier Proulx akan mengetuai pasukan Motive Studio dalam menyiapkan permainan video ini. Kalau korang nak tahu, Olivier merupakan antara orang yang terlibat dalam permainan video Marvel's Guardian of the Galaxy yang mana merupakan antara permainan video Marvel's yang bagi kami antara yang terbaik.\u00a0

Buat masa ini tiada lagi info jelas tentang jalan cerita, watak-watak Marvel's yang bakal muncul dalam permainan video ini dan banyak lagi. Nantikan update baru dari kami nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-sah-akan-mengeluarkan-permainan-video-solo-iron-man"} {"title": "Moonton Umumkan Slot Untuk M4", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends telah mengumumkan senarai slot untuk setiap region yang layak untuk bertanding di M4 yang mana bakal berlangsung di Indonesia bermula 1 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023 nanti.

Berita ini sudah pastinya sangat ditunggu-tunggu oleh semua pasukan dan peminat-peminat permainan video Mobile Legends: Bang Bang. Slot akan dibagi kepada 2 bahagian iaitu region yang dapat 1 slot saja dan juga region yang mendapatkan 2 slot. Berikut merupakan senarai slot untuk setiap region yang layak ke M4:

Secara total terdapat 12 region yang berjaya mendapatkan slot untuk bertanding pada M4 nanti. Agak-agaknya region mana yang akan julang piala M4 kali ini?

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/moonton-umumkan-slot-untuk-m4"} {"title": "Sega Sahkan Like a Dragon 8 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi", "body": "

Baru-baru ini pihak Sega dan Ryu Ga Gotoku Studio telah mengumumkan satu berita mengejut kepada peminat-peminat siri Yakuza dan Like a Dragon. Mereka telah mengumumkan yang permainan video terbaru mereka iaitu Like a Dragon 8 bakal tiba pada awal tahun 2024!

Permainan video ini akan menampilkan watak-watak protagonist dari kedua-dua permainan video seperti Ichiban Kasuga dari Like a Dragon dan Kazuma Kiryu dari permainan video Yakuza. Buat masa ini tidak banyak lagi info yang dikeluarkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sega-sahkan-like-a-dragon-8-bakal-tiba-tidak-lama-lagi"} {"title": "Kolaborasi Among Us Dan Hololive Telah Bermula", "body": "

Baru-baru ini pihak developer permainan video popular Among US iaitu InnerSloth LLC dan juga Cover Corporation, \u00a0syarikat yang bertanggungjawab terhadap Hololive telah mengumumkan satu kerjasama antara untuk permainan video Among US.

Pemain dapat menggunakan outfit khas bakat-bakat Hololive bermula hari ini sehingga 20 December 2022. Antara outfit bakat Hololive yang korang boleh dapatkan adalah seperti Risu, Gura, Marine, Korone, Moona, Okayu, Mio, Fubuki, Pekora dan juga Amelia.\u00a0

Selain outfit, pemain juga boleh mendapatkan beberapa topi dan juga visor berdasarkan bakat-bakat Hololive tadi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-among-us-dan-hololive-telah-bermula"} {"title": "Rise of the Ronin Bakal Hadir Pada 2024", "body": "

Baru-baru ini studio Team Ninja telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang bertajuk Rise of the Ronin yang mana bakal dilancarkan untuk PS5 pada tahun 2024 nanti.

Rise of the Ronin merupakan permainan video berbentuk open world RPG yang berlatar belakangkan pada tahun-tahun terakhir tamatnya Edo Period.

Dalam permainan video Rise of the Ronin ini, korang akan bermain sebagai seorang Ronin iaitu pahlawan yang tidak mempunyai tuan dan bebas untuk membuat keputusan sendiri. Dari trailer yang dipersembahkan, nampaknya ianya mempunyai elemen-elemen soul-games seperti Nioh dan Sekiro.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rise-of-the-ronin-bakal-hadir-pada-2024"} {"title": "Captain America Dan Black Panther Bergabung Dalam Game Terbaru", "body": "

Baru-baru ini developer Skydance New Media telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang mana akan memaparkan Captain America dan juga Black Panther semasa perang dunia kedua.

Permainan video ini masih tidak didedahkan namanya namun apa yang kitorang tahu, permainan video ini akan menampil Captain America iaitu Steve Rogers dan Azzuri iaitu atuk kepada T'Challa yang mana merupakan antara Black Panther terawal sebelum T'Challa dan ayahnya.

Selain boleh bermain sebagai Captain America dan Black Panther, pemain juga akan bermain sebagai Gabriel Jones yang mana merupakan seorang tentara US dan juga ahli Howling Commandos. Satu lagi watak yang boleh dimainkan adalah Nanali yang merupakan seorang Spy dari Wakanda.

Setakat ini tiada lagi tarikh rasmi dan nama untuk permainan video ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/captain-america-dan-black-panther-bergabung-dalam-game-terbaru"} {"title": "Genshin Impact Dan Domino's Pizza Memperkenalkan Emergency Food Combo", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya acara pelancaran kempen \u201cEmergency Food\u201d yang mana merupakan satu kerjasama antara Genshin Impact dan juga Domino's Pizza bermula pada 14 September 2022 sehingga 26 Oktober 2022.\u00a0

Sepanjang kempen Emergency Food ini, peminat-peminat permainan video Genshin Impact boleh mendapatkan kombo Emergency Food pada harga RM29.95 untuk 1-2 pax dan RM59.90 untuk 3-4 pax.\u00a0

Dalam kombo Emergency Food ini, pembeli akan menerima Domino's Regular Pizza, Domino's Bread Side, Soft Drink, Genshin Impact x Domino's Pizza Non Woven Pizza Bag, Genshin Impact Postcard dan juga Genshin Impact Tinplate Button Badge.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website rasmi kempen Genshin Impact x Dominos's Pizza di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-dan-domino-s-pizza-memperkenalkan-emergency-food-combo"} {"title": "Assassin's Creed Mirage Bakal Hadir Tahun Depan", "body": "

Baru-baru ini ketika acara Ubisoft Forward, pihak Ubisoft telah mengumumkan siri terbaru Assassin's Creed iaitu Assassin's Creed Mirage bakal menemui peminat pada 2023 tahun depan!

Berdasarkan apa yang telah diumumkan di website rasmi Ubisoft, Assassin's Creed Mirage akan menceritakan tentang watak Basim dan bertempat di Baghdad pada kurun ke 9. Menurut apa yang diberitahu, Jalan cerita untuk Assassin's Creed Mirage ini berlaku 20 tahun sebelum Assassin's Creed Valhalla.

Apa yang membuatkan peminat teruja dengan siri terbaru ini kerana Ubisoft menjanjikan yang corak gameplay untuk Assassin's Creed Mirage ini akan kembali kepada gameplay asal seperti Assassin's Creed yang pertama dan yang kedua dan bukan seperti Assassin's Creed terbaru seperti Origin dan Odyssey!

Assassin's Creed Mirage dikatakan akan dikeluarkan untuk Playstation, Xbox dan juga PC.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/assassin-s-creed-mirage-bakal-bakal-hadir-tahun-depan"} {"title": "Marvel Memperkenalkan Barisan Pelakon Thunderbolts", "body": "

Baru-baru ini semasa acara D23, Marvel telah memperkenalkan barisan pelakon yang akan membintangi filem terbaru mereka iaitu Thunderbolts.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, Thunderbolts ini lebih kurang seperti Suicide Squad tapi versi Marvel. Thunderbolts merupakan kumpulan anti-hero yang dikawal selia oleh Valentina Allegra de Fontaine yang dilakonkan oleh Julia Louis-Dreyfuss yang mana sebelum ini pernah muncul dalam siri The Falcon and the Winter Soldier dan juga filem Black Widow.

Thunderbolts akan dianggotai oleh US Agent, Ghost, Red Guardian, Yelena Belova, Taskmaster dan juga Winter Soldier. Buat masa ini tiada lagi info berkenaan dengan jalan cerita dan bila filem ini akan dilancarkan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-memperkenalkan-barisan-pelakon-thunderbolts"} {"title": "Empat Pasukan Malaysia Layak Ke Asia Pacific Predator League 2022 Japan", "body": "

Pada hari minggu yang lepas, telah berlangsungnya kejohanan The Predator League 2022 Malaysia yang dianjurkan oleh Acer Predator di ESI Hub untuk Dota 2 dan juga PUBG: BATTLEGROUNDS. Di peringkat Grand Final DOTA 2, Team RSG telah menentang pasukan Atlantis dimana Team RSG berjaya menumbangkan pasukan Atlantis dengan mata 3 berbalas 2.

Team RSG yang dianggotai oleh mks, xsilearn, X1aOyu, xianbonbon dan juga Roddgee berjaya membawa pulang RM11,000 dan juga gaming chair Predator. Walaupun perlawanan sengit yang ditunjukkan oleh pasukan Atlantis, namun Team RSG tetap berjaya bermain dengan tenang dan memastikan gelaran juara The Predator League 2022 Dota 2 Malaysia menjadi milik mereka.\u00a0

Walaupun tewas dengan Team RSG, pasukan Atlantis masih lagi layak untuk ke Asia Pacific Predator League 2022 Japan bersama-sama dengan Team RSG.\u00a0

Bagi PUBG pula, Team SGD yang dianggotai oleh Shen, Sophiya, Jervis, IAMPETE dan DreamsYr telah berjaya mendapatkan tempat pertama dengan gameplay mereka yang kemas dan berdisiplin. Tempat kedua pula jatuh kepada Team Setup. Team SGD dan Team Setup juga layak untuk mewakili Malaysia ke Asia Pacific Predator League 2022 Japan.

Selain daripada empat pasukan ini, Team SMG juga akan ke Asia Pacific Predator League 2022 sebagai pasukan jemputan. Asia Pacific Predator League 2022 Grand Final akan berlangsung dari 11 November 2022 sehingga 13 November 2022 di Jepun dimana 15 pasukan dari seluruh Asia Pacific akan bertarung dan membuktikan yang pasukan mereka adalah pasukan terbaik di Asia Pacific.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/empat-pasukan-malaysia-layak-ke-asia-pacific-predator-league-2022-japan"} {"title": "Ken dan Badboyy Keluar - Caracal Bawa 2 Lagi Pemain Baru", "body": "

Hari ini pihak Team Caracal telah mengumumkan yang dua pemain mereka iaitu Ken Meow dan Badboyy Meow sudah tidak lagi bersama dengan Team Caracal. Dua pemain ini merupakan pemain pinjaman yang telah dipinjam dari pasukan The Madness Gaming. Dalam Team Caracal, Ken bermain sebagai Jungler dan Badboyy bermain sebagai Midlaner.

Berikutan dengan ketiadaan 2 pemain ini, pihak Team Caracal juga mengumumkan yang 2 player baru akan mengantikan team Ken dan juga Badboyy. Dua pemain tersebut adalah Wynn dan seorang lagi adalah Maima yang mana telah dipinjamkan oleh pasukan Geek Fam kepada Team Caracal.

Tidak dilupakan 2 orang lagi pemain Team Caracal iaitu Meanzal Meow dan Rash Meow akan dipinjamkan kepada pasukan Suhaz Esports untuk membantu mereka dalam MPL MY S10 kali ini.\u00a0

Sebelum ini Team Caracal telah membawa masuk AJ, Eavy dan juga D Ace namun masih belum menampakkan hasil lagi. Team Caracal masih ditangga terakhir Group B dan berkemungkinan besar akan terkeluar dari MPL MY S10 jika prestasi mereka masih tidak meningkat. Mungkin dengan kemasukkan 2 player baru ini dapat mengubah nasib Team Caracal? Sama-sama kita nantikan minggu ini. Team Caracal akan berlawan dengan Suhaz Esports pada 10 September 2022 dan Team SMG pada 11 September 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ken-dan-badboyy-keluar-caracal-bawa-2-lagi-pemain-baru"} {"title": "Gungrave G.O.R.E Bakal Tiba Di Xbox Game Pass Pada Day One", "body": "

Baru-baru ini terdapat ura-ura yang menyatakan permainan video Gungrave G.O.R.E mungkin akan hadir di Xbox Game Pass sebagai Day One.

Minggu ini pihak penerbit Prime Matter dan developer Studio Iggymob \u00a0mengesahkan yang ura-ura ini adalah benar dan mengumumkan Gungrave G.O.R.E boleh dimainkan secara Day One untuk mereka yang mempunyai subscriptions Game Pass. Permainan video ini boleh dimainkan di Xbox, PC dan juga melalui Cloud bermula 22 November 2022 nanti.

Permainan video ini juga akan dikeluarkan di Playstation 4 dan Playstation 5.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gungrave-g-o-r-e-bakal-tiba-di-xbox-game-pass-pada-day-one"} {"title": "Tower of Fantasy Bakal Menerima Update Terbaru", "body": "

Update Tower of Fantasy 1.5 Artificial Island merupakan content update pertama sejak permainan video Tower of Fantasy ini dikeluarkan. Update ini bukan sahaja memperkenalkan kawasan baru malah terdapat beberapa pernambahan Boss yang lebih ganas dan lebih susah untuk dikalahkan.

Tidak cukup dengan itu, update Tower of Fantasy 1.5 ini juga akan memperkenalkan watak terbaru iaitu Claudia yang merupakan Hykros Executor yang mempunyai kemahiran menggunakan pedang. Update terbaru ini bakal hadir pada 15 September 2022 nanti.

Kawasan baru iaitu Artificial Island cuma dapat diterokai apabila pemain telah berjaya mencecah level 50 dan menyelesaikan beberapa misi khas untuk kawasan baru ini. Permainan video Tower of Fantasy ini boleh dimainkan di IOS, Android dan juga PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tower-of-fantasy-bakal-menerima-update-terbaru"} {"title": "Team Burger Kini Akan Bermain Dibawah Moist Esports", "body": "

Moist Esports baru-baru ini telah mengumumkan divisi Apex Legends mereka di Twitter. Video yang dibintangi oleh content creator terkenal dan salah seorang pemilik Moist Esports iaitu Moistcr1tikal atau nama sebenarnya Charles White Jr. mengumumkan yang Team Burger akan bermain dibawah Moist Esports.\\

The people have spoken and we have decided to heed your call. \ud83d\udca7 pic.twitter.com/NOvxeayQeg

\u2014 Moist Esports (@MoistEsports) September 6, 2022

Pasukan dari Australia ini bergerak secara Free Agent selama ini namun telah berjaya mendapatkan slot untuk ALGS Split Two Playoffs dan World Championship yang berjalan pada awal tahun ini. Walaupun cuma mendapatkan tempat ke 17, namun komuniti-komuniti Apex Legends tidak putus-putus memberikan semangat kepada mereka.

Team Burger terdiri daripada Matthew \u201cEmtee\u201d Trengrove, Ben \u201cWxItzy\u201d Walton dan Joshua \u201cJaro\u201d Green. Mereka bertiga akan bermain untuk Moist Esports untuk ALGS Split 2023 akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-burger-kini-akan-bermain-dibawah-moist-esports"} {"title": "Call Of Duty: Mobile World Championship 2022 Garena Regional Qualifier Bermula Jumaat Ini", "body": "

Acara tahunan untuk komuniti COD Mobile seluruh dunia iaitu COD: Mobile World Championship 2022 bakal bermula tidak lama lagi. Dengan bakal bermulanya Regional Qualifier pada 09 September 2022, Jumaat ini, 12 pasukan dari pelbagai region akan merebut 2 slot untuk ke Stage 5 World Championship 2022 nanti.

Pemenang Eastern Finals 2021 iaitu pasukan Blacklist International Ultimate juga akan turut bertanding pada Regional Qualifier nanti. Berikut merupakan senarai pasukan yang akan bertanding di Regional Qualifier Jumaat ini:

INDONESIA

MALAYSIA

PHILIPPINES

SINGAPORE

THAILAND

HONG KONG/TAIWAN/MACAU REGION

Group Stage akan bermula 9 September 2022 sehingga 14 September 2022. 12 pasukan ini akan dipecahkan kepada 2 group dan setiap group akan ada 6 pasukan. 3 pasukan yang mempunyai mata tertinggi dari setiap group akan layak ke Play-off nanti. Play-off akan bermula 16 September 2022 sehingga 18 September 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-world-championship-2022-garena-regional-qualifier-bermula-jumaat-ini"} {"title": "20 Pasukan Yang Layak Ke PMPL SEA Championship Fall", "body": "

Baru-baru ini kejohanan PMPL SEA Championship Play-In Fall telah pun melabuhkan tirainya dan kita dapat melihat 3 pasukan terakhir yang akan mengisi slot ke PMPL SEA Championship Fall.\u00a0

Tiga pasukan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pasukan Vampire Esports dari Thailand yang berjaya mendapat tempat pertama dengan 173 mata. Pasukan kedua juga merupakan wakil dari Thailand iaitu TEM Entertainment dan juga wakil dari Malaysia iaitu pasukan Don't Break Dreams.

Untuk PMPL SEA Championship Fall, Thailand merupakan negara terbanyak yang menghantar wakil mereka untuk bertanding kali ini iaitu sebanyak 6 pasukan termasuk pasukan Vampire Esports dan TEM Entertainment.

Dengan tamatnya PMPL SEA Championship Play-In Fall, maka cukuplah 20 slot yang dipertandingkan. Berikut merupakan 20 pasukan yang akan bertanding di PMPL SEA Championship Fall kali ini:\u00a0

\u00a0

PMPL SEA Championship Fall bakal berlangsung pada 28 September 2022. Sebanyak 20 pasukan akan berentap selama 3 minggu bagi mendapatkan gelaran juara PMPL SEA Championship Fall. Dengan adanya kehadiran pasukan \ud83c\uddfb\ud83c\uddf3 D\u2019Xavier yang merupakan juara PMPL SEA Championship Fall yang lalu, kejohanan ini sepastinya menarik!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/20-pasukan-yang-layak-ke-pmpl-sea-championship-fall"} {"title": "Edward Gaming Terkeluar Dari Valorant Champions 2022", "body": "

Pasukan Edward Gaming dari China merupakan pasukan pertama yang terkeluar dari Group A Valorant Champions 2022 selepas tewas kepada Team Liquid 2 berbalas 0.

Pasukan Edward Gaming baru saja pertama kali bertanding di pentas Valorant Champions bersama pasukan BOOM Esports namun atas segala usaha yang mereka tunjukkan, nampaknya masih banyak perlu diperbaiki oleh pasukan dari China ini.

Team Liquid akan menentang pasukan Paper Rex pada 7 September 2022 nanti untuk melihat pasukan mana yang akan mendapatkan slot ke Play Off bagi Group A.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/edward-gaming-terkeluar-dari-valorant-champions-2022"} {"title": "Review One Piece Film Red - One Piece Versi Muzikal", "body": "

Pada hari sabtu yang lepas kitorang telah dijemput oleh Golden Screen Cinema untuk menghadiri acara Fan Screening One Piece Film Red.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, One Piece Film Red merupakan satu filem terbaru terbitan Toei Animation dan diarahkan oleh Goro Taniguchi. Ini merupakan filem animasi yang kelima belas untuk siri One Piece.

Bagi seorang yang hanya tengok One Piece sampai episode 4 saja, One Piece Film Red ni sangat menarik dan berbeza dengan filem anime yang aku pernah tengok sebelum ini. Ni adalah movie One Piece versi muzikal!

Movie ni mengisahkan tentang satu watak baru yang dikenali sebagai UTA. UTA merupakan seorang penyanyi terkenal dan dia telah menjemput semua orang termasuklah lanun dan Marine untuk menyaksikan konsertnya. Namun One Piece Film Red ni mula sedap bila semua orang dapat tahu yang dia sebenarnya adalah anak perempuan kepada pirate legends The Red Hair Pirate, SHANKS!

Aku sebenarnya tak berapa minat sangat movie yang ada elemen muzikal ni tapi untuk One Piece Film Red aku still boleh layan sebab lagu-lagu dalam movie ni semuanya sedap-sedap! Tak silap aku ada lebih kurang 8 lagu dalam movie ni and 2 lagu paling aku suka is New Genesis dengan Tot Musica yang dinyanyikan oleh Ado.

Pace movie ni pun sedap takda lah terlampau meleret sangat and disebabkan placement lagu-lagu disusun dengan cantik, mata aku sentiasa dekat screen!

Macam yang aku cakap sebelum ni, aku cuma tengok One Piece beberapa episode saja tapi aku still faham apa yang terjadi dalam movie ni. So kalau korang pun tak pernah tengok One Piece, jangan risau korang tak perlu nak tengok semua episode untuk tengok movie One Piece Film Red ni.\u00a0

Pada 22 September ni, GSC akan adakan tayangan umum untuk One Piece Film Red jadi korang jangan terlepas untuk book tiket korang siap-siap!

Terima kasih kepada GSC kerana menjemput kami untuk bersama-sama di Fan Screening One Piece Film Red!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/review-one-piece-film-red-one-piece-versi-muzikal"} {"title": "Record of Ragnarok II Tiba Di Netflix Tahun Depan", "body": "

Warner Bros Jepun telah melancarkan visual baharu dan tarikh untuk anime Record of Ragnarok II pada baru-baru ini. Anime ini difahamkan bakal ditayangkan di Netflix pada tahun 2023. Untuk musim yang pertama, anime ini telah ditayangkan di Netflix secara eksklusif di seluruh dunia pada Jun 2021.

Berikut merupakan sedikit ringkasan yang diberikan oleh Warner Bros Japan mengenai anime ini. \u201c7 juta Tahun Tamadun Manusia akan berakhir\u2026 Setiap 1000 tahun, semua Dewa dunia berkumpul di syurga untuk menghadiri \"Persidangan Kemandirian Manusia\".

Semua Dewa bersetuju untuk membawa pengakhiran muktamad kepada umat manusia kerana perbuatan bodoh mereka yang lalu. Tetapi, sebelum keputusan muktamad dibuat, Brunhild, anak sulung daripada 13 beradik Valkyrie telah membuat bantahan.

Beliau mencadangkan untuk mengadakan peperangan akhir God vs Humanity yang juga dikenali sebagai \"Ragnarok\", di mana semua Dewa dari dunia dan juara dari seluruh sejarah manusia memasuki pertempuran 1 lawan 1. Pasukan pertama yang memenangi 7 pertempuran daripada 13 akan menjadi pemenang.

Nampaknya hampir mustahil bagi manusia untuk menang melawan Dewa. Oleh itu, Brunhild dan adik-beradiknya nekad untuk bertarung dengan para dewaz.

Adakah manusia akan dapat mengatasi para dewa? Pertempuran eskatologi antara langit dan bumi akhirnya bermula! Nantikan anime ini ditayangkan pada tahun hadapan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/record-of-ragnarok-ii-tiba-di-netflix-tahun-depan"} {"title": "Anime Klasik Trigun Bakal Kembali", "body": "

Anime klasik Trigun diberitahu bakal tiba pada tahun 2023. Trigun merupakan anime yang diadaptasikan daripada manga hasil karya Yasuhiro Nightow. Pada tahun 1998, animasi Trigun mula ditayangkan di skrin lalu mendapat sambutan yang luar biasa. Ketika di Anime Expo 2022, Crunchyroll memaklumkan bahawa anime klasik ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan dengan tajuk Trigun: Stampede.

Trigun: Stampede juga bakal menampilkan wajah baharu dimana ia akan menggunakan pelakon-pelakon baharu. Berikut merupakan sinopsis untuk filem ini. \u201cSiri ini mengikuti Vash the Stampede, seorang lelaki bersenjata yang mempunyai reputasi legenda untuk segala perkara berkaitan kemusnahan dan keganasan. Hakikatnya, personalitinya sebenar sangat baik dan dia tidak suka menyakiti orang lain.

Kisah ini berlaku di latar angkasa lepas ala-ala cerita koboi, khususnya di sebuah planet bernama No Man\u2019s Land di mana Vash sentiasa dikejar oleh pemburu dan sepasang ejen lucu yang tanpa henti meminta dia membayar atas kerosakan harta benda.\u201d\u00a0 \u00a0 Walau bagaimana, filem ini masih belum mengeluarkan tarikh rasmi ianya ditayangkan. Sama-samalah kita kita pengumuman akan datang!!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-klasik-trigun-bakal-kembali"} {"title": "MESF Melepaskan Flava - Bukan Lagi Sebagai Ketua Penerangan", "body": "

Bagi yang tidak tahu, Muhammad Farouq Bin Abdul Patah ataupun lebih dikenali sebagai Flava dalam scene esports di Malaysia yang mana beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan di Malaysia Esports Federation (MESF). Namun baru-baru ini pihak MESF telah mengumumkan untuk melepaskan Flava dari jawatan tersebut. \u00a0

Flava bukanlah 1 nama asing dalam scene esports di Malaysia. Selain menjadi Ketua Penerangan di MESF, Flava juga terlibat sebagai penolong pengurus pasukan untuk atlit esports di Sukan Sea Hanoi 2021 dan sebagainya.

Buat masa ini, Flava masih akan berada di belakang tabir di scene esports di Malaysia dan mungkin menyambung kerjayanya sebelum ini iaitu sebagai shoutcaster dan juga host untuk event-event esports di Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/MESF Melepaskan Flava - Bukan Lagi Sebagai Ketua Penerangan"} {"title": "Memasak Sebagai Beruang Kecil Dalam \u2018Little Bear Chef\u2019", "body": "

Baru-baru ini, Wholesome Direct 2022 Showcase telah memperkenalkan pelbagai permainan comel yang boleh mencairkan hati pemain sekalian. Antaranya adalah permainan memasak dari perspektif beruang kecil iaitu Little Bear Chef.

Dibuat oleh studio BananaBox, anda bermain sebagai tukang masak yang juga merupakan seekor botol madu berbentuk beruang. Pemain harus bijak menerokai dapur besar dan mengatasi cabaran-cabaran memasak sebagai makhluk bersaiz kecil.\u00a0

Dalam trailer debutnya, kita dapat melihat kaedah dan mekanik bijak seperti mengambil ramuan dengan menggunakan belon, larian atas tredmil untuk kisarkan daging dan juga melompat atas kuali untuk memasak sosej.\u00a0

Oleh kerana ini merupakan pengenalan pertama permainan ini kepada khalayak ramai, permainan ini masih lagi menyembunyikan banyak rahsia. Untuk sekarang, tiada lagi tarikh rasmi yang ditetapkan namun ramalan keluaran adalah pada tahun 2023 di PC dan konsol.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/memasak-sebagai-beruang-kecil-dalam-little-bear-chef"} {"title": "Orange Esports Ditolak Ke Lower Bracket", "body": "

Satu lagi pasukan Malaysia iaitu Orange Esports telah berhadapan dengan pasukan RSG Filipina bagi perlawanan separuh akhir Upper Bracket pada 16 Jun 2022 semalam. Duka citanya, mereka berkongsi nasib yang sama dengan pasukan Todak apabila dikalahkan 3-0 oleh RSG Filipina.

Pusingan pertama telah mengejutkan pasukan OE apabila\u00a0 dengan mudahnya RSG Filipina mendapat mata pertamanya. Namun, usaha Orang Esports dapat dilihat apabila mereka mampu mendahului di minit terawal ketika pusingan kedua.\u00a0

Manakala, RSG Filipina tidak memberi peluang kemenangan kepada OE lalu mencuri peluang untuk memenangi mata kedua mereka. Dengan itu, RSG Filipina telah mengunci tempat mereka di peringkat akhir Upper Bracket.

Pusingan ketiga juga telah memutuskan semangat Orang Esports apabila lagi sekali didominasi oleh pasukan wakil Filipina ini. Tetapi kedua-dua pasukan wakil Malaysia masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka hari ini.\u00a0

Mari kekalkan sokongan kepada pasukan Malaysia pada perlawanan Lower Bracket hari ini, 17 Jun 2022. Orange Esports akan menentang Omega Esports pada 2:00 petang manakala pasukan Todak akan berhadapan dengan Falcon Esports pada 6:00 petang ini.

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2022 disiar langsung melalui akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang di Youtube dan Facebook. Peminat juga boleh membeli tiket lokasi iaitu di MITEC, KL melalui Ticket2U.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/orange-esports-ditolak-ke-lower-bracket"} {"title": "Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Tawar Hadiah RM20 Juta", "body": "

Korang tahu tak baru-baru ini Netflix ada maklumkan yang mereka bakal mengadakan sebuah rancangan realiti TV, Squid Game: The Challenge. Rancangan ini bukan sekadar hiburan semata, tapi peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 20 juta. Betul ke ni?

Ya memang betul. Tapi, sebelum korang fikir kemenangan, korang juga kena tahu yang rancangan ini terdapat seramai 456 pemain dari seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, hanya seorang saja yang bakal dinobatkan sebagai pemenang. Siapa ya agaknya individu hebat tersebut.

Seperti filem sebenar, Squid Game: The Challenge akan menampilkan beberapa permainan yang perlu diharungi oleh setiap peserta. Peserta yang berjaya mengharungi permainan tersebut akan mara ke peringkat seterusnya manakala peserta yang gagal akan disingkirkan. Tapi anda jangan risau, rancangan ini tidak akan ada sebarang pertumpahan darah seperti yang anda tonton di filem sebenar.

Squid Game: The Challenge akan disiarkan sebanyak 10 episod. Tarikh untuk rancangan ini keluar kemungkinan pada tahun 2023. Untuk menyertai rancangan ini, peserta mestilah berumur 21 tahun dan ke atas serta fasih berbahasa Inggeris. Peserta juga perlu mengosongkan jadual mereka selama 4 minggu sekiranya terpilih. Jadi, jika anda rasa anda hebat, anda boleh buat pendaftaran di sini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rancangan-realiti-squid-game-the-challenge-tawar-hadiah-rm20-juta"} {"title": "Astro Boy Reboot Dalam Pembikinan", "body": "

Siri animasi Astro Boy bakal kembali dengan siri terbarunya. Siri ini akan dihasilkan oleh Thomas Astruc iaitu pencipta Miraculous dan The Little Prince. Sebanyak 52 episode, Astro Boy Reboot masih di dalam pembikinan oleh Method Animation.\u00a0

Presiden Method Animation, Aton Soumache mengulas mengenai Astruc yang membawa pandangan uniknya kepada francais itu. \"Astro Boy sangat universal dan kontemporari. Kami bukan sahaja membangunkan ianya semula, tetapi kesinambungan yang konsisten dalam menghormati sepenuhnya alam semesta asal.\"

Astruc turut mengesahkan bahawa kedua-dua pencipta iaitu Perancis dan Jepun akan bersatu untuk membawa Astro Boy kembali ke skrin. Untuk pengetahuan, Budak robot yang berkuasa ini adalah ciptaan Jepun yang ikonik iaitu hasil karya Osamu Tezuka. Astro Boy juga merupakan salah satu daripada anime pertama yang memasuki Amerika serta menerajui keseluruhan genre hiburan.\u00a0\u00a0

Walau bagaimana, tiada sebarang maklumat lengkap mengenai filem ini. Tarikh bakal ditayangkan juga masih belum diberitahu oleh mereka. Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/astro-boy-reboot-dalam-pembikinan"} {"title": "Selepas 4 Tahun, Digimon Survive Akhirnya Keluar Julai Ini", "body": "

Digimon Survive merupakan permainan terbaru daripada francais Digimon. Selepas empat tahun ditunda tarikh dan ditukar studio disebabkan pandemik, akhirnya peminat Digimon teruja dengan tarikh rasmi keluaran permainan ini iaitu pada 29 Julai 2022.

Pada bulan lepas, Bandai Namco telah mengeluarkan gameplay yang menunjukkan aspek strategi dan combat Digimon Survive. Baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan trailer plot ceritanya pula.\u00a0

Dalamnya, sekumpulan kawan telah terperangkap di alam lain di kelilingi kabus dan raksasa berbahaya. Mereka bertemu dengan lelaki misteri yang mengajar cara untuk melatih Digimon serta menewaskan raksasa untuk menyelamatkan diri mereka.\u00a0

Selain daripada mod combat, gameplay nya juga mempunyai jawapan pelbagai pilihan. Terdapat juga mekanik penggunaan telefon bimbit untuk menyiasat ilusi dan benda ghaib.\u00a0

Digimon Survive mempunyai pelbagai jalan evolusi yang boleh diterokai pemain sekalian. Nantikan 29 Julai 2022 ini di PlayStation 4, Xbox Series X/S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC di Steam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-4-tahun-digimon-survive-akhirnya-keluar-julai-ini"} {"title": "SmallBoY Meninggalkan RSG Malaysia", "body": "

Baru-baru ini, Akaun Facebook rasmi RSG Malaysia telah mengumumkan pemergian Alexis Loong atau lebih dikenali sebagai \u2018SmallBoY\u2019 daripada RSG Malaysia. Beliau telah beraksi bersama mereka sejak penubuhannya pada 2019.\u00a0\u00a0\u00a0

Sebelum itu, beliau telah bersama AROV Esports sehingga Jun 2019. Bersama RSG Malaysia, beliau telah meraih tempat pertama dan membawa pulang 21,300 dollar untuk PUBG Mobile Pro League - MYSG Season 3.\u00a0

RSG Malaysia mengucapkan terima kasih kepada beliau atas usahanya dan menyokong pelan SmallBoY di masa hadapan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/smallboy-meninggalkan-rsg-malaysia"} {"title": "Skor 0-3 - Todak Dijinakkan Oleh RRQ Hoshi Di Play Off Hari Kedua MSC 2022\u00a0", "body": "

Pada Playoff hari kedua semalam Todak berhadapan dengan RRQ Hoshi daripada Indonesia bagi kategori Upper Bracket. Duka citanya, pasukan Todak iaitu salah satu pasukan wakil Malaysia telah kalah 3-0 kepada pasukan negara jiran.

RRQ Hoshi telah menguasai ketiga-tiga pusingan dalam perlawanan mereka. Usaha Todak untuk mendapatkan mata disekat sepenuhnya oleh mereka.\u00a0

Namun begitu, Todak masih berpeluang untuk memasuki peringkat akhir dengan bermain di playoff kategori Lower Bracket. Perlawanan seterus mereka adalah menentang Falcon Esports yang telah mengalahkan RSG Singapura dengan mata 3-0.

Teruskan sokongan anda kepada pasukan tanah air kita dengan menyaksikan perlawanan pasukan Orang Esports menentang RSG Filipina pada 16 Jun 2022, 6:00 petang ini di akaun rasmi Youtube dan Facebook Mobile Legend: Bang Bang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/skor-0-3-todak-dijinakkan-oleh-rrq-hoshi-di-play-off-hari-kedua-msc-2022"} {"title": "Flintlock: The Siege of Dawn, Game Open-World Terbaru Dari A44 Games", "body": "

Xbox telah mempamerkan pelbagai permainan yang akan disertakan dalam Xbox Game Pass. Antara permainan baru yang akan dikeluarkan di Xbox Game Pass adalah Flintlock: The Siege of Dawn.

Permainan ini nampaknya mengambil inspirasi daripada permainan-permainan FromSoftware seperti Dark Souls, Bloodborne dan juga Elden Ring. Ini lebih jelas memandangkan permainan ini dalam format open world. Combat dalam permainan ini juga serupa dengan permainan Dark Souls yang menampilkan senjata seperti pistol dan sihir

Flintlock: The Siege of Dawn akan datang pada awal 2023 dan ia akan boleh dimainkan di platform Xbox sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/flintlock-the-siege-of-dawn-game-open-world-terbaru-dari-a44-games"} {"title": "Redfall - Melawan Vampire Bersama Rakan-Rakan", "body": "

Arkane Studios adalah developer permainan Dishonored dan juga Prey. Semasa E3 tahun lepas, mereka telah mengumumkan permainan terbaru mereka Redfall. Baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan trailer gameplay untuk Redfall semasa Xbox & Bethesda Games Showcase.

Daripada trailer gameplay Redfall yang baru keluar, gameplay nampak ala-ala Left4Dead tetapi musuhnya vampire bukan zombie. \u00a0Anda boleh bermain permainan ini secara single player atau multiplayer sebanyak empat orang.

Agaknya ramai peminat Left4Dead dan mungkin juga peminat Call of Duty Zombies akan berminat untuk bermain permainan ini. Malangnya, tiada tarikh rasmi untuk pengeluaran Redfall tetapi permainan ini berkemungkinan akan dikeluarkan pada tahun 2023 hanya di Xbox dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/redfall-melawan-vampire-bersama-rakan-rakan"} {"title": "The Texas Chainsaw Massacre - Game Horror Survival PvP Terbaru", "body": "

Baru-baru ini, banyak permainan video seram telah menggunakan gameplay PvP yang berbeza daripada gameplay tradisional iaitu single player. Dead by Daylight adalah antara permainan popular yang memberi perhatian kepada permainan seram PvP.

The Texas Chainsaw Massacre yang diumumkan pada Games Awards 2021 telah mengeluarkan trailer baru yang mana dihasilkan oleh Gun Interactive. Permainan ini ala-ala Dead by Daylight dan Friday the 13th: The Game. Gameplay nya juga tidak jauh daripada sumber inspirasinya. Tetapi bagi The Texas Chainsaw Massacre, terdapat tiga hunters yang mengejar empat manusia.

Game ini memberi pengalaman baru dengan membuatkan hunter nya lebih bersifat manusia. Nampaknya permainan ini akan lebih berfokuskan kepada elemen realistik. Kita tidak diberi tarikh keluaran tetapi game ini dijangkakan dikeluarkan pada tahun 2023 di PlayStation, Xbox dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-texas-chainsaw-massacre-game-horror-survival-pvp-terbaru"} {"title": "Steam Next Fest Keluarkan Demo SCP: Secret Files", "body": "

Steam Next Fest telah mengeluarkan lebih daripada 1000 demo permainan indie dengan salah satunya daripada francais SCP. \u2018Secure Copy Protocol\u2019 (SCP) merupakan francais yang dilahirkan melalui usaha komuniti untuk membuat koleksi cerita raksasa dan laporan makhluk pelik yang ditangkap oleh organisasi rahsia.

Walaupun berlatarbelakangkan dunia sebenar, SCP mempunyai satu peraturan yang muktamat iaitu semua ceritanya adalah fiksyen. Koleksi cerita ini tidak mempunyai genre yang tertentu, memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menulis mengenainya.

Ini bukan kali pertama francais SCP dibawa ke dunia permainan. Namun begitu, SCP Secret Files mampu menangkap intipati cerita dan detail-detail francais asalnya yang lain daripada cubaan sebelumnya.

Dalam demo yang berdurasi 30 minit ini, terdapat jumpscare dan patung-patung yang bergerak. Pemain harus menukar paip di dalam fasiliti makmal agar tiada makhluk pelik dapat keluar. Tetapi, di halaman Steam ia menjanjikan untuk meringankan elemen seram dan lebih fokuskan aspek interaktif dan pengembaraan pemain dalam dunia fiksyen ini.

Kepada yang ingin mencuba, SCP: Secret Files demo PC adalah di Steam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-next-fest-keluarkan-demo-scp-secret-files"} {"title": "Kingdom Hearts 4 Mahu Menjadi Lebih Realistik", "body": "

Kingdom Hearts merupakan francais permainan daripada kolaborasi studio Square Enix dan Disney. Francais ini menjadi kegemaran dan titik permulaan ramai dunia pemain kepada industri gaming kerana dunia warna warni, nostalgia nya, serta campuran elemen Final Fantasy dan Disney.\u00a0\u00a0\u00a0

Trailer Kingdom Hearts 4 memperoleh reaksi yang bercampur daripada para peminat francais ini kerana grafik visualnya yang lebih realistik. Kata pengarah Square Enix, Tetsuya Nomura \"Dahulu, dunia yang paling realistik untuk Kingdom Heart ialah dunia Pirates of The Caribbean dan kali ini kita akan lebih fokuskan masa di dunia yang sebenar\".

Tambah beliau, mereka ingin mencabar diri mereka untuk membuat Kingdom Hearts 4 lebih realistik. Namun, beliau menjanjikan perbezaan visual ini tidak akan menghilangkan intipati dan rasa Kingdom Hearts 4 daripada permainan sebelumnya.\u00a0

Elemen Disney dalam Kingdom Hearts siri baru ini akan ditambah dengan janjinya lebih banyak dunia daripada francais Disney. Namun, watak-watak atau elemen Final Fantasy akan dikurangkan kerana mereka ingin seimbangkan kedua-dua francais ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kingdom-hearts-4-mahu-menjadi-lebih-realistik"} {"title": "Filem Gran Turismo Akan Keluar Pada 2023", "body": "

Gran Turismo, permainan video lumba kereta ini bakal diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Filem ini akan diarahkan oleh Neill Blomkamp bersama Columbia Pictures. Tarikh untuk filem Gran Turismo ditayangkan juga telah dikeluarkan iaitu pada 11 Ogos 2023. Sebelum tu, mari kami ceritakan sedikit ringkasan berkenaan dengan filem ini.

Berdasarkan kisah benar, filem ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mempunyai kemahiran tinggi dalam permainan Gran Turismo. Beliau juga telah memenangi banyak pertandingan perlumbaan Nissan dan berhasrat untuk menjadi pelumba kereta yang sebenar. Mampukah beliau untuk mengejar cita-citanya melalui permainan video?

Filem ini masih dalam pembikinan. Untuk sedikit makluman, Sony Picture dan PlayStation Productions sebelum ini juga telah bekerjasama dalam mengadapsikan permainan video mereka ke dalam bentuk filem yang berjudul Uncharted. Kerjasama tersebut telah mendatangkan keuntungan sebanyak 400 juta USD dalam box office awal tahun ini.

Maka tidak hairanlah mengapa mereka sering mengadapsikan permainan video popular ke dalam bentuk filem disebabkan ianya sudah mempunyai jumlah pengikut yang ramai

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-gran-turismo-akan-keluar-pada-2023"} {"title": "Live Action One Punch Man Bakal Diarahkan Oleh Bekas Pengarah Fast Furious", "body": "

Berita menggemparkan, One Punch Man live action bakal muncul dengan sentuhan pengarah terkenal iaitu Justin Lin. Justin Lin merupakan seorang pengarah untuk filem Fast Furious namun dikatakan telah menarik diri daripada mengarah filem francais tersebut disebabkan beberapa isu. Deadline memberitahu bahawa Justin Lin kini akan mengambil tugas untuk mengarah filem adaptasi popular One Punch Man.

Live action untuk One Punch Man sebenarnya telah diumumkan oleh Sony Picture sejak dari tahun 2020 lagi. Namun selepas itu tiada sebarang berita yang dikeluarkan. Kemungkinan disebabkan menghadapi beberapa masalah. Dalam pada itu, turut dinyatakan antara penulis skrip yang akan membantu Justin Lin adalah Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner (Jumanji: The Next Level, Venom).

Avi Arad dan Air Arad daripada Arad Productions (Spider-Man, Iron Man, X-Men) turut akan membantu dalam menjayakan filem ini. Pasti gempak filem One Punch Man live action yang bakal dihasilkan kali ini. Walau bagaimana, jangkaan tarikh untuk filem ini siap masih belum diketahui. Sama ada ianya bakal keluar pada tahun ini atau tahun hadapan sama-samalah kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/live-action-one-punch-man-bakal-diarahkan-oleh-bekas-pengarah-fast-furious"} {"title": "Cocoon - Game Baru Dari Lead Game Designer LIMBO & Inside", "body": "

LIMBO dan Inside merupakan permainan indie yang antara paling berpengaruh. Jeppe Carlson, pereka permainan utama untuk kedua-dua permainan ini telah memulakan syarikat sendiri iaitu Geometric Interactive. Baru-baru ini, mereka telah mengeluar trailer gameplay untuk permainan debut mereka, Cocoon.

Persekitaran suram yang telah menjadi trademark dalam permainan sebelumnya juga dipersembahkan dalam game terbaru ini walaupun beliau telah menyatakan niatnya untuk membuat Cocoon lebih riang dan ceria.\u00a0

Perbezaan terbesar antara permainan dahulunya dan Cocoon ialah penggunaan isometric dan bukan side scrolling. Cocoon juga akan mempunyai lebih banyak teka teki yang lebih mencabar.

Adakah Cocoon boleh mencapai standard permainan sebelumnya seperti LIMBO dan Inside? Nampaknya, kita harus lagi menunggu kerana pengeluarannya adalah pada tahun 2023 di PC, Xbox dan Nintendo Switch.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cocoon-game-baru-dari-lead-game-designer-limbo-inside"} {"title": "Scorn Bakal Tiba Di PC & Xbox", "body": "

Semasa Xbox & Bethesda Games Showcase, Ebb Software telah mengeluarkan trailer baharu untuk Scorn. Asalnya, permainan ini dirancang untuk dikeluarkan pada 2014 tetapi perlu ditangguhkan. Ebb Software merancang untuk mengeluarkan permainan ini dalam dua bahagian tetapi baru-baru ini mereka telah mengumumkan keluaran permainan ini keseluruhannya.

\u00a0

Dalam trailer barunya, dapat dilihat perbezaan grafik yang drastik kerana proses pembangunan yang hampir sedekad tetapi elemen seram dan mengerikan masih lagi kekal. Visual grafik permainan ini mendapat banyak inspirasi daripada kerja H.R. Giger\u2019s artis sci-fi dan atmosfera biomechanical boleh dilihat sepanjang permainan ini.\u00a0\u00a0

Selepas penangguhan yang hampir sedekad, permainan ini akan dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 di PC dan Xbox. Kita hanya boleh berharap ia akan dikeluarkan untuk PlayStation dan Nintendo Switch selepas keluaran awalnya di PC dan Xbox.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/scorn-bakal-tiba-di-pc-xbox"} {"title": "Kabaret - Permainan Legenda Daripada Studio Tanah Air", "body": "

Di Future of Play Direct yang lalu, salah satu permainan indie keluaran 2022 dari Asia Tenggara yang diperkenalkan ialah Kabaret. Permainan ini mengambil inspirasi daripada elemen legenda dan dongeng Asia Tenggara.

Kabaret dibuat oleh studio tanah air, Persona Theory Games yang sebelum ini mengeluarkan permainan ala visual novel iaitu Fires At Midnight. Menggunakan pendekatan yang serupa, Kabaret merupakan permainan fantasi-kembara yang berpusat seorang budak lelaki bernama Jebat.\u00a0

Jebat disumpah menjadi raksasa dan diculik daripada kampungnya ke dunia raksasa yang seram dan berbahaya. Dia harus menjadi pembaca daun teh di sebuah Kabaret demi mendapatkan lebih banyak informasi mengenai dunia yang dipenuhi makhluk ghaib ini.\u00a0

Mekanik bacaan daun teh dan jawapan pelbagai pilihan yang mempengaruhi penamat cerita menggalakkan pemain untuk main semula. Setiap kali bermain, Kabaret mempunyai konsep dan struktur yang berbeza untuk pemain nikmati jalan cerita lain. .\u00a0

Kabaret akan dikeluarkan tahun 2022 untuk PC di Steam. Para pemain yang berminat boleh masuk permainan lokal ini dalam wishlist anda di Steam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kabaret-permainan-legenda-daripada-studio-tanah-air"} {"title": "Set Koleksi Doom Eternal Akan Datang Untuk Nintendo Switch", "body": "

Nintendo terkenal dengan membawakan permainan pihak ketiga kepada konsol mereka lebih lewat berbanding konsol lain seperti PlayStation dan Xbox. Ini mungkin kerana Nintendo Switch memerlukan pengoptimuman yang ketat kerana model binaan hibridanya. Namun, ia agak menakjubkan apabila mereka berjaya mengimport permainan AAA yang agak berat ke sistem pegang tangan mereka dan ia berjalan dengan agak lancar.

Baru-baru ini, Bethesda telah mengumumkan bahawa Doom Eternal akan mendapat promosi \u201cLimited Ultimate Edition\u201d untuk Doom Eternal. Set ini termasuk rantai kunci topi keledar Doomguy, kunci pintu Slayer replika mini, poster, replika shotgun, lembaran pelekat, Steelbook dna juga penutup boleh baik untuk kad permainan Doom Eternal.

Set koleksi ini berharga US$174.99 dan peminat boleh membelikannya dari 29 Julai hingga 11 September. Walaupun keluaran Doom Eternal ke Nintendo Switch hanya setengah tahun lewat dari keluarannya di PC, adakah peminat yang akan membeli set koleksi ini?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/set-koleksi-doom-eternal-akan-datang-untuk-nintendo-switch"} {"title": "Pemain Boleh Mula Mendaftar Untuk Alfa Tertutup WoW Dragonflight", "body": "

Beberapa bulan yang lalu, pada bulan April, Blizzard telah mengeluarkan trailer cinematic untuk expansion World of Warcraft terbaru mereka Dragonflight. Pada hari yang sama, mereka mengeluarkan satu lagi video yang mendedahkan pratonton kelas evoker baru, pilihan watak warga Dracthyr dan juga mekanik menunggang naga.

Dalam tempoh dua bulan sejak pengumuman ini, Blizzard telah memberi akses untuk bermain World of Warcraft Dragonflight kepada influencer, streamer dan juga content creator. Tujuan mereka adalah untuk membina hype untuk expansion terbaru World of Warcraft dan juga untuk mencari isu atau bug yang ada di dalam alpha tertutup ini.

Baru-baru ini, Blizzard telah mengumumkan bahawa alpha tertutup World of Warcraft Dragonflight akan dibuka untuk siapapun yang mendaftar untuknya. Peminat boleh mendaftar untuk memasuki alpha tertutup expansion ini. Blizzard akan memberi akses kepada expansion ini dalam beberapa kelompok jadi akses mungkin diberi di masa yang lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-boleh-mula-mendaftar-untuk-alfa-tertutup-wow-dragonflight"} {"title": "Soulframe, Permainan Baru Daripada Pembuat Warframe", "body": "

Digital Extremes, developer Warframe telah mengeluarkan permainan tersebut pada tahun 2013. Sudah hampir sedekad sejak ia dikeluarkan dan ia telah mendapat dua belas update besar dalam masa itu. Nampaknya, update baru untuk Warframe tidak akan berhenti tetapi ia mungkin akan perlahan disebabkan projek baharu daripada Digital Extremes yang diumumkan baru-baru ini.

Semasa TennoCon, pelbagai benda baru telah dipamerkan. Kebanyakannya untuk permainan utama mereka Warframe seperti watak baru, update baru dan juga event baru. Tetapi semasa TennoCon, kita juga diberi sebuah trailer untuk permainan terbaru mereka, Soulframe. Soulframe adalah permainan yang agak serupa dengan permainan pendahulunya iaitu Warframe. Digital Express menyatakan bahawa permainan baru ini permainan aksi hybrid MMORPG yang percuma.

Soulframe nampaknya digayakan dalam rupa yang lebih mistik, spiritual dan juga fantasi jiga dibandingkan dengan Warfrmae. Update untuk Warframe dijangka perlahan sedikit kerana pasukan developer akan mula memeberi tumpuan kepada projek baru mereka. Soulframe akan dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan juga PC tetapi tarikh keluarannya tidak lagi ditetapkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/soulframe-permainan-baru-daripada-pembuat-warframe"} {"title": "Nintendo Switch Online Belum Lagi Setaraf Dengan PlayStation Plus Dan Xbox Game Pass", "body": "

Berbanding dengan PlayStation dan Xbox, Nintendo tidak pernah popular untuk perkhidmatan langganan atas talian mereka. Perkhidmatan Nintendo Switch Online tidak setanding dengan PlayStation Plus dan Xbox Game Pass. Nintendo mempunyai model langganan yang berbeza untuk sistem permainan mereka. Langganan Nintendo Switch Online hanya membenarkan anda bermain permainan lama daripada sistem permainan lama mereka.

Tetapi baru-baru ini, nampaknya Nintendo mula mengikuti model langgaran PlayStation dan Xbox dengan Nintendo Switch Online Game Trials mereka. Permainan parti ketiga yang termasuk dalam Game Trials ini adalah Dead Cells, Stardew Valley, The World Ends With You dan MLB: The Show 22.

Walaupun dengan Free Trials ini, Nintendo masih tidak setanding dengan pilihan permainan video yang lebih baharu yang tidak mahal.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nintendo-switch-online-belum-lagi-setaraf-dengan-playstation-plus-dan-xbox-game-pass"} {"title": "Pemain Filipina Pertama Di MPL MY Dibawah Team SMG", "body": "

Pemain esports daripada Filipina mempunyai reputasi yang hebat dalam pemain mobile seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile. Oleh itu, kedatangan Jaylord Gonzales atau lebih dikenali sebagai Hate ke industri Malaysia menjadi berita hangat terkini.

Ura-ura kemasukan Hate ke pasukan SMG yang bertapak di Malaysia telah dibuktikan benar apabila Team SMG mengeluarkan poster line up pemain mereka untuk MPL MY Musim Kesepuluh.\u00a0

Bekas pemain ONIC PH ini telah menurut serta dalam kemenangan pasukannya sebagai naib johan untuk M3 World Championship. Bersama beliau, barisan pemain dibawah Team SMG yang akan bertanding adalah seperti yang disenaraikan:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-filipina-pertama-di-mpl-my-dibawah-team-smg"} {"title": "TODAK Lengkapkan Barisan Pemain Untuk MPL MY S10 Dengan Jungler Baru", "body": "

Pasukan TODAK kembali ke MPL MY untuk mempertahankan takhta setelah mengangkat piala kejuaraan Musim Kesembilan dan Keenam. Kali ini, mereka mempunyai pemain baru yang akan memegang posisi Jungle iaitu Rival atau nama sebenarnya Alif Ikmal.\u00a0\u00a0\u00a0

Akaun Instagram TODAK telah memperkenalkan beliau sebagai pemain terakhir yang akan mengisi line up untuk MPL MY Musim Kesepuluh dalam keluaran poster mereka baru-baru ini. Menurut kaption TODAK, beliau bermain Jungle sebagai pengganti Ciku yang akan bermain di posisi Gold Laner nanti.\u00a0

Selain daripadanya, pemain regular TODAK seperti 4Meyz, Moon, Yums, Momo dan Cikgu akan kekal berjuang untuk kemenangan akan datang. Dengan penambahan ini, semoga semangat dan usaha TODAK berkekalan untuk MPL MY musim ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-lengkapkan-barisan-pemain-untuk-mpl-my-s10-dengan-jungler-baru"} {"title": "Team Caracal Bawa Masuk Syno Untuk MPL MY S10", "body": "

Pasukan Caracal telah mengeluarkan poster barisan pemain yang akan menyertai MPL MY Musim Kesepuluh nanti. Divisi ini akan diketuai seorang pemain veteran iaitu Syno yang akan kembali bermain dalam siri MPL sebagai EXP Laner.

Beliau merupakan bekas pemain Anbu X Gaming dan RSG MY. Selain itu, beliau juga telah menyertai banyak kejohanan profesional seperti liga semi profesional (MSPC) dan MPL MY Musim Ketujuh.\u00a0

Anak-anak buah Syno terdiri daripada pemain seperti BadBoyy sebagai Midlaner, Meanzal berposisi Roamer dan Rash sebagai EXP Laner. Zenn iaitu seorang bekas pemain Suhaz Esports pula akan bermain sebagai Goldlaner.\u00a0

Tambahan pula, Koken iaitu Jungler berbakat dari pasukan The Madness Gaming telah dipinjamkan ke Team Caracal baru-baru ini untuk bertanding di MPL MY Musim Kesepuluh.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-caracal-bawa-masuk-syno-untuk-mpl-my-s10"} {"title": "Live Action YuYu Hakusho Akan Ditayang di Netflix", "body": "

Sebelum ini, kita pernah mendengar bahawa anime YuYu Hakusho bakal diadaptasikan ke dalam filem live action. Baru-baru ini, Netflix anime telah mengesahkan perkara tersebut dimana mereka memuat naik posting berkenaan dengan YuYu Hakusho live action yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dalam posting yang dimuat naik, mereka mendedahkan tiga watak utama iaitu Yusuke Urameshi, Kurama dan Hiei.

unveiling the cast of the live-action Yu Yu Hakusho over the next few days! stay tuned to this thread pic.twitter.com/2LUzsDhM3r

\u2014 Netflix Anime (@NetflixAnime) July 16, 2022

Untuk ketiga watak ini, antara pelakon yang akan membawanya adalah Takumi Kitamura sebagai Yusuke Urameshi, Jun Shison sebagai Kurama, dan Kanata Hongo sebagai Hiei. Ketiga-tiga barisan pelakon yang diumumkan ini sememangnya mempunyai bakat besar. Mereka juga pernah membintangi beberapa filem Jepun sebelum ini. Untuk adaptasi kali ini, Robot Communication telah diberi tanggungjawab sebagai pihak produksi.

Pada pendapat kami, filem ini pastinya dihasilkan dengan kualiti yang baik kerana pihak yang terlibat merupakan pihak yang berpengalaman. YuYu Hakusho pada asalnya merupakan manga hasil ciptaan Yoshihiro Togashi yang diterbitkan pada tahun 1990. Pada tahun 1992 hingga 1994, manga ini telah di adaptasikan ke dalam animasi tv. Untuk filem ini, ia bakal ditayangkan di Netflix pada Disember 2023. Sama-sama kita nantikan trailer yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/live-action-yuyu-hakusho-akan-ditayang-di-netflix"} {"title": "RSG MY Menyambut Kedatangan HYHY", "body": "

HYHY atau nama sebenarnya Muhammad Redzuwan Bin Rosli telah diumumkan sebagai pemain EXP Laner baru buat RSG Malaysia.\u00a0

Kebelakangan ini, mereka telah memuat naik poster dan video dimana Lexia telah menyambut kedatangan HYHY ke content house mereka di laman Instagram RSG.\u00a0

HYHY merupakan bekas kapten buat pasukan Suhaz Esports dan penah bermain sebagai offlaner mereka. Beliau juga pernah berkongsi tips buat penyokong Suhaz Esports untuk menguatkan posisi offlaner di laman Instagram mereka.\u00a0

Selain daripada HYHY, RSG Malaysia juga mengeluarkan satu lagi poster yang mengusik kedatangan pemain baru. Hint yang diberikan oleh admin adalah 6 jari dan watak One Piece iaitu Luffy.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-my-menyambut-kedatangan-hyhy"} {"title": "V Gaming Johan AIC 2022", "body": "

Baru-baru ini, gelaran johan bagi Arena of Valor International Championship (AIC 2022) telah dimenangi oleh V Gaming iaitu pasukan daripada Vietnam.\u00a0

Kejohanan ini yang merupakan kolaborasi antara Garena dan Level Infinite telah disertai oleh 16 pasukan daripada 10 wilayah yang bertanding untuk memenangi wang tunai yang berjumlah $2,000,000 USD.\u00a0

Perjalanan pasukan V Gaming di kejohanan ini bukanlah mudah terutama sekali apabila disekat buat kali pertama di peringkat Semi Finals. Dengan skor 1-4, mereka telah dikalahkan oleh pasukan ONE.

Namun, mereka kekal berusaha untuk mendapat kedudukan di Grand Finals dan telah berpeluang untuk bersemuka dengan pasukan ONE buat kali kedua. Tambahan pula, mereka berjaya meraih kemenangan AIC 2022 setelah mengalahkan ONE dengan skor 4-1 pada peringkat Grand Finals.

Salah seorang pemainnya iaitu Maris juga digelar MVP buat AIC 2022 serta membawa pulang wang tunai sebanyak $30,000 USD. Tahniah buat semua pasukan yang terlibat dan pasukan V Gaming atas kemenangan mereka.

Buat pengetahuan pembaca, Area of Valor akan mengadakan sambutan Festival Hari AoV: Dimension EDM bermula 10 Julai 2022. Pemain juga berpeluang untuk mendapat ganjaran dalam permainan apabila login pada 24 Julai 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/v-gaming-johan-aic-2022"} {"title": "Jump Fest Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi", "body": "

Kepada penggemar anime, anda pasti mengetahui tentang Jump Fest. Jump Fest merupakan pesta tahunan yang diadakan di Jepun. Pesta ini adalah berkenaan dengan anime dan manga yang mendapat tajaan daripada Shueisha, iaitu penerbit kepada anak-anak syarikatnya seperti Weekly Sh\u014dnen Jump, Jump Square, V Jump, Saiky\u014d Jump and Sh\u014dnen Jump+.

Shueisha secara rasmi telah mendedahkan tarikh konvensyen Jump Festa mereka yang seterusnya akan datang pada akhir tahun ini!\u00a0 Musim panas ini mungkin semakin hangat dengan satu demi satu konvensyen utama (masing-masing nampaknya mempunyai pengumuman besar-besaran tersendiri untuk dinikmati peminat), tetapi ia jauh daripada satu-satunya musim konvensyen yang perlu diperhatikan oleh peminat anime dan manga.\u00a0 Shueisha memilih untuk meraikan setiap projek mereka setiap tahun pada konvensyen akhir tahun yang istimewa di mana mereka bukan sahaja menggembar-gemburkan karya mereka yang sedang berjalan, tetapi juga menggugurkan beberapa usikan utama untuk perkara yang akan datang pada masa hadapan.

Memandangkan Shueisha sibuk pada tahun 2022 setakat tahun-tahun sebelumnya, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan dengan lompatan Festa 2023 akhir tahun ini.\u00a0 Kini peminat mempunyai idea yang lebih baik tentang bila ia akan berakhir kerana Shueisha telah mengumumkan secara rasmi bahawa Jump Festa 2023 akan berlangsung di Jepun pada 17-18 Disember.\u00a0 Masih belum ada sebarang butiran yang didedahkan tentang apa yang peminat boleh jangkakan untuk melihat pada konvensyen besar tahun ini, tetapi ia juga telah disahkan bahawa ia akan berada dalam talian dan secara peribadi sama seperti peminat tahun lepas.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jump-fest-bakal-berlangsung-tidak-lama-lagi"} {"title": "Skin Bertema Anime Akan Datang Ke Apex Legends", "body": "

Sebelum ini, Apex Legends tidak pernah melakukan kolaborasi besar seperti Fortnite. Namun baru-baru ini, Respawn Entertainment telah mengumumkan kolaborasi terbaru mereka untuk Apex Legends di akaun Twitter rasmi mereka.

Get ready for something electrifying \u26a1 the Gaiden Event is coming to Apex Legends on July 19th.

\ud83d\udc49 https://t.co/2sQVxW8e3R pic.twitter.com/Z6V0bnjDOB

\u2014 Apex Legends (@PlayApex) July 14, 2022

Mereka telah membuat pengumuman ini sekali dengan tarikh dan gambar teaser. Gambar tersebut menunjukkan beberapa legend sebagai watak anime. Antaranya adalah Octane sebagai Monkey D. Luffy, Watson sebagai Junin dan juga Mirage sebagai Izuku Midoriya. Selain daripada itu, pemain juga boleh menantikan 40 skin bertema untuk kolaborasi ini.

Peminat dan pemain Apex Legends boleh menyertai event Gaiden ini pada 19 Julai hingga 2 Ogos 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/skin-bertema-anime-akan-datang-ke-apex-legends"} {"title": "Team HAQ Perkenalkan Line-Up Untuk PMPL", "body": "

Team HAQ sudah mengesahkan barisan pemain mereka untuk Fall Split dengan keluaran poster di laman Instagram mereka baru-baru ini.\u00a0

Wajah-wajah lama seperti Dams, Hyqul, Boyka dan Zully akan didampingi pemain yang baru seperti Scouter Cmper dan Damqt yang berposisi Fragger. Di kaption mereka, campuran roaster yang terdiri daripada pemain lama dan juga baru ini diyakini untuk menyasar pingat johan bagi liga nanti.\u00a0

Tambahan pula, kedatangan jurulatih baru divisi PUBG Mobile ini iaitu Coach Savior mendatangkan banyak ekspetasi untuk prestasi Team HAQ akan datang.\u00a0

Saksikan mereka dalam permainan melalui siaran langsung di Youtube PUBG Mobile Malaysia bermula 20 Julai nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-perkenalkan-line-up-untuk-pmpl"} {"title": "CRIT Esports MY Memperkenalkan Barisan Pemain", "body": "

Penubuhan pasukan CRIT Esports di Malaysia merupakan peluang yang baik bagi Malaysia untuk terus memajukan industri esports. Walaupun masih baru, mereka sudah bersiap sedia untuk PMPL Musim Keenam dengan keluaran poster roaster mereka.

Mereka telah memperkenalkan barisan pemain mereka yang terdiri daripada nama terkenal industri seperti Yakuza XGaming. Beliau akan kembali bermain dalam liga profesional sebagai IGL atau Support setelah peninggalannya daripada EVOS VIP.\u00a0\u00a0

Selain itu, terdapat pemain seperti InSomnus sebagai IGL atau Fragger. Posisi Fragger juga diisi oleh XSAMZ Gaming dan Razor XGaming. Di samping itu, Bebeng Gaming akan bermain sebagai Support dan KYN sebagai Super Sub.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/crit-esports-my-memperkenalkan-barisan-pemain"} {"title": "ONIC PH Memulakan Perjalanan Dengan Barisan Pemain Baru", "body": "

ONIC PH telah memperkenalkan barisan pemain baru divisi MLBB mereka dengan keluaran poster roaster melalui Instagram. Nampaknya, mereka masih teguh bersiap sedia untuk MPL PH Musim Kesepuluh walaupun dikejutkan berita pemergian kebanyakan pemain lama mereka.

Rombakan besar telah berlaku setelah pemergian pemain-pemain seperti Kairi, Marky, Balor, Dlar dan akhirnya Hatred. Buat masa sekarang, hanya Ryota yang kekal bersama ONIC PH.\u00a0

Namun begitu, pengenalan pemain baru mereka juga terdiri daripada pemain yang hebat seperti Choox, SUPER FRINCE, Netskie, Der, Sensui, Kakedot dan Rapidoot. Tambahan pula, mereka juga akan diurus oleh jurulatih baru iaitu Coach Bluffzy dan Coach Jeff.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/onic-ph-memulakan-perjalanan-dengan-barisan-pemain-baru"} {"title": "Feekz Meninggalkan Geek Fam", "body": "

Baru-baru ini, Geek Fam telah mengeluarkan video penghargaan bagi pemergian Feekz atau King Of Toxic daripada pasukan mereka. Mereka telah mengucapkan terima kasih kepada beliau atas semangat dan personalitinya yang menghiburkan hati.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

Amirul \u2018Feekz\u2019 Shafiq Mohd Amir merupakan pemain profesional dibawah divisi Mobile Legends Geek Fam seawal 2018. Walaupun beliau sudah tidak lagi bermain dalam MPL setelah kemenangannya dalam musim ketiga, popularitinya masih berkekalan.

Kini, beliau masih melakukan stream di Facebook Gaming dan sikapnya yang terbuka telah menarik perhatian 378k pengikut. Geek Fam juga telah mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau serta mendoakan perjumpaan akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/feekz-meninggalkan-geek-fam"} {"title": "CEO TSM Disaman Oleh Riot", "body": "

CEO TSM iaitu Andy Dinh atau lebih dikenali sebagai Reginald telah didenda atas salah laku pembulian dan penderaan lisan atas pemain dan staf TSM. Baru-baru ini, Riot Games telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut di laman web mereka.\u00a0

Pada November 2021, seorang bekas pemain TSM telah mendakwa kelakuan Dinh yang membawa stress mental dan perasaan malu kepada pemain dan staf dengan kata-katanya. Siasatan yang dilakukan oleh liga telah mengesahkan perbuatan ini sebagai sah.

Oleh itu, Riot Games telah meletakkan denda sebanyak RM 300,000 serta latihan mandatori bagi pemahaman sensitiviti dan eksekutif kepada Dinh. TSM juga akan meletakkan Dinh dalam pemantauan selama 2 tahun bagi kegiatannya dalam Riot.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ceo-tsm-disaman-oleh-riot"} {"title": "Beta Terbuka MultiVersus Bakal Tiba Tidak Lama Lagi", "body": "

Baru-baru ini, Player First Games telah mengumumkan bahawa permainan MultiVersus akan mempunyai akses awal dan juga beta terbuka tidak lama lagi. MultiVersus ialah permainan aksi percuma yang menyerupai Super Smash Bros. ataupun Brawlhalla.

MultiVersus merangkumi banyak watak yang berbeza dari Warner Bros. Antaranya adalah Batman, Finn & Jake, Superman, Steven Universe, Wonder Woman, Tom & Jerry, Shaggy, Harley Quinn dan banyak-banyak lagi. Permian boleh berlawan dengan orang lain di Batcave, Adventure Time\u2019s Tree Fort, Scooby\u2019s Haunted Mansion dan lain-lain.

Akses awal akan diadakan pada 19 Julai dan ia tersedia untuk sesiapa yang ada di dalam senarai alpha tertutup. Akses awal juga akan diberikan kepada streamer Twitch dan juga content creator. Peminat boleh mendapat akses awal untuk MultiVersus dengan mendapatkannya dari Twitch drops. Selain itu, peminat juga boleh mengakses beta terbuka pada 26 Julai. Beta terbuka tersedia untuk semua orang memuat turun dan bermain permainan MultiVersus secara percuma.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/beta-terbuka-multiversus-bakal-tiba-tidak-lama-lagi"} {"title": "PMPL MYSGPH Fall 2022 Semakin Hampir Dengan Update Terbaru", "body": "

Peminat dan pemain PUBG Mobile semestinya semakin bersemangat dengan ketibaan PMPL Fall 2022 yang semakin hampir. Saksikan pasukan-pasukan hebat daripada Malaysia, Singapura dan Filipina bertanding bermula 20 Julai sehingga 28 Ogos 2022 untuk menangi takhta raja SEA.

Buat musim ini, terdapat penambahan baru pada peta pertarungan iaitu peta Livik yang akan ditambah dalam senarai peta kebiasaan seperti Erangel, Miramar dan Sanhok. Peta kecil yang sekadar saiz 2x2km ini adalah lokasi pertarungan buat pusingan terakhir bagi 12 pasukan teratas pada setiap minggu.

Buat pengetahuan pembaca, liga 5 minggu ini akan mempunyai 2 minggu kekangan bagi memberi ruang untuk PMWI 2022 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Selain itu, pihak PUBG Mobile juga telah mengeluarkan jadual pembahagian kumpulan seperti yang tertera dibawah:

Mari memberi sokongan padu kepada pasukan tanah air yang terdiri daripada nama-nama tempatan seperti HomeBois, Team Secret, Team HAQ, Geek Fam dan pelbagai lagi melalui siaran langsungnya di Youtube PUBG Mobile Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmpl-mysgph-fall-2022-semakin-hampir-dengan-update-terbaru"} {"title": "RRQ Menjemput Kedatangan Pemain Baru Dari Filipina", "body": "

Baru-baru ini, Pasukan Rex Regum Qeon atau RRQ telah memuat naik poster yang menyambut kedatangan dua pemain daripada Philippines bagi divisi Valorant mereka. Pemain yang dijemput masuk ke dalam pasukan Indonesia ini ialah RRQ Kevzii dan RRQ emman.

Kedua-dua pemain ini ditambah selepas pemergian Rabbet dan Flash setelah tamatnya VCT APAC Stage 2 Challengers. Sebelum ini, Emman pernah bermain untuk pasukan seperti Nigma Galaxy dan Action PH.

Manakala, Kevzii merupakan bekas pemain NAOS Esports yang pernah menurut serta dalam kemenangan NAOS buat kejohanan seperti Predator Esports Circuit dan Predator Kings of PH.

RRQ juga mengharapkan penambahan kuasa pemain baru ini dapat memajukan prestasi serta menguatkan pasukannya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-menjemput-kedatangan-pemain-baru-dari-filipina"} {"title": "Sony Anggarkan Sebanyak 14.8 Juta Unit PS5 Terjual Hingga Mac 2022!", "body": "

Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, Ketua Pegawai Kewangan Sony, Hiroki Totoki telah menyatakan bahawa mereka menjangkakan permintaan terhadap Playstation 5 akan meningkat sehingga tahun hadapan. Pihak Sony juga kemungkinan tidak dapat memenuhi semua permintaan kerana kekurangan daripada alat komponen.

Menurut mereka, walaupun pengeluaran alat komponen dan konsol akan ditingkatkan pada tahun hadapan, pengeluaran tersebut masih tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan. Berdasarkan sesi perbincangan tertutup yang dilakukan selepas pengumuman prestasi kewangan Sony, mereka mengumumkan bahawa setakat Mac 2021, PS5 telah terjual sebanyak 7.8 juta unit.

Pihak Sony juga menjangkakan sebanyak 14.8 juta unit akan terjual sehingga Mac 2022. Dalam pada itu, Sony turut mengemaskini konsol bagi mengatasi masalah kekurangan alat komponen. Mereka akan menggantikan cip 7nm kepada 6nm bagi memastikan kecukupan alat komponen.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sony-anggarkan-sebanyak-14-8-juta-unit-ps5-terjual-hingga-mac-2022"} {"title": "MK K-Clique Duta PUBG Mobile!", "body": "

Jika sebelum ini salah seorang pelakon filem terkenal tanah air iaitu Zizan Razak diambil sebagai duta Free Fire, hari ini penyanyi Rap terkenal tanah air iaitu MK dari kumpulan K-Clique pula diambil sebagai duta untuk PUBG Mobile. Hal ini dimaklumkan sendiri oleh pihak PUBG Mobile menerusi laman instagram mereka.

\u201cSertai kami untuk meraikan kemunculan MK di PUBG MOBILE sebagai Brand Ambassador untuk Malaysia,\u201d kata pihak PUBG Mobile.\u00a0

Difahamkan juga bahawa MK akan bekerjasama dengan Warner Music Malaysia dalam menghasilkan dua buah lagi khas PUBG Mobile sebagai lagu tema untuk kejohanan pada tahun ini.

Selain itu, MK turut berasa teruja kerana diberi peluang untuk menjadi duta kepada permainan video popular ini. \u201cMK teruja untuk menjadi salah seorang keluarga PUBG Mobile Malaysia. MK tidak sabar untuk bermain di medan perang untuk mendapatkan Chicken Dinner bersama anda semua,\u201d kata MK.\u00a0

Terdapat juga pelbagai kandungan berkenaan dengan MK dalam permainan antaranya ialah kostum MK, watak, pek suara, muzik di lobi dan pelbagai lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mk-k-clique-duta-pubg-mobile"} {"title": "CSGO: NAVI Juara Dreamhack Master Spring 2021", "body": "

Baru-baru ini telah berlangsung kejohanan Dreamhack Master Spring 2021. Kejohanan liga Eropah ini mempunyai 16 pasukan yang bertanding. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah $100,000 manakala pasukan terakhir turut mendapat wang tunai sebanyak $4,000.

Setelah berlangsungnya kejohanan ini, pasukan Natus Vincere (NAVI) telah dinobat sebagai juara dan sekali gus membawa wang tunai sebanyak $100,000 (RM400,000). NAVI dinobatkan sebagai juara apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan Gambit Esport dengan mata kemenangan 3-0.

Walau bagaimanapun, pasukan Gambit Esport berjaya menghabiskan perlawanan dengan kedudukan di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah $42,000 (RM170,000). Oleksandr (s1mple) dari pasukan NAVI turut dinobatkan sebagai pemain terbaik (MVP) sepanjang kejohanan berlangsung. Untuk para peminat CSGO, anda boleh melihat perlawanan ini di Youtube.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/csgo-navi-juara-dreamhack-master-spring-2021"} {"title": "eRimau Di Kedudukan 2 Terbaik Dunia!", "body": "

Baru-baru ini, skuad eRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya menduduki di tempat kedua terbaik dunia dalam Ranking FIFAe Nations 2021. eRimau berada di kedudukan tempat kedua dengan kutipan mata sebanyak 664.29 manakala Uruguay 660 mata di tempat ketiga.

Setakat ini, Brazil merupakan negara yang memegang Ranking no.1 FIFAe Nations 2021 dengan mata sebanyak 720. eRimau masih mempunyai harapan untuk merebut tahta no.1 terbaik dunia. Skuad eRimau yang terdiri daripada Luqman Haziq dan Ahmad Akmal sememangnya merupakan harapan negara.\u00a0

Duo ini mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam permainan FIFAe. Hal ini telah dibuktikan ketika kelayakan Online Asia dan Oceania 2021 tempoh hari yang berjaya membawa mereka layak ke Piala FIFAe Nations 2021 di Copenhagen, Denmark pada 20-22 Ogos nanti.

Dalam kejohanan tempoh hari, Ahmad Akmal Abdul Rafil berjaya mencatatkan jaringan gol terbanyak iaitu dengan 28 gol. Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk diri beliau.\u00a0

Syabas Skuad eRimau! Teruskan usaha dan bawa Jalur Gemilang kita ke Denmark menjelang Ogos nanti! Let\u2019s go!! https://t.co/ov7m1sMVp8

\u2014 Reezal Merican (@reezal_merican) May 2, 2021

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Reezal Merican turut mengucapkan tahniah buat squad eRimau. \u201cSyabas Skuad eRimau! Teruskan usaha dan bawa Jalur Gemilang kita ke Denmark menjelang Ogos nanti! Let\u2019s go!\u201d kata Reezal dalam satu ciapan di Twitternya.

Ayuh berikan sokongan kita terhadap skuad eRimau pada 20-22 Ogos nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/erimau-di-kedudukan-2-terbaik-dunia"} {"title": "EVOS SG Juara MPL SG Musim Pertama!", "body": "

Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan akhir MPL SG musim pertama dimana pasukan EVOS SG telah menentang pasukan RSG SG. Selepas kemenangan Evos Legends dalam MPL ID tempoh hari, kini tiba pula giliran EVOS SG dinobatkan sebagai juara dalam MPL SG musim pertama. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah SGD$30,000 (RM93,000).

Dalam perlawanan semalam, EVOS SG telah mendapatkan kemenangan besar dimana mereka berjaya menewaskan pasukan RSG SG dengan mata kemenangan 3-0. Sememangnya kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang berpengalaman. Mereka telah bermain di MPL sejak dari awal musim lagi. Namun dengan kekuatan meta dan juga kekuatan pemain, EVOS SG berjaya menamatkan perlawanan dengan sangat baik.

Antara pemain yang mendapat gelaran MVP semalam ialah \u2018Pokemon\u2019 dari EVOS SG manakala pemain MVP pada musim liga jatuh kepada \u2018Potato\u2019. Untuk \u2018girl\u2019 pula berjaya mendapat gelaran sebagai pemain Rookie terbaik. Perjuangan EVOS SG dan RSG SG masih belum selesai. Kedua pasukan ini akan layak ke Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) yang akan diadakan secara dalam talian pada 8 Jun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-sg-juara-mpl-sg-musim-pertama"} {"title": "Battlegrounds Mobile India - PUBG Mobile Versi India!", "body": "

India telah membenarkan permainan video PUBG Mobile dimainkan di negara mereka. Akan tetapi, mereka menukarkannya kepada Battlegrounds Mobile India. Hal ini berlaku disebabkan oleh India yang mengharamkan PUBG Mobile di negara mereka atas alasan keselamatan dan privasi data pemain tempoh hari.

Oleh disebabkan itu, India membuat keputusan untuk mewujudkan Battlegrounds Mobile India bagi menggantikan PUBG Mobile. Krafton juga menyatakan bahawa mereka akan mencari penerbit tempatan untuk menyelia Battlegrounds Mobile India. Seperti yang anda tahu bahawa penyelia utama PUBG Mobile ialah Tencent.

Battlegrounds Mobile India juga dikatakan menawarkan kualiti permainan yang bertaraf dunia untuk Mobile. Mereka akan membuat pelbagai acara sendiri serta ekosistem e-sukan tersendiri dengan penganjuran kejohanan dan juga liga.\u00a0

Bagi menyelesaikan isu yang dihadapi seperti PUBG Mobile, Krafton menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan keselamatan dan juga privasi data pemain.\u00a0

Mereka juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak tempatan bagi mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh India. Perkara ini telah terjadi sebelum ini dimana negara China juga telah menukarkan PUBG Mobile kepada Peacekeeper Elite/Game for Peace,

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battlegrounds-mobile-india-pubg-mobile-versi-india"} {"title": "ONE Esports & Moonton Bekerjasama Untuk MPL Invitational Tahun Ini!", "body": "

Baru-baru ini, ONE Esports dengan rasminya mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan syarikat Moonton dalam mengembalikan kejohanan MPL Invitational 2021.\u00a0

Kejohanan ini akan menampilkan pasukan-pasukan terbaik daripada Asia Tenggara dalam merebut hadiah wang tunai sebanyak US$100,000 (RM400,000).

\u201cSaya merasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan pihak Moonton sekali lagi dan ini juga adalah untuk memberi satu pengalaman baru buat peminat MLBB di seluruh dunia. MPL Invitational dan kejohanan-kejohanan yang akan datang merupakan satu peluang terbaik untuk para pemain menonjolkan bakat mereka. ONE Esports akan sentiasa menyokong permainan MLBB dan kami juga berharap dapat melahirkan juara-juara baru dalam setiap kejohanan,\u201d kata Carlos Alimurung, CEO ONE Esports.

\u201cKami berharap kerjasama antara kami dengan ONE Esports dapat memberi satu pengalaman menarik buat para pemain dan juga peminat. Kerjasama ini juga adalah untuk membantu meningkatkan MPL di satu tahap yang lebih baik serta membuka peluang yang lebih besar buat komuniti kami,\u201d kata Lucas Mao, Pengarah Pengurusan Global Esports Moonton.\u00a0

MPL Invitational dijangkakan akan berlangsung pada hujung tahun ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke laman web rasmi ONE Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-esports-moonton-bekerjasama-untuk-mpl-invitational-tahun-ini"} {"title": "Call of Duty Mobile Catat 500 Juta Jumlah Muat Turun!", "body": "

Pada minggu ini, Call of Duty Mobile telah mencatatkan 500 juta jumlah yang dimuat turun oleh pengguna. Perkara ini turut dimaklumkan di instagram Call of Duty Mobile. \u201c500 Million Downloads! Thank you all so much for the support!,\u201d tulis mereka.\u00a0

Pihak Call of Duty turut memberitahu supaya semak mail in-game anda bagi menebus hadiah. Call of Duty Mobile juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti, para pemain dan penyokong. Tanpa mereka Call of Duty Mobile tidak akan capai di tahap ini.

Call of Duty Mobile yang dibangunkan oleh Garena sememangnya mendapat sambutan ramai. Jika dibanding dengan permainan Call of Duty Warzone, jumlah muat turun mereka hanya mencatatkan 100 juta pada bulan lepas.\u00a0

Oleh itu, pihak Call of Duty Mobile berasa teruja atas sambutan yang diberikan. Mereka juga akan memberi jaminan bahawa kandungan baru untuk game ini akan sentiasa dinaik taraf bagi memberi kepuasan kepada pengguna.

Sempena dengan 500 juta pencapaian, Call of Duty Mobile akan memberikan ganjaran iaitu para pemain akan menerima karakter unik seperti Outrider dan Special Ops. Pemain juga akan menerima Assault Rifle AK47.\u00a0

Ganjaran ini akan diterima oleh pemain di dalam Radio Current Crate yang akan dihantar ke in-game mail secara percuma. Untuk maklumat dan perkembangan seterusnya anda boleh terus pergi ke website atau media sosial Call of Duty Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-catat-500-juta-jumlah-muat-turun"} {"title": "Kejohanan Maggi Hot Cup Kembali! Bermain Wild Rift Bersama Fattahzie & Biu Biu!", "body": "

Baru-baru MyGameOn telah melaporkan yang Maggi telah mengumumkan bahawa Maggi Hot Cup akan menjadi penaja rasmi untuk Liga Profesional League of Legends: Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas dan Musim Luruh.\u00a0

Kerjasama antara Maggi Hot Cup dengan ESL Malaysia kali ini memberikan tumpuan kepada permainan video League of Legends: Wild Rift.\u00a0

Menurut Geetha K. Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan di Maggi Malaysia, sebagai jenama nombor satu di pasaran mi segera Malaysia, Maggi mahu kekal relevan dalam golongan muda zaman kini melalui pelbagai aliran termasuk gaming.

Para pemain boleh menyertai kejohanan ini secara percuma dan berpeluang untuk bermain Wild Rift bersama Fattahzie dan Biu Biu.\u00a0

Pemenang SEA ICON Series akan melayakkan diri ke Super Cups dan berlawan dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia Tenggara. Berikut merupakan tarikh pusingan kelayakan yang akan berlangsung pada:\u00a0

Setiap pemenang pusingan kelayakan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan bermain di Influencer Showdown bersama Fattahzie dan Biu Biu. Influencer Showdown ini akan berlangsung semasa Playoffs ESL Mobile Open.\u00a0

Maggi turut mengadakan pencarian bakat pengulas baharu pada 8 Mei ini bagi menambahkan lagi pengulas tempatan untuk pertandingan yang akan datang. Untuk maklumat lanjut sila layari facebook Maggi dan ikuti ESL Malaysia di Facebook dan Instagram. Siaran langsung akan diadakan di laman Facebook, Twitch, dan YouTube ESL Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-maggi-hot-cup-kembali-bermain-wild-rift-bersama-fattahzie-biu-biu"} {"title": "Pra-Tempah Ratchet & Clank: Rift Sekarang!", "body": "

Baru-baru ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa siri permainan terbaharu Ratchet & Clank iaitu Ratchet & Clank: Rift oleh Imsoniac Games boleh di pra-tempah sebelum pelancaran rasminya pada 11 Jun ini.

Permainan ini boleh di pra-tempah bermula dengan harga RM299 sehingga RM399. Untuk edisi fizikal dan digital, harga yang ditawarkan ialah RM299. Manakala untuk edisi Digital Deluxe, harga yang ditawarkan ialah RM399.

Kepada yang membuat pra-tempah, mereka akan diberikan kod secara awal. Untuk edisi standard fizikal, pemain akan menerima Pixelizer Weapon, set Carbonox Armour dan set magnet (Selagi ada stok).\u00a0

Untuk edisi standard digital pula, pemain akan menerima Pixelizer Weapon dan set Carbonox Armour. Bagi yang membuat pra-tempah untuk edisi Digital Deluxe, pemain akan menerima Pixelizer Weapon, set Carbonox Armour, 5 Armor tambahan, pek stiker untuk mod foto, 20 Raritanium, soundtrack digital, dan buku seni digital.

Sesi pra-tempahan boleh dilakukan melalui pengedar rasmi PlayStation untuk versi fizikal dan PS Store untuk versi digital.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pra-tempah-ratchet-clank-rift-sekarang"} {"title": "Wolfpack Arctic Indonesia Juara Apex Legends SEA!", "body": "

Baru-baru ini, Wolfpack Arctic telah dinobatkan sebagai juara GLL Masters Spring 2021. Kemenangan ini secara tidak langsung akan membawa pasukan Wolfpack Arctic bertanding di Apex Legends Global Series Championship 2021.

Pada grand final GLL Masters Spring 2021 tempoh hari, terdapat 16 pusingan perlawanan yang dibahagikan kepada 2 hari. Untuk hari pertama, Wolfpack Arctic telah mendominasi perlawanan dimana mereka meninggalkan pasukan lain dengan 56 mata di hadapan.\u00a0

Pada hari kedua, pasukan DireWolve (Australia) hampir mengejar mata pasukan W. Arctic dengan hanya perbezaan 26 mata. Namun, pada pusingan ke-15, W. Arctic berjaya mendapatkan Champion dan secara tidak langsung mereka berada di tempat yang pertama. Untuk Wolfpack Shadow, mereka juga telah menamatkan perlawanan di tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

Wolfpack Arctic akan bertanding di kejohanan ALGS Championship 2021. Kejohanan ini akan diadakan pada 22 Mei 2021. Wolfpack Arctic kemungkinan akan berjumpa dengan juara-juara dari negara lain seperti Team Solo Mid (North America), T1 (APAC North), Avangard (Europe), Paradox Esport (South America), dan Flying Camels (Middle East Africa)

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wolfpack-arctic-indonesia-juara-apex-legends-sea"} {"title": "Zizan Razak Duta Free Fire Malaysia!", "body": "

Sempena bulan Ramadhan ini, Free Fire yang dibangunkan oleh Garena menyediakan pelbagai aktiviti dan ganjaran menarik buat para pemain. Menurut mereka, ini adalah bagi menyempurnakan bulan suci ini dengan memperbanyakkan memberi. Garena juga telah melantik pelakon terkenal iaitu Zizan Razak sebagai duta Free Fire.

Menurut Zizan, Beliau merasa bangga kerana menjadi duta Free Fire yang pertama di Malaysia. Sebagai pelakon, beliau mahu mencipta pengalaman yang boleh diingati oleh rakyat Malaysia. Tambahan beliau, Zizan berharap dapat menyertai gelombang e-sukan yang semakin pesat dan membawa Free Fire kepada golongan belia tempatan.

Mulai 6 hingga 16 Mei ini, pemain boleh menebus hadiah secara harian dan berkongsi bersama rakan-rakan dengan memberi serta menerima hadiah antara satu sama lain. Terdapat juga ganjaran istimewa seperti Custom Room Card dan beg galas Verdant Soul yang bertemakan Ramadhan pada 13 Mei ini sahaja.\u00a0

Pemain juga boleh menghitung hari Raya dengan memperolehi bonus log-masuk setiap hari. Antara hadiah bonus log-masuk ialah kad percubaan weapon skin dan watak-watak kegemaran. Untuk setiap perlawanan, pemain akan memperolehi token lemang yang boleh ditukarkan kepada \u2018M82B- Dragon Mob gun skin\u2019 secara percuma sepanjang tempoh acara.\u00a0

Bukan itu sahaja, pemain yang bermain lebih dari 30 minit juga akan diberikan Magic Cube yang boleh ditukarkan kepada custume bundle pilihan mereka.\u00a0

Acara ini turut berlarutan sehingga tiba hari Raya dimana pemain yang berjaya menyelesaikan misi akan memperolehi \u2018Jungle Excursion skyboard\u2019 eksklusif yang membolehkan mereka meluncur di langit dan memasuki medan perang dengan penuh bergaya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/zizan-razak-duta-free-fire-malaysia"} {"title": "Siri Animasi League of Legends Bakal Ditayangkan Di Netflix!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Netflix telah mengeluarkan satu treler berkenaan dengan kemunculan siri animasi League of Legends yang berjudul Arcane. Netflix juga telah memberitahu perkara ini menerusi laman twitter mereka!

Selepas menyiarkan siri animasi Dota 2 iaitu Dragon\u2019s Blood, Netflix kali ini muncul bekerjasama dengan Riot Games dalam menganimasikan permainan video League of Legends. Siri animasi Arcane sebenarnya telah diumumkan sejak dari tahun 2019 lagi oleh Riot Games. Namun disebabkan penularan Covid-19 melanda, siri animasi ini terpaksa ditunda sehingga tahun 2021.

Melalui trailer yang disiarkan, Arcane akan mengisahkan tentang sejarah dua wira LoL iaitu Jinx dan Vi. Mungkin juga akan terdapat watak-watak dari benua Zaun dan Piltover. Siri animasi ini dihasilkan oleh Fortiche Productions yang banyak menghasilkan animasi pendek untuk produk-produk promosi Riot Games termasuk juga vidoe muzik untuk lagu K/DA iaitu POP/STARS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-animasi-league-of-legends-bakal-ditayangkan-di-netflix"} {"title": "Vici Gaming Juara Liga Perfect World Asia S1 2021!", "body": "

Pada minggu lalu, Vici Gaming telah dinobatkan sebagai juara liga Perfect World Asia Season 1 2021 dalam acara CSGO. Mereka berjaya menumpaskan pasukan Tylo dalam grand final dengan mata kemenangan 3-1 iaitu di map Overpass (16-12), Mirage (16-9) dan Vertigo (16-14). Mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 120,000 (AS$30,000).

Antara pemain yang mendapat gelaran MVP ialah Kaze atau nama sebenar andrew Khong. Beliau mencatatkan KDA 30/13/0 dan berjaya mengutip AWP kill tertinggi iaitu 22 kill. Kaze merupakan pemain dari Malaysia dan kejayaan beliau ini secara tidak langsung telah menjadi kebanggaan buat negara.

Dalam sesi temu bual pada hari kemenengan tersebut, Kaze menyatakan bahawa dia dan pasukan akan berlatih setiap hari sehingga hujung minggu. Jika tiada kejohanan barulah mereka akan rehat dalam masa dua hari. Kaze turut menyatakan bahawa suasana bermain secara atas talian kurang dirasai dan dia berharap dapat bermain bersama pasukannya dalam satu bootcamp. Dalam pada itu, Vici Gaming dijangka akan bermain di IEM Cologne, Jerman pada 6-7 Julai nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vici-gaming-juara-liga-perfect-world-asia-s1-2021"} {"title": "X10 Esport Thailand wakil Asia Tenggara di Valorant Master Reykjavik!", "body": "

X10 Esport sekali lagi muncul sebagai juara dalam Valorant Champions Tour Stage 2 Challengers. Mereka sebelum ini telah memenangi VCT Stage 1. Hal ini secara tidak langsung melayakkan pasukan X10 Esport untuk mewakili Asia Tenggara di Valorant Master Reykjavik.

Kemenangan yang diperolehi bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka perlu berhadapan dengan pasukan-pasukan terbaik dari Asia tenggara seperti CBT Gaming (Taiwan), 6045 Pirates (Filipina), dan Paper Rex (Singapura). Namun dengan semangat yang ada, mereka berjaya muncul sebagai juara apabila mereka menumpaskan pasukan FULL SENSE (Thailand) dengan mata kemenangan 3-1 dalam grand final.\u00a0

X10 Esport akan mewakili Asia tenggara dan bertemu dengan pasukan-pasukan yang telah layak seperti pasukan Liquid, Fnatic, Sentinels dan lain-lain. Valorant Master Reykjavik akan diadakan di Reykjavik, Iceland pada 24 hingga 30 May ini. Pasukan dari seluruh dunia akan berentap bagi merebut gelaran juara Valorant Master!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/x10-esport-thailand-wakil-asia-tenggara-di-valorant-master-reykjavik"} {"title": "Selangor E-sport City Dijangka Siap Hujung Tahun Ini.", "body": "

Pada jumaat lalu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai bagi membangunkan Pusat Selangor E-sport City. Pembangunan ini merupakan kerjasama antara Serba Dinamik Group Berhad, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Persatuan Sukan Elektronik Selangor (ESS) dan Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (Unimy).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pusat Selangor E-sports City ini akan tersedia kemudahan e-sukan bertaraf dunia, akademi latihan, inkubator permainan dan hotel bertemakan e-sukan. Beliau juga berkata, \u201cSerba Dinamik juga menyasarkan untuk mengembangkan bakat e-sukan tempatan dengan memanfaatkan infrastruktur bertaraf dunia, program pengembangan bakat dan sistem profil bakat yang dimiliki.\u201d

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, hab e-sukan berkonsepkan Taman Tema Keluarga akan diwujudkan selain menyediakan 'battle arena' mengikut standard antarabangsa dan menjadi tuan rumah bagi pertandingan e-sukan di pelbagai peringkat. Tambahan beliau, \u201cKita juga akan mewujudkan satu muzium atau arkib perkembangan sukan elektronik yang mengumpulkan koleksi game dan konsol dari era 80-an hingga 90-an.\"

Pusat Selangor E-sport City dijangka siap pada hujung tahun ini dan akan mula beroperasi pada awal tahun depan. Kos pembangunan dikatakan bernilai RM10 juta. Pasti ramai yang tak sabar nak tengok E-sport City yang pertama di Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selangor-e-sport-city-dijangka-siap-hujung-tahun-ini"} {"title": "Tealive & McD Tawar Hadiah Menarik Kepada Peminat MLBB!", "body": "

Baru-baru ini, Tealive telah menjalinkan kerjasama dengan Unipin selaku peneraju pembekal kandungan digital. Kerjasama ini dilakukan sempena acara 515 E-Party yang berlangsung di MLBB pada 1 Mei hingga 15 Mei 2021 ini.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, hadiah untuk dimenangi kali ini merupakan 3 Skin Hero eksklusif yang tidak boleh dibeli dengan wang. Anda perlu mengimbas QR Code pada setiap resit pembelian siri minuman Tealive Bang Bang untuk penyertaan. Anda juga boleh mendapatkan minuman Tealive dengan cetakan pembalut cawan edisi khas yang bertemakan 515 E-Party MLBB pada setiap cawangan Tealive di Lembah Klang.

Dalam pada itu, McDelivery turut menawarkan hadiah istimewa kepada para peminat MPL. Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah \u2018Skin\u2019 eksklusif dan \u2018in-game items\u2019 yang bernilai USD 11,000. Peminat hanya perlu menyertai peraduan yang mudah di Instagram McDonald\u2019s dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik. Selain itu, untuk setiap pembelian McDelivery yang bernilai RM 50 keatas, mereka akan dapat 6 Chicken McNuggets percuma dengan memasukkan kod promo \u2018MPLNUGGETS\u2019 sewaktu pembelian.

Bukan itu saja, pemain terbaik Playoffs (Playoffs MVP) juga akan memenangi bekalan McDonald\u2019s selama setahun! Untuk pengulas atau Caster terbaik, mereka akan membawa pulang baucar McDonald\u2019s berjumlah RM1,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tealive-mcd-tawar-hadiah-menarik-kepada-peminat-mlbb"} {"title": "FIFA E-NATIONS CUP Luqman & Akmal Bawa Malaysia Ke Denmark!", "body": "

Baru-baru ini, Luqman Haziq Hajiman dan Ahmad Akmal Abdul Rafil berjaya membawa Malaysia ke peringkat Akhir FIFA e-Nations Cup yang akan diadakan di Copenhagen, Denmark. Hal ini apabila mereka berjaya menduduki di tangga ke-3 dalam peringkat kelayakan Asia & Oceania.

Sebelum menamatkan saingan, Luqman & Akmal berdepan dengan cabaran iaitu menentang pemain dari Jepun, Indonesia, Australia dan Korea. Dalam saingan tersebut, Malaysia telah tewas kepada Indonesia dengan mata 1-2. Walau bagaimanapun, semangat yang ditunjukkan oleh duo dari skuad eRimau ini akhirnya berjaya membawa Malaysia ke peringkat akhir FIFA e-Nations Cup apabila mereka menundukkan Korea dan Australia.

Peringkat akhir FIFA e-Nations Cup akan diadakan pada Ogos ini. Pastinya ramai yang tak sabar untuk melihat jaguh-jaguh FIFA 21 dunia berentap demi mendapatkan gelaran juara. Ayuh berikan sokongan terhadap skuad eRimau yang mewakili negara nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fifa-e-nations-cup-luqman-akmal-bawa-malaysia-ke-denmark"} {"title": "Team Bosskurr & Reborn Esport Tidak Ke Playoff!", "body": "

Semalam merupakan minggu terakhir musim liga MPL MY season 7 sebelum melangkah ke playoff. Daripada 10 pasukan, hanya 8 pasukan yang akan layak ke playoff. Team Bosskurr dan Reborn Esport antara 2 pasukan yang tidak dapat mara ke playoff kerana kutipan mata yang rendah.

Daripada 8 pasukan, 4 pasukan berada di upper bracket manakala 4 pasukan lagi di lower bracket. Antara pasukan yang berada di upper bracket ialah pasukan Todak, RSG, Suhaz Evos dan Orange Esport. Untuk pasukan yang berada di lower bracket ialah pasukan SMG, GEEK FAM, RED Esport dan Homebois.

Playoff akan bermula pada 28 hingga 30 Mei ini. Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara MPL MY S7? Ayuh sama-sama kita nantikan! Juara akan membawa pulang AS$100,00 (RM400,000) dan mendapat slot ke peringkat antarabangsa iaitu M3.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-bosskurr-reborn-esport-tidak-ke-playoff"} {"title": "EVOS Legends Juara MPL ID S7!", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Grand Final MPL ID Season 7. Dua pasukan besar iaitu Evos Legends dan Bigetron Alpha telah berentap bagi merebut gelaran juara season ini. Setelah bertarung dalam 4 pusingan, Evos Legends berjaya menewaskan Bigetron Alpha dengan kemenangan 4-2.

Kembalinya Luminaire dalam pasukan Evos sememangnya memberikan kekuatan baru terhadap pasukan. Kemahiran beliau dalam dunia Mobile Legends sememangnya dikagumi ramai. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemain MVP dalam Grand Finals semalam

Untuk Bigetron Alpha, mereka juga telah mencuba dengan sehabis baik. Mereka berjaya menamatkan MPL S7 di tempat kedua. Keberadaan pemain dari Malaysia iaitu Rippo dalam pasukan Bigetron Alpha juga mendapat pujian ramai. Ini kerana prestasi beliau yang semakin meningkat sepanjang MPL ID S7 berlangsung

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-legends-juara-mpl-id-s7"} {"title": "Menangi Diamond, Limited & Special Skin Dalam Kempen Terbaru Codashop", "body": "

Baru-baru ini, pihak Codashop telah melancarkan kempen terbaru mereka sempena Tahun Baru Cina. Kempen ini khas untuk peminat-peminat permainan video Mobile Legends: Bang Bang yang mana korang boleh memenangi 8,888 Diamond, Limited & Special Skin!

Kempen yang berlangsung sepanjang bulan February ini. Cara nak sertai kempen ini mudah sahaja. Korang cuma perlu top-up Diamond minimum RM20 di Codashop dan hantar penyertaan korang melalui LINK ini. Korang juga boleh top-up menggunakan e-wallet pilihan korang seperti ShopeePay & TnG selain menggunakan credit card ataupun e-banking.\u00a0

Selain dari itu, pihak Codashop juga telah bekerjasama dengan beberapa streamer MLBB terkenal seperti Soloz, Daddy Hood, Makdi, Gemini X, Nessarose dan Ombong yang mana sepanjang bulan ini, mereka akan memberikan hadiah berupa Red Packet Codashop yang bernilai minimum RM8 dan paling tinggi adalah RM88. Red Packet ini nanti korang boleh tebus di Codashop untuk beli in-game currency pilihan korang!

So tunggu apa lagi, top-up sekarang di Codashop dan klik yang kitorang berikan diatas untuk sertai kempen ini secepat mungkin!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/menangi-diamond-limited-special-skin-dalam-kempen-terbaru-codashop"} {"title": "Team SMG Rasmikan Logo Baru", "body": "

Sempena dengan tahun 2022, Team SMG dengan rasminya telah menukarkan logo pasukan mereka. Team SMG merupakan sebuah pasukan esports yang bertapak di Malaysia. Mereka mula dengan sebuah pasukan Mobile Legends pada 2 tahun yang lalu. Kini, terdapat 5 buah pasukan yang berada di bawah naungan SMG.

Antaranya ialah pasukan Mobile Legends, PUBG Mobile dan DOTA 2 di Malaysia. Singapura mereka mempunyai pasukan VALORANT manakala di China mereka mempunyai pasukan Peacekeeper Elite. Logo baru SMG kali ini berbeza dengan sebelumnya. Identiti \u201cTiger Beast\u201d tidak dimasukkan sebaliknya menukarkan kepada huruf \u201cMUG\u201d yang bermaksud \u201cMoving Under Gunfire\u201d.

Walau bagaimana, mereka masih mengekalkan warna signature mereka iaitu orange yang mewakili persabatan dan kebahagiaan. SMG ketika ini sedang bertanding dalam SEA DPC Dota 2 dimana mereka akan bersaing dengan pasukan terkemuka asia seperti T1, BOOM Esports, Fnatic, dan TnC Predator.

Untuk Mobile Legends, Team SMG akan bertanding di MPL MY musim 9 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mampukah Team SMG mengekalkan gelaran juara untuk MPL MY pada musim kali ini? Sama-sama kita nantikan kemunculan Team SMG dengan wajah baru mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-rasmikan-logo-baru"} {"title": "Pok\u00e9mon Unite Championship Series Tawar Prizepool 1 Juta USD", "body": "

Pokemon Unite Championship Series (PUCS) kini kembali. PUCS tahun ini tawarkan hadiah terkumpul sebanyak 1 juta USD. Ini adalah selepas PUCS pertama diadakan iaitu pada tahun lepas menjadi salah sebuah kejohanan yang meriah. PUCS tahun ini akan membawakan pasukan daripada 7 wilayah.

Antara wilayah yang akan menyertai kejohanan ini adalah North America, South America, Europe, Oceania, Japan, South Korea, dan Asia-Pacific. Mereka perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam wilayah masing-masing kerana hanya 2 wakil pasukan teratas dari setiap wilayah saja yang akan mara ke PUCS World Final.\u00a0

Kelayakan terbuka akan bermula pada 19 Februari ini. Ia akan diadakan hingga bulan Jun. PUCS 2022 akan diadakan di London, England. World final akan bermula pada bulan Ogos. Pasukan yang mara ke final juga perlu mengekalkan ahli pasukan mereka. Untuk ketahui tentang jadual perlawanan, terus ke unite.pokemon.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-unite-championship-series-tawar-prizepool-1-juta-usd"} {"title": "Pasukan MIKEY Diban Selamanya Dari MLBB Ecosystem", "body": "

Baru-baru ini pihak Moonton telah menjalankan 1 siasatan terhadap beberapa pasukan dan pemain yang layak ke qualifier MPLMY Season 9 selepas menerima beberapa aduan yang menyatakan ada pemain dan pasukan yang melanggar beberapa peraturan MPL.

Selepas siasatan dijalankan, pihak Moonton telah mengeluarkan kenyataan yang beberapa pemain dan pasukan akan diban dari MPLMY Season 9 dan ada yang akan diban terus dari apa-apa tournament MLBB.

Berikut merupakan kronologi untuk isu ini:

Hukuman yang dikenakan kepada pemain & team yang terlibat:

Sebelum ini juga, MIKEY telah melepaskan slot MPL MY S9 kepada pasukan Axis Esports namun disebabkan isu ini, slot itu telah ditarik semula dari pasukan Axis Esports dan 1 perlawanan semula untuk slot ini diantara pasukan MAB Esports & Team Lemah akan dijalankan secara tertutup untuk memperlihatkan pasukan mana akan sepatutnya mendapat slot terakhir ini. Perlawanan ini akan berjalan pada 13 February 2022 (Ahad).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-mikey-diban-selamanya-dari-mlbb-ecosystem"} {"title": "Squad BEATz - Event Terbaru Dari Free Fire", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena Free Fire telah melancarkan event terbaru mereka yang diberi nama Squad BEATz. Mereka juga telah melancarkan music video terbaru mereka yang berjudul BEATz Penuh Kuasa yang mana boleh ditonton bermula hari ini di Youtube ataupun Spotify.\u00a0

Selain daripada itu, Free Fire juga telah memperkenalkan mode terbaru iaitu Pet Ludo. Pemain boleh bermain dengan 4 pet Free Fire iaitu Mr. Waggor, Moony, Sensei Tig dan juga Ottero.\u00a0

Pemain-pemain yang log-in pada 12 Feb ini juga akan menerima Squad BEATz theme bagpack (Brassy Backpack) & pelbagai in-game item lain seperti Maroon Laser (Pan), Purple Rev (Motorcycle), Aurora Core (Gloo Wall), Brassy Core (Gloo Wall), Groza Skin & Maroon Laser (Katana).

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/squad-beatz-event-terbaru-dari-free-fire"} {"title": "Secretlab Lancarkan Kerusi Gaming Attack on Titan", "body": "

Secretlab membuka tirai tahun 2022 dengan melancarkan sebuah kerusi gaming TITAN Evo 2022 iaitu kolaborasi antara secretlab dengan kartun animasi Attack on Titan. Kerusi ini didatangkan dengan 2 variasi warna menarik. Para peminat Attack on Titan tentunya gembira melihat pelancaran ini.

TITAN Evo 2022 ini telah dibuka untuk pre-order dan anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Secretlab. Setiap pembelian kerusi ini akan menerima kain lap eksklusif Attack on Titan. Ini adalah supaya dapat memastikan kerusi anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga.

Attack on Titan kini sedang disiarkan untuk musim terakhir. Animasi ini telah mencapai 4 musim dimana musim pertamanya telah ditayangkan sejak dari tahun 2013. Untuk anda yang meminati animasi Attack on Titan, inilah masanya yang sesuai untuk anda membuat pembelian.\u00a0

Secretlab sememangnya kerap melakukan kolaborasi bersama kartun animasi popular. Jika sebelum ini mereka telah mengeluarkan kerusi gaming edisi Pokemon, The Flash, Superman dan banyak lagi. Untuk dapatkannya, sila ke secretlab.co

", "url": "https://gamersonduty.com/news/secretlab-lancarkan-kerusi-gaming-attack-on-titan"} {"title": "Dari Pro Player CS:GO ke MMA", "body": "

Bekas pemain profesional CS:GO, \u201cpashaBiceps\u201d atau nama sebenar Jarzabkowski baru-baru ini memenangi pertandingan tinju High League 2, Poland. Ini bukan pertandingan tinju virtual ya, sebaliknya pertandingan fizikal yang sebenar.

Untuk yang kurang mengenali pashaBiceps, beliau merupakan bekas pemain profesional CS:GO. Beliau juga memperolehi pelbagai pencapaian sepanjang menjadi pro player. Antara salah satu pencapaian terbaiknya adalah menjadi juara dalam Major CS:GO: EMES One Katowice 2014.

Pada tahun 2018, beliau mengumumkan untuk bersara sebagai pro player dan beralih kepada bidang streamer untuk organisasi Team Liquid. PashaBiceps ini sering dikenali disebabkan oleh tubuh badannya yang sasa. Beliau sering menjadi contoh kepada orang ramai bahawa menjadi seorang gamers juga perlu menjaga kesihatan diri.

Beliau juga merupakan seorang influencer dalam industri e-sukan yang sering mengajar tentang gaya hidup sihat. Setelah terlibat dalam bidang e-sukan, beliau gemar melibatkan diri dalam bidang tinju atau MMA. Baru-baru ini, beliau memberanikan diri untuk sertai pertarungan di Poland dan akhirnya beliau berjaya merangkul gelaran juara.

Semasa penglibatan dalam kejohanan tersebut, beliau telah mendapat banyak sokongan daripada komuniti serta organisasi e-sukan CS:GO. Ramai di antara mereka yang berikan kata-kata semangat dan ada juga yang menukarkan profil gambar beliau.

Menarik sungguh perjalanan pashaBiceps. Jadi, untuk semua para gamers, tidak semestinya bermain game ini hanya melemahkan fizikal dan mental. Kesihatan tubuh badan itu adalah perkara penting yang perlu diutamakan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dari-pro-player-cs-go-ke-mma"} {"title": "Fortnite Champion Series 2022 Tawar Hadiah 3 juta USD", "body": "

Fortnite Champion Series (FNCS) 2022 bakal diadakan tidak lama lagi. Peserta perlu bersaing dalam Bab 3 Musim 1 FNCS untuk dapatkan sebahagian daripada 3 juta USD. Terdapat 3 pusingan untuk kejohanan ini iaitu bermula dengan pusingan kelayakan, separuh akhir dan akhir.

Peringkat kelayakan akan bermula pada 17 hingga 18 Februari dan 19 hingga 20 Februari. Mereka akan menggunakan format Duos baharu. Hanya lapan pasukan teratas daripada pusingan kelayakan sahaja yang akan mara peringkat akhir FNCS.

Untuk separuh akhir akan bermula pada 24 hingga 27 Februari. Ia akan terbahagi kepada 3 sesi dan hanya 6 teratas daripada setiap sesi saja akan mara ke peringkat akhir. Pasukan yang bertanding dalam sesi 1, 2 dan 3 ini dipilih daripada kedudukan teratas dalam Series Point Leaderboard.\u00a0

Untuk peringkat akhir pula akan berlangsung pada 5 hingga 6 Mac. Pada perlawanan akhir kalini, setiap pasukan boleh menamatkan perlawanan secara awal tetapi mereka perlu mendapatkan 500 mata secara keseluruhan serta 3 Victory Royales. Jika ada pasukan yang berjaya mendapatkan kedua-dua syarat tersebut sekaligus akan diumumkan sebagai juara FNCS.

Untuk dapatkan info serta peraturan kejohanan dengan lebih lanjut, layari www.epicgames.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-champion-series-2022-tawar-hadiah-3-juta-usd"} {"title": "Apex Legends Musim 12 \u201cDefiance\u201d Telah Tiba", "body": "

Apex Legends musim ke-12 \u201cDefiance\u201d sudah dilancarkan beberapa hari yang lepas. Pemain kini dapat merasai pengalaman menggunakan Legend baru iaitu Mad Maggie. Mad Maggie merupakan seorang penjahat yang dikehendaki oleh Duardo Silva. Mad Maggie mempunyai beberapa kebolehan seperti Riot Drill, Warlord Ire, dan Wrecking Ball.

Apex Legends Musim 12 ini juga menampilkan mod Control. Control merupakan mod 9 vs 9 yang terbahagi kepada dua kumpulan. Dua kumpulan tersebut perlu mengawal peta untuk mendapatkan mata. Mod ini walau bagaimana hanya akan tersedia untuk 3 minggu pertama sahaja iaitu bermula 8 Februari hingga 1 Mac.

Selain daripada mod baru, peta Olympus juga telah telah diperbaharui. Olympus yang dulunya terapung kini telah runtuh sekali gus mengubah bentuk bandar tersebut. Olympus kini menjadi peta yang lebih luas serta memudahkan pemain untuk membuat rotasi daripada kawasan bahaya.\u00a0

Terdapat juga Battle Pass yang menarik. Antaranya ialah Legendary Ace\u2019s High skin untuk Seer dan Legendary Breaking the Law skin untuk Loba. Untuk Legend seperti Ash, Crypto dan Lifeline juga akan mendapat skin Epic. Ini turut termasuk skin untuk senjata Gentleman Baller dan Scream Machine Reactive Hemlocks.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-musim-12-defiance-telah-tiba"} {"title": "UCI Cycling Esports World Championship 2022 Kembali", "body": "

Disebabkan pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak kejohanan sukan fizikal terpaksa dibatalkan. Ini termasuk kejohanan berbasikal dunia. Oleh disebabkan itu, pihak penganjur terpaksa mencari alternatif lain supaya kejohanan dapat diteruskan seperti biasa.

Maka dengan itu, Union Cycliste Internationale (UCI) telah menganjurkan kejohanan UCI Cycling Esports World Championship. UCI Cycling Esports World Championship merupakan kejohanan berbasikal secara maya yang menggunakan teknologi Zwift.

UCI Cycling Esports World Championship 2022 bakal diadakan pada 26 Februari ini. Sebanyak 200 pelumba basikal akan bertanding dalam kejohanan ini untuk kategori lelaki dan wanita. Ini merupakan kali kedua kejohanan berbasikal UCI diadakan dimana kali pertamanya ialah pada tahun 2020.\u00a0

Kejohanan ini akan diadakan di Zwift, New York. Zwift merupakan sebuah pusat berbasikal secara tertutup. Mereka akan berlumba secara virtual menggunakan basikal teknologi Zwift. Para peserta perlu menamatkan kayuhan sejauh 54 km untuk sampai ke garisan penamat. Litar virtual yang digunakan adalah sekitar bandar New York.\u00a0

Meskipun kayuhan secara virtual, namun kayuhan yang dilakukan adalah seperti kayuhan sebenar. Mereka akan merasai setiap bukit yang dilalui serta bentuk muka bumi asal. Pemenang kejohanan ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak 8,000 Euro manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing bawa pulang sebanyak 4,000 Euro dan 2,000 Euro. Bukan itu sahaja, juara turut akan mendapat Jersi Cycling eSports World Champions.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/uci-cycling-esports-world-championship-2022-kembali"} {"title": "G2 Gozen Juara VCT 2022: Game Changers EMEA Series 1", "body": "

G2 Gozen, sebuah pasukan Valorant wanita telah merangkul gelaran juara dalam VCT 2022: Game Changers EMEA Series 1. Pasukan daripada Eropah ini dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan Guild X dengan mata 3:1. VCT Game Changers ini telah diadakan secara atas talian yang bermula pada 24 Januari hingga 6 Februari.\u00a0

Dalam kejohanan ini, G2 Gozen menunjukkan prestasi yang luar biasa. Mereka memperoleh kemenangan bersih pada awal perlawanan di mana mereka menewaskan Sangal Esports Female (2:0), SuperMassive Blaze Female (2:0), noOrg (2:0), dan Gild X (2:0) sekali gus membawa mereka ke peringkat akhir.

Pemain MVP untuk minggu tersebut diberikan kepada \u201cMIMI\u201d. G2 Gozen turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 10,000 Euro manakala di tempat kedua, Guild X membawa pulang wang tunai sebanyak 7,000 Euro. Tempat ketiga jatuh kepada pasukan TENSTAR Nova dan tempat keempat jatuh kepada pasukan noOrg. Kedua pasukan tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak 4,000 Euro dan 3,000 Euro.

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/g2-gozen-juara-vct-2022-game-changers-emea-series-1"} {"title": "Wolves Esports Cari Bakat Content Creator", "body": "

Kerjaya e-sukan bukan sekadar menyertai kompetitif semata, tetapi ianya terbahagi kepada pelbagai cabang kerja. Antaranya ialah seperti seorang streamer, gaming writer, content creator, influencer, dan banyak lagi. Untuk berjaya dalam bidang ini, anda hendaklah memilih jalan yang betul.

Wolves Esports baru-baru ini menyatakan yang mereka sedang mencari bakat content creator dari seluruh dunia. Anda akan berpeluang untuk bekerja di bawah jenama besar seperti Wolverhampton Wanderers, Evil Geniuses, University of Wolverhampton, dan Monster Energy.\u00a0

Content Creator ini terbuka kepada semua jenis permainan. Tidak kira sama ada permainan MOBA, MMO, Indie Games atau lain-lain. Terdapat beberapa cabaran yang perlu anda lakukan sebelum layak dipilih. Di akhir cabaran, hanya beberapa yang terbaik sahaja akan dipilih untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan serigala ini.

Peserta diberikan 4 minggu untuk menyelesaikan cabaran yang diberi. Berikut merupakan jadual cabaran untuk setiap minggu:

Syarat penyertaan:

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Kerap membuat kandungan sama ada di Twitch, YouTube, Facebook Gaming atau TikTok.
  3. Meletakkan #WolvesRC di media sosial anda sebagai tanda anda sedang sertai cabaran.
  4. Perlu serahkan tugasan dalam minggu yang betul.
  5. Letakkan #WolvesRC dalam setiap video yang dimuat naik.
  6. Setelah memuat naik video, sila DM akaun twitter Wolves Esports beserta pautan dan penerangan video tersebut.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini jika anda seorang yang kreatif. Untuk info lanjut, sila layari www.wolves.co

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wolves-esports-cari-bakat-content-creator"} {"title": "Pre-order Untuk Ghostwire: Tokyo Bermula Hari Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Tango Gamework & Bethesda telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang diberi nama Ghostwire: Tokyo. Ghostwire: Tokyo merupakan satu permainan video berbentuk action-adventure yang bakal dilancarkan untuk PC dan juga Playstation 5 pada bulan 3 tahun ini.

Mereka juga menyatakan yang pre-order untuk Digital telah pun dibuka bermula hari ini untuk PS5 & PC manakala fizikal akan bermula pada 15 Feb ini untuk PS5.
\u00a0

Setiap Pre-order akan menerima beberapa in-game item yang menarik seperti Biker Outfit & Hannya Outfit bagi Standard Edition manakala untuk Deluxe Edition pula, pemain akan menerima Streetwear Outfit Pack & Shinobi Outfit berserta dengan Kunai Weapon.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-order-untuk-ghostwire-tokyo-bermula-hari-ini"} {"title": "MPL ID S9 Ditayangkan Di Panggung Wayang", "body": "

Kehangat Mobile Legends Professional League (MPL) Indonesia musim ke-9 semakin terasa. Musim kali ini pastinya lebih meriah dengan kehadiran muka-muka baru dari Mobile Legends Development League (MDL). Bukan itu saja, kehadiran kembali \u201cRaja Mage\u201d iaitu RRQ Lemon sudah tentu akan menghangatkan lagi pertandingan.

Menurut Esports Charts, MPL ID musim lepas merupakan salah satu pertandingan MOBA yang paling ramai ditonton iaitu mencapai 2.39 juta penonton. Dengan pencapaian tersebut, pihak penganjur membuat keputusan untuk merancakkan lagi MPL pada musim kali ini.

MPL ID musim kali ini telah dimaklumkan akan dilakukan secara offline dimana peminat boleh hadir menonton secara fizikal. Bukan itu sahaja, dengan kerjasama syarikat cinema Cinepolis, para peminat juga boleh menonton perlawanan menerusi panggung wayang. Menarikkan? Dapat tonton MPL sambil makan popcorn dengan kawan-kawan.

MPL ID musim 9 akan bermula pada 18 Februari hingga 24 April 2022. Hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak 300,000 USD. MPL ID musim ini juga mengadakan kerjasama dengan syarikat Samsung, NIMO TV, TikTok, Grab, Lita, Bank Mandiri, Secretlab, JBL, Cinepolis, Tiket.com, dan Indomaret.

Untuk info lanjut, sila ke www.oneesports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mpl-id-s9-ditayangkan-di-panggung-wayang"} {"title": "Fortnite bawa masuk watak Silk Sonic", "body": "

Fortnite sekali lagi membawa masuk ikon popular ke dalam kedai permainan mereka. Kali ini mereka membawa masuk duo pop terkenal iaitu \u201cSilk Sonic\u201d yang terdiri daripada Bruno Mars dan Anderson Paak. Silk Sonic akan mula terdapat dalam kedai barangan Fortnite iaitu pada 10 Februari ini.

Fortnite sememangnya telah meletakkan sebuah tajuk iaitu \u201cIcon Series\u201d dimana mereka menempatkan ikon-ikon terkenal di dalamnya. Jika sebelum ini, Fortnite telah membawa masuk selebriti terkenal seperti Travis Scott, Ariana Grande, Marshmallow, dan banyak lagi.

Pemain boleh mendapatkan skin Silk Sonic ini bermula 10 Februari. Terdapat pelbagai pilihan pakaian yang sesuai dengan duo pop tersebut. Dalam pada itu, Silk Sonic bukan hanya menampilkan skin semata, Fortnite turut mengadakan Piala Silk Sonic yang akan berlangsung pada 7 Februari ini.\u00a0

Piala Silk Sonic memberikan peluang kepada pemain untuk mendapatkan skin Silk Sonic secara percuma tanpa perlu membelanjakan wang di kedai permainan. Berapakah harga untuk skin Silk Sonic ini? Setakat ini pihak Fortnite masih belum mengeluarkan harga sebenar untuk item Silk Sonic. Kebiasaannya Fortnite akan meletakkan harga sekitar 1400 V-Bucks setiap satu skin.

Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, sila ke www.epicgames.com.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-bawa-masuk-watak-silk-sonic"} {"title": "Gran Turismo 7 Bakal Keluar Tidak Lama Lagi", "body": "

Gran Turismo merupakan permainan konsol yang tidak pernah lapuk dek zaman. Permainan lumba kereta ini telah berdiri lebih dari 10 tahun dimana awal pelancaran ialah pada tahun 1997. Gran Turismo telah dicipta oleh Kazunori Yamauchi dan beliau menggelar permainan ini sebagai \u201cCar life Simulator\u201d.

Menjelang tahun 2022, pembangun Polyphony Digital akan melancarkan Gran Turismo 7. Ini adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pemain selepas Gran Turismo 6 dilancarkan iaitu pada 2013. Gran Turismo 7 akan mula masuk ke dalam Playstation 4 dan 5 bermula 4 Mac ini. Gran Turismo 7 menjanjikan pelbagai pembaharuan serta kesesuaian buat para pemain.

Gran Turismo 7 akan menampilkan lebih 400 kenderaan dan 90 trek di 34 lokasi. Terdapat juga lebih daripada 100 jenis acara menarik. Untuk pemain yang baru memasuki dunia Gran Turismo, anda akan diberikan \u201cBuku Menu\u201d dimana ia akan mengajar anda tentang selok-belok permainan ini. Anda juga diberikan 30 tugasan sebagai kerjaya dalam permainan.

Antara kereta model terkini yang dibawa masuk ke dalam Gran Turismo 7 adalah Ferrari F8 Tributo dan Testarossa, Porsche Carrera GT, Mercedes AMG GT R, dan FK8 Honda Civic Type R. Pre-order untuk Gran Turismo 7 telah pun bermula. Untuk versi PS4 dijual dengan harga RM 249 manakala versi PS5 adalah RM 299. Pemain terawal akan menerima 100,000 kredit serta 3 kereta percuma.\u00a0

Untuk dapatkan info lebih lanjut, layari paultan.org.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gran-turismo-7-bakal-keluar-tidak-lama-lagi"} {"title": "ECL Inginkan Lebih Ramai Pemain Wanita Untuk FIFA 22", "body": "

Kejohanan e-sukan FIFA wanita telah diumumkan untuk tahun 2022. Kejohanan ini bakal menyaksikan para pemain terbaik wanita serta pemain baru dari Eropah dan Amerika Utara.\u00a0

Menurut penganjur, kompetitif FIFA Global Series (FGS) sememangnya kekurangan peserta wanita. Oleh itu, Esports Championship League (ECL) berharap dengan adanya kejohanan ini ia akan dapat menarik lebih ramai lagi pemain wanita serta dapat menutup jurang kemahiran antara pemain wanita dan lelaki.

Acara ECL akan bermula pada Februari 2022 dan setiap acara FIFA 22 akan mempunyai kumpulan hadiah lebih daripada 4,500 Euro. Acara ini turut membantu organisasi e-sukan dalam menandatangani pemain wanita yang berbakat supaya dapat mengetengahkan mereka.

ECL juga menganjurkan piala komuniti bulanan di platform Rush.gg. Ia terbuka kepada semua peserta wanita dengan matlamat dapat memberikan pengalaman pertandingan mereka sendiri. Selain itu, ECL dan Rush.gg juga menjalankan pertandingan bakat bagi membantu wanita untuk menjadi content creator dan streamer FIFA.

ECL sememangnya menginginkan lebih ramai penglibatan wanita dalam e-sukan FIFA. Hampir 3 tahun ECL telah bekerjasama dengan pemain terbaik FIFA wanita serta content creator. ECL turut bekerjasama dengan penyedia platform e-sukan iaitu Rush.gg dalam mengadakan kejohanan FIFA wanita.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ecl-inginkan-lebih-ramai-pemain-wanita-untuk-fifa-22"} {"title": "T1 Langgar Peraturan Pertandingan", "body": "

Baru-baru ini, terdapat isu tentang T1 Esports yang dikatakan telah melanggar peraturan pertandingan. Oleh disebabkan itu, mereka juga telah digugurkan daripada pertandingan secara langsung. Apa sebenarnya yang terjadi?

T1 baru-baru menyertai kejohanan Valorant iaitu VCT Open Qualifier 1 - North America. Dalam kejohanan tersebut, terdapat isu dimana T1 telah melakukan kesalahan \u201ckomunikasi tidak sah\u201d semasa berlawan dengan pasukan TSM. Perkara ini telah dikesan oleh pemain TSM sendiri. Salah seorang pemain TSM iaitu Yassine \u201cSubroza\u201d telah menyatakan di media sosial yang mereka berlawan dengan pasukan yang jurulatihnya memberikan arahan ketika perlawanan berlangsung.

Hasil daripada perbincangan kedua pihak, Riot akhirnya memutuskan untuk menarik semula kemenangan pasukan T1 untuk diberikan kepada pasukan TSM. Ini adalah kerana tindakan T1 telah melanggar peraturan pertandingan rasmi. Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh Riot, pemain hanya dibenarkan berkomunikasi sesama mereka sahaja semasa pertandingan berlangsung. Komunikasi antara pemain dengan orang luar tidak dibenarkan sama sekali termasuk jurulatih itu sendiri.

Oleh disebabkan itu, T1 akhirnya menerima hukuman yang mereka akan disingkirkan daripada pertandingan. Walau bagaimana, T1 masih mempunyai peluang di VCT Open Qualifier 2 bagi mendapatkan slot ke peringkat seterusnya. Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada mereka serta pasukan-pasukan lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/t1-langgar-peraturan-pertandingan"} {"title": "CS:GO Major 2022 Bakal Diadakan Di Antwerps", "body": "

PGL bakal mengadakan kejohanan pertama mereka pada tahun 2022 iaitu CS:GO Major. PGL akan mengadakan CS:GO Major tahun di Antwerp, Belgium dengan tawaran hadiah terkumpul sebanyak 1 juta USD. Ia akan bermula pada 9 Mei hingga 22 Mei.

Seperti kejohanan Major sebelum ini, orang ramai dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan playoff secara langsung di arena Antwerps Sportpaleis yang memuatkan seramai 23,000 penonton. PGL telah mengadakan CS:GO Major buat kali keduanya dimana yang pertama diadakan di Stockholm, Sweden pada tahun lepas.

\u00a0\u201cKami gembira kerana berpeluang membawa kembali peminat dan pemain bersama-sama untuk satu lagi CS:GO Major.\u00a0 Belgium mempunyai pangkalan peminat Counter-Strike yang mengagumkan dan ramai pemain legenda dilahirkan di negara ini.\u00a0 Kami bersedia untuk menawarkan pengalaman yang luar biasa untuk peminat di dalam arena serta menggairahkan penonton di rumah,\u201d kata Silviu Stroie, Ketua Pegawai Eksekutif PGL dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau turut menyatakan bahawa pemilihan lokasi di Belgium adalah kerana ianya berada di tengah-tengah Eropah yang senang diakses oleh semua orang dan Sportpaleis juga hanya 30 minit dari lapangan terbang Brussels.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cs-go-major-2022-bakal-diadakan-di-antwerps"} {"title": "Bigetron Era Muncul Juara WMI 2022", "body": "

Setelah memenangi Woman Star League baru-baru ini, Bigetron Era sekali lagi merangkul gelaran juara dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Women\u2019s Invitational (MWI) 2022. Ini menjadikan Bigetron Era dapat mengekalkan win streak mereka dalam 13 kejohanan.

Chemistry Bigetron Era sememangnya menakjubkan. Daripada 10 perlawanan di WMI, Bigetron Era hanya tewas 1 perlawanan sahaja. Pada peringkat kumpulan mereka kelihatan sangat cemerlang dimana mereka telah menewaskan pasukan Lugiami (Singapura), BREN Victress (Filipina) dan On Air Pipol (Malaysia) tanpa sebarang kekalahan.

Masuk ke playoff, Bigetron Era sekali lagi menunjukkan yang mereka tidak gentar dimana mereka telah menewaskan pasukan daripada Laos iaitu IDNS Princess. Hasil daripada kemenangan tersebut, Bigetron Era berjaya mara ke grand final. Di grand final mereka telah bertemu dengan pasukan senegara iaitu GPX Basreng.

Bigetron Era telah membuka kemenangan pada game pertama dan kedua dimana \u201cVival\u201d yang menggunakan Paquito dan Granger telah beraksi dengan sangat baik. Di game ketiga, GPX Basreng telah mendapatkan kemenangan namun mereka terpaksa akur dengan kekalahan apabila Bigetron Era berjaya menutup perlawanan di game keempat.\u00a0

Vival yang bermain sebagai jungler Bigetron Era juga telah dinobatkan sebagai MVP untuk MWI 2022. Beliau berjaya membawa pulang hadiah MVP sebanyak 200 USD manakala pasukannya berjaya membawa pulang sebanyak 6,400 USD. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bigetron-era-muncul-juara-wmi-2022"} {"title": "Tiada Siaran Langsung Di TikTok Untuk MPL MY Musim Kesebelas", "body": "

Hari ini kami telah menerima maklumat daripada pihak MPL MY dimana siaran langsung untuk MPL MY Musim Kesebelas tidak akan ditayangkan di TikTok.

Buat masa ini siaran langsung perlawanan cuma boleh ditonton di Facebook dan Youtube rasmi MPL MY dan juga di Astro Arena (801) sahaja.

Keputusan ini terpaksa diambil disebabkan oleh TikTok sekarang mempunyai beberapa isu berkenaan dengan feature Livestream mereka.\u00a0

Sejak kebelakangan ini, beberapa orang shoutcaster untuk MPL MY dan streamer yang lain juga mempunyai isu untuk livestream di TikTok.\u00a0

Regular Season MPL MY Musim Kesebelas akan bermula pada 10 Mac 2023 ini yang mana perlawanan pertama adalah diantara Team HAQ menentang pasukan Homebois pada pukul 3 petang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiada-siaran-langsung-di-tiktok-untuk-mpl-my-musim-kesebelas"} {"title": "Impulse Gaming Bakal Bina Video Games Store Terbesar Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini melalui Facebook rasmi Impulse Gaming Johor Bahru HQ, mereka telah mengumumkan mereka membuka satu lagi cawangan baru di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan ia bakal menjadi video games store terbesar di Malaysia!

Pengumuman ini dibuat sempena menandakan ulang tahun ke-15 gaming store tersebut. Impulse Gaming sebelum ini dikenali sebagai pbbseller semasa awal penubuhannya.

Selain bakal menjadi gaming store terbesar di Malaysia, mereka juga mengatakan yang cawangan baru ini merupakan cawangan pertama mereka yang akan mempunyai cafe sendiri di dalamnya.

Dengan kerjasama bersama dengan Chatto Cafe, Impulse Gaming tidak mahu cawangannya hanya menjadi sebuah kedai untuk gamer membeli video games sahaja.\u00a0

Mereka akan menyediakan tempat untuk melakukan event gaming kecilan seperti acara TCG (Trading Card Game) mingguan yang mana mampu memuatkan sehingga 64 pemain!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/impulse-gaming-bakal-bina-video-games-store-terbesar-di-malaysia"} {"title": "James Wan Bakal Hasilkan Filem Berdasarkan Permainan Video Dead By Daylight", "body": "

Seperti yang korang sedia maklum, baru-baru ini pihak Blumhouse Production telah mengumumkan yang mereka akan menubuhkan divisi gaming mereka sendiri.\u00a0

Tidak lama selepas itu, mereka turut menyatakan yang mereka kini akan berkerjasama dengan Atomic Monster dan game developer permainan video Dead By Daylight iaitu Behaviour Interactive untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan permainan video popular mereka iaitu Dead By Daylight!.

Buat masa ini menurut James Wan, mereka masih lagi sedang mencari director dan juga penulis skrip untuk filem Dead By Daylight.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/james-wan-bakal-hasilkan-filem-berdasarkan-permainan-video-dead-by-daylight"} {"title": "Acer Keluarkan 3 Gaming Monitor Terbaru, Harga Bermula RM379", "body": "

Acer baru-baru ini telah mengumumkan siri gaming monitor mampu milik terbaru mereka iaitu Acer Nitro Q60. Acer Nitro Q60 ini akan hadir dengan 3 variasi dan dijual pada harga bermula RM379!

3 Variasi untuk gaming monitor Acer Nitro Q60 adalah Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 yang mana mampu memberikan sehingga 180Hz refresh rate kepada pengguna.

Siri Acer Q60 ini direka untuk para gamers yang inginkan sebuah gaming monitor yang mempunyai speck yang cukup bagus tapi tidak terlalu mahal seperti gaming monitor yang ada diluar sana.

Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3 mampu untuk memberikan refresh rate sehingga 180Hz dan 1ms (G to G) response time manakala untuk Acer Nitro QG240YH3 mampu untuk support sehingga 100Hz dan 4ms (G to G) response time.

Ketiga-tiga gaming monitor terbaru ini dilengkapi dengan teknologi AMD FreeSync yang mana mampu menghilangkan screen tearing dan mengurangkan input lag bagi memastikan pengguna mempunyai pengalaman gaming yang lebih lancar.

Berikut merupakan harga bagi setiap siri gaming monitor Nitro Q60:

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out Facebook rasmi Acer Malaysia di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-keluarkan-3-gaming-monitor-terbaru-harga-bermula-rm379"} {"title": "Menangi Infinix HOT 20 Semasa Acara Livestream Tune In to Win It Infinix", "body": "

Sempena sambutan International Woman's Day tidak lama lagi, Infinix Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan satu livestream pertama mereka di TikTok.

Melalui acara livestream yang diberi nama Tune It to Win It Infinix ini, penonton boleh memenangi hadiah berjumlah lebih dari RM1,000 dan juga berpeluang untuk mendapatkan smartphone terbaru Infinix iaitu Infinix HOT 20 dan juga beberapa Infinix limited-edition merchandise.

Acara livestream ini akan dijalankan di TikTok rasmi Infinix pada 8 Mac 2023 ini pada jam 4 petang. Korang boleh follow TikTok Infinix Malaysia di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/menangi-infinix-hot-20-semasa-acara-livestream-tune-in-to-win-it-infinix"} {"title": "Memperkenalkan Gekko, Initiator Agent Terbaru Untuk Valorant", "body": "

Semasa finals kejohanan Riot's Valorant Champions Tour Lock//In yang berlangsung baru-baru ini, pihak Valorant telah memperkenalkan Agent terbaru mereka yang mana bakal tiba semasa Episode 6 Act 2 bulan ini.

Gekko merupakan agent jenis Initiator keenam yang ada di permainan video Valorant selepas Sova, Breach, Skye, KAY/O dan juga Fade.\u00a0

Agent terbaru ini mempunyai beberapa kemahiran yang sangat unik dan dilihat sangat-sangat unik berbanding initiator agent yang lain. Berikut merupakan abilities yang terdapat pada Gekko:

\u00a0

\u00a0

\u00a0

Gekko bakal hadir semasa Episode 6 Act 2 bermula nanti iaitu pada 7 Mac 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/memperkenalkan-gekko-initiator-agent-terbaru-untuk-valorant"} {"title": "Falcon Esports Sah Mewakili Myanmar Untuk SEA Games 2023 Mobile Legends", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya kejohanan The Regional: Road to Cambodia 2023. Kejohanan ini dijalankan untuk melihat pasukan mana yang akan mewakili Myanmar ke SEA Games 2023 MLBB akan datang.

Terdapat lapan pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini yang mana 4 pasukan telah mendapat special invite manakala 4 pasukan lagi berjaya mendapatkan slot melalui Open Qualifier.

8 Pasukan yang bertanding adalah Falcon Esports, 9K EsportsxMG, Burmese Ghouls, Fenix Esports, RM Esports, Fnatic Warrior, Who We Are dan Team Mahar.

Selepas 5 hari kejohanan ini berlangsung, Falcon Esports akhirnya berjaya bergelar juara dan juga bakal mewakili Myanmar setelah berjaya menewaskan Fenix Esports dengan mata 3 berbalas 0.\u00a0

Berikut merupakan line-up Falcon Esports yang mana akan mewakili Myanmar ke SEA Games 2023 MLBB Men:\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/falcon-esports-sah-mewakili-kemboja-untuk-sea-games-2023-mobile-legends"} {"title": "BURN x FLASH Sah Mewakili Kemboja Untuk SEA Games 2023 Mobile Legends", "body": "

Baru-baru ini BURN X FLASH telah berjaya muncul juara untuk seleksi MLBB SEA Games 2023. Ini merupakan kali kedua mereka akan mewakili Kemboja yang mana sebelum ini mereka juga telah mewakili Kemboja untuk M4 World Championship.

Dalam seleksi yang dijalankan baru-baru ini, pasukan BURN X FLASH telah mengalahkan pasukan CFU Gaming dengan mata 3 berbalas 1.\u00a0

Mengikut line-up yang telah diumumkan, nampaknya tidak banyak perubahan dengan line-up yang mereka bawa semasa di M4 World Championship. Berikut merupakan line-up untuk pasukan Kemboja:

Walaupun tidak bersama dengan jurulatih asal mereka iaitu Zico yang mana telah meninggalkan pasukan tersebut selepas M4 World Championship dan kini menjadi jurulatih untuk PRO Esports, line-up BURN X FLASH tidak boleh dipandang rendah.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/burn-x-flash-sah-mewakili-kemboja-untuk-sea-games-2023-mobile-legends"} {"title": "Simulacrum Terbaru, Fenrir Bakal Hadir Ke Tower of Fantasy Tidak Lama Lagi", "body": "

Level Infinite yang merupakan publisher untuk permainan video tower of Fantasy baru-baru ini telah memperkenalkan Simulacrum terbaru mereka iaitu Fenrir!\u00a0

Simulacrum terbaru ini dijadualkan akan tiba di Tower of Fantasy pada 9 Mac 2023 bulan ini.

\u00a0

Menurut Hotta Studio yang mana merupakan devoleper untuk Tower of Fantasy, Fenrir merupakan DJ terkenal di Mirroria yang minat dengan lagu-lagu Death Metal!

Dia juga merupakan ketua kumpulan Team Doggo dan juga merupakan Simulacrum jenis Volt. Dia dikatakan akan menggunakan senjata yang dipanggil Gleipnir yang mana mampu memberikan cakaran elektrik yang besar kepada pihak musuh.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/simulacrum-terbaru-fenrir-bakal-hadir-ke-tower-of-fantasy-tidak-lama-lagi"} {"title": "Pokemon Unite Asia Championship Finals Bakal Berlangsung Di Malaysia", "body": "

Semasa acara Pokemon Present baru-baru ini, pihak Pokemon telah mengumumkan yang Pokemon Unite Asia Championship Finals akan dijalankan secara offline di Malaysia pada bulan ini!

Kejohanan ini akan menampilkan enam pasukan daripada India, Taiwan, Indonesia, Jepun dan juga Malaysia. Enam pasukan ini akan merebut prizepool berjumlah USD60,500 yang mana tempat pertama akan membawa pulang USD30,000!

Berikut merupakan 6 pasukan yang akan bertanding di Pokemon Unite Asia Championship Finals nanti:

Pasukan daripada Malaysia iaitu TeamMYS akan dianggotai oleh 5 pemain dari Malaysia dan seorang pemain dari Singapura. Para pemain untuk TeamMYS adalah YeMu, Froggy, Nightmare Foxy, Yang, R\u00e9\u00df\u00f6\u00f1gs dan juga Lazedl.

Kejohanan Pokemon Unite Asia Championship Finals pada 18 Mac 2023 sehingga 19 Mac 2023.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-unite-asia-championship-finals-bakal-berlangsung-di-malaysia"} {"title": "Amoux Galas Tugas Jurulatih Team Secret, Bawa 2 Pemain Import", "body": "

Akhirnya Team Secret telah memperkenalkan roster penuh mereka untuk menghadapi MPL MY Musim Kesebelas kali ini. Bagi yang tidak tahu, ini merupakan kali pertama Team Secret memasuki arena Mobile Legends yang mana sebelum ini mereka lebih terkenal di scene DOTA 2 dan juga PUBG Mobile.

Melalui perkenalan roster yang diperkenalkan oleh Team Secret, nampaknya mereka mempunyai line-up yang agak menarik. Antara membawa dua pemain import dari Filipina dan juga mengambil Amoux yang mana merupakan bekas jurulatih Todak sebagai jurulatih utama mereka.

Dua pemain import yang mereka bawa untuk mengisi barisan pemain Team Secret adalah Santi Sucre yang merupakan bekas Roamer untuk pasukan Sunsparks dan juga KingSalman yang mana sebelum ini bermain diposisi Flex untuk pasukan TNC Pro Team.\u00a0

Berikut merupakan full roster untuk Team Secret:

\u2694\ufe0f CinCai\u54e5 (Manager)
\u2694\ufe0f Amoux (Coach)
\u2694\ufe0f Santi Sucre (Roamer)
\u2694\ufe0f Aim (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Box (Jungler)
\u2694\ufe0f Neo (Exp Laner)
\u2694\ufe0f KingSalman (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Deto.. (Gold Laner)

Nampaknya Team Secret akan mengekalkan dua pemain dari Orange Esports iaitu Aim dan Neo sahaja. Manakala dua pemain lagi iaitu Box dan Deto merupakan bekas Jungler untuk Team SMG.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roster-lengkap-team-secret-amoux-akan-menggalas-tugas-sebagai-jurulatih"} {"title": "Satu Lagi Skin Yang Bakal Hadir Untuk Acara Kolaborasi Overwatch 2 Dan One Punch Man", "body": "

Pada awal bulan Februari yang lepas, pihak Overwatch 2 telah mengumumkan acara kolaborasi antara Overwatch 2 dan juga One Punch Man.

Pada pengumuman pertama, mereka telah menunjukkan skin Saitama untuk watak Doomfist dan juga skin Mumen Rider untuk watak Soldier: 76.

Let the Psychokinesis guide you! \ud83d\udd2e

Introducing Terrible Tornado - Kiriko! The #Overwatch2 x #OnePunchMan Collab starts Mar 7!

\ud83c\udf2a: https://t.co/mFrM05TZhA pic.twitter.com/hGqag9yGT6

\u2014 Overwatch (@PlayOverwatch) March 2, 2023

Baru-baru ini mereka juga telah mengumumkan skin Tatsumaki untuk watak Kiriko. Skin yang diberi nama \u201cthe Legendary Terrible Tornado\u201d akan disertakan dalam bundle yang juga didatangkan dengan \u201cTerribly Impressive Victory Pose\u201d dan \u201cTerrible Tornado namecard\u201d yang boleh didapati dengan hanya 2,100 coin.

Acara Overwatch 2 X One Punch Man ini akan bermula pada 7 Mac 2023 sehingga 6 April 2023. Overwatch 2 boleh dimuat turun secara percuma untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Battle.net.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/satu-lagi-skin-terbaru-yang-bakal-hadir-untuk-acara-kolaborasi-overwatch-2-dan-one-punch-man"} {"title": "Apex Legends Imperial Guard Collection Event Bermula Pada Bulan Ini", "body": "

Apex Legends baru-baru ini telah mengumumkan satu acara masa terhad mereka yang diberi nama Imperial Guard Collection Event. Acara masa terhad ini akan bermula pada 7 Mac 2023 sehingga 21 Mac 2023 sahaja.

Para pemain boleh mendapatkan beberapa skin terbaru untuk characters dan juga weapon semasa acara ini berlangsung. Skin-skin ini membawa tema Imperial Guard Roman centurion dan juga samurai Jepun.

Antara skin terbaru yang bakal hadir untuk acara ini adalah:

Pemain yang berjaya unlock semua skin terbaru untuk acara Imperial Guard ini juga akan mendapatkan Heirloom terbaru Wraith iaitu Hope's Dawn Kunai.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-imperial-guard-collection-event-bermula-pada-bulan-ini"} {"title": "The Thaumaturge, Permainan Video Turn-Based RPG Terbaru Dari Penerbit Frostpunk.", "body": "

Baru-baru pihak 11 Bit Studios yang mana merupakan penerbit permainan video Frostpunk telah mengumumkan permainan video Turn-Based RPG terbaru mereka iaitu The Thaumaturge.

The Thaumaturge ini telah dihasilkan oleh Fool's Theory yang mana merupakan studio yang bertanggungjawab untuk The Witcher 1 Remake.

Permainan video ini dijangkakan akan hadir untuk PC namun buat masa ini masih tiada tarikh rasmi ataupun maklumat lanjut berkenaan dengannya.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-thaumaturge-permainan-video-turn-based-rpg-terbaru-dari-penerbit-frostpunk"} {"title": "Roster Lengkap 10 Pasukan Yang Akan Bertanding Di MPL MY Musim Kesebelas", "body": "

Sepert ramai yang tahu, Mobile Legends Professional League Malaysia Season 11 (MPL MY S11) bakal berlangsung bermula pada 10 Mac 2023 ini.

Ianya akan dimulakan dengan Regular Season yang mana 10 pasukan akan bertanding dan hanya 8 pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi sahaja yang bakal ke Playoff yang mana akan bermula pada 27 April 2023 sehingga 30 April 2023.

Untuk MPL MY Musim Kesebelas kali ini, banyak kejutan yang telah dipersembahkan. Antaranya kembalinya otai-otai MLBB seperti Soloz ke arena kompetitif MLBB, Rippo yang kembali bermain di liga Malaysia selepas hampir dua tahun di liga MPL Indonesia dan juga hadirnya Team Secret buat pertama kali ke liga kompetitif MLBB.

Berikut merupakan roster lengkap 10 pasukan yang akan bertanding di Regular Season MPL MY Musim Kesebelas kali ini:\u00a0

MADNESS ESPORTS

\u2694\ufe0f Mieyyo. (Manager)
\u2694\ufe0f .Mynt (Coach)
\u2694\ufe0f D'Ace (Analyst)
\u2694\ufe0f Yeyeye. (Exp laner)
\u2694\ufe0f Xavvsz. (Gold laner)
\u2694\ufe0f Ilhamm. (Jungler)
\u2694\ufe0f Mali. (Roamer)
\u2694\ufe0f Pozan (Midlaner)
\u2694\ufe0f Sonic. (Jungler)

YOODO RED GIANT ESPORTS

\u2694\ufe0f Rush Makarov (Manager)
\u2694\ufe0f Ozoraveki (Coach)
\u2694\ufe0f Sekys (Jungler)
\u2694\ufe0f Syf. (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Kaizer (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Gojes (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Eshaa Ohana (Roamer)
\u2694\ufe0f Zakqt (Mid Laner)

RED ESPORTS

\u2694\ufe0f Nr Mamba (Manager)
\u2694\ufe0f SoraPayung (Coach)
\u2694\ufe0f LL Stylish (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Rennnnqt- (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Melqt- (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Mal (Roamer)
\u2694\ufe0f Beng (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Eyymal (Jungler)

TEAM LUNATIX

\u2694\ufe0f Riot (Manager)
\u2694\ufe0f Nasty Paulo (Coach)
\u2694\ufe0f Amir. (Analyst)
\u2694\ufe0f Unii (Jungler)
\u2694\ufe0f NovaXcobar (Roamer)
\u2694\ufe0f Fakez. (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Zeno (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Grandpa Kogaaa. (Jungler)
\u2694\ufe0f Jowm (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Fenryr (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Dracozium (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Amir (Roamer)

TEAM SMG

\u2694\ufe0f Benny (Manager)
\u2694\ufe0f Haru (Coach)
\u2694\ufe0f Loong (Analyst)
\u2694\ufe0f SaSa (Gold Laner)
\u2694\ufe0f ZAIMSEMPOI (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Smooth (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Valenz (Roamer)
\u2694\ufe0f Nuar (Roamer)
\u2694\ufe0f Stormie (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Subway. (Jungler)

RSG SLATE MY

\u2694\ufe0f xArm (Manager)
\u2694\ufe0f Kuja (Coach)
\u2694\ufe0f EgM (Analyst)
\u2694\ufe0f LoleaLz (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Iris. (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Izanami (Mid Laner)
\u2694\ufe0f LinkEzaa (Jungler)
\u2694\ufe0f Leixia (Flex)
\u2694\ufe0f Chr1sphobia (Roamer)
\u2694\ufe0f Zaed (Jungler)
\u2694\ufe0f RIPPO (Exp Laner)

HOMEBOIS

\u2694\ufe0f KILLUA . (Manager)
\u2694\ufe0f DALE . (Coach)
\u2694\ufe0f SAIFUL . (Analyst)
\u2694\ufe0f SEPAT. (Exp Laner)
\u2694\ufe0f WARLORD . (Mid Laner)
\u2694\ufe0f BARBOSSA . (Roamer)
\u2694\ufe0f CHIBII . (Jungler)
\u2694\ufe0f ANIPPP . (Gold Laner)
\u2694\ufe0f SOLOZ . (Gold Laner)
\u2694\ufe0f VINS . (Mid Laner)

TODAK

\u2694\ufe0f Eone (Manager)
\u2694\ufe0f Behave (Coach)
\u2694\ufe0f Ajim (Analyst)
\u2694\ufe0f YumS (Roamer)
\u2694\ufe0f 4Meyz (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Momo (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Moon (Mid Laner)
\u2694\ufe0f CikuGais (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Rival (Jungler)
\u2694\ufe0f Lawtrick (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Karl (Roamer)
\u2694\ufe0f MalikTzy (Jungler)
\u2694\ufe0f Flint (Mid Laner)

TEAM HAQ

\u2694\ufe0f Azmil (Manager)
\u2694\ufe0f Pabz (Coach)
\u2694\ufe0f Amtuah (Analyst)
\u2694\ufe0f Lolla (Exp Laner)
\u2694\ufe0f Garyy (Jungler)
\u2694\ufe0f Mannn (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Hito (Gold Laner)
\u2694\ufe0f Panda (Roamer)
\u2694\ufe0f Minnn (Roamer)
\u2694\ufe0f Zai (Mid Laner)
\u2694\ufe0f AL (Gold Laner)

TEAM SECRET

\u2694\ufe0f CinCai\u54e5 (Manager)
\u2694\ufe0f Amoux (Coach)
\u2694\ufe0f Santi Sucre (Roamer)
\u2694\ufe0f Aim (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Box (Jungler)
\u2694\ufe0f Neo (Exp Laner)
\u2694\ufe0f KingSalman (Mid Laner)
\u2694\ufe0f Deto.. (Gold Laner)
\u00a0

\u00a0

Regular Season MPL MY S11 kali ini akan dijalankan secara offline di Stadium Juara, Bukit Kiara. Tiket akan dijual pada harga RM10 sahaja dan sudah pun mula dijual pada 3 Mac 2023. Korang boleh membeli tiket di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roster-lengkap-10-pasukan-yang-akan-bertanding-di-mpl-my-musim-kesebelas"} {"title": "Pencipta Bunyi Ikonik Logo PlayStation, Tohru Okada Meninggal Dunia", "body": "

Pencipta bunyi ikonik logo PlayStation iaitu Tohru Okada telah disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 73 tahun.\u00a0

Berita ini telah dilaporkan oleh salah satu media Jepun iaitu Excite dan telah disahkan oleh pihak pengurusan Tohru Okada pada 22 Februari yang lepas.

Selain daripada mencipta bunyi logo ikonik ini, Tohru Okada juga terlibat dalam penghasilan runut bunyi (Soundtrack) untuk siri iklan permainan video Crash Bandicoot pada sekitar tahun 1990.

Dia juga pada asalnya merupakan salah seorang ahli band rock Jepun yang dikenali sebagai Moonriders bersama-sama dengan Keiichi Suzuki sebelum dia memasuki bidang mencipta runut bunyi untuk permainan video dan juga pengiklanan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pencipta-bunyi-ikonik-logo-playstation-tohru-okada-meninggal-dunia"} {"title": "MobaZane Kembali Ke BTK Dengan Ahli Baru Untuk 2023 NACT Spring Season", "body": "

Baru-baru ini bekas ahli pasukan The Valley iaitu MobaZane mengumumkan yang beliau akan kembali ke pasukan BloodThirstyKings (BTK) untuk 2023 North America Challenger Tournament \u00a0(NACT) Spring Season.

MobaZane turut menyatakan yang beliau dan bersama-sama dengan beberapa ahli baru BTK akan memastikan mereka muncul juara untuk NACT kali ini dan mendapatkan slot untuk bertanding di MSC 2023 nanti.

Open Qualifier untuk 2023 NACT Spring Season akan bermula pada 5 Mac 2023 ini yang mana 8 pasukan yang berjaya ke Regular Season akan merebut prizepool berjumlah USD23,500 dan juga slot untuk ke MSC 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobazane-kembali-ke-btk-dengan-ahli-baru-untuk-2023-nact-spring-season"} {"title": "Kali Pertama Diadakan Di Jepun, 2023 Pokemon World Championship Bermula Ogos Tahun Ini", "body": "

Semasa acara Pokemon Present yang lepas, wakil Pokemon telah mengumumkan yang 2023 Pokemon World Championship bakal diadakan di Yokohama, Jepun pada Ogos tahun ini.

Ini merupakan kali pertama kejohanan dunia ini akan diadakan di Jepun. Pada 2022 Pokemon World Championship yang lepas, ianya telah diadakan di London, England.

2023 Pokemon World Championship kali ini akan bermula pada 11 Ogos 2023 sehingga 13 Ogos 2023 di Pacifico Yokohama National Convention Hall.

Dalam kejohanan ini, beberapa permainan Pokemon akan dipertandingkan. Antaranya adalah permainan kad Pokemon, Pokemon Go, Pokemon Unite dan banyak lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kali-pertama-diadakan-di-jepun-2023-pokemon-world-championship-bermula-ogos-tahun-ini"} {"title": "Kejohanan Liga Turkiye Dilancarkan, Juara Akan Ke MSC 2023", "body": "

Baru-baru ini pihak Moonton telah melancarkan Kejohanan Liga Turkiye (MTC 2023) yang mana akan bermula pada Mac ini sehingga Mei 2023.

Kejohanan Liga Turkiye (MTC 2023) ini akan menjadi lalulan pertama untuk pasukan-pasukan dari Turki melayakan diri mereka untuk bertanding di MSC 2023 (Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup) pada bulan Jun nanti.

Incendio Supremacy di M4 World championship

Lapan pasukan akan bertanding dalam MTC 2023 yang mana juara bukan sahaja akan mendapatkan slot untuk ke MSC 2023 tapi juga merebut prizepool berjumlah \u20ba500,000!

Keputusan untuk memperkenalkan Kejohanan Liga Turkiye (MTC 2023) ini dibuat setelah melihat prestasi yang ditunjukkan oleh wakil dari negara tersebut iaitu Incendio Supremacy semasa di M4 World Championship yang lepas.

Moonton merasakan dengan supports dan dengan adanya liga sendiri akan memberikan peluang yang lebih besar kepada pasukan-pasukan dari negara tersebut untuk menunjukkan kekuatan dan bakat mereka di M5 World Championship akan datang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-liga-turkiye-dilancarkan-juara-akan-ke-msc-2023"} {"title": "Forza Horizon 5 Bakal Hadir Dengan Mode Rally Pada Akhir Bulan Ini", "body": "

Baru-baru ini Forza Horizon 5 telah mengumumkan yang pada expansions seterusnya, mode Rally akan dibawa masuk ke permainan video tersebut. Update yang diberi nama Forza Horizon 5 Rally Adventure ini bakal tiba pada 29 Mac 2023 nanti.

Expansions ini akan menyediakan 6 track rally untuk pemain. Selain itu pemain juga boleh memilih diantara 3 pasukan rally untuk bertanding dalam mode rally ini nanti.

Selain dari track, update ini juga akan membawa 10 kenderaan off-road baru untuk pemain. Antara kenderaan baru yang akn hadir dalam update Forza Horizon 5 Rally Adventure ini adalah Ford F-150 Lightning Platinum dan 1973 Hoonigan Volkswagen Baja Beetle Class 5/1600 \u2018Scumbug\u2019!

Forza Horizon 5 Rally Adventure ini akan hadir untuk Forza Horizon 5 Premium Add-ons Bundle, Premium Edition, dan juga Expansions Bundle. Forza Horizon 5 Rally Adventure ini juga akan dijual secara standalone pada harga USD19.99 sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/forza-horizon-5-bakal-hadir-dengan-mode-rally-pada-akhir-bulan-ini"} {"title": "Team Lunatix Dan SMG Kecundang, Homebois Turun Lower Bracket", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Playoff hari pertama untuk MPL MY Musim kesepuluh dimana dua perlawanan untuk lower bracket dan satu perlawanan untuk upper bracket telah pun dijalankan.

Dalam perlawanan lower bracket yang pertama, pasukan RSG MY berjaya menundukkan Team Lunatix dengan mata 2 berbalas 0. Untuk perlawanan kedua, RED Esports telah mempamerkan kejutan apabila berjaya membuat comeback dan menghantar pulang pasukan SMG pulang dengan mata 2 berbalas 1.

Untuk perlawanan upper bracket, pasukan Todak dengan mudah menewaskan pasukan Homebois dengan mata 2 berbalas 0 sekali gus menghantar pasukan Homebois ke lower bracket.

Untuk perlawanan hari kedua Playoff hari ini, dua lagi perlawanan lower bracket dan satu perlawanan upper bracket akan diadakan.

Bagi perlawanan upper bracket, Orange Esports akan bertemu Team HAQ manakala untuk lower bracket RSG MY akan berentap dengan pasukan Homebois bagi menentukan pasukan mana yang masih mempunyai peluang untuk meneruskan perjalanan mereka di MPL MY Musim kesepuluh.

Satu lagi perlawanan lower bracket adalah diantara pasukan RED esports dan pasukan yang tewas di upper bracket hari ini iaitu sama ada pasukan Orange Esports ataupun Team HAQ.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lunatix-dan-smg-kecundang-homebois-turun-lower-bracket"} {"title": "Black Adam Bakal Hadir Di Fortnite", "body": "

Baru-baru ini pihak Fortnite telah mengumumkan satu kerjasama dengan DC untuk membawa anti-hero mereka iaitu Black Adam ke permainan video tersebut.

Kerjasama ini merupakan satu promosi untuk filem terbaru mereka iaitu Black Adam yang mana bakal ditayangkan pada 20 Oktober 2022 nanti.

Unleash \"justice\" as #BlackAdam. Coming to the Item Shop 10.20.2022 at 8PM ET. pic.twitter.com/0tZ0IbMieh

\u2014 Fortnite (@FortniteGame) October 11, 2022

Ini juga merupakan kemunculan kedua Dwayne \u201cThe Rock\u201d Johnson di dalam permainan video tersebut dimana sebelum ini beliau muncul sebagai The Foundation.

Selain dari skin Black Adam, pemain juga juga boleh mendapatkan back bling, pickaxe dan juga emote bertemakan watak tersebut.

Skin dan item-item ini boleh dibeli melalui Item Shop bermula pada 20 Oktober 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/black-adam-bakal-hadir-di-fortnite"} {"title": "Blizzard Berikan Skin Percuma Kepada Semua Pemain Overwatch 2", "body": "

Baru-baru ini pihak Blizzard telah mengeluarkan satu kenyataan meminta maaf kepada semua pemain-pemain Overwatch disebabkan oleh masalah menimpa permainan video tersebut semasa hari perlancarannya baru-baru ini.

When #Overwatch2 launch is bumpy you make it up to players \ud83d\ude24

Besides making progress on bug fixes & stabilization, we've got goodies to share with all players

\ud83d\ude91 Health Pack Weapon Charm
\ud83c\udff4\u200d\u2620\ufe0f Cursed Captain Reaper
\ud83c\udf89 2x Match XP weekends

How to get em https://t.co/pU6b13P0ww pic.twitter.com/Pzs1RvnWFu

\u2014 Overwatch (@PlayOverwatch) October 11, 2022

Disebabkan masalah yag sama masih berlaku sehingga sekarang, pihak Blizzard akan memberikan semua pemain-pemain Overwatch 2 skin percuma dan juga weapon charm untuk mereka yang memasuki permainan video tersebut dari 25 Oktober 2022 sehingga taman season pertama.

Selain dari skin Cursed Captain Reaper dan Health Pack Weapon Charm percuma, Blizzard juga memberikan Double Match XP event yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blizzard-berikan-skin-percuma-kepada-semua-pemain-overwatch-2"} {"title": "Agen Terbaru Valorant Diperkenalkan", "body": "

Sebelum ini pihak Valorant telah beberapa kali mengacah tentang kehadiran agen terbaru mereka yang dikatakan mempunyai kuasa elemen air.

Tidak dilupakan beberapa leaks yang dikeluarkan oleh beberapa peminat yang menyatakan agen 21 (codename: MAGE) adalah seorang agen yang berasal dari India.

Dan baru-baru ini pihak Valorant akhirnya mengumumkan secara sah kehadiran agen baru ini yang dikatakan bakal tiba di permainan video Valorant tidak lama lagi.

Agen yang diberi nama Harbor ini merupakan seorang agen yang berasal dari India dan mempunyai kuasa elemen air dan akan berada dalam kelas Controller seperti Brimstone dan lain-lain.

Walaupun tiada lagi info berkenaan skills dan ulti untuk agen terbaru ini, namun kalau dilihat dari video trailer diatas agen Harbor mungkin mempunyai skill untuk membuat dinding air dan juga gelembung air untuk melindungi pemain dari ditembak oleh musuh.

Agen baru ini dikatakan bakal tiba pada 18 Oktober 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/agen-terbaru-valorant-diperkenalkan"} {"title": "Sonic Frontiers Umumkan Kolaborasi Bersama Monster Hunter", "body": "

Baru-baru ini SEGA telah mengumumkan kolaborasi antara Sonic Frontiers dan juga permainan video Monster Hunter. DLC percuma ini dikatakan bakal tiba untuk permainan video Sonic Frontiers pada 15 November 2022.

Dalam DLC ini, pemain dapat menggunakan armor dari Rathalos dan juga Felyne Rathalos. Selain daripada armor, pemain juga boleh menggunakan BBQ Spit seperti yang terdapat dalam permainan video Monster Hunter untuk membantu menaikkan power Sonic dalam permainan Sonic Frontier.\u00a0

Permainan video Sonic Frontiers ini dijangkakan bakal tiba di Playstation 4, Playstation 5, Xbox Series, Switch dan juga Steam pada 8 November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonic-frontiers-umumkan-kolaborasi-bersama-monster-hunter"} {"title": "Bastion Dan Torbjorn Dinyahaktif Sementara Kerana Masalah Bugs", "body": "

Baru-baru ini pihak Overwatch telah mengumumkan yang dua heroes untuk permainan video Overwatch 2 terpaksa dinyahtifkan sementara waktu disebabkan oleh bugs yang agak teruk.

\ud83d\udea8 QUICK PSA \ud83d\udea8

Bastion and Torbj\u00f6rn will be taking a quick trip to the workshop while we iron out a few bugs in their ability kits!

\ud83d\udee0\ufe0f Bastion will be unavailable in all modes during this time, while Torbj\u00f6rn will still be playable in Quick Play. pic.twitter.com/ghjLL5KV7b

\u2014 Overwatch (@PlayOverwatch) October 10, 2022

Dua heroes tersebut adalah Bastion dan juga Torbjorn namun Torbjorn masih boleh dimainkan dalam mode Quick Play.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut bila berapa lama dua heroes ini akan dinyahtifkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bastion-dan-torbjorn-dinyahaktif-sementara-kerana-masalah-bugs"} {"title": "UNIVERSITI e-LEAGUE (UeL) Kembali Dengan Musim Ketiga", "body": "

Baru-baru ini pihak Universiti e-League (UeL) telah mengumumkan yang pendaftaran kejohanan tersebut telah pun dibuka dengan 4 permainan video yang akan dipertandingkan.

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama The Gaming Company (TGC) dan juga Prime Sports International (PSI).

Untuk pengetahuan korang, kejohanan UeL ini merupakan satu kejohanan yang mengfokuskan kepada pelajar-pelajar dari perbagai universiti dan kolej seluruh Malaysia.

Untuk UeL kali ini, prizepool sebanyak RM20,000 telah dipertaruhkan untuk empat permainan video. Empat permainan video tersebut adalah Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, VALORANT dan juga FIFA 2022.

Pendaftaran untuk kejohanan ini telah pun dibuka sejak 26 September yang lepas dan online qualifier akan bemula pada 28 Oktober 2022. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, korang boleh klik di LINK ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/universiti-e-league-uel-kembali-dengan-musim-ketiga"} {"title": "Peminat RRQ Kecewa Dengan Roster Valorant Pasukan Tersebut", "body": "

Baru-baru ini pasukan RRQ yang merupakan satu organisasi esports dari Indonesia telah mengumumkan senarai pemain mereka yang akan bertanding di kejohanan Valorant Champions Tour (VCT).

Here\u2019s the final announcement of our VPL 2023 Roster.
Let\u2019s all welcome our 6 players! @RRQ_Nexi , @rrq_kellyS , @rrq2ge , @rrq_emmanfps , @erolldelfin , and @davidmichs ! \ud83d\udd25\ud83d\udd25

VIVA RRQ! #teamrrq #VCT2023 #valorant #Riotgames #anouncement pic.twitter.com/HzqFiZyqLZ

\u2014 Team RRQ (@teamrrqofficial) October 9, 2022

Namun setelah pengumuman itu dibuat, pasukan RRQ telah menerima kencaman yang teruk dari peminat-peminat mereka yang kecewa dengan senarai pemain tersebut.

Ini kerana, dari 6 pemain yang diumumkan hanya seorang saja pemain yang betul-betul berasal dari Indonesia manakala 5 lagi pemain merupakan pemain dari Filipina.

Berikut merupakan senarai pemain yang telah diumumkan oleh RRQ untuk pasukan Valorant mereka:

Dari Senarai diatas, hanya David \"Tehbotol\" Monangin saja yang berasal dari Indonesia. Disebabkan isu ini, satu petisyen telah dibuat oleh peminat-peminat RRQ kepada Riot Games bagi mengeluarkan pasukan tersebut dari bertanding untuk kejohanan VCT.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/peminat-rrq-kecewa-dengan-roster-valorant-pasukan-tersebut"} {"title": "Jurulatih Pasukan Valorant Rising Hope Dituduh Melakukan Gangguan Seksual", "body": "

Baru-baru ini ahli pasukan valorant wanita Rising Hope telah mengumumkan yang mereka telah pun keluar dari organisasi tersebut.\u00a0

Dengan berita yang agak mengejut ini, ramai peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila salah seorang jurulatih pasukan tersebut iaitu Jehiel telah mengeluarkan satu tweet yang menyatakan sebab mengapa mereka keluar dari organisasi tersebut.

Why we left Rising Hope

Read: https://t.co/HN0knShF6P

\u2014 Jehiel (@PizzaFPS) October 9, 2022

Dalam tweet tersebut, Jehiel menyatakan yang mereka semua keluar dari organisasi Rising Hope kerana ganguan seksual yang dilakukan oleh seorang lagi jurulatih pasukan tersebut yang dikenali sebagai Simons.

Jehiel juga menyatakan yang Simons telah beberapa kali mengganggu ahli pasukannya dan pada 27 September 2022, Simons telah menunjukkan alat sulitnya melalui panggilan video \u201cDiscord\u201d semasa mereka semua sedang melakukan latihan (Scrims).

Today we say goodbye to our VALORANT line-up. They have done a great job and we thank them for their time.
Simons and mdvjk remain in the organisation and will take part in the formation of the new line-up. pic.twitter.com/uvqvDPpSZO

\u2014 Rising Hope (@RHopeAgency) October 5, 2022

Disebabkan gangguan ini, Jehiel telah membuat aduan kepada Lazar yang merupakan co-owner kepada organisasi Rising Hope namun tiada sebarang tindakan yang telah diambil dengan alasan yang Simons merupakan orang penting dalam organisasi tersebut.\u00a0

Buat masa ini pihak Rising Hope masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan kes gangguan seksual ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jurulatih-pasukan-valorant-rising-hope-dituduh-melakukan-gangguan-seksual"} {"title": "RSG SG Pasukan Ketiga Layak Ke M4", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya MPL SG Musim Keempat yang mana pasukan RSG SG berjaya muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan Slate Esports.

Pasukan RSG SG berjaya menewaskan pasukan Slate Esports yang mana dahulunya dikenali sebagai pasukan EVOS SG dengan mata 4 berbalas 3.

Dengan kejayaaan ini, pasukan RSG SG berjaya mendapatkan slot untuk bertanding dalam kejohanan M4 tahun depan.

Setakat ini, tiga pasukan telah berjaya mendapat slot ke M4 iaitu pasukan Incendio Supremacy dari Turkey, Burn x Team Flash dari Kemboja dan pasukan RSG SG dari Singapura.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-sg-pasukan-ketiga-layak-ke-m4"} {"title": "Pandang Pertama Mario Dan Bowser Dipersembahkan Dalam Teaser The Super Mario Bros Movie", "body": "

Baru-baru ini pihak Nintendo dan Illumination Entertainment telah mengeluarkan teaser pertama untuk filem animasi terbaru mereka iaitu The Super Mario Bros. Movie.

Dalam teaser ini beberapa watak penting telah dipertontonkan seperti Mario, Bowser, Toad dan juga Luigi.

Para pelakon yang akan membintangi filem animasi ini adalah seperti Chris Pratt sebagai Mario, Charlie Day sebagai Luigi, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Jack Black sebagai Bowser, Anya Taylor-Joy sebagai Princess Peach dan ramai lagi.

Filem animasi ini bakal ditayangkan pada 7 April 2023 tahun depan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pandang-pertama-mario-dan-bowser-dipersembahkan-dalam-teaser-the-super-mario-bros-movie"} {"title": "Gamma 1 Dan Gohan Bakal Hadir Dalam Dragon Ball Xenoverse 2", "body": "

Baru-baru ini pihak Bandai Namco telah mengumumkan yang DLC Dragon Ball Xenoverse 2 yang diberi nama Hero of Justice Pack 1 bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam DLC Dragon Ball Xenoverse 2 ini, 2 watak baru akan dibawa masuk. Dua watak tersebut adalah Gamma 1 dan juga Gohan dari filem Dragon Ball Super: Super Hero.

Turut bakal tiba dengan dua watak ini adalah Gamma 2 yang mana telah diumumkan sebelum ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamma-1-dan-gohan-bakal-hadir-dalam-dragon-ball-xenoverse-2"} {"title": "MCPS Major Musim Keempat Bermula Minggu Ini", "body": "

Kejohanan Free Fire MCPS Major S4 bakal berlangsung pada 8 dan 9 Oktober ini dimana 12 pasukan dari Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka akan berentap untuk merebut prizepool berjumlah USD70,000.

Selain dari itu, dua pasukan teratas juga akan mendapatkan slot untuk bertanding di Free Fire World Series (FFWS) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan November nanti.

12 pasukan yang akan bertanding pada Free Fire MCPS musim keempat kali ini adalah:

Sebuah acara watch party juga akan dijalankan pada hari sabtu dan ahad ni di khemah Karnival E-sports, Stadium Bukit Jalil bersempena Hari Sukan Malaysia bermula pada pukul 12.30 tengahari.

Beberapa streamer Free Fire terkenal juga akan berada disana seperti MrTodakk, SpiderGunz, Obvy, Suaa Gaming dan juga Jebat. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti in-game item, plushies dan juga varsity jacket Free Fire!

Bagi korang yang tak dapat hadir ke watch party dan hanya dapat menonton kejohanan ini secara online, korang tak perlu bimbang sebab Free Fire juga menyediakan banyak hadiah menarik yang korang boleh menangi semasa menonton kejohanan MCPS Major nanti!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mcps-major-musim-keempat-bermula-minggu-ini"} {"title": "Sorapayung Dilantik Sebagai Jurulatih Incognito Esports", "body": "

Baru-baru ini pihak Incognito Esports, sebuah pasukan semi-pro MLBB Malaysia telah memperkenalkan jurulatih terbaru untuk pasukan tersebut.

Muhammad Farhan Bin Ibrahim ataupun lebih dikenali sebagai Sorapayung sebelum ini merupakan jurulatih untuk pasukan RED Esports semasa MPL MY S10.

Sebelum ini beliau juga pernah bersama dengan pasukan Orange Esports untuk MPL MY S8.\u00a0

Pasukan Incognito Esports sekarang ini sedang bertanding dalam kejohanan MSPC Musim ke-2.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sorapayung-dilantik-sebagai-jurulatih-incognito-esports"} {"title": "Spy X Family Part 2 Tiba Di Platform Bilibili", "body": "

Baru-baru ini platform anime, komik dan permainan video terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini telah acara Bilibili Fall 2022 Anime Lineup yang mana bakal menampilkan lebih daripada 30 Anime terbaru di platform tersebut.

Antaranya adalah seperti Spy X Family part 2 dan juga remake Urusei Yatsura, sebuah manga yang pernah dikeluarkan di Shogakukan's Weekly Sh\u014dnen Sunday dari 1978 sehingga 1987.

Selain dari itu 15 anime ekslusif untuk platform Bilibili seperti:

Applikasi Bilibili boleh dimuat turun secara percuma di Google Store dan juga App Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spy-x-family-part-2-tiba-di-platform-bilibili"} {"title": "PMPL SEA Championship Fall - Thailand Mengungguli Tangga Teratas Minggu Pertama", "body": "

Minggu pertama PMPL SEA Championship Fall 2022 baru saja berakhir dan kita dapat melihat pasukan FaZe Clan berjaya berada ditangga teratas.

Pasukan yang berasal dari Thailand ini berjaya mengumpul 108 elimination point dan 138 rank point. Dengan total sebanyak 246 point, FaZe Clan berjaya meninggalkan satu lagi pasukan dari Thailand iaitu Vampire Esports dengan perbezaan 30 point.

Bagi pasukan dari Malaysia, hanya Yoodo Alliance saja berjaya berada di Top 10 dengan 171 point dan berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner pada hari kedua minggu pertama.

Pasukan SEM9 berada di tangga ke-15 manakala 4Rival berada di tangga ke-14, Geek Fam ditangga ke-15 dan yang terakhir sekali pasukan Don't Break Dreams ditangga ke-19.

Semoga minggu kedua PMPL SEA Championship Fall 2022 kita dapat melihat pasukan dari Malaysia kembali bangkit.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmpl-sea-championship-fall-thailand-mengungguli-tangga-teratas-minggu-pertama"} {"title": "Acara Fight or Fright Apex Legends Kembali", "body": "

Baru-baru ini acara Fright or Fright Apex Legends telah pun kembali. Terdapat tiga mode yang boleh dimainkan dalam acara ini salah satunya adalah Shadow Royale mode yang paling diminati oleh pemain Apex Legends.

Tiga acara ini akan rotate antara satu sama lain dan akan berlangsung selama sebulan sebelum tibanya season terbaru Apex Legends.

Tiga mode tersebut adalah:

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acara-fight-or-fright-apex-legends-kembali"} {"title": "SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake Tiba Tahun Depan", "body": "

Baru-baru ini Purple Lamp Studio dan juga THQ Nordic telah memperkenalkan iaitu SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake.

Mereka juga telah memperkenalkan \u201cBFF Edition\u201d collector edition untuk peminat-peminat yang inginkan kelainan.

Collector edition ini bakal dijual pada harga USD249.99. Berikut adalah item yang korang akan dapat kalau korang order collector edition ini:

Permainan video ini bakal tiba pada tahun depan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spongebob-squarepants-the-cosmic-shake-tiba-tahun-depan"} {"title": "TeamMYS Muncul Juara Kejohanan Sulung Pokemon Unite Malaysia Open", "body": "

Baru-baru ini telah berlangsungnya kejohanan pertama Pokemon Unite Malaysia Open yang mana telah memperlihatkan 53 pasukan terhebat dari seluruh Malaysia berentap dalam kejohanan ini.

Kejohanan ini juga telah menawarkan prizepool sebanyak USD20,000 dan pasukan pertama yang berjaya memenangi Pokemon Unite Malaysia Open.

Pada Grand Final, dua pasukan terhebat iaitu TeamMYS dan pasukan DUNE masing-masing menunjukkan perlawanan yang sangat sengit.

Namun DUNE terpaksa akur dengan kehebatan pasukan TeamMYS bila berjaya dikalahkan dengan 849 mata pada perlawanan pertama dan 864 mata pada perlawanan kedua.

Kejohanan Pokemon Unite Malaysia Open ini merupakan satu kerjasama diantara The Pokemon Company dan juga telco nombor satu Malaysia, Yoodo.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/teammys-muncul-juara-kejohanan-sulung-pokemon-unite-malaysia-open"} {"title": "Skull and Bones Sekali Lagi Ditunda", "body": "

Sebelum ini pihak Ubisoft telah mengumumkan permainan video terbaru mereka iaitu Skull and Bones bakal tiba pada November 2022.

Namun baru-baru ini pihak Ubisoft telah mengeluarkan kenyataan yang mereka telah mengambil keputusan untuk menunda permainan video ini pada 9 Mac 2023 tahun depan.

Permainan video ini sepatutnya dikeluarkan pada 2018 namun telah 4 kali ditunda disebabkan beberapa isu teknikal dan dalaman.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/skull-and-bones-sekali-lagi-ditunda"} {"title": "Free Fire Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-6 Dengan Hadiah Eksklusif Dan Mini Gameplay", "body": "

Free Fire akan menyambut ulang tahun ke-6 tidak lama lagi. Untuk itu, Garena telah melancarkan pelbagai acara baru kepada pemain sebagai penghargaan kepada mereka.

Ulang tahun ini bertemakan 'Color The World' untuk mempromosikan inklusiviti agar kesemua pemain tanpa mengira warna kulit merasai pengalaman permainan yang menyeronokkan.

Free Fire juga akan berkolaborasi dengan DJ terkenal dari Brazil iaitu Alok. Bermula 7 Julai ini, pemain perlu melengkapkan beberapa misi untuk mendapatkan Alok Male Bundle, Motorbike, dan emote khaa bersempena ulang tahun ini.

Selain menampilkan Alok, Free Fire juga akan menawarkan hadiah eksklusif dan mod gameplay mini seperti Color Cube, Hat Relay, acara Rank Protection dan Color Playground.

Ini adalah kali pertama mereka menyambut ulang tahun pada bulan Jun dan dilanjutkan ke bulan Julai. Sebelum ini, mereka mengadakan acara ulang tahun pada bulan Ogos sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-bakal-sambut-ulang-tahun-ke-6-dengan-hadiah-eksklusif-dan-mini-gameplay"} {"title": "Mobile Legends Tampilkan Banyak Acara Dan Hadiah Bersempena Projek Next 2023", "body": "

Setelah sekian lama menjanjikan pemain untuk mengimplementasi Projek Next 2023, Mobile Legends akhirnya akan melakukan pembaharuan ini ke dalam kemasikini patch 1.7.94. Kemaskini ini akan dilakukan pada hari ini, 27 Jun 2023.

Kemaskini ini akan memperlihatkan perubahan sistem emblem, interface yang diubah, hero lore dan perubahan halaman penceritaan. Bersama Projek Next 2023, Moonton juga akan membawa beberapa acara yang akan memberikan banyak hadiah.\u00a0

Bersempena dengan sistem emblem yang akan dirombak, pemain yang log-in dari 27 Jun hingga ke 31 Julai akan mendapat satu Battle Emote percuma, The Great Harper.

Dalam satu lagi acara, pemain yang menyertai acara Revamped Emblem Benefits dan menyiapkan task akan mendapat hadiah seperti satu 2023 Commemorative Emblem Avatar Border, kad Talent Trail, Tiket, dan Magic Dusts.

Untuk memudahkan pemain memahami Talent dan sistem emblem baru, pemain akan mendapat akses percuma untuk semua Talents bermula hari ini sehingga 31 Julai. Pemain juga dapat menggunakan semua hero secara percuma dalam perlawanan classic bermula 8 Julai hingga 10 Julai

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-tampilkan-banyak-acara-dan-hadiah-bersempena-projek-next-2023"} {"title": "Siri PUBG Mobile Regional Clash 2023 Bakal Bermula 29 Jun Ini", "body": "

Siri kejohanan PUBG Mobile Regional Clash 2023 bakal kembali lagi tahun ini. Kejohanan ini menggunakan format pertembungan antara dua wilayah dan akan mempunyai empat siri pertembungan wilayah sepanjang tahun ini.\u00a0

Bermula pada 29 Jun sehingga 2 Julai ini, siri pertama akan diadakan dan akan melibatkan lapan pasukan dari Asia Tenggara akan berentap dengan lapan pasukan dari Asia Selatan. Dua wakil negara, Geek Slate dan Yoodo Alliance turut akan menyertai edisi kejohanan ini.

Prize pool yang ditawarkan siri pertama ini adalah sebanyak $20,000 USD.\u00a0

Daripada 24 perlawanan, 6 perlawanan akan dimainkan pada setiap hari.\u00a0

Berikut adalah tarikh bagi empat siri PUBG Mobile Regional Clash sepanjang tahun ini:\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-pubg-mobile-regional-clash-2023-bakal-bermula-29-jun-ini"} {"title": "Kemasukan Alberttt Bakal Perkuatkan Juara MSC 2023, ONIC", "body": "

Alberttt yang mengumumkan untuk keluar dari RRQ beberapa minggu lepas telah selamat menyertai pasukan baru. Alberttt akan menyertai pasukan dari Indonesia, ONIC Esports bagi menghadapi MPL Indonesia musim ke-12.

ONIC pada mulanya berkongsi satu video yang menunjukkan roster mereka termasuk Coach Yeb dan Kairi. Coach Yeb dan Kairi kekal bersama pasukan itu walaupun ada khabar angin mengatakan mereka berdua akan keluar.

Berita kemasukan Alberttt didedahkan dalam satu lagi video yang dimuat naik di YouTube rasmi pasukan ini. Alberttt akan melengkapkan roster pasukan ini bersama Coach Yeb dan Kairi. Alberttt akan bermain sebagai Jungler pasukan ini.

Pada 18 Jun lalu, Alberttt mengejutkan peminat Indonesia apabila mengumumkan untuk keluar dari RRQ sebaik namanya ditampilkan dalam roster MPL ID pasukan RRQ.\u00a0

Debut pada tahun 2020, Alberttt membantu RRQ Hoshi untuk muncul juara pada kejohanan MPL Indonesia musim ke-6 dan musim ke-9. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kemasukan-alberttt-bakal-perkuatkan-juara-msc-2023-onic"} {"title": "Ura-Ura Pasukan Outplay Mungkin Akan Dibubarkan", "body": "

Selepas menamatkan kejohanan MSC 2023 dengan prestasi yang menghampakan, Outplay dijangka akan berpecah. Beberapa ahli pasukan ini akan meninggalkan pasukan dan menyertai pasukan baru.

Dalam satu livestream, Hoon yang merupakan mid-laner bagi pasukan Outplay mendedahkan beberapa rakannya merancang untuk meninggalkan pasukan bagi mencari peluang baru.\u00a0

Hoon menjelaskan yang Basic berniat untuk keluar dan mencari pasukan baru. SHARK juga mengatakan untuk keluar bersama Basic. URESHIII pula dinasihatkan Hoon untuk keluar bersama Basic dan SHARK.\u00a0

\u201cJadi, hanya saya dan Carlos (Bestplayer1) buat masa ini\u201d, tambah Hoon.\u00a0

MobaZane dari pasukan BloodThirstyKings sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku selepas apa yang terjadi semasa MSC 2023. Dia juga mendedahkan Outplay mempunyai isu berkaitan penajaan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/outplay-berkemungkinan-berpecah"} {"title": "Google Dilaporkan Menguji Platform Permainan Video Di Youtube", "body": "

Wall Street Journal melaporkan bahawa Google sedang menguji sebuah projek baru yang memboleh pengguna untuk bermain permainan video di platform YouTube. \u00a0

Produk ini dinamakan Playables dan membolehkan pengguna bermain permainan video menerusi aplikasi YouTube di peranti pintar dan komputer. Ianya boleh dimainkan menerusi web browser atau aplikasi yang dimuat turun di Android dan iOS.

YouTube telah menghantar emel kepada pekerjanya untuk mencari sukarela yang akan menguji produk ink. Salah satu permainan yang akan tersedia semasa tempoh percubaan ini adalah Stack Bounce, \u00a0sebuah permainan dimana pemain akan memecahkan lapisan batu bata dengan sebiji bola.

Orang ramai juga boleh bermain permainan Stack Bounce ini kerana permainan ini sudah tersedia di laman web gamesnacks.com.

Google pernah mengeluarkan projek yang serupa pada tahun 2019 dulu apabila mereka melancarkan platform cloud gaming yang dinamakan Google Stadia. Namun, projek ini telah dihentikan pada 18 Januari 2023.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/google-dilaporkan-menguji-platform-permainan-video-di-youtube"} {"title": "Tawarkan Game Preloved Pada Harga Murah, CeX Kini Dibuka Di Malaysia", "body": "

Syarikat dari UK, Complete Entertainment Exchange (CeX) telah membuka cawangan baru di Malaysia. Mereka menempatkan cawangan baru terbabit di IOI City Mall Putrajaya dan akan dioperasikan oleh Nuovolife Sdn. Bhd.\u00a0

CeX adalah syarikat francais yang menjual barangan elektronik dan permainan video. Mereka kini mempunyai 630 buah kedai di 10 negara termasuk Ireland, Sepanyol, Portugal, Mexico, Canary Islands, Belanda, Australia, India, Itali dan Malaysia.\u00a0

CeX Malaysia memulakan operasi dengan stok lebih 10,000 produk, termasuk barangan elektrik seperti telefon pintar, tablet dan laptop beserta permainan video, konsol, aksesori, camera dan barangan audio. Headset VR dan dron juga akan tersedia di kedai ini.\u00a0

Mereka menggunakan konsep dengan menjual barangan terpakai (second hand). Di sini, terdapat banyak game retro yang boleh didapati dengan harga yang murah. \u00a0

Stor CeX terletak di Lot L2-69 dalam IOI City Mall Putrajaya, bersebelahan GSC West Wing dan akan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cex-kedai-yang-menjual-barangan-elektronik-dan-permainan-video-terpakai-dibuka-di-malaysia"} {"title": "The Flash Alami Kemerosotan Ketara Pada Minggu Kedua", "body": "

Filem dari universe DC, The Flash mengalami kemerosotan yang agak besar selepas mengutip $55 juta USD pada minggu pertama. Jumlah kutipan minggu kedua mengalami penurunan sebanyak 72% daripada minggu pembukaan.\u00a0

Filem ini hanya mampu mengutip $15.26 juta USD pada minggu kedua menjadi jumlah kutipan keseluruhan di Amerika Utara sebanyak $87.64 juta USD. Di peringkat global, mereka telah mengumpul $210.9 juta USD.\u00a0

The Flash kini berada di kedudukan ketiga dalam carta box office Amerika Utara minggu ini. Kedudukan pertama dipegang Spider-Man: Across the Spider-Verse yang mengutip $317.05 juta USD. Filem animasi Pixar, Elemental berada di tempat kedua.\u00a0

Kemerosotan 72% ini adalah sangat teruk jika dibandingkan dengan filem DC yang lain. Black Adam mencatat \u2018drop\u2019 sebanyak 59% dan Shazam! Fury of the Gods pula mengalami penurunan 69%.

Berita ini memberi tamparan hebat kepada pihak produksi filem ini memandangkan The Flash menelan belanja sebanyak $220 juta USD.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-flash-alami-kemerosotan-ketara-pada-minggu-kedua"} {"title": "Activision Bakal Tutup Server Warzone Original Pada September Ini", "body": "

Pemain boleh mengucapkan selamat tinggal kepada permainan Call of Duty: Warzone yang asal selepas Activision akan menamatkan permainan itu selepas 3 tahun beroperasi.

Dinamakan semula sebagai Warzone Caldera pada tahun lepas, permainan ini akan menutup servis pada 21 September 2023. Penutupan ini tidak memberi kesan kepada multiplayer dalam Modern Warfare, Black Ops Cold War, Vanguard dan Warzone 2.

Activision dikatakan mahu fokus untuk membangunkan kandungan Warzone 2 dan projek COD lain seperti Call of Duty: Warzone Mobile yang akan dikeluarkan beberapa bulan akan datang.

Bermula 21 September, segala kemajuan pemain, perkhidmatan dalam talian dan inventori akan tidak dapat diakses oleh pemain.

Pemain yang membeli skin dan kosmetik dalam Warzone masih boleh menggunakan dalam Call of Duty yang lain seperti Modern Warfare,\u00a0Black Ops Cold War dan\u00a0Vanguard. Walau bagaimanpun, ramai pemain kecewa kerana mereka lebih suka untuk menggunakan skin-skin ini dalam mod battle royale.\u00a0

Warzone Caldera dilancarkan pada tahun 2020 di platform PlayStation 4, PC, dan Xbox One. Nama Caldera ini diambil sempena satu-satunya map yang ada dalam permainan ini sejak Activision melancarkan Warzone 2.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/activision-bakal-tutup-server-warzone-original-pada-september-ini"} {"title": "Team Lunatix Bawa 3 Orang Lagi Pemain Baru", "body": "

Menjelang MPL MY Musim Kedua Belas yang semakin hampir ini, kita dapat melihat pelbagai pasukan kini telah memulakan langkah membina line-up terbaik mereka. Melihat kepada MPL MY musim lepas, kita boleh menjangkakan yang MPL MY kali ini akan lebih mendebarkan.

Bercerita mengenai pasukan, nampaknya salah satu pasukan MPL MY iaitu Team Lunatix semakin galak membawa pemain-pemain baru. Pemain-pemain mereka sebelum ini kebanyakannya dipinjam dari pasukan Tier 2 iaitu Monster Vicious. Pemain-pemain tersebut adalah NOVAXCOBAR, FAKEZ, UNI dan ZENO.

Team lunatix telah memulakan langkah mereka dengan membawa 3 pemain dari Myanmar iaitu DJ dan Kid bekas ahli pasukan AI Esports. Mereka kemudiannya membawa masuk salah seorang pemain dari pasukan MLBB Myanmar iaitu Zippy. Zippy sebelum ini bermain untuk pasukan Falcon Esports yang mana baru-baru ini telah dibubarkan.

Pada minggu lepas, Team Lunatix sekali lagi membuat pengumuman tentang 3 pemain baru mereka. Tiga pemain tersebut adalah Deto, Zacus dan Yunaaaa dari Filipina. Deto sebelum ini bermain untuk Team Secret pada MPL MY yang lepas dan selepas itu bermain sebentar untuk MAB Esports.\u00a0

Zacus pula sebelum ini pernah bermain untuk pasukan RSG Malaysia dari April 2021 sehingga Jun 2022. Kemudianya ke Homebois dan bermain bersama mereka dari Ogos 2022 sehingga Disember 2022.\u00a0

Satu lagi pemain import mereka iaitu Yunaaaa pula sebelum ini Tier 2 MLBB Filipina bersama pasukan MHRK Esports. Untuk artikel penuh senarai transfer pemain untuk MPL MY S12 yang rasmi, korang boleh klik di LINK ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lunatix-bawa-3-orang-lagi-pemain-baru"} {"title": "ONE Esports MPL Invitational 2023 Akan Pertama Kali Diadakan Secara Offline", "body": "

ONE Esports MPL Invitational (MPLI) adalah sebuah kejohanan Mobile Legends yang akan diadakan untuk kali keempat tahun ini. MPLI 2023 ini dianjurkan oleh Moonton yang bekerjasama dengan ONE Esports.\u00a0

Pada tiga edisi sebelum ini, kejohanan ini diadakan secara dalam talian (online). Kelainan pada edisi kali ini adalah ia akan menggunakan format offline. Walau bagaimanapun, tempat untuk menghoskan kejohanan masih belum diketahui.

Kejohanan dijadualkan bermula pada 15 November 2023 dan tamat pada 19 November. MCLI 2023 akan menampilkan pasukan hebat dari Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Singapura.\u00a0

Penganjur masih belum menetapkan format untuk kejohanan. Tidak pasti sama ada mereka akan menggunakan format edisi lepas yang sangat unik. Juara bagi setiap negara layak secara automatik ke suku akhir dan memilih lawan di bracket mereka.\u00a0

MCLI 2023 akan disiarkan secara langsung di semua media sosial rasmi ONE Esports termasuk Facebook, TikTok, Twitch, Twitter dan YouTube. Siaran langsung boleh didapati dalam bahasa Indonesia, bahasa Melayu, English, Tagalog dan Khmer.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-esports-mpl-invitational-2023-akan-pertama-kali-diadakan-secara-offline"} {"title": "Secret Invasion Dikecam Selepas Guna AI Untuk Hasilkan Opening Credit", "body": "

Siri MCU yang baru ditayangkan di Disney+, menerima kecaman peminat Marvel apabila menggunakan teknologi \u2018artificial intelligence\u2019 (AI) untuk menghasilkan babak opening credit.\u00a0

Babak ini dihasilkan oleh Method Studios. Mereka menyatakan AI adalah salah satu alatan yang digunakan untuk membantu artist siri ini dan tiada tenaga pekerja yang digantikan oleh AI ini.\u00a0

Pengarah Secret Invasion, Ali Selim mempertahankan keputusan mereka untuk menggunakan AI. Siri yang memfokuskan shape-shifting ini adalah antara sebab mereka menggunakan AI.

Untuk menghasilkan babak ini, mereka melakukan prompt dengan memasukkan perkataan dan idea mereka. Selebihnya, komputer menghasilkan gambar seperti apa yang diarahkan.\u00a0

Jeff Simpson yang pernah bekerja di Ubisoft, Square dan Marvel Studios juga menyuarakan pendapatnya. Katanya di Twitter, \u201cSaya kecewa, saya percaya AI adalah tidak beretika, berbahaya dan direka untuk menyingkirkan karier artist\u201d.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/secret-invasion-dikecam-selepas-guna-ai-untuk-hasilkan-opening-credit"} {"title": "SAH DAN DIKEMASKINI - Senarai Perpindahan Pemain Pasukan-Pasukan MPL MY Season 12", "body": "

ARTIKEL INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

Mobile Legends Professional League Malaysia atau singkatannya MPL MY akan memulakan langkahnya ke Musim Kedua Belas. MPL MY Season 12 yang dianjurkan oleh Moonton ini bermula pada bulan Ogos dan akan berakhir pada bulan Oktober tahun ini. Sebanyak 10 pasukan akan berentap pada kejohanan ini yang akan dimulakan dengan Qualifier - Regular Season - Play-off dan akhirnya berakhir di Grand Finals pada bulan Oktober 2023.\u00a0

Menjelang MPL MY Season 12 yang akan tiba, kami akan memberikan senarai penuh perpindahan yang berlaku dalam scene Mobile Legends Malaysia sejak berakhirnya kejohanan MPL MY Season 11 yang lalu (30 April). Kami cuma akan update apa yang telah disahkan oleh pasukan itu sendiri sama ada di media sosial rasmi mereka ataupun di Liquipedia.\u00a0

\u00a0

Team SMG

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

TODAK

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

Homebois

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

Yoodo Red Giants\u00a0

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

Team Lunatix

+ Transfer In\u00a0

- Transfer Out / Loan

\u00a0

Team Haq

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

RED Esports MY

(Tiada sebarang aktiviti perpindahan pemain berlaku selepas tamatnya MPL MY Season 11).

\u00a0

RSG Slate MY

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

\u00a0

Team Secret

+ Transfer In

- Transfer Out / Loan

(Tiada)

", "url": "https://gamersonduty.com/news/senarai-perpindahan-pemain-pasukan-pasukan-mpl-my-season-12"} {"title": "Detective Pikachu Returns Dilancarkan Oktober Ini Di Nintendo Switch", "body": "

Detective Pikachu akan membuat kemunculan kembali dalam satu judul permainan baru iaitu Detective Pikachu Returns. Nintendo mengumumkan semasa acara Nintendo Direct bahawa sekuel kepada permainan Detective Pikachu (2018) ini dijangka keluar pada 6 Oktober 2023 di Nintendo Switch.

Mengikut cerita asal dalam permainan terdahulu, ianya mengisahkan seorang budak lelaki bernama Tim Goodman dan seekor pokemon, Detective Pikachu. Mereka perlu menyelesaikan beberapa misteri yang membelenggu bandar Ryme City sambil menyiasat kehilangan bapa Goodman. \u00a0

Nintendo juga berkongsi sebuah trailer memaparkan Tim Goodman dan Detective Pikachu sekali lagi bekerjasama untuk menyiasat misteri di bandar Ryme City. Mereka juga akan bekerjasama dengan banyak Pokemon lain, termasuklah Pokemon legenda, Mewtwo.

Permainan adventure ini membenarkan pemain untuk mengawal karakter Tim Goodman dan akan mengembara bersama Detective Pikachu. Mereka akan berinteraksi dengan Pokemon lain, mencari klu dan merungkaikan segala misteri yang berlaku di Ryme City.\u00a0

Detective Pikachu Returns akan dilancarkan pada 6 Oktober 2023, eksklusif di Nintendo Switch.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/detective-pikachu-returns-keluar-oktober-ini-di-nintendo-switch"} {"title": "Metal Gear Solid Master Collection Vol.1 Dilancarkan Oktober ini, Tampilkan Banyak Kandungan Eksklusif", "body": "

Konami dijangka akan mengeluarkan koleksi Metal Gear Solid Master Vol. 1 untuk platform Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC melalui Steam. Koleksi ini akan dikeluarkan pada 24 Oktober dan berharga $59.99 USD. Berita ini diumumkan ketika acara Nintendo Direct semalam.

Koleksi Metal Gear Solid Master Vol.1 mengandungi permainan Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty, Metal Gear Solid 3: Snake Eater, Metal Gear and Metal Gear 2: Solid Snake, dan Snake's Revenge.\u00a0

Selain permainan, setiap judul permainan akan mempunyai satu buku screenplay dan masterbook. buku screenplay mengandungi teks manakala masterbook mengandungi perincian maklumat cerita dan karakter.\u00a0

Koleksi ini juga didatangkan dengan dua buah novel grafik digital. Novel grafik ini adalah dalam bentuk video animasi dan disuarakan menceritakan peristiwa Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2.\u00a0

Akhir sekali, koleksi ini juga mengandungi digital soundtrack yang terdiri dengan 20 track ikonik siri permainan ini. Soundtrack ini akan tersedia untuk dimuat turun pada perlancaran nanti.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/metal-gear-solid-master-collection-vol-1-dilancarkan-oktober-ini-tampilkan-banyak-kandungan"} {"title": "Dewa United Esports Disahkan Sebagai Pasukan ke-9 Sertai MPL ID Season 12", "body": "

Moonton telah mengumumkan Dewa United Esports akan menjadi pasukan yang kesembilan menyertai MPL ID Season 12. Ini adalah debut pertama mereka dalam kejohanan kelas A-Tier ini.\u00a0

Mengenai pasukan ini, Dewa United Esports adalah pasukan e-sukan untuk pasukan bola sepak yang beraksi dalam Liga 1 Indonesia iaitu Dewa United FC. Pasukan ini ditubuhkan pada 18 Februari 2021.\u00a0

Dewa United menyertai kejohanan Mobile Legends Development League Indonesia (MDL ID) sejak season 3. Pencapaian terbaik pasukan ini dalam kejohanan liga ini adalah merangkul naib juara dibelakan EVOS Icon.\u00a0

MPL ID Season 12 kini mempunyai 9 pasukan. Kemungkinan akan ada satu lagi pasukan yang akan diumumkan untuk menyertai kejohanan ini.

MPL ID Season 12 akan bermula pada 13 Julai 1023 dan berakhir pada 15 Oktober 2023. Dua pasukan yang menjadi juara dan naib juara akan layak untuk beraksi di Kejohanan Dunia M5.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dewa-united-esports-disahkan-sebagai-pasukan-ke-9-sertai-mpl-id-season-12"} {"title": "Rasai Pengalaman Home Teater Yang Mantap Dengan SonicGear Studiobar 500HD Maverick", "body": "

Masih keliru mencari soundbar yang sesuai untuk kegunaan menonton TV? Kami cadangkan kepada korang untuk mencuba SonicGear Studiobar 500HD Maverick yang sangat sesuai untuk hiburan di rumah dan diletakkan di ruang tamu. Antara spesifikasi penting yang dimiliki soundbar ini adalah mempunyai Bluetooth versi 5.0 dan gred HiFi dengan teknologi DSP.
\u00a0

UNBOXING

Studiobar 500HD didatangkan dengan satu alat kawalan, kabel AUX, kabel optik dan sepasang bateri triple A. Manual penggunaan dan 63w power adaptor juga turut tersedia.

Untuk dipasangkan pada dinding, SonicGear juga menyediakan 2 wall mount bracket dan beberapa skru. Korang boleh memasang dengan sendiri kerana mereka juga menyediakan kertas cara pemasangan.

\u00a0

BUILD QUALITY & DESIGN\u00a0

Soundbar ini berukuran 858mm panjang, 87mm ketinggian dan lebar 113mm. \u00a0Rekaan yang sangat sleek dan tampak premium. Jadi, soundbar ini memang sangat sesuai dijadikan tumpuan di ruang tamu. Dilengkapi permukaan plastik glossy diatas dan permukaan besi panjang di hadapan. Bunyi dikeluarkan dengan bantuan 4 x 3\" driver utama dan 2 x 1\" tweeter. Subwoofer tidak disertakan dalam soundbar ini.

Butang power, volume dan mod audio diletakkan di bahagian tepi. Dengan menekan butang mod audio, lampu LED yang ditampilkan di hadapan akan bernyala dan berubah warna apabila korang menukar mod audio. Lubang input ARC, Optical, AUX, Port USB dan DC berada di bahagian belakang.

\u00a0

SOUND QUALITY

Kualiti bunyi juga adalah sangat jelas dan crisp. Tiada distortion walaupun dikuatkan ke paras paling tinggi. Bunyi yang dikeluarkan dari soundbar ini synchronise dengan video yang dimainkan.

Dengan output power 50w, ianya mampu membingitkan ruang bilik yang besar. Dilengkapi gred HiFi dengan teknologi DSP, bunyi yang dikeluarkan ketika mendengar lagu dan menonton filem menjadi immersive dan kedengaran efek 3D. Jadi, kualiti sound dimiliki soundbar ini sangat best.

\u00a0

HARGA

SonicGear Studiobar 500HD Maverick ini boleh didapati di laman Shopee dan Lazada rasmi SonicGear. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM359.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rasai-pengalaman-home-teater-yang-mantap-dengan-sonicgear-studiobar-500hd-maverick"} {"title": "Gabungkan Cowboy Dan Zombi, Dead Blood Tersedia Di Android Dan iOS", "body": "

Crazy Panda mengumumkan permainan Dead Blood sudah dilancarkan secara rasmi dan kini tersedia di Android dan iOS. Dead Blood adalah sebuah permainan first-person shooter yang berfokuskan zombie survival.

Permainan ini mencampur adukkan tema cowboy dan zombi. Pemain akan cuba sedaya upaya untuk terus hidup menggunakan senjata dan peralatan.\u00a0

Keunikan permainan ini berbanding permainan zombie survival lain adalah ia membenarkan pemain untuk membina semula bandar mereka yang boleh menjadi suatu tempat tinggal yang selamat kepada orang ramai.

Permainan ini menawarkan storyline yang menarik dengan grafik yang diperincikan serta gameplay yang intense. Semakin banyak pemain membuat kemajuan, semakin banyak bangunan dan sekutu baru dapat di-unlock.

Dead Blood adalah sebuah permainan FPS yang dikeluarkan untuk peranti mudah alih Android dan iOS. Permainan ini sudah tersedia di Google Play dan Apple App Store.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gabungkan-cowboy-dan-zombi-dead-blood-tersedia-di-android-dan-ios"} {"title": "Lotus's Umum Kolaborasi Baru Dengan Dashing Untuk Kejohanan PUBG Mobile eLEGASI", "body": "

Kejohanan Lotus's eLEGASI yang diadakan oleh Lotus Malaysia dengan kerjasama Republic of Gamers (ROG) akan melabuhkan tirai untuk musim pertama pada 24 Jun dan 25 Jun. Kejohanan ini akan berakhir di Lotus Desa Tebrau, Johor.

Lotus's juga mengumumkan kolaborasi baru dengan jenama produk penjagaan lelaki, Dashing. \u00a0

Lotus's eLEGASI adalah sebuah siri kejohanan PUBG Mobile yang diadakan di pasaraya Lotus yang terpilih. eLEGASI pertama kali diadakan di Lotus Selayang pada 25 dan 26 Februari dan diikuti dengan Lotus Tanjung Pinang, Pulau Pinang pada 11 dan 12 Mac.

Kejohanan yang pernah diadakan dua kali sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti. Hampir 2000 orang menghadiri kedua-dua acara ini dan lebih 200,000 orang menonton menerusi dalam talian.

Penduduk sekitar boleh datang ke Lotus's Desa Tebrau pada 24 dan 25 Jun ini dan merasai pengalaman menggunakan ROG Phone 6 dan 7 kerana ROG akan turut ada.

Bagi peminat PUBG Mobile, mereka masih boleh mendaftar melalui https://lotuss-elegasi.com. Mereka yang menyertai kejohanan ini berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan baucer dari Lotus bernilai lebih RM12,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lotus-umum-kolaborasi-baru-dengan-dashing-untuk-kejohanan-pubg-mobile-elegasi"} {"title": "Tarikh Perlancaran Immortals Of Aveum Akan Ditangguhkan Ke Ogos Ini", "body": "

Electronic Arts (EA) dan Ascendant Studios mengumumkan tarikh perlancaran bagi permainan Immortals of Aveum akan ditangguhkan sementara waktu. Permainan sepatutnya dilancarkan pada 20 Julai ini akan ditangguhkan selama sebulan kepada 22 Ogos.

Ascendant Studios menyatakan mereka akan menggunakan masa tersebut untuk menambah lebih functionality pada PC dan melakukan persediaan untuk perlancaran yang lancar.

Immortals of Aveum adalah sebuah permainan first-person shooter. Uniknya, tiada sebarang pistol atau senapang yang digunakan sebagai senjata kerana ianya digantikan dengan kuasa magik.\u00a0

Permainan ini mengisahkan Jak yang menyertai sekumpulan pasukan elit dinamakan Immortals untuk menyelamatkan sebuah planet dari kehancuran..

Immortals of Aveum akan dilancarkan pada 22 Ogos di platform PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-perlancaran-immortals-of-aveum-akan-ditangguhkan-ke-ogos-ini"} {"title": "LG Perkenalkan Gaming Monitor Dengan Paparan 240Hz OLED Yang Pertama", "body": "

LG baru-baru ini telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu UltraGear OLED Gaming Monitor di Malaysia. Monitor ini pernah mendapat pengiktirafan selepas dinobatkan sebagai Best of Innovation di Anugerah Inovasi CES 2023.

Monitor yang menggunakan panel OLED dengan refresh rate 240Hz ini akan memberikan 0.03 ms response time seterusnya transisi babak dalam permainan akan kelihatan sangat smooth.\u00a0

LG menghasilkan monitor ini secara eksklusif di mana monitor OLED ini akan mempertingkatkan teknologi paparan warna yang tidak akan menghasilkan \u2018eye constraint\u2019 semasa tempoh bermain.

Monitor ini juga akan menjadi monitor gaming curve pertama yang mempunyai skrin OLED sebesar 45 inci dan skrin resolusi WQHD. Ciri seperti ini akan memberikan pengalaman permainan korang lebih menyeronokkan.

Bagi gamers yang berminat dengan monitor gaming ini, mereka boleh mengadakan pre-order di Lazada yang bermula sekarang hingga 14 Mei ini. Harga rasmi bagi monitor ini adalah RM7,647.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lg-perkenalkan-gaming-monitor-dengan-paparan-240hz-oled-yang-pertama"} {"title": "Chris Hemsworth Bakal Bintangi Filem Animasi Transformers Terbaru", "body": "

Paramount Animation mengumumkan yang mereka akan menghasilkan filem animasi Transformers yang mengetengahkan kisah asal pemimpin Autobots dan Decepticons. Filem ini diberi judul Transformers One.

Setelah 40 tahun meminjamkan suara bagi watak Optimus Prime, Peter Cullen akhirnya tidak lagi melakonkan suara watak ikonik ini kerana Chris Hemsworth akan menjadi pelakon suara untuk filem animasi terbaru ini sebagai Optimus Prime yang lebih muda.\u00a0

Brian Tyree Henry juga akan membintangi filem ini sebagai Megatron muda dalam filem yang mengisahkan dua Transformers yang terkenal iaitu Optimus Prime dan Megatron yang pada mulanya adalah bersaudara kemudian menjadi musuh. Filem ini akan memfokuskan zaman muda mereka.\u00a0

Bryan Tyree Henry will voice young Megatron in the \u2018TRANSFORMERS\u2019 animated origin movie. #CinemaCon pic.twitter.com/HxWXQK404W

\u2014 DiscussingFilm (@DiscussingFilm) April 27, 2023

Selain Hemsworth dan Henry, filem animasi ini juga akan dibintangi Scarlett Johansson sebagai Elita, Michael Key sebagai Bumblebee dan Jon Hamm sebagai Sentinel Prime. Laurence Fishburne juga akan menjadi pelakon suara sebagai Alpha Trion.

Peminat Transformer perlu sabar kerana filem Transformers One baru akan muncul di pawagam pada 19 Julai 2024.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/chris-hemsworth-bakal-bintangi-filem-animasi-transformers-terbaru"} {"title": "Kolaborasi Fortnite Dengan Star Wars Bawakan Anakin Skywalker", "body": "

Epic Games telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama sekali lagi dengan Star Wars dalam suatu event di Fortnite yang akan bermula dari 2 Mei 2023.

Pengumuman itu dibuat melalui satu tweet yang menunjukkan Anakin Skywalker memegang senjata ikoniknya, Lightsaber. Melalui tweet tersebut, kolaborasi ini akan membawakan skin Anakin Skywalker yang terbaru dalam event Fornite yang akan datang.\u00a0

You\u2019ve been chosen. pic.twitter.com/JHFVSEWB6n

\u2014 Fortnite (@FortniteGame) April 27, 2023

Maklumat tentang bagaimana pemain akan mendapatkan skin Anakin Skywalker masih belum diketahui. Peminat mengandaikan mereka akan dapat skin ini melalui event baru pada 2 Mei ini di Item Shop.

Star Wars adalah antara francais besar yang berjaya apabila berkolaborasi dengan Fortnite selain daripada Rocket League. Watak seperti Darth Vader dan The Mandalorian pernah muncul dalam Battle Pass sebagai skin.

Fortnite kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X/S, Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-fortnite-dengan-star-wars-bawakan-anakin-skywalker"} {"title": "Berdasarkan Kisah Benar, Taiki Waititi Arahkan Filem Bola Sepak Baru", "body": "

Bagi peminat MCU (Marvel Cinematic Universe), korang pasti sudah mengenali nama Taiki Waititi yang pernah mengarahkan filem Thor: Ragnarok. Beliau dipertanggungjawab untuk mengarahkan filem bola sepak baru.

Filem bola sepak ini diberikan tajuk Next Goal Wins. Filem ini akan dibintangi oleh Michael Fassbender. Fassbender pernah terkenal kerana membintangi dalam filem X-Men: First sebagai Mysterio. Filem ini sebenarnya adalah berdasarkan dokumentari yang pernah keluar pada tahun 2014, hasil kerja Mike Brett dan Steve Jamison dengan tajuk yang sama.\u00a0

Mengenai sinopsis filem ini, filem ini mengisahkan seorang jurulatih bola sepak dari Belanda, Thomas Rongen yang dilakonkan Michael Fassbender telah dihantar untuk menjadi jurulatih bagi pasukan kebangsaan American Samoa yang merupakan antara pasukan kebangsaan paling teruk dalam sejarah. American Samoa pernah dibelasah dengan teruk oleh Australia selepas kalah 0-31.\u00a0

Suatu tugas berat untuk Rongen yang perlu mengubah nasib pasukan ini yang bermatlamat menjaringkan satu gol menjelang peringkat kelayakan Piala Dunia 2014. Filem ini akan diarahkan dan ditulis oleh Taiki Waititi. Selain Michael Fassbender, filem ini turut dibintangi oleh Elisabeth Moss, Oscar Knightley dan Uli Latukefu.\u00a0

Filem ini dijangka keluar pada 17 November 2023. Tarikh tayangan rasmi di Malaysia masih belum diketahui.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/berdasarkan-kisah-benar-taiki-waititi-arahkan-filem-bola-sepak-baru"} {"title": "RED Esports Cipta Kejutan Keluarkan RSG Slate MY Dari MPL MY S11", "body": "

Hari ini telah bermulanya Playoff untuk MPL MY Musim Kesebelas yang mana perlawanan pertama kita dapat melihatkan RED Esports bertembung dengan pasukan RSG Slate MY.\u00a0

Dengan pelawanan Best of 3, perlawanan kedua-dua pasukan ini dilihat sangat sengit yang mana membawa hingga ke game ketiga.

Kedua-dua pasukan menunjukkan gameplay yang terbaik namun RSG Slate MY terpaksa berputih mata apabila ditumbangkan oleh RED Esports dengan mata 2 berbalas 1.

Kyym yang bermain untuk RED Esports dilihat sangat-sangat agresif di pusingan pertama dan ketiga. Sekali lagi kami katakan yang kemasukan Kyym dalam RED Esports adalah keputusan paling terbaik yang pernah dilakukan oleh RED Esports.

Ini dapat dilihat dimana Kyym berjaya mendapatkan MVP of the Match pada round pertama dan juga pada round yang terakhir!

Dengan kekalahan ini, RSG Slate MY terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menjulang piala MPL MY S11 dan juga slot untuk bertanding di MSC 2023 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-cipta-kejutan-keluarkan-rsg-slate-my-dari-mpl-my-s11"} {"title": "Sasarkan Pembangunan Permainan Konsol Dan PC, NetEase Games Tubuhkan Studio Baru", "body": "

NetEase Games telah mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan studio baru iaitu Anchor Point Studios yang akan bertempat di Barcelona, Sepanyol dan Seattle, Amerika Syarikat.

Studio ini diasasakan oleh Paul Ehreth yang merupakan seorang game director dan designer. Ehreth mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam membangunkan permainan PC dan konsol. Beliau sebelum ini pernah berkerja membangunkan francais Halo.

Keutamaan studio ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan permainan action-adventure untuk platform PC dan konsol yang mempunyai elemen yang mengujakan pemain.\u00a0

Anchor Point Studios mungkin akan mengambil pekerja dengan jumlah lebih 100 orang untuk cawangan utama di Barcelona. Pekerja akan diambil dari seluruh Eropah dan Amerika Utara di mana mereka akan bekerja di pejabat atau bekerja sendiri di rumah.\u00a0

Paul Ehreth menegaskan moto studio adalah \u2018Per Aspera, Ad Astra\u2019 yang bercita-cita menghasilkan permainan adventure yang mengagumkan di samping tidak melupakan cabaran yang mereka perlu hadapi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sasarkan-pembangunan-permainan-konsol-dan-pc-netease-games-tubuhkan-studio-baru"} {"title": "Acer Pamerkan Desktop dan Monitor Baru Untuk Fungsi Gaming Terbaik", "body": "

Acer secara rasminya melancarkan satu gaming desktop terbaru yang berinspirasikan sci-fi dan reka bentuk mesra DIY iaitu Predator Orion X.

Untuk spesifikasi desktop gaming ini, desktop ini dipasang 13th Gen Intel Core i9 dan NVIDIA GeForce RTX 4090 GPU. Spesifikasi lain adalah 32GB DDR5 RAM dan 2TB M.2 SSD.

Keistimewaan desktop ini juga adalah Acer ada menyediakan tempat meletak headset. Tempat letak headset adalah berbentuk lengan tangan mesin.\u00a0

Acer juga mengumumkan dua buah monitor melengkung gaming terbaru iaitu Nitro XZ452CU V dan Predator X34 V. Dengan paparan sebsear 45 inci pada Nitro XZ452CU V, ianya akan memberikan pengalaman yang baik sebaik memainkan bermain permainan video atau melakukan kerja lain.

Masih tiada maklumat mengenai desktop dan monitor ini di pasaran Malaysia. Desktop dan monitor ini akan dilancarkan di Amerika Utara dengan harga berikut:

Predator Orion X - USD 2999.99

Nitro X2452CU - USD 999.99

Predator X34 V - USD 1299.99

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-pamerkan-desktop-dan-monitor-baru-untuk-fungsi-gaming-terbaik"} {"title": "Hadir Dengan Spesifikasi Hebat, Acer Lancarkan Laptop Gaming Terbaru", "body": "

Acer baru-baru ini telah melancarkan empat buah laptop gaming terbaru iaitu Predator Triton 17 X dan Predator Helios Neo 16. Mereka juga memperkenalkan dua buah laptop lain iaitu Predator Triton 14 dan Predator Helios 3D 15 SpatialLabs.

Feature premium bagi model Predator Triton 17 X adalah keyboard RGB, fingerprint reader dan touchpad bermaterialkan glass. Untuk spesifikasi utama Predator Triton 17 X, ianya dilengkapi 13th Gen Intel Core i9 dan NVIDIA GeForce RTX 4090 GPU.

Acer memperkenalkan Predator Helios Neo 16 dengan harga midrange. Spesifikasi utama laptop ini adalah 13th Gen Intel i7 dengan Nvidia GeForce RTX 4070 GPU. Tumpuan utama Predator Helios Neo 16 adalah kehadiran sistem cooling Acer dimana ianya dipasang kipas AeroBlade.

Selain dua model itu, Acer juga memperkenalkan Predator 14 Triton yang dipasang 13th Gen Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 4070 atau 4050 GPU. Dengan design yang kecil dan senipis 074-0.78 inci, laptop ini juga sesuai juga kegunaan kerja pejabat.\u00a0

Predator Helios 3D 15 disokong 13th Gen Intel Core i9 dan NVIDIA GeForce RTX 4080 GPU. Model ini menggunakan SpatialLabs eye-trcking, paparan 3D stereoscopic dan teknologi rendering untuk menghasilkan objek 3D tampak seperti seakan-akan \u2018hidup\u2019.

Berkenaan dengan harga, berikut adalah harga bagi empat laptop ini di Amerika Utara:\u00a0

Masih tiada maklumat mengenai pasaran di Malaysia.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hadir-dengan-spesifikasi-hebat-acer-lancarkan-beberapa-laptop-gaming-terbaru"} {"title": "PUBG Mobile Umum Kolaborasi Dengan Rockstar Energy Drink", "body": "

PUBG Mobile telah mengumumkan bahawa mereka kini berkolaborasi dengan Rockstar Energy Drink. Bersempena dengan kerjasama ini, mereka akan bawakan cabaran \u2018What\u2019s Next' yang membolehkan pemain mendapat hadiah eksklusif yang mengetengahkan brand partner, Angus Cloud.\u00a0

Battle like a Rockstar! \u2b50

Drop into #PUBGMOBILE until 5.23 for the #whatsnext In-Game Challenge. Get a chance at epic rewards, like an exclusive Angus Cloud Character Skin set!

*LATAM+NA Only #PUBGMOBILExRockstarEnergy #RockstarEnergy pic.twitter.com/Jz21bSqcHu

\u2014 PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 25, 2023

Angus Cloud merupakan brand partner bagi Rockstar Games. Dia juga adalah seorang pelakon Amerika dan pernah membintangi drama Euphoria sebagai Fezco. Pemain PUBG Mobile akan mendapat set skin bagi watak Angus Cloud dan beberapa hadiah yang diinspirasikan oleh pelakon Amerika ini.

Cabaran \u2018Fuel What\u2019s Next' ini akan membawa hadiah berkaitan dengan Angus Cloud dan Rockstar Energy Drink. Antara hadiah berkaitan Angus Cloud adalah \u2018What's Next Set'. Di dalam set ini, pemain akan mendapat jaket emas, topi hitam dan sunglass yang dinspirasi oleh gaya fesyen Angus Cloud.\u00a0

Pemain juga akan mendapat hadiah milestone percuma iaitu frame Rockstar Avatar dan What's Next Token. Pemain juga akan mendapat hadiah bertemakan Rockstar Energy Drink yang lain iaitu Rockstar Token.

Kolaborasi ini sudah bermula pada 25 April lalu dengan banyak item yang bertemakan Angus Cloud akan keluar. Kerjasama ini akan berlangsung aktif selama empat minggu yang akan berakhir pada 23 Mei ini. Cabaran \u2018What\u2019s Next' hanya eksklusif di server Amerika Latin dan Amerika Utara sahaja.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-umum-kolaborasi-dengan-rockstar-energy-drink"} {"title": "SonicGear EVO 5 PRO - Speaker Harga Mampu Milik Dengan Prestasi Hebat", "body": "

Mencari speaker yang mempunyai bunyi yang hebat dengan harga yang murah amatlah sukar. Akan tetapi korang boleh dapatkan sebuah speaker dengan harga yang agak murah selepas SonicGear memperkenalkan speaker terbaru iaitu SonicGear EVO 5 PRO Bluetooth v5.0. \u00a0

Unboxing

Di dalam kotak SonicGear EVO 5 PRO, korang akan dapat sebuah subwoofer. Selain subwoofer, korang juga akan dapat aksesori lain iaitu:\u00a0

1x kabel Aux\u00a0

1x Speaker satelit kanan

1x Speaker satelit kiri

1x Manual penggunaan

\u00a0

Design

Reka bentuk speaker ini nampak elegan dan mewah bagi untuk sebuah speaker yang mampu milik. Kedua-dua subwoofer dan speaker satelit diperkukuhkan dengan MDF wood. Subwoofer mempunyai bass driver yang bersaiz 5'' dengan output power sebanyak 18W RMS. Bahagian depan subwoofer adalah permukaan plastik yang berkilat.

Butang volume dikelilingi lampu LED yang berwarna putih. Dengan menekan butang volume juga anda menggunakan mod Bluetooth dari mod asal AUX.\u00a0

Di bawah subwoofer ini, ia mempunyai tiga tombol kecil iaitu 'POWER', 'TREBLE' dan 'BASS'. Korang boleh mengawal tombol treble dan bass mengikut kesukaan korang.\u00a0

Di bahagian belakang subwoofer, korang akan dapat melihat power cord dengan plug EU dan lubang input dan output.\u00a0

Speaker satelit pula, speaker driver adalah bersaiz 3'' dan mempunyai fabric cover di bahagian bawah. Bagi output power, ianya mempunyai 15W RMS.\u00a0

\u00a0

Sound quality

Kualiti bunyi bagi sebuah speaker yang bajet mampu milik ini adalah sangat memuaskan. Bunyi treble adalah sangat crisp. Ketika mendengarkan lagu, anda akan dapat mendengar dengan jelas alat muzik yang dimainkan. Selain itu, bunyi bass juga mempunyai bunyi dentuman yang padu disebabkan penutup subwoofer yang sangat kukuh. \u00a0

Jika korang selalu memainkan muzik tanpa henti, mendengar podcast atau audiobook, korang pasti memerlukan speaker yang mempunyai sambungan Bluetooth. Sonic Evo 5 Pro ini mempunyai sambungan Bluetooth supaya anda boleh menggunakannya walaupun tiada sambungan WiFi. Selepas melalui sambungan Bluetooth, speaker ini dapat memainkan audio dengan jelas dan tiada lag antara video dan audio.

Harga\u00a0

SonicGear EVO 5 PRO ini dijual pada harga RM159.00 sahaja. Speaker dengan harga yang sedimikian sangatlah berbaloi untuk dimiliki kerana di samping reka bentuk yang mewah dan elegan, prestasi bunyi bagi speaker ini adalah sangat mantap. Bagi korang yang berminat, korang boleh dapatkan SonicGear EVO 5 PRO di Shopee rasmi SonicGear.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonicgear-evo-5-pro-speaker-harga-mampu-milik-dengan-prestasi-hebat"} {"title": "RRQ Melepas Jurulatih Dari Filipina Mereka Selepas MPL ID S11", "body": "

Selain dari Bigetron Alpha, satu lagi pasukan MLBB Indonesia iaitu RRQ juga dilihat melepaskan jurulatih dari Filipina mereka iaitu Arcadia.

Arcadia yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih untuk pasukan Filipina iaitu ECHO telah menyertai pasukan RRQ pada tahun 2022 sebagai Analyst RRQ Hoshi dan kemudiannya menjadi Head Coach untuk RRQ pada tahun 2023.

Dia sebelum ini telah direhatkan semasa MPL ID S11 kerana masalah keluarga dan digantikan oleh Bangduk. Pengumuman pemergiannya telah diumumkan melalui Instagram rasmi pasukan RRQ pada 19 April 2023 yang lepas.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-melepas-jurulatih-dari-filipina-mereka-selepas-mpl-id-s11"} {"title": "Bali Major Bakal Dianjurkan Di Indonesia Bulan Jun Ini", "body": "

Pihak IO Esports dan Epulze telah mengumumkan yang kejohanan Dota 2 Bali Major bakal berlangsung di Bali, Indonesia bermula pada 29 Jun 2023 ini.

Ini merupakan acara Valve pertama yang diadakan di negara tersebut. Sebanyak 18 pasukan akan bertanding di Bali Major 2023 bagi merebut prize pool berjumlah USD500,000 dan juga slot untuk bertanding di The International 12 akan datang.

Grand Final Bali Major ini akan berlangsung pada 7 Julai 2023 sehingga 9 Julai 2023 yang mana akan diadakan di Ayana Resort.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bali-major-bakal-dianjurkan-di-indonesia-bulan-jun-ini"} {"title": "Markyyyy Dan Pauloxpert Tidak Lagi Bersama Bigetron Alpha", "body": "

Baru-baru ini satu berita mengejutkan telah dikeluarkan oleh pasukan MLBB Indonesia iaitu Bigetron Alpha apabila mereka telah mengumumkan yang Markyyyy dan Pauloxpert tidak lagi bersama pasukan tersebut.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, Markyyyy dan Pauloxpert yang mana berasal dari Filipina telah menyertai pasukan Bigetron Alpha pada tahun 2022 yang mana Markyyyy bermain diposisi Gold Lane dan Pauloxpert pula merupakan Technical Coach untuk pasukan tersebut.

Pengumuman ini telah dikeluarkan sendiri oleh Bigetron Alpha pada 24 April 2023 yang lepas melalui Instagram rasmi Bigetron.\u00a0

Melalui temubual yang dilakukan oleh RevivaLTV, ketua jurulatih pasukan tersebut iaitu Razerboy ada menjelaskan mengapa kedua-dua ahli Bigetron Alpha ini dilepaskan.\u00a0

Untuk Markyyyy, Razerboy merasakan yang Markyyyy tidak dapat menunjukkan prestasi penuhnya ketika bersama dengan Bigetron Alpha. Ini dapat dilihat apabila Markyyyy cuma banyak berada dibangku simpanan sepanjang MPL ID S11.

Untuk Pauloxpert pula, Razerboy merasakan yang pasukan Bigetron Alpha sekarang sudah terlalu banyak pelatih. Sebelum Pauloxpert dilepaskan, Bigetron Alpha mempunyai 3 jurulatih dan ini kadang-kala membawa kepada perselisihan faham diantara jurulatih dan mengganggu gameplay pemain.

Kemana agaknya Markyyyy dan Pauloxpert selepas ini? Adakah akan ke scene MPL MY pula? sama-sama kita nantikan.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/markyyyy-dan-pauloxpert-tidak-lagi-bersama-bigetron-alpha"} {"title": "Albion Online Kini Mempunyai Server Untuk Asia Pacific", "body": "

Albion Online yang merupakan sebuah permainan video MMORPG yang dibangunkan oleh Sandbox Interactive telah pun membuka server khas untuk pemain-pemain dari Asia Pacific.\u00a0

Server khas yang diberi nama Albion East ini bakal memberikan connection yang lebih pantas dan stabil untuk pemain-pemain dari Asia.\u00a0

Server asal iaitu Albion West masih lagi berjalan seperti biasa dan kedua-dua server masih lagi Free-To-Play dengan pilihan \u201cper-character subscription\u201d.

Pemain boleh menggunakan account asal tanpa perlu membuat account baru untuk memasuki mana-mana server. Kedua-dua server juga tidak mempunyai region locked dan pemain boleh bermain dimana-mana server tanpa masalah.\u00a0

Pihak Albion Online juga memberitahu yang Founder Pack untuk Albion East juga masih akan berjalan sehingga 30 April 2023 nanti jadi bagi korang yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan Founder Pack tersebut sebelum terlambat.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/albion-online-kini-mempunyai-server-untuk-asia-pacific"} {"title": "Dua Pasukan Malaysia Bakal Bertanding Di Free Fire SEA Invitational", "body": "

Bagi korang yang tak tahu, sebanyak 18 pasukan dari Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Eropah, Pakistan, Taiwan, Timur Tengah dan Afrika bakal beraksi di Free Fire SEA Invitational (FFSI) 2023.

Dua pasukan daripada Malaysia iaitu Expand dan juga Farang Esports akan mewakili Malaysia apabila mereka berjaya mendapatkan slot selepas mendapatkan tempat pertama dan kedua di kejohanan MCPS Majors yang lepas.

Free Fire SEA Invitational 2023 ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Group Stage dan juga Grand Final. Diperingkat Group Stage, 18 pasukan tadi akan dibahagikan kepada 3 group yang mana akan menempatkan enam pasukan.

Namun hanya 12 pasukan sahaja yang akan berjaya mara keperingkat Grand Final. Group Stage akan bermula pada 12 Mei 2023 sehingga 21 Mei 2023. Manakala Grand Final pula akan bermula pada 26 Mei 2023 sehingga 28 Mei 2023.

Pasukan mana yang bakal membawa pulang piala Free Fire SEA Invitational 2023 dan juga prize pool berjumlah USD300,000? Sama-sama kita nantikan. Korang boleh saksikan livestream Free Fire SEA Invitational 2023 di Youtube Free Fire Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-pasukan-malaysia-bakal-bertanding-di-free-fire-sea-invitational"} {"title": "ASUS Zenbook S 13 OLED, Laptop OLED Paling Nipis Dikeluarkan Oleh ASUS", "body": "

ASUS baru-baru ini telah melancarkan laptop untuk siri Zenbook terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Laptop yang diberi nama ASUS Zenbook S 13 OLED ini bakal dijual di Malaysia bermula pertengahan bulan Mei 2023.

ASUS Zenbook S 13 OLED ini dikatakan mempunyai 1cm profile dan hanya seberat 1kg sahaja. Chassis laptop ini juga dikatakan diperbuat daripada bahan kitar semula, plasma ceramic aluminium.

Terdapt dua variasi yang akan dijual di pasaran Malaysia, Variasi pertama didatangkan dengan Intel Core i5-1335U, 16GB LPDDR5 RAM dan 512GB Storage yang dijual pada harga RM4,999.\u00a0

\u00a0

Untuk variasi kedua pula akan dilengkapi dengan Intel Core i7-1355U, 16GB LPDDR5 RAM dan 1TB Storage. Untuk variasi ini ianya akan dijual pada harga RM5,999.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-zenbook-s-13-oled-laptop-oled-paling-nipis-dikeluarkan-oleh-asus"} {"title": "Kill Dan Assist Tertinggi Dipegang Oleh Pemain Team Lunatix", "body": "

Dari minggu pertama sehinggalah minggu keenam Regular Season MPL MY Musim Kesebelas, banyak kejutan yang kita dapat lihat. Contohnya seperti juara MPL MY Musim Kesepuluh iaitu Team HAQ yang mana gagal ke Playoff bersama dengan pasukan yang baru saja masuk ke scene MLBB iaitu Team Secret.

Tidak dilupakan juga kita dapat melihat beberapa pasukan yang menunjukkan prestasi yang agak memberangsakan seperti Yoodo Red Giant dan juga Homebois. Tapi yang paling mengejutkan sudah tentunya prestasi pasukan Team Lunatix.

Jika dilihat daripada jumlah Kill keseluruhan untuk pasukan, Team Lunatix berada ditangga ketiga dengan jumlah Kill sebanyak 298 Kill. Manakala Team SMG berada ditangga kedua dengan 300 Kill dan Todak berada ditangga pertama dengan 320 Kill.

Bagi Kill dan Assist Ranking untuk pemain pula, kedua-duanya dipegang oleh pemain dari Team Lunatix iaitu untuk Kill terbanyak diberikan kepada Jowm dengan sebanyak 104 Kill dan NovaXcobar pula memegang Assist tertinggi iaitu sebanyak 187 Assist sepanjang Regular Season MPL MY Musim Kesebelas berlangsung.\u00a0

Playoff MPL MY Musim Kesebelas bakal bermula pada 27 April 2023 ini dimana perlawan pertama adalah diantara pasukan RED Esports berlawan dengan pasukan RSG Slate MY pada jam 12.00 tengahari.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kill-dan-assist-tertinggi-dipegang-oleh-team-lunatix"} {"title": "Fanclub Mana Paling Hype MPL MY S11?, Undi Sekarang", "body": "

Regular Season MPL MY Musim Kesebelas telah pun berakhir dan Playoffs bakal bermula tidak lama lagi. Sebelum korang tunggu Playoffs bermula, apa kata korang mengundi Fanclub mana paling hype untuk MPL MY kali ini.

Selain dari Fanclub, korang juga boleh mengundi Dream Team, Gameplay of the Season dan juga Talent of the Season. Berikut merupakan finalist untuk setiap award yang dijalankan oleh MPL MY Musim Kesebelas kali ini:

DREAM TEAM

EXP LANE

MID LANE

GOLD LANE

ROAMER

JUNGLER

COACH

GAMEPLAY OF THE SEASON

TALENT OF THE SEASON

FAN CLUB OF THE SEASON

Korang boleh mengundi di LINK ini bermula dari hari ini sehingga 29 April 2023 nanti

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fanclub-mana-paling-hype-mpl-my-s11-undi-sekarang"} {"title": "Muncul Juara 2023 PMSL SEA Spring, Alter Ego Ares Layak Ke PMWI", "body": "

Pasukan Alter Ego Ares (AE) dari Indonesia berjaya muncul sebagai juara bagi pertandingan 2023 PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Spring Finals yang melabuhkan tirai pada Ahad lepas. Pasukan itu meraih hadiah kemenangan yang berbentuk wang tunai sebanyak USD 45,000 selepas berjaya mengutip 161 mata.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka untuk bertanding di PUBG MOBILE WORLD INVITIONAL (PMWI) bersama Shine Like Diamond (SLD) dari Vietnam yang mendapat tempat kedua di PMSL ini. Yoodo Alliance dari Malaysia tidak melayakkan diri ke PMWI selepas hanya sekadar mendapat tempat ketiga di PMSL.

Anugerah Season MVP telah diraih oleh AE Rosemary dari pasukan Alter Ego Ares (AE). Dia akan menerima hadiah wang tunai tambahan sebanyak USD 3,000 selepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan membuat 139 penyingkiran, 37,237 damage dealt, 53 assists dan sumbangan pasukan 27%.

Anugerah Individu turut dianugerahkan kepada pemain yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang PMSL kali ini.

AE Rosemary - Gunslinger (Pembunuhan terbanyak)

Boom Yummy - Master Grenade (Penyingkiran dengan bom tangan terbanyak)

BAC 9NoizZ - Field Medic (Paling banyak menghidupkan semula)

PJEV Miseryy - Eagle Eye (Penyingkiran jarak jauh terbanyak)

SLD ParaJin - Survivor (Kekal hidup paling lama)

2023 PMSL SEA Spring ini telah berlangsung dari 22 Mac hingga 16 April dengan merangkumi 3 minggu fasa liga dan 3 hari Grand Finals.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/muncul-juara-pmsl-sea-spring-alter-ego-ares-layak-ke-pmwi"} {"title": "Superman: Legacy Kini Dalam Proses Pra-Pembikinan", "body": "

Dalam suatu pengumuman di media sosial bersempena ulangtahun Superman, James Gunn mendedahkan bahawa filem Superman: Legacy sudah masuk fasa pra-produksi.\u00a0

Superman: Legacy dikatakan akan menjadi filem pertama DC di bawah CEO DC baru, James Gunn dan co-CEO, Peter Safran. Jadi, filem ini tiada connection dengan filem yang lepas yang diarahkan Zack Snyder dan dibintangi Henry Cavill.

Mengenai plot filem ini, ianya akan mengisahkan Superman yang muda di mana cuba menyesuaikan diri sebagai manusia biasa walaupun lahir sebagai Kryptonian.\u00a0

Disebabkan filem ini adalah reboot, seorang pelakon baru diperlukan untuk memegang watak Superman. Ini adalah selepas Henry Cavill memberitahu yang dia tidak mahu lagi kembali sebagai Superman.\u00a0

Superman: Legacy bakal ditayangkan di pawagam pada 11 Julai 2025.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/superman-legacy-kini-dalam-proses-pra-pembikinan"} {"title": "Yakuza: Like A Dragon Bakal Tiba November Ini!", "body": "

Baru-baru ini Sega telah mengumumkan yang siri ketujuh Yakuza iaitu Yakuza: Like A Dragon sudah boleh di pra-tempah bermula sekarang.\u00a0

Bagi korang yang tak tahu, permainan video Yakuza: Like A Dragon ini merupakan versi yang sama dengan Yakuza 7 yang mana telah dijual di Jepun pada awal tahun ini.\u00a0

Untuk Yakuza: Like A Dragon ini, ia tidak lagi mengunakan suara latar berbahasa Jepun seperti mana siri Yakuza yang lain.\u00a0

Ia akan menggunakan suara latar berbahasa English dan pelakon terkenal George Takei disahkan merupakan salah seorang yang meminjamkan suaranya untuk permainan video ini.

Dalam permainan video ini, pemain akan bermain sebagai Ichiban Kasuga dan bukannya Kazuma Kiryu seperti siri Yakuza sebelum ini.

Selain itu, Yakuza: Like A Dragon ini juga nampaknya menggunakan sistem turn-based combat yang mana berbeza dengan siri Yakuza sebelum ini.

Permainan video ini akan mula dijual secara global pada 13 November untuk Xbox One, PlayStation 4 dan juga PC.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yakuza-like-a-dragon-bakal-tiba-november-ini"} {"title": "Battle Royale Tapi Guna Magic?", "body": "

Boleh dikatakan sekarang ini banyak permainan video Battle Royale telah diperkenalkan dan masing-masing mempunyai keistimewaan mereka sendiri.

Developer Proletariat Inc baru-baru ini telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang berbentuk Battle Royale dan diberi nama Spellbreak.

Jadi apa yang menariknya permainan video Spellbreak ini? Di dalam permainan video Spellbreak ini korang tidak akan menggunakan senjata seperti pistol dan senapang tapi akan menggunakan magic!

Selain itu, Spellbreak juga akan dilancarkan secara percuma dan akan mempunyai fungsi cross platforms.

Setiap watak dalam permainan video ini akan kelas dan skills mereka tersendiri seperti permainan video Apex Legends. Tidak dilupakan permainan video Spellbreak ini adalah jenis Third Person View seperti Fortnite.

Permainan video ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Epic Games Store namun tarikh perlancaran permainan video ini masih belum diumumkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battle-royale-tapi-guna-magic"} {"title": "Permainan Video Rocket League Akan Jadi Free-to-Play!", "body": "

Baru-baru ini, Psyonix yang merupakan developer untuk permainan video Rocket League telah mengumumkan yang permainan video tersebut akan menjadi Free-to-Play pada masa akan datang.

Selain itu, Psyonix juga mengatakan yang permainan video tersebut akan dipadam daripada Steam dan akan dilancarkan semula di Epic Games Store apabila Free-to-Play bermula pada musim panas tahun ini.

Bagi mereka yang sudah memiliki game ini di Steam, korang tak perlu bimbang kerana segala update tetap akan berjalan seperti dan korang masih boleh bermain permainan video ini melalui Steam.\u00a0

Cumanya permainan video Rocket League ini tidak akan boleh lagi dimuat turun melalui Steam dan platform lain.\u00a0

Selain itu, bagi mereka yang sudah memiliki game ini sebelum ia bertukar menjadi Free-to-Play, korang akan menerima status Legacy dan menerima pelbagai item menarik seperti semua Rocket League DLC dan pelbagai lagi.
\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-video-rocket-league-akan-jadi-free-to-play"} {"title": "Tarikh Pelancaran Samurai Jack: Battle Through Time Akhirnya Diumumkan!", "body": "

Permainan video Samurai Jack: Battle Through Time akhirnya telah mendapat tarikh pelancaran rasmi. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 21 Ogos di platform PS4, XBox One, Nintendo Switch dan juga PC.

Permainan video ini telah dibangunkan oleh Soleil yang mana merupakan developer untuk permainan video Ninjala.

Storyline yang akan dipersembahkan dalam permainan video ini merupakan storyline yang tidak pernah dipertontonkan dalam siri Samurai Jack namun ia akan bersangkut paut dengan finale siri Samurai Jack.

Permainan berbentuk hack-and-slash akan membolehkan pemain untuk memilih senjata kegemaran mereka bagi menentang musuh utama siri Samurai Jack iaitu Aku.

Banyak watak-watak popular dari siri Samurai Jack akan ada dalam permainan video ini dan setiap watak menggunakan suara asal siri animasi Samurai Jack.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-pelancaran-samurai-jack-battle-through-time-akhirnya-diumumkan"} {"title": "Rogue Company - Macam Valorant?", "body": "

Baru-baru ini Hi-Rez Studio telah memperkenalkan permainan terbaru mereka yang diberi nama Rogue Company.\u00a0

Tak banyak maklumat yang kita dapat namun beberapa ciri penting untuk permainan terbaru dari pencipta permainan video Paladins dan Smite ini telah dipertunjukkan dalam video gameplay sebelum ini.

Dari apa yang telah dipertunjukkan, Rogue Company merupakan permainan video 4 vs 4 dan dimainkan secara third person shooters.

Harus diingatkan yang setiap watak dalam permainan video ini juga mempunyai skill dan pemain akan bermain dalam beberapa maps yang berlainan.

Buat masa ini Rogue Company telah pun dilancarkan di Epic Games Store secara beta tertutup. Ia juga dikatakan akan dilancarkan di PS4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Bagi mereka yang ingin mencuba, korang membeli beberapa edisi yang disediakan seperti Starter Founder's Pack, Standard Founder Pack dan juga Ultimate Founder Pack.\u00a0

Setiap pack ini mempunyai beberapa item seperti costumes, skins, emotes, characters dan beberapa items lain.\u00a0

Bagi yang berminat untuk mencuba permainan ini lebih awal sebelum ia dilancarkan secara percuma kelak bolehlah membeli Founder Packs yang telah disediakan di Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rogue-company-macam-valorant"} {"title": "Overcooked!: All You Can Eat Diperkenalkan!", "body": "

Baru-baru ini Team 17, developer untuk permainan video Overcooked! 2 telah memperkenalkan permainan video terbaru mereka untuk siri Overcooked! iaitu Overcooked!: All You Can Eat.

Overcooked! : All You Can Eat ini dikatakan merupakan gabungan dari permainan Overcooked! dan juga Overcooked! 2.\u00a0

Selain itu, permainan video ini juga akan didatangkan dengan DLC yang mana pemain dapat bermain sebagai 3 Chef dan 7 level terbaru.

Prepare your appetite for... Overcooked! All You Can Eat!

\ud83d\udc69\u200d\ud83c\udf73Overcooked, Overcooked 2 & all DLC remastered in 4K on next-gen consoles
\ud83c\udf10Online cross-platform multiplayer
\ud83c\udf73200 levels & 120+ chefs
\ud83c\udfaeAccessibility options & assist mode

Learn more: https://t.co/msQjwzygdB pic.twitter.com/Ef3LMMejWn

\u2014 Team17 (@Team17Ltd) July 20, 2020

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran yang telah ditetapkan namun pihak Team 17 ada menyatakan yang permainan video ini cuma akan dikeluarkan di PS5 dan XBox Series X. Tidak dilupakan ia turut akan mempunyai feature cross-platform.\u00a0

Bagi platform lain seperti Nintendo Switch dan PC, Team 17 menyatakan yang mereka cuma akan fokus kepada dua platform sahaja dahulu iaitu PS5 dan juga XBox Series X.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/overcookedallyoucaneat"} {"title": "Yarntown - Bloodborne Versi Comel!", "body": "

Beberapa hari yang lepas, Max Mraz yang merupakan sebuah pembangun permainan indie telah menunjukan permainan video Yarntown.

Sekali imbas mesti korang akan perasan yang watak-watak dalam permainan video ini menyerupai watak-watak dalam permainan video popular, Bloodborne.

So I made Bloodborne but it's super cute and it's also kinda Zelda. And it's out!:https://t.co/cjx5zz5lvC#screenshotsaturday #pixelart #indiegame #bloodborne#solarus pic.twitter.com/033IVYfHlp

\u2014 Max Mraz (@11Mraz) July 18, 2020

Untuk pengetahuan korang, Yarntown sememang diinspirasikan dari permainan video Bloodborne dan Yarntown sebenarnya merupakan salah satu kawasan dalam Bloodborne yang dipanggil Yarnham.

Permainan video Yarntown ini telah pun dikeluarkan pada pertengahan June yang lepas dan korand boleh download secara percuma di SINI.

Selain persamaan watak dan map, korang juga akan berlawan dengan dua boss Bloodborne iaitu Cleric Beast dan juga Father Gascoigne!

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yarntown-bloodborne-versi-comel"} {"title": "OnePlus Keyboard 81 Pro - Keyboard Pertama Hasil Kerjasama OnePlus Dan Keychron", "body": "

Semalam telah berlangsungnya acara perlancaran smartphone terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus 11. Selain daripada smartphone terbaru, OnePlus juga memperkenalkan TWS OnePlus Buds Pro 2 dan tidak dilupakan keyboard pertama daripada mereka!

Keyboard yang diberi nama OnePlus Keyboard 81 Pro ini merupakan satu kerjasama antara OnePlus dan juga jenama keyboard terkenal iaitu Keychron.

Didatangkan dengan 2 variasi switch iaitu Winter Bonfire (tactile) dan juga Summer Breeze (linear) yang merupakan rekaan asli daripada OnePlus.\u00a0

Buat masa ini masih tiada info harga dan sama ada ianya akan dijual dipasaran Malaysia ataupun tidak apabila perlancarannya nanti yang dijangka bakal tiba pada April 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/oneplus-keyboard-81-pro-keyboard-pertama-hasil-kerjasama-oneplus-dan-keychron"} {"title": "Team SMG Pasukan Pertama Perkenalkan Full Line-Up Untuk MPL MY S11", "body": "

Team SMG telah pun memulakan langkah mereka untuk persiapan MPL MY Musim Kesebelas apabila hari ini mereka telah memperkenalkan full line-up mereka untuk kejohanan itu nanti.\u00a0

Line-up Team SMG kali ini menampilkan Nur Hanis Adlan Bin Adnan ataupun lebih dikenali dengan panggilan Haru sebagai jurulatih. Bagi yang tidak tahu, Haru merupakan bekas analisiis untuk pasukan Orange Esports. Loong masih lagi menyandang jawatan Analisis untuk pasukan ini.\u00a0

Berikut adalah barisan pemain untuk Team SMG bagi MPL MY S11 kali ini:

Dengan kembalinya Midlaner kegemaran ramai iaitu Stormie dan juga Subway ke Team SMG, sudah pastinya kita akan dapat melihat perlawanan yang mengujakan peminat dan juga penonton MPL MY Musim Kesebelas.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-pasukan-pertama-perkenalkan-full-line-up-untuk-mpl-my-s11"} {"title": "Season Baru Marvel Snap Bermula Hari Ini, Empat Card Baru Diperkenalkan", "body": "

Hari ini telah bermulanya season baru untuk permainan video Marvel Snap. Bagi musim terbaru ini, mereka akan membawa tema The Quantum Realm bagi mempromosikan filem terbaru Ant-man and the Wasp: Quantumania.

Banyak update dan content terbaru yang telah ditambah untuk musim baru ini. Ini termasuklah perkenalan Card dan Location baru.\u00a0

M.O.D.O.K

M.O.D.O.K ataupun nama penuhnya Mental Organism Designed Only for Killing merupakan sebuah kad yang mempunyai kebolehan On Reveal. Apabila dimainkan, kad ini akan Discard semua kad yang ada pada tangan pemain. kad M.O.D.O.K ini mempunyai 8 Power Base dan mempunyai kos sebanyak 5 Blue Orbs.

GHOST

Ghost merupakan kad yang mempunyai kebolehan Ongoing yang membuatkan setiap kad yang dimainkan selepas ini oleh pemain cuma akan di Reveal pada saat akhir pusingan. Ini bermaksud setiap kebolehan kad On Reveal juga akan diaktifkan pada saat akhir setiap pusingan. Kad Ghost ini mempunyai 2 Power Base dan mempunyai kos sebanyak 1 Blue Orbs.

