{"url": "https://fuh.my/kuota-internet-percuma-sempena-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023", "body": ["\n\n", "\nBonus Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nBerita baik buat pengguna pakej prabayar CelcomDigi, Unifi Mobile, Umobile dan Yes. Kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri.\nIanya telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.\nBeliau dalam kenyataan berkata inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi\nPakej Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\n\nSempena Hari Raya Aidilfitri 2023 pada tahun ini, kerajaan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat bersetuju untuk memberikan inisiatif kepada pengguna pakej prabayar untuk menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.\nBaca juga : Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\nTawaran Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nCara untuk mendapatkan promosi khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ini,para pengguna pakej prabayar boleh melihat tawaran -tawaran yang disediakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing seperti berikut\nMaxisCelcomDigiUnifi MobileUmobileYesBonus 100GB dengan pelan internet HotlinkMUPelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama 4 hariPulangan tunai RM5.00 dengan pelan internet prabayar 4G/5GBonus 10GB dengan pelan Pakej PerpaduanBonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama 7 hariTempoh tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeliSah sehingga 15 Mei 2023RM35 data 4g dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hariSah hingga 31 Mei 2023Sah sehingga 15 Mei 2023Sah seingga 15 Mei 2023Sah sehingga 5 Mei 2023\nMaxis\u00a0\u2013 bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli & sah hingga 15 Mei ini\nCelcomDigi\u00a0\u2013 pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.\n\n\n\n\nUnifi Mobile\u00a0\u2013 pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.\nUmobile\u00a0\u2013 bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023\nYES\u00a0\u2013 bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei.\n*Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.\nSila rujuk kenyataan media rasmi melalui lampiran di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tawaran kuota internet percuma sempena hari raya 2023 ini, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda atau layari laman web rasmi berikut:\n\nMaxis :\u00a0https://www.maxis.com.my/\nCelcomDigi :\u00a0https://www.celcom.com.my/\nUmobile :\u00a0https://www.u.com.my/\nYES :\u00a0https://www.yes.my/\nFacebook\u00a0Fahmi Fadzil\u00a0(Menteri Komunikasi dan Digital)\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nSampai bilakah tempoh tawaran Kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri ? Tawaran ini sah bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei\u00a0 2023 tertakluk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing Bagaimana cara untuk dapatkan promosi ini? i)CelcomDigi\u00a0\u2013 pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.ii)Unifi Mobile\u00a0\u2013 pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.iii)Umobile\u00a0\u2013 bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023iv)YES\u00a0\u2013 bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-saman-pdrm-ogos-2022/", "title": "Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor", "body": ["\n\n", "\nTawaran 50% Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 Sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2022 ini bertempat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam.\nPihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pembayaran boleh dibuat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam dan Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.\nOrang ramai, yang mempunyai saman tertunggak, jangan lepaskan peluang ini. Ayuh, ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!\nDiskaun Saman PDRM Ogos 2022\n\nBayaran saman hanya boleh dilakukan di kaunter yang akan dibuka di tapak acara tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.\nCheck Saman Trafik\nUntuk melancarkan proses pembayaran saman, anda boleh check saman trafik anda dahulu secara online. Perkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).\nCara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:\nLayari Portal MyBayarSaman :\u00a0https://mybayar.rmp.gov.myKlik butang NEW USER SIGN UP untuk proses\u00a0Pendaftaran.Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.Buat\u00a0Semakan\u00a0Saman\u00a0terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.\n\n50 % Diskaun Saman PDRM Ogos 2022\nUntuk mendapatkan diskaun 50% , pembayaran hanya boleh dibuat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam dan Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.\nMANUAL DI KAUNTERBayaran di kaunter bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Bermula 19 \u2013 21 Ogos 2022 (3 hari sahaja)\nNOTA:\nPengurangan Kompaun Tidak Ditawarkan Bagi Kesalahan berikut:\n\n\n\n\nKemalanganKesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaunKesalahan yang berstatus perbicaraanKesalahan berkaitan kenderaan beratMemotong secara berbahayaMenggunakan lorong kecemasanTidak patuh isyarat lampu merahMemotong di barisan berkembarKesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan\n\nBas Percuma Ke Lokasi Program\nSempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor, disediakan Perkhidmatan Bas Percuma SETIAP HARI SECARA PERCUMA ke lokasi program!\nBAS SMART SELANGOR SA02BAS SMART SELANGOR SA05BAS RAPID KL PERCUMABAS SMART SELANGOR SA02 (Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam) (Setiap 20 minit)\n\nJadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA02\n\u00a0Hentian Pusat Bandar Seksyen 14\u00a0->\u00a0Stadium Shah Alam\u00a0->\u00a0Stesen KTM Batu Tiga\nBAS SMART SELANGOR SA05 (Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam) (Setiap 20 minit)\nJadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA05\n\u00a0Pasaraya Giant Seksyen 13\u00a0->\u00a0Stadium Shah Alam\u00a0->SJK(C) Subang, Seksyen U6\nBAS RAPID KL PERCUMA\u00a0(Mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang) (Setiap 1 jam)\nLRT Glenmarie\u00a0->\u00a0Stadium Shah Alam\u00a0Hentian Pusat Bandar Seksyen 14\u00a0->\u00a0Stadium Shah Alam\u00a0Stesen KTM Batu Tiga\u00a0->Stadium Shah Alam\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai 50% Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor, sila rujuk maklumat terkini di facebook\u00a0Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik \u2013 JSPT)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-musim-tengkujuh-2023/", "title": "Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023)", "body": ["\n\n", "\nBajet 2023 : Bantuan Musim Tengkujuh Untuk Pekebun dan Penoreh Getah (BMT 2023)\nBelanjawan 2023 turut merangkumi bantuan musim tengkujuh buat pesawah dan pekebun. Perkara ini diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.\nMenurut beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan, pelbagai subsidi dan insentif akan diberikan kepada para petani dan penoreh getah.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai pembaharuan yang diperkenalkan dalam Bantuan Musim Tengkujuh 2023.\nBaca Juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan\nBantuan Musim Tengkujuh 2023 Untuk Penoreh Getah\nKerajaan bersetuju untuk menaikkan sumbangan musim tengkujuh kepada pekebun kecil daripada RM 600 kepada RM 800 untuk tempoh empat bulan bagi meringankan beban 320,000 penoreh getah dengan peruntukan sebanyak RM 256 juta.\nSebelum ini dalam Bajet 2022, Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM 600 disalurkan menerusi dua peringkat iaitu RM 300 pada November 2022 dan RM 300 pada Disember 2022.\nTambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga akan menyediakan RM 50 juta untuk menggunakan Cuplum Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan. Bahan ini dipilih kerana dilihat lebih berkualiti dan mampu memanjangkan hayat jalan.\n\u00a0Inisiatif ini dijalankan bagi meningkatkan permintaan getah dan sekaligus menambah pendapatan pekebun kecil.\n\nBantuan Musim Tengkujuh Secara Tunai dan Subsidi Untuk Pesawah\nSelain itu, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah sebanyak RM 200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.\nBantuan tunai ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 228 juta dan bakal memanfaatkan 240,000 pesawah.\nBagi meringankan beban para pesawah, kerajaan juga bakal meneruskan penyaluran pelbagai subsidi serta insentif serta harga padi, baja padi, dan padi huma dengan peruntukan RM 1.6 billion.\nPadiberas Nasional Berhad (BERNAS) turut bersetuju untuk membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang keuntungan bersih sebanyak 30 peratus kepada pesawah.\nDi samping itu, Skim Perlindungan Pertanian juga akan diperkenalkan bagi melindungan pengusaha pertanian daripada risiko luar kawalan seperti makluk perosak, penyakit serta cuaca bermula dengan pesawah padi.\n\n\n\n\n\u201cKerajaan akan tetap memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada para pesawah dan pekebun kecil,\u201d ucap Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSyarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\nUntuk makluman, terdapat dua golongan yang layak untuk memohon bantuan ini iaitu :\n\nPekebun kecil RISDA\nPenoreh bukan pemilik\n\nSyarat kelayakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :\nSYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA\n\nWarganegara Malaysia\nPekebun kecil berdaftar dengan RISDA\nKeluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar\nPemilik tanah yang sah\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah\n\nSYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK\n\nWarganegara Malaysia\nPenoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar\nPengesahan pemilik tanah yang sah\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah\n\nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023)\n\u00a0Untuk memohon bantuan ini, anda perlu ke Pejabat RISA negeri atau Pejabat RISDA Daerah berdekatan anda.\nAnda juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti berikut ketika membuat permohonan.\n1. Bagi Pekebun Kecil Pemilik\n\nKad pengenalan pemohon dan salinan\nGeran\u00a0asal tanah dan salinan\nSalinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank\n\n2. Bagi Penoreh Bukan Pemilik\n\nSalinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik\nGeran asal tanah dan salinan\nSalinan kad PAT-G\nSalinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank\n\n\nSemakan Status Permohonan BMT\nJika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:\nhttp://bmt.risda.gov.my\nMaklumat Lanjut\nPerkembangan serta tarikh permohonan bagi bantuan ini akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.\nUntuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Musim Tengkujuh, sila layari pautan : https://pekebunkecilmakmur.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-giatmara/", "title": "Permohonan GIATMARA (Kemasukan Julai 2023)", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan GIATMARA 2023 ambilan Julai kini dibuka.\nPemohon yang berkelayakan boleh memohon dengan mudah secara atas talian. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program GIATMARA bagi ambilan 2023.\nBaca Juga : Permohonan Politeknik Kolej Komuniti Sesi 2023/2024\nApa Itu GIATMARA?\nGIATMARA adalah sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.\nInstitusi ini ditubuhkan bagi menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mempelajari kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.\nInisiatif ini sekaligus dapat memenuhi keperluan industri dan keperluan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.\n\nKelebihan Yang Ditawarkan\nPelajar bakal memperoleh manfaat seperti berikut :\n\nKemudahan Latihan\nElaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)\nSijil Profesional yang diiktiraf industri\nModul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)\nPembangunan Usahawan (Rintis Niaga)\n\n\nSyarat-Syarat Permohonan GIATMARA 2023\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nBumiputera.\nSihat tubuh badan.\nBoleh membaca, menulis dan minat (3M).\nBerumur dari 15 tahun dan ke atas.\nBerminat dengan bidang yang dipohon.\nTamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.\n\nPemohon juga perlu pastikan :\n\nPermohonan dilakukan untuk program latihan secara\u00a0SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara\u00a0SEPARUH MASA (PART TIME)\u00a0sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda\nAnda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia\nAnda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda\nAnda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda\nAnda telah menyemak\u00a0MANUAL PERMOHONAN\u00a0secara online (rujuk lampiran PDF di bawah)\n\nManual_Pengguna_GSPEL_PemohonDownload\nCara Memohon\nAnda boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\n\n\n\n\nhttp://gspel.giatmara.edu.my/registration/semakmaklumat\nSelain itu, anda juga boleh kemukakan permohonan secara manual dengan memuat turun dan cetak borang di bawah :\nBorang Permohonan Sepenuh Masa\nBorang-Permohonan-Sepenuh-Masa-GIATMARADownload\nBorang yang telah diisi secara manual boleh dihantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.\nSenarai Lokasi & Kursus\nLokasi serta kursus yang ditawarkan boleh disemak mengikut senarai pautan berikut : \n\nKluster Computer & Networking Technology\nKluster Elektrikal\nKluster Elektronik dan Mekatronik\nKluster Fabrik\nKluster Hairdressing and Cosmetology\nKluster Hospitaliti\nKluster Kulinari\nKluster Mekanikal\nKluster Pembuatan\nKluster Pengangkutan\nKluster Senibina\nKluster Creative Media\n\nPensijilan\n\nSijil Profesional_GIATMARA\nSijil Kemahiran_GIATMARA\nSijil Modular_GIATMARA\nSijil Teknologi_GIATMARA\nSijil Kehadiran_GIATMARA\nSijil Kemahiran Warisan_GIATMARA\nSijil Perantisan_GIATMARA\nSijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & \u2028Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)\nSijil Kemahiran Malaysia\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 IT Essential\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 CCNA (Cisco Certified Network Associate)\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 Introduction to Cybersecurity\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2023, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau hubungi terus ibu pejabat GIAT MARA menerusi butiran berikut : \u00a0\nWISMA GIAT MARA\nNo 39, Jalan Medan Tuanku,50300 Kuala Lumpur.MalaysiaTel: 03-2691 2690Fax: 03-2691 2820Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-mikro-kredit-semarakniaga-bsn-2022/", "title": "Mohon Sekarang Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022", "body": ["\n\n", "\nSkim Pembiayan Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022 kini dibuka. Bank Simpanan Nasional menawarkan tujuh pilihan pembiayaan iaitu Semarak, Semarak-Nita, Semarak PEDi, Semarak-Belia, Semarak Sukan, Semarak-Mula dan Semarak Tani\nProgram SemarakNiaga ini merupakan salah satu program di bawah bajet 2022 keluarga Malaysia, makmur sejahtera.\nApa Itu Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN\n\nSkim Pembiayaan BSN Mikro/i SemarakNiaga adalah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Bajet 2022 dengan dana berjumlah RM800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan terutama perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) kembali pulih akibat pandemik COVID-19.\nSkim Pembiayaan ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekali gus mengembalikan keupayaan serta daya tahan perniagaan yang terjejas sebelum ini.\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web BSN, mengunjungi Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.\nMelalui skim itu, perusahaan mikro dalam semua jenis sektor perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan.\nNamun, bagi Skim Pembiayaan BSN Micro/i Semarak Mula, perniagaan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan.\nSenarai Pembiayaan Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022\nSkim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga menawarkan tujuh pilihan pembiayaan iaitu ;\n\nSemarak\nSemarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nSemarak-Nita\nSemarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nSemarak PEDi\nSemarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.\nSemarak-Belia\nSemarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nSemarak Sukan\nSemarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nSemarak-Mula\nSemarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.\nSemarak Tani\nSemarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.\n\nJumlah Pembiayaan\n\nSemarak Tani, jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan adalah sehingga RM75,000.\nUntuk Semarak-Nita, Semarak-Belia, dan Semarak Sukan, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000.\nPembiayaan untuk Semarak PEDi dan Semarak Mula pula ditawarkan sehingga RM20,000.\n\nKadar Pembiayaan\nKadar pembiayaan yang dikenakan terhadap pemohon yang membuat permohonan adalah 4% setahun.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pembiayaan adalah seperti berikut:\ni) Semarak/Semarak Nita/Semarak-Belia\n\nPerusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh usahawan wanita iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita warganegara Malaysia.\nBekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.\n\nii) Semarak PEDi\n\nPeserta yang berdaftar dengan PEDi.\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.\n\niii) Semarak Sukan\n\nPerusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.\n\niv) Semarak-Mula\n\nIndividu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan universiti dan/atau vokasional yang baru memulakan perniagaan.\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.\n\nv) Semarak Tani\n\nPengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani.\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.\n\nCara Memohon Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN\nPemohon boleh membuat permohonan melalui 3 cara iaitu ;\n\nDengan mengunjungi ke Cawangan BSN atau\nMengujungi Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran. Atau\nSecara atas talian menerusi laman web iaitu https://www.bsncheckin.com.my/MF/.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.\nSalinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).\nPenyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.\nSalinan bil elektrik dan air premis perniagaan.\nSurat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan (untuk Semarak PEDi).\nPelan perniagaan (untuk Semarak PEDi).\nPenyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan (untuk Semarak Mula).\nSijil akademik bagi graduan universiti dan/atau vokasional (untuk Semarak Mula).\nLain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda memerlukan Info lanjut atau pertanyaan mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan https://www.bsn.com.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/yuran-taska-penjawat-awam/", "title": "Bajet 2023 : Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM 180 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nSubsidi Yuran Taska Penjawat Awam\nDalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian subsidi yuran taska sebanyak RM 180 sebulan.\nSubsidi ini bakal memberi manfaat kepada semua penjawat awam.\nPada masa yang sama, kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemulihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.\nOleh itu, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika kemas termasuk 13 projek baharu.\nKatanya, sejumlah RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu pengusaha pusat jagaan.\n\n\u201cKerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi,\u201d katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani.\nSelain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa insentif cukai sedia ada juga bakal dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.\n\n\n\n\n\u201cSaya juga menyeru supaya majikan memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab berhubung penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.\n\u201cJika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut demi menyokong ibu yang bekerja,\u201d tambah beliau. \n\nBaca Juga : e-Tunai Belia Rahmah : Bantuan Kredit e-Tunai RM 200 Untuk Belia\nSyarat Kelayakan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam\nHad kelayakan pendapatan isi rumah bagi subsidi juga dinaikkan bagi penjawat awam daripada RM 5,000 kepada RM 7,000.\nDengan bantuan yang diumumkan, kerajaan berharap ianya dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan menjadi pemangkin buat mereka untuk terus berkhidmat untuk pembangunan negara.\n\u201cKerajaan Perpaduan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi,\u201d ujarnya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan mengenai pemberian subsidi yuran taska penjawat awam, sila ikuti laman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pautan www.facebook.com/anwaribrahimofficial. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-am-persekolahan-tahun-2022-baitulmal/", "title": "Bantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP Bagi Pelajar Sekolah Luar Wilayah", "body": ["\n\n", "\nBantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP Bagi Pelajar Sekolah Luar Wilayah ~ Sukacita dimaklumkan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Tahun 2022 kini dibuka bagi permohonan Sekolah Luar Wilayah\nBaca Juga : Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk \u00a0makluman tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini adalah pada 29 April 2022.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\nBeragama Islam\nWarganegara Malaysia\nBermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap kini.\nTidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.\nPelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama islam Negeri-Negeri\nKelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.\nCara Memohon Bantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP\nBorang permohonan boleh didapati di salah satu lokasi berikut :\nSemua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)\nKaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur\nPemohon juga boleh muat turun borang di laman web MAIWP www.maiwp.gov.my atau di pautan bawah :\nBorang Permohonan Bantuan Am Persekolahan \nBorang yang lengkap diisi boleh dihantar di salah satu lokasi berikut :\n\n\n\n\nSemua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)\nKaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti senarai berikut :\nSatu salinan kad pengenalan pelajar.Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan / surat pengangkatan JPN akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.* Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*Satu salinan kad memeluk Islam.*Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.* Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajarsekolah menengah.\n* jika berkenaan\nSila lampirkan borang senarai semak di hadapan borang permohonan. Sila muat turun Borang Senarai Semak Dokumen Sokongan seperti di bawah :\nSenarai Semak Dokumen Sokongan Skim Bantuan Am Persekolahan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :\nKuala Lumpur : 019 \u2013 200 8458\nPutrajaya : 011 \u2013 5949 6216\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mmu-bantuan-biasiswa-ibnu-haitham-2022/", "title": "MMU : Bantuan Biasiswa Ibnu Haitham 2022", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, tawaran Biasiswa Ibnu Haitham 2022 di buka kepada pelajar yang beragama islam daripada keluarga golongan b40 memenuhi kriteria asnaf dan menerima tawaran program pengajian di MMU.\nUntuk makluman, biasiswa ini merupakan tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU).\nBiasiswa ini turut menyasarkan bantuan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. \u00a0\nTajaan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di MMU bagi peringkat Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.\nPermohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022\nApa Itu Biasiswa Ibu Biasiswa Ibnu Haitham\n\nBiasiswa Ibnu Haitham adalah biasiswa tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin sahaja untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon biasiswa ibnu haitham\u200b\ni. Terbuka kepada pemohon beragama Islam daripada keluarga berpendapatan B40 dan memenuhi kriteria Asnaf Fakir & Miskin yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangorii.Kelayakan Akademik:\u2013 SPM: Minimum 4A\u2013 STPM/Asasi/Diploma: PNGK \u2265 3.00iii. Sila sertakan surat tawaran program pengajian di MMU\nManfaat Biasiswa Ibu Biasiswa Ibnu Haitham\nPenerima biasiswa akan ditanggung 100% semua yang berikut ;\nKos yuran pengajian dan asramaElaun sara hidupElaun bukuProgram pembangunan pelajar\n*Tertakluk pada terma dan syarat\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut;\nPermohonan menerusi borang online pada pautan https://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/Isi maklumat berkaitanSahkan akuanPilih kurusMuat naik dokumen sokonganBuat pengeshasanPermohonan selesai\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Ibnu Haitham 2022, sila hubungi talian +03 \u2013 8312 5103 / 5040 / 5043 atau hantarkan e-mel ke alamat\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bingkas-bantuan-kehidupan-sejahtera-selangor/", "title": "BINGKAS: Permohonan Bantuan RM300/ bulan Untuk Keluarga Yang Layak", "body": ["\n\n", "\nBINGKAS: Permohonan Bantuan RM300/bulan Untuk Keluarga Yang Layak ~ Sukacita dimaklumkan, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November yang lepas, pihak kerajaan negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, iaitu BINGKAS.\u00a0\nPakej bantuan ini mempunyai peruntukan sebanyak RM108 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 30,00 keluarga yang layak termasuk ibu tunggal.\u00a0\n\nBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).\nBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik.\u00a0\nMelalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.\u00a0\nPakej bantuan ini telah diumumkan oleh Dato\u2019 Menteri Besar Dato\u2019 Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022.\u00a0\n\nBantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Februari 2022 bagi membantu keluarga yang layak untuk membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak mereka.\u00a0\nCara Membuat Permohonan BINGKAS\nTarikh permohonan dan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pakej bantuan BINGKAS ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.\nProgram Pembelajaran Sepanjang Hayat\nDalam pembentangan tersebut, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat turut diperkenalkan.\u00a0\n\n\n\n\nProgram ini menawarkan biasiswa (RM200,000 setahun) bagi membantu wanita di negeri ini (Selangor) untuk menyambung pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana dalam pelbagai bidang.\nProgram ini adalah merupakan inisiatif bawah Wanita Berdaya Selangor dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia.\u00a0\nDi samping itu, kerajaan negeri Selangor juga menyediakan pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun mulai 2022 bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi pasca pandemik dan memacu agenda negeri.\u00a0\nDalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022, antara golongan yang menerima manfaat ialah;\u00a0\nPenjawat AwamIbu dan kanak-kanakGolongan B40Wanita\u00a0Usahawan\u00a0Penghantar Makanan dan Barangan\u00a0Orang Asal\u00a0Belia & Penggiat Sukan\u00a0Warga EmasPenggiat Seni Budaya\u00a0\nAnda boleh rujuk senarai ringkasan penerima manfaat Belanjawan Selangor 2022 berdasarkan jadual infografik di bawah:\n\nSumber: SelangorKini\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/panduan-temu-duga/", "title": "Panduan Temu Duga Kerja: Tips & Soalan Yang Selalu Ditanya", "body": ["\n\n", "\nSelain daripada menyediakan resume atau cover letter, pemohon kerja juga perlu bersedia dengan tips dan soalan yang dijangka ditanya di dalam sesi temu duga jika dipanggil. \nTemu duga ialah sesi tanya dan jawab yang dilakukan antara majikan dan pemohon kerja. \nSesi temu duga kerja merupakan proses yang lazimnya dilakukan oleh para majikan sebelum mengambil seseorang bekerja di dalam sesebuah syarikat, agensi, jabatan, atau sebagainya.\nDi samping itu, temu duga adalah biasanya merupakan proses terakhir yang perlu dilakukan sebelum majikan membuat keputusan untuk mengambil seorang pekerja.\nOleh itu, adalah penting untuk seseorang pemohon memberikan prestasi yang baik dalam temu duga mereka untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan tersebut. \n\nTips Temu Duga\nPersediaan dan panduan temu duga terbahagi kepada 3 perkara iaitu persediaan sebelum, semasa, dan selepas temu duga.\ni) Sebelum Temu Duga\nBuat kajian dan maklumat mengenai jawatan yang dipohon.Pastikan berpakaian sesuai dan memberikan imej yang baik yang dapat menarik minat penemuduga.Rancang perjalanan dan datang lebih awal iaitu selewat-lewatnya 10-15 minit sebelum temu duga.Pastikan segala portfolio dan dokumen telah disediakan.\nii) Semasa Temu Duga\nBerikan ucapan salam atau selamat (mengikut waktu temu duga) sewaktu di panggil masuk ke bilik temu duga.Duduk dengan betul dan tertib.Fokus dan jaga perhatian (eye contact) kepada perkataan yang ditanya.Tunjukkan keyakinan diri semasa menjawab soalan dan elakkan menjawab dengan jawapan yang berulang-ulang dan meleret-leret.Minta penemuduga untuk mengulang soalan yang ditanyakan sekiranya soalan tidak jelas. Gunakan perkataan \u201cminta maaf boleh ulang soalan\u201d atau \u201cmaaf saya kurang jelas dengan soalan tuan.\u201dGunakan nada suara yang betul.Berikan jawapan yang ringkas dan umum sekiranya soalan-soalan yang bersifat politik dan kepartian.\niii) Selepas Temu Duga\nUcapkan terima kasih dan salam selepas berakhir sesi temu duga.Berdoa semoga permohonan kerja tersebut berjaya diperolehi. \nSoalan Temu Duga \nUntuk pengetahuan pemohon kerja, terdapat beberapa soalan lazim yang sering ditanya di dalam sesi temu duga iaitu:\n1) Ceritakan serba sedikit tentang diri anda\nJika pemohon kerja ditanya mengenai perkara ini, ceritakan tentang diri secara ringkas dan kaitkan 3 perkara ini dengan permohonan kerja yang dipohon iaitu:\nPencapaianBakat istimewaKeunikan anda\n2) Kenapa ingin bekerja di sini?\nUntuk menjawab soalan ini, pemohon kerja perlu mengambil tahu juga serba sedikit tentang\u00a0syarikat, jawatan dan skop kerja yang dimohon.\n3) Apakah peranan anda di tempat kerja terdahulu?\nBagi soalan ini, pemohon kerja perlu menghuraikan tanggungjawab anda dalam jawatan yang lalu dan secara spesifik dan positif. \nBerikan juga pencapaian (jika ada) yang telah diperoleh dan diterima semasa bekerja di tempat terdahulu. \n4) Apakah yang dilakukan semasa menganggur?\nPemohon perlu menjawab dengan jujur masa yang dimanfaatkan seperti melakukan aktiviti pengembaraan,\u00a0membantu ibu ayah, atau melakukan kerja separuh masa dan lain-lain.\nPenemu duga ingin melihat komitmen dan penggunaan masa oleh penemu duga ketika mereka menganggur.\n\n\n\n\n5) Mengapa pemohon perlu dilantik untuk jawatan ini?\nPemohon perlu menyatakan kelebihan dan pengalaman mereka sekiranya mereka dipilih untuk dilantik ke jawatan ini.\nJika kurang pengalaman, yakinkan panel bahawa mahu belajar dan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang memegang jawatan tersebut.\n6) Apakah jangkaan gaji sekiranya dilantik?\nPemohon perlu membuat research\u00a0mengenai tengok gaji dan jawatan yang dipohon sebelum datang ke tempat temu duga. \nJangkaan gaji yang terbaik adalah tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. \n7) Contoh keadaan mencabar dan cara mengatasinya\nJika soalan ini ditanya, pemohon perlu memberikan situasi yang pernah dihadapi serta cara menangani masalah tersebut.\nJawapan yang diberikan perlulah logik dan rasional yang dapat meyakinkan para penemu duga.\n8) Kenapa ingin berpindah tempat kerja\nJawapan yang sesuai untuk dijawab jika soalan ini ditanya adalah untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik serta menimba pengalaman baharu di tempat kerja baharu.\n 9) Di manakah anda lihat diri anda dalam tempoh masa 5 tahun?\nBeritahu mengenai cita-cita dan impian anda di syarikat tersebut dalam masa 5 tahun lagi.\nPenemu duga ingin melihat pemohon mempunyai cita-cita yang tinggi dan mahu memajukan diri mereka di syarikat tersebut. \n10) Bagaimanakah menangani situasi tekanan atau stress dalam pekerjaan?\nPilih jawapan yang menunjukkan bahawa pemohon dapat menangani situasi tekanan secara produktif dan positif. \nJadikan tekanan sebagai sesuatu yang positif untuk mempelajari sesuatu perkara dengan lebih lagi. \nKongsikan juga tips menangani stress yang diamalkan (jika ada) seperti mengambil nafas yang dalam selama 10 saat dan sebagainya. \nInfo Lanjut\nUntuk info lebih lanjut mengenai tips dan soalan temu duga, sila tonton video di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=xOrgiHakYnw. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pelitup-muka-bukan-perubatan-perlu-penandaan-ms-sirim/", "title": "Pelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Penandaan MS Sirim Bermula Jan 2023", "body": ["\n\n", "\nPelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Penandaan MS Sirim Bermula Jan 2023 ~ Untuk makluman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.\nPerkara ini adalah selaras dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada hari ini.\nPewartaan Pelitup Muka Perlu Penandaan MS Sirim\nPewartaan tersebut bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.\nPenandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.\n\nHarga Jualan?\nMengenai isu kenaikan harga, SIRIM sudah memberi jaminan kos penandaan yang rendah akan dikenakan ke atas pengilang dan pengimport, yang tidak akan menjejaskan harga jualan runcit.\nTarikh Penguatkuasaan\nTarikh penguatkuasaan pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP pada mulanya dikuatkuasakan pada 4 Julai 2022.\n\n\n\n\nNamun setelah mendapat maklumbalas orang ramai, tarikh penguatkuasaan ini telah ditangguh ke JANUARI 2023.\nKegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.\nBagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.\nWalaubagaimanapun, pengguna tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya menggunakan pelitup muka bukan perubatan tanpa penandaan SIRIM.\nSumber: Bernama, Astro Awani, KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-perumahan-rakyat-keluarga-malaysia-prkm/", "title": "Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) Secara Atas Talian", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) secara atas talian telah dibuka.\nIanya juga penambahbaikan permohonan bantuan perumahan sebelum ini yang di kenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Selain itu juga, kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).\nMenteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan\nKumpulan Sasar Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)\n\nKumpulan sasar PRKM adalah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa\nProgram ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.\nBaca juga : Rumah Ikram Keluarga Malaysia\nKadar Bantuan PRKM\nKadar bantuan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ;\n\n\n\n\nBINA BAHARUBantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan\u00a0tidak ekonomik untuk dibaiki.Semenanjung : RM66,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunitBAIK PULIH\nBaik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:Penyelenggaraan;Penambahbaikan; danRequisition;Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan\u00a0komponen-komponen asas sesebuah rumah.Bahan binaan yang digunakan hendaklah\u00a0sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.Semenanjung : RM15,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit\n\nBaca juga : Bantuan Pembaikan Rumah Banjir RM5000\nSyarat Kelayakan / Kritetria Kumpulan Sasar\nAntara syarat dan kriteria kumpulan sasar yang layak untuk memohon ialah seperti berikut;\nDisahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan NasionalDiperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atauDiperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atauDiperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian\n\nCara Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM), anda boleh layari website https://www.rurallink.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi nombor 03 8000 8000 atau emailkan ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-akhir-pos-barang-raya-2023/", "title": "Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 Pos Laju dan J&T", "body": ["\n\n", "\nJadual Tarikh Akhir Penghantran Pos Barang Raya 2023 Poslaju, J&T dan Semua Kurier di Malaysia Sebelum Raya\nMemandangkan Hari Raya Aidilfitri 2023 semakin hampir, adalah penting untuk mengetahui tarikh terakhir untuk menghantar bungkusan sebelum musim perayaan. Di Malaysia, perkhidmatan kurier memainkan peranan penting dalam menghantar bungkusan kepada orang tersayang yang berada jauh. \nOleh itu, adalah penting untuk merancang dan menghantar bungkusan anda lebih awal untuk memastikan ia sampai sebelum musim perayaan. Perkhidmatan kurier yang berbeza mempunyai tarikh akhir penghantaran bungkusan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan pembekal perkhidmatan kurier pilihan anda untuk tarikh akhir masing-masing untuk mengelakkan sebarang kesulitan\nTarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 Pos Laju\n\nPoslaju adalah salah satu perkhidmatan kurier yang paling biasa digunakan di Malaysia.\nSebagai makluman kepada semua pengguna Pos Laju, mel dan kad ucapan dari semua negeri boleh dipos sebelum\u00a017 April 2023\nBagi Poslaju, bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada\u00a019 April 2023 (Rabu).\nManakala bagi penghantaran bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia, tarikh akhir penghantaran barang adalah pada\u00a018 April 2023 (Selasa), dan begitu juga sebaliknya. Pengeposan masih lagi diterima sehingga 21 April 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi\nTarikh akhir (COT) bagi Penghantaran Sebelum Aidilfitri dan Penutupan Operasi Aidilfitri\nUntuk lebih jelas tentang tarikh akhir pos barang raya 2023, anda boleh rujuk jadual yang disediakan oleh Pos Malaysia \nTarikh akhir (COT) bagi Penghantaran Sebelum aidilfitriKategoriDestinasiCOTDariKeTarikh PengeposanMEL & Kad Ucapan Hari RayaSemua Negeri17 April 2023 (Isnin)Pos LajuSemanjung MalaysiaSemenanjung Malaysia19 April 2023 (Rabu)Sabah SarawakSemenanjung Malaysia18 April 2023 (Selasa)Semenanjung MalaysiaSabah Sarawak18 April 2023 (Selasa)\nPengeposan masih lagi diterima sehingga 21 april 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi\nPenutupan Operasi AidilfitriKategori22 April 2023Sabtu23 April 2023Ahad24 April 2023IsninOperasaiPungutan dan penghantaranTutupCawangan Pos MalaysiaSemua lokasiTutupPerkhidmatan PelangganHotline & PM CarelineTutupChat & Media SosialBuka 8:30 pagi \u2013 8:30 malam\nPenutupan operasi adalah berdasarkan tarikh tentatif 1 syawal yang ditetapkan pada Sabtu, 22 April 2023. Jika 1 Syawal ditetapkan pada Jumaat, 21 april 2023, tarikh penutupan operasi sebenar akan diawalkan sehari dari tarikh diberikan\nTarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 J&T\n\nBagi syarikat J&T Express pula, operasi berjalan seperti biasa pada hari raya aidilfitri 2023 ini. Namun adalah diingatkan agar pelanggan merancangan penghantaran barang mengikuti jadual cut off date penghantaran barang agar proses penghantaran barang dan jangkaan tarikh terima barang berjalan lancar seperti yang di harapkan.\n\n\n\n\nSemenanjung Malaysia sahaja\nBagi penghantaran barang dalam kawasan semenanjung malaysia tarikh penghantaran yang dibuat sebelum 18 april 2023 (selasa) tarikh jangkaan barang sampai ialah pada 22 april 2023\nManakala bagi penghantaran selepas 19-25 april 2023, tarikh jangkaan barang sampai adalah semasa atau selepas hari raya\nSemenanjung -Sabah/Sarawak\nPenghantaran dari semenanjung ke sabah sarawak dan sebaliknya, tarikh penghantaran pada 14 april 2023 dijangka sampai pada 22 april 2023. Manakala penghantaran pada 15-25 april 2023 jangkaan sampai ialah selepas hari raya\nSabah \u2013 Sabah/Sarawak-Sarawak\nUntuk penghantaran dalam negeri yang sama bagi sabah-sabah dan sarawak-sarawak, penghantaran pada 14 april tarikh jangkaan barang sampai ialah pada 22 april 2023 dan bagi penghantaran pada 15-25 april 2023 tarikh jangkaan barang sampai adalah selepas hari raya\n\nTarikh Akhir Pos Raya Syarikat Kurier Lain di Malaysia\nBagi syarikat kurier lain seperti NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express, anda boleh rujuk jadual cut-off date bagi syarikat kurier tersebut di bawah ;\n\n\nSemoga makluman notis pengumuman tarikh akhir pos barang raya 2023 yang dipaparkan ini dapat membantu pengguna untuk merancang penghantaran barang-barang semasa musim perayaan hari raya aidilfitri ini\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut anda juga boleh layari website rasmi setiap kurier seperti berikut ;\n\nPos Malaysia : https://www.pos.com.my/\nJ&T Express Malaysia : https://www.jtexpress.my/\nNinjaVan Malaysia : https://www.ninjavan.co/en-my\nDHL Express Malaysia : https://www.dhl.com/my-en\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/myportfolio-hrmis/", "title": "myPortfolio HRMIS : Panduan Isi Data & Tutorial Video Lengkap", "body": ["\n\n", "\nUnit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu.\nUsaha ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam perlaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lanjut berkenaan MyPortfolio dan panduan serta langkah-langkah mengemaskini data.\nApa Itu myPortfolio?\nmyPortfolio adalah sebuah kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation).\nDi samping wujud sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.\nCiri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:\n\nmyPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;\nSetiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;\nmyPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan\nmyPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.\n\nKepentingan Sistem Portfolio\nKepentingan sistem ini adalah:\n\nMerekod prosedur & peraturan kerja\nMembolehkan ketua organisasi mengetahui keseluruhan aktiviti dan prosedur kerja\nMenjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain\nMengurangkan arahan secara lisan\nMenyeragamkan kaedah kerja\nMemudahkan pertukaran pegawai bagi proses ambil alih tugas\nMemudahkan penambahbaikan / kajian mengenai proses kerja sedia ada\nMenjadi radas dalam pengurusan sumber manusia\n\nKomponen myPortfolio\nTerdapat 10 Komponen dalam myPortfolio iaitu:\n\nCarta Organisasi\nCarta Fungsi\nAktiviti-aktiviti Bagi Fungsi\nDesripsi Tugas\nProses Kerja\nCarta Alir\nSenarai Semak\nSenarai Undang-undang, Peraturan & Punca Kuasa\nSenarai Borang\nSenarai Jawatankuasa Yang Dianggotai\n\n\nSiapa Yang Perlu Sediakan myPortfolio?\nSemua jawatan yang diwujudkan bagi menjalankan fungsi yang peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam Waran Perjawatan / Surat Kelulusan Perjawatan perlu menyediakan myPortfolio.\nKategori Inovasi & Keberhasilan dalam KIK\n\n\nPanduan Mengisi myPortfolio HRMIS\n\nLog in HRMIS2.0 \u2013 masukkan ID dan Kata Laluan\nLihat DATA PERJAWATAN dan pilih myPortfolio\nPilih Fungsi dan Pilih Pemilik Kompetensi\nPilih Butang TAMBAH\n\nMaklumat Umum\nDi bawah Maklumat Umum ada 5 Maklumat iaitu : \ni \u2013 Maklumat Bahagian (sudah tersedia)\nii \u2013 Maklumat Pegawai (sudah tersedia)\niii \u2013 Maklumat Pengesah/Pelulus (sudah tersedia) : Jika belum ada maklumat Pengesah/Pelulus, pilih \u2018carian\u2019 dan letak Nombor Kad Pengenalan PK Pentadbiran (Pengesah) dan No Kad Pengenalan Guru Besar (Pelulus)\niv \u2013 Jadual Pengemaskinian : Merupakan senarai semak STATUS KEMASKINI: boleh semak sama ada sudah dikemaskini atau belum dikemaskini\nv \u2013 Maklumat JD atau Deskripsi Tugas (Sudah Tersedia)\nMaklumat Khusus\nDi bawah Maklumat Khusus terdapat 7 bahagian iaitu :\n\n\n\n\ni \u2013 Carta Organisasi : Pilih Dokumen dan Muat Naik Dokumen\nii \u2013 Carta Fungsi : Tambah, Pilih dan Simpan\niii \u2013 Senarai Undang-undang : Tambah, pilih dan simpan\niv \u2013 Aktiviti Bagi Fungsi : Tambah, Isi dan Simpan (copy & paste Aktiviti bagi Fungsi masing-masing)\nv \u2013 Senarai Borang : Tambah, Pilih dan Simpan\nvi \u2013 Senarai Jawatankuasa : Tambah, Pilih dan Simpan\nvii \u2013 Perakuan\nJika status/Tarikh kemaskini sudah bertarikh\n5. Tick \u2018Saya Mengesahkan Bahawa Maklumat di Atas Adalah Benar\u2019.\n6. Akhir sekali Tekan butang HANTAR.\nPanduan Lengkap\nAnda juga boleh muat turun panduan lengkap seperti lampiran di bawah :\nPanduan Kerja Sektor Awam\nslidemyportfoliomampuDownload\nTatacara Penyediaan Deskripsi Tugas\nTatacara-Penyediaan-Deskripsi-TugasDownload\nTemplate MyPortfolio\ncontohmyportfolio2Download\nSIRI VIDEO TUTORIAL\nBerikut dikongsikan video tutorial rasmi bagi penggunaan myPortfolio :\n\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian I/III) \u2013 Peranan Pentadbir :\u00a0https://youtu.be/VhpW_1R1D3s\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian III/III) \u2013 Peranan Pelulus dan Pengesah :\u00a0https://youtu.be/1EXj4Hzch2Q\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian II/III) \u2013 Peranan Pemilik Kompetensi (CO) :\u00a0https://youtu.be/ClKj-taULF8\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian II/III) \u2013 Peranan Pentadbir :\u00a0https://youtu.be/UavkeKFlnvk\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian I/III) \u2013 Peranan Pemilik Kompetensi :\u00a0https://youtu.be/K7s2-zEnaW8\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian IV/IV) \u2013 Peranan Penyemak Tuntutan di Pusat Tanggungjawab :\u00a0https://youtu.be/9E7nBJsUqgo\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian III/IV)-Penyemak Tuntutan di Bahagian :\u00a0https://youtu.be/8sJsb3r8wH4\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) \u2013 Peranan Pengesah Tuntutan :\u00a0https://youtu.be/0VBg-NTMVxg\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) \u2013 Peranan Pemohon :\u00a0https://youtu.be/W34HDsZjOcQ\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian III/III) \u2013 Pengesah dan Pelulus :\u00a0https://youtu.be/CQ5vzdTurtg\n\nKredit : \u00a0Youtube\u00a0Change Management HRMIS JPA\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila layari pautan berikut :\nhttp://www.mampu.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-program-anak-genius-negara-pagn-kemasukan-sesi-2023/", "title": "Permohonan Program Anak Genius Negara (PAGN) Kemasukan Sesi 2023", "body": ["\n\n", "\nPermohan kemasukan Program Anak Genius Negara kemasukan 2023 di Pusat Anak Genius Negara (PAGN) seluruh negara telah di buka.\nBagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak \u2013anak ke program ini, boleh membuat permohonan bermula 1 Jun hingga 30 september 2022.\n\u00a0\nApa Itu Program Anak Genius Negara\n\nProgram ini mula di perkenalkan pada 5 April 2019. Dikenali sebagai PERMATA . Kemudian ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.\nProgram ini dikendalikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian GENIUS dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.\nProgram GENIUS Negara menyediakan\u00a0asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun\u00a0terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.\n\u00a0\nAnak-anak ini akan di didik dengan menggunakan pendekatan kaedah holistik dan menyeluruh\nBaca juga :Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor\u00a0\n\u00a0Keistimewaan Program Anak Genius Negara\n\nMerupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh\nMenggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan yang lengkap dan pendidikan awal yang holistic\nMenggunakan pedagogi belajar melalui bermain\nMenekankan konsep 3e iaitu meneroka,mengeksperimen dan mengalami (exploring,experimenting dan experiencing)\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTarikh Permohonan\n1 Jun 2022 \u2013 30 September 2022\nSyarat Kelayakan Program Anak Genius Negara\n\nWarganegara Malaysia (anak)\nBerumur 4 tahun ke bawah\nKeutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah rm4000\n\n\u00a0\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nMuat turun borang permohonan disini\nCetak da lengkapkan borang permohonan\nSertakan Salinan dokumen seperti di bawah\nHantar borang permohonan ke lokasi pusat anak genius negara yang ingin di pohon. Boleh semak di sini\n\n\u00a0\nDokumen Wajid Disertakan\n\u00a0\n\nSalinan surat beranak\nSalinan mykid anak\nSalinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)\nSalinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan\nSalinan pendapatan ibu bapa yang disahkan\nSurat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga (sekiranya bekerja sendiri)\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Anak Genius Negara, anda boleh hubungi talian 03-88805151 (HQ) atau layari Facebook Program Genius Negara https://www.facebook.com/programgeniuskpm\u00a0\nSumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dananita-mara-2022/", "title": "DanaNITA MARA : Permohonan 2022 Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita RM150,000", "body": ["\n\n", "\nDanaNITA MARA 2022 atau Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita telah dibuka untuk permohonan bagi tahun 2022. Skim pembiayaan oleh pihak Mara ini khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin\nApa Itu DanaNITA MARA\nSkim khas ini berjutuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah. \nSelain itu, ianya merupakan pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan\nSyarat-syarat\nWarganegara dan BumiputeraBerumur 18-60 tahunBerpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan\u00a0online)Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Menjalankan perniagaan sepenuh masaPerniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulanMemiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkiniPerniagaan patuh SyariahBebas dari senarai hitam MARA\nSyarat Kelongaran\nMajoriti pegangan Syer adalah 51% wanitaBerdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPenyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan\nBaca juga : Permohonan MySME Lady : Pembiayaan PKS Wanita Sehingga 3 Juta\nSkop Pembiayaan\nModal PusinganPembelian Mesin dan Peralatan\nHad Pembiayaan\nDanaNITA MARA memperuntukan maksimum sehingga RM150,000.00\nTempoh Pembiayaan\n1-10 tahun @ 12-120 bulan\nJaminan /Cagaran\nDikecualikan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPembiayaan RM50,001.00 hingga RM150,000.00\nJaminan\nSeorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon ATAU\nCagaran\nCagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya\u00a010% daripada\u00a0jumlah yang dipohon. ATAU\nGabungan kedua-duanya sekali. ATAU\n\n\n\n\nSimpanan Tetap\nSimpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan\nKadar Keuntungan\n3.5%\nCara Permohonan\nPermohonan boleh di buat secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut ;\nLayari laman sesawang\u00a0MARA.Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawan.Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.Daftar dan Mohon\u00a0DanaNITA MARA.Sediakan dokumen mengikut\u00a0Senarai Semak. Langkah 6: Hantar permohonan\nSemakan Status \nStatus permohonan boleh disemak secara atas talian di\u00a0Portal MyUsahawan\u00a0atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon\nSoalan Lazim\nfaq_pembiayaanDownload\nMaklumat Lanjut\n\u00a0Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan DanaNITA MARA 2022, anda boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri(PMN). Atau anda boleh menghubungi\nTel : 03 2613 2000.\nEmail : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-ibu-bersalin-sarawak/", "title": "Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450 | Borang Permohonan & Semakan", "body": ["\n\n", "\nBantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) sebanyak RM450 di berikan kepada ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak. Untuk download borang permohonan, semakan permohonan dan cara mohon boleh di rujuk seperti berikut.\nBagi mereka yang sudah bersalin, tempoh terakhir untuk membuat permohonan mendapatkan insentif ini adalah tiga bulan selepas melahirkan anak. Ini merupakan tempoh paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk masa tiga bulan bukan sepanjang tahun.\nApa Itu Bantuan Ibu Bersalin Sarawak\n\nBIB merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.\nIanya juga bagi membantu meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak\nSyarat dan Kelayakan\nSyarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus \u2018K\u2019 atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus \u2018K\u2019 (Sarawak Connection);Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; danUsia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.\nDokumen diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus \u2018K\u2019;Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.\n(Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat).\n\n\n\n\nCara Permohonan\nPermohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:\nPermohonan Online Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store\nManualPermohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).\nBorang permohonan manual \nBorang-Permohonan-BIB-Ver.1-2022Download\nPeringatan /Makluman\nPermohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;Permohonan ini hanya sah bagi tempoh\u00a0enam (6) bulan\u00a0dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak tanpa sebarang notifikasi dihantar;\u00a0danPermohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin Sarawak, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email\u00a0protected]\nWebsite : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-projek-pertanian-malaysia-2023-negeri-kelantan/", "title": "Permohonan Projek Pertanian Malaysia 2023 (Negeri Kelantan)", "body": ["\n\n", "\nKhas untuk petani Negeri Kelantan yang berminat untuk menyertai Projek Pertanian Malaysia 2023, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mempelawa petani yang mempunyai sekurang-kurangya tanah seluas 0.04HA (1 ekar) untuk membuat permohonan. \nSebanyak 14 projek pertanian yang akan dilaksanakan untuk program ini. projek pertanian ini juga bertujuan untuk membantu membekalkan sumber makanan dan alternatif bagi menjana pendapatan untuk keluarga miskin, khususnya mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19\nSenarai Projek Pertanian Malaysia 2023 Negeri Kelantan\n\nProjek perintis yang di mulakan di negeri Kelantan ini, akan membabitkan sebanyak 14 buah projek pembangunan iaitu ;\nPembangunan Tanah TerbiarPembangunan Industri PadiPembangunan Industri Pelbagai KomoditiPemb. Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti HiliranPembangunan Usahawan TaniProjek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka PanjangProjek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka PendekProjek Pembangunan Tanaman SayuranPembangunan Industri Tanaman KelapaProjek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)Projek Pembangunan Industri CendawanPembangunan Tanaman Makanan TernakanProgram Pembangunan Pertanian KomunitiProgram Pembangunan Tanaman Herba\nSyarat Permohonan\nBagi anda yang berminat untuk menyertai projek pertanian ini, berikut beberapa syarat yang perlu anda perlu patuhi ;\n\n\n\n\n\u00a0Berumur melebihi 18 tahun.Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar).Mempunyai geran/surat perjanjian/surat kebenaran mengusahakan tanah.Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman.Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukim kawasan projek.Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Jajahan beserta salinan kad pengenalan, dan salinan geran tanah/surat kebenaran.\nDokumen Yang diperlukan\nDokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan ini adalah :\nSalinan kad pengenalanSalinan Geran /\u00a0 Surat Kuasa / Resit Bayaran Cukai / Surat Perjanjian *Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)\nCara Permohonan Projek Pertanian Malaysia 2023\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0\n7986590-1Download\nIsi borang tersebut dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek Pertanian Malaysia 2023, anda boleh layari website https://jpkn.kelantan.gov.my/ atau terus hubungi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui saluran berikut:\nTelefon: 09-744 2400Pejabat Pertanian Jajahan di talian:Bachok: 09 \u2013 7788 267Jeli: 09 \u2013 944 0337Gua Musang: 09- 912 1230Kota Bharu: 09 \u2013 746 2932Kuala Krai: 09 \u2013 966 6192Pasir Mas: 09 \u2013 790 9137Machang: 09 \u2013 975 1381Pasir Puteh: 09 \u2013 786 6097Tanah Merah: 09 \u2013 955 6337Tumpat: 09 \u2013 725 7343Lojing: 09 \u2013 922 1963\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-menu-potluck/", "title": "15 Contoh Menu Potluck Yang Lazat dan Mudah Disediakan", "body": ["\n\n", "\nWalaupun sambutan Hari Raya sudah berakhir, namun masih banyak sekolah dan pejabat yang masih dalam mood perayaan sehinggakan ada sahaja jemputan ke majlis potluck.\nAdakah anda sedang mencari-cari idea untuk membawa hidangan yang lazat dan mudah untuk jamuan potluck? Jom kita tengok beberapa resepi menarik untuk dicuba!\nBaca Juga : Menu Starbucks : Senarai Makanan, Minuman & Harga Terkini\n15 Contoh Menu Potluck, Sesuai Untuk Dijamu di Majlis Sekolah, Hari Raya, Office\n1. Puding Vanila Sumi\nBukan sahaja mudah untuk dibuat, malah sungguh lazat untuk dinikmati terutamanya bila dimakan sejuk-sejuk. Kanak-kanak mahupun orang tua pasti sukakan pencuci mulut ini.\nKredit : FB Zyeeta Aisyah (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Puding Vanila Sumi\n2. Macaroni Cup Pizza\nTak pernah terfikir pula untuk hidangkan makaroni dalam kertas cupcake. Comel sungguh dan senang untuk dimakan! Caranya pun mudah sahaja. Memang membuka selera!\nKredit : FB Sharinaz Redwan (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Macaroni Cup Pizza \n3. Crabstik Goreng Tepung\nHidangan ini pula sesuai untuk dimakan bersama hidangan berat seperti mee atau boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek. \nAnda hanya perlu celupkan crabstick dengan adunan tepung dan goreng sahaja! Jom tengok resipinya di pautan ini:\nKredit : FB Faez Cadar Murah (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Crabstick Tepung \n4. Dadih\nKalau buat dadih pun best juga. Macam-macam serbuk dadih berperisa yang anda boleh dapatkan di pasaran. Senang sangat nak buat! Sesuai untuk dijamu pada majlis potluck!\nKredit : Basirah Othman\u200e (FB Aneka Resepi Kuih Muih)\nResepi Dadih Terlajak Senang\n5. Spaghetti Tomato\nSelain makaroni, anda juga boleh sediakan spaghetti tomato di dalam cawan. Boleh sediakan sekali sudu dan garpu plastik.\nKredit : FB Sarina Razali (MASAK APA TAK JADI HARINI OFFICIAL)\nResepi Spaghetti Potluck \n6. Mantou Nugget\nComel sungguh hidangan potluck ni. Sesuai untuk dijamu di majlis sekolah mahupun pejabat. Anda hanya perlu gunakan mini mantou, nugget tempura, salad dan sos thousand island sahaja.\n\nKredit : FB Sarah Cooks Bakes (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Mantou Nugget \n7. Strawberry Peanut Butter Sandwich\nResepi ini confirm laku bila dibawa ke potluck. Modal untuk sediakannya juga tidaklah terlalu besar. Cara nak buat juga cukup ringkas! Jom tengok resepinya!\nKredit : FB Liya Rosli (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Strawberry Peanut Butter Sandwich\n8. Satay Buah\nMenu ini adalah antara contoh menu potluck yang paling senang untuk disediakan! \nRingkas dan berkhasiat, menarik juga jika anda hidangkan satay buah ini di majlis potluck. Anda hanya perlu cucuk 4 jenis buah potong dalam satu lidi.\n\n\n\n\nKredit : FB Qistina Hamid (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\n9. Buko Pandan Filipina\nKalau dah biasa sangat buat puding koktel untuk potluck, apa kali ini anda sediakan buko pandan ala Filipina? Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja, tapi dijamin sedap dan sangat menyegarkan tekak bila dinikmati sejuk-sejuk!\n\nKredit : FB Katrina Amy (MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL)\nJom tengok resepinya!\nResepi Buko Pandan Filipina\n10. Sandwich Sardin Express\nKalau kurang gemar sandwich manis, anda juga boleh buat sandwich sardin. Simple saja tapi dijamin sedap!\nKredit : FB Lia Yob Ibrahim (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nJom tengok resepinya di bawah.\nResepi Sandwich Sardin Express\n11. Nutella Bites\nKalau nak buat dessert yang simple tapi menarik, apa kata anda sediakan Nutella Bites untuk potluck? Cuma guna roti paratha dan nutella sahaja. Confirm laris!\nKredit : FB Hurun\u2019Iin Malik (Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepinya ada di pautan ini : Resepi Nutella Bites\n12. Roti Jala Jelita\nNampak sedap dan berwarna-warni. Nak sediakannya pun tidaklah susah. Roti jala yang gebu sebegini memang sesuai untuk dinikmati dengan kuah kari, sos coklat atau serawa durian. \nKalau nakkan kelainan, boleh tambah sedikit pewarna untuk hasilkan roti jala jelita macam di resepi ini.\nKredit : FB Nik Syuraya (MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL)\nResepi Roti Jala Jelita\n13. Popia Sosej\nWah, lain macam popia bentuk perahu macam ni. Nampak rumit, tetapi nak membuatnya senang sahaja sebenarnya. Jom tengok resepi di bawah!\nKredit : Sunita Sabtu (FB Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nResepi Popia Sosej \n14. Aiskrim Malaysia\nSiapa tak suka aiskrim Malaysia? Baik yang tua atau pun yang muda, bila dijamu dengan aiskrim Malaysia pasti laris. \nDitambah pula cuaca sekarang ni memang panas! Macam-macam jenis aiskrim anda boleh hasilkan dari rumah. Tinggalkan satukan bahan, kacau, kemudian masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan!\nKredit : Norhamidah Abdul Hamid (FB Masak Apa Hari Ni (MAHN))\nMacam-macam resepi aiskrim Malaysia ada di pautan ini!\nWah, semua contoh menu potluck yang disenaraikan ini nampak cukup menarik untuk dicuba! Nak hasilkannya pun tidaklah susah. \nModal yang digunakan juga tidaklah terlalu besar. Jom cuba resepi potluck yang dikongsikan ini! Selamat mencuba!\nResepi Aneka Aiskrim Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sksps-perkeso/", "title": "SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman", "body": ["\n\n", "\nKetahui SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman\nSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperkenalkan untuk melindungi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri sesuai dengan peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Skim ini pertama kali diperkenalkan pada Sektor Pengangkutan Penumpang, yang termasuk pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas pada 1 Jun 2017.\nSejak 1 Januari 2020, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan untuk melindungi individu yang bekerja sendiri dalam 19 sektor pekerjaan yang berbeza. Individu yang menyumbang kepada skim ini akan dilindungi bermula dari tarikh dan masa bayaran caruman mereka, dan ini akan diperakui menerusi resit bayaran caruman. Dengan skim ini, individu bekerja sendiri dapat merasa lebih selamat dan dilindungi dalam melakukan pekerjaan mereka.\nApa Itu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN\n\nSPS Padanan Caruman adalah pembiayaan padanan caruman bagi Pelan Caruman 2 (RM232.80) di mana 80% (RM186.20) dibiayai oleh Kerajaan manakala baki 20% (RM46.60) perlu dibayar oleh kumpulan sasar bagi mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (I tahun) sebagaimana yang diumumkan Oleh YB Menteri Kewangan semasa perbentangan Bajet 2023\nBaca juga : SPS Khidmat Skim Caruman\u00a0 PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri\nTarikh Berkuatkuasa\nPermohonan boleh dibuat bermula 1 Mei 2023 dan kelulusan setiappermohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusanPERKESO.\nKumpulan Sasar SKSPS PERKESO\nGolongan sasar bagi skim caruman ini adalah seperti berikut ;\nSPS Agro\n\nSektor Pertanian, \nSektor Penternakan,\nSektor Perhutanan, \nSektor Perladangan\n\nSPS Lain Upaya 2.0\n\nOrang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor\n\nSPS Sukan\n\nSemua sukan Malaysia termasuklah sukan tradisional dan moden\n\nSPS Jaja 2.0 \n\nSemua sektor penjaja , \nSektor Penjagaan dan Perawatan,\nSektor Makanan,\nSektor Pembuatan,\nSektor Pengumpulan Barang\n\nSPS Seni 2.0 \n\nArtis dan semua kelas di bawah sektor Kesenian, Kebudayaan, Kreatif,Karangkraf, Silat, Budaya Warisan, Seni Ukir, Jurusolek,Artifak\n\nSPS Asal 2.0\n\nOrang Asli dan Asal yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor\n\nSPS Usahawanita 2.0 \n\nWanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor\n\nSPS Joran\n\nSektor Perikanan (Akuakultur)\n\nSPS Gig 3.0\n\nKerjaya yang menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor\n\nSPS Didik\nSektor pendidikan yang terdiri daripada ;\n\n\n\n\n\nPendidik, \nPelajar latihan industri, \nPengajar, \nTutor, \nPengajar agama, \nKaunselor, \nPakar motivasi\n\nSPS Servis\n\nEjen dan semua jenis perkhidmatan di bawah 20 sektor\n\n\nFaedah SKSPS PERKESO\nBerikut adalah\u00a0faedah-faedah\u00a0yang disediakan oleh PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN :\nFAEDAH PERUBATAN\n\nOrang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau\nOrang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.\nPermohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951\n\nFAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA\n\nFaedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.\nPerlu mengemukakan sijil cuti sakit.\nKadar bayaran RM30.00 \u2013 RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih\n\nFAEDAH HILANG UPAYA KEKAL\n\nHilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.\nKadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.\nContoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.= (RM3,950 X 90% \u00f7 30 hari) X 20% X 8873= RM210,290.10\n\nFAEDAH ORANG TANGGUNGAN\n\nFaedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.\nKadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.Orang Tanggungan Yang Layak\nBalu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun\nJika tiada balu, duda atau anaki. Ibu bapa; atauii. Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atauiii. Datuk nenek\nDuda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat\nAnak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)\nContoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan\n\n\nELAUN LAYANAN SENTIASA\n\nElaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.\nJumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan\n\nFAEDAH PENGURUSAN MAYAT\n\nFaedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.\n\nKEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL\n\nKemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma\nPemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain.\nKemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain\n\nFAEDAH PINJAMAN PENDIDIKAN\n\nFaedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan\n\nPelan Caruman\nBerikut pula pelan caruman bagi mereka yang layak untuk membuat permohonan SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman\nBil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun1RM1,050RM13.10RM157.202RM1,550RM19.40RM232.803RM2,950RM36.90RM442.804RM3,950RM49.40RM592.80\nSyarat Kelayakan SKSPS PERKESO\n\nBertaraf warganegara malaysia /pemastautin tetap anpa mengira had umur\nIndividu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah\nBekerja sepenuh masa atau separuh masa\nOBS bekerja di Malaysia\n\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN\n\nsalinan kad pengenalan\nsalinan surat pengesahan pekerjaan atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada sektor\n\nCara Permohononan & Pengaktifan Permohonan SKSPS PERKESO\nBagi mereka yang layak, permohonan untuk menyertai skim ini boleh dibuat dengan cara berikut ;\n\nMelalui portal matrix melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my/\nMelalui aplikasi mobil PERKESO google play , app store\nMelalui ejen korporat perkeso yang berdaftar\nHadir ke pejabat PERKESO berdekatan\nTempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon\n\nMaklumat Lanjut\nSekirannya anda memerlukan maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN, anda boleh layari laman web PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/ atau hubungi \n\nTalian : 1-300-22-800\nEmel : [email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh dan tempoh perlindungan bermula? Tarikh bayaran yang diterima dianggap sebagai tarikh kuatkuasabermulanya tempoh perlindungan atau sejurus selepas perlindunganpelan caruman sedia ada telah tamat tempoh.Bayaran caruman untuk inisiatif ini adalah untuk tempoh perlindungan12 bulan bagi setiap permohonan yang dikemukakan. Berapakah bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui inisiatifprogram Belanjawan ini? SPS Padanan Caruman akan dibayar melalui sumbangan Kerajaan sebanyak 80%,(RM186.20) manakala baki 20% (RM46.60) akan dibayar oleh OBS di bawah Pelan Caruman 2. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/johor-immuplan/", "title": "Permohonan Johor ImmuPlan: Program Vaksinasi Awal Negeri Johor", "body": ["\n\n", "\nPetugas ekonomi barisan hadapan di Negeri Johor yang masih belum menerima vaksin kini berpeluang untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara bebayar melalui Program Johor ImmuPlan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor.\nJohor ImmuPlan adalah pusat digital sehenti untuk pendaftaran, pengesahan dan pensijilan pemohon yang mana semua pemohon di bawah skim petugas ekonomi barisan hadapan akan menerima vaksinasi sepenuhnya, tertumpu kepada mereka bekerja di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan.\nObjektif utama pelaksanaan Johor ImmuPlan adalah mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok negeri dengan meningkatkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja industri, melindungi rakyat Johor sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi.\nProgram ini telah bermula sejak 29 Julai 2021 dan mereka yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan melalui laman web https://ef.immuplan.my/my. \n\nKriteria Pemohonan \nJohor ImmuPlan dibuka kepada umum namun keutamaan akan diberikan kepada petugas ekonomi barisan hadapan.\nKriteria petugas ekonomi barisan hadapan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:\nRakyat Malaysia.Masih berkerja ataupun mempunyai bukti pekerjaan terdahulu.Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat emel yang sah.Mempunyai tawaran pekerjaan yang sah.\nSyarat Permohonan\nHanya 1 sahaja syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum meneruskan permohonan iaitu:\n\n\n\n\nPerlu mendaftar di MySejahtera dan mempunyai profil yang aktif.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://ef.immuplan.my/my.Klik butang \u2018Mula\u2019 pada bahagian Mohon Sekarang.Baca kriteria dan syarat permohonan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi maklumat pemohon dengan lengkap dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi maklumat majikana dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi bahagian deklarasi.Permohonan selesai.Jika permohonan berjaya, pemohon akan dimaklumkan melalui email atau SMS.\nSoalan Lazim\nSaya warganegara Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap Singapura. Adakah saya layak untuk menerima vaksinasi melalui program ini? Ya. Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan syarat anda sedang bekerja secara sah atau mempunyai sejarah kerja terdahulu di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan. Saya seorang warganegara Malaysia yang juga merupakan pelajar di sebuah institusi pendidikan di Singapura. Adakah saya layak untuk menerima vaksinasi awal ini? Buat masa ini, pelajar dan penjaga tidak termasuk dalam kategori sebagai petugas barisan hadapan ekonomi. Ketetapan mengenai ini adalah tertakluk kepada perubahan pada masa akan datang sesuai dengan perkembangan semasa. Alamat saya yang berdaftar bukan di Johor. Adakah saya masih layak untuk program ini dan adakah saya dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk menerima vaksin? Ya anda masih layak dengan syarat anda merupakan warganegara Malaysia yang kini bekerja secara sah atau mempunyai sejarah kerja terdahulu di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan. Buat masa ini, pusat-pusat vaksinasi terletak di Johor. Jika anda layak untuk vaksinasi ini, anda mungkin perlu memohon permit rentas negeri. Terdapat kemungkinan kerajaan akan mewujudkan pusat-pusat baru di negeri-negeri lain mengikut kesesuaian keadaan. Adakah terdapat had masa untuk memohon program vaksinasi awal ini? Walaupun perogram ini mengutamakan kumpulan tertentu untuk vaksinasi awal, ia akan beralih kepada kumpulan keutamaan seterusnya untuk memberi peluang kepada orang lain yang ingin divaksinasi. Ketetapan ini tertakluk kepada perubahan pada masa akan datang sesuai dengan perkembangan semasa. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Johor ImmuPlan, sila hantar email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/travelawak-projek-bapak-bapak/", "title": "Travelawak : Projek Bapak Bapak 2023 (Astro Warna)", "body": ["\n\n", "\nTravelawak : Projek Bapak Bapak, Rancangan Komedi Realiti Astro Warna\nApa yang akan jadi apabila selebriti pertengahan usia daripada pelbagai latarbelakang seni digandingkan untuk travel bersama? Pasti menarik, bukan?\nSejak mula ditayangkan, rancangan Travelawak : Projek Bapak Bapak menjadi tular di media sosial akibat gelagat bapak-bapak yang spontan dan mencuit hati. \nRancangan komedi realiti ini menampilkan selebriti popular iaitu Dato\u2019 Jalaluddin Hassan, Dato\u2019 Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang rata-rata berumur antara 50an hingga 60an.\nTravelawak : Projek Bapak Bapak merupakan sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna yang memerlukan geng bapak-bapak untuk bercuti dan melakukan beberapa cabaran yang menarik dan lucu seperti masuk rumah hantu, menaiki rollercoaster, waze swinger dan macam-macam lagi.\n\nAntara aktiviti yang menjadi highlight bagi rancangan ini adalah aktiviti bungee jumping di Jambatan Shintabisoko di Yaotsu, Gifu. Dengan ketinggian 215 meter, jambatan tersebut dikatakan sebagai jambatan tertinggi bagi aktiviti bungee jumping di seluruh Jepun.\nDalam satu temubual bersama Dato\u2019 Jalaluddin Hassan, beliau teruja untuk berkongsikan konsep unik rancangan ini iaitu untuk membuktikan yang bapak-bapak pertengahan usia juga boleh mengembara dan berseronok.\n\nPelakon serta pengacara popular berusia 69 tahun ini pada awalnya hanya diberitahu oleh produser yang program ini akan adakan penggambaran di Tokyo, Jepun. \nNamun, semua peserta tidak diberitahu dengan siapa mereka akan travel sehinggalah pada hari berlepas di terminal KLIA.\n\n\n\n\nSelain mencabar diri melakukan pelbagai aktiviti baharu, mereka juga berkesempatan untuk nikmati keindahan negeri matahari terbit itu sambil lebih mengenali antara satu sama lain. \u00a0\nMampukan geng bapak-bapak ini menyahut cabaran yang belum pernah dilakukan sebelum ini? Kalau nak tahu, anda kenalah saksikan gelagat selamba dan mencuit hati mereka dalam rancangan Travelawak : Projek Bapak Bapak.\nWaktu Siaran Travelawak : Projek Bapak Bapak\nIngin alami keseronokan travel bersama bapak-bapak ke negeri Jepun?\nJangan lupa untuk tonton Travelawak : Projek Bapak Bapak pada setiap Khamis pukul 9.00 malam di Astro Warna, Sooka atau saluran Youtube Astro Gempak.\nPasti tak kering gusi dibuatnya.\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai rancangan menarik di Astro, sila layari laman web rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/.\nBaca Juga : Family Feud Malaysia, Gameshow Popular US Dengan Sentuhan Lokal\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-pendidikan-kerajaan-negeri-pulau-pinang-sesi-2022-2023/", "title": "Tawaran Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nTawaran Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sesi tahun 2022/2023 telah dibuka. Pinjaman ini dibuka untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.\nPermohonan boleh dibuat secara online bermula 1 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 September 2022.\nKerajaan Pulau Pinang mempelawa mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran dan memerlukan bantuan pinjaman kewangan khususnya kepada rakyat Pulau Pinang atau mereka yang telah bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.\n\u00a0\nPinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang\n\nBantuan pinjaman pendidikan kerajaan Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebagagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.\nJumlah Pinjaman\nBerikut ialah senarai jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus ;\n\nIjazah Sains RM 6,000 setahun\nIjazah Sastera RM 5,000 setahun\nDiploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun\nDiploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun\nDiploma RM 4,000 setahun\nSijil RM 2,000 setahun\n\nBaca juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)\nPinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:\nIjazah (Sains)\n\nRM 5,000\u00a0 setahun .\nJangkamasa maksimum 5 tahun\n\nIjazah (Sastera) \n\nRM 4,000 \u00a0setahun\nJangkamasa maksimum 4 tahun\n\n Diploma RM 3,000 3 tahun\n\nRM 3,000 setahun\nJangkamasa maksimum 3 tahun\n\nPinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):\nSarjana\n\nRM 6,500 setahun\nJangkamasa maksimum 3 tahun\n\nPHD\n\nRM 8,000\u00a0 setahun\nJangkamasa maksimum 3 tahun\n\n\u00a0\nFaedah Bayaran Balik Pinjaman\nTempoh pembayaran balik pinjaman adalah 5 tahun dan faedah yang dikenakan 1% daripada keseluruhan pinjaman.\n\n\n\n\n\u00a0\nSyarat Permohonan\n\nPemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.\nDitawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).\nPinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.\nPemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.\nPinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.\nTempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 \u2013 Jun 2020).\nPenerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)\nPermohonan adalah secara online.\n\nSyarat Penjamin Pinjaman Pendidikan Kerajaan Pulau Pinang\n\nPenjamin mestilah Warganegara Malaysia.\nPenjamin mestilah berumur antara 21 hingga 55 tahun sahaja.\nSeorang Penjamin yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas.\nPeminjam yang belum menyelesaikan keseluruhan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang tidak layak menjadi Penjamin.\nTidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah.\n\n\u00a0\nDokumen Yang diperlukan\nSila lampirkan dokumen-dokumen berikut :\n\nSalinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)\nSalinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah\nSalinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf\nSalinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)\nSalinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)\nSalinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)\nSalinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)\nPelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA\n\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nPermohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my\nPaparan terbaik sistem adalah melalui penggunaan Google Chrome ke atas dengan paparan resolusi skrin 1024 x 768. Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit\nTarikh Buka Permohonan: 1 Jun, setiap tahun.\nTarikh Tutup Permohonan: 20 September 2022. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.\n\nSila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh\u00a0 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat emel [email\u00a0protected] . Atau melalui serahan tangan ke kaunter alamat berikut:\nLEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT\nNEGERI PULAU PINANG,\nPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,\nPARAS 29, KOMTAR,\n10503 PULAU PINANG\n\u00a0\nSebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pinjaman Penuntut di talian 04-6505391,5165,5627\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Kerajaan Pulau Pinang sesi 2022/2023, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100069067035174 . Anda juga boleh hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pidm-ijazah/", "title": "Biasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBiasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Permohonan program biasiswa PIDM Ijazah sarjana muda 2022 kini dibuka. Tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memohon atau sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda sahaja.\nBiasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda\nProgram ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.\nApa Itu PIDM?\nPIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.\nTawaran Biasiswa PIDM\nSehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;Program Mentor dan BimbinganPenerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.Program Latihan PraktikalSebagai satu ciri strategik program itu, penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (\u2018Purata Nilai Gred Kumulatif\u2019 sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya \u2018Kelas Kedua Atas\u2019 dalam peperiksaan akhir).\nSecara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.\nBaca juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT\nSyarat Kelayakan\nBiasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.\nAnda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2022);Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (\u201cPNGK\u201d) sebanyak 3.50 dan ke atas;Anda seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan\u00a0ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (\u201cLAN\u201d), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (\u201cQS\u201d) dan Times Higher Education Rankings (\u201cTHE\u201d) akan diberi pertimbangan.\nPermohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.\n\n\n\n\nBaca juga : Tawaran Penajaan JPA \u2013 Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2022 Peringkat Sarjana Dan Ph.D\nPra Syarat Kelayakan\nSenarai prasyarat merangkumi:\nKeperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan \u2018Purata Nilai Gred Kumulatif\u2019 (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya \u2018Kelas Kedua Atas\u2019 dalam peperiksaan akhir.\nBidang Pengajian Yang Diluluskan\nPerakaunanPerbankanPentadbiran PerniagaanKewanganPerniagaan AntarabangsaPerbankan IslamPerbankan dan Pengurusan KewanganSains Komputer /Teknologi MaklumatEkonomiEkonomi Kewangan AntarabangsaStatistikSains AktuariUndang-undang / Undang-undang SyariahPengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber ManusiaMatematik (Aktuari)Pengurusan Risiko dan InsuransInsuransKomunikasi\nSenarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan\nInstitusi Pengajian Tinggi Awam\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS)\nInstitusi Pengajian Tinggi Swasta\nMultimedia University (MMU)Universiti Teknologi Petronas (UTP)Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)University Kuala LumpurMonash University MalaysiaTaylor\u2019s universitySunway UniversityThe University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)UCSI UniversityAsia Pacific University of Technology & Innovation (APU)Management and Science University (MSU)Curtin University MalaysiaSwinburne University of Technology Sarawak CampusSEGI university\nTarikh Tutup Permohonan\nSila lengkapkan permohonan dalam talian anda bersama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 22 April 2022. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.\nCara Permohonan\nPermohonan secara online boleh dibuat menerusi https://scholarship.pidm.gov.my/bm/secure/sign-up/\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Biasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi Puan Beatrice Low di talian 03-2173 7475 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2173 7598.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-kasih-keluarga-malaysia/", "title": "Rumah Kasih Keluarga Malaysia: Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu", "body": ["\n\n", "\nRumah Kasih Keluarga Malaysia: Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu ~ Ini adalah merupakan berita baik buat mangsa banjir yang terjejas teruk pada hujung tahun lalu khususnya.\u00a0\nBantuan Pulih & Bina Baharu Rumah ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).\u00a0 Inisiatif ini dikenali dengan nama, Rumah Kasih Keluarga Malaysia.\nRumah Kasih Keluarga Malaysia\nRumah Kasih Keluarga Malaysia mendapat peruntukkan sebanyak RM50 juta,\u00a0 di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu). Peruntukkan ini diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\nTanggungjawab bersama tersebut dilaksanakan secara bersepadu;\u00a0 KPKT bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) di luar kawasan pentadbiran PBT.\nSelain itu, inisiatif ini juga akan melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya di peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).\nAntara lain yang terlibat adalah ialah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri terlibat banjir dan pihak berkuasa tempatan.\nTerdapat 3 fasa dalam inisiatif ini iaitu:\n\n\n\n\nFasa 1: Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah. Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir.\nFasa 2: Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri.\nFasa 3: Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.\n\nKadar Bantuan\nKerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;\nRM15,000 \u2013 baik pulih rumahRM56,000 \u2013 bina baharu rumah (Semenanjung)RM68,000 \u2013 bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nUntuk memohon, sila baca maklumat penting dibawah:\nPermohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.Kemudian, permohonan akan disahkan oleh PKOB.Selepas itu, permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana.Pelantikan Agensi Pelaksanan.Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri.Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan.\nSila rujuk infografik di bawah untuk info lanjut:\n\nAnggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan\nPembaikan rumah: Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.\nPembinaan rumah: Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.\nNOTA: Cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, sila rujuk pautan berikut:\nFB rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB):\u00a0 https://www.facebook.com/kplbofficial\nFB Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):\u00a0\u00a0https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal-maipk/", "title": "Tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5 Sesi 2022.", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5 Sesi 2022~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk kini dibuka.\nUntuk makluman permohonan ini hanya dibuka bagi kemasukan pelajar ke tingkatan 4 & 5 bagi sesi persekolahan tahun 2022.\nBaca Juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT\nTarikh Permohonan\nSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini dibuka bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022.\nSyarat Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal\nCalon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia. Bermastautin di Negeri Perak.\u00a0Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).\u00a0Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan empat (4) dan lima (5) sahaja.Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.\u00a0Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).\u00a0Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.\n\nManfaat Yang Ditawarkan\nPelajar bakal menikmati manfaat skim ini seperti berikut :\nMenerima biasiswa tahunanBerpeluang mengikuti tuisyen tajaanBerpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk\nCara Memohon\nPelajar yang berminat boleh dapatkan segera Borang Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal daripada pejabat MAIPk terdekat.\nPelajar juga boleh muat turun borang daripada portal rasmi MAIPk melalui pautan berikut :\nBORANG PERMOHONAN SKIM BIASISWA BAITULMAL\nDokumen Yang Diperlukan\nPelajar juga diminta untuk sertakan bersama dokumen bagi memohon biasiswa ini seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan / Pasport pemohonSalinan Kad Pengenalan bapa / penjagaSalinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga\u00a0Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumahSalinan penyata pendapatan bapa / penjaga\u00a0Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga\u00a0Salinan Sijil Kokurikulum Salinan penyata / buku akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Al-Wadiah terkini (jika ada)\nDokumen Tambahan\nPelajar Tingkatan 4\nSalinan Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pencapaian Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) minima 6A\n\n\n\n\nPelajar Tingkatan 5\nSalinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 minima 6A.\nPanduan Mengisi Borang\nPemohon perlulah rujuk garis panduan mengisi borang yang telah ditetapkan di bawah bagi mengelakkan sebarang kesulitan. :\nBorang mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.\u00a0Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.Hanya borang yang lengkap akan diproses.Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.\u00a0Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.\nHantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:\nUnit Pembangunan Pendidikan,\nBahagian Agihan Zakat\nAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,\nJalan Panglima Bukit Gantang Wahab,\n30000 Ipoh, Perak.\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:\n019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-penyata-sspn-2023-kadar-dividen-2022/", "title": "Semakan Penyata SSPN 2023 & Kadar Dividen 2022", "body": ["\n\n", "\nKADAR DIVIEN SSPN 2022 YANG DIUMUMKAN IALAH 3.05 %.SEMAKAN PENYATA SSPN 2023 BOLEH DIBUAT MULAI 6 APRIL 2023\nPengumuman dividen sspn 2022 yang di umumkan pada 5 April 2023 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengistiharkan bahawa kadar agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2022 adalah sebanyak 3.05 peratus \nSelain daripada itu, PTPN juga dalam masa yang sama turut mengumumkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 sebanyak satu peratus kepada pendeposit akaun Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023.\nKadar Dividen SSPN 2022\n\nKadar agihan dividen SSPN tahun 2022 yang telah diumumkan pada 5 April 2023 (Rabu) jam 1:30 tengah hari oleh PTPTN adalah sebanyak 3.05 peratus. Kadar ini bukan sahaja lebih tinggi daripada agihan dividen pada tahun lepas iaitu 3.00 peratus, malah merupakan kadar dividen yang kompetetif lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang hanya menawarkan kadar dividen keuntungan antara hanya 2.05 peratus hingga 2.75 peratus.\nKadar tersebut akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta\nLogin Semakan Penyata SSPN 2023 Pendaftaran Kali Pertama\nBagi anda yang pertama kali ingin membuat semakan penyata sspn, anda boleh rujuk panduan dibawah untuk semakan penyata sspn pendaftaran kali pertama\nLANGKAH 1\n\n\nLayari Portal Rasmi PTPTN, atau klik pada pautan dibawah:https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html\nKlik pada \u201cDaftar Pengguna Baru\u201d\n\nLANGKAH 2\n\n\nMasukkan No. Akaun SSPN\nMasukkan alamat email semasa pendaftaran SSPN secara online.\nSila sahkan alamat email yang diberikan.\nMasukkan No. KP (Penerima Manfaat) semasa pendaftaran SSPN.\nMasukkan poskod. Poskod mestilah sama seperti pendaftaran akaun SSPN dibuat.\nMasukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456\nSila sahkan kata laluan yang digunakan. *Masukkan kod abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.\nKlik SIMPAN.\n\nLANGKAH 3\n\n\nSila buka PETI MASUK email anda untuk semakan pengesahan pembukaan. Sila klik pada pautan berwarna biru untuk pengesahan.\nNota: Jika tiada dalam PETI MASUK, sila semak pada folder lain, seperti SPAM, Junk atau lain-lain.\nEmail digunakan adalah:\u00a0[email\u00a0protected]\n\nLANGKAH 4\n\n\n1. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit tanpa \u201c-\u201c. Contoh: 861322035052\n2. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan (rujuk langkah 2)\n\nLANGKAH 5\n\n\n\n\n\nPada laman ini, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.\n\nKlik pada No. Akaun SSPN untuk membuat semakan baki terperinci/terkini.\n2. Klik pada bahagian \u201cPengeluaran SSPN\u201d jika pendeposit ingin membuat pengeluaran.\nNota: Untuk kekal aktif minimum baki RM20 perlu ditinggalkan untuk pengeluaran.\n3. Pendaftaran direct debit jika pendeposit untuk membuat caruman bulanan, melalui potongan akaun bank.\n4. Penyata hasil untuk pendeposit mendapatkan bagi pelepasan cukai taksiran untuk gunaan pihak HASIL.\n\nSemakan Penyata SSPN Terkini\nPendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html atau aplikasi myPTPTN mulai 6 April 2023.\nSemakan penyata sspn untuk pelepasan Cukai\n\nTerkini kerajaan telah bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.\nUntuk semakan penyata sspn untuk pelepasan cukai boleh dibuat melalui ;\nSemakan online menerusi login pendeposit di https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html.\nSemakan penyata sspn melalui Careline (CS)\n\nHubungi 03-21933000\n\nWaktu Operasi 9AM \u2013 5PM hari bekerja sahaja.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan penyata sspn 2023 dan mengenai dividen 2022, anda boleh layari website PTPTN atau hubungi talian ;\n\nCareline: 03 \u2013 2193 3000 \nWhatsApp: 011 \u2013 6363 3000 \nFaks: 03 \u2013 2193 1263\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-peralatan-pesakit-veteran-atm-rm5000/", "title": "Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) mengalu-alukan veteran ATM, isteri, dan tanggungannya yang mempunyai masalah kesihatan untuk memohon Bantuan Peralatan Pesakit ini.\u00a0\nBantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM\nBantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM ini adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan kepada veteran ATM, isteri dan tanggungan yang mempunyai masalah kesihatan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.\nDengan adanya bantuan peralatan ini, ini akan membantu meringankan beban mereka membeli untuk peralatan yang diperlukan ketika sakit.\nPermohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran.\n\nKadar Bantuan\u00a0\nKadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan peralatan ini adalah maksimum adalah RM5,000 sekaligus.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nVeteran ATM- Pemilik kad veteran ATM.Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib.Balu veteran- dikahwini semasa berkhidmat.Anak yatim veteran- Berumur di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekal.\nNOTA:\u00a0\nPermohonan dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian/syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.Permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan bantuan peralatan ini adalah seperti berikut:\nPermohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.Bantuan bagi peralatan yang sama hanya layak dipertimbangkan semula dalam tempoh 5 tahun.Tuntutan pembayaran balik hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh 1 tahun daripada tarikh pembelian alat berkenaan.Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:Tuntutan pembayaran bagi peralatan pesakit akan dibayar pada kadar 100% daripada nilai perolehan ataupun mengikut harga pasaran tertakluk kepada mana-mana yang lebih rendah.Sekiranya peralatan yang dibeli oleh pemohon tidak mengikut syor pegawai perubatan kerajaan atau melebihi daripada keperluan yang sepatutnya, Bahagian Kebajikan berhak mengesyorkan peralatan pesakit yang relevan dengan keadaan pesakit dan pembayaran balik dibuat berdasarkan harga peralatan yang disyorkan.\nCara Memohon\nSila layari laman web rasmi bantuan\u00a0 di pautan berikut:\u00a0 https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=28&catid=14&fbclid=IwAR1wkmyX3geLETnCNkkx_-wJjNXML5eSucq_iD1GXGS342qBi1kFz1AAURkKemudian, klik butang \u2018Muat Turun\u2019 dan muat turun borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan tersebut ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.\nDokumen Yang Diperlukan\nBuku perkhidmatan.Sijil kematian veteran/pasangan.Kad veteran.MyKad veteran/pasangan/anak.Laporan perubatan (RM2k dan ke atas).Sijil lahir/Sijil anak angkat.Sijil nikah.Buku akaun bank.Kad OKU.3 sebut harga daripaa 3 pembekal berbeza.Resit asal.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.jhev.gov.my/\nAtau, hubungi talian Call Centre JHEV di: 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/intipati-bajet-2023/", "title": "Intipati Bajet 2023 Malaysia \u2013 Senarai Insiatif Bantuan Rakyat & Penjawat Awam", "body": ["\n\n", "\nRingkasan Intipati Bajet 2023 Malaysia Senarai Insiatif Bantuan Rakyat & Penjawat Awam Dalam Belanjawan Negara\nDalam memastikan agenda Bajet 2023 yang responsif, Kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal yang mengembang. Pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.\nKeluarga Malaysia: Makmur Bersama\u201d, dan seiring agenda Bajet 2023 yang responsif, bertanggungjawab dan reformis, Bajet ini akan pastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan Kerajaan.\nRingkasan Intipati Bajet 2023 Malaysia\n\nKerjaan memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu ;\nFOKUS PERTAMA\nBagi Bajet 2023 pula,\u00a0Fokus Pertama\u00a0adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\nMemelihara Kebajikan RakyatMengutamakan Keluarga MalaysiaMembina Kehidupan Kondusif\n\nFOKUS KEDUA\nSetelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira,\u00a0Fokus Kedua\u00a0Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\nMempermudah Aktiviti PerniagaanMerancak Pelaburan dan PerdaganganMenyokong Industri Tumpuan\n\nFOKUS KETIGA\nBagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet\u00a02023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\nKonsolidasi Fiskal dan Kemampanan HasilMeneruskan Projek Infrastruktur NegaraMengungguli Agenda Kelestarian\n\nFOKUS KEEMPAT\nBajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu,\u00a0Fokus Keempat\u00a0Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\nMemperkukuh Perkhidmatan UtamaMembina Daya Tahan NegaraPenyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik\n\nIntipati Bajet 2023 Senarai Insiatif Bantuan Rakyat\nBerikut beberapa rangkuman ringkasan beserta strategi yang di rancang oleh kerajaan untuk mencapai matlamat kepada \u201cKeluarga Malaysia: Makmur Bersama\u201d\n\nStrategi 1: Memelihara Kebajikan Rakyat \n\n\nInsiatif 1 \u2013 Kos Rasa Hidup\n\nJumlah keseluruhan peruntukan untuk subsidi, bantuan dan insentif (RM55 b)Program community drumming (RM200 j)\u00a0Menampung kos pengangkutan dan pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan dieselDiperluas kepada 23 kawasan baharu antaranya Kampung Passin di Mukah, Sarawak dan Kampung Tawayari di Lahad Datu, SabahProgram Penyeragaman Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM40 j)Jualan Murah Keluarga Malaysia (RM100 j)\u00a0\u00a0\u00a0Tawaran harga barang perlu 20% lebih murah berbanding harga pasaranDilaksanakan di 600 DUN, 13 Parlimen Wilayah Persekutuan serta universiti awam\n\nInisiatif 2: Kebajikan Golongan B40\n\nBantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (RM2.5 b)Bilangan penerima 450 ribu isi rumah melibatkan bantuan antaranya:\u00a0\u00a0Bantuan Warga Emas\u00a0\u00a0Bantuan Kanak-kanak\u00a0\u00a0Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja\u00a0\u00a0Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik TerlantarSubsidi bil elektrik sehingga RM40 diperluas kepada PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah (RM96 j)Bantuan Keluarga Malaysia\u00a0Memanfaatkan 8.7 juta penerima (RM7.8 b)\u00a0Penambahbaikan\u00a0Kategori baharu melibatkan bilangan anak melebihi 5 orangBantuan khas kepada warga emas bujang (RM600) dan bujang (RM350)\u00a0\u00a0Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan menjadikan bantuan maksimum keseluruhan RM3,000Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (RM1 b)\u00a0Bantuan kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar antaranya menerusi projek pertanian dan keusahawanan\u00a0\u00a0Latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan\n\nInisiatif 3 \u2013 Pendapatan Boleh Guna M40\nIni pula intipati bajet 2023 yang turut peka tentang golongan M40\n\nSemakan semula kadar cukai pendapatan individu (RM800 j)\u00a0Pindaan kadar cukai pendapatan ke atas 3 banjaran pendapatan bercukaiManfaatkan hampir 1 juta pembayar cukai dengan jumlah penjimatan cukai sehingga RM1,000Inisiatif e-wallet sebanyak RM100 kepada M40 (RM800 j)\u00a0Manfaatkan 8 juta individu dengan pendapatan tahunan di bawah RM100 ribu\n\nInisiatif 4 \u2013 Perlindungan Sosial\n\nCaruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO\u00a0 (RM150 j)\u00a0Diwajibkan kepada semua sektor pekerjaan secara berperingkat mulai tahun 2023 bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantaran barangan atau makananKerajaan menanggung 80% daripada nilai caruman \u2013 Bagi orang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, petani, nelayan, penggiat seni dan penjaja serta diperluas kepada pemandu teksi dan pekerja gig sektor teknologi maklumatKerajaan menanggung 100% caruman \u2013 Bagi orang bekerja sendiri yang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam sektor awam seperti sukarelawan APM dan RELA serta pekhidmat rumah ibadat\u00a0Manfaatkan lebih 750 ribu orang bekerja sendirii-Saraan diteruskan sehingga tahun 2023 (RM30 j)\u00a0Kerajaan menyumbang 15% ke atas caruman sukarela\u00a0Terhad kepada maksimum RM300 setahun\u00a0Manfaatkan lebih 100 ribu pencarumKasih Suri Keluarga Malaysia (RM120 j)\u00a0Pemberian insentif kepada peserta Kasih Suri Keluarga Malaysia yang membuat caruman KWSP minimum RM60 setahun\u00a0\u00a0Insentif padanan tambahan bernilai sehingga RM600 setahun iaitu ke dalam akaun KWSP (RM480) dan caruman Skim Perlindungan PERKESO (RM120)\u00a0Memanfaatkan lebih 200 ribu suri rumahJumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 ditingkatkan daripada RM200 ribu kepada RM300 ribu\u00a0Skim Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera Keluarga Malaysia (ASB40) (RM100 j)Kemudahan pinjaman sehingga RM50 ribu untuk B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan kadar pinjaman 1.5% untuk tempoh sehingga 40.5 tahun atau umur 70 tahun (mana-mana yang terdahulu)Had caruman sukarela KWSP dinaikkan daripada RM60 ribu kepada RM100 ribu setahun\u00a0Pilihan tambahan kepada lebih 15 juta ahli KWSPSkop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat diluaskan untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000\n\nInisiatif 5 \u2013 Kerjaya & Latihan Kemahiran\n\nInsentif Penggajian PERKESO (RM150 j)\u00a0Insentif RM600 hingga RM750 sebulan bagi tempoh 3 bulan\u00a0\u00a0Disediakan kepada majikan yang menggaji penganggur golongan tumpuan seperti OKU, orang Asli, bekas banduan, wanita yang kembali bekerja dan veteran; dan majikan termasuk agensi pekerjaan swasta yang menggantikan pekerja asing kepada pekerja tempatan\u00a0Manfaatkan 70 ribu pencari kerjaBantuan mobiliti kepada pencari kerja\u00a0RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar dari negeri bermastautin\u00a0RM1,000 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknyaMySTEP\u00a0Menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak\u00a0\u00a015 ribu dalam sektor awam\u00a0\u00a0\u00a035 ribu dalam GLC\u00a0Kadar gaji minimum naik RM100 kepada antara RM1,500 \u2013 RM2,100 (daripada RM1,400 \u2013 RM2,000) \u00a0Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 4.Pelaksanaan latihan kemahiran di bawah HRD Corp (RM750 j)\u00a0Latihan bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan\u00a0Memanfaatkan 800 ribu pekerjaProgram Graduan Pasaran Modal (RM30 j)\u00a0Jalinan kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan Dana Pembangunan Pasaran Modal\u00a0Meningkatkan kebolehpasaran 9 ribu graduan dalam pasaran modalProgram Usahawan Siswazah (PUSh) (RM20 j)\u00a0Memanfaatkan 1 ribu graduan untuk menceburi bidang keusahawananPenggubalan Dasar Pekerja Gig bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja gig\n\nStrategi 2: Mengutama Keluarga Malaysia\nDalam aspek pendidikan kerajaan memandang serius tentang kepentingan penekanan kepada salah satu dalam pelan pembanguan stategi mengutamakan keluarga malaysia iaitu aspek pedidikan. Berikut intipati bajet 2023\nInisiatif 1: Pendidikan dan TVET\n\nPeruntukan Kementerian Pendidikan (RM55.6 b), (2022: RM52.6 b)Bantuan Awal Persekolahan (BAP) (RM825 j)\u00a0RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapaMemanfaatkan 5.5 juta murid\u00a0\u00a0Bayaran akan dibuat mulai bulan Januari 2023\u00a0Rancangan Makanan Tambahan (RMT) (RM777 j)\u00a0Kadar dinaikkan sebanyak RM1 berkuat kuasa 1 Oktober 2022\u00a0\u00a0Semenanjung: RM2.50 kepada RM3.50\u00a0\u00a0Sabah dan Sarawak: RM3.00 kepada RM4.00\u00a0Memanfaatkan 800 ribu murid, 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatanRuang pembelajaran sekolah yang kondusif dan selamat (RM2.3 b)\u00a0Kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah (RM1.1 b)\u00a0Menaik taraf infrastruktur sekolah daif (RM1.2 b)\u00a0Melibatkan 387 projek antaranya di Sabah (123 projek) dan Sarawak (182 projek)Pembinaan 5 sekolah baharu (RM430 j)\u00a0SMK Nabalu di Sabah\u00a0\u00a0SMK Dudong di Sarawak\u00a0\u00a0SK Paya Dusun di Terengganu\u00a0\u00a0SK Cyberjaya 2 di Selangor\u00a0\u00a0SMK Denai Alam di SelangorPeruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (RM15.1 b)Biasiswa dan pinjaman pendidikan (RM3.8 b)Kenaikan kadar Elaun Sara Hidup pelajar tajaan MARA\u00a0\u00a0Pelajar dalam negara: Antara RM650 hingga RM950 sebulan\u00a0\u00a0Pelajar di luar negara: Antara RM1,380 hingga RM7,600 sebulanKenaikan Elaun Pelajar tajaan PETRONAS\u00a0Elaun induksi: RM4,500 kepada RM5,000\u00a0Elaun buku dan peralatan belajar: RM1,000 kepada RM2,000Kenaikan Elaun Sara Hidup tajaan JPA\u00a0\u00a0Elaun bagi pelajar dan pegawai dalam negara dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian\u00a0\u00a0Elaun diseragamkan antara RM730 hingga RM980 sebulanKemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera (RM6.6 b)\u00a0Melalui Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi MARAAkses kepada pinjaman pendidikan\u00a0\u00a0Peluang mengikuti bidang-bidang profesionalPinjaman PTPTN\u00a0Anak-anak kumpulan M40 kategori M1: Kadar pinjaman dinaikkan daripada 75% kepada 100% (RM450 j)\u00a0\u00a0Manfaatkan 60 ribu pelajarAnak-anak kumpulan M40: Kemudahan pinjaman laptop (RM77 j)\u00a0Pengecualian bayaran balik kepada pelajar kelas pertama\u00a0Diskaun bayaran balik mulai 1 November 2022 hingga 30 April 2023Penyeragaman kadar duti setem bagi perjanjian pinjaman pendidikan\u00a0RM10 bagi perjanjian pinjaman pendidikan di peringkat sijil atau profesional seperti yang dikenakan kepada pelajar diploma ke atasSkim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\u00a0\u00a0Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024Inisiatif Kampus Hijau di universiti awam (RM10 j)\u00a0Menaik taraf dan menyelenggara kemudahan universiti awam (RM300 j)Projek Malaysia Research and Education Network (MYREN) (RM35 j)\u00a0\u00a0Jaringan digital di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi menaikkan taraf kapasiti bandwith\u00a0Agenda memperkasa TVET melalui 7 Kementerian utama (RM6.7 b)Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM180 j)\u00a0Latihan TVET memanfaatkan 12 ribu pelatihProgram Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (RM20 j)\u00a0Manfaatkan 3 ribu pelatih\n\nInisiatif 2: Kemudahan Kesihatan\n\n\n\n\n\nPeruntukan Kementerian Kesihatan (RM36.1 b), (2022: RM32.4 b)Perolehan ubat, reagen, vaksin, bahan guna habis dan lain-lain (RM4.9 b)Pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang terutamanya di Sabah dan Sarawak (RM420 j)Perolehan genset kepada 10 hospital (RM10 j)Pembinaan hospital, klinik dan fasiliti baharu termasuk perolehan peralatan (RM1.8 b)Kesihatan mentalKesihatan pergigianPengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk nicotine gum dan nicotine patch, Terapi Gantian NikotinPenyakit jarang jumpaSkim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKA B40) (RM80 j)Program Saringan Kesihatan PERKESO (RM80 j)Skim MySalamBaucar Perlindungan TenangHospital berstatus kebajikan\n\nInisiatif 3: Wanita & Kanak-kanak\nBerikut pula intipati bajet 2023 yang turut memberi inisiatif kepada golongan wanita dan kanak-kanak\nKEBAJIKAN WANITA\nGender Focal Team ditubuhkan di setiap Kementerian dan Agensi untuk memastikan penyediaan bajet dibuat berasaskan kepentingan genderPenubuhan dan pengoperasian Tribunal Antigangguan Seksual dan program advokasi (RM10 j)\u00a0Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) diperkukuh bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga (RM8 j)\u00a0Subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks (RM11 j)\u00a0Pelaksanaan saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian saring PCR (RM2 j)Pembiayaan mikro kredit untuk wanita (RM235 j)Semarak-NitaTekunitaDanaNitaBiz LadyKepimpinan wanitaWanita kembali bekerja (career break)\n\nKEBAJIKAN KANAK-KANAK\nProgram pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (RM188 j)Pembinaan 10 buah taska KEMAS termasuk 3 projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak dan Pasir Putih, KelantanElaun pembantu KEMAS dinaikkan RM300 daripada RM500 kepada RM800 bermula tahun 2023Lanjutan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3 ribu ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA yang berdaftar sehingga tahun taksiran 2024Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia (RM150 j)\u00a0Bantuan tunai RM500 secara one-off kepada ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023\u00a0Subsidi yuran pengasuhan bagi isi rumah berpendapatan per kapita di bawah RM800 yang menghantar kanak-kanak ke TASKA berdaftar (RM3.6 j)\u00a0Pengecualian duti eksais ke atas susu formula bayi dan kanakkanak bagi memastikan harga berpatutan di pasaranProgram Community Feeding khusus kepada kanak-kanak orang Asli bagi mengatasi masalah kurang zat (RM3 j)\n\nInisiatif 4: Komuniti Tumpuan\n\nORANG ASLI\nPeruntukan Orang Asli (RM305 j)Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli (RM15 j)\u00a0\u00a0Melibatkan 19 kawasan ladang getah dan kelapa sawit dan latihan kemahiranManfaatkan 2,100 Orang Asli antaranya di Kemaman, Terengganu; Bera, Pahang; dan Gua Musang, KelantanProgram Pembangunan Usahawan Orang Asli (RM2 j)\u00a0Bantuan peralatan perniagaan dan bimbingan keusahawanan kepada 550 Orang AsliTajaan sekurang-kurangnya 10 orang anak Orang Asli oleh Yayasan di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan untuk belajar di luar negara\n\n\nWARGA EMAS\nPeruntukan Warga Emas (RM1 b), (2022: RM580 j)\u00a0Bantuan Sosioekonomi Warga Emas selaras dengan kenaikan mengikut kadar PGK Makanan (RM900 j)\u00a0\u00a0Pelaksanaan aktiviti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) (RM9 j)Geran operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO (RM21 j)\n\nOKU\nBantuan OKU (RM1.2 b)\u00a0Antaranya untuk bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya dan elaun pekerja cacatSkim 1 OKU 1 Perniagaan diperkasa melalui pengecualian bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan SSMBaucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing (RM10 j)Bekalan peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas (RM20 j)Taska OKU (RM5 j)\u00a0Insentif khas untuk penubuhan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 taska OKU sedia adaPusat Panggilan Mesra OKU\u00a0\u00a0Aplikasi mod panggilan video bersama khidmat jurubahasa isyarat\n\nKUMPULAN LAIN\nBanduan\u00a0Peluasan inisiatif Agropenjara (RM10 j)\u00a0\u00a0Melibatkan 70 hektar tanah penjaraAnak-anak lepasan institusi tertentu\u00a0Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan serta pusat jagaan bukan Kerajaan berdaftar dengan JKM\n\nIntipati bajet 2023 ini mungkin akan berubah. Ini kerana Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lepas perlu dibentangkan semula kepada Parlimen selepas PRU-15\nInisiatif 5: Belia dan Sukan\n\n\nBELIA\n1. Insentif penggajian di bawah PERKESO diperluaskan meliputi\u00a0Majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada 3 bulanKemudahan pembiayaan untuk belia (RM305 j)\u00a0Pembiayaan di bawah TEKUN \u2013 termasuk TEKUN Belia dan TEKUN Belia Mobilepreneur (RM20 j)\u00a0Pembiayaan di bawah MARA \u2013 termasuk Program Pembangunan Usahawan Teknikal dan Start-up Accelerator Programme (RM15 j)\u00a0Pembiayaan di bawah BSN \u2013 BSN Semarak Belia dan Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia: Muda (RM150 j)\u00a0Pembiayaan di bawah SME Bank \u2013 Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0) (RM90 j)\u00a0Pembiayaan di bawah Agrobank \u2013 Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Belia (RM30 j)Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia (RM50 j)\u00a0Pinjaman sehingga RM50,000 dengan kadar faedah 4%\u00a0Memanfaatkan 10 ribu usahawan belia\u00a0Penjanaan pendapatan seperti jualan foodtruckProgram MyPSV\u00a0\u00a0Subsidi bayaran kepada B40 mendapatkan lesen e-hailing, bas dan teksi\u00a0Menjana 4 ribu peluang kerjayaSubsidi bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2\u00a0\u00a0Manfaatkan 9 ribu beliaSkim TEKUN Mobilepreneur (RM10 j)Pakej Remaja Keluarga MalaysiaPakej prabayar langganan pelan data internet RM30 untuk\u00a0 3 bulan\u00a0 Dilanjutkan sehingga April 2023e-Pemula (RM400 j)\u00a0 Kredit e-dompet RM200\u00a0\u00a0\u00a0 Manfaatkan 2 juta belia antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas\u00a0Tunas Usahawan Belia Bumiputera (RM10 j)\u00a0Program TUBE turut diperluas kepada bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan juga lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM2 j)\u00a0Bantuan latihan kemahiran dan modal perniagaan sehingga RM15 ribu\u00a0Latihan dan bimbingan oleh SME Corp dengan model komprehensif\nSUKAN\nPeruntukan Sukan (RM332 j)\u00a0Selenggara, naik taraf dan bina kemudahan sukan (RM145 j)\u00a0Program pembangunan ekosistem sukan (RM154 j)\u00a0\u00a0Merangkumi pencarian bakat baharu, pelaksanaan program latihan dan penyediaan fasiliti berkualiti\u00a0Pembangunan litar drag di setiap negeri (RM20 j)\u00a0Pembangunan e-sukan dan sukan dron (RM13 j)Potongan cukai sehingga 10% kepada penyumbang yang memberi sumbangan kepada NGO yang terlibat dalam program pembangunan sukan akar umbiPembangunan sukan OKU (RM12 j)Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) (RM5 j)Agenda Nasional Malaysia Sihat (RM15 j)Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia (RM10 j)\n\nInisiatif 6: Syiar Islam\n\nPeruntukan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam (RM1.5 b)Menyelenggara sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar (RM150 j)Elaun bulanan kepada imam, guru KAFA dan guru Takmir (RM700 j)Bayaran khas RM500 secara one-off kepada 72 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut (RM36 j)Peruntukan pembangunan industri halal (RM92 j)\u00a0Projek pembangunan antaranya\u00a0\u00a0Projek Pembangunan Pusat Hab Halal Tanjung Manis di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) (RM59 j)\u00a0\u00a0Program Malaysia Services and Halal Global (RM8 j)\u00a0\u00a0Inisiatif meningkatkan pematuhan pensijilan halal dan menyediakan kemudahan mengadaptasi inovasi halal (RM6.5 j)\u00a0\u00a0Program Wakaf Halal PKS OKU (RM2.5 j)\n\n\n\nIntipati Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam\n\nStrategi 2: Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik\n\n\nInisiatif 2: Kebajikan Penjawat Awam\n\nSkim Pembiayaan Komputer dan Telefon PintarTafsiranperantidigitaldiperluasmeliputijamtanganpintarPerlindungan Kemalangan Diri LPPSASubsidiRM100bagiperlindunganinsuransatautakafulisirumah yang bernilai RM20 ribuInisiatif diumum dalam Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam Ke-18Kenaikan kadar maksimum gentian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpul daripada 160 hari kepada 180 hariTambahan 5 hari cuti rehat khas bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun menjadikan jumlah keseluruhan cuti rehat khas sebanyak 15 hariBantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara Kerajaan (RM1.3 b)Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 sehingga Gred 56 (RM1.5 b)Kebenaran penebusan awal GCR sehingga maksimum 90 hariBantuan Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023TermasukBantuanKewanganAidilfitri2023kepadapesara berjumlah RM300Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara dibuat pada bulan Januari 2023 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar pada bulan Mac 2023 kepada 1 juta pesaraBantuan tunai tambahan diterima penjawat awam bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500 yang terdiri daripada KGT Tambahan Khas: RM1,200 (RM100/bulan x 12 bulan), Bantuan Khas Kewangan: RM700 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023: RM600\n\n\n\nMaklumat lanjut Intipati Bajet 2023:\u00a0https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/\n,\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mega-spontan/", "title": "Mega Spontan 2023 : Waktu Siaran & Cara Mengundi", "body": ["\n\n", "\nRancangan Super Spontan kini diperbaharui dengan tema yang lebih menarik menerusi rancangan Mega Spontan 2023. Ia adalah satu permainan lawak spontan yang ditayangkan secara langsung di saluran Astro Warna (Saluran 107).\nBertemakan Takhta Nusantara, rancangan komedi ini mempertandingkan empat kumpulan iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh.\n\n\nBuat pertama kalinya kita bakal melihat gandingan padu Sherry Alhadad serta Amir Raja Lawak sebagai pengacara pertandingan lawak spontan ini. \nSekiranya anda merupakan peminat rancangan Super Spontan dahulu, anda pasti cukup kenal dengan gelagat Amir Raja Lawak yang tidak teragak-agak melontarkan soalan panas kepada setiap peserta sepanjang pertandingan!\nDato\u2019 Afdlin Shauki berperanan sebagai Game Master bagi menilai gerak-geri setiap pemain. Selain itu, beliau juga akan memberikan komen serta menentukan peraturan bagi setiap permainan. \nLebih penting lagi, Dato\u2019 Afdlin Shauki juga mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang, memberikan imuniti serta memberi hukuman buat kumpulan tercorot pada setiap minggu.\nKonsep Mega Spontan 2023\nSeperti format Super Spontan sebelum ini, para pemain akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Pertandingan akan berlangsung dalam enam pusingan yang melibatkan persaingan antara dua kumpulan.\nKehebatan setiap pemain untuk berlawak dan melakukan aksi spontan secara kreatif akan dinilai bagi setiap pusingan.\nSelain itu, terdapat juga permainan Battle Royale di mana keempat-empat kumpulan akan bergirili-gilir untuk bertanding.\nKumpulan dengan markah terendah akan menghadapi hukuman daripada Game Master. Sekiranya kumpulan tersebut memiliki kad imuniti, tempat mereka akan digantikan oleh kumpulan kedua terendah.\nBuat pertama kali, penyingkiran juga akan dilakukan secara berkumpulan, namun hanya pada minggu-minggu tertentu sahaja.\nBaca Juga : Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop\n\n\nSenarai Peserta Mega Spontan 2023\nRancangan ini bukan sahaja dibintangi oleh pelawak, malah terdapat juga pelakon dan penyanyi yang turut serta dalam menunjukkan bakat spontan masing-masing.\nJom kita lihat senarai selebriti yang terlibat dalam program ini.\n\n\n\n\nGame Master \nDatuk Afdlin Shauki\nMentor\n\nKerajaan Majakelat : Zizan Razak\nKerajaan Srivijanda : Kamal Adli\nKerajaan Langaktaksuka : Sabri Yunus\nKerajaan Campaktakjauh : Douglas Lim\n\nPemain Mega Spontan 2023\n\nAtu Zero\nMamak Puteh\nJoey\nRopie\nMamat Sepah\nNaim Daniel\nFadli Masoot\nDato\u2019 Jalaluddin Hassan\nMark Adam\nAdlin Aman Ramli\nRoy Azman\nNoreen Iman\nRamona Zam Zam\nFarahdhiya\nSanjna Suri\nAya Amiruddin\n\n\nCara Mengundi Kumpulan Kegemaran Mega Spontan\nUndian penonton juga bakal menentukan pemenang mingguan dan bottom 2.\nJangan lepaskan peluang untuk mengundi kumpulan kegemaran anda supaya mereka kekal bertahan dalam pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir!\nCara-caranya adalah seperti berikut :\n\nPergi ke pautan https://voting.astro.com.my/mega-spontan\nLog masuk akaun Astro atau Facebook anda\nAnda akan menerima 50 kredit undian untuk mengundi sepanjang siaran berlangsung.\n\u00a0Kredit yang tidak digunakan bagi minggu itu akan dihapuskan.\nAnda akan menerima 50 kredit undian baru untuk minggu akan datang.\n\nHadiah Mega Spontan 2023\nKumpulan yang bergelar Juara Mega Spontan akan memenangi ganjaran wang tunai sebanyak RM 200,000 dan sebuah trofi.\nPemain Terbaik Pusingan Akhir akan membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta sebuah trofi.\nHadiah mingguan bernilai RM 5,000 pula akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.\nWaktu Siaran\nJangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung Mega Spontan bermula 19 Mei 2023, setipa hari Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (Saluran 107).\nPelanggan Astro juga boleh meyaksikan rancangan ini secara atas talian menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.\nIkuti laman media sosial Astro Gempak untuk ketahui perkembangan mengenai rancangan kegemaran anda :\n\nFacebook \nTwitter \nInstagram\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-jawatan-kosong-lembaga-getah-malaysia-2022/", "title": "Tawaran Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022 ~ Sukacita dimaklumkan Lembaga Getah Malaysia telah membuka beberapa jawatan kosong dalam pelbagai bidang.\nPemohon yang berkelayakan adalah dialu-alukan untuk mengisi kekosongan jawatan. \nBaca Juga : TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022\nJawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia\nBerikut merupakan senarai jawatan kosong yang terdapat di Lembaga Getah Malaysia :\nPegawai Teknologi F41Pegawai Tadbir N41Pegawai Tadbir (Ekonomi) N41Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53Penolong Pegawai Penyelidik Q36Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29Penolong Jurutera JA29Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)N29Penolong Pegawai Tadbir N29Pembantu Khas/Setiausaha Pejabat N29Pembantu Kemahiran H19Pembantu Setiausaha Pejabat N19Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19Pembantu Penyelidik Q19Pembantu Tadbir (Kewangan) W19Operator Loji H11Pemandu Kenderaan H11Pembantu Awam H11Pengawal Keselamatan KP11Pembantu Operasi N11\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang berminat untuk memohon perlulah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Lembaga Getah Malaysia seperti butiran berikut :\n\n\n\n\nWarganegara MalaysiaBerumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkanMemiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkanBerperwatakan menarik\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman calon, permohonan bagi tawaran jawatan kosong ini akan ditutup pada 8 Mac 2022.\nCara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2022\nBerikut merupakan langkah-langkah untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia :\nPermohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang online di laman rasmi di\u00a0Lembaga Getah Malaysia\u00a0.Pastikan anda mengisi maklumat diri dengan betul.Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan sebelum menghantar borang permohonan.Permohonan hendaklah sampai kepada pihak Lembaga Getah sebelum atau pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.Sekiranya anda tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 \u2013 6 bulan daripada pihak majikan, permohonan calon boleh dianggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila rujuk link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia.\n: https://www.lgm.gov.my/webv2/announcement/38\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-tuns-2022-untuk-usahawan-iks-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan TUNS 2022 Untuk Usahawan IKS Negeri Sembilan", "body": ["\n\n", "\nPermohonan TUNS 2022 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) Untuk Usahawan IKS ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan bakal dibuka bermula Februari 2022.\nTUNS merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah bernilai sehingga RM 3,000 untuk kumpulan sasaran iaitu Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menetap di Negeri Sembilan.\n\u00a0TUNS juga digerakkan sebagai galakan kepada usahawan baru untuk menjana pendapatan melalui perniagaan. \nBantuan pembiayaan ini juga terbuka kepada usahawan sedia ada supaya dapat menjadi batu loncatan kepada mereka agar perniagaan berkembang lebih maju.\nSecara tidak langsung, inisiatif TUNS ini diharap dapat membuka banyak lagi peluang pekerjaan di samping merangsang pertumbuhan ekonomi di kalangan masyarakat Negeri Sembilan.\nTarikh Permohonan TUNS 2022\nPermohonan pembiayaan TUNS akan dibuka pada tarikh berikut :\n1 Februari hingga 28 Februari 2022\nMaklumat Pembiayaan Bagi Permohonan TUNS\nPemohon yang berjaya akan menerima pembiayaan dalam bentuk geran bernilai sehingga RM 3,000. Antara komponen pembiayaan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :\nPembelian Mesin dan Peralatan PerniagaanKhidmat Rundingan Pembangunan ProdukPromosi dan PemasaranPembelian Bahan MentahModal Kerja\nPemohon perlulah kemukakan satu sebut harga bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan Khidmat Rundingan Pembangunan Produk, Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan dan Promosi dan Pemasaran.\nManakala bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah, pembiayaan dibuat secara pembiayaan balik (reimbursement).\nPembiayaan Modal Kerja adalah meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.\nKeutamaan pembekalan akan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Bagi Permohonan TUNS\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia\nPerniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\nPeniaga atau penjaja yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM 100,000\nMenjalankan operasi perniagaan beralamat di Negeri Sembilan\nTidak berstatus muflis\nTidak pernah menerima Pembiayaan TUNS sebelum ini.\nJenis Perniagaan Yang Tidak Layak Memohon TUNS\nTidak semua perniagaan layak menerima bantuan pembiayaan ini. Perniagaan yang TIDAK LAYAK memohon adalah seperti yang tersenarai di bawah :\nPerkhidmatan insurans/ perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay\nPenyedia khidmat pinjaman wang atau institusi kewangan\nPerniagaan Multi-Level Marketing\nEjen jualan/wakil penjual/dropship\nPerniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan kad pengenalan\nGambar Pemohon Berukuran Passport\nSalinan Lesen Perniagaan\nAtas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohonLesen perniagaan perlulah berada dalam tempoh sah laku\nSalinan Perakuan Pendaftaran SSM (setiap helaian perlu disahkan)\nSalinan Penyata Kewangan/Akaun Bank\nPenyata akaun perniagaan/syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membutikan perniagan pemohon beroperasi.Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Printscreen daripada \u2018transaction history\u2019 adalah tidak diterima.Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.Tempoh penyata hendaklah disertakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.\nGambar Perniagaan\nPemohon perlu kemukakan gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.Sertakan gambar hadapan premis.Sertakan gambar perniagaan yang sedang beroperasi.Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online perlulah kemukakan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram dan Whatsapp sebagai bukti perniagaan yang dijalankan.\nSalinan Perjanjian Sewa\nMasih sah tempohTerpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil&Sewa). Pemohon perlu sertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.Pemohon perlu lampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan.\nBil Utiliti / Resit Pembayaran\nResit Asal (tahun semasa) perlulah dikemukakan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.\nSebut Harga\nSebutharga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal beserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/nama perniagaan pemohon.Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama,model,spesifikasi, kuantiti dan harga (untuk tujuan semakan).Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan. Sekiranya pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu isi ruang perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.Barang/peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.Renovasi tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.\nSemua dokumen yang dikemukakan perlulah disahkan oleh pegawai yang layak.\n\n\n\n\n(Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa/Penghulu/ Ketua Kampung / Pengerusi JPKKP / Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri )\nCara Mohon TUNS\nUsahawan yang layak boleh lakukan permohonan secara atas talian.\nIsikan borang permohonan yang disediakan seperti di pautan berikut :\nBorang Permohonan TUNS\nPanduan Permohonan TUNS 2022\nPemohon yang layak boleh ikuti panduan seperti berikut\nManual Permohonan \nPemohon yang mendapat kelulusan pinjaman perlulah membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan.\nPenyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon yang layak.\nKegagalan pemohon untuk kemukakan bukti pembelian dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan pemohon disenarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) seperti butiran di bawah :\nAlamat : PKKNS, 23-H, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.\nTelefon : 06-7616871\nEmel : [email\u00a0protected]\nLaman Web : Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lima-2023/", "title": "LIMA 2023 : Tarikh Pertunjukan Udara, Kapal Maritim & Tiket", "body": ["\n\n", "\nLIMA 2023\nSetelah ditangguhkan selama 4 tahun, akhirnya acara Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali. \nAcara LIMA 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik sambil melibatkan ratusan organisasi serta syarikat daripada dalam dan luar negara.\n\nTema LIMA 2023\nUntuk acara pada tahun ini, LIMA membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia\u2019s Maritime and Aerospace Trade).\nBaca Juga : Sukan SEA 2023 \u2013 Siaran Langsung & Kedudukan Pingat\nProgram ini juga akan dihadiri oleh lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.\nAcara gilang-gemilang ini difahamkan akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).\n\nAntara syarikat terkemuka yang bakal mengambil bahagian dalam acara LIMA pada tahun ini adalah :\n\nBHIC\nDeftech\nGading Group\nGlobal Turbine Asia\nNADI\nRadimax\nSapura\nAirbus (UK)\nMBDA (Perancis)\nKongsberg (Norway)\nPasukan Tentera Laut (Perancis)\nKorea Aerospace Industries (KAI)\nPasukan Pertahanan Australia\nAselsan\nRoketsan\nHavelsan (Turki).\n\nSenarai Acara LIMA 2023\nAirshow Demonstration Time\nSelain tayangan 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim serta aset ketenteraan dan komersial, sudah tentu ramai yang menanti-nantikan acara utama LIMA iaitu demonstrasi serta pertunjukan udara atau Airshow.\nSelain pertunjukan daripada TUDM dan MOT, malah ia juga akan melibatkan pasukan udara daripada negara luar seperti Indonesia, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.\n\n\n\n\nButiran bagi Airshow adalah seperti berikut :\n\nTarikh : 26 dan 27 Mei 2023\nWaktu pertunjukan : 10:00AM \u2013 12:00PM dan 02:30PM \u2013 06:30PM\nLokasi : Mahsuri Exhibition Centre (MIEC)\n\n\nMaritime Demonstration Time\nSelain pertunjukan udara, satu lagi tarikan terbesar LIMA 2023 adalah pertunjukan maritim.\nButiran bagi pertunjukan maritim adalah seperti berikut :\n\nTarikh : 23 hingga 27 Mei 2023 (lawatan untuk orang awam terbuka pada 26 dan 27 Mei sahaja)\nWaktu pertunjukan : 10:00AM \u2013 12:00PM dan 02:30PM \u2013 06:30PM\nLokasi : Resorts World Langkawi\n\n\nDi samping itu, terdapat sembilan lagi \u00a0acara yang dijadualkan akan berlangsung dalam program ini iaitu :\n\ne-Sports\nAir Chief Conference\nLangkawi Maritime Conference\nSpaceTech\nChief Of Navy Roundtable Talk\nLeaders by CAAM\nNaval Engineering Conference\nCyber Security Form\nInternational Maritime Conference\n\nAnda boleh rujuk butiran bagi setiap acara dengan lebih lanjut di pautan berikut : \nhttps://limamalaysia.com.my/event/event-listing\nCara Beli Tiket Masuk \nUntuk makluman, pameran ini memerlukan pelawat untuk membeli tiket harian mengikut kategori seperti berikut : \n\nPelawat Awam (Public visitor) \u2013 Harga tiket bermula RM 30 dan ke atas. Klik DI SINI untuk membeli tiket secara online. \nPelawat Dagang (Trade Visitor) \u2013 Harga tiket bermula RM 175 dan ke atas. Klik DI SINI untuk membeli tiket secara online. \n\nNota : Pelawat dinasihatkan untuk membaca garis panduan serta peraturan di yang telah ditetapkan pada pautan yang disediakan untuk menjamin lawatan ekspo yang teratur dan lancar. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program LIMA 2023, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di pautan https://www.limamalaysia.com.my/ dan ikuti Facebook rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tnb-prime-scholarship/", "title": "TNB Prime Scholarship (Universiti Awam Tempatan)", "body": ["\n\n", "\nTerkini Yayasan Tenaga Nasional mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat di bawah\u00a0 untuk memohon tajaan. TNB PRIME Scholarship untuk program Universiti Awam Tempatan bagi peringkat\u00a0 Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Oktober 2022.\nKelayakan untuk permohonan ini adalah bagi graduan lulusan STPM 2021.\nTNB Prime Scholarship 2022\n\nSejak 1993, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) komited dalam membangunkan modal insan yang cemerlang melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Lebih RM1.3 billion telah disumbangkan dan lebih 20,000 bantuan pendidikan dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini. \u200b\nOleh itu, YTN mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa TNB PRIME Scholarship bagi melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan dibuka bermula 24 September hingga 14 Oktober 2022. \u200b\n\u200bBidang Yang Ditawarakan\nBidang \u2013 bidang yang ditawarkan bagi permohonan biasiswa untuk kemasukan Oktober 2022 adalah:\nPengajian Bisnes / PengurusanSains Data / Statistik / Matematik\n\nSyarat Kelayakan & Akademik\nLulus STPM 2021 dengan mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 ATAULulus Diploma / Matrikulasi / Asasi 2021 dengan mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50\nBerumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2022Aktif dalam kegiatan ko-kurikulumMempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggiTiada adik beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTNKhusus untuk pelajar Tahun Satu Kemasukan Semester pertama 2022 (Okt) yang telah mendapat tempat di Universiti Awam Tempatan\n\nCara Permohonan TNB Prime Scholarship\nPermohonan hendaklah dibuat secara online di laman web YTN seperti berikut http://ytn.tnb.com.my\nTarikh Penting\n\n\n\n\nTarikh buka permohonan \u2013 24 September 2022.Tarikh tutup permohonan \u2013 14 Oktober 2022.\n\nMakluman Penting\nPermohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan\nMaklumat Lanjut\nSebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional\u00a003-89247500\u00a0atau pegawai berikut:Pengambilan\nPn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)\n\nTeknikal / Sistem\nEn Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)Pn Noor Marhammah (samb: 7543)\n\u200b\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cover-letter/", "title": "Penulisan & Contoh Cover Letter Untuk Permohonan Kerja", "body": ["\n\n", "\nSelain menghantar resume kepada bakal majikan untuk permohonan kerja, tidak lengkap rasanya permohonan tersebut tanpa menghantar bersama Cover Letter. \nCover Letter atau dalam Bahasa Melayunya ialah Surat Permohonan Pekerjaan dihantar kepada bakal majikan untuk memaklumkan hasrat untuk memohon pekerjaan.\nOleh itu, permohonan kerja dengan hanya menghantar resume semata-mata adalah tidak mencukupi dan pemohon perlu menyertakan Cover Letter kepada bakal majikan.\nCover Letter yang ditulis perlu ditulis menggunakan format Surat Rasmi kepada bakal majikan. \nTips Penulisan \nTerdapat beberapa tips yang boleh digunakan bagi penulisan Cover Letter yang baik iaitu:\nPastikan maklumat diri anda adalah betul dan bukannya palsu.Berikan kelebihan anda secara ringkas dan tidak terlalu panjang.Jangan letakkan jangkaan gaji anda.Letakkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon dan email.\nFormat Sebenar\nSetiap permohonan untuk memohon pekerjaan adalah merupakan urusan rasmi dan surat yang dihantar juga mestilah atas urusan rasmi.\nJusteru itu, format lengkap bagi penulisan Cover Letter adalah seperti berikut:\n1. Nama dan alamat pemohon\nNama dan alamat pemohon perlu ditulis pada bahagian paling atas surat tersebut. \nPemohon perlu meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.\nAlamat yang perlu diletakkan pemohon adalah alamat rumah atau alamat surat menyurat yang membolehkan pihak bakal majikan menghantar surat kembali kepada pemohon.\n2. Nama Jabatan, Syarikat/Institusi dan alamat penerima\nNama jabatan, syarikat/institusi dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pemohon.\nNama-nama tersebut perlu ditulis dengan penuh dan bukannya nama singkatan. \nAlamat penerima ialah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat syarikat atau institusi tersebut beroperasi.\n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.\n\n\n\n\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan penerima atau bakal majikan yang biasa digunakan ialah Tuan.\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\nTajuk \nTajuk Cover Letter yang perlu ditulis adalah untuk memohon pekerjaan beserta jawatan.\nTajuk mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Kandungan\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis iaitu untuk memohon pekerjaan.\nUntuk perenggan kedua pula, pemohon perlu menyatakan mengapa mereka layak untuk memohon pekerjaan tersebut. \nPada perenggan ketiga pula, pemohon perlu memberikan maklumat untuk dihubungi secara ringkas dan ucapan terima kasih kepada penerima surat iaitu bakal majikan. \n7. Tandatangan dan nama pemohon\nDi akhir surat terbabit, pemohon perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.\nDi bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.\nContoh-Contoh Panduan\nContoh-contoh yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:\nContoh 1:\n\nContoh 2:\n\nMaklumat Lebih Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cover Letter, anda boleh melayari pautan https://www.thebalancecareers.com/cover-letter-sample-for-a-resume-2060250. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sekolah-kpm-terjejas-banjir/", "title": "Senarai Sekolah KPM Terjejas Banjir & Tarikh Pengoperasian Semula Sekolah", "body": ["\n\n", "\nSenarai Sekolah KPM Terjejas Banjir & Tarikh Pengoperasian Semula Sekolah ~ Bencana banjir yang melanda negara pada ketika ini turut menjejaskan banyak institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nInstitusi pendidikan di bawah pengelolaan KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta IPT.\n Ia juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM.\nTarikh Pengoperasian Sekolah\nMenerusi kenyataan media KPM bertarikh 24 Disember 2021, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3 2021/2022 adalah seperti berikut :\nKumpulan A : 9 Januari 2022\nKumpulan B : 10 Januari 2022\nNamun demikian, kenyataan media terkini dari KPM memaklumkan terdapat beberapa institusi pendidikan yang terkesan akibat banjir sehingga 3 Januari 2022 seperti berikut :\n18 institusi pendidikan, melibatkan 16 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah87 institusi pendidikan masih dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)8 institusi pendidikan telah terkesan akibat banjir dan belum bersedia untuk beroperasi\nBerdasarkan kenyataan media terkini yang dikeluarkan KPM, sejumlah sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah telah dinaiki air dan dijadikan PPS buat masa ini. \n\n\n\n\n\n\nJusteru itu, sekolah-sekolah yang dinaiki air dan dijadikan PPS mungkin akan beroperasi pada tarikh lain berbanding sekolah lain yang tidak terjejas.\nBagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan dapat kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan tersebut akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.\nKPM akan terus memantau dan mengemas kini maklumat pengoperasian institut pendidikan yang tersenarai akibat dilanda banjir atau dijadikan sebagai PPS.\nPerubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM juga adalah tertakluk kepada situasi semasa banjir di seluruh negara.\nOleh itu, senarai institusi pendidikan mungkin akan bertambah akan berkurang pada setiap minggu.\nSenarai Sekolah KPM Terjejas Banjir dan Masih Dinaiki Banjir (Senarai Dikemaskini 5.1.2022)\n\n\n\n\n\nSekolah Yang Pulih Banjir Tapi Masih Belum Bersedia Untuk Beroperasi\n\nSemak Maklumat Terkini Pengoperasian Sekolah\nBagi memudahkan persiapan anak-anak kembali ke sekolah, ibu bapa digesa untuk peka dengan perkembangan yang akan sentiasa dikemaskini oleh KPM. Ibu bapa boleh layari laman sesawang KPM bagi mendapatkan maklumat terkini.\nhttps://www.moe.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/panduan-qiamullail-jakim/", "title": "Panduan Qiamullail Ringkas \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n", "\nPautan download panduan qiamullail susunan JAKIM dalam file pdf .Merupakan panduan ringkas untuk rujukan umat islam beramal terutama di bulan ramadan. Ianya juga sesuai sebagai amalan pengisian 10 malam terakhir ramadan dan disambing misi mencari laillatul Qadr dengan berqiamullail\nAmalan qiamulail adalah satu ibadah sunat yang bermaksud \u2018bangun malam\u2019 dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Ibadah qiyamulail bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya ia telah menjadi amalan yang diamalkan oleh para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak zaman dahulu.\nMaksud \u2018Qiyamullail\u2019\nSecara umumnya qiamullail yang bermaksud berjaga malam untuk beribadat merupakan ibadah yang amat dianjurkan dalam Islam untuk meningkatkan ketakwaan seperti solat sunat, membaca al-Quran, zikir dan sebagainya. Terdapat banyak kitab-kitab suci yang jelas menggalakkan umat Islam melakukan qiamullail. \nRasulullah SAW menyuruh umatnya bangun beribadat di tengah malam (qiamullail) sebagai satu ibadat tambahan. Baginda sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh- sungguh sebagaimana yang digambarkan dalam sebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi:\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0632\u064e\u0651\u0645\u0650\u0651\u0644\u064f\u00a0{1}\u0642\u064f\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627\u00a0{2}\u0646\u0650\u0635\u0652\u0641\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0648\u0650 \u0627\u0646\u0652\u0642\u064f\u0635\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627\u00a0{3}\u0623\u064e\u0648\u0652 \u0632\u0650\u062f\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062a\u0650\u0651\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u062a\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627\u00a0{4}\nMaksudnya: Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan \u201cTartil\u201d\nSurah al-Muzammil (1-4)\nSelain itu Firman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0641\u064e\u0671\u0633\u0652\u062c\u064f\u062f\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0628\u0650\u0651\u062d\u0652\u0647\u064f \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0637\u064e\u0648\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627\nMaksudnya: Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.\nSurah al-Insan (26)\nPanduan Amalan Sunat Semasa (Qiamullail)\nBerdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa antara amalan sunat ketika qiamullail ialah seperti ;\n\nSolat sunat, \nMembaca al-Quran, \nberzikir dan \nBerdoa memohon keampunan kepada Allah SWT. \n\nSedikit atau banyaknya amalan yang perlu dilaksanakan bergantung kepada kemapuan individu. Jika hanya mampu untuk mengerjakan dua rakaat solat Tahajjud contohnya, ini juga dikira sebagai amalan ibadah Qiamullail. Namun, sedikit atau banyak itu bukanlah ukuran, yang penting keikhlasan seseorang itu untuk beribadah dan mengerjakannya secara teratur kerana ikhlas dan melakukannya secara berkala akan mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT\nPanduan Qiamullail Ringkas JAKIM\n\nBagi memudahkan umat islam, terutamanya di Malaysia untuk mengerjakan ibadah sunat qiamullail terturama di bulan ramadan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyususan dan memberikan panduan beberapa amalan dan panduan ringkas beserta fadilah dan kelebihan sesuatu amalan terebut.\nPanduan Solat Sunat Semasa Qiamullail\nTerdapat banyak solat sunat yang boleh dilaksanakan. Namun disini disenaraikan beberapa solat sunat beserta fadilatnya yang boleh dilaksanakan ketika qiamullail mengikut kemampuan individu\n1.Sembahyang Sunat Awwabin\nAwwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan Isyak. Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat.\nFadilat Sembahyang Sunat Awwabin\nRasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi ;\nMaksudnya: \u201cSesiapa yang bersembahyang di antara Maghrib dan Isyak 20 rakaat, Allah SWT \u00a0membina \u00a0untuknya \u00a0sebuah \u00a0mahligai dalam syurga.\u201d\n(Riwayat Ibn Majah)\n2.Solat Sunat Tahajjud\n\nTahajjud adalah solat sunat ketika bangun malam selepas tidur, walaupun hanya tidur sebentar. Solat ini dilakukan selepas waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya lakukan pada satu pertiga malam (kira-kira jam 3:00 pagi) sehingga subuh. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sahaja. buat apa yang boleh\n\n\n\n\nFadilat dan kelebihan solat sunat Tahajjud\n\nMendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.\nDikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.\nPercakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.\nWajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.\nDimudahkan hisab ke atasnya.\nSenang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.\nMenerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.\nJauh daripada kebinasaan.\n\n3.Solat Sunat Hajat\nSembahyang Hajat bererti sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama\n4.Solat Sunat Taubat\nSolat sunat taubat dibuat khusus untuk memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT. Cara melaksanakan solat sunat taubat ini dilakukan sebanyak dua rakaat\n. Asas sembahyang ini ialah:\n\nMenyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.\nMenyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.\nBerazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya\n\n5.Solat Sunat Tasbih\nMengenai sembahyang ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi\u2019iyah bahawa sembahyang Tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadith- hadith yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup.\nWalaupun hadith-hadith tersebut\u00a0 tidak\u00a0 kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai\u2019l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.\n6. Solat Sunat Witir\nWitir ertinya ganjil, yakni tidak genap rakaatnya. Sembahyang ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berjemaah. Hukumnya sunat muakkad, dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dua salam dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat dengan tujuh salam. Waktunya selepas sembahyang Isyak\nFadilatnya\n\nPara malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.\nLebih afdal daripada sunat-sunat rawatib yang lain\n\nPanduan Qiamullail Amalan\u00a0Sunat Yang Lain\nMembaca al-Quran\nMembaca al-Quran adalah satu ibadat yang mempunyai pahala yang besar kerana setiap huruf yang dibaca itu akan digandakan sepuluh kebajikan. Lebih-lebih lagi jika ianya di kerjakan di bulan Ramadan dimana bulan turunya al-quran pada peristiwa Nuzul Quran iaitu pertama kali turunya ayat al-quran kepada baginda Rasullulah S.A.W\nAntara surah-surah yang sangat baik untuk dibaca ialah:\n\nSurah Yasin, ia merupakan surah jantung al-Quran (Hadith riwayat Ahmad)\nSurah al-Rahman, ia diibaratkan gadis pengantin (Hadith riwayat Ahmad)\nSurah al- \u2018Ala, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah SAW (Hadith riwayat al-Bukhari)\nSurah al-Fatihah, ia adalah pokok al-Quran (Hadith riwayat al-Bukhari)\nSurah al-Kahfi, ia adalah tempat naungan pada hari akhirat (Hadith riwayat al-Bukhari)\nSurah al-Kahfi, ia merupakan tempat naungan para malaikat (Hadith riwayat Muslim)\nSurah al-Sajadah, ia sangat digemari oleh baginda Rasulullah SAW (Hadith riwayat al- Tarmizi)\nSurah al-Mulk, ia adalah surah yang memberi syafaat pada hari akhirat nanti (Hadith riwayat Ibn Majah)\nSurah al-Nas dan al-Falaq, ia adalah surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat nanti (Hadith Abu Daud)\n\n\nZikir\nAllah berfirman dalam al-Quran\u00a0yang Maksudnya: \n\u201cWahai orang-orang yang beriman ingatlah kepada Allah melalui zikir yang banyak.\u201d\n(Surah al-Ahzab: 41)\nFadilat Zikir\nAntara fadilat dan kelebihan zikir adalah ;\n\nMengubati hati yang lalai dan leka.\nUntuk mendapatkan darjat dan kurniaan yang melimpah pada hari akhirat nanti.\nBagi sesiapa yang bertasbih seratus kali dan tahlil seratus kali selepas sembahyang Subuh maka Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun.\n\nPanduan Qiamullail PDF\nPanduan ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mengandungi panduan lengkap dan ringkas cara-cara melakukan amalan sunat qiamullail termasuk cara mengerjakan solat sunat, bacaan doa khusus.\nPanduan_Qiamullail_JAKIMDownload\nDiharapkan dengan adanya panduan qiamullail yang disediakan oleh pihak JAKIM ini dapat memudahkan kita beramal pada malam hari dengan lebih teratur dan mendapat redha Allah S.W.T.\nUntuk mendapatkan info-info mengenai keagamaan anda juga boleh merujuk website JAKIM di https://www.islam.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-awal-persekolahan/", "title": "Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan, RM150 one-off", "body": ["\n\n", "\nSyarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan, RM150 one-off ~ Dalam Bajet 2022, pelbagai inisiatif untuk sektor pendidikan telah dibentangkan. Sebanyak RM52.6 billion peruntukan telah disediakan termasuk lah RM450 juta bagi bantuan awal persekolahan.\nBantuan Awal Persekolahan (BAP) sebenarnya telah mula diperkenalkan sejak tahun 2012 yang lalu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal sesi persekolahan.\nBantuan ini masih lagi diteruskan dibawah Bajet 2022, dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3 juta pelajar sekolah. Murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu, Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah layak menerima. \nBantuan Awal Persekolahan\nJumlah bantuan: RM150 one-off untuk setiap pelajar\nSyarat Kelayakan \nPemberian Bantuan Awal Persekolahan ini akan diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut:\nPenerima (Murid) mestilah seorang warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;\nMurid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;\nBantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).\nCara Memohon\n\n\n\n\nIbubapa tidak perlu risau. Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;\nAkaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAUAkaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK\n Sekiranya terdapat kekeliruan, sila ajukan pertanyaan anda kepada pihak sekolah* \n\nSelain Bantuan Awal Persekolahan, pihak kerajaan juga masih lagi meneruskan pemberian susu berkhasiat untuk murid-murid sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).\nTerdapat lagi beberapa inisiatif lain untuk sektor pendidikan yang dibentangkan seperti insentif sebanyak RM100 akan diberikan kepada lebih 400,000 guru di bawah Insentif Khas Bahan Bantu Mengajar untuk membantu guru menyediakan bahan pengajaran.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-permulaan-ke-ipt-mainpp/", "title": "Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP 2022 \u00a0~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Permulaan ke IPT MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) bagi tahun 2022 kini dibuka.\nBantuan ini digerakkan oleh MAINPP bagi meringankan beban para pelajar pada fasa awal kemasukan IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.\nUntuk makluman, bantuan ini dibuka kepada pelajar yang mengikuti salah program sijil/matrikulasi, diploma, ijazah dan IPT luar negara.\nBaca Juga : Zakat Pulau Pinang: Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022\nKadar Bantuan\nKadar bantuan adalah berdasarkan program pengajian yang diikuti pemohon seperti butiran berikut :\nSijil / Matrikulasi : RM 600\nDiploma : RM 800\nIjazah : RM 1,000\nIPT Luar Negara : RM 2,000 maksimum\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP\nSebelum kemukakan permohonan, pemohon perlulah fahami syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPermohonan bagi bantuan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran\nBantuan terbuka untuk kemasukan permulaan IPT sahaja\nPermohonan dibuka sepanjang tahun\n\u00a0\u00a0Syarat-Syarat Umum Bantuan\nPemohon mestilah :\n\n\n\n\nBeragama Islam\nMerupakan warganegara Malaysia\nBermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan\nTidak menerima bantuan atau zakat dari negeri-negeri lain.\nSyarat Khusus Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP\nPemohon mestilah penuhi syarat-syarat umum bantuan zakat\nAnak pemohon / pelajar telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil / diploma / ijazah pertama sahaja.\nPermohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari surat tawaran\nPermohonan mestilah melanjutkan pelajaran sepenuh masa\nTempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun\nKemasukan ke Tingkatan 6 tidak layak untuk memohon kerana tidak diiktiraf sebagai IPT\nCara Memohon\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan bantuan secara atas talian (online) melalui portal Zakat Pulau Pinang melalui pautan berikut :\nZakatpenang2u.com \nUntuk mendaftar, masukkan butiran seperti berikut :\nNama Penuh\nNombor Kad Pengenalan\nAlamat Emel\nNama pengguna\nKata laluan\nSahkan kata laluan\nSetelah selesai isi butiran, klik Hantar.\n\nEmel pengesahan di laman portal Zakat Pulau Pinang akan dihantar ke alamat emel yang sudah didaftarkan.\nNota : semua permohonan bantuan mestilah diisi atas nama ketua keluarga. Namun, pelajar dibenarkan untuk mengisi borang bagi pihak ketua keluarga.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang , sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang di talian berikut :\n04 \u2013 549 8165\n04 \u2013 549 8168\n04 \u2013 5498178 \u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/baucar-diskaun-automotif/", "title": "Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 2022 Untuk Mangsa Banjir", "body": ["\n\n", "\nBaucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia kini dibuka untuk membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan.\nBaucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia telah diumumkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk pembaikan dan penggantian kenderaan yang terjejas akibat banjir.\nInisiatif yang digerakkan dengan kerjasama beberapa syarikat automotif ini menawarkan sekurang-kurangnya 25% diskaun bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.\nBaucar yang bernilai sehingga RM 1,000 ini boleh digunakan untuk baik pulih kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat bencana banjir.\nApakah Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ?\nDikaun Automotif Keluarga Malaysia menawarkan potongan harga kerja pembaikan sekurang-kuranya 25% , kos tunda kenderaan percuma serta baucar diskaun sehingga RM 1,000.\nPemotongan harga kos baik pulih akan terus dipotong daripada kos penggantian atau pembaikan secara keseluruhan melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.\nBagi memudahkan rakyat menikmati manfaat baucar yang ditawarkan , hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini.\n\nSyarikat automotif seperti PERODUA dan PROTON turut menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan serta servis tunda percuma untuk kemudahan mangsa banjir.\nSenarai Syarikat & Bengkel Terlibat\nBerikut merupakan senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan diskaun ini.\n\n\n\n\n\nSenarai ini akan ditambah dan dikemaskini dari semasa ke semasa.\nPemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif untuk kenalpasti pusat servis yang terdekat.\nTarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia\nTarikh akhir tuntutan baucar ini adalah pada 31 Mac 2022.\nPengguna kenderaan tidak perlu buat permohonan. Pengguna boleh terus tebus baucar di pusat servis atau pengedar sah untuk nikmati baucar ini.\nPengguna dinasihatkan untuk membuat tuntutan daripada pusat servis serta pengedar yang sah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk kenyataan Kementerian Kewangan dapatkan maklumat mengenai bantuan ini. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/institut-kraf-negara-ikn/", "title": "Permohonan Institut Kraf Negara Sesi 2022/2023 Jom Masuk IKN", "body": ["\n\n", "\nTawaran permohonan belajar di Institut Kraf Negara IKN sesi 2022/2023 kini dibuka. Borang online, syarat kelayakan dan semakan status kemasukan ke Institut Kraf Negara adalah seperti yang dinyatakan di bawah.\n\u00a0\nKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, menerusi Insitut KRAF NEGARA IKN, mempelawa pelajar lepasan SPM yang berminat dan berbakat dalam bidang kraf untuk menyambung pengajian di insitut latihan kemahiran awam di peringkat sijil dan diploma\n\u00a0\nLatar Belakang Institut Kraf Negara (IKN)\nMerupakan sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.\nIKN memberi kemudahan dan program latihan secara formal dengan konsep pendidikan secara \u2018hands-on\u2019 dalam bidang kemahiran pembuatan seni kraf. \u00a0IKN menawarkan program DIPLOMA yang memberi penekanan kepada kemahiran pembuatan kraf sebanyak 60% dan 40% dalam akademik dan program SIJIL kemahiran pembuatan kraf sebanyak 70% dan 30% dalam akademik.\nSubjek teras jurusan seperti kemahiran seni reka, aplikasi teknologi pengeluaran dan subjek pengajian liberal seperti teknologi maklumat (ICT), sejarah seni kraf, keusahawanan dan pemasaran juga diajar kepada para pelajar. \u00a0Pelajar akan mengikuti latihan industri untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman industri sebenar.\nBaca juga : Permohonan Kemasukan Program TVETMARA2022 KKTM, MJII & IKM\n\u00a0\nSenarai Program Pengajian Instut Kraf Negara\n\nSenarai program yang ditawarkan bagi sesi (I) Tahun Akademik 2022/2023 dikategorikan mengikut fakulti tertentu yang terdapat di IKN\n\u00a0\n\n\n\n\n\ni) Jurusan Seni Kraf Batik\n\n\nSijil Seni Kraf Batik\u00a0(Sepenuh Masa)\nOperasi Pengeluaran Batik (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Batik\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\nii) Jurusan Seni Kraf Kayu\n\n\nSijil Seni Kraf Kayu\u00a0(Sepenuh Masa)\nPengukiran Kayu (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Kayu\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\niii) Jurusan Seni Kraf Logam\n\n\nSijil Seni Kraf Logam\u00a0(Sepenuh Masa)\nKraf Barang Kemas (IKN) (Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Logam\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\niv) Jurusan Seni Kraf Rotan\n\n\nSijil Seni Kraf Rotan\u00a0(Sepenuh Masa)\nJurukraf Rotan Kanan (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nJurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Rotan\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\nv) Jurusan Seni Kraf Seramik\n\n\nSijil Seni Kraf Seramik\u00a0(Sepenuh Masa)\nPengeluaran Kraf Seramik (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Seramik\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\nvi) Jurusan Seni Kraf Tenunan\n\n\nSijil Seni Kraf Tenunan\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Tenunan\u00a0(Sepenuh Masa)\n\n\u00a0\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPeringkat Sijil Seni Kraf\n\n\nMemenuhi Syarat Am Institut; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau\nSijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan\nLulus temuduga dan ujian lukisan.\n\n\u00a0\n\nPeringkat Sijil Kemahiran Malaysia\n\n\nBoleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris\nMempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.\n\n\u00a0\n\nPeringkat Diploma\n\n\nMemenuhi Syarat Am Institut; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau\nSijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau\nSKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum satu kredit atau setara dengannya; dan\nLulus temu duga dan ujian lukisan.\n\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nPemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan No. KP/MyKad menerusi pautan http://cms.ikn.gov.my/application/appResult.asp.\nSemakan boleh di buat bermula dari tarikh 25 Januari 2022, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.\nTarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 30 Jun 2022\n\nSemakan Status\nPaparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2022/2023. Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan No. KP/MyKad.\nBermula dari tarikh 25 Januari 2022, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.\nTarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 30 Jun 2022\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Permohonan kemasukan Instutit Kraf Negara IKN, sila hubungi talian 012-2720295/019-3005709 atau layari website https://ikn.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-khairat-kematian-bkm/", "title": "Skim Khairat Kematian BKM | Cara Memohon & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n", "\nSkim Khairat Kematian BKM | Cara Memohon RM1000 & Tarikh Bayaran ~ Kehilangan orang tersayang adalah sesuatu yang semua orang tidak ingini. Namun, apabila perkara tersebut terjadi, berikut ialah antara salah satu bantuan khairat kematian yang anda boleh mohon.\u00a0\nSkim Khairat Kematian BKM\u00a0\nTahukah anda, semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.\nKhairat kematian adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.\nSekiranya anda merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian berjumlah RM1,000 bagi setiap individu yang layak.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\n\nPermohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:Kahwin; atauIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atauWarga Emas Bujang / Tiada PasanganTempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.\nTuntutan boleh dibuat oleh:\nWakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.Hubungan wakil yang layak adalah;PasanganIbuBapaAnakAnak KandungAnak TiriAnak AngkatAdik-Beradik\nDokumen Yang Diperlukan\nSijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); danKad Pengenalan asal wakil; danDokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.\nKaedah Tuntutan\nAnda boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:\nHotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-permata-sejahtera-2022/", "title": "Terkini Skim Permata Sejahtera 2022 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Skim Permata Sejahtera 2022 melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kini telah dibuka. Anak kelahiran Terengganu yang lahir pada 1.1.2022-31.12.2022 layak untuk memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan\n\u00a0\nApa Itu Skim Permata Sejahtera\n\nKepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).\nPengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat\nSkim ini bertujuan menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran.\nSelain itu ianya bagi meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu dengan harapan dapat menyumbang perkembangan positif kepada pembangunan negeri selaras dengan kehendak di dalam prinsip kelapan Transformasi Terengganu Baharu iaitu Memperkasakan Pendidikan.\nBaca juga : Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022\nSyarat Kelayakan Permohonan Skim Permata Sejahtera\n\nBayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.\nIbu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.\nBagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.\nBorang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.\npermohonan adalah utnutk bayi yang dilahirkan di nehgeri terengganu bagi kelahiran tahun semasa\nbilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada keluarga berpoligami\n\n\u00a0\nBentuk Sumbangan Yang Diterima\nAnak kelahiran Terengganu akan menerima sumbangan berbentuk skim Simpanan Pendidikan Nasional. Jumlah sumbangan yang akan diterima adalah seperti berikut;\n\nAnak Pertama hingga Keenam\u00a0 RM100\nAnak Ketujuh-RM200\nAnak Ke-8 \u2013 RM 300\nAnak ke-9-RM400\nAnak ke-10-RM500\n\nKelebihan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan rm8000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa\nPerindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan rm1000 dan ke atas\nKadar dividen yang kompetitif dan dikuaclikan cukai pendapatan\nPemberian geran sepadan sehingga rm10,000 untuk satu keluarga yang layak\nSimpanan di jamin oleh kerajaan\nLayak memohon pinjaman pendidikan PTPTN\n\nCara Memohon Skim Permata Sejahtera\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online menerusi pautan berikut;\nhttps://bit.ly/SSPN-iYPKT\n\n\n\n\nDokumen di perlukan\nDokumen-dokumen seperti berikut perlu disertakan sekali ketika membuat permohonan.\n\nSalinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi\nSalinan MyKAD Ibu dan Bapa\nSalinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia\nSalinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke \u2013 7 dan keatas\n\nSoalan Lazim (FAQ)\nApa Itu Skim Permata Sejahtera?\nIanya merupakan sumbangan berbentuk Simpanan Tabung Pendidikan SSPN oleh kerajaan Terengganu bagi anak-anak kelahiran Terengganu\nBagaimana Cara Untuk Memohon Sumbangan Ini?\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online menerusi pautan berikut;\nhttps://bit.ly/SSPN-iYPKT\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan mengenai Skim Permata sejahtera, sila hubungi ;\nYayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,\nJalan Sultan Omar,\n20300 Kuala Terengganu,\nTerengganu Darul Iman.\nGPS : 2.3820644,102.209822\nTALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58\nFAKS : 09-624 1078\nE-MEL : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.ypkt.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-makmur-ternak-pahang/", "title": "Skim Makmur Ternak Pahang 2022 Untuk Penternak Ruminan", "body": ["\n\n", "\nSkim Makmur Ternak Pahang 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Skim Makmur Ternak Pahang kini dibuka kepada semua penternak kecil ruminan.\nSkim ini dibangunkan bagi membantu penternak mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan dan pada masa yang sama mensasarkan peningkatan pendapatan di kalangan golongan penternak.\nBaca Juga : Belanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi\nSkim ini menawarkan dua instentif geran kepada penternak iaitu :\nGeran Pemadanan\nGeran ini ditawarkan untuk bekalan induk / baka ternakan.\nNilai maksima yang ditawarkan bagi skim ini ialah sehingga RM 10,000 bagi setiap pemohon. Pemohon juga sidyaratkan untuk menanggung 10 % daripada kos nilai ternakan.\nGeran Penuh\nGeran ini pula ditawarkan bagi bantuan input ladang / bahan binaan untuk infrastruktur dan pembaikan kandang.\nNilai maksima geran ini adalah sebanyak RM 5,000.00 bagi setiap individu.\n\nTarikh Permohonan\nPenternak yang berminat boleh kemukakan permohonan bermula 1 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPenternak hendaklah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :Pemohon perlu berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis.Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun pada tahun semasa dan bermastautin di negeri Pahang.Pemohon tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah disenaraikan sebagai projek di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS negeri Pahang .Pemohon berpengalaman dalam bidang penternakan sekurang-kurangnya selama 1 tahun.Pemohon memiliki kawasan menternak dan sumber makanan yang mencukupi.Pemohon memiliki kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai dengan menyertakan geran tanah / Surat Kebenaran Guna Pakai Tanah / Perjanjian Guna Pakai Tanah.Pemohon merupakan penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.Pemohon memiliki modal tunai sekurang-kuranya 10 % daripada perolehan induk ternakan (bagi geran pemadanan 10 :90 bantuan induk ternakan ruminan).Pemohon yang melepasi saringan pertama perlu lalui verifikasi lawatan siasat ke tapak projek.Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk pemantauan projek selama 2 tahun.\nCara Memohon\nPemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nSila muat turun borang di pautan\nBorang Makmur Ternak \nIsi borang permohonan selengkapnya dengan butiran yang betul.\nSediakan bersama dokumen yang diperlukan.\nBorang permohonan serta dokumen perlu dihantar kepada PejabatJabatan Veterinar berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nBorang permohonan perlu disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :\nSalinan kad pengenalan.Geran tanah/surat kebenaran guna pakai tanah/TOL/perjanjian sewaan atau lain-lain.Salinan pendaftaran ID Premis.Salinan sijil kursus (jika ada).Gambar projek semasa (jika ada).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Makmur Ternak Negeri Pahang, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinari Negeri Pahang.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-tajaan-kerajaan-jepun-2023-monbukagakusho-mext-ijazah-sarjana-muda/", "title": "Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n", "\nTawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda telah di buka.Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan permohonan daripada rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,000) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.\nApa Itu Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext)\n\nKerajaan Jepun menawarkan program biasiswa berikut setiap tahun untuk warganegara Malaysia memohon.\u00a0Pemohon yang berminat dinasihatkan untuk membaca garis panduan dengan teliti.\u00a0Melainkan dinyatakan sebaliknya, permohonan biasiswa hendaklah dibuat ke Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur.\u00a0Sila ambil perhatian bahawa syarat dan tempoh permohonan berbeza antara program ini.\nPenerima biasiswa Pengajian Jepun akan mendapat elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (kira-kira RM4,400), manakala penerima biasiswa Latihan Perguruan pula 143,000 yen (RM5,400) tertakluk kepada perubahan.\n\u201cYuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti dikecualikan dan tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan bagi penerima biasiswa yang layak\nBaca juga : Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Program Ijazah Sarjana Muda\nSyarat Permohonan\nSyarat umum\n\nPemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2023 (dilahirkan antara 2 April 1998 dan 1 April 2006)\nPemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.\nPemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.\nTarikh tutup permohonan: 20 May 2022 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang\n\n\u00a0\nSyarat Khusus\nPemohon perlu memenuhi kelayakan akademik mengikut tahap pendidikan seperti berikut;\n\nSPM \u2192 9A (\u201cA\u201d atau \u201cA+\u201d) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)\nUEC \u2192 8A (\u201cA\u201d atau \u201cA+\u201d) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)\nMatrikulasi/ Asasi\u2192A- atau GPA 3.6 dalam mata pelajaran berkaitan ditambah A- dalam bahasa Inggeris\nSTPM \u2192 A- or GPA 3.6 in related subjects plus MUET (Band 5 or 6)\nA-Level \u2192AAB plus \u201cA\u201d or \u201cA+\u201d in SPM English subject\nDiploma\u2192 PNGK 3.4 dalam bidang pengajian berkaitan\nIB \u2192 40 mata dalam bidang pengajian yang berkaitan\nIGCSE/O-Level \u2192 8A (\u201cA\u201d atau \u201cA+\u201d) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)\n\n\u00a0\nBidang Pengajian\nAntara bidang pengajian yang layak memohon untuk biasiswa ini ialah seperti ;\nSains Semula Jadi A\n\nMatematik, Fizik, Kimia, Elektronik, Kejuruteraan Elektrik, MaklumatKejuruteraan, Kejuruteraan Mekanikal, Seni Bina Tentera Laut, Kejuruteraan Awam, Seni Bina, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kimia Gunaan, Kejuruteraan Kimia, Kimia Industri, Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Perlombongan, Kejuruteraan Maritim dan Bioteknologi\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSains Semula Jadi B\n\nPertanian, Kimia Pertanian, Kejuruteraan Pertanian, Sains Haiwan, Veterinar Perubatan, Perhutanan, Sains Makanan, Perikanan, Farmasi, Kebersihan, Kejururawatan dan Biologi\n\nSains Semula Jadi C\n\nPerubatan, dan Pergigian\n\nSains Sosial dan Kemanusiaan B\n\nUndang-undang, Politik, Pedagogi, Sosiologi, Kesusasteraan, Sejarah, Bahasa Jepun, dan Lain-lain\n\nSains Sosial dan Kemanusiaan A\n\nEkonomi, dan Pentadbiran Perniagaan\n\n\u00a0\nCara Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext)\nBorang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.\n\u00a0\nPerkhidmatan Kaunseling\nPerkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan secara dalam talian pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Untuk membuat tempahan, sila emailkan maklumat anda ke [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai\u00a0 Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda, anda boleh layari www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146 [sarjana muda]) atau emelkan ke [email\u00a0protected] .\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/elaun-guru-kafa-bersalin/", "title": "Kenaikan Elaun Guru KAFA 2023 \u2013 Belanjawan 2023", "body": ["\n\n", "\nElaun Guru KAFA 2023 dinaikan kepada RM1100 seperti mana yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan belanjawan 2023.\n Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1000 akan di naikkan sebanyak RM100, menjadi nilai elaun yang bakal diterima sebanyak RM1100\nAnwar Ibrahim dalam pembentanganya, di bawah peruntukan syiar Islam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut melibatkan antara petugas masjid.\n\u201cKerajaan akan menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta\n\u201cKerajaan juga memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.\n\u201cSeramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta,\u201d kata Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan.\n .\nPembayaran elaun itu juga adalah usaha kerajaan menjaga kebajikan guru Kafa sepanjang kontrak mereka berkuat kuasa dengan Agensi Pelaksana Kafa negeri.\nElaun Guru KAFA 2023\n\nKerajaan menerusi Belanjawan 2023, bersetuju untuk menaikan jumlah elaun yang diterima mereka RM1,100 sebulan. Ianya juga akan memberi manfaat kepada 35,000 guru KAFA di seluruh negara dengan membabitkan peruntukan tambahan lebih RM40 juta\nKafa\nKelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.\nProgram Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1990. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas fardu ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pelaksanaan KAFA turut berkait dengan fungsi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang berperanan menyelaras dan meningkatkan sistem pendidikan agama Islam yang bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nGURU KAFA\n\n\n\n\nGuru KAFA dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan Pendidikan Islam berdasarkan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Mereka dilantik secara kontrak oleh Agensi Pelaksana di negeri mengikut jumlah kuota yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Sehingga tahun 2020, kuota Guru KAFA yang diluluskan adalah seramai 35,000 orang di seluruh negara.\nGuru KAFA dibayar elaun sebanyak RM1,100.00 setiap bulan, dengan menggunakan peruntukan2 Kerajaan Persekutuan yang diuruskan oleh JAKIM.\nGuru Takmir\nSementara itu, pada tahun lalu kerajaan,telah menambah khidmat 1,000 guru takmir yang diperluaskan di agensi kerajaan yang lain berbanding hanya di masjid dan surau sebelum ini yang kuotanya berdasarkan nisbah jumlah institusi itu.\nKeperluan guru takmir mengajar di agensi lain seperti institusi penjara, institusi kebajikan warga emas Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diperluas.\nTerdapat 5,000 guru takmir di seluruh negara termasuk 1,000 orang yang baharu dilantik dan pengagihan akan dibuat berdasarkan permohonan dan kuota yang kita tetapkan.\n\nUntuk rekod, kerajaan persekutuan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM40 juta kepada imam, bilal, guru takmir dan guru Kafa untuk tujuan ini.\nDi harap kenaikan elaun Guru KAFA ini dapat meringankan beban di samping menjaga kebaijakan guru-guru kafa di seluruh negeri\nMaklumat Lanjut\nKerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah 1.5 bilion ringgit, Perdana Menteri juga mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran. Pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini, dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam\nMaklumat lanjut berkaitan kenaikan elaun guru kafa 2023 ini dalam pembentangan belanjawan 2023 boleh dirujuk menerusi website berikut https://budget.mof.gov.my/ms/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ocbc-online-bank-login-cara-daftar-aktifkan-akaun/", "title": "OCBC Online Bank Login, Cara Daftar & Aktifkan Akaun", "body": ["\n\n", "\nOCBC Online Bank Malaysia merupakan kemudahan perkhidmatan perbankan yang membolehkan anda mengakses akaun OCBC anda dan melakukan transaksi perbankan anda dalam talian. Anda boleh menggunakan OCBC Online untuk melihat baki akaun anda, memindahkan dana, membayar bil dan banyak lagi.\nOCBC Online menawarkan pelbagai ciri, termasuk:\n\nPengurusan akaun: Lihat baki akaun anda, pindahkan dana dan bayar bil.\nPerbankan dalam talian: Buat pembayaran, pindahkan dana dan lihat penyata.\nPembayaran bil: Bayar bil anda dalam talian menggunakan OCBC Online.\nPindahan dana: Pindahkan dana antara akaun OCBC anda atau ke bank lain.\nPenyata: Lihat penyata akaun anda dalam talian.\nMakluman: Terima makluman apabila baki akaun anda jatuh di bawah paras tertentu atau apabila transaksi dibuat.\nKeselamatan: OCBC Online menggunakan pelbagai ciri keselamatan untuk melindungi akaun anda, termasuk pengesahan dua faktor (2FA) dan pengesanan penipuan.\n\nPerkhidmatan OCBC Bank Online\n\nOCBC Bank dan anak-anak syarikatnya menawarkan rangkaian luas perkhidmatan perbankan komersial, kewangan dan pengurusan kekayaan pakar, daripada pengguna, korporat, pelaburan, perbankan persendirian dan transaksi kepada perbendaharaan, insurans, pengurusan aset dan perkhidmatan broker saham.\nOCBC Online ialah cara yang mudah dan selamat untuk mengurus perbankan anda. Jika anda mempunyai akaun OCBC, anda di galakkan untuk mendaftar OCBC Online.\nDengan mengunakan perbankan online OCBC ;\n\nOCBC Online tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu.\nAnda boleh mengakses OCBC Online dari mana-mana komputer dengan sambungan internet.\nAnda juga boleh mengakses OCBC Online daripada telefon mudah alih atau tablet anda menggunakan aplikasi Mudah Alih OCBC.\nOCBC Online adalah percuma untuk digunakan.\n\nCara Buka Akaun Bank OCBC Secara Online\n\nBagi penguna baru yang ingin membuka akaun OCBC Bank Malaysia, anda kini boleh membuat pembukaan akaun dalam talian untuk akaun peribadi dan perniagaan tanpa perlu hadir ke cawangan bank OCBC. Untuk membuka akaun dalam talian, anda perlu mempunyai dokumen dan maklumat berikut:\n\nKad pengenalan Malaysia (MyKad) atau pasport yang sah\nAlamat e-mel yang sah\n\nUntuk membuka akaun, ikuti langkah berikut:\n\nPergi ke laman web OCBC Bank di https://www.ocbc.com.my/ dan klik pada pautan \u201cBuka Akaun\u201d.\nPilih \u201cAkaun Peribadi\u201d atau \u201cAkaun Perniagaan\u201d .\nMasukkan maklumat peribadi anda, termasuk nama, alamat dan butiran hubungan anda.\nMuat naik salinan MyKad atau pasport anda.\nIsikan nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian anda.\nBuat deposit minimum RM100 ke dalam akaun baru anda.\n\nAkaun baharu anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Anda kemudian boleh log masuk ke akaun anda dalam talian dan mula menggunakannya.\nBerikut adalah beberapa faedah membuka akaun OCBC dalam talian:\n\nIa cepat dan mudah. Anda boleh membuka akaun dalam beberapa minit sahaja.\nIa adalah mudah. Anda boleh melakukannya dari mana-mana, pada bila-bila masa.\nIa selamat. Maklumat peribadi anda dilindungi oleh sistem keselamatan terkini OCBC.\n\nBerikut ialah beberapa akaun peribadi OCBC paling popular yang boleh anda buka dalam talian:\n\n\n\n\n\nAkaun OCBC FlexSaver: Ini ialah akaun simpanan asas yang menawarkan kadar faedah yang tinggi dan pelbagai ciri, seperti perbankan dalam talian dan perbankan mudah alih.\nAkaun OCBC 360: Ini ialah akaun simpanan yang lebih komprehensif yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi, serta akses kepada keistimewaan eksklusif, seperti diskaun perjalanan dan ganjaran pulangan tunai.\nAkaun OCBC One: Ini ialah akaun semasa dan simpanan hibrid yang menawarkan kemudahan akaun semasa dengan fleksibiliti akaun simpanan.\n\nJika anda seorang pemilik perniagaan, anda juga boleh membuka akaun perniagaan OCBC dalam talian. Beberapa akaun perniagaan OCBC yang paling popular termasuk:\n\nAkaun OCBC Business : Ini ialah akaun perniagaan asas yang menawarkan pelbagai ciri, seperti perbankan dalam talian dan perbankan mudah alih.\nAkaun OCBC Business 360: Ini ialah akaun perniagaan yang lebih komprehensif yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi, serta akses kepada keistimewaan eksklusif, seperti diskaun perjalanan dan ganjaran pulangan tunai.\nAkaun OCBC Business One: Ini adalah akaun semasa dan simpanan hibrid yang menawarkan kemudahan akaun semasa dengan fleksibiliti akaun simpanan.\n\nCara Daftar & Aktifkan OCBC Online Bank\nBagi pelanggan lama dan baharu OCBC Bank Malaysia yang ingin menggunakan kemudahan perbankan online OCBC, anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut;\n\nPergi ke laman web OCBC Online.\nKlik pada pautan \u201cBuat Akaun\u201d.\nMasukkan maklumat peribadi anda, termasuk nama, alamat dan tarikh lahir anda.\nCipta nama pengguna dan kata laluan untuk akaun anda.\nPilih soalan dan jawapan keselamatan. \nKlik pada butang \u201cBuat Akaun\u201d.\n\nOCBC Online Banking Login First Time\nUntuk log masuk ke Perbankan Dalam Talian OCBC buat kali pertama, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :\n\nPergi ke laman web Perbankan Dalam Talian OCBC.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nMasukkan ID Log Masuk dan Kata Laluan anda.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\n\nAnda kemudiannya akan diminta untuk kata laluan sekali sahaja (OTP). Ini akan dihantar ke nombor mudah alih anda. Masukkan OTP dan klik pada butang \u201cSerah\u201d. Anda kemudiannya akan dilog masuk ke akaun Perbankan Dalam Talian OCBC anda\nLupa Kata Laluan OCBC Online Bank\n\nLayari website https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/\nPilih \u201cLupa ID Log Masuk/Kata Laluan?\u201d dan ikuti langkah untuk menetapkan semula Kata Laluan anda.\n\nSebagai alternatif, anda juga boleh untuk reset semula kata laluan anda melalui mana-mana ATM OCBC untuk menetapkan semula Kata Laluan anda. Di ATM,\n\nPilih \u2018Lagi Perkhidmatan\u2019.\nPilih \u2018Lagi Perkhidmatan\u2019 sekali lagi.\nPilih \u2018Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih / Telefon\u2019.\nPilih sama ada \u2018Aplikasi Perbankan Dalam Talian\u2019 atau \u2018Penggantian Kata Laluan Perbankan Dalam Talian\u2019.\nMasukkan kata laluan.\nMasukkan Kata Laluan sekali lagi.\n\nBagi yang mempunyai masalah untuk menetapkan semula PIN Perbankan Dalam Talian OCBC anda atau membuka kunci akses Perbankan Dalam Talian, anda boleh tonton video berikut ;\n\n\n\nMaklumat Keselamatan\n\nBerikut ialah beberapa nasihat keselamatan \u00a0untuk log masuk ke Perbankan Dalam Talian OCBC:\n\nPastikan anda menggunakan sambungan internet yang selamat.\nJangan kongsi/ dedahkan ID Log Masuk dan Kata Laluan anda dengan sesiapa.\nJika anda terlupa ID Log Masuk atau Kata Laluan anda, anda boleh menetapkannya semula dengan mengklik pada pautan \u201cTerlupa ID Log Masuk/Kata Laluan\u201d pada halaman log masuk.\nAnda juga boleh menggunakan aplikasi Perbankan Mudah Alih OCBC untuk log masuk ke akaun Perbankan Dalam Talian OCBC anda.\n\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang soalan mengenai OCBC Online, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan OCBC di :\n\nNo.Tel : 1800-363-3333.\nOCBC online chat\nWebsite : https://www.ocbc.com.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/ocbcbankmy\n\nBaca juga : \n\nCara Buka Akaun CIMB Online : Panduan Lengkap Untuk Pengguna CIMB Bank\nMaybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online\nCara Buka Akaun MBSB Online (M Journey)\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/brf-kemudahan-permodalan-semula-perniagaan/", "title": "Dana BRF : Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan Bantuan PKS", "body": ["\n\n", "\nBerita baik. Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan BRF untuk bantuan PKS untuk pulih dan mengembangkan perniagaan. Permohonan bermula 3 Februari 2022 sehingga dana berjumlah RM 1 Billion habis digunakan.\nBANK Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dan Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) di bawah dana BNM masing-masing berjumlah RM1 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\nGabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kemudahan tersebut bertujuan menyokong PKS untuk pulih dan berkembang di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif.\nBaca juga : Bantuan PKS Wanita MySME Lady\nApa itu Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)\n\n\nBRF merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh BNM yang bertujuan menyokong pertumbuhan PKS untuk pulih dan mengembangkan perniagaan serta mengawal tahap keberhutangan1 mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif. Di bawah dana ini, PKS boleh mendapatkan:\n\u2022 Pembiayaan ekuiti melalui terbitan saham keutamaan, saham biasa, atau sebarang instrumen mirip ekuiti yang sesuai; atau\u00a0\n\u2022 Gabungan antara pembiayaan hutang daripada institusi kewangan peserta (IKP) dan pembiayaan ekuiti melalui pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran).\u00a0 Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada\nKelayakan\nPKS Malaysia termasuk perusahaan mikro yang berdaya maju daripada semua sektor ekonomi termasuk penerima dana BNM sedia ada.\nProjek/aktiviti yang layak\nTujuan pembiayaan ini adalah untuk:\n\u2022 Modal kerja; dan/atau\n\u2022 Modal perbelanjaan.\nNota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada\nJumlaah pembiayaan\n\u2022 Setiap PKS yang layak akan mendapat pembiayaan hingga RM5 juta bagi setiap PKS3.\n\u00a0\u2022 Tempoh pembiayaan hingga 10 tahun.\nSyarat dan kadar pembiayaan\n\u2022 Pembiayaan hutang: Kadar efektif maksimum ialah 5.0% setahun, termasuk fi jaminan atau 3.5% setahun bagi pembiayaan tanpa jaminan.\n\n\n\n\n\u2022 Pembiayaan ekuiti: Tiada had kadar keuntungan untuk pelaburan ekuiti.\nCara semak kelayakan\nPKS yang layak dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan kelayakan mereka di bawah kemudahan tersebut.Semua permohonan untuk pembiayaan akan tertakluk pada penilaian oleh institusi kewangan peserta dan pembiaya ekuiti pihak ketiga yang berkaitanTerbuka kepada pelanggan institusi kewangan peserta baharu dan sedia ada selagi pelanggan tersebut merupakan PKS Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh BNM serta memenuhi penilaian kredit oleh institusi kewangan peserta dan pembiaya ekuiti pihak ketiga yang berkaitan.\nCagaran\nTiada cagaran di perlukan untuk memohon kemudahan ini\nPermohonan yang tidak layak\n\u2022 PKS yang menghadapi kesukaran bayaran balik pinjaman/pembiayaan dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan masing-masing untuk penjadualan semula dan penstrukturan semula (R&R) kemudahan sedia ada bagi membantu mengurangkan masalah aliran tunai perniagaan masing-masing.\n\u2022 PKS yang tidak layak untuk kemudahan dari dana ini,boleh memohon pembiayaan daripada kemudahan lain di bawah Dana BNM untuk PKS (cth, Kemudahan Semua Sektor Ekonomi, Kemudahan Agromakanan, Kemudahan Perusahaan Mikro, Pembiayaan Pelancongan PENJANA, Automasi PKS dan Kemudahan Pendigitalan, Kemudahan Teknologi Tinggi \u2013 Aspirasi Pelaburan Nasional atau Kemudahan Peralihan Karbon Rendah), atau produk pembiayaan lain untuk PKS yang ditawarkan oleh institusi kewangan. PKS juga boleh memohon melalui platform imSME (imsme.com.my). Kelulusan untuk pembiayaan di bawah kemudahan yang tersenarai di atas adalah tertakluk pada kriteria kelayakan dan penilaian khusus oleh institusi kewangan peserta.\n\u2022 Selain itu, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP (Khidmat Nasihat Pembiayaan) yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan kelayakan untuk pembiayaan masa hadapan dan sumber kewangan alternatif melalui myknp.com.my.\nSekiranya bank menolak permohonan PKS\nJika permohonan ditolak, PKS dinasihati supaya:\na) Mendapatkan penjelasan daripada institusi kewangan peserta berkenaan sebab-sebab permohonan mereka ditolak;\nb) Mempertimbangkan untuk membuat permohonan semula melalui platform imSME (imsme.com.my) jika PKS belum lagi berbuat demikian;\nc) Mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan kelayakan pembiayaan masa hadapan dan sumber pembiayaan alternatif melalui myknp.com.my; atau\nd) Mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada BNM melalui eLINK.\u00a0\nTarikh permohonan\nKemudahan ini akan disediakan mulai 3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya.\nCara memohon\nPKS yang berminat boleh memohon Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan ini, boleh berbuat demikian. Dengan hadir dan berurusan daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan peserta yang dikawal selia oleh BNM\nSenarai Institusi Kewangan Peserta\u00a0\nAffin Bank Berhad / Affin Islamic Bank BerhadAlliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank BerhadAl Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) BerhadAmBank (M) Berhad / AmBank Islamic BerhadBangkok Bank BerhadBank Islam Malaysia BerhadBank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)Bank Muamalat Malaysia BerhadBank of China (Malaysia) BerhadBank Pembangunan Malaysia BerhadBank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)Bank Simpanan NasionalCIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank BerhadExport-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)HSBC Bank Malaysia Berhad / HSBC Amanah Malaysia BerhadHong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank BerhadMalayan Banking Berhad / Maybank Islamic BerhadMBSB Bank BerhadOCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank BerhadPublic Bank Berhad / Public Islamic Bank BerhadRHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank BerhadSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Standard Chartered Bank Malaysia Berhad / Standard Chartered Saadiq BerhadUnited Overseas Bank (Malaysia) Bhd\nSumber : Bank Negara Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tuns-tuns-plus-2022-geran-bantuan-untuk-usahawan/", "title": "TUNS / TUNS PLUS 2022: Cara Membuat Permohonan | Geran Bantuan Untuk Usahawan", "body": ["\n\n", "\nTUNS / TUNS PLUS 2022: Cara Membuat Permohonan | Geran Bantuan Untuk Usahawan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan TUNS kini dibuka semula untuk tahun 2022 bermula 1 Februari 2022, dan TUNS PLUS pula bermula 1 Mac \u2013 31 Mac 2021.\u00a0\nTUNS / TUNS PLUS 2022\nTUNS / TUNS PLUS merupakan antara inisiatif secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.\nTUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan)\nMelalui inisiatif TUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan), usahawan kecil yang berkelayakan akan menerima Geran Bantuan RM3,000. Bantuan pembiayaan secara geran yang berjumlah RM3,000.00 ini adalah untuk membantu Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan khususnya dan dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 usahawan mikro di Negeri Sembilan.\u00a0\nBelanjawan Negeri Sembilan 2022 bertemakan \u2018Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat\u2019 telah diluluskan untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-empat iaitu tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.\nObjektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.\nTarikh Permohonan TUNS 2022: 1 Februari 2022.\n\nTUNS PLUS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus)\u00a0\nManakala, TUNS PLUS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus) pula adalah merupakan bantuan pinjaman pembiayaan tanpa faedah sehingga rm15,000 untuk usahawan kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun.\u00a0\n\n\n\n\nTUNS Plus dijangka akan memberi manfaat kepada 200 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.\nTarikh Permohonan TUNS PLUS 2022: 1 Mac \u2013 31 Mac 2022.\n\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, sila layari pautan berikut : https://tuns.my/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:\nEN. Shah Johan Bin Md Sallehudin; Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban, Negeri Sembilan.\nTel : +606-761 6871Faks : +606-762 6291\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/keputusan-spm-2022/", "title": "Semakan Keputusan SPM 2022", "body": ["\n\n", "\nUntuk makluman, calon yang telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022 akan menerima keputusan pada 8 Jun 2023 iaitu pada hari Khamis.\nBerdasarkan perkongsian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah puast peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.\nCalon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.\nKeputusan boleh disemak secara atas talian tanpa calon hadir ke sekolah. Namun, harus diingat bahawa sistem tersebut adalah untuk semakan sahaja. Tiada fungsi cetakan slip keputusan peperiksaan disediakan secara atas talian.\nUntuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan, calon masih perlu hadir ke sekolah.\nBerikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai semakan dan tarikh pengumuman keputusan SPM 2022 bagi tahun 2023 ini.\nBaca Juga : Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Sesi Akademik 2023/2024)\nTarikh Pengumuman Bagi Semakan Keputusan SPM 2022/2023\nTarikh keputusan SPM bagi calon yang telah menduduki peperiksaan 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023.\nBerikut dilampirkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia\n\n\nCara Semakan Keputusan SPM\nUntuk makluman, calon boleh membuat semakan keputusan SPM menerusi kaedah berikut :\nKaedah 1 : Semakan di Sekolah\n\nPara calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pada 8 Jun 2023.\nUntuk calon persendirian, slip keputusan SPM akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.\n\nKaedah 2 : Semakan Secara Online (Atas Talian)\nCalon boleh membuat semakan result SPM di pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ bermula pada jam 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 dan/atau;\nKaedah 3 : Semakan Melalui SMS\nCalon juga mempunyai pilihan untuk membuat semakan melalui SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.\nSistem ini akan diaktifkan\u00a0mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023. \n\n\n\n\nSemakan Semula Keputusan SPM\nSistem ELP hanya dibuka kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.\nUntuk makluman, semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj sebanyak RM 100 bagi setiap mata pelajaran.\nTempoh permohonan bagi semakan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan.\n\n\nCara Mohon Semakan Semula Keputusan SPM\nTerdapat 2 kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM seperti berikut :\nPermohonan Secara Online\n\nLayari Portal\u00a0e-Lembaga Peperiksaan\u00a0di pautan\u00a0https://elp.moe.gov.my/\nTempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan\nCaj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran\nSila isikan borang permohonan secara online.\n\nPermohonan Secara Manual\n\nSekiranya calon ingin membuat permohonan secara manual, maka permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). \nBorang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi\u00a0Lembaga Peperiksaan.\nBorang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2022 dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.\nKadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak\u00a0RM100.00\u00a0bagi setiap satu mata pelajaran.\n\nKaedah Bayaran\nKaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:\n1. Bagi Permohonan Melalui Pos\n\nPembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. \nKokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.\nCek persendirian tidak diterima sama sekali.\n\n2. Bagi Permohonan Yang dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan\n\nPembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.\nPembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.\n\n3. Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.\nKeputusan Permohonan Bagi Semakan Semula\nKeputusan permohonan bagi semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.\nKeputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan SPM, sila hubungi saluran berikut :\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132\nhttps://lp.moe.gov.my\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lagu-guru-malaysia/", "title": "Lagu Guru Malaysia : Video & Lirik \u2018Kami Guru Malaysia\u2019", "body": ["\n\n", "\nGuru merupakan insan yang penting bagi setiap manusia. Tanpanya, bangsa tidak akan terdidik dengan adab serta ilmu bagi menempuh kehidupan.\nMereka jugalah yang tidak pernah putus asa berkongsi nasihat serta menjadi pedoman buat para pelajar.\nBagi mengenang jasa serta pengorbanan para guru, semua sekolah di Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.\nSelain meraikan dengan majlis istimewa, para guru juga akan menyanyikan sebuah lagu.\nSebuah lagu khas telah dicipta bagi menyemarakkan lagi rasa semangat pada tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa.\n\nLagu Kami Guru Malaysia yang dihasilkan dengan rentak Cha Cha ini merupakan karya Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad, seorang pengajar yang berasal dari Kedah.\nSatu fakta menarik tentang lagu ini ialah ia telah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia yang diadakan pada tahun 1988.\nSehingga ke hari ini, lagu ini masih menjadi nyanyian para guru di seluruh negara terutamanya pada sambutan Hari Guru.\nPada tahun ini, tema bagi sambutan Hari Guru adalah \u2018Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.\u2019\nBaca Juga : 20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan\n\nLirik Lagu Kami Guru Malaysia\nLAGU KAMI GURU MALAYSIA\nKami Guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutra putri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semuaDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan\nLagu & Lirik : Hashim Ahmad\nAdaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman\n\n\n\n\nPerutusan Hari Guru 2023\nBerikut merupakan perutusan Hari Guru 2023 daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan Malaysia.\n\n\n\n\nTeks-Perutusan-Ketua-Pengarah-Pendidikan-Malaysia-Hari-Guru-2023Download\nTeks-Perutusan-Menteri-Pendidikan-Hari-Guru-2023Download\nIkrar Hari Guru\nBahawasanya kami\nGuru-guru negara Malaysua\nDengan ini berikrar\nMendukung terus cita-cita kami\nTerhadap tugas kami\nDan menyatakan keyakinan kami\nPada cita-cita murni pekerjaan kami\nKami akan berbakti\nKepada masyarakat dan negara kami\nKami sentiasa menjunjung\nPerlembagaan negara\nKami mengamalkan Prinsip Rukun Negara\nPada setiap masa.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pelan-perlindungan-hospital-rapidkl-hpp/", "title": "Pelan Perlindungan Hospital RapidKL HPP Percuma 50,000 Pendaftaran Pertama", "body": ["\n\n", "\nTerkini RapidKL menawarkan Pelan Perlindungan Hospital atau Hospital Protection Plan\u2019 (HPP) percuma untuk kepada 50,000 orang penumpang yang berjaya memohon dan mendaftar menerusi applikasi mudahalih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022 serentak dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya.\nIanya merupakan kolaborasi di antara RapidKL dan AIG Malaysia.Dengan adanya perlindungan yang diberikan menerusi HPP, para penumpang pengangkutan awam kendalian Rapid KL yang memegang polisi HPP akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital sehingga 14 hari disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.\n\u00a0\nApa Itu Pelan Perlindungan Hospital RapidKl HPP\n\nPelan Perlindungan Hospital atau \u2018Hospital Protection Plan\u2019 (HPP) percuma selama tiga bulan dalam satu kolaborasi dengan syarikat insurans antarabangsa American International Group Malaysia Insurance Berhad (AIG).\nPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah berharap inisiatif-inisiatif baru daripada pengendali pengangkutan awam terbesar negara itu akan mengukuhkan lagi keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam, selaras dengan peralihan ke fasa endemik COVID- 19.\n\u00a0\nSempena pelancaran 50,000 orang penumpang yang berjaya memohon dan mendaftar menerusi applikasi mudahalih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022 serentak dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya akan menerima Pelan Perlindungan Hospital atau Hospital Protection Plan\u2019 (HPP) secara percuma.\n\u00a0\nBaca juga :Permohonan My50 2022 Pakej Perjalanan Tanpa Had\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\nManfaat HPP\n\nElaun tunai RM 50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu\nElaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital\nPenerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.\n\n\u00a0\n\u00a0\nCara Mohon Pelan Perlindungan Hospital RapidKL\nBersempena pengenalan pelan ini, RapidKL akan menawarkan pelan ini secara percuma kepada 50,000 orang penumpang yang memohon dan mendaftar menerusi aplikasi PULSE.\u00a0 Maklumat mengenai aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pelan Perlindungan Hospital RapidKL HPP , sila layari laman web\u00a0https://myrapid.com.my/\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-pakej-komunikasi-bulan-kemerdekaan/", "title": "Tawaran Pakej Komunikasi Sempena Bulan Kemerdekaan 2021", "body": ["\n\n", "\nSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa orang ramai akan ditawarkan beberapa pakej komunikasi sempena Bulan Kemerdekaan 2021.\nUntuk Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, tema Malaysia Prihatin dipilih yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19. \nUntuk tawaran pakej komunikasi ini, ia dilaksanakan hasil daripada kerjasama MCMC dan pihak industri yang sentiasa berganding bahu dan prihatin bagi memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan kelangsungan rakyat.\nTawaran dijangka memberikan kemudahan dan manfaat kepada rakyat dalam menghadapi norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan, dan banyak lagi selain mengurangkan beban pengguna. \nTawaran Pakej Komunikasi\nTerdapat 4 tawaran yang ditawarkan kepada pengguna sempena Bulan Kemerdekaan 2021 iaitu:\nPakej Peranti RM1 Malaysia PrihatinData harian sebanyak 1GBPelanjutan pakej Jaringan PrihatinAkses Percuma Saluran Premium terpilih\nPakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin\nTawaran pakej peranti ini dilakukan bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menaik taraf dan memiliki peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE.\nMeneri tawaran ini, pakej peranti yang ditawarkan adalah bermula dengan RM1 bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing.\nSyarikat telekomunikasi yang terlibat dalam tawaran pakej peranti RM1 Malaysia Prihatin ini adalah seperti berikut:\nCelcomDigiMaxisTelekom MalaysiaUMobileYTL\nData harian 1GB \nData harian 1GB yang diberikan kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.\n\n\n\n\nInisiatif yang ditawarkan ini adalah melibatkan pengguna perkhidmatan telekomunikasi seperti:\nCelcomDigiMaxisUMobileTelekom Malaysia\nSelain itu juga, pelanjutan inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL bagi menyokong sistem pendidikan juga dilakukan sehingga 31 Disember 2021. \nPelanjutan Pakej Jaringan Prihatin\nPendaftaran pakej Jaringan Prihatin sebelum ini dibuka pada 5 Mei hingga 31 Julai 2021.\nNamun, menerusi tawaran ini, pendaftaran pakej Jaringan Prihatin ini dilanjutkan sehingga 30 September 2021 untuk golongan B40.\nAkses Percuma Saluran Premium Terpilih\nOrang ramai juga ditawarkan askes tontonan percuma saluran premium terpilih oleh syarikat penyiaran swasta seperti:\nAstroUnifi\nBagi saluran astro, syarikat tersebut menyediakan saluran percuma di saluran 100 sempena Astro 25 yang menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, dan semangat patriotik. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web MCMC di pautan https://www.mcmc.gov.my/ms/home. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-program-latihan-prasarana-speeds/", "title": "Tawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman", "body": ["\n\n", "\nTawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman ~ Sukacita dimaklumkan program latihan SPEEDS oleh Prasarana kini dibuka.\nPrasarana mengalu-alukan graduan baharu atau individu yang mempunyai pengalaman kerja kurang daripada satu tahun peluang untuk mempercepatkan kerjaya anda dengan Prasarana sebagai pemimpin masa depan. \nPeserta yang lulus permohonan akan ikuti program latihan selama 2 tahun.\nJika anda mempunyai kualiti dan semangat yang bertepatan dengan matlamat pasukan Prasana, anda dipelawa untuk mohon sekarang !\nBaca Juga : Jawatan Kosong Prasarana 2022 Bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda\n\nObjektif Program Latihan Prasarana SPEEDS\nAntara matlamat Prasarana menawarkan program SPEEDS ini adalah :\nUntuk mempercepatkan kerjaya graduan baru untuk menjadi generasi seterusnya sebagai penyumbang utama dan pemimpin syarikat.\nUntuk melatih dan membentuk graduan baru menjadi bakat yang lebih seimbang dengan pendedahan yang baik kepada aspek perniagaan.\n\n\n\n\nTarikh Tutup Permohonan \nUntuk maklumat, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.\nKelebihan Program \nCalon yang menyertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut :\nPembinaan kerjaya yang pantasPersekitaran pembelajaran diperepatkanOn-The-Job trainingMentorship\nSyarat Kelayakan\nPermohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\nMinima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidangKeputusan minima CGPA 3.30 dan ke atasGraduan atau calon mempunyai pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun\nCara Memohon\nPemohon yang beminat serta memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh lakukan permohonan secara tas talian melalui pautan berikut :\nPERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SPEEDS PRASARANA\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program SPEEDS Prasarana , sila rujuk laman web Prasarana atau hubungi pegawai bertugas :\nShaifful Fizal di talian 03 2299 1999 atauMuhammad Nabil Faiq di talian 03 2299 1999.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/solat-witir/", "title": "Solat Witir : Panduan, Lafaz Niat, Wirid & Doa (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nSolat witir adalah satu ibadah yang cukup sinonim sebagai penutup kepada solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. \nNamun begitu, ia bukanlah sekadar dilaksanakan pada bulan Ramadan sahaja. Sebaliknya, ia merupakan adalah ibadah sunat muakkad, iaitu amalan yang sangat digalakkan bagi umat Islam.\nWaktu untuk mengerjakan sembahyang sunat witir adalah sepanjang malam iaitu selepas selesainya solat fardhu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuknya waktu solat fardhu Subuh.\nBagi anda yang ingin mengamalkan solat sunat ini secara bersendirian atau berjemaah, jom kita semak lafaz niat serta panduan bagi sembahyang sunat witir.\nBaca Juga : Solat Terawih Cara Bacaan, Niat,Witir & Doa \u2013 JAKIM\nPanduan Solat Sunat Witir\nSembahyang sunat witir dilakukan dengan kaedah sama seperti solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.\nLazimnya, solat sunat witir dilaksanakan sebanyak 3 rakaat, dua salam. Dalam erti kata lain, solat ini dilakukan sebanyak dua kali berturut-turut dengan dua rakaat pada solat pertama dan satu rakaat pada solat kedua.\u00a0\nLafaz Niat\nLafaz Niat Witir 2 rakaat (Solat Pertama)\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksud : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.\nLafaz Niat Witir 1 Rakaat (Solat Kedua)\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksud : Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.\nKaifiat Solat Witir Dua Rakaat Pertama\nBagi solat sunat dua rakaat pertama ini, anda boleh membaca apa-apa surah selepas surah Al-Fatihah, namun adalah afdhal untuk anda membaca surah berikut :\n\nRakaat pertama \u2013 surah Al-A\u2019la\nRakaat kedua \u2013 surah Al-Kafirunn\n\n\nKaifiat Solat Sunat Witir Satu Rakaat Akhir (Solat Kedua)\nSelepas dua rakaat pertama telah dilaksanakan, anda perlulah menambah satu lagi rakaat dihujungnya beserta satu salam.\n\n\n\n\nBagi rakaat ketiga ini, anda digalakkan untuk membaca surah berikut selepas Al-Fatihah :\n\n\u00a0Surah Al-Ikhlas\n\u00a0Surah Al-Falaq\n\u00a0Surah An-Nas\n\n\nNOTA : Pada malam ke-16 hingga berakhirnya bulan Ramadan, anda disunatkan untuk membaca qunut pada rakaat terakhir ini. Lafaznya adalah sama dengan lafaz qunut solat Subuh.\nDoa, Selawat dan Wirid Antara Solat\nBacaan doa, selawat serta wirid antara solat witir tidak diwajibkan jika kita tidak menghafalnya. Namun, anda sangat digalakkan untuk amalkannya sebagai penambah ibadah pada malam Ramadan.\nBerikut merupakan bacaan wirid serta zikir sebelum dan selepas solat sunat ini.\n\nDoa Solat Witir\nSelepas melengkapkan solat, anda boleh bacakan doa seperti berikut :\n\nMaksud :\nDengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati).\n Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). \nKami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.\nYa Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu\u2019an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.\nSelawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.\nDalam kesempatan bulan Ramadan kali ini, ayuh kita perbanyakkan amal ibadah termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Ia merupakan salah satu wasiat Rasulullah SAW agar kita mendirikan solat sunat ini sebelum tidur pada waktu malam.\nSemoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda mengerjakan solat sunat dengan lebih sempurna. Selamat beramal!\nSumber : JAKIM & Jabatan Mufti Negeri Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-tanpa-rekod-penjawat-awam-bagi-melaksanakan-aktiviti-khidmat-masyarakat/", "title": "Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat", "body": ["\n\n", "\nTerkini kemudahan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum (5) lima hari setahun kepada pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat diluluskan kerajaan.\nPemberian kemudahan ini adalah sebagai galakan kepada penjawat awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan. Penambahaikan pertaturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Masyarakat)\nTarikh Mula Kuatkuasa\n\n\nKemudahan cuti tanpa rekod penjawat awam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini berkuatkuasa mulai 23 September 2022\nBaca juga; Akta Cuti Parteniti 7 Hari Dilanjutkan Dari 3 Hari Sebelum Ini\nTempoh Cuti Maksimum\nKemudahan diberikan maksimum (5) lima hari setahun tidak termasuk hari rehat mingguan,hari pelepasan mingguan dan hari keleasan am\nKelayakan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat\nKemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai perkhidmatan awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarkat dengan pertubuhan yang diluluskan dilaksanakan seperti berikut ;\nKemudahan diberikan maksimum (5) lima hari setahun tidak termasuk hari rehat mingguan,hari pelepasan mingguan dan hari keleasan amSekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada 4 jam, pegawai hendaklah menggunakan peraturan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G- mematuhi waktu bekerja (Ceraian SR.4.2.2)Permohonan cuti tanpa rekod hendaklah dikemukakan kepada ketua jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakanKelulusan kemudahan cuti tanpa rekod ini tertakluk kepada pertimbangan ketua jabatan atas kepentingan perkhidmatan dan penggunaan kemudahan cuti tanpa rekod ini dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan.\nKemudahan cuti tanpa rekod ini diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service)\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut kemudahan cuti tanpa rekod untuk aktiviti khidmat masyarakat, anda boleh rujuk terus di laman web https://www.jpa.gov.my/\nSoalan Lazim Berkenaan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat F.A.Q\nBilakah Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini berkuat kuasa?\nPeraturan ini berkuat kuasa mulai 20 September 2022\nAdakah pegawai lantikan personel MySTEP layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini?\nTidak layak.\u00a0 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat tidak terpakai kepada personel MySTEP\nAdakah pegawai yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat anjuran yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) boleh memohon Cuti Tanpa Rekod ini?\nBoleh.\u00a0 Pegawai boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini kerana yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) termasuk dalam definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat)\nSekiranya pertubuhan/ persatuan di bawah Perintah Am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, adakah pegawai yang menjadi ahli kepada pertubuhan/ persatuan tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut?\nLayak.\u00a0 Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pertubuhan yang diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Perintah am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.\nPasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara DiRaja Malaysia merupakan pasukan sukarela di bawah Perintah Am 41 Bab C (Cuti). Sekiranya pegawai yang menjadi ahli kepada pasukan tersebut menyertai aktiviti khidmat masyarakat bagi membantu mangsa bencana banjir, adakah pegawai tersebut layak memohon Cuti Tanpa Rekod tersebut?\n\n\n\n\nLayak.\u00a0 Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pasukan sukarela tersebut diperuntukkan penubuhannya di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) seperti mana definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7\nAdakah kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai untuk aktiviti khidmat masyarakat di luar negara?\nTidak.\u00a0 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai bagi aktiviti khidmat masyarakat di dalam negara sahaja.\nSekiranya aktiviti khidmat masyarakat diadakan melebihi lima (5) hari, apakah cuti lain yang boleh digunakan?\u00a0\nPegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini terhad kepada maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat berkelayakan, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh yang melebihi lima (5) hari tersebut\nSekiranya pegawai tidak menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini pada tahun semasa, adakah cuti Cuti Tanpa Rekod tersebut boleh dibawa ke tahun berikutnya?\nTidak boleh.\u00a0 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai pada tahun semasa sahaja dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan\nAdakah kadar Cuti Tanpa Rekod maksimum lima (5) hari ini hanya boleh digunakan untuk sekali penyertaan dalam aktiviti khidmat masyarakat?\nKemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tidak terhad kepada bilangan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan sebaliknya tertakluk kepada bilangan hari yang digunakan. Pegawai boleh menggunakan baki Cuti Tanpa Rekod yang ada untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang lain tertakluk kepada maksimum lima (5) hari.\u00a0\u00a0 Cuti Tanpa Rekod ini boleh digunakan secara sekali gus atau pun secara berasingan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.\nPegawai hanya mengemukakan gambar aktiviti khidmat masyarakat yang disertai bersama pertubuhan yang diluluskan kepada Ketua Jabatan untuk memohon Cuti Tanpa Rekod ini. Adakah gambar tersebut boleh dianggap sebagai dokumen pembuktian semasa memohon Cuti Tanpa Rekod ini?\nTidak boleh.\u00a0 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.\nAdakah aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan boleh diberi Cuti Tanpa Rekod?\nSekiranya aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diluluskan, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum lima (5) hari setahun.\nAdakah pegawai perlu memohon Cuti Tanpa Rekod atau menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G sekiranya p egawai hhanya menyertai aktiviti khidmat masyarakat t dengan pertubuhan yang diluluskan bagi tempoh tiga (3) jam?\nSekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Ba wah Perintah Am 5 Bab G Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-dermasiswa-sukan-majlis-sukan-negeri-johor/", "title": "Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2022", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk atlit sukma negeri Johor, Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2022 telah dibuka.\nPelajar yang juga atlit sukma negeri johor yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke insitut pengajian tinggi dalam atau luar negara di pelawa untuk memohon bantuan dermasiswa ini.\nBantuan pendidikan ini merupakan inisiaitf Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu meringankan beban pelajar di samping menggalakan untuk para atlet untuk tidak mengabaikan pendidikan.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 1 september 2022\n\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin membuat permohonan ini perlu la mematuhi syarat-syarat permohonan seperti yang berikut ;\nPemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.Pemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).Pemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.Pemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.Salinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.Salinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).Salinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.Salinan surat sijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)Lain-lain dokumen yang berkaitan jika ada\n\nCara Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\nCara permohonan bantuan dermasiswa adalah seperti berikut\n\n\n\n\nDapatkan borang permohonan dengan muat turun borang permohonan Skim pada pautan berikutIsi maklumat dan lengkapkan borang permohonan anda.Semak dan pastikan semua maklumat yang diberi adalah tepat dan betul..Hantar borang yang telah lengkap diisi berserta Salinan dokumen yang telah ke alamat:\n \nPengarah\nMajlis Sukan Negeri Johor,\nAras 1, Bangunan Dato\u2019 Muhamad Ibrahim Munsyi\nKota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.\n(Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, anda boleh layari website https://www.riseup.my/ atau sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor atau hubungi ;\nTelephone: 07-266-1698 / 07-266-1699Office: 07-224-6457 / 07-266-6234\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bpr-tambahan/", "title": "BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semak Status & Tarikh Pembayaran", "body": ["\n\n", "\nKerajaan Malaysia akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).\nPEMERKASA Plus merupakan bantuan terbaharu kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.\nTerdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus iaitu:\nMempertingkatkan Kapasiti Kesihatan AwamMeneruskan Agenda Prihatin RakyatMenyokong Kelangsungan Perniagaan\nSalah satu bantuan yang akan disalurkan kepada isi rumah dan individu yang layak ialah BPR Tambahan di bawah matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.\n\nTarikh Bayaran\nPembayaran BPR Tambahan bagi kategori isi rumah dan individu yang layak akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.\nNilai Bantuan\nNilai bantuan yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:\nJumlah BayaranKategori/Pendapatan BulananRM500Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawahRM300Isi rumah berpendapatanRM2,501 hingga RM5,000RM100Pendapatan RM5,000 danke bawah bagi individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas.RM100Pendapatan RM2,500 dan ke bawah bagiindividu bujang berumur 59 tahun dan kebawah.\nPermohonan Baharu\nTiada permohonan baharu dibuka bagi permohonan BPR Tambahan ini.\nPenerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 akan layak menerima BPR Tamabahn ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.\n\n\n\n\nUntuk penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.\nCara Membuat Semakan\nBagi mereka yang ingin membuat semakan status BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.Klik bahagian \u2018Log Masuk\u2019 di bahagian atas.Isikan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019Masukkan kata laluan dan klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Klik bahagian semakan status.Keputusan status dipaparkan.\nStatus Tidak Lulus\nUntuk pemohon yang telah membuat permohonan namun permohonan tersebut menunjukkan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima BPR Tambahan dengan membuat rayuan.\nPermohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.\nJika permohonan rayuan pemohon diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai BPR ini, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari portal BPR iaitu\u00a0https://bpr.hasil.gov.my/\u00a0untuk mendapat maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mycrs-2023/", "title": "MyCRS 2023 : Cara Penebusan & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nMyCRS 2023 : Cara Penebusan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperuntukkan subsidi pembelian carseat bagi tahun 2023.\nSubsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2023\nInisiatif ini adalah merupakan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak. Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.\nSubsidi ini diberikan khusus kepada\u00a0 golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka membeli carseat dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai MyCRS 2023. \n\nSyarat Kelayakan\nBerikut disenaraikan kriteria kelayakan bagi penerima subsidi carseat (CRS) bagi tahun 2023 : \n\nPenerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40\nMempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.\nWarganegara yang menetap di Malaysia\nPeruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.\n\nSemakan Kelayakan MyCRS 2023 \nSemakan bagi kelayakan subsidi ini boleh dilakukan bermula 19 Jun 2023 secara atas talian melalui Portal MyCRS di pautan : https://www.mycrs.gov.my. \n\n\n\n\n\nCara Penebusan\u00a0MyCRS 2023\n\nIndividu yang belum pernah memohon boleh melakukan permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023. \nPemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat. Anda boleh semak senarai penjual di pautan ini http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp. \nPembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.\n\nUntuk membuat penebusan, sila sertakan bersama dokumen berikut :\n\nSalinan MyKad pemohon; DAN\nMyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU\nBuku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)\n\nNota : Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dilakukan. \nPembelian boleh dibuat sehingga 30 September 2023 atau sehingga RM 12 juta habis dituntut. \nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui maklumat lanjut mengenai subsidi ini, sila rujuk Soalan Lazim serta garis panduan bagi pemilihan carseat. \n8._SOALAN_LAZIM_UNTUK_PENERIMA_MYCRS_2023Download\nGaris Panduan Pemilihan Carseat \nBerikut ialah Garis Panduan Car Seat yang ditetapkan oleh MIROS:\nGarisPanduan-Subsidi-Pembelian-Carseat-2022Download\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-pengeluaran-khas-kwsp-di-awalkan-18-april-2022/", "title": "Tarikh Pengeluaran Khas KWSP di Awalkan 18 April 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP di awalkan kepada 18 April 2022 berbanding makluman sebelum ini yang di buat oleh KWSP iaitu 20 April 2022. Pengumuman ini telah di buat oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz\nMenteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.\nTarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan \u00a0\u2013 Tengku Zafrul\n\n\u201cSaya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.\n\u201cBagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,\u201d katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.\nPermohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.\nKWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.\nBagi yang masi tertanya-tanya mengenai tarikh pengeluaran khas KWSP di awalkan ini, pengumuman itu and boleh lihat di Facebook rasmi YB Senator Dato Tengku Zafrul\n\nUntuk semakan anda boleh terus ke Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP \nBagi anda yang belum membuat permohonan pengeluaran khas kwsp ini, tarikh akhir untuk permohonan ini akan di tutup pada 30 April 2022.\n\n\n\n\nScammer Pengeluaran Khas KWSP\nPolis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai pelbagai taktik digunakan \u2018scammer\u2019 bagi memperdaya mangsa.\nTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Hussain mengulas kebimbangan orang ramai mengenai taktik-taktik baharu yang akan digunakan scammmer sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000\n\nKWSP juga telah mengeluarkan amaran \u201cSacmmer Pengeluaran Khas\u201d ini berikutan ramai yang akan menerima pembayaran RM10K pengeluaran khas.Tarikh pembayaran akan mula dibuat pada 18 April 2022 ini.\u00a0 Untuk pengeluaran ini sahaja, KWSP menerima sebanyak 5.3 juta permohonan.\nJadi sudah tentu banyak mata-mata yang sedang memerhati untuk memperdaya mangsa di kalangan mereka yang bakal menerima bayaran pengeluaran khas ini\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran Khas Kwsp, anda boleh hubungi ;\nHotline pengeluaran khas 03-89224848\nPusat Pengurusan Perhubungan Kwsp 03-89226000\nWebsite rasmi : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pendidikan-yayasan-pahang/", "title": "Permohonan Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan mendapatkan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang calon berekalayakan ke Universiti Tempatan 2022 kini dibuka.\nKerajaan negeri pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.\nBiasiswa Pendidikan Yayasan Pahang\n\nTerdapat dua biasiswa pendidikan yang di tawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini iaitu Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB), biasiswa yang paling berprestij di negeri ini dan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.\nPermohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 Julai 2022\nBiasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB)\nBiasiswa berprestij yang dikenali dengan nama\u00a0Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)\u00a0ini diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). \nBiasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat\u00a0Sarjana dan Kedoktoran\u00a0tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum. \nBiasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.\nNilai Anugerah\n\nKelayakan Pemohon\n1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :\u00a0\n(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.