STATURE

Kad ini merupakan kad yang sangat berguna bila berdepan dengan pihak lawan yang menggunakan Discard Deck. Apabila pihak lawan Discard kad yang ada pada tangan mereka, kos kad Stature ini akan dikurangkan daripada 5 Blue Orbs kepada 1 Blue Orbs sahaja. Kad ini mempunyai Base Power yang agak tinggi iaitu sebanyak 7 Power Base.

KANG THE CONQUEROR

Kad ini dilihat sebagai satu kad yang mampu untuk mengganggu gameplay pihak lawan kerana kebolehan On Reveal yang ada padanya. Apabila digunakan, pemain boleh melihat kad apa yang digunakan oleh pihak lawan pada pusingan tersebut dan kemudian memulakan kembali (Restart) pusingan tersebut tanpa Kang. Kang The Conqueror mempunyai 0 Power Base dan mempunyai kos sebanyak 5 Blue Orbs.

Selain daripada kad baru, musim ini juga akan memperkenalkan 4 lokasi baru. Empat lokasi terbaru tersebut adalah:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/season-baru-marvel-snap-bermula-hari-ini-empat-card-baru-diperkenalkan"} {"title": "Dream Team MLBB Pilihan Adeen Untuk SEA Games 2023 Kemboja", "body": "

Untuk pengetahuan korang, SEA Games 2023 bakal berlangsung pada 5 Mei 2023 nanti di Kemboja. Fokus utama kami sudah tentulah pada acra esports yang mana sebanyak enam permainan video telah dipertandingkan.\u00a0

Enam permainan video tersebut adalah AK 2 Online, PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, LoL Wild Rift, Crossfire dan juga VALORANT.\u00a0

Jika dilihat dengan update dari negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina, mereka telah pun memulakan pemilihan atlit esports yang akan mewakili negara masing-masing. Contohnya di Indonesia dengan seleksi jurulatih dan pemain-pemain profesional MLBB mereka untuk pasukan MLBB Lelaki dan juga Wanita.

Namun di Malaysia, kita masih belum mendapat apa-apa update berkenaan dengan seleksi mahupun sama ada kita akan menghantar wakil ataupun tidak dari badan induk esports di Malaysia dan juga dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\u00a0

Sementara kita menunggu khabar berita daripada pihak sepatutnya, kami ada bertanya dengan Adeen berkenaan dengan Dream Team beliau untuk pasukan MLBB Lelaki bagi acara SEA Games 2023 nanti. Berikut adalah pilihan Adeen dan sebab kenapa dia memilih pemain-pemain tersebut:

\u00a0

STORMIE (MIDLANER)

Daripada season 9, Stormie sudah membuktikan dia merupakan one of the best Midlaner di Malaysia. Dia mempunyai Positioning bagus, Map Awareness yang tinggi dan mekanik dia yang solid membuatkan dia sentiasa achieve KDA yang bagus. Oh, tak lupa jugak hero pool yang besar boleh main banyak hero selain mage dekat Midlaner.

\u00a0

ZAIMSEMPOI (ROAMER)

Ketika season 9, Zaim telah ditugaskan untuk bermain dibahagian roamer dan dia telah menjalankan tanggungjawab itu dengan baik. Zaim seorang yang vokal dan dia boleh menjadi leader untuk Team Malaysia. Shot calling dan decision making yang ditunjukkan oleh Zaim juga bagus kerana kematangan dia didalam MLBB.

\u00a0

RIVAL (JUNGLER)

merupakan seorang Jungler muda, lincah dan otak bergeliga dalam petarungan. Hero pool yang besar dan semestinya assassin menjadi pilihan utama beliau. Dahagakan trofi boleh menjadi satu \u201cdriving factor\u201d yang ditunjukkan olehnya mampu membantu Team Malaysia lebih jauh.

\u00a0

ANIP (GOLDLANER)

Anip merupakan seorang Goldlaner yang underrated dan apa yang saya suka mengenainya adalah ketenangan dia dalam perlawanan. Walaupun diasak dan ditekan dia sentiasa jumpa ruang untuk farming dan mencapai powerspike. Seorang yang tak diperlu di \u201cbabysit\u201d pun sudah boleh memberikan impak yang besar, apatah lagi kalau dijaga dengan lebih rapi.

\u00a0

MOMO (EXP LANER)

Seorang lagi pemain yang tenang \u00a0dan sentiasa jelas apa yang perlu dilakukan oleh beliau dalam perlawanan. Ketinggalan gold sejauh mana sekali pun, beliau tetap yakin dengan kebolehannya untuk lakukan comeback. Mekanik dan map awareness beliau pun cukup bagus untuk melakukan rotasi-rotasi yang mengancam pihak lawan.

\u00a0

COACH AIMAN (JURULATIH)

Kisah beliau membawa Team Lunatix daripada peringkat Qualifiers sehingga Playoffs musim kesepuluh harus dipandang tinggi. Bukan mudah untuk seorang jurulatih muda dan baru melakukan perkara tersebut di dalam liga yang penuh dengan pemain-pemain veteran.\u00a0

Coach Aiman mengambil approach \u201cmy door is always open\u201d bermaksud dia tidak segan untuk bertanya dan mendengar pendapat orang lain untuk beliau kemukan strategi yang terbaik. Saya percaya kalau beliau diberi tools yang secukupnya akan ada hasil yang cemerlang daripada Coach Aiman.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dream-team-mlbb-pilihan-adeen-untuk-sea-games-2023-kemboja"} {"title": "Giliran Team Haq Memperkenalkan Divisi MLBB Wanita Untuk MLBB Women Invitational 2023", "body": "

Setelah berjaya merampas gelaran juara untuk MPL MY Musim Kesepuluh dan berjaya mewakili Malaysia ke M4 World Championship, Team Haq nampaknya kini memulakan langkah untuk menakluki divisi MLBB wanita pula.

Team Haq MLBB Ladies ini dibarisi oleh Bunny, Faisty, Yuki, Anatasha, Rinaaa, Aria, Yann dan Joy. Mereka akan mewakili Team Haq untuk kejohanan MLBB Women Invitational 2023 (MWI).

Kejohanan ini akan bermula pada 6 Februari 2023 secara online sebelum 4 pasukan terbaik akan ke Jakarta untuk Grand Final. Antara pasukan lain yang akan bertanding dalam kejohanan ini adalah pasukan Zeg Iris dari Malaysia, Bigetron Era dari Indonesia, Omega Empress dari Filipina dan ramai lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/giliran-team-haq-memperkenalkan-divisi-mlbb-wanita-untuk-mlbb-women-invitational-2023"} {"title": "LEMON Dan CR1TE Dipanggil Sertai Seleksi MLBB Man Indonesia Untuk SEA Games 2023", "body": "

Sebelum ini Indonesia telah memperkenalkan 19 atlit lelaki untuk divisi esports MLBB mereka bagi seleksi SEA Games 2023. Antara atlit yang dipanggil adalah seperti Skylar, Kiboy, CW, Albert dan ramai lagi.

Baru-baru ini mereka telah mengumumkan dua lagi nama yang akan menyertai seleksi tersebut. Dua atlit tersebut adalah Lemon ataupun sebenarnya iaitu Muhammad Ikhsan dann juga Muhammad Nur Efandy Yusuf ataupun lebih dikenali dengan panggilan CR1TE.

SEA Games 2023 kali ini akan dijalankan di Kemboja Bermula dari 5 Mei 2023 sehingga 17 Mei 2023. Buat masa ini masih lagi tiada apa-apa update berkenaan atlit-atlit yang akan mewakili Malaysia dari mana-mana badan induk Esports di Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lemon-dan-cr1te-dipanggil-sertai-seleksi-mlbb-man-indonesia-untuk-sea-games-2023"} {"title": "Dua Permainan Video Berharga RM190 Ini Kini Percuma Di Epic Games Store", "body": "

Semalam pihak Epic Games telah mengumumkan dua permainan video percuma yang boleh dimuat turun bermula sekarang sehingga 10 Februari 2023 nanti.\u00a0

Dua permainan video tersebut adalah City of Gangsters dan juga Dishonored: Death of the Outsider.

City of Gangsters merupakan permainan video berbentuk simulasi dengan turn-based strategy gameplay yang dibangunkan oleh Somasim dan dikeluarkan oleh Kasedo Games pada tahun 2021.\u00a0

Dalam permainan video ini, korang perlu menguruskan satu kumpulan kongsi gelap yang baru meningkat naik. City of Gangsters ini dijual pada harga RM72 di Steam.

Permainan video kedua yang diberikan percuma oleh Epic Games Store adalah Dishonored: Death of the Outsider. Bagi peminat-peminat siri Dishonored sudah tentunya gembira bila dapat tahu permainan video ini boleh didapatkan secara percuma di Epic Games Store.

Bagi korang yang tak tahu, Dishonored: Death of the Outsider merupakan satu permainan video standalone expansion yang dikeluarkan selepas Dishonored 2. Permainan video ini telah dihasilkan oleh Arkane Studios dan dikeluarkan oleh Bethesda Softwork pada tahun 2017.\u00a0

Tunggu apa lagi, tebus kedua-dua permainan video ini sekarang di Epic Games Store sebelum 10 Februari 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-permainan-video-berharga-rm190-ini-kini-percuma-di-epic-games-store"} {"title": "Bekas Jungler EVOS SG Kini Dilamar Menjadi Team Advisor Untuk Team Lunatix", "body": "

Nampaknya Team Lunatix banyak berbelanja besar untuk MPL MY musim kesebelas ini apabila mereka telah mengumumkan seorang lagi ahli baru mereka yang diterbangkan dari Singapura.

Ahli terbaru tersebut adalah Potato ataupun nama sebenarnya iaitu Andrew Lim yang mana merupakan bekas ketua jurulatih untuk pasukan Zion Esports dan juga bekas Jungler untuk pasukan EVOS SG.

Potato telah ditugaskan sebagai Team Advisor untuk Team Lunatix bagi menghadapi MPL MY musim kesebelas kali ini. Sebelum ini Team Lunatix turut mengumumkan 3 lagi ahli baru mereka yang juga diterbangkan dari negara seberang iaitu Paolo Villanueva yang akan ditugaskan sebagai Head Coach dan dua pemain baru iaitu Jomari Pingol dan juga Edwin Fenryr.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-jungler-evos-sg-kini-dilamar-menjadi-team-advisor-untuk-team-lunatix"} {"title": "vivo X90 Series, Smartphone Flagship Untuk Mereka Yang Pentingkan Camera Performance", "body": "

Hari ini vivo telah melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu vivo X90 Series. Flagship terbaru untuk X series ini akan didatangkan dengan dua variasi iaitu vivo X90 dan juga vivo X90 Pro.

Kedua-dua X90 dan X90 Pro ini dilengkapi dengan lens daripada ZEISS pada bahagian camera dan disertakan dengan cip V2 sebagai ISP untuk melancarkan lagi proses rakaman dan fotografi selain menambah baik kualiti.\u00a0

Selain itu, vivo X90 Series ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9200 5G dengan RAM sebesar 12GB dan storage sebesar 256GB. X90 Series ini juga menggunakan Funtouch OS 13 yang berdasarkan Android 13. Tidak dilupakan ianya juga mempunyai feature pengecasan pantas FlashCharge 120W yang mana mampu mengecas daripada 0% ke 100% dalam masa 25 minit sahaja!

Kedua-dua smartphone flagship terbaru daripada vivo ini sudahpun boleh dibeli mulai hari ini melalui official Shopee dan Lazada vivo pada harga RM3699 untuk vivo X90 dan juga RM4999 untuk vivo X90 Pro.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vivo-x90-series-smartphone-flagship-untuk-mereka-yang-pentingkan-camera-performance"} {"title": "RED Esports Buka Mulut, Dragon Tahu Punca Sebenar Dia Dipecat", "body": "

Walaupun tiada lagi info tentang bila MPL MY S11 akan bermula, namun drama-drama dikalangan team MPL MY sudah pun bermula.

Antaranya adalah isu berkenaan pemecatan Dragon dan tuduhan tidak dibayar gaji oleh RED Esports. Sebelum ini Dragon ataupun nama sebenarnya iaitu Zairul Hazim telah dijemput ke podcast Daddyhood untuk menceritakan perkara sebenar dari pihaknya.

Bagi berlaku adil, Daddyhood juga telah menjemput pemilik RED Esports yang dikenali sebagai Kak Pen dan juga pemain mereka iaitu Eren ataupun nama sebenarnya Muhammad Firdaus Bin Mohd Aniza.

Ketika ditanya berkenaan isu sebenar yang berlaku, Kak Pen yang merupakan pemilik RED Esports telah menceritakan sebab sebenar Dragon dipecat.

Antaranya adalah disebabkan isu attitude Dragon yang tidak dapat dibendung oleh RED Esports. Dia juga dikatakan telah membawa rakan-rakannya yang tiada kena-mengena dengan RED Esports untuk datang melepak di Gaming House RED Esports.

Dia juga dikatakan telah membawa teman wanitanya ke dalam Scrim RED Esports yang membuatkan pemilik RED Esports itu merasakan ianya satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.\u00a0

Ketika ditanya berkenaan tugas dan jawatan sebenar Dragon di RED Esports. Dia pada awalnya hanyalah seorang caretaker saja untuk RED Esports pada awalnya.\u00a0

Dia kemudianya diberikan tugas sebagai sebagai pembantu pengurus namun pemilik RED Esports itu mengatakan yang Dragon tidak melakukan tugas yang memberangsangkan.

Kak Pen juga menafikan yang Dragon dipaksa untuk menjadi coach untuk RED Esports kerana Dragon sendiri yang telah menawarkan dirinya sendiri untuk menggalas tugas sebagai coach.

\u201cDia tahu kenapa punca utama dia kene berhenti. Dia tahu kenapa. Cuma saya tak boleh reveal sebab benda ni aib orang.\u201d Ujar pemilik RED Esports itu lagi.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-buka-mulut-dragon-tahu-punca-sebenar-dia-dipecat"} {"title": "Jualan Lelong Todak - Dapatkan Kerusi Gaming Todak Dengan Harga Serendah RM500", "body": "

Berita baik kepada peminat-peminat Todak dan juga mereka yang sedang mencari gaming chair kerana Todak sekarang sedang melakukan jualan lelong untuk kerusi gaming mereka.

Jualan lelong ini telah pun bermula sejak dari 30 Januari 2023 yang lepas dan akan berakhir pada 7 Februari 2023. Todak juga memberikan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia.\u00a0

Berikut adalah senarai kerusi gaming dari Todak yang korang boleh try usya:

Bagi korang yang berminat, korang boleh scan QR code diatas untuk pembelian.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jualan-lelong-todak-dapatkan-kerusi-gaming-todak-dengan-harga-serendah-rm500"} {"title": "The Shadow King - Pencabar Deck Dino Diperkenalkan Oleh Marvel Snap", "body": "

Kitorang tahu ramai yang angin dan sakit hati bila terjumpa dengan Deck yang menggunakan card Devil Dinosaur. Namun dengan perkenalan card baru dari Marvel Snap ini, mungkin inilah solution untuk melawan dengan Deck Dino akan datang.

Semalam pihak Marvel Snap telah memperkenalkan card terbaru mereka iaitu The Shadow King. Card ini mempunyai 4 Blue Orb kos dan juga 3 Base Attack power.

Namun apa yang membuatkan card ini sangat menarik adalah kebolehan On Reveal-nya ya mana akan reverse balik card pemain dan lawan mereka kepada Base Attack mereka yang asli.

Card ini dilihat sangat bagus apabila korang berdepan dengan card Devil Dinosaur dan juga apabila berdepan dengan kombo Wong dan Wolfbane contohnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-shadow-king-pencabar-deck-dino-diperkenalkan-oleh-marvel-snap"} {"title": "Tidak Lagi Sebagai Player, IShotz Kini Menggalas Tugas Sebagai Coach Team Secret", "body": "

Peminat-peminat Team Secret dah boleh kesat air mata kalau korang sedih dengan pengumuman keluarnya IShotz dari Team Secret kerana mereka baru saja mengumumkan satu berita gembira.\u00a0

IShotz yang dulu merupakan pemain kepada Team Secret kini telah kembali kepada Team Secret sebagai Jurulatih!

Berita ini baru saja diumumkan oleh Team Secret sendiri selepas mereka mengumumkan keluarnya dua pemain mereka iaitu IShotz dan juga Xylyn.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tidak-lagi-sebagai-player-ishotz-kini-menggalas-tugas-sebagai-coach-team-secret"} {"title": "IShotz Dan Xylyn Kini Tidak Lagi Bersama Dengan Team Secret", "body": "

Hari ini Team Secret telah mengumumkan yang dua pemain mereka iaitu IShotz dan juga Xylyn tidak lagi bersama dengan pasukan tersebut.

IShotz ataupun nama sebenarnya iaitu Raymond Tan Boon sheng telah bersama dengan pasukan PUBG Mobile Team Secret sejak dari tahun 2020 lagi manakala Xylyn ataupun Fardeen Khan mula bermain untuk Team Secret sejak dari Februari tahun lepas.

Buat masa ini, cuma ada dua pemain sahaja yang masih berstatus Active untuk team PUBG Mobile Team Secret iaitu KiD dan juga Izane.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ishotz-dan-xylyn-kini-tidak-lagi-bersama-dengan-team-secret"} {"title": "10 Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan MDL PH Musim Pertama", "body": "

Baru-baru ini pihak MDL PH telah mengumumkan senarai pasukan yang akan bertanding untuk MDL PH yang mana julung kali diadakan di negara tersebut.

Sebanyak 10 pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan ini yang mana dijadualkan bermula pada 10 Februari 2023 ini.\u00a0

10 Pasukan yang akan bertanding nanti adalah:

Antara pemain-pemain terkenal yang akan turut bertanding di MDL PH nanti adalah seperti Ribo yang mana merupakan bekas pemain untuk Bren Esports dan pernah menjadi juara untuk M2 World Championship.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/10-pasukan-yang-akan-bertanding-di-kejohanan-mdl-ph-musim-pertama"} {"title": "Acer Malaysia Memperkenalkan Gaming Monitor Terbaru Bawah RM500", "body": "

Baru-baru ini Acer Malaysia telah mengumumkan jualan untuk kedua-dua gaming monitor Nitro terbaru iaitu Nitro VG240YE dan juga Nitro VG280E yang mana kedua-duanya menyokong refresh rate sehingga 100Hz.

Acer Nitro VG240YE ini merupakan gaming monitor bersaiz 24-inci manakala Acer Nitro VG270E pula mempunyai saiz sebesar 27-inci.

Kedua-dua monitor ini sudah pun boleh dibeli melalui kedai rasmi Acer Malaysia pada harga RM459 untuk Acer Nitro VG240YE dan RM549 untuk Acer Nitro VG270E.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-malaysia-memperkenalkan-gaming-monitor-terbaru-bawah-rm500"} {"title": "Senarai Atlit MLBB Indonesia Yang Dipanggil Untuk Seleksi SEA Games Kemboja 2023", "body": "

Baru-baru ini Indonesia telah mengumumkan senarai atlit-atlit yang telah dipanggil untuk seleksi SEA Games Kemboja 2023 akan datang. Seramai 155 atlit telah dipanggil untuk empat permainan video yang akan dipertandingkan iaitu Valorant, PUBG Mobile, Crossfire dan juga Mobile Legends: Bang Bang.

Berikut merupakan senarai atlit untuk pasukan MLBB lelaki dan wanita Indonesia yang akan bertanding di SEA Games Kemboja 2023 akan datang:

MLBB Women

MLBB Men

Seleksi ini telah pun bermula pada hari ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/senarai-atlit-mlbb-indonesia-yang-dipanggil-untuk-seleksi-sea-games-kemboja-2023"} {"title": "Indonesia Memperkenalkan Para Jurulatih Untuk Pasukan Indonesia Di SEA Games 2023", "body": "

Baru-baru ini Indonesia telah memperkenalkan tenaga pelatih untuk pasukan-pasukan Indonesia yang akan bertanding di SEA Games 2023 untuk acara Esports.

Terdapat 7 skuad yang akan bertanding untuk empat judul permainan video iaitu PUBG Mobile, Crossfire, Valorant dan juga Mobile Legends: Bang Bang.

Berikut merupakan senarai pasukan dan jurulatih yang akan memastikan Indonesia membawa pulang pingat Emas untuk kejohanan SEA Games 2023 kali ini:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-memperkenalkan-para-jurulatih-untuk-pasukan-indonesia-di-seagames-2023"} {"title": "James Gunn Umumkan Lima Movie Terbaru Bagi DCU", "body": "

Baru-baru ini co-CEO terbaru DC Studios telah mengumumkan perancangan terbaru bagi memulakan kembali DC Universe mereka.\u00a0

Bagi fasa pertama DCU ini ianya akan digelar sebagai Chapter 1: Gods and Monsters. Berikut merupakan 5 movie terbaru yang bakal dikeluarkan untuk fasa pertama DCU ini:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/james-gunn-umumkan-lima-movie-terbaru-bagi-dcu"} {"title": "Review Puss In Boots: The Last Wish", "body": "

Kucing oyen, Puss kembali menunjukkan karismanya di filem sekuel selepas 12 tahun filem animasinya yang pertama ditayangkan pada tahun 2011. Berdasarkan berita tahun 2014, sekuel ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2018 dengan tajuk Puss In Boots 2: Nine Lives & 40 Thieves.

Tetapi, disebabkan DreamWorks Animation telah menghasilkan peraturan baru untuk menayangkan dua filem dalam setahun, mereka telah mengeluarkan filem Puss In Boots 2 dari jadual mereka. Tetapi, harapan mula kembali apabila satu pengumuman diumumkan pada 2015 tentang pemulihan semula terhadap sekuel ini.\u00a0

Tibanya tahun 2021, mereka mengumumkan secara rasmi filem sekuel ini akan ditayangkan pada 2022 dengan perubahan tajuk ke Puss In Boots: The Last Wish. Kisah sekuel ini bermula, dengan Puss mengadakan satu parti untuk dirinya di dalam rumah agama milik Datuk Bandar Del Mar.

Secara tiba-tiba dan tanpa sengaja bunyi bising dari bandar telah membangunkan satu gergasi yang sedang tidur berdekatan. Gergasi tersebut telah menyerang Bandar Del Mar dan menculik beberapa penduduknya.\u00a0

Dengan beraninya dan bergayanya, Puss In Boots melawan semula gergasi tersebut dan berjaya menjatuhkannya. Tetapi, pada masa yang sama di akhir lawannya, sebuah loceng gergasi telah menghempap dirinya sehingga mati.\u00a0

Apabila Puss tersedar sahaja, dia sudah berada di klinik haiwan. Doktor tersebut menasihati Puss untuk bersara di rumah Mama Luna kerana nyawanya tinggal satu daripada sembilan. Puss pada mulanya tidak mengikuti nasihat doktor kerana masih ego tetapi apabila dia berhadapan dengan kematian sekali lagi, dia memulakan kehidupannya di rumah Mama Luna.

Tetapi, tidak berakhir di situ. Sebaik sahaja, Puss mendengar tentang kewujudan Last Wish ataupun hajat terakhir daripada keluarga jenayah Goldilocks semasa pencerobohan mereka ke rumah Mama Luna, Puss kembali menjadi Puss In Boots dan mula pengembaraannya mencari hajat ini sambil diikuti seekor rakan anjing baru.\u00a0

Boleh dikatakan, sekuel ini amatlah berbeza dari yang pertama. Bukan dari segi penceritaan tetapi dari segi rupa grafiknya. Bila dilihat semula pada filem pertamanya, korang boleh lihat filemnya lebih realistik dengan pencahayaannya dan juga rekaan karakternya yang seakan dunia sebenar.

Tetapi, kali ini filem sekuelnya lebih terang dan berwarna-warni termasuk juga karakternya yang kurang realistik daripada sebelum ini dengan mata karakter lebih besar. Bukan sahaja itu, mereka juga telah menambahkan beberapa karakter baru yang hebat dan tidak tertinggal juga, menjengkelkan.\u00a0

Elemen penceritaannya sama seperti sebelum ini dengan komedi, drama dan pengembaraan yang menarik. Amat sesuai dengan penonton tidak kira umur jadi buat masa ini, Puss In Boss: The Last Wish masih ada di pawagam, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk tonton filem ini di skrin besar. Selamat Menonton!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/review-puss-in-boots-the-last-wish"} {"title": "Komik Overwatch: New Blood & Cassidy's New Blood Challenge Telah Tiba!", "body": "

Hari ini pihak Blizzard Entertainment telah mengumumkan yang acara terbaru untuk permainan video mereka iaitu Overwatch telah pun tiba. Event yang diberi nama Cassidy's New Blood Challenge ini akan bermula pada hari ini sehingga 23 November 2021.

Pemain-pemain berpeluang untuk mendapatkan in-game item-item exclusive seperti Player Icon, Spray dan juga skin Sandstorm Cassidy (Epic Skin). Untuk mendapatkan item-item ini, pemain perlu menang beberapa match dalam mode Quick Play, Competitive Play ataupun Arcade. Berikut adalah jumlah kemenangan yang perlu korang dapatkan:

Korang juga boleh unlock reward seperti Spray dengan menonton livestream streamer-streamer yang bermain permainan video Overwatch di Twitch. Berikut adalah jumlah jam yang perlu korang lengkapkan:

Tidak dilupakan, part 1 dari 5 part komik terbaru Overwatch terbitan Dark House Comics iaitu Overwatch: New Blood juga sudah boleh dibaca sekarang. Korang boleh layan komik dia dekat SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/komik-overwatch-new-blood-cassidy-s-new-blood-challenge-telah-tiba"} {"title": "Battle in Style - Global Brand Event Pertama Free Fire!", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena telah melancarkan global event pertama mereka iaitu Battle in Style. Mereka menjanjikan pelbagai play mode baru dan item-item menarik yang boleh dikumpul oleh peminat-peminat Free Fire!

Battle in Style juga akan dikeluarkan dalam bentuk filem pendek yang mengisahkan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam hidupnya. Korang boleh tengok sekarang di Youtube.

Korang jangan terkejut sebab lokal talent kita juga ada mengeluarkan filem pendek mereka sendiri untuk event ini yang bertajuk Attack of the Durian yang menampil caster Free Fire yang tidak asing lagi iaitu Mustachio dan juga host yang semakin meningkat naik sekarang iaitu Tashbunny. Jemput tengok di Youtube guys!

Garena juga akan memperkenalkan Booyah Day yang mana dikatakan akan memberikan pemain lebih banyak peluang untuk mendapatkan pelbagai in-game item yang exclusive!

Booyah Day akan bermula dari 12 sehingga 20 November 2021.\u00a0

Pada Finale event ini nanti, peminat dan pemain permainan video Free Fire akan disajikan dengan persembahan vitual band Free Fire sendiri iaitu T.R.A.P!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battle-in-style-global-brand-event-pertama-free-fire"} {"title": "Golden Bullet Award: Anugerah Pertama Untuk Tournament PMPL MY/SG S4!", "body": "

PMPL MY/SG S4 baru sahaja tamat baru-baru ini yang mana pasukan Geek Fam berjaya dinobatkan sebagai juara. Bersempena dengan itu, pihak PUBG Mobile Esports telah melancarkan satu awards show yang diberi nama Golden Bullet Award!

Golden Bullet Award ini merupakan satu kerjasama antara pihak PUBG Mobile Esports dengan MDEC dan juga eGG.

Acara Golden Bullet Award ini merupakan satu acara anugerah untuk pasukan, players, host dan juga shoutcaster yang terlibat dalam PMPL MY/SG S4.

Berikut merupakan anugerah yang dipertandingkan dalam Golden Bullet Award and senarai mereka yang tercalon:

Bermula hari ini sehingga 12 November, korang boleh vote untuk anugerah. So tunggu apa lagi, pergi daftar sekarang dan vote pasukan dan player kegemaran korang dekat SINI.

Jangan lupa untuk saksikan Golden Bullet Award di PUBG MOBILE Malaysia\u2019s official Facebook pada 28 November 2021 pukul 5pm.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/golden-bullet-award-anugerah-pertama-untuk-tournament-pmpl-my-sg-s4"} {"title": "Diablo Immortal Closed Beta Bermula Hari Ini!", "body": "

Pihak Activision hari ini telah mengumumkan yang pemain dan peminat permainan video Diablo Immortal sudah boleh mencuba permainan tersebut di dalam Closed Beta yang dijalankan bermula hari ini.

Seperti public test yang lepas, Closed Beta ini hanya untuk pengguna Android sahaja buat masa ini dan cuma beberapa region dan players sahaja yang terpilih untuk mencuba Closed Beta ini.\u00a0

Pihak Activision mengatakan terdapat beberapa update dan content terbaru yang boleh dicuba oleh pemain untuk Closed Beta ini. Antaranya adalah:

\u00a0

\u00a0

Buat masa ini pihak Activision tidak menyatakan bilakah Closed Beta ini akan ditutup namun memberitahu yang mereka akan memberikan masa yang secukupnya untuk semua player terpilih mencuba Closed Beta ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/diablo-immortal-closed-beta-bermula-hari-ini"} {"title": "HORDE MODE Tiba Dalam Update 6.66 Terbaru DOOM Eternal!", "body": "

Semalam update terbaru untuk permainan video DOOM Eternal telah pun tiba dalam update 6.66 yang membawakan pelbagai free contents untuk semua pemain & peminat permainan video DOOM Eternal.

Antara update terbaru adalah memperkenalkan HORDE Mode yang pemain-pemain akan bersaing sesama mereka untuk berada dalam seasonal leaderboards.

Selain itu pemain juga akan bermula dengan semua perks, runes, dan akan dilengkapi dengan Combat Shogun. Dalam HORDE Mode ini, pemain haruslah melawan waves of demons untuk unlock lebih banyak senjata.

Dengan melengkapkan HORDE Mode, pemain berpeluang untuk mendapatkan 7 skin baru termasuk skin DOOM II Slayer dan Biker Slayer.

DOOM Eternal juga akan memperkenalkan BATTLEMODE 2.0 yang mana dalam mode 2vs1 ini, 2 orang pemain akan bermain sebagai Demon manakala seorang lagi pemain akan bermain sebagai DOOM Slayer.\u00a0

2 Master Level baru juga telah diperkenalkan dalam update terbaru ini. Update terbaru ini telah pun boleh dimuat-turun bermula hari ini untuk platform PC, Xbox One, Xbox Series S/X, PlayStation 4 dan juga PlayStation 5.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/horde-mode-tiba-dalam-update-6-66-terbaru-doom-eternal"} {"title": "Tier One Entertainment Kembangkan Sayap Ke Jepun!", "body": "

Baru-baru ini pihak Tier One Entertainment telah mengumumkan keputusan mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Jepun.\u00a0

Tier One Entertainment merupakan antara syarikat gaming dan esports terbesar di Southeast Asia. Mereka jugak mengumumkan kerjasama dengan KAYAC yang merupakan Japan-based internet firm dan juga dengan Warner Music Group.

Tidak cukup dengan itu, Pihak Tier One Entertainment juga mengumumkan penubuhan Idol Group mereka sendiri yang terdiri dengan 4 orang individu yang sangat berbakat. Idol Group yang diberi nama Project 4 ini juga mengumumkan ahli pertama mereka yang merupakan seorang model dan cosplayer terkenal iaitu Harry \u201char_fie\u201d Field.\u00a0

3 orang lagi ahli akan diumumkan oleh pihak Tier One Entertainment dalam masa terdekat.

\u201cJapan has always been my second home and is a country that's really close to my heart. As gaming, esports, anime and toys become more and more part of a gamer\u2019s day-to-day life, I truly believe that Tier One has to set foot in Tokyo, the mecca of geek culture. This is an exciting time for us and we can't wait to see what we can do in Japan and the esports and gaming space there for the years to come.\u201c \u00a0kata Tryke Gutierrez yang merupakan CEO & Co-founder Tier One Entertainment.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tier-one-entertainment-kembangkan-sayap-ke-jepun"} {"title": "Free Fire Spookfest Telah Bermula!", "body": "

Baru-baru ini pihak Free Fire telah mengumumkan acara terbaru mereka untuk perayaan Halloween yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Acara Spookfest ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 6 November 2021. Pemain-pemain Free Fire bakal berpeluang mendapatkan pelbagai item khas untuk event Spookfest.

Bukan itu saja, beberapa orang streamer terkenal seperti MRCOCAN jugak akan stream khas untuk event ini dan penonton bepeluang untuk mendapatkan Pumpkin Token yang mana boleh digunakan untuk mendapatkan Arm Wave Emote.\u00a0

Pemain jugak berpeluang untuk mendapatkan Magician Hat Token dengan log-in selama 7 hari. Token ini boleh digunakan untuk mendapatkan Pan Skin.\u00a0

Pelbagai lagi item-item menarik yang boleh dimenangi dengan melengkap beberapa mission lain. Item-item seperti 7-day trial version Free Fire Wukong character, The Cloaked Knight Bundle, Nocturnal Assassins skyboard, Jester's Trick Backpack, Nocturnal Assassins Parachute dan banyak lagi.

Satu pertandingan Low-Cost Cosplay juga akan dijalankan pada 20 sehingga 31 Oktober yang mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti fizikal replika Free Fire Halloween AK47 dan M141 Skins.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-spookfest-telah-bermula"} {"title": "Jom Lepak DOTA2 Virtual PUBSTOMP!", "body": "

Dengan Grand Finals DOTA2 Ti10 yang semakin hampir, pasti ramai peminat-peminat di Malaysia yang kecewa bila masih berada dalam fasa yang tidak membenarkan event-event seperti PUBSTOMP dilakukan secara offline.\u00a0

Tapi korang tak perlu bimbang kerana bermula hari ini, pihak TWTDOTA, ISATANA dan rakan media mereka iaitu SENTRUM.MY akan menjalankan Virtual PUBSTOMP kepada peminat-peminat DOTA2 di Malaysia.

Event yang bermula pada hari ini sehingga 17/10/2021 ini akan menyajikan peluang untuk peminat DOTA2 melihat live match yang bakal berlangsung malah korang juga boleh mendengarkan in-depth discussion di DISCORD rasmi mereka.\u00a0

Tidak dilupakan akan ada banyak challenge yang korang boleh sertai setiap hari untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik! So tunggu apa lagi dari korang tengok Ti10 sorang-sorang, better korang join DISCORD ini dan tengok bersama peminat-peminat yang lain!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jom-lepak-dota2-virtual-pubstomp"} {"title": "Berlawan Dengan Influencer Dan Dapatkan Hadiah Menarik Dari Codashop!", "body": "

Pada hari ini pihak Codashop telah mengumumkan event terbesar mereka iaitu Codashop Bounty Hunters Guild yang mana akan berlangsung pada bulan ini di 5 buah negara iaitu Indonesia, Philippines, Malaysia, Thailand dan juga India!

50 Codashop Influencer akan livestream selama 3 minggu dimana pemain dan juga peminat berpeluang untuk berentap dengan mereka dalam permainan video popular seperti Free Fire, PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Ragnarok X, Battleground Mobile India dan juga Valorant.

Korang juga boleh bekerjasama dengan pemain-pemain dan membuat Guild korang sendiri dan sama-sama memburu Influencer ini.

Pada 18 Oktober, Codashop akan mengumumkan Codashop Most Wanted Influencer seperti Daddy Hood, Cherizawa, Ffroody, MinORu dan 8Bit MAMBA. Setiap Influencer ini akan menggunakan skin & hide yang paling rare.

Dengan menjadi Bounty Hunter, korang cuma perlu pastikan korang dapat bermain dalam session yang sama dan buru Influencer ini di dalam permainan video yang kitorang bagitahu tadi. Bila korang dah jumpa, korang cuma perlu pastikan korang tak kene bunuh dalam in-game dah dapatkan screenshoot serapat yang mungkin dengan Influencer ini didalam permainan video tersebut.\u00a0

Kemudian korang just perlu submit screenshot tersebut di Coda.shop/BountyHunters untuk mendapatkan point. Guild yang mempunyai point terbanyak akan unlock Battle Pass yang disediakan.

Pemain dan peminat juga berpeluang untuk Menjadi Influencer untuk Codashop. Acara yang akan dijalankan pada Grand Finals. Sorang pemenang bertuah dari setiap negara akan berpeluang merasakan bagaimana menjadi Influencer dan juga berpeluang bermain dengan Pro Esports Team.\u00a0

Contohnya bagi pemenang di Philippines, pemenang akan mendapat coaching dari pasukan MLBB terkenal iaitu NXP Evos. Pemenang juga berpeluang bermain dengan pasukan NXP Evos menentang satu lagi pasukan terkenal iaitu Blacklist International.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/berlawan-dengan-influencer-dan-dapatkan-hadiah-menarik-dari-codashop"} {"title": "Free Fire x Venom Sudah Bermula!", "body": "

Bermula dari semalam, kerjasama antara Free Fire dan filem terbaru Venom: Let There Be Carnage telah pun dilancarkan. Event yang bermula pada 11/10/2021 sehingga 24/10/2021 ini akan membawakan pelbagai item dan skin menarik kepada pemain.

Antara item & skin menarik yang korang boleh dapatkan adalah:

Selain itu, Garena Free Fire juga akan melakukan satu community showmatch untuk pemain-pemain di Malaysia. Showmatch\u00a0ini akan dijalankan pada 24/10/2021 dan pemain akan melawan pasukan-pasukan yang terdiri daripada influencer terkenal.

Showmatch\u00a0yang dipanggil sebagai Team Venom vs Team Carnage Showmatch ini melihatkan Team Venom yang terdiri dari 5 orang Influencer melawan Team Carnage yang terdiri dari public players. Sebanyak 50 pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam showmatch ini. Bagi mereka yang berminat, korang boleh daftar di Official Facebook Page Free Fire. Pendaftaran akan dibuka dalam masa terdekat.

Top squad akan mendapatkan Black Widow FAMAS untuk setiap pemain manakala penonton juga boleh mendapatkan hadiah-hadiah menarik semasa showmatch sedang berjalan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-venom-sudah-bermula"} {"title": "PUBG Mobile x KartRider Rush+ Kini Tiba!", "body": "

Baru-baru ini pihak PUBG Mobile telah mengumumkan satu lagi kerjasama terbaru mereka. Kali ini mereka telah berkerjasama dengan sebuah pemainan video popular di Korea Selatan iaitu KartRider Rush+. Pelbagai event dan item menarik ditawarkan bermula hari ini sehingga 31 October 2021.


Antara item menarik yang korang boleh dapatkan adalah:

\u00a0

Tunggu apa lagi guys cepat dapatkan sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-x-kartrider-rush-kini-tiba"} {"title": "Free Fire Asia Championship (FFAC) Diumumkan!", "body": "

Hari ini pihak Garena telah mengumumkan 2 Tournament besar yang akan bermula tidak lama lagi. Dua tournament tersebut adalah Free Fire Asia Championship (FFAC) dan EMEA Cup 2021 (Europe, Middle East and Africa).

Free Fire Asia Championship akan membawakan 31 pasukan dari 7 \u00a0regions from Asia. Tujuh regions tersebut adalah:

Untuk EMEA Cup 2021 pula, sebanyak 12 pasukan dari Europe, Middle East dan Africa akan berentap. Kedua-dua tournament ini akan dijalankan secara online pada 20 November 2021. Grand finals FFAC akan dijalankan pada 20 November manakala EMEA Cup 2021 pula pada 27 November 2021.\u00a0

Kedua-dua tournament akan mengikut format yang sama. Bagi Group Stages & Preliminaries, semua pasukan akan bermain sebanyak 6 pusingan dalam 3 map. Tiga map tersebut adalah Bermuda, Purgatory dan Kalahari.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-asia-championship-ffac-diumumkan"} {"title": "PUBG Mobile Tercalon Dalam The Esports Award!", "body": "

PUBG Mobile yang merupakan salah satu mobile game yang paling popular telah tercalon dalam acara anugerah paling besar untuk community esports iaitu The Esports Awards 2021.

PUBG Mobile akan bertanding untuk 2 anugerah iaitu Esports Game of The Year dan juga Esports Mobile of The Year. Peminat - peminat juga diberikan peluang untuk mengundi PUBG Mobile bagi kedua-dua anugerah ini. Undian akan bermula pada awal bulan November. Peminat-peminat boleh mengundi DISINI.\u00a0



PUBG Mobile juga mengumumkan kolaborasi dengan DJ terkenal iaitu Alan Walker. Sebelum ini PUBG Mobile dan Alan Walker telah berkerjasama untuk lagu Don't You Hold Me Down pada awal bulan September, Alan Walker akan memperkenalkan lagu terbarunya iaitu Paradise untuk permainan video PUBG Mobile.\u00a0

Peminat-peminat boleh mendengar lagu terbaru ini didalam Lobby PUBG Mobile dan juga boleh menonton muzik video rasmi dibawah:\u00a0

Bermula pada 23 September sehingga 21 October 2021, DJ Walkzz menjemput pemain-pemain bersama-sama di Paradise dengan mendapatkan Music Ticket yang membolehkan pemain untuk menebus item exclusive seperti Alan Walker Set.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-tercalon-dalam-the-esports-award"} {"title": "World of Warcraft Classic Open Beta Bermula Hari Ini!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Activision Blizzard telah mengumumkan yang WoW Classic Open Beta akan bermula pada 5 October 2021 iaitu hari ini. Pihak Activision Blizzard menyatakan yang pemain-pemain lama dan juga pemain yang baru hendak mencuba WoW akan disajikan dengan Realms yang baru dengan beberapa penambahbaikan.\u00a0

Antara penambahbaikan yang dijanjikan oleh Activision Blizzard adalah:
\u00a0

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh check out blog rasmi World of Warcraft.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/world-of-warcraft-classic-open-beta-bermula-hari-ini"} {"title": "Codashop Perkenalkan Logo Baru!", "body": "

Hari ini, pihak Codashop yang merupakan salah satu platform utama yang menawarkan perkhidmatan pembelian \u201cin-game currency\u201d telah memperkenalkan logo terbaru mereka.

Banyak in-game currency yang ditawarkan di platform Codashop. Antaranya adalah Diamond dari Mobile Legends: Bang Bang, UC dari PUBG Mobile dan banyak lagi!

Bukan itu saja, Codashop juga kini menerima bayaran lebih dari 250 cara pembayaran. Antaranya adalah melalui telco, kredit kad dan pelbagai lagi.\u00a0

Setelah lebih 2 tahun mula beroperasi, dengan penukaran logo ini pihak Codashop berharap yang lebih ramai rakyat Malaysia khususnya akan menggunakan platform Codashop.

Korang nak beli in-game currency yang murah, cepat & selamat? Klik sini sekarang: https://coda.shop/GamersOnDuty

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-perkenalkan-logo-baru"} {"title": "#Valorant Acend Juara VALORANT VCT Europe Stage 3 Challenger 1!", "body": "

Baru-baru ini, Acend Esports telah dinobatkan sebagai juara dalam VALORANT VCT Europe Stage 3 Challenger 1. Mereka muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan G2 Esports 3-1 di perlawanan akhir pada Ahad yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, Acend kelihatan agak selesa untuk dapatkan kemenangan.

Pertembungan antara Acend dengan G2 Esports sememangnya satu perlawanan yang hebat. Namun, dengan kekuatan pasukan Acend, G2 Esports tidak mampu untuk menunjukkan perlawanan yang seimbang. Pada perlawanan yang pertama dan kedua, Acend telah mendominasi permainan dimana mereka memenangi perlawanan 13-5 dan 13-2. Pada perlawanan ketiga, G2 Esports cuba untuk bangkit dimana mereka menang perlawanan 13-6 namun pada perlawanan keempat mereka kembali tewas 10-13.\u00a0

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, pasukan daripada UK didapati telah tersingkir awal. Antaranya ialah seperti pasukan Fnatic, Team Liquid dan Rix. Untuk Guild Esports, mereka berjaya melayakkan diri ke upper bracket namun mereka juga telah tewas 2-0 dengan pasukan juara iaitu Acend.

SUMBER: esports-news.co

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-acend-juara-valorant-vct-europe-stage-3-challenger-1"} {"title": "#PUBGM PUBG Mobile Bawakan Acara \u201cSummer Rich\u201d untuk Peminat!", "body": "

Sebuah mobile game terkenal iaitu PUBG Mobile baru-baru ini telah mengadakan acara \u201cSummer Rich\u201d buat para pengguna dan juga peminat di Malaysia. Terdapat juga ganjaran menarik untuk didapatkan sempena dengan acara ini antaranya ialah seperti 30 keping emas (gold bar) sebenar, kredit telefon yang berjumlah USD 200,000, dan yang paling menarik adalah ganjaran motosikal Yamaha MT-25. Kesemua hadiah ini boleh didapat bermula dari 9 Julai hingga 30 Ogos 2021.

Untuk tambahkan keseronokan, pemain boleh mengajak rakan untuk bermain bersama di dalam \u201cBest Partner\u201d iaitu salah satu daripada acara Summer Rich. Pemain bukan sahaja mendapat keseronokan bermain bersama, namun melalui Best partner juga pemain akan mendapatkan ganjaran seperti kredit telefon berjumlah USD 200,000 dan outfit tetap iaitu Bad Panda Custom dan Rap Style.\u00a0

Untuk sertai acara ini, pemain perlu masuk ke menu acara dan daftarkan nama pasangan. Setiap pasangan perlu bermain dan menyelesaikan misi yang diberikan setiap hari untuk mengumpul mata. Mata yang dikumpul juga boleh ditukarkan dengan bonus menarik di dalam permainan.

Summer Rich juga menampilkan \u201cCyber Discount\u201d bermula dari 3-9 Ogos. Setiap pembelian item di dalam PUBG Mobile, pemain berpeluang untuk dapatkan limited item seperti set pakaian Dark Goth, Neon Punk Hoodie Set, dan neon-AWM weapon skin dengan harga potongan. Jenny Zhuang, Pengurus Pemasaran PUBG Mobile SEA berkata, \u201cKami ingin menjadikan Summer Rich antara acara yang terhangat di PUBG Mobile.\u00a0

Oleh itu, banyak ganjaran spectacular untuk dimenangi oleh peminat melalui pelbagai acara. Kami juga berharap agar Summer Rich ini dapat menghangatkan lagi ekosistem permainan daripada sebelum ini. Acara ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pengguna dan juga peminat kami.\u201d

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubgm-pubg-mobile-bawakan-acara-summer-rich-untuk-peminat"} {"title": "#LoL LCS Championship Diadakan Di Prudential Center, Newark!", "body": "

Baru-baru ini, Riot mengumumkan tentang lokasi perlawanan untuk LCS Championship 2021. LCS Championship 2021 bakal diadakan di Prudential Center, Newark, New Jersey bermula pada 28-29 Ogos ini. Kejohanan kali ini adalah secara luar talian dimana penonton boleh datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.

Ini adalah LCS pertama yang menyambut peminat kembali ke stadium selepas lebih dari 2 tahun. LCS kali ini diadakan dengan kerjasama syarikat pesanan dan penghantaran makanan Amerika iaitu Grubhub. Sebanyak 8 pasukan terbaik League of Legends Amerika Utara akan bertanding untuk merebut 3 kedudukan teratas dalam LCS Championship 2021 dan juga trofi LCS.\u00a0

Prudential Center, Newark merupakan sebuah arena yang mempunyai sebanyak 19,500 tempat duduk penonton. Berkenaan dengan jumlah penonton, pihak penganjur tidak memberitahu tentang had yang ditetapkan. Kemungkinan jumlah penonton adalah mengikut tiket yang dikeluarkan oleh mereka. Terdapat juga acara Fanfest yang akan diadakan di luar stadium pada hari berkenaan dimana penonton boleh mendapatkan merchandise, giveaway dan lain-lain. Untuk dapatkan tiket kejohanan, anda boleh pergi ke VisitS.com.

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lol-lcs-championship-diadakan-di-prudential-center-newark"} {"title": "#WildRift TSM FTX Tubuhkan Pasukan Wild Rift Di Brasil!", "body": "

Baru-baru ini, sebuah organisasi Esports TSM FTX telah menubuhkan pasukan Wild Rift di Brasil. Sempena kejohanan pertama Wild Rift yang akan diadakan di Brasil, TSM melihat perkara ini adalah salah satu peluang untuk mengembangkan organisasi mereka. TSM membuat keputusan untuk menubuhkan pasukan Wild Rift adalah bagi menyertai kejohanan Wild Rift Tour yang akan diadakan pada Ogos ini.

TSM \u00c9 BRASIL, E BRASIL \u00c9 TSM \ud83c\udde7\ud83c\uddf7

We're incredibly excited to introduce to you our first (of many) esports rosters in Brasil. Welcome to the family: TSM FTX Wild Rift @TSM_BR. pic.twitter.com/So1fx5TxHd

\u2014 TSM FTX (@TSM) July 8, 2021

TSM turut memberitahu tentang barisan pemain Wild Rift mereka iaitu InZone (Baron lane), tetis (jungle), mike (mid), petroni (ADC), Danzon (ADC), Carlito (support), dan Sonyy (Baron lane). Jurulatih pasukan ini ialah Kaiba dan Anak sebagai penganalisis. TSM sememangnya ingin mengembangkan nama mereka untuk mobile games. Pada bulan lalu, CEO TSM, Andy Dinh memberitahu yang organisasi mereka ingin berkembang ke dalam mobile games di wilayah Amerika Latin. Ini kerana wilayah Amerika Latin popular dengan mobile games dan Riot juga dilihat akan membangunkan esports di wilayah ini.

Setakat ini, TSM FTX mempunyai 3 pasukan untuk mobile games iaitu Wild Rift Brasil, PUBG Mobile India dan Free Fire yang baru ditubuhkan pada bulan lepas. Untuk dapatkan maklumat dengan lebih terperinci, anda boleh pergi ke www.dotesports.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tsm-ftx-tubuhkan-pasukan-wild-rift-di-brasil"} {"title": "#ESPORT Red Bull Kumite Membawa Masuk 3 Fighting Game Ke Las Vegas!", "body": "

Red Bull Gaming baru-baru ini memberitahu yang Red Bull Kumite akan diadakan di Las Vegas pada 13-14 November ini. Red Bull Kumite kali ini akan membawa masuk 3 jenis fighting game antara salah satunya ialah Street Fighter V dan 2 lagi masih belum diberitahu. Pemain akan melakukan pertarungan Caesars Palace, Las Vegas.

Las Vegas has always been home to mind blowing moments. Now it\u2019s time for Red Bull Kumite to enter the ring.

Street Fighter V's best will battle in Las Vegas Nov. 13-14 at Caesar\u2019s Palace \u2014 but that's not all. Stay tuned for additional exciting info in the coming weeks! pic.twitter.com/BIRae3DTNU

\u2014 Red Bull Gaming (@redbullgaming) July 8, 2021

Red Bull Kumite sebelum ini telah diadakan di London pada bulan Mei yang lalu dimana Mister Crimson telah dinobatkan sebagai juara Street Fighter V. Red Bull Kumite London juga telah mengadakan pelancaran untuk game fighting baru iaitu Guilty Gear Strive. Adakah Guilty Gear Strive ini akan termasuk dalam 2 lagi fighting game yang lain untuk Red Bull Kumite Las Vegas ini nanti?

Walau bagaimana, Red Bull Gaming memberitahu supaya terus mengikuti perkembangan mereka. Berkenaan dengan hadiah, jadual, dan juga format akan diberitahu oleh mereka kemudian. Untuk dapatkan perkembangan mengenai berita ini, anda boleh pergi ke www.redbull.com.

SUMBER: \u00a0dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esport-red-bull-kumite-membawa-masuk-3-fighting-game-ke-las-vegas"} {"title": "Jadual Perlawanan Group Stage MSC 2022", "body": "

Seperti yang semua peminat-peminat MLBB tahu, minggu ini bermulanya Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) 2022. MSC 2022 kali ini akan diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Besok iaitu 11 June 2022 akan bermulanya Group Stage hari pertama dan Group Stage hari kedua akan berlangsung pada hari ahad 12 June 2022.Bagi playoff ianya akan bermula pada 14 sehingga 19 June 2022 manakala Grand Final akan berlangsung pada 19 June 2022.\u00a0

Perlawanan pertama esok adalah merupakan perlawanan pertama wakil Malaysia iaitu Todak menentang Falcon dari Myanmar pada jam 12 tengahari. Perlawanan kedua pasukan Todak adalah pada jam 6 petang menentang pasukan Onic Esports dari Indonesia.

Bagi Group Stage hari kedua, wakil kedua Malaysia iaitu pasukan Orange Esports pula akan menentang pasukan Impunity dari Kemboja pada jam 1.30 tengahari dan perlawanan kedua mereka adalah pada pukul 4.30 petang menentang pasukan Singapura iaitu Evos SG.

Berikut merupakan jadual penuh untuk Group Stage MSC 2022:

Semoga kedua-dua pasukan dari Malaysia berjaya masuk ke Playoff dan mampu membawa gelaran Juara pada Grand Finals MSC 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-perlawanan-group-stage-msc-2022"} {"title": "Cult of The Lamb: Seram Dan Comel Datang Ogos Ini", "body": "

Cult of The Lamb menceritakan seekor kambing yang diselamatkan oleh orang misteri daripada disembelih maka ia terhutang budi untuk membina kumpulan pemuja untuknya. Pemain seharusnya berinteraksi di dunia hutan ini dan meyakinkan haiwan sekitar untuk mengikut dan mengembangkan ajaran ini.

Kontras dengan jalan cerita yang agak seram ini, visual permainan ini amatlah comel dan seperti animasi kanak-kanak. Permainan yang dibuat oleh Massive Monster ini telah diumumkan sebahagian daripada Devolver 2022 Summer Showcase yang lalu.

Cult of The Lamb akan keluar 11 Ogos 22 di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC di Steam. Versi demonya juga telah dikeluarkan di Steam dan kepada yang berminat boleh pre-order sekarang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cult-of-the-lamb-seram-dan-comel-datang-ogos-ini"} {"title": "\u2018The Delicious Last Course\u2019 - DLC Baru Cuphead", "body": "

Cuphead merupakan permainan yang asalnya keluar pada tahun 2017 dibawah studio indie iaitu Studio MDHR. Dengan grafik dan animasi yang ala-ala klasik filem animasi Disney, ia memenangi hati banyak pemain seluruh dunia.\u00a0

Baru-baru ini, Studio MDHR telah mengumumkan DLC baru ketika Summer Game Fest. Director studio, Maya Moldenhauer memberitahu tentang pulau dan bos baru serta memperkenalkan watak playable terbaru iaitu Ms. Chalice.\u00a0

Di teaser gameplay yang disiarkan, Ms Chalice kelihat sedang bertempur di arena yang berais menghadap bos yang boleh berubah bentuk. Peminat Cuphead semangat untuk mencabar diri mereka kerana Cuphead terkenal dengan boss battle yang sukar mereka.

DLC Cuphead: The Delicious Last Course akan keluar 30 Jun 2022 di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One. Sementara menunggu, peminat Cuphead boleh menonton siri \u2018The Cuphead Show!\u2019 di Netflix yang telah keluar awal tahun 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-delicious-last-course-dlc-baru-cuphead"} {"title": "Last Of Us Part I Tiba Di PS5 September Ini", "body": "

Peminat francais Last of Us berbeza pendapat mengenai keluaran Last of Us yang dibaik pulih sepenuhnya untuk PS5. Walaupun mempunyai grafik dan gameplay yang lebih moden, jalan cerita klasik zombi ini masih kekal kepada sumber asalnya.\u00a0

Remake ini diumumkan ketika Summer Game Fest oleh Neil Druckmann, presiden Naughty Dog. Menurutnya, tarikh keluaran \u2018Last of Us Part 1\u2019 di PS5 adalah pada 2 September 2022 manakala versi PC masih dalam proses pembangunan.\u00a0

Beliau juga menceritakan niat Naughty Dog untuk projek multiplayer bagi dunia \u2018Last of Us\u2019 namun berita mengenainya akan mula diumumkan pada tahun hadapan. Drama siri \u2018Last of Us\u2019 hasil kolaborasi \u2018Last of Us\u2019 dan \u2018HBO Max\u2019 juga baru habis penggambaran.\u00a0

Permainan zombi-seram ini menceritakan kisah Joel dan Ellie dalam dunia post-apocalypse di Amerika Syarikat. Joel perlu melindungi dan membawa Elli yang mempunyai penawar virus zombi dalam darahnya kepada yang boleh membantu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/last-of-us-part-i-tiba-di-ps5-september-ini"} {"title": "EXCEPTION - Anime Seram di Netflix", "body": "

Netflix telah mengeluarkan visual yang pertama untuk anime Exception. Filem anime yang bertemakan science fiction ini juga telah mendapat sentuhan karya daripada artis Final Fantasy iaitu Yoshitaka Amano. Amano turut ditemani oleh penulis dan pengarah terkenal iaitu Otsuichi dalam menjayakan filem Exception ini. Nak tahu apakah jalan cerita untuk filem Exception? Jom kami kongsikan sedikit.

Anime Exception mengisahkan tentang masa depan manusia yang agak jauh dimana ketika itu manusia terpaksa meninggalkan bumi dan berpindah ke galaksi lain. Terdapat sekumpulan manusia yang tiba di planet baharu dan mereka cuba untuk memulakan proses pembentukan bumi. Ketika tiba di planet baru itu, ahli pasukan telah dibina semula oleh pencetak 3D biologi. Namun, terdapat masalah yang perlu dihadapi oleh mereka.

Netflix sebenarnya telah mengeluarkan poster untuk filem Exception ini sejak tahun lepas lagi. Kemungkinan besar ianya bakal ditayangkan pada tahun ini. Walau bagaimana, pihak mereka masih belum mengumumkan tarikh rasmi filem ini. Sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/exception-anime-seram-di-netflix"} {"title": "Jadual Dan Waktu Untuk Mengikuti Summer Game Fest 2022", "body": "

Bagi yang tidak tahu, Summer Game Fest akan bermula pada minggu ini. Terdapat banyak event-event menarik untuk mengetahui maklumat-maklumat terbaru untuk game yang bakal keluar tidak lama lagi. Summer Game Fest akan bermula pada esok iaitu 10 Jun 2022 pada jam 2 pagi. Pada jam 6 pagi, Developer Digital yang mengeluarkan game-game popular seperti siri Shadow Warrior dan Fall Guys juga akan mengumumkan berita-berita terbaru dari mereka.\u00a0

Terima kasih kepada saudara Danial Hasri atau lebih dikenali sebagai Fl4ky kerana berkongsi di twitter untuk jadual event-event yang akan berlangsung minggu ini.\u00a0

Summer Game Fest 2022 Watch Party with @twtupgamers tonight.

Join here:https://t.co/55JistAbED pic.twitter.com/AOFXtTAaFc

\u2014 Burhan (@BurhanPlays) June 9, 2022

Pada 11 June 2022, event dari Netflix iaitu Netflix Geeked Week juga akan berlangsung pada jam 1 pagi. Mereka dikatakan akan memperkenalkan show dan game terbaru mereka yang mana bakal tiba di Netflix nanti. Banyak lagi event yang akan diadakan pada minggu ini. Bagi korang yang nak tengok beramai-ramai, korang boleh masuk ke Discord TwtUpGamers dan berbincang tentang trailer-trailer yang akan dipersembahkan nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-dan-waktu-untuk-mengikuti-summer-game-fest-2022"} {"title": "Microtransaction Dalam Diablo: Immortal Membuatkan Pemain Berang", "body": "

Diablo: Immortal baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini namun sudah banyak perkara-perkara negatif tentang pemain video ini yang membuatkan para pemain merasa marah. Permainan video yang mempunyai lebih kurang 2000 negative rating ini telah dikeluarkan pada peranti iOS dan juga Android.

Kebanyakan komen-komen negative yang kami baca dari pemain-pemain Diablo: Immortal adalah berkenaan dengan system Pay to Win mereka. Tidak lupa juga ada pemain yang menyamakan permainan video ini seperti gacha games yang lain yang hanya mengfokuskan kepada microtransaction.\u00a0

Permainan video ini juga kemungkinan tidak akan dikeluarkan di negara seperti Belgium dan Netherland kerana undang-undang mereka berkenaan sistem microtransaction dan lootbox.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/microtransaction-dalam-diablo-immortal-membuatkan-pemain-berang"} {"title": "Team Lemah Sedang Mencari Penaja", "body": "

Team Lemah merupakan pasukan MLBB yang semakin menempah nama baru-baru ini. Korang mungkin pernah melihat mereka bertanding di qualifier MPL MY musim lepas yang mana mereka tewas ditangan pasukan MAB Esports selepas diberi peluang kedua kerana tewas pada pasukan Mikey.

Namun itu tidak mematahkan semangat mereka dan pasukan Lemah dilihat terus berusaha bagi menaikan nama pasukan mereka dengan kini bertanding di Kejohanan Semi Profesional Mobile Legends Malaysia (MSPC).\u00a0

Menerusi posting di Instagram official Team Lemah, mereka kini sedang giat mencari penaja untuk pasukan mereka bagi meneruskan usaha mereka untuk terus bermain dan berada dalam scene kompetitif MLBB.\u00a0

Team Lemah kini berada di tangga ke 9 dalam MSPC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lemah-sedang-mencari-penaja"} {"title": "Call of Duty: Modern Warfare II Bakal Tiba Oktober Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Call of Duty telah mengeluarkan trailer terbaru untuk Call of Duty: Modern Warfare II. Dalam trailer terbaru ini Call of Duty mengfokuskan kepada ahli-ahli Task Force 141 yang dibarisi oleh Captain John Price yang merupakan team leader untuk Task Force 141, Simon \u201cGhost\u201d Riley dan ramai lagi.

Dalam trailer ini pihak Call of Duty juga memperkenalkan water-based combat yang nampak menarik untuk dicuba oleh pemain nanti.

Bagi peminat yang telah pre-order Call of Duty: Modern Warfare II, mereka akan mendapat access untuk Open Beta yang bakal tiba tidak lama lagi. Call of Duty: Modern Warfare II ini akan tiba di Playstation 4, Playstation 5, Xbox dan juga PC pada 28 Oktober 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-modern-warfare-ii-bakal-tiba-oktober-ini"} {"title": "Madness Esports MLBB Dapat Tajaan Dari KOHAI", "body": "

Madness Esports yang merupakan pasukan MLBB dibawah naungan Madness Gaming baru-baru ini mengumumkan kerjasama antara mereka dengan KOHAI, sebuah platform yang menghubungkan pemain-pemain dari serata dunia.\u00a0

Sebelum ini KOHAI telah menaja pasukan MLBB GeekFam dan ini merupakan kali pertama mereka menaja pasukan MLBB tier 2. Kerjasama ini merupakan satu inisiatif yang bagus bagi mengangkat pasukan-pasukan MLBB dari Tier 2 ini.

Dalam posting mereka di Instagram, pihak KOHAI percaya dengan terjalinnya kerjasama ini dapat memupuk semangat untuk lebih berusaha dan mencari lebih banyak bakat-bakat baru dalam arena kompetitif MLBB di Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/madness-esports-mlbb-dapat-tajaan-dari-kohai"} {"title": "Made In Abyss:Binary Star Falling into Darkness Bakal Tiba September Ini", "body": "

Made In Abyss merupakan francais yang disukai ramai. Bersama reka bentuk dunia purba yang menarik serta cerita yang informatif, tidak terkejut ia menang banyak anugerah pada tahun 2018.\u00a0

Para peminat boleh menerokai dunia dan interaksi bersama watak kegemaran dengan keluaran permainan barunya \u2018Made In Abyss: Binary Star Falling Into Darkness\u2019. Game ini ialah 3D RPG action yang memberi kebebasan kepada pemainnya untuk menerokai zaman purba.

Walaupun masih mengikut watak utama Reg dan Riko daripada anime dan manga, terdapat juga plot cerita lain yang khusus dalam \u2018Binary Star\u2019 ini untuk pemain dan para peminat nikmati.\u00a0

\u2018Made In Abyss:Binary Star Falling into Darkness\u201d akan dikeluarkan di PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC di Steam pada tarikh 2 September nanti. Selain itu, musim kedua bagi anime \u2018Made In Abyss\u2019 juga dijangkakan keluar tahun ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/made-in-abyss-binary-star-falling-into-darkness-bakal-tiba-september-ini"} {"title": "Project M - Game Interaktif Daripada Korea Selatan", "body": "

Industri game di Korea Selatan kian berkembang di seluruh dunia dengan keluaran game seperti Lineage dan Blade & Soul menjadi kegemaran ramai pemain. Daripada pembuat yang sama iaitu NCSOFT, Projek M merupakan game filem interaktif yang masih dalam pembangunan.

Menggunakan Unreal Engine 5 untuk menciptakan dunia realistik dan interaktif, \u2018Project M\u2019 menceritakan seorang suami yang ingin membalas dendem selepas kematian isterinya.\u00a0

\u2018Project M\u2019 ini ala-ala Until Dawn: The Butterfly Effect dan Life is Strange dimana pilihan pemain memberi impak kepada penamatnya. Walaupun tarikh pengeluaran game ini lama lagi, NCSOFT bersetuju untuk mengeluarkan berita terkini mengenai \u2018Project M\u2019 dalam bentuk trailer, webtoon, interview malahan novel.

Untuk para pemain yang berminat dengan game yang berasaskan cerita, anda boleh menonton trailer yang telah dikeluarkan di Youtube Channel mereka.\u00a0

\u2018Project M\u2019 juga dalam rancangan untuk dikeluarkan di konsol.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/project-m-game-interaktif-daripada-korea-selatan"} {"title": "ESL One Malaysia 2022 Berlangsung Ogos Ini", "body": "

ESL kembali semula ke Malaysia sejak ESL One Genting 2018 untuk kejohanan Dota 2 ini. ESL One Malaysia akan berlangsung di Arena of Stars di Resort World Genting bermula 23 Ogos sehingga 28 Ogos 2022.

\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe WE'RE BACK \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe

It's been 4 long years, but we're returning to the Arena of Stars at Resorts World Genting with #ESLOne Malaysia 2022!

\ud83d\udcc5 23-28 August
\ud83d\udcb0 $400,000
\u2694\ufe0f 12 teams
\ud83c\udf9f\ufe0f Friday 10th 3pm MYThttps://t.co/gti0wpICAl pic.twitter.com/d1xwni7ZQq

\u2014 ESL Dota2 (@ESLDota2) June 8, 2022

12 pasukan akan merebut peluang untuk membawa pulang wang tunai yang bernilai 400,000 USD. Antaranya, 7 pasukan telah dijemput untuk bermain manakala lagi 5 tempat dibukakan untuk pasukan cemerlang daripada pusingan kelayakan daripada China, Asia Tenggara, Amerika Utara dan Selatan serta benua Eropah.

Para peminat boleh menonton siaran langsung di akaun Twitch ESL daripada 23 Ogos sehinggan 28 Ogos 2022. Untuk yang berminat menonton playoff di mainstage Arena of Stars di Resort World Genting, tiket jualan dibuka untuk tarikh 26 Ogos sehingga 28 Ogos.\u00a0

Jualan tiket akan bermula esok, 10 Jun 2022 pada pukul 3 pm.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esl-one-malaysia-2022-berlangsung-ogos-ini"} {"title": "Filem Black Adam Ditayangkan Oktober Ini", "body": "

Warner Bros baru-baru ini mengeluarkan trailer untuk filem yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu Black Adam. Pada tahun lepas, terdapat klip pendek yang dikongsikan oleh Warner Bros berkenaan filem ini dan sekaligus menjadi tanda tanya orang ramai. Black Adam diumumkan bakal ditayang pada 21 Oktober ini.

Filem berkisahkan tentang Teth-Adam, lakonan Dwayne Johnson. Adam telah dipenjarakan selama 5 000 tahun setelah menerima kekuatan dari dewa-dewa Mesir. Namun begitu, beliau juga telah dibebaskan bagi mencari keadilan di dunia moden kini. Adam turut mempunyai kuasa SHAZAM iaitu S untuk stamina Shu, H untuk kepantasan Horus, A untuk kekuatan Amon, Z untuk kebijaksanaan Zehuti, A untuk kekuatan Aten, dan M untuk keberanian Mehen.

Kehadiran Adam di dalam dunia moden kini dilihat menjadi satu masalah oleh orang ramai. Adam sukar untuk ditumpaskan meskipun beratus tentera cuba untuk menangkapnya. Namun, masih ada beberapa individu yang mempunyai kuasa untuk menangkap beliau iaitu Hawkman, Atom Smasher, Cyclone, dan Doktor Fate. Jangan lupa saksikan filem ini pada bulan Oktober nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-black-adam-ditayangkan-oktober-ini"} {"title": "MAB Esports Ambil Khidmat Jurulatih Dari Seberang", "body": "

Alvin Tisa juga dikenali sebagai LeXuZzZ merupakan seorang jurulatih dan pemain terkenal Mobile Legends: Bang Bang dari Indonesia. Beliau juga merupakan bekas jurulatih pasukan Orange Esports semasa MPL musim keenam pada tahun 2020 yang mana berjaya membawa Orange Esports mendapat tempat ketiga pada MPL MY/SG musim keenam.\u00a0

Selain itu, beliau juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan Rebellion Esports pada tahun 2021. Tetapi beliau hanya menjadi jurulatih mereka selama tiga bulan, dari 30 Julai hingga 18 Oktober 2021. Selepas itu, tiada banyak berita tentang LeXuZzZ hingga beberapa hari lepas.

Baru-baru ini menerusi TikTok rasmi MAB Esports, LeXuZzZ telah diperkenalkan sebagai jurulatih terbaru mereka. Adakah dengan kehadiran dan tunjuk ajar dari LeXuZzZ mampu membawa MAB Esports sebagai juara untuk MPL MY/SG musim akan datang?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mab-esports-ambil-khidmat-jurulatih-dari-seberang"} {"title": "Gameplay The Callisto Protocol Dipersembahkan", "body": "

Baru-baru ini The Callisto Protocol telah mengeluarkan gameplay trailer untuk permainan video terbaru ini semasa Playstation State of Play. Malangnya, jalan cerita game seram ini tidak lagi mengambil tempat di universe PUBG: Battlegrounds tetapi lebih kepada storyline permainan video Dead Space.

Selain menyerupai Dead Space, The Callisto Protocol ini juga membawa elemen Amnesia dan juga Outlast. Dalam The Callisto Protocol, Pemain perlu melawan dan smenyembunyikan diri dari raksasa terlepas dari penjara bulan Callisto.\u00a0

Permainan video The Callisto Protocol ini menemui peminat pada 2 December 2022 dan ia akan boleh dimainkan di PlayStation, Xbox dan PC. Harapnya pengeluaran game ini tidak akan ditangguhkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-terbaru-untuk-the-callisto-protocol-yang-menunjukkan-gameplay"} {"title": "Vibin - Fortnite Chapter 3 Season 3 Sudah Tiba", "body": "

Selepas menang menentang imagined Order, penduduk pulau Fortnite meraikan kemenangan mereka pada musim baru ini. Battle Pass untuk musim ini mengandungi skin baru Evie, Snap, Adira, Stormfarer, Malik, Sabina dan juga Darth Vader. Skin rahsia Indiana Jones juga boleh dimenangi pada hujung musim ini.\u00a0

Pulau Fortnite telah memperkenalkan persekitaran baharu pada musim ini iaitu Reality Falls. Tempat ini penuh dengan hutan bercendawan, pokok-pokok ungu dan air terjun. Ada juga roller coaster yang baru dibina di atas dan juga di dalam gunung. Kenderaan Baller telah kembali dan ia boleh digunakan untuk menaiki roller-coaster tersebut.\u00a0

Selain daripada perubahan peta, mereka memperkenalkan tiga pistol baharu: Two-Shot Shotgun, Designated Marksman Rifle dan Hammer Assault Rifle. Jikalau pemain mempunyai Saddler, mereka juga boleh menunggang binatang. Nampaknya, lebih banyak pembaharuan yang\u00a0 akan diperkenalkan dalam musim ini selain daripada Grapple Glove.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vibin-fortnite-chapter-3-season-3-sudah-tiba"} {"title": "Joy-Con Controller Boleh Digunakan Pada iPhone Melalui Update iOS 16", "body": "

Apple akan menambahkan sokongan untuk Nintendo Switch Pro dan Joy-Con Controller bagi iOS 16. Dengan pengeluaran beta iOS 16 semalam, Riley Testut iaitu salah seorang pemaju iOS, telah menemui sokongan tersebut dan berkongsi di twitter.\u00a0

!!! iOS 16 natively supports Nintendo Switch Pro Controllers!!

Can confirm they work perfectly with Delta \ud83d\ude0d pic.twitter.com/p8u1sdjvTt

\u2014 Riles \ud83e\udd37\u200d\u2642\ufe0f (@rileytestut) June 6, 2022

Pengurus Engineering Apple, Nat Brown telah mengesahkan ciri terbaru ini. Beliau juga berkongsi kaedah mudah untuk menukar dan menggunakan kedua-dua Joy-Cons dengan menekan butang screenshot dan home button secara serentak untuk beberapa saat.

Dengan ciri yang terbaru untuk iPhone ini, ia akan membuka lebih banyak pintu untuk permainan masa hadapan untuk mengguna pakai sistem ini dalam gameplay mereka. iOS 16 keluaran versi beta secara umum diramalkan adalah pada bulan Julai dan versi penuh pada sekitar tahun ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/joy-con-controller-boleh-digunakan-pada-iphone-melalui-update-ios-16"} {"title": "Ura-Ura MLBB x Kung Fu Panda", "body": "

Tidak asing bagi Mobile Legends untuk berkolaborasi bersama media hiburan lain untuk melakukan crossover dan event dalam game. Oleh kerana popularitinya yang berpengaruh bersama pemain mobile , Mobile Legends Bang Bang sudah mengumpul sebegitu banyak bilangan skin untuk pemainnya.

Ramalan kolaborasi MLBB bersama Kung Fu Panda ini dikatakan akan keluar pada bulan Julai nanti. Selain itu, peminat juga meramal akan keluaran tiga skins daripada francais Kung Fu Panda ketika permulaan event.

Skin pertama ialah hero Kung Fu Panda atau Po sebagai skin untuk Akai. Selain itu, beberapa antagonis daripada francais ini juga akan diperkenalkan seperti General Kai daripada Kung Fu Panda 3. General Kai, seekor kerbau ganas, akan menjadi skin untuk Thamuz. Antagonis Kung Fu Panda 2 iaitu Lord Shen akan juga menjadi skin untuk Ling.\u00a0\u00a0

Oleh kerana ramalan skin ini masih kelihatan tidak siap, ia dijangkakan bahawa keluaran skin tersebut tidak akan disediakan sebaik mulanya crossover. Namun begitu, kolaborasi ini telah disahkan dalam pelaksanaan tanpa tarikh yang tetap lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ura-ura-mlbb-x-kung-fu-panda"} {"title": "\u2018The Wilds\u2019 - Minecraft Update 1.19 Kini Tiba", "body": "

Sejak pengumuman \u2018The Wilds\u2019 pada Oktober 2021 ketika Minecraft Live tahun lepas, peminat Minecraft sudah lama menunggu keluaran update baharu ini. Masa menunggu sudah tamat kerana Minecraft 1.19 telah dilancarkan pada 7 Jun 2022 semalam.

Mojang telah mengeluarkan dua biomes, tiga mobs dan pelbagai lagi konten baru untuk pemain menerokai. Selain itu, terdapat juga sedikit adjustment di belakang tabir untuk memberi pemain pengalamanan dunia Minecraft yang lancar.\u00a0

Biome pertama ialah \u2018The Deep Dark\u2019, sebuah area bawah tanah yang gelap dan menakutkan. Walaupun mempunyai glow-in-the-dark blok sculk, persekitaran bawah tanah yang sepi dan gelap ini menyembunyikan \u2018The Warden\u2019.\u00a0

Berhati-hati di kawasan ini dan kekal berasa was-was kerana terpijak Shrieker akan memanggil The Warden. Pemain perlu melarikan diri sebelum jeritannya yang keempat kerana pemain hanya boleh melepaskan diri daripada cengkapan \u2018The Warden\u2019 menggunakan skill penyembunyian.\u00a0

Berbeza daripada biome kedua yang menenangkan iaitu \u2018Mangrove Swamp\u2019. Kawasan ini mempunyai dedaun dan pokok bakau daripada pelbagai species. Daripadanya, pemain boleh mendapatkan blok kayu baru serta craft lumpur menggunakan tanah dan air.\u00a0

\u2018Mangrove Swamp\u2019 menjadi rumah kepada katak, salah satu mob terbaru Minecraft 1.19. Sebagaimana kitaran hidup di dunia sebenar, katak Minecraft juga membesar daripada berudu sehinggalah katak dewasa. Mereka boleh menghasilkan blok Froglight dan makanan mereka ialah mini slime.\u00a0

Mob yang terakhir merupakan hasil undian pemain pada Minecraft Live 2021 iaitu \u2018Allay\u2019. Mob pasif ini bertugas untuk terbang membantu pemain mengumpul items yang terjatuh selain menari untuk pemain sekalian.\u00a0

\u2018The Wilds\u2019 ini dikeluarkan di setiap platform Minecraft daripada PC sehingga Mobile.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-wilds-minecraft-update-1-19-kini-tiba"} {"title": "Spy X Family Bakal Tiba Dengan Musim Kedua Dan Juga Movie", "body": "

Pengembaraan keluarga Forger nampaknya diteruskan lagi ke Musim 2 termasuk juga sebuah movie akan dijalankan atas sambutan orang ramai!

Bagi yang tidak tahu, Spy x Family adalah sebuah animasi Jepun mengisahkan seorang perisik dengan nama samaran, Twilight yang perlu menyamar dirinya sebagai Loid Forger untuk membentuk satu keluarga palsu demi menjalankan misinya. Tanpa sedar dan sengaja, dia telah membentuk satu keluarga yang penuh dengan rahsia masing-masing.

Disebabkan konsepnya yang menarik, hampir di seluruh dunia mula meminati animasi ini termasuk juga komiknya yang dihasilkan oleh penciptanya, Tatsuya Endo. Tambahan lagi, sempena pengakhiran Musim 1 yang akan tiba tidak lama lagi, peminat mula terasa sedih dan masih tidak puas melihat kerenah mereka semua.

Oleh sebab itu, di Twitter rasmi animasi Spy x Family, mereka telah mengumumkan pada tahun 2023 nanti, Spy x Family akan diteruskan ke Musim 2, termasuk juga Spy x Family The Movie akan ditayangkan sekali pada tahun sama. Tetapi, hanya di Jepun buat masa ini.

Movie ini dikatakan tiada kena-mengena dengan jalan cerita asalnya di komik, jadi kita boleh jangkakan penceritaan baru tentang keluarga Forger dengan lebih segar dan tidak menentu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spy-x-family-bakal-tiba-dengan-musim-kedua-dan-juga-movie"} {"title": "Bekas Jurulatih Bren Esports Kini Bersama Dengan Pasukan Indonesia, Bigetron Alpha", "body": "

Salah satu pasukan Mobile Legends: Bang Bang terbesar Indonesia iaitu Bigetron Alpha telah mengumumkan yang mereka kini mempunyai jurulatih terbaru yang dibawa dari Filipina.\u00a0

Jurulatih tersebut adalah Paulo Munsayac ataupun lebih dikenali sebagai Pauloxpert yang mana sebelum ini merupakan jurulatih pasukan Bren Esports.\u00a0

Dia merupakan atlit kedua dari Filipina yang dibawa masuk kedalam pasukan Bigetron Esports selepas Mark Capacio ataupun dikenali sebagai Markyyyyy yang mana sebelum ini bermain untuk ONIC PH.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-jurulatih-bren-esports-kini-bersama-dengan-pasukan-indonesia-bigetron-alpha"} {"title": "Pre-Order Playstation 5 Kini Dibuka Di Sony Mid Valley", "body": "

Playstation 5 adalah konsol terkini dari syarikat Sony dan memang tidak hairanlah ramai gamers mahukan satu di rumah masing-masing. Tetapi, disebabkan itu juga ramai yang masih belum dapatkannya lagi sehinggakan timbul kemarahan kerana kesukaran untuk mendapatkan konsol itu pada tahun lepas.

Mungkin disebabkan itulah, Sony Centre di Mid Valley telah membuka satu pendaftaran khas bagi yang masih berminat ataupun belum ada Playstation 5 ini. Tetapi perlu diberi perhatian, pendaftaran kali ini hanya dibuka dari sekarang sehingga 9 Januari 2023 sahaja.

Mereka membuka dua pilihan kepada korang, sama ada korang mahukan satu set PS5 biasa sahaja (dijual edisi Disc dan Digital) ataupun satu set bundle PS5 dengan God of War (dijual edisi Disc dan Digital juga). Kedua-duanya mempunyai harga bawah dari RM2,500 tetapi akan dinaikkan jika mahu membuat pembelian tambahan.

Untuk tambahan maklumat, mengisi pendaftaran ini bukan bermakna korang sudah berjaya dapatkan PS5 lagi sebab nanti mereka akan memilih pendaftar secara rawak seperti sebelum ini. Kalau berjaya, mereka akan hubungi korang untuk proses seterusnya. Kalau tidak, cuba lagi di pendaftaran seterusnya.

Bagi yang berminat, korang boleh tekan diSINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-order-playstation-5-kini-dibuka-di-sony-mid-valley"} {"title": "Sifu Akan Melancarkan Update Terbaru Pada Tahun 2023", "body": "

Tahun depan nampaknya peminat permainan video Sifu akan menerima konten terbaru untuk diterokai kerana Sloclap, syarikat yang membangunkan permainan video Sifu telah pun mengumumkan update terbaru untuknya pada tahun depan bersama dengan pelancaran seterusnya ke platform baru.\u00a0

Apa yang akan ditambah nanti adalah sebuah mod baru yang dinamakan \u201cArenas\u201d. Mod ini akan menyediakan sebanyak sembilan map baru dengan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dan level kesukaran tersendiri.\u00a0

Untuk dapatkan banyak pengubahsuaian baru yang bersamaan dengan dua kali ganda dari yang sudah tersedia dalam game, termasuk juga cheats baru dan pakaian eksklusif terbaru, korang kena betul-betul habiskan kawasan arena yang akan tersedia nanti.\u00a0

Dan yang terakhir sekali, seperti yang korang tahu, Sifu sudah pun ada untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Epic Games Store sahaja. Jadi, disebabkan itu Sloclap telah mengembangkan lagi akses untuk bermain permainan mereka ini pada Xbox Series, Xbox One dan di Steam sebagai tambahan untuk PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sifu-akan-melancarkan-update-terbaru-pada-tahun-2023"} {"title": "Mortal Shell: Complete Edition Sudah Tiba Untuk Nintendo Switch", "body": "

Nampaknya pengguna konsol Nintendo Switch akhirnya boleh bermain Mortal Shell dengan pengumuman mengejut oleh Playstack, syarikat yang membangunkan Mortal Shell. Mereka telah muat naik satu video trailer sempena pelancaran permainan video mereka ke Switch.

Sebelum ini, Mortal Shell sudah pun dilancarkan untuk PS4, Xbox One, PS5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store, Steam dan GOG pada tahun 2020 - 2021. Pada waktu itu, tiada satu berita pun tentang pelancarannya ke Nintendo Switch sehinggalah hari ini secara tiba-tiba.

Apa yang menariknya tentang pelancaran ini, buat kali pertama Mortal Shall dijual secara edisi lengkap termasuk juga Mortal Shell: Rotten Autumn dan Mortal Shell: The Virtuous Cycle.\u00a0

Walaupun buat masa ini, edisi lengkap Mortal Shell belum ada di Nintendo eShop Malaysia, tetapi ia sudah pun ada di negara-negara lain seperti di Amerika ($29.99) dan Jepun (3,080 yen).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mortal-shell-complete-edition-sudah-tiba-untuk-nintendo-switch"} {"title": "Epic Games Didenda Oleh Federal Trade Commission (FTC) Lebih Dari USD500 Juta", "body": "

Pada 19 Disember 2022, sebuah badan penjagaan pengguna di negara Amerika, Federal Trade Commission (FTC) telah mendedahkan bahawa syarikat Epic Games dikenakan denda sebanyak $520 juta dollar atas pelanggaran Akta Penjagaan Privasi Kanak-Kanak Di Dalam Talian (COPPA).

Bayaran yang dikenakan Epic Games mempunyai dua sebab. Yang pertama adalah pelanggaran akta tadi dengan memperolehi maklumat peribadi kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah tanpa keizinan ibu bapa mereka di Fortnite.\u00a0

Malah, menjadi lagi buruk apabila maklumat tersebut mempunyai proses yang susah untuk dipadamkan oleh ibu bapa mereka. Akibat ini, Epic Games perlu bayar sebanyak $257 juta dollar.

Yang kedua pula, seorang pengguna telah mendakwa Epic Games menggunakan \u201cdark patterns\u201d iaitu sebuah teknik yang membenarkan pengguna tidak kira umur melangsungkan pembelian tanpa kesedaran mereka.\u00a0

Contohnya, interface Fortnite yang amat membingungkan. Di sini pula, Epic Games perlu membayar semula sebanyak $245 juta dollar kepada pengguna tersebut.\u00a0

Selain bayaran denda dikenakan, Epic Games juga perlu mencipta satu sistem khas untuk kanak-kanak dengan setting yang lagi baik dan lebih kuat dalam melindungi maklumat peribadi mereka. Jika difikirkan semula, berkemungkinan besar inilah puncanya Epic Games membina \u201cCabined Account\u201d tersebut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/epic-games-didenda-oleh-federal-trade-commission-ftc-lebih-dari-usd500-juta"} {"title": "Acara Khas WINTERLANDS: SUBZERO Kembali Di Free Fire", "body": "

Kempen WINTERLANDS: SUBZERO Free Fire telah kembali sempena musim cuti akhir tahun ini! Untuk kempen kali ini, Free Fire telah menyediakan pelbagai konten menarik dengan menampilkan musik dari DJ Alok bermula dari 19 Disember 2022 hingga 8 Januari 2023.\u00a0

Seperti biasa, korang akan dapat pelbagai hadiah dan item bertemakan kempen ini melalui aktiviti yang telah disediakan mereka. Ini termasuk juga satu skin katana percuma dan satu bundle Cannibal Havoc di mana karakter korang boleh berubah menjadi serigala jadian.\u00a0

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah \u201cMix It Up!\u201d, sebuah event musik di mana pemain boleh mencipta sendiri remix tema lagu baru WINTERLANDS: SUBZERO. Kalau korang menang, korang akan dapat baucar khas dalam in-game, jadi jangan lupa ambil peluang korang bermula dari 19 Disember 2022 nanti.

Selain itu, pemain akan dihadiahkan bundle percuma selepas berjaya menghabiskan aktiviti milestone dengan selesaikan 5 fasa hiasan melalui penebusan token untuk dapatkan hiasan dan binaan pentas konsert tersebut.

Bukan itu sahaja, Free Fire juga akan menambah sebuah peta baru dinamakan Lone Wolf map (23 Disember 2022 - 13 Januari 2023) dan juga kepulangan mod istimewa iaitu Jump \u2018n\u2019 Blast\u2019 mode (1 Januari 2023 - 8 Januari 2023).\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acara-khas-winterlands-subzero-kembali-di-free-fire"} {"title": "Madness Ariel Muncul Juara Kejohanan MLBB Wanita Pertama The Gladiatrix Cup", "body": "

Minggu lepas telah berlangsungnya acara kejohanan MLBB wanita pertama yang dianjurkan oleh eGG Network iaitu The Gladiatrix Cup.

Kejohanan ini menampilkan pasukan-pasukan wanita MLBB untuk merebut prizepool berjumlah RM20,000 yang mana tempat pertama akan membawa pulang RM8,000!

Pada peringkat akhir, dua pasukan terhebat iaitu Madness Ariel telah bertembung dengan pasukan Reborn SG/BM. Namun pada peringkat Grand Final, pasukan Madness Ariel nampaknya lebih ganas apabila menyapu bersih 3 mata apabila menewaskan pasukan Reborn SG/BM sebanyak 3 berbalas 0.

Pasukan Madness Ariel yang merupakan divisi wanita untuk organisasi The Madness Gaming telah membawa pulang RM8,000 sebagai juara manakala pasukan Reborn SG/BM pula membawa pulang RM4,000 untuk tempat kedua.

Sebelum ini pasukan Madness Ariel juga telah muncul juara untuk kejohanan MLBB Women Professional Championship ketika mereka masih dibawah organisasi HomeBois.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/madness-ariel-muncul-juara-kejohanan-mlbb-wanita-pertama-the-gladiatrix-cup"} {"title": "Jujutsu Kaisen Musim Kedua Tiba Julai Tahun Depan", "body": "

Ketika acara Jump Festa 23 tempoh hari, satu pengumuman tentang anime Jujutsu Kaisen telah pun dikeluarkan. Siri anime ini bakal tiba dengan musim kedua yang mana akan tiba pada bulan Julai tahun depan.

Untuk musim kedua ini, Jujutsu Kaisen masih akan dihasilkan oleh Mappa Studio dan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Part 1 dan juga Part 2.

Menerusi video trailer yang ditunjukkan, banyak watak-watak penting akan dibawa untuk musim kedua ini dan mereka juga dikatakan akan mengadaptasi arc \u201cKaigyoku/Gyokusetsu\u201d dan juga arc \u201cShibuya Incident\u201d untuk musim kedua ini.

Siri anime Jujutsu Kaisen ini boleh ditonton melalui Netflix dan juga iQIYI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jujutsu-kaisen-musim-kedua-tiba-julai-tahun-depan"} {"title": "Live-Action Siri TV God Of War Akan Dibangunkan", "body": "

Pada bulan Mac yang lepas telah diumumkan bahawa Amazon sedang berbincang dengan PlayStation Productions untuk mendapatkan hak dalam menghasilkan siri televisyen berdasarkan permainan video mereka, God of War dalam bentuk live-action.\u00a0

God of War is coming. pic.twitter.com/GzbyutRO2k

\u2014 Prime Video (@PrimeVideo) December 14, 2022

Pada waktu itu, tiada lagi pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak tetapi selepas beberapa bulan berlalu, kita akhirnya mendapat jawapan tentang berita ini. Amazon secara rasmi telah mendedahkan yang mereka sudah pun menempah siri televisyen God of War dan akan dibangunkan tidak lama lagi.

Amazon akan menyiarkan tayangan siri ini di Prime Video, platform streaming milik mereka. Berdasarkan gambar dikongsikan di Twitter akaun Prime Video, berkemungkinan siri ini akan ditumpukan pada God of War (2018) di mana Atreus mula muncul bersama Kratos.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/live-action-siri-tv-god-of-war-akan-dibangunkan"} {"title": "God Of Rock, Permainan Video Dengan Gabungan Rhythm Dan Fighting Game", "body": "

Permainan video terbaru dengan gabungan antara rhythm game dan fighting game, God of Rock dihasilkan oleh syarikat Modus Games yang juga menghasilkan permainan video seperti Super Animal Royale dan In Sound Mind.\u00a0

Selepas penangguhan pelancarannya pada musim sejuk tahun ini, mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran terbaru untuk permainan video ini iaitu pada 18 April 2023. Ianya akan dilancarkan pada platform yang sama iaitu di PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.

Sebuah entiti misteri yang dipanggil \u201cGod of Rock\u201d telah menghidupkan semula pemuzik-pemuzik terhebat di alamnya untuk mereka bertempur sebagai hiburan buat dirinya. Mereka diberikan juga bentuk badan baru dan ditambahkan sekali, kuasa baru mengikut kesesuaian mereka.\u00a0

Terdapat juga beberapa mod korang boleh main antaranya ialah Story Mode di mana korang boleh mengikuti penceritaan karakter kegemaraan korang. Seterusnya, Training Mode untuk berlatih bahagian irama lagu-lagunya yang agak sukar.\u00a0

Yang ketiga, Track Editor, tambah dan tolak note ikut kesukaan korang dan akhir sekali, Local and Ranked Online Multiplayer di mana korang boleh main dengan pemain di rumah ataupun di seluruh dunia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/god-of-rock-permainan-video-dengan-gabungan-rhythm-dan-fighting-game"} {"title": "Aryaa Gaming Dan ELX Berjaya Ke Regular Season MPLMY Musim Kesebelas", "body": "

Semalam telah berakhirnya Qualifier untuk MPL MY Season 11 yang mana sebanyak 523 pasukan telah mendaftar namun hanya dua pasukan sahaja yang layak ke Regular Season MPLMY musim kesebelas.

Sebanyak 8 pasukan yang bertanding di peringkat akhir Qualifier semalam. \u00a0Lapan pasukan tersebut adalah Miracle Gaming, Tupai Esports, Aryaa Gaming, Team MAXDSN, El Loco Extreme, K-Force Esports, Jerung Merah dan juga Dininja.

Setelah bertarung selama 3 hari bermula dari Jumaat, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya ke Regular Season. Dua pasukan tersebut adalah Aryaa Gaming dan juga EL Loco Extreme.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/aryaa-gaming-dan-elx-berjaya-ke-regular-season-mplmy-musim-kesebelas"} {"title": "Scream VI Melancarkan Trailer Pertama Mereka", "body": "

Pada awal tahun ini, tayangan filem thriller Scream yang ke-5 telah pun dilancarkan pada 14 Januari 2022. Dengan mendapat sambutan yang agak bagus, mereka telah memutuskan untuk mengeluarkan filem seterusnya iaitu Scream VI.\u00a0

Scream VI merupakan filem ke-6 bagi francais Scream di mana filem pertamanya mula diterbitkan pada tahun 1996 dengan semuanya dikaitkan dengan watak utama bernama Sidney dan juga di dunia yang sama termasuk juga pembunuh bertopengkan sama.

Tetapi, yang membezakan filem terkini adalah Sidney dijadikan sebagai watak sampingan untuk menolong watak utama terbaru dalam menghentikan pembunuh Ghostface mereka.Walaupun di akhir filem sebelum ini mereka seperti berjaya mengalahkan Ghostface, namun tidak bermakna dia sudah mati.

Kali ini, Ghostface kembali memburu mereka dengan niat untuk menamatkan kerjanya walaupun mereka sudah meninggalkan Woodsbro, tempat tinggal lama mereka dan di mana semua ini bermula.

Mari kita lihat nasib mereka di Scream VI yang akan ditayangkan pada 10 Mac 2023 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/scream-vi-melancarkan-trailer-pertama-mereka"} {"title": "Game Catalog Playstation Plus Bulan Disember Telah Diumumkan", "body": "

PlayStation Plus adalah satu website rasmi yang dihasilkan oleh Sony Interactive Entertainment bagi produk konsolnya, PlayStation. Bagi yang melanggan di situ, mereka akan mendapat pelbagai perkhidmatan khas seperti permainan percuma untuk setiap bulan, diskaun khas dan membenarkan save file ke dalam Cloud.

Dan pada tahun ini, mereka telah memperkenalkan dua jenis langganan baru iaitu Extra dan Deluxe di mana pelanggan akan mendapat ekstra permainan dari yang biasa.\u00a0

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Sony Interactive Entertainment akan mengubah katalog permainan pada setiap bulan dan mereka telah pun mendedahkannya bagi bulan Disember 2022.\u00a0

Kali ini, agak berbeza sebab permainan nanti tidak perlu ditebus dan boleh dimain terus tanpa bayar lebihan. Tetapi, selama ia berlangsung dan korang aktif dengan langganan masing-masing.

Berikut adalah senarai permainan di katalog PlayStation Plus:-

Untuk pelanggan yang membeli PlayStation Deluxe, mereka akan mendapat akses kepada permainan di bahagian PlayStation Classic dan permainan yang disenaraikan di bawah:-

Permainan semua ini ada tersedia bermula dari 20 Disember 2022 tetapi bagi WWE 2K22 akan tersedia pada 3 Januari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/game-catalog-playstation-plus-bulan-disember-telah-diumumkan"} {"title": "Resident Evil Village Untuk PS VR2 Akan Dilancarkan Tahun Depan", "body": "

Nampaknya peminat nanti akan dapat merasai sendiri dunia Resident Evil Village menerusi feature VR dengan update terbaru oleh Capcom. Mereka secara rasmi telah mengumumkan pelancaran permainan ini ke Playstation VR2 di mana ia akan menjadi satu DLC percuma bagi mereka yang sudah mempunyai permainan video ini tidak kira Gold Edition ataupun bukan.

Dilengkapi dengan 4K HDR display, pengesanan mata dan juga 3D audio, pemain akan dapat pengalaman yang lebih realistik dan sangat ekstrim dari sebelum ini. Sama-sama sertai perjalanan Ethan Winters mencari anak perempuannya dengan mengambil kesempatan menggunakan ciri-ciri tersedia di headset nanti.

Pemain nanti akan dibenarkan menggunakan tangan mereka untuk mempertahankan diri daripada musuh jika mereka terlalu dekat, tidak terkecuali juga dengan senjata.

Pemain akan berpeluang untuk memegang dua senjata dan mengawal sendiri pergerakan bagi mengisi semula senjata api dan mengacu pisau. Semua ini demi tenggelamkan lagi pemain ke dalam permainan ini.

Resident Evil Village akan tiba di PS VR2 pada 22 Februari 2023 secara rasmi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/resident-evil-village-untuk-ps-vr2-akan-dilancarkan-tahun-depan"} {"title": "Hanabi Revamp - Hanabi Dah Tak Pakai Face Mask", "body": "

Rasanya ramai-ramai yang tertunggu-tunggu revamp untuk watak Hanabi, The Scarlet Flower ini. Moonton akhirnya mengumumkan revamp skin dan juga skill untuk Hanabi!

DESIGN

Dari segi design, Moonton masih mengekal campuran warna merah dan hitam untuk watak ini namun nampak lebih mature dan perbezaan yang ketara adalah Hanabi revamp ini tidak lagi memakai penutup mulut!

Selain dari skin, Moonton juga melakukan perubahan untuk skill yang dimiliki oleh Hanabi. Berikut adalah beberapa purubahan skill yang diberikan kepada Hanabi terbaru ini:

SKILL

Ninjutsu: Petal Barrage (Passive)

Mesti korang pelikkan kenapa skill 1 Hanabi sekarang dah jadi Passive? Tapi korang jangan risau sebab ini membuatkan Hanabi lebih berbisa lepas ini.\u00a0

Dengan perubahan ini, Ninjutsu: Petal Barrage kali ini akan mengeluarkan damage lebih kepada 1 musuh. Bila korang attack enemy, weapon korang akan melantun sehingga kepada 4 musuh yang berada berdekatan. Setiap lantunan akan mengurangkan damage kepada musuh.

Passive ini memang berguna semasa team fight!

Ninjutsu: Equinox (Skill 1)

Macam kitorang bagitahu tadi, Passive untuk Hanabi sekarang akan dijadikan sebagai Skill 1. Apabila diaktifkan, Skill 1 ini masih akan memberikan shield kepada korang.

Namun terdapat sedikit penambahan pada skill ini dimana selain dari shield, ianya juga menaikkan Movement Speed dan Attack Speed kepada pemain.

Walaupun masih immune kepada skill Crowd Control, sekarang skill baru ini juga akan menambahkan peratusan Shield kepada Hanabi apabila melakukan damage!

Ninjutsu: Soul Scroll (Skill 2)

Penambahan yang diberikan kepada skill ini adalah apabila musuh terkena skill 2 ini, musuh akan ditanda dan akan menerima damage penuh dari passive Hanabi.

Forbidden Jutsu: Higanbana (Ultimate)

Moonton nampaknya tidak mengubah apa-apa yang drastik pada Ultimate Skill ini. namun dengan perubahan pada passive dan skill lain, Ultimate Hanabi ini sudah semestinya akan digeruni oleh warga-warga Land of Dawn nanti!

HARGA DAN TARIKH PENGELUARAN

Hanabi Revamp ini akan mula masuk ke Global Server pada 20 Disember 2022 dan pada korang yang belum ada lagi Hanabi, korang boleh dapatkan dengan diskaun sehingga 30%!

Untuk skin Revamp Hanabi \u201cResplement Iris\u201d pula akan dimasukkan pada hari yang sama namun cuma boleh dibeli sehingga 27 Disember 2022 sahaja so kumpul Diamond korang secepat mungkin!

Nak beli Diamond murah, cepat dan selamat? Gunakan Codashop! XD

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hanabi-revamp-hanabi-dah-tak-pakai-face-mask"} {"title": "Spider-Man: Across The SpiderVerse Tiba Dengan Trailer Baru", "body": "

Baru-baru ini, syarikat Sony Pictures Entertainment berkongsikan trailer terbaru bagi tayangan filem sekuelnya yang bertajuk Spider-Man: Across The SpiderVerse.\u00a0

Miles Morales kembali sekali lagi untuk chapter seterusnya dalam hidupnya. Selepas bersatu semula dengan Gwen Stacy yang pernah muncul di filem pertama, Miles telah dibawa bersama ke alam Multiverse di mana dia mendapati terdapat satu komuniti yang sedang melindungi kewujudannya. Mereka dipanggil sebagai Spider-People.\u00a0

Apa yang menyebabkan penonton lebih teruja adalah kemunculan pelbagai jenis Spider-Man dengan design berbeza dan original dalam komik mereka di dalam filem ini. Bukan enam sahaja seperti sebelum ini tetapi lebih dari itu sehingga tidak dapat dikira dengan sepintas lalu.\u00a0

Spider-Man: Across the SpiderVerse akan tiba di pagung wayang pada bulan Jun 2023. Mari sama-sama kita nantikan Miles Morales beraksi semula!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-across-the-spiderverse-tiba-dengan-trailer-baru"} {"title": "Hogwarts Legacy Tangguh Pelancaran Ke PS4 Dan Xbox One", "body": "

Pada 14 Disember 2022, di akaun Twitter rasmi Hogwarts Legacy mereka telah mengumumkan sekali lagi penangguhan keluaran permainan mereka untuk PS4 dan Xbox One ke 4 April 2023 manakala bagi Nintendo Switch diubah ke 25 Julai 2023 tanpa mereka memaklumkan sebabnya.

Sebelum ini, Hogwarts Legacy sepatutnya dilancarkan pada musim cuti tahun ini tetapi mereka telah tangguhkannya pada bulan Februari 2023. Tanpa disangka mereka menangguhkan lagi.

Walaupun begitu, tarikh pelancaran bagi PS5 dan Xbox Series X/S tetap sama iaitu pada 10 Februari 2023.\u00a0

Mereka juga ada memuat naik sebuah video untuk menunjukkan gameplay showcase terbaru mereka di Youtube akaun rasmi Hogwarts Legacy. Berdasarkan video tersebut, akan tersedia pelbagai elemen berbeza seperti misi Hogsmeade, penyapu terbang dan dark magic di Hogwarts.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hogwarts-legacy-tangguh-pelancaran-ke-ps4-dan-xbox-one"} {"title": "Holstin - Permainan Seram Terbaru Dari Poland", "body": "

Holstin adalah permainan terbaru yang dihasilkan oleh Sonka, sebuah syarikat pembangun dari negara Poland yang juga telah menghasilkan permainan seperti The Way Remastered dan yang terkini, Car Mechanic Pinball.

Mereka telah mengambil inspirasi dari beberapa permainan seram yang klasik seperti Resident Evil dan Silent Hill dalam menciptakan Holstin ini, sambil menggunakan lukisan tangan pixel art sebagai art style pilihan mereka dalam dunia 3D.

Pada lewat November 1992, sebuah bandar kecil yang terpencil di timur Poland telah dilanda ancaman buruk yang perlahan-lahan memakan penduduknya dan apa yang disentuhnya. Walaupun bahaya berada di depan mata, Tomasz, watak yang dimain pemain, tetap menjejakkan kakinya ke sana demi mencari rakannya, Bartek.\u00a0

Korang perlu menerokai bandar yang ngeri ini sambil mengumpulkan bekalan untuk melawan semula makhluk yang muncul akibat ancaman buruk ini. Akan ada juga puzzle yang perlu diselesaikan untuk meneruskan pencarian Bartek.

Holstin akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk konsol dan PC melalui Steam, tetapi konsol khasnya belum didedahkan lagi. Demo untuk PC akan mula ada pada bulan Januari 2023. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/holstin-permainan-seram-terbaru-dari-poland"} {"title": "Studio Ghibli Mengumumkan Filem Terbaru", "body": "

Seperti yang diketahui ramai, Hayao Miyazaki yang seorang pengarah animasi bagi filem Spirited Away, Howl\u2019s Moving Castle dan juga The Cat Returns telah pun mengumumkan hasratnya untuk bersara pada 2013.

Tetapi selepas 4 tahun berlalu, dia telah mendedahkan yang dirinya sedang menghasilkan sebuah filem terbaru yang bertajuk \u201cHow Do You Live?\u201d. Hayao Miyazaki telah dikreditkan dalam menghasilkan skrip dan juga mengarah bagi filem ini.

Walaupun begitu, telah disahkan bahawa jalan ceritanya adalah dari karya novel Genzaburo Yoshino dengan tajuk yang sama iaitu kisah hidup tentang seorang remaja lelaki berumur 15 tahun sebelum Perang Dunia Ke-2 dan perjalanan dirinya menjadi semakin matang melalui pemerhatian pada dunia sekelilingnya.

Filem \u201cHow Do You Live?\u201d akan dilancarkan secara rasmi di pagung wayang Jepun pada 14 Julai 2023. Nantikan karya Hayao Miyazaki seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/studio-ghibli-mengumumkan-filem-terbaru"} {"title": "Katana Rama - Game Aksi Third-Person Dihasilkan Oleh Rakyat Malaysia", "body": "

Katana Rama baru sahaja mengeluarkan trailer terbaru mereka pada minggu ini dan daripada video trailer tersebut, banyak feedback positif yang diterima. Permainan video ini dihasilkan oleh Ghost Machine, company indie yang berasal daripada Malaysia. Katana Rama merupakan permainan video pertama yang mereka lancarkan. Katana Rama adalah sebuah permainan video aksi third-person yang berfokuskan pergerakan dan swordplay.

Game ini berlatarbelakangkan dungeon serta robot futuristic, penuh neon, retro dan visual low-poly. Korang akan main sebagai swordsman robot yang membunuh robot lain. Nampaknya macam tidak banyak jalan cerita untuk game ini selain daripada membunuh robot-robot. Harapnya, kita akan dapat melihat game ini pada masa hadapan jikalau ada plot-plot yang tersembunyi.

Gameplay ini mengharuskan players untuk membunuh musuh dalam bilik dan sambung ke bilik seterusnya. Kombat permainan video ini kebanyakannya menggunakan dash-strike dimana player akan lari ke musuh yang di target serta memusnahkan mereka dalam satu potongan. Pergerakan ia hanyalah berlari, pecutan dan wall run. Peminat game movement akan suka kepada game lokal ini. Tiada lagi release date yang dikongsikan tetapi dengan keluarnya trailer, kita jangkakan game ini akan keluar hujung 2022 atau awal 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/katana-rama-game-aksi-third-person-oleh-malaysian"} {"title": "No Man\u2019s Sky- Bakal Tiba Di Nintendo Switch Tidak Lama Lagi", "body": "

No Man\u2019s Sky merupakan game eksplorasi angkasa yang mendapat kritikan yang teruk ketika awal pengeluarannya namun kini mula disukai oleh ramai peminat.. Permainan video ini dihasilkan oleh Hello Games dan mereka kekal mengeluarkan update terbaru sejak release mereka pada 2016.\u00a0

Semalam, mereka telah release trailer mengenai update Leviathan mereka yang baru. Ini merupakan update major mereka yang ke-23, sejak release pertama dan nampaknya, mereka tidak akan berhenti dalam masa terdekat.

Dalam berita lain, Hello Games telah pun merancang untuk mempunyai release di Switch untuk No Man\u2019s Sky. Setakat semalam, Hello Games, berkongsi mengenai persiapan mereka yang hampir siap mengenai release switch yang termasuk 20 update major dan dua yang update terbaru iaitu Sentinels dan Outlaws.\u00a0

Tidak terkejut jikalau Hello Games akan terus mengeluarkan release update terbaru untuk game ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/no-man-s-sky-bakal-tiba-di-nintendo-switch-tidak-lama-lagi"} {"title": "#SaveTF2 : Valve Akan Mulakan Tindakan", "body": "

Team Fortress 2 mempunyai masalah botting yang kritikal. Isu ini kekal hadir sejak 2020 dan komuniti TF2 mula bersuara. Infestasi bot telah menyebabkan server casual game ini untuk dipenuhi sniper aimbot, spam chat dan paling baru, bot yang boleh crash server dan kick player ikut kehendaknya.

Selepas bertahun bertahan dengan standard main yang begini, komuniti TF2 telah memulakan hashtag #SaveTF2 di Twitter. Tujuan movement ini adalah untuk memberikan pentas kepada infestasi bot yang melanda game ini. Mereka menganggap hashtag tersebut sebagai protest yang aman. Kontent creators juga turut serta dalam movement ini dan membuat rayuan kepada pihak Valve di YouTube. Akhirnya, ia mendapat perhatian dari Valve, developer Team Fortress 2.

Komuniti berasa terkejut apabila Team Fortress 2 punya official page Twitter menyatakan \u201cKomuniti TF2, kami mendengar! Kami sayang game ini dan kami tahu korang juga. Kami telah mengambil kira isu yang berat ini dan akan berusaha untuk mengatasinya.\u201d. Peminat TF2 amat gembira untuk melihat respon Valve. Mereka tidak sabar untuk melihat cara penyelesaian yang akan diaplikasikan untuk krisis bot ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/savetf2-valve-akan-mulakan-tindakan"} {"title": "PS5 Pro dan Xbox Series Baru Mungkin Datang Seawal 2023", "body": "

Walaupun sesetengah orang masih belum dapat membeli PS5 disebabkan stok yang tidak mencukupi, namun ura-ura menyatakan yang next gen untuk PS5 Pro dan Xbox Series X mungkin akan tiba pada awal 2023. Berdasarkan pattern keluaran console, kita menjangkakan untuk melihat console half-gen pada akhir tahun ni.

Pada conference TLC yang telah berlangsung baru-baru ni, wakil TLC telah menerangkan pattern console & tarikh release bagi console half-gen dan gen baru. Dia menjangkakan bahawa Xbox Series X dan PS5 Pro akan keluar pada tahun 2023 atau 2024. Walaubagaimanapun, netizen bermula rasa ragu-ragu dengan kesahihan gambar sedangkan console half-gen console baru ini mempunyai feature 8K gaming.

Selepas mengkaji, sesetengah orang spekulasi imej tersebut adalah palsu. Seorang pengguna twitter mengatakan bahawa saturation disekeliling text nampak pelik dan tidak natural. Namun begitu, ia hanyalah pendapat seorang pengguna twitter.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ps5-pro-dan-xbox-series-baru-mungkin-datang-seawal-2023"} {"title": "Screenshot Dan Berita Baru Untuk The Callisto Protocol", "body": "

Glen Schofield telah berkongsi dalam interview lanjutan mengenai informasi baru tentang game sci-fi survival horror yang baru; The Callisto Protocol. Schofield telah menyatakan yang cerita ini dilatar belakangkan pada masa 300 tahun dalam masa depan, di dalam universe PUBG: Battlegrounds. Watak hero, Jacob Lee, ingin mencuba untuk melarikan diri daripada penjara salah satu bulan Jupiter yang dikuasai pelbagai makhluk yang menakutkan dan mengerikan.

Daripada apa yang kita tahu, watak hero Jacob Lee tidak akan menjadi character yang kuat untuk dimain. Ben Walker, design director, memberi tekanan kepada pengalaman players untuk rasa powerless berlawan dengan Biophages yang meronda penjara. Daripada demo, pemain hanya dibekalkan shotgun, pistol, baton dan device GRP yang membolehkan dia menarik dan menolak object daripada dirinya.

New The Callisto Protocol screenshots via Game Informer.https://t.co/ajTjONVeOa pic.twitter.com/gotxZu5QcM

\u2014 Okami Games (@Okami13_) May 24, 2022

Gamers tidak perlu risau kalau tidak mempunyai console gen yang terbaru sebab game ini adalah cross gen. The Callisto Protocol akan di release dan akan available untuk dimainkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC. Walaupun dengan tiadanya trailer baru selama hampir 2 tahun, Glen Schofield telah mengesahkan game ini akan di release pada tahun 2022. Mungkin trailer baru akan dikeluarkan selepas ini?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/screenshot-dan-berita-baru-untuk-the-callisto-protocol"} {"title": "Eiyuden Chronicles: Hundred Heroes Bakal Tiba Di Nintendo Switch", "body": "

Successor Suikoden-series, Eiyuden Chronicles: Hundred Heroes telah disahkan akan dikeluarkan pada platform Nintendo Switch.

Rabbit & Beat Studios telah mengumumkan kedatangan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes di Nintendo Switch setelah\u00a0mengesahkan di website kickstarter mereka. \u00a0

Asalnya, Eiyuden Chronicle: Hundred Heros akan release pada \u201cconsole next-generation Nintendo\u201d jikalau Nintendo launch update version untuk Nintendo Switch mereka sebelum release nya game tersebut. Disebabkan sudah masuk tahun kelima tanpa apa-apa update tentang next gen Nintendo Switch, Rabbit & Beat Studios mengambil keputusan untuk keluarkan sahaja permainan video ini pada platform yang tersedia sekarang.\u00a0

Page Kickstarter Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes yang dilancarkan pada 2020, telah memenuhkan goal crowdfunding mereka sebanyak 3 million dalam masa 2 jam sahaja. Nampaknya, development Hundred Heroes berjalan dengan lancar dan akan launch pada 2023 tanpa mengira status Nintendo Switch mereka.\u00a0

Selain itu, game ini akan juga release di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series XIS. Untuk sementara waktu, nikmatilah visual cantik game ini dalam trailernya untuk Xbox dibawah E3.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/eiyuden-chronicles-hundred-heroes-bakal-tiba-di-nintendo-switch"} {"title": "Replaced: Ditunda Ke 2023 Kerana Peperangan Di Ukraine", "body": "

Game cyberpunk action-adventure, Replaced sememangnya dinanti-nantikan selepas trailer yang dipersembahkan di E3 2021. Namun baru-baru ini pihak developer permainan video ini mengumumkan yang game ini akan ditunda. Berkonsepkan 2.5D retro-futuristic, Replaced mengikut perspektif AI bernama REACH, yang terperangkap dalam badan manusia. Selain daripada cinematic trailer, Sad Cat Studios\u2019 masih belum mengumumkan apa-apa lagi info berkenaan permainan video ini.

Namun begitu, baru-baru ini, developer Belarusian ini telah mengeluarkan keluhan mereka mengenai kesan daripada invasion yang berterusan oleh Rusia kepada Ukraine.\u00a0

\u201cStudio yang based di Belarusian ini, Sad Cat Studios, mempunyai team developer di Belarus dan Ukraine. Malangnya, peperangan yang berterusan di Ukraine telah memberi impak berat kepada development Replaced kerana kebanyakan orang dalam team ini tinggal di region yang berhampiran.\u201d Kata Sad Cat Studios melalui tweet dari twitter rasmi mereka.\u00a0

\u201cSad Cat memberi kepentingan kepada keselamatan team dan keluarga,\u201d \u00a0\u201cKesannya, sebahagian daripada team telah pun relocated dan kerja-kerja development untuk permainan video ini baru sahaja disambung.\u201d Walaupun keterangan mereka menekankan usaha team untuk teruskan development Replaced, tweet tersebut juga memberi penerangan kepada kepentingan kesihatan mental dan fizikal team kepada studio.\u00a0

Replaced di schedule untuk release pada 2023 di PC, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Malangnya, ini bukan sahaja game yang tertunda kerana peperangan ini, game seperti Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dan Little Orpheus juga diumumkan akan ditunda.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/replaced-ditunda-ke-2023-kerana-peperangan-di-ukraine"} {"title": "Live Action Keluang Man Bakal Diterbitkan", "body": "

Masihkah anda ingat tentang animasi lagenda tanah air iaitu Keluang Man? Pasti ramai yang akan mengimbau zaman kanak-kanak mereka apabila bercakap tentang animasi ini. Baru-baru ini, sebuah produksi terkenal bersama sebuah studio animasi telah berbincang untuk melakukan sesuatu \u201ccomeback\u201d buat animasi Keluang Man ini.

Menerusi laman Twitter Rojak Daily, mereka mengumumkan bahawa Astro Shaw bersama Iconic Animation Studio bakal menerbitkan filem Keluang Man. Filem ini diterbitkan secara live action dimana ianya akan dilakonkan oleh barisan pelakon. Rasa-rasanya, siapa barisan pelakon yang sesuai untuk berlakon dalam filem ini? Lebih-lebih lagi untuk watak utama, Borhan (Keluang Man).

Keluang Man merupakan animasi yang terkenal pada kanak-kanak tahun 90-an. Ia merupakan hasil ciptaan Kamaruddin Ismail yang mana turut pencipta Usop Sontorian. Keluang Man menceritakan tentang seorang individu bernama Borhan. Beliau sering keluar waktu malam untuk membantu orang ramai. Borhan atau Keluang Man turut ditemani oleh rakannya iaitu Tiongman dalam membanteras kejahatan membantu anggota polis.

Dengan terbitnya filem Keluang Man ini nanti, ianya mungkin dapat meningkatkan filem superhero di Malaysia. Jika di negara barat mereka telah mencipta pelbagai superhero seperti spiderman, batman, black panthers dan lain-lain. Jadi, diharapkan bahawa filem Keluang Man ini bakal menjadi sebuah filem yang membanggakan untuk rakyat Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/live-action-keluang-man-bakal-diterbitkan"} {"title": "Manga Hunter X Hunter Bakal Kembali", "body": "

Manga Hunter X Hunter disahkan bakal kembali tidak lama lagi. Ini adalah selepas seorang yang dikenali sebagai Yoshihiro Togashi iaitu pencipta Hunter X Hunter menyatakan di laman Twitternya bahawa manga Hunter X Hunter akan kembali. Tweet tersebut turut disertakan dengan gambar lakaran halaman manga sambil berkata \u201c4 lagi bab buat masa ini\u201d.

\u3068\u308a\u3042\u3048\u305a\u3042\u30684\u8a71\u3002 pic.twitter.com/OwoB4ljp1x

\u2014 \u51a8\u6a2b\u7fa9\u535a (@Un4v5s8bgsVk9Xp) May 24, 2022

Namun begitu, ramai peminat manga yang tidak percaya terhadap tweet tersebut. Mereka menganggap bahawa akaun Twitter itu merupakan akaun palsu yang cuba menyamar untuk menjadi Yoshihiro Togashi. Tidak lama kemudian, seorang artis atau pelukis One-Punch Man iaitu Yusuke Murata tampil bersuara di Twitternya yang menyatakan bahawa akaun tersebut adalah benar milik Yoshihiro Togashi sambil retweet posting awal.

Jadi, ini bermakna ianya adalah benar bahawa manga Hunter X Hunter bakal keluar tidak lama lagi. Manga Hunter X Hunter terkenal sejak dari tahun 1998. Manga ini sering rehat dalam tempoh yang agak lama disebabkan masalah kesihatan penciptanya iaitu Yoshihiro Togashi. Kali terakhir manga ini diterbitkan adalah pada tahun 2018. Untuk peminat anime, pasti korang tak sabar untuk tunggu bab terbaru Hunter X Hunter ini keluarkan? Sama-sama kita nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/manga-hunter-x-hunter-bakal-kembali"} {"title": "Mission Impossible: Dead Reckoning Part 1 Bakal Keluar Pada 2023", "body": "

Pada 24 Mei, Paramount Pictures telah mengeluarkan sebuah trailer untuk filem Mission Impossible. Baru sehari trailer ini dikeluarkan, jumlah tontonan di youtube sudah mencecah 7.4 juta views. Meskipun filem ini bakal dikeluarkan pada tahun 2023, namun pihak produksi telah mempromosikannya dengan lebih awal untuk menarik lebih ramai penonton ketika ianya ditayangkan.

Mission Impossible: Dead Reckoning Part 1 merupakan sekuel yang ke 7 dalam siri Mission Impossible. Watak utamanya tidak lain tidak bukan adalah Tom Cruise yang memegang watak sebagai Ethan Hunt. Namun pada kali ini, beliau turut beraksi bersama rakan-rakannya iaitu Simon Pegg (Benji Dunn), Rebecca Ferguson (Ilsa Faust), Ving Rhames (Luther Stickell), dan Vanessa Kirby (Alanna Mitsopolis).

Berdasarkan trailer yang dikeluarkan, Ethan Hunt dilihat terpalit dengan misi yang melibatkan kebenaran. Namun, adakah kebenaran tersebut untuk kebaikan atau kemusnahan? Turut dilihat lokasi pertempuran berlaku di padang pasir dengan sekumpulan individu yang memakai topeng. Masih jadi tanda tanya apakah sebenarnya misi dalam filem Mission Impossible: Dead Reckoning Part 1. Filem ini bakal keluar pada 14 Julai 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mission-impossible-dead-reckoning-part-1-bakal-keluar-pada-2023"} {"title": "Thor: Love & Thunder Di Pawagam Julai Ini", "body": "

Sebelum ini kita mendengar bahawa filem Marvel Thor bakal keluar untuk siri terbarunya. Pada 24 Mei, Marvel Entertainment secara rasmi telah mengeluarkan trailer buat filem ini. Thor: Love & Thunder, merupakan tajuk untuk sekuel keempat dalam siri Thor. Nak tahu filem ini tentang apa? Jom kami ceritakan sedikit sinopsis filem ini.

Thor: Love & Thunder menceritakan tentang perjalanan sebuah cinta serta usaha mereka untuk menyelamatkan alam daripada ditakluki kuasa jahat. Filem ini juga menceritakan kehidupan Thor selepas Avengers: Endgame dimana beliau mencari arah tuju kehidupan yang sebenar. Disebabkan itu, Thor telah merentasi kosmos iaitu tempat asalnya dan beliau juga bertemu dengan bekas kekasihnya, Jane Foster.

Pertemuan antara Thor dan Jane mengejutkan antara satu sama lain disebabkan mereka terpisah dalam masa yang agak lama. Dalam menemukan kembali cintanya, Thor juga berdepan dengan satu masalah dimana beliau perlu menghalang Gorr the God Butcher daripada menakluki alam semesta. Gorr mempunyai matlamat jahat iaitu untuk membunuh semua dewa yang wujud.

Dengan kekuasaan yang dimiliki, Thor, Jane, Korg, dan Valkyrie telah bersatu menentang kuasa jahat Gorr the God Butcher. Filem ini dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor, Natalie Portman sebagai Jane Foster, Tessa Thompson sebagai Valkyrie, Taiki Waititi sebagai Korg, dan Christian Bale sebagai Gorr the God Butcher. Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam pada bulan Julai.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/thor-love-thunder-di-pawagam-julai-ini"} {"title": "Call of Duty: Modern Warfare 2 Dilancarkan Tahun Ini", "body": "

Activision telah mengeluarkan trailer reveal artwork untuk hit title baru mereka Call of Duty: Modern Warfare 2. Tidak banyak yang dikongsikan dalam trailer selain daripada close up headshot character yang akan kembali. Game ini akan release pada hujung bulan Oktober.

Peminat Call of Duty pasti merasa gembira dengan kembalinya character kegemaran mereka seperti Kyle \u2018Gaz\u2019 Garrick, John \u2018Soap\u2019 MacTavish, Alejandro \u2018Alex the Red\u2019 Rojas and Kaptain John Price. Dengan informasi yang sedikit ini kita hanya boleh mengagak bagaimana peminat akan react.\u00a0

Namun begitu, berita baiknya, versi beta akan available dalam masa yang terdekat tetapi PlayStation akan mendapat akses kepadanya sebelum platform-platform lain. Boleh dikatakan Activision mengetengahkan PlayStation sebagai platform utamanya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-modern-warfare-2-dilancarkan-tahun-ini"} {"title": "Roller Champions - Game Terbaru Dari Ubisoft", "body": "

Sejak announcement nya pada tahun 2019. Akhirnya, Roller Champion telah pun dilancarkan pada hari \u00a0ini dan ianya juga percuma untuk dimainkan. Korang boleh download dan main game ini di PC, PlayStation, Xbox dan Switch.

Roller Champion ialah game sport PvP yang menggabungkan racing, basketball dan roller skating. Korang dan tiga lagi teammates akan berlumba untuk dapatkan points sambil mencuba untuk score atau mencuri bola daripada team lawan.

Game ini membekalkan keseronokkan bersama dan juga mempunyai semangat daya saing yang tinggi. Dengan game trendy kini yang lebih high-stakes dan penuh dengan stress, gamers pasti perlukan juga game yang boleh rehat dengan pengalaman sukan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roller-champions-game-terbaru-dari-ubisoft"} {"title": "Steam Racing Fest Bermula Minggu Ini", "body": "

Kalau korang peminat game racing, so inilah peluang korang untuk menyertai Racing Fest Steam yang penuh dengan sales untuk game-game racing dari pelbagai Genre racing termasuklah realistik, arked, combat racing, controller, multiplayer dan juga VR.

Top sellers yang boleh dirujuk antaranya ialah Forza Horizon 4, Assetto Corsa, dan Dirt Rally 2.0. Jangan lupa untuk mencuba game-game yang indie, bawah genre sama seperti Retrowave, Hex Rally Racers dan Fly Dangerous. Mungkin juga korang boleh jumpa game non-vehicle yang ada aspek racing seperti Golf Gang dan Knightfall: A Daring Journey.

Steam juga mempunyai section trivia di page mereka dimana korang boleh test ilmu racing dan pengetahuan korang untuk memenangi hadiah dalam Trivia Grand Prix. Test ilmu dan pengetahuan racing korang dan kemungkinan korang boleh menang cup badge steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-racing-fest-bermula-minggu-ini"} {"title": "Fall Guys Percuma Bermula Jun Ini", "body": "

Berita gembira peminat permainan video Fall Guys yang inin bermain bersama-sama rakan dan keluarga kerana game ini boleh didapati di Xbox, Nintendo Switch, PlayStation 5 dan Epic Games Store pada 21 Jun 2022 secara percuma!\u00a0

Mediatonic yang merupakan developer untuk permainan video ini telah mengumumkan permulaan \u2018Season 1: Free For All\u2019 untuk meraikan pemain-pemain dari pelbagai platform, Hal ini memberi peluang untuk players kekal bermain bersama dengan lebih senang dengan players berbeza platform. Bagi players yang sudah mempunyai game ini di PS4 dan Steam akan dihadiahkan Legacy Pack. termasuk kosmetik unik dan Fall Guy\u2019s battle pass.\u00a0\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fall-guys-percuma-bermula-jun-ini"} {"title": "\u2018Cats & Soup\u2019 Sambut 20 Juta Players", "body": "

Sejak Cats & Soup mendapat sambutan yang meriah sejak menjadi viral di platform seperti Tik Tok, bilangan players nya kekal menaik secara mendadak. Tahniah bagi Cats & Soup bagi mencapai bilangan sebanyak 20 Juta players untuk seluruh dunia. Dalam masa 4 bulan, bilangan 10 million players di bulan Januari sudah pun dikali gandakan. Popularity game ini membuktikan keberkesanan dan demand players untuk game seperti ini. Cats & Soup, bersama konsep comel dan gameplay kucing yang bekerjasama sekadar untuk membuat task simple iaitu memasak soup mampu menenangkan minda players.

Untuk meraikan pencapaian ini, developer HIDEA, menyediakan senarai events yang memberi players rewards dengan pelbagai hadiah seperti pakaian dan perabot, coins perabot, recipe point tickets, dan semestinya - pudding. Players boleh membawa pulang sekurang-kuranya 4 prizes untuk sehari daripada sekarang sehingga 7 Jun. Active players juga boleh memenangi items percuma sebahagian daripada 7 Days of Gifts. Antara goodies yang boleh dimenangi adalah set picnic costume dan seorang kawan Bear yang suka mengumpul madu untuk membuat banyak resepi yang sedap.\u00a0

Event ini juga memperkenalkan fasiliti rest yang baru bernama Model Train dimana rakan-rakan kucing kita boleh naik kereta api mainan sehingga mereka puas hati. Players juga boleh berjumpa dan bermain dengan Tuxedo Cat, character baru yang akan diperkenalkan dalam Cats & Soup untuk event barunya.\u00a0

Cats & Soup available untuk mobile device, Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS. Terdapat banyak lagi update yang akan datang buat game mobile comel ini. So korang sangat dialu-alukan untuk check out dan join game ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cats-soup-sambut-20-juta-players"} {"title": "\u2018Paper Ghost Stories: Third Eye Open\u2019 Chapter Baru Paper Ghost Stories", "body": "

Paper Ghost Stories:7pm merupakan sebuah permainan video dari developer Malaysia iaitu Cellar Vault Games yang mana korang boleh download secara percuma di Steam sehingga 2 Jun 2022. Baru-baru ini pihak Cellar Vault Games telah mengumumkan chapter terbaru untuk permainan horror tersebut iaitu \u2018Paper Ghost Stories: Third Eye Open\u2019. Menggunakan grafik visualnya yang ikonik, diinspirasikan daripada wayang kulit, Paper Ghost Stories: Third Eye Open juga berkongsi character, tone dan identiti bersama \u20187pm\u2019.

Game terbaru ini adalah daripada perspektif seorang budak perempuan bernama Ting. Dimainkan dalam era awal 2000, Ting yang masih seorang budak tadika yang berumur 5 tahun yang sedang mencuba untuk mengawal kuasa dalamannya yang semakin menjadi-jadi. Pengembaraan Ting akan \u00a0didampingi oleh 2 spirits, dibimbing dan dimanipulasi oleh mereka yang mempunyai agenda mereka tersendiri.\u00a0

Daripada lokasi ke aktiviti character serta dialog yang dimainkan, ia tersangat lah Malaysia daripada segi tradisi, budaya dan cerita teladan sebagaimana game pertama dimainkan. Players boleh melawat pasar pagi, membuat kawan dengan sami tua, makan kuih-kuih tempatan seperti Apam Balik dan Kuih Nyonya di pasar malam, sambil cuba mengelak ancaman dari spirits dalam hutan dan pelbagai lagi.\u00a0

Walaupun berkongsi similarities bersama dengan \u20187pm\u2019 Cellar Vault Games mahu tekankan setiap game berdiri sendiri sebagai cerita dan tema tersendiri. Paper Ghost Stories: Third Eye Open boleh dimasukkan dalam wishlist di Steam dimana dikatakan akan dikeluarkan pada tahun 2023. Sementara itu, Paper Ghost Stories: 7PM kini percuma untuk masa terhad di Steam sehingga 2 Jun.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/paper-ghost-stories-third-eye-open-chapter-baru-paper-ghost-stories"} {"title": "Anime Spy X Family Kolab Dengan Uniqlo", "body": "

Anda penggemar anime? Pasti anda menonton siri anime yang sedang popular sekarang iaitu Spy X Family. Filem yang berkonsepkan komedi ini sememangnya meraih banyak tontonan di Netflix, iQYI, Muse Anime, dan lain-lain. Ia berkisahkan tentang sebuah keluarga yang penuh ragam dan jenaka. Spy X Family ini diadaptasikan daripada manga Japan iaitu hasil karya Tatsuya Endo.

Jenama pakaian terkenal Japan iaitu Uniqlo baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah tshirt hasil kolaborasi bersama Spy X Family. T Shirt tersebut akan memaparkan watak-watak utama seperti Loid Forger, Yor Forger, dan Anya Forger. Terdapat 4 design serta warna yang berbeza dan ianya dijual dengan harga RM 59.90 setiap 1.

Uniqlo sememangnya gemar melakukan kolaborasi dengan jenama anime terutama yang berasal daripada negara mereka, Japan. Antara anime yang pernah berkolaborasi dengan Uniqlo adalah Pokemon, Gundam, Jujutsu Kaisen, One Piece, dan banyak lagi. Jika anda berminat dengan kolaborasi di atas, anda boleh dapatkannya sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-spy-x-family-kolab-dengan-uniqlo"} {"title": "Gears of War 6 Kemungkinan Sudah Dalam Development", "body": "

Sudah masuk tiga tahun sejak game Gears of War terbaru dikeluarkan dan Xbox perlukan tarikan title AAA games yang baru. Baru-baru ini kita mula mendengar khabar-khabar angin tentang game Gears of War terbaru daripada The Coalition.

Berdasarkan job listing yang di post oleh The Coalition di Microsoft Careers page, mereka sedang mencari technician motion capture untuk development projek Gears of War. Setakat sekarang itulah salah satu clue untuk kemungkinan game Gears of War yang baru.

Kemungkinan juga ia hanya game spinoff. Buat masa ini kita cuma mampu berharap yang permainan video yang boleh dikatakan legends ini akan buat comeback tidak lama lagi!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gears-of-war-6-kemungkinan-sudah-dalam-development"} {"title": "Glory Hero: NFT Wars - NFTs dan Plagiarism", "body": "

Dengan populariti NFT baru-baru ini, crypto bros kian giat mencuba untuk mendapatkan mangsa daripada orang yang ikut trend NFT tanpa selidik sendiri. Trend terkini kita dapat melihat yang NFT cuba-cuba untuk masuk dalam scene gaming. Namun banyak kisah-kisah yang kurang enak kita dengar dari game-game yang mempunyai unsur-unsur NFT ini. Glory Hero: NFT Wars adalah contoh game yang mempunyai elemen NFT di dalamnya yang terpalit dengan kisah-kisah negatif ini.

Glory Hero adalah permainan video 5vs5 terbaru yang ingin memasukkan elemen NFT dalam gameplay-nya. Tetapi, baru-baru ini mereka telah dituduh telah mencuri design-design character dari permainan video yang pernah popular dahulu iaitu Paladins!

Selepas dikutuk oleh komuniti-komunity gamers dan juga peminat pemainan video Paladins dan kemungkinan melakukan beberapa kesalahan undang-undang, developer Glory Hero telah menarik balik logo, memadam posting-posting advertising game mereka mereka dan telah memadam video trailer permainan video tersebut dari semua social media meraka. \u00a0Oleh kerana publisiti yang buruk, tidak ramai orang yang berminat dengan tersebut lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/glory-hero-nft-wars-nfts-dan-plagiarism"} {"title": "BTR, Faze Clan, DWG KIA & BCS Gagal Ke Super Weekend 1", "body": "

Setelah dua hari berlangsung kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC), 4 pasukan daripada BTR (Indonesia), DWG (Korea), BCS(Japan), dan Faze Clan (Thailand) gagal melayakkan diri ke Super Weekend yang pertama. Keempat-empat pasukan ini berada di kedudukan paling bawah daripada 16 kumpulan yang lain.

Sementara itu, pasukan daripada Mongolia, Stalwart Esports terus mendahului di tempat yang pertama dengan mata kumpul sebanyak 118. Pasukan ini juga berjaya mendapatkan 2 chicken dinner\u00a0 dengan jumlah kill sebanyak 58. Apa yang mengejutkan di sini adalah apabila 2 pasukan yang digeruni iaitu BTR dan Faze Clan gagal untuk melayakkan diri ke Super Weekend yang pertama.

Walau bagaimana, kedua-dua pasukan daripada Malaysia iaitu 4Rivals dan juga Team Secret berjaya melayakkan diri ke Super Weekend. 4Rivals menduduki di tangga ke 10 dengan mata kumpul sebanyak 58. Untuk Team Secret pula berada di tangga ke 14 dengan mata kumpul sebanyak 47. Kedua-dua pasukan ini telah berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 1 chicken dinner.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/btr-faze-clan-dwg-kia-bcs-gagal-ke-super-weekend-1"} {"title": "League of Legends All Star 2021 Dibatalkan!", "body": "

Riot Games baru-baru ini telah membatalkan acara League of Legends All Star 2021 disebabkan oleh halangan perjalanan semasa musim pandemik ini. \u201cWalaupun kami bangga dengan pencapaian MSI dan Worlds, selepas buat pertimbangan dengan teliti, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar iaitu melangkaui Acara All Star tahun ini,\u201d kata Riot Games.

\u201cKeputusan ini tidak mudah, kerana kami tahu ramai peminat dan pemain di seluruh dunia ingin melihat penutup musim LoL Esports di ASE.\u201d Antara sekatan utama yang dihadapi oleh Riot adalah apabila peserta tiba di lokasi acara, mereka perlu menjalani kuarantin. Ditakuti apabila tempoh kuarantin tersebut melebihi tempoh acara berlangsung.

Jika sebelum ini, acara liga All Star telah diadakan secara atas talian. Namun tahun ini, Riot bercadang untuk tinggalkan acara dalam talian kerana mereka tidak merasakan bahawa format itu dapat menangkap semangat ASE, iaitu untuk membawa pro player, influencer, dan peminat untuk meraikan musim LoL Esports dengan perlawanan antara wilayah.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/league-of-legends-all-star-2021-dibatalkan"} {"title": "Free Fire X Money Heist Kembali!", "body": "

Free Fire telah mengumumkan kerjasama mereka dengan sebuah filem bersiri Netflix, Money Heist (La Casa De Papel). Ini merupakan kerjasama kali kedua antara Money Heist bersama Free Fire. Kerjasama kali pertama adalah pada tahun 2020 dan kini mereka kembali dengan membawakan acara \u2018Episod Akhir: Raid and Run\u2019

Sempena dengan kerjasama ini, tiga episode terakhir Money Heist yang akan ditayangkan di Netflix pada 3 Disember ini akan ditayangkan secara serentak di dalam Free Fire. Selain itu, kerjasama ini juga akan membawakan pelbagai ciri baru antaranya ialah mod, in-game reskin, muka baharu, item Free Fire X Money Heist dan banyak lagi.

Antara perkara menarik adalah terdapat mod baharu di mana ia menampilkan salah satu watak utama siri ini, The Professor. Pemain perlu bekerjasama dengannya untuk menyelesaikan misi di peta Bermuda. Ini termasuk misi mencari emas dan menyelamatkan squad Free Fire. Garena memberitahu yang mereka akan umumkan secara terperinci berkenaan dengan kerjasama ini pada hari akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-money-heist-kembali"} {"title": "PMGC Grand Final Diadakan Secara Semi-LAN", "body": "

Berdasarkan sumber daripada Dot Esports, kejohanan Akhir PUBG Mobile Global Championship (PMGC) yang akan bermula pada 21 hingga 23 Januari 2021 tidak dapat dilakukan secara berkumpul (LAN). Acara ini akan menjadi semi-LAN.

Semi-LAN adalah acara yang akan berlangsung bukan secara luar atau dalam talian yang lengkap. Oleh disebabkan itu, beberapa pasukan akan diterbangkan ke lokasi pertandingan manakala pasukan yang lain akan kekal di negara mereka. Untuk lokasi kejohanan masih belum diketahui dan mereka akan memaklumkan dalam masa terdekat.

Difahamkan juga yang lokasi pertandingan tidak mempunyai pentas. Mereka akan bermain dalam persekitaran yang tertutup. Format ini mungkin akan terdapat perubahan sekiranya wabak di negara tersebut berada dalam keadaan yang terkawal.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmgc-grand-final-diadakan-secara-semi-lan"} {"title": "ESPL & Homebois Umumkan Kejohanan Akademi!", "body": "

Penganjur kejohanan e-sukan, Esports Player League (ESPL) baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah organisasi e-sukan Malaysia, Homebois. Kerjasama ini adalah untuk menganjurkan Kejohanan Akademi (The Academy) yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia.

Kejohanan Akademi (The Academy) adalah sebuah platform yang dibina khas untuk anak-anak muda bertanding dalam dunia e-sukan. Pendaftaran ini akan dibuka pada 1 Disember. Kelayakan peserta adalah rakyat Malaysia yang berumur dari 16 tahun dan ke atas. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, hanya 2 pasukan teratas dari\u00a0 setiap kumpulan saja yang akan mara ke peringkat liga.

Azrin Izzuddin Abu bakar \u2018Avaaa\u2019, Pengarah Projek di Homebois berkata, \u201cIni merupakan satu perkara yang hebat dimana ianya adalah selaras dengan matlamat kami iaitu menyediakan platform untuk para pemain mengasah bakat mereka dalam mengejar kerjaya sebagai seorang pemain profesional di industri e-sukan.\u201d

", "url": "https://gamersonduty.com/news/espl-homebois-umumkan-kejohanan-akademi"} {"title": "Omega Esports Diban Oleh Valve!", "body": "

Dukacita dimaklumkan bahawa organisasi e-sukan Filipina iaitu Omega Esports telah diharamkan bagi menyertai mana-mana kejohanan Dota 2 anjuran Valve. Ini adalah disebabkan oleh pemainnya yang didapati melakukan kesalahan \u2018match-fixing\u2019. Perkara ini telah dimaklumkan oleh \u2018Beyond The Summit\u2019 yang segera mengeluarkan Omega Esports daripada Liga Serantau DPC SEA 2021/22 Tour 1 Division 1.

Omega Esports sebelum ini telah membawa masuk beberapa pemain veteran seperti Lee \"Forev\" Sang-don, Ramzi \"Ramz\" Bayhaki dan Liew \"Eren\" Jun Jie. Sebelum bermulanya Jelajah pertama musim DPC 2021-2022, Valve dan Beyond The Summit telah mendapati bahawa pemain Dota 2 Omega Esports sebelum ini terlibat dalam \u2018match-fixing\u2019 tetapi tidak mendedahkan dimana peristiwa ini berlaku.

Walau bagaimana, Omega Esports telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka belum menerima salinan keputusan rasmi daripada pihak penganjur liga tersebut. Disebabkan kejadian ini, pemain mereka iaitu Forev, Ramz, and Eren telah menjadi \u2018free agent\u2019 dan mencari pasukan barunya. Antara pasukan yang akan mengambil alih tempat Omega Esports dalam kejohanan itu nanti adalah BOOM Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/omega-esports-diban-oleh-valve"} {"title": "FIFA Mobile 22 Dalam Percubaan.", "body": "

Pada 23 November yang lalu, EA Sports telah mengeluarkan sebuah video pendek berkenaan dengan FIFA Mobile Beta yang masih dalam tempoh percubaan. FIFA Mobile Beta ini hanya boleh dimuat turun melalui Android dan tersedia untuk 3 buah negara iaitu India, Romania dan Kanada.

FIFA Mobile Beta merupakan FIFA musim baru yang akan muncul di mobile tidak lama lagi. Ini kerana EA Sports akan sentiasa cuba untuk jadikan versi mudah alih seiring dengan versi konsol dan PC. Dalam pada itu, FIFA Mobile Beta ini juga akan memberikan pengalaman yang baru dan menarik kepada pemain.

\ud83d\udea8 Calling all #FIFAMobile players from India, Romania, and Canada! \ud83d\udea8

Test new modes, features, and gameplay in development in the FIFA Mobile Limited Beta on Android, starting now! \ud83d\udd25

Download it now from the Google Play Store! https://t.co/qufEhUKp2p pic.twitter.com/DrLRtwjHyH

\u2014 FIFA Mobile (@EAFIFAMOBILE) November 23, 2021

Antaranya ialah terdapat penambahan dari segi ulasan dan juga animasi berjalan keluar ketika mula permainan. Walau bagaimana, masih terdapat lagi penambahan yang akan dilakukan dari masa ke semasa. Tujuan FIFA Mobile Beta dikeluarkan pada tempoh percubaan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya ianya boleh ditambah baik lagi. Sama-sama kita nantikan FIFA Mobile Beta ini dikeluarkan secara rasminya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fifa-mobile-22-dalam-percubaan"} {"title": "Virtual Museum Sempena Ulang Tahun Xbox Yang Ke-20!", "body": "

Pada 15 November, Xbox telah menyambut ulang tahunnya buat kali yang ke-20. Sempena dengan itu, Microsoft telah melancarkan sebuah Virtual Museum untuk para peminat Xbox. Apa Virtual Museum ni? Virtual Museum ini dibina adalah untuk mengingati semula tentang sejarah perjalanan syarikat selama 20 tahun.

Selain itu, para pemain juga dibenarkan untuk berkongsikan pengalaman mereka sepanjang bersama Xbox. Tujuan utama perkara ini dilakukan adalah untuk mengimbau kembali setiap peristiwa pahit dan manis mereka bersama Xbox. Untuk akses ke Virtual Museum ini adalah secara percuma. Bagi yang mempunyai akaun Xbox, mereka boleh log masuk sebagai pemain dan rasai lebih banyak pengalaman.

Sempena ulang tahun ini juga, Xbox telah mengeluarkan barangan yang bertemakan ulang tahun, streams serta pelancaran Halo Infinite\u2019s multiplayer mod. Kepada anda yang mempunyai Xbox, log masuk ke Virtual Museum sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/virtual-museum-sempena-ulang-tahun-xbox-yang-ke-20"} {"title": "Gamers on Duty Community Cup Bermula Bulan Hadapan!", "body": "

Setelah 8 bulan berentap dalam Gamers on Duty Community League, 16 pasukan semi-pro terhebat akan berentap bagi memenangi Gamers on Duty Community Cup pula!

16 pasukan ini dipilih dari top 2 team dari setiap Gamers on Duty Community League yang dijalankan setiap bulan bermula bulan March yang lepas.

Playoff akan bermula pada 01/12/2021 dan Grand Final pada 29/12/2021. Dengan Prize Pool sebanyak RM3,000, juara akan membawa pulang RM1,500, tempat kedua RM1,000 dan tempat ketiga RM500.

Selain wang tunai, juara juga akan membawa pulang Star terkumpul yang diberikan oleh peminat sepanjang tournament berjalan.\u00a0

Berikut merupakan 16 pasukan yang akan bertanding dan jadual perlawanan:

\u00a0

Setiap perlawanan akan di livestream di Facebook Page Gamers on Duty setiap isnin hingga jumaat pukul 9.30pm. Setiap match adalah Best of 5 Single Elimination.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi Diamond dan Skins yang ditaja oleh Codashop dan Mobile Legends Community Hero yang mana merupakan penaja rasmi Gamers on Duty Community League dan juga Community Cup. Jangan lupa untuk berikan sokongan terhadap pasukan kegemaran korang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamers-on-duty-community-cup-bermula-bulan-hadapan"} {"title": "Die for You - Lagu Rasmi Untuk VALORANT Champions 2021!", "body": "

VALORANT Champions 2021 merupakan salah satu acara yang menarik tahun ini. Sebanyak 16 pasukan bakal berentap untuk mendapatkan tempat mereka di final VCT yang akan berlangsung di Berlin pada bulan Desember 2021. Demi meraikan final tersebut, Riot Games telah melancarkan lagu rasmi untuk kejohanan ini iaitu \u2018Die for You\u2019.

\u2018Die for You\u2019, lagu daripada Grabbitz memaparkan muzik video animasi daripada 4 ejen VALORANT iaitu Chamber, Brimstone, Sage dan Phoenix. Lagu ini telah dilancarkan pada 23 November 2021 melalui Youtube rasmi VALORANT dan telah mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta dalam masa sehari.\u00a0

Kejohanan VALORANT Champions 2021 akan bermula pada 1 Desember ini dimana 16 pasukan akan bertarung untuk melayakkan diri ke playoff. Manakala grand final akan bermula pada 12 Desember 2021. Kepada para peminat VALORANT, dengar lagu \u2018Die for You\u2019 di Youtube sekarang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/die-for-you-lagu-rasmi-untuk-valorant-champions-2021"} {"title": "Manchester City Esports X GTRACING Bakal Keluarkan Gaming Chair!", "body": "

Baru-baru ini, kelab e-sukan bola sepak Inggeris iaitu Manchester City Esports telah berkolaborasi dengan jenama pengeluar kerusi gaming terkenal iaitu GTRACING. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk menyatukan para peminat mereka bersama.\u00a0

We'd like to welcome @gtracingus as the official gaming chair partner of @mancityesports \ud83d\udc99

GT Racing will support our players throughout 21/22.

\u2014 Man City Esports (@mancityesports) November 23, 2021

Manchester City Esports juga akan mempamerkan jenama GTRACING di setiap media mereka supaya dikenali dengan lebih ramai. Selain daripada tujuan pemasaran, mereka turut bercadang untuk mengeluarkan kerusi gaming jenama mereka bersama.

Gavin Johnson, Pengarah Media Kumpulan Bola Sepak City berkata, \u201cKami berbesar hati serta mengalu-alukan GTRACING untuk menjadi rakan kongsi kepada Manchester City Esports. Sebagai sebuah kelab, kami sentiasa menyediakan pengalaman e-sukan yang terbaik buat peminat dan kami gembira apabila GTRACING dapat menyertai kami\u201d.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/manchester-city-esports-x-gtracing-bakal-keluarkan-gaming-chair"} {"title": "Yoodo PMCC Milik Pasukan PMS Phantom!", "body": "

Para peminat PUBG Mobile menyaksikan kemuncak Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 apabila PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah berjaya membidik dan menewaskan pasukan lain sekaligus merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik bagi peringkat kolej! PMCC 2021 dibawakan oleh Yoodo.

PMS Phantom berjaya menewaskan 16 pasukan lain dan memperoleh 2 chicken dinner dan 111 mata, seterusnya memperoleh ganjaran PMCC 2021 yang menarik seperti: sebahagian besar daripada hadiah utama wang tunai berjumlah RM60,000, serta peluang hebat untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 yang akan datang.

\u201cPMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit yang luar biasa daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada PMS Phantom!\u201d kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. \u201cSelain itu, kami sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat. Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif esukan yang menarik pada masa hadapan.\u201d

PMS Phantom bersama pemenang tempat kedua UniKL.Nova dan ketiga UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur \u2013 Malaysian Institute of Information Technology dan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute akan mewakili Malaysia pada PMCC SEA 2021, di mana mereka akan bersaing bersama pasukan kampus PUBG Mobile dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yoodo-pmcc-milik-pasukan-pms-phantom"} {"title": "Lara - Character Terbaru MapleStorySEA!", "body": "

Baru-baru ini, Pihak MapleStorySEA yang mana merupakan antara permainan video MMORPG paling lama dan masih utuh sehingga hari ini telah mengumumkan character terbaru untuk permainan video mereka.

Watak terbaru yang diberi nama Lara, The Charmer of Elements ini dikatakan boleh dimainkan bermula 1 December tahun ini!

MapleStorySEA mula dilancarkan pada tahun 2005 dan selepas 16 tahun, MapleStorySEA \u00a0mempunyai lebih 7 juta account berdaftar dan lebih dari 1.3 juta pemain yang masih active dalam masa 3 tahun ini. Permainan video ini sangat popular di Malaysia dan juga Singapura.

Selain dari perlancaran character baru, 2 event Terra Burning juga akan berlangsund dari 1 DEC sehingga 17 DEC untuk event pertama dan 22 DEC sehingga 25 JAN 2022 untuk event kedua.\u00a0

Semasa event ini berlangsung, pemain akan mendapat 3x experience boost sehingga level 200 dan juga mendapat reward-reward yang lain!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lara-character-terbaru-maplestorysea"} {"title": "Harga Tiket M3 World Championship Diumumkan!", "body": "

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang iaitu M3 World Championship bakal berlangsung pada 6 December 2021 ini. Sebanyak 16 pasukan daripada 11 negara akan bertanding demi merebut hadiah wang tunai sebanyak USD 800,000 iaitu hampir RM 3juta lebih beserta piala M3.

Baru-baru ini, pihak Mobile Legends Esports memberitahu yang mereka akan membuat jualan tiket kepada para peminat MLBB. Ini bermakna kejohanan M3 yang diadakan di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre boleh ditonton secara fizikal. Bermula pada 17 dan 18 December, harga tiket untuk perseorangan adalah US$15 (RM46) manakala berpasangan adalah US$26 (RM79).

Untuk Grand final, harga tiket perseorangan adalah US$19 (RM58) manakala berpasangan adalah US$33 (RM101). Anda juga akan mendapatkan Redeem Code in-game untuk setiap pembelian tiket. Jadi, kepada para peminat MLBB yang berada di Singapore, anda boleh buat pembelian tiket dan tonton perlawanan secara langsung.

Untuk info lanjut, ikuti\u00a0

M3 World Championship website

.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/harga-tiket-m3-world-championship-diumumkan"} {"title": "Esports Mobile of the Year 2021 Milik Free Fire!", "body": "

Free Fire baru-baru ini telah memenangi anugerah Esports Mobile of the Year 2021. Ini merupakan kemenangan kali kedua buat mereka dimana yang pertamanya adalah pada tahun 2020. Dalam kategori tersebut, terdapat saingan hebat mereka iaitu PUBG Mobile dan Call of Duty: Mobile.

Para peminat Free Fire pastinya gembira apabila game ini dapat menewaskan game battle royal yang lain. Populariti Free Fire sememangnya dilihat semakin meningkat. Laporan rasmi menunjukkan bahawa terdapat seramai 729 juta pengguna yang aktif dan 93.2 juta pengguna yang membuat pembayaran suku tahunan.

\u201cKami dengan rendah hati mengucapkan terima kasih atas semua sokongan anda sepanjang tahun ini. Ia amat bermakna bagi kami dan akan menjadi pemangkin bagi kami untuk terus melakukan yang lebih baik dan berusaha untuk memberikan anda pengalaman permainan yang terbaik\u201d, kata pihak Free Fire.

Sumber: sportskeeda

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esports-mobile-of-the-year-2021-milik-free-fire"} {"title": "Jerax & Nightfall Kini Bermain Bersama EG!", "body": "

Evil Geniuses pasukan yang tidak asing lagi dalam dunia Dota. Baru-baru ini, Evil Geniuses telah membawa masuk dua pemain hebat iaitu Jerax dan Nightfall ke dalam roster Dota 2 mereka. Jerax merupakan antara pemain pertama yang pernah menjulang piala Aegis sebanyak dua kali.

It is finally time.

Introducing Jesse @iamJERAX Vainikka and Egor @Nightfall_dota Grigorenko as the newest members of #EGDOTA.

\ud83d\udcf0: https://t.co/msb5kW6zIM #LIVEEVIL pic.twitter.com/HEeaFP6MT1

\u2014 Evil Geniuses (@EvilGeniuses) November 20, 2021

Kemasukan Jerax dan Nightfall ke dalam EG telah mengubah role masing-masing. Nightfall yang sebelum ini bermain sebagai \u2018Carry\u2019 akan ditukarkan kepada \u2018offlane\u2019 dengan menggantikan pemain \u2018iceiceice\u2019. Untuk Jerax pula akan bermain sebagai \u2018hard support\u2019 yang menggantikan pemain \u2018Fly\u2019.

Roster terbaru ini akan beraksi pada kejohanan \u2018North American Dota Pro Circuit Tour 1\u2019 yang akan berlangsung pada 29 November ini. \u201cKami berharap anda semua bukan sahaja teruja untuk melihat wajah pemain baru kami, tapi kami juga harap anda teruja untuk lihat strategi dan juga persediaan yang akan kami tampilkan\u201d kata Evil Geniuses. Berikut merupakan roster terbaru EG:

\u00a0

\u00a0

Sumber: Evil Geniuses

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jerax-nightfall-kini-bermain-bersama-eg"} {"title": "Arcane Musim 2 Dalam Pembikinan!", "body": "

Setelah animasi Arcane ditayangkan di Netflix baru-baru ini, produksi Riot Games menyatakan yang mereka bakal keluarkan Arcane Season 2. Berita ini telah dimuat naik oleh mereka melalui media sosial Arcane. \u201cSiapkan diri kawan-kawan. Arcane musim 2 dalam pembikinan\u201d tulis mereka. \u201cDi manakah Hexgate apabila anda perlukannya?\u201d

Ready yourselves, friends. Season 2 of Arcane is now in production.

Where\u2019s a Hexgate when you need one? pic.twitter.com/3aUeWuQ5Uu

\u2014 Arcane (@arcaneshow) November 21, 2021

Dalam sebuah video pendek yang dimuat naik, terdapat suara Caitlyn, Jinx, dan Vi. Ini bermakna Arcane musim 2 akan menyambung semula penceritaan Arcane musim yang pertama. Lebih-lebih lagi apabila penamat Arcane baru-baru ini berakhir secara tergantung.

Walau bagaimana, Riot masih belum tetapkan tarikh yang tepat untuk pengeluaran Arcane musim 2. Mengikut jangkaan masa, kemungkinan Arcane musim 2 akan ditayangkan pada tahun 2022 atau 2023. Sesiapa yang belum layan lagi Arcane musim pertama, korang boleh tengok di Netflix dari episode pertama hingga ke sembilan. Untuk perkembangan lanjut, ikuti media sosial Arcane atau Riot Games.

Sumber: arcaneshow

", "url": "https://gamersonduty.com/news/arcane-musim-2-dalam-pembikinan"} {"title": "Grand Finals Yoodo PUBG Mobile Campus Championship Bermula Esok!", "body": "

Selepas berminggu mencari pasukan terbaik, semalam pihak Yoodo telah mengumumkan 16 pasukan yang akan bertanding dalam Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2021 yang mana akan bermula pada 20/11 sehingga 21/11.

Prize pool sebanyak RM60,000 akan dipertaruhkan. 16 Pasukan yang akan bertanding adalah:\u00a0

Peminat-peminat PUBG Mobile juga akan disajikan dengan Influencer Showmatch Hide & Seek!. Antara Influencer yang akan muncul adalah Soloz, Daddyhood, Master Ramen, Pemburu dan ramai lagi!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/grand-finals-yoodo-pubg-mobile-campus-championship-bermula-esok"} {"title": "Pokemon Battle Festival Asia 2021 Bermula Bulan Ini!", "body": "

Pokemon Company baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Pokemon Battle Festival Asia 2021 yang julung-julung kali diadakan untuk peminat-peminat permainan Pokemon di Asia.

Acara ini akan bermula pada bulan November sehingga akhir February 2022. Festival ini akan membawakan bukan sahaja regional tournament untuk Pokemon Go dan juga Pokemon Trading Card Game, tapi mereka juga menjanjikan pelbagai lagi acara-acara menarik untuk peminat-peminat permainan video tersebut.

Salah satu highlight untuk festival ini adalah tournament untuk 2 game terbaru mereka iaitu Pokemon Brilliant Diamond dan juga Pokemon Shining Pearl! Tournament ini akan membawakan player-player terhebat dari Malaysia, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand, Hong Kong, Taiwan, South Korea dan juga Jepun.

Tournament-tournament ini akan berjalan secara online jadi peminat dan pemain boleh berlawan dan menonton acara ini dari rumah sahaja. Walaupun secara online, Pokemon Company menjanjikan Pokemon Battle Festival Asia 2021 adalah salah satu event yang tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat permainan video Pokemon.\u00a0



Selain tournament, special streaming untuk permainan video terbaru mereka iaitu Pokemon Legends: Arceus juga akan dipertunjukan semasa Pokemon Battle Festival Asia 2021 ini

Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-battle-festival-asia-2021-bermula-bulan-ini"} {"title": "Free Fire World Series Bermula Mei 2022!", "body": "

Hari ini pihak Garena telah mengumumkan yang tournament antarabangsa mereka iaitu Free Fire world Series untuk tahun 2022 akan bermula pada 14/05/2022 sehingga 21/05/2022.

Qualifier untuk Free Fire World Series akan dimulakan dalam masa terdekat ini yang mana akan merangkumi beberapa regions seluruh dunia. Pasukan teratas dalam qualifier ini akan dipilih untuk bertanding di Free Fire World Series 2022 nanti.

Free Fire World Series 2022 (FFWS2022) ini merupakan world tournament ketiga yang dianjurkan oleh Garena untuk permainan video Free Fire. Free Fire World Series 2021 sebelum ini telah diadakan di Singapore.\u00a0

Pada Free Fire World Series 2021, prizepool sebesar USD2,000,000 telah dipertaruhkan dan pasukan dari Thailand iaitu Team Phoenix telah dinobatkan sebagai juara.

Agak-agak berapalah prizepool untuk FFWS22 nanti and adakah kita akan ada wakil dari Malaysia? nantikan update dari kami!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-world-series-bermula-mei-2022"} {"title": "Selepas V27e, vivo V27 Pula Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi", "body": "

Tidak sampai sebulan vivo V27e dilancarkan di Malaysia, pihak vivo telah mengumumkan satu lagi smartphone untuk siri vivo V ini iaitu vivo V27 pula akan hadir di Malaysia tidak lama lagi!

Buat masa ini masih lagi tiada info berkenaan dengan smartphone terbaru dari vivo ini namun ianya dikatakan akan datang dengan feature Aura Light Potrait dan Sony IMX766V Sensor yang mana akan memberikan hasil gambar yang lebih baik ketika diambil dalam low light enviroment.\u00a0

vivo juga masih belum mengumumkan bilakah tarikh rasmi smartphone vivo V27 ini akan mula dijual di Malaysia.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-v27e-vivo-v27-pula-akan-hadir-di-malaysia-tidak-lama-lagi"} {"title": "PUBG Mobile Mengeluarkan Mod Baru Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelima", "body": "

Salah satu permainan video mobile popular iaitu PUBG Mobile bakal menyambut ulangtahun kelima mereka pada 19 Mac 2023 ini.\u00a0

Sempena sambutan ini, PUBG Mobile akan hadir dengan mod terbaru yang dipanggil sebagai World of Wonder. Dengan mod terbaru ini, pemain dapat membina map mereka sendiri seperti mod Playground yang terdapat dalam permainan video Fortnite.\u00a0

Dengan mendaftar sebagai Creators, pemain dapat merasakan sendiri mod dan peta terbaru yang boleh dihasilkkan oleh pemain sendiri bermula pada 16 Mac 2023 ini.\u00a0

Selain daripada mod baru ini, pelbagai in-game item terbaru juga akan hadir pada update 2.5 seperti Block Cover, Supply Converter, Portable Trampoline dan juga Dual-Purpose Cannon. Tidak dilupakan update 2.5 ini juga akan membawa nafas baru untuk mod Payload dan juga mod Metro Royale.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-mengeluarkan-mod-baru-sempena-sambutan-ulang-tahun-kelima"} {"title": "Amazfit GTR Mini Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM599", "body": "

Baru-baru ini Amazfit yang jenama terkenal untuk smartwatch telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Amazfit GTR Mini.\u00a0

Amazfit GTR Mini tampil dengan round body design dengan ketebalan 9.25mm dan seberat 34.2g. Untuk bahagian bingkai dan button pula ianya diperbuat daripada stainless steel dan mempunyai AMOLED display bersaiz 1.28 inci.\u00a0

Pengguna boleh memilih daripada 80 watch face yang mana 11 daripadanya adalah animation display sebagai paparan utama mereka.

Amazfit GTR Mini ini juga mempunyai ketahanan battery yang agak mantap yang mana ianya boleh bertahan sehingga 14 hari dengan sekali cas bagi penggunaan biasa manakala untuk penggunaan berat ianya mampu bertahan sehingga 7 hari.\u00a0

Satu lagi perkara yang membuatkan smartwatch ini agak unik adalah ianya dilengkapi dengan 5 satellite positioning system untuk memberikan ketetapan lokasi yang lebih tepat berbanding smartwatch yang lain.

Terdapat 3 warna yang akan datang untuk Amazfit GTR Mini ini iaitu warna hitam, biru dan juga merah jambu. Amazfit GTR Mini ini akan mula dijual pada 17 Mac 2023 pada harga RM599 sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/amazfit-gtr-mini-kini-mula-dijual-di-malaysia-pada-harga-rm599"} {"title": "One Piece The Great Era of Piracy Asia Tour Bakal Tiba Di Malaysia", "body": "

Berita baik bagi peminat-peminat One Piece kerana acara One Piece The Great Era of Piracy Asia Tour Exhibition bakal tiba di Malaysia pada bulan ini!

Tour yang bermula dari Hong Kong ini akan tiba di Malaysia dan akan dijalankan di Resort World Genting bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 8 Mei 2023.

Banyak acara yang telah disediakan bagi peminat-peminat One Piece di Malaysia. Contohnya life-size sculptures yang menampilkan watak-watak dalam anime One Piece dan peminat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Peminat juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan eksklusif yang cuma akan dijual sepanjang tour ini sahaja. Bagi pengumpul barangan One Piece, berita ini sudah tentunya satu berita baik bagi mereka.\u00a0

One Piece The Great Era of Piracy Asia Tour Exhibition ini akan dijalankan di Pavilion Hall,Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting, Genting Highland.\u00a0

Tour ini akan bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 8 Mei 2023 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Durasi untuk setiap tour adalah dari 45 minit bagi setiap sesi. Berikut merupakan harga tiket untuk One Piece The Great Era of Piracy Asia Tour Exhibition ini:\u00a0

Tiket early-bird sudah pun mula dijual dan korang boleh dapatkannya di Ticket2U. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out di Facebook rasmi One Piece The Great Era of Piracy Asia Tour Exhibition.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-piece-the-great-era"} {"title": "Dapatkan Barangan PUMA X SpongeBob SquarePants Bermula Minggu Ini", "body": "

PUMA baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan animasi SpongeBob SquarePant untuk mengeluarkan footware dan juga pakaian berasaskan animasi popular tersebut.

Siri footware yang bakal mendapakan design khas ini adalah PUMA Suede, Slipstream, RS-Slide dan juga Future Rider. Selain dari footware, PUMA juga akan mengeluarkan T7 tracksuit bertemakan animasi tersebut bersama-sama dengan t-shirt dan juga hoodie.\u00a0

PUMA X SpongeBob SquarePant ini akan mula dijual pada 17 Mac 2023 dikedai-kedai PUMA terpilih dan juga di online retailers rasmi mereka pada harga bermula RM99 sehingga RM649.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-barangan-puma-x-spongebob-squarepants-bermula-minggu-ini"} {"title": "MLBB Southeast Asia Cup 2023 Sah Bakal Dijalankan Di Kemboja", "body": "

Pihak Moonton dan Esports Federation Cambodia (EFC) baru-baru ini telah menandatangi satu Memorandum of Understanding (MoU) bagi berkerjasama untuk menaik taraf dan membantu ekosistem esports di negara tersebut.

Selain itu, pada bulan Mei ini akan berlangsungnya acara SEA Games untuk MLBB yang mana akan bermula pada 10 Mei sehingga 12 Mei 2023 untuk divisi wanita MLBB dan 12 Mei sehingga 14 Mei 2023 untuk divisi lelaki MLBB.

Semasa acara tersebut, mereka juga telah mengumumkan yang MLBB Southeast Asia Cup 2023 (MSC 2023) juga bakal dijalankan di Kemboja bermula pada bulan Jun 2023 nanti.

Dengan tagline #SEATheWorld, MSC 2023 kali ini bukan sahaja akan menampilkan pasukan terbaik dari asia tenggara tapi juga untuk kali pertamanya akan menampilkan pasukan daripada North America, Turkey, Middle East dan North Africa.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-southeast-asia-cup-2023-sah-bakal-dijalankan-di-kemboja"} {"title": "Acer Memperkenal 2 Dekstop Terbaru, Dilengkapi 13th Gen Intel Core Processor", "body": "

Acer Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dua desktop terbaru mereka iaitu Acer Aspire XC dan juga Acer Aspire TC.

Kedua-dua desktop ini dilengkapi dengan 13th Gen Intel Core processor yang mana memberikan performance yang lebih dan juga penggunaan tenaga yang lebih baik.

Desktop terbaru Acer ini juga mempunyai 512GB SSD dan juga 8GB DDR4 RAM yang mana boleh boleh dinaik taraf sehingga 32GB RAM.

Acer Aspire XC dan Aspire TC ini juga dilengkapi dengan build-in Wi-Fi 6E bagi memastikan sambungan internet yang lebih stabil dan mengurangkan wireless congestion.\u00a0

Kedua-dua desktop terbaru ini dijual pada harga RM1,949 dan boleh didapati di kedai rasmi Acer dan juga di Shopee dan Lazada Acer Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-memperkenal-2-dekstop-terbaru-dilengkapi-13th-gen-intel-core-processor"} {"title": "Playdate, Konsol Buatan Malaysia Tapi Tidak Dijual Di Malaysia", "body": "

Ketika konsol Playdate diumumkan pada 2019, ianya terus menjadi salah satu gaming console yang ditunggu-tunggu oleh gamers dari seluruh dunia lebih-lebih lagi kita di Malaysia.

Ini kerana konsol kecil dan unik ini telah dihasilkan di Malaysia dan ianya telah berjaya menaikkan nama negara dari sudut positif.

Playdate yang dibina di Kedah ini dijangkakan akan mula dijual pada 18 April 2023 dan pre-order telah pun bermula. Namun terdapat satu berita buruk untuk peminat Malaysia yang menantikan konsol ini.

Sebelum itu, bagi korang tak tahu, Playdate ini merupakan sebuah konsol yang dihasilkan oleh Panic. Konsol petak berwarna kuning ini dilengkapi dengan display black-and-white 1-bit screen, 4 Way D-Pad, 2 game button dan mechanical crank dibahagian tepi.

Jika dilihat dari segi design, memang nampak yang konsol ini sangat comel dan unik. Tapi mesti korang tertanya-tanya tentang game apa yang boleh dimainkan dekat konsol inikan?

Games yang akan hadir untuk konsol Playdate ini akan dikeluarkan sendiri oleh Playdate. Ianya akan dikeluarkan mengikut musim dan pada musim pertama akan ada 24 permainan yang mana 2 games setiap minggu.\u00a0

Semua permainan video ini adalah percuma dan korang hanya perlu sambungkan ke wi-fi korang untuk update games baru setiap minggu!

Nampak menarik bukan? tapi kenapa peminat di Malaysia tak dapat nak memiliki konsol ini walaupun ianya dibina dan di-export dari Malaysia sendiri?

Ini kerana masalah cukai yang tidak dapat diselesaikan buat masa ini. Menurut apa yang telah diumumkan oleh Playdate sendiri, walaupun Playdate dihasilkan di Malaysia tapi mereka tidak dapat menjualnya secara terus kepada rakyat Malaysia.

Disebabkan ini juga adalah ianya kelihatan sia-sia jika konsol ini terpaksa di-export dahulu ke California iaitu dimana merupakan lokasi fulfillment center diproses dan kemudiannya dihantar semula ke Malaysia.

Namun Playdate menyatakan mereka tidak berputus asa dan tetap akan mencari jalan yang terbaik bagi memastikan peminat-peminat di Malaysia akan dapat memiliki sendiri konsol Playdate ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playdate-konsol-buatan-malaysia-tapi-tidak-dijual-di-malaysia"} {"title": "Pabz Dan Rexvinn Galas Tugas Ketua Jurulatih Untuk Pasukan Malaysia MLBB Di SEA Games 2023", "body": "

Baru-baru ini semasa Minggu Pertama Regular Season MPL MY Musim Kesebelas, pihak MPL MY telah mengumumkan senarai pemain yang mana akan mewakili Malaysia untuk MLBB di SEA Games 2023.

Sebelum ini sebanyak 55 pemain telah dijemput untuk seleksi dan hanya 7 pemain sahaja yang berjaya untuk mewakili pasukan Malaysia untuk Men dan juga Women MLBB SEA Games 2023 nanti.

Berikut merupakan senarai pemain untuk pasukan lelaki MLBB Malaysia:

Bagi pasukan wanita MLBB Malaysia pula, kita akan diwakili oleh:

Livestream perlawanan akan disiarkan di Facebook page rasmi Mobile Legends: Bang Bang dan juga di page MPL Malaysia.\u00a0

Perlawanan akan bermula dengan divisi wanita dahulu pada 10 Mei 2023 sehingga 12 Mei 2023 manakala untuk divisi lelaki pula akan bermula pada 12 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023.\u00a0

SEA Games 2023 kali ini akan dijalankan di Phnom Penh, Kemboja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pabz-dan-rexvinn-diberi-tugas-sebagai-ketua-jurulatih-untuk-pasukan-malaysia-mlbb-di-sea-games-2023"} {"title": "ASUS Memperkenalkan Zenbook 14 Flip OLED, Bakal Tiba Akhir Bulan Ini", "body": "

ASUS baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi laptop terbaru mereka bagi siri Zenbook. Laptop terbaru yang diberi nama ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini dijangka akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula akhir bulan Mac 2023 ini.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini dilengkapi dengan 13th Gen Intel Core Processor, Intel Iris X Integrated graphic, 512GB PCIe SSD, 16GB RAM dan battery sebesar 75Wh.

Tak dilupakan ia juga dilengkapi dengan 2 Thunderbolt 4 port, USB 3.2 Type-A port, HDMI 2.1 port, dan juga WiFi 6E bagi memastikan connection internet yang stabil dan tidak terganggu.

Dari segi display, laptop ini mempunyai display sebesar 14-inch 16:10 2.8K OLED touchscreen dan juga boleh digunakan dengan ASUS Pen 2.0 MPP 2.0 stylus.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini cuma bersaiz lebih kurang 15.9mm dan cuma seberat 1.5KG sahaja dengan feature 360\u00b0 hinge. \u00a0Ini memudahkan laptop ini dibawa kemana sahaja.

Laptop ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini akan dijual pada harga bermula RM5,499 dan seperti yang kami katakan tadi akan tiba pada akhir bulan Mac 2023 ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-memperkenalkan-zenbook-14-flip-oled-bakal-tiba-akhir-bulan-ini"} {"title": "Homebois Ungguli Carta, Daddyhood Beri Hint Bila Soloz Akan Bermain", "body": "

Semalam telah berakhirnya Minggu Pertama Regular Season MPL MY Musim Kesebelas yang mana kita dapat lihat banyak kejutan yang berlaku!

Antara sudah tentulah prestasi Homebois yang sangat-sangat bagus di Minggu Pertama apabila berjaya mengalahkan Team HAQ dan Team Secret \u00a0yang mana dua-dua match ini Homebois memperolehi 6 point keseluruhan.

Jika dulu Homebois nampak lopong di bahagian Mid, tapi dengan kehadiran pemain import iaitu Warlord telah berjaya mengukuhkan kembali pasukan Homebois. Satu lagi pemain import iaitu Barbossa juga menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.\u00a0

Tidak dilupakan dengan didikan Coach Dale, pasukan Homebois tidak mempunyai masalah dari bahagian komunikasi dan berjaya mendapatkan teamwork yang kemas. Ketiga-tiga mereka boleh dianggap sebagai perasa pelengkap untuk Sepat, Chibii dan Anip menunjukkan prestasi mereka yang sebenar!

Kami sempat bertanya kepada Pemilik pasukan Homebois iaitu Daddyhood tentang apa perasannya tentang prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pasukan Homebois:

\u201cAlhamdulillah. Berkat usaha selama ni, preparation yang agak awal berbanding biasa. Kita tutup minggu pertama dengan mata penuh. Saya rasa langkah ni memang 1 langkah baik & berhasil. Alhamdulillah.\u201d

Kami juga sempat bertanya bila Soloz akan turun bermain. Ini adalah jawapan dari Daddyhood:

\u201cSoloz akan main bermula minggu kedua dan seterusnya. Coach Dale lebih adil dalam membuat keputusan untuk siapa dia akan letak best 5. Jadual pun dah berbeza. Kita lagi fokuskan momentum & kemenangan penuh setiap game. Jadi, based on training. Semuanya akan Coach Dale decide. Tapi apa yang saya boleh cakap, kali ini memang nak all out dari hari 1st.\u201d

Jika Homebois terus menunjukkan prestasi yang sama pada minggu kedua dan seterusnya, kita rasa dah boleh tahu pasukan mana yang berada dalam Top 3 Team MPL MY Season 11 kali ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homebois-ungguli-carta-daddyhood-beri-hint-bila-soloz-akan-bermain"} {"title": "Argus The Dark Angel Ada Saudara Kembar Dalam MLBB", "body": "

Argus pada awalnya bukanlah satu raksasa yang kejam yang korang selalu nampak dalam Mobile Legends: Bang Bang. Dia pada awalnya dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik namun disebabkan oleh Church of Light, dia berubah menjadi The Dark Angel.

Argus tidak pernah kenal siapa ibu bapa dia yang sebenarnya. Dia cuma tahu dia ada adik perempuan kembar iaitu Rafaela, Wings of Holiness yang sama-sama membesar dengannya dibawah jagaan Church of Light.

Ibu Argus dan Rafaela merupakan antara wanita yang dipilih oleh Lord of Light untuk melahirkan angels yang akan berkhidmat untuk Church of Light apabila mereka membesar. Namun menurut lagenda, cuma wanita sahaja yang akan menjadi angels.

Disebabkan itu, layanan yang diterima oleh Argus tidak sama seperti apa yang Rafaela dapat. Rafaela telah menjadi orang penting dalam Church of Light namun Argus telah disorok dari rakyat umum dan hanya digunakan untuk membunuh mereka yang cuba menentang Church of Light.\u00a0

Walaupun Argus dilayan dengan teruk, dia tidak pernah dengki dengan apa yang Rafaela dapat. Dia sentiasa menjaga adik kembarnya dan tidak kisah jika dia tidak pernah mendapat apa-apa pujian.\u00a0

Satu hari semasa sedang berperang menentang Demon dari Shadow Abyss, dia telah mengejar demon yang cuba melarikan diri darinya. Rafaela telah mengarahkan dia berhenti mengejar demon ini tadi namun tidak diendahkan oleh Argus.

Dia telah mengejar demon ini sehingga mereka tiba di camp mereka. Namun nasib Argus tidak berapa baik kerana demon ini sebenarnya telah memasang perangkap dan memang sengaja membiarkan Argus mengejar mereka.

Tapi dengan kekuatan dan skill Argus, dia berjaya menumpaskan semua demon ini dan menghancurkan camp mereka. Ditengah-tengah camp ini, dia ternampak sebuah pedang yang dipanggil Demonic Blade. Semasa dia memegang Demonic Blade ini, satu flashback hadir dalam mindanya.

Dalam flashback ini, dia dapat melihat yang sebenarnya ibunya telah dipergunakan oleh Church of Light dan ibunya cuba melarikan diri Church of Light dengan kekasihnya sebelum Argus dan Rafaela\u00a0lahir.

Namun askar-askar Church of Light telah berjaya mematahkan cubaan mereka untuk melarikan diri. Pihak atasan Church of Light telah mengarahkan supaya ibunya ditangkap dan dibawa balik ke Church of Light semula dan kekasihnya dihukum bunuh.

Setelah ditangkap, ibunya cuba membunuh diri namun tidak berjaya. Ibu mereka akhirnya mati setelah dia dan Rafaela\u00a0selamat dilahirkan.

Disebabkan flashback ini, Argus telah bersumpah untuk menghancurkan Church of Light disebabkan apa yang mereka lakukan kepada ibunya.\u00a0

Namun walaupun Argus bermusuhan dengan Church of Light dan kini dipihak Shadow Abyss, dia tetap menganggap Rafaela\u00a0sebagai adik kembarnya dan cuba untuk tidak berlawan dengan Rafaela\u00a0di medan perang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/argus-the-dark-angel-sebenarnya-adalah-saudara-kembar-salah-satu-watak-dalam-mlbb"} {"title": "3 Fakta Menarik Tentang Shazam! Yang Korang Patut Tahu", "body": "

Untuk pengetahuan korang, sequel untuk filem superhero DC iaitu Shazam! bakal hadir dipawagam pada 16 Mac 2023 ini dengan tajuk Shazam! Fury of the Gods.

So untuk recap balik pengetahuan korang tentang Shazam!, hari ni kitorang nak share dengan korang 3 fakta menarik tentang Shazam! yang korang patut tahu.\u00a0

SHAZAM! VS CAPTAIN MARVEL

Sebenarnya Shazam! ini asalnya bukanlah dari DC dan nama watak ini pun asalnya bukannya Shazam! Untuk pengetahuan korang, watak superhero ini asalnya dikeluarkan oleh Fawcett Comics untuk bersaing dengan Superman dari DC.\u00a0

Nama asal superhero ini adalah Captain Marvel dan ianya boleh dikatakan sama popular dengan watak Superman ketika ia diperkenalkan.\u00a0

DC telah bertindak menyaman Fawcett Comics atas alasan watak Captain Marvel ini menyerupai Superman. Selepas beberapa tahun turun naik mahkamah, Fawcett Comics akhirnya terpaksa mengaku kalah dan ini menyebabkan DC membeli hak cipta watak Captain Marvel ini.

Namun disebabkan Marvel's juga mempunyai watak dengan nama yang sama, DC akhirnya terpaksa menukar nama Captain Marvel kepada Shazam!

1 PELAKON, 2 WATAK SUPERHERO

Korang tahu tak yang pelakon Shazam! iaitu Zachary Levi bukan saja membawa watak superhero untuk DC tapi dia juga pernah muncul dalam filem Marvel's dan kawan baik Thor?

Zachary Levi sebelum ini pernah membawa watak Fandral the Dashing dalam dalam dua filem Thor sebagai salah seorang dari the Warrior Three.

Filem Superhero Pertama Di Dunia

Tanpa Shazam!, kemungkinan besar kita tak akan nampak filem-filem superhero seperti sekarang. Ini disebabkan Shazam! merupakan filem superhero dari komik pertama yang pernah dihasilkan.

Filem pertama Shazam! iaitu Adventures of Captain Marvel telah dikeluarkan pada tahun 1941. Dalam filem ini, Shazam! menentang salah satu supervillain pertama yang muncul dalam filem superhero iaitu Harry Worth ataupun lebih dikenali sebagai Scorpion.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fakta-menarik-tentang-shazam-yang-korang-patut-tahu"} {"title": "Philip Mengumumkan Dua Gaming Monitor Terbaru Dibawah Jenama Evnia", "body": "

Philip baru-baru ini telah mengumumkan jenama gaming terbaru dibawah mereka iaitu Evnia. Sempena perlancaran jenama terbaru ini, mereka turut memperkenalkan 2 gaming monitor dibawah jenama Evnia.

Monitor gaming pertama adalah Philip Evnia 34M2C8600. Monitor ini mempunyai QD OLED curved display untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih immersive kepada pengguna.\u00a0

Ia juga didatangkan dengan feature DisplayHDR \u2122 True Black 400 dan 175Hz refresh rate untuk visual yang lebih smooth dan shadow detail yang lebih bagus.\u00a0

Monitor kedua adalah Philips Evnia 42M2N8900. Monitor ini mempunyai OLED display dan 138Hz refresh rate. Dengan feature DTS dan juga resolusi UltraClear 4K UHD (3840x2160), ianya sudah pasti pengalaman gaming yang mantap kepada pengguna.\u00a0

Buat masa ini tiada maklumat sama ada monitor ini akan dilancarkan di Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/philip-mengumumkan-dua-gaming-monitor-terbaru-dibawah-jenama-evnia"} {"title": "Genji Watak Terbaru Yang Dapat Skin Khas Sempena Overwatch 2 X One Punch Man", "body": "

Acara Overwatch 2 X One Punch Man telah pun bermula sejak 7 Mac 2023 lagi dan Genji merupakan watak terbaru yang akan menerima skin khas untuk acara kolaborasi ini.

Melalui trailer yang dipertunjukkan, Genji akan menerima skin kawan baik dan anak murid kepada Saitama iaitu Genos!

Buat masa ini terdapat 4 watak yang akan menerima skin khas untuk acara ini iaitu Doomfist (Saitama), Soldier 76 (Mumen Rider), Kiriko (Tatsumaki) dan yang terakhir sekali adalah Genji (Genos).

Selain dari skin Mumen rider yang boleh didapatkan dengan menyelesaikan mission khas untuk acara ini, ketiga-tiga lagi skin boleh dibeli melalui bundle yang disediakan.

Untuk Doomfist X Saitama bundle, pemain akan mendapatkan skin Saitama untuk Doomfist, Training Regimen emote, One Hundred Push-Ups voice line, Saitama Punch highlight intro dan juga Saitama Doomfist name card dengan harga 2,500 coins.

Bagi Kiriko X Terrible Tornado bundle, korang akan dapat skin Tatsumaki untuk Kiriko, Terribly Impressive victory pose dan Terrible Tornado name card pada harga 2,100 coins.\u00a0

Bundle yang ketiga adalah Genji X Genos bundle yang mana pemain akan dapat skin Genos\u00a0untuk Genji dan Genos Genji namecard pada harga 1,900 coins.

Kalau korang jimat, korang boleh dapatkan One-Punch Man Mega yang mana korang akan dapat semua skin dan item yang disenaraikan tadi pada harga 4,400 coins yang mana korang boleh jimat lebih kurang 2,000 coins!

Acara khas ini telah bermula pada 7 Mac 2023 dan akan berakhir pada 6 April 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genji-watak-terbaru-yang-dapat-skin-khas-sempena-overwatch-2-x-one-punch-man"} {"title": "Peridot, Permainan Video Terbaru Dari Pencipta Pokemon Go", "body": "

Niantic yang merupakan developer untuk permainan video mobile Pokemon Go baru-baru ini telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang dipanggil sebagai Peridot.

Permainan video ini membenarkan pemain untuk menjaga virtual pets yang dipanggil sebagai Dots. Menurut Niantic, setiap Dots mempunyai rekaan yang berbeza dan setiap Dots boleh dibiak dengan Dots yang lain.

Peridot ini dilihat sebagai seperti permainan video virtual pets seperti Tamagotchi namun mempunyai feature seperti Pokemon Go.\u00a0

Permainan video Peridot ini dijangka akan dikeluarkan pada 9 May 2023 ini dan pemain yang berminat boleh pra-daftar melalui Google Play Store dan juga App Store secara percuma.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/peridot-permainan-video-terbaru-dari-pencipta-pokemon-go"} {"title": "SonicGear IOX BAR 3 - Soundbar Kompak Tapi Berdentum", "body": "

Antara mini speaker dengan soundbar, yang mana satu yang korang prefer untuk letak dekat work table or dekat gaming table korang?

Kalau korang pilih soundbar memang nice sangat sebab hari ni aku nak memperkenalkan korang soundbar terbaru dari SonicGear iaitu SonicGear IOX BAR 3!

Sebelum kita bercerita lebih lagi tentang soundbar ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada SonicGear sebab sponsor kitorang soundbar ini untuk di-review.

SonicGear IOX BAR 3 ini merupakan sebuah soundbar yang dilengkapi dengan Bluetooth 5.3, sehingga 10 watts total power, dan juga LED Light Effect.

Body untuk soundbar ini diperbuat dari plastik.Untuk build kualiti bagi sebuah soundbar bawah RM80 aku rasa oklah. Saiz untuk speaker ini adalah lebih kurang 41.5cm panjang dan lebih kurang 7.8cm tinggi.

Disebabkan saiz dia yang kompak dan ringan, speaker ini sangat sesuai kalau korang nak letak dekat atas work table or gaming table korang. Design untuk Soundbar ini pun nampak agak menarik ditambah dengan LED Light Effect dibahagian depan soundbar.\u00a0

Selain dari FX LED Light, dibahagian depan soundbar ini juga terdapat Volume button yang mana juga berfungsi sebagai Power button, LED Mode button dan juga untuk menukar mode dari USB audio mode kepada Bluetooth mode.\u00a0

Untuk menukar kepada Bluetooth mode, korang cuma perlu tekan dua kali dekat Volume button and boleh terus sambungkan pda smartphone or pada laptop korang.\u00a0

Tak dilupakan yang SonicGear IOX BAR 3 ini dilengkapi dengan 2 speaker driver bersaiz 2\" yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan soundbar ini.

Antara feature yang tiada pada soundbar ini adalah build-in MP3 Player dan juga tiada AUX connection. So kalau korang tak kisah tentang dua feature ini, soundbar SonicGear IOX BAR 3 memang sesuailah dengan korang.

Now kita akan dengar pula macam mana audio quality dia. Aku akan buat 2 test iaitu sambungkan dekat laptop guna AUX Cable, guna bluetooth dari phone aku. Refer video dibawah untuk Sound Test:-

Untuk sound quality, aku agak berpuas hati. Sound yang dihasilkan agak clear dan tiada bunyi-bunyi pasir. Cuma Bass dia saja yang agak kurang sikit. Bass dia ada cumanya takdalah berdentum sangat.

Tapi untuk sebuah soundbar berharga RM79, agak berbaloilah kualiti dengan harga dia. Harga dia pun lebih kurang sama dengan speaker Armaggeddon Lumo 2 yang aku pernah review sebelum ini.\u00a0

Kalau korang berminat nak dapatkan SonicGear IOX Bar 3 ini, korang boleh klik SINI untuk Shopee ataupun klik SINI Carosell Gamers on Duty.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonicgear-iox-bar-3-soundbar-kompak-tapi-berdentum"} {"title": "Hogwarts Legacy Untuk PS4 Dan Xbox One Ditunda Sehingga May 2023", "body": "

Hogwarts Legacy terus mendapat pujian dan feedback yang bagus dari peminat-peminat siri Harry Potter. Permainan video ini telah terjual lebih dari 12 juta unit dan berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD850 Juta menurut Warner Bros. Games.\u00a0

Namun bagi peminat-peminat yang ingin bermain permainan video ini di PS4 dan Xbox One nampaknya terpaksa menunggu lebih lama lagi kerana Hogwarts Legacy untuk 2 platform tersebut terpaksa ditunda.

Hogwarts Legacy sepatutnya hadir di PS4 dan juga Xbox One pada 4 April 2023 namun pihak Avalanche Software yang mana merupakan developer untuk permainan video ini, mengatakan yang Hogwarts Legacy terpaksa ditunda ke 5 Mei 2023.\u00a0

Namun tiada info sama ada Hogwarts Legacy untuk Nintendo Switch akan ditunda juga ataupun tidak.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hogwarts-legacy-untuk-ps4-dan-xbox-one-ditunda-sehingga-may-2023"} {"title": "Filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem Bakal Tiba Ogos Tahun Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Paramount Pictures dan juga Nickelodeon telah mengeluarkan trailer pertama untuk filem animasi terbaru mereka iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem!

Filem animasi ini akan dibintangi oleh Seth Rogen, Jackie Chan, John Cena, Paul Rudd, Maya Rudolph, Ice Cube dan ramai lagi.

Melihat daripada trailer yang dipersembahkan, animasi yang ditunjukkan dalam Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem nampak sangat menarik dan mungkin akan menjadi pencabar terbesar untuk satu lagi filem animasi superhero tahun ini iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse yang mana akan hadir pada Jun tahun ini.\u00a0

Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem dijangkakan bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2023 tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-teenage-mutant-ninja-turtles-mutant-mayhem-bakal-tiba-ogos-tahun-ini"} {"title": "Selepas 10 Tahun, Yosuke Matsuda Akan Melepas Jawatan Sebagai Presiden Square Enix", "body": "

Baru-baru ini pihak Square Enix telah mengumumkan yang presiden dan juga director mereka iaitu Yosuke Matsuda akan melepaskan jawatannya selepas 10 tahun berkhidmat untuk syarikat tersebut.

Beliau yang mana telah berkhidmat dengan Square Enix sejak dari tahun 2013 lagi akan digantikan dengan Takashi Kiryu selepas mendapatkan persetujuan daripada pemegang saham ketika mesyuarat tahunan yang mana akan dijalankan pada Jun tahun ini.

Matsuda akan menghabiskan bulan terakhirnya bersama dengan Square Enix untuk memastikan perlancaran Final Fantasy 16 berjalan dengan lancar.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/setelah-10-tahun-yosuke-matsuda-akan-melepas-jawatan-sebagai-presiden-square-enix"} {"title": "Just Cause Mobile Dibatalkan Oleh Square Enix", "body": "

Sebuah game mobile yang ditunggu-tunggu peminat, Just Cause Mobile telah dibatalkan pengeluarannya. Developer bagi game ini, Square Enix akan menghentikan segala pembangunan permainan yang belum dilancarkan untuk versi penuh ini.

Berkata kepada VGC, ketua jenama global Square Enix Anne-Lou Grosbois-Favreau mengesahkan pembangunan untuk permainan ini telah dihentikan. \u201cDengan penuh kesedihan kami mengumumkan penamatan pembangunan untuk Just Cause Mobile\u201d, katanya.\u00a0

Just Cause Mobile sebelum ini hanya tersedia untuk akses awal di beberapa negara saja. Versi penuh sepatutnya dilancarkan pada tahun 2021 tapi ditangguh banyak kali oleh Square Enix.

Bermula 3 Julai lalu, game ini telah dibuang dari Google Play Store. Laman web dan akaun Twitter rasmi juga sudah tidak dapat diakses. Matawang Blue Diamond yang dibeli semasa akses awal telah di-refund kepada pemain.\u00a0

Just Cause Mobile diumumkan pertama kali semasa The Game Awards pada tahun 2020. Square Enix berjanji semasa acara ini untuk menghadirkan permainan shooter ini dengan mod story, multiplayer dan co-op. \u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/just-cause-mobile-dibatalkan-oleh-square-enix"} {"title": "Selepas Falcon, Fenix Esports Umum Tinggalkan Arena MLBB", "body": "

Scene MLBB di Myanmar mendapat perkhabaran duka dan mengejutkan apabila pasukan yang baru bertanding di MSC 2023 lalu, Fenix Esports telah dibubarkan dan kesemua pemain dan coach dilepaskan.

Melalui post yang dimuat naik di halaman Facebook rasmi mereka pada 1 Julai lalu, Fenix Esports berharap agar para pemain mereka untuk mendapat kejayaan besar kelak.

\u201cKami berharap kepada setiap pemain kami untuk mendapatkan kejayaan yang lebih baik dalam perjalanan yang mereka pilih\u201d.

Kali terakhir pasukan ini beraksi adalah pada MSC 2023 lalu. Mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas menduduki tercorot dalam kumpulan B. Mereka kalah kepada pasukan RSG Slate SG dan EVOS Legend.\u00a0

Kekurangan kejohanan rasmi seperti MPL di Myanmar misalnya membuatkan pasukan tidak dapat bertahan lama dan terpaksa melepaskan pemain mereka. Beberapa pemain dari negara ini telah berhijrah ke luar negara seperti Naomi ke RRQ dan Zippy ke Team Lunatix.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-falcon-fenix-esports-umum-tinggalkan-arena-mlbb"} {"title": "Mission EVO Kini Dilancarkan Dalam Google Play Di Beberapa Negara Asia Tenggara", "body": "

Sebuah permainan survival-shooter baru, Mission EVO telah dilancarkan di Filipina, Thailand, Malaysia dan Indonesia untuk platform mobile. Ianya dibuat oleh Nuverse yang juga mengeluarkan permainan Marvel Snap.\u00a0

Kebanyakan permainan first-person-shooter dan third-person-shooter di platform mudah alih menggunakan konsep battle royale atau survival. Nuverse menjanjikan pemain untuk menggabungkan battle royale dengan survival di mana pemain perlu mengharungi zombi dan pemain lain.\u00a0

Setiap pusingan dalam permainan ini mengambil masa selama 7 hari dimana pemain boleh log in atau log out untuk menyiapkan objektif yang mereka pilih. Untuk mendapatkan kemenangan Mission EVO pemain boleh menyerang kubu lawan atau membina kubu yang tidak boleh ditembusi lawan.\u00a0

Mission EVO juga mengutamakan sistem binaan kubu, membenarkan pemain untuk mereka kubu mengikut pilihan mereka. Kubu ini akan bertindak sebagai pertahanan dan tempat penyimpanan item kepada pemain.

Mission EVO kini tersedia di peranti Android dan pemain boleh dapatkan permainan ini di Google Play Store.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mission-evo-kini-dilancarkan-dalam-google-play-di-beberapa-negara-asia-tenggara"} {"title": "Acer Lancarkan Predator Triton 14 Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM7,599", "body": "

Acer Malaysia telah melancarkan laptop gaming terbaru, Predator Triton 14. Laptop ini dilengkapi spesifikasi yang menarik untuk tujuan gaming dan hanya seberat 1.7kg.\u00a0

Predator Triton 14 ini dipasangkan processor 13th Gen Intel Core i7-13700H dan pilihan GPU antara NVIDIA GeForce RTX 4070 atau RTX 4050. Ia juga menyokong 32GB LPDDR5 RAM dan 1TB storan SSD. Semua ini dipadatkan dalam chassis yang diperbuat daripada perak.\u00a0

Laptop ini mempunyai paparan skrin IPS bersaiz 14 inci dan menampilkan WQHD (2560 x 1600) yang meliputi 100% gamut warna DCI-P3 dan menyokong refresh rate 165Hz.\u00a0

Untuk sistem penyejukan, ianya dienjinkan teknologi kipas 5th Gen AeroBlade yang membolehkan pengoptimuman aliran udara Vortex Flow dan mengharapkan thermal logam cecair pada CPU untuk mengekalkan kecekapan penyejukan.

Laptop ini juga dilengkapi Intel Killer Wi-Fi 6E AX167 dan port input dan output seperti HDMI 2.1 dan MicroSD. Webcam pada laptop ini mempunyai kamera FHD yang didatangkan dengan bantuan AI.\u00a0

Acer Predator Triton 14 sudah berada di pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM7,599. Laptop ini tersedia di Acer eStores dan stor rasmi Acer di Shoppe dan Lazada. Pembeli yang membeli sebelum 16 Julai 2023 akan mendapat produk percuma seperti monitor Nitro VG270 E (bernilai RM549) dan satu tahun Trend Micro Antivirus (bernilai RM150).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-lancarkan-predator-triton-14-di-malaysia-dengan-harga-bermula-rm7-599"} {"title": "Anime Suicide Squad Bakal Dibangunkan Warner Bros. Japan Dan WIT Studio", "body": "

Sebuah siri anime Suicide Squad bakal dihasilkan oleh Warner Bros. Japan dan WIT Studio. Diumumkan semasa Anime Expo 2023, anime ini diberi judul Suicide Squad Isekai.

Bagi bukan peminat anime, Isekai membawa maksud \u2018dunia lain\u2019 di mana protagonis akan dipindahkan ke dunia yang pelik dan magikal. Contoh dapat dilihat dalam Alice In Wonderland dan The Chronicles Of Narnia apabila karakter-karakter keluar dari dunia sebenar dan masuk ke alam lain.

Sebuah trailer juga telah dikongsi kepada peminat DC, menunjukkan anime ini menggunakan konsep anime 2D seperti kebiasaan. Dalam trailer ini juga, Harley Quinn dan Joker dilihat melakukan jenayah di bandar Gotham sambil terdapat beberapa babak menunjukkan dunia fantasi yang mempunyai seekor naga dan beberapa ekor babi mutan.\u00a0

Bakal dihasilkan oleh WIT Studio, studio ini bertanggungjawab menghasilkan anime hit seperti Attack On Titan, Spy x Family dan Vinland Saga. Eri Osada akan menjadi pengarah bagi siri anime ini.\u00a0

Tarikh tayangan bagi siri anime Suicide Squad Isekai ini masih belum diketahui.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-suicide-squad-bakal-dibangunkan-warner-bros-japan-dan-wit-studio"} {"title": "4Merical Vibes Dinobatkan Juara PMRC 2023 SEA VS SA", "body": "

Pasukan dari Mongolia, 4Merical Vibes (4MV) telah dinobatkan sebagai juara bagi kejohanan PUBG Mobile Regional Clash (PMRC) 2023 SEA VS SA.\u00a0

Pasukan ini menamatkan kejohanan dengan menghuni tangga teratas selepas berjaya mengutip 225 mata. Mereka juga berjaya mendapatkan 152 penyingkiran dan lima Chicken Dinner untuk meraih wang tunai $3000 USD.

BOOM Esports dari Indonesia pula menghuni tangga kedua dan meraih wang tunai $2000 USD. Pasukan ini dipisahkan 23 mata dengan 4MV, mengutip 202 mata dengan 2 chicken dinner.\u00a0

Satu lagi pasukan dari Mongolia, NB Esports (NBes) berada di tempat ketiga dengan 159 mata. Dipisahkan satu mata dengan pasukan di tempat keempat, HAIL Esports mengumpul 158 mata.\u00a0

Rosemary dari Alter Ego dinobatkan sebagai MVP bagi PMRC 2023 dengan jumlah 32 penyingkiran dan melakukan damage 10462 HP.\u00a0

Secara keseluruhan, pasukan Asia Tenggara mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan mengumpul 1099 mata, 718 penyingkiran dan 11 Chicken Dinner. Pasukan Asia Selatan pula mendapatkan 1087 mata, 706 penyingkiran dan 13 Chicken Dinner.\u00a0

PMRC 2023 melibatkan 16 pasukan dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Kejohanan ini bermula pada 29 Jun dan tamat pada 2 Julai lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/4merical-vibes-dinobatkan-juara-pmrc-2023-sea-vs-sa"} {"title": "Bergabung Dengan AP Esports, Bren Esports Dijenamakan Sebagai AP Bren", "body": "

Menjelang kejohanan MLBB MPL Filipina Musim Kedua Belas (MPL PH Season 12), pasukan Bren Esports akan menggunakan identiti dan nama baru.

Diumumkan pada semalam, pasukan ini akan dikelolakan di bawah Aces Pro Corporation (AP Esports) dan akan dijenamakan semula sebagai AP Bren.

Pasukan ini juga melantik pemilik AP Esports, Jean Alphonse \u201cAJ\u201d Ponce sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) AP Bren. AJ akan menggantikan pemilik Bren Esports sebelum ini iaitu Bernard Chong.

Bersama pengumuman rebranding ini, AP Bren juga mendedahkan roster mereka untuk MPL PH Season 12 dengan mengekalkan kesemua lineup season lepas.\u00a0

Roster AP Bren untuk MPL PH Season 12 nanti:\u00a0

Bren Esports dikenali dalam arena MLBB kerana berjaya menjuarai MPL PH Season 6 dan johan bagi Kejohanan Dunia M2. Pemain pasukan ini juga mewakili negara Filipina dalam Sukan Sea 2023 dan merangkul pingat emas.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bergabung-dengan-ap-esports-bren-esports-dijenamakan-sebagai-ap-bren"} {"title": "Dub Bahasa Jepun Bagi Live-Action One Piece Disuarakan Pelakon Suara Asal", "body": "

Netflix mengumumkan pelakon suara asal anime One Piece akan meminjamkan suara mereka untuk dub bahasa Jepun bagi siri live-action One Piece.\u00a0

Berita ini diumumkan semasa Anime Expo 2023. Netflix juga berkongsi sebuah video pengumuman yang menampilkan barisan pelakon utama live-action One Piece dan penampilan khas pelakon suara Monkey D. Luffy, Mayumi Tanaka.\u00a0

\u201cI\u00f1aki (Godoy), yang melakonkan Luffy dalam siri live-action ini, adalah seorang yang sangat gembira, menjadikan dia seorang Luffy yang sempurna. Saya sangat gembira kerana dapat menyuarakan Luffy dalam adaptasi ini juga,\u201d kata Tanaka.\u00a0

Tanaka akan disertai bersama pelakon suara lain seperti Kazuya Nakai (Roronoa Zoro), Akemi Okamura (Nami), Kappei Yamaguchi (Usopp), dan Hiroaki Hirata (Sanji).

Siri live-action One Piece akan mula ditayangkan di Netflix pada 31 Ogos ini dan mempunyai 8 episod kesemuanya.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dub-bahasa-jepun-bagi-live-action-one-piece-disuarakan-pelakon-suara-anime"} {"title": "Coca-Cola Jalin Kerjasama Dengan Riot Games Untuk Hasilkan Perisa Baru", "body": "

Coca-Cola telah melancarkan perisa edisi terhad terbaru, Coca-Cola Ultimate Zero Sugar sebagai lambang kerjasama dengan pembangun permainan League of Legends (LoL), Riot Games.\u00a0

Ini adalah kali pertama Coca-Cola bekerjasama dengan sebuah syarikat permainan video untuk menghasilkan perisa terbaru. Mereka mempromosikan produk ini dengan menawarkan perisa experience points (+XP) sebagai sambutan kepada semua pemain.\u00a0

\"Kami teruja untuk menawarkan pemain merasai perisa +XP baru, yang merupakan hasil kerjasama unik dengan Coca-Cola, satu jenama yang diiktiraf di peringkat global dan disukai jutaan orang,\" kata David Mulhall, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian bagi Riot Games.

\"Kerjasama dengan Riot Games membolehkan kami meningkatkan pengalaman Coca-Cola Creations, dengan memperkenalkan perisa yang menyegarkan yang menunjukkan komitmen bersama kami untuk mengutamakan peminat dan pemain dalam semua yang kami lakukan,\" kata Rina Surya, Pengarah Pemasaran Barisan Hadapan di Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan \u2013 Singapura & Malaysia.\u00a0

Kerjasama dua jenama ini memberi ilham kepada reka bentuk tin minuman yang menarik dengan menampilkan warna hitam dan pelbagai tona emas. Logo Coca-Cola Creations dihiasi dengan lambang Ultimate yang ditambah cahaya biru Hextech. Reka bentuk ini juga mempamerkan huruf Spencerian Script yang diinspirasikan daripada Nexus Crystals dalam LoL.

Dalam pada itu, pemain LoL boleh mendapatkan beberapa emote Ultimate dengan menyelesaikan misi yang diaktifkan mengikut turutan:\u00a0

Emote Ultimate ini akan tersedia sehingga 19 Julai, jam 2.59 petang waktu Malaysia.

Coca-Cola juga menawarkan hub pengalaman digital Coca-Cola Creation kepada pemain dimana mereka perlu mengimbas kod QR pada tin Coca-Cola Ultimate Zero Sugar. Satu tawaran yang tersedia di hub ini adalah Ultimate Emote Generator, sebuah filter Instagram yang membenarkan pemain untuk menggayakan emote LoL.

League of Legends adalah permainan MOBA yang dikeluarkan di platform PC. Ianya dilancarkan pada tahun 2009 oleh Riot Games yang merupakan developer dan penerbit permainan ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/coca-cola-jalin-kerjasama-dengan-riot-games-untuk-hasilkan-perisa-baru"} {"title": "Mobile Legends Perkenal Hero Baru, Nolan Dalam Advanced Server", "body": "

Mobile Legends akan melakukan kemaskini terbaru, patch 1.7.96 dalam Advanced Server. Dalam patch baru ini, beberapa perubahan dilakukan terhadap hero Natalia dan equipment. Mereka juga memperkenalkan hero baru dalam Advanced Server iaitu Nolan.

Hero Baru

Nolan adalah hero assassin yang bergantung kepada tenaga seperti Fanny dan Ling. Berikut adalah kuasa Nolan:\u00a0

Passive - Dimensional Rift

Nolan akan meninggalkan kesan keretakan pada tanah selama 5 saat dan dapat memperlahankan musuh yang menyentuh 30% kesan retak. Apabila satu kesan retak bertembung dengan kesan retak yang lain, ianya akan meletup memberi physical damage sebanyak 150. Nolan memperoleh 15 tenaga tambahan untuk setiap hero musuh yang terkena letupan keretakan.\u00a0

Skill 1- Expansion

Nolan akan membuat segi empat tepat pada depannya yang akan memberikan 230/280/330/380/430/480(+40% Total Physical ATK)\u00a0Physical Damage dan memperlahankan sasaran dengan 30% dalam masa satu saat.

Skill 2- Guage

Nolan akan bergerak ke arah sasaran dan memberikan 70/100/130/160/190/220 (+30% Total Physical ATK)\u00a0Physical Damage kepada musuh yang berada pada jalannya.

Skill 3- Fracture

Nolan akan menghentak musuh di depan, memberikan 100/150/200 (+15% Total Physical ATK) physical damage dan meninggalkan 3 keretakan. Nolan juga akan membuang debuff yang ada pada dirinya.\u00a0

Perlarasan Hero\u00a0

Selain itu, Moonton juga membuat perlarasan terhadap hero Natalia. Moonton akan mengubah skill 2 Natalia dan menjadikan assassin dan bukannya support dalam pertarungan berpasukan semata-mata.\u00a0

Skill \u00a02 (~)

Natalia akan melepaskan satu bom asap di tempatnya, di mana dia tidak boleh disasarkan oleh Basic Attack atau skill musuh di luar asap.

Perlarasan Equipment

Scarlet Phantom

Attributes (\u2191)

Unique Passive \u2013 Frenzy telah dibuang.

Unique Passive \u2013 Phantom

\u00a0

Haas\u2019s Claws

Attributes (\u2191)

Unique Passive \u2013 Insanity telah dibuang.

Unique Passive \u2013 Frenzy

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-perkenal-hero-baru-nolan-dalam-advanced-server"} {"title": "Permainan Baru Blade Runner Kini Dibangunkan Annapurna Interactive", "body": "

Sebuah game baru dari francais Blade Runner akan dibangunkan dari Annapurna Interactive. Teaser trailer untuk permainan yang diberi nama Blade Runner 2033: Labyrinth telah didedahkan awal semasa showcase 29 Jun lalu.

Annapurna masih\u00a0merahsiakan genre dan bagaimana permainan ini akan dimainkan. Tiada sebarang gameplay footage ditayangkan dalam teaser trailer.

Blade Runner 2033: Ladybrinth akan mengambil tempat di di Los Angeles ketika tahun 2033. Peristiwa dalam permainan ini adalah tengah-tengah peristiwa dalam filem pertama dan sekuelnya, Blade Runner 2049.\u00a0

Menurut deskripsi, permainan ini memberi bayangan apa yang akan berlaku kepada Blade Runner apabila tiada lagi Replicant yang tinggal untuk diburu.\u00a0

Sudah lama permainan dari francais ini tidak muncul. Kali terakhirnya ianya muncul adalah pada 1997, dengan judul Blade Runner. Blade Runner 1997 ini adalah permainan 'point-and-click' dimana pemain akan menggerakkan karakter dengan menggunakan mouse.

Annapurna dijangka akan mengeluarkan permainan ini di PC dan konsol. Buat masa ini, tarikh perlancaran Blade Runner 2033: Labyrinth masih belum didedahkan. \u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-baru-blade-runner-kini-dibangunkan-annapurna-interactive"} {"title": "Team Secret Dan Team Haq Sah Kembali Ke MPL MY Musim 12", "body": "

Team Secret dan Team Haq sah akan kembali ke MPL Malaysia (MY) Musim ke-12 selepas mengharungi peringkat kelayakan yang berlangsung sejak 30 Jun lalu.

Pada pusingan kedua kelayakan, Team Secret menudukkan lawan mereka iaitu MV Origin dengan mata 2-1. Kemenangan ini menghadiahkan slot pertama ke MPL MY Musim ke-12.

Slot kedua pula berjaya diraih oleh Team Haq yang beraksi pada peringkat kelayakan dengan menggunakan nama Mustang Biru. Mereka berjaya mengalahkan Monster Vicious 2-1 semalam.\u00a0

Bagi persiapan MPL MY Musim ke-12, Team Secret akan diperkuatkan dengan dua pemain pinjaman dari Bigetron Esports iaitu Matt dan Maxx. \u00a0

Team Haq menunjukkan prestasi merosot semasa MPL MY Musim 11 selepas menjuarai MPL MY Musim 10. Mereka mempertaruhkan pemain baru iaitu Iris dan Nuar untuk kembali menunjukkan prestasi terbaik semasa MPL ke-12 nanti.

MPL Malaysia Musim ke-12 dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-secret-dan-team-haq-bakal-kembali-ke-mpl-my-musim-12"} {"title": "Disney Speedstorm Keluar Versi Penuh Pada 28 September Tahun Ini", "body": "

Disney Speedstorm mengumumkan permainan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September tahun ini.\u00a0

Semasa early access yang dikeluarkan April lalu, pemain perlu membayar untuk mengakses permainan ini. Untuk versi penuh permainan ini, ianya adalah free-to-play dan pemain tidak perlu membayar untuk mendapatkan permainan ini.\u00a0

Menurut developer Gameloft, mereka ingin menambah jumlah pemain ke dalam permainan dengan menamatkan segera early access dan menjadikan permainan ini free-to-play.

Disney Speedstorm adalah permainan perlumbaan kart yang menampilkan pelbagai karakter Disney dan Pixar. Antara karakter tersebut adalah Mickey Mouse, Donald Duck, Mulan, Jack Sparrow dan Buzz Lightyear.

Antara mod yang tampil sejak early access adalah regulated multiplayer, split-screen multiplayer, Colour Match dan Follow The Leader.

Disney Speedstorm akan dikeluarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, dan Nintendo Switch pada 28 September 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disney-speedstorm-keluar-versi-penuh-pada-28-september-tahun-ini"} {"title": "Attack On Titan Keluarkan Trailer Terbaru Untuk Episod Terakhir", "body": "

Attack on Titan telah mengeluarkan trailer terbaru season finale, The Final Chapters: Special 2. Episod baru ini dijangka tayang pada musim luruh 2023 iaitu sekitar September sehingga Disember.\u00a0

Trailer ini didedahkan awalnya ketika panel MAPPA dan Crunchyroll di Anime Expo 2023. Lebih 30,000 tontonan semasa tayangan perdana di YouTube.\u00a0

Berdasarkan manga lukisan Haime Isayama, Attack on Titan mengisahkan sekelompok manusia yang tinggal di bandar yang dikelilingi dinding yang sangat besar. Dinding ini dibina untuk mengelak dari raksasa humanoid yang memakan manusia.

Daripada portal penstriman Crunchyroll, deskripsi episod ini akan menceritakan Eren Yeager mengetuai tentera Colossal Titans ke arah Marley dengan semangat untuk menghapuskan semua yang mengancam Eldia. Kesemua musuhnya akan cuba untuk menghentikan misinya ini.\u00a0

Episod ini adalah bahagian kedua daripada dua bahagian episod akhir. Bahagian pertama, The Final Chapters: Special 1 dikeluarkan pada bulan Mac 2023.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/attack-on-titan-keluarkan-trailer-terbaru-untuk-episod-terakhir"} {"title": "EVOS Legends Sahkan Roster Untuk MPL Indonesia Musim 12", "body": "

Naib juara MPL Indonesia Musim 11, EVOS Legends telah memperkenalkan roster terbaru mereka untuk persiapan MPL Indonesia Musim 12. Roster ini menampilkan beberapa muka baru.

Berita ini diumumkan oleh EVOS Legends pada 30 Jun lalu. Sebuah video roster lengkap pasukan ini telah dimuat naik di channel YouTube rasmi EVOS Legends.\u00a0

Selepas pemergian Ferxiix ke RRQ pada awal Jun lalu, EVOS Legends telah menambah sebanyak empat orang pemain beserta seorang staf kejurulatihan. Empat pemain itu adalah Cr1te, Vaanstrong dan Sutsujin yang berasal dari EVOS Icon dan Fluffy dari Aura Fire. Caleb akan menjadi assistant coach.

Disebalik penambahan pemain baru ini, seorang pemain telah meninggalkan pasukan ini. Pendragon meninggalkan EVOS dan menyertai pasukan yang pertama kali beraksi di MPL Indonesia iaitu Dewa United Esports. Bersama Pendragon, Saykots juga menyertai pasukan lain iaitu EVOS Icon.\u00a0

Berikut adalah senarai lengkap roster EVOS Legends untuk MPL ID Musim 12:\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-legends-sahkan-roster-untuk-mpl-indonesia-musim-12"} {"title": "Open Beta Bagi MultiVersus Ditutup, Bakal Kembali Pada 2024", "body": "

Open beta bagi permainan MultiVersus telah pun ditamatkan selepas fasa ini berlangsung selama 11 bulan. Penutupan ini sebagai persediaan untuk perlancaran penuh nanti.

MultiVersus dijangka akan kembali semula pada awal pertengahan 2024. Ketiadaan tarikh rasmi ini membuatkan pemain sedikit hampa kerana kebanyakan mereka sudah tidak sabar untuk bermain lagi permainan ini.

MultiVersus adalah sebuah permainan bergenre fighting. Permainan ini menampilkan karakter Warner Bros. seperti Batman, Shaggy Rogers dari Scobby-Doo dan Bug Bunny dari Looney Tunes.

Developer, Player First Games menjanjikan untuk menambah lebih banyak karakter, peta dan mod pada full release nanti. Mereka juga akan mengemaskini matchmaking dan sistem progression.

Sementara menunggu versi penuh, pemain boleh bermain mod offline dengan kesemua karakter dan kosmetik akan di-unlock sementara waktu. Kandungan online pula sudah tidak tersedia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/open-beta-bagi-multiversus-ditutup-bakal-kembali-pada-2024"} {"title": "Siri Animasi Among Us Dalam Proses Pembangunan", "body": "

Permainan yang menjadi fenomena ketika era pandemik Covid-19, Among Us akan muncul ke kaca TV apabila siri animasi kini sedang dibangunkan di CBS Studios.

Siri ini berdasarkan permainan ini, dimana pembunuh atau impostor akan membunuh rakan, mensabotaj kapal angkasa, atau membuat onar.

Developer permainan ini, Innersloth turut terlibat dalam projek yang diketuai Owen Dennis, selaku creator dan executive producer. Titmouse akan menjadi tulang belakang penghasilan animasi ini.

Dilancarkan pada tahun 2018, permainan meraih populariti pada tahun 2020 selepas ramai YouTuber dan streamer di Twitch bermain permainan ini. Disebabkan populariti ini, Innersloth telah banyak melakukan crossover dan kolaborasi dengan syarikat lain

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-animasi-among-us-dalam-proses-pembangunan"} {"title": "Activision Sahkan Warzone Mobile Tidak Tersedia Di PC Emulator", "body": "

Activision mengesahkan permainan Call of Duty: Warzone Mobile tidak akan tersedia di PC emulator. Mereka ingin menjadikan permainan sebagai eksklusif di peranti pintar sahaja.

Bermain permainan shooting ini sememangnya menyeronokkan. Tetapi, matchmaking dengan pemain yang menggunakan aimbot dan emulator dari platform lain. Untuk itu, Activision bertindak untuk tidak menyediakan permainan ini di PC emulator.

Tindakan Activision ini sedikit sebanyak membantu pengalaman permainan yang memuaskan kerana matchmaking yang lebih adil.

Mereka menasihatkan pengguna PC untuk bermain Warzone 2.0 memandangkan kandungan adalah sama.

Activision masih belum mengumumkan tarikh rasmi perlancaran COD Warzone Mobile ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/activision-sahkan-warzone-mobile-tidak-tersedia-di-pc-emulator"} {"title": "Superman: Legacy Bakal Diterajui David Corenswet Dan Rachel Brosnahan", "body": "

Filem arahan James Gunn, Superman: Legacy kini telah mengenalpasti pelakon utama mereka.

DC Studios mengumumkan David Corenswet akan memegang peranan sebagai Superman/Clark Kent manakala watak Lois Lane dilakonkan oleh Rachel Brosnahan.

James Gunn juga memgesahkan berita ini di Twitternya. \"Tepat! Mereka bukan sahaja kedua-dua pelakon yang luar biasa, tetapi juga orang yang hebat.\" Tulis Gunn.

Corenswet mula menjadi terkenal selepas mencipta nama dalam siri Netflix, The Politician. Brosnahan juga dikenali selepas membintangi siri TV, The Marvelous Mrs. Maisel.

Mengenai Superman terbaru ini, ia mengisahkan zaman muda Clark Kent yang mempelajari menjadi manusia yang bersifat jujur dan menggunakan kuasanya untuk \u00a0tujuan yang baik.

Superman: Legacy dijangka ditayangkan pada 11 Julai 2025.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/superman-legacy-bakal-diterajui-david-corenswet-dan-rachel-brosnahan"} {"title": "Pasukan Jepun 10s Gaming Frost Lepaskan Pemain Mereka", "body": "

Pasukan Mobile Legends dari Jepun, 10s Gaming Frost telah mengumumkan bahawa beberapa pemain sudah meninggalkan pasukan itu. Berita ini diumumkan di Instagram rasmi milik 10s Gaming Frost.

Pemain yang meninggalkan pasukan tersebut adalah Atwz, Salu, Shina, Koro, Dara dan Peco.

Walaubagaimanpun, ini bukan penamat bagi pemain yang meninggalkan pasukan itu. Pemain-pemain ini akan membentuk pasukan baru yang diberi nama Jack o' Frost.

Pasukan ini diingati dan mempunyai fanbase tersendiri selepas mempamerkan aksi yang agak baik semasa dua siri awal Kejohanan Dunia M. Mereka meraih tempat ke-5/6 pada M1 dan merosot ke-7/8 semasa M2.

10s Gaming Frost juga adalah pasukan pertama yang menggunakan strategi Ultimate Bonding Experience (UBE). Strategi ini digunakan sebaiknya oleh pasukan ML lain iaitu Blacklist International.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-10s-gaming-frost-lepaskan-pemain-mereka"} {"title": "Joker 2 Dalam Pembikinan", "body": "

Jika anda peminat filem Joker, anda pasti mengenali individu bernama Todd Phillips. Todd Phillips merupakan pengarah untuk filem Joker. Baru-baru ini, kecoh mengatakan bahawa beliau bakal mengeluarkan filem terbaru Joker. Betul ke apa yang dikatakan?

Setelah melihat posting daripada Todd Phillips sendiri di Instagramnya, kemungkinan berita tersebut adalah benar. Dalam posting tersebut, beliau menunjukkan buku skrip untuk filem Joker dimana ianya ditulis oleh beliau sendiri bersama Scott Silver. Apa yang lebih meyakinkan, dilihat pemegang watak Joker, iaitu Joaquin Phoenix sedang membaca buku skrip tersebut.

Perkara ini masih menjadi tanda tanya dan sedang hangat di perkatan oleh peminat-peminat Joker. Todd turut tidak mengeluarkan sebarang caption dalam posting yang dibuat baru-baru ini. Kalau benar filem ini dalam pembikinan, bagaimana pula agaknya jalan cerita yang ditunjukkan. Apa pandangan anda?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/joker-2-dalam-pembikinan"} {"title": "Drifting Home Bakal Tiba Di Netflix September Ini", "body": "

Kepada penggemar anime, terdapat sebuah filem anime terbaru yang bakal ditayangkan di Netflix pada September ini. Drifting Home, merupakan filem anime daripada Studio Colorido iaitu salah satu syarikat yang menghasilkan Star Wars: Vision. Filem ini merupakan kisah dewasa tentang 6 kanak-kanak yang mendapati apartment mereka tiba-tiba hanyut di tengah lautan.

Jom kami ceritakan sedikit sinopsis filem ini. \u201cKosuke dan Natsume berkawan sejak dari kecil lagi, tetapi hubungan mereka mula renggang ketika darjah enam selepas datuk Kosuke, Yasutsugu meninggal dunia.\u00a0 Suatu hari, semasa percutian musim panas Kosuke dan rakan sekelasnya menyelinap ke dalam kompleks apartmen yang bakal dirobohkan, dan dikhabarkan berhantu,\u201d

\u201cKosuke dan Natsume dibesarkan di sana, jadi tempat itu menyimpan banyak kenangan untuk mereka. Di sana, Kosuke terserempak dengan Natsume dan ditanya sama ada dia tahu tentang Noppo yang misteri.\u00a0 Tetapi, tiba-tiba mereka terperangkap dalam fenomena misteri. Apabila mereka sedar, mereka melihat lautan yang luas di hadapan mereka. Ketika apartmen itu hanyut di laut misteri dengan Kosuke dan yang lain di atas kapal, mereka bersatu untuk bertahan dan mencari jalan keluar.\"

Filem ini bakal ditayangkan di Netflix pada 16 September ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/drifting-home-bakal-tiba-di-netflix-september-ini"} {"title": "Spider-Man Remaster Bakal Tiba Di PC", "body": "

Pada State of Play minggu lepas, Sony telah mengumumkan Spider Man Remaster untuk PC. Permainan video ini yang dulunya hanya eksklusif untuk PlayStation telah dioptimalkan dan disediakan untuk PC. Versi ini juga akan dikeluarkan bersama DLC nya.

Hal ini telah menyebabkan beberapa peminat Playstation merasa kecewa kerana game yang sebelum ini hanya ekslusif fi Playstation juga boleh dimainkan di PC tidak lama lagi. Ini bukanlah kali pertama Sony exclusive game di keluarkan di PC. Sebelum ini Horizon Zero Dawn juga telah dikeluarkan di PC.\u00a0

Spider-Man yang dihasilkan oleh Insomniac ini akan dikeluarkan di Steam dan Epic Games pada 12 Ogos 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-remaster-bakal-tiba-di-pc"} {"title": "Street Fighter 6 Bakal Tiba Tahun Depan", "body": "

Terdapat dua trailer Street Fighter 6 yang dikeluarkan ketika \u2018State of Play\u2019 pada minggu lalu. Siri yang ke enam ini mempunyai dua trailer berbeza, satu untuk gameplay dan satu untuk commentary\u00a0perlawanan.

Permainan ini katanya dijadualkan untuk keluar pada tahun 2023. Berbeza daripada versi yang lalu, siri ke 6 ini mempunyai visual yang baru dan lebih realistik. Watak-wataknya juga mempunyai rupa paras yang lebih matang.

Mekanik gameplay yang baru dan sangat inovatif dalam siri ini ialah commentary semasa perlawanan. Para pemain dapat merasakan pengalaman main dalam persekitaran perlawanan profesional dengan kehadiran pengulas. Ciri ini masih baru dalam permainan lawan dan Capcom sedang mencari dan ingin menambah bilangan pengulas dalam Street Fighter 6.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/street-fighter-6-bakal-tiba-tahun-depan"} {"title": "PUBG Mobile x The Boys", "body": "

\u2018The Boys\u2019 merupakan siri popular diminati ramai yang baru sahaja mengeluarkan siri musim ketiganya di Prime Video. Siri ini menceritakan kisah sekumpulan manusia biasa yang memburu wira-wira yang bermasalah. PUBG Mobile telah berkolaborasi bersama \u2018The Boys\u2019 untuk melancarkan event dalam game selama sebulan.

Pemain sekalian boleh mengumpul ganjaran seperti pakaian Homelander, Starlight dan Soldier Boy. Mereka juga boleh memenangi weapon skins, beg galas dan payung terjun yang bertemakan \u2018The Boys\u2019.\u00a0\u00a0

Selain itu, event \u2018Super Spree\u2019 juga akan dilancarkan dalam PUBG Mobile pada 8 Jun 2022. Ketika event ini, pemain akan menolong Billy Butcher untuk menyiasat dan mengesan perbuatan salah wira-wira tersebut. Kolaborasi ini telah bermula sejak 3 Jun 2022 dan akan tamat pada 3 Julai 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-x-the-boys"} {"title": "Minions: The Rise of Gru Ditayangkan Julai Ini", "body": "

Universal Pictures telah mengeluarkan trailer Minions: The Rise of Gru yang memaparkan filem animasi yang akan datang. Dibintangi oleh Steve Carell sebagai Gru, filem ini merupakan prekuel kepada Despicable Me.\u00a0 Filem ini bakal ditayangkan pada 1 Julai 2022.

Ditulis oleh Brian Lynch, Minions: The Rise of Gru merupakan kesinambungan daripada filem Minions 2015, kali ini memfokuskan pada Minions (Pierre Coffin) semasa pertemuan pertama mereka dengan Felonious Gru muda (Steve Carell), seorang yang berumur 12 tahun dengan impian untuk menjadi penjahat terhebat di dunia. Di bawah merupakan sinopsis untuk filem ini.

Di tengah-tengah tahun 1970-an, Gru membesar di pinggir bandar. Beliau seorang yang meminati kumpulan penjahat yang dikenali sebagai Vicious 6. Gru juga merancang untuk menjadi seorang yang jahat bagi menyertai Vicious 6. Namun, Gru telah dihalang oleh pengikut setianya, Minions.\u00a0\u00a0

Apabila Vicious 6 menggulingkan ketua mereka, Wild Knuckles (Alan Arkin), Gru ditemu bual untuk menjadi ahli terbaru mereka. Namun ia tidak berjalan lancar dan hanya menjadi lebih teruk selepas Gru mengakali mereka dan tiba-tiba mendapati dirinya sebagai musuh utama kejahatan.\u00a0 Akibatnya, Gru terpaksa melarikan diri dan mencari jalan keluar daripada ancaman Vicious 6.

Jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 1 Julai 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/minions-the-rise-of-gru-ditayangkan-julai-ini"} {"title": "Disebalik Tabir Live Action One Piece", "body": "

Netflix baru-baru ini mengeluarkan video disebalik tabir pembikinan series \u00a0live action One Piece . Series ini diadaptasikan daripada animasi One Piece dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat. Dalam video yang ditunjukkan, kita dapat lihat pihak produksi sedang menyiapkan set penggambaran dengan menghidupkan dunia Luffy yang berwarna-warni.

Set penggambaran ini dibuat di Afrika Selatan dan dapat dilihat mereka sedang membina sebuah kapal layar yang besar untuk membuat penggambaran filem ini. Ini sudah tentu memakan kos yang tinggi dalam menghasilkan filem One Piece secara nyata. Pasti ada tertanya-tanya siapakah yang bakal membawa watak utama iaitu Monkey D. Lufffy?

Untuk barisan pelakon, Netflix juga telah mengumumkannya. Bagi watak Luffy ia akan dilakonkan oleh I\u00f1aki Godoy, Mackenyu membawa watak (Rorona Zoro), Emily Rudd sebagai (Nami), Jacob Romero Gibson sebagai (Usopp), Taz Skylar sebagai (Sanji), dan Peter Gadiot sebagai (Shanks).\u00a0

Pelakon tambahan termasuk Morgan Davies sebagai (Koby), Ilia Isorel\u00fds Paulino sebagai (Alvida), Aidan Scott sebagai (Helmeppo), Jeff Ward sebagai (Buggy), McKinley Belcher III sebagai (Arlong), dan Vincent Regan sebagai (Garp). Filem ini bakal ditayang di Netflix secara bersiri. Walau bagaimana, mereka masih belum memutuskan bilakah tarikh sebenar filem ini akan keluar.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disebalik-tabir-live-action-one-piece"} {"title": "Stray Temui Peminat Pada Jun Ini", "body": "

Game ini banyak mendapat perhatian di laman sosial seperti Tiktok setelah keluarnya teaser trailer pada 2020 dan video teaser gameplay yang dikeluarkan tahun lepas. Game ini dibuat oleh BlueTwelve Studio dan mempunyai premis yang menarik.

Game sci-fi ini dibintangi seekor kucing yang memakai beg canggih yang menolongnya berkemudi di bandar neon yang dihuni oleh robot-robot. Berdasarkan halaman webnya, Stray mengarahkan pemainnya untuk kekal senyap, lincah, lucu dan kadang-kadang menjengkelkan kepada penduduk bandar yang aneh ini.

Akhirnya, masa menunggu hampir tamat kerana Stray akan dikeluarkan pada 19 Jun 2022 di PC, Playstation 4 dan Playstation 5. Tambahan pula, Stray adalah percuma kepada ahli Playstation Plus Extra dan Premium.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/stray-temui-peminat-pada-jun-ini"} {"title": "Resident Evil 4 Remake Dijanjikan Keluar Pada 2023", "body": "

Resident Evil 4 telah dikeluarkan pada 2005 dan menangkap perhatian ramai dengan gameplay aksinya yang dinamik ketika zaman awal 2000. Pada minggu lalu ketika siaran langsung State of Play, Capcom telah mengeluarkan trailer rasmi Resident Evil 4 Remake dan para peminat teruja untuk melihat perkembagan permainan video ini.\u00a0

Resident Evil 4 Remake ini akan dikeluarkan pada 24 Mac 2023 di PS5, Xbox Series X/S dan PC. Peminat francais Resident Evil juga boleh teruja dengan pengeluaran Resident Evil Village di PSVR2.

Trailernya menampakkan banyak babak dan elemen daripada game yang asal. Berdasarkan artikel blog daripada PlayStation, game remake ini akan mengolah semula cerita asal namun mengekalkan tema dan intipati game asli.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/resident-evil-4-remake-dijanjikan-keluar-pada-2023"} {"title": "Tiket MSC 2022 Mula Dijual Kepada Peminat", "body": "

Seperti yang diketahui peminat MSC 2022 sekalian, Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang terbesar di Asia Tenggara iaitu MLBB Southeast Asia Cup (MSC) akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia bermula 11 Jun ini.\u00a0

Pada tarikh tersebut, peminat boleh mula membeli tiket di lokasi MSC 2022 iaitu di Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) atau melanggani Ticket2U untuk membeli tiket anda secara talian sekarang.\u00a0

Terdapat dua jenis tiket yang ditawarkan iaitu tiket Gold (RM35 sehingga RM40) dan tiket Silver (RM25 sehingga RM30) untuk setiap hari perlawanan. Harga tiket juga berubah mengikut durasi perlawanan, daripada siri BO3 (Best of 3) sehingga BO7 (Best of 7)

Pemilik tiket Gold akan dijamin keutamaan serta dapat menyertai meet and greet bersama para pemain. Selain itu, anda juga boleh redeem peti in-game yang mengandungi skin seperti Cherry Witch Kagura, Evolved Predator Helcurt dan Amethyst Dance Guinevere malahan juga berpeluang untuk menangi rare skins seperti Night Shade Ling, Dragon Armon Masha dan Draconic Flame Valir.\u00a0\u00a0

Pemilik tiket Silver juga diberi peluang untuk menebus balik dua peti in-game untuk menangi rare skins.\u00a0

Ketika kejohanan MSC 2022, terdapat zon peminat yang mempunyai photobooth serta watch party untuk para peminat berinteraksi antara satu sama lain dan menyokong pemain kegemaran mereka.\u00a0

Bagi peminat yang menyertai dalam talian, anda boleh menyertai MSC Pass, Kuiz Tournament, dan Kuiz MSC Championship untuk mengumpul ganjaran dan menangi hadiah yang disediakan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiket-msc-2022-mula-dijual-kepada-peminat"} {"title": "NSEA MLBB Bawa Masuk 5 Pemain Baru", "body": "

Baru-baru ini pihak NSEA telah telah mengumumkan 5 pemain baru untuk NSEA MLBB mereka yang mana akan bertanding dalam MLBB Semi Pro Championship Malaysia (MSPC).\u00a0

Dalam 5 perlawanan sebelum ini, NSEA MLBB cuma mampu untuk mendapatkan 1 point sahaja membuatkan pasukan NSEA berada di tangga terakhir. Lunatix Origins masih ditangga teratas dengan 13 mata diikuti oleh The Academy dan Suhaz Jr masing-masing dengan 10 mata.\u00a0



Wakil NSEA iaitu Nadil Razak atau lebih dikenali sebagai Mamba memberitahu pihak Gamers on Duty yang 5 pemain baru ini dimasukkan untuk mengganti pemain asal NSEA MLBB yang akan lebih fokus untuk SUKMA nanti.

Lima pemain baru ini boleh dikatakan bukan player yang calang-calang kerana mereka merupakan bekas pemain untuk pasukan yang boleh dikatakan agak terkenal dalam scene semi pro MLBB. 5 Pemain baru tersebut adalah:\u00a0

Untuk pengetahuan korang, MLBB Semi Pro Championship Malaysia merupakan 1 tournament yang mengumpulkan pasukan-pasukan Semi Pro terhebat di Malaysia untuk merebut current prize pool berjumlah RM5000 . Jangan lupa saksikan livestream di Facebook rasmi MLBB Semi Pro Championship Malaysia.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nsea-mlbb-bawa-masuk-5-pemain-baru"} {"title": "ONE Esports Dinamakan Official Media Partner Untuk League of Legends Champions Korea", "body": "

ONE Esports akan bekerja sama dengan League of Legends Champions Korea sebagai partner media mereka. Mereka bertugas untuk mengurus media dan konten mengenai LCK Summer Split 2022.\u00a0

Mereka akan mengeluarkan video ringkas dan liputan berita LCK Summer Split 2022 seperti temuduga pemain, interaksi peminat, ringkasan tournament dan lain-lain. Tournament ini akan mengambil masa pada 15 Jun hingga bulan Ogos 2022 di South Korea. 10 pasukan Korea terbaik akan bertanding untuk prize pool sebanyak US$370,000.

Juara tournament ini layak masuk Worlds 2022 sebagai wakil pasukan Korea. Worlds 2022 adalah tournament championship dunia untuk League of Legends yang dianjurkan oleh Riot Games. Ia akan dilancarkan sekitar peta benua Amerika pada musim luruh nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-esports-dinamakan-official-media-partner-untuk-league-of-legends-champions-korea"} {"title": "Saksikan Call of Duty: Mobile Garena Survivor Pertama Jun Ini", "body": "

Baru-baru ini, Call of Duty telah melancarkan Garena Survivor pertamanya yang akan berlangsung Jun ini. Garena Survivor ini dibarisi oleh pasukan-pasukan ternama daripada Singapura, Malaysia dan Philippines (SMP) yang bersaing untuk memenangi wang tunai bernilai 25,000 USD dan gelaran pasukan terbaik Call of Duty: Mobile Battle Royale.\u00a0

Setakat ini, terdapat 200 pasukan yang telah bersaing dalam peringkat kelayakan bermula 17 May 2022 lalu. Selepas 2 minggu, hanya 32 pasukan yang teratas sahaja dapat meneruskan perjalan ke peringkat separuh akhir pada 3 Jun sehingga 8 Jun nanti.

Peringkat terakhir pula adalah pada 9 Jun 2022 sehingga 11 Jun 2022 dimana 16 pasukan teratas akan bersaing untuk memenangi wang dan gelaran juara Garena Survivor yang pertama.\u00a0\u00a0\u00a0

Terdapat 18 perlawanan secara keseluruhan dengan perkiraan mata adalah berdasarkan bilangan kills dan ranking pasukan menggunakan peta Isolayed dan Blackout.\u00a0

Para pemain dan peminat boleh menonton siaran langsung peringkat separuh akhir dan akhir ini ini daripada 3 Jun sehingga 11 Jun di pautan dibawah bermula 5pm sehingga 11pm. Rebutlah peluang ini untuk memenangi item in-game dan ganjaran semasa siaran langsung nanti.\u00a0

Facebook (Esports): https://facebook.com/GarenaCODMEsports\u00a0

\u25cf Facebook (SG/MY): https://facebook.com/codm\u00a0\u00a0

\u25cf Facebook (PH): https://www.facebook.com/garenacodmPH\u00a0

\u25cf YouTube: https://www.youtube.com/garenacallofdutymobile\u00a0

\u25cf Twitch: https://www.twitch.tv/codmgarenaesports\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/saksikan-call-of-duty-mobile-garena-survivor-pertama-jun-ini"} {"title": "Arena of Valor International Championship Bermula 16 Jun Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena dan Level Infinite telah bekerjasama dan mengumumkan tournament Arena of Valor International Championship 2022. Terdapat 16 pasukan dari 10 negara yang akan bertanding dan merebut prize pool berjumlah USD$2,000,000. Arena of Valor International Championship 2022 ini akan berlangsung dari 16 Jun 2022 hingga 10 Julai 2022.

Berikut merupakan senarai group dan pasukan yang akan bertanding dalam tournament ini nanti:\u00a0

Group A\u00a0

Group B\u00a0

Group C

Group D \u00a0

Juara tournament ini akan membawa pulang 700,000USD dan piala AIC 2022. Untuk pengetahuan korang, Malaysia akan diwakili oleh ADT Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/arena-of-valor-international-championship-bermula-16-jun-ini"} {"title": "Tiga Pokemon Terbaru Diperkenalkan Dalam Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet", "body": "

Tiga bulan sudah berlalu sejak keluarnya trailer pengumuman game Pokemon yang baharu. Semalam Nintendo telah mempamerkan trailer kedua untuk Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet. Nampaknya game Pokemon terbaru ini akan dimainkan secara open-world.

Trailer ini juga memperkenalkan tiga Pokemon baharunya iaitu Pawmi, Lechonk dan Smolov. Selain itu, 2 Legendary Pokemon terbaru juga dapat dilihat dalam trailer ini iaitu Koraidon dan Miraidon. Walaupun masih belum disahkan, permainan ini berkemungkinan boleh dimain secara co-op bersama empat pemain.

Dalam trailer tersebut, tarikh pengeluaran Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet adalah pada 18 November 2022. Korang boleh mula Pre-order Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet bermula sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiga-pokemon-terbaru-diperkenalkan-dalam-pokemon-scarlet-dan-pokemon-violet"} {"title": "Razer Barracuda - Siri Headphone Hibrid Terbaru Dari Razer", "body": "

Razer telah mengeluarkan siri headphone terbaru dimana mereka memasukan feature penggunaan hibrid. Siri Barracuda terbaru dari Razer ini mempunyai tiga model iaitu Razer Barracuda, Razer Barracuda Pro dan Razer Barracuda X. Kepakaran siri headphone ini adalah ciri hibirdnya yang mempermudahkan kegunaan headphone semasa gaming mahupun diluar rumah.

Antara ciri baru yang diimplementasikan untuk siri Razer baru ini adalah \u2018Smartswitch\u2019. Ia membolehkan penggunaan headphone untuk bersilir ganti antara PC dan telefon. Selain daripada itu, headphone ini mempunyai noise cancelling dan penguat audio THX akromatik. Tambahan pula Razer Barracuda ini mempunyai mikrofon yang menjanjikan audio yang lebih jelas walaupun berada di persekitaran yang bising.\u00a0

Tetapi, harga headphone ini agak tinggi. Harga bagi model Razer Barracuda X adalah RM549, model Razer Barracuda adalah RM899 dan Razer Barracuda Pro adalah RM1399. Headphone ini berbaloi untuk dimiliki jikalau ia digunakan bukan sahaja untuk gaming di dalam bilik malahan digunakan diluar juga.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/razer-barracuda-siri-headphone-hibrid-terbaru-dari-razer"} {"title": "Hotel Esport Pertama Di Malaysia", "body": "

Hotel esport bukanlah konsep baru di luar negara. Namun, inilah kali pertama Malaysia membangunkan hotel sebegini dan ia telah dihasilkan oleh syarikat esport Asia Tenggara iaitu SEM9. Hotel ini terletak di Senai, Johor berdekatan dengan Senai Airport.

Asalnya Perth Hotel, SEM9 Senai ialah hotel yang dibuat untuk gaming. Hotel ini dilengkapi fasiliti mewah dan teknologi gaming yang terbaru. Setiap bilik menyediakan Gaming PC yang High-spec serta PS5 dan semestinya internet yang sangat laju untuk pengalaman gaming yang lancar.\u00a0

Selain itu, reka bentuk setiap bilik mempunyai perbezaan mengikut jenis gamers yang mengunjung. Durasi sewa bilik ini boleh dipilih sama ada satu hari penuh atau separuh hari. Harga bilik boleh dirujuk di laman web mereka.

Dato\u2019 Tee Siew Kiong, Perunding Pusat Ekonomi Digital Johor, memuji usaha pembukaan konsep baru ini demi kenaikan ekonomi Johor dan memberi peluang kepada usahawan muda negara untuk belajar.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hotel-esport-pertama-di-malaysia"} {"title": "Coach Panda tidak akan hadir untuk MSC 2022", "body": "

Brian Lim atau lebih dikenali sebagai Coach Panda tidak akan hadir untuk Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) tahun ini. Seperti yang telah diuar-uarkan, MSC akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 Jun ke 20 Jun 2022.\u00a0

Di sidang media pada hari Isnin lalu, penggantinya Karl \u2018Giee\u2019 Barrientos menyatakan hasrat beliau untuk mengekalkan rahsia strategi pasukan mereka. Tambah beliau juga, Coach Panda akan aktif membimbing secara online untuk bantu mereka.

Dylan Catipon atau \u2018Light\u2019 berpendapat ia merupakan latihan yang baik bagi Coach Giee sebagai ketua strategi mereka untuk MSC nanti. Coach Giee juga percaya akan kebolehan dan sinergi beliau bersama pasukan RSG Philippines dan juga Coach Panda.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/coach-panda-tidak-akan-hadir-untuk-msc-2022"} {"title": "Liga Realme - Kolaborasi Realme Dan PUBG Mobile Bermula Jun Ini", "body": "

Jenama telefon pintar realme sedang bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk mengadakan Liga realme pada bulan Jun 2022. Realme League ini terhad untuk 64 pasukan sahaja dan pendaftaran ini dibuka dari 30 Mei sehingga 8 Jun 2022.

Realme telah membuka liga ini kepada 5 negara Asia Tenggara untuk bersaing memenangi wang tunai bernilai 2,000 USD dan produk-produk canggih dari Realme. Negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pada 20 Jun 2022, pasukan dalam negara akan bersaing untuk menentukan 6 pasukan teratas bagi peringkat separuh akhir. Mereka juga akan memenangi RM800 dan menjadi wakil negara untuk peringkat akhir. Wakil-wakil negara akan bersemuka di peringkat akhir daripada 24 Jun sehingga 26 Jun 2022. Kalau korang berminat, pendaftaran boleh dibuat di sini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-realme-kolaborasi-realme-dan-pubg-mobile-bermula-jun-ini"} {"title": "Manga Kamen Rider Kuuga Bahasa English Bakal Keluar Tahun Depan", "body": "

Manga baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa halaman daripada dua jilid pertama keluaran Bahasa English untuk manga Kamen Rider Kuuga. Kamen Rider Kuuga ialah manga yang diadaptasikan daripada siri TV tokusatsu ikonik Jepun yang terkenal sejak dari era 90-an lagi. Jom kami ceritakan sedikit tentang manga Kamen Rider Kuuga ini.

\u201cManga ini melampaui batas adaptasi biasa dan mentakrifkan semula wiranya untuk penonton moden, mengembangkan alam semestanya dan menghubungkannya dengan penjelmaan wira lain. Manga ini juga direka mudah didekati untuk pembaca baharu yang belum pernah menemui cerita Kamen Rider sebelum ini. Ia merupakan titik permulaan yang sempurna untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengapa Kamen Rider sangat digemari oleh orang di seluruh dunia.\u201d

Mangga ini ditulis oleh Toshiki Inoue dengan pelakarnya iaitu Hitotsu Yokoshima. Untuk membuat pembelian, jilid satu akan dikeluarkan pada 8 November 2022 dengan harga harga $12.99 manakala jilid dua akan dikeluarkan pada 10 Januari 2023 dengan harga yang sama. Anda boleh pra-tempah kedua-dua jilid di Amazon.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/manga-kamen-rider-kuuga-bahasa-english-bakal-keluar"} {"title": "Ramattra - Tank Baru Untuk Overwatch 2", "body": "

Baru-baru ini pihak Blizzard telah mengumumkan hero baru yang akan dibawa masuk ke Overwatch 2. Hero baru ini adalah Ramattra, ketua untuk Null Sector.

Dalam video origin yang dikeluarkan, Ramattra merupakan satu Omnic Monk sama seperti Zenyatta. Pada mulanya Ramattra merupakan askar Omnix namun mengambil jalan untuk tidak lagi berperang dan menjadi Omnic Monk.\u00a0

Namun disebabkan pergolakan yang berlaku antara manusia dan Omnic, banyak Omnic yang terkorban dan ini membuatkan Ramattra merasakan jalan untuk keamanan hanya melalui kekerasan.

Hero baru ini dikatakan mempunyai dua form iaitu Omnic Form dan Nemesis Form. Buat masa ini tiada lagi info bila Hero baru ini boleh dimainkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ramattra-tank-baru-untuk-overwatch-2"} {"title": "Level Infinite Tiba Dengan Permainan Mobile RPG Baru", "body": "

Baru-baru ini pihak Level Infinite yang terkenal dengan permainan video Tower of Fantasy telah melancarkan permainan video RPG mobile terbaru mereka yang diberi nama Goddess Of Victory: Nikke.

Permainan video mobile ini merupakan satu permainan video berbentuk RPG Shooter yang dihasilkan oleh SHIFT UP, developer yang juga bertanggungjawab untuk permainan video Stella Blade yang bakal dilancarkan di PS5 tidak lama lagi.

Goddess Of Victory: Nikke akan menampilkan voice-over untuk English dan juga Jepun dan juga lagu tema bertajuk TuNGSTen yang ditulis oleh Sawano Hiroyuki yang mana sebelum ini menghasilkan theme song asal Attack of Titan.

Sempena perlancaran permainan video ini, pihak Level Infinite akan memberikan peluang untuk player-player baru untuk pull sebanyak 110 secara percuma dan bakal menerima 2 watak SSR dan 1 watak SR.\u00a0

Permainan video ini boleh dimuat-turun di iOS App Store dan Google Play.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/level-infinite-tiba-dengan-permainan-mobile-rpg-baru"} {"title": "GigaBash DLC Godzilla Akan Dilancarkan Bulan Disember Ini", "body": "

Passion Republic Games adalah sebuah studio bersendirian yang berasal dari Malaysia. Mereka baru sahaja melancarkan permainan mereka GigaBash ke PC, Playstation 4 dan Playstation 5 pada 5 Ogos yang lepas.\u00a0

GigaBash adalah sebuah permainan video yang bertemakan raksasa berlawan dengan raksasa dan boleh dimain sebanyak 4 pemain tidak kira online atau rakan sebenar.\u00a0

Buat masa ini, sebanyak 10 raksasa atau Kaiju telah tersedia di dalam permainan ini dan tidak lama lagi akan mempunyai satu lagi karakter baru.\u00a0

Godzilla, seekor raksasa reptilia dan satu francais yang amat terkenal di seluruh dunia sedang berkolaborasi dengan GigaBash.

Mereka telah mengumumkan pelancaran karakter Godzilla pada 9 Disember 2022 nanti. Jadi, nantikan ketibaan King of Kaiju ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gigabash-dlc-godzilla-akan-dilancarkan-bulan-disember-ini"} {"title": "Infinix HOT 20 Kini Dilancarkan Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini pihak Infinix Malaysia telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Infinix HOT 20 yang mana kini boleh didapatkan hanya pada harga RM599 sahaja!

Smarphone mampu milik ini didatangkan dengan feature 50MP Super Nightscape untuk gambar waktu malam yang lebih jelas dan lebih cantik.

Infinix HOT 20 ini akan dilengkapi dengan MediaTek Helio G85 untuk performance yang lebih lancar dan mempunyai RAM sehingga 11GB dan 128GB ROM. Tak dilupakan yang ianya akan menggunakan XOS 12.0 dan mempunyai screen sebesar 6.82 inci Punch Hole Fluid Immersive display.

Siri HOT 20 ini juga akan dijual untuk kelas bawahan yang mana dilengkapi dengan 13MP untuk kamera belakang dan 8MP untuk kamera hadapan. Ia juga akan dilengkapi dengan RAM sehingga 4GB dan 128GB ROM.\u00a0

Untuk siri yang dipanggil Infinix HOT 20i ini akan dijual hanya pada harga RM499. Kedua-dua smartphone ini kini boleh didapati di Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-hot-20-kini-dilancarkan-di-malaysia"} {"title": "Asia Pacific Predator League 2022 Grand Finals Bermula Minggu Depan", "body": "

Setelah dua tahun dijalankan secara online, kejohanan Asia Pacific Predator League akhirnya kembali secara acara fizikal!

Kejohanan ini bakal berlangsung di Tokyo, Jepun bermula 11 November 2022 sehingga 13 November 2022 ini. Pasukan-pasukan dari Asia Pasifik akan bertarung untuk merebut prize pool berjumlah USD400,000 dan menjulang piala APAC Predator League Shield!

Empat pasukan yang bakal mewakili Malaysia adalah Team SGDv2 (Sebelum ini dikenali sebagai Team SGD) dan pasukan VR Universal 4Rivals (Sebelum ini dikenali sebagai Team Setup). Mereka akan mewakili Malaysia dalam permainan video PUBG: BATTLEGROUND.