\u00a0\u00a0\n(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia,\u00a0\u00a0 adalah Tidak Layak Memohon.\n2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan\u00a0\u00a0 yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\u00a0\n3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut:\u00a0\n(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas\u00a0\n(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A\n4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).\n5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.\n6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.\n\nSkim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)\nDitawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).\n\n\n\n\na) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa\u00a0\u00a0\u00a0 Malaysia (UIAM).\u00a0\u00a0\nPelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan,\u00a0Farmasi, Ekonomi,\u00a0 Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam. \nPada\u00a0masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan\u00a0\u00a0Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2022/2023 (UPU Online) dengan\u00a0\u00a0menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan\u00a0diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.\nb) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda(FIA \u2013 ACCA).\n\u00a0Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan\u00a0Yayasan Peneraju.\u00a0 \nPermohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang\u00a0berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in\u00a0Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certied Accountants\u00a0 (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh\u00a0Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju\nPenajaan\n\nKelayakan\n1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :\u00a0\n(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di\u00a0\u00a0 Negeri Pahang Darul Makmur.\u00a0\u00a0\n(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan\u00a0\u00a0 Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.\n2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif\u00a0 dalam\u00a0 kegiatan kokurikulum.\n\u00a03. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2021 dengan\u00a0 mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.\n4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul. \u00a05. Mempunyai taraf kesihatan yang baik\n\nCara Mohon Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman website sispen.yp.org.my/bispen sertaDokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman semasa mengisi permohonan secara atas talianTarikh permohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 Julai 2022\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang anda boleh layari https://www.yp.org.my/ atau hubungi ;\nYAYASAN PAHANGKompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,Pahang Darul MakmurTel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)Email:\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0\u2022\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-online-tekun-spot/", "title": "Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan, Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) Nasional diperkenalkan sebagai satu skim pembiayaan baharu di bawah TEKUN Nasional. Permohonan boleh dibuat mulai 20 Ogos 2022\nSebagai permulaan sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan khususnya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.\nKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan memaklumkan, skim pembiayaan SPOT terbuka kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).\nMenurut kenyataan, usahawan yang layak memohon adalah yang berumur 18 hingga 65 tahun dengan nilai pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000 manakala caj pengurusan tiga peratus setahun dikenakan dengan menggunakan konsep Tawarruq.\nApa Itu Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)\nSPOT bertujuan untuk membantu usahawan dalam talian mengembangkan perniagaan dan sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran 1,000 orang usahawan\n\n\n\n\nMaklumat TEKUN SPOT\nKadar Pembiayaan : Nilai pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000.Kadas caj pengurusan : Caj pengurusan 3% setahun dikenakan dengan menggunakan Konsep Tawarruq.\nSyarat Permohonan\nTanya terbuka kepada usahawan informal dan mikroMerupakan golongan bumiputera dan IndiaBerumur 18 hingga 65 tahun\nCara Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN\nSebagai permulaan, SPOT boleh mula dipohon mulai 20 Ogos 2022 melalui Pejabat Cawangan TEKUN (menerusi perkhidmatan di kaunter). Rujuk pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ untuk senarai lokasi dan alamat Pejabat cawangan TEKUN\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT), anda boleh layari laman web\u00a0https://www.tekun.gov.my/ms/ atau hubungi melalui ;\nNo. Telefon: 03-9059 8888No. Faks:\u00a003-9059 9292Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-berhenti-kerja/", "title": "Panduan, Format & Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja", "body": ["\n\n", "\nAda daripada kalangan kita pernah mengalami situasi untuk berhenti daripada pekerjaannya atas pelbagai alasan yang timbul.\nKadang kala, seseorang individu tersebut terpaksa untuk berhenti kerja atas alasan inginkan cabaran yang baru atau beralih kepada pekerjaan yang lain.\nTerdapat juga seseorang terpaksa berhenti kerja disebabkan mendapat tawaran yang lebih baik daripada syarikat lain seperti kenaikan pangkat, gaji, manfaat, atau sebagainya.\nOleh itu, adalah penting bagi seseorang pekerja memaklumkan kepada majikan jika mereka ingin berhenti kerja melalui surat.\nNotis Surat\nLazimnya, pekerja yang ingin berhenti atau berundur daripada sesebuah syarikat mesti menyertakan tempoh notis surat tersebut.\nTempoh notis ini perlu dirujuk kepada kontrak atau perjanjian yang telah ditandangani antara pekerja atau syarikat semasa pekerja terbabit menyertai syarikat tersebut sebelum ini.\nTerdapat syarikat yang membenarkan pekerja memberi notis selama 3 bulan atau 2 bulan atau 1 bulan mengikut persetujuan majikan.\nTetapi, terdapat juga syarikat yang membenarkan pekerjanya untuk berhenti dengan notis 24 namun perlu mebayar pampasan seperti gaji dan sebagainya. \nFormat Surat\nBagi pekerja yang ingin berhenti daripada pekerjaannya, mereka perlu menulis surat berdasarkan format Surat Rasmi kepada majikannya. \nIni kerana, menyatakan hasrat untuk berhenti daripada pekerjaan adalah sesuatu yang rasmi dan surat tersebut akan dihantar kepada syarikat. \n1) Nama dan alamat pengirim\nPengirim yang dimaksudkan adalah pekerja terbabit yang berhasrat untuk meletakkan jawatan atau berhenti saripada syarikat tersebut. \nNama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\n2) Nama, jawatan, dan alamat penerima\nPenerima mestilah majikan yang berpangkat paling tinggi atau juga Pengurus Bahagian Sumber Manusia di sesebuah syarikat tersebut. \nNama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nAlamat penerima mestilah kepada alamat syarikat dan bukannya alamat peribadi.\n3) Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.\n\n\n\n\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n4) Panggilan Penerima\nPanggilan penerima mestilah menggunakan panggilan Tuan atau Puan.\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5) Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nUntuk surat berhenti kerja, tajuk surat mestilah melibatkan pemberhentian kerja. \nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6) Isi Surat\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada majikan.\nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis dan sebab penulis ingin berhenti daripada pekerjaan terbabit.\nPerenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nBagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7) Tandatangan dan nama pengirim\nDi akhir surat terbabit, pekerja tersebut perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.\nPengirim juga perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan. \nContoh Surat Berhenti Kerja\nBerikut merupakan contoh-contoh surat berhenti kerja yang boleh dijadikan panduan:\n1. Surat berhenti kerja dengan notis 2 bulan\n\n2. Surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/niat-ganti-puasa-ramadhan/", "title": "Niat Ganti Puasa Ramadhan & Puasa Sunat Serentak", "body": ["\n\n", "\nBagaimana lafaz niat ganti puasa ramadhan? Bolehkah niat puasa ganti dan sunat serentak dilakukan? apakah doa puasa ganti?\nBagi mereka yang berhajat untuk melaksanakanya, disini kami kongsikan untuk anda lengkap beserta hukum dan ketetapanya menurut syarak\nWaktu Ganti Puasa Ramadhan\nPuasa ganti adalah sebaiknya di lakukan segera. Ianya boleh dibuat pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehinggan ke bulan Ramadan seterusnya kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha.\nWalau bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan\nHukum Ganti Puasa Ramadhan (Qada\u2019)\nBagi mereka yang telah terlepas untuk melakukan ibadah puasa di bulan ramadhan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja, disebabkan keuzuran mahupun tidak uzur, hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib.\nKewajipan menggantikan puasa juga telah diriwayatkan oleh Ibn Abbas :\nMaksudnya: \u201cSeorang lelaki menemui Nabi s.a.w dan bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w! Ibuku telah meninggal dunia dan dia masih mempunyai hutang puasa bulan Ramadan. Bolehkah aku menunaikannya? Baginda menjawab: Ya, hutang Allah lebih berhak ditunaikan.\u201d (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\nLafaz Niat Puasa Ganti Ramdhan (Qada\u2019 Puasa)\n\nTuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah\u00a0sunat\u00a0supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati.\nBerikut lafaz niat puasa ganti Bahasa arab dan juga lafaz niat puasa ganti rumi\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nBahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an\u2019 qada\u2019e fardhu ramadhana lillahi taala\nMaksudnya : \u201cSahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala\u201d\nWaktu Niat Ganti Puasa Ramadhan\nAntara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa\u00a0qada\u00a0dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.\nHukum Mengerjakan Ganti Puasa dan Puasa 6 Serentak \nMengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang\u00a0dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak\n\n\nDr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri\nLafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal\n\n\n\n\n\nBahasa Rumi : NawaiTu Sauma Ghodin \u2018an Qodho\u2019ie RomaDhoNa Ma\u2019a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala\nMaksudnya :\u201cSahaja aku berpuasa esok hari qadha\u2019 fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala\u201d\nKifarah Puasa\nIalah seseorang yang secara sengaja telah menyebabkan puasanya terbatal dalam bulan Ramadhan kerana melakukan jima\u2019 . Maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada\u2019 puasa yang terbatal kerana jima\u2019 walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada\u2019 puasa yang terbatal. Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah\nFidyah\nIalah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada\u2019 Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.\nHukum Fidyah\nWajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta\u2019ala :\nMaksudnya : \u201c(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui \u201d.(Surah Al-Baqarah Ayat 184)\n\n\n\n\nKategori orang yangmeninggalkan puasa\nDenda yang dikenakan\n\n\nQada Puasa\nFidyah\nBoleh pilih antara Qada Puasa / fidyah\n\n\n\n\nOrang yang dalam keuzuran (sakit dan musafir )\n/\n\n\n\n\nSeseorang cuai dan tidak mengqadanya sehinggatiba bulan Ramadanberikutnya\n/\n/\n\n\n\nSeseorang yang sakit berterusan dan tiada harapan untuk sembuh\n\n/\n\n\n\nSeseorang yang telah meninggal dunia sebelum mengqada puasanya sedangkan dia mampu melakukannya (sunat bagi walinya mengqada puasanya)\n\n\n/\n\n\nWanita hamil yang menyusukan anaknya dan bimbang keselamatan dirinya\n/\n\n\n\n\nWanita hamil yang masih menyusui anaknya dan bimbang akan kesihatan janin atau anak yang disusukannya\n/\n/\n\n\n\nWanita hamil yang bimbang akan kesihatan diri\u00a0\u00a0dan janinnya\n/\n/\n\n\n\n\nKiraan Fidyah Semasa Mengikut MAIWP\nBagi pemukim Wilayah Persekutuan perlu menjelaskan fidyah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kadar bayaran fidyah yang telah ditetapkan seperti berikut:\n1 hari puasa yang ditinggalkan = 1 cupak beras(1/4 gantang Baghdad) bersamaan dengan 600 gram(RM 4.00) (Laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP, 2021)\nFORMULA KIRAAN BAYARAN FIDYAH\nContoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya adalah:\n3 hari X 3 tahun X RM 4.00 (1 cupak) = RM 36.00\nUntuk memudahkan anda membuat pengiraan bayaran fidyah, anda juga boleh terus layari https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1\n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda melaksanakan ibadah puasa ganti dengan lebih lancar. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pembelian-barangan-keperluan/", "title": "Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) | JPM", "body": ["\n\n", "\nBantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) | JPM ~ Sukacita dimaklumkan, ini adalah merupakan berita baik khususnya kepada mangsa banjir.\u00a0\nBencana banjir yang berlaku pada akhir Disember 2021 telah menyebabkan kerugian besar kepada ramai pihak. Sehubungan dengan itu,Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk.\u00a0\nBantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500)\nBantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir (RM2500) adalah merupakan salah satu daripada bantuan yang diperuntukkan kerajaan.\nUnit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk menguruskan bantuan ini. Dan, diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.\nBantuan berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:\nBANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500\u2800REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBERDISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000\n\nJumlah Sumbangan\nJumlah sumbangan bagi bantuan ini adalah RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).\nKelayakan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir RM2500\nSila semak syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak.\u00a0\n\n\n\n\nPemohon mestilah mempunyai:\nUnit rumah yang ditenggelami air\nMereka yang tidak layak mendapatkan bantuan ini adalah:\nUnit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejasPremis perniagaan\nKaedah Sumbangan / Bayaran Bantuan Banjir RM2500\nBayaran akan diberikan dalam bentuk sumbangan tunai atau, pemindahan elektronik \u2013 EFT (Electronic Fund Transfer).\nCara Permohonan / Proses Penyaluran Bantuan\u00a0\n\nUntuk memohon, sila ikuti mekanisme penyaluran berikut:\nSila hubungi dan berikan data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).\u00a0Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).\u00a0Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPM.Serahan wang tunai / EFT oleh ICU JPM / Pejabat Daerah akan dibuat kepada penerima.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila rujuk :\nFacebook : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana MenteriSenarai PKOB : https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/pkob\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah-ikea/", "title": "Menu Rahmah IKEA, Hidangan Lazat Serendah RM 3.50", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah IKEA\nSejak inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), ramai pengusaha restoran dan kedai makan mula menawarkan hidangan dengan harga serendah RM 5.00 di premis masing-masing.\nTidak cukup dengan itu, nampaknya banyak rangkaian restoran popular seperti McDonald\u2019s, Texas Chicken dan Burger turut serta dalam inisiatif bagi memudahkan pembelian makanan seharian khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan. \nYang terbaharu, IKEA juga dikatakan telah menyertai inisiatif ini dengan menawarkan hidangan serendah RM 3.50. \nWalaupun warganet baru-baru ini banyak berkongsikan penemuan Menu Rahmah IKEA, namun jenama perabot dan kelengkapan rumah dari Sweden ini tidak melancarkan inisiatif tersebut secara rasmi.\nSebaliknya, mereka telah memperkenalkan beberapa menu dengan harga yang lebih rendah khususnya untuk hidangan sarapan dan menu kanak-kanak.\nNak tahu menu bajet apa yang anda boleh dapatkan di IKEA? Ikuti perkongsian kami dengan lebih lanjut.\n\nBaca Juga : Promosi Menu Rahmah Bubble Bee, RM 5 Sahaja\nPilihan Menu Rahmah IKEA Caf\u00e9 (Menu Harga Bajet)\nMenu dengan harga mampu milik yang anda boleh nikmati di IKEA adalah seperti berikut\n\n\n\n\nMenu Sarapan (9.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari)\nHariMenuHargaIsninMee KariRM 3.50SelasaMee SotoRM 3.50RabuMee RebusRM 3.50KhamisLaksaRM 3.50Jumaat, Sabtu, AhadBihun Goreng SiamRM 3.50Jumaat, Sabtu, AhadNasi Lemak Goreng dengan Kepak Ayam GorengRM 6.50Isnin hingga KhamisNasi Lemak Pandan dengan Kepak Ayam GorengRM 5.90Setiap HariBreakfast Chiciken Slice & Cheese SandwichRM 3.50Setiap HariScramble Eggs dengan Plant-based Pieces, Croissant & Herbs Cherry TomatoRM 7.90\n\n\n\nMenu Kanak-Kanak\nMenuHargaKids Pasta with Tomato SauceRM 3.50Kids Beef MeatballsRM 5.50Kids Chicken Nuggets and FriesRM 5.50Kids Chicken MeatballsRM 5.50\n\nMinuman\nLengkapkan hidangan anda dengan minuman panas atau sejuk. Percuma isian semula (refill).\nMenuHargaLow Sugar Soft Drinks (Lingonberry, Raspberry, Cola & Black Ice Tea with Lemon)RM 2.50Kopi / TehRM 2.50\nMenu Harga Rendah di IKEA Bistro\nSelain IKEA Caf\u00e9, anda juga boleh dapatkan pelbagai makanan dengan harga berpatutan di IKEA Bistro seperti berikut :\nMenuHarga*Chicken Sausage with Arabic Minced ChickenRM 3.90*Ondeh-ondeh soft serveRM 2.501 Hot Dog & 1 soft drinkRM 3.501 Chocolate Donut & 1 cold drinkRM 4.001 Hot Dog, 1 Curry Puff, 1 Coffe/Tea & 1 Soy Ice CreamRM 5.80Soy Ice CreamRM 1.20Frozen YogurtRM 1.50Hot DogRM 2.00Curry PuffsRM 1.40 seketul / RM 7.80 (6 ketul)\nNota = Menu terhad bermula 6 Mac hingga 31 Mei 2023*\n\n\nSiapa kata anda tak boleh dapatkan hidangan di IKEA dengan harga murah? Jadi, jangan lupa untuk singgah ke IKEA bagi menikmati aneka menu menarik.\nUntuk ketahui promosi terkini mengenai Menu Rahmah IKEA atau menu bajet yang ditawarkan, jangan lupa ikuti laman Facebook rasmi di pautan facebook.com/IKEAMalaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-sissy-iman/", "title": "Biodata Sissy Iman, Penyanyi dan Pelakon Berbakat Besar", "body": ["\n\n", "\nBiodata Sissy Iman\nSissy Imann menjadi bualan netizen apabila video beliau dilontarkan dengan kritikan pedas oleh Mas Idayu dalam rancangan Famili Duo tular di media sosial.\nKetika itu, beliau menyanyikan lagu Jampi dengan gubahan Keroncong bersama sepupunya yang juga merupakan penyanyi popular, Naim Daniel.\n\nTerkini, Sissy Imann telah melancarkan album terbaru yang telah dirakamkan di studio yang terletak di Abbey Road tahun lepas.\nDisebabkan insiden kurang enak di pentas Famili Duo, ramai netizen membeli album solonya sebagai tanda sokongan sehingga dikatakan habis terjual dalam masa kurang 2 jam.\nWalaupun persembahannya mendapat kritikan pedas, namun kecekalan Sissy untuk terus bertahan dalam bidang seni perlu dipuji.\nBapa Sissy, Kamil memaklumkan bahawa anak gadisnya mengambil masa 10 tahun dalam industri hiburan untuk menghasilkan album dengan wang hasil titik peluk sendiri.\nSokongan yang telah diberikan oleh orang ramai sedikit sebanyak telah memulihkan semangat Sissy untuk terus berkarya dan mewarnai arena muzik tanah air.\n\nTahukah anda yang Sissy Iman mempunyai kelulusan sebagai guru muzik? Pasti ramai yang belum mengenali gadis berusia 28 tahun ini.\nOleh itu, jom kita semak biodata Sissy Imann, penyanyi, pelakon serta pengacara jelita yang semakin mendapat perhatian warganet.\nBaca Juga : Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland\n\nBiodata Sissy Iman\nNama Penuh : Sissy Imann binti Mohammad Kamil\nTarikh Lahir : 24 Oktober 1995\nUmur : 28 tahun (2023)\nAsal : Kuala Lumpur\n\n\n\n\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras\nKerjaya : Penyanyi, Pengacara, Pelakon, Guru Muzik\n\n\n\nPerjalanan Karier Sissy Imann\nBakat Sissy Imann mula dikesan oleh AG Coco menerusi platform Youtube. \nDaripada situ, mereka berdua bekerjasama sehingga terhasilnya album pertama Sissy Imann.\nSissy juga pernah menjadi anak didik kepada penyanyi dan guru vokal popular, Dato Syafinaz Selamat.\nPernah bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music, antara lagu hits nyanyian Sissy Iman adalah Mungkin Kamu dan Pesanan Ayahanda.\nSelain berbakat dalam bidang nyanyian, beliau juga aktif dalam bidang pengacaraan dan turut menjadi guru muzik bagi pelajar sekolah rendah.\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa gadis cantik ini juga berbakat untuk memainkan pelbagai alat muzik seperti piano, gitar, bass dan biola.\nSelain Famili Duo, beliau juga merupakan peserta bagi rancangan Big Stage 2019.\n Pada musim tersebut, Sissy bertanding bersama penyanyi hebat lain seperti Baby Shima, Andi Bernadee, Sarah Suhairi dan Tajul.\n\nSelain menyanyi, Sissy turut membintangi beberapa drama seperti Man Santan, Tolong Aku Doktor Cinta, Misi Penculikan Cinta dan Lagu Untuk Suri.\nDi samping itu, Sissy Iman juga pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen seperti Idola Kecil di Rumah dan Muzik Muzik 36.\nUntuk ketahui perkembangan terbaru serta aktiviti terkini Sissy Imann, sila ikuti laman Instagramnya, @sissyimann. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pahang-pride-student/", "title": "Cara Mohon Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar", "body": ["\n\n", "\nInsiatif Pahang Pride Student 2023 dan Kad Diskaun Pelajar anak Pahang di teruskan lagi.\nDalam belanjawan pahang 2023, kerajaan negeri menerusi insiaitf kelima program kebangsaan pahang (pahang pride) dalam usaha kerajaan membina generasi masa depan yang gemilang.\nKerajaan memperuntukan RM7.6 juta dalam bentuk set bantuan awal persekolahan yang bernilai RM120 setiap satu yang akan memberi manfaat kepada 63,376 pelajar kategori miskin dan tegar\nPemberian kad diskaun pahang pride student juga diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang.\nInsiatif ini juga merupakan usaha kerajaan Negeri Pahang di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar, Dato\u2019 Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk membantu rakyat Pahang khususnya golongan B40 & M40 dalam pembelajaran\nPahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar\nPahang Pride Student merupakan salah satu insaitif bantuan Kerajaan Negeri Pahang khas bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan daripada sekolah rendah yang ditambah baik dengan diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang.\n\nBaca juga : Bantuan Pendidikan BAKTIDESA\nTerdapat 2 kategori bantuan yang akan diterima iaitu:\n\n\nSet bantuan persekolahan bernilai RM120 setiap satu kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar\nPemberian kad diskaun untuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan termasuk juga pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang untuk membeli barangan kelengkapan belajar\n\nCara Mohon Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar\n\nIbu Bapa /penjaga tidak perlu membuat permohonan. Bantuan akan disalurkan melalui pihak sekolah. \nData-data maklumat adalah seperti yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga kepada pihak sekolah.\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Kad Diskaun Pelajar\nKad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah\nKad diskaun ini boleh digunakan untuk pembelian peralatan sekolah di kedai buku yang terpilih\nSenarai Lokasi Kedai Buku MBS Books & Stationery Pahang\n\nMBSWorld\nMBSECM\nMBSTemerloh\nMBSBera\nMBSMaran\nMBSJengka\nMBSMentakab\nMBSLimbong\nMBSPekan\nMBSJerantut\nMBSChukai\nMBSMuadzam\nMBSRaub\nMBSLipis\nMBS Art Store\nMBS Air Putih\nMBS Balok\nMBS Taman Tas\nMBS Indera Mahkota\nMBS Bentong\nMBS Rompin (opening soon)\n\nBagi tahun 2023, maklumat lokasi kedai buku yang terpilih untuk menggunakan kad diskaun pelajar akan di maklumkan kemudian.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif Pahang Pride Student 2023 ini anda layari ;\n\nLaman web rasmi Kerajaan Pahang :\u00a0https://www.pahang.gov.my/\nTelefon : 09-512 6600\nFacebook:\u00a0Kerajaan Negeri Pahang\n\nSoalan Lazim\nApa Itu Pahang Pride Student dan Kad Diskaun Pelajar? Pahang Pride Student merupakan salah satu insaitif bantuan Kerajaan Negeri Pahang khas bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan daripada sekolah rendah yang ditambah baik dengan diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang. Siapa yang layak memohon? Pelajar dari kategori miskin tegar dan rakyat negeri pahang.Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah Bilakah pelajar akan menerima bantuan ini? Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa kelak bila agihan akan dibuat \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-bsn-online/", "title": "myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online", "body": ["\n\n", "\nmyBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online\nSeperti kebanyakan bank-bank di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga tidak terkecuali dalam menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian buat pengguna mereka.\nSelain menyediakan kemudahan transaksi serta pemindahan wang, BSN Online juga memberi kemudahan pelanggan untuk membeli pin unik UPU buat lepasan SPM yang ingin membuat permohonan UPU.\nDi samping itu, myBSN turut menawarkan perkhidmatan berkaitan perbankan lain seperti :\n\nPertanyaan Baki\nPemindahan Dana\nPembayaran Bil\nPembayaran Kad Kredit\nPembelian Sijil Simpanan Premium (SSP)\nPembelian Pin\n\nLebih menarik lagi, pengguna juga tidak perlu lagi ke kaunter untuk daftar MyBSN. Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cara daftar akaun BSN secara online.\nBaca Juga : Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)\nCara Daftar myBSN (BSN Online)\nUntuk mendaftar BSN secara atas talian, pastikan anda sudah ada kad ATM serta ingat nombor telefon yang didaftarkan.\nSila ke kaunter BSN terdekat untuk tukar atau kemaskini nombor telefon bagi memudahkan proses pendaftaran.\nLangkah 1 : Pergi ke pautan myBSN\n\nLayari laman web myBSN di https://www.mybsn.com.my/ dan klik \u2018Register\u2019 untuk mulakan pendaftaran.\nTandakan butang \u2018Accept\u2019 untuk \u2018First Time Registration\u2019.\n\n\nLangkah 2 : Masukkan Maklumat Kad Debit/Kad Kredit\n\nMasukkan maklumat yang diperlukan iaitu :\n\n\nNombor Kad Debit / Kad Kredit\nNombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja)\nTarikh tamat tempoh Kad\nNombor CVV2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta\n\n\nMasukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.\nLangkah 3 : Masukkan Maklumat Yang Diperlukan\n\nSeterusnya, masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.\nKemudian, masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.\n\n\n\n\nKlik \u2018Request OTP\u2019. SMS dengan nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit yang telah didaftarkan.\nMasukkan 6 nombor tersebut untuk teruskan pendaftaran.\nKemudian pilih 1 \u2018online image\u2019 yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).\nJika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.\nAnda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu \u2018Account Overview\u2019.\n\n\nAnda juga boleh rujuk video di bawah sebagai panduan :\n\n\n\nCara Log Masuk BSN Online Pertama Kali\nUntuk pengguna yang pertama kali log masuk setelah mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut :\n\nLogin semula dengan menggunakan username dan password tadi.\nIsikan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.\nButiran lain boleh juga diisi jika mahu.\nLog masuk selesai. Kini anda boleh mulakan transaksi menggunakan myBSN.\n\nSoalan Lazim myBSN\nPerlukah saya membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet? Tidak perlu. Anda boleh gunakan akaun dan nombor kad ATM yang sedia ada. Bolehkah saya buka akaun secara online? Setakat ini kami belum lagi menawarkan perkhidmatan ini.\u00a0 Kami sedang mengusahakannya untuk kemudahan semua.\n\n\n\n\n Saya tidak memiliki akaun dengan myBSN. Masih bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini? Sila layari laman web kami untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM dan mendaftar dengan MyBSN Bilakah saya boleh mula menggunakan perkhidmatan ini? Anda boleh mula sebaik sahaja anda berjaya mendaftar di MyBSN secara online. Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara? Pada masa ini kami tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara. Perlukah saya daftar semula dengan myBSN selepas kad ATM saya diganti baharu (disebabkan kecurian, kehilangan, dll)? Selepas anda mendaftar dengan kami, profil anda dalam MyBSN akan sentiasa sah. Anda tidak perlu lagi mendaftar semula. Bolehkah saya gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan? Sebagai langkah keselamatan, anda dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai\u00a0 Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna. Jika saya lupa Kata Laluan, bagaimana boleh saya memohon Kata Laluan baharu? Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin. Bolehkah saya tukar Kata Laluan saya? Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC, yang akan dihantar kepada anda melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan anda. Apa langkah keselamatan perlu saya ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan saya? Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel, adalah lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL, iaitu www.mybsn.com.my dan log masuk dari sana. Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan dalam talian di halaman Panduan Keselamatan. Panduan Keselamatan. Apa perlu saya buat jika terlupa Nama Pengguna? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Kami sedia membantu ada 24 jam sehari. Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN? Tiada sebarang bayaran. Kami mahu membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua. Mengapakah baki akaun myBSN memaparkan NA? Sekiranya baki akaun tidak dipaparkan (akaun NA), berkemungkinan Perbankan Internet myBSN sedang mengalami sedikit gangguan teknikal pada masa tersebut. Apa yang perlu dilakukan sekiranya baki akaun myBSN memaparkan \u2018NA\u2019? Baki akaun simpanan tuan/puan tidak akan berubah. Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat semakan semula di Perbankan Internet myBSN dari semasa ke semasa kerana baki simpanan tersebut akan terpapar semula di dalam sistem. \nUntuk senarai penuh Soalan Lazim (FAQ) mengenai myBSN, sila rujuk di pautan berikut :\nSoalan Lazim (FAQ) myBSN \n\u00a0Maklumat Lanjut\nSekiranya anda hadapi masalah untuk log masuk atau perlukan bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perodua-axia-2023/", "title": "Axia 2023 D74A Model Baru Harga, Spesifikasi & Warna", "body": ["\n\n", "\nHarga AXIA 2023 D74A model baru bermula dari RM38,600 hingga RM49,500. Spesifikasi The All New AXIA dicipta dengan ciri-ciri serba baharu,lebih padu dan reka bentuk yang lebih moden. \nBagi anda yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta baru, gerenti anda mesti teruja nak angkat satu.\nModel AXIA D74A hadir dengan 5 pilihan warna iaitu Coral Blue (Baru),Glittering Silver,Granite Gray dan Ivory White (Solid)\nPerodua hari ini secara rasminnya telah mengumumkan pelancaran model terbaru keluaran mereka ini kemarin. Tempahan bagi model baru The All New AXIA telah dibuka. Menurut sumber, pada hari yang sama juga sebenarnya Perodua telah mula membuat penghantaran untuk tempahan model tersebut kepada pelanggan mereka\nPerodua Axia model baru juga menjadi pilihan paling popular di kalangan golongan bujang,mahasiswa dan golongan yang keluarga kecil.\n\n\n\nDengan tema The All New AXIA 2023 Pretty, Smart ianya menjadi pilihan bukan sahaja disebabkan harga yang murah, jimat minyak selain daripada mempunyai rekabentuk yang standing dengan model-model kereta lain yang sekelas denganya. Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua AXIA D74A memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya\nSpesifikasi Perodua Axia 2023 D74A\n\nAXIA DA74 ini di bangunkan dengan Platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Generasi kedua AXIA keluaran Perodua ini ternyata bukan sahaja lebih bergaya malah mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding AXIA model pertama. Dengan mempunyai saiz body 3,760 mm panjang dan 1,665 mm lebar.\nWalaupun ianya AXIA 2023 di katakan model kereta yang \u00a0ekonomi, AXIA D74A ini juga turut dilengkapi bantuan pemanduan pintar Perodua, yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.\nSelain itu juga, kesemua varian AXIA DA74 dilengkapi enjin 1.0 liter dengan Dwi-Mod Transmisi boleh laras berterusan (D-CVT).\nSelain itu berikut ciri-ciri yang ada untuk semua varian model baru AXIA D74A ;\n\nEnjin 1.0 liter 1KR-VE\nPlatform DNGA\nTransmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual\nAda enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC\nSkrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci\n\nKESELAMATAN\nPerodua AXIA kini lebih besar dan lebih baik berbanding sebelum ini.\u00a0Ia dilengkapi dengan rangkaian besar ciri keselamatan pintar untuk menjadikan setiap perjalanan lancar, menyeronokkan dan santai\nTEKNOLOGI\nEnjin yang mendapat penarafan EEV dengan D-CVT. EEV ialah satu penarafan n bagi kenderaan yang memenuhi piawaian yang mana kenderaan tersebut mempunyai kecekapan tenaga dari segi penjimatan bahan api tanpa mementingkan sepenuhnya akan penilaian pelepasan pencemaran. Manakala dengan transmisi D-CVT pula membolehkan peralihan lancar yang menawarkan perjalanan responsif. Gabungan keduanya ini membolehkan anda memacu AXIA D74A pergi lebih jauh dengan penjimatan bahan api yang anda inginkan dengan penggunaan bahan api sehingga 27.4km/l\nKEMUDAHAN\n\n\nAXIA baru juga di reka dengan mempunyai ciri-ciri kemudahan seperti pintu kemasukan tanpa kunci. Cermin sisi boleh tarik untuk memudahkan anda parking di kawasan yang mempunyai ruangan parking yang sempit. Teknologi yang memudahkan anda untuk menghidupkan kenderaan dengan hanya menggunakan suiz tekan butang mula/berhenti. Kenderaan ini juga mesra keluarga, dengan central lock, memudahkan pemandu untuk mengawal bagi ke empat-empat pintu sisi dan pintu belakang. Terutama sekiranya anda membawa keluarga dan anak kecil anda. Ruangan bonet juga, membolehkan anda meletak barangan dengan kapasiti ruang bagasi sehingga 265Liter\nVarian Perodua Axia 2023 D74A\nModel terbaru keluaran Perodua ini di datangkan dengan 4 jenis varian iaitu ;\n\n\n\n\n\nAxia G, (Basic)\nAxia X\nAxia SE (Special Edition)\nAxia AV\n\nUntuk varian SE dan AV, Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan mod kuasa, lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan.\nVarian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan pelbagai maklumat Transistor Filem Nipis (TFT) 7 inci, paparan audio 9 inci, tempat duduk separa kulit (dua tona) dan enam beg keselamatan.\n Model Axia 1.0L G X SE AV Transmisi Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan (DCVT) Teknologi Fuel Consumption (MDC Mode) KM/l 25.3 27.4 (With \u201cECO idle system) Powe Mode Drive \u2013 . Style Lampu depan Halogeen LED Lampu siang LED (DRL) Type \u2013 . Auto ON-Off \u2013 . Cermin sisi Elektrik & Manual Boleh Ditarik Semula Elektrik & Auto Boleh Ditarik Semula (dengan isyarat membelok LED) Keselesaan Kerusi Bahan Fabric Tempat duduk separa kulit (dua tona) Kerusi hadapan Jenis standard dengan tempat letak kepala boleh tanggal Semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan Kerusi belakang Boleh dilipat dengan sandaran kepala bantal Boleh dilipat dengan tempat letak kepala yang berasingan Kemudahan Multi info display LCD LCD (dengan Tachometer) 7\u201d Transister Filem Nipis (TFT) Audio Standart audio 9\u201d display audio Keselamatan ABS dengan Pengagihan Tenaga Break Elektronik\u00a0\u00a0& BA . . . . Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) . . . . Bantuan permulaan Bukit (HSA) . . . . Kawalan Daya tarikan(TRC) . . . . Filem tetingkap Solar & Keselamatan . . . . \nPilihan Warna AXIA D74A\nPerodua mengeluarkan 5 jenis pilihan warna untuk pilihan peminat model kereta AXIA terbaru. Antara pilihan warna tersebut iaitu;\n\n\n\n\n\n\nGranite Grey,\nLava Red,\nGlittering Silver,\nIvory White,\nCoral Blue\n\nAnda juga boleh download risalah untuk paparan spesifikasi gambar kenderaan yang lebih jelas di sini\nHarga Perodua AXIA 2023\nBerikut pula senarai harga kereta perodua axia terbaru mengikut varian;\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Model\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Axia G\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM38,600\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Axia X\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM40,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Axia SE\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM44,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Asia AV\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM49,500\u00a0\u00a0\u00a0\n*Harga diatas adalah harga angaran atas jalan tanpa insurans\nSecara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu dan mengikut citarasa pilihan pengguna\nPerbandingan Perodua Axia & Axia D74A\nHarga\nModel Axia 2022 mempunyai 5 varian pilihan dengan harga bermula daripada RM23,367 untuk model Axia transmisi manual basic sehingga RM41,427 full set accessory\nVarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)Harga Axia Model LamaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367Harga Axia 2023 Model BaruRM 49,500RM 44,000RM 40,000\u2013RM 38,600\u2013\nPenjimatan Minyak\nDari segi kecekapan bahan api\n\nAxia BARU : Mampu bergerak sehingga 27.4 kilometer seliter berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.\nAxia lama ; Manakala bagi Axia lama ianya mampu bergerak sejauh 22.5km/l berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.\n\nSpesifikasi\nDari segi spesifikasi pula, anda boleh lihat perbezaan setiap varian model Axia lama seperti gambar di bawah dengan varian model The All New AXIA seperti gambar di atas\n\nMaklumat Lanjut & Cara Tempahan\nBagi anda yang berminat untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia 2023, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah :\n\nLaman web Perodua Malaysia :\u00a0https://www.perodua.com.my/\nHotline : 1-800-88-6600\nTempahan :\u00a0https://www.perodua.com.my/online-booking.html\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/baucar-perlindungan-tenang-b40/", "title": "Baucar Perlindungan Tenang B40: Cara Membuat Semakan Status & Penebusan", "body": ["\n\n", "\nBaucar Perlindungan Tenang B40: Cara Membuat Semakan Status & Penebusan ~ Sukacita dimaklumkan, Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 masih lagi diteruskan tahun ini (2022) dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75\nBaucar Perlindungan Tenang B40\nBaucar Perlindungan Tenang B40 adalah skim bantuan kewangan di mana baucar sebanyak RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.\nHal ini kerana, penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40. Baucar ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.\nNOTA: Baucar ini diperuntukkan khas kepada golongan B40 dan akan diteruskan tahun ini dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.\n\nKriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang\nMelalui inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang B40 untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. \u2800\nBaucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.\n\n\n\n\nDisamping itu, pihak kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).\n\nSyarat Kelayakan\nLayak untuk penerima BPR sahajaSatu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahajaPulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkanBaucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.\nCara Semakan Baucar Perlindungan Tenang\n\nUntuk menyemak, semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:\nSEMAKAN MANUAL: Sila kunjungi wakil insurans pengendali TakafulSEMAKAN ONLINE: Sila layari laman web : www.myPTV.my\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau, ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: www.myptv.my atau, www.mycoverage.my\nAnda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian: 03 7723 9333\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-penghargaan/", "title": "Contoh Penghargaan Kerja Kursus & Format Ringkas", "body": ["\n\n", "\nContoh \u2013 contoh penghargaan kerja kursus seperti pengajian am, folio, kerja lapngan geografi buku skrap mahupun penghargaan latihan indsutri atau tesis.\nFormat contoh penghargaan ini juga disertakan dalam file word untuk memudahkan pelajar download sebagai rujukan bagi melengkapkan folio, kerja kursus mahupun untuk rujukan contoh penghargaan tesis atau latihan indsutri\nPengenalan\nMenurut dewan bahasa penghargaan bermaksud perihal atau perbuatan meng\u00adhargai, penghormatan, penyanjungan; ha\u00addiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).\nSecara umumkan penghargaan ditulis pada muka surat paling hadapan sekali selepas, cover kerja kursus,folio mahupun tesis\nPenghargaan pada kebiasanya akan mengandungi ;\n\nTajuk \nPendahuluan (Pembuka ayat biasanya bagi yang islam biasanya akan menulis perkataan bismillah atau assalamualaikum)\nNama individu, syarikat, organisasi atau sesiapa sahaja yang anda rasakan hendak berterima kasih atas sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan, laporan atau tesis yang anda hasilkan\nPenutup ( Kata-kata hikmah, pantun atau sebagainya)\nNama penulis\n\nWalaubagaimanapun format ini tidak terikat, anda juga boleh merujuk kepada nota format tugasan mengenai format penulisan penghargaan yang diberikan oleh guru mahupun penysarah anda.\nContoh Penghargaan Kerja Kursus Pengajian Am\nBismillahirrahmanirrahim \nBersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus pengajian am ini dengan jayanya. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar saya, Encik Ahmad, yang telah memberikan inspirasi dan bimbingan yang tak ternilai dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Tanpa bantuan dan sokongan beliau, saya tidak akan dapat menyelesaikan tugas ini dengan mudah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru yang memberikan sokongan dan nasihat selama proses pengajaran dan pembelajaran. \nTidak dilupakan kepada kumpulan saya yang memberikan dorongan moral dan tenaga semasa menjalankan kajian dan penyelidikan. Kumpulan ini termasuk Nabil, Sarah, dan Syahirah yang membantu saya mengumpulkan maklumat dan memberi pandangan berharga. Mereka juga memastikan bahawa kami sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan tugas ini dengan efektif dan cemerlang. \nSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang memberikan sokongan dan motivasi selama saya menjalankan kerja kursus ini. Keluarga saya sentiasa memberikan dorongan moral yang sangat diperlukan dan mereka juga memahami betapa pentingnya kerja kursus ini dalam pengajian saya. Terima kasih kepada ibu dan ayah saya yang sentiasa menyediakan masa dan tenaga untuk membantu saya menyelesaikan tugas ini. Saya berterima kasih atas pengorbanan mereka dan saya tahu bahawa tanpa sokongan mereka, saya tidak akan dapat mencapai tahap yang saya harapkan. \nAkhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam menyelesaikan kerja kursus Pengajian Am ini. Saya menghargai segala nasihat, sokongan dan bantuan yang telah diberikan. Saya berharap bahawa kerja kursus ini akan memberikan manfaat dan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang masyarakat Malaysia kepada saya dan juga kepada semua yang membacanya. \nTerima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyelesaikan kerja kursus Pengajian Am ini. Saya akan sentiasa menghargai semua sumbangan yang telah diberikan dan saya akan berusaha untuk terus belajar dan memperbaiki diri. \nBaca juga : Format Penulisan Laporan Aktiviti & Beserta Contoh\nContoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah\nSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Kerja kursus sejarah ini memberikan saya peluang untuk mempelajari dan memahami peristiwa penting dalam sejarah dan mengembangkan kemahiran penyelidikan dan penulisan.\nPertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya yang memberikan panduan dan sokongan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada guru, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.\nSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan dan motivasi sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam jangka masa yang ditetapkan.\nSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pustakawan dan kakitangan perpustakaan yang membantu saya dalam mencari rujukan dan bahan untuk kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah berkongsi maklumat dan rujukan dengan saya.\n\n\n\n\nAkhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian kerja kursus ini, dari guru sejarah, ibu bapa, pustakawan, rakan-rakan hingga kepada penulis-penulis yang telah menulis buku yang saya gunakan sebagai rujukan. Terima kasih banyak kerana memberikan sokongan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap kerja kursus ini akan memberikan manfaat kepada orang lain yang membacanya. Sekali lagi, terima kasih\n\"Terima kasih pada guru dan sahabat,\nKerana memberikan ilmu dan cinta,\nKita terus belajar dan bertumbuh,\nMoga hidup kita sentiasa berjaya\"\n\nBaca juga : Contoh-Contoh Penulisan, Surat & Ucapan\nContoh Penghargaan Folio\n Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan folio ini. Folio ini adalah hasil daripada kerja keras saya sendiri dan sokongan yang diberikan oleh beberapa individu yang memberikan nasihat, panduan dan bantuan dalam beberapa cara yang berbeza. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya yang memberikan pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga dalam subjek yang terlibat dalam folio ini. Tanpa bimbingan dan sokongan guru, saya tidak akan dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. \nSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan saya dalam sesi diskusi dan kerja kumpulan kami. Saya berterima kasih kepada mereka kerana memberi dorongan moral dan membantu saya untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam menulis dan menghasilkan karya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, yang memberikan sokongan moral dan motivasi sepanjang saya menyiapkan folio ini. Tanpa sokongan mereka, saya tidak akan dapat menyelesaikan folio ini dalam jangka masa yang ditetapkan. \nAkhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian folio ini, dari guru, rakan sekelas, hingga kepada keluarga saya. Terima kasih banyak kerana memberikan sokongan dan bantuan dalam menyiapkan folio ini. Saya berharap folio ini akan membantu meningkatkan kefahaman saya dalam subjek yang terlibat dan memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Sekali lagi, terima kasih. \nContoh Penghargaan Tesis\nTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Raja Maznah Raja Hussain, selaku penyelia saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tesis ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang penyelidik dan pendidik yang baik. Tidak dilupakan kepada barisan pensyarah dan staf teknikal di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang pengajian ini. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan. \nTerima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (secara amnya) dan Universiti Malaya (secara khususnya) kerana telah menganugerahkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Terima kasih juga kepada pihak institusi kajian, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana telah memberi sokongan penuh dalam kerja lapangan dan memudahkan proses untuk mendapat data. Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati, Dr. Hj. Shaharom bin Noordin dan Pn. Hjh. Zabidah binti Idris yang sentiasa memberi kasih sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang amat saya perlukan. \nUcapan terima kasih kepada isteri tersayang, Pn. Azidah binti Alimuddin dan kedua anak perempuan, Nurul Fatin Umairah dan Nurul Fathin Zulaikha atas kesabaran, sokongan, bantuan, toleransi, cinta dan doa kalian, sehingga tesis dan pengajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. \nAkhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tesis ini. Semoga penyelidikan dan tesis ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang. \nContoh Penghargaan Latihan Industri\nSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjalankan latihan industri di tempat kerja ini. Latihan industri ini memberikan peluang kepada saya untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian saya dan membantu saya untuk memahami keperluan industri.\nPertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jabatan dan rakan sekerja saya yang telah memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang tempoh latihan industri. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada mereka, saya tidak akan dapat menyelesaikan latihan ini dengan berkesan.\nSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah memberikan panduan dan sokongan sepanjang tempoh latihan industri. Mereka memberikan nasihat yang berguna tentang tugas dan tugasan yang perlu dilakukan dalam tempoh latihan ini.\nSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekerja saya yang memberikan sokongan dan bantuan dalam menjalankan tugas dan tugasan yang diberikan. Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang untuk mengenalpasti keperluan industri dan melihat bagaimana ia beroperasi secara langsung.\nAkhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjalankan latihan industri ini, dari ketua jabatan, pensyarah, rakan sekerja hingga kepada pensyarah. Terima kasih kerana memberikan sokongan dan bantuan dalam menjalankan latihan ini. Saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh dalam latihan ini akan berguna dalam karier saya di masa akan datang. Sekali lagi, terima kasih.\n\nMuat Turun\nUntuk rujukan anda boleh download file word berikut dan sesuaikan dengan kerja kursus atau laporan anda. Semoga bermanfaat\ntemplate-penulisan-penghargaanDownload\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/wifi-smart-selangor/", "title": "Wifi Smart Selangor : Wifi Percuma Untuk Rakyat Selangor", "body": ["\n\n", "\nTerkini Kerajaan Selangor ada menyediakan perkhidmatan Wifi Smart Selangor. Ianya merupakan satu kemudahan wifi percuma untuk rakyat Selangor terutamanaya bagi kumpulan B40, M40, belia dan pelajar bagi mengakses internet.\nTerdapat hampir 800 hotspot WiFi percuma dengan kawasan boleh diakses di seluruh Selangor dengan jumlah pengguna berdaftar sekitar 1 juta pengguna, dengan lebih banyak hotspot sedang dipasang. Sasaran kami tertumpu kepada keperluan penggunaan teknologi dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma yang lebih baik kepada golongan B40, M40, belia dan pelajar yang sangat memerlukan akses kepada Internet. WiFi Smart Selangor memudahkan rakyat menjalankan transaksi e-dagang & e-kerajaan, dan kesinambungan aktiviti pembelajaran & pendidikan menggunakan platform pembelajaran dalam talian dalam era norma baharu pasca Covid-19\nApa Itu Wifi Smart Selangor?\nProgram Wifi Smart Selangor\u00a0memberikan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada rakyat Selangor terutamanya kumpulan B40, M40, belia dan pelajar yang sangat memerlukan capaian ke Internet. Hotspot yang memberikan capaian Internet yang lebih pantas di seluruh negeri Selangor dilaksanakan untuk mempersedia rakyat Selangor menghadapi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).\u00a0\nKini, WSS memberi tumpuan kepada beberapa kluster utama iaitu:\n\nPerumahan kos rendah dan sederhanapendidikankesihatankeagamaanpusat komunitipengangkutansukan & rekreasiagensi syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor\nBaca juga : Skim Go Digital hijrah Selangor Pembiayaan RM50,000\nSmart Sel\nSMARTSEL Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)\nSMARTSEL telah ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah syarikat Infrastruktur telekomunikasi bersandarkan negeri yang telah diberi kuasa untuk merancang, membina, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur gentian kongsi di seluruh Selangor.\nBidang tumpuan kami di SMARTSEL adalah untuk memartabatkan Infrastruktur Kesalinghubungan Digital Selangor bagi merealisasikan wawasan Smart Selangor 2025. SMARTSEL ialah syarikat infrastruktur Telekomunikasi yang disokong kerajaan yang telah diberi mandat untuk membangun dan menyampaikan Infrastruktur Digital Pintar dengan sokongan dan sumber daripada Kumpulan MBI dan negeri\nCara Daftar dan Login Wifi smart Selangor\n\nSemak coverage /signalSelepas anda cuba connect, anda boleh mula buka mana-mana website walaubagimanapun website yang anda inginkan tidak boleh dibuka sebaliknya terpapar halaman daftar dan registerAnda perlu mendaftar terlebih dahulu. Isi semua maklumat yang diperlukan, anda sudah boleh mula akses mengunakan username dan password yang telah anda tetapkan semasa pendafatranAnda sudah boleh gunakan kemudahan ini secar apercuma selama tempoh 30 minit setiap kali anda connect dan login\nWalaubagaimanapun, kemudahan ini hanya sesuai untuk anda membuat semakan sosial media anda seperti twiter,facebook,instagram tiktok, wsbite termasuk blog.Jika anda ingin menonton video mungkin akan hadapi masalah kerana kelajuan wifi di kawal\nBaca juga : Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor\n\n\n\n\nCara Semak Liputan Wifi smart Selangor\nUntuk mengetahui lokasi terkini yang mempunyai kemudahan wifi smart Selangor, layari https://www.smartsel.co/wifi-smart-selangor\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan wifi smart Selangor atau anda mempunyai sebarang cadangan untuk penambahbaikan, anda boleh hubungi ;\nTel : 03 5513 1000\nEmail : [email\u00a0protected]\nFacebook : https://www.facebook.com/wifismartselangor\nAduan\nhttps://selangor.spab.gov.my/eApps/system/index.do\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengeluaran-khas-rm500-pencarum-ltat-sempena-jubli-emas-50-tahun/", "title": "Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT Sempena Jubli Emas 50 Tahun", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT Sempena Jubli EMAS 50 TAHUN. Pengumuman ini telah di buat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu siding media khas sempena Majlis Pelancaran Ulang Tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke 50 Tahun di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan\nPengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.\nDatuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara \u2018one off\u2019.\nPermohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember\nIa juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan serta komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pencarum.\nSambutan Jubli Emas ini juga untuk mengiktiraf peranan LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT seperti Kumpulan Boustead, Kumpulan Affin dan Pharmaniaga Bhd serta impak dibawa terutama kepada pencarum TAT sepanjang 50 tahun lalu serta perancangan masa depan LTAT dalam meneruskan perjalanan transformasinya ke arah menjadi dana persaraan yang mampan dan berdaya saing\nJumlah Pengeluaran \n\nJumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara \u2018one off\u2019\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022\nCara Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT\nPermohonan ini boleh dibuat melalui Aplikasi MyWira. Bagi pencarum yang belum mendaftar perlu mendaftar terlebih dahulu\n\n\n\n\nApa Itu Aplikasi MyWira LTAT\nAkses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya. Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja\nCara Daftar Aplikasi MyWira\n\nMuat turun aplikasi Mywira ke peranti mudah ahli anda melalui pautan berikut https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai penggunaIsi butiran diri yang tepat ( Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktifIsikan KOD PEGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar /emel yang telah anda daftarkan di dalam kotak berkenaanPendaftaran berjaya. Tekan \u201cSelesai\u201d dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu\nPengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.\nTarikh Pembayaran Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT\nPembayaran pertama akan dilaksanakan bermula 19 hingga 23 Disember 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook : Lembaga Tabung Angkatan TenteraLaman web : https://www.ltat.org.my/Telefon : 1300 88 5828\n\nSumber Facebook : Datuk Seri Hishammuddin Hussein\nBaca juga : Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pendaftaran-memperbaiki-keputusan-stpm-2021-ulangan/", "title": "Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 Ulangan", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM 2021 telah dibuka. Calon-calon yang berminat boleh memilih untuk memperbaiki keputusan secara keseluruhan atau secara tampal (patching). Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan untuk calon yang berminat untuk membuat pendaftaran segera.\nPendaftaran di buka mulai 22 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup pada 22 September 2022\nCara Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021\n\nSistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun semasa yang memperbaiki keputusan.Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.Calon yang memperbaiki keputusan akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:Memperbaiki keputusan secara keseluruhanMemperbaiki keputusan secara tampal (patching)Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari\u00a0https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan\u00a0)Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM\u00a0http://www.mpm.edu.my\u00a0untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN\n\nPeraturan dan Skema Peperiksaan\nCalon di nasihati untuk membaca peraturan dan skema peperiksaan seperti pautan di bawah ;\nBILNAMA BORANG / DOKUMEN\u00a0Muat Turun1\u00a0Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna PakaiUntuk Peperiksaan STPM Mulai 2023)\u00a0\u00a0Muat Turun2\u00a0Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna PakaiUntuk Peperiksaan STPM 2022) \u00a0Muat Turun\n\nKerja Kursus STPM\nPerkara 4.4\nCalon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM, boleh memilih sama ada hendak melaksanakan kerja kursus atau tidak melaksanakanya mengikut tiga pilihan berikut;\n\n\n\n\n4.4.1 Boleh bawa markah KK tahun lepas ke tahun mengulang. Jika langkau dua tahun atau lebih rujuk perkara (4.7) ATAU\n4.4.2 Jika tidak memilih perkara 4.4.1, mesi membuat kertas alternatif bertulis bagi mata pelajaran berikut ; Sains Sukan, Geografi, Seni visual, Physics, Chemistry, Biology, dan Perakaunan\n4.4.3 Bagi mata pelajaran selain dari perkara 4.4.2, calon boleh membuat KK baharu. MPM akan membatalkan markah KK yang lama. Markah lama tidak boleh diguna pakai sama sekali walaupun markah baharu kelak lebih rendah daripada markah lama\n\nPerkara 18 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan Semeseter (Peperiksaan Ulangan 1 dan Ulangan 2)\n18.1 Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu semester untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada semester berikutnya\n18.2 Calon hanya dibenarkan mengulang peperiksaan semseter 1 dan/atau peperiksaan semester 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan berkenaan pada hujung semseter 3 sahaja bagi kohort yang sama. Peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan bagi semester yang berkenaan hanya sekali sahaja\n18.3 Keputusan peperiksaan semester yang terbaik (skor) tertinggi akan di ambil kira antara peperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan peperiksaan ulangan\n18.4 Calon yang mengulang peperiksaan bertulis sesuatu semester akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas. Calon hendaklah membeli PIN MEC untuk mendapatkan nombor mendaftar peperiksaan ulangan\n18.5 Tiada peperiksaan ulangan bagi kerja kursus dan juga kertas alternatif bertulis yang menggantikan kerja kursus serta kertas bertulis semseter 3\n18.6 Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semester dengan alasan yang tidak munasabah dan calon yang disabitkan dengan kes salah laku, tidak dibenarkan untuk mendaftar peperiksaan ulangan. Ini kerana peperiksaan STPM merupakan peperiksaan awam yang diiktiraf\n18.7 Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semseter dengan alasan yang munasabah hendaklah mengemukakan permohonan ke MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar segera sebelum/selepas sesuatu peperiksaan itu bermula/tamat. Bukti sokongan juga hendaklah disertakan bersama dengan surat permohonan untuk menduduki peperiksaan ulangan. Caj sebanyak RM50.00 per kertas akan dikenakan\n18.8 Calon yang hendak menukar mata pelajaran yang didaftarkan bagi peperiksaan ulangan selepas tarikh tutup pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Calon yang ingin menukar mata pelajaran sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayan\n18.9 Calon WAJIB membeli PIN MEC apabila pendaftran dibuka dan membuat pendaftaran dalam tempoh pendaftaran dibuka\n18.10 Calon yang telah membeli PIN MEC ulangan 1 atau ulangan 2 hendaklah membuat pendaftaran dalam tempoh pendaftaran dibuka. MPM tidak akan menerima pendaftaran calon selepas 1 bulan daripada tarikh tutup pendaftaran ulangan 1 dan ulangan 2 dan PIN MEC ini tidak boleh digunakan lagi termasuk sebagai bayaran calon bantahan serta wang pembelian PIN MEC tersebut tidak akan dipulangkan\n\nSemakan Status Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM\nCalon boleh menyemak status pendaftaran mereka dengan melayari portal MPM melalui semakan pada Laporan Pendaftaran Calon (LPKC) atau melalui sistem mesej singkat (sms) dengan menaip INFOSTPM, dan menghantarnya ke talian 15888. Semakan LPKC hendaklah dibuat pada setiap semester calon menduduki peperiksaan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021, anda boleh hubungi ;\nLaman web:\u00a0https://www.mpm.edu.my/Facebook :\u00a0Majlis Peperiksaan MalaysiaTelefon : 0361261600E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-ibu-tunggal-kerajaan-negeri-melaka-fasa-2-2022/", "title": "Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka Fasa 2 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan negeri Melaka fasa 2 2022 telah dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu). Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka\nBorang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka\nSehubungan dengan itu, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal ini boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati bermula esok di :\n\n\n\n\n\nPejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, MelakaWaktu OperasiIsnin \u2013 Khamis8.00 Pagi \u2013 1.00 Petang2.00 Petang \u2013 5.00 PetangJumaat8.00 pagi \u2013 12.15 tgh hari2.45 petang \u2013 5.00 petangPejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 MelakaWaktu OperasiIsnin \u2013 Khamis I Sabtu & Ahad8.00 Pagi \u2013 1.00 Petang2.00 Petang \u2013 5.00 PetangJumaat8.00 pagi \u2013 12.15 tgh hari2.45 petang \u2013 5.00 petang\n\nKategori Pemohon \n\nPerempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :\na. Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan atau tidak;\nb. Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja atau banduan; atau c. Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah\n\nSyarat Kelayakan\n\nBerikut syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini;\nPemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka; danWanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal; danMempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1, 289.00 atau RM 337.00 per-kapita.\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu). Borang permohonan ini perlulah dikembalikan semula ke pejabat ini sebelum atau pada tarikh tutup\nMaklumat Lanjut\n\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan khas ibu tunggal kerajaan negeri melaka, anda boleh hubungi ;\nPejabat Pembangunan Wanita Negeri MelakaAras 15, Menara PersekutuanJalan PersekutuanMITC Ayer Keroh75450 Melaka\nFacebook : https://www.facebook.com/ppwnmelaka15\nTel : 06 -2310334Fax : 06 \u2013 2310473Emel: [email\u00a0protected]y\n\nBaca juga : Bantuan TAPEM : Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi Anak Melaka\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/senarai-menteri-besar-mb/", "title": "Senarai Menteri Besar,Ketua Menteri Negeri ,Premier Sarawak", "body": ["\n\n", "\nTerkini Senarai Nama Menteri Besar, Ketua Menteri Setiap Negeri di Malaysia dan Nama Premier Sarawak\nMenteri besar, Ketua Menteri Negeri dan Premier Sarawak merupakan ketua kerajaan bagi sesebuah negeri.\nMengikut protokol, semua\u00a0Menteri Besar,\u00a0Ketua Menteri\u00a0dan Premier diberi gelaran terhormat\u00a0Yang Amat Berhormat\u00a0atau Singkatannya\u00a0YAB.\nDisini juga, di kongsikan senarai Menteri Besar (MB), Ketua Menteri (CM) dan Premier Sarawak 2022\nBeza Menteri Besar dan Ketua Menteri ialah, Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.\nManakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.\nManakala bagi negeri Sarawak, Premier Sarawak ialah gelaran bagi ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak\nSenarai Nama Menteri Besar Malaysia, Ketua Menteri dan Premier Sarawak Terkini\n\nSehingga kini,berikut adalah senarai MB, CM dan Menteri Primer Sarawak untuk setiap negeri di Malaysia yang memaparkan maklumat Negeri, Nama dan Parti terkini. \nNegeriNamaPartiPERLIS \u00a0 \u00a0Dato\u2019 Seri Azlan ManUMNOKEDAHTuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md NorPASPULAU PINANGChow Kon YeowDAPPERAKDato\u2019 Saarani Bin MohamadUMNOSELANGORDato\u2019 Seri Amirudin ShariPARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)NEGERI SEMBILANDato\u2019 Seri Haji Aminuddin HarunPARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)MELAKADatuk Hj. Sulaiman Bin Md. AliUMNOJOHORDatuk Ir. Haji Hasni Bin Haji MohammadUMNOPAHANGDatuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailUMNOTERENGGANUDato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarPASKELANTANDato\u2019 Haji Ahmad Bin YakobPASSARAWAKDatuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman ZohariPARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATUSABAHDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji NoorBERSATU\n\nManakala bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di terajui oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Shahidan bin Kassim dari parti UMNO\n\n\n\n\nSelepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan.\n\nPilihan raya umum Malaysia 2022, Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob, secara rasmi\u00a0telah membubarkan parlimen. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga telah memustuskan tarikh pilihan raya umum Malaysia ke-15, akan diadakan pada 19 November 2022 setelah parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.\nDisebabkan perkara ini, tiga negeri berikut telah turut sama membubarkan kerajaan negeri yang mana tindakan ini akan menyebabkan secara sendirinya penyandang jawatan ketua menteri bagi ketiga-tiga negeri ini akan terlucut. Walaupun begitu, ianya kekal sebagai ketua menteri sementara sehingga segala urusan urusan kerajaan akan dijalankan oleh kerajaan baru dan pelantikan ketua menteri baru di buat semula selepas PRU-15\n\nNegeriNamaPartiPERLIS \u00a0 \u00a0Dato\u2019 Seri Azlan ManUMNOPAHANGDatuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailUMNOPERAKDato\u2019 Saarani Bin MohamadUMNO\n\nSebgai ketua menteri sementara, ianya memberi sekatan ke atas kuasa badan eksekutif, dengan peranan mereka hanya terhad kepada peranan pentadbiran asas untuk memastikan kelancaran hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.\nSenarai ketua menteri ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa.\nSumber : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/mbkm\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-biasiswa-yayasan-hong-leong-foundation-hlf-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong Foundation (HLF) 2022", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong \u00a0Foundation (HLF) 2022 di buka kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\n\u00a0\nPermohonan biasiswa ini terbuka untuk pelajar menyambung pengajian sama ada di intitutsi awam mahupun swasta. Mereka yang layak juga tidak perlu membayar balik tawaran biasiswa Yayasan Hong Leong. Tertakluk dengan terma dan syarat.\nApa Itu Biasiswa Yayasan Hong Leong Foundation (HLF)\n\nHLF menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun dan panggilan untuk permohonan bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mei setiap tahun . Walau bagaimanapun, dimaklumkan bahawa panggilan untuk permohonan tahun ini (2022) telah ditangguhkan kepada 15 Mei dan berakhir pada 30 Jun .\nBaca juga : Terkini Biasiswa Top Glove Foundation 2022\nBiasiswa ini diberikan kepada mereka yang mengikuti pengajian dalam Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Prasiswazah (kursus ijazah pertama dalam MANA-MANA \u200b\u200bkursus atau bidang pengajian secara sepenuh masa di universiti dan kolej awam dan swasta yang diiktiraf di Malaysia.\nSyarat Kelayakan\nSyarat Umum\n\nIa terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 17 \u2013 25 tahun yang telah menduduki peperiksaan SPM/STPM tahun sebelumnya dan menerima keputusan anda pada bulan Mac tahun ini.\nMereka yang sedang mengikuti program Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah (Tahun 1, 2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.\nJumlah pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 dan ke bawah sebulan .\n\nSyarat Khusus\n\nSPM : Minimum 8A\nSTPM / Matrikulasi / A-Level / Asasi / Diploma / Ijazah : PNGK minima 3.5 (Sila tukar pemarkahan kepada PNGK semasa memohon jika pemarkahan anda tidak dalam format ini pada masa ini.)\n\nKurus Pengajian Yang Layak Memohon\nPemohon boleh mengikuti pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Pengajian Prasiswazah (kursus ijazah pertama) dalam MANA-MANA \u200b\u200bkursus di universiti dan kolej awam dan swasta yang diiktiraf secara sepenuh masa di Malaysia.\n\u00a0\nKelebihan Biasiswa HLF\nSepanjang tempoh biasiswa, Yayasan juga akan menganjurkan pelbagai program pengayaan seperti\n\nkem kepimpinan atau motivasi,\nceramah,\nseminar,\nlawatan kilang,\nhari pembangunan kerjaya dan sebagainya untuk manfaat para ulama.\n\n\u00a0\nSelain bantuan kewangan, Program Biasiswa Yayasan Hong Leong juga menawarkan peluang untuk latihan industri atau amali di syarikat subsidiari kumpulan yang berkaitan.\nAnda dialu-alukan untuk mendapatkan pekerjaan dengan Kumpulan selepas tamat pengajian. Ketersediaan pekerjaan adalah berdasarkan keperluan. Jabatan Sumber Manusia mengadakan Pameran Kerjaya di pelbagai syarikat operasi dalam Kumpulan. Jemputan untuk menyertai kerjaya ini akan dibuat melalui laman Facebook Scholar .\n\u00a0\n\n\n\n\nJumlah Pembiayan Biasiswa\n\nPengajian prasiswazah di Universiti Awam \u2014 RM 8,500/ = setahun\nKursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam \u2014 RM 6,000/ = setahun\nPengajian prasiswazah di universiti swasta tempatan \u2014 sehingga RM 24,000/ = setahun\n(Program ijazah \u201c3+0\u201d secara sepenuh masa dan di kampus) Kursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan \u2013 sehingga RM 32,000/ = setahun\n\nDokumen di Perlukan\n\nSemasa proses permohonan dalam talian, anda perlu memuat naik salinan yang diperakui-benar bagi versi asal oleh pihak berkaitan seperti sekolah, universiti, dsb.\nJika anda disenarai pendek untuk temu duga, anda akan dikehendaki membawa versi asal atau salinan yang disahkan benar semasa sesi temu duga.\nSila ambil perhatian bahawa anda akan segera ditolak dan disenarai hitam sekiranya kami mendapati anda telah memalsukan dokumen atau memberikan maklumat palsu, terutamanya maklumat yang berkaitan dengan status kewangan dan latar belakang keluarga anda dalam borang permohonan dalam talian.\n\n\u00a0\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nPermohonan perlu mempunyai akaun e-mel GMAIL untuk melengkapkan borang permohonan dalam talian.\nPermohonan boleh di buat secara online menerusi pautan https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship\n\nTarikh tutup Permohonan\nBagi tahun 2022, permohonan boleh dibuat mulai 15 Mei 2022 sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2022\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong foundation (HLF) 2022, anda boleh menghubungi sekretariat Yayasan Hong Leong di talian 03 2020 1617 atau anda juga boleh layari laman https://hongleongcsr.org/\n\u00a0\nSoalan lazim yang biasa di tanya mengenai Biasiswa Hong Leong Foundation (HLF)\nBagaimana Cara Memohon?\nPermohonan secara online menerusi pautan https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan?\n30 Jun 2022\nApakah Syarat Permohonan?\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 17 \u2013 25 tahun yang telah menduduki peperiksaan SPM/STPM tahun sebelumnya dan menerima keputusan anda pada bulan Mac tahun ini.\nMereka yang sedang mengikuti program Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah (Tahun 1, 2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.\nJumlah pendapatan isi rumah\u00a0mestilah\u00a0RM5,000 dan ke bawah sebulan\u00a0.\nSPM : Minimum 8A\nSTPM / Matrikulasi / A-Level / Asasi / Diploma / Ijazah : PNGK minima 3.5 (Sila tukar pemarkahan kepada PNGK semasa memohon jika pemarkahan anda tidak dalam format ini pada masa ini.)\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kad-perak-sejahtera/", "title": "Program Bantuan Kad Perak Sejahtera 2023", "body": ["\n\n", "\nBantuan Kad Perak Sejahtera\nSukacita dimaklumkan bahawa bantuan Kad Perak Sejahtera kini dibuka. Dahulunya dikenali sebagai Kad Perak Prihatin, inisiatif ini merupakan salah satu program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.\nInisiatif yang melibatkan peruntukan sehingga RM 25.2 juta ini sekaligus membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.\nBaca Juga : Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200\nApa Itu Program Kad Perak Sejahtera?\nProgram Kad Perak Sejahtera dilancarkan bagi mengurangkan kos sara hidup dan memudahkan rakyat mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan pembelian barangan asas.\nPenerima bantuan yang berkelayakan boleh mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik panel dan membeli barangan asas di kedai dan pasar raya berdaftar tanpa tunai.\nProgram yang telah dilaksanakan di bawah Program Perak Prihatin sejak 2019 ini telah menyaksikan lebih 17,000 penerima manfaat di negeri tersebut.\n\u00a0Bagi memastikan kebajikan rakyat, inisiatif ini digiatkan lagi dengan penerimaan bantuan yang dipertingkat kepada 20,000 penerima pada tahun 2020 dan 2021.\nManfaat Program \nKelebihan yang bakal dinikmati oleh penerima adalah seperti berikut :\nBagi pemegang Kad Perak Sejahtera, mereka akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM90.00, telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan daripada sebelum ini.\n\n\n\n\nJumlah ini telah berkuatkuasa Januari 2023.\nPada bulan Februari 2023 pemegang kad ini akan menerima wang yang akan dimasukkan kedalam kad sebanyak RM100.00 sahaja, ini kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023.\nPada bulan Mac 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan ke dalam kad seperti biasa iaitu RM90.00 sahaja.\nBagi penggunaan manfaat kesihatan masih kekal iaitu RM75.00 untuk setiap kali rawatan.\nManakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun.\nSemakan Kelayakan\nAnda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di pautan berikut : \u00a0https://member.perakprihatin.com/site/login\nPengaktifan Kad Perak Sejahtera\nSebelum menggunakannya, pengguna perlu mengaktifkan kad terlebih dahulu.\nAnda boleh mengaktifkan kad secara online di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp\n\nCara Penggunaan\nBerikut merupakan prosedur bagi penggunaan kad ini.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Sejahtera, sila hubungi Pusat panggilan perkhidmatan di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di talian 05-526 9829 atau emel ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mypsv/", "title": "MyPSV Bantuan Lesen E-Hailing PSV Percuma 2023", "body": ["\n\n", "\nBantuan MyPSV Lesen E-Hailing 2023 secara percuma kepada B40 yang layak dikini boleh dimohon bermula 3 Julai 2023 sehingga mencapai kouta yang telah ditetapkan.\nMsPSV telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu YB Loke Siew Fook. Ianya disasarkan khusus untuk golongan B40 yang terjejas pendapatan terutama sejak penularan wabak covid-19.\nSebanyak 2 juta di peruntukan oleh kerajaan bagi program MyPSV yang akan memanfaatkan 3,500 bakal pemandu e-hailing dan 500 bakal pemandu bas di kalangan komuniti B40.\nBagi memudahkan perniagaan e-hailing, kementerian pengangkutan Malaysia juga telah menaikan had usia kereta bagi tujuan e-hailing \u00a0dari 10 tahun hingga ke 15 tahun.\nUjian teori PSV dan GDL juga dimansuhkan di mana pelajar-pelajar hanya perlu hadir dan lengkapkan khusus teori sahaja\nProgram MyPSV 2023 Bantuan Lesen E-Hailing\n\nMyPSV merupakan inisiatif kerajaan Madani melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 yang masih terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV)\u00a0E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan serta gig ekonomi\nProgram ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan\u00a0Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500)\nTempoh Permohonan Bantuan Lesen MyPSV\nPermohonan untuk program MyPSV 2023 ini dibuka mulai\u00a03 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan\nKuota permohonan bagi program ini adalah seramai\u00a04,000 orang peserta\u00a0sahaja iaitu:\n\nPSV\u00a0E-Hailing/Teksi \u2013 3,500 Peserta Sahaja\nPSV Bas (BTM > 7,500 kg) \u2013 500 Peserta Sahaja\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nWarganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.\nPemohon mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.\nPemohon mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D)\u00a0(sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.\nPemohon tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.\nPeserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan\nPeserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.\neserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.\neserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.\nKos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja\n\nKos Yang Tidak Ditanggung Program MyPSV\n\nPemohon (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.\nKos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.\n\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Program MyPSV\nBagi anda yang berminat untuk menyertai program MyPSV, permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi Borang Permohonan MyPSV\nDokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:\n\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan Lesen Memandu Malaysia\nLaporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik (untuk permohonan yang LULUS sahaja)\n\nSalinan kad pengenalan dan lesen memandu perlu di muat naik ketika mengisi borang permohonan online MyPSV.\n\nKad Pengenalan -(bahagian depan dan belakang) berwarna dengan latar belakang kertas putih A4. (Format PDF sahaja) (Contoh:\u00a0 883399093344.pdf)\nKad lesen memandu (bahagian hadapan) berwarna dengan latar belakang kertas putih A4.\u00a0(Format PDF sahaja) (Contoh: Nama Pemohon.pdf)\n\nSila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan\n\nSemakan Permohonan MyPSV\nUntuk semakan status permohonan MyPSV, hanya peserta yang layak sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel.\nBagi pemohon yang tidak menerima tawaran atau apa-apa maklum balas dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan, permohonan adalah dianggap gagal\nTiada sebarang rayuan dibenarkan bagi permohonan yang gagal\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan program bantuan Lesen MyPSV percuma, anda juga boleh hubungi : \n\nFacebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia\nTel : 03-8892 8714 /03-8892 8693\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nBaca juga : MyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pesawah-rm200-sebulan-selama-6-bulan/", "title": "Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan", "body": ["\n\n", "\nTerkini bantuan pesawah RM200 sebulan selama 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian akan dilaksanakan. Pengumuan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dalam satu majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan NAFAS ke-48 semalam.\nBeliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.\nPerkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.\n\u00a0\nTarikh Pelaksanaan Bantuan Pesawah RM200 Sebulan\n\nKerajaan bersetuju menyalurkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.\nPerdana Menteri menyatakan, perkara itu akan dimasukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada bulan Oktober ini.\n\u00a0\nbantuan itu menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa petani, nelayan dan penternak.\nTegasnya, tanpa mereka, kehidupan rakyat akan menjadi sukar kerana pengorbanan golongan itu amat besar.\n\u201cBetul saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.\n\u201cSaya terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut, saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik.\nBaca juga : Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022\n\u00a0\nDalam pada itu, Perdana Menteri meminta NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.\n\n\n\n\nJelasnya, ahli NAFAS seramai sejuta orang mampu menjayakannya\n\u00a0\n\u00a0\nTerdahulu, Ismail Sabri menggesa NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digesa melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, katanya.\nPerdana Menteri berkata, NAFAS perlu memberi nafas baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan\n\u00a0\n\u00a0\nDalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui MAFI sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.\nKatanya, Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) itu akan disalurkan melalui LPP di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.\nSementara itu, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5 juta.\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSumber :\u00a0 Berita Harian Facebook Ismail Sabri Yaakob\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perajurit-muda-tudm/", "title": "Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM (Lelaki)", "body": ["\n\n", "\nIndividu (lelaki) yang berminat untuk menyertai Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonan baharu untuk pengambilan siri 65/22 telah dibuka.\nUntuk makluman, TUDM ditubuhkan pada 2 Jun 1958 menerusi Ordinan Tentera Udara yang diluluskan oleh Parlimen dan pada ketika itu dikenali sebagai dikenali sebagai \u201cTentera Udara Diraja Persekutuan\u201c sebelum ditukar kepada TUDM setelah tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.\nTUDM mempunyai 4 peranan utama iaitu:\nPengawalan ruang angkasa\u00a0untuk digunakan bagi tujuan damai di samping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh.\u00a0 Aplikasi kekuatan\u00a0bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara.\u00a0Peningkatan kekuatan\u00a0bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, \u201celectronik counter measure\u201d dan operasi menyelamat kombat udara.Ketahanan kekuatan\u00a0untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. \nOleh itu, bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai TUDM sebagai Perajurit Muda, permohonan telah dibuka sehingga 31 Ogos 2021.\nSyarat Asas Permohonan\nSyarat asas permohonan perajurit muda TUDM yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon ialah warganegara Malaysia.Pemohon berumur\u00a018 tahun\u00a0hingga\u00a0tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2022.Untuk penglihatan, pemohon mestilah:\u2013 Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap\u2013 Tidak rabun warna.Bgai pendengaran, pemohon mestilah mempunyai tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran.Pemohon memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.Taraf kesihatan pemohon mestilah\u00a0sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.\nSyarat Fizikal\nSelain itu, pemohon perajurit muda TUDM perlulah memenuhi syarat fizikal yang ditetapkan seperti berikut:\nTinggi: Ukuran tinggi minima ialah 1.62 m.Berat: Berat badan minima\u00a047.5 kg.Indeks Jisim Badan (BMI): Indeks BMI mestilah di antara\u00a018 hingga 25.\nSyarat Kelayakan Akademik\nPemohon juga perlu melepasi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan iaitu:\nSPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan\u00a0(Gaji permulaan: RM1,564.00).SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,564.00). SKM Tahap 2: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya\u00a0(Gaji permulaan: RM1,630.01).SKM Tahap 3: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM1,696.02).Diploma Kejuruteraan: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM2,026.07).\nCara Memohon\nUntuk memohon jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:\nLayari laman web permohonan iaitu http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.Klik butang \u2018Daftar Permohon.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Pergi ke bahagian pemohon.Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan yang berhampiran.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian 013-6893814. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah/", "title": "Menu Rahmah : Hidangan Seimbang Dengan Harga Mampu Milik", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah\nProgram Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 Januari 2023 sambil menyasarkan keperluan makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah.\nPelancaran program ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini secara lebih lanjut.\nBaca Juga : Semakan STR 2023 Kemaskini Bantuan Tunai Rahmah\n\nApa Itu Menu Rahmah?\nMenu Rahmah ialah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran. \nMenu ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM 5.00 sepinggan.\nProgram pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) ini dilancarkan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.\n\n\n\nMemetik dari Bernama, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata orang \u00a0ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM 5.00 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah.\nUntuk makluman, program ini adalah kerjasama antara kerajaan dengan pemain industri makanan dan minuman iaitu :\n\nPersatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),\nPersatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS),\nPersatuan Pengusaha Tomyam Malaysia,\nMalaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA),\nBumiputra Retailers Organization (BRO),\nMalaysia Retail Chain Association (MRCA), dan\nMalaysia Retailers Association (MRA).\n\nUntuk makluman, Menu Rahmah merupakan salah satu daripada Inisiatif Payung Rahmah iaitu 5 program pelan jangka pendek bagi membantu golongan rentan di Malaysia. \n5 program utama yang diperkenalkan dalam inisiatif ini adalah : \n\nJualan Rahmah\nPakej Rahmah \nKafe Rahmah\nBakul Rahmah\nMenu Rahmah\n\n\n\n\nLokasi Menu Rahmah Di Mydin dan Serata Negeri\nMydin Malaysia merupakan pusat membeli-belah pertama yang membawakan Menu Rahmah untuk semua pelanggan. \nDengan harga serendah RM 4.90, pelanggan berpeluang untuk nikmati hidangan lengkap buat santapan tengah hari atau malam. Lazat, seimbang dan menjimatkan!\n\n\n\n\nSet Menu Rahmah yang ditawarkan di Mydin adalah seperti berikut :\nIsnin : Nasi putih + ayam masak kicap + kacang panjang goreng + air minuman 500 ml\n\n\n\nSelasa : Nasi putih + ikan kembung goreng + tauge masak lemak + air minuman 500 ml\n\nRabu : Nasi putih + ayam goreng kunyit + bayam goreng + air minuman 500 ml\n\n\n\nKhamis : Nasi putih + sambal ikan + kubis goreng + air minuman 500 ml\n\nJumaat : Nasi putih + kari ayam + tauge goreng + air minuman 500 ml\n\nSabtu : Nasi putih + ikan masak kicap + kangkung goreng belacan + air minuman 500 ml\n\nAhad : Nasi putih + ayam sambal + kubis goreng + air minuman 500 ml\n\nBukan sahaja Mydin, malah sejak Menu Rahmah diperkenalkan, banyak restoran serta cawangan yang mula menawarkan menu dengan harga rendah.\nMenerusi tinjauan di laman sosial, didapati beberapa restoran sudah mula mengajak orang ramai untuk nikmati Menu Rahmah di premis mereka.\nBerdasarkan perkongsian daripada Facebook Datuk Seri Salahuddin Ayub, beberapa jenama terkemuka seperti Chatime dan Mios Kitchen juga turut mengambil bahagian dalam menawarkan menu khas dengan harga berpatutan.\n\nDi samping itu, sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) difahamkan turut terlibat dalam program ini. Senarai penuh premis yang terlibat akan dimaklumkan oleh KPDN dalam waktu terdekat ini.\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan serta maklumat terkini mengenai program ini, sila ikuti laman Facebook rasmi KPDN.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menteri-kabinet-malaysia-2022/", "title": "[Rasmi] Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nSenarai Menteri Kabinet Malaysia 2022, Kerajaan Perpaduan yang di terajui oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah mempersembahkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini, 2 Disember 2022.\nSaiz kabinet kerajaan Anwar memperuntukan 28 ahli jemaah menteri.\nKerajaan yang dibentuk merupakan gabungan daripada Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas.\n\u201cSetakat hari ini, sebelum diabsahkan di Parlimen kelak melalui (usul) undi percaya, komposisi kerajaan dan pembangkang adalah 148 atau majoriti dua pertiga memihak kerajaan dan pembangkang, 73 kerusi.\nPengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga menjelaskan, ada \u201cratusan\u201d orang yang layak untuk dibawa menyertai kabinet baru namun dia terpaksa membuat pilihan kerana jawatan yang disediakan adalah terbatas.\nNamun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil.\nBeliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.\nPengumuman Senarai Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2022\nPengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh YAB Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri menerusi saluran Youtube berikut\nhttps://youtu.be/1VqFzqOq50U\nSenarai Menteri Kabinet Malaysia 2022 Kerajaan Perpaduan\nDatuk Seri Anwar Ibrahim memegang dua protfolio perjawatan iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.\nKerajaan Anwar melantik dua timbalan perdana menteri\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.\nZahid akan memainkan peranan sebagai orang kedua terpenting negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSementara itu, Timbalan Perdana Menteri kedua turut diumumkan iaitu DS Haji Fadzillah Jusoh.\nKekuatan Kerajaan Perpaduan dalam Parlimen sudah mencecah sekitar 2/3, di mana dengan mandat ini telah memberi mandat untuk membentuk Jemaah Menteri yang menumpukan pertumbuhan ekonomi yang segar.\n\n\n\n\nSenarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia 2022 \nMenteriNama PenyandangPerdana Menteri & Menteri Kewangan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk Seri Anwar IbrahimTimbalan Perdana Menteri 1 & Menteri Kemajuan Desa dan WilayahDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri 2 dan Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk Seri Fadillah Yusof\u00a0Menteri Pembangunan, Kerajaan TempatanNga Kor MingMenteri Komunikasi DigitalFahmi FadzilMenteri PendidikanFadhlina SidekMenteri Belia & SukanHannah Yeoh Tseow SuanMenteri Luar NegeriDr.\u00a0Zambry Abdul KadirMenteri Sains TeknologiChang\u00a0Lih\u00a0KangMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatNancy Shukri\u00a0Menteri Kesihatan\u00a0Dr Zaleha Mustafah\u00a0Menteri Pendidikan Tinggi\u00a0Mohamed Khaled Nordin\u00a0Menteri Pertahanan\u00a0Dato\u2019 Seri Utama\u00a0Haji Mohamad\u00a0bin HasanMenteri Pertanian dan Keterjaminan MakananYB Haji\u00a0Mohamad SabuMenteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriTengku Zafrul AzizMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HidupSalahuddin AyubMenteri Dalam NegeriSaifuddin Nasution IsmailMenteri JPM (Sabah Sarawak)Armizan Mohd AliMenteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan IklimNik Nazmi Nik AhmadMenteri PelanconganTiong King SingMenteri Pembangunan Usahawan dan KoperasiEwon BenedickMenteri EkonomiRafizi RamliMenteri Kerja RayaAlexander Nanta LinggiMenteri JPM (Urusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi)Azalina OthmanMenteri Perpaduan NegaraAaron Ago DagangMenteri AgamaDr. Mohd\u00a0Na\u2019im MokhtarMenteri Sumber ManusiaSivakumar A/L Varatharaju NaiduMenteri PengangkutanAnthony Loke\n\nSenarai Mantan Perdana Menteri Malaysia\nPerdana Menteri Malaysia KesembilanDato\u2019 Sri Ismail Sabri Bin Yaakob \u00a0Tempoh :\u00a020 Ogos 2021\u00a0\u2013 23 November 2022Perdana Menteri Malaysia KelapanTan Sri Dato\u2019 Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin \u00a0Tempoh : 1 Mac 2020 \u2013 20 Ogos 2021Perdana Menteri Malaysia KetujuhTun Dr. Mahathir Bin Mohamad \u00a0Tempoh : 10 Mei 2018 \u2013 24 Februari 2020Perdana Menteri Malaysia KeenamDato\u2019 Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak \u00a0Tempoh : 3 April 2009 \u2013 9 Mei 2018Perdana Menteri Malaysia KelimaTun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi \u00a0Tempoh : 31 Oktober 2003 \u2013 3 April 2009Perdana Menteri Malaysia KeempatTun Dr. Mahathir Bin Mohamad \u00a0Tempoh : 16 Julai 1981 \u2013 30 Oktober 2003Perdana Menteri Malaysia KetigaTun Hussein Bin Dato\u2019 Onn\u00a0 \u00a0Tempoh : 15 Januari 1976 \u2013 16 Julai 1981Perdana Menteri Malaysia KeduaTun Abdul Razak Bin Hussein\u00a0 \u00a0Tempoh : 22 September 1970 \u2013 14 Januari 1976 \u00a0Perdana Menteri Malaysia PertamaTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj \u00a0Tempoh : 31 Ogos 1957 \u2013 22 September 1970\nJumlah Menteri Kabinet Malaysia Sepanjang Tiga Pentadbiran Perdana Menteri\nKabinet yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara yang teramai dengan 32 Menteri dan 38 Timbalan Menteri berbanding ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 28 Menteri dan 27 Timbalan Menteri\nMesyuarat Khas Menteri Kabinet\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat khas bagi kesemua jemaah menteri yang baharu dibentuk pada Isnin minggu depan.\nKatanya, pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat serta peraturan yang akan ditetapkan terhadap jemaah menteri.\nAntaranya, kata Anwar, peraturan itu membabitkan cara mereka berdamping dan bekerjasama dengan penjawat awam, kaedah buat pengumuman mesyuarat dasar dan cara berjimat agar tidak berbelanja melebihi had\nDalam pada itu juga, Speaker Dewan Rakayat Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember depan.\nMenurutnya, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.\nAnwar Ibrahim juga berkata, setakat ini belum ada keperluan untuk menambah ahli jemaah menteri, atau timbalan-timbalan menteri, ianya bergantung pada keadaan dan masa akan datang\nSenarai dan maklumat lanjut senarai jemaah menteri kabinet malaysia 2022 juga boleh didapati menerusi website rasmi https://www.kabinet.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-bangkit-oku-bantu-oku-cara-menjana-pendapatan/", "title": "Program Bangkit OKU | Bantu OKU Cara Menjana Pendapatan", "body": ["\n\n", "\nProgram Bangkit OKU | Bantu OKU Cara Menjana Pendapatan ~ Berita baik! Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Johor kini berpeluang untuk menyertai kursus bagi menjana pendapatan khas melalui Program Bangkit OKU.\nProgram Bangkit OKU\nProgram Bangkit OKU ini adalah merupakan inisiatif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) yang merupakan yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997.\nTujuan progam ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan OKU untuk meluaskan peluang menjana pendapatan. Melalui program ini, para OKU berpeluang mempelajari kursus kemahiran yang ditawarkan oleh YPKDT untuk\u00a0 meningkatkan taraf kehidupan mereka.\nKepada sesiapa yang berminat, anda boleh membuat permohonan sebelum 23 Mac 2022.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\nKursus Yang Ditawarkan\nTerdapat 3 kursus yang ditawarkan iaitu:\nPembuatan Sabun CenderahatiPembuatan Sushi dan KimbabPembuatan Bouquet Bunga\nSelain itu, terdapat juga kursus tambahan bagi OKU yang terpilih untuk program ini iaitu:\nKursus PembungkusanPelabelan serta Kursus Pemasaran Digital\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila layari pautan\u00a0 berikut: https://forms.gle/KNBzzLFJXUQ5D14a9Kemudian, klik \u201cNEXT\u201d . Pastikan anda membaca maklumat program terlebih dahulu.Isi borang permohonan dengan maklumat anda.\u00a0Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik butang \u201cNEXT\u201d.Akhir sekali, klik \u201cSUBMIT\u201d. Borang permohonan anda berjaya dihantar.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Unit Pembangunan OKU YPKDT di talian: 07-2666526\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mais-tawaran-bantuan-rumah-sewa-rm500/", "title": "MAIS | Tawaran Bantuan Rumah Sewa (RM500 \u2013 RM600 Sebulan)", "body": ["\n\n", "\nMAIS | Tawaran Bantuan Rumah Sewa (RM500 \u2013 RM600 Sebulan) ~ Sukacita dimaklumkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 untuk kakitangan kerajaan dan swasta.\u00a0\nBantuan Rumah Sewa MAIS\nBantuan Rumah Sewa ini merangkumi kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Majlis Agama Islam Selangor . Tawaran ini diberikan khusus kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.\nSewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.\u00a0\u00a0\nAntara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam. Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.\n\n\n\n\nSpesifikasi Rumah Sewa MAIS Yang Ditawarkan\nMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan sewaan kediaman di Wisma Majlis Agama Islam Selangor, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).\nSyarat Permohonan\u00a0\nBerkeluargaMempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00Berkhidmat di Negeri SelangorKadar Sewa BulananPemohon yang memenuhi syarat di atas layak untuk menyewa kediaman Majlis Agama Islam Selangor dengan sewaan serendah RM500.00 (Sektor Awam) RM600.00 (Sektor Swasta).\nCara Permohonan\nUntuk memohon, anda boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web berikut: www.mais.gov.my/sewaan/\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\nHubungi Pegawai MAIS melalui Whatsapp di www.wasap.my/60192640631 atau www.wasap.my/60192302040.Facebook Majlis Agama Islam Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bajet-2022/", "title": "Bajet 2022", "body": ["\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tiket-piala-sumbangsih-2023/", "title": "Tiket Piala Sumbangsih 2023 JDT VS TFC Online", "body": ["\n\n", "\nTiket Piala Sumbangsih 2023 akan dibuka jualan secara online mulai hari ini (22 Februari) bermula jam 2 petang.\nPerlawanan ini akan menyaksikan Johor Darul Ta\u2019zim akan bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat, 24 Februari.\nPerlawanan diantara JDT vs Terengganu FC ini sekaligus menjadi tirai pembukaan bagi Liga Malaysia 2023.\nPiala Sumbangsih akan kembali ke format asal apabila perlawanan tersebut akan dikira sebagai aksi pertama Liga Super.\nKetua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, jika perlawanan tersebut diadakan secara berasingan daripada jadual liga, ia akan menyebabkan pembaziran seminggu kalendar liga\n Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih musim lalu buat pertama kalinya diadakan di luar jadual liga.\nSehari selepas pertemuan JDT vs TFC, perlawanan Liga Super 2023 bermula yang akan menyaksikan enam lagi perlawanan yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari\n\n\n\n\nInfo Jualan Tiket Piala Sumbangsih 2023\nTiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi https://tickets.jdtfc.com.my/ pada 22 Februari bermula jam 2 petang.\nUntuk pembelian tiket, setiap penyokong hanya dibenarkan untuk membeli empat tiket sahaja.\nManakala bagi penyokong yang juga pemegang pas bermusim, anda hanya perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke Sultan Ibrahim pada hari perlawanan\nCara Pembelian Tiket \n\nLayari https://tickets.jdtfc.com.my/\nCari upcoming match\nPilih Perlawanan Sumbangsih 2023\nKlik Buy tickets now\nKlik login now\nJika anda telah mempunyai akaun klik sign in to your account\nUntuk pengguna baru klik create your account\nIsi dan lengkapkan butiran diri\nLogin semula ke akaun anda\npilih jumlah tiket (maksimum 4 tiket untuk seorang)\nLengkapkan pembelian anda selesai\nSatu salinan bukti pembelian akan dihantar ke alamat email yang anda telah daftarkan\n\nTerma dan syarat-syarat penebusan tiket online\n\nWakil tidak dibenarkan mengambil tiket bagi pihak pembeli\nPenebusan tiket hendaklah dilakukan oleh PEMBELI (nama yang didaftarakan) sahaja\nSila cetak dan bawa bukti transaksi pembelian di kaunter tiket\nSila tunjukan kad pengenalan/lesen memandu kepada petugas untuk menebus tiket anda\n\nBagi anda yang tidak dapat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh juga menonton siaran langsung dan live stream perlawanan ini di pautan Piala Sumbangsih 2023 Live\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/piala-sudirman-2023-live-streaming/", "title": "Piala Sudirman 2023 Live Final China vs Korea", "body": ["\n\n", "\nLive Piala Sudirman 2023 Final China vs Korea 21 Mei 2023 jam 02:00pm di Astro Superspot 814.\nChina akhirnya berjaya ke final bertemu Korea pada hari ini untuk mementukan juara Piala Sudirman 2023 selepas kememenangan penuh dramatik ke atas Jepun di pusingan suku akhir dengan mata perlawanan itu 3-2 untuk mara ke final.\nKemenangan untuk China adalah kemenangan semula, kerana mereka tewas 2-1 selepas tiga perlawanan pertama. Ini adalah penampilan separuh akhir ketiga berturut-turut China dalam Piala Sudirman. Mereka akan menentang Korea Selatan pada perlawanan akhir pada 21 Mei 2023.\nPerlawanan akhir Piala Sudirman 2023, antara China dan Korea Selatan akan berlangsung pada 21 Mei 2023, di Pusat Sukan Olimpik Suzhou di Suzhou, China. China perlu memenangi perlawanan ini jika mahu merebut gelaran Piala Sudirman ke-13 mereka. Manakala Korea jika memenangi Piala Sudirman Edisi 2023 ini, akan menjadikan kemenangan ke-4 buat mereka\n\nPiala Sudirman 2023 Live China vs Korea\n\nSiaran langsung pusingan akhir live Piala Sudirman 2023 antara China dan Korea boleh di tonton menerusi Astro Supersport 814 \u00a0pada hari ini jam 02:00pm waktu Malaysia\nAnalisis Rekod Pertemuan China vs Korea\n\nBerikut rekod pertembungan akhir di antara pemain China dan juga Korea yang akan berkasi di Pusingan Akhir Piala Sudirman 2023\n\n1 XD\nZHENG Si Wei/HUANG Ya Qiong \u2013 SEO Seung Jae/CHAE Yu Jung\nRanking : 1-5\nRekod : 8-0\nPerlawanan terakhir di YONEX All England Open Badminton Championships 2023, Zheng/Huang menang dengan keputusan 21-16 16-21 21-12\n2 MS\nSHI Yu Qi \u2013 LEE Yun Gyu\nRanking : 10-213\nRekod : 0-0\nPerlawanan akhir : \u2013 Tiada\n\n\n\n\n3 WS\nCHEN Yu Fei \u2013 AN Se Young\nRanking : 4-2\nRekod : 8-4\nPerlawanan akhir di kejohanan KHILADIX.COM Dubai Badminton Asia Championships 2023 powered by FLOKI, Chen kalah 21-16 11-21 19-21\n4 MD\nLIANG Wei Keng/WANG Chang \u2013 KIM Won Ho/NA Sung Seung\nRanking : 6-803\nRekod : 0-0\nPerlawanan akhir : \u2013 Tiada\n5 WD\nCHEN Qing Chen/JIA Yi Fan \u2013 BAEK Ha Na/LEE So Hee\nRanking : 1-5\nRekod : 1-1\nPerlawanan akhir : YONEX French Open 2022, Chen/Jia kalah 16-21 21-23\nMaklumat Lanjut\nBagi peminat sukan badminton, jangan terlepas untuk menyaksikan Piala Sudirman 2023 Live Final China vs Korea. Maklumat penuh perlawanan juga anda boleh dapati di https://bwfsudirmancup.bwfbadminton.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-dato-seri-vida/", "title": "Biodata Dato Seri Vida, Jutawan dan Pengasas QuPuteh", "body": ["\n\n", "\nBiodata Dato Seri Vida\nSiapa tak kenal dengan Dato Seri Vida? Bukan sahaja terkenal sebagai usahawan, malah DSV juga terkenal sebagai penaja rancangan televisyen popular dan penyanyi. \nAntara lagu hits nyanyian beliau adalah I Am Me, Lavida Raya dan Ku Ikhlaskan. \u00a0\nPenampilannya yang sedondon dan lengkap dengan mahkota serta barang perhiasan mewah menjadi trademark bagi wanita berusia 52 tahun ini. \nBeliau juga turut dikenali dengan tagline \u2018QuPuteh, QuPuteh, Barulah Puteh\u2019 sejak produk tersebut dilancarkan.\n\nSelain supplemen QuPuteh, syarikat produk kecantikan dan kesihatan milik beliau terkenal dengan produk lain seperti Pamoga, Millenia dan perfume Qu Puteh.\nProduk Pamoganya pernah menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia sehingga ratusan ribu terjual di pasaran.\nDato Vida juga turut menjadi bualan netizen beberapa tahun lalu apabila digosipkan dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli.\nPemuda itu turut mendakwa pernah bercinta dan hampir berkahwin dengan DSV.\nSering berkongsi kehidupan mewah dan merakam detik bersama anak-anak, Dato Seri Vida juga menjadi tumpuan netizen di Instagram sehingga mempunyai 2.9 juta pengikut di laman media sosial tersebut.\nMungkin ramai lagi yang belum kenali Dato Seri Vida dengan lebih dekat. Oleh itu, jom kita semak biodata Dato Seri Vida serta serba sedikit latarbelakangnya.\n\nBaca Juga : Biodata Khairy Jamaluddin, Bekas Menteri Kesihatan Malaysia\nBiodata Dato Seri Vida\nNama Penuh : Hasmiza binti Othman\nNama Gelaran : Dato Vida, Datuk Seri Vida, DSV\n\n\n\n\nUmur : 52 tahun (2023)\nTarikh Lahir : 24 Oktober 1971\nTempat Lahir : Machang, Kelantan\nAdik beradik : Anak bongsu daripada tiga adik-beradik\nPekerjaan : Usahawan, penyanyi, pelakon dan pengacara\nPendidikan :\n\nSarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang\nIjazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi Universiti Monash.\n\nAnak : 4 orang\n\nNur Edlynn Zamileen (Cik B)\nMuhammad Eric Zecquan (Kacak)\nMuhammad Eddie Zuhdie (meninggal dunia pada 2013)\nMuhammad Edrie Zikrie (Meninggal dunia pada 2013)\n\n\nRancangan Televisyen yang Pernah Ditaja\n\nGegar Vaganza\nMentor Milenia TV3\nAnugerah Juara Lagu (AJL29)\nPengalaman Dato Seri Vida\n\nRamai wanita turut menyanjungi kecekalan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini dalam menghadapi pelbagai cabaran sehingga berjaya menjadi jutawan.\nUmum mengetahui kekayaan wanita ini, namun ramai tidak tahu yang DSV pernah melakukan pelbagai kerja seperti menjual pokok bonsai, bekerja di kilang, restoran makanan segera dan pernah berkhidmat selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam.\nBeliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato\u2019 Sri oleh Tengku Mahkota Pahang pada tahun 2014.\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Dato Seri Vida, jangan lupa untuk ikuti laman Instagramnya. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/geran-khas-prihatin/", "title": "Geran Khas Prihatin: Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sebelum 20 Dis 2021", "body": ["\n\n", "\nGeran Khas Prihatin: Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sebelum 20 Dis 2021 ~\u00a0Menurut satu siaran di laman facebook LHDN, penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit dikehendaki untuk mengemaskini maklumat akaun bank GKP masing-masing sebelum 20 Disember ini.\u00a0\n\nKemaskini Maklumat Akaun Bank Geran Khas Prihatin\nAnda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat bank akaun bank, serta memastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nHal ini kerana, bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja. Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.\nAnda boleh mengemaskini akaun anda mulai 6 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.\nCara Mengemaskini Akaun Bank GKP\nUntuk mengemaskini maklumat akaun bank anda, sila layari pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login\nMasukkan ID Pengguna untuk Log Masuk.\u00a0\nKlik \u201cKemaskini\u201d dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif. Pastikan anda TIDAK memasukkan maklumat akaun bank semasa syarikat. Masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon sahaja.\nKemudian, klik \u201cSimpan\u201d.\nSelesai mengemaskini.\u00a0\nRujuk video untuk mengetahui cara-cara mengemaskini akaun bank GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Images/KAEDAH%20MENGEMASKINI%20MAKLUMAT%20BANK%20PERMOHONAN%20GKP.m4v\n\n\n\n\nTarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di portal rasmi GKP.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:\u00a0\nHasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/Facebook Rasmi LHDN: https://www.facebook.com/LHDNMTwitter rasmi LHDN: https://twitter.com/LHDNMofficial\nSila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk maklumat lanjut: https://gkp.hasil.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lupa-kata-laluan-str/", "title": "Lupa Kata Laluan STR : Panduan Cara Reset Password", "body": ["\n\n", "\nJika lupa kata laluan STR / password untuk login MySTR, sila bertenang dan jangan terburu-buru.\nUntuk semakan bayaran STR, selain melalui kaedah semakan secara online,dan menerusi aplikasi anda juga boleh membuat semakan melalui panggilan telefon atau terus hadir ke cawangan LHDN\n\nHubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau\nHubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau\nHadir ke LHDNM yang berhampiran\n\nUntuk reset semula password lupa kata laluan sendiri, anda boleh ikut panduan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan semula kata laluan atau reset password STR anda.\nLupa Kata Laluan STR\n\nBerikut langkah -langkah yang anda perlu lakukan bagi kes lupa kata laluan STR\n\nKlik Terlupa Kata Laluan\nKlik Semak\u00a0\n\na) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022\n\n\nMasukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya\nKata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan\nSemak e-mel dan log masuk semula MySTR\nMasukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan\nMasukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu\u00a0\n\nb) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah\n\nSet semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat \u00a0\nSahkan kata kunci keselamatan\nPemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini\nMasukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan\n\nSaya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej \u201cId Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam\u201d. Apa yang perlu saya lakukan?\nSekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. \nSelepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat LHDNM\n\n\n\n\nSaya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej \u201cId Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam\u201d. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?\nSekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat LHDNM untuk set semula akaun STR. \nSelepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.\nBagaimana cara untuk\u00a0 Tukar Kata Laluan STR?\nAnda perlu Log Masuk MySTR terlebih dahulu menggunakan kata laluan sedia ada dan klik menu Tukar Kata Laluan.\u00a0 \n\ni. Masukkan Kata Laluan Semasa / Lama\u00a0 \nii. Masukkan Kata Laluan Baharu\u00a0 \niii. Sahkan Kata Laluan Baharu \u00a0\niv. Klik Tukar Kata Laluan Baharu telah berjaya ditukar. Anda boleh Log Masuk MySTR menggunakan kata laluan baharu\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda masih ragu-ragu dan perlukan bantuan untuk masalah lupa kata laluan STR, anda boleh terus hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk bantuan ;\n\nHubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau\nHubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); \n\nBaca juga : STR Fasa 4 \u2013 Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tiktok-shop-malaysia/", "title": "TikTok Shop Malaysia, Contact No, Cara Refund", "body": ["\n\n", "\nPelanggan TikTok Shop Malaysia, anda boleh hubungi contact no TikTok Malaysia untuk tujuan pertanyaan, refund dan bantuan melalui Contact TikTok Center di\u00a0https://www.tiktok.com/about/contact?lang=en\nTetapi sebelum itu ketahui bagaimana cara refund barang di TikTok Shop dan syarat-syarat yang anda perlu ketahui untuk memudahkan proses refund.\nTikTok Shop Malaysia\n\nWalaupun TikTok telah wujud pada 2016,namun ciri-ciri TikTok Shop iaitu satu ciri beli-belah e-commerce yang membolehkan pengguna membeli produk terus daripada video TikTok hanya dilancarkan di Malaysia pada Mac 2022 dan sejak itu telah menjadi cara paling popular bagi perniagaan untuk menjual produk mereka kepada pengguna yang menyangi Shopee\nJika anda berminat untuk menggunakan TikTok Shop di Malaysia, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma di sini: https://seller-my.tiktok.com\nTikTok Shop Malaysia Refund\nBerikut adalah beberapa punca/ sebab yang membolehkan anda untuk meminta Refund / Bayaran Balik dari Seller TikTok Shop\n\nPelanggan boleh membatalkan pesanan mereka sebelum status pesanan dikemas kini kepada \u201cTo Ship \u2013 Awaiting Collection\u201d.\nPenjual boleh membatalkan pesanan sebelum status pesanan ditukar kepada \u201cDihantar\u201d.\nPesanan akan dibatalkan secara automatik jika pembayaran pelanggan belum dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penjual atau platform (yang mana berkenaan).\n\n\nAnda tidak menerima produk.\nProduk yang dihantar tidak mematuhi kontrak jualan.\nAnda menerima produk yang salah tidak seperti yang anda pesan.\nKeadaan produk semasa penghantaran adalah tidak lengkap, rosak atau tidak boleh diterima.\nPelanggan menerima produk yang tidak menepati penerangan yang diberikan semasa pembelian.