Manakala untuk DOTA 2, dua pasukan yang mewakili Malaysia adalah Team VhubbyBoiz (Sebelum ini dikenali sebagai Team RSG) dan juga Team SMG yang hadir sebagai pasukan jemputan.

Untuk PUBG: BATTLEGROUND, livestream akan disiarkan di Facebook rasmi Predator Malaysia manakala untuk DOTA 2 akan disiarkan di Facebook rasmi Acer Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asia-pacific-predator-league-2022-grand-finals-bermula-minggu-depan"} {"title": "Pasukan UiTM Berjaya Ke Peringkat Akhir E-League (UEL)", "body": "

Univeristi e-League (UEL) telah melancarkan musim ketiganya dengan membuka pertandingan salah satu siri permainannya iaitu FIFA 22. Sebanyak 50 pelajar telah bertanding dalam pusingan Kelayakan dan Playoff untuk mendapat tempat teratas bagi meneruskan perjuangan mereka ke Grand Final pada 11 Disember 2022 nanti.\u00a0

Playoff UEL FIFA 22 telah berlangsung di hujung minggu lalu dengan penyertaan dari pelbagai universiti. Antaranya ialah Universiti Multimedia (MMU), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Swinburne dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tiga hari berlalu dengan sengitnya di perlawanan e-bola sepak dan akhirnya 2 pemain UiTM berjaya tiba di tempat teratas secara langsung terus ke peringkat akhir.

Untuk minggu-minggu seterusnya UEL akan menjalankan tiga lagi siri permainannya iaitu VALORANT, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. Bagi minggu ini, akan berjalannya Kelayakan dan Playoff permainan VALORANT, selepas itu di minggu seterusnya Mobile Legends: Bang Bang dan terakhir sekali, PUBG Mobile selepas dua minggu berikutnya.

Sebanyak 200 lebih pasukan telah berdaftar. Lagi banyak pasukan, lagi banyak aksinya! Korang semua yang pelajar dan peminat e-sukan ini sangat digalakkan untuk menonton dan menyokong mereka melalui Facebook UEL.\u00a0

Dari sekarang hingga 20 November 2022 akan disiarkan secara langsung setiap hari Sabtu dan Ahad berturut-turut. Untuk Grand Final pula akan diadakan 10 Disember 2022 dan 11 Disember 2022. Saksikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-uitm-berjaya-ke-peringkat-akhir-e-league-uel"} {"title": "FIFA 23 World Cup Tiba Minggu Hadapan", "body": "

FIFA 23 dengan rasminya akan keluar pada 9 November 2022 di semua platform secara percuma. Video trailer telah dikongsikan juga untuk memberitahu butiran update termasuk juga the World Cup event dalam Ultimate Team dan mod-mod lain.\u00a0

Walaupun World Cup 2022, kejohanan bola sepak terbesar di seluruh dunia akan berlangsung tidak lama lagi di Qatar pada bulan ini, EA Sports telah mengesahkan bahawa update World Cup ini akan ada di FIFA 23. Berdasarkan video dikongsikan, update terbaru ini akan menambahkan satu mod khas World Cup Tournament dengan menunya tersendiri. Ini akan membenarkan akses kepada single-player dan mod multiplayer.

Single-mode atau mod FIFA World Cup 2022 akan membenarkan pemain merasai sendiri keadaan World Cup sebagai pasukan berkelayakan dalam kejohanan dari group stage hingga ke finals. Dalam online tournament pula, multiplayer mode, korang akan dapat merasai knockout stage dalam matchmaking-based, di mana korang boleh pilih mana-mana pasukan berkelayakan dan bermain dengan pemain lain untuk ke arah finals.\u00a0

Bukan sahaja itu, World Cup juga telah menambahkan 15 negara yang tidak berkelayakan di kejohanan yang sebenar. Korang boleh hasilkan World Cup korang sendiri dengan gantikan yang pasukan yang layak dengan pilihan korang.

Mod FIFA World Cup: Live dinaik taraf dengan memberikan peluang kepada kita untuk merasai jadual dan keputusan diputuskan secara langsung. Korang boleh pilih mana-mana sahaja perlawanan yang lepas dan main semula untuk dapatkan keputusan yang beza. Boleh dimain dengan AI, kawan dan kawan online.

Bagi Ultimate Team, tiada perubahan khas untuk kali ini. Namun begitu, bagi konten World Cup termasuk kit baru, rupa stadium, objektif dan barangan pemain berdasarkan perlawanan akan ada untuk FIFA Ultimate Team (FUT) biasa korang.\u00a0\u00a0

Untuk tambahan terakhir, pembangun FIFA 23 juga telah menambah dua stadium rasmi World Cup 2022 dalam update yang akan datang, termasuk juga stadium untuk finals. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fifa-23-world-cup-tiba-minggu-hadapan"} {"title": "D3V Silence Menjadi Juara PMCC MY 2022", "body": "

PMCC atau PUBG MOBILE Campus Championship adalah satu kejohanan yang rasmi dianjurkan oleh PUBG Mobile Malaysia bagi memberi pasukan terbaik dari pusat pengajian dari seluruh negeri untuk bertanding.\u00a0

Namun untuk kali ini, PMCC MY 2022 memberi kelonggaran dengan membuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia berumur dari 16 tahun ke atas untuk menyertai perlawanan ini. Tambahan lagi, mereka juga dibenarkan untuk membuat satu pasukan dengan pusat pengajian lain untuk memasuki program ini.\u00a0

Terdapat 16 pasukan di peringkat akhir dalam PMCC MY kali ini. 4 pasukan dari Kelayakkan Campus Leaders dan 12 pasukan dari Kelayakkan Terbuka. Pasukan yang akan menerima jemputan ke PMNC 2022 adalah pasukan yang berada di tempat 4 teratas, tetapi D3V Silence dan Deto Glazer sudah pun mempunyai slot ke PMNC 2022 sewaktu di PUBG MOBILE City Tournament 2022 (PMCT).\u00a0

Oleh itu, mari kita saksikan perlawanan mereka di PMNC 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/d3v-silence-menjadi-juara-pmcc-my-2022"} {"title": "Black Panther: Wakanda Forever Akan Datang Ke Malaysia", "body": "

Marvel Cinematic Universe akan meneruskan francaisnya dengan filem Black Panther: Wakanda Forever sebagai penutupan bagi tahun ini. Disebabkan filem ini akan mula tayangan pada 10 November 2022, GSC telah mengumumkan tarikh pembelian tiket awal bermula dari 4 November 2022, Jumaat ini.

Seperti masalah sebelum ini dengan filem Thor: Love and Thunder yang dibatalkan tayangannya di Malaysia, filem Black Panther buat masa ini tidak mempunyai sebarang masalah. TGV juga menyokong berita ini dengan menunjukkan satu Tweet di Twitter bahawa filem ini telah mendapat kebenaran dan tidak diharamkan.\u00a0

Boleh dikatakan filem Black Panther kali ini amat dinanti-nantikan oleh peminat dan penonton atas sebab kematian pelakon Black Panther, Chadwick Boseman. Kebanyakan dari kita mesti ingin tahu, apa yang akan berlaku pada watak Black Panther ini. Mari kita nantikan sama-sama!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/black-panther-wakanda-forever-akan-datang-ke-malaysia"} {"title": "17 Pasukan Yang Bertanding Di Free Fire World Series (FFWS) 2022", "body": "

Selepas beberapa bulan perlawanan yang sengit, Garena telah mengumumkan Free Fire World Series 2022 akan kembali pada 25 November 2022 hingga 26 November 2022.\u00a0

Kejohanan ini akan berlangsung di Bangkok, Thailand dengan 17 pasukan berkelayakan dari 10 liga di seluruh dunia termasuk juga AV Radicals dan Expand dari Major MCPS (Malaysia, Cambodia, The\u00a0 Philippines dan Sri Lanka). Mereka akan bertanding demi mendapat gelaran ultimate championship dan sebahagian prize pool US$2,000,000.

\u2018Fight as One\u2019 adalah slogan untuk FFWS 2022 kali ini untuk menyambut semangat berpasukan dan dedikasi yang telah di demonstrasikan oleh pasukan finalis sebelum ini. Expand (Malaysia) dan AV Radicals (Filipina) akan termasuk juga dalam display demi mewakilkan MCPS di play-ins dan finals.\u00a0

Tambahan lagi, mascot baru, Arvon, pet baru Free Fire akan dilihat menyokong di arena nanti.

Bukan itu sahaja, peminat dan pemain diberi peluang juga untuk memenangi hadiah kostum legenda edisi terhad buat kali pertamanya! Bagi yang ingin menyertai event global, korang boleh nantikan event, misi dan hadiah bertemakan World Series di dalam Free Fire bermula dari 18 November 2022.\u00a0

Pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di Youtube, Facebook, Tiktok dan siaran rakan kongsi acara di dalam Bahasa Melayu (Garena Free Fire Malaysia channels) dan English.

Pasukan Play-ins

  1. Magic Squad
  2. RRQ Kazu (ID)\u00a0
  3. Naguar\u00e1 (LATAM)\u00a0
  4. Expand (MCPS 1 )\u00a0\u00a0
  5. Infinity VX (MENA 2 )\u00a0\u00a0
  6. Hotshot Esports (PK)
  7. EVOS Phoenix (TH)\u00a0\u00a0
  8. LGDS (TW)\u00a0
  9. Team Flash (VN)

Pasukan Finals

  1. Vivo Keyd (BR)\u00a0
  2. Vastomundo (EU)\u00a0
  3. SES Alfaink (ID)\u00a0
  4. Ignis Esports (LATAM)\u00a0
  5. AV Radicals (MCPS 1 )\u00a0
  6. ALPHA (MENA 2 )\u00a0
  7. Nigma Galaxy (TH)\u00a0\u00a0
  8. HQ Esports (VN)

Pasukan yang telah mendapat tiket Finals pada 26 November 2022 jam 10 petang (GMT+8) secara langsung adalah pasukan juara liga dari Brazil, Latin America, Europe, MENA (Middle East and North Africa), Thailand, Vietnam dan Indonesia. Termasuk juga Major MSPC Juara Season 4, AV Radicals.\u00a0

Bagi Expand pula, mereka perlu bertanding dengan juara-juara liga dari Pakistan dan Taiwan, termasuk juga first runners-up dari Brazil, Latin America, MENA, Thailand, Vietnam, dan Indonesia di play-ins pada 25 November 2022 jam 10 petang (GMT+8).\u00a0

Hanya 9 pasukan yang akan mendapat tempat di Finals, dengan 4 pasukan teratas akan sertai 8 pasukan pilihan, jadi keseluruhannya akan menjadi 12 finalis ke Finals.\u00a0

Mereka akan bertanding sebanyak 8 pusingan sepanjang 4 peta dengan pemain perlu menjadi orang yang terakhir berdiri. Markah akan diberi berdasarkan ranking dan bilangan bunuh. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/17-pasukan-yang-bertanding-di-free-fire-world-series-ffws-2022"} {"title": "Friday The 13th Kembali Dengan Siri TV - Crystal Lake", "body": "

Francais Friday The 13th adalah salah satu francais seram yang terkenal dengan pembunuh bersirinya, Jason Voorhees. Bertopengkan topeng hoki adalah rupa ikoniknya yang tidak mudah dilupakan oleh peminat dan penonton.\u00a0

Pada tahun 2009, adalah tahun terakhir kita lihat Jason beraksi dan tiada filem yang terbaru sehingglah kini. Namun begitu, peminat tidak perlu tunggu lagi kerana Peacock telah mengumumkan siri TV terbaru iaitu Crystal Lake di mana siri ini mengutamakan kisah silam Jason.\u00a0

Butiran masih belum dikeluarkan lagi namun di Twitter terdapat satu Tweet \u201cMother Knows Best\u201d oleh Bryan Fuller, pencipta cerita ini. Ungkapan ini antara dialog paling terkenal yang pernah ibu Jason berkata. Jadi, secara langsung kita mendapat satu petunjuk di mana siri TV ini akan membawa kita.\u00a0

Bryan Fuller akan melibatkan diri termasuk juga Victor Miller, penulis asal fancais ini, dalam menghasilkan siri ini. Tambahan lagi, Studio A24 terkenal dengan filem-filem seramnya akan bekerjasama dengan mereka.\u00a0

Akibat pergaduhan hak milik filem antara Victor Miller dan Sean Cunningham, pengarah filem asal, Miller tidak dibenarkan untuk menggunakan Jason versi dewasa termasuk juga watak-watak bertopengkan hoki.\u00a0

Walau bagaimanapun, terdapat juga khabar mengatakan Cunningham akan turut serta, tetapi tidak dapat disahkan lagi. Oleh itu, buat masa ini mari kita nantikan pelancaran siri ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/friday-the-13th-kembali-dengan-siri-tv-crystal-lake"} {"title": "Burn X Team Flash Pulang Awal, Orange Esports Ke Pusingan Seterusnya", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya kejohanan ONE Esports MPL Invitational 2022 dimana pada match pertama pasukan dari Malaysia iaitu Orange Esports akan bertemu dengan wakil dari Kemboja iaitu Burn X Team Flash.

Pasukan memberikan persaingan yang sangat bagus dan walaupun dengan gameplay yang kemas ditunjukkan oleh Burn X Team Flash, mereka terpaksa akur apabila ditewaskan oleh ORange Esports dengan mata 2 berbalas 1.

Hari hanya ada 1 pasukan dari Malaysia sahaja yang akan bertanding iaitu team Orange Esports. Malaysia diwakili oleh 2 lagi pasukan iaitu Todak dan Team HAQ.

Sebanyak USD100,000 prize pool dipertaruhkan yang mana tempat pertama akan mebawa hadiah tunai bernilai USD35,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/burn-x-team-flash-pulang-awal-orange-esports-ke-pusingan-seterusnya"} {"title": "Marvel Games Membuat Perjanjian Jangka Panjang Dengan Electronic Arts", "body": "

Marvel Games telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Electronic Arts (EA) dalam menghasilkan sekurang-kurangnya tiga permainan video yang bertemakan action-adventure untuk konsol dan juga PC korang.\u00a0

Setiap permainan yang dihasilkan akan mempunyai jalan penceritaan yang khas di Marvel Universe dan salah satu sudah pun diumumkan pada bulan September lepas, permainan video Iron Man daripada Motive Studios.\u00a0

Permainan Iron Man ini dirancang menjadi sebuah permainan single player, third person dan action-adventure supaya dapat berikan peluang kepada pemain semua untuk menjadi Iron Man. Oliver Proulx yang pernah bekerja di projek Marvel sebelum ini, sedang memimpin pasukan pembangunan permainan video ini.\u00a0

Ada beberapa khabar angin tentang permainan keduanya akan berdasarkan Black Panther namun masih belum disahkan lagi. Oleh itu, nantikan lagi perkembangan mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-games-membuat-perjanjian-jangka-panjang-dengan-electronic-arts"} {"title": "Spoiler God Of War Ragnarok Mengecewakan Cory Barlog", "body": "

Perlancaran permainan video yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat, God of War Ragnarok bermula dengan agak mengecewakan atas perbuatan satu pihak. Pihak ini pada awalnya berniat untuk membuat satu ulasan ke atas permainan video ini. Oleh itu, pihak tersebut telah mendapatkannya lebih awal dari tarikh keluarnya.

Namun secara sengaja ataupun tidak, pihak tersebut telah screenshot ulasannya dan muat naik di internet. Ini menyebabkan peminat secara tidak sengaja terbaca atau terlihat spoiler bagi permainan video ini.\u00a0

Bukan masalah itu sahaja, seorang penjual permainan video telah pun menjual permainan video ini lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 9 November 2022 ini lalu menyebabkan spoilers bertambah di internet sehingga membuat Cory Barlog marah dan patah hati atas tindakan pihak tersebut.\u00a0

Cory Barlog, pengarah bagi God of War pertama \u2018olahan semula\u2019 mengatakan perasaan kurang senangnya di Twitter dan juga mewakilkan diri untuk meminta maaf atas gangguan spoiler tersebut kepada pemain-pemain lain.\u00a0

Jadi, korang bersabarlah ya. God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November di PS4 dan PS5 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spoiler-god-of-war-ragnarok-mengecewakan-cory-barlog"} {"title": "Three-Body Problem Animated Series - Akan Debut Secara Global Di Disember", "body": "

Three-Body Problem Animated Series sebuah animasi Bilibili telah diumumkan bersama barisan 49 Chinese anime di dalam event tahunan ANIME MADE BY BILIBILI 2022-2023, salah satu cara terbaru mereka untuk mempamerkan lagi animasi-animasi tempatan.

Chinese anime sudah pun berada di peringkat tinggi di bahagian pengiktirafan antarabangsa. Sebagai contoh, 70 animasi bertajukkan bahasa Cina telah dilancarkan di Bilibili untuk penonton di Asia Tenggara dan sebanyak 98 juta views telah menontonnya sejak akhir 2020.

Manakala di platform global, Chinese title anime sudah pun diperkenalkan secara aktif dan 24 siri Bilibili sudah pun berada di seluruh dunia. #DongHua, perkataan Cina untuk anime, telah menjadi perkataannya tersendiri di media sosial antarabangsa untuk memudahkan khalayak ramai untuk mengikut berita dan membuat perbincangan antara satu sama lain.\u00a0

Bilibili secara rasmi mengumumkan animasi Three-Body Problem akan dikeluarkan pada 3 Disember 2022 secara global. Siri animasi ini diadaptasikan oleh Liu Cixin, pemegang Hugo Award-winning sci-fi trilogy dan co-presented oleh syarikat sci-fi paling terkenal, The Three-Body Universe dan juga studio animasi paling terkemuka, YHKT Entertainment.\u00a0

Nantikan siri sci-fi paling signifikan selama 20 tahun!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/three-body-problem-animated-series-akan-debut-secara-global-di-disember"} {"title": "Venom 3 - Filem Pertama Yang Akan Diarah Oleh Kelly Marcel", "body": "

Venom dan Eddy Brock (Tom Hardy) kali terakhir dilihat di filem Let There Be Carnage (Sony) dan Spider-Man: No Way Home (Marvel) sebagai cameo di adegan kredit. Sudah diumumkan tentang kedatangan filem ketiga Venom namun penceritaannya masih belum diberitahu lagi.

Kelly Marcel tidaklah asing dari projek Venom ini kerana dialah penulis bagi kedua-dua filem Venom dan Venom: Let There Be Carnage termasuk juga di filem ketiga ini. Tetapi, pangkatnya kali ini dinaikkan sebagai pengarah buat kali pertama bagi penghasilan filem Venom 3.

Kelly Marcel dan Tom Harday belum lagi selesai menulis skripnya oleh sebab itu kita belum mendapat apa-apa berita lagi mengenai filem ini. Jadi, buat masa ini Venom ketiga masih lagi sebuah misteri, mari sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/venom-3-filem-pertama-yang-akan-diarah-oleh-kelly-marcel"} {"title": "Watak Baru Saki Fuwa Bakal Tiba Di Tower Of Fantasy!", "body": "

Baru-baru ini pihak developer Hotta Studio dan publisher Level Infinite telah mengumumkan ketibaan watak terbaru mereka iaitu Saki Fuwa!

Saki Fuwa watak simulacrum terbaru ini bakal hadir secara global pada 10 November 2022.\u00a0

Sebagai captain untuk Mirroria Security Special Force, beliau merupakan satu-satunya manusia tulen dalam pasukannya yang mana tidak perna melakukan apa-apa penambahan biomechanical pada badannya.

Seorang yang pakar dalam seni bela diri kendo, beliau mampu untuk melakukan \u201cSuper Flow\u201d yang mana merupakan satu skil menumpukan seluruh tenaga yang untuk single attack yang menaikkan attack power watak tersebut.

Saki Fuwa juga bakal ditemani dengan senjata beliau iaitu Heartstream yang mana merupakan dual blade katana.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/watak-baru-saki-fuwa-bakal-tiba-di-tower-of-fantasy"} {"title": "Todak MLBB Kini Ditaja Oleh Codashop", "body": "

Baru-baru ini pihak Codashop yang merupakan sebuah platform tambah nilai permainan video online telah mengeluarkan kenyataan yang Todak MLBB kini sah ditaja oleh mereka.

Ura-ura tentang kerjasama ini telah mula tersebar sejak dua bulan yang lepas dan kini selepas habisnya MPL MY Musim Kesepuluh, Codashop akhirnya telah mengesahkan yang mereka sememangnya akan menaja pasukan yang pernah menjadi juara MPL My sebanyak dua kali ini.

Todak MLBB merupakan pasukan esports pertama di Malaysia yang ditaja oleh Codashop. Pihak Codashop menyatakan yang selepas ini, akan banyak aktiviti yang akan dijalan bersama Todak MLBB bagi memeriahkan lagi komuniti MLBB di Malaysia.

\u201cIni akan menjadi satu kolaborasi yang baik diantara Todak dan Codashop. Ianya akan membuka banyak peluang kepada kedua-kedua pihak untuk menjalankan pelbagai bentuk kolaborasi\u201d Kata Ikuto sebagai wakil Todak berkenaan dengan kerjasama ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-mlbb-kini-ditaja-oleh-codashop"} {"title": "Fatal Frame: Mask Of The Lunar Eclipse Tiba Tahun Depan", "body": "

Siri Permainan Video Seram, Fatal Frame bakal mengeluarkan remastered untuk permainan video Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse bermula pada 9 Mac 2023 tahun depan.

Permainan video ini pada mulanya dikeluarkan pada tahun 2008 untuk Nintendo Wii ini merupakan siri keempat untuk permainan video Fatal Frame / Project Zero.

Untuk versi Digital Deluxe, ianya akan disertakan dengan DLC \u201cRogetsu Isle Dinner Party Costume Set\u201d dan juga Digital Artbook berserta original soundtrack.\u00a0

Permainan video ini akan dikeluarkan secara fizikal dan digital untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fatal-frame-mask-of-the-lunar-eclipse-tiba-tahun-depan"} {"title": "MobaZane Berjaya Ke M4 Bersama Pasukan Baru", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya kejohanan North America Challenger Tournament (NACT) Fall Season 2022. Pemenang kejohanan ini bukan sahaja merangkul gelaran juara malah akan menerima slot untuk bertanding di M4 nanti.

Dalam Grand Final yang berlangsung pada 31 Oktober yang lepas, pasukan The Valley telah bertembung dengan pasukan The Simpsons. Untuk pengetahuan korang, pasukan The Valley merupakan pasukan baru yang dianggotai oleh MobaZane dan FwydChickn yang sebelum ini merupakan ahli pasukan BTK.

Dalam perlawanan Grand Finals NACT Fall Season 2022, pasukan The Valley menunjukkan prestasi yang sangat bagus apabila berjaya menumbangkan pasukan The Simpson dengan mata 4 berbalas 1. Mereka berjaya membawa pulang hadiah tunai berjumlah USD10,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobazane-berjaya-ke-m4-bersama-pasukan-baru"} {"title": "The Day Before Keluar Trailer Terbaru Beserta Tarikh Perlancaran", "body": "

Fntastic telah mendedahkan trailer terbaru bagi permainan The Day Before. Trailer yang dikeluarkan ini sedikit sebanyak menepis dakwaan segelintir orang yang mendakwa permainan ini hanyalah satu scam atau gimik.

Untuk korang yang tidak mengetahui mengenai permainan ini, The Day Before adalah sebuah permainan open world survival horror dan mengutamakan mod multiplayer. Ianya akan berlatar belakangkan Amerika pada era selepas apocalypse dan mengisahkan dunia yang dipenuhi zombi.\u00a0

Dalam trailer yang berdurasi 36 saat ini, kita dapat lihat sebuah kereta sports meluncur laju sepanjang jalan di tengah-tengah bandar. Apa yang menarik tentang trailer ini adalah ianya hampir sama dengan satu babak dalam filem 'I Am Legend' yang memaparkan karakter Will Smith memandu sepanjang bandar New York.

Permainan ini pada mulanya didedahkan pada 2021 yang melalui trailer gameplay. Mereka sekali lagi menunjukkan gameplay pada awal tahun ini tapi video berkenaan dibuang YouTube kerana aduan berkaitan trademark.\u00a0

The Day Before bakal dilancarkan 10 November ini di platform PC.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-day-before-keluar-trailer-terbaru-beserta-tarikh-perlancaran"} {"title": "Ubisoft Forward Bakal Dedah Lebih Banyak Maklumat Tentang Projek Besar Ubisoft", "body": "

Oleh kerana E3 tidak diadakan tahun ini, Ubisoft bakal mengadakan acara mereka sendiri sebaik tamatnya Summer Game Fest Showcase. Acara yang dinamakan Ubisoft Forward diadakan untuk mendedahkan projek besar mereka. Ubisoft Forward dijadualkan akan diadakan pada 12 Jun ini.

Ubisoft sebelum ini pernah mengeluarkan satu trailer untuk acara ini. Dalam trailer tersebut, mereka memaparkan tiga permainan yang bakal didedahkan pada acara ini iaitu Assassin's Creed Mirage, Avatar: Frontiers of Pandora, dan The Crew Motorfest.

Ubisoft pada ketika ini sedang merancang enam permainan Assassin's Creed. Namun, hanya Mirage yang disahkan akan ditayangkan dalam acara ini. Assassin's Creed: Mirage bakal dilancarkan pada 23 Oktober 2023 ini.\u00a0

Permainan lain yang bakal didedahkan adalah Avatar: Frontiers of Pandora yang sepatutnya dilancarkan tahun 2022. Peminat pastinya ingin pembangun permainan ini, Massive Entertainment untuk mendedahkan progress pembangunan permainan bersama dengan jangkaan tarikh perlancaran.

The Crew Motorfest adalah permainan terakhir yang disahkan dalam acara ini. Permainan ini adalah judul ketiga dari siri permainan The Crew. Pemain akan dibawa untuk mengembara Hawaii menggunakan pelbagai kenderaan seperti kereta, kapal terbang dan bot.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-bakal-dedah-lebih-banyak-maklumat-berkaitan-projek-mereka"} {"title": "Fortnite Dedahkan Skin Terbaru Termasuk Optimus Prime", "body": "

Selepas beberapa khabar angin tentang kedatangan Optimus Prime ke dalam Fortnite, akhirnya Fortnite telah mengesahkan bahawa skin karakter terbabit bakal hadir dalam Chapter 4 Season 3 itu bersama tujuh lagi skin karakter lain.

Fortnite telah menunjukkan skin karakter baru ini dengan lebih detail menerusi laman rasmi Twitter Fortnite. Mereka telah memuat naik gambar empat karakter Chapter 4 Season3 dengan salah satu karakter tersebut adalah Optimus Prime, yang penampilannya diambil dari filem Transformers: Rise Of The Beasts.\u00a0

Trailer CGI untuk Season 3 juga dikeluarkan sebelum ini, mendedahkan season akan datang bakal bertemakan hutan, dengan judul rasmi Fortnite WILDS. Bersama Optimus Prime, Fortnite mendedahkan tiga lagi skin karakter iaitu Mariposa, Relik dan Purradise Meoescles.\u00a0

Keempat-empat skin yang didedahkan ini akan ditambah kedalam Battle Pass bersama lagi empat skin karakter iaitu Era, Trace, Rian dan Lorenzo. Skin karakter Optimus Prime dikatakan akan dapat diunlock apabila mencapai Battle Pass Level 100.

Fortnite Chapter 4 Season 3 dijangka akan bermula pada 9 Jun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-dedahkan-skin-terbaru-termasuk-optimus-prime"} {"title": "Pre-Register Permainan Dragon Nest 2: Evolution Dibuka Untuk Android Dan iOS", "body": "

Level Infinite telah mengumumkan yang pre-register untuk permainan Dragon Nest 2: Evolution kini telah dibuka untuk pengguna peranti Android dan iOS. Dalam menyambut fasa pre-register ini juga, Level Infinite akan memberikan banyak hadiah kepada para pemain.

Pemain akan mendapat hadiah in-game yang sangat bernilai jika pra-pendaftaran berjaya mencapai jumlah tertentu. Berikut adalah jumlah yang perlu dicapai dan hadiah yang bakal menanti pemain:\u00a0

Permainan ini mengisahkan dunia Alteria dalam fasa kejatuhan dan menunggu Heronya kembali untuk melindungi mereka. Pemain juga akan merasai pengalaman memuaskan seperti interaksi NPC yang vivid, dan persekitan realistik termasuk istana, dinding, gnung dan banyak lagi.

Permainan ini juga mengandungi pelbagai feature, antaranya adalah Bosses Evolution, Class Evolution, Multiplayer Evolution, Trading Evolution dan Cultivate Evolution.

Dragon Nest 2: Evolution adalah permainan MMORPG yang dihasilkan Shengqu Game dan diterbitkan oleh Level Infinite. Permainan ini bakal tersedia di Google Play Store, Apple Store, Huawei AppGallery, dan OPPO Store.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-register-permainan-dragon-nest-2-evolution-dibuka-untuk-androd-dan-ios"} {"title": "Malaysia Raih Pingat Perak Di Sukan Para ASEAN 2023", "body": "

Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia yang berjaya merangkul tempat kedua dan mendapat pingat perak dalam acara Mobile Legends: Bang Bang di temasya Sukan Para ASEAN yang diadakan di Kemboja ini. Malaysia tidak bernasib baik apabila kalah kepada gergasi ML, Filipina.

Filipina melebarkan dominasi mereka dalam acara ML yang sebelum ini pernah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2023. Mereka mengalahkan Malaysia dengan skor 3-0 pada aksi Grand Final sekali gus merangkul pingat emas. Walau bagaimanapun, pingat yang diraih tidak akan dikira dalam jumlah kesuluruhan kutipan pingat kerana acara e-sukan kali ini adalah sebuah demonstrasi.

Tuan rumah iaitu pasukan Kemboja yang kalah kepada Malaysia ketika Semi-Final berjaya merangkul pingat gangsa selepas menundukkan Thailand. Kemboja mengalahkan Thailand dengan skor 2-0.\u00a0

Ini adalah kali pertama acara ML dipertandingkan dalam sukan Para ASEAN. Acara ini telah disertai oleh empat negara iaitu Filipina, Malaysia, Kemboja dan Thailand. Acara ini diadakan selama dua hari iaitu 4 Jun dan 5 Jun lalu.

Sukan Para ASEAN adalah sebuah acara sukan yang diadakan untuk atlet kurang upaya daripada negara-negara Asia Tenggara. Ianya adalah platform untuk atlet ini untuk menunjukkan kemahiran mereka di pentas antarabangsa sambil mempromosikan semangat kesukanan dan inklusiviti.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/malaysia-raih-pingat-perak-di-sukan-para-asean-2023"} {"title": "Diablo 4 Jadi Permainan Blizzard Paling Banyak Dijual", "body": "

Activision Blizzard mendedahkan bahawa permainan Diablo 4 telah menjadi permainan Blizzard paling banyak dijual. Berita ini dimuatkan melalui suatu hantaran di Twitter rasmi Diablo.

Menurut Businesswire, Diablo 4 telah dimainkan sebanyak 93 juta jam atau lebih 10,000 tahun dan juga bersamaan bermain 24 jam sehari sejak dari awal peradaban manusia. Walau bagaimanapun, Blizzard tidak mendedahkan jumlah sebenar unit yang telah terjual. \u00a0

Data yang dikeluarkan ini termasuk dengan jumlah pemain yang dapat mengakses awal. Permainan ini secara rasmi dikeluarkan pada 6 Jun lalu namun pemain yang membeli edisi Deluxe atau Ultimate dapat bermain permainan ini seawal 1 Jun.

Rekod jualan tertinggi permainan buatan Blizzard sebelum ini dipegang World of Warcraft: Shadowlands dengan 3.7 juta unit telah terjual pada hari pertama perlancaran di PC. Rekod ini masih mengagumkan kerana Diablo 4 dikeluarkan untuk pelbagai platform.

Diablo 4 menampilkan fungsi cross-platform dan cross-progession di kesemua platform yang terlibat iaitu PC, Xbox Series X/S, Xbox One, PlayStation 4, dan PlayStation 5.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/diablo-4-jadi-permainan-blizzard-paling-banyak-dijual"} {"title": "Pre-Register SpongeBob Adventures: In A Jam! Kini Dibuka Untuk Peranti Android Dan iOS", "body": "

Tilting Point telah membuka pre-register untuk permainan SpongeBob Adventures: In A Jam! untuk peranti Android dan iOS. WhaleApp yang pernah membangunkan permainan seperti Doctor Who: An Unlikely Heist dan Hidden Hotel: Miami Mystery bertanggungjawab membangunkan permainan SpongeBob ini.

Dalam permainan ini, pemain akan membantu SpongeBob untuk membangunkan kembali Bikini Bottom selepas bandar ini musnah akibat percubaan Plankton yang gagal untuk mencuri resipi Krabby Patty. Tempat seperti Jellyfish Fields, New Kelp City dan Atlantis juga akan diperlihatkan kepada pemain semasa mereka sibuk membangunkan Bikini Bottom.

Untuk membangunkan Bikini Bottom, pemain akan menghasilkan produk seperti Krabby Patty, jeli obor-obor dan tanaman lain dengan cara membuat petak tanaman. Pemain juga akan dipertemukan dengan karakter seperti Kevin C. Cucumber, King Jellyfish, Squidward dan Mr.Krabs.\u00a0

Tilting Point dan WhaleApp juga akan menawarkan hadiah dalam permainan jika jumlah pendaftaran mencapai sasaran tertentu.

Tilting Point sebelum ini pernah mengeluarkan permainan SpongeBob: Krusty Cook-Off yang mencapai 17 juta pre-register dan 50 juta muat turun. SpongeBob Adventures: In a Jam! adalah permainan terkini daripada mereka dan peminat boleh mengakses permainan ini di Google Play Store dan Apple App Store.
\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-register-spongebob-adventures-in-a-jam-kini-dibuka-untuk-peranti-android-dan-ios"} {"title": "Apple Vision Pro Bakal Tampilkan Lebih 100 Permainan Dari Apple Arcade", "body": "

Apple telah mendedahkan bahawa headset Vision Pro yang menggunakan teknologi augmented reality (AR) bakal menampilkan lebih 100 permainan pada hari perlancaran nanti. Pengumuman ini tiba semasa acara WWDC23, yang juga menunjukkan fungsi menarik produk yang boleh dikawal mata, tangan dan suara pemakai.

Apple Vision Pro adalah sebuah headset AR yang mengutamakan kualiti visual dan audio yang baik. Skrin 3D yang dipasangkan dengan fungsi Spatial Audio dimana terdapat speaker di kiri dan kanan telinga, ianya akan membenarkan pengguna merasai pengalaman permainan yang sangat berkualiti dan memuaskan. \u00a0

Dengan sambungan alat kawalan, Apple Vision Pro akan menampilkan lebih 100 permainan dari servis Apple Arcade sebaik saja dilancarkan nanti. Dalam demo yang diperlihatkan, mereka menunjukkan permainan NBA 2K23 dengan penggunaan alat kawalan. Sebuah enjin permainan yang popular iaitu Unity telah bekerjasama dengan Apple dan akan mempunyai permainan 3D tersendiri.

Apple Vision Pro dijangka bakal dilancarkan pada awal tahun depan di Amerika Syarikat dengan harga $3499 USD. Bagi penggemar produk Apple di negara ini, korang mungkin perlu membeli dari Amerika dengan harga lebih RM16,000.

Masih tidak diketahui sama ada permainan-permainan dalam Apple Arcade akan dimuatkan secara percuma dalam pembelian headset Vision Pro ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apple-vision-pro-bakal-tampilkan-lebih-100-permainan-dari-apple-arcade"} {"title": "RSG Slate MY Senaraikan Pemain Untuk 'Open For Transfer'", "body": "

Salah satu pasukan Mobile Legends yang terkenal di Malaysia, RSG Slate MY telah menyenaraikan beberapa pemain sebagai \u2018Open For Transfer\u2019 bagi fasa perpindahan yang akan datang. Pemain yang bakal dilepaskan dan berstatus \u2018Open For Transfer\u2019 adalah Egm, Chri1sphobia, Neyyy, Humblekid, Mortalalala, Hyhy, Hawkk dan LinkEzaa.

Rata-rata peminat terkejut dengan pelepasan pemain-pemain ini terutamanya LinkEzaa yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pasukan ini. Pemain yang masih kekal bersama pasukan ini adalah Iris, RIPPO, Zaed, Izanami, Lolealz dan Leixia.

Pencapaian tertinggi yang pernah dicapai pasukan ini adalah mereka pernah memenangi kejohanan MPL MY Season 7 dan salah seorang pemain mereka iaitu Lolealz meraih anugerah \u2018Playoff MVP\u2019. Mereka juga mempunyai pencapaian di pentas antarabangsa apabila mendapat tempat keempat semasa kejohanan MSC 2021.\u00a0

Mengenai sejarah pembentukan pasukan ini, RSG selaku organisasi e-sukan dari Singapore telah membuka pejabat kedua mereka di Kuala Lumpur dan menubuhkan pasukan eports pertama mereka iaitu pasukan PUBG. Pada 1 Februari 2023, RSG menjalinkan kerjasama dengan Slate Esports dan membentuk pasukan RSG Slate. Nama pasukan RSG Malaysia ditukar menjadi RSG Slate MY.

RSG perlu mencari pemain dan menggantikan pemain yang meninggalkan pasukan secepatnya bagi mengharungi kejohanan Mobile Legends yang terdekat.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-slate-my-senaraikan-pemain-untuk-open-for-transfer"} {"title": "Infinix Malaysia Anjur Kejohanan MLBB Beyond Limits Championship", "body": "

Infinix Malaysia telah mengumumkan yang mereka bakal mengadakan kejohanan Beyond Limits Championship daripada 20 Jun hingga 25 Jun 2023. Kejohanan ini dibuat bersempena dengan perlancaran siri peranti terbaru dari Infinix iaitu Infinix 30 Series.\u00a0

Beyond Limits Championship adalah sebuah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diadakan secara dalam talian. Kejohanan ini memberi peluang kepada bakat muda seluruh Malaysia untuk menyahut cabaran dan mempertingkatkan kemahiran dan gaya permainan mereka ke tahap yang lebih cemerlang.

32 pasukan akan dipilih secara rawak untuk disertakan dalam kejohanan yang diadakan selama enam hari ini. Bagi korang yang ingin menyertai kejohanan ini, korang hanya perlu melakukan beberapa langkah di bawah:\u00a0

Langkah 1: Komen \u201cWe are ready\u201d dan tag empat rakan anda pada post mengenai kejohanan di laman Facebook rasmi Infinix Malaysia (Infinix Mobile).

Langkah 2: Follow laman Instagram dan Facebook rasmi Infinix.

Langkah 3: Like & share post tersebut dan sertakan sekali #GamingBeyondLimits.

Korang yang ingin menyertai kejohanan diingatkan untuk berbuat segera memandangkan proses pengambilan sudah bermula pada 6 Jun dan akan berakhir pada 18 Jun ini.

Kejohanan ini juga menawarkan hadiah yang sangat lumayan kepada pasukan yang berjaya menaiki podium. Bagi pemenang tempat pertama, mereka akan dapat hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 beserta lima peranti NOTE 30. Tempat kedua pula akan mendapat RM1,000 dan tempat ketiga mendapat RM800.

Jika pasukan pemenang mewakili kelab e-sukan sekolah mereka, mereka akan mendapat tambahan RM999. Semasa proses pengambilan,\u00a0Infinix juga akan memberikan 500 diamonds MLBB 2 kali sehari dan diberikan secara rawak kepada peserta yang berkongsi post mengenai kejohanan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-jemput-gamers-ml-pamerkan-bakat-di-beyond-limits-championship"} {"title": "Remaja 14 Tahun Hasilkan Babak Spider-Man: ASTV", "body": "

Bagi perminat francais Spider-Verse, korang pasti meyukai kecantikan dan gaya animasi filem-filem keluaran Sony ini. Percaya atau tidak, suatu babak dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse ini telah dihasilkan oleh seorang remaja 14 tahun yang bernama Preston Mutanga. \u00a0

Mutanga telah menghasilkan suatu babak yang menampilkan animasi blok LEGO. Babak itu menunjukkan antagonis filem ini, The Spot dikejar Miles Morales dan mengembara ke sebuah dimensi yang agak pelik, sebuah dunia yang dipenuhi LEGO. \u00a0

Mutanga mengesahkan perkara itu selepas seorang peminat bertanyakan mengenai hasil kerja di Twitter. Pengarah filem ini, Joaquim Dos Santos juga mendedahkan perkara ini melalui sesi soal jawal bersama Collider.\u00a0

Remaja ini sebenarnya viral selepas menghasilkan semula trailer Spider-Man: Across the Spider-Verse dalam bentuk animasi LEGO. Hasil kerjanya yang dimuat naik di channel YouTube bernama LegoMe_TheOG mendapat perhatian penulis skrip, Phil Lord dan Christopher Miller.

Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse mula ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun ini. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Spider-Man: Into the Spider-Verse.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/remaja-14-tahun-hasilkan-babak-spider-man-astv"} {"title": "HomeBois Raih Gelaran Antarabangsa Pertama Mereka", "body": "

Pasukan dari Malaysia, HomeBois telah dinobatkan sebagai juara bagi Kohai SEA Championship, sebuah kejohanan yang menampilkan 16 pasukan dari Kemboja, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama HomeBois di arena antarabangsa.

Homebois muncul juara selepas menundukkan pasukan Indonesia, Aura Fire dengan skor 4-1 ketika aksi Grand Final. Dalam perlawanan yang menggunakan format best-of-seven ini, HomeBois bangkit pada game kedua selepas tewas pada game pertama dan terus menang hingga game kelima.

Pemain kelahiran Indonesia, Barbossa dari pasukan Homebois telah dipilih sebagai MVP Grand Final. Barbossa yang beraksi sebagai pemain roamer dan berstatus pinjaman dari Bigetron Beta ini mendapat $500 USD untuk gelaran MVP tersebut.

HomeBois memulakan kempen dengan menundukkan Big Bang Club sebelum mencipta sejarah dengan menundukkan pasukan pilihan, Blacklist Academy pada peringkat suku akhir dengan skor 3-0.

Pada aksi separuh akhir, HomeBois terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pasukan Bigetron Alpha. HomeBois berjaya melakukan comeback selepas tewas pada game pertama dan kedua dan menang dengan skor 3-2.\u00a0

HomeBois telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $4500 USD daripada prize pool $10,000 USD yang ditawarkan. Kohai SEA Championship ini bermula pada 1 Jun dan berakhir pada 4 Jun lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-homebois-raih-gelaran-antarabangsa-pertama-mereka"} {"title": "2023 PMPL Malaysia Fall Akan Menggunakan Format Baru", "body": "

2023 PUBG Mobile Pro League Malaysia Fall (PMPL MY Fall) akan diadakan selama dua minggu iaitu bermula pada 7 Jun sehingga 18 Jun ini. Kejohanan\u00a0yang dianjurkan oleh Krafton, Level Infinite dan VSPO ini akan menggunakan format baru.

Untuk pembahagian kumpulan, 2023 PMPL MY Fall tidak lagi membahagikan pasukan kepada kumpulan berbeza secara rawak. Kesemua 16 pasukan yang bertanding perlu bermain kesemua perlawanan kerana kedudukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperolehi.

Perlawanan akan diadakan selama lima hari pada setiap minggu iaitu hari Rabu sehingga Ahad dengan 6 pusingan pada setiap hari. Ini bermaksud setiap minggu akan ada 30 perlawanan. Kesemua perlawanan akan menggunakan peta Sanhok, Erangel dan Miramar.

Berikut adalah 16 pasukan yang bertanding di kejohanan 2023 PMPL MY Fall:

  1. CRIT VIP (CRVP)
  2. Dingoz Esports (DoZ)
  3. Dont Break Dreams (DBD)
  4. Geek Slate (GEEK)
  5. GENEXUS (GNX)
  6. GLAZER (GLZR)
  7. HOMEBOIS (HB)
  8. MAB ESPORTS (MAB)
  9. MEGA HRC ESPORTS (MEGA)
  10. MPX NSEA (MPNC)
  11. SEM9 (SEM9)
  12. Team Haq (THQ)
  13. Team Secret (TS)
  14. The Gringos Esports (TGe)
  15. TRIO DISTRO (TD)
  16. Yoodo Alliance (YALL)

Kesemua 16 pasukan PUBG Mobile akan bertanding sesama mereka selama dua minggu untuk gelaran TOP 1. Prize pool yang ditawarkan untuk kejohanan ini adalah $80,000 USD. Pasukan yang berjaya menjadi TOP 1 akan mendapat satu slot dalam 2023 PMSL Fall.

Bagi korang yang ingin menonton kejohanan ini, kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook, YouTube dan TikTok rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia. Kejohanan ini diadakan selama dua minggu dengan minggu pertama akan bermula pada 7 Jun hingga 11 Jun dan minggu kedua pula bermula pada 14 Jun hingga 18 Jun 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/2023-pmpl-malaysia-fall-akan-menggunakan-format-baru"} {"title": "Spider-Man: ATSV Mulakan Opening Weekend Dengan Rekod Kutipan Global $208.6 Juta USD", "body": "

Filem animasi keluaran Sony, Spider-Man: Across the Spider-Verse telah mencatat kejayaan yang memberangsangkan pada opening weekend apabila mengutip sebanyak $208.6 juta USD di peringkat global. Filem ini juga menjadi filem animasi Sony paling terbesar dalam jumlah kutipan opening weekend.\u00a0

Filem sequel kepada Into the Spider-Verse ini mengutip sebanyak $120 juta USD di pasaran Amerika Utara. Kutipan ini adalah tiga kali ganda lebih banyak dari filem asal yang hanya mencatat $35 juta USD.\u00a0

Kutipan di pasaran Amerika Utara ini juga melepasi jumlah yang dicapai oleh filem MCU iaitu Guardians of the Galaxy Vol.3 yang mengutip $118.4 juta USD. Hanya Super Mario Bros yang berada di hadapan Across The Spider- Verse dalam kutipan opening weekend ini, mencatat $147 juta USD.\u00a0

Filem ini juga berada dalam kelompok tiga teratas dengan kutipan tertinggi dalam filem yang menampilkan karakter Spider-Man. Spider-Man: No Way Home mengutip sebanyak $260 juta USD manakala Spider-Man 3 pula mencatat kutipan sebanyak $151 juta USD.

Mengisahkan pengembaraan universe, Miles Morales perlu menerima takdirnya sebagai Spider-Man yang perlu kehilangan orang terdekat supaya tidak mengganggu keamanan sejagat. Filem ini akan disambung dengan filem Spider-Man: Beyond the Spider-Verse yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-atsv-mulakan-opening-weekend-dengan-rekod-kutipan-global-208-6-juta-usd"} {"title": "Level Infinite Bakal Terbitkan Tom Clancy's The Division Resurgence Di Asia Tenggara", "body": "

Ubisoft akan bekerjasama dengan Level Infinite untuk penerbitan permainan mudah alih, Tom Clancy's The Division Resurgence bagi rantau Asia Tenggara. Kerjasama ini memperlihatkan Level Infinite akan mengeluarkan permainan ini melalui enam buah negara Asia Tenggara di Android dan iOS.

Menurut Ubisoft yang membangunkan permainan ini, tujuan mereka menggunakan adalah untuk mengelakkan kesesakan dalam server memandangkan rantau ini mempunyai jumlah gamer mudah alih yang ramai. Ubisoft hanya akan bertanggungjawab untuk menerbitkan permainan ini di server Global.

Antara negara Asia Tenggara yang terlibat dalam penerbitan permainan oleh Level Infinite ini adalah Filipina, Thailand, Singapore, Malaysia, Kemboja, dan Indonesia. Disebabkan server Asia Tenggara berbeza dengan server Global, matchmaking Asia Tenggara hanya akan terhad di rantau ini sahaja.

Tom Clancy's The Division Resurgence adalah permainan third-person shooter dan sebahagian daripada siri Tom Clancy's. Permainan ini akan menampilkan storyline yang baru walaupun mengambil tempat yang sama dengan Tom Clancy's The Division dan Tom Clancy's The Division 2.

Mereka juga mengumumkan bahawa pre-register untuk pemain dari rantau Asia Tenggara bakal tersedia di peranti Android dan iOS. Fasa Beta juga akan diadakan untuk beberapa rantau negara yang lain, tetapi maklumat mengenainya bakal diketahui nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/level-infinite-bakal-terbitkan-tom-clancy-s-the-division-resurgence-di-asia-tenggara"} {"title": "Bekas Juraltih RRQ, Arcadia Jadi Jurulatih Baru Yoodo Red Giants", "body": "

Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali dengan nama Arcadia telah diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan Yoodo Red Giants Esports. Pengumuman itu didedahkan melalui semua akaun media sosial pasukan itu.

Sebelum berpindah ke Red Giants, jurulatih kelahiran Filipina ini pernah berkhidmat dengan pasukan gergasi dari Indonesia iaitu Rex Regum Qeum (RRQ). Arcadia menjadi jurulatih RRQ sejak MPL ID Season 10 dan membawa mereka menaiki podium pada Kejohanan Dunia M4

Arcadia terlebih dahulu memulakan bidang kejurulatihannya dengan membimbing beberapa pasukan dari Filipina seperti ECHO, Aura PH dan Sunspark. Debutnya sebagai coach adalah semasa MPL Filipina Season 5 dimana Sunspark di bawah kejurulatihannya berjaya memenangi kejohanan tersebut.\u00a0

Mengenai Red Giants, pasukan ini menunjukkan prestasi yang agak baik semasa peringkat kumpulan MPL MY Season 11. Namun, mereka tumpas dengan pasukan Lunatix semasa peringkat playoff.

Kecemerlangan Arcadia dengan pasukannya sebelum ini sememangnya sangat ditagih Red Giants untuk MPL MY Season 12. Dengan pengalamannya, Red Giants mampu memberi cabaran kepada pasukan besar lain seperti TODAK dan Team SMG.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-juraltih-rrq-arcadia-jadi-jurulatih-baru-yoodo-red-giants"} {"title": "RRQ Rasmi Bawa Masuk Naomi Untuk Mengisi Role Roamer", "body": "

Pasukan MLBB dari Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) telah mengumumkan kedatangan pemain baru untuk persediaan MPL ID season 12. Mereka mengumumkan ketibaan pemain dari Myanmar, Naomi menerusi channel rasmi YouTube pasukan itu.

Naomi atau nama sebenarnya, Min Ko Ko akan menjadi pemain Roamer baru bagi RRQ setelah pasukan itu kehilangan kapten mereka, Calvin \u201cVyn\u201d yang berpindah ke Bigetron Alpha (BTR). Naomi akan menjadi pemain pertama dari Myanmar yang menyambung karier e-sukan ke luar negara.\u00a0

Berasal dari pasukan Falcon Esports, dia bersama dengan pasukan itu selama hampir dua tahun. Sebelum penubuhan Falcon Esports, Naomi sempat beraksi bersama Maven Esports di MPL Myanmar Season 2, Claw Esports ketika MPL Myanmar Season 3 dan 4, serta bersama Ronin Squad di MPL Myanmar Season 5.

Antara pencapaian hebat yang diraih Naomi ketika bersama pasukan Falcon Esports adalah membawa pasukan itu menduduki tempat keempat semasa MSC 2022. Dia juga membantu Falcon untuk mendapatkan tempat kelima/keenam ketika Kejohanan Dunia M4.

Selain membantu Falcon, Naomi juga mewakili negara Myanmar dan membantu negaranya itu meraih pingat perak pada temasya Sukan Sea ke-32 yang diadakan di Kemboja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-rasmi-bawa-masuk-naomi-untuk-mengisi-role-roamer"} {"title": "Yoshida Dedah Pelan Mereka Selepas Perlancaran Final Fantasy 16", "body": "

Producer bagi permainan Final Fantasy 16, Naoki Yoshida atau dikenali Yoshi-P baru-baru ini telah mengacah bahawa permainan tersebut akan mendapat kandungan DLC sebaik sahaja dilancarkan. Pada ketika ini, Square Enix yang merupakan developer bagi permainan ini masih menyimpan rahsia mengenai projek mereka ini.

Dalam temubual bersama ASCII,\u00a0Yoshida berkata mereka berkemungkinan akan memasukkan kandungan DLC jika Final Fantasy mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

Selain PlayStation 5, Final Fantasy 16 juga dijangka akan dikeluarkan di platform PC. Namun, Yoshida menjelaskan bahawa mereka memerlukan masa lebih daripada enam bulan untuk mengeluarkan permainan ini di PC.\u00a0

Final Fantasy 16 diumumkan pada September 2020 dan hanya eksklusif di PlayStation 5. Peminat mungkin perlu bersabar untuk menunggu maklumat mengenai DLC dan keluaran di PC ini kerana sepertinya akan diberitahu bukan pada masa terdekat.

Final Fantasy 16 akan dilancarkan secara eksklusif di platform PlayStation 5 pada 22 Jun ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yoshida-dedah-pelan-mereka-selepas-perlancaran-final-fantasy-16"} {"title": "Ratchet & Clank: Rift Apart Bakal Dilancarkan Di PC Pada Julai Ini", "body": "

Selepas beberapa kali siri permainan Ratchet & Clank hanya keluar di konsol PlayStation, akhirnya permainan ini akan tiba di PC. Bersempena ulang tahun ke-20 siri francais Ratchet & Clank Imsomniac, Sony dan Nixxes Software telah mengumumkan Ratchet & Clank: Rift Apart akan dilancarkan di platform PC pada 26 Julai ini.

Port PC bagi permainan ini akan diuruskan oleh Nixxes Software yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Imsomniac untuk membawakan permainan konsol ke PC. Permainan Imsomniac yang dibawa ke PC oleh Nixxes adalah Marvel's Spider-Man Remastered dan Spider-Man: Miles Morales.

Versi PC akan menampilkan pantulan ray-traced dengan tahap kualiti yang berbeza-beza untuk dipilih, bersama bayang-bayang ray-traced yang baru ditambah untuk cahaya semula jadi di kawasan luar.

Sony masih belum memberitahu maklumat lanjut mengenai spesifikasi minimum dan recommended yang diperlukan untuk menyokong permainan ini. Nixxes berkata permainan ini akan menyokong monitor ultra-lebar termasuk resolusi 21:9, 32:9 dan 48:9.

Ratchet & Clank: Rift Apart adalah permainan third-person shooter yang dibangunkan Imsomniac dan dikeluarkan Sony. Permainan ini dikeluarkan di platform PlayStation 5 pada 2021 dan bakal tiba di PC pada Julai nanti melalui Steam dan Epic Games Store.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ratchet-clank-rift-apart-bakal-dilancarkan-di-pc"} {"title": "The Rock Akan Bintangi Standalone Fast & Furious Terbaru", "body": "

The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson sah bakal kembali ke francais Fast & Furious sebagai Luke Hobbs. Berita ini telah didedahkan sendiri oleh aktor \u00a0yang pernah membintangi filem standalone Hobbs & Shaw di akaun Twitternya.\u00a0

The Rock juga mengesahkan dia akan membintangi sebuah lagi filem standalone yang akan mengambil tempat sebelum Fast X: Part II. Jason Momoa yang menjadi antagonis dalam Fast X juga dikhabarkan akan turut ditampilkan dalam filem ini.

Chris Morgan akan bertindak sebagai penulis skrip filem Hobbs baru ini. Menurut The Rock, filem ini bukanlah sebuah sekuel atau spin-off, tetapi akan menjadi \u2018bridge\u2019 antara Fast X dan Fast X: Part II.

Dalam tulisan di Twitternya, The Rock juga menjelaskan status hubungannya dengan Vin Diesel yang merupakan bintang utama francais ini. Hubungan antara mereka sudah baik setelah perselisihan faham yang berlaku antara mereka selama ini.\u00a0

Aktor ini pertama kali memegang watak Hobbs pada filem Fast Five (2011) dan kemudian membintangi lima filem daripada francais ini. Pada tahun 2021, The Rock memberitahu bahawa dia tidak akan kembali ke francais ini walaupun dipujuk untuk kembali oleh Vin Diesel.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-rock-akan-bintangi-standalone-fast-furious-terbaru"} {"title": "Permainan Hitori No Shita: The Outcast Telah Diumumkan", "body": "

MoreFun Studios, sebuah anak syarikat kepada Tencent Games baru sahaja mengumumkan permainan video terbaru mereka iaitu Hitori No Shita: The Outcast. Permainan ini berdasarkan dari satu siri webcomic China yang juga mempunyai tajuk yang sama dan pada tahun 2016, sebuah adaptasi ke animasi telah dilancarkan.

Permainan ini adalah gabungan antara zaman moden dan zaman dahulu bagi budaya China, aksi seni mempertahankan diri yang mistik dan juga cerita rakyat supernatural.\u00a0

Mereka telah mempersembahkan 3D art style yang menarik, pergerakan animasi lawan karakter, sistem kombat dan Inhuman World yang amat menawan kepada pemain untuk diterokai apabila tiba hari pelancarannya.

Walaupun Hitori No Shita: The Outcast direka khas untuk iOS dan Android, tetapi kualitinya amatlah tinggi seperti permainan untuk konsol dan PC. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, oleh itu nantikan berita seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-hitori-no-shita-the-outcast-telah-diumumkan"} {"title": "DC\u2019s Justice League: Cosmic Chaos Akan Tiba Untuk Konsol Dan PC", "body": "

Dari studio PHL Collective dan penerbit Outright Games, mereka telah mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu DC\u2019s Justice League: Cosmic Chaos. Sebuah permainan bergenre aksi pengembaraan dunia terbuka dan akan dilancarkan pada 10 Mac 2023 nanti.

Korang boleh bermain sebagai Batman, Superman ataupun Wonder Woman dalam menentang Mr. Mxyzptlk, seorang villain dari Dimensi ke-5 yang sengaja datang menimbulkan huru-hara di Bandar Happy Harbor.\u00a0

Dengan kuasanya dalam memanipulasikan ruang dan masa, dia telah menyeru satu lagi villian, Starro the Conqueror untuk mengalih perhatian Justice League sementara dia sibuk menjadikan dirinya sendiri sebagai Datuk Bandar Happy Harbor.\u00a0

Pemain akan berhadapan dengan misi penuh aksi dan mengalahkan pelbagai jenis musuh dengan menggunakan kebolehan unik karakter masing-masing. Antaranya, Heat Vision dan Super Breath oleh Superman, Truth\u2019s Pull oleh Wonder Women dan banyak lagi.

Kebolehan ini juga boleh digunakan dalam menyelesaikan puzzle untuk dapatkan Outfits dan Special Upgrades supaya karakter menjadi lebih kuat dan hebat. Tidak terkecuali juga, korang boleh berinteraksi dengan beberapa ahli Justice League lain seperti Aquaman, The Flash dan lain-lain lagi.

DC\u2019s Justice League: Cosmic Chaos dihasilkan untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dc-s-justice-league-cosmic-chaos-akan-tiba-untuk-konsol-pc"} {"title": "Evil West - Khas Untuk Gamers Yang Inginkan Gameplay Yang Straight To The Point", "body": "

Sebagai seorang kipas susah mati genre Western, kami agak excited bila dapat berita tentang kewujudan permainan video Evil West. Lepas habiskan game ini, kami boleh katakan yang kami tidak kecewa dengan hasil yang ditunjukkan.

Game ini berlatarbelakangkan dunia alternatif Wild West di mana Vampire, Werewolf, dan makhluk supernatural lain yang hidup dalam dunia Evil West ini. Pemain akan mengambil peranan sebagai seorang pemburu yang ditugaskan untuk mengalahkan makhluk-makhluk berbahaya ini dan memastikan ketua mereka dihapuskan.

Salah satu benda yang kami suka berkenaan Evil West adalah perhatian terhadap detail dalam dunia game ini. Developer permainan video ini iaitu Flying Wild Hog telah melakukan kerja yang luar biasa dalam menciptakan dunia yang nampak real dan imersif yang terasa seperti setting Western yang sebenarnya. Graphic permainan video ini boleh dikatakan agak nice dengan pemandangan yang indah dan rekaan karakter yang sangat detail.

Dengan Gameplay-nya cepat dan penuh aksi, kombat yang sengit dan pelbagai senjata dan skill yang tersedia bagi pemain sudah tentunya amat sesuai untuk gamers yang inginkan permainan video yang simple dan straight to the point.\u00a0

Untuk Storyline, ianya menampilkan jalan cerita yang agak menarik dengan watak-watak yang pelbagai. Bagi seorang gamers yang lebih gemar bermain game yang mempunyai storyline yang linear, Evil West ini sangat sesuai untuk korang!

Secara keseluruhan, kami memang recommend permainan video Evil West ini kepada korang yang mahukan game aksi yang bagus dan penggemar genre Western. Dengan Graphic yang cantik, cerita yang menarik, dan pertarungan yang sengit membuat game ini harus dicuba.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evil-west-khas-untuk-gamers-yang-inginkan-gameplay-yang-straight-to-the-point"} {"title": "Menang USD$1,000,000 Dalam MrBeast x Fortnite Extreme Survival Challenge", "body": "

Sempena update terbaru Chapter 4 Season 1, Fortnite telah berkolaborasi dengan MrBeast dalam menghasilkan satu cabaran yang besar yang mana pemain akan berpeluang memenangi hadiah sebanyak USD1,000,000!

Pemain perlu melalui cabaran yang disediakan di pulau MrBeast\u2019s Extreme Survival Challenge dengan mengumpul coins dan mengharungi rintangan yang extreme untuk mendapatkan Score. Pemain yangbertahan lebihlama akan mendapatkan Score yang lebih banyak.

Tak dilupakan pemain yang berada dalam 100,000 akan mendapatkan Golden Beast Brella Umbrella. Cabaran ini dikatakan akan bermula pada 17 Disember 2022 nanti.

Bagi memberikan pemain peluang untuk berlatih, pulau khas untuk cabaran ini akan dimulakan lebih awal iaitu pada 13 Disember 2022 yang mana telah pun bermula.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mrbeast-bagi-usd-1-000-000-menang-cabaran-dalam-fortnite"} {"title": "Nintendo Rasmi Mengumumkan Pokemon UNITE Asia Champions League 2023", "body": "

Baru-baru ini, sebuah kejohanan liga jemputan untuk Pokemon UNITE telah pun diumumkan oleh Nintendo. Dengan perkembangan Pokemon UNITE semakin meningkat di Asia, mereka telah memutuskan untuk mengadakan Kejohanan Liga 2023 Pokemon UNITE Asia dengan menampilkan Asia Timur, Asia Tenggara (SEA) dan juga India.

Pasukan yang layak akan bertanding untuk memperoleh hadiah utama sebanyak USD$30,000 dan juga gelaran Pasukan UNITE team paling TOP di seluruh benua Asia.\u00a0

Pasukan-pasukan yang telah disahkan akan dijemput bagi mewakili wilayah Timur Asia adalah pasukan T2, Secret Ship, No Show, Eternity dan Hi5 manakala bagi wilayah SEA adalah pasukan Renaissance, MYS, Reech Pokemon, ESCAPE V dan satu lagi belum didedahkan.

Bagi di India, pasukan Revenant Esports dan 4 pasukan teratas dari Pokemon UNITE India Open 2022 akan dijemput hadir ke kejohanan tersebut. Kejohanan ini dijadualkan bermula pada bulan Januari 2023 dan berakhir pada Mac 2023.

Berikut adalah tarikh bermulanya Kejohanan Liga 2023 Pokemon UNITE Asia:

6 Januari 2023 (setiap Jumaat, jam 7:00pm - JPT)

7 Januari 2023 (setiap Sabtu, jam 6:00pm - JPT)

8 Januari 2023 (setiap Ahad, jam 8:30pm - JPT)

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nintendo-rasmi-mengumumkan-pokemon-unite-asia-champions-league-2023"} {"title": "Kenapa Mobile Legends: Bang Bang Lebih Aktif Di Asia Tenggara", "body": "

Mobile Legends: Bang Bang adalah salah satu game mobile yang sangat popular di kawasan Asia Tenggara. Permainan video mobile ini memiliki ramai pemain di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Filipina.\u00a0

Setakat ini, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai daripada 80 juta pemain yang aktif diseluruh dunia. Menurut laporan dari afkgaming, hampir 75% dari 212.1 juta muat turun pada tahun 2020 datang dari Asia Tenggara!

Ramai yang menyukai game ini kerana memiliki gameplay yang mudah difahami dan karakter yang menarik. Selain itu, Mobile Legends: Bang Bang juga mudah dimainkan oleh orang-orang baru.

Salah satu alasan lain mengapa Mobile Legends: Bang Bang sangat popular di Asia Tenggara adalah kerana game ini memiliki komuniti yang aktif dan saling membantu.\u00a0

Di dalam game, pemain dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan dan bergabung membentuk team untuk bermain bersama. Ini membuat pengalaman bermain permainan video ini jauh lebih menyenangkan dan interaktif.

Selain itu, Mobile Legends: Bang Bang juga memiliki feature yang menarik bagi para pemain, seperti sistem rank yang membolehkan pemain untuk meningkatkan level dan prestasinya di dalam permainan video mobile ini.. Ini memberi pemain tujuan yang jelas untuk terus bermain dan berusaha meningkatkan levelnya.

Di samping itu, game ini juga memiliki banyak kejohanan besar dan juga pertandingan diperingkat komuniti. Hal ini menambahkan semangat bagi para pemain untuk terus berlatih dan meningkatkan kemahiran mereka agar boleh bersaing di tingkat yang lebih tinggi.

Secara keseluruhan, Mobile Legends: Bang Bang popular di Asia Tenggara kerana memiliki gameplay yang mudah, karakter yang menarik, komuniti yang aktif, feature yang menarik, dan banyak kejohanan yang diadakan. Ini semua menyebabkan game ini menjadi salah satu game mobile yang paling popular di Asia Tenggara.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kenapa-mobile-legends-bang-bang-lebih-aktif-di-asia-tenggara"} {"title": "Apex Legends Arena Mode Mungkin Akan Dihentikan", "body": "

Menurut laporan baru-baru ini, mod Apex Legends Arena mungkin dialih keluar daripada permainan secara kekal. Mod ini diperkenalkan April tahun lepas sebagai cara baharu untuk pemain bersaing dalam perlawanan yang lebih kecil dan lebih fokus.\u00a0

Walau bagaimanapun, nampaknya mod itu tidak begitu popular seperti yang diharapkan, dan pembangun permainan kini sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkannya daripada permainan sepenuhnya.

Mode Apex Legends Arena memiliki match yang lebih pendek dan team yang lebih kecil, dengan fokus pada strategic positions dan tactical gameplay. Mode ini dirancang sebagai alternatif yang lebih kompetitif daripada mode battle royale game tradisional.

Namun, nampaknya mode Arena ini tidak memberikan sokongan yang menggalakkan. Ada kekhawatiran tentang keseimbangan dan daya tarik mode ini, dengan banyak pemain yang lebih suka pertandingan yang lebih besar dan lebih havoc dari mode battle royale.

Ketika ini tidak jelas adakah mode Apex Legends Arena akan dibuang terus. Developer, Respawn Entertainment belum mengumumkan hal tersebut secara rasmi atau mungkin mode tersebut dapat diperbaiki atau diperbarui di masa depan. Namun, saat ini, nampaknya masa depan mode Arenas masih tidak pasti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-arenas-mode-mungkin-akan-dihentikan"} {"title": "Transformers: Reactivate - Permainan Video Terbaru Dari Splash Damage", "body": "

Splash Damage, sebuah syarikat pembangun bagi permainan video Dirty Bomb dan Gears Tactics telah mendedahkan permainan terbaru mereka dengan kolaborasi Hasbro, Inc iaitu Transformers: Reactivate, permainan bergenre aksi yang boleh dimain sebanyak 4 pemain.

Dunia Transformers: Reactivate telah ditakluk dengan ancaman besar, The Legion di mana dunia tersebut sudah berada di tangan mereka. Sekarang, penduduk bumi perlu meletakkan harapan mereka terhadap Autobots untuk menewaskan The Legion, sambil manusia menolong Autobots dari segi membaiki kemusnahan yang telah dikena mereka.

Dari permainan ini, pemain berpeluang untuk menerokai dunia Transformer dengan lebih mendalam kerana akan dimasukkan juga tempat yang belum diterokai. Selain itu, korang juga boleh bermain dengan watak yang disukai dan berubah bentuk ke kenderaan ataupun bot untuk mengalahkan ancaman tersebut.

Ujian Beta Tertutup Transformers: Reactivate dijadualkan buka pada tahun 2023 dan boleh dimain di PC dan konsol sahaja. Nantikan update seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/transformers-reactivate-permainan-terbaru-splash-damage"} {"title": "Hellboy: Web Of Wyrd Telah Diumumkan Untuk Konsol Dan PC", "body": "

Upstream Arcade telah mengumumkan permainan video terbaru mereka, Hellboy: Web Of Wyrd di The Games Awards dan akan diterbitkan oleh Good Shepherd Entertainment. Permainan ini dihasilkan dengan genre aksi pengembaraan\\ dengan hasilan cerita asal daripada kolaborasi antara Dark Horse Comics dan Mike Mignola.

Kita akan mengikuti Hellboy dalam menjalankan misi untuk mencari rakan-rakan sekerjanya dan juga membongkar rahsia tentang The Butterfly House, sebuah pintu masuk ke sebuah alam yang dahsyat dan mempesonakan, The Wyrd.\u00a0

Korang akan juga terserempak dengan pelbagai makhluk, godforms yang dilupakan, harta karun dan rahsia yang hebat. Dengan grafik yang dipilih untuk nampak seperti buku komik Amerika, pemain akan terasa sangat terdekat dengan komiknya yang asal.

Buat masa ini, tiada lagi berita tarikh pelancarannya tetapi telah disahkan akan keluar untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Nantikan berita seterusnya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hellboy-web-of-wyrd-telah-diumumkan-untuk-konsol-dan-pc"} {"title": "M3GAN Akan Tiba Pada Awal Tahun 2023", "body": "

James Wan, seorang pembuat filem bagi cerita The Saw, Insidious dan francais The Conjuring dan syarikat filem Blumhouse, filem terkininya The Black Phone dan The Invisible Man akan melancarkan filem terbaru mereka iaitu M3GAN pada 6 Januari 2023 di panggung wayang.

Dalam filem M3GAN, kita akan mengikuti sebuah robot artificial intelligence (AI) berupa seorang kanak-kanak perempuan dalam menjalankan tugas yang diberi penciptanya Gemma, pemilik syarikat mainan dan seorang robotics, dalam menjaga Cady, seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu di bawah jagaan Gemma.

Apabila M3GAN diarah untuk menjaga Cady dari bahaya secara fizikal dan emosional, M3GAN mula mengambilnya ke tahap lain. Dia mula cederakan malah membunuh apa sahaja di laluannya untuk Cady dan juga dirinya sendiri.\u00a0

Untuk mengatahui pengakhiran ceritanya, mari kita sama-sama nantikan M3GAN tahun depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/m3gan-akan-tiba-pada-awal-tahun-2023"} {"title": "Valorant Menambah Mod Baru - Mod Swiftplay", "body": "

Riot Games menambah mod baru bagi salah satu permainan videonya Valorant iaitu mod Swiftplay di mana pusingan yang dimain akan lebih pendek dari yang biasa. Mod ini sudah pun berlangsung dalam bentuk beta untuk diuji pemain dan akan berakhir pada 10 Januari 2023.

Cara untuk memenangi dalam mod ini adalah dengan pasukan pertama yang mendapat menang sebanyak 5 pusingan, akan menjadi juara di mod ini. Tambahan lagi, mereka menambah sistem ekonomi yang telah disesuaikan khas untuk mod ini.\u00a0

Boleh dikatakan Swiftplay dihasilkan khas bagi pusingan unrated untuk pemain yang mempunyai masa singkat untuk bermain. Mereka akan terasa puas dan senang hati untuk teruskan kerja harian mereka selepas bermain sebentar.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-menambah-mod-baru-mod-swiftplay"} {"title": "Cloud Gaming Berperingkat Dunia Akan Tiba Di Malaysia", "body": "

Yes oleh YTL Communications, syarikat telco pertama melancarkan 5G di Malaysia, telah mengumumkan perkhidmatan terbaru untuk gamers di Malaysia iaitu cloud gaming GeForce NOW.

Dengan manfaat 5G oleh Yes buat masa ini, cloud gaming GeForce NOW membenarkan dalam mengubah hampir semua peranti seperti Mac, telefon, tablet, TV, pelayar web dan juga komputer sendiri yang mempunyai kuasa yang lemah kepada peranti yang sesuai untuk permainan yang berkualiti tinggi.\u00a0

Pengguna juga akan mendapat akses kepada permainan-permainan terbaik dan paling terkini menerusi kehebatannya dalam menyiarkan lebih 1,400 permainan seperti Cyberpunk 2077 yang berbayar dan Genshin Impact yang percuma.\u00a0

Tambahan lagi, Yes sedang bekerjasama dengan NVIDIA demi mendapat bantuan dari mereka dalam merendahkan kos peralatan permainan, keperluan dalam memiliki sistem simpanan tinggi dan keperluan dalam membeli penaiktarafan perkakasan setiap tahun. Termasuk juga, meringankan halangan untuk bermain di peringkat dunia di mana-mana dan tidak kira masa.\u00a0

Untuk mengetahui lebih, boleh layari di sini http://yes.my/cloudgaming

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cloud-gaming-berperingkat-dunia-akan-tiba-di-malaysia"} {"title": "iQoo 11 5G - Smartphone Snapdragon 8 Gen 2 Pertama Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini iQoo yang mana merupakan sub-brand kepada Vivo telah melancarkan smartphone pertama mereka di Malaysia. Smartphone ini akan mula dijual pada 9 Disember 2022.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, iQoo 11 5G ini juga merupakan smartphone pertama yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 di Malaysia. kalau korang tengok spesifikasi dia yang lain-lain mesti korang terpegun jugak.\u00a0

Smartphone ini menggunakan skrin sebesar 6.78 inci, 1400 x 3200p AMOLED display yang mana mampu memberikan 144Hz refresh rate. Selain mempunyai Snadragon 8 Gen 2, iQoo 11 5G ini juga dilengkapi dengan V2 chip yang mana mampu untuk boost frame rate sehingga 120fps walaupun game tersebut tidak menyokong frame rate sebesar itu.

Ianya juga mempunyai 16GB LPDDR5X RAM dan 256GB UFS 4.0 Storage dan dengan bateri sebesar 5,000 mAh. Tidak dilupakan smartphone ini juga didatangkan dengan pengecasan pantas 120W FlashCharge yang mana iQoo mengesahkan mampu mengecas dari 0% kepada 100% dalam masa 25 minute sahaja!

iQoo 11 5G ini dijual pada harga RM3, 499 tapi bermula 9 Disember 2022 sehingga 15 Disember 2022, korang boleh mendapatkan iQoo 11 5G ini hanya pada harga RM3,299 hanya di Shopee rasmi iQoo Malaysia.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/iqoo-11-5g-smartphone-snapdragon-8-gen-2-pertama-di-malaysia"} {"title": "Logo M4 Dan Skin Khas Beatrix Untuk M4 Dipersembahkan!", "body": "

Hari ini pihak Moonton telah mengeluarkan video khas sempena M4. Hari ini juga akan berlangsungnya M4 Press Conference dan Group Draw Ceremony juga akan dijalankan.

Dalam video ini, pihak Moonton telah menunjukkan Logo terbaru untuk M4 dan juga skin khas untuk M4 World Championship yang akan berlangsung Januari nanti di Jakarta.

Skin khas ini nampaknya telah memperkuatkan leaks yang pernah laporkan sebelum ini iaitu skin untuk Beatrix Light Chaser. So kepada korang yang berminat jangan lupa beli Diamond murah di Codashop!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/logo-m4-dan-skin-khas-beatrix-untuk-m4-dipersembahkan"} {"title": "Mickey 17 - Filem Terbaru Dari Pengarah Parasite", "body": "

Bong Joon-Ho seorang pengarah bagi filem Parasite, yang berasal dari Korea Selatan dan pernah menjadi satu sensasi di seluruh dunia, akan melancarkan filem terbarunya dengan tajuk Mickey 17 pada tahun 2024.

\u00a0

Dengan memperolehi anugerah Oscar bagi filem Parasite, ramai yang menanti-nantikan dan mempunyai harapan tinggi bagi filem seterusnya. Setelah sekian lama, peminat semua mendapat berita baik dengan satu treler dikongsikan di Youtube oleh Edward Ashton.

Mickey 17 adalah sebuah filem bergenre sains fiksyen yang diadaptasi dari novel Mickey7 karya Edward Ashton. Berdasarkan sipnosis novel ini, ia berkisahkan Mickey7 ingin menyembunyikan Mickey8, klon dirinya supaya tidak dibuang ke pengitar semula.

Dengan sipnosis novelnya mempunyai konsep menarik, mari kita nantikan hasil karya terbaru Bong Joon-Ho pada 29 Mac 2024.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mickey-17-filem-terbaru-dari-pengarah-parasite"} {"title": "DLC Godzilla 4 Kaiju Pack - Gigabash Sudah Tiba", "body": "

Pada 6 Disember 2022, Passion Republic Games telah melancarkan update terbaru iaitu versi 1.1 dan juga DLC konten \u201cGodzilla 4 Kaiju Pack\u201d. Pelbagai lagi tambahan baru telah disediakan seperti mod baru dan cross-play yang telah ditambah baik untuk pemain.\u00a0

Antara mod yang baru adalah Onslaught Mode di mana korang akan berlawan dengan musuh yang datang bertubi-tubi dan Arcade Mode di mana korang akan diuji penguasaan mengendali karakter kegemaraan korang.\u00a0

Bagi penambahan baik dalam multiplayer pula, Mayhem mod sudah ada versi multiplayer yang dipanggil Mayhem Online dan mereka juga membuka cross-play kepada semua platform yang tersedia iaitu PS4, PS5, Steam dan Epic Store.

Dengan pembelian DLC Godzilla 4 Kaiju Pack, korang akan dapat 4 karakter baru iaitu Godzilla sendiri, Gigan, Mechagodzilla dan Destoroyah! Setiap karakter mempunyai kebolehan unik masing-masing dan pergerakan serta serangan yang ikonik di filem mereka.\u00a0

Buat masa ini, Gigabash sedang melangsungkan 25% off diskaun di Playstation dari 28 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Manakala di Steam dari 6 Disember 2022 hingga 20 Disember 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-godzilla-4-kaiju-pack-gigabash-sudah-tiba"} {"title": "Riot Games \"Leaks\" Skin Gwen Lunar New Year Sendiri", "body": "

Baru-baru ini pihak Wild Rift Champions Southeast Asia (WCS) Philippines telah tidak sengaja menggunakan gambar skin yang dikatakan milik kepada Gwen yang mungkin akan dikeluarkan pada event Lunar New Year tahun depan!

Khabar angin juga menyatakan yang bukan Gwen sahaja akan menerima skin khas sempena Lunar New Year. Dikatakan terdapat empat lagi Legends yang akan menerima skin untuk event yang sama.

Empat Legends tersebut adalah Zoe, Caitlyn, Camille dan Seraphine yang mana mungkin akan menerima skin khas ini bila Patch 4.0 tiba tahun depan. Setakat ini pihak Riot Games belum lagi mengeluarkan kenyataan mengesahkan leaks ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-games-leaks-skin-gwen-lunar-new-year-sendiri"} {"title": "Spongebob Squarepants: The Cosmic Shake Akan Tiba Awal 2023", "body": "

Penerbit THQ Nordic bersama syarikat pembangun Purple Lamp Studios, akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan video terbaru buat siri animasi Spongebob Squarepants. Setelah setahun berlalu, mereka akhirnya mendedahkan 13 Januari 2023 sebagai tarikh ketibaan permainan ini.

Permainan ini bergenre pengembaraan, aksi dan platform gaming dengan watak yang dimain adalah Spongebob Squarepants sendiri. Dalam permainan ini, Spongebob perlu mengumpul semula buih-buih Mermaid\u2019s Tears yang berkeliaran di alam Wishworlds sebelum ia memusnahkan Bikini Bottom.

Kalau pre-order sekarang secara fizikal ataupun digital, korang akan dapat 7 kostum istimewa secara percuma. Kostum-kostum tersebut adalah Band Geek, Dried Sponge, JellyBob, Mermaid Man Bob, Opposite Day, Primitive Sponge dan RoboBob SteelPants.

Spongebob Squarepants: The Cosmic Shake akan tiba untuk PS4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spongebob-squarepants-the-cosmic-shake-akan-tiba-awal-2023"} {"title": "Football Fable - Event Masa Terhad Free Fire", "body": "

Sempena kejohanan FIFA World Cup yang sedang berlangsung di Qatar dan kini berada di peringkat kalah mati, Garena telah mengadakan event masa terhad bagi permainan Free Fire iaitu Football Fable.\u00a0

Seperti namanya, event ini bertemakan permainan sukan bola sepak dan sudah pun bermula sejak 2 Disember 2022 dan akan berakhir pada 18 Disember 2022. Update ini mempunyai pelbagai konten baru seperti barangan kosmetik, Magenta Striker yang boleh diperolehi melalui Trend+.

Dalam event ini juga, pemain boleh bermain bola sepak dengan mod khas yang dipanggil Football Squad. Mereka boleh memenangi pusingan tersebut dengan menjaringkan gol sahaja dan sudah semestinya pemain boleh menggunakan senjata untuk menjaga bola dan menyerang pihak lawan.

Selain itu, ada juga mod Craftland di mana pemain boleh masuk ke peta-peta berbeza yang mempunyai mod tersendiri dan peraturan tersendiri. Sebagai contoh, di peta Dodgeball korang boleh hasilkan jersi mengikut kesesuaian dan kesukaan masing-masing.

Akhir sekali, pemain akan diberikan misi harian untuk diselesaikan agar banyak hadiah yang korang boleh dapat contohnya Steel Striker Backpack, Fabled Netherworld Skyboard dan Tuk Tuk-Netherworld Ride.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/football-fable-event-masa-terhad-free-fire"} {"title": "Treler Pertama Siri TV The Last Of Us Ditayangkan", "body": "

Panel The Last of Us telah menghadiri Comic Con Experience di Brazil dan di dalam acara mereka, HBO serta Naughty Dog telah berkongsi satu treler terbaru dan pertama buat siri televisyen The Last of Us.\u00a0

Dengan tajuk yang sama, mereka menghasilkan siri televisyen ini berdasarkan permainan mereka dengan lakonan dari Pedro Pascal sebagai Joel dan Bella Ramsey sebagai Ellie. Akan ada juga watak-watak seperti Tess, Tommy, Marlene dan Sarah di dalam siri ini.

Walaupun treler menunjukkan pelbagai babak sama di permainan mereka, terdapat juga babak yang tiada dalamnya. Oleh itu, saksikan tayangan perdana The Last of Us pada 15 Januari 2022 di HBO Max.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/treler-pertama-siri-tv-the-last-of-us-ditayangkan"} {"title": "Diablo Immortal - Ditunda Sebulan Lagi Untuk Gamers Di Asia Pacific", "body": "

Diablo Immortal adalah video-game Massively Multiplayer Online Role-Playing yang boleh dimain di PC dan mobile. Peminat francais Diablo tak sabar untuk bermain prequel baru Diablo yang ceritanya ambil masa selepas Diablo II tetapi sebelum Diablo III.

Pelepasan game ini mulanya dijadualkan untuk keluar pada 2 Jun 2022 worldwide. Malangnya, pelepasan game ini di region Asia Pacific ditangguh kepada tarikh 23 Jun 22.

Nasib baik delay ini memberikan developer cukup masa untuk mengoptimumkan player experience untuk user Asian Pacific. Tambahan pula, delay ini akan menyebabkan release yang serentak untuk mobile dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/diablo-immortal-ditunda-sebulan-lagi-untuk-gamers-di-asia-pacific"} {"title": "Kecomelan Little Witch In The Woods", "body": "

Walaupun baru sahaja masuk early access, tetapi Little Witch In The Woods telahpun menangkap banyak perhatian di Steam dan Xbox (playable dengan Game Pass). Game cozy & comel life simulator ini sangatlah sesuai bagi peminat seperti Stardew Valley dan Animal Crossing. Dengan kenaikan populariti genre game sebegini, ia membuktikan keinginan gamers sedunia untuk games yang lebih simple dan sweet. Nampaknya, Little Witch In The Woods juga akan menjadi pesaing untuk menonjol dalam genre tersebut sebagai cozy game kegemaran yang seterusnya.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

Players main sebagai Ellie, seorang witch remaja yang menugaskan dirinya untuk kumpul items daripada hutan terdekat untuk membantu jiran-jirannya. Bersama dengan Virgil iaitu sebuah topi witch yang bercakap, players akan bekerja sama untuk membina skill dan craft Ellie sebagai seorang apprentice witch ala-ala plot cerita Kiki\u2019s Delivery Service.\u00a0

Developernya, Sunny Side Up, dikatakan sangat gembira dengan response player dalam game untuk masa sekarang, dan akan terus update players. Pelan mereka adalah untuk melancarkan game in secara full pada 2023, menambahkan dua lagi chapters dan ending selain prologue dan first chapter yang sedia ada untuk dimain.\u00a0\u00a0

Walaupun banyak lagi yang perlu ditambah, dengan bilangan players dan peminat yang sudah jatuh hati dengan project ini haraplah menjadi batu loncatan dan motivasi bagi Sunny Side Up untuk teruskan development dan menaik taraf kualiti game tersebut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kecomelan-little-witch-in-the-woods"} {"title": "SEA Games 31 - Malaysia Berjaya Raih Tiga Pingat Gangsa Dalam E-Sukan", "body": "

Baru-baru ini, SEA Games 2021 di Hanoi, Vietnam telah pun melabuhkan tirai dimana kotinjen Malaysia berjaya membawa tiga pingat gangsa pulang. Kotinjen Malaysia berjaya meraih kemenangan dalam Fifa Online 4, Arena of Valor\u00a0 (AOV) dan PUBG Mobile selain kemenangan individu.\u00a0

Kontinjen esports terdiri daripada 47 atlet mewakili Malaysia dalam 7 medal event iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Free Fire, League of Legends, League of Legends: Wild Rift, Arena Of Valor dan PUBG Mobile (solo and group) dibentuk oleh Malaysia Electronic Sports Federation (MESF)\u00a0\u00a0

Kemenangan pingat gangsa diraikan oleh Team eRimau yang dianggotai Muhammad Luqman Haziq Hajiman, Muhammad Asyraf Kamal, Gan Mun Kiat dan Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan. Pingat emas dimenang oleh Thailand dan Vietnam membawa pulang perak pada 15 Mei lalu.\u00a0

Bagi AoV, Player esports ADT Cheng Wei Han, Cheoh Yong Chen, Chye Zi Yang, Shee Ji Hong, Loo Yong Leong, Lai Chia Chien dan Cham Hong Xin mewakili Malaysia untuk kemenangan pingat gangsa dibelakang Vietnam (pingat perak) dan Thailand (pingat emas).\u00a0

Pada 22 Mei, bagi PUBG Mobile group, Tabah NSEA kumpul 148 points memberikan Malaysia di tempat ketiga selepas Vietnam (kedua/156 points) dan Indonesia (pertama/163 points). Geek Fam, juga wakil Malaysia, memasuki top 10 dalam tempat ketujuh dengan 120 points.\u00a0

Bagi event MLBB, League of Legends dan Wild Rift, Malaysia terpaksa akur di tempat keempat. Free Fire pula di tempat ketujuh dan kelapan manakala PUBG Mobile solo, 2 pemain, Muhammad Izzrudin ditempat keenam dan Muhammad Dhiya Ulhaq ditempat ke sepuluh.\u00a0

Secara keseluruhan, Vietnam mencatat tempat pertama bersama empat pingat emas, diikuti Indonesia, Philippines dan Thailand dengan dua pingat emas each. Singapore pula membawa pulang satu perak dan tiga gangsa.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sea-games-31-malaysia-berjaya-raih-tiga-pingat-gangsa-dalam-e-sukan"} {"title": "\u2018Paper Ghost Stories: 7PM\u2019 Percuma Di Steam", "body": "

Asalnya bernama \u2018Short Creepy Tales: 7PM\u2019 Game dari developer Malaysia ini membolehkan kebanyakan orang dilahirkan di Asia Tenggara berasa nostalgia dengan temanya yang berteraskan perkongsian cerita hantu lokal antara kawan dan keluarga. Game yang pendek ini seperti kisah teladan sewaktu kanak-kanak yang hanya secabang daripada anthology series yang lebih besar pada masa hadapan.\u00a0

Dihasilkan oleh studio Cellar Vault Games, Paper Ghost Stories: 7PM menceritakan kisah tiga childhood friends yang tinggal di flat kompleks yang pada masa yang sama ingin membuat kawan dengan seorang jiran misteri. Namun begitu, semakin lama, mereka mula mengalami situasi yang mengerikan. Gameplay yang berteraskan player\u2019s choice ini memberikan peranan besar dalam pilihan player dalam membina cerita dan merangkaikan kisah yang sebenar di sebalik tirai bayang-bayang.\u00a0

Style unik game ini menggunakan aspek kertas, macam Paper Mario, membahagikan character kepada latar belakang dunianya dan merialisasikan bagaimana dunia ini daripada perspektif seorang kanak-kanak. Tapi, jangan tertipu dengan game design yang nampak comel kerana terdapat banyak hidden scare di dalam permainan video ini!

Ini merupakan peluang keemasan terutamanya kepada orang Malaysia untuk mencuba hasil tangan negara sendiri kerana permainan video adalah percuma di Steam sampai 2 Jun 2022. Untuk info tambahan, Paper Ghost Stories: 7PM telah memenangi Best Visual Art, Best Game Design dan Grand Jury Award bagi SEA Games Awards 2020. Selain itu, game ini merupakan penerima Epic Mega Grant yang memberikan funding kepada game developer yang menggunakan Unreal Engine.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/paper-ghost-stories-7pm-percuma-di-steam"} {"title": "Ahli Neraka Tycoon - Game Menguruskan Neraka", "body": "

Indonesia, negara jiran kita dalam perancangan untuk mengeluarkan game tycoon yang berlatar belakangkan konsep neraka dan hantu-hantu yang juga familiar dengan pemain Malaysia. Konsep menguruskan neraka ini bukan sahaja menarik malah bersama grafik dan visual yang comel dan berwarna warni menghembuskan nafas baru kepada genre game tycoon.

Player akan ditugaskan untuk menguruskan neraka, memastikan pendosa diseksa dengan kos operasi yang rendah. pemain juga boleh meminta pertolongan daripada hantu-hantu seperti gondoruwo, toyol, suster ngesot, dan kuntilanak untuk melakukan task seperti memasak, mengawasi kawasan dan membersihkan neraka. Pada mulanya, player akan dipanggil ke neraka oleh \u201cThe Devil\u201d sendiri untuk membantu mengurus neraka kerana disebabkan seksaan pendosa yang terlalu ringan menyukarkan mereka mencapai tahap minimum purity untuk masuk syurga.

Dicipta oleh Arkana Games, game developer Indonesia ini merupakan studio pakar dalam game simulation yang berkaitan dengan business seperti Bos Cupang. Dengan keluarnya Ahli Neraka Tycoon, mereka ingin memperkenalkan shamanism di Indonesia sebagai warisan budaya di Indonesia.\u00a0\u00a0

\u201cGame ini didedikasikan kepada gamers yang sibuk dengan urusan keluarga dan kerja namun menginginkan sense of progression. Ahli Neraka Tycoon boleh dimain dimana-mana, dan bila-bila masa\u201d Kata Surya Amoro, Ketua Artist Akrana Games.\u00a0

Ahli Neraka Tycoon dikatakan akan dikeluarkan untuk platform Android pada September 2022. Sebahagian daripada projek juga, Arkana Games juga membuka peluang kepada pemain untuk co-develop Ahli Neraka Tycoon dengan berkongsi idea dalam Whatsapp community group yang boleh diakses di website officialnya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ahli-neraka-tycoon-game-mengurus-neraka"} {"title": "Pemain Dota 2 SMG Dikatakan Dibuang Team Kerana Ibu Yang Tenat", "body": "

\u201cBayangkan dipecat dari kerja sebab kau hampir hilang orang tersayang\u201d kata ninjaboogie atau Michael Ross Jr. sebelum Team SMG mengumumkan pemergiannya daripada team tersebut.

Dalam satu tweet dari Pemain Dota 2 Filipino ini, ninjaboogie menjelaskan yang dia sepatutnya menaiki flight untuk bersama pasukannya pada 14 May, tetapi terpaksa ditunda selepas ibunya menghadapi stroke dan dimasukkan ke hospital pada 12 May. Beliau bertanya kepada Midone jikalau dia boleh menukarkan tarikh flightnya kerana bootcamp cuma akan bermula pada 20 May, namun pada 14 May Midone telah menghubungi beliau untuk mendengar keputusan beliau. MidOne atau Yeik Nai Zheng merupakan seorang pemain Dota 2 profesional yang sedang main untuk Team SMG.

Ninjaboogie menjelaskan pada hari seterusnya mengenai situasinya, bahawa ibunya menghidap stage four cancer dan keinginan beliau untuk bersama dengannya di Cebu. Namun ibu Michael Ross Jr telah meninggal pada hari Isnin lalu, beliau menyatakan bahawa \u201cbaginya kejadian ini sudah lama dijangkakan\u201d. Team SMG dikatakan telah melaksanakan perbincangan tanpanya dan telah membuat keputusan bahawa mereka untuk meneruskan perjalanan tanpa ninjaboogie.

Sehingga sekarang, Team SMG masih belum mengeluarkan kenyataan official mereka mengenai claim ninjaboogie. Namun begitu, salam takziah kepada beliau.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-dota-2-smg-dikatakan-dibuang-team-kerana-ibu-yang-tenat"} {"title": "Dota 2 The International 11 Bakal Berlangsung Di Singapura", "body": "

Tournament terbesar yang amat penting bagi pemain Dota 2 iaitu The International 11 (TI 11) \u00a0dijadualkan bakal berlangsung di Singapura Oktober ini. Jika sebelum ini TI cuma berlangsung di negara seperti US, Canada, China, Germany dan Romania, Valve telah membuat keputusan untuk mengadakan acara ini di Asia Tenggara pula.

Baru-baru ini, dalam satu tweet dari Valve telah mengacah tentang lokasi untuk TI tahun ini. Tahun lepas, sebanyak USD 40 juta telah disediakan sebagai prize pool dan Team Spirit, pasukan dari Rusia telah memenangi tempat pertama dan membawa pulang sebanyak USD 18 juta.

Setelah tournament ini di postponed pada tahun 2020 di Stockholm, Sweden kerana pandemik COVID-19, keinginan untuk melaksanakannya semula pada tahun lepas juga terpaksa ditunda kerana isu bersama Swedish authorities lalu dibuat di Bucharest, Romania. Valve juga melaksanakan tournament tersebut tanpa live audience disebabkan case dan precautions COVID-19. Bagi tahun ini, masih belum dijelaskan oleh Valve mengenai precaution semasa tournament nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dota-2-the-international-11-bakal-berlangsung-di-singapura"} {"title": "Spirittea - Campuran Ghibli Dan Stardew Valley", "body": "

Spirittea merupakan game gabungan life sim dan management game dalam satu game. Players akan menjalankan hidup harian dalam game, mencari dan berinteraksi dengan NPCs lokal dan spirits untuk membantu mereka dalam tugasan harian. Hasil kerja syarikat game indie Cheesemaster Games dan diterbitkan oleh No More Robots ini menugaskan players untuk membaiki bathhouse lama di rural Asia Timur untuk membantu spirits lokal di situ.\u00a0

Selepas minum daripada teapot misteri yang lama, players mempunyai kebolehan untuk melihat spirits. Oleh itu, keseluruhan game players ditugaskan untuk mencari keamanan dan menolong spirits ini untuk move on.\u00a0

\u201cDiinspirasikan oleh life sim ikonik Stardew Valley, dan spirit-focused anime dan manga, Spirittea mengikuti hidup seorang penulis yang telah pindah ke area rural untuk mencari ketenangan minda dan inspirasi untuk novel barunya\u201d Kata No More Robots di Press Release baru-baru ini.\u00a0

Selain daripada membantu spirits, terdapat NPCs lokal untuk membuat kawan, melatih hobi seperti karaoke dan memerangkap serangga untuk dicuba. Membantu anda dalam perjalanan game ini ialah Wonyan, seekor spirit kucing yang memegang kunci bathhouse tersebut. Selepas membantu spirit, mereka akan melawat bathhouse tersebut dimana players boleh tawarkan mereka towel, garam, makanan ringan dan sabun. Makin lama, bathhouse tersebut akan mengembang dan upgrade kepada perabot baru dan bilik baru sehinggalah Lord Spirit datang menjemput.\u00a0

Spirittea akan direlease di PC dan consoles sama ada akhir tahun 2022 ini.\u00a0 \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spirittea-campuran-ghibli-dan-stardew-valley"} {"title": "\u2018The Secret Life of Dorian Pink\u2019 Prologue Indie-Game Dari Developer Malaysia", "body": "

Develop oleh AmberLimShin, seorang Malaysian game developer yang minat dengan klasikal novel The Picture of Dorian Gray telah mula mengusahakan The Secret Life of Dorian Pink sejak December 2020 dalam perjalanannya untuk belajar dan menggunakan Godot Engine.\u00a0

Diinspirasi oleh novel klasik filosofi yang ditulis oleh Oscar Wilde, 1890, The Secret Life Of Dorian Pink merupakan multiple choice RPG yang menceritakan dunia alternatif di mana Dorian Gray yang asalnya pentingkan diri sendiri dan gila kecantikan menghadapi arc redemption membuatkan dirinya menjadi Dorian Pink.\u00a0

Dorian Pink yang mempunyai teman lelaki bernama Basil Hallward, yang asalnya pelukis portrait di cerita asal, diculik oleh satan di neraka dan Dorian perlu kembali kepada diri asalnya dan kembali kepada masa lalu Gray nya untuk menyelamatkan cinta sejatinya.\u00a0

Selamatkan Basil daripada Hell Demon dengan membuat pilihan, kawan serta donut yang boleh meletup. Game ini mempunyai konsep yang memikat perhatian, mengolah balik cerita klasik daripada penulis ternama. Visual nya yang mencampurkan latar belakang dan portrait character hitam putih yang dilukis tangan dan sprites pixel yang berwarna pink membuatkan contrast visual yang menarik.\u00a0

Sama ada pemain telah membaca The Picture of Dorian Gray atau belum, game ini masih boleh dinikmati namun kalau berminat untuk mengetahui cerita asal, AmberLimShin juga telah post animasi singkat cerita tersebut di Youtube Channelnya, AmberLimShin.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

\u00a0

Untuk sekarang, tarikh full game masih belum disahkan namun pemain boleh install prologue game ini di Steam secara percuma.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-secret-life-of-dorian-pink-prologue-indie-game-dari-developer-malaysia"} {"title": "Dapatkan Borderlands 3 Percuma Minggu Ini", "body": "

Sebahagian daripada Epic Games Store Mega Sale yang baru berlangsung semalam, game pertama daripada empat game yang Epic akan diberikan secara percuma ialah Borderlands 3. Pemain boleh tuntut game ini daripada sekarang sehinggalah May 26 2022 11pm.

Namun begitu, Epic Games hanya memberikan base version Borderlands 3 secara percuma, semua additional content dan DLC adalah terjual secara asing. Epic Game Store Mega Sale juga menawarkan 1,600 sales dan discount serta 25% coupon yang pemain boleh gunakan semasa check out. Pemain boleh claim Borderlands 3 di account Epic Games mereka secara percuma untuk minggu ini dan ia akan kekal selamanya di account anda membolehkan anda memuat turun bila-bila masa.

Game original shooter-looter ini meraikan eksplorasi yang penuh dengan aksi dan senjata berapi. Pergi ke dunia baru memerangi musuh dan selamatkan dunia anda daripada ketua cult yang ingin menakluki galaxy.\u00a0

Game yang release pada 2019 ini mulanya dimainkan di PlayStation 4, Windows PC secara eksklusifnya di Epic Games Store dan Xbox One.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-borderlands-3-percuma-minggu-ini"} {"title": "Filipina Muncul Juara Pingat Emas MLBB Sukan SEA 31", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya Final untuk MLBB Sukan Sea 31. Pertarungan antara pasukan Filipina dan Indonesia bagi memperlihatkan siapa juara SEA tahun ini. Pertarungan yang sememangnya penuh dengan aksi menarik itu telah ditarik sehingga perlawanan keempat dimana Filipina berjaya menumbangkan pasukan Indonesia 3 berbalas 1.

Pasukan Filipina atau lebih dikenali sebagai SIBOL MLBB ini dibarisi oleh Johnmar \"PHI VILLALUNA\" Villaluna yang merupakan ketua pasukan, Danerie \"PHI DEL ROSARIO\" Del Rosario, Salic \"Hadji\" Imam, Dexter \"PHI ALABA\" Alaba Kyle \"PHI SOTO\" Soto, Howard \"PHI GONZALES\" Gonzales, dan Russel \"PHI USI\" Usi.

Menurut Esports Charts, acara MLBB Sukan SEA 31 ini telah mencatatkan peak-concurrent viewership sebanyak 2.2 juta dengan average sebanyak 610,000 penonton! Filipina berjaya membawa pingat Emas manakala Indonesia pingat Perak dan Singapura membawa pingat Gangsa. Malaysia berada pada kedudukan no 4.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filipina-muncul-juara-pingat-emas-mlbb-sukan-sea-31"} {"title": "Free Fire World Series (FFWS) 2022 Bermula Esok", "body": "

Free Fire World Series (FFWS) 2022 telah pun sampai ke kemuncaknya dimana pada Sabtu 21 Mei 2022 ini akan berlangsungnya Final dan 12 pasukan terhebat Free Fire dari seluruh negara akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul berjumlah USD2 Juta, lebih kurang dalam RM8.8 juta!

FFWS 2022 Final ini akan berlangsung di Resort World Sentosa, Singapura. Malaysia akan diwakili oleh Team Farang. Para peminat yang ingin melihat livestream untuk perlawanan ini boleh melayari Free Fire's official YouTube channels. Livestream akan dijalankan dalam 15 bahasa termasuklah Bahasa Malaysia.\u00a0

Besok juga pihak Free Fire akan melancarkan lagu terbaru dari Ismail Izzani yang bertajuk Light of the World. Lagu ini telah dicipta khas untuk permainan video Free Fire.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-world-series-ffws-2022-bermula-esok"} {"title": "Apex Legends Mobile Kini Tiba Di Codashop", "body": "

Baru-baru ini Apex Legends Mobile telah pun dilancarkan secara rasmi dan pihak Codashop juga telah mengambil peluang untuk membawa masuk permainan video ini di dalam platform tambah nilai digital mereka.\u00a0

Ini termasuklah memperkenalkan promosi eklusif kepada pengguna Codashop yang mana mereka yang menambah nilai in-game currency untuk permainan video Apex Legends Mobile bermula semalam sehingga 2 Jun 2022 menggunakan Codacash payment method and menerima 10% cashback!

Pengguna Codashop yang perlu memasukan Apex Legends Mobile ID mereka di LINK ini dan pilih pakej tambah nilai yang disediakan dan bayar menggunakan cara pembayaran yang mereka selesa seperti Codacash, eWallets, Online Banking, Telco dan Card Payment.\u00a0

Promosi 10% Cashback ini hanya untuk 4 negara terpilih sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Filipina dan juga Brazil.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-mobile-kini-tiba-di-codashop"} {"title": "Yoodo Dan ASUS ROG Bekerjasama Dalam Liga Amatur MLBB Terbesar Malaysia", "body": "

Baru-baru ini pihak Yoodo telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pihak ASUS ROG dalam pelancaran tournament liga amatur Mobile Legends: Bang Bang terbesar di Malaysia. Sebanyak 64 pasukan dari seluruh Malaysia akan berkumpul dan merebut hadiah terkumpul berjumlah RM12,000 dan 20,000 Diamond MLBB.

Pendaftaran untuk ROG x Yoodo MLBB Esports Amateur League ini telah pun dibuka bermula semalam sehingga 27 Mei 2022 dimana Grand Finals dijadualkan pada 2 Julai 2022. Pasukan yang berminat untuk mencuba nasib boleh mendaftarkan pasukan mereka di LINK ini.\u00a0

\u201cYoodo sentiasa mencari peluang untuk memperkasakan anak muda dalam E-sukan dan memberikan seberapa banyak peluang kepada mereka untuk mereka mempersembahkan bakat mereka dan terus maju dalam arena E-sukan ini\u201d Kata Chow Tuck Mun, Head of Yoodo.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yoodo-dan-asus-rog-bekerjasama-dalam-liga-amatur-mlbb-terbesar-malaysia"} {"title": "Kedua-dua Pasukan Malaysia Mara Ke Final PUBG Mobile SEA Games 31", "body": "

Perlawanan kelayakan PUBG Mobile kategori kumpulan SEA Games telah berlangsung pada 19 Mei. Hanya 16 pasukan sahaja yang mara ke peringkat akhir untuk penentuan pingat. Laos 2, antara pasukan yang tersingkir daripada perlawanan akhir. Walau bagaimana, Laos masih mempunyai 1 lagi pasukan yang akan bertanding di peringkat akhir.

Untuk Malaysia, kedua-dua pasukan telah layak ke pusingan akhir. Pasukan Malaysia sememangnya menunjukkan permainan yang baik. Malaysia 1 yang diwakili oleh Jumper, Magix, Franky, Xrush, dan Flaxop berjaya menduduki top 3 dengan kutipan 55 mata pada perlawanan tersebut. Untuk Malaysia 2 pula, diwakili oleh Uhigh, QB, Damrude, Snipes, dan Sonix7days berada di kedudukan 8 dengan 39 mata. Setakat ini, pasukan Indonesia 2 mendominasi carta dimana mereka mengutip mata tertinggi iaitu 65 mata.

Perlawanan akhir bakal bermula pada 20 Mei jam 4.00 petang. Ayuh berikan sokongan terhadap kedua pasukan Malaysia bagi merebut pingat yang bermakna buat Malaysia. Malaysia Boleh!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kedua-dua-pasukan-malaysia-mara-ke-final-pubg-mobile-sea-games-31"} {"title": "MLBB: Malaysia Tewas Bermaruah di Sukan SEA 31", "body": "

Perjalanan pasukan Malaysia untuk Mobile Legends: Bang Bang di Sukan SEA telah terhenti semalam. Meskipun keputusan tersebut pahit untuk ditelan oleh pemain serta penyokong, namun kita terpaksa akur dan menerimanya. Walau bagaimana, pujian perlu diberikan terhadap barisan pemain Malaysia.

Berbalik pada perlawanan separuh akhir iaitu Malaysia menentang Indonesia, Malaysia dilihat agak sukar untuk mendominasi permainan disebabkan masalah drafting serta pihak lawan telah membaca segala gerak-geri pasukan Malaysia. Oleh disebabkan itu, Malaysia akhirnya ditewaskan 2-0 oleh pasukan Indonesia.

Kekalahan tersebut membuatkan Malaysia lebih fokus untuk merebut pingat gangsa dimana mereka perlu berhadapan dengan pasukan Singapura. Pada perlawanan ini, kedua pasukan memberikan saingan yang amat sengit. Singapura berjaya mendapatkan kemenangan pada game yang pertama namun di game yang kedua Malaysia kembali menyamakan kedudukan.

Berbaki 1 perlawanan iaitu perlawanan penentuan, Singapura menunjukkan percaturan yang begitu kemas. Malaysia akhirnya ditewaskan 2-1 terhadap pasukan Singapura. Meskipun gagal membawa pulang pingat, namun Malaysia Tewas Bermaruah. Semoga Malaysia dapat bangkit pada masa akan datang. Comeback Stronger Malaysia!\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-malaysia-tewas-bermaruah-di-sukan-sea-31"} {"title": "Hatching - Macam Tamagotchi Tapi Versi Seram", "body": "

Hatching adalah game pendek yang mengolah balik pengalaman menjaga tamagotchi semasa kecil. Gameplay yang cukup simple ini sekadar point-and-click, memberi tugas untuk kita menjaga seekor virtual pet. Permainan video ini berasaskan filem Finnish horror Hatching (2022) oleh Hannah Bergholm. Cerita ini merupakan satu kolaborasi bersama IFC Midnight, distributor filem horror seperti The Babadook (2014), The Autopsy of Jane Doe (2016) dan Relic (2020) yang menceritakan seorang kanak-kanak gymnast perempuan berusia 12 tahun bernama Tinja, yang sedaya upaya memuaskan hati ibunya yang obsess dengan image kesempurnaan. Pada satu malam, Tinja menjumpai telur yang aneh lalu menjaganya tanpa mengetahui isi kandungannya yang ngeri.\u00a0 \u00a0

\u201cMenarik, saya suka penggunaan LED nya\u2013 pixel horror sangatlah underrated. Game ini sangat bagus dan filemnya nampak menarik\u201d kata salah seorang pemain yang komen pada website mereka.\u00a0

Game yang develop oleh Airdorf ini, mengolah balik cerita tersebut dalam bentuk game retro dan simple. Filem tersebut telah ditayangkan di panggung pada 29 April dan boleh mula stream online pada 17 May.\u00a0

Game ini boleh dimain secara percuma melalui itchi.o dan available iOS.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hatching-macam-tamagotchi-tapi-versi-seram"} {"title": "Lost in Random Menerokai Dunia Pelik Board Game", "body": "

Selamat datang ke dunia \u2018Random\u2019, dark kingdom dimana semua perjalanan hidup penduduk dunianya ditakdirkan oleh balingan dadu yang rawak. Game daripada Zoink, diterbitkan bawah Electronic Arts (EA) ini menggunakan konsep rawak atau random sebagai titik pertengahan gameplaynya dengan menggunakan balingan dadu dan pilihan kad dalam perjalanan cerita pemain. Tema dan dunia yang mengkorporasikan dan diinspirasikan berat daripada elemen board game membawa pemain ke zaman kanak-kanak tetapi di dunia yang lebih interaktif.\u00a0

Dunia \u2018Random\u2019 terbahagi kepada enam district yang dikuasai seorang Queen yang merupakan seorang-orangnya \u2018wielder of magic die\u2019. Apabila kanak-kanak Random ini cukup umur, Queen akan membaling dadunya untuk menentukan takdir mereka, Adakah mereka akan dijadikan hamba abdi Queen di Sixtopia atau dilempar di tempat sampah seperti Fourburg atau Fivetropolis?\u00a0

Watak utama cerita ini iaitu Even, mencari dirinya dalam pengembaraan menyelamatkan kakaknya iaitu Odd, yang selepas mendapat satu pada dadu Queen telah diculik daripadanya. Dalam perjalanannya, Even terserempak dengan kawan-kawan seperti Dicey dan pelbagai jenis watak yang mungkin membantu atau menghalangnya daripada meneruskan perjalanannya daripada Onecroft ke Sixtopia.

Penulisan cerita yang lucu ini bersama art style yang comel gothic berkonsep similar dengan cerita-cerita seperti Coraline, Corpse Bride, Nightmare Before Christmas menjadikan pengalaman cerita ini immersive dan menarik.\u00a0

Lost in Random terdapat di Steam boleh dimain PC, Xbox, Nintendo Switch dan PlayStations.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lost-in-random-menerokai-dunia-pelik-board-game"} {"title": "Pasukan MLBB Malaysia Mara ke Separuh Akhir", "body": "

Pasukan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Sukan SEA 31st Hanoi, Vietnam. Meskipun mereka tewas pada perlawanan pertama menentang Filipina, Malaysia berjaya bangkit apabila menentang pasukan Myanmar dan Laos dengan mendapatkan kemenangan bersih 2-0. Kemenangan tersebut menjadikan Malaysia sebagai naib juara untuk kumpulan A.

Malaysia kini mempunyai mata yang sama dengan Indonesia iaitu 6 mata. Untuk separuh akhir, Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Indonesia pada 19 Mei jam 4.30 petang. Untuk Filipina pula, mereka akan bertemu sama ada pasukan Vietnam atau Singapura berdasarkan pasukan yang menang.\u00a0

Hanya selangkah lagi untuk menentukan sama ada Malaysia berjaya membawa pulang pingat Emas atau Perak. Mampukah Ciku, Xorn, 4Meyz, Momo, Moon, Moyy, dan Ajiq membuktikan bahawa Malaysia adalah pasukan terkuat MLBB pada Sukan SEA kali ini? Sama-sama kita berikan sokongan untuk mereka. Semoga Emas menjadi milik kita!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-mlbb-malaysia-mara-ke-separuh-akhir"} {"title": "MLBB X Transformers Kembali Lagi", "body": "

Kolaborasi antara Mobile Legends: Bang Bang dengan Transformers sebelum ini sememangnya mendapat sambutan yang hangat. Skin untuk hero Granger (Megatron), Johnson (Optimus Prime), dan Xborg (Bumblebee) merupakan antara skin eksklusif yang ada di dalam MLBB. Baru-baru ini, dikabarkan bahawa MLBB bakal mengadakan satu lagi kolaborasi bersama MLBB pada bulan ini.

Berdasarkan sambungan treler yang dimuat naik oleh pihak MLBB, didapati bahawa 3 lagi hero bakal mendapatkan skin Transformers mereka. Antara hero yang bakal mendapatkan skin tersebut adalah Aldous, Popol & Kupa, dan Roger. Untuk skin ini, hero Aldous akan bertukar menjadi Starscream, Popol & Kupa adalah SoundWave & Ravage manakala Roger adalah Grimlock.

Kolaborasi ini akan bermula pada 24 Mei hingga 7 Julai ini. Pastikan anda bersedia dengan tarikh berikut. Tak sabar untuk melihat skin Transformers yang baru beraksi di Land of Dawn. Jangan lupa ya 24 Mei ini!

https://www.instagram.com/tv/CdsLL_AtE5R/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-x-transformers-kembali-lagi"} {"title": "Sailor Moon X Vans of The Wall", "body": "

Sailor Moon merupakan sebuah animasi Japan yang telah wujud sejak tahun 1991 lagi. Animasi ini pada mulanya dilancarkan dalam bentuk manga yang dihasilkan oleh Naoko Takeuchi. Pada tahun 1992, Toei Animation telah mengadaptasikan manga Sailor Moon menjadi sebuah filem sehinggalah hari ini. Toei Animation juga bakal mengeluarkan musim terbarunya iaitu Sailor Moon Cosmos pada tahun 2023.

Sebelum keluarnya filem itu, Sailor Moon telah mengadakan satu kolaborasi dengan jenama kasut terkenal iaitu Vans of The Wall. Kolaborasi ini telah melancarkan pakaian Vans yang bertemakan Pretty Guardian Sailor Moon. Antara pakaian yang terdapat adalah seperti kasut, hoodie, t-shirt, beg, dan lain-lain. Namun, kolaborasi ini dilihat lebih untuk menarik golongan wanita sebagai pembeli.

Namun begitu, masih terdapat beberapa kasut yang dikeluarkan khas untuk para lelaki. Ada juga pakaian yang dikeluarkan untuk kanak-kanak bertemakan Sailor Moon. Jika anda penggemar seorang anime atau Vans, anda boleh dapatkan koleksi Sailor Moon X Vans bermula dari sekarang. Layari\u00a0

www.vans.com.my

\u00a0untuk membuat pembelian.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sailor-moon-x-vans-of-the-wall"} {"title": "Star Wars Jedi: Survivor - Sekuel Fallen Order Bakal Hadir Pada 2023", "body": "

Baru-baru ni ketika Star Wars Celebration, Respawn telah mengumumkan sekuel kepada Star Wars Jedi: Fallen Order yang diberi nama Star Wars Jedi: Survivor yang dijangkakan akan keluar \u00a0pada 2023 di PS5, Xbox Series X/S dan PC.

Sekuel ini mengikut perjalanan hidup Cal Kestis, 5 tahun selepas peristiwa dalam Fallen Order. Director Stig Asmussen menerangkan game ini seperti Fallen Order yang mana masih mengekalkan ciri-ciri seperti permainan video sebelumnya.\u00a0

Tambah beliau lagi sekuel ini mempunyai feature next-gen seperti sokongan ray-tracing dan load times yang lebih cepat. Buat masa ini, tidak banyak berita mengenai game ini. Tetapi, korang masih boleh layan trailer yang dikeluarkan ketika Star Wars Celebration di Youtube EA Star Wars.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/star-wars-jedi-survivor-sekuel-fallen-order-bakal-hadir-pada-2023"} {"title": "Melatonin: Rhythm Heaven - Game Comel Yang Menyeronokan", "body": "

Terdapat banyak rhythm games di PC dan console yang mencabar skill reflex dan kebolehan untuk menghafal. Namun permainan video Melatonin memilih untuk menggunakan konsep yang bertentangan.\u00a0

Melatonin adalah rhythm game yang masih dalam development. Bersilih ganti daripada mimpi ke dunia nyata, game ini nampak sangat dreamy dan menenangkan. Tambahan pula, ia menggunakan konsep lucu dan mempunyai banyak mini game yang comel.\u00a0

Daripada visual yang cantik dan musik yang menenangkan, Melatonin menggunakan animasi dan cue sound untuk players mengikut beat tanpa overlays atau interface yang serabut.\u00a0

Game ini dibuat oleh David Huynh daripada studio Half Asleep di Vancouver. Melatonin adalah game pertama yang akan dikeluarkan oleh beliau. Namun, Huynh mempunyai pelan untuk membina team dan mengeluarkan lebih banyak game dreamy lepas Melatonin.\u00a0

Melatonin akan menemui peminat kemungkinannya pada akhir tahun ini di Steam, Epic Games dan Nintendo Switch. Game ini juga salah satu feature game di Steam Next Fest pada Jun 2022 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/melatonin-rhythm-heaven-game-comel-yang-menyeronokan"} {"title": "Syno & Penyu Sah Sebagai Pemain Baru Anbu x Gaming", "body": "

Nampaknya team esports sedang giat mencari player berbakat untuk bersama dengan team mereka untuk tournament akan datang.

Anbu x Gaming baru-baru ini telah mengeluarkan pengumuman yang mereka akan membawa masuk Mohammad Amir Afdal atau lebih dikenali sebagai Syno dalam skuad Mobile Legends Semi-Pro Championship (MSPC) mereka. Beliau akan bersama ahli kumpulannya menentang pasukan-pasukan semi-pro lain di Malaysian Semi Pro Championship. Selain Syno, Anbu x Gaming juga membawa masuk Penyu ke dalam pasukan mereka.

Adakah dengan kemasukan Syno & Penyu dalam Anbu x Gaming mampu membawa pasukan tersebut menjadi juara dalam MSPC kali ini? sama-sama kita saksikan nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/syno-penyu-sah-sebagai-pemain-baru-anbu-x-gaming"} {"title": "Free Fire Challengers Series Season 2 Kembali", "body": "

Tournament Challenges Series kini kembali untuk musim kedua. Tournament kali ini terbuka kepada 4 buah negara - Malaysia, Philippines, Cambodia dan Sri Lanka bagi merebut prize pool bernilai 30,000 USD.

Korang yang berminat untuk turut serta dalam Challengers Series Season 2, registration untuk In-game Qualifiers akan dibuka dari 9 Jun sehingga 11 Jun 2022.\u00a0

Syarat kelayakan untuk register adalah pemain harus mempunyai minimum Level 20 dan rank Platinum 1 dalam Battle Royale mode. Team yang layak akan bersemuka antara satu sama lain di match day iaitu pada Ahad 12 Jun 2022 bermula 1pm sehingga 6pm.\u00a0

Seperti series sebelum ini, Challengers Series Season 2 akan menampilkan 6 pasukan untuk menyertai pentas Qualifier Finals untuk MCP Majors (Malaysia, Cambodia dan Philippines). MCP Majors merupakan 1 tournament yang menentukan wakil negara untuk Free Fire World Series yang seterusnya.\u00a0

Join Challenger Series Season 2 untuk membuka peluang team korang untuk bersaing di level global. Sebarang update akan dimuat naik di akaun sosial Free Fire Malaysia. \u00a0 \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-challengers-series-season-2-kembali"} {"title": "Teaser Trailer Sonic Frontiers Terbaru Dipersembahkan", "body": "

Teaser game Sonic Frontier baru sahaja keluar hari ini. Sudah 6 bulan berlalu sejak keluarnya trailer pengumuman tentang permainan video ini. Sekarang, kita dah boleh nampak macam mana gameplay untuk permainan video ini.\u00a0

Sonic Frontiers bertemakan Open World ini mempunyai style visual yang nampak lebih photorealistik berbanding game-game dahulu yang lebih macam kartun dan berwarna-warni.

Gameplay nampaknya macam tiada beza dengan game sonic sebelumnya. Selain daripada attacks yang lebih pelbagai, game ini bergantung pada aspek open world nya yang membolehkan players bergerak dengan pantas dalam dunia ini sepuas hati.\u00a0

Game ini dikatakan akan dikeluarkan untuk platform PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC. Buat masa ini tarikh release untuk game ini masih lagi belum diumumkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/teaser-trailer-sonic-frontiers-terbaru-dipersembahkan"} {"title": "OlliOlli World Keluarkan Expansion Dengan Tema Angkasa Lepas", "body": "

OlliOlli World baru-baru ini telah mengumumkan tentang expension pertama mereka yang diberi nama Void Riders. Dengan itu, game skateboarding ini akan mendatangkan storyline, characters dan pelbagai lagi elemen baru kepada dunia players.\u00a0

Void Riders menampilkan makhluk asing yang akan turun ke dunia Radlandia. Korang akan berjumpa dengan character alien seperti Sair\u2019Rah, Khehvyn, dan Pftangxi yang mencari specimen skater.

Tiga biomes sebelum ini juga akan mempunyai perubahan persekitaran. Tambahan pula, tractor beams dikatakan lebih berguna pada update terbaru in. Semua ini disediakan untuk mempersiapkan players untuk memasuki zon baru iaitu The Void.\u00a0

Game ini mempunyai visual seperti Adventure Time, sesuai dengan premisnya yang random namun mempunyai storyline yang padu. Bagi Void Riders, mereka akan tambah lebih banyak kosmetik bertemakan space dan alien.\u00a0\u00a0

OlliOlli World Void Riders expension akan dikeluarkan 15 Jun 2022 untuk PC, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch, PS4 dan PS5.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/olliolli-world-keluarkan-expansion-dengan-tema-angkasa-lepas"} {"title": "Krut: The Mythic Wings - Indie Game Dari Negara Gajah Putih", "body": "

Menarik bila kita dapat melihat permainan video yang menggunakan mitos-mitos sebagai sumber material mereka. Ini kerana ia memberikan sebuah game yang terasa lebih dekat dan bermakna.\u00a0

Krut: The Mythic Wings merupakan game fast-paced, side-scrolling & platformer hack-and-slash ala-ala Dead Cells dan series Metroid. Game ini diinspirasikan berat daripada mitos Thailand. Kebanyakan character dan design musuh berasal daripada makhluk mitos dari cerita legenda dan dongeng Thailand.\u00a0\u00a0\u00a0

Game ini dibuat oleh Pixel Perfex, game studio dari Thailand. Studio ini telah pun mengeluarkan game seperti Bullet Hell dan Earth Atlantis yang mana telah memenangi banyak awards pada tahun 2019.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/krut-the-mythic-wings-indie-game-dari-negara-gajah-putih"} {"title": "Marvel MMO Dibatalkan", "body": "

Pada minggu lepas, satu berita tentang pembatalan Marvel MMO telah pun diumumkan namun screenshots daripada game ini menangkap perhatian ramai setelah di upload oleh salah seorang game designer mereka.

Designer ytersebut adalah Ramiro Galan. Beliau telah bekerja untuk beberapa game AAA seperti HALO,PUBG dan NBA2K dan ingin berkongsi \u201cstyles dan screens\u201d daripada Marvel MMO yang telah dibatalkan. Beliau mengatakan bahawa mereka memberi fokus kepada warna warna yang terang dengan tone stylistic, ala-ala Spider-Man Into the Spider-Verse.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

Kalau berminat, gambar-gambar daripada MMO tersebut boleh dijumpai di Instagram Galan. Beliau telah membuat semua design, material 3D, lighting dan post process FX bagi game tersebut.\u00a0

Co-publisher DC universe Online, iaitu Daybreak Studios mengatakan game ini dibatalkan oleh Enad Global 7. Keputusan ini telah dibuat selepas mereka re-evaluate balik risiko development dan saiz investment kepada game ini.\u00a0

Selain itu, mereka juga tidak rasa game ini sesuai sebagai produk jangka panjang dalam portfolio syarikat mereka. Investment sebanyak 50 Million USD ini akan digunakan untuk projek kecil-kecilan yang pelbagai serta menyokong game lain mereka seperti The Lord Of The Rings Online dan DC Universe Online.\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-mmo-dibatalkan"} {"title": "\u2018HAYAI\u2019 Game Hack-and-Slash Era Samurai", "body": "

Kadang-kadang game yang kita biasanya main susah dimainkan oleh kawan-kawan non-gamers kita . Game macam League of Legends dan Valorant susah untuk nak tangkap dalam masa yang sikit terutama sekali kepada gamers baharu.\u00a0

Seorang gamer perlu ada sekurang-kurangnya satu game yang mudah. Game seperti GTA V, Mario Kart dan Call of Duty adalah contoh game yang cepat dan senang untuk ditangkap bagi kawan non-gamers kita. Game seperti ini adalah mudah, simple dan menyeronokkan apabila dimain secara berkumpulan. Game yang korang boleh tambah dalam roster korang ialah HAYAI.\u00a0

HAYAI adalah game arcade 2D top-down hack-and-slash pada zaman Edo. Gameplay terdiri daripada memotong dan membunuh raksasa dan samurai lain. Gameplay dia agak sama dengan Akane di Nintendo Switch. Berita baiknya, game dari Singapura ini hanya berharga RM5.50 di Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hayai-game-hack-and-slash-era-samurai"} {"title": "Star Wars: Vision Musim 2 Kembali Di Disney+", "body": "

Selepas acara Star Wars Celebration yang telah berlangsung pada baru-baru ini, kita dapat lihat banyak siri Star Wars yang akan ditayangkan. Ini juga termasuk Star Wars: Vision musim ke-2 yang bakal ditayangkan di Disney Plus pada tahun hadapan. Star Wars: Vision musim pertama mula ditayangkan pada September 2021 dimana filem siri ini datang dengan 9 episod.

Apa yang menariknya, Star Wars: Vision ini dihasilkan oleh bakat-bakat terkenal seperti Studio Trigger (Kill la Kill), Science Saru (Devilman Crybaby), Kamikaze Douga (opening untuk JoJo\u2019s Bizarre Adventure), Studio Colorado (A Whisker Away), Kinema Citrus (Made In Abyss), Geno Studio (Golden Kamuy), dan Production IG (Haikyu!!).\u00a0

Untuk Star Wars: Vision musim ke-2, masih belum dimaklumkan adakah mereka menggunakan bakat yang sama atau terdapat penambahan bakat-bakat lain. Musim ke-2 ini dikatakan mula ditayang pada awal tahun 2023 di Disney Plus. Jika anda terlepas menonton Star Wars: Vision musim pertama, anda boleh tonton di Disney Plus sekarang.\u00a0

Ikuti kami untuk dapatkan berita-berita menarik akan datang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/star-wars-vision-musim-2-kembali-di-disney"} {"title": "Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 Semakin Hampir", "body": "

MSC akan membuka tirai pada 11 Jun 2022. Disertai oleh players daripada Asia Tenggara, terdapat 12 pasukan Mobile Legends yang akan bertanding nanti untuk merebut prizepool sebanyak USD300,000. Malaysia akan diwakili oleh dua pasukan iaitu Todak dan Orange Esports.\u00a0

Dalam Group A, Pasukan Todak yang dianggotai 4Meyz, Ciku, Moon, Momo, Moyy dan Yums akan menentang Falcon Esports dari Myanmar untuk perlawanan pertama pada 12 tengah hari. Pada 6 petang, mereka akan menentang ONIC Esports dari Indonesia.\u00a0\u00a0\u00a0

Manakala Orang Esports yang dianggotai Valenz, Mann, Garry, Minn, Mann, dan Loila akan menentang pada hari kedua (12 Jun 2022) untuk Group B. Mereka akan bersemuka dengan Impunity KH dari Kemboja sebelum bertemu jaguh Singapura, EVOS SG, pada petang kemudian.

Berikut merupakan team team dari negara lain juga:

Filipina - RSG PH dan SMART OMEGA

Indonesia - ONIC Esports dan RRQ Hoshi

Singapura - EVOS SG dan RSG SG

Myanmar - FALCON Esports

Kemboja - See You Soon dan Impunity KH

Thailand - IDNS (I Do Not Sleep)\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/piala-asia-tenggara-mobile-legends-msc-2022-semakin-hampir"} {"title": "PMPL SEA Spring 2022 Akan Datang Minggu Depan", "body": "

Berita baik bagi peminat PUBG Mobile kerana PUBG Mobile Pro League yang akan bermula pada minggu depan. PMPL SEA Spring 2022 akan disertai oleh 16 pasukan daripada 4 buah negara dari Asia Tenggara.

Tournament ini akan bermula pada 10 sampai 12 Jun 2022 dan diadakan di Pavilion, Bukit Jalil. Prize pool tournament ini bernilai sebanyak 150,000 USD. Namun, nilai wang bagi setiap pemenang masih belum diketahui.

16 pasukan yang turut serta dalam tournament ini adalah seperti berikut:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmpl-sea-spring-2022-akan-datang-minggu-depan"} {"title": "Elden Ring - Peminat Hasilkan Mod Co-op Sendiri", "body": "

FromSoftware suka menggunakan konsep multiplayer yang tidak conventional. Sesetengah peminat boleh menghargai pilihan mereka untuk kekalkan experience game ini sebagai single player. Namun begitu, banyak lagi players inginkan experience co-op yang conventional. Nampak macam FromSoftware tidak akan tukar feature multiplayer mereka.\u00a0

Multiplayer Elden Ring ini agak terhad. Dunia co-op tidak boleh menggunakan kuda, oleh itu membuat traveling dalam dunia ini agak susah. Visitor juga akan ditransport ke dunia mereka sendiri kalau mereka jalan jauh dari area summon. Mereka juga dihantar balik sebaik sahaja mereka menang lawan boss. Kebanyakan players hanya main solo, bergantung pada spirit summon untuk menolong mereka.

Mod co-op yang dibuat oleh LukeYui memberikan feature multiplayer kepada Elden Ring. Mod mereka memberikan pengalaman lancar yang boleh tampung 3 players untuk join world korang. Mod ini mempunyai launcher dan connectivity nya tersendiri, menyelamatkan players daripada di ban oleh server FromSoftware. Players tidak perlu risau mempertaruhkan akaun apabila menggunakan mod ini. Sekarang, mod ini dibuka untuk beta dan players boleh enjoy mod ini di website NexusMods bawah Elden Ring.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/elden-ring-peminat-hasilkan-mod-co-op-sendiri"} {"title": "Rendezvous: Shadows Of The Past Game - Indie Game Dari Negara Seberang", "body": "

Game daripada negara jiran kita, Indonesia, telah pun mengeksplorasi genre cyberpunk secara kreatif dengan game-game keluaran seperti Chinatown Detective Agency. Daripada studio Indonesia Pendopo Studios dan publisher mereka, Hitcents telah pun mengeluarkan Rendezvous: Shadows of the Past pada 26 May di Steam.\u00a0\u00a0\u00a0

Prologue Rendezvous: Shadows of the Past Game merupakan prequel kepada Rendezvous dan ia boleh dimain secara percuma. Rendezvous menggunakan cyber-noir untuk menceritakan kisah protagonist, Setyo, yang cuba untuk melupakan hidupnya dahulu sebagai secret agent. Namun, dia harus balik ke bandar distopia Neo-Surabaya untuk menyelamatkan adiknya. Dalam perjalanan, Setyo terserempak dan harus melawan drones dan samseng jalanan dalam dunia futuristik ini.\u00a0

Penuh dengan action, players perlu siasat dan meneliti dunia sekeliling untuk mencari clue dan selesaikan puzzle di sepanjang jalan. Game adventure ini menjemput players dalam alam dunia mereka yang menggunakan visual 2D hand-drawn pixel dalam dunia 2.5D yang menggabungkan elemen modern kepada versi Indonesia yang sci-fi ini.\u00a0

\u201cRendezvous merupakan projek besar Pendopo yang pertama. Dengan menceritakan story personal mengenai ikatan keluarga dengan menggabungkan dengan tropes cyberpunk dan noir, kami berharap untuk memperkenalkan budaya Indonesia, yang selalunya tiada perwakilan di media, kepada komuniti gaming secara global.\u00a0

Rendezvous: Shadows of The Past boleh download di page Steam mereka secara percuma.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rendezvous-shadows-of-the-past-game-indie-game-dari-negara-seberang"} {"title": "Dragon Ball Super: Super Hero Akan Keluar Tahun Ini", "body": "

Filem yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, Dragon Ball Super: Super Hero bakal ditayangkan pada tahun ini. Ini adalah selepas trailernya dikeluarkan di Youtube yang memaparkan beberapa pertempuran telah berlaku. Dalam trailer tersebut, dapat disaksikan bahawa Gohan telah berubah menjadi Super Saiyan dalam menentang Gamma 1 dan Gamma 2 dari tentera Ribbon Merah.

Filem ini sepatutnya ditayangkan pada awal tahun namun disebabkan penggodaman yang berlaku terhadap Toei Animation, mereka terpaksa menangguh pengeluarannya. Turut difahamkan bahawa Dragon Ball Super: Super Hero akan mula ditayangkan di Japan pada 11 Jun ini manakala untuk peringkat global kemungkinan selepas musim panas. Berikut merupakan sedikit sinopsis rasmi untuk filem ini.

\u201cTentera Ribbon Merah pernah dimusnahkan oleh Son Goku.\u00a0 Individu yang meneruskan semangatnya telah mencipta Android terbaik, Gamma 1 dan Gamma 2. Kedua-dua Android ini memanggil diri mereka sebagai \u2018Super Heroes\u2019. Mereka mula menyerang Piccolo dan Gohan. Apakah objektif Tentera Ribbon Merah Baharu?\u00a0 Dalam menghadapi bahaya yang menghampiri, sudah tiba masanya untuk bangun, Super Hero!\u201d

Pasti ramai yang tak sabar untuk nantikan filem ini keluar. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi untuk tayangan filem Dragon Ball Super: Super Hero di pawagam Malaysia!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dragon-ball-super-super-hero-akan-keluar-tahun-ini"} {"title": "Disney Berkerjasama Dengan FaZe Clan", "body": "

Sebut tentang Disney, hampir semua orang sering mendengar jenama tersebut. Apa tidaknya, Disney telah berdiri hampir 100 tahun lamanya di dalam industri hiburan. Baru-baru ini, Disney telah melakukan satu kolaborasi sebuah organisasi e-sukan yang boleh dikatakan semakin dikenali dunia iaitu FaZe Clan. Bukan senang tau nak kolab dengan jenama yang besar seperti Disney ni.

Kolaborasi ini difahamkan adalah untuk mengeluarkan barangan pakaian seperti t-shirt, topi, hoodie dan lain-lain. Barangan ini mula dilancarkan pada 28 hingga 29 Mei di store The Armory Pop-up, Los Angeles. Untuk pembelian online pula, ia dilancarkan bermula pada 30 Mei. Design untuk barangan ini telah direka oleh designer utama FaZe Clan iaitu James Casper Vine bersama pasukan kreatif Disney sendiri.

Dengan berkonsepkan Mickey On The Grid, pakaian tersebut dilihat mempunyai sentuhan yang agak unik serta sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur. Kemungkinan kolaborasi ini bakal mengeluarkan banyak lagi design dalam tempoh setahun sebelum kerjasama antara mereka tamat.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disney-berkerjasama-dengan-faze-clan"} {"title": "Marvel Snap - Card Game Terbaru Dari Ex-Director Hearthstone", "body": "

Baru-baru ini, satu pengumuman tentang card game Marvel terbaru untuk mobile dan PC akan menemui peminat tidak lama lagi. Pemainan video yang dikeluarkan oleh Nuverse, dan dihasilkan oleh Second Dinner telah bekerjasama untuk merealisasikan fantasi komuniti peminat Marvel dan game kad yang nostalgik.

Second Dinner merupakan game studio yang ditubuhkan oleh ex-director Hearthstone, Ben Brode dan ex-producer executive Hamilton Chu. Mereka telah menjanjikan gameplay yang pantas, mengagak lebih kurang 3 minit untuk kedua-dua pemain yang bergerak secara serentak dan tidak perlu menunggu giliran. Game ini juga memasukkan konsep seperti \u2018snap\u2019 yang membolehkan player gandakan kad mereka jika mereka yakin dengan kemenangan mereka.\u00a0

Premis game ini adalah untuk menangkap tiga fields dengan meletakkan kad yang apabila ditambah, berjumlah lebih daripada lawan. Dengan konsep asas tambah tolak mengikut kehendak dan kegunaan setiap kad, yang kadang-kadang akan memperkenalkan challenges lebih and pertukaran setting. Fields ini didedahkan dalam tiga atau lima pusingan, dan secara serentak membolehkan sesiapa sahaja menang.\u00a0

Awal-awalnya, Second Dinner studio telah pun mengumumkan pelan mereka pada 2019 untuk membuat game Marvel dan telah berjaya mendapatkan dana daripada NetEase sebanyak USD30 juta.. Perkembangan studio ini daripada 5 orang kepada 48 orang tenaga kerja di website mereka membuktikan progress development yang baik dan berjanji game ini akan dikeluarkan pada tahun ini di Windows PC, iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-snap-card-game-terbaru-dari-ex-director-hearthstone"} {"title": "Dibunuh Oleh Hackers - Players Free Fire Tidak Akan Di Penalized", "body": "

Melalui update terbaru Free Fire yang diberin nama OB34 \u00a0ia dikhabarkan akan menambah dimana player yang bermain di Ranked Mode dan dibunuh oleh BOT tidak akan di penalized. Ini merupakan usaha pihak Garena Free Fire bagi menangani isu utama meta terkini iaitu interaksi players dengan hacks dan cheats.

Hackers sudah lama menjadi kutukan komuniti gaming online, dan Garena telah pun menganalisis data dan isu tersebut dan menjanjikan jalan penyelesaian masalah ini di update yang baru. Perubahan ini akan termasuknya dalam Ranked Battle Royale dan Contra Squad. Players yang menghadapi hackers dalam mode ini, point mereka tidak akan ditolak dan kiraan akan berlangsung seperti biasa.\u00a0\u00a0\u00a0

Update yang akan datang ini adalah jalan penyelesaian yang amat diperlukan dalam komuniti untuk mengatasi masalah hackers ini. Garena menyatakan keutamaan mereka dalam melahirkan persekitaran sosial yang sihat kepada komuniti gaming Free Fire ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dibunuh-oleh-hackers-players-free-fire-tidak-akan-di-penalized"} {"title": "BioShock: The Collection Percuma Di Epic Games Store", "body": "

Sebahagian daripada Mega Sale Epic Games, game percuma yang diumumkan selepas Borderland 3 ialah Bioshock: The Collection. Permainan video ini boleh dimuat turun di Epic Games Store secara percuma bermula sekarang sehingga 2 Jun 2022. Selain daripada itu, pengguna juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 75% untuk lebih daripada 1600 game dan add-ons dan ditambah dengan coupon 25% unlimited pada purchase yang berkenaan.\u00a0

Mari mengembara ke bandar-bandar seperti Rapture dan Columbia dalam Bioshock Remastered, Bioshock 2 Remastered, dan Bioshock Infinite: The Complete Edition, termasuklah semua add-on content single player mereka.\u00a0

Game award-winning ini terlalu ikonik buat ramai gamers diluar sana, so kitorang tak perlu nak meyakinkan korang untuk mencuba game PC ini terutama sekali apabila ia percuma sekarang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bioshock-the-collection-percuma-di-epic-games-store"} {"title": "DLC Resident Evil Village Dijanjikan Oktober Ini", "body": "

Capcom telah mengeluarkan tarikh rasmi keluarkan DLC Resident Evil Village iaitu pada 28 Oktober 2022 selepas mengumumkan pelan konten post-release ketika E3 2021.\u00a0

Resident Evil Village mendapat banyak reaksi positif daripada peminat francais Resident Evil selepas keluarkannya pada May 2021 di Windows PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan Google Stadia.\u00a0

Kali ini, DLC Village atau dinamakan sebagai \u201cShadow of Rose\u201d mempunyai plot cerita baru dibintangi Rose Winters, anak kepada watak utama Ethan Winters.

Trailer yang dikeluarkan Capcom menunjukkan Rose pulang ke lokasi asal Village selepas 16 tahun daripada peristiwa kejadian permainan asal untuk mempelajari lebih banyak mengenai kuasanya.

Selain daripada itu, DLC ini membekalkan pemain dengan mod perspektif ketiga untuk Resident Evil Village serta mod \u2018Mercenaries\u2019 yang menambahkan watak boleh dimain seperti Chris Redfield, Karl Heisenberg, dan kegemaran peminat iaitu Lady Dimitrescu.\u00a0

Tambahan pula, Resident Evil Re: Verse iaitu versi multiplayer Village akan dikeluarkan sekali dengan DLC \u201cWinter\u2019s Expansion\u201d ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-resident-evil-village-dijanjikan-oktober-ini"} {"title": "Coral Island - Stardew Valley Daripada Negara Jiran", "body": "

Coral Island merupakan permainan sim yang diinspirasi oleh permainan seperti Stardew Valley dan Animal Crossing. Coral Island ini dibuat oleh Stairway Games iaitu studio daripada Indonesia dan akan dikeluarkan oleh Play Humble Games.

Pada 2021, permainan ini telah mengumpul dana sebanyak 1.6 million dalam tempoh 30 hari melalui Kickstarter dan membuktikan bahawa permainan ini seharusnya ditambah dalam senarai cozy games anda.\u00a0

Baru-baru ini, IGN telah mengeluarkan trailer gameplay baharu Coral Island yang menunjukkan pelbagai interaksi dan ciri-ciri dalam permainan ini. Seperti permainan dibawah genre yang sama, Coral Island mempunyai banyak aktiviti penanaman.\u00a0

Selain itu, ia menyediakan banyak peluang untuk berinteraksi bersama NPC dan anda juga boleh buat kawan dengan Merfolk. Seperti yang ditunjuk di dalam trailer, terdapat banyak gameplay dibawah air dan misi untuk bersihkan laut yang tercemar.

Stairway Games telah menjanjikan tarikh rasmi keluarkan Coral Island iaitu seawal 11 Oktober 2022. Pemain boleh dapatkannya untuk PC di Steam dan tambahkan di wishlist anda.\u00a0

Sementara menunggu, pemain boleh menyertai aktiviti komuniti yang dilancarkan oleh Stairway Games seperti pertandingan melukis dan pelbagai lagi berita baru mengenai perkembangan Coral Island.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/coral-island-stardew-valley-daripada-negara-jiran"} {"title": "Squid Game Kembali Untuk Musim Kedua", "body": "

Squid Game merupakan satu series yang tidak asing lagi dalam Netflix. Filem Korea ini bukan sahaja mendapat sambutan dalam negara Asia, malah hampir seluruh dunia menontonnya. Baru-baru ini, terdapat pengumuman bahawa Squid Game musim 2 bakal dikeluar tidak lama lagi. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Netflix dengan memuat naik klip patung Red Light, Green Light.

Dalam pada itu, Netflix turut menyampaikan mesej yang diberikan oleh Hwang Dong-Hyuk selaku pencipta, pengarah, penulis dan penerbit kepada peminat Squid Game. Dalam mesej tersebut, Hwang Dong-Hyuk menyatakan bahawa dia mengambil masa 12 tahun untuk menyiapkan musim yang pertama tetapi hanya 12 hari untuk menjadi rancangan yang paling popular di Netflix.\u00a0

Walau bagaimana, pihak mereka masih belum mendedahkan banyak tentang musim kedua ini. Trailer rasmi atau sinopsis juga masih belum dikeluarkan oleh pihak produksi. Begitu juga dengan tarikh filem ini ditayangkan. Jadi, sama-samalah kita nantikan pengumuman mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/squid-game-kembali-untuk-musim-kedua"} {"title": "Lightyear Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia", "body": "

Animasi terkenal Toy Story, baru-baru ini telah mengeluarkan filem terbaru mereka yang berjudul Lightyear. Lightyear mengisahkan tentang wira angkasa lepas iaitu Buzz Lightyear yang sinonim dengan ayat \u201cto infinity and beyond\u201d. Watak Buzz kali ini turut mendapat suara latar baharu daripada pelakon Avengers, Chris Evans.

Filem animasi Lightyear dijangka akan ditayangkan pada 16 Jun ini namun terdapat beberapa isu. Lightyear kemungkinan tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia disebabkan terdapat adegan LGBT di dalam filem ini. Meskipun belum mendapat kenyataan rasmi daripada pengedar filem Walt Disney Company Malaysia, namun Malaysia biasanya akan mengikut langkah negara Islam yang lain seperti Mesir.

Buat masa ini, Mesir dan China telah melarang filem ini ditayangkan di negara mereka. Disebabkan isu ini, pihak penerbit iaitu Pixar telah mendapat kecaman ramai kerana memasukkan adegan hubungan sejenis ke dalam filem animasi ini. Untuk keputusan rasmi, kami masih menantikannya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lightyear-tidak-akan-ditayangkan-di-malaysia"} {"title": "DXAVIER Juara PMPL SEA Championship 2022", "body": "

PMPL Sea Championship Spring 2022 telah tamat selepas perlawanan yang berlangsung selama tiga hari. Pasukan D\u2019Xavier dari Vietnam telah memenangi kejohanan kali ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak US$31,500.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Vampire Esports dari Thailand dan mereka membawa pulang hadiah berjumlah US$20,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Indonesia RRQ Ryu. Mereka telah membawa pulang hadiah berjumlah US$16,500.

Bagi pasukan Malaysia, Team Secret telah mendapat tempat kesembilan dan membawa pulang US$5,000 manakala Farang Lejund telah mendapat tempat kesebelas sementara YooDoo Alliance 4Rival dan Dingoz Esports masing-masing mendapat tempat ketiga belas dan keenam belas.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dxavier-juara-pmpl-sea-championship-2022"} {"title": "Overwatch 2 Bakal Tiba Oktober Ini", "body": "

Activision Blizzard telah mengeluarkan trailer baru untuk Overwatch 2 semasa Xbox & Bethesda Games Showcase di Summer Game Fest 2022. Mode PvP game ini akan dikeluarkan secara percuma dan early access bermula pada dekat hujung tahun ini.

Kebanyakan rupa wira Overwatch telah ditukar kepada gaya lebih moden. Ini mungkin penyebab game ini mengambil masa beberapa tahun selepas game pertama Overwatch. Trailer ini juga memperkenalkan kita kepada wira terbaru Junker Queen. Dia adalah tank terbaru untuk Overwatch 2 yang berasal dari Junker Town sekali dengan Junkrat dan Roadhog.

Overwatch 2 akan dikeluarkan pada tarikh 4 Oktober 2022 sebagai Early Access secara percuma. Tetapi ini hanyalah untuk mode PvP game ini manakala kempen jalan cerita Overwatch 2 perlu dibayar. Game ini boleh dimainkan di PC, PlayStation, Xbox dan juga Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/overwatch-2-bakal-tiba-oktober-ini"} {"title": "Minecraft Legends - Game Strategi-Aksi Terbaru Dari Mojang", "body": "

Mojang telah mengeluarkan trailer untuk game terbaru mereka ketika Xbox & Bethesda Games Show. Permainan video yang diberi nama Minecraft Legends telah mempamerkan aksi-strategi dalam pengembaraan menyatukan penduduk Overworld untuk menentang pendatang Nether.

Pemain akan mengembara ke dunia Overworld sambil menyatukan skeleton, zombie, villager dan juga haiwan-haiwan liar untuk membantu menghentikan serangan Piglin. Game ini kekal dengan gaya asal Minecraft tetapi ia mengimplementasikan cell-shading dan outline untuk membuatkan game ini nampak lebih gaya kartun.

Masih tidak banyak informasi mengenai rakaman gameplay daripada trailer ini. Walaupun masih tiada tarikh rasmi, permainan ini dijangkakan akan keluar pada 2023 di PC, PlayStation, Xbox dan juga Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/minecraft-legends-game-strategi-aksi-terbaru-dari-mojang"} {"title": "Phoenix Adarna - Skin Terbaru PUBG Mobile Khas Untuk Peminat Dari Filipina", "body": "

Baru-baru ini permainan video popular PUBG Mobile telah mengumumkan Skin terbaru mereka yang dipanggil sebagai Phoenix Adarna. Phoenix Adarna ini merupakan skin khan yang dikeluarkan untuk meraikan peminat-peminat dari Filipina.

Phoenix Adarna dikatakan skin yang mengfokuskan kepada budaya dan mitos masyarakat Filipina. Skin ini juga dikeluarkan bagi meraikan kolaborasi antara PUBG Mobile dan syarikat penerbangan dari Filipina iaitu Cebu Pacific. selain dari Skin khas, PUBG Mobile juga mengeluarkan voice pack bahasa Tagalog.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/phoenix-adarna-skin-terbaru-pubg-mobile-khas-untuk-peminat-dari-filipina"} {"title": "Fire Fire Umumkan Kolaborasi Dengan DOLLA", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan kumpulan penyanyi wanita iaitu DOLLA menerusi permainan video Free Fire.

Kolaborasi ini dikatakan untuk event Free Fire Untuk Semua yang mana telah mula dijalankan sejak bulan Mei yang lepas yang telah menampilkan beberapa artis popular seperti Ismail Izzani. Event bersama DOLLA ini akan berlangsung dari 13 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Dengan tema Free Fire Untuk Semua Budaya, event ini menampilkan ahli-ahli DOLLA seperti Sabronzo, Tabby, Angel dan juga Syasya yang datang dari pelbagai bangsa dan budaya.

Menerusi kolaborasi ini juga, DOLLA akan mengeluarkan lagu terbaru mereka berjudul FIGHT khas untuk permainan video Free Fire.\u00a0

Selain dari lagu terbaru, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang peminat boleh turut serta dan mungkin membawa pulang beberapa barangan eksklusif untuk event ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fire-fire-umumkan-kolaborasi-dengan-dolla"} {"title": "ACE STAR Perkenalkan Line-up Terbaru", "body": "

Bagi yang tidak tahu, ACE STAR merupakan satu pasukan MLBB yang ditubuhkan pada April Tahun Lepas. Baru-baru ini pasukan ACE STAR telah mengumumkan line up terbaru untuk pasukan MLBB mereka.

Ketika ditanya tentang line up terdahulu mereka, ACE STAR menyatakan yang line up lama terpaksa dilepaskan disebabkan komitmen kerja dan menumpukan kepada pelajaran.\u00a0

Line up terbaru ini menampilkan (Dari Kiri ke Kanan) Manley, Zycogais, Fay, Hati yang Tersakiti, Go faster Babe dan Gol D. Put.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ace-star-perkenalkan-line-up-terbaru"} {"title": "Trailer Ark 2 Keluar, Dijangkakan Tiba Pada 2023", "body": "

Ark 2 telah diperkenalkan buat kali pertama di \u2018The Game Awards\u2019 tahun lepas sebagai sekuel kepada Ark: Survival Evolved. Baru-baru ini di Xbox dan Bethesda Showcase, trailer sinematik baru bagi Ark 2 telah dikeluarkan.

Permainan ini dibintangi pelakon aksi terkenal iaitu Vin Diesel sebagai Santiago serta Auli\u2019i Cravalho sebagai anaknya Meeka. Ark 2 akan membawa pemain kembali semula ke dunia dinosaur dengan barang, peta dan gameplay yang baru.\u00a0

Sekuel ini mempunyai peristiwa dunia baru yang boleh diturut serta pemain dan musuh untuk lawan iaitu Arai. Ark 2 juga menggunakan Unreal Engine 5 dan telah menjanjikan gameplay perspektif ketiga yang mempunyai aksi gameplay lincah seperti parkour dan panjat dinding.

Ark 2 akan keluar di Xbox X/S dan PC pada 2023. Selain itu, Ark: The Animated Series yang menggunakan visual kartun ala-ala The Legend of Korra dan Avatar akan juga keluar tidak lama lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-ark-2-keluar-dijangkakan-tiba-pada-2023"} {"title": "Hollow Knight: Silksong Akan Keluar Tidak Lama Lagi", "body": "

Hollow Knight: Silksong merupakan permainan siri sekuel bagi Hollow Knight yang dikeluarkan pada 2017. Asalnya game ini dikhabarkan akan dikeluarkan sebagai DLC, namun Silksong akan dikeluarkan sebagai sirinya tersendiri dalam masa 12 bulan ini.

Pada Xbox dan Bethesda Showcase yang lalu, Microsoft telah mengumumkan permainan ini akan tiba di Xbox dan Game Pass. Walaupun tidak mempunyai tarikh rasmi, akaun rasmi twitter Xbox telah sahkan kesemua permainan yang disenaraikan oleh mereka akan dikeluarkan dalam masa 12 bulan ini.\u00a0

Silksong meletakkan pemain dalam perspektif dunia Hornet, watak kesayangan banyak pemain Hollow Knight yang pertama. Permainan ini mempunyai dunia yang baru, dengan musuh dan latar belakang musik orkestra yang tidak pernah terlihat sebelum ini.\u00a0

Selain Xbox, Hollow Knight: Silksong akan keluar di Nintendo Switch, PC, Mac dan Linux. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hollow-knight-silksong-akan-keluar-tidak-lama-lagi"} {"title": "MSC 2022: Todak Dan Orange Esports Layak Ke Playoff", "body": "

Berita gembira bagi penyokong pasukan tanah air apabila mengetahui kedua-dua pasukan dari Malaysia iaitu pasukan Todak dan pasukan Orange Esports layak ke Playoff bagi MSC 2022.\u00a0

Perlawanan pertama pasukan Todak adalah seri 1-1 menentang pasukan Falcon dari Myanmar. Pasukan Orange Esports juga mendapat keputusan sama apabila berhadapan dengan Impunity KH.

Namun begitu, perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan meraih berita gembira. Perlawanan kedua pasukan Todak adalah dengan menentang pasukan ONIC Esports. Pada minit awal, mereka kelihatan lemah dengan Iron Hook yang digunakan pasukan tentangan.

Namun, Yums dapat menewaskan 3 ahli ONIC menggunakan Fatal Link. Mereka dapat melakukan comeback selepas mendapat peluang menggunakan kombo Yin Yang Overturn yang menumbangkan pasukan ONIC Esports.\u00a0

Perlawanan kedua pasukan Orange Esports menentang EVOS SG menjadi batu lonjakan kepada mereka dengan kedua-dua pusingan memihak kepada mereka.\u00a0

Minn telah menjadi kunci kemenangan buat pasukan Orang Esports apabila 4 orang ahli EVOS SG kehilangan posisi mereka apabila beliau menggunakan Flicker untuk melakukan Fatal Link. Kesemua ahli EVOS SG telah pun dikalahkan dan memberi kemenangan kepada Orang Esports.\u00a0

Saksikan perlawanan Playoffs nanti pada 14 Jun sehingga 19 Jun 2022 secara siaran langsung di Youtube atau Facebook Live Mobile Legends: Bang Bang Official. Dibawah merupakan jadual pasukan Playoffs hari pertama nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/msc-2022-todak-dan-orange-esports-layak-ke-playoff"} {"title": "Anime Tekken: Bloodline Mengisahkan Tentang Jin Kazama", "body": "

Sebut tentang Tekken, hampir seluruh dunia mengenali permainan video ini. Bermula dengan permainan video Arcade pada tahun 1994, Tekken kini merupakan sebuah game yang dikenali dunia. Tekken berkembang bukan hanya melalui permainan video, namun Tekken juga sering mengadaptasikan permainan video mereka ke dalam bentuk animasi dan live action.

Baru-baru ini, Netflix telah mengumumkan bahawa Tekken bakal muncul dalam bentuk siri anime yang pertamanya. Tekken: Bloodline, siri anime yang berkisahkan tentang latar belakang Jin Kazama dimana beliau terpaksa melalui latihan yang begitu berat oleh datuknya sehingga membuatkan beliau menjadi seorang yang kuat. Berikut merupakan sinopsis untuk anime ini.

\u201cKekuatan adalah segalanya\u201d. Jin Kazama belajar seni bela diri iaitu Kazama-Style Traditional Martial Arts. Seni bela diri ini dipelajari daripada ibu beliau ketika berusia muda. Meskipun begitu, beliau tak berdaya ketika sebuah kejahatan besar tiba-tiba muncul dan menghancurkan segala yang beliau sayangi lalu mengubah hidupnya untuk selama-lamanya.

Beliau marah terhadap dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk menghalang perkara ini. Jin bersumpah akan membalas dendam dan mencari kekuatan mutlak. Pencariannya ini membawanya ke pertarungan terhebat di pentas global iaitu The King of Iron Fist Tournament.\u201d \u00a0 Anime ini walau bagaimana masih belum diberitahu tentang tarikh yang bakal ditayangkan di Netflix. Sama-sama kita nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-tekken-bloodline-mengisahkan-tentang-jin-kazama"} {"title": "Dragon\u2019s Blood Musim 3 Tiba di Netflix Ogos Ini", "body": "

Jika anda seorang penggemar game Dota 2, anda pasti mengetahui tentang animasi yang diadaptasikan daripada game ini. Dragon\u2019s Blood, sebuah animasi popular yang diadaptasikan daripada permainan video Dota 2. Animasi ini telah mendapat sambutan ramai ketika ianya mula ditayangkan di Netflix. Perkara tersebut membuatkan pengarah menghasilkan animasi ini kepada beberapa musim.

Baru-baru ini, Netflix telah mengeluarkan pengumuman bahawa Dragon\u2019s Blood musim 3 bakal tiba. Perkara ini turut diumumkan oleh pencipta animasi Dragon\u2019s Blood sendiri iaitu Studio Mir yang menyatakan \u201cDragonBlood Season 3 is coming\u201d. Dragon\u2019s Blood musim 3 dikatakan bakal ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix.

Musim ketiga ini bakal mengisahkan tentang kesinambungan daripada pengembaraan Davion bersama rakan-rakan mereka ketika meneruskan perjalanan untuk menghapuskan naga daripada terus mengancam penduduk bumi. Jika anda masih belum menonton musim yang pertama dan kedua, anda boleh membuat tontonan di Netflix sekarang. Pastikan anda mengetahui jalan cerita sebenar sebelum anda menonton musim yang ketiga.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dragon-s-blood-musim-3-tiba-di-netflix-ogos-ini"} {"title": "Trailer Layers of Fears Dipersembahkan", "body": "

Semasa Summer Game Fest 2022, Bloober Team telah mengeluarkan trailer untuk game terbaru mereka iaitu Layers of Fears. Game paling baru dari siri Layer of Fear ini membawa pengalaman seramnya ke tahap baru menggunakan Unreal Engine 5. Kemodenan teknologi akan membawa pengalaman mendalam yang sakali baru kepada francais ini.

Nampaknya game seram ini akan fokus lebih kepada persekitarannya. Developer game ini lebih mementingkan alam sekitar yang mengejutkan daripada makhluk yang menakutkan. Mereka menuju untuk menceritakan game ini melalui visual dan pendengaran.

Layers of Fears akan keluar pada awal 2023 dan ia akan tersedia untuk pembelian di PC, Playstation dan juga Xbox.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-layers-of-fears-dipersembahkan"} {"title": "Trailer Baru Marvel\u2019s Midnight Suns Memperkenalkan Watak Baru", "body": "

Trailer Marvel\u2019s Midnight Suns telah dikeluarkan semasa Summer Game Fest 2022. Ia telah memperkenalkan kita kepada beberapa watak baru. Antaranya adalah Spider-Man yang disuarai oleh Yuri Lowenthal, pelakon suara Insomniac\u2019s Spider-Man.

Selain itu, trailer ini juga memperkenalkan kita kepada antagonis game ini iaitu Lilith. Bersamanya Sabertooth, Scarlet Witch, Venom dan Hulk versi jahat juga merupakan musuh yang harus ditempuhi pemain.

Trailer ini juga dikeluarkan bersama dengan gameplay preview. IGN dan Arekkz Gaming telah menunjukkan gameplay Marvel\u2019s Midnight Suns. Nampaknya game ini akan dimainkan secara turn-based digabungkan dengan mekanik kad seperti Slay of Spire.

Game ini akan keluar pada tarikh 7 Oktober 2022 di PC, PlayStation dan Xbox. Namun, tarikh masih belum ditentukan untuk keluaran Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-baru-marvel-s-midnight-suns-memperkenalkan-watak-baru"} {"title": "Maneater - Percuma Minggu Ini Di Epic Games Store", "body": "

Epic Games MEGA Sale semakin hampir ke penghujungnya dengan dua lagi game percuma yang akan dikeluarkan. Game percuma minggu ini adalah Maneater, sebuah game di mana anda main sebagai ikan jerung.

Dalam game ini, pemain bermula sebagai seekor anak ikan jerung yang memakan ekosistem sekeliling untuk menjadi lebih besar. Apabila sudah cukup besar, pemain\u00a0 boleh serang kapal dan memakan manusia.

Peminat boleh dapatkan game ini secara percuma di Epic Games Store tetapi hanya hingga tarikh 16 Jun 2022. Game seterusnya yang akan diberikan secara percuma adalah Supraland dan Fall Guys pada minggu seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/maneater-percuma-minggu-ini-di-epic-games-store"} {"title": "Anime Dragon Age: Absolution Bakal Tiba di Netflix", "body": "

Baru-baru ini, terdapat sebuah lagi permainan video popular yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk anime. Dragon Age, merupakan permainan video yang dibangunkan oleh BioWare sejak dari tahun 2009. BioWare telah bekerjasama dengan EA bagi mengeluarkan anime untuk game ini yang berjudul Dragon Age: Absolution.

Trailer untuk animasi Dragon Age: Absolution juga telah dikeluarkan oleh Netflix dan dijangka akan ditayangkan pada Disember ini. Terdapat enam episode secara keseluruhan yang akan ditayangkan oleh Netflix.\u00a0

Dragon Age: Absolution berlangsung di Tevinter dan menampilkan himpunan watak baru yang diilhamkan oleh tradisi Dragon Age, termasuk elf, mage, knight, Qunari, Red Templar, Demon serta kejutan istimewa yang lain.

Walau bagaimana, pihak mereka masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk series animasi ini. Sama-sama kita nantikan dan lihat adakah ianya menarik seperti di dalam Game.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-dragon-age-absolution-bakal-tiba-di-netflix"} {"title": "Ejen Ali Kembali Untuk Musim Ketiga", "body": "

Berita gembira untuk para peminat Ejen Ali. Ejen Ali musim ke 3 bakal ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun ini. Perkara ini disahkan apabila sebuah trailer Ejen Ali musim 3 ditayangkan di Youtube rasmi mereka. Pasti ramai tak sabar untuk tunggu musim 3 ini ditayangkan di kaca tv.

Sebenarnya, Ejen Ali musim 3 ini telah diumumkan sejak dari tahun lepas lagi. Namun, ianya mula ditayangkan pada tahun ini. Untuk sinopsis filem ini, kami ingin anda tonton sendiri di Disney+ Hotstar sambil support produk tempatan. Apa yang boleh kami beritahu, Ejen Ali musim 3 menceritakan kesinambungan daripada musim 2 dimana Ali bersama rakan-rakannya perlu berhadapan dengan misi berbahaya.

Dalam pada itu, terdapat juga watak-watak baharu yang akan muncul pada musim ke 3. Jangan lupa untuk saksikan Ejen Ali musim ke 3 pada 25 Jun ini. Langgani Disney+ Hotstar sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ejen-ali-kembali-untuk-musim-ketiga"} {"title": "SEM9 Wakili Malaysia Dalam Pacific Championship Series 2022", "body": "

Pacific Championship Series (PCS) 2022 kini kembali. Dengan sokongan CTBC Bank, PCS musim ketiga ini akan menampilkan 10 pasukan merentasi wilayah iaitu Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Macau. Ini akan menyaksikan pasukan bertaraf antarabangsa bersaing dalam permainan League of Legends bagi merebut kejuaraan.

Daripada 10 pasukan tersebut, terdapat 6 pasukan baru yang akan bertanding dalam PCS 2022. Antara 10 pasukan yang bakal beraksi adalah CTBC Flying Oyster (Taipei), Deep Cross Gaming (Taipei), Frank Esports (Hong Kong), Hurricane Gaming (Taipei), Impunity Esports (Singapore), Mega Bank Beyond Gaming (Taipei), Meta Falcon Team (Taipei), PSG Talon (PSG) (Hong Kong), SEM9 (Malaysia), dan Taipei J Team (Taipei).

Kejohanan akan bermula pada 11 Februari ini. Untuk regular season akan dimainkan dalam format best-of-one double-robin matches manakala playoff akan dimainkan dalam format best-of-x double elimination. Perlawanan ini disiarkan secara langsung dalam 4 bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Thai, dan Kantonis. Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, sila ke lolesports.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sem9-wakili-malaysia-dalam-pacific-championship-series-2022"} {"title": "Razer Invitational SEA Kembali", "body": "

Kejohanan besar Asia Tenggara iaitu Razer Invitational kini kembali. Razer Invitational tahun ini pastinya lebih meriah dengan tawaran hadiah terkumpul yang lebih besar. Sebanyak 10 negara SEA akan menyertai kejohanan ini bagi memeriah lagi perlawanan.\u00a0

Terdapat 2 kategori permainan yang dipertandingkan iaitu PUBG Mobile dan juga Mobile Legends: Bang Bang. Hadiah terkumpul yang ditawarkan pada tahun ini adalah sebanyak 30,000 USD. Dalam pada itu, kejohanan ini juga membawakan 3 kategori acara.

Acara yang pertama ialah The National Showdown. Sempena dengan Persekutuan E-sukan, 10 negara akan mewakilkan setiap satu pasukan impian untuk bersaing bagi merebut kejuaraan. Acara seterusnya adalah The Open. Acara ini terbuka kepada seluruh peminat untuk merasai keseronakan dengan membina pasukan dan bersaing antara satu sama lain serta memilih pasukan KOL.

Acara terakhir adalah The Master Class. Acara ini merupakan perkongsian antara pemain legenda dengan peminat berkenaan dengan petua, strategik permainan, cara meningkatkan kemahiran bermain dan banyak lagi. Ia akan diadakan selama 30 minit.\u00a0

Razer Invitational akan bermula pada 14 hingga 27 Februari 2022. Untuk info lanjut, sila ke laman web razer.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/razer-invitational-sea-kembali"} {"title": "Hyper Scape Ditutup Selamanya", "body": "

Ubisoft baru-baru ini telah membuat pengumuman yang mereka akan menutup game battle royale iaitu Hyper Scape. Hyper Scape merupakan sebuah permainan konsol dan PC yang telah dilancarkan pada 12 Julai 2020 oleh Ubisoft. Tidak sampai 2 tahun, Ubisoft membuat keputusan untuk menutup game ini. Apa sebabnya?

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dikatakan yang Hyper Scape semakin kurang mendapat perhatian. Semasa beta terbuka diadakan terhadap game ini, terdapat beribu penonton yang menonton di Twitch. Namun, setelah pelancarannya pada Julai 2020, jumlah pengikutnya semakin berkurang.

Ubisoft akhirnya membuat keputusan untuk menutup Hyper Scape ini pada 28 April 2022. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ubisoft turut memberitahu yang mereka akan mengambil pelajaran penting daripada Hyper Scape ini untuk produk yang akan datang.

Hyper Scape sememangnya mempunyai kelainan daripada game battle royale yang lain. Game ini menampilkan idea yang baru seperti pemain Hacks akan mendapatkan kebolehan yang unik. Selain itu, untuk memenangi perlawanan pemain juga perlu memegang Mahkota sebagai pemain terakhir berdiri. Jika circle di map PUBG Mobile adalah berwarna biru dan semakin mengecil, circle di map Hyper Scape adalah hilang secara langsung apabila ia mengecil.\u00a0

Walau bagaimana, pemain tetap perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Hyper Scape. Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, sila ke ubisoft.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hyper-scape-ditutup-selamanya"} {"title": "Tiada Lagi Belletron?!", "body": "

Belletron, nama yang tidak asing lagi dalam e-sukan wanita Indonesia. Belletron terdiri daripada 2 pasukan iaitu Belletron Ace (PUBG Mobile) dan Belletron Era (MLBB). Baru-baru ini, Belletron telah membuat pengumuman yang mereka akan dibubarkan buat selama-lamanya. Ini bermakna tiada lagi Belletron Ace dan juga Belletron Era. Apa sebenarnya yang terjadi?

Setelah menjadi tanda tanya mengapakah Belletron yang sering menjadi juara itu dibubarkan, akhir terjawab apabila Bigetron Esports menyatakan yang Belletron akan digabungkan ke Bigetron. Ini bermakna tiada lagi Belletron sebaliknya akan menjadi Bigetron Ace dan Bigetron Era. Mereka juga akan mengantikan jersi yang berwarna hijau kepada warna merah.

\u201cBukan dalam jumlah, tapi dalam kesatuan itulah yang membuatkan kami semakin kuat. Kami bergabung, bersatu lebih kuat demi meraih satu tujuan mulia yaitu menjadi juara,\u201d kata pihak Bigetron Esports. Pembubaran Belletron sememangnya boleh dibanggakan. Ini adalah kerana mereka berjaya memperoleh pelbagai kemenangan dalam masa 4 tahun.

Belletron Ace juga pernah menjuarai PMPL SEA Season 4: Ladies manakala Belletron Era baru-baru ini menjuarai kejohanan MLBB iaitu Woman Star League Season 4. Untuk info yang lebih lanjut, ikuti sosial media Bigetron Esports.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiada-lagi-belletron"} {"title": "FaZe Clan Perkenalkan Lineup Untuk Valorant!", "body": "

FaZe Clan baru-baru ini telah memperkenalkan barisan rasmi untuk Valorant musim 2022. Barisan terbaru ini terdiri daripada bekas pemain 100 Thieves Quan \u201cDicey\u201d dan bekas pemain Immortals \u201cShoT_UP\u201d. Selain itu, mereka turut akan berjumpa dengan bekas pemain Teal Seam \u201cLarryBanks\u201d dan \u201cflyuh\u201d dalam melengkapkan senarai pasukan.

Antara anggota lama FaZe Clan yang masih lagi kekal dalam line up ialah Andrej \u201cBABYBABY\u201d. Untuk jurulatih, tugas ini dipegang oleh bekas pemain Counter-Strike iaitu Josh \u201cJDM\u201d dan akan dibantu oleh Thomas \u201cTrippy\u201d. Barisan terbaru ini akan membuat penampilan sulungnya dalam Kelayakan Terbuka VCT North America Stage One iaitu pada 27 Januari.

Kelayakan Terbuka VCT North America Stage One akan berakhir pada 30 Januari. Pasukan yang berjaya memenangi pertandingan akan melayakkan mereka ke Kelayakan Tertutup bersama pasukan terkenal seperti Cloud9, Sentinels, 100 Thieves, dan Envy. Di bawah merupakan barisan penuh pemain Valorant FaZe Clan:

Dalam pada itu, FaZe Clan juga dikatakan menandatangani akademi Valorant. Ini bermakna lebih ramai lagi pemain baru akan menyertai organisasi tersebut. Untuk dapatkan berita terkini tentang FaZe Clan, ikuti sosial media mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/faze-clan-perkenalkan-lineup-untuk-valorant"} {"title": "Fortnite Bawa Masuk Pizza Party Dalam Permainan!", "body": "

Fortnite V19.10 telah membawa masuk item baru ke dalam permainan iaitu Pizza Pit. Acara diberi nama sebagai Pizza Party dimana pemain boleh menikmatinya bersama pasukan di dalam permainan. Apakah fungsi Pizza Pit ini?

Fungsi Pizza ini dibawa masuk adalah untuk memulihkan nyawa serta shield pemain. Dalam sebuah kotak Pizza, terdapat 8 potongan dan pemain boleh berkongsi bersama pasukan mereka. Setiap satu potongan yang dimakan akan ditambah sebanyak 25 nyawa dan shield kepada pemain.

Bagaimana nak dapatkan Pizza ini? Pizza ini boleh didapatkan dalam permainan dimana pemain boleh mencarinya di dalam peti yang berada di pulau, supply drops, Loot Llamas atau di atas jalanan. Selain itu, Pizza ini juga boleh dibeli dengan bar emas di Tomatohead.

Buat masa ini, Pizza Party tidak dimasukkan ke dalam mana-mana kompetitif sehingga tempoh penilaian habis dibuat. Untuk dapatkan info lebih lanjut, anda boleh pergi ke lawan web epicgames.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-bawa-masuk-pizza-party-dalam-permainan"} {"title": "Ganjaran Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke-3 Apex Legends!", "body": "

Sempena dengan Ulang Tahun ke-3 Apex Legends, terdapat pelbagai ganjaran istimewa yang diberikan. Pemain boleh dapatkan ganjaran seperti Legends, Thematic packs, dan Legendary pack. Ganjaran ini boleh didapatkan bermula pada 8 Februari dan tamat pada 1 Mac.

Untuk minggu pertama (8 - 15 Februari), pemain boleh dapatkan Octane bersama 3 Thematic Packs secara kekal. Untuk minggu kedua pula (15 - 22 Februari), pemain boleh dapatkan karakter Wattson bersama 3 Thematic Packs secara kekal. Pada minggu ketiga (22 Februari - 1 Mac), pemain juga boleh membuka Valkyrie bersama 3 Thematic Packs dan 1 Legendary Pack.

Jika anda sudah membuka Legends tersebut, anda masih boleh mendapatkan Thematic Packs dan 1 Legendary Pack. Ganjaran setiap minggu adalah terhad kepada satu penebusan bagi setiap akaun EA. Tawaran tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh digantikan, ditukar atau dijual untuk wang tunai, barangan atau perkhidmatan.

Untuk dapatkan info lanjut, sila ke ea.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ganjaran-istimewa-sempena-ulang-tahun-ke-3-apex-legends"} {"title": "Overwatch Keluarkan Skin Baru Mercy, Seolbim!", "body": "

Baru-baru ini, Overwatch melancarkan skin baru sempena Lunar New Year event 2022. Antara hero yang dipilih ialah \u2018Mercy\u2019. Mercy telah mendapat skin baru yang dipanggil sebagai \u201cSeolbim\u201d. Seolbim merupakan sejenis pakaian tradisional yang digunakan sewaktu musim perayaan Tahun Baru.

Skin ini akan dilancarkan dalam acara Year of Tiger yang bermula pada 25 Januari hingga 15 Februari. Oleh itu, pemain mempunyai masa yang panjang untuk mendapatkan skin Legendary ini. Seolbim juga dianggarkan bernilai 3,000 kredit dan boleh didapatkan dalam Tiger loot boxes.

Walau bagaimana, diharapkan lebih banyak skin yang akan dikeluarkan pada acara tahun ini. Ini kerana pada acara tahun lepas Year of the Ox, Overwatch telah mengeluarkan 5 skin Legendary bersama. Jadi, nantikan untuk lebih banyak pendedahan skin apabila bermula acara Year of the Tiger pada 25 Januari ini.

Untuk info lanjut, ikuti Twitter playoverwatch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/overwatch-keluarkan-skin-baru-mercy-seolbim"} {"title": "Woman Star League S4 Milik Belletron Era!", "body": "

Setelah dinobatkan sebagai juara dalam Woman Star League (WSL) Musim 3, Belletron Era sekali lagi muncul sebagai juara dalam WSL musim ke-4. Belletron Era muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan GPX Basreng dengan mata kemenangan 4-1.

Belletron Era membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 4000 USD manakala GPX Basreng di tempat kedua akan membawa pulang sebanyak 2000 USD. Walau bagaimana, Belletron Era dan GPX Basreng akan melayakkan diri di kejohanan MLBB Women\u2019s Invitational 2022 yang akan berlangsung pada 27 Januari ini.\u00a0

Untuk pemain MVP WSL Musim ke-4 diberikan kepada \u201cBTR Vivian\u201d. Vivian yang bermain sebagai support/tank telah menunjukkan permainan yang sangat baik. Beliau membantu menepis segala damage yang dikeluarkan oleh GPX Basreng terhadap pasukannya.\u00a0

Untuk EVOS Lynx, mereka berada di tempat ke-3 apabila ditewaskan oleh pasukan GPX Basreng. Mereka hanya kalah tipis iaitu 3-2 pada perlawanan lower bracket. Untuk info lebih lanjut, ikuti womanstarleague.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/woman-star-league-s4-milik-belletron-era"} {"title": "NOVA Esports Juara PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021!", "body": "

PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021 telah pun tamat. NOVA Esports, pasukan daripada China sekali lagi mengekalkan gelaran juara dunia apabila mereka berjaya mengutip mata tertinggi dalam grand final. Grand final telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 21 hingga 23 Januari.

Dalam 18 perlawanan, NOVA Esports berjaya mengutip sebanyak 222 mata dengan hanya 1 WWCD. NOVA juga merupakan satu-satunya pasukan yang mendapatkan 200 mata dimana pasukan yang lain tidak melepasi 200 mata. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak 1.5 juta USD ditempat pertama.\u00a0

\u201cOrder NOVA\u201d antara pemain yang dinobatkan sebagai MVP dalam PMGC 2021. Beliau mempunyai 46 kills dengan jumlah damage yang dikeluarkan sebanyak 7793. Beliau juga telah membawa pulang wang tunai sebanyak 10K USD dalam kejohanan tersebut.\u00a0

Untuk tempat kedua jatuh kepada pasukan Natus Vincere (Navi). Navi berjaya mengutip sebanyak 175 mata dengan 3 WWCD manakala Nigma Galaxy ditempat ketiga dengan 166 mata, 2 WWCD. Untuk wakil daripada Malaysia iaitu Team Secret dan 4Rivals, mereka menduduki di tempat ke-12 dan 14.\u00a0

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan kerana telah bermain dengan sebaik yang mungkin. Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda untuk mereka bangkit pada musim depan. Untuk info lanjut, ikuti media sosial PUBG Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nova-esports-juara-pubg-mobile-global-championship-pmgc-2021"} {"title": "Dongibab, Filem Pertama Untuk Para Streamer!", "body": "

Siapa sangka, bermula dengan hanya bermain game kini mereka mula diambil sebagai seorang pelakon. Itulah yang berlaku pada streamer seperti Jaasuzuran, Uncle Dyy, FattahZie Gaming, dan Daddyhood. Mereka mula mengembangkan bakat dalam bidang lakonan apabila terlibat dalam drama komedi Dongibab.\u00a0

Dongibab, sebuah drama siri komedi yang diterbitkan oleh eGG Network. Drama siri ini menampilkan para streamer Malaysia sebagai pelakon utama. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Fatah yang menjaga cyber cafe milik ayahnya. Kawan baik beliau, Lukeman beranggapan yang Fatah tiada harapan untuk memajukan perniagaannya kerana berada di kawasan bandar yang kecil.

Dalam masa yang sama, Lilian bersama rakan gamers beliau telah terkandas di kawasan perumahan Fatah kerana bas yang dinaiki mereka rosak. Tanpa sebarang signal telefon, Lilian dan rakan-rakannya terpaksa pergi ke cyber cafe Fatah untuk dapatkan akses internet. Dengan semangat yang tidak putus asa, Lilian berusaha untuk meneruskan festival \u2018gaming\u2019 anjurannya walaupun dilakukan di bandar kecil.

Lilian juga mendapat sokongan daripada gamers terkenal iaitu Mr. Canto. Walau bagaimana, Juno sentiasa mencari jalan untuk memastikan usaha Lilian tersebut gagal. Dongibab akan disiarkan bermula pada 24 Januari hingga 29 Januari. Terdapat 6 buah episode yang ditayangkan di saluran eGG Network 800, Astro GO, dan Sooka pada jam 9.30 malam.

Berikut merupakan barisan pelakon utama:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dongibab-filem-pertama-untuk-para-streamer"} {"title": "VCT GAME CHANGERS APAC 2022 Kembali!", "body": "

Riot Games baru-baru ini telah umumkan tentang kejohanan Valorant wanita iaitu VCT Game Changers APAC 2022. Ini merupakan tahun kedua VCT Game Changers diadakan oleh pihak Riot. Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada wanita dalam ekosistem e-sukan Valorant.

VCT kali ini diadakan dengan kerjasama FSL dan SEA's premier women gaming circuit. Terdapat 4 peringkat perlawanan dengan tawaran hadiah terkumpul sebanyak 60,000 USD. Berikut merupakan 4 peringkat yang dinyatakan:

VCT Game Changers APAC Open 1 - 4

Peringkat ini memaksimumkan sebanyak 64 pasukan dan akan bersaing dengan double elimination. 3 pasukan teratas yang berjaya mengutip mata tertinggi akan layak ke peringkat Elit APAC. Pasukan juga berpeluang memenangi 5,000 USD pada setiap peringkat kejohanan terbuka.

VCT Game Changers APAC Open Overtime

Peringkat ini menempatkan 8 pasukan yang menduduki tempat ke 4 hingga 11 dalam peringkat terbuka APAC sebelum ini. Perlawanan akan dimainkan dalam format double elimination dan 3 pasukan teratas akan layak ke peringkat Elit APAC.

VCT Game Changers APAC Last Chance

Peringkat ini merupakan peluang terakhir untuk pasukan yang belum layak ke kejohanan APAC Elite. Mereka perlu bertarung untuk mendapatkan satu daripada dua kelayakan akhir. Maksimum adalah sebanyak 64 pasukan dengan menggunakan format double elimination. Pasukan yang berjaya akan membawa pulang hadiah 5,000 USD.

VCT Game Changers APAC Elite:

Ini merupakan peringkat akhir dalam siri APAC 2022. 8 pasukan yang layak akan bertanding selama 2 minggu (weekends) untuk dinobatkan sebagai juara APAC 2022. Mereka juga akan membawa pulang hadiah sebanyak 35,000 USD dan akan dijemput ke Riot Games\u2019 global Game Changers pada akhir tahun ini.\u00a0

Untuk dapatkan info berkenaan dengan pendaftaran serta tarikh-tarikh kejohanan, anda boleh pergi ke playvalorant.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vct-game-changers-apac-2022-kembali"} {"title": "Malaysia Tempah Nama Di 24 Hours Le Mans Virtual!", "body": "

Pasukan sim racing Asia Tenggara baru-baru ini telah berjaya mendapatkan tempat ke-4 di kejohanan dunia 24 Hours Le Mans Virtual. Axle Sports, organisasi yang diasaskan oleh bekas pelumba Formula 1 iaitu Alex Yoong. Beliau telah menurunkan 2 pasukan dalam menyertai kejohanan 24 Hours Le Mans Virtual.

Dalam kategori Le Mans Prototype (LMP), ia diwakili oleh SEM9 Flash Axle. Pasukan ini terdiri daripada pelumba Naqiub Azlan (Malaysia), Inigo Anton (Filipina), Mohammad Aleef (Singapura), dan Josh Purwien (Australia). Naqiub Azlan, pelumba sim Malaysia yang baru memenangi kejohanan e-sukan Asia Tenggara eRacing GP.

Pada perlumbaan ini, Naqiub Azlan telah bermula pada petak nombor 8. Beliau kemudian menghabiskan perlumbaan dengan mendapatkan tempat ke-6. Namun, Naqiub bersama pasukannya telah dikenakan penalti kerana terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan mereka jatuh di tempat ke-12.

Dengan semangat yang tidak putus asa, di akhir jam perlumbaan, Naqiub, Inigo, Aleef, dan Purwien kembali mengejar kedudukan. Mereka berjaya menamatkan kejohanan di tempat ke-4. Naqiub berkata, \u201cKami masih tidak percaya apa yang kami capai. P4 di litar dunia yang mengerikan amatlah kami bangga. Ia mungkin bukan kemenangan tetapi sebagai satu pasukan dan menentang pemandu terbaik dunia ini amat bermakna kepada kami.\u201d

Untuk kategori GTE, Axle diwakili oleh pelumba Malaysia, Indonesia dan Itali. Pelumba tersebut ialah Alister Yoong & Nabil Azlan (Malaysia), Avila Bahar (Indonesia) dan Davide Arduini (Itali). Mereka memulakan perlumbaan dengan baik iaitu P10 daripada P15. Namun, selepas 12 jam perlumbaan mereka terpaksa keluar dari perlumbaan kerana mengalami masalah internet.

Untuk info lanjut, sila ke thestar.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/malaysia-tempah-nama-di-24-hours-le-mans-virtual"} {"title": "Season 2 Call of Duty: Vanguard & Warzone Ditangguhkan?", "body": "

Menerusi pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak Call of Duty (CoD), season 2 Vanguard dan Warzone terpaksa ditangguhkan daripada 2 ke 14 Februari. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan mengenai bug dan ketidakstabilan di dalam permainan. Oleh itu, pihak CoD terpaksa menjadualkan semula permulaan season 2 supaya dapat memperbaiki masalah yang berlaku.

Antara fokus penambahbaikan adalah berkenaan pengimbangan permainan (termasuk pengimbangan senjata dan peralatan), kestabilan permainan dan juga bug. Ini adalah selepas aduan sama yang diterima oleh pihak mereka. Dengan tempoh yang diminta, segala penambahbaikan akan dilakukan dengan secepat yang mungkin. Penambahbaikan ini akan dikenakan pada platform konsol dan PC.\u00a0

Akhir sekali, pihak CoD juga memaklumkan bahawa Studios akan kekal fokus untuk menambah baik pengalaman permainan secara berterusan dan mereka juga sangat menghargai maklum balas yang diberikan oleh komuniti. Untuk dapatkan info berkenaan dengan kemaskini yang dilakukan oleh CoD, anda boleh pergi ke callofduty.com dan seluruh media sosial mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/season-2-call-of-duty-vanguard-warzone-ditangguhkan"} {"title": "Free Fire X Assassin\u2019s Creed!", "body": "

Garena telah mengumumkan kolaborasi pertama mereka pada tahun 2022 iaitu Free Fire X Assassin\u2019s Creed. Assassin\u2019s Creed, sebuah permainan video yang dibangunkan oleh Ubisoft. Permainan video ini juga pernah memenangi anugerah dan dinobatkan sebagai permainan video francais paling popular.\u00a0

Kolaborasi antara Free Fire bersama Assassin\u2019s Creed sememangnya satu kombinasi yang tepat. Kedua permainan ini mempunyai peminat yang ramai dan ini membolehkan mereka disatukan dalam sebuah mobile game. Antara perkara menarik yang bakal dinantikan oleh pemain Free Fire adalah menyaksikan watak ikonik Assassin\u2019s Creed yang akan dibawa masuk ke dalam dunia Free Fire.

Garena memberitahu bahawa kolaborasi ini akan dilancarkan pada bulan Mac dan butiran lebih lanjut akan dikongsikan pada beberapa minggu akan datang. Pengumuman ini diberitahu awal adalah supaya para peminat bersedia menantikan kolaborasi terbaik ini. Walau bagaimana, ini bukanlah kali pertama Garena berkolaborasi dengan permainan video. Pada tahun lalu, Garena juga telah berkolaborasi dengan Capcom\u2019s Street Fighter V.

Nantikan perkembangan berkenaan Free Fire X Assassin\u2019s Creed di Facebook, Instagram dan Youtube.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-assassin-s-creed"} {"title": "Kevier & Eson Ganti OhMyV33nus dan Wise?!", "body": "

Sebut tentang Blacklist International, pasti ramai yang ketahui kehebatan pasukan ini dalam dunia Mobile Legends. Mana tidaknya, dalam tempoh setahun pasukan ini berjaya merangkul 3 kejuaraan termasuk kejuaraan dunia. Blacklist International merupakan juara dalam MPL PH Musim 7 dan 8. Blacklist juga adalah juara dalam kejohanan dunia iaitu M3 World Championship.

Selepas meraih kemenangan besar, terdapat berita dimana dua pemain utama mereka memutuskan untuk berehat dari menyertai MPL PH Musim 9. Dua pemain tersebut adalah \u201cOhMyV33nus\u201d dan \u201cWise\u201d. Pasti ramai yang merisaukan tentang kehilangan dua pemain hebat ini dalam Blacklist International. Walau bagaimana, penganalisis Blacklist, Bon Chan menyatakan yang beliau tidak bimbang dengan ketiadaan 2 pemain utama ini.

Ini adalah kerana mereka sudah mempunyai pemain yang akan menggantikan dua pemain tersebut. Tambah pula, Blacklist akan menampilkan gameplay serta META baharu bagi menguatkan lagi pasukan mereka. Baru-baru ini, Blacklist International telah mengumumkan barisan penuh pemain untuk MPL PH Musim 9. Berikut merupakan barisan pemain baru mereka:

Kevier dan Eson bakal menggantikan tempat OhMyV33nus dan Wise. Mampukah kedua pemain ini mengekalkan kehebatan Blacklist International? Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka dalam MPL PH Musim 9. MPL PH akan mula pada 18 Februari dan tamat pada 30 April 2022. Sebanyak 150,000 USD hadiah terkumpul bakal ditawarkan. Untuk info lanjut, ikuti instagram blacklistmlbb.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kevier-eson-ganti-ohmyv33nus-dan-wise"} {"title": "NiP Perkenalkan Lineup Terbaru Valorant!", "body": "

Ninjas In Pyjamas (NiP), sebuah organisasi e-sukan yang bertapak di Stockholm, Sweden. Baru-baru ini, mereka telah mendedahkan barisan pemain Valorant terbarunya melalui media sosial. Barisan kali ini terdiri daripada pemain profesional Amerika Selatan. Ini merupakan perubahan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan barisan sebelum ini.

NiP\u2019s telah mengambil pemain berpengalaman daripada Brazil dan Argentina. Antara pemain tersebut adalah Alexandre \u201cxand\u201d dan Benjamin \u201cbnj\u201d. Xand, merupakan bekas pemain pasukan FURIA Esports, Brazil. Beliau pernah mendapat tempat teratas dalam VCT: South America Qualifier bersama pasukannya. Untuk bnj, beliau adalah bekas pemain pasukan KRU Esports, Argentina. Bnj pernah menyertai Master Reykjavik bersama pasukannya.

Seterusnya adalah trio terbaik iaitu Welney \u201cJonn\u201d, Gabriel \u201cbezn1\u201d, dan Cauan \u201ccauanz\u201d. Meskipun mereka ini tidak mempunyai pengalaman dalam kejohanan besar, namun bakat mereka sememangnya mampu untuk pergi lebih jauh. Mereka sebelum ini sering menyertai kejohanan biasa di dalam wilayah.

NiP\u2019s akan memulakan kejohanan pertama iaitu VCT 2022: Brazil Stage One Challenger dimana peringkat kelayakan akan bermula pada 17 Januari. NiP\u2019s akan diketuai oleh Roynaldin \u201cRoY\u201d sebagai juru latih mereka. Untuk info lanjut, ikuti twitter Ninjas in Pyjamas.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nip-perkenalkan-lineup-terbaru-valorant"} {"title": "Onic G Juara Valorant SEA Esports Championship 2022!", "body": "

Onic G, sebuah pasukan Valorant Indonesia baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara dalam SEA Esports Championship 2022. Mereka muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan BOOM Esports dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan akhir. Onic G juga berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak 7000 USD.

SEA Esports Championship merupakan kejohanan yang melibatkan 8 buah negara di Asia Tenggara. Antara negara yang terlibat adalah Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos, Malaysia, Singapura, & Vietnam. Sebanyak 16 pasukan Valorant terbaik Asia telah mengikuti kejohanan ini. Pada permulaan pertandingan, Onic G dilihat kurang keyakinan sehingga mereka jatuh ke lower bracket.

Berbeza dengan BOOM Esports, mereka kelihatan sangat kuat sehinggakan mendapat kemenangan berturut. Namun begitu, kebangkitan Onic G sememangnya mengagumkan. Daripada lower bracket mereka bangkit sedikit demi sedikit sehingga berjaya menewaskan juara bertahan BOOM Esports. Pada pusingan pertama di final, kemenangan telah berpihak pada Onic G dengan mata 17-15. Masuk pusingan kedua, BOOM Esports kembali menyamakan kedudukan dimana mereka memenangi mata 13-10.

Untuk pusingan ketiga dan keempat, perlawanan menjadi semakin sengit. Kedua pasukan ini berjaya menjadikan perlawanan akhir lebih menarik. Akan tetapi, BOOM Esports terpaksa akur dengan kekalahan mereka. Mereka telah ditundukkan oleh Onic G dengan kemenangan 3-1. BOOM Esport berjaya mendapatkan tempat kedua dan membawa pulang wang tunai sebanyak 4000 USD. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan SHB dengan wang tunai sebanyak 3000 USD.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/onic-g-juara-valorant-sea-esports-championship-2022"} {"title": "Free Fire World Series (FFWS) 2022 Berlangsung Di Singapura!", "body": "

Free Fire World Series (FFWS) 2022 bakal diadakan di Sentosa Island, Singapore. Kejohanan ini akan bermula pada bulan Mei dimana 22 pasukan dari seluruh dunia akan bertanding demi merebut gelaran juara. FFWS 2022 akan bermula dengan play-in iaitu pada 14 Mei manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 21 Mei.

Untuk menyertai FFWS, setiap pasukan perlu memasuki kejohanan Free Fire serantau terlebih dahulu. Pasukan yang memenangi kejohanan serantau akan mewakili negara mereka ke FFWS 2022. FFWS 2022 kali ini akan terdapat 22 pasukan daripada 13 wilayah. Antara wilayah tersebut adalah:

  1. North America
  2. Pakistan
  3. Brazil
  4. Taiwan
  5. Indonesia
  6. Commonwealth of Independent States (CIS)
  7. Middle East and North Africa (MENA)
  8. Latin America,\u00a0
  9. Malaysia, Cambodia, Philippines (MCP)
  10. Vietnam
  11. India
  12. Latin America
  13. Europe

12 pasukan akan bertarung dalam play-in untuk dapatkan tempat pada perlawanan akhir FFWS. Hanya 2 pasukan teratas sahaja yang akan mara ke peringkat akhir FFWS bersama dengan 10 pasukan lagi yang telah layak terlebih dahulu. Walau bagaimana, Garena masih belum memaklumkan jumlah hadiah terkumpul untuk kejohanan FFWS 2022.

Ini merupakan kali kedua kejohanan dunia Free Fire diadakan di Singapore. Jika musim lepas FFWS telah diadakan di Marina Bay Sands, Singapore. Ikuti media sosial Garena Free Fire untuk dapatkan info terkini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-world-series-ffws-2022-berlangsung-di-singapura"} {"title": "Skylightz Gaming Juara BGIS!", "body": "

Baru-baru ini, Skylightz Gaming telah muncul sebagai juara dalam kejohanan Battlegrounds Mobile India Series (BGIS) 2021. Ini secara tidak langsung telah melayakkan Skylightz Gaming untuk mewakili negaranya ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021 Grand final. PMGC Grand final akan bermula pada 21 hingga 23 Januari dimana sebanyak 16 pasukan dari seluruh dunia akan bertanding demi merebut hadiah yang lumayan.

Skylightz Gaming, merupakan sebuah pasukan yang kurang mendapat tempat sebelum ini. Namun, di BGIS 2021 mereka telah menunjukkan kemampuannya. Mereka berjaya mendapatkan 3 WWCD serta 109 kill dalam 24 perlawanan dengan mata keseluruhan 273. Mereka juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak 67,470 USD. Dalam kejohanan tersebut, Skylightz Gaming mempunyai pesaing rapat mereka iaitu pasukan TSM.

TSM merupakan pasukan yang berada tempat kedua dengan hanya ketinggalan 3 mata di belakang Skylightz Gaming iaitu 270 mata. Di tempat ketiga pula diduduki oleh Team XO. Mereka berjaya mengumpul mata keseluruhan sebanyak 244 mata iaitu 26 mata ketinggalan di belakang TSM. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan perlawanan akhir PMGC 2021 pada 21 Januari ini. Berikan sokongan terhadap pasukan kegemaran anda untuk dinobatkan sebagai juara dunia dalam permainan PUBG Mobile.

PMGC kali ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 3 juta USD dan ini merupakan hadiah tertinggi dalam sejarah PUBG Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/skylightz-gaming-juara-bgis"} {"title": "China Disekat Dari Overwatch 2 Dan Permainan Video Dari Blizzard Bermula Tahun Depan", "body": "

Blizzard Entertainment dikatakan akan menutup gaming services mereka di China selepas licensing agreement mereka bersama NetEase tamat.\u00a0

Ini bermaksud pemain-pemain dari China tidak akan dapat bermain permainan video seperti Overwatch, World of Warcraft, Diablo dan Hearthstone bermula 23 Januari 2022.\u00a0

Blizzard Entertainment sengaja membiarkan agreement mereka bersama NetEase tamat kerana dikatakan tidak bersetuju dengan perjanjian baru antara mereka dan NetEase. NetEase dan Blizzard Entertainment telah berkerjasama sejak tahun 2008 lagi. \u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/china-disekat-dari-overwatch-2-dan-permainan-video-dari-blizzard-bermula-tahun-depan"} {"title": "Update 1.02 Soul Hackers 2 Kini Tersedia", "body": "

ATLUS telah pun melancarkan update pada Soul Hackers dengan versi 1.02 dengan beberapa penambahan pada karakter, mod, pelbagai pelarasan dan empat Demon terbaru.

Pemain akan bermain sebagai Ringo, seorang ejen artificial intelligence Aion, dalam meneroka dunia Soul Hackers 2. Oleh itu, pembangun ATLUS telah pun menambah pilihan \u2018Dash\u2019 pada pergerakan Ringo untuk memudahkan pemain menerokai dengan lebih cepat.\u00a0

Untuk mod pula, ketika Ringo berjumpa dengan musuh, pemain boleh memilih \u2018Speed Up\u2019 mod untuk melajukan masa perlawanan. Pemain bebas untuk memilih antara kelajuan normal dan kelajuan tinggi.\u00a0

Antara penambahan pada pelarasan yang paling efektif adalah kebolehan teleport terus ke kedai-kedai dari City Map disediakan. Penambahan ini akan memudahkan pemain dalam membeli barang yang diperlukan ataupun diingini. Terdapat juga pilihan untuk pemain dalam mengubah suai masa tip di loading screen, kebarangkalian musuh muncul di dungeons dan lain-lain lagi.

Yang terakhir sekali adalah Demon terbaru iaitu Pixie (versi Soul Hacker), Neko Shogun, Aitvaras dan Isis. Semua Demon tersebut tidak dikira dengan Registration Percentage dalam Demon Compendium atau pun pencapaian 'Compendium Completionist\u2019. Muat naik sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/update-1-02-soul-hackers-2-kini-tersedia"} {"title": "Team Secret Wild Rift Sah Dibubarkan", "body": "

Baru-baru ini pihak Team Secret telah mengumumkan yang divisi Wild Rift mereka sah dibubarkan serta merta. Berita ini agak mengejutkan disebabkan Team Secret boleh dikatakan antara pasukan pilihan peminat-peminat Wild Rift.

Pasukan yang bertempat di Filipina ini dianggotai oleh Azar, Trebor, Tatsurii, Chewy, Code, Raux dan juga Hamezz. Pasukan ini boleh dikatakan antara pasukan perintis dalam scene League of Legends: Wild Rift.\u00a0

Code terdahulu telah meninggalkan Team Secret pada awal tahun 2022 dan digantikan dengan Raux namun pada Julai yang lepas Raux juga dikatakan telah meninggalkan pasukan tersebut. \u00a0

Pada debut mereka, Team Secret dilihat antara pasukan terkuat dalam kejohanan-kejohanan besar Wild Rift namun pada tahun ini, prestasi mereka dilihat merundum teruk dan ini mungkin antara sebab mengapa pasukan ini dibubarkan.

Buat masa ini tidak dapat disahkan sama ada Team Secret akan kembali di scene Wild Rift dengan line-up baru ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-secret-wild-rift-sah-dibubarkan"} {"title": "Antimage Dikatakan Tidak Mahu Bermain Dibawah EVOS Legends Lagi", "body": "

Baru-baru ini Zeys yang merupakan jurulatih kepada pasukan MLBB Indonesia, EVOS Legends telah mendedahkan yang Antimage tidak lagi mahu bermain dibawah pasukannya untuk MPL ID musim kesebelas nanti.

Bagi korang yang tak tahu, Antimage atau nama sebenarnya Maxhill Leonardo merupakan seorang EXP Laner untuk pasukan EVOS Legends dan pernah membawa pasukan EVOS Legends bergelar juara dalam MPL ID musim ketujuh.

Dalam satu livestream Zeys, dia mendedahkan yang dia beberapa kali telah menghantar pesanan kepada Antimage untuk kembali bermain bersama pasukan EVOS Legends namun semua pesanan itu tidak dibalas oleh Antimage.

Sebelum ini Antimage dilihat tidak bermain bersama pasukan EVOS Legends pada MPL ID musim kesepuluh kerana dikatakan mempunyai masalah dalaman dengan pengurusan pasukan tersebut.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/antimage-dikatakan-tidak-mahu-bermain-dibawah-evos-legends-lagi"} {"title": "Blumhouse Dan Atomic Monster Mungkin Bergabung", "body": "

Blumhouse sebuah syarikat produksi di bawah pengawasan Jason Blum manakala Atomic Monster, di bawah pengawasan James Wan. Syarikat mereka terkenal dengan penghasilan filem dan siri televisyen bergenre seram.

Kedua-dua syarikat produksi ini telah menghasilkan beberapa filem yang popular di seluruh dunia antaranya seperti filem Purge oleh Blumhouse manakala The Conjuring oleh Atomic Monster.

Tujuan mereka melakukan gabungan ini adalah untuk membesarkan lagi hasil produksi mereka dari pelbagai bentuk seperti filem, siri televisyen, audio, permainan video dan siaran langsung.\u00a0

Walaupun begitu, penyatuan kedua-dua syarikat ini tidak akan mengganggu apa-apa kerja kreativiti mereka kerana masing-masing tetap akan bekerja mengikut syarikat mereka dari segi idea dan strategi.\u00a0

Buat masa ini, idea ini masih lagi dalam perbincangan dan jika akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk menjadikannya satu realiti, Atomic Monster secara langsung akan mempunyai perjanjian jangka panjang dengan Universal Pictures di mana Blumhouse sedang ditawarkan sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blumhouse-dan-atomic-monster-mungkin-bergabung"} {"title": "Phantom Liberty - DLC Terbaru Cyberpunk 2077", "body": "

CD Projekt Red telah mengumumkan satu update terbaru untuk perkembangan jalan cerita Cyberpunk 2077. Update ini adalah satu kandungan DLC dengan nama Cyberpunk 2077: Phantom Liberty dan akan dilancarkan pada tahun 2023 nanti.

DLC ini berbeza dengan DLC sebelum iaitu Edgerunners di mana pemain boleh muat turun secara percuma. Untuk DLC Phantom Liberty ini perlu dibayar dahulu sebelum bermain namun begitu, buat masa ini harganya masih belum ditentukan lagi oleh mereka.

Phantom Liberty ini akan mempunyai banyak kandungan terbaru seperti penceritaan dan misi untuk pemain. Amatlah berbeza dari Edgerunners yang hanya memberikan pilihan kosmetik dan senjata baru. Gabriel Amatengelo, pengarah permainan ini menambah lagi dengan menjaminkan\u00a0 plot gaya baru, pelakon karakter baru dan juga perkembangan kawasan Night City.

CD Projekt Red telah muat naik satu trailer terbaru khas untuk update DLC Phatom Liberty\u00a0 buat masa ini dengan menampilkan Keanu Reeves, pelakon di filem francais John Wick, sebagai Johnny Silverhand. Nantikan pelancarannya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/phantom-liberty-dlc-terbaru-cyberpunk-2077"} {"title": "Tower of Fantasy Memperkenalkan Character Baru Untuk Update 2.1", "body": "

Baru-baru ini pihak Level Infinite telah mengumumkan yang update terbaru mereka untuk permainan video Tower of Fantasy iaitu update 2.1 bakal tiba pada 22 November 2022 ini.

Selain daripada memperkenalkan area terbaru yang dipanggil Confounding Labyrith, Level Infinite turut memperkenalkan satu lagi watak terbaru iaitu Lin.\u00a0

Lin merupakan anak kepada founder of Mirroria dan bakal menggalas tugas bapanya untuk menjaga dan menguruskan Mirroria.\u00a0

Berbeza dengan watak-watak lain dalam Tower of Fantasy, Lin mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai elemen dan tidak hanya tertumpu pada satu elemen sahaja. Ini membuatkan Lin lebih versatile untuk digunakan.

Selain dari watak baru, Level Infinite turut memperkenalkan area-area yang terdapat di Confounding Labyrith seperti Prism Pillar yang penuh dengan ruins yang ditinggalkan oleh masyarakat-masyarakat terdahulu dan juga Deepsoul Industrial Zone yang merupakan satu industrial area berhampiran Scientific Research Center.

Untuk pengetahuan korang, Tower of Fantasy juga tercalon dalam The Game Awards untuk kategori Best Mobile Game. Jangan lupa untuk mengundi Tower of Fantasy di SINI.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tower-of-fantasy-memperkenalkan-character-baru-untuk-update-2-1"} {"title": "Blue Protocol - Akan Dilancarkan Pada Awal Musim Bunga 2023 Di Jepun", "body": "

Blue Protocol adalah sebuah permainan yang dibangunkan oleh syarikat Bandai Namco Studios dan telah diumumkan oleh Bandai Namco Online pada tahun 2019. Namun, sehingga kini permainan ini masih belum dilancarkan.\u00a0

Update terakhir mereka telah umumkan adalah pada bulan Mei 2021 di mana mereka telah kongsikan lagu tema pembukaan permainan ini.

Akhirnya, setelah sekian lamanya tanpa berita, Bandai Namco telah mengesahkan tarikh pelancaran Blue Protocol pada awal musim bunga 2023.\u00a0

Sebelum tibanya hari itu, Blue Protocol akan dibuka untuk ujian rangkaian pada 14 Januari 2023 hingga 16 Januari 2023 tetapi hanya terhad kepada 50,000 pengguna sahaja. Pendaftaran di SINI.\u00a0

Mereka juga telah mengeluarkan trailer Blue Protocol yang baru dan satu siaran langsung Blue Protocol Transmission #5 di Youtube tetapi kedua-duanya di dalam Bahasa Jepun.\u00a0

Bandai Namco Online menambah lagi dengan mengatakan mereka akan mengeluarkan satu lagi trailer baru di The Game Awards 2022 yang akan dilangsungkan pada 8 Disember 2022. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blue-protocol-akan-dilancarkan-pada-awal-musim-bunga-2023-di-jepun"} {"title": "Jadual IESF 2022 MLBB World Championship Bali Telah Diumumkan", "body": "

IESF akan mengajurkan satu kejohanan MLBB World Championship 2022 sebagai penutup kejohanan MLBB untuk tahun ini. Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan yang hebat dari setiap negara. Mereka sudah berusaha dalam bersaing sehingga ke akhir tetapi hanya 8 sahaja negara yang berjaya mara ke IESF 2022 MLBB World Championship.

Berikut adalah senarai negara yang akan bertanding:

Kejohanan ini akan menggunakan format Double Elimination di mana pasukan yang telah kalah di Upper Bracket akan diturunkan ke Lower Bracket. Mereka akan bersaing sesama pasukan yang berada di Lower Bracket dan mengejar ke Grand Final.\u00a0

Tarikh bermulanya kejohanan ini adalah pada 3 Disember 2022 hingga 11 Disember 2022. Malaysia akan diwakili oleh Todak MLBB selepas berusaha melalui pusingan kelayakan yang diadakan sebelum ini.\u00a0

Berikut pula adalah jadual ditetapkan:

[ 3 Disember 2022 ]

Upper Bracket Quarter-Final

[ 4 Disember 2022 ]

Upper Bracket Quarter-Final

Lower Bracket Round One\u00a0

[ 5 Disember 2022 ]

Upper Bracket Semi-Final

Lower Bracket Quarter-Final\u00a0

[ 6 Disember 2022 ]

Lower Bracket Quater-Final\u00a0

Lower Bracket Semi-Final

Upper Bracket Final

[ 10 Disember 2022 ]

Lower Bracket Final

[ 11 Disember 2022 ]

Grand Final

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-iesf-2022-mlbb-world-championship-bali-telah-diumumkan"} {"title": "Tertiris Skin Beatrix Sempena M4 World Championship", "body": "

Baru-baru ini OnlyZhask yang merupakan seorang Youtuber MLBB telah mengeluarkan satu video yang menunjukan Skin terbaru Beatrix yang mungkin akan dikeluarkan sempena M4 World Championship yang bakal berlangsung awal tahun depan.

Dalam video tersebut, OnlyZhask telah menunjukkan dua skin terbaru Beatrix yang diberi nama Light Chaser dan juga Stella Brilliance Beatrix. Kedua-dua skin ini dikatakan boleh ditebus melalui M4 Battle Pass.

Seperti skin Roger Phantom Ranger yang dikeluarkan semasa M3, pemain yang membeli M4 Battle Pass akan terus mendapatkan skin Light Chaser Beatrix.

Manakala untuk skin Prime Stella Brilliance Beatrix, pemain yang berjaya upgrade M4 Battle Pass mereka sehingga level 75. Setakat ini kita masih belum dapat pengesahan dari Moonton berkenaan M4 Battle Pass. Kami akan update info terbaru bila dah dapat pengesahan dari Moonton.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tertiris-skin-beatrix-sempena-m4-world-championship"} {"title": "Project LLL - MMO Open-World Dari Pembangun Blade & Soul", "body": "

NCSoft adalah satu syarikat pembangun permainan video dari Korea Selatan yang terkenal dengan permainan video Blade & Soul, sebuah permainan bertemakan multiplayer role-playing dengan kuantiti pemain yang besar.\u00a0

Mereka telah mengumumkan permainan baru mereka iaitu Project LLL, sebuah permainan bertemakan MMO open-world dengan dunia penuh dengan sci-fi.

Permainan ini diberi nama Project LLL kerana jalan penceritaannya berlatarkan di ibu kota Korea Selatan, Seoul yang kaya dengan teknologi di sekeliling tetapi mempunyai sejarah berbeza dari dunia sebenar. Mereka telah menyatukan sejarah Empayar Byzantine kurun ke-10 dengan sejarah dunia kurun ke-23.

Ketua projek, Seeder Jaehyun Bae telah mengatakan mereka ingin mencipta satu genre permainan video yang berbeza dari yang sudah tersedia lalu mereka telah mencampurkan idea \u2018shooter\u2019,\u2019MMO\u2019 dan \u2018open-world\u2019 dan akhirnya terhasil Project LLL dari tangan mereka.\u00a0

Untuk sekarang, Project LLL masih berada di konsep awal dan perlu diusahakan lagi. Mereka merancang untuk melancarkan permainan ini pada tahun 2024 agar mereka dapat sempurnakan permainan ini dengan baik. Nantikan lagi berita tentang Project LLL!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/project-lll-mmo-open-world-dari-pembangun-blade-soul"} {"title": "Khabar Angin Kelra Mungkin Akan Bermain Bersama Onic Esports", "body": "

Bagi mereka yang tidak mengenali Kelra atau nama penuhnya Grant Pillas, dia merupakan salah seorang pemain MLBB dari Filipina di bawah pasukan Omega Esports sebagai Gold Laner.

Umum tahu yang sebelum ini ramai pemain-pemain MLBB dari Filipina yang mula berhijrah ke pasukan luar negara seperti Indonesia dan juga Malaysia. Antaranya adalah seperti Hate yang bermain di bawah Team SMG dan juga Dlar yang kini bermain dibawah Evos Icon dari Indonesia.

Baru-baru ini salah seorang Brand Ambassador Onic Esports iaitu Vior secara tidak sengaja menyatakan dalam livestream-nya bahawa pemain dari Omega Esports itu akan berhijrah ke Indonesia untuk bermain dibawah pasukan Onic Esports!

Sebelum ini sudah terdapat desas desus yang Kelra akan bermain bersama pasukan Indonesia namun ramai yang masih tertanya-tanya dia akan bermain dibawah pasukan mana. Menurut rakan senegaranya iaitu Dlar, Kelra ada memberitahunya yang dia pernah menerima beberapa tawaran dari pasukan Indonesia namun masih berfikir untuk bermain dibawah pasukan mana.

Kelra juga menyatakan yang dia sememangnya mempunyai impian untuk bermain di Indonesia. Buat masa ini ianya hanya khabar angin sahaja. Sebarang maklumat terbaru akan kami update nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/khabar-angin-kelra-mungkin-akan-bermain-bersama-onic-esports"} {"title": "Apex Legends Dan Overwatch 2 Akan Di Ban Di Rusia", "body": "

Berdasarkan berita dari BBC, Russia sedang membesarkan lagi peraturan larangannya terhadap gay propaganda di dalam negaranya. Pada tahun 2013, satu undang-undang telah dirasmikan di Russia di mana apa-apa informasi tentang LGBTQIA ditujukan kepada kanak-kanak adalah dilarang dan akan dihukum.\u00a0

Kini, Russia ingin melarang apa-apa informasi yang boleh menyebabkan keinginan pertukaran jantina dan secara langsung undang-undang ini akan memberi kesan terhadap industri permainan video.\u00a0

Di bawah adalah senarai permainan video yang telah menampilkan karakter LGBTQIA dan menjadi asbab undang-undang baru itu dicadangkan oleh Yana Lanatrova, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Duma yang pertama.\u00a0

Di dalam Apex Legends, karakter Fuse dan Bloodhound telah disahkan sebagai pasangan kekasih oleh Respawn Entertainment. Loba dan Valkyrie juga telah ditunjukkan mempunyai hubungan lesbian di dalam permainan dan ada juga karakter lain mengaku diri sebagai gay, transgender dan pansexual.

Untuk Overwatch pula, karakter Tracer telah disahkan mempunyai hubungan lesbian manakala Soldier 76 pernah bercinta dengan seorang lelaki di dalam latar belakang ceritanya.

Namun begitu, Yana Lanatrova berkata secara spesifik bahawa remaja yang bermain dengan watak berlainan jantina, tidak akan dihukum tetapi jika dia menyebarkan propaganda tentang hubungan sama jantina ataupun seksualiti yang berbeza akan dikenakan denda sebanyak 200,000 rubel (RM15,074.97) ke 400.000 rubel (RM30,149.94) secara individu. Bagi entiti, boleh mencecah sehingga 4 juta rubel (RM301,249.86).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-dan-overwatch-2-akan-di-ban-di-rusia"} {"title": "Senarai Calon The Game Award 2022", "body": "

Pada hari ini, telah diisytiharkan nama-nama calon untuk The Game Awards 2022. Berdasarkan senarai yang diberi, permainan video yang paling banyak dicalonkan dalam beberapa kategori adalah God of War Ragnarok, diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment.\u00a0

Which game is getting your vote for Game of the Year? #TheGameAwards pic.twitter.com/Be5GyGoi43

\u2014 The Game Awards (@thegameawards) November 14, 2022

Sony Interactive Entertainment juga berada di tempat teratas kerana 20 permainan videonya telah dicalonkan, diikuti Annapurna Interactive dan Nintendo dengan kedua-duanya mempunyai 11 permainan video dicalonkan. Bandai Namco Entertainment mempunyai 8 pencalonan manakala RIot Games mempunyai 6 pencalonan.\u00a0

Your six nominees for GAME OF THE YEAR at #TheGameAwards:

\ud83d\udd38 A Plague Tale: Requiem
\ud83d\udd38 Elden Ring
\ud83d\udd38 God of War Ragnarok
\ud83d\udd38 Horizon Forbidden West\u2070
\ud83d\udd38 Stray
\ud83d\udd38 Xenoblade Chronicles 3

\ud83d\uddf3\ufe0f Vote Now: https://t.co/ExP93r9hmS

\ud83d\udc40 Winners revealed live, Thursday, December 8 pic.twitter.com/5N8IlZKjTD

\u2014 The Game Awards (@thegameawards) November 14, 2022

Korang semua boleh undi sekarang di laman rasmi mereka dan di Discord rasmi mereka \u2018The Game Awards Voting Bot\u2019 untuk berikan peratusan kecil bagi permainan kesukaan korang. Pengundian akan berakhir pada 7 Disember 2022 jam 6 p.m PT / 9 p.m ET dan majlis anugerah akan siaran langsung pada 8 Disember 2022 di 40 video platform global.

Berikut merupakan semua kategori dan senarai calon untuk The Game Award:

Game of The Year

Mengenali permainan yang memberi pengalaman terbaik dari segi kreativiti dan bidang teknikal.

Best Game Direction

Dianugerahkan untuk visi kreatif dan inovasi yang cemerlang dalam hala tuju dan reka bentuk.

Best Narrative

Untuk jalan penceritaan dan pembangunan naratif yang cemerlang dalam permainan.

Best Art Direction

Bagi pencapaian kreatif dan/atau teknikal yang cemerlang dalam reka bentuk artistik dan animasi.\u00a0

Best Score And Music

Bagi musik yang cemerlang, termasuk skor, lagu original dan/atau lagu latarbelakang berlesen.

Best Audio Design

Mengiktiraf reka bentuk audio dan bunyi dalam permainan terbaik.

Best Performance

Dianugerahkan kepada individu untuk lakonan suara, gerakan dan/atau tangkapan persembahan.

Games For Impact\u00a0

Untuk permainan yang merangsang pemikiran dengan makna atau mesej yang pro-sosial.

Best Ongoing Game

Dianugerahkan kepada permainan dengan pembangunan kandungan berterusan yang cemerlang dan mengubah pengalaman pemain dari semasa ke semasa.

Best Indie

Untuk pencapaian kreatif dan teknikal yang cemerlang dalam permainan yang dibuat di luar sistem penerbit tradisional.

Best Mobile Game

Untuk permainan terbaik yang boleh dimainkan pada mobile.

Best Community Support

Mengiktiraf permainan dengan sokongan komuniti yang luar biasa, ketelusan dan responsif, termasuk aktiviti media sosial dan kemas kini / tampalan permainan.

Innovation in Accessibility

Mengiktiraf perisian dan/atau perkakasan yang mendorong medium ke hadapan dengan menambahkan ciri, teknologi dan kandungan untuk membantu permainan dimainkan dan dinikmati oleh khalayak yang lebih luas.

Best Virtual Reality / Augmented Reality

Untuk pengalaman permainan terbaik yang boleh dimainkan dalam realiti maya atau augmented, tanpa mengira platform.

Best Action Game

Untuk permainan terbaik dalam genre aksi terutamanya pada pertempuran.

Best Action / Adventure

Untuk permainan aksi / pengembaraan terbaik, menggabungkan pertempuran dengan penyelesaian traversal dan teka-teki.

Best Role-Playing

Untuk permainan terbaik yang direka dengan penyesuaian dan perkembangan watak pemain yang banyak, termasuk pengalaman berbilang pemain secara besar-besaran.

Best Fighting

Untuk permainan terbaik yang direka terutamanya di sekitar kombat berhadapan.

Best Family

Untuk permainan terbaik yang sesuai untuk permainan keluarga, tanpa mengira genre atau platform.

Best Simulation / Strategy\u00a0

Permainan terbaik tertumpu pada simulasi masa nyata atau berasaskan giliran atau permainan strategi, tanpa mengira platform.

Best Sports / Racing\u00a0

Untuk sukan dan permainan perlumbaan tradisional dan bukan tradisional yang terbaik.

Best Multiplayer

Untuk permainan dan reka bentuk berbilang pemain dalam talian yang luar biasa, termasuk pengalaman koperasi dan berbilang pemain secara besar-besaran, tanpa mengira genre atau platform permainan.

Content Creator Of The Year

Untuk strim atau content creator yang telah memberi impak penting dan positif kepada komuniti pada tahun 2021.

Best Debut Indie

Untuk permainan debut terbaik yang dicipta oleh studio bebas baru.

Best Adaptation

Mengiktiraf karya kreatif yang cemerlang dan mengubah suai permainan video dengan jujur \u200b\u200bdan tulen kepada medium hiburan yang lain.

Most Anticipated

Mengenali permainan yang diumumkan yang telah menunjukkan potensi untuk mendorong medium permainan ke hadapan.

Best eSports Game

Untuk permainan yang telah memberikan pengalaman eSport keseluruhan terbaik kepada pemain (termasuk kejohanan, sokongan komuniti dan kemas kini kandungan), tanpa mengira genre atau platform.

Best eSports Athlete

Atlet eSports dinilai sebagai paling cemerlang untuk prestasi dan kelakuan pada tahun 2021, tanpa mengira permainan.

Best eSport Team

Mengiktiraf pasukan eSports tertentu (bukan organisasi penuh) paling cemerlang untuk prestasi dan tingkah laku pada tahun 2021.

Best eSports Coach

Jurulatih eSports dinilai sebagai yang paling cemerlang untuk prestasi dan kelakuan pada tahun 2021.

Best eSports Event

Mengiktiraf acara (merentasi satu atau berbilang hari) yang menyampaikan pengalaman terbaik dalam kelas untuk peserta dan penonton penyiaran.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/senarai-calon-the-game-award-2022"} {"title": "Nerf Mengeluarkan Jinx Fishbones Blaster", "body": "

Kalau korang peminat tegar League of Legends, korang mesti kena dapatkan Jinx Fishbones Blaster yang dikeluarkan oleh Nerf LMTD ini!

Fishbones Blaster ini merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh Jinx, watak yang terdapat dalam permainan video League of Legends dan juga animasi Arcane.

Nerf gun limited edition ini boleh diisi dengan 18 Nerf Dart dan boleh menembak 3 Dart sekali gus. Fishbones Blaster ini juga didatangkan dengan display case yang mempunyai Jinx grafiti.

Fishbones Blaster ini boleh di pre-order di laman web rasmi Nerf dan juga boleh dibeli melalui Amazon. Ianya dijangka akan dijual pada harga USD170.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nerf-mengeluarkan-jinx-fishbones-blaster"} {"title": "RSG Malaysia Mencari Analyst Dan Pembantu Jurulatih Baru", "body": "

Baru-baru ini pihak RSG Malaysia telah mengumumkan yang mereka sedang mencari bakat baru untuk mengisi jawatan Analyst dan Pembantu Jurulatih untuk pasukan tersebut.

Analyst dan Pembantu Jurulatih baru ini akan berkhidmat dibawah divisi Mobile Legends: Bang Bang.

Tawaran ini bukan sahaja dibuka untuk warga Malaysia malah mereka turut membuka peluang untuk mereka yang berasal dari Indonesia, Singapura dan juga Filipina. Klik SINI kalau korang berminat nak apply!

Pada MPL MY Musim Kesepuluh yang lepas, pasukan RSG MY cuma mampu mendapatkan tempat keempat selepas dikalahkan oleh Team HAQ dengan mata 2 berbalas 0 pada Lower Bracket Semifinal kejohanan tersebut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-malaysia-mencari-analyst-dan-pembantu-jurulatih-baru"} {"title": "Battlefield 2042 Tiba Di Game Pass Secara Percuma", "body": "

Baru-baru ini EA telah mengumumkan yang Battlefield 2042 akan hadir di Game Pass dan boleh dimainkan secara percuma untuk minggu \u201cFree Weekends\u201d mereka di beberapa platform terpilih.

Tawaran ini dilihat merupakan salah satu cara untuk menarik peminat mencuba permainan video tersebut disebabkan jualannya yang agak teruk.

Battlefield 2042 ini mula dikeluarkan pada November 2021 namun pada awal pengeluarannya, banyak isu teknikal yang membuatkan pemain berang dan ini telah membuatkan jualan untuk permainan video ini merundum teruk.

Battlefield 2042 akan tiba di Game Pass semasa Season 3 permainan video ini dilancarkan dan untuk Free Weekends pula ianya akan bermula pada 1-4 Disember 2022 untuk Xbox, 1-5 Disember untuk Steam dan 16-23 Disember untuk PlayStation.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battlefield-2042-tiba-di-game-pass-secara-percuma"} {"title": "The Witcher 3: Wild Hunt Akan Tiba Disember Ini Untuk Konsol Terkini", "body": "

CD Projekt Red baru saja mengumumkan yang The Witcher 3: Wild Hunt\u00a0akan tiba pada 14 Disember 2022 untuk konsol Playstation 5 dan Xbox Series. Tidak juga terkecuali PC yang akan keluar juga pada tarikh yang sama.

Untuk versi kali ini, pembangun telah menambahkan beberapa upgrade pada permainan ini. Antaranya ialah visual permainan ini, prestasinya dan juga keadaan teknikalnya seperti kepantasan muat naik di konsol dan ray tracing.\u00a0

Mereka juga ada memberi notis tentang kandungan yang akan ada di dalam versi ini iaitu mereka akan mengeluarkan kandungan berdasarkan siri Netflix termasuk sekali versi sedia ada. Permainan ini akan dijualkan sekali dengan semua DLC yang ada iaitu \u2018Hearts of Stone\u2019 dan \u2018Blood and Wine\u2019.\u00a0

Bagi yang sudah ada The Witcher 3: Wild Hunt di PS4, Xbox One dan PC, jangan risau. Korang akan mendapatkan update ini secara percuma!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-witcher-3-wild-hunt-akan-tiba-disember-ini-untuk-konsol-terkini"} {"title": "Pelakon Suara Batman Kevin Conroy Meninggal Dunia", "body": "

Kevin Conroy mempunyai suara yang sangat unik dan mudah dikenali ramai semasa melakonkan suara Batman dan disebabkan itu, dia mula menjadi terkenal sejak 90an lagi.

Bukan sahaja di animasi yang pernah dilakonkan Kevin, malah terdapat juga beberapa filem dan permainan video seperti Batman Arkham dan Injustice, Kevin melakonkan suara Batman. Walaupun pada mulanya dia seorang pelakon di teater dan siri televisyen, Kevin hanya sekali sahaja pernah menampilkan dirinya di siri filem Batman sebagai Batman iaitu filem Crisis of Infinite Earth.

Pada 12 November 2022, peminat dunia Batman telah digemparkan dengan satu berita tentang keadaan dirinya. Setelah sekian lama bertarung dengan kanser ususnya, Kevin Conroy telah meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Mount Sinai pada 10 November 2022 yang lalu.

Bagi yang mengenalinya, mereka telah meluahkan perasaan simpati dan perasaan rindu di sosial media masing-masing sebagai satu kehormatan kepada Kevin Conroy.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pelakon-suara-batman-kevin-conroy-meninggal-dunia"} {"title": "Genius Esports Muncul Juara PUBG: Battlegrounds Predator League 2022", "body": "

Kejohanan Predator League 2022 bagi permainan PUBG: Battlegrounds telah pun berlangsung selama 3 hari berturut-turut dan akhirnya tamat dengan kemenangan dimiliki pasukan Genius Esports.\u00a0

Mereka berjaya mengekalkan tempat mereka di tempat pertama bagi setiap pusingan dan secara langsung menjadi juara bagi kejohanan kali ini.

Markah keseluruhannya dijumlahkan dari markah kedudukan mereka bagi setiap pusingan iaitu sebanyak 70 markah dan dari markah menewaskan pihak lawan paling tertinggi iaitu sebanyak 120 markah.\u00a0

Apabila digabungkan, mereka berusaha mengumpulkan sebanyak 190 markah, disertakan sekali 2 WWCD (Winner Winner Chicken Dinner).\u00a0

$75 ribu USD adalah jumlah wang yang dibawa pulang oleh pasukan Genius Esport manakala $30 ribu USD jumlah yang dibawa pulang oleh pasukan DWG KIA, pemenang tempat ke-2. Pemenang tempat ke-3 pula, ArkAngel Predator, membawa pulang sebanyak $15 ribu USD.

Walaupun pasukan Malaysia tidak berjaya muncul sebagai juara namun semangat juang mereka tetap ukuh sampai akhir permainan. Pasukan SGDv2 menduduki tempat ke-5 selepas mendapat 2 WWCD manakala VR Universals 4 Rival menduduki di tempat ke-11.

Keseluruhan Kedudukan Hari Ketiga:

  1. Genius Esports (Vietnam) \u2013 190 Markah
  2. DWG KIA (Korea Selatan) \u2013 125 Markah
  3. Arkangel Predator (Filipina) \u2013 125 Markah
  4. GNL Esports (Korea Selatan) \u2013 111 Markah
  5. SGDv2 (Malaysia) \u2013 104 Markah
  6. Magic Esports (Thailand) \u2013 101 Markah
  7. New Generation Esports (Vietnam) \u2013 97 Markah
  8. Attack All Around (Thailand) \u2013 97 Markah
  9. Macan Semeru (Indonesia) \u2013 66 Markah
  10. HAVK (India) \u2013 64 Markah
  11. VR Universal 4Rivals (Malaysia) \u2013 56 Markah
  12. Marco Gaming (Hong Kong) \u2013 53 Markah
  13. V3Fox (Jepun) \u2013 50 Markah
  14. Predator ShuTeRong (Taiwan) \u2013 48 Markah
  15. Enter Force.36 (Jepun) \u2013 47 Markah
  16. Rascal Jester (Jepun) \u2013 33 Markah

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genius-esports-muncul-juara-pubg-battlegrounds-predator-league-2022"} {"title": "Netflix Lantik Arnold Schwarzenegger Sebagai Chief Action Officer", "body": "

Syarikat servis penstriman terkenal, Netflix secara rasminya telah melantik aktor yang pernah membintangi Terminator, The Last Stand dan Predator iaitu Arnold Schwarzenegger sebagai 'Chief Action Officer' mereka.

Netflix telah mengumumkan perkara terbabit dalam satu video promosi di Youtube rasmi Netflix. Dalam video itu menunjukkan Schwarzenegger tiba di ibu pejabat Netflix dalam sebuah kereta kebal. \u201c Tiada orang yang menyukai aksi sepertimana saya, itulah sebabnya saya telah menerima tugas baharu yang besar sebagai Chief Action Officer, katanya dalam video tersebut.

Dalam video berkenaan, Netflix mengacah beberapa projek mereka seperti Extraction 2, The Witcher, Heart of Stone, The Brothers Sun dan Lift. \u00a0Schwarzenegger juga akan membintangi siri TV terbaru Netflix yang bergenre action-comedy iaitu FUBAR.

Mengenai siri TV FUBAR, ia mengisahkan Luke Brunner yang merupakan ejen CIA yang hampir bersara. Luke ditugaskan untuk menyelematkan seorang lagi ejen yang rupa-rupanya anaknya dan masing-masing tidak tahu di antara mereka adalah ejen CIA.

Bagi peminat aktor ini, korang perlu menunggu sehingga 25 Mei ini untuk menonton siri ini. FUBAR membariskan pelakon seperti Monica Barbaro, Milan Carter, Fortune Feimster, dan Travis Van Winkle.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-lantik-arnold-schwarzenegger-sebagai-chief-action-officer"} {"title": "Tarikh Perlancaran Hollow Knight: Silksong Ditangguhkan", "body": "

Syarikat pemainan video, Team Cherry telah mengumumkan bahawa tarikh perlancaran bagi permainan Hollow Knight: Silksong telah ditangguhkan. Permainan ini telah didedahkan di showcase Xbox 2022 dan sepatutnya keluar pada awal tahun ini.

Namun, Matthew Griffin yang bekerja dalam pemasaran dan penerbitan permainan ini mengatakan perlancaran permainan yang berjadual pada pertengahan pertama tahun ini tidak dapat diteruskan kerana proses pembangunan masih sedang berjalan.

Silksong yang menampilkan karakter Hornet daripada sekuel permainan sebelum ini pada asalnya akan dikeluarkan sebagai DLC. Namun, Team Cherry mengatakan ianya akan menjadi sekuel permainan baru.\u00a0

Pengumuman itu dibuat pada Februari 2019. Sejak pengumuman tersebut, Team Cherry kurang mengemas kini kepada peminat mengenai pembangunan permainan itu.\u00a0

Permainan ini akan membawa pemain mengikuti kisah Hornet yang ditangkap dan dibawa ke menemui kerajaan Pharloom yang dikatakan dihantui oleh \u2018Silk\u2019 dan \u2018Song\u2019. Pemain ditugaskan naik ke puncak kerjaan sehingga menemui kubu kota untuk mengetahui sebab mereka diculik.

Hollow Knight: Silksong bakal dikeluarkan di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-perlancaran-hollow-knight-silksong-ditangguhkan"} {"title": "Honkai Star Rail Peroleh Lebih USD100 Juta Di Platform Mudah Alih", "body": "

Selepas tiga minggu dilancarkan, revenue permainan Honkai Star Rail melalui platform muda alih sudah mencecah $100 juta USD. Pulangan sebanyak ini menunjukkan permainan ini mendapat feedback yang sangat postif dalam kalangan pengguna peranti mudah alih.

Menurut graf revenue permainan itu, tiga negara menjadi penyumbang terbesar dengan 66% daripada jumlah revenue. Negara tersebut adalah China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Honkai Star Rail juga telah melancarkan dua karakter 5-star iaitu Selee dan Jing Yuan. Disebabkan ramai pemain ingin mendapatkan dua karakter ini, ianya juga menjadi penyumbang terbesar kepada revenue permainan ini.

Pada minggu pertama perlancaran, Honkai Star Rail telah memperolehi $42 juta USD dan mengalahkan pesaing utama iaitu Genshin Impact. Faktor permainan ini memperoleh hasil sedemikian adalah kerana permainan ini lebih memfokuskan penceritaan berbanding aspek open-world.

Honkai Star Rail adalah permainan RPG yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh HoYoverse. Permainan ini telah tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/honkai-star-rail-peroleh-lebih-100-juta-di-platform-mudah-alih"} {"title": "Fast X Ketinggalan Belakang Filem Terdahulu Selepas Catat $67.5 Juta USD", "body": "

Filem Fast X telah mengutip $67.5 juta USD daripada pawagan sekitar Amerika Syarikat dan Kanada menjadikan filem itu berada di tempat ketujuh dalam kutipan minggu pembukaan filem-filem francais The Fast and Furious.\u00a0

Kutipan Fast X ketinggalan belakang kepada filem F9: The Fast Saga yang mengutip $70 juta USD walaupun filem tersebut ditayangkan pada era pandemik yang masih memuncak. Kutipan minggu pembukaan Furious 7 adalah paling tinggi iaitu sebanyak $147 juta USD.

Di peringkat global, filem ini berjaya mengutip pendapatan sebanyak $318.88 juta USD.

Fast X mengisahkan Dante Reyes yang berjanji untuk menuntut bela atas kematian bapanya, Hernan Reyes. Hernan Reyes adalah seorang drug lord yang telah dibunuh oleh crew Fast and Furious semasa filem Fast Five.

Beberapa pelakon yang membintangi filem ini adalah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson dan Sung Kang. Filem ini juga menampilkan muka baru seperti Jason Momoa dan Brie Larson.

Fast X sudah mula ditayangkan di Malaysia pada 18 Mei lalu. Filem yang diarahkan Louis Leterrier ini adalah filem kesepuluh dalam francais The Fast and Furious.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fast-x-ketinggalan-belakang-filem-terdahulu-selepas-catat-67-5-juta-usd"} {"title": "PUBG Mobile Dan Ducati Umum Kolaborasi, Bawakan Motosikal Mewah Dalam Permainan", "body": "

PUBG Mobile telah mengumumkan kolaborasi baru dengan jenama motosikal dari Itali, Ducati. Ini adalah kali pertama PUBG Mobile bekerjasama dengan jenama motosikal berkuasa tinggi dari Itali dan pemain berpeluang menggunakan motosikal ini.

Kolaborasi ini akan membawakan sebuah model Ducati Panigale V4 S yang terdapat dalam empat warna iaitu merah, Black Phantom, Crimson Storm dan Swift Mirage. Sebagai sebahagian update 2.6, pemain boleh mula dapatkan motosikal ini sekarang dan tersedia sehingga 15 Jun ini.

Ducati Panigale V4 S adalah model motosikal dari Ducati dan sebahagian varian dalam siri V4. Model motosikal ini dikeluarkan pada tahun 2022 dan direka khas sebagai motosikal perlumbaan.

Bersama dengan Ducati Panigale V4 S, pemain PUBG juga berpeluang mendapatkan beberapa aksesori yang bertemakan Ducati seperti helmet Crimson Storm, seluar panjang Ducati Sports C2, jaket Ducati Speed Evo C2, kasut but Ducati Corse City C2, sweatshirt hoodie Ducati, dan beg galas Swift Mirage.

PUBG Mobile sebelum ini pernah berkolaborasi dengan jenama kenderaan seperti jenama kereta Tesla dan McLaren serta motosikal Yamaha.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-dan-ducati-umum-kolaborasi-bawakan-motosikal-mewah-dalam-permainan"} {"title": "Vyn Kembali ke Bigetron Selepas Tinggalkan RRQ", "body": "

Vyn atau nama sebenarnya Calvin secara rasmi telah meninggalkan pasukan RRQ dan bakal menyertai kembali Bigetron Alpha. Pengumuman ini dibuat di semua media sosial Bigetron Esports.\u00a0

Sebab utama Vyn keluar daripada RRQ adalah untuk mencari pengalaman baru bagi meningkatkan dirinya sebagai pemain pro MLBB. Vyn juga merasakan RRQ memerlukan perubahan setelah bersama dengan RRQ selama 7 musim MPL Indonesia.\u00a0

Vyn memulakan perjalanan dalam karier professional Mobile Legends dengan pasukan BOOM JR ketika MPL Indonesia musim 2. Kemudian, dia menyertai RRQ Zen sebelum dipinjamkan ke Bigetron Esports. Selepas menunjukkan persembahan yang cemerlang di MPL Indonesia musim 3, RRQ bertindak mengambil Vyn.

Selama bersama dengan pasukan RRQ hampir 4 tahun, Vyn telah memenangi tiga musim bagi pertandingan MPL Indonesia daripada enam kali penyertaan di grand finals. Tiga pertandingan tersebut adalah MPL Indonesia musim 4, musim 5 dan musim 9.

Antara pencapaian hebat yang dicapai Vyn adalah dia pernah menyertai kesemua empat edisi M World Championship. Vyn juga adalah antara pemain MLBB yang menerima pendapatan paling tinggi di seluruh dunia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vyn-bakal-kembali-ke-bigetron-selepas-tinggalkan-rrq"} {"title": "Marshal Dan Dua Pasukan Valorant Dibatalkan Penyertaan, Dituduh \"Piloting Account\"", "body": "

LIGA eMAS telah membatalkan penyertaan dua pasukan Valorant iaitu Team Circus dan You Guys Get Paid? (YGGP). Pemain yang terlibat akan diharamkan dari menyertai mana-mana LIGA eMAS, termasuk pertandingan yang dianjurkan MESF dan Blaze.

Pihak penganjur mendapati pemain Team Circus tidak menggunakan akaun mereka sendiri seterusnya melanggar peraturan 7.5.1 LIGA eMAS iaitu cubaan menutup bukti untuk menyembunyikan kesalahan mereka.

Team Circus didakwa menggunakan nama pasukan lain iaitu YGGP selepas kalah kepada NOVOID OMEGA untuk kelayakan ke peringkat Grand Final pada 30 April lalu.

Sementara itu Heartnet yang merupakan marshal untuk perlawanan tersebut turut dituduh dalam situasi 'piloting account'. Beliau bagaimana pun \u00a0telah menafikan tuduhan terbabit. Dia mengatakan ketika kejadian berlaku dia tiada di studio dan tidak berada semasa pertandingan.

Heartnet juga mengatakan beberapa pemain Team Circus juga tidak terlibat dalam situasi tersebut kerana tiada di tempat kejadian. Heartnet turut mengecam tindakan pengurusan kerana telah mengenakan tindakan kepadanya tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Sebaliknya beliau telah diminta untuk mengemukakan sendiri bukti yang beliau tidak terlibat.

Rata-rata komuniti esports dan Valorant di Malaysia merasa pelik dengan tindakan pihak pengurusan dan merasakan seperti ada yang tidak kena dengan cara mereka menguruskan kes-kes seperti ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-emas-batal-penyertaan-dua-pasukan-valorant"} {"title": "Infinix Bakal Tampilkan Audio JBL Dalam Siri NOTE", "body": "

Infinix telah melancarkan kolaborasi baru dengan jenama teknologi audio yang terkenal iaitu JBL. Kerjasama ini akan memperlihatkan siri NOTE bakal dipasang dengan teknologi dari JBL yang menghasilkan audio berkualiti tinggi.

Infinix akan bekarjasama dengan jurutera dari JBL untuk mengoptimumkan sistem software bagi peranti siri NOTE. Infinix akan memastikan software yang dipasang mampu menghasilkan bunyi signature JBL yang bass-nya mantap dan mid-tones yang well-balanced.

Peranti siri NOTE yang dipasang teknologi JBL akan menghasilkan audio yang dipertingkatkan seperti volume yang tiada distortion, bass yang mendalam dan bunyi signature JBL yang boleh dienjoy pengguna semasa mendengar lagu dan menonton video.

Kerjasama ini menunjukkan komitmen Infinix dan JBL dalam penghasilan produk yang inovatif dengan kualiti bunyi yang mengagumkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-note-bakal-tampilkan-audio-jbl"} {"title": "JBL Lancarkan Siri Sound Bar Dengan Spesifikasi Mengagumkan", "body": "

JBL sebuah jenama yang dikenali dalam penghasilan barangan audio yang berkualiti tinggi telah melancarkan siri sound bar yang baru. Antara sound bar tersebut adalah \u00a0JBL Bar 1300, JBL Bar 1000, JBL Bar 800, JBL Bar 500 dan JBL Bar 300.

Setiap sound bar menggunakan HARMAN PureVoice, sebuah teknologi yang menggunakan algoritma Harman yang boleh mengoptimumkan voice clarity semasa efek bunyi kuat.

Menggunakan aplikasi JBL One, pengguna dapat mencari lagu baru jika mereka menghubungkan sound bar kepada perkhidmatan muzik dalam talian melalui Wi-Fi dengan speaker yang serasi.

Korang juga boleh menghubungkan JBL Bar ini dengan peranti yang menyokong voice assistant. Korang boleh menggunakan voice assistant seperti Alexa, Google Assistant atau Siri untuk memainkan sebarang hiburan yang korang mahukan. Setiap sound bar juga membenarkan pengguna untuk mengakses sehingga 300 perkhidmatan penstriman muzik melalui AirPlay 2, Alexa MRM dan Chromecast.

Produk-produk JBL yang baru dilancarkan ini sudah tersedia di beberapa kedai terpilih serta di laman Shopee dan Lazada. JBL Bar 1300 hanya terdapat secara eksklusif di kedai Harvey Norman. Berikut adalah harga rasmi bagi siri sound bar ini.

JBL Bar 1300 - RM7,999

JBL Bar 1000 - RM4,999\u00a0

JBL Bar 800 - RM3,999

JBL Bar 500 - RM2,999

JBL Bar 300 - RM2,399

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jbl-lancarkan-siri-sound-bar-dengan-spesifikasi-mengagumkan"} {"title": "Sesuai Untuk Aktiviti Lasak, Amazfit Lancarkan T-Rex Ultra Di Malaysia", "body": "

Amazfit, sebuah jenama yang mahir dalam mencipta jam pintar bersama dengan Zepp Health Corporation, syarikat yang mengutamakan teknologi berkaitan kesihatan telah mengumumkan bahawa jam pintar T-Rex Ultra sudah tersedia di Malaysia.

T-Rex Ultra menawarkan pelbagai fungsi menarik sensor biometrik dinamakan BioTracker PPG yang mampu track kandungan darah dan oksigen. Jam pintar ini juga mempunyai stainless steel body, interface yang sangat mesra pengguna, dan \u00a0disokong sambungan 2.4GHz Wi-Fi.

Bagi korang yang suka dengan aktiviti menyelam, jam pintar ini sangat sesuai kepada korang memandangkan jam pintar ini menyokong freediving sehingga 30 meter dan 10 ATM water-resistant. Jam pintar ini juga dapat mengira kedalaman air dan membantu untuk merekod pernafasan pemakai.

Keistimewaan lain T-Rex Ultra ini adalah ia mempunyai mod GPS dan korang boleh mengakses kompas di paparan skrin. Fungsi seperti ini sangat membantu bagi mereka yang menganut agama Islam kerana fungsi ini dapat menunjukkan arah kiblat dengan tepat.

Amazfit T-Rex Ultra kini terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Abyss Black dan Sahara. Bagi korang yang berminat untuk membeli jam pintar ini, Amazfit T-Rex Ultra boleh di beli di laman Shopee dan Lazada rasmi Amazfit dengan harga RM1,899.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sesuai-untuk-aktiviti-lasak-amazfit-lancarkan-t-rex-ultra-di-malaysia"} {"title": "Mortal Kombat Umum Tarikh Pendedahan Mengenai Permainan Baru", "body": "

Mortal Kombat 12 akan didedahkan secara rasmi pada 18 Mei tepat jam 9 malam waktu Malaysia. Pembangunan mengenai Mortal Kombat 12 sebelum ini telah didedahkan secara tidak sengaja oleh eksekutif Warner Bros. Discovery.

Mortal Kombat pernah mengeluarkan dua video teaser di mana butiran pasir jatuh ke tanah. Video teaser kedua pula menunjukkan jam yang sedang berdetik kearah jam 12.

Kini, mereka mengeluarkan lagi teaser terbaru yang merupakan sambungan daripada teaser yang kedua. Teaser ketiga menunjukkan jam berdetik di jam 1 disusuli satu ayat \u201cIT IS TIME\u201d dengan tarikh hari ini iaitu 18 Mei.

Khabar angin mengatakan Mortal Kombat yang bakal dikeluarkan adalah reboot dan akan dipanggil Mortal Kombat 1 dan bukan Mortal Kombat 12. Selain itu, menurut khabar angin juga karakter seperti Homelander, Conan the Barbarian dan Peacemaker juga akan muncul.

Mortal Kombat 12 dibuat oleh NetherRealm Studios dan sedang dalam proses pembangunan. Masih tiada berita mengenai platform manakah yang akan keluar bagi permainan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mortal-kombat-umum-tarikh-pendedahan-mengenai-permainan-baru"} {"title": "5 Hero Yang Korang Boleh Guna Untuk Counter Faramis", "body": "

Faramis antara hero yang sukar untuk ditentang kerana memiliki pelbagai keupayaan yang baik. Kami senaraikan lima hero yang kami rasakan adalah counter terbaik hero ini.

Pharsa

Hero pertama yang kami pilih untuk counter Faramis adalah Pharsa. Hero ini mampu memberikan damage yang besar walaupun berada dari jarak yang jauh. Dengan skil Feathered Air Strike, Pharsa boleh menghasilkan serangan yang akan mematikan Faramis.

\u00a0

Gusion

Bukan hanya Pharsa sahja yang mampu membunuh Faramis, korang juga boleh menggunakan Gusion. Hero ini dibekalkan dengan combo skill yang mampu memusnahkan musuh.\u00a0

Korang boleh menggabungkan kesemua semua skilnya untuk membuat kombo maut yang akan memastikan Faramis tidak mampu untuk menyerang dan menggunakan skillnya. Serangan yang dimiliki Gusion juga dapat digunakan dalam jarak yang luas.

\u00a0

Lylia

Kelebihan Lylia ialah ultimate-nya yang mana Lylia mampu untuk \u201crewind\u201d kembali ketika dia diserang oleh musuh. Lylia juga mempunyai skill cooldown yang pantas. Jadi korang tak perlu tunggu dengan waktu yang lama untuk skilnya aktif kembali dan melakukan serangan.

\u00a0

X.Borg\u00a0

Antara hero terbaik melawan Faramis adalah X.Borg. Menggunakan ultimate dan skillnya, hero ini mampu menghasilkan burst damage yang sangat besar. Kombinasi serangan ini dapat mematikan lawan dengan cepat.

\u00a0

Natalia

Dengan kekuatan dan kelincahan Natalia, hero ini adalah sangat sesuai untuk counter Faramis. Kemampuan Natalia membolehkan dia terhalang dari serangan terhadapnya atau passive skill dari lawan. Menariknya, ketika berada dalam mode stealth, Natalia mampu meningkatkan movement speednya sehingga 25%.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/5-hero-yang-korang-boleh-guna-untuk-counter-faramis"} {"title": "Take-Two Beri Bayangan GTA 6 Berpotensi Dilancarkan Seawal April 2024 Ini", "body": "

Syarikat permainan video, Take-Two Interactive telah memberi bayangan mengenai tarikh perlancaran bagi entri baru dalam francais permainan terbesar dunia iaitu permainan Grand Theft Auto 6.

Dalam satu kenyataan media yang memuatkan laporan kewangan syarikat terbabit, Take-Two telah mengongsikan projek mereka pada tahun mendatang, termasuk projek besar untuk tahun fiskal 2025 dan 2026.

Antara projek besar yang disebut, mereka tidak menyebut nama permainan Grand Theft Auto 6 tetapi menjangkakan projek permainan yang bakal dilancarkan akan mendapat hasil sebanyak $8 bilion USD.\u00a0

Untuk mendapat pulangan sebanyak itu, Take-Two mesti mengeluarkan permainan mereka sebelum ini dengan jumlah dua kali ganda atau mengeluarkan sebuah permainan yang sangat besar. GTA 6 berpotensi akan memberi syarikat ini pulangan sebesar itu kerana projek permainan mereka yang lain seperti Judas, permainan mafia baru dari Hangar 13 dan permainan BioShock baru berkemungkinan tidak mencapai jumlah itu.\u00a0

Take-Two mengatakan yang mengeluarkan projek besar pada tahun fiskal 2025. Sebagai konteks, fiskal 2025 bermula pada April 2024. GTA 6 ini berkemungkinan akan keluar pada April tahun depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/take-two-beri-bayangan-gta-6-berpotensi-dilancarkan-seawal-april-2024-ini"} {"title": "Trailer Filem Baru Mission Impossible Tampilkan Aksi Yang Sangat Memukau", "body": "

Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer rasmi baru bagi filem Mission: Impossible \u2013 Dead Reckoning. Filem padat dengan aksi ini dijangka ditayangkan pada bulan Julai ini.

Dead Reckoning Part One ini akan mengisahkan Ethan Hunt dan pasukan IMF perlu menghadapi misi yang berbahaya di mana mereka perlu menghalang sebuah senjata yang berkemampuan menghancurkan keamanan dunia jatuh ke tangan orang yang salah.