\nPenjual tidak memenuhi komitmen penghantaran mereka (seperti penghantaran tertunda).\n\nPemulangan dan Bayaran Balik:\n\nPelanggan mempunyai 7 hari dari tarikh penghantaran untuk memulangkan produk untuk bayaran balik.\nProduk mestilah dalam keadaan dan pembungkusan asalnya.\nPelanggan bertanggungjawab untuk kos penghantaran semula produk kepada penjual.\nApabila produk telah diterima oleh penjual, penjual akan memproses bayaran balik dalam masa 48 jam.\n\nMaklumat tambahan\n\n\n\n\n\nPenjual boleh menolak bayaran balik jika produk tidak berada dalam keadaan atau pembungkusan asalnya.\nPenjual juga boleh menolak bayaran balik jika pelanggan telah menggunakan produk tersebut.\nPelanggan boleh menghubungi sokongan pelanggan TikTok Shop untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bayaran balik.\n\nBerikut ialah beberapa petua untuk mendapatkan bayaran balik di TikTok Shop Malaysia:\n\nPastikan anda membaca terma dan syarat pembatalan dan bayaran balik penjual sebelum anda membuat pesanan.\nJika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, hubungi penjual secepat mungkin.\nBersopan santun dan terangkan sebab anda meminta bayaran balik.\nBerikan bukti bahawa produk itu rosak atau tidak seperti yang diterangkan (gambar).\n\nCara Minta Refund\nTerdapat dua cara untuk minta refund dari seller di TikTok Shop. Iaitu;\nCara Minta Refund di TikTok Shop melalui email\n\nLayari TikTok Shop Seller Center di pautan berikut:\u00a0\u00a0https://seller.tiktok.com/contact-us?lang=en®ion=MY\n\n\nLengkapkan maklumat yang diperlukan termasuk aduan anda dan klik \u201cSubmit\u201d\nAnda akan mendapat maklumbalas melalalui emel yang didaftarkan.\u00a0\n\nCara Minta Refund Melalui Aplikasi TikTok\n\nBuka aplikasi TikTok anda.\nKemudian, klik pada\u00a0Profil\u00a0di bahagian bawah sebelah kanan.\nKlik pada ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan.\nSeterusnya klik pada\u00a0Tetapan dan Privasi.\nKemudian klik pada\u00a0Laporkan Masalah\u00a0dan pilih topik.\nIkuti langkah dalam aplikasi tersebut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi.\u00a0\nJika langkah yang dicadangkan tidak menyelesaikan masalah anda, anda boleh memilih\u00a0Tidak\u00a0untuk soalan \u201cAdakah masalah anda telah selesai?\u201d dan klik\u00a0Masih Ada Masalah\u00a0supaya anda boleh menghubungi pihak TikTok dengan butiran lanjut tentang masalah anda.\n\nTikTok Shop Malaysia Contact No\nSekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan atau perlukan bantuan mengenai TikTok Shop, refund & return daripada seller di TikTok anda boleh menghubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan (Customer Service)\u00a0 melalui pautan berikut:\n\nEmail Support:\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0\nVisit the Help Center\u00a0https://support.tiktok.com/en\u00a0\nContact TikTok Center:\u00a0https://www.tiktok.com/about/contact?lang=en\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-niaga-darul-ehsan-nadi/", "title": "NaDI : Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan 2023", "body": ["\n\n", "\nMohon Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) 2023 sekarang. Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM5,000 Skim ini khusus untuk wanita mewakili isi rumah yang terjejas akbiat Covid-19. Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan penyaluran modal pusingan perniagaan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.\nCara Permohonan, syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah ini.\nTahukah anda bagi tahun 2022, Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) mensasarkan sebanyak 1,722 bilangan pemohon dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 8,610,000.00.\nJadi, jangan tunggu lagi, kepada anda yang berminat anda di pelawa untuk memohon skim ini\n\u00a0\nApa Itu Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI)\n\nSkim ini merupakan bantuan pinjaman kewangan sehingga RM5000. Khusus untuk Wanita mewakili Isi Rumah. Yang terjejas akibat\u00a0 Covid-19,yang hilang pekerjaan dan ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal\nSemenjak dilancarkan pada 10 febuari 2021, pakej pinjaman skim nadi sudah membantu seramai 701 orang untuk mendapatkan modal pusingan bagi memulkan perniagan secara kecil-kecilan\nBaca juga : Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor\nRata-rata mereka adalah antara yang terjejas dari segi pendapatan akibat pandemik covid-19 yang melanda negara.\nSyarakat Kelayakan\nPermohonan yang layak dipertimbangkan, haruslah memenuhi syarat-syarat seperti berikut;\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia\nRakyat selangor/bermastautin tidak kurang dari 5 tahun\nMengundi di Selangor\nBerumur 18 tahun \u2013 65 tahun\nKhusus untuk wanita\nBersetuju membentuk 3 orang dalam satu kumpulan\n\n\u00a0\nSyarat Pembiayaan\n\nJumlah had minima pembiayaan RM1000 dan maksima sehingga RM5,000\nTempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu ( 6 bulan) sehingga 150 minggu ( 3 tahun)\nKadar keuntungan 8% setahun\nBayaran ansuran secara mingguan\n\nBaca juga : Skim i-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan\nDokumen di Perlukan\nPermohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti ;\n\nSalinan kad pengenalan pemohon\n2 keping gambar berukuran passport pemohon\nSalinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)\nSalinan bil utiliti tempat tinggal\n\nNota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB semasa mengisi borang permohonan secara atas talian.\n\u00a0\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) , anda boleh layari \u00a0www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau anda juga boleh hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pelajaran-tazu-uniten-bpt-asasi-2022-lepasan-spm-2021/", "title": "Biasiswa Pelajaran Tazu UNITEN (BPT) -Asasi 2022 Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n", "\nTerkini Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) membuka tawaran Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.\nPermohonan untuk tajaan biasiswa ini dibuka mulai 1 hingga 31 Julai bagi kemasukan intake semeter 1,tahun akademik 2022/2023.\nPelajar yang layak memohon mendaftar untuk program asasi di Universiti Tenaga Nasioanl (UNITEN) sahaja\nBiasiswa Pelajaran Tazu UNITEN\n\nPada 14 Julai 2010 UNITEN telah menerima Tawaran Pelantikan sebagai Penolong Amil bagi pihak Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya, pada 2 September 2010, UNITEN dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) Pelantikan UNITEN sebagai Penolong Amil dan merasmikan penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).\nMatlamat penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah sebagai satu sumber kewangan alternatif untuk membantu para pelajar yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat untuk menerima bantuan bagi meneruskan pengajian.\nOBJEKTIF\na) Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak.b) Menjana sumber kewangan bagi melahirkan profesional Muslim.c) Menyediakan bantuan kewangan bagi para pelajar UNITEN yang memerlukan.d) Bertindak sebagai One Stop Center dalam pelbagai kegiatan keilmuan dan kerohanian.\nSyarat \u2013 Syarat Permohonan\nSyarat-syarat untuk permohonan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Beragama Islam.Memohon program Asasi di UNITEN.Mendapat keputusan SPM minima 9A tanpa C.\nKeutamaan biasiswa ini akan diberikan mengikut kategori asnaf dengan pengiraan kad kifayah tertinggi.\n\n\n\n\nTerma & Syarat\nPemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.Belum mendapat bantuan penuh pengajian atau tajaan dari mana \u2013 mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana \u2013 mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang \u2013 undang Negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana \u2013 mana institusi pengajian atas masalah akademik / disiplin bagi pengajian diperingkat yang sama.Pelajar\u00a0TIDAK DIBENARKAN\u00a0menukar Institusi / kursus tanpa kebenaran bertulis dari pihak TAZU.Pelajar\u00a0TIDAK DIBENARKAN\u00a0untuk menangguhkan pengajian tanpa kebenaran TAZU dan perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang di tetapkan.Pelajar perlu\u00a0MENGEKALKAN MINIMUM GPA 3.00\u00a0dalam akademik sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak TAZU tanpa notis akan mengambil tindakan.Pelajar adalah\u00a0DILARANG\u00a0sama sekali melibatkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, perhimpunan haram dan kegiatan sosial yang tidak sihat yang boleh menjejaskan nama baik agama, bangsa, negara, UNITEN dan penaja (TAZU).Pelajar adalah\u00a0WAJIB\u00a0untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak TAZU sekiranya dijemput.Pelajar\u00a0TIDAK\u00a0dibenarkan untuk berkahwin dalam tempoh tajaan TAZU.Sekiranya pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelajar\u00a0TIDAK\u00a0boleh menuntut untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan sekiranya ada lebihan.Segala kos yang terhasil/berlaku akibat daripada tindakan individu pelajar atau kesalahan yang dilakukan pelajar\u00a0TIDAK\u00a0ditanggung oleh TAZU.\nCara Memohon\nKepada yang berminat untuk mendapatkan tawaran tajaan biasiswa ini, boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:\nLangkah pertama, layari laman web\u00a0https://amanahuniten.my/biasiswa/.Seterusnya Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Isi semua maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.Muat naik dokumen sokongan dalam bentuk PDF.Klik butang \u2018Hantar.\u2019\nSenarai Semak Dokumen Sokongan\nSalinan\u00a0Kad Pengenalan\u00a0pemohonSalinan\u00a0penyata gaji terkini\u00a0ibu dan bapa / penjaga atauSalinan\u00a0penyata pencen terkini\u00a0ibu dan bapa / penjaga atauSalinan\u00a0surat pengesahan pendapatan terkini\u00a0ibu dan bapa / penjaga sekiranya tiada penyata gaji / penyata pencen\u00a0atauSalinan\u00a0surat pengesahan tidak bekerja\u00a0sekiranya ibu dan bapa / penjaga tidak bekerjaSalinan\u00a0keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Salinan\u00a0surat tawaran kemasukan\u00a0ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)\nSemua salinan dokumen sokongan perlu pengesahan daripada Ketua Kampung / Pesuruhjaya Sumpah / Guru Besar / Pengetua\nSila gabungkan kesemua dokumen menjadi satu dan di muat naik di dalam bentuk pdf\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi, sila hubungi talian 03-89212030 atau email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\nBaca juga :\nUNITEN : Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas 2021/2022 Di Buka\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-skim-sumbangan-bakti-bantuan-perubatan-sbbu-2022/", "title": "Tawaran Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan SBBU 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan SBBU 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan kini dibuka untuk permohonan.\nBaca Juga : Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah\nApakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan ( SBBU 2022 ) ?\nSBBU merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.\nIni sekaligus dapat meringankan beban keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk rawatan kesihatan.\n\nTarikh Permohonan SBBU 2022\nUntuk makluman, tarikh permohonan telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.\nTelah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.\nTidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.\nBagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.\nKeutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.\nPermohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.\nCara Memohon\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/35BFW2C.\nIsi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\nKoperasi Tentera\nWisma Koperasi Tentera\n\n\n\n\nNo.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat\n53000 Kuala Lumpur\n(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\ni) Pemohon\nSalinan MyTentera (Anggota ATM)\nSalinan MyKad (Awam/Pesara)\nSalinan Surat Pengesahan Akaun Bank\nii) Pesakit\nSalinan Mykad\nSurat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik\nSalinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai SBBU 2022 , sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga anggota koperasi sebaiknya. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-kasih-bangsa-johor-nelayan-laut-darat-2022-dilanjutkan/", "title": "Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat 2022 Dilanjutkan", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan Bantuan Kasih Bangsa Johor\u00a0Nelayan Laut dan Darat dilanjutkan sehingga 16 Jun 2022.\nPerlanjutan ini untuk memberi peluang lebih ramai nelayan dapat menghantar borang permohonan untuk menerima bantuan dan inisiaitf daripada kerajaan Johor ini.\nNelayan laut dan darat negeri Johor di pelawa untuk memohon bantuan ini. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Perikanan Daerah lesen nelayan didaftarkan.\n\u00a0\n\u00a0\nBantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut Dan Darat\n\nBantuan Kasih Bangsa Johor 2022 merupakan insentif khas 2022 yang baru di umumkan oleh menteri besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui sebuah pengumuman khas pada 14 April 2022 yang lalu.\nBantuan ini akan meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi.\nDaripada 5 kategori ini, ianya di pecahkan kepada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh.\n\u00a0\nSalah satu golongan sasar atau penerima bantuan ini adalah golongan nelayan. Peruntukan sebanyak RM3.38 Juta di khaskan untuk bantuan nelayan dengan jumlah sasaran penerima sebanyak 11,267 orang nelayan\n\n\n\n\n\u00a0\nJumlah Bantuan Nelayan Laut & Darat\nJumlah bantuan yang akan diberikan kepada nelayan laut dan darat yang berdaftar dan layak adalah sebanyak RM300.\n\u00a0\nSyarat Permohonan\nPermohonan merupakan nelayan laut atau darat berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nPermohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah Kawasan lesen didaftarkan.\nRujuk pautan berikut https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/ \u00a0untuk mengetahui lokasi Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran.\nBorang pendaftaran juga boleh di dapati di semua pejabat perikanan daerah secara percuma.\n\n\u00a0\n\u00a0\nDokumen yang diperlukan\n\nKad Pengenalan bagi tujuan verifikasi;\nBorang permohonan yang lengkap\nSalinan MyKad Biru yang disahkan\nSalinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat yang sah tempoh\nSalinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)\nPenyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan\nLain-lain dokumen sokongan (jika perlu)\n\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat, anda boleh rujuk \u00a0melalui laman Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor iaitu\u00a0https://www.facebook.com/PejabatPerikananNegeriJohor/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mysafe-travel-vtl-land/", "title": "MySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura", "body": ["\n\n", "\nMySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura ~ Berikutan kadar vaksinasi di Malaysia dan Singapura telah mencapai 95% untuk populasi dewasa, peluang untuk merentas sempadan dibuka semula secara berperingkat.\u00a0\nBermula 29 November 2021, satu kerjasama di antara Malaysia dan Singapura diadakan bagi melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin\u00a0 \u2013 Laluan Darat (VTL-Land).\u00a0\nInisiatif ini adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan; tanpa kuarantin, integrasi protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.\u00a0\n\nLaluan Perjalanan Lengkap Vaksin\u00a0 \u2013 Laluan Darat (VTL-Land)\nKuota bagi VTL-Land yang dipersetujui oleh Malaysia & Singapura adalah maksimum 1,500 orang sahaja untuk peringkat permulaan dan dihadkan untuk pengangkutan bas sahaja. Syarat utama adalah, lengkap vaksin untuk warga Malaysia & Singapura.\u00a0\n\nMySafe Travel\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk membuat kutipan bagi fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin daripada pengembara yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.\nMyEg Services Sdn Bhd melalui sistem yang dibangunkan (MySafe Travel) telah dilantik oleh KKM untuk membuat kutipan fi ini untuk\u00a0 mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai.\u00a0\nJadi, sekiranya anda berhajat untuk merentas sempadan Malaysia-Singapura, anda perlu menggunakan sistem MySafe Travel ini.\u00a0\n\nCara Menggunakan MySafe Travel-VTL\nLayari laman web rasmi MySafe Travel di pautan ini: https://mysafetravel.gov.my/\nAnda boleh memohon bermula 26 November 2021.\u00a0Melalui sistem tersebut, semua warganegara asing adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui MySafeTravel, manakala warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19.Pastikan anda membuat bayaran sebelum mendarat di Malaysia; Ini adalah bagi menyokong dasar Kerajaan untuk mewujudkan Cashless Society di Malaysia dengan merancakkan penggunaan e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai.\u00a0\nKaedah Pembayaran MySafe Travel\u00a0\nFi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin ini boleh dibayar melalui kaedah online (e-payment) menggunakan kad kredit/debit (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard).\u00a0\nSistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegrasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (dashboard) untuk kegunaan pentadbir sistem di KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MyEG.\n\n\n\n\nSegala ketetapan pada MySafeTravel adalah mengikut arahan-arahan terkini daripada pihak Kerajaan khususnya KKM dan NADMA.\nAnda juga boleh membuat pembayaran melalui tunai, namun tidak digalakkan.\u00a0\nCara Pendaftaran\nSebelum anda membeli tiket, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.\u00a0\nSekiranya anda hendak masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land, anda perlu mendaftar di pautan berikut: https://mysafetravel.gov.my/\u00a0\nManakalA, untuk masuk ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di pautan berikut: https://go.gov.sg/vtl-portal\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk senarai pautan di bawah:\nButiran lanjut mengenai VTL-Land:\u00a0\nhttps://www.miti.gov.my ATAU https://www.safetravel.ica.gov.sg/\u00a0\nMySafeTravel FAQ : \nhttps://safetravel.myeg.com.my/\nInfo VTL-Land:\nhttps://mysafetravel.gov.my/ \nBantuan Hotline :\u00a0 03-7664 8838 / [email\u00a0protected]\nSila Rujuk: [Kenyataan Rasmi Media Malaysia-Singapura]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dana-kecemasan-pks-smeef-2-0/", "title": "Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nDana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~\u00a0 Sukacita dimaklumkan bahawa, anda boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) kepada PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai atau tanah runtuh.\u00a0\nDana ini boleh dimohon oleh syarikat di bawah kategori Perusahaan Kecil & Sederhana.\u00a0\nDana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)\nDana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) menyediakan bantuan pinjaman pembiayaan bago membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.\nBerikut adalah perincian pembiayaan:\nJumlah pembiayaan : RM50,000 \u2013 RM100,000Peratusan pembiayaan : Sehingga 100%Tempoh pembiayaan : Sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratoriumKadar pembiayaan : 0%\nSila semak syarat kelayakan dibawah untuk memohon.\nSyarat Kelayakan\nBerdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sahBeroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencanaMenyediakan bukti kesan bencana alam i.e, surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polisSyarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomiKelayakan minimum \u2013 Jualan tahunan : RM300,000 dan ke atas; atau Pekerja sepenuh masa; 5 orang dan ke atas.\nPembiayaan Yang Layak\nPembiayaan AsetModal Kerja\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, mudah sahaja.\u00a0\n\n\n\n\nSila scan QR code dalam poster di bawah. Atau, anda juga boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 secara dalam talian di pautan berikut:\u00a0\nhttps://biz.financing.growyourbusiness.midf.com.my/\n\nNota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:\u00a0 www.growyourbusiness.com.my.\u00a0\nAtau, anda juga boleh hubungi MIDF di saluran berikut:\nNo tel: 1-300-88-6433E-mail: [email\u00a0protected]Laman Web: https://bit.ly/3uQj7m5\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kolej-profesional-mara-kpm/", "title": "Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23", "body": ["\n\n", "\nKolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan dalam talian kemasukan ke program diploma kolej profesional MARA (kpm) sesi 1 2022/2023 pengambilan Mac telah dibuka.\nPermohonan Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM)\nPermohonan ini terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).\nCalon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.\nTarikh Permohonan Dibuka\nPermohonan kemasukan ke program diploma kolej profesional mara (kpm) pengambilan Mac ini telah dibuka bermula 17 JANUARI 2022 hingga 17 FEBRUARI 2022.\nPastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup sekiranya berminat.\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.Berumur 18 hingga 35 tahun.Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.\n\nKemudahan Yang Ditawarkan\nKemudahan penginapan asramaPemberian Elaun Sara HidupTiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & LabuanGraduan bebas hutang \u2013 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian\n\nProgram Yang Ditawarkan\u00a0\nProgram ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:\ni. Diploma in Accounting (DIA)\nii. Diploma in Business Studies (DBS)\niii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)\niv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)\nv. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)\nvi. Diploma in Computer Networking (DCN)\nvii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)\nviii. Diploma in International Business (DIB)\n\n\n\n\nix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)\nx. Diploma in Marketing (DMK)\nxi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan berikut: https://apponline.mara.gov.my/upimonline/\n\nNOTA:\u00a0\nCalon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.\nCalon hendaklah memastikan proses permohonan adalahlengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 1 2022/2023 Pengambilan Mac sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nBukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.\nSemakan Keputusan Permohonan\nKeputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 22 Februari 2022, selepas pukul 3:00 petang.\nNOTA: Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.\nSetelah menerima keputusan, sila buat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang\nUPIM (https://apponline.mara.gov.my/upimonline) dengan memasukkan nombor transaksi pembayaran MARAeps bagi membolehkan calon memuat turun surat tawaran dan dokumen pendaftaran selewat-lewatnya sebelum ATAU pada 04 Mac 2022 dan bergantung kepada tempoh setuju terima yang ditetapkan.\nPermohonan Rayuan\nSekiranya tidak berjaya, jangan risau. Anda boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang (https://apponline.mara.gov.my/upimonline mulai 22 Februari 2022 sehingga 4 Mac 2022.\nKeputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 05 Mac 2022, selepas jam 3:00 petang.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila layari:\nGARIS PANDUAN KEMASUKAN : https://tinyurl.com/DIPKPM-MAC2022 SOALAN LAZIM : https://tinyurl.com/FAQ-DIPKPM-MAC2022 \nManakala, untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak MARA di saluran berikut:\nFacebook : https://www.facebook.com/hiedumaraTwitter : https://twitter.com/Hi_EduMARAInstagram : https://www.instagram.com/hiedumara/Telegram : https://t.me/s/hiedumaraWhatsApp: www.wassap.my/601158521184/diplomaMac2022Emel: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pahang-pride-kid/", "title": "Pahang Pride Kid 2023 Cara Mohon & Semakan", "body": ["\n\n", "\nInsiatif Pahang Pride Kid 2023 diteruskan. Berikut cara mohon dan semakan Pahang Pride untuk anak kebangsaan Pahang.\nBelanjawan Negeri Pahang 2023, meneruskan lagi insiatif ini dan telah menaikkan jumlah bantuan daripada RM200 pada tahun 2022, kepada RM300 pada tahun ini.\nInsiatif ini adalah bagi memberi galakan kepada kadar kelahiran di negeri ini yang dilihat masi rendah.\nInsiatif Pahang Pride Kid 2023 Program Anak Kebangsaan Pahang\nProgram Anak Kebangsaan Pahang \u201cPahang Pride Kid\u201d merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi mengalakkan peningkatan kadar kelahiran negeri tersebut.\nMenteri Besar Pahang,YAB Dato\u2019 Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam bajet 2023, kerajaan negeri memperuntukan RM7.5 juta berbanding RM5 juta pada Belanjawan Pahang 2022 yang akan memberi manfaat kepada 25,000 bayi yang akan dilahirkan dinegeri Pahang.\nPemberian RM300 yang diperuntukkan tersebut, akan diberikan dalam insentif berikut:\n\nRM50 untuk barang keperluan bayi\nRM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)\nRM150 dalam bentuk Gold Bar\n\nSyarat-syarat Kelayakan\n\nBayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia\nBayi dilahirkan di negeri Pahang\nDilahirkan pada tahun 2023\n\nCara Memohon Pahang Pride Kid\nBagi ibu bapa/penjaga yang sah yang ingin memohon insitif tersebut, anda boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mengimbas QR code pada poster di atas atau membuat permohonan dengan mengisi borang online seperti berikut ;\n\n Layari pautan link berikut https://erakyat.pahang.gov.my/\nKlik butang Permohonan Pahang Pride Kid\nIsikan maklumat permohonan seperti ;\n\nMaklumat ibu/ayah\nMaklumat anak\nMaklumat tempat tinggal\n\n\nSemak maklumat yang di isi, pastikan maklumat tepat dan betul\nKlik butang hantar untuk menghantar permohonan\n\nSemakan Pahang Pride kid\n\n\n\n\nUntuk semakan status permohonan, ibu bapa/penjaga boleh membuat semakan dengan cara ;\n\nLayari pautan yang sama ketika permohonan iaitu https://erakyat.pahang.gov.my/ \nKlik pada butang semakan\nMasukkan no kad pengenalan\nKlik Semak\n\nCara Buka Akaun Bank Rakyat Nuri\nUntuk membolehkan pemberian RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat) disalurkan , Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke mana-mana cawangan bank rakyat berhampiran bersama dokumen berikut :\n\nKad pengenalan ibu bapa / penjaga sah\nSijil lahir bayi\nSijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023\nSlip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif Pahang Pride Kid 2023 ini anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang di nombor 09-5124043/09-5124039\nAtau anda juga boleh layari ;\n\nLaman web rasmi Kerajaan Pahang :\u00a0https://www.pahang.gov.my/\nTelefon : 09-512 6600\nFacebook:\u00a0Kerajaan Negeri Pahang\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu Pahang Pride Kid? Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023)Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.(RM50 dalam bentuk barangan bayi, RM100 dalam bentuk simpanan bank rakyat dan RM150 gold bar) Siapakah yang layak memohon? i.Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysiaii.Bayi dilahirkan di negeri Pahangiii.Dilahirkan pada tahun 2023 Bilakah tarikh tutup permohonan Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang di nombor 09-5124043/09-5124039 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/inisiatif-pendapatan-rakyat-ipr/", "title": "Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Cara Mohon, Syarat", "body": ["\n\n", "\nInisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Cara Mohon, Syarat & Semakan Status\nBelanjawan 2023 Insiatif Pendapatan Rakyat (IPR) memberi tumpuan kepada strategi dua hala untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan keluarga B40 sambil mereka cuba menyelesaikan masalah ekonomi harian melalui strategi RPI. IPR memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan penyedia perkhidmatan. Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 rakyat miskin daripada semua kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui sistem yang menyeluruh.\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan melaksanakan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan memberi tumpuan kepada memperkasa golongan miskin untuk meningkatkan kuasa pendapatan mereka. Sebanyak RM750 juta untuk 2023 diperuntukkan kepada Kementerian Ekonomi untuk menjayakan IPR.\nPerdana Menteri juga dalam ucapanya, kerajaan akan melaksanakan banyak kaedah baharu untuk membaiki kelemahan \u2013kelemahan yang dibuat kerajaan sebelum ini untuk membantu keluarga miskin mendapatkan pendapatan\nApa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)\n\nInsiatif pendapatan rakyat ialah salah satu usaha baharu di bawah kerajaan perpaduan menerusi belanjawan 2023 yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan msikin tegar supaya meningkatkan potensi pendapatan disediakan kepada Kementerian ekonomi tahun 2023. \nInisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan keseluruhan strategi negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RM12) dan prinsip Ihsan di bawah dasar negara. Tiga inisiatif di bawah IPR iaitu Inisiatif Usahawan Pertanian (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Pengendali Perkhidmatan (IKHSAN).\nBaca juga insiatif lain dalam Belanjawan 2023\n\ne-Tunai Belia Rahmah\nUjian Memandu Percuma\nDiskaun PTPTN 20%\n\nTiga kategori insiatif yang ditawarkan di bawah IPR ialah ; \n\nUsahawan Tani\nUsahawan Makanan\nOperator Perkhidmatan\n\nSiapakah sasaran penggerak IPR untuk membantu atau memadankan pihak berikut:\n\nInisiatif Usahawan Tani (INTAN)\n\nPerniagaan pertanian\nRantaian pengedaran makanan\nPengeksport\nAgensi kerajaan yang terlibat\nKoperasi\n\nInisiatif Usahawan Makanan (INSAN)\n\nOperator mesin layan diri (vending machine)\nSyarikat ingin menyediakan makanan kepada pekerja mereka\nPemilik atau pengusaha di premis kerajaan persekutuan dan negeri\nInstitusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat menggunakan mesin layan diri untuk menghidangkan makanan kepada pelajar, kakitangan dan pelawat.\nStesen-stesen LRT\nHospital dan kemudahan perubatan yang merancang untuk menggunakan mesin layan diri untuk menghidangkan makanan kepada pesakit, pelawat dan kakitangan\n\nInisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)\n\n\n\n\n\nSyarikat swasta memerlukan pekerja sementara untuk membersihkan premis\nDi bangunan dan kawasan\u00a0Pejabat Kerajaan\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia\nPemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar\n\nCara Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dengan cara\n\nLayari pautan https://ipr.epu.gov.my/sign_up\nDaftar akaun dengan mengisi butiran nama, penuh, email dan kata laluan\nKlik hantar\nSeterusnya isi butiran dan maklumat seperti yang terdapat dalam borang\n\nSemakan Status\nSemakan status permohonan akan di maklumkan kemudian. Anda juga akan dimaklumkan menerusi email yang telah anda daftarkan bagi yang berjaya.\nKomuniti IPR (Off-Takers)\nBagi syarikat-syarikat kecil dalam industri pertanian, makanan pemilik perniagaan kecil yang\n\nmencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman\nmembantu menjual makanan peniaga kecil secara mudah dan murah pada kualiti yang berpatutan\nmencari pekerja sambilan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan\n\nAnda dijemput utuk menyertai komuniti IPR dan anda akan dipadankan atau dihubungkan dengan mereka yang memohon di IPR.\nUntuk maklumat lanjut anda boleh layari https://ipr.epu.gov.my/about\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Insiatif pendapatan tunai (IPR) ini juga anda boleh layari website Kementerian Ekonomi https://www.epu.gov.my\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah syarat kelayakan untuk permohonon IPR ? i.Warganegara Malaysiaii.Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar Apakah kategori yang terdapat dalam inisiatif pendapatan rakyat? i.Usahawan Taniii.Usahawan Makananiii.Operator Perkhidmatan \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-meerqeen/", "title": "Biodata Meerqeen, Pelakon Utama Melur Untuk Firdaus", "body": ["\n\n", "\nBiodata Meerqeen\nNama Meerqeen sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.\u00a0\nWalaupun masih baharu dalam industri, ramai yang cukup memuji bakat lakonan pelakon muda ini dalam drama hit, Melur Untuk Firdaus.\nDrama dengan plot cerita yang menarik ini juga menjadi fenomena dan tular sehingga berjaya menambat hati penonton daripada Indonesia.\u00a0\nLebih menarik lagi, drama yang menggandingkan Merqeen dengan Anna Jobling itu terbukti cukup popular apabila muncul sebagai drama kedua yang paling dicari di Google sepanjang tahun 2022.\u00a0\nBagi yang belum mengenali pelakon popular ini dengan lebih dekat, jom kita semak biodata Meerqeen.\u00a0\u00a0\nBaca Juga :Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus\n\n\n\nBiodata Meerqeen\nNama Penuh : Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam\nTarikh Lahir : 4 Jun 2001\nUmur : 22 tahun (2023)\nAsal : Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor\nPendidikan : Kolej Vokasional Gombak\n\n\n\n\nInstagram : @meerqeen\n\n\n\nPerjalanan Karier Meerqeen\nMeerqeen berpeluang untuk tonjolkan bakatnya secara profesional apabila terpilih sebagai peserta Hero Remaja 2020 dan berjaya merangkul tempat ketiga.\u00a0\nAntara peserta yang turut bertanding bersama Meerqeen adalah Nadhir Nasar, Hariz Hamdan, Imran Aqil, Jazmy Khan, Aniq Suhair dan Jabir Meftah.\u00a0\nSelepas tamatnya program pencarian Hero Remaja, Meerqeen dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan. Selain Melur Untuk Firdaus, antara drama bersiri yang pernah dibintangi beliau adalah Angkara Cinta dan filem Kelaster serta Frontliner.\u00a0\n\n\n\nImpak populariti yang diraih menerusi drama Melur Untuk Firdaus juga membuka rezeki buat Meerqeen untuk muncul buat pertama kalinya di web series terbitan Bank Rakyat Indonesia (BRI) yang bertajuk Modus Operandi.\u00a0\nMenerusi ruangan komen, ramai warganet memuji bakat lakonan semulajadi Meerqeen yang tidak kekok membawa dialog Bahasa Indonesia.\u00a0\nBagi anda yang merindui lakonan Meerqeen, jangan lupa untuk tonton drama terbaru bertajuk Nenek Bongkok Tiga / The House on Autumn Hills, sebuah drama Viu Originals secara eksklusif di platform tersebut bermula 9 Februari 2023. \nDrama ini turut dibintangi oleh ramai pelakon terkenal antaranya Hun Haqeem, Sofia Jane, Sherie Merlis dan Sara Ali.\n\nBukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah jejaka berusia 22 tahun ini juga berkebolehan dalam bidang nyanyian.\u00a0\nHasrat beliau untuk melibatkan diri dalam bidang yang diminatinya sejak bangku sekolah ini akhirnya tercapai apabila beliau melancarkan sebuah single bertajuk \u2018Menunggu\u2019 pada tahun 2021.\u00a0\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Meerqeen, jangan lupa untuk ikuti laman Instagram beliau.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mylesen-b2/", "title": "MyLesen B2 2023 : Daftar Program Bantuan Lesen B40 Percuma", "body": ["\n\n", "\nMyLesen B2 2023 iaitu Program Bantuan Lesen Motorsikal Kelas B2 secara percuma kepada belia golongan B40. Anda boleh semak kelayakan untuk pendaftaran MyLesen B2 yang kini telah dibuka.\n\nUntuk makluman, permohonan ini adalah terhad, dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. \nKementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan insentif ini bagi membantu golongan belia B40 yang terjejas bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen motorsikal B2.\nProgram MyLesen B2 Bantuan Lesen Motorsikal Kelas B2\n\nSeperti yang terdapat dalam Belanjawan Madani 2023, kerajaan memperuntukan sebanyak RM2.7 juta bagi program bantuan MyLesen B2 yang akan memberi manfaat kepada 9000 golongan belia.\nBaca juga : MyPSV Bantuan Lesen E-Hailing PSV Percuma 2023\nDengan insiatif ini, kerajaan berharap golongan belia B40 yang terjejas ekonomi semenjak pandemik covid-19 agar dapat meringankan beban para belia mendapatkan lesen kelas b2 seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka dengan cara melaksanakan pekerjaan di sektor gig.\nPenyertaan ditawarkan\u00a0hanya\u00a0kepada penerima bantuan Kerajaan seperti:\n\neKasih\nJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\nJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)\nZakat\nBaitulmal\nLembaga Hasil Dalam Negara (LHDN\n\nTempoh Masa & Tempat Program MyLesen B2 Dijalankan\nPeserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian leh setiap peserta untuk menjalani latihan dan memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut ;\n\nKursus Teori (KPP01) 6 Jam\nUjian Bertulis (KPP01) -1 Jam\nLatihan Praktikal Di Litar (KPP02) -9.5 Jam\nLatihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) -6 Jam\nPra Ujian (QTI) -30 Minit Ujian JPJ\n\nPeserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang ujian\u00a0\u00a0\u00a0 memandu bagi memperoleh\u00a0Lesen\u00a0telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.\n\nSyarat Kelayakan Memohon MyLesen B2\n\nWarganegara Malaysia;\nBerumur 16 tahun dan ke atas;\nPenerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);\nTanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;\nSihat tubuh badan dan mental;\nBelum memiliki sebarang Lesen Memandu; dan\nBebas senarai hitam JPJ, PDRM dan\u00a0Mahkamah\n\nCara Daftar Program MyLesen B2 2023\nBagi anda yang berminat untuk memohon program MyLesen B2, permohonan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri masing-masing. Ini kerana tarikh permohonan dan tarikh tutup adalah berbeza mengikut negeri.\n\n\n\n\nMyLesen B2 2023 Perak\n\n\nPermohonan telah dibuka\nTarikh tutup permohonan ialah pada 21 Julai 2023 jam 5:00 petang\nBorang permohonan \nBorang permohonan boleh di dapati degan Scan QR Code pada gambar iklan, atau anda boleh muat turun borang, sila klik pautan dia bawah ini : https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing\n\nMyLesen B2 Pahang\n\n\nTarikh permohonan 10 Julai 2023 \nTarikh tutup : 21 Julai 2023\nBorang penyertaan boleh didapati di Kompleks JPJ Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang atau di Pejabat Cawangan JPJ Pahang\nUntuk pertanyaan hubungi : 09-5736622\n\nMyLesen B2 Melaka\n\nPertanyaan, hubungi urusetia : 06-251 4049 / 06-251 4050\n\nManakala semakan bagi negeri-negeri lain boleh merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Negeri (JPJ) negeri masing-masing\nSemakan Keputusan Permohonan\nPeserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan emel\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat berkaitan program MyLesen B2 2023, anda boleh layari website ; https://www.jpj.gov.my/\n\nTel: +60 3 8000 8000 (Umum)\nFacebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2? Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2? Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih/ JKM/ JAKOA/ Zakat Baitumal/ LHDN/ B40 Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2? Tidak \nBaca juga : Cara Renew Lesen Memandu 2023 Secara Online\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/selangor-freelance/", "title": "Selangor Freelance: Insentif RM400 Untuk Warga Selangor", "body": ["\n\n", "\nSelangor Freelance: Insentif RM400 Untuk Warga Selangor ~ Ekonomi Gig merupakan salah satu peluang baru pekerjaan dalam sektor digital yang boleh membantu anda menjana penjana pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah.\u00a0\nKerajaan Negeri Selangor telah memulakan inisiatif Selangor Freelancer yang menawarkan 5,000 kekosongan untuk peserta mengikuti sesi latihan dan kemahiran secara atas talian. Program ini adalah khusus untuk warga Selangor sahaja.\u00a0\nInisiatif ini adalah untuk membantu warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital lebih-lebih lagi pada musim pandemik COVID19.\u00a0\nMelalui inisiatif Selangor Freelancer, warga Selangor yang berusia 18 tahun ke atas berpeluang untuk menjana pendapatan dan sekaligus layak menerima RM400 sebagai insentif daripada Kerajaan Negeri.\n\nSelangor Freelancer: Program Latihan Selama 2 Hari\nProgram ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Workana iaitu, sebuah platform padanan kerja. \nSelangor Freelance disenaraikan dibawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).\u00a0\nMelalui program ini, peserta Selangor Freelance akan dilatih bagaimana hendak menjadi pekerja bebas (freelancer) serta turut diterangkan cara-cara untuk menggunakan platform Workana dan berlangsung selama dua hari.\u00a0\n\n\n\n\nSetelah tamat latihan selama dua hari tersebut, semua peserta layak menerima insentif RM400 daripada Kerajaan Negeri. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan; Workana.\nSyarat Utama Kelayakan\nBerikut ialah antara syarat-syarat utama untuk mengikuti program ini;\u00a0\nPemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas\u00a0Merupakan warga Selangor & tinggal di SelangorIndividu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan\nCara Mendaftar/Memohon Selangor Freelance\nSekiranya anda berminat, anda boleh memohon melalui atas talian di pautan berikut: http://selangor.workana.com.\nKemudian, klik \u201cSIGN UP\u201d.\u00a0\nIsikan maklumat anda yang diperlukan seperti; nama, emel dan no telefon untuk pra-daftar.\u00a0\nNOTA: Pastikan anda menggunakan emel dan no telefon yang aktif untuk memudahkan anda menerima sebarang emel/notifikasi penting berkaitan program ini.\u00a0\nUntuk melayakkan anda mendapatkan insentif RM400, anda perlu;\u00a0\nMendaftar sebagai Selangor Freelancer melalui pautan yang diberikan di atas (http://selangor.workana.com)\nMengikuti latihan yang disediakan selama 2 hari.\u00a0\nInsentif RM400 akan diberikan selepas tamat latihan 2 hari tersebut, serta anda juga boleh memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.workana.com atau www.platselangor.com.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-muet-sesi-3-2022/", "title": "Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2022 Mulai 12 \u2013 18 Januari 2023", "body": ["\n\n", "\nPengumuman MPM Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2022 boleh disemak mulai hari ini 12 Januari 2022 Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.\nPermakluman oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini telah dibuat melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my/\nSemakan Keputusan MUET Sesi 3 2022\nSemakan boleh di buat secara online atau melalu pesanan mesej ringkas (SMS). Untuk membuat semakan, sila rujuk kaedah-kaedah di bawah:\nKAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE ( https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/ )\nKAEDAH 2 : SEMAKAN SMS ( Melalui SMS; MUETRESULTNo. KP ) dan hantar ke 15888.\nContoh: MUET RESULT 09050310xxx\nRayuan Semakan Semula\u00a0Keputusan MUET\nBagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET Sesi 3 2022 yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.\u00a0\nSila klik pautan berikut:\u00a0\n\nhttp://www.mpm.edu.my\nhttp://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/\n\nSemakan semula keputusan ini di kenakan cas bayaran yuran rayuan penyemakan semula iaitu sebanyak RM70.00.\u00a0\nCalon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).\nTarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.\n\n\n\n\nKeputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my) selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).\u00a0\nMPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.\nKeputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.\nJadual \u00a0MUET 2023\nBagi calon yang telah mendaftar untuk MUET Sesi 1 2023, berikut adalah jadual ujian yang akan datang ;\n\nTarikh Ujian Bertulis (Written) -1 April 2023\nTarikh Ujian Lisan (Speaking) \u2013 13,14,15,16,20 dan 21 mac 2023\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan MUET Sei 3 2022, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/\u00a0\nAtau, hubungi talian: 03-6126 1600\nAtau, e-mel ke: [email\u00a0protected]\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu MUET?\nMUET adalah singkatan dari Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (Malaysian University English Test). Ujian ini yang diadakan di Malaysia untuk menilai kemahiran bahasa Inggeris pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat IPT/IPTA. Ujian ini diadakan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia dan diakui oleh insitutut pengajian awam dan swasta. Ujian ini terdiri dari empat komponen iaitu ;\n\nMendengar Listening, \nBercakap Speaking, \nMembaca Reading, \ndanPenulisan Writing.\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-pekerja-2023/", "title": "Hari Pekerja 2023 \u2013 Tarikh Cuti Umum & Tema Sambutan", "body": ["\n\n", "\nCuti umum hari pekerja 2023 di malaysia jatuh pada 1 Mei bersamaan hari Isnin. Sambutan hari pekerja 2023 peringkat kebangsaan akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).\nTema sambutan hari pekerja Kementerian Sumber Manusia bagi tahun 2023 ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani.\nSempena sambutan hari pekerja CUEPACS mengadakan pertandingan mencipta tema hari pekerja CUEPACS tahun 2023 dan pertandingan sayembara deklamasi sajak mengenai CUEPACS.\nDi Malaysia, pengumuman 1 Mei sebagai Hari Pekerja bermula pada tahun 1972 dan kemudian menjadikannya sebagai hari cuti umum rasmi pada tahun 1976. \nKeputusan untuk mengumumkan 1 Mei sebagai hari cuti umum adalah sebagai tanda penghargaan terhadap perjuangan dan pengorbanan para pekerja dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Pada hari tersebut, diadakan berbagai kegiatan untuk memperingati dan merayakan kontribusi dan perjuangan para pekerja di Malaysia.\nTarikh Cuti Hari Pekerja 2023\nTarikh Hari Buruh di Malaysia adalah pada 1 Mei 2023 dan ia merupakan cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.\n\nSambutan Hari Pekerja 2023\n\nSambutan hari pekerja 2023 peringkat kebangsaan akan dibuat pada ketetapan berikut ;\nPekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani\n\nPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)\nTarikh : 1 Mei 2023 (Isnin)\nMasa : 11:00pagi\n\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar bin Ibrahim dijadualkan akan turut hadir bagi menyempurnakan sambutan hari pekerja peringkat kebangsaan\n\nBagi sambutan hari pekerja 2023, CUEPACS menganjurkan pertandingan ;\n\n\n\n\n\n Mencipta tema sempena hari pekerja cuepacs 2023\nSayembara deklamasi sajak mengenai CUEPACS\n\nTarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2023 (Jumaat)\nSyarat penyertaan ;\n\nPenyertaan terbuka kepada semua ahli kesatuan gabungan CUEPACS\nvideo penyertaan boleh dihantar melalui emel [email\u00a0protected] dan whatsapp kepada Ahli Majlis Kongres Kesatuan masing-masing\nPeserta diwajibkan mengisi borang penyertaan yang dilampirkan\nSetiap peserta boleh mendeklamasikan ketiga-tiga sajak yang disediakan. Satu sajak untuk satu video dan CUEPACS akan memilih satu video sahaja\nKeputusan pemenang adalah MUKTAMAD\n\n\nSumber : Anulae Majlis Perbandaran Selayang\nBaca juga : Cuti Umum Hari Wesak 4 Mei 2023\nSejarah Sambutan Hari Pekerja\nSejarah Hari Pekerja berakar umbi dalam perjuangan gerakan buruh pada abad ke-19. Pada masa itu, keadaan bekerja di kilang-kilang dan perusahaan besar adalah mengerikan. Pekerja bekerja dalam keadaan tidak berperikemanusiaan, bekerja berjam-jam, gaji rendah, dan hak asasi manusia sering tidak dihormati. Para pekerja akhirnya bersatu dan membentuk kesatuan sekerja untuk memperjuangkan hak mereka.\nPada 1 Mei 1886, beribu-ribu pekerja di Chicago, Amerika Syarikat, melancarkan mogok untuk menuntut hak yang lebih baik. Tindakan ini berakhir dengan tragis dengan rusuhan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan yang menyebabkan ramai terkorban. Tiga tahun selepas itu, Persidangan Antarabangsa di Paris mencadangkan 1 Mei disambut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa sebagai mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan pekerja dalam memperjuangkan hak mereka.\nSejak itu, Hari Pekerja disambut setiap tahun di seluruh dunia dengan pelbagai bentuk sambutan, seperti perhimpunan, perarakan, seminar, dan sebagainya. Di Indonesia, Hari Pekerja atau Hari Pekerja disambut pada 1 Mei dan sering digunakan sebagai momentum untuk memperjuangkan hak pekerja dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi hak pekerja.\nTema Sambutan Hari Buruh\nBerikut merupakan tema-tema sambutan hari pekerja CUEPACS dan Kementerian Sumber Manusia saban tahun sejak 2013 sehingga 2022. Manakala tema bagi sambutan hari pekerja/buruh bagi tahun 2023 ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani\nTahunCUEPACSKementerian Sumber Manusia2022Memantapkan Ketenagakerjaan Era Revolusi DigitalPelan Jana Semula Ekonomi Malaysia2021Pekerja Hebat, Malaysia GemilangKomitmen Kita, Pekerja Harapan Negara2020Memacu Transformasi Produktiviti & InovasiPekerja Lestari, Ekonomi Berdaya2019Anugerah Pekerjaan Baharu, Masa Depan SelamatMemperkasa Ekonomi Rakyat2018Pekerja Bijak, Negara UnggulMeningkatkan Produktiviti Melalui K-Force2017Budaya Berkarya, Transformasi BerjayaMenyemarakkan Tenaga Kerja2016Sektor Swasta Berperanan, Ekonomi Negara Berdaya SaingPembangunan Sumber Manusia Berterusan2015Peningkatan Produktiviti, Inovasi dan KualitiMenjayakan 1Malaysia Kontraktor2014Produktiviti, Inovasi dan Kualiti Melonjakkan EkonomiPembangunan Sumber Manusia2013Pekerja Kekal, Ekonomi MantapTransformasi Sumber Manusia Berkesan\nBagi mereka yang terpaksa kerja pada hari pekerja (cuti umum), ketahui cara kira overtime terkini (Akta Pindaan Kerja 2022)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pembiayaan-pendidikan-yayasan-angkasa/", "title": "Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan khas, tawaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022/2023 untuk ahli dan anak aggota koperasi yang melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS dan memerlukan bantuan kewangan telah dibuka.\nPermohonan boleh di buat mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Oktober 2022.\nApa Itu Yayasan ANGKASA\n\nUntuk makluman, Yayasan ANGKASA telah ditubuhkan pada 2 Disember 2010 yang berfungsi dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi, anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke IPT.\nPembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA adalah pembiayaan tanpa faedah kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat:\nIjazah Sarjana Muda Ijazah SarjanaDoktor Falsafah\nPembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah. Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2022.\nKelebihan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA\nCalon yang mendapat pencapaian kelas pertama layak untuk dipertimbangkan untuk Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa\u00a0atau pengecualian bayaran balik 100% pembiayaan.Manakala bagi pencapaian kelas kedua hanya perlu membuat bayaran balik 40% dari jumlah pembiyaaanTiada sebarang cas faedah tambahan untuk mereka yang berjaya menerima tawaran pembiayaan iniMerangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa\n\nSistem Kelas & Peratus Perubahan\nAntara keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA ini ialah pelajar berpeluang menukar pembiayaan tersebut kepada biasiswa bergantung kepada peratus pencapaian kelas dan gred pengijazahan. \nSistem kelas dan perubahan yang digunakan dalam pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:\nSistem KelasPeratus PerubahanPertama100% BiasiswaKedua Atas60% BiasiswaLain-Lain100% Pembiayaan\nSyarat Kelayakan Asas\nSyarat kelayakan asas yang ditetapkan kepada para pemohon adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Merupakan anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA atau anak anggota koperasi.Pemohon telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.Maksimum 4 tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja.\nSyarat Kelayakan Umur\nUntuk syarat kelayakan umur pula, pemohon yang akan meyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda perlulah menepati umur berikut:\nAnggota koperasi (Koperasi Tersebut berdaftar Ahli ANGKASA): Tidak Melebihi 40 tahun.Anak anggota koperasi: Tidak Melebihi 25 tahun.\nSyarat Akademik\nSelain itu, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\ni) Pengajian Ijazah Sarjana MudaLulus Pra Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.00; atauLulus STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B-) dalam mata pelajaran Pengajian AM dan 2 mata pelajaran yang lain; atauLulus STAM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (5) kelulusan Jayyid-Jiddan dari mana-mana matapelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.\nii) Pengajian SarjanaLulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.00.\niii) Pengajian Doktor FalsafahLulus Ijazah Sarjana dengan mendapat sekurang -kurangnya PNGK/CGPA 3.00.\n\nCara Memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLangkah 1 Pembayaran PIN PPYA\u00a0\nPembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYAPembayaran boleh dibuat melalui JomPAYMasukkan Biller Code 86231\u00a0(YAYASAN ANGKASA PIN)Ref-1 : No. Kad Pengenalan AndaRef-2 : Nombor Telefon Anda\n\n*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda\nLangkah 2 Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA\nAnda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti\nYayasan ANGKASA :\u00a0\u00a0[Kad Pengenalan ANDA]\u00a0Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2022. Pin permohonan adalah\u00a0[XXXXX]\n*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-72 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)**Jika ada Masalah boleh whatsapp ke nombor\u00a00378809358\n\nLangkah 3 -Daftar Permohonan\nSelepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link\u00a0https://www.yayasanangkasa.coop/pya\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022/2023 , pemohon boleh menghubungi :\nBahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar) Yayasan ANGKASATel : 03-7880 9358Emel :\u00a0[email\u00a0protected]\nBahagian Kewangan & Pentadbiran Yayasan ANGKASATel : 03-7880 6358Emel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-yayasan-risda-2022/", "title": "RISDA: Cara Memohon Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022", "body": ["\n\n", "\nRISDA: Cara Memohon Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Yayasan RISDA menawarkan beberapa skim bantuan untuk membantu golongan yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.\u00a0\nSecara ringkasnya, Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah telah diluluskan penubuhannya oleh pada 21 Februari 2013 dan akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.\nSkim Bantuan Yayasan RISDA 2022\nSkim Bantuan Yayasan RISDA 2022 adalah merupakan inisiatif pihak RISDA untuk berbagi rezeki kepada golongan yang disasarkan mengikut syarat ditetapkan. Berikut ialah antara skim bantuan yang disediakan:\nSkim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA;\u00a0\nBiasiswa Pelajar UCAM (BPU)RM6,800 \u2013 RM13,800 / Pelajar / Tahun mengikut jenis kursusBantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU)RM15 Sehari / RM450 Sebulan / PelajarSkim Insentif Pelajar UCAM (SIPU)RM500 One offBantuan Laptop Pelajar UCAM1 laptop / 1 pelajarInsentif Pendidikan StafRM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (One-off)RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (One-off)Anugerah Yayasan RISDARM2,000 one off\nSyarat Kelayakan:-\nAnak-anak komuniti RISDAPendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849Melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM)\n\nSkim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA;\u00a0\nKhusus buat Kakitangan dan Pesara RISDA Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) /pesara RISDA atau keluarga terdekat yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran 1.Kadar bantuan adalah RM1,000 maksimum (one-off).\nSyarat Kelayakan:-\n\n\n\n\nStaf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekatseperti suami / isteri / anak kandung / anak tiri / anak angkat).Tiada had pendapatan.Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18tahun dan 21 tahun bagi yang masih belajar. Tiada had umurbagi anak yang berstatus OKU.\nCara Memohon:-\nMenggunakan borang YR 05-21 \u2013 SBPKKemukakan salinan dokumen berikut : Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit, Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah, Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara), Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia atau Hospital Pakar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang dihidapi.\u00a0\nBorang Permohonan\nAnda boleh muat turun borang permohonan yang berkaitan di bawah mengikut bantuan yang berkenaan:\nBilBorangLampiran01Borang Permohonan Kursus Asas Pengurusan Ladang Untuk Kontraktor Pertanian\u00a0 \u00a0Muat Turun02Borang Keahlian PERSADA\u00a0 \u00a0Muat Turun03Borang Tanam Semula TS 11(Pin.1_09)\u00a0 \u00a0Muat Turun04Borang Permohonan Pemulangan Wang Ses Terlebih Kutip\u00a0 \u00a0Muat Turun05Borang Maklumat Terperinci Getah Import Dalam Getah Sebatian Yang Dieksport\u00a0 \u00a0Muat Turun06Penjelasan Terperinci Borang Pemohonan Tuntutan Pemulangan Ses Tanam Semula Bagi Getah Sebatian\u00a0 \u00a0Muat Turun07Borang Permohonan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil\u00a0 \u00a0Muat Turun08Borang Permohonan Skim Pinjaman Am\u00a0 \u00a0Muat Turun09Borang Permohonan Skim Pinjaman Pengajian Boleh Ubah\u00a0 \u00a0Muat Turun10Borang Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan RISDA\u00a0 \u00a0Muat Turun11Borang Saraubat (1/09)\u00a0 \u00a0Muat Turun12Borang Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)\u00a0 \u00a0Muat Turun13Borang Setuju Terima Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)\u00a0 \u00a0Muat Turun14Surat Akuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)\u00a0 \u00a0Muat Turun15Surat Status Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)\u00a0 \u00a0Muat Turun16Format Kertas Kerja Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)\u00a0 \u00a0Muat Turun17Borang Aduan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)\u00a0 \u00a0Muat Turun18Borang Penghantaran/Penerimaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)\u00a0 \u00a0Muat Turun19Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022)\u00a0 \u00a0Muat Turun20Borang Penyertaan SKKR Pesara\u00a0 \u00a0Muat Turun21Borang Penyertaan SHPB Bawah 65 Tahun (Pesara)\u00a0 \u00a0Muat Turun22Borang Penyertaan SHPB 65 Tahun Keatas\u00a0 \u00a0 \u00a0Muat Turun\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi YAYASAN RISDA di talian:010-6590062,\u00a0 atau e-mel ke: [email\u00a0protected]\nManakala, untuk maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan boleh dapatkan di pautan :\nhttps://www.risda.gov.my/my/sumber/muat-turun/borang-borang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/astro-go/", "title": "Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop", "body": ["\n\n", "\nPlatform penstriman filem serta drama bersiri merupakan antara bentuk hiburan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain Netflix, Viu dan Iqiyi, Astro juga tak ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan penstriman buat pelanggan setia mereka menerusi aplikasi Astro Go.\nApakah kelebihan yang ditawarkan dalam aplikasi ini dan bagaimanakah cara untuk nikmatinya di telefon pintar dan laptop? Jom kita kenali aplikasi penstriman ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS\n\nApa Itu Astro Go?\nAstroGo merupakan aplikasi penstriman percuma yang ditawarkan kepada semua pelanggan Astro. \nDengan adanya aplikasi ini, pelanggan dapat nikmati rancangan serta saluran kegemaran mereka menerusi telefon pintar, tablet dan komputer pada bila-bila masa, di mana sahaja.\nPelanggan dengan langganan Pay-TV aktif boleh pautkan akaun mereka untuk menonton rancangan On Demand dan saluran Astro. \u00a0\nDengan erti kata lain, akses yang pelanggan boleh dapatkan di aplikasi ini adalah bergantung kepada pek langganan yang dibayar secara bulanan. \nUntuk makluman, tidak semua rancangan atau saluran akan tersedia di AstroGo kerana tawaran ini tertakluk kepada kontrak serta garis panduan bagi siaran.\nSetakat ini, kemudahan ini hanya tersedia bagi pelanggan yang berada di Malaysia sahaja.\nKelebihan Astro Go\n1.Kandungan Menarik Untuk Peminat Sukan\nStrim perlawanan sukan secara langsung, dapatkan highlight serta statistik permainan serta pelbagai ciri menarik lain.\n2. Astro di Poket Anda\nStream rancangan Astro kegemaran anda bila-bila masa, di mana-mana anda berada dengan lebih 65,000 video on demand dan lebih 100 saluran TV daripada 4 peranti berbeza.\n3. Cloud Recording\nTakut untuk terlepas rancangan kegemaran anda? Rakam sehingga 200 jam program TV yang anda ingin tonton pada masa lapang secara percuma!\n\n\n\n\n4. Pre-akses Untuk Pelanggan Baharu\nAplikasi ini memberikan peluang kepada pelanggan baharu untuk nikmati kandungan menarik sebelum Astro Box dipasang di kediaman.\n5. Carian Yang Mudah\nTemui program TV atau rancangan yang anda ingin tonton dengan lebih mudah dan pantas. Anda hanya perlu taipkan tajuk rancangan, nama pelakon, pengarah, nama atau nombor saluran.\n6. Mainkan Program Dari Mula\nTerlepas untuk tonton rancangan kegemaran anda dari mula? Anda hanya perlu mainkan semula (replay) pada bila-bila masa.\nCara Muat Turun\nAplikasi penstriman ini sedia untuk dimuat turun di platform berikut :\n\nApple App Store\nGoogle Play Store\nHuawei App Gallery\n\nAnda bebas untuk muat turun aplikasi ini di smartphone atau tablet. Lebih menarik lagi, anda juga boleh strim menerusi browser di pautan berikut : https://astrogo.astro.com.my/\nMuat turun, pautkan akaun Astro anda dan rancangan kegemaran anda sedia untuk dinikmati. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan AstroGo, sila hubungi Astro dengan memberikan butiran anda iaitu nama, Astro ID, nombor telefon dan alamat emel serta senarai informasi pembelian menerusi :\nFacebook : fb.com/AstroGO.my \nTwitter : @AstroGOmy \nBorang maklumbalas laman web : https://www.astro.com.my/contactus/form.aspx\nWhatsapp \u201cHi\u201d ke nombor : +60395433838\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sumbangan-asas-rahmah-sara/", "title": "Sumbangan Asas Rahmah (SARA) \u2013 Bantuan Tambahan STR 2023", "body": ["\n\n", "\nSumbangan Asas Rahmah (SARA) \u2013 Bantuan Tambahan STR 2023\nDalam pembentangan Belanjawan 2023, terdapat beberapa penambahbaikan telah dilakukan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah. \nPemohon boleh menerima bantuan sehingga RM 3,100 berbanding Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM 2,500 sebelum ini.\nPenambahbaikan ini mengambil kira isi rumah, lima atau tiga anak dan status miskin. Tambahan sebanyak RM 600 juga ditawarkan kepada pemohon kategori miskin tegar.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).\nApa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / STR Tambahan?\nSTR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat masa kini.\nPemohon layak untuk menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang disenaraikan berikut :\ni. Isi Rumah\na) Kahwin; atau\nb) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah\nii. Warga Emas Tiada Pasangan\na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nb) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan\nc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\n\n\n\niii. Bujang\na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nb) Had umur adalah 21-59 tahun; dan\nc) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nNota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\n\n\nKadar Bantuan SARA\nKerajaan bakal menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau STR Tambahan berjumlah RM 600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCAR MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.\nKategori Yang Layak Menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / STR Tambahan\nKadar tambahan STR bernilai RM 600 diperuntukkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti dalam kategori miskin tegar.\nKelayakan kadar tambahan STR / Sumbangan Asas Rahmah ini terhad kepada :\n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan\nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.\n\nSemakan Kelayakan\nBagi pemohon yang tidak pasti sama ada tersenarai dalam eKasih, anda boleh semak pendaftaran menerusi pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx\nKadar Bantuan & Cara Penyaluran\nUntuk makluman, sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk BAKUL MAKANAN dan BAUCAR untuk pembelian barangan makanan asas di pasar raya terpilih.\nSARA akan diagihkan menerusi pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak. Maklumat mengenai pengagihan bantuan ini akan diumumkan serta dikemaskini oleh kerajaan dari semasa ke semasa.\nTarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nBantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.\nAnda boleh rujuk jadual di bawah sebagai panduan :\n\nSARA 1 \u2013 Julai 2023 (RM100)\nSARA 2 \u2013 Ogos 2023 (RM100)\nSARA 3 \u2013 September 2023 (RM100)\nSARA 4 \u2013 Oktober 2023 (RM100)\nSARA 5 \u2013 November 2023 (RM100)\nSARA 6 \u2013 Disember 2023 (RM100)\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan STR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-pelajar-cemerlang/", "title": "Tawaran Penajaan JPA \u2013 Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2022 Peringkat Sarjana Dan Ph.D", "body": ["\n\n", "\nTawaran Penajaan JPA Program Pelajar Cemerlang 2022 peringkat Sarjana dan Ph.D telah dibuka bagi sesi 2022.\nPelawaan kepada pelajar-pelajar cemerlang tajaan JPA lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) dalam pelbagai bidang yang dikenal pasti oleh JPA\nPengenalan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022\nPermohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).\nTarikh permohonan\nPermohonan bagi Tawaran Penajaan JPA ini dibuka bermula 14 Februari 2022 \u2013 20 Februari 2022\nSyarat Permohonan\nCalon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;\nMempunyai kesihatan yang baik;\nIbu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;\nTidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;\nPelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;\nPelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana;\nPelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);\nPelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya\u00a0berdasarkan dasar-dasar\u00a0penajaan\u00a0\u00a0\u00a0 yang berkuat kuasa.\nPelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;\nProgram Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;\nPelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada\u00a0 31 Disember 2022; dan\nMempunyai baki tempoh\u00a0 pengajian\u00a0 sekurang-kurangnya\u00a0 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).\nSyarat Khusus\nKelayakan minimum akademik mengikut peringkat permohonan adalah seperti berikut:\nIjazah Sarjana/ Fast Track Ph.D\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau\nBagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:\n\u00a0 UNITED KINGDOM\u00a0 AUSTRALIA / NEW ZEALAND\u00a0 JEPUN70% & ke atas85% & ke atas85% A+B (50%A)** 85% A+B \u2013 Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.\nIjazah Kedoktoran (Ph.D)\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau\n Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam negara atau luar negara; atau\nBagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:\nUNITED KINGDOMAUSTRALIA / NEW ZEALAND\u00a0 JEPUN70% & ke atas85% & ke atas85% A+B (50%A)** 85% A+B \u2013 Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.\nTempat Pengajian Progmram Pelajar Cemerlang\nPenajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government-Linked Universities (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)) atau di universiti-universiti di luar negara seperti di LAMPIRAN 1 sahaja\nBidang Pengajian\nPenajaan ini akan memfokuskan dalam bidang pengajian meliputi bidang keutamaan negara dan strategik serta lain-lain bidang yang\nditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 di bawah Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).\n\n\n\n\nPada tahun 2022, penajaan adalah berfokuskan bidang Sains & Teknologi selaras dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi (10-10 MySTIE) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta bidang Sains Sosial yang dikenal pasti iaitu Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa,\u00a0Kewangan/\u00a0Perbankan,\u00a0Perakaunan/Percukaian, Ekonomi dan Psikologi. Maklumat lanjut adalah seperti di LAMPIRAN 2.\nBidang Pengajian Yang Tidak Ditaja\nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in legal Practice (CLP); dan\nPengajian berstruktur seperti Industrial Ph.D, Doctorate in Business Administration (DBA), Doctor of Management (DMgt) dan Jointly Awarded Ph.D/ Dual Ph.D Program juga tidak ditaja\nBayaran Balik\nPelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:\nPinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nCara Permohonan\nPermohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 14 Februari 2022\n(Isnin) jam 4.30 petang hingga 20 Februari 2022 (Ahad) jam 11.59 malam. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.\nCalon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.\n\nPertanyaan\nPertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau emelkan kepada [email\u00a0protected] (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).\nSesi soal jawab melalui aplikasi zoom juga akan diadakan secara live pada 18 Februari 2022 (Jumaat) dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi melalui pautan https://zoom.us/j/94324472712\nMaklumat lanjut \nPermohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut mengenai Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022 Tajaan JPA di:http://esilav2.jpa.gov.mySaluran pertanyaan:i) Talian Call Centre : 03- 8885 3297ii) Emel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/nota-poket/", "title": "Tips & Cara Membuat Nota Poket Yang Mudah & Senang", "body": ["\n\n", "\nBagi pelajar atau murid yang sudah hampir untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan, nota poket boleh membantu untuk mengingati kembali setiap nota yang telah dicatatkan.\nNota poket ialah nota bersaiz kecil yang merangkumi catatan penting pembelajaran dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. \nSelain daripada peta minda, ini adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mengingati kata kunci dan maklumat penting dalam sesuatu topik atau subtopik.\nNota jenis ini tidak melibatkan maklumat terlalu banyak atau panjang bagi memudahkan proses untuk mengingati topik tersebut. \nTips Penting \nTerdapat beberapa tips penting yang boleh dijadikan panduan untuk membuat nota ini seperti:\nGuna perkataan sendiri atau singkatan dan bukannya menyalin terus ayat-ayat yang dipetik daripada teks asal buku.Susun isi dengan teratur dan hanya perkara-perkara yang penting sahaja perlu ditulis. Digalakkan untuk \u2018highlight\u2019 di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca nota tersebut.Boleh meggunakan simbol-simbol yang dapat difahami secara peribadi.Tinggalkan ruangan kosong untuk mencatat sebarang isi tambahan atau isi penting. \nCara Membuat Nota Poket\nUntuk membuat nota poket yang baik, pelajar atau murid boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nPilih tajuk topik dan rujuk maklumat dalam buku teks.Fahami kandungan topik secara umum untuk menentukan maklumat dan kata kunci penting. Baca teks dan kemudian garis maklumat yang penting.Fahamkan dan kaitan antara maklumat yang digariskan dengan nota asal.Keluarkan maklumat dan salin pada kertas lain yang bersaiz kecil atau kertas A4 yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.Susun fakta tersebut mengikut turutan supaya tidak terkeliru. Gunakan warna dan kreativiti untuk mencantikkan nota tersebut.Baca semula maklumat dan fahami nota yang telah ditulis.Simpan nota tersebut dengan baik untuk tujuan ulang kaji.Mulakan tajuk baru dan lakukan proses seperti mana di atas. \nContoh Nota Poket\nContoh-contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\ni) Contoh saiz kecil\n\nii) Contoh kertas A4 dibahagikan kepada beberapa bahagian\n\nInfo Lanjut\nUntuk panduan lanjut mengenai cara pembuatan nota poket, sila layari https://www.youtube.com/watch?v=yBWUuKU2A4M. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-persekolahan-ukm/", "title": "Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM", "body": ["\n\n", "\nBantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM\u00a0 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bahawa bantuan zakat persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM kini dibuka.\nUmum mengetahui, kelangsungan hidup masyarakat termasuk pelajar universiti serta kakitangan universiti semakin terjejas ditambah pula dengan wabak pandemik dan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. \nTidak hanya terhad kepada Zakat Negeri, bantuan zakat juga kini disediakan oleh kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di serata negara untuk membantu kewangan pelajar dan kakitangan sedikit sebanyak. \nZakat Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa semua kakitangan UKM untuk memohon bantuan zakat persekolahan sesi 2022 bagi membantu kakitangan UKM dalam persiapan anak-anak kakitangan UKM untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2022.\nPermohonan bolehlah dibuat melalui atas talian di pautan berikut :\nhttps://zakat.ukm.my\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :\nMerupakan warga kakitangan UKMBeragama IslamTergolong dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.Anak yang bersekolah berumur dalam lingkungan antara 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2022)\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Zakat Persekolahan UKM\nDokumen pendapatan suami dan isteri selama sebulan (penyata gaji/penyata pencen/ surat pengesahan/ pendapatan bekerja sendiri)\nKad Pengenalan atau Sijil Lahir Anak (Yang Bersekolah Sahaja)Sijil kematian (Jika berkaitan)Sijil Cerai (jika berkaitan)Surat pengambilan anak angkat (jika berkaitan)\nNota : Pada ruangan maklumat tanggungan, sila isikan kesemua maklumat tanggungan termasuk pasangan.\n\n\n\n\nKadar Bantuan Persekolahan\nPemohon yang berjaya akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM 200/pelajar.\n\nTarikh Permohonan\nSila ambil maklum bahawa tarikh permohonan adalah dibuka dari 15 Januari 2022 hingga 27 Februari 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari makumat lanjut di pautan https://zakat.ukm.my\nPemohon juga boleh hubungi talian berikut :\n03-8921 4225 (UKM Bangi)\n03-9145 6526 (Kampus PPUKM, UKM KKL)\n03-8921 4225 / 5820 (Bahagian Zakat, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)\nSemoga perkongsian ini dapat membantu kakitangan UKM dalam memohon bantuan zakat bagi persiapan anak-anak yang baru mula sesi persekolahan bagi tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/calon-warisan-pru-15/", "title": "Senarai Calon Warisan PRU 15 & PRK Dun Bugaya", "body": ["\n\n", "\nSebentar tadi Pengerusi Warisan Datuk Shafie Afdal telah mengumumkan senarai Calon Warisan PRU 15 & PRK Dun Bugaya. Penyerahan Watika Perlantikan Calon Warisan PRU15 di telah di buat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu Sabah \n\nSenarai Calon Warisan PRU 15 Sabah & Semenanjung\n\nDatuk Adenan Puteh- Sipitang.YB Dr Daud. \u2013 Kimanis.Hj Ahmad Hassan- Papar.Datuk Darell Leiking- Penampang.Datuk Azis Jamman- Sepanggar.Munirah Majilis-Kota Belud.Datuk Jilid Kuminding-Kota Marudu.Rashid Harun- Kudat.Datuk Yusof Afdal \u2013 P188 SilamDatuk Rozman Bin Datuk Hj Isli \u2013 P.166 Labuan\n\nCalon PRK Dun Bugaya \nN.66 BugayaHj. Jamil Datuk Hamzah\n\nSenarai Calon Semenanjung\nPerlis\nP01 Padang Besar \u2013 Ko Chu LiangP02 Kangar \u2013 Rohimi ShapieeP03 Arau \u2013 calon akan diumumkan\nKedah\nP08 Pokok Sena \u2013 Noraini SallehP09 Alor Setar \u2013 Fadzil HanafiP10 Kuala Kedah \u2013 Syed Araniri Syed AhmadP14 Merbok \u2013 Khairul Anuar AhmadP17 Padang Serai \u2013 Bakhri Hashim\nPulau Pinang\nP42 Tasek Gelugor \u2013 Akmal AzharP46 Batu Kawan \u2013 Ong Chin WenP50 Jelutong \u2013 Lim Huat PohP52 Bayan Baru \u2013 Ooi Chuan Aun\nPerak\nP71 Gopeng \u2013 G BalachandranP72 Tapah \u2013 Mohamed Akbar Sherrif Ali YasinP74 Lumut \u2013 Isnin Ismail @ Ibrahim Khan\nKelantan\n\n\n\n\nP19 Tumpat \u2013 Khairul Azuan Kamarrudin\nSelangor\nP99 Ampang \u2013 Lai Wai ChongP100 Pandan \u2013 Ong Tee KeatP101 Hulu Langat \u2013 Abdul Rahman JaafarP110 Klang \u2013 Loo Cheng Wee\nKuala Lumpur\nP114 Kepong \u2013 Young Shang YiP115 Batu \u2013 Naganathan PillaiP116 Wangsa Maju \u2013 Wee Choo Keong\nNegeri Sembilan\nP129 Kuala Pilah \u2013 Azman Idris\nJohor\nP141 Sekijang \u2013 Zohar Ahmad\n\u00a0(DUN)\nPerlis\nN01 Titi Tinggi \u2013 Khaw Hock KongN02 Beseri \u2013 Shamim M NordinN06 Bintong \u2013 Mohamad Khair NoorN07 Sena \u2013 Ko Chu LiangN08 Indera Kayangan \u2013 Atan JasinN09 Kuala Perlis \u2013 Muhamad Hairi NoordinN10 Kayang \u2013 Khairuddin AbdullahN11 Pauh \u2013 Khalid AhmadN14 Simpang Empat \u2013 Wan Noralhakim Shaghir Saad\n\nPerak\nN44 Sungai Rapat \u2013 Roshanita BasirN45 Simpang Pulai \u2013 Hooi Mi SuetN46 Teja \u2013 Low Leong SinN47 Chenderiang \u2013 Ahmad Tarmizi GhazaliN48 Ayer Kuning \u2013 Noor Hasnida HashimN51 Pasir Panjang \u2013 Nur Inderasyawalis Ahmad MukhtarN52 Pangkor \u2013 Yahaya Ahmad\n\nMaklumat lanjut mengenai calon warisan pru 15 ini juga boleh didapati di https://partiwarisan.my/\nBaca juga : Senarai Calon Barisan Nasional BN PRU 15\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bdsc-untuk-calon-persendirian/", "title": "Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian STPM / MUET 2022", "body": ["\n\n", "\nBorang Deklarasi Saringan Covid-19 Untuk Calon Persendirian STPM / MUET 2022\u00a0 ~ Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan calon persendirian individu peperiksaan STPM / Ujian MUET dikehendaki untuk melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) dan mencetaknya sebelum tarikh ujian.\nBorang Deklarasi Saringan Covid-19 boleh didapati di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau melalui pautan yang akan dikongsikan di bawah.\nBorang Deklarasi Saringan Covid-19 ini perlulah dicetak sendiri dan dilengkapkan dengan maklumat berkaitan kesihatan dan saringan calon.\nBorang yang telah lengkap diisi mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan di pintu masuk pusat ujian semasa hari peperiksaan nanti. \n\nCalon Yang Perlu Isi Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) \nBorang Deklarasi Saringan Covid-19 perlu diisi oleh calon persendirian individu bagi :\nPeperiksaan STPMUjian MUET\nCalon Yang Tidak Dibenarkan Duduki Ujian\nBagi membendung penularan wabak Covid-19, Majlis Peperiksaan Malaysia telah maklumkan semua calon yang memiliki kriteria berikut TIDAK DIBENARKAN untuk duduki peperiksaan atau ujian kendalian MPM.\n Antara kriteria yang tidak boleh hadir ke ujian adalah seperti berikut :\n\n\n\n\nPositif Covid-19Kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19Sedang berada dalam tempoh kuarantin kendiriSedang dalam tempoh menunggu keputusan swab testMemakai gelang kuarantinMengalami gejala teruk (demam, batuk, selsema dan sesak nafas)\nMuat Turun Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian\nCalon Persendirian Individu yang bakal duduki peperiksaan STPM atau MUET perlu mencetak dan melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) yang boleh dimuat turun di bawah :\nBORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19\nPastikan borang yang dicetak lengkap diisi dengan betul sebelum ke pusat peperiksaan / ujian.\nBorang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan / ujian di pintu masuk pusat ujian kelak.\nMaklumat Lanjut Mengenai Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Untuk Calon Persendirian\nUntuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai MPM melalui emel di alamat [email\u00a0protected]\nSemoga perkongsian ini dapat membantu calon peperiksaan untuk duduki ujian tidak lama lagi. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pickids-tarikh-akhir-pemberian-vaksin-covid-19-dos-1/", "title": "PICKids | Tarikh Akhir Pemberian Vaksin Covid-19 Dos 1 Untuk Kanak-Kanak", "body": ["\n\n", "\nPICKids | Tarikh Akhir Pemberian Vaksin\u00a0 Covid-19 Dos 1 Untuk Kanak-Kanak ~ Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) telah memutuskan tarikh akhir pemberian dos pertama untuk kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga bawah 12 tahun.\nProgram Imunisasi Covid Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids)\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.\nVaksin mRNA iaitu Comirnaty\u00ae 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.\nProgram vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.\n\nTarikah Akhir Pemberian Vaksin Covid-19\nTarikh pemberian vaksin Covid-19 untuk dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah diputuskan pada 15 Mei ini.\u00a0\nIbu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima Vaksin Covid-19 perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi Covid-19 sebelum 15 Mei 2022.\nSelepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.\nManakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022.\nBagi kanak-kanak yang tidak cukup usia 5 tahun pada 15 Mei 2022 boleh boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera.\nManakala bagi ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.\nBagi ibu bapa yang telah bersetuju untuk divaksinkan anak meraka, akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama.\nDaftar Melalui MySejahtera\nIbu bapa haruslah mendaftarkan anak mereka di dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022 untuk divaksinasi Covid-19.\nSehingga 12 April 2022, seramai 1,371,120 atau 38.6% kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 195,865 telah menerima dua dos vaksin dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari lalu.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan berikut: https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-hari-raya-2023/", "title": "Hari Raya Aidilfitri 2023 : Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM", "body": ["\n\n", "\nCuti Umum Hari Raya 2023 Malaysia & Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 1444H\nHari Raya Aidilfitri merupakan perayaan penting di Malaysia yang disambut oleh umat Islam di seluruh negara. Ia adalah masa untuk perjumpaan keluarga, pengampunan, dan pesta. Perayaan itu menandakan berakhirnya Ramadan, bulan puasa, dan renungan rohani, yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.\nHari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam menyambut penghujung bulan Ramadan yang mulia, di mana umat islam telah berpuasa selama 30 hari. Sambutan itu bermula pada hari satu Syawal, bulan kesepuluh dalam kalendar Islam. Umat \u200b\u200bIslam bangun awal pagi untuk menghadiri solat Hari Raya khas di masjid, berpakaian terbaik, biasanya pakaian tradisional baharu dikenali sebagai baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki.\nTarikh Hari Raya 2023 Malaysia\nDi Malaysia, tarikh penetapan hari raya aidilfitri akan di umumkan oleh penyimpan mohor-mohor besar raja-raja. Ianya tertakluk kepada hasil keputusan aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.\nTarikh awal jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023 bagi Malaysia ialah pada 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H\nTarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya 2023\nDi Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah cuti umum, bermakna sekolah dan banyak perniagaan ditutup pada hari tersebut. Sekolah-sekolah di Malaysia juga menyambut cuti umum lain sepanjang tahun, yang ditentukan oleh kerajaan.\nBerdasarkan pengumuman dan jadual yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), memperuntukan 1 hari cuti tambahan bagi sekolah kumpulan A dan 2 hari cuti tambahan bagi sekolah kumpulan B sempena hari raya 2023 ini.\nManakala cuti pertengahan penggal 1 ,sesi 2023/2024 kumpulan A akan bemula pada21.04.2023 \u2013 29.04.2023\ndan cuti cuti pertengahan penggal 1 ,sesi 2023/2024 kumpulan B akan bemula pada21.04.2023 \u2013 29.04.2023\nKUMPULAN A\nSekolah-sekolah yang terletak di kumpulan A adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri yang cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu ;\n\n\n\n\n\nJohor \nKedah\nKelantan dan \nTerengganu\n\nKUMPULAN B\nSekolah yang berada di Kumpulan B pula adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Sekolah tersebut adalah sekolah di negeri ;\n\nPerlis\nPulau Pinang\nPerak\nSelangor\nNegeri Sembilan\nMelaka\nPahang \nSabah\nSarawak \nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nLabuan dan \nPutrajaya\n\n\nCuti Sekolah Hari Raya 2023\nBagi yang bekerja, untuk memudahkan anda merancang untuk memohon cuti sempena hari raya 2023 nanti,berikut di sertakan jadual yang lebih terperinci cuti hari raya 2023 kpm sebagai rujukan\nSumber Fb : Muhamad Fariez\n\n\nJadual takwim cuti sekolah juga boleh di download menerusi https://www.moe.gov.my/takwim/kalendar-akademik-sesi-2023-2024\nSambutan Aidilfitri di Malaysia\nSelepas solat, umat Islam pulang beraya bersama keluarga dan rakan-rakan. Kanak-kanak sering menerima duit raya, iaitu sejumlah kecil wang yang diberikan oleh orang tua sebagai tanda muhibah. Perayaan ini biasanya berlangsung selama dua hari, walaupun sesetengah keluarga terus meraikannya sehingga seminggu.\nHari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa penting di Malaysia, kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Sambutan itu dimeriahkan dengan makanan tradisional, antaranya ketupat, sejenis kuih beras yang dibalut daun kurma, rendang, hidangan daging berempah, dan lemang iaitu hidangan nasi likat yang dimasak dalam buluh.\nKesimpulannya, Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang bermakna di Malaysia, disambut oleh umat Islam di seluruh negara. Hari raya aidilfitri juga di kenali sebagai hari kemenangan bagi umat islam selepas berjaya menunaikan puasa di bulan Ramadan selama 30 hari dan merupakan satu masa untuk umat islam meraihkan dengan kegembiraan saling bermaaf-maafan semasa keluarga yang tersayang.\nBagi yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, rancanglah cuti anda sebaiknya, semoga hari raya 2023 ini, anda dapat pulang ke kampung halaman berjumpa keluarga dan sanak saudara.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-berkhatan-percuma/", "title": "Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022", "body": ["\n\n", "\nProgram Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022 ~ Sukacita dimaklumkan program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 bakal diadakan di seluruh negeri secara percuma.\nProgram yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.\nProgram Sunathon ini diwujudkan bagi mengurangkan beban kos bekhatan yang ditanggung oleh ibu bapa sekali gus merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri Selangor dengan masyarakat Kampung Tradisi.\nProgram tahunan ini akan berlangsung bermula 26 Februari 2022 hingga 13 Mac 2022.\n\nTarikh Tutup Pendaftaran\nUntuk makluman, tarikh tutup pendaftaran bagi program ini adalah 14 hari sebelum tarikh program.\nSyarat Penyertaan Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022 \nPemohon yang berminat perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nBerumur 8 hingga 15 tahun\nSihat tubuh badan\nMerupakan anak Selangor yang menetap di Kampung Tradisi Negeri Selangor.\nCara Penyertaan Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor\nPemohon yang berminat boleh dapatkan borang di balai penghulu atau muat turun borang penyertaan di pautan berikut :\nBorang Permohonan Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022\nBorang yang lengkap diisi boleh dihantar ke Ketua Kampung\nLokasi Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022\nBerikut merupakan tarikh dan lokasi program :\nHulu Selangor \u2013 26 Februari (Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu)Hulu Langat \u2013 27 Februari (Dewan Pejabat Daerah Hulu Langat)Kuala Selangor \u2013 28 Februari (Stadium Tertutup Kuala Selangor)Sabak Bernam \u2013 1 Mac (Dewan Tun Razak)Klang \u2013 5 Mac (Dewan Pejabat Daerah Klang)Gombak \u2013 6 Mac (lokasi akan dimaklumkan)Petaling \u2013 7 Mac (Dewan Pejabat Daerah Petaling)Sepang \u2013 12 Mac (Dewan Bandar Baru Salak Tinggi)Kuala Langat \u2013 13 Mac (Dwan Sri Jugra, Banting)\nNota : Tarikh dan lokasi adalah tertakluk pada perubahan.\nProses Berkhatan\n1.Pendaftaran\n\n\n\n\n2. Saringan Covid-19\n3. Isi Borang Consent Form \nConsent Form perlulah diisi dan ditandatangani oleh penjaga (ibu/ayah)\n4. Prosedur Berkhatan\n5. Pemerhatian\n6. Menerima Ubat-Ubatan\n7. Pelepasan (Discharge)\nPeringatan Penting\nIbu bapa peserta perlu membawa pakaian bersesuaian secukupnya untuk peserta.\nPeserta dan penjaga perlulah berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke program. Peserta dan penjaga yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema tidak digalakkan hadir.\nPeserta perlulah bersarapan atau makan tengah hari (bergantung kepada sesi) sebelum berkhatan.\nSemua yang hadir perlulah patuhi SOP asas dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan Check-In MySejahtera.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi talian berikut :\nUntuk pertanyaan AM , sila hubungi 03-55447921 (Puan Yusnidah)\nUntuk pertanyaa KLINIKAL, sila hubungi talian 010 \u2013 8720059\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pesp-petronas-2022/", "title": "Elaun PESP Petronas 2022 Dinaikan Serta Merta", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumakn elaun PESP Petronas 2022 dinaikan. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Penbdidikan Petronas 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.\nSelain daripada kenaikan elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas, elaun buku dan peralatan pelajar juga turut dinaikan\nKenaikan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan PETRONAS ini melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.\nKenaikan elaun ini juga diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.\nPESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Petronas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.\nUntuk tahun 2022, seramai 600 pelajar telah ditawarkan belajar di bawah Program PESP melibatkan nilai tajaan lebih RM340 juta yang juga merupakan jumlah tajaan pelajar tertinggi sepanjang pelaksanaan program tersebut.\nSyarat Permohonan Biasiswa PESP PETRONAS 2022\n\nProgram tajaan pendidikan oleh PETRONAS ini dibuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi terpilih seperti berikut:\nUniversiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib padaProgram Matrikulasi / AsasiUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia\n\n\n\n\n\nMaklumat lanjut juga anda boleh baca Permohonan Biasiswa PETRONAS\nJumlah Kenaikan Elaun PESP PERTONAS\nBerikut merupakan kenaikan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:\nPertama,\u00a0kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.Kedua,\u00a0pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi (Onboarding Allowance) akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000.\n\nKenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar\nAkhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS atas penganugerahan tajaan PESP ini, dan sekalung tahniah kepada semua penerima terpilih yang menerimanya.\nTajaan ini diharap dapat mendorong anda mengorak melangkah lebih jauh untuk menggapai cita-cita dan pulang dengan kejayaan serta seterusnya menabur bakti kepada industri dan negara yang tercinta. Selamat maju jaya untuk semua pelajar!\nSumber : Pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dana-siswa-hepa-umt/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT2022 telah di buka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 \u2013 15 jun 2022.\nPejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memberi ruang bantuan berbentuk kewangan ini bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga kategori b40.\n\u00a0\nBantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT\n\nHEPA UMT berperanan utama dalam penyediaan perkhidmatan secara langsung bagi membantu pembangunan holistik, kebajikan, sahsiah dan insaniah pelajar universiti untuk mencorak keperibadian unggul dan menggilap potensi diri melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan. Pengukuhan potensi diri melalui latihan, kepimpinan dan kesukarelawanan dapat menghasilkan modal insan yang dinamik, profesional dan terlatih. Penempatan pelajar yang kondusif dan selamat serta dituruti dengan keterlibatan Alumni secara berterusan merupakan pemangkin utama kepada kecemerlangan sumber manusia pada masa akan datang.\nBaca juga : Bantuan BUDI Sabah 2022 : Bayaran Tunai Secara One-Off Pendaftaran IPT\nObjektif HEPA UMT\n\nMenghasilkan pelajar yang holistik melalui pemerkasaan aktiviti kepimpinan dan kaunseling.\nMenyediakan penempatan dan prasarana yang kondusif bagi menyokong aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di kolej siswa.\nMelahirkan pelajar\u00a0\u201cThinking Athlete\u201d\u00a0berbudaya sukan ke arah sihat dan cergas.\nMemperkasakan graduan yang bercirikan keusahawanan dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi.\nMemperkasakan bakat dan pemindahan ilmu menerusi seni persembahan.\nMemperluaskan jaringan dan mempereratkan hubungan alumni bagi menyokong kelestarian universiti.\n\n\u00a0\nSelaras dengan tujuan dan objektif HEPA UMT, DANA siswa ini adalah sebahgian insentif bagi membantu pelajar-pelajar yang layak dan mempunyai masalah dari segi kewangan, agar dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar dan dapatmeneruskan pengajian sehingga tamat dengan jayanya.\nTarikh Permohonan\nPelajar-pelajar UMT yang layak dan memerlukan bantuan dana ini, boleh mula membuat permohonan bermula pada08 -15 Jun 2022\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\n\nTerbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT\nPelajar Islam & Non Muslim berstatus Aktif\nPelajar yang berpendapatan Keluarga B40\nPelajar yang menghadapi masalah Kewangan yang Kritikal\n\nCara Permohonan Dana Siswa HEPA UMT\nPermohonan boleh di buat secara atas talian melalui laman website https://mynemo.umt.edu.my/\n\nLogin mynemo\nKlik HEPA\nPilih My Ihsan\nKlik permohonan baru/isi/kemaskini profile pemohon\nPilih Dana Asnaf\nIsi maklumat berkaitan\nHantar untuk pengesahan\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT 2022, anda boleh hubungi ;\nSeksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nTel : 09-66843233\nWebsite : https://hepa.umt.edu.my/\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kolej-ijn-untuk-lepasan-spm-2022/", "title": "Permohonan Kolej IJN Untuk Lepasan SPM 2022", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan permohonan Kolej IJN 2022 untuk lepasan SPM akan dibuat pada 10 September 2022. Institut Jantung Negara (IJN) kini mempelawa pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di Kolej Institut Jantung Negara.\nTerdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara seperti Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Dept) dan sebagainya selain daripada bidang Kesihatan.\nKolej IJN\n\nIJN College ialah anak syarikat IJN Holdings dan berkait rapat dengan IJN, yang telah terlibat dalam latihan profesional penjagaan kesihatan dalam sains kardiovaskular dan toraks.Menyediakan pengajaran bersepadu dan pengalaman pembelajaran simulasi adalah ciri khas Kolej IJN.\u00a0Pelbagai jenis keadaan kardiovaskular yang kompleks menawarkan kajian kes sebenar, diajar oleh pakar bidang, dan peralatan serta teknologi terkini di IJN menyediakan platform yang ideal untuk pembelajaran dan pembangunan.Dengan visi untuk meletakkan dirinya sebagai penyedia antarabangsa utama pendidikan lanjutan dan khusus dalam penjagaan kardiovaskular dan toraks, Kolej IJN telah menjalin kerjasama kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di luar negara.\n\nTawaran Belajar Di Kolej IJN\nPelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Institut Jantung Negara adalah seperti berikut:\nPemberian elaun sebanyak RM 450 sebulan.Asrama disediakanPengangkutan disediakanPeluang pekerjaan bersama IJN GroupPercuma \u201cProfessional Courses with Certificate\u201dPeruntukan RM 200 untuk tiket penerbangan ke KLIA khas untuk pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan.\n\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\nBerikut merupakan program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara adalah :\nDiploma in PharmacyDiploma in PsychologyDiploma in Healthcare ManagementDiploma in PhysiotherapyDiploma in Occupational Safety & HealthDiploma in Business AdministrationDiploma in Human Resources ManagementDiploma in Accounting\n\nSyarat Kelayakan Am\nMerupakan warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atas.Lulus SPM dengan minima 3 kredit (kecuali Program Diploma in Physiotherapy yang memerlukan minimum 5 kredit).\n\nYuran Kolej IJN\nYuran pendaftaran dan pengajian adalah seperti berikut ;\n\n\n\n\nDiploma in Pharmacy\nPendaftaran \u2013 RM 1000Yuran pengajian \u2013 RM 38,500\nDiploma in Psychology\nPendaftaran \u2013 RM 1000Yuran pengajian \u2013 RM 20,000\nDiploma in Healthcare Management\nPendaftaran \u2013 RM 1000Yuran pengajian \u2013 RM 37,500\nDiploma in Physiotherapy\nPendaftaran \u2013 RM 1000Yuran Pengajian \u2013 RM 37, 500\nCara Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh hadirkan diri bagi sesi temuduga di lokasi dan masa di bawah:\nLokasi : Institut Jantung Negara Kuala LumpurMasa : 10 September 2022 (Sabtu, 9.00 pagi)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Kolej IJN, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp 013 5801286 atau layari website https://www.ijncollege.edu.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-arafah/", "title": "Hari Arafah : Tarikh Wukuf & Cuti Umum 2023", "body": ["\n\n", "\nTanpa disedari, Hari Raya Aidiladha bakal menjelma lagi. Selain sinonim dengan ibadah korban dan haji, Hari Raya Aidiladha juga sinonim dengan Hari Arafah. Ia merupakan hari yang cukup bermakna dan istimewa buat umat Islam di seluruh dunia.\nSeperti yang umum ketahui, Hari Arafah juga merupakan cuti umum bagi dua negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu.\n\nDisambut pada 9 Zulhijjah pada setiap tahun, Hari Arafah merupakan detik yang penting bagi para jemaah haji untuk melakukan ibadah wukuf. \nPada waktu tersebut, Kota Mekah sememangnya padat dengan kunjungan daripada bakal haji dari serata dunia.\nIbadah wukuf di padang Arafah merupakan simbolik kepada peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah termakan hasutan Iblis.\nDisebabkan itu, mereka berdua telah memohon ampun kepada Allah selama bertahun-tahun. Setelah 40 tahun terpisah, mereka akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah.\n\nKeistimewaan Hari Arafah\nHari Arafah terkenal sebagai waktu yang mustajab untuk umat Islam berdoa. Nabi Muhammad SAW juga banyak memanfaatkan hari tersebut untuk berdoa sebanyak-banyaknya.\nSabda Baginda:\n \u062e\u064a\u0631 \u0627\u0644\u062f\u0639\u0627\u0621 \u062f\u0639\u0627\u0621 \u064a\u0648\u0645 \u0639\u0631\u0641\u0629\u060c \u0648\u062e\u064a\u0631 \u0645\u0627 \u0642\u0644\u062a \u0623\u0646\u0627 \u0648\u0627\u0644\u0646\u0628\u064a\u0648\u0646 \u0645\u0646 \u0642\u0628\u0644\u064a \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u062d\u062f\u0647 \u0644\u0627 \u0634\u0631\u064a\u0643 \u0644\u0647 \u0644\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0648\u0644\u0647 \u0627\u0644\u062d\u0645\u062f \u0648\u0647\u0648 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0634\u064a\u0621 \u0642\u062f\u064a\u0631\n\n\n\n\nMaksud : Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):\n\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u062d\u062f\u0647 \u0644\u0627 \u0634\u0631\u064a\u0643 \u0644\u0647 \u0644\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0648\u0644\u0647 \u0627\u0644\u062d\u0645\u062f \u0648\u0647\u0648 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0634\u064a\u0621 \u0642\u062f\u064a\u0631\n\nSelain itu, ramai umat Islam yang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa pada hari tersebut kerana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas. Ia juga merupakan ibadah yang sunat bagi yang tidak mengerjakan Haji.\nTarikh Hari Arafah 2023 & Waktu Wukuf di Malaysia\nPada tahun 2023, Hari Arafah / Hari Wuquf jatuh pada 9 Zulhijjah 1444H iaitu 27 Jun 2023 (Selasa).\nTarikh jangkaan bagi permulaan 1 Zulhijjah 1444H di Malaysia bagi tahun 2023 adalah pada 20 Jun 2023 (Selasa).\nDisebabkan setiap negara tertakluk kepada penampakan hilal dan rukyah di kawasan masing-masing, maka tarikh puasa sunat Arafah 144H di Malaysia juga akan turut diumumkan oleh Mufti menjelang tarikh tersebut.\nSeperti Hari Raya Aidilfitri, tarikh permulaan bagi bulan Zulhijjah juga akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan bakal disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk pada laman web JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/ms/ atau portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-fakir-miskin-mains/", "title": "Permohonan Bantuan Fakir Miskin Negeri Sembilan MAINS", "body": ["\n\n", "\nPara asnaf fakir dan miskin di Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan kewangan boleh memohon menerusi Bantuan Fakir Miskin di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).\nUntuk makluman, MAINS telah ditubuhkan pada tahun 1949 yang berfungsi menasihati DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Ketua Agama dalam semua perkara berkenaan dengan agama Islam di Negeri Sembilan.\nSelian itu, antara peranan penting MAINS ialah mengendalikan urusan baitulmal, zakat, dan khairat di Negeri Sembilan.\nOleh itu, Bantuan Fakir Miskin ini adalah sebahagian daripada usaha MAINS dalam membantu asnaf fakir dan miskin yang memerlukan di Negeri Sembilan.\nAsnaf Yang Terlibat\nAsnaf yang terlibat dan layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nFakirMiskin\nSyarat Umum\nPara asnaf yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPermohonan mestilah dibuat atas nama Ketua Keluarga.Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.Pendapatan pemohon mestilah tidak melepasi had kifayahPermohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa masjid tempat tinggal pemohon untuk permohonan.\nCara Memohon\nUntuk memohon Bantuan Fakir Miskin ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://mains.gov.my/v1/. Di bahagian \u2018Muat Turun Borang/Jadual,\u2019 klik bahagian Bantuan Fakir Miskin.Muat turun borang permohonan seperti gambar di bawah dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:Menara MAINS,Jalan Taman Bunga,70100 Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:\nSalinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (suami/isteri).Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan tanggungan pemohon.Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank yang terkini (milik pemohon).Salinan KWSP/Buku Tabung Haji/ASB yang terkini.Salinan Slip Gaji terkini/Pengesahan Pendapatan (sekiranya bekerja sendiri).\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Fakir Miskin, sila hubungi pihak MAINS ditalian 06-7620642/43/45.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-biasiswa-petronas-pesp-2022-lepasan-spm-2021/", "title": "Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022 akan dibuka mulai 16 Jun 2022.\nTajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:\n\nUniversiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.\nUniversiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada\nProgram Matrikulasi / Asasi\nUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.\n\nSyarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak seperti di bawah\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa PETRONAS PESP\n\nSejak 1975, PETRONAS telah memupuk lebih 37000 bakat muda dari pelbagai latar belakang untuk mengejar cita-cita mereka dan membantu membentuk masa depan syarikat, industri tenaga dan negara.\nPETRONAS Education Sponsorship Programme\u00a0 (PESP) menyediakan sejumlah besar program pembangunan yang disesuaikan dengan pelajar tajaan kami dalam memupuk pemimpin yang berprestasi tinggi dan progresif\nBidang Tajaan\nBidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:\n\nKejuruteraan Kimia\nKejuruteraan Elektrik dan Elektronik\nKejuruteraan Mekanikal\nKejuruteraan Petroleum\nGeoSains\nKimia Gunaan\nBiokimia\nSains Persekitaran\nSains Aktuari\nSains Komputer\nStatistik\nMatematik\nAkauntan\nEkonomi\nUndang-undang\nPsikologi\nSosiologi\nPengurusan Perniagaan\n\nBaca\u00a0 juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nTajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:\n\nUniversiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.\nUniversiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada\nProgram Matrikulasi / Asasi\nUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.\n\n\u00a0\nTarikh Permohonan\nPermohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022 (10pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).\n\u00a0\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat pautan berikut https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login\nSemakan Status\nSemakan status kelayakan\u00a0 permohoanan biasiswa boleh di semaka melalui pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021 boleh hantarkan emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi nombor berikut di talian 03 \u2013 2331 2277/2299/3311.\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/upbmg/", "title": "UPBMG 2023 \u2013 Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran UPBMG 2023 \u2013 Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru telah dibuka bermula 12/6/2023 sehingga tarikh tutup pada 17/7/2023.\nTarikh Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar akan dilaksanakan pada 23 September 2023. Manakala Ujian Bertutur akan dijalankan pada 25-27 September & 2 Oktober 2023.\nPendaftaran boleh dibuat secara online. Berikut maklumat mengenai pendaftaran dan pelaksanaan ujian ini.\nUjian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) 2023\n\nBagi guru-guru yang pertama kali mendengar istilah UPBMG untuk apa, ianya adalah singkatan bagi Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru. Dimana ianya telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru bahasa Melayu (BM) yang bertujuan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.\nEmpat kemahiran yang diuji dalam UPBMG ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.\nAntara objektif ujian UPBMG ini dilaksanakan ialah ;\n\nMengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.\nMeningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus\n\nRasional pelaksanan ujian ini adalah para Guru Bahasa Melayu perlu mencapai minimum Tahap 5 mengikut Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.\nBaca juga : Lagu Guru Malaysia : Video & Lirik \u2018Kami Guru Malaysia\u2019\nManfaat\n\nMengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru bukan opsyen khususnya.\nMeningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu dan bukan opsyen Bahasa Melayu.\n\nKumpulan Sasar\nCalon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM\n\nGuru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil\n\nKemahiran Yang Akan Diuji dalam UPBMG\nKemahiran bahasa meliputi empat komponen utama iaitu:\n\nKemahiran Mendengar\nKemahiran Bertutur\nKemahiran Membaca\nKemahiran Menulis\n\nKemahiran Mendengar \nMendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nKeempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.\nKemahiran Bertutur\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.\n\n\n\n\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.\nKemahiran Membaca\nMembaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMembaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMembaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nKemahiran Menulis\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya\nCalon Ujian Penguasaan Bahasa Melayu 2023\n\nUntuk makluman, tidak semua guru bahasa melayu perlu mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hanya calon Guru bahasa melayu yang terpilih sahaja perlu mendaftar dan mengambil ujian ini. Pemilihan calon akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk semakan sama ada anda calon UPBMG 2023, semakan boleh dibuat dengan login ke sistem pendaftaran UPBMG di portal MPM UPBMG di https://www.mpm.edu.my/\nPendaftaran UPBMG 2023\nBagi tahun ini, pendaftaran boleh dibuat pada ;\n\nTarikh pendaftaran : 12/6/2023\nTarikh tutup pendaftaran : 17/7/2023\n\nCara pendaftaran, guru bahasa melayu yang terpilih untuk menduduki UPBMG boleh membuat pendaftaran secara online menerusi http://apps.mpm.edu.my/upbmg/public/register\n\nTarikh Peperiksaan\nSila maklum tarikh bagi setiap ujian UPBMG akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut ;\n\nUjian Membaca, Menulis dan Mendengar : 23 September 2023\nUjian Bertutur : 25-27 September & 2 Oktober 2023\n\nSemakan Keputusan UPBMG 2023\nCalon boleh menyemak keputusan UPBMG di laman sesawang MPM selepas minggu ketiga.\nBagi calon gagal mencapai tahap yang ditetapkan dalam UPBMG, calon perlu menduduki kursus kecekapan berbahasa Guru Bahasa Melayu secara berfokus\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) 2023 anda boleh hubungi \n\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nBaca juga : eGTukar Login Kali Pertama,Cara Daftar & \u00a0Terlupa Kata Laluan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-miliki-malaysia-permohonan-pengecualian-duti-setem-sehingga-100-untuk-pembelian-rumah-pertama/", "title": "i Miliki Malaysia \u2013 Permohonan Pengecualian Duti Setem Sehingga 100% Untuk Pembelian Rumah Pertama", "body": ["\n\n", "\nTerkini Perdana Menteri Dato Ismail Sabri telah mengumumkan I miliki Malaysia, iaitu inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia dengan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 dan ke bawah mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.\nManakala pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus pula melibatkan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.\nApa Itu i Miliki ?\n\nMerupakan satu insiatif kerajaan untuk membantu keluarga malaysia dengan hasrat ke arah 1 keluarga 1 rumah iaitu untuk membolehkan setiap satu keluarga memiliki satu rumah dengan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.\nTempoh pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Pertama\nPengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.\nContoh Pengiraan\nHarga rumah : RM 300,000Legal fees SPA : RM3,000Stamp duty SPA : RM5,000 (free)Loan agreement fees : RM,3000Stamp duty loan : RM1,500 (free)Harga rumah: Rm 600,000Legal fees spa : RM 5,800Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)Loan agreement fees : RM 5,800Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)\n*Nota: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.\nMeskipun pengecualian duti setem itu akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun beliau menegaskan bahawa tindakan itu merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia\n\n\n\n\nKatanya, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.\ni Miliki Permohonan\nCara dan syarat-syarat permohonan akan di kemaskini dari masa ke semasa. \nInsiatif Lain\nSelaian daripada insiatif i Miliki Malaysia, antara insiatif berkaitan yang turut di umumkan dalam Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.\u2022\nProgram pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistikSatu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negaraProgram Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen yang dapat tingkatkan daya huninya \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai i-Miliki Malaysia, anda boleh layari\u00a0https://www.kpkt.gov.my/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ibita-penang-2022-bantuan-pendaftaran-pelajar-ke-institut-pengajian-tinggi-pulau-pinang/", "title": "iBita Penang 2022 Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Pulau Pinang", "body": ["\n\n", "\nBantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Pulau Pinang (iBita) Penang telah dibuka mulai 1 september hingga 30 september 2022 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. \nBagi pelajar yang menerima surat tawaran ke IPT pada bulan januari hingga september 2022 boleh mengisi permohonan atas talian.\nJumlah Bantuan iBita Penang 2022\nKadar bantuan yang akan diterima pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\nUniversiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00Universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00Politeknik Malaysia: RM300.00\n\nSenarai IPTA/IPTS/Politeknik\nPelajar yang menyambung pengajian di IPT berikut layak memohon:\ni) IPTA\nUniversiti Islam Antarabangsa (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Utara Malaysia (UUM)\nii) IPTS\nUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Universiti Terbuka Wawasan (WOU)Universiti AIMST (AIMST)Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)MSU College Penang\niii) Politeknik\nPoliteknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)Politeknik Metro Kuantan (PMKU)Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)Politeknik Metro Betong (PMBS)Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)Politeknik Ungku Omar (PUO)Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Politeknik Kota Bharu (PKB)Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)Politeknik Besut (PBT)Politeknik Bagan Datuk (PBD)Politeknik Port Dickson (PPD)Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (POLIMAS)Politeknik Seberang Perai (PSP)Politeknik Melaka (PMK)Politeknik Kuala Terengganu (PKT)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Politeknik Merlimau (PMM)Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)Politeknik Muadzam Shah (PMS)Politeknik Balik Pulau (PBU)Politeknik Jeli (PJK)Politeknik Nilai (PNS)Politeknik Banting (PBS)Politeknik Mersing (PMJ)Politeknik Hulu Terengganu (PHT)Politeknik Tawau (PTS)Politeknik Kota Kinabalu (PKK)Politeknik Sandakan (PSS)Politeknik Kuching Sarawak (PKS)Politeknik Mukah Sarawak (PMU)\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan \n\nPelajar perlu memenuhi syarat permohonan iBita 2022 berikut sebelum membuat permohonan iaitu:\nPendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00 (gaji pokok sahaja).Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.Permohonan hanya layak ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\n\nCara Permohonan iBita\nPermohonan bantuan pendaftaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nPermohonan hanya boleh di buat melalui laman web iaitu\u00a0https://ibita.penang.gov.my/.Klik \u2018Login Pemohon.\u2019\u2018Daftar Maklumat Akses Pemohon\u2019 dan klik butang\u2019 Setuju & Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.Lengkapkan maklumat permohonan.Cetak borang permohonan tersebut setelah menghantar permohonan secara atas talian.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen yang diperlukan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan (yang telah disahkan) untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.Salinan Resit pembayaran yuran pendaftaran.Salinan Kad pengenalan pelajar.Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara ibu dan bapa atau penjaga.Salinan Penyata Bank (pelajar).Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).\n\nKeputusan Permohonan iBita\nPelajar yang layak untuk menerima bantuan permulaan IPT ini akan dihubungi kemudian. Bagi pelajar yang gagal semasa permohonan, proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai iBita Penang 2022, sila layari laman web\u00a0https://ibita.penang.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-str-2023-kemaskini/", "title": "Semakan STR 2023 Kemaskini Bantuan Tunai Rahmah", "body": ["\n\n", "\n Bagi semakan (STR) 2023 Fasa 1 & kemaskini status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat menerusi portal MySTR bermula pada 17 Januari 2023. \nTerdahulu untuk makluman anda, BTR, atau Bantuan Tunai Rakyat telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\nPengumuman ini baharu saja di umumkan melalui media sosial Dato Seri Anwar Ibrahim\nKenyataan Media16 Januari 2023Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa) pic.twitter.com/1SftlOjdvY\u2014 Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 16, 2023 \n\n\nTerkini, ramai yang telah mengemas kini status mendakwa telah menerima bayaran BTR Fasa 1 bagi yang bekeluarga .\nDifahamkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah mula dikreditkan mulai 15 Januari 2023 bermula dengan penerima akaun BSN.\n\n\nUntuk semakan STR 2023 , anda boleh terus berbuat demikian dengan melayari portal MySTR\nKemaskini STR 2023 / Permohonan Baru\nUntuk makluman, tempoh permohonan baru atau kemaskini permohonan bagi tahun 2023 boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui portal rasmi STR http://bantuantunai.hasil.gov.my/ . \nPemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.\n\nBagi tujuan semakan STR 2023 SumbanganTunai Rahmah boleh di buat menerusi portal rasmi MySTR bermula 17 Januari 2023. \nBayaran bagi Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah) akan mula di buat mulai pada awal Januari ini. Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat sidang pertama penggal pertama parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia.\n\nSelain itu Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan beberapa inisiaitf dan imbuhan lain kepada penjawat awam iaitu ;\n\nKerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam\nKerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini\n\nKerajaan perpaduan yang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju bagi meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam belanjawan sebelum ini. Salah satunya ialah Bantuan Tunai Rakyat yang mana merupakan bantuan tunai \u00a0yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu ( BSH, BPN, BPR dan BKM)\nPembayaran Fasa 1 itu,akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM1.67 bilion.\nSumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)\n\n\nIanya merupakan bantuan tunai \u00a0yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meneruskan insiatif-insiatif yang telah di bentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini. Ianya merupakan kesinambungan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu ( BSH, BPN, BPR dan BKM). Pembayaran Fasa satu akan dibuat pada bulan Januari 2023 selepas kerajaan mengambil kira aspek beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh\nTarikh Bayaran STR Fasa 1\n\nPembayaran STR 2023 bagi Fasa 1 akan mula di kreditkan pada 17\u00a0Januari 2023 bagi yang mempunyai akaun. Bagi yang tidak mempunyai akaun penunaian di cawangan BSN mulai Januari 2023. Tarikh bayaran bantuan ini di awalkan adalah atas faktor mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir ketika ini\nJumlah Bayaran STR 2023 Fasa 1\nKadar bayaran BTR bagi Fasa 1 ialah ;\n\nIsi Rumah (KIR) akan menerima RM300\nWarga Emas Tiada Pasangan RM100\nKategori bujang akan menerima bayaran RM100\n\nManakala perincian mengenai jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tidak diumumkan secara terperinci semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.\nSemakan STR 2023 & Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah\nSemakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah kategori dan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 boleh di buat secara online mulai tarikh 17 Januari 2023 (Selasa)\nManakala bagitujuan kemaskini maklumat dan permohonan baru akan dimaklumkan kemudian (makluman akan dikemaskini dari masa ke semasa)\nCara Semakan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah\nSila rujuk langkah di bawah:\n\n\nLayari pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/\nKlik pada menu MySTR\nSila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk\nPemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.\nSetelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang\nSemakan Pembayaran Fasa 1\nMaklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.\n\n\n\nPerbandingan Jumlah Bayaran BKM dan STR 2023\n\nSelepas pilihan raya baru-baru ini, pastinya rakyat tertunggu-tunggu akan bantuan apa yang akan diberikan oleh kerajaan terkini. Adakah insiatif yang diberikan lebih bagus dari kerajaan terdahulu atau tidak.\nUntuk itu di sini Fuh.My sertakan jumlah bantuan Amaun kadar bayaran BKM 2022 sebelum ini dan juga amaun yang telah di bentangkan dalam Bajet 2023\n\n(i) Kategori isi Rumah (Kahwin) -Permohonan berumur 59 tahun dan ke bawah\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM0 \u2013 RM2,500 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK\n 0 \n1-2\n> 3\n\n\nFASA 1 \nRM300 \nRM300 \nRM300 \n\n\nFASA 2 \nRM200 \nRM300 \nRM400 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM200 \nRM300 \nRM400 \n\n\nFASA 4\nRM300 \nRM600 \nRM900 \n\n\nJUMLAH \nRM1,100 \nRM1,600 \nRM2,100 \n\n\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 \u2013 RM5000 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK \n0 \n1-2 \n> 3 \n\n\nFASA 1 \nRM100 \nRM200 \nRM300 \n\n\nFASA 2 \n RM100 \n RM100 \n RM100 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 4 \nRM100 \nRM200 \nRM300 \n\n\nJUMLAH \nRM500 \nRM700 \nRM900 \n\n\n\n\n(ii) Kategori isi Rumah (Kahwin) -Permohonan berumur 60 tahun ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM0 \u2013 RM2,500 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK \n0 \n1-2 \n> 3 \n\n\nFASA 1 \nRM300 \nRM300 \nRM300 \n\n\nFASA 2 \nRM200 \nRM300 \nRM400 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM500 \nRM600 \nRM700 \n\n\nFASA 4 \nRM300 \nRM600 \nRM900 \n\n\nJUMLAH \nRM1,400 \nRM1,900 \nRM2,400 \n\n\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 \u2013 RM5,000 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK \n0 \n1-2 \n> 3 \n\n\nFASA 1 \nRM100 \nRM200 \nRM300 \n\n\nFASA 2 \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM400 \nRM400 \nRM400 \n\n\nFASA 4 \nRM100\nRM200 \nRM300 \n\n\nJUMLAH \nRM800 \nRM1,900 \nRM1,200 \n\n\n\n\n(iii) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] Tiada Had Umur Permohonan dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM0 \u2013 RM2500 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK \n1-2 \n>3 \n\n\nFASA 1 \n RM300 \n RM300 \n\n\nFASA 2 \nRM300 \nRM400 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM800 \nRM900 \n\n\nFASA 4 \nRM600 \nRM900 \n\n\nJUMLAH \nRM2,100 \nRM2,600 \n\n\n\n\n\n\n\nPENDAPATAN ISI RUMAH RM2501 \u2013 RM5000 \n\n\n\n\nBILANGAN ANAK \n1-2 \n>3 \n\n\nFASA 1 \nRM200 \nRM300 \n\n\nFASA 2 \nRM100 \nRM100 \n\n\nBANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nRM100 \nRM100 \n\n\nFASA 3 \nRM600 \nRM600 \n\n\nFASA 4 \nRM200 \nRM300 \n\n\nJUMLAH \nRM1,200 \nRM1,400 \n\n\n\n\n(iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak -Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\n\n\n\n\n\n PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 \u2013 RM2,500 \n\n\n\n\nFASA 1 \n RM200 \n\n\nFASA 2 \n\u2013 \n\n\nBANTUAN TUNAITAMBAHAN \nRM150 \n\n\nFASA 3 \nRM150 \n\n\nFASA 4 \n\u2013 \n\n\nJUMLAH \nRM400 \n\n\n\n\n(v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak -Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas\n\n\n\n\n\n PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 \u2013 RM5,000 \n\n\n\n\nFASA 1 \nRM150\n\n\nFASA 2 \nRM150\n\n\nBANTUAN TUNAITAMBAHAN \nRM50\n\n\nFASA 3 \nRM150 \n\n\nFASA 4 \nRM150\n\n\nJUMLAH \nRM600 \n\n\n\nJumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) Yang Diumumkan Sebelum\u00a0Ini Dalam Bajet 2023 (Sebelum PRU-15)\n\n\n\n\ni) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan\nRM2,500 : Lebih 5 Anak\nRM1,000 \u2013 RM2,000: 1 \u2013 4 Anak\n\nii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 \u2013 RM5,000\nRM500 \u2013 RM1,250: 1 \u2013 4 Anak (Bergantung bilangan anak)\n\niv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500\nTambahan RM500\n\niii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang\nRM350 \u2013 RM600 (Bergantung pendapatan)\n\nMakluman : Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Febuari 2023 nanti.\n\nSyarat Sumbangan Tunai Rahmah\nAkan dikemaskini kemudian\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Permohonan Baru\nSetakat ini belum ada pendaftaran baharu di buka. Bagi penerima BKM sebelum ini, tidak perlu untuk membuat permohonan baharu.\nPendaftaran dan permohonan baharu serta kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka dalam masa terdekat dan akan di kemaskini dari masa ke semasa.\nUntuk semakan secara online anda boleh layari Portal Rasmi STR 2023\u00a0http://bantuantunai.hasil.gov.my/\u00a0\n\nPertanyaan Mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023\nApa itu \u00a0Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023\nIalah Bantuan Tunai Rakyat yang diperuntukkan dalam bajet kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka seperti yang pernah diberikan oleh kerajaan sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM\nIalah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik\nSoalan Lazim (F.A.Q)\nJumlah Bayaran FASA 1?\n\nIsi Rumah (KIR) akan menerima RM300\nWarga Emas Tiada Pasangan RM100\nKategori bujang akan menerima bayaran RM100\n\nBila Tarikh Bayaran STR Fasa 1 ?\nBayaran bagi Fasa 1 akan dibuat pada 17 Januari 2023\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan str 2023 anda boleh rujuk terlebih dahulu Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 .\nAtau anda jugaboleh hubungi ;\nHotline LHDNM\n\n1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nHotline MOF\n\n03-8882 4565\n03-8882 4566\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-wang-ihsan-rm1000-banjir/", "title": "Bantuan Wang Ihsan RM1000/keluarga Terjejas Banjir", "body": ["\n\n", "\nBantuan Wang Ihsan RM1000/keluarga Terjejas Banjir ~ Dalam sidang media Perdana Menteri mengenai perkembangan & bantuan mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur & negeri-negeri berkenaan pada 19 Disember 2021 yang lalu, kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.\u00a0\nPengumuman terkini ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sidang media tersebut.\n\nBantuan Wang Ihsan Sebanyak RM1000/keluarga \nBantuan ini melibatkan Bantuan Wang Ihsan; setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan tunai sebanyak RM1000.\nPerdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin dan berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.\nSelain itu, GLIC dan GLC juga akan bekerjasama dengan kerajaan bagi menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.\n\n\n\n\n\nIntipati Penting Sidang Media Untuk Bencana Banjir\nBerikut ialah antara rangkuman intipati dalam sidang media (19 Disember) :\nSetiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lainKerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjirMajikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejasPerlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera\nMaklumat Lanjut/Terkini Mengenai Info Banjir\nSehubungan dengan itu, orang awam digalakkan untuk melayari laman web Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini mengenai banjir.\nSila layari laman web yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini untuk maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia di pautan berikut: https://publicinfobanjir.water.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/duit-i-fitri-2022/", "title": "Duit I-Fitri 2022 | Tarikh Pembayaran Bantuan Duit Hari Raya Untuk B40 & M40", "body": ["\n\n", "\nDuit I-Fitri 2022 | Tarikh Pembayaran Bantuan Duit Hari Raya Untuk B40 & M40 ~ Sukacita dimaklumkan kepada penduduk Negeri Terengganu khususnya, pihak kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.\u00a0\u00a0\nDuit I-Fitri 2022\nDuit I-Fitri ini adalah merupakan bantuan kewangan\u00a0 yang diperuntukkan kepada golongan B40 dan M40 untuk disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.\u00a0\nObjektif utama bantuan ini adalah untuk membantu menyokong kewangan isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 agar dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah.\u00a0\nKadar bayaran bantuan dana duit raya i-Fitri ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nRM400 kepada golongan B40 yang layakRM250 kepada golongan M40 yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang layak\n\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nCara-cara membuat permohonan akan dikemaskini dalam masa terdekat. Manakala, bagi tarikh pembayaran bantuan dana raya i-Fitri pula akan dikemaskini sebelum menjelang syawal. \nLain-Lain Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu\nSelain dana duit i-Fitri,\u00a0 berikut adalah merupakan antara bantuan lain yang turut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Terengganu Tahun 2022:\nBantuan \u2018one-off\u2019 bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai \u2018one-off\u2019 bernilai RM150 seorang.Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara \u2018one-off\u2019 berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negaraPemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman rasmi kerajaan Terengganu di pautan berikut: https://www.terengganu.gov.my/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-kecemasan-maiwp-3/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 RM500", "body": ["\n\n", "\nGolongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dikuatkuasakan, anda boleh memohon menerusi Bantuan Zakat Kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 3.0.\nUntuk makluman, bantuan zakat ini disalurkan bagi meringankan beban golongan B40 di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan yang terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.\nBantuan zakat kecemasan ini adalah kesinambungan daripada bantuan zakat kecemasan yang telah disalurkan sebelum ini ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0. \nOleh itu, permohonan bantuan zakat kecemasan ini mula dibuka pada 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 secara online.\n\nJumlah Bantuan\nPemohon yang layak untuk menerima bantuan zakat kecemasan ini akan menerima bantuan kecemasan one-off sebanyak RM500.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 adalah seperti berikut: \nPemohon merupakan golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.Pemohon bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0.\nKategori Tidak Layak Memohon\nTerdapat beberapa kategori pemohon yang tidak layak memohon bantuan zakat kecemasan ini iaitu:\n\n\n\n\nPenerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP. \nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohon boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:\nLayari laman web ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/.Klik bahagian \u2018Sila Semak dalam Senarai Penerima\u2019 dan masukkan no kad pengenalan serta klik butang \u2018Semak.\u2019Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh membuat permohonan baharu.Klik pada bahagian \u2018Pengguna Baru,\u2019 isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.Kemudian, klik bahagian \u2018Hantar Bantuan Permohonan.\u2019Kemudian klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019\nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah bantuan yang akan diterima untuk pemohon yang layak menerima Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 ini? Bantuan sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang layak. Jika saya merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP, adakah saya layak untuk memohon? Tidak. penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP tidak layak memohon. Saya pernah menerima bantuan kecemasan PKP 1.0 namun tidak memohon/gagal ketika memohon bantuan kecemasan 2.0. Adakah saya boleh memohon untuk bantuan zakat kecemasan kali ini? Boleh. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0, sila hubungi Talian Hotline:\nKuala Lumpur: 012-518 3614/012-512 7614/019-200 7623Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443Labuan: 013-581 6066\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bpr-fasa-2/", "title": "BPR Fasa 2: Semakan Status Kelayakan & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n", "\nOrang ramai yang telah memohon dan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 sebelum ini boleh membuat semakan BPR Fasa 2 secara atas talian mulai 7 Mei 2021.\nUntuk makluman, BPR merupakan bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2021 kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.\nPemberian BPR kali ini adalah menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.\nSebelum ini, pemberian BPR Fasa 1 telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 24 Februari 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.93 bilion. \nBagi BPR Fasa 2 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion kepada semua kategori penerima. \nKategori Penerima\nMenerusi BPR, terdapat 3 kategori penerima yang akan menerima bantuan iaitu:\nIndividu bujang berumur 21 tahun dan ke atasKeluarga yang mempunyai sehingga seorang anakKeluarga yang mempunyai 2 orang anak atau lebih\nKadar Bayaran\nKadar bayaran BPR yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kategori dan jumlah pendapatan isi rumah.\n\n\n\n\n\nUntuk BPR Fasa 2, kadar pembayaran yang akan diterima oleh individu yang layak adalah seperti berikut:\nKategoriJumlah PenerimaKadar BayaranIsi rumah3.6 juta RM150-RM400Warga Emas1.0 jutaRM300-RM600Bujang3.8 jutaRM200-RM350\nTarikh Pembayaran\nUntuk penerima yang bakal menerima BPR Fasa 2, tarikh pembayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nPenerima mempunyai akaun bank: 7 Mei hingga 12 Mei 2021Penerima tidak mempunyai akaun bank: Mulai 17 Mei 2021\n\nSemakan Status Kelayakan\nIndividu yang ingin membuat semakan kelayakan BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal rasmi BPR iaitu\u00a0https://bpr.hasil.gov.my.Log masuk dengan menggunakan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkanKlik butang \u2018Semak Status\u2019Statuspermohonan dan kelayakan dipaparkan.\nPermohonan Rayuan\nBagi individu yang telah ditolak permohonan BPR mereka, mereka berpeluang untuk mengemukakan rayuan mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021. \nMereka yang membuat rayuan boleh mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). \nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai BPR, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747\u00a0atau hadir ke cawangan LHDNM yang berhampiran. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/didik-anis-2022/", "title": "Didik ANIS 2022 : Bantuan Kewangan Secara One Off", "body": ["\n\n", "\nTawaran bantuan kewangan Didik ANIS 2022 kepada insituti pendidikan anak isitimewa yang menjalankan\u00a0 Early Intevention Program (EIP) telah dibuka.\nPendaftaran untuk permohonan bantuan ini boleh di buat mulai 17 Mei sehingga 31 Mei 2022\nBantuan ini khusus untuk insitusi yang bergerak di negeri Selangor sahaja. Insiatif ini merupakan salah satu bantuan dari kerajaan negeri Selangor yang disalurkan melalui Yayasan Wanita Anak Selangor YAWAS\nApa Itu Didik ANIS\n\nBantuan kewangan secara one-off kepada instituti pendidikan anak istimewa yang menjalankan Early Intevention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk anak istimewa selangor (ANIS) di Selangor shaja\n\u00a0\nProgram Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017.\nBantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara\u00a0one-off\u00a0kepada pemohon.\nPermohonan bantuan Didik ANIS dibuat oleh pemohon dengan mengisi dan menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan di laman web ANIS\nObjektif Utama Didik ANIS adalah:\n\n\n\n\n\nMembantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan\u00a0Early Intervention Programme\u00a0(EIP) di negeri Selangor.\nMemberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut\nMembantu anak istimewa di Selangor untuk menerima\u00a0Early Intervention Programme\u00a0(EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.\n\nTarikh Pendaftaran\nTarikh pendaftaran bermula dari 17 Mei 2022 Hingga 31 Mei 2022\nSyarat dan kelayakan\n\nTerbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.\nMelengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.\n\n\u00a0\nDokumen di Perlukan\n\nBorang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)\nSalinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).\nSenarai nama dan sijil petugas Institusi.\nSenarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.\n\nCara Pembayaran Didik ANIS\nPembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon\n\nCara Permohonan\n\u00a0\n\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang\nwww.anisselangor.com/didikanis\nPemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan\nPenghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.\nBorang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,\nTingkat G Bangunan IDCC,\nJalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,\n40200 Shah Alam, Selangor\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Didik ANIS 2022, anda boleh layari website https://www.anisselangor.com/ atau hubungi talian 03-55453170\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bmt-risda-bantuan-musim-tengkujuh-2022-pekebun-kecil/", "title": "BMT RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh 2022 Pekebun Kecil", "body": ["\n\n", "\nPermohonan BMT Risda atau Bantuan Musim Tengkujuh 2022 untuk Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan BMT 2022 secara dalam talian sepenuhnya mulai 5 Mei 2022. Bantuan ini merupakan antara satu insiatif kerajaan untuk membantu pekebun kecil dalam bajet 2022\n\u00a0\nApa Itu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA\n\nIanya merupakan bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM600 yang akan di bayar sebanyak dua kali pada bulan November 2022 dan Disember 2022. Bantuan ini adalah untuk meringankan sedikit beban para Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA dan terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim tengkujuh pada penghujung tahun.\nTarikh Permohonan\nPermohonan BMT Risda 2022 boleh dibuat mulai 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022\nSyarat Kelayakan\n\ni) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)\n\n\nWarganegara Malaysia sahaja.\nPekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.\nMemiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.\nPemilik tanah yang sah\nSatu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).\nSeorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.\n\n\nii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)\n\n\nWarganegara Malaysia.\nPenoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar\nMempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.\nSeorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.\n\nDefinisi Berdaftar Dengan RISDA Untuk Permohonan BMT RISDA 2022\n\u00a0\n\nPekebun Kecil teleh tersenarai di dalam sistem e-SPek\n\n\u00a0\n\nBagi pekebun kecil yang tiada di dalam senarai Sistem e-SPek, pengisian borang permohonan BMT 2022 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA\n\n\u00a0\n\nBagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Sistem e-Spek, pengisian borang permohonan BMT 2022 dikira berdaftar dengan RISDA\n\n\u00a0\n\nPeserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersil dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nBagi Pekebun Kecil dibawah Agensi, pengisian borang permohonan BMT beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah di kira berdaftar dengan RISDA iaitu ;\n\n\nLembaga Getah Malaysia (LGM)\nJabatan Pertanian Sarawak (JPS)\nJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)\nFELCRA\nKESEDAR\nKETENGAH\nDan lain-lain sumber Agensi/Jabatan\n\nCara Mohon\nPermohonan boleh di buat secara atas talian di laman website \u00a0https://pekebunkecilmakmur.com.my/\u00a0mengikut kategori berikut:\n\u00a0\n\nPemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:\n\n\nKad Pengenalan pemohon dan salinan.\nGeran asal tanah dan salinan.\nSalinan buku akaun bank yang aktif.\n\n\u00a0\n\nPemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:\n\n\nKad Pengenalan pemohon dan salinan.\nSalinan Kad Pengenalan pemilik tanah.\nSalinan geran lot yang ditoreh.\nSalinan buku akaun bank yang aktif.\nSalinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.\nSurat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.\n\n\u00a0\n\u00a0\nSelain permohonan secara dalam talian, permohonan BMT 2022 dari kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan dimana-mana Pusat Tanggungjawab RISDa yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.\nSemakan Status\nSemakan status permohonan BMT boleh dibuat menerusi Portal Pekebun Kecil risda\nRayuan\nPermohonan yang tidak layak boleh membuat rayuan mulai 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022\nMakluman Kepada Pemohon BMT RISDA 2022\n\n\n\n\n\nSemua pemohon perlu mengetahui tarikh-tarikh penting, membaca syarat-syarat yang berkaitan dan memastikan akaun bank sentiasa aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sila dapatkan maklumat yang betul dan sahih mengenai BMT 2022 daripada Pihak RISDA sahaja.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2022, anda boleh hubungi ;\n\u00a0\nBahagian Produktiviti dan Pemasaran,\nTingkat 6, Ibu Pejabat RISDA,\nKM7, Jalan Ampang\nKarung Berkunci 11067, 50990\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\u00a0\nHotline BMT2022 : 03-42510171\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : www.risda.gov.my\n\u00a0\nSoalan Lazim\nBagaimana Cara Untuk Memohon Bantuan Musim Tengkujuh?\nPermohonan boleh di buat secara atas talian di laman website \u00a0https://pekebunkecilmakmur.com.my/\nSelain permohonan secara dalam talian, permohonan BMT 2022 dari kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan dimana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.\n\u00a0\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan BMT RISDA 2022?\nPermohonan boleh dibuat mulai 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-akhir-tahun/", "title": "Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021: Takwim Cuti Sekolah & Cuti Umum Terkini", "body": ["\n\n", "\nCuti Akhir Tahun Persekolahan 2021: Takwim Cuti Sekolah & Umum Terkini ~ Cuti akhir tahun merupakan antara cuti yang dinanti-nantikan oleh pelajar, ibubapa mahupun guru-guru. Macam-macam perancangan dilakukan untuk mengisi cuti tersebut dengan sebaiknya.\u00a0\nArtikel kali ini akan berkongsi dengan anda takwim cuti sekolah akhir tahun yang terkini bagi memudahkan perancangan anda bersama anak-anak dan keluarga.\u00a0\nTakwim Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021\nTarikh cuti persekolahan bermula mengikut negeri yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu;\u00a0\nKumpulan A: Semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.\nKumpulan B: Semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nBerikut merupakan perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.\nA. Jadual Lengkap Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021 \u2013 Kumpulan A\u00a0\nCuti bermula pada: 10 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021\u00a0\nB. Jadual Lengkap Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021 \u2013 Kumpulan B\nCuti bermula pada: 11 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021\u00a0\nTakwim Cuti Umum (Perayaan) Tahun 2021 KPM\nPihak sekolah juga perlu mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali (rujuk gambar):\u00a0\n\n\n\n\n\nPelanjutan Sesi Persekolahan Tahun 2021\nSeperti yang diumumkan pihak Kementerian Pelajaran, sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.\u00a0\nManakala, bagi murid yang akan naik ke Tahun 1 untuk sesi 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022.\nPelanjutan sesi persekolahan ini diadakan untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar sepanjang sesi pembelajaran atas talian diadakan. \nSesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan secara atas talian sepanjang wabak COVID19 melanda negara. \n\nDiharapkan semua ibu-bapa cakna mengenai sebarang perubahan tarikh atau info-info terkini mengenai persekolahan anak masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-inapan-kasih-zpp/", "title": "Skim Inapan Kasih ZPP Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang (ZPP) bantuan binaan rumah golongan asnaf fakir miskin di Pulau Pinang dibuka sepanjang masa.\nIanya adalah salah satu insiatif pihak Zakat Pulau Pinang membantu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Asnaf Fakir / Miskin . Selain itu inya juga sebagai salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di negeri Pulau Pinang dengan menyediakan kediaman baru kepada Fakir /Miskin.\nApa Itu Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang (ZPP)\nIanya adalah penjenamaan baharu bantuan bina rumah asnaf yang kini dikenali sebagai Skim Inapan Kasih.\nPenjenamaan semula itu meliputi model kediaman konsep terkini yang lebih moden dengan keluasan 800 kaki persegi.\nTujuan penjenamaan semula adalah untuk menzahirkan kesungguhan ZPP dalam menunaikan amanah pembayar zakat dengan baik.\nKita sentiasa menjaga amanah pembayar zakat dan antaranya adalah dengan membina rumah yang berkualiti dan sesuai untuk didiami asnaf. Selain itu, ZPP juga memberikan skim agihan yang terbaik kepada asnaf sebagai hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.\nSkim Inapan Kasih ini merupakan titik tolak kepada pemerkasaan agihan zakat yang menjadi agenda utama pemerkasaan asnaf oleh ZPP.\n\n\n\n\nModel Rumah Skim Inapan Kasih\n\nKonsep modenKeluasan 800 kaki persegi3 bilik2 bilik air\nTempoh Siap\n50 hari. Bergantung kepada perkara-perkara lain seperti hal berkaitan tanah seperti mendapatkan status sebenar tanah yang mungkin akan mengambil sedikit masa.\nSyarat Permohonan\nMemenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.Pemohon / isteri atau mana-mana ahli keluarga masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumahnya yang sedia ada dalam keadaan yang terlalu daif.Pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan yang beliau tidak mempunyai rumah lain.Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang.Pemohon lahir di Pulau Pinang.Rumah yang diduduki pemohon bukan hak milik sendiri.\nPermohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tapak cadangan (tanah) yang berada di Pulau Pinang sahaja.Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan.Pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperaku oleh pesuruh jaya sumpah.Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama.Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah.Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim/daftar sementara/borang 14A/surat kelulusan pejabat tanah).Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.Salinan kad pengenalan tuan tanahBagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlulah disertakanZakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempatHad umur 40 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikalMempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah).Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini.Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkanZakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain\nCara Permohonan\nPermohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohondan tapak rumah yang dicadangkan. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.Dokumen permohonan yang memenuhi syarat kelayakan\u00a0 akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Rumah Zakat Pulau Pinang untuk penelitian dan kelulusan.Pembinaan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Skim Inapan Kasih, anda boleh hubungi ;\nKaunter Perkhidmatan ZakatIbu Pejabat Bandar PerdaNo.4 Jalan Perda SelatanBandar Perda,14000 Bukit Mertajam,\nWebsite : https://v2.zakatpenang.com/bantuan-binaan-rumah/\nTel : 04-5498088Faks : 04-5306466\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/felda-tawaran-tajaan-pelajar-cemerlang-lepasan-spm-2021-ijazah-sarjana-muda/", "title": "FELDA : Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2021 (Ijazah Sarjana Muda)", "body": ["\n\n", "\nFELDA melalui\u00a0Yayasan Felda\u00a0menawarkan tajaan pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang ini dibuka khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA , anak petugas Kumpulan FELDA.\nProgram ini merupakan cetusan dan ilham Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah \u2018Greater of the Future\u2019.\n\u00a0\nProgram Global Digital Leadership (GDL) ini merupakan program kerjasama Asia Pacific University Of Technology & Innovation (APU) dan di taja sepenuhnya oleh \u00a0Felda/FGV\n\u00a0\nTawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA\n\nAntara tawaran yang diberikan oleh FELDA/FGV kepada pelajar yang menerima tajaan ini adalah seperti ;\n\nTajaan peringkat foundation & ijazah sarjana muda di asia pasific university of technology & innovation (APU)\nElaun sara hidup sepanjang pengajian\nKemudahan penginapan\nProgram tambahan pengajian bahasa asing (korea), insentif english programme (IEP)\nNeuro Luguisitc Programming (NLP)\nPerkhidmatan percuma shuttle bus antara APU universiti dan stesen LRT bagi pelajar yang menginap di Technology Park Malaysia, TPM.\n\nBaca juga : Tawaran Biasiswa Cagamas 2022 Tanpa Bon\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, permohonan tawaran program ini ditutup selepas 14 hari keputusan SPM 2021 diumumkan\nSyarat Permohonan\n\nMemperolehi sekurang-kurangnya 7a dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021\nAnak peneroka/generasi baharu felda/anak petugas felda & kumpulan felda\nLepasan spm tahun2021\nKualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti komkurikulum dan sukan\nMempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik\n\n\u00a0\nSenarai Program Pengajian Tajaan FELDA\nProgram pengajian yang layak untuk dipertimbangkan bagi tawaran tajaan FELDA adalah seperti berikut ;\nIjazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology)\nTempoh Pengajian : 36 bulan\n\nBSc (Hons ) in Information Technology\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism In Information System Security\nBSc (Hons) in Information Technologu with a specialism in Cloud Computing\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Network Computing\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Mobile Technology\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Internet of Things (IoT)\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Digital Transformation\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Financial Technologu (FinTech)\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Business Information Systems\nBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Software Engineering\nBsc (Hons) in Software Engineering\nBsc (Hons) in Computer Science\nBsc (Hons) in Computer Science\nBsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Data Analytics\nBsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Digital Forensics\nBsc (Hons) in Computer Science (Cyber Security)\nBachelor of Computer Science (Hons) Intelligent Systems\nBSc (Hons) in Multimedia Technology\nBSc (Hons) in Multimedia Technology with a specialism in VR/AR.\nBSc (Hons) in Computer Games Development\n\nFoundation (Laluan computing & Technology)\n\n\n\n\nTempoh Pengajian : 12 bulan\nProgram Tambahan\nPensijilan IR 4.0 & Program Neuro Linguistik (FELDA)\nTempoh Pengajian : 10 hari\n\nAPU Certified Java Developer\nAPU Certified Cybersecurity Engineer\nAPU Certified Data Engineer\nAPU Certified Data Cloud Practitioner\nAPU Certified Network Administrator\nAPU Certified Animator\nAPU Certified Digital Marketing Specialist\n\nIntensive English Programme & Bahasa Asing (Korea)\nTempoh Pengajian : 6 bulan\nProgram ini akan dilaksanakan sebelum kursus pengajian Foundation bermula\n\u00a0\nCara Memohon Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA\nKepada pelajar-pelajar FELDA lepasan SPM 2021 yang mempunyai kelayakan dan berminat untuk menerima tajaan\u00a0 ini boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara atas talian dengan cara ;\n\nImbas QR Code pada poster iklan untuk permohonan atau hubungi\nNorhana ([email\u00a0protected]) ,Shahrul ([email\u00a0protected])\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA, anda boleh hubungi ;\nNorhana (bahagian Latihan Yayasan FELDA)\n\n016-4910711\n[email\u00a0protected]\n\nShahrul (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA\n\n013-2601304\n[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eperumahan-terengganu-i-rahman/", "title": "ePerumahan Terengganu (i-Rahman) | Cara Membuat Permohonan & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nePerumahan Terengganu (i-Rahman) | Cara Membuat Permohonan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan,, permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu bagi tahun 2022 masih lagi boleh dibuat sehingga 28 Februari 2022 ini.\u00a0\nePerumahan Terengganu (i-Rahman)\nePerumahan Terengganu (i-Rahman) yang ditawarkan adalah terbahagi kepada dua iaitu; Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).\nSyarat Kelayakan Permohonan i-Rahman\n\nAntara syarat permohonan yang utama adalah; pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.\nPemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebutPemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50\u2032 lebar x 72\u2032 panjang) = 3600 kps; danTanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.\nTempoh Permohonan\nPermohonan akan dibuka sehingga 28 Februari 2022.\u00a0\nKadar Pembiayaan & Subsidi\nPembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.\nKos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.\nKadar Pembiayaan Pembelian Rumah\nRumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.\n\n\n\n\nTempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nPermohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat. \nSila layari pautan berikut untuk memohon: https://eperumahan.terengganu.gov.my\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web di pautan berikut: https://eperumahan.terengganu.gov.my\u00a0\nAnda juga boleh menyemak syarat-syarat, dokumen yang diperlukan dan lan-lain sebelum membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sip-gig-perkeso-2022/", "title": "SIP GIG PERKESO 2022 | Insentif RM600-RM800/bulan Selama 6 Bulan", "body": ["\n\n", "\nSIP GIG PERKESO 2022 | Insentif RM600-RM800/bulan Selama 6 Bulan ~ Sukacita dimaklumkan anda kini boleh membuat permohonan untuk program SIP GIG bagi mendapatkan insentif sebanyak RM600-RM800/bulan selama 6 bulan.\u00a0\nPermohonan boleh dilakukan secara dalam talian bermula 17 Januari 2022.\u00a0Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 30 Jun 2022.\nSIP GIG PERKESO 2022\nSIP GIG PERKESO 2022 merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas pendapatan. Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.\nMelalui inisiatif ini, pemohon yang berkelayakan akan menerima insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.\nAntara objektif utama program ini adalah untuk;\nMemberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.\nIndividu Yang Layak Memohon\nIndividu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain \u2013 lain.Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.\nIndividu Yang TIDAK Layak Memohon\nIndividu yang aktif bekerja.Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, sila muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google Play Store atau layari pautan berikut: matrix.perkeso.gov.my\n\n\n\n\nAnda boleh menghantar permohonan anda melalui aplikasi PERKESO tersebut atau pautan yang diberikan diatas.\nLayari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja\nSekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.\n\nSyarat Untuk Menerima Insentif\nMenghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.\nDengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.\nSekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui info lanjut, sila layari pautan berikut: www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my\nIndividu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di: https://eaduansip.perkeso.gov.my.\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-mybrainsc-2022/", "title": "Biasiswa MyBrainSc 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBiasiswa MyBrainSc 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, kepada sesiapa yang berhajat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD, Master & Ijazah Pertama, permohonan Biasiswa MyBrainSc 2022 kini dibuka.\nBiasiswa MyBrainSc 2022\nBiasiswa MyBrainSc adalah merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.\nBiasiswa ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana dan PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.\nBerikut ialah antara objektif biasiswa ini:\u00a0\nMelahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; danMenjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.\n\nBidang Pengajian\nFizikBiologiKimiaMatematik\nSyarat Kelayakan\u00a0\nSyarat Syarat Permohonan MyBrainSc 2022 adalah berdasarkan tahap pengajian iaitu:\nA) Kedoktoran (PhD)\nCalon adalah warganegara MalaysiaBerumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulenCalon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa iniCalon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa iniCalon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masaCalon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian\nB) Sarjana\nCalon adalah warganegara MalaysiaBerumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2023Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuhCalon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa iniCalon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa iniMod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masaCalon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian\nC) Ijazah Pertama\nCalon adalah warganegara MalaysiaUmur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2023Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A LevelPelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asassi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-LevelPelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai pada 15 Mac 2022 sehingga 14 April 2022.\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nPermohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di pautan berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/\n\n\n\n\nPermohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.\nNOTA:\nPemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.\nPemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).\nSemua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.\nJika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.\nDokumen Sokongan\ni) Permohonan peringkat Ijazah Pertama :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.Surat Tawaran Universiti (jika ada).\nii) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Ijazah Pertama.Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.Surat Tawaran Universiti (jika ada).\niii) Permohonan peringkat PhD :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Ijazah Pertama.Skrol Ijazah Sarjana.Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.Surat Tawaran Universiti (jika ada)\nNOTA:\nSekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kata-kata-motivasi-semangat/", "title": "Kata-Kata Motivasi Naikkan Semangat Kerja, Belajar & Berjuang", "body": ["\n\n", "\nKata-kata motivasi Semangat untuk kerja, belajar dan berjuang memberi emosi yang kuat terutama bagi mereka yang dalam keadaan down, lemah dan tidak bersemangat di sebabkan oleh apa juga faktor yang boleh memberi impak yang mendalam pada kehidupan anda. \nDi harapkan dengan sedikit kata-kata motivasi semangat ni boleh membantu anda untuk bangkit mencapai matlamat anda, mengatasi cabaran dan menjalani kehidupan yang lebih memuaskan.\n10 Kata \u2013 Kata Motivasi Semangat Untuk Kerja, Belajar & Berjuang Dari Tokoh Terkemuka Dunia\nBerikut kami kongsikan beberapa kata-kata motivasi daripada tokoh terkenal terkemuka dunia\n\nKejayaan bukanlah kunci kebahagiaan. Kebahagiaan adalah kunci kejayaan. Jika anda suka apa yang anda lakukan, anda akan berjaya.\u201d \u2013 Albert Schweitzer\n\nKeberanian bukanlah ketiadaan ketakutan, tetapi keupayaan untuk mengatasi ketakutan. Keberanian sebenar adalah apabila kita takut, tetapi bergerak ke hadapan dengan tekad.\u201d \u2013 Nelson Mandela\n\nHidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan menyesali apa yang berlaku. Fokus pada apa yang masih boleh dilakukan dan lakukan yang terbaik untuk itu.\u201d \u2013 Barack Obama\n\nApabila satu pintu ditutup, pintu lain akan terbuka. Tetapi selalunya kita melihat terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga kita tidak melihat pintu yang terbuka di hadapan kita.\u201d \u2013 Helen Keller\nBaca juga : Kata-Kata Motivasi dari Alumni UKM\nKejayaan tidak diukur dengan kekuatan fizikal, tetapi dengan ketabahan semangat.\u201d \u2013 Mahatma Gandhi\n\n\u201cJangan biarkan kegagalan menghalang anda. Jadikan kegagalan sebagai pengajaran, sebagai batu loncatan untuk kejayaan yang lebih besar.\u201d -Oprah Winfrey\n\nSatu-satunya cara untuk melakukan kerja yang hebat adalah dengan menyukai apa yang anda lakukan.\u201d \u2013 Steve Jobs\nApabila anda berasa letih, berehat, bukan untuk berhenti, tetapi untuk meneruskan dengan semangat yang diperbaharui.\u201d \u2013 Walt Disney\n\n\n\n\nPendidikan adalah senjata paling berkuasa yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia.\u201d -Kata-kata motivasi semangat belajar dari Nelson Mandela\n\nJadilah perubahan yang anda mahu lihat di dunia.\u201d \u2013 Mahatma Gandhi\nSelain daripada kata-kata motivasi semngat, kita juga tidak boleh hanya duduk diam tanpa ada apa-apa tindakan. Berdiam diri pada masa yang lama hanya akan membuatkan kita semakin lemah\nApabila kita bersemangat tentang sesuatu, kita akan lebih cenderung untuk berusaha untuk merealisasikannya. Kita juga akan lebih cenderung untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dan proaktif.\nCuba untuk cari sesuatu yang anda minati. Langkah pertama untuk menjadi bersemangat adalah mencari sesuatu yang anda minati. Apabila kita bersemangat tentang sesuatu, mudah untuk kita menjadi bersemangat mengenainya.\nFokus pada yang positif. Apabila anda memberi tumpuan kepada aspek positif sesuatu, lebih mudah untuk bersemangat mengenainya. Cuba cari yang baik dalam setiap situasi, dan jangan memikirkan perkara negatif.\nMengambil tindakan. Semangat menular. Semakin anda bertindak bersemangat, semakin bersemangat anda akan menjadi. Jadi, ambil tindakan dan mula bekerja ke arah matlamat anda.\nJangan berputus asa. Semangat boleh membantu anda mengatasi cabaran dan halangan. Jadi, jangan berputus asa pada matlamat anda, tidak kira apa pun. Teruskan dan jangan pernah berputus asa untuk mencapai impian anda.\nSemoga dengan kata-kata motivasi semangat ini sebagai mantra untuk menaikan semangat anda untuk bekerja kuat, belajar bersunguh-sungguh mahupun berjuang untuk apa sahaja cita-cita dan impian yang hendak di capai dalam hidup anda\nBaca juga : 10 Individu Terkaya Malaysia 2023 (Forbes)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eladang-pemulih/", "title": "Daftar eLadang PEMULIH: Inisiatif Digitalisasi PKS Sektor Pertanian", "body": ["\n\n", "\nUsahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sektor pertanian yang ingin beralih ke platform teknologi digalakkan untuk mendaftar di program eLadang yang dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).\nProgram ini adalah sebahagian daripada insentif yang diumumkan di bawah pakej Perlindugan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 yang lalu.\nMenerusi pengumuman tersebut, kerajaan berhasrat untuk memperkasa usahawan tani khususnya di luar bandar untuk menggunakan teknologi terkini di bawah Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian.\nPlatform ini dibaungunkan melalui kerjasama MDEC dan Pertubuhan Peladang Kawasan akan mengenal pasti petani yang berpotensi untuk beralih ke platform eLadang ini.\n\nMengenai eLadang\neLadang adalah program untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan dan teknologi digital secara rintis yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aktiviti pertanian.\n\n\n\n\nMenerusi program ini, sebanyak 5 perkhidmatan ditawarkan kepada usahawan yang mendaftar iaitu:\nPlatform Pemasaran Dalam Talian: Usahawan boleh memilih untuk menjual hasil produk pertanian secara dalam talian menggunakan platform pemasaran yang sedia ada.Penghantaran: Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk menghantar hasil pertanian kepada pelanggan.Pertanian Pintar: Usahawan boleh mendaftar untuk menyertai kursus Pertanian Pintar yang dianjurkan oleh rakan strategik kami.Pengangkutan (Secara Pukal): Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk mengangkut hasil pertanian kepada pemborong, restoran dan sebagainya.Pusat Penyimpanan: Usahawan boleh memilih platform digital yang disediakan untuk servis penyimpanan hasil pertanian mereka.\nKebaikan eLadang\nTerdapat beberapa kebaikan platform eLadang yang ditawarkan kepada PKS sektor pertanian iaitu:\nPenjimatan kosPenjanaan pendapatan yang lebih tinggiPengeluaran hasil & kualiti yang lebih baikPengurangan kesan dan pencemaran alam sekitar\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar di dalam eLadang, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://eladang.com.my/ms/register/.Isi maklumat yang diperlukan.Masukkan no OTP yang diterima melalui telefon bimbit anda.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no telefon dan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat lain yang diperlukan di dalam sistem terbabit. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai program eLadang, sila hubungi pihak MDEC di talian 1-800-88-8338 atau menghantar email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-kad-kahwin/", "title": "Contoh Kad Kahwin Dengan Design Ringkas & Menarik", "body": ["\n\n", "\nContoh Kad Kahwin Dengan Design Menarik Untuk Bakal Pengantin\nKad kahwin juga adalah salah satu persiapan yang penting bagi bakal pengantin. Tidak kisahlah sama ada anda ingin berikan kad kahwin dalam bentuk fizikal atau dihantar secara online, anda tetap perlu sediakan kad undangan perkahwinan yang cantik kepada tetamu.\nMungkin anda rambang mata bila melihatkan contoh kad kahwin yang ada di Google. Jangan risau, di sini kami akan kongsikan beberapa contoh kad kahwin yang menarik untuk anda.\nChecklist & Persediaan Buat Kad Jemputan Ke Majlis Perkahwinan\nSebelum anda tentukan tema atau design kad kahwin, pastikan anda telah siap dengan beberapa perkara berikut :\ni) Jumlah Kad Kahwin\nBajetkan berapa banyak kad kahwin yang anda ingin cetak. Bagi yang ingin berjimat, anda mungkin boleh sediakan beberapa kad kahwin untuk diberikan pada rakan dan keluarga rapat sahaja. Selebihnya, anda boleh berikan softcopy e-card menerusi Whatsapp atau Telegram.\nii) Saiz Kad Kahwin\nTerdapat pelbagai saiz namun yang standard adalah 4\u201d X 6\u201d atau 4\u201d X 8\u201d. Kedua-dua saiz ini membolehkan anda untuk print di atas kertas A4 sekitar 2 atau 3 keping kad sahaja.\niii) Peralatan\nPeralatan yang paling asas untuk hasilkan kad kahwin adalah laptop atau komputer. Sekiranya anda ingin print di rumah, sediakan dakwat yang mencukupi.\nJangan lupa untuk sediakan gunting dan pembaris supaya potongan kad kahwin cantik dan lurus sekata.\nKalau ada bajet lebih, anda juga boleh hantar untuk print dan potong di kedai. Menjimatkan masa dan terjamin cantik hasilnya.\niv) Info Majlis Yang Tepat dan Lengkap\nJangan pula terlalu beriya untuk buat kad kahwin tanpa informasi majlis yang tepat. Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap seperti berikut :\n\nTarikh majlis\nMasa majlis\nLokasi dan peta kad kahwin. Kalau letak QR kod untuk lokasi majlis lagi bagus.\nAyat kad kahwin untuk menjemput tetamu.\nNama serta nombor keluarga terdekat yang boleh tetamu hubungi.\n\nBaca Juga : Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang\nv) Software Untuk Design Kad Kahwin\n\n\n\n\nTerdapat beberapa software yang percuma dan mudah untuk digunakan seperti Canva dan Crello.\nSudah sedia untuk buat kad undangan majlis anda? Jom kita semak beberapa contoh kad kahwin menarik untuk dijadikan inspirasi.\nContoh Kad Kahwin Dengan Design Yang Menarik Untuk Bakal Pengantin\nFlora\nMotif ini menjadi pilihan ramai bakal mempelai kerana designnya yang cantik, minimal dan feminin. Penggunaan bunga berwarna pastel juga membuatkan kad kahwin yang dihasilkan enak dipandang.\n\nKartun\nKad kahwin bermotifkan kartun juga menjadi trend di kalangan pengantin kerana ia tampak lebih berbeza berbanding yang lain. \nPastikan anda memilih motif kartun dan kombinasi warna yang menarik untuk tarik perhatian penerima.\n\nKlasik\nKad perkahwinan bertemakan klasik atau tradisional pula mestilah bertepatan dengan konsep majlis yang akan berlangsung nanti.\nKad undangan dengan tema ini banyak memainkan warna putih dan coklat.\u00a0\u00a0\nSumber: MyCetak\nSumber: Nizal Studio\nBatik\nBagi yang sukakan motif bunga, anda juga mungkin sukakan kad kahwin bercorak batik. Berwarna-warni, unik namun tetap simple.\n\n\nGeometri\nBagi yang sukakan rekaan kad kahwin yang ringkas dan elegan, anda mungkin suka design kad kahwin dengan motif geometri.\nBiasanya tema ini menggunakan warna putih atau pastel sahaja. Anda juga boleh menambah sedikit motif bunga atau daun untuk serlah lagi rekaan kad kahwin geometri ini.\n\nDaun\nSelain konsep flora yang evergreen, ramai pengantin yang turut menggemari kad kahwin dengan kehijauan dedaun. \nTurut dikenali dengan konsep tropika, kad ini cukup sesuai buat pasangan yang sukakan corak yang lebih tenang.\n\n\nSongket\nSelain konsep klasik, anda juga mungkin gemarkan motif songket untuk kad undangan majlis anda. Ia mirip dengan konsep kad kahwin Melayu Klasik, namun corak yang berulang dan rapi membuatkan ia tampak lebih elegan dan formal.\n\nMemang banyak design kad kahwin yang cantik untuk anda jadikan pilihan. Pastikan tema yang dipilih sesuai dengan konsep majlis, barulah sepadan! \nSemoga contoh kad kahwin yang kami kongsikan ini bermanfaat bagi membantu anda membuat persiapan majlis raja sehari. Selamat mencuba! \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-str/", "title": "Permohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah", "body": ["\n\n", "\nPermohonan STR baru dan kemaskini permohonan STR 2023 Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah kini boleh di buat menerusi portal rasmi LHDN.\nPermohonan BARU Sumbangan Tunai Rahmah boleh di buat secara online mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023, manakala permohonan str manual (kertas mulai) 08 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023\nKementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini data untuk Penyerahan Dalam Talian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.\n\u201cIni bagi memastikan mereka yang layak atau tidak dalam pangkalan data kerajaan boleh mengemukakan permohonan mereka sendiri selain membolehkan penerima sedia ada mempunyai fleksibiliti,\u201d kata MoF. Semasa pembentangan bajet 2023 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, STR 2023 akan membantu mengurangkan beban hidup hampir jika 9 juta orang akan mendapat manfaat daripada peluang itu. hampir RM8 bilion.\n Bayaran STR Fasa 2 akan juga mulai di kreditkan secara berperingkat mulai bulan April 2023 kepada semua penerima yang layak. \nBagi kakitangan kerajaan, Bonus Penjawat Awam 2023 RM700 juga akan di kreditkan pada hari ini bersama-sama dengan gaji januari 2023\nKerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.\nSelaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\nMaka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.\n\u201cSaya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat\u201d.\nSelain itu Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan beberapa inisiaitf dan imbuhan lain kepada penjawat awam pada persidangan dewan parlimen pada disember yang lalu iaitu ;\n\nKerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam\nKerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini\n\nPermohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\nSiapakah yang perlu membuat permohonan STR?\nPemohon yang perlu membuat permohonan baru STR adalah seperti berikut:\n\ni.Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta\nii.Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau\niii.Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.\n\nKemaskini Permohonan STR\nPemohon\u00a0 yang\u00a0 perlu membuat\u00a0 kemas\u00a0 kini permohonan STR\u00a0\u00a0\u00a0 adalah seperti berikut:\n\ni.\u00a0Tidak\u00a0mengemaskini\u00a0 permohonan\u00a0tiga tahun berturut-turut\u00a0\u00a0 sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022\nii.\u00a0Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini\n\nCara Buat Permohonan STR 2023\nPermohan boleh dibuat secara online dan juga secara manual. Cara permohonan adalah seperti berikut ;\ni. Permohonan Secara Dalam Talian\n\na. Layari Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau\nb. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit\n\nii. Permohonan Melalui Borang\nBorang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:\n\na. Portal Rasmi STR LHDNM; atau\nb. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM\n\nPermohoan baru, atau kemaskini yang dibuat secara manual, anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; Atau\nPenghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:\nPeti Surat STRGPO Shah Alam40800 Shah AlamSELANGOR\nTarikh Tutup Permohonan STR\nTarikh tutup untuk permohonan str ialah pada 31 Mac 2023. Oleh itu bagi mereka yang layak untuk memohon sumbangan ini, diharap agar dapat membuat permohonan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup\nBorang Permohonan STR\nAnda juga boleh download borang permohonan str melalui pautan berikut\n\nBorang Permohonan\nBorang Kemaskini\nBorang Serahan Dokumen\n\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023\nIalah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik\nPembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.\nTarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah\n\nSeperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, pembayaran STR Fasa 1 akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.\nBagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.\nJumlah Bayaran STR Fasa 1\nJumlah bayaran Fasa 1 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, adalah seperti dalam jadual berikut ;\nKategori PenerimaKadar STR Fasa 1Isi RumahRM300Warga Emas Tiada PasanganRM100BujangRM100\nJumlah pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.\nPembaharuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dalam Belanjawan 2023\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu. \nMenurut beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan, beberapa pembaharuan telah diambil kira bagi memastikan golongan yang benar-benar terkesan mendapat manfaat di bawah program berkenaan.\nIsi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM 2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM 2,500 bergantung kepada bilangan anak.\nSelain itu, kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM 600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. \nUntuk makluman, sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan beserta baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM 600.\nIni bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga nilai maksimum RM 3,100.\n\n\nJumlah Bayaran STR Fasa 1 \u2013 Fasa 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)\nBerikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan ;\nKategori Penerima dan Had UmurPendapatan Bulanan(RM)Bil. AnakFasa 1Jan-23(RM)Fasa 2Apr-23(RM)Fasa 3Jul-23(RM)Fasa 4Nov-23(RM)Jumlah Keseluruhan BayaranSTR 2023(RM)Isi RumahTiada Had Umur\u2264 2,50003002003002001,0001-23002004006001,5003-43002006009002,000\u2265 53002008001,2002,5002,501-5,0000300200005001-230020015006503-43002002003001,000\u2265 53002002505001250Warga Emas Sebatang Kara\u2265 60 tahun\u2264 5,0000100100200200600Bujang21-59 tahun\u2264 2,50001001001500350Bujang OKU19-59 tahun\u2264 2,50001001001500350\n\nKategori PenerimaPendapatanBil. AnakBayaran 1Jul-23Bayaran 2Ogos-23Bayaran 3Sept-23Bayaran 4Okt-23Bayaran 5Nov-23Bayaran 6Dis-23**Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023(RM)Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023(RM)* Isi Rumah Miskin TegarTiada Had Umur(Tambahan RM600)\u2264 PGK Miskin Tegar RM1,16901001001001001001006001,6001-21001001001001001006002,1003-41001001001001001006002,600\u2265 51001001001001001006003,100\nCatatan:\n\n*Senarai miskin tegar, adalah sepeti yang terdapat dalam sistem data dalam pangkalan data e-Kasih (ICU JPM) pangkalan data e-Kasih.\n** Sumbangan tambahan akan diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas\n\nTarikh Bayaran STR 2023 Fasa 2,3,4\nMenurut belanjwan 2023, tarikh pembayaran STR 2023 Fasa 2,3,4 bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :\n\nFasa 1 \u2013 Januari 2023\nFasa 2 \u2013 April 2023\nFasa 3 \u2013 Julai 2023\nFasa 4 -November 2023\n\nManakala tarikh\u00a0bayaran tambahan\u00a0STR untuk kategori miskin tegar :\n\nJulai 2023\nOgos 2023\nSeptember 2023\nOktober 2023\nNovember 2023\nDisember 2023\n\n*Walaubagimana pun tarikh sebenar pembayaran, akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman daripada *Kementerian Kewangan kelak\nSemakan Status Permohonan STR 2023\nSemakan status dan kemaskini STR Fasa 1 boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui beberapa cara seperti berikut\nSemakan Status Permohnan STR 2023 Online\n\n\nLayari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/ \nPilih menu Log Masuk MySTR \nKlik Semakan Pembayaran Fasa 1; \n\nSemakan Status STR 2023 Melalui Aplikasi\n\n\n\n\nAplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau \nSemakan Status Permohonan STR 2023 Melalui Panggilan Telefon\nAnda boleh menghubungi ;\n\nLHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \nMOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \n\nSemakan Permohonan STR Melalui Kaunter LHDNM\nAnda boleh hadir ke LHDNM yang berhampiran.\nKemaskini Permohonan STR 2023\nUntuk makluman, bagi penerima BKM 2022, anda tidak perlu untuk membuat kemaskini STR 2023. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.\nKelayakan STR 2023 Fasa 1\nSemua penerima BKM 2022, adalah layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 ini.\nPersoalan kenapa tak layak STR fasa 1?\nAnda bukan penerima BKM 2022, manakala bagi permohonan baru, permohonan belum boleh dibuat masa sekarang, dijangkakan permohonan STR 2023 akan dibuka selepas pembayaran STR Fasa 1 selesai dan sebelum pembayaran STR Fasa 2 di buat.\nSTR Fasa 2 hanya akan di ketahui selepas pembentangan semula Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan yang di jangka akan di bentangkan pada Februari\u00a02023 nanti.\nSekiranya anda penerima BKM 2022, tetapi tidak dapat STR Fasa 1, selepas semakan, anda boleh berhubung terus dengan ;\n\nLHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \nMOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \nHadir ke LHDNM yang berhampiran\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , anda boleh semak pada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 \n\nSoalan Lazim STR 2023\nBilakah pendaftaran baru STR akan dibuka?\nPendaftaran STR boleh dibuat:\n\ni. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023\nii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023\n*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa\n\nSiapakah yang perlu membuat permohonan STR?\nPemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:\n\ni. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta\nii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau\niii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.\n\nBilakah Pembayaran STR Fasa 1?\n\nAda Akaun\u00a0\u2013 Bayaran mulai\u00a017 Januari 2023\u00a0secara berperingkat.\nTiada Akaun\u00a0\u2013 Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai\u00a017 Januari 2023.\nTiada Akaun\u00a0\u2013 Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai\u00a017 Januari 2023\n\nBerapakah amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak?\n\nIsi Rumah \u2013 RM300\nWarga emas tiada pasangan -RM100\nBujang -RM100\n\nSiapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 1?\nPenerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.\nAdakah saya perlu mengemaskini permohonan STR terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran Fasa 1?\nTidak. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.\nBagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 1?\nPembayaran STR Fasa 1 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:\n\n i. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. \nii. Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya: \n\na. Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai \nb. Status pengkreditan gagal kredit \nc. Tiada maklumat akaun bank.\n\n\n\nBagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran STR Fasa 1?\nSemakan status bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui: \n\ni. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1; atau \nii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau \niii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \niv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau \nv. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.\n\nSaya membuat semakan pada menu Log Masuk MySTR tetapi mesej yang dipaparkan adalah \u201cTidak Layak Fasa 1 STR\u201d atau \u201cTiada Rekod\u201d. Apakah yang dimaksudkan dengan status tersebut?\nMesej berkenaan dipaparkan kerana anda bukan penerima BKM 2022 sebelum ini. (Rujuk Soalan 3)\nAkaun bank yang saya telah daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 1 yang saya akan terima?\nPembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit. Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.\nSekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR Fasa 1?\nAnda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 1 dibuat.\nPenerima BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022 tetapi menerima bayaran STR Fasa 1. Adakah pasangan / waris yang didaftarkan layak menerima bayaran tersebut?\nLayak. Pasangan / waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan seperti di Soalan 15. Walau bagaimanapun, keutamaan penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian.\nSekiranya penerima dan pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran STR Fasa 1?\nTidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022\nSekiranya penerima BKM 2022 bagi kategori Bujang / Warga Emas tiada pasangan telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran STR Fasa 1?\nTidak. Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.\nAdakah waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi penerima yang uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN dan siapakah yang dibenarkan untuk menjadi waris berkenaan?\nYa. Waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi pihak penerima pembayaran secara tunai sahaja. Waris yang dibenarkan untuk penunaian adalah waris yang telah didaftarkan oleh penerima semasa BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan berikut: \n\ni. Pasangan \nii. Ibu / Bapa \niii. Anak \niv. Adik-Beradik \nv. Cucu \n\nWalau bagaimanapun, keutamaan penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam Jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian. Bagi pembayaran secara pengkreditan ke akaun, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.\nBagi pembayaran secara pengkreditan ke akaun, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.\nApakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian STR Fasa 1 di BSN?\nDokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut: \n\ni. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; \nii. Kad pengenalan (asal) waris: dan \niii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris\n\nDokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian: \n\na. Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau \n\nTempoh masa Surat Pengesahan: Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara: atau \nSekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023) \n\n\nb. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau \nc. Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau \nd. Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau \ne. Kad Orang Kurang Upaya (OKU)\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/puasa-hari-tarwiyah/", "title": "Puasa Hari Tarwiyah \u2013 Hukum , Niat, Doa & Keutamaan", "body": ["\n\n", "\nPuasa Tarwiyah adalah puasa sunat yang dilaksanakan pada Hari Ke 8 Zulhijjah. Apakah hukum dan keutamaan puasa tarwiyah? Bagaimana pelaksanaan niat dan doa buka puasa tarwiyah akan diterangkan secara lengkap juga disertakan dalil dan pandangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.\nPengenalan\nHari Tarwiyah adalah hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.\nMaksud hari tarwiyah ini berdasarkan apa yang dikatakan oleh Imam Ibn Qudamah. Adapun berkaitan kelebihan hari tarwiyah ini, dinyatakan dalam sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tarwiyah akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala puasa hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun\nHukum Puasa Tarwiyah\nAntara Hadith yang selalu dirujuk berkaitan hukum puasa Tarwiyah ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus\u00a0(2/248).\nDikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda ;\n\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u0641\u064e\u0629\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nMaksudnya:\u00a0\u201cPuasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.\u201d\nPara ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta.\nWalaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha\u2019if (lemah) di dalam bab fadhail al-A\u2019mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.\nSumber : Mufti Wilayah Persekutuan\nBolehkah Puasa Tarwiyah?\n\nAda hadith palsu tentang kelebihan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah), bukan bererti tidak sunat berpuasa pada hari Tarwiyah.\nAsas hukum sunat berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) BUKAN berdasarkan hadith palsu berkenaan, tetapi KERANA selain ianya termasuk sepuluh (10) hari pertama bulan Zulhijjah (selain hari raya yang diharamkan berpuasa) yang digalakkan ditingkatkan ibadah di dalamnya, termasuk ibadah puasa, kerana keutamaan waktunya, ADALAH DISEBABKAN oleh konsep ihtiyath (berhati-hati) kerana mungkin ia hakikatnya adalah 9 Zulhijjah.\nIni seperti mana yang diterangkan di dalam al-Manhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, dengan Hasyiah Kubro Imam al-Kurdi dan Hasyiah Syeikh at-Tarmasi. Begitu juga terdapat di dalam Hasyiah Imam al-Baijuri.\n\n\n\n\n\u0648\u064a\u0648\u0645 \u0639\u0631\u0641\u0629 \u0623\u0641\u0636\u0644 \u0627\u0644\u0623\u064a\u0627\u0645\u060c \u0648\u064a\u0633\u0646 \u0623\u0646 \u064a\u0635\u0648\u0645 \u0645\u0639\u0647 \u0627\u0644\u062b\u0645\u0627\u0646\u064a\u0629 \u0627\u0644\u062a\u064a \u0642\u0628\u0644\u0647\u060c \u0648\u0647\u0648 \u0645\u0631\u0627\u062f \u0627\u0644\u0645\u0635\u0646\u0641 \u0628\u0642\u0648\u0644\u0647: \u201c\u0648\u0639\u0634\u0631 \u0630\u064a\n\u0627\u0644\u062d\u062c\u0629\u201d\u060c \u0644\u0643\u0646 \u0627\u0644\u062b\u0627\u0645\u0646 \u0645\u0637\u0644\u0648\u0628 \u0645\u0646 \u062c\u0647\u0629 \u0627\u0644\u0627\u062d\u062a\u064a\u0627\u0637 \u0644\u0639\u0631\u0641\u0629\u060c \u0648\u0645\u0646 \u062c\u0647\u0629 \u062f\u062e\u0648\u0644\u0647 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0639\u0634\u0631 \u063a\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0639\u064a\u062f.\nMaka, jelas ulama-ulama Syafiiyyah tidak mengasaskan hukum sunat berpuasa hari Tarwiyah kepada hadith yang dikatakan sangat daif atau palsu itu, yang di dalamnya disebutkan fadilat puasa Tarwiyah, TETAPI diasaskan kepada asas dan dalil yang lain\nAdapun hadith kelebihan puasa Tarwiyah yang dipermasalahkan itu adalah kerana pada sanadnya ada Muhammad bin as-Sa\u2019ib al-Kalbi (\u0645\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0627\u0626\u0628 \u0627\u0644\u0643\u0644\u0628\u064a). Ada penilai hadith yang mengkelaskan dia pendusta dan ada yang ringan sedikit jarhnya, tidak sampai pendusta. Justeru, ada kemungkinan status hadith yang diperselisihkan, sama ada hadith tersebut palsu atau daif jiddan atau munkar.\nSumber : Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia \u2013 ISLAMI\nPuasa Tarwiyah 2023 di Malaysia\nTarikh Puasa Sunat Tarwiyah di Malaysia adalah pada 8 Zulhijjah 1444H bersamaan *26 Jun 2023.\n(*Tarikh yang dinyatakan mungkin berubah, bergantung kepada keputusan hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara untuk menentukan tarikh hari raya haji 2023. akan diumumkan oleh pemengang mohor besar raja-raja)\nNiat Puasa Tarwiyah\n\nNiatnya adalah seperti berikut ;\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\u201cSaya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.\u201d\nDoa Buka Puasa Tarwiyah\nPada dasarnya, doa buka puasa Arafah dan Tarwiyah sama dengan doa berbuka lainnya. Berikut bacaannya:\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064f\u0645\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0643\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0627\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064eAllahumma laka shumtu wa bika amantu wa\u2019ala rizqika afthartu. Birrahmatika yaa arhamar roohiminArtinya:\u201cYa Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.\u201dBaca juga : Puasa Arafah : Lafaz Niat & Fadhilatnya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-biasiswa-sukan-persekutuan-sbsp/", "title": "Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) tahun 2022 telah di buka. Sukacita dimaklumkan bahawa KBS akan membuat Penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).\nApa Itu Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)\nMerupakan satu insiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk membantu altet-altet negara yang berminat atau sedang menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah atau ijazah sarjana muda pertama di ipt-ipt tempatan dalam negara sambil bergiat aktif dan meneruskan prestasi dalam bidang sukan yang diceburi untuk terus mencurah bakti dalam bidang kesukanan\n\nBaca juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT\nTarikh Permohonan\nPermohonan untuk biasiswa sukan kbs 2022 ini dibuka bermula 15 april sehingga 30 April 2022\nSyarat dan Kelayakan\n\nTerbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.\u00a0\u00a0Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:\u00a0i. tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atauii. tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.\u00a0\u00a0Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan\u00a0Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.\u00a0IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.\u00a0Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.\u00a0Sihat daripada segi mental dan fizikal.Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.\u00a0Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.\nCara Mohon Biasiswa Sukan Persekutuan\nPermohonan boleh di buat secara online menerusi ;\nhttps://spsb.kbs.gov.my/backend/web\nSoalan Lazim (FAQ)\nBagaiamana cara mohon Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)?\n\n\n\n\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi wesbsite https://spsb.kbs.gov.my/backend/web\nBilakah tarikh tutup permohonan?\nPermohonan untuk biasiswa sukan kbs 2022 ini dibuka bermula 15 april sehingga 30 April 2022\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) ini, anda boleh hubungi ;\nPertanyaan 03-8871 3548/3546\nWebsite : https://www.kbs.gov.my/\nBaca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-sweet-pernas-2022/", "title": "Program SWEET Pernas 2022 Khas Untuk Usahawan Wanita", "body": ["\n\n", "\nProgram SWEET Pernas 2022 Khas Untuk Usahawan Wanita ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi wanita untuk ceburi perniagaan francais kini dibuka menerusi Program Succesful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).\nUntuk makluman, Pernas merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan untuk membangunkan industri francais Malaysia.\nBagi menambahkan bilangan usahawan francais tempatan, kini Pernas laksanakan program SWEET bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan di samping membantu ekonomi warga Malaysia.\nSWEET merupakan program khas untuk wanita Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais.\nProgram SWEET Pernas akan mendedahkan peserta kepada latihan berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan akan dipantau selama 6 bulan sebaik mereka memulakan operasi perniagaannya.\n\nJumlah Pembiayaan\nPeserta juga akan mendapat pembiayaan daripada pihak Pernas. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM 500,00 yang berasaskan konsep kewangan Islam iaitu Tawarruq.\n\n\n\n\nKadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak 3.75%.\nSyarat Kelayakan Program SWEET Pernas\nPemohon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPeserta mestilah wanita berumur 21 tahun-60 tahun.Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.\nSyarat Kelayakan Syarikat\nSyarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:\nUsahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).100% ekuiti syarikat dimiliki oleh BumiputeraPermohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.Perniagaan mestilah patuh Syariah.Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.\nBagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francisee adalah seperti berikut:\nUsahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.Perniagaan mestilah patuh Syariah.Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:Layari laman web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.Klik butang \u2018Click Here to Regsiter.\u2019Masukkan email dan klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dalam setiap paparan dan klik butang \u2018Next.\u2019Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik butang \u2018Submit.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program SWEET, sila hubungi pegawai Pernas melalui email [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ypj-skim-bantuan-pendaftaran-ipt-2022/", "title": "YPJ : Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah dibuka. Calon boleh membuat permohonan, semakan status secara online. Syarat kelayakan adalah seperti di bawah.\nApa Itu Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT YPJ\n\nSkim Bantuan Pendaftaran (SBP) ini adalah initiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan juga merupakan AGENDA 12 JOHOR BERKEBAJIKAN yang mempunyai objektif membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama bagi mereka yang baru mendaftar. Sasaran Kerajaan Negeri Johor terhadap SBP ialah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.\nKadar Bantuan\nDiploma RM500Ijazah Sarjana Muda RM1000\nSyarat Permohonan\nPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ;Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.\nCara Permohonan\nPemohon boleh membuat permohonan bermula 28 Ogos sehingga 25 September 2022 denganTIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ\nLayari laman web\u00a0pautan\u00a0https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/ atau imbas di QRCODE sepertimana yang tertera di posterKlik bahagian \u2018Permohonan Pra Pendaftaran.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Pra Permohonan.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan.Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru atas kanan jenis permohonan yang di pohon, sama ada \u201cPinjaman Pelajaran\u201d atau \u201cSkim Bantuan Pendaftaran (SBP)\u201dMasuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:Yayasan Pelajaran Johor,No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,Larkin Jaya, Kg Dato\u2019 Onn Jaafar,Karung Berkunci 711,80990 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.\nDOKUMEN WAJIB\nSlip Pengesahan Permohonan \u201cSkim Bantuan Pendaftaran\u201dSalinan Kad Pengenalan PelajarSalinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau PenjagaSalinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTASalinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)\nSekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja\u00a0sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca\u00a0pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang\u00a0Pengesahan Pendapatan.\nKesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya\nCara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan\nA) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ\nSusun dokumen permohonan mengikut turutan \u201cDOKUMEN WAJIB\u201d.Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.\nB) KAEDAH POS\nSusun dokumen permohonan mengikut turutan \u201cDOKUMEN WAJIB\u201d.Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada \u201cPINJAMAN PELAJARAN\u201d ATAU \u201cSKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)\u201d.Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai \u201ctracking number\u201d.Semakan dalam sistem \u201ctracking\u201d sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.\nMaklumat Lanjut\n\n\n\n\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) , anda boleh menghubungi\nHUBUNGI KAMI\nNo. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri, Larkin Jaya Kg Dato\u2019 Onn Jaafar Karung Berkunci 711 80990 Johor Bahru Johor Tel: 07-2344355 Fak:07-2344434\nWAKTU PERKHIDMATAN\nAHAD-RABU\u00a08.00PAGI\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013\u00a0 \u00a05.00 PETANG\nKHAMIS\u00a08.00PAGI\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013\u00a0\u00a0 3.30 PETANG\nREHAT\u00a01.00TGH\u00a0\u00a0 \u2013\u00a0 2.00 PETANG\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : ypj.gov.my\nAPLIKASI WHATSAPP\nPertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355 Aduan Pelanggan: 013-7411 355 Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355 Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-push-pembiayaan-usahawan-mikro/", "title": "I-PUSH : Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Tanpa Faedah Sehingga RM10,000", "body": ["\n\n", "\nI-PUSH : Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) akan dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 20221 . Ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan Negeri dapat mengemukakan permohonan masing-masing.\nApa itu Skim I-PUSH Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang\nMerupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta. Secara keseluruhan, Skim I-PUSH yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 dapat memanfaatkan lebih 2,500 penerima (usahawan mikro) yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Bagi mengurangkan beban pemohon, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima (5) tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan. Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000 berdasarkan syarat-syarat kelayakan tertera2 . Selain, tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.\nMenerusi Skim I-PUSH ini, Kerajaan Negeri akan menjalin hubungan kerjasama dengan bank tempatan sebagai bank pelaksana atau ejen I-PUSH. Kerajaan Negeri percaya bantuan pembiayaan ini dapat dicapai kepada kumpulan sasar yang lebih meluas melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan bank pelaksana yang akan diputuskan kelak.\nTarikh Tutup Permohonan\nUsahawan mikro negeri Pahang yang layak dan bermint boleh membuat pendataran permohonan bermula 1 April sehingga 30 April 2022\nSyarat Kelayakan\n\nRakyat PahangBerumur 18 tahun dan ke atasBermaustatin di negeri Pahang melebihi 10 tahunMenjalankan perniagaan melebihi 1 tahun (sebelum atau pada Mac 2021)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Mempunyai lesen perniagaan/ permit sementara PBTTidak bankrapGolongan B40Keutamaan diberikan kepada peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid19First come, first serve\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi laman melalui https://smu.pahang.gov.my\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan\u00a0 Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) anda boleh hubungi ;\nPembangunan Usahawan\n\n\n\n\nBahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)\nPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG\n\u00a0Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan Pahang\n\u00a0No. Telefon: +609-512 4597\n\u00a0No. Faks: +609-515 6327\nWebsite : https://smu.pahang.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/family-feud-malaysia/", "title": "Family Feud Malaysia : Pengacara, Peserta & Waktu Siaran TV", "body": ["\n\n", "\nFAMILY FEUD MALAYSIA \nAstro kini memperkenalkan adaptasi gameshow popular daripada Amerika Syarikat, Family Feud dengan sentuhan citarasa lokal.\nMenerusi kerjasama dengan Fremantle, Astro telah melancarkan produksi bagi tiga versi Family Feud Malaysia bermula 27 Mac 2023.\nPengacara popular iaitu Nabil Ahmad, DR J Ram dan Douglas Lim akan menjejak langkah Steve Harvey sebagai hos untuk rancangan gameshow ini. \u00a0\nPenonton bakal disajikan dengan Family Feud versi Bahasa Melayu terlebih dahulu menerusi saluran Astro Ria 104.\nKemudian versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil pula akan menyusul pada bulan Mei dan September 2023 menerusi rancangan PRIMEtime (saluran 704) dan Astro Vinmeen (Saluran 202).\n\nJom ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai gameshow terbaharu daripada Astro ini. \nGameshow Family Feud Malaysia\nFamily Feud Edisi Malaysia juga membawakan permainan ini dengan peraturan yang sama. Gameshow ini bermula dengan ketua daripada kedua-dua pasukan berentap di podium untuk menjawab soalan dengan pantas.\nSenarai jawapan yang perlu diteka oleh peserta adalah berdasarkan daripada survey yang dijalankan kepada 100 orang.\nPeserta yang berjaya menekan buzzer paling pantas akan diberi peluang untuk menjawab. Sekiranya jawapan yang diberikan muncul di senarai survey, pasukan tersebut akan diberikan peluang untuk memberikan jawapan selanjutnya.\n\nSekiranya gagal, pasukan lawan akan membuat percubaan untuk meneka jawapan yang lebih atas dalam senarai. \n\n\n\n\nPasukan yang berjaya mendapat markah yang tinggi akan mara ke pusingan akhir iaitu Fast Money untuk peluang merebut hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.\nPada fasa awal, Family Feud versi lokal akan bermula dengan format Celebrity Family Feud Malaysia dan bakal melibatkan selebriti sebagai kapten setiap pasukan.\nSelain itu, episod istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri juga akan ditayangkan bermula 1 hingga 9 Syawal pada 12.00 tengah hari. \nMembawakan barisan pelakon popular daripada drama popular Astro seperti Projek : High Council, Andai Itu Takdirnya dan Isteri Halal, anda pasti tak ingin ketinggalan episod khas ini. \nBukan itu sahaja, malah peserta daripada rancangan realiti seperti Gegar Vaganza dan Big Stage juga bakal berentap dalam gameshow ini sempena edisi khas Hari Raya Aidilfitri.\nSelebriti yang berjaya memenangi permainan tersebut secara keseluruhan bakal berpeluang untuk menderma kepada badan kebajikan terpilih.\n\nWaktu Siaran Family Feud Malaysia\nJangan ketinggalan untuk menyaksikan Family Feud Malaysia pada setiap Isnin dan Selasa pukul 11.00 malam di Astro Ria saluran 104. \nPelanggan Astro juga boleh tonton rancangan gameshow ini menerusi Astro Box dan Astro GO.\nLayari laman web rasmi Astro untuk ketahui perkembangan terkini mengenai rancangan serta drama menarik khas untuk tontonan seisi keluarga.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/spzas-2022/", "title": "Permohonan SPZAS 2022 : Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor", "body": ["\n\n", "\nSumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor SPZAS 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) kini dibuka.\nPermohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara .\nUntuk makluman, sumbangan ini merupakan dana secara one-off dan ditawarkan bagi setiap peringkat pelajaran.\nSPZAS adalah bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangot (LZS) bagi meringankan beban kos pendidikan bagi pelajar IPT dalam dan luar negara bagi golongan pertengahan.\nSyarat-Syarat Permohonan SPZAS 2022\nPermohonan SPZAS bagi pelajar IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat :\nSijil\nPra-Diploma/Asasi/Matrikulasi\nDiploma/Diploma Lanjutan\nIjazah Sarjana Muda/Sijil Profesional\nIjazah Sarjana (Master)\nPermohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara berikut :\nMesir\nJordan\nMorocco\n\nKriteria Kelayakan Bagi Permohonan SPZAS 2022\nPemohon juga perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan seperti berikut :\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaKetua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor/Bermastautin dan menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.\nKadar Sumbangan SPZAS 2022\nPelajar yang lulus permohonannya bakal menerima kadar sumbangan sebanyak RM 700 (SPZAS IPT dalam negara) dan RM 2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian.\nTarikh Permohonan\nPelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan dari 24 Januari sehingga 20 Februari 2022 secara atas talian.\nCara Memohon SPZAS 2022\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Zakat Selangor di pautan berikut :\nhttps://www.zakatselangor.com.my/spzas/\n\n\n\n\nPemohon perlulah memuat naik dokumen yang disenaraikan seperti berikut :\nKad Pengenalan PemohonKad Pengenalan Suami/Isteri/PenjagaSijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan KeluargaBil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)Kad OKU (Jika Berkenaan)Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)\nMuat Turun Borang\nBorang boleh dimuat turun di pautan berikut : \nBorang Pengesahan Belajar \nBorang Pengesahan Pemastautin \nBorang Pengesahan Pendapatan \nSemakan Status Permohonan SPZAS 2022\nPemohon yang berjaya akan menerima sumbangan dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.\nBayaran akan disalurkan ke akaun permohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).\nMaklumat Lanjut\nPemohon boleh hubungi talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 untuk sebarang pertanyaan mengenai SPZAS.\nPemohon juga boleh rujuk pada Soalan Lazim (FAQ) berkenaan SPZAS 2022.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-sultan-ismail-petra-dsip/", "title": "Permohonan Program Bantuan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan Permohonan Program Bantuan Dermasiswa sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK di buka bermula April 2022 sepangjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan di maklumkan kelak\nApa Itu Program Dermasiswa Sultan Ismail PETRA (DSIP) MAIK\n\nProgram ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Program Zamalah Pendidikan MAIK 2022\nSyarat Umum\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.\nTerdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.\nMelepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.\nTidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.\nJumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan\n\nSyarat Khusus\n\nPemohon Tahun Pertama\nLayak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.\nPemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas\nMesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir\nLain-lain negara-minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.\n\nCara Permohonan Program Dermasiswa Sultan Ismail PETRA\nPermohonan boleh dibuat melalui dua kaedah, iaitu ;\n\n\n\n\n\nSecara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/\nPerkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.\n\nDokumen Di Perlukan\n\nSalianan k/p atau surat beranak pemohon, penjaga dan tanggungan\nSalinan penyata gaji/pendapatan terakhir/penyata pencen (sekiranya ada)/surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja/bekerja sendiri)ibu/bapa/penjaga/pasangan pengaja\nSalinan surat pengesahan pengajian terkini\nSalinan passport pemohon\nSalinan akaun bank\nSalinan keputusan peperiksaan akhir\nSurat sokongan/pengesahan daripada pegawai kedutaan/atase\nBorang pengesahan maklumat pemohon\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Dermasiswa Sulatan Ismail Petra (DSIP) MAIK, anda boleh hubungi ;\nUnit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519\nEmail : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pengurusan-jenazah-melaka-musaadah-alakhirah/", "title": "Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka 2022 B40 Semua Agama", "body": ["\n\n", "\nTerkini, Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka 2022 iaitu Musa\u2019Adah Alakhirah kepada waris arwah / si mati yang berpendapatan di bawah RM5110.00 (Golongan B40) yang ingin memohon bantuan pengurusan jenazah meliputi Rakyat Negeri Melaka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.\nBantuan ini merupakan inisiatif kerajaan Melaka untuk meringan tanggungan waris keluarga arwah/ si mati menguruskan jenazah\nTarikh Permohonan\n\n\nPermohonan terakhir yg diterima bagi tarikh kematian arwah/si mati ialah sebelum atau pada 31 Disember 2022. Permohonan bantuan ini selepas tarikh tersebut tidak diterima\nSyarat Kelayakan\nPermohonan bantuan ini diberikan kepada golongan B40 pendapatan kurang RM5110.00Permohonan hendaklah disertakan sekali salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ)Permohonan hanya SEKALI sahaja utk setiap kematian sekeluarga yang telah meninggal dunia dlm tahun 2022Arwah / si mati adalah anak Negeri Melaka ATAU arwah/si mati telah bermastautin di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 5 tahunDikebumikan dlm Negeri Melaka sahaja.Waris yg menuntut hendaklah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.Tuntutan hendaklah dibuat sebelum dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.\nDokumen di Perlukan\nSalinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ)Salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank waris. Waris yg menuntut hendaklah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.\nCara Permohonan Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka \u00a0\nWaris boleh mendapatkan borang permohonan melalui Japerun berhampiranBorang yang lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat Japerun berhampiranAlamat dan nombor telefon Japerun boleh dirujuk pada pautan berikut https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun.\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarangan kemusykilan dan pertanyaan mengenai Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka Musa\u2019Adah Alakhirah, boleh rujuk JPKK kawasan atau Japerun atau layari website https://www.melaka.gov.my/\nSumber : Fb Keluarga DUN Gadek 07\nBaca juga bantuan-bantuan lain kerajaan negeri Melaka ;\nBantuan Khas Ibu Tunggal Negeri MelakaBantuan Pelajar Ke IPT Anak Melaka\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ucapan-dan-pantun-selamat-hari-bapa/", "title": "Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Bapa", "body": ["\n\n", "\nSetiap tahun Hari Bapa akan disambut pada hari Ahad minggu ketiga di bulan Jun termasuk di Malaysia. Untuk tahun 2023, sambutan Hari Bapa bakal diraikan pada 18 Jun 2023.\nBagi mengenang pengorbanan beliau yang telah membesarkan kita, tidak salah untuk kita menggembirakan hati bapa dengan pemberian hadiah serta ucapan.\nBerikut kami akan kongsikan beberapa ucapan Selamat Hari Bapa serta pantun yang menarik dan sesuai untuk anda sampaikan menerusi mesej peribadi dan media sosial.\nBaca Juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu\n\nUcapan Selamat Hari Bapa Istimewa Untuk Si Ayah\nAyah adalah hero pertama seorang anak lelaki dan cinta pertama anak perempuannya. Selamat Hari Bapa diucapkan buat insan yang mempunyai tempat yang istimewa dalam hatiku.\n\nMakin bertambah usianya, makin aku sedar betapa banyaknya pengorbanan yang Abah lakukan untuk kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa Abah. Selamat Hari Bapa.\n\nSejak kecil, ayah menjadi cahaya penunjuk jalan bagiku melangkah. Berkat doanya, aku mampu mencapai cita-citaku. Selamat Hari Bapa buat Ayah tercinta.\n\nMeskipun semakin dimamah usia, namun tangan yang sama itulah yang telah mendukung dan memimpinku sehingga aku mampu berdikari. Saya sayang Papa selamanya!\n\nDengan doa Ayah mengiringi, kini aku dapat menjadi seperti yang Ayah harapkan. Segala kejayaan ini ku dedikasikan untukmu, Ayah. Selamat Hari Bapa.\n\nTiada lelaki dalam dunia ini yang setara dengan Papa. Saya juga tidak pernah merasakan cinta sebesar rasa cinta yang Papa berikan setiap hari. Sayang Papa selalu!\n\nTiada yang lebih bermakna dalam hidup daripada mengetahui hakikat yang aku mempunyai sosok ayah yang sangat ku kasihi dalam hidupku. Selamat Hari Ayah.\n\nMeskipun aku jarang mengucapkannya, tapi doa untukmu sering aku titipkan. I love you, Ayah!\n\nUntuk Papa tercinta, terima kasih kerana telah menunjukkan jalan dan memberiku kehidupan yang baik. Selamat Hari Bapa!\n\nBapa adalah role model, hero, cikgu dan pengasuh terbaik dalam hidup. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikannya.\n\nCinta sejati pertama seorang gadis adalah ayahnya. Walaupun dia tidak memberitahu bahawa dia mencintaimu, namun dia mencurahkannya setiap hari. Semoga Allah memberi ganjaran syurga buat Ayah tercinta.\n\nAbah, sempena Hari Bapa ini kudoakan semoga kau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa.\n\nPapa, saya mungkin anak yang sempurna, tapi Papa adalah ayah yang sempurna buat saya. I love you Papa!\n\nSetiap keringat yang ayah keluarkan adalah satu bentuk pengorbanan dan rasa cinta buat keluarga. Semoga Ayah sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati Allah. Selamat Hari Bapa!\n\nKoleksi Pantun Istimewa Sempena Hari Bapa\nWaktu berlalu sungguh cepat,\nBelum puas bermanja dengan ayah,\nEngkau adalah bapa yang hebat,\nSenyumanmu sehangat sinaran suria.\n\nPisang dibawa dari kenduri,\nMasak sebiji di atas peti,\nKasih ayah ibarat kasturi,\nHarumnya mewangi mekar di hati.\n\nTiada lelaki sehebat bapa,\nSentiasa tersenyum meskipun diulit nestapa,\nWalaupun kita jarang berjumpa,\n\nNamun doa untukmu tak pernah kulupa.\n\n\n\n\nIndah sungguh kancing suasa,\nDigayakan bersama kurta dan jubah,\nMeskipun anakmu kini berganjak dewasa,\nNamun rasa cinta ini tak pernah berubah.\n\nKain songket panjang sedepa,\nDigubah cantik buat hantaran,\nSegala jasamu takkan kulupa,\nSemoga syurga jadi ganjaran.\n\nBergaya anggun cantik jelita,\nUmpama bulan di ufuk raya,\nKasih ayah umpama pelita,\nMembakar diri memberi cahaya.\n\nWahai bapa insan pujaan,\nJasamu terlalu besar untuk dibalas,\nSemoga syurga menjadi ganjaran,\nUntuk segala pengorbanan yang ikhlas.\n\nEnak sungguh kuih donat,\nDimakan bersama tepung pelita,\nTak pernah mengadu penat,\nDemi membesarkan anak tercinta.\n\nLemak manis santan kelapa,\nDibuat ramuan santapan bersama,\nTiada lelaki sehebat bapa,\nMenjadi tunjang keluarga bahagia.\n\nSelalu tersenyum bagai tiada derita,\nWalaupun hidup penuh dugaan,\nTerima kasih bapa tercinta,\nAtas segala jasa dan pengorbanan.\n\nSemoga perkongsian ucapan serta pantun istimewa sempena Hari Bapa ini dapat menceriakan lagi sambutan Hari Bapa yang akan tiba tak lama lagi.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mylesen-gdl-2-0/", "title": "MyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan", "body": ["\n\n", "\nMyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan ~ Program ni adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.\u00a0\nObjektif utama inisiatif ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.\nMyLesen GDL 2.0\nProgram ini menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19. Untuk makluman, program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.\nKuota adalah sebanyak 700 peserta sahaja. Pendaftaran terhad kepada permohonan yang terawal.\nDi bawah Program MyLesen GDL 2.0 ini, subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi ditawarkan bagi sesiapa yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.\nKementerian Pengangkutan telah meluluskan dengan peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan program ini di bawah peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) pada tahun ini. Program ini akan memberi manfaat secara holistik kepada industri sekaligus membantu golongan rentan yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19.\nProgram ini terbuka kepada semua syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan yang memerlukan pengisian jawatan kosong bagi pemandu dari semua jenis kenderaan perdagangan.\u00a0\n\n\n\n\nBerikut ialah maklumat penting mengenai program ini:\nTerbuka kepada individu yang sedang cari kerja khususnya kepada individu yang terjejas akibat COVID19.Terbuka kepada syarikat-syarikat logistik atau pengangkutan yang memerlukan pekerja (pemandu kenderaan perdagangan/pemandu lori).Penempatan pekerjaan adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan dalam industri.\nTarikh tutup penyertaan ialah pada : 31 Disember 2021\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nSila rujuk syarat-syarat kelayakan bagi pemohon (individu & syarikat logistik) seperti berikut:\nSyarat Bagi Calon/Peserta;-\nWarganegara MalaysiaMemiliki lesen memandu kelas D atau E (CDL)Berumur 21 tahun ke atasTiada dalam senarai hitam mahkamah, PDRM, JPJMempunyai tahap kesihatan yang baik\nCalon yang berminat boleh mengisi borang di pautan : https://lnkd.in/gw-82KA4\nSyarat Bagi Syarikat Logistik/Pengangkutan;-\n\u00a0Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\nManakala bagi syarikat yang berminat perlu mengisi borang di pautan: https://lnkd.in/gZquy8Te\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dikemukakan ke alamat e-mel: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ptts-2-0/", "title": "PTTS 2.0 : Kit Program Transisi Tahun 1 KPM Sesi 2022 / 2023", "body": ["\n\n", "\nKPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 ( PTTS 2.0 ) bersama kit program bagi sesi 2022/2023.\nDilaksanakan selama 4 minggu.Meliputi fasa penyesuaian dan kesediaan.Kit Program Transisi 2022/2023\nAntara tema pembelajaran PTTS 2.0 adalah seperti berikut : \nDiri SayaDunia di SekelilingEkonomi dan KewanganMasyarakatAlam sekitarKeselamatanSains TeknologiKesenian dan Kebudayaan Sukan PermainanKesihatan\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini berserta fail PDF untuk dimuat turun.\nBaca Juga : KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024\nPELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 PTTS 2.0) MULAI KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023\nKPM telah menetapkan bahawa Program Transisi Tahun 1 (PTTS 2.0) akan dilaksanakan selama 4 minggu.\nPTTS 2.0 dilaksanakan oleh murid Tahun 1 bermula minggu pertama sesi baharu persekolahan.\nTempoh ini dimanfaatkan agar murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani, dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.\nSila muat turun kit PTTS 2.0 di bawah.\nMUAT TURUN PDF:\nSURAT SIARAN KPMKit Program Transisi Murid Tahun Satu 2.0\u00a0\nSoalan Lazim \nSelepas Fasa Penyesuaian, bolehkah murid ditempatkan dalam kelas tertentu mengikut tahap perkembangan mereka?\nTidak, murid perlu berada dalam kelas yang sama sepanjang proses pembelajaran mereka di Tahun \nBolehkah guru menentukan/membuat pengubahsuaian cadangan peruntukan waktu bagi Fasa Penyesuaian?\nTidak.\nBolehkah guru melaksanakan Fasa Penyesuaian sepenuhnya dalam Bahasa Cina/Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (atau perlu juga menggunakan Bahasa Melayu)?\n\n\n\n\nGuru boleh melaksanakan Fasa Penyesuaian menggunakan bahasa pengantar masing-masing.\nAdakah guru boleh menggunakan aktiviti lain dalam Fasa Penyesuaian yang guru telah gunakan pada tahun-tahun sebelum ini?\nYa, sekiranya ia dapat mencapai objektif Fasa Penyesuaian dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.\nSekiranya, murid tidak dapat menguasai literasi dan numerasi asas selepas program transisi, apakah tindakan guru selanjutnya?\nGuru harus merancang PdP yang sesuai dan memastikan murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam DSKP Tahun 1 supaya mereka dapat menguasai literasi dan numerasi asas.\nBagaimanakah guru merekod tahap perkembangan murid semasa program transisi?\nGuru boleh menggunakan templat pelaporan PBD mata pelajaran Tahun 1 sedia ada.\nBagi murid berkeperluan khas, apakah perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh guru semasa mereka di kelas?\nGuru harus memastikan murid dapat mengurus diri dan emosi mereka sebelum memulakan PdP secara formal.\nAktiviti yang disarankan dalam Kit PTTS 2.0 adalah tidak sesuai dengan murid, bolehkah guru menggunakan aktiviti lain?\nGuru diberi keluwesan menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid mengikut kreativiti masing-masing.\nApakah yang perlu guru lakukan sekiranya murid tidak dapat menguasai tahap kesediaan yang telah ditetapkan selepas tamat tempoh masa Fasa Kesediaan?\nMurid akan meneruskan sesi pembelajaran Tahun 1 dan guru perlu merancang PdP yang sesuai dengan tahap murid tersebut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-peniaga-pasar-hari-pasar-malam-p-pinang/", "title": "Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang", "body": ["\n\n", "\nBantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang | Cara Memohon ~ Berita baik buat peniaga pasar hari/pasar malam Pulau Pinang!\nUntuk makluman anda pihak Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama EKUINAS telah mempelawa peniaga pasar hari atau pasar malam untuk memohon Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam.\nBantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang\nBantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam ini diwujudkan adalah sebagai tambahan modal pusingan kepada peniaga pasar hari dan pasar malam terutamanya ketika pasca COVID-19.\nSelain itu, bantuan khas ini disalurkan untuk memastikan ekonomi tempatan mampu dirancakkan semula.\n\n\n\n\nPemohon yang memerlukan bantuan ini perlu membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan bermula 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022.\n\nSyarat Umum Bantuan\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.\nSyarat Khas Kelayakan\nPemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT.Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini.Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan.Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga.Suami berpendapatan rendah/kematian suami/suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga.Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/isteri yang tidak sihat.\nCara Membuat Permohonan\nSila dapatkan borang permohonan di kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda. Rujuk pautan berikut: https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/hubungi/hubungi-kami.Kemudian, anda dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan tersebut.Seterusnya, sila hantar borang permohonan yang lengkap ke kaunter Zakat Pulau Pinang kembali.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP di talian: 011-2872 4558.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/solat-istikharah/", "title": "Panduan Lengkap Solat Istikharah Beserta Doa (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nCara Solat Istikharah Untuk Membuat Pilihan Terbaik\nAdakah anda sedang berada dalam dilema untuk membuat pilihan besar dalam hidup? Walaupun telah melakukan perbandingan dan bertanya pendapat daripada orang lain, ada kalanya anda masih keliru dan tak yakin untuk membuat keputusan.\nSekiranya anda berada dalam situasi ini, lakukanlah solat istikharah. Ibadah yang terdiri daripada 2 rakaat ini sangat ringkas dan mudah untuk dikerjakan. Ia juga merupakan tanda kebergantungan kita kepada Allah dalam melakukan apa-apa perkara lebih-lebih lagi yang penting dalam menentukan hala tuju hidup.\nBerdasarkan laman web Mufti WP, seseorang itu tidak harus memperkecilkan apa-apa perkara meskipun ia nampak remeh. Kita takkan tahu yang barangkali perkara yang diremehkan itu pada masa akan datang akan menjadi mudarat baginya.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai solat sunat Istikharah.\nApa Itu Solat Istikharah?\nIstikharah adalah solat sunat yang dilaksanakan bagi memohon petunjuk Allah SET dalam membuat sesuatu keputusan atau perkara.\nIa juga merupakan antara ibadah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Memetik satu riwayat daripada Jabir bin Abdullah :\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u0650\u062e\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064f\u0645\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0631\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u060c \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f : \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0631\u0652\u0643\u064e\u0639\u0652 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0641\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064e\u0629\u0650 \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 : \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062e\u0650\u064a\u0631\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0643\u064e \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u0627\u064e\u0651\u0645\u064f \u0627\u0644\u063a\u064f\u064a\u064f\u0648\u0628\u0650 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u062f\u0650\u064a\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0634\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u062c\u0650\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0648\u064e\u0622\u062c\u0650\u0644\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0641\u064e\u064a\u064e\u0633\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f \u0644\u0650\u064a \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e \u0634\u064e\u0631\u064c\u0651 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u062f\u0650\u064a\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0634\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u062c\u0650\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0648\u064e\u0622\u062c\u0650\u0644\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0641\u064e\u0627\u0635\u0652\u0631\u0650\u0641\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u060c \u0648\u064e\u0627\u0635\u0652\u0631\u0650\u0641\u0652\u0646\u0650\u064a \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0642\u0652\u062f\u064f\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0627\u0644\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650\u0646\u0650\u064a \u0628\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0648\u064e\u064a\u064f\u0633\u064e\u0645\u0650\u0651\u064a \u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f.\nMaksudnya\u00a0:\u201d Rasulullah saw\u00a0pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.\u201d\nRiwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383) .Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib\n\n\n\n\nBaca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap \u00a0\nHukum\nHukum bagi solat istikharah adalah sunat. Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.\nCara Tunaikan Solat Istikharah\n\nCara untuk melakukan solat istikharah adalah seperti berikut :\n\nNiat : Usolli sunnatal istikharati rak\u2019ataini lillahi taala (\u0623\u0635\u0644\u064a \u0633\u0646\u0629 \u0627\u0644\u0625\u0633\u062a\u062e\u0627\u0631\u0629 \u0631\u0643\u0639\u062a\u064a\u0646 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649)\nRakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan\nRakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan\nSetelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah :\n\nDoa Istikharah\n\nYa Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.\nYa Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.\nBerkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).\nJika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.\nKemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.\nSumber : JAKIM & Mufti WP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/asuh-pintar-2023/", "title": "Asuh Pintar 2023 : Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar", "body": ["\n\n", "\nBantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar 2023) Untuk Warga Selangor ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar kini dibuka.\nSkim ini diwujudkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor bagi membantu para ibu bapa meringankan beban dalam membayar yuran asuhan anak setiap bulan.\nIbu bapa yang memenuhi syarat kelayakan bakal menerima bantuan yuran Taska atau Nurseri bagi anak-anak berusia 4 tahun ke bawah. Bayaran yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri. \nKadar Bayaran\nJumlah bantuan RM 100 akan dibayar setiap bulan bagi setiap anak yang telah lulus permohonan dan terhad kepada 2 orang anak berumur 4 tahun ke bawah.\nBaca Juga : Permohonan SPZAS 2022 : Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor\nSenarai Taska Berdaftar\nIbu bapa boleh semak senarai Taska berdaftar di pautan di bawah :\nSenarai Taska Berdaftar\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nIbu bapa perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia\n\n\nPemohon perlulah dilahirkan dan menetap di Selangor ; atau\n\n\nTidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun. Pengesahan perlulah didapati daripada Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan di mana pemohon menetap.\n\n\nPendapatan isi rumah mestilah di bawah RM 5,000 ke bawah\n\n\nSuami dan isteri bekerja\nAnak berusia 4 tahun ke bawah\n\n\nBantuan terhad kepada 2 orang anak sahaja\n\n\nTaska anak-anak perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\n\nIbu bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nBagi permohonan Skim Asuh Pintar tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap\u00a0WAJIB\u00a0disertakan adalah seperti berikut :\n\nBorang pendaftaran online yang dicetak dari sistem\nSalinan Sijil Lahir / Mykid Anak yang dipohon\nSalinan MyKad Ibu\nSalinan MyKad Bapa\nSalinan perakuan anak angkat / sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)\nSlip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)\nSlip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)\nBagi Pemohon bukan kelahiran Selangor\u2013 Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)\u2013 Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU\nSalinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.\n\nCara Memohon\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.\nContohnya permohonan manfaat bulan Mei 2023 wajib dihantar sebelum 15 Mac 2023. Ini juga berlaku untuk bulan-bulan berikutnya.\n\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut :\n\nSkim Bantuan Asuhan Anakku Pintar\n\n\n\n\n\nIsikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. \nSekiranya tiada dalam rekod, sila klik permohonan baharu\n\n\n\nIsikan maklumat selengkapnya kemudian tekan \u2018Daftar\u2019.\n\n\nDokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut : \nYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),\nAras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,\nLot 4, Jalan Platinum 7/52 Seksyen 7,\nPersiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,\nSelangor Darul Ehsan.\nNota : Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya. \nSemakan Permohonan\nSemakan boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan berikut : \nSemakan Permohonan Asuh Pintar (bagi permohonan tahun 2020 dan ke atas)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program Asuh Pintar 2023, sila hubungi talian 03 5481 8800 atau hantarkan emel di [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ebelia-rahmah-touch-n-go/", "title": "eBelia Rahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus", "body": ["\n\n", "\neBelia Rahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus\nSeperti yang kita tahu, kerajaan telah menawarkan bantuan e-Tunai melalui pelbagai aplikasi e-dompet termasuklah Touch \u2018n Go. \nInisiatif eBeliaRahmah yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan ini bermatlamat untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di samping mengurangkan beban para pelajar serta remaja yang berkelayakan serta berumur antara 18 hingga 20 tahun.\nProgram ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.\nDengan lebih 1.7 juta premis yang mengambil bahagian, Touch \u2018n Go juga bukan sahaja memudahkan transaksi pembayaran malah turut menawarkan baucar tambahan bernilai sehingga lebih RM 550.\nAntara ganjaran yang menanti pengguna aplikasi e-wallet Touch \u2018n Go adalah cashback voucher, dan diskaun bagi pembelian ketika membeli-belah dan membayar bil serta langganan hiburan.\nBaca Juga : MyKasih 2023 Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)\nSyarat Kelayakan eBelia Rahmah Touch n Go \nBerikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penebusan eBeliaRahmah Touch \u2018n Go :\n\nWarganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun (lahir antara tahun 2003 \u2013 2005)\nSedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di peringkat Diploma, SKM4 dan ke atas di universiti tempatan yang berdaftar.\nTelah muat turun aplikasi e-wallet Touch \u2018n Go dan lengkapkan verifikasi akaun.\n\nCara Tebus Kredit eBelia Rahmah RM 200 (Touch \u2018n Go)\n\nPergi ke aplikasi Touch \u2018n Go eWallet dan pilih paparan eBeliaRahmah\nSeterusnya, klik butang \u2018Claim Now\u2019.\nKemudian, pilih \u2018Verify Now\u2019.\nDalam laman seterusnya, pilih jenis ID anda.\nImbas bahagian depan ID anda\nAmbil \u2018selfie anda.\nPastikan butiran anda adalah betul dan klik pada butang \u2018Continue\u2019.\nIsikan butiran dan klik burang \u2018Submit Now\u2019.\nPermohonan anda telah berjaya dihantar. Proses verifikasi dan pengesahan boleh mengambil masa sehingga 5 hari.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota : Penerima yang layak\u00a0hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia\u00a0perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.\nMaklumat Insentif Program\nSekiranya pemohon menepati kriteria kelayakan dan telah disahkan melalui proses eKYC, kelulusan akan diberikan dalam masa 5 hari selepas verifikasi.\nPemohon yang berkelayakan akan menerima RM 200 di dalam e-wallet masing-masing.\nInsentif ini hanya boleh dituntut oleh pemohon berkelayakan sekali sahaja bermula daripada 26 Jun sehingga 22 Ogos 2o23.\nInsentif diberikan mengikut first-come-first-serve, selagi dana masih tersedia.\n\n\n\n\nSelepas dituntut, insentif ini mesti digunakan sebelum 31 Ogos 2023. Baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan selepas itu akan dipadam daripada akaun pengguna.\nKredit eBeliaRahmah hanya boleh digunakan untuk pembelian secara offline sahaja.\nKredit eBeliaRahmah tidak boleh dipindahkan atau dituntut semula (non-refundable).\nSoalan Lazim \nSiapakah yang layak menerima kredit eBeliaRahmah ini? Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:a. Warganegara Malaysia; danb. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);ATAUc. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (\u201cIPT\u201d) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (\u201cJAKIM\u201d) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai \u201cKementerian Pengawal\u201d), tanpa had umur. Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini? Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (c).Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Syarat (c) Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak? Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak? Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput? Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak,\u00a0bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu\u00a0dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam,\u00a031 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut. Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut? Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:a. pemindahan \u201cpeer-to-peer\u201d;b. penebusan tunai;c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;f. pembelian permainan (\u201cgames\u201d) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dani. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian. Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian? Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyediaperkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai insentif eBeliaRahmah daripada Touch \u2018n Go, sila ke pautan rasmi Touch \u2018n Go atau hantarkan emel ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-matrikulasi-kpm-2022-2023/", "title": "Program Matrikulasi KPM 2022 / 2023 | Cara Memohon & Tarikh Semakan", "body": ["\n\n", "\nProgram Matrikulasi KPM 2022 / 2023 | Cara Memohon & Tarikh Semakan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan mula dibuka pada bulan Mac 2022.\nProgram Matrikulasi KPM 2022 / 2023\u00a0\nProgram Matrikulasi KPM atau juga dikenali sebagai Matrik terbahagi kepada dua program dan empat jurusan utama, iaitu :\nProgram Satu TahunProgram Dua Tahun\nDan, jurusan:\u00a0\nSains HayatSains FizikalPerakaunanTeknikal (Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini)\nKelebihan Matrikulasi\nAntara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:\nMemperoleh elaun daripada kerajaanDapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universitiTempoh pembelajaran yang singkatMemperoleh penerapan soft skill\nWalaubagaimanapun, anda perlu juga menilai beberapa perkara penting sebelum memohon seperti yang disenaraikan dibawah:\nProses pembelajaran yang pantasSijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sahaja.Wajib mengambil MUETPersaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam\nApabila tamat pengajian di Matrik, lulusan matrikulasi ini perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.\nJumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah RM220* untuk jurusan Sains dan Teknikal, manakala RM212* untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.\n\n\n\n\nSelain itu, para pelajar para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester sepanjang pengajian.\u00a0\n*bergantung pada perubahan dari masa ke semasa\n\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila layari laman sesawang rasmi KPM di pautan berikut: http://matrikulasi.moe.gov.my\n\nTarikh Penting\u00a0\nPermohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)Keputusan (Julai 2022).Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, atau ingi mengetahui maklumat lanjut, sila emelkan kepada: [email\u00a0protected]\u00a0\nAtau hubungi talian: 03-8884 4083/4035\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sop-pelitup-muka-terkini-2023/", "title": "SOP Pelitup Muka Terkini 2023 (Kuatkuasa Mulai 5 Julai)", "body": ["\n\n", "\nKerajaan baru-baru ini telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka 2023 yang berkuatkuasa mulai 5 Julai 2023.\nSejak dunia dilanda wabak pandemik Covid-19, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan umum.\nSelaras dengan trend penurunan kes positif Covid-19 dan kadar peningkatan vaksinasi, kerajaan juga telah melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka atau face mask secara beransur-ansur.\nMeskipun begitu, terdapat dua lokasi masih diwajibkan pemakaian pelitup muka sehingga tahun 2022 iaitu pengangkutan awam dan premis kesihatan seperti hospital dan klinik.\nKemaskini bagi SOP pemakaian pelitup muka telah dibuat kali terakhir pada April 2022 apabila negara beralih kepada fasa endemik.\nPada waktu itu, penggunaan pelitup muka di premis-premis serta tempat awam tidak diwajibkan namun masih digalakkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta penyakit berkaitan seperti selsema dan batuk.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai SOP bagi penggunaan pelitup muka terbaharu yang telah dikemaskini oleh kerajaan.\nBaca Juga : Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM 2023\nKelonggaran SOP Pelitup Muka Terkini 2023\nTerbaharu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengumumkan mengenai perubahan SOP terkini di mana pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awan serta premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023.\n\n\n\n\nPerubahan ini dilakukan oleh kerajaan selari dengan pengumuman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). \nDalam kenyataan bertarikh 5 Mei 2023, status wabak Covid-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa.\nOleh itu, kerajaan telah membuat semakan semula untuk mengemaskini SOP pelitup muka berdasarkan situasi dan keperluan semasa.\n\nPengecualian SOP Bagi Pesakit Covid-19\nMeskipun kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP pemakaian pelitup muka bagi tahun 2023, pesakit COVID-19 tetap wajib memakai pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai.\nBagi orang awam yang tidak positif COVID-19, mereka tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka berdasarkan perubahan SOP pelitup muka terkini yang diumumkan ini.\nWalaupun begitu, pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri terutamanya bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.\nSumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/thijari-biz/", "title": "THiJARI Biz | Bantu Pekerja Tunai Haji Melalui Akaun TH Pekerja", "body": ["\n\n", "\nTHiJARI Biz | Bantu Pekerja Tunai Haji Melalui Akaun TH Pekerja Dengan Mudah ~ Sukacita dimaklumkan, majikan kini boleh melakukan deposit bulanan ke akaun TH Pekerja hanya melalui potongan gaji bagi membantu pekerja-pekerja anda menyimpan wang untuk menunaikan haji.\u00a0\nTHiJARI Biz\nTHiJARI Biz adalah merupakan inisiatif transformasi digital TH ke arah menambah baik perkhidmatan dalam talian dan proses kerja automasi, supaya perkhidmatan TH menjadi lebih cekap.\nMelalui inisiatif ini, Majikan boleh melaksanakan deposit bulanan ke dalam akaun TH Pekerja melalui potongan gaji. Hal ini dapat membantu memudahkan para pekerja untuk mengasingkan terus simpanan bulanan yang ditentukan oleh mereka terus ke dalam akaun TH.\nInisiatif ini juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja daripada sektor swasta dan awam membuka akaun dengan TH dan merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji.\n\n\n\n\nDengan penggunaan Biz THiJARI, semua urusan berkaitan potongan gaji boleh diuruskan sendiri oleh majikan melalui portal online, dan pengkreditan potongan gaji hanya akan mengambil masa satu hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan akaun aktif.\n\nCara Mendaftar (Majikan)\nMajikan mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Tabung Haji dengan menghubungi THCC.\nMajikan dikehendaki melengkapkan \u201cBorang Maklumat Majikan\u201d untuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC.\nTabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui e-mel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).\nSetelah menerima kod pengaktifan, pengaktifan mesti dilakukan dalam masa 7 hari.\nBagi Majikan sedia ada yang telah berdaftar dengan Tabung Haji, Majikan boleh menghubungi THCC untuk menerima Kod Pengaktifan.\nMajikan juga boleh membuat semakan transaksi dalam talian manakala pekerja boleh menyemak rekod kredit mereka melalui aplikasi THiJARI mereka.\nCara Guna (Majikan)\nSila layari dan log masuk melalui pautan berikut: www.thijari.com.my/thijaribizPentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan diikuti dengan penciptaan kata laluan.Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan kata laluan setiap kali untuk log masuk ke portal.\nNOTA: Sila klik \u201cPengaktifan Pertama Kali\u201d untuk penggunaan kali pertama.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi: 0362071919\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-deposit-sewa-rumah-maiwp/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Bulanan MAIWP", "body": ["\n\n", "\nPara asnaf di Wilayah Persektuan yang layak dan memerlukan bantuan kini boleh memohon Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan\u00a0melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). \nUntuk makluman, MAIWP ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mengurus hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelumnya diletakkan di bawah pemerintahan negeri Selangor.\nSalah satu skim bantuan yang ditawarkan MAIWP ialah Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan yang bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.\nPermohon yang ingin memohon mestilah mengisi borang permohonan yang disediakan dan menghantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.\n\nAsnaf Yang Terlibat\nTerdapat 3 kategori asnaf yang layak memohon skim bantuan ini iaitu:\nFakirMiskinMualaf\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pemohon yang ingin memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon ialah warganegara MalaysiaPemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.\nCara Memohon\nUntuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan dengan menekan pautan file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nSatu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:\u2013 Pemohon\u2013 Suami\u2013 Isteri\u2013 Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.\u00a0Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.\nLain-Lain Dokumen\nPemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sekiranya tergolong dalam kategori ini:\nKeluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066\u00a0atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/melur-untuk-firdaus-2/", "title": "Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon", "body": ["\n\n", "\nSeperti yang kita tahu, drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena di kalangan penggemar drama tempatan sehinggakan tular ke negara jiran. \nMenurut penilaian Nielsen pada tahun 2022, drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencapai rekod penonton sebanyak 11 juta orang di Malaysia. \nDrama bersiri ini juga telah mengumpul jutaan peminat di sekitar Asia Tenggara terutamanya di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina.\nKini drama Melur Untuk Firdaus kembali pada musim kedua pada tahun 2023 atas permintaan ramai. \nBerdurasi selama 35 episod, drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan Arield Mohd Rifin di bawah penerbitan A-Ten Alliance Sdn. Bhd.\nBaca Juga : Melur Untuk Firdaus Musim 1 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review\n\nSinopsis Melur Untuk Firdaus 2\nIkatan perkahwinan Melur dan Firdaus kini diduga pula dengan kehadiran Mawar. Meskipun pelbagai rintangan menimpa pasangan ini, namun mereka tetap teguh mempertahankan hubungan sebagai suami isteri.\nBagi memperkuat hubungan mereka, Melur dan Firdaus mula menulis catatan motivasi dan janji baharu setiap minggu.\nFirdaus (Merqeen) telah ditugaskan untuk mengendalikan projek syarikat di luar bandar. Melur (Anna Jobling) tetap memberikan sokongan kepada suaminya yang kini banyak menghabiskan masa untuk bekerja.\nMawar (Eyka Farhana) pula dipaksa oleh bapanya, Tuan Idrus untuk bekerja sebagai persediaan untuk mengambil alih syarikat. \n\n\n\n\nPada asalnya, Mawar tidak bersemangat untuk pergi ke pejabat sehinggalah dia bertemu dengan Firdaus. Sejak itu, dia sangat teruja untuk ke pejabat dan bersemangat untuk bekerja.\nSementara itu, Melur kini sedang mencuba nasib dalam bidang penulisan buku kanak-kanak dan berhasrat untuk menubuhkan syarikat penerbitan novel. Rakan kongsi Melur, Zack (Azim Yusof) pula mula menaruh perasaan terhadap Melur secara diam-diam.\nPada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup tenang selepas suaminya, Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan, Lili mula resah.\nMelur dan Firdaus juga menghadapi isu lain yang boleh menggugat keamanan rumah tangga mereka seperti hubungan Melur dengan Haris serta dilema Melur yang masih belum dapat memberikan zuriat kepada Firdaus.\nMampukah Melur dan Firdaus mempertahankan hubungan cinta mereka walau duji dengan pelbagai rintangan? Teruskan menonton kisah Melur Untuk Firdaus yang mula bersiaran pada 16 Mac 2023.\n\nBarisan Pelakon \u00a0\u00a0\nPelakonWatakMerqeenFirdausAnna JoblingMelurEyka FarhanaMawarAzim YusofZackFimie DonHarizHaleeda MazlinRohanaZainol IsmailNasaruddinTaib ZamannuriRaykalPuteri BalqisSallyKuza MuzaniKamariahAzhar AmirKamarulHairi SafwanZainSabrina SharleenRaniaNaim ShamsolSaifulQaseh QhairienaDamiaTengku Tieya Tengku ZueNana\nWaktu Siaran Melur Untuk Firdaus 2\nMelur Untuk Firdaus Musim ke-2 akan mula ditayangkan pada 16 Mac 2023 pada jam 7.00 malam setiap hari Khamis dan Jumaat di slot Akasia, TV3.\nKemudian, siaran akan diteruskan pada 20 Mac 2023 pada waktu yang sama setiap hari.\nSekiranya tidak berkesempatan, anda masuh berpeluang untuk menonton kesemua 35 episod drama ini secara ekslusif menerusi platform Disney+ Hotstar. \u00a0\nJangan lupa untuk ikuti perkembangan drama kegemaran anda melalui Instagram @dramasangat.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-makanan-kecemasan/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang", "body": ["\n\n", "\nBagi asnaf fakir dan miskin yang memerlukan bantuan makanan, Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan bagi para asnaf untuk mendapatkan makanan di bawah Skim Bantuan Makanan Kecemasan (ZPP).\nUntuk makluman, ZPP merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bertanggungjawab mengutip dan menygagihkan zakat di Pulau Pinang. \nKetika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, salah satu bantuan yang ditawarkan oleh ZPP bagi membantu para asnaf ialah Skim Bantuan Makanan Kecemasan.\nObjektif skim bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan asnaf Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan segera dari sudut makanan dan keperluan asas ketika pelaksanaan PKP 3.0. \n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut: \n\n\n\n\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.Pemohon mestilah dalam kategori asnaf Fakir dan Miskin.Pemohon tiada pendapatan atau pendapatan tidak melebihi Had Al Kifayah.Pendapatan yang melebihi Had Al Kifayah boleh dipertimbangkan sekiranya terjejas sepanjang tempoh PKP 3.0.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas.Klik bahagian Skim Bantuan Makanan.Isi maklumat dengan betul dan lengkap.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik kotak pengakuan pemohon dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad PengenalanSalinan Kad Pengenalan Pasangan (Jika Berkenaan)\nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan permohonan yang telah dilakukan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas.Klik butang \u2018Semak Status Permohonan.\u2019Masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon, no. telefon yang didaftarkan, dan no. rujukan borang (no rujukan boleh disemak melalui email semasa menghantar borang).Klik butang \u2018Semak Status.\u2019Keputusan semakan dipaparkan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Makanan Kecemasan, sila hubungi Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang melalui senarai talian di bawah:\nTeam Peduli Asnaf 1: wasap.my/60183994313Team Peduli Asnaf 2: wasap.my/60189899974Team Peduli Asnaf 3: wasap.my/60189899975Team Peduli Asnaf 4: wasap.my/601128724558Team Peduli Asnaf 5: wasap.my/601110853394Team Peduli Asnaf 6: wasap.my/60183994345\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-b40-drb-hicom-university-lepasan-spm-2021/", "title": "Dermasiswa B40 DRB Hicom University Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan tawaran Dermasiswa B40 DRB Hicom University kini dibuka untuk pelajar lepasan SPM 2021. Permohonan adalah untuk warganegara Malaysia dari keluarga kategori B40.\nSyarat minimum 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu & Sejarah. Permohonan yang berjaya akan turut menerima biasiswa penuh, elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian.\nButiran permohonan dan syarat-syarat kelayakan seperti di bawah.\nTawaran Dermasiswa B40 DRB Hicom University\n\nTawaran biasiswa ini khusus untuk membantu pelajar lepasan SPM 2021 dari keluarga kategori B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di DRB-HICOM U.\nPermohonan yang layak juga akan turut menerima kemudahan biasiswa penuh, elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian\nLatar Belakang DRB Hicom University\nSejak permulaannya yang sederhana sebagai Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) pada April 2010, Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM menjadi universiti sepenuhnya pada Oktober 2015.\nBeroperasi dari kampus seluas 42 ekar yang difasilitasi dengan baik yang terletak secara strategik di DRB-HICOM Automotive Kompleks di Pekan, universiti itu kini menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan.\u00a0\nBaca juga : Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022 : Mesir, Jordan & Morocco\nPada masa ini universiti itu menawarkan 51 program daripada pengajian diploma, ijazah dan pasca siswazah dengan memberi penekanan kepada ekosistem automotif.\n\n\n\n\nKurikulum unik universiti menawarkan gabungan seimbang antara teori dan praktikal menggunakan konsep \u201cUniversiti oleh industri, untuk industri\u201d.\u00a0\nTerletak dalam kumpulan syarikat DRB-HICOM dengan pelbagai jenis perniagaan daripada perbankan, pembuatan & kejuruteraan, pertahanan dan pembangunan hartanah;\u00a0kurikulum sentiasa dipetakan kepada kedinamikan keperluan dan amalan industri.\u00a0\nGabungan pengetahuan teknikal dan kemahiran hands-on menyediakan permulaan yang sangat diperlukan untuk graduan memulakan kerjaya mereka dalam industri.\nProgram Yang Ditawarkan\nBidang pengajian yang layak ditawarkan biasiswa in adalah khusus untuk permohonan bagi program;\nDiploma In Automotive TechnologyDiploma In Occupational Safety & HealthDiploma In Procurement Management\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaKriteria akademik: Lulus SPM dengan 5 kepujian dan ke atasTiada rekod tindakan tatatertib.Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan sukarela.Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga yang sah adalah dalam kategori B40.(*Nota: B40 bermaksud layak menerima Bantuan Sara Hidup)\nHanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses pemilihan.\n\nNilai Anugerah Derwasiswa B40\nPermohonan yang berjaya akan menerima;\nYuran pengajian penuh, Yuran lain, Yuran penginapan dan Elaun bulanan.\nCara mohon\nPermohonan dermasiswa ini adalah untuk ambilan kemasukan sesi Julai 2022.\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang pada pautan berikut https://tinyurl.com/DRMSB40 atau melalui WASSAP untuk maklumat lanjut di\u00a0https://www.wasap.my/601117184321\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai perosalan dan perlukan maklumat lanjut mengenai Dermasiswa B40 DRB Hicom, anda boleh layari https://www.en.dhuautomotive.edu.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gaji-minimum-rm1500/", "title": "Gaji Minimum RM1500 Akan Dilaksanakan Mulai 1 Mei 2022 Ini", "body": ["\n\n", "\nGaji Minimum RM1500 Akan Dilaksanakan Mulai 1 Mei 2022 Ini ~ Berita baik! Bermula 1 Mei 2022, pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan. \u2013 PM Ismail Sabri.\u00a0\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC).\u00a0\nGaji Minimum RM1500\nGaji Minimum RM1500 adalah merupakan satu keputusan yang telah dibuat setelah kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.\nPerdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan itu dibuat susulan kos sara hidup semakin meningkat yang akan menekan golongan B40\nBerdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (lima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.\u00a0\nKajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan pelaksanaannya diputuskan oleh kerajaan. Pelaksanaan gaji minimum ini hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas.\nSelain itu, Insya-Allah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi memanfaatkan lebih ramai iaitu hampr 9 juta penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM 8.2 bilion pada hujung bulan ini.\u00a0\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila muat turun PDF di pautan yang berikut:\u00a0\nhttps://harianpost.my/wp-content/uploads/2021/04/WartaPGM2020_P_U_A_5.pdf\nAtau\nRujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mohon-penangguhan-bayaran-ptptn-akibat-banjir/", "title": "PTPTN: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Akibat Banjir", "body": ["\n\n", "\nPTPTN: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Akibat Banjir ~ Berita baik buat peminjam PTPTN yang terjejas banjir baru-baru ini! \nBencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian besar kepada ramai pihak termasuklah para peminjam PTPTN.\u00a0\nPenangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir\nPTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.\nPara peminjam yang telah terkesan dengan bencana ini, PTPTN akan memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.\n\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan boleh dibuat bermula 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN.\u00a0\nLayari: www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir\nAtau, hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.\n\n\n\n\nNOTA: Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.\nSemakan Kelulusan\nSetelah membuat permohonan, untuk menyemak kelulusan permohonan anda sila periksa emel anda. Hal ini kerana, kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.\nUntuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.\nAnda juga boleh menyemak baki PTPTN, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat secara dalam talian melalui penyata online PTPTN yang dipaparkan.\nSila layari pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nAnda boleh mengemukakan maklumat lanjut dan pertanyaan anda melalui saluran berikut:\nTelefon : 03-2193 3000 (Careline)Live Chat : www.ptptn.gov.myEksekutif Pemasaran : https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptne-Aduan : https://eaduan.ptptn.gov.my/Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jom-shopping-perayaan/", "title": "Jom Shopping Perayaan 2023 \u2013 Bantuan Baucer Selangor RM200", "body": ["\n\n", "\nKhas untuk rakyat Selangor program bantuan baucer Jom Shopping Perayaan 2023 diteruskan lagi khusus untuk bantuan sempena tiga perayaan besar Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali\nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin berkata, kadar baucar itu dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 manakala pendapatan maksimum keluarga waris dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.\n\u201cPenerima Skim Mesra Usia Emas juga layak memohon dana ini berikutan kos sara hidup yang kini mengalami tekanan yang teruk,\u201d katanya dalam kenyataan akhbar pada Isnin. Amirudin berkata, kerajaan negeri memuktamadkannya selepas mendapat maklum balas daripada warga emas yang memohon untuk bantuan Jom Shopping Perayaan, sempena tiga sambutan besar tahun ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.\nUntuk rekod, program ini telah berjalan sejak 2012 dan peruntukan sebanyak RM7.3 juta memberi manfaat kepada 70,995 orang di Selangor untuk membeli barangan keperluan untuk perayaan mereka.\nApa itu Jom Shopping Perayaan Selangor 2023\nSkim Bantuan Rakyat Miskin atau lebih dikenali sebagai skim Jom Shopping merupakan skim bantuan yang dilaksanakan kerajaan negeri setiap tahun sejak 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi. \nIni merupakan program bantuan dengan tiga (3) acara utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang mana setiap isi rumah berpendapatan rendah akan menerima baucar pembelian barangan keperluan sehingga RM200 untuk tahun 2023 di pasar raya terpilih. \nTujuan program ini diadakan adalah untuk mengurangkan beban keluarga yang tidak dapat membuat persiapan raya. \n\n\n\n\nBaucer Jom Shopping Selangor 2023\n\nBagi tahun 2023, setiap penerima yang layak akan menerima baucer jom shopping selangor bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Untuk tujuan tersebut, Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima\nSyarat Kelayakan\n\nMasyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali\nPendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawah\nPenerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)\nPenerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE\n\nBaca juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan\nCara Permohonan\nUntuk permohonan baucer jom shopping selangor, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jom shopping perayaan 2023 secara atas talian melalui website ;https://ssipr-daftar.selangor.gov.my\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai baucer jom shopping perayaan selangor 2023, anda boleh layari\u00a0https://www.selangorpenyayang.com/\nSoalan Lazim\nApa Itu Jom Shopping Perayaan ? Pemberian bantuan berbentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali Siapa yang layak memohon baucer Jom Shopping Perayaan 2023? i) Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavaliii)Pendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawahiii) Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)iv) Penerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pendidikan-wakaf-ahmad-dawjee-dadabhoy-2022-maiwp/", "title": "Bantuan Pendidikan Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy 2022 ~MAIWP", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy 2022 telah dibuka. Permohonan pendidikan ini dibuka kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar diploma dan pelajar ijazah. Wakaf ini di uruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)\nBorang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang Pusat Wakaf MAIWP atau imbas pada kod QR poster dibawah. Tarikh tutup permohonan pada 4 Julai 2022.\nBantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy\n\nAhmad Dawjee lahir pada 1907 di Gujerat, India. Beliau menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul kekayaan hartanah dan saham\nAllahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 24 januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama\nTarikh Permohonan\nPermohonan bantuan pendidikan ini boleh dibuat mulai 27 Jun \u2013 4 Julai 2022.\nSyarat Permohonan\nWarganegara malaysiaBermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di wilayah persekutuanPendapatan bulanan isi keluarga tidak melebihi rm4850Tidak menerima bantuan pendidikan dari mana-mana pihak agensiKeutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/insitutsi pendidikan i wilayah persekutuan\nJumlah Bantuan\nBerikut jumlah bantuan yang akan diterima mengikut tahap pendidikan ;\n\n\n\n\nSekolah Rendah RM300Sekolah Menegah RM400Diploma RM800Ijazah RM1000\nBaca juga : UNITEN : Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas 2021/2022 Di Buka\nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang pusat Wakaf MAIWP https://wakafwilayah.org/ atau imbas kod qr yang disediakanBorang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah di hantar ke alamat berikut ;\nPusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd\nAras 26, Menara Imarah Wakaf (Menara Bank Islam) No.22, \nJalan Perak,50450 Kula Lumpur\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan pemohon / Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 12 tahun ke bawahSalinan Kad Pengenalan bapa / penjagaSalinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjagaSalinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso bapa/ penjagaSalinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso ibu / pasangan penjagaSalinan bil utiliti/ cukai pintu yang terkiniSalinan kad pelajar pemohon (bagi pelajar Institusi Pendidikan)Salinan penyata akaun bank pelajar yang masih aktif / muka depan buku Bank tanpa kad/akaunbersama (bagi pelajar sekolah rendah) / buku akaun persendirian (bagi pelajar sekolah menengah)Sila tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan sekiranya salinan dokumen telah dikemukakanBorang pengesahan maklumat individu bagi bayaran melalui pindahan secara eletronik (EFT)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, anda boleh hubungi MAIWP ditalian berikut : 03-2181 2846 (pejabat), 011-6329 0277 (whatsapp).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/logo-tema-hari-kebangsaan-malaysia-2022/", "title": "Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nApakah tema dan logo hari kebangsaan Malaysia 2022 ? Seperti tahun-tahun yang sudah, pada tahun ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama\u2019 telah dipilih untuk menjadi tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.\nTema ini di pilih kerana ianya selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini.\nMaksud Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022\n\nSelain mengingati hari bersejarah kemerdekaan negara kita Malaysia, sudah menjadi kebiasan menjelang hari kebangsaan dan hari Malaysia, kerajaan akan mengeluarkan logo dan tema baru yang menjadi simbolik kepada hasrat kerajaan pada tahun tersebut yang ingin di angkat untuk menjadi aspirasi seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdiri bersama kerajaan Malaysia mendukung aspirasi terebut\nTema & Rasional Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022\nPemilihan adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia\nKeluarga Malasyia\u00a0\nMerujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran\u00a0\nTeguh\nbermaksud kukuh, kuat dan erat\nBersama\nmembawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan\nManakala frasa\u00a0TEGUH BERSAMA\u00a0\nmendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan\nMaksud Logo \nLogo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet\nMelambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.\nTiga Jalur Biru, Merah Dan Kuning\n\n\n\n\nMerupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.\nTitik Merah\nMelambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.\nKedudukan Yang Berselang-Seli\nMelambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.\nMuat Turun Kit Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022\nDi sini disertakan kit logo dan manual yang anda boleh download untuk tujuan promosi dan kegunaan acara rasmi\nPerincian-Logo-HKHM-2022-1Download\n\nSumber : http://merdeka360.my/\nBoleh muat turun di sini:\n\nJenis FormatMuat Turun.JPGMuat Turun.TIFFMuat Turun.AIMuat Turun\nMaklumat Lanjut\nLogo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 di keluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, sebarang pertanyaan anda boleh hubungi ;\nBahagian Media dan Komunikasi KorporatJabatan Penerangan Malaysia\nAras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.\nTelefon : 03-8911 7381\nFax : 03-8911 7544 / 7525\nEmail :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/belanjawan-pahang-2022/", "title": "Belanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi", "body": ["\n\n", "\nBelanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi ~ Sukacita dimaklumkan, terdapat beberapa pakej bantuan yang diperuntukkan dibawah Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2022.\u00a0\nAntaranya ialah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid); saguhati RM200 untuk bayi yang lahir di Pahang. Dan, Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student).\u00a0\nProgram Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid)\nKerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) ini.\nMelalui program ini, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati sebanyak RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang bermula tahun depan (2022).\nPemberian RM200 untuk setiap kelahiran itu adalah untuk simpanan dan barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.\nInisiatif ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.\n\nKad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student)\nDi samping itu, inisiatif lain yang turut mendapat perhatian dalam pembentangan tersebut ialah, pemberian kad pelajar dengan tambah nilai RM100 yang dikreditkan ke kad tersebut bagi membeli barang keperluan sekolah.\n\n\n\n\nPihak kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries menawarkan kad pelajar yang bernilai RM100 dan diskaun 20% bagi barang keperluan sekolah. Hal ini adalah merupakan tanda keprihatinan pihak kerajaan negeri dengan kesusahan ibu bapa pada usim pandemik ini dalam membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu kelak.\u00a0\nKad ini dijangka akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang dengan peruntukkan sebanyak RM4.87 juta.\n\nSyarat Kelayakan\nSetiap pemohon mestilah terdiri daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.\u00a0\nKad ini akan diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Laman web rasmi Kerajaan Pahang di pautan berikut:\u00a0 https://www.pahang.gov.my/\nAtau, hubungi talian:\u00a0 09-512 6600, dan rujuk Facebook: Kerajaan Negeri Pahang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kemasukan-ke-universiti-awam/", "title": "Cara Memohon Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (RM1,000)", "body": ["\n\n", "\nCara Memohon Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (RM1,000) ~ Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu para pelajar yang berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan untuk meringankan beban mereka meneruskan pengajian.\u00a0\nBantuan Kemasukan Ke Universiti Awam\nBantuan Kemasukan Ke Universiti Awam ini adalah merupakan inisiatif Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Bantuan ini berupa insentif berjumlah RM1000 yang ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains khusus untuk anak-anak veteran ATM.\n\nSyarat Kelayakan Pemohon\u00a0\nSila baca syarat-syarat yang ditetapkan sebelum anda membuat permohonan agar permohonan anda tidak ditolak. Syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan adalah sperti berikut;\u00a0\u00a0\nSyarat Umum\nVeteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.Veteran ATM bermastautin di kediaman tersebut.Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian\nSyarat Khusus\nDihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.(Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)\nRujuk (klik untuk memuat turun*):\u00a0 Syarat- syarat Kelayakan Bantuan IPTS.pdf\n\n\n\n\nCara Membuat Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam\nUntuk memohon, sila muat turun borang permohonan di laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di pautan berikut: https://www.jhev.gov.my/utama\nAtau, klik:\u00a0https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang?download=2:borang-skim-bantuan-kebajikan-jhev-bk-2019\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my\u00a0\nUntuk melihat senarai IPTS terpilih, sila rujuk:\u00a0SENARAI_IPTS_TERPILIH_27112020.pdf\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perjanjian-sewa-kedai/", "title": "Contoh Perjanjian Sewa Kedai Yang Mudah & Lengkap", "body": ["\n\n", "\nSeperti rumah, perjanjian sewa kedai juga perlu dibuat oleh pemilik premis kedai yang berhasrat untuk menyewakan premis mereka kepada orang lain. \nPerjanjian penyewaan ini perlu dibuat bagi mengelakkan wujud sebarang masalah antara pemilik premis dan juga penyewa di kemudian hari.\nSelain itu, perjanjian ini dibuat bagi melindungi hak-hak yang terkandung serta tanggungjawab di dalam perjanjian antara pemilik premis dan penyewa.\nJika wujud sebarang pertikaian mengenai penyewaan, kedua-dua pihak perlulah kembali merujuk kepada perjanjiaan yang ditandatangani sebelum ini. \nJusteru, adalah penting penyewaan sesebuah premis kedai untuk memiliki perjanjian yang memperincikan segala butiran yang dipersetujui.\nMaksud Perjanjian Sewa Kedai\nPerjanjian sewa kedai adalah suatu kontrak yang dilakukan antara pemilik premis dan penyewa yang merangkumi peraturan, syarat, atau tanggugungjawab bersama yang perlu dipatuhi.\nSekali imbas, perjanjian sewa kedai dan sewa rumah adalah hampir sama namun sedikit perbezaan yang mungkin dapat dilihat adalah tempoh sewaan premis kedai mungkin lebih panjang iaitu minimum 2 tahun berbanding sewaan rumah iaitu 1 tahun.\nNamun, ia masih tertakluk kepada perbincangan yang dilakukan oleh pemilik premis dan juga penyewa untuk memuktamadkan tempoh sewaan dan juga jumlah sewaan yang ditetapkan. \n\n\n\n\nFormat Perjanjian\nButiran wajib yang perlu ada di dalam sesebuah penjanjian sewa kedai yang akan ditandatangani berikut:\nNama pemilik premis dan penyewaAlamat premis untuk disewaTarikh perjanjian ditandatanganiJumlah sewaan premis yang dipersetujuiTanggungjawab penyewaTanggungjawab pemilik premisPersetujuan pemilik premis dan penyewaTandatangan pemilik premis penyewa, dan saksi\nSama seperti perjanjian sewa kedai, pemilik premis perlu memastikan duti setem diletakkan di dalam perjanjian tersebut bagi memastikan perjanjian tersebut rumah adalah sah.\nContoh Perjanjian\nDua contoh perjanjian yang boleh dijadikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di bawah:\ni) Contoh perjanjian 1 (Bahasa Melayu)\n\n\n\n\n\nii) Contoh Perjanjian 2 (Bahasa Inggeris)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBacaan Lanjut\nUntuk membaca dengan lebih lanjut mengenai penyewaan premis termasuk rumah dan kedai, sila layari pautan berikut iaitu https://www.propertyguru.com.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-e-filling/", "title": "Cara Daftar e-Filing 2023 \u2013Borang Nyata Cukai LHDN", "body": ["\n\n", "\nBerikut panduan cara daftar e-Filing 2023 untuk pengisian dan menghantar borang nyata cukai pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.\nUntuk makluman anda, e-Filing akan bermula 1 Mac 2023 ini. Walaupun penghantaran borang secara manual masih diterima. Anda sangat digalakkan mengunakan kemudahan e-Filing iaitu cara terkini untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian melalui laman web LHDN.\nApa Itu e-Filling LHDN\n\nAplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.\nDengan cara ini sebenarnya lebih memudahkan pembayar cukai untuk membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN dan boleh di laksanakan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.\n\nBNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut :\n\u00a0\u00a0\u00a0Borang B/BT (e-B/e-BT)\u00a0\u00a0\u00a0 Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuanatau Berkepakaran \u00a0\u00a0\u00a0Borang BE (e-BE)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tiada Punca Pendapatan Perniagaan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang P (e-P)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Perkongsian\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang M/MT (e-M/e-MT)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja\u00a0\u00a0\u00a0Berpengetahuan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang E (e-E)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Oleh Majikan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang C (e-C)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Syarikat\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang C1 (e-C1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Koperasi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang R (e-R)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata Baki 108 Tersemak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang CP204 (e-CP204)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang CP204A (e-CP204A)\u00a0\u00a0\u00a0 Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9 \u00a0\u00a0\u00a0Borang TF (e-TF)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Pertubuhan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang TP (e-TP)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Harta Pusaka\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang TC (e-TC)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Unit Amanah/Amanah Harta Tanah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang TA (e-TA)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Badan Amanah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang PT (e-PT)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0e-Permohonan Pindaan BE\u00a0\u00a0\u00a0 e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh \u00a0\u00a0\u00a0Semakan Pengesahan\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut. \nSiapa Yang Perlu Tahu Cara Daftar e-Filing 2023 ?\nIndividu yang boleh dikenakan cukai, wajib untuk ambil tahu bagaimana cara daftar e-filling 2023 ini.\nIndividu-individu yang boleh dikenakan cukai adalah seperti berikut ;\n\nIndividu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)\nIndividu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun\nIndividu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)\nPekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)\nIndividu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai\nIndividu yang menjual/membeli hartanah\n\nIndividu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :\n\n\u00a0Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat\nMelaporkan Pendapatan Tahunan\nMembaayar Cukai Pendapatan\n\nCara Daftar e-Filing 2023 Mytax LHDN\n\nLANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN\nBagi yang pertama kali membuat pembayaran cukai, sebelum anda boleh mengunakan e-filing, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan nombor cukai pendapatan.\nUntuk mendapatkan nombor cukai pendapatan, anda perlu membuat pendaftaran sama ada secara online atau dengan cara manual hadir ke kaunter cawangan LHDN.\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :\ni) PENDAFTARAN ONLINE\n\nPendaftaran talian (online) boleh di buat menerusi melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax,\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\n\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :\nPendaftaran secara e-Daftar :\n\nPasport bagi bukan warganegara Malaysia\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\n\nii) PENDAFTARAN MANUAL\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :\n\n\n\n\n\nManual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.\n\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut\n\nBorang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)\nKad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\nPenyata pendapatan/slip gaji\n\nLANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL\nSetelah anda mendapatkan nombor cukai pendapatan, anda perlu mendapatkan no PIN untuk mengaktifkan akaun sitem MyTax Hasil.\nCara untuk mendapatkan nombor PIN boleh dibuat secara online menerusi pautan\u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/\u00a0atau\nHadir ke Cawangan HASiL yang berdekatan.\nDokumen perlu di sertakan untuk permohonan nombor PIN\n\nSalinan kad pengenalan /passport pemohon; dan\nBorang CP55D \u2013 Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.\n\nNombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan\nLANGKAH 3 : WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING\nSetelah anda menerima nombor PIN, sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\nPengaktifan akaun MyTax lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman \u201cSijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan\u201d dipaparkan.\nInfo tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.\nPanduan Pengguna Portal Mytax\nPANDUAN-MYTAX-2023Download\nPanduan Program Memfail Borang Nyata (BN) e-Filing Mytax LHDN 2023\nprogrammemfailbn_2023Download\nNota Peringatan\nBagi individu yang gagal mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-\n\nBN selain Borang E dan Borang P\n\nTindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU\nPengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.\n\n\nBorang E dan Borang P\n\nTindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai persoalan dan pertanyaan lanjut mengenai Cara Daftar e-Filing 2023 atau berkenaan cukai, anda boleh hubungi ;\n\nWebsite : https://www.hasil.gov.my/\nNo.telefon LHND HQ : 03-8911 1000\n\nAtau anda juga boleh datang ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berhampiran anda\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-tukar-tempat-mengundi/", "title": "Cara Tukar Tempat Mengundi Online / di Pejabat Pos", "body": ["\n\n", "\nCara tukar tempat mengundi online MySPR dan cara tukar tempat mengundi di pejabat pos atau melalui pejabat Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)\nSeperti yang anda sedia maklum \u00a0pilihan raya umum dewan undangan negeri ke-15 (PRN 2023) yang melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan akan dijalankan pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).\nPilihan raya ini berlaku disebabkan, negeri-negeri yang terlibat telah mencapai tempoh 5 tahun tempoh pemerintahan, yang mana telah termaktud dalam undang-undang perlembangaan tempoh pemerintahan dalam satu-satu penggal kerajaan dihadkan kepada tempoh maksimum 5 tahun dan pilihan raya seterusnya perlu dibuat bagi membentuk kerajaan yang baharu.\nProsedur Cara Tukar Tempat Mengundi\n\nBagi mana-mana rakyat Malaysia yang layak mengundi, pertukaran tempat mengundi boleh di buat disebabkan berpindah alamat tempat bermastautin.\n\nSebelum merujuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi, pengundi/pemilih berdaftar terlebih dahulu perlu menukarkan alamat yang terdapat di dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).\nKemudian, bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. \nUrusan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat secara online, di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.\nProsedur perubahan alamat adalah sama seperti pendaftaran baharu. Pemilih perlu menunggu sehingga di wartakan untuk bertukar tempat mengundi\nCara Mohon Pertukaran Alamat di Kad Pengenalan MyKad \n\nPertukaran alamat kad pengenalan /MyKad hanya boleh dibuat dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\nDokumen dan prosedur pertukaran alamat kad pengenalan adalah seperti berikut ;\n\n\n\n\n\nPemohon boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran bagi tujuan memohon pertukaran alamat pada MyKad\nDokumen sokongan yang asal perlu dibawah sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan.\nDokumen sokongan juga boleh menggunakan surat perjanjian jual beli rumah / perjanjian / resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon.\nPemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\n\n*Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Tuai Rumah / Penghulu / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.\n*Nota : Pertukaran alamat pada kad pengenalan siap dalam tempoh yang sama, sekiranya semua dokumen lengkap. Digalakkan untuk berurusan di JPN UTC berdasarkan pengalaman orang ramai untuk proses yang mudah dan pantas\nCara Tukar Tempat Mengundi Online MySPR\n\nBagi pertukaran alamat mengundi secara online di MySPR, anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut ;\n\nSila layari website\u00a0https://myspr.spr.gov.my/login\nLog masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.\nSeterusnya Klik pada\u00a0Borang A\u00a0(Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.\nPilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.\nIsikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.\nMuat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.\nSemak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.\nAnda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.\nAnda akan menerima notifikasi\u00a0\u201cBorang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia\u201d\u00a0melalui e-mel.\n\nBerikut adalah contoh paparan notifikasi yang akan diterima melalui e-mel yang didaftarkan.\nCara Tukar Tempat Mengundi di Pejabat POS\n\nBagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi di pejabat POS, anda hanya perlu pergi ke pejabat POS berhampiran anda dan bawa kad pengenalan.\nMaklumkan pegawai yang bertugas dan tunjukan kad pengenalan anda untuk tujuan kemaskini di dalam sistem SPR.\n*Nota : Bagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi, hanya boleh di buat di kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertukaran alamat tempat mengundi dan lain-lain yang berkaitan, anda boleh hubungi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui ;\nMenara SPRNo.2, Jalan P2T, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 PUTRAJAYA\n\nTel :\u00a0+603 8892 7200\u00a0\nFaks :\u00a0+603 8892 7001\u00a0\nEmail :\u00a0[email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.spr.gov.my/\n\nAduan : https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-insentif-pelancongan-johor-2022/", "title": "Bantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 | Syarat-Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 | Syarat-Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan bantuan insentif pelancongan johor 2022, kini telah dibuka.\u00a0\nBantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 (\u201cOne-Off\u201d )\nBantuan Insentif Pelancongan Johor 2022 ini dibuka kepada beberapa kategori. Sila semak syarat kelayakan mengikut kategori seperti di bawah.\u00a0\nPemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.\u00a0\nSyarat-syarat permohonan:\nPemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Warganegara Malaysia yang menetap di Johor.Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nPengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor.\nSyarat-syarat Permohonan:\nPengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBT.Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen.Pemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021.Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nSyarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.\nSyarat-Syarat Permohonan:\nSyarikat Agensi Pelancongan mestilah berdaftar dengan Pejabat Motac Johor dan dilesenkan oleh PBT.Pemohon mestilah agensi yang beroperasi di negeri JohorPermohonan mestilah lengkap sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan berdaftar.Pemohon perlu mengemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021Pemohon mestilah mengemukakn 5 pakej pelancongan Johor di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakn sijil penyertaan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nPengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.\nSyarat-Syarat Kelayakan:\n\n\n\n\nPengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay negeri Johor.Pemohon mestilah berdaftar dengan Ahli Persatuan yang diiktiraf di negeri Johor. Pemohon mestilah pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Pemohon mestilah mengemukakn laporan jumlah penginapan di homestay sepanjang tahun 2021.Pemohon mestilah mengemukakn 5 pakej pelancongan Johor di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang telah dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nCara Permohonan\nSemua permohonan hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi semua syarat-syarat permohonan. Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana di tetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.\nBorang permohonan boleh di muat turun menerusi pautan sebagaimana berikut :\nhttps://drive.google.com/drive/folders/ BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022 dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan di layan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian: 07-2249960.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-nadhir-nasar/", "title": "Biodata Nadhir Nasar : Pelakon Projek High Council", "body": ["\n\n", "\nNadhir Nasar yang terkenal sebagai watak Naim dalam drama Projek High Council semakin popular dan menjadi topik perbualan warganet saban hari. \nMeskipun masih baru dalam industri, namun ramai yang memuji bakat serta karisma pemuda ini dalam drama bersiri Astro Originals itu.\nDisebabkan penangan drama itu jugalah jumlah pengikut beliau di laman Instagram mencecah lebih daripada 400,000 berbanding hanya lebih kurang 5,000 pengikut sebelum ini!\n\nNama beliau juga kini menjadi bualan warganet apabila terpilih sebagai duta bagi jenama Baju Melayu terkenal, Bulan Bintang.\nAntara pelakon terkenal lain yang turut dipilih untuk memperagakan jenama ini adalah Mierul Aiman, Daiyan Trisha, Beto Kusyairy dan Syukri Yahya.\n\nPasti ramai yang ingin kenali siapa sebenarnya Nadhir Nasar dan bagaimana beliau boleh menceburkan diri dalam bidang lakonan.\nTanpa melengahkan masa, jom kita semak serba sedikit latar belakang serta biodata Nadhir Nasar.\n\nBaca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)\nBiodata Nadhir Nasar, Pelakon Projek : High Council\nNama Penuh : Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar\nNama Komersial : Nadhir Nasar\nTarikh Lahir : 17 Disember 1996\nUmur : 27 (2023)\nTempat Lahir : California Selatan, Amerika Syarikat\n\n\n\n\nAsal : Petaling Jaya, Selangor\nKelulusan : Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM)\nInstagram : @nadhirnasar_\n\nPerjalanan Karier Nadhir Nasar\nSebelum menyertai Hero Remaja pada tahun 2020, beliau berpengalaman terlebih dahulu sebagai model.\nPada tahun 2019, beliau juga sempat membuat penampilan sebagai cameo dalam drama Cerita Hantu Asrama.\nSejak dinobatkan sebagai juara Hero Remaja pada tahun tersebut, peluang lakonan datang mencurah-curah kepada jejaka yang berasal daripada Petaling Jaya ini.\nAntara pelakon lain yang juga merupakan lepasan Hero Remaja 2020 seperti Nadhir adalah Aniq Suhair, Merqeen, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin, Jabir Meftah dan Azim Yusof.\n\nSebelum nama beliau melonjak dek kerana populariti drama Projek High Council, Nadhir juga pernah membintangi beberapa drama seperti Projek : Anchor SPM, i-Tanggang, Nusyuz Berkiblat Cinta, Ash & Aish, Tercipta Satu Ikatan dan telefilem Kebal Janji Syaitan dan Abah.\nBeliau cukup menggemari lakonan Beto Kusyairy dan Bront Palarae sebagai menjadikan dua aktor tersebut sebagai inspirasi dalam bidang lakonan.\nSelain berlakon, Nadhir juga sangat meminati bidang pengarah filem. Pada tahun 2022, beliau melakukan percubaan pertama sebagai pengarah dalam filem pendek bertajuk Villa Rosli. \nFilem ini berjaya dicalonkan sebagai antara 10 karya terbaik dalam acara BMW Shorties 2022.\nMelihatkan gaya lakonannya yang mantap, ramai yang menantikan kemunculan Nadhir Nasar di kaca televisyen lagi. Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai pelakon muda berbakat besar ini, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-nadma-kuarantin-covid/", "title": "Bantuan NADMA : Permohonan Kuarantin Covid RM100 \u2013 RM1400", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan NADMA Kuarantin Covid. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyediakan bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19.\nSemua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya bagi data kuarantin/ wad/ kematian sebelum diluluskan.\nPemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.\nMenerusi laman rasmi NADMA, bantuan ini hanya layak untuk dimohon bagi pesakut yang dikuarantin atau dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja. Individu yang dirawat atau kuarantin bermula pada 1 April 2022 tidak layak untuk memohon. \nBantuan NADMA Kuarantin Covid\nBantuan Khas Kuarantin NADMA akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:\n\nRM100 sehari.\nBantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum).\nIndividu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;\n\nMenerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).\nMenjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).\nHanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada\u00a031 Mac 2022\u00a0sahaja layak memohon.\nKuarantin/rawatan yang bermula pada\u00a01 April 2022\u00a0adalah tidak layak.\nTarikh akhir permohonan\u00a0 perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada\u00a0\u00a030 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.\n\nPemohon Yang Tidak Layak:\n\nBukan Warganegara Malaysia\nTidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19\u00a0\nTidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 /\u00a0warded\u00a0kerana COVID-19\nMempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/\u00a0warded\u00a0kerana COVID-19.\n\nKadar Bantuan NADMA Covid-19\nRM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). \nBantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.\nKaedah Bayaran\nBayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan yang layak dan lengkap.\nKaedah Permohonan\n\nBaca garis panduan berikut dengan teliti :http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf\nSertakan dokumen wajib berikut :\n\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon\nSurat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19\nSalinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.\n\n3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;\n\nBorang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);\nBorang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);\n\nBagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri, sila sediakan bersama : \n\n\n\n\n\nSurat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C),\u00a0\nmuka depan penyata bank waris\nsalinan kad pengenalan waris.\n\nNOTA : \n\nMohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. \nBagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. \nBorang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. \nPermohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.\n\n4. Hantar permohonan lengkap;\n\nmelalui pos kepada;Ketua PengarahAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Jabatan Perdana MenteriAras 7, Blok D5, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)\n\n\nSecara online di:\u00a0https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/\n\nTarikh Akhir Permohonan\nHanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada\u00a031 Mac 2022\u00a0sahaja layak memohon bantuan NADMA ini. \nKuarantin/rawatan yang bermula pada\u00a01 April 2022\u00a0adalah tidak layak.\nOrang ramai boleh melayari\u00a0www.nadma.gov.my\u00a0dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini tentang tarikh tutup bantuan ini.\nCara Bayaran\nBayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.\nSemakan Kelulusan Bantuan NADMA 2023\nSemakan kelulusan bantuan, boleh disemak secara online menerusi pautan berikut ;\nhttps://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/\n\nPenafian\nNADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan\nArtikel berkaitan :\n\nPermohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mssm-2023/", "title": "MSSM 2023 : Takwim Kejohanan & Carta Keputusan", "body": ["\n\n", "\nTAKWIM MSSM 2023 KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) KALIKE-63 TAHUN 2023\nKejohanan MSSM 2023 akan berlangsung pada tarikh 15 Julai nanti. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ketika merasmikan Seminar Kejurulatihan Sukan dan Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Tahun 2023. Beliau berkata Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memeterai Kod Sukan Selamat minggu depan bagi memastikan ekosistem sukan yang selamat untuk pelajar kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 nanti.\nKPM berhasrat melahirkan insan terdidik serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bersesuaian dengan tema kejohanan MSSM 2023 iaitu Sukan Nadi ABC\nSejarah MSSM\nMajlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah\u00a0 Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.\nSelepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.\u00a0 Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran. Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.\nPada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.\nTema MSSM 2023\nSUKAN NADI ABC. Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep \u2018Anak Yang Baik Lagi Cerdik\u2019 dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.\nSukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.\nBaca juga : Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\nTarikh Kejohanan MSSM 2023\nKejohanan Majlis Sukan sekolah-sekolah Malaysia bagi musim ini akan berlangsung pada tarikh 15 Julai \u2013 20 Oktober 2023. Ianya akan berlangsung secara berfasa iaitu\nFasa 1 \u2013 15 Julai 2023\nFasa 2 \u2013 Cuti persekolahan\n\nKUMPULAN A : 24 Ogos \u2013 2 September 2023\nKUMPULAN B : 25 Ogos \u2013 3 September 2023\n\nFasa 3\u00a0 -19 \u2013 23 September 2023\nFasa 4 -15- 19 Oktober 2023\n\n\n\n\nKejohanan ini juga bakal berlangsung di 14 negeri pengelola kejohan yang dipecahkan mengikut acara sukan yang dipertandingkan.\n\nSenarai Sukan Dipertandingkan di Kejohanan MSSM 2023\nSebanyak 23 sukan olahraga dipertimbangkan bagi kejohan pada tahun ini antaranya ;\n\nAkuatik\nBadminton\nBola Baling\nBola Keranjang\nBola Tampar\nBoling Tenpin\nCatur\nGimnastik Artistik\nGimrama\nGolf\nHoki\nKriket\nMemanah\nPelayaran\nPing Pong\nRagbi\nSepak Takraw\nSkuasy\nTenis\nBola Sepak\nBola Jaring\nSofbol\nOlahraga\u00a0\nMerentas Desa\n\nJadual Takwim Kejohanan Sukan MSSM 2023\n\n\nSebanyak 24 acara sukan yang akan dipertandingkan yang akan melibatkan sebanyak 14 buah negeri lokasi.\nFASA 1\n\nTarikh kejohanan : 15 Julai 2023\nLokasi kejohanan :Kelantan\nAcara : Ragbi\n\nFASA 2 (Cuti Persekolahan)\n\nTarikh kejohanan : 24-30 Ogos 2023\nLokasi kejohanan : Kelantan\nAcara : Ragbi\n\n\nLokasi Kejohanan : Selangor\nAcara : Akuatik & Kriket\n\n\nLokasi kejohanan : pulau pinang\nAcara : Badminton &boling tenpin\n\n\nLokasi kelojanan : WP Putrajaya\nAcara : Bola baling\n\n\nLokasi kejohanan : Pahang\nAcara : Bola keranjang & Memanah\n\n\nLokasi kejohanan : Sarawak\nAcara : Ping pong\n\n\nLokasi kejohanan : Johor\nAcara : Bola sepak\n\n\nLokasi kejohanan : Melaka\nAcara : Hoki\n\n\nLokasi kejohanan : Terengganu\nAcara : Bola tampar\n\n\nLokasi kejohanan : Kedah\nAcara : Pelayaran & Sepak takraw\n\n\nLokasi kejohanan : Perak\nAcara : Skuasy\n\nFASA 3\nTarikh kejohanan : 19-23 September 2023\n\nLokasi kejohanan : Melaka\nAcara : Bola jaring\n\n\nLokasi kejohanan : Terngganu\nAcara : Catur\n\n\nLokasi kejohanan : Perlis\nAcara : Gimnastik\n\n\nLokasi kejohanan : wp kuala lumpur\nAcara : Gimrama & Golf\n\n\nLokasi kejohanan : Johor\nAcara : Tenis\n\nFASA 4 (hari pesekolahan)\n\nTarikh kejohanan : 15-19 Oktober 2023\nLokasi kejohanan : Negeri sembilan\nAcara : Olahraga\n\nCarta Keputusan Terkini\nCarta terkini keputusan boleh dilihat menerusi pautan berikut\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-63 Tahun 2023, anda boleh layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-kuarantin-anak-sakit/", "title": "Cuti Kuarantin Anak Sakit \u2013 Pekeliling Terkini Penjawat Awam", "body": ["\n\n", "\nPekeliling terkini kemudahan cuti kuarantin anak sakit penjawat awam telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.\nPenjawat awam yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin.\nSelaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.\nCuti Kuarantin Anak Sakit\n\nSekiranya mana-mana anak penjawat awam telah diberi perakuan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, penjawat awam boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan untuk menjaga anak yang sakit.\nSyarat Kelayakan Cuti Kuarantin Anak Sakit\nPegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.\nAnak adalah termasuk:\n\n(a) anak kandung;\n(b) anak tiri tanggungan;\n(c) anak angkat de facto;\n(d) anak angkat; dan \n(e) anak pelihara.\n\na) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh manamana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; \n(b) syarat anak yang dikuarantin adalah: \n(i) berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan \n(ii) tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. \n(c) pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. \n\n\n\n\nSelain itu, apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja Dari Rumah)\nKemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: \n(a) pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta; \n(b) senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan \n(c) permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan \nBaca juga : GCR 2023 Pekeliling Terkini 180 Hari Gantian Cuti Rehat\nSenarai Penyakit Berjangkit\n\n1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI)) \n2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah \n3. Campak (Measles) \n4. Chickenpox \n5. Difteria \n6. Malaria \n7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta\n\nPekeliling Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit\n\n\n\nPekeliling cuti kuarantin terkini boleh dirujuk melalui ;\n\ni.Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 ( 8 )\nii. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan).\niii. Soalan Lazim\n\nBorang Cuti Kuarantin Anak Sakit\nborang-cuti-kuarantin-anak-sakitDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan pekeliling terkini kemudahan cuti kuarantin anak sakit, anda boleh rujuk dokumen yang disertakan yang di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau anda juga boleh hubungi\n\n Website https://www.jpa.gov.my/\nTel: 03-8885 5660/ 5692/ 5689/ 5609 atau \nEmel [email\u00a0protected].\n\nceraian_se04032022Download\nBaca juga :\n\nCuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat\nAkta Cuti Parteniti 7 Hari Dilanjutkan Dari 3 Hari Sebelum Ini\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pendidikan-yayasan-pahang-universiti-tempatan/", "title": "Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan", "body": ["\n\n", "\nBagi anak-anak Negeri Pahang yang ingin memohon bantuan biasiswa, sukacita dimaklumkan Yayasan Pahang telah membuka permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021.\nUntuk makluman, Yayasan Pahang merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 29 September 1983 yang mana matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.\nOleh itu, salah satu bantuan yang ditawarkan dalam bidang pendidikan ialah Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021 yang terbahagi kepada 2 iaitu:\nBiasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)\nPermohonan untuk biasiswa pendidikan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 30 Jun 2021 iaitu pada hari Rabu.\n\nMengenai BKMB\nBKMB ialah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).\nBiasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlanganakademik dan kokurikulum.\nMatlamat jangka panjang pemberian biasiswa ini adalah untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usahamembangunkan modal insan bertaraf dunia.\nMengenai SPC YP\nSPC YP ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.\n\n\n\n\nMenerusi skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Program Asasi (IPTA) atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang.\nJumlah Penajaan\nUntuk BKMB, jumlah penajaan yang ditawarkan kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:\nElaun Sara Hidup: RM9240/tahun (perubatan), RM8400/tahunElaun Buku: RM1000/tahun (perubatan), RM600/tahunElaun Alat Perkakas: RM500Elaun Tesis: RM400Elaun Kertas Projek: RM200Elaun Komputer: RM5000 (maksima)Yuran Pengajian: Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajianTambang Kapal Terbang: Sekali setahun pergi dan balik untuk institusi pengajian di Sabah dan Sarawak\nBagi SPC YP, jumlah penajaan sepanjang pengajian adalah seperti berikut:\nElaun Sara Hidup: RM5000/tahunYuran Pengajian: Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk BKMB adalah seperti berikut:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\u2013 Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.\u2013 Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut\u2013 Calon SPM : 9 A+ ke atas\u2013 Calon STPM : 4 Prinsipal AMemohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Yayasan Pahang (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.\nUntuk SPC YP pula, syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\u2013 Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.\u2013 Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 denganmendapat keputusan A bagi semua matapelajaranyang diambil.Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.\nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen.Klik bahagian \u2018Permohonan Biasiswa\u2019 dan klik \u2018Pendaftaran Pengguna Baru.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.Klik bahagian \u2018Sah dan Daftar.\u2019Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021, sila hubungi Zakiah bt. Saleh atau Noorasziana bt. Abd Rahman di talian 09-5181800 atau email ke [email\u00a0protected] atau [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-memohon-bantuan-musim-tengkujuh/", "title": "Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600 | 2021", "body": ["\n\n", "\nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600 | 2021 ~ Sebagai salah satu inisiatif untuk membantu golongan pekebun kecil pada musim tengkujuh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM191 juta untuk diberikan kepada semua pekebun kecil yang terjejas. Pakej bantuan ini dinamakan sebagai; Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021).\u00a0\n\nBantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\nBantuan Musim Tengkujuh ini dikendalikan sepenuhnya oleh RISDA yang merupakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\u00a0\nBantuan ini akan disalurkan melalui 2 peringkat, iaitu pada bulan November 2021 dan Disember 2021.\u00a0\n\nJumlah Bantuan Yang Akan Diterima\nSetiap pekebun kecil/penoreh getah layak menerima RM300 untuk bulan November dan RM300 untuk bulan Disember. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM600 keseluruhannya.\u00a0\nSyarat Kelayakan Pemohon\nSyarat kelayakan pemohon dibahagikan kepada dua kategori:\nPekebun Kecil RisdaPenoreh Bukan Pemilik\u2013 Warganegara Malaysia\u2013 Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA\u2013 Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar\u2013 Pemilik tanah yang sah\u2013 Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah\u2013 Warganegara Malaysia\u2013 Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA\u2013 Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar\u2013 Pengesahan pemilik tanah yang sah\u2013 Seorang penerima sahaja untuk 1 lot\u2013 Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah\nPekebun Kecil Risda; Pekebun yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).\nPenoreh Bukan Pemilik; Penoreh yang menoreh getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun tersebut.\n\n\n\n\nCara Membuat Permohonan/ Mengemaskini\u00a0\nUntuk membuat permohonan, sila layari http://bmt.risda.gov.my atau, anda hanya perlu pergi ke Pejabat RISDA negeri atau mana-mana Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.\nManakala untuk membuat semakan secara atas talian (online), sila layari:\u00a0 https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/\nBagi pekebun kecil dan penoreh getah yang telah berdaftar, anda boleh mengemaskini permohonan anda bermula 15 September 2021 yang lepas dengan melayari:\u00a0 https://bmt.risda.gov.my\u00a0\nKaedah Pembayaran BMT RISDA\nBantuan akan terus diberikan ke akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/kekeliruan atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline BMT RISDA di talian: 03-4256 4022\nAtau layari laman web rasmi RISDA di pautan berikut: https://www.risda.gov.my/my/312-e-perkhidmatan / http://pekebunkecilmakmur.com.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/midjourney-ai/", "title": "Midjourney \u2013 Cara Guna & Tips Prompt Hasilkan Gambar", "body": ["\n\n", "\nTips cara guna Midjourney Ai dan idea prompt untuk hasilkan gambar yang menarik. Midjourney merupakan salah satu tekologi berasaskan Artificial intelligence\u00a0yang membolehkan gambar di hasilkan dengan menarik, mudah dan cepat hanya dengan menggunakan teks (prompt) sahaja walaupun anda tidak mempunyai kemahiran khusus dalam menghasilkan gambar menggunakan apa-apa perisian seperti photoshop adobe ilustrator dan lain-lain.\nApa Itu Midjourney\nMidjourney merupakan teknologi kecerdasan buatan yang dicipta dan dihoskan oleh makmal penyelidikan bebas yang berpangkalan di San Francisco, iaitu Midjourney, Inc. Midjourney berfungsi untuk menjana imej daripada penerangan bahasa semula jadi, yang dipanggil \u201cprompt\u201d, serupa dengan DALL-E dan Stable Diffusion OpenAI.\nIanya telah diasaskan pada 2021 oleh David Holz, sebelum ini pengasas bersama Leap Motion. Platform penjanaan imej ini mula-mula memasuki fasa beta secara terbuka kepada orang awam pada 12 Julai 2022. Walau bagaimanapun, pada 14 Mac 2022, pelayan Discord dilancarkan dengan permintaan untuk menyiarkan gambar berkualiti tinggi ke Twitter/Reddit untuk latihan sistem.\nPada masa ini, ianya masih dalam fasas pembangunan, tetapi ia telah berupaya untuk mencipta pelbagai jenis imej, termasuk landskap, potret dan seni abstrak.\nCara Guna Midjourney\nIanya boleh digunakan sama ada melalui, PC atau handphone. Sebelum anda boleh mula menggunakanya, anda perlu \u00a0;\n\nDaftar dan langgan akaun Midjourney\nDaftar akaun discord \n\n\n\nPertama sekali download apps discord sama ada di PC atau handphone anda.\n\n\nLepas register, boleh sign in.\n\n\nPergi ke website https://www.midjourney.com/\n\n\n\nKlik Join in beta dia akan keluar invitation. Bila tekan akan terus masuk ke apps discord. Discord ni apps macam forum untuk orang chat. Banyak juga function. Ni kita dah masuk dalam server Midjourney di dalam apps discord.\n\n\n\nDekat sini, anda boleh check dekat Newcomer Room, selalunya nombor akan berbeza-beza. Bergantung kepada server mana yang available. Boleh tekan room tersebut\n\n\n\nSeterusnya anda sudah boleh tekan. tulis /imagine. jangan lupa tekan butang prompt dahulu sebelum mula tulis.\n\n\nMasukan \u201cPrompt\u201d ni merupakan arahan dalam bentuk teks yang kita taip berdasarkan imaginasi atau kehendak kita mengenai gambar yang hendak di hasilkan oleh Midjourney\n\n\nPastikan anda tekan butang prompt dulu sebelum tulis. Prompt tu anda kena tulis apa gambar yang anda nak dihasilkan.\n\n\nSelepas itu anda perlu tunggu loading dalam beberapa minit. Atau anda juga boleh keluar, dan terus tunggu result dekat bahagian home. bahagian mention you.\n\n\nKredit gambar : Izaniey Aiful\n\n\n\n\n\nContoh gambar yang disahilkan mengunakan Midjourney.\n\n\n\nButang U bermaksud Upscale -Untuk besarkan gambar.\nButang V bermaksud Variation- Untuk pelbagaikan gambar tu.\nDekat butang refresh tu kalau korang tak berpuas hati dengan result dia. Dan nak dia bagi result baru\n\nBaca juga : Permohonan Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023\nTips Prompt Gambar Midjourney\nPrompt ialah arahan ringkas tentang imej yang ingin anda hasilkan. Contohnya, anda boleh menaip \u201clukisan landskap hutan pada waktu malam\u201d atau \u201cpotret wanita bermata biru dan rambut panjang.\u201d Midjourney kemudiannya akan menjana beberapa imej berdasarkan prompt anda. Anda kemudian boleh memilih imej yang anda suka atau edit mengikut kesesuaian anda.\nBerikut adalah beberapa tips prompt Midjourney ;\n\nBerikan arahan atau prompt yang khusus dan spesifik. Lebih spesifik prompt yang anda berikan, lebih baik imej yang akan dihasilkan oleh Midjourney Ai.\nGunakan kata kunci. Kata kunci ialah perkataan yang menerangkan mengenai imej yang ingin anda buat. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kata kunci \u201chutan\u201d, \u201cmalam\u201d, \u201clukisan\u201d dan \u201clandskap\u201d untuk menjana imej hutan pada waktu malam.\nGunakan kata adjektif. Kata adjektif boleh membantu menambah butiran pada prompt anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kata sifat seperti \u201cbiru,\u201d \u201cpanjang\u201d dan \u201crambut\u201d untuk menghasilkan imej wanita dengan mata biru dan rambut panjang.\nJadilah kreatif. Jangan takut untuk mencuba dengan prompt yang berbeza. Semakin kreatif anda, semakin menarik imej yang akan dihasilkan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Midjourney anda juga boleh layari https://www.midjourney.com/ atau layari Midjourney Mahir Malaysia untuk belajar panduan cara guna dan dapatkan lebih banyak tips dan prompt Midjourney untuk hasilkan gambar yang menarik\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-innovalues-2022-malaysia/", "title": "Biasiswa Innovalues 2022 Malaysia & Tawaran Kerja", "body": ["\n\n", "\nTerkini tawaran untuk mendapatkan biasiswa Innovalues 2022 Malaysia telah dibuka. Syarikat Innovalues mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 25 tahun ke bawah pelajar sepenuh masa. Sama ada yang sedang melanjutkan pelajaran dalam kursus ijazah atau yang baru menerima tawaran kemasukan ke university tempatan.\nPelajar yang mendapat tajaan ini juga, berpeluang untuk berkhidmat denagan syarikat Innovalues selepas tamat pengajian kelak.\n\nLatar Belakang Syarikat Innovalues\nINNOVALUES Precision\u00a0(Kluang)\u00a0Sdn Bhd, anak syarikat kepada INNOVALUES, sebuah syarikat di Singapura yang berkembang maju ke beberapa negara termasuk di Malaysia dengan kilang mereka di Johor. dan diasaskan dan mula beroperasi pada tahun 1997.\nPerniagaan utama syarikat ini khusus pembuatan bahagian dan komponen mesin percetakan. Selain itu jug Innovalues turut menghasilkan\u00a0komponen automotif, penggelek pencetak, peranti mekanikal dan sub-pemasangan serta perkhidmatan rawatan permukaan.\n\nSyarat Permohonan\n\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan anda di pertimbangkan. Antara syarat-syaratnya ;\nWarganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di bawah umur 25 tahun.Pengesahan pelajar kemasukan dari Universiti Tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.\u00a0Pelajar Ijazah sedia ada .Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.Pelajar yang berjaya akan\u00a0 berkhidmat \u00a0di bawah perkhidmatan wajib Innovalues \u200b\u200b3 tahun selepas tamat pengajian.\n\nTarikh Permohonan\nCalon-calon yang berminat, boleh mengemukakan permohonan bermula 1 Julai 2022 \u2013 31 Ogos 2022\n\n\n\n\nJumlah Biasiswa Innovalues 2022 Malaysia\n\nPelajar \u2013pelajar yang layak akan menerima bantuan maksimum RM32,00.00\nKursus Yang Layak dipertimbangkan\n\nSila pastikan bidang kursus yang anda ikuti adalah seperti berikut. Hanya bidang pengajian tersenarai sahaja yang akan di pertimbangkan oleh pihak Invovalues\nKejuruteraan Mekanikal atau setarafPembuatan/ Kejuruteraan Industri atau Sistem Pembuatan atau setaraKejuruteraan MekatronikKejuruteraan elektronik\n\nCara Mohon\nBagi anda yang berminat untuk mendapatkan tawaran biasiswa invovalues ini, cara-cara permohonan adalah seperti berikut ;\nBagi calon yang berminat, anda boleh mengisi borang secara online menerusi pautan \u00a0https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=SuvVBXDMkUOAubFVwIR6mhvab8aodW5JuQzEFLCta3NUMUE5R040Rk1IUVVKN0JQWERXM1NMODYwWS4uIsi dan lengkapkan borangPastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Ogos 2022. Permohonan yang lewat tidak akan diterima sama sekali\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenaiBiasiswa Innovalues 2022 Malaysia, anda boleh e-mel pertanyaan anda ke:\u00a0 [email\u00a0protected]\u00a0\u00a0 atau hubungi 07-2536 000 untuk bantuan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kadar-fidyah-2023/", "title": "Kadar Fidyah 2023 Ikut Negeri & Kalkulator Fidyah", "body": ["\n\n", "\nNilai bayaran kadar fidyah 2023 bagi setiap negeri adalah berbeza-beza. Contoh kadar fidyah negeri Selangor 2023 berbeza dengan kadar fidyah Sabah 2023.Bagi memudahkan cara pengiraan fidyah, kiraan mengunakan kalkulator fidyah mengikut negeri seperti kalkulator fidyah Johor dan negeri-negeri lain \u00a0yang disertakan seperti dibawah.\n\nPengiraan asas kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).\nManakala bayaran dalam bentuk matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. \nContoh bagi tahun 1444H (2023) nilai secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.75 bagi negeri Sabah.\nGOLONGAN WAJIB MEMBAYAR FIDYAH\n\nBaca juga : Niat Ganti Puasa Ramadhan & Puasa Sunat Serentak\nKadar Fidyah Mengikut Negeri 2023\nKadar fidyah bagi tahun semasa 2023/1444H mengikut negeri yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri masing-masing adalah seperti berikut ;\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KADAR FIDYAH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0GANDAAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PERLIS\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM5.00\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TIDAK\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KEDAH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.80\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PILIHAN ATAS\u00a0\u00a0\u00a0KEMAMPUAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PULAU PINANG\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PERAK\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.90\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELANGOR\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM2.00\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI SEMBILAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0MELAKA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.80\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0JOHOR\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PAHANG\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERENGGANU\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KELANTAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SABAH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SARAWAK\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM1.75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0YA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0WILAYAH PERSEKUTUAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM4.00\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PILIHAN ATAS\u00a0\u00a0\u00a0KEMAMPUAN\u00a0\u00a0\u00a0\nCara Kiraan Bayaran Fidyah\nSecara umumnya taksiran fidyah ialah ;\n\n\n(Jumlah hari puasa yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH\n\nContoh pengiraan ;\nRahmah tinggal di Kota Belud, Sabah belum menggantikan puasanya selama 7 hari pada Ramadan 1442H (2020) sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1443H (2021).\n\nFormula Kiraan: [Jumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar Fidyah]\nJumlah hari puasa yang ditinggalkan = 7 hari\nKadar fidyah 2022 bagi negeri Sabah = RM1.80\nKadar fidyah yang perlu dibayar Rahmah = 7hari x RM1.80 = RM12.60\n\nKONSEP GANDAAN\nKonsep gandaan disini merujuk kepada seseorang yang meninggalkan puasanya dan belum mengantikanya sehingga masuk bulan ramadhan yang seterusnya, maka kiraanya didarabkan dengan jumlah tahun yang ditingalkan.\nWalaubagimana pun kiraan ini adalah mengikut ketetapan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan mengikut kemampuan\nContoh pengiraan ;\n\n\n\n\nInsyirah tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa selama 7 hari pada Ramadan\u00a01438H (2017) dan masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Insyirah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.\n\nFormula Kiraan: [(Jumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]\nKadar fidyah 2020 bagi negeri Sabah = RM4.00\n(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00\nKadar fidyah yang perlu dibayar Insyirah = RM84.00\n\nKeterangan :\nJusteru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. \u00a0Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.\nKALKULATOR FIDYAH ORANG MENINGGAL\nBagi waris yang berniat untuk melaksanakan bayaran fidyah bagi orang yang telah meninggal dunia, sekiranya bilangan hari diketahui oleh para waris\u2026\nContoh pengiraan:\nPuan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:\n\nJumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar fidyah pada tahun tersebut.\n13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)\n\nKalkulator Kadar Fidyah Mengikut Negeri 2023\nBagi memudahkan anda untuk membuat kiraan berapa kadar fidyah yang perlu di bayar, berikut disertakan pautan kalkulator fidyah mengikut negeri ;\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KALKULATOR FIDYAH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PERLIS\u00a0\u00a0\u00a0 https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=199&lang=ms \u00a0\u00a0\u00a0KEDAH\u00a0\u00a0\u00a0 http://fidyahkedah.gov.my/kalkulator-fidyah.php\u00a0\u00a0\u00a0PULAU PINANG\u00a0\u00a0\u00a0 https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/\u00a0\u00a0\u00a0PERAK\u00a0\u00a0\u00a0 https://fidyah.maiamp.gov.my/ \u00a0\u00a0\u00a0SELANGOR\u00a0\u00a0\u00a0 https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI SEMBILAN\u00a0\u00a0\u00a0 https://mains.gov.my/v2/web/fidyah.php \u00a0\u00a0\u00a0MELAKA\u00a0\u00a0\u00a0 https://fidyah.maim.gov.my/ \u00a0\u00a0\u00a0JOHOR\u00a0\u00a0\u00a0 https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah \u00a0\u00a0\u00a0PAHANG\u00a0\u00a0\u00a0 https://zakatpahang.my/fidyah/ \u00a0\u00a0\u00a0TERENGGANU\u00a0\u00a0\u00a0 http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php \u00a0\u00a0\u00a0KELANTAN\u00a0\u00a0\u00a0 https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php \u00a0\u00a0\u00a0SABAH\u00a0\u00a0\u00a0 https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php \u00a0\u00a0\u00a0SARAWAK\u00a0\u00a0\u00a0 https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/ \u00a0\u00a0\u00a0WILAYAH PERSEKUTUAN\u00a0\u00a0\u00a0 https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah \nBAYAR FIDYAH KEPADA SIAPA?\n\nBayaran atau pengaihan fidyah ini hanya dikhususkan untuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin sahaja.\nDan lebih afdal lagi bayaran fidyah ini diberikan kepada kaum keluarga yang dalam kategori fakir dan miskin tetapi bukan di bawah tanggungan si pembayar fidyah seperti adik beradik, ibu dan bapa saudara seperti yang yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan\n\n\nWalaubagimanapun, Fidyah hendaklah dibayar kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat masing-masing. Ini kerana, di sana terdapat bahagian yang boleh dituntut untuk pengagihan sendiri.\n\n\nSoalan Lazim Berkaitan Fidyah F.A.Q\nApa Itu Fidyah? Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan. Apa hukum Fidyah? Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Cara bayar fidyah? Bayaran boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut ;i.Secara Tunai \u2013 Bayaran boleh dilakukan terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.ii.Secara Online \u2013 Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeriiii.Melalui MayBank2U \u2013 Kaedah ini boleh digunakan untuk pusat zakat atau majlis agama negeri yang aktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U. \nMaklumat lanjut berkaitan kadar bayaran fidyah 2023, dan permasalahan yang berbangkit anda juga boleh menghubungi dan merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri di tempat masing-masing\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-sarawak-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Tunku Abdul Rahman 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) kini dibuka untuk anak Sarawak bagi sesi kemasukan 2022/2023. \nAnak jati Sarawak yang berminat untuk memohon biasiswa ini, boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 29 Julai 2022\n\nBiasiswa Yayasan Sarawak\n\nYayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.\nObjektif penubuhannya mengikut Ordinan ialah:\nMemberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; danMemberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara\n\nBidang Penggajian Yang Layak\nBIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB\n(Kursus STEM; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)\nYAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN\n\n\n\n\n(Kursus BUKAN STEM SELAIN Sains, Teknologi. Kejuruteraan dan Matematik)\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat Asas\nAnak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak) ;\nSedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.\nSedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia}. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.\nljazah Pertamaljazah LanjutanUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara SAHAJAUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara dan LUAR NEGARA (10 INSTITUSI TERBAIK DUNIA SAHAJA)\nSyarat Khusus (Kelayakan Akademik)\nPemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:\n(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja).\n\n\u00a0 PERINGKAT & KRITERIA\u00a0 KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIKljazah PertamaPemohon mestilah memperolehi subjek Bahasa Melayu Kepujian (Kredit) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. \u00a0 Memperoleh CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/ Diploma / Matrikulasi / Asasi/ Foundationl A-Level dan yang setaraf dengannya;ljazah LanjutanMemperoleh\u00a0\u00a0\u00a0 pencapaian\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 akademik\u00a0\u00a0\u00a0 yang\u00a0\u00a0\u00a0 cemerlang CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ljazah Pertama atau Sarjana.Kriteria TambahanMemiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum; \u00a0 Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; \u00a0 Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti;\nCara Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak BYSTT & YBSTAR\nPermohonan adalah secara atas talian \u2019online\u2019 yang boleh dicapai di laman web http://www.yayasansarawak.or9.my\nDokumen Yang Di perlukan\nPermohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI;\nSila sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ;\nPegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa;\nSebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;\nSemua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan\u00a0 Sultan\u00a0 Tengah,\u00a0 93050 Petra Jaya, KUCHING.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian (082) 441686.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-bakat-muda-agrobank-ytp-2022/", "title": "Permohonan FY2022 Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini Agrobank mempelawa graduan berkelayakan untuk memohon Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2022. Borang permohonan, seperti di nyatakan di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022 sebelum jam 05:00pm\n\u00a0\nGraduan Malaysia yang berkelayakan, dan mempunyi minat untuk bekerja di bidang perbankan bersama Agrobank, ini adalah peluang terbaik untuk anda memohon menyertai program ini. Menerusi program ini, anda akan berpeluang menerima pelbagai manfaat menarik selain peluang diserap bekerja bersama Agrobank\nApa Itu Program Bakat Muda Agrobank (YTP)\n\nProgram YTP ini memberikan peluang kepada graduan untuk terlibat untuk menjalani latihan dan mendapat tawaran kerjaya di Agro Bank. Menerusi program ini, graduan bakal menerima pelbagai manfaat daripada Agro Bank khususnya selepas tamat program ini.\nBaca juga : Permohonan GRAD[email\u00a0protected] 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan\nFaedah dan Manfaat\n\nPeluang untuk menerokai ilmu baharu, kemahiran dan hubungan yang baik (network) dalam Sektor Perbankan.\nMendapat pengalaman bekerja di Ibu Pejabat dan Cawangan.\nBimbingan dan sokongan kerjaya.\nPakej imbuhan yang kompetitif.\nPeluang pekerjaan dengan Agrobank.\n\nSyarat Kelayakan\nGraduan yang berminat menyertai program ini,perlulah melepasi syarat-syarat seperti;\n\nGraduan lepasan Ijazah atau Sarjana dengan pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.\nWarganegara Malaysia berumur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh pengambilan.\nIjazah atau Sarjana dalam kursus berkaitan Kredit (Bidang Perakaunan/Kewangan/Perbankan/Ekonomi/Pemasaran/Perniagaan yang berkaitan diutamakan).\nMinima PNGK 3.50 dan ke atas.\nMinima Band 4 dalam\u00a0Malaysian University English Test\u00a0(MUET)\n\n\u00a0\nCara Mohon\n\u00a0\nTarikh tutup permohonan\u00a031 Mei 2022, 5:00 p.m.\n\n\n\n\nPermohonan menyertai Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2020 boleh dibuat secara atas talian dengan cara;\n\nKlik di pautan ini untuk memohon:\u00a0Borang Permohonan YTP 2022\nLengkapkan borang permohonan\nEmail dokumen sokongan ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\u00a0\nSemakan Status Program Bakat Muda Agrobank (YTP)\nUntuk makluman anda, hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Sekirnaya anda tidak menerima sebarang maklum balas selepas tempoh satu bulan, anda boleh la mengangap permohonan anda tidak berjaya.\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai program ini, anda boleh hubungi ;\nNombor telefon tempatan di 1 300 88 2476\nNombor telefon luar negara di +603 2709 0600\nWaktu operasi Pusat Perhubungan 7 pagi \u2013 9 malam\nE -mail : [email\u00a0protected]\nAlamat:\nAgrobank\nClient Relationship Management\nLeboh Pasar Besar\nPeti Surat 10815\n50726 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-b40-jpa/", "title": "Dermasiswa B40 JPA (DB40) : Pengajian Peringkat Diploma", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan Program Dermasiswa B40 JPA bagi mengikuti pengajian peringkat diploma 2022 telah dibuka. Tarikh permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang hingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang. Program ini merupakan tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sesi ini khusus untuk calon lepasan SPM 2021\nApa Itu Program Dermasiswa B40 JPA (DB40)\n\nPermohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.\nObjektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar- pelajar SPM 2021 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).\nSyarat Permohonan\nCalon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:\nSyarat-Syarat Umum\nWarganegara Malaysia;Mempunyai kesihatan yang baik;Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; danPendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.\nSyarat Khusus\nBagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; danTelah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.\nBagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; danTelah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.\nBidang Pengajian Yang Tidak Ditaja\nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).\n\n\n\n\nCara Memohon Dermasiswa B40 JPA\nPermohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.myPermohonan hanya di buka selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.\nCalon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.\nSemakan Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 JPA\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022.Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\n\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan mengenai program Dermasiswa B40 JPA (DB40) dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.\nCalon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email\u00a0protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-kebangsaan-malaysia-2023/", "title": "Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 Logo Dan Tema", "body": ["\n\n", "\nPelancaran logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan Hari Malaysia 2023 telah diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah oleh Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil.\n\u201cMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\u201d dipilih sebagai tema HKHM 2023 dan logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023.\nPemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan \u2018tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara\u2019 serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.\nHarapan saya agar semua rakyat Malaysia semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta dalam program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan ini.\nTema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 (HKHM)\n\nTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023; Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.\nLogo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023\nBagi sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia 2023 akan menggunakan Logo Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :\n\nKeMampanan\nkesejAhteraan\nDaya Cipta\nHormAt\nKeyakiNan\nIhsan\n\nMaksud Logo Malaysia Madani\nMADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI:\nM : keMampananKemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.\nA : kesejAhteraanMembawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.\n\n\n\n\nD : Daya ciptaMengandungi beberapa konotasi antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu.\nA : hormAtMengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab yang berasal daripada bahasa arab.\nN : keyakiNanKeyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi.\nI : IhsanIhsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.\nRasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia Madani)\n\nMalaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.\nKerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan\n\nJalur \u2013 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia\nBulatan \u2013 Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat\nBulan Sabit \u2013 Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan\nBintang \u2013 Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan\nWARNA BIRU \u2013 Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan\nWARNA MERAH \u2013 Keberanian, jatidiri dan keazaman\nWARNA KUNING \u2013 Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan\nWARNA PUTIH \u2013 Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan, logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, anda juga boleh melayari http://merdeka360.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tabung-simpanan-pendidikan-anak-perak/", "title": "Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200", "body": ["\n\n", "\nBagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri Perak, Kerajaan Negeri Perak bersetuju memberikan sebanyak RM200 melalui inisiatif Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak. \nUntuk makluman, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Perak dan diuruskan oleh Yayasan Perak sejak 2010 bagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri tersebut.\nMenerusi tabung ini, ibu bapa bayi yang layak akan menerima wang sebanyak RM200 yang akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). \nTujuan utama tabung ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan untuk anak-anak mereka sejak mereka lahir lagi. \n\nSyarat Permohonan\nBgai syarat permohonan, ibu bapa yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\nPenerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.Ibu bapa mestilah dilahirkan di negeri Perak; atau Ibu bapa dilahirkan di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun; atauIbu bapa dilahirkan di Negeri Perak tetapi anak dilahirkan di daerah yang bersempadan dengan negeri Perak (hospital bersalin sempadan di Selangor, Kedah, dan Pulau Pinang).Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM5,000 sebulan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, sila ikuti langkah-langkah berikut: \nDapatkan borang permohonan menerusi salah satu tempat berikut:\u2013 Pejabat Yayasan Perak\u2013 Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Perak\u2013 Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN\u2013 Muat turun melalui pautan file:///C:/Users/mohdi/Desktop/Borang%20Tabung%20Simpanan%20Pendidikan%20Anak%20Perak%20dan%20SSPN%20-%2022062020.pdf.Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.Dapatkan sokongan dan perakuan yang diperlukan.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, \u00a0No. 111, Jalan Sultan Idris Shah,\u00a030000 Ipoh, Perak\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disediakan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSurat Pengesahan Bermastautin Negeri Perak-pengesahan penghulu mukim/ketua kampung (jika berkaitan).Surat Pengesahan Bermastautin Negeri Perak lebih 10 tahun-pengesahan penghulu mukim/ketua kampung (jika berkaitan).Salinan Sijil Kelahiran/MyKid.Salinan MyKad ibu dan bapa.Salinan Penyata Pendapatan (disahkan pegawai daripada kumpulan pengurusan dan professsional Gred 41/Gred 3. Borang Pembukaan Akaun SSPN.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau layari http://yayasanperak.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-mainpp-untuk-peniaga/", "title": "Bantuan Khas MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari / Pasar Malam", "body": ["\n\n", "\nBantuan Khas MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari / Pasar Malam ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan khas MAINPP untuk pengusaha pasar hari atau pasar malam Pulau Pinang kini dibuka. Bantuan zakat ini dianjurkan khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama EKUINAS.\nSumbangan bantuan ini adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) dan juga bagi merancakkan semula ekonomi tempatan.\nBaca Juga : BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan dibuka bermula 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas MAINPP\nPemohon perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon mesti memenuhi syarat umum bantuan zakatPemohon wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBTBelum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum iniTergolong dalam asnaf adalah diutamakanPerniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluargaSuami berpendapatan rendah / kematian suami / suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga.Pemohon terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak / isteri tidak sihat.\nCara Memohon\nBorang permohonan boleh didapati di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut mengenai bantuan zakat ini, sila hubungi talian terus 011- 2872 4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP). Warga Pulau Pinang juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Zakat Penang untuk perkembangan terkini. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengeluaran-kwsp-2023/", "title": "Pengeluaran KWSP 2023 Terkini Dibenarkan Kerajaan", "body": ["\n\n", "\nBagi yang tak tahu untuk pengeluaran kwsp 2023 yang terkini dibenarkan oleh kerajaan, selain daripada pengeluaran umum persaraan 50 tahun. Terdapat lagi kategori lain yang mana ahli pencarum kumpulan wang simpanan pekerja boleh membuat pengeluaran selain pengeluaran kwsp bersasar yang masih hangat diperkatakan sehingga saat ini.\nMenurut Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri kewangan berkata, kerajaan perlu membuat pilihan antara membenarkan pengeluaran khas KWSP kali kelima, atau membantu pencarum yang hampir bersara tetapi mempunyai simpanan kurang RM10,000.\nBeliau menegaskan, jika kerajaan bersetuju dengan langkah populis membenarkan pengeluaran KWSP seperti sebelum ini, golongan miskin dan menengah yang akhirnya akan menanggung kerugian.\nSenarai Pengeluaran KWSP 2023 Terkini\n\nBagi pencarum yang masih mempunyai baki wang simpanan KWSP, terdapat beberapa pengeluaran kwsp yang dibenarkan oleh kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kegunaan peribadi anda. Antara pengeluaran tersebut ialah pengeluaran kwsp khas untuk ;\n\nPengeluaran Sebahagian\n\nUmur 50\nPendidikan\nBeli Rumah\nBina Rumah\nMengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan\nAnsuran Bulanan Pinjaman Perumahan\nPerumahan Fleksibel\nPerumahan PR1MA\nHaji\nKesihatan \nPengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta\n\n\nPengeluaran Penuh\n\nUmur 55\nUmur 60\nPekerja Berpencen & Pesara Pilihan\nHilang Upaya\nMeninggalkan Negara\nKematian\n\n\n\nBaca juga \n\nPengeluaran i-CERIA KWSP RM10K\n\nPengeluaran KWSP Akaun 2 (Umur 50 Tahun)\nPencarum boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.\nSyarat Pengeluaran\n\nWarganegara dan Bukan Warganegara\nBerumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2\n\nJumlah Yang Layak Dikeluarkan\n\nKeseluruhan simpanan dalam Akaun 2\nSebahagian dari Simpanan Akaun 2\n\nCara Permohonan\nBoleh dibuat secara online menerusi i-akaun atau secara manual dengan mengisi borang permohonan\nPengeluaran KWSP Untuk Pendidikan\n\nAhli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.\nJumlah Yang Boleh Dikeluarkan\nJumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan\u00a0ATAU\u00a0Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)\nKos yang dibiayai\n\nYuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU\nJumlah baki pinjaman *Bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 2\nYuran hostel dan penginapan\nPenerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara\nBerumur 55 tahun ke bawah\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2\nMasih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)\nSedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)\n\nPengeluaran KWSP 2023 Rumah\nBagi pencarum yang berhajat untuk membuat pengeluaran kwsp sama ada untuk membeli rumah, membina rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan atau sebagai ansuran bulanan pinjaman perumahan, anda boleh rujuk syarat-syarat pengeluaran kwsp seperti berikut\nPengeluaran KWSP 2023 Untuk Beli Rumah\nSiapa yang boleh memohon\n\nWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara\nUmur bawah 55\nMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2\nMembeli rumah kediaman*\nPinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri\nTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan\n\nNota :\n*Rumah kediaman \u2013 jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.\nKategori\n\nPengeluaran individu\nPengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga\n\nJumlah yang anda boleh keluaran\nPINJAMAN PERUMAHAN\n\nPengeluaran individu \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)\nPengeluaran bersama \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)\n\nPINJAMAN INDIVIDU/TUNAI\n\nPengeluaran individu \u2013 Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)\nPengeluaran bersama \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)\n\nDokumen Yang Diperlukan\n\nBorang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen\nBorang KWSP 3 (Pindaan) \u2013 untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal\nSalinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)\nSurat Perjanjian Jual Beli \u2013 tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan\nBuku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)\n\nDokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua\nPinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.