Melalui trailer tersebut, penonton dihidangkan aksi yang tidak masuk akal seperti aksi kejar-mengejar menggunakan kereta, pertempuran di atas kereta api yang sedang bergerak dan melompat dari tebing gunung dengan menunggang motosikal.\u00a0

Filem ini akan dibintangi oleh ramai bintang hebat seperti Tom Cruise, Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby dan Pom Klementieff. Christopher McQuarrie akan menjadi pengarah dan menulis skrip bagi filem ini. \u00a0

Filem Mission: Impossible \u2013 Dead Reckoning Part One bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Julai 2023 manakala Part Two pula akan ditayangkan pada Jun tahun depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-filem-baru-mission-impossible-tampilkan-aksi-yang-sangat-memukau"} {"title": "Nicolas Cage Bakal Ditambah Dalam Dead By Daylight", "body": "

Pelakon terkenal Hollywood, Nicolas Cage bakal menjadi karakter baru dalam permainan horror Dead by Daylight. Dead by Daylight yang dibangunkan oleh Behaviour Games telah berkongsi suatu video pendek memaparkan aktor terkenal Nicolas Cage.

Dikenali kerana mempunyai karier Hollywood yang mengagumkan, Nicolas Cage juga telah banyak membintangi filem horror. Cage telah berlakon dalam filem Vampire\u2019s Kiss (1988), The Wicker Man (2006) dan Mandy (2018).\u00a0

Masih tidak diketahui Cage akan ditambah sebagai \u2018Survivor\u2019 atau \u2018Killer\u2019. Melihat kepada watak yang pernah dilakonkan, Cage dijangka akan menjadi sebahagian survivor. Korang perlu tunggu kerana maklumat mengenai Cage hanya akan diketahui lebih lanjut pada 5 Julai ini. \u00a0\u00a0

It\u2019s the performance of a lifetime.
Dead by Daylight: Nicolas Cage. Coming to a realm near you.

Learn more on July 5th. pic.twitter.com/A96yvZPYpt

\u2014 Dead by Daylight (@DeadbyDaylight) May 17, 2023

Nicolas Cage bukanlah bintang filem yang pertama muncul dalam permainan ini. Sebelum ini, pelakon Hollywood lain juga pernah muncul anataranya adalah Bruce Campbell dan Doug Bradley. Campbell melakonkan karakter Ash William dari francais Evil Dead manakala Bradley melakonkan karakter Pinhead dari francais Hellraiser.

Korang boleh bermain Dead By Daylight yang kini tersedia di platform mudah alih, PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nicolas-cage-bakal-ditambah-dalam-dead-by-daylight"} {"title": "3 Portable Speaker Terbaik Dari SonicGear Dengan Harga Bajet", "body": "

Speaker yang terbaik adalah speaker yang dapat dibawa ke mana-mana yang anda mahu. Kualiti binaan baik dengan harga yang murah juga menjadi pertimbangan semasa memilih portable speaker. Kami akan senaraikan tiga portable speaker yang terbaik dengan harga yang mampu korang miliki.

\u00a0

SonicGear SonicGo 2

SonicGear SonicGo 2 adalah sebuah speaker yang menyokong radio FM, MP3 player dan speakerphone. Cumanya untuk menggunakan radio, korang perlu menyambung dengan kabel USB kerana kabel ini akan bertindak seperti antenna. Kualiti bunyi bagi speaker ini adalah sangat baik dan sepadan dengan harga yang ditawarkan. Bunyi treble dapat didengar dengan jelas. Bunyi bass pula memuaskan memandangkan speaker ini kecil.\u00a0

Saiz yang kecil dan berbentuk bulatan memberikan kesenangan kepada korang ketika menggengam. Speaker ini juga mempunyai kualiti binaan yang tough. Didatangkan dengan tali yang sangat berguna, korang boleh menggantung speaker ini di mana-mana sahaja.

Harga bagi speaker ini adalah RM39 dan terdapat dalam tiga warna iaitu merah, kelabu dan hitam.

\u00a0

SonicGear SonicGo Clipz

Speaker ini mempunyai pelbagai fungsi seperti Bluetooth, radio FM, speakerphone, MP3 player dan TWS. Untuk penyambungan dengan radio, korang perlu menggunakan kabel USB untuk mendapat signal radio yang baik. Kualiti sound adalah baik dan berpatutan dengan harga. Bunyi treble yang dihasilkan sangat jelas dan bass yang okayish. Sudah tentu speaker kecil ini tidak mampu mengeluarkan bass yang powerful, jadi kurangkan expectation korang.

Berbeza dengan portable speaker yang lain, SonicGo Clipz mempunyai cangkuk jadi korang boleh menggantung speaker ini di mana-mana tempat yang bersesuaian. Efek lampu LED di belakang speaker juga antara ciri menarik speaker ini yang menampakkan speaker ini tampak stylish.

Korang boleh dapatkan speaker ini di Shopee rasmi SonicGear dengan harga RM49.

\u00a0

SonicGear SonicGo RD0 30-X

SonicGear SonicGo RD0 30-X ini mempunyai pelbagai fungsi penting seperti Bluetooth, radio FM, MP3 player, speakerphone dan TWS. Signal radio dapat dengan jelas kerana adanya antenna yang boleh dipanjangkan. Kami mendapati bunyi yang dihasilkan adalah sangat baik dan output power adalah sesuai untuk bilik yang persekitaran sunyi.\u00a0

Build quality speaker ini adalah sangat memuaskan kerana dilindungi permukaan plastik yang sturdy. Saiz yang kompak dan reka bentuk yang kemas menampakkan speaker tampak premium. Speaker ini juga mempunyai lampu suluh yang kecil, sangat bermanfaat jika ada apa-apa kecemasan.\u00a0

Harga yang ditawarkan di Shopee rasmi SonicGear adalah RM49.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-portable-speaker-terbaik-dari-sonic-gear-dengan-harga-bajet"} {"title": "MLBB Wanita Catat Sejarah Ketika Temasya Sukan SEA", "body": "

Acara Mobile Legends: Bang Bang yang diadakan pada Sukan SEA KE-32 Di Phnom Penh, Kemboja telah melabuhkan tirai dengan acara wanita mencatat jumlah tontonan yang sangat tinggi.

Acara bagi kategori ini telah mempertemukan Filipina dan Indonesia di peringkat grand finals yang akhirnya dimenangi Indonesia sekali gus meraih pingat emas. Jumlah tontonan pada waktu kemuncak ketika perlawanan tersebut dilangsungkan adalah 1,367,274 juta.

Dengan rekod ini, acara ini menjadi acara esports wanita paling popular sepanjang zaman. Rekod ini sebelumnya dipegang ketika pertandingan MLBB Women\u2019s Invitational 2022 yang hanya meraih tontonan kemuncak sebanyak 392,405 ribu sahaja.

Terdapat banyak platform yang menayangkan permainan ini secara langsung seperti Youtube dan TikTok rasmi MPL, beberapa halaman Facebook dan strim oleh bekas pemain MLBB menyebabkan rekod ini mudah tercatat.

Pertandingan wanita bagi permainan lain seperti Valorant, CS:GO dan PUBG Mobile mula menunjukkan peningkatan dalam jumlah tontonan. Jika banyak pertandingan wanita diadakan, jumlah tontonan semestinya akan bertambah. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-wanita-catat-sejarah-ketika-temasya-sukan-sea"} {"title": "Ubisoft Tambah Tenaga Pekerja Untuk Bangunkan Assassin's Creed Pada Masa Akan Datang", "body": "

Selepas mengeluarkan laporan kewangan tahunan mereka, Ubisoft mengesahkan yang mereka akan menambah jumlah pekerja sebanyak 40% untuk membangunkan permainan Assassin\u2019s Creed untuk beberapa tahun akan datang. Dilaporkan terdapat tidak kurang daripada enam permainan Assassin's Creed dalam pembangunan.

Menurut CEO Ubisoft, Yves Guillemot mengatakan pekerja yang membantu membangunkan permainan Assassin's Creed akan ditarik dari projek permainan mereka yang lain. Guillemot mahu Ubisoft memfokuskan pembangunan francais ini.

Ketika ini, jumlah pekerja yang membangunkan siri permainan Assassin's Creed adalah sebanyak 2000 orang. Pertambahan sebanyak 40% akan menjadikan sebanyak 2800 orang akan bekerja dalam francais itu pada tahun mendatang.

Permainan Assassin\u2019s Creed yang seterusnya adalah Assassin\u2019s Creed Mirage yang sudah beberapa kali ditangguhkan dalam tahun ini. Assassin\u2019s Creed Mirage dijangka keluar pada bulan Oktober ini.\u00a0

Selain Assassin Creed, Ubisoft juga akan terlibat dengan beberapa projek lain dalam masa terdekat seperti Avatar: Frontiers of Pandora, Tom Clancy: Rainbow Six Siege Mobile, Tom Clancy\u2019s The Division Resurgence, The Crew Motorfest dan Skull and Bones.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-tambah-tenaga-pekerja-untuk-bangunkan-assassin-creed-pada-masa-akan-datang"} {"title": "Loki Musim Kedua Bakal Ditayangkan Oktober Ini", "body": "

Marvel Studios telah mengumumkan tarikh tayangan bagi siri televisyen Loki musim kedua dalam suatu tweet yang dibuat di akaun Twitter rasmi studio terbabit. Turut diumumkan adalah tarikh tayangan bagi siri spin-off dari Hawkeye, Echo.

Loki musim kedua akan mula ditayangkan pada 6 Oktober 2023 dan Echo pula bermula pada 29 November 2023. Siri Loki musim kedua ini akan mempunyai enam episode kesemuanya manakala jumlah episode bagi siri Echo masih belum diketahui. Kedua-dua siri ini akan ditayangkan di Disney Plus.

Loki musim kedua ini adalah sambungan daripada musim pertama dimana Sylvie membunuh He Who Remains, menyebabkan perubahan masa yang juga menghasilkan realiti baru di mana Kang The Conqueror versi lain yang mengawal Time Variance Authority.\u00a0

Siri Echo pula akan mengikuti kisah asal Maya Lopez di mana Maya yang hidup di bandar New York perlu mengingati semula sejarah asalnya yang berdarah orang asli Amerika serta merapatkan hubungan dengan keluarga dan komuniti orang asli Amerika. Watak ini pernah muncul dalam siri Hawkeye.

Disney menyenaraikan lima siri iaitu Loki musim kedua, Echo, Secret Invasion, Ironheart dan Agatha: Coven of Chaos dalam projek fasa kelima mereka. Secret Invasion akan keluar pada 21 Jun ini manakala Ironheart dan Agatha akan keluar pada tahun depan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/loki-musim-kedua-bakal-ditayangkan-oktober-ini"} {"title": "Teaser Pertama Five Nights At Freddy's Tampilkan Animatronik Yang Menyeramkan", "body": "

Selepas pertama kali diumumkan pada 2015, Universal Pictures telah mengeluarkan teaser trailer pertama bagi filem yang ditunggu-tunggu peminat, Five Night at Freddy\u2019s. Filem yang dihasilkan Blumhouse Production ini akan menampilkan beberapa patung animatronik yang mampu membunuh.

Filem ini sebenarnya adalah adaptasi dari siri permainan video yang popular. Siri permainan Five Nights at Freddy\u2019s dihasilkan Scott Cawthon dan pertama kali dikeluarkan pada tahun 2014. Pemain yang dibekalkan kamera sekuriti dan lampu suluh akan cuba mencari jalan untuk terus hidup mengharungi kekejaman animatronik yang menghantui restoran Freddy Fazbear.

Berdasarkan francais permainan survival horror yang popular itu , Five Nights at Freddy\u2019s mengisahkan Mike lakonan John Hutcherson, seorang pengawal keselamatan baru yang bekerja pada waktu malam di restoran pizza Freddy Fazbear. Dia mendapati ada yang tidak kena dengan restoran terbabit apabila patung animatronik adalah menyeramkan kerana mampu membunuh.

Cawthon mengumumkan filem adaptasi ini pertama kali pada 2015 tetapi melalui pelbagai kesukaran apabila Warner Bros. tidak melakukan apa-apa produksi. Pengarah bagi filem ini juga silih berganti melambatkan penggambaran filem.

Filem Five Nights at Freddy\u2019s ini akan dibintangi oleh Elizabeth Lail, Piper Rubio, Kat Conner Sterling, Mary Stuart Masterson dan Matthew Lillard. Emma Tammi akan mengarahkan filem yang dijangka keluar pada 26 Oktober di Malaysia ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/teaser-pertama-five-nights-at-freddy-s-tampilkan-animatronik-yang-menyeramkan"} {"title": "RRQ Hoshi Mengumumkan Coach Acil Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut", "body": "

Minggu ini scene MLBB Indonesia nampaknya tidak jemu dengan pelbagai berita-berita menarik. Salah satunya adalah berita berkenaan Coach Acil iaitu jurulatih untuk pasukan RRQ Hoshi diumumkan tidak lagi bersama dengan pasukan tersebut selepas tamatnya M4 World Championship yang lepas.

Coach Acil ataupun nama sebenarnya Adi Syofian Asyauri telah bersama dengan RRQ sejak dari tahun 2019 lagi namun pada tahun dia telah berpindah ke pasukan Aerowolf Pro Team. Dia kembali pada pasukan RRQ pada 2021 dan terus melatih pasukan tersebut sehingga tahun 2023.

Buat masa ini RRQ Hoshi belum mengumumkan jurulatih baru mereka untuk menghadapi MPL ID musim kesebelas yang akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-hoshi-mengumumkan-coach-acil-tidak-lagi-bersama-pasukan-tersebut"} {"title": "RRQ Umumkan Empat Pemain Baru, Mungkin Bermain Untuk RRQ Sena", "body": "

Pasukan RRQ baru-baru ini telah mengumumkan empat pemain baru untuk pasukan mereka. Keempat-empat pemain ini dikatakan mungkin akan bermain untuk pasukan MDL ID (Mobile Legends: Bang Bang Development League Indonesia) mereka iaitu RRQ Sena.

Keempat-empat pemain baru tersebut adalah Muhammad Akmal Maulana ataupun dikenali sebagai Octa yang merupakan bekas pemain mid laner AURA Blaze. Mereka juga membawa masuk Slowly ataupun nama sebenarnya Geovani Moniung yang merupakan bekas pemain DNS Hammersonic.

Dua lagi pemain baru mereka adalah Ramadhoni (Donn) dan juga Steven Gani (Bear).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-umumkan-empat-pemain-baru-mungkin-bermain-untuk-rrq-sena"} {"title": "Bigetron Esports Mula Perkenalkan Roster Mereka, uHigh Sah Kembali Ke BTR", "body": "

Sebelum ini uHigh ataupun nama sebenarnya Muhammad Dhiya Ulhaq Bin Mohd Arasz telah dipinjamkan ke Geek Fam dari \u00a0Bigetron Esports sejak dari Julai 2022 lagi. Ramai yang tertanya-tanya sama ada beliau akan kembali bermain untuk BTR ataupun tidak.

Hari ini Bigetron Esports melalui instagram rasmi mereka telah mengumumkan roster mereka untuk PMPL akan datang. Pemain pertama yang mereka sahkan akan kembali untuk bermain bersama BTR adalah uHigh yang mana lebih popular dengan gelaran Bocah Ajaib.

Baru-baru ini BTR juga telah mengumumkan yang duo kembar mereka iaitu Zuxxy dan Luxxy tidak akan bermain untuk pasukan tersebut lagi pada masa akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bigetron-esports-mula-perkenalkan-roster-mereka-uhigh-sah-kembali-ke-btr"} {"title": "Disebabkan Masalah Kesihatan, R7 Sah Akan Berehat Dari MPL ID", "body": "

Sebelum ini kami pernah melaporkan yang R7 yang mana merupakan pemain EXP Laner untuk pasukan RRQ Hoshi mungkin tidak akan bermain untuk MPL ID Musim Kesebelas.

Credit: Abang MLBB

Baru-baru ini Team RRQ melalui Instagram rasmi mereka telah mengesahkan yang R7 ataupun nama sebenarnya iaitu Rivaldi Fatah akan berehat dari pentas profesional MPL ID musim akan datang.

Punca beliau berehat dikatakan adalah disebabkan masalah tangan beliau yang nampaknya semakin teruk dan menganggu prestasi permainan beliau. Buat masa ini tidak ada lagi info berkenaan siapa akan menggantikan beliau. Mungkin rumors Dlar dari pasukan EVOS akan menggantikan R7 akan terjadi? Sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disebabkan-masalah-kesihatan-r7-sah-akan-berehat-dari-mpl-id"} {"title": "Psychoo Sah Tidak Lagi Akan Bermain Untuk Team RRQ", "body": "

Baru-baru ini Team RRQ baru saja mengumumkan yang Psychoo ataupun nama sebenarnya iaitu Teguh Imam Firdaus tidak akan bermain untuk pasukan tersebut.

Pengumuman ini telah dilakukan di Instagram rasmi pasukan tersebut. Sebelum ini pun sudah ada ura-ura yang menyatakan dia memang akan meninggalkan pasukan tersebut dan tidak akan menyambung kontraknya.

Selain ini terdapat juga khabar angin yang mengatakan Psychoo mungkin akan bersama dengan satu lagi pasukan MPL Indonesia iaitu Alter Ego.\u00a0

Sebelum ini beliau bermain untuk pasukan ONIC Esports sejak 2019 sebelum memulakan perjalanan beliau dengan pasukan RRQ Hoshi pada 2020 dan kemudiannya dipindahkan kepada pasukan RRQ Sena pada tahun 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/psychoo-sah-tidak-lagi-akan-bermain-untuk-team-rrq"} {"title": "MPL MY S11 Recap - Todak Mencari Mid Laner Baru & ELX Kini Bermain Di Bawah Yoodo Red Giant", "body": "

Walaupun kita baru sahaja selesai dengan M4 World Championship, nampaknya pasukan-pasukan MPL MY untuk musim kesebelas kali ini sudah pun memulakan langkah persiapan mereka.

Banyak berita yang kita dengar dari pasukan-pasukan MPL MY kali ini ada yang hanya sekadar rumors dan ada juga yang telah disahkan. Article kali ini kitorang akan recap balik apa yang telah terjadi dalam scene MLBB di Malaysia sepanjang 3 minggu ini.\u00a0

Aryaa Gaming Kini Bermain Dibawah Nama Madness Esports

Aryaa Gaming merupakan pasukan baru yang berjaya melepasi peringkat qualifier untuk MPL MY musim kesebelas kali ini.\u00a0

Aryaa Gaming telah mengesahkan yang mereka akan bermain dibawah nama Madness Gaming dan baru-baru ini telah memperkenalkan roster mereka untuk MPL MY S11. Berikut merupakan senarai pemain dan ahli pasukan Madness Gaming:

Homebois Bawa Jurulatih Dari Filipina

Daddyhood baru-baru ini melalui Instagram miliknya telah mengesahkan yang pasukan Homebois akan kembali bangkit dalam arena MLBB di Malaysia.\u00a0

Sumber: Abang MLBB

Dia juga telah mengesahkan yang jurulatih pasukan Falcon Esports iaitu Steve Dale Vitug akan bersama-sama dengan pasukan Homebois untuk MPL MY musim terbaru ini.\u00a0

Buat masa ini tidak dapat disahkan sama ada Dale cuma dipinjamkan ke Homebois ataupun tidak kerana melalui Liquidpedia Dale masih lagi jurulatih untuk pasukan Falcon Esports.

AMOUX Keluar Dari Todak, ASHI Mencari Midlaner Baru

Disebabkan persembahan yang tidak memberangsangkan semasa Knock Stage M4 World Championship yang lepas, Amoux yang mana merupakan Jurulatih untuk pasukan Todak telah melepaskan jawatannya.

Amoux atau nama sebenarnya iaitu Ariff Iswandi boleh dikatakan antara ahli terawal Todak sejak penubuhan mereka pada tahun 2020. Namun selepas itu dia telah berhijrah ke Indonesia untuk melengkapkan pasukan Bigetron Alpha sebelum dia pulang kembali ke Malaysia dan menyertai pasukan Geek Fam pada akhir tahun 2020.

Buat masa ini tiada lagi pengumuman siapakah jurulatih terbaru pasukan Todak yang terbaru untuk mereka menghadapi MPL MY musim kesebelas kali ini.

Sementara itu, Pengurus pasukan todak iaitu Ashi baru-baru ini postingnya di Facebook telah mengumumkan yang mereka sekarang mencari Mid Laner yang baru.

Antara kelayakan yang dicari adalah seperti berikut:

Bagi korang yang berminat untuk mencuba nasib, korang boleh email resume korang ke ashi@todak.com. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada mereka hanya mencari subs baru ataupun Moon akan direhatkan dan digantikan dengan Mid Laner baru ini.

Selangor Football Club Berkerjasama Dengan Yoodo, Yoodo Red Giant Diperkenalkan

Selangor FC baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan masuk ke dalam scene profesional Mobile Legends: Bang Bang dengan memperkenalkan pasukan esports mereka sendiri.

Dengan kerjasama dengan Yoodo, mereka telah memperkenalkan pasukan Yoodo Red Giant yang ahli-ahli mereka terdiri daripada 1 lagi pasukan terbaru yang berjaya melepasi Qualifier MPL MY S11 iaitu El Loco Extreme (EXL).

Pengurus pasukan iaitu Rush menyatakan \u201cKami rasa kerjasama ini adalah baik untuk esports. Dan kami adalah pasukan pertama yang mendapat peluang ini yang pasti membawa banyak manfaat. Terima kasih buat Selangor FC kerana berminat untuk merialisasikan impian kami\"

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mpl-my-recap-todak-mencari-mid-laner-baru-elx-kini-bermain-di-bawah-yoodo-red-giant"} {"title": "Tiket Tayangan Awal The First Slam Dunk Sudah Boleh Dibeli", "body": "

Baru-baru ini pihak Golden Screen Cinema (GSC) telah mengumumkan yang filem terbaru untuk anime Slam Dunk akan ditayangkan di Malaysia pada bulan depan. Filem yang diberi nama The First Slam Dunk sudah tentunya ditunggu-tunggu oleh ramai peminat di Malaysia.

Filem ini hanya akan ditayangkan secara eksklusif di GSC pada 23 Febuari 2023 nanti. Bagi korang yang tak sabar nak tengok, korang boleh dapatkan package Premium Fan Screening yang mana sudah boleh dibeli sekarang.

Dengan package ini, korang bukan saja dapat melihat The First Slam Dunk dengan lebih awal, korang juga akan mendapatkan barangan-barangan exclusive seperti Acrylic Stand, Keychain, T-Shirt dan macam-macam lagi.\u00a0

Premium Fan Screening ini cuma mempunyai 1 slot sahaja iaitu pada 11 Febuari 2023 pada pukul 3 petang. Korang boleh dapatkan package ini di SINI.

The First Slam Dunk ini telah pun ditayngkan di Jepun sejak Disember tahun lepas lagi dan berjaya mendapat tempat pertama Japanese box office dan berjaya mengaut keuntungan sebanyak \u00a51.296 billion dalam masa dua hari filem ini ditayangkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-first-slam-dunk-sah-akan-ditayangkan-di-malaysia-tidak-lama-lagi"} {"title": "Cardback Khas Untuk Mereka Yang Berjaya Melepasi Rank Infinite Di Marvel Snap", "body": "

Marvel Snap baru-baru ini telah mengumumkan yang bagi mereka yang telah berjaya mendapatkan rank Infinite dalam Marvel Snap musim terbaru iaitu Savage Land bakal mendapatkan hadiah khas dari mereka.

Bagi mereka yang sudah melepasi rank Infinite dan keatas untuk musim ini, mereka akan menerima gold cardback khas yang mempunyai tema Savage Land. cardback khas ini akan dihantar dalam Inbox mereka yang layak.

Bagi yang tak lepas rank Infinite lagi untuk musim ini, korang ada masa lagi dua minggu sebelum season Savage Land ini tamat.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cardback-khas-untuk-mereka-yang-berjaya-melepasi-rank-infinite-di-marvel-snap"} {"title": "Kang The Conqueror - Ancaman Terbaru Marvel Cinematic Universe", "body": "

Dengan pengenalannya dalam siri Loki sebagai He Who Remains dan juga bakal hadir dalam movie terbaru Ant-Man and the Wasp: Quantumania sebagai Kang The Conqueror, Kang diperlihatkan sebagai satu ancaman terbaru dan terbesar dalam MCU kali ini.

Ini 3 benda yang korang perlu tahu tentang siapa dan betapa kuatnya Kang The Conqueror:

DARI MASA DEPAN

Kang The Conqueror merupakan seorang genius yang datang dari alternate universe ataupun lebih dikenali sebagai Other-Earth pada abad ke-30. Pada alternate universe ini, bumi tidak pernah mengalami zaman kegelapan dan ini membuatkan Other-Earth mempunyai teknologi yang lebih canggih dari Earth-616.

Di Other-Earth, Kang lebih dikenali sebagai Nathaniel Richards yang mana dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Mr. Fantastic (Reed Richards) dan juga Doctor Doom (Victor Von Doom).

SENJATA

Disebabkan Kang datang dari masa depan, senjata yang digunakan olehnya sudah tentu lebih canggih dari apa yang superhero-superhero dalam Marvel Cinematic Universe ada sekarang. Tidak terkejut kenapa dia dikatakan ancaman yang lebih besar Thanos.

Kang dilengkapi dengan teknologi seperti battle armor miliknya yang mana memberikan Kang kekuatan dan ketangkangsan dan juga salah satu senjatanya yang dikenali sebagai Neutrino-Ray Gun yang mana merupakan missile launcher yang hanya sebesar pistol biasa namun mampu memberikan damage yang sangat tinggi.

GELARAN

Selain dari nama sebenarnya iaitu Nathaniel Richards dan Kang The Conquerer, dia juga dikenali dengan banyak nama sepanjang kemunculannya dalam Marvel Comics.

Antaranya adalah Pharaoh Rama-Tut, Scarlet Centurion, Immortus dan banyak lagi. Salah satu variant miliknya juga merupakan salah seorang ahli dalam New Avengers yang dikenali sebagai Iron Lad.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kang-the-conqueror-ancaman-terbaru-marvel-cinematic-universe"} {"title": "Kang The Conqueror - 3 Sebab Kenapa Kang Lebih Kejam Dari Thanos", "body": "

Kalau korang tengok trailer Ant-Man and the Wasp: Quantumania, korang mesti perasan yang mana sekarang ini akan ada ancaman yang mana lebih besar dari Thanos, The Mad Titan.

Ancaman tersebut adalah Kang The Conqueror yang mana variant-nya sebelum ini merupakan watak penting dalam siri Loki. Dalam siri Loki, Kang dikenali sebagai He Who Remains yang mana ada memberitahu yang variant dirinya akan datang menyerang bumi dan multiverse lain.

Hari ini kitorang nak share dengan korang 3 sebab kenapa Kang The Conqueror lebih ganas dari Thanos The Mad Titan!

Experienced

Jika korang perasan pada trailer pertama Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Kang ada bertanya kepada Scoot Lang sama ada dia adalah ahli Avenger dan sama ada dia pernah bunuh Ant-Man ataupun tidak sebelum ini.

Ini bermaksud Kang telah berjaya membunuh Avenger di Alternate Universe lain. Walaupun Thanos pernah berjaya mengalahkan Avenger di Earth-616, Kang kemungkinan besar telah berjaya mengalahkan banyak versi Avenger yang lain.

Back Up

Walaupun Thanos mempunyai back up seperti askar-askar, Black Order dan juga anak-anaknya seperti Gamora dan juga Nebula, ianya masih tidak cukup untuk melawan Kang. Tidak dilupakan kedua-dua anak Thanos iaitu Gamora dan Nebula akhirnya berganding bahu bersama-sama dengan Guardian of the Galaxy.

Tapi jika nak dibandingkan dengan Alioth, satu mahluk yang mampu untuk consume time and space dan juga merupakan punca kuasa yang digunakan oleh salah satu variant Kang iaitu He Who Remains untuk menamatkan Multiverse War dan mengalahkan variant-nya yang lain, sudah tentu Thanos masih belum satu level dengan Kang!

Simple Goal

Tujuan utama Thanos mencari Infinity Stones adalah untuk wipe out separuh daripada kehidupan di universe tersebut. Ini bagi mengekalkan balance dan supaya planet lain tidak menerima nasib yang sama seperti Planet Titan. Ini memerlukan perancangan yang lama dan kompleks untuk dilakukan.
\u00a0

Tapi bagi Kang, misi dia cuma satu. Untuk menakluki semua planet dan setiap alternated universe yang ada. Dia tak kisah berapa banyak planet yang diperlu hancurkan demi memastikan tiada apa ancaman yang dapat mengalahkannya.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kang-the-conqueror-3-sebab-kenapa-kang-lebih-ganas-dari-thanos"} {"title": "Expansion Percuma \u2018Given Time\u2019 Tiba Bersama Pelancaran JETT: The Far Shore Di Steam", "body": "

Sempena pelancaran JETT: The Far Shore di Steam, Superbrothers dan Pine Scented Software telah menghasilkan satu expansion percuma untuk mengembangkan lagi permainan mereka ini.

Mereka menamakan expansion tersebut \u2018Given Time\u2019. Ia akan mengambil tempat selepas 3 tahun berlalu di cerita utama dan pemain masih lagi akan bermain sebagai scout Mei.\u00a0

Yang berbezanya kali ini, pemain akan mendapati Mei seorang sahaja yang tersedar di Ground Control yang semakin sunyi dan kosong.

Dengan hanya tinggal sebuah JETT lapuk dan seorang lagi scout menanti Mei, korang mulakan pengembaraan solo korang yang penuh dengan kebebasan dari segi penerokaan di tempat baru dan misteri.\u00a0

Expansion \u2018Given Time\u2019 ini akan dilancarkan pada 31 Januari 2023 secara percuma. Korang boleh dapatkan JETT: The Far Shore sekarang di Playstation Store dan untuk PC melalui Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/expansion-percuma-given-time-tiba-bersama-pelancaran-jett-the-far-shore-di-steam"} {"title": "Tomb Raider Special Pack - DLC Percuma PowerWash Simulator", "body": "

Sempena pelancaran PowerWash Simulator ke PS5, PS4 dan Nintendo Switch pada 31 Januari 2023 nanti, FuturLab telah menghasilkan satu DLC percuma yang akan dilancarkan pada hari yang sama.\u00a0

DLC ini dipanggil sebagai \u201cTomb Raider Special Pack\u201d. Seperti namanya, PowerWash Simulator telah berkolaborasi dengan permainan ikonik Tomb Raider dengan membenarkan pemain untuk membersihkan barang-barang dan juga kawasan rumah Lara Croft, watak utama dalam Tomb Raider.

Antara yang boleh dicuci nanti adalah sebuah obstacle course, artifak, dinding dan lain-lain lagi. Bukan sahaja itu, mereka juga akan tambahkan rahsia-rahsia baru untuk korang cari berdasarkan pengembaraan Lara Croft yang terkini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tomb-raider-special-pack-dlc-percuma-powerwash-simulator"} {"title": "Sekuel M3GAN Bakal Tiba Di Pawagam Tahun 2025", "body": "

Akhirnya, telah disahkan sekuel filem M3GAN akan datang ke pawagam walaupun baru sahaja dua minggu berlalu selepas tayangannya di pawagam. Mereka sudah pun memutuskan untuk menamakan sekuel ini M3GAN 2.0.

Plotnya masih lagi belum didedahkan kepada umum tetapi apa yang pasti di M3GAN 2.0, watak Gemma yang dilakonkan oleh Allison Williams dan watak Cady yang dilakonkan Violet McGraw akan kembali dengan watak masing-masing.\u00a0

Penulis skrinnya juga akan ditulis dengan orang yang sama iaitu Akela Cooper jadi buat masa ini, mereka hanya menyasarkan M3GAN 2.0 akan tiba di pawagam pada 17 Januari 2025 kerana pembangunannya baru sahaja dirasmikan di Universal. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sekuel-m3gan-bakal-tiba-di-pawagam-tahun-2025"} {"title": "The Year Of Play - Kempen Beli PS5 Sambil Dapat Hadiah Banyak Lagi!", "body": "

Dari pengumuman Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES), syarikat Playstation sedang mengadakan satu kempen yang dinamakan \u201cThe Year of Play\u201d sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.\u00a0

Korang semua boleh sertai dua acara yang disediakan mereka. Yang pertama, mempunyai kaitan dengan pembelian PS5 tidak kira edisi digital atau yang bukan. Ianya sudah pun bermula dari 10 Januari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023.

Hadiah-hadiah yang akan diberi kepada pemenang adalah ALL IT eGift Card berjumlah RM4,500, Touch \u2018n Go eWallet Reload PINs berjumlah RM2,250 dan Playstation Store Gift Card RM450.

Acara kedua pula dinamakan \u201cGood Wish Hunting\u201d. Seperti namanya, para peserta perlu \u2018memburu\u2019 5 beg tersembunyi di merata-rata tempat dalam PS Store. Acara ini akan bermula pada 22 Januari 2023 hingga 5 Februari 2023.\u00a0

Hadiah utama untuk acara pula adalah satu set barangan \u201cAll-In-One\u201d seperti Sony BRAVIA TV KD-55X80K, Controller wireless DualSense, Headset wireless PULSE 3D dan lain-lain lagi.\u00a0

Bagi yang berjaya selesaikannya ada dua kategori hadiah. Bagi peserta yang berada di tempat 100 pertama akan diberi Gift Card PS Store berjumlah RM100 manakala yang selebihnya akan diberikan kupon diskaun PS Store sebanyak 10%.

Jangan risau bagi yang sertainya dan tidak berjaya sebab korang juga akan diberikan Avatar Eksklusif Tahun Baru Cina PS5/PS4 sebagai hadiah di kategori penyertaan.\u00a0

Kalau tidak mahu sertai pun tidak mengapa, korang boleh layari laman The Year Of Play\u00a0 untuk melihat barangan yang dipromosikan termasuk juga mendaftar dan lihat cara-cara untuk menyertai dua acara tersebut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-year-of-play-kempen-beli-ps5-sambil-dapat-hadiah-banyak-lagi"} {"title": "505 Games Mengadakan Promosi Harga Sempena Tahun Baru Cina", "body": "

Syarikat penerbitan 505 Games telah mengumumkan promosi harga bagi beberapa pilihan permainan yang telah diterbitkan mereka sempena Tahun Baru Cina yang akan datang tidak lama lagi.\u00a0

Harga diskaun yang diberikan mereka ada yang sehingga 90%! Jadi, jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan permainan yang korang inginkan selama ini!\u00a0

Tetapi, perlu diingatkan, ia hanya akan dilangsungkan di Steam dan PS Store sahaja. Untuk Steam, jualan akan berlangsung sebanyak dua kali. Yang pertama bermula dari 17 Januari 2023 hingga 24 Januari 2023, manakala yang kedua bermula dari 24 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023.\u00a0

Untuk PS Store pula, bermula dari 17 Januari 2023 hingga 1 Februari 2023. Antara permainan yang mempunyai potongan harga ialah DEATH STRANDING DIRECTOR\u2019S CUT, Ghostrunner, Bloodstained: Ritual of the Night dan lain-lain lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/505-games-mengadakan-promosi-harga-sempena-tahun-baru-cina"} {"title": "The Star Named EOS - Permainan Terbaru Dari Studio Behind The Frames", "body": "

Khas untuk casual gamers, Silver Lining Studio telah mengumumkan permainan terbaru mereka, The Star Named EOS yang mempunyai pencipta sama dengan permainan Behind The Frame: The Finest Scenery.\u00a0

Yang membezakan kedua-duanya adalah pekerjaan yang dilakukan oleh watak utama. Kali ini, kita akan mengikuti kisah seorang jurugambar bernama Dei yang ingin mencari kebenaran tentang kehilangan ibunya selepas perasan sesuatu pelik dalam gambar-gambar yang ditinggalkannya.

Dengan gabungan konsep mengambil gambar dan puzzle, kita akan diberi versi demonya pada 3 Februari 2023 nanti ketika Steam Next Fest berlangsung. The Star Named EOS akan tersedia untuk PC melalui Steam dan konsol yang akan diberitahu kemudian.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-star-named-eos-permainan-terbaru-dari-studio-behind-the-frames"} {"title": "Poster Bersama Trailer Terbaru The Mandalorian Musim 3 Telah Didedahkan", "body": "

Akhirnya, yang dinanti-nantikan peminat The Mandalorian telah pun didedahkan di Twitter rasmi Star Wars. Mereka telah kongsikan satu poster baru yang menunjukkan Grogu bersama \u2018bapanya\u2019, Mando bagi meraikan ketibaan Musim 3.

Bukan sahaja itu, mereka menambahkan lagi dengan mengatakan satu trailer terbaru juga akan dilancarkan semasa NFL Wild Card Game (Kejohanan Football Amerika) berlangsung dan ia sudah pun dikeluarkan!

Dengan pengumuman terbaru ini, korang boleh nantikan tayangan The Mandalorian Musim 3 bermula pada 1 Mac 2023 di Disney+ nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/poster-bersama-trailer-terbaru-the-mandalorian-musim-3-telah-didedahkan"} {"title": "Teaser Ketiga White Day 2: The Flower That Tells Lies Dipersembahkan", "body": "

Dengan sambutan ramai dari permainannya yang pertama, White Day: A Labyrinth Named School pada tahun 2017, ROOTNSTUDIO akhirnya telah kongsikan teaser ketiga bagi sekuel permainan seram mereka, White Day 2: The Flower That Tells Lies.\u00a0

Kali ini, kita akan mengikuti watak bernama Soo-jin, seorang bekas pelajar perempuan Sekolah Menengah Yeondu yang telah dituduh membunuh pelajar bernama Sung-ah yang telah terkorban dalam kebakaran di bilik ekonomi rumah tangga sekolahnya.\u00a0

Demi membuktikan dirinya tidak bersalah, dia telah kembali ke sekolahnya pada malam 14 Mac 2001 dengan Sung-tae, seorang bekas pelajar lelaki yang sukakan pada Sung-ah. Tetapi, pada malam yang sama, bukan mereka sahaja yang mempunyai misi sendiri di sekolah tersebut.\u00a0

Buat masa sekarang, tarikh pelancarannya belum lagi didedahkan tetapi White Day 2 telah disahkan akan tiba untuk PC melalui Steam. Nantikan, info seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/teaser-ketiga-white-day-2-the-flower-that-tells-lies-telah-keluar"} {"title": "Episod Pertama Demon Slayer Musim Ketiga Akan Tayang Di Pawagam", "body": "

Sempena meraikan Demon Slayer Musim 3, Demon Slayer:To The Swordsmith Village, Muse SG telah mengumumkan di Facebook bahawa episod pertama bagi musim ini akan ditayangkan di pawagam Singapura dan Malaysia!

Kebiasaannya, satu episod dalam siri Demon Slayer akan berdurasi selama 22 minit tetapi khas untuk kali ini, episod pertama musim ketiga akan berdurasi selama 1 jam. Berbeza daripada Demon Slayer: The Movie - Mugen Train yang berdurasi 119 minit (1 jam 59 minit).

Tayangannya akan bermula pada bulan April 2023 dan akan meneruskan perjalanan Tanjiro bersama dua Hashira baru di Swordsmith Village.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/episod-pertama-demon-slayer-musim-ketiga-akan-tayang-di-pawagam"} {"title": "Sauron Dan Shanna Diperkenalkan Dalam Marvel Snap", "body": "

Baru-baru ini pihak Nuverse telah memperkenalkan dua card baru yang akan tiba untuk permainan video mereka iaitu Marvel Snap. Dua card terbaru tersebut adalah Souron dan juga Shanna - The She-Devil.

Souron merupakan card jenis On Reveal yang mempunyai kos sebanyak 3 blue orb dan juga mempunyai 3 attack power. Dengan menggunakan Souron dalam perlawanan, card ini mampu untuk membuang semua skill Ongoing pada semua card yang terdapat pada tangan dan deck korang.

Card yang kedua adalah Shanna - The She-Devil. Shanna juga merupakan card jenis On Reveal yang mempunyai kos sebanyak 4 blue orbs dan 2 attack power. Shanna mempunyai skill yang mana akan menambah card dengan kos 1 blue orb secara rawak kepada setiap location.

Kedua-dua card ini boleh didapati pada collection level 486 keatas sahaja (Pool 5).\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sauron-dan-shanna-diperkenalkan-dalam-marvel-snap"} {"title": "EA Melakukan Penstrukturan Semula, Pecahkan EA Sports Dengan EA Entertainment", "body": "

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan yang mereka akan mengubah struktur syarikat mereka dengan berpecah kepada dua organisasi iaitu EA Sports dan EA Entertainment. Berita ini diumumkan oleh CEO EA, Andrew Wilson dalam laman web rasmi EA.\u00a0

Jelas Wilson, mereka mengambil keputusan ini untuk memberi lebih banyak kawalan kepada ketua studio dalam membuat keputusan berkaitan kewangan dan tenaga kreatif. Langkah dari EA ini akan meningkatkan kecekapan tenaga kerja dan memberi jaminan jangka masa panjang kepada pekerja dan pemain.

EA telah melantik Laura Miele sebagai Ketua di EA Entertainment manakala Cam Weber akan mengetuai EA Sports.

Seperti sebelumnya, EA Sports akan terus membangunkan permainan yang memfokuskan sukan seperti siri F1, EA Sports FC, Madden, NHL dan College Football. Mereka juga menerbitkan judul permainan lain iaitu PGA Tour dan Super Mega Baseball 4.\u00a0

Menjadi sebahagian dari EA Entertainment yang sebelum ini dikenali sebagai EA Games, Vince Zapella akan terus bertanggungjawab mengetuai projek seperto Apex Legends, Star Wars dan Battlefield. Organisasi ini juga akan menguruskan permainan mudah alih seperti FIFA Mobile, Star Wars: Galaxy of Heroes dan Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-melakukan-penstrukturan-semula-pecahkan-ea-sports-dengan-ea-entertainment"} {"title": "Team Lunatix Bawa Tiga Wakil Myanmar Ke Dalam Skuad Mereka", "body": "

Pasukan MLBB dari Malaysia Team Lunatix telah membuat persiapan untuk MPL MY Season 12 dengan menambah beberapa pemain baru dari Myanmar untuk roster mereka. Salah satu pemain yang ditambah adalah Zippy yang berasal dari pasukan yang mempunyai nama besar iaitu Falcon Esports.\u00a0

Beberapa minggu lalu, Falcon Esports mengumumkan yang mereka sudah bubar dengan melepaskan kesemua pemain mereka. Salah seorang pemain, Naomi telah menyertai RRQ manakala Zippy\u00a0atau nama sebenarnya, Kyaw Zin Bo menyertai Team Lunatix sejak 19 Jun lalu.

Zippy\u00a0menyertai Falcon pada awal 2022 dan membantu mereka untuk memenangi beberapa kejohanan rantau sebelum layak ke Kejohanan Dunia M4. Falcon Esports menunjukkan prestasi yang agak baik pada Kejohanan Dunia M4 ini dengan menduduki tempat kelimaa/keenam daripada 16 pasukan yang menyertai.

Zippy\u00a0akan beraksi sebagai Gold Laner bagi Team Lunatix. Pasukan ini menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan kejohanan MPL MY Season 11 pada tempat keempat. Menambah seorang pemain yang mempunyai pengalaman bermain pada Kejohanan Dunia M sememangnya memberi manfaat kepada Team Lunatix.

Bersama dengan Zippy\u00a0, mereka juga membawa lagi dua wakil Myanmar iaitu DJ dan KiD dari AI Esports ke dalam roster mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lunatix-bawa-tiga-wakil-myanmar-ke-dalam-skuad-mereka"} {"title": "Netflix Dedah Teaser Pertama Live-Action Avatar: The Last Airbender", "body": "

Semasa acara Tudum yang diadakan baru-baru ini, Netflix telah mendedahkan teaser pertama untuk siri TV terbaru mereka iaitu Avatar: The Last Airbender. Ianya adalah sebuah siri live-action yang diadaptasikan dari siri animasi dengan judul yang sama.

Teaser berdurasi 40 saat itu memaparkan empat lambang elemen iaitu air, tanah, api, dan angin. Selain teaser itu, Netflix juga mendedahkan beberapa imej yang menampilkan karakter Aang, Katara, Sokka dan Zuko.

Albert Kim akan mengetuai dalam pembangunan siri ini sebagai Executive Producer. Sebelum ini, peranan ini dipegang oleh pereka asal animasi Avatar, Michael DiMartino dan Bryan Konietzko tapi mereka berpecah dengan Netflix pada tahun 2020.\u00a0

Avatar: The Last Airbender akan dibintangi oleh Gordon Cormier sebagai \u2018Avatar\u2019 Aang, Dallas Liu sebagai Zuko, Kiawentiio sebagai Katara dan Ian Ousley sebagai Sokka.\u00a0

Mengisahkan sebuah dunia yang dipecahkan kepada beberapa negara yang menguasai elemen air, tanah, api dan angin. Aang yang merupakan seorang Avatar berkemampuan menguasai semua elemen, bertanggungjawab membawa keamanan kepada dunia daripada diganggu oleh Fire Lord Ozai dan Fire Nation.

Siri ini akan ditayangkan pada tahun 2024 dan akan mengandungi 8 episod yang setiap episodnya berdurasi hampir satu jam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-dedah-teaser-pertama-live-action-avatar-the-last-airbender"} {"title": "ROG Ally Kini Terdapat Di Malaysia Dengan Harga RM3299", "body": "

Lebih dari sebulan dilancarkan, ASUS akhirnya telah mengumumkan yang ROG Ally telah tiba di Malaysia. ASUS ROG Ally tersedia dengan harga RM3299 dan akan mula dijual pada 1 Julai 2023.\u00a0

ROG Ally juga didatangkan dengan pembelian dua aksesori, ROG Ally Travel Case berharga RM199 dan ROG Gaming Charger Dock berharga RM299.

ASUS juga menjual sebuah peranti yang dinamakan ROG XG Mobile yang memberikan sokongan grafik yang hebat dan boleh disambungkan dengan ROG Ally. ROG XG MOBILE didatangkan dengan tiga kad grafik berbeza.

ROG Ally akan dijual secara rasmi mulai 1 Julai 2023 di seluruh pengedar sah ASUS ROG di Malaysia. ASUS juga akan mengadakan roadshaw bertempat di Plaza Lowyat pada 1 Julai ini. Khas bagi membeli semasa roadshaw ini, 100 pembeli awal ROG Ally akan menerima bundle bernilai RM1,299. Dalam bundle tersebut mempunyai aksesori berikut:\u00a0

Bagi yang mendapatkan dari pengedar rasmi ROG, mereka akan menerima Microsoft PC Game Pass selama 9 bulan secara percuma.

Satu-satunya varian ROG Ally yang tersedia di Malaysia adalah ROG Ally Z1 Extreme. Ia menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme dan dilengkapi 16GB RAM LPDDR5 serta ruang storan 512GB. Konsol permainan mudah alih ini menggunakan sistem operasi Windows 11 dengan skrin IPS LCD 7-inci beresolusi Full HD.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-ally-kini-terdapat-di-malaysia-dengan-harga-rm3299"} {"title": "Pengasas Ammobox Kongsi Cabaran Industri Pembuatan Permainan Video Di Malaysia", "body": "

Pengasas bagi Ammobox, Jeremy Choo telah berkongsi pendapatnya mengenai industri pembuatan permainan video di Malaysia. Menurutnya, mempunyai bakat yang mampu memahami dan menggunakan teknologi canggih menjadi kriteria penting dalam industri permainan video.\u00a0

Tambah Choo, kekurarangan sokongan dan pemahaman berkaitan cara bekerja secara professional menjadi sebab industri ini sangat perlahan, bukannya sebab kekurangan bakat.

\"Apabila saya mula-mula mengasaskan Ammobox, cabaran utama yang saya hadapi bukanlah keperluan teknologi, sebaliknya mengambil artist, engineer dan programmer yang betul untuk menggunakan teknologi itu,\" katanya.

Kekurangan judul original (IP) berbanding negara jiran menyebabkan pelabur teragak-agak untuk melabur dalam industri yang mungkin tidak membawa apa-apa keuntungan.\u00a0

Choo juga menjelaskan kekurangan peruntukan wang atau pemberian dana juga menjadi cabaran untuk pembangun permainan. Banyak pembangun permainan terpaksa menggunakan wang mereka sendiri sekali gus menggunakan banyak masa.

Tidak dinafikan Malaysia mempunyai bakat yang banyak selepas ramai anak muda menunjukkan minat dalam permainan video dan mengambil kursus pembuatan permainan video di universiti.

Jika sebelum ini kita perlu mencari bakat, kini kita perlu mengekalkan bakat yang sedia ada. Untuk itu, kesemua pihak dalam industri perlu membantu untuk membawa industri pembuatan permainan ke satu tahap yang lebih tinggi. Capaian dan kelajuan internet di semua tempat di Malaysia memainkan peranan penting dalam industri ini.

Mengenai dana, organisasi seperti MDEC akan membantu dari segi pelaburan jika industri ini mampu menghasilkan kejayaan.

Membangunkan industri ini dengan menghasilkan lebih banyak IP sendiri seharusnya menjadi keutamaan agar dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan berdaya saing di peringkat global. Jika ini dicapai, ianya akan menarik minat pelabur antarabangsa sambil menonjolkan bakat orang Malaysia kepada dunia.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pengasas-ammobox-kongsi-cabaran-industri-pembuatan-permainan-video-di-malaysia"} {"title": "Kejohanan Dunia M5 Perkenalkan Fasa Wild Card", "body": "

Moonton mengumumkan Kejohanan Dunia M5 bakal diadakan di Filipina pada bulan Disember ini. Mereka juga mengesahkan kejohanan kali ini akan memperkenalkan fasa kelayakan baru iaitu Wild Card.\u00a0

Untuk pertama kali dalam sejarah kejohanan Mobile Legends antarabangsa, Moonton akan menggunakan format Wild Card di samping peringkat kumpulan dan kalah mati yang sudah ada.\u00a0

Wild Card ini bertujuan membuka peluang lebih banyak kepada pasukan yang kurang bernasib baik untuk mempamerkan kemampuan mereka di peringkat global. Sebanyak 8 wilayah akan terlibat dalam merebut dua tempat teratas yang akan diadakan pada bulan November ini.\u00a0

Antara wilayah yang disahkan menyertai Wild Card adalah Malaysia, Mekong, Amerika Latin, Asia Selatan, Eropah Timur dan Asia Tengah (EECA), dan Mongolia. Lagi dua wilayah akan diumumkan nanti.\u00a0

Kejohanan Dunia M5 menawarkan prize pool sebesar $900,000 USD. Moonton belum mendedahkan tarikh sebenar kejohanan ini akan bermula.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-kejohanan-dunia-m5-perkenalkan-fasa-wild-card"} {"title": "Sony Kongsi Trailer Pertama Kraven The Hunter, Penuh Dengan Aksi Berdarah", "body": "

Sony kini memberikan tumpuan untuk projek spin-off Spider-Man mereka yang seterusnya iaitu Kraven the Hunter. Mereka telah mengeluarkan trailer dan poster terbaru yang padat dengan aksi ganas. Filem ini akan ditayangkan pada 6 Oktober 2023.\u00a0

Kraven the Hunter adalah salah seorang penjahat Spider-Man yang telah lama muncul, yakni sejak komik The Amazing Spider-Man #15 tahun 1964. Berdasarkan komik, karakter ini mempunyai matlamat untuk memburu Spider-Man untuk membuktikan dirinya sebagai pemburu paling hebat di muka bumi.

Filem ini akan dibintangi oleh Aaron Taylor-Johnson yang pernah membintangi filem MCU sebagai Quiksilver. Aaron akan memainkan peranan sebagai Kraven dan dibantu oleh Rusell Crowe yang berlakon sebagai bapa Kraven.\u00a0

Menerusi trailer berdurasi lebih 3 minit ini, kita ditampilkan hubungan dingin antara Kraven dengan ayahnya beserta aksi ganas Kraven yang membelasah sekumpulan lelaki sambil mengigit salah seorang dari mereka. \u00a0

Trailer ini juga sepertinya memberitahu Kraven adalah seorang antihero dan bukan penjahat seperti di dalam komik. Kraven dilihat ingin memburu dan menumpaskan kesemua orang jahat.\u00a0

Di hujung trailer, kita ditunjukkan dengan seorang lagi penjahat dalam dunia Spider-Man iaitu Rhino. Rhino lakonan Alessandro Nivola dilihat mencucuk dirinya dengan sebuah serum yang menukar kulitnya menjadi seakan-seakan kulit badak.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sony-keluarkan-trailer-pertama-untuk-kraven-the-hunter"} {"title": "Don't Break Dreams Dinobatkan Juara PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia Fall 2023", "body": "

Pasukan Don't Break Dreams telah dinobatkan sebagai juara bagi kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia Fall 2023 selepas mempamerkan aksi yang sangat cemerlang sepanjang kempen.

Don't Break Dreams memulakan kejohanan dengan sangat baik apabile menamatkan minggu pertama kejohanan sebagai pendahulu liga. Mereka berjaya mengumpul mata sebanyak 296 pada minggu pertama tetapi hanya mampu mengutip 223 mata pada minggu kedua untuk menduduki tangga ketiga.\u00a0

Walaupun mengalami sedikit penurunan pada minggu kedua, mereka tetap menjadi juara kejohanan selepas berjaya mengumpul mata keseluruhan 514 mata. SEM9 menjadi naib juara manakala tempat ketiga diraih oleh pasukan Geek Slate.

Pasukan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $21,800 USD.\u00a0

Dengan kemenangan ini juga, Don't Break Dreams mengesahkan tempat untuk bertanding di PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Fall 2023 yang bakal diadakan pada Ogos ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/don-t-break-dreams-dinobatkan-juara-pubg-mobile-pro-league-pmpl-malaysia-fall-2023"} {"title": "UAE Larang Tayangan Spider-Man: Across The Spider-Verse, Dipercayai Ada Unsur LGBT", "body": "

Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse telah diharamkan tayangannya di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas gagal melepasi syarat censorship. Pengharaman ini terjadi seminggu sebelum filem ini sepatutnya ditayangkan di negara berkenaan.

UAE tidak memberi sebab khusus tentang keputusan mereka untuk tidak mengeluarkan filem ini. Tetapi, mereka mengeluarkan kenyataan \"sebarang kandungan yang bercanggah dengan nilai dan prinsip UAE, dan standard kandungan media yang digalakkan dalam UAE, tidak akan dibenarkan untuk edaran atau penerbitan\".

Menurut sumber dari Variety, pengharaman ini dikaitkan dengan sebuah poster yang bertulis 'Protect Trans Lives' yang membawa maksud lindungi kehidupan golongan transgender di dalam satu babak. Mesej LGBT di dalam poster tersebut mungkin menjadi sebab kepada lembaga penapisan filem negara berkenaan untuk tidak mengeluarkan filem itu.

UAE juga pernah melarang tayangan filem Lightyear yang mempunyai satu babak yang memaparkan unsur LGBT. Filem Marvel, Eternals dan Doctor Strange juga diharamkan atas sebab yang sama.

Selain poster yang menyebarkan mesej LGBT, peminat juga mengandaikan Gwen Satcy, salah satu karakter sebagai seorang transgender kerana kehidupannya dapat dikaitkan dengan seorang transgender. Mereka juga mendakwa warna latar belakang semasa babak yang memaparkan Gwen juga seakan warna bendera Pride.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/uae-larang-tayangan-spider-man-across-the-spider-verse-dipercayai-ada-unsur-lgbt"} {"title": "Alberttt Tinggalkan RRQ Untuk Cari Pengalaman Baru", "body": "

Rex Regum Qeon (RRQ) telah mengumumkan bahawa pemain junglernya, Alberttt akan meninggalkan pasukan itu dan tidak akan lagi akan bermain bersama RRQ untuk musim MPL ID yang seterusnya. Pengumuman itu dibuat menerusi video yang dimuat naik di YouTube rasmi RRQ pada Ahad semalam.

Dalam video tersebut, Alberttt atau nama sebenarnya Albert Iskandar menceritakan pengalamannya ketika bersama RRQ beserta menyatakan sebab beliau meninggalkan pasukan tersebut.

Sebab Alberttt meninggalkan pasukan terbabit adalah untuk mencari pengalaman baru. \" Saya ingin mencari suasana dan cabaran baru. Selama ini saya di RRQ saja, jadi saya teringin mencari cabaran baru\", katanya dalam video tersebut.

Alberttt mempunyai beberapa pencapaian ketika bersama pasukan RRQ. Beliau pernah membantu RRQ untuk memenangi kejohanan MPL ID Season 6 dan 9. Di pentas antarabangsa, Albert juga berjaya membawa RRQ menduduki tangga ketiga pada Kejohanan Dunia M2 dan M4.

Berita peninggalan Alberttt amat mengejutkan komuniti ML di Indonesia memandangkan RRQ bahara saja mengumumkan roster terbaru untuk MPL ID \u00a0Season 12. Roster yang diumumkan tersebut termasuklah Alberttt, Naomi dan XINNN.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alberttt-tinggalkan-rrq-mahu-cari-pengalaman-baru"} {"title": "Netflix Umum Senarai Pelakon Untuk Squid Game Musim Kedua", "body": "

Nampaknya siri kegemaran ramai dari Korea Selatan, Squid Game akan mempunyai sekuel baru. Walaupun Netflix belum mengesahkan tarikh mula tayangan, mereka sudah mengumumkan beberapa nama baru yang akan membintangi siri ini bersama pelakon asal semasa acara Tudum yang diadakan baru-baru ini.

Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-Jun dan Gong Yoo yang membintangi musim pertama Squid Game akan sekali lagi menerajui dalam musim kedua. Antara pelakon baru yang ditambah adalah Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, dan Yang Dong-geun.

Menurut pengarah Hwang Dong-hyuk, musim kedua ini akan dijangka akan ditayangkan pada 2024. \"Kami akan melakukan penggambaran musim kedua pada tahun depan (2023) dan akan dikeluarkan pada tahun berikutnya (2024)\", katanya selepas sidang media Netflix tahun lepas.

Musim kedua ini akan menceritakan perjalanan karakter Gi-hun yang dilakonkan Lee Jung-jae selepas memenangi pertandingan Squid Game. Lebih menarik adalah kembalinya pelakon Wi Ha-Jun yang karakternya, Jun-ho yang nasibnya tidak diketahui selepas dibunuh.

Selain mengumumkan senarai pelakon bagi musim kedua Squid Game, Netflix juga mendedahkan teaser pertama suatu rancangan realiti berdasarkan siri Squid Game. Rancangan realiti ini mempunyai kontroversi selepas seorang peserta mendakwa rancangan ini 'tidak berperikemanusiaan', sama seperti penceritaan dalam siri ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-umum-senarai-pelakon-untuk-squid-game-musim-kedua"} {"title": "Siri Adaptasi One Piece Akan Mula Ditayangkan 31 Ogos Di Netfilx", "body": "

Netflix telah mendedahkan teaser pertama untuk siri live-action One Piece. Bersama-sama dengan teaser ini, Netflix juga mendedahkan tarikh tayangan perdana siri yang akan mula ditayangkan pada 31 Ogos, eksklusif di servis penstriman ini.

Mula diumumkan pada tahun 2020, siri ini mengadaptasi penceritaan manga dan anime One Piece yang dihasilkan Eiichiro Oda, yang juga turut terlibat dalam proses produksi siri ini. Matt Owens dan Steven Maeda akan membantu untuk membangunkan siri ini.

One Piece mengisahkan perjalanan kru Straw Hat yang diketuai Monkey D' Luffy, mengharungi lautan yang berbahaya dalam mencari sebuah harta karun yang dinamakan One Piece. Harta ini boleh menjadikan mana-mana kapten kapal yang menjumpainya menjadi 'Raja Segala Lanun'.

Pelakon, I\u00f1aki Godoy akan memainkan peranan utama sebagai Monkey D' Luffy. Siri ini juga akan dibintangi Mackenyu yang memegang karakter Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Amat menarik untuk melihat bagaimana pengarah dan penulis skrip akan memuatkan anime 1000 lebih episod ke dalam siri Netflix yang mempunyai lapan episod ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-adaptasi-one-piece-akan-mula-ditayangkan-31-ogos-di-netfilx"} {"title": "ONIC Esports Dinobatkan Juara MSC 2023 Selepas Menewaskan Blacklist", "body": "

Tahniah diucapkan untuk pasukan dari Indonesia, ONIC Esports yang dinobatkan juara bagi kejohanan MSC 2023 selepas menundukkan Blacklist International dalam aksi Grand Finals yang diadakan di Aeon Mean Chey, Phnom Penh, Kemboja.

ONIC Esports menundukkan pasukan dari Filipina yang juga merupakan juara dunia M4 dengan skor 4-2 pada perlawanan yang berformatkan best-of-seven ini. Ini adalah kali kedua ONIC Esports memenangi kejohanan rantau Asia Tenggara ini selepas pernah memenangi kejohanan MSC 2019.

Juara MSC 2023 ini bermula dengan baik apabila memenangi dua game pertama dan berjaya mendapat skor 2-0. Blacklist kemudian merapatkan jurang dengan skor 1-2 selepas berjaya memenangkan game ketiga.

Pada game keempat, ONIC Esports menunjukkan taring dan memenangi game ini selepas permainan hebat Kairi yang menggunakan hero Fanny. Blacklist sekali lagi merapatkan jurang pada game kelima untuk menjadi skor tipis 3-2.

Kesilapan Blacklist membenarkan Kairi menggunakan Fanny membawa padah apabila Kairi sentiasa mendapat peluang untuk 'membunuh' Owl. Dominasi yang ditonjolkan ONIC Esports berjaya mendapatkan kemenangan pada game ini dan menjadi skor 4-2 sekali gus memenangkan kejohanan MSC 2023 tanpa sebarang kekalahan.

ONIC Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $140,000 USD. Salah seorang pemain ONIC, Kiboy dinobatkan sebagai MVP bagi kejohanan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/onic-esports-dinobatkan-juara-msc-2023-selepas-menewaskan-blacklist"} {"title": "Mortal Kombat 2 Tambah Beberapa Pelakon Baru", "body": "

New Line Cinema mengumumkan beberapa pelakon baru untuk watak Shao Kahn, King Jerrod, Sindel, dan Quan Chi dalam filem Mortal Kombat 2.

Antara pelakon tersebut adalah Martyn Ford, Desmond Chiam, Ana Thu Nguyen dan Damon Herriman. Watak yang akan dipegang Ford adalah Shao Kahn manakala Chiam akan memegang watak sebagai King Jerrod. Watak Sindel dan Quan Chi masing-masing akan dipegang oleh Ana Thu Nguyen dan Herriman.

Pelakon-pelakon baru ini akan menyertai bintang lain iaitu Karl Urban yang memainkan watak Johnny Cage, Adeline Rudolph sebagai Kitana, dan Tati Gabrielle pula akan memegang watak Jade.

Kebanyakan pelakon asal juga akan kembali untuk sekuel ini termasuk Lewis Tan, Jessica McNamee, Josh Lawson, Tadanobu Asano, Mehcad Brooks, Ludi Lin, Chin Han, Joe Taslim, Hiroyuki Sanada dan Max Huang.\u00a0

Simon Mcquoid akan kembali mengarahkan sekuel kepada Mortal Kombat 1 ini manakala penulis Moon Knight, Jeremy Slater akan menulis screenplay. James Wan dan Todd Garner akan menjadi producer.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mortal-kombat-2-tambah-beberapa-pelakon-baru"} {"title": "RRQ Tambah Xinnn Untuk Persediaan MPL ID Season 12", "body": "

Rex Regum Qeon (RRQ) telah mengumumkan secara rasmi kedatangan Xinnn sebagai pemain ke-9 untuk kejohanan MPL ID Season 12. Berita ini terdedah melalui video di YouTube Team RRQ yang bertajuk \u2018Lengkap Sudah Roster RRQ Mobile Legends\u2019.

Xinnn atau nama sebenarnya Yesaya Armando Wowiling, akan membuat kemunculan kembali bersama RRQ setelah berstatus tidak aktif sejak akhir tahun 2021. Kejohanan Dunia M3 adalah kejohanan terakhir yang disertainya bersama RRQ.\u00a0

Pernah bermain sebagai jungler untuk RRQ sebelum ini. Namun untuk musim MPL akan datang, Xinnn akan berperanan sebagai goldlaner.

Xinnn pernah membantu RRQ untuk muncul juara pada kejohanan MPL ID Season 5 dan Season 6. Dia juga adalah salah seorang pemain yang menyertai tiga edisi awal Kejohanan Dunia M.\u00a0

RRQ juga mengumumkan staf kejurulatihan terbaru iaitu jurulatih Sayargyi. Sayargyi sebelum ini pernah membimbing pasukan yang berasal dari Nyanmar, Falcon Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-tambah-xinnn-untuk-persediaan-mpl-id-season-12"} {"title": "Sony Pictures Tetapkan Tarikh Bagi Dua Filem Marvel Tidak Bertajuk", "body": "

Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayangan pada tahun-tahun mendatang untuk dua buah filem Marvel yang belum mempunyai tajuk.\u00a0

Salah satu filem dilabel \u201cUntitled Sony/Marvel\u201d telah diberi tarikh 8 November 2024 manakala satu lagi filem \u201cUntitled Sony/Marvel live-action\u201d dijadualkan pada 27 Jun 2025.\u00a0

Sony Pictures hanya membangunkan filem dan menggunakan watak sekitar dunia Spider-Man sahaja. Salah satu filem-filem ini berkemungkinan adalah Venom 3 yang ketika ini belum mempunyai tarikh tayangan. Bintang Venom 3, Juno Temple juga mengatakan penggambaran Venom akan bermula pada masa terdekat.

Beberapa filem berkaitan Spider-Man telah mendapat tarikh. Filem tersebut Kraven the Hunter (6 Oktober 2023), El Muerto (12 Januari 2024), Madame Web (16 Februari 2024) dan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.

Ada juga spekulasi mengatakan filem live action yang dinyatakan adalah filem Miles Morales manakala satu lagi filem adalah filem animasi Gwen Stacy.\u00a0

Tambahan lagi, Kevin Feige mengatakan penulis telah mempunyai cerita untuk Spider-Man 4. Amy Pascal baru-baru ini memberitahu \u201cbanyak filem akan dibuat tentang Miles dan Peter\u201d.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sony-tetapkan-tarikh-bagi-dua-filem-marvel-tidak-bertajuk"} {"title": "Lenovo Bawa Lima Peranti Baru Ke Malaysia", "body": "

Lenovo hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti seperti Yoga Book 9i, LOQ, Legion Pro 5i, Tab P11 (2nd Gen) dan IdeaPad Duet 5i.\u00a0

Yoga Book 9i adalah sebuah laptop yang mempunyai dual skrin OLED. Antara keistimewaan laptop ini adalah skrin dual ini membenarkan pengguna melakukan pelbagai kerja dalam serentak. Laptop ini juga mempunyai aksesori yang mudah untuk dibawa seperti Folio Stand yang boleh dilipat, Bluetooth Keyboard dan Digital Pen 3.

Seterusnya, Lenove melancarkan dua laptop gaming LOQ APH8 dan IRH8 dengan masing-masing mempunyai dua pilihan saiz 15 inci dan 16 inci. Lenovo LOQ 16 inci mempunyai ketahanan bateri sehingga 7 jam manakala Lenovo LOQ 15 inci bertahan sehingga 6 jam. Permainan dilancarkan GPU NVIDIA yang ditampilkan MUX switch. Di bawah adalah senarai Lenovo LOQ

16 inci

15 inci\u00a0

Lenovo juga memperkenalkan satu lagi laptop gaming iaitu Legion Pro 5i yang didatangkan 13th Gen Intel Core dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070. Fungsi Coldfront 5.0 juga dapat menyejukkan bahagian dalaman dan tidak memanaskan semasa sesi permainan yang panjang.\u00a0

Seterusnya, Lenovo Tab P11 menampilkan sistem empat speaker Dolby Atmos dan cip pemprosesan MediaTek G99. Aksesori juga disediakan seperti pek keyboard, Lenovo Precision Pen 2 (2023), dan Lenovo Folio Case yang mempunyai kickstand dan pen holder.

Peranti terakhir yang dikeluarkan hari ini adalah IdeaPad Duet 5i. Laptop detachable ini mempunyai processor 12th Gen Intel Core i7\u00a0dan menyokong Dolby Vision dan bunyi ditala Dolby Atmos. Laptop ini didatangkan dengan keyboard Bluetooth dan pen.\u00a0

Berikut adalah harga bagi peranti-peranti ini:\u00a0

Bagi sesiapa yang berhajat untuk membeli, mereka boleh mendapatkan di laman web Lenovo.com, mana-mana stor eksklusif Lenovo atau di stor rasmi dalam Shopee dan Lazada

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lenovo-bawa-lima-peranti-baru-ke-malaysia"} {"title": "Acerpure Lancarkan Penapis Air Acerpure Aqua WP1 Dan Pembersih Udara Acerpure Pro P2 Classic", "body": "

Bukan sekadar menghasilkan komputer, Acer melalui anak syarikat Acerpure juga mencipta penapis air dan pembersih udara. Terbaru, Acerpure telah melancarkan penapis air Acerpure Aqua WP1 dan pembersih udara Acerpure Pro P2 Classic.

Acerpure Aqua WP1 didatangkan dengan tangki 8.7 liter dan tidak memerlukan pemasangan paip. Pengguna hanya perlu menambah air kedalam tangki dan air tersebut akan ditapis melalui sistem 3-step filtration.

Aqua WP1 ini juga mempunyai control panel yang membenarkan pengguna memilih suhu dari 40\u00b0C sehingga 95\u00b0C. Produk ini juga menampilkan TDS yang memberitahu pengguna tentang kualiti sumber air.\u00a0

Untuk satu lagi produk, Acerpure Pro P2 Class adalah sebuah air purifier yang dipasang sistem penapisan HEPA 3-dalam-1. Sistem ini membantu untuk membuang 99% formaldehyde dan memerangkap 99.9% daripada zarah PM2.5. Pengguna boleh memilih untuk menetapkan antara dua mod iaitu Smart Mode dan Quiet Mode pada panel kawalan.

Harga bagi Acerpure Aqua WP1 adalah RM3599 manakala Acerpure Pro P2 Classic mempunyai tanda harga RM899. Bagi sesiapa yang berminat dengan dua produk ini, mereka boleh membeli di Acer eStore, stor rasmi Acerpure, dan Shopee Acer Flagship.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acerpure-lancarkan-aqua-wp1-water-purifier-dan-pro-p2-classic-air-purifier"} {"title": "Produksi Daredevil Dan The Penguin Dihentikan Sementara Sehingga Mogok Selesai", "body": "

Proses produksi bagi siri Daredevil: Born Again dan The Penguin dihentikan sementara sehingga kemelut berkaitan mogok dalam kalangan penulis selesai.\u00a0

Daredevil: Born Again akan menemui penonton di saluran Disney+ sekitar tahun depan. Musim pertama Daredevil dilaporkan mengandungi sebanyak 18 episod. Satu jumlah yang banyak jika dibandingkan dengan siri TV MCU yang lain, yang rata-ratanya mempunyai kurang 10 episod.

The Penguin adalah sebuah spinoff daripada filem The Batman (2022) dan akan ditayangkan di saluran Max. Siri ini akan mengambil tempat seminggu selepas peristiwa dalam The Batman. Colin Farrell akan membintangi siri yang mempunyai lapan episod ini dan akan ditayangkan tahun depan.

Farrell baru-baru ini turut menyertai mogok di Times Square. \u201cPenulis adalah segala-galanya kepada kami\u201d, katanya.

Selain dua siri ini, rancangan lain seperti Stranger Things, Severance, dan The Hedge Knight juga turut terkesan daripada mogok ini. Filem MCU juga tidak terkecuali apabila Disney mengumumkan untuk melanjutkan tarikh tayangan filem Blade dan Thunderbolts.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/produksi-daredevil-dan-the-penguin-dihentikan-sementara-sehingga-mogok-selesai"} {"title": "Bug UTOTS Cetuskan Kekecohan Dalam Kalangan Pemain FIFA Mobile", "body": "

Pembangun permainan FIFA Mobile, Electronic Arts (EA) telah melakukan kesilapan yang besar pada update yang terbaru. Update pada pukul 3 pagi waktu Malaysia ini memberi pemain dengan hadiah yang sangat bernilai tinggi yang sepatutnya sangat sukar untuk dapat. Ianya membuatkan ramai yang marah dengan kesilapan ini.

FIFA Mobile baru-baru ini telah melancarkan acara Ultimate Team Of The Season (UTOTS) dan menampilkan beberapa kad pemain. Antara banyak pek yang ditawarkan, salah satu pek memerlukan 20 UTOTS Point. Pek ini menawarkan pelbagai hadiah seperti kad 108+, kad UTOTS 113+, coin 350,000 atau 300 juta ke atas.\u00a0

Walau bagaimanapun, ada satu bug dalam permainan yang memberikan kad pemain UTOTS dengan rating tertinggi dan hadiah coin dengan jumlah yang sangat tinggi. Sebagai contoh, setiap kali pemain membuka pek 20 UTOTS Point ini, mereka akan mendapat kad UTOTS seperti Haaland, Mbappe dan coin lebih 300 juta.\u00a0

Bug ini berlaku selama setengah jam dan ramai pemain mengeksploitasi bug ini untuk mendapatkan kad UTOTS beberapa kali. Masalah ini telah membuat komuniti menjadi kecoh kerana terdapat sebahagian pemain yang tidak dapat mengeksploitasi bug ini.

EA telah membaiki isu ini selepas setengah jam dan menutup bahagian \u2018market\u2019 untuk mengelak inflasi memandangkan ramai pemain mendapat sejumlah coin yang banyak. Setakat ini, pemain yang menggunakan bug ini masih dapat menyimpan kad yang mereka dapat. EA juga menyelaraskan jumlah coin sebanyak 200 juta kepada semua pemain yang mengeksploitasi bug ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kesilapan-bug-dari-ea-cetuskan-kekecohan-dalam-kalangan-pemain-fifa-mobile"} {"title": "#WildRift EVOS Esports Thai Juara Wild Rift SEA Icon Series!", "body": "

Pada 27 Jun yang lepas, pasukan EVOS Esports Thailand telah memenangi kejohanan Wild Rift SEA Icon Series 2021. Mereka muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan pasukan ONE Team Esports di final dengan mata kemenangan 3-2.

Hasil daripada kemenangan, pasukan EVOS Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD 25,000 (RM103K) manakala ONE Team Esports berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak USD 19,000 (RM78K). Untuk tempat yang ketiga pula telah dimenangi oleh pasukan Cerberus Esports.

Pertembungan antara EVOS Esports dengan ONE Team Esports di final sememangnya sangat sengit. Pasukan EVOS telah memenangi perlawanan yang pertama namun masuk perlawanan yang ke 2 EVOS telah tewas disebabkan kesilapan mereka. Mereka terlalu fokuskan peta di bahagian Baron sehingga lupa tentang peta dibahagian bawah.\u00a0

Masuk perlawanan ke 3, pasukan EVOS telah memenangi semula perlawanan namun pada perlawanan ke 4 EVOS sekali lagi ditewaskan. Apabila masuk perlawanan penentuan, kedua pasukan dilihat bermain dengan lebih berhati-hati. Namun pada minit ke 18, pasukan EVOS berjaya tamatkan perlawanan.

SUMBER: www.hyprgame.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-esports-thai-juara-wild-rift-sea-icon-series"} {"title": "#Esports McLaren Racing Kembangkan Kerjasama dengan Splunk!", "body": "

McLaren Racing baru-baru ini mengumumkan yang mereka telah kembangkan kerjasama dengan platform penyedia data iaitu Splunk. Perkembangan ini menjadikan Splunk sebagai rakan global rasmi untuk pasukan esports McLaren Shadow dan Logitech McLaren G Challenger.

Splunk telah bekerjasama dengan McLaren Racing sejak dari tahun 2020. Namun pada tahun ini, Splunk akan mula menyediakan analisis data dan live dashboard untuk pasukan esports McLaren Shadow. Platform Splunk juga akan digunakan untuk menganalisis data masa, suhu dan kehausan tayar, Optimum throttle, penggunaan break dan lain-lain. Ini adalah bagi meningkatkan prestasi pasukan esports dalam menghadapi liga V-10 R, pertandingan eNascar Coca-Cola iRacing dan F1 Esports Series.

Pada tahun ini juga, Splunk akan menyediakan data untuk kejohanan Logitech McLaren G Challenge global eracing series sebagai tanda sokongan. Tambahan lagi, Splunk turut bekerjasama dengan program pengembangan pemandu esports muda McLaren iaitu McLaren Shadow Academy. Sempena dengan perkembangan kerjasama ini, jenama Splunk akan dipaparkan pada car liveries dan juga racing stream McLaren. Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke www.mclaren.com.

SUMBER: www.mclaren.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mclaren-racing-kembangkan-kerjasama-dengan-splunk"} {"title": "#PUBGM Chipotle Challenger Series Tawarkan Hadiah Terkumpul $100,000!", "body": "

Chipotle Challenger Series 2021 kini kembali dengan hadiah terkumpul sebanyak $100,000. Kejohanan ini mempunyai 8 perlawanan kelayakan untuk memilih 24 pasukan yang akan bertanding di grand final. Daripada 24 pasukan tersebut, 8 pasukan akan mendapat jemputan secara langsung oleh pihak penganjur.

Kejohanan ini hanya dibuka pada pemain USA atau Kanada sahaja. Pasukan yang dah mendaftar, mereka akan bertanding di peringkat kelayakan terlebih dahulu. Setiap kelayakan mempunyai hadiah terkumpul sebanyak $2,500 beserta 30,000 UC dan Chipotle Challenger Series custom headsets oleh ASTRO Gaming.

Setelah tamat peringkat kelayakan, 24 pasukan akan bertanding di grand final termasuk 8 pasukan jemputan. Grand final akan diadakan pada 25 Julai. Grand final bukan saja tawarkan hadiah terkumpul sebanyak $65,000, tapi pasukan teratas juga akan diberi taco dan burrito percuma selama setahun di rangkaian restoran Chipotle.

SUMBER: chipotlerchallengerseries.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubgm-chipotle-challenger-series-tawarkan-hadiah-terkumpul-100-000"} {"title": "#PUBGM Na\u2019Vi Juara PMPL EMEA Championship Musim 1!", "body": "

Natus Vincere (Na\u2019Vi) baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara dalam PUBG Mobile Pro League (PMPL) EMEA Championship musim 1. Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 24 hingga 27 Jun. Sebanyak 16 pasukan telah bertanding dengan hadiah terkumpul berjumlah USD 150,000.

Na\u2019vi juga telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD 40,000 sebagai juara. Dalam 3 hari kejohanan, Na\u2019vi berjaya mendapatkan WWCD sebanyak 6 kali dan kill sebanyak 144. Mata keseluruhan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 301 mata. Pemain MVP sepanjang kejohanan ini telah diberikan kepada pemain Konina Power iaitu \u201cKnowme\u201d. Knowme berjaya mendapatkan 404 damage terkumpul. Beliau juga telah membawa pulang wang tunai USD 2000 sebagai hadiah pemain terbaik.

Untuk tempat kedua telah dimenangi oleh Gunz Esports dengan kutipan mata sebanyak 253 dan 100 jumlah kill. Mereka juga telah membawa pulang wang tunai berjumlah USD 28,000. Di tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan 1218. Mereka mempunyai mata yang tak jauh dengan Gunz Esports iaitu 247 dan mempunyai kill sebanyak 105. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.sportskeeda.com.

SUMBER:\u00a0 www.sportskeeda.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/na-vi-juara-pmpl-emea-championship-musim-1"} {"title": "#MLBB MPL Kini di Brazil!", "body": "

Mobile Legends: Bang Bang kini semakin dikenali dunia. Jika sebelum ini kejohanan MLBB banyak diadakan di Asia Tenggara, namun kini kejohanan MLBB telah diadakan di luar dari Asia Tenggara. Pada 28 Jun 2021, pihak Moonton mengumumkan bahawa MLBB Professional League (MPL) akan diadakan di Brazil buat kali pertamanya.

Dengan kerjasama Tiktok LIVE, MPL Brazil akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD 30,000 (RM120,000). Dalam kejohanan ini, akan ada 6 pasukan yang dijemput untuk bertanding dan 2 pasukan lagi akan dipilih daripada perlawanan kelayakan pada 16-18 Julai ini. MPL Brazil musim pertama ini juga adalah untuk memberikan peluang baru kepada para pemain MLBB bagi mencapai matlamat mereka iaitu menjadi seorang yang profesional dalam bidang esports.

Regular season akan bermula pada 14 Ogos hingga 19 September 2021 melalui laman Tiktok, Facebook, Nimo TV, Twitch, dan Youtube. Untuk regular season dan playoff, format yang digunakan ialah best of 3 dan grand final akan menggunakan format best of 5.\u00a0

Juara MPL Brazil musim 1 ini akan layak menyertai kejohanan MLBB peringkat global dan juga World Championship.\u00a0

Ajay Jilka, Pengarah Perkongsian Esports Serantau, Moonton Games berkata, \u201cHari ini menandakan satu bab baru yang menarik untuk esports MLBB. Komuniti Brazil telah lama menuntut liga profesional domestik dan sekarang kami ingin memenuhi hasrat mereka untuk melancarkan MPL Brazil. Ini juga adalah untuk melahirkan atlet esports pada generasi akan datang.\u201d.\u00a0

Tambah beliau, \u201cKami ingin merayakan esports Brazil, lebih-lebih lagi buat komuniti yang sentiasa menyokong di pentas lokal dan juga global. Perkara ini juga akan menjadi salah satu pemacu utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem dalam jangka panjang.\u201d.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke https://www.br-mpl.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-mpl-kini-di-brazil"} {"title": "#MLBB Belletron ERA Juara Ladies Series 2021!", "body": "

Belletron ERA telah dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Unipin Ladies Series Indonesia 2021. Mereka mendapatkan kejuaraan apabila berjaya menewaskan pasukan EVOS Lynx dengan mata 3-2 di final. Belletron juga membawa pulang wang tunai sebanyak IDR 30 juta.

Pertemuan antara dua pasukan besar dalam Mobile Legends wanita ini sememangnya menunjukkan perlawanan yang sengit. Pada pusingan yang pertama, Belletron ERA telah mendapatkan kemenangan mudah terhadap EVOS Lynx. Masuk perlawanan kedua, EVOS Lynx mula memberikan tekanan kepada pasukan Belletron ERA dan mereka berjaya memenangi perlawanan di pusingan ke 2 dan juga 3. Hanya tinggal 1 perlawanan untuk EVOS Lynx muncul sebagai juara, namun Belletron ERA menunjukkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

Kebangkitan Belletron ERA secara tak langsung membuatkan mereka berjaya memenangi perlawanan di pusingan yang ke 4 dan juga pusingan penentuan. Antara pemain yang mendapat gelaran MVP di Grand Final ialah \u201cVival\u201d iaitu jungler pasukan Belletron ERA. Beliau berjaya mengutip sebanyak 18 kill dalam perlawanan di final. Untuk pasukan Morph Akasha, mereka berada di tempat yang ke 3. Bagi mendapatkan berita berkenaan dengan esports Indonesia, anda boleh pergi ke oneesports.gg.

SUMBER: oneesports.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobilelegends-belletron-era-juara-ladies-series-2021"} {"title": "#CoDM Season 5 Update Kini Tiba!", "body": "

Call of Duty: Mobile season 5 akan dilancarkan pada 28 Jun yang dipanggil sebagai \u201cIn Deep Water\u201d. Terdapat juga pelbagai update baru dilakukan antaranya ialah seperti map, mod, senjata, pembaikan bug, penyesuaian dan lain-lain. Pemain juga akan mendapatkan pelbagai reward menarik pada musim ini.

Antara map baru yang terdapat pada musim 5 ini ialah Suldal Harbor, Docks, dan Aniyah Incursion. Map Suldal Harbor merupakan sebuah map bersaiz sederhana dimana kawasannya terdapat pelbagai bangunan dan juga kontena. Map ini juga terdapat banyak sudut dan bunker yang membantu ketika peperangan. Map ini boleh dimainkan dalam mod Team Deathmatch, Domination, Search and Destroy dan beberapa lagi. Untuk map Docks, ia adalah sebuah kawasan pekarangan kapal di London. Map ini bersaiz kecil dan hanya boleh dimainkan dalam mod one-vs-one.

Map Aniyah Incursion pula merupakan sebuah lokasi yang terletak di Central Asia. Map ini mengandungi istana pusat yang mempunyai pinggiran yang luas. Mod yang boleh dimainkan untuk map ini ialah Ground Mission. Selain itu, terdapat juga dua mod baru yang telah dibawa masuk pada musim ini.\u00a0

Antaranya ialah mod Ground Mission dan mod Cranked: Confirmed. Ground Mission merupakan mod 10-vs-10 dimana setiap pusingan berlangsung selama 10 minit. Pasukan pertama yang berjaya mendapatkan 300 mata akan memenangi perlawanan. Untuk mod Cranked: Confirmed pula merupakan mod 5-vs-5 iaitu gabungan daripada mod Cranked dan Kill Confirmed.\u00a0

Pemain perlu memasuki peringkat Cranked untuk meningkatkan pertempuran. Apabila masa tamat, pemain akan mati. Pemain perlu melakukan pembunuhan untuk menambahkan masa tersebut.\u00a0

Untuk maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke dotesports.com.

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-season-5-update-kini-tiba"} {"title": "#Esports Fnatic Jalin Kerjasama dengan Syarikat Keselamatan Cyber Kaspersky!", "body": "

Baru-baru ini, organisasi esports London iaitu Fnatic telah melancarkan kerjasama dengan sebuah syarikat keselamatan cyber Rusia iaitu Kaspersky. Kerjasama ini adalah untuk melaksanakan kempen kandungan digital, siri acara digital dan pelbagai lagi. Kaspersky merupakan syarikat keselamatan cyber yang telah wujud sejak dari tahun 1997 lagi.

Sempena dengan kerjasama ini, Fnatic juga telah meletakkan jenama Kaspersky pada jersi pasukan League of Legends mereka. Buat masa ini, Fnatic telah menjalinkan kerjasama dengan 10 buah jenama syarikat. Antaranya ialah BMW, AndaSeat, Monster Energy, AMD, Hisense, Pari Match, Letau.com, PCSpecialist, dan yang paling terbaru ialah Kaspersky.

Breaking news! We are now a global partner of the leading esports organization @FNATIC. Together we'll be delivering #FearlessGaming message to the world of #esports pic.twitter.com/gc0oJfgMfy

\u2014 Kaspersky (@kaspersky) June 25, 2021

Sam Matthews, CEO of Fnatic berkata, \u201cKami rasa gembira dapat bekerjasama dengan Kaspersky untuk menyampaikan mesej kepada para peminat esports dan juga pemain di seluruh dunia. Misi mereka adalah untuk memberikan permainan secara adil dan ini selaras dengan misi Fnatic. Kami juga tidak sabar untuk tunjukkan kepada semua tentang apa yang kami akan lakukan.\u201d. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh rujuk di esportsinsider.com.

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fnatic-jalin-kerjasama-dengan-syarikat-keselamatan-cyber-kaspersky"} {"title": "#RocketLeague NRG Esports Juara RLCS X Championship North America!", "body": "

Pada 21 Jun 2021, pasukan NRG Esports telah dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan RLCS X Championship North America. NRG muncul sebagai juara apabila mereka berjaya menewaskan pasukan SpaceStation Gaming di grand final dengan mata kemenangan 2-0.\u00a0

NRG telah mendominasi perlawanan sejak dari regular season lagi dimana mereka telah menduduki di tempat yang pertama. Pada perlawanan separuh akhir, NRG telah bertemu dengan pasukan G2 Esports. Perlawanan antara kedua pasukan ini sememangnya sengit namun, kemenangan berpihak pada pasukan NRG dimana mereka berjaya tamatkan perlawanan dengan mata 2-1.

Dalam perlawanan akhir, NRG kelihatan lebih selesa menentang pasukan SpaceStation Gaming. Mereka telah memenangi perlawanan dengan mata 2-0. Pada perlawanan suku akhir dan separuh akhir, SpaceStation Gaming dilihat lebih agresif berbanding perlawanan mereka di final. Mungkin disebabkan corak permainan NRG yang sukar untuk dibaca oleh mereka. Para pemain kini sedang membuat persiapan untuk kejohanan yang akan datang iaitu Intel World Open.

SUMBER: esports.rocketleague.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rocketleague-nrg-esports-juara-rlcs-x-championship-north-america"} {"title": "#ApexLegends BLAST Titans Tournament Kini Tiba!", "body": "

Organisasi penganjuran kejohanan esports iaitu BLAST baru-baru ini telah mengadakan satu kejohanan Apex Legends yang diberi nama BLAST Titans. Kejohanan BLAST Titans akan menampilkan pasukan-pasukan terbaik Eropah dalam permainan Apex Legends. Ini juga termasuk 10 pasukan teratas dalam Apex Legends Global Series (ALGS)\u00a0 EMEA Division. Antaranya ialah seperti pasukan SCARZ Europe, Fire Beavers, Gambit, Alliance dan lain-lain.

BLAST Titans juga menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $48,000 (RM192,000). Kejohanan ini akan bermula daripada 23 hingga 25 Julai 2021 yang akan menyaksikan 40 pasukan untuk berentap. Format double-elimination akan digunakan dalam perlawanan. 20 pasukan teratas akan layak ke peringkat seterusnya yang akan diadakan pada 31 Julai hingga 1 Ogos. Format untuk perlawanan 20 pasukan teratas ini akan diberitahu kemudian.

Kejohanan BLAST Titans ini boleh ditonton di Twitch tv BLAST. Para peserta yang ingin membuat pendaftaran pasukan juga boleh pergi ke laman web www.challengermode.com. BLAST sebelum ini telah mengadakan pelbagai kejohanan dalam permainan CS:GO. Mereka juga pernah mengadakan kejohanan VALORANT dan Dota 2. Namun pada kali ini, BLAST telah memilih untuk mengadakan kejohanan Apex Legends.

SUMBER:blasttitans.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-blast-titans-tournament-kini-tiba"} {"title": "Codashop Lancarkan Kempen \u201cBelia Boleh!\u201d Untuk Mempromosikan eWallet!", "body": "

Codashop merupakan sebuah web tambah nilai untuk pelbagai game online dan platform streaming. Bagi setiap pemain game, mereka tentu tahu tentang Codashop. Codashop juga merupakan antara laman web tambah nilai yang dipercayai ramai. Ini kerana mereka menyediakan kaedah pembayaran yang selamat dan juga mudah untuk digunakan.

Baru-baru ini, Codashop telah melancarkan satu kempen menarik untuk para belia di Malaysia. Kempen ini diberi nama \u201cBelia Boleh!\u201d. Apa yang menariknya tentang kempen \u201cBelia Boleh!\u201d ini? Okay mari kami ceritakan. Kempen \u201cBelia Boleh!\u201d ini diadakan adalah untuk menyokong inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 iaitu menerapkan perbelanjaan tanpa tunai dan juga gaya hidup digital. Kerajaan juga baru-baru ini telah melancarkan eBelia iaitu bantuan kewangan sebanyak RM150 kepada belia yang berumur 18-20 tahun atau pelajar sepenuh masa melalui akaun eWallet.

Sempena dengan itu, di bawah kempen \u201cBelia Boleh!\u201d, Codashop ingin memberikan 5 hadiah menarik kepada sesiapa yang membuat tambah nilai di laman web mereka menggunakan Boost atau Touch \u2018n Go eWallet. Hadiah apa yang Codashop akan berikan? Untuk tempat pertama, pemenang akan mendapatkan ASUS ROG Phone 5. Di tempat ke-2, pemenang akan mendapat Xiaomi Curved Gaming Monitor. Di tempat ke-3, pemenang akan mendapat TTRacing Maxx Gaming Chair. Di tempat ke-4, pemenang akan mendapat SteelSeries Arctis Pro RGB + GameDAC 7.1 DTS Headphone dan di tempat ke-5 pemenang akan mendapatkan Marshall Emberton Portable Bluetooth Speaker.

Macam mana cara nak sertai peraduan ini? Pertama, anda perlu membuat tambah nilai di laman web Codashop menggunakan Boost atau eWallet. Kemudian, anda perlu mengisi alamat email semasa membuat pembelian. 5 pembeli yang membuat perbelanjaan terbanyak akan dipilih sebagai pemenang. Setelah anda berjaya mendapatkan email daripada Codashop untuk menuntut hadiah, anda perlu membalas email tersebut dalam tempoh 3 hari. Senangkan? Jadi, untuk para gamers dan juga belia korang tunggu apa lagi? Pastikan korang tambah nilai di Codashop dengan menggunakan Boost atau Touch \u2018n Go eWallet okay! Peraduan ini akan tamat pada 6 Julai 2021.

Berkenaan dengan kempen \u201cBelia Boleh!\u201d, Narishvin Sukumaran, Manager of Codashop Malaysia berkata, \u201cKami memuji usaha kerajaan untuk mempercepatkan penerapan eWallet dan kami ingin menjadi sebahagian daripada ekonomi baru ini. Kami juga akan meneruskan misi kami iaitu menjadi sebuah pasaran tanpa bank. Melalui kempen \u201cBelia Boleh!\u201d, kami akan membantu usaha kerajaan mengurangkan beban kewangan belia\u201d.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke https://www.codashop.com/en-my/

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-lancarkan-kempen-belia-boleh-untuk-mempromosikan-ewallet"} {"title": "VALO2ASIA Anjur Kejohanan Valorant!", "body": "

VALO2ASIA akan menganjurkan kejohanan VALORANT yang diberi nama \u201cVALO2ASIA Launch Invitational 2021\u201d. Kejohanan ini diadakan adalah sempena pelancaran jenama VALO2ASIA yang bakal dilancarkan pada 26 Jun 2021. VALO2ASIA merupakan sebuah media yang akan membawakan berita perkembangan tentang game VALORANT pada peringkat Asia.\u00a0

Dalam kejohanan ini, mereka akan menjemput 4 pasukan VALORANT terbaik Asia Tenggara iaitu BOOM (Indonesia), FULL SENSE (Thailand), Paper Rex (Singapore), dan Bren Esports (Filipina). Setiap pasukan yang kalah akan tersingkir. Hanya 2 pasukan teratas saja yang akan membawa pulang hadiah wang tunai.

Kejohanan ini akan bermula pada 27 Jun 2021. Hadiah terkumpul adalah sebanyak $3,000 (RM12,000). Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak $2,000 (RM8,000) manakala tempat kedua akan membawa pulang sebanyak $1,000 (RM4,000). Kejohanan ini boleh ditonton di Twitch tv VALO2ASIA. Untuk info lanjut, ikuti laman sosial VALO2ASIA di valo2asia.com.

SUMBER: oneesports.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valo2asia-anjur-kejohanan-valorant"} {"title": "Gamers Without Borders Anjurkan CS:GO Elite Tournament!", "body": "

Baru-baru ini, Gamers Without Borders telah menganjurkan CS:GO Elite Tournament dengan hadiah terkumpul sebanyak $1,5 million. Sebanyak 8 pasukan terbaik CS:GO akan bertanding dalam kejohanan ini. Antaranya ialah, Mousesports, FURIA, ENCE, FaZe Clan, Ninja in Pyjamas, Dignitas, MIBR, dan Big.

\ud83d\udea8 #GWBPS presents: the Elite Tournament
\ud83c\udfae Where CS:GO PRO esports players take over the controls for a good cause!
Tune in to watch pro gaming at its finest and learn the latest tricks to get you that win!

\ud83d\uddd3\ufe0f Save the date: June 22 - 27 \ud83d\uddd3\ufe0f

Watch on: https://t.co/uoOCnqQDCs pic.twitter.com/ir1DL34Yzc

\u2014 Gamers Without Borders (@gwbps) June 20, 2021

Kejohanan ini akan bermula pada 22 hingga 27 Jun 2021. Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan 2 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan memasuki ke peringkat separuh akhir. Dalam pada itu, setiap pemenang juga akan menyumbangkan hadiah mereka. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab demi membantu rakyat dalam mendapat Vaksin Covid-19.

Untuk pasukan yang juara, mereka akan menyumbang sebanyak $600,000 manakala naib juara akan menyumbang sebanyak $300,000. Bagi pasukan yang mendapat tempat ke-3 dan 4, mereka akan menyumbang sebanyak $150,000. Gamers Without Borders merupakan sebuah organisasi penganjuran pertandingan esports Arab Saudi. GWB juga adalah organisasi yang menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web gamerswithoutborders.com.

SUMBER: esports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamers-without-borders-anjurkan-cs-go-elite-tournament"} {"title": "Alter Ego Juara SteelSeries Prime Invitational 2021 Indonesia!", "body": "

Baru-baru ini, telah berlangsungnya kejohanan SteelSeries Prime Invitational 2021 Indonesia. Sebanyak 8 pasukan VALORANT Indonesia telah bertanding dalam kejohanan ini. Pada akhir kejohanan, pasukan Alter Ego muncul sebagai juara apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan Morph Impact dengan mata kemenangan 3-0.

Dalam kejohanan ini, pasukan Alter Ego telah menampilkan 2 pemain baru mereka iaitu Fat dan Natz. Kemasukan dua pemain baru ini sememangnya membantu pasukan untuk memenangi pertandingan. Difahamkan juga bahawa mereka telah memenangi dua pertandingan dalam masa yang sama iaitu AMD Invitational #2 2021 dan Steelseries Prime Invitational 2021.

Dengan keserasian yang ditunjukkan oleh pasukan, kemungkinan Alter Ego akan menggunakan roster ini di VCT Challengers Indonesia Stage 3 pada 2 Julai nanti. Untuk mengikuti perkembangan pasukan esports Indonesia, anda boleh pergi ke revivaltv.id.

SUMBER: revivaltv.id

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alter-ego-juara-steelseries-prime-invitational-2021-indonesia"} {"title": "We Are Nation Sertai Esports Fashion Week!", "body": "

Baru-baru ini, We Are Nation menyatakan bahawa mereka akan menyertai Esports Fashion Week. We Are Nation merupakan sebuah syarikat pengeluaran pakaian dan juga merchandise esports. Syarikat ini ditubuhkan pada 2016 di bandar New York.Baru-baru ini, We Are Nation menyatakan bahawa mereka akan menyertai Esports Fashion Week. We Are Nation merupakan sebuah syarikat pengeluaran pakaian dan juga merchandise esports. Syarikat ini ditubuhkan pada 2016 di bandar New York.

Esports Fashion Week ditubuhkan adalah untuk mengetengahkan jenama-jenama pakaian esports. Acara ini juga bertujuan untuk memperkenalkan koleksi-koleksi pakaian esports terbaru kepada penonton. Penganjur Esports Fashion Week menyatakan bahawa beliau ingin menjadikan Esports Fashion Week ini sebagai hub global untuk fesyen esports.

Patrick Mahoney, Co-founder We Are Nations berkata, \u201cIni adalah bukti bahawa esports kini telah memasuki industri antarabangsa. Esports Fashion Week adalah sesuatu yang saya tertunggu-tunggu. Menjadi sebahagian daripadanya adalah perkara yang sangat menarik. Saya juga tak sabar untuk melihat keunikan yang terdapat dalam Esports Fashion Week yang akan berlangsung nanti.\u201d. Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, sila ke efweek.com.

SUMBER: efweek.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/we-are-nation-sertai-esports-fashion-week"} {"title": "Natus Vincere X Puma!", "body": "

Pada 21 Jun 2021, Puma sekali melakukan kolaborasi bersama organisasi esports. Jika sebelum ini Puma telah berkolaborasi dengan EVOS Esports, kali ini Puma tampil berkolaborasi dengan organisasi esports yang terkemuka di Ukraine iaitu Natus Vincere (Na\u2019vi).

Kerjasama antara Puma dengan Na\u2019vi diadakan selama 3 tahun dimana Puma akan menjadi pembekal teknikal kepada Na\u2019vi. Ini bermakna Puma akan menaja pakaian para pemain Na\u2019vi pada musim akan datang. Puma turut mengeluarkan jersey Na\u2019vi untuk para peminat. Jersey ini boleh didapatkan di NAVI Shop dan Puma.com.

Oleksandr Pavlenko, Chief Marketing Officer Natus Vincere berkata, \u201cDalam esports, sukar untuk kita jumpa seseorang yang tidak pernah mendengar tentang Na\u2019vi. Begitu juga dalam sukan, Puma adalah salah satu jenama berharga dan dikenali.\u201d. Dalam pada itu, Vladimir Gorobets, CEO PUMA Russia dan Ukraine pula berkata, \u201cKami gembira dapat menjadi rakan kongsi teknikal kepada pasukan Na\u2019vi dan ini dapat menjamin kedudukan kami di dalam bidang esports. Kami juga percaya tentang potensi Na\u2019vi. Oleh itu, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan dan juga penyokong Na\u2019vi.\u201d.

SUMBER: navi.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/natus-vincere-x-puma"} {"title": "Pokemon UNITE Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi!", "body": "

Pada 17 Jun 2021, Nintendo telah mengumumkan tentang tarikh pelancaran game Pokemon UNITE yang akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan mobile device tidak lama lagi. Bagi Nintendo Switch, game ini akan dikeluarkan pada bulan Julai 2021 manakala untuk mobile device akan dikeluarkan pada bulan September 2021.

Pokemon UNITE merupakan sebuah game strategic team battle. Game ini mempunyai konsep yang lebih kurang seperti League of Legends. Dalam game ini, pemain akan bertarung di Pulau Aeos dan terdapat 19 Pokemon kegemaran yang boleh dipilih oleh pemain. Antaranya ialah Pikachu, Charizard, Snorlax, Venusaur, Gengar, dan lain-lain.

Pokemon UNITE akan terdapat dalam bahasa Perancis, Itali, Jerman, dan Sepanyol pada akhir tahun ini. Nantikan keluaran game Pokemon UNITE pada bulan Jun dan September ini. Untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke website unite.pokemon.com.

SUMBER: unite.pokemon.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-unite-akan-dikeluarkan-di-nintendo-switch-dan-mobile-device-tidak-lama-lagi"} {"title": "Nexplay Esports Berkolaborasi Dengan EVOS Esports!", "body": "

Terdapat 1 kolaborasi yang telah menggabungkan 2 pasukan esports Asia Tenggara iaitu Nextplay Esports dan juga EVOS Esports. Kolaborasi ini diadakan adalah untuk persiapan menghadapi Mobile Legends: Bang Bang Professional League PH Musim 8 (MPL PH S8).

Dengan itu, pasukan Nexplay Esports akan bermain di bawah nama \u201cNexplay EVOS\u201d pada musim akan datang. Untuk pasukan MLBB, Nexplay mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan 3 pemain utama iaitu \u201cRenejay\u201d, \u201cYawi\u201d, dan \u201cH2wo\u201d. Walau bagaimana, final lineup masih belum diberitahu oleh mereka. Kemungkinan mereka akan umumkannya pada masa akan datang.

Nexplay Esports CEO, Gabriel Benito berkata, \u201cSaya percaya bahawa ini adalah peluang yang sangat baik untuk membawa masuk sebuah organisasi esports yang hebat ke dalam negara dengan melakukan kerjasama antara mereka.\u201d. Tambah beliau, matlamat utama pada musim ini adalah untuk menjadi juara bersama EVOS Esports.

SUMBER: oneesports.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nexplay-esports-berkolaborasi-dengan-evos-esports"} {"title": "Gunz Esports Juara PMPL Arabia!", "body": "

Setelah tamatnya Grand Final PMPL Arabia, pasukan Gunz Esports berjaya muncul sebagai juara PUBG Mobile Pro League (PMPL)\u00a0 Arabia musim pertama. Mereka telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $10,000 (RM40,000) beserta trofi. Selain itu, pasukan mereka juga berjaya melayakkan diri ke EMEA Championship.

Gunz Esports sememangnya telah menunjukkan prestasi mereka sejak dari regular season lagi. Pada perlawanan di final, Gunz Esport berjaya mendapatkan 4 WWCD daripada 18 perlawanan. Mereka juga telah mendapat kutipan kill tertinggi iaitu sebanyak 110 kill. Secara keseluruhan, Gunz Esport berjaya mengutip mata terkumpul sebanyak 245 diikuti dengan pasukan Rico Infinity Team yang berada di tempat kedua dengan kutipan mata sebanyak 172.

Pemain MVP utk PMPL Arabia juga telah diberikan kepada \u201cGunz Hamody\u201d. Beliau telah mengeluarkan total damage sebanyak 466 dan mendapatkan 2 kill pada perlawanan akhir. Untuk keseluruhan musim, beliau berjaya mengutip kill sebanyak 143 dengan total damage 30603. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga pasukan yang terlibat.\u00a0

SUMBER: instagram.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gunz-esports-juara-pmpl-arabia"} {"title": "NAVI Tubuhkan Pasukan VALORANT dan Umumkan Pemain Pertama Mereka!", "body": "

Pada 18 Jun 2021, Natus Vincere (NAVI) telah menubuhkan sebuah pasukan VALORANT. Dalam pada itu, mereka turut mengumumkan tentang pemain pertama yang dibawa masuk ke dalam pasukan VALORANT NAVI. Siapa agaknya pemain pertama NAVI tu?

Pemain pertama yang dibawa masuk ialah Kirill \u201cCloud\u201d Nekhozhin iaitu pemain daripada Rusia. Cloud merupakan pemain profesional VALORANT yang berumur 17 tahun. Sebelum ini, beliau pernah menyertai acara VCT dan beliau juga pernah membantu bekas pasukan beliau iaitu CrowdCrowd melayakkan diri ke peringkat VCT CIS Master Stage One pada bulan March.

NAVI membuat keputusan untuk bersama dengan Cloud dalam membina sebuah pasukan VALORANT yang kuat. NAVI juga sedang mencari pemain-pemain yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan roster. Navi memberitahu bahawa siapa yang pernah bermain dalam acara Challenger ataupun VCT Master Division dialu-alukan untuk mencuba mengisi kekosongan roster tersebut. Sila ke navi.gg untuk maklumat yang lebih lanjut.

SUMBER: navi.gg\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/navi-tubuhkan-pasukan-valorant-dan-umumkan-pemain-pertama-mereka"} {"title": "ALMGHTY Juara Call of Duty: Mobile Fall Invitational 2022", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya kejohanan sulung Call of Duty: Mobile Fall Invitational 2022 yang mana pasukan dari Singapura iaitu ALMGHTY muncul sebagai juara pertama kejohanan tersebut.

Sebanyak 16 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini yang menampilkan pasukan-pasukan hebat dari SEA dan juga China.

Dengan berjaya muncul sebagai juara, pasukan ALMGHTY juga berjaya mendapatkan slot untuk bertanding di CODM World Championship yang mana akan berlangsung pada 15 sehingga 18 Disember 2022 bulan depan di North Carolina, Amerika Syarikat.\u00a0

Kejohanan ini turut disertai oleh pasukan dari Malaysia iaitu Huntsmen yang mana cuma mampu berada di tangga kesembilan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/almghty-juara-call-of-duty-mobile-fall-invitational-2022"} {"title": "EVOS Phoenix Muncul Juara FFWS 2022 Bangkok", "body": "

Setelah dua minggu yang penuh dengan perlawanan-perlawanan sengit, pasukan dari Thailand iaitu EVOS Phoenix berjaya muncul sebagai juara di Free Fire World Series 2022.

Pasukan ini yang dahulunya dikenali sebagai Phoenix Force berjaya mendapatkan 18 kill pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.\u00a0

EVOS Phoenix berjaya membawa pulang hadiah berjumlah USD500,000 dan juga piala kejohanan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Keyd Stars dan tempat ketiga menjadi milik Nigma Galaxy.

Pasukan dari Malaysia iaitu Expand cuma mampu berada di tempat ke 13 dan membawa pulang hadiah berjumlah USD50,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-phoenix-muncul-juara-ffws-2022-bangkok"} {"title": "EA Sports College Football Tangguh Ke 2024", "body": "

EA telah mendedahkan tarikh pelancaran untuk permainan EA Sports College Football akan ditangguhkan ke musim panas tahun 2024 atas sebab memerlukan masa lagi untuk menyempurnakan permainan ini.\u00a0

Pada bulan Februari tahun lepas, mereka ada mengumumkan pelancaran College Football akan dilancarkan dalam bulan Julai tahun depan di dalam satu paparan di Twitter tetapi dengan berita yang kurang baik ini, ramai peminat terasa kecewa kerana mereka sudah menunggu update terbaru sejak 2013 lagi.

Walaupun begitu, Daryl Holt, Naib Presiden dan Pengurus Besar EA, mengatakan versi untuk kali ini amatlah berbeza dari sebelum ini kerana ia bukan satu versi reskinned siri Madden NFL terbitan mereka, malah permainan ini dibangunkan dari mula lagi.\u00a0

Oleh sebab itu, mereka masih memerlukan masa yang panjang untuk mencantikkan lagi College Football. Daryl menambah lagi permainan ini akan mengembalikan Dynasty Mode, Road to Glory dan juga akan menampilkan sebanyak 120 lebih kolej tetapi nama-nama kolej tersebut, belum didedahkan lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-sports-college-football-tangguh-ke-2024"} {"title": "Faker Sambung Kontrak Dengan T1", "body": "

Sebelum ini kami ada melaporkan yang kontrak Faker atau nama sebenarnya Lee Sang-hyeok telah pun tamat dengan pasukan T1.

pic.twitter.com/cJOx8zRk9G

\u2014 T1 LoL (@T1LoL) November 28, 2022

Dalam artikel tersebut, Faker ada memberitahu yang dua pasukan besar seperti Team Liquid dan juga FlyQuest ada menunjukkan minat untuk membawanya bermain bersama pasukan mereka.

Namun semalam pihak T1 melalui tweet rasmi mereka telah mengumumkan yang Faker akan bersama dengan mereka tiga tahun lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/faker-sambung-kontrak-dengan-t1"} {"title": "Konten Terbaru Sempena Kolaborasi Lionel Messi Dan PUBG Mobile", "body": "

Untuk versi 2.3, PUBG Mobile telah memilih bola sepak sebagai temanya untuk musim ini.\u00a0 Mereka juga baru-baru ini telah mendedahkan 20 barangan terbaru bertemakan Lionel Messi, seorang pemain bola sepak yang legenda dan kini sedang berkolaborasi dengan PUBG Mobile.

Pemain boleh mengumpul koleksi pakaian-pakaian istimewa dan barangan item yang boleh melepaskan power dan tenaga yang luar biasa di medan pertempuran. Antaranya, pakaian Captain Messi termasuk juga perhiasan, payung terjun, pans dan lagi.\u00a0

Rangkaian Messi Football Icon akan termasuk set bertema baru seperti cover, beg galas, helmet, pan, PP-19 Bizon, Mini14, MK47, AKM, perhiasan dan bom tangan. Selepas itu, datang barangan Messi Super Legend yang tersedia dengan satu set, topi, topeng dan payung terjun.\u00a0

Dan terakhir sekali, pemain akan dapat barangan Messi Collaboration dalam bentuk set, plane finish, hoverboard, dacia dan hiasan. Selain dari barangan dalam PUBG Mobile, pemain boleh juga mendapatkan satu jersi terhad eksklusif PUBG Mobile x Messi kolaborasi dari perkongsian jemputan event.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/konten-terbaru-sempena-kolaborasi-lionel-messi-dan-pubg-mobile"} {"title": "DLC Terbaru Mario Kart 8 Deluxe Tiba Disember Ini", "body": "

Nintendo sebelum ini pernah mengatakan mereka ingin melancarkan sebanyak 6 Wave secara keseluruhannya bagi permainan Mario Kart 8 Deluxe. Jadi untuk tahun ini, mereka sudah pun melancarkan dua Wave pertama dan Wave ke-3 akan tiba tidak lama lagi manakala untuk tiga lagi Wave akan dilancarkan sepanjang 2023 nanti.

Oleh sebab itu, Nintendo telah mengumumkan Boost Course Pass DLC Terbaru sempena Wave ke-3 ini yang akan tiba pada 7 Disember 2022 ini. Mereka akan menambahkan 8 litar baru yang pernah ada di permainan Mario Kart sebelum ini.

Berikut adalah nama lapan litar yang akan ditambah:

Bagi pemain yang melanggan Nintendo Switch Online dan Expansion Pack, korang boleh terus dapatkan Booster Course Pass ini tanpa perlu membayar apa-apa kos tambahan. Bagi yang tidak, korang boleh membelinya dengan harga RM115 (USD$24.99).\u00a0

Pemain boleh juga mendapatkan DLC permainan lain dalam perkhidmatan ini seperti Splatoon 2, Animal Crossing: New Horizons dan koleksi Nintendo 64 dan Sega Genesis.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-terbaru-mario-kart-8-deluxe-tiba-disember-ini"} {"title": "SDzyz Kini Bermain Untuk Pasukan Amatur Z4 Esports Bersama Z4pnu", "body": "

Baru-baru ini kami ada melaporkan tentang keputusan SDzyz untuk keluar dari TNC Pro Team bersama-sama dengan KingSalman. Ramai peminat yang tertanya-tanya kemana SDzyz dan KingSalman akan bermain selepas ini.

Hari ini peminat sekali lagi dikejutkan dengan berita yang SDzyz akan bermain untuk pasukan amatur Mobile Legends Filipina iaitu Z4 Esports. Berita yang dilaporkan oleh One Esports ini juga turut menyatakan yang SDzyz akan bermain sebagai Jungler.\u00a0

Bagi korang yang tak tahu, Z4 Esports merupakan satu pasukan amatur milik Z4pnu atau nama penuhnya Billy Alfonso dari pasukan Smart Omega. Walaupun bergelar pasukan amatur, Z4 Esports dilihat mempunyai prestasi yang sangat baik dan telah memenangi beberapa kejohanan seperti MLBB Supremo League dan juga Tambay League Summer Cup.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sdzyz-kini-bermain-untuk-pasukan-amatur-z4-esports-bersama-z4pnu"} {"title": "Kejohanan Wild Rift Esports Akan Ditumpukan Di Asia", "body": "

Pada tahun lepas, Riot Games telah melancarkan kejohanan mobile esports mereka yang pertama iaitu Wild Rift Esports pada seluruh dunia. Namun, apabila mereka mengkaji semula tentang sambutan kejohanan ini banyak datang dari negara-negara Asia, mereka mula mengubah fokus mereka kepada mereka.

Didapati juga, Asia adalah benua paling terbesar dalam pasaran mobile esports sebab itu, Riot Games akan mula menumpukan operasi mereka pada tahun 2023. Liga Wild Rift terbaru di Asia ini akan menjadi liga merentas wilayah secara profesional yang pertama buat Riot Games dan akan menggantikan original Wild Rifts Esports (WRE) pada bulan April tahun depan.\u00a0

Liga ekosistem terbaru ini akan terdiri daripada 12 pasukan dari WRL China dan 8 pasukan dari 2022 wilayah Asia yang lain. Musim akan dibahagikan kepada dua untuk setiap tahun dan akan fokus dalam menunjukkan bakat terbaik mereka dari setiap wilayah yang kompetitif dalam esports.

Riot Games juga menambah bahawa mereka tidak lagi akan mengadakan liga Wild Rifts di luar Asia. Tetapi, mereka akan memberikan peluang kepada pihak ketiga untuk menjalankannya. Mereka ingin mengutamakan dan beri perhatian kepada Liga Wild Rift Aisa yang akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-wild-rift-esports-akan-ditumpukan-di-asia"} {"title": "Dua Model Motosikal EV EBIXON TAILG Sudah Tiba!", "body": "

Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. pada hari ini telah melancarkan dua model motosikal terbaru iaitu TAILG EBIXON BOLD dan TAILG EBIXON TORQ. Kedua-dua motosikal ini dikategorikan sebagai model Motosikal EV TAILG EBIXON di mana motosikal tersebut menggunakan tenaga berbeza daripada petrol.

Walaupun motosikal pertama mereka yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai masalah dari segi bebanan dan kos, mereka tetap ingin mencari jalan untuk menghasilkan satu kendaraan yang mesra alam. Lalu, jadilah motosikal elektrik ini yang bersih dan mempunyai pelepasan tailpipe sifar.

Harga yang telah ditetapkan bagi TAILG EBIXON BOLD (atas) adalah RM9,000 manakala bagi TAILG EBIXON TORQ (bawah)\u00a0 adalah RM14,888.\u00a0

Mereka mensasarkan untuk menjual motosikal EV TAILG Ebixon ini sebanyak 15,000 unit setahun pada tempoh tiga tahun yang akan datang sebab pasaran skuter elektrik telah dianggarkan akan meningkat pada CAGR 10.2%. (Dari US$35.3 bilion pada tahun 2021 kepada US$93.9 bilion menjelang 2031)

Bukan sahaja itu, mereka juga mewujudkan satu aliran perdagangan karbon dimana karbon yang dihasilkan boleh dijual kepada sukarela Bursa Securities Malaysia Berhad yang akan dibuka pada akhir tahun 2022. Cara ini korang boleh kurangkan kehadiran karbon di udara.

Untuk memasarkan, mempromosikan dan juga mengedarkan kenderaan ini, Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan sebahagian organisasi yang dihormati dan berhubung baik. Antaranya, MIMOS Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), HAI-O ENterprise Bhd dan PT Winn Pratama Indonesia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-model-motosikal-ev-ebixon-tailg-sudah-tiba"} {"title": "Assassin's Creed Valhalla Bakal Hadir Di Steam Bulan Hadapan", "body": "

Baru-baru ini pihak Ubisoft telah mengumumkan yang mereka akan kembali memasukan permainan video mereka ke Steam semula. Tiga Permainan video yang dijangkakan balik hadir di Steam.

Tiga permainan video tersebut adalah Assassins's Creed Valhalla, Anno 1800 dan Roller Champions. Permainan pertama yang akan kembali ke Steam adalah Assassin's Creed Valhalla iaitu pada 6 Disember 2022.

Sebelum ini permainan video Assassin's Creed Valhalla cuma boleh dimainkan di PC melalui Epic Games Store dan juga melalui UPlay sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/assassin-s-creed-valhalla-bakal-hadir-di-steam-bulan-hadapan"} {"title": "Tamat Kontrak Hari Ini, Faker Mungkin Bermain Dengan Pasukan Lain Musim Depan", "body": "

Bila sebut nama Faker atau nama sebenarnya Lee Sang-hyeok, mesti semua peminat-peminat permainan video League of Legends tahu siapakah beliau.\u00a0

Faker yang sebelum ini bermain untuk pasukan T1 dikatakan akan tamat kontrak pada hari ini. Walaupun kontrak sebagai pemain telah tamat, Faker masih lagi sebahagian dari ownership untuk T1 Entertainment and Sports.\u00a0

Menurut apa yang dilaporkan oleh blix.gg, dua pasukan besar dari LCS ( League of Legends Championship Series) berminat untuk mengambil Faker bermain untuk pasukan mereka.

Dua pasukan yang dilaporkan adalah Team Liquid dan juga FlyQuest. Team Liquid juga dilaporkan telah beberapa kali melakukan rundingan dengan pihak pengurusan Faker dalam mendapatkan tawaran yang lebih bagus.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tamat-kontrak-hari-ini-faker-mungkin-bermain-dengan-pasukan-lain-musim-depan"} {"title": "3MarTzy Sah Tidak Bermain Untuk ECHO Di M4 World Championship", "body": "

Baru-baru ini pihak pasukan ECHO telah mengeluarkan satu pengumuman tentang pemain mereka iaitu 3MarTzy yang bermain dibahagian EXP Laner pasukan tersebut.

3MarTzy ataupun nama penuhnya Frediemar Serafico dikatakan akan meninggalkan pasukan tersebut dan tidak akan bermain untuk pasukan ECHO di M4 World Championship nanti.

Dia yang kini berumur 18 tahun telah bermain untuk pasukan ECHO sejak MPL PH musim kesembilan lagi. Pada MPL PH musim lepas, dia berjaya membawa pasukan ECHO mendapat tempat kedua setelah bertembung dengann pasukan Blacklist International.\u00a0

Ini juga merupakan kali pertama pasukan tersebut berjaya mendapatkan slot ke M4 World Championship. Dengan ketiadaan 3MarTzy, seorang lagi EXP Laner iaitu Sanford akan mengambil alih tugasnya sebagai EXP Laner pasukan ECHO.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3martzy-sah-tidak-bermain-untuk-echo-di-m4-world-championship"} {"title": "Marvel\u2019s Spider-Man: Miles Morales Tiba Untuk PC", "body": "

Dengan hasil gandingan bahu antara Insomniac Games, Marvel Games dan Playstation, mereka akhirnya telah melancarkan Marvel\u2019s Spider-Man: Miles Morales dalam bentuk PC.

Permainan ini adalah sebuah permainan yang akan mengikut pengembaraan Miles Morales dari langkah pertama menjadi Spider-Man baru hinggalah mahir menyelamatkan penduduk di Marvel\u2019s New York.\u00a0

Versi PC ini, boleh menyokong apa sahaja jenis PC, dari yang mahal hinggalah yang bajet. Disebabkan itu, terdapat beberapa penambahan pada setting permainan ini.

Bagi bahagian setting, pemain boleh memilih dan mengubah suai pantulan cahaya mengikut kesesuaian masing-masing supaya dapat menikmati keindahan pemandangan New York dengan lebih realistik. Selain itu, ukuran paparan yang disokong boleh dipilih antara 21:9, 32:9 dan 48:9 tetapi amat digalakkan nisbah 32:9 untuk melihat dengan sepenuhnya suasana dalam permainan ini.\u00a0

Pemain juga boleh menyesuaikan pilihan alat kawalan dari keyboard dan mouse kepada controller seperti PlayStation DualSense(\u2122) yang membenarkan tindak balas pada controller sambil bermain. Oleh itu, pemain boleh bermain dengan penuh keselasaan yang ingin dirasai.

Muat naik sekarang di Steam dan Epic Games dengan harga RM209! Kalau ada Playstation Network sekali, pautkan dengan Akaun Steam masing-masing untuk dapatkan dua Mata Kemahiran dan akses awal pada Suit Miles Morales 2099. Selamat Bermain!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-s-spider-man-miles-morales-tiba-untuk-pc"} {"title": "Log In Sekarang Dan Dapatkan Highlight Intro Untuk Hero Terbaru Overwatch 2", "body": "

Baru- baru ini pihak Blizzard Entertainment telah mengumumkan giveaway kepada pemain-pemain Overwatch 2 yang log-in dari hari ini sehingga hujung bulan November.

Pemain boleh mendapatkan 3 Highlight Intro untuk tiga watak terbaru Overwatch 2 iaitu, Sojourn, Kiriko dan juga Junker Queen.

Cara untuk dapatkan Highlight Intro ini senang sahaja, korang cuma perlu log-in mengikut tarikh dan waktu yang diberikan sahaja.

Berikut adalah tarikh untuk mendapatkan ketiga-ketiga Highlight Intro terbaru ini:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/log-in-sekarang-dan-dapatkan-highlight-intro-untuk-hero-terbaru-overwatch-2"} {"title": "Broforce Forever Diumumkan Sebagai Update Terbaru", "body": "

Broforce adalah sebuah permainan bertemakan platform dengan tambahan pistol untuk membunuh musuh di setiap level yang disediakan. Permainan ini dilancarkan pada 7 April 2014 dan sejak dari itu, ramai pemain telah mencuba dan amat menyukai permainan ini.\u00a0

Tahun demi tahun berlalu, tiada berita terbaru tentang Broforce. Ramai peminat menyangka bahawa permainan ini sudah pun tamat eranya, namun tidak! Devolver Digital, syarikat penerbit dan Free Lives, pembangun telah mengejutkan peminat dengan satu trailer terbaru bertajuk \u201cBroforce Forever\u201d.

Update ini adalah satu update terbesar bagi permainan ini dan juga terakhir. Mereka telah menjadualkan tarikh pelancarannya pada awal tahun 2023\u00a0 dengan tambahan beberapa \u2018bros\u2019 terbaru, misi terbaru dan banyak lagi\u00a0

Broforce sudah ada di PS4, Switch dan PC melalui Steam, Microsoft Store dan Humble Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/broforce-forever-diumumkan-sebagai-update-terbaru"} {"title": "Pelakon Power Ranger Jason David Frank Meninggal Dunia", "body": "

Jason David Frank adalah seorang pelakon yang mahir dalam seni mempertahankan diri. Antara lakonan yang paling terkenal untuk Jason adalah watak Green Ranger di dalam Mighty Morphin Power Rangers (1993 - 1996).

Pada mulanya, watak Green Ranger hanya akan muncul sebanyak 14 episod sahaja tetapi disebabkan popularitinya meningkat, Jason dikembalikan semula tetapi memegang watak sebagai White Ranger pula.\u00a0

Sejak dari itu, Jason telah muncul berkali-kali dalam francais tersebut seperti di siri Power Rangers Super Ninja Steel dan permainan video Power Rangers sebagai Green, White dan Black Dino Ranger.

Tetapi baru-baru ini, Jason David Frank didapati telah meninggal dunia pada berusia 49 tahun akibat membunuh diri. Justin Hunt yang merupakan pengurus untuk Jason, telah meminta peminat dan orang ramai untuk menghormati privasi keluarganya yang sedang bersedih atas kehilangan orang kesayangan mereka.

Walter E Jones yang juga bekas pelakon Mighty Morphin Power Rangers, turut meluahkan perasaan sedihnya di Instagram dan mengatakan dia telah kehilangan sekali lagi \u2018ahli keluarga istimewanya\u2019. Kehilangan sekali lagi merujuk pada Thuy Trang, bekas pelakon Yellow Ranger yang juga telah meninggal dunia tetapi pada tahun 2001 akibat kemalangan jalan raya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pelakon-power-ranger-jason-david-frank-meninggal-dunia"} {"title": "KingSalman Dan SDzyz Sah Meninggalkan TNC Pro Team", "body": "

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita dua pemain pasukan dari Filipina iaitu TNC Pro Team telah meninggalkan pasukan tersebut. Dua pemain tersebut adalah KingSalman dan juga SDzyz.

Untuk pengetahuan korang, TNC Pro Team mula bermain di pentas MPL PH pada MPL PH musim ke 8 yang mana mereka cuma mampu mendapatkan tempat terkahir namun mereka kembali bangkit pada MPL PH musim ke 9 dengan berjaya mendapatkan tempat ketiga.

Namun pada MPL PH yang lepas, pasukan ini kembali merundum ke tangga paling bawah MPL PH musim kesepuluh.

Ada yang menyatakan disebabkan prestasi yang teruk pasukan tersebut, pemain-pemain mula mencari pasukan baru dan ini mungkin yang terjadi pada KingSalman dan juga SDzyz.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kingsalman-dan-sdzyz-sah-meninggalkan-tnc-pro-team"} {"title": "RRQ R7 Mungkin Bersara Dari MPL ID Kerana Masalah Kesihatan", "body": "

Baru-baru ini pemain pasukan RRQ iaitu R7 dalam livestream bekas pemain EVOS Legends Oura ada menyatakan yang dia mungkin akan bersara dari scene kompetitif MLBB Indonesia.

R7 ataupun nama penuhnya iaitu Rivaldi Fatah menjawab soalan dari Oura sama ada dia akan bermain untuk RRQ di MPL ID musim hadapan ataupun tidak.

Namun beliau menyatakan yang mungkin dia akan bersara dari scene competitive MLBB Indonesia kerana masalah kecederaan tangannya.

Sebelum ini pemain import EVOS Esports iaitu Dlar ada menyatakan yang berminat untuk menggantikan R7 jika R7 bersara nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-r7-mungkin-bersara-dari-mpl"} {"title": "Pokemon UNITE Perkenalkan Melee Support Baru", "body": "

Baru-baru ini pihak Pokemon UNITE telah memperkenalkan Melee Support baru untuk permainan video mobile tersebut. Pokemon baru yang dibawa masuk adalah Sableye!

Sableye mempunyai kemahiran crowd control yang sangat bagus untuk membantu pasukannya selain kemahiran stealh dan self-HP regeneration.\u00a0

Kebolehan Unite Move yang dipanggil sebagai Chaos Power memaksa pihak musuh untuk kembali ke base mereka manakala enemy yang mempunyai nyawa sedikit akan disekat untuk recall dan kembali ke base mereka.\u00a0

Pokemon ini boleh di unlock dengan 12,000 Aeos Coins ataupun menggunakan 575 Aeos Gems.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-unite-perkenalkan-melee-support-baru"} {"title": "Selepas Versi Batman, ROG Perkenalkan ROG Phone 6 Versi Diablo Immortal Edition", "body": "

Baru-baru ini pihak \u00a0ASUS ROG ada melancarkan smartphone gaming terbaru mereka iaitu ROG Phone 6D series. Semasa perlancaran tersebut, ROG juga memperkenalkan ROG Phone 6 Batman Edition dan memberi hint akan ada satu lagi versi yang berkait dengan mobile game.

Hari ini ROG akhirnya memperkenalkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition yang mana merupakan satu kerjasama ASUS ROG dengan pihak Blizzard Entertainment.\u00a0

ROG Phone 6 Diablo Immortal ini didatangkan dengan kotak khas yang mempunyai elemen permainan video Diablo Immortal yang mana menampilkan watak The Lord of Terror.\u00a0

Turut disediakan adalah Diablo Immortal Theme Pack yang mana korang boleh lihat pada Lockscreen, Incoming Call, Launcher dan lain-lai lagi.

Diablo Immortal Edition ii turut disertakan dengan beberapa aksesori khas Aero Case, Map of Santuary, Fahir Light dan juga Ejector Pin versi Diablo Immortal.\u00a0

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal ini akan dijual di Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-versi-batman-rog-perkenalkan-rog-phone-6-versi-diablo-immortal-edition"} {"title": "Mobile Legends: Bang Bang Kalahkan PUBG Mobile Dalam MOBIES Award 2023", "body": "

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara The MOBIES - Mobile Gaming Award 2023 yang mana permainan video mobile dan individu seperti streamers dan esports player diberikan anugerah diatas pencapaian mereka.\u00a0

Terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan antaranya seperti Mobile Game of The Year, Competitive Game of The Year, Mobile Esports Tournament of The Year, Mobile Player of The Year, Mobile Team of The Year dan banyak lagi.

Untuk kategori Competitive Game of The Year, Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai juara dan telah mengalahkan beberapa permainan video mobile popular yang lain seperti PUBG Mobile, Free Fire dan Arena of Valor.

Selain dari itu, Mobile Legends: Bang Bang M4 World Championship juga telah diangkat sebagai juara untuk kategori Mobile Esports Tournament of The Year mengalah kejohanan esports yang lain seperti PUBG Mobile Global Championship.

Bagi kategori Mobile Player of The Year dan Mobile Team of The Year, Bennyqt dan pasukan ECHO Esports telah dipilih untuk memenangi kedua-dua kategori tersebut.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-bang-bang-kalahkan-pubg-mobile-dalam-mobies-award-2023"} {"title": "Skadaga Dan Rain Dipilih Sebagai Jurulatih Dan Pembantu Jurulatih RSG MY", "body": "

Sebelum ini pasukan RSG MY telah mengumumkan yang Rain yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan MLBB MAB Esports akan diberikan kepercayaan untuk menjadi pembantu jurulatih pasukan RSG MY.

Beliau sebelum ini juga telah dipilih sebagai pembantu jurulatih untuk pasukan MLBB wanita di Sukan SEA 2023 dan berjaya membawa pasukan tersebut untuk mendapatkan pingat Gangsa.

Namun ramai yang tertanya-tanya siapa yang akan menjadi ketua jurulatih untuk RSG MY setelah Kuja telah keluar dari pasukan tersebut bagi menggalas tugas sebagai jurulatih untuk pasukan Todak MLBB di MPL MY S12 nanti.

Persoalan itu telah pun terjawab apabila RSG MY telah mengumumkan yang mereka telah memilih Skadaga ataupun nama sebenarnya iaitu Idul Batul Aswar yang berasal dari Indonesia. Skadaga sebelum ini pernah menjadi jurulatih pasukan Homebois ketika MPL MY S8.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-malaysia-sahkan-rain-sebagai-pembantu-jurulatih-baru"} {"title": "Pabz Sah Jadi Jurulatih Baru Homebois Untuk MPL MY Musim Ke-12", "body": "

Pengasas Homebois, Daddyhood mengesahkan Pabz atau nama sebenarnya, Khairul Azman akan menjadi jurulatih baru Homebois. Pabz akan tersenarai dalam skuad yang akan bertanding di MPL Malaysia Musim Ke-12.

Pabz akan menggantikan Dale yang sebelum ini dipinjamkan ke pasukan Outplay. Menurut Daddyhood, Dale menghadapi masalah berkaitan visa untuk masuk ke Malaysia. Dale juga dikatakan akan menjadi jurulatih baru untuk Homebois Singapura yang bakal ditubuhkan.

Kejayaan yang pernah diraih Pabz sebagai jurulatih adalah dengan membawa pasukan Malaysia merangkul pingat perak semasa acara Mobile Legends di Sukan Sea Kemboja.\u00a0

Pabz juga berjaya membimbing Team Haq untuk menjuarai MPL Malaysia Musim Ke-10. Mereka menundukkan satu lagi gergasi dalam MLBB negara ini iaitu Todak dengan skor 4-2.

Jurulatih ini juga berjaya membawa dua pasukannya, Orange Esports dan Team Haq ke tiga kejohanan antarabangsa yang berbeza. Antara kejohanan antarabangsa yang pernah disertai adalah MSC 2022, ONE Esports Invitational 2022 dan Kejohanan Dunia M4.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pabz-sah-jadi-jurulatih-baru-homebois-untuk-mpl-my-musim-ke-12"} {"title": "Assassin Creed Codename Red Berkemungkinan Besar Dilancarkan pada 2024", "body": "

Assassin Creed Codename Red dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024.

Seorang pengguna Twitter, Access The Animus berkongsi satu screenshot dari LinkedIn yang dipost Arisa Lagunzad yang terlibat dalam pembangunan di Ubisoft. Menurut Lagunzad, game Assassin Creed ini sedang mencari tajaan dan merujuk game ini sebagai \u201cblockbuster terbesar pada 2024\u201d.\u00a0

It looks like a few months ago the Business Development and Brand Partnership teams at Ubisoft were looking for sponsorship partners for #AssassinsCreed Codename Red in 2024, which could act as a partial confirmation of the game actually being planned for 2024 at the moment! pic.twitter.com/m7mq2z3Gp5

\u2014 Access The Animus (@AccessTheAnimus) July 11, 2023

Game ini pada mulanya diperkenalkan semasa Ubisoft Forward 2022. Assassin Creed Codename Hexe yang mempunyai elemen seram juga turut diperkenalkan semasa acara ini.

Codename Red yang berkisarkan zaman feudal Jepun akan dibuat oleh Ubisoft Quedec, team yang sama membangunkan Assassin Creed Odyssey.

Ubisoft masih merahsiakan platform manakah yang akan digunakan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/assassin-creed-codename-red-berkemungkinan-besar-lancar-pada-2024"} {"title": "Madtale, Game RPG Yang Tampilkan Karakter Dari Cerita Dongeng", "body": "

Sebuah game RPG yang menggunakan tema dark fantasy, Madtale kini tersedia di peranti Android dan Ios. \u00a0Game yang dibangunkan Archosaur Games ini mempunyai keunikan tersendiri.

Pemain akan dapat merasai untuk menggunakan karakter dari cerita dongeng seperti Snow White dan Cinderella. Setiap karakter mempunyai kuasa dan senjata yang berbeza.\u00a0

Sebaik memuat turun dan log in ke dalam game, pemain akan mendapat pelbagai bonus seperti percubaan draw percuma sebanyak 1024, hero Mirror Queen, satu set Elite Gear, satu bingkai avatar yang limited, diamond dan banyak lagi.

Pemain yang log-in tujuh hari berturut-turut akan mendapat hero Epik Snow White.\u00a0

Game ini telah tersedia di serata dunia kecuali Hong Kong, Macao, Taiwan, Jepun dan China. Pemain boleh memuat turun game ini di Google Play dan Apple Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/madtale-game-rpg-yang-tampilkan-karakter-dari-cerita-dongeng"} {"title": "Presiden Bersama Naughty Dog Bakal Tinggalkan Studio Hujung Tahun Ini", "body": "

Naughty Dog mengucapkan selamat tinggal kepada co-presidennya, Evan Wells yang berkhidmat di studio ini sejak 1998.\u00a0

Wells mendedahkan yang beliau akan meninggalkan studio ini pada penghujung tahun ini. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberitahu sebab dan perancangannya di masa depan.

Bermula sebagai lead designer, Wells terlibat dalam projek seperti Crash Bandicoot: Warped dan Jak and Dexter: The Precursor Legacy.

Selain aktif dalam pembuatan game, Wells juga pernah terlibat dalam produksi TV dan Filem. Beliau menjadi pengarah eksekutif filem Uncharted dan siri HBO The Last Of Us.

Neil Druckmann akan mengetuai studio ini selepas ini. Druckmann akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai projek seperti game Last of Us 3 dan musim terbaru Last of Us di HBO.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/presiden-naughty-dog-bakal-tinggalkan-studio-terbabit-hujung-tahun-ini"} {"title": "Roller Coaster Bertemakan Fast & Furious Kini Dibina Di USA", "body": "

Amerika Syarikat akan mempunyai tarikan baru untuk penduduk dan pelancong luar apabila sebuah roller coaster bertemakan Fast & Furious kini sedang dibina di Taman Tema Universal Studios Hollywood.

Reka bentuk track roller coaster ini dikatakan akan menyerupai pergerakan kereta dalam francais ini.\u00a0

Menurut Universal, roster coaster baru ini akan dilengkapi teknologi yang belum pernah digunakan oleh taman tema lain.\u00a0

Sebenarnya taman tema ini sudah mempunyai tarikan bertemakan Fast & Furious iaitu Supercharged. Di sini, pelancong akan merasai pengalaman 3D di mana mereka terlibat dalam aksi kejar-mengejar antara Toretto dan Shaw.\u00a0

Bagi yang merancang untuk pergi, korang perlu sabar kerana tempoh pembinaan masih belum diketahui. \u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roller-coaster-bertemakan-fast-furious-kini-dibina-di-usa"} {"title": "9 Pasukan Berentap Untuk Merebut Gelaran Juara MPL Indonesia Musim Ke-12", "body": "

Pasukan-pasukan Mobile Legends terbaik di Indonesia akan berentap di MPL Indonesia Musim Ke-12 yang akan bermula pada hari ini iaitu 13 Julai dan tamat pada 15 Oktober tahun ini.\u00a0

Sebanyak 9 pasukan akan merebut gelaran juara dan dua slot ke Kejohanan Dunia M5 yang akan diadakan di Filipina pada November ini.\u00a0

Kejohanan ini mengandungi dua peringkat iaitu regular season dan playoff. Regular season bermula dari 13 Julai hingga 24 September. Playoff dimulakan pada 11 Oktober dan disudahkan dengan perlawanan Grand Final pada 15 Oktober.

6 pasukan teratas semasa regular season akan layak ke playoff. Kesemua perlawanan menggunakan format best-of-three dan melalui dua pusingan.

Di peringkat playoff, pasukan tangga pertama dan kedua mempunyai dua peluang ke Grand Final. Mereka mendapat bye dan diletakkan di Upper Bracket.

Bagi pasukan tangga ketiga hingga keenam, mereka akan diletakkan di lower bracket dan hanya mempunyai satu peluang untuk kekal dalam MPL.

Kesemua perlawanan playoff akan menggunakan format best-of-five kecuali Grand Finals yang akan dimainkan dalam best-of-seven.\u00a0

Berikut adalah 9 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka untuk MPL ID Musim Ke-12:

  1. Alter Ego\u00a0
  2. AURA Fire
  3. Bigetron Alpha\u00a0
  4. Dewa United Esports\u00a0
  5. EVOS Legends\u00a0
  6. Geek Fam ID
  7. Onic Esports
  8. Rebellion Zion
  9. Rex Regum Qeon

Semua perlawanan akan ditayangkan secara live di laman Facebook, YouTube dan TikTok rasmi Mobile Legends: Bang Bang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/9-pasukan-berentap-untuk-merebut-gelaran-juara-mpl-indonesia-musim-ke-12"} {"title": "PMWI 2023 Kini Berlangsung Di Arab Saudi", "body": "

PUBG Mobile Invitational 2023 (PMWI 2023) kini telah rancak berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Acara yang bermula 11 Julai ini menampilkan 28 pasukan dari seluruh dunia. Kami akan membahaskan kejohanan ini dengan lebih lanjut. \u00a0

PMWI 2023 mempunyai dua peringkat iaitu All Stars Stage dan Main Tournament. 6 pasukan teratas dari All Stars Stage akan layak ke Main Tournament. All Stars Stage berlangsung dari 11 Julai sehingga 13 Julai. Berikut adalah kesemua 18 pasukan yang bertanding di All Stars Stage:\u00a0

Main Tournament pula akan bermula dari 14 Julai hingga 16 Julai. Sebanyak 16 pasukan akan beraksi untuk merebut gelaran juara dengan prize pool sebanyak $2,000,000 USD. Berikut adalah senarai pasukan yang akan bertanding di kejohanan utama:

Pada 13 Julai, Alan Walker yang merupakan DJ terkenal akan bermain \u2018Show Match\u2019 bersama Vampire Esports. Beliau dan Vampire Esports akan berhadapan dengan dua pasukan tuan rumah, R8 Esports dan Topz.

Bagi yang berminat untuk menonton kejohanan ini, mereka boleh menonton di YouTube PUBG MOBILE Malaysia untuk siaran bahasa Melayu.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmwi-2023-kini-berlangsung-di-arab-saudi"} {"title": "Superman: Legacy Umum Pelakon Baru Untuk Green Latern, Hawkgirl Dan Mister Terrific", "body": "

DC Studios telah mengesahkan untuk menambah beberapa pelakon baru filem arahan James Gunn, Superman: Legacy.

Pelakon tersebut adalah Nathan Fillion, Isabel Merced, dan Edi Gathegi. Pelakon-pelakon ini akan membintangi filem ini sebagai Green Lantern, Hawkgirl dan Mister Terrific.\u00a0

Fillion akan memegang watak Guy Gardner, salah seorang ahli Green Latern Corps. Aktor ini telah banyak kali bekerja dengan Gunn dan paling terbaru adalah penampilannya dalam Guardians of the Galaxy: Vol. 3.\u00a0

Isabel Merced yang pernah membintangi live-action Dora The Explorer, Dora and the Lost City of Gold akan berlakon sebagai superhero Hawkgirl. Hawkgirl ini mempunyai keupayaan untuk terbang dengan sayap besi dan mempunyai pelbagai senjata.

Edi Gathegi pula akan melakonkan watak Michael Holt atau nama superheronya, Mister Terrific. Gathegi pernah muncul dalam saga Twilight dan X-Men. Beliau akan melakonkan karakter yang sangat bijak serta sangat mahir dalam hand-combat.\u00a0

Barisan pelakon-pelakon baru ini akan menyertai David Corenswet (Superman) dan Rachel Brosnahan (Lois Lane).

Superman: Legacy akan ditayangkan pada tahun 2025.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/superman-legacy-umum-pelakon-baru-untuk-green-latern-hawkgirl-dan-mister-terrific"} {"title": "Todak Lantik Kuja Sebagai Jurulatih Baru Untuk MPL MY Musim Ke-12", "body": "

Todak mengejutkan arena MLBB negara ini apabila menyambut kedatangan jurulatih baru iaitu Kuja sebagai persediaan MPL Malaysia Musim ke-12 nanti. Kuja baru saja menyertai RSG Singapore dan bersama pasukan ini tidak sampai dua bulan.\u00a0

Todak yang merupakan Juara MPL Malaysia musim ke-11 mengumumkan perkara berkenaan menerusi laman Instagram rasmi mereka.

Sebelum keluar dari RSG Singapore, Kuja membawa pasukan ini membawa ke peringkat suku akhir pada kejohanan MSC 2023.\u00a0

Selain RSG Singapore, Kuja juga pernah membimbing RSG Malaysia, Team Caracal dan Team Bosskurr.

Kuja juga pernah tersenarai dalam Lineup Terbaik semasa regular season MPL Malaysia musim ke-10 ketika bersama RSG Malaysia.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-lantik-kuja-sebagai-jurulatih-baru-untuk-mpl-my-musim-ke-12"} {"title": "Kolaborasi PUBG Mobile Dan Dragon Ball Super Bermula Hari Ini", "body": "

PUBG Mobile akan menjalinkan kolaborasi dengan anime popular, Dragon Ball Super. Kolaborasi ini secara rasmi akan bermula pada 13 Julai ini iaitu ketika update 2.7 nanti.\u00a0

Kolaborasi ini dianggap sebagai salah satu kerjasama terbesar yang pernah dilakukan PUBG Mobile kerana akan membawakan pelbagai kandungan eksklusif dari Dragon Ball Super seperti mod, item dan kenderaan.

Sempena kolaborasi ini, PUBG Mobile akan membawa elemen Dragon Ball ke dalam battle royale di peta Sanhok, Livik dan Erangel bermula 13 Julai dan tamat pada 4 September ini. Pemain perlu mengumpul tujuh bola Dragon Ball sepanjang permainan untuk memanggil naga Sheron di Sheron Summoning Altar sambil berpeluang mendapatkan bonus in-game.

Korang juga dapat meneroka beberapa landmark dari Dragon Ball Super iaitu Dragon Ball Village, Tenkaichi Budokai, Kame House dan Karin Tower.\u00a0

Apa yang mengujakan dengan kolaborasi ini adalah pemain berpeluang menggunakan kuasa khas seperti Kamehameha dan Buku-jutsu. Kamehameha boleh mengalahkan musuh dengan sinaran tenaga manakala buku-jutsu membolehkan pemain terbang. Pemain perlu mengumpul \u2018Ki\u2019 untuk menggunakan keupayaan ini.\u00a0

Kenderaan baru juga diperkenalkan iaitu Air Car. Air Car ini boleh memuatkan tiga pemain dalam satu masa. Antara item lain yang hadir adalah Senzu Beam, item untuk pemulihan dan Dragon Radar yang membantu pemain mengumpul bola Dragon Ball dengan lebih cepat.

Suatu mod baru dinamakan Battle Royale: Dragon Ball Super akan bermula pada 15 Julai sehingga 4 September. Dalam mod ini, medan pertarungan akan menggunakan grafik dan art bertemakan anime Dragon Ball.\u00a0

Lima karakter seperti Son Goku, Vegeta, Frieza, Piccolo dan Gohan juga dapat digunakan dalam medan perang. Korang akan menggunakan kuasa mereka untuk mengalahkan musuh.\u00a0

Update 2.7 akan tersedia pada 13 Julai ini. PUBG Mobile boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-bawakan-tema-dragon-ball-super-pada-13-julai-ini"} {"title": "Falcon Esports Kembali Ke Arena MLBB Dengan Roster Baru", "body": "

Selepas baru saja membubarkan divisi sebulan lalu, Falcon Esports mengumumkan yang mereka akan kembali ke arena professional MLBB dengan muka-muka baru.\u00a0

Sebelum ini, Falcon Esports melepaskan kesemua pemain pada 30 Mei dengan beberapa pemain yang dilepaskan seperti Naomi dan Zippy berhijrah ke negara lain.\u00a0

Menerusi laman Facebook rasmi mereka, Falcon Esports menyambut kedatangan pemain baru mereka dengan sebuah video.\u00a0

Apa yang menarik dengan roster baru ini adalah kesemua pemain diambil dari satu lagi pasukan dari Myanmar, Fenix Esports. Fenix Esports yang beraksi di MSC 2023 baru saja dibubarkan pada 30 Jun lalu.

Berikut adalah nama pemain yang melengkapkan roster baru pasukan Falcon Esports:\u00a0

  1. Kalama ( Head Coach )
  2. Fay Yan ( Jungler)
  3. Simple ( Roamer )
  4. PX7 ( Mid Laner )
  5. J3X ( Roamer )
  6. MOK ( Mid Laner)
  7. Royal Milk ( Exp Laner )
  8. Beni ( Gold Laner )
  9. Daxx ( Jungler )

Dengan roster baru ini, peminat mengharapkan pasukan ini dapat diberikan peluang untuk beraksi di banyak kejohanan. Roster yang dilengkapi pemain Fenix Esports ini mendapat tempat ke-9/12 semasa MSC 2023.
\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/falcon-esports-kembali-ke-arena-mlbb-dengan-roster-baru"} {"title": "Hugh Jackman Akan Memakai Sut Ikonik Wolverine Dalam Deadpool 3", "body": "

Ryan Reynolds dan Hugh Jackman, bintang utama dalam Deadpool 3 telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan first look untuk karakter Deadpool dan Wolverine.\u00a0

Apa yang menarik dan mengujakan peminat adalah penampilan Wolverine. Menerusi Instagram story yang diupload Reynolds dan Jackman, Deadpool dan Wolverine berjalin bersama dalam sut. Wolverine nampaknya memakai sut ikonik warna kuning sepertimana dalam komik.

Hugh Jackman yang melakonkan watak Wolverine lebih dua dekad sejak filem X-Men (2000) tidak pernah mengenakan kostum Wolverine. Tetapi untuk Deadpool 3 kali ini, Jackman berkemungkinan akan memakai sut ikonik untuk pertama kalinya.

Selain Jackman, Deadpool 3 telah mengesahkan Jennifer Garner akan kembali ke Marvel sebagai Elektra. Beliau pernah muncul dalam filam Daredevil (2003).\u00a0

Deadpool 3 akan ditayangkan pada 3 Mei 2024, beberapa bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya ditayangkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hugh-jackman-akan-memakai-sut-ikonik-wolverine-dalam-deadpool-3"} {"title": "DLC Street Fighter 6 Tampilkan Rashid, Bakal Dilancarkan 24 Julai Ini", "body": "

Capcom mengesahkan Rashid akan menjadi karakter fighter pertama untuk kandungan DLC permainan Street Fighter 6. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah trailer untuk karakter ini.

Mengenai Rashid, dia adalah seorang content creator yang merakam vlog sambil bertarung. Menerusi trailer, peminat boleh melihat bagaimana dia merakam video sambil menonjolkan keupayaan untuk melompat dengan tinggi semasa pertarungan dengan fighter lain. \u00a0

Rashid mempunyai pelbagai gerakan menarik. Antaranya adalah Arabian Cyclone membolehkan Rashid melakukan tendangan spin. Rashid juga boleh melakukan double jump dengan gerakan yang dinamakan Arabian Skyhigh.\u00a0

Pemain dapat melihat kandungan karakter ini dalam tiga mod berlainan. Di mod World Tour, pemain boleh mempelajari gerakan Rashid dan pemain boleh menggunakan Rashid sebagai fighter dalam mod Fighting Ground. Di mod Battle Hub pula, pemain boleh mendapatkan skin berkaitan Rashid melalui Fighting Pass.

Rashid akan tersedia pada 24 Julai bagi pemain yang mepunyai edisi Deluxe, Ultimate atau Year 1 Character Pass. Street Fighter 6 telah dikeluarkan di PlayStation 5. PlayStation 4, Xbox Series X/S dan PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-street-fighter-6-tampilkan-rashid-bakal-dilancarkan-24-julai-ini"} {"title": "Watcher Of Realms - Permainan Video RPG Dari Moonton", "body": "

Game RPG terbaru dari Moonton, Watcher of Realms akan dilancarkan di peranti Android dan iOS pada 13 Julai ini.\u00a0

Pemain akan berperanan sebagai komander dan menggunakan kekayaan sumber untuk menyelamatkan kawasan daripada raksasa. Pemain boleh membina kem pertahanan, berlawan dengan boss jahat dan menguruskan beberapa puak tentera.

Watcher of Realms akan mempunyai tiga mod iaitu Artefacts Materials, Gold/EXP dan Campaign. Dua mod istimewa, Tide dan Guild Boss juga tersedia. Pemain akan melalui banyak pertarungan PvP dan PvE.

Tumpuan game ini adalah kualiti grafiknya. Kualiti CGI dan reka bentuk karakter menunjukkan permainan seolah-olah seperti di konsol. Hero, raksasa, dan keadaan persekitaran mempunyai visual efek yang unik.

Pre-register untuk Watcher of Realms kini tersedia untuk peranti Android dan iOS. Pemain boleh mnegunjungi laman web mereka untuk mendapatkan lebih maklumat.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/watcher-of-realms-daripada-moonton-dilancarkan-di-android-dan-ios-pada-13-julai-ini"} {"title": "EA Sahkan Game Black Panther Akan Dihasilkan Oleh Cliffhanger Games", "body": "

Electronic Arts (EA) mengesahkan akan menghasilkan game terbaru berdasarkan salah satu watak dalam komik Marvel iaitu Black Panther. Game ini dikatakan sebagai single-player adventure.

Game Black Panther ini akan dibangunkan oleh Cliffhanger Games dengan kerjasama bersama Marvel Games. Projek ini diketuai Kevin Stephens yang pernah membangunkan francais permainan Shadow of Mordor.

\"Kami berdedikasi untuk memberikan peminat pengalaman Black Panther yang tulen, memberikan mereka lebih kawalan ke atas naratif daripada yang mereka pernah alami dalam sebuah permainan story-driven\" kata Stephens dalam satu kenyataan.

\"Wakanda ialah kota superhero yang kaya-raya, dan misi kami adalah untuk membangunkan dunia epik untuk pemain yang menyukai Black Panther dan ingin meneroka dunia Wakanda sama seperti kami.\"

Black Panther adalah salah sebuah tiga projek Marvel yang akan dihasilkan oleh EA selepas kerjasama antara dua syarikat ini pada Oktober tahun lalu. Terdahulu, game Iron Man diumumkan dan dibangunkan Motive Studio.

EA walau bagaimanapun belum mendedahkan tarikh perlancaran dan platform manakah yang akan terlibat untuk game Black Panther ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-sahkan-game-black-panther-kini-dihasilkan-cliffhanger-games"} {"title": "EA Dedah Cover Dan Trailer Untuk EA Sports FC 24", "body": "

EA Sports secara rasminya telah mendedahkan cover untuk permainan EA Sports FC 24 edisi Ultimate. Syarikat ini juga mengeluarkan trailer yang memuatkan in-game footage.\u00a0

31 bintang bola sepak lelaki dan wanita telah ditampilkan dalam cover tersebut. Legenda seperti Ronaldinho, Pele dan Zinedine serta bintang bola sepak wanita seperti Sam Kerr turut muncul bersama dengan Jude Bellingham, Erling Haaland dan Vinicius Jr.

Erling Haaland akan menjadikan cover star yang baru untuk edisi Standard. Kylian Mbappe tidak lagi bersama dengan EA untuk menjadi bintang muka depan.

EA masih belum mendedahkan maklumat tentang tarikh perlancaran dan hanya mengesahkan hanya dua edisi yang akan hadir ke pasaran iaitu edisi Ultimate dan Standard.\u00a0

EA dijangka akan mengadakan livestream pada 13 Julai untuk memberitahu maklumat lanjut berhubung permainan EA Sport FC ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ea-dedah-cover-dan-trailer-untuk-ea-sports-fc-24"} {"title": "Infinix Malaysia Perkenalkan Warna Terbaru Note 30, Sunset Gold", "body": "

Sekitar sebulan lalu, Infinix Malaysia telah melancarkan siri Infinix Note 30 di Mlaysia. Terbaru, mereka telah memperkenalkan warna yang baru, Sunset Gold untuk pasaran negara ini.\u00a0

Dengan kehadiran warna Sunset Gold serta reka bentuk yang sleek, ia akan memperlihatkan peranti ini tambah lebih premium.

Selain reka bentuk menawan, peranti ini juga menggunakan spesifikasi hebat. Infinix Note 30 dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Helio G99 Ultra Power. Ia juga mempunyai paparan AMOLED yang berukuran 6.78 inci dan refresh rate 120Hz.\u00a0

Infinix Note 30 Sunset Gold kini boleh didapatkan di pasaran dengan harga RM699. Mereka yang berminat boleh membeli di stor rasmi Infinix dalam Shopee, Lazada dan TikTok atau membeli di pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.\u00a0

Selain warna Sunset Gold, Infinix Note 30 juga terdapat dalam dua pilihan warna lain iaitu Obsidian Black dan Interstellar Blue.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-malaysia-perkenalkan-warna-terbaru-note-30-sunset-gold"} {"title": "Vampire X Esports Muncul Juara Kejohanan Infinix Beyond Limits Championship", "body": "

Kejohanan MLBB, Infinix Beyond Limits Championship telah melabuhkan tirai pada 25 Jun lalu. Kejohanan yang bermula pada 20 Jun ini adalah hasil kerjasama antara Infinix Malaysia dengan MLBB.\u00a0

Kejohanan ini menjadi sambutan bersempena pelancaran Infinix NOTE 30 Series baru-baru ini, yang menawarkan pengalaman gaming yang menarik.\u00a0

\u201cSebagai jenama yang berdedikasi untuk memperkasakan pengguna kami, Beyond Limits Championship merupakan peluang yang sempurna untuk meraikan keluaran terbaru kami, siri Infinix NOTE 30 yang dikuasakan oleh teknologi FastCharge All-Round,\u201d kata Jackie Chen, pengurus Infinix Malaysia.

Infinix Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan Vampire X Esports yang telah dinobatkan sebagai juara kejohanan ini. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 dan lima unit NOTE 30 PRO. Naib juara, Aespada pula dihadiahkan wang tunai RM1,000 manakala tempat ketiga, IMPERIAL GEOSH1 menerima RM800.\u00a0

Ketiga-tiga pasukan ini juga dihadiahkan lima t-shirt MLBB.

Infinix Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan penaja yang menjayakan kejohanan ini. Tambah mereka, selain ingin menunjukkan inovasi oleh Infinix, acara ini adalah sebagai platform kepada peminat e-sukan untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-malaysia-ucap-tahniah-kepada-pemenang-beyond-limits-championship"} {"title": "Kejohanan Pokemon Unite Pertama Di Malaysia Bermula Julai Ini", "body": "

Penggemar francais Pokemon semestinya akan bersemangat untuk mendengar pembukaan kejohanan Pokemon Unite pertama di Malaysia yang semakin hampir. Pokemon Unite merupakan permainan MOBA dimana selain daripada mengumpul \u2018kill\u2019, objektif utama permainan ini adalah untuk mengumpul sebanyak pokemon yang boleh.\u00a0

Pokemon Unite Malaysia Open 2022 ini mempunyai prize pool sebanyak $20,000 USD dan dibuka untuk semua lapisan masyarakat. Pendaftarannya pula dibuka bermula 27 Julai 2022 sehingga 30 Ogos 2022 dengan rancangan Grand Final yang akan berlangsung pada 10 September 2022.

Kejohanan ini adalah hasil kolaborasi antara Yoodoo dan Pokemon Unite sempena ulang tahun pertama mereka. Selain daripada kejohanan ini, pemain dapat melihat penambahan watak, mod boss rush yang baru dan lain-lain dalam Pokemon Unite nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-pokemon-unite-pertama-di-malaysia-bermula-julai-ini"} {"title": "ADT Esports Dijemput Ke AOV: ASL Winter 2022", "body": "

Kini, terdapat lebih banyak liga Arena Of Valor yang berlangsung di Asia Tenggara. Contohnya liga rasmi ASL Winter 2022 \u00a0yang akan berlangsung di Indonesia bermula 5 Ogos 2022 yang melibatkan 8 pasukan daripada negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina.

Pasukan Malaysia iaitu ADT Esports telah dijemput untuk bermain di liga ini yang juga merupakan tiket bagi pemain profesional untuk bermain di arena Major seperti\u00a0 Arena of Valor International Championship (AIC) dan Arena of Valor World Cup (AWC).

ADT Esports akan bertanding dengan pasukan seperti Dewa United Esports (Indonesia), Archangel (Indonesia), Dunia Games Esports (Indonesia), Imperial Esports (Filipina), Impunity SG (Singapura), AEsir (Indonesia) dan Hertz Reborn (Indonesia) untuk kemenangan prize pool yang berjumlah Rp. 500,000,000 iaitu sebanyak RM 148,772.42.

AOV: ASL Winter akan disiar secara langsung di laman Facebook dan Youtube akaun rasmi Garena AOV atau Garena AOV Indonesia. Oleh itu, mari berikan pasukan tanah air kita sokongan yang padu.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adt-esports-dijemput-ke-aov-asl-winter-2022"} {"title": "Free Fire Perkenalkan Logo Baru", "body": "

Garena akan memperkenalkan rupa baru Free Free sempena kempen kedua mereka iaitu Battle In Style. Bermula 20 Julai, pemain akan dapat melihat logo, ikon, font dan grafik Free Fire yang baru dan lebih menarik, berwarna warni dalam dunia yang lebih menyeronokkan. Selain itu, terdapat juga program tambahan iaitu Free Fire Co-Lab.

Free Fire Co-Lab merupakan inisiatif Garena untuk berkolaborasi bersama pemain untuk menambah baikkan permainan Free Fire. Salah satu kolaborasi mereka ialah bersama Akira Kobayashi dimana beliau menghasilkan font terbaru buat Free Fire.

Pemain juga boleh menikmati aktiviti baru serta ganjaran dalam permainan bermula 20 Julai 2022 sehingga 23 Julai 2022. Daripada interface yang baru sehinggalah sistem buff baru untuk Lone Wolf dan Clash Squad, pemain dapat menuntut ganjaran dalam Free Fire.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-perkenalkan-logo-baru"} {"title": "Netflix Bakal Lancarkan Iklan Pada 2023", "body": "

Memetik sumber daripada Deadline, Netflix dikatakan bakal melancarkan iklan bermula tahun 2023. Ini merupakan rancangan mereka bagi membendung masalah kerugian akibat pelanggan yang semakin berkurang. Netflix kini memberi pilihan kepada pengguna, jika ingin mendapatkan bayaran langganan yang murah, mereka boleh memilih langgan yang mempunyai iklan. Namun jika pelanggan tidak mahukan iklan, mereka boleh membuat langganan seperti biasa.

Dalam pada itu, Netflix juga sedang membuat pembaharuan tentang pelan perkongsian akaun. Mereka mahu memberikan 100 juta lebih isi rumah yang membuat perkongsian langganan secara percuma. Namun, mereka belum mengumumkan negara manakah yang dipilih oleh pihak Netflix. Pada tahun 2023 juga mereka akan membuat tawaran terhadap perkongsian akaun dan menjadikan ianya lebih mudah.

Rancangan ini sebenarnya telah diuji pada negara Amerika Latin dan ianya memberikan impak yang positif. Jadi, mereka sekarang dalam usaha untuk melakukan pada negara-negara lain menjelang tahun 2023. Jadi, pada pendapat anda adakah rancangan yang dibuat oleh pihak Netflix ini bakal menarik lebih ramai pelanggan atau sebaliknya?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-bakal-lancarkan-iklan-pada-2023"} {"title": "Spider-Man: No Way Home The More Fun Stuff Tiba Di Pawagam Malaysia", "body": "

Spider-Man: No Way Home dikatakan bakal ditayangkan di pawagam Malaysia untuk kali kedua. Betul ke? Ya memang betul. Spider-Man: No Way Home bakal ditayangkan untuk kedua kalinya di pawagam Malaysia pada 8 September ini. Namun, filem ini membawa judul baru iaitu \u201cSpider-Man: No Way Home The More Fun Stuff\u201d yang menambah sebanyak 15 minit daripada tempoh tayangan asal.

Mesti ada yang mempersoalkan apa bezanya tayangan ini dengan yang lepas. Dengan penambahan 15 minit, tayangan kali ini pastinya menampilkan beberapa adegan yang telah dipotong. Walau bagaimana, maklumat lengkap tentang Spider-Man: No Way Home The More Fun Stuff ini masih belum dikeluarkan. Mungkin ada kejutan yang dibawakan oleh mereka pada kali ini.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan Spider-Man: No Way Home The More Fun Stuff tiba di pawagam Malaysia pada 8 September 2022. Kepada yang belum menonton filem Spider-Man: No Way Home, ini adalah masa yang sesuai untuk anda membeli tiket tayangan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-no-way-home-the-more-fun-stuff-tiba-di-pawagam-malaysia"} {"title": "Stoned Masuk Farang Guerilla", "body": "

Baru-baru ini, penganjur PMPL MYSGPH Fall Split 2022 telah mengumumkan penukaran Stoned daripada SEM9 ke Farang Guerilla.\u00a0

Stoned merupakan bekas pemain SEM9 yang mendapat tempat ke 11 pada peringkat akhir PMPL MYSGPH Musim Kelima. Ketika permulaan kerjayanya, beliau menyertai 4Rivals dan berkesempatan untuk bermain di peringkat PMGC buat beberapa pusingan.\u00a0

PMPL MYSGPH Fall Split 2022 sudah bermula maka semoga kita dapat melihat Stoned di lineup regular nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/stoned-masuk-farang-guerilla"} {"title": "HomeBois & Geek Fam Dijemput Ke Hyper Front Elite Cup 2022", "body": "

Pada awal Januari 2022 yang lalu, NetEase telah melancarkan permainan FPS mobile mereka iaitu Hyper Front di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan kejohanan pertama mereka iaitu Hyper Front Elite Cup 2022 atau HFEC yang dibahagikan kepada skop Asia Tenggara dan benua Amerika. Bagi Asia Tenggara, 12 pasukan telah dijemput untuk bertanding memenangi wang tunai yang bernilai $50,000 USD.

2022 Hyper Front Elite Cup is about to get underway. Here is an introduction to the tournament!

The Southeast Asia Division will be hosted from 07/30 to 08/28, and the Americas Division will be hosted from 07/30 to 08/07. Let the clash of mastery begin! pic.twitter.com/qTi04XoGUa

\u2014 Hyper Front (@HyperFrontEn) July 17, 2022

Bermula 30 Julai 2022 sehingga 28 Ogos 2022, pasukan tanah air seperti HomeBois dan Geek Fam akan berhadapan dengan pasukan seperti Dunia Games, DEMIGODS ESPORTS, UTG International, KHI Esports, The Infinity, Voin Esport, TEM Entertainment, OMEGA Esport, RSG PH dan Bren Esports.

Saksikan perlawanan nanti yang disiar langsung di akaun rasmi Hyper Front untuk melihat kemampuan pasukan daripada Asia Tenggara dalam skop profesional permainan baru ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homebois-geek-fam-dijemput-ke-hyper-front-elite-cup-2022"} {"title": "Suhaz Esports Bawa Masuk Jurulatih Dari Filipina", "body": "

Suhaz Esports merupakan salah satu daripada lapan pasukan jemputan untuk MPL MY Musim Kesepuluh. Salah satu usaha mereka dalam mempersiapkan pasukan mereka adalah dengan menjemput John Theo Eusobio atau Raizen sebagai jurulatih.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah MPL dimana pasukan tanah air menggunakan khidmat jurulatih daripada Filipina. Menurut temu bual pengurus Suhaz Esports dengan MyGameOn, keputusan ini dibuat sebagai proses pembelajaran dalam menyesuaikan diri pasukan Malaysia menentang gaya permainan negara lain.

Jurulatih Raizen merupakan bekas ketua jurulatih buat Z4 Esports maka dengan pengalaman ini akan membantu ketua jurulatih Kelvin Unting dalam merangka sistem analisis, pelan dan kerangka latihan baru buat pemain mereka.\u00a0\u00a0\u00a0

Selain daripada itu, Suhaz Esports juga menjemput dua pemain daripada Indonesia dengan kontrak dua musim dan pelaburan setahun. Dua pemain ini ialah Rico dan Daffa Swita Sirehar atau lebih dikenali sebagai Sena daripada pasukan RRQ. Disenaraikan dibawah merupakan barisan lineup penuh Suhaz Esports:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/suhaz-esports-bawa-masuk-jurulatih-dari-filipina"} {"title": "Dead by Daylight Berkolaborasi Dengan Attack on Titan", "body": "

Sejak kebelakangan ini, kita mula melihat banyak permainan yang membuat kolaborasi dan crossover dengan anime. Fortnite telah berkolaborasi dengan Naruto dan baru-baru ini, Apex Legends mengadakan event crossover anime bernama Apex Legends Gaiden Event.

Dead by Daylight juga telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan Attack on Titan. Mereka telah mengeluarkan trailer koleksi yang menunjukkan beberapa skin crossover untuk lapan survivor dan dua killer.

Skin crossover untuk survivor yang ditunjukkan adalah Eren, Mikasa, Levi, Annie, Armin, Historia, Hange dan Kenny. Dua skin crossover untuk killer adalah Armored Titan untuk The Oni dan juga War Hammer Titan untuk The Spirit. Koleksi crossover ini tersedia untuk pembelian sekarang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dead-by-daylight-berkolaborasi-dengan-attack-on-titan"} {"title": "Watak-Watak Nickelodeon Bakal Datang Ke Smite", "body": "

Permainan MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang, DOTA 2, League of Legends atau SMITE bukan sahaja popular untuk gameplay-nya. Tetapi mereka juga sangat popular kerana penyesuaian gaya rupa watak-watak yang dimain. Kebanyakan pemain suka membeli skin dan menukar gaya watak kegemaran mereka.

Baru-baru ini, Titan Forge Games telah mengeluarkan trailer sinematik untuk kolaborasi terbaru mereka iaitu dengan Nickelodeon. Kolaborasi ini merangkumi lima skin watak Nickelodeon termasuk Danny Phantom, XJ-9, Invader Zim, Powdered Toastman dan Rocko.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/watak-watak-nickelodeon-bakal-datang-ke-smite"} {"title": "OPI Esports Umumkan Pembubaran OPI PEGASUS", "body": "

OPI PEGASUS merupakan divisi MLBB bagi pasukan esports Indonesia iaitu OPI Esports. Awal-awalnya, peminat berspekulasi mengenai akan pembubarannya apabila diumumkan mereka tidak akan menurut serta dalam MDL ID Musim Kesepuluh yang akan bermula Ogos nanti.

Nampaknya spekulasi ini benar apabila baru-baru ini OPI Esports telah mengeluarkan berita rasmi pemergian pemain divisi MLBB mereka di laman sosial melalui lampiran poster.

Mereka telah mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada pemain seperti Crusher, Chr1sphobia, T4TA, Fazy, Ercan dan Narashi yang telah berkhidmat dibawahnya. OPI Esports juga mendoakan kejayaan mereka dalam perjalanan kehidupan mereka seterusnya

", "url": "https://gamersonduty.com/news/opi-esports-umumkan-pembubaran-opi-pegasus"} {"title": "Coach ChillReX Sertai CRIT VIP", "body": "

Coach ChillRex atau nama sebenarnya Churchill Ensir telah diumumkan menjadi jurulatih CRIT VIP baru-baru ini. Laman Instagram CRIT Esports telah mengeluarkan poster menyambut kedatangan beliau sebagai persedian CRIT VIP buat PMPL Musim akan datang.

Beliau merupakan bekas jurulatih bagi pasukan RSG Malaysia yang telah membantu mereka dalam menjuarai PMPL MYSG Musim Ketiga. Pengalaman beliau dalam melatih pemain untuk PMPL semestinya dapat membantu CRIT VIP dalam perjalanan mereka nanti.

Semoga penambahan beliau mampu membawa CRIT VIP memperoleh kemenangan pertama mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/coach-chillrex-sertai-crit-vip"} {"title": "Tekken: Bloodline Tiba di Netflix 18 Ogos Ini", "body": "

Pada bulan Jun yang lalu, Gamers on Duty telah menyampai berita tentang siri anime Tekken: Bloodline yang bakal ditayangkan di Netflix. Namun ketika itu, maklumat tentang siri anime ini tidaklah begitu lengkap. Baru-baru ini, Netflix secara rasminya telah mengeluarkan trailer untuk anime ini beserta dengan dengan tarikh tayangan sekali.

Siri anime Tekken: Bloodline akan ditayangkan di Netflix pada 18 Ogos 2022. Tekken: Bloodline merupakan sekuel antara Tekken 2 dan Tekken 3. Dalam siri ini, ia menceritakan kembali kisah silam Jin Kazama sebelum beliau menjadi seorang yang hebat. Beliau terpaksa melalui sejarah hitam dimana ibunya telah d bunuh di depan mata beliau sendiri. Sejak dari itu, Jin Kazama menuntut ilmu dengan datuknya sehingga menyeksa diri beliau demi membalas dendam terhadap si pembunuh ibunya.

Siri animasi ciptaan Katsuhiro Harada nampaknya bakal mengegarkan panggung Netflix. Peminat Tekken mahupun anime pasti sedang menantikan kemunculan siri anime ini. Lihat pada trailer yang ditayangkan sahaja sudah membuatkan penonton terasa bahangnya. Jadi, jangan lupa saksikan Tekken: Bloodline pada 18 Ogos ini di platform Netflix.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tekken-bloodline-tiba-di-netflix-18-ogos-ini"} {"title": "RSG LacunaC Naib Johan CAPCOM ProTour Southeast Asia 2022", "body": "

Kebelakangan ini, CAPCOM telah mengadakan Asia Southeast 2022 yang merupakan peringkat kelayakan Asia Tenggara bagi Piala CAPCOM IX yang akan berlangsung pada awal tahun 2023.\u00a0

Permainan perlawanan kompetitif dibawah nama CAPCOM seperti Street Fighter dan lain-lain ini telah dipertandingkan daripada 16 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022 secara atas talian. Salah seorang pemain daripada pasukan RSG iaitu LacunaC telah bersemuka dengan Brandon daripada SIN Singapura di Grand Finals baru-baru ini.

Perlawanan Grand Finals ini sungguh sengit namun dimenangi Brandon dengan skor 3-2. Walaupun dikalahkan, tahniah diucapkan kepada RSG LacunaC dalam usaha dan prestasi beliau mendapatkan tempat naib johan.

Selain itu, RSG MY juga sedang menyambut kedatangan LINKEZAA iaitu pemain MPL yang kembali untuk bermain di MPL MY Musim Kesepuluh kali ini dibawah nama RSG.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-lacunac-naib-johan-capcom-protour-southeast-asia-2022"} {"title": "Duo VeeWise Kembali Untuk Bermain Di MPL PH S10", "body": "

Baru-baru ini, Blacklist International telah mengeluarkan poster roaster terbaru mereka sebagai salah satu persiapan untuk MPL PH Musim Kesepuluh nanti. Dua pemain yang menangkap mata peminat ialah duo VeeWise iaitu OhMyV33nus dan Wise.

Nampaknya, mereka telah kembali ke liga kejohanan setelah berehat untuk satu musim. Selain daripada dua pemain ini, Blacklist International mempunyai barisan pemain dan staf yang hebat seperti yang disenaraikan di bawah:

Kemenangan mereka di M3 dikatakan terikat dengan sumpahan dimana johan musim sebelum tidak akan berjaya untuk mara ke musim akan datang. Sebagai contoh, Blacklist gagal mara ke playoffs untuk MPL PH Musim Kesembilan apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Buat masa sekarang, Kejohanan Dunia Mobile Legends masih lagi tidak mempunyai johan yang berturut-turut. Semoga dengan kembalinya duo popular ini, Blacklist mampu menamatkan sumpahan serta mempertahankan takhta mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/duo-veewise-kembali-untuk-bermain-di-mpl-ph-s10"} {"title": "Orange Esports Memperkenalkan Roaster Terbaru", "body": "

Orange Esports sering kali menggunakan format pinjaman dan kolaborasi bersama pasukan lain untuk bermain di liga kejohanan. Kini, buat kali kedua dalam sejarah mereka akan menghantar sebuah pasukan original untuk MPL MY Musim Kesepuluh.

Poster yang dikeluarkan di Instagram menunjukkan barisan pemain mereka yang terdiri daripada muka regular Valenz sebagai Gold dan Born sebagai EXP Lane. Mereka akan ditemani Stormie dan Subway yang juga merupakan bekas pemain Team SMG.

Stormie juga merupakan pemain berbakat yang digelar pemain terbaik Team SMG. Beliau juga pernah memenangi anugerah MVP ketika bertanding semasa MPL Musim Kesembilan. Selain itu, terdapat Aim yang akan bermain sebagai Tank dan Neo untuk EXP Lane.

Analyst iaitu Haru juga akan berdamping pasukan Orang Esports dalam perjalanan dan usaha mereka untuk menjadi johan di MPL MY Musim Kesepuluh nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/orange-esports-memperkenalkan-roaster-terbaru"} {"title": "Inscryption Bakal Datang Ke PlayStation Bulan Depan", "body": "

Inscryption adalah permainan kad roguelike yang dibangunkan oleh Daniel Mullins Games dan diterbitkan oleh Devolver Digital. Permainan ini dikeluarkan untuk Windows pada 19 Oktober 2021 dan pada 22 Jun 2022, ia dikeluarkan untuk MacOS dan juga Linux.

Lazimnya banyak permainan dari Devolver Digital diutamakan untuk keluaran PC kerana ia biasaynya permainan indie. Permainan-permainan yang dibina dengan penuh hati dan semangat, tetapi mereka tidak mempunyai tag AAA untuk membawanya ke konsol berjenama besar. Tetapi kadangkala, permainan indie tertentu mencapai tahap populariti yang akan membawanya ke PlayStation atau Xbox.

Baru-baru ini, PlayStation telah mengeluarkan trailer baru untuk Inscryption yang menyatakan bahawa permainan ini akan dibawa ke PlayStation. Peminat permainan ini tetapi bermain menggunakan konsol PlayStation akhirnya akan dapat mengalami permainan ini. Inscryption akan dikeluarkan untuk PlayStation pada 30 Ogos 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/inscryption-bakal-datang-ke-playstation-bulan-depan"} {"title": "PlayStation Memperolehi Bungie Dan Juga Repeat.gg", "body": "

Dalam zaman globalisasi ini, segelintir syarikat gergasi sudah bermula untuk gabung atau memperoleh syarikat-syarikat yang lebih kecil. Dalam industri filem, Disney telah mula memperoleh studio dan hak watak sejak beberapa tahun lalu. Ia sampai ke tahap di mana kita tidak tahu apa yang tidak dimiliki oleh Disney.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat beberapa syarikat permainan yang sangat berjaya diperolehi oleh syarikat permainan yang lebih besar. Antaranya ialah Mojang yang telah dibeli oleh Microsoft. Selain itu, Blizzard juga diperolehi oleh Activision.

Baru-baru ini, PlayStation telah memperoleh dua syarikat. Pertamanya adalah Bungie, sebuah studio developer permainan yang popular untuk mencipta siri Halo dan juga kedua-dua permainan Destiny. Selain itu, mereka juga telah memperolehi Repeat.gg iaitu platform global di mana pemain boleh bersaing untuk mendapatkan wang tunai.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-memperolehi-bungie-dan-juga-repeat-gg"} {"title": "Jar of Sparks - Studio AAA Terbaru Oleh Beberapa Tokoh Legenda Dalam Industri Permainan", "body": "

Gergasi teknologi permainan China, NetEase bersedia untuk mengatur pembangunan studio US bernama Jar of Sparks. Mereka mempunyai developer veteran Jerry Hooks yang akan membawa mereka kepada kejayaan.

Studio baharu ini akan ditubuhkan di Seattle, dengan misi \u201cuntuk mencipta generasi baharu permainan aksi berasaskan naratif.\u201d. Dengan mendapatkan kepakaran developer veteran Xbox yang terkenal, syarikat baharu ini mempunyai peluang yang baik untuk mencapai matlamat tersebut.

Paul Crocker, seorang lelaki yang merupakan tokoh terkemuka dalam mencipta naratif untuk Arkham Trilogy akan menolong Jerry Hooks dalam usaha ini. Mereka juga akan bekerjasama dengan Greg Stone. Beliau adalah seorang penerbit untuk Doom dan juga Halo Infinite.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jar-of-sparks-studio-aaa-terbaru-oleh-beberapa-tokoh-legenda-dalam-industri-permainan"} {"title": "Permainan Baru di PS Plus Dan Xbox Game Pass Minggu Ini", "body": "

Dengan kekurangan ruang storan dan harga yang tidak masuk akal bagi permainan-permainan konsol, perkhidmatan langganan bulanan adalah penyelesaian yang sempurna untuk isu-isu tersebut. Perkhidmatan Langganan PS Plus dan Xbox Game Pass mungkin salah satu cara terbaik untuk mengalami permainan segar dan baharu setiap bulan.

Pada bulan ini, PlayStation akan sediakan beberapa permainan yang dinanti-nantikan dan popular seperti Stray. Stray adalah permainan dimana pemain boleh bermain sebagai kucing dan ia akan dikeluarkan di PlayStation sebagai permainan yang termasuk dalam perkhidmatan langganan PS Plus. Selain daripada Stray, PS Plus juga menambahkan permainan Final Fantasy VII Remake Intergrade dan Marvel\u2019s Avengers. Sony juga akan menambahkan beberapa permainan dari francais Assassin\u2019s Creed dan juga Saints Row.

Untuk Xbox Game Pass pula, mereka akan membawa enam permainan kepada senarai permainan bagi bulan ini. Antaranya adalah As Dusk Falls, permainan interaktif baharu yang akan debut di Xbox Game Pass. Permainan lain termasuklah Sins of a Solar Empire: Rebellion, Watch Dogs 2, MotoGP 22, Torment: Tides of Numenera dan juga Inside.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-baru-di-ps-plus-dan-xbox-game-pass-minggu-ini"} {"title": "Tactical Football: EA Perkenal Permainan Bola Sepak Baru Untuk Peranti Mudah Alih", "body": "

EA Sports telah memperkenalkan permainan baru untuk platform mudah alih dangan judul EA Sports Tactical Football. Permainan ini akan diterbitkan Chillingo yang pernah menerbitkan permainan Angry Birds (2009).

Permainan baru ini tidak sama seperti FIFA Mobile kerana menampilkan permainan PVP dan mengikut turutan. Hampir sama dengan siri permainan FIFA Manager, pemain akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pasukan dengan menyediakan taktikal yang berkesan.

Sebanyak 15,000 pemain bola sepak authentic termasuk bintang bola sepak dari liga elit Eropah juga akan ditampilkan dalam permainan ini.Permainan ini juga menawarkan pelbagai mod seperti Friendly Match, World Tour, Rank Match, League dan Guild.

Tactical Football ini juga membenarkan pemain untuk melatih pasukan mereka mempelajari pelbagai skill move Skill move ini dapat diaktifkan menerusi cutscene. Selain itu, pemain juga beleh melakukan custom terhadap stadium dan kit.

Permainan ini sudah tersedia pada platform Android di beberapa negara sahaja iaitu Australia, New Zealand dan Indonesia. Korang perlu menunggu pengemumuman rasmi dari EA mengenai tarikh perlancaran dan ketersediaan permainan di peranti iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tactical-football-ea-perkenal-permainan-bola-sepak-baru-untuk-peranti-mudah-alih"} {"title": "Mobile Legends Lancarkan Event Istimewa Sempena MSC 2023", "body": "

Bersempena dengan pertandingan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2023, Mobile Legends akan melancarkan sebuah event yang akan menampilkan skin terbaru. Event ini akan bermula dari 5 Jun sehingga 18 Jun 2023.

Mobile Legend juga akan memperkenalkan battle pass baru iaitu MSC Event Pass. Pass ini akan tersedia kepada pemain sebaik sahaja event ini dilancarkan. Kos bagi pass ini adalah sebanyak 899 diamonds. Mobile Legends juga menawarkan diskaun 20% pada pembeliaan minggu pertama event ini bermaksud pass ini boleh didapti dengan kos 719 diamonds. Dengan membeli pass ini, pemain akan mendapat skin Rune Sentinel bagi hero Atlas berserta 3500 MSC Coins.

Selain itu, pembangun permainan juga mengadakan event prediction sepanjang pertandingan MSC 2023. Pemain akan mendapat MSC Coins jika mereka meramalkan pasukan manakah yang akan memenangi setiap perlawanan dan menjadi juara pertandingan ini.

Mengenai skin Rune Sentinel bagi hero Atlas, pemain juga boleh mendapatkan secara percuma. Pemain yang melengkapkan kesemua daily MSC pass dan meramalkan kesemua perlawanan dengan betul akan mendapat skin Rune Sentinel ini secara percuma.

Pemain juga dapat membeli Support Chest yang berkos 20 diamonds. Dalam Support Chest ini, terdapat pelbagai menarik seperti MSC Coins dan skin TRIUMPH EAGLE bagi hero Leomord.

Pertandingan MSC 2023 akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja dan bermula pada 10 Jun ini sehingga 18 Jun 2023.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-lancarkan-event-istimewa-sempena-msc-2023"} {"title": "Outplay Pinjam Khidmat Jurulatih Homebois Untuk MSC 2023", "body": "

Wakil wilayah Amerika Utara untuk pertandingan MSC 2023, Outplay telah membuat pengumuman mengenai roster pasukan. Mereka telah melantik jurulatih interim dari Filipina, Steve Vitug atau nama panggilannya, Coach Dale.

Outplay akan meminjam khidmat Coach Dale dari pasukan Homebois untuk persediaan MSC 2023. Outplay akan menggantikan BTK selepas BTK tidak layak kerana tidak menepati syarat pertandingan itu.

Selain Homebois, Coach Dale juga pernah membimbing pasukan Falcon Esports dan ECHO. Antara pencapaian terbaik Coach Dale adalah dia dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada MPL MY musim ke-11 dan\u00a0membawa Falcon Esports menduduki tempat kelima/keenam pada Kejohanan Dunia M4.

Selain Coach Dale, Outplay akan dianggotai pemain seperti URESHIII, Promise, Bestplayer1, Hoon, Basic dan Shark.

Kepakaran Coach Dale amat ditagih oleh pasukan Outplay supaya pasukan tersebut dapat menunjukkan aksi yang bagus di MSC 2023 nanti. MSC 2023 akan bermula pada 10 Jun dan bertempat di Kemboja.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/outplay-pinjam-khidmat-jurulatih-homebois-untuk-msc-2023"} {"title": "Konami Umum Remake Bagi Metal Gear Solid 3", "body": "

Konami telah mengesahkan yang mereka bakal mengeluarkan remake permainan Metal Gear Solid 3: Snake Eater sejak 20 tahun permainan itu dikeluarkan. Sebelum ini, permainan ini dijangka akan keluar di PlayStation 5 dan info terbaru mengatakan permainan ini turut keluar di Xbox Series X/S.

PlayStation Showcase baru-baru ini telah mendedahkan permainan remake Metal Gear Solid 3 itu dan telah diberi nama Metal Gear Solid \u0394: Snake Eater. Lambang \u00a0\u2018\u0394\u2019 ini disebut Delta.

Menerusi teaser trailer yang ditayangkan, ia memaparkan lanskap hutan yang kelihatan familiar dan teaser itu berakhir dengan memfokuskan kepada Snake sambil iringan muzik ikonik oleh Cynthia Harrell. Pelakon suara asal bagi karakter Snake, David Hayter dijangka bakal kembali untuk permainan remake ini.

Selain daripada mendedahkan remake terbabit, Konami juga melancarkan koleksi permainan Metal Gear Solid: Master Collection \u00a0Vol. 1. Koleksi ini mengandungi tiga permainan terawal dalam siri Metal Gear dan dijangka akan dilancarkan pada musim luruh/ fall tahun ini.\u00a0

Metal Gear Solid \u0394: Snake Eater dibangunkan dan dikeluarkan oleh Konami. Tarikh perlancaran bagi permainan yang bakal dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC ini masih belum didedahkan.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/konami-umum-remake-bagi-metal-gear-solid-3"} {"title": "Blizzard Tayang Trailer Live Action Untuk Permainan Diablo 4", "body": "

Blizzard Entertainment telah mendedahkan trailer terbaru bagi permainan video, Diablo 4 menerusi Youtube rasmi Diablo. Menariknya, Blizzard benar-benar serius mempromosikan permainan ini apabila trailer yang ditayangkan adalah dalam bentuk live action dan bukannya footage dalam permainan.\u00a0

Trailer yang menggunakan CGI yang menggagumkan ini sebenarnya menggunakan kepakaran pengarah yang pernah memenangi Oscar, Chloe Zhao. Chloe Zhao memenangi Oscar untuk anugerah Pengarah Terbaik bagi filem Nomadland. Dia juga pernah mengarahkan salah satu filem terbesar dalam francais MCU, Eternals.

Trailer yang berjudul \u201cSaviors Wanted\u201d ini memaparkan beberapa orang dalam dunia Diablo meminta tolong daripada protagonis. Beberapa hero dilihat mencuba yang terbaik untuk menumpaskan raksasa yang menakutkan.

Diablo 4 adalah permainan keempat dalam siri Diablo. Mengenai permainan ini, pemain akan membina karakter mereka daripada setiap kelas iaitu Barbarian, Sorcerer, Druid, Rogue dan Necromancer dan menggunakannya untuk berlawan di dunia Santuary.

Diablo 4 adalah permainan yang dibangunkan oleh Blizzard dan bakal dikeluarkan pada 6 Jun ini di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blizzard-tayang-trailer-live-action-untuk-permainan-diablo-4"} {"title": "Garena Umum Kolaborasi Free Fire Dengan Spider-Man: Across The Spider-Verse", "body": "

Selepas Fortnite, Spider-Man: Across the Spider-Verse akan muncul lagi dalam permainan lain. Kali ini, Free Fire akan menampilkan francais itu selepas Garena mengumumkan kolaborasi antara mereka.\u00a0

Kolaborasi ini akan memberi peluang kepada pemain untuk mengumpul item eksklusif, bermain event mengumpul kad dan mengembara map yang diinspirasikan filem animasi ini. Kolaborasi ini bakal hadir dalam permainan pada 2 Jun ini yang juga tarikh filem ini dikeluarkan.

Selain itu, kolaborasi ini juga akan menampilkan watak utama dari filem Spider-Man: Across the Spider-Verse seperti Miles Morales, Gwen Stacy atau dikenali Spider-Gwen dan Spider-Man 2099. Mereka akan disertai karakter Free Fire lain iaitu Kelly, Shirou dan Maxim.

Mengenai event yang bakal diadakan pada 2 Jun sehingga 18 Jun ini, event yang dinamakan Enter The Spider-Verse memberi peluang pemain untuk memenangi item beg galas Spider-Verse, pet skin dan emote. Pemain perlu menyelesaikan misi untuk mengumpul kad karakter Free Fire dan filem ini.

Bahkan bukan itu sahaja, satu mod parkour dinamakan Spider-Verse juga akan muncul membolehkan pemain mengenakan kostum Spider-Man sambil menghayun sekitar bandar. Mod ini dapat dimainkan pada 9 Jun ini.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/garena-umum-kolaborasi-free-fire-dengan-spider-man-across-the-spider-verse"} {"title": "Undawn, Permainan RPG Survival Bakal Dilancarkan Pada 15 Jun Ini!", "body": "

Level Infinite dan Lightspeed Studios telah mengumumkan bahawa permainan Undawn bakal dilancarkan secara global pada 15 Jun ini. Perlancaran permainan ini akan melibatkan platform Android , iOS dan PC.

Undawn adalah permainan survival RPG di mana pemain perlu mengumpulkan barang keperluan dan membina kubu yang kuat dalam dunia yang dipenuhi zombi. Undawn juga menampilkan PvP dan PvE menyebabkan pemain perlu menentang zombi dan pemain lain juga.

Tencent juga telah mengesahkan bahawa permainan ini akan menampilkan aktor Hollywood yang terkenal iaitu Will Smith. Will Smith akan tampil sebagai karakter Trey Jones yang ditugaskan membantu pemain dengan memberi tunjuk kepada pemain cara-cara untuk survive. Menariknya, idea di sebalik karakter Trey Jones adalah watak yang pernah dilakonkan Will Smith dalam filem I Am Legend.

Pemain kini boleh melakukan pre-register untuk mencuba permainan ini terlebih awal. Pemain yang register awal juga akan mendapat hadiah seperti matawang permainan, ubat-ubatan, kostum dan banyak lagi barang keperluan.

Undawn adalah permainan yang dibangunkan Lightspeed Studios dan diterbikan Level Infinite. Permainan ini bakal dikeluarkan pada 15 Jun ini di platform Android, iOS dan PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/undawn-permainan-rpg-survival-zombi-bakal-lancar-15-jun-ini"} {"title": "Les' Copaque Dihentam Netizen Disebabkan Video Podcast", "body": "

Baru-baru ini video podcast terbaru yang dikeluarkan oleh Les' Copaque telah dihentam oleh netizen kerana dikatakan telah memburuk-burukkan pekerja dan bekas pekerja mereka di dalam video podcast tersebut.

Untuk pengetahuan umum, Les' Copaque merupakan sebuah syarikat animasi tempatan yang popular dengan animasi Upin dan Ipin.

Dalam Podcast yang bertajuk \u201cDrama Di Lokasi Pengambaran\u201d itu, ianya telah dihadiri oleh Special Project Manager, Creative Content Director, Lead Scriptwriter & Production Coordinator dan HR Manager Les' Copaque menceritakan tentang drama dan \u201ctoxic culture\u201d di syarikat animasi tersebut.

Antara topik yang dibincangkan adalah tentang bagaimana bekas pekerja mereka masih berkawan dan menjaga hubungan baik mereka dengan pekerja lain yang dianggap tidak \u201cMove On\u201d seperti apa yang telah dikatakan oleh Nor Aizan Embong yang merupakan Lead Scriptwriter & Production Coordinator, Les\u2019 Copaque Production.

Mereka juga turut menceritakan yang HR selalu memerhati akaun media sosial pekerja bagi memastikan pekerja-pekerja tidak memburukkan nama syarikat di mana-mana sosial media.\u00a0

Podcast ini telah mendapat banyak komen yang negatif yang mana rata-rata komen menghentam tindakan pengurusan memburukkan pekerja dan bekas pekerja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/les-copaque-dihentam-netizen-disebabkan-video-podcast"} {"title": "Ura-Ura Pabz Dan Panda Sedang Mencari Pasukan Baru", "body": "

Pada MPL MY Musim Kesebelas, Team HAQ boleh dikatakan tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka apabila telah tewas ketika di Regular Season.\u00a0

Mereka telah mendapat tempat kedua terbawah dan ini membuatkan juara MPL MY Musim Kesepuluh itu terpaksa bermula dari Qualifier balik untuk MPL MY S12 akan datang.

Baru-baru ini, jurulatih Team HAQ iaitu Pabz dan juga Roamer mereka iaitu Panda dilihat memuat-naik Instagram Stories dengan ayat \u201cLFT\u201d. Bagi yang tidak tahu, LFT dalam terma permainan video bermaksud \u201cLooking For Team\u201d ataupun \"Sedang Mencari Pasukan\".\u00a0

Ini membuatkan ramai yang tertanya adakah Pabz dan Panda tidak lagi bersama dengan Team HAQ?\u00a0

Selepas MPL MY S11, Team HAQ telah melakukan Open Tryout bagi mencari ahli pasukan yang baru. Menurut khabar angin, kesemua line-up Team HAQ untuk MPL MY S11 itu juga akan memasuki Open Tryout tersebut.\u00a0

Dan pada posting roster mereka untuk Kejohanan Snapdragon Pro Series Mobile Legends Bang Bang! juga tidak memperlihatkan Panda dalam line-up mereka. Sebaliknya Zai dan AL yang telah dimasukkan. Ini telah menguatkan lagi khabar angin yang Panda tidak lagi bersama dengan pasukan tersebut.\u00a0

Buat masa sekarang, kita cuma mampu menunggu statement rasmi dari Team HAQ.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ura-ura-pabz-dan-panda-sedang-mencari-pasukan-baru"} {"title": "MobaZane Mohon Maaf Selepas Dengar Penjelasan Assassin Dave", "body": "

Michael Cosgun atau lebih dikenali sebagai MobaZane telah mengemukakan permohonan maaf kepada caster NACT Spring 2023, Assassin Dave atas sebab salah faham mengenai MSC 2023 menerusi pernyataan di YouTube.

Dalam permohonan maaf terbabit, MobaZane meminta maaf kepada Assassin Dave selepas mempercayai bahawa Dave tidak menyebelahi BTK untuk ke MSC. Dia juga mengatakan mengalami kemurungan selepas mendengar keputusan MSC untuk membatalkan penyertaan BTK.\u00a0

BTK tidak dapat beraksi ke MSC 2023 selepas gagal menemui kriteria pertandingan. BTK tidak dapat berbuat demikian kerana dua orang ahli pasukan itu mengalami masalah passport dan gagal mendapat kebenaran dari penjaga.

Dalam permohonan maaf tersebut itu juga MobaZane meminta maaf kepada Outplay dan memberi sokongan kepada mereka yang beraksi di MSC nanti.

MobaZane sebelum ini telah menuduh Assassin Dave membantu supaya pasukan Outplay dapat beraksi di MSC 2023 dan menggantikan BTK. Dalam suatu livestream, MobaZane memberitahu kepada penonton strimnya bahawa Dave telah dibayar Outplay untuk memanipulasi proses pemilihan ke MSC 2023.

Assassin Dave mendakwa tuduhan MobaZane adalah tidak benar kerana dia sebenarnya sedang membantu BTK untuk beraksi di MSC. Dave menjelaskan tuduhan terbabit telah merosakkan reputasi dia dan syarikat majikannya, Foreign Famous.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobazane-mohon-maaf-selepas-dengar-penjelasan-assassin-dave"} {"title": "Imsomniac Akhirnya Dedahkan Gameplay Permainan Spider-Man 2", "body": "

Sony baru-baru ini telah mengadakan PlayStation Showcase dan kemaskini terbaru mengenai permainan Spider-Man 2 telah terdedah melalui livestream ini. Sony telah menayangkan gameplay daripada permainan ini selama 12 minit.

Dalam gameplay yang didedahkan itu, Imsomniac Games selaku pembangun permainan ini telah memaparkan Miles Morales dan Peter Parker bekerjasama menentang penjahat iaitu Kraven dan The Lizard.

Mereka juga mendedahkan bagaimana Peter Parker menggunakan keupayaan suit symbiote yang tampak sangat cool. Pemain juga akan mendapat kelebihan untuk bertukar antara karakter Peter dan Miles.\u00a0

Spider-Man 2 diumumkan pertama kali pada September 2021 dan kali terakhir kita diketahui mengenai permainan ini adalah melalui trailer yang memaparkan Venom sebagai penjahat. Venom akan muncul memandangkan Peter memakai suit symbiote Venom.

Walaupun gameplay telah didedahkan, Imsoniac masih merahsiakan lagi tarikh sebenar dan hanya memberitahu permainan ini hanya akan keluar sekitar musim luruh/ fall tahun ini. Permainan ini akan keluar di platform PlayStation 5 sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/imsomniac-akhirnya-dedahkan-gameplay-permainan-spider-man-2"} {"title": "Infinix Lancarkan Dua Varian Note 30 Di Malaysia", "body": "

Infinix telah melancarkan tiga model peranti pintar dalam siri Note 30. Namun, hanya akan ada dua model peranti pintar yang dibawa ke Malaysia. Peranti dalam siri itu yang akan dilancarkan di negara ini adalah Infinix Note 30 dan Note 30 Pro.\u00a0

Persamaan antara kedua-dua peranti ini adalah mempunyai NFC serta 8GB RAM dan ruang storan sebanyak 256GB. Selain itu, kolaborasi dengan JBL baru-baru ini akan memperlihatkan kedua-dua peranti ini menggunakan audio stereo yang ditala dari JBL.

Mengenai Infinix Note 30 Pro, tumpuan utama peranti ini adalah sistem pengecasannya. Didatangkan dengan pengecasan 68W yang pantas, korang dapat cas sehingga 80% dalam masa cuma 30 minit. Di samping itu, peranti ini juga didatangkan reverse wireless charging 15W. \u00a0

Antara spesifikasi lain Infinix Note 30 Pro adalah ianya mempunyai paparan AMOLED FHD+ dengan saiz skrin sebesar 6.67 inci. Peranti ini juga dipasang cip pemprossesan MediaTek Helio G99 dan kapasiti bateri sebesar 5000mAh.

Pada bahagian kamera, peranti ini mempunyai tiga kamera dengan kamera utama 108MP, 2MP depth sensor dan kamera AI di belakang dan kamera swafoto 32MP di depan.

Untuk Infinix Note 30, skrinnya lebih besar dengan saiz 6.78 inci dan menggunakan paparan IPS LCD FHD+, cip pemprossesan MediaTek Helio G99 dan kapasiti bater 5000mAh.

Dari sudut kamera, di belakang peranti terdapat tiga kamera, kamera utama 64MP, 2MP depth sensor dan kamera AI. Kamera swafoto 16MP dimuatkan di hadapan.

Berbanding Note 30 Pro, Note 30 tidak menyokong reverse charging tanpa wayar. Pengecasan juga hanya mampu sehingga 45W.

Kedua-dua peranti pintar ini sudah mula dijual hari ini, 25 Mei di stor rasmi Infinix di Shopee, Lazada dan TikTok serta pengedar yang sah. Infinix Note 30 Pro tersedia dalam pilihan warna Magic Black dan Variable dengan harga RM899. Note 30 berharga RM699 dan tersedia dalam pilihan warna Obsidian Black, Interstellar Blue dan Sunset Gold.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-lancarkan-dua-varian-note-30-di-malaysia"} {"title": "FreeYond Taja BAM Untuk Bantu Atlet Negara", "body": "

Sebuah syarikat elektronik yang berpangkalan di China, FreeYond akan bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Fast Energy Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia telah menandatangani dengan BAM selama satu tahun untuk meningkatkan kemajuan badminton negara ini.

Tandatangan penajaan ini telah ditandatangani oleh Presiden BAM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holding Berhad, Mr. Vincent Tan Wye Chuan.

Kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen FreeYond untuk menyokong sukan badminton dan atlet negara ini dengan menyumbang bantuan kewangan. Sumbangan ini akan membantu persediaan pemain badminton negara kita yang akan berjuang untuk layak ke Olimpik Paris yang bakal diadakan tahun depan.

Menurut Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, kerjasama ini telah memberi inisiatif kepada BAM untuk menghantar beberapa pemain badminton negara berlatih di Akademik Badminton Li Yongbo yang bertempat di China.

FreeYond dikenali kerana menawarkan produk elektronik yang mempunyai berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. FreeYond yang menasarkan pelanggan seperti peminat sukan dan golongan professional, telah melancarkan pelbagai produk seperti peranti pintar M5 dan F9, jam pintar F1 dan earphone Pods 1.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/freeyond-taja-bam-untuk-bantu-atlet-negara"} {"title": "Alan Wake 2 Bakal Tiba Oktober Ini, Kata Pelakon Suara", "body": "

Sejak diumumkan pada tahun 2021 lalu, sekuel kepada permainan Alan Wake iaitu Alan Wake 2 nampaknya bakal keluar pada bulan Oktober tahun ini. Perkara ini telah didedahkan oleh salah seorang pelakon suara permainan tersebut.\u00a0

Pelakon suara tersebut, Matthew Perotta yang meminjamkan suaranya untuk karakter Alan Wake mendedahkan Alan Wake 2 bakal tiba Oktober ini ketika sesi podcast Monsters, Madness dan Magic. Tambahnya, dia baru sahaja berada di Finland untuk bekerja dalam pembangunan permainan itu.

Buat masa sekarang, pemain perlu menerima berita ini dengan jangkaan yang kecil kerana tarikh ini masih belum dipastikan daripada pihak pembangun. Pemain perlu menunggu berita rasmi dari Remedy Entertainment mengenai tarikh perlancaran permainan ini.\u00a0

Dengan proses pembangunan yang hampir tamat, perlancaran permainan ini mungkin akan diketahui pada bulan ini semasa PlayStation Showcase atau program Xbox Summer.

Alan Wake 2 masih dalam proses pembangunan dan bakal menemui pemain menerusi platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alan-wake-2-bakal-tiba-oktober-ini-kata-pelakon-suara"} {"title": "Spesifikasi Mortal Kombat 1 Untuk Platform PC Kini Terdedah", "body": "

NetherRealm Studios dan Warner Bros. Games telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan baru yang merupakan reboot untuk siri permainan popular, Mortal Kombat. Permainan itu diberi judul Mortal Kombat 1.

Steam telah mendedahkan spesifikasi untuk memuat turun permainan ini di platform PC. Permainan ini sepertinya juga boleh dimainkan di PC yang kurang canggih. Spec minimum yang diperlukan adalah 8GB RAM dan kad grafik GTX 980/ Radeon RX 470/ Intel Arc A750.\u00a0

Akan tetapi, ramai orang menyuarakan ruang storan adalah terlalu besar dan korang mungkin perlu membuang beberapa permainan lama dalam PC. Menurut Steam, Mortal Kombat 1 memerlukan ruang storan sebanyak 100GB. Ruang storan sebesar ini mungkin akan memberi kesan kepada pemain yang mempunyai permainan besar yang lain seperti Call of Duty: Modern Warfare 2.

Berikut adalah system requirements untuk rujukan korang:

Minimum:

Recommended:

Reboot ini akan menyambung jalan cerita daripada Mortal Kombat 11. Mortal Kombat 1 akan menampilkan suatu mod penceritaan, online multiplayer yang mempunyai ciri rollback netcode dan mod offline. Beberapa watak yang tersedia adalah Liu Kang, Scorpion, Sub-Zero, Raiden, Johnny Cage, Kung Lao, Kitana, Mileena dan Shang Tsung.

Mortal Kombat 1 bakal dilancarkan pada 19 September ini di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spesifikasi-mortal-kombat-1-untuk-platform-pc-kini-terdedah"} {"title": "Senarai Pasukan Dan Jadual Lengkap Mobile Legends: Southeast Asia Cup 2023", "body": "

ARTIKEL INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA

\u00a0

Pada bulan depan, Moonton bakal adakan pertandingan Mobile Legends: Southeast Asia Cup 2023 atau lebih dikenali sebagai MSC 2023. Pertandingan ini adalah untuk mencari pasukan yang terbaik dari rantau Asia Tenggara. Namun, untuk edisi tahun ini terdapat juga pasukan luar yang layak menyertai pertandingan kali ini.

Pertandingan ini bakal diadakan Phnom Penh, Kemboja dan akan bermula pada 10 Jun sehingga 18 Jun ini. Kesemua pasukan perlu melalui peringkat kumpulan dahulu sebelum layak ke pusingan playoff. Peringkat kumpulan akan bermula dari 10 Jun sehingga 13 Jun dan pusingan playoff akan bermula dari 15 Jun sehingga 18 Jun.

MSC 2023 akan disertai 12 pasukan dari pelbagai negara. Indonesia dan Filipina masing-masing akan mempunyai dua pasukan, manakala Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja akan mempunyai satu wakil. Laos juga mempunyai satu pasukan selepas layak menerusi Kelayakan Mekong.

Selain itu, edisi tahun ini menyaksikan beberapa pasukan luar dari Asia Tenggara akan beraksi. Tiga pasukan dari wilayah Amerika Utara, Turki dan Timur Tengah & Afrika Utara akan menyertai MSC kali ini.

Berikut adalah senarai lengkap pasukan yang akan menyertai MSC 2023.\u00a0

Indonesia

Filipina

Malaysia\u00a0

Singapura

Kemboja\u00a0

Myanmar

Mekong (Laos)\u00a0

Timur Tengah & Afrika Utara

Turki

Amerika Utara\u00a0

Untuk wakil Amerika Utara, BloodThirstyKings (BTK) pada awalnya layak atas tiket menjadi juara NACT Spring 2023 namun tidak dapat menyertai kerana tidak menemui kriteria yang memerlukan minimum tujuh orang ahli pasukan. Outplay akan menggantikan pasukan BTK sebagai naib juara NACT Spring 2023.\u00a0

Peringkat Kumpulan akan bermula pada 10 Jun sehingga 13 Jun 2023. Playoff bermula 15 Jun sehingga 17 Jun 2023 dan Grand Final pada 18 June 2023. Korang yang ingin menyaksikan MSC 2023, korang boleh tonton pertandingan ini secara langsung di Youtube rasmi Mobile Legends: Bang Bang.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-ini-yang-korang-perlu-tahu-mengenai-msc-2023"} {"title": "2 Permainan Dead By Daylight Kini Dalam Proses Pembangunan", "body": "

Pembangun permainan Dead By Daylight, Behaviour Interactive mengesahkan dua permainan horror dari francais itu sedang dalam proses pembangunan.

Permainan pertama kini dalam pembangunan di bawah syarikat Supermassive Games yang dikenali dengan penghasilan permainan horror mereka sendiri seperti Until Dawn dan The Quarry. Satu kenyataan media melaporkan bahawa permainan ini akan membawa pemain untuk membuat 'pilihan antara hidup dan mati' sebagaimana permainan Supermassive yang lain.

Satu lagi judul permainan akan dibangunkan oleh Midwinter Entertainment. Permainan ini dijangka akan menjadi permainan co-op multiplayer dimana pemain akan bekerjasama dan bukan bertarung sesama mereka. \u00a0

Selain permainan video, francais ini juga bakal dikembangkan ke industri perfileman. Filem adaptasi daripada Dead By Daylight akan dihasilkan oleh Atomic Monster dan Blumhouse. Producer filem ini iaitu James Wan masih sedang mencari pengarah dan screenwriter bagi filem ini.

Dead By Daylight bahkan akan muncul dalam bentuk komik. Isu pertama komik ini yang diterbitkan Titan Comic akan dilancarkan secara fizikal dan digital pada awal Jun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/2-permainan-dead-by-daylight-kini-dalam-proses-pembangunan"} {"title": "Imsoniac Dedahkan Spider-Man 2 Adalah Permainan Single Player", "body": "

Pembuat permainan Marvel's Spider-Man 2, Imsomniac Games telah mengesahkan bahawa permainan yang bakal tiba adalah single-player dan bukannya co-op seperti yang diperkatakan salah seorang pelakon suara.\u00a0

Penjelasan mengenai perkara ini hadir selepas seorang peminat bertanyakan di Twitter jika permainan itu akan ada co-op. Imsomniac merespon \u201cTidak! Ianya akan menjadi pengembaraan single-player yang epik!\u201d

Pertanyaan peminat ini mungkin berkaitan dengan penjelasan pelakon suara bagi karakter Miles Morales, Nadji Jeter yang mengatakan permainan ini mungkin akan menampilkan permainan co-op. Sebahagian peminat berteori akan ada misi yang menggunakan co-op seperti yang didedahkan Jeter.\u00a0

Sejak didedahkan pada PlayStation Showcase 2021, Imsomniac tidak membuka mulut dan tidak memberi sebarang berita mengenai permainan ini. PlayStation Showcase yang bakal diadakan 24 Mei diharapkan untuk memberi lebih banyak maklumat seperti identiti Venom yang peminat andaikan Harry Osborn yang akan menggunakan symbiote itu.

Marvel's Spider-Man 2 dikatakan bakal dilancarkan pada musim luruh ini dan tersedia secara eksklusif di platform PlayStation 5. Pelakon suara karakter Venom, Tony Todd mendedahkan permainan ini bakal dikeluarkan sekitar bulan September ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/imsoniac-dedahkan-spider-man-2-adalah-permainan-single-player"} {"title": "Miles Morales Bakal Hadir Dalam Fortnite", "body": "

Epic Games telah mengesahkan skin Miles Morales dan Spider-Man 2099 bakal tiba dalam permainan Fortnite pada 23 Mei ini sebagai sambutan untuk filem akan datang iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse.

Pemain Fortnite dan penggemar Spider-Man boleh menonton video pendek yang dihasilkan Epic Games, memaparkan Miles berayun di sekitar bangunan dan kemunculan Spider-Man 2099 di sebalik kaca bangunan yang pecah.

Skin bagi dua watak ini akan membuat kemunculan di Fortnite pada update minggu ini. Skin ini akan tersedia untuk pembelian dalam stor permainan dan pemain berpeluang untuk membeli dan mencuba menggunakan skin ini sebelum tibanya filem yang dinantikan tahun ini di pawagam.

Filem itu akan menampilkan karakter baru seperti Spider-Man 2099 atau nama sebenarnya, Miguel O' Hara. Trailer filem animasi ini menunjukkan Miguel berperwatakan seperti seorang antagonis.\u00a0

Spider-Man: Across the Spider-Verse bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Jun ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/miles-morales-bakal-tampil-di-fortnite"} {"title": "BTK Terlepas Slot Ke MSC 2023 Selepas Gagal Penuhi Kriteria", "body": "

Pasukan Mobile Legend dari wilayah Amerika Utara, BloodThirstyKings (BTK) telah kehilangan tiket untuk beraksi di MSC 2023 selepas gagal menepati kriteria pertandingan. Moonton mengumumkan yang naib juara NACT Spring 2023, pasukan Outplay akan menggantikan BTK bagi pertandingan MSC 2023 nanti.

Walaupun memenangi NACT Spring 2023 dan menempah slot ke MSC 2023, pasukan itu gagal menepati kriteria selepas menghadapi beberapa isu seperti passport dan kebenaran penjaga.\u00a0

Mobile Legends Esport dalam satu post Facebook menyatakan, \"salah seorang pemain BTK tidak mempunyai passport yang sah, dan seorang lagi pemain tidak mendapat kebenaran daripada penjaga menyebabkan mereka tidak dapat menepati kriteria.

Menurut peraturan pertandingan MSC 2023, setiap pasukan mestilah mempunyai jumlah minimum 7 ahli pasukan termasuk seorang jurulatih, lima orang pemain starter dan seorang pemain gantian.

Sebahagian peminat BTK juga kecewa kerana tidak menggunakan pemain yang sama.Terdapat juga peraturan yang mengatakan barisan pemain bagi pertandingan MSC 2023 adalah perlu sama dengan barisan pemain yang berhempas pulas untuk layak ke MSC.\u00a0

Pertandingan MSC 2023 akan diadakan di Phnom Penh bermula 10 Jun ini. Pertandingan ini bukan sahaja memperlihatkan pasukan dari Asia Tenggara bahkan dari Turki, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/btk-terlepas-slot-ke-msc-2023-selepas-gagal-temui-kriteria-pertandingan"} {"title": "Mobile Legends: Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Update Patch 1.7.74", "body": "

Untuk update 1.7.74 akan datang, developer bagi Mobile Legends kini sedang giat melakukan beberapa perubahan antaranya perlarasan hero, perubahan equipment dan medan perang.\u00a0

Antara hero yang terlibat dalam perubahan pada update akan datang adalah Novaria dan Valentina yang akan di seimbangkan sedikit keupayaan mereka manakala Minotaur, Bane, Faramis, Arlott, dan Harley akan di nerf.

Novaria\u00a0

Developer akan mengoptimumkan skill set bagi Novaria. Sementara itu, 'explosion damage' bagi Astral Sphere akan meningkat berdasarkan jarak perjalanan.

Passive (\u2191)

Effect baru: Keupayaan Astral Spheres bagi Novaria akan terus memperlahankan musuh berdekatan dengan sebanyak 30%. Apabila meletup, Magic Damage akan memberikan effect bersamaan 240-500 + 48% \u00a0Total Magic Power + 4%-6% daripada maksimum HP.

Skill 1 (~)

Effect yang diubahsuai: Penggunaan Astral Sphere di kawasan sasaran akan memberikan kerosakan berterusan selama 3 saat, selepas ia meletup, memberikan Magic Damage bersamaan dengan 240-500 + 48%.

Total Magic Power + 496-6% daripada maksimum HP yang disasarkan dan meningkatkan Passive kepada 250% daripada \u2018base effect\u2019(30% kepada 75%).

Skill 2 (\u2193)

Damage: 300-550 + \u00a060% Total Magic Power + 5%-7.5% HP Maksimum sasaran >> 240-500 + 48% Total Magic Power + 4%-6% HP maksimum sasaran (sama sepertti Passive).

Explosion damage bagi Astral Sphere akan meningkat berdasarkan jarak perjalanan: 200% >> 250%

Ultimate (~)

Kos Mana: 150-300 >> 350-750

Effect baru: Skill 2 tidak lagi memerlukan Mana ketika mengeluarkan Ultimate-nya.

\u00a0

Valentina

Ultimate bagi Valentina terlalu kuat menentang beberapa hero tetapi agak lemah dengan beberapa hero. Developer akan balance sedikit hero ini.\u00a0

Cooldown berdasarkan ultimate yang dicuri tetapi tidak boleh bawah 10s.

\u00a0

Minotaur\u00a0

Developer melakukan beberapa perubahan bagi Minotaur kerana menjadi terlalu kuat selepas mechanism Rage dibuang.

Passive (\u2193)

Pengurangan Hybrid Defense dalam mengawal musuh: 5 + 1 Hero Level >> 5 + 0.5 Hero Level

Peningkatan Hybrid Defense dalam menyembuhkan rakan pasukan: 5 + 1 Hero Level >> 5 + 0.5 Hero Level

Skill 1 (\u2193)

Cooldown: 8-5.5s >> 12-9.5s

Skill 2 (\u2191)

Cooldown: 12-9.5s >> 10-7.5s

\u00a0

Bane

Passive (\u2193)

\u2018Enhanced Basic Attacks\u2019 bagi hero ini tidak lagi memperlahankan musuh.

Skill 1 (\u2193)

Cooldown: 6-4s >> 8-6s

Pengurangan Cooldown untuk setiap 100 \u2018Physical Attack\u2019 : 5% >> 8%

\u00a0

Faramis\u00a0

Ultimate bagi Faramis adalah terlalu kuat, jadi developer mengurangkan ketahanannya dan potensi kerosakan dalam pertarungan berpasukan.
\u00a0

Skill 1 (\u2193)

Peningkatan Hybrid Defense: 50-100 >> 25-50

Skill 2 (~)

Base Damage: 330-480 >> 350-500

Split Damage: 200-300 >> 175-250

\u00a0

Arlott\u00a0

Skill 2 (\u2193)

Pemulihan HP : 7%-12% >>5%-10%

\u00a0

Harley\u00a0

Skill 2 (\u2193)

Cooldown: 10-8s >> 12-9s

\u00a0

Selain pelarasan beberapa hero, terdapat juga beberapa perubahan terhadap equipment.

Cursed Helmet dan Molten Essence (\u2193)

Sesetengah hero clear Jungle terlalu pantas pada awal dan pertengahan permainan jadi developer akan mengubahnya.

Unique Passive - Burning Soul (\u2193)

Peningkatan 'damage' untuk Minions dan Creeps 210%-350% >> 140%-350%

\u00a0

Antara perubahan lain:

Dalam pada itu, developer juga akan menambah fungsi dan acara baru dalam permainan supaya pemain faham akan \u2018Battle Setups\u2019 dan 'Revamped Emblems'.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-ini-yang-ada-perlu-tahu-tentang-update-patch-1-7-74"} {"title": "PUBG Mobile Sambut Ramadan Dengan Kempen Golden Moon: The Tides", "body": "

Salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, PUBG Mobile akan menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan memperkenalkan kempen Golden Moon: The Tides. The Tides akan mengisahkan sebuah keluarga yang mulanya berpecah-belah akan bersatu kembali menentang musuh yang mereka tidak jangka.

Drop into #PUBGMOBILE for \ud83c\udf15 Golden Moon: The Tides! \ud83c\udf0a

Snatch the Resplendent Prince & Crescent Princess Sets, discover Golden Moon Crates & more!

\ud83d\udcf2 https://t.co/bouW9yNqGX #goldenmoon2023 #PUBGMOBILEC4S11 pic.twitter.com/0myyJ8sx6y

\u2014 PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) March 22, 2023

Kempen The Tides ini juga bukan sahaja akan menyampaikan jalan cerita yang menarik, tetapi The Tides juga memperlihatkan banyak kandungan baru seperti Golden Moon Crate, Moondrop Eterna Event, dan juga Golden Moon Bazaar yang telah bermula 6 April lalu.

Pemain kini boleh menonton perlancaran rasmi Golden Moon Bazaar di lobi PUBG Mobile. Di dalam Golden Moon Bazaar ini juga mengandungi pelbagai events seperti Golden Moon Treasure, Golden Moon Showdown, Golden Moon Blessing, Popularity Ranking, dan Eid al-Fitr Feast. Pemain juga boleh mendapat beberapa hadiah eksklusif seperti set Tide Soldier tetapi mereka harus cepat kerana Golden Moon Bazaar akan tamat selepas 30 April ini.

Crate baru Golden Moon akan mengandungi set Crescent Princess, set Resplendent Prince set, serta set Golden Prince / Dancing Princess / Golden Trigger, yang boleh diakses sehingga 14 April ini. \u00a0

Manakala dalam event Moondrop Eterna yang tersedia sehingga 26 April ini, pemain boleh mendapatkan senjata baru, \u2018M249 Upgradeable Rifle\u2019 dan set Ultimate Moondrop Eterna.

PUBG Mobile adalah permainan battle royale yang dibuat oleh LightSpeed & Quantum Studio dan diterbitkan Tencent Games. Permainan ini boleh didapati di platform Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-sambut-ramadan-dengan-kempen-golden-moon-the-tides"} {"title": "Gundam Breaker Mobile Umum Penutupan Rasmi Mulai 5 Jun Ini", "body": "

Permainan video Gundam Breaker Mobile mengumumkan secara rasmi penutupan permainan tersebut bermula 5 Jun ini. Sebab utama penutupan permainan ini tidak diketahui.

[Important] End of Service Announcement
We regret to announce that the service for GUNDAM BREAKER MOBILE will be ending on June 4th, 2023 (PDT).
For more information, please refer to the official website or in-game news.https://t.co/6nTkgurvNf#GBMobile

\u2014 GUNDAM BREAKER MOBILE (@GundamBattleGW) April 5, 2023

Walaupun pemain boleh bermain sehingga tarikh penutupan, pembelian Haro Chips akan dihentikan. Ini bermakna jika pemain masih mempunyai Haro Chips, mereka perlu menghabiskannya sebelum tarikh penutupan.

Gundam Breaker Mobile atau juga dikenali Gundam Battle Gunpla Warfare mula dikeluarkan pada 30 Julai 2019. Permainan mudah alih ini diadaptasi daripada siri konsol Gundam Battle yang juga berdasarkan dari manga sains fiksyen dengan tajuk yang sama.\u00a0

Mengenai permainan ini, permainan ini mencabar pemain memenangi 'Gunpla Battle', di mana pemain akan robot Gundam mereka sendiri (juga disebut Gunpla) dan bertempur dengan pemain Gunpla yang lain.\u00a0

Permainan ini dibuat oleh Bandai Namco dikeluarkan di platform Android dan iOS. Bagi mereka yang ingin bermain permainan ini, mereka boleh memuat turun di Google Play Store dan Apps Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gundam-breaker-mobile-umum-penutupan-rasmi-mulai-5-jun-ini"} {"title": "Tampilkan Kamera 200MP Yang Pertama, Siri Redmi Note 12 Mula Dilancarkan Di Malaysia", "body": "

Xiaomi secara rasmi melancarkan siri baru Redmi Note 12 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G. Ketiga-tiga model telefon ini akan ada di pasaran Malaysia bermula 14 April ini.

Ciri utama yang menarik minat peminat fotografi adalah pada model Redmi Note 12 Pro+ 5G yang menggunakan kamera belakang 200MP. Ini adalah kali pertama telefon pintar menggunakan kamera belakang 200MP!

Antara spesifikasi lain bagi model ini ialah ia dilengkapi skrin AMOLED, dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 serta mengokong pengecasan pantas sehingga 120W dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh.\u00a0

Seterusnya, siri ini juga menampilkan model Redmi Note 12 dengan harga mampu milik. Model ini dilengkapi tiga kamera belakang, 50MP kamera utama serta dipasang skrin AMOLED serta dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 685. Kapasiti bateri adalah sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.\u00a0

Untuk mengetahui harga ketiga-ketiga model ini:

Bagi korang yang ingin melakukan pre-order, korang boleh pre-order mulai sekarang sehingga 13 April sebelum dijual secara rasmi pada 14 April ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tampilkan-kamera-200mp-yang-pertama-siri-redmi-note-12-mula-dilancarkan-di-malaysia"} {"title": "Tarikh Filem Live-Action Minecraft Sudah Diketahui", "body": "

Peminat permainan Minecaft sudah pasti tidak sabar menanti kehadiran filem live-action yang sedang dalam pembikinan sejak tahun 2014. Berita ini memberikan kegembiran kepada peminat Minecraft kerana kali terakhir kita diketahui berkaitan filem ini adalah pada 2019 di mana ketika itu berita tentang Jason Momoa akan membintangi filem ini.

Berita tentang pembatalan filem adaptasi ini juga pernah menjadi khabar angin selepas melalui pelbagai konflik seperti perubahan pengarah dan penulis skrip. Akhirnya selepas masalah ini, Warner Bros Studios telah mengeluarkan tarikh rasmi tanyangan filem ini iaitu pada 4 April 2025.\u00a0

The live-action \u2018MINECRAFT\u2019 movie, starring Jason Momoa, will release on April 4, 2025 in theaters.

See what other movies just got release dates: https://t.co/a8JRoNqOAj pic.twitter.com/jytNn4JLTJ

\u2014 DiscussingFilm (@DiscussingFilm) April 5, 2023

Walaupun filem ini telah mengambil masa beberapa tahun pembikinan, kita hanya mengetahui maklumat yang sedikit mengenai filem ini. Apa yang kita ketahui sekarang adalah ianya berkisar pengembaraan seorang budak perempuan dan rakannya.

Filem ini akan dibintangi Jason Momoa yang pernah memegang watak Aquaman dalam francais DCEU. Filem ini juga diarahkan Jared Hass dan tiga orang penulis skrip, Chris Bowman, Hubbel Palmer dan Markus Persson.

Bagi korang yang belum familiar dengan permainan Minecraft, Minecraft adalah permainan sandbox di mana pemain boleh mencipta alat dan membina struktur bangunan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-filem-live-action-minecraft-sudah-diketahui"} {"title": "Sudah Tidak Bersama Dengan EA, FIFA Lancarkan Permainan Baru AI League", "body": "

FIFA telah melancarkan permainan baru bagi pengguna mudah alih yang dinamakan \u2018AI League\u2019. Bagi mereka yang tidak tahu, penerbit permainan popular EA tidak lagi bersama dengan badan bola sepak dan EA akan membuat permainan mereka yang berjudul 'EA Sports FC'.

Dalam permainan AI League ini, pemain boleh bertindak sebagai jurulatih, merancang taktikal, melatih pemain dan memberi arahan ketika perlawanan menjadi sengit. Pemain akan bermain menggunakan character \u00a0yang mempunyai pelbagai ability dalam perlawanan 4 lawan 4. Character ini juga akan dikawal AI.

Selain itu, pemain juga diberi pilihan untuk pilih cosmetic yang mereka suka serta memilih pelbagai stadium. Bersempena dengan Piala Dunia 2022 di Qatar lalu, korang juga boleh memilih salah satu daripada 32 negara yang bertanding.

Untuk yang dapat mengakses early access permainan ini, pemain akan dapat bermain pelbagai event yang memberi banyak hadiah seperti cosmetic dan item. Versi early access ini sudah tersedia di dalam Google Play Store dengan saiz muat turun sebanyak 107MB.

Permainan ini dibuat dan diterbitkan oleh syarikat dari New Zealand, Altered State Machine untuk platform Android. Tarikh versi penuh bagi permainan ini masih belum diketahui. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sudah-tidak-bersama-dengan-ea-fifa-lancarkan-permainan-baru-ai-league"} {"title": "Saiz File Star Wars Jedi: Survivor Bertambah Besar Untuk Versi PC", "body": "

Electronic Arts (EA) mengesahkan saiz permainan Star Wars Jedi: Survivor bagi versi PC adalah lebih besar seperti yang dicadangkan.

Menurut sebuah akaun Twitter, Daily Star Wars Game mengatakan saiz permainan ini bertambah kepada 155GB daripada 130GB. Saiz itu lebih besar berbanding game terdahulu, Star Wars: Fallen Order yang mempunyai saiz sebanyak 44GB sahaja.

Star Wars Jedi: Survivor's install size has increased from 130GB to 155GB. pic.twitter.com/d0VBLgf1n1

\u2014 Daily Star Wars Games (@DaiIySWGames) April 5, 2023

Melalui preview oleh Respawn, pemain dapat mengembara lebih banyak planet dan mengubah penampilan Cal Kestis dengan banyak pakaian dan hairstyle. Dengan pertambahan yang besar, pemain perlu mengosongkan sedikit saiz disk space jika ingin bermain game ini.

Permainan ini adalah permainan action-adventure dan dibangunkan Respawn Entertainment serta diterbitkan oleh Electronic Arts. Permainan ini mengisahkan perjuangan Cal Kestis sebagai salah satu Jedi yang masih hidup dalam galaksi.

Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada 28 April ini di platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/saiz-star-wars-jedi-survivor-bertambah-besar-untuk-versi-pc"} {"title": "Dapatkan Memories Of Banoi Jika Pre-Order Dead Island 2 Sekarang", "body": "

Selepas beberapa tahun sejak diumumkan tahun 2014 lalu, Dead Island 2 akhirnya akan tiba menemui peminat siri permainan dengan kehadiran beberapa kandungan daripada fasa pre-order sehingga fasa selepas perlancaran.

Jika korang melakukan pre-order sama ada fizikal atau digital, korang akan dapat satu pek Memories of Banoi yang di dalamnya terdapat Banoi War Club, Memories of Banoi Baseball Bat dan Personal Space Skill Card. Bagi yang sign-up untuk newsletter, mereka akan dapat senjata Trickster's Smile Knife.

Melalui pre-order digital, akan ada tiga edisi iaitu Standard Edition, Deluxe Edition dan Gold Edition. Sementara itu, tiga edisi juga terkandung untuk pre-order secara fizikal iaitu One Day Edition, Pulp Edition dan Hell-A Edition.\u00a0

Korang juga akan dapat Expansion Pass untuk DLC selepas perlancaran. Maklumat mengenai kandungan ini masih belum diketahui secara lanjut tetapi apa yang kita tahu akan ada dua chapter untuk main story.

Dead Island 2 adalah permainan action role-playing yang dibuat oleh Dumbuster Studios dan diterbitkan oleh Deep Silver. Permainan ini akan dilancarkan pada 21 April ini dan akan tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-memories-of-banoi-jika-pre-order-dead-island-2-sekarang"} {"title": "Marvel Future Fight Sambut Ulang Tahun ke-8 Dengan Pelbagai Event dan Hadiah", "body": "

Marvel Future Fight akan mengadakan beberapa in-game event dan memberi beberapa hadiah istimewa bersempena dengan ulang tahun ke-8 permainan mudah alih itu. \u00a0

Marvel Future Fight akan mengadakan dua event iaitu 8th Year Countdown Event yang akan bermula dari 4 April sehingga 25 April dan 8th Year Event yang akan tersedia pada 26 April.

Pemain boleh membuat pre-register di laman web rasmi mereka bermula hari ini sehingga 25 April Ini. Antara hadiah yang akan pemain perolehi jika mereka sertai pre-register adalah 800 Crystal, Selector: Tier 2 Characters dan 5 juta Gold.

Uniform baru turut hadir bersempena dengan update April Fool untuk watak Thanos (Wise Harvester) dan Squirrel Girl (Nutty Titan).

Marvel Future Fight merupakan permainan action role-playing yang telah dibuat dan diterbitkan oleh Netmarble Games. Permainan ini mengisahkan sekumpulan superhero Marvel yang perlu bertempur dengan Thanos yang ingin menghancurkan masa depan bumi.\u00a0

Permainan ini dikeluarkan tahun 2015 lalu di platform iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-future-fight-sambut-ulang-tahun-ke-8-dengan-pelbagai-event-dan-hadiah"} {"title": "Final Fantasy Pixel Remaster Akan Dilancarkan April Ini", "body": "

Square Enix telah mengumumkan tarikh keluaran siri Final Fantasy Pixel Remasters bagi platform PlayStation 4 dan Nintendo Switch dengan perubahan grafik dan audio.

Koleksi remaster ini akan mengumpulkan kesemua enam permainan Final Fantasy yang pertama dan akan dikeluarkan pada 19 April Ini.\u00a0

Koleksi ini akan hadir dengan beberapa perubahan seperti grafik 2D yang dikemas kini, soundtrack yang telah disusun semula oleh komposer Nobuo Uematsu serta gameplay UI yang telah dipertingkatkan sesuai dengan masa kini. Untuk pilihan fonts, korang boleh pilih bentuk moden atau pixelated.\u00a0

Final Fantasy Pixel Remaster mengumpulkan 6 permainan role-playing dan dibangunkan serta diterbitkan oleh Square Enix. Untuk pengetahuan korang, Final Fantasy Pixel Remaster dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun Final Fantasy yang ke-35.\u00a0

Final Fantasy Pixel Remaster akan dikeluarkan pada 19 April di platform PS4 dan Nintendo Switch.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/final-fantasy-pixel-remaster-akan-dilancarkan-april-ini"} {"title": "iQOO Lancarkan Siri Z7, Pengecasan Pantas Sehingga 120W", "body": "

iQOO telah melancarkan siri baru Z7 dan akan tiba di Malaysia pada 10 April ini. Siri Z7 terdiri daripada dua model iaitu iQOO Z7 dan iQOO Z7x. Menariknya, ciri utama untuk model Z7 adalah teknologi pengecasan pantas iaitu sehingga 120W.\u00a0

Mengenai spesifikasi Z7 dan Z7x, kedua-dua model ini mempunyai persamaan dengan dilengkapi dengan paparan skrin LCD berukuran 6.64 inci dan disokong dengan sistem operasi Origin 3 berasaskan Android 13. Model Z7 dipasang cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 782G dan sokongan storan 12GB/256GB. \u00a0Manakala Z7x dipasang cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695 serta sokongan storan 8GB/256GB.\u00a0

Bercakap tentang kamera, Z7 menggunakan dua kamera di belakang dengan 64MP kamera utama, 2MP depth sensor manakala kamera hadapan hadir dengan 16MP yang diletakkan pada paparan berlubang. Untuk perbandingan Z7x turut hadir dengan dua kamera, 50MP kamera utama dan 2MP depth sensor serta kamera depan 8MP.

Kapasiti bateri bagi Z7 adalah sebesar 5000 mAh dengan pengecasan selama 5 minit sudah cukup untuk streaming video selama 5 jam. Manakala Z7x adalah sebesar 6000mAh tetapi pengecasan pantas sehingga 80w.

Harga rasmi bagi kedua-dua model ini masih belum diketahui.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/iqoo-lancarkan-siri-z7-pengecasan-pantas-sehingga-120w"} {"title": "Sambut Ulang Tahun ke-6, Heroes Evolved Tonjolkan Banyak Kandungan Baru", "body": "

Heroes Evolved akan menyambut ulang tahun ke-6 dengan memasukkan hero baru, dual-skin dan pelbagai kandungan baru pada bulan April ini.\u00a0

\"Heroes

Sebagai sambutan ulang tahun mereka, Heroes akan mengadakan pelbagai events dan akan memberikan banyak hadiah kepada pemain. Pemain akan menerima hadiah penghargaan sehingga beribu-ribu Tokens!

Dengan menyertai acara 6th Anniversary Cheers, pemain boleh mendapatkan skin edisi khas bagi hero Minos iaitu Auto Mechanic. Bagi pemain yang menyertai event \u20186th Anniversary Super League\u2019s Guessing\u2019 dan bermain mod Ranked Matches, mereka akan dapat skin eksklusif bagi hero Dr. Madd iaitu Poison Destroyer secara percuma.

Dual skin juga diperkenalkan untuk kali pertama iaitu Departed Light untuk hero kembar Asura dan Freya berserta kemunculan hero baru, Khaos.\u00a0

Heroes Evolved adalah permainan MOBA yang dibuat oleh Net Dragon dan diterbitkan oleh R2 Games. Pemain dapat menggunakan pelbagai senjata untuk menumpaskan musuh dalam pertarungan 5v5.\u00a0

Permainan ini telah dikeluarkan pada Januari 2017 dan tersedia di platform PC dan Android.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sambut-ulang-tahun-ke-6-heroes-evolved-tonjolkan-banyak-kandungan-baru"} {"title": "Kembalinya Pengembaraan Multiverse Dalam Spider-Man: Across the Spider Verse", "body": "

Sony Picture Entertainment telah mengeluarkan trailer baru bagi filem Spider-Man: Across the Spider Verse. Filem animasi ini adalah sekuel kepada filem yang pernah dikeluarkan pada tahun 2018 iaitu Spider-Man: Into the Spider Verse.

Mengisahkan seorang pelajar sekolah yang juga berbakat melukis grafiti, Miles Morales kembali bertemu Gwen Stacy dan mengembara ke universe lain. Dalam universe ini, Miles dan Gwen bertemu dengan Spider-People, sekelompok orang yang mempunyai kuasa labah-labah yang diketuai oleh Miguel O'Hara.

Apa yang menarik dalam trailer ini, Miguel O' Hara ada menyebut nama Doctor Strange dan seorang nerd dari Earth-19999 yang merujuk kepada filem MCU, Spider-Man: No Way Home. Sony juga tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan meme di mana Spider-Man menunjukkan jari sesama mereka.

Filem ini akan dibintangi oleh Hailee Steinfield, Shameik Moore dan Oscar Isaac serta diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers dan Justin K. Thompson.

Filem ini akan menemui peminat pada Jun tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kembalinya-pengembaraan-universe-dalam-spider-man-across-the-spider-verse"} {"title": "Eksploitasi Peraturan, Activision Blizzard Disaman Kerajaan US", "body": "

Kerajaan US telah menfailkan saman terhadap Activision Blizzard kerana memperkenalkan peraturan yang menyebab pemain eSport yang bermain dalam liga Overwatch dan Call of Duty menerima gaji yang sedikit.\u00a0

Peraturan itu adalah salary cap atau dikenali sebagai \u2018Competitive Balance Tax\u2019 dibuat untuk mengelak pasukan daripada terlebih membayar gaji pemain. Wakil dari badan guaman kerajaan US, Jonathan Kanter mengatakan peraturan itu menafikan hak pemain professional eSport untuk mendapat gaji yang lebih seperti pekerjaan lain.

Activision Blizzard menjelaskan peraturan itu tidak menjejaskan pendapatan pemain. Mereka juga mengatakan peraturan tersebut tidak pernah dikenakan kepada mana-mana pihak dan telah dibuang pada tahun 2021\u00a0

Reuters melaporkan bahawa kedua-dua telah mencapai persetujuan atau settlement supaya Activision Blizzard tidak meletakkan cap atau limit dalam gaji pemain pada masa akan datang.

Pada tahun 2020, syarikat ini juga pernah dituduh melakukan harrasment dan diskriminasi membuatkan ramai pekerja berhenti kerja serta disaman oleh Jabatan Pekerjaan dan Perumahan California. Syarikat ini juga pernah diboikot peminat kerana menafikan hak kenaikan gaji pekerja di Raven Software.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/eksploitasi-peraturan-activision-blizzard-disaman-kerajaan-us"} {"title": "Blue Beetle Pamer Kehebatan Kuasanya Dalam Trailer Terbaru", "body": "

Akhirnya trailer untuk filem baru Blue Beetle sudah pun keluar. Blue Beetle mengisahkan seorang pelajar kolej, Jamie Reyes yang mendapat kuasa dari suatu artifak alien.

Dalam trailer tersebut, Penny lakonan Bruna Marquezine memberi suatu bungkusan yang dalamnya ada sebuah artifak alien kepada Jamie dan memesan kepadanya untuk tidak membuka bungkusan tersebut. Namun, Jamie tetap membuka bungkusan tersebut dan artifak alien atau Scarab itu mula melekat di badan Jamie membuatkan dia memakai suit armor yang mempunyai kebolehan terbang dan menukar objek mengikut kehendaknya.\u00a0

Xolo Maridue\u00f1a yang pernah berlakon dalam siri Cobra Kai, akan membintangi filem ini sebagai Jamie Reyes. Turut membintangi filem ini adalah Harvey Guillan, George Lopez dan Susan Sarandon. Filem ini akan diarahkan oleh Angel Manuel Soto dan penulis skrip adalah Gareth Dunnet-Alcocer.

Filem superhero ini akan menjadi filem DC yang pertama mengetengahkan seorang watak Latin. Xolo juga mengatakan keluarga Jamie Reyes memainkan peranan penting dalam filem ini.\u00a0

Blue Beetle pada asalnya dirancang untuk tayangan istimewa HBO Max, namun diubah kepada tayangan teater pada lewat tahun 2021. Filem ini akan dikeluarkan Ogos tahun ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blue-beetle-pamer-kehebatan-kuasanya-dalam-trailer-terbarunya"} {"title": "Adakah MCU Akan Jadikan Loki Pemimpin Baru Avengers?", "body": "

Selepas ketiadaan Iron Man dan Captain America, peminat Marvel amat menantikan ketibaan baru pemimpin baru bagi Avengers. Antara nama yang bakal pemimpin seterusnya adalah Doctor Strange, Captain Marvel dan Loki.

Disebalik ketibaan ramai watak baru seperti Captain Marvel, Spiderman dan America Chavez, Loki lakonan Tom Hiddleston masih menjadi kunci kepada MCU dalam era multiverse. Dalam siri Loki, Loki mempunyai redemption arc yang mungkin akan menyatukan Avengers satu hari nanti.\u00a0

Dalam satu siri komik Avengers Forever #13, satu variant Loki yang bernama Avenger Prime memberitahu Tony Stark bahawa satu perkara sentiasa tetap iaitu hanya Loki yang mampu menyatukan Avengers. Seperti dalam MCU, Loki yang menjadi antagonis dalam filem Avengers (2012) membuatkan semua adiwira berkumpul menjadi Avengers.\u00a0

Seperti apa yang berlaku dalam komik tersebut, MCU tampak seperti mahu perkara itu berlaku dalam phase 4 dan phase 5 ini. Loki juga amat penting dalam MCU kerana hanya dia sahaja yang tahu ancaman yang dibawa oleh Kang dan variantnya. Bahkan bukan itu sahaja, siri Loki juga mempunyai musim kedua menunjukkan MCU mempunyai perancangan untuk watak Loki dan kepentingannya dalam plot dua filem akan datang, The Kang Dynasty dan Secret Wars.

Loki akan kembali dalam MCU untuk siri Loki musim kedua yang dijadualkan keluar tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adakah-mcu-akan-jadikan-loki-pemimpin-baru-avengers"} {"title": "Overwatch 2 Perkenalkan Hero Baru, Lifeweaver", "body": "

Overwatch 2 telah mengumumkan secara rasmi ketibaan hero baru iaitu Lifeweaver. Lifeweaver merupakan watak ke-37 dan watak jenis support yang ke-9.

Kuasa watak ini adalah dia dapat menggunakan teknologi 'biolight' untuk menyembuhkan rakan pasukan dan membina sebuah platform yang boleh mengangkat pemain ke tempat yang lebih tinggi. Watak ini dikatakan berasal dari Thailand.

Musim ke-4 untuk Overwatch 2 dijadualkan keluar pada 11 April ini. Lifeweaver dijangka tiba sebagai battle pass yang seterusnya dan tidak tersedia terus dalam mod kompetitif.

Overwatch 2 adalah permainan first-person shooter yang dibuat dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Berbanding dengan permainan terdahulu, Overwatch yang pernah dikeluarkan pada tahun 2016, jumlah pemain telah dikurangkan kepada lima daripada enam orang untuk mempercepatkan permainan.

Permainan ini kini tersedia di platform PC, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/overwatch-2-perkenalkan-hero-baru-lifeweaver"} {"title": "Soft Launch Untuk Harry Potter: Magic Awakened Telah Diumumkan", "body": "

Soft launch untuk permainan Harry Potter: Magic Awakened telah dilancarkan untuk menguji permainan sebelum dikeluarkan untuk peringkat global. Menerusi soft launch ini, permainan ini hanya tersedia di beberapa negara:

Dalam pada itu, bagi mereka yang sudah bermain soft launch ini, mereka perlu untuk link akaun mereka dengan Warner Bros. Games Account. Untuk rantau Asia, akan ada closed beta yang dijadualkan tahun ini juga.

Antara feature pemain boleh jangkakan dalam permainan ini adalah pertempuran dengan pemain lain, menentang makhluk, membancuh ramuan magik dan bermain Quidditch.

Permainan bergenre MMO dan RPG ini dibangunkan oleh NetEase dan diterbitkan Warner Bros dan Portkey Games. Tentang plot permainan ini, pemain perlu merungkai misteri kehilangan seorang pelajar yang bernama Ivy Warrington.

Permainan ini akan tersedia di Android dan iOS. Tarikh perlancaran akan diketahui kelak.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/soft-launch-untuk-harry-potter-magic-awekened-telah-diumumkan"} {"title": "Tiga Permainan Xbox Game Pass Yang Tiba April Ini", "body": "

Subscriber Xbox Pass pastinya gembira dengan ketibaan bulan April kerana terdapat beberapa permainan menarik yang akan dikeluarkan bulan ini antaranya Minecraft Legend, Ghostwire: Tokyo dan Everspace 2.\u00a0

Minecraft Legends

Minecraft Legends ini adalah permainan action strategy yang dibuat oleh dua syarikat iaitu Mojang Studios dan Blackbird Interactive dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios. Permainan ini membawa pemain bertempur dengan piglin yang hampir memusnahkan dunia Overworld.

Permainan ini akan dikeluarkan pada 18 April di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch.

\u00a0

Ghostwire Tokyo

Ghostwire: Tokyo telah dikeluarkan pada tahun lepas iaitu 25 Mac 2022 dan bakal dikeluarkan di platform Xbox Series X/S pada 12 April tahun ini. Permainan ini adalah action-adventure dan dibuat oleh Tango Gameworks serta diterbitkan Betheda Softworks. Permainan ini mengisahkan misi Akito yang perlu menyelamatkan adiknya yang diculik oleh satu spirit yang bernama Hannya di bandar Tokyo yang dipenuhi hantu!

Permainan ini sudah tersedia di PC dan Playstation 5 dan bakal tersedia di Xbox Series X/S mulai 12 April ini.

\u00a0

Everspace 2

Everspace 2 merupakan sekuel kepada game Everspace yang pernah dikeluarkan pada 2017. Permainan ini dibuat dan diterbitkan Rockfish Games. Permainan bergenre space-combat ini membawa pemain meneroka ruang angkasa sambil mengikuti kisah seorang juruterbang, Adam yang dalam misi untuk mengetahui sejarah lampau dirinya dan fungsi artifak alien yang dia ada.

Permainan ini akan dilancarkan pada 6 April ini di PlayStation, Xbox dan PC melalui Steam.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiga-permainan-xbox-yang-tiba-april-ini"} {"title": "Genshin Impact Akan Terima Update Baru Versi 3.6", "body": "

Genshin Impact mengumumkan update baru akan dikeluarkan pada 12 April ini. Update ini diberi judul \"A Parade of Providence'. Ini antara kandungan yang bakal menemui pemain.

Update kali ini akan memperkenalkan dua character baru iaitu Baizhu dan Kaveh. Namun, pemain perlu menunggu sehingga Phase 2 untuk menggunakan character ini.

Dua banners baru iaitu Phase 1 yang akan bermula 12 April menampilkan Nahida dan Nilou manakala Phase 2 menampilkan Baizhu, Kaveh dan Ganyu.

Selain itu, terdapat satu weapon baru iaitu yang akan digunakan Jadefall's Splendor yang merupakan signature weapon bagi Baizhu. Area baru juga ditambah iaitu Girdle of the Sands berserta boss baru, Guardian of Apep\u2019s Oasis.

Akademiya Extravaganza merupakan event yang akan ditambah yang membolehkan pemain mengumpul Primogems dan hadiah lain.\u00a0

Genshin Impact kini tersedia di platform PC, PlaySation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Android dan iOS

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-akan-terima-update-baru-3-6"} {"title": "ASUS BR1102 Series - Laptop Tahan Lasak Untuk Student", "body": "

Selain daripada laptop gaming dan desktop gaming, ASUS juga tidak ketinggalan memperkenalkan ASUS BR1102 Series yang mana merupakan laptop tahan lasak untuk para pelajar.

Laptop ini sangat sesuai untuk para pelajar moden dari awal tadika sehinggalah ke sekolah rendah. Saiz yang cuma sebesar 11.6 inci rugged design ini bukan sahaja mudah disimpan dan dibawa malah sangat tahan lasak.

Selain melepasi milatary-grade testing untuk keujian tahan lasak, laptop ini mempunyai feature spill-resistant keyboard, tamper and scratch resistant exterior dan juga wraparound rubber bumper untuk lebih senang dipegang oleh kanak-kanak.

untuk spekfisikasi dalaman pula, ASUS BR1102 series ini didatangkan dengan 12th Generation Intel Core processor dan Windows 11 Education. Ianya juga mempunyai batteri yang mampu bertahan sehingga 10 jam, sambungan internet yang laju, noice-reducing camera, webcam shield dan 13 MP kamera hadapan .

Satu lagi feature yang sangat sesuai untuk ibu bapa yang risaukan tentang kuman yang dipanggil sebagai ASUS Antimicrobial Guard yang mana mampu menghalang pembiakan kuman sehingga 24 jam.

ASUS BR1102 Series ini didatangkan dengan dua variasi iaitu BR1102C dan juga BR1102F. Buat masa ini tiada lagi info tentang harga ataupun sama ada ianya akan dijual dipasaran Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-br1102-series-laptop-tahan-lasak-untuk-student"} {"title": "ASUS ROG Memperkenalkan Tiga Gaming Desktop Terbaru Di CES 2023", "body": "

Selain daripada lineup gaming laptop yang diperkenalkan di CES 2023, ASUS ROG juga telah mempertontonkan tiga gaming desktop terbaru mereka.Tiga gaming desktop terbaru tersebut adalah ROG G22CH, ROG Strix G16CH dan juga ROG Strix G13CH.

ROG G22CH mempunyai design yang ultra-compact namun mempunyai speksifikasi yang agak mantap untuk dimiliki.\u00a0

Desktop gaming ini didatangkan dengan Intel Core i9-13900K, NVIDIA GeForce RTX 40 series GPU, RAM sebesar 32 GB dan juga 2 TB PCIe 4.0 storage.

Mahukan speksifikasi yang lebih midrange? ROG Strix G16CH ini mungkin lebih sesuai dengan jiwa gamers macam korang.

ROG Strix G16CH ini dilengkapi dengan Intel Core i7-13700 CPU, NVIDIA GeForce RTX 4080 untuk graphic card, 128 GB DDR4 RAM dan 3 TB storage.

Kalau korang mahukan gaming desktop yang kena dengan jiwa gamers bangsawan, kitorang rasa ROG Strix G13CH ini akan lebih sesuai dengan selera korang.

Gaming desktop ini mempunyai Intel Core i7-13700 processor, NVIDIA GeForce RTX 40 series GPU, 64 GB RAM dan dual drive PCIe Gen4 SSD sebesar 1TB + 2 TB HDD.

Buat masa ini tiada lagi maklumat sama ada gaming desktop ini akan dijual untuk pasaran Malaysia ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-rog-memperkenalkan-tiga-gaming-desktop-terbaru-di-ces-2023"} {"title": "ASUS ROG Perkenalkan Design Terbaru Untuk Lineup ROG Strix SCAR dan Strix G", "body": "

Semasa acara CES 2023 baru-baru ini, ASUS ROG telah mengumumkan lineup untuk gaming laptop mereka iaitu ROG Strix SCAR dan Strix G yang telah di redesign dan menerima beberapa upgrade terbaru.

Rekaan terbaru ini akan diberikan kepada beberapa gaming laptop ROG seperti Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16 dan Strix G18. Manakala untuk Strix SCAR 17 dan Strix G17 pula akan menerima internal upgrade.

Siri ROG Strix ini akan dilengkapi dengan chip terbaru daripada Intel AMD dan juga NVIDIA. Bagi Strix SCAR 16 dan Strix SCAR 18, kedua-dua laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i9-13980HX Processor dengan 24 cores dan 32 threads.\u00a0

Tak dilupakan ia juga akan didatangkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4090 Laptop GPU dengan sistem power sehingga 240 W.

Selain menerima upgrade untuk Processor dan GPU, siriStrix SCAR dan Stirx G ini juga menerima teknologi display terbaru daripada ROG yang diberi nama Nebula Display yang memberikan display yang lebih pantas, terang dan image yang lebih sharp bagi memberikan pengalaman gaming yang lebih immersive.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-rog-perkenalkan-design-terbaru-untuk-lineup-rog-strix-scar-dan-strix-g"} {"title": "Wo Long: Fallen Dynasty Kongsikan Area Terbaru Dalam Video Gameplay Mereka", "body": "

Wo Long: Fallen Dynasty adalah permainan terbaru oleh Team Ninja dan Koei Tecmo di mana ia terletak di zaman selepas Dinasti Han tetapi versi dark-fantasy dengan wabak makhluk syaitan yang mengerang Three Kingdom.

Di akaun Youtube IGN, mereka telah kongsikan 10 minit gameplay permainan ini dengan menunjukkan kawasan terbaru yang dinamakan Mount Tianzhu. Kita boleh lihat sistem serangannya, kualiti grafiknya dan juga beberapa rekaan musuhnya di kawasan baru tersebut.

Tetapi, untuk korang semua rasai sendiri Wo Long: Fallen Dynasty, korang kena nantikan tarikh pelancarannya pada 3 Mac 2023 nanti. Ianya boleh dimain di platform PS5, PS4, Xbox Series,\u00a0 Xbox One\u00a0 dan juga PC melalui Steam, Microsoft Store dan Xbox Game Pass.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wo-long-fallen-dynasty-kongsikan-area-terbaru-dalam-video-gameplay-mereka"} {"title": "Witchfire Kini Boleh Dimain Dengan Teknologi NVIDIA DLSS 3", "body": "

Sebagai seorang gamers, mesti korang semua mahukan grafik terbaik semasa bermain. Oleh sebab itulah, The Astronauts yang merupakan developer permainan video Witchfire telah mengumumkan dan mengesahkan bahawa permainan mereka kini boleh dimanfaatkan dengan teknologi NVIDIA DLSS 3.

Bagi yang tidak tahu, Witchfire adalah permainan video rougelite shooter dengan pandangan first-person di dunia grimdark fantasi yang sedang berlakunya peperangan antara Witches dengan Church.\u00a0

Di dunia ini, Witches adalah makhluk yang sangat bahaya sebab itu mereka mewujudkan Witch Hunter. Mereka dilengkapi dengan pelbagai senapang dan juga sihir yang dilarang untuk menewaskan mereka bagi pihak dermawan misteri mereka.\u00a0

Dengan pelbagai elemen magik di dalam permainan ini, sudah semestinya pemain akan mengharapkan grafik yang amat berkualiti untuk melihat serangan mereka. So nantikan pelancaran early access Witchfire pada awal 2023 di PC melalui Epic Games Store tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/witchfire-kini-boleh-dimain-dengan-teknologi-nvidia-dlss-3"} {"title": "The Conjuring Mungkin Berakhir Dengan Filemnya Yang Keempat", "body": "

Peminat-peminat filem seram sudah semestinya tahu tentang filem The Conjuring. Filem seram yang sangat terkenal sehinggakan Atomic Monster menghasilkan filem kedua dan ketiga.\u00a0

Bukan sahaja itu, dengan menjadikan The Conjuring sebagai IP mereka, Atomic Monster telah menghasilkan alam khas bagi mewujudkan makhluk-makhluk lain juga. Ianya dipanggil sebagai The Conjuring Universe.

Untuk masa ini, mereka telah berjaya menghasilkan sebanyak 8 filem dan masih lagi berterusan dengan filem yang akan datang. Antaranya ialah The Nun 2 dan The Conjuring 4.

Info tambahan tentang The Conjuring 4, pemilik Atomic Monster iaitu James Wan ada mengatakan berkemungkinan besar filem tersebut adalah filem terakhir bagi francais The Conjuring kerana tiada lagi Peter Safran dalam pasukan produksinya termasuk juga James Wan sedang sibuk berbincang potensi penggabungan syarikatnya bersama dengan Blumhouse.\u00a0

Oleh itu, The Conjuring 4 akan ditayangkan lambat daripada tarikh yang dirancang untuk memberikan lagi masa kepada James Wan dalam menghasilkan kisah Warren dengan lagi baik.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-conjuring-mungkin-berakhir-dengan-filemnya-yang-keempat"} {"title": "Pikachu Jet - Jet Bertemakan Pokemon Pertama Di Korea Selatan", "body": "

Para peminat Pokemon di Korea nampaknya sudah ada peluang untuk menikmati penerbangan bertemakan Pokemon.

Syarikat penerbangan T\u2019way Air dari Korea Selatan telah berkolaborasi dengan The Pokemon Company untuk menghasilkan sebuah jet bertemakan Pokemon yang pertama di negaranya. Mereka menamakan jet tersebut \u201cPikachu Jet\u201d.

Majlis perasmiannya sudah pun diadakan pada 28 Disember 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul di Korea Selatan dan semasa majlis dijalankan, penerbangan pertama Pikachu Jet telah pun dilancarkan.

Jet tersebut selamat berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan.

Untuk kenal pasti jet ini senang sahaja. Pada luaran jet tersebut ditampalkan dengan stiker khas yang menunjukkan gambar Pikachu, Charmander, Jigglypuff, Arcanine dan juga Meloetta.\u00a0

Manakala di dalamnya pula, dipasangkan dengan lagu, hiasan dan juga fasiliti bertemakan Pokemon. Mereka juga nanti akan mengadakan jualan merchandise jet ini termasuk juga merchandise Pokemon tetapi info selebihnya belum lagi diumumkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pikachu-jet-jet-bertemakan-pokemon-pertama-di-korea-selatan"} {"title": "Todak Sapu 3 Mata Penuh, Berjaya Dapatkan Slot Upper Bracket Untuk Knockout Stage", "body": "

Semalam merupakan perlawanan terakhir untuk pasukan Todak dalam Group Stage M4 World Championship.

Sebelum ini Todak sudah mempunyai dua mata kemenangan setelah berjaya menewaskan pasukan Malvinas Gaming dan juga ONIC Esports.

Berbekal satu lagi perlawanan menentang MDH Esports, ternyata Todak nampak lebih bersedia apabila berjaya menewaskan pasukan MDH Esports dengan sangat mudah.

Strategik dan gameplay yang ditunjukkan oleh Todak juga nampak sangat kemas apabila mereka berjaya mengawal map dan membuatkan MDH Esports tidak berjaya menumbangkan 1 pun Tower milik Todak.

Todak berjaya menumpaskan pasukan MDH Esports dengan mata 20 berbalas 5 dengan lebih 12,000 Gold dihadapan. Ini sudah tentunya salah satu performance terbaik Todak sepanjang M4 kali ini. Tidak dilupakan MVP untuk match ini diberikan kepada Cikugais yang menggunakan Valentina dengan KDA 4/1/11.

Dengan rekod tanpa kalah di Group Stage, Todak juga merupakan pasukan pertama yang berjaya ke Upper Bracket dengan 3 mata penuh.

Hari ini merupakan perlawanan terakhir untuk Group Stage dan Team HAQ masih lagi mempunyai baki 2 lagi perlawanan.\u00a0

Walaupun tewas pada perlawanan pertama mereka menentang RRQ Brazil, Team HAQ masih lagi boleh ke Upper Bracket jika mereka berjaya menewaskan The Valley dan juga S11 Gaming hari ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-sapu-3-mata-penuh-berjaya-dapatkan-slot-upper-bracket-untuk-knockout-stage"} {"title": "Glimmer In Mirror Akan Melancarkan Early Access Untuk PC", "body": "

Bagi peminat genre fantasi dan side-scrolling game, korang mesti akan teruja dengan permainan terbaru ini. Glimmer in Mirror merupakan sebuah permainan tentang pengembaraan seorang Wanita bernama Shiro di dunia cermin yang sudah pecah. Sambil Shiro mengembara, sedikit demi sedikit rahsia di dunia cermin semakin terbongkar.

Dibangunkan oleh MapleDorm Games dan diterbitkan oleh CubeGame dan Pleasant Rain Ltd, mereka telah melengkapkan Glimmer in Mirror dengan art style lukisan tangan termasuk juga lagu yang direka oleh Ascenstone.\u00a0

Tetapi buat masa ini, korang hanya boleh main early access dahulu selama setahun sebab orang-orang yang membangunkan Glimmer in Mirror masih mahu mencantikkan lagi permainan mereka berdasarkan maklum balas dari pemain nanti.

Apabila datangnya versi penuh, mereka akan menambahkan lagi chapter baru, dunia map yang lebih besar, cerita utama penuh dan lain-lain lagi. Jadi, nantikan 10 Januari 2023 untuk early access Glimmer in Mirror di PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/glimmer-in-mirror-akan-melancarkan-early-access-untuk-pc"} {"title": "Taiwan Digital Game Rating Committee Mendedahkan Info Terbaru Silent Hill: The Short Message", "body": "

Sebelum ini kita pernah mendengar Silent Hill: The Short Message disebut dan dinilai oleh Game Rating and Administration Committee of Korea pada bulan September tahun lepas dan ketika itu tiada lagi pengesahan terhadap platform yang boleh dimain dan apa-apa info tentang permainan tersebut.

Tetapi pada 30 Disember 2022 yang lepas kita telah mendapat info terbaru tentang permainan ini dari Taiwan Digital Game Rating Committee pula dengan penambahan artwork rasmi dan sedikit penghuraian tentang permainan ini.\u00a0

permainan video ini membawa kisah seorang wanita bernama Anita yang terperangkap di apartment terbiar selepas memasuki tempat tersebut demi mencari rakannya, Maya.\u00a0

Namun malang untuk dirinya kerana apartment ini dihuni oleh makhluk-makhluk seram. Dia perlu cepat mencari Maya dan sama-sama meninggalkan apartment tersebut sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Selain dari artwork rasmi dan huraian tentang storyline untuk permainan video ini, Taiwan Digital Game Rating Committee juga mengesahkan yang Silent Hill: The Short Message bakal tiba di PlayStation 5.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/taiwan-digital-game-rating-committee-mendedahkan-info-terbaru-silent-hill-the-short-message"} {"title": "Permainan Video Spirit of the Island Bakal Dilancarkan Di Console", "body": "

Spirit of the Island yang merupakan sebuah permainan video CO-OP Sim bakal dilancarkan di console tidak lama lagi. Permainan video itu sebelum ini cuma dilancarkan di PC sahaja.

Sebelum ini memang sudah ada rancangan untuk permainan video ini dilancarkan juga di console namun pihak developer iaitu 1M Bits Horde dan publisher, META Publishing tidak menyatakan bila tarikh rasmi ia akan tiba di console.

Bagi mereka yang meminati permainan video seperti Animal Crossing: New Horizon dan Stardew Valley sudah pasti akan tertarik dengan Spirit of the Island ini.

Buat masa ini masih tiada tarikh tetap bila ia akan dilancarkan di console namun yang pasti ianya akan tiba di platform seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series S|X dan juga Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-video-spirit-of-the-island-bakal-dilancarkan-di-console"} {"title": "5 Permainan Video Yang Bakal Dikeluarkan Dari Xbox Game Pass Tidak Lama Lagi", "body": "

Baru-baru ini Xbox telah mengumumkan lima permainan video yang bakal dikeluarkan dari Xbox Game Pass.\u00a0

Pengumuman yang dibuat melalui Xbox App itu menyatakan kelima-lima permainan video ini bakal dikeluarkan pada 15 Januari 2023.

Lima permainan tersebut adalah Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition, Nobody Saves the World, Pupperazi, The Anacrusis dan juga Windjammer 2.

Selain itu, terdapat lima permainan video yang bakal hadir di Xbox Game Pass sepanjang bulan ini. Pada 19 Januari 2023, Persona 3 Portable dan juga Persona 4 Golden akan menemui peminat.

Bagi peminat-peminat Monster Hunter, Monster Hunter: Rise juga diumumkan akan tiba di Xbox Game Pass pada 20 Januari 2023.

Dua permainan video terakhir adalah Age of Empires 2: Definitive Edition dan Inkulinati pada 31 Januari 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/5-permainan-video-yang-bakal-dikeluarkan-dari-xbox-game-pass-tidak-lama-lagi"} {"title": "Dokumentari Stan Lee Bakal Tiba Di Disney+ Tahun Ini", "body": "

Baru-baru ini Marvel telah mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan dokumentari berkenaan Stan Lee yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat komik diseluruh dunia.

Pengumuman ini dibuat sempena menyambut Stan Lee's 100th Birthday pada 28 Disember 2022 yang lepas.\u00a0

Stan Lee ataupun nama sebenarnya Stanley Martin Lieber telah meninggal dunia diumur 95 tahun pada 2018 yang lepas. Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut berkenaan dengan dokumentari ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dokumentari-stan-lee-bakal-tiba-di-disney-tahun-ini"} {"title": "Game 101: Apa Itu Marvel Snap?", "body": "

Korang pernah main Hearthstone tak? Kalau korang pernah main and minat main card game macam Hearthstone, kitorang cadangkan korang try Marvel Snap pula!

Marvel Snap ni merupakan sebuah card game yang dihasilkan oleh Second Dinner Studio dan dikeluarkan oleh Nuverse pada Jun tahun lepas.

Untuk pengetahuan korang, game ini dihasilkan oleh salah seorang co-creator Hearthstone iaitu Ben Brode. Hari ni kitorang nak share basic gameplay untuk game Marvel Snap ni dengan korang!

Dalam game ini, korang akan berjumpa dengan player-player lain secara random dan gameplay untuk game ini lebih kurang seperti card game yang lain.

Untuk Marvel Snap ini korang akan diberikan tiga location dan setiap location ini berbeza-beza setiap match. Ada location yang memberikan kelebihan kepada player dan ada juga location yang akan menjadi punca player kalah.

Bagi memastikan korang sentiasa dihadapan, korang dibekalkan dengan 12 kad dalam Deck korang. Korang dibenarkan untuk bina Deck korang sendiri mengikut corak permainan yang korang selesa.

Ada pelbagai jenis deck yang korang boleh bina dengan memasukkan card watak-watak dari Marvel. Sama seperti location, setiap kad mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. Pada artikel seterusnya nanti kita akan bincang dengan lebih mendalam tentang kad dan deck yang ada dalam game ini.

Dalam setiap match, korang akan bermain sebanyak 6 atau 7 pusingan maksimum. Setiap pusingan, korang akan mendapat 1 energy dan energy ini diperlukan untuk membolehkan korang menggunakan kad yang ada ditangan korang.\u00a0

Selepas pusingan ke 6 ataupun 7, player yang mempunyai power yang lebih tinggi pada dua daripada tiga location tadi akan dinobatkan sebagai juara.\u00a0

Bagi kitorang, game Marvel Snap ini sangat-sangat seronok untuk dimainkan dan setiap pusingan cuma mengambil masa yang sekejap sahaja untuk dihabiskan. So korang boleh main game ni time dalam toilet, dalam LRT nak pergi kerja or bila-bila saja korang ada masa lapang.

Marvel Snap ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan di Steam untuk PC.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/game-101-apa-itu-marvel-snap"} {"title": "Team HAQ Di Wipeout RRQ Akira Pada Saat Akhir, Ini Pendapat Adeen Tentang Apa Yang Berlaku", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Group Stage pertama untuk satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu Team HAQ. Pada perlawanan pertama Team HAQ ini mereka akan menentang dengan pasukan daripada Brazil iaitu RRQ Akira.

Walaupun bermula dengan baik, namun Team HAQ nampaknya mula kecundang apabila RRQ Akira mula comeback dan nampaknya sudah boleh membaca corak permainan yang dibawa oleh Team HAQ. Terizla yang digunakan oleh pemain RRQ Akira iaitu Tekashi telah menjadi punca kemenangan RRQ Akira apabila 3 pemain Team HAQ terkena ultimate Penalty Zone dan akhirnya telah Wiped out kesemua pemain-pemain Team HAQ.\u00a0

Kami sempat meminta pendapat Adeen yang merupakan bekas penganalisis untuk Team HAQ tentang apa yang berlaku untuk perlawanan antara Team HAQ dan RRQ Akira. Berikut merupakan 3 sebab Team HAQ kecundang menurut Adeen:

DRAFTING

Menurut Adeen, Drafting yang ditunjukkan oleh Team HAQ membuatkan mereka terlalu bergantung kepada early game power spike bagi membolehkan mereka end game dengan lebih cepat namun tiada back up jika permainan dibawa ke late game.\u00a0

Walaupun pada awalnya Team HAQ mampu mendapatkan kill yang agak banyak namun objektif turret tidak diberikan perhatian dan membuatkan Mid Tower RRQ Akira masih lagi teguh berdiri sehingga minit kesepuluh.\u00a0

Disebabkan Team HAQ cuma menumpukan pada early game, strategik Team HAQ akhirnya memakan diri sendiri apabila mereka tiada back up untuk late game.

JOY TERLEPAS

Melepaskan Joy kepada pasukan RRQ Akira sudah pastinya menjadi salah satu punca kepada kekalahan Team HAQ apabila mereka tidak mengambil hero yang membolehkan mereka supress atau lock Joy dari terus mengganggu Team HAQ.\u00a0

Team HAQ mempunyai peluang untuk Ban ataupun Pick sendiri Joy namun mereka memilih untuk melepaskan Joy untuk dimainkan oleh pemain RRQ Akira iaitu Kiing.

TERLALU MENGEJAR KILL

Sebab yang terakhir menurut Adeen mengapa Team HAQ kecundang pada perlawanan pertama mereka adalah kerana Team HAQ terlalu fokus untuk mengejar kill sehingga akhirnya termakan diri sendiri.

Ini dapat dilihat apabila 3 player Team HAQ terkena ultimate daripada Terizla yang dimainkan oleh Tekashi\u00a0RRQ Akira. Bermula dari situ, saki baki pemain Team HAQ ditumbangkan dan Wiped Out dan membolehkan RRQ Akira menghancurkan Crystal milik Team HAQ.

Team HAQ masih lagi mempunyai baki 2 perlawanan untuk mereka bangkit kembali dan memastikan mereka dapat meneruskan Knockout Stage di Upper Bracket. Perlawanan seterusnya untuk Team HAQ adalah pada hari terakhir Group Stage iaitu menentang pasukan S11 dan juga The Valley. Semoga Team HAQ kembali bangkit.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-kena-whipe-out-rrq-akira-masih-lagi-unbeatable"} {"title": "Yumskie Dua Kali MVP, Todak Selesa Ke Upper Bracket", "body": "

Semalam telah bermulanya Group Stage untuk kejohanan M4 World championship. Ianya juga merupakan perlawanan pertama untuk pasukan daripada Malaysia iaitu pasukan Todak.

Bemula dengan perlawanan menentang pasukan Malvinas Gaming, Todak sepertinya kelihatan sangat berdisiplin dalam gameplay mereka. Dengan penggunaan Popol and Kupa oleh Cikugais, serangan bertubi-tubi telah dilakukan kepada pasukan Malvinas Gaming.

Tidak dilupakan support dari Kaja yang digunakan oleh Yumskie, tidak terkejut kenapa beliau diberikan MVP untuk perlawanan ini. Cikugais juga berupaya mendapatkan Maniac pertama untuk M4 World Championship! Todak berjaya menjinakkan pasukan Malvinas Gaming dengan mata 21 berbalas 2.

Untuk perlawanan kedua, Todak akan menentang salah satu pasukan gergasi dari Indonesia iaitu ONIC Esports. Walaupun pada M3 yang lepas ONIC Esports cuma mampu berada ditangga ke 12, Todak tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan pertama mereka tadi.

Perlawanan antara Todak dan ONIC Esports ternyata sangat-sangat sengit dimana kedua-dua pasukan saling berbalas kill. Moon dan Cikugais merupakan tunjang utama untuk memberikan damage untuk pasukan todak.\u00a0

Support yang diberikan oleh Momo, Rival dan juga Yumskie juga sedikit sebanyak membantu Todak untuk bertahan dan kekal fokus dan perlawanan ini. Yumskie sekali lagi berjaya mendapatkan MVP untuk perlawanan kedua dan terakhir Todak untuk hari ini.

Todak berjaya menumbangkan si Landak Kuning dengan mata 14 berbalas 12. Todak masih berbaki satu lagi perlawanan iaitu menentang MDH Esports namun buat masa ini, Todak secara teknikalnya sudah berjaya ke Upper Bracket.

Hari ini merupakan pertama untuk satu lagi pasukan Malaysia iaitu Team HAQ. Mereka akan menentang pasukan daripada Brazil iaitu RRQ Akira. Semoga perjalanan Team HAQ hari ini juga dipermudahkan!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yumskie-dua-kali-mvp-todak-selesa-ke-upper-bracket"} {"title": "Terizla Si Blacksmith Moniyan Empire Yang Dikhianati", "body": "

Terizla ni sebenarnya orang yang baik. Dia merupakan Blacksmith untuk Moniyan Empire. Dia juga mempunyai seorang isteri dan anak lelaki.

Tugas dia adalah untuk buat armor dan weapon untuk kerajaan Moniyan dan juga Church of Light. Cuma Terizla ni dia agak rebel sikit sebab dia nampak yang Church of Light macam bajet-bajet bagus dan kerajaan Moniyan pun sebenarnya dia tak berapa nak suka.

Satu hari nak dijadikan cerita pesaing Terizla ni dengki sebab orang selalu puji armor dan weapon dia buat memang terbaik. So pesaing Terizla ni pun hasut dan upah salah seorang pekerja Terizla untuk buat fitnah yang mengatakan Terizla buat weapon dan armor dia menggunakan black magic dari Dark Abyss.\u00a0

Bila Church of Light dan kerajaan Moniyan dengar tentang cerita ni, dorang pun telah mengarahkan tentera diraja dan juga pasukan Raven Assassins untuk pergi tangkap Terizla dan hancurkan rumahnya.

Bila Terizla dalam perjalanan pulang ke rumah, dia telah diserang hendap oleh Raven Assassins dan mereka telah menangkap Terizla. Dorang kemudiannya bawak Terizla ke rumahnya untuk memperlihatkan kemusnahan yang dorang telah lakukan. Terizla pada masa itu memang ingat isteri dan anak dia dah tak ada.\u00a0

So masa dalam penjara, Alice The Blood Queen telah datang dalam lokap Terizla dan menghasut Terizla untuk sama-sama memusnahkan Moniyan Empire dan Church of Light.\u00a0

Termakan dengan hasutan Alice, Terizla pun bersetuju untuk join The Abyss dan matlamat dia cuma satu saja, untuk membalas dendam terhadap kerajaan Moniyan dan juga Church of Light untuk kematian isteri dan anak lelakinya.

Tapi story Terizla ni ada sedikit plot twist yang mana anak lelaki dia sebenarnya masih hidup dan merupakan salah satu Heroes yang korang boleh main dalam Mobile Legends Bang Bang.\u00a0

Nak tahu kisah selanjutnya, jangan lupa untuk Share artikel ini dekat kawan-kawan korang! Baca kisah Si Burung Putih Pharsa dekat SINI!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/terizla-si-blacksmith-moniyan-empire-yang-dikhianati"} {"title": "Review Netflix: Guillermo Del Toro\u2019s Pinocchio", "body": "

Pada tahun ini, korang semua mesti perasan ada dua filem telah keluar dengan tajuk yang sama. Salah satunya adalah live-action Disney remake, Pinocchio pada 8 September 2022 dan Guillermo Del Toro\u2019s Pinocchio pada 9 November 2022. Tetapi, untuk hari ini kita akan fokus pada filem Pinocchio yang terkini.

Guillermo Del Toro\u2019s Pinocchio dimulakan dengan babak di mana Gepetto (pencipta Pinocchio) sedang murung atas kematian anaknya yang sebenar, Carlo di zaman Perang Dunia Pertama. Selepas beberapa tahun berlalu, sebatang pokok pine telah tumbuh berdekatan dengan kubur Carlo dan seekor cengkerik yang boleh bercakap, Sebastian J. Cricket telah berpindah di dalam pokok tersebut.

Bila malam tiba, Gepetto telah minum beberapa botol arak sehingga mabuk dan mula memotong pokok pine dengan perasaan marah. Dia membawanya pulang dan mula mengukir sebuah patung untuk menyerupai anaknya. Setelah selesai, Gepetto terus tertidur di hujung tangga.

Malam itu, datangnya pari-pari biru menghidupkan dan menamakan patung tersebut Pinocchio demi menggembirakan hati orang tua tersebut. Tibanya keesokan pagi, kehidupan Gepetto terus berubah dengan kehadiran \u2018anak barunya\u2019.

Untuk versi yang dihasilkan Guillermo Del Toro, boleh dikatakan lebih gelap berbanding dengan versi animasi Disney kerana di sepanjang filem ini mereka memasukkan elemen keadaan kehidupan sebenar seperti Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.\u00a0

Bukan sahaja itu, mereka juga meletakkan elemen logik di zaman ini dengan penduduk di bandar amat terkejut apabila melihat Pinocchio pada kali pertama. Sesuatu yang kita mesti pernah terfikir bila melihat objek tiba-tiba bergerak dan bercakap.

Apa yang menarik lagi adalah pilihan mereka untuk menghasilkan filem ini dalam stop-motion animation. Untuk menghasilkan satu pergerakan selama 1 saat pun mengambil selama\u00a0 beberapa jam, apatah lagi filem selama 117 minit.\u00a0

Walaupun projek ini mengambil bertahun-tahun untuk disiapkan, hasilnya amatlah memuaskan termasuk juga estetiknya yang sangat sesuai dengan kisah Pinocchio. Selamat Menonton!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/review-netflix-guillermo-del-toro-s-pinocchio"} {"title": "GSC Game World Kongsikan Trailer Baru S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl", "body": "

Setelah beberapa tahun pelancaran S.T.A.L.K.E.R pada tahun 2007 dan pengeluaran sebanyak tiga DLC dari tahun yang sama hingga 2010, GSC Game World yang mana merupakan syarikat pembangunan permainan ini akhirnya mengumumkan pelancaran sirinya yang kedua iaitu S.T.A.L.K.E.R 2: Heart of Chornobyl.\u00a0

Bagi yang tidak tahu, S.T.A.L.K.E.R adalah permainan first-person shooter di mana korang akan bermain sebagai seorang bounty hunter ataupun lebih dikenali sebagai STALKER dalam operasi membunuh stalker lain bernama Strelok dan pada masa yang sama, pemain akan mencari jawapan tentang watak utama di kawasan Chernobyl Exclusion Zone di Ukraine.\u00a0

Tetapi untuk kali ini penceritaannya berangkat ke Chornobyl Nuclear Power Plant yang penuh dengan radiasi, mutan dan anomali yang mengerikan.

Dengan penambahbaikkan dari segi grafik, pilihan dan keadaan suasana\u00a0 yang lebih menyeramkan, korang akan pasti dapat merasai betul-betul keadaan sebagai STALKER. Nantikannya pada tahun 2023 untuk Xbox Series (termasuk Xbox Game Pass) dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gsc-game-world-kongsikan-trailer-baru-s-t-a-l-k-e-r-2-heart-of-chornobyl"} {"title": "Papergames Akhirnya Mempersembahkan 45 Minit Gameplay Project: The Perceiver", "body": "

Pembangun Papergames dan 17ZHE Studio telah kembali dengan info terbaru tentang Project: The Perceiver. Untuk kali ini, mereka telah menghasilkan satu video berdurasi 45 minit untuk mempersembahkan gameplay di dalam permainan video ini dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Terdapat 5 orang dari pasukan pembangun telah menyertai untuk pertunjukan ini serta menerangkan konten di dalam projek mereka. Mereka memulakan pertunjukan mereka dari awal permainan ini sehinggalah melawan \u2018boss\u2019 pertama permainan ini.\u00a0

Kita dapat lihat pergerakan watak yang lancar, dunia yang luas untuk diterokai, musuh yang kuat untuk dikalahkan dan sistemnya yang menarik seperti kebolehan menukar watak ke watak lain dengan menyarung topeng yang diperolehi selepas mengalahkan musuh.\u00a0

Buat masa ini, Project: The Perceiver masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya dan masih lagi tiada berita terbaru tentang keluaran platformnya selain daripada Playstation. Nantikan lagi, berita seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/papergames-akhirnya-mempersembahkan-45-minit-gameplay-project-the-perceiver"} {"title": "Pokemon Scarlet Dan Violet Menjadi Open World Multiplayer", "body": "

Pokemon telah diketahui mempunyai struktur yang tetap apabila ia datang kepada permainan utama mereka. Dalam permainan di mana pemain diberitahu bahawa mereka boleh mencipta pengembaraan mereka sendiri, semua orang telah mengalami jalan cerita yang sama.

Baru-baru ini, Game Freak telah mengumumkan bahawa format permainan Pokemon terbaru mereka akan ditukar kepada permainan open world multiplayer. Trailer overview terbaru mereka menyatakan bahawa Pokemon Scarlet dan Violet akan memberi tumpuan kepada penerokaan dengan rakan-rakan.

Pemain kini boleh memulakan perjalanan mereka sendiri. Jalan cerita boleh diketepikan, gim tidak akan menghentikan penerokaan dan Pokemon legenda, Koraidon dan Miraidon, akan menjadi pengangkutan. Pemain boleh menunggang salah satu daripada Pokemon legenda ini yang mampu juga berenang dan terbang.

Peminat boleh pre-order Pokemon Scarlet dan Violet di Nintendo eShop. Kedua-dua permainan ini akan tersedia untuk dimain pada 18 November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-scarlet-dan-violet-menjadi-open-world-multiplayer"} {"title": "Pokemon dan Clarks Dedahkan Koleksi Kasut Pertama", "body": "

Pokemon telah mengadakan kerjasama dengan jenama kasut popular iaitu Clarks. Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi media sosial Clarks dimana mereka mendedahkan barisan Pokemon pertamanya. Syarikat kasut itu telah mengesahkan ia akan mengeluarkan pasangan kasut Wallabee bertemakan \u201cPikachu\u201d.

Wallabee datang dalam dua warna yang menyeronokkan iaitu hitam dan kuning. Kedua-dua pasangan mempunyai cetakan timbul Pikachu yang sangat cantik dalam \u201cpose\u201d yang berbeza di seluruh bahagian atas suede. Lihat dengan teliti dan anda akan melihat bahawa terdapat tag suede Clarks Original klasik dan tag Pokemon beserta tag Poke Ball hitam.

Kerjasama ini bukan sahaja untuk orang dewasa, malah Clarks turut mengeluarkan kasut untuk kanak-kanak namun ia kelihatan terhad di U.K. Pikachu sememangnya sibuk dalam dunia fesyen. Jenama ini meminjamkan penampilan comelnya kepada banyak kasut seperti Converse, Adidas dan lain-lain. Apa yang boleh kami katakan, kasut collaboration kali ini sememangnya menakjubkan. Ia sempurna dari segi material yang digunakan, design yang matang serta warna yang menarik.

Untuk dapatkan kasut ini, sila ke www.clarksusa.com

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-dan-clarks-dedahkan-koleksi-kasut-pertama"} {"title": "MPLMY S10 Kini Lebih Global", "body": "

Baru-Baru ini Adeen telah berkonsgi dengan kami pendapat beliau berkenaan pemain import yang semakin rancak dalam arena MPL MY musim kesepuluh kali ini.\u00a0

Pendaftaran pemain mpl untuk musim ke-10 pun telah selesai dan kita pun sudah ketahui full roster untuk kesemua pasukan MPL musim kali ini. Pelbagai kejutan kita dapat lihat daripada musim kali ini dimana SMG menguatkan midlane mereka dengan kemasukkan Hate daripada MPL PH, Suhaz Esports pasukan 3 penjuru negara dimana ada pemain daripada Malaysia-Indonesia (Vinsmoke & Oxygen) dan coach (Raizen) daripada Filipina.\u00a0

Semenjak MPL dijalankan pada tahun 2018, MPLMY S10 kali ini mempunyai jumlah Import paling banyak. Sejujurnya dengan adanya import ini, saya yakin ia akan mengukuhkan lagi scene competitive MLBB di Malaysia. Pemain daripada Indonesia dan Filipina ini mampu berkongsi dengan kita pengalaman yang mereka telah pikul dinegara mereka yang boleh diterapkan di Malaysia.\u00a0

Saya juga berharap agar pemain-pemain di Malaysia manfaatkan pekara ini supaya mereka kutip segala ilmu untuk mereka langkah lebih jauh sebagai seorang pemain MLBB professional di Malaysia.

Akhir kata, musim ke-10 merupakan musim yang sangat berbeza daripada sebelumnya. Pemain baru, jurulatih baru, penganalisa baru dan wajah baru yang pasti akan menggegarkan lagi pentas MPL sebelum kita ketahui siapakah juara musim kali ini. Oh ya! Tidak terlupa tiket ke M4 juga yang akan dipertaruhkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mplmy-s10-kini-lebih-global"} {"title": "Madness Gaming Penaja Baru Pasukan Indonesia", "body": "

Madness Gaming merupakan penaja daripada Malaysia yang telah menurut serta dalam penganjuran beberapa kejohanan Malaysia seperti MLBB Semi Pro Championship (MSPC) dan lain-lain.

Kali ini, mereka telah meluaskan skop penajaan mereka ke Indonesia dengan secara rasminya menjadi penaja bagi pasukan Freakout Esports yang akan beraksi di kejohanan liga MDL Indonesia tidak lama lagi.

Berita baik ini telah diumumkan di laman Instagram rasmi Freakout Esports baru-baru ini. Di kaptionnya, mereka meluahkan kegembiraan dan semangat akan kolaborasi antara dua negara ini.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/madness-gaming-penaja-baru-pasukan-indonesia"} {"title": "Kejohanan Velocity Esports 2022 Berlangsung Hujung Minggu Ini", "body": "

Toyota GAZOO Racing Velocity Esports Championship kembali tahun ini dengan siri kelimanya yang akan berlangsung di 1 Utama Center Count. Berlangsung pada 6 dan 7 Ogos 2022, 20 peserta semifinals akan berentap di kejohanan simulasi ini untuk prize pool yang bernilai RM 70,000 dan peluang untuk mewakili Malaysia ke kelayakan GT Supra Peringkat Asia Pasifik.\u00a0

Penonton dan peminat digalakkan turun padang untuk menyokong serta menurut serta dalam aktiviti seperti perlumbaan simulasi terbuka dan pelbagai minigame. Selain itu terdapat kemunculan istimewa daripada pemain esports popular Malaysia seperti Soloz, DaddyHood dan Penjahat.\u00a0\u00a0

Malahan, terdapat persembahan semasa Grand Final daripada selebriti TGR seperti Khai Bahar, Janna Nick serta Syukri Yahaya. Penonton juga boleh melihat kejohanan ini disiar secara langsung di Facebook dan Youtube bermula jam 11 pagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-velocity-esports-2022-berlangsung-hujung-minggu-ini"} {"title": "Menang Framed Genshin Impact Miniature Dish Dengan Codashop", "body": "

Baru-baru ini pihak Codashop telah melancarkan event khas untuk permainan video mobile Genshin Impact \u00a0yang diberi nama Codashop 318: Hunt Your Treasure sempena bulan kemerdekaan.

Bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2022, korang berpeluang untuk membawa pulang Framed Genshin Impact Miniature Dish dengan hanya top-up Genesis Crystals korang di Codashop. Yang bagusnya tiada had minimum top-up!

Lima orang yang top-up Genesis Crystals paling tinggi dari sekarang sehingga akhir bulan ini akan memenangi hadiah istimewa ini. Berikut merupakan set yang korang boleh menang berpandukan ranking korang:\u00a0

So tunggu apa lagi, top-up Genesis Crystals korang sekarang di Codashop dengan klik DISINI!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/menang-framed-genshin-impact-miniature-dish-dengan-codashop"} {"title": "Blackbone One - Controller PlayStation Mudah Alih Menggunakan iPhone", "body": "

Blackbone One Edisi PlayStation merupakan controler baru yang boleh dihubung ke iPhone anda untuk bermain permainan konsol PS4 dan PS5 secara mudah alih. Dengan reka bentuknya yang ala-ala Nintendo Switch, controller ini adalah bertujuan untuk menggalakan PS Remote Play.

Kepada yang sudah ada PS4 atau PS5, pemain boleh menyambungkan akaun anda di peranti ini. Selain itu, pemain juga boleh menggunakan peranti ini untuk bermain permainan dalam App Store.

Blackbone One tidak memerlukan bateri dan ia dihidupkan apabila disambung dengan iPhone anda. Buat masa sekarang, peranti ini hanya dikeluarkan di Amerika Syarikat, Canada, Australia dan United Kingdom.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blackbone-one-controller-playstation-mudah-alih-menggunakan-iphone"} {"title": "SEA Game Award 2022 Membuka Pendaftaran", "body": "

Berita baik buat pembuat indie permainan di Malaysia kerana SEA Game Awards kembali tahun ini dengan edisi keenam. Seperti tahun sebelumnya, terdapat banyak kategori yang disediakan untuk menghargai serta mempromosikan permainan anda ke seluruh Asia Tenggara.\u00a0

Antara kategorinya adalah seperti Game Design Terbaik, Storytelling Terbaik dan banyak lagi. Sebelum ini, terdapat pelbagai permainan hebat Asia Tenggara yang telah diperkenalkan seperti Short Creepy Tales:7 PM, GigaBash dan lain-lain.

Pendaftaran buat SEA Game Awards 2022 telah dibuka sehinggalah 21 Ogos 2022 dan akan diumumkan pada 7 Oktober 2022 semasa pelancaran Level Up KL 2022 di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South.

Buat yang berminat, anda boleh mendaftar dan memuat naik permainan anda di laman web rasmi SEA Game Awards.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sea-game-award-2022-membuka-pendaftaran"} {"title": "Torchlight: Infinite - Pra Daftar Android Dibuka", "body": "

Berdasarkan francais Torchlight, permainan ini menggunakan naratif baru di dunia post-apocalyptic tanah Leptis. Permainan ini memperkenalkan pemain kepada pelbagai jenis hero di bawah kawalan kualiti seperti Thea si Oracle dan pelbagai lagi.

Kini, studio XD membuka pra pendaftaran untuk pengguna Android melalui Google Play. Setelah membuat ujian tertutup, mereka akan memulakan ujian beta terbuka pada bulan Oktober 2022.

Mereka juga ingin memperkenalkan versi PC sekali dengan tarikh keluaran secara mobile pada masa hadapan. Dengan ini, pemain boleh bermain secara cross-play antara PC dan mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/torchlight-infinite-pra-daftar-android-dibuka"} {"title": "Sambut Ulang Tahun Kelima Free Fire Dengan Justin Bieber", "body": "

Garena akan melancarkan pelbagai event, content baru dan giveaway pada setiap minggu sehinggalah 27 Ogos 2022 sempena ulangtahun kelima permainan Free Fire. Pada hari tersebut, selebriti kolaborasi mereka iaitu bintang terkenal Justin Bieber akan mengeluarkan lagu eksklusifnya.\u00a0

Diberi nama \u2018Beautiful Love\u2019, lagu ekslusif beliau ini akan dipersembahkan dalam permainan sebahagian daripada concert atas talian Free Fire. Pemain juga boleh berinteraksi dengan watak ini yang telah dimodel daripada Justin Bieber.\u00a0\u00a0\u00a0

Free Fire juga akan memberi pemain Magic Cube dimana anda boleh menuntut costume bundles kegemaran. Selain itu, Free Fire telah menyediakan cerita 5 babak iaitu Battle, Style, Map, Heroes dan Memory.

Tambahan pula, Free Fire akan mengeluarkan peta baru bernama Nextera dan mod baru termasuklah Free For All dan Droid Apocalypse.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sambut-ulang-tahun-kelima-free-fire-dengan-justin-bieber"} {"title": "League Of Legends Ingin Terhadkan Pengeluaran Champions Baru", "body": "

Baru-baru ini, League Of Legends telah menambahkan seorang lagi dalam roaster champions mereka iaitu Nilah. Dengan ini, League of Legends mempunyai 161 champions mengalahkan pesaing MOBA mereka seperti Dota 2 dengan 123 lebih watak dan Overwatch yang mempunyai 32 champions dalam roasternya.\u00a0

Francais ini cukup terkenal dengan kekerapan pengeluaran champions yang baru untuk menambah elemen baru dalam permainannya. Namun begitu, Leung-Harrison iaitu ketua divisi seimbang daripada Riot Games telah meluahkan niat mereka untuk menghentikan pengeluaran champions baru untuk mengelakkan kekeliruan pemain baru.\u00a0

Dalam tahun 2022 sahaja, League of Legends sudah mengeluarkan 4 champions baru dalam roaster mereka. Kemungkinannya, keputusan sekatan ini mungkin lebih baik untuk memberi ruang Riot Games untuk fokus dalam menyeimbangkan champions yang sedia ada.\u00a0

Tarikh mulanya sekatan penambahan roaster ini masih belum ditentukan namun menurut beliau ia bukanlah dalam masa yang terdekat.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/league-of-legends-ingin-terhadkan-pengeluaran-champions-baru"} {"title": "Call Of Duty Dituduh Plagiarism: Loyal Samoyed Ditarik Balik", "body": "

Baru-baru ini, Activision Blizzard telah memperkenalkan salah satu skin baru yang menampakkan seekor anjing hybrid yang dinamakan Loyal Samoyed. Tetapi, mereka telah menarik balik gambar skin baru ini daripada laman web mereka selepas mendapat tuduhan plagiarism.\u00a0

Seorang pelukis atau character designer bernama Sail Lin telah memuat naik kenyataan bersama lukisan watak yang seiras dengan anjing-hybrid Call of Duty di Twitter. Beliau menerangkan lukisannya telah dimuat naik di ArtStation sejak 2019.\u00a0

Beliau meluahkan perasaan sedihnya apabila syarikat besar seperti Activision telah meniru reka bentuk wataknya. Katanya, beliau telah menghubungi syarikat itu untuk mendapat penjelasan atau bayaran pampasan dengan harapan situasi ini dapat diselesaikan secepat mungkin.\u00a0

Buat masa sekarang, Activision Blizzard masih belum mengeluarkan kenyataan disebalik tuduhan ini. Namun, skin Loyak Samoyed telah ditarik balik daripada laman web rasmi \u2018Call Of Duty\u2019.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-dituduh-plagiarism-loyal-samoyed-ditarik-balik"} {"title": "EACC Summer 2022 Bermula Ogos Ini", "body": "

Kejohanan EA Sports FIFA 4 peringkat Asia kembali dengan edisi keduanya dibawah kolaborasi antara EA dan ONE Esports. Kejohanan ini melibatkan 12 pasukan daripada negara China, Korea, Thailand dan Vietnam yang akan bersaing selama seminggu untuk memenangi prize pool sebanyak $100,000 USD.\u00a0

Kejohanan ini akan menggunakan format Best of 5 dengan senarai pasukan yang terlibat adalah seperti berikut:

China

Korea

Thailand

Vietnam

Bertarikh daripada 15 Ogos sehingga 21 Ogos 2022, kejohanan ini akan disiar secara langsung di Youtube, Nexon, AfreecaTV dibawah akaun ONE Esports. Buat penonton China, ia akan disiar di Bilibili, Douyo, Huya dan Weibo

", "url": "https://gamersonduty.com/news/eacc-summer-2022-bermula-ogos-ini"} {"title": "Pasukan ELUX - Pemenang Kejohanan GMX Cup Musim Pertama", "body": "

GMX Cup merupakan kejohanan Mobile Legends Bang Bang yang baru ditubuhkan tahun 2022 dengan perlancaran musim pertamanya baru-baru ini. Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari dengan penglibatan sebanyak 8 pasukan esports Malaysia.

Pasukan ELUX atau dahulu dikenali sebagai pasukan The Academy telah muncul sebagai juara pertama GMX Cup. Mereka telah membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 5,000 setelah menewaskan pasukan Rahasia dengan skor 4-3 di pusingan terakhir.

Walaupun bertarung sehabis baik, pasukan Rahasia bertempat di posisi naib johan dan mendapat RM 2,500 diikuti oleh pasukan Monster Vicious di tempat ketiga dengan RM 1,000. Pasukan Origins pula mendapat RM 500 di tempat keempat dan pasukan lain yang terlibat mendapat RM 250 sebagai saguhati penyertaan.\u00a0

Tahniah buat semua pasukan yang terlibat dan jumpa anda di musim yang seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-elux-pemenang-pertama-sejarah-gmx-cup"} {"title": "Fullmetal Alchemist Kembali Dalam Bentuk Permainan Mobile", "body": "

Francais ikonik yang menceritakan semangat brotherhood dan ilmu alkimia kembali ke dunia media. Kali ini, dalam bentuk permainan Mobile untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android.\u00a0

Square Enix telah mengeluarkan beberapa trailer dengan yang terbaru menceritakan watak-watak yang terlibat nanti. Pemain dapat berinteraksi dengan watak-watak kegemaran daripada francais ini seperti Edward Elric, Alphonse Elric, Winry Rockbell, Izumi Curtis, Sig Curtis dan lain-lain.\u00a0

Permainan mobile ini merupakan permainan strategi dengan penggunaan grid dan turn based. Terdapat juga elemen Gacha yang seakan sistem permainan mobile Square Enix iaitu War of Visions: Final Fantasy Brave Exvius.\u00a0

Square Enix telah mengumumkan tarikh pengeluaran di Jepun iaitu pada 4 Ogos 2022, namun mereka masih belum mengeluarkan tarikh keluaran global. Oleh kerana francais ini popular, anggaran keluaran global adalah antara beberapa bulan sehingga setahun selepas tarikh keluaran Jepunnya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fullmetal-alchemist-kembali-dalam-bentuk-permainan-mobile"} {"title": "Gameplay Gotham Knights Dipertunjukkan", "body": "

Baru-baru ini, IGN telah mengeluarkan video yang menunjukkan gameplay permainan Gotham Knights. Video ini menunjukkan gameplay selama 16 minit dan ia mendedahkan banyak benda baru tentang permainan yang belum dikeluarkan ini.

Video dimulakan dengan pengenalan kepada tiga watak yang boleh dimainkan. Nightwing, Batgirl, Red Hood dan Robin adalah watak yang boleh dimain dalam Gotham Knights. Pemain dalam video ini memilih Batgirl dan mereka menunjukkan kepada kitabagaimana permainan ini kelihatan dan dimainkan.

Kita juga dapat melihat dengan baik pada UI permainan ini, persekitarannya dan yang paling penting gameplay perlawanannya. Gotham Knights akan dikeluarkan untuk PC, PlayStation dan Xbox pada 25 Oktober tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gameplay-gotham-knights-dipertunjukkan"} {"title": "Evo 2022 Akan Dilancarkan Minggu Ini", "body": "

Evo 2022 akan berlangsung di Las Vegas, Nevada pada 5 Ogos hingga 7 Ogos, dengan kejohanannya disiarkan secara langsung di Twitch dan YouTube untuk dua hari pertama acara itu. PlayStation akan meliputi Evo 2022 daripada Kejohanan PlayStation: Evo Lounge, dengan hos adalah pemain sendiri.

Tajuk yang pemain akan dapat bermain dan menonton perlawanan ialah Street Fighter 5: Champion Edition, Guilty Gear: Strive, Mortal Kombat 11 Ultimate, Tekken 7, The King of Fighters 15, Melty Blood: Type Lumina, Dragon Ball FighterZ , Granblue Fantasy: Versus, MultiVersus dan Skullgirls: 2nd Encore.

Evolution Champion Series mendedahkan di laman webnya bahawa akan ada lapan peringkat di Evo 2022, bersama-sama dengan permainan yang akan distream pada setiap satu. Peringkat utama akan mengadakan panel, wawancara dan pameran terlebih dahulu, diikuti dengan perlawanan setiap permainan sepanjang tiga hari acara.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evo-2022-akan-dilancarkan-minggu-ini"} {"title": "PlayStation Melancarkan Summer Sale", "body": "

Baru-baru ini, PlayStation telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan jualan musim panas. PlayStation Summer Sale ini akan dilancarkan bermula dari 3 Ogos hingga 16 Ogos dan ia akan menampilkan banyak jualan besar untuk permainan AAA yang popular.

Jualan ini juga akan tersedia untuk peniaga sah PlayStation di Malaysia seperti Gamers Hideout, Impulse Gaming, Sony Center dan banyak lagi tempat. Permainan yang bersalinan fizikal yang boleh didapati di kedai ini ialah MLB The Show 22, Horizon Forbidden West, Gran Turismo 7, Nier Replicant, FINAL FANTASY VII REMAKE dan juga Ghostwire: Tokyo

PlayStation Summer Sale ini juga akan diadakan di kedai online PlayStation Store. Terdapat banyak permainan yang akan berdiskaun sebanyak 80%. Jualan ini akan tersedia hingga 17 Ogos.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-melancarkan-summer-sale"} {"title": "Komuniti Kecewa Dengan Developer VRChat", "body": "

VRChat telah menjadi permainan yang telah menyatukan orang ramai. Beberapa nyawa orang terselamat kerana mereka menemui komuniti dan rakan yang penyayang di dunia maya ini. Pemain telah mencipta kehidupan yang sama sekali baru dalam VRChat dan ini semua disebabkan oleh sifat kebebasan permainan ini.

Tetapi baru-baru ini, developer VRChat telah menambahkan Easy Anti-Cheat pada permainan mereka. Sekarang ini mungkin kelihatan tidak berbahaya pada pandangan pertama. Tetapi seperti yang telah dinyatakan dan dibincangkan oleh kebanyakan orang dalam komuniti, ini mungkin penamat VRChat.

Penambahan Easy Anti-Cheat akan mengalih keluar banyak mod berguna yang digunakan oleh orang ramai untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik dalam permainan. Tetapi dengan penambahan ini akan membuat permainan berjalan lebih teruk. Easy Anti-Cheat tidak akan menyelesaikan isu yang ia telah ditambahkan untuk diselesaikan seperti mod berniat jahat dan mengganggu pengguna. Disebabkan keputusan buruk oleh developer, peminat telah mula review-bomb permainan ini di halaman Steam nya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/komuniti-kecewa-dengan-developer-vrchat"} {"title": "Grounded Akhirnya Mendapat Tarikh Keluaran Rasmi", "body": "

Grounded ialah permainan video survival yang dibangunkan oleh Obsidian Entertainment dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios. Permainan ini telah anda bermain sebagai manusia yang telah mengecil kepada saiz serangga.

Permainan ini pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2020 sebagai permainan akses awal dan ia sedang dalam development selama kira-kira dua tahun. Dalam era akses awalnya, ia telah mendapat banyak ulasan yang baik dari pemain dan pelbagai update yang memastikan permainan itu hidup.

Baru-baru ini, pengarah permainan Grounded, Adam Brennecke telah membuat pengumuman di Twitter bahawa permainan ini tidak akan lagi berada dalam akses awal dan akhirnya mempunyai keluaran rasmi pada 27 September 2020. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana bertahan bersama mereka untuk masa yang lama.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/grounded-akhirnya-mendapat-tarikh-keluaran-rasmi"} {"title": "Main Call of Duty: Vanguard Multiplayer Secara Percuma Selama Seminggu", "body": "

Call of Duty: Vanguard Multiplayer ditawarkan secara percuma selama seminggu. Pemain boleh rasai permainan ini bermula dari 18 Mei hingga 24 Mei ini. Apa yang anda boleh dapatkan daripada akses percuma ini? Pelbagai perkara menarik yang anda boleh rasai antaranya ialah kesemua mode dan peta yang terdapat dalam permainan ini.

Sebagai contoh, peta baharu Mayhem. Mayhem merupakan sebuah peta yang bertemakan bandar metropolis dimana saiz bangunan berada dalam keadaan kecil. Pemain perlu berperang dalam kawasan yang agak terhad. Selain daripada itu, pemain juga boleh mengakses mode Arm Race. Mode ini memerlukan pemain untuk menawan kesemua base bagi mendapatkan kemenangan.

Selain mode Arm Race, terdapat juga mode Klasik. Mode Klasik akan menyediakan tema Dome, Castle, Radar, dan Shipment. Jadi tunggu apa lagi? Bermain CoD dengan sepuasnya secara percuma melalui konsol atau PC anda. Untuk info lanjut, layari www.callofduty.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/main-call-of-duty-vanguard-multiplayer-secara-percuma-selama-seminggu"} {"title": "Thailand Mendahului 3 Pingat di SEA Games 31 Esports", "body": "

SEA Games yang ke-31 ini bermula minggu lepas di Hanoi, Vietnam dan seperti sebelumnya, esport merupakan salah satu kategori sukannya. Game yang dimainkan untuk kategori esport ialah League of Legends, FIFA Online 4, PUBG Mobile, League of Legends: Wild Rift, Mobile Lengs: Bang Bang, Free Fire, Crossfire dan Arena of Valor. Tournament bagi FIFA Online 4, Free Fire dan League of Legends: Wild Rift sahaja yang telah mempunyai keputusan.

Setakat ini, Thailand mendahului dengan memenangi 3 pingat esports di 31st Southeast Asia (SEA) Games. Keputusan setiap tournament adalah seperti tercatat di bawah:

FIFA Online 4: Thailand (Gold), Vietnam (Silver), Malaysia (Bronze)

Wild Rift: Vietnam (Gold), Thailand (Silver), Singapore (Bronze)

Free Fire: Indonesia (Gold dan Silver), Thailand (Bronze)

Pingat League of Legends, PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Crossfire dan Arena of Valor masih terbuka untuk dimenangi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/thailand-mendahului-3-pingat-di-sea-games-31-esports"} {"title": "Dating Bersama Villain? - Hooked On You: A Dead By Daylight Dating Sim", "body": "

Adakah anda akan jumpa cinta sejati, membina persahabatan abadi atau ditakdirkan untuk diketuk sehingga mati? Hanya pemain akan tentukan.\u00a0

Daripada developer Psyop yang mengeluarkan permainan video I Love You, Colonel Sanders! A Finger-Lickin' Good Dating Simulator, \u00a0yang memberi peluang kepada pemain untuk memenangi hati Colonel Sanders atau pengasas KFC, Behaviour Interactive telah mengumumkan pengeluaran dating sim baru berasaskan villain-villain daripada horror interactive game \u2018Dead By Daylight\u2019. Bayangkan situasi di mana daripada berlari jauh daripada villain seperti Trapper, pemain berlari ke arah Trapper untuk memenangi hatinya.

Hooked On You akan dibintangi watak-watak villain: The Huntress, The Spirit, The Trapper, dan The Wraith yang menduduki pulau dikenali sebagai \u2018Murderer\u2019s Island\u2019. Pemain akan ditemani oleh empat villain yang hanya mahu mencari cinta di bawah luaran yang mengerikan. Peminat ditugaskan untuk memenangi hati The Huntress, The Spirit, The Trapper dan The Wraith, melonggarkan tali-tali rahsia gelap disebalik gameplay yang lucu dan mencuit hati ini.\u00a0

Sekarang berumur 7 tahun, Dead by Daylight sudah mengembang mencatatkan 31 survivor dan 28 killers bagi masa terkini, berkolaborasi dengan francais seperti Hellraiser, Ringu dan Stranger Things. Jangan lupa dengan pengeluaran dating sim barunya, Hooked On You, yang akan dikeluarkan di Steam summer ini.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dating-bersama-villain-hooked-on-you-a-dead-by-daylight-dating-sim"} {"title": "Jumper Raih Tempat ke-6, Solo PUBG Mobile Sukan SEA 31", "body": "

Sukan SEA 31 PUBG Mobile Solo telah menutup tirainya. Pemilik pingat juga sudah diketahui. Seramai 20 orang peserta yang mewakili negara masing-masing telah beraksi dengan sebaik mungkin. Walau bagaimana, Malaysia terpaksa akur dengan keputusan akhir dimana pemain pertama Malaysia iaitu \u201cJumper\u201d menamatkan kejohanan dengan berada di tempat ke-6.

Meskipun Jumper telah berada di kedudukan ke-4 pada perlawanan ke 3, beliau kemudiannya dikejar oleh pemain Vietnam, Indonesia, dan Filipina pada 2 perlawanan akhir sehingga menyebabkan beliau turun di tempat ke-6 dengan 87 mata keseluruhan. Untuk pemain kedua Malaysia iaitu Uhigh, beliau berada di tempat ke-10 dengan 78 mata keseluruhan.

Juara dalam acara ini telah diberikan kepada pemain Vietnam iaitu Phan Van Dong (ViCoi). Beliau telah membawa pulang pingat emas apabila menduduki tempat pertama dengan 104 mata keseluruhan. Untuk pingat perak pula dimiliki oleh pemain Indonesia iaitu Alan Raynold Kumaseh (Alan). Beliau berada di tempat kedua dengan kutipan 102 mata keseluruhan manakala pemain Thailand iaitu Purin Rongkhankaew (Stoned) memiliki pingat gangsa.

Stoned berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak 100 mata keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada pemenang pingat serta barisan pemain Malaysia. Semoga Malaysia dapat bangkit dan membawa pulang pingat pada masa akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jumper-raih-tempat-ke-6-solo-pubg-mobile-sukan-sea-31"} {"title": "Another Crab\u2019s Treasure: Mari Mengembara Sebagai Seekor Hermit Crab", "body": "

\u201cSaya ada idea untuk game ini mengenai seekor hermit crab yang memakai sampah sebagai rumah belakang dia sejak 6 tahun lalu tetapi tiada sesiapa yang benarkan saya buat\u201d Kata Art Director, Nik Kaman, ketika memperkenalkan game tersebut.\u00a0\u00a0\u00a0

Game yang dibintangi seekor hermit crab ini amat senang di mata, dengan gaya yang berwarna warni, dunia yang menarik serta hero ketam yang mencuit hati. Setelah didedahkan pada Indie World Presentation pada May 2022 oleh Nintendo, Permainan video ini sudah tentunya berjaya menarik hati peminat Indie Games.\u00a0

Pengembaraan ini berkisahkan Kril dan rakan rakan dalam menyelamatkan ekosistem bawah laut yang tercemar. Dalam trailer yang telah dikeluarkan mampu beri pengenalan kepada suasana bawah lautan, daripada aksi lincah hero ketam melawan musuh sehinggalah motif-motif pencemaran di dasar lautan.\u00a0

Penggunaan combat yang seakan-seakan Dark Souls, elemen-elemen 3D serta penggunaan sampah sarap di dasar laut dan suasana sekeliling sebagai senjata pelbagai Krill merealisasikan keinginan Aggro Crab Games demi mahukan pemain menikmati gameplay yang mencabar namun mudah dihadam.

Pelancaran Another Crab\u2019s Treasure adalah pada tahun 2023 di platform seperti PC, Nintendo Switch dan konsol-konsol yang masih dalam perbincangan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/another-crab-s-treasure-mari-mengembara-sebagai-seekor-hermit-crab"} {"title": "Ismail Izzani Dan Garena Free Fire Kolaborasi Untuk Acara Light of the World", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena telah mengumumkan kolaborasi selebriti susulan Zizan Razak daripada 17 May sehingga 3 Jun iaitu jejaka penyayi - Ismail Izzani, di bawah payungan kempen \u201cFree Fire Untuk Semua\u201d, yang akan berlangsung sehingga Ogos untuk menggalakkan pemain untuk meneruskan minat dan hobi mereka.\u00a0

Peminat bersiap untuk riang teruja dengan lagu kolaborasi dan muzik video dari Ismail Izzani bertajuk \u2018Light of The World\u2019, teaser dikeluarkan esok pada 8:30 pm di Free Fire Malaysia\u2019s official Facebook and Youtube. Selain itu, selami diri anda dalam aksi pameran \u201cFree Fire Semua Hobi\u201d dengan kuiz muzik video dan aktiviti - aktiviti akan datang.

Perkenalkan juga permainan mini, minigame, bernama \u201cGuess The Hobbies\u201d yang akan memberi peluang kepada pemain Free Fire, atau Survivors, untuk memenangi Blue Ace Banner serta token Untuk Semua.

Lagu \u201cLight of the World\u201d akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 20 Mei 2022 di saluran Spotify Garena Free Fire. \u00a0 \u00a0 \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ismail-izzani-dan-garena-free-fire-kolaborasi-untuk-acara-light-of-the-world"} {"title": "Selepas Genshin Impact, Hoyoverse Kini Memperkenalkan Zenless Zone Zero", "body": "

Baru-baru ini, studio yang terkenal dengan Genshin Impact ini telah mengeluarkan trailer pertamanya memperkenalkan dunia RPG yang penuh dengan aksi-nyata. Dunia tembak menembak ini mengambil inspirasi daripada tajuk-tajuk seperti The World Ends With You dan Scarlett Nexus, meletakkan pemainnya dalam situasi dunia apocalyptic urban di New Eridu setelah makhluk raksasa, Ethereal, menakluki bumi.

Mengikut gaya dan sistem seperti Genshin Impact, bersiap semangat dengan grafik dan aksi lawan yang menarik dan reka bentuk watak yang cantik. Walaupun tidak tertera cara mereka akan monetize namun bersedialah untuk menggunakan duit untuk berpeluang untuk mendapatkan watak-watak grade tinggi.\u00a0

Zenless Zone Zero masih tidak mempunyai tarikh rasmi untuk pengeluarannya namun versi beta boleh didaftar di laman web rasmi mereka untuk versi PC dan iOS sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-genshin-impact-hoyoverse-kini-memperkenalkan-zenless-zone-zero"} {"title": "Pasukan Wild Rift & Free Fire Malaysia Tiada Rezeki Sumbang Pingat", "body": "

Perjuangan pasukan Wild Rift dan Free Fire Malaysia untuk Sukan SEA 31 telahpun berakhir. Walau apa jua keputusan yang diperolehi, kita sama-sama perlu menerima dengan berikan sokongan semangat untuk para pemain. Meskipun mereka gagal untuk menyumbang pingat buat negara, namun mereka sememangnya telah melakukan dengan sehabis baik.

Untuk pasukan Wild Rift, mereka menduduki di tangga ke 4 apabila tewas di tangan pasukan Singapura pada 15 Mei lalu. Pasukan ini diwakili oleh Kuan Chuen Liew (Sagi), Kok Sing Poon (OzoraVeki), Jonathan Mun Shum Chan (Chilly), Roonghan Chan (ArrHedge), Sheng Ren Lim (TheShang), Chin Wee Chun (Winter), dan Chin Yee Yong (Vita).

Bagi acara Free Fire pula, Malaysia menduduki di tangga ke 7 dan 8. Free Fire untuk Sukan SEA kali ini telah didominasi oleh Indonesia dimana kedua wakilnya meraih pingat emas dan perak. Pemain Free Fire Malaysia diwakili oleh Mohammad Akiq Akimi (Akiq), Noornasdi Abdul Gapar (Genzz), Mohammad John Abd Gapur (Donkey), Mohammad Jahn Abd Gapur (Jahn), Adib Nazmir (FlexxOG), Muhammad Zairil Hafizzie (Asta), Ibnu Qaldoon (IbnuPensi), Muhammad Irfan (Kireiiku), Wan Muhammad Haqimi (Syaa).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-wild-rift-free-fire-malaysia-tiada-rezeki-sumbang-pingat"} {"title": "Barisan MLBB Suhaz Esports Dibubarkan", "body": "

Pada 16 Mei, Suhaz Esports telah mengeluarkan 1 pengumuman yang mengejutkan ramai pihak. Genap 2 tahun bersama, akhirnya barisan pemain Mobile Legends: Bang Bang dibubarkan sepenuhnya. Suhaz Esports bakal menggantikan barisan pemain ini dengan pemain-pemain baru.

Sepanjang 2 tahun bersama, barisan pemain ini berjaya mengekalkan slot mereka di dalam setiap MPL MY. Aj, Box, Eavy, HyHy, Dace, Padel, CaptSha, Aush, Zed, dan Rexvinn semua ini merupakan pemain yang penuh dengan pengalaman dalam dunia MLBB. Pada MPL MY baru-baru ini, Suhaz Esports berjaya mendapatkan tempat ketiga.

Meskipun pengumuman ini agak menyedihkan untuk peminat Suhaz, namun mereka terpaksa menerima. Kemanakah hala tuju pemain-pemain ini untuk musim akan datang? Siapa pula yang bakal menggantikan tempat mereka di dalam Suhaz Esports? Sama-sama kita nantikan berita akan datang. Selamat maju jaya buat semua. Semoga terus berjaya dalam industri e-sukan Malaysia!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/barisan-mlbb-suhaz-esports-dibubarkan"} {"title": "HomeGirls Juara PUBG Ladies Community Cup", "body": "

HomeGirls berjaya merangkul gelaran juara dalam kejohanan PUBG Ladies Community Cup. Mereka telah menewaskan 16 pasukan yang lain dengan mendapatkan mata tertinggi iaitu 86 mata. Perlawanan akhir untuk kejohanan ini telah berlangsung pada 15 Mei di Homebois Pitstop, Petaling Jaya.

HomeGirls merupakan sebuah pasukan PUBG Mobile wanita cawangan Homebois. Kemenangan tersebut telah memberi kegembiraan buat mereka dimana mereka muncul sebagai juara di tempat sendiri. Dalam sesi penyampaian hadiah, dilihat Daddyhood iaitu pengasas Homebois turut serta menyampaikan hadiah.

Untuk tempat kedua, ia diduduki oleh Farang Invictus dengan mata terkumpul sebanyak 73 manakala The Gringos Nyla di tempat ketiga dengan kutipan 69 mata. PUBG Ladies Community Cup merupakan sebuah kejohanan anjuran Axis RedOne dengan kerjasama beberapa organisasi yang lain seperti Al Ikhlas Gadget, Team Haq, Homebois Pitstop, dan lain-lain.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga banyak lagi kejohanan seperti ini diadakan untuk pemain wanita supaya mereka mampu untuk bergerak dengan lebih jauh.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homegirls-juara-pubg-ladies-community-cup"} {"title": "Streamer Diban Gara-Gara Menggunakan Cheat Di Livestream", "body": "

Baru-baru ini, terdapat seorang streamer dihukum akibat menggunakan Cheat di dalam livestreamnya. Beliau didapati telah menggunakan cheat untuk permainan Call of Duty: Vanguard di Twitch. \u201cBBluring\u201d, pemain ini dikatakan telah melakukan wallhack dimana terdapat clip video yang dimuat naik ke dalam twitter sebagai bahan bukti.

Apa yang lebih berat, beliau menggunakan cheat itu ketika bertanding di dalam kejohanan Search and Destroy 2v2. Hasil daripada laporan video tersebut, BBluring akhirnya menerima hukuman dimana beliau telah diban daripada menyertai mana-mana kejohanan serta diban oleh GameBattles buat selama-lamanya. Call of Duty: Vanguard juga telah memasukan Anti-Cheat Ricochet untuk menghindari isu cheating.

Apa yang boleh dikatakan, jadilah seorang streamer dan gamers yang bertanggungjawab. Elakkan daripada melakukan perkara seperti di atas kerana ianya bukan sahaja merosakkan kerjaya diri, malah ia turut memberi kesan negatif kepada industri e-sukan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/streamer-diban-gara-gara-menggunakan-cheat-di-livestream"} {"title": "Godzilla & Kong Kini Tiba di Call of Duty: Warzone", "body": "

Activision melakukan sebuah lagi kolaborasi hebat untuk Call of Duty: Warzone dimana mereka membawa masuk Godzilla dan Kong ke dalam permainan. Mod baharu ini boleh dimainkan bermula pada 11 Mei dan akan tamat pada 25 Mei. Operation Monarch, itulah nama mode baru untuk masa terhad ini.

Di dalam mode Operation Monarch, pemain akan bersaing untuk menjadi pasukan terakhir yang berdiri disamping Gozilla dan Kong sedang berkeliaran di pulau itu. Meskipun kedua raksasa ini kebiasaannya tidak terlalu agresif, namun pada waktu tertentu yang dipanggil sebagai Titan Frenzy,\u00a0 mereka mampu untuk menjadi ganas dan menyerang secara melulu. Pada ketika itu, pemain mempunyai dua pilihan iaitu sama ada melarikan diri atau melakukan pertempuran.

Jika pemain melakukan pertempuran dan mencukupi kerosakan untuk menumbangkan raksasa ganas tersebut, pemain akan mendapat keupayaan Killstreak yang membolehkan pemain untuk menggunakan kuasa daripada Godzilla atau Kong. Selain itu, mode Operation Monarch ini turut mengeluarkan barangan yang bertemakan Godzilla dan Kong seperti limited-bundle, skin dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi? Jom rasai pengalaman yang menyeronokkan bermain bersama Godzilla dan Kong di dalam Call of Duty: Warzone! Untuk info lanjut, layari\u00a0

www.callofduty.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/godzilla-kong-kini-tiba-di-call-of-duty-warzone"} {"title": "Team Flash Juara Wild Rift Champions SEA", "body": "

Pada 8 Mei, Team Flash iaitu pasukan daripada Vietnam telah merangkul gelaran juara dalam kejohanan Wild Rift Champions SEA 2022. Kemenangan tersebut telah melayakkan Team Flash untuk mendapat tempat di Icon Global Championship 2022. Mereka turut membawa hadiah wang tunai sebanyak 32 000 USD beserta trofi.

Di perlawanan akhir, Team Flash telah bertemu dengan pasukan daripada Taiwan iaitu Flash Wolves. Perlawanan tersebut kelihatan agak sukar untuk Flash Wolves dimana mereka terpaksa menanggung kekalahan 0-4. Team Flash sememangnya menunjukkan gaya permainan pasukan yang terkuat di Asia.

Walau bagaimana, Flash Wolves, RRQ (Thai) dan Buriram United Esports (Thai) masih mempunyai peluang untuk mendapatkan slot ke Icon Global Championship melalui perlawanan Play-Ins. Play-Ins akan bermula pada 14 Jun manakala peringkat kumpulan adalah pada 21 Jun. Jangan lupa untuk saksikan pertembungan antara pasukan terkuat dunia Wild Rift.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-flash-juara-wild-rift-champions-sea"} {"title": "Newcastle, Legend Baru Dalam Apex Legends: Saviors", "body": "

Newcastle akhirnya tiba di dalam Apex Legends: Saviors. Bertahun-tahun dia mempertahankan bandar kecilnya dan dia juga harus membuktikan kepada Legends yang lain bahawa dia mampu untuk melindungi Harris Valley. Newcastle merupakan Legends yang menggunakan gaya permainan defensif serta mempunyai beberapa kebolehan istimewa.

Antara kebolehan Newcastle ialah Retrieve the Wounded. Kuasa ini membolehkan Newcastle melindungi diri bersama rakannya daripada terkena tembakan apabila dia mengaktifkan Revive Shield yang terdapat pada pergelangan tangannya. Seterusnya ialah Mobile Shield. Kuasa ini merupakan tenaga perisai terapung yang membantu dirinya untuk bertarung dalam keadaan yang sukar.

Kebolehan lainnya ialah Castle Wall. Newcastle akan mengeluarkan perisai hebat dari belakangnya dan apabila dia menghempaskan perisai tersebut ke tanah maka sebuah kubu pertahanan yang besar mula diaktifkan. Kubu ini akan melindungi sekutunya daripada sebarang serangan. Setiap musuh yang mendekati dinding bertenaga ini akan menerima nasib yang buruk.\u00a0

Dengan adanya Legends terbaru ini, maka sistem pertahanan akan lebih meningkat. Jadi tunggu apa lagi? Rasai permainan yang menyeronokkan bersama Legends Newcastle. Untuk info lanjut, layari www.ea.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/newcastle-legend-baru-dalam-apex-legends-saviors"} {"title": "RGX 11z Pro Kini Kembali Dengan Skin Baharu", "body": "

Riot Games telah menambah 5 skin baru untuk senjata RGX 11z Pro buat para peminat Valorant. Skin tersebut merangkumi skin Classic, Phantom, Spectre dan Operator. Kesemua skin ini dijual dalam bentuk bundle dan pemain boleh mendapatkan bermula pada 27 April ini.

Pada Oktober yang lalu, Riot telah memperkenalkan skin set RGX 11z Pro yang pertamanya. Untuk keluaran kali ini, skin tersebut kelihatan lebih futuristik, warna yang lebih menyinar serta mempunyai pencahayaan RGB. Perkara ini akan memberikan lebih keseronokan serta semangat bertarung kepada para permainan.\u00a0

Antara harga skin RGX 11z Pro peringkat Legendaris adalah bernilai 8 700 VP atau 85 USD. Berikut merupakan senarai item yang terdapat di dalam bundle tersebut:

Kesemua senjata ini akan memaparkan jumlah bunuh atau penyingkiran yang diperolehi dalam setiap pusingan. Skin RGX Pro ini dijangka akan mendapat sambutan ramai peminat. Ini kerana Skin RGX Pro merupakan antara kosmetik yang popular di dalam permainan. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan koleksi skin ini dan rasai keseronokkannya!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rgx-11z-pro-kini-kembali-dengan-skin-baharu"} {"title": "UniPin Ladies Series MY/SG Musim 1 Kini Kembali", "body": "

UniPin, penganjur kejohanan e-sukan wanita Asia Tenggara baru-baru ini mengumumkan tentang pendaftaran UniPin Ladies Series MY/SG Musim 1. Ini merupakan kejohanan kali ke-2 selepas diadakan pada tahun lepas. UniPin Ladies Series MY/SG Musim 1 turut menawarkan hadiah terkumpul lebih tinggi daripada musim lepas iaitu sebanyak RM 7 500.

Untuk pengetahuan, UniPin Ladies Series merupakan sebuah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang yang terbuka kepada pemain wanita sahaja. UniPin Ladies Series sememangnya antara kompetitif terkenal di Indonesia. Dengan adanya kompetitif wanita seperti ini di dalam negara, ia dapat membuka peluang pemain wanita menonjolkan bakat mereka serta menarik lebih ramai lagi keterlibatan wanita di dalam e-sukan.

Bagi yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, anda boleh membuat pendaftaran di www.seaca.gg. Pendaftaran dibuka pada 21 April hingga 10 Mei 2022. Untuk perlawanan peringkat kelayakan akan bermula pada 12 hingga 14 Mei manakala regular season akan mula pada 19 Mei hingga 4 Jun. Pasukan yang berada di kedudukan teratas bakal mewakili negara ke UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

Jika anda seorang wanita yang aktif dalam e-sukan terutama untuk permainan MLBB, jangan lepaskan peluang ini! Kemungkinan anda bakal mewakili negara satu hari nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/unipin-ladies-series-my-sg-musim-1-kini-kembali"} {"title": "Optic Gaming Muncul Juara Dalam VCT Masters Reykjavik 2022", "body": "

Kejohanan Valorant Championship Tour (VCT) Master Reykjavik 2022 telah melabuhkan tirainya. 12 pasukan daripada 8 wilayah selesai berentap dalam merebut gelaran juara. Keputusan akhir menyaksikan pasukan daripada Amerika Utara, Optic Gaming telah mendahului kedudukan carta.

Dengan itu, Optic Gaming secara rasminya dinobatkan sebagai juara VCT Masters Reykjavik 2022. Mereka berjaya mengutip mata tertinggi sepanjang kejohanan iaitu sebanyak 750 mata manakala pasukan LOUD ditempat kedua dengan 500 mata. Perlawanan akhir turut menyaksikan pertembungan antara Optic Gaming menentang pasukan LOUD.\u00a0

Dengan taktikal yang sukar untuk diramal, Optic Gaming akhirnya berjaya menumbangkan pasukan daripada Brazil ini dengan mendapatkan kemenangan dalam ketiga-tiga map. LOUD walau bagaimana turut bermain dengan baik. Mereka juga memberikan tentangan yang hebat terhadap Optic Gaming untuk memenangi perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Optic Gaming membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 200 000 USD (RM 870 500) beserta trofi manakala pasukan LOUD pula membawa pulang 120 000 (RM 522 300). Ditempat ketiga dan keempat telah diduduki oleh pasukan ZETA DIVISION dan Paper Rex. Untuk pasukan Paper Rex, terdapat seorang pemain daripada Malaysia iaitu \u201cd4d41\u201d. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/optic-gaming-muncul-juara-dalam-vct-masters-reykjavik-2022"} {"title": "Kemenangan yang Dinanti - MPL MY S9 Milik Todak", "body": "

Pasukan Todak telah dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) MY musim ke-9. Setelah 2 musim menjadi naib juara, kini pasukan Todak berjaya mendapatkan semula tahta kejuaraan mereka.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Todak menentang Orange Esports. Orange Esports sememangnya bermain dengan sangat baik namun corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Todak telah mematahkan serangan Orange Esports. Todak berjaya memenangi perlawanan 4-1. Walau bagaimana, kedua pasukan ini akan mewakili Malaysia untuk kejohanan MLBB Southeast Asia Cup (MSC) 2022.

Dengan kemenangan tersebut, Todak membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 25 000 USD (RM 108 125) beserta trofi manakala Orange Esports membawa pulang wang tunai sebanyak 12 000 USD (RM 51 900). Untuk Rookie terbaik pada musim ini telah diberikan kepada pemain baru iaitu Zaed, jungler pasukan Red Esports. Beliau mendapatkan gelaran tersebut kerana menunjukkan aksi cemerlang meskipun berdepan dengan pasukan-pasukan besar.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Semoga bertemu lagi pada MPL MY musim hadapan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kemenangan-yang-dinanti-mpl-my-s9-milik-todak"} {"title": "ION Esports Juara PMPL ID 2022", "body": "

ION Esports telah dinobatkan sebagai juara PUBG Mobile Professional League (PMPL) ID 2022. Kemunculan wajah baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menewaskan pasukan-pasukan besar. Walau bagaimana, EVOS Reborn (212) berada di tempat kedua dengan hanya ketinggalan 2 mata terhadap pasukan ION Esports (214).

Berdasarkan keputusan akhir, 3 pasukan teratas akan mara ke SEA Championship 2022 iaitu pasukan ION Esports, EVOS Reborn dan RRQ RYU. Untuk pasukan yang berada di tangga ke-4, 5 dan 6 pula, mereka akan masuk ke SEA play-ins. Pasukan tersebut adalah Bigetron RA, NFT Esports, dan Voin Esports.

Dengan kemenangan yang diperolehi, ION Esports membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 34 050 USD beserta trofi manakala EVOS Reborn dan RRQ RYU masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak 19 100 USD dan 13 250 USD. Untuk pemain MVP musim ini telah diberikan kepada pemain RRQ Nerpehko. Beliau berjaya mencatatkan 99 kills dan 24644 damage yang dikeluarkan.

Tahniah diucapkan buat para pemenang! Semoga jumpa lagi di PMPL ID musim ke-10.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ion-esports-juara-pmpl-id-2022"} {"title": "RRQ Hoshi Juara MPL ID Musim ke-9", "body": "

RRQ Hoshi berjaya merangkul gelaran juara pada kejohanan MLBB Professional League (MPL) ID musim ke-9. Ini merupakan kemenangan keempat buat RRQ Hoshi sepanjang bertanding di dalam MPL ID. RRQ Hoshi turut digelar sebagai Raja Galaxy MPL ID S9.

Perlawanan akhir telah menyaksikan pertembungan antara RRQ Hoshi dengan bekas juara MPL ID musim 8 iaitu Onic Esports. Pada perlawanan tersebut, Onic Esports dilihat sukar untuk membaca corak permainan RRQ Hoshi. Dengan pergerakan yang begitu kemas ditunjukkan oleh setiap pemain RRQ Hoshi, Onic Esports akhirnya ditewaskan 4-1.

RRQ Hoshi dan Onic Esports walau bagaimana akan meneruskan perjuangan mereka bertanding di dalam MLBB Southeast Asia Cup (MSC) 2022. Kedua pasukan ini akan mewakili Indonesia menentang negara-negara lain. Dengan kemenangan ini, RRQ Hoshi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 140 000 USD manakala Onic Esports membawa pulang sebanyak 67 200 USD.

RRQ Clayy, pemain yang dinobatkan sebagai final MVP untuk musim ini. Beliau bermain cemerlang dengan mendapatkan KDA 9.7 dan 3798.32 damage yang dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jumpa lagi di MSC 2022!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-hoshi-juara-mpl-id-musim-ke-9"} {"title": "Bekas Pemain Suhaz Esports Menyertai Team Caracal", "body": "

Baru-baru ini pihak Team Caracal telah mengumumkan tiga pemain baru yang akan bermain bersama Team Caracal untuk MPL MY musim Kesepuluh.\u00a0

Tiga pemain tersebut adalah D Ace, Eavy dan juga AJ. Untuk korang yang tak tahu, mereka bertiga sebelum ini bermain untuk pasukan Suhaz Esports yang mana turut bertanding dalam MPL MY kali ini.\u00a0

Selain dari pemain baru, Team Caracal juga mengumumkan jurulatih terbaru mereka iaitu Jerong yang mana sebelum ini merupakan jurulatih pasukan MAB Esports.\u00a0

Buat masa ini Team Caracal berada ditangga kelima dan terakhir untuk kumpulan B di MPL MY S10 dengan hanya mampu mengumpul 2 mata sahaja setakat ini. Manakala Suhaz Esports juga berada ditangga kelima dan terakhir untuk kumpulan A disebabkan tiada mata langsung setakat minggu ketiga MPL MY musim Kesepuluh.\u00a0

Adakah dengan kemasukkan player dan jurulatih baru ini mampu mengubah nasib Team Caracal ataupun mereka akan tersingkir dari meneruskan perjalanan mereka di MPL MY musim ini? Sama-sama kita nantikan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-pemain-suhaz-esports-menyertai-team-caracal"} {"title": "The Corporates League Kembali Dengan Prizepool Yang Lebih Besar", "body": "

Baru-baru ini pihak The Gaming Company telah mengumumkan yang musim terbaru kejohanan The Corporates League mereka akan kembali pada tahun ini.\u00a0

Bagi korang yang tak tahu, The Corporates League merupakan satu kejohanan amateur yang membawakan pemain-pemain dari syarikat-syarikat besar untuk bertanding dalam esports.

Tahun ini merupakan kejohanan ketiga mereka yang mana sebelum ini banyak syarikat-syarikat besar yang menyertai The Corporates League musim pertama dan kedua. Antaranya adalah seperti Petronas, Shell, Bank Negara Malaysia, Media Prima dan banyak lagi.

Pelbagai game yang dipertandingkan dan untuk musim ketiga ini, empat permainan video yang akan dibawa. Empat permainan video tersebut adalah PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Valorant dan juga DOTA 2.

Pendaftaran telah dibuka sejak 22 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 15 September 2022. So apa lagi, ajaklah kawan-kawan office korang dan wakili syarikat korang untuk merebut prizepool sebanyak RM40,000! Korang boleh daftar DISINI.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-corporates-league-kembali-dengan-prizepool-yang-lebih-besar"} {"title": "Realme Pad X, Watch 3 dan GT NEO 3T Dilancarkan Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini pihak realme telah mengumumkan yang realme Pad X, Watch 3 dan juga smartphone terbaru mereka iaitu realme GT NEO 3T akan mula dijual di pasaran Malaysia.

Ketiga-tiga gadget ini telah mula dijual semalam di online store rasmi realme dan juga di Shopee. Tak dilupakan bersempena dengan sambutan realme 828 Fan Festival, realme menawarkan harga yang lebih murah untuk ketiga-tiga gadget ini sehingga 25 Ogos 2022.

Bagi realme Pad X, ianya akan dijual pada harga RM1,399.00 manakala untuk realme Watch 3 pula akan dijual pada harga RM199 sahaja. Yang terakhir sekali adalah realme GT NEO 3T dijual pada harga RM1,599.00.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/realme-pad-x-watch-3-dan-gt-neo-3t-dilancarkan-di-malaysia"} {"title": "3 Permainan Video Yang Bertemakan Penjara", "body": "

Korang mesti selalu melihat siri tv ataupun filem yang mempunyai tema penjara. Antara yang popular adalah seperti siri Prison Break dan juga filem seperti The Green Mile, Shutter Island, Escape Plan dan banyak lagi. Namun mungkin korang tak tahu yang kita juga ada permainan video yang bertemakan penjara.\u00a0

Hari ini kitorang nak share dengan korang 3 permainan video popular yang bertemakan penjara yang korang boleh cuba minggu ini.

A Way Out

A Way Out merupakan sebuah permainan video action-adventure yang dibangunkan oleh Hazelight Studios dan dikeluarkan oleh Electronic Art untuk PC, Playstation 4 dan juga Xbox One pada tahun 2018.

Permainan video A Way Out ini mengisahkan tentang Vincent Moretti yang telah dijatuhkan hukuman penjara diatas kesalahan penipuan dan pembunuhan. Di dalam penjara, dia telah bertemu dengan seorang lagi banduan iaitu Leonard \u201cLeo\u201d Caruso yang mana telah menjalani hukuman penjara enam bulan lebih awal dari Vincent disebabkan kesalahan rompakan bersenjata.\u00a0

Dalam permainan video ini, pemain harus bermain dengan pemain lain untuk sama-sama melepaskan diri dari penjara. Dengan membawa feature split screen yang sebelum ini hanya hadir pada permainan video lama. Korang boleh dapatkan A Way Out di Steam dengan hanya RM119 sahaja.\u00a0

\u00a0

Prison Simulator

Berbeza dengan permainan video A Way Out, Prison Simulator merupakan satu permainan video yang mana korang akan bermain sebagai pengawal penjara. Korang bukan sahaja perlu memastikan banduan-banduan dalam keadaan terkawal malah korang kena pastikan penjara tempat korang bekerja juga dijaga dengan baik.

Korang perlu pastikan tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku selama 30 hari korang berkhidmat sebagai pengawal penjara sebelum korang dapat kenaikan pangkat. Nampak macam senang tapi semakin korang menghampiri 30 hari, semakin ganas banduan dan banyak perkara-perkara yang tak diingini berlaku jadi korang kena pastikan setiap banduan dan task yang korang perlu buat setiap hari selesai dengan elok. Permainan video Prison Simulator ini boleh didapati di Steam pada harga RM39 sahaja.\u00a0

\u00a0

The Escapists

Permainan video yang terakhir adalah The Escapist. Permainan video strategy ini telah dihasilkan oleh Mouldy Tool Studio dan dikeluarkan oleh Team 17 pada tahun 2015. Dalam Permainan video ini korang akan bermain sebagai seorang banduan yang cuba untuk melepaskan diri dari penjara.

Terdapat enam level atau penjara yang korang perlu lepas diri. Setiap kali korang dapat melepaskan diri, penjara ataupun level baru akan dibuka untuk korang main. Di dalam penjara ini, korang harus mencari barang-barang dari sekitar penjara ataupun memperolehnya dari banduan-banduan lain.\u00a0

Selain mencari barang-barang untuk melepaskan diri dari penjara, korang juga boleh pergi ke perpustakaan di dalam penjara untuk menaikkan stat korang seperti strenght, speed dan intelligence yang mana stat ini dapat membantu korang untuk melepaskan diri dari penjara dengan lebih mudah. Permainan video ini boleh didapati di Steam pada harga RM38 sahaja. Korang boleh dapatkan The Escapist 2 pada harga RM12.15 sahaja.\u00a0

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-permainan-video-yang-bertemakan-penjara"} {"title": "Codashop Berkolaborasi Bersama AniManGaki Untuk AMG 2022", "body": "

Baru-baru ini pihak Codashop telah mengumumkan kerjasama mereka bersama AniManGaki untuk acara AMG 2022 yang mana bakal berlangsung pada 27 dan 28 Ogos ini.

Acara AMG 2022 ini akan berlangsung di The Mines Convention Center dan merupakan acara terbesar untuk peminat - peminat anime. Codashop menjanjikan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik untuk pengunjung yang datang ke booth Codashop nanti.

Antaranya adalah seperti berjumpa dan beramah mesra bersama cosplayer dan streamer terkenal seperti Ceddy, Le Josette dan Mozampique. Selain itu ada juga pertandingan Cosplayer yang dibawakan oleh Codashop dan menampilkan para juri dari cosplayer terkenal seperti Rikka Blurhound, Shinku dan juga Yee Hong yang mana pemenang akan membawa pulang prizepool berjumlah RM3,000.

Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktivi lain seperti Top It, Spin It, Win It yang mana pengunjung boleh memenangi official merchandise dari Codashop. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh mengunjungi website rasmi Codashop.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-berkolaborasi-bersama-animangaki-untuk-amg-2022"} {"title": "Kwangdong Freecs Muncul Juara EACC Summer 2022", "body": "

Baru-baru ini satu kejohanan FIFA Online 4 yang dipanggil EACC Summer 2022 telah pun berlangsung dan memperlihatkan pasukan dari dari Korea Selatan iaitu Kwangdong Freecs muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan dari negara yang sama iaitu CrazyWin.\u00a0

Dengan kemenangan ini, pasukan Kwangdong Freecs berjaya membawa pulang hadiah berjumlah USD35,000 manakala pasukan CrazyWin pula membawa pulang hadiah berjumlah USD18,000.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kwangdong-freecs-muncul-juara-eacc-summer-2022"} {"title": "PlayStation VR2 Bakal Tiba Tahun Depan", "body": "

Baru-baru ini pihak PlayStation telam mengumumkan yang headset PlayStation VR2 bakal hadir pada awal tahun depan di Twitter dan Instagram rasmi mereka.\u00a0

2023\u5e74 \u521d\u982d\u767a\u58f2#PSVR2 pic.twitter.com/z9Nha5Ewfx

\u2014 \u30d7\u30ec\u30a4\u30b9\u30c6\u30fc\u30b7\u30e7\u30f3\u516c\u5f0f (@PlayStation_jp) August 22, 2022

Setakat ini apa yang kita tahu adalah PlayStation VR2 kali ini akan didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan dan feature-feature yang lebih menarik berbanding dengan PlayStation VR yang terdahulu.

Antara feature yang bakal hadir untuk PlayStation VR2 adalah display 4K resolution dan keupayaan untuk run dari dari 90Hz sehingga 120HZ. Tidak dilupakan ianya juga menggunakan feature yang dipanggil sebagai Foveated Rendering yang mana ia mampu untuk render gambaran yang lebih sharp berbanding VR lain dipasaran. Setakat ini kita masih belum tahu berapakah harga pasaran untuk PlayStation VR2 terbaru ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-vr2-bakal-tiba-tahun-depan"} {"title": "Bekas Jurulatih TNC Pro Team Dibawa Masuk Ke Bigetron Alpha", "body": "

Baru-baru ini pihak Bigetron Alpha telah mengumumkan jurulatih terbaru mereka iaitu Vrendon \u201cVren\u201d Lin atau lebih dikenali sebagai Coach V. Coach V sebelum ini merupakan bekas jurulatih untuk pasukan MLBB TNC Pro Team dari Filipina yang mana berjaya mendapat tempat ketiga di MPL PH Musim Kesembilan.\u00a0

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali kedua Bigetron Alpha membawa masuk bakat-bakat dari Filipina yang mana sebelum ini mereka membawa masuk Mark Christian \u201cMarkyyyy\u201d Capacio sebagai Gold Laner mereka.\u00a0

Kemasukan Coach V ini dilihat sebagai memperkuatkan lagi pasukan Bigetron Alpha untuk MPL ID musim Kesepuluh ini. Setakat ini, pasukan Bigetron bereada dikedudukan yang bahaya iaitu ditangga keenam dengan point sebanyak negatif dua. Adakah dengan kemasukkan Coach V ini mampu menaikan dan menyelamatkan pasukan Bigetron Alpha tersingkir dari MPL ID musim Kesepuluh kali ini?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-jurulatih-tnc-pro-team-dibawa-masuk-ke-bigetron-alpha"} {"title": "Mat Kilau Dalam King of Nations VNG", "body": "

Bagi korang yang tak tahu, permainan video mudah alih King of Nations VNG merupakan satu permainan video berciri turn-based strategy card role-play yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Dalam permainan video ini, pemain boleh memilih watak-watak bersejarah seperti Caesar, Oda Nobunaga dan sebagainya untuk membina bala tentera mereka sendiri dan menakluki negara-negara lain.

Baru-baru ini pihak VNG Game Publishing telah membawa watak Mat Kilau sebagai watak yang boleh dipilih dan dimainkan oleh peminat-peminat permainan video King of Nations VNG.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mat-kilau-dalam-king-of-nations-vng"} {"title": "Hub Esports Mobile Legends Pertama Didunia Bakal Dilancarkan Di Malaysia", "body": "

Moonton yang merupakan pengeluar permainan mobile popular Mobile Legends: Bang Bang baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama antara mereka dengan Hatten Edge untuk menubuhkan Hub Esports Mobile Legends pertama di dunia.

Moonton juga mengumumkan yang Hub Esports ini akan dibangunkan di Melaka, Malaysia. Selain Hub Esports, pihak Moonton juga mengatakan yang sebuah hotel bertaraf lima bintang bertemakan Mobile Legends juga akan dilancarkan nanti.\u00a0

Hub Esports dan Hotel ini dikatakan akan dibangunkan di Element X mall yang mana merupakan satu pusat beli belah milik Hatten Edge. Selain Hub Esports dan Hotel, Moonton juga akan memperkenalkan Arena X yang mana merupakan 1 esports arena yang mempunyai kapasiti sebesar 1,200 orang untuk digunakan sebagai arena khas untuk mana-mana tournament Mobile Legends akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hub-esports-mobile-legends-pertama-didunia-bakal-dilancarkan-di-malaysia"} {"title": "Update Terbaru Apex Legends Mobile Bakal Tiba Minggu Ini", "body": "

Baru-baru ini permainan video Apex Legends telah mengumumkan yang update terbaru untuk Apex Legends Mobile yang diberi nama Hyperbeat bakal tiba pada 23 Ogos 2022.\u00a0

Dalam update terbaru ini, Watak Crypto yang sebelum ini cuma boleh dimainkan di Apex Legends versi PC dan Console akan tiba di Apex Legends Mobile.

Jam out to the \ud83d\udd0a Hyperbeat \ud83d\udd0a starting August 23 at 5PM PST!

Check out the full patch notes here: https://t.co/NY3DJX18Vq pic.twitter.com/KUpmHe3HeV

\u2014 Apex Legends Mobile (@PlayApexMobile) August 19, 2022

Bagi korang yang tidak pernah bermain Apex Legends di PC ataupun Console, Crypto merupakan watak yang seorang hacker yang bijak. Crypto juga mempunyai kebolehan untuk menggunakan Drone miliknya untuk memeriksa keadaan sekeliling bagi mengesan lokasi musuh.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/update-terbaru-apex-legends-mobile-bakal-tiba-minggu-ini"} {"title": "Sandman Netflix Hadir Dengan Bonus Episode", "body": "

Bagi korang yang minat dengan siri Sandman yang mana kini ditayangkan di Netflix, korang mesti tahu yang untuk season pertama ini ianya cuma mempunyai 10 episode sahaja. Namun baru-baru ini pihak Netflix telah mengumumkan 1 episode bonus iaitu Episode 11 telah pun dimasukkan ke Netflix untuk para peminat.

Berbeza dengan episode sebelum ini, episode 11 mempunyai 2 cerita yang berbeza dalam 1 episode. Untuk cerita yang pertama yang bertajuk A Dream of A Thousand Cat disiarkan dalam bentuk animasi pendek manakala untuk cerita yang kedua yang bertajuk Calliope pula menceritakan tentang watak baru dari Greek mythology.

Buat masa ini Neil Gaiman yang merupakan penulis asal Sandman tidak menyatakan sama ada siri Netflix Sandman ini akan mempunyai season kedua ataupun tidak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sandman-netflix-hadir-dengan-bonus-episode"} {"title": "Ghostbusters: Spirits Unleashed Bakal Tiba Oktober Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Illfonic yang merupakan developer untuk permainan video Ghostbusters: Spirits Unleashed telah mengumumkan yang permainan video ini akan dilancarkan pada 18 Oktober 2022 di Epic Games Store, Playstation dan juga Xbox.

Dalam permainan video ini 4 vs 1 ini, pemain boleh memilih untuk menjadi salah satu ahli Ghostbuster ataupun menjadi hantu. Permainan video multiplayer ini boleh dimainkan sehingga 5 orang player. Jika korang memilih untuk menjadi Ghostbuster, korang harus mencari player yang memilih untuk menjadi hantu dan memerangkap player tersebut untuk menang. Permainan video ini juga boleh dimainkan bersama bot kalau korang tak cukup member untuk bermain.

Permainan video Ghostbusters: Spirits Unleashed ini lebih kurang seperti Dead By Daylight cuma apa yang berbeza adalah jika di Dead by Daylight, 1 player akan menjadi hunter dan memburu 4 orang lagi players sebelum mereka dapat melarikan diri tapi di Ghostbusters: Spirits Unleashed, 4 orang player harus memburu 1 orang player yang memilih untuk menjadi hantu.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ghostbusters-spirits-unleashed-bakal-tiba-oktober-ini"} {"title": "Kolaborasi Antara Destiny 2 Dan Fortnite Tertiris", "body": "

Baru-baru ini di Twitter satu gambar yang dikatakan adalah skin Fornite yang akan dibawa ke permainan video Destiny 2 telah pun tertiris. Melalui tweet dari MidaRado, kita dapat melihat beberapa skin klasik dari permainan video Fortnite yang akan dibawa masuk ke Destiny 2.

Skin yang diperlihatkan adalah seperti skin Black Knight untuk Titan armor set yang sebelum ini boleh didapati dari season pass Fortnite season 2. Yang kedua adalah skin Drift Mask untuk Warlock dan yang terakhir sekali adalah skin Omega Skin untuk Hunter.

Buat masa ini belum lagi ada maklumat yang sahih bila skin ini boleh digunakan dan bagaimana untuk mendapatkannya di Destiny 2.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-antara-destiny-2-dan-fortnite-tertiris"} {"title": "MCPS Major S4 Melancarkan Format Baru", "body": "

Garena telah mengumumkan 9 pasukan jemputan yang akan bertanding dalam kejohanan Major MCPS musim keempatnya. Tambahan pula, mereka juga ingin menambah format baru untuk memeriahkan lagi komuniti Free Fire.

Baru-baru ini, Garena telah mengeluarkan senarai 9 pasukan teratas daripada kejohanan MCP dan siri cabaran Free Fire FFCS S2 sebagai pasukan jemputan. Sembilan lagi pasukan berbaki daripada FFCS S2 perlu menentang lagi 18 pasukan untuk mendapatkan 9 slot di peringkat liga pada 21 dan 22 Ogos 2022.\u00a0\u00a0

Secara keseluruhannya, terdapat 18 pasukan yang akan bertanding dalam peringkat liga ini untuk memenangi prize pool yang bernilai $70,000 USD. Liga ini akan berlangsung secara atas talian bermula 3 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022.\u00a0\u00a0

Garena juga mengumumkan format terbaru dimana kemasukan dua pemain luar negara adalah dibenarkan. Mana-mana pasukan dalam negara region MCPS yang terlibat seperti Malaysia, Kemboja, Filipina, dan Sri Lanka boleh membuka skop pemain untuk belajar daripada satu sama lain.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mcps-major-s4-melancarkan-format-baru"} {"title": "Hadess Masuk Geek Fam ID", "body": "

Pasukan Geek Fam ID kini menyambut pemain Filipina mereka yang kedua untuk mengemas balik strategi permainan musim MPL ID kali ini setelah prestasi yang kurang memberangsangkan di minggu pertama.

Jaymark Lazaro atau lebih dikenali sebagai Hadess telah menukar nama kepada JanaaQT sempena pindahan ini. Geek Fam ID telah mengumumkan berita ini melalui video Youtube bernama The last Troops.

JanaaQT merupakan pemain veteran yang pernah bermain untuk pasukan ECHO dan mempunyai jumlah 575 assist, 471 total kill dan mempunyai purata KDA sebanyak 4.0. Geek Fam ID masih belum memperoleh kemenangan di minggu pertama menentang pasukan RRQ Hoshi dan Alter Ego.

Harapnya dengan penambahan beliau dapat membantu Geek Fam ID dalam meningkatkan prestasi mereka dalam MPL ID S10.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hadess-masuk-geek-fam-id"} {"title": "M4 Mungkin Berlangsung Di Jakarta", "body": "

Baru-baru ini, MOONTON telah mengeluarkan video sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia kali ke-77 dibawah nama Hari Merdeka Ceria: Mobile Legends Bang Bang. Video yang berdurasi 4 minit 10 saat ini menceritakan sekeluarga yang ingin menang pertandingan dalam kampung mereka.\u00a0

Satu babak dalam video ini melibatkan ayahnya mengambil poster pertandingan kejiranan pada papan kenyataan. Namun, terdapat lagi satu poster tersembunyi yang ditampal dengan tajuk M4 dan Jakarta.\u00a0

Ia seakan-akan mengacah lokasi kejohanan antarabangsa ini pada masa akan datang tetapi berita ini tidak mengejutkan kerana pernah dibocor di komuniti Facebook MLBB.\u00a0

Tambahan pula, Indonesia pernah merancang untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini namun terbatal akibat pandemik.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/m4-mungkin-berlangsung-di-jakarta"} {"title": "16 Pasukan Akan Berentap Di Pentas VCT 2022", "body": "

Pentas kejohanan peringkat antarabangsa anjuran Riot Games kembali dengan VALORANT Champions Tour 2022 yang akan membuka tirai pada 2 September 2022 di Istanbul, Turki.\u00a0

16 pasukan daripada seluruh dunia akan bersemuka dalam perlawanan sengit untuk memenangi gelaran juara. Paper REX, Xerxia dan BOOM Esports merupakan pasukan hebat yang akan mewakili Asia Tenggara nanti.

Mereka akan berhadapan dengan pasukan seperti Optic, XSET, 100 Thieves, FANATIC, FunPLUS Phoenic, TEAM LIQUID, ZETA DIVISION, DRAGONX, LOUD, LEVIATAN, KRU ESPORTS, FURIA ESPORTS dan EDward GAMING daripada benua lain.\u00a0

Pasukan Paper REX telah menunjukkan prestasi yang cukup hebat apabila berjaya menduduki kedudukan naib johan di VALORANT Copenhagem baru-baru ini. Maka, ia tidak mengejutkan jikalau mereka menjadi ancaman di kejohanan ini sebagai bakal juara VCT 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/16-pasukan-akan-berentap-di-pentas-vct-2022"} {"title": "Visual Artist Zubaida Nila Terpilih Untuk The Women Creator Programme Bersama Epic Games", "body": "

Baru-baru ini pihak Epic Games Unreal Engine telah mengumumkan acara The Women Creator Programme kedua mereka yang mana merupakan satu kerjasama antara mereka dengan Open Air Films, ASIFA India dan Perforce Software untuk memberikan virtual in-depth training dan mentoring programme berbayar kepada wanita di India dan juga Asia Tenggara. Ini merupakan kali pertama program ini mengambil peserta dari Asia Tenggara.\u00a0

Daripada 178 peserta, hanya 21 wanita yang terpilih untuk menyertai program ini yang mana mereka akan dibimbing oleh bekas graduan Unreal Engine sendiri.\u00a0

Zubaida Nila yang merupakan wakil dari Malaysia telah terpilih untuk mengikuti program ini. Untuk pengetahuan korang, Zubaida Nila merupakan seorang virtual effect artist dan virtual production researcher yang berpengalaman.\u00a0

Zubaida telah mengeluarkan filem pendek CGI pertama beliau di Women Creator Programme yang bertajuk Into The Devigation yang mengetengahkan susah senang yang dihadapi oleh post-production artist dan bagaimana mereka menghasilkan karya mereka.\u00a0

Syabas kepada Zubaida Nila!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/visual-artist-zubaida-nila-terpilih-untuk-the-women-creator-programme-bersama-epic-games"} {"title": "Death Stranding Mungkin Dimasukkan Ke Xbox Game Pass", "body": "

Permainan milik Sony ini memang terkenal dengan ekslusivitinya di PlayStation sahaja. Namun, baru-baru ini PC Game Pass sedang mengusik netizen Twitter mengenai keluaran Death Stranding di platformnya pada masa hadapan.

sometimes we just like a good landscape picture #NewProfilePic

\u2014 PC Game Pass (@XboxGamePassPC) August 16, 2022

\u00a0\u00a0

Perkara ini bukan situasi yang aneh kerana MLB The Show 21 yang juga milik PlayStation telah dikeluarkan di Xbox Game Pass. Tambahan pula, perbincangan keluaran Death Stranding ini adalah antara 505 Games dan Microsoft bukan Sony.\u00a0

PC Game Pass telah menukarkan latar belakang profilnya di Twitter kepada gambar landskap berumput dibawah langit kelabu yang seakan daripada Death Stranding versi Director\u2019s Cut. Walaupun mereka mengeluarkan tweet mengatakan ia sekadar landskap yang cantik, peminat meramal akan keluaran Death Stranding di PC Game Pass dalam masa yang terdekat.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/death-stranding-mungkin-dimasukkan-ke-xbox-game-pass"} {"title": "Indonesia Menjuarai 2 Acara Razer Invitational SEA 2022", "body": "

Selepas memenangi acara PUBG Mobile, Indonesia sekali lagi muncul sebagai juara dalam acara Mobile Legends. Pasukan daripada Indonesia berjaya beraksi dengan cemerlang sekaligus dapat mengharumkan nama negara di kejohanan Razer Invitational SEA 2022.

Untuk pasukan PUBG Mobile, Indonesia telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada pasukan ION dan Genesis Dogma. Bagi Mobile Legends pula, Indonesia telah mewakilkan pasukan HFX Esports. Meskipun HFX Esports kurang pengalaman dalam bermain kejohanan yang besar, tapi mereka telah membuktikan kemampuan mereka.

HFX Esports berjaya menewaskan pasukan daripada Filipina dan juga Myanmar di perlawanan akhir. Meskipun Indonesia menganggap Filipina sebagai pasukan yang digeruni, namun mereka berjaya menewaskan dengan mata kemenangan 2-0. Pasukan daripada Filipina iaitu Origen Esports akhirnya mendapatkan tempat ke-3 setelah menewaskan pasukan daripada Vietnam iaitu Cyber Exe.

Di final, HFX Esports telah berjumpa dengan pasukan daripada Myanmar iaitu Trend Esports. HFX Esports kelihatan sukar untuk ditumbangkan apabila mereka memenangi perlawanan dengan mata 3-0. Ini sekaligus membawa Indonesia sebagai juara Mobile Legends dalam Razer Invitational SEA 2022. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 5,000 USD.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-menjuarai-2-acara-razer-invitational-sea-2022"} {"title": "SMG Bawa NinjaBoogie Dalam Roster Dota 2", "body": "

SMG baru-baru ini membawa masuk semula pemain veteran mereka iaitu \u201cNinjaBoogie\u201d ke dalam roster Dota 2. NinjaBoogie merupakan antara lineup terawal ketika SMG menubuhkan pasukan Dota 2 mereka. Kembalinya beliau ke dalam pasukan adalah untuk memperkuatkan lagi roster menjelang Dota Pro Circuit (DPC) 2022.

SMG baru-baru ini telah mendapat tempat keempat dalam DPC Division 1 SEA. Mereka percaya bahawa dengan pengalaman in-game yang ada pada NinjaBoogie, beliau mampu membawa pasukan SMG ke tahap yang lebih baik. NinjaBoogie akan bermain support pada musim ini.

Dalam pada itu, kemasukan NinjaBoogie juga adalah untuk menggantikan tempat \u201cRoddgeee\u201d. Rodddgee sebelum ini bermain sebagai support telah mengakhiri kontraknya bersama SMG pada 23 Februari lalu. Diharapkan dengan kembalinya NinjaBoogie daripada rehat dapat membantu pasukan SMG.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/smg-bawa-ninjaboogie-dalam-roster-dota-2"} {"title": "Apex Legends EMEA Pro League Ditangguhkan Akibat Peperangan", "body": "

Baru-baru ini, dunia dikabarkan dengan peperangan antara 2 kuasa besar iaitu Ukraine dan Rusia. Peperangan ini telah berlarutan sehingga ke hari ini dimana Rusia telah pun menyerang Ukraine. Kesan daripada itu, banyak perkara yang terjejas.

Pakar Apex Legends dari seluruh dunia baru-baru ini menyeru agar kejohanan Apex Legends EMEA Pro League ditangguhkan sementara waktu. Kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, namun terpaksa ditangguh disebabkan terdapat beberapa pemain yang tinggal di ibu negara Ukraine, Kyiv dan seorang tinggal di Kharkiv. Kedua-dua bandar tersebut telah pun diserang oleh Rusia malam tadi.

Pakar Apex Legends dari seluruh dunia turut memberikan sokongan melalui laman Twitter terhadap rakan-rakan pemain mereka yang berada di Ukraine sekarang. \u201cTunda Liga Pro sebagai penghormatan dan sokongan kepada rakan sejawat CIS kami. Kami tidak sepatutnya bermain ketika rakan kami dalam keadaan menderita,\u201d tulis pemain dari Croatia iaitu \u201crpr\u201d.

\"Kami dalam komuniti pro EMEA Apex Legends telah memutuskan untuk menangguhkan segala kompetitif termasuk latihan dan kami harap individu yang bertanggungjawab ke atas ALGS dapat memahami bahawa kami tidak akan bermain pada masa-masa ini,\" tulis pemain dari Norway \"Pjeh\".

Semoga peperangan ini dapat berakhir dengan secepat mungkin.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-emea-pro-league-ditangguhkan-akibat-peperangan"} {"title": "MotoGP eSport Championship 2022 Kembali", "body": "

Selepas MotoGP eSport Championship 2021 mendapat sambutan yang hangat, kini kejohanan ini kembali dengan format anjuran yang lebih besar dan menarik. MotoGP eSport Championship tahun ini telah memasuki musim keenam. Kali pertama kejohanan ini diadakan adalah pada tahun 2017 dimana ketika itu industri e-sukan baru mula memuncak.

Apa yang menarik, dari mula penubuhan kejohanan sehingga kini mereka telah mencapai sebanyak 103 juta jumlah tontonan, 467 million web impressions dan 13.2 juta online engagements. Maka tidak hairanlah kejohanan kali ini mendapat lebih ramai penyertaan serta saingan yang lebih sengit.

Terdapat 5 pusingan perlumbaan dalam MotoGP eSport Championship 2022 dimana 2 dilakukan secara maya manakala 3 lagi akan diadakan di tapak MotoGP. Pusingan pertama akan diadakan pada 27 Mei di Autodromo Internazionale del Mugello, Grand Prix Italy. Pusingan kedua diadakan secara maya pada 1 Julai manakala pusingan ketiga pula diadakan di Red Bull Ring, Austrian Grand Prix iaitu pada 19 Ogos.

Untuk pusingan keempat, ia akan diadakan secara maya sekali lagi pada 23 September dan untuk pusingan terakhir akan diadakan pada 4 November di Ricardo Tormo Circuit, Valencia Grand Prix. Hadiah terkumpul yang ditawarkan untuk kejohanan kali ini adalah sebanyak 50,000 Euro. Untuk maklumat lanjut, layari motogp.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/motogp-esport-championship-2022-kembali"} {"title": "TODAK Wakili Malaysia Ke Sukan SEA 2021 Vietnam", "body": "

Selepas 3 hari mengadakan perlawanan kelayakan, akhirnya mereka telah menjumpai pasukan yang akan mewakili Malaysia di Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam dalam acara Mobile Legends:Bang Bang. Antara pasukan yang akan mewakili Malaysia untuk ke Sukan SEA nanti adalah pasukan TODAK.

Pasukan TODAK berjaya untuk mewakili Malaysia adalah selepas mereka memenangi perlawanan akhir semalam menentang pasukan RSG MY. Dalam 3 hari perlawanan, setiap pasukan memberikan tentangan yang hebat antara satu sama lain. Antara pasukan yang menunjukkan prestasi luar biasa adalah seperti GEEK FAM, Homebois, RSG MY, dan tidak lain tidak bukan adalah pasukan TODAK.

Pada grand final semalam, perlawanan upper bracket adalah antara pasukan TODAK menentang pasukan Homebois. Pasukan TODAK telah mendapat kemenangan mudah terhadap pasukan Homebois dimana mereka memenangi perlawanan 2-0. Kekalahan tersebut sekaligus membawa Homebois jatuh ke lower bracket menentang pasukan RSG MY.

Ketika menentang RSG MY, Homebois telah tewas di game yang pertama dimana jungler pasukan RSG MY iaitu \u201cKuza\u201d menghentikan keganasan mereka dengan menggunakan hero baru iaitu Yin. Masuk game kedua, Homebois cuba untuk bangkit dengan mendapatkan pada game tersebut. Namun di game yang ketiga, Homebois sekali lagi ditewaskan dengan kemasukan semula hero Yin sebagai jungler oleh Kuza.

Kekalahan tersebut telah membawa RSG MY ke perlawanan akhir menentang pasukan TODAK. Walau bagaimana, TODAK telah mendapatkan kemenangan selesa ke atas RSG MY dengan mata 3-1. Tahniah diucapkan kepada pasukan TODAK. Semoga TODAK dapat menyumbangkan pingat untuk Malaysia di Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todak-mewakili-malaysia-ke-sukan-sea-2021-vietnam"} {"title": "TSM Juara Rainbow Six Invitational 2022", "body": "

Selepas 2 minggu bertanding, akhirnya Team Solomid (TSM) menjuarai kejohanan Rainbow Six Invitational 2022. TSM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 1 juta USD. Ini merupakan pencapaian terbesar TSM dalam Rainbow Six kerana pertama kalinya muncul sebagai juara dunia.

Pada perlawanan akhir, TSM telah berjumpa dengan Team Empire. TSM berjaya mendapatkan kemenangan dalam pusingan pertama dan kedua. Masuk pusingan ketiga, Team Empire cuba untuk bangkit dimana mereka telah menewaskan pasukan TSM. Walau bagaimana, TSM sudah tidak sabar untuk menjadi juara dimana mereka telah menutup perlawanan dengan kemenangan pada pusingan keempat.

Secara keseluruhan, TSM berjaya mendapatkan kemenangan 3-1 ke atas Team Empire. Team Empire di tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak 450,000 USD. Untuk ketiga jatuh kepada pasukan FaZe Clan dengan hadiah wang tunai sebanyak 250,000 USD. Dalam kejohanan ini, pemain \"TSM Achieved\" juga telah dinobatkan sebagai MVP dengan jumlah 65 K/D.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tsm-juara-rainbow-six-invitational-2022"} {"title": "Virtus.pro Sambung Kerjasama Dengan HAVAL", "body": "

Baru-baru ini, sebuah organisasi e-sukan Rusia, Virtus.pro telah memperbaharui kerjasamanya dengan sebuah syarikat pengeluar kereta iaitu HAVAL. Dengan kerjasama itu, HAVAL akan menjadi rakan kongsi untuk semua pasukan Virtus.pro. HAVAL juga akan terus menyokong liputan acara e-sukan secara langsung untuk penonton Rusia dan CIS.

Virtus.pro telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat milik Great Wall Motors ini sejak dari tahun 2020 lagi. Pada awalnya, HAVAL hanya menjadi penaja rasmi untuk pasukan Dota 2 Virtus.pro sahaja. Hasil kerjasama baru ini mereka telah mengukuhkan lagi hubungan dengan menjadi penaja rasmi untuk seluruh pasukan Virtus.pro.

Sergey Glamazda, Ketua Pegawai Eksekutif Virtus.pro berkata, \u201cVirtus.pro dan HAVAL merupakan perusahaan yang berorientasikan hasil dan tidak pernah takut untuk mengambil peluang dari masa ke semasa. Kami juga gembira melihat pengiktirafan jenama HAVAL dalam peminat e-sukan. Peminat kami juga ramai yang meminati kenderaan HAVAL dan ini menunjukkan yang kami telah bergerak ke arah yang betul.\u201d

", "url": "https://gamersonduty.com/news/virtus-pro-sambung-kerjasama-dengan-haval"} {"title": "Jumper Rasmi ke Axis redONE", "body": "

Hampir setahun bersama Team Secret, akhirnya \u201cJumper\u201d atau nama sebenar Muhammad Izzrudin berpindah pasukan. Beliau baru-baru ini secara rasminya telah menyertai pasukan Axis redONE. Kemasukan beliau ke dalam Axis esports sememangnya adalah untuk membantu pasukan dalam menghadapi kejohanan PUBG Mobile Professional League (PMPL) MYSGPH musim 5 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Jumper merupakan pemain yang berpengalaman. Banyak pencapaian yang beliau miliki sejak dengan pasukan Yoodo Gang lagi. Beliau juga pernah bermain di pentas akhir dunia iaitu PUBG Mobile Global Championship 2021 (PMGC) Grand Final bersama dengan pasukannya Team Secret baru-baru ini. Kemasukan beliau ke dalam Axis Esports adalah menggantikan tempat \u201cVokey\u201d.

Menerusi laman instagram Axis Esports, mereka memberitahu yang Jumper bakal menggalas tugas sebagai kapten pasukan. Dengan pengalaman yang ada, Jumper bakal menggalas tugas ini dengan sebaik mungkin. Ramai diantara peminat yang mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk melihat gandingan duo antara Jumper dengan Mica.\u00a0

Mampukah Jumper membawa pasukan barunya untuk mengekalkan kejuaraan PMPL MYSGPH musim 5? Sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jumper-rasmi-ke-axis-redone"} {"title": "Capcom Lancarkan Street Fighter 6", "body": "

Capcom akhirnya memenuhi kehendak peminat dimana mereka telah melancarkan permainan Street Fighter 6. Pengumuman ini telah dibuat pada penutupan Capcom Pro Tour 2021 musim akhir yang menyaksikan ramai pemain Street Fighter terbaik dunia bersaing antara satu sama lain.

Walau bagaimana, Capcom masih belum berkongsi banyak maklumat tentang permainan ini. Apa yang boleh dilihat melalui sebuah video pendek di Youtube adalah terdapat versi baharu Ryu dan Luke serta logo untuk Street Fighter 6. Pembangun mungkin akan berkongsi lebih banyak maklumat pada musim panas iaitu awal bulan Jun.

Berikutan pengumuman itu, mereka turut mengatakan bahawa pereka Capcom lama dan pengarah Bayonetta 2 serta pereka watak Yusuke Hashimoto akan menjadi salah seorang pereka utama untuk permainan Street Fighter 6. Dengan keluaran Street Fighter 6 ini, ia akan membantu francais Street Fighter untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-35.

Sempena dengan itu, mereka akan mengeluarkan satu lagi permainan iaitu \u201cCapcom Street Fighter Collection\u201d yang menggabungkan pelbagai permainan lama francais mereka. Permainan ini dikatakan akan keluar pada 24 Jun tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-lancarkan-street-fighter-6"} {"title": "Rippo, Uhigh & Jangs Sertai Geek Fam MY Untuk Sukan SEA 2021", "body": "

Sukan SEA 2021 bakal diadakan tidak lama lagi. Negara yang terlibat juga sedang sibuk dalam menyiapkan barisan atlet mereka untuk dihantar bagi merebut pingat emas negara. Untuk acara e-sukan, Malaysia sekarang dalam pemilihan pasukan yang layak untuk mewakili negara. Pemilihan dibuat adalah berdasarkan perlawanan kelayakan antara organisasi e-sukan Malaysia.

Oleh disebabkan itu, organisasi e-sukan Malaysia terpaksa mencari pemain terbaik mereka bagi menyertai perlawanan kelayakan ini. Antara organisasi yang sedang bersiap sedia untuk menyertai kelayakan ini adalah Geek Fam. Baru-baru ini Geek Fam telah memanggil 3 pemain Malaysia yang sedang beraksi bersama organisasi terkemuka Indonesia iaitu Bigetron Esport.

BTR Rippo, Uhigh dan Jangs antara pemain yang dipanggil untuk menyertai pasukan Geek Fam. Perkara ini diberitahu oleh CEO Bigetron itu sendiri iaitu Edwin Chia, dimana beliau telah membenarkan ketiga-tiga pemainnya untuk menyertai pasukan Geek Fam MY meskipun Bigetron mempunyai kejohanan utama mereka. Tindakan Edwin ini telah mendapat ramai pujian kerana tidak mementingkan diri sendiri.\u00a0

Rippo bakal menyertai pasukan Mobile Legends Geek Fam manakala Uhigh pula akan menyertai pasukan PUBG Mobile Geek Fam. Untuk Jangs kemungkinan beliau akan memberikan khidmat jurulatih kepada pasukan PUBG Mobile Geek Fam. Mampukah Geek Fam menjadi pasukan yang akan mewakili Malaysia dalam sukan SEA nanti? Sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rippo-uhigh-jangs-sertai-geek-fam-my-untuk-sukan-sea-2021"} {"title": "PUBG Mobile Razer Invitational 2022 Milik Indonesia", "body": "

Indonesia muncul sebagai juara dalam acara The National Showdown PUBG Mobile Razer Invitational SEA 2022. Dalam 3 hari perlawanan, pasukan daripada Indonesia berjaya mengutip sebanyak 111 mata bunuh dengan 330 mata keseluruhan. Ini secara tidak langsung telah meletakkan Thailand di tempat kedua.

Walau bagaimana, jarak mata antara pasukan Thailand dengan Indonesia tidak jauh. Pasukan Thailand hanya ketinggalan 2 mata di belakang Indonesia iaitu memperolehi 328 mata keseluruhan. Pasukan Thailand juga merupakan antara yang mengutip mata bunuh tertinggi iaitu sebanyak 136.\u00a0

Untuk tempat ketiga jatuh kepada pasukan Brunei. Ini merupakan pencapaian yang agak baik buat negara mereka kerana mampu untuk mendapatkan top 3 dalam kejohanan Asia Tenggara. Brunei berjaya mengutip sebanyak 246 mata keseluruhan dengan mata bunuh sebanyak 78.

Malaysia kali ini gagal untuk mendapatkan kedudukan top 3 dalam acara ini. Malaysia yang menghantar pasukan Geekfam sebagai wakil hanya berjaya mendapatkan tempat keempat dengan mata keseluruhan 228 dan 90 mata bunuh. Walau bagaimana, mereka telah pun melakukan dengan sehabis baik. Semoga Malaysia dapat buat comeback untuk kejohanan yang akan datang!

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-razer-invitational-2022-milik-indonesia"} {"title": "PUBG Mobile & Mobile Legends Tersenarai Dalam World Esports Championship 2022", "body": "

International Esports Federation (IESF) baru-baru ini mengumumkan tentang 6 permainan yang akan tersenarai dalam World Esports Championship 2022. Antara 6 permainan tersebut adalah PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Ini merupakan pertama kali buat permainan mudah alih seperti PUBG Mobile dan MLBB tersenarai dalam World Esports Championship.

World Esports Championship 2022 akan berlangsung pada 27 November hingga 9 Disember ini. Kejohanan dunia kali ini bakal diadakan di Bali, Indonesia dengan penyertaan lebih dari 120 negara. Antara permainan lain yang tersenarai dalam WE Championship adalah CS:GO, Dota 2, eFootball, dan Tekken 7.

Untuk permainan CS:GO, terdapat juga acara buat para pemain wanita. Ini juga merupakan kali pertama untuk acara wanita diadakan dalam WE Championship. Menurut Setiausaha Agung IESF, Boban Totovski berkata, \u201cKemasukan 6 permainan hebat ini dalam WE 2022 dapat membantu misi kami untuk menyatukan, menyokong dan mempromosikan Keluarga E-sukan Dunia,\u201d

\u201cKami berterima kasih atas kerjasama berterusan dengan penerbit, kemasukan 2 permainan mudah alih yang baru serta menampilkan kejohanan wanita CS:GO buat pertama kalinya. Kami bersama berusaha ke arah komuniti e-sukan yang lebih mudah diakses dan inklusif.\u201d

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-mobile-legends-tersenarai-dalam-world-esports-championship-2022"} {"title": "Galaxy Racer Anjurkan Dota 2 Invitational Series Di Dubai", "body": "

Sebuah organisasi e-sukan yang berpangkalan di Dubai, Galaxy Racer mendedahkan tentang kejohanan GAMERS GALAXY: Dota 2 Invitational Series Dubai 2022. Kejohanan ini bakal berlangsung pada 2 hingga 6 Mac dimana 10 pasukan terkuat dunia akan bertanding demi merebut hadiah wang tunai yang lumayan.

Dota 2 Invitational Series Dubai 2022 membawakan hadiah terkumpul sebanyak AED 1,000,000 (RM 1 juta lebih). Antara pasukan yang akan menyertai kejohanan ini adalah Nigma Galaxy, Fnatic, Team Spirit, Virtus.pro, Team Secret, Nigma Galaxy SEA, OG, Tundra Esports, TSM FTX, dan BOOM Esports.

Format kejohanan ini akan membahagikan pasukan kepada 2 kumpulan. 5 pasukan akan bersaing dalam kumpulan masing-masing (round-robin). Hanya 6 pasukan yang akan mara ke playoff dengan best-of-three double elimination.

Perlawanan akan berlangsung secara LAN tanpa penonton di Dubai Studio City. Perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia menerusi siaran yang akan diumumkan nanti. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menunjukkan yang negara merupakan hab yang semakin berkembang untuk esports global.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/galaxy-racer-anjurkan-dota-2-invitational-series-di-dubai"} {"title": "MLBB Community & TODAK Bergabung Memberikan Khidmat Masyarakat", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends: Bang Bang telah menganjurkan Assembly of Heroes bersama dengan TODAK dalam usaha memberikan khidmat masyarakat kepada penduduk pahang.

Dengan kehadiran Community Heroes, Moderator dan sukarelawan e-sports, lebih 60 kakitangan dan ahli community bersama-sama membantu dalam membersihkan sampah sarap dikawasan Air Terjun Pandan yang baru-baru ini tercemar disebabkan banjir besar yang melanda pada awal Januari tahun ini.

Selain itu, mereka juga turut mengambil kesempatan untuk mengadakan team-building yang berlangsung selama 5 hari di Mawar Villa, Kuantan Pahang. turut hadir dalam acara team building ini adalah Muhammad Arif Shahir yang merupakan Pengurus Pemasaran Moonton Games (Singapura & Malaysia).\u00a0

Selain bersama membantu dalam aktiviti khidmat masyarakat, pihak TODAK juga turut menaja 2 buah gaming chair terbaru, TODAK Zouhud sebagai hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang hadir dalam acara team building ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-community-todak-bergabung-memberikan-khidmat-masyarakat"} {"title": "Nenas Jurulatih Sementara Pasukan MAB", "body": "

MAB baru-baru ini telah mengumumkan jurulatih sementara buat pasukan MLBB mereka. Individu tersebut adalah \u201cNenas\u201d iaitu bekas pemain TODAK. MAB melantik Nenas sebagai jurulatih sementara setelah \u201cLoong\u201d meletakkan jawatan kerana ingin berehat dari MPL musim ini.

Loong hanya sempat berkhidmat sepanjang Qualifier MPL MY berlangsung untuk pasukan MAB. Walau bagaimana, pemilihan Nenas sebagai jurulatih sementara yang baru juga menarik. Ini kerana Nenas merupakan pemain yang berpengalaman dan beliau juga pernah bermain di pentas dunia iaitu M1.

MAB setakat ini masih mencari jurulatih tetap untuk pasukannya. MAB yang berada di kumpulan A untuk MPL MY musim 9 akan bertemu dengan pasukan Orange Esports pada 19 Februari ini. Mampukah pasukan baru ini mencipta nama di MPL MY musim ke-9? Sama-sama kita nantikan kemunculan pasukan MAB!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nenas-jurulatih-sementara-pasukan-mab"} {"title": "Team Lemah \"JINAKKAN\" EVOS SG Dalam Razer Invitational SEA", "body": "

Semalam, telah berlangsungnya kejohanan Razer Invitational SEA untuk acara Mobile Legends: Bang Bang hari yang ke-3. Semalam juga merupakan hari pertama buat pasukan Malaysia bertanding untuk 2 perlawanan iaitu menentang pasukan daripada Singapore dan Thailand.

Seperti yang sedia maklum, Team Lemah merupakan pasukan yang dihantar untuk mewakili Malaysia dalam Razer Invitational SEA 2022. Meskipun Team Lemah tidak berjaya untuk mara ke MPL MY baru-baru ini, mereka telah mengejutkan para peminat dimana Team Lemah berjaya menundukkan pasukan dunia iaitu EVOS SG.

Team Lemah berjaya mendapatkan kemenangan 2-0 terhadap pasukan Singapore tersebut. Namun, menjelang perlawanan kedua iaitu menentang pasukan daripada Thailand, Team Lemah gagal untuk mendapatkan kemenangan dimana mereka telah tewas 2-0. Pasukan Malaysia masih mempunyai peluang dimana mereka akan bertemu dengan pasukan Vietnam pada 21 Februari dan Indonesia pada 22 Februari.

Goodluck buat wakil Malaysia, Team Lemah!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lemah-jinakkan-evos-sg-dalam-razer-invitational-sea"} {"title": "Jujutsu Kaisen X PUBG Mobile", "body": "

Kolaborasi antara PUBG Mobile dengan anime Jujutsu Kaisen kini telah tiba. Acara ini telah berlangsung pada 15 Februari semalam. Acara ini telah membawakan mode baru serta skin eksklusif ke dalam permainan.

Pemain boleh mendapatkan skin cosplay seperti Yuji Itadori, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo. Selain itu, terdapat juga skin senjata iaitu Jujutsu Kaisen Scar-L, Jujutsu Kaisen Pan, dan Ryomen Sukuna Groza. Untuk kenderaan, pemain boleh dapatkan skin UAZ Jujutsu Kaisen.

Jujutsu Kaisen turut akan hadir dalam map Livik dan Erangle dimana pemain dihadapkan dengan Cursed Spirit yang besar dan sukar untuk dikalahkan. Apabila pemain berjaya mengalahkannya, anda akan dapat item istimewa seperti Cursed Corpse Grenade dan Cursed Object Crate.

Kolaborasi ini turut membawakan mode klasik - Jujutsu Kaisen: Match. Dalam mode ini, pemain perlu mendapatkan 30 kill untuk memperoleh hadiah skin Neon Punk Backpack (Purple). Jadi tunggu apa lagi, jom rasai pengalaman kolaborasi hebat ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jujutsu-kaisen-x-pubg-mobile"} {"title": "8 Permainan Baru Bakal Memasuki Xbox Game Pass Februari Ini", "body": "

Pengguna Xbox Game Pass pastinya tertunggu-tunggu dengan 8 permainan baru yang akan keluar pada bulan ini.\u00a0 Antara permainan yang pertama adalah Mass Effect Legendary Edition. Permainan ini sudah tersedia dengan Xbox Cloud Gaming melalui EA Play. Pemain juga boleh mendapatkan promosi untuk senjata, perisai dan pek dalam permainan.

Untuk permainan kedua adalah Lawn Mowing Simulator. Permainan ini sudah tersedia untuk PC dan Xbox Series. Untuk Xbox One pula akan dikeluarkan kemudian. Bagi permainan ketiga adalah Madden NFL 22. Permainan ini adalah dikeluarkan pada 17 Februari untuk konsol dan juga PC.

Seterusnya adalah Total War: Warhammer III. Permainan ini akan dilancarkan sama tarikh dengan Lawn Mowing Simulator iaitu pada 17 Februari ini. Namun, Total War: Warhammer III akan tersedia untuk PC sahaja. Permainan kelima adalah Roboquest. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Freburari untuk PC.

Untuk permainan Galactic Civilizations III, ia akan dikeluarkan pada 24 Februari untuk PC. Permainan ini juga dikeluarkan bersama dengan permainan Super Mega Baseball 3. Untuk permainan yang kelapan adalah Alice: Madness Returns. Permainan ini akan dikeluarkan pada 28 Februari. Jadi, jangan lupa untuk merasai 8 permainan baru ini. Untuk info lanjut, layari xbox.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/8-permainan-baru-bakal-memasuki-xbox-game-pass-februari-ini"} {"title": "BOOM Esports Juara 2022 DPC SEA Tour 1 Regional Final", "body": "

BOOM Esports baru-baru ini memenangi kejohanan Dota iaitu DPC SEA Tour 1 Regional Final 2022. Mereka merangkul gelaran juara apabila berjaya menewaskan pasukan T1 dengan mata kemenangan 3-1. Pertemuan antara BOOM Esports dengan T1 di final merupakan pertemuan kali ke-2.

Sebelum ini mereka telah bertemu di peringkat liga dimana T1 ketika itu telah menewaskan pasukan BOOM Esports sekaligus menghantar mereka ke lower bracket. Walau bagaimana, kombo antara \u201cJaCkky\u201d dan \u201cYopaj\u201d telah membantu BOOM Esports untuk bangkit serta menewaskan T1 di perlawanan akhir.

Hasil daripada kemenangan, BOOM Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 50,000 USD manakala T1 pula membawa pulang sebanyak 25,000 USD. Untuk tempat ketiga dan keempat, ia diduduki oleh Team SMG dan Fnatic. Mereka akan membawa pulang sebanyak 15,000 dan 10,000 USD. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/boom-esports-juara-2022-dpc-sea-tour-1-regional-final"} {"title": "Free Fire Diban Oleh India", "body": "

Selepas menyekat (ban) beberapa game popular seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan Arena of Valor, kerajaan India kali ini telah mengenakan sekatan terhadap game Free Fire pula. Free Fire juga telah diban bersama dengan 53 aplikasi yang lain.

Berdasarkan berita yang diperolehi, Free Fire telah diban bersama dengan permainan Onmyoji Arena, Onmyoji Chess, Rise of Kingdoms, dan banyak lagi. Melalui laporan yang dimuat naik oleh agensi berita India iaitu ANI, mereka menyatakan yang kerajaan India melakukan pengharaman adalah kerana ianya dapat menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka turut menyatakan kebanyakan permainan serta aplikasi yang diban adalah berasal daripada China. Walau bagaimana, pihak Garena masih belum mengeluarkan apa-apa tentang perkembangan baru ini. Kerajaan India telah melakukan sekatan permainan serta aplikasi sejak dari tahun 2020 lagi.

Kementerian Elektronik dan IT India telah mengharamkan lebih daripada 200 permohonan pada tahun tersebut. Ini kerana mereka mendapati aplikasi tersebut terlibat dalam pencurian data pengguna secara rahsia untuk diberikan kepada pelayan yang berada di luar India. Maka dengan itu, tiada lagi Free Fire di dalam Google Play Store dan Apple Store di India.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-diban-oleh-india"} {"title": "Animasi Dead Cells Bakal Ditayangkan Tahun Depan", "body": "

Developer bagi permainan indie Dead Cells, Motion Twin telah mengumumkan penghasilan suatu siri animasi berdasarkan permainan itu. Siri animasi ini dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2024.

Animasi ini mengisahkan seorang raja di sebuah pulau yang menukar penduduknya kepada makhluk raksasa. Ramalan mengatakan ada \u2018hero\u2019 berkepala api yang akan menyelamatkan penduduk. Ramalan itu ternyata betul dengan kemunculan hero itu tetapi dia sepertinya mahu menyendiri.\u00a0

Motion Twin mengesahkan animasi ini akan diterbitkan secara bersama oleh studio animasi Bobbypill dan syarikat servis penstriman anime Animation Digital Network. Bobbypills sebelum ini pernah menghasilkan trailer animasi bagi permainan Dead Cells.

Animasi ini mengandungi 10 episod dengan setiap episod akan berdurasi kira-kira selama 7 minit. Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Perancis sebelum dikeluarkan di serata dunia.\u00a0

Dead Cells adalah sebuah permainan metroidvania yang dibuat dan dikeluarkan oleh Motion Twin. Permainan ini tersedia di platform PC, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, Android dan iOS.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/animasi-dead-cells-bakal-ditayangkan-tahun-depan"} {"title": "Nifty Games, Pembangun NFL Clash dan NBA Clash Akan Menutup Operasi", "body": "

CEO bagi studio permainan Nifty Games, Jon Middleton mengumumkan studio terbabit akan menutup operasi selepas 5 tahun dibuka. Beliau juga mengesahkan dua permainan popular iaitu NFL Clash dan NBA Clash tidak akan dapat dimainkan.

Nifty Games dikenali dalam penghasilan permainan mudah alih yang bertemakan sukan iaitu NFL Clash dan NBA Clash. Kedua-dua permainan ini mempunyai ramai pengikut terutamanya peminat sukan America football dan bola keranjang.\u00a0

Middleton memberitahu hasil komersial yang diterima studio itu adalah kurang mencukupi. Tambah Middleton, terdapat perubahan ketara dalam industri mobile gaming, memaksa Nifty Games untuk membuang beberapa pekerja pada tahun lepas dan menutup studio.\u00a0

Berita penutupan ini mengejutkan pemain dan orang dalam industri permainan kerana studio ini menerima pelaburan sebanyak $38 juta USD pada tahun 2021.\u00a0

Jon Middleton juga mengatakan pemain yang mempunyai aplikasi NBA Clash dalam peranti iOS masih dapat dimainkan sehingga penutupan server. NBA Clash dan NFL Clash akan dibuang dari Google dan Apple App Store.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nifty-games-pembangun-nfl-clash-dan-nba-clash-akan-menutup-operasi"} {"title": "Saksikan Grand Finals MSC 2023 Di TGV Wangsa Walk", "body": "

Hotlink bersama dengan TGV Cinemas menjemput kepada orang ramai terutamanya peminat Mobile Legends untuk menghadiri acara \u2018MSC 2023 Watch Party\u2019 bagi menyaksikan perlawanan Grand Finals kejohanan ini. \u00a0

Selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan lebih 3000 pendaftar dalam satu minggu (9 Jun - 11 Jun), Hotlink tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan korang untuk merasai pengalaman eksklusif seperti berpeluang berjumpa dengan pemain professional MLBB, kejohanan 1v1, dan pemberian merchandise.

Hotlink juga akan menayangkan sebuah dokumentari MLBB Esport, yang akan dipertontonkan sebelum perlawanan Grand Finals. Pasukan yang mewakili Malaysia untuk kejohanan MSC 2023, TODAK turut ditampilkan dalam dokumentari ini.\u00a0

Bagi korang yang berminat untuk menonton kejohanan ini, korang boleh TGV Cinemes di Wangsa Walk Mall pada Ahad ini!\u00a0

Berikut adalah maklumat berkaitan acara ini:

MSC 2023 Grand Finals Watch Party
Venue: Wangsa Walk, TGV
Masa: 4 petang (Perlawanan bermula pada 6.30 petang)
Tarikh: 18 Jun 2023
Nota tambahan: Makanan dan minuman disediakan

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hotlink-jemput-peminat-mlbb-untuk-saksikan-grand-finals-di-tgv-wangsa-walk"} {"title": "Arena Breakout Buka Pre-Register Sebelum Perlancaran Penuh Julai Ini", "body": "

Arena Breakout, permainan FPS oleh MoreFun Studios kini telah membuka pra-pendaftaran di Google Play dan App Store kepada mana-mana pemain di dunia. Arena Breakout akan dikeluarkan untuk pemain global pada bulan Julai ini.\u00a0

Menurut MoreFun Studios, permainan ini akan dilancarkan di Android dan iOS dengan banyak pilihan bahasa, kawalan yang direka bentuk semula, persekitaran yang dipertingkatkan dan kandungan baru untuk pemain. Studio ini memantau feedback yang diberikan pemain semasa Beta Test.\u00a0

Laman web rasmi Arena Breakout juga menawarkan program milestone reward. Setelah jumlah pre-register mencapai jumlah tertentu, kesemua pemain yang pre-register akan mendapat hadiah dalam permainan. Berikut adalah jumlah yang perlu dicapai beserta hadiah yang akan dapat:\u00a0

Pemain juga boleh mendapatkan lebih banyak hadiah dalam permainan jika mereka berkongsi post di media sosial dan menjemput rakan untuk bermain. Pemain perlu menglink akaun mereka dengan alamat emel yang digunakan semasa pre-register untuk mendapatkan hadiah ini. Berikut adalah jumlah rakan yang perlu korang jemput dan hadiah yang akan diraih.

Arena Breakout adalah permainan first person shooter yang dibuat MoreFun Studios. Permainan ini kini tersedia untuk pre-register di Google Play dan Apple App Store. Arena Blackout boleh dimainkan pada bulan Julai ini di peranti Android dan iOS.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/arena-breakout-buka-pre-register-sebelum-perlancaran-penuh-julai-ini"} {"title": "Venom 3 Dijangka Tayang Pada Oktober 2024", "body": "

Sumber dari Variety mendedahkan tarikh tayangan filem Venom 3 ini pada Oktober 2024. Tarikh ini sebenarnya dekat tarikh tayangan filem villain DC, Joker: Folie \u00e1 Deux yang akan ditayangkan pada 4 Oktober 2024.

Sekuel Venom yang akan datang ini memperlihatkan Kelly Marcel bertanggungjawab menulis skrip dan mengarahkan filem ini. Tom Hardy juga akan kembali sebagai Eddie Brock yang kali terakhir muncul sebagai cameo dalam post-credit scene filem Spider-Man: No Way Home.\u00a0

Beberapa nama baru juga disahkan bakal membintangi filem ini selain Tom Hardy iaitu Chiwetel Ejiofor dan bintang Ted Lasso, Juno Temple. Ejiofor sebelum ini pernah memegang watak besar dalam MCU iaitu sebagai Baron Mordo. Walau bagaimanapun, tidak pasti watak apakah yang Ejiofor akan pegang dalam Venom 3.\u00a0

Sementara projek Marvel lain seperti Blade, Daredevil dan Wonder Man mengalami masalah produksi akibat mogok daripada penulis, proses pembangunan Venom 3 seakan tidak terkena kesan mogok terbabit. Temple memberitahu Variety filem berkenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Mengenai plot dan sinopsis, masih banyak tidak diketahui dengan peminat mengharapkan kemunculan karakter penjahat Spider-Man yang lain iaitu Vulture dan Morbius.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/venom-3-dijangka-tayang-pada-oktober-2024"} {"title": "Gameplay Trailer Assassin's Creed Mirage Papar Lebih Banyak Parkour", "body": "

Ubisoft Forward telah memperlihatkan beberapa judul baru Assassin's Creed seperti Codename Jade dan Nexus VR. Terbaru, Ubisoft telah menayangkan video gameplay selama lapan minit bagi permainan Assassin's Creed: Mirage yang akan keluar beberapa bulan lagi.

Pada acara berkenaan, Ubisoft mempamerkan story trailer terlebih dahulu. Trailer ini memperkenalkan karakter utama Basim dan simbolism \u2018The Feather\u2019 kepada kumpulan Hidden Ones. Assassin's Creed: Mirage ini mengisahkan kehidupan Basim pada masa lalu di Baghdad dan kemasukan ke kumpulan Hidden Ones.

Kemudian dalam video gameplay pula, kita dipaparkan aksi parkour Basim yang melompat dari satu bangunan ke bangunan sambil membunuh beberapa orang. Kita juga dapat melihat Basim menggunakan senjata seakan bom untuk mengambil alih perhatian pengawal.

Daripada gameplay yang ditayangkan, Mirage akan kembali menggunakan style permainan siri awal Assassin's Creed iaitu kurang elemen RPG dan lebih banyak aksi parkour, stealth dan pembunuhan. Persekitaran bandar Baghdad juga akan membenarkan pemain merasai aksi parkour yang mantap.

Assassin's Creed: Mirage akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gameplay-trailer-assassin-s-creed-mirage-papar-lebih-banyak-parkour"} {"title": "Disney Ubah Tarikh Tayangan Bagi Filem Star Wars, MCU Dan Avatar", "body": "

Disney telah mengumumkan yang mereka akan mengubah tarikh tayangan bagi beberapa filem termasuk Star Wars, Marvel dan Avatar. Isu seperti mogok oleh penulis-penulis telah melambatkan produksi beberapa rancangan ini

Tiga projek Star Wars adalah antara plan reschedule Disney ini. Tarikh tayangan dengan filem Star Wars pertama yang akan dilanjutkan ke 22 Mei 2026 dari tahun 2025. \u00a0Pada tahun 2026 juga, Disney akan mengeluarkan satu lagi filem Star Wars iaitu pada 18 Disember 2026 dan filem ketiga dijangka tayang pada 17 Disember 2027

Penjadualan semula Disney ini juga turut melibatkan filem MCU untuk fasa 5 dan 6. Filem Captain America: Brave New World akan diubah dari 3 Mei 2024 kepada 26 Julai 2024 manakala Thunderbolt diubah kepada 20 Disember 2024. Filem Blade akan ditayangkan pada 14 Februari 2025 dan Fantastic Four bakal menemui panggung wayang pada 2 Mei 2025.

Peminat Marvel pastinya hampa selepas kedua-dua filem Avengers juga akan dilanjutkan tarikh. Avengers: Kang Dynasty akan dilanjutkan satu tahun dari 2 Mei 2025 kepada 1 Mei 2026. Avengers: Secret Wars yang sepatutnya ditayangkan pada 1 Mei 2026 akan diubah kepada 7 Mei 2027.

Di sebalik berita buruk ini, peminat Marvel mendapat sedikit berita gembira apabila tarikh tayangan bagi Deadpool 3 akan diawalkan kepada 3 Mei 2024. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 8 November 2024. Deadpool 3 akan menampilkan Ryan Reynolds dan Hugh Jackman yang kembali memegang watak Wolverine.

Francais arahan James Cameron iaitu Avatar juga terhimpit dengan masalah yang sama. Avatar 3 kini akan ditayangkan pada 19 Disember 2025, Avatar 4 akan ditayangkan pada 21 Disember 2029.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disney-ubah-tarikh-tayangan-bagi-filem-star-wars-mcu-dan-avatar"} {"title": "Ubisoft Paparkan Gameplay Star Wars Outlaws Selama 10 Minit", "body": "

Massive Entertainment dan Ubisoft telah mendedahkan sebuah video gameplay untuk permainan Star Wars terbaru yang berjudul Star Wars Outlaws pada acara Ubisoft Forward semalam. Ubisoft baru saja mendedahkan permainan ini semasa Xbox Games Showcase minggu lepas.

Video yang berdurasi 10 minit ini memaparkan karakter Kay Vess, menyelinap masuk ke sebuah kubu untuk mencuri suatu barang. Kay mula bertarung dengan Hired Guns menggunakan senjata blasters semasa ingin melarikan diri.

Permainan ini juga menampilkan sistem pemilihan dialog. Dalam suatu babak dalam trailer ini, Kay tersekat dalam situasi yang mana dia perlu merasuah atau tidak merasuah seorang Imperial. Membuat pilihan salah akan mengakibatkan masalah besar.

Pemain juga akan merasai pengalaman space combat. Selepas Kay membuat pilihan untuk tidak merasuah Imperial terbabit, Kay dimasukkan dalam senarai \u2018wanted\u2019 membuatkan dia dikejar oleh sekumpulan Imperial sehingga ke ruang angkasa.

Star Wars Outlaws adalah permainan action-adventure yang dibuat oleh Massive Entertainment dan dikeluarkan oleh Ubisoft. Permainan ini akan dikeluarkan pada tahun 2024 di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-paparkan-gameplay-star-wars-outlaws-selama-10-minit"} {"title": "Trailer Assassin's Creed: Codename Jade Bawakan Keterujaan Kepada Mobile Gamers", "body": "

Ubisoft telah memperlihatkan trailer pertama bagi permainan Assassin's Creed: Codename Jade semasa acara Ubisoft Forward semalam. Apa yang mengujakan tentang permainan ini adalah ianya akan dikeluarkan untuk peranti Android dan iOS. \u00a0\u00a0

Assassin's Creed: Codename Jade disetkan pada zaman purba China iaitu semasa Dinasti Qin, diantara peristiwa Assassin's Creed Origins and Assassin's Odyssey. \u00a0Ianya mengisahkan Xia, anak angkat kepada Emperor Wei Yu, mengembara ke seluruh China termasuklah Great Wall dan kota empayar Xianyang.

Pemain di platform mudah alih kini dapat merasai pengalaman permainan Assassin's Creed yang mempunyai pelbagai elemen seperti parkour, hand combat dan serangan menggunakan senjata seperti busur pemanah. Pemain juga dapat mengubah penampilan karakter Xia seperti pakaian dan sebagainya.\u00a0

Sebelum melancarkan permainan ini, Ubisoft sekarang membuka pendaftaran kepada mana-mana pemain untuk menguji beta test nanti. Mereka yang berminat boleh berbuat demikian di laman web rasmi Assassin's Creed: Codename Jade.

Level Infinite adalah syarikat yang akan menerbitkan permainan ini dan ianya adalah free-to-play. Tarikh perlancaran versi penuh permainan ini masih belum diketahui.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-assassin-s-creed-codename-jade-bawakan-keterujaan-kepada-mobile-gamers"} {"title": "Ubisoft Tayang Trailer Pertama Avatar: Frontiers of Pandora", "body": "

Ubisoft telah mendedahkan video trailer pertama bagi permainan Avatar: Frontiers of Pandora pada acara Ubisoft Forward semalam. Mereka juga mendedahkan tarikh perlancaran permainan ini iaitu pada 7 Disember 2023.

Menurut Ubisoft, permainan adaptasi dari francais filem Avatar ini akan mengandungi mod single-player dan co-op. Dalam trailer yang dipaparkan, permainan ini seakan sama dengan permainan open world yang lain iaitu Far Cry. Pemain akan mengembara planet Pandora yang dipenuhi tumbuhan hutan.

Permainan first person shooter ini membawa pemain untuk mengawal seorang Na'vi yang dilatih oleh RDA untuk menentang puaknya sendiri. Selepas RDA meninggalkan Pandora, Na'vi yang tidak bernama ini mempelajari skil survival dengan puaknya dan menyebelahi mereka ketika RDA kembali ke planet ini.

Pemain boleh menggunakan pelbagai senjata yang merangkumi busur pemanah, machine gun, dan pelancar roket untuk melawan RDA. Pemain juga perlu memburu haiwan dan berkomunikasi dengan spirit, Eywa untuk mendapatkan kebolehan baru dan meningkatkan skil Na'vi mereka.

Avatar: Frontiers of Pandora dibangunkan Massive Entertainment dan dikeluarkan oleh Ubisoft. Permainan ini akan dikeluarkan pada 7 Disember 2023 di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S, Amazon Luna dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-tayang-trailer-pertama-avatar-frontiers-of-pandora"} {"title": "ONE Esports Dinamakan Rakan Media Rasmi Oleh Krafton", "body": "

ONE Esports telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat permainan video dari Korea Selatan iaitu Krafton. ONE Esports akan menjadi rakan media rasmi bagi kesemua kejohanan dan acara PUBG Esports yang dihoskan oleh Krafton pada tahun ini.\u00a0

Sebagai rakan media, ONE Esports akan menghasilkan kandungan video pendek dan bertulis berkaitan kejohanan seperti PUBG Global Series (PGS), PUBG Nations Cup 2023, PUBG Global Championship 2023, dan banyak lagi. Kandungan akan diterbitkan di kesemua media sosial rasmi dan laman web ONE Esports.

Selain melakukan liputan berita, ONE Esports juga mempunyai akses untuk menemubual pasukan professional dan pemain. Peminat akan mendapat kandungan eksklusif seperti cerita disebalik tabir pasukan.

\u201cKami teruja untuk bekerjasama dengan KRAFTON untuk membawa komuniti kami liputan berkualiti tinggi kejohanan PUBG Esports pada 2023,\u201d kata Carlos Alimurung, Ketua Pegawai Eksekutif, ONE Esports.

ONE Esports adalah sebuah syarikat media e-sukan dan berpengkalan di Singapore. ONE Esports mempunyai laman web iaitu oneesports.gg yang menerbitkan segala berita e-sukan, temubual dengan atlet e-sukan, pasukan dan peminat.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-esports-dinamakan-rakan-media-rasmi-oleh-krafton"} {"title": "16 Pasukan Bakal Berentap Rebut Piala Free Fire Clash Squad SEA", "body": "

Garena telah mengumumkan yang mereka akan adakan kejohanan Piala Free Fire Clash Squad SEA \u00a0(FF CS Cup) pada bulan Julai tahun ini. Kejohanan ini akan menampilkan empat pasukan dari setiap wilayah yang terdiri daripada Indonesia, Thailand, Vietnam dan MCPS.

Bermula 7 Julai hingga 16 Julai, kesemua 16 pasukan akan berentap selama 6 hari perlawanan untuk merebut prize pool sebanyak $50,000 USD. Setakat ini, empat pasukan dari Vietnam telah disahkan bakal menyertai kejohanan ini. Pasukan tersebut adalah WAG, GOW, P Esports dan Team Flash.

Kejohanan ini akan dipecahkan kepada dua minggu. Minggu pertama menggunakan single elimination dan format best-of-three dari 7 Julai hingga 9 Julai manakala minggu kedua dari 14 hingga 16 Julai menggunakan double elimination dan format best-of-five.

Proses pendaftaran untuk pusingan kelayakan MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka) telah pun tamat pada 9 Jun lalu. 4 pasukan yang melepasi peringkat kumpulan dan kalah mati pusingan kelayakan MCPS ini akan mewakili wilayah ini semasa FF CS Cup Julai nanti.

Piala Free Fire Clash Squad SEA boleh ditonton secara langsung di semua media sosial rasmi Free Fire.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/16-pasukan-bakal-berentap-rebut-piala-free-fire-clash-squad-sea"} {"title": "Logitech G Perkenal Headset Gaming Terbaru - PRO X 2 LIGHTSPEED", "body": "

Logitech G mengumumkan perlancaran headset gaming terbaru iaitu Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED. Headset ini direka khas untuk pemain professional e-sukan dan pemain kompetitif.\u00a0

Headset ini mempunyai pelbagai spesifikasi yang menarik. Antaranya adalah headset ini menggunakan audio driver jenis Graphene yang membenarkan pemain mengesan bunyi objek dengan lebih jelas. Driver Graphene juga dikatakan cekap tenaga dengan penggunaan selama 50 jam selepas satu pengecasan.

Selain itu, headset ini menyokong sambungan Bluetooth dan sambungan berwayar 3.5mm. Jarak maksimum sambangan nirwayar adalah 30m.

PRO X 2 LIGHTSPEED juga menampilkan mikrofon 6mm cardiodid yang diperkuatkan filter Blue VO!CE. Filter ini membantu untuk mengurangkan bunyi latar belakang semasa pemain bercakap.

Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED telah tersedia di Lazada dan Shopee rasmi Logitech G dengan harga sebanyak RM1,099. Headset ini didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/logitech-g-pekenal-headset-gaming-terbaru-pro-x-2-lightspeed"} {"title": "Ura-Ura Divisi MLBB MAB Esports Akan Dibubarkan", "body": "

Semalam ketua jurulatih MLBB dan juga Analyst untuk pasukan MLBB MAB Esports iaitu Rain dan Sunfrost ada memuatnaik ucapan selamat tinggal kepada MAB Esports di Instagram Story mereka.

Ketika ditanya mengenai apa yang telah terjadi, Rain ataupun nama sebenarnya Fikri Aiman ada menyatakan yang MAB Esports telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi divisi MLBB mereka dan akan membubarkan divisi tersebut.

Rain dan Sunfrost telah bersama dengan MAB Esports sejak dari Januari tahun ini.

Kami juga sempat bertanya kepada pemilik MAB Esports iaitu Abg Lord dan dia menyatakan yang pihaknya akan mengeluarkan official statement tidak lama lagi. \u00a0Adakah MAB Esports tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk masuk MPL MY S12 nanti? Sama-sama kita nantikan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ura-ura-divisi-mlbb-mab-esports-akan-dibubarkan"} {"title": "Forza Motorsport Akan Keluar Di PC Dan Xbox Series X/S Pada 10 Oktober Tahun Ini", "body": "

Sejak pertama kali diumumkan pada tahun 2020, Forza Motorsport secara rasmi telah mempunyai tarikh perlancaran iaitu pada 10 Oktober 2023. Entri kelapan dalam siri Forza Motorsport ini adalah reboot yang menggunakan grafik yang lebih canggih dari judul sebelum ini.

Semasa acara Xbox Games Showcase yang diadakan baru-baru ini, Microsoft juga mengeluarkan trailer terbaru yang memaparkan beberapa buah kereta seperti Cadillac V-Series.R dan Corvette E-Ray.

Permainan ini akan mempunyai single-player dan beberapa mod multiplayer. Menurut Microsoft, Forza Motorsport memfokuskan teknologi ray-tracing, fizik yang dipertingkatkan dan keadaan cuaca yang akan mempengaruhi permukaan litar.

Forza Motorsport yang baru ini akan mempunyai lebih 500 kereta dan pelbagai pilihan litar perlumbaan yang terkenal seperti Circuit de Spa-Francorchamps dan Laguna Seca Raceway. Litar Kyalami di Afrika Selatan akan membuat kemunculan pertama pada permainan Forza Motorsport ini.

Forza Motorsport ini dibangunkan oleh Turn 10 Studios dan diterbitkan Xbox Game Studios. Permainan perlumbaan simulasi ini akan dikeluarkan pada 10 Oktober 2023 di platform PC dan Xbox Series X/S.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/forza-motorsport-akan-keluar-di-pc-dan-xbox-series-x-s-pada-10-oktober-tahun-ini"} {"title": "Final Fantasy 7: Ever Crisis Buka Fasa Beta Untuk Android dan iOS", "body": "

Square Enix telah mengumumkan bahawa permainan mudah alih terbaru, Final Fantasy 7: Ever Crisis akan menjalankan fasa beta test. Permainan ini telah tersedia untuk proses pre-register pada peranti Android dan iOS melalui laman web rasmi Final Fantasy 7: Ever Crisis mulai hari ini hingga 28 Jun ini.

Walau bagaimanapun, beta test ini hanya dapat diakses untuk pengguna peranti Android versi 8.0 keatas dari dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada. Beta test ini akan bermula 6 Julai hingga 13 Julai.

Square Enix mengumumkan berita ini semasa Summer Game Fest yang diadakan minggu lepas. Mereka juga mengeluarkan trailer yang memfokuskan karakter Sephiroth, yang merupakan villain bagi Final Fantasy 7.\u00a0

Apa yang menarik tentang permainan ini adalah ia akan mengumpulkan kesemua kisah francais Final Fantasy 7 termasuklah filem Final Fantasy 7: Advent Children, dan tiga permainan spinoff iaitu Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.

Final Fantasy 7: Ever Crisis adalah permainan RPG yang dibuat oleh Applibot dan dikeluarkan Square Enix. Permainan free-to-play ini akan dikeluarkan di Android dan iOS pada satu tarikh yang belum diberitahu.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/final-fantasy-7-ever-crisis-buka-fasa-beta-untuk-android-dan-ios"} {"title": "Trailer Final Fantasy 7 Rebirth Dedah Tarikh Perlancaran Awal 2024", "body": "

Square Enix telah mendedahkan trailer pertama untuk permainan Final Fantasy 7 Rebirth semasa acara Summer Game Fest. Trailer ini juga mengesahkan yang permainan ini bakal tiba pada awal tahun depan.\u00a0

Permainan ini adalah sekuel kepada Final Fantasy 7 Remake dalam trilogi reboot ini. Rebirth mengisahkan Cloud, Barret, Tifa, Aerith dan Red XIII yang lari daripada bandar Midgar untuk mencari Sephiroth yang disangkakan telah mati. Karakter Red XIII telah disahkan sebagai karakter yang dapat dimainkan nanti.\u00a0

Jika korang membeli edisi fizikal sebaik sahaja permainan ini dilancarkan, korang akan mendapat 2 CD. Ini menunjukkan permainan ini berkemungkinan akan menggunakan ruang storan yang besar. Permainan ini akan menjadi permainan pertama PlayStation 5 yang menggunakan lebih dari satu CD.

Semasa pertama kali didedahkan pada tahun lepas, Square Enix mendedahkan permainan ini sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini. Tetapi ianya akan ditolak kepada awal tahun depan. Sebahagian peminat sudah tidak sabar dengan kedatangan permainan ini sejak ending yang agak mengejutkan dalam Final Fantasy 7 Remake.\u00a0

Final Fantasy 7 Rebirth adalah sebuah permainan RPG yang dibangunkan dan dikeluarkan Square Enix. Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada awal 2024 di platform PlayStation 5.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-final-fantasy-7-rebirth-dedah-tarikh-perlancaran-awal-2024"} {"title": "Trailer Mortal Kombat 1 Papar Aksi Ganas, Turut Dedah Kameo Fighters", "body": "

NetherRealm Studios telah mengeluarkan video gameplay trailer untuk permainan Mortal Kombat 1 ketika acara Summer Game Fest yang diadakan baru-baru ini. Terdapat banyak aksi gore dalam video berdurasi 4 minit itu yang turut memaparkan mekanik baru iaitu Kameo Fighters.\u00a0

Co-creator Mortal Kombat 1, Ed Boon turut hadir pada acara berkenaan dan mendedahkan beberapa maklumat berkenaan Kameo Fighters. Sistem ini membenarkan pemain untuk meminta bantuan dengan menggunakan butang R1/RB. Akan ada karakter NPC yang akan membantu meningkatkan serangan dan kombo karakter utama yang kita pilih.\u00a0

Boon juga mengesahkan permainan ini akan mempunyai timeline yang baru. Dalam timeline baru ini, Liu Kang yang kini merupakan Fire God mencari beberapa pahlawan untuk membantunya mengalahkan Shang Tsung.

Daripada trailer terbabit, beberapa karakter telah disahkan bakal tampil dalam permainan terbabit. Antaranya:\u00a0

Mortal Kombat 1 bakal dilancarkan pada 19 Oktober ini di platform PC, PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mortal-kombat-bakal-mempunyai-timeline-dan-mekanik-baru"} {"title": "Permainan PS5, Spider-Man 2 Bakal Tiba 20 Oktober Tahun Ini", "body": "

Imsomniac bakal melancarkan permainan eksklusif PlayStation 5, Spider-Man 2 pada 20 Oktober tahun ini. Pengumuman ini tiba semasa Summer Game Fest yang diadakan baru- baru ini. Apa yang mengejutkan lagi adalah bukan Eddie Brock yang akan menjadi alter-ego Venom.

Mengenai permainan ini, korang akan dapat menggunakan dua karakter Spider-Man iaitu Peter Parker dan Miles Morales tetapi pada masa yang berlainan. Pemain tidak dapat menggunakan serentak kerana tiada mod co-op ditampilkan dalam permainan ini. Kedua-dua Spider-Man ini juga akan diberikan cerita dan misi yang berbeza.

Antara penjahat yang disahkan Imsomniac adalah Venom, Kraven the Hunter dan The Lizard. Tentang Venom, Imsomniac mengesahkan bukan Eddie Brock akan menjadi pemakai Venom. Kali terakhir kita dapat melihat Venom adalah pada 2 tahun lalu dan karakter ini tidak membuat kemunculan pada PlayStation Showcase bulan lepas\u00a0

Ramai peminat yang memberikan teori bahawa Harry Osborn akan menjadi alter-ego Venom. Hai ini kerana pada permainan sebelum ini, ayahnya, Norman Osborn dilihat mahu menggunakan symbiote yang mungkin boleh mengubati Harry yang sedang sakit.

Bersama dengan tarikh perlancaran, Imsomniac juga mendedahkan pre-order permainan ini akan bermula pada 16 Jun ini. Bagi mereka yang pre-order mana-mana edisi, mereka akan mendapat bonus seperti sut Arachknight bagi karakter Peter dan sut Shadow Spider untuk karakter Miles. Kedua-dua sut ini mempunyai tiga warna berbeza.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-ps5-spider-man-2-bakal-tiba-20-oktober-tahun-ini"} {"title": "Mobile Legends Bakal Guna Interface Baru", "body": "

Moonton selaku pembangun permainan Mobile Legends mendedahkan rancangan mereka untuk memperkenalkan interface baru yang lebih kemas dan kurang bersepah. Moonton kini sibuk dalam rekaan bentuk interface baru dan merombak sistem emblem yang dijangka tiba pada kemaskini akan datang.

Sebelum ini, Moonton telah memuatkan suatu fungsi maklum balas di Layla's Workshop yang membolehkan pemain memberi cadangan dan pendapat supaya Moonton dapat mempertingkatkan kualiti interface.\u00a0

Menerusi laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang, mereka juga menjelaskan tiga matlamat dalam rekaan interface yang bakal diperkenalkan nanti.\u00a0

Matlamat pertama adalah mereka ingin membangunkan interface yang lebih ringkas dengan menyembunyikan ciri yang tidak penting. Kedua, mereka ingin memastikan setiap hero baru yang dilancarkan akan dipaparkan dengan jelas pada skrin utama. Akhir sekali, interface baru dapat berfungsi dengan lancar pada semua jenis peranti pintar.\u00a0

Korang yang bermain permainan ini boleh memberikan maklum balas dan cadangan berkenaan interface di Layla's Workshop sekarang. Masih tiada tarikh rasmi tentang kemaskini interface baru ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-bakal-guna-interface-baru"} {"title": "Call of Duty Mobile Telah Membuat Kolaborasi Dengan Ghost in the Shell", "body": "

Baru-baru ini, Call of Duty Mobile telah mengumumkan bahawa mereka telah berkolaborasi dengan Ghost in the Shell untuk musim terbaru mereka. Mereka mengeluarkan video pengumuman di channel YouTube rasmi mereka bersama dengan blog yang memperincikan kolaborasi musim baharu ini.

Trailer ini hanyalah pratonton pantas lakaran kecil dan seni untuk poster musim baru ini. Tetapi blog tersebut menyatakan bahawa musim baru ini akan bertemakan bandar siber yang futuristik. Musim ini akan menambah bandar sibernetik baharu yang boleh diakses melalui sfera teleportasi yang terletak di sekitar Nuketown.

Musim bahari ini juga akan menambah banyak perkara yang baharu seperti mekanik menghidupkan semula baharu, mekanik PVE, peningkatan perisian siber, cabaran bermusim baharu, halaman pengumpulan acara dan banyak lagi. Musim baru ini akan bermula pada 3 Ogos 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-telah-membuat-kolaborasi-dengan-ghost-in-the-shell"} {"title": "Tarikh Keluaran WoW: Wrath of the Lich King Classic Sudah Didedahkan Secara Rasmi", "body": "

Tidak lama selepas secara tidak sengaja membocorkan tarikh keluaran mereka sendiri, Blizzard dengan serta-merta mengeluarkan secara rasmi tarikh pelancaran untuk expansion ketiga World of Warcraft Classic iaitu Wrath of the Lich King.

Peminat dan pemain akhirnya akan dapat menentang salah satu penjahat paling legenda dalam keseluruhan sejarah permainan Arthas Menethil yang juga dikenali sebagai Lich King. Bagaimanapun seperti Burning Crusade Classic, pemain perlu menunggu fasa kemudian untuk menghadapi musuh besar untuk expansion ini.

Tarikh pelancaran untuk Wrath of the Lich King Classic tidak berubah kepada tarikh yang berbeza daripada kebocoran sebelum ini. Expansion ini akan dilancarkan pada 26 September 2022 dan pemain hanya perlu ada langganan untuk World of Warcraft untuk mendapat akses untuk WoW Classic.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-keluaran-wow-wrath-of-the-lich-king-classic-sudah-didedahkan-secara-rasmi"} {"title": "Legend Terbaru Untuk Apex Legends Sudah Tiba", "body": "

Baru-baru ini, Apex Legends telah mengeluarkan video cerita pendek baru yang memperkenalkan kita kepada legenda terbaru mereka. Video ini adalah dari siri video yang dipanggil Stories from the Outlands yang menceritakan latar belakang legenda sebelum keluarannya.

Cerita pendek ini adalah tentang seorang pemungut sampah bernama Mara terserempak dengan sebuah kapal dan membongkar rahsia tentang ibunya. Dia kemudian diserang oleh robot yang menyangka dia adalah ibunya kerana mereka mempunyai darah sama. Mara melarikan diri selepas hampir mati bersama rakan haiwan barunya Echo.

Sungguh hebat Apex Legends memperkenalkan legenda terbaru mereka melalui kisah tragik tetapi indah ini. Peminat boleh mengharapkan untuk melihat legenda yang dipamerkan dan didedahkan tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/legend-terbaru-untuk-apex-legends-sudah-tiba"} {"title": "One Piece Film Red Bakal Tiba di Pawagam Malaysia September Ini", "body": "

Kepada peminat-peminat One Piece, ada berita baik untuk anda. One Piece Film Red bakal tiba di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini telah disahkan oleh pihak GSC sendiri dimana terdapat 2 tayangan yang akan disediakan. 2 tayangan tersebut terdiri daripada Fan Screening dan Normal Screening. Apa bezanya 2 tayangan ini?

Untuk Fan Screening, ia akan ditayangkan lebih awal iaitu pada 3 dan 4 September yang bertempat di GSC Paradigm Mall PJ. Bagi Normal Screening pula, ia mula ditayangkan pada 22 September di seluruh GSC Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui cara untuk mendapatkan tiket Fan Screening, anda perlu menunggu pengumuman daripada pihak GSC. Biasanya mereka akan buka jualan tiket untuk Fan Screening 3 minggu sebelum tayangan.

Bagi mereka yang belum tahu tentang One Piece Film Red, di sini kami cerita sedikit sinopsis filem ini. \u201cKisah ini berlatarkan \"Island of Music\" Elegia, di mana Uta, diva terhebat dunia mengadakan konsert langsung pertamanya dan mendedahkan dirinya kepada umum.\u00a0 Topi Jerami, lanun, Marin dan peminat dari seluruh dunia berkumpul untuk menikmati suara Uta yang telah digambarkan sebagai \"dunia lain\". Walau bagaimanapun, peristiwa itu bermula dengan pendedahan yang mengejutkan bahawa Uta adalah anak perempuan Shanks.\u201d

Jangan lupa untuk saksikan One Piece Film Red di pawagam September ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-piece-film-red-bakal-tiba-di-pawagam-malaysia-september-ini"} {"title": "Shin Ultraman Tiba Di GSC Malaysia Oktober Ini", "body": "

GSC Cinemas telah mengeluarkan poster berkenaan dengan tayangan Shin Ultraman yang bakal tiba di pawagam pada 6 Oktober ini. Kepada peminat Ultraman, inilah masanya untuk anda menonton kembali wira tokusatsu klasik di skrin pawagam. Untuk yang tidak tahu, tokusatsu merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud \u201cspecial effect\u201d. Tokusatsu selalunya digunakan dalam filem live action seperti Godzilla, Kamen Rider, Giant Robo dan banyak lagi.

Berbalik pada topik kita, Shin Ultraman pada asalnya ditayangkan di Jepun pada Mei 2022. Shin Ultraman diarahkan oleh Shinji Higuchi bersama dengan rakan kerja terbaiknya, Hideaki Anno. Kedua individu ini sememangnya mempunyai bakat yang besar. Mereka juga antara yang menghasilkan Shin Godzilla dan Neon Genesis Evangelion. Di bawah kami ceritakan tentang sinopsis filem ini sebelum anda pergi menontonnya:

\u201cMakhluk gergasi yang tidak dikenali telah muncul satu demi satu dan kewujudan mereka berlaku setiap hari.\u00a0 Kerajaan Jepun, yang telah mencapai hadnya kerana senjata konvensional tidak berguna sama sekali, mengumpulkan pakar untuk langkah-langkah menentang binatang dan menubuhkan Pejabat Tindakan Balasan Khas untuk Binatang itu. Seekor gergasi perak tiba-tiba muncul dari luar atmosfera sementara krisis binatang jahat semakin hampir.\u201d

Nantikan Shin Ultraman pada 6 Oktober ini di pawagam Malaysia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/shin-ultraman-tiba-di-gsc-malaysia-oktober-ini"} {"title": "Rookies Yang Patut Diberikan Perhatian Di MPL MY S10", "body": "

MPL MY S10 Qualifier baru sahaja selesai baru-baru ini yang mana 2 pasukan baru berjaya untuk masuk ke Regular Season. Dua pasukan tersebut adalah Team Haq dan Team Lemah (Team Lunatix).\u00a0

Kedua-dua pasukan ini akan bersama 8 pasukan lain iaitu Todak, Team SMG, Suhaz Esports, RSG Malaysia, Red Esports, Orange Esports, Team Caracal dan juga Homebois. Selain dari 2 pasukan baru ini, Adeen yang merupakan shoutcaster untuk MPL MY S9 yang lepas telah berkongsi dengan kami beberapa rookies atau player baru yang harus diberikan perhatian pada MPL MY S10 kali ini.\u00a0

1. Rival - Todak (Jungler)

Jungler muda dan baru untuk Todak ini sangat berbakat dalam penggunaan hero-hero Assassin khususnya kepada Ling beliau. Memegang title Kelantan No 1 Ling dan beberapa kali menunjukkan ketangkasan beliau menggunakan hero tersebut di dalam beberapa pertandingan sebelum masuk ke MPL.\u00a0

Selain itu, mempunyai heropool yang agak besar untuk memudahkan lagi pasukan Todak untuk mencuba pelbagai strategy. Fighter dan Tank heroes juga boleh diguna pakai oleh Rival dengan sangat baik. Masih muda, otak bergeliga dengan idea dan jugak kepantasan beliau bertindak didalam sesebuah perlawanan.

2. Nuar - Team SMG (Roamer)

Di peringkat Tier 2 nama Nuar sering disebut sebagai pemain roamer yang sangat versatile. Beliau boleh menggunakan pelbagai jenis roamer untuk membantu pasukannya mendapatkan kemenangan. Setup roamer, healer roamer, aggressive roamer semuanya digenggaman Nuar.\u00a0

Walaupun masih muda, tetapi command beliau jugak sangat baik dan saya yakin dibawah didikan Coach James & Zaimsempoi, Nuar akan menjadi seorang pemain yang lebih arif dan kritikal dalam shotcalling beliau. Kebolehan Nuar yang terbesar adalah untuk melakukan sebuah setup teamfight yang baik untuk pasukannya dan ini akan memudahkan lagi ahli pasukannya untuk follow up. Tetapi cabaran terbesar beliau adalah mentornya iaitu Zaimsempoi untuk mendapatkan tempatnya sebagai roamer SMG. \u00a0

3. Eyymal - Team Lunatix (Jungler)

Bukan setakat pemain baru malah pasukan terbaru di MPLMY S10 dan sudah pasti ramai yang tertanya apa yang boleh ditunjukkan oleh Team Lunatix ini? Jadi Eyymal lah jawapan dia, seorang jungler yang sangat pintar dalam corak permainanya dimana beliau mempunyai Mikro yang sangat baik.\u00a0

Dimana setiap hero yang diguna pakai oleh Eyymal akan dimaksimakan tahap kebolehan hero tersebut sama ada untuk split push, membunuh hero musuh ataupun lakukan gerakan rusuh dalam Mobile Legends. Selain itu, timing dan juga rotation Eymmal jugak kemas dia tahu bila waktunya untuk rotate membantu rakan2 ataupun bila waktunya untuk beliau lakukan split push. Untuk seorang player baru dan muda ini merupakan salah satu perkara yang sangat sukar untuk diajar tetapi Eyymal telahpun memiliki kualiti ini. Saya yakin Coach Aiman (ataupun Coach Rain) akan cungkil lagi bakat yang adanya pada Eyymal menjadikan beliau seorang Jungler yang berkaliber.

4. Meanzal - Caracal (Roamer)

Meanzal merupakan seorang roamer yang sangat berbakat apabila beliau bermain di Tier 2. Decision making beliau yang membuatkan beliau sangat merbahaya kepada pihak lawan, apabila Meanzal setup jarang sekali setup tersebut gagal untuk membuahkan hasil buat pasukannya.\u00a0

Lebih berbisa apabila memakai hero-hero setup seperti (Akai, Atlas, Khufra) kerana beliau boleh munculkan moment-moment penting untuk pasukannya. Makro Meanzal jugak boleh dikatakan dalam tahap yang bagus kerana sentiasa peka apa yang sedang berlaku dan membuat keputusan yang bernas untuk memanfaatkan pasukannya sendiri. Tetapi cabaran untuk Meanzal sekarang adalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baru beliau namun dengan adanya Padel di Caracal saya pasti Meanzal di dalam tangan yang baik untuk mendidik dan memupuk beliau menjadi roamer yang terbaik.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rookies-yang-patut-diberikan-perhatian-di-mpl-my-s10"} {"title": "Paper Rex Naib Johan Di VCT Masters Copenhagen", "body": "

Buat kali pertama dalam sejarah esports di Asia Tenggara, pasukan Paper Rex telah membuktikan kemampuan mereka dalam melangkah sejauh ke kejohanan peringkat Masters. Malah, mereka juga telah membawa pulang pingat naib johan daripada VCT Masters di Copenhagen, Denmark baru-baru ini.\u00a0

Pasukan daripada Singapura ini telah mendapat banyak sokongan daripada peminat Asia Tenggara terutama sekali selepas comeback mereka di lower bracket. Perjalanan cemerlang ini telah membuakkan ekspektasi dan harapan yang tinggi atas kemenangan mereka apabila melangkah ke Grand Finale.\u00a0\u00a0

Secara duka citanya, mereka tewas di tangan pasukan FPX Esports selepas perlawanan yang sengit dengan skor 3-2. Namun, tahniah buat pasukan Paper Rex atas usaha dan semangat mereka dalam mewakili Asia Tenggara dan Asia Pasifik di kejohanan VST Masters.\u00a0

Pemain-pemain mereka yang terdiri daripada Mindfreak, f0rsaken, Benkai, Jinggg dan D4V4I yang juga merupakan wakil daripada Malaysia telah beraksi sehabis baik.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/paper-rex-naib-johan-di-vct-masters-copenhagen"} {"title": "The Academy Juara Kejohanan MSPC", "body": "

MSPC atau Kejohanan Semi Pro Malaysia telah melangsungkan musim pertamanya pada tahun 2022. Tamatnya perlawanan Grand Finale baru-baru ini antara The Academy dan THQ Academy juga telah menamatkan musim kejohanan ini.\u00a0

Pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang pertama mereka adalah pasukan The Academy apabila mereka telah mengalahkan pasukan THQ Academy dengan skor hebat iaitu 3-0. Mereka juga telah mencipta rekod apabila mereka memenangi setiap perlawanan di peringkat Playoff tanpa sebarang kekalahan.

The Academy telah membawa sebahagian besar daripada prize pool yang berjumlah RM 10,000 manakala kekalahan THQ Academy telah menempatkan mereka di naib johan manakala tempat ketiga dipegang oleh pasukan Lunatix Origins.

Pusingan Grand Finale ini telah berlangsung di Sungai Weng Plaza secara fizikal dan mempunyai siaran langsungnya di Youtube dan Facebook kepada yang berminat untuk ingin menonton semula perlawanan mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-academy-juara-kejohanan-mspc"} {"title": "EVOS Legends Menjemput EXP Laner Daripada Filipina", "body": "

Pasukan EVOS Legends berniat untuk mengumumkan barisan pemain mereka dengan tarikh MPL ID yang semakin hampir. Namun, content creator dan streamer Donkey telah mendedahkan roasternya terlebih dahulu secara tidak rasmi di siaran langsung beliau baru-baru ini.\u00a0

Beliau yang juga merupakan bekas pemain EVOS Legends secara langsung telah mendedahkan EXP Laner yang dijemput daripada Filipina. Sebelum ini, ketua jurulatih EVOS Legends iaitu Zeys telah membuka pencarian pemain Filipina untuk mengisi posisi EXP Lane dan Roamer di halaman Facebook.

Pemain EXP Lane baru daripada Filipina adalah tidak lain tidak bukan Dlar atau Gerald Trichera daripada pasukan ONIC PH. Beliau merupakan pemain berbakat dan antara terlama namun telah berpisah daripadanya bermula awal bulan Julai lalu.\u00a0\u00a0

Donkey yang juga merupakan bekas pemain EVOS Legends mengatakan Dlar akan didampingi barisan pemain seperti Bajan, Pendragon, Tazz, Ferxiic, and Cr1te buat MPL ID Musim Kesepuluh nanti.

Nampaknya, Musim Kesepuluh MPL Indonesia akan lebih menarik dengan kehadiran kuasa Filipina ini. Saksikan permulaan kejohanan ini secara langsung bermula 12 Ogos 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-legends-menjemput-exp-laner-daripada-filipina"} {"title": "RED Esports Memperkenalkan Roster MPL MY S10", "body": "

RED Esports telah membuktikan kekuatannya mereka sebagai pasukan yang berkebolehan pada MPL musim lalu namun perjalanan mereka disekat oleh pasukan Orange Esports. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan wakil MSC 2022 itu ketika berhadapan dengan mereka di playoff lower bracket.

Oleh itu, mereka bertekad untuk kembali semula dengan barisan pemain yang bersedia untuk beraksi. Antara pemain mereka ialah Mrul dan Molqt sebagai Roamer serta Mom dan Rennnqt sebagai Exp Lane. Mereka juga akan didampingi Ash sebagai Midlane, Mal si Gold Lane dan Zaed yang akan bermain sebagai Jungler.\u00a0

Mereka akan diurus oleh pengurus Dragon serta akan dibimbing oleh jurulatih SoraPaying. Poster pengenalan pemain mereka ini telah dimuat naik di laman Instagram mereka dengan pendedahan barisan pemain yang dikeluarkan satu persatu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-memperkenalkan-roster-mpl-my-s10"} {"title": "Panda Gold Laner Baru Team HAQ", "body": "

Laman Instagram Team HAQ Esports telah mengeluarkan poster rasmi yang menyambut kedatangan Panda atau Poh Chun Wai sebagai posisi Gold Laner baru mereka. Buat pengetahuan pembaca, Panda merupakan pemain yang terkenal dengan sumbangannya untuk pasukan seperti Geek Fam dan Team SMG.

Kini, kedatangan beliau telah melengkapkan roster Team HAQ buat MPL MY Musim Kesepuluh yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti. Beliau akan menyertai barisan pemain regular seperti Minn, Mann, Gary, Lolla dan Waf serta dibimbing oleh Coach Pabz.

Walaupun MPL MY Musim Kesepuluh merupakan debut pertamanya bersama Team HAQ namun beliau telah membantu pasukan ini sejak pusingan kelayakan. Nampaknya, posisinya sebagai Gold Laner telah melayakkan Team HAQ ke musim Regular dengan rekod kemenangan yang bersih.\u00a0

Mari nantikan prestasi Team HAQ di musim regular nanti dengan penambahan rasmi Panda di roaster mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/panda-gold-laner-baru-team-haq"} {"title": "Kostum Watak Asal Street Fighter 6 Akan Kembali", "body": "

Baru-baru ini, Street Fighter telah menunjukkan beberapa berita baru melalui akaun rasmi Twitter meraka. Tweet ini mengenai Street Fighter 6 dan ia adalah tentang gaya rupa wataknya dalam permainan baru ini.

Dalam Tweet ini, mereka menunjukkan kostum asal untuk watak Ryu, Chun-Li dan juga Guile. Seperti yang anda perlu tahu, banyak gaya rupa watak dalam Street Fighter 6 telah berubah secara drastik disebabkan oleh kelompatan masa sejak permainan terakhir.

Tidak banyak kontroversi mengenai perubahan ini. Tetapi mungkin developer menghormati peminat dan gaya rupa watak lama jadi mereka menambahkannya sebagai skin dalam permainan Street Fighter 6 untuk menggembirakan semua orang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kostum-watak-asal-street-fighter-6-akan-kembali"} {"title": "Roller Champions Mungkin Akan Ditamatkan Tidak Lama Lagi", "body": "

Roller Champions ialah permainan yang dibangunkan dna diterbitkan oleh Ubisoft. Ia adalah permainan sukan multiplayer yang kelihatan seperti gabungan bola keranjang, dodgeball dan roller skating.

Permainan ini baru saja dikeluarkan beberapa bulan yang lalu pada 25 Mei dan ia nampaknya ia sudah dalam perjalanan untuk dibatalkan. Semasa perbualan dalam sebuah podcast bernama The Xbox Era, wartawan Jeff Grub menyampaikan mesej daripada sumber yang tidak dinyatakan yang mengatakan \u201cRoller Champions akan dibatalkan selepas musim ketiganya\u201d.

Ini tidak sangat mengejutkan kerana Ubisoft baru sahaja mengalami suku yang teruk. Mereka juga telah membatalkan empat projek permainan iaitu Splinter Cell VR, Ghost Recon Frontline dan juga dua permainan yang tidak ada tajuknya lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roller-champions-mungkin-akan-ditamatkan-tidak-lama-lagi"} {"title": "Gameplay Dan Sejarah Wira Spider-Man Di Dalam Marvel\u2019s Midnight Suns", "body": "

Memandangkan tarikh keluaran untuk Marvel\u2019s Midnight Suns semakin hampir, kami mula melihat lebih banyak video gameplay dan sejarah buku komik daripada developer mereka. Wira pertama yang mereka menunjukkan ialah Spider-Man, mungkin kerana dia adalah satu watak buku komik paling popular.

Kemarin, mereka telah mengeluarkan showcase gameplay wira Spider-Man dan mereka sangat teliti dalam menerangkan gaya perlawanan dan ability nya. Kemuncak video ini adalah ketika mereka menunjukkan ability Infernal Spider. Ia adalah ability yang sangat kuat yang juga menunjukkan sinematik Spider-Man melompat ke udara dan bertukar menjadi bentuk sebenarnya, Infernal Spider.

Dan semalam, mereka juga telah mengeluarkan video Hero History untuk Spider-Man. Dalam video ini, mereka berceritakan tentang latar belakang saintifik dan mistik Spider-Man. Mereka telah menceritakan semua lelaran berbeza webslinger ini. Anda akan dapat bermain sebagai Spider-Man dalam keluaran Marvel\u2019s Midnight Suns di PlayStation, Xbox dan PC pada 7 Oktober 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gameplay-dan-sejarah-wira-spider-man-di-dalam-marvel-s-midnight-suns"} {"title": "MultiVersus Telah Memperkenalkan Tiga Watak Baru", "body": "

Permainan pertarungan gaya Super Smash Bros, Multiversus hampir tiba. Baru-baru ini, Multiversus telah membuat beberapa pengumuman di akaun rasmi Twitter mereka.

Multiversus telah memperkenalkan beberapa watak baru untuk permainan mereka. Terdapat tiga watak baru yang akan dibawa untuk permainan ini iaitu LeBron James, Rick dan Morty. LeBron James akan segera tersedia untuk dimainkan apabila beta terbuka dikeluarkan. Tetapi Rick dan Morty akan diadakan pada season 1 nanti.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/multiversus-telah-memperkenalkan-tiga-watak-baru"} {"title": "Papers, Please Bakal Datang Ke iOS Dan Android", "body": "

Papers, Please ialah permainan video simulasi puzzle yang dicipta oleh developer permainan indie, Lucas Pope. Permainan ini asalnya dikeluarkan pada tahun 2013 untuk Windows dan juga MacOS.

Selepas beberapa tahun, beliau telah membuat sebuah port permainan ini untuk PSVita dan mengeluarkannya pada 12 Disember 2017. Hampir setahun kemudian, dia dan beberapa orang lain membuat filem pendek berdasarkan permainan popularnya Papers, Please.

Baru-baru ini, Lucas Pope telah mengumumkan melalui akaun twitter rasminya bahawa Papers, Please akan dikeluarkan untuk iOS dan juga Android. Peminat boleh membeli dan bermain permainan ini pada 5 Ogos 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/papers-please-bakal-datang-ke-ios-dan-android"} {"title": "Neopets Digodam - 69 Juta Akaun Dijual", "body": "

Nampaknya, keselamatan siber sekuriti buat permainan browser adalah amat merisaukan. Selepas keluaran berita Roblox digodam, Neopets pula menjadi mangsa hacker seterusnya.

Neopets recently became aware that customer data may have been stolen. We immediately launched an investigation assisted by a leading forensics firm. We are also engaging law enforcement and enhancing the protections for our systems and our user data. (1/3)

\u2014 neopets (@Neopets) July 21, 2022

Buat yang tidak tahu, Neopets merupakan permainan browser popular yang dikeluarkan sejak lambat 90-an. Permainan ini melibatkan dunia fantasi yang disasar untuk kanak-kanak dengan melibatkan avatar iaitu haiwan perliharaan digital.

Baru-baru ini, hacker yang didakwa terlibat telah menawar jualan informasi daripada 69 juta akaun ini sebanyak empat bitcoin ($94,500) atau RM 420,714.00. Informasi daripada ID, password, alamat IP, jantina, tarikh lahir dan pelbagai lagi adalah terlibat.\u00a0

Akaun Twitter rasmi Neopets telah menasihatkan pemain untuk menukar password atau kata laluan mereka di akaun Neopets serta mana-mana akaun luar yang menggunakan password yang sama atas sebab keselamatan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/neopets-digodam-69-juta-akaun-dijual"} {"title": "Tiada Pasukan Russia Dalam FIFA 23", "body": "

Syarikat EA telah memperkenalkan teaser trailer buat permainan FIFA terakhir yang akan dikeluarkan mereka iaitu FIFA 23.\u00a0

Dalam trailer tersebut mereka memperkenalkan penambahan pasukan bola wanita pertama dalam sejarah permainan FIFA. Selain itu, mereka akan menambah Qatar World Cup dan Women\u2019s World Cup Australia dan New Zealand sebagai kemas kini selepas keluaran pertamanya.\u00a0

EA juga bertegas untuk mengeluarkan pasukan National Russia dan Russian Club daripada senarai pasukan mereka atas polisi EA yang dibuat Mac 2022 lalu. Mereka juga telah mengeluarkan pasukan Russia daripada FIFA 22 kerana berita ugutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine tahun ini.

Malah, bukan EA sahaja yang menarik kerjasama bersama Russia. Syarikat seperti Microsoft, CD Projekt, Epic Games dan banyak lagi menamatkan apa-apa kolaborasi bersama negara tersebut.\u00a0

Menurut laman web EA, tarikh keluaran FIFA 23 dijangkakan untuk keluar pada 30 September 2022 untuk konsol dan PC.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiada-pasukan-russia-dalam-fifa-23"} {"title": "T1 Faker Saman Peminat Toxic", "body": "

Lee Sang-hyeok atau lebih dikenali sebagai Faker merupakan permainan esports profesional daripada pasukan T1. Beliau dan pasukan beliau mempunya populariti dan reputasi yang hebat di dalam dunia esports League of Legends.\u00a0

Komen negatif daripada netizens di Korea Selatan merupakan fenomena yang tidak asing buat mana-mana selebriti di sana. Dalam dunia esports juga tidak mempunyai pengecualian apabila pasukan T1 mendapat ugutan yang banyak pada tahun 2020.

Baru-baru ini, Faker telah membuat keputusan untuk mengeluarkan tuntutan mahkamah dengan menyaman mana-mana komen negatif dan ugutan kepada beliau. Tuntutan mahkamah ini dinasihatkan oleh pasukan undang-undang T1.

Hal ini tercetus selepas pasukan T1 menarik bintang mid laner iaitu Lee Ju-hyeon atau Clozer daripada bermain di lineup utama. Walaupun terdapat cubaan daripada pasukan ini untuk menenangkan keadaan, nampaknya ugutan terhadap mereka menjadi semakin teruk.

Oleh itu, secara rasminya pada 19 Julai 2022 pasukan T1 telah mengeluarkan tuntutan mahkamah yang akan menyaman mana-mana komen negatif tidak wajar kepada Faker dibawah Akta Mahkamah Jenayah Artikel 311 Korea Selatan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/t1-faker-saman-peminat-toxic"} {"title": "Pokemon Unite Sambut Ulang Tahun Pertama", "body": "

Pokemon Unite merupakan permainan MOBA pertama francais Pokemon dan pada 21 Julai 2022 yang lepas telah menyambut ulang tahun pertama mereka. Baru-baru ini, TiMi Studio dan syarikat Pokemon telah mengeluarkan pelan mereka buat sambutan ini.

Terdapat kemas kini baru, aktiviti yang pelbagai dalam permainan malah keluaran Pokemon baru yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Pokemon Unite ingin memberikan pemainnya ganjaran bonus dan hadiah pada hari istimewa ini.

Salah satu ganjarannya ialah pemberian lesen Pokemon Unite dan Holowear dengan sekadar log in dalam permainan ini dalam masa 5 hari bermula 21 Julai. Malah, setiap hari mempunyai pokemon yang berbeza dan style yang tertentu mengikut jadual berikut:

Tambahan pula, pemain berpeluang untuk mendapat 6 lesen New Unite baru dimana 3 akan ditambah dalam masa terdekat dan 3 lagi pada bulan September 2022. Terdapat juga Anniversary Cake Challenge, Boss Rush dan Pokemon Boost.

Jikalau itu tidak menarik perhatian anda, aktiviti seperti Icy Glaceon Challenge, Battle Pass Musim Kesembilan: Band Style Pikachu dan \u00a0Perlawanan Rank Musim Kelima juga boleh diturut serta dengan menjemput kawan-kawan anda.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-unite-sambut-ulang-tahun-pertama"} {"title": "#ESPORT Fnatic Anjurkan Kejohanan CoD: Warzone Untuk Streamer!", "body": "

Sebuah organisasi esports British iaitu Fnatic telah menganjurkan kejohanan Call of Duty: Warzone buat para streamer. Kejohanan Eropah ini diberi nama sebagai Moonryde Invitational yang diambil daripada nama streamer terkenal Fnatic iaitu Dario \u2018Moonryde\u2019 Ferracci. Moonryde akan mengetuai kejohanan ini dan beliau juga akan turut bertanding nanti.\u00a0

Dengan kerjasama Jack Link\u2019s, iaitu syarikat makanan ringan \u2018Beef Jerky\u2019 US, Moonryde Invitational menawarkan hadiah terkumpul sebanyak \u00a330,000 (RM173K). Sebanyak 36 pasukan yang akan bertanding pada 22 Julai ini nanti. Setiap pasukan perlu mempunyai 4 orang ahli dan akan bertanding dalam 4 pusingan perlawanan. Barisan streamer untuk setiap pasukan akan diberitahu kemudian.

Soraya Sobh, Ketua Fnatic berkata, \u201cKami rasa sangat gembira kerana mempunyai streamer terkenal Eropah yang ingin menyertai kejohanan ini dan kami juga berbangga dengan Jack Link\u2019s kerana sudi memberikan sokongan.\u201d Tambah beliau, \u201cWarzone telah membuktikan yang mereka merupakan antara permainan yang paling kompetitif sekarang, jadi kami rasa tidak sabar untuk melihat siapakah yang bakal mengungguli kejohanan ini.\u201d Peminat boleh menonton kejohanan ini di Twitch TV Fnatic.

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esport-fnatic-anjurkan-kejohanan-cod-warzone-untuk-streamer"} {"title": "#ESPORTS Ninja in Pyjamas Adakan Kerjasama dengan Razer!", "body": "

Baru-baru ini, sebuah organisasi esports Sweden iaitu Ninja in Pyjamas didapati akan mengadakan kerjasama dengan pengeluar alatan gaming terkenal iaitu Razer. Perkara ini diberitahu oleh mereka sendiri melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosial mereka. Dalam video tersebut, terdapat dua gabungan logo antara Razer dan juga Ninja in Pyjamas.

Berdasarkan berita daripada Esports Insider, kerjasama antara Razer dan Ninja in Pyjamas adalah untuk membekalkan peralatan gaming kepada para pemain Ninja in Pyjamas. Antaranya ialah seperti mikrofon, headset, dan keyboard. Walau bagaimana, Razer dan Ninja in Pyjamas minta untuk terus mengikuti mereka bagi mengetahui tentang kerjasama yang diadakan ini.

Yann Salsedo, Ketua Esport, EMEA, di Razer berkata, \u201cRazer adalah salah satu penaja esports terdahulu bahkan ketika itu kompetitif game belum dipanggil sebagai esports lagi. Begitu juga dengan Ninja in Pyjamas merupakan salah sebuah organisasi esports terkenal serta mempunyai pelbagai sejarah kejayaan.\u201d Tambah beliau, \u201cDengan bersama, kita dapat meningkatkan esports ke tahap yang baru dengan membawa lebih banyak kandungan dan juga produk kepada peminat.\u201d

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esports-ninja-in-pyjamas-adakan-kerjasama-dengan-razer"} {"title": "#CS:GO Weplay Lancarkan WePlay Academy League Season 1!", "body": "

Pada 7 Jun 2021, Weplay telah mengumumkan tentang pelancaran WePlay Academy League (WAL) Season 1 dalam acara CS:GO. Kejohanan ini diadakan khas untuk pasukan muda yang ingin menceburi industri esports. Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 ahli pasukan yang berumur dari 16-20 tahun.

WAL season 1 ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $100,000. Antara pasukan muda yang akan menyertai WAL adalah Astralis Talent, Fnatic Rising, FURIA Academy, mouz NXT, NAVI Junior, BIG. OMEN Academy, Young Ninjas, dan VP.Prodigy.

Kejohanan ini mengandungi 2 peringkat dimana peringkat kumpulan akan berlangsung pada 8 Ogos secara dalam talian dan playoff akan berlangsung pada 27-29 Ogos di WePlay Esports Arena Kyiv, Ukraine secara luar talian.

\u201cWeplay menyedari tentang keperluan untuk mengembangkan generasi pemain seterusnya. Melalui WAL, anak-anak muda dapat mencipta nama mereka sendiri serta mendapatkan pengalaman bertanding dalam sebuah kejohanan yang berprofil tinggi,\u201d kata Weplay Esports. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh pergi ke weplay.tv.

SUMBER: weplay.tv

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cs-go-weplay-lancarkan-weplay-academy-league-season-1"} {"title": "#DOTA2 Valve Akhirnya Temui Lokasi The International 10 (T110)", "body": "

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kejohanan dunia Dota 2 iaitu The International 10 telah mengalami masalah dimana Sweden tidak membenarkan kejohanan ini diadakan di Stockholm, Sweden. Ini kerana acara Dota 2 tidak diiktiraf sebagai sukan elit oleh kerajaan Sweden. Sebabkan isu tersebut, Valve telah membuat keputusan untuk mengadakan TI10 di mana-mana negara Europe.

Pada 8 Julai, Valve telah memuat naik satu kenyataan dimana mereka telah menemukan lokasi TI10. Dalam kenyataan tersebut, Valve memberitahu yang lokasi terbaru TI10 akan diadakan di Bucharest, Romania. Kejohanan Dota 2 ini akan berlangsung di sebuah stadium terbesar Romania iaitu Arena Nationala. Valve juga memberitahu tentang tarikh terbaru kejohanan ini diadakan iaitu peringkat kumpulan akan berlangsung pada 7-10 Oktober, playoff pada 12 Oktober dan final akan berlangsung pada 17 Oktober.

\u201cKami bersyukur dapat menjalinkan kerjasama dengan Romania dan juga bandar Bucharest. Kami juga berharap agar dapat berkumpul dengan komuniti global Dota 2 sama ada secara fizikal mahupun virtual bagi meraikan pemain elit dan juga penyokong setia di TI10 nanti,\u201d kata Valve. \u201cSiapkan diri anda. Pertempuran akhirnya bermula.\u201d

SUMBER: www.dota2.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dota2-valve-akhirnya-temui-lokasi-the-international-10-t110"} {"title": "#ESPORT T1 Esports Tubuhkan Pasukan Wild Rift!", "body": "

T1 Esports sememangnya terkenal dalam permainan League of Legends. Pasukan daripada Korea Selatan ini juga mempunyai seorang pemain berharga iaitu Faker. Faker merupakan pemain League of Legends terkenal dunia dan beliau pernah memegang rekod juara dunia sebanyak 3 kali.

Kejayaan T1 dalam permainan League of Legends bukanlah satu titik penamat. Baru-baru ini, T1 memberitahu yang mereka akan menubuhkan sebuah pasukan untuk permainan MOBA iaitu Wild Rift. T1 juga telah mempunyai barisan pemain mereka yang terdiri daripada bekas pemain pasukan tempatan seperti \u2018Break Frame Gaming\u2019 dan \u2018Focus on Crown\u2019.

Antara roster Wild Rift terkini yang diberitahu oleh T1 ialah JJong (Baron laner), JY (jungle), Core (mid laner), Haru (dragon laner), dan PenGuin (support). Ketua jurulatih mereka ialah Jun. T1 merupakan pasukan kedua dari francais League of Legends Championship Korea (LCK) yang melancarkan pasukan Wild Rift mereka sendiri selepas pasukan KT Rolster. Mampukah pasukan Wild Rift T1 ini menjadi juara seperti pasukan League of Legends mereka? Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke twitter T1.

SUMBER: www.oneesports.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esport-t1-esports-tubuhkan-pasukan-wild-rift"} {"title": "#GAMING Nintendo Switch (OLED Model) Keluar Pada 8 Oktober Ini!", "body": "

Nintendo telah mengeluarkan model terbaru mereka iaitu Nintendo Switch (OLED Model). Model ini akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021. Keluaran kali ini sememangnya memberikan pelbagai pengalaman baru kepada pengguna. Banyak pembaharuan yang dilakukan terhadap Nintendo Switch (OLED Model).

Nintendo Switch (OLED Model) kali ini hadir dengan skrin OLED 7 inci dan memiliki bezel yang langsing. Apa itu OLED? OLED adalah skrin yang tidak mempunyai lampu latar seperti LCD sebaliknya OLED menggunakan cahaya yang dipancarkan oleh setiap pixel objek di dalam skrin. OLED juga merupakan antara panel paparan terbaik di dunia. Selain itu, Nintendo Switch (OLED Model) turut mempunyai adjustable stand yang membolehkan anda untuk bermain bersama rakan dengan menggunakan controller dalam berkongsi satu skrin.

Pada dock Nintendo Switch (OLED Model), terdapat 2 USB port, HDMI port untuk sambungkan pada TV, dan wired LAN port baru untuk memberi kestabilan rangkaian ketika bermain di mod TV. Untuk storage pula, Nintendo Switch (OLED Model) mempunyai sebanyak 64 GB internal storage. Terdapat juga onboard speaker yang memberikan audio secara jelas ketika bermain. OLED Model hadir dengan dua warna iaitu putih dan biru neon/merah neon. Untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke www.nintendo.co.

SUMBER: www.nintendo.co

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nintendo-switch-oled-model-keluar-pada-8-oktober-ini"} {"title": "#KoF King of Fighter XV Dilancarkan Di Pelbagai Platform!", "body": "

King of Fighter XV dikatakan bakal dikeluarkan di pelbagai jenis platform. Hal ini telah diberitahu sendiri oleh pihak SNK dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web mereka baru-baru ini. Mereka juga memberitahu yang King of Fighter XV akan dilancarkan pada awal tahun 2022.

King of Fighter XV merupakan video game yang dibangunkan oleh SNK Corporation. Mengikut perancangan, game ini sepatutnya dilancarkan pada hujung tahun 2021. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, mereka terpaksa tangguhkan pelancaran kerana ditakuti akan menjejaskan kualiti akhir produk mereka. Meskipun begitu, NSK turut memberitahu yang game ini bakal dikeluarkan untuk pelbagai jenis platform.

Antara platform yang bakal melancarkan King of Fighter XV adalah PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Windows 10, Steam, dan juga Epic Games Store. Pemain boleh mendapatkan game ini pada hari pelancaran iaitu pada awal tahun 2022 seperti yang dimaklumkan oleh SNK. Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu oleh mereka kemudian. Untuk dapatkan sebarang perkembangan, sila ke www.snk-corp.co.

SUMBER: www.snk-corp.co.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/king-of-fighter-xv-dilancarkan-di-pelbagai-platform"} {"title": "#F1 Formula 1 2021 Keluar pada 16 Jun Ini!", "body": "

Sebuah game perlumbaan Formula 1 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun ini. Formula 1 2021 merupakan game yang diterbitkan oleh Electronic Arts bersama dengan Codemasters. Untuk F1 2021 kali ini, pemain akan merasai mod pemanduan naratif baru yang dipanggil sebagai \u2018Braking point\u2019. Pemain turut dapat merasai perlumbaan bersama rakan sebagai satu pasukan ataupun bersaing dalam Co-op Style Campaign. Mod two-player split-screen yang disukai oleh pemain juga akan dikembalikan pada F1 2021 ini.

Antara pelumba F1 dunia yang boleh digunakan dalam game ini ialah Max Verstappen, Sebastien Vettel, dan Lewis Hamilton. Walau bagaimana, masih ramai lagi pelumba F1 yang terdapat dalam game ini. F1 2021 akan menampilkan seramai 20 pelumba F1 dan F2 2020. Pemain yang membuat pembelian Deluxe Edition turut akan mendapatkan 7 pelumba lagenda iaitu Ayrton Senna, Michael Schumacher, Alain Prost, Nico Rosberg, Jenson Button, David Coulthard, dan Felipe Massa.

Bagi membuat pra-tempah F1 2021 ini, pemain boleh pergi ke www.ea.com. Harga untuk Standard Edition adalah $59.99 manakala untuk Deluxe Edition adalah $74.99. Game ini tersedia untuk Xbox Series X/S, PS5, Xbox One, PS4, dan PC via Steam. Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman instagram F1 Games.

SUMBER: win.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/formula-1-2021-keluar-pada-16-jun-ini"} {"title": "#MLBB Pemain & Jurulatih Burmese Ghouls Dibubarkan!", "body": "

Dalam dunia Mobile Legends, Burmese Ghouls merupakan antara pasukan Myanmar yang digeruni oleh pihak lawan. Nama mereka menjadi bukan sahaja menjadi sebutan dalam Asia, namun Burmese Ghouls turut dikenali dunia apabila mereka berjaya mendapatkan top 2 di M2 pada musim lalu. Baru-baru ini, pihak Burmese Ghouls memberitahu bahawa mereka akan bubarkan pemain dan juga jurulatih pasukan MLBB mereka.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapakah pasukan ini dibubarkan? Selepas mendapatkan tempat ke-2 di kejohanan M2, Burmese Ghouls didapati telah mendiamkan diri dalam dunia esports. Namun, baru-baru ini mereka muncul dengan memuat naik pengumuman di laman Facebook yang menyatakan mereka akan membubarkan pasukan MLBB. Ini adalah disebabkan kesan daripada konflik yang terjadi dalam negara mereka.

Dalam pengumuman tersebut, mereka berkata, \u201cKetika Burmese Ghouls terus berjuang, kami memutuskan untuk berpisah dengan pemain Mobile Legends\u201d. Tambah mereka, \u201cTerima kasih khas kepada para pemain dan juga peminat di atas kenangan dan kejayaan yang luar biasa\u201d. Ini bermakna pemain ACE, KID, RubyDD, Maybe, Dee dan jurulatih mereka PVNDV akan meninggalkan pasukan Burmese Ghouls.

SUMBER:\u00a0

www.oneesports

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-pemain-jurulatih-burmese-ghouls-dibubarkan"} {"title": "#STREAMER Riot Games Music Lancarkan Album Terbaru \u201cSessions: Vi\u201d!", "body": "

Baru-baru ini, Riot Games Music telah melancarkan album terbaru mereka iaitu Sessions: Vi. Terdapat sebanyak 37 track music termasuk beberapa lagu daripada artis lain. Album Sessions: Vi yang dikeluarkan oleh Riot diberikan secara percuma kepada pendengar. Sasaran utama album ini dikeluarkan adalah untuk para streamer dan juga content creator.

Dengan adanya album Sessions: Vi ini, para streamer dan content creator boleh menggunakan music daripada album tersebut tanpa perlu risaukan tentang masalah hak cipta (copyright). Ini kerana album ini khas dicipta tanpa sebarang copyright. Album Sessions: Vi juga bertemakan permainan League of Legends. Terdapat watak Vi dan juga latar belakang Piltover dan Zaun dalam soundtrack album ini.

Sessions: Vi memainkan sebanyak 37 soundtrack dengan masa selama 1 jam setengah. Untuk para streamer, album ini adalah sangat sesuai kerana mereka tidak perlu untuk sentiasa menukar lagu disebabkan masalah copyright ketika streaming. Sessions: Vi juga merupakan salah satu album inovasi yang dilakukan oleh Riot Games Music. Untuk dengarkan album ini, anda boleh pergi ke Spotify, Apple Music, Youtube atau muat turun melalui Riot Games Music.

SUMBER: esports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-games-music-lancarkan-album-terbaru-sessions-vi"} {"title": "#CODM CODM World Championship 2021 Tawar Hadiah Terkumpul $2 Juta!", "body": "

Kejohanan Call of Duty Mobile World Championship 2021 kini tiba. Dengan kerjasama Sony, kejohanan kali ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $2 juta (RM8 juta). Penyertaan adalah terbuka kepada wilayah North America, Europe, LATAM, Japan, South Asia & Middle East. Terdapat 3 peringkat perlu dilalui oleh peserta sebelum masuk ke playoff.

Untuk sertai kejohanan ini, pemain perlu pergi ke button World Championship 2021 dalam permainan dan isi beberapa ruangan. Pada peringkat pertama, permainan adalah secara solo. Pemain perlu kumpulkan sebanyak 60 mata dalam 10 perlawanan peringkat kelayakan bermula dari 23 hingga 27 Jun dan dapatkan Epic Blueprint setiap minggu.\u00a0

Pemain juga akan mendapatkan Epic Operator kolaborasi Hawks nest, iFerg dan Bobby Plays. Pemain yang berjaya kumpul 60 mata akan mara ke peringkat ke-2.

Peringkat ke-2 akan bermula pada 1 hingga 11 Julai. Pemain yang berjaya kumpulkan 60 mata akan diberi mesej melalui peti masuk permainan. Pemain perlu tubuhkan satu pasukan yang mempunyai 5 atau 6 ahli berdasarkan pemain yang layak ke peringkat 2. Apabila sudah ditubuhkan, setiap pasukan akan bermain dalam 30 perlawanan.\u00a0

Pasukan yang berjaya meletakkan daerah mereka dalam kedudukan 256 teratas akan layak ke peringkat ke 3. Peringkat ke-3 akan bermula pada 16 Julai hingga 1 Ogos iaitu kelayakan peringkat wilayah manakala peringkat ke-4 akan bermula pada Ogos hingga September iaitu playoff. Format untuk peringkat ke-3 dan 4 masih belum diberitahu lagi.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke www.callofduty.com.

SUMBER: www.callofduty.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codm-codm-world-championship-2021-tawar-hadiah-terkumpul-2-juta"} {"title": "#PUBGM Ultimate Warrior Showdown: PUBG Mobile Asia Invitational Kini Tiba!", "body": "

Sebuah platform kejohanan esports iaitu Esports Fight Club mengadakan kejohanan Ultimate Warrior Showdown pada 5 hingga 7 Julai ini. Kejohanan ini akan menampilkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile daripada 12 negara Asia antaranya Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Vietnam, Philippines, Mainland China, Taiwan, Cambodia, Nepal, Pakistan, dan Bangladesh.

The Ultimate Warrior Showdown is coming soon!

16 teams have been invited to take part in this epic battle royale matchup with USD 90,000 on the line!

Catch all the action LIVE on 5th-7th July 2021 GMT+8!#UWS2021 #AsiaInvitational #UltimateWarrior #PUBGMOBILE #EsportsFightClub pic.twitter.com/TvF8MxNWGy

\u2014 Esports Fight Club (@EsFightClub) June 29, 2021

Ultimate Warrior Showdown kali ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak $90,000 (RM373K). Dalam 3 hari perlawanan, setiap pasukan perlu bermain 12 pusingan dalam sehari. Pasukan yang juara akan mendapat sebanyak $27,000 manakala di tempat kedua mendapat sebanyak $18,000 dan di tempat ketiga mendapat $9,000.\u00a0

Esports Fight Club telah mengadakan pelbagai kejohanan esports sebelum ini antaranya ialah VALORANT Challenger MY/SG, Ultimate Warrior Showdown Dota2 Chinese dan lain-lain. Esports Fight Club juga baru-baru ini telah berkolaborasi dengan platform streaming China iaitu Huya. Untuk dapat info dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke esportsfightclub.com.

Berikut merupakan pasukan yang menyertai kejohanan PUBG ini:

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubgm-ultimate-warrior-showdown-pubg-mobile-asia-invitational-kini-tiba"} {"title": "#PUBGM PUBG Mobile Kolaborasi Dengan TESLA!", "body": "

Jika sebelum ini PUBG Mobile telah membawa masuk jenama kereta Formula 1, McLaren ke dalam game, kini PUBG Mobile membawa satu lagi jenama automotif terkenal iaitu TESLA. Pada 1 Julai 2021, PUBG Mobile menyatakan bahawa mereka akan mengadakan kerjasama dengan jenama kereta elektrik terkenal iaitu TESLA. Kerjasama ini adalah untuk melancarkan PUBG Mobile Version 1.5 yang akan keluar pada bulan ini.

TESLA merupakan salah satu jenama terkenal yang sering menampilkan reka bentuk kereta yang canggih sejak dari tahun 2003. TESLA juga antara salah satu jenama yang membawa serta memperkenalkan kereta berkuasa elektrik ke seluruh dunia. Antara model ikonik yang dikeluarkan oleh TESLA adalah Tesla Model S (sedan premium) dan Tesla Model X (SUV berprestasi tinggi). Sempena dengan kerjasama ini, terdapat skin kenderaan baru yang akan dibawa masuk ke dalam PUBG Mobile Version 1.5 ini nanti.

Jenny Zhuang, Pengurus Pemasaran PUBG Mobile SEA berkata, \u201cReka bentuk canggih TESLA menjadikannya sebagai satu rakan kongsi yang terbaik buat PUBG Mobile. Permainan yang sentiasa melakukan pembahaharuan dan inovatif akan menampilkan sama ada mod permainan Hundred Rhythms yang didorong oleh suara atau mod Runic Power yang menawarkan kekuatan istimewa kepada pemain dalam peperangan untuk menguasai peta Erangle.\u201d\u00a0

Tambah beliau, \u201cKami berharap kerjasama ini dapat membawa kolaborasi rentas sempadan kami ke tahap seterusnya serta membawa lebih banyak semangat ke arah permainan ini.\u201d

Pemain boleh membuat pra-daftar untuk version PUBG Mobile 1.5 di App Store atau Google Play Store. Pemain juga akan mendapatkan satu outfit kekal secara percuma pada version 1.5 ini nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubgm-pubg-mobile-kolaborasi-dengan-tesla"} {"title": "#PUBGM Battlegrounds Mobile India Kini Terdapat Di Peranti Android!", "body": "

Pada 2 Julai 2021, Krafton telah melancarkan Battlegrounds Mobile India untuk peranti Android. Ini bermakna pemain di negara mereka boleh memainkan game ini dengan secara rasmi. Walau bagaimana, untuk IOS game ini masih belum dilancarkan lagi.

Battlegrounds Mobile India merupakan game battle royale yang diterbitkan oleh Krafton. Game ini adalah untuk menggantikan PUBG Mobile yang dilarang oleh negara India disebabkan oleh beberapa peraturan mereka. Battlegrounds Mobile India telah dilancarkan dalam fasa terbuka beberapa minggu yang lalu dan kini BGMI telah dilancarkan secara rasminya di India.

Pemain boleh memuat turun game ini melalui Google Play Store secara percuma. Berdasarkan notis rasmi, kemungkinan game ini tidak boleh dimuat turun oleh beberapa peranti. Untuk muat turun game ini, pemain perlu mengemaskini Google Play Store terlebih dahulu. Peranti yang telah mengemaskini Google Play Store pasti akan dapat memuat turun game ini. Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke instagram Battlegrounds Mobile India.

SUMBER: talkesport.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battlegrounds-mobile-india-kini-terdapat-di-peranti-android"} {"title": "#MLBB Hero Sun Dapat Revamp!", "body": "

Hero Sun sekarang merupakan fighter pilihan buat para pemain MLBB selepas di Revamp. Jika sebelum ini Moonton telah Revamp hero Alpha, Karina dan Minotaur, namun pada kali ini mereka telah memilih hero Sun untuk di Revamp. Apa yang menariknya tentang hero Sun ni selepas di Revamp?

Kalau dahulu Sun merupakan antara hero yang susah untuk melarikan diri. Sun perlu berlawan dari jarak yang dekat untuk mengeluarkan damage terhadap musuh. Selepas di Revamp, Sun kini mempunyai skill untuk melarikan diri yang dipanggil Swift Exchange. Swift Exchange ini boleh digunakan pada skill 2. Swift Exchange juga berkongsi cooldown dengan skill 1 iaitu Endless Variety. Ini bermakna Sun kini mempunyai 4 skill secara keseluruhan.

Apa itu Swift Exchange? Swift Exchange adalah sama dengan skill 1 iaitu Endless Variety. Yang membezakannya ialah jika skill 1 Endless Variety melemparkan tongkat untuk mengeluarkan doppelganger, namun skill 2 Swift Variety melemparkan tongkat untuk Sun hilangkan diri dari tempat duduknya. Sun akan muncul pada arah tongkat yang dibaling tersebut. Ini memudahkan Sun untuk melarikan diri serta dapat mengelirukan pihak lawan. Dengan kehadiran Swift Exchange ini, Sun juga kini mampu keluarkan damage yang tinggi pada awal permainan.\u00a0

Nak top-up Diamond? Klik Disini: https://coda.shop/GamersOnDuty

SUMBER: onesports.gg

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-hero-sun-dapat-revamp"} {"title": "#ESPORT Williams Racing Sertai Rocket League Championship Series Season 11!", "body": "

Sebuah pasukan Formula One, Williams Racing baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan sertai kejohanan Rocket League Championship Series musim 11. Penyertaan ini adalah dengan kerjasama organisasi esports UK iaitu Resolve Esports.

We are delighted to announce our participation in Rocket League Championship Series Season XI! @WilliamsEsports \ud83d\udcaa

\ud83e\udd1d @RSVGG

\u2014 Williams Racing (@WilliamsRacing) July 1, 2021

Williams Racing mengadakan kerjasama dengan Resolve Esports adalah untuk membantu mereka dalam menceburi permainan Rocket League. Mereka juga akan membawa nama Williams Resolve di dalam RLCS nanti. Williams Racing sebelum ini banyak terlibat dengan kejohanan sim racing. Mereka turut memenangi beberapa perlawanan seperti yang terbaru adalah Olympic Virtual Series Champion for Motorsport.

.@WilliamsRacing teams up with @RSVGG to participate in Season XI of the @RocketLeague Championship Series \ud83d\udc4a#WilliamsEsports #ShowYourResolve #Esportspic.twitter.com/zdhS2PuOYr

\u2014 WILLIAMS \u039eSPORTS (@WilliamsEsports) July 1, 2021

Tim Hunt, Ketua Pegawai Pemasaran di Williams Racing berkata, \u201cRocket League telah menjadi topik perbualan pasukan kami sejak sekian lama. Game ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, namun orang dewasa turut memainkannya. Tidak kira di dalam atau di luar litar, Williams Racing mempunyai syarat untuk berlumba dan bersaing dan ini yang akan kami lakukan dengan Resolve ketika memasuki Rocket League Championship Series musim XI. Untuk info lanjut, sila ke www.williamsf1.com.

SUMBER:\u00a0

www.williamsf1.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esport-williams-racing-sertai-rocket-league-championship-series-season-11"} {"title": "#WildRift Riot Anjurkan Kejohanan Wild Rift di Brazil!", "body": "

Jika sebelum ini Moonton telah mengadakan MPL di Brazil, namun kini giliran Riot Games pula mengadakan kejohanan League of Legends: Wild Rift di Brazil. Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Esports Observer, Riot akan mengadakan kejohanan pembukaan di Brazil yang diberi nama Wild Tour bermula pada bulan Ogos hingga September.

Wild Tour merupakan kejohanan kelayakan untuk setiap pasukan memasuki ke perlawanan grand final. Hanya 8 pasukan terbaik akan bertanding di grand final yang diadakan pada bulan Oktober. Sebanyak $50,000 hadiah terkumpul ditawarkan pada Wild Tour kali ini. Bukan itu saja, pasukan yang juara dalam Wild Tour turut akan dapat slot di Wild Rift World Championship 2021.\u00a0

Sebelum bermulanya kejohanan Wild Tour, Riot dan Nimo TV telah bekerjasama dalam mengadakan satu perlawanan istimewa iaitu \u2018Wild Rift Season Start\u2019. Terdapat 4 pasukan jemputan yang akan bersaing dalam merebut hadiah wang tunai sebanyak $11,000. Perlawanan ini akan bermula pada 9 hingga 10 Julai. Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke Esports Observer.

SUMBER: Esports Observer

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-anjurkan-kejohanan-wild-rift-di-brazil"} {"title": "#PUBGM Peacekeeper Elite Championship 2021 Ditangguhkan!", "body": "

Baru-baru ini, Peacekeeper Elite Championship (PEC) 2021 telah ditangguhkan. Berdasarkan sumber daripada Weibo, PEC ditangguhkan adalah bagi menjaga keselamatan peserta dan juga penonton daripada wabak Covid-19. PEC sebelum ini dirancang akan diadakan pada 31 Julai di Arena Shanghai Mercedes-Benz, China.

PEC merupakan sebuah kejohanan PUBG Mobile namun ia telah ditukarkan kepada versi China yang dipanggil sebagai Peacekeeper Elite. Disebabkan penangguhan ini, pihak penganjur PEC memberitahu yang tarikh dan lokasi terbaru akan dimaklumkan kemudian. Sebagai pengganti PEC, Peace Elite Super Cup 2021 akan diadakan seperti biasa.\u00a0

Peace Elite Super Cup 2021 akan menampilkan beberapa selebriti terkenal dan juga pemain profesional. Kejohanan ini adakan dengan kerjasama pihak Perbandaran Shanghai bagi memastikan keselamatan para peserta. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke instagram Peace Elite League.

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubgm-peacekeeper-elite-championship-2021-ditangguhkan"} {"title": "#Mobile MARVEL Future Revolution Kini Buka Pra-daftar Global!", "body": "

Penerbit permainan mudah alih global, Netmarble.Corp baru-baru ini telah mengumumkan tentang pembukaan pra-daftar global untuk game baru mereka iaitu MARVEL Future Revolution bersama dengan MARVEL Entertainment.\u00a0

Untuk pengetahuan semua, MARVEL Future Revolution ini merupakan sebuah game yang diambil daripada jalan cerita MARVEL yang sebenar serta menampilkan hero-hero terkenal MARVEL dengan menggunakan kualiti AAA 3D grafik.

MARVEL Future Revolution bermula apabila terdapat pelbagai ancaman daripada planet luar yang ingin menguasai bumi utama ini. Mereka telah melakukan pelbagai misi yang unik untuk diterokai seperti New Stark City yang berteknologi tinggi, Empayar Hydra yang berbahaya, Saakar yang liar dan lasak, dan banyak lagi.\u00a0

Sebagai ejen pasukan Super Hero \u201cOmega Flight\u201d yang baru dibentuk, pemain akan bekerjasama memerangi Super Villains untuk menyelamatkan bumi daripada ancaman yang tidak pernah berakhir.

8 SuperHero boleh dimainkan termasuk Captain America, Captain Marvel, Spider-Man, Black Widow, Iron Man, Doctor Strange, Star-Lord, dan Storm. Pemain juga akan dilengkapi dengan koleksi kostum ikonik dari seluruh Marvel Universe. Lebih 400 juta kombinasi kostum yang boleh dipilih untuk setiap Hero.

Melalui sistem squad, pemain boleh meningkatkan level serta mendapatkan dan bermain dengan watak baru. Mereka juga boleh lengkapkan kemahiran Hero dalam pelbagai mod seperti PvP (player vs player) daripada 1 vs 1 hingga 10 vs 10. Apabila pemain sudah mencapai tahap tinggi, banyak kandungan akan dibuka seperti Blitz, Operasi khas, Raids dan banyak lagi.

\u201cBekerjasama dengan IP kelas dunia seperti Marvel merupakan satu perkara yang kami tidak pernah sangka. MARVEL Future Revolution ini akan membawa peminat ke tahap yang baru,\u201d kata Simon Sim, Presiden Netmarble AS. Anda boleh buat pra-daftar game ini sekarang melalui App Store dan juga Google Playstore. Untuk info lanjut, sila ke marvelfuturerevolution.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-marvel-future-revolution-kini-buka-pra-daftar-global"} {"title": "#Esports HyperX Penaja Rasmi Microphone FaZe Clan!", "body": "

FaZe Clan telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan sebuah syarikat pengeluaran barangan gaming terkenal iaitu HyperX. Kolaborasi ini diumumkan secara rasmi melalui media sosial HyperX dan FaZe Clan sendiri.\u00a0

MIC CHECK \ud83c\udf99\ufe0f

Please welcome @HyperX as the Official Microphone Partner of FaZe Clan#HyperXFamily | #FaZeUp pic.twitter.com/x8OZfAGsdH

\u2014 FaZe Clan (@FaZeClan) June 29, 2021

Kolaborasi ini adalah untuk menjadikan HyperX sebagai penaja microphone utama kepada pasukan FaZe Clan dan juga buat para content creator mereka. Melalui teaser yang dikeluarkan, microphone tersebut kelihatan esklusif serta mempunyai kualiti yang tinggi. Kolaborasi ini juga akan mengadakan pelbagai acara seperti video dan media sosial content, mengadakan streaming eksklusif, perjumpaan dengan pasukan FaZe Clan dan pemberian hadiah menarik.

Stephanie Winkler, Pengurus Pemasaran Strategik HyperX berkata, \u201cBekerjasama dengan FaZe Clan adalah untuk menunjukkan komitmen HyperX terhadap gaming content creator di seluruh dunia dengan menggunakan mikrofon berkualiti tinggi.\u201d

\u00a0\u201cSebagai salah satu organisasi sukan dan hiburan yang paling popular di dunia, FaZe Clan dan kru mengharapkan peralatan mereka dapat memenuhi serta melebihi tuntutan kehidupan sebagai seorang streamer dan juga pengeluar. HyperX dengan bangganya akan melengkapkan kru FaZe dengan QuadCast standalone condenser microphones. \"

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hyperx-penaja-rasmi-microphone-faze-clan"} {"title": "Production House Horror Terkenal Blumhouse Productions Melancarkan Gaming Studio Sendiri", "body": "

Syarikat produksi filem yang terkenal dengan filem-filem horror mereka iaitu Blumhouse Productions baru-baru ini telah melancarkan gaming studio mereka sendiri.

Blumhouse Productions yang terkenal dengan filem-filem seram seperti Paranormal Activity, Get Out dan yang terbaru, M3GAN mengatakan yang mereka akan mengfokuskan untuk mengeluarkan permainan video seram pula untuk PC, Konsol dan juga Mobile.

Mereka akan berkerjasama dengan developer-developer indie yang mempunyai project tidak melebihi 10 juta USD. Divisi gaming ini akan bergerak dibawah nama Blumhouse Games.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/production-house-horror-terkenal-blumhouse-productions-melancarkan-gaming-studio-sendiri"} {"title": "Mojang Studio Berkerjasama Dengan Capcom Untuk DLC Mega Man X", "body": "

Baru-baru ini Mojang Studio telah mengumumkan kerjasama dengan Capcom untuk DLC terbaru mereka. DLC ini akan menampilkan salah satu permainan video popular Capcom iaitu Mega Man X.

DLC ini akan menampilkan 14 Skin dari siri permainan video Mega Man X dan juga menampilkan sountrack original daripada permainan video tersebut.

Dalam story mission untuk DLC ini, pemain akan berhadapan dengan villain dari Mega Man X seperti Vile, Chill Penguin, Storm Eagle, Armored Armadillo dan juga Sting Chameleon.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mojang-studio-berkerjasama-dengan-capcom-untuk-dlc-mega-man-x"} {"title": "Burn X Flash Bawa Masuk Pemain Dan Jurulatih Dari Filipina Untuk MPL KH Spring 2023", "body": "

Nampaknya bukan pasukan-pasukan MPL MY sahaja yang banyak mengambil pemain-pemain dari Filipina.\u00a0

Baru-baru ini Burn X Flash yang mana merupakan pasukan MLBB dari Kemboja juga mengumumkan dua ahli baru mereka yang dibawa dari Filipina.

Dua ahli baru tersebut adalah Donut ataupun nama sebenarnya Mariusz Tan yang mana akan bermain dibahagian Gold Lane dan zMitch ataupun nama sebenarnya Mitch Sato yang mana akan menggalas tugas sebagai Jurulatih.

Donut sebelum ini merupakan bekas pemain Nexplay EVOS yang bermain dibahagian Gold Lane. Dia pernah bersama-sama dengan Nexplay EVOS untuk MPL PH S10 yang mana mereka cuma mampu mendapatkan tempat ketujuh.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/burn-x-flash-bawa-masuk-pemain-dan-jurulatih-dari-filipina-untuk-mpl-kh-spring-2023"} {"title": "Team HAQ Perkenalkan Full Roster Untuk MPL MY S11, Garyyy Masih Bermain", "body": "

Baru-baru ini Team HAQ telah memperkenalkan full line-up mereka untuk menghadapi MPL MY Musim Kesebelas yang mana bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Pengumuman ini telah dibuat melalui satu video yang dimuat naik di Youtube rasmi Team HAQ. Melalui pengumuman ini nampak terdapat beberapa penambahan beberapa pemain baru dari scene tier 2 Malaysia dan juga pemain import.

Berikut merupakan full line-up untuk Team HAQ untuk MPL MY S11:

Team HAQ nampaknya masih lagi mengekalkan Garyy untuk bermain pada musim kali ini selepas beberapa rumors mengatakan yang Garyy mungkin tidak bermain kerana ingin menyambung pelajaran.

Beberapa role telah ditukar seperti Panda yang mana sebelum ini bermain dibahagian Gold Lane akan ditukarkan ke Roamer dan juga Lolla yang mana sebelum ini dibahagian Flex ditukarkan ke EXP Lane dan akan menggalas tugas sebagai Captain untuk Team HAQ.

Seperti pasukan-pasukan lain, Team HAQ juga dilihat mengambil pemain import dari Filipina iaitu Hito ataupun nama sebenarnya Robert Remar Candoy. Hito sebelum ini merupakan Chief Entertaiment Officer untuk pasukan Omega Esports.

Shamskyyy ataupun nama sebenarnya Muhammad Shukri yang bermain dibahagian Mid Lane nampaknya direhatkan untuk MPL MY kali ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-perkenalkan-full-roster-untuk-mpl-my-s11-garyyy-masih-bermain"} {"title": "Garena Mengumumkan Free Fire Esports Roadmap Bagi Tahun 2023", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena telah mengumumkan Esports Roadmap untuk permainan video Free Fire bagi tahun 2023.

Banyak perubahan yang telah dibuat antaranya adalah mengurangkan kejohanan Free Fire World Series daripada 2 kejohanan setahun kepada hanya 1 saja kejohanan setahun.

Antara perubahan lain adalah:

Garena juga menyatakan yang Format baru akan diperkenalkan untuk Kejohanan Antarabangsa Free Fire akan datang.\u00a0

Format ini akan menampilkan dua peringkat penting dalam tempoh kejohanan yang dilanjutkan, dan direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman esports keseluruhan untuk pemain dan peminat.\u00a0

Pasukan ini akan diberi lebih banyak peluang untuk menghadapi pesaing yang berbeza dan mempamerkan kemahiran mereka, manakala peminat akan dapat melihat dengan lebih baik pemain kegemaran mereka beraksi.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/garena-mengumumkan-free-fire-esports-roadmap-bagi-tahun-2023"} {"title": "vivo V27e Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Hadapan", "body": "

Smartphone terbaru daripada vivo iaitu vivo V27e dijangka akan tiba untuk pasaran Malaysia pada 1 Mac 2023 tahun ini.\u00a0

vivo V27e ini dikatakan akan dilengkapi dengan 64MP OIS Ultra-Sensing camera, 2MP Bokeh dan 2MP macro camera pada bahagian belakang manakala untuk kamera hadapan pula dilengkapi dengan 32MP selfie camera.\u00a0

Smartphone yang mengfokuskan pada kualiti gambar ini turut didatangkan dengan feature Aura Light yang mana memberikan gambar potrait waktu malam yang terbaik walaupun ditangkap di low-light enviroment. Smartphone vivo V27e ini akan didatangkan dua warna iaitu Lavender Purple dan juga Glory black.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vivo-v27e-bakal-dilancarkan-di-malaysia-pada-bulan-hadapan"} {"title": "Garena Umumkan Pendaftaran Open Beta Untuk Permainan Video Mobile Terbaru", "body": "

Baru-baru ini Garena telah mengumumkan pendaftaran untuk Open Beta permainan video mobile terbaru mereka iaitu Undawn.

Open Beta ini dijangka akan bermula pada April tahun ini dan ianya dikatakan akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini juga.

Undawn merupakan sebuah permainan video mobile berbentuk open-world survival shooter games yang mana pemain akan berhadapan dengan dunia yang penuh dengan Zombie.

Pemain-pemain daripada Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand sudah boleh mendaftar untuk Open Beta bermula hari ini di website rasmi Undawn Garena ataupun korang boleh terus klik di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/garena-umumkan-pendaftaran-open-beta-untuk-permainan-video-mobile-terbaru"} {"title": "ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition Diperkenalkan, Bakal Tiba April Tahun Ini", "body": "

Baru-baru ini ASUS telah mengumumkan beberapa laptop terbaru untuk siri TUF Gaming mereka. Antaranya adalah ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition yang mana bakal tiba dipasaran Malaysia pada April tahun ini.

ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition ini dilengkapi dengan AMD Ryzen 9 7940HS processor dan AMD Radeon RX7600 mobile graphic.

Gaming laptop ini mempunya screen sebesar 16 inci dengan 90% screen-to-body ratio dan QHD 240Hz refresh rate bagi memberikan visual yang lebih mantap ketika digunakan untuk bermain video games dan juga semasa menonton video.

ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition ini akan didatangkan dengan dua versi iaitu versi 16GB DDR5 RAM 1TB SSD Storage dan juga versi 8GB DDR5 RAM 512 SSD Storage. Buat masa ini ASUS masih belum mengumumkan harga rasmi untuk ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-tuf-gaming-a16-advantage-edition-diperkenalkan-bakal-tiba-april-tahun-ini"} {"title": "Venom Bakal Tiba Dalam DLC Terbaru Marvel's Midnight Suns", "body": "

Baru-baru ini pihak 2K Games telah mengeluarkan satu video bagi mengumumkan DLC untuk permainan video Marvel's Midnight Suns.

Dalam DLC terbaru yang diberi nama Redemption ini akan menampilkan salah satu watak Anti-Hero terkenal Marvel iaitu Venom.

Dalam DLC Redemption ini, pemain berpeluang untuk memasukkan Venom dalam sebagai ahli pasukan mereka. Selain daripada Venom, DLC ini juga akan memberikan pemain 10 Hero abilities, beberapa item kosmetik baru dan juga 3 story mission baru.

Tak dilupakan DLC Redemption ini juga akan disertakan dengan Abbey Upgrade yang mana akan menampilkan area baru iaitu Whisper Web. Kesemua content baru ini akan tersedia kepada semua pemain yang mempunyai Marvel's Midnight Suns Season Pass.

Ini merupakan DLC kedua untuk permainan video Marvel's Midnight Suns selepas DLC The Good, The Bad and The Undead yang mana menampilkan watak Deadpool. DLC terbaru ini bakal menemui pemain pada 23 Februari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/venom-bakal-tiba-dalam-dlc-terbaru-marvel-s-midnight-suns"} {"title": "Dapatkan Diskaun Menarik Sempena Steam Mystery Fest 2023", "body": "

Kalau korang berminat main permainan video bergenre misteri dan penyiasatan, korang mesti suka dengan tawaran istimewa yang Steam umumkan baru-baru ini.

Steam telah pun melancarkan Steam Mystery Fest 2023 yang mana korang boleh dapatkan diskaun-diskaun istimewa bagi permainan video bergenre misteri dan penyiasatan.

Steam Mystery Fest 2023 ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 27 Februari 2023. So tunggu apa lagi, dapatkan diskaun-diskaun menarik ini sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-diskaun-menarik-sempena-steam-mystery-fest-2023"} {"title": "Harga Basic Plan Netflix Malaysia Diturunkan Dari RM35 Kepada RM28", "body": "

Baru-baru ini pihak Netflix Malaysia telah mengumumkan pengurangan harga untuk Basic Plan mereka yang mana bermula pada 21 Februari 2023 iaitu semalam.

Pengurangan dari RM35 Sebulan kepada cuma RM28 ini nampaknya adalah salah satu usaha pihak Netflix untuk menarik kembali pelanggan-pelangan untuk market Malaysia.

Kali ni, dropping down is good news \u2705 Starting today, our Basic Plan in Malaysia is now RM28 per month for both new and existing members. pic.twitter.com/lcqMpHDJW1

\u2014 Netflix Malaysia (@NetflixMY) February 21, 2023

Sebelum ini Netflix telah ditawarkan pada harga RM33 sebelum dinaikkan kepada RM35 sebulan untuk Basic Plan pada tahun 2020. Bagi pelanggan sedia ada, pengurangan harga ini akan dilakukan dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bill seterusnya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/harga-basic-plan-netflix-malaysia-diturunkan-dari-rm35-kepada-rm28"} {"title": "Permainan Video Mobile Street Fighter: Duel Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi", "body": "

Capcom baru-baru ini telah mnegumumkan yang permainan video mobile terbaru mereka iaitu Street Fighter: Duel bakal menemui peminat pada bulan ini.\u00a0

Permainan video mobile ini telah dihasilkan oleh TOPJOY dan Tencent Games dan boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store bermula pada 28 Februari 2023.

Get ready to defend the streets, World Warriors! Street Fighter: Duel launches for iOS and Android devices on February 28th! \ud83d\udc4a\ud83d\udd25

Pre-register now: https://t.co/XESJGBLixx pic.twitter.com/MUkvkg8fph

\u2014 Street Fighter: Duel by Crunchyroll Games (@StreetFighterDL) February 20, 2023

Street Fighter: Duel ini merupakan sebuah permainan video mobile berbentuk free-to-play RPG yang mana pemain boleh memilih character kegemaran mereka seperti Ryu, Chun-Li, Ken dan banyak lagi. Permainan video mobile ini dikatakan bakal menampilkan sehingga 40 Character untuk dipilih.

Bagi korang berminat, korang boleh pre-register dahulu di SINI sebelum permainan video ini dilancarkan nanti pada 28 Februari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-mobile-street-fighter-duel-bakal-dilancarkan-tidak-lama-lagi"} {"title": "Liga E-Sports Antara Parlimen 2023 Ditangguhkan Ke Tarikh Baru", "body": "

Liga E-Sports Antara Parlimen ataupun dikenali sebagai LEAP 2023 merupakan satu kejohanan esports yang dibangunkan oleh salah satu media gaming tempatan iaitu Kakuchopurei.com.

Kejohanan ini merupakan kejohanan esports antara parlimen yang mana misi utamanya dikatakan untuk membangunkan generasi atlit esports di Malaysia.\u00a0

LEAP 2023 ini dilihat agak unik kerana menampilkan ahli politik seperti MP Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan MP Syahredzan Johan (Bangi). Kejohanan ini sepatutnya dijadualkan bakal bermula pada 4 March 2023 namun telah ditunda kepada tarikh yang baru.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kakuchopurei.com, kejohanan LEAP 2023 ini terpaksa ditunda kepada tarikh baru disebabkan isu jadual yang bertindih diantara dua ahli parlimen tadi.

Kakuchopurei.com menyatakan yang kejohanan ini akan bermula pada tarikh baru iaitu pada bulan Jun 2023 namun maklumat terperinci cuma akan diumumkan pada bulan hadapan.

Kejohanan ini dikatakan akan menampilkan permainan video seperti FIFA 23, Mobile Legends dan Gigabash. Sebelum ini mereka menyatakan yang Street Fighter 5 juga akan dipertandingkan namun akan ditukar kepada Street Fighter 6.\u00a0

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check di website Kakuchopurei.com.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-e-sports-antara-parlimen-2023-ditangguhkan-ke-tarikh-baru"} {"title": "MSC 2023 - Kemasukan Pasukan Luar Dari Asia Tenggara", "body": "

Moonton baru-baru ini telah mengumumkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC 2023) yang mana dijangkakan bakal berlangsung pada 10 Jun 2023 sehingga 18 Jun 2023.

Untuk MSC 2023 kali ini, Moonton telah melakukan satu perubahan yang agak drastik yang mana mereka akan menjemput pasukan-pasukan luar dari Asia Tenggara.

Pasukan-pasukan baru ini dikatakan akan dibawakan dari Amerika Utara, Turki, Timur Tengah dan Afrika Utara. Moonton juga mengumumkan yang slot untuk pasukan Malaysia akan dikurangkan dari 2 slot kepada 1 slot sahaja untuk MSC 2023 kali ini.

Pengumuman ini rata-rata mendapat reaksi yang agak teruk dari komunity MLBB Malaysia khususnya. Ada yang tidak berpuas hati kerana slot untuk Malaysia dikurangkan dan ada juga yang pelik mengapa pasukan-pasukan dari luar Asia Tenggara dimasukkan sekali untuk kejohanan yang mana sebelum ini dikhaskan untuk pasukan dari Asia Tenggara.

Menurut Moonton, kemasukkan pasukan luar dari Asia Tenggara ini selaras dengan visi mereka iaitu \u201cEsukan Untuk Semua Orang\u201d \u00a0dan bagi memastikan tahap persaingan pasukan dari Asia Tenggara dipertingkatkan.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/msc-2023-kemasukan-pasukan-luar-dari-asia-tenggara"} {"title": "Blizzard Umumkan Early Access Dan Open Beta Weekend Untuk Diablo IV", "body": "

Baru-baru ini Blizzard telah mengumumkan Early Access dan Open Beta Weekend untuk permainan video terbaru mereka iaitu Diablo IV.

Diablo IV's Open Beta is coming soon.

Early Access: 3/17 - 3/19
Open Beta: 3/24 - 3/26

Pre-purchase for Early Access to the Open Beta.

Details: https://t.co/9GG3wjpBrm pic.twitter.com/bE3iV6zzxZ

\u2014 Diablo (@Diablo) February 18, 2023

Open Beta untuk permainan video ini bakal bermula pada 24 March 2023 sehingga 26 March 2023. Pada Open Beta ini, pemain akan diberikan limited access untuk mencuba sendiri Champaign's Prologue dan juga Act 1.\u00a0

Pemain juga boleh level up character mereka sehingga level 25 namun character tersebut cuma boleh dimainkan pada Open Beta ini sahaja dan tidak akan dibawa masuk apabila Diablo IV ini dilancarkan secara global nanti.\u00a0

Manakala untuk Early Access pula akan bermula pada 17 March 2023 sehingga 19 March 2013. Early Access ini cuma akan diberikan kepada pemain yang telah pre-purchased Diablo IV secara digital .

Diablo IV dijangkakan akan dilancarkan secara global pada 6 June 2023 tahun ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blizzard-umumkan-early-access-dan-open-beta-weekend-untuk-diablo-iv"} {"title": "#TodakLanggar - Ini Full Line-Up Todak Untuk MPL MY Musim Kesebelas", "body": "

Hari ini pihak Todak MLBB telah mengumumkan full line-up mereka untuk kejohanan MPL MY Musim Kesebelas yang akan datang. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan 5 ahli terbaru bagi memperkukuhkan line-up mereka.

5 ahli terbaru yang dimasukkan ke dalam line-up mereka adalah 3 pemain dari Filipina iaitu Malik, Lawtrick dan juga Karl. Mereka juga telah mengambil jurulatih baru yang mana juga berasal dari Filipina iaitu Coach Behave. Ahli baru yang terakhir adalah Flint yang mana sebelum ini bermain untuk Team Lunatix.

Berikut merupakan full line-up Todak MLBB untuk MPL MY Musim Kesebelas:\u00a0

Dengan perubahan besar dan membawa line-up 10 pemain untuk MPL MY kali ini, Todak dilihat sangat bersedia dan sudah pastinya ingin memastikan piala MPL MY kali ini berada dalam tangan mereka!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/todaklanggar-ini-full-line-up-todak-untuk-mpl-my-musim-kesebelas"} {"title": "Capcom Umumkan Capcom Pro Tour 2023, Prizepool Sebanyak 2 Juta USD", "body": "

Baru-baru ini pihak Capcom telah mengumumkan yang mereka bakal mengadakan kejohanan Capcom Pro Tour 2023 yang mana menawarkan prizepool sebanyak USD2,000,000 yang mana juara bakal membawa pulang USD1,000,000!

Pengumuman ini telah dibuat selepas berakhirnya kejohanan Capcom Cup IX yang mana kejohanan terakhir yang menggunakan permainan video Street Fighter 5. Ini bermaksud selepas ini Capcom akan menggunakan Street Fighter 6 untuk kejohanan mereka akan datang.

Pada kejohanan Capcom Cup IX yang lepas, prizepool yang ditawarkan adalah lebih kurang USD300,000 yang mana juara iaitu MenaRD dari Dominican Republic telah dinobatkan sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah berjumlah USD120,000.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-umumkan-capcom-pro-tour-2023-prizepool-sebanyak-2-juta-usd"} {"title": "Lemon Sky Studio Terlibat Dalam Permainan Video Terbaru Dari Ubisoft", "body": "

Lemon Sky Studio yang merupakan sebuah studio dari Malaysia yang mana sebelum ini terkenal dengan penglibatan mereka untuk permainan video seperti Hi-Fi Rush, The Last of Us Part 1, Ratchet & Clank Rift Apart dan banyak lagi.

Baru-baru pihak Lemon Sky Studio telah mengumumkan penglibatan mereka untuk satu lagi permainan video terbaru oleh Ubisoft iaitu THE SETTLERS: NEW ALLIES.

Lemon Sky dikatakan bertanggungjawab dalam rekaan lebih daripada 100 bangunan yang terdapat dalam permainan video ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lemon-sky-studio-terlibat-dalam-permainan-video-terbaru-dari-ubisoft"} {"title": "Malaysia Mencari Wakil Untuk Kejohanan The Overwatch World Cup", "body": "

Bagi korang yang tak tahu, Kejohanan The Overwatch World Cup bakal kembali pada tahun ini setelah 3 tahun ditunda. Pada kejohanan kali ini, Malaysia telah tersenarai dalam 36 negara yang akan bertanding pada kejohanan ini nanti.

Antara negara lain yang bertanding Amerika Syarikat, Canada, Korea Selatan dan banyak lagi.\u00a0

Untuk Malaysia, satu open tournament akan dijalankan bagi mencari wakil untuk dihantar pada kejohanan ini. Open tournament ini akan dijalankan oleh ROOF Esports dan bakal bermula pada 24 Februari 2023 sehingga 26 Februari 2023.

Korang boleh mendaftar bermula hari ini dan pendaftaran akan ditutup pada 21 Februari 2023. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, korang boleh klik di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/malaysia-mencari-wakil-untuk-kejohanan-the-overwatch-world-cup"} {"title": "Promosikan Website Perjudian, Logic Esports Dan Pemain Didenda Oleh MPL KH", "body": "

Baru-baru ini pihak MPL KH telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan isu salah satu pemain dari Logic Esports yang didapati telah mempromosikan satu website perjudian online.

Pemain tersebut adalah ATEV ataupun nama penuhnya Ly Kimhong yang merupakan Roamer untuk pasukan tersebut telah didapati mempromosikan satu website perjudian online.\u00a0

Pihak MPL KH menyatakan perbuatan tersebut telah melanggar peraturan 11.2.2.8 dan 11.3 ataupun dikenali sebagai \u201cActs detrimental to the interest of the league\u201d dibawah \u201cInvolving Gambling\u201d.

Logic Esports telah didenda sebanyak USD500 dan kehilangan beberapa kelebihan seperti memilih side semasa MPL KH Spring Split akan datang.

Manakala untuk ATEV pula telah disenarai hitam dari menyertai apa-apa acara rasmi MLBB dan 3rd party tournament selama 6 bulan. Dia juga tidak dibenarkan untuk di transfer ataupun didaftarkan sebagai pemain baru sepanjang 6 bulan tersebut.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/promosikan-website-perjudian-logic-esports-dan-pemain-didenda-oleh-mpl-kh"} {"title": "ASUS ROG Jadi Penaja Rasmi Kejohanan MLBB Southeast Asia Cup 2023", "body": "

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kerjasama selama dua tahun dengan pembangun bagi permainan MLBB, MOONTON Games. Tujuan kolaborasi ini adalah meningkatkan pengalaman pemain ketika gaming serta untuk menguji prestasi siri ROG Phone bagi kegunaan kejohanan peringkat global.

Sejak tahun 2022, ROG Phone telah bekerjasama secara rapat dengan MOONTON untuk kejohanan MPL MY. ROG kini mengintai peluang untuk memperluaskan kerjasama mereka dengan MOONTON ke peringkat global. Mereka memulakan langkah di peringkat global melalui empat kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan MSC edisi 2023 dan 2024 serta Kejohanan Dunia M5 dan M6.

Bersempena dengan Kejohanan MSC 2023 nanti, ROG akan menyertakan aplikasi MLBB dan pek tema MLBB dalam siri ROG Phone 7. Penawaran tambahan ini membolehkan peminat untuk mendapat akses yang lebih baik ke permainan ini di ROG Phone terkini sambil menyambut event MSC 2023 ini dengan interface bertemakan MLBB.

Siri ROG Phone 7 menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 9 Gen 2 dan juga ditambah sistem terma GameCool 7 dan talaan khas ROG. Ciri-ciri menarik ini memberi pemain untuk bermain dengan lancar walaupun penggunaan kuasa yang rendah.

ROG akan memulakan kerjasama di peringkat global pada acara Kejohanan MSC 2023. Kejohanan ini akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja dan bermula pada 10 Jun ini. MSC 2023 akan menampilkan pasukan luar dari Asia Tenggara iaitu wilayah Amerika Utara, MENA ( Afrika Utara & Timur Tengah) dan Turki.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-rog-jadi-penaja-rasmi-kejohanan-mlbb-peringkat-global"} {"title": "Romancing SaGa Re;univerSe Sambut Ulangtahun Ke-3, Tawarkan Bonus Menarik", "body": "

Square Enix dan Akatsuki pada hari ini telah melancarkan sambutan ulangtahun ke-3 untuk permainan Romancing SaGa Re;univerSe. Bersempena ulangtahun ini, mereka telah menawarkan kandungan baru dan pelbagai bonus menarik untuk diraih pemain yang setia bersama mereka selama tiga tahun

Permainan ini menawarkan hadiah menarik melalui login bonus. Pemain yang login kedalam permainan berpeluang mendapatkan sebanyak 63,000 jewels percuma. Mereka juga akan mendapat satu \u2018exchange ticket\u2019 untuk memilih \u2018Style\u2019 kegemaran mereka.