\nDOKUMEN TAMBAHAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH PERTAMA\nBukti pembelian\n\nSurat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)\n\nBukti pembiayaan\n\nSurat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU\nSurat Kelulusan Pinjaman Perumahan*DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/\u2019Deed Of Assignment\u2019/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman\n\n*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun\nBukti Pertalian\n\nSijil Perkahwinan ATAU\nSijil Kelahiran\n\nWajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik\nDOKUMEN TAMBAHAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH KEDUA\nSekiranya pembiayaan melalui pinjaman dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut ;\nBukti pembelian\nSurat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)\nBukti pembiayaan\n\nSurat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU\nSurat Kelulusan Pinjaman Perumahan*DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/\u2019Deed Of Assignment\u2019/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman\n\n*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun\nBukti Pertalian\n\nSijil Perkahwinan ATAU\nSijil Kelahiran\n\nWajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik\nBukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama\n\nBorang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;ATAUNota:\u00a0Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan\u00a0mana-mana dokumen bukti pertalian.\nSurat Ikatan Serahak (\u2018Deed Of Assignment\u2019);\u00a0DAN\u00a0Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (\u2018Notice of Assignment\u2019) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007)\u00a0ATAU\nSurat Ikatan Serahak (\u2018Deed Of Assignment\u2019) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan\u00a0ATAU\nSuratan Hakmilik atas nama pemilik baru\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru\u00a0ATAU\nBorang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (\u2018Real Property Gain Tax\u2019)\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru\u00a0ATAU\nPerakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F)\u00a0ATAU\nPengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta\u00a0ATAU\nPenyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian)\u00a0ATAU\nCarian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru\u00a0ATAU\nSurat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam\u00a0ATAU\nSurat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit\u00a0ATAU\nSurat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (\u2018Deed Of Revocation\u2019 atau \u2018Deed of Rescission\u2019)\u00a0ATAU\u00a0Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/peguam\u00a0ATAU\nCukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru\u00a0ATAU\nSurat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa;\u00a0DAN\u00a0Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).\n\nSekiranya melalui pembiayaan sendiri\nBukti Pembelian\n\nSurat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)\n\nBukti Pembelian Tunai\n\nSurat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai Yang Mengandungi Maklumat Butiran Harta.\n\nBukti Pembayaran\n\nBukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah\n\nBukti Pembinaan\n\nSijil Arkitek/Surat Permintaan Bayaran Yang Menunjukkan Peringkat Pembinaan Tidak Kurang Daripada 20%ATAU\nSijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness \u2013 CF/Certificate of Occupation \u2013 CO)\n\nBukti Pertalian\n\nSijil Perkahwinan ATAU\nSijil KelahiranWajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik\n\nBukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama\n\nBorang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;ATAUNota:\u00a0Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan\u00a0mana-mana dokumen bukti pertalian.\nSurat Ikatan Serahak (\u2018Deed Of Assignment\u2019);\u00a0DAN\u00a0Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (\u2018Notice of Assignment\u2019) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007);\u00a0ATAU\nSurat Ikatan Serahak (\u2018Deed Of Assignment\u2019) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan;\u00a0ATAU\nSuratan Hakmilik atas nama pemilik baru\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru;\u00a0ATAU\nBorang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (\u2018Real Property Gain Tax\u2019)\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru;\u00a0ATAU\nPerakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F);\u00a0ATAU\nPengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta;\u00a0ATAU\nPenyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian);\u00a0ATAU\nCarian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah\u00a0DAN\u00a0Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru;\u00a0ATAU\nSurat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam;\u00a0ATAU\nSurat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit;\u00a0ATAU\nSurat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (\u2018Deed Of Revocation\u2019 atau \u2018Deed of Rescission\u2019);\u00a0ATAU\u00a0Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam;\u00a0ATAU\nCukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru;\u00a0ATAU\nSurat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa;\u00a0DAN\u00a0Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).\n\nPenting\nPastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa. (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)\nCara Permohonan\n\nIsi borang permohonan dan sediakan semua dokumen yang diperlukan\nHantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.\n\nMaklumat lanjut anda boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#newdevelopment\nPengeluaran KWSP 2023 Untuk Bina Rumah\nBagi membantu ahli membina rumah impian mereka, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.\nSyarat & Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara\nUmur bawah 55\nMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2\nAhli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut*\nPinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri\nTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan\nSurat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima\n\n*Kos membeli tanah boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Bina Rumah**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjata Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.\n\nKategori\n\nPengeluaran individu\nPengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga\n\nJumlah yang anda boleh keluaran\n\n\n\n\nPINJAMAN PERUMAHAN\n\nPengeluaran individu \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)\nPengeluaran bersama \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)\n\nPINJAMAN INDIVIDU/TUNAI\n\nPengeluaran individu \u2013 Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)\nPengeluaran bersama \u2013 Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)\n\nDokumen Yang Diperlukan\n\nBorang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen\nBorang KWSP 3 (Pindaan) \u2013 untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal\nSalinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)\nBuku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)\nPerjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)\n\nDokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua\nPinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.\nDOKUMEN TAMBAHAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH PERTAMA\nUntuk senarai dokumen tambahan anda boleh rujuk di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/build-a-house\nCara Permohonan\n\nIsi borang permohonan dan sediakan semua dokumen yang diperlukan\nHantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.\n\nPengeluaran KWSP 2023 Untuk Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan\n\nSyarat & Kelayakan Untuk Pinjaman Sendiri\n\nWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara\nUmur bawah 55\nMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2\nTelah membeli/membina rumah kediaman*\nAhli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut (Pengeluaran Individu sahaja)\nRumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran\nAhli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan\nPermohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya\nPinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan**\n\nNota :\n*Rumah kediaman \u2013 jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.\nTambahan Kelayakan (Untuk Membantu Pinjaman Pasangan )\nPengeluaran bagi tujuan membantu pinjaman pasangan, selain syarat di atas, syarat tambahan adalah seperti berikut ;\n\nPasangan mestilah membeli/membina rumah dan mengambil pinjaman\nAhli boleh merupakan peminjam atau bukan peminjam bagi pembelian rumah tersebut\nRumah tersebut telah digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan\nRumah tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pasangan atau milik bersama suami / isteri\nAhli perlu kemukakan bukti pertalian suami/isteri iaitu Surat Nikah/Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak\nAhli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman untuk mana-mana rumah sedia ada untuk diri sendiri atau pasangan (suam/isteri/isteri-isteri), tertakluk kepada pengeluaran sekali setahun\n\nKategori\n\nPengeluaran individu\nPengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga\n\nJumlah yang anda boleh keluaran\n\nPengeluaran individu \u2013 Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun 2(mana yang terendah dan tidak kurang RM500)\nPengeluaran bersama \u2013 Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun 2 pemohon (mana yang terendah dan tidak kurang RM500)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nUntuk pinjaman sendiri / Membantu Pasangan\nSekiranya pengeluaran mengunakan Mykad\n\nMyKad\nPenyata Baki Pinjaman Perumahan\u00a0\u2013 mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)\nMaklumat pembiayaan semula (refinance)*\nSurat Perjanjian Jual Beli ATAU Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak) \u2013 sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap\nSijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran \u2013 untuk pengeluaran membantu pasangan\nBukti penjualan/pelupusan rumah pertama (jika ada) Lihat butiran\nBorang KWSP 3 (Pindaan) \u2013 untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal\n\nSekiranya tanpa Mykad\n\nBorang KWSP 9C (AHL) (D8) dan Senarai Semak Dokumen\nSalinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)\nMaklumat pembiayaan semula (refinance)*\nPenyata Baki Pinjaman Perumahan \u2013 mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)\nSurat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) \u2013 sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap\nPenyata Baki Pinjaman Perumahan \u2013 mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)\nSurat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) \u2013 sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap\n\n*Sekiranya pembiayaan semula perumahan (\u2018re-finance\u2019) melebihi sekali, ahli dikehendaki mengemukakan kesemua Surat Kelulusan Pinjaman\nDokumen tambahan untuk pengeluaran membantu pasangan\n\nRumah dimiliki sepenuhnya oleh pasangan/berkongsi hak dengan ahli dan pasangan\nRumah dimiliki sepenuhnya oleh pasangan/berkongsi hak dengan ahli dan pasangan\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu\n\nJika ahli tidak pernah membuat pengeluaran untuk membeli atau membuat rumah, ahli boleh membuat apa-apa jenis pengeluaran perumahan.\nJika ahli pernah membuat apa-pengeluaran perumahan untuk membeli atau membina rumah, ahli hanya boleh membuat pengeluaran untuk rumah yang sama ataupun untuk membantu pasangan anda untuk rumah yang berbeza.\nAhli tidak layak untuk memohon jika:\n\nTujuan pinjaman adalah untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi\nPinjaman berbentuk overdraft\nPinjaman diambil dari individu\nPinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan bagi pinjaman rumah ketiga\nPinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara\nBaki pinjaman asal telah selesai\n\n\nBagi kes pembiayaan semula (re-finance), baki pinjaman yang diambil kira adalah merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini, yang mana terendah. Jika melibatkan beberapa pemberi pinjaman, surat tebus hutang akan dibandingkan dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak diambil kira untuk pengeluaran\n\nPengeluaran KWSP Untuk Perumahan Fleksibel\nAnda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan\nKelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman\nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 54 tahun\nMembeli/Membina rumah kediaman\nAda pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP\n\nPengeluaran PRiMA\nAhli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah\u00a0PR1MA\u00a0pertama anda\nPengeluaran KWSP Untuk Haji\n\nBagi ahli pencarum beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan\nSyarat-syarat & Kelayakan:\n\nUmur bawah 55 tahun\nDipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH\nTidak pernah memohon pengeluaran haji\nSimpanan di LTH tidak mencukupi\n\nKesihatan\nKWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan. Antaranya ;\n\nDiri sendiri\nIbubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)\nPasangan anda\nAdik-beradik anda (kandung)\nAnak-anak (kandung, angkat, tiri)\n\nSyarat-syarat:\n\nBerumur 55 tahun ke bawah\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2\nKos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan\nPenyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP\nTidak mendapat rawatan alternatif\n\nPengeluaran KWP Untuk Hilang Upaya\nAhli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya disahkan oleh doktor yang merawat puan dan/atau pegawai perubatan di Lembaga Perubatan / Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa puan tidak berupaya dari segi fizikal atau\u00a0mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability) setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).\nUntuk maklumat berkaitan anda boleh semak panduan cara pengeluaran kwsp hilang upaya & bantuan RM5000\nPengeluaran KWSP disebabkan Meningalkan Negara\nAhli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP\nPengeluaran KWSP disebabkan Meninggal Dunia\nSekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.\nOleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.\nAhli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.\n\nPengeluaran Khas Kwsp 2023 (Simpanan Ahli Melebihi 1 Juta)\nBagi pencarum yang mempunyai baki simpanan melebihi 1 juta, KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara dan Bukan Warganegara\nUmur bawah 55 tahun\nMempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP\n\nJumlah Yang Boleh Dikeluarkan\n\nApa-apa amaun\u00a0lebihan bagi simpanan 1 juta\n\nCara Pengeluaran\nUntuk maklumat pengeluaran anda boleh terus layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/more-than-rm1mill-savings\nPekerja Berpencen / Persaraan Pilihan\nPekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.\nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 55 tahun\nPekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP\nDiberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)\n\n*Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri\u00a0atau badan kuasa berkanun atau tempatan\nPengeluaran KWSP Umur 60 Tahun\nPengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.\nPada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.\nAnda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.\nCara Pengeluaran\nPengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.\nAnda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui\u00a0i-Akaun KWSP.\nStatus Terkini Pengeluaran KWSP 2023 Bersasar\nBagi anda yang masi tertunggu-tunggu berita pengeluaran kwsp 2023 tentang status pengumuman pengeluaran kwsp 2023 bersasar atau pengeluaran kwsp 10k terkini, menerusi kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara\nBeliau turut menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.\nAntara alternative lain \u00a0yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, ialah Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.\nInisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.\nBagi tujuan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan\nTerkini kerajaan juga dalam rangka mencadangkan agar membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman\nSemak Pengeluaran KWSP 2023\nAnda juga boleh menyemak apakah kategori-kategori pengeluaran kwsp 2023 terkini, yang dibenarkan kerajaan dan boleh di pohon oleh pencarum melalui laman web rasmi kumpulan wang simpanan pekerja pada pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals\n \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/peta-minda/", "title": "Tips & Cara Belajar Membuat Peta Minda Yang Menarik", "body": ["\n\n", "\nPeta minda merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sering digunakan bagi peringkat pengajian sama ada di sekolah mahupun di peringkat universiti. \nUntuk maklumat, peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan bagi membantu pelajar berfikir dan belajar menggunakan cara membuat nota menerusi gambaran visual dengan lebih efektif dan efisien.\u00a0\nTeknik yang digunakan ini sangat berguna dalam mengaitkan hubungan antara topik dan subtopik dalam sesuatu subjek atau pembelajaran. \nSelain itu, peta ini juga berperanan menghubungkan setiap topik dalam membentuk hierarki yang mudah untuk difahami dan diingati.\nKebaikan Menggunakan Peta Minda\nKebaikan pembelajaran menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut:\nMembantu pelajar untuk belajar secara visual atau pemerhatian.Memberi penekanan untuk unsur visual seperti imej, warna dan bentuk yang membantu meningkatkan fungsi kognitif dalam minda.\u00a0\nTips Membuat Peta Minda\nBeberapa tips yang boleh digunakan dalam membuat peta ini adalah seperti berikut:\n1. Gunakan warna dan gambar Yang Bersesuaian\nPelajar perlu memilih lakaran dan imej yang bersesuaian dengan topik atau subjek yang ingin ditulis. \nIni bagi memudahkan pelajar untuk anda menggambarkan visual dan topik yang dibincangkan.\nPerlu diingatkan, elakkan daripada menggunakan warna yang seakan sama kerana ia akan menyukarkan pelajar untuk mengingati topik yang dibincangkan.\n2. Gunakan kata kunci dan ayat yang ringkas.\nKata kunci dan ayat yang ringkas adalah penting bagi memastikan pelajar dapat mengingati setiap kata kunci dan ayat tersebut.\n\n\n\n\nPerlu diingatkan, elakkan daripada membuat kata kunci yang terlalu panjang dan kompleks. \n3. Rangka idea untuk pemetaan yang lebih teratur.\nRangka idea adalah penting mengelakkan pelajar membincangkan topik yang tidak berkaitan dan tidak bertindan mengenai idea yang ditulis.\nIni juga bagi memastikan peta minda ini lebih mudah untuk dilihat dan menampakan kesinambungan idea. \nCara Membuat Peta Minda\nUntuk membuat peta minda ini, pelajar boleh mengikuti cara-cara berikut:\nCari maklumat atau topik yang berkaitan.Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah yang sesuai.Tulis tajuk atau topik utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arahUntuk setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya dan input-input yang penting. Ulang setiap tajuk atau topik sehingga semua isi penting tercatat. Jangan ambil masa terlalu lama.\nContoh Peta Minda\nContoh-contoh yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:\ni) Contoh 1\n\nii) Contoh 2\n\niii) Contoh 3\n\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut, sila tontoh video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=IuQJIyBue_k.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-saman-kadar-khas-rm50/", "title": "Diskaun Saman Kadar Khas RM50 Sempena Hari Raya", "body": ["\n\n", "\nTawaran Diskaun Saman Kadar Khas RM50 Sempena Hari Raya 2023 Untuk Semua Saman Trafik PDRM \nPengumuman yang di buat oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia petang tadi adalah untuk menggalakkan penyelesaian saman trafik tertunggak PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.\nPromosi Kadar Khas Bayaran Saman boleh dibuat bermula 21 April jam 08:00 pagi sehingga 21 Mei 2023\nManakala untuk tujuan pembayaran pula boleh dibuat menerusi semua akses kemudahan pembayaran saman trafik seperti pembayaran secara online, melalui mesin atm atau kaunter bayaran trafik seluruh Malaysia (hari bekerja)\nTempoh Bayaran Diskaun Saman Kadar Khas RM50\n\nBagi mereka yang mempunyai saman kesalahan trafik bagi tahun 2022 dan sebelumnya, tempoh tawaran ini berkuatkuasa selama sebulan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2023\nCara Bayaran Saman Trafik PDRM Diskaun Kadar Khas RM50\n\nPihak Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), memaklumkan akan bersedia pembayaran saman untuk tempoh diskaun ini boleh di buat dengan pelbagai alternatif kaedah pembayaran yang telah disediakan.\nJesteru itu, bagi memudahakan pembayaran, orang ramai boleh membuat pembayaran diskaun saman trafik menerusi saluran berikut :\n\ni) Aplikasi Mybayar Saman\nii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)\niii) Mesin ATM Maybank seluruh negara\niv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia\n\nUntuk mengelakkan orang ramai daripada beratur panjang juga, orang ramai di saranakan untuk mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.\nOrang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :\ni) Portal \u2013 https://mybayar.rmp.gov.my\n\n\n\n\nii) Google playstore \u2013 https://play.google.com/store/apps/details\u2026\niii) Apple store \u2013 https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016\niv) Huawei Appstore \u2013 https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205\nBagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, di sarankan untuk tidak terlepas tawaran diskaun saman sempena hari raya adilifitri 2023 ini untuk mengambil kesempatan kemudahan pengurangan kadar bayaran saman daripada kadar diskaun khas RM50 sahaja untuk setiap kesalahan bagi menyelesaikan saman trafik tertunggak mereka. Program itu bukan sahaja membantu mengurangkan beban individu yang mempunyai saman trafik tertunggak tetapi juga membantu menjana pendapatan kepada kerajaan.\nSemoga inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini untuk menggalakkan individu menyelesaikan saman trafik tertunggak mereka. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan kepada individu tetapi juga telah menggalakkan keselamatan jalan raya yang lebih besar dengan menggalakkan individu bertanggungjawab atas kesalahan lalu lintas mereka.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan tawaran diskaun saman kadar khas rm50 ini, anda juga boleh merujuk kenyatan rasmi di media sosial Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM\nSoalan Lazim F.A.Q\nSampai bilakah tempoh promosi diskaun saman kadar khas RM50 ini? Tempoh tawaran ini berkuatkuasa selama sebulan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2023 Apakah jenis saman atau kesalahan trafik yang sah untuk diskaun saman ini? Semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50. Bolehkah bayaran saman dibuat secara online? Ya, untuk memudahkan orang ramai, bayaran juga boleh dibuat menerusii) Aplikasi Mybayar Samanii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)iii) Mesin ATM Maybank seluruh negaraiv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/emunakahat-insentif-khas-pasangan-pengantin-pahang/", "title": "Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang", "body": ["\n\n", "\nInsentif khas pasangan pengantin Pahang boleh di pohon melalui portal emunakahat Pahang. Insentif ini merupakan salah satu bantuan kerajaan Pahang untuk membantu memudahkan urusan perkhawinan pasangan pengantin yang pasangan lelakinya mempunyai pendapatan di bawah RM5000 sebulan.\n\nInsentif Khas Pasangan Pengantin Pahang\nSalah satu Projek Dan Program Khas Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2020Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail berkata, insentif ini akan diberikan kepada pengantin lelaki yang berpendapat RM5,000 ke bawah bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.Menurutnya, bagaimanapun pemberian intensif itu tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.\nEmunakahat Pahang\n\nMerupakan portal sistem maklumat perkawinan pahang yang diselia di bawah jabatan agama islam negeri pahang. Selain insentif\u00a0 khas pasangan pengantin ianya mengandungi maklumat berkaitan\nPermohonan kursus pra perkhawinan islam PahangPerkhawinanPencerianRuju\u2019Khidmat nasihat\n\nSyarat Kelayakan\nInsentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.\nHanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentifBagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.\nTidak Layak\nPoligamiNikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)Nikah tanpa kebenaranKedua pasangan bukan asal PahangPendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00\n\nDokumen di Perlukan\nPermohonan mestilah disertakan dengan:\n\n\n\n\n2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).1 Salinan catatan akad nikah pemohon.2 Salinan penyata akaun bank pemohon\nBorang Permohonan\nBorang permohonan boleh dimuat turun menerui pautan berikut \nborangikppDownload\n\n\nCara Mohon\nLengkapkan borang permohonanSertakan dokumen berkaitanHantar borang permohonan beserta dokumen yang telah disahkan ke pejabat agama islam daerah masing-masing\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai portal Emunakahat atau insentif khas pasangan pengantin pahang, anda boleh layari https://emunakahat.pahang.gov.my/ atau hubungi ;\nBahagian Undang-Undang Keluarga Islam PahangJabatan Agama Islam PahangTel : 09-42711111\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-saringan-awal-anis/", "title": "Program Saringan Awal ANIS Pemeriksaan Anak Lewat Perkembangan Percuma", "body": ["\n\n", "\nTerkini percuma program saringan awal ANIS pemeriksaan untuk kanak-kanak lewat perkembangan. Anak Istimewa Negeri Selangor yang merupakan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibubapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.\n Seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.\nInsiaitif Program Saringan Awal ANIS adalah untuk\nMembantu ibubapa dalam mengenal pasti tahap perkembangan anakMembantu ibubapa dalam menyediakan / merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upayaMembantu ibubapa dalam mengurangkan kos perbelanjaan proses saringan awalMembantu memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengeluarkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada kanak-kanak yang terlibat\n\n\n\n\n\nPelaksanaan Program Saringan Awal ANIS\n\nIbubapa perlu mendaftar dengan mengisi borang di laman web\u00a0https://www.anisselangor.com/saringan\u00a0dan melengkapkan dokumen yang diperlukanPermohonan Program Saringan ini akan dijalankan sepanjang tahun.Para peserta yang layak akan menerima panggilan daripada urusetia dan hadir temujanji pada hari Program Saringan yang ditetapkan oleh Pusat ANIS\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaTerbuka kepada kanak-kanak berumur 2-6 tahun yang mempunyai masalah kelewatan perkembangan\u00a0(development delay)Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40* Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)Melengkapkan permohonan dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan\nMaklumat Penting Pemohon\nBagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohonSenarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:Ahli Parlimen / SenatorADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUNPenghulu / Ketua KampungAhli Majlis Pihak Berkuasa TempatanPengerusi Taman Perumahan / Ketua BlokMasjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua KomunitiSekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan pasanganSalinan Kad Pengenalan AnakSalinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu BapaSalinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja).Borang Pengesahan Status Permastautin boleh didapatkan\u00a0disiniSalinan slip gaji ibu DAN bapa\nCara Permohonan Program Saringan Awal ANIS\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang\u00a0www.anisselangor.com/intervensianisBorang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:\nPusat Sokongan Pendidikan Awal ANISYayasan Warisan Anak SelangorLot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah AlamHotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)/ 03 \u2013 54818800 (YAWAS \u2013 HQ)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Program Saringan Awal ANIS ini, anda boleh layari laman web\u00a0https://www.anisselangor.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-sekolah-seni-tingkatan-1-sesi-2023/", "title": "Permohonan\u00a0 Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023", "body": ["\n\n", "\nTerkini Sekolah Seni Malaysia (SSeM) akan membuka permohonan kemasukan ke tingkatan 1 sesi 2023.\nCara permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal essem mulai 20 Julai sehingga 30 September 2022. Bagi ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak mereka mendaftar di Sekolah Seni Malaysia, berikut kami kongsikan berkaitan permohonan dan kemasukan untuk sesi pembelalajaran 2023\nPermohonan Sekolah Seni Tingkatan 1 2023\nUntuk makluman, pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.\nPermohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://essem.moe.gov.my.\nPengenalan Sekolah Seni Malaysia\n\nPenubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u2013 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.\nSekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.\nKonsep Sekolah Seni Malaysia (Ssem)\nDefinisi Sekolah Seni Malaysia\nSebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.\nFalsafah Sekolah Seni Malaysia\nSuatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.\nVisi\nMenjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.\n\n\n\n\nMisi\nMemupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.\nObjektif\nMelahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.\nSenarai Lokasi Sekolah Seni Malaysia\nTerdapat hanya 4 Sekolah Seni Malaysia di seluruh negara iaitu ;\ni.Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.\nManakala, sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:\ni. SMK Elopura, Sandakan, Sabah\nSubjek Yang Diajar Di Sekolah Seni\nTerdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater Manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan\u00a0 Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023, sila hubungi:\n1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tel : 03-887216162. Cik Noor Azilah Binti Ismail\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tel : 03-88721760\u00a0\u00a0\u00a0 Atau emelkan pertanyaan ke :\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Email :\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga :\nPermohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kad-touch-n-go/", "title": "Cara Dapatkan Semula Duit Dalam Kad TNG Rosak / Expired", "body": ["\n\n", "\nKad Touch n Go rosak /expired/hilang? jangan risau anda boleh dapatkan refund semula duit dalam kad touch n go anda yang rosak atau expired dengan terma dan syarat.\nBagi pengguna kad touch n go, tarikh expired adalah selama 10 tahun dari tarikh kad anda di aktifkan. Selepas tempoh tersebut, anda perlu membuat pembaharuan kad untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan\nCara Dapatkan Semula Duit Dalam Kad Touch n Go Rosak / Expired\nAda tiga keadaan di mana pemilik kad boleh memohon untuk refund semula duit dalam Kad TNG iaitu sekiranya ;\n\nCaj yang salah dalam kad Touch \u2018n Go\nKad tamat tempoh atau tidak aktif\nKad hilang\n\nWalaupun begitu permohonan refund semula duit Kad TNG hanya boleh dibuat secara online menerusi portal.\nBaca juga : Cara Tebus eBeliaRahmah Touch n Go \nCara Semak Tarikh Expired Kad Touch n Go\n\nAnda hanya perlu daftarkan kad di Portal Kad Touch \u2018n Go https://tngportal.touchngo.com.my/#login untuk menerima emel peringatan tempoh sebulan sebelum kad anda tamat tempoh. Pautkan kad anda di aplikasi Touch \u2018n Go\nTarikh Expired Kad TNC MyKad\n\nSetiap kad mempunyai tarikh luput. Untuk kad TNG (IC) mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun. \nSekiranya kad telah tamat tempoh, tidak boleh aktifkan semula.Dia sarankan supaya membuat pembelian kad TNG baharu atau gantikan MyKad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.\nMenurut perkongisan Saadiah Badiazaman ES Work\nUntuk semakan tarikh expired bagi pengguna Kad Touch n Go MyKad, semakan hanya boleh dibuat melalui portal ataupun di kaunter pejabat TNG di tol berhampiran \nSyarat dan Terma Permohonan Refund Kad Touch n Go\n\nPelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu di portal https://tngportal.touchngo.com.my/\nRefund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda berdasarkan perkara berikut ;\n\nJenis AkaunButiranPemegang Akaun MalaysiaSila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank dan ID Pelanggan anda sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftar.Pembayaran kepada Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.Bukan Pemegang Akaun MalaysiaPembayaran ke akaun bank asing akan dibuat melalui Pemindahan Telegraf (TT).Sila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Kod Swift sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftarBayaran balik kepada Akaun bukan Malaysia hanya terpakai untuk jumlah bayaran balik melebihi RM100.Sentuh \u2018n Go eDompetBayaran balik kepada Akaun bukan Malaysia hanya terpakai untuk jumlah bayaran balik melebihi RM100.Bayaran balik kepada Touch \u2018n Go eWallet hanya terpakai untuk akaun Touch \u2018n Go eWallet yang disahkan\n\nPermohonan akan diproses dalam masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerahan\nUntuk permintaan bayaran balik kad Touch \u2018n Go yang hilang/dicuri, amaun yang layak untuk bayaran balik adalah berdasarkan baki kad yang tersedia pada tarikh penyerahan borang bayaran balik.\n\nCara Isi Borang Refund Kad Touch n Go Online\nSetalah anda baca dan faham syarat dan terma di atas, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk isi borang permohonan online refund baki duit dalam kad touch n go anda ;\n\nLayari portal https://tngportal.touchngo.com.my/\nDaftar akaun dan isikan maklumat seperti no siri kad touch n go, warganegara dan juga no. kad pengenalan/passport\nKlik \u201cProceed\u201d\nSeterusnya, lengkapkan maklumat berkenaan permohonan bayaran balik kad TNG seperti Refund Request, Reason Code, Card with Deposit dan Refund Payment Method dengan betul.\nSelepasa itu, klik pada butang \u201cSubmit\u201d.\nAkhir sekali, pengguna akan menerima emel berkenaan permohonan bayaran balik TNG diproses\n\nSemakan Status Refund Kad TNG\nUntuk semakan, sama ada refund telah berjaya dibuat, anda boleh terus semak melalui semakan baki akaun bank anda, atau anda juga boleh buat semakan melalui portal https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund/\n\nKlik pada butang \u201cTrack my eRefund status\u201d.\nMasukkan nombor rujukan yang telah diterima oleh pengguna menerusi emel apabila membuat permohonan.\nAkhir sekali, status permohonan akan dipaparkan kepada pengguna.\n\nTempoh pembayaran semula kredit ke akaun bank /ewallet pengguna akan mengambil masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerah\n\n\n\n\nCara Batalkan Kad Yang Rosak\n\nBatalkan kad Touch n Go anda yang rosak dengan mengikut langkah berikut ;\n\nDaftarkan kad anda di Portal Kad Touch n Go\nLaporkan dan mohon pemulangan baki di laman web Touch n Go\nPilih jenis pemulangan baki \u201ccard Termination\u201d dan Faulty senagai kod sebab dan isikan butiran dengan lengkap\nKad anda akan disekat selepas 24 jam dari tarikh anda menghantar laporan. Jumlah baki nilai terakhir kad selepas 24 jam akan dipulangkan dalam masa 14 hari (atau 30 hari sekiranya semakan lanjutan di perlukan) dari tarikh permohonan eRefund di buat\n\nPenggantian\n\nDapatkan pengantian segera di kaunter Pusat Servis dan Jualan Touch n Go di Bangsar south dan NU Sentral\nPEngantian boleh dilakukan jika kad anda ialah kad versi baharu (dikeluarkan pada atau selepas Januari 2014) dan cip dalam kad boleh dibaca. Harga kad baharu RM10.00 akan ditolak daripada baki kad jika kad tidak lagi dalam tempoh jaminan (30 hari dari tarikh pembelian)\nJika kad anda ilah kad versi lama atau cip dalam kad tidak boleh dibaca, pulangkan kad di kaunter kami dan baki kad akan dikembalikan kepada anda. Anda boleh membeli kad baharu selepas laporan di buat\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai refund Kad Touch n Go rosak, expired atau hilang, anda juga boleh hubungi live chat TNG di portal https://www.touchngo.com.my/ atau hubungi melalui ;\n\nPejabat Touch n Go Bangsar South\nGround floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.\nWaktu bekerja \n\nMon-Fri (Working days only)\n9.00am \u2013 5.00pm\n\nNU Central\nLot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.\nWaktu bekerja \n\nMon-Sun (Including Public Holidays)\n10.00am \u2013 10.00pm\n\n\nTel : +603-2714 8888 (Mon-Fri 8.00am \u2013 8.00pm), +603-5022 3888 Mon-Sun 7.00am \u2013 10.00pm)\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nFacebook dan Twitter, @MyTouchnGo\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pakej-perpaduan-jalur-lebar-tetap/", "title": "Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Wifi Rumah", "body": ["\n\n", "\nTawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Malaysia Madani akan mulai ditawarkan bermula pada Mac ini.\nPelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Terdahulu sebelum ini beliau juga telah melancarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih pada Disember 2022 yang lalu\nDengan adanya inisiatif ini, di harap ianya dapat membantu golongan sasar iaitu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas untuk menikmati kemudahan pakej internet rumah dengan harga murah.\nPakej ini juga lebih murah berbanding pelan internet sedia ada di pasaran, dengan penjimatan sebanyak 22% pada harga hanya RM69.00 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps \nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\n\nSelaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dengan tema Malaysia MADANI, untuk menurunkan kos sara hidup rakyat. Dimana pada ketika ini kemudahan internet adalah satu keperluan sama ada untuk perhubungan, mengakses maklumat,pembelajaran dan lain-lain keperluan.\nKerajaan mengambil insiaitif pelan internet jalur lebar tetap ini yang mana ianya di tawarkan dengan harga lebih murah untuk golongan sasar iaitu bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.\nPengguna akan mendapat penjimatan sebanyak 22% pada harga hanya RM69.00 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps tanpa had berbanding pada harga biasa untuk pakej yang sama bernilai RM89\nPakej ini adalah dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap, iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro\nPelan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\nPakej Kelajuan 30Mbps\n\nKouta penggunaan tanpa had\nHarga RM69\nKontrak 24 bulan\n\nManakala pakej-pakej lain dan butiran penuh pelan Prabayar Pakej Perpaduan masih belum dimuktamadkan dan akan di kemaskini dari masa ke semasa di portal Fuh.my\nPerbezaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 & Pekej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid Mobile Data)\nDalam pada yang sama YB Fahmi Fadzil juga telah di tanya mengenai perbezaan Perbezaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 & Pekej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid Mobile Data) yang telah beliau lancarkan pada Disember yang lalu. \nJelas YB Fami Fadzil Satu, pakej internet yang menggunakan \u201cmobile data\u201d telefon. Satu lagi, pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.\n\nPrabayar Prepaid Mudah Alih (Prepaid Mobile Data)Jalur Lebar Tetap/ Wifi Rumah (Fixed Broadband)Kelajuan dinaikan tiga kali gandaKelajuan 30MbpsHarga diturunkan kepada hanya RM5 sebulanHarga diturunkan daripada RM89 sebulan kepadaRM 69 sebulan (Jimat RM20 sebulan)Data 30GB sebulan selama 180 hariData tanpa had (Unlimited data)\nPelan pakej prabayar prepaid mudah alih ini adalah naik taraf Pakej Remaja Keluarga Malaysia sebelum ini yang kini datang dengan dua kali ganda tempoh sah serta tambahan 10GB sebulan\nCara Mohon Pakej Perpaduan Jalur Lebar 2023\nTawaran permohonan untuk langganan pakej perpaduan ini hanya untuk memenuhi syarat kelayakan iaitu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.\nPemohon yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi syarikat komunikasi yang terlibat seperti :\n\n\n\n\n\nTelekom Malaysia (TM), \nCelcomDigi, \nMaxis, \nU Mobile, \nYTL, \nTIME Berhad \nAstro\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat mulai Mac 2023 ini.\nMaklumat lanjut mengenai cara permohonan akan di kemaskini kemudian.\nPakej MyKabel TIME dotCom \nSementara itu, bagi penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan liputan Time. TIME dotCom (Time) ada menyediakan pelan Pakej MyKabel 100Mbps dengan tawaran rebat bulanan RM30 akan ditawarkan bagi pelan standard 100Mbps, yang berharga RM99 sebulan, menjadikannya komitmen bulanan hanya sebanyak RM69 sepanjang tempoh kontrak.\u00a0\nLangkah ini selaras dengan inisiatif Pakej Perpaduan kerajaan, yang Time mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya .\nPelan Pakej MyKabel 100Mbps menawarkan data tanpa had dengan kelajuan muat naik dan turun simetri termasuk penghala untuk kontrak 24 bulan.\nPelan tersebut sekarang tersedia di\u00a0\nKawasan Selangor dan Kuala Lumpur ;\n\nPPR Kampung Baru HICOM, \nPPR Kota Damansara, \nPPR Lembah Subang, \nPPR Taman Putra Damai\u00a0serta \nPPR Kerinchi, \n\nKawasan Johor\n\nPPR UDA Utama\nPPR Taman Perling (Jalan Rawa 1)\nPPR Taman Perling (Jalan Rawa 7) \n\nTawaran ini boleh didapati bermula Mac hingga Disember 2023. Maklumat lanjut mengenai Pakej MyKabel boleh didapati menerusi website https://www.time.com.my/\nMaklumat Tambahan\nAntara pertanyaan mengenai pakej perpaduan jalur lebar ini adalah, bagi golongan sasar iaitu B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang ketika ini sudah menggunakan pakej 30mbps RM89 adakah boleh memohon pakej perpaduan untuk mendapatkan harga langganan RM69 untuk pakej yang sama?\nPersoalan ini akan dikemaskini sekiranya telah mendapat maklumat terkini.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Malaysia Madani, anda boleh layari website Kementerian Komunikasi dan Digital https://www.kkd.gov.my/ atau mengikuti portal Fuh.my untuk maklumat kemaskini terkini dari masa ke semasa\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kemasukan-program-tvetmara-2022-kktm-mjii-ikm/", "title": "Permohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi kemasukan ke Program TVETMARA 2022 melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Mara-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM kini dibuka.\nUntuk makluman, tawaran ini dibuka bagi pengambilan sesi Julai 2022.\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian adalah dari 18 Februari sehingga 30 April 2022.\nBaca Juga : Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23\nInstitusi TVETMARA\nBerikut adalah senarai institusi MARA yang menawarkan pengajian TVET yang ditawarkan bagi lepasan SPM :\nKolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)\nInstitut Kemahiran MARA (IKM)\nMARA- Japan Industrial Institute (MJII)\nSenarai Program TVETMARA\n\u00a0Pemohon boleh semak senarai program yang ditawarkan adalah seperti pautan berikut.\nSenarai Lokasi & Program TVETMARA 2022 Seluruh Negeri \n\nKemudahan Yang Ditawarkan\nBagi menawarkan keselesaan kepada para pelajar, terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KKTM, MJII dan IKM kepada pelajar.\nAntara kemudahan yang disediakan oleh KKTM, MJII dan IKM adalah seperti berikut :\nBilik kuliah\nMakmal pengajaran dan penyelidikan\nDewan penyelidikan perpustakaan\nCafeteria dan lain-lain\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia\nBerumur 18 tahun ke atas\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)\nSihat tubuh badan untuk ikuti program\nMemenuhi syarat kelayakan program\nCara-Cara Memohon Program TVETMARA 2022 \nCalon yang berminat boleh memohon mengikuti pengajian di pusat TVETMARA boleh buat permohonan secara online di pautan berikut :\n\n\n\n\nhttps://www.tvetmara.edu.my\nLog masuk melalui pautan ini untuk mulakan pendaftaran : https://apponline.mara.gov.my/spupim/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Unit Pengurusan Pelajar seperti butiran berikut :\nBahagian Kemahiran dan Teknikal MARA\nTingkat 21, Bangunan Ibu Pejabat MARA,\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nNombor Telefon : 03 \u2013 261 34611 / 34614 / 34605\nTalian Whatsapp : 013 \u2013 9498063\nCalon juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan melalui pautan berikut : \nProspektus Program TVETMARA (Kelayakan, Sinopsis Program, Peluang Kerjaya, Kandungan Silibus)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rayuan-mrsm/", "title": "Rayuan MRSM Tingkatan 1 2023 & Cara Buat Rayuan", "body": ["\n\n", "\nRayuan MRSM Tingatan 1 2023, cara buat rayuan dan contoh surat rayuan mrsm menjadi kegusaran buat ibu bapa ketika ini tertutama bagi permohonan yang tidak berjaya.\n\nMARA juga masih membuat pengambilan pelajar bedasarkan kouta 60 peratus pelajar yang di ambil merupakan daripada golongan keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40)\nUntuk makluman permohonan ke Tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM bagi kemasukan 2023 ialah sebanyak 90,018. Sedangkan MRSM hanya mempunyai kapasiti 7,169 murid tingkatan 1, dan sebanyak 2,109 pelajar untuk Tingkatan 4.\nCara Buat Rayuan MRSM\n\nBagi pelajar yang telah membuat semakan MRSM dan tidak berjaya. Usah bersedih dan berputus asa. Anda masih boleh mengisi rayuan kemasukan MRSM tingkatan 1 2023 dan tingkatan 4 di buka mulai 7 Mac 2023 sehingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang.\nBerikut dikongsikan cara-cara untuk membuat rayuan MRSM ;\n\nLangkah 1 : Layari website berikut \u2013 Tingkatan 1:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/\u2013 Tingkatan 4:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/\nLangkah 2 : Sila masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa simbol \u2018-\u2018\nLangkah 3 : Tekan butang \u2018Log Masuk.\u2019\nLangkah 4 : Anda akan melihat paparan keputusan permohonan\nLangkah 5 : Untuk membuat rayuan, isi nota pada kotak rayuan dan tekan butang \u2018Hantar Rayuan.\u2019\nSatu paparan akan keluar \u201cRayuan anda telah diterima dan sedang di proses. Terima kasih\u201d \n\nProses rayuan selesai. Dan hanya perlu keputusan rayuan yang akan dimaklumkan kelak\nTips dan panduan \n\nKredit FB Zia Azeah\n\nApabila anda telah klik \u2018HANTAR RAYUAN\u2019 maka anda akan dapat nanti paparan seperti gambar yg pertama. (Belah kiri)\nAda tulisan merah yang menyebut \u2018 MAKLUMAT RAYUAN TELAH BERJAYA DIHANTAR\u2019\nIni bermakna anda telah membuat rayuan dan selesai [email\u00a0protected] anda. Tak perlu pening-pening lagi. Hanya tunggu dan tunggu dan tunggu untuk result rayuan sahaja nanti\nSistem akan menerima dan proses rayuan anda. Maka anda akan dapat \u201cRAYUAN ANDA TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES\u2019.\nMohon bersabar kerana sudah pasti yang membuat rayuan PULUH RIBU calon\n\n\nContoh Surat Rayuan (Cara Isi Kotak Rayuan)\nKetika mengisi kotak rayuan, pastikan anda menulis surat tidak lebih daripada 130 \u2013 140 patah perkataan sahaja. Jika terlebih ayat anda akan terpotong dan tergantung.\nAyat pula ditulis dalam bentuk point-point penting sahaja.\nBagi anda yang tak tahu nak tulis apa, contoh ayat rayuan MRSM, anda boleh ikut tips yang berikut.\nTips : Contoh Ayat Rayuan MRSM\n\n\n\n\nRayuan hendaklah ditulis dalam bentuk format rasmi.\nApa yang nak tulis dalam rayuan tu? Rayuan ni ibaratnya kita nak jual diri kita. Jadi kita kena angkatlah diri kita setinggi-tingginya. Tidak mengapa kalau masuk bakul angkat sendiri.\n\u2013 Dalam rayuan tu, bagitau lah, saya sangat berminat untuk belajar di MRSM.\n\u2013 Nyatakan kelebihan dan kekuatan diri selain pencapaian akademik. Contohnya mewakili sekolah/daerah/negeri dalam beberapa pertandingan. Nyatakan pertandingan-pentandingan yang disertai serta pencapaian. Sebut satu persatu.\n\u2013 Menjawat beberapa jawatan penting seperti pengawas sekolah, ketua kelas/pengerusi/setiausaha/bendahari/ AJK Kelab/Persatuan/ Badan Beruniform.\n\u2013 Jika pernah dapat anugerah kecemerlangan, bagitau juga. Misalnya, anugerah mata pelajaran terbaik, anugerah kedudukan terbaik dalam kelas/darjah, anugerah tokoh murid atau anugerah tokoh kokurikulum, ikon PAJSK dan sebagainya.\n\u2013 Bakat atau kemahiran yang ada. Contohnya boleh menjadi pengacara majlis yang baik, mahir dalam pidato, bahas, pengucapan awam, tarian, seni mempertahankan diri dan sebagainya.\n\u2013 Berjanji jika diberi peluang untuk belajar di MRSM, saya akan belajar bersungguh-sungguh serta dapat membanggakan nama mrsm.\n\u2013 Last sekali jangan lupa bagitau harapan. Contoh; saya sangat berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan.\nKredit FB : Abu Hadif Salafi\nKeputusan Rayuan MRSM\nKeputusan rayuan MRSM akan di maklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2023, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.\nUntuk pertanyaan anda boleh emailkan kepada [email\u00a0protected]\n \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semak-semula-keputusan-spm/", "title": "Semak Semula Keputusan SPM : Cara Mohon Secara Online", "body": ["\n\n", "\nSemak Semula Keputusan SPM : Cara Mohon Secara Online\nAdakah anda merupakan pelajar atau ibu bapa yang baru menerima keputusan SPM 2022 dan yakin bermungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melakukan kesilapan pada keputusan tersebut? \nAnda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2022.\nTempoh Permohonan\nPermohonan bagi semakan semula keputusan SPM dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan iaitu 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023. \n\nCara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM\nBerdasarkan perkongsian daripada Kementerian Pendidikan, terdapat 2 kaedah bagi membuat semakan semula keputusan SPM.\nPelajar serta ibu bapa boleh memilih kaedah yang sesuai mengikut panduan yang dikongsikan di bawah :\nCara Isi Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online\nCalon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan semakan semula keputusan melalui langkah berikut :\n\n\n\n\n\nLayari Portal\u00a0e-Lembaga Peperiksaan\u00a0di pautan\u00a0https://elp.moe.gov.my/\nTempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan\nCaj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran\nSila isikan borang permohonan secara online.\n\n\nSemakan Keputusan Kes \u2018T\u2019\nCalon yang mendapat keputusan \u2018T\u2019 boleh melakukan permohonan semakan keputusan kes \u2018T\u2019 seperti berikut :\n\nLayari Portal\u00a0e-Lembaga Peperiksaan\u00a0di pautan\u00a0https://elp.moe.gov.my/\nTempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan\nTiada caj dikenakan.\nSila isikan borang permohonan secara online.\n\nDengan syarat, calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.\n\nKeputusan Permohonan\nKeputusan permohonan bagi semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan bagi semak semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nPeraturan permohonan semakan semula keputusan SPM 2022 yang pelajar dan ibu bapa perlu ketahui :\n\nPastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.\nPermohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungisekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaanlp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.\nSatu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.\nSekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.\n\nBorang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dansijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkansetem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan \u201cKES TSPM\u201d pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:Pengarah PeperiksaanLembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan MalaysiaAras 8, Blok E11Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA(u.p.: Unit Menengah Atas)\n\n\nAdalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nSila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM, sila rujuk :\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132\nhttps://lp.moe.gov.my\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gbp-tekun-ukm-program-latihan-keusahawanan-graduan/", "title": "GBP Tekun UKM : Program Latihan Keusahawanan Graduan", "body": ["\n\n", "\nBerita baik pendaftaran GBP Tekun UKM buat graduan lepasan 2019 \u2013 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk berniaga masih dibuka \u00a0\nAnda kini boleh menyertai Gaduate Business Program \u00a0(GBP) anjuran Tekun Nasional dengan kerjasama UKM. Peserta program berpeluang untuk menerima bantuan sehingga RM100,000 bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.\nGBP merupakan program latihan asas keusahawanan khusus kepada graduan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran keusahawan serta dunia perniagaan.\nPeserta yang mengikuti akan dilatih untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Tekun Nasional bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.\nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan dan penyertaan hanya dibuka kepada 500 peserta terawal sahaja.\n\n\n\n\nObjektif Program GBP Tekun UKM\n\nObjektif program ini dilaksanakan adalah untuk:\nMembudayakan keusahawanan kepada graduan selepas tamat pengajian.Melahirkan graduan usahawan muda digital yang memacu ekonomi negara.Memastikan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan.\nKumpulan Sasaran\nTerbuka kepada graduan sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana tahun 2019 \u2013 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan\nCara Pelaksanaan Program\nLatihan akan dibuat secara onlineSesi latihan ke premis usahawan terpilih akan diadakan berdasarkan situasi COVID-19\nTempoh Latihan Prgram GBP Tekun UKM\nTempoh kursus adalah selama sembilan (9) hari.\nKelebihan\nPenyertaan ini PERCUMA sahaja, tiada yuran di kenakan Tiada sebarang yuran dikenakan. Hanya komitmen, keazaman dan kesungguhan untuk mengubah nasib diri sahaja yang diperlukan.Peserta akan dilatih oleh Master Trainer berpengalaman dalam industriPeserta berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan TEKUN Nasional sehingga RM100,000 bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.\nCara Permohonan\nPermohonan adalah secara online sahaja.Borang permohonan boleh didapati dengan cara scan QR code pada gambar iklan atauKlik pautan permohonan iaitu\u00a0https://bit.ly/gbpTEKUN.Baca maklumat program.Lengkapkan semua maklumat penyertaan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar penyertaan.\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai GBP Tekun Nasional UKM, sila hubungi UKM-Karier di talian 03-89214535 atau menghantar emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/awal-ramadan-2023/", "title": "Awal Ramadan 2023 / 1444H : Tarikh Mula Berpuasa", "body": ["\n\n", "\nAwal Ramadan 2023\nAwal Ramadan merupakan tarikh yang penting buat umat Islam seluruh dunia. Ia menandakan permulaan bagi ibadah puasa tahunan yang ramai nanti-nantikan. \nTarikhnya adalah berbeza setiap tahun kerana ia berpandukan kalendar bulan Islam serta kaedah penentuan rukyah dan hisab.\nBilakah tarikh Awal Ramadan 2023 di Malaysia? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan (Mufti WP)\nTarikh Awal Ramadan 2023 / 1444H\nAwal Ramadan dijangka akan jatuh pada 23 Mac 2023 bersamaan hari Khamis.\nMemetik Bernama, tarikh melihat anak\u00a0bulan\u00a0Ramadan bagi menetapkan tarikh mula\u00a0puasa\u00a0bagi umat Islam di Malaysia tahun\u00a02023\u00a0ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.\nTarikh permulaan untuk mula berpuasa akan diumukan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi kerajaan.\nIa juga merupakan cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia iaitu Johor, Kedah dan Melaka.\nAnda boleh rujuk senarai penuh cuti kelepasan Am Malaysia seperti di lampiran bawah : \n\n\n\n\nHari-Kelepasan-Am-2023Download\nSeperti yang kita sedia maklum, tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia selepas mendapat perkenan majlis raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong dan nasihat daripada Panel Pakar Falak.\n\nUntuk makluman, permulaan puasa lazimnya akan ditentukan apabila terllihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.\nBerdasarkan penemuan astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baharu akan bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.\nDi negara kita, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.\n\nDi Malaysia, terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan. Bagi membantu pencerap menentukan tarikh awal Ramadan dengan tepat, pelbagai peralatan berteknologi tinggi dan \u00a0pengiraan data rukyah secara terperinci melibatkan jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda dan seisi keluarga untuk membuat persiapa bagi sambutan Ramadan pada tahun 2023. \nPada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. \nSemoga Ramadan kali ini memberi makna yang cukup besar buat kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-bizman/", "title": "Bantuan BizMan Usahawan Lelaki & OKU Negeri Perak Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan BizMan khas untuk usahawan lelaki dan OKU Negeri Perak tahun 2022 telah di buka. Kepada usawahan lelaki dan OKU negeri Perak di jemput untuk membuat permohonan. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak menjemput para peniaga dan usahawan kecil bagi memohon bantuan peralatan dan bantuan tunai one off bagi tujuan membangunkan perniagaan.\nPermohonan terhad kepada satu skim bantuan sahaja samada Bantuan BizNitA, BizMan atau MENTOR MENTI YONG (M2 Yong)\nApa Itu Bantuan BizMan Ushawan Lelaki & OKU\n\nBantuan ini adalah bertujuan membantu peniaga dan usahawan kecil golongan Lelaki & Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Perak bagi membantu meningkatkan perniagaan dan ekonomi keluarga. Bantuan peralatan perniagaan adalah maksimum RM3000.00\nBaca juga : Permohonan Pinjaman Usahawan Perak\nJenis Bantuan\nBantuan berbentuk peralatan perniagaan adalah maksimum RM3000.00\nSyarat Permohonan :\nLelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki / Orang Kurang Upaya (OKU)Berumur 18 keatasTelah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.Perniagaan dijalankan sepenuh masa & separuh masaMenetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan\nAnda hanya boleh mengisi 1 (SATU) PERMOHONAN SAHAJA\nDokumen Yang Di Perlukan\nPastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai bukti pemprosesan bersama salinan diakui Sah oleh ADUN/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A iaitu :\n\n\n\n\nSalinan Penyata Akaun Bank Atas Nama PemohonKad pengenalan pemohonSalinan SSM (jika ada)Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeliGambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas TalianSurat Akuan Penghulu\nCara Mohon Bantuan BizMan\nPermohonan dibuka 13 April 2022 sehingga 20 April 2022 dan boleh dibuat secara online menerusi di pautan berikut: \u2013 https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA\nSemakan Status\nAnda akan dihubungi oleh pihak seketeria sekiranya permohonan anda diluluskan. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka permohonan anda adalah tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan BizMan , anda boleh menghubungi Wanita Perak di talian dan emel berikut berikut :\n05-5269829 / [email\u00a0protected]\n.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/doa-naik-kenderaan/", "title": "Doa Naik Kenderaan & Adab Bermusafir", "body": ["\n\n", "\nBerdoa adalah sebahagian daripada amalan harian umat Islam. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita meletakkan pengharapan kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan diberkati.\nIslam sangat menggalakkan umatnya untuk bermusafir bagi mengambil pengajaran daripada kejadian alam.\nDalam pada itu, Islam turut mengajar umatnya untuk berdoa terutamanya ketika musafir, sama ada bagi perjalanan yang jauh atau yang dekat. Begitu juga ditekankan untuk berdoa ketika menaiki kenderaan.\n\nBerdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, doa ketika bermusafir dinaskan oleh Allah Taala sendiri di dalam al-Quran dengan firman-Nya:\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064e \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064f\u0644\u0652\u0643\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0643\u064e\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e (12) \u00a0\u0644\u0650\u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0638\u064f\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650\u0647\u0650 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062a\u064e\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0670\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e (13) \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e (14)\nMaksudnya:\u00a0Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:\u201d Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -\u201cDan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!\u201d\n(Surah al-Zukhruf, 43:12-14)\nAyat ini jelas menunjukkan kekuasaan Allah dalam memudahkan urusan perjalanan kita dan hanya kepada Allah sajalah kita bergantung harap.\nMeskipun seseorang itu terlatih untuk mengendalikan sesebuah kenderaan, namun hakikatnya hanya Allah yang menguasai setiap sesuatu dan mampu memberikan kemudahan kepada hamba-Nya.\nHal ini diperkuatkan dengan hadis Nabi SAW yang menyebut suatu amalan apabila keluar daripada rumah.\nDaripada Anas bin Malik RA, bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Seorang lelaki (termasuk perempuan) apabila dia keluar daripada rumahnya, lalu dia berkata\n\u0628\u0650\u0627\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\nMaksudnya:\u00a0\u201cDengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah.\u201d\nMaka akan dikatakan kepadanya (yakni para malaikat akan mendoakannya):\u00a0\u201cSesungguhnya kamu akan diberi hidayah, dicukupkan (keperluan) dan dipelihara (dalam musafir agar selamat sampai dan selamat kembali).\u201d Lalu syaitan-syaitan akan menjauhkan diri daripadanya, sedang syaitan yang lain berkata:\u00a0\u201cMana mungkin engkau boleh menghadapi seorang lelaki yang sudah dipandu dengan hidayah, dicukupkan dan dipelihara!\u201d\nJusteru, dengan berdoa sebelum menaiki kenderaan, ia akan membawa keberkatan dalam perjalanan dan InsyaAllah keselamatan serta keamanan untuk sampai ke destinasi yang dituju.\n\n\n\n\nBaca Juga : Koleksi Doa Pembuka Majlis & Doa Selamat Ringkas\nDoa Naik Kenderaan\nBerikut dikongsikan doa naik kenderaan yang anda boleh amalkan sebelum memulakan perjalanan :\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0652\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e.\n(al-Zukhruf 13-14)\nMaksudnya: \u201cSegala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.\u201d\n\nSupaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,\n\u064a\u0627 \u0639\u0644\u064a: \u0625\u0630\u0627 \u062e\u0631\u062c\u062a\u064e \u0645\u0646\u0652 \u0645\u0646\u0632\u0644\u0643 \u062a\u0631\u064a\u062f\u064f \u062d\u0627\u062c\u0629\u064b \u0641\u0627\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623 \u0622\u064a\u0629 \u0627\u0644\u0643\u0631\u0633\u064a\u060c \u0641\u064e\u0625\u0646 \u062d\u0627\u062c\u062a\u0643 \u062a\u0642\u0636\u0649 \u0625\u0646 \u0634\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649\nYang bermaksud: \u201cWahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt.\u201c\n[Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta\u2019ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)]\nAdab Bermusafir\nDi samping berdoa sebelum menaiki kenderaan, umat Islam juga digalakkan untuk mengamalkan adab-adab bermusafir iaitu :\n\nUtamakan orang yang lebih memerlukan\nMenghormati penumpang lain\nMenjaga kebersihan sekeliling\nBanyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif\nBanyakkan berselawat dan berzikir dalam kenderaan\nBerdisiplin di jalan raya \u2013 patuhi had laju, hormati pemandu lain\nTidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan\n\nSemoga perkongsian doa naik kenderaan ini bermanfaat untuk anda amalkan ketika ingin bermusafir. Selamat beramal! \u00a0\nSumber : Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insan-i-bsn/", "title": "Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)", "body": ["\n\n", "\nInsan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)\nMenyusuli kenyataan akhbar daripada Kementerian Kewangan bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan terma dan syarat serta mekanisme bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum mencapai umur 50 tahun dan 55 tahun.\nBuat masa ini, permohonan FSA2 boleh dibuat menerusi 2 bank iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai perkhidmatan Insan-i BSN serta MBSB Bank.\nApa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)?\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) diwujudkan bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.\nBank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum KWSP bermula 14 April 2023.\nMaklumat pembiayaan adalah seperti berikut :\nKadar Keuntungan*KAS + 1.75%Had PembiayaanMinimum: RM3,000Maksimum: RM50,000Tempoh PembiayaanSehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu.Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan\u2013 Secara tunai di kaunter BSN;\u2013 Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;\u2013 Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain\u2013 Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN\nTarikh Permohonan Pinjaman FSA2 KWSP BSN\nUntuk makluman, permohonan bagi pinjaman FSA2 KWSP oleh BSN akan dibuka secara atas talian mulai 14 April 2023 sehingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak BSN seperti berikut :\n\nBerumur 40 \u2013 50 tahun sewaktu memohon\nAhli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP\nMemahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN\nMelepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan\n\nCara Semak Kelayakan\nUntuk semak kelayakan bagi pinjaman ini, sila ikuti langkah berikut :\n\nDaftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu. Anda boleh lakukannya di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan. Selepas diaktifkan, anda akan menerima nombor TAC untuk semak kelayakan.\nSemak kelayakan di i-Akaun\nMohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)\n\nCara Memohon Insan-i BSN (Pinjaman Bercagar KWSP)\nUntuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\nSila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan :\u00a0https://www.bsn.com.my/page/Insan-i\nFahami dan terima Kesedaran & Kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2\nIsi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.\nKlik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.\nIsikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.\nLengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.\nPermohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.\nNotifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.\nAnda boleh menyemak status permohonan melalui\u00a0https://www.bsn.com.my/page/insan-i\u00a0menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen seperti berikut :\n\nSalinan Kad Pengenalan (depan & belakang).\nBorang Permohonan (atas talian).\nNotis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.\nPenyata Pendedahan Produk.\nKesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).\nDokumen pendapatan atas permintaan BSN.\nDokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.\n\nPembayaran Ansuran Bulanan Insan-i BSN\nSebaik sahaja anda membuat pinjaman ini, anda perlu membuat pembayaran ansuran bulanan. \nTak perlu menunggu sehingga pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP pada umur 50 hingga 55 tahun. Pembayaran ini perlu dilaksanakan setiap bulan sehingga selesai sepenuhnya.\nSekiranya pinjaman anda berjaya,\na) Bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan/atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.\nb) Ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan.\nPembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui:\n\nSecara tunai di kaunter BSN;\nArahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;\nArahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain\nMelalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN\n\nJika berlakunya sebarang kegagalan atau kelewatan pembayaran, ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pinjaman bercagar KWSP Insan-i BSN sila rujuk maklumat berikut :\n\nKadar perbankan\nFi & caj\nPenyata Pendedahan Produk\nSoalan-soalan lazim/FAQ\nProses Permohonan Pembiayaan\n\nDapatkan perkembangan terkini daripada BSN melalui saluran berikut:\n\nLaman web rasmi BSN :\u00a0https://www.bsn.com.my/\nHotline BSN :\u00a01300 88 1900\nFacebook :\u00a0BSN Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/selvax-walk-in/", "title": "Pendaftaran SELVAX: Program Vaksin Selangor Walk-In 18 Tahun Ke Atas", "body": ["\n\n", "\nBagi penduduk di Negeri Selangor yang masih belum mendapat vaksin, anda boleh mendapatkan vaksin melalui walk-in di bawah Program Vaksin Selangor (SELVAX) di bawah Kerajaan Negeri Selangor. \nUntuk makluman, SELVAX merupakan program vaksinasi di bawah kerajaan Negeri Selangor dengan sasaran untuk memberikan sebanyak 500,000 dos vaksin kepada orang ramai di negeri tersebut.\nTujuan utama pelaksanaan SELVAX ialah bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan negeri Selangor mencapai \u2018herd immunity\u2019 secepat mungkin.\nUntuk mendapatkan vaksin ini secara walk-in, orang ramai perlu melaksanakan pra-pendaftaran dengan menggunakan kod baucer yang diberikan bermula pada 3-13 Ogos 2021 iaitu 9 pagi-6 petang.\n\nSyarat Kelayakan\nOrang ramai yang ingin mendaftar di bawah SELVAX perlu memenuhi syarat kelayakan seperti:\nWarganegara dan bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.Berumur 18 tahun ke atas.Belum mendapat temu janji melalui MySejahtera atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). \nLokasi PPV & Kod Baucer\nLokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan terlibat dalam SELVAX dan kod baucer bagi warganegara adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nLokasi PPVKod BaucerTropicana Gardens Mall (TGM), Kota DamansaraSELVAXTGMEvo Mall, Bandar Baru BangiSELVAXEVOHotel De Palma, Shah AlamSELVAXDEPALMAKompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya (3 Ogos hingga 9 Ogos sahaja)SELVAXPKNSAurora Place, Bukit JalilSELVAXAURORA\nUntuk bukan warganegara, lokasi PPV dan kod baucer adalah seperti berikut:\nLokasi PPVKod Baucer Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya (10 Ogos hingga 13 Ogos) SELVAXPKNS \nCara Mendaftar\nUntuk membuat pra-pendaftaran bagi mendapatkan vaksin melalui SELVAX, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun aplikasi SELANGKAH di Playstore dan Appstore.Klik butang \u2018Vax.\u2019Klik butang \u2018Temujanji.\u2019Klik butang \u2018Semak Temujanji.\u2019Klik kotak berwarna ungu.Masukkan kod baucer mengikut lokasi PPV yang berhampiran.Pilih tarikh yang diingni.\nDokumen Yang Perlu Dibawa\nOrang ramai yang sudah membuat pra-pendaftaran boleh hadir ke PPV dengan membawa dokumen berikut:\nWarganegara Malaysia: Kad pengenalan.Bukan warganegara Malaysia: Passport.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.amirudinshari.com/posts/program-vaksin-selangor-selvax-komuniti-kini-dibuka-bagi-walk-in.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-akuan-pengesahan-pendapatan/", "title": "Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan Yang Mudah", "body": ["\n\n", "\nBagi individu yang tidak mempunyai penyata pendapatan, Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah dokumen yang mengesahkan pendapatan individu terbabit.\nSurat Akuan Pengesahan Pendapatan tersebut adalah merupakan dokumen pengganti kepada penyata pendapatan pekerjaan mereka. \nLazimnya, individu yang bekerja sendiri tidak mempunyai penyata pendapatan atau slip gaji yang dikeluarkan oleh pihak majikan.\nOleh itu, jika individu tersebut perlu membuat permohonan atau pendaftaran yang memerlukan penyata pendapatan, mereka boleh mengemukakan surat akuan ini sebagai pengganti kepada penyata pendapatan.\nPihak lain boleh mengetahui jumlah pendapatan sebenar dan kelayakan individu terbabit selepas surat akuan ini diserahkan. \nKepentingan Surat Akuan \nSurat akuan ini digunakan untuk membuat permohonan-permohonan tertentu terutamanya melibatkan permohonan bantuan. \nSelain itu, surat akuan ini juga digunakan untuk ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di mana-mana sekolah sebagai bukti pendapatan. \nOleh itu, adalah penting untuk seseorang individu mengisytiharkan pendapatan mereka disebabkan mereka tiada bukti penyata pendapatan.\nIndividu yang membuat pengisytiharan pendapatan ini perlu memastikan bahawa pengisytiharan pendapatan mereka adalah betul tidak berlakunya penipuan.\nSurat akuan tersebut mestilah disahkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang.\n\n\n\n\nPihak Yang Mengesahkan\nSurat akuan yang telah ditandatangi tersebut perlulah mendapat pengesahan. \nTerdapat beberapa pihak yang boleh mengesahkan surat akuan tersebut yang telah ditandantangi antaranya:\nAhli ParlimenADUNPenghuluKetua KampungPengerusi Penduduk/JKKKPesuruhjaya SumpahPegawai Kerajaan Gred 41 ke atas\nButiran Surat Akuan\nSurat akuan ini lazimnya hanya mengandui satu muka surat sahaja dan butiran yang perlu diletakkan adalah butiran-butiran asas. \nButiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut: \nNamaNo. Kad PengenalanAlamatPekerjaanPendapatan sebulanTandatangan individuTandatangan pengesahanCop rasmi\nContoh Surat Akuan\nAntara contoh-contoh surat akuan yang boleh dirujuk dan dijadikan panduan adalah seperti berikut:\ni) Contoh Surat Akuan 1\n\nii) Contoh Surat Akuan 2\n\nBacaan Lanjut\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai surat akuan oleh pihak peguam, anda boleh menonton video di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=Y_gUyQIQmc8&t=149s\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-surat-cuti-sekolah-ringkas-pdf/", "title": "Contoh Surat Cuti Sekolah \u2013 Download (PDF)", "body": ["\n\n", "\nDisini kami sertakan contoh surat cuti sekolah ringkas dalam format pdf bagi sebab balik kampung,kematian, tiada pengangkutan,urusan keluarga dan sebagainya. Template contoh surat cuti sekolah ini adalah bagi memudahkan ibu bapa penjaga pelajar untuk menulis surat kepada pihak sekolah bagi memaklumkan ketidak hadiran pelajar disebabkan perkara-perkara tertentu.\nBagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan oleh masalah kesihatan, seperti demam, dijangkiti covid, ibu bapa pelajar boleh memaklumkan pihak sekolah dengan mengunakan surat cuti sakit atau MC yang dikeluarkan atau diberikan oleh doktor atau pegawai perubatan. \nNamun jika terdapat perkara-perkara lain yang menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah, maka ibu bapa,penjaga perlu untuk membuat makluman dalam bentuk surat bertulis bagi memudahkan pihak sekolah mengetahui sebab-sebab pelajar tersebut tidak dapat hadir ke sekolah. Lebih-lebih lagi jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah dalam tempoh yang agak lama seperti tiga hari berturut-turut\nContoh Surat Cuti Sekolah Yang Ringkas\nSurat pemakluman cuti sekolah tidak perlu panjang berjela. \nWalau bagaimana pun ianya perlulah di tulis dalam format surat rasmi kerana surat tersebut akan menjadi rujukan pihak sekolah terhadap rekod ketidak hadiran pelajar.\nAhmad Bin Burhan\nNo 70, Jalan Mega Jaya 1,\nTaman Mega Jaya,\n43650 Bandar Baru Bangi Selangor.\nTel : 012-345678\n\n_______________________________________________________________________________\nGuru Kelas 3 Amanah,\nSekolah Menengah Mega Jaya,\n43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. \t\t\t\t\t18 MAC 2023\n\nTuan / Puan\n\nTIDAK HADIR SESI PERSEKOLAHAN PADA 19 MAC 2023\n\nSeperti perkara di atas, saya selaku bapa kepada anak saya Fakri Bin Ahmad pelajar tingkatan 3 Amanah ingin memaklumkan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Mac 2023.\n\n2. \tIni kerana keluarga kami perlu pulang ke kampung melawat datuknya yang sedang tenat, di Kuala Krau,Pahang.\n\n3. \tSaya juga akan memastikan anak saya menyiapkan tugasan setelah kembali ke sekolah.\n\nKerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.\n\n\nYang benar,\n\n________________\n(AHMAD BIN BURHAN)\n\nFormat Surat\n\nTujuan contoh surat cuti sekolah adalah untuk memberikan panduan atau contoh kepada pelajar yang ingin memohon cuti sekolah agar dapat menyusun surat permohonan cuti dengan betul dan lengkap. \nPerkara-perkara yang perlu ada dalam format surat rasmi (surat cuti sekolah) adalah seperti berikut;\n\nNama dan alamat pengirim\nNama,jawatan, dan alamat sekolah\nTarikh surat ditulis\nPanggilan Penerima\nTajuk surat\nPengenalan dan isi surat\nPenutup\nYang benar\nTandatangan dan nama pengirim\n\n1.Nama dan alamat pengirim\nNama dan alamat pengirim (nama ibu bapa/penjaga murid). Ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat. Nama pengirim mestilah meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.\nAlamat rumah dan juga nombor telefon ibu bapa atau penjaga. Ianya penting bagi tujuan pihak sekolah sebagai rujukan untuk menghubungi ibu bapa penjaga dalam kes-kes tertentu. Seperti bertanya khabar, dan lain-lain\n2. Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama guru, jawatan, dan alamat sekolah mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nSekiranya nama guru kelas tidak diketahui, boleh letakkan jawatan sebagai contoh Guru Kelas 3 Amanah\nJawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima.\n\n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri alamat sekolah.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.\n\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.\nJusteru, panggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan/Puan.\n\n\n\n\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5. Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nLazimnya, tajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang.\nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Surat Rasmi\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima.\nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis.\nPerenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nBagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7. Penutup\nUcapan penutup yang ringkas\n8.Yang Benar\nAyat penegas bahawa surat tersebut ditulis dan di perakui oleh ibu bapa penjaga murid\n9.Tandatangan dan nama pengirim\nDi akhir surat terbabit, ibu bapa,penjaga perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.\nDi bawah tandatangan, pengirim (ibu bapa.penjaga murid) perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.\nDownload Template Contoh Surat Cuti Sekolah (PDF)\nBagi memudahkan ibu bapa,penjaga disini kami sertakan file pdf/ word contoh surat yang anda boleh download dan gunakan\ntemplate-surat-cuti-sekolah-1Download\ntemplate surat cuti sekolahDownload\nSemoga dengan contoh surat cuti sekolah ini, dapat membantu bagi ibu bapa atau penjaga pelajar untuk memahami bagaimana cara menyusun surat permohonan cuti sekolah yang betul. Penulisan surat cuti yang betul juga sedikit sebanyak akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk menyimpan rekod rasmi surat ketidak hadiran sekolah anak-anak.\nBaca juga : Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-azizulhasni-awang/", "title": "Profil Azizulhasni Awang, Pocket Rocketman Kebanggaan Negara", "body": ["\n\n", "\nBiodata Azizulhasni Awang\nAzizulhasni mula menaiki basikal pada usia 10 tahun di kampung halamannya, Dungun dan bercadang untuk menceburkan diri dalam sukan berbasikal seawal usia 15 tahun.\nBeliau meraih pingat emas pertama untuk kategori individu dalam Kejohanan Trek Asia bagi acara Keirin dan acara pecut 200m pada tahun 2008 yang berlangsung di Jepun.\nSepanjang kariernya dalam arena sukan berbasikal selama 15 tahun, beliau telah mengharumkan nama negara apabila berjaya pelbagai kemenangan dalam kejohanan peringkat Asia dan antarabangsa.\nPada 31 Januari 2023, jaguh berbasikal trek ini melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021.\nSebelum itu, beliau berjaya merangkul gelaran yang sama pada tahun 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020. \n\nPencapaian tersebut sekaligus mengatasi legenda badminton negara Datuk Lee Ching Wei, Datuk Rashid Sidek serta Sazali Samad yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.\nMungkin ramai yang belum kenali The Pocket Rocketman yang menjadi kebanggaan Malaysia ini. Jom kita semak biodata Azizulhasni Awang dengan lebih dekat.\n\nBiodata Azizulhasni Awang\nNama Penuh : Mohd Azizulhasni bin Awang @ Muda\nAsal : Dungun, Terengganu\nTarikh Lahir : 5 Januari 1988\nUmur : 35 tahun\nNama Gelaran : The Pocket Rocketman\nJurulatih : John Beasly\nPendidikan : Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Vistoria, Melbourne\nIsteri : Athiah Ilyana Abd Samat\nAnak : 2 orang (Amna Mariyam, Amna Khadeeja)\nBaca Juga : Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Malaysia\nPencapaian Azizulhasni Awang Dalam Sukan Berbasikal Trek\n2022\nPingat Emas Acara Pecut Edisi ke-125 Austral Wheelrace, Melbourne\nTempat ke-8, UCI Trak Champions League\n2021\nPingat Perak Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria, Australia \u00a0\n2020\nPingat Perak Keirin Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020\n2019\nPingat Emas, Acara Pecut Individu Lelaki, 39th Asian Track Cycling Championship, Jakarta\nPingat Emas, UCI Track Cycling World Cup, Cambridge, New Zealand\n2018\nPingat Perak, Acara Keirin Lelaki UCI Track Cycling World Championship, London\nPingat Emas, Acara Pecut Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018\n\n\n\n\nPingat Gangsa, Acara Keirin Sukan Asia Jakarta Palembang 2018\nPingat Emas, Acara Pecut Individu, Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018\n\n2017\nPingat Emas, Acara Keirin UCI Track Cycling World Championships, Hong Kong\nPingat Emas, Acara Keirin Lelaki Elit, 37th Asian Cycling Championships (ACC), New Delhi\nPingat Emas, Acara Pecut Lelaki, Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur\nPingat Emas, Acara Keirin, Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur\n2016\nPingat Gangsa, Acara Keirin Lelaki Elit, UCI Track Cycling World Championships, London\nPingat Gangsa, Acara Keirin, Sukan Olimpik Rio, Brazil\n2015\nPingat Emas, Acara Keirin, 35th Asian Cycling Championships, Nakon Ratchasima, Thailand\n2014\nPingat Emas, Acara Pecut Lelaki, Asian Cycling Championships (ACC), Astana, Kazakhtan\nPingat Gangsa, Sukan Komanwel Glasgow\n2010\nPingat Emas, Acara Keirin, Sukan Asia ke-16, Guangzhou, China\n2009\nPingat Emas Kejohanan Lumba Basikal Dunia, Melbourne\n2008\nPingat Emas Kejohanan Berbasikal Asia Velodrom Nara, Jepun\n2007\nPingat Emas, Acara Pecut Berpasukan, Sukan SEA ke-24, Korat, Thailand\n\nPada tahun 2021, beliau dianugerah Darjah Kebesaran Negeri Terangganu oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.\nBeliau bercadang untuk bersara sebagai pelumba basikal trek selepas Sukan Olimpik Paris 2024.\nSemoga kejayaan Azizulhasni Awang menjadi pembakar semangat kepada ramai pelapis atlet negara dalam mencapai kemenangan di peringkat antarabangsa.\n\u00a0Untuk ketahui perkembangan mengenai atlet sukan lumba basikal ini, sila ikuti laman media sosial Azizulhasni Awang di pautan berikut :\nInstagram : https://www.instagram.com/azizulhasniawang/\nYoutube : https://www.youtube.com/c/azizulawang \n Facebook : https://www.facebook.com/azizulawangofficial\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-rayuan-ke-sekolah-khusus-2022-e-rayuan/", "title": "Permohonan Rayuan Ke Sekolah Khusus 2022 ( e-Rayuan )", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Rayuan Ke Sekolah Khusus 2022 ( e-Rayuan ) ~ Sukacita dimaklumkan rayuan bagi kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kini dibuka melalui e-Rayuan. \nPengumuman tarikh rayuan ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.\nSekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:\nSekolah Berasrama Penuh (SBP),Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Sekolah Menengah Teknik (SMT)Kolej Vokasional (KV)Maktab Tentera Diraja (MTD)Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)\n\nTarikh Rayuan Sekolah Khusus 2022\nPermohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat bermula\u00a015 hingga 29 Mac 2022.\nCara Permohonan Rayuan\nBerikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.\ne-Rayuan boleh diakses secara online melalui:Tingkatan Satu :\u00a0https://spskt1.moe.gov.my Tingkatan Empat :\u00a0https://spskt4.moe.gov.my Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.\nNOTA :\nTiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRajaRayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan\nPendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2022\nPendaftaran kemasukan ke sekolah khusus bagi calon yang membuat permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh KPM melalui sidang media khas tidak lama lagi.\nMaklumat Lanjut Mengenai e-Rayuan\nUntuk keterangan lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila hubungi salah satu talian di bawah:\n\n\n\n\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPMAras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pendidikan Islam KPMAras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pengurusan Maklumat KPMAras 3-4 Blok E11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 WP Putrajaya.Tel: 03- 8884 3509 / 3684(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nInfo terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0http://www.moe.gov.my/\nATAU\nHubungi hotline 03-8000 8000\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eukcg/", "title": "eUKCG KPM : Panduan Ujian, Tips & Semakan", "body": ["\n\n", "\nSetiap calon pelantikan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.\nBerdasarkan hebahan yang telah dikongsikan pada 7 April 2023, calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG iaitu :\n\nGraduan BUKAN PENDIDIKAN daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (Universiti Awam dan Swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan; atau\nGraduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki Ijazah Sarjana selain Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).\n\nCalon-calon ini diminta untuk menduduki eUKCG secara atas talian.\nPara calon juga dikehendaki untuk mendaftar nombor pin / kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.\n\nBaca Juga : PISMP 2023 : \u00a0Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM\nApa Itu eUKCG?\nUKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru.\neUKCG merupakan ujian psikometrik secara online yang dianjurkan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguuruan di IPG.\nCalon juga diingatkan bahawa tarikh ujian tidak boleh ditukar. Oleh itu, calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.\nMenerusi ujian ini, hanya calon yang lulus sahaja akan dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.\nTips dan Panduan Ujian eUKCG\nBerikut merupakan beberapa butiran dan tips mengenai ujian eUKCG :\n\nSoalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.\nCalon memerlukan talian internet yang stabil dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab eUKCG secara lancar.\nSecara amnya, soalan adalah berkisar tentang personaliti serta kualiti yang perlu ada pada seorang guru. Sama ada pandai bersosial, bekerja secara berkumpulan serta sifat kepimpinan.\nSoalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.\nSoalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.\nCalon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.\nSoalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.\nSoalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.\nAda juga soalan yang menguji psikologi atau tahap kewarasan bakal guru.\nCalon juga diingatkan bahawa ujian eUKCG adalah sulit. Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada pihak lain.\n\n\n\n\nSemakan Pendaftaran Online eUKCG 2023 \u00a0\nUntuk makluman, pendaftaran eUKCG telah ditutup pada 17 Mei 2023. Para calon boleh mengenal pasti status kelayakan menduduki eUKCG berdasarkan lampiran berikut :\n\n\nUntuk sebarang pertanyaan, calon-calon boleh berhubung dengan saluran berikut :\na) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) \u2013 urusan eUKCG : 03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693\n\n\n\n\nb) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) \u2013 urusan pengambilan :03-8893 4019 / 4020\nUntuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG. \nUjian Online dan Pendaftaran\nCalon yang berkelayakan boleh mendaftarkan nombor pin atau kata laluan di pautan https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.\nCalon akan mendapat maklumat seperti lampiran di bawah.\nBerikut pula adalah slip menduduki ujian online eUKCG.\nTarikh Semakan Keputusan Calon\nPengumuman rasmi calon berjaya adalah dibuat dari semasa ke semasa mengikut ambilan dan temuduga.\nBagi calon PISMP, sila layari pautan https://pismp.moe.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai eUKCG, sila hubungi saluran berikut http://mypdpp.gov.my/\nCalon juga boleh layari Facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar IPGM. https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/borang-permohonan-rumah-mampu-milik-taman-penaga-mewah/", "title": "Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah", "body": ["\n\n", "\nBorang permohonan rumah mampu milik Taman Penaga Mewah boleh di dapati secara online. Kerajaan Negeri Sembilan mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi permohonan untuk memiliki rumah mampu milik di Taman Penaga Mewah, Negeri Sembilan\nHarga rumah bermula dari RM80,000. Butir-butir rumah dan syarat permohonan adalah seperti di bawah.\nPermohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah\nPermohonan bagi memiliki Rumah Mampu Milik TYPE A BERHARGA RM80,000 di Taman Penaga Mewah, Negeri Sembilan ini boleh di buat secara online sebelum tarikh tutup\nTarikh permohonan\n7 Febuari 2022 sehingga tarikh tutup permohonan 20 Febuari 2021\nSyarat-Syarat Permohonan:\nPendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.\nPemilihan Jenis Lot\u00a0*\nPemohon adalah dibenarkan membuat 1 pilihan lot sahaja. Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan seisi rumah.\nTENGAH \u2013 RM80,000\nTEPI \u2013 RM130,000\nPENJURU (926 meter persegi) \u2013 RM220,190\nPENJURU (1098 meter persegi) \u2013 RM231,370\nPENJURU (1378 meter persegi) \u2013 RM249,570\nPENJURU (1765 meter persegi) \u2013 RM274,725\nMaklumat Rumah\n(Pelan Lokasi, Keluasan Tanah, Spesifikasi Rumah, Pelan Tapak Dan Alamat Pejabat Jualan Pemaju).\nPelan Lokasi\n\nSpesifikasi Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah\n\nLokasi\n\nBorang Permohonan\nBorang permohonan online boleh layari pautan berikut\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrSU4k2P0fkLOr_q_F3XPH8_OwTmJdnPPB0Rtpl7J3fNRHyA/viewform\nSILA BACA DAN FAHAMI SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN*\n\u2013 Semua maklumat didalam borang ini hendaklah diisi dengan HURUF BESAR\n\u2013 Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja diterima bagi seisi rumah.\n\u2013 Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.\n\u2013 Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik \u2018HANTAR\u2019.\n\n\n\n\nPenting, sebelum anda mengisi borang permohonan. Pastikan anda menyediakan dokumen di bawah. dokumen dalam format pdf perlu di upload menerusi pautan ini\nDokumen Yang Perlu Dimuat Naik (Upload):\u00a0*\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB \u2013 KECUALI Bujang)Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB \u2013 KECUALI Bujang)Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB)Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB \u2013 KECUALI Bujang)Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan /Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) \u2013 (WAJIB \u2013 Kecuali Bujang)Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB \u2013 KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini \u2013 (WAJIB BAGI PESARA)SILA MUAT NAIK (UPLOAD) DOKUMEN DI ATAS KE ALAMAT EMEL\u00a0rmmpenagamewah@admin\nBorang Pengesahan Pendapatan \nBorang boleh di download menerusi pautan berikut ;https://drive.google.com/file/d/1yupD0GQKqvZj8f9FD0o85Yd_2e1jVf9M/view\nBorang yang telah didownlod perlu di cetak\nIsi borang tersebut dengan maklumat yang lengkap beserta cop pengesahan\nBorang yang telah lengkap diisi perlu di hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan\nMaklumat lanjut\nSekiranya anda menghadapi kesulitan dan pertanyaan boleh hubungi ;\nAlamat\nBahagian Perumahan,Tingkat 4,Blok D\nPejabat Setiausaha Kerajaan,\nNegeri Sembilan,Wisma Negeri\n70503 Seremban\nFacebook : https://www.facebook.com/UnitPerumahanN9\nNombor telefon pemaju : 018-9131977 (Azza Mewah Deveploment)\n\nArtikel berkaitan :\nPermohonan RMR 2021 : Rumah Golongan Berpendapatan RendahContoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bot-jkm/", "title": "Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) JKM RM500 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nSelain bantuan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan kepada warga emas atau orang tua juga turut diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Bantuan Orang Tua (BOT). \nUntuk makluman, penerima yang layak menerima BOT ini akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang. \nJKM memaklumkan, tujuan bantuan BOT diberikan adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.\nPemberian BOT daripada JKM ini diharap dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan mereka. \n\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang ingin memohon BOT perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia.Pemohon merupakan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.Pendapatan Isi Rumah pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.Pemohon adalah warga emas yang bukan tinggal\u00a0di:\u2013 Institusi kendalian JKM; atau\u2013 Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).\u00a0\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan BPT, ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n1. Sila muat turun borang-borang permohonan berikut:\u2013 JKM 18 Borang Permohonan Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf\u2013 JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf2. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.\n\n\n\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama ke pejabat JKM bagi permohonan BOT iaitu:\nKad Pengenalan\u00a0diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).\nSoalan Lazim\nBerapakah bantuan yang akan diterima seorang bagi penerima BOT daripada JKM? Untuk BOT, penerima yang layak akan menerima bantuan daripada JKM berjumlah RM500 sebulan. Jika saya merupakan warga emas berumur 61 tahun, adakah saya layak memohon BOT? Ya. Pemohon yang berumur lebih 60 tahun layak untuk memohon BOT daripada JKM. Jika saya tinggal di Pusat Jagaan Harian, adakah saya boleh memohon BOT? Tidak. Pemohon yang tinggal di Pusat Jagaan Harian atau mana-mana institusi kendalian JKM tidak layak memohon BOT. Adakah pemohon bukan warganegara Malaysia layak memohon BOT? Tidak. Hanya pemohon warganegara Malaysia layak memohon BOT. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BOT, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mystr-login-semakan-rayuan/", "title": "MySTR Login Semakan,Bayaran STR Fasa 3 & Rayuan STR", "body": ["\n\n", "\nTarikh akhir Login MySTR rayuan dan kemaskini maklumat data STR 2023 ialah pada 31 Julai 2023 bagi semakan status yang tidak layak STR Fasa 3. \nManakala bagi semakan yang layak menerima sumbangan tunai rahmah fasa 3, tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan mula dibayar dan dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 26 Jun 2023. \nJumlah bayaran pula *str tambahan RM100, bagi kategori berkeluarga RM200 \u2013 RM 800 mengikut kelayakan isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang.\n\nPembayaran Fasa 3 STR 2023\n\nTarikh pembayaran STR fasa 3 adalah seperti berikut\n\nAda Akaun\u00a0\u2013 Bayaran mulai 26 Jun 2023\u00a0secara berperingkat.\nTiada Akaun\u00a0\u2013 Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai\u00a026 Jun 2023.\n\nPortal MySTR\nMerupakan portal rasmi yang disediakan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHNDM) bagi tujuan kemudahan orang ramai untuk membuat semakan, kemaskini dan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR). \nPortal ini boleh di akses mulai 17 Januari 2023 melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nMySTR Register (Pendaftaran Baru) & Kemaskini\n\nProses untuk permohonan baru dan kemas kini\u00a0STR telah bermula pada 01 Mac 2023 dan tarikh tutup permohonan baru pada 31 Mac 2023*. \nKaedah\u00a0permohonan secara online di buka : Mulai 01 Mac 2023, manakala pendaftaran baru dengan pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan. di buka mulai 08 Mac 2023.\nSekiranya anda terlewat untuk membuat tindakan bagi permohonan baru MySTR, secara automatik anda tidak layak untuk menerima bayaran bagi STR Fasa 2, STR Fasa 3, STR Fasa 4 dan STR Tambahan (untuk kategori yang tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih )\nTarikh Bayaran MySTR Fasa 3\n\nTarikh bayaran STR Fasa 3 sumbangan tunai rahmah akan disalurkan mulai 26 Jun 2023.\nSemakan MySTR\nUntuk semakan status kelayakan pembayaran MySTR fasa 3 semakan boleh dibuat mulai 26 Jun 2023. Sila klik Log Masuk MySTR untuk semakan lanjut. Semakan boleh di buat dengan kaedah berikut ;\nMySTR Semakan Fasa 3\n\nLayari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nPilih menu Log Masuk\u00a0\nKlik Semakan Pembayaran Fasa 3;\nMasukkan Nombor MyKad Pemohon \niii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan \niv. Masukkan Kata Laluan \nv. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 3 \nvi. Maklumat yang akan dipaparkan \n\na. Nama Pemohon \nb. No Mykad Pemohon \nc. Status Permohonan \nd. Maklumat Pembayaran Fasa 3 (berdasarkan data kemaskini dan permohonan baru) \n\n\n\nSemakan MySTR 2023 Melalui Aplikasi\nAplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di\u00a0Play Store\u00a0/ App Store pada telefon bimbit; atau\nSemakan MySTR 2023 Melalui Panggilan Telefon\nAnda boleh menghubungi ;\n\nLHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau\nMOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atau\n\nSemakan Melalui Kaunter LHDNM\nAnda boleh hadir ke LHDNM yang berhampiran.\nCara Login MySTR\n\nMaklumat MySTR Fasa 3 adalah berdasarkan maklumat yang telah dikemaskini dan data baru bagi permohonan STR yang telah dibuat pada Mac 2023 yang lalu.\nPendaftaran MySTR\n\n\n\n\nLayari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nKlik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.\nMasukkan Maklumat Keselamatan.\nMasukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.\nPendaftaran berjaya\n\nMenu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nRayuan MySTR \n\nUntuk makluman, bagi penerima BKM 2022, anda tidak perlu untuk membuat kemaskini STR 2023. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.\n\n\n\n\nManakala bagi semakan status STR Fasa 3 yang tidak layak, rayuan mystr boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 sehingga tarikh tutup 31 Julai 2023.\nPermohonan rayuan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang rayuan str yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.\nTerlupa Kata Laluan MySTR\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\nPermohonan MySTR\nSekiranya selepas anda memakan pada menu Log Masuk MySTR tetapi mesej yang dipaparkan adalah \u201cTidak Layak Fasa 1 STR\u201d atau \u201cTiada Rekod\u201d.\nMesej berkenaan dipaparkan kerana anda bukan penerima BKM 2022 sebelum ini.\nPermohonan baru mulai 1 Mac 2023 dan tarikh tutup permohonan baru pada 31 Mac 2023.\nSyarat kelayakan MySTR permohonan baru, anda boleh semak di permohonan baru str .\nNotis Amaran\nLHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan semakan kelayakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.\nLHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.\nTIADA CAJ yang dikenakan bagi semakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau \u2018scam\u2019 yang aktif di media sosial. Penerima dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan untuk Login MySTR 2023 anda boleh rujuk terlebih dahulu Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 .\nAtau anda jugaboleh hubungi ;\nHotline LHDNM\n\n1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nHotline MOF\n\n03-8882 4565\n03-8882 456\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh bayaran STR Fasa 3? Bayaran akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 Bagaimana untuk login MySTR Fasa 3? Layari website https://bantuantunai.hasil.gov.my/ Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3 RM200 -RM800 untuk kategori isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang dan warga emas Rayuan STR 2023 Permohonan rayuan STR boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 sehingga tarikh tutup 31 Julai 2023.Rayuan boleh dibuat secara online atau menggunakan borang rayuan \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mandi-wajib/", "title": "Cara Mandi Wajib : Rukun & Panduan Lengkap (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nSetiap umat Islam yang sudah baligh perlu ambil tahu cara mandi wajib yang lengkap dan betul. \nMandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub serta mandi hadas ini juga tidak boleh dipandang ringan.\nUntuk memastikan ibadah kita diterima Allah, kita perlulah memastikan mandi wajib yang dilaksanakan sempurna dan sah. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cara mandi wajib yang betul. \n\nKeperluan Untuk Mandi Hadas\nUmat Islam diwajibkan untuk mandi hadas apabila berlakunya perkara-perkara berikut :\n\nJimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.\nKeluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)\nKeluar darah Haid bagi wanita.\nNifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)\nWiladah \u2013 wanita yang melahirkan anak.\nMati kecuali mati syahid\nMasuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (kafir)\n\nRukun Mandi Wajib\n\nNiat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat.\nMenghilangkan kotoran dan najis pada badan\nMeratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)\n\nNiat Mandi Wajib\n\nBacaan Rumi : Nawaitu Raf\u2019al hadathil akbari lillahi ta\u2019ala.\nMaksud: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.\nNiat ini hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.\nLafaz Niat Yang Lain\ni. Untuk Mandi Junub\n\nBacaan Rumi : Nawaitul ghusla \u2018anil janabati lillahi ta\u2019ala\nMaksud : Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala\nii) Untuk Mandi Wajib Kerana Haid\n\nBacaan Rumi : Nawaitul ghusla \u2018anil haidhi lillahi ta\u2019ala\nMaksud : Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala\nUntuk Mandi Wajib Setelah Tamat Nifas\n\nBacaan Rumi : Nawatul ghusla \u2018aninnafaasi lillahi ta\u2019ala\nMaksud : Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala\nBaca Juga : Bacaan Dalam Solat Serta Maksudnya Yang Perlu Kita Tahu\nCara Mandi Wajib / Langkah-Langkah Mandi Wajib Sempurna\nBerikut dikongsikan cara mandi wajib yang sempurna mengikut panduan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :\n\n\n\n\n1. Niat ketika air sampai ke tubuh\n2. Membaca \u201cBismillah\u201d\n3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali\n4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri\n5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun\n6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.\n7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari \u2018Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:\n\u201cKemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya\u201d\nKetika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith \u2018Aisyah (R.A) yang maksudnya:\n\u201cBaginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri\u201d\nBagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith \u2018Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:\n\u201cTinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu\u201d\n8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.\nDari \u2018Aisyah (R.A): \u201cSesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci\u201d. (Sahih Muslim)\n9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan\n10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.\nSumber: \n\nMajalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\nPortal myHadith JAKIM\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ranking-mrsm-terbaik-spm-2022/", "title": "Senarai Ranking MRSM Terbaik Keputusan SPM 2022", "body": ["\n\n", "\nRanking MRSM Terbaik Berdasarkan Keputusan SPM 2022\nSeperti yang kita tahu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dikeluarkan pada 8 Jun 2023 iaitu Khamis lalu. \nMenurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, seramai 10,109 calon SPM 2022 telah menerima keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam kesemua mata pelajaran yang diambil. \nPencapaian ini sekaligus melihatkan peningkatan pencapaian calon SPM yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.\nDengan itu, di sini kami akan kongsikan senarai ranking MRSM terbaik berdasarkan keputusan SPM 2022.\nBaca Juga : Ranking SBP Terbaik Berdasarkan Keputusan SPM 2022\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\nSenarai Ranking MRSM Terbaik (Berdasarkan Keputusan SPM 2022)\n\nKepala Batas : 1.65\nLangkawi : 1.66\nTun Abdul Razak : 1.75\nTun Ghafar Baba (TGB) : 1.78\nJohor Baharu : 1.84\nAlor Gajah : 1.85\nPasir Tumboh : 1.92\nSg Besar : 1.95\nTaiping : 1.96\nKota Putra : 1.97\n\nBerikut dilampirkan senarai penuh bagi pencapaian Gred Purata Maktab (GPM). \n\n2 MRSM Terbaik Mengikut Program\nSelain keputusan mengikut MRSM, terdapat juga ranking keputusan SPM mengikut program. \nUntuk makluman, terdapat beberapa program yang ditawarkan di MRSM iaitu :\n\n\n\n\n\nPremiero Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA\nUlul Albabo Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran\nIGCSEo Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM\nIB MYP (Middle Years Programme)o Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM\nTeknikalo Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan\nBitara (Program Khas Pendidikan)o Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM\n\nBerikut merupakan 2 MRSM terbaik mengikut program :\nProgram BITARA\n\nTaiping\nTun Ghafar Baba\n\nIGCSE\n\nLangkawi\nTun Abdul Razak\n\nIB MYP \n\nTun Dr Ismail \nBalik Pulau\n\nUlul Albab\n\nKota Putra\nSungai Besar\n\nPremier\n\nPengkalan Hulu\nPasir Salak \n\nTeknikal \n\nBentong\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai sistem pendidikan serta perkembangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila layari pautan berikut : https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/era-fm/", "title": "ERA FM : Frekuensi, Senarai DJ & Segmen Harian", "body": ["\n\n", "\nEra FM adalah salah satu stesen radio tempatan popular dan digemari ramai tanpa mengira usia.\nStesen radio ini merupakan milik Astro Radio Sdn Bhd, iaitu salah satu anak syarikat Astro All Asia Networks yang turut memiliki beberapa stesen radio terkemuka di Malaysia antaranya Raaga, Sinar FM, Gegar, Hitz dan Mix FM.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai stesen radio popular ini.\nBaca Juga : Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS\nKe udara secara rasmi pada 1 Ogos 1998, Era FM kekal menjadi stesen radio Bahasa Melayu kegemaran rakyat Malaysia.\nNamun, ia kekal berkembang mengikut trend muzik semasa sambil menyajikan bukan sahaja lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, malah radio dengan slogan Muzik Hit Terkini ini turut memainkan lagu dari negara Barat, Indonesia dan Korea Selatan.\nAsalnya, stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock yang mula berkumandang pada 1 Januari 1997 sebelum menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.\n\u00a0Pada 1 Januari 2018, radio ini telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai inisiatif daripada Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bwah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan kepada semua pendengar.\nSeiring dengan perkembangan radio terkemuka ini, slogan stesen radio ERA FM turut berubah beberapa kali sejak beroperasi :\n\nRentak Muzik Terkini (1998-2009)\nMuzik Terkini (2009-2011)\nKini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)\nMuzik Hit Terbaik (2012-2022)\nMuzik Hit Terkini (2022-Kini)\n\nFrekuensi ERA FM\nRadio ERA boleh didengari di seluruh Malaysia menerusi frekuensi berikut :\nFrekuensiLokasi103.3 MHzLembah Klang103.3 MHzKota Bharu,\u00a0Kelantan103.6 MHzAlor Setar,\u00a0Kedah\u00a0dan\u00a0Perlis103.6 MHzPulau Pinang103.6 MHzSeremban,\u00a0Negeri Sembilan90.7 MHzLangkawi,\u00a0Kedah95.2 MHzTaiping,\u00a0Perak103.7 MHzIpoh,\u00a0Perak90.3 MHzMelaka\u00a0dan\u00a0Johor Utara104.5 MHzJohor Bahru, Johor dan Singapura104.5 MHzKota Batam,\u00a0Kepulauan Riau,\u00a0Indonesia98.0\u00a0MHzKuantan,\u00a0Pahang102.8\u00a0MHzKuala Terengganu,\u00a0Terengganu\nAnda juga boleh mendengar siaran stesen radio ini secara dalam talian melalui laman web SYOK di alamat\u00a0https://era.syok.my/\n\n\n\n\nSenarai DJ Radio ERA FM\nBerikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio ERA FM:\n\nAzad Jasmin\nNabil Ahmad\nRadin Amir Affendy\nMunaabella\nIsha Norsham\nHaniff Hamzah\nRay\nFazziq Muqris\nAmira Husna (Era Terengganu)\nChris (Kota Kinabalu)\nIly (Kota Kinabalu)\nBeebey (Kota Kinabalu)\nLopz Wala (Kota Kinabalu)\nKim (Kota Kinabalu)\nJay Jay (Kota Kinabalu)\nOsha (Kuching)\nAfick (Kuching)\nChopie (Kuching)\nSyaz (Kuching)\nFir Affandi (Kuching)\nElly Mazlein\nZahier Yusoff\n\n\nDottie\nIsha Norsham\nFazziq Muqris\nNamie\nHawa Rizwana\n\nSegmen dan Program di ERA\nPelbagai segmen serta program menarik di radio ERA setiap hari.\nIsnin \u2013 Jumaat\nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 06:003 Pagi ERAAzad Jasmin, Nabil & Radin06:00 \u2013 10:00ERAthonMunaabella10:00 \u2013 13:00Gempak Hit ERAIsha Norsham13:00 \u2013 16:00101 ERAHaniff & Ray16:00 \u2013 20:00PM 40 ERAFazziq Muqris20:00 \u2013 00:00\n\nSabtu\nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 07:00Sabtu Pagi ERANamie & Hawa Rizwana07:00 \u2013 10:00RIM CHART ERAIsha Norsham10:00 \u2013 11:00Hujung Minggu ERAN/A11:00 \u2013 15:00Carta ERA 40Elly Mazlein15:00 \u2013 19:00Terbaik 3 Pagi ERAN/A19:00 \u2013 20:00Non Stop ERAN/A20:00 \u2013 22:00Flow ERAZahier22:00 \u2013 23:00Hallyu ERAMunabella23:00 \u2013 00:00\n\nAhad\nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 06:00Terbaik 3 Pagi ERAN/A06:00 \u2013 08:00Carta ERA 40\u00a0(ulangan)Elly Mazlein08:00 \u2013 12:00Lagu Baru Nak UpZahier12:00 \u2013 14:00Hujung Minggu ERAN/A14:00 \u2013 18:00Ulangan RIM CHART ERAIsha Norsham18:00 \u2013 19:00Terbaik 101 ERAN/A19:00 \u2013 20:00Non Stop ERAN/A20:00 \u2013 23:00Hallyu ERA\u00a0(ulangan)Munabella23:00 \u2013 00:00\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai radio ERA, sila ikuti laman media sosial mereka di pautan berikut :\nFacebook : fb.com/era.je\nInstagram : www.instagram.com/era.je\nTwitter : twitter.com/ERAdotje\nYoutube : www.youtube.com/eradotje\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pakej-perantisiswa/", "title": "PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka", "body": ["\n\n", "\nPakej PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka ~ Tidak ketinggalan, para mahasiswa juga dapat perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, salah satunya melalui Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.\u00a0\nPakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti \u2018tablet\u2019 kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).\n\nPakej bantuan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutan.\nSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan bahawa pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan bermula pada suku kedua tahun 2022.\nPemberian alat peranti ini akan di kendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.\n\nPakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan ini membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.\n\n\n\n\nUsaha sama Kerajaan dan penyedia perkhidmatan memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk Keluarga Malaysia, yang mana pelajar IPT adalah peneraju masa depan negara.\u00a0\nSyarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa\nPenerima mestilah seorang pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 untuk melayakkan anda menikmati tawaran pakej ini.\nSyarikat Telekomunikasi Terlibat\nBerikut ialah antara senarai syarikat Telekomunikasi yang terlibat:\nCelcom Axiata Berhad (Celcom),Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),Maxis Berhad (Maxis),U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),Telekom Malaysia Berhad (TM) danYTL Communications Sdn Bhd (YES)\nBilakah Anda Boleh Memohon/Mendaftar Pakej PerantiSiswa ?\nTempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 iaitu pada: April \u2013 Jun 2022\nCara Memohon Pakej PerantiSiswa ? \nCara-cara untuk memohon akan dikemaskini kelak**\nMaklumat Lanjut dan Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari: www.mcmc.gov.my\nSemoga inisiatif ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan dimanfaatkan oleh golongan pelajar IPT yang berhak untuk membantu proses pembelajaran mereka dengan lebih baik.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gaji-minimum-2023/", "title": "Gaji Minimum 2023 Malaysia (Perintah Gaji Minimum 2022)", "body": ["\n\n", "\nGaji Minimum 2023 Malaysia (Perintah Gaji Minimum 2022)\nSebelum ini, kerajaan telah mengumumkan penetapan kadar gaji minimum baharu dengan nilai RM 1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.