Square Enix juga memberi tawaran istimewa yang dinamakan \u201cRomancing Festival 3rd Anniversay\u201d . Special offer ini menawarkan pemain untuk \u2018summon\u2019 menggunakan jewel percuma dan membolehkan pemain mengumpul \u2018Style\u2019 yang terhad.

Untuk Conquest, mereka telah menampilkan \u201cWonderful Saga! Romancing Tour\u201d di mana pemain perlu menakluki peta dan meningkatkan kemajuan sehingga 100%. Pemain yang berjaya berbuat demikian akan jewel dan item yang boleh digunakan untuk pertukaran dengan SS Armor.

Sebagai tambahan, dua set SS Style Summons juga tersedia semasa \u201cRomancing Festival Western Saga\u201d dan \u201cRomancing Festival Central Saga\u201d.

Romancing SaGa Re;univerSe atau dikenali sebagai SaGa RS adalah sebuah permainan RPG yang telah mencapai lebih 25 juta muat turun. Permainan ini hanya dilancarkan di platform mudah alih dan boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/romancing-saga-re-universe-sambut-ulangtahun-ke-3-tawarkan-bonus-menarik"} {"title": "Beberapa Pekerja CD Projekt Red Keluar Untuk Tubuhkan Studio Baru", "body": "

Beberapa veteren yang bertanggungjawab membangunkan siri permainan The Witcher dan Cyberpunk 2077 telah meninggalkan CD Projekt Red dan menubuhkan satu studio baru. Studio baru ini diberi nama Blank dan akan diketuai oleh Mateusz Kanik yang pernah menjadi game designer untuk permainan The Witcher 2 dan game director bagi Cyberpunk 2077.

Selain Kanik, Jedrzej Mroz dan Marcin Jefinow juga akan menyertai beliau sebagai Executive Producer manakala Mikolaj Marchewka akan bertindak sebagai Managing Director.

Bercakap mengenai jenis permainan yang mereka akan bangunkan, Blank memfokuskan permainan yang mempunyai penceritaan lebih emosional dan keunikan yang tersendiri. Mereka ingin menunjukkan kreativiti kerana sudah banyak kali membangunkan permainan berkonsepkan open-world.

Blank juga menyebut projek debut mereka adalah permainan yang memfokuskan pembangunan karakter dalam era apocalypse. Mereka juga telah berkongsi satu concept art yang memaparkan seorang wanita memandu melintasi kawasan yang tampak hancur.

Studio baru ini akan bertempat di Warsaw, Poland kira-kira 20 minit perjalanan dari studio CD Projekt Red. Blank juga bercadang untuk menambah pekerja dari 10 ke 60 orang bagi menyokong pembangunan projek pertama mereka ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/beberapa-pekerja-tinggalkan-cd-projekt-red-untuk-tubuhkan-studio-baru"} {"title": "Hot Wheels Unleashed 2 - Turbocharged Bakal Keluar Oktober Ini", "body": "

Milestone telah mengumumkan bahawa permianan Hot Wheels Unleashed 2- Turbocharged akan dilancarkan pada 19 Oktober ini di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Hot Wheels 2 - Turbocharged akan menampilkan beberapa pernambahan antaranya adalah mekanik baru, persekitaran dan mod permainan. Sekuel kepada Hot Wheels Unleashed ini juga memberikan peluang kepada pemain untuk menggunakan lebih 130 kenderaan termasuk motosikal dan ATV.\u00a0

Pembaharuan mekanik dalam permainan membolehkan pemain kini melakukan 'dash' dan \u2018jump\u2019. \u2018Dash\u2019 membolehkan pemain menghumban kenderaan pemain lawan ke luar trak dan \u2018jump\u2019 membolehkan pemain melompat ke jalan alternatif.

Permainan ini juga menampilkan persekitaran dan permukaan berbeza yang akan mempengaruhi kawalan kenderaan. Pemain pasti teruja jika bermain di persekitaran menarik yang termasuk arked permainan, lapangan mini-golf dan belakang rumah.\u00a0

Selepas menerima kritikan mengenai kekurangan mod pada permainan asal, Milestone akan menambah mod baru seperti Grab The Gears, Demo Derby, Drift Master, dan Waypoint. Mod campaign juga akan kembali dengan penceritaan baru.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hot-wheels-unleashed-2-turbocharged-umum-lancar-oktober-ini"} {"title": "Konami Dilaporkan Gunakan Suara Asal Untuk Remake Metal Gear Solid 3", "body": "

Permainan Metal Gear Solid Delta: Snake Eater yang merupakan remake kepada Metal Gear Solid 3: Snake Eater telah dilaporkan akan menggunakan semula suara daripada permainan asal dan tiada perubahan dalam dialog. Berita ini didedahkan sendiri oleh Tommy Williams selaku ketua komunikasi Konami bahagian Amerika.

Berita daripada Konami sebenarnya menimbulkan tanda tanya antara peminat mengenai status voice acting kerana pernyataan yang agak mengelirukan dalam kenyataan media syarikat itu. Menurut Konami, remake ini \u201cdibintangi suara karakter asal\u201d dan \u201cpenceritaan dan suara karakter dalam Delta akan tetap sama daripada permainan asal\".

Konami juga menjawab kekeliruan berkaitan judul remake permainan ini, Metal Gear Solid\u00a0\u0394: Snake Eater. Konami menyebut bahawa logo \u0394 disebut sebagai Delta dan bukan segi tiga. Delta membawa maksud \u2018perubahan\u2019 atau \u2018perbezaan tanpa mengubah struktur'.

Beberapa hari lalu, Konami juga mengesahkan Hideo Kojima dan Yoji Shinkawa tidak lagi bekerja di belakang tabir untuk permainan baru ini. Konami akan bekerjasama dengan studio Virtuos untuk produksi permainan ini.

Metal Gear Solid Delta: Snake Eater dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami dan akan dikeluarkan di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC.

\u00a0

\u00a0\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/konami-dilaporkan-gunakan-suara-asal-untuk-remake-metal-gear-solid-3"} {"title": "Falcon Esports Sah Tinggalkan Arena Mobile Legends: Bang Bang", "body": "

Falcon Esports, salah satu pasukan hebat dalam scene MLBB Myanmar telah mengumumkan satu berita yang sedih kepada peminat mereka apabila memberitahu mereka sudah melepaskan kesemua pemain. Pengumuman pembubaran tersebut dimuat naik di Facebook pasukan itu.

Sebab pembubaran pasukan ini adalah berkaitan masalah yang berlaku di negara Myanmar. Menurut seorang pemain Falcon Esports, Pyae \u201cKenn\u201d Ko berkata kehidupan di Myanmar amar sukar kerana masalah elektrik sering berlaku.\u00a0

Akibat masalah yang berpanjangan ini, mereka mengambil keputusan untuk membubarkan pasukan sebaik sahaja acara Sukan Sea ke-32 berakhir. Tambah Kenn, acara sukan itu menjadi \u2018last dance\u2019 kepada Falcon Esports sebelum melepaskan pemain ke pasukan lain.

Pembubaran pasukan tersebut membuka jalan baru kepada pemain berbakat dalam pasukan itu. Khabar angin mula tersebar dengan Min Ko \u201cNaomi\u201d Ko bakal berpindah ke pasukan Indonesia, Pyae Sone \u201cJustiN\u201d Khant mengintai masuk ke scene ML Kemboja dan Indonesia manakala Kenn dikhabarkan berpotensi untuk berpindah ke Malaysia.

Falcon Esports mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa apabila mendapat tempat kelima/keenam di Kejohanan Dunia M4 dan menduduki tempat keempat pada kejohanan MSC 2022.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/falcon-esports-sah-tinggalkan-dunia-mlbb"} {"title": "Filem Hidden Strike Gabungkan Jackie Chan Dan John Cena", "body": "

XYZ Films telah mengeluarkan satu trailer terbaru bagi filem Hidden Strike. Filem aksi ini akan menggabungkan dua aktor yang kita pasti jangka tidak akan pernah bergabung kerana filem ini dibintangi ikon filem aksi, Jackie Chan dan bintang gusti WWE, John Cena.

Plot filem ini mengisahkan dua bekas tentera yang perlu menjalankan misi untuk mengiringi orang awam ke Green Zone melalui jalan yang paling berbahaya di dunia yang disebut Highway Of Death. Trailer yang ditayangkan memaparkan chemistry antara dua aktor serta aksi yang mantap.

Hidden Strike akan diarahkan oleh figura yang pernah mengarahkan filem Need For Speed and The Expendables 4, Scott Waugh. Filem ini juga akan dibintangi oleh Pilou Asb\u00e6k,\u00a0Amadeus Serafini,\u00a0Minghao Hou, dan\u00a0Zhenwei Wang.

Sejak didedahkan kepada orang ramai pada tahun 2018, filem ini beberapa kali bertukar nama. Terdahulu, filem ini berjudul Snafu diikuti Project X. Nama filem ini ditukar sekali lagi ke Project X -Traction sebelum akhirnya nama Hidden Strike dimuktamadkan.

Untuk tarikh tayangan, XYZ Films masih belum memberitahu tarikh sebenar. Bagi peminat Jackie Chan dan John Cena, korang perlu menunggu kemaskini daripada studio produksi ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-hidden-strike-gabungkan-jackie-chan-dan-john-cena"} {"title": "Silent Hill: Ascension Tawar Pemain Kawal Nasib Karakter", "body": "

Konami dan Genvid telah mengeluarkan suatu trailer terbaru bagi projek mereka iaitu Silent Hill: Ascension. Projek terbaru ini sangat unik kerana ia akan memberikan penonton atau pemain merasai pengalaman interaktif dan mengawal penceritaan.\u00a0

Trailer itu memaparkan beberapa karakter daripada Silent Hill ini. Ia juga menunjukkan beberapa raksasa yang menakutkan serta persekitaran menyeramkan. Kombinasi elemen ini akan memberi pengalaman yang amat seram kepada penonton. \u00a0\u00a0

Pada tahun lepas, Konami mendedahkan mereka sedang membangunkan beberapa judul permainan Silent Hill. Salah satu permainan itu adalah Silent Hill: Ascension yang menggunakan style terbaru dan berbeza dari permainan francais itu kerana ia akan menggunakan konsep \u2018penstriman interaktif\u2019.

Genvid memberitahu nasib karakter Silent Hill ini akan ditentukan oleh jutaan penonton dan pihak pembangun sendiri tidak tahu bagaimana Ascension akan berakhir. Kesemua cerita akan terungkap serentak di seluruh dunia selepas ia dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Silent Hill: Ascension ini akan tersedia di pelbagai platform. Genvid dan Konami mensasarkan akan mengeluarkan satu aplikasi untuk pengguna konsol, PC, peranti mudah alih, dan televisyen.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/silent-hill-ascension-tawar-pemain-kawal-nasib-karakter"} {"title": "Motorsports Rivals, Permainan Baru Dari Pembangun Siri Motosport Manager", "body": "

Playsport Games telah menambah satu lagi permainan ke dalam siri Motorsport iaitu Motorsports Rivals. Permainan baru ini yang dibuat oleh syarikat yang menghasilkan Motorsport Manager sudah tersedia untuk dimainkan di platform Android dan iOS.\u00a0

Motorsports Rivals adalah permainan real-time multiplayer yang memerlukan pemain bekerjasama atau bersaing dengan pemain lain dalam permainan. Berbeza dengan permainan racing lain, permainan ini bukanlah simulasi kerana perlumbaan bergantung kepada kad kuasa.

Permainan ini juga membenarkan pemain menghasilkan pasukan mereka sendiri dan berpeluang mendapatkan bonus semasa berlumba menentang musuh. Korang akan di'buff' sementara semasa perlumbaan untuk meningkatkan prestasi korang.\u00a0

Pemain juga boleh menggunakan kad karakter khas untuk mengatasi pihak lawan. Dengan menggunakan kad ini, korang boleh menyerang musuh utama korang dan bersaing dalam perlumbaan yang menguji skil taktikal pemain.

Motorsports Rivals mempunyai pelbagai fungsi seperti team chat, team customization dan season pass. Energy level juga ditampilkan dalam permainan ini dan jumlah perlumbaan yang korang dapat main bergantung kepada energy level ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/motorsports-rivals-permainan-baru-dari-pembangun-siri-motosport-manager"} {"title": "Genshin Impact Umum Kejohanan Antarabangsa TCG Yang Pertama", "body": "

HoYoverse selaku pembangun permainan Genshin Impact mengumumkan yang mereka akan mengadakan kejohanan serantau esports yang pertama bagi permainan itu. Kejohanan itu telah dinamakan Astra Carnival: The Prince Cup dan akan menggunakan salah satu mod dalam permainan ini iaitu Genius Invokation TCG.

Kejohanan ini akan diadakan di 6 regional yang merangkumi negara/benua seperti Korea, Eropah, Amerika Utara, Jepun, Amerika Latin dan Asia Tenggara/Hong Kong/Macau/ Taiwan. HoYoverse telah menawarkan prize pool sebanyak $270,000 USD untuk seluruh rantau ini.

Pemain yang dipilih ke kejohanan Prince Cup ini dipilih melalui pemain Genius Invokation TCG yang mempamerkan prestasi terbaik semasa kejohanan Cat's Tail Gathering. Cat's Tail Gathering ini adalah kejohanan antara komuniti yang diadakan di Discord.

Keenam-enam kejohanan regional dijadualkan akan diadakan antara bulan Jun dan September 2023. Pemain yang layak ke peringkat suku akhir bagi kejohanan regional akan beraksi di hadapan orang ramai, yang bersiaran langsung di Twitter, YouTube, Twitch dan TikTok rasmi AstraCarnival.

Mengenai mod Genius Invokation TCG (Trading Card Game), mod ini telah diperkenalkan semasa versi 3.3 sebagai mod permanent dalam Genshin Impact.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-umum-kejohanan-antarabangsa-tcg-yang-pertama"} {"title": "Naomi Dari Falcon Esports Bakal Sertai Pasukan MPL Dari Indonesia", "body": "

Seorang pemain Falcon Esports, Min \u201cNaomi\u201d Ko dari Myanmar telah dilaporkan bakal menyertai salah sebuah pasukan Mobile Legends dari Indonesia. Pendedahan mengenai kemasukan pemain roamer ini terjadi selepas satu post di media sosial memberi bayangan dia akan menyambung kariernya ke luar negara.

Melalui satu post yang dimuat naik CEO AiO Esports, Ko Arrman AiO mendedahkan bahawa Naomi akan menyambung karier e-sukan di Indonesia.\u00a0

\"Selamat Tinggal dan Selamat Berjaya Bro. Ia benar-benar disahkan. Dia menjadi pemain pertama ke luar negara dalam dunia MLBB Myanmar,\" tulisnya.

Ko kemudian memberikan klu kepada peminat yang Naomi berpotensi menyertai satu pasukan 'Juara MPL ID' yang tidak mengambil bahagian dalam kejohanan MSC 2023.\u00a0

Petunjuk yang didedahkan Ko menunjukkan pasukan yang mungkin disertai Naomi adalah RRQ. Hal ini kerana RRQ tidak menyertai kejohanan MSC 2023 dan untuk menggantikan Vyn yang berpindah ke Bigetron Alpha.

Perpindahan Naomi ke pasukan terbabit bukanlah secara pinjaman memandangkan Ko memberitahu durasi kontrak Naomi adalah jangka masa panjang. Naomi mungkin akan mewarnai scene MLBB Indonesia dalam tempoh masa yang lama.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/naomi-bakal-sertai-pasukan-mpl-dari-indonesia"} {"title": "Unit Jualan The Witcher 3 Melebihi 50 Juta", "body": "

Syarikat permainan video dari Poland, CD Projekt Red telah mendedahkan bahawa jualan bagi permainan The Witcher: Wild Hunt telah melebihi 50 juta unit di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2015. Data yang dikeluarkan menunjukkan Wild Hunt menjadi salah satu permainan paling banyak dijual sepanjang zaman.

CD Projekt Red juga mengesahkan bahawa keseluruhan siri permainan The Witcher telah meraih unit jualan melebihi 75 juta. Siri permainan ini termasuk The Witcher (2007), The Witcher 2 (2011) dan The Witcher 3: Wild Hunt (2015).

Namun, unit jualan yang diraih Wild Hunt masih rendah jika dibandingkan dengan permainan Tetris yang merupakan permainan video paling banyak dijual dengan unit jualan sebanyak 520 juta. Minecraft dan GTA V masing masing mencatat unit jualan sebanyak 238 juta dan 170 \u00a0juta.

CD Projekt Red kini sedang dalam proses pembangunan beberapa permainan dari siri The Witcher yang termasuk Project Polaris. Studio ini juga sedang merangka untuk melakukan remake bagi permainan pertama The Witcher.

The Witcher 3: Wild Hunt adalah permainan RPG yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh CD Projekt Red. Permainan ini dikeluarkan di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, XboX Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/unit-jualan-the-witcher-3-melebihi-50-juta"} {"title": "John Wick 5 Kini Dalam Fasa Pembangunan Awal", "body": "

Masa depan karakter John Wick tampak tidak menentu selepas peristiwa dalam John Wick: Chapter 4. Namun, Lionsgate Films telah mengesahkan \u2018Baba Yaga\u2019 akan kembali lagi selepas filem kelima daripada francais John Wick kini dalam proses pembangunan awal.\u00a0

Sebelum ini, pengarah John Wick 4 iaitu Chad Stahelski memberikan gambaran yang dia tidak akan kembali untuk mengarahkan filem seterusnya. \u201cSaya tidak tahu bagaimana untuk membuat filem berturut-turut dan menjadi lebih baik untuk filem kedua\u201d, jelasnya sebelum kembali semula untuk mengarahkan John Wick 5.

Mengulas mengenai masa depan francais ini, pengerusi syarikat Lionsgate, Joe Drake mendedahkan mereka kini menghasilkan spinoff iaitu filem, Ballerina dan siri TV, The Continental. Mereka juga mengatakan John Wick 5 dalam pembangunan awal.

Filem spinoff Ballerina yang menampilkan Ana de Armas sebagai bintang utama akan ditayangkan di pawagam pada 7 Jun 2024. Manakala siri TV The Continental akan dibintangi Mel Gibson dan mula ditayangkan pada September tahun ini.

Drake juga mendedahkan mereka juga dalam perbincangan mengenai prospek untuk menghasilkan permainan video triple A yang berkaitan John Wick.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/john-wick-5-dalam-pembangunan-awal"} {"title": "Homeworld 3 Ditangguhkan Ke Tahun 2024", "body": "

Gearbox Software mengumumkan yang permainan Homeworld 3 telah ditangguhkan ke Februari 2024. Mereka mengumumkan perkara tersebut menerusi laman rasmi Twitter Homeworld dan memberitahu mereka memerlukan masa untuk membangunkan permainan itu.

Homeworld 3 ini pertama kalinya diumumkan ketika Pax West 2019 sebagai sebahagian sambutan ke-20 siri permainan terbabit. Sejak didedahkan, berita mengenai permainan ini adalah sangat sedikit.

Permainan ini sepatutnya dilancarkan pada suku keempat tahun 2022 sebelum ditangguhkan ke pertengahan pertama tahun 2023. Penangguhan terbaru menjadikan ianya kali kedua ditangguhkan sejak permainan ini didedahkan kepada orang ramai.

Mengenai storyline permainan ini, masih banyak belum diketahui. Apa yang kita tahu setakat ini adalah ia mengambil tempat 100 tahun selepas Homeworld 2. Imogen S'jet, pengganti kepada Karan S'jet perlu mengalahkan \u2018The Anomaly\u2019 selepas kuasa jahat itu muncul semasa Karan berjaya membuka pagar hyperspace.

Homeworld 3 adalah permainan real-time strategy yang dibangunkan Blackbird Interactive dan diterbitkan Gearbox Software. Permainan ini hanya akan keluar di platform PC.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homeworld-3-ditangguhkan-ke-tahun-2024"} {"title": "eArena Rangkul Johan Bagi Kejohanan Free Fire SEA Invitational (FFSI)", "body": "

Pasukan eArena telah dinobatkan sebagai johan bagi kejohanan Free Fire SEA Invitational (FFSI). Wakil dari Thailand ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $100,000 USD dan trofi kejohanan. Kejohanan ini bermula dari 12 Mei sehingga 28 Mei dan bertempat di Thailand.

Bagi rangkuman aksi peringkat Grand Finals yang tamat pada 28 Mei lalu, pasukan eArena mendahului pasukan lain dengan lebih 30 mata pada dua hari pertama Grand Finals. Mereka mengekalkan konsisten sehingga hari ketiga dengan mendapatkan 3 Booyah, 184 placement point, 128 elimination untuk memenangi kejohanan dengan mata sebanyak 232.

Satu lagi wakil Thailand, Magic Esport mendapat tempat kedua selepas menghabiskan kejohanan dengan mengumpul 226 mata. Morph Team dari Indonesia mengumpul mata sebanyak 218 untuk menduduki tempat ketiga.

Salah seorang pemain eArena, EA.LIMIT mempamerkan aksi yang cemerlang pada Grand Final dengan melakukan 44 eliminations dan 38 assists. Persembahan baik membolehkan dia meraih Finals Most Valuable Player (FMVP) bagi kejohanan ini.

Pada November tahun ini, Garena akan menganjurkan Free Fire World Series 2023 yang akan melibatkan 18 pasukan dari serata dunia termasuk Brazil dan Amerika Latin

", "url": "https://gamersonduty.com/news/earena-rangkul-johan-bagi-kejohanan-free-fire-sea-invitational-ffsi"} {"title": "Moonton Rancang Perkenal Sistem 10 Ban Di Rank Mythic", "body": "

Moonton dijangka akan melakukan beberapa perubahan melibatkan sistem \u2018draft picking\u2019 dan Role Queue. Draft picking ini berfungsi untuk ban hero yang dikatakan kuat dan mampu mendominasi permainan

Menurut sumber dari beberapa leaker, mereka telah mendedahkan bahawa Moonton merancang untuk memperkenalkan sistem 10 ban dan setiap pasukan dibolehkan untuk ban sebanyak 5 hero. Setakat ini, sistem ban ini hanya digunakan semasa kejohanan professional sahaja.

Sistem 10 ban ini mungkin akan digunakan di rank Mythic dan dijangka bakal diimplimentasikan pada separuh kedua tahun ini iaitu Julai sehigga Disember. Buat masa ini, pemain yang rank-nya Legend ke atas dapat menggunakan sistem 6 ban.

Selain itu, khabar angin mengatakan Moonton tiada perancangan untuk memperkenalkan sistem Role Queue semasa perlawanan rank. Role Queue adalah peranan bagi setiap pemain. Setiap pasukan memerlukan seorang hero Tank, 2 hero Carry (Jungler + Marksman), seorang hero fighter dan seorang hero Mage. Pembatalan Role Queue akan mengurangkan troll.

Pemain perlu menerima berita ini sebagai khabar angin dan mengurangkan jangkaan mereka untuk melihat kesemua berita ini menjadi kenyataan memandangkan pihak pembangun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/moonton-rancang-perkenal-sistem-10-ban-di-rank-mythic"} {"title": "PUBG Mobile Lancar Kolaborasi Dengan Polis Evo 3", "body": "

Permainan mudah alih popular PUBG Mobile telah melancarkan satu kolaborasi dengan filem tempatan yang tengah menjadi hits, Polis Evo 3. Kolaborasi ini akan membawa pelbagai kandungan baru seperti pek suara dan barangan ke dalam permainan.

Para pemain akan berpeluang mendapatkan pek suara Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dengan menyertai event yang dinamakan Operasi Evo. Event ini sudah pun bermula pada 27 Mei lalu dan akan tamat pada 4 Jun ini.

Untuk mendapatkan pek suara ini secara percuma, pemain perlu melengkapkan misi iaitu mendapat top 5 sebanyak 7 kali untuk mendapatkan pek suara Inspektor Sani dengan 3 voicelines. Pemain juga harus mengalahkan 30 musuh untuk mendapatkan suara pek Inspektor Khai dengan 3 voiceline.

Voicelines bagi dua karakter ini juga boleh ditambah sehingga 8 voicelines jika pemain membeli dengan harga 80 Ocean Crystal.

Selain itu, PUBG Mobile juga akan menampilkan lagu tema Polis Evo 3, \"AYUH\" semasa pemain berada di Game Lobby. Antara hadiah lain yang ditawarkan sekiranya pemain menghabiskan misi adalah bingkai profil, gambar profil dan penyembur grafiti.

Berikut adalah misi dan hadiah yang korang akan dapat:

Operasi Evo (27 Mei \u2013 4 Jun)

Login 1 Hari \u2013 Lobby Music \u2013 AYUH (OST Polis Evo 3)

Online selama 30 minit \u2013 Bingkai Profil + Gambar Profil

Habiskan 3 perlawanan bersama rakan \u2013 Penyembur Grafiti

Mendapat Top 5 sebanyak 7 kali \u2013 Inspekstor Sani (Basic Edition) \u2013 3 Voicelines

Kalahkan 30 musuh \u2013 Inspektor Khai (Basic Edition) \u2013 3 Voicelines

\u00a0

Pek Suara Ekstra Inspektor Khai dan Inspektor Sani \u00a0(27 Mei\u2013 30 Jun 2023)

Inspektor Khair (Enhanced Edition) \u2013 8 Voicelines \u2013 80 Ocean Crystals

Inspektor Sani (Enhanced Edition) \u2013 8 Voieclines \u2013 80 Ocean Crystals

\u00a0

Polis Evo 3 lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sudah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 25 Mei lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-lancar-kolaborasi-dengan-polis-evo-3"} {"title": "Bandai Namco Sahkan Bryan Fury Akan Kembali Ke Tekken 8", "body": "

Selepas pengumuman kembalinya karakter Hwoarang, Bandai Namco telah mengumumkan satu lagi karakter yang akan muncul dalam Tekken 8 iaitu Bryan Fury. Berita ini diumumkan ketika kejohanan Combo Breaker 2023\u00a0

Bryan Fury adalah seorang karakter yang popular sejak kemunculan pertamanya di permainan Tekken 3. Fury sebenarnya seorang detektif polis yang kemudian menjadi cyborg dan terkenal kerana gerakannya yang brutal dan personalitinya yang tidak menunjukkan sebarang belas kasihan. \u00a0

Selain Bryan Fury, karakter yang akan membuat kemunculan di Tekken 8 adalah Nina Williams,\u00a0Kazuya Mishima,\u00a0Jin Kazama, Paul Phoenix,\u00a0Lars Alexandersson, Jack-8,\u00a0Jun Kazama, Ling Xioayu, Leroy Smith, Asuka Kazama, Lili dan Hwoarang.

Kelmarin, berita mengenai kemunculan Bryan Fury telah terdedah secara awal di Twitter rasmi Bandai Namco bahagian Eropah. Hal ini menyebabkan producer, Katsuhiro Harada kecewa dan mengingatkan Bandai Namco untuk tidak post meggunakan timer. Karakter ini dijadualkan diperkenalkan ketika Combo Breaker 2023 hari ini.\u00a0

Masih tiada tarikh rasmi bagi keluaran permainan Tekken 8 ini. Permainan ini dijangka akan dikeluarkan di platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bandai-namco-sahkan-bryan-fury-akan-kembali-ke-tekken-8"} {"title": "Assassin's Creed Mirage Bakal Hadir Pada Oktober Ini", "body": "

Ubisoft telah mendedahkan trailer terbaru untuk permainan mereka yang bakal dilancarkan, Assassin's Creed Mirage. Berbeza dengan Assassin's Creed Valhalla yang memfokuskan open-world RPG, permainan ini kembali menekankan free running dan parkour.

Garis masa Mirage disetkan beberapa tahun sebelum Valhalla. Permainan ini mengisahkan seorang karakter yang pernah muncul dalam Valhalla iaitu Basim Ibn Ishaq. Basim adalah seorang pencuri di Baghdad yang dilantik menjadi ahli Hidden Ones dan merupakan reincarnation daripada Loki membolehkan dia mengingati kehidupan lalunya.

Sama seperti protagonis lain dalam siri permainan ini, Basim menggunakan pelbagai senjata tradisional iaitu bom asap, pisau dan racun.

Ubisoft juga mendedahkan beberapa keupayaan baru dalam permainan ini iaitu Assassin Focus yang membolehkan Basim membunuh beberapa sasaran secara berturut-turut. Suatu elemen baru parkour iaitu Pole Vault juga diperkenalkan, membolehkan pemain untuk menggunakan tiang yang dijatuhkan bagi menyeberangi jurang antara bangunan.

Assassin's Creed Mirage adalah permainan action-adventure yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Ubisoft. Permainan ini akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/assassin-s-creed-mirage-bakal-hadir-pada-oktober-ini"} {"title": "Alan Wake 2 Akan Mempunyai Dua Karakter Yang Boleh Dimainkan", "body": "

Remedy Entertainment telah mengeluarkan suatu trailer terbaru untuk permainan survival horror, Alan Wake 2 ketika PlayStation Showcase yang diadakan minggu lepas. Trailer itu juga telah memaparkan beberapa maklumat seperti tarikh perlancaran.

Dalam trailer itu, ia memaparkan Alan Wake yang terperangkap di sebuah tempat dinamakan Dark Place. Trailer itu juga menampilkan satu protagonis baru iaitu Saga Anderson. Permainan ini akan memberikan peluang kepada pemain untuk menggunakan dua karakter, Alan Wake dan Saga Anderson.

Plot permainan ini mengisahkan seorang ejen FBI, Saga Anderson yang perlu menyiasat beberapa kes pembunuhan di Bright Falls selepas 13 tahun kehilangan Alan Wake. Dia kemudian mendapati cerita fiksyen seram yang ditulis Wake berlaku secara real kepada dirinya.\u00a0

Alan Wake 2 adalah sekuel kepada Alan Wake yang pernah dikeluarkan pada tahun 2010. Permainan ini pertama kalinya diumumkan pada tahun 2021 tetapi kurang maklumat mengenainya sejak diumumkan. Pelakon suara bagi karakter Alan Wake, Matthew Porretta sebelum ini mendedahkan permainan ini akan dikeluarkan sekitar Oktober.

Remedy juga telah mengesahkan permainan ini akan dilancarkan pada 17 Oktober 2023 di platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S. Maklumat mengenai Alan Wake 2 mungkin akan diperincikan pada Summer Game Fest bulan depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alan-wake-2-akan-mempunyai-dua-karakter-yang-boleh-dimainkan"} {"title": "Back-To-Back Champions, 2023 PMPL MY Spring Milik Geek Slate", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya 2023 PMPL MY Spring yang mana Geek Slate sekali lagi berjaya muncul sebagai juara dengan Don\u2019t Break Dreams berada di tempat kedua dan RAV3NWOOD berada di tempat ketiga.

Prestasi GEEK SLATE sememangnya cemerlang, dan penguasaan konsisten mereka sepanjang liga itu membolehkan mereka mendapat tempat sebagai wakil Malaysia dalam kejohanan PUBG MOBILE SUPER LEAGUE SOUTHEAST ASIA (PMSL SEA).

GEEK SLATE telah mencipta rekod baharu dengan menjadi pasukan pertama memenangi PMPL Country League sebanyak tiga kali. Sebagai tambahan kepada kemenangan terbaharu mereka pada 2023 PMPL MY Spring, pasukan itu juga telah muncul sebagai pemenang pada 2022 PMPL MY/SG/PH Fall dan PMPL MYSG \u200b\u200bMusim Ke-4 dibawah nama GEEK FAM.

Konsistensi dan penguasaan GEEK SLATE dalam persada esport PUBG MOBILE di Malaysia telah memberikan mereka reputasi sebagai salah satu pasukan teratas negara.

Dengan kemenangan GEEK SLATE dalam PMPL MY Spring 2023, mereka akan mewakili Malaysia di PUBG MOBILE SUPER LEAGUE SOUTHEAST ASIA (PMSL SEA).\u00a0

PMSL SEA baru-baru ini telah dinaik taraf daripada Kejohanan PMPL SEA dan akan menyaksikan beberapa pasukan terbaik dari Asia Tenggara bersaing antara satu sama lain dalam format baharu. Musim pertama PMSL SEA akan bermula pada Mac 2023.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/back-to-back-champions-2023-pmpl-my-spring-milik-geek-slate"} {"title": "Syarikat Penstriman Tempatan, Durioo+ Bakal Hadir Dengan Permainan Video", "body": "

Syarikat penstriman tempatan yang bertemakan Islam iaitu Durioo+ baru-baru ini berjaya mengumpulkan dana awal sebanyak USD2.85 juta (RM12.5 juta).

Durioo+ telah ditubuhkan pada Februari 2022 dan dalam masa setahun sahaja telah berjaya menjadi platform streaming Muslim yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia untuk anak-anak mereka.\u00a0

Selain daripada kandungan kanak-kanak seperti animasi Little Ammar dan Mina Mila, Durioo+ juga menyatakan yang mereka juga akan mengembangkan platform mereka ke arena permainan video.\u00a0

Dengan menggunakan nama Durioo Games, Durioo+ akan melakukan kolaborasi bersama studio animasi, studio produksi dan game developer tempatan dan juga luar negara untuk memastikan mereka menghasilkan permainan video yang bukan saja sesuai untuk kanak-kanak tapi juga masih menerapkan ciri-ciri islamik.\u00a0

Aplikasi Durioo+ boleh dimuat turun di Google Store dan juga Apple App Store secara percuma.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/syarikat-penstriman-tempatan-durioo-bakal-hadir-dengan-permainan-video"} {"title": "SPOTV Akan Menyiarkan AEW Special Revolution Secara Percuma Di Malaysia", "body": "

SPOTV baru-baru ini mengumumkan yang mereka akan menyiarkan All Elite Wrestling (AEW) Special Revolution secara langsung dan percuma bagi peminat-peminat di Malaysia. Siaran istimewa ini akan disiarkan melalui aplikasi mobile mereka iaitu SPOTV NOW.

Untuk pengetahuan korang AEW Revolution adalah siri pertama dari empat siri istimewa AEW dan salah satu acara gusti yang dinantikan setiap tahun.

Siaran langsung dari Chase Center di San Francisco California ini akan berlangsung selama empat jam yang mana akan menampilkan Juara Dunia AEW iaitu AJF menentang Bryan Danielson dalam acara Ironman Match.\u00a0

Selain AJF dan Bryan, AEW Special Revolution ini juga akan menampilkan Jericho, Kenny Omega, The Young Bucks, Jon Moxley, Hangman Page, Dr. Britt Baker, Samoa Joe dan ramai lagi.

Para peminat boleh menonton stream ini melalui aplikasi mobile SPOTV NOW pada 6 Mac 2023 bermula pada pukul 8 pagi. AEW Revolution juga akan disiarkan di saluran SPOTV secara tertunda pada 6 Mac jam 10 malam di Astro dan Unifi TV. Aplikasi SPOTV NOW boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spotv-akan-menyiarkan-aew-special-revolution-secara-percuma-di-malaysia"} {"title": "vivo Memperkenalkan vivo V27e, Dijual Pada Harga RM1299 Sahaja", "body": "

vivo baru-baru ini telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang mengfokuskan kepada pengguna yang suka menghasilkan konten di Social Media.\u00a0

Smartphone terbaru yang diberi nama vivo V27e ini dilengkapi dengan kamera Ultra-Sensing OIS 64MP, fungsi Aura Light Potrait dan juga dua variasi warna yang menarik.\u00a0

vivo V27e ini merupakan salah satu daripada 3 model yang dikeluarkan oleh vivo iaitu vivo V27, vivo V27 Pro dan yang terakhir vivo V27e.

Dari segi spec, vivo V27e ini dikuasakan dengan MediaTek Helio G99 dan akan didatangkan dengan 8+8GB RAM dan 256GB ROM. Untuk operating system, vivo V27e ini akan menggunakan Funtouch OS 13 yang mana berasaskan Android 13.

Dengan screen sebesar 6.62\" dengan resolusi 1080 x 2400, ianya juga didatangkan feature Sunlight AMOLED dan kadar kecerahan 1300 nits. Tak dilupakan ianya juga menyokong 120Hz refresh rate.

Untuk bateri, vivo V27e ini dilengkapi dengan bateri sebesar 4600mAh yang mana didatangkan dengan feature fast charging 66W.\u00a0

Selling point untuk vivo V27e ini sudah tentunya pada bahagian kameranya. vivo V27e ini hadir dengan 3 kamera iaitu 64MP OIS (Kamera Utama), 2MP Bokeh dan juga 32MP Selfie Camera.

Dengan harga RM1299, vivo V27e ini nampaknya mampu menarik minat pengguna yang mencari sebuah smartphone yang sesuai digunakan untuk menghasilkan social media content yang bagus namun masih berada ditahap mampu milik.\u00a0

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan smartphone vivo V27e ini, ada tawaran menarik untuk korang yang mana bermula 4 Mac 2023, setiap pembelian vivo V27e melalui laman rasmi vivo akan menerima hadiah bernilai RM666!

Korang boleh dapatkan vivo V27e ini melalui laman rasmi vivo ataupun melalui Shopee rasmi vivo di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vivo-memperkenalkan-vivo-v27e-dijual-pada-harga-rm1299-sahaja"} {"title": "Claz'room College Umum Kerjasama Dengan Penerbit PUBG Mobile, Level Infinite", "body": "

Salah satu institusi multimedia kreatif di Malaysia iaitu Claz'room College baru-baru ini telah menandatangi MoU bersama dengan penerbit PUBG Mobile iaitu Level Infinite, game developer dibawah Tencent Games.

MoU ini merupakan satu persetujuan kerjasama diantara Claz'room College dan Level Infinite bagi membantu menaik taraf dan membantu anak-anak tempatan dalam industri digital creative.

Melalui kerjasama ini, pihak Level Infinite akan menghantar tenaga pengajar bagi membantu pelajar-pelajar di Claz'room College dan berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan mereka dalam industri digital creative ini.

Bukan setakat menghantar tenaga pengajar, pihak Level Infinite juga akan menyediakan kuota internship kepada pelajar-pelajar di Claz'room College untuk melakukan latihan industri di Level Infinite.\u00a0

Bagi korang yang berminat nak sambung belajar dalam bidang animasi, gaming dan juga video production, korang boleh lihat course yang disediakan di Claz'room College di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/claz-room-college-umum-kerjasama-dengan-penerbit-pubg-mobile-level-infinite"} {"title": "#AdeenTalk - Import Coach Luar Negara, Apa Kesannya Kepada Scene MPL MY", "body": "

ARTIKEL INI DITULIS OLEH ADEEN

Saya nak bawa anda sebentar ke masa hadapan dan bayangkan di mana ketika itu pasukan yang mempunyai jurulatih dari luar negara berjaya menang MPL MY. Apa maksudnya untuk coach-coach Malaysia kita? Adakah maksudnya mereka tak hebat? Adakah maksudnya kualiti coach kita tak bagus?.

Kalau benar perkara ini berlaku, sejujurnya saya rasa ia perkara yang bagus kerana kita dapat tahu ada sesuatu yang masih kurang dalam jurulatih tempatan kita.\u00a0

Oleh itu, kita boleh gunakan peluang ini untuk tingkatkan kualiti jurulatih tempatan kita dengan sharing session atau bonding session bersama jurulatih international. Saya percaya yang kadangkala kita perlu ambil 1 langkah kebelakang untuk pergi 3 langkah kehadapan.

Selain itu, ini boleh membuka mata kepada banyak organisasi malah Kementerian Belia dan Sukan juga untuk wujudkan coaching workshop untuk MLBB.\u00a0

Secara tidak langsung, kita mampu melahirkan jurulatih yang lebih berkaliber untuk memimpin pasukan MLBB Malaysia. Coaching workshop boleh dikendali oleh jurulatih international yang ada good track record dan mereka boleh berkongsi ilmu bersama.\u00a0

Kita boleh ambil konsep bola sepak Malaysia, dimana coaching staff import yang berkualiti dibawa masuk untuk membantu Harimau Malaya kita.

Akhir kata, saya rasa akan ada banyak tomahan akan dikenakan ke atas jurulatih tempatan kita kalau hal ini berlaku. Namun, kita wajib jadi lebih cerdik untuk melihat perkara ini disudut yang berbeza, dipandangan yang lebih positif.\u00a0

Tapi guys, sembang tak ada guna kalau tak tengok MPL MY musim ke-11, so pastikan korang tengok MPL MY pada 10 Mac 2023 ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adeentalk-import-coach-luar-negara-apa-kesannya-kepada-scene-mpl-my"} {"title": "Pokemon Scarlet & Violet Bakal Terima DLC Berbayar Pertama Mereka", "body": "

Baru-baru ini pihak Pokemon telah mengumumkan satu berita gembira bagi peminat-peminat permainan video Pokemon Scarlet & Violet yang mana mereka bakal melancarkan DLC berbayar pertama untuk permainan video tersebut.

DLC ini dikatakan akan hadir pada musim luruh tahun ini, iaitu berkemungkinan akan hadir pada seawal bulan September ataupun selewat-lewatnya pada Disember 2023.

DLC yang diberi nama The Hidden Treasure of Area Zero ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian yang mana bahagian pertama diberi nama The Teal Mask dan bahagian kedua diberi nama The Indigo Disc.

DLC berbayar pertama untuk Pokemon Scarlet & Violet ini akan membawa pemain menjelajah luar dari Paldea Region dan juga bakal hadir dengan pelbagai Pokemon-Pokemon baru!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pokemon-scarlet-violet-bakal-terima-dlc-berbayar-pertama-mereka"} {"title": "Pengembaraan Menarik Bersama Pokemon Concierge: Animasi Baharu di Netflix", "body": "

Baru-baru ini Netflix telah mengumumkan satu animasi terbaru Pokemon sempena Pokemon Day yang diberi nama Pokemon Concierge. Apa yang menariknya tentang animasi ini adalah ianya menggunakan kaedah Stop Motion!

Animasi Pokemon Concierge ini akan dihasilkan oleh salah satu studio anima terkenal di Jepun iaitu Japan Dwarf Studio.\u00a0

Siri animasi Pokemon Concierge ini akan menceritakan pengembaraan Haru dan juga Psyduck yang bertemu dengan trainer-trainer lain semasa sedang bercuti di Pokemon Resort.\u00a0

Buat masa ini Netflix masih belum mengumumkan tentang siapakah yang voice actor dan juga bilakah tarikh rasmi siri animasi ini akan tiba di Netflix.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pengembaraan-menarik-bersama-pokemon-concierge-animasi-baharu-di-netflix"} {"title": "OnePlus Umum Kerjasama Teknikal Bersama Perfect World Games", "body": "

OnePlus baru-baru ini telah membuat satu pengumuman berkenaan kerjasama mereka dengan salah satu gaming studio di China iaitu Perfect World Games.

Kerjasama teknikal ini adalah untuk menambah teknologi Ray Tracing pada permainan video mobile.\u00a0

Teknologi Ray Tracing ini dapat dilihat ketika di MWC 2023 (Mobile World Congress 2023) yang mana pengunjung dapat merasakan sendiri teknologi ini ketika bermain permainan video Tower of Fantasy pada smartphone OnePlus 11 5G.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/oneplus-umum-kerjasama-teknikal-bersama-perfect-world-games"} {"title": "Moist Esports Memperkenalkan Divisi Valorant, Ambik Pasukan BreakThru", "body": "

Baru-baru ini co-owner Moist Esports iaitu Ludwig telah mendedahkan yang Moist Esports akan menubuhkan pasukan Valorant mereka sendiri untuk bertanding di NA Valorant Challengers.

the rumors are true!

I spent $500k of charlie's money a valorant team

say hello to Moist Moguls ft.@OfficialAproto @symrifle @brawku@1flyuh @thi9f

coached by @Tanizhq

dont tell @MoistEsports

\u2014 ludwig (@LudwigAhgren) February 26, 2023

Divisi Valorant yang diberi nama Moist Moguls ini terdiri daripada pemain-pemain pasukan BreakThru yang mana terdiri daripada bekas pemain pasukan Ghost Gaming dan juga Faze Clan. Tidak dilupakan pasukan ini juga mempunyai bekas jurulatih Vitality iaitu Tanizhq.

Berikut merupakan senarai pemain untuk pasukan Moist Moguls:

Debut pertama untuk pasukan Moist Moguls adalah pada perlawanan menentang pasukan Turtle Troop yang mana telah pun berlangsung hari ini. Pasukan Moist Moguls tewas ditangan Turtle Troop dengan mata 2 berbalas 0.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/moist-esports-memperkenalkan-divisi-valorant-akan-bertanding-di-na-valorant-challengers"} {"title": "Beng Sah Sebagai Mid Laner Baru RED Esports, Tambah 3 Lagi Pemain Baru", "body": "

Melalui pengumuman line-up untuk MPL MY S11 yang akan datang, RED Esports akhirnya mengesahkan yang Beng kini akan bermain untuk pasukan mereka.\u00a0

Sebelum ini ura-ura tentang bekas pemain Homebois ini memasuki pasukan RED Esports mula tersebar dari Podcast With Daddy yang mana Rush yang merupakan tetamu untuk podcast tersebut mendedahkan yang Beng akan bermain untuk RED Esports.\u00a0

Selain dari Beng, RED Esport turut memasukkan 3 lagi pemain baru. Cuma Mal dan Erennn saja yang merupakan line-up asal untuk RED Esports. 3 lagi pemain baru tersebut adalah:

SoraPayung juga nampaknya akan kembali menggalas tugas sebagai coach untuk pasukan RED Esports. Berikut merupakan full line-up untuk pasukan RED Esports:\u00a0

Adakah dengan membawa 4 pemain baru ini mampu membawa pasukan RED Esports ke Grand Final MPL MY Musim Kesebelas? sama-sama kita nantikan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bengg-sah-sebagai-mid-laner-baru-red-esports-tambah-3-lagi-pemain-baru"} {"title": "Razer Dan Faker Berkerjasama Hasilkan Razer DeathAdder V3 Pro Faker Edition", "body": "

Berita baik untuk peminat-peminat barangan Razer dan peminat Faker kerana Razer dan Faker baru saja mengumumkan kerjasama mereka untuk menghasilkan gaming mouse yang direka dan dinamakan sendiri oleh pro player tersebut.

Diberi nama Razer DeathAdder V3 Pro Faker Edition, gaming mouse ini mempunyai tema warna hitam dan merah juga tidak dilupakan akan mempunyai tandatangan Faker pada bahagian right button gaming mouse tersebut.

Razer juga menyatakan mereka telah menambah beberapa improvement untuk Razer DeathAdder V3 Pro ini berbanding dengan dua versi sebelum ini iaitu DeathAdder V2 Pro dan DeathAdder V2 X Hyperspeed.

Razer DeathAdder V3 Pro Faker Edition ini akan dijual pada harga USD169.99 dan boleh didapati di website rasmi Razer.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/razer-dan-faker-berkerjasama-hasilkan-razer-deathadder-v3-pro-faker-edition"} {"title": "FwydChickn Tidak Akan Bermain Di MSC 2023, Kejohanan Yang Tak Penting Baginya", "body": "

\u201cSiapa yang kisah tentang MSC 2023? MSC tidak penting. Tiada siapa yang peduli tentang MSC 2023\u201d - FwydChickn\u00a0

Itulah jawapan yang diberikan oleh FwydChickn ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk MSC 2023 akan datang.

FwydChickn\u00a0ataupun nama sebenarnya Ian Hohl menyatakan dia lebih berminat untuk mendapatkan peluang untuk bermain di MPL ID dan menimba pengalaman disana.\u00a0

Dia juga berkata yang dia tidak nampak apa-apa kebaikkan untuk fokus pada kejohanan seperti MSC 2023 sebaliknya dia lebih berminat untuk bersedia menghadapi M5 World Championship.

\u201cMereka (peminat) hanya akan bercakap tentang MPL dan M World Championship saja. Mereka (peminat) tidak peduli tentang MSC, SEA Games ataupun IESF. Hanya peminat tegar saja yang peduli tentang kejohanan ini\"

Dia yang sebelum ini bermain dibahagian EXP Lane untuk pasukan The Valley masih belum mengatakan pasukan mana yang dia sedang dalam proses try out sekarang namun mengesahkan dia tidak akan bermain untuk pasukan dari Filipina kerana merasakan region lain mempunyai peluang yang lebih besar untuknya.

Sumber: AFK Gaming.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fwydchickn-tidak-akan-bermain-di-msc-2023-kejohanan-yang-tak-penting-baginya"} {"title": "Pendaftaran Kejohanan Call of Duty: Warzone 2.0 ONE Esports New World Royale Dibuka Sekarang", "body": "

Baru-baru ini pihak ONE Esports telah mengumumkan kerjasama antara mereka dan Activision Blizzard untuk kejohanan Call of Duty: Warzone 2.0 yang mana berlangsung pada Mac 2023.

Kejohanan terbuka ini membuka peluang pasukan-pasukan dari Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina dan juga Singapura. Pemain akan bermain dalam Quads (4 pemain dalam 1 pasukan) game mode untuk merebut prizepool berjumlah USD5,100 dan juga COD Point bernilai USD10,000.

Kejohanan ini akan bermula pada 25 Mac 2023 dan 26 Mac 2023 yang mana akan dipecahkan kepada dua pusingan kelayakan. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam pusingan kelayakan akan ke Semifinal yang mana akan bermula pada 1 April 2023.\u00a0

Pusingan kelayakan akan dijalankan secara online dan hanya Semifinal dan Grand Final sahaja akan disiarkan secara langsung di Facebook, Twitch dan Youtube rasmi ONE Esports.

Pendaftaran adalah percuma dan sudah pun dibuka sejak 15 Februari 2023 yang lepas. Bagi korang yang berminat, korang boleh check INFO lanjut dan mendaftar di SINI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-kejohanan-call-of-duty-warzone-2-0-one-esports-new-world-royale-dibuka-sekarang"} {"title": "3 PC Games Yang Bakal Hadir Pada Bulan Mac Tahun Ini", "body": "

Tahun ini boleh dikatakan banyak permainan video yang bakal dikeluarkan. Kami pasti ramai pembaca-pembaca Gamers on Duty yang tak sabar menunggu permainan video kegemaran mereka.

Hari ini kitorang nak share 3 PC Games yang kami tak sabar nak cuba untuk bulan Mac 2023 ini.

Wo Long: Fallen Dynasty

Wo Long: Fallen Dynasty merupakan satu permainan video Action-Role Playing game yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Koei Tecmo.\u00a0

Permainan video yang mempunyai vibe seperti permainan video Nioh ini bakal hadir pada 3 Mac 2023 untuk PC dan juga Konsol.\u00a0

Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse

Sebut nama Fatal Frame, sudah pastinya ramai yang tahu tentang siri permainan video horror Jepun ini. Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse ini merupakan siri keempat untuk permainan video Fatal Frame dan juga siri Fatal Frame pertama yang juga akan dilancarkan di Nintendo Switch.

Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse ini dihasilkan oleh Tecmo, Nintendo SPD dan juga Grasshopper Manufacture dan akan dikeluarkan oleh Nintendo dan juga Koei Tecmo. Permainan video ini akan menemui peminat pada 9 Mac 2023 untuk PC dan juga Konsol.\u00a0

Resident Evil 4 Remake

Satu lagi permainan video horror yang akan keluar pada bulan Mac ini adalah Resident Evil 4 Remake. Permainan video ini pada asalnya telah dikeluarkan pada tahun 2005 oleh Capcom.

Dalam Resident Evil 4 Remake ini, pemain akan bermain sebagai Leon S. Kennedy yang mana telah ditugaskan untuk menyelamatkan Ashley Graham, anak perempuan kepada President of the United States. Permainan video ini akan dikeluarkan pada 24 Mac 2023 untuk PC dan juga Konsol.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-pc-games-yang-bakal-hadir-pada-bulan-mac-tahun-ini"} {"title": "UFO Robot Grendizer: The Feast of the Wolves Bakal Hadir Tahun Ini", "body": "

Bagi peminat manga UFO Robot Grendizer, semestinya gembira apabila Manga yang pernah popular pada sekitar tahun 70an sehingga 80an ini akan tiba dalam bentuk permainan video pada tahun ini.

Permainan video yang diberi nama UFO Robot Grendizer: The Feast of the Wolves ini membolehkan pemain untuk mengawal robot gergasi ini yang mana juga dikenali sebagai Goldorak untuk menentang musuh utamanya iaitu King Vega.

Permainan video ini dibangunkan oleh ENDROAD dan dikeluarkan oleh Microids. Melalui trailer yang telah dikeluarkan baru-baru ini, UFO Robot Grendizer: The Feast of the Wolves dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun ini untuk PC dan juga Konsol namun tarikh rasmi masih belum diumumkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ufo-robot-grendizer-the-feast-of-the-wolves-bakal-hadir-tahun-ini"} {"title": "OzoraVeki Kembali Ke MLBB, Interim Coach Untuk Yoodo Red Giant", "body": "

Sebut nama OzoraVeki, pasti ramai otai-otai Mobile Legends: Bang Bang yang mengenali nama ini. OzoraVeki pernah bermain untuk Geek Fam dibahagian Mid Lane sebelum dia berhijrah ke divisi Wild Rift Geek Fam juga sebagai Mid Lane.

Pada November 2021, dia telah berpindah ke pasukan SEM9 juga sebagai Mid Lane dan akhirnya dia nampaknya telah kembali ke MLBB untuk MPL MY S11 kali ini.

Namun kembalinya OzoraVeki ataupun nama sebenarnya Poon Kok Sing ke scene Mobile Legends: Bang Bang bukanlah sebagai pemain tapi sebagai Interim Coach untuk pasukan Yoodo Red Giant.

Pasukan Yoodo Red Giant setakat ini masih lagi belum mengumumkan Head Coach mereka untuk MPL MY S11.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ozoraveki-kembali-ke-mlbb-interim-coach-untuk-yoodo-red-giant"} {"title": "3 Kang Variant Yang Muncul Dalam Ant-Man And The Wasp: Quantumania", "body": "

PERHATIAN! ARTICLE INI MENGANDUNGI SPOILER UNTUK FILEM ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA. KALAU KORANG BELUM TENGOK LAGI KORANG BOLEH SAVE DAN SKIP DULU ARTICLE INI YE!

Ant-Man And The Wasp: Quantumania baru saja ditayangkan pada 17 Februari 2023 yang lepas yang mana mendapat mix reaction dari peminat-peminat filem siri MCU.\u00a0

Namun filem ini telah berjaya mendapatkan USD225 juta pada minggu pembukaannya yang mana USD121 juta datangnya dari tayangan luar negara.\u00a0

Dalam filem terbaru dan pembuka kepada Phase 5 MCU ini, mereka telah memperkenalkan watak Kang yang mana akan menjadi musuh utama untuk Avengers pada Phase 5 ini. Kalau korang nak tahu siapa itu Kang, korang boleh klik di SINI.

Untuk article kali ini, kitorang nak perkenalkan korang dengan beberapa Kang Variant yang muncul dalam filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania.

IMMORTUS

Kalau mengikut komik, Immortus merupakan Kang Variant yang paling tua sekali. Dia merupakan Kang versi masa depan dan apa yang akan jadi bila Kang sudah tua nanti.

Di dalam komik juga Immortus pernah berkerjasama dengan Avengers bagi menghalang versi dirinya yang cuba mengancam multiverse.

RAMA-TUT

Rama-Tut merupakan Kang Variant yang telah pergi ke masa silam dan menakluk Mesir Purba.\u00a0

Di dalam komik Marvel, Rama-Tut pernah berjumpa dengan salah satu musuh X-Men iaitu Apocalypse, The First Mutant dan juga Khonshu, The Egyptian Moon God.

VICTOR TIMELY

Dalam komik, Victor Timely merupakan Kang Variant yang telah kembali ke abad ke-20 supaya dia dapat menakluki abad ke-21. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan bandar Timely dan menjadi datuk bandar tersebut.\u00a0

Dalam post-credit scene Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Victor Timely nampaknya akan muncul dalam Loki musim kedua.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-kang-variant-yang-muncul-dalam-ant-man-and-the-wasp-quantumania"} {"title": "Rank Baru Akan Ditambah Diantara Mythic Dan Mythical Glory", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends: Bang Bang telah mengeluarkan satu pengumuman di Instagram rasmi mereka yang menyatakan mereka dalam perancangan untuk menambah satu lagi rank diantara Mythic dan Mythical Glory.

Selain menambah Rank baru, mereka juga menyatakan yang mereka akan memperbaiki sistem ranking yang terdapat pada permainan video mobile tersebut.\u00a0

Tidak dilupakan yang mereka juga akan menambah Display Logo bagi Rank Mythical Glory dan memberikan skin khas setiap tahun bagi mereka yang berjaya mendapatkan Rank Mythic.\u00a0

Skin ini dikatakan akan direka bersama-sama dengan pemain dan peminat akan berpeluang untuk mengundi skin pilihan mereka setiap tahun.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rank-baru-akan-ditambah-diantara-mythic-dan-mythical-glory"} {"title": "Pasukan Dan Jadual Regular Season Untuk MPL SG Musim Kelima", "body": "

Bagi korang yang tak tahu, MPL SG Musim Kelima bakal berlangsung tidak lama lagi. Kejohanan MLBB ini bakal memulakan Regular Season mereka pada 11 Mac 2023 sehingga 2 April 2023.

Sebanyak lapan pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan kali ini. Lapan pasukan tersebut adalah:\u00a0

Pada peringkat Regular Season, pasukan akan bermain dalam format Single Round Robin dan semua perlawanan adalah Best of 3. Empat pasukan teratas akan mara ke Upper Bracket dan Empat pasukan terbawah akan melalui Lower Bracket pada Playoff nanti.

Berikut merupakan jadual perlawanan untuk Regular Season Week 1 MPL SG S5:

MPL SG S5 Regular Season Week 1 (Sabtu 11 Mac 2023)

MPL SG S5 Regular Season Week 1 (Ahad 12 Mac 2023)

8 Pasukan ini akan merebut prizepool sebanyak SGD100,000 yang mana juara akan membawa pulang piala MPL SG S5 dan wang tunai SGD 22,362.64.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-dan-jadual-regular-season-untuk-mpl-sg-musim-kelima"} {"title": "PUBG Mobile Dan Lionel Messi Berganding Bahu", "body": "

PUBG Mobile memaklumkan kolaborasi mereka dengan Lionel Messi, seorang ikon bola sepak yang amat terkenal di serata dunia dan berasal dari Argentina sempana update 2.3. Akan diadakan juga barangan terhad sempena meraikan kolaboraasi dengan Lionel Messi.\u00a0

Buat masa ini, antara barangan yang disebutkan adalah beberapa koleksi kostum bertemakan bola sepak. Tarikh yang akan dikeluarkan belum dapat disahkan lagi namun dikatakan akan keluar pada pertengahan bulan November.

Ini bukanlah kali pertama PUBG Mobile berkolaborasi dengan seseorang berpunyakan high profile.\u00a0

Antara contohnya ialah kumpulan K-Pop Blackpink, di mana mereka telah menjadi tuan rumah bagi mengadakan konsert virtual di dalam permainan videonya seperti Fortnite suatu ketika dahulu. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-dan-lionel-messi-berganding-bahu"} {"title": "Call Of Duty Modern Warfare II Dilancarkan", "body": "

Permainan video Call of Duty Modern Warfare II telah pun dilancarkan oleh Activision untuk pengguna PS4, PS5, Xbox Series dan juga PC atas sambungan penceritaan dari permainan yang sebelumnya iaitu Call of Duty Modern Warfare yang telah diterbitkan pada 2019.\u00a0

Penceritaan Campaign dimulakan dengan pemain mengikut satu pasukan yang dinamakan Task Force 141 dalam menyelesaikan satu misi. Dalam pasukan ini akan disertai sekali lima watak iaitu Captain John Price, Kyle Garrick, Simon Riley, John MacTavish dan yang terbaru Alejandro Vargas.

Bukan sahaja itu, di permainan baru ini juga telah ditambahkan sekali dengan berbagai-bagai mod multiplayer untuk menyeronokkan lagi keadaan. Antaranya ialah mod biasa, mod Prisoner Rescue dan mod Knock Out. Pre-order sekarang untuk dapatkan akses Campaign seminggu awal!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-modern-warfare-ii-dilancarkan"} {"title": "Muerta - Hero Baharu Dota 2", "body": "

Dota 2 telah mengumumkan hero terbaru bernama Muerta dengan satu video teaser di The International 2022 (TI11) yang diadakan di Singapura. Apabila tiba masanya hero ini dirasmikan, Muerta akan menjadi hero ke-124 di dunia Dota 2.

Muerta dihasilkan dengan rupa bentuk tengkorak dan beberapa bunga marigold tersusun di kepalanya kerana hero ini diinspirasikan dengan hari sambutan orang Mexico, Dia de los Muertos (Hari Kematian). Kuasanya masih belum diketahui lagi, namun yang pasti Muerto akan menggunakan sepucuk pistol sebagai senjatanya.

Walaupun sudah ada 120 hero dalam Dota 2, pemain masih lagi teruja dengan berita hero terbaru dan mungkin masih lagi mencari karakter dengan kuasa yang sesuai untuk menaikkan lagi kemenangan mereka. Jadi nantikan Muerta, hero pertama dari Mexico di 2023!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/muerta-hero-baharu-dota-2"} {"title": "#GGRev Odd Taxi: In The Woods (2022)", "body": "

Odd Taxi: In The Woods adalah sebuah animasi antropomorfik misteri dari Jepun yang dikeluarkan pada 1 April 2022. Animasi ini dikategorikan sebagai tayangan filem (movie) kerana berdurasi dua jam tujuh minit. Pengarah untuk filem ini ialah Baku Kinoshita manakala penulis dan pencipta Odd Taxi ialah Kadzuya Konomoto. Dia juga telah menulis skrip bagi siri animasi Odd Taxi dan adaptasi komik Odd Taxi berdasarkan siri animasinya.\u00a0

Kisah Odd Taxi: In The Woods dimulakan dengan temuduga kepada Hiroshi Odokawa, seorang pemandu teksi berupa anjing laut. Dia menceritakan kisahnya dari mula apabila dia mendengar satu siaran radio di dalam teksinya tentang kes kehilangan seorang remaja perempuan berupa kucing hitam.\u00a0

Selepas habis berita diumumkan, Odokawa meneruskan pekerjaannya. Satu demi satu watak yang menggunakan perkhidmatannya ditemu duga untuk menceritakan kisah dari pandangan mereka. Sepanjang mereka bercerita, terdapat satu babak di mana Odokawa teringat semula terhadap seorang gadis remaja pernah dihantar olehnya ke tempat sama di mana gadis hilang itu dinampak buat kali terakhir. Lalu, secara langsung Odokawa telah menjadi target yang besar buat semua orang yang berkaitan..

Antara sebabnya filem animasi ini menarik adalah dari segi penceritaannya yang mengalir seperti air terjun. Lancar dan laju. Ada lucunya, ada seriusnya dan ada juga percintaannya. Semua jalan ceritanya penting dan berkait untuk memahamkan kisah yang sedang berlaku. Tidak kira kecil ataupun besar, setiap yang berlaku di dalam cerita ini mempunyai sebabnya dan akibatnya.\u00a0

Sebagai contoh, Odokawa tidak sengaja menjatuhkan telefon Tanaka (puma biru) ketika membawa teksinya secara laju untuk berjumpa dengan Shirokawa (alpaca). Di kemudian ceritanya, Tanaka kembali dengan satu pistol dengan niat untuk membunuh Odokawa tetapi akhirnya menembak pada orang lain menyebabkan Odokawa bebas dari pegangan orang itu.\u00a0

Seterusnya apa yang menarik tentang filem ini adalah watak-wataknya. Watak utama dan setiap watak sampingan di dalam cerita ini mempunyai peranan masing-masing tidak kira yang jahat atau baik. Boleh dikatakan ke semua watak dikaitkan bersama Odokawa oleh kerana pernah menggunakan perkhidmatan teksinya ataupun sebab-sebab tertentu yang lain.

Setiap watak mempunyai personaliti dan matlamat masing-masing yang serupa dengan kehidupan sebenar. Ada yang ingin jadi popular, ada yang inginkan kebebasan dari hutang dan ada juga ingin membersihkan nama dari tuduhan palsu. Disebabkan itu, korang mesti akan faham perasaan sekurang-kurang salah satu karakter di dalamnya.

Tayangan filem ini sebenarnya sebuah imbasan kembali dari siri animasinya dari Episod 1 hingga Episod 11 dengan penceritaannya berjalan melalui temuduga antara semua watak di dalamnya. Namun begitu, terdapat juga sedikit penambahan penceritaan baharu di akhir-akhir filem sebagai penamat kisahnya.

Oleh itu, saya cadangkan pada korang semua untuk terus tonton movie Odd Taxi ini tapi kalau korang mahu versi yang lengkap, layanlah sekali siri animasinya supaya lagi memahami apa sedang yang berlaku kepada Hiroshi Odokawa. Selamat Menonton!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ggrev-odd-taxi-in-the-woods-2022"} {"title": "Xbox Sedang Menghasilkan Controller Bagi Gajet Mudah Alih", "body": "

Xbox telah bekerjasama dengan Designed for Xbox, sebuah syarikat perkongsian Xbox dalam menghasilkan pelbagai aksesori permainan video, dalam menghasilkan sebuah controller baharu untuk memudahkan pemain bermain di Android, iOS dan juga iPad.

Controller tersebut akan mempunyai kelebihan masing-masing bagi menepati permintaan para pemain. Terdapat empat jenis controller yang akan dikeluarkan, bermula dengan Gamevice Flex.\u00a0

Keistimewaan rupa bentuk Gamevice Flex membolehkan pemain membiarkan casing telefon dipasang sambil bermain.

Seterusnya ialah Turtle Beach Recon Cloud Hybrid di mana keistimewaannya adalah controller ini boleh digunakan pada kedua-dua gajet mudah alih dan juga konsol.\u00a0

Selanjutnya adalah RiotPOR Cloud Gaming Controller, direka cipta khas untuk iPad dan akhir sekali, GameSir X2Pro Mobile Gaming direka khas untuk Android pula. Disebabkan tarikh keluar belum diumumkan, nantikan lagi update Xbox controller ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/xbox-sedang-menghasilkan-controller-bagi-gajet-mudah-alih"} {"title": "Playstation Plus Mengumumkan Tiga Permainan Video Percuma Di Bulan November Ini", "body": "

Tiga permainan video telah diumumkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk pemain di Malaysia yang melanggan PlayStation Plus. Permainan video ini hanya boleh dapat bermula dari 1 November 2022 dan berakhir pada 5 Disember 2022.

Tajuk-tajuknya adalah Nioh 2, Lego Harry Potter Collection dan Heavenly Bodies. Ini memang salah satu rutin yang dilakukan oleh PlayStation Plus pada setiap bulan buat pelanggannya yang bermain di konsol PlayStation sebagai ganjaran kepada mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga memberikan diskaun khas kepada pemain termasuk juga option bermain online dan menyimpan perkembangan kita dalam permainan video di Cloud. Harga PlayStation Plus bermula pada RM29 sebulan, RM69 bagi tiga bulan dan RM159 bagi setahun.

Bagi yang belum menebus permainan video percuma di bulan Oktober ini, korang boleh dapatkan sekarang sehingga 31 Oktober 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-plus-mengumumkan-tiga-permainan-video-percuma-di-bulan-november-ini"} {"title": "ONE Esports FIGHT! Tokyo Invitational 2022 Bermula November Ini", "body": "

ONE Esports FIGHT! Tokyo Invitational 2022 adalah event yang dianjurkan oleh ONE Esports, anak syarikat kepada Group ONE Holdings (ONE) dengan kerjasama Omne oleh FWD Group.\u00a0

Kejohanan ini akan berlangsung dari 19 November 2022 hingga 20 November 2022 di Red Bull Gaming Sphere Tokyo, Nakano di Jepun.

Tetapi, peminat di Malaysia tidak perlu risau kerana perlawanan ini akan berlangsung secara siaran langsung di semua saluran digital ONE Esports dan juga di platform rakan kongsi mereka. Akan ditayangkan di dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Lapan pemain teratas dari perlawanan kelayakan online termasuk juga tujuh jemputan esports personality akan bersaing untuk mencapai hadiah prize pool berjumlah USD$20,000. Syarikat ONE Esports juga akan menghasilkan konten yang menarik dan mengeluarkannya di laman ONE Esports dan juga sosial media mereka di dalam bahasa Jepun dan Inggeris.\u00a0

Bagi format event pula, pada 19 November 2022 akan menampilkan lapan pemenang pemain TEKKEN 7 dari perlawanan kelayakan online yang sedang berlangsung di double elimination bracket. Mereka akan bertarung tempat bagi event utama pada keesokan harinya, 20 November 2022.\u00a0

Pemain yang berjaya mara ke event utama akan berpeluang bermain bersama tujuh jemputan esports personality di double elimination bracket dengan format Best-of-5, di mana mereka perlu menang tiga pusingan dari lima pusingan untuk dikira pemenang pada perlawanan itu.

Saksikan mereka beraksi di Facebook, Youtube, Twitch, Twitter dan Tiktok ONE Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/one-esports-fight-tokyo-invitational-2022-bermula-november-ini"} {"title": "Overwatch 2 Mempunyai Event Baharu - Halloween Terror", "body": "

Halloween Terror merupakan limited event baharu yang diadakan oleh Blizzard khas untuk Overwatch 2. Event ini sudah pun berlangsung dan akan berakhir pada 7 November 2022 nanti. Di dalam event ini, disertakan sekali sebuah misi yang perlu kerjasama pemain lain untuk menyelesaikannya.

Event itu dinamakan sebagai Junkenstein\u2019s Revenge: Wrath of the Bride kerana penceritaan baharu tentang Dr. Junkenstein telah ditambahkan sekali. Oleh sebab itu, pemain bersama empat karakter baharu akan kembali ke Adlersbrunn untuk event ini.

Hadiah selepas menyelesaikan cabaran sudah pasti ada jadi di antara hadiah yang akan diberikan adalah namecard Nightfall Over Adlersbrunn, charm Jack-o\u2019-Lantern. Melalui tontonan siaran langsung Overwatch 2 di Twitch pula, pemain akan mendapat penyembur dan juga kostum Legendary.\u00a0

Bukan itu sahaja , pelbagai barangan kosmetik yang terhad juga boleh diperolehi di kedai dalam Overwatch 2. Double Match XP yang akan memberikan lebih banyak XP kepada pemain telah diberitahu akan berlangsung pada 28 Oktober 2022 hingga 31 Oktober, jadi korang jangan terlepas untuk dapatkan hadiah-hadiah menarik ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/overwatch-2-mempunyai-event-baharu-halloween-terror"} {"title": "Greavard - Pokemon Baharu Di Pokemon Scarlet Dan Violet", "body": "

Baru-baru ini, telah didedahkan pokemon baharu oleh syarikat Pokemon dan Game Freak.\u00a0

Namanya adalah Greavard. Pokemon ini adalah sejenis Ghost Type di kawasan Paldea. Makhluk ini dimasukkan ke dalam kategori Ghost Dog Pokemon kerana rupanya seperti seekor anjing yang seakan-akan baka Maltese.\u00a0

Kuasa yang dimilikinya adalah Pickup - mengambil barang di tanah dan berikan kepada tuannya sepanjang pengembaraan.

Kebiasaannya, Greavard jarang bergerak dan selalu berehat di dalam tanah sambil lilin yang tumbuh di kepalanya dibiarkan bercahaya di permukaan tanah.\u00a0

Jika seseorang mula mendekatinya, dia akan melompat keluar dari dalam tanah dan mengeluarkan tangisan seram yang boleh membuat orang terkejut.

Walaupun begitu, Greavard tidak ada niat jahat untuk menakuti orang. Penampilannya adalah mesra dan penyayang sehingga diberi perhatian sedikit pun tetap akan menggembirakan dirinya.\u00a0

Ia adalah antara pokemon yang senang untuk berkawan tetapi jangan terlalu lama bermain dengan dia kerana secara perlahan-lahan Greavard akan menyerap tenaga korang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/greavard-pokemon-baharu-di-pokemon-scarlet-dan-violet"} {"title": "PMGC 2022 Akan Mengadakan Format Baharu", "body": "

Acara terakhir PUBG Mobile Global Championship (PMGC) akan bermula di bulan November ini. Dengan mata kelayakan dan juga kejohanan kelayakan yang baru sahaja lepas, pusingan liga ini akan disertai sebanyak 48 pasukan dari seluruh dunia.\u00a0

Oleh sebab banyaknya pasukan yang menyertai buat masa ini, PUBG Mobile telah menghasilkan satu format baharu yang akan dilancarkan sewaktu liga berlangsung supaya pertempuran semua dapat dilakukan serentak.\u00a0

Kuala Lumpur adalah tempat yang dipilih tahun ini untuk mengadakan pusingan liga dan di sana nanti PMGC akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Group Stage, Survival Stage dan Last Chance.

Group Stage akan bermula dari 10 November 2022 hingga 27 November 2022. Di peringkat ini, 48 pasukan akan bersaing tetapi dipecahkan kepada tiga kumpulan. Bagi setiap kumpulan akan memiliki tiga pasukan teratas di mana mereka akan terus ke pusingan akhir nanti. Lima pasukan kebawah pula akan pulang dari kejohanan ini.

Seterusnya, Survival Stage akan bermula dari 30 November 2022 hingga 2 Disember 2022. Peringkat ini dengan berbaki 24 pasukan dari Group Stage yang tidak tersingkir akan bertempur sebanyak 12 kali. Akan diadakan selama dua hari secara bergilir-gilir bagi dua daripada tiga kumpulan untuk mendapatkan tempat 16 slot di peringkat Last Chance.

Akhirnya, peringkat Last Chance akan bermula dari 3 Disember 2022 hingga 4 Disember 2022 di mana empat pasukan teratas sahaja yang akan layak ke final. Secara keseluruhannya, final PMGC 2022 akan berlangsung bagi 13 pasukan termasuk sekali tiga pasukan jemputan iaitu Alter Ego Limax, Team SMG dan satu lagi yang belum diberitahu. Akan diadakan secara langsung di Jakarta, Indonesia namun lokasinya masih belum disahkan lagi.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pmgc-2022-akan-mengadakan-format-baharu"} {"title": "SCARZ Berjaya Dinobatkan Juara ROG Masters APAC 2022", "body": "

ROG Masters Asia Pacific 2022 yang diadakan di Thailand baru sahaja menamatkan kejohanan yang sengit antara SCARZ dengan Gaimin Gladiators dengan perbezaan markah 2-1 di mana SCARZ berjaya merangkul juara dan sebahagian besar prize pool 40,000 USD.

Sebanyak 100 lebih pasukan Tom Clancy\u2019s Rainbow Six: Siege di seluruh wilayah Asia Pasifik yang bertanding sejak Ogos lepas untuk mencapai ke pusingan akhir tahun ini di Thailand Game Show di Bangkok.\u00a0

Tetapi akhirnya, hanya empat pasukan sahaja yang berjaya melalui tiga hari yang penuh cabaran di live-event showdown ini.\u00a0

Kedua-dua pasukan menunjukkan pertempuran yang hebat di hadapan hadirin sebanyak 160,000 serta penonton di rumah.\u00a0

ASUS Republic of Gamers, no.1 gaming laptop brand juga telah menyokong semua pasukan dan pemain serta juga telah menjadi tuan rumah bagi pasukan yang berada di luar negara

", "url": "https://gamersonduty.com/news/scarz-berjaya-dinobatkan-juara-rog-masters-apac-2022"} {"title": "Wild Rift Beri Petunjuk Tiga Champion Akan Datang", "body": "

Riot Games telah mengeluarkan beberapa petunjuk tentang watak-watak baharu yang akan muncul di League of Legends: Wild Rift.\u00a0

Di blog thumbnail, Riot Games dapat dilihat tiga bayang-bayang champions berlatarkan latar belakang biru sebagai satu usikan kepada pemain. Buat masa ini, nama mereka belum lagi diketahui dan termasuk juga bila kemunculan mereka.

Bukan itu sahaja, Riot Games juga ada memberi petunjuk tentang kehadiran banyak lagi champion di permainan video ini dan menjanjikan banyak event yang menarik akan datang di Wild Rift Patch 3.5. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wild-rift-beri-petunjuk-tiga-champion-akan-datang"} {"title": "Broken Moon - Peta Baru Apex Legends", "body": "

Apex Legends akan mula memasuki musim baharu pada 1 November 2022 nanti. Update ini akan dinamakan Apex Legends: Eclipse di mana peta baharu juga akan ditambah iaitu Broken Moon.\u00a0

Peta yang ke-5 ini mempunyai saiz lebih kurang World\u2019s Edge dengan rupa bentuknya lebih unik dan berbeza. Lagi besar petanya, lagi banyak Point Of Interest di dalamnya. Korang tidak perlu risau juga untuk lakukan rotation nanti sebab akan ditambahkan Zip Rail untuk menyenangkan pemain bergerak.

Terdapat juga option baru iaitu menghadiahkan barangan kosmetik dan juga kostum kepada pemain lain sebanyak 5 kali seminggu. Ada juga tambahan barangan kosmetik iaitu Sticker yang boleh digunakan di healing item seperti Health Injector, Shield Cell, Shield Battery dan Phoenix Kit buat masa ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/broken-moon-peta-baru-apex-legends"} {"title": "Filem Saw X Akan Mengembalikan Tobin Bell Sebagai John Kramer", "body": "

Saw X atau filem Saw yang ke-10 telah diumumkan sedang berjalan sejak tahun lepas dan terdapat sedikit update terkini tentang filem thriller ini.\u00a0

Walaupun jalan ceritanya masih belum ditunjukkan lagi, namun telah diumumkan bahawa pelakon Tobin Bell akan kembali memegang watak sebagai John Kramer, mastermind bagi permainan berdarah ini.\u00a0

Watak John Kramer sebenarnya sudah pun ditampilkan mati di filem Jigsaw dan Spiral di mana zaman yang diceritakan adalah selepas beberapa tahun kematiannya.\u00a0

Kevin Greutert, pengarah bagi beberapa filem Saw sebelum ini telah disebutkan akan mengarah filem ini. Oleh itu, nantikan sebab sebenar John Kramer kembali di Saw X pada 27 Oktober 2023

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filem-saw-x-akan-mengembalikan-tobin-bell-sebagai-john-kramer"} {"title": "TWTDOTA PUBSTOMP TI11 Bakal Diadakan Di Novoid Arena", "body": "

Baru-baru ini pihak twt_dota, salah satu komuniti DOTA 2 terbesar di Malaysia telah mengumumkan yang acara PUBSTOMP bakal kembali secara offline tahun ini.

Pada tahun lepas, acara ini cuma dijalankan secara online di Discord rasmi mereka namun tahun ini mereka membuat keputusan untuk kembali dengan acara offline seperti mana yang telah dijalankan di Battle Arena pada 2019.\u00a0

Untuk PUBSTOMP tahun ini, mereka telah memilih untuk mengadakan acara tersebut di Novoid Arena yang terletak di LaCrista Hotel, Melaka dari 29 Oktober sehingga 20 Oktober 2022.\u00a0

Dengan tempat yang lebih luas kali ini, mereka menjangkakan lebih ramai peminat-peminat DOTA 2 dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan acara tersebut.

Antara aktiviti yang akan dijalankan nanti adalah seperti watch party, after match discussion bersama ahli panel dan analisis twt_dota, match prediction, lucky draw dan juga giveaway yang ditaja oleh Armaggeddon Malaysia.

Terdapat 4 tier untuk package tiket yang korang boleh pilih:

Untuk pembelian tiket korang boleh ke novoid-arena.my atau untuk maklumat lanjut, korang boleh check out Twitter twt_dota.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/twtdota-pubstomp-ti11-bakal-diadakan-di-novoid-arena"} {"title": "Silent Hill f - Permainan Video Baharu Silent Hill", "body": "

Penerbit Konami dan NeoBards Entertainment telah mengumumkan Silent Hill f dimana ceritanya akan mengambil tempat di era 1960 Jepun. Ryukishi07 yang terkenal dengan karyanya Higurashi When They Cry yang penuh dengan pembunuhan misteri dan supernatural horror akan memegang jawatan sebagai penulis untuk permainan video ini.

Tambahan lagi, Kera adalah pereka karakter dan makhluknya serta Motoi Okamoto yang terkenal dengan Super Mario 64 DS yang akan bertanggungjawab untuk menghasilkan permainan video terbaru ini

Platform dan release date untuk permainan video ini belum lagi diumumkan namun terdapat juga beberapa berita yang berkaitan tentang francais Silent Hill ini.\u00a0

Antaranya seperti Silent Hill 2 Remake (untuk PS5 dan PC), Silent Hill: Townfall (permainan video baharu), Silent Hill: Ascension (siri interaktif streaming) dan Return to Silent Hills (movie).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/silent-hill-f-permainan-video-baharu-silent-hill"} {"title": "Vex, the Gloomist Bakal Tiba Di Update Terbaru Wild Rift", "body": "

Riot Games telah mengeluarkan update untuk League of Legends: Wild Rift Patch 3.4b. Di patch baru ini nanti akan menampilkan seorang champion baharu bernama Vex, the Gloomist yang mana akan tiba pada 27 Oktober 2022 nanti.

\u00a0

Selain itu beberapa barisan skin eksklusif iaitu Supreme Cells untuk karakter Zed, Sett dan juga Kennen. Pemain boleh dapatkan skin eksklusif tersebut dan memenangi beberapa skin secara rawak menerusi event cabutan yang dinamakan Supreme Cells Event yang akan bermula 1 November 2022 dan berakhir sebelum bermulanya patch baharu.

Korang juga boleh dapatkan skin Supreme Cells Kennen menerusi special pass di mana ia boleh dibeli menggunakan Wild Cores. Selepas membelinya, korang perlu log in selama tujuh hari berturut untuk dapatkan hadiah plethora dan juga skin eksklusif tersebut.

Akhir sekali adalah berkenaan Bewitching Vex\u2019s Bingo Event akan bermula secara rasmi pada 27 Oktober 2022 termasuk sekali skin Bewitching Miss Fortune dan juga skin Bewitching Morgana sempena bulan Halloween tahun ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vex-the-gloomist-bakal-tiba-di-update-terbaru-wild-rift"} {"title": "Pasukan Vendetta Hilang Kelayakan Ke NACT Fall Season Grand Final Kerana Isu Joki", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends: Bang Bang Amerika Utara telah mengumumkan yang pasukan Vendetta telah hilang kelayakan untuk bertanding di Grand Final NACT Fall Season. Ini sekali gus membuatkan pasukan itu tidak dapat bertanding untuk slot ke M4.

Menurut pihak MLBB Amerika Utara, pasukan Vendetta didapati telah menggunakan khidmat joki semasa play-off sedang berlangsung. Untuk korang yang tak tahu, Joki bermaksud salah satu account pemain telah dimainkan oleh orang luar yang bukan dari ahli pasukan tersebut.

Disebabkan oleh isu ini, pasukan The Simpsons yang sebelum ini mendapat tempat ketiga setelah ditewaskan oleh pasukan Vendetta akan mara ke Grand Finals menentang pasukan The Valley.

Untuk pengetahuan korang, The Valley dianggotai oleh MobaZane dan juga FwydChickn yang mana sebelum ini merupakan pemain untuk pasukan BTK yang mendapat tempat ketiga semasa M3 yang lepas.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-vendetta-hilang-kelayakan-ke-nact-fall-season-grand-final-kerana-isu-joki"} {"title": "Senarai Pasukan Yang Layak Ke M4 Setakat Ini", "body": "

Setelah berakhirnya MPL ID dan MPL PH Musim Kesepuluh semalam, lima lagi slot ke M4 telah pun berjaya diisi. Untuk Indonesia, mereka sekali lagi akan diwakili oleh pasukan ONIC Esports dan juga pasukan RRQ Hoshi.

Untuk Filipina pula, mereka akan diwakili oleh juara M3 iaitu Blacklist International dan juga ECHO. Ini merupakan kali pertama ECHO berjaya mendapatkan slot ke M4 selepas mereka cuma berjaya mendapatkan tempat kelima semasa MPL PH Kelapan.\u00a0

Dan sebentar tadi, MPL Brazil Musim Ketiga baru sahaja melabuhkan tirainya yang mana pasukan RRQ Akira berjaya muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan DreamMax e-Sports dengan mata 4 berbalas 1.

Berikut merupakan senarai pasukan yang berjaya menempah slot ke M4 Jakarta:

Setakat ini masih ada 3 lagi slot yang masih kosong iaitu 2 daripada MLSL (MLBB Latam Super League) dan 1 lagi dari NACT Fall Season. MLSL akan bermula pada 27 Oktober 2022 manakala NACT FALL Season Grand Finals pada 30 Oktober.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/senarai-pasukan-yang-layak-ke-m4-setakat-ini"} {"title": "Blacklist International Kembali Merampas Gelaran Juara MPL PH S10", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Grand Finals untuk MPL PH Musim Kesepuluh dimana dua pasukan terhebat iaitu Blacklist International yang merupakan juara M3 dan juga pasukan ECHO berentap untuk gelaran juara.

Walaupun kedua-dua pasukan ini cuma mampu menduduki tempat kelima untuk ECHO dan tempat terakhir untuk Blacklist International di MPL PH Musim Kesembilan namun di MPL PH Musim Kesepuluh kali ini, mereka bangkit dan berjaya mara ke Grand Final sekali gus berjaya mendapat slot untuk M4 Jakarta nanti.

Dari match yang pertama sehingga match yang keenam, kedua-dua pasukan saling berbalas mata kemenangan dan menunjukkan permainan yang sangat cantik dan dan agresif.

Namun Blacklist International sekali lagi membuktikan mereka merupakan pasukan yang harus ditakuti pada M4 nanti apabila berjaya menjinakkan ECHO dengan mata 4 berbalas 2. Adakah Black International bakal akan mempertahankan gelaran juara di M4 nanti? sama-sama nantikan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blacklist-international-kembali-merampas-gelaran-juara-mpl-ph-s10"} {"title": "Apex Legends Mobile Kini Tiba!", "body": "

Apex Legends kini kembali dengan Mobile Closed Beta dimana game ini boleh dimainkan melalui telefon pintar. Apex Legends telah dicipta pada sekitar tahun 2019 namun hanya terdapat di PC sahaja. Setelah melihat mobile game semakin meningkat naik, Respawn Entertaiment dan Electronic Art membuat keputusan untuk mengeluarkan Apex Legends mobile.

Respawn Entertaiment menyatakan bahawa untuk permulaan mereka akan mengeluarkan Apex Legends mobile di India dan Filipina sebagai langkah percubaan. Namun begitu, baru sahaja game ini dilancarkan, server untuk game ini telah mencapai tahap maksimum. Sesiapa yang baru memuat turun dan masuk ke dalam game akan diberikan Code Error. Pihak Electronic Art meminta untuk bersabar dan menunggu Update yang seterusnya.

Pada Mei ini, Apex Legends Mobile akan dikeluarkan di Filipina. Negara lain turut akan dibawa masuk pada masa akan datang. Namun, selain daripada negara India dan Filipina mereka juga boleh memuat turun game ini menggunakan VPN. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Apex Legends mobile bakal menjadi game battle royale yang popular pada masa akan datang. Apex Legends mobile juga akan mampu berada seiring dengan PUBG Mobile, Free Fire dan lain-lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/apex-legends-mobile-kini-tiba"} {"title": "Weibo Gaming Dinobatkan Juara #PEI2021", "body": "

Semalam merupakan hari terakhir kejohanan Peace Elite Invitational (PEI) 2021. Sepanjang PEI berlangsung, para peserta diberi pengalaman baru dimana mereka perlu bermain dalam mod FPP. Hal ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada para pemain. Walau bagaimanapun, team Malaysia, Dingoz MPX\u00a0 dan Team Secret berjaya menamatkan perlawanan dengan baik.

Secara keseluruhan, team Weibo Gaming (China) dinobatkan sebagai juara PEI 2021 dengan kutipan mata sebanyak 241. Team Weibo juga berjaya mendapatkan 6 WWCD sepanjang berlangsungnya PEI. Untuk Dingoz MPX, mereka menduduki di tempat ke-9 manakala Team Secret menduduki di tempat ke-11.

Walau bagaimanapun, Dingoz MPX berjaya membawa Malaysia untuk merasai WWCD di PEI pada hari kedua, match 3 di map Sanhok. Dingoz berjaya mengutip 10 Kill dan sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 38k sebagai ganjaran Kill tertinggi di match tersebut. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan Malaysia. Semoga terus bersinar pada musim akan datang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/weibo-gaming-dinobatkan-juara-pei2021"} {"title": "Kingsman & Evos SG Mengungguli MPL SG S1 Regular Season!", "body": "

Mobile Legends Professional League (MPL) SG S1 Regular Season kali ini diungguli oleh pasukan Kingsman dan Evos SG. Dua pasukan ini menduduki tempat pertama dan kedua dalam carta dengan mata yang sama iaitu 5 mata.

Sebanyak 8 pasukan yang bertanding dalam MPL SG kali ini. Berdasarkan perlawanan yang telah berlangsung, setiap pasukan yang bertanding memberi saingan yang hebat. Kesemua pasukan menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan musim lepas.

Kingsman yang diketuai oleh bekas pemain Evos SG iaitu OhDeerBambi (Boon) berjaya membawa pasukan beliau ke upper bracket bersama 3 pasukan lain iaitu Evos SG, Notorious Villains dan Almghty.\u00a0

Untuk lower bracket pula diduduki oleh pasukan RSG SG, Impunity Esports, Explorer, dan Forsaken. Playoff MPL SG akan bermula pada 7 Mei hingga 9 Mei.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kingsman-evos-sg-mengungguli-mpl-sg-s1-regular-season"} {"title": "RSG MY Bangkit Disaat Akhir!", "body": "

Pada 25 April 2021, RSG MY telah menunjukkan taring mereka dimana pasukan ini mendapatkan gelaran juara dalam Grand Final Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim Ketiga (PMPL MY/SG S3) 2021. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 61,000 (AS$15,000).

Pada permulaan liga, RSG merupakan antara pasukan yang berada di kedudukan bawah. Namun, permulaan bukanlah satu pengakhiran. Mereka berjaya menunjukkan semangat pasukan dalam Grand Final dengan meratakan pasukan lawan sekali gus menyandang gelaran juara dengan mata keseluruhan 196.

Antara pemain terbaik (MVP) juga diberikan kepada Fragger utama RSG, Amirol Hakiem (Kim). Kim berjaya mengutip 40 Kill Point secara keseluruhan.

Kemenangan RSG secara tidak langsung membawa mereka ke peringkat akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) bersama dengan Dingoz MPX juara Liga. Kedua pasukan ini turut ditemani oleh pasukan GEEK FAM yang menyandang tempat kedua dalam Grand Final. Mampukah mereka mengharumkan nama Malaysia dalam SEA Final nanti? Sama-sama kita nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-my-bangkit-disaat-akhir"} {"title": "#PEI2021 RNG & Weibo Gaming Bawa Pulang RM50,000 Untuk Hari Pertama!", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Final Peace Elite Invitational (PEI) 2021 dalam acara PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG). Kejohanan ini mempertandingkan 15 pasukan daripada 8 buah negara iaitu China, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Jepun, Korea Selatan, dan Asia Selatan (Nepal & Mongolia).

Pada hari pertama, Team RNG dan Weibo Gaming berjaya membawa pulang RM50k hasil daripada kutipan KILL tertinggi. Seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur, antara pasukan yang memperoleh KILL tertinggi dalam setiap match akan diberikan ganjaran RM25500. Berikut merupakan pasukan yang memperolehi Kill tertinggi :

Pusingan 1 - Weibo Gaming

Pusingan 2 - Huya FA

Pusingan 3 - Weibo Gaming

Pusingan 4 - Royal Never Give Up

Pusingan 5 - Royal Never Give Up

Dalam pada itu, wakil dari Malaysia iaitu Team Secret dan Dingoz MPX masih mempunyai peluang untuk menduduki tangga teratas. Kedudukan mereka setakat ini berada di tangga ke-7 dan ke-8. Jika prestasi mereka terus meningkat pada game seterusnya, tidak mustahil untuk mereka menjadi juara!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-rng-weibo-gaming-kutip-rm50-000-hari-pertama-pei"} {"title": "Team Nigma Dapat Tajaan dari Syarikat Penerbangan Terkemuka!", "body": "

Nigma, pasukan esport Dota 2 disahkan mendapat tajaan daripada syarikat penerbangan terkemuka UAE iaitu Etihad Airways. Nigma juga merupakan pasukan esport pertama yang dapat tajaan daripada Etihad Airways.\u00a0

\u201cMasa kecil saya bercita-cita nak jadi pilot. Namun, apabila sekarang diberi peluang untuk berkolaberasi dengan syarikat penerbangan yang saya kagumi, saya berasa sangat gembira,\u201d kata Mohamed Morad, Co-founder Nigma. Beliau turut menyatakan bahawa dengan kerjasama yang diberikan oleh Etihad Airways mampu memberi semangat kepada para pemain untuk berhadapan dengan pasukan di peringkat antarabangsa dalam Dota 2.

Amina Taher, wakil presiden pemasaran dan tajaan Etihad Airways mengatakan, \u201cEsport semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan pelaburan ini juga akan memberi impak yang positif kepada Etihad. Oleh itu, Etihad merasa bangga kerana dapat menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang bekerjasama dengan pasukan esport.\u201d.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-nigma-dapat-tajaan-dari-syarikat-penerbangan-terkemuka"} {"title": "MSC Kembali, Ganjaran RM610,000 Dipertaruhkan!", "body": "

Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) diumumkan akan berlangsung pada 7 Jun hingga 13 Jun 2021 oleh pihak Moonton. Sebanyak 12 pasukan daripada 8 buah negara akan berentap bagi merebut wang tunai berjumlah USD 150,000 (RM610,000).

Bukan itu saja, pertandingan MSC juga akan menampilkan bekas pemain (pro player) MLBB beraksi sebagai tetamu istimewa. Pasti ramai yang rindukan bekas pemain seperti Soloz, JessNoLimit, Tuturu dan ramai lagi beraksi dalam satu Liga.

\u201cKami rasa tak sabar mengadakan MSC pada tahun ini untuk melihat para peminat MLBB bersorak memberikan sokongan kepada wakil pasukan negara masing-masing,\u201d Han Zie Wei, Ketua MSC. Pada tahun lepas, MSC dibatalkan oleh kerana pandemik Covid-19. Disebabkan itu, Moonton menyatakan bahawa pihak mereka akan bekerjasama bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar walaupun secara atas talian demi mematuhi SOP.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/msc-kembali-ganjaran-rm610-000-dipertaruhkan"} {"title": "Juara ROG Masters Asia Pacific 2021 Milik Team ZIGMA Thailand", "body": "

Pada 25 April 2021, team ZIGMA daripada Thailand berjaya membawa pulang US$10,000 (RM41,000) selepas dinobatkan sebagai juara ROG Masters Asia Pacific 2021. Mereka berjaya menumpaskan 4 pasukan lawan Asia iaitu Korea, Indonesia, Singapore, dan Filipina.

ZIGMA merupakan pasukan Counter-Strike No.1 di Thailand. Pasukan ini diwakili oleh pemain-pemain muda iaitu Reality (23) merupakan team captain, RoLEX (20), Geniuss (22), Niffy (19), JUSTCAUSE (25), 1Ackerman (20), dan CigaretteS_ (25). CigaretteS_ antara pemain yang mendapat Highest kill to death ratio (KDR) tertinggi iaitu 1.81 di dalam tournament tersebut.

Para pemain ZIGMA bukan saja berjaya mengalahkan 34 team daripada negara mereka, namun mereka juga telah menundukkan team No.1 Asia iaitu Four Season Gaming (Korea), Fortez (Indonesia), Huat Zai (Singapore) dan Expandables (Filipina). Bukan biasa-biasa!

Korang yang main Counter-Strike boleh tengok gameplay daripada team ZIGMA macam mana diorang boleh jadi juara Asia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/juara-rog-masters-asia-pacific-2021-milik-team-zigma-thailand"} {"title": "Soloz, Daddy Hood & Obot Gaming Sah Duta Codashop!", "body": "

Hari ini pihak Codashop telah mengumumkan kerjasama mereka dengan 3 Facebook Streamer terkenal Malaysia iaitu Soloz, Daddy Hood & juga Obot Gaming.

Ketiga-tiga mereka dengan jumlah followers sebanyak 7.5 juta akan mempromosikan Codashop secara eksklusif di-platform social media mereka seperti Facebook, Instagram dan juga Tik-Tok.

Codashop menyatakan kerjasama ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pihak mereka bagi memperkenalkan lagi Codashop secara menyeluruh di Malaysia. Dengan kerjasama antara mereka dan orang-orang kuat Bosskurr Gaming ini, Codashop berharap platform mereka akan menjadi platform no 1 untuk platform tambah nilai in-game currency untuk pelbagai permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan banyak lagi.

Bagi peminat-peminat Bosskurr Gaming, mereka akan disajikan dengan pelbagai offer-offer menarik dari Codashop untuk permainan video seperti PUBG Mobile, Valorant & League of Legends: Wild Rift.\u00a0

Bagi Soloz, Daddy Hood & Obot Gaming, mereka menyatakan yang kerjasama ini adalah satu berita baik bagi mereka dan juga peminat-peminat Bosskurr Gaming!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/soloz-daddy-hood-obot-gaming-sah-duta-codashop"} {"title": "Uncle Chikanook Sah Sebagai Pengurus Red Esports!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Red Esports telah mengumumkan kemasukan Uncle Chikanook sebagai pengurus pasukan Red Esports.\u00a0

Bagi mereka yang lama dalam scene Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia, pastinya mengenali dan mengetahui usaha-usaha yang telah ditunjukkan oleh Uncle Chikanook bagi menaikkan scene Mobile Legends di Malaysia.\u00a0

Sumber: Red Esports

Sebelum ini, Uncle Chikanook atau nama sebenarnya Faeiz Wahab pernah menjadi pengurus pemasaran untuk pasukan NV Bosskurr.

Selain itu, pasukan Red Esports juga memperkenalkan jurulatih terbaru mereka iaitu Fryzo. Pasukan Red Esports kini sedang bertanding dalam MPL MY musim ketujuh.\u00a0

Sumber: MPL MY

Adakah dengan kemasukkan Uncle Chikanook & Fryzo sebagai jurulatih mampu membuatkan pasukan Red Esports mendapatkan gelaran juara untuk MPL MY musim ketujuh? Sama-sama kita saksikan nanti!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/uncle-chikanook-sah-sebagai-pengurus-red-esports"} {"title": "E3 2021 Sah Dijalankan Pada June Tahun Ini!", "body": "

Baru-baru ini pihak Electronic Software Association telah mengumumkan yang acara gaming terbesar, E3 akan kembali diadakan pada tahun ini. Mereka menyatakan yang ia mungkin akan dijalankan pada bulan June akan datang.

Sumber: https://www.futuregamereleases.com/2021/03/xbox-e3-2021-briefing-early-details-leaked/

Beberapa nama besar industri gaming telah mengesahkan yang mereka akan berada di E3 tahun ini bagi memperkenalkan beberapa game terbaru dan sebagainya.

Antara nama besar yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Nintendo, Xbox, Capcom, Konami, Ubisoft, Take-Two Interactive, Warner Bros. Games & Koch Media.

Sumber: https://www.denofgeek.com/games/e3-2021-date/

Namun seperti acara-acara sebelum ini, nampaknya Sony mungkin sekali lagi tidak akan hadir pada E3 tahun ini. Selain Sony, terdapat beberapa nama besar lain yang belum mengesahkan kehadiran mereka seperti EA, Square Enix, Sega, Bandai Namco, Tencent, 505 dan Activision Blizzard.

Sumber: https://www.denofgeek.com/games/e3-2021-relevant-announcement-digital-showcase/

Adakah Sony sekali lagi akan fokus kepada event mereka sendiri tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/e3-2021-sah-dijalankan-pada-june-tahun-ini"} {"title": "Undawn - Game Terbaru Dari Garena!", "body": "

Baru-baru ini, pihak Garena dan Tencent Games telah mengumumkan permainan video terbaru mereka yang dipanggil Undawn. Permainan video berbentuk Open - World Survival Shooter Games ini telah dibangunkan oleh Lightspeed & Quantum Studio, salah satu studio dibawah Tencent Gaming.

Dari video trailer, pemain akan mengembara dan mencari alat-alat untuk terus hidup dalam dunia pasca-apokalips. Permainan video yang akan dikeluarkan di pc dan mobile ini juga memperlihatkan zombie-zombie yang akan menyerang pemain.\u00a0

Selain dari melawan zombie, pemain juga perlu berhati-hati dengan pemain lain yang juga cuba untuk terus bertahan dalam dunia Undawn ini.

Permainan video ini dikatakan masih dalam proses pra-alfa dan akan dikeluarkan sekitar tahun ini. Bagi mereka yang ingin mencuba permainan video ini lebih awal, korang boleh klik di SINI untuk mendaftar.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/undawn-game-terbaru-dari-garena"} {"title": "Garena World 2021 Diadakan Secara Digital Hujung Minggu ini!", "body": "

Awal minggu ini, pihak Garena telah mengumumkan event digital terbesar mereka iaitu Garena World 2021 yang bakal berlangsung pada 3 & 4 April 2021 di Thailand. Event ini akan menggunakan teknologi seperti Augmented Realiti (AR), visual effect (VFX) dan animasi sepenuhnya.

Di Garena World 2021, tournament-tournament untuk permainan video keluaran Garena juga akan dipertandingkan. Antaranya permainan video seperti AOV, Free Fire, FIFA Online 4 dan Call of Duty: Mobile.

Sebanyak 39 pasukan daripada sembilan negara akan bertanding bagi merebut prize pool sebesar USD660.000. Selain daripada tournament, Garena World 2021 juga menyediakan slot khas untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya dalam esports dan gaming secara menyeluruh.

Acara Garena World 2021 ini akan dijalankan seluruhnya secara digital dan disiarkan di laman web rasmi Garena World 2021.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/garena-world-2021-diadakan-secara-digital-hujung-minggu-ini"} {"title": "Codashop Penaja Pertama Gamers on Duty Community Tournament Series!", "body": "

Bermula bulan ini, bukan team yang bertanding saja akan mendapat habuan, korang sebagai viewers juga boleh menang hadiah menarik setiap hari. Contohnya Diamond yang bernilai RM200 untuk setiap pemenang yang ditaja oleh Codashop!

Terima kasih kepada Codashop kerana sama-sama membantu kami menaikkan scene amature Mobile Legends: Bang Bang!

Jadi jangan terlepas melihat livestream perlawanan Gamers on Duty Community League setiap isnin hingga jumaat jam 10.30pm bermula isnin minggu depan!

Codashop merupakan third party platform yang menyediakan platform yang selamat dan mudah bagi membeli in-game currency untuk pelbagai permainan video tidak kira mobile ataupun pc. Selain selamat dan mudah, harga yang ditawarkan di Codashop lebih murah dari apa yang ditawarkan dalam game store itu sendiri.

Bagi korang yang nak membeli Diamond, jangan lupa untuk klik DISINI dan dapatkan special promotion yang ditawarkan oleh Codashop!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-penaja-pertama-gamers-on-duty-community-tournament-series"} {"title": "Lenovo Keluarkan Kerusi Gaming Demon Slayer Versi Terhad!", "body": "

Beberapa hari yang lepas, pihak Lenovo Japan telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama dengan Anime terkenal, Demon Slayer bagi mempromosikan kerusi gaming mereka.

Kerusi gaming keluaran Lenovo ini mengambil insipirasi dari watak terkenal dalam anime tersebut iaitu Tomioka Giyuu.

Kerusi yang diberi nama Devil's Blade X Lenovo Chair mempunyai rekaan seperti pakaian Tomioka Giyuu dan yang menariknya, terdapat sebilah katana pada bahagian kanan kerusi gaming tersebut. Namun katana tersebut tidak boleh dicabut keluar.

TV\u30a2\u30cb\u30e1\u300e#\u9b3c\u6ec5\u306e\u5203 \u300f\u7279\u88fd\u30c7\u30b6\u30a4\u30f3

\uff0f#\u30ec\u30ce\u30dc \u5168\u96c6\u4e2d\u30c1\u30a7\u30a2\u304c\u5f53\u305f\u308b\u2694\ufe0f
\uff3c

\u4eca\u5ea6\u306f #\u51a8\u5ca1\u7fa9\u52c7 \u306e\u7740\u7269\u67c4\u30e2\u30c1\u30fc\u30d5\u306e\u5168\u96c6\u4e2d\u30c1\u30a7\u30a2\uff01

\u3054\u5fdc\u52df\u306f
1\ufe0f\u20e3 @LenovoJP_DO \u3092\u30d5\u30a9\u30ed\u30fc
2\ufe0f\u20e3 \u3053\u306e\u30c4\u30a4\u30fc\u30c8\u3092RT#Lenovo\u5168\u96c6\u4e2d\u30c1\u30a7\u30a2 \u3092\u3064\u3051\u3066\u30ea\u30c4\u30a4\u30fc\u30c8\u3057\u3066\u304f\u308c\u305f\u3089\u5b09\u3057\u3044\u3067\u3059\uff01

\u8a73\u7d30\u306f\ud83d\udc49 https://t.co/CmmLjVnmqw pic.twitter.com/OCAXWOtTMj

\u2014 Lenovo Japan (@LenovoJP_DO) March 18, 2021

Lenovo menyatakan kerusi ini tidak akan dijual dimana-mana kedai dan cara untuk mendapatkannya hanyalah melalui menyerti giveaway yang mereka anjurkan. Namun giveaway ini hanya terbuka kepada warga Jepun sahaja.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lenovo-keluarkan-kerusi-gaming-demon-slayer-versi-terhad"} {"title": "Tiada Lagi PUBG Lite!", "body": "

Baru-baru ini pihak Krafton, game daveloper untuk permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds telah mengumumkan tentang penutupan PUBG Lite.\u00a0

Bagi yang tidak tahu, PUBG Lite merupakan versi PUBG PC untuk PC kelas pertengahan dan boleh dimainkan secara percuma. Pihak Krafton mengumumkan yang penutupan permainan video tersebut akan bermula pada 29 April 2021. Tiada muat turun terbaru boleh dibuat selepas 30 March 2021 (kelmarin).

Bagi mereka yang dah lama meninggalkan permainan video PUBG Lite, bolehlah bermain untuk kali terakhir bersama rakan-rakan sebelum 29 April 2021.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiada-lagi-pubg-lite"} {"title": "Gamers on Duty Community League Kembali!", "body": "

Pada bulan lepas, pasukan Tupai Esport telah dinobatkan sebagai juara pertama siri Gamers on Duty Community League. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Saka Lord manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan Infinite Alpha.

Ini membuatkan pasukan Tupai Esport dan Saka Lord menjadi dua pasukan pertama yang menerima jemputan khas untuk bertanding di dalam Gamers on Duty Community Cup akhir tahun nanti.

Bagi tournament bulan ini, 16 pasukan telah dipilih untuk bertanding dan merebut prize pool sebanyak RM1,000 dan juga jemputan khas untuk bertanding di dalam Gamers on Duty Community Cup.

16 Pasukan yang terpilih untuk bulan ini adalah pasukan XENA ESPORT, Revo Infinite, KMM ESPORTS, GREATOPUS ESPORT, ESDK Leora, ZEO MAJESTIX, MONUHA DRAGON, eRaZe Invaderz, TraitorX, AGES HOKAGE, Keshin Reborn, Gank Fnatix, Tressure Esport, SOUTHERN GANK, SWORD OUTCLAWS REBORN MY & pasukan Saka Hoshi.

Pada bulan ini, livestream akan berjalan seperti biasa untuk setiap perlawanan cuma waktu livestream akan diubah dari pukul 9pm ke pukul 10.30pm bagi memberikan ruang kepada players untuk berehat dan solat terawikh. Livestream akan disiarkan di Facebook rasmi Gamers on Duty setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.30pm.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamers-on-duty-community-league-kembali"} {"title": "2 Pasukan Gergasi Wakili Malaysia Dalam League of Legends: Wild Rift Southeast Asia Icon Series: Preseason!", "body": "

Nampaknya Riot Games telah memulakan langkah untuk membawa permainan video Wild Rift ke pentas esports! Baru-baru ini pihak mereka telah mengumumkan League of Legends: Wild Rift Southeast Asia Icon Series: Preseason yang mana merupakan satu kejohanan terbesar setakat ini untuk permainan video tersebut.\u00a0

Dalam kejohanan ini, beberapa pasukan gergasi dari 7 negara akan bertanding untuk menjadi juara bagi negara masing-masing. 7 Negara tersebut adalah Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Taiwan, Singapura dan Filipina!

Kejohanan ini akan berlangsung bermula 26 sehingga 28 Feb 2021 untuk Vietnam, 6 sehingga 7 March 2021 untuk Malaysia, 11 sehingga 14 March 2021 untuk Taiwan, 13 sehingga 14 March 2021 untuk Thailand, 19 sehingga 21 March 2021 untuk Indonesia, 20 sehingga 21 March 2021 untuk Filipina dan 26 sehingga 28 March 2021 untuk Singapura.

Berikut merupakan antara senarai pasukan yang akan bertanding untuk negara masing-masing:

Ini hanya beberapa team sahaja yang terpilih. Senarai penuh semua pasukan yang akan bertanding akan dikemaskini tidak lama lagi.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/2-pasukan-gergasi-wakili-malaysia-dalam-league-of-legends-wild-rift-southeast-asia-icon-series-preseason"} {"title": "Codashop Berikan 2 Kali Ganjaran Untuk Pemain Genshin Impact!", "body": "

Codashop yang merupakan antara third party platform untuk tambah nilai in-game currency untuk permainan video yang terbesar dan dipercayai di Malaysia telah mengumumkan yang kini pemain Genshin Impact juga boleh menggunakan Codashop untuk tambah nilai Genesis Crystals, in-game currency yang digunakan dalam permainan tersebut.

Codashop menjadi salah satu third party platform yang dipercayai & digemari oleh pemain di Malaysia kerana penggunaannya yang mudah dan juga lebih murah dan selamat digunakan. Bagi pemain Genshin Impact, mereka cuma perlu memasukan UID Genshin Impact mereka dan memilih berapa amount Genesis Crystals\u00a0yang mereka ingin beli.\u00a0

Tidak dilupakan, bagi mereka yang tidak pernah menambah nilai Genesis Crystals dimana-mana platform, mereka akan mendapat 2 kali ganda ganjaran apabila mereka menambah nilai kali pertama dengan menggunakan Codashop!\u00a0

Untuk pembayaran, pengguna mempunyai pelbagai pilihan seperti menggunakan Touch 'N Go, Boost, FPX, Celcom, Digi, MAXIS ataupun U Mobile. Tiada pendaftaran menggunakan kredit kad yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca di SINI!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-berikan-2-kali-ganjaran-untuk-pemain-genshin-impact"} {"title": "Riot Games SEA Mengumumkan League of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown!", "body": "

Hari ini pihak Riot Games SEA mengumumkan League of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown, satu charity tournament kepada badan-badan kebajikan di seluruh Asia Tenggara sebanyak USD 60,000.

Tournament amal ini akan diadakan pada 12 sehingga 13 Disember pada pukul 12.00 tengah hari (GMT+8).\u00a0

Tournament yang diadakan bersama penganjur rasmi IO Esports, Tournament ini akan menampilkan lapan pasukan dari content creator terkenal yang didatangkan dari Kemboja, Indonesia, Filipina, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Berikut merupakan senarai content creator yang akan bertanding mewakili negara masing-masing dan berpeluang membawa pulang prizepool sebanyak USD 66,500!:

Pertandingan Wild Rift Southeast Asia Pentaboom akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Burma, Bahasa Inggeris, Khmer, Tagalog, Thai dan Vietnam di Facebook, Youtube dan Twitch.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-games-sea-mengumumkan-league-of-legends-wild-rift-pentaboom-showdown"} {"title": "ONIC Esports Rampas Gelaran Juara MPL ID S10", "body": "

Semalam telah berlangsungnya Grand Final untuk kejohanan MPL ID Musim Kesepuluh yang mana juara MPL ID Musim Kesembilan iaitu RRQ Hoshi bertembung dengan musuh ketat mereka yang mana merupakan naib juara MPL ID musim lepas iaitu ONIC Esports.

Untuk match yang pertama, pasukan ONIC Esports sememangnya sangat ganas dalam gameplay mereka. Pada 10 minit terawal mereka sudah berada dihadapan dengan mata 6 berbalas 1 dengan Kairi yang menggunakan Ling mengungguli dengan 5 kill.

Dengan gameplay yang sangat kemas, ONIC Esports berjaya menundukkan pasukan RRQ Hoshi dalam masa kurang dari 14 minit dengan mata 13 berbalas 3 dan MVP untuk match pertama diberikan kepada Kairi.

Pada match yang kedua, RRQ Hoshi kembali bangkit dengan gameplay yang lebih bagus dari match yang pertama. Dengan penggunaan Lancelot oleh Alberttt sudah semestinya digunakan dengan bagus dimana pada minit kelapan, RRQ Hoshi berjaya mengawal match kedua dengan mata 12 berbalas 3.\u00a0

RRQ Hoshi tahu yang mereka harus menamatkan match kedua ini dengan secepat mungkin bagi memastikan momentum mereka terus kuat. Dengan Savage yang diperoleh oleh Clayyy yang menggunakan Valentina, mereka terus menghentam kubu ONIC Esports dan akhirnya berjaya mendapatkan mata pertama mereka dengan mata 21 berbalas 4.

Dengan mata seri satu sama, match ketiga ini membuatkan kedua-dua pasukan mula bermain dengan lebih berhati-hati. Pasukan RRQ Hoshi beberapa kali cuba untuk mengumpan ONIC Esports namun finishing yang ditunjukkan oleh RRQ Hoshi tidak begitu kemas dan membuatkan beberapa player mereka sendiri yang kecundang semasa team fight.

Disiplin yang ditunjukkan oleh ONIC Esports pada match ketiga ternyata sangat-sangat kuat dimana mereka berjaya menghilangkan semua pemain RRQ Hoshi dengan Wipeout sekaligus memastikan mata kedua menjadi milik mereka.

Pada match yang keempat, ONIC Esports nampaknya lebih yakin dalam gameplay mereka. Seperti di match pertama, ONIC Esports terus menunjukkan gameplay yang agresif dan ini membuatkan RRQ Hoshi seperti hilang arah apabila terus menerus dihentam oleh ONIC Esports.

Dengan penggunaan Lancelot oleh Kairi dan Claude yang digunakan oleh CW, ONIC Esports tidak memberikan RRQ Hoshi ruang bernafas dan akhirnya setelah 23 minit bertarung, RRQ Hoshi terpaksa akur dengan serangan yang diberikan oleh ONIC Esports. Ini sekali gus membuatkan ONIC Esports semakin hampir untuk bergelar juara MPL ID Musim Kesepuluh.

Di match penentuan iaitu match kelima, ONIC Esports harus memastikan mereka tidak hilang fokus dan terus menunjukkan gameplay yang kemas seperti match-match sebelum ini. Pada 5 minit yang pertama, kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar kill.\u00a0

Berbanding dengan match sebelum ini RRQ Hoshi nampaknya menunjukkan gameplay yang lebih bagus. Mereka terus memberikan saingan kepada ONIC Esports dan memberikan message kepada ONIC yang mereka tidak akan mengaku kalah dengan mudah.

Walaupun pada awalnya match ini sepertinya akan menjadi milik RRQ Hoshi, namun dengan strategik yang kemas dan penggunaan Lesley oleh CW digabungkan dengan opening yang dilakukan oleh Kairi yang menggunakan Balmond, ONIC Esports berjaya turn the table dan sekaligus terus menghancurkan kristal milik RRQ Hoshi.

Dengan mata 4 berbalas 1, ONIC Esports berjaya merampas takhta MPL ID daripada pasukan RRQ Hoshi dan membawa pulang hadiah tunai berjumlah USD140,000. Walaupun tewas, ini bukanlah penghujung untuk pasukan RRQ Hoshi dan juga ONIC Esports kerana selepas ini, mereka berdua akan mewakili Indonesia ke M4 yang akan berlangsung pada awal tahun depan ditanah air mereka sendiri iaitu di Jakarta.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/onic-esports-rampas-tahta-juara-mpl-id-s10"} {"title": "Digimon World: Next Order Untuk PC Dan Switch Tiba Tahun Depan", "body": "

Baru-baru ini pihak Bandai Namco dan B.B Studio telah mengumumkan yang permainan video mereka iaitu Digimon World: Next Order bakal hadir di PC dan juga Nintendo Switch.

Permainan video ini sebelumnya telah dikeluarkan untuk PS4 dan juga di PS Vita di Jepun pada tahun 2017 yang lepas.

Untuk versi PC dan juga Nintendo Switch ianya dijangka bakal tiba pada 22 February 2023 nanti dan akan dikeluarkan secara global. Untuk versi PC, korang boleh dapatkannya di Steam sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/digimon-world-next-order-untuk-pc-dan-switch-tiba-tahun-depan"} {"title": "Marvel Snap - Permainan Kad Marvel Tiba Di iOS Dan Android", "body": "

Setelah sekian lamanya Marvel Snap akhirnya tiba di iOS dan Android!

Permainan video ini merupakan permainan kad-kad karakter digital berdasarkan watak-watak Marvel seperti Venom, Night Fury dan The Hulk. Permainan video ini dihasilkan oleh Second Dinner yang merupakan syarikat terdiri daripada bekas-bekas pemaju Hearthstone yang telah bekerjasama dalam membangunkan Marvel Snap ini tetapi diterbitkan di syarikat lain iaitu Nuverse, yang mana terkenal dengan Ragnorak X: Next Generation.

Cara mainnya adalah seorang pemain akan membentukkan satu dek sebanyak 12 kad watak-watak Marvel yang tidak kira hero atau villain dan apabila match bermula nanti akan terpapar tiga kawasan berbeza yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.\u00a0

Pemain akan menggunakan kad masing-masing untuk claim kawasan pesaing tetapi korang kena hati-hati sebab setiap kawasan akan ada efek khas sama ada baik ataupun buruk. Berjaya mendapat dua kawasan di tangan korang, bermakna korang sudah menjadi juara bagi pusingan itu.\u00a0

Buat masa sekarang, Marvel Snap telah melancarkan sebanyak 150 kad termasuk kad yang mempunyai watak sama tetapi versi lain. Jadi, korang sudah boleh muat naik sekarang Marvel Snap secara percuma tetapi disertakan sekali pembelian di dalam aplikasinya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-snap-permainan-kad-marvel-tiba-di-ios-dan-android"} {"title": "Presiden DC Films, Walter Hamada Meletakkan Jawatan", "body": "

Bermula dari 2018, Walter Hamada telah memegang jawatan sebagai Presiden DC Films dan baru- baru ini dilaporkan meletakkan jawatannya selepas menerbitkan filem terbarunya iaitu \u201cBlack Adam\u201d yang menerima banyak kritikan negatif dari penonton.

Antara projek yang pernah dipegangnya adalah The Suicide Squad, The Batman, Aquaman , Wonder Women 1984 dan The Peacemaker.\u00a0

Berita mengejutkan ini berlaku semasa penyusunan semula perniagaan Warner Bros. Discovery dalam industri filem dan animasi yang ada di antaranya sudah pun ditarik dan dibatalkan untuk melancarkan pengurangan kos terhadap syarikat mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/presiden-dc-films-walter-hamada-meletakkan-jawatan"} {"title": "Tunjukkan Potensi Anda di Booyah Day 2022", "body": "

The Road to Booyah kembali dengan banyak lagi hadiah dan kejutan!\u00a0

Booyah Day 2022 atelah pun bermula hari ini dengan pelbagai produksi hiburan tempatan seperti kemunculan popular content creators Free Fire di Malaysia, mod permainan video baharu, termasuk juga login istimewa dan berbagai-bagai hadiah milestone.

Bagi pemain dan peminat Malaysia, korang boleh nantikan kemunculan content creator Free Fire kegemaran korang. Mereka sudah pun berkolaborasi dalam satu video di mana mereka dicabar untuk menghabiskan tujuh makanan yang semakin pedas dari sebelumnya. Tambahan lagi dua video, akan dikeluarkan pada hujung minggu ini.\u00a0

Bukan itu sahaja, mod terhad terbaru juga akan ada untuk pemain semua berseronok di Booyah Day 2022 nanti. Mod ini adalah versi pendek bagi Free Fire battle royale experience yang biasa dengan pemain akan spawn lengkap dengan beberapa barang.\u00a0

Tidak terhenti di situ, pemain akan mendapat skin, peluang menerokai sambil membuka potensi dalam lima kebolehan, hadiah milestone, hadiah ranking dan juga kebebasan berfesyen - Potential. Jangan terlepas!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tunjukkan-potensi-anda-di-booyah-day-2022"} {"title": "GSC Dan Hong Leong Bank Lancarkan GSC BIG Starling Mall", "body": "

Baru-baru pihak GSC telah berkerjasama dengan Hong Leong Bank dalam perlancaran produk terbaru mereka iaitu GSC BIG. Untuk pengetahuan korang GSC BIG ini dilancarkan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya.

GSC BIG ini mempunyai screen yang lebih besar, sound system yang lebih mantap dan sudah semestinya pengalaman yang lebih memuaskan untuk korang yang kaki tengok movie di GSC.

Dengan screen sepanjang 20 meter dan ketinggian sehingga 10.8 meter, sudah tentunya korang akan rasa lebih puas bila menonton filem di GSC BIG. Tidak cukup dengan itu, GSC BIG ini juga dilengkapi dengan 4K laser projector bagi memaparkan visual yang lebih sharp dan jelas.

Ianya juga dilengkapi dengan 32-channel multi-speaker Dobly Atmos surround sound setup bagi memastikan penonton dapat merasai dan mendengar bunyi yang lebih berdentum berbanding dengan hall cinema yang biasa.

GSC BIG di Starling Mall ini boleh menempatkan sehingga 396 orang dalam satu-satu masa. Beberapa GSC BIG yang terpilih juga akan mempunyai kerusi recliners dan D-BOX motion seats bagi mereka yang inginkan pengalaman menonton yang lebih padu.

Selain GSC Starling Mall, GSC BIG ini juga akan berada di GSC Tropicana Garden Mall. Pihak GSC menyatakan yang semua GSC MAXX selepas ini akan digantikan dengan GSC BIG dalam masa akan datang. Antara Lokasi GSC BIG akan datang adalah seperti IOI City Mall, MyTOWN Shopping Center, Kuantan City Mall, AEON Mall, GSC The Spring, dan GSC Paradigm Mall Johor Bahru.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gsc-dan-hong-leong-bank-lancarkan-gsc-big"} {"title": "DualSense Edge Wireless Controller Bakal Keluar 2023", "body": "

Playstation telah mengumumkan akan mengeluarkan DualSense Edge Wireless Controller pada 26 Januari 2023 secara seluruh dunia dengan harga RM945.55 ($199.99) termasuk cukai.\u00a0

Controller ini menampilkan pelbagai pilihan hardware dan software-based mengikut kesesuaian masing-masing termasuk juga key mapping, kebolehan sensitiviti joystick dan pilihan untuk menukar pelbagai profil.\u00a0

Tidak lupa juga ianya juga memaparkan signature keselesaan mereka dan ciri-ciri menarik seperti maklum balas haptik dan triggers yang boleh diubah suai. Ada juga tiga set stick caps dan dua set button belakang yang boleh diubah mengikut kesesuaian pemain supaya nampak menonjol pada diri korang.

Bundle ini akan disertakan sekali case yang senang bawa termasuk juga USB connection untuk memudahkan pemain untuk mengecas controller dan sentiasa bersedia untuk sesi bermain seterusnya.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dualsense-edge-wireless-controller-bakal-keluar-2023"} {"title": "Menjadi Werewolf Dalam Update Terbaru Fortnite", "body": "

Bulan Oktober adalah bulan sambutan Halloween bagi yang menyambutnya. Sebab itu, Fortnite kembali dengan tambahan ciri-ciri seram terbaru dan menamakan musim ini, Fortnitemares.\u00a0

Antaranya ialah pemain boleh menjadi seekor werewolf selepas menerima Howler Claws. Cara nak dapatkan barangan ini adalah dengan melakukan ritual di Reality Tree di mana seorang DJ sedang bermain alat muziknya.

Apabila pemain melengkapkan diri dengan claw, korang akan dapat kebolehan untuk mengenal pasti kedudukan pemain lain dan mempunyai serangan baharu serta double jump.\u00a0

Selain itu, update ini membawa juga Zero Build versi baharu bagi mod klasik horde rush, meletakkan semula barang-barang yang bertemakan Halloween seperti launcher labu dan beberapa quests untuk unlock barangan in-game secara percuma.

Fortnitemares sudah pun bermula dan akan berakhir pada 1 November 2020.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/menjadi-werewolf-dalam-update-terbaru-fortnite"} {"title": "Mobile Legends Professional League Invitational 2022 Bermula November Ini", "body": "

Baru-baru ini kita telah mendapat berita bahawa ONE Esports bersama MOONTON Games akan mengadakan Mobile Legends Professional League Invitiational (MPLI) 2022 untuk kali ketiga.\u00a0

Perlawanan online ini akan berlangsung dari 2 November 2022 hingga 6 November 2022 bermula dari pukul 1 petang (GMT+8) dengan menggunakan platform ONE Esports Facebook, Youtube, Twitter, Twitch dan juga Tiktok. Bukan itu sahaja, siaran langsung ini akan berada dalam Bahasa Melayu, English, Bahasa Indonesia, Tagalog dan Khmer.\u00a0

20 pasukan iaitu pasukan teratas Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) di Asia Tenggara akan bersaing secara single elimination bracket dengan prizepool sebanyak $100,000 USD menunggu mereka dan antara team Malaysia yang dijemput bersaing ialah Team HAQ, Todak dan Orange Esports.\u00a0

Pasukan-pasukan yang akan bertanding pada musim ini ialah:\u00a0

KEMBOJA

INDONESIA

MALAYSIA

FILIPINA

SINGAPURA

Jangan lupa untuk saksikan mereka dalam beraksi!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-professional-league-invitational-2022-bermula-november-ini"} {"title": "Catalyst - Watak Terbaru Apex Legends Tiba November Ini", "body": "

Catalyst ataupun Tressa Smith adalah legend baharu yang akan sertai Apex Legends pada 1 November 2022 nanti bersama dengan bermulanya musim baharu.

EA dan Respawn Entertainment telah mengeluarkan \u201cStories from the Outlands\u201d yang terkini di Youtube yang bertajuk Last Hope di mana perhatian kali ini diberi kepada Catalyst. Secara langsung, korang boleh tonton sendiri kisah silamnya dibawah:

Berdasarkan video mereka, dapat dilihat kebolehan legend ini adalah mengawal sesuatu cecair hitam ataupun ferrofluid. Setakat ini tiada lagi info lanjut tentang skill untuk Legend terbaru ini.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/catalyst-watak-terbaru-apex-legends-tiba-november-ini"} {"title": "Valorant Ion 2.0 Bundle Kembali Dengan Skin Khas Untuk Senjata Baru", "body": "

Salah satu koleksi skin paling popular di Valorant sedang membuat comeback!\u00a0

Rupa bentuknya yang licin dan futuristik masih lagi berjaya menarik perhatian peminat.\u00a0 Tambahan lagi, skin untuk kali ini dipelbagaikan lagi dengan beberapa warna yang korang boleh pilih dari biru,hijau dan kuning.\u00a0

Dengan pembaharuan pisau kerambit yang ditambah di bundle 2.0 ini, jelaslah sarung tangan berbilah di original Ion yang dikeluarkan di bulan November 2020 sudah pergi meninggalkan kita. Walaupun sudah dua tahun berlalu, skin ini masih lagi menjadi kegemaran ramai pemain

Skin ini sudah ada di Premium Bundle bermula dari semalam, 18 Oktober 2022 disertakan sekali pengeluaran Episode 5 Act III. Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan bundle ini!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-ion-2-0-bundle-kembali-dengan-skin-khas-untuk-senjata-baru"} {"title": "Trailer Stranger Of Paradise: Final Fantasy Origin DLC Dipersembahkan", "body": "

Trailer dan info-info terbaru telah dikeluarkan oleh Penerbit Square Enix dan juga Team NINJA tentang konten \u201cWanderer of the Rift\u201d di mana korang boleh download pada 26 Oktober 2022 nanti.

Gilgamesh adalah karakter baharu yang akan mendatangkan huru-hara ke dunia Stranger of Paradise. Sebab itu, Jack dan rakan seperjuangannya akan melalui cabaran untuk menghalangnya.

Bukan itu sahaja, labyrinth baru atau dinamakan The Rift Labyrinth akan ditambah juga atas sebab kehadiran pencabar baru itu dan secara langsung akan ada story arc baharu sepanjang anda menerokai.

Blue Mage adalah salah satu tambahan job di mana korang boleh unlocked selepas melalui satu jalan tertentu di labyrinth nanti. Akan juga muncul dua jenis raksasa, Monster Bells yang akan tolong pemain manakala satu lagi adalah musuh yang berbahaya, Chaotic Monsters.

Mekanik baru seperti di level \u201cGilgamesh\u201d Difficulty, pemain akan mendapat alat relic istimewa manakala Dimension Bringer adalah sebuah kebolehan baru yang akan menolong pemain untuk menewaskan musuh yang kuat. Jadi, korang tidak perlu risau tentang musuh yang kuat nanti!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-stranger-of-paradise-final-fantasy-origin-dlc-dipersembahkan"} {"title": "Gotham Knights Hanya Akan Berjalan Pada 30 FPS", "body": "

Pengumuman Heroic Assault iaitu co-op mod sebanyak empat pemain yang akan datang di Gotham Knights pada 29 November 2022 ini diikuti dengan berita kurang menyenangkan.

Warner Bros. Montreal memberitahu bahawa permainan video ini hanya akan berjalan pada 30fps di console tanpa pilihan mod prestasi.

Ciri-ciri seperti co-op yang tidak terikat sepenuhnya di dunia open world yang sangat detail mengakibatkan perihal tersebut terjadi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gotham-knights-hanya-akan-berjalan-pada-30-fps"} {"title": "Tiga Pasukan Malaysia Berjaya Mara Ke Final PMPL SEA 2022", "body": "

Geek Fam, 4Rivals dan Yoodo Alliance adalah pasukan yang berhasil mendapat tempat di 16 terbaik selepas 20 pasukan bertanding di pusingan liga selama tiga minggu yang lalu.

Bagi pasukan Don\u2019t Break Dreams dan SEM9, mereka terpaksa pulang kerana gagal menempatkan diri di tangga 16 pasukan teratas.

PMPL SEA Championship Fall 2022 akan melangsungkan peringkat akhirnya pada 21 Oktober 2022 hingga 23 Oktober 2022 selama tiga hari berturut-turut dengan 18 pusingan.

Pada pusingan akhir nanti, hanya lima pasukan sahaja yang akan terpilih untuk diletakkan ke peringkat liga di bulan November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiga-pasukan-malaysia-berjaya-mara-ke-final-pmpl-sea-2022"} {"title": "Valorant Bakal Hadir Dengan Peta Baru \u201cCity of Flowers\u201d", "body": "

Public Beta Environment (5.08) baru sahaja dilancarkan oleh Valorant baru-baru ini dan di situ beberapa pemain telah menjumpai pita tersembunyi tentang keluaran sebuah peta baru!

Dalam rakaman, Harbor yang merupakan ejen terbaru sedang berbual dengan Astra tentang City of Flowers yang sudah musnah di Alpha Earth, tapi berkemungkinan besar masih dalam keadaan baik di Omega Earth.

Berita ini masih lagi tidak dapat disahkan lagi, namun paling awal City of Flowers dijangka keluar adalah selepas tamatnya Valorant Episode 5 Act III ataupun sekitar awal 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-akan-mendapatkan-peta-baru-city-of-flowers"} {"title": "Bekas Voice Actor Bayonetta Mohon Peminat Boikot Bayonetta 3", "body": "

Umum sedia maklum yang permainan video terbaru untuk siri Bayonetta bakal tiba pada 28 Oktober 2022 bulan ini.\u00a0

Untuk permainan video terbaru dari PlatinumGames ini, Bayonetta tidak akan disuarakan oleh pelakon suara asal iaitu Hellena Taylor dan akan digantikan dengan Jennifer Hale.

Sebelum ini pihak PlantinumGames memaklumkan yang mereka terpaksa mengambil pelakon suara baru disebabkan Hellena mempunyai project lain yang bertindih dengan Bayonneta 3.

Friends, Worldlings, Bayonutters. Hear ye!#PlatinumGames #Nintendo #Bayonetta #Bayonetta3 #Bayonutters #Boycott #NintendoEurope #NintendoAmerica #NintendoJapan pic.twitter.com/h9lwiX2bBt

\u2014 Hellena Taylor (@hellenataylor) October 15, 2022

Namun baru-baru ini pelakon suara asal Bayonetta tersebut telah mengeluarkan 1 video di Twitter beliau untuk menceritakan perkara sebenar.

Seperti apa yang dimaklumkan oleh Hallena, sebab utama dia tidak lagi menjadi pelakon suara untuk Bayonetta 3 adalah kerana tawaran yang diberikan oleh PlatinumGames kepadanya sangat rendah dan merasakan satu penghinaan kepadanya yang mana telah membantu menaikkan siri permainan video tersebut.

Hallena memberitahu yang PlatinumGames cuma menawarkannya USD4,000 sahaja untuk lakonan suara beliau bagi permainan video Bayonetta 3.

Sehubungan dengan itu, Hallena meminta peminat-peminat siri Bayonetta untuk boikot permainan video terbaru tersebut bagi memberikan pengajaran kepada PlatinumGames supaya tidak mengambil kesempatan kepada pelakon-pelakon suara lain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-voice-actor-bayonetta-mohon-peminat-boikot-bayonetta-3"} {"title": "Netflix Dengan Iklan Dijangka Tiba Lebih Awal", "body": "

Sebelum ini pihak Netflix telah mengumumkan plan terbaru untuk pelanggan mereka yang mahukan plan yang lebih murah. Plan ini dikatakan akan didatangkan dengan iklan dan dijangka tiba pada awal tahun 2023.

Namun baru-baru ini pihak Netflix telah mengeluarkan kenyataan yang mana plan ini bakal tiba awal bulan hadapan dan akan ditawarkan kepada 12 negara iaitu Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Spain, UK dan juga Amerika Syarikat.

Plan ini akan dijual pada harga USD6.99 sebulan dan akan menampilkan iklan berdurasi 4 ke 5 minit untuk setiap 1 jam kandungan. Ini bermaksud untuk setiap 1 jam, akan terdapat iklan diantara kandungan tersebut yang berdurasi 15 sehingga 30 saat untuk satu iklan.

Selain itu, pengguna plan ini juga cuma boleh menonton kandungan Netflix dengan resolusi 720p sahaja dan tiada feature download untuk offline viewing.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-dengan-iklan-dijangka-tiba-lebih-awal"} {"title": "Falcon Esports Sah Wakili Myanmar Ke M4", "body": "

Baru-baru ini telah tamatnya kejohanan M4 World Championship: Myanmar Qualifier yang mana juara bakal mewakili Myanmar untuk bertanding di M4 Jakarta pada tahun hadapan.

Dalam pusingan Grand Final, pasukan Falcon Esports yang merupakan pasukan teratas Group A telah bertembung dengan pasukan teratas Group B iaitu pasukan Fenix Esports.

Walaupun telah menunjukkan gameplay yang hebat namun pasukan Fenix Esports terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Falcon Esports dan terpaksa memberikan ruang kepada pasukan Falcon Esports untuk dinobatkan sebagai juara M4 World Championship: Myanmar Qualifier.

Pasukan Falcon Esports membawa pulang USD10,000 sebagai habuan dan juga slot untuk mewakili Myanmar nanti di M4 World Championship di Jakarta pada awal tahun depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/falcon-esports-sah-wakili-myanmar-ke-m4"} {"title": "Team HAQ Tundukkan Todak Di MPL MY Musim Kesepuluh", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya Grand Finals MPL MY S10 yang mana dua pasukan terhebat iaitu Todak dan Team HAQ bertarung untuk gelaran juara MPL MY Musim Kesepuluh.

Pertembungan antara pasukan yang \"Back2Back Champion\" Todak dan juga \"MPL Rookies\" Team HAQ ini sudah semestinya menjadi satu perlawanan yang sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh peminat.

Pada match yang pertama, Team HAQ bermain dengan sangat kemas dan sangat Agresif dan ini membuatkan Todak kelihatan agak goyah pada match pertama ini.

Dengan gameplay yang sangat kemas, THQ berjaya mendapatkan kemenangan pada match yang pertama yang berlangsung selama 14 minit lebih sahaja.\u00a0

Pada match yang kedua, Todak sekali lagi ditundukkan dengan gameplay yang kemas oleh Team HAQ. Penggunaan Dyrroth oleh Garyy sangat menjadi dengan 11 kill dan hanya 1 kematian. Team HAQ hanya memerlukan 15 minit untuk memastikan match kedua menjadi milik mereka.\u00a0

Pada match yang ketiga, Pasukan Todak nampaknya mula sedar dari lamunan dan kembali bangkit memberikan persaingan kepada Team HAQ. Dengan penggunaan Faramis oleh Yumskie nampaknya sangat membantu Todak dan dengan itu membuatkan match ketiga menjadi milik Todak.\u00a0

Pada match yang keempat Todak meneruskan momentum permainan mereka dengan sekali lagi berjaya menundukkan Team HAQ dengan membawa masuk Phoveus yang digunakan oleh Cikugais dan juga Fanny yang digunakan oleh Rival.\u00a0

Dengan mata 2 berbalas 2, match yang kelima sudah semestinya menjadi lebih mendebarkan. Untuk match yang kelima, Team HAQ sedar dengan kesilapan yang dilakukan oleh mereka pada 2 match sebelum ini dan memperbetulkan kembali corak permainan mereka.\u00a0

Dengan penggunaan Bruno oleh Panda dan Dyrroth yang kembali digunakan oleh Garyy, Team HAQ berjaya mendapatkan mata ketiga pada match kelima ini.

Dengan mata 3 berbalas 2, Team HAQ sedar yang mereka cuma perlukan 1 mata sahaja lagi untuk bergelar juara MPL MY S10 kali ini.\u00a0

Dengan berbaki 2 match Team Haq tidak mahu membawa perlawanan ini ke match ketujuh dan mereka harus pastikan yang pada match keenam ini menjadi match yang terakhir untuk mereka.\u00a0

Dengan penggunaan Grook oleh Minn sebagai benteng pertahanan utama, pasukan Todak berkali-kali disekat dan Finishing oleh Panda yang menggunakan Claude dan Garyy yang menggunakan Karina, Todak akhirnya akur dengan kehebatan Team HAQ dan sekaligus menobatkan Team HAQ sebagai juara MPL MY Musim Kesepuluh.

Walaupun Todak tewas ditangan Team HAQ, namun perjalanan kedua-dua pasukan ini sebenarnya baru sahaja bermula kerana pada awal tahun depan, mereka harus buktikan yang mereka bukan saja pasukan terhebat di Malaysia tapi adalah yang terbaik di dunia pada kejohanan M4 yang akan berlangsung di Jakarta nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-tundukkan-todak-di-mpl-my-musim-kesepuluh"} {"title": "Marvel's Spider-Man: Miles Morales PC Tiba November Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak PlayStation Studio telah mengumumkan permainan video Marvel's Spider-Man: Miles Morales bakal tiba di PC pada 18 November 2022 ini.

Permainan video yang merupakan sambungan kepada Marvel's Spider-Man ini boleh didapati di Steam dan juga Epic Games Store.

Untuk Marvel's Spider-Man: Miles Morales, pemain akan bermain sebagai Miles Morales yang masih lagi menyesuaikan dirinya sebagai Spider-Man yang baru selepas mentornya iaitu Peter Parker.\u00a0

Pre-order untuk permainan video ini telah pun dibuka dan peminat yang memilih untuk pre-order akan mendapatkan \u201cThe T.R.A.C.K\u201d dan \u201cInto the Spider-Verse\u201d Suit, \u201cGravity Well\u201d gadget dan juga 3 skill point.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-s-spider-man-miles-morales-pc-tiba-november-ini"} {"title": "The Lost Wild - Permainan Dinosaur Seram Terbaru", "body": "

Baru-baru ini, Annapurna Interactive telah mengeluarkan sebuah trailer untuk permainan terbaru mereka, The Lost Wild. Ini adalah permainan dinosaur survival-seram yang dibuat oleh Great Ape Games yang kini masih dalam development untuk PC.

Daripada trailer, permainan ini mempunyai visual yang menakjubkan dan ia telah mencipta suasana yang mengerikan. Dunia yang kita lihat adalah hutan tebal yang dipenuhi dengan dinosaur yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

Nampaknya, permainan ini akan membuatkan anda bersiar-siar di sekitar kemudahan penyelidikan dinosaur yang terbiar dan cuba mencari apa saja cara untuk terus hidup dan melarikan diri. Tarikh keluaran The Lost World belum lagi ditentukan tetapi ia akan dikeluarkan pada tahun 2024 di Steam. Peminat boleh menambahkan permainan ini kepada wishlist mereka di Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-lost-wild-permainan-dinosaur-seram-terbaru"} {"title": "Indonesia Ban Steam, Epic Games Dan PayPal", "body": "

Pada tahun 2020, kerajaan Indonesia telah memperkenalkan undang yang dipanggil MR5. Undang ini akan memberi kerajaan Indonesia keupayaan untuk mendapat data tentang pengguna tertentu, serta memaksa syarikat untuk mengalih keluar kandungan yang \u201cmengganggu ketenteraman awam\u201d atau dianggap menyalahi undang.

Dan sejak ia ditubuhkan, banyak syarikat menganggap undang-undang ini tidak beretika. Mereka menganggapnya sebagai pelanggaran privasi. Tarikh akhir untuk mendaftar dengan kerajaan Indonesia baru sahaja berlalu pada 27 Julai. Beberapa syarikat termasuklah Steam, Epic Games, PayPal dan juga Yahoo tidak mendaftar dan perkhidmatan mereka telah ditutup di Indonesia.

Setakat ini, PayPal telah diberikan akses sementara bermula dari 31 Julai dan seterusnya selama lima hari. Steam bagaimanapun dilaporkan sedang dalam proses mendaftar untuk akses. Nampaknya tidak ada syarikat yang boleh mengabaikan dilema etika demi jualan mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-ban-steam-epic-games-dan-paypal"} {"title": "2K Games Keluarkan Trailer NBA 2K23 Terbaru", "body": "

Baru-baru ini, 2K Games telah mempamerkan trailer pandangan pertama untuk permainan terbaru mereka NBA 2K23. Grafik dan gameplay keseluruhan kelihatan sangat serupa dengan permainan lama. Tetapi pergerakan pemain, interaksi pemain dan peminat lebih rancak.

Selain itu, tidak banyak sebenarnya ditunjuk dalam trailer pendek ini. Biasanya dengan kekurangan maklumat baru ini, peminat dibiarkan membuat spekulasi tentang benda baru di bahagian komen.

NBA 2K23 akan dikeluarkan untuk Steam, PlayStation dan juga Xbox. Permainan ini belum lagi diberi tarikh keluaran tetapi di dalam penerangan video ini, kita diberitahu bahawa informasi dan gameplay lebih akan datang minggu depan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/2k-games-keluarkan-trailer-nba-2k23-terbaru"} {"title": "Jadual Perlawanan Pertama Regular Season MPL MY Season 10", "body": "

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba, MPL MY Musim Kesepuluh akan bermula 5 Ogos 2022 nanti di Level 6 EBN Esports City Quill City Mall KL. Peminat esports MLBB Malaysia nampaknya sungguh bersemangat kerana tiket perlawanan hari pertama sudah pun habis.\u00a0

Pasukan yang akan bertanding di perlawanan pertama adalah antara pasukan jaguh Todak dan Suhaz Esports diikuti oleh perlawan kedua iaitu antara RED Esports dan HomeBois. Kedua-dua perlawanan ini adalah pada slot 3 petang dan 6 petang hari Jumaat nanti.

Untuk peminat yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket menggunakan pautan ini, perlawanan tersebut akan disiar secara langsung di Facebook Live dan Tiktok akaun MPL Malaysia. Mari kita lihat pasukan manakah yang akan mendominasi dalam Best of 3 ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-perlawanan-pertama-regular-season-mpl-my-season-10"} {"title": "ASL 2022 Winter Semakin Hampir", "body": "

Liga Bintang Arena of Valor 2022 Winter dicatat untuk bermula 5 Ogos 2022 nanti sehingga 25 September 2022. Buat kali pertama dalam sejarah ASL, pasukan yang terlibat merangkumi negara daripada Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina.

Antara 8 pasukan yang akan bertanding ialah pasukan tanah air A Dope Team. Mereka akan bertanding dengan dengan pasukan Indonesia, Singapura dan Filipina seperti Dewa United Esports, Archangel, Dunia Games Esports, Imperial Esports, Impunity SG Esports, Hertz Reborn dan AEsir.

Sebarang informasi lanjut dan roaster buat semua pasukan boleh disemak di laman Facebook \u00a0Garena AOV Esports Indonesia. ASL 2022 menawarkan prize pool sebanyak Rp 500,000,000 iaitu RM 150,198.44 bagi pemenang mereka nanti. Saksikan perlawanan ini secara langsung di Facebook dan Youtube Garena AOV Indonesia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asl-2022-winter-semakin-hampir"} {"title": "Blacklist International Lepaskan Pemain Free Fire", "body": "

Blacklist International merupakan organisasi esports terkenal daripada Filipina yang telah mula bertapak di Malaysia sejak 2021. Baru-baru ini, Mereka telah mengumumkan keputusan untuk melepaskan pemain divisi Free Fire mereka di bawah dasar langkah strategi syarikat.\u00a0

Pasukan divisi Free Fire ini pernah menjuarai MCP Major Musim kedua pada tahun 2021 namun kebelakangan ini mendapat tempat kesepuluh dan ketujuh di kejohanan seperti Asia Championship dan Free Fire Challenger Musim Pertama.

Pasukan Blacklist International berniat untuk melakukan rombakan untuk barisan pemain baru mereka namun buat masa sekarang melepaskan pemain Cobra, Fenix, Luxxgz, Zpnu, dan Trixz daripada divisi Free Fire mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blacklist-international-lepaskan-pemain-free-fire"} {"title": "Geek Fam Ikut Jejah Langkah T1 - Bakal Saman \"Haters Toxic\"", "body": "

Pasukan Geek Fam telah menerima kecaman hebat daripada netizen selepas dituduh kroni di peta kelima, hari pertama di minggu kedua PMPL MYSGPH Musim Keenam. \u00a0

Hal ini tercetus kerana mereka berjaya mendapat kejayaan chicken dinner selepas pihak pengurusan berkeputusan untuk melakukan remake di peta kelima. Ia mendatangkan kemarahan netizen kerana pada awalnya, Geek Fam hanya tinggal 2 pemain daripada 30 lebih pemain dalam gelanggang.\u00a0

Pasukan Geek Fam MY telah mengeluarkan poster #BukanKroni dengan harapan untuk melindungi pemainnya daripada amarah netizen. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kecaman ini amat tidak adil kerana keputusan remake tersebut bukanlah pada mereka namun pada pihak pengurusan.

Mereka mengharapkan peminat dan pemain esports lain tidak menuduh sesuka hati agar ekosistem industri lebih fokus dalam pemupukan semangat daya saing yang sihat.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/geek-fam-ikut-jejah-langkah-t1-bakal-saman-haters-toxic"} {"title": "Geek Fam Pemenang Free Fire Challenger S2", "body": "

Baru-baru ini, Free Fire Challenger S2 telah melabuhkan tirainya dan memberi mahkota kepada juaranya iaitu pasukan Geek Fam. Mereka telah berjaya membawa pulang sebahagian besar daripada wang tunai yang sekitar RM 44,000 dan menguncikan slot mereka ke MCP S4.

Mereka telah berjaya menewaskan Todak dengan catatan tujuh mata singkir di peringkat Grand Final dan 18 mata singkir secara keseluruhan. Tambahan pula, mereka meraih dua Booyah dan telah mengumpul mata keseluruhan tertinggi sebanyak 30 mata.

Menurut temu bual Orenn bersama MyGameOn, keputusan permainan mereka semakin baik selepas membawa masuk Fenixx pada beberapa pusingan terakhir untuk kuatkan strategi pertahanan.\u00a0

Farang berjaya meraih Booyah tertinggi iaitu sebanyak tiga kali dalam satu hari namun mereka tetap gagal melepasi Geek Fam sebanyak 4 mata. Dengan ini, mereka meraih naib johan diikuti oleh pasukan Pando EWG di tempat ketiga.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/geek-fam-pemenang-free-fire-challenger-s2"} {"title": "Satria Dewa: Gatotkaca - Superhero Dari Indonesia Tiba Ogos Ini", "body": "

Kalau di Malaysia baru-baru ini sedang hangat dengan filem \u201cMat Kilau\u201d, di Indonesia juga sedang rancak dengan filem adiwira \u201cSatria Dewa: Gatotkaca\u201d. Satria Dewa: Gatotkaca merupakan filem yang diinspirasikan daripada lagenda adiwira Indonesia yang dikenali sebagai Gatotkaca. Filem ini dikatakan membawa sebuah jalan cerita yang unik serta menampilkan barisan pelakon hebat.

Oleh disebabkan filem ini mendapat sambutan yang luar biasa di Indonesia, filem ini bakal memasuki pawagam Malaysia pada 18 Ogos 2022. Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman menyatakan bahawa beliau yakin dengan filem ini dan akan mendapat sambutan di Malaysia disebabkan penerimaan yang hebat oleh masyarakat Indonesia sendiri.

Satria Dewa: Gatotkaca diterbitkan oleh Satria Dewa Studio yang mengisahkan tentang \u2018Yuda\u2019, seorang lelaki yang sedang mencari pembunuh bersiri bernama Arimbi. Arimbi telah membunuh ibu Yuda membuatkan Yuda nekad untuk membalas dendam demi menuntut kematian ibunya. Dalam pada itu, Yuda juga menyedari bahawa beliau mempunyai kuasa luar biasa dan Yuda menggunakannya untuk melindungi orang lain.

Filem ini dibintangi oleh pelakon Rizky Nazar, Yasmin Napper, Fedi Nuril, Ali Fikry dan pelakon yang baru sahaja beraksi di filem Mat Kilau iaitu Yayan Ruhian. Jadi, jangan lupa untuk saksikan filem Satria Dewa: Gatotkaca di pawagam pada 18 Ogos ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/satria-dewa-gatotkaca-superhero-dari-indonesia-tiba-ogos-ini"} {"title": "Ant-Man and the Wasp: Quantumania Tiba Februari Tahun Depan", "body": "

Ant-Man and the Wasp: Quantunmania dikatakan bakal keluar pada Februari 2023. Seperti sebelum ini, Ant-Man: Quantumania akan dibintangi oleh Paul Rudd bersama Kathryn Newton, Evangeline Lilly dan Jonathan Majors serta pengarah Peyton Reed. Berita ini disahkan oleh pihak penerbit ketika di San Diego Comic-Con tempoh hari.

Segmen ini bermula dengan Scott aka Ant-Man (Rudd) membaca bukunya, \u2018Look Out for the Little Guy\u2019 kepada orang ramai di sebuah kedai buku. Apabila dia menerima panggilan bahawa anak perempuannya Cassie (Newton) berada di dalam penjara, Scott merasakan bahawa dia tidak sepatutnya cuba untuk menjadi wira sebelum mereka berdua dan keluarga Pim tersedut ke alam kuantum dan dipisahkan serta dihantui oleh satu suara lelaki yang didedahkan sebagai He Who Remains, lakonan Majors.

Ketika pengumuman filem ini dibuat, Reed berkata bahawa filem baharu itu akan memperkenalkan penonton kepada banyak watak baharu dan meneroka alam kuantum yang luar daripada apa yang penonton fikirkan. Rudd pula berkata bahawa filem baharu itu mendapati Scott gembira dengan dirinya dan peranannya dalam menyelamatkan alam semesta. Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada tahun depan. Ini kerana pihak GSC ada menyebut-nyebut tentang filem ini sambil mengeluarkan poster rasmi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ant-man-and-the-wasp-quantumania-tiba-februari-tahun-depan"} {"title": "Permainan Untuk Xbox Games With Gold Untuk Bulan Ini Telah Diumumkan", "body": "

Baru-baru ini Xbox telah mengumumkan empat permainan yang akan disertakan untuk dalam Xbox Games With Gold bulan ini. Untuk pilihan bulan ini, Microsoft telah menyediakan pelbagai jenis permainan baik dari segi gameplay dan gaya visual.

Terdapat empat permainan yang akan menjadi percuma untuk dikutip. Permainan ini akan tersedia pada masa yang berbeza. Permainan pertama adalah Calico dan ia akan tersedia untuk dikutip dari 1 Ogos hingga 31 Ogos. Saints Row 2 akan juga tersedia pada 1 Ogos tetapi ia akan tamat pada 15 Ogos.

Pada 16 Ogos pula, ScourgeBringer dan Monaco: What\u2019s Yours is Mine akan tersedia untuk dikutip secara percuma. Monaco: What\u2019s Yours is Mine akan tamat pada 31 Ogos tetapi ScourgeBringer akan tamat pada 15 September.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-untuk-xbox-games-with-gold-untuk-bulan-ini-telah-diumumkan"} {"title": "Fall Guys X WWE", "body": "

Fall Guys mempunyai beberapa skin crossover yang terdiri daripada watak dari permainan lain sehinggalah kepada content creator di YouTube dan juga streamer di Twitch.\u00a0

Baru-baru ini, Fall Guys telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat crossover dengan WWE. Kebanyakan skin crossover sebelum ini terkandung dalam permainan video dan penghibur internet tetapi kini nampaknya mereka membuat kolaborasi dengan rancangan gusti.

Crossover terbaru ini mengandungi beberapa skin berdasarkan penggusti betul. Antaranya ialah kostum Asuka, Xavier Woods dan juga Undertaker. Crossover ini juga menambahkan perayaan Bells Tolls dan emote Francesca\u2019s Remains. Barang-barang crossover ini tersedia untuk dibeli pada 28 Ogos 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fall-guys-x-wwe"} {"title": "Teka Pemain Baru Di Roster Bigetron Alpha", "body": "

Keluaran poster roaster pasukan MLBB Bigetron Alpha buat MPL ID S10 baru-baru ini mempunyai banyak perubahan. Mereka mengumumkan line up utama mereka yang terdiri daripada Kyyy, Xorizo, Matt, Maxx dan Rippo.

Terdapat juga wajah baru seperti Morena dan Falah yang dahulu merupakan midlaner EVOS Esports. Kelibat Renbo yang berposisi midlaner tiada dalam pengumuman ini namun masih ada pengisian kosong dalam bentuk bayangan misteri.

Peminat Bigetron Alpha meramal bahawa pemain misteri ini merupakan pemain Filipina iaitu Markyyyy yang baru sahaja dilepaskan oleh ONIC PH berdasarkan keinginan CEO BTR Starlest untuk melakukan perubahan besar dan membawa revolusi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/teka-pemain-baru-di-roster-bigetron-alpha"} {"title": "Divisi Wanita MLBB ONIC Esports Dilepaskan", "body": "

ONIC Esports sering kali melakukan rombakan besar untuk roaster mereka buat kedua-dua divisi di Filipina dan Indonesia. Oleh demikian, terdapat banyak pemain ikonik seperti Dlar, Hatred, Markyyy dan lain-lain yang dilepaskan.

Baru-baru ini, mereka melepaskan 7 pemain perempuan daripada divisi MLBB mereka iaitu Cesian, VIOR, Lydiaaas, anisarahim, Gebian, Kayes dan Vonzy. Mereka telah memuat naik poster pengumuman ini di laman Instagram rasmi ONIC PH.

Salah satu pemain iaitu VIOR pernah berpeluang untuk mengisi posisi gantian Mid Laner semasa MPL ID Musim Kesembilan dimana mereka mendapat tempat kedua dan dilayakkan ke MSC 2022. Tetapi, beliau tidak dimasukkan dalam roaster untuk kejohanan tersebut.\u00a0

ONIC PH menjelaskan rombakan ini adalah usaha mereka untuk mengemas kini jenama dan tambahan pula di Filipina sedang off-season. Buat divisi Indonesia, mereka masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peninggalan banyak pemain daripadanya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/divisi-wanita-mlbb-onic-esports-dilepaskan"} {"title": "Cuba Nasib Di Squad Up Arena Valorant Open Tournament 2022", "body": "

Squad Up Arena merupakan siri pertandingan esports yang memberi peluang kepada komuniti permainan esports di Malaysia untuk mengasah kemahiran bermain untuk melahirkan generasi industri yang lebih hebat.

Sebelum ini, mereka telah mengadakan pertandingan seperti Squad Up: Athena, Squad Up: PUBG Mobile dan lain-lain. Oleh itu, mereka telah muncul dengan pertandingan pertama pada tahun 2022 iaitu Squad Up Arena Valorant Open Tournament 2022.\u00a0

Kejohanan ini adalah terbuka untuk orang ramai dengan slot pasukan sebanyak 128 pasukan yang akan bertanding untuk prizepool yang sebanyak RM 5000. Pembahagian prizepool adalah seperti berikut:

Bagi yang berminat, pendaftaran dibuka sehingga 5 Ogos 2022 dengan perancangan Grand Final yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Ogos 2022. Bagi peminat permainan lain, Squad Up Arena juga akan mengadakan pertandingan buat permainan mobile popular di Malaysia seperti PUB Mobile, Mobile Legends: Bang Bang dan lain-lain pada masa akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cuba-nasib-di-squad-up-arena-valorant-open-tournament-2022"} {"title": "Free Fire Challenger S2 - 12 Pasukan Akan Berentap Di Grand Finals", "body": "

Kini, Free Fire Challenger S2 berada di puncak klimaks dengan pusingan Grand Finals yang akan berlangsung pada 30 Julai dan 31 Julai 2022. Pusingan yang dinanti-nantikan ini akan melibatkan 12 pasukan bertanding untuk memenangi prize pool sebanyak RM 130,000.

Daripada keputusan pusingan sebelumnya, pasukan Geek Fam dan Farang berada di dua tempat keatas dalam senarai. Mereka mengumpul jurang mata yang tingga mencecah 400 mata lalu menguncikan tempat mereka untuk Grand Final.\u00a0

Terdapat juga banyak pasukan daripada Malaysia yang layak ke Grand Finals seperti Axis Esports, Todak, EWG, NoXscape, WatchNLearn, Orange Esports dan ORV Esports. Mereka akan bertanding dengan pasukan Thailand seperti Anxiety, K9 Esports dan Bloody Head.

Buat pengetahuan pembaca, pemenang Challenger S2 ini juga akan mendapat jemputan untuk MCPS Major selain daripada prize pool yang lumayan. Pusingan Grand Finals ini juga akan disiar langsung di akaun rasmi Free Fire melalui Youtube, Facebook dan Tiktok bermula 1pm.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-challenger-s2-12-pasukan-akan-berentap-di-grand-finals"} {"title": "Ombong Haha Flex Baru HomeBois", "body": "

Kebelakangan ini, Laman Instagram HomeBois mengusik peminatnya dengan mendedahkan barisan kuasanya buat MPL MY Kesepuluh namun secara satu persatu. Poster pertama yang dikeluarkan adalah pengurus Sushi dan diikuti dengan XPDEA sebagai Roamer dan MAKDI sebagai GoldLane.

Kini, mereka mendedahkan Flexer mereka iaitu streamer popular Ombong Haha. Beliau terkenal dengan content gaming yang menarik minat sebanyak 500k peminat di laman sosial seperti Facebook, Youtube serta Instagram.\u00a0

Sebelum ini, beliau pernah bermain untuk pasukan yang bernama Mikey dalam kelompok empat terbaik dalam kejohanan Grand Final Mobile Legends Liga E-Sukan Malaysia Musim Kedua (MEC S2) pada tahun 2021.

Nampaknya, HomeBois akan mengambil masa sebelum mengeluarkan roaster rasmi mereka buat MPL MY Musim Kesepuluh yang akan bermula 5 Ogos 2022. Namun, mari lihat prestasi mereka dengan penambahan Ombong Haha nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ombong-haha-flex-baru-homebois"} {"title": "Dato' M. Nasir Sah Pemain Baru RSG MY", "body": "

Ya, tajuk yang korang baca dekat atas memang betul. Ini bukan cobaan, ini betul-betul! Sebentar tadi Page rasmi RSG MY telah mengumumkan pemain baru untuk line-up MLBB mereka. Banyak tekaan yang diberikan oleh peminat RSG sebelum ini tapi kami berani jamin tiada siapa pun yang menjangkaan yang Dato' M. Nasir yang akan bermain sebagai Flex RSG MY!

Buat masa ini tidak pasti sama ada Dato' M. Nasir akan bermain semasa MPL MY S10 nanti tetapi yang pasti kehadiran beliau semasa Regular Season nanti akan menaikkan semangat pasukan RSG MY dan peminat-peminat mereka.

Tapi kalau Dato' M. Nasir betul bermain nanti, kami rasa hero yang paling sesuai untuk digunakan oleh Dato adalah Badang. Sebab watak itu sahaja yang paling hampir dengan watak Hang Tuah yang mana pernah dilakon oleh Dato' M. Nasir dalam Puteri Gunung Ledang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dato-m-nasir-sah-pemain-baru-rsg-my"} {"title": "Xenoblade Chronicles 3 Mungkin Sudah Dicetak Rompak", "body": "

Nintendo sentiasa tegas dengan cetak rompak dan terutamanya emulasi. Mereka telah diketahui bertindak keras terhadap permainan peminat yang digemari seperti Pokemon Uranium dan Fullscreen Mario.

Baru-baru ini, ia kelihatan seperti versi cetak rompak Xenoblade Chronicles 3 telah muncul di internet. Terdapat banyak gambar pemain yang bermain permainan yang belum dikeluarkan secara rasmi di PC mereka.

Malah telah sampai ke satu tahap di mana content creator internet terkenal, Ordinary Gamers, memuat naik imej dia bermain Xenoblade Chronicles 3 di Steam Deck nya. Ini amat membimbangkan kerana Steam Deck dilihat sebagai pesaing baharu kepada Nintendo Switch dan kini penggunanya mencetak rompak dan mengemulasikan permainan-permainan Nintendo dengannya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/xenoblade-chronicles-3-mungkin-sudah-dicetak-rompak"} {"title": "Permainan Baru Serum Dari Developer Game Island", "body": "

Baru-baru ini, developer permainan yang agak baru telah mengeluarkan trailer reveal untuk permainan sulung mereka, Serum. Trailer permainan ini dikeluarkan di IGN dan ia mendapat perhatian yang cukup ramai.

Memandangkan ini adalah trailer reveal sahaja, tidak banyak yang ditunjukkan dalam teaser ini. Tetapi kami mendapat gambaran tentang arah seni dan sedikit gameplay. Nampaknya, ia digayakan mengikut senjata biokimia dan persekitaran yang toksik.

Senjata semuanya didorong oleh racun hijau dan musuh-musuh semuanya corrupted dan bermutasi. Malah watak pemain didorong oleh toksin. Permainan ini belum lagi diberi tarikh keluarannya tetapi mungkin ia akan dikeluarkan untuk PC sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-baru-serum-dari-developer-game-island"} {"title": "Ura-Ura: Tier One Entertainment Bakal Berkerjasama Dengan Salah Satu Pasukan Dari MPL MY Musim Kesepuluh", "body": "

MPL MY musim kesepuluh minggu kelima baru saja melabuhkan tirai yang mana kita dapat melihat Orange Esports masih kekal dengan rekod tanpa kalah mereka apabila berjaya Team Caracal dua berbalas kosong dan juga Team Lunatix dengan mata yang sama.

Team Caracal dan Suhaz Esports masih gagal mencari rentak permainan mereka dan masing-masing masih berada ditangga paling bawah dengan kosong rekod kemenangan. Banyak perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasukan ini untuk memastikan mereka tidak terkeluar awal nanti sebelum permulaan MPL MY musim kesepuluh Play-Off.

Kita juga telah digemparkan dengan beberapa rumors ataupun khabar angin yang menyatakan Tier One Entertainment yang merupakan salah satu syarikat penaja Blacklist International PH dikatakan sedang mencari pasukan dari MPL MY musim ini untuk berkerjasama dengan mereka.\u00a0

Tidak dilupakan satu syarikat yang menjalankan in-game top-up atas talian juga akan mengumumkan kerjasama mereka dengan salah satu pasukan popular di MPL MY musim ini. Korang rasa pasukan mana yang bertuah dapat tajaan dua syarikat gergasi ni ya?

Ingin kami ingatkan sekali ini hanyalah khabar angin. Buat masa ini kami tidak dapat mengesahkan apa-apa tanpa kebenaran dari pihak yang terlibat.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ura-ura-tier-one-entertainment-bakal-berkerjasama-dengan-satu-pasukan-dari-mpl-my-musim-kesepuluh"} {"title": "Blacklist International Perkenalkan Line-Up Free Fire Malaysia", "body": "

Baru-baru ini kejohanan MCP Majors Season 4 minggu pertama telah pun mula berjalan. Pada minggu pertama ini kita dapat melihat enam pasukan dari Malaysia menduduki tangga sepuluh teratas. Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kumpulan-kumpulan yang mewakili Malaysia.

Tidak dilupakan pasukan Blacklist International yang juga merupakan salah satu pasukan dari Malaysia telah pun memperkenalkan line-up terbaru mereka yang terdiri daripada BLCK.NEWS, BLCK.ASHURA, BLCK.FAIZ, BLCK.MIRUL, BLCK.ZENNOP dan yang terakhir sekali BLCK.XMR.D.

Pada minggu pertama MCP Majors Season 4, pasukan Blacklist International dari Malaysia ini telah berjaya mendapat tempat ke keenam dengan satu BOOYAH!, 56 Total Kills dan mata sebanyak 107 mata.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blacklist-international-perkenalkan-line-up-free-fire-malaysia"} {"title": "Acara THE ODEX FILM FESTIVAL Pertama Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini pihak Golden Screen Cinema (GSC) telah bekerjasama dengan Paradigm Mall PJ, Odex Private Limited dan juga Comic Fiesta untuk acara The Odex Film Festival (TOFF) yang julung kali dijalankan di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, The \u00a0Odex Film Festival ini akan menampilkan 4 filem anime terbaru seperti One Piece Film Red, Shin Ultraman, Isekai Quartet The Movie: Another world dan juga The Quintessential Quintuplets The Movie untuk tontonan peminat-peminat di Malaysia dari 3 September sehingga 11 September 2022. Buat masa ini, hanya 3 filem sahaja yang akan Fan Screening iaitu One Piece Film Red, Shin Ultraman dan The Quintessential Quintuplets The Movie manakala filem Isekai Quartet The Movie: Another World telah pun ditayangkan secara umum pada 18 Ogos 2022 yang lepas.\u00a0

Hari ini pihak Gamers on Duty telah berpeluang untuk menghadiri acara Fan Screening One Piece Film Red yang telah dijalankan di GSC Paradigm Mall, Petaling Jaya. Selain daripada peminat-peminat dari pelbagai bangsa dan umur, acara ini juga telah dihadiri sendiri oleh penerbit filem tersebut iaitu Shinji Shimizu.\u00a0

Selain daripada goodies bag yang diterima oleh peminat yang membeli tiket Fan Screening ni, mereka juga berpeluang untuk bergambar dan sesi autograph bersama penerbit One Piece Film Red. Peminat juga berpeluang bergambar bersama-sama cosplayers dan melihat sendiri One Piece Film Red Standee terbesar di Malaysia!

Terdapat juga booth-booth yang menjual official anime merchandise, doujin dan juga cosplay booth. Satu pertandingan cosplay turut dijalankan hari ini yang menyaksikan perbagai cosplay-cosplay artis yang menarik.

Bagi korang yang terlepas untuk mendapatkan Fan Screening One Piece Film Red hari ini, korang tak perlu bimbang sebab tayangan umum filem ini masih akan berjalan bermula 22 September 2022 nanti. Kalau korang tak nak terlepas lagi, jangan lupa book tiket korang di GSC dengan tekan LINK ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acara-the-odex-film-festival-pertama-di-malaysia"} {"title": "16 Pasukan Yang Bertanding Di Valorant Champions Istanbul", "body": "

Bagi korang yang tak tahu, Valorant Champions Istanbul sudah pun bermula sejak 31 Ogos 2022 yang lepas. Valorant Champions Istanbul merupakan kejohanan terakhir untuk VCT 2022 tahun ini.

Sebanyak 16 pasukan Valorant terbaik dari North America, EMEA, Latin America, East Asia dan Asia Pacific akan bertanding dan merebut gelaran juara Valorant Champions dan dinobatkan sebagai pasukan Valorant terbaik tahun ini.\u00a0

16 Pasukan yang bertanding adalah:

Semalam pasukan gabungan Singapura dan Malaysia, Paper Rex berjaya menundukkan pasukan dari China iaitu Edward Gaming dengan 2 berbalas 1. Grand Final untuk Valorant Champions Istanbul dijadualkan akan berjalan pada 18 September 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/16-pasukan-yang-bertanding-di-valorant-champions-istanbul"} {"title": "Solvit et Titus Mengeluarkan Jam Tangan Edisi Terhad Versi One Piece Film Red", "body": "

Baru-baru ini pihak Solvit et Titus telah memperkenalkan jam tangan limited edition versi One Piece Film Red sempena filem terbaru animasi One Piece tersebut.\u00a0

Jam tangan ini dikeluarkan dengan tiga versi iaitu versi Monkey D. Luffy, Shank dan watak terbaru yang bakal muncul dalam One Piece Film Red iaitu Uta.

Setiap jam tangan ini didatangkan dengan laser card sebagai bukti keasliannya, tote bag dan juga watch cloth. Untuk jam tangan Luffy ianya akan dijual pada harga USD460, Shank pada harga USD400 dan Uta pula akan dijual pada harga USD445. Kalau korang nak full set ketiga-tiga jam tangan ini, korang boleh dapatkan pada harga USD1,305.00.

One Piece Film Red dijangkakan bakal ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/solvit-et-titus-mengeluarkan-jam-tangan-edisi-terhad-versi-one-piece-film-red"} {"title": "Codashop Berkerjasama Dengan The Gaming Company Dan Berryfam Untuk VCT 2022 Champions Viewing Party", "body": "

Baru-baru ini pihak Codashop telah mengumumkan yang mereka akan berkerjasama dengan Berryfam dan juga The Gaming Company untuk Valorant Champions 2022 Viewing Party.

Untuk pengetahuan korang, Valorant Champions 2022 ataupun lebih dikenali sebagai VCT 2022 bakal dijalankan di Istanbul, Turkey bermula pada 31 Ogos 2022 sehingga 18 September 2022.

Bagi mereka yang tidak dapat pergi ke Istanbul, korang jangan risau kerana korang dan rakan-rakan korang boleh hadir ke VCT 2022 Champions Viewing Party ini dan menyaksikan sendiri Grand Final VCT 2022 bersama peminat-peminat Valorant yang lain.

VCT 2022 Champions Viewing Party ini akan dijalankan di Orange Esports Club, Quill City Mall pada 18 September 2022 untuk match Grand Final bermula dari jam 7 petang sehingga habis.

Selain dari menyaksikan Grand Final VCT 2022, 100 pengunjung pertama juga berpeluang untuk memenangi 70,000 Valorant Point dan Codashop voucher berjumlah RM10 yang ditaja oleh Codashop.

Bab makanan dan minuman korang tak perlu risau sebab akan ada free flow ice-cream dan juga popcorn untuk pengunjung yang hadir.

Codashop juga menyediakan giveaway yang berjumlah RM4,000 untuk korang menangi menerusi mini game yang dorang akan jalankan sepanjang VCT Viewing PArty berlangsung. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, korang boleh daftar di Discord Berryfam ataupun ke Facebook rasmi mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-berkerjasama-dengan-berryfam-dan-the-gaming-company-untuk-vct-2022-viewing-party"} {"title": "3 Permainan Video Terbaik Dari Malaysia", "body": "

Hari ini kita akan menyambut Hari Merdeka yang Ke-65 tahun jadi ada baiknya kita melihat permainan-permainan video yang telah dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri.\u00a0

Kalau nak cerita tentang AAA game yang ada dipasaran sekarang, memang ada yang dihasilkan dengan bantuan studio di Malaysia contohnya seperti game Uncharted 4, Day Gone dan banyak lagi.

Cumanya hari ini kitorang nak perkenalkan korang dengan permainan video yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh studio di Malaysia sendiri jadi nanti bolehlah korang mencubanya nanti.

\u00a0

GigaBash

GigaBash merupakan permainan video yang dihasilkan oleh Passion Republic Games sebagai salah satu IP original mereka. Permainan video yang menampilkan pertarungan antara raksasa-raksasa ini sudah semestinya akan menghiburkan korang dan rakan-rakan.

GigaBash ini boleh dimainkan sehingga empat orang pemain dan korang boleh menggunakan bangunan dan elemen-elemen sekeliling sebagai senjata semasa berlawan. Permainan video baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 5 Ogos yang lepas dan boleh dimainkan di Nintendo Switch, Playstation, Xbox dan juga di PC.\u00a0

\u00a0

Bake 'n Switch

Kalau korang minat permainan video seperti Dinner Dash ataupun Overcooked, Bake \u2018n Switch ini sudah semestinya akan menarik minat korang untuk bermain. Seperti GigaBash, Bake \u2019n Switch juga boleh dimainkan sehingga empat orang pemain.

Bake \u2018n Switch ini dihasilkan oleh Streamline Games yang mana sebelum ini membantu dalam menghasilkan permainan video AAA seperti Street Fighter V, Final Fantasy XV dan banyak lagi. Bake \u2019n Switch ini telah dikeluarkan pada 21 Ogos 2020 untuk Nintendo Switch, Playstation 4 dan juga PC.

\u00a0

Paper Ghost Stories: 7PM

Paper Ghost Stories: 7PM merupakan salah satu permainan video seram yang dihasilkan oleh studio dari Malaysia. Permainan video ini telah dihasilkan oleh Cellar Vault Games. Apa yang uniknya permainan video ini adalah rekaan yang unik dan jalan cerita yang mempunyai elemen-elemen rakyat Malaysia.

Paper Ghost Stories: 7PM ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat semasa sambutan upacara Hantu Lapar. Selain daripada Paper Ghost Stories: 7PM, Cellar Vault Games juga bakal mengeluarkan permainan video seram lain yang bertajuk Paper Ghost Stories: Third Eye Open yang dikatakan bakal dikeluarkan pada tahun depan. Paper Ghost Stories ini telah pun dikeluarkan pada 2 September 2020 untuk PC.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-permainan-video-terbaik-dari-malaysia"} {"title": "Jurulatih Forev Meninggalkan Talon Esports", "body": "

Selepas menjadi antara pasukan terawal yang terkeluar dari ESL One Malaysia 2022, pasukan Talon Esports baru-baru ini telah mengumumkan pengunduran jurulatih mereka iaitu Forev atau nama sebenarnya Lee Sang-don.

Had a great working time with you guys. I got removed from Talon roster. I deserve to take this decision they made due to last 3 tournaments. Wish you guys all the best. LFT https://t.co/Dya9UHhoex

\u2014 Forev (@DotaFoREv) August 28, 2022

Berita ini telah diumumkan sendiri oleh Talon Esports di Twitter rasmi mereka. Ini merupakan kali pertama Forev menjadi jurulatih dimana sebelum ini dia merupakan salah seorang player untuk pasukan T1 dan juga Omega Esports sebelum masuk ke Talon Esports pada bulan Februari yang lepas.

Dengan ketiadaan jurulatih sebelum bermulanya The International 11 qualifier, adakah Talon Esports mampu untuk mendapatkan slot ke The International 11 yang bakal berlangsung di Singapura nanti?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jurulatih-forev-meninggalkan-talon-esports"} {"title": "Ash Dan Revenant Bakal Hadir Di Apex Legends Mobile", "body": "

Baru-baru ini pihak Apex Legends telah pun mengeluarkan update terbaru mereka yang mana mereka telah membawa watak Crypto ke Apex Legends Mobile.

Introducing your Season 3 Legends: Ash and Revenant.#ApexLegendsMobile #APEXmobile pic.twitter.com/ZN2pQofWa3

\u2014 ThatOneGamingBot (@thegamingbottt) August 27, 2022

Dengan Season baru iaitu Season 3 yang bakal tiba tidak lama lagi, Apex Legends dikatakan akan membawa 2 lagi Legends ke Apex Legends Mobile.\u00a0

Dua Legends tersebut adalah Ash dan juga Revenant. Ash dan Revenant mula diperkenalkan di Apex Legends Season 11 dan Revenant pula diperkenalkan pada Apex Legends Season 4.

Selain dari 2 Legends baru, map Olympus juga dikatakan bakal hadir di Apex Legends Mobile semasa Apex Legends Mobile Season 3 bermula nanti. Buat masa ini tiada lagi tarikh bila Season 3 akan bermula.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ash-dan-revenant-bakal-hadir-di-apex-legends-mobile"} {"title": "Gungrave G.O.R.E Bakal Tiba November Tahun Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak Prime Matter telah mengumumkan yang permainan video Gungrave G.O.R.E bakal tiba ke Playstation 4, Playstation 5, Xbox One, Xbox Series dan juga PC pada 22 November 2022 tahun ini.

Permainan video yang dibangunkan oleh Studio Iggymob ini \u00a0sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2019 ini telah banyak kali ditunda dan akhirnya peminat-peminat series Gungrave dalam menarik nafas lega apabila akhirnya tarikh rasmi pengeluarannya akan tiba tidak lama lagi.

According to an Xbox newsletter sent out today, Gungrave G.O.R.E. is coming Day One to Xbox Game Pass (Console, PC, Cloud); a stylish third-person action shooter.

It's not clear if this is just a mistake.https://t.co/VuXo6DXmvW pic.twitter.com/LjojoCXBq3

\u2014 Klobrille (@klobrille) August 29, 2022

Terdapat ura-ura di Twitter yang di tweet oleh Klobrille yang menyatakan permainan video Gungrave G.O.R.E ini bakal hadir sebagai Day One kepada semua pemilik Game Pass (Console, PC dan Cloud). Namun berita ini masih belum dapat disahkan sama ada benar ataupun tidak.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gungrave-g-o-r-e-bakal-tiba-november-tahun-ini"} {"title": "ESL One Malaysia 2022 Milik OG", "body": "

ESL One Malaysia 2022 baru saja melabuhkan tirainya pada hari minggu yang lepas dimana pasukan OG berjaya bergelar sebagai juara selepas menang 3 berbalas 0 menentang Team Aster.\u00a0

Walaupun pasukan OG terpaksa bermain di lower bracket dan Team Aster dilihat menjadi pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ESL One Malaysia 2022 ini, namun pasukan OG berjaya membuktikan kehebatan mereka dan layak mendapat gelaran King of Lower Bracket.

Dalam perlawanan Grand Final, Team Aster banyak melakukan serangan yang agak hebat namun kehebatan pasukan OG dalam membaca gerakan dan serangan Team Aster membuatkan mereka mudah untuk mendapatkan kemenangan. Pasukan OG berjaya membawa pulang hadiah berjumlah USD175,000.00 manakala Team Aster membawa pulang hadiah berjumlah USD85,000.00 sebagai naib juara.

Terima kasih kepada ESL dan Acer Predator Malaysia kerana menjemput kami untuk menyaksikan kejohanan ini secara langsung di Resorts World Genting.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esl-one-malaysia-2022-milik-og"} {"title": "Gugurkan ChooxTv, ONIC PH Bakal Dikenakan Tindakan Oleh MPL PH", "body": "

Baru-baru ini gempar apabila pasukan ONIC PH mengumumkan yang ChooxTv atau nama sebenarnya Edgar Dumali digugurkan dari rooster rasmi ONIC PH.\u00a0

ChooxTv merupakan salah seorang streamer yang terkenal dengan aksi-aksi menghiburkan dan juga meta-meta pelik yang selalu dibawa olehnya. Namun semenjak dia dibawa masuk dalam pasukan ONIC PH, dia dilihat tidak pernah diberi peluang untuk bermain sejak MPL PH S10 berlangsung.

Disebabkan berita ini, pihak MPL PH telah mengeluarkan satu kenyataan yang bahawa mereka hormat dengan keputusan ONIC PH untuk mengeluarkan ChooxTv daripada rooster rasmi mereka, namun tindakan tersebut merupakan satu kesalah seperti mana yang telah tercatat dalam undang-undang MPL PH dan pasukan ONIC PH akan dikenakan tindakan atas keputusan tersebut.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gugurkan-chooxtv-onic-ph-bakal-dikenakan-tindakan-oleh-mpl-ph"} {"title": "Tiket Dragon Ball Super: Super Hero Mula Dijual Di TGV", "body": "

Bagi peminat-peminat Dragon Ball diluar sana yang tengah menunggu tayangan Dragon Ball Super: Super Hero kini boleh mula menempah dan membeli tiket wayang mereka di laman rasmi TGV.

Dragon Ball Super: Super Hero ini menceritakan tentang kebangkitan Red Ribbon Army yang kini telah kembali dengan android baru iaitu Gamma 1 dan juga Gamma 2. Mereka telah menculik Pan dan ini membuatkan Gohan kembali bertarung untuk menyelamatkan pan dengan bantuan Piccolo.

Filem ini telah mula ditayangkan di Jepun pada Jun 2022 di Jepun dan pada 30 Ogos ini akan mula ditayangkan di Malaysia pula. Bagi korang yang membeli tiket, klik LINK ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiket-dragon-ball-super-super-hero-mula-dijual-di-tgv"} {"title": "MSPC Bakal Kembali Bulan Hadapan", "body": "

Kejohanan Semi Profesional MLBB ataupun lebih dikenali sebagai MSPC merupakan satu inisiatif komuniti-komuniti MLBB di Malaysia untuk menaikkan dan memperkenalkan pasukan-pasukan MLBB semi-pro untuk lebih maju dan dikenali.

Kejohanan musim pertama MSPC baru saja selesai pada bulan July yang lepas dimana pasukan The Academy berjaya mendapatkan gelaran johan apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan THQ Academy dengan mata 3 berbalas 0.

Baru-baru ini pihak MSPC telah mengumumkan kejohanan MSPC musim kedua mereka yang dikatakan bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Buat masa ini tiada lagi info berkenaan pendaftaran dan tarikh rasmi kejohanan ini akan diadakan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mspc-bakal-kembali-bulan-hadapan"} {"title": "Level51 PC Menukar Nama Kepada AFTERSHOCK PC Malaysia", "body": "

Baru-baru ini pihak Level51 PC telah mengumumkan yang mereka akan menukar nama kepada AFTERSHOCK PC Malaysia.

Bagi korang yang tak tahu, Level51 PC merupakan sebuah syarikat yang menumpukan kepada pembinaan custom PC dan Laptop gaming. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2018 lagi.

Mereka turut menyatakan yang mereka akan secara rasminya menukar nama kepada AFTERSHOCK PC Malaysia pada 26 Ogos 2022 semasa event Malaysia's IT Fair nanti. Jadi bagi korang yang bakal hadir ke Malaysia's IT Fair nanti jangan lupa untuk singgah di booth AFTERSHOCK PC Malaysia untuk mendapatkan tawaran istimewa dan juga hadiah-hadiah menarik!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/level51-pc-menukar-nama-kepada-aftershock-pc-malaysia"} {"title": "MrBeast Burger Bakal Dibuka Di Malaysia", "body": "

Baru-baru ini gempar apabila media KL Foodie melaporkan yang MrBeast mungkin bakal membuka restaurant Burger miliknya di Malaysia.

Restaurant yang diberi nama MrBeast Burger ini telah dibangunkan oleh MrBeast dengan kerjasama Virtual Dining Concept pada tahun 2020. Salah satu ciri unik restoran ini adalah ianya hanya untuk delivery sahaja.

Satu gambar yang telah dikongsi melihatkan MrBeast Burger bakal dibuka di Glo Damansara namun buat masa ini tiada berita rasmi dan tarikh rasmi pembukaan restaurant fast food ini. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mrbeast-burger-bakal-dibuka-di-malaysia"} {"title": "Disney+ Bakal Keluarkan Siri King Kong", "body": "

Baru-baru ini pihak Disney telah mengumumkan yang siri tv King Kong bakal dihasilkan dan disiarkan di Disney+. Mereka turut mengumumkan yang pengarah filem terkenal, James Wan akan terlibat dalam penghasilan siri ini nanti bersama studio milik beliau iaitu Atomic Kitten.

Tidak banyak info yang telah dikongsi namun apa yang kami tahu, siri tv ini akan ditulis oleh Stephany Folsom yang mana juga merupakan penulis untuk Toy Story 4 dan juga Thor: Ragnarok.\u00a0

Siri tv ini dikatakan akan menceritakan tentang asal-usul King Kong dan akan mengfokuskan apa yang telah terjadi di Skull Island sebelum apa yang telah terjadi dalam filem Kong: Skull Island.\u00a0

Kita masih belum mengetahui siapakah yang bakal membintangi siri tv ini dan bila ia akan disiarkan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/disney-bakal-keluarkan-siri-king-kong"} {"title": "Caracal Dan Suhaz Esports - Satu Uji Kaji Yang Tidak Menjadi", "body": "

Artikel ini ditulis oleh Syed Adeen

\u00a0

Musim ke-10 MPL MY kita dapat melihat dimana pasukan Caracal dan Suhaz Esports membuat uji kaji dengan membawa strategi yang unik dan berbeza. Pasukan Caracal membawa masuk barisan pemain-pemain baru ataupun digelar \u201crookies\u201d dengan harapan mereka boleh memberikan elemen-elemen mengejut dan bersaing dengan pasukan MPL yang sedia ada.\u00a0

Akan tetapi, taruhan tersebut belum lagi kita nampak hasilnya setelah 3 minggu bertanding pasukan Caracal berada ditempat kelima dalam kumpulan B dengan hanya 2 kutipan mata. Walaupun masih belum berakhir perjalanan mereka namun mereka berada dalam keadaan yang agak kritikal dimana kalau prestasi mereka tidak diperbaiki, ada kemungkinan mereka tidak akan layak ke pusingan \u201cplayoff\u201d MPL MY musim ke-10.\u00a0

Anak-anak muda Caracal ini perlukan didikan dan tunjuk ajar, kerana itulah Pasukan Caracal telah membawa masuk jurulatih \u201cJerung\u201d untuk membimbing mereka dari sudut \u201cdrafting\u201d dan latihan \u201cin-game\u201d. Tidak cukup dengan jurulatih baru, mereka juga telah membawak masuk bekas-bekas pemain Suhaz Esports musim lepas iaitu \u201cEavy\u201d selaku explaner , \u201cAj\u201d selaku midlaner dan juga \u201cD\u2019ace\u201d selaku roamer.\u00a0 Persoalannya adakah Caracal mampu kembali bangkit?

Beralih pula kita ke kumpulan A, dimana pasukan Suhaz Esports dengan barisan pemain mereka yang berasal dari Indonesia serta jurulatih daripada Filipina. Diberikan gelaran \u201cThe International Team\u201d tetapi nampaknya hanya indah khabar dari rupa kerana pasukan Suhaz Esports gagal memenangi sebarang perlawanan sehingga ke minggu ke-3.

\u00a0Dengan tiada sebarang kutipan mata, harapan pasukan Suhaz semakin pudar untuk layakkan diri mereka ke pusingan \u201cplayoffs\u201d. Ternyata masalah terbesar buat pasukan Suhaz adalah dari segi komunikasi dan dimana mereka gagal untuk menunjukkan identiti mereka di dalam setiap perlawanan. Walaupun baru-baru ini mereka menampilkan barisan \u201cAll-Malaysian\u201d lineup namun masih tidak mampu untuk berikan mereka kemenangan.

Masa semakin suntuk untuk Pasukan Suhaz demi mengejar semula pasukan-pasukan diatas mereka tetapi dari sudut matematik mereka masih lagi ada peluang untuk melakukan \u201ccomeback\u201d. Namun, mereka memerlukan keajaiban untuk kejar semula dan di dalam dunia kompetitif MLBB tiada apa yang mustahil.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/caracal-dan-suhaz-esports-satu-uji-kaji-yang-tidak-menjadi"} {"title": "SoraPayung Ucap Selamat Tinggal, Dragon Kini Jurulatih Baru RED Esports", "body": "

Baru-baru ini gempar apabila RED Esports telah mengumumkan pengunduran jurulatih pasukan MLBB mereka iaitu SoraPayung atau nama sebenarnya Muhammad Farhan Ibrahim.

Berita ini telah diumumkan sendiri oleh RED Esports pada posting di Instagram rasmi mereka. Melalui posting tersebut, pengunduran ini nampak adalah secara tiba-tiba dan RED Esports sendiri tidak menyatakan apakah sebab pengunduran jurulatih mereka.

Dengan pengunduran SoraPayung ini sudah tentunya akan memberikan satu impak yang besar kepada pasukan RED Esports lagi-lagi sekarang ini mereka masih lagi bertanding dalam MPL MY musim Kesepuluh.

Semasa artikel ini ditulis, pihak RED Esports telah membuat satu lagi posting di Instagram rasmi mereka yang mana Dragon yang sebelum ini menggalas tugas sebagai Manager RED Esports akan menggantikan tempat SoraPayung sebagai jurulatih pasukan ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-kini-tanpa-jurulatih"} {"title": "Team Lunatix Bawa Masuk Roamer Baru", "body": "

Setakat minggu ketiga MPL MY musim Kesepuluh, Team Lunatix yang merupakan pencabar baru dalam kejohanan MPL MY nampaknya masih lagi mencari rentak permainan mereka.\u00a0

Setelah kalah 2 berbalas 0 dengan pasukan Homebois minggu lepas, Team Lunatix nampaknya telah membawa masuk Roamer baru bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.

Zeph yang sebelum ini bermain untuk pasukan The Academy dan berjaya mendapat tempat pertama di Codashop Global Series Malaysia nampaknya akan bermain untuk Team Lunatix sebagai Roamer baru mereka.\u00a0

Ini merupakan kali pertama Zeph bermain dalam MPL MY. Adakah dengan kemasukan Zeph ini akan menaikkan kembali semangat Team Lunatix? Sama-sama kita nantikan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lunatix-bawa-masuk-roamer-baru"} {"title": "Usain Bolt Ceburi Dunia E-sukan", "body": "

Usain Bolt, pelari terpantas dunia didapati telah menceburi dunia e-sukan. Beliau juga memiliki sebuah organisasi e-sukan bersama iaitu WYLDE. WYLDE merupakan sebuah organisasi e-sukan yang telah dibina pada 2 tahun lalu oleh seorang bekas jurubank dan juga bekas presiden American Ireland Fund.

Selepas mengumumkan persaraan sebagai pelari pecut dunia, Usain Bolt mula menceburi dunia e-sukan iaitu sebuah industri yang mempunyai perkembangan yang sangat pantas. Kehadiran Usain Bolt sebagai pemilik bersama pasukan WYLDE adalah untuk meningkatkan lagi jenama serta menyokong visi sebenar WYLDE.

Setakat ini, WYLDE sudah mempunyai pasukan yang bersaing dalam permainan Rainbow Six Siege, Valorant, Rocket League, dan FIFA. Barisan pemain mereka juga terdiri daripada juara dari UK, Ireland, German, dan Perancis. Selain itu, organisasi ini turut merekrut pemain profesional, atlet akademi, dan pencipta kandungan di 16 buah negara. WYLDE boleh disifatkan sebagai global esports dan ianya bakal berkembang tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/usain-bolt-ceburi-dunia-e-sukan"} {"title": "Pemain Team OP Diban Daripada MPL", "body": "

Selepas isu pemain PUBG Mobile, kini timbul pula isu pemain Mobile Legends: Bang Bang. Baru-baru ini, media sosial telah dipenuhi dengan isu yang berlaku antara ahli pasukan Geek Fam MY dengan ahli pasukan daripada Singapore iaitu Team OP.

Pada 29 Mac, terdapat perbalahan antara pemain Geek Fam dengan pemain Team OP di dalam sebuah perlawanan Rank. Kejadian tersebut telah disaksikan secara langsung oleh penonton dimana ketika itu Geek Dominus sedang melakukan livestream.

Perbalahan tersebut terjadi apabila pemain Team OP iaitu Ryeb, Dara, Bush, dan PA telah menyentuh sensitiviti agama dan keluarga ahli pemain Geek Fam. Oleh disebabkan itu, pemain Geek Fam telah membawa isu ini kepada pihak MPL SG untuk mengambil tindakan ke atas pemain Team OP yang terlibat.

Dengan bukti yang ada, MPL SG segera mengenakan tindakan ke atas Team OP dan juga pemain mereka. Dara, Ryeb, dan PA telah dikenakan hukuman ban daripada menyertai MPL selama 2 tahun manakala Bush diban selama 1 tahun. Untuk Team OP pula, mereka akan menerima penolakan mata sebanyak 10 mata.

Kesemua pemain Team OP juga telah mengeluarkan permohonan maaf ke atas Geek Fam dan juga para peminat atas apa yang mereka lakukan. Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi dalam industri e-sukan pada masa akan datang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-team-op-diban-daripada-mpl"} {"title": "Capcom Pro Tour 2022 Berlangsung Secara Fizikal", "body": "

Selepas kemaskini terakhir untuk pelancaran Street Fighter V, Capcom telah mengeluarkan butiran awal untuk Capcom Pro Tour (CPT) 2022. Kejohanan kali ini bakal diadakan secara offline setelah dua tahun terhenti disebabkan pandemik. Acara offline bakal diadakan di FGS majors dimana tarikh bakal diumumkan kemudian.

Selain daripada offline, CPT turut mengadakan secara online. Capcom akan pergi ke 19 negara wilayah serantau untuk mencari para pemain Street Fighter V yang sebenar. Pemenang untuk setiap wilayah akan berentap di Capcom Cup demi merebut gelaran juara. Antara wilayah yang akan terlibat secara online adalah Asia, Amerika Utara, Amerika Latin, EMEA, dan Oceania.\u00a0

Bukan itu sahaja, pemain juga boleh menyertai perlawanan kelayakan Capcom Cup melalui acara World Warrior. World Warrior telah wujud pada tahun 2019 namun ini pertama kali dilancarkan disebabkan pandemik yang melanda. Dalam acara ini, peserta perlu bertanding dalam rantau masing-masing. Pemenang setiap rantau akan layak ke Capcom Cup. World Warrior boleh diadakan secara online atau offline mengikut kesesuaian keadaan.

Acara pembukaan musim 2022 bakal menyaksikan tayangan perdana dalam talian untuk wilayah Amerika Utara pada 30 April ini. Anda boleh menyaksikan perlawanan ini melalui Capcom Fighter Twitch dan juga saluran Youtube. Untuk melihat jadual penuh perlawanan, layari capcomprotour.com.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-pro-tour-2022-berlangsung-secara-fizikal"} {"title": "Team SMG Masuk MPL Singapore", "body": "

Baru-baru ini, Team SMG mengumumkan tentang barisan pemain yang akan memasuki ke dalam Mobile Legends Pro League (MPL) Singapore musim ke 3. Ini merupakan penampilan pertama buat Team SMG di dalam liga kompetitif MLBB Singapore.

Untuk pengetahuan, barisan pemain mereka terdiri daripada ahli pasukan Scythe SG. Mereka akan bertanding di MPL SG musim 3 dengan menggunakan nama Team SMG. Berikut merupakan barisan pemain Team SMG:

MPL SG musim 3 akan bermula pada 2 April. Team SMG akan membuka perlawanan di hari pertama menentang pasukan EVOS SG. Ikuti media sosial MPL SG untuk perkembangan selanjutnya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-masuk-mpl-singapore"} {"title": "Norwich City Juara Liga ePremier FIFA 2021/22", "body": "

Norwich City baru-baru ini muncul sebagai juara dalam kejohanan Liga ePremier FIFA 2021/22. Pasukan ini diwakili oleh 2 pemain yang berasal daripada Poland dan UK iaitu \u2018Damie\u2019 & \u2018GoalPoacher\u2019. Mereka membawa Norwich City sebagai juara apabila berjaya menumbangkan duo daripada pasukan Brentford dengan mata kemenangan 5-1 di perlawanan akhir.

Sepanjang kejohanan ini, Damie & GoalPoacher telah beraksi dengan sangat baik. Mereka berjaya mendapatkan kemenangan tanpa kalah dalam 4 perlawanan pada kumpulan D. Damie sebelum ini pernah bertanding dalam Liga ePremier 2018/19 Xbox dan berjaya memasuki separuh akhir manakala GoalPoacher pula pernah memenangi dalam acara Playstation.

Hasil daripada kemenangan, mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak 30,000 Euro manakala Brentford di tempat kedua membawa pulang sebanyak 15,000 Euro. Tahniah diucapkan buat para pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/norwich-city-juara-liga-epremier-fifa-2021-22"} {"title": "Pemain KHI Esports Digantung Daripada PMPL MY/SG/PH 2022", "body": "

Kebelakangan ini, kita sering mendengar isu mengenai pasukan baru yang menyertai PMPL MY/SG/PH 2022. KHI Esports, pasukan daripada Philippines telah membangkitkan beberapa isu di dalam PMPL. Bermula dengan isu pemain mereka Demigod yang melakukan fitnah terhadap pemain Axis Esports iaitu Jumper.

Baru-baru ini, terdapat 1 lagi isu dimana pemain KHI Rankid telah mendedahkan maklumat peribadi seseorang kepada khalayak ramai. Beliau telah mendedahkan perbualan antara bekas pengurus Team Secret iaitu OnTheGo bersama dengan pemilik pasukan KHI dengan memaparkan nombor telefon OnTheGo secara jelas dan dijadikan content.

Kesan daripada perkara tersebut, OnTheGo telah mendapat banyak panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. OnTheGo turut merasa kesal ke atas tindakan tidak profesional daripada pasukan KHI Esports kerana membiarkan pemain mereka mendedahkan maklumat peribadi seseorang demi melakukan content.

Beliau juga telah mengharamkan pasukan KHI Esports daripada menyertai scrim SSS yang dianjurkan olehnya. Bukan itu sahaja, pihak PMPL turut mengenakan tindakan ke atas pemain Rankid kerana melanggar peraturan pertandingan 6.3.5 yang menerbitkan maklumat tanpa kebenaran. Rankid bakal digantung daripada menyertai perlawanan iaitu bermula daripada 28 Mac hingga 3 April 2022.

Diharapkan pasukan KHI Esports dapat memperbaiki kesilapan para pemain mereka demi menjaga nama baik pasukan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pemain-khi-esports-digantung-daripada-pmpl-my-sg-ph-2022"} {"title": "Drian Kembali Ke Onic Esports", "body": "

Drian yang mengumumkan untuk berehat daripada menyertai mana-mana kompetitif MLBB termasuk MPL ID musim 9 didapati telah menyertai semula organisasi asalnya iaitu Onic Esports. Kehadiran beliau telah dimaklumkan sendiri oleh pihak Onic melalui laman instagram mereka.

Walau bagaimana, Drian tidak akan bermain untuk MPL musim 9 buat masa ini. Beliau telah dihantar ke dalam divisi MDL iaitu Onic Prodigy. Ada juga yang mengatakan bahawa kemasukan Drian ke MDL merupakan salah satu cara untuk beliau bangkit di MPL nanti. Perkara ini sama seperti Luminaire dimana beliau pernah mengumumkan untuk rehat kemudian beliau masuk ke dalam MDL pasukan EVOS sehinggalah beliau membantu pasukannya mendapatkan tempat ketiga di dalam MPL musim 8.

Drian yang bermain sebagai midlaner sememangnya penuh dengan pengalaman. Antara pencapaian beliau bersama Onic Esport adalah memenangi MPL Invitational 2021, juara dalam MPL ID musim ke-8 serta bermain untuk kejohanan dunia (M3) baru-baru ini. Adakah kembalinya beliau ke dalam kompetitif adalah untuk membantu pasukannya di MPL musim ini atau beliau benar-benar akan kekal di dalam divisi MDL? Sama-sama kita saksikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/drian-kembali-ke-onic-esports"} {"title": "PUBG Mobile X Lamborghini", "body": "

PUBG Mobile baru-baru ini membuat satu pengumuman menarik dimana mereka bakal mengadakan kerjasama dengan sebuah jenama automobil terkenal dari Itali. Jenama ini sememangnya dikagumi oleh dunia tentang kelajuannya.\u00a0

Ia tidak lain tidak bukan adalah Lamborghini. Sebuah jenama kereta sukan mewah dan juga pengeluar SUV. Selepas PUBG Mobile mengadakan beberapa kerjasama dengan jenama automobil seperti McLaren, Tesla dan Koenigsegg, PUBG Mobile kini mengambil sebuah lagi jenama besar iaitu Lamborghini.

Dalam sebuah video pendek yang dikeluarkan oleh pihak PUBG Mobile menerusi laman twitter dan juga youtube, dilihat bahawa beberapa kenderaan seperti Coupe RB, Dacia dan UAZ akan tersedia untuk kulit Lamborghini. Antara model Lamborghini yang dikhabarkan akan keluar adalah seperti Lamborghini Centenario, Lamborghini Aventador SVJ, Lamborghini Urus, dan Lamborghini Asterion.

Pasti ramai yang tak sabar untuk memandu Lamborghini di dalam permainan terutama model SUV Urus

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-x-lamborghini"} {"title": "Bigetron Bawa Masuk Bidadari Kembar", "body": "

Bigetron Esports sememangnya dekat dengan fans mereka. Mereka turut mempunyai sebuah fanbase rasmi yang dikenali sebagai Bigetron Troopers. Selain daripada pro player, BTR juga menarik ramai fans dengan menggunakan para content creator.

Seperti sebelum ini, BTR telah membawa masuk 2 content creator kembar jelita iaitu \u2018Babyla\u2019 dan \u2018Mute\u2019. Kehadiran 2 wanita cantik ini telah menarik perhatian peminat BTR sehingga ramai yang mengikuti perkembangan BTR.

Baru-baru ini, BTR membawa masuk 2 lagi pasangan kembar content creator yang dikenali sebagai \u2018Tere\u2019 dan \u2018Tani\u2019. Kembar ini berumur 21 tahun dan berasal daripada Jakarta. Mereka juga pernah menetap di Taiwan dengan agak lama sehinggakan Tere pernah menjadi juara dalam kejohanan Basket di Taipei.

Kehadiran 2 kembar jelita ini ke dalam Bigetron Esport sudah pasti akan memeriahkan lagi para peminat mereka. Ikuti siaran Youtube Bigetron Esports untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tere dan Tani.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bigetron-bawa-masuk-bidadari-kembar"} {"title": "Dingoz Mendahului Carta Di Hari Pertama PMPL MYSGPH", "body": "

Semalam, 23 Mac telah berlangsungnya kejohanan PUBG Mobile Pro League MY/SG/PH 2022. Sebanyak 20 pasukan daripada 3 buah negara telah bertanding pada hari pertama semalam. Seperti yang telah dimaklumkan, PMPL kali ini lebih meriah dengan kehadiran sebuah lagi negara iaitu Philippines.

Pada hari semalam, Dingoz Esports telah mengungguli carta dengan mencatatkan mata tertinggi iaitu 51 mata. Meskipun pasukan ini tidak mempunyai Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), mereka beraksi secara konsisten untuk mendapatkan mata placement dan juga kill. Team Bosskurr berada di tempat kedua dengan 47 mata dan 1 WWCD.

Antara pasukan yang mendapatkan WWCD pada hari pertama adalah Team SMG, Homebois, Team Bosskurr, dan RSG MY. Walau bagaimana, Star Player of The Day telah diberikan kepada pemain RSG Kim. Beliau mendapatkan 5 mata bunuh, 2049 damage, 4 assist, 1 headshot, dan 5 knockout.

Jangan lupa saksikan perlawanan hari ke-2 pada petang ini bermula jam 6.00 pm di Facebook rasmi PUBG Mobile dan juga siaran Youtube PUBG Mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dingoz-mendahului-carta-di-hari-pertama-pmpl-mysgph"} {"title": "Call of Duty Bawa Masuk Snoop Dogg", "body": "

Penyanyi rap legenda, Snoop Dogg bakal muncul dalam sebuah permainan battle royale iaitu Call of Duty. Beliau muncul dalam 3 jenis cabang Call of Duty bermula dengan Call of Duty: Mobile, Vanguard, dan Warzone.\u00a0

\u201cD O Double G is back in Call of Duty dan kali ini saya berada dalam permainan yang lain dari yang lain. Gembira dapat bekerjasama dengan CoD dan membawakan barangan menarik untuk anda semua nikmati. Anda semua boleh bermain bersama saya serta mendapatkan barangan menarik yang mempunyai tulisan Snoop Dogg di atasnya,\u201d ujar Snoop Dogg.

Pemain boleh merasai acara ini dengan lebih awal melalui cabutan bertuah di Season 3 Call of Duty: Mobile yang akan berlangsung pada 1 April. Cabutan bertuah tersebut akan terdapat Operator Snoop Dogg yang berpakaian emas 24K dari kepala hingga ke kaki. Selain itu, terdapat juga senjata SMG yang bersalut emas dan berlian serta mempunyai tandatangan Snoop Dogg.

Sementara itu, Call of Duty: Vanguard dan Warzone akan tersedia pada 19 April melalui Snoop Dogg Operator Bundle. Bundle tersebut akan menyertakan 10 item dan 3 eksklusif untuk Vanguard. Ini adalah termasuk item seperti senjata, pakaian serta kosmetik permainan yang lain.

Untuk dapatkan perkembangan dengan lebih lanjut, layari laman web\u00a0

www.callofduty.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-bawa-masuk-snoop-dogg"} {"title": "FaZe Clan & Manchester City Anjurkan Event Di Stadium Etihad", "body": "

FaZe Clan baru-baru ini mengumumkan tentang sebuah event yang akan dianjurkan bersama Manchester City. FaZe Clan dan M.City bakal membuka sebuah kedai barangan mereka menjelang perlawanan M.City menentang Liverpool FC pada 9 April nanti.\u00a0

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Etihad. Ini merupakan kali pertama FaZe Clan akan mengadakan event pop up di luar daripada Amerika Syarikat. Terdapat pelbagai barangan baru yang akan mereka pamerkan serta terdapat juga beberapa penampilan content creator daripada kedua pihak.

Ini bukan kali pertama FaZe Clan dan M.City pernah melakukan kolaborasi. Pada tahun 2019, mereka pernah bekerjasama mengeluarkan barangan serta menganjurkan Piala FaZe City untuk acara Fortnite. Event itu turut menampilkan pemain tengah M.City iaitu Kevin De Bruyne.

Tahun 2022 merupakan tahun produktif untuk FaZe Clan. Pada bulan Februari lepas, FaZe Clan telah bekerjasama dengan National Football League (NFL) iaitu sebelum acara Super Bowl berlangsung. Pada bulan ini, penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg muncul sebagai ahli lembaga pengarah dan content creator buat FaZe Clan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/faze-clan-manchester-city-anjurkan-event-di-stadium-etihad"} {"title": "Team SMG Lepaskan Panda", "body": "

Selepas pemergian Leixia, kini Panda pula meninggalkan barisan pemain MLBB Team SMG. Beliau yang bermain sebagai tank/support untuk Team SMG telah digantikan oleh Stormie. Begitu juga dengan jungler mereka dimana Harpist telah menggantikan tempat Leixia.

Pada MPL musim lalu, Panda telah mewakili pasukan GeekFam MY selama satu musim. Beliau juga bermain sebagai role flex untuk pasukan GeekFam. Kemahiran pemain ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Walau bagaimana, peluang untuk beliau menyerlah bersama Team SMG dilihat kurang menjadi.

Kemungkinan beliau masih belum mempunyai keserasian bersama pemain SMG yang lain. Team SMG kini berada di tempat pertama dalam kumpulan A. Mereka mempunyai mata tertinggi iaitu 19 mata manakala pasukan Todak yang berada di tempat pertama untuk kumpulan B mempunyai sebanyak 17 mata.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Panda! Semoga beliau dapat melangkah lebih jauh dengan apa jua yang beliau lakukan selepas ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-smg-lepaskan-panda"} {"title": "Fortnite Chapter 3 Season 2: Resistance", "body": "

Epic Games telah melancarkan Fortnite Chapter 3 Season 2: Resistance hari ini. Pelbagai perkara menarik yang dinantikan oleh peminat Fortnite sempena dengan musim baru ini. Antaranya adalah kemunculan Doctor Strange, ketiadaan bangunan, dan pengembaraan Battle pass.

Pasti ramai pemain yang terkejut apabila Fortnite mengeluarkan segala bangunan di dalam permainan. Ini kerana bangunan adalah salah satu simbolik untuk permainan Fortnite. Akan tetapi, para pemain tidak perlu risau. Pembuangan bangunan ini hanyalah sementara saja bagi menyampaikan cerita yang sebenar pada musim ini. Perkara ini juga tidak akan berlaku di dalam mana-mana kompetitif Fortnite.

\u201cBangunan telah dihapuskan,\u201d tulis mesej di dalam permainan. \u201cTerpulang kepada Resistance untuk mendapatkannya kembali. Lompat masuk dengan skuad anda untuk bantu The Seven membongkarkan kejahatan Imagined Orders.\u201d

Selain itu, pemain juga mendapatkan keupayaan pergerakan baharu iaitu pergerakan yang lebih pantas dan larian yang lebih pantas untuk letusan pendek. Bukan itu sahaja, pemain turut dapat menyertai Doctor Strange dan Powler mengembara ke dalam Battle Pass. Pencarian khusus akan disediakan untuk membolehkan pemain memprogram semula \u201cOmni Sword Pickaxe\u201d dari segi bilah, warna pelindung dan juga bunyi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-chapter-3-season-2-resistance"} {"title": "Nova Esports Juara PEL 2022 Spring Week 2", "body": "

Peacekeeper Elite League (PEL) 2022 minggu 2 telah pun selesai. Nova Esports berjaya merangkul gelaran juara pada minggu kali ini. Mereka mengutip sebanyak 200 mata kumpul dan 109 daripadanya merupakan mata bunuh. Tidak perlu hairan tentang perkara ini kerana mereka mempunyai pemain terbaik dunia.

Order, Paraboy, Jimmy, King, dan Mix666 antara pemain yang diturunkan ke dalam PEL 2022. Seperti yang sedia maklum, Paraboy dan Order pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia ketika bertanding di PUBG Mobile Global Championship.

Walau bagaimana, Order telah diumumkan sebagai pemain MVP pada minggu kedua. Beliau berjaya mendapatkan sebanyak 47 kills dan 8568 jumlah damage yang dikeluarkan. Paraboy telah menduduki tempat kedua selepas Order.

Hasil daripada kemenangan tersebut, Nova Esports membawa pulang sebanyak 1 juta Yuan (RM659,859). Weibo Gaming, antara pasukan yang muncul sebagai naib juara dengan kutipan mata sebanyak 144 manakala All Gamers menduduki di tempat ketiga dengan kutipan 115 mata.

Tahniah diucapkan kepada Nova Esports!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nova-esports-juara-pel-2022-spring-week-2"} {"title": "RSG Kembali Semula ke Dalam Dota 2", "body": "

RSG baru-baru ini telah membuat satu kejutan dimana mereka secara rasminya memasuki kancah Dota 2 semula. RSG turut mengumumkan barisan pemain mereka yang diwakili oleh ahli pasukan Chubby Boiz. Mereka juga telah bersaing dalam kejohanan DPC 2021/2022.

Hampir 3 tahun RSG telah meninggalkan scene Dota 2. Pada awal penubuhan RSG di dalam scene Dota 2 adalah pada tahun 2018. Ketika itu mereka dikenali sebagai Resurgence dan kesemua ahli pasukan Dota 2 mereka terdiri daripada warga Singapura. RSG kemudian meninggalkan kancah Dota 2 pada tahun 2019 dan mula memfokuskan pada scene PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Barisan pemain ini sudah mula bertanding di dalam DPC SEA 2022/2022 Tour 2 Div II. Mereka kelihatan cemerlang apabila berjaya memenangi 2 perlawanan menentang pasukan Army Geniuses dan Motivate Trust Gaming. RSG turut mendapatkan kemenangan bersih 2-0 ke atas mereka sekaligus membawa RSG ke Divisyen atas.

Mampukah barisan pemain ini membawa kemenangan kepada pasukan RSG? Sama-sama kita nantikan! Berikut merupakan barisan pemain Dota 2 RSG:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-kembali-semula-ke-dalam-dota-2"} {"title": "Nextplay EVOS Kena Penaliti Kerana Datang Lambat", "body": "

Nextplay EVOS baru-baru ini dikenakan penalti kerana datang lewat ke lokasi pertandingan MPL PH. Mereka sepatutnya berlawanan dengan pasukan ECHO Esports pada hari tersebut tetapi disebabkan kelewatan perlawanan terpaksa dibatalkan. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan kemenangan percuma kepada pasukan ECHO Esports.

Pihak MPL PH turut mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu ini. Pihak MPL berkata, \u201cNexplay EVOS telah melanggar buku aturan 7.3.4.2.8 yang menyatakan bahawa setiap pasukan harus bersedia 1 jam awal sebelum pertandingan dan bersedia 15 minit awal sebelum perlawanan mula.\u201d

\u201cJika salah satu pasukan tidak berada dalam ruang perlawanan dalam masa 20 minit, pasukan tersebut akan dikira kalah secara serta merta.\u201d Tambah pihak MPL PH, \u201cPerlawanan antara Nextplay EVOS dengan ECHO dijadwalkan pada jam 8.00 pm hari ini. Hingga jam 8.33 pm, Nextplay EVOS masih belum tiba di studio pertandingan.\u201d

Walau bagaimana, Nextplay EVOS turut menyatakan hal yang sebenar. Mereka memberitahu bahawa kenderaan yang dinaiki telah mengalami masalah tayar bocor dan mereka juga tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. \u201cPasukan kami biasanya akan tiba 2 jam awal di lokasi pertandingan. Kami sememangnya mematuhi peraturan pertandingan namun masalah yang telah melanda adalah di luar kawalan kami,\u201d tulis pihak Nextplay EVOS.\u00a0

Mereka juga telah memohon maaf kepada peminat atas apa yang berlaku. Nextplay EVOS masih ada satu lagi perlawanan menentang ECHO Esports.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nextplay-evos-kena-penaliti"} {"title": "Prize Pool Liga Wild Rift China Lebih Tinggi daripada LPL", "body": "

Kejohanan League of Legends: Wild Rift China bakal bermula tidak lama lagi. Sebanyak 12 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara sekaligus melayakkan diri ke Global Championship Icon (GCI). GCI merupakan kejohanan dunia yang pertama diadakan untuk acara Wild Rift.

Baru-baru ini, Liga Wild Rift China mengumumkan hadiah terkumpul yang ditawarkan. Pengumuman tersebut telah mengejutkan ramai komuniti China kerana jumlahnya yang agak besar. Hadiah yang ditawarkan didapati telah melebihi jumlah hadiah kejohanan LoL terbesar di China iaitu League of Legends Pro League (LPL) Spring Split 2022.

LPL musim ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 661 000 USD manakala Liga Wild Rift menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 787 000. Ini menunjukkan bahawa Liga Wild Rift akan memberikan saingan terhadap LPL. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan pertanda positif untuk permainan Wild Rift di China.

LPL merupakan liga francais yang mewakili 17 organisasi. Ia juga merupakan satu liga e-sukan yang popular di dunia. Untuk Liga Wild Rift, ia adalah salah satu permainan baharu dan setiap pasukan hanya bergantung kepada hadiah kejohanan sebagai sumber pendapatan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa Liga Wild Rift ini menawarkan hadiah yang besar.

Liga Wild Rift akan bermula pada 19 Mac ini di stadium Shanghai. Berikut merupakan pasukan yang akan bertanding:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/prize-pool-liga-wild-rift-china-lebih-tinggi-daripada-lpl"} {"title": "Call of Duty Mobile World Championship Kembali", "body": "

Call of Duty Mobile World Championship 2022 bakal kembali pada 31 Mac ini. Perkara ini telah diumumkan oleh penerbit permainan iaitu Activision pada tempoh hari. Difaham juga bahawa kejohanan kali ini menawarkan hadiah terkumpul yang lebih besar daripada kejohanan sebelumnya.

Activision menyatakan bahawa kejohanan itu terbuka kepada semua pemain. Bermula 31 Mac, perlawanan kelayakan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Pemain terbaik akan mara ke pusingan akhir pada bulan Disember bagi merebut hadiah berjumlah 1.7 juta USD.\u00a0

Kejohanan tahun lalu telah dibahagikan kepada 2 wilayah kerana wabak yang berterusan. Oleh itu, tiada perlawanan akhir global yang dilaksanakan. Tribe Gaming telah memenangi wilayah Barat manakala Blacklist International memenangi wilayah Timur. Masing-masing telah membawa pulang tunai sebanyak 300,000 USD.

Untuk perlawanan akhir global akan berlangsung pada Disember ini. Walau bagaimana, lokasi kejohanan masih belum diumumkan. Perlawanan akhir bakal disiarkan secara langsung melalui Youtube.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/call-of-duty-mobile-world-championship-kembali"} {"title": "Global Esports Federation Umumkan Kejohanan Esports Komanwel", "body": "

Baru-baru ini, Global Esports Federation mengumumkan tentang kejohanan Esports Komanwel yang akan diadakan di International Convention Centre, Birmingham. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Ogos 2022.

Kejohanan Esports Komanwel kali ini mempertandingkan 3 acara iaitu Dota 2, eFootball dan Rocket League. Para peserta akan mewakili negara masing-masing untuk membawa pulang medal. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu ketegori wanita dan kategori terbuka.

Nigel Huddleston, Menteri Sukan Komanwel berkata, \u201cE-sukan telah menghubungkan berjuta-juta anak muda di seluruh Komanwel, menyediakan hiburan dan semangat kemasyarakatan yang penting.\u00a0

\u00a0\"Kejohanan Esports Komanwel adalah undian keyakinan utama dalam industri esports West Midlands dan UK yang berkembang maju dan peluang menarik untuk melihat bagaimana ini boleh dibawa ke dalam Pergerakan Sukan Komanwel.\"

Ikuti laman web rasmi globalesports.org untuk dapatkan info dengan lebih lanjut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/global-esports-federation-umumkan-kejohanan-esports-komanwel"} {"title": "Demian Saga: Chrono Pirates Kini Tersedia Di Android Dan iOS", "body": "

HAEGIN, sebuah developer bagi permainan mudah alih telah melancarkan permainan RPG baru ke seluruh dunia iaitu Demian Saga: Chrono Pirates pada 13 April 2023.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakan pengembaraan di laut untuk mencari Demian yang sangat berkuasa. Permainan ini juga menampilkan 75 hero yang boleh di level-up. Pemain perlu bijak menggunakan hero di setiap pertarungan kerana hero ini mempunyai keunikan dan keupayaan yang berbeza.

Untuk menyambut perlancaran permainan ini, mereka telah mengadakan beberapa event. Mereka telah mengadakan event login selama seminggu. Dalam event ini, pemain akan mendapat beberapa item, antaranya 'Rum' yang merupakan stamina, 'SR Hero Shards', \u00a0\u2018Equipment Boxes\u2019 yang bertaraf 'Epic Grade'. Pemain juga akan mendapat SSR Grade Isabelle pada hari kedua dan ketujuh mereka login.

Selain event login, suatu event atau objektif yang dinamakan 7- Day Guide Mission juga diadakan supaya pemain membiasakan dengan event 'Set Sail' dan 'Weight Anchor'. Pemain akan mendapat 'SSR Grade Neutral Valkyria' sebaik melengkapkan objektif ini.

Demian Saga: Chrono Pirates ini telah dilancarkan di 170 buah negara dengan pilihan bahasa berbeza, antaranya adalah English, bahasa Korea, bahasa Jepun dan bahasa China. \u00a0

Demian Saga: Chrono Pirates dibangunkan oleh HAEGIN iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan. Permainan ini dilancarkan untuk platform Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/demian-saga-chrono-pirates-kini-tersedia-di-android-dan-ios"} {"title": "Colossus Dan Vanessa Kembali Dalam Deadpool 3", "body": "

Deadpool 3 dilaporkan akan membawa semula dua pelakon yang pernah membintangi filem sebelum ini iaitu Morena Baccarin dan Stefan Kapicic. Laporan dari Deadline mengatakan Baccarin akan kembali memegang watak Vanessa dan Kapicic kembali membawakan watak Colossus dalam filem Deadpool yang ketiga ini.\u00a0

Ryan Reynolds turut kembali sebagai Deadpool dan akan membintangi filem ini bersama Hugh Jackman yang akan berlakon sebagai Wolverine. Reynolds juga mengumumkan sebelum ini Karan Soni (Dopinder) dan Leslie Uggams (Blind AI) akan kembali.

Untuk watak baru, Emma Corrin dan Matthew Macfadyen masing-masing akan memegang watak The Crown dan Succession dalam filem ini.

Filem ini akan diarahkan oleh Shawn Levy yang pernah menjadi pengarah filem Free Guy yang juga dibintangi Ryan Reynolds. Paul Wernick, Rhett Rease dan Zeb Wells akan menjadi penulis skrip bagi filem ini.

Deadpool 3 akan menjadi filem pertama dalam produksi bersama Marvel dan Disney selepas dua filem sebelum ini adalah produksi 20th Century Fox. Filem ini akan dikeluarkan pada November 2024.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/colossus-dan-vanessa-kembali-dalam-deadpool-3"} {"title": "Lima Permainan Racing Terbaik Di PS5", "body": "

Permainan racing sememangnya ada peminat mereka tersendiri kerana ada antara mereka meminati permainan yang mempertaruhkan adrenalin yang tinggi. Bagi korang yang meminati genre racing ini, kami senaraikan permainan racing yang terbaik bagi kami untuk anda cuba!

\u00a0

Gran Turismo 7

Gran Turismo 7 adalah permainan simulasi perlumbaan yang dibangunkan Polyphony Digital dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Tumpuan utama permainan ini adalah grafik yang memukau di samping pelbagai keadaan cuaca yang akan mempengaruhi keadaan litar menampakkan permainan ini seakan dunia sebenar.\u00a0

Tambahnya lagi, bermain permainan ini di platform PS5 sangat mengagumkan kerana pemain boleh bermain dengan paparan 4k dan 60 FPS. Selain berada di platform PlayStation 5, permainan ini juga didapati di platform PlayStation 4.

\u00a0

Need For Speed Unbound

Need For Speed Unbound adalah sebuah permainan perlumbaan yang dibangunkan Criterion Games dan diterbitkan Electronic Arts. Permainan ini adalah paling terkini dalam siri Need For Speed yang mempunyai 25 permainan kesemuanya.\u00a0

Tumpuan utama permainan ini adalah elemen artistik seperti seni grafiti. Permainan juga ada plotnya tersendiri yang mengisahkan konflik antara watak pemain dengan Yaz yang telah 'menikam belakang' mentornya sendiri iaitu Rydell.

Permainan ini dikeluarkan di platform PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.

\u00a0

F1 22

F1 22 adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Codemasters dan diterbitkan EA Sports. Pemain boleh bermain di pelbagai litar sebenar dengan kehadiran beberapa mod seperti Story Mode dan Career Mode.

Bukan itu sahaja, permainan ini juga turut hadir dengan mod F1 Life dimana pemain boleh mengumpul supercar dan pakaian mereka sendiri.

Permainan ini sudah keluar di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

\u00a0

Dirt 5

Selain membangunkan permainan F1 22, Codemasters juga telah membangunkan permainan Dirt 5 yang merupakan pemainan perlumbaan yang memfokuskan off-road. Menariknya, permainan ini mempunyai sistem cuaca yang dynamik yang akan mempengaruhi perlumbaan.

Bertanding di pelbagai buah negara, pemain juga boleh bermain pelbagai jenis perlumbaan seperti rallycross, ice racing, stadium super trucks dan off-road buggies.

Permainan ini telah dikeluarkan di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

\u00a0

Hot Wheels Unleashed

Hot Wheels Unleashed adalah permainan perlumbaan yang dibuat dan dikeluarkan syarikat Milestone. Pemain akan berlumba menggunakan kenderaan francais mainan Hot Wheels.

Uniknya, pemain juga akan berlumba di litar perlumbaan yang gempak dengan pelbagai persekitaran seperti dalam garaj, bilik tidur atau dapur! Permainan ini sangat sesuai bagi peminat Hot Wheels.

Antara mod dan features yang ada dalam permainan adalah Career Mode, Time Trial dan Track Editor. Permainan ini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One , Xbox Series X/S dan Nintendo Switch.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lima-permainan-racing-terbaik-di-ps5"} {"title": "Permainan Papan Popular, MONOPOLY GO! Kini Hadir Di Android Dan iOS", "body": "

Scopely telah mengumumkan secara rasmi bahawa permainan MONOPOLY GO! kini boleh dimainkan di seluruh dunia di platform Android dan iOS. Permainan baru ini adalah rekaan semula salah satu permainan papan popular di dunia iaitu Monopoly.

Permainan ini mempertaruhkan keupayaan pemain untuk bersosial di samping mengekalkan semangat persaingan. Pemain boleh berhubung dengan pemain lain dari seluruh dunia sama ada untuk bekerjasama atau bersaing sesama mereka.

Permainan ini akan hadir dengan pelbagai features yang menarik. Korang boleh bermain token kegemaran korang seperti seperti 'Top Hat' dan 'Racecar' dan membina empayar hartanah ke seluruh dunia dengan lebih 100 papan permainan baru untuk diterokai.

Walaupun permainan Monopoly pada kebiasaannya sangat kompetitif, permainan ini akan hadir mini-games seperti \u2018Community Chest\u2019 dimana pemain boleh bekerjasama dengan rakan mereka untuk mengumpul wang dan hadiah.\u00a0

Permainan ini dibangunkan oleh Scopely dan tersedia di platform mudah alih. Bagi yang ingin bermain permainan ini, korang boleh dapatkannya secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-papan-popular-monopoly-go-kini-hadir-di-android-dan-ios"} {"title": "LEGO Bricktales Bakal Dilancarkan Di Android Dan iOS Hujung Bulan Ini", "body": "

Sebuah permainan popular, LEGO Brickstales akan dilancarkan di platform mudah alih pada 27 April 2023 ini. LEGO Brickstales pernah dikeluarkan di platform PC dan konsol.\u00a0

LEGO Brickstales adalah sebuah permainan puzzle-adventure.\u00a0 Permainan ini mengisahkan seseorang lelaki yang membantu datuknya untuk membina semula taman tema yang sudah usang. Pemain akan dicabar untuk menyelesaikan puzzle dengan membina item atau bangunan seperti kren, kotak muzik dan gyrocopter.

Pemain akan mengembara lima tempat yang bertemakan bata LEGO seperti hutan, padang pasir, bandar, istana zaman pertengahan dan pulau Carribean. Pemain boleh pamerkan tahap kreativiti dan imaginasi mereka untuk menghasilkan bangunan yang unik!

Bagi yang ingin download permainan ini, permainan ini tidak didatangkan secara percuma dan korang perlu membayar untuk download. Permainan ini boleh didapatkan dengan harga $4.99 USD.

LEGO Brickstales akan dilancarkan di Android dan iOS pada 27 April ini. Permainan ini turut tersedia di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lego-bricktales-bakal-dilancarkan-di-android-dan-ios-hujung-bulan-ini"} {"title": "Capcom Bangunkan Studio Motion Capture Baru Di Jepun", "body": "

Capcom dilaporkan menubuhkan satu studio baru di Osaka, Jepun. Studio baru yang dinamakan \u2018Capcom Creative Studio\u2019 itu juga akan menempatkan beberapa studio motion capture yang dikatakan antara terbesar di Jepun.

Studio baru yang dimiliki Capcom ini akan membantu developer menepikan persaingan dengan membuat permainan yang berkualiti tinggi. Dilaporkan sebelum ini yang studio tersebut akan mempunyai dua studio motion capture. Kehadiran dua studio motion capture ini akan memberikan kelebihan kepada developer dalam produksi permainan.

\u6700\u9ad8\u5cf0\u306e\u30b2\u30fc\u30e0\u30b0\u30e9\u30d5\u30a3\u30c3\u30af\u5236\u4f5c\u3092\u652f\u3048\u308b\u300c\u30af\u30ea\u30a8\u30a4\u30c6\u30a3\u30d6\u30b9\u30bf\u30b8\u30aa\u300d\u65b0\u8a2d\uff01

\u3053\u306e\u5ea6\u65b0\u8a2d\u3057\u305f\u300c\u30af\u30ea\u30a8\u30a4\u30c6\u30a3\u30d6\u30b9\u30bf\u30b8\u30aa\u300d\u306f\u30012\u3064\u306e\u30e2\u30fc\u30b7\u30e7\u30f3\u30ad\u30e3\u30d7\u30c1\u30e3\u30fc\u30b9\u30bf\u30b8\u30aa\u3092\u5099\u3048\u305f\u6700\u65b0\u92ed\u306e\u30b9\u30bf\u30b8\u30aa\u3067\u3059\u3002
\u8a73\u3057\u304f\u306f\u3053\u3061\u3089\u3092\u3054\u53c2\u7167\u304f\u3060\u3055\u3044\ud83d\udc47https://t.co/6GQjihJK9J pic.twitter.com/XCXzAd11FP

\u2014 CAPCOM\u516c\u5f0f (@capcom_official) April 10, 2023

Capcom juga melaporkan studio motion capture tersebut adalah bersaiz 11m x 15m x 5m yang mampu memuatkan 150 kamera beresolusi tinggi menjadikan salah satu studio motion capture terbesar di Jepun. Studio berkenaan \u00a0juga mampu memuatkan 10 orang performers membolehkan developer untuk merekodkan pelbagai aksi yang unik.\u00a0

Walaupun telah menghasilkan beberapa permainan dengan kualiti tinggi seperti Resident Evil 4, kehadiran studio ini akan menambah baik lagi kualiti sedia ada dengan kemungkinan banyak projek besar yang melibatkan banyak motion capture akan muncul.

Sudah pasti peminat permainan yang dihasilkan Capcom tidak sabar menunggu judul permainan seterusnya meandangkan mereka kini mempunyai sebuah studio motion capture antara terbesar di Jepun.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-bangunkan-studio-motion-capture-baru-di-jepun"} {"title": "Omelet Switch Pro+ JoyPad Kini Tersedia Dengan Pilihan Tiga Warna", "body": "

Omelet Gaming merupakan syarikat yang menghasilkan alat kawalan khas untuk Nintendo Switch. Mereka telah mengumumkan alat kawalan baru, Omelet Switch Pro+ JoyPad kini ditawarkan secara rasmi.

Alat kawalan Omelet Switch Pro+ JoyPad ini adalah alat kawalan tanpa wayar yang berbentuk ergonomik supaya pemain selesa ketika memegang. Dengan ciri reka bentuk seperti ini, ianya sangat sesuai untuk pemain kasual atau kompetitif untuk merasai pengalaman permainan yang menakjubkan!

Omelet Switch Pro+ JoyPad adalah generasi tekini bagi JoyPad yang menawarkan kualiti setanding Switch Pro+. Alat kawalan ini juga didatangkan dengan butang crystallised serta dua butang di balakang untuk memberikan pemain lebih banyak kawalan.\u00a0

Alat kawalan Omelet Switch Pro+ JoyPad boleh didapati dengan tiga warna iaitu Panda, Jet Black dan Thunderbolt. Warna Thunderbolt adalah edisi terhad dan hanya mempunyai 1000 unit di pasaran Asia.\u00a0

Bagi mereka yang mahukan alat kawalan Omelet Switch Pro+ JoyPad ini, korang boleh mendapatkannya daripada mana-mana pengedar atau membelinya di Shopee dengan harga RM229.90.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/omelet-switch-pro-joypad-kini-tersedia-dengan-pilihan-tiga-warna"} {"title": "Genshin Impact Umum Watak Baru Untuk Update 3.7", "body": "

Genshin Impact mengumumkan satu character baru akan datang pada update 3.7 yang akan datang. Watak baru itu dinamakan Kirara yang juga merupakan seorang Dendro empat bintang.

Menurut biografi watak Kirara, Kirara merupakan seorang pekerja penghantaran di Inazuma yang dinamakan Komaniya Express. Walaupun ditawarkan jawatan yang lebih tinggi, Kirara mengganggap kerjanya yang sekarang adalah satu pengembaraan baru.

Kirara \u2027 Cat Upon the Eaves

Gold Level Courier of the Komaniya Express#GenshinImpact pic.twitter.com/xgBaxeN5DL

\u2014 Genshin Impact (@GenshinImpact) April 10, 2023

Melihat kepada reka bentuk character ini, watak ini adalah berdasarkan makhluk mistik dalam dongeng Jepun iaitu Youkai yang terkenal mempunyai banyak ekor. Elemental burst kepunyaan Kirara membolehkan dia memanggil seekor kucing supaya kucing tersebut mengikutnya atau menghasilkan kotak kecil yang boleh menyembuhkannya.

HoYoverse sentiasa akan mendedahkan watak baru satu update lebih awal. Misalnya mereka sudah mengumumkan Kirara untuk update 3.7 walaupun update 3.6 baru sahaja keluar.

Genshin Impact kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-umum-watak-baru-untuk-update-3-7"} {"title": "Permainan Horror Baru, Greyhill Incident Akan Datang Di PlayStation", "body": "

Bagi peminat permainan horror, korang pasti tidak sabar menunggu keluaran permainan baru iaitu Greyhill Incident akan tiba di platform PlayStation. Permainan horror ini adalah mengisahkan mengenai pencerobohan makhluk asing.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai sinopsis permainan ini, permainan ini mengambil tempat pada awal 90-an. Pemain akan mengawal Ryan Baker yang bandarnya telah diceroboh oleh UFO dan alien yang dinamakan Grey. Pemain perlu menyembunyikan diri daripada alien itu. Mereka juga perlu mencari bekalan dan berlawan alien jika ingin terus hidup!

Selain keluaran di PlayStation, permainan survival-horror ini pada mulanya dikeluarkan untuk platform PC. Permainan ini mempunyai potensi besar untuk meletup kerana tidak banyak permainan yang menggabungkan horror dan pencerobohan makhluk asing.

Sebelum permainan ini keluar pada Jun ini, beberapa permainan horror yang akan tiba tahun ini anataranya Dead Island 2, Redfall dan Diablo 4. Tahun ini juga sudah memperlihatkan banyak permainan bergenre horror seperti Dead Space dan Resident Evil 4.

Greyhill Incident dibangunkan oleh Refugium Games dan diterbitkan Perp Games. Permainan ini akan dilancarkan pada 9 Jun 2023 di platform PC, PlayStation 4, dan PlayStation 5.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-horror-baru-greyhill-incident-akan-datang-di-playstation"} {"title": "Marvel Tonjol Trio Superhero Baru Dalam Trailer Terbaru The Marvels", "body": "

Teaser trailer terbaru untuk filem The Marvel telah dikeluarkan hari ini oleh Marvel Entertainment. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Captain Marvel (2019) yang turut menampilkan watak Monica Rambeau dan Ms. Marvel.

Di dalam trailer ini, korang akan dapat lihat pergelutan pertukaran tempat antara Captain Marvel, Monica Rambeau dan Ms. Marvel jika mereka menggunakan kuasa. Selain menghadapi masalah ini, mereka perlu bersatu untuk menentang angkatan tentera Kree.

Bagi peminat drama Korea, korang pasti sudah lazim dengan nama Park Seo Joon yang turut membintangi filem ini. Beliau dikatakan akan memegang watak Yan D Alana, seorang putera raja kerajaan Aladna. Selain Park Seo Joon, Samuel L. Jackson, dan Zawe Ashton turut bersama dengan Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani dalam membintangi filem ini.

Salah satu babak di dalam trailer ini yang menunjukkan Captain Marvel atau Carol Denvers berada di dalam sebuah bilik kepunyaan peminatnya. Jika korang menonton Ms. Marvel menerusi Disney+, korang pasti sudah lihat babak ini ketika end-credit scene di mana Ms. Marvel bertukar tempat dengan Carol Denvers.

Filem ini akan ditayangkan pada 10 November 2023. Filem ini dikatakan akan ditayangkan sehari lebih awal iaitu pada 9 November 2023.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-tonjol-trio-superhero-baru-dalam-trailer-terbaru-the-marvels"} {"title": "Kolaborasi Fortnite Dengan Attack On Titan Bawakan Senjata dan Outfit Baru", "body": "

Untuk update Fortnite v24.20 akan datang, Fortnite akan mendatangkan dua senjata baru iaitu ODM Gear dan Thunder. Ini adalah sebagai kolaborasi dengan Attack on Titan. Outfit Eren Jaeger juga akan turut tersedia dalam Battle Pass.

Menggunakan ODM Gear, pemain boleh menyerang lawan di bawah ketika pergelutan di udara. Korang boleh dapatkan senjata ini ketika di darat, Chest atau Scout Regiment Footlocker.

Turut hadir adalah senjata Thunder Spears, sebuah roket tangan yang menghentam lawan dengan letupan roket. Sama seperti ODM Gear, korang akan dapat menggunakan senjata ketika jumpa di darat, Chest atau Scout Regiment Footlocker.

Untuk mendapatkan outfit Eren Jaeger, korang perlu lengkapkan quest Eren Jaeger. Korang perlu terlebih dulu membeli Battle Pass untuk Chapter 4 Season 2 jika ingin menyiapkan quest ini!\u00a0

Selain Eren Jaeger, Captain Levi dan Mikasa Ackermann yang merupakan sebahagian 'Special Operation Squad' turut akan hadir melalui pembelian outfit di Item Shop. Bersama dengan outfit Captain Levi adalah picagari yang dalamnya ada serum khas, Transformation Serum Back Bling.\u00a0

Fortnite kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kolaborasi-fortnite-dengan-attack-on-titan-bawakan-senjata-dan-outfit-baru"} {"title": "Permainan Video RPG Mobile The Lord of the Rings Bakal Tiba Bulan Depan", "body": "

Para peminat Lord of The Rings pastinya tidak sabar apabila tarikh keluaran bagi permainan baru, Lord of The Rings: Heroes of Middle-earth sudah didedahkan. Untuk yang belum tahu, permainan adalah adaptasi daripada siri buku terkenal yang dikarang oleh J.R.R Tolkien.

Permainan ini adalah bergenre strategi RPG yang memberi pilihan kepada pemain untuk menggunakan \u2018Ring of Power' untuk tujuan baik atau kejahatan. Pemain akan membina \u2018Fellowship\u2019 mereka sendiri untuk pertempuran PvP dan PvE. \u2019Fellowship' ini terdiri daripada elves, dwarves, hobbits dan termasuk juga watak dari LOTR, Frodo Baggins dan Eowyn.

Director bagi permainan ini, Nick Reinhart mengumumkan permainan ini akan keluar pada 10 Mei di Google Play Store dan Apple App Store. Di media sosial, ramai pemain nampaknya tidak sabar untuk bermain permainan dengan beberapa orang menyatakan mereka tidak boleh menunggu selama sebulan untuk permainan itu.

Mengenai microtransaction, EA masih belum memperincikan maklumat mengenai hal ini. Pemain sudah tahu tentang reputasi EA yang menekan pemain untuk melakukan microtransaction bagi mendapatkan hadiah eksklusif.

The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth diterbitkan oleh Electronic Arts. Permainan ini akan dikeluarkan pada 10 Mei ini di platform Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nantikan-kemunculan-permainan-rpg-baru-lord-of-the-rings-di-mudah-alih"} {"title": "Ketahui Tarikh Keluaran dan Kandungan Baru Dalam Musim Keempat Overwatch 2", "body": "

Musim keempat Overwatch 2 dijangka akan tiba pada 11 April ini. Developer mengumumkan mereka akan melakukan update pada 11 pagi Waktu Pasifik (PT) dan 2 petang Waktu Timur (ET).

Mengulas lebih lanjut mengenai musim baru ini, pemain akan menyambut ketibaan Lifeweaver dalam satu event baru iaitu suatu mod baru 3v3 Deathmatch dimana pemain akan menggunakan Lifeweaver.

Selain dari mod baru itu, satu peta baru juga akan diperkenalkan yang tersedia di dalam mod Arcade bermula 25 April hingga 1 Mei ini. Untuk pengetahuan korang, Blizzard membangunkan peta ini dengan bantuan komuniti semasa siaran langsung di Twitch.

Overwatch juga akan mengadakan event Starwatch: Galactic Rescue pada 9 Mei Ini. Para pemain akan bertempur sesama mereka di dalam suatu mod 4v4. Pemain perlu melengkapkan beberapa cabaran untuk mendapatkan hadiah percuma.

Overwatch 2 dibangun dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Permainan ini tersedia di paltform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Nintendo Switch

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ketahui-tarikh-keluaran-dan-kandungan-baru-dalam-musim-keempat-overwatch-2"} {"title": "Pelakon Suara Ada Wong Buka Mulut Mengenai Kecaman Terhadapnya", "body": "

Baru-baru ini, Lily Gao yang merupakan pelakon suara bagi watak Ada Wong dalam permainan Resident Evil 4 telah membuka mulut mengenai kecaman yang diterimanya.\u00a0

Kontroversi ini bermula apabila peminat Resident Evil menerima berita bahawa Lily Gao akan menggantikan Jolene Andersen sebagai pelakon suara bagi watak Ada Wong. Kebanyakan peminat tidak menerima berita ini dengan baik walaupun pelakon tersebut adalah seorang berbangsa China-Amerika.\u00a0

Akibat penggantian tersebut, ramai peminat bertindak menyerang dan memberikan kritikan terhadap Lily Gao sehingga pelakon tersebut bertindak mamadam hampir kesemua hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran baru di Instagram pelakon terbabit, pelakon tersebut sudah menjangkakan kritikan tersebut dan memberi sokongan yang terhadap pelakon yang perlu mencerminkan bangsa dan budaya watak yang mereka pegang.

Selain Claire Redfield dan Jill Valentine, Ada Wong merupakan salah satu watak utama dalam francais Resident Evil dan semestinya akan ada banyak komen kerana watak ini mempunyai penyokong tersendiri.

Resident Evil 4 kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pelakon-suara-ada-wong-buka-mulut-mengenai-kecaman-terhadapnya"} {"title": "PUBG Mobile Super League (PMSL) Asia Tenggara 2023: Ini Yang Anda Perlu Tahu", "body": "

Jika korang mengikuti perkembangan permainan ini, korang pasti tahu tentang pertandingan yang diadakan di peringkat Asia Tenggara ini. Buat yang belum tahu, pertandingan ini sudah bermula sejak 22 Mac lalu dan akan berakhir pada 16 April nanti.

Format pertandingan ini memperlihatkan bukan semua pasukan akan melalui peringkat kelayakan. Akan ada pasukan yang kekal di dalam liga manakala baki pasukan lain perlu bertarung untuk mendapat tempat dalam liga.

Sebanyak 15 pasukan yang kekal dalam liga. 5 daripadanya adalah dari Indonesia, 4 dari Malaysia, 3 daripada Thailand, 2 daripada Vietnam dan Filipina mempunyai satu wakil dalam liga ini.

Pasukan yang kekal tersebut adalah:

  1. Bigetron Red Villains (Indonesia)
  2. Persija EVOS (Indonesia)
  3. BOOM Esports (Indonesia)
  4. Alter Ego Ares (Indonesia)
  5. Rex Regum Qeon (Indonesia)
  6. Team Secret (Malaysia)
  7. Yoodo Alliance (Malaysia)
  8. SEM9 (Malaysia)
  9. Geek Slate (Malaysia)
  10. Bacon Time (Thailand)
  11. FaZe Clan (Thailand)
  12. Vampire Esports(Thailand)
  13. Box Gaming(Vietnam)
  14. D\u2019Xavier(Vietnam)
  15. Playbook Esports(Filipina)

Selain penyertaan pasukan yang kekal ini, lima pasukan juga akan merebut tempat dalam liga . Lima pasukan adalah pasukan yang memenangi pertandingan di negara masing-masing yang dinamakan PMPL.

  1. Voin Esports(Indonesia)
  2. Don\u2019t Break Dreams(Malaysia)
  3. HAIL Esports(Thailand)
  4. Shine Like Diamond(Vietnam)
  5. Genesis Esports(Myanmar)

Untuk prize pool, sebanyak $250,000 USD akan dibahagikan untuk pasukan yang menyertai liga ini yang jumlahnya akan berkurang mengikut kedudukan dalam liga. Pasukan terbaik untuk setiap minggu juga akan menerima $1000 USD.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-super-league-pmsl-asia-tenggara-2023-ini-yang-anda-perlu-tahu"} {"title": "Genshin Impact Dedahkan Dua Artifak Baru Menjelang Update 3.6", "body": "

Genshin Impact secara rasmi mendedahkan beberapa maklumat mengenai dua artifak yang akan tiba pada update 3.6. Selain artifak ini, dua watak iaitu Baizhu dan Kaveh juga akan hadir.

Artifak adalah bahagian penting dalam \u201cbuild\u201d setiap watak. Untuk mendapatkan artifak, pemain perlu mencari setiap 'chest' atau peti yang tersebar di seluruh dunia Teyvat.

Version 3.6 \"A Parade of Providence\" New Artifact Overview

Hello Travelers~! Today, Paimon wants to introduce you to the brand-new equipment that will be appearing in Version 3.6! Come on, let's take a look~#GenshinImpact pic.twitter.com/o0riIJ2ucS

\u2014 Genshin Impact (@GenshinImpact) April 9, 2023

Set pertama dipanggil Vourukasha's Glow, yang dibuat untuk disesuaikan dengan gaya permainan Dehya yang muncul pada update 3.5. Hanya Dehya yang sesuai menggunakan set ini kerana kesan \u2018passive\u2019 akan memberi kerosakan yang besar apabila watak tersebut menerima kerosakan semasa mereka tiada di tempat pertempuran.

Untuk set kedua pula, ianya dipanggil Nymph's Dream dan hampir kesemua pengguna Hydro dapat menggunakkannya. Ianya dibuat untuk pengguna Hydro yang banyak menggunakan \u2018Normal Attacks\u2019 ketika penggiliran. Dikatakan Kamisato Ayato adalah pilihan terbaik untuk set ini.

Genshin Impact kini tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, dan mudah alih.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-dedahkan-dua-artifak-baru-menjelang-update-3-6"} {"title": "Jangkaan Tarikh Untuk DLC Midnight Suns Yang Bakal Menampilkan Storm", "body": "

2K Games dan Firaxis selaku penerbit dan pembuat permainan Marvel's Midnight Suns akan mengeluarkan DLC keempat yang masih belum dinamakan. Selain nama yang belum diketahui, tarikh sebenar pengeluaran DLC ini masih menjadi tanda tanya.

Untuk DLC atau dikenali sebagai Season Pass, DLC terbaru \u00a0ini akan menampilkan Storm sebagai hero baru. Antara hero yang pernah dikeluarkan untuk DLC sebelum ini adalah Deadpool, Venom dan Morbius.

DLC Deadpool dikeluarkan pada 26 Januari, DLC Venom pada 23 Februari dan DLC Morbius pada 21 Mac. Melihat kepada trend DLC yang keluar sebelum ini, DLC keempat akan keluar pada hujung bulan. Ramalannya, DLC baru akan keluar pada 20 April, 25 April atau 27 April.

Storm merupakan salah satu ahli X-Men yang mempunyai kuasa mutant dengan keupayaan mengawal cuaca seperti angin, kilat dan hujan. Masih menjadi misteri bagaimana watak Storm akan disesuaikan dalam penceritaan Season Pass yang mengisahkan Deadpool, Venom dan Morbius yang melakukan penyelidikan sebab Vampyres menyerang New York. \u00a0

Marvel\u2019s Midnight Suns kini tersedia untuk platform PC, PS5, and Xbox Series X/S, with PS4, Switch, dan versi Xbox One akan tiba tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jangkaan-tarikh-untuk-dlc-midnight-suns-yang-menampilkan-storm"} {"title": "Super Mario Bros Pecah Rekod Box Office, Kutip $377 Juta USD!", "body": "

Super Mario Bros mencatat kutipan box office minggu pembukaan paling besar untuk filem animasi dengan kutipan penjualan tiket sebanyak $377 juta dari seluruh dunia.\u00a0

Filem ini mencatat kutipan sebanyak $204.6 juta untuk tayangan Amerika Syarikat dan $173 juta untuk tayangan dari seluruh dunia. Filem ini menjadi filem paling tinggi mencatat kutipan minggu pembukaan untuk tahun 2023 dengan mengalahkan filem dari francais MCU, Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Kejayaan tersebut juga menjadikan filem animasi paling tinggi mencatat kutipan untuk sebuah adaptasi permainan video. Kutipan itu juga menewaskan rekod kutipan minggu pembukaan yang dipegang filem Frozen II untuk yang mencatat kutipan sebanyak $358 juta.

Filem ini mengisahkan Mario yang perlu menyelamatkan dunia Mushroom Kingdoms daripada seorang penjahat, Bowser. Filem ini akan dibintangi beberapa pelakon suara, antaranya Chris Pratt, Anya Tayloy-Joy dan Jack Black serta diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic.

Super Mario Bros akan ditayangkan di Malaysia pada 20 April Ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/super-mario-bros-pecah-rekod-box-office-kutip-377-juta"} {"title": "Genshin Impact Tonjolkan Senjata Dan Watak Baru Untuk Update 3.6", "body": "

Genshin Impact memberi maklumat mengenai senjata baru kepada peminat untuk update 3.6 yang akan datang. Selain senjata terbaru itu, dua watak baru juga akan tiba iaitu Kaveh dan Baizhu.

Senjata baru itu dinamakan Jadefall's Splendor yang merupakan senjata signature untuk Baizhu. Senjata jenis \u2018catalyst\u2019 ini adalah bertaraf lima bintang dan base serangan maksimum sehingga 608. Secondary stat bagi senjata ini adalah 'HP Percentage' dengan nilai maksimum sehingga 49.6%.

Version 3.6 \"A Parade of Providence\" New Weapon Overview

Hello Travelers~! Today, Paimon wants to introduce you to the brand-new equipment that will be appearing in Version 3.6!

(Examples of the following weapon based on Level 90 and Refinement Rank 1)#GenshinImpact pic.twitter.com/lqnrqAifop

\u2014 Genshin Impact (@GenshinImpact) April 9, 2023

Sebahagian peminat merasakan hanya Baizhu dapat menggunakan senjata ini kepada potensi penuh. Baizhu dapat menghasilkan suatu \u2018shield\u2019 yang mampu menyerap damage dan memberikan kuasa healing.

Baizhu

Baizhu akan tiba dalam satu banner yang sama dengan watak baru iaitu Kaveh yang bertaraf empat bintang. Selain Baizhu, watak lima bintang yang akan tiba adalah Nahida yang akan bersama dalam satu banner dengan Nilou.

Genshin Impact adalah permainan action role-playing yang dibangunkan dan diterbitkan oleh miHoYo. Permainan kini tersedia di PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan mudah alih.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-tonjolkan-senjata-dan-watak-baru-untuk-update-3-6"} {"title": "EA Bangunkan Permainan Baru Selepas Tidak Terikat Dengan FIFA", "body": "

Selepas tidak bersama dengan badan bola sepak FIFA, EA mengumumkan yang mereka akan membangunkan siri permainan baru iaitu EA Sports FC.

Dengan perjanjian hak perlesenan daripada FIFPRO, EA juga mengumumkan permainan kali ini akan mempunyai pemain, pasukan dan stadium yang sama seperti permainan terdahulu. FIFPRO adalah organisasi yang mewakili pemain bola sepak professional.\u00a0

Selain itu, ada juga khabar angin mengatakan FC Barcelona akan menyertai EA selepas perjanjian mereka dengan Konami tamat. Ini akan memberikan berita gembira kepada peminat FC Barcelona yang mahu bermain di stadium ikonik mereka, Nou Camp yang sekian lama tidak muncul dalam permainan FIFA.

Stadium Nou Camp

EA akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai permainan ini pada Julai akan datang. Mereka juga berharap permainan ini akan menjadi platform untuk menghasilkan pengalaman bola sepak yang baru.

Ada satu laporan mengatakan FIFA meminta sejumlah $1 bilion setiap empat tahun daripada EA untuk menggunakan nama \u2018FIFA\u2019 menyebabkan EA memilih untuk tidak lagi bergabung dengan FIFA.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tidak-bersama-fifa-ea-bangunkan-permainan-baru-ea-sports-fc"} {"title": "Warner Bros. Umum Permainan Harry Potter Baru", "body": "

Baru-baru ini, Warner Bros. telah mengumumkan suatu permainan Harry Potter yang baru melalui laman Twitter mereka. Judul permainan ini adalah Harry Potter: Quidditch Champions.

Calling all Beaters, Chasers, Keepers, and Seekers! Harry Potter: Quidditch Champions limited playtest signups are live now! Sign up at https://t.co/E9cQekLOzV. #QuidditchChampions pic.twitter.com/AQhKfg4NKD

\u2014 Warner Bros. Games (@wbgames) April 17, 2023

Permainan ini dibangunkan oleh Unbroken Studio dan diterbitkan oleh Portkey Games ini akan menjadi permainan dalam talian yang mengetengahkan multiplayer yang kompetitif. Pemain akan dapat bermain sukan yang ikonik ini iaitu Quidditch.

Dalam tweet tersebut juga mempunyai satu link untuk ke laman web yang disediakan khas untuk permainan ini. Dalam laman web ini, korang akan dapat mengetahui serba sedikit maklumat mengenai permainan ini. \u00a0

Warner Bros. juga mendedahkan bahawa pemain boleh membuat pendaftaran untuk melakukan ujian permainan yang terhad. Ujian permainan ini akan akan berlangsung dari 21 April hingga 22 April.

Masih tiada tarikh rasmi bagi keluaran penuh permainan ini. Harry Potter: Quidditch Champions dijangka keluar di platform PC dan konsol.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/warner-bros-umum-permainan-harry-potter-baru"} {"title": "Permainan RPG Baru, Outerplane Kini Tersedia Di Beberapa Negara", "body": "

Smilegate telah mengumumkan bahawa permainan RPG mereka iaitu Outerplane telah dikeluarkan pada 18 April 2023 dan kini tersedia di Singapura, Malaysia dan Filipina.

We've officially launched #OUTERPLANE in Singapore, Malaysia, and the Philippines!

Download here:

\u2728iOS: https://t.co/xAcUtDsibW
\u2728Android: https://t.co/QeN5DoIKii

Happy adventuring! pic.twitter.com/UCVFUZshxG

\u2014 OUTERPLANE (@outerplane) April 18, 2023

Permainan fantasi Outerplane ini dibuat oleh VA Games dan dikeluarkan oleh Smilegate. Permainan ini mengisahkan protagonist yang sebelum ini tinggal di bumi, mendapati dirinya muncul kembali di bumi.

Smilgate juga mengumumkan yang mengadakan beberapa acara sebagai sambutan debut permainan ini. Semua pemain yang memuat turun permainan ini akan segera mendapat satu hero taraf 3 bintang. Semakin mereka maju dalam permainan, mereka akan mendapat seorang lagi hero 3 bintang.

Selain itu, suatu penjualan khas juga akan dijalankan untuk menandakan perlancaran permainan ini. Promosi ini akan memberi peluang kepada pemain untuk hanya menggunakan $1 USD dalam satu pembelian tiket terhad.\u00a0

Outerplane kini tersedia di Singapura, Malaysia dan Filipina di platform Android dan iOS.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-rpg-baru-outerplane-kini-tersedia-di-beberapa-negara"} {"title": "Beta Test Untuk Racing Master Dijalankan Di China", "body": "

Bermula minggu depan iaitu pada 24 April 2023, Racing Master akan melakukan Beta Test di China. Beta test kali ini mungkin akan menjadi yang terakhir sebelum pengeluaran di region ini.

Permainan ini akan diterbitkan oleh NetEase. Melalui Discord rasmi NetEase, mereka telah mengeluarkan trailer berserta dengan pengumuman beta testing yang akan dijalankan di China.

Racing Master adalah sebuah permainan perlumbaan kereta yang menampilkan kereta dari jenama yang terkenal seperti Lamborghini, Ferrari, Aston Martin, dan Porshe.

Racing Master telah mempunyai beta test sebanyak tiga fasa selepas diumumkan pada Mac 2021. Fasa kedua dijalankan di Canada pada 20 Oktober 2022 untuk platform Android dan iOS.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/racing-master-lakukan-beta-test-di-china"} {"title": "Empat Permainan Free-To-Play Yang Bakal Keluar Tahun Ini", "body": "

Dengan keadaan ekonomi yang agak merunsingkan, orang ramai termasuklah gamer menghadapi masalah untuk membeli 'kemahuan' mereka. Permainan free-to-play sememangnya akan menyelesaikan masalah ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk memuat turun permainan. Kami senaraikan permainan percuma untuk dimuat turun yang boleh korang main nanti.

\u00a0

Blue Protocol

Blue Protocol adalah sebuah permainan yang menggabungkan pertarungan masa sebenar dengan RPG stail anime. Ciri menarik yang ada pada Blue Protocol ini adalah ianya mempunyai visual yang cantik dan pertarungan gempak.\u00a0

Dibangunkan oleh Bandai Namco dan bakal diterbitkan Amazon Games, Bandai Namco menjanjikan kepada pemain untuk menampilkan \u00a0dunia yang besar untuk diterokai, permainan multiplayer dan storyline yang lebih detail.

Blue Protocol akan dilancarkan tahun ini di platform PC, PlayStation 5, Xbox Series X/S.\u00a0

\u00a0

UFL

Bagi peminat permainan bola sepak, korang pasti sudah tidak sabar untuk menantikan kemunculan UFL yang akan menyaingi FIFA dan eFootball.\u00a0

Permainan ini memfokuskan permainan online, sambil mempromosikan projek mereka sebagai \u2018fair to play\u2019 dimana permainan ini memfokuskan terhadap kawalan dan bukan penggunaan wang semata-mata. Korang perlu menghabiskan wang yang banyak apabila bermain FIFA dan eFootball. Jadi, peminat bola sepak mengharapkan UFL menjadi alternatif yang terbaik kepada dua permainan bola sepak yang popular itu.

UFL dibangunkan syarikat baru, Strikerz Inc dan akan dilancarkan pada tahun ini. Permainan ini akan dikeluarkan di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S.

\u00a0

Star Wars: Hunter

Nintendo Switch selalunya tidak mempunyai banyak permainan console-exclusive terutamanya francais besar seperti Star Wars. Permainan ini akan menampilkan banyak watak seperti Rebel War Hero, Wookie Juggernaught, and Bounty Hunter.

Star Wars Hunter adalah sebuah permainan arena PvP yang menggabungkan third-person shooting dengan pertarungan jarak dekat. Selepas memilih seorang watak pemburu, pemain kemudian akan membentukkan pasukan dengan pemain lain dan akan bertempur dengan musuh/pemain.

Permainan ini dibangunkan Zynga dan dijangka keluar tahun ini. Permainan ini akan dikeluarkan di platform Android, Ios dan Nintendo Switch.

\u00a0

Off The Grid\u00a0

Off The Grid adalah sebuah permainan battle royale yang mengetengahkan naratif penceritaan di tengah-tengah konflik peperangan. Keunikan yang ditampilkan ini diharapkan untuk menyaingi permainan battle royale lain seperti Fortnite dan PUBG.

Pengarah bagi District 9 dan Elysium, Neil Blomkamp yang terkenal dengan membangunkan dunia sci-fi akan menjadi chief visionary officer bagi permainan ini.

Permainan akan dibangunkan Gunzilla Games dan akan dikeluarkan di platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S. Masih tiada tarikh rasmi walaupun ianya akan dikeluarkan tahun ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/empat-permainan-free-to-play-yang-bakal-keluar-tahun-ini"} {"title": "Niantic Dan Capcom Umum Monster Hunter Now", "body": "

Developer bagi permainan Pokemon Go, Niantic dan Capcom mengumumkan permainan baru mereka iaitu Monster Hunter Now. Permainan ini akan dilancarkan pada September ini di platform Android dan iOS.

Seperti permainan Pokemon Go, permainan ini juga akan menggunakan teknologi augmented-reality (AR). Teknologi AR memberi peluang kepada pemain untuk meneroka dunia sebenar.

Permainan ini membenarkan pemain mengambil peranan sebagai seorang pemburu dengan memburu raksasa di dunia sebenar. Raksasa akan diletakkan sekitar dunia sebenar menggunakan peta permainan.

Pengasas dan CEO Niantic, John Hanke mengatakan permainan akan menjadi pengalaman yang terbaik kepada sesiapa yang berangan-angan untuk melawan raksasa yang epik.

Permainan ini dikeluarkan oleh Niantic dan Capcom. Monster Hunter akan dikeluarkan di platform Android dan iOS dan dilancarkan pada September ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/niantic-dan-capcom-umum-permainan-ar-terbaru"} {"title": "Idris Elba dan Adam Pally Bakal Membintangi Siri Spin-Off Knuckles", "body": "

Senarai pelakon bagi siri spin-off Sonic The Hedgehog iaitu Knuckles kini telah diumumkan. Selain daripada Idris Elba yang menjadi suara untuk watak utama, Adam Pally dan Tika Sumpter akan menjadi pelakon suara bagi watak Wade Whipple dan Maddie Wachowski.\u00a0

Siri ini akan mengisahkan Knuckles yang bersetuju untuk melatih Wade sebagai protege dan mengajarnya menjadi pahlawan Echidna. Timeline siri ini adalah antara Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic the Hedgehog 3 yang akan ditayangkan 20 Disember 2024.

Kid Cudi, Edi Patterson, Juliat Barratt, Scott Mescudi dan Ellie Taylor akan turut membintangi siri ini. Rory McCann yang pernah membintangi Game Of Thrones akan menjadi guest star.

Pengarah episod pilot bagi siri adalah Jeff Fowler yang juga pernah mengarahkan dua filem Sonic the Hedgehog. Bersama Jeff Fowler, John Whittington akan menjadi screeplay bagi siri ini.\u00a0

Siri Knuckles akan ditayangkan di Paramount+ sekitar tahun ini. Tarikh rasmi tayangan ini masih belum diketahui.\u00a0


\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/idris-elba-dan-adam-pally-bakal-membintangi-siri-spin-off-sonic-knuckles"} {"title": "Pre-Register Untuk Undawn Kini Dibuka Di Android Dan iOS", "body": "

Undawn kini telah membuka pre-register untuk platform Android dan iOS. Permainan yang dihasilkan LightSpeed Studios ini telah dikeluarkan di China sebagai Dawn Awakening bulan lepas.

Undawn adalah permainan yang menggabungkan PvP dan PvE dimana pemain perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan di dunia apocalypse dengan menentang manusia yang dijangkiti virus.\u00a0

Pemain kini boleh melakukan pre-register untuk permainan ini di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk menyambut pembukaan pre-register ini, Undawn mengumumkan akan ada \u2018reward campaign\u2019 dan \u2018Share Event\u2019 yang akan memberi banyak hadiah yang hebat kepada pemain sebaik permainan ini mula dilancarkan.

Explore, Adapt, and Survive!

Pre-register for Undawn now and be one of the first to explore the immersive world. Don't miss out on exclusive rewards and be the first to experience the game when it launches.

Pre-Register here: https://t.co/2cZhkxKI9Y #Undawn #UndawnGame pic.twitter.com/utIovrDH70

\u2014 Undawn (@UndawnGame) April 17, 2023

Pemain akan mendapat pelbagai hadiah seperti Silver, Stone, Wood dan Antibody apabila jumlah pre-register permainan ini melepasi 500,000. Acara \u2018Share Event\u2019 memberi pemain untuk menggunakan kod untuk menggunakan skin edisi terhad Scarlet R700.

Tarikh keluaran bagi permainan ini masih belum diketahui. Permainan ini akan dilancarkan di platform Android dan iOS.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pre-register-untuk-undawn-kini-dibuka-di-android-dan-ios"} {"title": "Sega Mahu Ambil Alih Syarikat Developer Bagi Permainan Angry Bird", "body": "

Syarikat permainan dari Jepun, Sega telah merancang untuk membeli Rovio Entertainment, syarikat yang berpangkalan di Finland dan bertanggungjawab membuat permainan Angry Birds.

Perjanjian pengambil alihan itu dianggarkan sebanyak 706 juta euro. Lembaga pengarah Rovio menyokong perjanjian terbabit dengan Sega menawarkan sebanyak 9.25 euro bagi setiap share.\u00a0

Walaupun telah mempunyai beberapa permainan di platform Ios dan Android, Sega mahu mengembangkan lagi pengaruh mereka dalam dunia permainan mudah alih.\u00a0

Angry Birds adalah permainan pertama untuk mencapai muat turun sebanyak satu billion. Rovio juga menghasilkan dua filem Angry Birds.\u00a0

Selepas kejayaan membangunkan permainan Angry Birds, Rovio masih belum menghasilkan permainan yang mempunyai kejayaan sama seperti Angry Birds.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sega-mahu-ambil-alih-syarikat-developer-bagi-permainan-angry-bird"} {"title": "Bekas Pengarah Kreatif Halo, Joseph Staten Sertai Netflix", "body": "

Bekas pengarah kreatif bagi francais permainan Halo dan Destiny, Joseph Staten telah meninggalkan Microsoft dan akan menyertai Netflix. Staten akan bekerja sebagai pengarah kreatif di Netflix Games dan akan bertanggungjawab membangungkan sebuah permainan AAA terbaru.

Staten mengumumkan perkara tersebut dalam Twitternya, \"Jadi hari ini, saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa saya telah menyertai Netflix Games sebagai Pengarah Kreatif untuk permainan multiplatform AAA yang serba baharu dan IP asal. Ayuh!\"

So today, I'm thrilled to announce that I've joined @Netflix Games as Creative Director for a brand-new AAA multiplatform game and original IP. Let's go! 2/2

\u2014 Joseph Staten (@joestaten) April 17, 2023

Staten meninggalkan Bungie pada tahun 2013 selepas 15 tahun bekerja dengan mereka dan menyertai Microsoft untuk bekerja dengan Xbox Games Studios. Staten menyertai pembangun permainan Halo Infinite iaitu 343 Industries.

Pengambilan Staten sebagai pengarah kreatif menunjukkan Netflix kini serius dalam pembuatan permainan di pelbagai platform selepas mengumumkan 16 permainan dalam pembangunan di bawah nama mereka.\u00a0

Netflix mula masuk ke dalam dunia permainan pada 2021, dengan memfokuskan permainan mudah alih berdasarkan rancangan Netflix Original seperti Stranger Things.\u00a0

Kemasukan Netflix dalam dunia pembuatan permainan telah berjaya menarik minat banyak penerbit untuk mengapdatasi rancangan berdasrkan permainan seperti anime Cyberpunk: Edgerunners, The Cuphead Show dan spinoff bagi League of Legends, Arcane.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekas-pengarah-kreatif-halo-sertai-netflix"} {"title": "FIFA Mobile Dedah Plan Terbaru Mereka Untuk Bulan Akan Datang", "body": "

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan yang mereka telah merangka pelbagai plan untuk FIFA Mobile. Plan terbaru ini datang selepas menerima pelbagai kritikan daripada pemain atas sebab beberapa isu.

Antara masalah yang dihadapi pemain adalah \u2018transfer market\u2019 yang bermasalah dan event TOTY yang berpanjangan. Masalah di transfer market adalah terdapat banyak kad pemain yang tidak dapat dijual kerana harga yang terlampau tinggi.

Selepas mengetahui kekecewaan yang pemain alami, EA mendedahkan rancangan terbaru dalam Twitter dengan membawa pelbagai event dan menaik taraf pengalaman permainan.\u00a0

Take a look at what's planned for the next months of #FIFAMobile! \ud83d\ude4c

\ud83c\udf1f Future Stars
\u23eb Fantasy
\ud83d\udd01 Flashback
\u2753 What If
\ud83d\udee1\ufe0f Division Rivals Refresh, POTM, Heroes

All the details, including Market updates: https://t.co/f2ZTw69xaL pic.twitter.com/a8Nqf5b4ju

\u2014 FIFA Mobile (@EAFIFAMOBILE) March 30, 2023

Berhubung dengan isu transfer market terbabit, EA telah melakukan beberapa fix seperti mengurangkan harga minimum bagi kad pemain OVR 80-110 dan menjadikan event UCL terbaru sebagai non-autionable di mana kad pemain tidak dapat dijual.\u00a0

Starting soon, the Minimum Prices for 80-110 OVR Players may begin dropping. This is one of the improvements we are rolling out to help the Market. \ud83d\udcc8\ud83d\udcc9

Stay tuned for more info on Market improvements! \ud83d\udc40

\u2014 FIFA Mobile (@EAFIFAMOBILE) March 24, 2023

EA juga mengumumkan yang mereka akan menyediakan lebih banyak events supaya pemain sentiasa berminat untuk bermain. Akan ada main event dan secondary event.

Main Event:\u00a0

  1. UEFA Champions League
  2. Top Secret

Secondary Event:\u00a0

  1. Future Stars
  2. Fantasy
  3. Heroes
  4. Flashback
  5. What If
  6. Record Breakers
  7. Shape Shifters

Selain itu, EA juga berusaha untuk memperbaharui mod Division Rivals dengan memperkenalkan Challenger Token. Dalam mod Division Rivals ini juga EA berjanji untuk memberi lebih banyak reward selepas perlawanan dan reward selepas promosi ke ranking lebihg tinggi.\u00a0

Dengan pelbagai rancangan baru oleh EA untuk bulan akan datang, masih tiada maklumat tentang event seperti League Tour, Daily Training dan Icon Journey yang rewardnya agak outdated.

FIFA Mobile dibangunkan dan diterbitkan Electronic Arts (EA). Permainan ini telah tersedia di platform iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fifa-mobile-dedah-plan-terbaru-mereka-untuk-bulan-akan-datang"} {"title": "Soft Launch Marvel World Of Heroes Tersedia Di New Zealand", "body": "

Niantic telah mengumumkan Marvel World of Heroes telah memasuki soft-launch di New Zealand dan didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Pengumuman ini adalah selepas Niantic dan Marvel Entertainment mengumumkan untuk bekerjasama membangunkan permainan augmented-reality baru pada September tahun lalu.

Niantic bukanlah nama asing dalam pembangunan permainan augmented-reality (AR) kerana mereka pernah membangunkan permainan AR yang paling popular di dunia iaitu Pokemon Go!\u00a0

Mengenai permainan Marvel World of Heroes ini, pemain akan dapat mereka superhero Marvel seperti kehendak mereka. Pemain perlu menghentikan jenayah untuk menjaga kawasan persekitan menggunakan kuasa yang mereka kumpul. Pemain juga dapat bekerjasama dengan superhero Marvel seperti Spider-Man, Captain America dan Wolverine.

Buat masa ini, permainan ini baru tersedia di negara New Zealand. Bagi pemain dari negara lain, mereka perlu untuk membuat tetapan di Google Play dan Apple App supaya ditetap menjadi negara New Zealand.\u00a0

Permainan ini dibangunkan Niantic dan diterbitkan Marvel Entertainment. Permainan ini akan tersedia di platform iOS dan Android. Masih tiada tarikh rasmi bagi keluaran permainan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/soft-launch-marvel-world-of-heroes-tersedia-di-new-zealand"} {"title": "Street Fighter 6 Dedahkan Tarikh Untuk Pre-Download Dan Saiz Fail", "body": "

Capcom telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai permainan fighting terbaru mereka yang akan muncul Jun ini iaitu permainan Street Fighter 6. Antara maklumat yang terdedah adalah tarikh untuk pemain membuat pre-download dan saiz fail yang diperlukan untuk download.

Capcom telah memberitahu bahawa mereka akan membawa lebih banyak berita pada showcase yang akan datang. Sebelum pengumuman tersebut, beberapa digital store telah mengeluarkan maklumat mengenai saiz fail dan tarikh untuk pre-download.

PlayStation Store mengeluarkan maklumat bahawa sesiapa yang sudah membuat pre-order digital akan dapat memuat turun permainan 2 hari sebelum tarikh rasmi iaitu 31 Mei ini. Pemain yang menggunakan PC akan dapat membuat pre-download pada 1 Jun ini melalui Steam.\u00a0

Bagi yang ingin mengetahui saiz fail, kira-kira 50GB diperlukan untuk memuat turun permainan ini di Xbox Series X/S. Bagi platform PC melalui Steam, saiz yang diperlukan adalah sebanyak 60GB manakala masih tiada maklumat saiz permainan ini di platform PlayStation.

Street Fighter 6 akan dilancarkan pada 2 Jun ini di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/street-fighter-6-dedahkan-tarikh-untuk-pre-download-dan-saiz-fail"} {"title": "ASUS Lancarkan Siri ROG Phone 7, Lengkap Dengan Spesifikasi Canggih Untuk Gaming", "body": "

ASUS telah melancarkan siri telefon pintar gaming terbaru iaitu ASUS ROG Phone 7. Siri ini akan dihadiri dua model, ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate. Tumpuan utama siri ini adalah reka bentuk yang epik, cip pemprosesan terbaru dan sistem penyejukan.

ASUS ROG Phone 7 hadir dengan paparan AMOLED ,skrin sebesar 6.78 inci dengan HDR10+ dan bateri sebesar 6000 mAh. Menariknya, model ini adalah ianya dipasang cip pemprosesan Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem penyejukan GameCool 7.

Sudah tentu siri ini juga mempunyai kawalan ultrasonik AirTrigger yang memberi pemain lebih banyak kawalan ketika permainan dan merasai pengalaman seperti bermain konsol.

Bagi penggunaan kamera, kedua-dua model ini dilengkapi dengan tiga kamera belakang. Kamera utama 50MP, 13MP ultra-lebar, dan 5MP makro. Kamera depan dilengkapi 32MP.\u00a0

Untuk peminat di Malaysia yang mahu mengetahui harga, siri ROG Phone 7 akan diumumkan pada 10 Mei ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-lancarkan-siri-rog-phone-7-lengkap-dengan-spesifikasi-canggih-untuk-gaming"} {"title": "Jadual Dan Pasukan Yang Berjaya Ke Playoffs MPL MY S11", "body": "

ARTIKEL INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA.

Regular Season MPL MY Musim Kesebelas baru saja melabuhkan tirainya pada ahad yang lepas. Dengan tamatnya Regular Season ini menandakan hanya 8 pasukan yang akan berjaya ke Playoffs manakala 2 pasukan lagi terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada MPL MY S11.

Regular Season MPL MY S11 kali ini banyak kejutan yang berlaku. Dari kemasukan import, kemasukan pasukan baru dan juga kembalinya lagenda MLBB Malaysia ke pentas MPL MY S11.

Bagi korang yang terlepas beberapa update berkenaan MPL MY S11 kali ini, kitorang ada sediakan point penting untuk korang catch up balik MPL MY Musim Kesebelas kali ini.

LAYAK KE PLAYOFFS:

TERKELUAR DARI REGULAR SEASON:

JADUAL PLAYOFFS MPL MY S11

PLAY-INS (27 APRIL 2023)

UPPER BRACKET QUARTER FINALS (27 APRIL 2023)

MPL MY Musim Kesebelas kali ini akan mempertaruhkan prizepool berjumlah USD100,000. Juara bukan sahaja akan membawa pulang piala MPL MY S11, mereka juga akan diberikan slot untuk bertanding di MSC 2023 yang akan datang. Untuk MSC 2023 kali ini, slot untuk pasukan Malaysia telah dikurangkan daripada 2 slot kepada 1 slot sahaja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jadual-dan-pasukan-yang-berjaya-ke-playoffs-mpl-my-s11"} {"title": "Acer Perkenalkan Desktop Gaming Terbaru Dengan Processor Terkini", "body": "

Acer telah membawa berita gembira kepada korang yang mencari desktop gaming yang tampak stylish dan mempunyai processor terkini apabila mereka telah melancarkan dua desktop gaming terbaru iaitu Orion 3000 dan Nitro 50 pada Khamis, 14 April lalu.

Kedua-dua desktop gaming tersebut telah dikemaskini menggunakan 13th Gen Intel yang akan memberikan kelancaran apabila korang melakukan pelbagai kerja seperti bermain permainan, streaming video atau mendengar lagu.

Menyentuh spesifikasi Orion 3000, desktop gaming ini dipasang dengan 13th Gen Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce RTX3070, 16GB DDR5 RAM dan 1TB M.2 PCIe SSDs.

Bagi gamers yang lebih kasual, Acer memperkenalkan Nitro 50 yang mempunyai spesifikasi seperti 13th Gen Intel Core i7, NVIDIA GTX 1650, 8GB DDR4 RAM dan 512GB M.2 2280 PCIe SSD.\u00a0

Kedua-dua desktop gaming ini akan didapati di Acer eStore serta di laman Shopee dan Lazada mereka. Korang boleh dapatkan Nitro 50 sekarang tetapi bagi yang meminati Orion 3000 perlu melakukan preorder terlebih dulu kerana Orion 3000 akan mulai didapati bulan Mei. Pre-order boleh dilakukan sekarang sehingga 30 April ini. Berikut adalah harga bagi kedua-dua desktop ini:

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-perkenalkan-desktop-gaming-terbaru-dengan-processor-terkini"} {"title": "Predator Helios 16 Dan Helios 18 Hadir Dengan Kemaskini Terbaru", "body": "

Baru-baru ini pihak Acer Predator telah mengumumkan yang dua laptop gaming mereka dibawah jenama Acer Predator akan menerima kemaskini terbaru. Kemaskini ini akan membawakan komponen CPU Intel 13th Raptor Lake dan NVIDIA GeForce 4080 / 4070.

Dua gaming laptop yang akan menerima kemaskini ini adalah Acer Predator Helios 16 dan juga Acer Predator Helios 18. Kedua-dua laptop gaming ini akan menampilkan memori DDR5 sehingga 32GB dan juga storan SSD PCle 4.0 sehingga 2TB.

Tak dilupakan yang kedua-dua laptop ini juga mempunyai skrin paparan IPS dengan resolusi WQXGA (2560x1600) dengan refresh rate 240Hz. Pihak Acer mengumumkan yang 2 siri laptop gaming dengan kemaskini terbaru ini akan hadir pada bulan Mei 2023 namun pre-order sudah pun bermula sekarang.

Pre-order telah bermula dari 14 April 2023 sehingga 30 April 2023 melalui Acer e-store dan laman Shopee rasmi mereka. Berikut merupakan harga bagi 4 model Predator Helios 16 dan Predator Helios 18:

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/predator-helios-16-dan-helios-18-hadir-dengan-kemaskini-terbaru"} {"title": "eFootball 2023 Tampilkan Update Season 4 Dengan Pelbagai Feature Baru", "body": "

eFootball 2023 akhirnya telah memperkenalkan update baru \u2018Season 4\u2019 dengan versi 2.5.0. Update ini bertemakan \u2018Develop.Design.Define\u2019 juga telah menghadirkan pelbagai feature baru.

Untuk feature yang pertama, permainan ini telah membawa kembali sistem 'Skill Training' yang pernah popular dalam siri PES. Dalam feature ini, semua pemain dalam pasukan korang akan dapat tambahan slot sebanyak lima skill menjadikan nilai maksimum sebanyak 15 berbanding 10 sebelum update ini.

Selain Skill Training, \u2018Legacy Transfer\u2019\u00a0 juga diperkenalkan di mana korang boleh memindahkan 'Experience Points' dan \u2018Additional Skills\u2019 dari pemain yang sudah di-trained kepada pemain yang belum di-trained. Bagi korang yang sentiasa tidak mempunyai Training Program yang mencukupi, feature terbaru ini sangat membantu!

Seperti platform konsol dan PC, eFootball 2023 juga menambah feature level bar untuk tahap serangan dan pertahanan ke dalam platform mudah alih. Feature ini membolehkan korang memilih tahap permainan sama ada menyerang atau bertahan ketika perlawanan.\u00a0

Konami juga memberi pilihan kepada korang untuk menambah jumlah slot pemain sehingga 900. Sebanyak 500,000 GP diperlukan untuk setiap pembelian sebanyak 50 jumlah slot pemain.

eFootball 2023 adalah permainan simulasi bola sepak yang dibuat dan dikeluarkan oleh Konami. Permainan ini boleh dimainkan di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/efootball-2023-tampilkan-update-season-4-dengan-pelbagai-feature-baru"} {"title": "Suicide Squad: Kill The Justice League Ditangguhkan Sehingga 2024", "body": "

Rocksteady secara rasmi mengumumkan penangguhan permainan Suicide Squad: Kill the Justice League kepada tarikh baru iaitu 2 Februari 2024. Ianya lambat beberapa bulan daripada tarikh asal keluaran permainan iaitu pada 26 Mei 2023.

Developer tersebut mengumumkan berita tersebut dalam laman Twitter dengan mengatakan, \u201ckami telah membuat keputusan yang diperlukan walaupun sukar, untuk mengambil lebih masa bagi menghasilkan permainan yang berkualiti tinggi.\u201d

Laporan dari Bloomberg pada bulan lepas menyatakan permainan ini sedia untuk ditangguhkan selepas menerima pelbagai kritikan dari peminat dalam sebuah livestream yang dianjurkan PlayStation. Peminat tidak menyukai permainan ini yang memerlukan talian Internet untuk bermain.

Permainan ini adalah action-adventure yang mengisahkan sekumpulan anti-hero dari komik DC, dianggotai Captain Boomerang, Deadshot, Harley Quinn dan King Shark.

Suicide Squad: Kill the Justice League dibuat oleh Rocksteady Studios dan dikeluarkan Warner Bros. Games. Permainan ini akan dikeluarkan 2 Februari 2024 di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/suicide-squad-kill-the-justice-league-ditangguhkan-sehingga-2024"} {"title": "Kerap Kali Buat Lawak Rasis, Seorang Influencer 'Dibuang' Ubisoft", "body": "

Seorang streamer bernama Thaqil yang juga pemain Rainbow Six Siege telah dibuang oleh Ubisoft selepas beberapa kali melakukan gurauan berbaur rasis di TikTok.\u00a0

Thaqil dikatakan melakukan beberapa lawak menggunakan seorang watak permainan yang berkulit hitam, Castle. Dalam suatu video di TikTok yang telah dipadam, Thaqil membuat satu cabaran Kiss-Marry-Avoid dan memilih \u2018Avoid\u2019 untuk watak Castle. Dia mengaku memilih untuk \u2018avoid\u2019 Castle kerana Castle adalah berkulit hitam.

Castle

Dalam video lain, Thaqil juga dilihat memakan pisang ketika Castle muncul semasa dia bermain filter di TikTok. Dia juga pernah menyebut Castle ketika bermain cabaran TikTok yang dia perlu namakan seorang watak yang namanya bermula huruf N.

Thaqil telah mengeluarkan permohonan maaf berhubung isu tersebut dengan menyatakan dia tidak mempromosikan perkauman dan memohon maaf terhadap sesiapa yang sensitif dengan lawaknya.

Selepas perbuatannya diketahui Ubisoft, Ubisoft bertindak mengeluarkan kenyataan media bahawa perbuatan Thaqil melanggar \u2018Code of Conduct\u2019 syarikat itu. Ubisoft juga menambah bahawa mereka telah membuang Thaqil dari program \u2018content creator\u2019 yang dilaksanakan mereka.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kerap-kali-buat-lawak-rasis-seorang-influencer-dibuang-ubisoft"} {"title": "Alami Keseronokan Magik Dalam Permainan Baru EA, Immortals Of Aveum", "body": "

EA telah mendedahkan permainan terbaru mereka iaitu Immortals of Aveum yang akan menjadi permainan first-person magic shooter. Menariknya, permainan ini akan mengetengahkan elemen magik dan bukannya senjata api yang kebiasaannya dalam permainan shooter yang lain.

Permainan ini mengisahkan lelaki bernama Jak yang telah direkrut untuk menyertai 'Order of the Immortals'. Dia perlu menguasai kuasa magik untuk menyelesaikan masalah yang menghantui dunia Aveum dan menyelamatkan masa depannya.

Sebelum ini, EA sentiasa dikritik peminat kerana tidak banyak menghasilkan permainan single-player. Akan tetapi, selepas kejayaan pengeluaran Star Wars: Fallen Order dan Dead Space, EA akan mengeluarkan lagi permainan single-player ini.\u00a0

Dalam trailer tersebut kita dapat lihat tiada senjata digunakan tetapi digantikan dengan magic spells. Efek dari magik ini menghasilkan grafik yang memukau dan berwarna-warni.

Immortals of Aveum dibangunkan oleh Ascendant Studios dan diterbitkan Electronic Arts (EA). Permainan ini akan dilancarkan pada 20 Julai ini di platform PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/alami-keseronokan-magik-dalam-permainan-baru-ea-immortals-of-aveum"} {"title": "Geek Fam Mencari Pemain Untuk Hyper Front", "body": "

Geek Fam merupakan pasukan esports yang terkenal dengan gelaran johan bagi PMPL MY/SG Musim ke-4. Selain daripada Dota 2 dan PUBG, mereka ingin mencuba nasib dalam permainan mobile Hyper Front pula.\u00a0

Mereka ingin membentuk pasukan pertama mereka dalam Hyper Front dengan pencarian pemain yang mahir, bijak pandai, berdisiplin dan paling penting mempunyai semangat dalam cita-citanya sebagai pro player.\u00a0

Bagi pemain Hyper front yang ingin mencuba nasib, penyertaan boleh dibuat melalui hantaran stat profil anda di email mereka iaitu general@geekfam.asia.

Buat masa sekarang, Klon Valorant ini hanya dilancarkan di Android namun menunggu tarikh keluarann rasmi buat iOS di Asia Tenggara.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/geek-fam-mencari-pemain-untuk-hyper-front"} {"title": "Team HAQ Membuka Pencarian Gold Laner Baharu", "body": "

Baru-baru ini, akaun Instagram Team HAQ telah mengemukakan poster pencarian gold laner bagi pasukan MLBB melalui story mereka.\u00a0

Pasukan MLBB yang terdiri daripada Minn, Mann, Garyy dan Lolla telah bermain dengan Gold Laner Valenz ketika kontrak pinjaman pemain mereka bersama Orang Esports. Namun, pengembalian mereka ke Team HAQ telah meninggalkan ruang kosong bagi posisi gold laner ini.

Mereka telah menyenaraikan ciri-ciri seperti berikut:

1. Pemain harus berumur 18 tahun dan ke atas

2. Pemain adalah sepenuh masa (perlu tinggal dalam Gaming House)

3. Berkemahiran dalam membuat keputusan

4. Mempunyai kemahiran dalam penggunaan Micro & Macro dan Hero Pool yang luas

5. Rank tertinggi paling minimum ialah 2K+ mata

Untuk pemain sekalian yang berminat boleh mendaftar melalui pautan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-membuka-pencarian-gold-laner-baharu"} {"title": "Liga Realme PUBG: Peringkat Akhir Semakin Hampir", "body": "

Kolaborasi Realme bersama PUBG telah disambut meriah oleh para pemain PUBG sekalian dari peringkat pusingan sehinggalah separuh akhir yang mendebarkan. Maka, sudah tiba masanya bagi enam pasukan teratas bertanding di peringkat akhir.

Pada 24 Jun 2022 nanti, pasukan ternama seperti Todak, Glazer, Team HAQ, VIP Squad V2, Marlino AllStar dan The Academy akan berlawan untuk memenangi tempat di peringkat Asia Tenggara pula.

Realme telah memberikan ganjaran RM800 kepada enam pasukan teratas ini serta menjanjikan wang tunai sebanyak 2,000 USD dan produk realme seperti GT Series buat pemenangnya akan datang.

Peringkat Akhir Perantauan ini akan dimeriahkan lagi dengan jemputan castor seperti Topcast, Master Ramen, Soloz, J Hunters, Afiq Chii dan Bella Livestream.

Liga realme PUBG peringkat akhir perantauan akan disiar langsung di akaun rasmi realme Malaysia melalui Facebook, Bilibili dan Tiktok dari 24 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-realme-pubg-peringkat-akhir-semakin-hampir"} {"title": "Diablo Immortal Ditunda Lagi Sekali", "body": "

Populariti Diablo Immortal telah menjana Blizzard Entertainment sebanyak 24 million USD sejak keluarannya secara global. Namun, keluarannya di kawasan Pasifik Asia terpaksa ditunda kerana proses pembaikian masalah yang dikesan ketika keluaran pertama.

Blizzard telah menundakan lagi tarikh walaupun asalnya telah dijanjikan pada 22 Jun 2022. Negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Macao, Malaysia, The Philippines, Singapore, Taiwan, dan Thailand harus menunggu keluarannya pada 7 Julan 2022.

Mereka menerangkan bahawa proses mengemas kini permainan ini adalah demi kemudahan pemain memuat turut dan bermain. Mereka juga ingin mengoptimumkan kelancaran di peranti Android kerana pengguna Exynos mempunyai kesukaran untuk bermain.

Sebagai sagu hati, Blizzard akan menghadiahkan pemain dari Pasifik Asia sebagian Legendary Gear, 100 bahan scrap serta 10 Enchanted Dust semasa mereka mula bermain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/diablo-immortal-ditunda-lagi-sekali"} {"title": "The Bob\u2019s Burgers Bakal Tiba di Streaming Platform", "body": "

20th Century Studios baru-baru ini mengumumkan bahawa filem animasi The Bob\u2019s Burgers bakal tiba di platform streaming. Animasi ini bakal ditayangkan di HBO Max dan Hulu bermula pada 12 Julai 2022. The Bob\u2019s Burgers sebelum ini telah ditayangkan di pawagam pada 27 May 2022.

Antara pelakon yang terlibat dalam animasi ini untuk suara latar adalah seperti Kristen Schaal (Louise), H. Jon Benjamin (Bob & Jimmy), John Roberts (Linda), Dan Mintz (Tina), Eugene Mirman (Gene), Larry Murphy (Teddy), Zach Galifianakis (Felix), Kevin Kline (Calvin), dan David Wain (Courtney).

\u201cSesalur air yang pecah mewujudkan lubang yang besar betul-betul di hadapan kedai Bob's Burgers, menghalang pintu masuk selama-lamanya dan merosakkan rancangan Belchers untuk musim panas yang berjaya. Ketika Bob dan Linda bergelut untuk mengekalkan perniagaan, anak-anak cuba menyelesaikan misteri yang boleh menyelamatkan restoran keluarga mereka. Apabila bahaya semakin memuncak, mereka yang tidak dikenali ini membantu satu sama lain mencari harapan sambil mereka cuba untuk kembali ke kaunter.\u201d

Jika anda ingin menonton filem ini, anda boleh membuat langganan di HBO Max dan Hulu pada 12 Julai ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-bob-s-burgers-bakal-tiba-di-streaming-platform"} {"title": "Animasi The Bad Guys Kini Dikeluarkan", "body": "

Baru-baru ini, telah keluar satu video klip tentang filem animasi The Bad Guys. Filem ini diterbitkan oleh DreamWorks dan mula dilancarkan dalam bentuk 4K, Blu-ray, DVD, dan Digital. Bad Guys merupakan hasil karya Aaron Blabey\u2019s yang pernah menjadi buku terlaris dalam pasaran kanak-kanak.

Bad Guys akhirnya telah diadaptasikan ke dalam bentuk animasi yang diarahkan oleh pengarah Kung Fu\u00a0

Panda iaitu Pierre Perifel. Animasi ini turut menggunakan suara latar daripada pelakon terkenal seperti Sam Rockwell (Mr. Wolf), Marc Maron (Mr.Snake), Craig Robinson (Mr.Shark), Anthony Ramos (Mr.Piranha), dan Awkwafina (Ms.Tarantula).

\u201cSelepas melakukan rompakan terbesar, penjenayah terkenal Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Piranha, Mr. Shark and Ms. Tarantula akhirnya ditangkap. Untuk mengelakkan hukuman penjara, kesemua diantara mereka perlu melakukan penipuan yang hebat. Di bawah bimbingan mentor mereka iaitu Profesor Marmalade, kumpulan yang meragukan itu berusaha untuk memperdayakan dunia bahawa mereka sebenarnya adalah orang baik.\u201d

Dapatkan dan tonton filem ini sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/animasi-the-bad-guys-kini-dikeluarkan"} {"title": "Orange Esports Lepaskan Pemain MLBB Mereka", "body": "

Pemain MLBB Minn, Mann, Garyy dan Lolla telah kembali semula ke pasukan Team Haq setelah tamatnya kontrak mereka bersama Orang Esports. Akaun rasmi Instagram Orange Esports telahpun mengumumkan pemergian mereka semalam.\u00a0

Orange Esports telah berlawan sehabis baik di Piala Asia Tenggara (MSC) 2022 dengan kejayaan menewaskan EVOS SG serta perlawanan sengit mereka menentang Smart Omega. Walaupun kalah 2-3, Orange Esports tetap menunjukkan kesungguhan mereka.

Menurut temujanji MyGameOn bersama pengurus Orange Esports iaitu Raz Ellysa Razali atau lebih dikenali sebagai Alice, kontrak ahli Team Haq ini hanyalah untuk empat bulan sahaja. Mereka asalnya bermain bersama Orang Esports untuk MPL musim kesembilan sahaja.\u00a0

Namun, mereka telah meraih naib johan MPL dan berpeluang untuk turut serta dalam MSC 2022. Oleh itu, kontrak mereka disambung sehingga tamatnya piala tersebut. Tambah beliau juga, Born dan Valenz merupakan pemain asal Orang Esports maka mereka kekal berjuang di bawah mereka.\u00a0

Bagi MPL MY musim ke-10, Orange Esports mempunyai slot jemputan namun Team Haq perlu melalui pusingan kelayakan. Peminat sekalian boleh nantikan pembukaan pendaftaran MPL MY musim ke-10 tidak lama lagi.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/orange-esports-lepaskan-pemain-mlbb-mereka"} {"title": "Red Bull Mobile Esports Open Kembali Dengan Siri Kelima", "body": "

Baru-baru ini, Red Bull telah mengumumkan siri kelima bagi Mobile Esports Open mereka. Terdiri daripada peringkat negara dan peringkat antarabangsa, permainan mobile yang akan terlibat adalah berdasarkan populariti kawasan tersebut.\u00a0

Berdasarkan siri-siri sebelumnya, PUBG Mobile merupakan permainan mobile yang paling biasa dimain. Selain itu, World Cricket Championship, Hearthstone Battleground dan pelbagai lagi permainan mobile juga menjadi pilihan.\u00a0

Kejohanan Mobile Esports ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat dengan bayaran kemasukan percuma. Wang tunai untuk dimenangi pula akan diumumkan mereka dalam masa yang terdekat.\u00a0

Siri keempat mempunyai penyertaan pemain daripada 30 negara di kawasan Asia Tenggara, Timur Tengah dan juga Eropah yang bertanding dalam League of Legends, Wild Rift dan PUBG Mobile.\u00a0

Peringkat kelayakan untuk wakil negara akan dimulakan pada bulan Jun ini. Kalau berminat untuk mendaftar, pemain sekalian boleh lihat halaman mereka untuk menantikan lokasi hentian anda.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-bull-mobile-esports-open-kembali-dengan-siri-kelima"} {"title": "SCHiM - Melompat Ke Dalam Bayang-Bayang", "body": "

Baru-baru ini, Summer Game Fest 2022 telah menyediakan slot untuk Day of the Devs. Day of the Devs ialah satu pameran indie terbaik dalam industri permainan video. Terdapat enam belas permainan video yang telah diumumkan pada Day of the Devs. Tetapi permainan yang menarik perhatian pemain adalah SCHiM.

SCHiM adalah permainan dimana pemain bermain sebagai katak kecil yang diperbuat daripada bayang-bayang. Pemain hanya boleh bergerak dengan melompat masuk dan keluar dari bayang-bayang yang dibentuk oleh persekitaran. Keseronokan datang daripada memikirkan cara yang unik dan berbeza untuk sampai ke destinasi yang pemain inginkan.

Buat masa ini, SCHiM akan dikeluarkan di Steam sahaja. Malangnya, tarikh keluaran permainan ini tidak ditentukan lagi. Tetapi untuk peminat, mereka boleh menambahkan SCHiM kepada senarai wishlist mereka di Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/schim-melompat-ke-dalam-bayang-bayang"} {"title": "Horizon: Call of the Mountain Bakal Dikeluarkan Di PlayStation VR", "body": "

Pada awal bulan Januari, Sony telah mengeluarkan trailer teaser untuk permainan VR terbaru mereka Horizon: Call of the Mountain. Baru-baru ini semasa State of Play, Sony telah mengeluarkan trailer yang menunjukkan lebih banyak rakaman untuk permainan video ini.

Dalam trailer ini, kita boleh melihat bahawa pemain akan dapat merasai pengalaman memanjat dan melompat melalui dunia Horizon dalam VR. Gaya melawan dalam permainan ini juga disesuaikan untuk VR.

Pengeluaran permainan ini adalah sama seperti bagaimana Valve mengeluarkan Half-Life: Alyx. Nampaknya permainan ini akan menjadi permainan benchmark untuk PlayStation. Malangnya, tarikh pengeluaran Horizon: Call of the Mountain tidak didedahkan dalam trailer ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/horizon-call-of-the-mountain-bakal-dikeluarkan-di-playstation-vr"} {"title": "Akhirnya Dragon\u2019s Dogma 2 Diumumkan Selepas 10 Tahun", "body": "

Pada 2012 Capcom telah mengeluarkan permainan video action adventure RPG mereka iaitu Dragon\u2019s Dogma. Sudah sepuluh tahun sejak permainan itu dikeluarkan dan peminat dibiarkan tanpa apa-apa update tentang sekuelnya.

Baru-baru ini, Dragon\u2019s Dogma telah menyambut ulang tahun kesepuluh mereka. Semasa penyambutan ini, Hideaki Itsuno pengarah Dragon\u2019s Dogma bercakap tentang perjalanannya melalui development permainan ini. Di hujung penyambutan ini, mereka telah menunjukkan sebuah teaser untuk Dragon\u2019s Dogma 2.

Tetapi tidak banyak ditunjuk untuk teaser sekuelnya. Sebaliknya selepas pengumuman teaser ini, tiba-tiba terdapat peningkatan dalam bilangan pemain untuk Dragon\u2019s Dogma: Dark Arisen di Steam. Bilangan pemain telah naik dari seribu ke lebih enam ribu. Harapannya, peminat akan mendapat lebih berita tentang Dragon\u2019s Dogma 2 tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/akhirnya-dragon-s-dogma-2-diumumkan-selepas-10-tahun"} {"title": "Tatsuki Fujimoto Bakal Keluarkan Manga Listen to Futu & Chainsaw Man", "body": "

Tatsuki Fujimoto adalah salah seorang artis manga terbaik pada generasinya. Beliau terkenal dengan hasil karya yang berjudul Chainsaw Man dan Fire Punch.\u00a0 Baru-baru ini, terdapat satu laporan yang mengesahkan bahawa beliau sedang menghasilkan satu lagi cerita.

Editor Shihei Lin memberitahu bahawa Fujimoto sedang mengusahakan satu pukulan baharu. Artis itu telah bekerjasama dengan Toda Oto untuk cerita baharu yang akan dikeluarkan pada 4 Julai 2022. Cerita tersebut bertajuk Listen to Futu dan nampaknya tidak berkaitan dengan mana-mana cerita yang pernah ditulis Fujimoto pada masa lalu.

Seperti yang anda boleh bayangkan, peminat tidak sabar untuk membaca hasil karya Fujimoto. Ini tidaklah mengejutkan memandangkan rekod prestasi Fujimoto.\u00a0 Artis itu bermula dalam manga dengan menulis satu cerita pada tahun 2011. Hasil karya Fujimoto turut mendapat pujian daripada pembaca di seluruh dunia.\u00a0 Look Back dan Goodbye Eri ialah beberapa cerita paling inovatif yang pernah menghiasi Shonen Jump+.\u00a0 Tidak lama lagi, Listen to Futu akan menyertai barisan mereka.

Sudah tentu, peminat juga tidak sabar-sabar untuk Fujimoto memberikan kemas kini tentang Chainsaw Man. Manga itu menutup bahagian pertamanya pada 2020 dan artis mengesahkan bahawa bahagian dua sedang dalam pembikinan. Pada masa ini, anime Chainsaw Man berkemungkinan mengekalkan Fujimoto kerana MAPPA akan mengeluarkan rancangan yang dinanti-nantikan pada musim luruh ini. Jadi, nantikan kemunculan Listen to Futu dan Chainsaw Man tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tatsuki-fujimoto-bakal-keluarkan-manga-listen-to-futu-chainsaw-man"} {"title": "Kisah Ronin Star Wars Disambung Ke Dalam Komik", "body": "

Kisah Ronin dari Star Wars: Visions diteruskan dalam siri buku komik Star Wars: Visions 1 oleh Marvel Comics. Takashi Okazaki, yang menghasilkan episode Visions \"The Duel\" telah memperkenalkan Ronin dan dunianya di mana galaksi Star Wars bakal bertemu dengan Jepun feudal. Komik Star Wars: Visions 1 bakal dikeluarkan pada September 2022.\u00a0

Lucasfilm dan Marvel telah mengejutkan peminat pada bulan lepas di Star Wars Celebration Anaheim 2022 dimana mereka mengumumkan bahawa Star Wars: Visions akan datang ke dalam komik kerana Takashi Okazaki akan menulis dan melukis cerita baharu yang menampilkan si Ronin. Menerusi laman web StarWars.com, dapat dilihat beberapa lakaran konsep serta muka hadapan untuk Star Wars: Visions 1.

Bukan hanya Star Wars: Vision sahaja yang dihasilkan ke dalam komik, tapi siri Obi-Wan, Star Wars utama,\u00a0 Han Solo & Chewbacca, Bounty Hunters, Darth Vader, Doctor Aphra, dan The Mandalorian turut dikeluarkan bersama. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila ke\u00a0

www.starwars.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kisah-ronin-star-wars-disambung-ke-dalam-komik"} {"title": "Free Fire Menggemaskan Logo Untuk Rebrand Akan Datang", "body": "

Kebelakangan ini, Garena telah memperkenalkan logo baru Free Fire dengan gaya yang lebih moden dan dinamik. Dalam logonya, mereka memastikan penggunaan elemen yang dapat dikenal pasti peminat Free Fire semua iaitu pisaunya yang ikonik.\u00a0

Free Fire akan di rebrand demi memadani semangat pemain dan memastikan pengalaman permainan yang lancar. Selain daripada logonya, Free fire akan menukarkan font kepada keluarga yang baharu iaitu \u2018Garena Free Fire\u2019 atau \u2018GFF\u2019.\u00a0\u00a0

Grafik baharu yang diinspirasikan oleh logo baru ini akan menjanjikan pemain UI (User Interface) yang mengasyikkan dan meningkatkan pengalaman gameplay. Pemain boleh menampakkan perbezaan visual Free Fire bermula bulan Julai.

Free Fire boleh dimuat turut melalui Apple Store dan Google Play Store.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-menggemaskan-logo-untuk-rebrand-akan-datang"} {"title": "Fasa Ketiga: Mobile Legends x Star Wars Keluar Julai Ini", "body": "

Sudah hampir setahun yang lalu fasa pertama kolaborasi ini telah mengeluarkan dua skin hero iaitu Argus 'Darth Vader' dan Cyclops 'Master Yoda'. Pada fasa kedua, mereka telah memberikan kita Alucards 'Obi-Wan Kenobi\u2019 pada December 2021.

Fasa ketiga kolaborasi Mobile Legends dan Star Wars pula telah diumumkan untuk keluar pada bulan hadapan dengan keluaran skin Kimmy \u2018Storm Tropper\u2019 dan pelbagai skin legend. Seperti biasa, pemain boleh mendapatnya dengan menukarkan kredit.

Pemain sekalian boleh memenangi tiket percuma untuk menyertai cabutan bertuah dengan melengkapi tugasan ringkas atau pembelian diamond. Sebagai contoh, 30 tiket dapat diperoleh daripada pembelian dan penggunaan 500 diamond sepanjang kolaborasi ini.\u00a0

Terdapat juga skin seperti Leomord\u2018s \u201cInferno Soul\u201d skin, Alpha Epik skin, Claude \u201cMecha Dragon\u201d skin dan pelbagai lagi untuk dibeli dalam tempoh tertentu. Selain itu terdapat item eksklusif yang juga boleh dibeli ketika kolaborasi ini. Antaranya adalah Recall effect, Elimination effect, special emotes dan lain-lain.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fasa-ketiga-mobile-legends-x-star-wars-keluar-julai-ini"} {"title": "Final Fantasy VII: Ever Crisis Bakal Tiba Di Mobile", "body": "

Ketika siaran langsung Final Fantasy 7 Sempena Ulang Tahun Tahun ke-25, Capcom telah mengeluarkan trailer baru \u2018Ever Crisis\u2019 dan mengumumkan keluaran betanya pada akhir tahun 2022 ini.\u00a0\u00a0

Permainan mobile ini merupakan merupakan ringkasan keseluruhan francais daripada Final Fantasy 7, Advent Children, Before Crisis, Crisis Core sehinggalah Dirge of Cerberus. Selain daripada plot cerita, ia juga meringkaskan grafik visual.\u00a0

Trailer keluaran baru ini menunjukkan gameplay yang terdiri daripada pelbagai cutscene CG. Terdapat juga babak-babak daripada Crisis Core serta pakaian baru untuk watak kegemaran anda.

Rancangannya, Capcom ingin mengeluarkan permainan ini secara percuma namun mempunyai pembelian dalam aplikasi. Peminat meramal pembelian dalam aplikasi kemungkinan adalah bab-bab terakhir dalam cerita ini seperti yang dilakukan dengan Final Fantasy 15 Edisi Poket.\u00a0

Siri mobile francais FF7 ini akan dikeluarkan untuk kedua-dua Android dan iOS.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/final-fantasy-vii-ever-crisis-bakal-tiba-di-mobile"} {"title": "RSG Filipina Sapu Kemenangan Di Grand Final MSC 2022", "body": "

Baru-baru ini, pasukan Filipina telah mengekalkan takha mereka di kejohanan MSC sebagai \u2018Raja SEA\u2019. RSG Filipina telah mengotakan janji mereka kepada peminat untuk memperoleh kemenangan menentang pasukan Indonesia iaitu RRQ Hoshi.

Perlawanan Grand Finals RSG Filipina menentang RRQ Hoshi telah dimenangi pasukan Filipina ini dengan skor 4-0. Sebelum itu, mereka telah merasa kekalahan pertama mereka di tangan RRQ Hoshi di perlawanan separuh akhir Upper Bracket.

Diturunkan ke Lower Bracket tidak mematahkan semangat mereka kerana peluang kedua menentang RRQ Hoshi datang kembali selepas memenangi perlawanan Akhir Lower Bracket.\u00a0

Pada pusingan pertama, RRQ Hoshi mendahului dengan taktik serangan yang memenuhi kebanyakan objektif dan telah memonopoli Lord demi Lord. Namun, pertahanan RSG yang sekukuh batu memberi peluang bagi mereka untuk menangi Lord terakhir.

Pada masa yang sama, mereka dapat mengacau pertahanan RRQ Hoshi dengan membunuh beberapa pemain lalu dan meruntuhkan pertahanannya lalu memenangi mata pertama mereka.\u00a0

Pusingan kedua dan ketiga juga berpihak kepada RSG Filipina yang mengukuhkan strategi pertahanan mereka dan mengekalkan disiplin dalam serangan mereka. Namun, serangan agresif RSG Filipina di pusingan keempat telah mengejutkan RRQ Hoshi.

Pertahanan RRQ Hoshi gagal menghadapi serangan strategi baru RSG lalu mereka tumpas sekali lagi. Dengan ini, RSG Filipina telah menyapu kesemua pusingan dengan skor 4-0 dan membawa pulang 300 ribu wang kemenangan.\u00a0

Kemenangan MSC 2022 ini telah memberi sasaran baru kepada RSG Filipina iaitu kejohanan M4 yang akan berlangsung pada bulan Januari 2023. Tahniah kepada semua pasukan terlibat.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-filipina-sapu-kemenangan-di-grand-final-msc-2022"} {"title": "Tarikh M4 World Championship 2022 Diumumkan", "body": "

Pada tahun 2020, pasukan Bren Esports dari Philippines telah memenangi M2 World Championship 2020 dan membawa pulang wang tunai bernilai US$140,000. Tahun berikutnya, pasukan Blacklist International dari Philippines pula menjadi johan M3 Championship 2021 dan membawa pulang wang tunai sebanyak US$300,000.

Baru-baru ini, MLBB Southeast Asia Cup 2022 telah berakhir dengan RSG Philippines sebagai johannya yang mana mereka berjaya \u00a0membawa pulang wang tunai bernilai US$300,000. Ketika perlancaran Grand Final MSC 2022, pihak Moonton telah mengumumkan tarikh rasmi M4 World Championship 2022.

M4 World Championship 2022 akan diadakan 1 hingga 15 Januari pada tahun 2023. Peminat bertanya-tanya sama ada Philipines akan menakluki satu lagi kejuaraan. Atau adakah negara lain akan mengambil takhta mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tarikh-m4-world-championship-2022-sudah-ditetapkan"} {"title": "Redout 2 - Berlumba Di Angkasa Lepas", "body": "

Terdapat pelbagai permainan perlumbaan seperti Forza, Dirt dan juga Asphalt. Terdapat juga pelbagai permainan angkasa seperti No Man\u2019s Sky, Dead Space dan juga Starfield. Apa kata kita gabungkan kedua-dua genre ini? Dapatlah Redout 2, sebuah permainan yang dibuat oleh 34BigThings.

Redout 2 adalah permainan perlumbaan yang mengambil tempat di angkasa. Gaya rupa aspek utama untuk permainan ini adalah kelajuan. Ia bukan sekadar kelajuan perlumbaan biasa, tetapi kelajuan cahaya. Redout 2 mengandungi kelajuan dan kawalan yang tiada tandingan. Pemain boleh berlumba di 72 trek yang unik.

Bagi mereka yang berminat, Redout 2 sudah boleh di beli untuk platform PlayStation, Xbox dan juga PC. Malangnya untuk pengguna Nintendo Switch, mereka perlu menunggu hingga Julai 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/redout-2-berlumba-di-angkasa-lepas"} {"title": "Trailer Gameplay Terbaru Untuk Evil West Amat Mengujakan", "body": "

Baru-baru ini selepas dekat dua tahun Flying Wild Hog akhirnya mengeluarkan trailer gameplay dan tarikh keluaran untuk permainan terbaru mereka Evil West. Permainan ini adalah dalam genre shooter-fighter western adventure.

Dalam Evil West, pemain bermain sebagai Jesse Rentier yang tugasnya adalah memburu dan membunuh makhluk jahat. Gameplay permainan ini terdiri daripada menembak, menumbuk dan serangan musuh. Serangan-serangan yang ditunjuk dalam trailer gameplay sangat memuaskan. Pemain dilengkapi dengan pelbagai senjata dan alatan yang unik dan kreatif untuk memusnahkan musuh.

Trailer gameplay ini juga menunjukkan banyak alam dan persekitaran yang unik. Evil West akan boleh dibeli dan dimain pada 21 September 2022 di PlayStation, Xbox dan PC. Peminat juga boleh menambahkan Evil West ke wishlist anda atau pre-purchase untuk harga RM129 di Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-gameplay-terbaru-untuk-evil-west-amat-mengujakan"} {"title": "LEVEL-5 Mengeluarkan Info Terbaru Untuk Inazuma Eleven: Victory Road Of Heroes", "body": "

Bagi peminat anime Inazuma Eleven, korang mesti teruja dengan berita terbaru tentang permainan baru mereka ini. Dengan tajuk Inazuma Eleven: Victory Road of Heroes, LEVEL-5 yang merupakan developer untuk permainanan video ini telah mendedahkan perkembangan terbaru tentang permainan ini.

Antara yang mereka kongsikan adalah sebuah artwork terbaru yang menunjukkan kemunculan karakter baru yang belum pernah muncul di mana-mana lagi. Butiran tentang dirinya masih lagi dirahsiakan, tetapi apa yang pasti, dia merupakan seorang pemain bola sepak terhandal.

Disebabkan itu, LEVEL-5 telah membuat perubahan besar pada penceritaan terkini bagi melibatkan dirinya. Tetapi hanya artwork dan video tentang sistem permainan sahaja yang telah dikongsikan buat masa ini.\u00a0

Mereka akan memberitahu lagi info seterusnya seperti kisah baru, sistem game yang lain, karakter, animasi dan lain-lain lagi pada Februari 2023 nanti. Jadi, nantikan pelancaran Inazuma Eleven: Victory Road of Heroes untuk PS4, Switch, iOS dan Android pada 2023 di Jepun.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/inazuma-eleven-victory-road-of-heroes-mengeluarkan-info-terbaru"} {"title": "Playstation Plus Mendedahkan Monthly Games Bulan Januari", "body": "

Tahun baru sudah dekat! Maknanya banyak benda akan diubah, termasuk juga permainan-permainan video di dalam Playstation Plus.\u00a0

Berdasarkan Playstation.Blog, Sony telah mendedahkan barisan permainan yang akan ditambah untuk pelanggan Essential pada bulan Januari nanti.\u00a0

Antaranya ialah permainan Star Wars Jedi: Fallen Order di mana korang akan mengikuti Cal Kestis memulakan pengembaraannya di dalam kisah original Star Wars. Seterusnya pula ialah Fallout 76. Korang akan bermain sebagai seorang Vault Dwellers dalam menerokai tanah terbiar selepas pengeboman 25 tahun yang lalu.

Terakhir sekali ialah Axiom Verge 2. Dalam permainanan video ini korang akan mengembara dunia alternatif seakan bumi di mana dua dunia telah digabungkan dan penuh dengan teknologi tinggi zaman kuno.\u00a0

Kesemua permainan ini akan mula disediakan pada 3 Januari 2023 dan berakhir pada 6 Februari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/playstation-plus-mendedahkan-monthly-games-bulan-januari"} {"title": "Setelah 3 Tahun Bersama, Rippo Kini Tidak Lagi Bersama Bigetron Esports", "body": "

Hari Ini kita dikejutkan dengan berita bahawa Rippo yang merupakan pemain Mobile Legends dari Malaysia tidak lagi bermain untuk salah satu pasukan hebat di Indonesia iaitu Bigetron Esports.\u00a0

Sebelum bermain untuk pasukan gergasi Indonesia itu, Rippo merupakan pemain untuk pasukan Geek Fam dari tahun 2019 sehingga tahun 2020 sebagai Gold Laner. Dia kemudian bersama-sama dengan pasukan Aerowolf Jr sebelum dia berpindah ke Bigetron Alpha sebagai EXP Laner.

Beliau yang terkenal dengan jolokan King of Taunting itu telah membantu pasukan Bigetron Alpha mendapat kedua dalam MPL ID musim ketujuh dan baru-baru ini membantu pasukan tersebut mendapat gelaran juara untuk kejohanan Kohai Championship Mobile Legends: Bang Bang musim kedua apabila berjaya menewaskan pasukan salah satu pasukan yang berjaya ke MPL MY musim kesebelas iaitu ELX Esports.\u00a0

Buat masa ini tiada maklumat lagi sama ada Rippo atau nama sebenarnya Muhammad Arif Bin Abdul Halim akan terus bermain di liga Indonesia ataupun dia akan buat comeback bermain di liga Malaysia. Mungkin masuk Geek Fam balik?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/setelah-3-tahun-bersama-rippo-kini-tidak-lagi-bersama-bigetron-esports"} {"title": "Didi & Friends The Movie Akan Tiba Februari Tahun Depan", "body": "

Animasi terkenal di kalangan kanak-kanak kecil, Didi & Friends telah pun mengumumkan animasi mereka yang terbaru, Didi & Friends The Movie!

Mereka sebelum ini sudah pun memberi hint kepada kita dengan memuat naik satu gambar pada tahun 2020 dan selepas dua tahun berlalu, akhirnya mereka kongsikan juga satu video trailer termasuk juga tarikh pelancarannya iaitu pada 23 Februari 2023.\u00a0

Berdasarkan trailer mereka, movie kali ini kelihatan amat berbeza dari movie mereka sebelum ini, Konsert Hora Horey (2018). Korang boleh lihat grafik pada Didi telah ditambahkan dengan tekstur bulu pada badannya.

Tidak terkecuali juga, latar belakangnya yang ditambahkan dengan beberapa details untuk menghidupkan lagi dunia Didi ini. Walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, mereka masih lagi belum mendedahkan penceritaan untuk movie ini

", "url": "https://gamersonduty.com/news/didi-friends-the-movie-akan-tiba-februari-tahun-depan"} {"title": "Marvel Echo Mungkin Hadir Selepas Daredevil: Born Again", "body": "

Echo pertama kali muncul sebagai watak antagonis di dalam siri Hawkeye pada tahun 2021. Selepas mendapat sambutan yang baik, Marvel telah memutuskan untuk menghasilkan satu siri khas untuk menumpukan penceritaan kepada watak ini.

Mereka telah mengumumkan bahawa siri ini akan ditayangkan di Disney+ pada suku ketiga tahun 2023 tetapi, Marion Dayre, penulis siri ini telah mengatakan baru-baru ini berkemungkinan besar Echo akan ditangguhkan ke tahun 2024 atas sebab penglibatan watak Daredevil.

Pihak Disney dan Marvel ingin penonton menikmati siri Echo bersama dengan siri Daredevil yang terbaru iaitu Daredevil: Born Again. Oleh itu, nantikan lagi berita seterusnya tentang siri ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-echo-mungkin-hadir-selepas-daredevil-born-again"} {"title": "Stranger Things Mungkin Tiba Dengan Siri Spin-Off Anime", "body": "

Seperti yang diketahui ramai, Stranger Things 4 telah pun tamat ditayangkan di Netflix dan The Duffer Brothers telah pun mengesahkan Musim Ke-5 (musim terakhir Stranger Things) akan mula dijalankan pada awal 2023.

Walaupun begitu, The Duffer Brothers tetap ingin mengembangkan lagi francais ini dengan menghasilkan siri sampingannya pula, sebaik sahaja tamatnya Stranger Things 5. Namun, selepas beberapa bulan pengumuman tersebut, tiada apa-apa berita didedahkan berkaitan dengan perancangan ini (kecuali pada Finn Wolfhard).

Sehinggalah, kini. Info tentang siri sampingan pertama Stranger Things telah pun didedahkan dengan ia akan menjadi satu siri anime dengan tajuk Stranger Things Tokyo.

Mereka mengatakan siri ini sudah pun agak lama dibangunkan dengan menumpukan perhatian kepada dua pasangan kembar yang sukakan permainan video pada tahun 1980 di Tokyo, Jepun. Mereka menambahkan lagi, siri ini akan berdurasi selama 6 jam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/stranger-things-mungkin-tiba-dengan-siri-spin-off-anime"} {"title": "Saksikan Watch Party M4 World Championship Di Homebois Pitstop", "body": "

Baru-baru ini pihak MPL MY telah mengumumkan acara Watch Party M4 World Championship untuk peminat-peminat Mobile Legends: Bang Bang Di Malaysia. Acara watch party ini akan bermula pada 1 Januari 2023.

Acara ini akan bermula dengan Group Stage sehinggalah Grand Finals nanti iaitu pada 15 Januari 2023 so korang boleh datang ke Homebois Pitstop, Petaling Jaya untuk menyaksikan setiap perlawanan!

Selain Watch Party, acara ini juga akan dihadiri oleh MLBB content creator terkenal di Malaysia seperti Intanserah, xkpenjahat, zeeahmad dan dennislimming pada 7 dan 8 Januari 2023 nanti. Cosplayer-cosplayer MLBB juga akan turut memeriahkan acara ini pada tarikh yang sama.

Acara Watch Party M4 World Championship yang dianjurkan oleh MPL MY ini adalah percuma so korang boleh datang beramai-ramai dengan kawan korang untuk sama-sama bersorak untuk dua pasukan Malaysia iaitu Team HAQ dan Todak yang akan bertanding nanti.

Kalau korang berminat, korang boleh mendaftar nama korang di LINK ini. Korang juga boleh lihat Group Dan Jadual Perlawanan Untuk Pasukan Malaysia di sini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/saksikan-watch-party-m4-world-championship-homebois-pitstop"} {"title": "Mechamato Movie Peroleh RM22,500,000 Dalam Masa Dua Minggu", "body": "

Monsta, syarikat yang menghasilkan animasi Boboiboy telah menghasilkan animasi terbarunya iaitu Mechamato. Animasi kali ini adalah animasi prekuel bagi Boboiboy dengan menceritakan tentang kisah bapa Boboiboy ketika dia remaja.\u00a0

Setelah selesainya menayangkan siri Mechamato, syarikat Monsta akhirnya telah melancarkan Mechamato Movie pada 7 Disember lalu selepas beberapa kali ditangguhkan atas penutupan panggung wayang kerana serangan Covid-19 pada tahun 2021.

Filem Mechamato kali ini menceritakan prekuel bagi siri animasinya iaitu sebelum bermulanya pengembaraan Amato dengan MechaBot. Dengan memakan sebanyak RM30 juta, filem ini adalah satu-satunya filem animasi yang paling terbesar di Malaysia.

Dan selepas dua minggu sahaja berlalu, Mechamato Movie berjaya peroleh sebanyak RM22,500,000! Serta berada di 10 teratas di kutipan Box Office dunia. (Berdasarkan perkongsian Nizam Abd Razak di Twitter)

(1/4) Tiada siapa yang nak buat kerja gila lawan Avatar. Kami sudah jangka Avatar akan mendominasi global box office, termasuk Malaysia. Jika dilihat dari tangkap layar ini, memang semua filem, satu dunia elak Avatar, kecuali filem gila dari Malaysia; Mechamato Movie. pic.twitter.com/MfAyY7F7MM

\u2014 MechaNiz Abd Razak MECHAMATO MOVIE 8.12 (@nizamabdrazak) December 19, 2022

Dengan kebolehan animasi ini, Monsta sangat berharap untuk memperoleh kutipan yang sama dengan bajet ketika menghasilkan animasi ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama menyokong animasi tempatan kita di panggung wayang berdekatan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mechamato-movie-peroleh-rm22-500-000-dalam-masa-dua-minggu"} {"title": "Steam Mengadakan Winter Sale Sempena Akhir Tahun", "body": "

Kita sudah pun berada di minggu akhir bagi tahun 2022 dan sempena itu, Steam telah mengambil peluang untuk mengadakan promosi jualan, Winter Sale demi meraikan akhir tahun ini bersama-sama pelanggannya.

Boleh dikatakan hampir kesemua permainan video yang dijual di Steam telah pun dikurangkan harga dengan diskaun bermula sebanyak 20% hingga ke 90%.

Berikut adalah senarai antara permainan video yang dijual Steam:

Ini baru sahaja sedikit berbanding yang dijual di\u00a0

Steam

. Jadi, ambillah peluang sekarang untuk dapatkan permainan yang korang inginkan selama ini sehingga 6 Januari 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-mengadakan-winter-sale-sempena-akhir-tahun"} {"title": "NieR: Automata Ver1.1a Anime Akan Tiba Awal Tahun Depan", "body": "

Tidak lama lagi, tahun baru akan tiba dan sudah semestinya pelbagai anime baru juga akan mula ditayangkan. Salah satunya adalah NieR: Automata Ver1.1a yang akan dilancarkan pada 7 Januari 2023 nanti dalam bentuk siri televisyen.

Berdasarkan trailer yang dikongsikan, anime ini akan diadaptasikan mengikut permainan videonya iaitu NieR: Automata yang dibangunkan oleh PlatinumGames.\u00a0

Ia mengisahkan tentang android yang dinamakan 2B menjalankan misi dengan android 9S dalam menuntut semula mesin yang menghasilkan dystopia di dunianya.

Berdasarkan teaser karakter yang dikongsikan di Youtube, kita boleh jangkakan kemunculan karakter seperti A2, Adam & Eve, Pascal dan Commander di dalam anime nanti.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nier-automata-ver1-1a-anime-akan-tiba-awal-tahun-depan"} {"title": "Kumpulan Dan Jadual Lengkap Pasukan Malaysia Di M4 World Championship", "body": "

Pada 26 Disember 2022 yang lepas, dua pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Team HAQ dan juga Todak MLBB telah berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang M4 World Championship.

Send-Off pasukan-pasukan Malaysia ini turut dihadiri oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.Kejohanan yang bermula pada 1 Januari 2023 nanti akan menampilkan 16 pasukan dari serata dunia bagi merebut prizepool berjumlah USD800,000!

16 pasukan ini telah dibahagikan kepada 4 Group yang mana setiap kumpulan diwakili 4 pasukan. Berikut merupakan senarai Group dan pasukan:

GROUP A

GROUP B

GROUP C

GROUP D

Format untuk Group Stage ini adalah Single Round Robin yang mana setiap match adalah Best of One. Group Stage yang berjalan dari 1 Januari 2023 sehingga 4 Januari 2023 akan memperlihatkan 2 kumpulan teratas akan memulakan Knockout Stage di Upper Bracket manakala 2 kumpulan terbawah di Lower Bracket.

Berikut merupakan jadual perlawanan untuk dua pasukan Malaysia selama 4 hari Group Stage ini berlangsung:

Hari Pertama (Ahad, 1 Januari 2023)

Hari Kedua (Isnin, 2 Januari 2023)

Hari Ketiga (Selasa, 3 Januari 2023)

Hari Keempat (Rabu, 4 Januari 2023)

Semoga pasukan-pasukan Malaysia berjaya mara ke Upper Bracket dengan selesa!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kumpulan-dan-jadual-lengkap-pasukan-malaysia-di-m4-world-championship"} {"title": "Dua Champion \"Z\" Bakal Muncul Di Patch 4.0 Wild Rift Tidak Lama Lagi", "body": "

Baru-baru ini pihak Riot Games telah mengumumkan patch terbaru mereka iaitu Patch 4.0 yang dikatakan bakal hadir bermula awal tahun depan. Selain dari memperkenalkan beberapa event menarik, mereka juga telah memperkenalkan dua Champion yang bakal hadir pada Patch 4.0 ini.

Dua Champion tersebut adalah Zoe, The Aspect of Twilight dan juga Zeri, The Spark of Zaun.\u00a0

Zoe merupakan Burst Mage yang sesuai digunakan di Mid Lane dan juga sebagai Support. Dia mempunyai skill seperti mencuri spell musuh, snipe enemy untuk damage dan juga mampu untuk teleport menggunakan portal-nya.

Skill pertamanya iaitu Paddle Star akan melontarkan missile ke arah berlainan dan apabila korang recast balik, missile tersebut akan kembali untuk attack enemy. Lagi jauh jarak missile tersebut dari enemy, lagi tinggi damage yang dorang akan terima.

Untuk skill kedua pula ia dipanggil sebagai Spell Thief. Skill ini membolehkan Zoey untuk mencuri Spell ataupun Enchantment dari musuh. Zoey cuma mampu untuk mencuri satu Spell pada satu-satu masa jadi pemain perlu tahu yang mana patut dorang curi ataupun tinggalkan saja.

Skill ketiganya adalah Sleepy Trouble Bubble yang mana akan melancarkan bubble pada enemy yang mana akan membuatkan enemy tidur selama beberapa saat. Enemy yang terkena damage dari Zoey semasa mereka sedang tidur akan dikenakan double damage.

Ultimate Zoey pula dipanggil sebagai Portal Jump yang mana membolehkan Zoey untuk teleport berdekatan dengan enemy dan kemudiannya teleport kembali ke tempat asalnya.

Champion kedua yang akan dibawa masuk oleh Riot Games adalah Zeri. Zeri merupakan Marksman yang mempunyai pergerakan yang pantas apabila dia menerima Shield. Selain pantas, dia juga mampu untuk dash menembusi dinding untuk melarikan diri ataupun mengejar musuh.

Skill pertama Zeri iaitu Electrocute akan membuatkan menjadi slow apabila terkena tembakan laser-nya. Bagi skill yang kedua pula iaitu Ultrashock Laser pula akan mengeluarkan laser beam yang memberikan damage dan memperlahankan pergerakan musuh yang terkenanya.

Skill ketiganya iaitu Spark Surge pula memberikan peluang untuk Zeri mengejar dan juga melarikan diri dari musuh. Apabila digunakan, Zeri akan dash kedepan dan menaikkan damage seketika. Jika Zeri dash kearah dinding, dia boleh menembusi dinding tersebut untuk melarikan diri ataupun mengejar musuh.

Bagi Ultimate Zeri yang dipanggil sebagai Lightning Carsh pula stack Overcharge bagi setiap enemy yang terkena tembakannya. Semasa dalam Overcharge, Zeri akan menerima penambahan untuk Movement Speed, Attack Speed dan juga bonus damage.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-champion-z-bakal-muncul-di-partch-4-0-wild-rift-tidak-lama-lagi"} {"title": "Sah ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition Bakal Dijual Di Malaysia", "body": "

Sebelum ini pihak Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kerjasama mereka bersama dengan Blizzard Entertainment untuk mengeluarkan ROG Phone 6 edisi Diablo Immortal. Namun semasa pengumuman tersebut, smartphone edisi khas ini cuma dijual di China sahaja.

Namun baru-baru ini pihak ROG telah membawa berita gembira bila mereka mengumumkan yang ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition ini bakal dijual di Malaysia!

Bagi korang berminat untuk mendapatkan smartphone edisi istimewa ini, korang boleh dapatkannya dengan harga RM4999 sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca di artikel Selepas Versi Batman, ROG Perkenalkan ROG Phone 6 Versi Diablo Immortal Edition kitorang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sah-rog-phone-6-diablo-immortal-edition-bakal-dijual-di-malaysia"} {"title": "Kisah Sebenar Verri, Si Burung Putih Pharsa", "body": "

Kalau korang selalu main ataupun nampak Pharsa dalam game, korang mesti perasan ada burung putih yang ikut pharsa kemana-mana saja.

Kalau korang nak tahu, burung putih ni nama dia Verri dan dia sebenarnya adalah SUAMI kepada Pharsa!

Mengikut lore Mobile Legends, ketika majlis perkahwinan Pharsa sedang berlangsung, Alice telah datang untuk mengganggu majlis perkahwinan dorang.\u00a0

Ketika Pharsa dengan Alice tengah bergaduh, Alice telah membutakan mata Pharsa. Disebabkan tidak sanggup melihat Pharsa buta, suami dia iaitu Verri telah berubah menjadi burung supaya Pharsa boleh melihat dari mata suaminya.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kisah-sebenar-verri-si-burung-putih-pharsa"} {"title": "Permainan Video Point And Click Smile For Me Akan Tiba Di Konsol", "body": "

Tidak sangka, permainan yang bergenre tunjuk-dan-klik (point-and-click) di PC akan datang ke konsol. Permainan Smile For Me adalah sebuah permainan di mana pemain perlu berinteraksi dengan karakter-karakter NPC (non-playable character) untuk menyelesaikan masalah mereka.\u00a0

Sambil menolong mereka yang sebenarnya penduduk di tempat bernama Habitat, sedikit demi sedikit rahsia tentang seorang doktor bernama Doctor Habit dibongkarkan. Tetapi, korang kena cepat-cepat habiskan misi nanti sebab ancaman buruk akan mula datang secara perlahan-lahan.

Dengan pandangan first-person, korang akan diletakkan di sebuah dunia abstrak yang penuh dengan masyarakat pelbagai bentuk dan tekstur. Mereka telah menggabungkan rupa 2D (karakter) dan bentuk 3D (latar belakang) serta beberapa barang dari dunia nyata sebagai satu tarikan yang unik untuk pemain.\u00a0

Tetapi, jangan terpedaya dengan rupanya yang berwarna-warni sebab dunia Smile For Me bukanlah apa di mata korang. Kalau korang mahu main Smile For Me sekarang, korang boleh muat turun di Steam. Tetapi, untuk konsol seperti PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan Switch akan tiba musim bunga 2023 nanti.

Bagi PS5, PS4 dan Switch akan juga dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan edisi Collector. Dalam pembelian tersebut akan dimasukkan juga barang-barang merchandise Smile For Me seperti kad, sticker, kalender dan lain-lain lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-video-point-and-click-smile-for-me-akan-tiba-di-konsol"} {"title": "Update Terbaru Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder\u2019s Revenge Kini Tiba", "body": "

Baru-baru ini Tribute Games, pembangun TMNT Shredder\u2019s Revenge, telah pun melancarkan update terbaru untuk menyeronokkan lagi permainan ini.\u00a0

Mereka mengatakan yang mereka telah menambahkan satu mod baru, membuka pilihan bagi bahagian grafik dan juga membaiki beberapa bug di dalamnya.\u00a0

Mod baru dinamakan Custom Arcade Mode di mana pemain boleh mengubah suai sendiri setting di dalamnya. Sebagai contoh, bar nyawa akan kurang kalau guna Super Attack, bukannya bar Ninja Power seperti sebelumnya.\u00a0

Boleh dikatakan mod ini akan menaikkan lagi cabaran ataupun memudahkan kemenangan kepada pemain mengikut situasi masing-masing.

Selain itu, Tribute Games juga menambahkan dua filter baru, CRT dan VCR pada bahagian grafik untuk menaikkan lagi perasan nostalgik terhadap permainan arked lamanya iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles: Turtles In Time dengan mengubah rupanya seperti pita video lama.

Korang boleh dapatkan sekarang TMNT: Shredder\u2019s Revenge di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan juga PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/update-terbaru-teenage-mutant-ninja-turtles-shredder-s-revenge-kini-tiba"} {"title": "Ulasan Penuh Update Patch 1.8.1.4 Pokemon UNITE Kini Tiba", "body": "

Baru-baru ini update terbaru untuk permainan video The Pokemon UNITE iaitu update patch 1.8.1.4 telah pun tersedia untuk semua pemain. Dalam update terbaru ini kita dapat melihat beberapa perubahan telah dilakukan terhadap beberapa Pokemon.

Antara patch yang dimasukkan untuk patch 1.8.1.4 ini adalah:

SABLEYE

DURALUDON

DODRIO

AZUMARILL

BUZZWOLE

CINDERACE

URSHIFU

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ulasan-penuh-update-patch-1-8-1-4-pokemon-unite-kini-tiba"} {"title": "ROG Malaysia Sah Penaja Utama MPL MY Untuk Empat Musim Akan Datang", "body": "

Baru-baru ini pihak Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan yang mereka bakal menjadi penaja utama untuk MPL MY untuk musim kesebelas sehingga musim keempat belas.

MPL MY Musim Kesebelas bakal berlangsung bermula February 2023 bakal menampilkan pasukan-pasukan terhebat tanah air untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang prizepool berjumlah USD100,000.00!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-malaysia-sah-penaja-utama-mpl-my-untuk-empat-musim-akan-datang"} {"title": "Jung_E - Filem Zaman Futurisik Terbaru Dari Pengarah Train To Busan", "body": "

Dari minda yang menghasilkan filem Train to Busan, Netflix telah mengumumkan filem terbarunya, Jung_E. \u00a0Jung_E merupakan sebuah filem tentang zaman futuristik di Korea Selatan di mana manusia ketika itu berada dalam kesusahan hidup dan terpaksa tinggal di tempat pemulihan bersama-sama.\u00a0

Dan apabila berlakunya satu peperangan, Jung Yi yang merupakan heroin untuk filem ini telah pun tergadai nyawanya dan disebabkan itu juga, Jung Yi telah dijadikan sebagai tikus makmal bagi syarikat Kronoid Lab untuk menguji klon otak manusia rekaan mereka. Mereka menamakan robot tersebut sebagai Jung_E.

Walaupun Kronoid Lab mengatakan projek ini dijalankan demi mengakhirkan peperangan yang berlaku, rancangan mereka gagal apabila Jung_E mula bergerak atas kehendak sendiri. Untuk saksikan pengakhiran ceritanya, nantikan Jung_E pada 20 Januari 2023 di Netflix.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jung-e-filem-zaman-futurisik-terbaru-dari-pengarah-train-to-busan"} {"title": "Different Future - DLC Terakhir Stranger Of Paradise: Final Fantasy Origin", "body": "

Setiap permulaan, mesti ada pengakhirannya seperti kita nampak dengan kisah pengembaraan Jack bersama rakan-rakannya di Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan ditamatkan apabila DLC terbaru ini dilancarkan.\u00a0

DLC kali ini dinamakan Different Future dan ia adalah segmen ketiga dan terakhir dalam permainan ini. Selain daripada perkembangan cerita seterusnya, permainan ini akan menambahkan lagi kelas terbaru iaitu Musketeer class di mana pemain dibenarkan menggunakan pistol buat kali pertamanya sebagai senjata utama mereka.

DLC pertama yang dinamakan Trials of the Dragon King manakala DLC kedua pula dinamakan Wanderer of the Rift sudah pun termasuk dalam Deluxe Edition season pass dan bagi yang sudah melanggan season pass ini, korang juga akan dapat DLC Different Future ini secara percuma.\u00a0

Berdasarkan trailer yang dikongsikan mereka, pengembaraan Jack bersama rakan-rakannya di DLC Different Future akan bermula pada 27 Januari 2023 nanti. Korang boleh main mana yang sudah tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/different-future-dlc-terakhir-stranger-of-paradise-final-fantasy-origin"} {"title": "Ciwing Bukan Lagi Pengurus Pasukan Yoodo Red Giant", "body": "

Yoodo Red Giants Esports mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus mereka, Ciwing yang tidak lagi memegang peranan tersebut pada musim hadapan. Beliau hanya sempat bersama Red Giants selama semusim.

Berita ini dimuatkan di laman Instagram rasmi pasukan Gergasi Merah ini bersama dengan sebuah video bertajuk \u2018Thank You, Ciwing\u2019.

\u201cUntuk management, aku ucapkan ribuan terima kasih sebab bimbing aku walaupun aku tiada pengalaman,\u201d kata Ciwing dalam video tersebut.\u00a0

Sebelum menjadi pengurus, Ciwing pernah membimbing RSG Malaysia sebagai jurulatih. Pencapaian terhebatnya ketika menjadi jurulatih adalah membawa RSG menduduki tempat keempat semasa MSC 2021.\u00a0

Ciwing juga merupakan seorang figura yang banyak mencungkil bakat-bakat baru dalam MLBB.\u00a0

Selain Ciwing, Yoodo Red Giants juga melepaskan pemain roamer mereka, Eshaa Ohana pada 6 Julai yang lepas. Untuk melihat Transfer News bagi MPL MPL MY S12 yang telah dikemas kini, korang boleh check di artikel INI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ciwing-sah-dilepaskan-yoodo-red-giants-esports-selepas-semusim"} {"title": "Gaimin Gladiators Pamer Dominasi Dalam Dota 2 Selepas Menang Major Kali Ketiga", "body": "

Gaimin Gladiators telah dinobatkan sebagai juara bagi kejohanan Dota 2, Bali Major 2023 yang diadakan di Bali Indonesia. Pasukan ini melengkapkan dominasi mereka dalam Dota Pro Circuit 2023 selepas menjadi juara sebanyak tiga kali dalam siri Major.\u00a0

Gaimin memasuki Grand Final sebagai pasukan pilihan selepas mempamerkan persembahan kukuh sejak dari peringkat awal Upper Bracket.

Pada aksi Grand Final semalam, Gaimin Gladiators menundukkan Team Liquid dengan skor 3-1. Gaimin mendapatkan mata pertama dan Team Liquid kemudian menyamakan kedudukan 1-1 pada game kedua. Walau bagaimanapun, Gaimin berjaya untuk bangkit memenangi dua game seterusnya.

Sebagai juara Bali Major, Gaimin Gladiators membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $200,000 USD dan 650 mata Dota Pro Circuit (DPC). Pasukan ini mempunyai 2140 mata DPC dan layak beraksi untuk The International 12 pada Oktober nanti.

Dengan kemenangan kelima dalam kejohanan Dota 2 sepanjang tahun 2023, Gaimin Gladiators layak bergelar salah satu pasukan terbaik dalam sejarah Dota 2. Selain memenangi Bali Major, Gaimin juga memenangi dua Major lain iaitu Lima Major dan Berlin Major. Mereka juga menjadi juara DreamLeague Season 19 dan DreamLeague Season 20.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gaimin-gladiators-pamer-dominasi-dalam-dota-2-selepas-menang-major-kali-ketiga"} {"title": "Ace Fishing: Crew Boleh Dimuat Turun Pada 20 Julai Ini", "body": "

Sebuah game buat kaki pancing, Ace Fishing: Crew akan dilancarkan pada 20 Julai ini di peranti Android dan iOS. Pre-register sudah dan pemain yang sudah melakukan proses ini bakal mendapat pelbagai hadiah yang menarik.

Ace Fishing: Crew adalah sekuel kepada Ace Fishing: Wild Catch yang menjadi sensasi dan mencapai 70 juta muat turun. Untuk edisi Crew ini, ia akan menambah lagi feature, kualiti grafik dan jenis permainan.

Sebaik dilancarkan nanti, pemain akan mendapat pelbagai feature menarik dalam game ini. Feature tersebut adalah:\u00a0

Pre-register kini dibuka dan pemain akan memperoleh 3-star Crew Member Acquisition dan Equipment Acquisition Ticket.

Ace Fishing: Crew dibuat oleh Com2uS dan akan dilancarkan pada 20 Julai ini. Pemain kini boleh melakukan pre-register di Google Play Store dan Apple Apple Store.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ace-fishing-crew-boleh-dimuat-turun-pada-20-julai-ini"} {"title": "Homegirls Dinobatkan Juara ULC MY/SG Musim Kedua", "body": "

Berakhirnya kejohanan Mobile Legends Unipin Ladies Series MY/SG (ULC MY/SG) Musim Kedua pada semalam dan memperlihatkan pasukan Homegirls meraih kejuaraan serta membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung semalam, Homegirls menewaskan wakil Malaysia yang lain, Team Haq Ladies dengan skor 3-1. Perlawanan diadakan dalam format best-of-five.

Pemain Gold Laner bagi Homegirls, HG.Fafau telah dinobatkan sebagai MVP Final selepas mencatatkan 40 kills dan 11.9 KDA.

Homegirls dan Team Haq Ladies akan mewakili Malaysia dalam kejohanan USC 2023 yang akan diadakan pada lewat September tahun ini.

ULC MY/SG Musim Kedua memperlihatkan pertambahan pasukan daripada 8 pasukan pada musim lepas dengan 16 penyertaan pada musim ini. Hanya satu wakil Singapura, Rekt SG yang menyertai edisi ini.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/homegirls-dinobatkan-juara-ulc-my-sg-musim-kedua"} {"title": "Geek Fam Tidak Lagi Menggunakan Nama Geek Slate", "body": "

Organisasi e-sukan, Geek Slate akan menggunakan kembali nama asal mereka iaitu Geek Fam. Perkara ini diumumkan pada 6 Julai lalu di laman Facebook rasmi mereka.\u00a0

Geek Fam sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan Avant Talents dan Avium. Atas kerjasama ini, Geek Fam telah dijenamakan sebagai Geek Slate.

Namun dalam kenyataan media yang dikeluarkan Geek Fam, Avant Talents dan Geek Fam menamatkan kerjasama dengan Avium kerana ia dilihat tidak kukuh dan tidak mencapai nilai dan cita-cita yang diinginkan Geek Fam.

Kesemua pasukan kompetitif yang bernaung di bawah organisasi ini akan menggunakan kembali nama Geek Fam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/geek-slate-sah-kembali-guna-nama-geek-fam"} {"title": "Eshaa Ohana Sah Beraksi Bersama Team Lunatix, Tinggalkan Yoodo Red Giants", "body": "

Eshaa Ohana telah disahkan menyertai Team Lunatix untuk MPL MY \u00a0Musim Kedua Belas. Menerusi halaman Facebook rasmi Team Lunatix, mereka mengucapkan selamat datang kepada Eshaa.\u00a0

Semalam, Yoodo Red Giants Esports telah mengumumkan bahawa pemain roamer, Eshaa Ohana telah dilepaskan. Eshaa hanya sempat beraksi selama satu musim sahaja bersama Red Giants di pentas MPL Malaysia.

Menggunakan nama ELX Esports, Eshaa membantu pasukan ini melepasi peringkat kelayakan MPL MY musim ke-11. Untuk musim MPL MY Ke-11, ELX Esports bertukar nama ke Yoodo Red Giants selepas mendapat penajaan daripada kelab bola sepak, Selangor FC. \u00a0 \u00a0

Sebelum beraksi dengan Red Giants, Eshaa pernah membantu Team SMG untuk menjuarai MPL MY Musim Kelapan.\u00a0

Rata-rata peminat mempersoalkan keputusan Yoodo Red Giants melepaskan Eshaa selepas pemain ini berhempas pulas melayakkan pasukan ini ke MPL MY Musim Kesebelas.\u00a0

Untuk melihat Transfer News bagi MPL MPL MY S12 yang telah dikemas kini, korang boleh check di arttikel INI.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/eshaa-ohana-sah-beraksi-bersama-team-lunatix-tinggalkan-yoodo-red-giants"} {"title": "Permainan Video Bleach: Soul Resonance Bakal Hadir Tahun Depan", "body": "

Game adaptasi anime kini menjadi perhatian kepada para gamers. Terbaru, Bleach: Soul Resonance bakal dilancarkan pada tahun 2024. Permainan fighting RPG ini adalah adaptasi siri manga dan anime kegemaran, Bleach.

Bleach adalah sebuah manga yang dihasilkan Tite Kubo dan mempunyai penceritaan serta ilustrasi yang sangat menarik. Ianya mengisahkan Ichigo Kurosaki yang berkemampuan untuk melihat hantu dan seorang manusia supernatural, Rukia yang mencari roh yang mampu merosakkan hantu dan manusia, Hollow.

Dihasilkan Black Moon Studios, mereka juga mengeluarkan trailer yang memaparkan beberapa babak daripada musim pertama dan arc Soul Society.

The first official trailer of Bleach: Soul Resonance has been released! This is a brand-new 3D sword-fighting action game from BLEACH! Licensed officially by BLEACH. Please stay tuned with us!

\u25a0 Follow Us and retweet this post, and we will pick 22 winners at random on 7th Aug\u2026 pic.twitter.com/7mXuP803KU

\u2014 Bleach: Soul Resonance (@BleachSRgame) July 5, 2023

Game ini mungkin akan menggunakan jalan cerita asal daripada anime. Pemain akan mengawal Ichigo Kurosaki dan mencari senjata Zanpakuto. Pemain boleh menjangkakan pertarungan epik dengan banyak pertempuran menggunakan pedang.

Apa yang mengelirukan adalah platform manakah yang game ini akan keluar. Sebahagian peminat mengatakan game ini akan keluar di mobile manakala ada yang mengatakan keluar di konsol sahaja. Kami menjangkakan ianya akan keluar di PlayStation 5 memandangkan satu giveaway mengandungi hadiah yang dicipta khas untuk PS5. Apa-apa pun, peminat perlu menunggu berita rasmi daripada developer jika mahu tahu kemaskini tentang game ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/adaptasi-dari-anime-bleach-soul-resonance-umum-lancar-pada-2024"} {"title": "Naraka: Bladepoint Bakal Hadir di PS5 Pada 13 Julai Ini", "body": "

Setelah sekian lama dilancarkan di platform lain, Naraka: Bladepoint akhirnya akan dikeluarkan di PlayStation 5 pada 13 Julai ini. Pada tarikh ini juga, game ini akan didapati secara percuma dan pemain tidak perlu lagi membayar untuk download game ini.

Naraka: Bladepoint dibuat oleh 24 Entertainment dan dikeluarkan NetEase Games Montreal. Ianya dilancarkan di PC pada Ogos 2021 sebelum dikeluarkan di Xbox Series X/S pada Jun 2022.

Developer juga akan memberi hadiah kepada pemain PlayStation 5. Semua pemain PlayStation 5 akan mendapat satu skin Katana, satu Ryuzan\u00b7Frost Reflection, dan dua Immortals Treasures. Untuk member PlayStation Plus, mereka akan mendapat lebih banyak hadiah seperti 5 lagi Treasures, satu Headwear eksklusif dan banyak lagi.

Game battle royale ini akan menambah beberapa feature. Berikut adalah feature yang akan ditambah: \u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/naraka-bladepoint-bakal-hadir-di-ps5-pada-13-julai-ini"} {"title": "Trailer Terbaru Mortal Kombat 1 Tampil Dua Karakter Lama", "body": "

NetherRealm Studios telah mengeluarkan trailer terbaru untuk game Mortal Kombat 1. Trailer terbaru itu mengesahkan banyak lagi karakter yang akan muncul semasa perlancaran nanti.\u00a0

Menerusi trailer yang dikeluarkan, dua karakter playable dan empat Kameo Fighters akan muncul dalam game ini. Dua karakter playable yang dimaksudkan adalah Smoke dan Rain. Empat Kameo Fighters pula adalah Cyrax, Sektor, Frost dan Scorpion.

Smoke dan Rain pernah membuat kemunculan dalam siri permainan Mortal Kombat ini sebelum ini. Smoke muncul pertama kali semasa Mortal Kombat 2 sebagai 'karakter rahsia'. Rain pula debut pada Ultimate Mortal Kombat 3.\u00a0

Selain itu, trailer ini juga menunjukkan bagaimana Kameo Fighters dimainkan. Kameo Fighters adalah karakter yang membantu pemain semasa dalam pertarungan.\u00a0

Mortal Kombat 1 dilancarkan pada 19 September 2023 dan akan dikeluarkan di platform PC, PlayStation 5, Xbox Series X/S dan Nintendo Switch.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-terbaru-mortal-kombat-1-tampil-dua-krakter-lama"} {"title": "MLB 9 Innings Rivals Sudah Tersedia Untuk Dimuat Turun Di Android Dan iOS", "body": "

Penggemar sukan baseball kini boleh mempamerkan kehebatan mereka dalam game terbaru yang dikeluarkan oleh Com2uS, MLB 9 Innings Rivals. Game ini sudah tersedia untuk di-download di peranti Android dan iOS.\u00a0

Com2uS menjanjikan permainan seakan seperti konsol dengan grafik mengagumkan dan enjin permainan yang canggih. Ekspresi muka dan pergerakan pemain telah di-scan menggunakan motion capture technology.

Antara mod yang ada dalam game ini adalah Leagues, Live Matches, dan Ranked Slugger yang kesemuanya boleh dimainkan dalam pilihan single player dan multiplayer.\u00a0

Tambahan lagi, game ini juga akan menampilkan sistem replay yang membenarkan pemain untuk melihat kembali aksi terbaik mereka dari sudut penonton. Pemain juga boleh bertukar paparan skrin antara portrait dan landscape, bergantung sama ada mereka ingin melakukan home run atau melihat dari arah penonton stadium.

Sebaik sahaja memuat turun game ini, pemain akan mendapat hadiah in-game iaitu dua S-Grade Live Cards, Freddie Freeman dan Xander Bogaerts. Dengan menyelesaikan misi istimewa, pemain boleh mendapat 1500 stars, pek Season S dan sebagainya.

MLB 9 Innings Rivals sudah tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlb-9-innings-rivals-sudah-tersedia-untuk-dimuat-turun-di-android-dan-ios"} {"title": "Dragon Nest 2: Evolution Capai 3 Juta Pre-Register", "body": "

Dragon Nest 2: Evolution telah merekodkan lebih 3 juta pre-register menjelang perlancaran versi penuh pada 20 Julai ini.

Menjelang perlancaran nanti, pemain akan dapat bermain acara The Grand Dragon Hunt dan akan cuba untuk menumpaskan pelbagai raksasa laut.

Sebelum bertembung dengan raksasa laut ini, pemain perlu menyelesaikan misi bagi setiap dungeon. Pemain perlu menyelesaikan puzzle, mencari jalan keluar dari maze yang mengelirukan, dan berinteraksi dengan NPC.

Pre-register kini tersedia di Apple Store, Google Play, Huawei App Gallery dan Samsung Galaxy Store dan Oppo Store.

Dragon Nest 2: Evolution adalah sebuah permainan bergenre MMORPG, dibuat oleh Shengqu Games dan diterbitkan Level Infinite. Permainan ini bakal tersedia pada 20 Julai di peranti Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dragon-nest-2-evolution-capai-3-juta-pre-register"} {"title": "Tidak Lagi Dipasarkan, Friday The 13th: The Game Tawarkan Pemain Ganjaran Bermakna", "body": "

Gun Interactive selaku developer Friday the 13th: The Game mengumumkan bulan lepas bahawa game ini tidak akan didapati di pasaran akibat perlesenan yang telah tamat. Untuk itu, developer akan memberi tawaran menarik kepada para pemain game ini.

Menerusi Twitter rasmi game itu, pemain dapat merasai tawaran ini bermula 6 Julai ini. Developer mengesahkan kesemua pemain akan dipertingkatkan ke Level 150.\u00a0

Selain peningkatan level, pemain juga ditawarkan dengan pemberian 30 \u2018legendary perk\u2019 yang paling popular, semua \u2018Kills\u2019 akan dibuka, serta semua 'Challenge Skull' turut dibuka.

Friday the 13th: The Game akan dibuang daripada kedai dan stor digital pada 31 December 2023. Bagi yang telah mempunyai game ini, mereka boleh bermain sehingga hujung tahun 2024.\u00a0

Friday the 13th: The Game tersedia di PC, PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tidak-lagi-dipasarkan-friday-the-13th-the-game-tawarkan-pemain-ganjaran-bermakna"} {"title": "ZUS Coffee Lancarkan Velvet Cr\u00e8me Poring Latt\u00e9 Bersama Huawei AppGallery Dan Ragnarok Origin", "body": "

Satu kolaborasi menarik antara Huawei AppGallery, ZUS Coffee dan permainan Ragnarok Origin telah melancarkan minuman Velvet Cr\u00e8me Poring Latt\u00e9. Minuman edisi terhad ini direka untuk menggabungkan elemen gaming, kopi dan inovasi teknologi.\u00a0\u00a0

Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Wilayah APAC Huawei berkata, \"Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan ZUS Coffee dan Ragnarok Origin dalam kempen ini. Pelancaran Velvet Cr\u00e8me Poring Latt\u00e9 dan peluang untuk pengguna memuat turun Ragnarok Origin dari AppGallery melambangkan komitmen kami untuk menyepadukan teknologi dan gaya hidup. Bersama-sama, kami mencipta pengalaman unik yang menggabungkan kopi dan gaming untuk dinikmati oleh pengguna kami.\"

Minuman ini juga adalah sebuah tribute kepada satu karakter dalam Ragnarok Origin iaitu Poring. Poring adalah sebuah karakter berbentuk jeli warna merah jambu.

Velvet Cr\u00e8me Poring Latt\u00e9 mempunyai perisa gabungan strawberi, madu dan velvet creme ini. Bagi yang ingin merasai minuman ini, korang perlu cepat dapatkan kerana minuman ini hanya tersedia sehingga 31 Julai ini.

Selain dapat merasai minuman istimewa ini, kolaborasi ini juga memberi tawaran yang menarik untuk pembelian in-app di Huawei AppGallery. Pemain dijemput untuk memuat turun Ragnarok Origin daripada Huawei AppGallery untuk mendapat hadiah eksklusif.\u00a0

Tawaran pembelian ini bermula sekarang sehingga 31 Julai 2023 dan tertakluk kepada terma dan syarat.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/inspirasi-dari-ragnarok-origin-rasai-velvet-creme-poring-latte-di-zus-coffee"} {"title": "Kejohanan MPL Brazil Musim Kelima Bermula Pada 8 Julai Ini", "body": "

Kejohanan MLBB, MPL Brazil Musim Kelima akan bermula tidak lama lagi. Kejohanan ini akan dianjurkan oleh Moonton Games dan sekali lagi ditaja oleh TikTok.\u00a0

Kejohanan ini akan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Qualifier, Regular Season dan Playoff. Regular Season akan bermula pada 8 Julai dan tamat pada 13 Ogos ini. Kesemua perlawanan Regular Season akan ditentukan dalam format best-of-three.

Enam pasukan teratas akan layak ke peringkat seterusnya iaitu playoff. Format best-of-five akan digunakan untuk semua perlawanan playoff. Grand Finale akan dimainkan dalam format best-of-seven.\u00a0

Sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan ini. Empat pasukan layak secara direct daripada musim keempat manakala empat lagi pasukan perlu melalui qualifier. Berikut adalah

  1. RRQ Akira
  2. Bigetron Sons
  3. DreamMax e-Sports
  4. Malvinas Brazil
  5. Influence Chemin
  6. Team Zeus E-sports
  7. Cyber Hunters
  8. Random Esports

Prize Pool yang ditawarkan adalah sebanyak $40,000 USD. RRQ Akira yang memenanngi MPL Brazil Musim Keempat akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mpl-brazil-akan-bermula-8-julai-ini"} {"title": "Anime Adaptasi Overwatch 2 Ditayangkan Di YouTube Bermula Minggu Ini", "body": "

Overwatch 2 akhirnya akan di bawa ke siri animasi apabila Blizzard mendedahkan animasi akan ditayangkan bermula minggu ini.

Animasi ini diberi judul Genesis dan mempunyai tiga episod. Episod pertama akan ditayangkan pada 12 tengah malam ini, 7 Julai di YouTube.

Menerusi trailer yang dikeluarkan, ianya merupakan prequel kepada Overwatch iaitu sekitar Omnic Crisis. Animasi ini akan menampilkan hero Overwatch dalam versi muda seperti Ana, Reinhardt, Reaper dan Torbjorn.

Kesemua tiga episod hanya mempunyai durasi yang pendek. Episod pertama yang berjudul Dawn mepunyai durasi paling pendek iaitu 5 minit 13 saat. Episod kedua, Innocence akan ditayangkan pada 13 Julai dengan masa selama 6 minit 34 saat. Pada 20 Julai, finale akan ditayangkan dengan tajuk Rebirth.

Peminat boleh menonton animasi adaptasi permainan Overwatch 2 ini di YouTube.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-adaptasi-overwatch-2-ditayangkan-di-youtube-bermula-minggu-ini"} {"title": "Threads, Rival Utama Twitter Kini Tersedia Untuk Muat Turun Di Android dan iOS", "body": "

Pencabar utama Twitter, Threads oleh Meta telah dilancarkan pada semalam dan pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Store sekarang.

Menjadi sebahagian daripada Instagram, pengguna hanya perlu log-in menggunakan akaun Instagram mereka. Di Threads, pengguna akan menggunakan username yang sama di Instagram dan tidak dapat mengubahnya.\u00a0

Sama seperti Twitter, pengguna boleh memuat naik post, membalas kepada pengguna lain dan like atau merepost mesej. Pengguna Threads juga dapat membawa senarai follower Instagram mereka ke aplikasi ini.

Berbanding dengan Twitter yang menghadkan penulisan sehingga 280 karakter, korang boleh menulis sehingga 500 karakter. Pengguna juga boleh menonton satu video berdurasi maksimum lima minit.

Bagi yang belum memuat turun Threads dan mahu mencuba perkara menarik, korang boleh menggunakan carian di Instagram dan menaip \u2018Threads\u2019. Di bahagian kanan carian, korang akan dapati ada satu tiket biru kecil. Dengan menekan tiket itu, satu tiket besar muncul akan muncul dan dalam tiket itu mengandungi gambar dan nama Instagram korang, satu kod QR dan link ke Google Play atau Apple Store untuk memuat turun aplikasi Threads.\u00a0

Threads menjadi bualan pengguna media sosial baru-baru ini selepas mereka mengancam untuk memboikot Twitter dan menggunakan Threads. Hal ini disebabkan Elon Musk pada Sabtu lepas menetapkan had bacaan kepada pengguna Twitter untuk mengelak \u2018data scraping'.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/threads-rival-utama-twitter-kini-tersedia-untuk-muat-turun-di-android-dan-ios"} {"title": "Bandai Namco Umum Permainan Video Jujutsu Kaisen Cursed Clash", "body": "

Bersama dengan ketibaan musim baru anime Jujutsu Kaisen, peminat manga dan anime ini menerima berita baik apabila sebuah game sedang dibangunkan oleh Byking Inc. Game ini diberikan judul Jujutsu Kaisen Cursed Clash dan merupakan game bergenre fighting 2v2.

Game ini akan menjadi game Jujutsu Kaisen pertama yang akan keluar di konsol. Jujutsu Kaisen Cursed Clash akan dilancarkan di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X/S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.\u00a0

Cursed Clash akan menggunakan storyline yang sama dengan manga. Yuji Itadori akan bekerjasama dengan karakter lain untuk mempertahankan dunia daripada raksasa yang dikenali sebagai Curses.

Pemain boleh memilih lebih 15 fighter dan mereka perlu bijak memilih pasangan fighter. Sebahagian kombinasi menarik akan menghasilkan serangan tag team dan kombo yang sangat powerful.

Bandai Namco masih belum mengumumkan tarikh perlancaran permainan ini. Peminat perlu menunggu maklumat rasmi jika ingin mengetahui detail berkaitan gameplay dan hari perlancaran.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bandai-namco-umum-jujutsu-kaisen-cursed-clash-permainan-2v2"} {"title": "Ark: Survival Ascended Ditangguhkan Ke Oktober Tahun Ini", "body": "

Remaster untuk game Ark: Survival Evolved akan ditangguhkan ke bulan Oktober 2023. Berita ini diumumkan developer, Studio Wildcard dalam satu post di forum komuniti.\u00a0

Remaster yang diberi judul Ark: Survival Ascended ini sepatutnya dilancarkan di PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada bulan Ogos ini. Pelan mereka untuk menutup server game original juga ditangguhkan ke 30 September.

Penangguhan ini adalah akibat masalah yang dihadapi developer dengan enjin permainan yang baru. \u201cKami mendapati ianya adalah mencabar untuk bekerja dengan Unreal Engine 5.2, tetapi pada masa yang sama, ianya sangat menyeronokkan,\" kata Studion Wildcard.

Tambah mereka, developer memerlukan lebih banyak masa untuk menambah baik ciri cross-platform antara konsol dengan PC.

Ark: Survival adalah sebuah game bergenre survival yang dipenuhi dinosaur dan haiwan prasejarah yang lain. Game ini dikeluarkan oleh Studio Wildcard pada tahun 2017.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/remaster-ark-survival-evolved-ditangguhkan-ke-oktober-tahun-ini"} {"title": "Captain Tsubasa: Ace Kini Tersedia Untuk Akses Awal Di Android", "body": "

Captain Tsubasa: Ace adalah sebuah game mobile yang kini tersedia untuk akses awal bagi peranti Android untuk beberapa negara. Ianya adalah sebuah game bola sepak dan akan dihasilkan oleh DeNa.\u00a0

Mengadaptasi daripada manga, game ini akan menggunakan storyline yang sama dengan manga. Karakter seperti Tsubasa Ozora, Kojiro Hyuga, Gezo Wakbayashi juga akan membuat kemunculan.\u00a0

Game ini menyediakan dua mod iaitu Dream League dan Ace Showdown. Di mod Dream League, ianya adalah mod pasukan 11v11 dan pemain akan mengawal keseluruhan \u00a0satu pasukan. Berlainan dengan mod Ace Showdown, pemain akan mengawal satu orang pemain dan bekerjasama dengan rakan dalam permainan 5v5.

Tidak seperti game bola sepak yang lain, pemain boleh menggunakan kuasa. Misalnya untuk menjaringkan gol, mereka boleh menggunakan kuasa Swift Shot, Bullet Shot dan Headbutt Strike.\u00a0

Setakat ini, game ini telah tersedia di peranti Android sebagai akses awal di Indonesia dan Filipina. Pemain dari negara ini boleh memuat turun game ini Google Play Store.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/captain-tsubasa-ace-kini-tersedia-untuk-akses-awal-di-android"} {"title": "Jujutsu Kaisen Musim Kedua Ditayangkan 6 Julai Ini", "body": "

Susulan kejayaan siri musim pertama dan filem prequel yang mencatat kutipan memberangsangkan, Jujutsu Kaisen sah akan kembali untuk musim kedua.\u00a0

Mengenai jalan cerita untuk musim kedua ini, separuh dari siri musim kedua ini akan mnyambung kisah prekuel dan mengadaptasi arc Hidden Inventory/Premature Death. Ianya mengisahkan masa lampau Gojo dan Geto yang kemudian menjadi musuh semasa filem Jujutsu Kaisen 0.

Semasa Anime Expo 2023, editor Shueisha, Ryota Ikeda mendedahkan pelukis asal Gege Akutami akan membantu dalam penghasilan siri ini.

Jika kebanyakan anime akan menghasilkan babak berdasarkan panel dalam manga, Jujutsu Kaisen agak berlainan kerana mereka akan menambah babak baru dan fresh.

CEO bagi Studio Mappa, Manabu Otsuka menjanjikan kepada peminat bahawa mereka dapat melihat 'benda yang belum pernah dilihat daripada karakter Toji Fushiguro.\u00a0

Musim kedua bagi Jujutsu Kaisen akan mula ditayangkan di Netflix pada 6 Julai ini, tepat pada pukul 10:56 malam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jujutsu-kaisen-musim-kedua-ditayangkan-6-julai-ini"} {"title": "Hawk Sah Roamer Terbaru RSG MY", "body": "

Akaun rasmi Instagram RSG MY telah memperkenakan roamer baru mereka selepas peninggalan beberapa pemain kebelakangan ini.\u00a0

Hawk atau nama sebenarnya Wan Azeemi Wan Rami mempunyai pengalaman bermain untuk pasukan Madness Esports dan 6J. Sebagai persediaan untuk MPL MY Musim ke-10, Hawk akan mengisi ruang roamer yang kosong selepas keluaran Zacus baru-baru ini.

Berdasarkan format MPL sebelum ini, RSG MY akan mempunyai slot jemputan terus. Semoga dengan kehadiran Hawk, RSG MY dapat menempatkan kedudukan tinggi di MPL MY Musim ke-10 nanti.\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hawk-sah-roamer-terbaru-rsg-my"} {"title": "Gamer\u2019s Paradise: Rancangan Bual Bicara E-sukan dan Industri Permainan", "body": "

ONE Esports telah berkolaborasi bersama syarikat pelancongan Marriott Bonvoy untuk menghidupkan rancangan bual bicara yang bernama Gamer\u2019s Paradise.

Siri ini akan menyiarkan 15 episode yang memberi fokus spesifik kepada konten e-sukan dan industri permainan di negara-negara Asia seperti Indonesia, Japan, Malaysia, Philippines, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Untuk pengetahuan pembaca, Eri Neeman dan MikaFabs daripada ONE Esport akan mengacara rancangan ini. Sebelum ini, Neeman telah menjadi pengacara bagi banyak liga dan kejohanan e-sukan seperti ESL One Birmingham 2018 dan REV Major. MikaFabs juga pernah mengacara kejohanan antarabangsa untuk pemainan Valorant dan League of Legends: Wild Rift.

Tambahan pula, tetamu jemputannya terdiri daripada antara nama terbesar di industri seperti Teddy iaitu pemain professional League of Legends daripada Korea Selatan. Terdapat juga Kawano iaitu pemain Japan Street Fighter daripada Jepun, seorang cosplayer dan streamer daripada Singapura bernama Kito serta pelbagai lagi nama popular.

Gamer\u2019s Paradise akan disiar di saluran digital ONE Esports di Facebook, Twitch, Youtube, AfreecaTV bermula 4 Julai 2022 pada 8.30pm. Penonton juga digalakkan berinteraksi dalam talian untuk memenangi hadiah dan ganjaran daripada Marriot Bonvoy.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamer-s-paradise-rancangan-bual-bicara-e-sukan-dan-industri-permainan"} {"title": "Godzilla Vs Kong 2 Akan Tiba Pada Mac 2024", "body": "

Baru-baru ini, Godzilla Vs Kong telah mengeluarkan tarikh untuk musim keduanya. Godzilla Vs Kong 2 diberitahu bakal keluar pada 15 Mac 2024. Mereka akan melakukan penggambaran untuk filem ini pada musim panas yang bertempat di Australia.

Filem ini pada awalnya telah ditayangkan pada Mac 2021 dan meraih sebanyak 468.2 juta kutipan. Filem arahan Adam Wingard bersama Stevens sebagai pelakon utama sememangnya adalah satu gabungan yang hebat. Setakat ini, Stevens dikatakan masih memegang watak utama untuk musim kedua manakala barisan pelakon lain masih belum dipastikan.

Kepada yang terlepas mengikuti filem Godzilla Vs Kong, disini kami kongsikan sedikit tentang filem ini. Filem ini mengisahkan tentang 2 raksasa hebat iaitu Godzilla dan Kong. Godzilla merupakan merupakan raksasa daripada Jepun manakala Kong pula daripada Amerika. Kedua raksasa ini sering bertempur untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing.

Untuk Godzilla Vs Kong 2, masih belum diketahui tentang jalan ceritanya. Adakah terdapat raksasa baharu yang akan muncul nanti? Sama-sama kita nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/godzilla-vs-kong-2-akan-tiba-pada-mac-2024"} {"title": "Pendaftaran Kejohanan PUBG Mobile City Tournament Kini Dibuka", "body": "

Baru-baru ini satu kerjasama telah dimeterai diantara Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan Tencent Games untuk bersama-sama menjayakan PUBG Mobile City Tournament yang mana pendaftaran telah dibuka semalam iaitu 1 July 2022.

PUBG Mobile City Tournament (PMCT) ini merupakan satu inisiatif dari pihak Tencent Games dan Majlis Olimpik Malaysia bagi memperkasakan dan mencari bakat-bakat baru untuk permainan video PUBG Mobile. Baru - baru ini kita dapat melihat permainan video mobile PUBG Mobile diangkat sebagai salah satu acara pingat di SEA Games dan juga ASIAN Games. Ini memperlihatkan yang sukan tradisional dan sukan elektronik boleh bergerak dan dijalankan bersama-sama.

PUBG Mobile City Tournament ini akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan dan juga Zon Borneo. Setiap zon akan mempunyai dua peringkat kelayakan iaitu kelayakan Online dan kelayakan Offline.

Untuk Zon Tengah, peringkat kelayakan Online akan bermula pada 16 July dan peringkat kelayakan Offline akan dijalankan pada 23 dan 24 Julai 2023 bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Zon Selatan pula akan bermula pada 22 Julai 2023 untuk peringkat kelayakan Online manakala peringkat kelayakan Offline akan berjalan di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 29 dan 30 Julai 2023.

Untuk Zon Timur, peringkat kelayakan Online akan bermula pada 30 Julai 2022 dan peringkat kelayakan Offline akan bermula 6 Ogos 2022 di Ipoh Parade, Perak. Akhir sekali adalah Zon Borneo yang mana peringkat kelayakan Online akan bermula pada 6 Ogos 2022 dan peringkat kelayakan Offline pula akan berlangsung bermula 13 Ogos 2022 di Surai Sabah, Sabah.\u00a0

Lima pasukan teratas untuk Zon Tengah dan Zon Timur dan empat pasukan teratas Zon Selatan dan Zon Borneo akan melayakkan diri untuk bertanding di peringkat berkumpulan PMNC. Bagi pasukan yang berminat untuk mencuba nasib, Pendaftaran akan dibuka pada 27 Jun 2022 dengan mendaftar di pautan roadtopmplmy.com

Dengan kembalinya tournament Offline, pihak PUBG Mobile City Tournament menjangkakan kehadiran penonton dan peminat yang tinggi untuk setiap zon. Selepas habisnya PUBG Mobile City Tournament, satu Watch Party akan dijalankan untuk peminat menonton PMPL Fall Split.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-kejohanan-pubg-mobile-city-tournament-kini-dibuka"} {"title": "Dua Permainan Ikonik Yang Akhirnya Dibawa Ke Nintendo Switch", "body": "

Baru-baru ini, Nintendo telah mempamerkan Nintendo Direct Mini: Partner Showcase. Showcase ini kebanyakannya mengenai permainan baharu yang akan dikeluarkan di Nintendo Switch. Tetapi terdapat dua permainan amat ikonik yang akan dibawa ke Nintendo Switch.

Pertamanya adalah NieR: Automata The End of YorRHa. Permainan ini asalnya dikeluarkan pada 2017 untuk PC, Playstation dan Xbox. Permainan versi Nintendo Switch ini akan termasuk semua update lepasnya dan juga akan mempunyai skin eksklusif untuk pemain versi Nintendo Switch. Nier: Automata The End of YoRHa akan tersedia untuk dibeli dan dimain pada 6 Oktober 2022.

Kedua pula adalah Portal: Companion Collection. Koleksi ini akan merangkumi Portal 1 dan juga Portal 2. Sebagai tambahan kepada dua permainan Portal, peminat juga akan menerima DLC serba baharu yang masih belum didedahkan. Koleksi ini boleh dibeli bermulai sekarang di Nintendo eShop.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dua-permainan-ikonik-yang-akhirnya-dibawa-ke-nintendo-switch"} {"title": "Permainan Remake PAC-MAN WORLD Akan Datang Ke Semua Gaming Platform", "body": "

PAC-MAN WORLD ialah salah satu permainan Pac-Man 3D terawal yang pernah dibuat. Siri PAC-MAN WORLD telah mendapat dua sekuel dalam masa enam tahun. Tetapi sejak itu, kami tidak pernah mendengar tentang siri ini lagi.

Itu hanya sehingga baru-baru ini di mana semasa pameran Nintendo Direct Mini: Partner Showcase, Nintendo telah mengumumkan sebuah remake untuk permainan ini bernama PAC-MAN WORLD Re-PAC. Pengeluaran trailer pengumuman ini menunjukkan versi terkini permainan lama tersebut.

Memandangkan bahawa ia adalah remaster permainan yang sedia ada, tidak banyak yang boleh diperkatan selain gaya rupa permainan baru ini sangat cantik. Pastinya peminat siri asal akan menghargai Nintendo untuk membuat remaster ini untuk konsol moden. PAC-MAN WORLD Re-PAC akan tersedia untuk dimainkan di PC, PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch pada 26 Ogos 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/permainan-remake-pac-man-world-akan-datang-ke-semua-gaming-platform"} {"title": "Mario + Rabbids Sparks Of Hope Akhirnya Menerima Tarikh Keluaran", "body": "

Baru-baru minggu ini, peminat telah mula membocorkan tarikh keluaran permainan Mario + Rabbids Sparks Of Hope. Nasib baik untuk Nintendo, mereka sudah merancang untuk mengumumkan tarikh keluaran untuk permainan tersebut semasa Nintendo Direct Mini: Partner Showcase.

Dalam showcase Mario + Rabbids Sparks Of Hope, Nintendo telah memperkenalkan kita kepada watak-watak dan serangannya dalam permainan ini. Antaranya adalah Mario, Rabbid Rosalina, Rabbid Luigi dan juga Bowser. Showcase ini juga menunjukkan gameplay permainan ini iaitu gameplay berasaskan giliran. Pemain akan mengambil giliran menggunakan tiga watak pemain untuk menyerang musuh.

Mario + Rabbids Sparks Of Hope akan dikeluarkan pada 20 Oktober 2022 di Nintendo Switch. Peminat boleh pre-order permainan ini di Nintendo eShop dengan harga US$60.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mario-rabbids-sparks-of-hope-akhirnya-menerima-tarikh-keluaran"} {"title": "Sonic Frontiers Bakal Datang Ke Nintendo Switch", "body": "

Baru-baru ini, Nintendo telah melangsungkan Nintendo Direct Mini: Partner Showcase. Semasa siaran langsung ini, terdapat banyak permainan yang diumumkan untuk keluaran Nintendo Switch. Salah satu permainan terbesar yang dipamerkan ialah Sonic Frontiers.

Walaupun Sonic Frontiers\u00a0 telah lama didedahkan, trailer keluaran baru untuk Nintendo Switch ini menunjukkan beberapa footage baru. Antara pendedahan terbesar yang kami dapat dalam trailer adalah mengenai Zon Cyberspace.

Malangnya, tarikh tetap keluaran Sonic Frontiers untuk Nintendo Switch belum ditentukan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonic-frontiers-bakal-datang-ke-nintendo-switch"} {"title": "Square Enix Akan Keluarkan Harvestella November 2022", "body": "

Square Enix telah memperkenalkan permainan simulasi hidup dan menanam baru mereka iaitu Harvestella ketika Nintendo Direct Mini 2022. Peminat cozy games seperti Stardew Valley dan Animal Crossing akan pasti suka permainan tenang ini.

Menurut sinopsisnya, dunia Harvestella adalah permulaan selepas baru berlakunya bencana alam. Terdapat musim yang bernama \u201cQuietus\u201d dimana ciptaan alam mati dan manusia tidak boleh keluar rumah.\u00a0

Di keluaran trailer Jepun Harvestella baru-baru ini, grafiknya mempunyai rupa samar-samar seperti gabungan Genshin Impact dan Final Fantasy. Ia menunjukkan aktiviti tanaman dan juga eksplorasi yang boleh dibuat dalam permainan.\u00a0\u00a0

Pemain boleh melawati lokasi seperti Holy Capital Argene, Lethe Village, Nemea Town, dan Seaside Town Shatolla untuk membuat kawan dan melawan musuh. Tambahan pula, pemain boleh memilih kelas seperti pahlawan, ahli sihir atau Shadow Walker.\u00a0

Harvestella akan dikeluarkan di Nintendo Switch dan PC di Steam pada 4 November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/square-enix-akan-keluarkan-harvestella-november-2022"} {"title": "VALORANT Masters: Pasukan Paper Rex Mewakili Asia Tenggara", "body": "

Baru-baru ini, Paper Rex telah berjaya mengalahkan pasukan seperti Alter Ego, Bleed Esports dan pelbagai lagi di Valorant Challengers Pentas Kedua APAC 2022. Dengan ini, mereka telah menjuarai kejohanan ini buat kali kedua.\u00a0

Pasukan Singapura ini telah mendominasi dunia esukan Valorant di Asia Tenggara dengan kemenangan sebanyak 6 kali di pelbagai kejohanan Valorant SG/MY. Paper Rex terdiri daripada pemain hebat Indonesia dan seorang pemain Malaysia iaitu d4v4i atau nama sebenarnya Khalish Rudyaidee.\u00a0

Tambahan pula, mereka mendapat tempat untuk bertanding di VALORANT Masters di peringkat antarabangsa. Pasukan yang terlibat terdiri daripada Fnatic, FunPlus Phoenix, Guild Esports, DRX, XSET, OpTic Gaming, Xerxia, Northeption, Leviatan, LOUD dan pemenang Playoff LATAM vs BR buat masa akan datang.

Tahun ini, VALORANT Masters 2022 akan diadakan di Copenhagen, Denmark bermula 10 Julai sehingga 24 Julai 2022. Para penyokong boleh menonton siaran langsung nanti di akaun rasmi Valorant di Youtube dan Twitch.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-masters-pasukan-paper-rex-mewakili-asia-tenggara"} {"title": "Kedudukan Terkini Kejohanan Semi Pro Malaysia", "body": "

\u00a0

Kejohanan Semi Pro Malaysia atau MSPC 2022 musim pertama telah bermula sejak Mei 2022. Terdapat 14 pasukan semi-pro MLBB yang sedang bertanding untuk memenangi wang tunai yang berjumlah RM10 000.\u00a0\u00a0

Berikut merupakan kedudukan bagi minggu ke-7 untuk hari ke-2:

Untuk hari kedua, pasukan Rahasia telah melonjak ke tempat kedua manakala pasukan Zion MY yang dahulu menduduki tempat keempat jatuh ke keenam. Pasukan yang sudah terkeluar daripada saingan ialah Pasukan Revolta Esports, Reno MLBB dan NSEA.

Team Lemah juga mempunyai rekod bersih tanpa sebarang kekalah selepas mengalahkan pasukan Suhaz Junior semalam dengan skor 2-0.

Nampaknya perlawanan menjadi semakin sengit dengan tarikh Playoff yang semakin hampir. Namun, hanya 7 pasukan akan bersaing di pusingan Playoff di Sungei Wang Plaza bermula 22 Julai sehingga 24 Julai 2022 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kedudukan-terkini-kejohanan-semi-pro-malaysia"} {"title": "Sonic Origins Menghampakan Peminat", "body": "

Keluaran Sonic Origins baru-baru ini telah mendapat banyak reaksi negatif daripada peminat Sonic kerana mempunyai banyak masalah dan gangguan semasa bermain. Isu-isu seperti gangguan lompat tahap mengganggu ekspektasi peminat untuk menikmatinya.\u00a0

Bukan itu sahaja, walaupun permainan klasik 16-bit ini dipromosikan untuk keluaran perkakasan moden namun ia tidak mampu berjalan dengan baik pada platform ini. Simon \u2018Stealth\u2019 Thomley iaitu ketua Headcannon telah meluahkan keluhannya terhadap pilihan Sega untuk mengeluarkan permainan ini awal.

Beliau menerangkan bahawa masalahnya berpunca daripada jadual keluaran yang membebankan pasukan. Headcanon berkeras untuk melambatkan tarikh keluaran kepada Sega namun ditolak.\u00a0

Hasilnya, permainan keluaran koleksi Sonic Origins adalah tidak memuaskan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sonic-origins-menghampakan-peminat"} {"title": "AjiqTusok Tidak Lagi Bersama Todak", "body": "

Akaun rasmi Todak bagi divisi Mobile Legends:Bang Bang telah mengumumkan pemergian Muhammad Amirul Raziq atau gelarannya AjiqTusok daripada pasukannya. Beliau lebih dikenali oleh peminat sebagai jurukamera akaun Youtube Todak.\u00a0

Selain itu, Ajiq juga bermain di posisi Jungler dan merupakan gantian Ciku. Oleh itu, pasukan Todak telah mengucapkan terima kasih atas segala usaha beliau dalam masanya berkhidmat.\u00a0

Untuk pengetahuan pembaca, AjiqTusok turut menyumbang kepada kemenangan pasukan Todak menjuarai MPL MY Musim ke-9.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ajiqtusok-tidak-lagi-bersama-todak"} {"title": "Malaysia Naib Juara Di UniPin Ladies Series MYSG Musim Pertama", "body": "

Rose Ophelia telah meraih keputusan yang baik sepanjang siri UniPin dengan mendapat tempat ketiga di peringkat kumpulan dan menewaskan pasukan Reborn dari Singapura di separuh akhir Upper Match. Tambahan pula, Rse Haniee juga ditempatkan sebagai MVP untuk Playoff hari ketiga.

Namun, mereka ditolak dari tempat johan apabila ditewaskan pasukan Reborn di Grand Final dengan skor 1-4. Tetapi, kedudukan naib johan ini membolehkan pasukan Rose Ophelia untuk membawa pulang RM 2000 dan kelayakan untuk mewakili Malaysia untuk Kejohanan Asia Tenggara ULS.

Tahniah bagi pasukan wakil Malaysia iaitu Rose Ophelia dan Redroses Esport yang telah menduduki tempat naib johan dan ketiga bagi UniPin Ladies Series MYSG Musim Pertama.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/malaysia-naib-juara-di-unipin-ladies-series-mysg-musim-pertama"} {"title": "Idola Phantasy Star Saga Akan Melabuhkan Tirai", "body": "

Permainan mobile keluaran Jepun yang bernama Idola Phantasy Star Saga ini telah diperkenalkan secara global pada 2020. Pemberitahuan berita mengenai pengakhirannya telah dikeluarkan 7 bulan selepas penutupan server Jepun pada awal tahun ini.\u00a0

Idola Phantasy Star Saga merupakan permainan sebahagian daripada francais Phantasy Star. Ia terkenal dengan menggunakan sistem Affinity yang membolehkan pemain memilih jalan Law atau Chaos daripada teori alignment. Pembinaan watak seperti rupa, personaliti dan skil juga adalah berdasarkan pilihan ini.\u00a0\u00a0\u00a0

Tarikh rasmi penutupan permainan ini adalah pada 22 Ogos 2022. Bermula 22 Julai 2022, pemain tidak boleh memuat turut serta membeli item dalam permainan.\u00a0

Manakala, pemain yang ingin menuntut balik duit daripada pembelian Star Diamond boleh membuat permohonan antara bulan Ogos 2022 sehingga 6 September 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/idola-phantasy-star-saga-akan-melabuhkan-tirai"} {"title": "Peringkat Regional: Liga Free Fire Challenger Series Musim Kedua Julai Ini", "body": "

Liga Free Fire Challenger Series Musim Kedua semakin hampir ke peringkat kemuncaknya. 18 pasukan yang terdiri daripada negara Malaysia, Cambodia, Filipina dan Sri Lanka akan bertarung untuk mendapatkan tempat di Grand Finals bermula 2 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022.\u00a0

Nama-nama tempatan seperti Orang Esports, Farang, Todak dan pelbagai lagi akan bertanding pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada 1 petang nanti. 12 Pasukan teratas pula akan berlawan di Grand Finals pada 30 dan 31 Julai 2022.\u00a0\u00a0

Pasukan tiga teratas daripada liga ini akan dijemput untuk bermain di peringkat liga MCP (Malaysia, Cambodia, Filipina) musim akan datang. Tetapi, enam pasukan lagi perlu bertanding di peringkat kelayakan.

Liga Free Fire Challenger Musim Kedua akan disiar secara langsung di akaun rasmi Free Fire Malaysia melalui Facebook, Tiktok, dan juga Youtube.\u00a0\u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/peringkat-regional-liga-free-fire-challenger-series-musim-kedua-julai-ini"} {"title": "Mechamato Kini di Astro Go", "body": "

Mechamato kini sedang hangat diperkatakan. Animasi daripada prekuel BoBoiBoy ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga mampu menembusi pasaran Jepun. Mechamato merupakan animasi daripada kisah silam BoBoiboy dimana Amato merupakan bapa kepada BoBoiboy.

Amato mempunyai sebuah robot yang bernama MechaBot. Beliau menjadikan Mechabot sebagai kostum perisai untuk menentang kuasa jahat. Animasi Mechamato ini pada awalnya hanya ditayangkan di Cartoon Network pada Disember 2021. Selepas pada itu ianya muncul ke dalam HBO Go.

Baru-baru ini, menerusi laman Facebook BoboiBoy menyatakan bahawa Mechamato kini boleh ditonton melalui Astro Go. Jadi, para peminat kini boleh menonton 13 episod melalui mobile sahaja. Apa yang lebih menarik, Astro turut menyediakan versi bahasa Melayu untuk animasi ini.

Mechamato merupakan filem animasi arahan Mohd Nizam Abdul Razak dan dibangunkan oleh Animonsta Studios. Setakat ini, Mechamato telah memasuki 6 negara iaitu Hong Kong, Taiwan, Australia, New Zealand, Jepun, dan Malaysia.

Jangan lupa untuk tonton animasi Mechamato!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mechamato-kini-di-astro-go"} {"title": "Trailer Harley Quinn Musim 3 Dikeluarkan untuk HBO Max", "body": "

Baru-baru ini, HBO Max telah mengeluarkan trailer untuk filem animasi Harley Quinn musim ke 3. Melalui hantaran Twitter, dimaklumkan bahawa Harley Quinn musim ke 3 bakal tiba di siaran HBO Max pada 28 Julai 2022.\u00a0

Siri ini diilhamkan oleh watak-watak dari DC Comics, memfokuskan pada Harley Quinn (Kaley Cuoco) bersama sekumpulan rakannya di Gotham City. Siri ini juga menampilkan bakat suara seperti Cuoco, Lake Bell, Ron Funches, Tony Hale, Jason Alexander, J. B. Smoove, dan Alan Tudyk.

Pasti ramai peminat yang tidak sabar menantikan kepulangan Harley Quinn selepas kali terakhir musim kedua ditayangkan pada tahun 2020. Musim kedua yang lalu turut berakhir dengan kisah romantis antara Harley dan Ivy dan ramai yang menantikan kesudahannya.

Jadi, sama-sama kita nantikan animasi Harley Quinn tiba di HBO Max pada 28 Julai ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-harley-quinn-musim-3-dikeluarkan-untuk-hbo-max"} {"title": "Barisan X-Men Tiba di Dalam Spider-Man 2099", "body": "

Sempena ulang tahun ke-30 untuk cetakan 2099, Marvel Comics telah melancarkan Spider-Man 2099: Exodus. Setakat ini, Exodus mempunyai 4 siri manakala siri ke-5 bakal dikeluarkan pada Ogos ini. Spider-Man 2099 sememangnya menampil watak dan hero baharu dalam siri mereka seperti Black Widow, Loki, dan Winter Soldier.

Untuk siri ke-5 ini, Steve Orlando akan bekerjasama dengan Kim Jacinto bagi membawa masuk barisan hero X-Men. Antara hero yang akan muncul dalam siri ini adalah Cerebra, Krystalin, Bloodhawk, Cyclops, Northstar, Phoenix, dan banyak lagi. Apa yang menarik, barisan wira X-Men terdiri daripada gabungan hero classic dan hero baharu.

Komik ini bakal tiba pada bulan Ogos, namun tarikh yang lebih tepat masih belum diberitahu. Untuk lihat beberapa lukisan Spider-Man 2099: Exodus siri 5 yang telah siap, anda boleh pergi ke marvel.com\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/barisan-x-men-tiba-di-dalam-spider-man-2099"} {"title": "Genshin Impact 3.0 Akan Mengeluarkan Peta Sumeru", "body": "

Kebelakangan ini, terdapat banyak berita bocor mengenai peta Sumeru yang telah dijanjikan oleh miHoYo untuk kemas kini 3.0. Peta Sumeru merupakan kawasan yang sangat panas dan dijangkakan besar untuk pemain menerokai.

Version 3.0 map with placeholder tiles.
(Green signifies new area)#GenshinImpact #\u539f\u795e #Genshin pic.twitter.com/7vJsWOaOSe

\u2014 BLANK \uea00 (@genshinBLANK) June 26, 2022

Berdasarkan tweet yang membocorkan peta placeholder, kawasan yang ditutup menggunakan kotak hijau merupakan kawasan Sumeru. Mengikut saiznya, kemungkinan Sumeru adalah kawasan tanah yang terbesar dalam permainan ini.\u00a0\u00a0\u00a0

Menurut ramalan banyak pemain, akan terdapat banyak teka teki dan item yang boleh dikumpul untuk pemain menerokai dan nikmati di peta baru ini. Ia juga disahkan bahawa Sumeru akan mempunyai kawasan berair yang berkemungkinan berbentuk oasis ataupun salutan tali air.

Kemas kini 3.0 ini dijangkakan untuk dikeluarkan pada bulan Ogos 2022 nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-3-0-akan-mengeluarkan-peta-sumeru"} {"title": "Muzium Pokemon Dibuka Secara Maya Kepada Peminat", "body": "

Pokemon merupakan sebuah animasi popular Jepun yang telah wujud sejak tahun 1996. Hasil ciptaan Satoshi Tajiri, Pokemon bukan sahaja popular untuk filem animasi sahaja, malah Pokemon turut terkenal dalam permainan video sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, dikatakan bahawa sebuah Muzium Pokemon telah dibuka secara virtual kepada peminat.

Syarikat Pokemon dan Muzium Toyohashi telah mengadakan pameran muzium fosil Pokemon yang boleh dikunjungi oleh peminat tanpa hadir ke negara Jepun. Mereka menawarkan pameran ini sehingga November 2022. Pelbagai koleksi fosil dinasour dan model Pokemon yang dipamerkan daripada Tyrannosaurus sehingga Tyrantrum.

Dalam pameran ini, mereka memaparkan fosil dinasour bersebelahan dengan model Pokemon bagi menarik perhatian kanak-kanak. Bukan itu sahaja, terdapat juga panel maklumat yang disediakan sebagai ilmu kepada pengunjung. Muzium Pokemon sebelum ini telah diadakan di beberapa buah lokasi di Jepun seperti Bandar Hokkaido, Shimane, dan Tokyo. Untuk pergi ke muzium Pokemon virtual ini, anda boleh masuk ke laman web matterport.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/muzium-pokemon-dibuka-secara-maya-kepada-peminat"} {"title": "Sibol Esports Sedang Mempersiapkan Barisan Untuk IESF Di Bali", "body": "

Pasukan Sibol Esports telah berkongsi niat mereka untuk memilih sekurang-kurangnya enam pemain untuk IESF atau International Esports Federation World Championships yang akan berlangsung di Bali, Indonesia tidak lama lagi.\u00a0

Enam atau tujuh pemain mereka akan mempunyai pemain daripada pasukan nasional yang terdiri daripada Blacklist International dan MHRLK Esports. Tambahan pula, Jurulatih Blacklist International iaitu Bon Chan bertanggunjawab untuk mencadangkan nama pemain dalam roaster.

Escutin telah mengatakan dalam temu bualnya bersama ABS CBN News bahawa pemilihan pemain ini adalah berdasarkan data seperti kemahiran, ikatan kerjasama bersama pemain lain dan sikap profesional.\u00a0

Beliau juga meluahkan kerisauannya jikalau persediaan IESF ini berkemungkinan akan menjejaskan tempat Blacklist International di M4 nanti kerana tarikh yang dekat antara satu sama lain.\u00a0

Namun begitu, roaster rasmi mereka dianggarkan keluar antara 15 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sibol-esports-sedang-mempersiapkan-barisan-untuk-iesf-di-bali"} {"title": "Harga Pemindahan EVOS Wann Cecah Ratusan Ribu Ringgit", "body": "

EVOS Legends merupakan pasukan esports yang digeruni di mata industri Asia Tenggara. Salah satu pemainnya iaitu EVOS Wann merupakan pemain yang berpengalaman dan seorang ikon industri.\u00a0

Donkey iaitu seorang streamer daripada pasukan GPX meluahkan hasratnya untuk menawar harga pemindahan beliau daripada EVOS Legends. Beliau mengatakan bahawa harga pemindahan EVOS Wann adalah sebanyak Rp 800 juta atau RM 236,000.

Namun, Donkey telah menawarkan Rp 500 juta dan berharap EVOS Legends menerima harga pemindahan yang diberikan. Rakaman ini adalah pada video terbarunya di Tiktok.\u00a0

Buat pengetahuan pembaca, EVOS Wann telah menurut serta dalam kemenangan EVOS bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends M1 serta menjohani MPL ID Musim Ketujuh dan MDL ID Musim Kelima. Namun, buat masa sekarang beliau mengambil keputusan untuk berehat atas dasar peribadi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/harga-pemindahan-evos-wann-cecah-ratusan-ribu-ringgit"} {"title": "Pasukan-Pasukan Yang Akan Bertanding Di Regular Season MPL MY S10", "body": "

Laman Instagram MPL telah memuat naik poster rasmi pasukan-pasukan yang akan bertanding pada MPL MY Musim Kesepuluh. Keseluruhannya, 10 pasukan yang terlibat adalah terdiri daripada pasukan jemputan musim lalu dan dua pasukan baru daripada peringkat kelayakan.

Mereka akan bertanding untuk memenangi gelaran pasukan terbaik musim kesepuluh serta menempah tempat untuk ke Kejohanan Antarabangsa M4. Antara pasukan dijemput adalah raja musim kesembilan iaitu TODAK yang kembali untuk mempertahankan takhtanya.\u00a0

Selain itu, terdapat nama-nama tempatan seperti Orange Esports, Suhaz Esports, Team Caracal, RED Esports, Team SMG, HomeBois dan RSG Malaysia. Team HAQ dan Team Lunatix yang dahulu dikenali sebagai Team Lemah juga menurut serta sebagai pasukan yang telah menang tempat di pusingan kelayakan baru-baru ini.\u00a0

Buat masa sekarang, tarikh pusingan regular masih belum diumum lagi namun untuk sebarang kemas kini dan berita terbaru akan dikeluarkan oleh MPL di laman sosial mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-pasukan-yang-akan-bertanding-di-regular-season-mpl-my-s10"} {"title": "Thor: Love And Thunder - Tayangan Di Malaysia Ditunda", "body": "

Filem Thor: Love And Thunder masih menjadi penantian orang ramai di Malaysia. Filem ini pada awalnya akan ditayang di Pawagam Malaysia pada 8 Julai 2022 namun Walt Disney Studio Malaysia telah membuat penundaan terhadap filem ini secara mengejut. Mereka menunda filem ini kepada tarikh 21 Julai 2022 dan pulangan duit secara berperingkat juga telah dilakukan oleh pihak GSC.

Walau bagaimana, penundaan ini masih belum diberitahu sebabnya oleh pihak yang berkenaan. Apa yang lebih menghairankan, di TGV dan MBO masih belum mengeluarkan tarikh tayangan untuk filem ini sedangkan rata-rata negara sudah mula menayangkannya. Jadi, kepada peminat-peminat Thor, anda diharapkan bersabar sehingga 21 Julai ini.\u00a0

Untuk yang terlepas, filem Thor: Love And Thunder mengisahkan tentang kehidupan Thor selepas Avengers End Game. Thor telah menjumpai seorang wanita yang mempunyai kelebihan sama seakan dirinya dan cinta mula berputik setelah bersama. Dalam masa yang sama, Thor juga berdepan dengan kuasa jahat yang cuba untuk memusnahkan kuasa dewa-dewa. Untuk ketahui cerita penuh, nantikan 21 Julai ini di pawagam GSC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/thor-love-and-thunder-tayangan-di-malaysia-ditunda"} {"title": "RSG PH Tolak Jemputan Ke IESF World Esports Kerana Perlukan Rehat", "body": "

Setelah menjuarai MSC 2022, RSG PH telah mendapat banyak jemputan bermain di kejohanan antarabangsa. Salah satunya merupakan kejohanan IESF World Esports di Bali, Indonesia bersama pasukan seperti Smart Omega Esports dan juara M3 iaitu Blacklist International.\u00a0

Namun, RSG PH harus menolak jemputan ini untuk memberi ruang bagi pemain dan jurulatih rehat selepas bertungkus lumus berlatih untuk MSC 2022. Tambahan pula, mereka juga ingin bersiap sedia untuk MPL PH Musim Kesepuluh akan datang.

Walaubagaimanapun, mereka masih berhasrat untuk menyertai kejohanan peringkat antarabangsa dan mewakilkan nama Philippines di mata dunia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-ph-tolak-jemputan-ke-iesf-world-esports-kerana-perlukan-rehat"} {"title": "NSEA Memperkenalkan Pemain Untuk SUKMA 2022", "body": "

NSEA atau Negeri Sembilan Esports Association telah mengumumkan barisan pemain yang akan menyertai SUKMA 2022 bermula 29 September 2022 sehingga 8 Oktober 2022.

SUKMA merupakan kejohanan Sukan Malaysia yang mempunyai 27 jenis sukan dalam 6 kategori yang akan dipertandingkan. Bagi kategori esports, NSEA akan menghantar pasukan MLBB dan Football PES mereka untuk bertanding.\u00a0\u00a0

Pasukan MLBB mereka terdiri daripada pemain Limitsu, Kid, Boyi, Jang, Shido dan Burpyyy yang dipinjam daripada Geek Fam. Jurulatih mereka pula ialah Fryzo yang pernah mengendalikan pasukan seperti Red Esports.

Selain itu, divisi baru mereka buat permainan Football PES mempunyai jurulatih FATH dan dianggotai pemain Faris, Raul, Yoke dan Dee.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nsea-memperkenalkan-pemain-untuk-sukma-2022"} {"title": "Pertama Kali Berjaya Ke Regular Season, Ini Nasihat Adeen Kepada Team Lemah", "body": "

Untuk MPL MY musim Ke-10 ini, terdapat dua pasukan yang pertama kali berjaya melayakkan diri ke Regular Season iaitu Team Haq dan Team Lemah. Namun begitu, Team Haq mempunyai pengalaman yang lebih berbanding Team Lemah kerana sebelum ini Team Haq pernah bermain dibawah pasukan Orange Esports sebelum kembali semula menggunakan nama Team Haq.



Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Wayne Huang iaitu wakil dari LTX Integrated, Team Lemah telah rasmi bersama dengan LTX Integrated sejak sebelum bermulanya Qualifier lagi dan hanya baru-baru ini sahaja mereka sebulat suara untuk mengumumkan secara rasmi dan memberitahu yang Team Lemah akan bermain dibawah nama Team Lunatix pada MPL MY S10 kali ini.\u00a0

Syed Adeen yang merupakan salah seorang shoutcaster Bahasa Melayu di MPL MY telah ditemubual oleh kami mengenai pendapat beliau tentang Team Lemah.\u00a0

Apa pendapat Adeen tentang Team Lemah / Team Lunatix yang berjaya ke regular season MPL MY S10?

Viva La Underdogs! Itulah apa yang saya rasa sekarang ini bila dimana pasukan \u201cunderdog\u201d ataupun pasukan di-tier 2 dapat menempah slot ke MPLMY S10 telah pun berjaya direalisasikan. Perjalanan Team Lemah / Team Lunatix ini bermula dari pusingan kelayakkan MPLMY S9 bila mereka terkandas di Top 2 dimana \u00a0mereka tewas dengan pasukan MAB. Tapi dengan keazaman mereka yang sangat tinggi, mereka berjaya melonjakkan diri mereka terus masuk ke MPL melalui peringkat qualifiers. Saya happy dan bangga dengan prestasi diorang dan ia membuktikan pasukan-pasukan \u201csemi pro\u201d atau \u201ctier 2\u201d kita di Malaysia mempunyai bakat cuma perlukan peluang untuk ditonjolkan sahaja.\u00a0

Namun, apabila dah bertanding di Regular Season nanti Team Lemah / Team Lunatix harus bersedia menerima saingan yang mungkin mereka tak pernah lihat lagi. Saingan daripada pasukan sedia ada MPL seperti Todak, SMG dan Homebois merupakan satu cabaran yang besar untuk mereka yang kurang pengalaman. Tapi saya pasti pasukan Team Lemah ada sumber yang mencukupi untuk membuat satu persiapan yang cukup bagi menghadapi peringkat Regular Season nanti.

Adakah dengan kemasukkan Team Lemah / Team Lunatix akan mengubah corak permainan untuk MPL MY S10 kali ini?

Mengubah corak permainan untuk MPL? Saya rasa agak sukar untuk perkara itu berlaku sebab apabila kita berborak tentang corak permainan MPL selalunya akan dibentuk dengan \u201cmeta\u201d terkini yang dikupas daripada region luar (ID, PH, SG). Tanggapan saya adalah Team Lemah akan main corak permainan yang sama tetapi akan lebih menyesuaikan dengan identiti mereka. Perbezaan yang ketara saya boleh nampak adalah kemungkinan daripada sudut \u201cexp lane\u201d mereka ada senjata rahsia pemilihan \u201cKhaleed\u201d untuk diberikan kepada pemain mereka iaitu Gold D Luq. Selain daripada itu, kita kena tengok perkembangan \u201cmeta\u201d dari masa ke semasa.
\u00a0

Adakah Adeen rasa Team Lemah / Team Lunatix mampu untuk ke Grand Finals kalau berdasarkan permainan mereka di semasa peringkat kelayakan baru-baru ini?

Perjalanan mereka ke Grand Finals, kalau ditanya waktu sekarang saya rasa belum mencukupi lagi sebab banyak perkara yang kita tidak ketahui lagi daripada pasukan-pasukan lain seperti ahli pasukan mereka, perubahan \u201cmeta\u201d dan corak permainan pasukan lain. Perkara yang akan jadi musuh untuk Team Lemah daripada menghalang mereka ke Grand Finals adalah pengalaman dan kekuatan mentaliti mereka. Mereka harus kuasai dua perkara ini dengan cepat sebelum musim liga ke-10 bermula supaya mereka boleh bersaing rapat dengan pasukan MPL sedia ada. Tetapi, kita tidak boleh pandang rendah dengan kuasa \u201cunderdog\u201d yang boleh memberi kejutan kepada orang ramai. Seperti mana Orange Esports musim lepas bermulanya di tangga terakhir pada minggu pertama dan terus menjadi naib juara MPLMY S9. Jadi akhir kata, apa-apa boleh terjadi dalam dunia MLBB!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pertama-kali-berjaya-ke-regular-season-ini-nasihat-adeen-kepada-team-lemah"} {"title": "MAB Esports Umumkan Pembubaran", "body": "

MAB Esports merupakan pasukan yang telah memenangi kedudukan bagi pusingan kelayakan untuk MPL MY Musim Kesembilan 2021. Maka, ia tidak mengejutkan apabila mereka dipilih oleh para caster sebagai salah satu pasukan yang akan layak pada musim ini.

Namun, kegagalan mereka di pusingan kelayakan baru-baru ini telah menamatkan perjalanan mereka untuk kejohanan ini. Peminat disapa berita yang lebih mengejutkan apabila mereka memuat naik kenyataan bagi pembubaran divisi MLBB ini.\u00a0

Di caption, mereka sekadar menulis selamat tinggal buat divisi ini tanpa sebarang penjelasan. Buat masa sekarang, tiada lagi kenyataan tambahan daripada mereka dan ia meninggalkan peminat dengan banyak persoalan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mab-esports-umumkan-pembubaran"} {"title": "Keluar Farang Lejund, Masuk Yoodo Alliance", "body": "

Baru-baru ini, Farang Esports telah mengeluarkan berita lepasan pemain divisi PUBG Mobile mereka iaitu Farang Lejund. Pasukan ini bukan calang-calang dalam dunia esports maka ia telah mengejutkan ramai peminat.

Salah satu kemenangan mereka yang terbesar adalah dengan menjohani pusingan kelayakan Sukan Asia 2022. Mereka akan mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2022 nanti namun berkemungkinan dengan barisan pemain yang baru.

Akaun rasmi Farang Esports telah mengumumkan poster pengumuman ini dengan berat hatinya. Mereka juga mengucapkan penghargaan mereka kepada pemain-pemain yang sudah bermain untuk Farang sejak 2018.

Namun begitu, salah seorang bekas pemain mereka iaitu JangS menyapa peminat dengan berita baik dengan penukaran beliau ke Yoodo Alliance sebagai jurulatih dan pemain. Yoodo Alliance telah mengumumkan berita ini semasa memperkenalkan barisan pemainnya untuk PMPL 2022 nanti.

Mari doakan kejayaan bagi pemain-pemain ini buat kerjaya esports mereka pada masa hadapan nanti.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/keluar-farang-lejund-masuk-yoodo-alliance"} {"title": "Team HAQ dan Team Lemah Layak MPL MY 10", "body": "

Setelah tiga hari berlangsungnya pusingan kelayakan MPL MY Musim Kesepuluh, dua pasukan yang layak ke peringkat seterusnya ialah Team HAQ dan Team Lemah.\u00a0

Kedua-dua pasukan ini merupakan wajah baru bagi siri kejohanan ini tetapi nampaknya mereka akan memberi kejutan buat pasukan jemputan nanti. Awal lagi, Team HAQ menjadi pasukan pertama melayakkan diri setelah mengalahkan pasukan Rahsia dengan skor 2-0.\u00a0

Tempat kedua kelayakan ini pula dirembat oleh Team Lemah setelah berjaya mengalahkan pasukan jaguh Geek Fam dengan skor 2-1. Kekalahan daripada Geek Fam ini merupakan kali pertama mereka tidak layak ke MPL MY setelah penyertaannya sejak musim kedua.\u00a0

Buat pengetahuan pembaca, pusingan seterusnya MPL MY Kesepuluh diramal bermula awal Ogos nanti. Mereka akan bertanding untuk kemenangan wang tunai serta peluang untuk melayakkan diri ke kejohanan dunia M4.\u00a0

Tahniah diucapkan kepada 375 pasukan yang terlibat dalam peringkat kelayakan ini dan selamat maju jaya kepada Team HAQ dan Team Lemah buat pusingan seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-haq-dan-team-lemah-layak-mpl-my-10"} {"title": "EnviouS Masuk Gagak", "body": "

Muhammad Nur Alif Alias atau gelarannya EnviouS telah disambut pasukan Gagak di keluaran poster pemain baru mereka. Beliau pernah bermain untuk pasukan-pasukan seperti Todak, Pang 5, Reg Gaming dan Mystery.

Menurut temubual antara MyGameOn bersama pengurus Gagak iaitu Tarmizi Anuwar, kemasukan EnviouS telah melengkapkan barisan pemain mereka. Dengan ini, mereka boleh mempersiapkan diri untuk kejohanan seperti Kapital DAO Musim Keempat dan Dota 2 Challenger Series.

Buat masa sekarang, mereka sedang menyasar liga Predator yang akan berlangsung September ini. Selain itu, Gagak juga bercadang untuk menyertai kelayakan Dota Pro Circuit (DPC) serta pusingan kelayakan bagi ESL Malaysia 2022.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/envious-masuk-gagak"} {"title": "Trailer \u201cBatman: One Bad Day\u201d Dipertontonkan", "body": "

Seperti yang diumumkan oleh DC Comic pada awal tahun ini, sebuah komik yang mengandungi 64 muka surat bakal diterbit tidak lama lagi. Komik ini Berjudul \u201cBatman: One Bad Day\u201d dimana mereka mengumpulkan penjahat terkenal atau musuh ketat Batman.\u00a0

Komik Batman: One Bad Day mempunyai 8 subtopik yang berlainan penulis iaitu The Riddler, Two-Face, The Penguin, Mr. Freeze, Catwoman, Bane, Clayface, dan Ra\u2019s al Ghul. Berdasarkan trailer yang dikeluarkan oleh DC baru-baru ini, Komik ini bakal dikeluarkan pada Ogos 2022. Komik ini pastinya menunjukkan jalan cerita yang luar biasa kerana mempunyai lebih daripada 10 penulis.

Antara individu hebat yang terlibat dalam menghasilkan komik \u201cBatman: One Bad Day\u201d adalah Tom King & Mitch Gerads (The Riddler), Mariko Tamaki, Javier Fernandez & Jordie Bellaire (Two Face), John Ridley, Giuseppe Camuncoli, Cam Smith & Arif Prianto (The Penguin), Gerry Duggan, Matteo Scalera & Dave Stewart (Mr. Freeze), G. Willow Wilson & Jamie McKelvie (Catwoman), Joshua Williamson, Howard Porter & Tomeu Morey (Bane), Collin Kelly & Jackson Lanzing, Xermanico & Romulo Fajardo Jr (Clayface), dan Tom Taylor & Ivan Reis (Ra\u2019s al Ghul).\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-batman-one-bad-day-dipertontonkan"} {"title": "Free Fire x Justin Bieber Sempena Ulang Tahun Kelima", "body": "

Baru-baru ini, Garena telah mengumumkan kolaborasi terbesar mereka bersama bintang terkenal antarabangsa iaitu Justin Bieber. Sempena Ulang Tahun Kelima Free Fire, terdapat banyak isi dalam permainan yang disediakan untuk pemain bertemakan \u2018Menyatukan Dunia\u2019.

Daripada konten kegemaran pemain sehinggalah ganjaran dan pengisian daripada kolaborasi, pemain akan bersama menyambut perayaan ini. Justin Bieber juga bersemangat dalam menggunakan peluang kolaborasi ini untuk menggabungkan musik beliau dan permainan Free Fire.

Salah satu pengisian utama bagi kolaborasi ini ialah persembahan dalam permainan yang pertama. Bertarikh 27 Ogos, Justin Bieber akan mengeluarkan lagu ekslusif dan mempersembahkannya dalam permainan.

Pemain boleh menggunakan peluang ini untuk berinteraksi, menari menggunakan emotes kustom, bermain permainan mini dan juga berkaloberasi dengan avatar Justin Bieber di pentas digital.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-justin-bieber-sempena-ulang-tahun-kelima"} {"title": "Pencipta Yu-Gi-Oh Ditemui Lemas", "body": "

Masih ingatkah anda tentang manga popular era 90an dan permainan kad Yu-Gi-Oh? Pencipta Yu-Gi-Oh, Kazuki Takahashi ditemui mati lemas di luar pantai Bandar Nago, Okinawa baru-baru ini. Menurut laporan berita Jepun NHK, pada 6 Julai sekitar jam 10.30 pagi pihak pengawal pantai Nago menemui mayat terapung dengan berpakaian renang (snorkeling).

Pengawal pantai juga kemudiannya mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah Kazuki Takahashi. Punca kematian Kazuki ini masih menjadi tanda tanya dan pihak polis juga sedang melakukan bedah siasat. Kazuki kini berumur 60 tahun. Beliau telah menjadi artis manga sejak dari tahun 1986 lagi. Yu-Gi-Oh adalah salah satu karya beliau yang dikenali sepanjang zaman.

Maka, dunia manga kini kehilangan seorang lagi artis yang hebat. Rest in peace, Kazuki Takahashi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pencipta-yu-gi-oh-ditemui-lemas"} {"title": "Forspoken Ditunda Ke Januari 2023", "body": "

Square Enix dan Luminous Production telah mengesahkan penangguhan permainan aksi-fantasi ini kepada 24 Januari 2023. Walaupun dijanjikan pada 11 Oktober 2022, penangguhan ini perlu dilaksanakan atas perbincangan yang berterusan bersama rakan kongsi.

Tetapi, Square Enix menjaminkan peminat sekalian bahawa proses pembinaan permainan ini sudah pada fasa akhir-akhir. Maka, mereka telah menjanjikan lebih banyak keluaran berita mengenainya pada akhir musim panas 2022.

Semasa pengenalannya pada 2020, Forspoken dahulu diperkenalkan dengan nama Project Athia sebagai permainan misteri daripada pembuat francais Final Fantasy. Forspoken akan dikeluarkan di PlayStation 5 dan PC manakala untuk\u00a0Xbox\u00a0akan\u00a0ditunda\u00a02 tahun lagi. \u00a0 \u00a0\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/forspoken-ditunda-ke-januari-2023"} {"title": "God Of War: Ragnarok Tiba November Ini", "body": "

Nampaknya masa menunggu bagi peminat God Of War: Ragnarok hampir tamat kerana studio Santa Monica sudah mengumumkan tarikh rasmi keluaran permainan ini iaitu pada 9 November 2022. Tambahan pula, mereka akan membuka pra-pesanan bermula 15 Julai 2022 pada 10 pagi.

Sama ada secara fizikal atau salinan digital, pembelian sebelum tarikh keluaran memberi peluang untuk anda mendapatkan baju besi Kratos Risen Snow serta tunik Atreus Risen Snow.\u00a0

Berikut merupakan pilihan edisi permainan berserta harganya:

Edisi Standard (PS5) - RM299\u00a0

Edisi Standard (PS4) - RM249

Edisi Digital Deluxe - RM339

Edisi Kolektor - RM 839

Edisi Jotnar - RM1099

Selain itu, keluaran tarikh rasmi ini juga telah disertakan dengan keluaran trailer baru iaitu Father and Son CG. Trailer ini menunjukkan potensi dan musuh berbahaya yang akan dijumpai Kratos dan Atrus apabila Ragnarok semakin hampir.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/god-of-war-ragnarok-tiba-november-ini"} {"title": "Saksikan Livestream Qualifier MPL MY S10 Di Tiga Page Shoutcaster Ini", "body": "

Akaun rasmi MPL telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membaiki kekeliruan mengenai siaran langsung peringkat kelayakan musim ini. Menurut poster yang dimuat naik, mereka berniat untuk menyiar langsung perlawanan atau restream Top 4 menggunakan Facebook Page barisan casters.\u00a0

Mereka membuat keputusan sedemikian untuk membenarkan sesi perlawanan yang lebih interaktif terutama sekali antara casters dan peminat. Untuk pengetahuan pembaca, restream ini akan bermula pada 9 Julai 2022, 4 petang melalui saluran dibawah:

@syedadeen_
@sunfrosttt
@alhatta_

Namun begitu, keputusan perlawanan sebelumnya akan diumumkan secara berkala bermula daripada perlawanan Top 8.\u00a0

Menurut jadual peringkat kelayakan, terdapat 3 hari perlawanan yang akan berlangsung daripada 7 Julai sehingga 9 Julai 2022 bermula 5 petang hingga 10 malam. Namun, terdapat pengecualian bagi hari ketiga yang akan bermula daripada 9 pagi sehingga 10 malam.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/saksikan-livestream-mpl-my-s10-di-tiga-page-shoutcaster-ini"} {"title": "Dlarskie Berpisah Dari ONIC PH", "body": "

Kebelakangan ini, ONIC PH banyak mengeluarkan berita mengenai pemain mereka. Selepas keluarnya Kairi dan jurulatih YEB, pemain utama sepeti Markyy, Baloyskie dan kini Dlarskie juga mengucapkan selamat tinggal kepada ONIC PH.

Dlarskie atau nama sebenarnya Gerald Trinchera mempunyai gelaran seperti \u2018Encik CEO\u2019, \u2018General\u2019 dan juga dikenali sebagai muka hadapan buat pasukan ONIC. Tambahan pula, beliau sudah lama bermain untuk pasukan ini semenjak MPL PH Musim Keempat.

Di poster yang dimuat naik oleh ONIC PH di halaman Instagram, mereka telah berterima kasih kepada beliau atas segala usaha dan masa yang dikorbankan untuk pasukan ini. Mereka mengakhiri penulisan dengan mendoakan kejayaan masa hadapan beliau serta kemenangannya dalam kejohanan satu hari nanti.\u00a0

Buat masa sekarang, hanya Hatred sahaja yang masih kekal beraksi bersama ONIC PH.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlarskie-berpisah-dari-onic-ph"} {"title": "Muhammad Arif Tidak Bersama Team Secret Lagi", "body": "

Baru-baru ini, Muhammad Arif telah memuat naik hantaran apresiasi buat pasukan Secret di Facebook peribadi beliau. Beliau telah menggalas posisi pengurus ini selepas penukaran Partibhan atau lebih dikenali sebagai OnTheGo yang telah menjadi duta pasukan Secret.

Dalam hantaran tersebut, beliau meluahkan perasaannya yang pahit manis kerana meninggalkan pasukan ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk liga yang semakin hampir.\u00a0

Setelah menguruskan mereka untuk 7 bulan, beliau menganggap mereka sebagai keluarga. Beliau mengakhiri kata-katanya dengan mendoakan kejayaan kepada pasukan Secret serta memberikan kata-kata semangat agar mereka kekal berlawan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/muhammad-arif-tidak-bersama-team-secret-lagi"} {"title": "Indonesia Dan Filipina Layak Ke Final MLBB Sukan SEA Wanita", "body": "

Peringkat kumpulan dan perlawanan semi final bagi pertandingan MLBB telah dilangsungkan semalam dan memperlihatkan pasukan Indonesia bakal berentap di Grand Final dengan pasukan Filipina bagi perlawanan penentuan pingat emas.

Indonesia layak ke semi final dan menentang pasukan Vietnam selepas mendominasi peringkat kumpulan A dengan mudah. Dalam format best-of-one, Indonesia memenangi peringkat kumpulan tanpa sebarang kekalahan dengan menundukkan pasukan Filipina dan tuan rumah Kemboja.

Vietnam yang muncul naib juara kumpulan B terlepas aksi ke Grand Final selepas ditewaskan pasukan Indonesia. Menggunakan format best-of-three, Indonesia menundukkan Vietnam dengan score 2-0.

Semi final kedua pula memperlihatkan pasukan Filipina menentang pasukan Malaysia yang merupakan juara kumpulan B. Walaupun mendominasi awal perlawanan pada kedua-dua perlawanan, Malaysia agak goyah pada penghujung perlawanan menyebabkan Filipina menang 2-0 dan layak beraksi di Grand Final.

Filipina akan bertembung dengan pasukan Indonesia pada perlawanan penentuan pingat emas hari ini. Perlawanan Grand Final ini akan berlangsung sebaik sahaja selesai perlawanan penentuan pingat gangsa antara Malaysia dan Vietnam.\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-dan-filipina-layak-ke-final-mlbb-sukan-sea-wanita"} {"title": "Sebuah Permainan Samurai Baru Sedang Dibangunkan Studio Pokemon", "body": "

Studio yang pernah membangunkan beberapa permainan Pokemon akan bekerjasama dengan Private Division dalam membangunkan sebuah permainan samurai baru. Studio itu adalah Game Freak dan mereka akan bergabung dengan Private Division yang pernah menerbitkan The Outer Worlds dan Hades.

Private Division mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Game Freak dalam membangunkan permainan samurai yang diberi judul Project Bloom. Permainan ini akan menjadi permainan action-adventure dan menurut Furushima yang merupakan director bagi Game Freak mengatakan permainan ini adalah berbeza dengan permainan yang mereka pernah hasilkan.

Game Freak dan Private Division juga telah berkongsi sedikit concept art permainan ini, yang memaparkan seorang samurai berdiri di tengah-tengah hutan. Imej yang dikongsikan tersebut memberi keterujaan kepada peminat yang mengharapkan permainan lebih gah daripada projek Game Freak sebelum ini.

Game Freak pada mulanya bermula sebagai sebuah syarikat majalah permainan video sekitar 1980-an. Pada 1989, syarikat permainan video dengan nama sama telah tercipta. Syarikat ini banyak bekerja dengan Nintendo menghasilkan siri permainan Pokemon.

Peminat permainan syarikat Game Freak perlu sabar kerana Project Bloom masih dalam proses pembangunan dan tarikh perlancaran dijangka antara April 2025 dan Mac 2026.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sebuah-permainan-samurai-baru-sedang-dibangunkan-studio-pokemon"} {"title": "Winnie The Pooh Bakal Muncul Dalam Permainan Horror Baru", "body": "

Winnie The Pooh yang pada asalnya salah satu watak fiksyen yang digemari kanak-kanak nampaknya akan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sebuah permainan horror baru yang mengetengahkan watak itu kini sedang dibangunkan.

Ramai orang mengenali Winnie The Pooh sebagai satu watak fiksyen yang sangat menyukai madu dan menghabiskan masa dengan rakannya iaitu Piglet dan Christopher Robin. Namun demikian, watak ini diberi twist baru apabila sebuah filem dengan tajuk Winnie The Pooh: Blood and Honey memperlihatkan Pooh sebagai seorang pembunuh.

Kini, watak itu akan diadaptasi ke dalam sebuah permainan horror. Permainan yang dibangunkan itu diberi judul Hundred Acre Wood. Pemain akan diberi tugas untuk menyelamatkan Christopher Robin yang telah diburu oleh Winnie The Pooh. Robin perlu menyelematkan dirinya di dalam hutan yang telah dirosakkan oleh kuasa misteri dari alam lain.\u00a0

Permainan first-person action adventure ini juga akan menampilkan beberapa watak dari francais Winnie The Pooh seperti Piglets, Heffalumps dan Eeyore. Mungkin penampilan watak-watak ini juga akan berubah.

Masih belum ada tarikh rasmi mengenai perlancaran permainan Hundred Acre Wood yang sedang dibangunkan ini. Steam menyenaraikan permainan ini dalam permainan yang akan datang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/winnie-the-pooh-bakal-muncul-dalam-permainan-horror-baru"} {"title": "Siri ROG Phone 7 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia", "body": "

ASUS ROG Malaysia telah melancarkan secara rasmi siri ROG Phone 7 di Malaysia. Turut diumumkan adalah harga bagi dua model yang dilancarkan dalam siri ini.\u00a0

Kedua-dua model ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate hadir dengan paparan AMOLED ,skrin sebesar 6.78 inci dengan HDR10+ dan bateri sebesar 6000 mAh. Menarik tentang model ini adalah ianya dipasang cip pemprosesan Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem penyejukan GameCool 7.

Bahkan bukan itu sahaja, ROG Phone 7 Ultimate telah dipasang AeroActive Cooler. Teknologi ini dengan cekap menghilangkan haba seterusnya memberi impak yang lebih menyeronokkan ketika bermain permainan video.

Bagi penggunaan kamera, kedua-dua model ini dilengkapi dengan tiga kamera belakang. Kamera utama 50MP, 13MP ultra-lebar, dan 5MP makro. Kamera depan dilengkapi 32MP.\u00a0

ROG Phone 7 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Storm White. Hanya warna Storm White yang tersedia bagi model ROG Phone 7 Ultimate. Harga untuk kedua-dua model ini di Malaysia sudah diketahui.

ROG Phone 7

RM 3,599 (12GB + 256GB)

RM 4,299 (16GB + 512GB)

ROG Phone 7 Ultimate

RM 4,999 (16GB + 512GB). ROG Phone 7 Ultimate akan mula dijual pada 15 Mei ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/siri-rog-phone-7-dilancarkan-secara-rasmi-di-malaysia"} {"title": "Lelaki Dipenjara Selepas Membunuh Jiran Dengan Beg Berisi Kad Pokemon", "body": "

Seorang lelaki British telah menerima hukuman penjara seumur hidup selepas disahkan membunuh jirannya. Lelaki tersebut, Andrew Hague yang berumur 31 tahun telah memukul sampai mati jirannya, Simon Wilkinson yang berusia 50 tahun.

Berlaku pergaduhan antara dua penduduk yang menghuni sebuah apartment di Sheffield ini. Wilkinson telah menuduh Hague sebagai seorang pedofilia. Tidak berpuas hati dengan tuduhan terbabit, Hague menjerit memanggil jirannya itu, \u201cAnda panggil saya seorang pedofilia, mari ke sini dan berlawan seperti lelaki\u201d.\u00a0

Hague kemudian menyerang lelaki itu dengan beg yang dipenuhi kotak berisi kad Pokemon. Selepas memukul lelaki itu dengan beg beberapa kali, Hague mengambil sebatang kayu dan memukul kepala mangsa sehingga mati di tempat kejadian.

Hague telah mengaku bersalah atas pembunuhan itu dan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman minimun 17 tahun sebelum layak untuk parol.\u00a0

Mahkamah telah diberitahu bahawa Hague mempunyai beberapa masalah kesihatan mental. Namun, mahkamah memutuskan penyakit mental Hague tidak cukup teruk untuk mempertahankan Hague daripada melakukan perbuatan yang bertanggungjawab.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lelaki-dipenjara-selepas-membunuh-jiran-dengan-beg-berisi-kad-pokemon"} {"title": "RRQ Akira Dinobatkan Juara MPL BR Season 4", "body": "

RRQ Akira telah ditabalkan sebagai juara pertandingan Mobile Legends MPL Brazil Season 4, menjadikan kemenangan MPL ketiga berturut-turut. Pasukan tersebut telah menewaskan Bigetron Sons ketika Grand Final dengan score 4-0.

Pasukan ini hadir ke season baru sebagai juara bertahan dan merupakan pasukan kegemaran untuk memenangi pertandingan. Seperti yang dijangka, pasukan ini mendominasi season 4 dengan tidak kalah sepanjang pertandingan.

RRQ Akira memulakan kempen dengan cemerlang selepas menang kesemua tujuh perlawanan dalam Regular Season. Dalam peringkat playoff, mereka mengalahkan Malvinas Gaming dalam perlawanan Upper Bracket Semi Final dengan score 3-0. Dalam Upper Bracket Final, RRQ Akira mengalahkan Bigetron Sons dengan score 3-1 seterusnya menghantar Bigetron ke lower bracket untuk bertembung dengan DreamMax.

Bigetron mengalahkan DreamMax ketika lower bracket final seterusnya layak beraksi di Grand Final. Ketika aksi Grand Final, RRQ Akira sekali lagi menunjukkan persembahan yang bagus selepas menang kesemua empat perlawanan dalam format best-of-seven. Sebagai naib juara, Bigetron Sons mendapat hadiah wang tunai sebanyak $8,100 USD.

Pertandingan ini dianjurkan oleh MOONTON Games dan ditaja oleh TikTok dan Secret Lab. RRQ Akira akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $12,600 USD sebagai juara pertandingan ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-akira-dinobatkan-juara-mpl-br-season-4"} {"title": "Iron Lad, Kad Baru Untuk Marvel Snap", "body": "

Selepas kejayaan perlancaran Guardians Greatest Hits, Marvel Snap telah memperkenalkan kad watak baru dalam permainan ini iaitu Iron Lad dalam update terbaru. Kad ini mempunyai kuasa istimewa yang boleh membantu pemain untuk mengeluarkan kuasa yang lebih powerful.

Kad Iron Lad boleh digunakan semasa giliran keempat memandangkan kad ini mempunyai cost 4 dan power 6. Kad ini mempunyai kelebihan untuk menyalin keupayaan watak yang paling powerful dalam permainan.

Jika menggunakan kelebihan dengan kad watak seperti Galactus, ianya akan membantu pemain untuk memenangi permainan dengan mudah. Buat masa ini ranking Iron Lad masih rendah berbanding kad lain.

Selain Iron Lad, Howard the Duck juga akan muncul sebagai kad dalam permainan ini. Keupayaan kad Howard ini adalah membantu pemain melihat kad teratas dalam dek pemain. Keupayaan Howard ini akan membantu Iron Lad dalam permainan.

Bagi korang yang belum tahu, Iron Lad ini tidak mempunyai kaitan dengan Iron Man. Iron Lad atau nama sebenarnya, Nathaniel Richards adalah Kang The Conqueror versi muda. Iron Lad tidak membesar menjadi Kang selepas mendapat tahu Kang adalah seorang penjenayah universe.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/iron-lad-hero-seterusnya-dalam-marvel-snap"} {"title": "Activision Blizzard Raih Pendapatan Lebih Banyak Di PC Berbanding Konsol", "body": "

Dalam suatu laporan kewangan oleh Activision Blizzard, mereka melaporkan pendapatan yang diraih melalui penjualan permainan di platform PC adalah lebih banyak berbanding platform konsol pada suku awal tahun ini. \u00a0

Menurut laporan kewangan tersebut, Activision telah meraih pendapatan sebanyak $1.3 billion USD pada 1 Januari 2023 hingga 31 Mac 2023. Pendapatan yang diraih platform PC adalah sebanyak $666 juta USD manakala konsol meraih sebanyak $639 juta USD.\u00a0

Ini adalah suatu perubahan yang ketara kerana konsol sentiasa mendominasi pasaran penjualan permainan pada awal era 2000, kemuncak Call of Duty pada era 2010, dan ketika Activision membeli Blizzard pada 2008.

Walaupun pasaran PC beberapa kali mengalahkan pasaran konsol dalam laporan kewangan Activision Blizzard, trend ini sebenarnya tidak akan kekal lama. Namun, selepas mendahului selama sembilan bulan, ini bermakna akan ada perubahan besar dalam syarikat tersebut meraih keuntungan.\u00a0

Menurut laporan tahun 2022, syarikat tersebut juga merekodkan jurang yang kecil antara pendapatan konsol dan PC iaitu sebanyak $100 juta USD sahaja. Jurang ini adalah sangat kecil berbanding tahun 2021, 2020, 2019, 2018, dan 2017. Berkemungkinan besar PC akan menjadi platform kedua terbesar selepas platform mudah alih jika trend ini bersambungan.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/activision-blizzard-raih-pendapatan-lebih-banyak-di-pc-berbanding-konsol"} {"title": "Isu Mogok Ganggu Penggambaran Siri Daredevil", "body": "

Produksi bagi siri Daredevil: Born Again terpaksa dihentikan sementara waktu disebabkan isu mogok melibatkan kalangan penulis-penulis.\u00a0

Persatuan Penulis Amerika (WGA) awalnya memberitahu dalam Twitter mereka bahawa beberapa orang telah melakukan mogok di tempat siri berkenaan melakukan penggambaran. Akibatnya, penggambaran tidak dapat dijalankan kelmarin.

WGA members on strike set up a sunrise picket at Silvercup East, where they\u2019re supposed to be filming \u201cDaredevil,\u201d but members of the Teamster Local 817 and IATSE Locals 829 and 52 are refusing to cross the picket line. #ShutItDown #SolidarityForever #WGAStrike #WGAStrong #1u pic.twitter.com/omg6xpQl48

\u2014 Writers Guild of America, East (@WGAEast) May 8, 2023

Isu yang terjadi ini adalah akibat rundingan antara WGA dengan beberapa studio besar menemui kegagalan menyebabkan sebilang besar penulis-penulis memilih untuk melakukan mogok. WGA menuntut agar penulis menerima bayaran yang setimpal selepas membantu sebahagian besar produksi. \u00a0

Marvel Studios mengumumkan siri Daredevil: Born Again ketika ekspo D23 yang diadakan September tahun lepas. Musim pertama bagi siri ini akan mengandungi 18 episod dan bakal ditayangkan di Disney+.

Siri ini akan mengisahkan seorang peguam buta bernama Matt Murdock yang melawan kegiatan jenayah pada waktu malam. Charlie Cox akan memegang watak Matt Murdock atau nama superheronya, Daredevil. Siri ini turut akan dibintangi Vincent D\u2019Onofrio, Sandrine Holt dan Margarita Levieva.

Selain Daredevil, filem MCU lain turut terkesan dengan isu mogok tersebut. Filem berkenaan adalah filem Blade yang dibintangi Mahershala Ali dan akan ditayangkan tahun depan. Siri televisyen popular, Stranger Things dan Cobra Kai juga menghadapi masalah akibat isu ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/isu-mogok-ganggu-penggambaran-siri-daredevil"} {"title": "Live Cycling Manager 2023 Sudah Tersedia Di Android", "body": "

Live Cycling Manager 2023 adalah sebuah permainan pengurusan perlumbaan basikal yang baru dan kini tersedia untuk peranti Android. Permainan ini dibuat oleh pembangun permainan yang berpengkalan di Sepanyol, Xagu Studios.\u00a0

Dalam permainan ini, pemain akan mengambil cabaran untuk menguruskan sebuah pasukan basikal professional sambil bertanding dengan 40 pasukan lain. Pemain perlu menguruskan pasukan daripada pelbagai aspek seperti sesi latihan, perpindahan pelumba, pendaftaran perlumbaan, pemilihan pelumba, dan kewangan.\u00a0

Permainan ini akan membawa pemain bersaing dengan pelumba lain dalam dua jenis perlumbaan iaitu 'World' dan \u2018Pro\u2019. Pemain akan bermain di pelbagai negara dengan hampir 240 tahap telah dipertandingkan.

Untuk memberi pengalaman pengurusan yang realistik, pemain juga perlu memastikan fizikal pelumba berada dalam keadaan baik agar sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang musim perlumbaan. Pemain juga meningkatkan pendapatan dengan penjualan merchandise serta mencari penaja untuk membeli basikal terbaik di pasaran.

Setakat ini, permainan ini hanya tersedia di peranti Android sahaja. Pemain yang berminat boleh memuat turun permainan ini di Google Play Store. Masih tiada berita rasmi mengenai perlancaran permainan ini di platform iOS. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/live-cycling-manager-2023-sudah-tersedia-di-android"} {"title": "Capcom Lancarkan Open Beta Untuk Street Fighter 6", "body": "

Menjelang perlancaran Street Fighter 6 dalam masa sebulan lagi, Capcom mengumumkan mereka akan mengadakan open beta untuk para pemain memuat turun dan menguji skil mereka sebelum permainan ini dilancarkan.\u00a0

Capcom setakat ini telah melancarkan demo single-player untuk pemain platform PlayStation 4 dan PlayStation 5 menguji penampilan dan kawalan dalam permainan. Dengan beberapa control layout dan grafik yang telah dikemaskan, pemain mengharapkan Street Fighter 6 lebih baik berbanding Street Fighter 5.

Open beta untuk Street Fighter 6 akan bermula pada 19 Mei hingga 22 Mei ini. Pemain yang sangat berminat boleh memuat turun sebelum open beta iaitu bermula 16 Mei ini.\u00a0

Open beta untuk Street Fighter 6 ini memerlukan ruang storan sebesar 25GB. Berbanding dengan closed beta yang lalui, permainan ini menggunakan 42GB. Versi penuh permainan ini akan menggunakan ruang storan sebesar 60GB.

Street Fighter 6 adalah sebuah permainan fighting yang dibuat dan diterbitkan oleh Capcom. Permainan ini bakal dilancarkan pada 2 Jun ini di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/capcom-lancarkan-open-beta-untuk-street-fighter-6"} {"title": "Perebutan Pingat Emas Sukan Sea Bagi Pertandingan MLBB Bermula Minggu Ini", "body": "

Pertandingan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang bakal diadakan dalam acara Sukan Sea yang ke-32 di Phnom Penh, Kemboja. Buat julung kalinya, pertandingan wanita juga akan diadakan bermula 10 Mei hingga 11 Mei. Jadual bagi pertandingan lelaki pula adalah dari 12 Mei hingga 14 Mei.

Untuk kategori lelaki, terdapat 9 negara akan bertanding manakala hanya ada 6 negara yang bertanding dalam kategori wanita. Negara-negara yang bertanding ini akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Negara yang bertanding dalam kategori lelaki adalah Filipina, Vietnam, Malaysia, Laos, Timor Leste, Kemboja, Myanmar, Singapore dan Indonesia. Bagi kategori wanita, negara tersebut adalah Indonesia, Kemboja, Filipina, Laos, Malaysia dan Vietnam. \u00a0

Untuk format pertandingan, kesemua perlawanan peringkat kumpulan akan dimainkan dalam format Best of One. 2 pasukan teratas dari kumpulan masing-masing akan merebut tempat ke pusingan playoff bagi menaiki podium. Grand final bagi pertandingan wanita adalah pada 11 Mei dan pertandingan lelaki akan diadakan pada 14 Mei dan bakal menggunakan format Best of Five \u00a0(Bo5). \u00a0 \u00a0

Bagi korang yang mahu menonton pertandingan MLBB Sukan Sea ini, korang boleh menonton melalui channel rasmi MLBB Esports di Youtube.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/perebutan-pingat-emas-sukan-sea-bagi-pertandingan-mlbb-bermula-minggu-ini"} {"title": "Sony Tutup Operasi Studio Yang Membangunkan Permainan Concrete Genie", "body": "

Sony telah menutup operasi sebuah studio anak syarikat kepada PlayStation Studios, PixelOpus yang sebenarnya sedang giat membangunkan sebuah permainan PlayStation yang baru.

PixelOpus telah ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah studio dalaman untuk Sony Interactive Entertainment yang membangunkan permainan PlayStation. PixelOpus hanya melancarkan dua permainan video iaitu Entwined dan Concrete Genie.\u00a0

PixelOpus memulakan operasi mereka sebagai sebuah pasukan yang kecil dan bertanggungjawab membangunkan permainan PlayStation 3, PlayStation 4 dan PS Vita. Berita mengenai penutupan studio ini diketahui melalui satu post di Twitter oleh akaun rasmi PixelOpus.\u00a0

Dear friends, our PixelOpus adventure has come to an end. As we look to new futures, we wanted to say a heartfelt thank you to the millions of passionate players who have supported us, and our mission to make beautiful, imaginative games with heart.
We are so grateful! \u2764\ufe0f\ud83d\ude4f pic.twitter.com/rQO2Cgvhnq

\u2014 PixelOpus (@Pixelopus) May 5, 2023

Pengumuman di Twitter telah mengelirukan ramai pihak kerana tiada sebab yang jelas mengapa studio itu ditutup memandangkan PixelOpus sedang membangunkan sebuah permainan baru untuk platform PS5. Permainan baru itu adalah satu kolaborasi dengan Sony Pictures Animation.

Dalam satu kenyataan kepada IGN, Sony telah memberitahu bahawa studio itu akan ditutup pada 2 Jun ini. Penutupan ini adalah selepas PlayStation Studios melakukan penilaian terhadap portfolio dan status projek mereka agar menemui objektif jangka pendek dan panjang organisasi terbabit.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sony-tutup-operasi-studio-yang-membangunkan-permainan-concrete-genie"} {"title": "Soft Launch Untuk Bad Piggies 2 Kini Tersedia Di Platform iOS", "body": "

Rovio Entertainment telah mengumumkan soft launch untuk permainan puzzle berjudul Bad Piggies 2 kini sudah tersedia di beberapa buah negara untuk platform iOS. Permainan ini merupakan sekuel kepada Bad Piggies yang dikeluarkan pada tahun 2012.

Bad Piggies adalah prekuel kepada siri permainan Angry Birds. Sekitar Oktober tahun lalu, Rovio mengumumkan bahawa mereka sedang dalam proses pembangunan Bad Piggies 2.

Permainan ini mencabar pemain untuk berfikir menyelesaikan pelbagai tahap cabaran. Developer telah meningkatkan permainan ini dengan enjin baharu dan menyatakan mereka akan melakukan kemaskini dengan membawa tahap baru supaya pemain sentiasa seronok bermain permainan ini.

Soft launch ini sudah dikeluarkan di beberapa buah negara iaitu Sweden, Finland, Belanda, Denmark, Norway dan Poland. Pemain daripada negara terpilih ini boleh memuat turun permainan ini menerusi Apple Store.

Masih tiada berita mengenai pengeluaran permainan ini di platform Android. Jadi bagi pengguna Android, korang perlu menunggu maklumat rasmi daripada Rovio terlebih dulu.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/soft-launch-untuk-bad-piggies-2-kini-tersedia-di-platform-ios"} {"title": "Infinix Jalin Kolaborasi Dengan Mobile Legends Untuk Kejohanan MSL 2023", "body": "

Infinix Malaysia telah menjalin kerjasama bersama Mobile Legends untuk kejohanan Moonton Student Leader (MSL) 2023 yang akan datang. Infinix akan menjadi penaja rasmi bagi kejohanan antara universiti terbesar ini.

\u201cSebagai sebuah jenama, Infinix komited untuk memperkasakan pelajar yang ingin meneruskan kerjaya mereka dalam bidang e-sukan dengan menyediakan produk berteknologi tinggi dengan harga mampu milik\u201d, kata Jackie Chen, Pengurus Infinix Malaysia.

Tujuan utama kejohanan MSL ini adalah untuk memupuk budaya permainan yang sihat serta membantu pemain amateur meningkatkan kemahiran akademik dan skil bermain permainan video.\u00a0

Kejohanan MLBB MSL akan bermula pada 21 Mei dengan bermula di peringkat kumpulan terlebih dulu. Sebanyak 128 pasukan akan bertanding untuk meraih pelbagai hadiah termasuklan MLBB Diamond. Pendaftaran kini terbuka kepada pelajar IPT yang berminat untuk mempamerkan kemahiran mereka.

Peringkat playoff dan grand final bagi kejohanan MSL ini akan diadakan pada 29 Julai ini. Sebagai penaja rasmi, Infinix akan menaja hadiah sejumlah wang tunai sebanyak RM30,000 berserta giftbox mengandungi peranti siri NOTE yang bernilai lebih RM5,500 kepada pasukan pemenang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-jalin-kolaborasi-dengan-mobile-legends-untuk-kejohanan-msl-2023"} {"title": "Guardians Of The Galaxy Vol.3 Raih $282 Juta USD Di Peringkat Global", "body": "

Filem ketiga dalam trilogi GOTG, Guardians of the Galaxy Vol.3 telah meraih pendapatan $282 juta USD di peringkat global box office ketika tayangan minggu pembukaan. Filem berkenaan meraih $114 juta USD dari wilayah Amerika Utara dan $168.1 juta USD dari negara-negara lain.

Kutipan filem baru ini di Amerika Utara adalah lebih tinggi berbanding filem pertama trilogi GOTG ini yang meraih sebanyak $94 juta USD. Walaubagaimanapun, filem kedua yang keluar pada tahun 2017 masih kekal filem GOTG yang paling tinggi kutipan tayangan pembukaan apabila meraih $146 juta USD.\u00a0

Filem ini juga memintas kedudukan kedua dalam senarai kutipan tertinggi tahun 2023 di Amerika Utara apabile mengutip lebih banyak berbanding filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang meraih sebanyak $104 juta USD. Filem Super Mario Bros yang juga dibintangi Chris Pratt masih menjadi filem dengan kutipan minggu pembukaan tertinggi tahun ini yang mencatat sebanyak $137 juta USD.

Filem ini mengisahkan sekumpulan superhero yang dinamakan Guardians of the Galaxy yang perlu menyelamatkan ahli mereka, Rocket Racoon yang telah diserang oleh Adam Warlock. Adam ditugaskan oleh seorang penjahat bernama High Evolutionary untuk memburu Rocket Racoon.

Filem ini sudah ditayangkan di Malaysia pada 4 Mei lalu. Filem ini dibintangi Chris Pratt, Bradley Cooper, Karen Gillan dan Will Poulter.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/guardians-of-the-galaxy-vol-3-raih-282-juta-usd-di-peringkat-global"} {"title": "War Thunder Mobile Kini Dalam Peringkat Open Beta Test", "body": "

Gaijin Entertainment telah mengumumkan permainan baru bertemakan 'military action', War Thunder Mobile akan menjalani peringkat open beta test. Buat setakat ini, permainan ini hanya dapat diakses melalui Android dan dimuat turun melalui format APK di laman web rasmi mereka.

Permainan ini pada mulanya diberi judul War Thunder Edge ketika pengumuman pada November 2022. Permainan ini melalui pelbagai peringkat alpha test dan akhirnya diberi judul War Thunder Mobile.\u00a0

Permainan ini akan menampilkan beberapa kenderaan yang terlibat dalam pertempuran udara, laut dan darat. Pemain mesti megkaji bagaimana bahagian dalaman dan komponen utama kenderaan dalam usaha mereka untuk menumpaskan musuh dengan mudah.

War Thunder Mobile juga akan menampilkan lebih 200 model kereta kebal, kapal dan aircraft daripada pelbagai era. Pertempuran di laut dalam permainan ini juga menampilkan kapal selam.\u00a0

Permainan ini juga mempunyai sistem kemajuan yang membolehkan pemain untuk menggunakan pelbagai kenderaan daripada pelbagai negara, antaranya kereta kebal German Tiger II dan American M3 Bradley. Update yang akan datang akan memperkenalkan beberapa kereta kebal Abrams.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/war-thunder-mobile-kini-dalam-peringkat-open-beta-test"} {"title": "ECHO Tundukkan Blacklist Untuk Muncul Juara MPL PH Season 11", "body": "

ECHO telah dinobatkan sebagai juara bagi MPL PH Season 11 selepas membenam Blacklist International di Grand Final dengan score 4-0. Pertandingan ini dianjurkan oleh MOONTON Games bertempat di Shooting Gallery Studio dan SMX Convention Center di Filipina.

Bren Esports menggungguli carta pada regular season dan melayakkan diri ke peringkat playoff selepas meraih mata sebanyak 31 mata. Juara MPL musim 11, ECHO mengutip 29 mata sekali gus menduduki tempat kedua.

ECHO memulakan peringkat playoff dengan agak goyah apabila pasukan tersebut kalah kepada RSG Slate PH dengan score 2-3 pada perlawanan pertama playoff. Di lower bracket, ECHO menundukkan Bren Esports dengan score 3-1 dan RSG Slate PH dengan 3-2.

Blacklist International pula mempunyai rekod yang bagus semasa playoff apabila mereka mengalahkan Omega Esports, Bren Esports dan RSG Slate PH. Namun, kecemerlangan itu tidak dapat diteruskan selepas mereka kalah di setiap map apabila bertemu ECHO di Grand Final.

Selepas menjadi juara, ECHO juga meraih hadiah wang tunai sebanyak $45,060 USD. Kemenangan ECHO ini juga melayakkan mereka untuk mewakili Filipina dan bertanding di MSC 2023 yang akan diadakan pada bulan Jun ini di Kemboja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/echo-tundukkan-blacklist-untuk-muncul-juara-mpl-ph-season-11"} {"title": "F1 2023 Akan Datang Jun Ini Dengan Bawakan Kembali Story Mode", "body": "

Jika korang pernah bermain F1 2021, korang pasti ingat dengan mod story yang dinamakan Braking Point. Akan tetapi, mod ini telah dihentikan pada F1 2022. Mod ini akan kembali lagi dalam F1 2023 yang bakal dilancarkan bulan Jun ini.\u00a0

Menyambung perceritaan dari F1 2021, mod story dalam F1 2023 mengisahkan Aiden Jackson dan Devon Butler berlumba sebagai rakan pasukan untuk pasukan Konnersport Racing. Jackson dan Butler sebelum ini saling bermusuhan dalam pasukan yang berlainan.\u00a0

Selain Aiden Jackson dan Devon Butler, F1 2023 juga akan memperkenalkan watak baru mod story Braking Point ini. Watak itu adalah Callie Mayer yang merupakan pelumba wanita pertama yang memenangi kejohanan Formula 2. Untuk pengetahuan korang, Callie Mayer mempunyai hubungan adik beradik dengan Devon Butler.

Akan ada dua litar baru iaitu Las Vegas Street Circuit di Nevada, Amerika Syarikat dan Litar Antarabangsa Losail yang terletak di Doha, Qatar. Litar Las Vegas masih belum muncul dalam kalendar F1 tetapi dijangka akan diguna kali pertama tahun ini juga.

F1 2023 akan dilancarkan pada 16 Jun ini di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X/S, Xbox One dan PC melalui EA App, Epic Games Store dan Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/f1-2023-akan-datang-jun-ini-dengan-bawakan-kembali-story-mode"} {"title": "Google Pixel Fold Pencabar Baru Samsung Galaxy Z Fold", "body": "

Google telah mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan peranti Google Pixel Fold dengan fungsi boleh lipat. Peranti ini akan menjadi Pixel pertama yang boleh lipat dari Google serta akan menjadi saingan kepada siri Galaxy Z Fold kepunyaan syarikat Samsung.

Pengumuman rasmi yang dibuat dalam akaun Twitter Google mendedahkan yang Google Pixel Fold akan datang dalam dua pilihan warna. Warna tersebut adalah kelabu dan hitam.\u00a0

Tarikh rasmi bagi pengeluaran Pixel Fold ini masih belum diketahui tetapi Google berjanji untuk berkongsi lebih banyak maklumat pada suatu acara besar yang bakal diadakan pada 10 Mei ini. Google juga sudah melancarkan suatu halaman yang mengandungi stor rasmi untuk peranti Pixel Fold ini.

Halaman stor untuk peranti Pixel Fold membenarkan pelanggan untuk mendaftar bagi mendapatkan lebih banyak update, tips, dan promosi yang berkaitan produk yang bakal dilancarkan ini.

Halaman yang dilancarkan ini juga mendedahkan maklumat peranti ini akan diberitahu dalam acara tahunan Google I/O yang diadakan 10 Mei ini. Acara ini mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai harga, tarikh keluaran dan tarikh pre-order. \u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/google-pixel-fold-pencabar-baru-samsung-galaxy-z-fold"} {"title": "3 Permainan Video Bakal Tiba Minggu Ini", "body": "

Kita telah pun memasuki bulan Oktober dan boleh dikatakan pada bulan ini terdapat beberapa permainan video menarik yang bakal dikeluarkan.

Berikut beberapa permainan video yang bakal tiba pada minggu pertama bulan Oktober ini:

DAKAR DESERT RALLY

Dakar Desert Rally merupakan satu permainan video berbentuk perlumbaan bagi mereka yang minat dengan sukan lumba kereta.

Terdapat lebih dari 130 stages yang boleh dimainkan termasuklah pelbagai kereta lumba, pasukan dan pelumba yang boleh dimainkan dalam Solo Mode ataupun Multiplayer Mode.

Permainan video ini akan tiba pada 4 Oktober 2022 untuk Playstation 4 dan 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam dan Epic Games Store.

NieR:Automata The End of YoRHa Edition

NieR:Automata The End of YoRHa Edition sebenarnya merupakan versi Nintendo Switch untuk permainan video NieR:Automata.

Bagi mereka yang sebelum ini menunggu permainan video ini untuk muncul di Nintendo Switch, ini merupakan masa terbaik untuk mendapatkannya.

Permainan video ini akan dikeluarkan pada 6 Oktober 2022 untuk Nintendo Switch.

SuperPower 3

SuperPower 3 merupakan satu permainan video berbentuk simulasi yang dikeluarkan oleh THQ Nordic dan dihasilkan oleh GolemLabs.

Dalam permainan video ini, korang akan mengawal dunia dari segi ekonomi, military strategy dan juga masalah politik seluruh dunia.

Permainan video ini dijangkakan bakal tiba pada 7 Oktober 2022 di PC melalui Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/3-permainan-video-bakal-tiba-minggu-ini"} {"title": "Burn X Flash Sah Wakili Kemboja Ke M4", "body": "

Baru-baru ini telah berakhirnya kejohanan MPL KH Autumn Split 2022.\u00a0

Kejohanan ini memperlihatkan 8 kumpulan berentap untuk mendapatkan gelaran juara dan prize pool berjumlah USD40,000.00.

Pada peringkat Grand Final, 2 pasukan terhebat iaitu Burn X Flash dan Logic Esports akan bertembung antara satu sama lain.\u00a0

Walaupun dengan gameplay yang memberangsangkan, Logic Esports terpaksa akur dengan kehebatan Burn X Flash dan gelaran juara MPL KH Autumn Split 2022 jatuh kepada pasukan Burn X Flash.

Bukan itu saja, ini juga menandakan pasukan Burn X Flash berjaya mendapatkan slot untuk mewakili Kemboja untuk bertanding M4 Jakarta pada awal tahun depan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/burn-x-flash-sah-wakili-kemboja-ke-m4"} {"title": "INFINIX Memperkenalkan INFINIX Note 12 2023 Anti Lag-Lag Club", "body": "

Baru-baru ini jenama smartphone yang semakin naik iaitu INFINIX telah memperkenalkan INFINIX Note 12.

Smartphone yang berkolaborasi dengan permainan video Mobile Legends: Bang Bang dijangkakan bakal dijual bermula 7 Oktober 2022 pada harga RM799 sahaja.

INFINIX Note 12 ini dilengkapi dengan Mediatek Helio G99 dan RAM sebesar 13GB RAM.\u00a0

Dengan menggunakan screen sebesar 6.7 Inci True Colour AMOLED display dan battery sebesar 5000mAh dan 33W Fast Charge, INFINIX Note 12 ini sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai gaming smartphone.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-memperkenalkan-infinix-note-12-2023-anti-lag-lag-club"} {"title": "PUBG Mobile Bekerjasama Dengan Pelakon Siri Netflix Squid Game", "body": "

Baru-baru ini pihak PUBG Mobile telah membuat satu pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh pemain PUBG Mobile dan peminat siri Netflix Squid Game.

Pelakon dan model Jung Ho-Yeon yang membawa watak sebagai Kang Sae-Byeok dalam siri Netflix Squid Game bakal hadir dari PUBG Mobile.

Beliau akan membawa watak sebagai NUSA Commissioner dan selain dari itu, peminat juga bakal memdapatkan item-item Legendary untuk kolaborasi ini.

Antara barang-barang Legendary yang korang akan dapat adalah:

Kolaborasi ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 23 Oktober 2022

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-bekerjasama-dengan-pelakon-siri-netflix-squid-game"} {"title": "Arena of Valor Pro League (APL) Akan Menggantikan AWC 2022", "body": "

Baru-baru ini pihak Garena Taiwan telah membuat satu kenyataan berkenaan dengan situasi Arena of Valor World Cup 2022.

Mereka telah membuat satu pengumuman yang mana Arena of Valor Pro League (APL) akan menggantikan Arena of Valor World Cup 2022.

Sebanyak 12 pasukan yang terdiri dari pada 4 negara iaitu dari Taiwan, Vietnam, Thailand dan juga Indonesia.

Buat masa ini tiada lagi maklumat sah samada AWC 2022 dibatalkan terus ataupun postpone ke tarikh yang lain. APL dijangkan bakal dijalankan pada November 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/arena-of-valor-pro-league-apl-akan-menggantikan-awc-2022"} {"title": "ROG CHAKRAM X - Banyak Feature Menarik Tapi Berbaloi Ke?", "body": "

Korang tengah mencari Gaming Mouse baru? Kebetulan sebab hari ni kitorang nak perkenalkan korang dengan Asus ROG Chakram X.

ROG Chakram X ni merupakan 1 gaming mouse yang dilengkapi dengan next gen 36,000 DPi ROG Aimpoint Optical Sensor, 8000 Hz Polling Rate dan juga fungsi tri-mode connection.\u00a0

Check out review kitorang dekat video diatas ni.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rog-chakram-x-banyak-feature-menarik-tapi-berbaloi-ke"} {"title": "8 Pasukan Yang Akan Bertanding Di M4 Myanmar Qualifier", "body": "

Baru-baru ini pihak Mobile Legends: Bang Bang telah mengumumkan 8 pasukan yang akan bertanding dalam M4 Myanmar Qualifier.

Qualifier yang akan bermula pada 1 Oktober 2022 ini akan memperlihatkan 4 pasukan yang mendapat direct invite berserta 4 pasukan lagi yang berjaya mendapatkan slot melalui Open Qualifier.

8 pasukan yang akan bertanding nanti adalah:

AI Esports, Falcon Esports, Galacticos Rising dan Genesis Esports merupakan 4 pasukan yang mendapat direct invite manakala selebihnya berjaya mendapatkan slot melalui Open Qualifier.

Kesemua pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A yang dibarisi oleh 9K EsportsxMG, Falcon Esports, Galacticos Rising dan I Love You 3000 manakala untuk Kumpulan B pula ada AI Esports, Burmese Ghouls, Fenix Esports dan Genesis Esports.

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara bukan sahaja berpeluang membawa pulang Prizepool berjumlah USD30,000 juga akan mendapatkan slot untuk bertanding di M4 World Championship pada tahun depan di Jakarta Indonesia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/8-pasukan-yang-akan-bertanding-di-m4-myanmar-qualifier"} {"title": "Cobalt-B - Watak Terbaru Tower Of Fantasy Diperkenalkan", "body": "

Level Infinite yang merupakan developer untuk permainan video mobile Tower of Fantasy baru-baru ini telah mengumumkan update 2.0 untuk permainan video tersebut.

Dalam update terbaru ini, mereka telah memperkenalkan kawasan baru iaitu Vera. Update 2.0 ini dijangka bakal tiba pada 6 Oktober 2022 akan datang.

Bukan itu saja, mereka juga telah memperkenalkan watak terbaru yang diberi nama sebagai Cobalt-B berserta senjata beliau iaitu Blazing Revolver.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cobalt-b-watak-terbaru-tower-of-fantasy-diperkenalkan"} {"title": "WILD HEARTS Bakal Tiba Tahun Depan", "body": "

Sekali imbas trailer WILD HEARTS mungkin ramai yang akan keliru permainan video ini dengan permainan video popular, Monster Hunter.

Walaupun mempunyai ciri permainan yang sama, namun WILD HEARTS bukan lah game terbaru untuk siri Monster Hunter. Ianya merupakan permainan video terbaru yang bakal dikeluarkan oleh EA dan dihasilkan oleh Omega Force.

Permainan video WILD HEARTS ini berlatarkan zaman feudal Jepun yang mana korang perlu memburu monsters dan menggunakan item-item dari monsters tersebut untuk craft weapon dan armor korang sendiri.

Permainan video WILD HEARTS ini dijangkakan bakal tiba di Playstation 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam, Epic Games Store dan juga Origin pada 17 February 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wild-hearts-bakal-tiba-tahun-depan"} {"title": "Google Sahkan Stadia Bakal Ditutup", "body": "

Baru-baru ini pihak Google telah mengumumkan yang mereka telah mengambil keputusan untuk menutup perkhidmatan Google Stadia bermula awal tahun depan.

Untuk pengetahuan korang, Google Stadia merupakan satu perkhidmatan Cloud Gaming yang dibangunkan oleh Google dan dilancarkan pada November 2019.

Walaupun mempunyai banyak ciri-ciri yang bagus namun Google Stadia untuk gagal untuk menarik minat pemain-pemain video game untuk menggunakan perkhidmatan mereka.\u00a0

Google Stadia dikatakan akan menutup perkhidmatan mereka bermula 18 Januari 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/google-sahkan-stadia-bakal-ditutup"} {"title": "Free Fire Snapdragon Pro Series Kembali Untuk Musim Kedua", "body": "

Baru-baru ini pihak ESL telah mengumumkan kejohanan Free Fire Snapdragon Pro Series bakal kembali tidak lama lagi dan akan dijalan secara offline.

Selain pengumuman tarikh dan lokasi kejohanan, pihak ESL juga menyediakan prizepool yang lebih besar untuk musim kedua ini.

Pasukan-pasukan terhebat dari Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia akan bertarung untuk merebut prizepool berjumlah USD307,500.00!

Kejohanan ini akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula 4 sehingga 5 February 2023.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-snapdragon-pro-series-kembali-untuk-musim-kedua"} {"title": "Acer Predator Orion 7000 Kini Dilengkapi Dengan 13th Gen Intel Processors", "body": "

Baru-baru ini Acer telah mengumumkan yang desktop terbaru mereka iaitu Acer Predator Orion 7000 (PO7-650) akan dilengkapi dengan 13th Gen Intel Processors.

Tidak dilupakan yang desktop terbaru dari Acer ini juga akan didatangkan dengan NVIDIA GeForce RTX 3090 Series dan 64GB RAM DDR5-4000 RAM.

Buat masa ini tiada lagi info berkenaan harga dan sama ada Predator Orion 7000 ini akan dipasarkan di Malaysia.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/acer-predator-orion-7000-kini-dilengkapi-dengan-13th-gen-intel-processors"} {"title": "Wolverine Kembali Dalam Deadpool 3", "body": "

Hari ini Ryan Reynold telah mengeluarkan 1 video di akaun Twitter rasmi miliknya untuk memberitahu tentang perkembangan filem terbarunya iaitu Deadpool 3.\u00a0

Hard keeping my mouth sewn shut about this one. \u2694\ufe0f pic.twitter.com/OdV7JmAkEu

\u2014 Ryan Reynolds (@VancityReynolds) September 27, 2022

Salah satu berita mengejutkan yang diumumkan oleh Ryan Reynold adalah mengesahkan Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman bakal hadir dalam filem tersebut!

Berita ini sudah semestinya satu berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat Deadpool dan Wolverine. Deadpool 3 dijangka bakal ditayangkan pada 6 September 2024.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/wolverine-kembali-dalam-deadpool-3"} {"title": "Infinix Malaysia Penaja Utama Mobile Legends: Bang Bang Next Star", "body": "

Baru-baru ini jenama smartphone terbaru iaitu Infinix Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Moonton untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Next Star (MSN).

Untuk pengetahuan korang, kejohanan MSN ini merupakan satu kejohanan yang mengfokuskan pada pasukan-pasukan semi-professional di Malaysia.

Kejohanan ini pada dulunya dikenali sebagai Malaysian MLBB Championship ataupun MMC akan bermula pada 1 Oktober 2022 bertempat di Quill City Mall. Prize pool untuk kejohanan ini juga telah dinaikkan kepada RM30,000 dan 300,000 MLBB Diamond.\u00a0

Richard Tang yang merupakan pengarah Infinix Malaysia menyatakan yang dengan kempen #GameOnzwithInfinix, mereka mempunyai misi untuk menarik lebih banyak bakat-bakat baru dalam scene MLBB di Malaysia.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/infinix-malaysia-penaja-utama-mobile-legends-bang-bang-next-star"} {"title": "Fungsi \"Gifting\" Mungkin Tiba Di Apex Legends Musim Ke-15", "body": "

Fungsi Gifting merupakan salah satu feature yang menarik dan perlu dimasukkan dalam apa-apa permainan video online multiplayer.

Fungsi ini membolehkan korang memberikan hadiah yang berupa skin, weapon dan lain-lain kepada kawan-kawan korang. Contohnya seperti menghadiahkan skin kepada kawan korang di Mobile Legends.

Respawn said they are working on a \u201cgifting system\u201d in Apex Legends that would allow players to gift each other in-game items/content.

But it\u2019s still at the early stages and will take time to \u201cdial in right.\u201d pic.twitter.com/f3n3nxvneV

\u2014 Apex Legends News (@alphaINTEL) August 3, 2022

Baru-baru ini Design Director Respawn Entertainment iaitu Evan Nikolich telah mengesahkan yang fungsi Gifting juga bakal tiba pada permainan video Apex Legends.\u00a0

Sebelum ini kewujudan fungsi ini telah tertiris pada musim ke-14 Apex Legends apabila peminat Apex Legends menjumpai ikon untuk fungsi Gifting yang mana kemungkinan besar akan diperkenalkan pada musim ke-15 Apex Legends.

Buat masa ini tiada info penuh berkenaan fungsi ini namun dengan pengesahan dari Evan Nikolich, peminat Apex Legends mungkin akan merasai fungsi ini pada Apex Legends pada musim akan datang yang bermula pada 1 November 2022 ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fungsi-gifting-mungkin-tiba-di-apex-legends-musim-ke-15"} {"title": "Street Fighter 6 Bakal Dibuka Untuk Ujian Beta Tertutup Dan Tambahan Empat Karakter", "body": "

Capcom telah mengumumkan akan membuka ujian beta tertutup bagi permainan video Street Fighter 6 yang akan dilancarkan pada 2023.\u00a0

Tarikh bermula dari 7 Oktober 2022 hingga 10 Oktober 2022 di platform PS5, Xbox Series X|S dan PC (Steam).

Penambahan karakter juga telah ditayangkan iaitu E. Honda, Ken, Blanka dan Dhalsim. Namun, hanya Ken sahaja boleh dimain termasuk juga Ryu, Chun-Li, Luke, Jamie, Guile, Kimberly dan Juri ketika di ujian beta tertutup nanti.\u00a0

Korang juga boleh cuba mod-mod seperti Ranked Match, Casual Match, Battle Hub Match, Open Tournament, Extreme Battle, Game Center dan Training Mode nanti.

Antara update terbesar di dalam World Tour, korang boleh ciptakan avatar sendiri dan gunakan mereka untuk menerokai dunia Street Fighter 6. Untuk mendapat akses Beta Tertutup ianya boleh didapati di laman rasmi mereka.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/street-fighter-6-bakal-dibuka-untuk-ujian-beta-tertutup-dan-tambahan-empat-karakter"} {"title": "Anime Onimusha Bakal Tiba Di Netflix", "body": "

Baru-baru ini pihak Netflix dan Capcom telah mengumumkan series anime Onimusha yang berpandukan kepada permainan video Onimusha kini dalam pembikinan dan bakal disiarkan di Netflix.

Bagi korang yang tak tahu, Onimusha merupakan permainan video yang popular pada tahun 2001 untuk Playstation 2. Onimusha menceritakan tentang Musashi yang terpaksa melepaskan Oni Gauntlet bagi menewaskan Genma.

\u00a0Siri Anime ini akan diarahkan oleh Takashi Miike dan dihasilkan oleh studio Sublimation.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/anime-onimusha-bakal-tiba-di-netflix"} {"title": "Lapan Pasukan Yang Layak Ke Play-Off MPL MY Musim 10", "body": "

Baru-baru ini telah tamatnya Regular Season untuk MPL MY musim ke-sepuluh dan ini menandakan dua pasukan terbawah tidak akan mendapatkan tempat untuk bertanding di Play-Off MPL MY S10.

Dua pasukan yang tidak bernasib baik adalah Suhaz Esports dan juga Team Caracal. Walaupun dengan dengan kemasukan pemain baru dan perubahan strategik, kedua-dua pasukan ini terpaksa akur untuk tidak dapat bermain di Play-Off nanti.

Manakala untuk lapan pasukan yang layak ke Play-Off MPL MY S10 adalah:

Play-Off MPL MY S10 dijangka akan bermula pada 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2022 nanti. Pasukan mana yang akan menjulang piala MPL MY S10 kali ini dan sekali gus mendapatkan tempat untuk bertanding di M4 yang mana akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada awal bulan Januari tahun depan?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lapan-pasukan-yang-layak-ke-play-off-mpl-my-musim-10"} {"title": "Spider-Man: Miles Morales Akan Tiba Di PC", "body": "

Baru-baru ini pihak Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games telah mengumumkan yang permainan video Marvel's Spider-Man: Miles Morales akan tiba di Pc tidak lama lagi.\u00a0

Melalui teaser video yang dikeluarkan, Ianya dijangka akan tiba di Steam dan Epic Games Store pada musim luruh tahun ini. Ini merupakan permainan video kedua untuk siri Marvel's Spider-Man yang tiba di PC selepas dikeluarkan khas untuk Playstation.\u00a0

Spider-Man: Miles Morales menceritakan tentang kehidupan Miles Morales sebagai seorang remaja dan juga superhero baru yang membawa nama Spider-Man. Nampaknya makin banyak permainan video yang dulunya khas untuk Playstation kini tiba di PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/spider-man-miles-morales-akan-tiba-di-pc"} {"title": "J Hunter Dilantik Sebagai Talent Director Pulse Nova Entertainment", "body": "

Baru-baru ini sebuah syarikat talent agency terbaru yang dibangunkan oleh veteran esports dari singapura iaitu Jayf Soh dan Bobby Sim telah pun dilancarkan.\u00a0

Talent Agency yang diberi nama Pulse Nova Entertainment ini bukan sahaja akan mewakili bakat-bakat dari Singapura malah dari Malaysia dan juga Filipina.

Bagi Malaysia, Pulse Nova Entertainment telah melantik Azrul Anwar ataupun lebih dikenali sebagai J Hunter sebagai Talent Director untuk mewakili dan menguruskan bakat-bakat dari Malaysia. J Hunter sememangnya terkenal dalam scene esports di Malaysia lebih-lebih lagi dalam permainan video mobile PUBG Mobile.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/j-hunter-dilantik-sebagai-talent-director-pulse-nova"} {"title": "Burn X Flash Melepaskan Jurulatih Dan Pemain Selepas Persembahan Tidak Memberangsangkan Di M4", "body": "

Selepas cuma mampu mendapatkan tempat kelima belas di M4 World Championship yang mana baru saja tamat di Jakarta, Indonesia, pasukan Burn X Flash baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka telah melepaskan empat orang ahli dari pasukan tersebut.

Empat ahli tersebut adalah jurulatih pasukan tersebut iaitu John Michael Dizon ataupun dikenali sebagai Zico, pemain Gold Laner mereka iaitu Jhonwin Vergara ataupun dikenali sebagai Hesa, Dua orang Jungler mereka iaitu Kunn Chankakada ataupun dikenali sebagai XE ON dan juga Sour Mara ataupun dikenali sebagai CHMA.

Setakat ini Burn X Flash cuma mempunyai 4 orang pemain aktif sahaja iaitu ATM, C Cat, Fury dan juga D7.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/burn-x-flash-melepaskan-jurulatih-dan-pemain-selepas-persembahan-tidak-memberangsangkan-di-m4"} {"title": "Butiran Kingdom Hearts: Missing Link Mobile Telah Didedahkan", "body": "

Bagi yang tidak tahu, Square Enix telah membuka satu pendaftaran untuk pemain yang ingin mencuba ujian beta tertutup pada tahun lepas.\u00a0

Ianya dikatakan akan berlangsung pada bulan ini dan baru-baru ini, satu akaun rasmi Twitter Jepun Kingdom Hearts: Dark Road telah mendedahkan sedikit butiran tentang gameplay Kingdom Hearts: Missing Link yang ada dalam ujian beta tertutup.\u00a0

\u4e16\u754c\u306b\u306f\u7279\u5b9a\u306e\u30a8\u30ea\u30a2\u3092\u652f\u914d\u3059\u308b\u300c\u30a8\u30ea\u30a2\u30a8\u30cd\u30df\u30fc\u300d\u3084\u300c\u30a8\u30ea\u30a2\u30dc\u30b9\u300d\u304c\u3044\u307e\u3059\ud83d\ude08
\u30a8\u30ea\u30a2\u30dc\u30b9\u3092\u5012\u3059\u3068\u305d\u306e\u30a8\u30ea\u30a2\u304c\u89e3\u653e\u3055\u308c\u3001\u30dc\u30b9\u304c\u3044\u305f\u5ea7\u6a19\u3078\u306e\u30c6\u30ec\u30dd\u304c\u304a\u5f97\u306b\u5229\u7528\u3067\u304d\u307e\u3059\u2728

\ud83d\udddd\ufe0f\u672c\u65e5\u306e\u9023\u7d61\u4e8b\u9805
\u30fb\u6a5f\u80fd\u89e3\u653e\u30af\u30a8\u30b9\u30c8\u3067\u30a8\u30ea\u30a2\u30dc\u30b9\u3092\u89e3\u653e
\u30fb\u30a8\u30ea\u30a2\u30de\u30c3\u30d7\u304b\u3089\u30c6\u30ec\u30dd\u3057\u3066\u307f\u3088\u3046#KHML pic.twitter.com/bFl9I6Ka6c

\u2014 \u30ad\u30f3\u30b0\u30c0\u30e0 \u30cf\u30fc\u30c4 DR\u516c\u5f0f (@KHDR_PR) January 14, 2023

Di situ, mereka mengatakan pemain boleh bermain permainan ini dengan dua cara mengikut kesesuaian masing-masing. Satu dinamakan \u201cGPS\u201d di mana korang akan bermain seperti Niantic Pokemon GO manakala lagi satu, \u201cPad\u201d di mana mereka menggunakan virtual pad.\u00a0

Akan dijalankan juga satu event ketika berlangsungnya ujian beta tertutup, selain daripada menguji musuh di bos area dan battle serbuan yang menampilkan musuh dan monsters yang amat dikenali dalam Kingdom Hearts.\u00a0

Oleh itu, nantikan lagi berita seterusnya kerana buat masa ini, Kingdom Hearts: Missing Link masih lagi dalam pembangunan untuk mobile.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/butiran-kingdom-hearts-missing-link-mobile-telah-didedahkan"} {"title": "SD Shin Kamen Rider Rumble Bakal Tiba Bulan Mac Ini", "body": "

Ada berita baik bagi gamers dan peminat Kamen Rider. Seperti korang tahu, filem terbaru francais ini iaitu Shin Kamen Rider akan ditayangkan pada bulan Mac 2023 di pawagam Jepun nanti.\u00a0

Berikutan dari itu, pihak Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan permainan baru mereka berdasarkan filem tersebut iaitu SD Shin Kamen Rider Rumble. Ia akan dilancarkan pada bulan yang sama.

SD Shin Kamen Rider Rumble adalah sejenis permainan 2D side-scrolling beat \u2018em up dengan pelbagai sistem power up seperti makanan, syiling dan lencana. Pemain boleh perolehinya melalui battle dengan organisasi jahat bernama SHOCKER.

Buat masa ini, SD Shin Kamen Rider Rumble akan tersedia untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam sahaja. Oleh itu, nantikan lagi berita seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sd-shin-kamen-rider-rumble-bakal-tiba-bulan-mac-ini"} {"title": "Diskaun Menarik Untuk Smartphone Dari Infinix Di Lazada Dan Shopee", "body": "

Sempena Payday Sale yang bakal berlangsung di platform Lazada dan Shopee pada 23 Januari 2023 sehingga 25 Januari 2023 ini, Infinix telah mengumumkan tawaran menarik untuk smartphone keluaran mereka.

Bagi mereka yang memilih untuk beli di platform Lazada, korang akan mendapatkan free shipping dan voucher RM8.88 dengan setiap pembelian barangan Infinix di platform tersebut. Berikut merupakan beberapa produk Infinix yang akan mendapat potongan harga yang di Lazada:

LAZADA PAYDAY SALE (23 Jan 2023 - 25 Jan 2023)

Note 12 2023 (8GB+128GB) = RM769 (RRP RM799)

Note 12 2023 (8GB+256GB) = RM799 (RRP RM899)

HOT 11 (3GB+32GB) = RM449 (RRP RM469)

HOT 11 (4GB+64GB) = RM399 (RRP RM519)

Bagi korang yang memilih untuk membeli di Shopee pula, korang akan mendapatkan 10% coins cashback dan free shipping untuk setiap pembelian produk Infinix di official store Shopee mereka. Berikut merupakan beberapa produk Infinix yang akan mendapat potongan harga di Shopee:

SHOPEE PAYDAY SALE (25 Jan 2023)

Note 12 G96 (8GB+128GB) = RM665 (RRP RM769)

Note 12 G96 (8GB+256GB) = RM755 (RRP RM869)

HOT 20i (4GB+128GB) = RM440 (RRP RM499)

Tidak dilupakan korang juga berpeluang untuk mendapatkan offer add-on yang mana korang boleh mendapatkan Infinix XE25 TWS Power Monster Bluetooth 5.0 Earphone cuma pada harga RM109 sahaja. Korang boleh klik sini untuk check out official Infinix Malaysia Lazada dan Shopee store.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/diskaun-menarik-untuk-smartphone-dari-infinix-di-lazada-dan-shopee"} {"title": "PvP Battle Mode Akhirnya Akan Tiba Dalam Marvel Snap", "body": "

Nampaknya korang semua sudah boleh mula berlatih untuk kalahkan kawan korang dalam Marvel Snap sebab tidak lama lagi permainan ini akan dikemas kini dengan mod baru iaitu Player Vs Player (PvP) Battle Mode.\u00a0

Mod ini boleh dikatakan ramai yang tunggu sebab sepanjang pemain bermain Marvel Snap, mereka tidak boleh memilih saingan pilihan mereka seperti rakan sendiri. Mereka hanya bermain dengan orang sebenar dan bot secara rawak sahaja.

Oleh itu, penantian korang semua akan berakhir pada 31 Januari 2023 di mana mod baru ini akan dimasukkan sekali dalam update Versi 1.0 dan pada hari yang sama, Series Drop juga akan tiba untuk menaikkan lagi peluang pemain dalam mendapatkan kad yang sukar diperolehi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pvp-battle-mode-akhirnya-akan-tiba-dalam-marvel-snap"} {"title": "Kali Keenam Ubisoft Tunda Skull And Bones", "body": "

Peminat permainan lanun, nampaknya terpaksa bersabar lagi untuk Skull And Bones oleh Ubisoft sebab masalah yang dihadapi mereka. Ini sudah kali keenam mereka mengumumkan penangguhan pelancaran permainan ini atas sebab-sebab tertentu.

Kali ini, mereka mengatakan mereka mempunyai masalah kewangan dalam syarikat mereka sehingga mereka terpaksa membatalkan tiga permainan mereka yang belum didedahkan lagi, termasuk juga mengecilkan linkungan pekerja mereka.

Kita boleh lihat sendiri dengan pendapatan rendah mereka pada tahun lepas kerana kurangnya pemain tertarik dengan permainan mereka yang terkini, Mario+Rabbids Sparks of Hope dan Just Dance 2023.

Walaupun begitu, mereka masih lagi ingin cuba melancarkan Skull and Bones pada tahun ini dengan mensasarkan antara awal tahun ini sehingga April ataupun selambat bulan Disember.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kali-keenam-ubisoft-tunda-skull-and-bones"} {"title": "Volzerk: Monster And Lands Unknown - Game Mobile Aksi 3D Percuma", "body": "

Bagi yang suka haiwan-haiwan comel, korang mesti akan tertarik dengan permainan baru ini. COLOPL baru sahaja mengumumkan Volzerk: Monsters and Lands Unknown, sebagai permainan terbaru mereka dan akan dilancarkan secara percuma kepada umum.\u00a0

Dalam permainan ini, kita akan mengikuti Fina, seorang manusia yang ingin menaikkan semula populasi Monsters yang sedang menghadapi kepupusan sebab rasa sayang terhadap mereka. Ia adalah permainan aksi 3D dengan kebebasan dalam mix-and-match Monster dan penunggangnya.\u00a0

Apa yang menarik lagi, korang boleh mencipta sendiri baka kesukaan korang dengan menjodohkan dua pilihan Monster, termasuk juga membesarkan anak mereka untuk menjadi Monster yang lebih kuat dengan menggabungkan ciri-ciri istimewa ibu bapanya.\u00a0

Volzerk: Monster and Lands Unknown akan dilancarkan lewat bulan Januari dalam bahasa Jepun dengan rancangan versi bahasa Inggeris akan dikemas kini kemudian. Tersedia untuk PC melalui Steam, iOS dan Android. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/volzerk-monster-and-lands-unknown-game-mobile-aksi-3d-percuma"} {"title": "Netflix Berikan TMNT: Shredder\u2019s Revenge Mobile Secara Percuma", "body": "

Bagi yang tidak tahu, TMNT: Shredder\u2019s Revenge adalah permainan video yang baru dilancarkan pada tahun lepas. Ia adalah permainan side-scrolling jenis beat \u2018em up di mana banyak musuh akan datang secara bertubi-tubi.\u00a0

Korang boleh main secara solo ataupun multiplayer, terhad untuk 4 pemain sahaja dan boleh pilih karakter antara Leonardo, Donatello, Michelangelo, Raphael, April O\u2019Neil, Master Splinter dan Case Jones. Bagi peminat TMNT, mesti korang kenal mereka semua.

Sebelum ini, mereka hanya membenarkan permainan ini dimainkan pada konsol dan PC sahaja tetapi dengan pengumuman dari Netflix tentang pemberian TMNT: Shredder\u2019s Revenge secara percuma kepada pelanggannya, mereka telah mengeluarkan versi iOS dan Android pula.\u00a0

Korang boleh dapatkannya sekarang melalui Netflix, App Store dan Play Store (tetapi masih memerlukan akaun Netflix untuk mengakses kesemua ciri-ciri).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/netflix-berikan-tmnt-shredder-s-revenge-mobile-secara-percuma"} {"title": "Beau Is Afraid - Filem A24 Terbaru Kombinasi Dunia Nyata Dan Animasi", "body": "

Bagi yang tidak tahu, A24 adalah studio yang membangunkan filem Hereditary, Midsommar dan paling terkenal dan ramai tertarik dengan keunikannya, Everything Everywhere All At Once dengan lakonan Michelle Yeoh dari Malaysia.\u00a0

Dengan menggunakan cara yang unik untuk bercerita, mereka telah menghasilkan Beau Is Afraid dengan gabungan antara dunia nyata dan animasi bagi menggambarkan imaginasi Beau, watak utama di dalam filem ini.\u00a0

Ia mengisahkan tentang pengembaraan Beau dalam pulang ke sisi ibunya selepas bertahun-tahun jauh darinya kerana mempunyai masalah dengan ahli keluarganya. Dia terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dalam mencapai matlamatnya seperti menangani perasaan takutnya sendiri.

Buat masa ini, tiada pengesahan sama ada Beau Is Afraid akan tiba di negara kita sebab filem Everything Everywhere All At Once adalah filem terakhir dari A24 di Malaysia. Oleh itu, kita akan dapat tahu kemudian apabila filem ini dilancarkan pada 21 April 2023 di Amerika Syarikat.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/beau-is-afraid-filem-a24-terbaru-kombinasi-dunia-nyata-dan-animasi"} {"title": "4 Fakta Yang Hanya Pemain Otai Irithel Saja Yang Tahu", "body": "

Untuk pengetahuan korang, Irithel ini mempunyai zaman kanak-kanak yang agak sedih sebab mak dan ayah dia tinggalkan dia dalam hutan.

Dia dibesarkan oleh seekor Smilodon dan Smilodon itu pun ada seekor anak yang diberi nama Leo.

Semenjak dari itu, Irithel dan Leo selalu bersama-sama untuk memburu mencari makanan. Namun 1 hari dorang telah termasuk perangkap Slave Trader.

Nasib dorang baik sebab sikecil molek, Nana nampak apa yang berlaku dan mengambil keputusan untuk membantu dorang melepaskan diri.

Ini 4 lagi fakta penting yang korang perlu tahu tentang Irithel.\u00a0

Irithel merupakan heroes pertama dalam Mobile Legends yang ada tunggangan dia sendiri selain Ailee (Jawhead), Leomord dan juga Barats.

Selain itu, Irithel juga merupakan heroes pertama yang boleh melakukan basic attack sambil bergerak. Antara heroes lain yang mengikut jejak langkah Irithel adalah Kimmy dan juga Brody.

Tak dilupakan Irirthel juga merupakan heroes pertama dan satu-satunya Marksman yang menerima skin Zodiak iaitu Sagittarius.

Dan yang terakhir sekali, semasa skin \u201cNight Arrow\u201d dikeluarkan, ramai yang komen cakap skin Leo macam Toothless, naga dalam cerita How To Train You Dragon. Design Leo ditukar akhirnya sebab Moonton takut kena copyright!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/4-fakta-yang-hanya-pemain-otai-irithel-saja-yang-tahu"} {"title": "Dapatkan Barang-Barang Gaming \"Secondhand\" Murah Di Gamers on Duty", "body": "

Bagi korang yang mencari barang-barang gaming ataupun tertarik dengan barang-barang yang kitorang review dekat Gamers on Duty, sekarang berpeluang untuk dapatkan barang-barang tersebut dengan harga yang lebih murah!

Mulai tahun ini, item-item yang kami dapat untuk review akan dijual pada harga yang murah di Carousell milik Gamers on Duty.

Lebih banyak item dan diskaun-diskaun hebat akan dimasukkan tidak lama lagi. Kalau korang nak tengok-tengok, korang boleh klik di SINI.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-barang-barang-gaming-secondhand-murah-di-gamers-on-duty"} {"title": "Hate Kini Bermain Untuk Impunity KH Dan Bukan Lagi Untuk Team SMG", "body": "

Pada 6 Januari yang lepas, Hate telah pun disahkan tidak lagi bermain untuk Team SMG. Team SMG hanya mampu merangkul tempat kelapan sahaja pada MPL MY musim yang lepas.

Tidak lama selepas itu, Hate kini telah mengesahkan yang dia akan bermain untuk salah satu pasukan MLBB dari Kemboja iaitu Impunity KH.

Impunity KH berjaya merangkul tempat pertama di MPL Cambodia Spring 2022 dan tempat kedua di kejohanan Smart Kingdom Of Legends SEA Rivals.

Hate atau nama sebenarnya, Jaylord Gonzales akan bermain sebagai Mid Laner untuk pasukan terhebat dari Kemboja ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hate-kini-bermain-untuk-impunity-kh-dan-bukan-lagi-untuk-team-smg"} {"title": "Bilibili Benarkan Siri NieR: Automata Version 1.1a Ditonton Secara Percuma", "body": "

Bagi yang tidak tahu, anime siri NieR: Automata Version 1.1a adalah siri berdasarkan permainan video NieR: Automata tetapi akan diceritakan secara berbeza daripada permainannya. Siri ini telah ditulis oleh Yoko Taro dan Ryouji Masuyama, penulis untuk Gurren Lagann.\u00a0

Pada 7 Januari lepas, mereka sudah pun melancarkan episod pertamanya. Tetapi kalau korang belum tontonnya lagi ataupun tidak tahu untuk tonton di mana, korang boleh layari Bibili untuk tonton secara percuma di lamannya.\u00a0

Dan kalau korang mahu tonton dengan lebih kualiti, korang hanya perlu menghasilkan akaun sahaja dan ianya pun secara percuma. Sekarang, anime ini masih lagi satu episod jadi nantikan setiap hari Ahad untuk episod seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bilibili-benarkan-siri-nier-automata-version-1-1a-ditonton-secara-percuma"} {"title": "Forspoken Kongsikan Trailer Sinematik Terbaru", "body": "

Dengan kongsikan trailer terbaru ini, kita dapat serba sedikit tentang latar belakang Frey Holland, watak utama Forspoken.\u00a0

Forspoken adalah sebuah permainan tentang pengembaraan seorang remaja perempuan dari New York, United State yang telah dipindah ke Athia, sebuah dunia yang indah dan pada masa yang sama, kejam.

Berdasarkan video yang dikongsikan, Frey Holland tidaklah mempunyai kehidupan yang senang kerana kelihatan dia terpaksa melarikan diri ketika waktu malam daripada ancaman. Tetapi, disebabkan itulah dia telah terlatih dalam menghadapi musuh bahaya di Athia.

Untuk mengetahui pengakhiran cerita Frey Holland dalam mencari jalan keluar dari dunia ini, nantikan pelancarannya pada 24 Januari 2023 untuk PS5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/forspoken-kongsikan-trailer-sinematik-terbaru"} {"title": "Devil May Cry 5 Bakal Tiba Dalam Free Fire Pada Bulan Hadapan", "body": "

Seperti yang korang tahu, Free Fire adalah permainan berkonsepkan battle royale. Pemain yang bertahan sehingga akhir, dialah pemenangnya dan setiap bulan Garena akan mengadakan satu event yang berbeza untuk memberikan konten baru kepada peminat.\u00a0

Kali ini, mereka telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Devil May Cry 5, sebuah permainan video yang dihasilkan oleh CAPCOM. Korang semua akan dapat melihat sendiri estetik popular permainan ini dalam dunia Free Fire.

Buat masa ini, tiada lagi info lanjut selain daripada ketibaan event ini pada bulan Februari dan pemberian barangan, kostum, emote dan juga animasi bertemakan Devil May Cry 5.

Oleh itu, nantikan lagi berita seterusnya. Kalau korang belum ada Free Fire, dapatkan sekarang di iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/devil-may-cry-5-bakal-tiba-dalam-free-fire-pada-bulan-hadapan"} {"title": "Goose Goose Duck - Lebih Popular Berbanding Among Us", "body": "

Kenaikkan populariti permainan video Goose Goose Duck ada kena-mengena dengan seorang artis K-Pop dari kumpulan idol terkenal di seluruh dunia, BTS Tae-hyung.\u00a0

Goose Goose Duck secara keseluruhannya sama konsepnya dengan Among Us. Dari segi membuat tugasan, sehinggalah mencari penyamar. Tetapi, daripada menggunakan makhluk asing, mereka menggunakan haiwan itik dan angsa.

Disebabkan itu, ramai yang tidak tertarik dengan permainan ini. Sehinggalah, Tae-hyung bermain Goose Goose Duck ketika melakukan siaran langsungnya di Weverse. Ramai yang telah memuat naik permainan ini untuk bermain dengannya.

Secara tidak langsung, mereka terasa seronok ketika bermain dan semakin ramai mula mengenalinya berbanding Among Us.\u00a0

Oleh sebab itu, pembangun Goose Goose Duck terpaksa membuat penambaikkan pada permainan mereka untuk menyokong kuantiti pemain dengan lebih banyak. Korang boleh dapatkan Goose Goose Duck di Android, iOS, MacOS dan Windows secara percuma.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/goose-goose-duck-lebih-popular-berbanding-among-us"} {"title": "Sekuel M3GAN Sudah Dirancang Sambil Versi Unrated Akan Dikeluarkan", "body": "

Betapa lajunya bahagian produksi di belakang M3GAN. Walaupun filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam selama empat hari, mereka sudah pun merancang untuk membangunkan sekuelnya.\u00a0

Tambahan lagi, dengan sambutan baik dari orang ramai, Akela Cooper yang merupakan salah satu penulis skrin bagi filem ini telah mendedahkan bahawa penulisan skrin asalnya sebenarnya lebih gore berbanding yang sekarang.

M3GAN telah membunuh lebih banyak karakter berbanding di dalam filemnya tetapi mereka perlu menurunkannya untuk membenarkan kanak-kanak remaja menonton di pawagam juga.

Tetapi, jangan risau peminat gore sebab mereka akan mengeluarkan juga versi unrated tetapi dalam bentuk buku. Tarikh keluarannya masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sekuel-m3gan-sudah-dirancang-sambil-versi-unrated-akan-dikeluarkan"} {"title": "Gameplay Kita Ketinggalan Atau Pasukan Lain Semakin Hebat? - Ini Pendapat Adeen", "body": "

Artikel ini ditulis oleh Adeen.

Tiada kata atau perumpamaan yang boleh dapat menggambarkan kekecewaan saya apabila melihat Team Malaysia (THQ/Todak) bermain di pentas playoffs M4.\u00a0

Segala yang teruk yang boleh berlaku telahpun berlaku dalam tempoh perlawanan mereka di pusingan lower bracket. Sekarang, dengan jiwa dan hati yang kembali tenang, apa yang sebenarnya perlu dilakukan untuk memperbaiki industri MLBB Malaysia?

Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang pakar untuk mengemukakan cadangan yang akan menyelesaikan masalah ini 100% namun saya ada beberapa idea untuk kita bincang bersama.\u00a0

Yang pertama, ingin saya tekankan bahawa pihak management pasukan Todak dan THQ untuk membuat kenyataan tentang apa yang telah terjadi sebenarnya. Dimanakah kesilapan yang mereka nampak dalam usaha mereka dan apakah tindak mereka untuk memperbaiki masalah ini.\u00a0

Kami penyokong Team Malaysia ibarat Ultras Team MLBB Malaysia berhak mengetahui perkara yang sebenar tanpa membabit hal peribadi pemain, jurulatih, penganalisa mahupun pihak management.

Seterusnya, sudah tiba masanya untuk pasukan-pasukan MLBB Malaysia melabur secara serious kepada jurulatih & penganalisa luar negara yang mempunyai kredibiliti tinggi.\u00a0

Kita ambil contoh Harimau Malaya yang dahulunya pada 4-5 tahun lepas bukanlah sebuah pasukan bolasepak yang degeruni tetapi apabila ada \u201ccoaching staff\u201d luar negara yang ada kredibiliti, kini kita boleh lihat perubahan positif.\u00a0

Jadi langkah yang sama perlu diambil oleh pasukan-pasukan Malaysia, saya pasti dengan sponsorship deals mereka mampu untuk menampung perbelanjaan ini.

Yang ketiga, cara persiapan Team MLBB Malaysia menghadapi setiap pertandingan antarabangsa harus diubah. Tidak cukup sekadar melakukan \u201cScrims\u201d dinegara sendiri. Seharusnya pasukan MLBB Malaysia melaksanakan \u201cbootcamp\u201d di region MLBB yang lebih kuat (Indonesia, Phillipines, Myanmar).\u00a0

Di dalam konteks \u201cbootcamp\u201d ini boleh selitkan perlawanan persahabatan bersama pasukan-pasukan kuat negara tersebut. Contoh di Phillipines seperti pasukan Echo, Blacklist dan di Indonesia seperti pasukan RRQ, Onic.\u00a0

Perkara ini akan mendedahkan lagi pasukan kepada saingan yang lebih kompetitif dan jurulatih & penganalisa yang berkaliber akan mengambil segala data \u201cbootcamp\u201d untuk mengukuhkan lagi persiapan mereka sebelum hari pertandingan antarabangsa tersebut.

Maka, kita sampai kepada cadangan saya yang terakhir iaitu pemilihan pemain yang mewakili pasukan MLBB. Kita tidak boleh nafi yang Malaysia mempunyai ramai anak muda yang berbakat dalam permainan MLBB ini.

Ada daripada mereka yang handal dari segi kepantasan jari mereka, ada daripada mereka yang mempunyai IQ permainan yang tinggi dan ada daripada mereka diibarat \u201cnatural born leader\u201d. Namun, bagaimana pemain-pemain ini boleh mempamerkan bakat mereka jikalau pasukan-pasukan sedia ada masih lagi memegang bakat lama mereka dimana prestasi mereka bukanlah sewaktu mereka \u201cprime\u201d.\u00a0

Pasukan-pasukan Malaysia wajib jujur dengan diri mereka untuk akui yang pemain mereka tidak menunjukan prestasi yang cemerlang dan harus dilepaskan atau diganti. Ianya ibarat pepatah bahasa inggeris \u201cyou can\u2019t teach old dogs new tricks\u201d yang membawa maksud sukar untuk kita mengajar orang lama teknik-teknik baharu.

Konklusinya, ini cuma pendapat dan cadangan saya seorang sahaja bukan apa yang dikatakan oleh saya disini semuanya betul. Ia terbuka kepada mana-mana pihak untuk berbincang secara professinal demi satu matlamat iaitu KEMBALIKAN MARUAH MLBB MALAYSIA.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gameplay-kita-ketinggalan-atau-pasukan-lain-semakin-hebat-ini-pendapat-adeen"} {"title": "Kecundang Di M4 - Ini Pendapat Kami Mengapa MPL MY Perlu Di \"Reset\"", "body": "

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, kedua-dua pasukan daripada Malaysia iaitu Team HAQ dan Todak terpaksa pulang awal setelah tewas ditangan pasukan Incendio Supremacy dan juga pasukan The Valley.

Rata-rata ramai yang kecewa dengan prestasi yang tiba-tiba merundum yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan ini. Selain dari peminat, shoutcaster M4 Malaysia juga turut merasa kecewa dan tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan selepas ini.

Pendapat kami, satu perubahan ataupun reset perlu dilakukan di peringkat MPL MY terlebih dahulu bagi memastikan kita dapat menunjukkan bakat-bakat baru dari tanah air kita.

Antara perubahan yang perlu dilakukan di peringkat MPL MY adalah memperbanyakan slot dari Qualifier Stage dan mengurangkan slot invited team ke Regular Season.

Setiap kali pendaftaran dilakukan untuk musim baru MPL MY, kita dapat lihat beratus-ratus pasukan yang mendaftar untuk menunjukkan bakat masing-masing. Pada MPL MY S11 sahaja lebih daripada 500 pasukan telah mendaftar namun hanya dua pasukan sahaja yang dapat ke Regular Season.

Apa yang kami risau adalah disebabkan peluang yang sangat tipis, ini akan membuatkan ramai pemain-pemain yang berputus asa dan ini akan memberikan impak kepada Moonton untuk pasaran di Malaysia.

Dengan memberikan slot yang lebih banyak kepada pasukan-pasukan daripada Qualifier, kita akan dapat melihat lebih banyak bakat-bakat baru dan mewujudkan gameplay yang lebih fresh untuk menghadapi pasukan-pasukan dari luar negara.

Jika sebelum ini hanya 2 slot sahaja yang disediakan untuk Qualifier, kami merasakan MPL MY perlu menambahkan slot tersebut kepada 6 slot daripada Qualifier. Namun slot untuk invited team dari MPL MY yang lepas perlu dikurangkan.\u00a0

Sebelum ini sebanyak 8 slot diberikan kepada pasukan-pasukan daripada MPL MY musim sebelumnya. Kami merasakan slot tersebut terlalu banyak dan ini membuatkan player-player dari luar dapat belajar dengan senang gameplay pasukan Malaysia kerana setiap kali musim MPL MY yang baru, mostly pasukan yang sama yang akan bertanding.

Dengan mengurangkan slot kepada 4 slot sahaja yang mana diberikan kepada Juara hingga Tempat Keempat sahaja bukan saja akan memperbanyakkan pasukan daripada Qualifier, malah ia akan memberikan persaingan yang lebih sihat kepada komuniti-komuniti Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia.

Satu lagi pendapat kami adalah berkenaan dengan pasukan tajaan di MPL MY. Namun untuk isu ini mungkin akan mendapat beberapa tentangan daripada organisasi esports di Malaysia dan ianya juga perlu mendapat campur tangan daripada badan induk esports di Malaysia.

Kami merasakan yang sebarang pengumuman penajaan pasukan perlu dilakukan sebelum Qualifier bermula lagi dan nama pasukan perlu disahkan sebelum Qualifier bermula lagi. Selain itu kontrak penajaan pasukan harus ada badan khas yang pasukan-pasukan baru ini boleh rujuk untuk sebarang soalan.

Kami tidak menidakkan yang banyak pasukan-pasukan yang hebat diperkenalkan oleh organisasi esports di Malaysia contohnya seperti Team HAQ yang mana sebelum ini bermain dibawah organisasi Orange Esports untuk MPL MY musim kesembilan dan berjaya mendapat tempat Kedua dalam kejohanan tersebut.

Namun kita juga tidak boleh tutup mata dengan apa yang berlaku diantara Team Lunatix dan juga Team Lemah pada baru-baru ini. Kes-kes seperti ini perlu ditangani dengan segera supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil perluang atas kedaifan pemain-pemain baru ini.\u00a0

Ini hanyalah pendapat kami dari sebuah Gaming Media di Malaysia yang tidak putus menyokong pasukan daripada Malaysia sejak dari M1 lagi. Jadi dengan itu kami mengharapkan yang pada M5 nanti kita mampu menunjukkan perubahan yang positif.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kecundang-di-m4-ini-pendapat-kami-mengapa-mpl-my-perlu-di-reset"} {"title": "Marvel SNAP Patch Januari 2023 - Card Yang Akan Menerima Buff Dan Nerf", "body": "

Pada 10 Januari 2023 yang lepas, pihak developer Marvel SNAP iaitu Second Dinner Studio telah mengumumkan patch notes untuk Januari 2023.

Dalam Patch terbaru ini nampaknya ada beberapa card yang akan menerima buff dan nerf. Berikut adalah kad-kad yang menerima Buff dan Nerf untuk update terbaru ini.

Aero

Power Aero telah dikurangkan daripada 8 kepada 7 sahaja. Nerf ini disebabkan Aero merupakan sebuah card yang mampu mengacau dan mengubah permainan secara drastik.\u00a0

Galactus

Power Galactus telah dikurangkan daripada 3 kepada 2 sahaja. Disebabkan winrate yang terlampau tinggi, pihak developer mengambil keputusan untuk memberikan Nerf kepada card yang menjadi kegemaran ramai ini.

Leader

Power Leader telah dikurangkan daripada 4 kepada 3 sahaja. Banyak pemain-pemain yang mengadu tentang betapa menyampahnya mereka apabila terpaksa berlawan dengan player yang menggunakan card ini.

Nova

Power Nova dikurangkan daripada 2 kepada 1 sahaja. Nerf ini diberikan kerana untuk sebuah card yang mempunyai kos 1 sahaja, Nova dilihat terlalu overpower. Disebabkan itu Power untuk Nova dikurangkan.

Drax

Power Drax telah ditambah daripada 4 kepada 5. Bukan itu sahaja, skill On Reveal Drax juga telah diubah yang mana sebelum ini akan memberikan +4, sekarang ianya cuma akan memberikan Drax +3 sahaja.

Groot

Sama seperti Drax, Groot juga menerima perubahan Power dan skill. Power Groot telah ditambah daripada 3 kepada 4. Untuk skill, sebelum Groot akan menerima +3 namun dengan Patch terbaru ini ianya telah dikurangkan kepada +2.

Hazmat

Power Hazmat telah ditambah daripada 1 kepada 2. Menurut developer, walaupun Deck yang menggunakan Hazmat boleh dikatakan agak hebat, namun Hazmat sebagai solo card dilihat agak under power. Disebabkan itu sedikit Buff telah diberikan kepada Hazmat.

Black Cat

Power Black Cat telah ditambah daripada 6 kepada 7. Walaupun dilihat sebagai card yang mempunyai power yang tinggi dengan kos yang sedikit, Black Cat merupakan antara card yang paling jarang dimainkan. Disebabkan itu developer telah memberikan sedikit Buff bagi menarik minat pemain untuk menggunakan Black Cat.

Nakia

Power Nakia telah dinaikkan daripada 1 kepada 2. Sama seperti Black Cat, walaupun mempunyai mekanik yang agak menarik untuk dimainkan, Nakia juga merupakan antara card yang jarang dimainkan. Dengan Buff ini, developer mengharapkan Nakia akan lebih banyak dimainkan oleh pemain.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-snap-patch-januari-2023-card-yang-akan-menerima-buff-dan-nerf"} {"title": "Mobile Legends: Lima Hero Ini Sangat Sesuai Untuk Gunakan Berserker Fury", "body": "

Untuk hero yang menggunakan serangan pantas seperti Assassins, Fighters dan Marksman, Berserker Fury adalah item yang sangat berguna untuk mengalahkan musuh. Kami akan senaraikan lima hero yang sesuai menggunakan item ini.

\u00a0

Alucard

Alucard adalah hero jenis Fighter yang akan menjadi sangat kuat apabila menggunakan Berserker Fury ini. Dengan gabungan item ini dengan skil yang Alucard ada, ianya akan mempercepatkan serangan dan meningkatkan tahap damage terhadap musuh.

\u00a0

Irithel\u00a0

Hero jenis Marksman ini sangat bergantung kepada corak serangan yang pantas untuk membunuh musuh. Kebolehan Irithel seperti critical hits, attack speed dan damage akan meningkat dengan lebih banyak jika Irithel menggunakan item Berserker Fury ini sekali gus dapat mematikan musuh dengan sangat cepat.

\u00a0

Helcurt

Helcurt adalah seorang hero Assassin yang sangat memerlukan damage tambahan untuk membunuh musuh dengan cepat. Critical hit akan meningkat dengan banyak semasa Helcurt menggunakan item ini.\u00a0

\u00a0

Claude

Claude adalah seorang hero yang bergantung kepada kelajuan serangan dan pergerakan yang mobiliti untuk membunuh musuh. Sebagai Marksman, serangan pantas dan tahap damage adalah faktor penting dalam memaksimumkan kebolehan Claude

\u00a0

Lesley

Hero terakhir dalam senarai kami adalah Lesley. Lesley mempunyai kebolehan yang akan meningkatkan critical damage terhadap musuh. Dengan kebolehan yang dimiliki Lesley dan item Berserker Fury, ianya akan membantu Lesley menumpaskan musuh dengan mudah walaupun musuh tidak berada secara dekat. \u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-lima-hero-ini-sangat-sesuai-untuk-gunakan-berserker-fury"} {"title": "Marvel Future Fight Perkenalkan Kandungan Bertemakan Guardians Of The Galaxy Vol. 3", "body": "

Permainan RPG yang dibangunkan oleh Netmarble, Marvel Future Fight kini telah menerima update terbaru iaitu kandungan yang diinspirasikan oleh filem dari Marvel Studios, Guardians of the Galaxy Vol.3. Pemain akan mendapat uniform dan kandungan PVP yang baru.

Star-Lord, Rocket, and Mantis are set to arrive in the v900 update. Check out their new looks inspired by Marvel Studios' \"Guardians of the Galaxy Vol. 3\" and the New PvP Content \"Otherworld Battle\". #MarvelFutureFight pic.twitter.com/2KS6PwEBsr

\u2014 Marvel Future Fight (@Marvel_FFightUS) May 3, 2023

Memandangkan filem GOTG Vol . 3 mula ditayangkan di seluruh dunia, update terbaru permainan ini akan menampilkan tiga uniform yang diinspirasikan filem GOTG Vol. 3. Star-Lord, Rocket Racoon dan Mantis akan mengenakan uniform baru ini.

Sebagai tambahan, permainan ini juga telah menambah kandungan PVP terbaru iaitu Otherworld Battle. Ianya adalah suatu mod PVP di mana pemain akan membentuk satu pasukan dan memilih lima hero berbeza serta menyertai dalam pertarungan.

Selain uniform dan PvP, update terbaru ini juga akan menampilkan sistem growth baru, 'X of Swords' yang diinspirasikan oleh Marvel Comics. Sama seperti Comics Card, kesemua hero akan mendapat kesan daripada sistem ini.\u00a0

Marvel Future Fight adalah permainan RPG yang dibuat dan dikelurakan oleh Netmarble. Permainan kini tersedia di platform mudaah alih iaitu Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-future-fight-perkenalkan-guardians-of-the-galaxy-vol-3"} {"title": "Tidak Sampai Setahun, EA Tutup Apex Legends Mobile Selama-Lamanya", "body": "

Pemain Apex Legends Mobile sudah pasti merasa kekecewaan apabila Electronic Arts mengumumkan yang mereka telah menutup permainan battle royale ini buat selama-lamanya mulai 1 Mei yang lalu.\u00a0

Apex Legends Mobile ini dilancarkan pada 17 Mei 2022 selepas 3 tahun EA mengumumkan yang mereka akan membangunkan permainan ini pada Mei 2019. Permainan ini mempunyai permulaan yang memberangsangkan selepas mendapat hasil sebanyak $13 juta USD dan mencapai 22 juta muat turun. Google dan Apple juga pernah menamakan permainan ini sebagai permainan terbaik pada tahun 2022.

Walaupun bermula dengan cemerlang, permainan ini mula menunjukkan kegagalan apabila banyak masalah yang berlaku. Antara masalah tersebut adalah terdapat bug yang banyak, kurang permasaran dan kekurangan event. Bug seperti \u2018hopping bunny\u2019 telah dieksploitasi pemain lama menyebabkan pemain baru mula meninggalkan permainan ini. Kekurangan kandungan baru juga menyebabkan ramai pemain tidak bermain permainan ini.\u00a0

Permainan sudah tidak boleh dicapai di Google Play Store dan Apple Store mulai 1 Mei lalu. Akaun yang telah link dengan permainan ini tidak akan mendapat sebarang refund bagi setiap pembelian dan pemain sudahpun dinasihatkan untuk menghabiskan kesemua currency dalam permainan sebelum server ditutup.

Bagi korang yang meminati permainan ini, korang masih lagi dapat bermain di platform lain iaitu PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Nintendo Switch.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tidak-sampai-setahun-ea-tutup-apex-legends-mobile-selama-lamanya"} {"title": "Genshin Impact Lancarkan Satu Lagi Kolaborasi Dengan Pizza Hut", "body": "

Genshin Impact dan Pizza Hut sekali lagi bekerjasama dan merupakan pertama kali mereka berkolaborasi luar dari negara China. Mereka memilih negara Jepun sebagai destinasi seterusnya untuk menjalankan kolaborasi ini.

HoYoverse sebelum ini mendedahkan Genshin Impact dan Pizza Hut bekerjasama di China. Bagi setiap pembelian, pelanggan di China akan mendapat merchandise seperti banner, cawan minuman dan kotak pizza yang mengandungi dua watak dalam Genshin Impact iaitu Yelan dan Ningguang.

Akaun Twitter rasmi kepunyaan Pizza Hut Jepun mendedahkan kolaborasi antara francais makanan popular ini dengan Genshin Impact akan datang ke Jepun pada 9 Mei ini. Pelanggan yang datang ke Pizza Hut akan mendapat kotak pizza yang mengandungi ilustrasi Yelan dan Ningguang.\u00a0

\u3010\ud83d\udce2\u65b0\u60c5\u5831\u2728\u3011

\uff0f#\u30d4\u30b6\u30cf\u30c3\u30c8 \u00d7 #\u539f\u795e
\u30ad\u30e3\u30f3\u30da\u30fc\u30f3\u5b9f\u65bd\u6c7a\u5b9a\u203c\ufe0f\ud83c\udf55
\uff3c

5\u67089\u65e5\uff08\u706b\uff09\u3088\u308a\u5168\u56fd\u306e\u30d4\u30b6\u30cf\u30c3\u30c8\u306b\u3066\u958b\u59cb\uff01

\u25bc\u8a73\u7d30\u306f\u753b\u50cf\u3092\u30af\u30ea\u30c3\u30af

\u2014 \u30d4\u30b6\u30cf\u30c3\u30c8 (@Pizza_Hut_Japan) May 2, 2023

Permainan Genshin Impact ini sangat popular di negara China dan Jepun dan kolaborasi ini sangat disambut baik oleh penduduk dua negara itu. Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai kolaborasi ini di negara lain, pemain Genshin Impact tidak sabar menantikan apakah kandungan baru dalam permainan ini pada masa akan datang.\u00a0

Genshin Impact kini tersedia di platform Android, iOS, PC, PlayStation 4 dan PlayStation 5. HoYoverse juga sedang membangunkan permainan ini untuk platform Nintendo namun masih belum ada tarikh rasmi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/genshin-impact-lancarkan-satu-lagi-kolaborasi-dengan-pizza-hut"} {"title": "Square Enix Keluarkan Trailer Bagi DLC Forspoken", "body": "

Square Enix dan Luminous Productions telah mengeluarkan video terbaru yang memaparkan DLC pertama bagi permainan Forspoken. DLC ini telah dinamakan \u2018In Tanta We Trust\u2019.

Dijadualkan keluar pada 26 Mei ini, DLC ini berlatar belakangkan masa 25 tahun sebelum peristiwa Forspoken. DLC ini akan mengisahkan Frey yang mencari jalan untuk menghapuskan \u2018The Break\u2019 daripada dunia Athia. Namun semasa gigih mencari cara untuk menghapuskannya, Frey mengikuti suara misteri yang membawa ke peperangan \u2018Purge of the Rheddig\u2019.

Dalam keadaan kecederaan dan pakaiannya berlumuran darah, Frey menemui dirinya di Athia yang berada di ambang kumusnahan. Ditemani Tanta Cinta dan suatu set magik baru, Frey perlu mencari segala jawapan mengenai peperangan yang berlaku di Athia serta\u00a0

DLC \u2018In Tanta We Trust\u2019 ini akan tersedia untuk platform PC dan PlayStation 5. Jika korang membeli edisi \u2018Digital Deluxe\u2019, korang akan dapat early access DLC ini pada 23 Mei ini. Bagi korang yang sudah mempunyai permainan ini, korang perlu membeli DLC ini secara berasingan.\u00a0

Forspoken kini tersedia di PlayStation 5 dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/square-enix-keluarkan-trailer-bagi-dlc-forspoken"} {"title": "Moonton Lakukan Beberapa Perubahan Pada Update 1.7.80", "body": "

Untuk update 1.7.80, Moonton Games telah melakukan beberapa perubahan seperti perlarasan hero dan equipment. Antara hero yang terlibat dalam perubahan tersebut adalah Valentina, Novaria, Baxia, Carmilla dan Silvanna.\u00a0

HERO

Valentina

Moonton telah buffed \u2018cooldown ratio\u2019 bagi ultimate Valentina.

Ultimate (\u2191)

Cooldown Ratio: 130%-100% >> 120%-100%

\u00a0

Novaria\u00a0

'Damage' kepunyaan Novaria pada peringkat awal dan pertengahan permainan telah dipertingkat oleh Moonton.

Passive (\u2191)

Astral Sphere\u2019s Explosion Base Damage: 240-440 >> 275-450

Ultimate (\u2191)

Mana Cost: 150-300 >> 150-0

\u00a0

Ixia\u00a0

Moonton telah mengurangkan sedikit damage range kepunyaan Ixia serta damage dari permulaan sehingga pertengahan permainan.

Passive (\u2193)

Base Damage: 40 >> 0

Ultimate (\u2193)

Bonus Damage: 80-240 >> 60-240

Cooldown: 38-32s >> 48-36s

\u00a0

Carmilla\u00a0

Ultimate (\u2191)

Cooldown: 60-50s >> 60-44s

\u00a0

Silvanna

Moonton sedang membuatkan Silvanna lebih \u2018unstoppable\u2019 ketika ultimatenya tetapi mengurangkan kemampuannya ketika bukan ultimate.

Skill 2 (\u2193)

Effect Yang Dibuang: Silvanna tidak boleh diganggu ketika melakukan skill ini.

Ultimate (\u2191)

Effect Baru: Silvanna kini kebal terhadap \u2018control effect\u2019 ketika berada dalam Circle of Light.

EQUIPMENT

Selain melakukan beberapa perubahan pada hero, Moonton juga akan melakukan beberapa perlarasan terhadap equipment.

Molten Essence (\u2193)

Damage Bonus: 0.8% HP maksimum >> 0.6% HP maksimum.

\u00a0

EMBLEM

Moonton telah melakukan perubahan pada \u2018Talents\u2019 untuk memberikan lebih banyak pilihan pada hero yang berbeza.

\u00a0

Standard Talents (Tier 2)

Common \u2013 Life Drain: HP Regen 2% >> 2.5%

Tank \u2013 Tenacity: HP: 40% >> 50%, Pertambahan Defense: 15 >> 20

Assassin \u2013 \u00a0Pertambahan Damage: 3% >> 4%

Support \u2013 Pull Yourself Together: Pengurangan Masa Respawn >> Pengurangan \u2018Equipment Active Skill CD\u2019

\u00a0

Core Talents (Tier 3)

Common \u2013 \u2018Open Fire\u2019 diganti dengan [Impure Rage: Moonton telah menyelaras damage, cooldown and Mana Regen untuk Talent yang lama.

Deal Magic Damage bersamaan dengan 4% HP target terkini >> 50-225 Adaptive Damage\u00a0

Cooldown: 3s >> 5s

Mana Regen: 2% >> 3%

Common \u2013 Quantum Charge: HP restored: 30% Physical Attack >> 120-520\u00a0

Fighter \u2013 Brave Smite: Cooldown: 8s >> 6s\u00a0

\u00a0

Perubahan Lain:\u00a0

Mengoptimumkan animasi bagi tempoh kekebalan semasa ultimate Sun.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-moonton-lakukan-beberapa-perubahan-pada-update-1-7-80"} {"title": "Midnight Suns Sah Tidak Akan Keluar Di Platform Nintendo Switch", "body": "

Berita yang menyedihkan buat pemain Nintendo Switch apabila Firaxis Games dan 2K Games telah membatalkan rancangan mereka untuk mengeluarkan permainan Midnight Suns di platform tersebut.\u00a0

Firaxis Games dijangka membangunkan permainan Midnight Suns di platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One selepas mereka melancarkan Midnight Suns di platform PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S pada Disember tahun lepas. Namun mereka kini telah berhenti untuk mengeluarkan permainan tersebut di platform Nintendo Switch.

Pembatalan permainan ini di platform Nintendo Switch mungkin berkait dengan pembabitan pasukan pembangunan yang kini mungkin lebih fokus untuk membangunkan permainan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Bagi pemain yang bermain di platform PlayStation 4 dan Xbox One, mereka akan dapat bermain kesemua empat pek DLC. Empat DLC tersebut mempunyai empat hero Marvel seperti Deadpool, Venom, Morbius dan Storm.

Midnight Suns kini sudah tersedia di platform PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. 2K Games akan mengeluarkan permainan ini di platform PS4 dan Xbox One pada 11 Mei ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/midnight-suns-sah-tidak-akan-keluar-di-platform-nintendo-switch"} {"title": "Trailer Terbaru Gran Turismo Pamerkan Kisah Benar Pelumba GT", "body": "

Gamers sejati pasti amat teruja selepas Sony Pictures Entertainment telah mengeluarkan trailer rasmi bagi filem Gran Turismo. Kehadiran filem yang mengetengahkan permainan Gran Turismo ini bukan sahaja memberi berita gembira kepada gamers Gran Turismo bahkan kepada peminat kereta juga.

Filem Gran Turismo ini adalah berdasarkan kisah benar mengenai seorang pelumba dari British yang bernama Jann Mardenborough. Filem ini akan mengikuti perjalanan karier Mardenborough yang bermula dengan bermain permainan Gran Turismo sehingga menjadi pelumba Nissan. Ianya memfokuskan pertandingan GT Academy di mana Mardenborough menang pada tahun 2011.

David Harbour yang pernah membintangi siri Stranger Things dan filem Black Widow akan berlakon sebagai seorang pelatih yang bernama Jack Salter. Bersama David Harbour, seorang lagi aktor terkenal, Orlandio Bloom juga akan membintangi filem ini. Bloom akan memegang watak Danny Moore yang mengambil kisah Darren Cox, seorang eksekutif Nissan UK yang bertanggungjawab membangunkan pertandingan GT Academy.\u00a0

Selain dua orang bintang ini, Archie Madekwe akan memegang watak sebagai Jann Mardenborough. Seorang lagi pelakon adalah Djimon Hounsou yang pernah muncul dalam banyak filem superhero seperti Guardians of the Galaxy, Captain Marvel, Shazam dan Black Adam.\u00a0

Filem Gran Turismo ini akan ditayangkan pada 11 Ogos tahun ini. Manakala permainan Gran Turismo 7 kini tersedia pada platform PlayStation 5 dan PlayStation 4.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-terbaru-gran-turismo-pamerkan-kisah-benar-seorang-pelumba-gt"} {"title": "5 Permainan Mudah Alih Terbaik Yang Boleh Dimainkan Mei Ini", "body": "

Kini sudah masuk bulan Mei, pelbagai permainan mudah alih yang baru telah diperkenalkan. Untuk itu, kami akan membantu korang untuk senaraikan lima permainan mudah alih terbaik untuk korang cuba nanti.\u00a0

Honkai Star Rail

Permainan RPG yang mengetengahkan 'space fantasy' ini telah dilancarkan pada 26 April lalu dan pastinya menjadi permainan terhangat yang boleh dimainkan sekarang.

Dibangunkan miHoYo dan dikeluarkan HoYoverse, permainan ini akan membawa pemain mengembara angkasa dengan Astral Express di samping perlu menempuhi beberapa cabaran.

Honkai Star Rail ini sudah tersedia di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Android dan iOS.\u00a0

\u00a0

Higan: Eruthyll

Higan: Eruthyll adalah sebuah permainan strategi RPG yang dibangunkan BILIBILI. Permainan ini menampilkan visual effect yang menakjubkan dan reka bentuk watak yang sangat terperinci.\u00a0

Sebagai pengarah Gopher Troupe, pemain akan bekerjasama dengan ahli Troupe dan perlu mengalahkan \u2018jiwa\u2019 Fantasyland untuk memberi harapan baru kepada planet Eruthyll.

Permainan ini tersedia di platform Android dan iOS.

\u00a0

Farlight 84

Selepas penantian selama 2 tahun selepas diumumkan, permainan ini secara rasminya sudah dilancarkan pada 24 April lalu. Permainan ini telah dibuat oleh Farlight Games dan dikeluarkan oleh Lilith Games.

Permainan ini berlatarkan tahun 2084 di mana suatu wabak telah menyerang manusia. Farlight 84 memberi pilihan kepada pemain untuk menggunakan pelbagai kenderaan dan senjata semasa bertempur. Terdapat juga mod yang menarik dalam permainan ini seperti \u2018HUNT,\u2019 'Team Deathmatch' dan 'Bayfront Rally'.

Selain Android dan iOS, permainan ini juga tersedia di platform PC melalui Steam.\u00a0

\u00a0

Obey Me! Nightbringer

Obey Me! Nightbringer pastinya sangat sesuai bagi gamers yang menginginkan permainan RPG yang mengetengahkan plot penceritaan yang kuat.

Diadaptasi dari siri TV anime yang popular, Obey Me!, permainan ini mengisahkan protagonis yang terperangkap di masa lalu yang ketika itu baru melepasi peperangan Great Celestial. Tujuh beradik yang turun dari Celestial Realm perlu membantu protagonis untuk kembali ke masa asal.\u00a0

Permainan yang dibangunkan NTT Solmare Corp kini tersedia di platform Android dan iOS. Permainan ini sudah lancarkan pada 12 April yang lalu.\u00a0

\u00a0

NFL Rivals

NFL Rivals adalah permainan yang mempunyai lesen NFL yang menawarkan pengalaman NFL yang hebat kepada gamers. Dalam permainan ini, pemain boleh menjadi jurulatih, pengurus atau bertindak sebagai majikan kepada pasukan.

Dibangunkan oleh dan dikeluarkan oleh, pemain akan membentuk pasukan yang kuat di samping mengumpul kad pemain dan meng'upgrade' mereka. Pemain perlu mengharungi musim yang mencabar untuk memenangi trofi Super Bowl.

Permainan yang dibangunkan Mythical Games ini telah dilancarkan pada 27 April lalu. Permainan ini tersedia di platform Android dan iOS.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/5-permainan-mudah-alih-terbaik-yang-boleh-dimainkan-mei-ini"} {"title": "Asal Usul Watak High Evolutionary Menurut Komik Marvel", "body": "

Seperti yang kita lihat pada filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Thanos bukanlah satu-satunya supervillain wujud dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Selain dari variasi Kang, satu lagi supervillain juga bakal hadir dalam MCU tidak lama lagi melalui filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang mana bakal ditayangkan pada 4 Mei 2023 nanti.

Supervillain tersebut adalah High Evolutionary yang mana akan dilakon oleh Chukwudi Iwuji dan dikatakan mempunyai kaitan dengan Rocket Racoon dan juga Adam Warlock dalam filem ini.

High Evolutionary ataupun nama sebenarnya Herbert Edgar Wyndham pada asalnya hanyalah seorang manusia biasa dan seorang saintis yang bercita-cita untuk mengubah genetik manusia yang lebih hebat.

Watak ini mula muncul dalam komik Marvel pada tahun 1966 dalam komik The Mighty Thor isu #134. Dia juga dikatakan bertanggungjawab untuk kuasa yang dimiliki oleh Scarlet Witch dan juga Quicksilver.

Dalam experiment yang dilakukan oleh High Evolutionary, dia telah berjaya menggabungkan DNA haiwan dan juga manusia yang akhirnya terciptalah makhluk yang diberi nama \u201cNew Man\u201d.

Kebolehannya mengubah dan menggabungkan genetik haiwan dan manusia bukan sahaja telah mendapat perhatian daripada superhero Marvel seperti Avenger, Hulk dan juga X-Men malah supervillain juga tahu akan kewujudannya seperti Galactus dan juga Celestials.

Selain melakukan perubahan genetik kepada haiwan dan manusia lain, dia juga telah melakukan perkara yang sama terhadap dirinya sendiri.\u00a0

Experiment yang dilakukan terhadap dirinya telah membuatkan tahap kecerdikan yang lebih dari manusia biasa dan juga dikatakan lebih cerdik dari Mr, Fantastic, Doctor Doom, Hank Pym dan juga Iron Man sendiri!

Dengan kecerdikan yang dimiliki olehnya, dia bukan sahaja berjaya mencipta New Man malah berjaya membuat satu planet khas untuk diduduki oleh makhluk ciptaannya yang mana menyerupai bumi. Planet ini digelar sebagai Counter Earth.

Walaupun High Evolutionary versi MCU nampaknya agak berbeza sedikit dengan dengan versi komik asalnya, namun kekuatan dan kecerdikan yang dimiliki olehnya sudah tentu akan membuatkan Guardian of the Galaxy tidak akan menang dengan mudah kali ini.

Jangan lupa saksikan Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang akan tiba pada 4 Mei 2023 ini dipawagam yang terdekat!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asal-usul-watak-high-evolutionary-menurut-komik-marvel"} {"title": "Ura-Ura Margot Robbie Bakal Membawa Watak Sue Storm", "body": "

Berita mengenai Marvel Studios untuk mengambil seorang pelakon yang memegang watak ikonik dari DC sememangnya telah mengejutkan peminat. Daniel Richtman melaporkan bahawa Margot Robbie telah ditawarkan untuk membintangi filem reboot Fantastic Four sebagai Sue Storm.

Margot Robbie

Sebelum ini, beberapa pelakon dikhabarkan akan memegang watak Sue Storm atau nama superheronya, Invisible Woman. Pelakon tersebut adalah Vanessa Kirby, Jodie Comer, Allison William dan Mila Kunis. Agak janggal, ada khabar angin melaporkan Mila Kunis akan memegang watak the Thing yang merupakan seorang lelaki bertubuh sasa!

Laporan ini mengenai Robbie ini adalah selepas kira-kira dua minggu Richtman melaporkan yang Adam Driver hampir untuk ditandatangani sebagai Reed Richards dalam filem reboot Fantastic Four. Walau bagaimanapun, semua khabar angin ini masih belum dimuktamadkan oleh Marvel Studios.\u00a0

Marvel Studios kini sedang fokus untuk mencari pelakon bagi watak Reed Richards dan Sue Storm sebelum memilih pelakon untuk ahli Fantastic Four yang lain. Ada khabar angin mengatakan Marvel Studios dalam perbincangan dengan Paul Mescal dan Antonio Banderas bagi watak Johnny Storm dan Galactus.

Filem Fantastic Four dijangka ditayangkan pada 14 Februari 2025.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/seorang-pelakon-dari-dc-ditawarkan-untuk-membintangi-reboot-fantastic-four"} {"title": "Roster Lengkap Pasukan Malaysia Untuk Overwatch World Cup 2023", "body": "

Hari ini Overwatch Malaysia telah memperkenalkan roster lengkap pasukan Malaysia yang akan bertanding di Overwatch World Cup 2023 (OWWC 2023).\u00a0

Berikut merupakan pemain yang akan bermain untuk pasukan Malaysia:

Pasukan ini akan melakukan debut pertama mereka pada APAC Derby yang mana akan berlangsung pada 5 Mei 2023 sehingga 7 Mei 2023. Pasukan Malaysia akan menentang pasukan Hong Kong pada 5 Mei 2023 pada jam 10.00pm dan pasukan Filipina pada 6 Mei 2023 pada jam 8.30pm.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roster-lengkap-pasukan-malaysia-untuk-overwatch-world-cup-2023"} {"title": "5 Hero Terbaik Untuk Counter Argus The Dark Angel", "body": "

Watak Argus merupakan salah satu hero yang berbahaya di dalam permainan Mobile Legends dan telah memberikan banyak masalah kepada opponent yang perlu menentangnya. Hero ini menjadi lebih kuat dan kebal selepas telah direvamp oleh Mobile Legends.\u00a0

Kami akan senaraikan 5 Hero terbaik yang boleh korang gunakan untuk counter Argus ini.

Lancelot

Lancelot adalah pilihan pertama yang korang boleh gunakan kerana sama seperti Argus, Lancelot juga menggunakan pedang.

Bukan itu sahaja, keupayaan basic attack dan kepantasan Lancelot mampu menyakitkan Argus. Argus mampu ditewaskan dengan mudah jika pemain pandai menggunakan Lancelot.

Gatotkacha

Hero yang berasal dari Indonesia adalah salah satu hero terbaik untuk menentang Argus. Hero ini adalah sejenis tank yang mempunyai daya ketahanan yang agak tinggi menjadikan ianya agak kebal.

Semasa awal permainan, korang perlu menggerakkan Gatotkacha untuk merantai pergerakan Argus kerana kekuatan pertahanan dan serangan Gatotkacha sangat ampuh.

Valir\u00a0

Pengguna Argus tidak boleh memandang rendah keupayaan Valir kerana Valir boleh menjadikan skil keduanya sebagai perlindungan ketika mempertahankan diri dari skil pertama Argus.\u00a0

Skil pertama Valir juga membolehkan Argus untuk sukar bergerak. Dengan penggunaan combo yang betul, Argus akan tidak dapat berlawan dan seterusnya mati tanpa bertempur.\u00a0

Chou\u00a0

Chou adalah antara hero fighter yang tidak boleh dianggap lemah kerana Chou mempunyai tiga ability untuk melakukan crowd control. Ketiga-tiga ability ini adalah sangat berbahaya.

Pemain perlu mengunci pergerakan Argus dan melakukan serangan balik apabila ingin mengalahkan Argus.

Akai

Walaupun mengambil posisi sebagai Tank, Akai masih lagi boleh digunakan untuk bertempur menentang Argus.\u00a0

Dalam pertarungan, Akai boleh menahan Argus untuk tidak bergerak memaksa pemain yang menggunakan Argus untuk bergerak ke penjuru dan seterusnya langsung tidak boleh bergerak.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-5-hero-terbaik-untuk-counter-argus"} {"title": "Super Mario Bros. Catat Keuntungan Besar, Kutip $1 Billion USD", "body": "

Super Mario Bros. mencatat kejayaan besar apabila menjadi filem pertama pada tahun 2023 yang mengutip kutipan melepasi $1 billion USD di box office peringkat global.

Setakat pada Ahad lalu, filem adaptasi permainan video ini telah memperolehi $490 juta USD di Amerika Utara dan $532 juta dari seluruh dunia. Filem ini menjadi filem kelima selepas pandemik yang mencatat kutipan melepasi $1 billion. Empat filem tersebut adalah Spider-Man: No Way Home, Top Gun: Maverick, Jurassic World Dominion dan Avatar: The Way of Water.

Selepas 5 hari tayangan yang bermula pada 5 April lalu, filem ini sudah mencatat kutipan sebanyak $377 juta USD dari seluruh dunia sekali gus menjadikan filem ini dengan kutipan terbesar pada minggu pembukaan tahun 2023 mengalahkan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, filem ini mengisahkan dua orang tukang paip yang tinggal di Brooklyn iaitu Mario dan Luigi telah diserap masuk ke sebuah dunia yang misteri, Mushroom Kingdom. Mereka perlu menentang kejahatan Bowser yang ingin memusnahkan Mushroom Kingdom.

Filem animasi yang dibintang pelakon suara seperti Chris Pratt dan Anya Taylor Joy ini sudah ditayangkan di Malaysia mulai 20 April yang lalu.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/super-mario-bros-catat-keuntungan-besar-kutip-1-billion-usd"} {"title": "Rally Horizon - Permainan Racing Baru Keluaran Graypow", "body": "

Permainan racing sememangnya sangat digemari para gamers dan terdapat banyak pilihan kepada gamers untuk memuat turun mana-mana permainan racing. Graypow mengeluarkan suatu permainan baru yang kini boleh dimuat turun di platform Android yang berjudul Rally Horizon.\u00a0

Graypow sebelum ini pernah membangunkan permainan yang melibatkan kereta seperti Heat Gear dan Parking World: Drive Simulator. Permainan baru ini akan bersaing dengan permainan racing yang lain seperti Asphalt 9: Legends dan Grid Autosport.

Dalam permainan ini, pemain akan berlumba dengan beberapa supercar di trak perlumbaan yang terletak di seluruh dunia. Setiap kereta telah direka bentuk secara khas, dari bunyi kenderaan sehingga ke peringkat pengubahsuaian, memberikan pengalaman yang menakjubkan semasa permainan.

Buat pengetahuan korang, permainan ini adalah offline jadi korang tidak perlu sambungan internet semasa bermain. Akan tetapi, permainan ini tidak mempunyai cloud save di mana segala kemajuan dan pembelian akan hilang jika anda delete permainan ini.\u00a0

Rally Horizon kini sudah tersedia di platform Android dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Masih tiada berita rasmi mengenai keluaran di platform iOS.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rally-horizon-permainan-racing-baru-keluaran-graypow-kini-tersedia-di-android"} {"title": "Todak Benamkan Team SMG 4 Berbalas 0", "body": "

Hari ini telah berlangsungnya Grand Final MPL MY Musim Kesebelas yang mana dua pasukan terhebat iaitu Team SMG akan bertemu dengan Todak.\u00a0

Kali terakhir Team SMG berjaya menjulang piala MPL MY adalah pada MPL MY S8 yang mana mereka berjaya mengalahkan Todak dengan Mata 4 berbalas 0 dan berjaya mendapatkan slot untuk bertanding di M3.

Namun pada MPL MY S9 Team SMG telah pulang awal apabila tewas kepada Team Caracal pada peringkat Lower Bracket Quarter Finals MPL MY S9 dan Todak berjaya muncul juara untuk MPL MY musim tersebut apabila mereka mengalahkan Orange Esports dengan mata 4 berbalas 1.

Jadi untuk Grand Finals kali ini, apabila Todak sekali lagi akan bertembung dengan Team SMG, sudah pastinya ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit dimana bukan saja piala MPL MY S10 sahaja yang menjadi pertaruhan tapi juga slot untuk bertanding di MSC 2023 (MLBB Southeast Asia Cup 2023) akan datang.

Untuk Grand Finals, Team SMG dan Todak akan berlawan dalam perlawanan Best of 7.\u00a0

ROUND 1

Pada round yang pertama, Team SMG membawa masuk Beatrix, Kufra, Lylia, Martis dan juga Arlott. Manakala Todak pula membawa masuk Karrie, Atlas, Pharsa, Lancelot \u00a0dan juga Joy.

Pada awal perlawanan, Team SMG nampak berjaya mengawal perlawanan namun Todak kembali bangkit dan terus menghukum Team SMG. Penggunaan Joy oleh Momo sering kali mengganggu pergerakan Team SMG dan akhirnya Todak berjaya memenangi round yang pertama.

ROUND 2

Untuk round kedua, Team SMG membawa masuk Beatrix, Kufra, Valentina, Lancelot, dan Gloo manakala Todak membawa masuk Lapu-Lapu, Martis, Pharsa, Chou dan juga Karrie.

Team SMG nampak seperti sudah bangkit dari round pertama apabila berjaya merusuh base Todak bertubi-tubi namun Todak tidak mahu tumbang begitu sahaja apabila mereka berjaya mempertahankan base mereka dan melakukan serangan balas kepada Team SMG dan akhirnya berjaya mengunci point kedua untuk mereka.\u00a0

ROUND 3

Untuk pusingan ketiga, Todak telah memilih Karrie, Kufra, Valentina, Akai dan juga Joy manakala Team SMG pula membawa masuk Arlott, Martis, Lunox, Atlas dan juga Claude.

Dengan berjaya mengumpul 2 mata sebelum ini, Todak nampaknya lebih bersedia untuk menundukkan Team SMG pada round ketiga. Ini dapat dilihat apabila Team SMG cuma mampu menjatuhkan 1 sahaja Tower pasukan Todak dan akhirnya Todak sekali lagi berjaya menumbangkan Team SMG pada pusingan ketiga ini.\u00a0

ROUND 4

Untuk pusingan keempat, Team SMG perlu bangkit bagi menghalang kemaraan Todak. Team SMG telah memilih Natan, Lolita, Faramis, Lancelot dan juga Arlott. Manakala Todak pula membawa masuk Karrie, Atlas, Valentina, Akai dan juga Lapu-Lapu.

Mendahagakan sekali lagi gelaran juara, Todak terus membuat serangan bertubi-tubi kepada Team SMG. Walaupun Team SMG telah mencuba sedaya upaya untuk menepis serangan daripada Todak namun itu tidak mencukupi. Dengan serangan tanpa henti, Todak telah sekali lagi berjaya menumbangkan Team SMG.

Dengan kemenangan ini, Todak telah menterbalikkan meja dan membuktikan mereka bukan Todak seperti di MPL MY S8 yang mana kali ini mereka pula berjaya mengalahkan Team SMG 4 berbalas 0!

Sekali lagi Todak berjaya mengangkat piala MPL MY dan ini juga menjadikan Todak sebagai wakil Malaysia untuk MSC 2023 nanti!

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/Todak Benamkan Team SMG 4 Berbalas 0"} {"title": "SMG Dan Lunatix Turun Ke Lower Bracket, Homebois Bertemu Todak Di Upper Bracket Final", "body": "

Rekod tanpa kalah Team SMG nampaknya telah pun hilang apabila Homebois berjaya menjinakkan Team SMG dengan mata 2 berbalas 1 pada perlawanan Upper Bracket Semi Finals MPL MY Musim Kesebelas.

Team Lunatix yang dilihat sangat ganas sejak semalam apabila berjaya menghantar pulang Madness Esports dan Red Giant Esports juga terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Todak apabila Todak berjaya mengalahkan mereka dengan mata 2 berbalas 1 dan menghantar Team Lunatix ke Lower Bracket Semi Final.

Hari ini Team SMG akan berlawan dengan Team Lunatix dan hanya satu pasukan saja yang akan mara ke Lower Bracket Finals manakala pasukan yang tewas terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengangkat piala MPL MY Musim Kesebelas.

Pada perlawanan kedua pula, Todak akan bertembung dengan Homebois yang mana pemenang akan ke Grand Finals manakala pasukan yang tewas akan dihantar ke Lower Bracket Finals dan akan bertemu sama ada Team SMG ataupun Team Lunatix.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/smg-dan-lunatix-turun-ke-lower-bracket-homebois-bertemu-todak-di-upper-bracket-final"} {"title": "Trailer Terbaru Transformers: Rise Of The Beasts Tampilkan Ancaman Unicron", "body": "

Paramount Pictures hari ini telah mengeluarkan trailer rasmi terbaru untuk filem Transformers: Rise of the Beasts. Trailer tersebut memaparkan ancaman bahaya yang dibawa oleh seorang Transformers iaitu Unicron.

Pada permulaan trailer, penonton akan dapat menyaksikan Optimus Primal, seorang ketua kepada Maximals memberitahu Optimus Prime bahawa \"kegelapan sudah menemui kita selepas mereka menyembunyikan diri selama berabad. Ini merujuk kepada Unicron yang akan memberi ancaman bukan sahaja kepada Maximals tetapi turut akan memusnahkan hidupan lain.

Dalam trailer ini juga, Noah Diaz lakonan Anthony Ramos dikejutkan dengan kemunculan seorang Transformers dari kumpulan Autobot iaitu Mirage. Mirage lakonan Pete Davidson memberi amaran kepada Diaz tentang Unicron dengan memberitahu \u2018\u2019Dia pemakan planet''.

Selain Anthony Ramos dan Pete Davidson, filem ini juga turut dibintangi oleh Peter Cullen, Liza Koshy dan Ron Perlman. Anak seni kelahiran tempatan, Tan Sri Michelle Yeoh juga akan membintangi filem ini.

Transformers: Rise of the Beasts akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini. Untuk tayangan di Malaysia, filem ini akan ditayangkan sehari lebih awal iaitu pada 8 Jun.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trailer-terbaru-transformers-rise-of-the-beasts-tampilkan-ancaman-unicron"} {"title": "PUBG Mobile Lancarkan Portal Untuk Mudahkan Urusan Permohonan Lesen Pertandingan", "body": "

PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka akan membuka sebuah portal terbaru, ESPORTS HUB untuk memudahkan pemain atau organisasi memohon lesen pertandingan eSports.\u00a0

Portal ESPORTS HUB ini direka untuk pelbagai saiz pertandingan dengan empat peringkat berbeza yang boleh dipilih semasa proses permohonan. Ini terdiri daripada pertandingan professional yang besar hingga ke pertandingan kecil yang melibatkan komuniti setempat.

Kini, proses memohon lesen pertandingan adalah semudah mencipta suatu akaun di laman web. Korang hanya perlu memasukkan maklumat mengenai pertandingan dan memuat naik apa-apa dokumen yang diperlukan. Melalui portal ini, pengguna akan dapat melihat status permohonan mereka.\u00a0

Denagn memperolehi lesen pertandingan, penganjur pertandingan dan pemain amateur yang ingin melangkah ke peringkat professional akan memperolehi peluang untuk mendapat tempat dan menyertai peringkat kelayakan PUBG Mobile Pro League.

Perlancaran portal perlesenan ini memberi banyak manfaat terhadap penganjuran pertandingan PUBG Mobile Esports. Langkah ini memberi lebih banyak peluang kepada pemain PUBG Mobile untuk mempamerkan skil mereka dalam pertandingan PUBG yang akan datang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-lancarkan-portal-untuk-mudahkan-urusan-permohonan-lesen-pertandingan"} {"title": "RSG, Madness, RED Dan Red Giant Terkeluar Dari MPL MY S11", "body": "

Seperti yang korang tahu, semalam telah berlangsungnya Playoff MPL MY Musim Kesebelas yang mana perlawanan pertama adalah diantara pasukan RED Esports menentang RSG Slate MY.

Namun RSG Slate MY terpaksa berputih mata apabila mereka tewas ditangan RED Esports dengan mata 2 berbalas 1. Dengan kemenangan ini, RED Esports berjaya ke pusingan seterusnya menentang Homebois pada match ketiga manakala RSG Slate MY menjadi pasukan pertama terkeluar dari Playoff MPL MY S11.

Sebelum perlawanan antara RED Esports menentang Homebois, satu lagi perlawanan antara Team Lunatix menentang Madness Esports juga telah berlangsung.

Tapi Madness terpaksa akur dengan kehebatan Team Lunatix apabila mereka tewas ditangan Team Lunatix dengan mata 2 berbalas 1 juga. Walaupun ditimpa dengan pelbagai masalah sepanjang MPL MY S11, kecekalan pasukan Madness Esports wajar diberikan pujian. Dengan kekalahan ini, Madness Esports menjadi pasukan kedua yang terkeluar dari Playoff MPL MY S11.

Pada perlawanan terakhir semalam, RED Esports telah menentang Homebois untuk pusingan Upper Bracket Quarter Finals. Pemenang pusingan ini akan bertemu dengan Team SMG pada Upper Bracket Semi Finals.

Perlawanan terakhir ini dilihat sangat-sangat sengit seperti mana perlawanan pertama diantara RED Esports menentang RSG Slate MY.

Namun Homebois berjaya mematahkan kemaraan RED Esports untuk pergi ke Upper Bracket Semi Finals apabila mereka berjaya menumbangkan RED Esports dengan mata 2 berbalas 1 juga.

Pada perlawanan hari ini, satu lagi pasukan akan terpaksa pulang dan melupakan untuk terus mara ke Upper Bracket Semi Finals.

Team Lunatix akan bertembung dengan gergasi merah iaitu pasukan Red Giant Esports. Pada pusingan pertama Team Lunatix berjaya menumbangkan pasukan Red Giant namun Red Giant berjaya bangkit pada pusingan kedua.

Pada match ketiga, Team Lunatix telah membawa masuk Diggie yang dimainkan oleh NovaXcobar. Kemasukan Diggie dilihat sangat-sangat memberikan masalah kepada pasukan Red Giant Esports dan akhirnya sang gergasi merah terpaksa akur apabila tewas ditangan Team Lunatix dengan mata 2 berbalas 1.

Dengan kemenangan ini, Team Lunatix berjaya mara ke Upper Bracket Semi Finals yang mana mereka akan bertembung dengan pasukan Todak pada perlawanan terakhir petang ini.\u00a0

Walaupun tewas, semoga RSG, Madness, RED dan Red Giant kembali bangkit pada MPL MY musim hadapan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rsg-madness-red-dan-red-giant-terkeluar-dari-mpl-my-s11"} {"title": "Team Secret Terlepas Jemputan TI11", "body": "

The International merupakan kejohanan Dota 2 yang antara terbesar didunia. Kali ini, kejohanan musim ke-11 The International akan berlangsung di SunTec Singapura bersama 30 pasukan.

Team Secret bukan calang-calang pasukan di mata dunia Dota 2. Disenaraikan antara pasukan terhebat di Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022, Team Secret mempunyai pengaruh yang hebat di dunia esukan.

Tetapi, ini merupakan kali pertama mereka hilang peluang jemputan di The International setelah 5 tahun dijemput secara berturut-turut. Kekalahan ketiga Team Secret di Summer Tour Peringkat Eropah Barat baru baru ini telah menempatkan mereka ke tempat kelima.\u00a0

Seri dengan Goon Squad dan Gaimin Gladiators, Team Secret perlu berlawan di pusingan kelayakan demi mendapatkan tempat di The International.\u00a0

Pada musim ke-10, Team Secret telah meraih tempat ketiga. Tambahan pula, mereka juga dicalonkan sebagai pasukan yang akan menangi T1 selain pasukan PSG.LGD daripada China

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-secret-terlepas-jemputan-ti11"} {"title": "Circus Electrique ala-ala Darkest Dungeon Di Circus", "body": "

Permainan RPG yang bertemakan steampunk Circus ini dirancang untuk dikeluarkan pada akhir tahun ini. Kebelakangan ini, Zen Studio telah mengeluarkan trailer gameplay yang menunjukkan mekanik lawan menentang mangsa \u2018Maddening\u2019.

Dilatarbelakangi dunia London neo-Victoria, Circus Electrique membolehkan pemain berlawan menggunakan 4 watak penghibur daripada 15 pilihan kelas. Daripada orang kuat sehinggalah pemakan api, watak-watak ini dilengkapkan dengan serangan istimewa masing-masing.\u00a0

Permainan ini juga mempunyai mekanik yang seakan Don\u2019t Starve Together iaitu sistem kewarasan penghibus yang memainkan peranan dalam pengurusan circus yang berjaya. Jikalau terlalu rendah, mereka akan lari daripada circus.\u00a0

Walaupun mempunyai tugasan sampingan seperti urusan persembahan, objektif utama pemain adalah untuk mengenal pasti punca \u2018Maddening\u2019 yang telah melanda London.

Circus Electrique akan dikeluarkan di PC melalui Steam dan Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/circus-electrique-ala-ala-darkest-dungeon-di-circus"} {"title": "Indonesia Juara Liga realme PUBGM SEA 2022", "body": "

Baru-baru ini, pusingan Asia Tenggara bagi Liga realme PUBG SEA 2022 telah pun berlangsung pada 24 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022. Dimainkan secara talian, liga ini telah disiar langsung di akaun rasmi realme melalui Facebook, Bilibili dan Tiktok.\u00a0

6 pasukan teratas daripada negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Philippines telah pun bertanding sehabis baik. Untuk pengetahuan pembaca, pasukan wakil Malaysia ialah Glazer, Team HAQ, Todak, VIP Squad V2, Marlino AllStar dan The Academy.\u00a0\u00a0\u00a0

Pasukan daripada Indonesia itu SEA REVENGE telah memenangi gelaran johan dan membawa pulang sebanyak $2,000 USD. Pasukan Todak daripada Malaysia juga berjaya meraih tempat ketiga dan memenangi empat realme Buds Air 3.\u00a0

Tambahan pula, Pasukan Glazer dan Team HAQ daripada Malaysia juga mendapat tempat dalam 10 pasukan teratas.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-juara-liga-realme-pubgm-sea-2022"} {"title": "Marvel Mendedahkan Spider-Man Dinosaur, Spider-Rex", "body": "

Terdapat pengumuman daripada Marvel Comics bahawa arkitek Spider-Verse, Dan Slott akan kembali ke multiverse untuk kali terakhir sebelum secara rasmi menamatkan \"Spider-Verse\". Dengan jalan cerita baharu bertajuk Edge of Spider-Verse, House of Ideas akan memperkenalkan wira Spider yang serba baharu dan mentakrifkan semula beberapa kegemaran peminat seperti Ara\u00f1a, Spider-Man Noir, Spider-Gwen dan Spider-Man: India.\u00a0

Marvel Comics kini telah mengesahkan salah satu daripada pahlawan labah-labah serba baharu yang akan membuat penampilan sulung dalam komik itu adalah Spider-Rex, versi dinosaur. Spider-Rex akan muncul dalam Edge of Spider-Verse pada bulan Ogos ini. Siri ini turut mendapat sentuhan daripada pasukan kreatif Spider-Woman iaitu Karla Pacheco dan Pere Perez.\u00a0

Setiap keluaran Edge of Spider-Verse akan menampilkan tiga cerita dengan naratif menyeluruh oleh Dan Slott yang akan menjadi penutup kepada Spider-Verse. Antara yang menyertai Slott dan Pacheco dalam menulis siri baharu ini ialah Alex Segura dan Dustin Weaver. Manakala untuk hasil seni ia akan dilakukan oleh Martin Coccolo, Caio Majado, Pere Perez, Dustin Weaver.

\u201cMarvel telah memutuskan untuk menghasilkan karya yang luar daripada fikiran, menjadi lebih besar, dan membawa buku komik Spider-Verse kepada kesimpulan yang sungguh hangat,\" kata Slott kepada Polygon. \"Ya, betul. Akhir tahun ini kita semua menjadi saksi kepada AKHIR AYAT LABAH-LABAH!\u201d

Untuk info lanjut berkenaan dengan komik ini, layari www.marvel.com

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/marvel-mendedahkan-spider-man-dinosaur-spider-rex"} {"title": "Pencipta One Piece Bakal Tamatkan Manga Lebih Awal", "body": "

One Piece telah wujud selama 25 tahun dan pencipta Eiichiro Oda masih belum selesai dengan siri ini. Selama 25 tahun, manga One Piece sudah terjual sebanyak 490 juta salinan di seluruh dunia. Namun, manga Jepun ini dikatakan bakal memasuki babak terakhirnya pada akhir tahun ini.\u00a0\u00a0

Perkara ini disahkan apabila Eiichiro Oda menulis di Twitter yang berbunyi \u201cRehat untuk saya\u201d. Beliau turut menyatakan yang beliau mahu menyusun semula struktur manga supaya beliau boleh menyiapkan bab terakhir One Piece secepat yang mungkin. \u201cMaafkan saya, saya akan berehat sebentar untuk mempersiapkan semuanya!\", tulis Oda.

Manga One Piece merupakan merupakan sebuah siri yang paling lama dan digemari sepanjang zaman. Bab pertama manga One Piece diterbitkan pada tahun 1997 dan sehingga kini, One Piece telah menjangkau lebih daripada 1000 bab. Walau bagaimana, masih ada peminat yang menafikan tentang kenyataan itu. Mereka sememangnya belum bersedia untuk melihat pengakhiran One Piece.

Sebenarnya, Oda telah memberitahu perkara ini sejak dari tahun 2019 lagi. Beliau mengatakan bahawa One Piece akan berakhir dalam tempoh 5 tahun lagi. Jadi, dengan kenyataan yang dibuat oleh Oda, kemungkinan manga ini bakal berakhir pada tahu ini juga. Jadi, apa pandangan anda?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pencipta-one-piece-bakal-tamatkan-manga-lebih-awal"} {"title": "Lunatix Origins Kini Bermain Di Bawah Zion Esports Malaysia", "body": "

Nama Lunatix bukanlah nama yang asing lagi dalam scene MLBB Tier 2. Pasukan amatur ini boleh dikatakan antara pasukan MLBB Tier 2 yang terhebat setakat ini dengan menduduki tangga ketiga dalam Malaysian Semi Pro Championship S1 (MSPC 2022) selepas pasukan Madness Esports dan The Academy.

Dibawah LTX Intergrated terdapat 2 pasukan MLBB iaitu pasukan Lunatix dan Lunatix Origins. Baru-baru ini pihak LTX Intergrated telah mengeluarkan kenyataan yang pasukan LTX Integrated, syarikat yang bertanggungjawab untuk pasukan Lunatix Origins dan Zion Esports Singapore akan berkerjasama dimana Zion dikatakan akan membuka branch mereka di Malaysia iaitu Zion Esports Malaysia dan Lunatix Origins akan bermain dibawah Zion Esports Malaysia.

Dengan kerjasama ini, kesemua pemain-pemain Lunatix Origins iaitu SyahiraOP, Keymin, Sann, Ikayn, Ikymon, Sizkaa dan Akaza akan bermain dibawah pasukan Zion Esports Malaysia.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lunatix-origin-kini-bermain-di-bawah-zion-esports-malaysia"} {"title": "Tiga Pemain Meninggalkan MAB Esports", "body": "

Baru-baru ini, MAB Esports telah mengumumkan pemergian tiga pemain daripada divisi PUBG Mobile di akaun rasmi Instagram mereka. Pemainnya Rush, John dan Danny telah berkeputusan untuk meninggalkan MAB Esports dan meneruskan sebagai agen bebas.\u00a0\u00a0

Di mata industri e-sukan Malaysia, MAB Esports dikira masih lagi baru terutamanya pasukan divisi PUBG Mobile mereka yang ditubuhkan tidak begitu lama.\u00a0

Penyertaan MAB Esports di PMPL Spring Split Grand Final baru-baru ini telah menempatkan mereka di tempat ke-13 dengan 117 mata. Mari lihat perkembangan mereka pada musim yang seterusnya.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiga-pemain-meninggalkan-mab-esports"} {"title": "MyGameOn Keluarkan Doku Siri MSC 2022", "body": "

Kalau Ti Dota2 ada True Sight, untuk Mobile Legends pula kita ada Doku Siri MSC yang diterbitkan oleh salah satu gaming media terkenal di Malaysia iaitu MyGameOn.

Dalam Doku Siri yang mempunyai 3 episode setakat ini, ia menampilkan kisah perjalanan pasukan Todak dan juga Orange Esport sebelum dan semasa MSC 2022 berlangsung. \u00a0

Mari support and mana tahu untuk MPL MY S10 ataupun M4 nanti, MyGameOn akan buat Doku Siri juga! Kesemua episode Doku Siri MSC 2022 ini boleh ditonton di Youtube channel rasmi MyGameOn.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mygameon-keluarkan-doku-siri-msc-2022"} {"title": "RDAG 2022 PUBG Mobile Bermula Sabtu Ini", "body": "

Baru-baru ini pihak IO Esports telah mengeluarkan senarai 16 pasukan yang akan bertanding dalam RDAG 2022 PUBG Mobile pada hari sabtu ini 25 Jun 2022.

16 Pasukan tersebut adalah:

Dari 16 pasukan ini, hanya 1 pasukan teratas sahaja yang akan mendapatkan slot untuk mewakili Malaysia dalam peringkat RDAG Regional nanti.\u00a0

Perlawanan akan bermula hari sabtu ini 25 Jun 2022 pada pukul 1pm. Korang boleh menyaksikan livestream perlawanan ini di Facebook Page rasmi IO Esports, Olympic Council Malaysia, PUBG Mobile Esports Malaysia dan E-SUKAN.\u00a0

RDAG 2022 ataupun dikenali sebagai Road To Asian Games 2022 merupakan 1 program kerjasama antara Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) yang mana satu program untuk mencari pemain dan pasukan yang akan mewakili Malaysia di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rdag-2022-pubg-mobile-bermula-sabtu-ini"} {"title": "Pendaftaran MPL Malaysia Musim 10 Dibuka Sekarang", "body": "

Setelah berakhirnya Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC 2022) baru-baru ini, Pihak MPL MY telah mengumumkan yang pendaftaran untuk MPL MY musim 10 telah dibuka bermula sekarang dan berakhir pada 3 Julai 2022.

Peringkat kelayakan akan bermula pada 7 Julai sehingga 9 Julai 2022. Pihak MPL MY menyatakan yang hanya peringkat akhir kelayakan sahaja akan disiarkan secara langsung di Facebook Page rasmi MPL MY.

Pihak MPL MY juga menyatakan terdapat 8 pasukan yang mendapat jemputan khas untuk MPL MY musim 10 kali ini. Agak-agak pasukan mana yang dapat jemputan khas itu ya?

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-mpl-malaysia-musim-10-dibuka-sekarang"} {"title": "Ghostbusters: Spirits Unleashed Bakal Datang Hujung Tahun Ini", "body": "

Pada bulan Mac awal tahun ini, IllFonic telah mengeluarkan trailer pengumuman untuk permainan terbaru mereka Ghostbusters: Spirits Unleashed. Pada masa itu, mereka juga mengeluarkan gameplay pre-alpha dan pada setiap bulan berikutnya, mereka mengeluarkan pelbagai rakaman baru seperti pemain bermain sebagai hantu. Baru-baru ini, IllFonic telah mempamerkan gameplay untuk salah satu kawasan main yang baru

Untuk pengetahuan anda, Ghostbusters: Spirits Unleashed ialah permainan seram PvP. Dalam permainan ini, empat pemain akan menjadi Ghostbusters dan satu pemain musuh akan menjadi hantu. Untuk pemain hantu, mereka hendak mengusik dan menakutkan pemain lain dan juga NPC yang terdapat dalam kawasan permainan. Manakala, empat pemain Ghostbusters hendaklah mengusir roh jahat dan menangkap pemain untuk menang.

Walaupun tarikh pengeluaran masih belum diumumkan, Ghostbusters: Spirits Unleashed dikatakan akan keluar pada suku keempat tahun 2022. Permainan ini boleh dimain di PlayStation dan Xbox. Tetapi untuk pengguna PC, permainan ini hanya boleh dibeli di Epic Games Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ghostbusters-spirits-unleashed-bakal-datang-hujung-tahun-ini"} {"title": "Hyenas - Permainan Terbaru Dari Developer Alien: Isolation", "body": "

Pendedahan info permainan video terbaru telah semakin perlahan sejak Summer Game Fest 2022 berakhir. Tetapi ini tidak menghalang Sega daripada mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu Hyenas.

Hyenas adalah permainan penembak multiplayer yang lebih fokus kepada menyelesaikan objektif daripada membunuh pemain lain. Gaya rupa permainan ini agak sama dengan Apex Legends ataupun Borderlands tetapi gameplay nya sangat berbeza.

Permainan ini agak unik kerana gameplay permainan ini tidak pernah dilihat sebelum ini. Anggap gameplay nya sebagai campuran permainan penembak seperti Valorant, battle royale seperti Fortnite dan perlawanan berpasukan seperti dalam Overwatch. Malangnya, tarikh keluar Hyenas belum diumumkan. Harapnya kita akan dapat berita tentangnya tidak lama lagi.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hyenas-permainan-terbaru-dari-developer-alien-isolation"} {"title": "Info Terbaru Xenoblade Chronicles 3 Dipersembahkan Di Nintendo Direct", "body": "

Peminat-peminat telah menunggu hampir lima tahun untuk permainan Xenoblade Chronicles yang baru. Pada awal bulan Februari, Nintendo telah mempamerkan trailer announcement untuk Xenoblade Chronicles 3. Selepas dua bulan, Nintendo juga mengeluarkan trelease date trailer untuk permainan video ini. Selepas Nintendo telah mengumumkan tarikh keluar untuk Xenoblade Chronicles 3, iaitu pada 29 Julai, mereka juga mengeluarkan trailer yang menunjukkan dunia dalam permainan ini.

Baru-baru ini, Nintendo telah menyiarkan Xenoblade Chronicles 3 Direct yang telah mendedahkan banyak butiran baharu berkenaan permainan tersebut. Dalam siaran ini, mereka memamerkan trailer jalan cerita yang baru. Mereka juga memperkenalkan kita dengan watak utama permainan ini iaitu Noah, Eunie, Lanz, Mio, Taion dan Sena. Selepas itu, mereka mendedahkan gambaran keseluruhan dunia Xenoblade Chronicles 3. Seterusnya, mereka menunjukkan gameplay permainan ini.

Pada hujung siaran ini, mereka mengumumkan tentang pas expansion permainan ini. Ini termasuk update dan expansion yang akan datang selepas pengeluaran game ini. Peminat tidak perlu menunggu lama jika mereka mahu bermain Xenoblade Chronicles 3 kerana permainan ini akan keluar di Nintendo Switch pada Julai 29.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/info-terbaru-xenoblade-chronicles-3-dipersembahkan-di-nintendo-direct"} {"title": "Dapatkan Set Kotak Blu-ray Siri Penuh Edisi Terhad Dragon Ball Super", "body": "

Siri penuh Dragon Ball Super mendapat koleksi edisi terhad. Ini selepas Crunchyroll mengumumkan bahawa set kotak Blu-ray siri penuh Dragon Ball akan dikeluarkan pada 20 September 2022. Siri ini akan merangkumi kesemua 131 episod, yang dikumpulkan dalam 20 jumlah cakera Blu-ray.\u00a0 Anime ini akan dipersembahkan dalam definisi tinggi 1080p dan akan menampilkan bahasa Inggeris yang dialih suara dalam audio 5.1 Dolby TrueHD, dan audio Jepun dalam stereo Dolby TrueHD.

Set kotak edisi terhad ini mengandungi 10 bekas cakera. Setiap satunya mengandungi dua cakera dan menampilkan karya seni pelbagai watak Dragon Ball Super. Set kotak ini tersedia tersedia untuk pra tempah sekarang di laman web Crunchyroll, dan dijual pada harga $149.99 (RM660.86).\u00a0

Selepas 131 episod, Dragon Ball Super berakhir pada Mac 2018. Selepas itu, dua filem lagi telah dikeluarkan iaitu Dragon Ball Super 2018: Broly, dan Dragon Ball Super: Super Hero, yang baru sahaja ditayangkan di Jepun awal minggu ini dan akan ditayangkan di luar negara pada 19 Ogos 2022. Kepada peminat Dragon Ball, inilah masanya untuk anda menonton dari awal hingga akhir siri anime ini. Dapatkan Set Kotak Blu-ray Edisi Terhad ini sekarang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dapatkan-set-kotak-blu-ray-siri-penuh-edisi-terhad-dragon-ball-super"} {"title": "Predator Flash Sale Bakal Diadakan Di Sunway Pyramid", "body": "

Jenama gadget terkenal iaitu Acer Predator mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan Flash Sale Predator pada 2 dan 3 Julai ini di Blue Atrium, Sunway Pyramid. Pelbagai barangan yang anda boleh dapatkan termasuk dengan potongan harga sehingga RM1500. Anda juga boleh dapatkan barangan dengan berharga RM 1 sahaja!

Untuk Predator Flash Sale ini, setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli 1 item sahaja. Tetapi, jika anda dalam 50 orang yang terawal hadir anda boleh membeli 2 item yang merangkumi 1 PC dan 1 aksesori. Jadi tunggu apa lagi? Peluang seperti ini tidak selalu datang. Jom datang ke Sunway Pyramid pada 2 dan 3 Julai ini bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk melihat senarai barangan beserta harga promosi, anda boleh pergi ke Facebook Predator Gaming.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/predator-flash-sale-bakal-diadakan-di-sunway-pyramid"} {"title": "Kejohanan Komuniti ONE Esports MLBB SG/MY 2022 Dibuka", "body": "

ONE Esports telah mengeluarkan tarikh rasmi Kejohanan Komuniti ONE Esports MLBB SG/MY 2022 iaitu Ahad, 3 Julai 2022 pada 3:00 petang KST. Dengan wang tunai yang bernilai $225 USD, kejohanan ini dibuka untuk mana-mana pemain daripada Malaysia dan Singapura.\u00a0

Format yang digunakan adalah 5v5 dan pendaftaran secara pasukan maupun individu adalah dibenarkan. Untuk individu, anda akan dimasukkan dalam pasukan dengan pemain lain secara rawak.\u00a0

Sebagai peringatan, check-in harus dibuat sekurang-kurangnya sejam sebelum dan ketua pasukan bertanggungjawab untuk mengisi MLBB username, player ID dan server ID setiap pemain dalam pasukan.\u00a0

Tempat pertama akan memenangi $150 USD dan 5000 Diamond dengan agihan 1000 Diamond setiap ahli manakala tempat kedua pula memenangi $75 USD.\u00a0

Buat masa sekarang, terdapat 16 pasukan yang telah mendaftar dan 20 pasukan yang belum selesai. Masih lagi banyak ruangan kosong yang terbuka maka daftarlah sekarang di pautan ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kejohanan-komuniti-one-esports-mlbb-sg-my-2022-dibuka"} {"title": "Axiata Game Hero 2022 Kembali Dengan Edisi Bola", "body": "

Kolaborasi Axiata Group Berhad bersama Leet Technology Inc telah mengembalikan Axiata Game Hero 2022. Kali ini, ia bertemakan sukan bola sempena FIFA World Cup 2022 dan semangat membara peminat bola di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Sebelum ini, Axiata Game Hero telah disambut meriah pemain dan peminat e-sukan dengan kolaborasi mereka bersama Free Fire serta PUBG. Edisi bola ini pula mempunyai tiga permainan bola iaitu eFootball daripada studio Konami, Cabaran Football Arcade dan Team Manager.\u00a0

Empat negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Cambodia dan Bangladesh dengan keseluruhan wang tunai dan hadiah yang berjumlah $80,000 USD. Setiap permainan mempunyai sistem tersendiri bersama wang tunai yang dijanjikan.\u00a0

Bagi kategori Liga eFootball, ia sudah bermula sejak 15 Jun 2022. Pemain akan bertanding untuk mendapatkan tempat dalam Elite Lounge untuk bertanding di peringkat kelayakan dalam negara dan seterusnya Grand Final Asia. Wang tunai dan hadiah yang dijanjikan adalah bernilai $60,000 USD.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0

Cabaran Football Arcade mempunyai cabaran permainan mini yang akan dimainkan sepanjang 6 bulan dari 12 Jun 2022 sehingga 26 November 2022. Permainan mini baru akan diperkenalkan pada setiap 2 minggu. 30 pemain teratas dalam senarai setiap permainan mini akan menerima wang tunai dan hadiah bernilai $10,000 USD.\u00a0\u00a0

\u2018Team Manager\u2019 merupakan kejohanan simulasi bola yang berdasarkan Fifa World Cup 2022. Dalam talian, pemain diberikan budget 100 million untuk membina pasukan bola terhebat dengan memilih formasi dan pemain-pemain hebat. Dalam tempoh sebulan, peserta berpeluang untuk memenangi wang dan hadiah bernilai $10,000 USD.

Kalau berminat, anda boleh mencuba dengan melayari halaman rasmi axiata atau di pautan ini

", "url": "https://gamersonduty.com/news/axiata-game-hero-2022-kembali-dengan-edisi-bola"} {"title": "Pixel Dari USAS Menjuarai Vivo T1 series X PUBG Mobile Malaysia", "body": "

Kolaborasi Vivo bersama PUBG series telah mencapai penghujungnya bagi cabaran Turbo Cup buat kawasan Malaysia. Pasukan Pixel daripada Universiti Sultan Azlan Shah telahpun meraih gelaran juara bagi Vivo T1 series x PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Malaysia.\u00a0\u00a0\u00a0

Seperti yang disedia maklum, empat pasukan teratas akan mewakili Malaysia di peringkat Asia Tenggara untuk berlawan dengan pasukan-pasukan daripada Thailand, Vietnam dan Filipina. Wang tunai sebanyak 20,000 USD telah dijanjikan bagi gelaran johan nanti.\u00a0

Wakil Malaysia adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Johan: PIXEL (from Universiti Sultan Azlan Shah)

Naib Johan: RMC FLANKER (from Politeknik Mersing Johor)

Tempat Ketiga: AXIS GR (from KPTM Kuantan)

Tempat Keempat: DINGOZ SEA (from Jesselton College)

Peringkat SEA vivo T1 series x PUBG Mobile Turbo Cup Challenge akan disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook dan Youtube vivo Malaysia pada 9 July 2022 pada 1.30pm

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pixel-dari-usas-menjuarai-vivo-t1-series-x-pubg-mobile-malaysia"} {"title": "Top Content Creator Dan Top Twitch Streamer Berentap Di Ultimate Crown", "body": "

Sempena Prime Day pada 12 Julai dan 13 Julai 2022, Channel Crown iaitu milik Prime akan mengadakan Ultimate Crown yang merupakan pertarungan permainan yang dibintangi selebriti terkenal. Selebriti jemputan tahun ini adalah content creator terkenal MrBeast dan streamer terkenal, Ninja.\u00a0

Mereka akan bertarung dalam League of Legends bersama barisan rakan-rakan selebriti dan stemer lain yang disayangi ramai. Pertarungan ini juga akan berlangsung di Arena Hyper X, Las Vegas.\u00a0

Ultimate Crown akan disiar secara langsung di Twitch, Youtube di Channel Ultimate Crown dan Prime Video pada 9 Julai 2022. Penonton di Twitch juga boleh menggunakan emotes yang boleh mempengaruhi perlawanan secara langsung.\u00a0

Tambahan pula, para penonton sekalian berpeluang untuk memenangi hadiah dan gifted subs semasa siaran langsung. Bagi ahli langganan Prime, mereka dijemput untuk menghadiri pertarungan ini secara langsung di HyperX Arena.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/top-content-creator-dan-top-twitch-streamer-berentap-di-ultimate-crown"} {"title": "Fortnite x Naruto Rivals Telah Bermula", "body": "

Pada bulan November tahun lepas, Epic Games telah bekerja sama dengan Naruto: Shippuden untuk mengeluarkan skin baru untuk Fortnite. Antara skin yang dikeluarkan adalah Naruto, Sasuke, Sakura dan juga Kakashi. Kolaborasi ini juga termasuk glider Kurama dan beberapa senjata daripada cerita Naruto seperti kunai dan shuriken. Peminat Fortnite dan Naruto amat gembira akan kolaborasi.

\u00a0

Oleh itu, Epic Games telah mengumumkan bahawa mereka akan melakukan kolaborasi dengan Naruto lagi sekali. Dan baru-baru ini, Epic Games telah membawa beberapa skin baru ke Fortnite untuk kolaborasi terbaru mereka dengan Naruto. Skin baru termasuk Itachi, Gaara, Orochimaru dan juga Hinata.

Peminat akan dapat membeli skin dari kolaborasi ini tidak lama lagi. Twitter rasmi Fortnite telah mengumumkan bahawa update ini akan dikeluarkan pada 8:00 pagi, 24 Jun (Kuala Lumpur, GMT+8). Jika kolaborasi ini berjaya membawa banyak jualan, harapannya kita dapat kolaborasi Fortnite x Naruto kali ketiga.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-x-naruto-rivals-telah-bermula"} {"title": "GBX Esports Bermain Untuk JDT Di unifi eMFL Liga Super 2022", "body": "

Beberapa hari yang lalu, Kelab Bola Sepak JDT atau Johor Darul Ta\u2019zim mengesahkan bahawa mereka akan menyertai unifi eMFL Liga Super 2022 anjuran Malaysian Football League. JDT turut mengadakan kerjasama dengan pasukan GBX Esports iaitu juara dan naib juara ePiala Malaysia 2021.

JDT dan GBX Esports akan membentuk sebuah pasukan esports di bawah nama JDT dan JDT II. Antara pemain yang akan mewakili pasukan JDT adalah Ahmad Akmal Abdul Rafil dan Luqman Haziq Haziman. Untuk JDT II, ia akan diwakili oleh Imran Burhanudeen dan Muzaffar Zuhair Mustapa.

Unifi eMFL Liga Super 2022 ini akan berlangsung pada 19 April hingga 29 Jun dengan menggunakan format pusingan liga dan kalah mati. Pemenang kejohanan ini akan mendapatkan slot pusingan kelayakan ke FIFA GLOBAL SERIES yang mana berpeluang untuk mara ke Piala Dunia FIFAe.

Seperti yang kita tahu, JDT merupakan sebuah kelab yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam bola sepak Malaysia. Mereka bukan sahaja tinggi dari segi prasarana, malah turut tinggi dalam pencapaian bola sepak Malaysia. Oleh itu, mampukah JDT membawa pasukan esports ini sama seperti pasukan realiti? Sama-sama kita berikan sokongan untuk menyaksikan Malaysia bertanding di dalam Piala Dunia FIFAe!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gbx-esports-bermain-untuk-jdt-di-unifi-emfl-liga-super-2022"} {"title": "Hanya 6 Pasukan Mara ke Playoff MPL ID S9", "body": "

Selepas mengetahui pasukan yang mara ke playoff Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) MY, kini giliran untuk mengetahui pasukan manakah yang akan mara ke playoff MPL ID. Jika di MPL MY terdapat 8 pasukan yang layak ke playoff, namun di MPL ID hanya 6 pasukan sahaja yang akan memasuki ke playoff.

RRQ Hoshi sekali lagi pada musim ini menunjukkan bahawa mereka adalah Sang Juara dimana mereka telah mengungguli carta dengan mata +17. Bekas juara tahun lepas iaitu Onic Esports walau bagaimana mengikuti rapat mata pasukan RRQ Hoshi iaitu +14 hanya ketinggalan 3 mata sahaja dibelakang.

Hasil tersebut membuatkan RRQ Hoshi dan Onic Esports berada di upper bracket diikuti dengan 4 pasukan lain yang berada di lower bracket. Aura Fire, EVOS Legends, Alter Ego, dan Bigetron Alpha masing-masing berjaya mendapatkan slot di lower bracket sementara 2 pasukan terpaksa menghentikan perjuangan mereka.

2 pasukan yang tidak dapat mara ke playoff adalah Rebellion Zion dan Geek Fam ID. Kedua pasukan ini mendapat mata terendah iaitu -8 dan -27. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan perlawanan playoff MPL ID pada 21 hingga 24 April ini. Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara serta mendapatkan slot ke Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2022 (MSC 2022)? Sama-sama kita nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/hanya-6-pasukan-mara-ke-playoff-mpl-id-s9"} {"title": "SEM 9 Wakil MY/SG ke Peringkat Akhir Wild Rift Champions SEA 2022", "body": "

Kejohanan Wild Rift Champions Southeast Asia (WCS) MY/SG telah berakhir beberapa hari yang lepas. Sebanyak 8 pasukan telah bertanding demi merebut gelaran juara serta mendapatkan slot ke final Wild Rift Champions SEA 2022. Hasil daripada perlawanan, SEM 9 iaitu pasukan daripada Malaysia muncul sebagai juara dalam WCS MY/SG.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan SEM 9 untuk mara ke final WCS SEA. Dalam perlawanan tersebut, SEM 9 kelihatan konsisten apabila berjaya memenangi 13 perlawanan dengan 1 kekalahan. SEM 9 kemudiannya berada di upper bracket untuk peringkat kumpulan. Pada semi-final, SEM 9 telah menewaskan pasukan Phantom6 (3-1) dan RSG (3-0).

Masuk ke perlawanan akhir, SEM 9 sekali lagi bertemu dengan pasukan RSG. SEM 9 membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan. RSG terpaksa akur dengan kekalahan (4-1) terhadap pasukan SEM 9. Kemenangan ini memberikan SEM 9 untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 20,000 USD serta mara ke final Wild Rift Champions SEA 2022.\u00a0

Tahniah diucapkan kepada SEM 9. Semoga mereka mampu merangkul gelaran juara di Wild Rift Champions SEA nanti! Playoff WCS SEA akan bermula pada 23 April ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sem-9-wakil-my-sg-ke-peringkat-akhir-wild-rift-champions-sea-2022"} {"title": "Gamescom Asia 2022 Bakal Kembali", "body": "

Berita baik buat para gamers di Asia, pameran permainan video terbesar dunia, Gamescom Asia 2022 bakal kembali pada tahun ini. Syarikat itu mengumumkan bahawa Gamescom Asia akan diadakan pada 20 hingga 23 Oktober 2022 di Singapore.

Meskipun pameran ini masih mengekalkan kehadiran secara atas talian untuk khalayak umum di seluruh dunia, namun tahun ini Gamescom Asia akan terdapat Zon Perdagangan Fizikal, Zon Persidangan, dan Zon Hiburan Fizikal. Ini merupakan kali pertama ia diadakan. Acara ini dijangka akan menarik seramai 15,000 jumlah pengunjung dan lebih 100 peserta yang akan menyertainya.

Untuk pengetahuan, Zon Hiburan akan menyediakan para gamers dan peminat untuk menikmati pameran dan demo secara percuma. Selain itu, terdapat juga sesi temubual bersama minda kreatif dan pertandingan cosplay. PRIMETIME dan STUDIO juga bakal kembali dalam bentuk rancangan langsung dalam talian secara percuma yang akan disiarkan di beberapa saluran.

Zon Perdagangan pula bakal dihadiri oleh pelbagai pengunjung antarabangsa oleh kerana sempadan Singapura telah dibuka. Di bahagian persidangan, agenda tahun ini merangkumi set topik yang bervariasi daripada membangunkan game untuk pelbagai platform, kepada pemasaran, pengurusan pengeluaran, teknologi baru dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti \u201cface-to-face speed dating\u201d antara developer, penerbit dan pelabur.

Untuk info lanjut, layari gamescom.asia

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gamescom-asia-2022-bakal-kembali"} {"title": "Perjuangan Geek Fam & MAB Esports di MPL MY Musim 9 Terhenti", "body": "

Pada Ahad lalu, Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) MY musim 9 telah pun selesai untuk musim liga. 8 pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya (playoff). 2 pasukan pula terpaksa akur untuk menamatkan saingan di MPL MY musim 9.

Geek Fam, nama yang tidak asing lagi dalam arena MPL. Pernah dinobatkan sebagai juara pada MPL MY/SG musim ketiga dan naib juara pada musim kelima. Namun, musim kali ini tidak memihak kepada mereka. Geek Fam terpaksa akur dengan kekalahan serta kehilangan slot untuk MPL musim hadapan.

Begitu juga dengan MAB Esports. Sebuah organisasi baru yang semakin meningkat naik. MAB Esports sering memberikan saingan sengit kepada setiap pasukan lawan. Namun, tiada rezeki untuk mereka. Mereka boleh menjadikan musim ini sebagai satu pengalaman untuk comeback di musim hadapan.

Untuk 8 pasukan yang lain berjaya mendapatkan slot pada musim hadapan. Team SMG, Red Esports, Suhaz Esports, dan Team Todak kini berada di upper bracket manakala pasukan Homebois, Orange Esports, RSG MY, dan Team Caracal berada di lower bracket. Pasukan manakah yang bakal muncul sebagai juara pada MPL MY musim ke 9? Sama-sama kita saksikan perlawanan playoff nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/perjuangan-geek-fam-mab-esports-di-mpl-my-musim-9-terhenti"} {"title": "Echo Esports Juara Free Fire Indonesia Master 2022", "body": "

Echo Esports baru-baru ini telah merangkul gelaran juara dalam kejohanan Free Fire Indonesia Master (FFIM) 2022. Mereka berjaya mendahului carta dengan kutipan mata sebanyak 91 manakala SES Alfaink di tempat kedua dengan kutipan 78 mata.\u00a0

Kemenangan ini sekaligus menghantar Echo Esports mewakili Indonesia ke Free Fire World Series 2022 yang akan berlangsung di Sentosa bersama dengan pasukan EVOS Divine. Dalam perlawanan di grand final, Echo Esports menunjukkan prestasi yang amat baik. Meskipun 2 pemain mereka terpaksa bermain secara asing disebabkan oleh positif Covid 19, namun ia bukanlah satu penghalang untuk menjadi juara.

Echo Esports juga digelar sebagai predator team kerana berjaya mendapatkan sebanyak 42 kill di grand final semalam. Untuk predator FFIM 2022, ia jatuh ke tangan pemain Echo Dutzz. Beliau berjaya mengutip sebanyak 15 kill pada hari tersebut. Echo Esports akan membawa hadiah wang tunai sebanyak IDR 350.000 serta piala FFIM 2022. Tahniah diucapkan buat pemenang!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/echo-esports-juara-free-fire-indonesia-master-2022"} {"title": "LGD Jay Diban Seumur Hidup", "body": "

Seorang pemain LGD Gaming iaitu Jay telah dikenakan hukuman berat dimana beliau digantung daripada menyertai kejohanan League of Legends Professional League (LPL) buat selama-lamanya. Bukan itu saja, Jay turut dilarang untuk melakukan livestream berkenaan dengan LoL di mana-mana platform.

Jay dikenakan hukuman tersebut selepas beliau didapati bersalah kerana melakukan match-fixing. Perkara ini diketahui apabila seseorang yang tidak dikenali telah memaparkan perbualan antara Jay dengan organisasi luar. Dalam perbulan tersebut, Jay dikatakan bersetuju untuk kalah di peringkat antarabangsa sepanjang LPL 2022 dengan menerima bayaran wang.

\u201cJay mempunyai tingkah laku tidak wajar yang menjejaskan keadilan dalam LPL serta beliau turut mengambil bahagian dalam pertaruhan yang dianjurkan secara haram pada acara League of Legends,\u201d tulis pihak LPL. Playoff LPL baru-baru ini ditangguhkan ke 12 April disebabkan wabak Covid 19 yang berterusan di Shanghai. LGD Gaming walau bagaimana tidak layak ke playoff disebabkan mereka berada di tangga kedua terakhir.

Semoga perkara sebegini tidak akan berulang dalam industri e-sukan pada masa akan datang.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lgd-jay-diban-seumur-hidup"} {"title": "Faker Mendapat Tawaran 20 Juta USD Setahun Dari China", "body": "

Faker, pemain League of Legends yang berasal daripada Korea sememangnya dikenali kehebatan beliau. Beliau telah memegang 3 gelaran juara dunia dan pencapaian domestik yang tidak terkira banyaknya. Dalam sebuah podcast oleh Doublelift bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif T1 iaitu Joe Marsh, beliau telah mendedahkan keperibadian Faker.

Pasti ramai yang tidak tahu disebalik kejayaan pemain lagenda ini. Faker merupakan pemain profesional League of Legends untuk pasukan T1 Esports. Beliau telah berada dalam arena kompetitif hampir sepuluh tahun lamanya. Marsh memberitahu bahawa Faker adalah seorang tidak mengutamakan wang malah beliau sering mengutamakan ahli keluarganya dahulu.

Marsh turut memberitahu Faker adalah seorang yang sangat bekerjaya. Beliau bijak menguruskan kewangan sehingga beliau mampu memiliki sebuah bangunan sendiri yang dipanggil \u201cFaker Tower\u201d di Korea. \u201cDengan memiliki pelaburan yang sedemikian, beliau telah meletakkan kontrak bayaran organisasi sebagai perkara kedua,\u201d ujar Marsh.

Ketika kontrak Faker bersama T1 tamat, beliau telah menjadi free agent selama beberapa hari. Ketika itu, ramai pasukan yang menanyakan tentang pemain ini. Faker juga pernah mendapat tawaran kontrak bermain di China dengan bayaran 20 juta USD setahun.

Ini kelihatan seperti jumlah yang besar, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Marsh, kedudukan Faker dalam ekosistem League of Legends adalah lebih daripada sekadar wang sebuah kontrak. Dia telah membina legasi dan menjadikan dirinya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Kini, selepas memenangi LCK Spring Split 2022, Faker sedang bersiap sedia untuk bersaing di MSI 2022, yang dijangka berlangsung di Busan, Korea Selatan pada bulan Mei ini. Semoga perkara ini menjadi pembakar semangat serta contoh untuk mereka yang berada dalam industri e-sukan kita pada hari ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/faker-mendapat-tawaran-20-juta-usd-setahun-dari-china"} {"title": "Sony Center Mid Valley Mid Valley Buka Pre-order PS5", "body": "

Sony Center Mid Valley Malaysia baru-baru ini membuka pre-order untuk konsol PS5. Pre-order ini dibuka pada 7 April dan akan tamat pada 9 April jam 2 petang. Pre-order kali ini turut disertakan dengan tambahan controller DualSense yang dijual dengan harga RM2 648 manakala untuk package biasa bernilai RM2 299.

Selain itu, anda juga boleh menambah pelbagai game baru seperti Horizon Forbidden West, Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah tempoh waranti untuk konsol yang dibeli. Selain daripada PS5, turut tersedia aksesori seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station untuk ditempah.

Untuk membuat tempahan, sila klik dan lengkapkan BORANG INI. Untuk mereka yang terpilih, pihak Sony Center Mid Valley akan menghubungi anda seawal 11 April ini. Untuk mereka yang tidak mendapat panggilan, jangan risau. Anda boleh tunggu pre-order untuk bulan seterusnya. Jadi tunggu apa lagi, isi borang tersebut sebelum ianya ditutup.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/sony-center-mid-valley-mid-valley-buka-pre-order-ps5-pada-april-ini"} {"title": "Team Liquid Juara VCT Game Changers BR Qualifier", "body": "

Pasukan Valorant wanita Team Liquid baru-baru ini berjaya menjuarai VCT Game Changers BR Qualifier 2. Team Liquid sememangnya menunjukkan corak permainan yang mengagumkan. Mereka berjaya menewaskan pasukan yang berada di ranking 68 dunia iaitu pasukan B4 Angels dengan mata kemenangan 3-0.

Prestasi Team Liquid wanita ini diteruskan setelah mereka memenangi VCT Game Changers BR Qualifiers 1 yang lalu. B4 Angels terpaksa akur dengan kekalahan terhadap Team Liquid sekaligus membawa mereka di tempat kedua. Team Liquid akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 1 687 USD manakala B4 Angels membawa pulang 1 055 USD.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kemenangan ini mampu menyuntik buat semangat para atlet e-sukan wanita diluar sana!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-liquid-juara-vct-game-changers-br-qualifier"} {"title": "Blacklist Ultimate Juara CODM Garena Invitational 2022", "body": "

Kejohanan Call of Duty Mobile Garena Invitational 2022 telahpun selesai. Pasukan daripada Filipina iaitu Blacklist International Ultimate berjaya merangkul gelaran juara pada musim kali ini. Mereka memenangi perlawanan akhir menentang pasukan DG Esports dengan mata kemenangan 3-2.

Ini merupakan kemenangan 3 kali berturut-turut untuk pasukan Blacklist Ultimate selepas mereka memenangi kejohanan CODM World Championship pada tahun lepas. Dengan kemenangan ini, Blacklist Ultimate membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 14,000 USD manakala untuk pasukan daripada Indonesia iaitu DG Esports turut membawa pulang sebanyak 7,000 USD.

Walau bagaimana, pasukan Malaysia iaitu SEM9 dan Geek Fam gagal untuk mengungguli carta pada musim kali ini. SEM9 berjaya menduduki tempat ke lima dengan hadiah wang tunai sebanyak 2,000 USD manakala Geek Fam menduduki tempat ke 13 dengan wang tunai sebanyak 1,000 USD. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/blacklist-ultimate-juara-codm-garena-invitational-2022"} {"title": "MLBB Southeast Asia Cup (MSC) 2022 Berlangsung Di Kuala Lumpur!", "body": "

Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) 2022 bakal tiba tidak lama lagi. 12 pasukan terkuat dari asia tenggara akan berentap demi merebut piala MSC serta hadiah wang yang lumayan. MSC 2022 juga bakal diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Tahun ini merupakan kali ke-5 kejohanan MSC berlangsung. Untuk tahun ini, MSC menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 300,000 USD atau RM1.2 juta. Hanya pasukan yang berjaya mendapatkan tempat pertama dan kedua dalam MPL Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Singapura sahaja akan layak ke MSC 2022.

Antara negara lain yang turut bertanding pada MSC kali ini adalah Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja, dan Thailand. Mampukah Malaysia sebagai tuan rumah dinobatkan sebagai juara MSC 2022? Sama-sama kita nantikan. MSC peringkat kumpulan akan bermula pada 11-12 Jun manakala playoff akan berlangsung pada 14-19 Jun 2022.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mlbb-southeast-asia-cup-msc-2022-berlangsung-di-kuala-lumpur"} {"title": "Ubisoft Umumkan Rainbow Six Mobile", "body": "

Ubisoft mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melancarkan Rainbow Six Mobile tidak lama lagi. Dengan hasil usaha Ubisoft Montreal, pemain kini boleh menikmati permainan FPS dan taktikal ini pada bila-bila masa dan dimana saja. Pasti ada yang tertanya-tanya adakah Rainbow Six Mobile ini serupa dengan Rainbow Six Siege?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ubisoft, Rainbow Six Mobile bukanlah 100 peratus sama dengan Rainbow Six Siege. Rainbow Six Mobile telah dibina semula dari bawah dimana mereka menyesuaikan dengan penggunaan mobile. Walau bagaimana, pemain masih boleh merasai pengalaman bermain Siege di Rainbow Six Mobile.

Pemain akan merasai gameplay taktikal di Rainbow Six Mobile dengan perlawanan 5V5. Terdapat mode attack vs defense yang boleh digunakan oleh pemain. Dengan melakukan pertempuran bersama ahli pasukan, pemain dapat merasai keseronokan menyerang dan bertahan untuk memenangi perlawanan.

Matlamat Rainbow Six Mobile dibina bukanlah untuk meminta pemain agar berhenti bermain di PC dan Konsol. Bermain Siege di skrin yang lebih besar serta ketepatan tetikus dan papan kekunci sememangnya tidak dapat ditandingi. Namun, Rainbow Six Mobile adalah untuk mereka yang tidak mempunyai konsol dan PC untuk bermain game popular ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-umumkan-rainbow-six-mobile"} {"title": "Pasukan Dan Atlet E-Sports Yang Mewakili Malaysia Untuk SEA Games 31", "body": "

SEA Games 31 ataupun dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-31 bakal berlangsung tidak lama lagi di Hanoi, Vietnam. E-Sports sekali lagi dipilih sebagai acara yang akan dipertandingkan. Sebanyak 10 pingat akan dipertandingkan yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu PC sebanyak tiga acara manakala Mobile sebanyak 7 acara.\u00a0

3 acara untuk PC adalah League of Legends, FIFA Online 4 dan CrossFire manakala 7 acara untuk Mobile pula adalah League of Legends: Wild Rift (Lelaki Berpasukan), League of Legends: Wild Rift (Wanita Berpasukan), Arena of Valor, PUBG Mobile (Solo), PUBG Mobile (Berpasukan), Garena Free Fire dan juga Mobile Legends: Bang Bang.\u00a0

Daripada 10 acara yang dipertandingkan, Malaysia akan menghantar 9 wakil sahaja untuk bertanding. Berikut merupakan senarai pasukan dan atlet yang terpilih:
\u00a0

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan highlight dan info sepanjang SEA Games 31 ini berjalan bermula 6 Mei 2022 sehingga 23 Mei 2022 di Tik-Tok Gamers on Duty

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pasukan-dan-atlet-e-sports-yang-mewakili-malaysia-untuk-sea-games-31"} {"title": "T1 Juara LCK Spring 2022", "body": "

T1 baru-baru ini berjaya merangkul gelaran juara dalam kejohanan League of Legends Championships Korea 2022. Mereka muncul sebagai juara apabila berjaya menundukkan pasukan Gen.G dengan mata kemenangan 3-1. Kemenangan ini sekaligus melayakkan T1 untuk ke LoL Mid-Season Invitational (MSI) 2022 mewakili Korea.

Kemunculan T1 pada musim ini dilihat lebih menggerunkan. Mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan LCK Spring 2022 ini berlangsung. Apa yang lebih menarik, perlawanan akhir tersebut turut mencatatkan jumlah tontonan yang sangat tinggi iaitu 1.3 juta penonton.\u00a0

T1 juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 200K Won (RM 690K) manakala pasukan Gen.G membawa pulang sebanyak 100K Won (RM 345K). Untuk pemain MVP kejohanan tersebut, ia telah diberikan kepada pemain T1 Oner. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jangan lupa untuk saksikan LoL MSI 2022 yang akan diadakan di Busan, Korea Selatan bermula pada 10 May ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/t1-juara-lck-spring-2022"} {"title": "Minggu Terakhir MPL MY S9 Sebelum Ke Playoff", "body": "

Sedar tak sedar, sudah 7 minggu berlangsungnya Mobile Legends Pro League (MPL) MY musim 9. Ini bermakna hanya tinggal 1 minggu sahaja peluang untuk setiap pasukan melayakkan diri ke playoff. Mampukah pasukan Homebois dan Geek Fam mengekalkan slot mereka pada MPL musim akan datang?

Keputusan penuh perlawanan minggu ke-7 menyaksikan Team SMG menduduki tempat pertama dengan 27 mata untuk kumpulan A manakala RED Esports berkongsi 21 mata dengan pasukan TODAK di dalam kumpulan B. Untuk pasukan Orange Esports, mereka sedang mencari peluang untuk melayakkan diri ke upper bracket kumpulan A apabila berjaya menewaskan Team Caracal 2-1.

Buat pasukan Homebois pula, mereka masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke playoff jika memenangi perlawanan menentang pasukan TODAK dan Team Caracal. Meskipun Homebois mempunyai antara Game Win Rate yang tertinggi iaitu 60%, namun mereka terpaksa akur dengan penolakan mata yang dikenakan ke atas mereka.

Untuk pasukan Geek Fam, mereka perlu memenangi baki perlawanan secara bersih menentang pasukan MAB Esports dan Team SMG untuk melayakkan mereka ke Playoff. Debaran makin terasa, hanya 8 pasukan sahaja yang akan layak ke peringkat playoff. Ayuh! Berikan sokongan anda kepada pasukan-pasukan MPL MY kali ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/minggu-terakhir-mpl-my-s9-sebelum-ke-playoff"} {"title": "Bren Esports Tubuhkan Pasukan Valorant Wanita", "body": "

Bren Esports baru-baru ini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah pasukan Valorant wanita yang dikenali sebagai Bren Esports Victress. Bren Esports Victress telah diwakili oleh bekas pemain pasukan The Capitol Aries.\u00a0

Meskipun ini merupakan penampilan pertama bersama Bren Esports, barisan pemain ini akan dihantar bertanding di dalam VCT Game Changers APAC Open 2. Ketika bersama The Capitol Aries, mereka berjaya mendapatkan tempat ketiga di dalam VCT Game Changers APAC Open 1. Ini menunjukkan bahawa para pemain ini mampu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan besar.

Untuk memperkuatkan lagi barisan pemain, Bren Esports Victress turut membawa masuk pemain keenam iaitu Mikasie, bekas pemain pasukan Affinity Esports dan Galaxy Racer. Dengan pengalaman yang ada, beliau akan berganding dengan Alexy dan Twirly sebagai role duelist. Berikut merupakan barisan pemain Bren Esports Victress:

Ikuti Instagram Bren Esports Official untuk ketahui perkembangan mereka.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bren-esports-tubuhkan-pasukan-valorant-wanita"} {"title": "E3 2022 Dibatalkan Secara Rasmi", "body": "

Electronic Entertainment Expo (E3) 2022 secara rasminya telah dibatalkan. Expo Gaming terbesar ini tidak akan berlangsung sama ada secara fizikal mahupun atas talian. Ini adalah kerana beberapa individu penting dalam industri e-sukan didapati positif setelah menghadiri Persidangan Pembangunan Permainan di San Francisco pada minggu lalu.

Selain daripada itu, ramai juga diantara penerbit permainan video didapati telah menarik diri daripada E3 demi menganjurkan acara mereka sendiri secara atas talian. Antara ialah seperti pameran Nintendo Direct, EA Play Live, dan Sony\u2019s State of Play. Meskipun ramai gamers yang kecewa dengan pembatalan expo gaming terbesar ini, namun mereka masih boleh menantikan acara Summer Game Fest yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Summer Game Fest juga akan menampilkan jenama gaming terkenal seperti 2K, Bandai Namco Entertainment, Epic Games, SEGA, PlayStation, Xbox, Ubisoft dan banyak lagi. Pembatalan E3 sudah kali kedua terjadi dimana yang pertama adalah pada tahun 2020. Pada tahun lepas, E3 tetap dijalankan namun hanyalah melalui atas talian. Semoga E3 dapat kembali seperti biasa pada tahun hadapan untuk memeriahkan lagi industri e-sukan dunia.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/e3-2022-dibatalkan-secara-rasmi"} {"title": "Pendaftaran PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2022 Dibuka!", "body": "

PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2022 telah membuka pendaftarannya. Peserta boleh membuat pendaftaran bermula pada 31 Mac hingga 13 April. PMCO sememangnya terbuka kepada semua pemain tidak kira sama ad pro player mahupun pemain biasa.\u00a0

Tencent memberitahu bahawa sebanyak 170 negara akan dimasukkan ke dalam 6 wilayah PMCO yang berbeza. Antara 6 wilayah tersebut adalah Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Asia, dan Eropah. Sebanyak 600,000 USD hadiah terkumpul yang dipertandingkan pada PMCO kali ini.

Untuk pengetahuan, PMCO kali ini bukan lagi sebuah kompetitif PUBG Mobile yang teratas. Dengan perubahan yang dilakukan oleh pihak Tencent iaitu PUBG Mobile 2.0, ia menjadikan PMCO sebagai salah sebuah kompetitif amatur dan separa pro.

Oleh itu, pasukan teratas daripada PMCO tidak akan mendapat slot terus ke PUBG Mobile Pro League (PMPL) seperti tahun sebelumnya. Mereka perlu bertanding di PUBG Mobile National Championship/PMNC Regional Cup terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke PMPL akan datang.

Untuk membuat pendaftaran PMCO 2022, sila ke pubgmobile.com

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pendaftaran-pubg-mobile-club-open-pmco-2022-dibuka"} {"title": "Game One Piece Odyssey Akan Keluar Tahun Ini", "body": "

Sebuah animasi popular hasil karya Eiichiro Oda iaitu One Piece, bakal mengeluarkan permainan RPGnya pada tahun ini. Permainan video tersebut diberi nama sebagai One Piece Odyssey hasil daripada kerjasama Bandai Namco Entertainment.

Game One Piece Odyssey ini sememangnya dibina mengikut karakter asal seperti di dalam filem sebenar. Perkara ini diakui oleh penulis One Piece sendiri dimana Oda mengatakan bahawa beliau kagum dengan permainan ini kerana memiliki kedalaman cerita yang luar biasa seperti menonton filem.

One Piece Odyssey akan menampilkan karakter Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro, Nami, Usopp, Sanji,Tony Tony Chopper, Nico Robin, Frankie, dan Brook. Game ini memerlukan pemain untuk melakukan tugas serta menyelesaikan misi permainan. Di samping itu, terdapat juga pertarungan yang perlu dilakukan oleh pemain.

Sistem pertarungan juga menampilkan keterampilan luar biasa seperti teknik Gear Third Luffy dan Three Sword Style Zoro. Ditampilkan pula gerakan finishing yang menggabungkan tiga keterampilan menjadi satu serangan. Walau bagaimana, tarikh sebenar untuk permainan ini masih belum diumumkan. Namun, permainan ini akan terdapat di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/game-one-piece-odyssey-akan-keluar-tahun-ini"} {"title": "The Lord Of The Rings: Gollum Ditunda Kali Ke-4", "body": "

Daedalic Entertainment telah mengumumkan sekali lagi penundaan permainan mereka, The Lord of the Rings: Gollum untuk kali ke-4 tetapi kali ini mereka menjanjikan pelancarannya akan dijalankan pada tahun ini juga.\u00a0

The Lord of the Rings: Gollum adalah permainan bergenre pengembaraan dari pandangan karakter Gollum yang tidak pernah diceritakan sebelum ini. Penceritaannya mengambil tempat di antara The Hobbit dan The Fellowship of the Ring.\u00a0

Kali pertama The Lord of the Rings: Gollum diumumkan adalah pada tahun 2019 dan katanya akan dilancarkan pada tahun 2021 tetapi ditukar ke tahun depan. Tetapi, itu pun diubahkan ke tahun ini. Oleh itu, peminat perlu menunggu lagi untuk berita seterusnya.

The Lord of the Rings: Gollum akan dibangunkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Nantikan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-lord-of-the-rings-gollum-ditunda-kali-ke-4"} {"title": "Team Lunatix Bawa Masuk Jurulatih Dari Filipina Dan Dua Lagi Pemain Negara Jiran", "body": "

Baru-baru ini pihak Team Lunatix telah mengumumkan kemasukan ahli baru mereka yang diterbangkan dari negara jiran. Kemasukan ini bagi mengganti jurulatih dan juga penambahan dua pemain baru.

Paolo Villanueva telah dipilih untuk menggalas tugas sebagai jurulatih baru untuk pasukan ini. Untuk pengetahuan korang, Paolo sebelum ini merupakan Head Coach untuk pasukan Nexplay EVOS untuk musim kesepuluh MPL Filipina dan juga merupakan Strategic and Assistant Coach untuk pasukan ECHO pada musim kelapan dan kesembilan MPL Filipina.\u00a0

Dua pemain baru yang dimasukkan adalah Jomari Pingol ataupun yang dikenali sebagai Jowm yang mana merupakan pemain Bren Esports. Ketika artikel ini ditulis, tiada update daripada Team Lunatix ataupun daripada Bren Esports sama ada pemain dari pasukan Filipina ini cuma dipinjamkan ataupun telah berhijrah ke liga MPL MY.

Pemain kedua adalah Edwin Fenryr yang diterbangkan dari Indonesia. Beliau yang terkenal dengan panggilan Fenryr merupakan bekas pemain EXP Laner untuk salah satu divisi amateur ONIC Esports iaitu ONIC Prodigy.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-lunatix-bawa-masuk-jurulatih-dari-filipina-dan-dua-lagi-pemain-negara-jiran"} {"title": "Yi Sun-shin Diinpirasi Daripada Tokoh Perang Terkenal Semasa Dinasti Joseon", "body": "

Kitorang tahu yang ramai pemain-pemain OG Mobile Legends gemar menggunakan Yi Sun-shin untuk naik Rank. Jadi untuk artikel kali ini kami nak berkongsi sedikit tentang sejarah dan juga beberapa info penting yang hanya OG player Yi Sun-shin sahaja yang tahu!

Sejarah

Yi Sun-Shin yang merupakan seorang Marksman dalam permainan Mobile Legends ini sebenarnya diinspirasi daripada tokoh sejarah terkenal Korea iaitu Admiral Yi Sun-sin semasa Dinasti Joseon.

Dia dikatakan tidak pernah tewas semasa bertarung dengan kapal perang penjajah Jepun ketika itu. Dia juga terkenal kerana terlibat dengan penghasilan kapal perang Geobukseon (Turtle Ship). Crystal Base korang akan bertukar kepada Geobukseon ini apabila ada Yi Sun-shin dimainkan dalam team korang. Kapal ini juga dikatakan merupakan kapal pertama di dunia yang mempunyai perisai.

2 Jenis Basic Attack

Untuk pengetahuan korang, Yi Sun-shin merupakan satu-satu hero dalam Mobile Legends yang boleh menggunakan ranged dan melee basic attack tanpa perlu menekan mana-mana skill contohnya seperti Beatrix yang mana perlu menggunakan skil keduanya iaitu Masterful Gunner.

Chargeable Skill

Yi Sun-shin merupakan hero pertama yang mempunyai skil yang boleh di recharge iaitu skill keduanya, Blood Floods. Lebih lama skil ini di charge, lebih besar range dan damage yang akan dikenakan kepada musuh.

Only Default Skin

Kalau korang nak tahu, Yi Sun-shin merupakan hero terakhir yang diperkenalkan dengan cuma default skin sahaja semasa ianya mula dimasukkan ke dalam Mobile Legends. Heroes lain selepasYi Sun-shin semuanya di datangkan dengan sekurang-kurang 1 complementary skin.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/yi-sun-shin-diinpirasi-daripada-tokoh-perang-terkenal-semasa-dinasti-joseon"} {"title": "Patch Baru Tersedia, Mode Friendly Battle Kini Sudah Boleh Dimainkan", "body": "

Hari ini pihak Marvel Snap telah mengumumkan patch terbaru untuk permainan video tersebut sudah pun tersedia untuk dikemaskini. Beberapa penambahan dan juga Buff/Nerf untuk beberapa card, antaranya adalah penambahan mode Friendly Battle!

Berikut adalah update yang terdapat pada patch kali ini:

Friendly Battle

Setiap pemain akan bermula dengan 10 Health. Pemain yang berjaya melakukan 10 damage kepada pihak lawan akan dikira pemenang. Pusingan pada mode ini bergantung kepada berapa banyak damage yang berjaya dilakukan setiap pusingan, Minimum 2 Pusingan.

Untuk bermula, korang perlu pergi ke button Game Modes. Kemudian salah seorang daripada korang kena Create Match dan share Match Code yang telah diberikan kepada rakan pemain lain. Pemain lain perlu copy dan paste Match Code tersebut.

Card Update

Leader = On Reveal Leader sekarang cuma boleh copy semua card pemain lain main di location bahagian kanan sahaja. perubahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa rungutan pemain yang agak frust bila dengan Deck yang menggunakan card ini.

Tapi korang tak perlu bimbang sebab bagi peminat-peminat Leader, ianya juga akan menerima buff untuk Attack Power yang ditambah dari 3 kepada 7 Attack Power!

Wolverine = Wolverine juga akan menerima penukaran skill yang mana sekarang setiap kali card dikeluarkan ataupun dimusnahkan, ianya akan menerima penambahan 2 Attack Power.

Namun ia juga akan menerima Nerf yang mana Attack Power untuk card ini telah diturunkan daripada 3 kepada 2 sahaja.

General Update

Korang sekarang dah boleh tukar IGN korang pada menu Avatar setiap 30 hari. Zabu juga telah ditambah ke dalam Series 5 pada Token Shop.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/patch-baru-tersedia-mode-friendly-battle-kini-sudah-boleh-dimainkan"} {"title": "Codashop Dan Genshin Impact Berkerjasama Untuk Acara Codashop Varsity Program", "body": "

Baru-baru ini pihak Codashop telah mengumumkan kerjasama antara mereka dengan permainan video popular iaitu Genshin Impact untuk acara Codashop Varsity Program. Acara ini akan dilakukan di beberapa University popular di Malaysia.

Untuk event pertama mereka ini, ianya akan dijalankan di Student's Life Center, Taylor University pada 1 Februari 2023 dari jam 10 Pagi sehingga jam 5 Petang.\u00a0

Pelbagai program-program menarik yang akan dijalankan di acara Codashop Varsity Program ini seperti Genshin Impact Tournament yang mana pengunjung yang berjaya menyelesai Domain Challenge terpantas akan memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Codashop exclusive merchandise dan juga macam-macam lagi.

Selain itu terdapat juga Meet & Greet dengan cosplayer dan influencer terkenal seperti Deadpudds yang mana akan hadir dari jam 12 Tengahari sehingga jam 3 Petang. Jangan lupa untuk ambik gambar menarik bersama dengan Deadpudds dan upload di Instagram dan Facebook korang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik nanti.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/codashop-dan-genshin-impact-berkerjasama-untuk-acara-codashop-varsity-program"} {"title": "Selepas Geek Fam, RSG Mungkin Pasukan Seterusnya Bergabung Dengan Slate Esports", "body": "

Sebentar tadi, 3 Facebook page rasmi milik RSG iaitu RSG Malaysia, RSG Singapore dan RSG Philippines telah memuat naik satu gambar yang memberikan gambaran mereka mungkin akan melakukan satu kolaborsi dengan salah satu lagi pasukan Esports.

Melalui gambar yang dimuat naik, ianya disertakan dengan caption \u201cAvium? RSG? Slate?\u201d yang mana ramai peminat memberikan komen yang \u201cRSG Slate\u201d mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Slate Esports yang mana merupakan satu organisasi dibawah syarikat Avium yang ditubuhkan oleh cofounder EVOS Esports iaitu En. Ivan Yeo telah mengumumkan kerjasama dengan Geek Fam Indonesia untuk pasukan Mobile Legends bagi kejohanan MPL ID akan datang.

Adakah gabungan RSG dan Slate ini untuk MPL MY, MPL SG dan MPL PH? sama-sama kita nantikan berita lanjut.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/selepas-geek-fam-rsg-mungkin-pasukan-seterusnya-bergabung-dengan-slate-esports"} {"title": "Daddyhood Akan Pastikan HomeBois Kembali Bangkit Untuk MPL MY Musim Ini", "body": "

Baru-baru ini melalui podcast \u201cPODCAST WITH DADDY\u201d yang ditayangkan di Youtube DADDYCR3W, Daddyhood telah menjemput Aiman Laphel untuk bercerita tentang pendapat beliau mengenai tahap permainan team Malaysia dan persiapan di MPL MY S11.

Ketika ditanya mengenai pendapat Aiman berkenaan pasukan HomeBois, Aiman menyatakan yang dia berasa senang hati dengan keputusan Daddyhood untuk mengambil dua pemain dari Indonesia dan juga membawa masuk jurulatih dari Filipina iaitu Coach Dale.

Daddyhood juga mengesahkan yang kelemahan pasukan HomeBois sebelum ini adalah dari segi Mid Laner. Walaupun dengan kehadiran Vins yang bboleh dikatakan agak memberangsakan sebelum ini namun ianya dilihat masih lagi tidak mencukupi.

Dengan kemasukan Warlord sebagai Mid Laner, Barbossa yang merupakan Roamer yang dipinjam dari Bigetron Beta dan juga jurulatih dari Filipina kali ini, Daddyhood akan memastikan yang HomeBois akan kembali mengemparkan scene MPL MY Musim Kesebelas kali ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/daddyhood-akan-pastikan-homebois-kembali-bangkit-untuk-mpl-my-musim-ini"} {"title": "Open Qualifier MPL SG Musim Kelima Bakal Bermula Bulan Hadapan", "body": "

Pihak Moonton baru-baru ini telah mengumumkan yang MPL SG akan kembali untuk musim kelima bermula pada 1 Februari 2023 ini. Berikut merupakan tarikh penting untuk MPL SG Musim Kelima kali ini:

Open Qualifier

Regular Season

Playoff

Pendaftaran boleh dibuat di LINK ini. Pendaftaran akan ditutup pada 15 Februari 2023.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/open-qualifier-mpl-sg-musim-kelima-bakal-bermula-bulan-hadapan"} {"title": "Roster Lengkap Lapan Pasukan Yang Bertanding Di MPL ID Musim 11", "body": "

Baru-baru ini MPL ID telah pun mengumumkan senarai lengkap roster pemain untuk lapan pasukan yang akan bertanding dalam MPL ID Musim Kesebelas kali ini. Berikut merupakan senarai lengkap pemain untuk kesemua pasukan:

EVOS Legends

Alter Ego

Bigetron Alpha

AURA Fire

Geek Slate

Rebellion Zion

ONIC Esports

Team RRQ

MPL ID Musim Keseelas dijangkakan akan bermula pada bulan hadapan dan prize pool sebanyak USD300,000 akan dipertaruhkan untuk kejohanan MPL ID kali ini.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/roster-lengkap-lapan-pasukan-yang-bertanding-di-mpl-id-musim-11"} {"title": "RED Esports Bakal Ambik Tindakan Saman Terhadap Tuduhan Tidak Berasas", "body": "

Semalam kami telah melaporkan satu berita yang kurang enak tentang tunduhan salah seorang bekas ahli RED Esports iaitu Dragon berkenaan dengan isu gaji yang tidak dibayar.\u00a0

Pihak RED Esports sudah pun mengeluarkan statement rasmi berkenaan dengan isu ini dan menyatakan tidak wujud masalah gaji tidak berbayar seperti apa yang dikatakan oleh bekas pembantu jurulatih tersebut.\u00a0

Dragon juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menceritakan kisah sebenar dari pihaknya berkenaan dengan isu tersebut. Dia menyatakkan yang RED Esports tidak membayar gaji seperti apa yang telah dijanjikan.

Hari ini pihak RED Esports nampaknya telah mula mengambil tindakan terhadap tuduhan ini dengan memuat naik di Instagram Stories mereka yang menunjukkan mereka berada dihadapan Balai Polis.

Melalui caption \u201cTunggu Jelah, Mana Yang sebar kan benda yang tidak betul. surat samanon your doorstep\u201d menunjukkan yang mereka mungkin akan mengambil tindakan saman terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang telah dilemparkan kepada mereka.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/red-esports-bakal-ambik-tindakan-saman-terhadap-tuduhan-tidak-berasas"} {"title": "Dragon Tampil Penjelasan, \"Mental Torture\" Dari Pengurusan RED Esports", "body": "

Setelah RED Esports tampil memberikan penjelasan tentang tuduhan yang dilemparkan oleh bekas pembantu jurulatih mereka iaitu Dragon ataupun nama sebenarnya Zairul Hazim mengenai gaji yang tidak dibayar, Dragon telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang apa yang terjadi.

Dalam posting di Facebook milik beliau, Dragon mengatakan yang pihak pengurusan tidak memberikan kepercayaan yang sepatutnya untuk dia menguruskan pasukan RED Esports. Dia telah diminta untuk menjaga pemain sahaja.

Dragon juga mengatakan yang dia sebenarnya bukan ditawarkan untuk menjadi jurulatih namun telah dipaksa oleh pihak pengurusan RED Esports. Menurut beliau, setelah SORA PAYUNG meninggalkan pasukan tersebut, RED Esports bercadang untuk mengambil jurulatih dari Indonesia.

Namun disebabkan masalah budget, cadangan itu terpaksa dibatalkan dan Dragon dipaksa untuk menjadi jurulatih. Dia yang semasa itu merupakan pengurus untuk pasukan tersebut dikatakan ditawarkan oleh RED Esports gaji sebanyak RM1700 sebagai Manager dan tambahan RM1500 sebagai jurulatih jika lepas ke Playoff ataupun RM800 jika tidak lepas ke playoff.

Namun jika dilihat dari statement yang dikeluarkan oleh RED Esports sebentar tadi, RED Esports mengatakan yang yang gaji Dragon sebagai pembantu pengurus dan jurulatih sementara cuma RM1700 dan tiada penambahan RM1500 seperti yang dinyatakan oleh Dragon.

Namun disebabkan persetujuan penambahan gaji itu cuma dibuat secara mulut dan tiada hitam putih, Dragon menyatakan sebab itu dia tidak dapat membawa apa-apa bukti dan boleh disangkal dengan senang oleh RED Esports.

Tidak dilupakan yang Dragon juga menulis yang dirinya telah diblok oleh pengurusan RED Esports di aplikasi Whatsapp pada minggu keenam disebabkan Dragon tidak mengikut draft yang diminta oleh pihak pengurusan. Korang boleh baca penjelasan penuh di SINI.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dragon-tampil-penjelasan-mental-torture-dari-pengurusan-red-esports"} {"title": "Dituduh Tidak Bayar Gaji Dragon, Ini Penjelasan Dari Pihak RED Esports", "body": "

hari ini gempar apabila Dragon ataupun nama sebenarnya iaitu Zairul Hazim telah memuat naik satu Instagram Stories seperti memberikan hint yang pihak pengurusan RED Esports telah \u201cBlock\u201d dirinya dari menghubungi RED Esports untuk menuntut gajinya.

Sebaik saja Instagram Stories tersebut dinaikkan, pihak RED Esports telah mengeluarkan satu statement melalui Instagram rasmi milik mereka.

Dalam statement tersebut, pihak RED Esports telah mengesahkan yang mereka sudah menjelaskan segala baki gaji Dragon sebagai seorang penbantu pengurus dan jurulatih sementara ketika peringkat musim liga MPL MY musim 10 sejak September 2022 lagi.

Selain dari itu, pihak RED Esports telah menyatakan yang mereka telah beberapa kali memberikan peluang kepada Dragon namun mereka terpaksa mengambil tindakan tegas kerana Dragon dikatakan cuba mengganggu pekerja dan pemain RED Esports di social media.\u00a0

Sebaik saja statement rasmi itu dikeluarkan oleh RED Esports, Dragon sekali lagi memuat naik Instagram Stories dengan caption \u201cWah wah tetiba buat statement nak tutup cerita eh?\u201d. Cerita apa yang cuba ditutup oleh RED Esports dan apa sebenarnya yang telah terjadi? sama-sama kita nantikan update seterusnya.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dituduh-tidak-bayar-gaji-dragon-ini-penjelasan-dari-pihak-red-esports"} {"title": "Kiboy Hantar Hint Mungkin Berehat Dari MPL ID Musim Kesebelas", "body": "

Baru-baru ini Kiboy ataupun nama sebenarnya Nicky Fernando yang merupakan pemain Roamer untuk pasukan ONIC Esports telah membuat satu posting di Instagram miliknya yang mempunyai petanda dia mungkin berehat dari MPL ID S11 akan datang.

\u201cRest well and continue season 12\u201d itulah caption yang ditulis dibawah salah satu gambar terbaru yang diupload oleh pemain tersebut.

Buat masa ini tiada lagi posting rasmi yang dibuat oleh pasukan ONIC Esports untuk mengesahkan sama ada betul atau tidak Kiboy akan berehat dari MPL ID S11 dan kembali di MPL ID S12.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kiboy-hantar-hint-mungkin-berehat-dari-mpl-id-musim-kesebelas"} {"title": "Deadpool Akan Hadir Sebagai DLC Pertama Midnight Suns", "body": "

Tidak lama lagi, 2K bersama Marvel Entertainment akan mengeluarkan DLC pertama untuk salah satu permainan mereka iaitu Marvel\u2019s Midnight Suns dan mereka menamakannya sebagai The Good, The Bad And The Undead.

DLC ini akan menambahkan karakter Deadpool, seorang anti-hero yang terkenal dengan kerenahnya ke dalam Midnight Suns secara rasmi. Di dalamnya nanti, kita boleh berinteraksi dengannya, menggunakannya ketika melawan musuh dan juga mendapat kosmetik terbaru khas untuk anti-hero ini.

Bukan sahaja itu, mereka juga akan ada menambahkan lagi tiga misi baru, musuh baru dan juga upgrade baru untuk Abbey (sebuah trak makanan). Bagi yang sudah membeli Season Pass, korang akan terima DLC ini secara percuma dan tidak diasingkan.\u00a0

Bagi yang belum, korang boleh dapatkan sekarang Marvel\u2019s Midnight Suns untuk PS5, Xbox Series dan PC (Steam) sementara menunggu pelancaran DLC The Good, The Bad And The Undead pada 26 Januari 2023 nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/deadpool-akan-hadir-sebagai-dlc-pertama-midnight-suns"} {"title": "Trek To Yomi Bakal Tiba Di Nintendo Switch Pada Akhir Bulan Ini", "body": "

Trek To Yomi akhirnya akan tiba untuk pengguna Nintendo Switch selepas pelancarannya pada tahun lepas untuk Playstation, Xbox dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan Microsoft Windows.\u00a0

Bagi yang tidak tahu, Trek To Tomi adalah permainan jenis side-scrolling yang dihasilkan oleh Flying Wild Hog dan diterbitkan oleh Devolver Digital.\u00a0

Permainan video ini mengisahkan tentang seorang pahlawan bernama Hiroki yang telah berjanji dengan Ketuanya yang sakit tenat untuk melindungi kampungnya dan juga orang-orang kesayangannya.\u00a0

Bagi yang ada Nintendo Switch, nantikan pelancaran Trek To Tomi pada 30 Januari 2023 untuk rasai sendiri grafik yang dipersembahkan dan juga lagu yang mengasyikkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/trek-to-yomi-bakal-tiba-di-nintendo-switch-pada-akhir-bulan-ini"} {"title": "NBA All-World - Permainan Terbaru Daripada Pembangun Pokemon GO", "body": "

Seperti korang semua tahu, Pokemon GO adalah satu permainan yang sangat popular sebaik sahaja pelancarannya atas sebab keunikan konsep permainannya. Kali ini, Niantic telah melancarkan permainan terbarunya iaitu NBA All-World, permainan bergenre sukan.\u00a0

Sama seperti Pokemon GO, korang semua perlu berjalan-jalan di luar rumah ataupun di mana-mana sahaja demi mengumpul karakter-karakter yang sebenarnya adalah pemain profesional di kejohanan NBA untuk membentuk pasukan impian korang.

Tetapi, bukanlah semudah itu sebab korang perlu berlawan dengan karakter tersebut terlebih dahulu sebelum mereka menyertai pasukan korang. Kalau berminat, korang boleh dapatkan NBA All-World sekarang untuk iOS dan Android.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nba-all-world-permainan-terbaru-daripada-pembangun-pokemon-go"} {"title": "Bawa Masuk Rain Dan Sunfrost, MAB Esports Bakal Kembali Ke MPL MY", "body": "

Hari ini Abg Lord yang mana merupakan pemilik MAB Esports telah memuat naik satu video di Tik-Tok miliknya untuk menjawab tentang adakah MAB Esports akan comeback ke MPL MY S11.

Melalui video tersebut, Abg Lord telah menyatakan yang mereka tidak bermain untuk MPL MY musim kesebelas ini namun dia juga memberitahu yang MAB Esports rindu untuk bertanding di pentas MPL MY.

Disebabkan itu, MA Esports telah mengambil keputusan untuk mengambil 2 ahli baru untuk divisi MLBB mereka yang mana akan membuat comeback pada MPL MY S12 akan datang.\u00a0

Yang pertama adalah Rain yang mana sebelum ini merupakan Coach untuk Team Lunatix. Beliau akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih untuk MLBB MAB Esports. Yang kedua adalah Sunfrost yang mana juga merupakan bekas ahli Team Lunatix. Dia akan bertanggungjawab sebagai Analyst untuk pasukan MAB Esports.

Abg Lord juga memberitahu yang Rain telah melakukan try out untuk mencari ahli-ahli lain untuk pasukan tersebut yang mana telah pun bermula minggu ini. Beliau juga mengesahkan yang bekas-bekas pemain pro tier dan juga muka-muka baru dari 2nd tier ada di dalam senarai try out mereka.

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bawa-masuk-rain-dan-sunfrost-mab-esports-bakal-kembali-ke-mpl-my"} {"title": "Pro Esports Cambodia Bawa Masuk Pemain Jungler Dari Indonesia Dan Jurulatih Dari Filipina", "body": "

Baru-baru ini pasukan MLBB dari Kemboja iaitu pasukan Pro Esports Cambodia telah memperkenalkan barisan pemain mereka untuk menghadapi MPL KH Spring Season 2023 akan datang.

Line-up yang ditunjukkan secara rasmi di Facebook mereka memperlihatkan banyak pemain-pemain dari pasukan MPL KH, MPL ID dan juga MPL MY sendiri. Berikut merupakan barisan pemain untuk pasukan Pro Esports Cambodia:

Selain dari barisan pemain baru, Pro Esports juga telah memperkenalkan jurulatih mereka yang akan menggalas tugas melatih pasukan ini iaitu Zico. Zico ataupun nama sebenarnya John Michael Dizon merupakan bekas jurulatih untuk pasukan Burn x Team Flash yang baru-baru ini bertanding di M4 World Championship.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pro-esports-cambodia-bawa-masuk-pemain-jungler-dari-indonesia-dan-jurulatih-dari-filipina"} {"title": "Dazzler - Card Ongoing Terbaru Untuk Marvel Snap", "body": "

Baru-baru ini Marvel Snap telah memperkenalkan card terbaru mereka iaitu Dazzler. Card ini mempunyai 4 blue orb kos dan 4 attack power.

Dazzler, the newest card added to MARVEL SNAP!

\ud83d\udd35 Cost: 4
\ud83d\udd36 Power: 4

Ongoing: If you have 4 cards at each location, +6 Power. pic.twitter.com/sNc0eMj53I

\u2014 MARVEL SNAP (@MARVELSNAP) January 24, 2023

Selain itu card ini mempunyai skill Ongoing yang mana jika korang mempunyai 4 card disetiap location lain, Dazzler akan mendapatkan tambahan attack power sebanyak +6.

Antara deck build yang korang boleh bina adalah dengan gabungan Shanna, Dazzler dan juga Kazar. Berikut merupakan antara contoh deck yang korang boleh bina menggunakan card Dazzler ini.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dazzler-card-ongoing-terbaru-untuk-marvel-snap"} {"title": "Empat Permainan Video Berharga Hampir RM400 Ini Kini Percuma Di Xbox Game Pass", "body": "

Untuk Januari tahun ini, Xbox telah mengumumkan pelbagai permainan video percuma yang boleh dimainkan oleh mereka yang melanggan Xbox Game Pass. Antara permainan video yang baru sahaja dimasukkan ke dalam Xbox Game Pass adalah seperti berikut:

Mortal Shell: Enhanced Edition

Mortal Shell merupakan sebuah permainan video berbentuk Action Role-Playing yang dihasilkan oleh Cold Symmetry dan dikeluarkan oleh Playstack pada tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.\u00a0

Bagi korang yang menyukai permainan video seperti Dark Souls dan juga Elden Ring, mungkin korang akan meminati Mortal Shell ini yang mana telah mendapatkan skor sebanyak 8/10 daripada IGN.

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden

Bagi peminat-peminat siri permainan video Shin Megami Tensei sudah tentunya gembira bila Xbox mengumumkan dua permainan video dari siri tersebut akan dimasukkan ke Xbox Game Pass.

Persona 3 Portable pada awalnya dikeluarkan untuk PlayStation Portable pada tahun 2009 manakala Persona 4 Golden pula dikeluarkan pada tahun 2012. Kedua-dua permainan video dari siri Persona ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelanggan Xbox Game Pass.

Monster Hunter: Rise

Salah satu permainan video yang kami sendiri nantikan untuk tiba di Xbox Game Pass. Monster Hunter: Rise dihasilkan dan dikeluarkan oleh Capcom pada tahun 2021.

Monster Hunter: Rise merupakan siri keenam untuk permainan video Monster Hunter dan mempunyai rating yang sangat tinggi iaitu 9/10 di Steam dan 8/10 di IGN. Tunggu apa lagi, muat turun sekarang!

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/empat-permainan-video-berharga-hampir-rm400-ini-kini-percuma-di-xbox-game-pass"} {"title": "CS:GO, Pinnacle Cup II Tawarkan Hadiah Terkumpul Sebanyak $100,000!", "body": "

Pada 18 Jun 2021, sebuah syarikat Online Sports Betting iaitu Pinnacle telah mengumumkan kejohanan Pinnacle Cup II yang akan diadakan pada 28 Jun hingga 16 Julai 2021. Ini merupakan kejohanan kali kedua dimana yang pertama telah diadakan pada bulan Mac lalu. Pada musim kali ini, hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak $100,000 (RM400,000).

Kejohanan ini akan disertai oleh 32 pasukan terkuat CS:GO dari seluruh dunia. Mereka akan bertanding serta merebut gelaran juara. Dalam pada itu, Pinnacle akan meneruskan kerjasama beliau bersama GRID dan Relog Media bagi mendapatkan kualiti paparan kejohanan yang bertaraf dunia kepada penonton. Kejohanan ini akan berlangsung secara online dan akan ditayangkan di TEB tv Twitch.

Antara pasukan yang akan bertanding di peringkat kumpulan ialah Sharks, Triked, VP, Prodigy, Na\u2019Vi Junior dan lain-lain. Pada Swiss stage pula akan terdapat pasukan ENCE, Entropiq, MIBR, HAVU dan beberapa pasukan lain. Untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan kejohanan ini, sila ke pinnacle.com.

SUMBER: pinnacle.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/cs-go-pinnacle-cup-ii-tawarkan-hadiah-terkumpul-sebanyak-100-000"} {"title": "Counter-Strike Sambut Ulang Tahun Yang ke-22!", "body": "

Pada 19 Jun 2021, sebuah game First Person Shooter (FPS) iaitu Counter-Strike telah menyambut ulang tahunnya yang ke-22. Counter-Strike juga merupakan sebuah game FPS yang paling lama bertahan di dalam industri esports. Siapa je yang tak kenal game Counter-Strike ni kan?

Counter-Strike yang pertama telah dibina pada 19 Jun 1999 dalam mod Half-Life. Game ini dibina oleh Minh \u201cGooseman\u201d Le dan Jess Cliffe. Kemudian, kedua mereka telah diambil oleh Valve dan Valve telah melancarkan game Counter-Strike secara rasmi ke dalam Windows pada 9 November 2000.

Selepas daripada itu, Counter-Strike mula berkembang secara pesat. Counter-Strike juga telah mengeluarkan pelbagai versi bermula daripada Condition Zero dan Source pada tahun 2004. Pada tahun 2012 pula terdapat satu lagi versi iaitu Global Offensive atau dikenali sebagai CS:GO. CS:GO juga pernah memegang rekod antara game yang paling tinggi dimainkan. Sehingga kini, CS:GO masih mendapat sambutan oleh para pemain.

SUMBER: dotesports.com

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/counter-strike-sambut-ulang-tahun-yang-ke-22"} {"title": "Microsoft Lancarkan Xbox Design Lab Untuk Custom Xbox Controller!", "body": "

Baru-baru ini, Microsoft telah melancarkan Xbox Design Lab dimana pemain boleh custom controller mereka mengikut citarasa sendiri. Terdapat 18 jenis warna menarik yang boleh dipadankan. Pemain juga boleh memilih gaya butang yang berbeza serta menambahkan lagi ukiran laser untuk mendapatkan penampilan yang menarik.

Selain itu, Microsoft turut membuat tawaran istimewa dimana pemain boleh memilih controller Psychonauts 2 atau Grounded. Controller Ini direka khas daripada pengambilan warna video game Psychonauts 2 dan Grounded. Untuk semua controller yang direka daripada Xbox Design Lab ini boleh digunakan pada Xbox Series X/S, Xbox One, Windows 10, Android, dan iOS bergantung pada system yang sesuai.

Tempahan untuk custom controller ini akan mengambil masa selama 28 hari. Harga untuk controller ini adalah bernilai $70 (RM 280). Untuk membuat design, pemain boleh pergi ke laman web Xbox Design Lab | Xbox serta untuk dapatkan info yang lebih lanjut.

SUMBER: urdupresss.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/microsoft-lancarkan-xbox-design-lab-untuk-custom-xbox-controller"} {"title": "Panini Keluarkan Sticker Album League of Legends!", "body": "

Baru-baru ini, sebuah syarikat sticker dan kad perdagangan iaitu Panini telah berkolaborasi dengan organisasi kejohanan esports LVP. Kerjasama ini adalah untuk melancarkan produk baru iaitu sticker album Superliga secara digital.

Panini sebelum ini banyak mengeluarkan sticker album tentang pasukan bola sepak dan pasukan NBA. Ini merupakan kali pertama Panini mengeluarkan sticker album berkenaan dengan pasukan esports. Antara kandungan yang terdapat dalam album Superliga ini ialah, halaman gambar setiap pasukan League of Legends Spain, halaman gambar pemain dan jurulatih, halaman tentang sejarah pertandingan dan bekas-bekas pemain terdahulu, dan banyak lagi. Bagi yang berjaya melengkapkan album ini secara digital, mereka boleh membuat pembelian album yang sebenar(fizikal).

\u201cPelancaran album Superliga merupakan satu pencapaian hebat untuk industri esports. Pihak LVP merasa bangga dapat bekerjasama dengan Panini dalam mewujudkan sebuah album dan kami pasti ianya dapat mengembirakan komuniti kami. Pelancaran ini adalah salah satu permulaan dan kita akan melihat pelbagai lagi perkara pada masa akan datang,\u201d kata Jordi Soler, CEO of LVP.

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/panini-keluarkan-sticker-album-league-of-legends"} {"title": "Fnatic Sambung Kolaborasi Bersama Anda Seat!", "body": "

Pada 17 Jun 2021, Fnatic telah menyatakan bahawa mereka akan meneruskan kolaborasi bersama Anda Seat. Anda Seat merupakan antara syarikat pengeluar kerusi gaming terkenal di dunia telah menjadi penaja rasmi kepada para pemain Fnatic sejak dari tahun 2020.

Sempena dengan penyambungan kolaborasi ini, Anda Seat telah mengeluarkan sebuah lagi kerusi gaming edisi Fnatic 2021. Setiap pembelian 30 terawal akan memperolehi mouse pad secara percuma. Bukan itu saja, Anda Seat juga ada membuat giveaway kepada para peminat Fnatic dimana pemenang yang bertuah akan mendapat sebuah kerusi gaming edisi Fnatic dan juga 2 jersey yang mempunyai tanda tangan daripada pemain Fnatic.

Sam Mathews, CEO Fnatic berkata, \u201cSama ada anda bermain secara suka-suka bersama rakan ataupun bermain di peringkat yang lebih tinggi di dalam esports, mempunyai kelengkapan yang betul adalah perkara penting bagi meningkatkan prestasi permainan dan itulah yang Fnatic fokuskan. Kerjasama Fnatic dan Anda Seat dalam mencipta sebuah kerusi gaming edisi Fnatic adalah untuk memastikan pemain dan peminat kami dari seluruh dunia dapat menikmati kelebihan ergonomik daripada Anda Seat supaya mereka dapat bermain dengan lebih selesa.\u201d.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web fnatic.com.

SUMBER: fnatic.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fnatic-sambung-kolaborasi-bersama-anda-seat"} {"title": "Rainbow Six Siege UK Ireland Nationals (UKIN) Summer 2021 Kembali!", "body": "

Pada 16 Jun 2021, Ubisoft telah mengumumkan tentang 2021 Summer Season untuk Rainbow Six Siege UK Ireland National (UKIN). Sebanyak \u00a325,000 (RM140,000) hadiah terkumpul yang ditawarkan dalam kejohanan ini.

Selain itu, pemenang juga akan mendapat tempat di Liga Challenger 2021 serta layak untuk memasuki Liga Eropah 2022. UKIN akan bermula pada 29 Jun hingga 27 Julai 2021 pada peringkat kumpulan manakala final akan berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos 2021. Kejohanan ini boleh di tonton melalui Twitch TV Rainbow Six Siege.

Will Attwood, Pengurus Pemasaran Esports Ubisoft UK berkata, \u201cKami gembira dapat mengembalikan UK Ireland National pada musim kedua ini. Dengan hadiah wang tunai sebanyak \u00a325,000 serta dapat bermain di Liga Challenger 2021, tentu setiap pasukan akan memberikan saingan yang sengit bagi merebut 8 pasukan terbaik dari UK dan Ireland.\u201d. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web ukin.gg.

SUMBER: https://esports-news.co.uk

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rainbow-six-siege-uk-ireland-nationals-ukin-summer-2021-kembali"} {"title": "Woman Star League Season 3 Kembali!", "body": "

Indonesia sememangnya melahirkan ramai pemain yang berbakat dalam bidang esports. Mereka bukan saja melahirkan atlet lelaki, namun mereka turut melahirkan atlet-atlet wanita. Baru-baru ini, sebuah kejohanan esports wanita telah kembali iaitu Woman Star League Season 3.

Woman Star League merupakan sebuah pertandingan Mobile Legends: Bang Bang yang diadakan khas untuk para pemain wanita. Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 musim dan kini sedang memasuki musim ketiga. Pada 2 musim yang lalu, pasukan EVOS Lynx telah memegang tahta juara dalam Woman Star League. EVOS Lynx sememangnya pasukan yang kuat dalam permainan MLBB.

Namun begitu, pada musim ini dilihat terdapat beberapa lagi pasukan yang akan memberikan saingan sengit kepada EVOS Lynx. Antara pasukan yang dikatakan sudah semakin meningkat naik prestasinya ialah RRQ Mika dan Morph Akasha. Mampukah EVOS Lynx mengekalkan kejuaraan mereka selama 2 musim? Ikuti perlawanan Regular Season yang akan bermula pada 18 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke instagram indonesiagamingleague.

SUMBER: indonesiagamingleague

", "url": "https://gamersonduty.com/news/woman-star-league-season-3-kembali"} {"title": "Guardians of the Galaxy Games Tiba Oktober Ini!", "body": "

Baru-baru ini, terdapat berita mengenai kemunculan video game baru iaitu Guardians of the Galaxy. Game yang dibangunkan oleh Square Enix bersama Eidos Montreal ini dijangkakan akan keluar pada 26 Oktober 2021. Game ini akan dikeluarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, and Xbox Series X.

Berdasarkan trailer yang ditayangkan, pemain akan menggunakan watak Star-Lord aka Peter Quill dan ditemani oleh watak-watak lain seperti Groot, Gamora, Drax dan Rocket bagi menyelamatkan alam semesta. Trailer tersebut juga memperlihatkan satu peperangan besar di dalam permainan, suasana yang penuh warna-warni, alien monsters, kapal angkasa yang besar dan pelbagai lagi.

Game Marvel sememangnya jarang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat video game. Dengan adanya keluaran game GOTG ini pasti akan terdapat pelbagai pengalaman baru buat para pemain. Kepada peminat Marvel, nantikan kemunculan game Guardians of the Galaxy pada 26 Oktober ini. Jangan lupa ikuti instagram mereka iaitu gotgthegame untuk sebarang maklumat yang akan disampaikan.\u00a0

SUMBER: guardiansofthegalaxy.square-enix-games.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/guardians-of-the-galaxy-games-tiba-oktober-ini"} {"title": "Esports Boxing Club Tiba Tahun Ini!", "body": "

Baru-baru ini, telah keluar satu trailer berkenaan dengan Esports Boxing Club di Youtube. Difahamkan bahawa pada tahun ini, Ten24 Media bersama Steel City Interactive akan mengeluarkan satu game PC iaitu Esports Boxing Club. Lebih daripada 200 fighter akan dibawa masuk dalam game ini. Ini juga termasuk para atlet peninju dahulu dan juga sekarang.

Terdapat beberapa kategori yang pemain boleh pilih di dalam game ini. Antaranya ialah flyweight, featherweight, middleweight, legends, dan kategori wanita. Dalam trailer yang ditayangkan, terdapat kemunculan Atlet peninju lagenda seperti Muhammad Ali, Sugar Ray Leonard, dan Julio Cesar Chavez, Sr. Terdapat juga peninju masa kini iaitu Canelo Alvarez, Terence Crawford, dan Vasyl Lomachenko.

Bagi kategori wanita, antara peninju yang terdapat dalam game ini ialah Katie Taylor, Claressa Shields, Heather Hardy, dan pelbagai lagi. Esports Boxing Club juga dikatakan akan dikeluarkan untuk konsol PS 5 dan Xbox Series X. Namun, tarikh sebenar belum diberitahu lagi. Kemungkinan akan dimaklumkan selepas pengeluaran bagi game PC. Untuk maklumat lanjut, sila ke eSports Boxing Club.

SUMBER: www.gamesradar.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/esports-boxing-club-tiba-tahun-ini"} {"title": "Jentera Fast and Furious Kini di Rocket League!", "body": "

Sempena dengan keluaran filem Fast and Furious 9 yang akan ditayangkan pada 25 Jun ini, Psyonix Studio telah membawa masuk jentera-jentera hebat F9 ke dalam Rocket League. Antara jentera yang dibawa masuk ialah Dodge Charger, Nissan Skyline dan jentera baru F9 iaitu rocket-powered Pontiac Fiero.

Jentera-jentera ini akan terdapat di Rocket League bermula pada 17 hingga 30 Jun. Untuk mendapatkan ketiga-tiga jentera tersebut, pemain boleh pergi ke Item Shop dan membuat pembelian bundle yang bernilai 2,400 kredit. Pemain juga boleh membuat pembelian secara berasingan dimana harga bundle untuk sebuah kereta ialah bernilai 1,000 kredit.

Bagi pemain yang sudah mendapatkan Dodge Charger atau Nissan Skyline, mereka boleh upgrade Wheels dan Reel Life Decal mereka dengan pembelian upgrade bundle yang bernilai 200 kredit. Untuk tahu dengan lebih lanjut, anda boleh log masuk ke dalam permainan Rocket League. Berikut merupakan item yang terdapat di dalam bundle untuk setiap pembelian:

Fast & Furious Pontiac Fiero

Fast & Furious Dodge Charger

Fast & Furious Nissan Skyline

SUMBER: https://www.rocketleague.com/

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jentera-fast-and-furious-kini-di-rocket-league"} {"title": "Muncul Sebagai Serangga di PUBG Mobile!", "body": "

Baru-baru ini, PUBG Mobile telah mengeluarkan Mod baru iaitu Treasure-Insektoid. Mod ini membolehkan pemain untuk bertukar menjadi kecil seperti serangga. Pemain juga boleh menerokai Map Erangle dengan pengalaman yang berbeza seperti sebelum ini.

Jika sebelum ini PUBG Mobile telah mengeluarkan event Titan dimana terdapat Godzilla dan juga Kong. Namun kali ini, PUBG Mobile mengeluarkan satu lagi Mod yang luar dari jangkaan pemain iaitu berubah menjadi kecil seperti serangga.\u00a0

Pemain boleh rasakan pengamalan baru ini di Map Erangle dimana terdapat satu lokasi yang mempunyai Lab. Dalam Lab tersebut akan ada satu mesin dan apabila pemain memasuki mesin tersebut secara automatik akan berubah menjadi kecil.

Apabila anda berubah menjadi kecil, pemain boleh terbang di seluruh Map Erangle. Bukan itu saja, pemain juga dapat merasai pengalaman pertempuran yang baru dimana mereka perlu berperang dalam keadaan yang kecil.

Pemain juga perlu berhati-hati dengan Pan kerana apabila anda berubah menjadi kecil Pan adalah salah satu senjata yang paling berbahaya. Untuk tahu dengan lebih lanjut, anda boleh bermain di Map Erangle PUBG Mobile bermula hari ini.

SUMBER: pubgmobilemyofficial

", "url": "https://gamersonduty.com/news/muncul-sebagai-serangga-di-pubg-mobile"} {"title": "Conor McGregor Ceburi Industri Gaming!", "body": "

Bintang UFC iaitu Conor McGregor kini menceburi industri gaming. Beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pembangun mobile game Eropah iaitu Beetroot Lab dalam melancarkan sebuah mobile game Dystopia: Contest of Heroes.\u00a0

Dystopia merupakan sebuah game yang dibangunkan pada tahun 2020 oleh Beetroot Lab. Beetroot Lab menjadikan bintang UFC dunia iaitu Conor McGregor sebagai watak utama dalam game mereka.

Pada tahun lepas, game ini juga telah digelar sebagai \u201cthe best mobile strategy game\u201d. Menerusi laman instagram rasmi Conor McGregor baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu posting berkenaan dengan kejohanan dunia dalam permainan Dystopia: Contest of Heroes yang akan diadakan tidak lama lagi.\u00a0

Difahamkan juga bahawa kejohanan ini akan menawarkan hadiah menarik seperti berpeluang bertemu dengan bintang UFC Conor McGregor.

Kepada peminat strategy game, Anda boleh muat turun game ini melalui Google Play dan App Store. Terdapat 20 bahasa yang disediakan di dalam game ini. Untuk sebarang info lanjut, layari laman web rasmi dystopia.beetrootlab.com.

SUMBER: esportspress.co.uk

", "url": "https://gamersonduty.com/news/conor-mcgregor-ceburi-industri-gaming"} {"title": "Lamborghini Anjurkan Tournament Esports \u201cThe Real Race\u201d!", "body": "

Baru-baru ini, Lamborghini menyatakan bahawa mereka akan menganjurkan satu tournament esports yang diberi nama \u201cThe Real Race\u201d. Kejohanan ini adalah berdasarkan Game Assetto Corsa Competizione iaitu game kolaborasi mereka sejak dua tahun lalu. Ini merupakan kejohanan esports musim kedua yang diadakan oleh Lamborghini.

Assetto Corsa Competizione merupakan sebuah game official GT World Challenge. Game ini ditubuhkan oleh 505 Games dan telah berkolaborasi dengan Lamborghini hampir 2 tahun. Untuk tahun ini, kejohanan yang akan berlangsung adalah pada peringkat global yang melibatkan 3 wilayah berbeza.\u00a0

Antara wilayah yang terlibat ialah Amerika, Eropah dan Asia. Peluma terbaik daripada 3 wilayah tersebut akan memenangi kejohanan ini.\u00a0

Pemenang untuk kejohanan kali ini akan dibawa ke alam perlumbaan yang nyata. Lamborghini akan membawa 3 pelumba terbaik dari setiap wilayah untuk datang ke company HQ di Sant\u2019Agata Bolognese (Italy).\u00a0

Mereka akan diberi lawatan VIP di kilang Lamborghini bagi melihat setiap pembuatan jentera mereka. Pemain juga dapat bertemu dan berlatih dengan pemandu Lamborghini Squadra Corse serta dapat merasai pemanduan Lamborghini yang sebenar di litar.\u00a0

Bukan itu saja, 3 pemenang tersebut juga akan berpeluang untuk menjadi pelumba Lamborghini official sim 2022. Untuk maklumat lanjut, sila ke Esports Lamborghini.

SUMBER: Esports Lamborghini

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lamborghini-anjurkan-tournament-esports-the-real-race"} {"title": "T1 Esport Berkolaborasi Dengan Matrix Keyboards!", "body": "

Baru-baru ini, T1 Esport telah berkolaborasi dengan jenama keyboard terkenal iaitu Matrix Keyboards. Kolaborasi ini secara rasminya menjadikan Matrix Keyboards sebagai keyboard No.1 untuk setiap pasukan T1 Esports.\u00a0

Matrix Keyboards turut mengeluarkan satu keyboard sempena dengan kolaborasi ini yang diberi nama \u2018Faker\u2019 iaitu diambil daripada nama pemain League of Legends Lee \u2018Faker\u2019 Sang-hyeok.

Matrix Keyboards juga akan meletakkan logo T1 pada keyboard yang dikeluarkan sebagai tanda kolaborasi antara mereka. Pihak T1 turut diminta untuk mempromosikan jenama Matrix Keyboards melalui website T1, live stream, sosial media, dan lain-lain. Untuk menarik perhatian para peminat T1 Esport, Matrix Keyboards akan mengadakan satu promosi harga barang mereka sempena dengan kolaborasi ini.

\u201cSejak Matrix Keyboards ditubuhkan, kami sememangnya mempunyai visi untuk mengeluarkan keyboard gaming yang terbaik di pasaran,\u201d kata Chris Horne, Co-founder Matrix Keyboards. \u201cKami rasa senang dapat bekerjasama dengan organisasi berkaliber seperti T1 Esports dalam menjayakan visi kami.\u201d.\u00a0

\u201cSemua orang di T1 rasa teruja dapat bekerjasama dengan Matrix Keyboards iaitu jenama yang terkenal dengan kualiti barangannya untuk atlet esport dan juga pemain,\u201d kata Joe Marsh, CEO T1. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke invenglobal.com.

SUMBER: invenglobal.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/t1-esport-berkolaborasi-dengan-matrix-keyboards"} {"title": "5 Universiti US Mempunyai Bidang Esports!", "body": "

Industri esports kini semakin berkembang. Hampir seluruh negara telah menceburi bidang esports pada hari ini. Esports kini bukan hanya sekadar dijadikan platform hiburan atau hobi mengisi waktu lapang, namun esports telah menjadi salah satu kerjaya.\u00a0

Di negara luar, mereka telah menganggap esports adalah salah satu bidang kerjaya pada masa akan datang. Oleh itu, mereka telah mewujudkan bidang esports di universiti-universiti mereka.

Antara 5 universiti yang mempunyai bidang esports di US ialah University of California Irvine. UC Irvine telah mewujudkan bidang esports sejak tahun 2015. UC Irvine juga telah menjadikan negara mereka antara yang teratas dalam game League of Legends, Overwatch, dan Super Smash Bros.

Pada tahun 2016, UC Irvine menawarkan scholarships pada pasukan LoL dan para pemain diberikan latihan industri serta peluang pekerjaan.\u00a0

Kedua ialah, Miami University. U Miami mempunyai pelbagai pencapaian dalam pasukan esports mereka. Ini termasuk memenangi Esports Collegiate Championship in 2021 baru-baru ini. Yang ketiga ialah, Michigan State University. MSU dikenali sebagai digital atlet. MSU juga menawarkan peluang dalam bidang penyiaran esports serta kepimpinan.\u00a0

Keempat, Maryville University. U Maryville telah menghasilkan National Champion League of Legends sebanyak 3 kali. Begitu juga dengan pasukan Overwatch yang kini berada di 4 negara teratas. Mereka juga akan memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak sebanyak USD 2,000. Terakhir ialah, Boise State University. U Boise State terkenal apabila menjadi tuan rumah untuk National Association of Collegiate Esports.\u00a0

Universiti ini juga telah mengadakan kem \u2018EsportsU\u2019 untuk pelajar sekolah menengah di rumah selama dua minggu. Peserta akan diperkenalkan tentang pengetahuan akademik serta kerjaya dalam industri gaming. Itulah 5 buah universiti di US yang menawarkan kursus dalam bidang esports. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila ke studyinternational.com.

SUMBER:\u00a0

studyinternational.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/5-universiti-us-mempunyai-bidang-esports"} {"title": "SteelSeries Berkolaborasi Dengan Mercedes-AMG Petronas Esports Team!", "body": "

Baru-baru ini, SteelSeries menyatakan bahawa pihak mereka telah berkolaborasi dengan pasukan esports Mercedes-AMG Petronas. SteelSeries merupakan sebuah syarikat pengeluaran barang esports dari Denmark. Kolaborasi ini merupakan satu perkara baru buat SteelSeries dalam menceburi kategori sim racing.

Menurut SteelSeries, mereka akan bekerjasama secara direct dengan driver dan engineer pasukan esports Mercedes-AMG Petronas dalam menjayakan beberapa projek. Antara projek yang akan dilakukan ialah product testing, digital events, brand activations dan beberapa lagi projek marketing. SteelSeries juga akan mengeluarkan gear edisi terhad yang direka khas untuk pasukan esports Mercedes-AMG Petronas untuk musim sim racing akan datang.

Terdapat pelbagai esports yang boleh dikolaborasikan, namun SteelSeries memilih sim racing adalah untuk mencipta satu nama yang boleh dikenali dunia. \u201cSebagai peneraju peralatan dunia esports, kami rasa bangga dapat membentuk permainan kompetitif masa hadapan. Ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan pasukan esport formula 1 iaitu Mercedes-AMG Petronas. Kerjasama ini akan menunjukkan lagi komitmen kami dalam menginovasikan para atlet esports terbaik dunia,\u201d kata Tony Trubridge, Global Esports Director SteelSeries. Untuk ketahui maklumat dengan lebih lanjut, sila ke steelseries.com.

SUMBER: steelseries.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steelseries-berkolaborasi-dengan-mercedes-amg-petronas-esports-team"} {"title": "Event YR1 Sempena Ulang Tahun VALORANT!", "body": "

VALORANT kini sedang meraikan Anniversary yang ke 1 tahun. VALORANT merupakan game first-person shooter (FPS) pc yang dibina oleh Riot games. Sempena dengan ulang tahun ini, VALORANT telah mengadakan satu event iaitu \u2018YR1\u2019. YR1 akan menampilkan pelbagai tawaran istimewa seperti Night.Market, Give Back Bundle, Episode Player Card, WWFest, Event Past, dan Squad Boost.

Dalam acara Night.Market, pemain boleh membeli skin lama dengan harga discount. Terdapat 6 jenis skin yang ada di dalam Night.Market tersebut. Pemain juga boleh membuat undian di Night.Market untuk membawa masuk semula bundle terdahulu \u201cGive Back Bundle\u201d. Antara yang akan terdapat dalam bundle tersebut ialah Prime 2.0 Phantom, Reaver Vandal, and Ion Operator.

Untuk Episod Player Card, pemain perlu menebus 3 episod kad iaitu kad episod 1, kad episod 2 dan kad episod 3.\u00a0

Bagi menebus kad episod 1, pemain perlu membuat tebusan di VALORANT's redemption page dengan kod YR1 pada 9 Jun. Untuk tebus kad episod 2, pemain perlu membuat tebusan di Prime Gaming Drop pada 14 Jun manakala kad episod 3 boleh dibuat pada YR1 event past.\u00a0

Untuk Event past YR1 akan bermula pada 22 Jun hingga 6 Julai ini. Event past kali ini menawarkan 7 level exclusive items. Jom ke in-game store tab untuk ketahui tawaran dengan lebih lanjut.

SUMBER: dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/event-yr1-sempena-ulang-tahun-valorant"} {"title": "Universiti UK Buka Bidang Kejurulatihan Esports Peringkat Degree!", "body": "

Pada 2 Jun 2021, terdapat satu berita perkembangan esports di United Kingdom. Esports insider melaporkan bahawa University of Portsmouth dan International Federation of Esports Coaches (IFoEC) telah mewujudkan satu kursus kejurulatihan Esukan atau Esports Coaching & Performance pada peringkat Degree. Ini adalah kerjasama antara University of Portsmouth dan IFoEC. Program ini akan diadakan secara atas talian bermula pada September 2021.

Bidang ini diwujudkan adalah untuk memberi pelajar pengetahuan yang mendalam mengenai industri esports serta memupuk nilai kepimpinan dalam menguruskan sesebuah pasukan. Kursus ini telah dirangka sejak tahun lepas lagi oleh ahli-ahli pakar dalam bidang esports. Kursus ini akan diajar oleh pensyarah dari University of Portsmouth dan pensyarah IFoEC. Tempoh tamat kursus ini adalah selama 3 tahun dan mempunyai 120 jumlah kredit. Antara subjek yang terdapat dalam kursus ini adalah Introduction to Esports, Foundations of Esports Coaching, Sport & Exercise Psychology, Esports Performance, Applied Esports Coaching, and Strategic Esports Development.

\u201cDengan adanya pendidikan di peringkat Universiti ini akan dapat membantu individu yang berada dalam industri esports untuk terus berjaya pada masa akan datang. Kami berharap satu hari nanti dapat melihat generasi muda yang menamatkan degree dalam bidang esports akan memperoleh kejayaan di luar sana,\u201d kata pemain dan jurulatih Neyas \u2018Raizins\u2019 Guruswamy. Menurut University of Portsmouth, pelajar yang menamatkan pelajaran akan mengambil beberapa pekerjaan esports seperti jurulatih esports, pengurus esports, dan lain-lain. Pelajar juga akan diberikan latihan industri selama setahun selepas tahun kedua belajar. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke esportsinsider.com.

SUMBER: esportsinsider.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/universiti-uk-buka-bidang-kejurulatihan-esports-peringkat-degree"} {"title": "We.Care Adakan Program Kesihatan Mental Bersama Pemain CS:GO!", "body": "

Pada 1 Jun 2021, Counter-Strike Professional Players Association (CSPPA) telah bekerjasama dengan syarikat Therapy Online Denmark iaitu We.Care.\u00a0

Mereka mengadakan 1 program Kesihatan Mental bersama bagi menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh pemain. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan yang melibatkan semua pemain CS:GO.

We have partnered with @we_dot_care to provide all members quick and flexible mental care pic.twitter.com/rocxOBwfoW

\u2014 Counter-Strike Professional Players' Association (@CSPPAgg) May 31, 2021

Sepanjang program ini, CSPPA boleh berhubung dengan pihak We.Care melalui video call atau message untuk mendapatkan sesi kaunseling berkenaan dengan masalah psikologi. Pihak We.care akan memberikan perkhidmatan kaunseling daripada ahli terapi yang pakar dalam menangani isu berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang pemain game. \u201cPemain CS:GO sering mengalami masalah tekanan apabila mereka menguruskan jadual kejohanan serta menjalani latihan,\u201d kata pemain FunPlus Phoenix dan ahli lembaga CSPPA, Martin.

Program ini juga akan memberikan rawatan mental kepada para pemain CS:GO dengan kadar segera agar mereka tidak menghadapi tekanan yang berpanjangan. Menurut We.Care, pemain CS:GO didapati menghadapi beberapa masalah seperti tekanan, keletihan, kegelisahan, kesunyian dan kemurungan. \u201cPemain CS:GO juga sama seperti atlet yang lain dimana minda mereka memainkan peranan penting dalam memparkan prestasi mereka,\u201d kata Linisha Palm, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas We.Care. Untuk maklumat lanjut, sila ke We.Care.

SUMBER: We.Care

", "url": "https://gamersonduty.com/news/we-care-adakan-program-kesihatan-mental-bersama-pemain-cs-go"} {"title": "Free Fire X Street Fighter V!", "body": "

Pada 1 Jun 2021, Garena memberitahu bahawa Free Fire akan berkolaborasi dengan Street Fighter V pada Julai ini. Dalam satu video yang dimuat naik oleh instagram Free Fire Malaysia, kolaborasi ini akan menampilkan beberapa watak daripada Street Fighter V di dalam permainan Free Fire.

Kolaborasi antara Free Fire dengan Street Fighter V sememangnya dinantikan lebih-lebih lagi pada para peminat Street Fighter. Antara watak-watak terkenal di dalam Street Fighter ialah seperti Ryu, Chun-Li, Akuma dan ramai lagi.\u00a0

Walau bagaimanapun, pihak Garena belum memberitahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini. Mereka meminta untuk terus mengikuti laman sosial Free Fire bagi mengetahui perkembangan akan datang.

Free Fire telah berkolaborasi dengan pelbagai syarikat. Baru-baru ini, Free Fire juga telah berkolaborasi dengan jenama kereta Formula 1 iaitu McLaren. Free Fire juga pernah berkolaborasi dengan kartun animasi seperti Attack on Titan dan One-Punch Man. Untuk maklumat lanjut, terus ikuti laman sosial freefiremalaysiaoffical.

SUMBER: freefiremalaysiaofficial

", "url": "https://gamersonduty.com/news/free-fire-x-street-fighter-v"} {"title": "Tiga Potion Dalam MLBB Dan Waktu Sesuai Untuk Gunakan Potion", "body": "

Mobile Legends memberi pilihan kepada pemain untuk membeli potion tertentu apabila permainan mengambil masa yang lama. Kami akan senaraikan tiga jenis potion dan masa yang sesuai untuk membeli potion.

Potion pertama dalam senarai ini adalah Power Potion. Potion ini akan memberi pemain tambahan 30 damage physical dan 5% lifesteal selama 120 saat. Potion ini sangat sesuai untuk hero jenis Assassins, Marksmen dan Fighter.

Potion kedua iaitu Blue Potion pula sangat sesuai dengan hero jenis Mage dan Assassins yang mempunyai kuasa magik kerana memberi pemain tambahan 30 magic damage dan pengurangan cooldown 5%.\u00a0

Stone Potion adalah potion terakhir dalam senarai ini. Stone Potion memberikan tambahan 500 HP dan durability 15% dan sangat bagus untuk hero jenis Tank dan Support.

Potion adalah tambahan terbaik untuk meningkatkan permainan korang semasa hujung permainan. Jadi, cadangan kami waktu yang sesuai untuk membeli potion adalah pada ketika korang merasakan akan ada pertempuran besar di hujung game kerana extra stat akan memberikan kelebihan kepada korang.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tiga-potion-dalam-mlbb-dan-waktu-sesuai-untuk-gunakan-potion"} {"title": "BloodThirstyKings Berhempas-Pulas Sebelum Tempah Tiket Ke MSC 2023", "body": "

Pasukan BloodThirstyKings (BTK) telah dinobatkan sebagai juara bagi pertAndingan MLBB North America Challenger Tournament 2023 (NACT) selepas menundukkan lawan mereka, Outplay di Grand Finals yang bertempat di HyperX Arena, Las Vegas.

Aksi Grand Finals bersambung selepas dua minggu rehat dan mempertemukan dua pasukan terbaik rantau Amerika Utara ini. Dalam perlawanan yang menggunakan format best-of-seven, BTK terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan Outplay dengan score 4-3.\u00a0

Perlawanan yang sengit itu didominasi terlebih dahulu Outplay. BTK mula bangkit pada game kedua dan ketiga sebelum Outplay menang pada game keempat dan kelima. BTK menunjukkan persembahan yang mengagumkan pada dua game terakhir dan akhirnya mengakhiri perlawanan sengit tersebut dengan kemenangan berpihak kepada mereka.

Outplay yang sebelum ini dikenali TheOhioBrothers mendominasi regular season tanpa sebarang kekalahan. BTK pula menduduki tangga kedua diikuti pasukan Ackerman dan The Empire. Keempat-empat pasukan ini layak ke peringkat playoff.

Dengan kemenangan ini, BTK telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $15,000 USD dan automatik layak ke pertandingan MSC 2023 yang bakal diadakan bulan Jun depan di Kemboja.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bloodthirstykings-tempah-tiket-ke-msc-2023"} {"title": "Pelakon Suara Asal Crash Bandicoot Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun", "body": "

Brendan O\u2019Brien yang merupakan pelakon suara asal bagi watak Crash Bandicoot telah meninggal dunia di usia 60 tahun. Kematiannya dilaporkan dalam sebuah obituari yang terdapat di laman web Legacy.com.

Pelakon suara bagi watak Crash Bandicoot ini sebenarnya meninggal dunia pada 23 Mac lalu dengan berita mengenai kematian hanya diketahui baru beberapa hari lalu. Obituari ini boleh dibaca di Legacy.com, dan ramai peminat mengucapkan takziah di laman ini.

Antara kejayaan yang paling diingati dalam karier O\u2019Brien adalah ketika dia menjadi pelakon suara asal untuk permainan Crash Bandicoot yang pada ketika itu permainan ini dibangunkan Naughty Dog.\u00a0

Susulan dengan berita kematian O\u2019Brien, ramai orang memberi penghormatan terakhir kepadanya termasuklah laman Twitter rasmi Crash Bandicoot. Memetik ucapan tersebut \u201cKami ingin berkongsi ucapan takziah kepada orang-orang tersayang Brendan O'Brien atas pemergiannya. Dia adalah bakat luar biasa yang menghidupkan Crash Bandicoot dan watak Crash yang lain. Dia akan kekal selamanya di hati peminat Crash\u201d.

Siri permainan Crash Bandicoot ini bermula pada tahun 1996 dan pada ketika itu dibangunkan oleh Naughty Dog dan dikeluarkan Sony Computer Entertainment. Satu permainan baru dari siri ini bakal dilancarkan tahun ini dan diberi judul Crash Team Rumble.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pelakon-suara-asal-crash-bandicoot-meninggal-dunia-di-usia-60-tahun"} {"title": "Street Fighter 6 Umum Karakter Yang Akan Muncul Dalam Open Beta", "body": "

Street Fighter 6 telah mengesahkan watak-watak yang akan tersedia ketika fasa open beta nanti. Lebih kurang setengah bulan lagi sebelum perlancaran Street Fighter 6, open beta ini akan memberi pemain untuk menggunakan karakter yang hebat dalam francais ini.

Streer Fighter 6 mendedahkan maklumat mengenai karakter dan kawalan dalam suatu video acah. Watak dalam Street Fighter 6 yang akan muncul di open beta nanti adalah Chun-Li, Guile, Jamie, Juri, Ken, Kimberly, Luke, dan Ryu.

Permainan ini juga akan menampilkan dua jenis kawalan iaitu \u2018classic\u2019 dan \u2018modern\u2019. Pilihan antara dua kawalan membenarkan pemain memilih bagaimana mereka berlawan berdasarkan tahap pengalaman mereka dengan permainan Street Fighter sebelum ini.

Open beta bagi Street Fighter 6 ini akan dibuka pada 19 Mei dan habis pada 22 Mei. Sebaik open beta tamat, pemain perlu menunggu sehingga dua minggu sebelum permainan dilancarkan pada bulan Jun ini.

Street Fighter 6 ini akan dibuat dan dikeluarkan oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan pada 2 Jun ini di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/street-fighter-6-umum-karakter-yang-akan-muncul-dalam-open-beta"} {"title": "Bintang Aladdin Padam Akaun Twitter Selepas Komen Mengenai Little Mermaid", "body": "

Bintang utama bagi filem Aladdin meninggalkan media sosial selepas membuat ramalan mengenai prospek kutipan filem live-action yang bakal ditayangkan iaitu The Little Mermaid. Ini adalah kerana dia mendapat banyak kecaman daripada orang ramai kerana komennya itu.

Aladdin yang merupakan salah satu filem live-action remake yang paling berjaya dihasilkan Disney, mengutip kutipan melebihi $1 bilion USD selepas mendapatkan $116.8 juta USD pada minggu pembukaan.

Walaupun Aladdin mengecap kejayaan yang memberangsangkan, sekuel Aladdin masih belum memasuki fasa produksi walaupun perancangan sekuel tersebut telah mengambil beberapa tahun. Massoud mungkin agak kecewa dengan ketidakmampuan Disney untuk menghasilkan sekuel Aladdin.

Dalam suatu respons kepada The Hollywood Handle, Massoud menulis di Twitter \u201ctekaan saya adalah TLM (The Little Mermain) tidak akan mencecah billion dolar tetapi sudah pasti akan mendapat sekuel. Kerana komen ini, Massoud mendapat kritikan daripada orang ramai sebelum memadam akaun Twitternya.

Filem The Little Mermaid bakal ditayangkan di pawagam negara ini menjelang 25 Mei tahun ini. Filem yang dibintangi Halle Bailey ini pernah menerima kritikan kerana ramai yang tidak mahu melihat Bailey memegang watak sebagai Ariel.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bintang-aladdin-padam-akaun-twitter-selepas-komen-mengenai-little-mermaid"} {"title": "Tekken 8 Bawa Kembali Watak Yang Muncul Sejak Tekken 3", "body": "

Tekken 8 telah dilaporkan untuk membawa kembali watak Hwoarang yang muncul dalam permainan siri Tekken sejak Tekken 3. Bandai Namco mengesahkan beberapa watak walaupun tarikh keluaran masih belum diketahui.\u00a0

Bandai Namco mengumumkan yang ketika ini Tekken 8 mempunyai 16 watak yang dapat dimainkan. Antara watak tersebut adalah Hwoarang yang berasal dari Korea Selatan. Berperwatakan panas baran dan sombong, Hwoarang mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando dan merupakan anak murid kepada Baek Doo San.

Hwoarang merupakan antara watak regular dalam siri Tekken sejak Tekken 3 yang dikeluarkan pada tahun 1997. Dalam suatu trailer yang dipaparkan oleh, Hwoarang dilihat menaiki motosikal dalam penampilan baru dan bertarung dengan dua lagi watak yang kembali dalam permainan ini iaitu Nina Williams dan Jin Kazama.

Permainan ini pertama kali diumumkan pada September tahun lepas dan bakal menjadi permainan fighting yang pertama menggunakan Unreal Engine 5. Permainan ini juga akan menggunakan mekanik baru iaitu Heat System yang membenarkan pemain menggunakan gerakan khas.\u00a0

Tekken 8 dibuat dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Permainan ini akan keluar di platform PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada satu tarikh yang belum dimuktamadkan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/tekken-8-bawa-kembali-watak-yang-muncul-sejak-tekken-3"} {"title": "Eiji Aonama Berminat Dengan Prospek Filem Adaptasi Legend Of Zelda", "body": "

Penerbit bagi permainan The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, Eiji Aonama serta pengarah permainan ini, Hidemora Fujibayashi dikatakan berminat untuk mengadaptasi permainan Legend of Zelda ke industry filemnya.\u00a0

Ketika ditanya oleh Polygon, mereka telah menyatakan sememangnya berminat tetapi bukan sekadar mereka yang buat keputusan.

\u201cSaya perlu cakap, saya berminat\u201d. Tetapi ia bukan hanya saya berminat untuk menjadikan sesuatu berlaku\u201d, kata Aonama

\u201cMungkin suara peminat adalah penting di sini.\" Tambah Fujibayashi.

Susulan kejayaan filem animasi Super Mario Bros yang mencipta pelbagai rekod ketika ini, tidak mustahil kita akan dapat melihat filem Zelda ini menjadi kenyataan. Berkemungkinan Nintendo akan pertimbangkan untuk menghasilkan lebih banyak filem dari karya mereka.

Untuk pengetahuan korang, permainan The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom telah dibuat dan dikeluarkan oleh Nintendo baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Permainan ini hanya boleh didapati di platform Nintendo Switch.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/eiji-aonama-berminat-dengan-prospek-filem-adaptasi-legend-of-zelda"} {"title": "Mobile Legends Perkenal Skin Baru Serta Beberapa Perubahan Pada Update Terbaru", "body": "

Dengan ketibaan patch baru 1.7.82, Moonton akan memperkenalkan beberapa skin baru serta melakukan beberapa perlarasan terhadap watak hero dalam permainan Mobile Legends.\u00a0

Perlarasan Hero

Silvanna\u00a0

Moonton telah mengembalikan beberapa pelarasan kepada Ultimate Silvanna. Mereka telah mengalih keluar \u2018Control Immunity\u2019 semasa Silvanna berada dalam Circle Of Light, mengembalikan pengurangan jarak casting, tetapi mengekalkan perubahan yang membolehkannya menggunakan Flicker semasa melompat.

Ultimate (~)

Irithel\u00a0

Leo kini bergerak lebih pentas semasa pertengahan dan penghujung permainan untuk membantu Irithel membina Jungle Heart dengan lebih cepat.

Ultimate (\u2191)

Movement Speed Boost: 30 mata untuk setial level > > 10% - 20%

Benedetta

\u00a0

Moonton telah melaraskan \u2018enhanced basic attack\u2019 kepunyaan Benedetta agar sepadan dengan indicator.

Passive\u00a0

Ultimate (~)\u00a0

Movement Speed Reduction: 70% untuk 1 saat dan 20% > > 50% untuk seleruh jangka masa permainan.

Balmond\u00a0

Moonton mengembalikan perlarasan yang dibuat pada skill 1 dan Ultimate Balmond tetapi mengekalkan perubahan skill 2

Skin Baru\u00a0

Event Baru\u00a0

Event baru iaitu Shining Star akan tersedia bermula 16 Mei ini. Pemain boleh menyertai untuk berpeluang mendapatkan skin yang hebat seperti Doom Duelist kepunyaan Karina, Toy Rex kepunyaan Barats dan Moonstruck kepunyaan Chang\u2019e.

Perlarasan Lain\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/mobile-legends-perkenal-skin-baru-serta-beberapa-perubahan-pada-update-terbaru"} {"title": "Microsoft Rancang Bangunkan Konsol Next-Gen Yang Gabungkan PC, Mobile Dan Xbox", "body": "

Microsoft dilaporkan akan membangunkan konsol next-gen yang menggabungkan platform mudah alih, PC dan Xbox. Ini adalah sebahagian langkah mereka selepas mengambil alih Activision.

Microsoft mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan syarikat mereka. Antara langkah dari Microsoft adalah pengambilalihan Activision. Walau bagaimanapun, proses pengambilalihan tidak dapat diteruskan selepas organisasi yang mengawal pasaran UK, Competition and Market Authority (CMA) tidak mengesahkan proses terbabit.

Dalam suatu kertas laporan berkaitan proses pengambilalihan ini, Microsoft dikatakan akan membangunkan konsol next-gen pada tahun 2028. Konsol akan dibina berdasarkan teknologi \u2018cloud gaming\u2019 yang akan membenarkan gabungan pelbagai platform iaitu peranti pintar, computer dan konsol permainan.

CMA tidak mengesahkan proses Microsoft mengambil alih Activision selepas mendengar Microsoft ingin membangunkan teknologi cloud-gaming mereka sendiri. CMA khuatir dengan penggunaan teknologi ini dan bagaimana syarikat ini akan mendominasi pasaran jika teknologi ini digunakan.

Microsoft kini dalam proses membuat rayuan untuk membantalkan keputusan CMA dimana segala keputusan rayuan ini akan mempengaruhi pelan mereka dalam membangunkan konsol canggih ini. Syarikat ini walau bagaimanapun masih tidak membuat pengumuman rasmi mengenai \u00a0konsol ini kepada orang ramai.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/microsoft-rancang-bangunkan-konsol-next-gen-yang-gabungkan-pc-mobile-dan-xbox"} {"title": "Filipina Dominasi Malaysia Untuk Raih Emas MLBB Katgeori Lelaki Sukan SEA", "body": "

Acara MLBB bagi kategori lelaki telah melabuhkan tirai pada semalam dengan memperlihatkan Filipina dinobatkan juara selepas mudah mengatasi pasukan Malaysia. Filipina telah meraih pingat emas acara ini dalam pertandingan di Teater NABA. \u00a0

Pada match yang berlangsung petang semalam, pasukan Malaysia tidak mampu menandingi kekuatan Filipina walaupun sebelum ini pernah menundukkan mereka ketika peringkat kumpulan. Dengan format grand finals adalah best-of-five, Filipina menumpaskan Malaysia dengan score 3-0.

Filipina mengekalkan dominasi mereka dalam acara MLBB di rantau Asia Tenggara apabila meraih tiga kali emas dalam tiga temasya Sukan SEA berturut-turut. Pasukan Filipina dianggotai oleh beberapa pemain dari BREN Esports dan ONIC Philippines.

Myanmar pula menduduki tempat ketiga selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Kemboja dengan score 2-0. Kemenangan dalam format best-of-three membuatkan mereka meraih pingat gangsa.

Sebanyak Sembilan negara telah menyertai acara MLBB kali ini. Malaysia yang menjuarai kumpulan A layak ke peringkat final buat pertama kali sejak acara ini diperkenalkan di Sukan SEA.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/filipina-mudah-tewaskan-malaysia-untuk-raih-emas-mlbb-katgeori-lelaki-sukan-sea"} {"title": "Lima Permainan Superhero Terbaik Di PC", "body": "

Francais superhero nampaknya semakin berkembang dari hari ke hari apabila banyak filem dan kartun superhero telah dihasilkan. Permainan video bertemakan superhero juga semakin popular dan kami akan senaraikan lima permainan superhero yang korang boleh cuba di PC korang.\u00a0

Spider-Man: Miles Morales

Selepas kejayaan permainan Spider-Man, Imsomniac membuat satu lagi permainan iaitu Spider-Man: Miles Morales. Kali ini, mereka memfokuskan watak Miles Morales dan bukan Peter Parker. Dengan kuasa 'venom blast', Miles perlu menghentikan beberapa penjahat yang mempunyai motif dendam di bandar New York.

Permainan ini yang dibuat oleh Imsomniac dan dikeluarkan Sony Interactive Entertainment juga terdapat di platform PlayStation 4 dan PlayStation 5.

\u00a0

Batman: Arkham Knight\u00a0

Batman: Arkham Knight adalah permainan yang mengetengahkan kombat dari perspektif third-person sama seperti Spider-Man: Miles Morales. Permainan ini juga memberikan peluang kepada pemain untuk menggunakan gajet yang cool seperti grapnel gun, line launcher dan batarang. Pemain dapat meronda sekitar bandar Gotham menggunakan Batmobile.\u00a0

Selain di PC, permainan ini juga dikeluarkan di platform PlayStation 4 dan Xbox One. Batman: Arkham Knight dibangunkan Rocksteady Studios dan diterbitkan Warner Bros. Interactive Entertainment.

\u00a0

Lego Marvel Super Heroes

Kebanyakan permainan superhero di pasaran mempunyai tone yang agak dark dan moody. Permainan yang dihasilkan Traveller's Tales dan TT Fusion menggunakan tone yang lebih menceriakan. Peminat Marvel pasti menyukai permainan ini kerana di samping menampilkan banyak watak ikonik, mereka juga telah membina bangunan seperti dalam filem Marvel, contohnya rumah agam X-Men, Menara Avengers dan bangunan Oscorp.

\u00a0

X-Men Origins: Wolverine

X-Men Origins: Wolverine adalah permainan action-adventure berdasarkan filem dengan tajuk yang sama. Bagi penggemar elemen slasher dalam permainan, permainan ini sangat sesuai kerana menampakkan personaliti Wolverine yang sangat ganas. Pada satu ketika dalam permainan, Wolverine telah menarik seorang juruterbang helikopter dari tempat duduknya dan memotong kepala juruterbang terbabit dengan bilah helikopter.

Walaupun permainan ini telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2009, grafik permainan ini masih nampak gah dan masih mantap untuk dimainkan hari ini. Permainan ini mempunyai banyak pembuat untuk pelbagai platform. Bagi platform PC, permainan ini dihasilkan Raven Software dan diterbitkan Activision.

\u00a0

Injustice 2\u00a0

Injustice 2 merupakan antara permainan fighting yang paling epik dan terhangat masa kini. Plot permainan ini juga sangat dark kerana mengetengahkan watak Superman yang jahat. Permainan ini juga memberi peluang kepada pemain untuk menekan butang dengan mengeluarkan kuasa yang tidak masuk akal. Sebagai contoh, Batman boleh menghumban lawan ke udara dan menembak lawan tersebut dengan Batplane yang difungsikan dengan auto pilot.\u00a0

Permainan ini dibangunkan oleh NetherRealm Studios dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment pada tahun 2017. Selain platform PC, permainan ini juga tersedia di Android, iOS, PlayStation 4 dan Xbox One.

\u00a0

\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lima-permainan-superhero-terbaik-di-pc"} {"title": "Despelote, Permainan Bola Sepak First Person Bakal Dilancarkan 2024", "body": "

Sebuah permainan bola sepak dengan genre first person adventure bakal dikeluarkan di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC sekitar tahun hadapan. Permainan diberikan judul Despelote dan bakal diterbitkan oleh Panic yang pernah mengeluarkan permainan seperti Untitled Goose Game dan Firewatch.

Permainan yang dibangunkan oleh Julian Cordero dan Sebastian Valbuena mempunyai art style yang tersendiri. Dengan art style yang unik, pembangun permainan ingin pemain mendalami zaman kanak-kanak mereka apabila pemain akan mengawal Julian yang berumur lapan tahun. Berlatarbelakangkan tahun 2001, korang juga akan diperkenalkan dengan bandar Quito yang terletak di Ecuador

Despelote memfokuskan gelecekan, hantaran, dan menyepak bola sepak dalam sudut pandang first-person. Korang juga dapat bersembang dengan penduduk sekitar Ecuador yang mempunyai pelbagai ragam.

Permainan ini sememangnya tampak ingin menceritakan yang unik apabila penggunaan visual dan tekstur diilhamkan seakan foto era awal 2000. Pembangun juga ingin mencipta persekitaran sebenar seperti di Ecuador dengan watak akan berinteraksi dalam bahasa Sepanyol.

Jika korang meminati bola sepak, korang perlu mencuba bermain permainan yang nampak kelainan daripada permainan bola sepak yang lain. Bahkan bukan sahaja sesuai kepada peminat bola sepak, naratif dan jalan perceritaan yang menarik mungkin akan menarik minat bukan peminat sukan tersebut.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/despelote-permainan-bola-sepak-first-person-bakal-dilancarkan-2024"} {"title": "Google Lancarkan \"Galaxy Killer\" - Google Pixel 7a", "body": "

Google telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Pixel 7a yang merupakan peranti terkini dalam siri Pixel. Mereka mengumumkan peranti berkenaan pada acara Google I/O 2023 yang diadakan pada 10 Mei lalu.

Untuk mengetahui spesifikasi peranti ini dengan lebih lanjut, peranti ini mempunyai skrin sebesar 6.1 inci dengan paparan FHD+ dan refresh rate 90Hz. Pixel 7a ini juga disokong 8GB RAM dan cip pemprosesan Tensor G2. Chipset ini juga digunakan dalam Pixel 7 dan Pixel 7 Pro.

Pixel 7a juga didatangkan dengan dua kamera belakang ,kamera utama beresolusi 64MP dan kamera ultra wide 13MP. Kamera depan diletakkan di lubang atas skrin dengan beresolusi 13MP.

Peranti ini juga mempunyai fungsi lain termasuklah 5G, WiFi 6, sambungan Bluetooth 5.3 dan NFC. Kapasiti bateri adalah sebesar 4385mAh.

Google Pixel 7a sudah tersedia di Amerika Syarikat dengan harga $499 USD. Peranti ini tersedia dalam empat warna iaitu Charcoal, Snow, Sea dan Coral.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/google-lancarkan-pixel-7a"} {"title": "Infinix Menjadi Penaja Kejohanan Ameteur Royal-12 Esports (ARES)", "body": "

Infinix Malaysia telah bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan akan menjadi penaja bagi pertandingan Ameteur Royal-12 Esports (ARES). Mereka mengumumkan untuk mengadakan beberapa aktiviti di Universiti Malaya pada 13 Mei dan 14 Mei ini.

Pertandingan ARES ini memberi peluang kepada pemain professional dan amatur untuk bersaing dan memenangi hadiah menarik sambil mempromosikan dunia e-sukan kepada orang ramai.\u00a0

Dalam usaha Infinix dan MLBB mempengaruhi pelajar untuk mencari kerjaya dalam industri e-sukan, pertandingan ini juga dapat dijadikan platform kepada pelajar universiti untuk mengembangkan pengetahuan mereka mengenai industri e-sukan.

Infinix Malaysia akan hadir pada pertandingan ini dengan membawa peranti Note 12 yang dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G99, kapasiti bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Orang ramai dan peserta yang hadir akan dapat menyertai aktiviti dan permainan serta berpeluang memenangi sebuah peranti Infinix Note 12 dan merchandise lain.

Dalam kerjasama mereka dengan MLBB, Infinix merancang untuk mengadakan aktiviti seperti ini di lebih banyak kampus universiti untuk mempromosikan budaya permainan yang sihat di samping mempengaruhi pelajar untuk menyeimbangkan akademik dengan e-sukan.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/bekerjasama-dengan-mlbb-infinix-menjadi-penaja-pertandingan-mlbb"} {"title": "DLC Baru Permainan One Piece Odyssey Akan Tiba Hujung Bulan Ini", "body": "

Bandai Namco mengumumkan DLC baru bagi permainan One Piece: Odyssey akan tiba pada 25 Mei ini. DLC yang dinamakan Reunion of Memories akan membawa pemain merasai kembali moments kegemaran mereka dalam dunia One Piece. Pemain juga akan bertemu kembali dengan watak yang familiar .\u00a0

Mengulas lebih lanjut mengenai DLC ini, krew Straw Hats yang diketuai Luffy telah dipertemukan dengan seorang perempuan yang menyerupai Lim. Perempuan itu kemudian menggunakan kuasa sebuah kiub hitam dan menghantar krew tersebut ke dunia lain.

Naratif bagi DLC ini juga mempunyai jalan cerita yang bercabang di mana pemain perlu memilih antara dua pilihan cerita. Satu jalan cerita akan meletakkan Straw Hats dalam bahaya manakala jalan cerita satu lagi mereka boleh mengelaknya. Namun, kedua-dua pilihan akan ada pertarungan cumanya musuh yang berbeza.

Bandai Namco menjelaskan bahawa DLC ini akan mempunyai feature baru seperti Limited Order Battles yang mengutamakan pertarungan yang lebih berstrategi. Pemain juga akan bertarung dengan beberapa musuh yang kuat dan mempunyai kemahiran berbeza.

One Piece: Odyssey telah dilancarkan pada 12 Januari lalu di platform PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. DLC Reunion of Memories ini pernah diumumkan pada bulan April lepas dan kini sudah pasti akan dilancarkan pada hujung bulan Mei ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-baru-permainan-one-piece-odyssey-akan-tiba-hujung-bulan-ini"} {"title": "Indonesia Rangkul Pingat Emas Wanita MLBB Sukan SEA", "body": "

Pasukan negara Indonesia telah dinobatkan juara bagi acara Mobile Legends: Bang Bang kategori wanita di Sukan SEA. Mereka menumbangkan pasukan Filipina di Grand Finals yang bertempat di Teater NABA, Nagaworld 2, Phnom Penh.

Pada match yang berlangsung semalam, perlawanan berlangsung dengan sengit sebelum Indonesia berjaya mengalahkan Filipina dengan score 3-2. Format Grand Finals adalah best-of-five.\u00a0

Sebelum layak ke Grand Finals, Indonesia mendominasi peringkat kumpulan dengan menundukkan pasukan tuan rumah, Kemboja dan Filipina. Kemenangan tersebut melayakkan mereka untuk beraksi di semi-final. Ketika semi-final, mereka sekali lagi menunjukkan persembahan yang mantap apabila mudah menewaskan Vietnam dengan score 2-0.\u00a0

Sementara pada perlawanan penentuan pingat gangsa, Malaysia berjaya menduduki kendudukan ketiga selepas menewaskan Vietnam dengan score 2-0 sekali gus meraih pingat gangsa. Walaupun kalah, Vietnam tidak balik dengan tangan kosong apabila mereka juga dihadiahkan pingat gangsa.

Acara yang ditandingi enam negara ini merupakan acara e-sukan kategori wanita yang pertama kali diadakan di Sukan SEA kali ini. Acara MLBB bagi kategori lelaki akan bermula hari ini dan korang boleh menonton di channel rasmi MLBB Esports di Youtube.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/indonesia-rangkul-pingat-emas-wanita-mlbb-sukan-sea"} {"title": "Novaria, Mage Terbaru Mobile Legends: Bang Bang", "body": "

Mobile Legends: Bang Bang akan memperkenalkan hero baru dalam permainan terbabit yang boleh dikenali sebagai Novaria. Novaria diklasifikasikan sebagai hero mage yang mengharapkan AoE (Area of Effect) dan 'buff attack'. Gabungan dua skil ini dengan kemahiran jarak jauh akan menjadikan Novaria sangat kuat.

Untuk kenali Novaria dengan lebih dekat, Novaria menggunakan kuasa passive yang dinamakan Star Trail. Mana-mana musuh yang terkena serangan skil Novaria ini akan ditanda. \u00a0Apabila Novaria melancarkan Skill 2 iaitu Astrall Recall, musuh yang ditanda ini akan menerima Magic Damage yang bersama 15% daripada Max HP.

Untuk skill 1, Novaria akan mengenakan kuasa meteor yang dinamakan Astral Meteor. Apabila mengenakan skil ini terhadap musuh, ia akan memberikan Magic Damage dan memperlahankan musuh. Skil ini juga akan memberi tambahan damage apabila dikenakan terhadap Minions.

Skill 2 Novaria iaitu Astral Recall adalah sangat unik kerana dengan skil ini ia akan membantu Novaria sebagai sniper. Skil ini mempunyai dua fasa. Pada fasa pertama, Novaria akan menghasilkan sebuah sfera kepadanya dan menghentam sfera tersebut terhadap musuh ketika fasa kedua. Pada masa yang sama, Novaria juga akan mendapat Movement Speed dan boleh melepasi dinding.

Dinamakan Astral Echo, kuasa Ultimate ini melepaskan sebuah rantai dan mengunci pergerakan musuh yang terdekat. Jika korang menggunakan ultimate ini berdekatan menara korang, menara ini akan meningkatkan jarak tembakkanya dan menembak musuh secara automatik

Novaria akan dilancarkan pada update akan datang iaitu 16 Mei. Ini bermakna korang dapat mencuba untuk menggunakan hero ini dalam masa beberapa hari lagi. Kehadiran hero \u2018high-ground\u2019 ini boleh dianggap alternatif lain bagi Pharsa dan Yve dan berkemungkinan menjadi meta.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/jom-kenali-hero-baru-dalam-mlbb-novaria"} {"title": "Ubisoft Lepaskan 60 Pekerja Tanpa Notis", "body": "

Ubisoft telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah melepaskan 60 orang pekerja dari pejabat di North Carolina dan Newcastle. Pelepasan ini memberi impak yang besar kepada jabatan khidmat pelanggan.

Dalam kenyataan Ubisoft, sebab mereka melepaskan pekerja-pekerja adalah berkaitan dengan pusat penghubungan pelanggan mereka. Ubisoft dikatakan mahu mengembangkan organisasi tersebut dan sanggup untuk melepaskan 60 orang pekerja.

Beberapa orang bekas pekerja Ubisoft telah menjelaskan mengenai pemecatan ini di Twitter. Mereka memberitahu Ubisoft tidak memberikan sebarang notis pemecatan kepada pekerja mereka.\u00a0

I (and about 60 other amazing people) were laid off today with no notice. I'm divorced, living alone with a mortgage, and have a daughter who I love and support, so if any of you have any leads, please reach out. Thank you so much. <3

\u2014 Matthew Hayes (@MatthewFace) May 10, 2023

I just got let go from my job at Ubisoft in a massive layoff out of nowhere. With no indication or preparation.

I really just don't know how to feel. If anyone has any job leads on game audio stuff, or just game tech stuff let me know. I'm in a weird place rn lol

\u2014 Matthew Harnage (@matthewharnage) May 10, 2023

Syarikat ini telah beberapa kali mengalami kesukaran semenjak beberapa tahun ini. Ubisoft mengumumkan penangguhan permainan Skull & Bones buat kali keenam dan sudah membatalkan perancangan mereka untuk mengeluarkan tiga permainan.\u00a0

Ubisoft bukan satu-satunya studio yang melepaskan pekerja secara beramai-ramai. Syarikat lain seperti Unity, Private Division, Xbox Games Studio dan Riot Games juga terpaksa melepaskan pekerja mereka pada tahun ini.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ubisoft-lepaskan-60-pekerja-tanpa-notis"} {"title": "Chip Terbaru MediaTek Jamin Prestasi Terbaik", "body": "

MediaTek telah mendedahkan sebuah chipset terbaru, Dimensity 9200+ yang sangat powerful untuk menyokong permainan yang mengambil masa yang panjang. Menurut MediaTek, chipset baru ini adalah satu evolusi daripada Dimensity 9200 yang dibangunkan untuk peranti level flagship.

Kebanyakan peranti flagship pada hari ini menggunakan chipset Snapdragon yang dihasilkan Qualcomm. MediaTek kini menjadi pencabar terdekat Qualcomm dalam penghasilan chipset yang high-end. Chipset MediaTek Dimensity 9200+ adalah lawan sebenar kepada Snapdragon 8 Gen 2.

Pertama sekali, chipset ini menyokong clock speed yang lebih tinggi berbanding Dimensity 9200. Clock speed teras utama Cortex-X3 telah dipertingkatkan sehingga 3.35GHz, tiga teras Cortex-A715 dinaikkan menjadi 3GHz dan empat teras Cortex-A510 dipertingkatkan sehingga 2GHz.\u00a0

Chipset Dimensity 9200+ juga menyokong Wi-Fi 7 dan unit pemprosesan AI. Kedua-dua feature ini akan menjadi sangat penting pada masa hadapan. Walaupun sangat sukar mencari router yang mempunyai Wi-Fi 7, chipset ini sudah bersedia untuk digunakan.

Korang tidak perlu menunggu lama untuk ketibaan chipset ini selepas MediaTek menjangkakan chipset ini akan tersedia pada bulan ini. Buat masa ini, masih belum ada jenama peranti yang akan menggunakan chipset ini.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/chip-terbaru-mediatek-jamin-prestasi-bagus-ketika-permainan"} {"title": "Lord Of The Rings: Heroes Of Middle-Earth Kini Tersedia Di Android Dan iOS", "body": "

Electronic Arts selaku pengeluar permainan Lord Of The Rings: Heroes Of Middle-earth telah melancarkan permainan itu dan kini sudah boleh dimainkan di seluruh dunia dalam platform Android dan iOS.\u00a0

Permainan RPG ini memberi peluang kepada pemain untuk menyelesaikan misi yang turut menampilkan beberapa babak ikonik dalam francais Lord Of The Rings seperti bertemu dengan elves dari Rivendell dan berlawan dengan Nazgul di Weathertop.

Pemain akan mengumpul dan membentuk satu pasukan hero yang termasuk watak Frodo Baggins dan Gandalf the Grey. Penjahat seperti Orcs, Goblin, dan Trolls juga akan ada dalam permainan ini. Pemain perlu menggunakan setiap skil yang dimiliki watak untuk membentuk pasukan yang mantap sebelum memulakan misi.\u00a0

Permainan ini juga akan menerima regular update di mana character dan misi baru akan ditambah, memberi peluang kepada pemain untuk mengembara Middle-earth bersama rakan dan musuh. Setakat ini tiada event yang spesifik telah terdedah kepada pemain.

The Lords Of The Rings: Heroes Of Middle-earth kini sudah tersedia untuk dimuat turun secara percuma di platform iOS dan Android. Permainan ini dibangunkan Capital Games yang pernah membangunkan permainan RPG lain, Star Wars: Galaxy of Heroes.

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lord-of-the-rings-heroes-of-middle-earth-kini-tersedia-di-android-dan-ios"} {"title": "EVOS Thunder - Pasukan Basketball dari EVOS!", "body": "

EVOS, sebuah organisasi e-sukan terkemuka di Asia Tenggara. EVOS turut menguasai industri e-sukan untuk 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapore dan Indonesia. Setelah menjadi organisasi e-sukan yang dikenali ramai, EVOS kini menceburi bidang sukan yang sebenar iaitu Basketball.\u00a0

EVOS Thunder, merupakan sebuah pasukan basketball yang bertapak di Bogor, Indonesia. EVOS Thunder telah ditubuhkan sejak dari tahun lepas. Namun mereka baru membuat perasmian pada 12 Januari lalu. Dalam perasmian tersebut, mereka telah memperkenalkan barisan pemain dan juga jurulatih mereka.

EVOS Thunder akan beraksi dalam kejohanan pertamanya iaitu Indonesian Basketball League (IBL) 2022. Pasukan ini akan diketuai oleh jurulatih berpengalaman iaitu Andre Yuwadi. Beliau juga berkata, \u201cIni merupakan satu kebanggaan buat saya kerana dapat kepercayaan untuk memimpin pasukan EVOS Thunder serta dapat menjadi sebahagian daripada keluarga EVOS,\u201d

\u201cKami juga teruja dengan sokongan yang diberikan oleh EVOS Fams dan kami harap iainya dapat menjadi pembakar semangat dalam menghadapi kejohanan nanti.\u201d Majlis perasmian EVOS Thunder tempoh hari turut dihadiri oleh Wakil Wali Kota Bogor, Drs. H. Dedie A. Rachim. Pelancaran ini diadakan di The Bucketlist, Bogor. Untuk dapatkan info dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke esports.id.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/evos-thunder-pasukan-basketball-dari-evos"} {"title": "Rampage & Sentinel Kembali Dalam Apex!", "body": "

Baru-baru ini, Respawn telah mengeluarkan patch terbaru untuk permainan\u00a0 Apex Legends. Dalam patch tersebut, dilihat bahawa senjata Rampage LMG dan Sentinel akan dibawa masuk semula ke dalam permainan selepas dua senjata ini dikeluarkan oleh pihak Respawn akibat bug yang berlaku.

Pada tahun lepas, senjata Rampage LMG dan Sentinel didapati berlakunya bug. Antara bug yang dialami adalah pemain dapat mengekalkan kedua-dua senjata ini berada dalam keadaan yang sentiasa dicas. Pihak Respawn kemudiannya telah memperbaiki bug tersebut pada Desember tahun lalu, namun pemain mendapati bug tersebut masih ada.

Oleh disebabkan itu, Respawn terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan dua senjata ini buat sementara waktu. Ini juga disebabkan terdapat pemain yang mengambil kesempatan atas bug yang dialami. Walau bagaimana, bug tersebut kini telah diperbaiki sepenuhnya dan pemain boleh menggunakan kembali 2 senjata ini.\u00a0

Dalam pada itu, Rampage juga menerima sedikit nerf terhadap damage yang dikeluarkan iaitu daripada 28 diturunkan kepada 26. Cas untuk senjata ini juga bertahan lebih singkat berbanding dengan sebelum ini. Jika sebelum ini, Rampage merupakan senjata paling berbahaya dalam setiap pertempuran. Dengan pengurangan yang dilakukan, ianya membuatkan setiap pertempuran menjadi lebih seimbang. Untuk dapatkan berita yang lebih mendalam, sila ke dotesports.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rampage-sentinel-kembali-dalam-apex"} {"title": "PUBG Mobile Next Star - Pencarian Content Creator Bermula!", "body": "

PUBG Mobile Next Star merupakan sebuah program terbaru yang diadakan oleh Tencent. Program ini bertujuan untuk mencari para content creator PUBG Mobile secara global. Hampir 100 juta USD dana yang dikeluarkan oleh Tencent bagi melaksanakan program ini. Macam mana nak join program ini? Apa kelayakan yang diperlukan?

Berdasarkan informasi yg diperolehi, cara untuk menyertai program Next Star adalah dengan mengisi google form yang diberikan oleh PUBG Mobile melalui media sosial mereka. Antara syarat kelayakan untuk sertai program ini adalah mesti mempunyai 50k (ribu) pengikut di media sosial seperti Tiktok, Youtube, Twitch, dan lain-lain.

Bukan itu saja, Tencent juga meletakkan syarat bahawa individu yang ingin menyertai program ini haruslah seorang yang profesional, kerja keras serta berkeinginan tinggi. Jika anda terpilih, pelbagai keistimewaan yang anda akan dapatkan. Antaranya ialah mendapat pelbagai ganjaran eksklusif, faedah daripada permainan serta pendedahan yang lebih besar berkenaan dengan PUBG Mobile.\u00a0

Selain itu, mereka juga akan dapat menghadiri kejohanan PUBG Mobile yang dilakukan secara global. Walau bagaimana, pihak Tencent masih belum memaklumkan dengan lebih mendalam berkenaan dengan program Next Star ini. Mereka hanya membuka borang penyertaan terlebih dahulu. Untuk info lanjut, sila ke pubgmobile.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-mobile-next-star-pencarian-content-creator-bermula"} {"title": "PDP Keluarkan Aksesori Untuk Nintendo Switch OLED!", "body": "

PDP merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan aksesori permainan video yang terkenal. Mereka juga merupakan pengeluar barangan aksesori untuk Xbox, Playstation, Nintendo Switch, PC, konsol, dan lain-lain. Baru-baru ini, PDP melancarkan barisan aksesori untuk Nintendo Switch. Aksesori kali ini dikeluarkan dengan padanan warna monochromatic Switch OLED.

Nintendo telah melancarkan Switch OLED pada Oktober tahun lalu dengan beberapa warna seperti hitam, kelabu, biru, dan merah. Oleh itu, aksesori yang dikeluarkan oleh PDP kali ini juga adalah berpadanan dengan warna tema Switch OLED. Antara aksesori yang dikeluarkan oleh PDP adalah controller, headset dan travel case. Berikut merupakan senarai aksesori yang dikeluarkan:

  1. Rock Candy Wired Controller: Frost White\u00a0
  2. Faceoff Deluxe+ Audio Wired Controller: Black & White\u00a0
  3. LVL40 Wired Stereo Gaming Headset: Black & White\u00a0
  4. Slim Deluxe Travel Case: Black & White

Rock Candy Wired Controller direka sesuai untuk pelbagai jenis saiz tangan. Ia juga dilengkapi dengan kabel 8 kaki. Untuk Faceoff Deluxe+ Audio Wired Controller, ia mempunyai 3.5 mm jarak untuk berkomunikasi serta kepanjangan kabel 10 kaki. Harga untuk Rock Candy adalah bernilai $19,99 manakala Faceoff Deluxe bernilai $27,99.

Seterusnya adalah LVL40 Wired Stereo Gaming Headset. Set kepala ini dikeluarkan dengan warna hitam dan putih. Ia mempunyai 40mm kabel serta mempunyai fungsi flip-to-mute. Harga untuk set kepala ini adalah bernilai $24,99. Akhir sekali adalah Slim Deluxe Travel Case. Travel Case kali ini adalah sangat simple dimana ianya datang dengan warna hitam putih. Ia juga mempunyai reka bentuk yang lebih slim. Harga untuk travel case ini adalah bernilai $19,99.

Untuk dapat info dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke pdp.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pdp-keluarkan-aksesori-untuk-nintendo-switch-oled"} {"title": "Team Liquid Perkenalkan Lineup Female Valorant!", "body": "

E-sukan masa kini tidaklah tertumpu pada kaum lelaki sahaja. Banyak organisasi e-sukan yang mula memberikan peluang kepada pemain wanita. Seperti Team Liquid, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan barisan pemain Valorant wanita. Barisan ini akan mewakili Team Liquid Brazil untuk kejohanan Valorant.

Untuk pengetahuan, barisan pemain ini adalah terdiri daripada bekas pasukan Gamelanders Purple. Gamelanders Purple, sebuah pasukan yang pernah memenangi 13 kejohanan secara keseluruhan pada tahun 2021. Dengan kemasukan ini, diharapkan mereka mampu membawa Team Liquid Brazil ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Team Liquid Brazil akan bertanding dalam kejohanan VCT Game Changers musim 2022. Mereka yang terdiri daripada \u201cnaxy\u201d, \u201cdrn\u201d, \u201cbstrdd\u201d, \u201cbstrdd\u201d, dan \u201cnat1\u201d akan bertarung bagi mendapatkan kejuaraan. Steve Arhancet, CEO Team Liquid berkata, \u201cKami berbesar hati dengan kehadiran Team Liquid Brazil sebagai unit terbaru untuk Liquid Entertainment. Mereka telah berusaha keras dan bakal menunjukkan kemampuan mereka kepada dunia.\u201d\u00a0

Menjelang tahun 2022, Riot memberitahu akan terdapat pelbagai kejohanan Valorant untuk kaum wanita. Tambahan pula, Game Changers turut akan memiliki rangkaian kejohanan dunia serta dilakukan secara LAN pada hujung tahun ini. Untuk info lanjut, sila ke www.teamliquid.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/team-liquid-perkenalkan-lineup-female-valorant"} {"title": "1.5 Juta USD Untuk Naraka: Bladepoint World Championship!", "body": "

Naraka: Bladepoint, sebuah permainan battle royale yang dibangunkan oleh 24 Entertainment bakal mengadakan kejohanan pertamanya, Naraka: Bladepoint World Championship (NBWC). Meskipun ini merupakan kejohanan pertamanya, namun hadiah yang ditawarkan adalah dalam jumlah yang besar. NBWC menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 1.5 juta USD.

NBWC akan berlangsung di Singapore bermula pada 13 hingga 16 Januari ini. Kelayakan NBWC akan menampilkan pasukan daripada Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Asia dan termasuk pasukan profesional dari Nigma Galaxy dan Alliance. Dalam pada itu, terdapat juga 12 pasukan dari serantau China yang akan menyertai kejohanan ini. Setiap pasukan akan diwakili oleh 3 orang pemain (trio).

Pasukan yang menang akan mendapat sebahagian daripada 1.5 juta USD serta mengangkat Piala Purba yang pertama. Pemenang juga akan dinobatkan sebagai juara dunia dalam Naraka. Acara ini akan disiarkan secara langsung melalui Twitch, Facebook Gaming dan NimoTV. Terdapat juga item eksklusif yang boleh dimenangi oleh penonton ketika menonton secara langsung.

Naraka: Bladepoint mempunyai purata kira-kira 60,000 pengguna harian di Steam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Permainan ini juga kerap mencapai penggunaan harian tertinggi iaitu sebanyak 120,000 pengguna. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh pergi ke narakathegame.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/1-5-juta-usd-untuk-naraka-bladepoint-world-championship"} {"title": "RRQ Keluarkan Jersi Baru!", "body": "

Menjelang tahun baru 2022, pasukan RRQ telah menukarkan wajah jersi pemain mereka. Jersi terbaru ini dinamakan sebagai \u201cMelior\u201d yang diambil daripada perkataan Latin yakni \u201cMeliora\u201d yang membawa maksud \u201clebih baik\u201d.\u00a0

Dengan membawa tagline \u201cMelior Be Better\u201d, pasukan RRQ dilihat akan tampil dengan lebih bersemangat dan prestasi yang lebih baik pada tahun ini. RRQ juga berharap dengan penampilan baru ini pasukan mereka dapat menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimana, jersi Melior masih mengekalkan ciri warna RRQ iaitu hitam, putih dan emas.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke dalam Youtube RRQ, jersi Melior ini telah digayakan oleh beberapa orang pemain mereka iaitu Windah, Eggsy dan Skylar. Para peminat RRQ juga boleh mendapatkan jersi Melior ini melalui tokopedia.com. Jersi ini dijual dengan harga 499,000 Rupiah (RM 146).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/rrq-keluarkan-jersi-baru"} {"title": "Liga Brazil Free Fire 2022 Kini Kembali!", "body": "

Liga Brazil Free Fire (LBFF) 2022 kini kembali. Pelbagai perkara menarik serta hadiah yang lebih besar ditawarkan. LBFF tahun ini merupakan musim yang ke-7. Dimaklumkan juga bahawa LBFF 7 bakal disiarkan secara langsung ke dalam siaran televisyen melalui saluran rasmi Garena, RedeTV.

Kejohanan ini akan bermula pada 5 Februari. Terdapat 3 pusingan perlawanan mingguan iaitu bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebanyak 18 pasukan akan bertanding dalam kejohanan ini. Pasukan yang menang akan melayakkan diri mereka ke Free Fire World Series (FFWS) 2022 yang akan berlangsung pada bulan Mei.

Grand final LBFF akan bermula pada 16 April. Hadiah terkumpul adalah sebanyak 130,000 USD. Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah 18,500 USD manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan mendapat 15,000 USD dan 13,000 USD. Untuk pasukan yang berada di tempat ke-4 hingga 12, mereka juga akan membawa pulang sebanyak 9,500 USD.\u00a0

Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh pergi ke invasionnwes.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/liga-brazil-free-fire-2022-kini-kembali"} {"title": "PUBG: New State Bawa Masuk P90 SMG!", "body": "

PUBG: New State baru-baru ini telah mengeluarkan nota kemaskini untuk bulan Januari. Dalam nota tersebut, terdapat butiran mengenai senjata baru iaitu P90 SMG. P90 merupakan submachine gun (SMG) yang menggunakan peluru 5.77mm.

Walaupun senjata baru ini masih belum didedahkan statistiknya, namun dikatakan bahawa senjata ini mempunyai kadar tembakan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk pertempuran jarak sederhana (mid-range). Pemain boleh mendapatkan senjata ini melalui Care Packages yang jatuh di dalam peta.

Dalam pada itu, P90 turut datang dengan two-tier transformative scope beserta suppressor. Senjata ini juga tidak boleh dilakukan pengubahsuaian terhadapnya. Kemaskini untuk bulan Januari akan menetapkan semula kedudukan pemain. Ini adalah musim pertama yang rasmi untuk PUBG: New State.

Selain daripada senjata, terdapat juga mod pertempuran baru yang dibawa masuk iaitu \u201cExtreme\u201d. Mod \u201cExtreme\u201d ini meletakkan seramai 64 pemain di bahagian kecil di dalam peta Troi dan bertarung bagi mendapatkan kemenangan. Perlawanan akan berlangsung selama 20 minit sahaja.\u00a0

Untuk dapatkan info lanjut berkenaan kemaskini terbaru ini, anda boleh pergi ke newstate.pubg.com.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pubg-new-state-bawa-masuk-p90-smg"} {"title": "Chrissy Costanza Penyanyi Rasmi LEC 2022!", "body": "

Pada 8 Januari, League of Legends European Championship (LEC) telah mengeluarkan sebuah teaser berkenaan muzik liga Eropah yang bakal dilancarkan. Dalam teaser tersebut, terdapat bayangan seorang penyanyi terkenal yang dikatakan sebagai Chrissy Costanza.\u00a0

Chrissy Costanza, seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal daripada Amerika. Beliau juga seorang penyanyi untuk kumpulan Against The Current. Bayangan yang dikatakan beliau dalam teaser LEC adalah benar. Ini adalah selepas LEC menyatakan dalam twitternya baru-baru ini. Ini bermakna Chrissy Costanza akan menyanyikan lagu rasmi LEC 2022.

Walau bagaimana, ini bukan pertama kali Against The Current bekerjasama untuk permainan League of Legends. Pada tahun 2017, kumpulan ini pernah mempersembahkan lagu \u201cLegends Never Die\u201d sebagai lagu kejohanan dunia. Dua tahun kemudian, Chrissy Costanza pula muncul dengan lagu \u201cPhoenix\u201d serta mempersembahkannya di pentas dunia, Paris.

Selain daripada menyanyikan lagu, Chrissy Costanza juga adalah seorang streamer untuk permainan Teamfight Tactics. Beliau turut menyatakan bahawa beliau sangat teruja untuk LEC 2022 ini. Musim LEC 2022 akan bermula pada 14 Januari manakala muzik rasminya akan dikeluarkan pada 10 Januari. Untuk sebarang info, sila ke LEC - Twitter.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/chrissy-costanza-penyanyi-rasmi-lec-2022"} {"title": "Secretlab X Pokemon Mula Dijual Di Malaysia!", "body": "

Pengeluar kerusi gaming terkenal, Secretlab telah melancarkan kerusi gaming kolaborasi bersama kartun animasi popular Japan, Pokemon. Keluaran ini diberi nama sebagai Titan Evo 2022 Series iaitu sempena dengan sambutan tahun baru. Kerusi Gaming ini pada awalnya hanya dijual di Jepun dan baru-baru ini Secretlab telah membuka jualan di Malaysia dan Singapore.

Terdapat 2 jenis keluaran iaitu Pokemon #025 dan Pokemon #006 Edition. Untuk Pokemon #025, ia adalah bertemakan Pikachu manakala Pokemon #006 pula bertemakan Charizard. Untuk kedua kerusi ini, ia dilengkapi dengan bahan Secretlab NEO Hybrid Leatherette yang menjamin kelembutan apabila digunakan.

Selain itu, ia juga dikeluarkan dengan saiz Small & Regular dimana kerusi ini turut dikeluarkan pada kanak-kanak. Memang tidak dinafikan cara pembuatan kerusi Titan Evo 2022 Series sememangnya perlu diberi pujian. Ini pasti akan menarik perhatian para peminat Pokemon mahupun Secretlab sendiri. Untuk membuat pembelian, anda boleh pergi ke my.secretlab.co.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/secretlab-x-pokemon-mula-dijual-di-malaysia"} {"title": "24 Hours of Le Mans Virtual Tarik Minat Peminat Lumba Kereta!", "body": "

24 Hours of Le Mans Virtual merupakan acara kejohanan yang dianjurkan oleh Motorsport Games. Acara ini menghimpunkan pemandu profesional serta pelumba sim terbaik dunia dalam berganding bahu selama 24 jam berlumba di litar lagenda Perancis. Acara ini turut disiarkan secara langsung ke dalam TV melalui program khas di seluruh dunia.

Antara yang menyertai 24 Hours of Le Mans Virtual adalah Mercedes-AMG Petronas Esports. Mercedes akan membuat penampilan sulungnya dalam siri ini dan mereka juga akan bersaing dengan pasukan Formula One yang lain seperti Alpine, Williams dan Red Bull Racing. Sebanyak 50 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan ini.\u00a0

Acara ini sepatutnya terdapat pameran sukan permotoran Autosport International 2022, namun disebabkan COVID-19 ianya terpaksa ditangguhkan. Selain daripada pasukan Formula One, W Series iaitu sukan permotoran wanita turut menurunkan pasukan mereka. Antaranya ialah Team Redline, Veloce Esports dan R8G Esports. Selain itu, Wolves Esports dan Team Fordzilla adalah antara pasukan yang turut serta.

Sebanyak 6 rakan kongsi termasuk pengeluar peranti perlumbaan sim, Thrustmaster dan pengeluar jam tangan Rolex yang akan menyokong perlumbaan ini. Acara ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 250,000 USD. Untuk dapatkan info lanjut, sila ke

", "url": "https://gamersonduty.com/news/24-hours-of-le-mans-virtual-tarik-minat-peminat-lumba-kereta"} {"title": "OG Kenalkan Lineup Terbaru Untuk VALORANT 2022!", "body": "

OG, pasukan VALORANT France baru-baru ini telah mengumumkan barisan terbaru pemain mereka. Untuk tahun 2022, pasukan OG akan diketuai oleh Julien \u201cdaemoN\u201d bersama Benjamin \u201cuNKOE\u201d. Mereka akan memulakan kejohanan yang pertama iaitu pada 10 Januari dalam VALORANT Champions Tour (VCT).

Antara barisan pemain mereka adalah \u201cOniBy\u201d, \u201cfyxO\u201d, \u201cLaAw\u201d, dan \u201cMateliaN\u201d. Menurut OG, barisan ini diambil adalah atas faktor pengalaman. Mereka ingin menggabungkan pemain-pemain muda bersama dengan pemain berpengalaman bagi mencungkil bakat baru pada masa akan datang. Ini kerana di France, ramai pemain yang masih mentah dalam dunia e-sukan terutama untuk permainan VALORANT.

\u201cSaya sangat teruja untuk meneruskan musim ini dengan hala tuju yang baharu buat projek VALORANT kami. Dengan pengubahsuaian format yang dilakukan oleh Riot, kami juga berbesar hati untuk mempersembahkan para pemain kami kepada anda dalam menempuh pelbagai cabaran yang akan datang,\u201d kata jurulatih pasukan, Julien \u201cdaemoN\u201d.

Jangan lupa untuk saksikan kelayakan terbuka peringkat pertama VCT pada 10 Januari ini. Berikan sokongan terhadap pasukan kegemaran anda. Untuk info lanjut berkenaan pasukan OG, sila ke og.gg.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/og-kenalkan-lineup-terbaru-untuk-valorant-2022"} {"title": "Pabz Esports Lepaskan 5 Pemain!", "body": "

Pabz Esports, salah sebuah organisasi e-sukan yang bertapak di Indonesia. Pabz Esports setakat ini terkenal dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang dan mereka juga pernah menyertai kejohanan seperti MDL (Mobile Legends: Bang Bang Development League). Baru-baru ini, terdapat berita yang menyatakan\u00a0 Pabz Esports melepaskan 5 pemain MLBB mereka.

Hasil daripada posting yang dimuat naik oleh organisasi itu, ternyata berita tersebut adalah benar. Mereka melepaskan 5 pemain dengan sekali gus. Antara 5 pemainnya adalah \u2018Reee\u2019, \u2018Rirvi\u2019, \u2018Poizy\u2019, \u2018Evl\u2019, dan \u2018Reyyy\u2019. Pabz Esports kemungkinan melepaskan 5 pemain ini adalah kerana ingin melakukan rombakan pada pasukan. Ini adalah selepas Pabz Esports gagal mara ke playoff pada kejohanan MDL yang lalu.

Setakat ini, pemain yang masih berada di Pabz Esports adalah \u2018Baymax\u2019, \u2018Speechless\u2019, \u2018Layy\u2019, \u2018Xinthink\u2019, \u2018Fel\u2019, dan \u2018Bravo\u2019. Untuk pasukan lain, mereka mungkin boleh mengambil 5 pemain yang dilepaskan oleh Pabz Esports. Ini kerana pemain-pemain tersebut mempunyai pengalaman yang baik cuma tinggal diasah sedikit untuk menjadikan mereka lebih mantap.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/pabz-esports-lepaskan-5-pemain"} {"title": "Neon, Ejen Baru Valorant!", "body": "

Riot Games baru-baru ini telah memperkenalkan ejen terbaru di dalam Valorant iaitu Neon. Neon merupakan ejen kelahiran Manila, Philippines yang mempunyai kuasa elektrik serta kepantasannya. Valorant turut mengeluarkan sebuah trailer mengenai Neon dan dapat dilihat ejen terbaru ini sememangnya menarik perhatian.

Antara keupayaan Neon adalah Sprint & Slide. Neon mempunyai keupayaan untuk bergerak di sekeliling peta dengan pecutan (sprint) yang amat pantas. Selain itu, Neon juga boleh mengejutkan musuhnya di setiap sudut dengan meluncur (slide) menggunakan lututnya.

Antara keistimewaan lain yang ada pada Neon ialah Ultimate-Lightning finger guns. Neon boleh mengeluarkan elektrik di hujung jari dan menjadikannya sebagai salah satu senjata.\u00a0

Jika digabungkan, Neon mampu memecut dengan pantas serta meluncur sambil menggunakan Ultimate-Lightning finger guns. Musuh yang terkena tembakan Neon akan terkaku seperti terkena renjatan elektrik.\u00a0

Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh pergi ke PlayValorant.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/neon-ejen-baru-valorant"} {"title": "Ribo Bren Esports Berehat Dari MPL PH Musim 9!", "body": "

Bren Esports, nama yang tidak asing lagi dalam dunia Mobile Legend Philippines. Bren Esports pernah dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang (M2). Beberapa hari yang lalu, salah seorang pemainnya Ribo telah mengumumkan yang beliau akan berehat daripada menyertai MPL PH musim 9.

Jika sebelum ini, Karltzy iaitu pemain jungler pasukan Bren Esports turut berpindah kepada pasukan ECHO. Namun kini, pemain gold laner mereka pula iaitu Ribo tidak akan menyertai pasukan Bren Esports. Ribo memberitahu di laman Facebooknya bahawa beliau akan berehat untuk MPL PH Musim 9.\u00a0

Walau bagaimana, masih belum ada kata putus bahawa beliau akan kembali semula pada musim ke berapa. Ribo kemungkinan mengambil keputusan untuk berehat apabila prestasinya merosot pada MPL PH Musim 8. Beliau juga tidak berjaya membawa pasukannya Bren Esports ke kejohanan dunia M3.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ribo-bren-esports-berehat-dari-mpl-ph-musim-9"} {"title": "8 Game Percuma Dari Prime Gaming!", "body": "

Prime Gaming adalah sebuah produk yang menyediakan perkhidmatan permainan video. Prime Gaming merupakan jenama di bawah Amazon yang telah dibangunkan sejak dari tahun 1996 sehingga kini. Antara saingan terdekat Prime Gaming adalah Steam yang berada di bawah Valve.

Menjelang tahun baru ini, Prime Gaming memberikan berita gembira kepada para pengguna. Amazon telah memaklumkan bahawa Prime Gaming akan menyediakan 8 permainan secara percuma bermula pada Januari ini. Berikut merupakan senarai permainan yang boleh didapatkan secara percuma:

  1. STAR WARS Jedi: Fallen Order [Origin Key]
  2. Total War: Warhammer [Epic Games Store Key]
  3. World War Z: Aftermath [Epic Games Store Key]
  4. Two Point Hospital
  5. WRC 7 FIA World Rally Championship
  6. Abandon Ship
  7. In Other Waters
  8. Paper Beast \u2013 Folded Edition

Jadi, kepada pelanggan Prime Gaming yang masih belum dapatkan 8 permainan percuma ini, anda boleh dapatkannya sekarang. Untuk dapatkan, anda boleh pergi ke gaming.amazon.com

", "url": "https://gamersonduty.com/news/8-game-percuma-dari-prime-gaming"} {"title": "T1 Juara League of Legends: Wild Rift 2022!", "body": "

Baru-baru ini, telah berlangsungnya kejohanan League of Legends: Wild Rift 2022 iaitu Wild Rift Champions Korea (WCK) Preseason Invitational. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 27 Disember hingga 2 Januari di Seoul, Korea. Antara pasukan yang muncul sebagai juara adalah pasukan T1. T1 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 12,550 USD.

Pada perlawanan akhir, T1 telah berjumpa dengan musuh lamanya iaitu pasukan KT Rolster. Jika musim lepas T1 telah ditewaskan 3-0 oleh KT Rolster, namun pada musim kali ini T1 telah membuat comeback dengan mendapatkan kemenangan bersih 3-0 keatas KT Rolster. Ini secara tak langsung menjadikan T1 antara pasukan pertama yang memenangi kejohanan LoL Wild Rift pada tahun 2022.

Walau bagaimana, kejohanan WCK ini hanyalah kejohanan pra-musim. Untuk tahun 2022, akan ada lebih banyak kejohanan besar dalam permainan LoL Wild Rift. Seperti yang diumumkan baru-baru ini, jelajah Wild Rift akan kembali di Brazil pada tahun 2022 dengan format yang lebih besar, perlawanan LAN serta hadiah yang lebih lumayan. Untuk dapatkan info lanjut, ikuti laman sosial Riot Games.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/t1-juara-league-of-legends-wild-rift-2022"} {"title": "Steam Store Disekat Di China!", "body": "

Baru-baru ini, terdapat berita mengenai Steam Store yang dikatakan telah disekat di negara China. Berita ini telah disahkan apabila pihak Steam sendiri memuat naik satu kenyataan melalui akaun twitter @SteamDB. Dalam kenyataan tersebut, mereka memberitahu yang terdapat laporan mengenai Steam Store telah disekat di China. Mereka terpaksa menetapkan semula beberapa sistem untuk sementara waktu.

Walau bagaimana, SteamDB turut memberitahu hanya permainan di Steam global sahaja yang tidak boleh diakses. Untuk permainan yang khusus di Steam China, ianya masih boleh diakses dengan baik. Selain itu, ada juga isu berkenaan dengan permainan DOTA 2. Adakah permainan ini termasuk yang disekat? Jika disekat ianya akan menjadi isu untuk kejohanan DPC China 2022.

Jawapannya adalah tidak. DOTA 2 tidak termasuk dalam permainan yang disekat. Para pemain di China boleh mengakses DOTA 2 tanpa sebarang masalah. Ini bermakna kejohanan DPC China 2022 dapat diteruskan seperti yang dirancang. DPC China kali ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Hadiah terkumpulnya adalah sebanyak 205,000 USD.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/steam-store-disekat-di-china"} {"title": "VCT Stage 1 2022 Indonesia Kini Kembali!", "body": "

Kejohanan rasmi Valorant Challengers Stage 1 kini kembali di Indonesia. Kejohanan kali ini adalah kerjasama antara Riot Games dengan OneUp Organizer iaitu organisasi penganjuran acara e-sukan Indonesia. VCT Stage 1 2022 Indonesia turut menawarkan hadiah sebanyak 2,500 USD kepada para pemenang. VCT kali ini menampilkan perlawanan kalah mati untuk pusingan kelayakan terbuka.

Sebanyak 128 pasukan akan menyertai pusingan kelayakan dan hanya 32 pasukan terbaik saja yang akan mara ke peringkat seterusnya. Untuk peringkat seterusnya, mereka akan bertanding semula dan hanya 13 pasukan teratas akan layak ke Main Event - Group Stage. 13 pasukan ini akan bertanding bersama dengan 3 lagi pasukan jemputan dan 8 yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Daripada 8 pasukan, 3 pasukan yang berjaya mengutip mata tertinggi akan mewakili Indonesia ke Challengers APAC Playoffs. Perlawanan kelayakan akan bermula pada 20 hingga 22 Januari 2022 manakala peringkat akhir akan bermula pada 23 hingga 27 Februari. Untuk pendaftaran, ia akan dibuka pada 3 hingga 15 Januari ini. Syarat penyertaan adalah minimum berada di Rank \u2018Diamond III\u2019.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/vct-stage-1-2022-indonesia-kini-kembali"} {"title": "Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 Akan Ditayangkan Tidak Lama Lagi", "body": "

Wau Animation baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan Bahagian 2 bagi Ejen Ali Musim 3 dengan memuat naik treler terbaru khas untuk bahagian ini di Youtube.

Seperti korang tahu, Ali, watak utama siri ini sudah tiada lagi kaca mata pintarnya I.R.I.S kerana pihak atasan MATA telah mengambilnya semula. Walaupun begitu, dia tetap ingin menjadi seorang ejen yang hebat.\u00a0

Sebab itu, musim ini kita sedang melihat Ali membesar dan belajar untuk menjadi ejen yang terbaik bersama rakan-rakannya di akademi. Namun begitu, bahagian pertama tamat di bahagian cliffhanger di mana Ali akhirnya mendapat tahu Rizwan, mentor dahulunya sedang bekerjasama dengan Dos, musuhnya di Musim 1 & 2.\u00a0

Kita juga akan mendapat tahu siapa sebenarnya Cero di bahagian dua ini. Mari nantikan Ejen Ali bersama rakan-rakannya kembali beraksi pada 24 Disember 2022 di Disney+Hotstar.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/ejen-ali-musim-3-bahagian-2-akan-ditayangkan-tidak-lama-lagi"} {"title": "Fortnite Chapter 4 Musim Pertama Telah Tiba!", "body": "

Pada 4 Disember 2022, Epic Games telah mengemas kini Fortnite ke Bab 4 Musim 1 dengan penambahan pelbagai skin baru, senjata baru dan lain-lain lagi. Tidak terkecuali juga, alam baru untuk diterokai oleh pemain.

Antara skin terbaru yang ditambah adalah Selene, Maasai, Doom Slayer, Dusty, Nezumi, Joni the Red (Helsie), The Ageless dan Geralt of Rivia. Mereka semua boleh didapati menerusi Battle Pass tetapi ada juga yang akan ditambah kemudian hari seperti The Hulk (di Item Shop) dan Deku, My Hero Academia yang diacah dalam video treler mereka.

Senjata-senjata terbaru pula adalah Ex-Caliber Rifle, Thunder Shotgun, Maven Auto Shotgun, Red-Eye Assault Rifle, Twin Mag SMG, Tactical Pistol dan akhir sekali, Shockwave Hammer yang boleh melantunkan pemain ke udara apabila dihentak.\u00a0

Upgrade seterusnya, pemain akan mendapat dua power up dipanggil Reality Augments secara rawak di permulaan pusingan dan lagi lama korang dalam pusingan tersebut, lagi banyak Reality Augments korang boleh kumpul. Akan ditambah lagi power up seperti ini, tetapi buat masa ini hanya ada lima sahaja.

Berikut adalah lima Reality Augments yang sudah tersedia:

Akhir sekali, ciri terbaru yang korang akan boleh buat adalah naik dirt bike mengelilingi alam ini dan bergolek di dalam bola salji yang besar untuk mengendap musuh. Boleh muat naik Fortnite sekarang di Epic Games secara percuma.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/fortnite-chapter-4-musim-pertama-telah-tiba"} {"title": "The Mandalorian Musim 3 Disahkan Tiba 1 Mac 2023", "body": "

September lepas, treler The Mandalorian Musim 3 telah dikongsikan di Youtube rasmi Star Wars. Di dalam video tersebut, Din Djarin berjumpa dengan Bo-Katan untuk menjadi Mandalorian yang rasmi tetapi akibat Din Djarin mempunyai Dark Saber dan Bo-Katan perlu menjadi ketua Mandalore, mereka berperang.

Akibat Din Djarin telah mendedahkan identitinya, Mandalorian lain telah dikumpulkan demi mencarinya dan jumlahnya bukan hanya satu. Siri ini akan menjadi lebih hebat dan besar dengan tambahan penceritaan baru tentang latar belakang Mandalorian.\u00a0

Pada waktu itu, tiada lagi berita tentang tarikh ketibaan siri ini tetapi pada 2 Disember lepas mereka mengesahkan tarikh pelancarannya di Twitter rasmi Star Wars iaitu The Mandalorian akan tiba pada 1 Mac 2023 di Disney+ dan Disney+Hotstar. Nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-mandalorian-musim-3-disahkan-tiba-1-mac-2023"} {"title": "DLC Terakhir Assassin\u2019s Creed Valhalla Telah Tiba", "body": "

Pada bulan September lepas, Ubisoft telah membuat pengumuman satu DLC terakhir bernama \u201cThe Last Chapter\u201d untuk permainan video Assassin\u2019s Creed Valhalla dan kini, DLC tersebut telah pun tiba secara percuma!\u00a0

DLC ini dihasilkan sebagai satu penutupan buat permainan Assassin\u2019s Creed Valhalla yang telah dilancarkan pada tahun 2020. Ia akan menceritakan tentang pengakhiran kisah Eivor bertemu dengan pelbagai watak dari sejarah, rakan lama dan juga penjahat termasuk juga Roshan dari Assassin\u2019s Creed Mirage.

Tambahan lagi, ada berita baik bagi yang ragu-ragu mahu main. Bermula dari 15 Disember 2022, Assassin\u2019s Creed Valhalla boleh dicuba secara percuma tetapi terhad sehingga 19 Disember 2022 sahaja. Jangan lupa ambil peluang ini!

Bagi yang sudah membuat keputusan, korang boleh main Assassin\u2019s Creed Valhalla sekarang di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/dlc-terakhir-assassin-s-creed-valhalla-telah-tiba"} {"title": "Kemboja Mengganas Tolak Malaysia Ke Lower Bracket Quarterfinals", "body": "

Pada perlawanan pertama Upper Bracket Semifinal hari ini, pasukan dari Malaysia iaitu Todak MLBB akan bertembung dengan pasukan dari Kemboja iaitu Impunity KH.\u00a0

Perlawanan yang membawa kepada round ketiga itu ternyata didominasi oleh pasukan dari Kemboja. Pada round yang pertama, Kemboja telah mendahului Malaysia dengan mata 1 berbalas 0.

Pasukan Malaysia bangkit kembali di round yang kedua yang mana MVP diberikan kepada Moon. Pasukan yang tewas pada round ketiga ini akan jatuh ke Lower Bracket Quarter Final dan akan berlawan dengan pasukan Vietnam untuk mara ke Lower Bracket Semifinal.

Pada round ketiga, pasukan dari Kemboja itu terus memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan Malaysia. Serangan demi serangan membuatkan Todak tidak dapat bernafas dan makin terhimpit.

Pasukan dari Kemboja itu berjaya mendapatkan point yang kedua dan berjaya mara ke Upper Braket Final. MVP untuk round ketiga diberikan kepada DEJA dari Kemboja dengan K/D/A 13/0/04!

Malaysia akan bertemu dengan Vietnam untuk kali kedua di Lower Bracket Quarterfinal petang ini pukul 5.20 petang. Adakah Pasukan Malaysia mampu menang sekali lagi berdepan pasukan Vietnam? Sama-sama kita nantikan!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kemboja-mengganas-tolak-malaysia-ke-lower-bracket-quarterfinals"} {"title": "6 Hero \"OP\" Ini Mungkin Akan Di Nerf Pada Patch Seterusnya", "body": "

Baru-baru ini Patch terbaru untuk Mobile Legends: Bang Bang terlah pun dikeluarkan secara rasmi. Patch yang diberi nama Patch 1.7.32 turut memperkenalkan hero terbaru iaitu Joy.

Namun nampaknya Moonton masih belum berpuas hati dengan patch terbaru ini kerana dikatakan terdapat patch tambahan yang dikeluarkan untuk Advance Server.\u00a0

Seperti apa yang dilaporkan oleh Spin Esports, terdapat 6 hero yang telah di nerf pada patch tambahan ini. Enam hero tersebut adalah:

LEOMORD

YVE

WANWAN

SUN

ZHASK

YI SHUN-SHIN

\u00a0

Menurut Spin Esports, Patch tambahan ini mungkin akan dimasukkan ke Original Server sebelum M4 World Championship bermula nanti.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/6-hero-op-ini-mungkin-akan-di-nerf-pada-patch-seterusnya"} {"title": "Review Netflix: Wednesday (2022)", "body": "

Keluarga Addams kembali menghantui kita semua dengan lagi dahsyat dan kali ini penuh dengan misteri. Setelah 29 tahun berlalu dengan The Addams Family Values (1993) sebagai tayangan filem live-action terakhir dilancarkan, mereka kembali dalam bentuk siri terbaru.

Dengan arahan Tim Burton, seorang pengarah terkenal dengan filem The Nightmare Before Christmas, Corpse Bride dan Alice in Wonderland, Tim fokuskan penceritaan kali ini pada kehidupan anak perempuan keluarga Addams iaitu Wednesday Addam dalam menghadapi kehidupan remajanya. Secara tidak langsung, siri ini dinamakan sebagai \u201cWednesday\u201d.

Siri ini bermula dengan Wednesday (Jenna Ortega) membalas dendam pada pembuli adiknya, Pugsley (Isaac Ordonez) dengan melepaskan dua beg penuh ikan pirana ke dalam kolam renang di mana pembuli-pembuli Pugsley sedang berlatih sukan mereka. Akibat tindakannya itu, Wednesday telah dibuang dari sekolah tersebut.\u00a0

Morticia (Catherine Zeta-Jones) dan Gomez (Luis Guzm\u00e1n), ibu bapa Wednesday mengambil peluang tersebut untuk menghantar Wednesday ke Nevermore Academy di Jericho, bekas sekolah menengah mereka dahulu agar Wednesday dapat melalui pengalaman yang sama seperti mereka.\u00a0

Sebaik sahaja, ahli keluarga Addams selain Wednesday meninggalkan Nevermore Academy, Wednesday dengan segera mencari jalan untuk melarikan diri daripada sekolah kerana membantah keinginan ibu bapanya. Namun, sebelum dia berjaya, perkara buruk telah pun berlaku.

Terdapat kes pembunuhan berlaku di hutan Jericho dan Wednesday hampir-hampir dibunuh di akademi. Perkara ini menjadi lebih menarik apabila kedua-dua kes ini saling berkaitan dan akhirnya Wednesday membuat keputusan untuk tinggal di Nevermore demi mencari kebenarannya.

Sepanjang jalan ceritanya mengandungi pelbagai elemen seperti misteri, komedi dan cinta. Tetapi, paling menarik perhatiannya adalah jalan penceritaan amatlah berbeza dari filem-filemnya sebelum ini. Tim, mengambil risiko untuk menceritakan peringkat seterusnya bagi kehidupan salah satu anak Addams sebagai satu idea baru dan ia sangat menjadi!

Walaupun elemen goth sudah tersedia ada, tetapi saya merasakan siri ini terlalu serius sehingga komedinya tidak menonjol dan kurang dari filem-filem sebelum ini. Boleh dikatakan ramai tertarik dengan filem Addams atas kelucuannya yang bertemakan gelap dan tidak dirancang.\u00a0

Walaupun begitu, siri ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi misterinya yang membuat semua tertanya-tanya apa, kenapa, bila, siapa, dan bagaimana semua yang terjadi boleh berlaku. Disebabkan itu, ramai menghabiskan siri ini dalam satu hari termasuk diri saya.

Wednesday 2022 kini telah dilancarkan pada 23 November 2022 dan mempunyai 8 episod secara keseluruhannya di Netflix. Musim 2 sudah pun disahkan, jadi selamat menonton Musim Pertama!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/review-netflix-wednesday-2022"} {"title": "Riot Games Tiba Di PC Game Pass", "body": "

Pada bulan Jun 2022, Microsoft telah mengumumkan perkongsian mereka dengan Riot Games untuk menyertakan permainan mereka ke PC Game Pass dan akan dilancarkan pada musim sejuk 2022. Buat masa itu, pengumuman untuk permainan apa yang akan ditambah belum didedahkan lagi.\u00a0

Oleh sebab itu, baru-baru ini peminat semua gembira apabila mendapat tahu permainan paling popular dari Riot Games seperti Valorant, League of Legends dan Teamfight Tactics telah ditambah ke PC Game Pass bermula hari ini.\u00a0

Walaupun permainan tersebut semua percuma untuk dimain, ada beberapa konten di dalamnya masih perlu dibeli seperti karakter dan barang kosmetik. Tetapi, dengan korang melanggan pada PC Game Pass, korang akan mendapat akses percuma pada konten yang perlu dibayar!

", "url": "https://gamersonduty.com/news/riot-games-tiba-di-pc-game-pass"} {"title": "Kerana Kes Gangguan Seksual, Fearless Dibuang Dari Rebellion Zion", "body": "

Baru-baru ini gempar tentang berita salah seorang pemain profesional MLBB Indonesia yang dikatakan terpalit dengan kes gangguan seksual.

Pemain yang diperkatakan adalah Fearless ataupun nama penuhnya Moch Dicky Setiawan dari pasukan Rebellion Zion, yang mana merupakan salah satu pasukan dibawah organisasi Rebellion Esports.

Dia yang sebelum ini bermain sebagai Jungler untuk pasukan tersebut dituduh melakukan gangguan seksual kepada salah seorang pekerja hotel yang bertugas sebagai receptionist tempat dia menginap pada 30 November 2022 yang lepas.

Berdasarkan pada apa yang dilaporkan oleh Spin Esports, Pada hari kejadian, Fearless telah menelefon receptionist yang dikenali sebagai Widya untuk ke bilik pemain tersebut untuk membantunya dengan sesuatu.

Setelah tiba dibilik pemain tersebut, Fearless telah bertindak menarik tangan Widya dan memaksanya untuk masuk ke dalam biliknya.\u00a0

Rakan sekerja Widya yang ketika itu terlihat kejadian tersebut telah berjaya menghalang dari kejadian yang lebih buruk berlaku dan memarahi Fearless atas tindakan jijik tersebut.

Selepas kejadian tersebut, Widya telah membuat laporan kepada organisasi Rebellion Esports dan selepas siasatan dilakukan, Fearless akhirnya mengaku.

Sehubungan itu, pihak Rebellion Esports dan MPL Indonesia telah mengeluarkan kenyataan untuk mengeji perbuatan pemain profesional tersebut dan pihak Rebellion Esports mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Fearless.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/kerana-kes-gangguan-seksual-fearless-dibuang-dari-rebellion-zion"} {"title": "Valorant Badge - Ini Cara Nak \"Flex\" KDA Korang", "body": "

Riot Games amat memahami betapa besarnya komuniti Valorant telah berkembang dan selalu cuba mencari jalan untuk terlibat dengan semua pemain. Maka, terhasillah satu inisiatif dari Riot untuk mencipta Valorant Badge.\u00a0

Valorant Badge ini adalah satu barangan kosmetik terbaru yang membenarkan pemain untuk membuat penyesuaian sendiri untuk mempamerkan KDA (Kill/Death/Assist) mereka. Korang boleh pilih agent kegemaran masing-masing dan pilih warna antara 25 kombinasi yang berbeza.

Pemain boleh ciptakan bagde sebanyak yang mahu, tetapi korang perlu bermain Valorant selama sebulan dahulu sebelum mendapatkannya. Perlu diberi perhatian, hanya agent yang selalu dimain dalam permainan kompetitif sahaja akan dipamerkan statistiknya yang paling terbaik dari segi KDA, damage dealt, ketepatan headshot dan kadar kemenangan.

Berikut adalah cara untuk hasilkan Valorant Badge:

", "url": "https://gamersonduty.com/news/valorant-badge-ini-cara-nak-flex-kda-korang"} {"title": "Produksi Sekuel Cyberpunk 2077 Akan Bermula Pada 2023", "body": "

Baru-baru ini, telah diumumkan dalam satu laporan bahawa sekuel Cyberpunk 2077 akan memulakan pre-production pada tahun 2023 selepas pelancaran DLC Phantom Liberty pada tahun yang sama.

Adam Kiciski, presiden dan joint CEO bersama CD Projekt Red berkata bahawa pasukannya yang berjumlah 350 orang sedang bekerja dan fokus dalam pembangunan peringkat terakhir bagi Phantom Liberty.\u00a0

Laporan menambah lagi dengan mengatakan The Witcher remake dan Witcher Trilogy terbaru masih lagi dalam proses pembangunan dan buat masa ini, tiada lagi pendedahan bagi tarikh pelancaran bagi kedua-dua permainan tersebut.

Dengan siri animasi Cyberpunk: Edgerunners, permainan mereka mendapat semula sambutan dari orang ramai dengan laporan mengatakan lebih dari satu juta orang log masuk ke Cyberpunk 2077. Kini, permainan ini berada di tangga 30 teratas paling banyak dimainkan di Steam.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/produksi-sekuel-cyberpunk-2077-akan-bermula-pada-2023"} {"title": "Nintendo Tutup Kejohanan Smash World Tour", "body": "

Penganjur bagi Smash World Tour telah mengumumkan bahawa Kejohanan 2022 dan siri event pada 2023 terpaksa dibatalkan kerana Nintendo menghantar satu notis mengatakan mereka tidak boleh meneruskan operasi kejohanan mereka.\u00a0

Penganjur menceritakan dia mendapat berita ini tanpa apa-apa amaran pada malam sebelum hari Thanksgiving dan perkara ini menjadi satu kejutan buat dirinya kerana mereka telah lama berkomunikasi dengan Nintendo selama 12 bulan sebelum ini tanpa masalah.

Kini, The Smash World Tour sudah pun dimegah-megahkan sebanyak 6,400 acara langsung di seluruh dunia menurut penganjur dengan kehadiran lebih 325,000 dan tahun ini juga prizepool mereka adalah paling terbesar dalam sejarah dengan jumlah USD$250,000.

Pada tahun lepas, Nintendo mengumumkan kejohanan berlesen rasmi antara kompetitif Smash Bros. dengan Panda Global tetapi penganjur kepada Smash World Tour mendakwa hubungan ini yang menyebabkan penutupan kejohanan. Secara tidak langsung, kenyataan ini mendakwa CEO Alan Bunney mensabotaj usaha organisasi ini.\u00a0

Mereka mendapat tahu bahawa banyak organisasi meragukan yang ingin berkolaborasi dengan Smash World Tour kerana Alan. CEO Panda Global itu telah memberitahu mereka semua bahawa tour tersebut akan ditutup dan tidak akan kembali pada tahun 2022.

Akibat itu, perbincangan tentang potensi rakan kongsi baru dilangsungkan tetapi Nintendo tidak berjaya mencapai persetujuan dengan Smash World Tour untuk buka secara penuh pada tahun 2023. Nintendo tidak meminta apa-apa perubahan atau pembatalan acara yang ada pada 2022, termasuk kejohanan 2022 kerana ramai pemain ingin mengambil bahagian.

Tetapi, Nintendo mengharapkan mereka untuk beroperasi dengan lesen komersial dan mereka tidak akan dapat lesen tersebut untuk kejohanan ini dan aktiviti 2023. Disebabkan itu, mereka terpaksa berhentikan tour ini.

Penganjur mengatakan bahawa Smash World Tour ini akan hilang ratusan ribu dolar kerana tindakan Nintendo, walaupun begitu mereka tetap berjanji untuk membayar balik secara penuh untuk semua peserta.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nintendo-tutup-kejohanan-smash-world-tour"} {"title": "Battle For Olympus - Event Terbaru Overwatch 2 Musim 2", "body": "

Overwatch 2 musim kedua akan dilancarkan tidak lama lagi bersama hero tank terbaru, Ramattra pada 6 Disember 2022. Sempena itu, mereka telah\u00a0 mengeluarkan satu trailer terbaru untuk memperkenalkan konten yang akan tersedia buat pemain dan juga rupa peta Escort terbaru, Shambali.

Musim kedua ini, skin terbaru juga akan dikeluarkan yang bertemakan mitologi Greek seperti skin mitos bertema Zeus untuk Junker Queen. Cara untuk dapatkan skin-skin tersebut adalah dengan menyertai event masa terhad terbaru iaitu Battle for Olympus.\u00a0

Akan disertakan sekali, skin khas untuk Roadhog (Cyclops), Ramattra (Poseidon), L\u00f9cio (Hermes), Widowmaker (Medusa), Reinhardt (Minotaur) dan Pharah (Hades). Event ini akan terletak di peta Ilios dan akan mula pada 5 Januari 2023 dan berakhir pada 19 Januari 2023.

Berkemungkinan besar, skin mitos\u00a0 milik Junker Queen akan dijadikan sebagai satu hadiah di akhir battle pass.

Selain itu, peminat juga mendapat gambaran bagi kosmetik holiday terbaru untuk Bastion dengan pakaian diinspirasikan dari gingerbread house untuk Winter Wonderland 2022 (13 Disember 2022 hingga 4 Januari 2023). Manakala, Mei dengan pakaian bertemakan arnab untuk Lunar New Year 2023 (17 Januari 2023 hingga 6 Februari 2023).

", "url": "https://gamersonduty.com/news/battle-for-olympus-event-terbaru-overwatch-2-musim-2"} {"title": "The Witcher Remake Akan Menjadi Permainan Open World", "body": "

The Witcher Remake adalah permainan Witcher pertama yang akan dibangunkan dengan menggunakan Unreal Engine 5 dan disahkan akan memberikan pemain dunia yang lebih besar dan lebih luas untuk diterokai.\u00a0

CD Projekt Red telah mengumumkan berita ini sebagai salah satu laporan pendapatan Q3 2022. Di situ, dijelaskan remake ini adalah RPG open-world single player yang didorong oleh penceritaan - rekaan semula The Witcher 2007 secara moden.\u00a0

Walaupun terdapat update tentang ini, tiada satu pun petunjuk atau gambar menunjukkan rupa open world permainan ini. Oleh itu, The Witcher Remake mungkin lama lagi akan dilancarkan.\u00a0

Sementara menunggu, korang boleh nantikan next-gen update percuma yang terbaru untuk The Witcher 3 pada 14 Disember 2023. Boleh dimain di Xbox Series X|S, PS5 dan PC.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/the-witcher-remake-akan-menjadi-permainan-open-world"} {"title": "League Of Legends Patch 12.23 Akan Mengubah 17 Champions", "body": "

Musim 12 League of Legends tidak lama lagi akan berakhir. Tetapi, sebelum Musim 13 tiba, Riot Games akan update patch terbaru iaitu Patch 12.23. Ini adalah patch terakhir sebelum musim seterusnya dan di patch ini Riot Games telah memutuskan untuk mengimbangkan barisan champions untuk menyediakan pentas bagi musim hadapan.

Matt \u201cPhroxzon\u201d Leung-Harrison, pereka utama dalam menyeimbangkan permainan ini mengatakan di Twitternya, dia ingin melakukan perubahan terhadap Champions seperti di dalam kategori Tanks dengan menggunakan items tersedia.\u00a0

Phroxzon tambah lagi dengan mengatakan, pasukan mereka sedang bertungkus-lumus untuk mengubah dan menangani masalah awal (seperti kekerapan dan kemahuan dalam memaklumkan objektif pasukan menjana, tetapi bukan dalam undian.)\u00a0

Mereka merasakan ia sedang melakukan kerja yang baik dalam memberitahu pasukan yang diingini tetapi ada yang masih mengabaikannya. Patch ini akan berlangsung pada 7 Disember 2022 nanti.

Berikut adalah Champions yang akan mendapat buff::-

Berikut pula Champions yang akan mendapat nerfs:-

Kassadin dan Dr Mundo adalah dua Champions yang kitnya akan dilaras manakala Sunfire Cape, sistemnya akan dapat buff dan Ravenous Hydra, sistemnya akan dapat nerf.\u00a0

Berikut adalah senarai bagi pelarasan jungle:-

Monster

Mosstoper

", "url": "https://gamersonduty.com/news/league-of-legends-patch-12-23-akan-mengubah-17-champions"} {"title": "Nuguri Umum Bersara Dari Scene Competitive League of Legends", "body": "

Pada pertengahan bulan yang lalu, pasukan DWG KIA telah mengumumkan yang ahli pasukan mereka iaitu Nuguri telah tamat kontrak dengan pasukan tersebut dan memilih untuk menjadi Free Agent.

[OFFICIAL]

Jang \"Nuguri\" Ha-gwon, the former top laner of DWG KIA and FPX, 2020 World Champion, has decided to retire from the professional League of Legends scene.#LCK pic.twitter.com/Z75w6gZHKY

\u2014 Ashley Kang (@AshleyKang) November 28, 2022

Namun beberapa hari yang lepas, Ashley Kang yang merupakan co-founder telah mengeluarkan satu tweet yang menyatakan Nuguri atau nama sebenarnya Jang Ha-gwon telah memilih untuk bersara terus dari scene competitive League of Legends.

Sebelum ini Nuguri bermain sebagai Top Laner untuk pasukan DWG KIA dan pernah membawa pasukan tersebut menjadi juara di kejohanan League of Legends World Championship pada tahun 2020.

Mengikut artikel yang ditulis oleh One Esports, Nuguri juga dikatakan sebenarnya telah mengambil keputusan untuk bersara selepas kejohanan League of Legends World Championship 2021 lagi.\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/nuguri-umum-bersara-dari-scene-competitive-league-of-legends"} {"title": "Lost Between Worlds - DLC Far Cry 6 Akan Tiba Disember Ini", "body": "

Ubisoft telah mengumumkan downloadable content (DLC) terbaru untuk Far Cry 6, sebuah permainan first-person shooter game dan adventure yang telah dilancarkan pada 6 Oktober 2021.\u00a0

Pemain akan berpeluang menjalani penceritaan Dani Rojas dan bermain sebagai dirinya untuk meneroka pelbagai dimensi yang penuh dengan kejutan, cabaran dan rintangan. Tetapi, korang tidak perlu risau sebab sepanjang perjalanan nanti, korang juga akan memperolehi banyak senjata dan kebolehan baru untuk melawan musuh-musuh berbentuk kristal nanti.

DLC Lost Between Worlds akan tiba pada 6 Disember 2022 dengan harga USD$19.99 (RM89.81). Jadi, sementara menunggu DLC ini, update percuma untuk Far Cry 6 sudah pun tersedia. Mereka menambahkan mod \u201cNew Game+\u201d dan ciri khas \u201cCompletionist Aid\u201d. Bagi yang tertarik tetapi belum membelinya lagi, Free Trial juga tersedia untuk korang.

Boleh dapatkan Far Cry 6 sekarang untuk PS5, Xbox Series x, PS4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/lost-between-worlds-dlc-far-cry-6-akan-tiba-disember-ini"} {"title": "Revenant - Sudah Tiba Di Musim 3.5 Apex Legends Mobile", "body": "

Respawn Entertainment sebelum ini telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi Musim 3.5 dan debut legend terbaru, Revenant, pada 28 November 2022 sempena pengakhiran Musim 3 Apex Legends Mobile.

Seperti karakter Ash, pemain yang biasa main Apex Legends di konsol dan PC sudah pun tahu tentang kewujudan Revenant. Oleh itu, peminat amat teruja untuk melihat Revenant beralih ke platform mobile dan melihat dia beraksi.

Selain daripada itu, Underworld, update terbaru ini akan menampilkan banyak barangan kosmetik terbaru, event masa terhad dan battle pass terbaru. Tetapi sebelum semua itu, Apex Legends memulakan update mereka dengan mengembalikan peta lama mereka, World\u2019s Edge.\u00a0

Untuk barangan kosmetik, korang boleh dapatkan di Underworld Battle Pass. Pemain akan disediakan sebanyak 50 level dengan barangan kosmetik bertemakan Christmas campur dengan sisi gelap, ala-ala Nightmare-Before-Christmas. Jangan risau, akan ada juga hadiah-hadiah lain untuk pemain.

Bagi event masa terhad pula, mereka akan mengenalkan mod terbaru iaitu Airdrop Escalation. Seperti namanya \u2018airdrop\u2019, pemain akan dijatuhkan satu Care Packages jauh dari pemain dan pemain harus cepat-cepat mendapatkan senjata yang tersedia di dalamnya dan menggunakannya untuk bertempur dengan pihak lawan.

", "url": "https://gamersonduty.com/news/revenant-sudah-tiba-di-musim-3-5-apex-legends-mobile"} {"title": "Gran Turismo Mungkin Tiba Di PC", "body": "

Gran Turismo adalah sebuah permainan video bertemakan simulasi perlumbaan kereta dan telah dilancarkan sejak 23 Disember 1997. Permainan ini adalah salah satu permainan yang diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment dan dibangunkan oleh Polyphony Digital khas untuk francais Playstation.

Kini, Gran Turismo sudah ada 16 siri dan baru-baru ini juga Kazunori Yamauchi telah mengatakan bahawa dia bersama pasukannya ingin membangunkan Gran Turismo ke platform PC atas sebab tiada platform lain yang sesuai untuk menjalankan permainan ini dalam 4K/60p. Setting yang paling terbaik untuk pemain.

Buat masa ini, tiada lagi pengesahan dari segi perasmiannya dan tarikh pelancarannya namun, jika Yamauchi berjaya menghasilkan Gran Turismo versi PC, ia akan menjadi permainan khas Sony yang terbaru ke platform PC seperti God of War, Spider-Man, Horizon:Zero Dawn dan Uncharted 4

", "url": "https://gamersonduty.com/news/gran-turismo-mungkin-tiba-di-pc"} {"title": "ASUS ROG Phone 6D - Processor Yang Lebih Bagus", "body": "

Baru-baru ini pihak ASUS ROG telah memperkenalkan gaming smartphone terbaru mereka iaitu ROG Phone 6D Series. Smartphone ini didatangkan dengan dua variasi iaitu ROG Phone 6D dan juga ROG Phone 6D Ultimate.

Antara kedua-dua smartphone ini, tiada banyak sangat perbezaan yang mana kedua-duanya menggunakan Processor yang sama iaitu MediaTek Dimensity 9000+.

Perbezaan yang ketara mungkin pada storage yang ditawarkan yang mana ROG Phone 6D mempunyai storage sehingga 256GB dengan 12GB RAM manakala untuk ROG Phone 6D Ultimate ianya mempunya strorage yang lebih besar iaitu sehingga 512GB dengan 16GB RAM.

Satu lagi perbezaan adalah pada rekaan belakang kedua-dua smartphone ini. Pada ROG Phone 6D ianya cuma mempunyai Aura RGB Lighting yang mana korang cuma boleh ubah warna dan mode sahaja pada logo ROG dibelakang phone tersebut.\u00a0

Tapi untuk ROG Phone 6D Ultimate, terdapat ROG Vision seperti yang ada pada ROG Phone 6 Pro sebelum ini. Dengan ROG Vision ini korang boleh pilih sendiri animation yang telah disediakan.\u00a0

Satu lagi perbezaan antara ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate adalah Aeroactive Portal yang terdapat pada belakang ROG Phone 6D Ultimate yang mana boleh dibuka untuk memastikan penyejukan yang lebih bagus apabila ditambah dengan Aeroactive Cooler 6.

ASUS ROG Phone 6D dijual pada harga RM3499 manakala untuk ROG Phone 6D Ultimate pula dijual pada harga RM4999.\u00a0

\u00a0

", "url": "https://gamersonduty.com/news/asus-rog-phone-6d-processor-yang-lebih-bagus"}