\nNamun, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada 5 orang, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah dikemaskini bagi tahun 2023.\nBaca Juga : Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)\n\u00a0Perintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)\nDefinisi \u2018gaji minimum\u2019 di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.\nInisiatif Gaji Minimum Kebangsaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2010 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.\nIa merupakan salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk memastikan pekerja dapat memenuhi kepeluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka.\nTarikh Kuatkuasa Perintah Gaji Minimum (PGM)\nTerdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu :\n(a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:\n\nmajikan yang mengambil\u00a05 orang pekerja atau lebih; dan\nmajikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu\u00a0aktiviti profesional\u00a0yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.\n\n(b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan\u00a0kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).\nBagi tempoh\u00a01 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah\u00a0mengikut kawasan tempat kerja\u00a0pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan\u00a0selain\u00a0kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.\nApakah implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan?\nImplikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:\n\nPerintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan\nSemua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.\n\nPekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum 2023\nPenerimaan kadar gaji minimum adalah terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali perkhidmatan domestik.\nPekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual berikut :\n\n\n\n\n\nJadual Pertama Akta Kerja 1955;\nJadual Ordinan Buruh Sabah; atau\nJadual Ordinan Buruh Sarawak.\n\nOleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah\u00a0layak\u00a0menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.\n\nJadual Kadar Gaji Minimum 2023\nBerikut merupakan perlaksanaan kadar gaji minimum 2023 yang perlu dipatuhi oleh\u00a0majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.\n\nSeseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO\nDalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu\n\nprofesional sains dan kejuruteraan;\nprofesional kesihatan;\nprofesional perguruan;\nprofesional perniagaan dan pentadbiran;\nprofesional teknologi maklumat dan komunikasi;\nprofesional perundangan;\nprofesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;\nprofesional sosial dan kebudayaan; dan\nbadan pengawalaturan\n\nPenalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum\nMajikan wajib untuk membayar gaji minimum kepada pekerja. Sekiranya gagal, majikan boleh dikenakan penalti seperti berikut :\nKesalahanPenaltiKesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.\nMaklumat Lanjut\nUntuk bantuan serta khidmat nasihat mengenai dasar dan perlaksanaan gaji minimum, sila layari laman web minimumwages.mohr.gov.my atau hubungi :\nSekretariatMajlis Perundingan Gaji NegaraKementerian Sumber ManusiaAras 7, Blok D3, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel: 03-8886 5156Faks: 03-8881 0668E-mel: [email\u00a0protected]Laman sesawang: www.mohr.gov.my\nIsu-isu Pelaksanaan\nJabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)Kementerian Sumber ManusiaAras 5, Blok D3, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel : 03-88865192Faks: 03-8889 2368Emel : jtksm.mohr.gov.myLaman sesawang: jtksm.mohr.gov.my\nJabatan Tenaga Kerja (Sabah)Kementerian Sumber ManusiaTingkat 1, Blok C & D,Bangunan KWSP P/S 1455788852, Kota Kinabalu, SABAHTel : 088-238755/233820Faks : 088-242445Emel : jtknsabah.mohr.gov.myLaman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my\nJabatan Tenaga Kerja (Sarawak)Kementerian Sumber ManusiaTingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,Jalan Simpang Tiga,93532, Kuching, SARAWAKTel : 082-242261/414062Faks : 082-244909Emel : [email\u00a0protected]Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my\nJabatan Perhubungan Perusahaan MalaysiaKementerian Sumber ManusiaAras 9, Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel : 03-88865460Faks : 03-88862355Emel : [email\u00a0protected]Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my\nFAQ Gaji Minimum 2023\nMengapakah pekerja asing tidak dikecualikan daripada menerima gaji minimum? Seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah dan seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Di samping itu, Konvensyen ILO No.100:\u00a0Equal Remuneration\u00a0telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997 yang menetapkan seseorang pekerja hendaklah tidak didiskriminasikan atas alasan kewarganegaraan. Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju? \u00a0TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Adakah gaji minimum bertentangan dengan amalan\u00a0Productivity-Linked Wage System(PLWS)? TIDAK. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan PLWS selagi pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/resepi-nasi-ayam/", "title": "Resepi Nasi Ayam", "body": ["\n\n", "\nNasi ayam antara makanan paling popular terutama kanak-kanak.\nJom kami kongsikan resepi nasi ayam yang boleh anda buat di rumah.\nMudah dan cepat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mysprsemak-cara-semakan-daftar-pemilih-pengundi/", "title": "MySPRSemak : Cara Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR 2022", "body": ["\n\n", "\nMySPRSemak : Cara Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR 2022 ~ Untuk makluman, penndaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar secara dalam talian.\nMySPRSemak\u00a0\nMySPRSemak\u00a0 adalah sebuah laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang membolehkan anda membuat semakan daftar pemilih dan lain-lain secara dalam talian.\u00a0\nAdalah menjadi hak setiap warganegara yang layak memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.\nUntuk dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda dikehendaki mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.\nAnda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.\n\nSemakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021)\nUntuk menyemak DPT BLN12/2021 sila rujuk langkah-langkah dibawah:\nLayari portal SPR di pautan berikut:\nhttps://www.spr.gov.myhttps://mysprsemak.spr.gov.my\nAplikasi mudah alih MySPR Semak.Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan: http://ppn.spr.gov.myHotline SPR di talian 03-8892 7018.\nTuntutan & Bantahan\nDalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.\nSelain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2021 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.\nTUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian (https://myspr.spr.gov.my) atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat di mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran dikenakan bagi tuntutan.\n\n\n\n\nSelain itu, dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.\nSeorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).\nPembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.\nCara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak)\n\nSekiranya anda telah membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak.\u00a0\nLayari Portal SPR di pautan berikut:\nhttps://www.spr.gov.my , atau;https://mysprsemak.spr.gov.my\nMasukkan nombor kad pengenalan anda dan kod Captcha yang dipaparkan.\nTekan butang \u2018Semak\u2019.\nMaklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.\nNota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi hotline SPR seperti berikut:\nNo. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018\nAtau, layari pautan berikut untuk sebarang soalan dan aduan: http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-selangor-bangkit/", "title": "Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir", "body": ["\n\n", "\n Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir ~ Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini teah mengakibatkan kerugian besar kepada semua mangsa yang terjejas.\u00a0\nBerikutan itu, Kerajaan Selangor akan memberikan bantuan sebanyak RM1,000 menerusi inisiatif Selangor Bangkit. Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 keluarga yang terjejas akibat banjir.\nBantuan Selangor Bangkit Sebanyak RM1000/keluarga\nBantuan Selangor Bangkit ini akan diberikan secara berperingkat kepada semua penduduk Selangor yang terjejas banjir.\u00a0\nMenurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.\nDan, kemudian disusuli kategori kedua iaitu mereka yang berpindah di PPS kendalian pihak swasta dan persendirian.\nBagi mereka yang tinggal di PPS awam dan swasta, anda tidak perlu melakukan pendaftaran semula. Hal ini kerana, nama dan no kad pengenalan anda telah didaftarkan.\u00a0\nManakala bagi kategori ketiga pula, iaitu mereka yang tidak berpindah, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat sehenti dan menggerakkan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan nama mangsa bermula 3 Januari depan.\nSelain itu, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan banjir untuk mengagihkan bantuan RM10,000 menerusi inisiatif sama.\n\n\n\n\n\nLokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran\ni) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi\nDilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12)Menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPSTidak perlu sediakan dokumen tambahan\nii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah\nKhusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing\niii) Rumah ke Rumah\nBermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & TanahDibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung.Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE\niv) Dalam Talian (Online)\nHotline dan laman web rasmi akan diumumkanBermula pertengahan Januari 2022\nNOTA:\u00a0\nDokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja).Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC).Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan di MPKK atau Pejabat Parlimen di tempat anda.\nSumber: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-bujang/", "title": "STR Bujang \u2013 Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah", "body": ["\n\n", "\nSTR Bujang : Syarat, Kadar & Tarikh Pembayaran\nSukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\nDalam pembentangan Belanjawan 2023, inisiatif yang dilaksanakan di bawah Konsep Payung Rahmah ini ditawarkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dalam menangani cabaran kos hidup terutamanya bagi golongan B40.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bakal menyalurkan sumbangan tunai berjumlah sehingga RM 3,100 dengan peruntukan hampir 8 billion. \n8.7 juta rakyat Malaysia dianggarkan bakal menikmati inisiatif ini.\n\nBagi kategori bujang, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan nilai bantuan tunai kepada RM 350.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai informasi terkini STR Bujang.\nBaca Juga : Permohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah\nSyarat Kelayakan STR Bujang\nPemohon berstatus bujang perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nBujang / Bujang OKU Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 21-59 tahun; dan\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan bagi STR Bujang adalah RM 350 dengan pemberian secara berperingkat.\n\nTarikh Pembayaran\nTarikh pembayaran sumbangan ini adalah seperti berikut :\nFasa PembayaranKadar BayaranTarikh PembayaranFasa 1RM 100Bermula 17 Januari 2022Fasa 2RM 100AprilFasa 3RM 150JulaiFasa 40 (Tiada bayaran)November\nPermohonan Baharu / Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah\nUntuk makluman, tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk permohonan baharu STR 2023 :\n1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/\n2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.\n\n3. Isikan maklumat pemohon dengan tepat dan betul. Ruangan (*) adalah mandatori diisi.\n4. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.\n5. Seterusnya, isi kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA.\n\n\n\n\n6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut.\n7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.\n8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan\nAnda boleh rujuk panduan bagi permohonan baharu secara lengkap menerusi lampiran berikut :\nPANDUAN-PENGGUNA-STR-PERMOHONAN-BAHARUDownload\nSoalan Lazim STR Bujang\nBagaimana cara untuk membuat semakan status? Anda boleh ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Bilakah Tarikh Bayaran Fasa 1,2,3 dan 4? Pemberian bantuan dijangka bakal dilaksanakan mengikut tempoh berikut :Januari Fasa 1 = RM 100 (telah dibayar)April Fasa 2 = RM 100Julai Fasa 3 = RM 150November Fasa 4 = Tiada bayaran Bagaimanakah kaedah pembayaran bagi STR Bujang? Pembayaran STR adalah sama seperti kaedah pembayaran BKM sebelum ini iaitu :Menerusi akaun bank terkini yang didaftar dalam tempoh pengemaskinian/permohonan atau kredit ke akaun bak sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.Untuk penerima tanpa akaun bank, kaedah pembayaran adalah seperti berikut :\u2013 Tiada Akaun\u00a0\u2013 Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai\u00a017 Januari 2023.\u2013 Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak)\u00a0\u2013 Penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)\u00a0mulai 17 Januari 2023. Bagaimanakah cara untuk semak status STR? Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai\u00a017 Januari 2023. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pemberian STR Bujang, sila layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\nAnda juga boleh hubungi talian bantuan khas seperti berikut :\nHotline STR LHDNM\n1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nHotline STR MOF\n03-8882 4565\n03-8882 4566\ne-mel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kad-pelajar-marrybrown-2023/", "title": "Kad Pelajar Marrybrown 2023 Kelebihan & Cara Guna", "body": ["\n\n", "\nDapatkan Kad Pelajar Marrybrown Dan Nimati Kelebihan MB Student Card Edisi Chipmunk\nBagi anda yang tak tahu Marrybrown menawarkan promosi khas untuk pelajar-pelajar mendapatkan menu di semua cawangan Marrybrown Malaysia dengan harga RM5.90 sahaja setiap set.\nPelajar boleh mendapatkan kad ini secara percuma di seluruh cawangan restoran. Tiada bayaran dan pendaftaran di perlukan.\nKad Pelajar Marrybrown 2023\n\nKad Pelajar MB baharu boleh didapati secara PERCUMA dan, anda boleh menikmati dua set hidangan Kad Pelajar dengan hanya RM5.90 setiap satu!\nTerdapat dua reka bentuk comel untuk anda pilih dengan penampilan MB Chipmunk istimewa pada setiap kad!\nCara untuk dapatkan Marrybrown Student Card 2023 ini mudah sahaja, hanya perlu tunjukan kad ID Pelajar anda di kaunter Marrybrown seluruh Malaysia sebelum anda membuat pesanan.\nTempoh sah promosi kad pelajar marrybrown ini tamat pada 31 Disember 2023. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan sekarang tanpa bayaran dan tanpa pendaftaran.\nKelebihan Mendaftar Kad Pelajar Marrybrown\nPelajar yang mendapatkan dan menggunakan kad ini secara PERCUMA, boleh menikmati dua set hidangan Kad Pelajar ini dengan hanya RM5.90 setiap satu\n\n\n\n\n\nSet A = Chicken Burger & Coca Cola\nSet B = 1 Pc MB Crispy Chicken + Mashed Potato & Coca Cola\n\nBaca juga : Menu Rahmah Burger King RM5\n Terma & Syarat\nBerikut adalah terma dan syarat untuk Kad Pelajar MB 2023:Terma dan syarat:\n\nTunjukkan kad ini sebelum membuat pesanan.\nSah untuk pelajar berumur bawah 25 tahun.\nDine-In sahaja.\nSATU item setiap tawaran setiap pesanan.\nTidak sah dengan tawaran, promosi, diskaun dan penghantaran Marrybrown yang lain.\nHarga tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika berkenaan).\nSah di: Semua Restoran Marrybrown di Malaysia (kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Outlet Premium Johor, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).\nPromosi ini sah sehingga 31 Disember 2023\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai promosi Kad Pelajar Marrybrown 2023, anda boleh layari website https://marrybrown.com/\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana cara nak dapatkan kad pelajar MB chimpunk 2023? Anda boleh dapatkan di semua lokasi Marrybrown dengan hanya perlu tunjukan kad id pelajar anda sahaja Apakah kelebihan Marrybrown Student Card 2023? Anda boleh dapatkan set menu MB dengan harga promosi tertakluk kepada terma dan syarat Cara Guna Kad Pelajar? Hanya perlu tunjukan kad anda sebelum membuat pesanan \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-bkm-tarikh-bayaran-fasa-1-28-mac-2022/", "title": "Semakan BKM |\u00a0 Tarikh Bayaran BKM Masuk Fasa 1 (28 Mac 2022)", "body": ["\n\n", "\nSemakan BKM |\u00a0 Tarikh Bayaran BKM Masuk Fasa 1 (28 Mac 2022) ~ Sukacita dimaklumkan, tarikh bayaran BKM telah diumumkan!\nPenyaluran bkm fasa 1 akan bermula pada 28 mac 2022 secara berperingkat.\u00a0\nSemakan BKM\nBKM, Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah inisiatif pihak kerjaan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan pasca COVID19. Terdapat lebih kurang 8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.\nBagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. \u2800Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.\nPembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan 28 Mac 2022.\n\nKaedah Pembayaran\nA) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank; 28 Mac 2022\nB) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank; 30 Mac 2022\nSemakan Status BKM Fasa 1\nBagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengetahui cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.\n\n\n\n\nLayari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.Klik [LOG MASUK BKM].Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.Klik [Semak].Buat pengesahan iaitu \u201cAdakah ini kata kunci keselamatan anda?\u201d.Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.Sila masukkan Kata Laluan anda.Klik [Log Masuk].Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).Klik Menu [Semakan Status].Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.Selesai.\nNOTA: Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru\n\u00a0Jadual Pembayaran BKM 2022\nFasa 1 : 28 Mac 2022\u00a0\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 2: Jun 2022\nIsi rumahWarga Emas\u00a0Bujang / Tiada Pasangan\nFasa 3 : September 2022\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 4 : Disember 2022\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan berikut:\u00a0 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sumbangan-laptop-tablet-agro-digital-untuk-warga-tani-selangor/", "title": "Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor", "body": ["\n\n", "\nTawaran Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi sumbangan bantuan laptop dan tablet dari Agro Digital kini dibuka. \nBantuan ini disalurkan di bawah kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri Selangor.\nInsentif ini digerakkan bagi membantu keluarga warga tani berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) pada waktu pandemik menerusi laptop atau tablet.\nBantuan dari Agro Digital ini diharap dapat membantu anak-anak warga tani untuk jalani PdPr dengan lebih baik menerusi laptop atau tablet yang disumbangkan.\nBaca Juga : Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor RM50,000\n\nTarikh Permohonan Bagi Sumbangan Peranti dari Agro Digital Selangor\nPermohonan bagi bantuan ini boleh dibuat dari 21 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022 jam 12.00 tengah malam.\n\n\n\n\nJumlah Laptop dan Tablet\nJumlah laptop dan tablet yang akan diberikan menerusi program Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital ini adalah seperti berikut :\nLaptop : 100 buah\nTablet : 50 buah\nSyarat-Syarat Bagi Permohonan Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital\nCalon yang berminat untuk kemukakan permohonan bagi bantuan Laptop & Tablet Agro Digital perlu menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut : \u00a0\nPemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Selangor melebihi 10 tahun.Merupakan warga tani di Selangor yang mendaftar dengan Jabatan / Agensi Pertanian Selangor. Pemohon terlibat aktif dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor.Mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr).\nPendapatan isi rumah adalah RM 2,000 dan kebawah sebulan.\nCara Memohon Bantuan Laptop & Tablet Agro Digital\nPemohon boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :\nKlik link pautan permohonan berikut\u00a0https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu bukti bergambar sedang menjalankan aktiviti pertanian/perikanan/penternakan/industri asas tani.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan laptop dan tablet dari Agro Digital, sila ajukan emel ke alamat emel seperti berikut : \n[email\u00a0protected] ; atau\n[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/aisj-anugerah-ikon-siswa-johor/", "title": "AISJ : Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor 2022", "body": ["\n\n", "\nPencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) 2022 telah dibuka. Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan mempelawa mahasiswa anak Johor yang masih belajar,sama ada di institut pengajian tinggi dalam negara mahupun luar negara untuk menghantar pencalonan ini.\nCalon yang layak juga boleh menyertai tiga penyertaan sekaligus daripada 5 kategori yang di pertandingkan termasuk bidang akademik, kebudayaan, kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawan\nApa Itu Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ)\n\nAISJ merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakkan kepada kepimpinan mahasiswa Johor yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten dan juga yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.\nObjektif Anugerah Ikon Siswa Johor 2022\n Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan mahasiswa dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program mahasiswa.Mengiktiraf peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh institusi Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan program/aktiviti kemahasiswaan.Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.\nSyarat-Syarat Pencalonan:\n\nPencalonan ini terbuka kepada semua mahasiswa anak negeri Johor Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.Dibenarkan menyertai maksimum tiga (3) penyertaan sahaja(calon yang sama).Calon hendaklah masih dalam tempoh pengajian semasa permohonan dibuat.Pencalonan adalah berdasarkan program yang dilaksanakan sepanjang sesi 2021/2022 sahaja.Nyatakan CGPA terkini(bagi pencalonan individu) dan Laporan Program.Tarikh tutup pencalonan adalah pada 18 SEPT 2022.\nMaklumat Borang Pencalonan AISJ 2022 adalah seperti berikut :\nPencalonan dibuka : 21 Ogos 2022Pencalonan ditutup : 18 September 2022Sesi temuduga : 2 Oktober 2022\nCara Permohonan Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor\nPermohonan untuk pencalonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online dengan cara ; \nLayari pautan http://tiny.cc/BorangPencalonanAISJ22Isikan setiap ruangan soalan dan maklumat dengan tepatTekan butang hantarAkhir sekali, anda dikehendaki menyertai group whatsapp yang disediakan\nStatus Pencalonan\nPencalonan yang berjaya akan dihubungi dan diumumkan di Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor pada Oktober ini..\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumbalas berkaitan Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor 2022, anda \u00a0boleh hubungi talian +60 11 1045 3453 / 07 234 4355 sambungan 246 atau email ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\n\n\n\n\n\nApa Itu AISJ?\nAISJ 2020 merupakan satu majlis yang memberi pengiktirafan kepada mahasiswa anak johor sama ada di IPTA atau IPTS dalam pelbagai bidang. antaranya ialah kepimpinan, kesukarelawan,keusahawanan dan sebagainya\nBilakah AISJ tahun ini?\nAisj 2022 akan di adakan seawal bulan Oktober 2022 atau November 2022. Tarikh khusus akan dimaklumkan dari masa ke semasa\nCara pelaksanaan program AISJ?Majlis AISJ 2022 akan dijalankan secara fizikal. Tertakluk kepada perubahan\nCara persiapan program?Persiapan akan dijalankan secara atas talian dan fizikal bergantung kepada keperluan\nApakah platform temuduga yang digunakan?Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tips-jimat-aircond/", "title": "7 Tips Jimat Aircond Supaya Bil Bulanan Tak Melambung Tinggi", "body": ["\n\n", "\nSaban hari, makin ramai yang memilih untuk pasang aircond di rumah. Ini disebabkan oleh cuaca panas yang melanda negara. \nOleh kerana bahang yang terasa dalam rumah jugalah yang menyebabkan ahli keluarga sering tidak selesa lebih-lebih lagi ketika matahari terik atau tidur pada waktu malam.\nNamun jika kita selalu memasang aircond juga tidak boleh kerana ia boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi setiap bulan. Jadi apakah caranya untuk menggunakan aircond supaya lebih jimat?\nJom kita lihat beberapa tips jimat aircond yang anda boleh cuba di kediaman anda. \n\n7 Tips Jimat Aircond Yang Anda Perlu Tahu\n1. Beli Aircond Dengan Horsepower (HP) Yang Sesuai Dengan Saiz Bilik\nTujuan menggunakan aircond dengan HP yang mencukupi adalah supaya pergerakan compressor dapat dikurangkan. Ini adalah disebabkan oleh makin banyak compressor bergerak, makin tinggi tenaga elektrik yang digunakan.\nJadi, sekiranya kita dapat mengurangkan pergerakan compressor, maka kita pasti dapat jimatkan lagi penggunaan elektrik.\nAntara kaedah pengiraan yang ramai orang gunakan adalah (luas kawasan bilik X 60) / 9000.\nJadi, untuk bilik bersaiz 12\u2019 X 10\u2019, kiraannya adalah seperti berikut :\n(12\u2019X10\u2019 X 60) / 9000 = 0.8 HP. Untuk itu, aircond yang paling sesuai untuk ruang ini adalah 1HP, manakala yang paling baik adalah 1.5HP. Namun, jangan pula anda beli aircond dengan 2.0HP kerana sudah terlebih power pula. \u00a0\n2. Gunakan Aircond Dengan Teknologi Inverter\nJangan berkira untuk ganti aircond lama anda dengan aircond baru yang dilengkapi dengan teknologi inverter! Inverter berfungsi untuk menstabilkan penggunaan motor atau compressor aircond anda. Jadi, bila compressor makin stabil, bil elektrik juga makin terkawal.\nSatu tips lagi, inverter pula hanya akan berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam. Jadi, anda tak perlu terlalu risau untuk gunakan aircond pada tempoh yang lama.\n3. Jangan Selalu Buka dan Tutup Penyaman Udara\nRamai yang mempraktikkan kaedah ini terutamanya ketika tidur. Mereka akan tutup aircond bila sudah sejuk dan akan membukanya semula apabila panas. \nJika cara ini sering dipraktikkan, ia boleh mengakibatkan penggunaan elektrik yang terlalu banyak.\n4. Pasangkan Tetapan Suhu Yang Betul pada Aircond\nIni adalah antara tips jimat aircond yang ramai terlepas pandang. Ada yang menganggap meletakkan aircond pada tetapan suhu yang tinggi boleh menjimatkan elektrik. Kemudian, mereka akan membiarkan aircond tersebut terpasang hingga ke pagi.\nNamun, kaedah sebegini tak dapat membantu anda untuk jimatkan bil elektrik. Cuba anda pasangkan tetapan suhu yang kami sarankan ini.\n\n\n\n\nCaranya ialah dengan membuka penyaman idara pada suhu terendah contohnya pada 16 \u00b0C dan kipas yang paling kuat misalnya pada tahap 4 dan biarkan bilik tersebut berada dalam tetapan yang sama dalam 30 hingga 45 minit.\nKemudian, barulah anda tetapkannya pada suhu 25 atau 26\u00b0C dan kelajuan kipas pula boleh diturunkan pada tahap 2.\nCara ini dilihat sesuai untuk jimatkan penggunaan elektrik kerana penyaman udara paling banyak menggunakan elektrik ketika ia dibuka kerana ketika itu compressor mula bergerak dan lama-kelamaan penggunaan tenaga sudah boleh dikurangkan.\n\n5. Pilih Aircond Dengan Rating Energy Efficiency Tinggi\nEnergy Efficiency Rate atau EER berfungsi untuk menentukan kadar penggunaan tenaga bagi sesebuah perkakas elektronik. \nSemakin tinggi nilai EER, semakin kurang kadar penggunaan eletrik bagi peralatan tersebut. Sebaiknya, pilihlah perkakas dengan 3 bintang dan ke atas untuk jimatkan penggunaan bil elektrik.\n\n6. Pastikan Penapis Sentiasa Bersih\nBilakah kali terakhir anda menukar penapis? Sekiranya penapis atau filter kotor, ia boleh mengurangkan kecekapan fungsi penyaman udara. \nApabila terlalu banyak habuk terkumpul di penapis, ia boleh menyekat dan melambatkan aliran udara dan menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga. Akibatnya, bil elektrik anda akan meningkat!\nJadi, adalah penting untuk anda memastikan penapis udara selalu bersih.\n7. Jangan Lupa Selenggara Penyaman Udara 6 ke 9 Bulan Sekali\nBercakap tentang penapis, jangan biarkan aircond anda tidak disentuh berbulan-bulan tanpa penyelenggaraan atau service! \nTanpa penyelenggaraan berkala, ia tidak akan keluarkan angin yang sejuk. Ini akan membuatkan anda asyik menukar tetapan suhu pada aircond. Padahal, mungkin puncanya berbeza seperti penapis yang kotor akibat habuk atau kurang gas.\nTambahan pula, service secara berkala ini penting agar aircond anda tidak cepat rosak.\n\nBegitulah beberapa tips jimat aircond yang anda boleh praktikkan untuk jimatkan lagi penggunaan elektrik di kediaman anda. \nSelain menggunakan tetapan yang bersesuaian, anda juga perlu rajin menyelenggara aircond dan memilih aircond dengan inverter dan EEC yang baik. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-biasiswa-kerajaan-negeri-sabah-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini Permohonan Biasiswa BKNS atau Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 kini di buka mulai 21 Jun 2022. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.\nTawaran tajaan melanjutkan pelajaran ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda, Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang dan juga luar negara.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 21 Julai 2022.\nBaca juga : Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022\nBidang & Peringkat Pengajian Layak Mohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022\n\nBidang & peringkat pengajian yang layak untuk memohon tawaran biasiswa BKNS ini ialah seperti berikut ;\n1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nAktuari SainsPerikananJuru UkurPertanianKejuruteraanSains TulenKesihatan dan Perusahaan TernakSeni Bina (Architecture)MaritimTeknologi MaklumatPengurusan HartanahUkur BahanPerakaunan\n2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nAktuari SainsPengurusan HartanahEkonomiPerakaunanFarmasiPergigianKejuruteraanPerhutananKesihatan dan Perusahaan TernakPerikananKeusahawananPertanianJuru UkurPerubatanPerindustrianPerubatan VeterinarPelancongan dan HospitalitiSains Alam SekitarPendidikan\nMatematikSains KomputerPengajian IslamSeni Bina (Architecture)Bahasa InggerisSeni KreatifBahasa CinaUkur Bahan\nPengajian IslamUndang-UndangPengurusan LadangPerlombongan & GeologiRenewable EnergyOil & Gas\n3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nBidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.\n\n\n\n\n4. Pengajian ke Luar Negara\nPenajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.\nSyarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah\nSyarat Umum\nPemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah\nSyarat Umur & Akademik\nDiploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nUmur tidak melebihi 20 tahunLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar\nIjazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nUmur \u00a0pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.\u00a0\u00a0Kelayakan Akademik\u00a0\u00a0Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.\u00a0 atauLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.\u00a0\u00a0\u00a0Lulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\u00a0\u00a0\u00a0Lulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\u00a0\u00a0\u00a0Lulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. 3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bahagian Biasiswa Negeri\u00a0\u00a0 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nIjazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nUmur pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahunKelayakan akedemik ;Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.Keutamaan diberikan kepada pelajar tajaan BKNS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.\u00a0\u00a0\u00a0Pelajar peringkat Sarjana hendaklah lepasan pengajian Sarjana Muda yang belum memperoleh pekerjaan dan mod pengajian adalah sepenuh masa.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0Perubatan, Pergigian dan Farmasi\u00a0\u00a0\u00a0\nKursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/ Matrikulasi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana\nCara Permohonan Biasiswa BKNS\nPermohonan hendaklah melalui sistem \u2018online\u2019 dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/ mulai 21 Jun 2022.\u00a0 Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.\u00a0 \u00a0Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.\u00a0Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Julai 2022. Permohonan selepas tarikh tersebut\u00a0 TIDAK akan dipertimbangkan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022, anda boleh hubungi:\nJabatan Perkhidmatan Awam Negeri SabahBahagian Biasiswa NegeriAras 3, Blok A, Menara KinabaluJalan Sulaman,Teeluk Likas88400 Kota Kinabalu\nNo. telefon : 088-368600 , 088-368676\nWebsite : https://jpan.sabah.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/apa-itu-sijil-uec/", "title": "Apa Itu Sijil UEC Kesan Kepada Sistem Pendidikan Negara", "body": ["\n\n", "\nAnda tahu apa itu Sijil UEC? Mengapa isu mengenainya sering menjadi perdebatan dan menjadi bahang dalam sistem pendidikan negara? Apakah kesan buruk UEC kepada Malaysia sekiranya ianya di iktiraf?.\nIsu ini saban tahun menjadi perdebatan, dan sekali lagi kembali panas walaupun baru empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.\nIni kerana dalam manifesto Pakatan Harapan Bab 21 \u2013Reformasi Pendidikan, Pakatan Harapan menetapkan untuk Sijil UEC di iktiraf dalam sistem pendidikan Malaysia sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.\n\nUntuk makluman ini bukan pertama kali, malah ianya turut menjadi manifesto pada pilihan raya umum ke 14 tahun 2018 oleh Pakatan Harapan (PH)\nKetahui Apa Itu Sijil UEC (Unified Examination Certificate)\nSijil Peperiksaan Bersama merupakan suatu peperiksaan yang dijalankan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia. \nSijil yang diberikan bagi peperiksaan tersebut ialah Sijil Peperiksaan Bersama atau singkatanya dikenali sebagai \u201cUEC\u201d (Unified Examination Certificate). UEC pertama kali digunakan dan diadakan pada tahun 1975.\nSehingga tahun 2018 sahaja, UEC telah menjangkaui penggal yang ke-44. Jumlah kumulatif pelajar UEC adalah seramai 645,699 orang, antaranya meliputi 252,705 orang dari menengah tinggi, 384,356 orang dari menengah rendah, dan 8,638 orang dari teknik dan vokasional\nObjektif UEC\nObjektif utama penubuhan UEC oleh Persekutuan\u00a0 Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia\uff08Dong Zong)\n\nUntuk menyeragamkan pentaksiran pencapaian akademik bagi setiap Sekolah Menengah Persendirian Cina;\nMewujudkan keadaan yang baik bagi pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina melanjutkan pelajaran dan mendapatkan peluang pekerjaan yang baik;\nSebagai bukti pencapaian akademik bagi memohon kemasukan universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara\nBukti pencapaian akademik bagi memohon kerja di pasaran\n\nUEC Vs SPM\n\nTerdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu\n\nVokasional (UEC-V),\nJunior (UEC-JML/JUEC) dan\nSenior (UEC-SML/SUEC).\n\nBahasa Utama/Penghantar UEC\nBahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML.\u00a0Bahasa Cina\u00a0atau\u00a0Bahasa Inggeris\u00a0merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesukaran UEC-SML adalah hampir sama dengan\u00a0A-level\u00a0kecuali Bahasa Inggeris.\nPelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior).\nSetiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang.\nMereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.\nPada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR.\n\n\n\n\nSeperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1.\nPada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM.\nSesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.\nUEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti\u00a0Singapura,\u00a0Australia,\u00a0Taiwan,\u00a0China\u00a0dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke\u00a0universiti-universiti awam Malaysia.\nAkan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004,\u00a0kerajaan Malaysia\u00a0mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia\u00a0SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan.\nBahasa Utama/Penghantar SPM\nBahasa Malaysia, merupakan bahasa utama yang diguna pakai\nPelajar akan menduduki dua tahun, iaitu tingkatan 4 dan lima untuk belajar semua subjek dan silibus yang terdapat dalam peperiksaan SPM\nPelajar wajib LULUS subjek Bahasa Melayu untuk meneruskan pengajian ke peringkat STPM/Diploma/A-Level/Ijazah\nPelajar yang gagal subjek Bahasa Melayu perlu menduduki semula peperiksaan sebagai calon persendirian\n\nUEC Diiktiraf 2021?\n\nWalaupun kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan secara terus mengenai pengiktirafan sijil UEC, tetapi satu iklan pengambilan guru seolah-olah telah mengiktiraf sijil tersebut melalui satu iklan di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia\nPengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021. \nKeburukan UEC\n\n\nPengiktirafan Sijil UEC tidak adil kepada mereka yang sedang dan telah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada.\npelaksanaan UEC dibimbangi akan mewujudkan dwi-standard dalam sistem pendidikan negara dan boleh menghakis identiti kebangsaan di Malaysia\nPengiktirafan Sijil UEC adalah tidak selaras dengan dengan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan\nUEC kerana ia dilihat bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran, kurikulum dan peperiksaan UEC yang ditadbir oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong adalah di luar kawalan dan pemantauan kerajaan. Mereka menentukan sendiri kurikulum, silibus dan buku teks yang diguna pakai\n\n Apa Itu Sijil UEC -Kritikan dan Isu Mengenai Pengiktirafan\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Perkara\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pertikaian\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Sejarah\u00a0\u00a0\u00a0\n UEC dikatakan lebih menonjolkan kewujudan hubungan Melaka dengan pengaruh Dinasti Ming (1368 -1644) bukanya menyentu tentang kegemilangan kerajaan Melayu Melaka \n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Bahasa Penghantar\u00a0\u00a0\u00a0\n Penggunaan bahasa penghantar Cina bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 ; Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi \n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Dasar\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Silbus berteraskan Cina Taiwan dan bukan Dasar Pendidikan Kebangsaan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\nIsu yang paling jelas disini ialah, sekiranya UEC mahu di iktiraf, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sementara itu pula Dong Zong tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam keseluruhan kurikulum, silibus dan buku teks UEC.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/raya-awal-2023/", "title": "Malaysia Raya Awal 2023 ? \u2013 \u201cJAKIM Take Noted\u201d", "body": ["\n\n", "\nBerhubung isu Malaysia raya awal 2023, JAKIM memaklumkan Ramalan Hari Raya Akan Dibincang Dalam Jawatankuasa Fatwa \u2013 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\nKekeliruan mengenai isu 1 Syawal akan di sambut awal sehari iaitu pada 21 April 2023 bersamaan hari Jumaat, timbul apabila berita yang di keluarkan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.\nDisebabkan berita tersebut tular, ramai berkira-kira Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tahun 2023 ini akan disambut lebih awal sehari, iaitu pada 21 April berbanding tarikh jangkaan pada 22 April 2023\nSebelum ini juga telah tular di media sosial tangkap layar daripada skrin di Masjid Wilayah Persekutuan, yang memaparkan tarikh akhir Ramadan adalah pada 20 April.\nRamai dalam kalangan kita mula berteka-teki susulan hebahan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang kononnya jatuh pada 21 April iaitu pada hari Jumaat.\nPandangan JUPEM Isu Raya Awal 2023\n\nIkuti pula apa kata Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengenai raya awal 2023 .Data hilal yang dihisab (hitung) sentiasa dirujuk semasa menentukan tarikh baharu dalam sesuatu bulan hijri. Data hilal pada setiap tarikh 29 haribulan hijri dianalisa untuk mengetahui samada ia memenuhi syarat Kriteria Imkanur-Rukyah atau sebaliknya yang menentukan jumlah hari dalam bulan tersebut hanya 29 hari atau 30 hari. Bagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah).\nKriteria Imkanur-Rukyah merupakan satu kriteria yang digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik. Kriteria yang digunakan adalah melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam). Syarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah di ketika matahari telah terbenam kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3\u00b0 dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4\u00b0 (6\u00b0 24\u2019).\nPemahaman masyarakat terhadap data hilal adalah penting supaya dapat mendapat gambaran potensi hilal kelihatan atau sebaliknya terutama melibatkan tiga bulan utama semasa cerapan hilal dilakukan. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kepada orang awam untuk memahami samada hilal bagi sesuatu bulan itu berada pada tahap mustahil boleh dilihat atau sukar dilihat atau mudah kelihatan. Gambaran tersebut dapat difahami dengan mengetahui beberapa ciri antaranya seperti berikut:\na) ketinggian hilal di atas ufuk;\nb) jarak antara hilal dengan matahari;\nc) umur hilal dari berlaku ijtimak sehingga hilal terbenam;\n\n\n\n\nd) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan\ne) sejauh mana data hilal tersebut menghampiri kriteria imkanur-rukyah.\nHilal yang mempunyai ciri-ciri kritikal hampir memenuhi syarat minima Kriteria Imkanur-Rukyah sering mendapat perhatian pencerap kerana menjadi cabaran dan harapan kemungkinan hilal dapat dilihat sekaligus menjadi satu pencapaian rekod baharu dalam cerapan hilal untuk digunakan dalam penilaian saintifik bagi tujuan penambahbaikan Kriteria Imkanur-Rukyah jangka masa panjang di masa hadapan. Dalam keadaan dimana hilal yang berada di bawah Kriteria Imkanur-Rukyah berjaya dilihat, ia akan memberi kesan kepada perubahan tarikh bulan baharu berbeza dengan kalender hijri yang telah diterbitkan sebagaimana berlaku pada bulan Syawal tahun 2022.\nPerbandingan Data Hilal Syawal 2022 Dengan Hilal Syawal 2023 -JUPEM\n\nAnalisa data hilal Syawal tahun 2022 menunjukkan bahawa tinggi hilal 5\u00b0 27\u2019 adalah berada jauh melebihi syarat minima (3\u00b0). Manakala jarak lengkung hilal ke matahari adalah 5\u00b0 57\u2019 yang hampir memenuhi syarat minima (6\u00b0 24\u2019). Hasil cerapan mendapati bahawa hilal Syawal 2022 telah berjaya dilihat dan penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 adalah lebih awal sehari berbanding tarikh yang telah ditetapkan di dalam kalender.\nAnalisa data hilal Syawal tahun 2023 menunjukkan bahawa tinggi hilal adalah 2\u00b0 18\u2019 berada di bawah kriteria minima (3\u00b0), manakala jarak lengkung hanyalah 2\u00b0 41\u2019 sahaja berada jauh di bawah kriteria minima (6\u00b0 24\u2019). Data ini menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima. Walau bagaimanapun sebagai umat islam yang beriman adalah wajib mengimani bahawa segala ketentuan adalah di atas kehendak Allah SWT. Telah menjadi ketetapan di negara ini bahawa cerapan hilal rasmi dijalankan pada 29 haribulan hijri bagi tiga bulan utama dan sekiranya hilal kelihatan maka keesokannya ditetapkan sebagai 1 haribulan bulan baharu sebaliknya jika tidak kelihatan maka keesokan harinya adalah dilanjutkan kepada 30 haribulan.\nAdakah Malaysia Akan Raya Awal Sehari 2023 ? \nSeperti yang semua sedia maklum, sama ada Malaysia akan menyambut 1 Syawal lebih awal dari jangkaan asal iaitu pada 22 April 2023, atau pada 21 April 2023 adalah di bawah bidang kuasa penyimpan mohor besar raja-raja yang telah diamanahkan. \nJusteru orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan sehingga boleh menimbulkan kerunsingan dalam masyarakat.\nSebaiknya adalah menyerahkan penetapan tarikh baharu bagi sesuatu bulan hijri terutama melibatkan ibadah puasa, perayaan hari raya dan hari raya korban kepada pihak berwajib setelah keputusan cerapan hilal diseluruh negara diperolehi.\nSama ada Malaysia menyambut raya awal 2023 ini atau tidak pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sedia maklum dan telah mengambil langkah yang sepatutnya dengan membawa isu ramalan hari raya untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan \nUmat Islam di Malaysia di harap dapat bersabar dan menanti keputusan pengumumuman hari raya aidilfitri 2023 yang akan di sampaikan nanti oleh penyimpan mohor besar raya-raya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-wesak-2023/", "title": "Hari Wesak 2023 (Tarikh & Cuti Umum Malaysia)", "body": ["\n\n", "\nTARIKH CUTI HARI WESAK 2023\nHari Wesak adalah tarikh penting dalam kalendar Buddha. Hari tersebut melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha.\nDi sini kami ingin kongsikan tarikh sambutan Hari Wesak di Malaysia bagi tahun 2023 serta cuti umum bagi setiap negeri. \nSebelum itu, jom kita kenali sedikit latar belakang agama serta budaya di sebalik perayaan ini.\nBaca Juga : Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 Malaysia \u2013 JAKIM\nPengenalan\nTidak kira sama ada penganut adalah daripada aliran Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan Hari Wesak bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal sekitar 563-483 SM.\nPerkataan Wesak adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha. Sementara itu, dalam bahasa Sanskrit, ia disebut sebagai Vaisakha. Vaisakha merujuk kepada nama bulan di dalam kalendar Hindu yang mengisyaratkan masuknya bulan kelima.\nMemetik buku The Philosophy of Vesak karya Ven. Dr. Madawela Punnaji, penganut Buddha menyambut perayaan ini bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha berpandukan tiga perkara.\nBuddha dipercayai lahir pada purnama bulan Vesakha, mendapat pencerahan agung dalam pertapaan dan juga dikatakan meninggal dunia di dalam bulan ini.\nOleh sebab itulah bulan ini dikira sangat penting bagi penganut Buddha untuk memperingatinya.\n\nSejarah memperingati Buddha pada bulan Vesakha bermula selepas kematian Siddharta Gautama Buddha. \n\n\n\n\nPerayaan ini diselaraskan secara rasmi pada persidangan pertama World Fellowship of Buddhists di Sri Lanka pada tahun 1950. Dalam persidangan tersebut, mereka bersepakat untuk meraikan setiap kali purnama dalam bulan Mei.\nDi Malaysia, Hari Wesak telah diumumkan sebagai cuti umum berkuatkuasa bermula pada tahun 1962 selepas rayuan dilakukan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961.\nSambutan \nPada hari tersebut, para penganut Buddha akan menziarahi biara dan kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.\nKhususnya bagi penganut Cina Buddha (Mahayana), mereka akan berarak beramai-ramai sambil membawa seni hias dalam bentuk patung Buddha dan simbol berkaitan Buddha di jalan raya pada malam Wesak.\nAntara simbol ikon yang dilambangkan kepada Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan benda peninggalan Buddha.\nPara penganut Buddha juga akan melafazkan tiga ucapan perlindungan kepada Buddha, Dhamma dan Sangha yang dikenali sebagai Triratna untuk memperbaharui azam mereka kepada ajaran Buddha.\nPada hari sambutan ini, mereka akan menyediakan hiasan simbol bunga teratai berwarna merah jambu. Ia dikira sebagai tahap tertinggi dan simbolik kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.\n\nCuti Hari Wesak 2023\nPada tahun ini, Hari Wesak jatuh pada 4 Mei 2023 (Khamis).\nSumber : kabinet.gov.my\nIa merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. Bagi yang berpeluang untuk bercuti atau sambung beraya, anda bolehlah lanjutkan cuti memandangkan 1 Mei pula merupakan cuti Hari Buruh!\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda menguruskan cuti serta rutin dengan lebih baik.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-citra-kwsp-bayaran-bulan-disember-2021/", "title": "i-Citra KWSP: Tarikh Terkini Bayaran Bagi Bulan Disember 2021", "body": ["\n\n", "\ni-Citra KWSP: Tarikh Terkini Bayaran Bagi Bulan Disember 2021 ~ Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tarikh bayaran i-Citra KWSP bagi bulan November baru-baru ini.\u00a0\nTarikh Bayaran i-Citra Disember 2021\nSukacita dimaklumkan, bayaran i-Citra bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula pada 1 Disember 2021.\u00a0\nPengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.\nPenting: \u00a0Pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja sahaja.\u00a0\nSemak Status Permohonan \nLayari laman web rasmi i-Citra melalui pautan berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/Klik \u201cSEMAK STATUS PERMOHONAN\u201d \u2013 kotak kedua.\u00a0Lengkap maklumat yang diperlukan kemudian klik, \u201cSEMAK STATUS\u201dStatus permohonan pengeluaran i-Citra anda akan dipaparkan.\u00a0\nSemak Tarikh Bayaran Melalui i-Akaun\nLayari laman web rasmi i-Akaun melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member (sekiranya anda telah memuat turun Apps i-Akaun, anda boleh login melalui aplikasi (apps) tersebut.\u00a0Masukkan ID dan Password anda untuk login.Pergi ke bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL dan klik \u201cWITHDRAWAL HISTORY\u201d.Kemudian, klik pilihan \u201ci-Citra\u201d yang dipaparkan untuk melihat tarikh bayaran pengeluaran i-Citra anda.\u00a0\nTempoh bayaran adalah mengikut seperti bayaran tarikh bulan pertama anda menerima bayaran.\u00a0\nContohnya seperti, sekiranya anda menerima bayaran pertama pada 2 Ogos, maka bayaran bulan seterusnya akan diterima pada tarikh yang sama; Atau, maksimum dalam tempoh 2 minggu;\u00a0 Atau, sebelum akhir bulan berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nMaklumat Mengenai Pengeluaran i-Citra \nPengeluaran i-Citra telah diperkenalkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.\nSemua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan boleh memohon.\nMenurut info di laman web rasmi KWSP, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.\u00a0\nBayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulanBayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpananBayaran minimum adalah RM50Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi;\nTalian KWSP: 03 \u2013 8922 6000Live Chat KWSP (Ask ELYA) : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us\nMasa Operasi: Isnin \u2013 Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang (kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengeluaran-berkala-kwsp/", "title": "Pengeluaran Berkala KWSP Secara Bulanan Pesara", "body": ["\n\n", "\nPengeluaran KWSP berkala bagi usia persaraan 55 tahun atau pengeluaran secara \u201clump sum\u201d seperti biasa.\nTerbaru Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencadangkan agar pengeluaran secara berkala atau bulanan dijadikan mandatori sebaik pencarum berusia 55 tahun. \nPerkara itu dibangkitkan oleh CEO KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Menurut beliau pengeluaran berkala akan memberi peluang kepada ahli KWSP bagi menguruskan wang persaraan dengan lebih baik. \nSelain itu juga, ia bakal memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan berdasarkan baki simpanan sedia ada.\nDalam pada itu, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan tersebut dan menyerahkan kepada keupayaan KWSP.\nCadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala KWSP\n\nDisebabkan perkara mengenai pengeluaran persaraan berkala KWSP ini masih di peringkat perbincangan, berikut penjelasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai cadagan tersebut ;\n\nUntuk ahli semasa, kaedah pengeluaran pada umur persaraan tetap mengikut kaedah yang sedia ada. pengeluaran berkala hanya terpakai untuk yang memilih secarasukarela\n\n\nCadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010. Cadangan ini masih diteliti dan tarikh pelaksaaan masih belum ditentukan\n\n\nKebanyakan negara lain telah beralih kepada mekanisme sebegini. segelintir negara yang masih mengamalkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim umpama pencen pada peringkat nasional\n\nFakta Megenai Pengeluaran Berkala KWSP\n\n\n\n\n\nDisebabkan telah tersebarnya berita yang bertentangan dengan maklumat yang di keluarkan oleh pihak KWSP, berikut fakta dan maklumat terkini yang sahi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ;\nTarikh kuat kuasa pengeluaran berkala ksp belum lagi di kuat kuasakan. Malah KWSP telah menyatakan penguatkuasaan akan melibatkan penggantian generasi. Ini bermakna kaedah ini hanya akan diguna pakai untuk ahli baharu sahaja dan masih secara sukarela untuk ahli semasa\nMekanisme umpama pencen : Kebanykaan negara lain telah berahlih kepada mekanisme ini, termasuk Singapura. Segelintir negara masih membenarkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim seumpama pencen di peringkat nasional\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kemusiklan dan pertanyaan mengenai Pengeluaran berkala KWSP, anda juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat dengan melayari website https://www.kwsp.gov.my/\nMasa Operasi Panggilan: Isnin \u2013 Jumaat 8.30\u00a0pagi ke 4.30 petang(Kecuali\u00a0pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\n\nHubungi : \u00a003-89226000\nFacebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mic-on-selebriti/", "title": "Mic On Selebriti 2023 : Peserta, Waktu Siaran & Pautan Live", "body": ["\n\n", "\nMic On Selebriti 2023 : Barisan Peserta, Waktu Siaran & Pautan Live\nSetelah bersiaran selama dua musim, program realiti TV Mic On kembali dengan edisi yang lebih menarik. \nKali ini, penonton bakal disajikan dengan pertembungan sengit antara pelakon bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM 250,000.\nRancangan ini bakal dikendalikan oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran sebagai hos untuk musim ini.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai rancangan Mic On Selebriti 2023.\nBaca Juga : Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta & Juri Tetap\nBarisan Peserta Mic On Selebriti 2023\n12 peserta yang terdiri daripada para pelakon yang berentap untuk membuktikan bakat masing-masing adalah berikut :\n\nZul Huzaimy\nFauzi Nawawi\nJohan As\u2019ari\nNamie\nChiwan\nAmmar\nAnas Ridzuan\nSherry Ibrahim\nMona Allen\nElly Arifin\nAfifah Nasir\nAmyza Aznan\n\n\nSementara itu, 3 penyanyi terkenal tanah air telah diberikan tanggungjawab selaku manager bagi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang selebriti.\n3 penyanyi tersebut adalah :\n\nBlack Hanifah\nHazama\nAepul Roza\n\n\nCabaran utama yang membuatkan program ini lebih menarik adalah tugasan mingguan yang akan dipersembahkan dan dinilai oleh barisan juri.\nJuri yang bakal menilai peserta adalah :\n\nErra Fazira\nDato\u2019 Acis\nDato\u2019 Aaron Aziz\n\n\nSistem Pemarkahan Mic On Selebriti\nUntuk makluman, sistem pemarkahan program ini akan diadili 100% oleh pihak juri berdasarkan tiga komponen utama iaitu aspek vokal (50%), persembahan (30%) dan kreativiti (20%). Markah selebriti tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti terendah.\nKumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah pula akan mara ke pusingan penyingkiran. Selebriti yang tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.\nWaktu Siaran\nJangan lupa untuk saksikan Mic On Selebriti pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112 serta siaran ulangan di saluran yang sama pada hari Ahad, 12.30 tengah hari. \n\n\n\n\nPautan Live / Youtube\nPenonton boleh saksikan live stream bagi Konsert Mic On! Selebriti di saluran Youtube Awesome TV. \nAnda juga boleh tonton video persembahan penuh dan Fan Cam di saluran Youtube Muzik Buzz / F8 Muzik. \nKeputusan Terkini Mic On Selebriti \nMinggu Pertama \nPeserta markah tertinggi : Amyza Aznan\nPeserta tersingkir : Tiada penyingkiran \nMinggu kedua\nPeserta markah tertinggi : Zul Huzaimy\nPeserta tersingkir : Mona Allen \nMinggu ketiga\nPeserta markah tertinggi : Zul Huzaimy\nPeserta tersingkir : Tiada penyingkiran\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini mengenai rancangan Mic On Selebriti, sila ikuti laman Facebook Awesome TV dan F8Buzz . \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pembiayaan-perniagaan-mara/", "title": "Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Pembiayaan Perniagaan Mara 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi bantuan pembiayaan perniagaa Mara kini dibuka.\nBantuan ini diwujudkan bagi membantu pengusaha yang kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada.\nJenis Perniagaan Yang Layak Memohon Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022\nPemilik perniagaan yang boleh memohon pembiayaan ini perlulah terlibat di dalam salah satu kategori perniagaan seperti di bawah :\nMilikan Tunggal (Enterprise)\nPerkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)\nSyarikat Sdn Bhd\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah melengkapi syarat-syarat seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaBerusia 18 tahun ke atasPerniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi lebih daripada 6 bulan.Menjalankan perniagaan secara sepenuh masa (fulltime)Perniagaan berlandaskan syariahPemohon perlulah bebas dari senarai hitam MARA.\nCara Mohon Pembiayaan Perniagaan MARA\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui langkah berikut :\nDaftar masuk sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.Pilih E-PerkhidmatanKemudian, pilih MyUsahawan\nAtau terus ke laman sesawang https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan\n\nHad Maksimum Pembiayaan Yang Boleh Dipohon\nBerikut adalah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan:\nPUTRA \u2013 had maksimum adalah sehingga RM10,000.00Skim OKU \u2013 had maksimum adalah sehingga RM50,000.00SEMAi \u2013 had maksimum adalah sehingga RM50,000.00DanaNita \u2013 had maksimum adalah sehingga RM150,000.00Mobile Business (Food Truck/Karavan) \u2013 had maksimum adalah sehingga RM500,000.00SPiM \u2013 had maksimum adalah sehingga RM500,000.00SPiM Tekno \u2013 had maksimum adalah sehingga RM500,000.00PUTEK \u2013 had maksimum adalah sehingga RM500,000.00SPiKE \u2013 had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00MISA \u2013 dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00PRiN \u2013 dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00\nHad maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut status perniagaan adalah seperti berikut:\nMilikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)\nHad maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM250,000.00\nSyarikat Sdn. Bhd\n\n\n\n\nHad maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM500,000.00 bagi semua skim kecuali PRiN dan MISA dengan had minimum dari RM500,001.00 hingga maksimum RM1,000,000.00.\nBaca Juga : Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan mengikut senarai semak di bawah.\n3 salinan diperlukan bagi setiap dokumen :\nSenarai Semak Pembiayaan\nDokumen yang lengkap perlulah dihantar ke Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PriN dan MISA).\nUntuk makluman pemohon, dokumen perlulah dihantar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, pemohon boleh rujuk ke senarai Soalan Lazim (FAQ) atau layari portal rasmi MARA di :\nhttps://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dana-didik-johor-2022/", "title": "Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Dana Didik Johor bagi tahun 2022 dibuka untuk bayi kelahiran Johor.\nDana Didik Johor merupakan insentif penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seawal usia bayi sehari kepada anak kelahiran negeri Johor.\nInisiatif Dana Didik Johor merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Kesihatan Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.\nMelalui inisiatif ini, setiap bayi kelahiran Johor sepanjang tahun 2022 layak menerima bantuan caruman sebanyak RM 100.\n\nSyarat Kelayakan Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nIbu dan bapa merupakan warga Malaysia. (Keutamaan akan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di negeri Johor).Bayi dilahirkan di Johor bermula 1 Januari 2022Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan.Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun.\nTempoh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 1 Januari 2022Permohonan boleh dilakukan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi.\nTempoh Penerimaan\nPemohon akan menerima resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM 100 daripada pihak PTPTN dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.\nCara Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor\nIbu bapa yang ingin memohon boleh ikuti carta aliran proses permohonan seperti di bawah :\nBorang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di negeri Johor mulai 1 Januari 2022.\nIbu bapa yang berkelayakan juga boleh muat turun borang permohonan yang telah dikongsikan di laman YPJ seperti berikut :\n\n\n\n\nBorang Permohonan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor) Rekod Penerimaan Borang Permohonan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa \nDokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan\nSelain melengkapkan ketiga-tiga borang di atas, ibu bapa juga perlu kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :\nSalinan Sijil Kelahiran BayiSlip Penyata Pendapatan Gaji Ibu dan Bapa atau Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu bapa yang tiada slip pendapatan gaji atau tidak bekerja)\nSalinan dokumen di atas perlulah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/ Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.\nLokasi Penghantaran Borang Permohonan\nPermohonan hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi dalam negeri Johor seperti berikut :\nJabatan Pendaftaran Negara Negeri JohorJabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu PahatJabatan Pendaftaran Negara Daerah PontianJabatan Pendaftaran Negara Daerah MuarJabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota TinggiJabatan Pendaftaran Negara Daerah TangkakJabatan Pendaftaran Negara Daerah KulaiJabatan Pendaftaran Negara Daerah SegamatJabatan Pendaftaran Negara Daerah KluangJabatan Pendaftaran Negara Daerah MersingJabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang RenggamJabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil RengitJabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong PengJabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil LabisJabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir GudangJabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar PenawarJabatan Pendaftaran Negara Cawangan PagohJabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC JohorJabatan Pendaftaran Negara RTC KulaiPejabat Yayasan Pelajaran Johor, LarkinPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri JohorPejabat PTPTN Cawangan UTC JohorPejabat PTPTN Cawangan Pasir GudangPejabat PTPTN Cawangan KluangPejabat PTPTN Cawangan Batu PahatPejabat PTPTN Cawangan MuarPejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)\nHantar Permohonan Melalui Emel \nPermohonan lengkap juga boleh dihantar melalui emel ke [email\u00a0protected] \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut berkenaan Dana Didik Johor, sila rujuk Yayasan Pelajaran Johor menerusi laman web, emel dan nombor telefon berikut :\nLaman Web Rasmi YPJ \nEmel : [email\u00a0protected]\nTelefon : 07-234 4355 atau 07 236 1081\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/super-app-airasia/", "title": "Super App AirAsia | Check In Melalui Website Sudah Tidak Tersedia, Anda Perlu Guna Apps Ini", "body": ["\n\n", "\nSuper App AirAsia | Check In Melalui Website Sudah Tidak Tersedia, Anda Perlu Guna Apps Ini ~ Tahukah anda, sekiranya anda telah menempah tiket penerbangan Air Asia, anda perlu memuat turun satu aplikasi khas untuk check in kerana, sistem check in melalui website Air Asia tidak lagi tersedia.\u00a0\nSuper App AirAsia\nAir Asia kini telah memperkenalkan Super App untuk memudahkan pelanggan dalam mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuklah daftar masuk kendiri (self check-in).\nSuper App adalah sebuah aplikasi yang diperkenalkan oleh Air Asia dan anda diwajibkan daftar masuk kendiri melalui aplikasi ini bagi meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.\nAnda dikehendaki untuk memuat turun dan install aplikasi ini terlebih dahulu melalui;\u00a0\nPlay Store bagi pengguna AndroidApple Store bagi pengguna IOS\nNOTA PENTING: Untuk kebanyakan penerbangan, pastikan daftar masuk kendiri (self check-in) bagi penerbangan AirAsia dalam tempoh masa 14 hari sebelum berlepas dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.\n\n\n\n\n\nDokumen Diperlukan\nPastikan anda sediakan dokumen seperti berikut berdasarkan beberapa faktor seperti yang ditetapkan oleh destinasi/negara yang dituju untuk dimuat naik semasa daftar masuk:\nSijil ujian negatif dengan tempoh sah 72 jam (atau sebagaimana yang ditetapkan) dari tarikh sampel yang diberikan kepada klinik atau makmalSijil/dokumen yang sepadan dengan nama tetamuJenis ujian yang dilakukan dan keputusannyaKeaslian sijil/dokumen dan sama ada ianya dari klinik atau hospital yang diakreditasi\nCara Guna Super App AirAsia\nBerikut adalah merupakan cara guna daftar masuk kendiri Super App mengikut kategori:\nPenerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK):\nKlik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.Anda akan menerima pas masuk elektronik (e-Boarding Pass) dan kod QR yang boleh digunakan untuk mencetak tag bagasi di kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang (tersedia di lapangan terbang terpilih).\nPenerbangan AirAsia yang lain (QZ, FD dan Z2):\nKlik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.Pilih untuk mengesahkan dokumen perjalanan yang diperlukan:Imbas/Muat naik Dokumen: Imbas atau muat naik sijil ujian Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi anda melalui kamera di peranti anda. Pastikan nama pada sijil ujian anda sama dengan maklumat tempahan anda.Sahkan status melalui pasport: Sahkan sijil ujian PCR Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi dengan nombor pasport. Untuk para tetamu yang telah mendaftar dengan aplikasi Peduli Lindungi (Indonesia) dan VaxCertPH (Filipina).Klik \u201cContinue\u201d setelah dokumen anda disahkan.Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.Anda akan menerima pas masuk elektronik\nNOTA: Jika pengesahan tidak berjaya, sila ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang pada hari perlepasan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.airasia.com/aa/appdownload/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-fitrah-sabah-2022/", "title": "Zakat Fitrah Sabah 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayaran", "body": ["\n\n", "\nZakat Fitrah Sabah 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayaran ~ Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua yang beragama Islam.\u00a0\nZakat fitrah adalah merupakan salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan pada bulan Ramadan. Mari kita semak berapa kadar bayaran dan cara bayaran zakat untuk negeri Sabah 2022.\u00a0\nZakat Fitrah Sabah 2022\u00a0\nKadar zakat fitrah bagi negeri Sabah untuk tahun ini telah ditetapkan pada kadar yang sama dengan tahun lalu =, iaitu RM7 seorang.\nKadar zakat fitrah berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.\n\n\n\n\nPenetapan tersebut diumumkan sendiri oleh Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar pada sidang akhbar sempena pengisytiharan kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah, di Wisma MUIS.\n\nCara Bayaran\nCara pembayaran zakat fitrah Sabah boleh dibuat melalui saluran di bawah:\nPortal Zakat Sabah (https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php)Aplikasi Snap&Pay (https://www.snapnpay.my/)Aplikasi ShopeeAplikasi BoostPortal Tulus (https://tulus.my/)Portal Myeg (https://www.myeg.com.my/services/zakat)Portal Pos MalaysiaPerbankan internetAmil bertauliah\nMarilah kita bersama-sama tunaikan kewajipan ini untuk meraih pahala yang berlipat ganda.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sjkp-2023/", "title": "SJKP 2023 Cara Permohonan Pinjaman Rumah Pertama & Syarat", "body": ["\n\n", "\nSJKP 2023 | Cara Permohonan Pinjaman Rumah Pertama Skim Jaminan Kredit Perumahan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memiliki rumah walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap.\u00a0\nKerajaan menyediakan jaminan sehingga RM5 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan berpendapatan tetap dan juga bagi yang tiada pendapatan tetap dalam pembentangan bajet 2023 yang diadakan pada Febuary lalu.\u00a0\nApa Itu SJKP\nSkim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.\nMulai 1 April 2023, Kerajaan Malaysia meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah\u00a0pertama\u00a0mereka\u00a0\nKerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja yang mempunyai pendapatan tetap dan juga tidak tetap.\nSyarat permohonan juga terbuka kepada pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami\nKelayakan bagi memohon di bawah skim SJKP ini, jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon perlulah tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan\nDengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.\n\nKriteria Kelayakan SJKP Rumah Pertama\n\nWarganegara Malaysia\u00a0berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan\nKategori\u00a0berpendapatan tidak tetap\u00a0atau bekerja sendiri\nKategori\u00a0berpendapatan tetap\nPembelian kali pertama rumah\u00a0kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami\nTerbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan\nJumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan\nTiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini\nTiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan\n\nTerma & Syarat Pembiayaan SJKP 2023\nPerkaraPeneranganTujuan PembiayaanPembiayaan gadai janjiHad PembiayaanSehingga RM400,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/ MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)Jenis PembiayaanPinjaman/ pembiayaan bertempohTempoh PembiayaanSehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)Jaminan PerlindunganJaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)Kadar Faedah/ KeuntunganSeperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibatDepositDeposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan\n*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful*LTHO: Long Term House owner\u2019s Takaful\nCara Permohonan Rumah SJKP 2023\n\n\nMengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.\nMenyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti; Penyata Akaun Simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.\nDapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).\u00a0\n\nNOTA:\u00a0\n\nSurat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.\u00a0\nSila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.\nSila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.\n\nInstitusi Yang Menyertai SJKP 2023\n\nTerdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.\n\n\n\n\nAnda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:\nInsitut kewangan utama\n\nAgro Bank\nBank Islam\nBank Muamalat\nBank Rakyat\nBSN\nMaybank\nMaybank Islamic\nMBSB\nRHB Islamic\n\nLain-lain Institusi Kewangan Yang Terlibat\n\nAffin Bank Berhad\nAffin Islamic Bank Berhad\nAlliance Bank Malaysia Berhad\nAlliance Islamic Bank Malaysia Berhad\nAmBank (M) Berhad\nAmBank Islamic Berhad\nHong Leong Bank Berhad\nHong Leong Islamic Bank Berhad\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SJKP 2023, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/\nSyarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K); Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.\n\nTel: 03-2096 5000\nFaks: 03-2096 5090\nE-mel: [email\u00a0protected]\n\nNOTA:\nSJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian.\u00a0\nOrang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu SJKP? Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil. Bagaimana cara mohon SJKP? i) Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.ii) Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti; Penyata Akaun Simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.iii) Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).\u00a0 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kos-haji-2023/", "title": "Kos Haji 2023 Malaysia & Bantuan Haji B40 & M40", "body": ["\n\n", "\nTerkini TH memaklumkan kos haji tahun 2023 bagi Malaysia adalah sebanyak RM 30,850 bagi bayaran penuh. Manakala bagi jemaah haji kategori B40 dan M40 yang ingin mengikut bayaran jumlah Hafis, kos haji adalah , B40 RM10,980 dan M40 RM15,980. Manakala bagiketegori T20 perlu membuat bayaran penuh.\nKos ini meningkat dari tahun yang lalu yang mana peningkatan kos haji\u00a0ini tidak dapat dielakkan kerana ianya terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan Lembaga Tabung\u00a0Haji\u00a0termasuk kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia berbanding Saudi Riyal dan dollar Amerika, kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi.\nWalaubagaimana pun, untuk menjaga kebajikan ahlinya, TH pada tahun ini mengeluarkan surat tawaran yang mengandungi tujuh tahap pembayaran yang boleh dipilih oleh Jemaah haji.\nMelalui surat tawaran ini, para jemaah diberi pilihan sama ada ingin membayar mengikut jumlah Hafis, B40 RM10,980 dan M40 RM15,980 atau mahu membayar penuh (tanpa Hafis) iaitu RM30,850\nSurat tawaran akan dikeluarkan mengikut kategori iaitu 50 peratus B40, 48 peratus golongan M40 dan dua peratus T20.\nApa Itu Kos Haji & Bayaran\nKos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji\nKos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.\u00a0\nBayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada\u00a0TH\u00a0untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi\u00a0 Musim Haji 1444H/2023M\u00a0untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:\nKUMPULAN B40\n\nRM10,980 Selepas RM1000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asal adalah RM11980\n\nKUMPULAN M40\n\nRM15980\n\nKUMPULAN T20\n\nRM30,850\n\nKos Haji Jemaah Malaysia 2023\n\nBagi membantu meringankan beban peningkatan kos haji pada tahun ini yang meningkat berbanding kos haji 2022, menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin, bagi B40 mereka perlu bayar RM10,980, manakala M40 RM15,980. Manakala bagi T20 perlu membuat bayaran penuh RM30,850. Jemaah yang terpilih akan terima surat untuk membayar mengikut jumlah ditetapkan.\n\n\n\n\nTH\u00a0 masih terus menanggung kos-kos\u00a0tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:\n\nPenerbitan buku dan risalah panduan haji,\nKursus-kursus haji,\nPetugas haji kebajikan dan perubatan,\nKos berkaitan\u00a0operasi haji di tanah air;\nPerkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan\nUbat-ubatan.\n\nBantuan Kewangan Haji Musim Haji 1444H/2023M\n\nBagi membantu meringgankan kos haji 2023, TH masih memberi bantuan kewangan haji secara bersasar kepada jemaah muassasah kali pertama walaupun terdapat kenaikan bayaran haji\nKUMPULAN B40\n\nBantuan kewangan haji oleh TH termasuk RM1000 bantuan dari kerajaan Malaysia\nRM19,870 /seorang jemaah Muassasah. 64% tanggungan dari kos haji\n\nKUMPULAN M40\n\nBantuan kewangan haji oleh TH RM14,870/seorang jemaah Muassasah. 48% tanggungan dari kos Haji\n\nPengeluaran KWSP Untuk Bayaran Kos Haji (Muassasah)\nBakal haji yang telah terpilih\u00a0pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun\u00a0TH\u00a0bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).\nHad maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000\u00a0sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-\n\nAhli KWSP\nMengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP\nMengemukakan Penyata Simpanan\u00a0TH\u00a0ke pejabat KWSP\nBerumur kurang 55 tahun\n\nSurat Tawaran & Rayuan Haji Musim Haji 1444H/2023\n\nSurat tawaran haji akan mulai diberikan secara berperingkat mulai 22 Mac 2023 kepada \u00a031,600 kepada jemaah terpilih.\nManakala untuk rayuan haji, boleh dibuat melalui platform dalam talian THiJARI mulai Isnin, 27 Mac 2023\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kos haji 2023 yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di laman web berikut:\nhttps://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-insentif-integrasi-ternakan-dengan-sawit-ite/", "title": "Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022 telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.\n\u00a0\nLembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekebun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui amalan penternakan (ITe).\n\u00a0\nSelain penternakan,MPOB juga ada menawarkan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) MPOB 2022\n\u00a0\nApa Itu Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)\nInsentif ini merupakan salah satu usaha yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membolehkan peserta mencapai objektif pemberian insentif ini iaitu ;\n\nMengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakan\nMempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit\nMeningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara\n\n\u00a0\nSkop & Nilai Bantuan\nPermohonan yang berjaya akan menerima pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek berikut:-\n\nAyam daging / kampong\nItik penelur\n\nPecahan Skop\n\nRM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.\nRM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\n\nWarganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan\nPekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeri\nMenunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsah\nMempunyai lesen MPOB yang sah\nBukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan\nHanya layak memohon satu jenis projek ternakan sahaja\nJika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka hanya seorang sahaja layak memohon\n\nCara Permohonan\n\nDapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara\nE-melkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada Sekretariat Skim ITe melalui alamat e-mel i[email\u00a0protected] atau melalui serahan tangan ke alamat :\n\nLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)\nNo. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,\n43000 Kajang, Selangor.\n(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)\n\u00a0\nDokumen Yang Di Perlukan\n\nBorang permohonan yang lengkap diisi\nSalinan kad pengenalan\nSalinan dokumen pemilikan tanah\nSalinan lesen MPOB\nSurat akuan sumpah (melaksanakan projek penternakan di lokasi yang dipohon)\nSurat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan)\nDokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), anda boleh layari website https://www.mpob.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi pegawai MPOB berikut ;\n\nNoor Asrani Ab Rahman \u2013 03-8769 4982 ([email\u00a0protected])\nMohd Anuar Roselee \u2013 03-8769 3968 ([email\u00a0protected])\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pakej-cuti-penjawat-awam-pesara-kerajaan/", "title": "Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022", "body": ["\n\n", "\nDapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan sah sehingga Jun 2022. Diskaun sehingga 30%. Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan yang telah di lancarkan sejak Oktober 2021 itu di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia membabitkan produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.\nMenterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sebanyak 457 pakej dibangunkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang.\nProgram ini mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.\nPakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara 2022\nPakej ini menyasarkan seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan.\nInisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.\nPakej kali ini adalah kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.\nTarikh Sah\nPenjawat awam dan pesara kerajaan yang berminat boleh segera mendapatkan pakej ini dan tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022\n\n\n\n\nLokasi Pelancongan\nAntara lokasi pelancongan yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah seperti berikut:\nPutrajayaI-City Shah AlamGenting HighlandSky Bridge KLCCSky Mirror Kuala SelangorTaman Negara Endau RompinTaman Negara MuluRoyal BelumKilim Geoforest ParkDanum ValleyWakaf Che YehTaman Tamadun Islam.\u00a0\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon tersebut mestilah penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat di dalam kerajaan.\nCara Mendapatkan Pakej\nPenjawat awam dan pesara kerajaan yang ingin mendapatkan pakej pelancongan ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://deals.malaysia.travel/deals.Klik butang #pakejcutipenjawatawam.Klik pakej pelancongan yang dipilih.Berhubung terus melalui panggilan telefon agensi pelancongan yang menawarkan tawaran tersebut.Nyatakan untuk mendapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.Berikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pakej pelancongan terbabit.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan,\nsila layari laman web\u00a0https://deals.malaysia.travel/deals.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mysalam/", "title": "mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40", "body": ["\n\n", "\nSkim mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan kepada undividu yang layak.\nInisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai skim ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : STR Bujang \u2013 Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah\nPengenalan mySalam\nInisiatif skim takaful perlindungan kesihatan PERCUMA oleh kerajaan ini meberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak.\nIa bertujuan membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.\n\nKelayakan\nKelayakan adalah automatik berdasarkan senarai penerima bantuan tunai khas kerajaan terkini seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\nPenerima yang layak bagi tahun 2023 akan dimaklumkan menerusi SMS.\n\n\nAnda juga boleh semak kelayakan di pautan berikut :\nhttps://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM\n\nJenis Tuntutan Inisiatif mySalam\nTerdapat dua jenis tuntutan yang ditawarkan kepada penerima iaitu :\nTuntutan Penyakit Kritikal\nPembayaran tunai Rm 8,000 sekiranya penerima yang layak didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal. \nTuntutan Hospitalisasi\nPembayaran tunai RM 50/hari bagi maksimum 14 hari sekiranya penerima yang layak dimasukkan ke hospital.\n\nElaun Hospitalisasi Harian Yang Tidak Akan Dibayar\n\nElaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital\u00a0tidak akan dibayar\u00a0disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:\n\nBunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;\nPeperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan\nMelakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap\nKetagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan\n\n\n\nCara Memohon mySalam\nBagi melayakkan diri di bawah inisiatif mySalam, seseorang tidak perlu memohon kerana ia adalah automatik.\nSekiranya anda layak namun tidak mendapat sebarang SMS, sila emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk maklumat lanjut.\nAnda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk\u00a0mySalam terdekat.\nWilayah Persekutuan\n\nHospital Kuala Lumpur\nHospital Ampang\nHospital Putrajaya\nHospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)\nInstitut Kanser Negara (IKN)\n\nSelangor\n\nHospital Selayang\nHospital Kajang\nHospital Serdang\nHospital Sg. Buloh\nHospital Kuala Kubu Bahru\nHospital Banting\nHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang\nHospital Tanjung Karang\nHospital Sabak Bernam\nPusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)\n\nPerak\n\nHospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh\nHospital Seri Manjung, Manjung\n\nPulau Pinang\n\nHospital Umum Pulau Pinang\nHospital Seberang Jaya\nHospital Bukit Mertajam\n\nKedah\n\nHospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar\nHospital Kulim\n\nPerlis\n\nHospital Tuanku Fauziah\n\nKelantan\n\nHospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu\nHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian\n\nTerengganu\n\nHospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu\nHospital Besut\n\nPahang\n\n\n\n\n\nHospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan\n\nJohor\n\nHospital Sultanah Aminah, Johor Bahru\nHospital Sultan Ismail, Johor Bahru\nHospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar\n\nSarawak\n\nHospital Umum Kuching\nHospital Sibu\nHospital Bintulu\n\nSabah\n\nHospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu\nHospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas\nHospital Duchess of Kent, Sandakan\u2019\n\n\nCara Membuat Tuntutan\nSila rujuk kepada tatacara berikut untuk permohonan\u00a0tuntutan:\nTuntutan Penyakit Kritikal\n1: Layari\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)\n2: Klik \u2018Muat turun Borang\u2019 dan muat turun borang \u2018Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\u2019, berdasarkan jenis penyakit kritikal\n3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang \u2018Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\u2019\n4: Log masuk ke\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan klik ikon \u2018Tuntutan\u2019, kemudian ikon \u2018Penghantaran Tuntutan\u2019. Skrol ke bawah laman dan klik ikon \u2018Tuntutan Penyakit Kritikal\u2019.\n5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Muat naik\u2019 untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg\n\nBorang Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\nSalinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)\n\n6: Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.\nTuntutan Hospitalisasi\n Layari\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)\n2: Klik ikon \u2018Tuntutan\u2019, kemudian ikon \u2018Penghantaran Tuntutan\u2019. Skrol ke bawah laman dan klik ikon \u2018Tuntutan Hospitalisasi\u2019.\n3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Muat naik\u2019 untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg :\n\nSalinan Nota Discaj\nSalinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)\n\n4: Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan serta keterangan lanjut mengenai skim mySalam, sila emelkan ke [email\u00a0protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk maklumat lanjut.\nFAQ mySalam\nJika saya didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital di antara 1 Januari 2020 dan 11 Februari 2020, bolehkah saya membuat tuntutan? Ya, dokumen berkaitan tuntutan, seperti laporan perubatan atau diagnostik serta nota kemasukan dan discaj perlu dihantar. Berapa lamakah tuntutan diproses? Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian\u00a0www.mysalam.com.my. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui\u00a0www.mysalam.com.my Bagaimanakah saya menerima tuntutan saya? Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal\u00a0www.mysalam.com.my. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat. Adakah manfaat yang diberikan di bawah mySalam merangkumi hospitalisasi dan diagnosis penyakit kritikal di semua hospital kerajaan dan swasta? Buat masa ini, manfaat di bawah Skim ini hanya merangkumi hospitalisasi di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera yang disenaraikan di laman web\u00a0mySalam.Bagi diagnosis penyakit kritikal, jika penyakit kritikal didiagnos di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaan Malaysia, tetapi rawatan lanjut dibuat di hospital kerajaan atau hospital yang layak, ianya masih layak untuk manfaat penyakit kritikal dengan syarat borang \u2018Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\u2019 dilengkapkan oleh doktor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan. Di manakah saya boleh mendapatkan senarai Hospital Kerajaan Malaysia dan hospital lain yang layak? Senarai Hospital boleh didapati di laman web\u00a0mySalam di\u00a0www.mysalam.com.my. Senarai hospital adalah tertakluk kepada perubahan dan senarai terkini boleh disemak di laman web. Siapakah pengendali skim mySalam? Sebagai permulaan, Skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan. Adakah skim ini patuh syariah? Ya,\u00a0mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah. Berapakah yang perlu saya bayar untuk menerima perlindungan mySalam? Perlindungan\u00a0mySalam diberikan secara percuma. Adakah saya layak menerima manfaat daripada skim mySalam dan Peka B40? Skim\u00a0mySalam dan PeKa B40 adalah dua inisiatif kerajaan yang berbeza kelayakan dan manfaatnya. Anda mungkin layak menerima manfaat-manfaat daripada kedua-dua skim ini jika anda berumur di antara 40 hingga 65 tahun. \nAnda boleh semak Soalan Lazim dan jawapan lengkap di pautan berikut : \nhttps://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/salam-ramadan/", "title": "Contoh Ucapan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa", "body": ["\n\n", "\nBulan Ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Allah SWT juga menjanjikan ganjaran pahala dan pengampunan bagi hambaNya yang menghiasi bulan suci ini dengan ibadah dan amalan terpuji.\nBagi berkongsi kegembiraan akan kedatangan bulan mulia ini, antara perkara yang sering dilakukan adalah dengan bertukar ucapan Salam Ramadan dengan kenalan dan keluarga menerusi media sosial atau mesej peribadi.\nSeiring dengan ucapan yang diberikan, biasanya penghantar juga akan menyelitkan doa kepada penerima supaya dipermudah segala urusan terutamanya dalam perlaksanaan ibadah.\nTerdapat pelbagai jenis ucapan Salam Ramadan yang anda boleh kongsikan kepada kenaan dan keluarga rapat seperti mesej dalam bentuk pantun dan kata-kata motivasi.\nJom kita semak beberapa contoh ucapan sempena bulan puasa pada tahun ini.\nBaca Juga : Hari Raya 2023 : Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya\n\nContoh Ucapan Salam Ramadan\nSelamat menyambut bulan Ramadan bagi yang beragama Islam. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna serta saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan.\n\nBaik yang besar ataupun kecil. Yang nampak ataupun tidak nampak. Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati. Harap dimaafkan. Selamat menyambut Bulan Ramadaan.\n\nMarhaban Ya Ramadan! Biarkan Allah SWT membimbing dan melindungi kita semua selama bulan suci Ramadan, dan marilah kita lebih dekat dengan Allah SWT dengan banyak beribadah kepada-Nya.\n\nSekapur sirih berulam pinang,\nSiap tersaji sebagai hidangan,\n\u00a0Bulan Ramadan kini menjelang,\nKhilaf kata dan salah terucap, mohon dimaafkan.\nSelamat Menunaikan Ibadah Puasa 1444H Sahabatku.\n\nMeskipun jemari tidak sempat berjabat, tetapi semoga pintu maaf masih terbuka lebar. Selamat menyambut Ramadan 2023, dan selamat menunaikan ibadah puasa.\n\n\nBaju baru berkancing suasa,\nCantik dipakai si anak cina,\nSelamat menyambut bulan puasa,\nSemoga Ramadan kali ini memberi seribu makna.\n\n\n\n\n\nRamadan menjadi salah satu pintu rahmat yang terbuka lebar dan kesempatan untuk membersihkan jiwa. Selamat menyambut Ramadhan 2023 bagi kita semua.\n\nMarhaban ya Ramadan\nSemoga amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT\n\nPucuk selasih bertunas menjulang,\nDahannya patah tolong betulkan,\nPuasa Ramadhan kembali menjelang,\nSalah dan khilaf mohon dimaafkan,\nSelamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2023 (1444 Hijrah)\n\nBulan Ramadan kini menjelma,\n\u00a0Sucikan hati, perbanyakkan ibadah\nMohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap.\nSelamat menjalani ibadah puasa 1444 Hijrah\nSalam Ramadan Al-Mubarak\n\n\u201cSesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhanNya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas\u201d \u2013 Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim\n\nDi awali dengan Bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.\n\nSalam Ramadan dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 2023 yg cukup mulia ini dan juga selamat berpuasa kepada anda semua. Mohon maaf jika ada yang tersilap kata atau perbuatan yang mengguris hati. Semoga Bulan Ramadan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.\n\nSemoga perkongsian ucapan Salam Ramadan dari kami dapat mengeratkan lagi hubungan anda bersama rakan dan keluarga pada bulan Ramadan ini. \nDalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Semoga Ramadan ini membuka pintu kemaafan dan rahmat daripada Allah SWT.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kursus-jangka-pendek-sabah-pusat-warisan-kraf-yayasan-sabah/", "title": "Kursus Jangka Pendek Sabah \u2013 Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah", "body": ["\n\n", "\nTAWARAN KURSUS JANGKA PENDEK PERCUMA 2022 SABAH DI PUSAT WARISAN KRAF YAYASAN SABAH\nSukacita dimaklumkan Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah menawarkan kursus jangka pendek secara percuma. Tawaran ini dibuka kepada warga bumiputera Sabah yang berminat dalam kraf /keusahawanan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nKursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah\nRingkasan Program, Pusat Warisan Kraf KTYS ini mensasarkan golongan lepasan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini akan menyediakan para peserta dengan kemahiran seni pertukangan tangan yang bertujuan melahirkan usahawan kraftangan bukan sahaja mempunyai kemahiran membuat kraftangan tetapi juga mempunyai pengetahuan asas keusahawanan dalam memasarkan dan mempromosikan hasil keluaran kraftangan mereka.\nObjektif Pusat Kraf Yayasan Sabah\nMenyediakan latihan kemahiran asas dan lanjutan kepada belia dan penggiat seni kraf.Membantu menghasilkan produkkraf yang berkualiti tinggi dan berorientasikan komersil.Membangun belia tempatan dalam mengusahakan perusahaan kraf di Sabah; danMembantu memulihara serta melestarikan seni kraftangan etnik tempatan yang kaya dan unik.\nKursus Yang Ditawarkan\n\nPusat Warisan Kraf Yayasan Sabah menawarkan kursus seperti berikut ;\nAsas Ukiran Logam \u2013 3 Bulan.Asas Jahitan Sulaman Dan Kretif \u2013 3 Bulan.Asas Lukisan Fabrik Absrak \u2013 3 Bulan.Kursus Pengurusan Kediaman \u2013 2 Bulan\n\nKemudahan Yang Disedikan\nSelain daripada kemasukan PERCUMA, pelajar juga diberi kemudahan seperti;\nAsramaKemudahan pemlajaran yang lengkapMakan dan minum disediakanElaun sara diri\n\n\n\n\n\nSyarat Kemasukan\nBerikut adalah syarat-syarat kemasukan Kursus Jangka Pendek ini :\nTerbuka kepada bumiputera Sabah sahaja.Had umur terdiri daripada 17 tahun hingga 45 tahun.Keupayaan minimum : Boleh membaca/menulis/mengira.Terdiri daripada golongan E-Kasih/ B40 (Berpendapatan bawah RM3,000.00)Minat dalam bidang kraf / keusahawanan\n\nCara Mohon Kursus Jangka Pendek \nPermohonan hendaklah dibuat melalui atas talian di\u00a0https://docs.google.com/formsSila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Muat turan dokumen yang diperlukan.Klik pada \u201cSubmit\u201d untuk hantar borang permohonan\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda berminat, dan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, anda boleh menghubungi 010-5580018 (En. KHAIRIL) atau terus isi permohonan anda pada link dibawah ini.\nBaca juga : Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kerja-melalui-email/", "title": "Tips & Contoh Permohonan Kerja Melalui Email Yang Baik", "body": ["\n\n", "\nSebahagian permohonan kerja perlu dihantar menggunakan pos atau serahan tangan tetapi kebanyakan permohonan kerja hari ini perlu dihantar menggunakan email.\nDalam era serba moden hari ini, email merupakan medium paling penting dan pantas untuk menghantar sesuatu dokumen atau menghantar maklumat mengenai sesuatu perkara.\nIni termasuklah permohonan kerja kini perlu dihantar melalui email tanpa perlu menggunakan pos atau serahan tangan untuk menjimatkan masa dan kos. \nOleh itu, adalah penting untuk permohonan kerja yang dihantar melalui email perlu mengikut tertib bagi memastikan majikan yang menerima email tersebut berpuas hati dengan permohonan yang telah dilakukan.\nApakah Itu Email?\nUntuk pengetahuan, email adalah singkatan perkataan daripada \u2018mail elektronik\u2019 yang mana maklumat digital dapat dikirim, diterima, diteruskan, dan disimpan menggunakan rangkaian telekomunikasi.\nFungsi email adalah sama seperti surat yang dihantar secara pos atau tidak.\nPerbezaannya ialah alamat pos dan email berbeza yang mana alamat pos perlu menyertakan alamat premis manakala alamat email perlu menyertakan alamat email penerima yang dihantar melalui internet. \nTips Permohonan Kerja Melalui Email\nTerdapat beberapa tips yang boleh diambil perhatian oleh pemohon kerja yang menghantar permohonan melalui email iaitu:\n1. Gunakan Alamat Email yang Profesional\nPastikan email yang digunakan untuk menghantar permohonan kerja adalah menggunakan alamat email yang profesional.\nAlamat email yang profesional ini merujuk kepada alamat email yang menggunakan nama anda.\nSebagai contoh, alamat email yang sesuai ialah [email\u00a0protected] atau [email\u00a0protected].\nElakkan menggunakan alamat email seperti [email\u00a0protected] atau [email\u00a0protected] untuk membuat permohonan kerja.\n2. Subjek Email \nJangan biarkan subjek email dalam keadaan kosong untuk menghantar permohonan kerja. \nPemohon perlu memastikan subjek email adalah betul merujuk kepada jawatan kerja yang dipohon.\nSebagai contoh, subjek email yang baik adalah seperti \u201cPermohonan kerja bagi jawatan \u2026..\u00a0(isi nama jawatan yang dipohon).\n\n\n\n\n3. Masukkan Cover Letter\nPastikan setiap permohonan kerja perlu diletakkan cover letter dalam body message email tersebut.\nJangan dibiarkan kosong sebaliknya pemohon perlu menulis cover letter yang merangkumi:\nBeritahu siapa andaTujuan email dihantarJawatan yang dipohonBeritahu kepada penerima bahawa resume dan cover letter disertakan dalam email tersebut\nSetiap perkara tersebut perlu ditulis menggunakan perenggan yang berbeza bagi menampakkan kekemasan permohonan kerja tersebut. \n4. Lampirkan Resume dan Cover Letter dalam bentuk pdf\nPemohon perlu memastikan resume dan cover letter dalam bentuk pdf. dilampirkan dalam email terbabit.\nJangan biarkan permohonan kerja anda hanya dengan menghantar cover letter di body message sahaja tanpa disertakan dengan resume. \n5. Semak Sebelum Hantar\nPastikan semak email permohonan kerja tersebut sebelum membuat keputusan untuk menghantar.\nJika berlaku kesalahan ejaan, betulkan kesalahan tersebut sehingga tiada kesalahan langsung yang dijumpai dalam email tersebut. \nContoh Permohonan Kerja Melalui Email\nBerikut merupakan antara contoh permohonan kerja yang dihantar melalui email yang boleh menjadi rujukan:\ni) Contoh 1\n\nii) Contoh 2\n\niii) Contoh 3\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut, sila tonton video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=dOkuN7yWtoM. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/takbir-raya-aidilfitri/", "title": "Takbir Raya Aidilfitri : Lafaz, Bacaan Rumi Serta Maksud", "body": ["\n\n", "\nTakbir Raya Aidilfitri : Lafaz, Bacaan Rumi Serta Maksud\nSedar tak sedar, Hari Raya Aidilfitri telah menjelma setelah sebulan berpuasa. Meskipun sinonim dengan adat bermaaf-maafan dan berkunjung ke rumah rakan dan sanak-saudara, terdapat banyak amalan yang digalakkan pada 1 Syawal.\nAntara amalan yang dikhususkan adalah Takbir Raya Aidilfitri. Sesuai dengan ertinya, takbir merupakan lafaz zikir yang mengagungkan dan membesarkan Allah SWT.\nIa juga merupakan simbolik bagi ukhwah atau ikatan persaudaraan yang utuh di kalangan umat Islam di seluruh dunia.\n\nWaktu Untuk Takbir Raya Aidilfitri\nUntuk takbir Hari Raya Aidilfitri, ia boleh dilafazkan selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuknya waktu Magrib pada 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri pada keesokan harinya.\nBaca Juga : Masa Takbir Raya Haji & Panduan Lafaz Takbir Aidiladha\nLafaz Takbir Raya Aidilfitri Serta Maksud\nBagi memudahkan anda mengamalkannya di mana sahaja anda berada, di sini kami ingin kongsikan lafaz takbir Raya Aidilfitri serta maksudnya.\n*\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\u00a0\n\u00a0*(Ulang 3 kali)\u00a0\n\u00a0\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\n\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0647\u064e \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u0627\u064b\n\u00a0\u0644\u0627\u064e\u00a0\u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\u060c \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u060c \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n\n\n\n\n\nTeks Takbir Hari Raya Aidilfitri Dalam Rumi\n*Allahu akbar\u00a0Allahu akbar\u00a0Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd\u2019\n\u00a0*(Ulang 3 kali)\u00a0\nAllahu akbar\u00a0Allahu akbar\u00a0Allahu akbar Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa\nLaa ilaaha illallallahu\u00a0Walaa na\u2019budu illaa iyyaahu\u00a0Mukhlishiina lahuddiin\u00a0Walau karihal kaafiruun\nLaa ilaaha illallallahu wahdah\u00a0Sadaqa wa\u2019dah\u00a0Wanasora \u2018abdah\u00a0Wa a\u2019azza jundahu\u00a0Wahazamal ahzaaba wahdah\nLaa ilaaha illallaahu wallaahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd\u2019Terjemahan/Maksud\nAllah Maha Besar,\u00a0Allah Maha Besar,\u00a0Allah Maha Besar\nTidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian\u00a0Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang \nTidak ada Tuhan melainkan Allah,\u00a0Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya,\u00a0Dengan ikhlas untuk Agama (Islam),\u00a0Walaupun dibenci oleh golongan kafir \nTidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa,\u00a0Yang benar janji-Nya,\u00a0Dan yang menolong hamba-Nya,\n\u00a0Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin),\u00a0Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya \nTidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,\u00a0Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian\nUntuk panduan melafazkan takbir Raya Aidilfitri, anda boleh rujuk video yang dikongsikan oleh TV3 seperti di bawah :\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-skim-tunas-agro-kejora-stag-2022-untuk-petani/", "title": "Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Tunas Agro Kejora (STAg) kini dibuka.\nProgram ini merupakan program baru anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk beri peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru ceburkan diri dalam bidang pertanian secara skala kecil.\nBaca Juga : Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000\n\nObjektif Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022\nObjektif bagi program ini adalah seperti berikut :\nMemberi peluang dan galakan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda.\nMembantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak laksanakan projek pertanian.\nBagi melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping menjana pendapatan sampingan.\nPerlaksanaan program ini juga diharap dapat melahirkan usahawan pertanian baru di kalangan warga muda di wilayah KEJORA.\nTarikh Tutup Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg)\nTarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.\nSyarat-Syarat Permohonan\nPermohonan program Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:\ni. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus pertanian di bawah anjuran KEJORA sekurang-kurangnya sekali.\nii. Pemohon mestilah berumur diantara 18 hingga 40 tahun pada tahun permohonan;\niii. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;\niv. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;\nv. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;\nvi. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;\nvii. Syarat-syarat lain adalah :\na. Memiliki tapak projek\nb. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA\nc. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek\nd. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian anjuran KEJORA\ne. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan\nf. Penduduk dalam wilayah KEJORA\nDokumen Yang Diperlukan \nPemohon perlu kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut : \nSalinan kad pengenalan\nSalinan pendaftaran perniagaan\nSalinan penyata bank \nSemua salinan dokumen perlu dapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.\nSyarat-Syarat Bagi Pemohon Yang Berjaya\nPemohon yang berjaya untuk menyertai program Skim Tunas Agro (STAg) ini akan dikenakan syarat-syarat kelulusan tawaran sebagaimana berikut:\n\n\n\n\ni. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA\nii. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik.\niii. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali\niv. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama 3 bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini.\nPihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula perbekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.\nv. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota- anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.\nvi. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila-bila masa yang diperlukan.\nCara Permohonan \nPermohonan \u00a0perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:\nBorang Permohonan Skim Tunas Agro ,\natau;\nii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form di pautan berikut :\nBORANG PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) 2022\n atau;\nDapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA\ndi alamat berikut:\nLEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,\nBANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,\nJALAN DATO\u2019 HJ. HASSAN YUNUS,\n81930 BANDAR PENAWAR,\nJOHOR.\n\u00a0Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke [email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mykid-jpn/", "title": "MyKid JPN : Semakan, Permohonan & Dokumen Yang Diperlukan", "body": ["\n\n", "\nMyKid JPN Cara Memohon &\u00a0 Dokumen Diperlukan ~ Untuk makluman ibu bapa yang mempunyai anak berumur di bawah 12 tahun dan belum mempunyai MyKid, kini anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan MYKID tersebut.\nPermohonan boleh dibuat secara walk-in terus tanpa perlu membuat temu janji.\nPengeluaran MyKid Ditangguh Selama 6 Bulan\nPada 14 Januari 2023, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memaklumkan bahawa pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan akibat masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.\nKetua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata bagaimanapun, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.\n\u201cIbu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,\u201d ujar beliau dalam satu sidang media. \nJusteru itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.\n\nMyKid JPN\nMyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.\nNombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.\nMykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:\n\nAplikasi JPN (data kelahiran)\nMaklumat kesihatan\nMaklumat pendidikan\n\n\nKelebihan MyKid\n1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta\n2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.\n3. Mudah dibawa kerana saiznya yang kecil.\n4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.\n\n\n\n\n5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.\nDokumen Yang Diperlukan\nBerikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon MyKid :\n\nSijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)\nDokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)\n\nSalinan IC bapa\nSalinan IC ibu\n\n\nSalinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir\n\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan\u00a0\nKemudian, sila ambil nombor giliran di kaunter dan tunggu nombor anda dipanggil. Ikuti prosedur sehingga selesai. \nCara Semakan Status MyKid Online\nMenurut perkongsian daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kira-kira 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) yang telah disiapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih gagal dituntut oleh ibu bapa atau penjaga sehingga kini.\nOleh itu, para ibu bapa serta penjaga perlulah peka untuk menyemak status MyKid yang telah dimohon. \nUntuk semakan status permohonan online, sila rujuk pautan berikut: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/\nAtau, telefon: 03-8000 8000 / Faks: 03-8880 8288\u00a0\nAnda juga boleh semak Soalan Lazim daripada JPN di pautan berikut : \nSoalan Lazim (FAQ) Jabatan Pendaftaran Negara\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/peristiwa-israk-mikraj/", "title": "Peristiwa Israk Mikraj Tentang Solat dan Hikmah Untuk Umat Islam", "body": ["\n\n", "\nSalam Israk Mikraj 2023. Peristiwa Israk Mikraj perupakan satu peristiwa besar yang telah berlaku dalam sejarah agama islam di mana baginda Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT secara langsung berkaitan ibadah solat lima waktu.\nPeristiwa Israk Mikraj ialah satu perjalanan Rasulullah s.a.w di jemput Allah S.W.T untuk \u2018naik ke langit\u2019 bertuma Nya, dan peristiwa ini yang hanya berlaku dalam satu malam.\nKetika peristiwa ini, Nabi Muhammad S.A.W telah melakukan perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Yerusalem, dan dari sana, dia melakukan perjalanan ke langit dan berkomunikasi dengan Allah SWT hanya dalam satu malam.\nPeristiwa Isra\u2019 dan Mi\u2019raj terjadi pada tahun 620 Masehi, dan disambut setiap tahun oleh umat Muslim di seluruh dunia sebagai memperingati salah satu peristiwa agung dalam agama Islam. Selama perjalanan ini, Nabi Muhammad SAW juga bertemu dengan para nabi dan malaikat, serta mendapat perintah dari Allah SWT tentang kewajiban shalat lima waktu sehari semalam seperti mana yang dilaksanakan oleh umat Muslim sehingga hari ini.\nPeristiwa Isra\u2019 dan Mi\u2019raj dianggap sebagai bukti kebesaran Allah SWT, serta sebagai contoh teladan bagi umat Muslim untuk selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengikuti ajaran-ajaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW\nMaksud Peristiwa Israk Mikraj\n\nMenurut bahasa, israk bermaksud memperjalankan seseorang di waktu malam. Manakala perkataan mikraj pula bermaksud laluan ke atas atau tangga dilalui Nabi SAW dari Baitulmaqdis ke langit yang pertama dan seterusnya.\nSementara menurut istilah bermaksud ;\nIsrak\n\nRasulullah dibawa malaikat Jibrail dari Mekah ke Baitul Maqdis menaiki haiwan buraq pada satu malam.\n\nMikraj\n\nDari Masjid al-Aqsa, Baginda dibawa menghadap Allah Rabbul Jalil di Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit.\n\nAllah SWT berfirman yang bermaksud:\n\n\n\u201cMaha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.\u201d\u00a0(Surah al-Isra\u2019: 1)\nPeristiwa Sebelum Israk Mikraj Berlaku\nSebelum peristiwa israk dan mikraj, telah berlaku satu peristiwa sedih ke atas baginda S.A.W. Dimana Nabi SAW ketika berdakwah di Kota Makkah telah diuji Allah SWT dengan kematian dua orang tersayang iaitu isterinya Khadijah Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib serta mendapat penindasan dari kaum Quraisy.\nIsrak dan mikraj merupakan \u2018tasliyah\u2019 (hiburan) daripada Allah SWT untuk Nabi SAW yang dilanda perasaan dukacita, sehinggakan tahun tersebut disebut dengan tahun dukacita (\u2018am al-huzn)\nTarikh Peristiwa Israk Mikraj\nBerkenaan tarikh bilakah Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku \u00a0para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat seperti yang di jelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan:\n\nSetahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas\u2019ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa\u2019d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.\nBerlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.\nDua tahun sebelum hijrah.\nTiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.\nLima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.\n\nBerkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya:\n\nBulan Rabi\u2019ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: \u201cPeristiwa ini terjadi pada 17 Rabi\u2019 al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.\u201d Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq.\nBulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir.\nBulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini.\n\nBerdasarkan pengamatan para ulama dan muhaqqiq, peristiwa Isra\u2019 dan Mikraj berlaku pada bulan Rabiul Awal sama ada pada 12 Rabiul Awal atau 17 Rabiul Awal. Hal ini dikuatkan dengan hujah Ibn Kathir dalam kitabnya\u00a0al-Bidayah wa al-Nihayah\u00a0berdasarkan\u00a0athar\u00a0Jabir dan Ibn Abbas.\nPeristiwa Israk Mikraj Tentang Solat\nBaginda Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T. untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.\nPerintah itu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Baginda tanpa adanya perantaraan Malaikat Jibril seperti sebelum daripada ini.\nWalaupun pada awalnya Allah memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu namun Rasulullah memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.\nPerintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama Islam dan kunci agar diterima segala amalan di dunia.\nJika kita perhatikan dan kita selami kisah ini maka kita akan dapati bahawa perintah solat adalah satu perintah yang sangat besar sehingga Allah menjemput nabi menerima sendiri suruhan untuk mengerjakan solat.\nDisebabkan itulah terdapat banyak ayat yang mana Allah perintahkan supaya manusia sentiasa meminta pertolongan Allah dengan mengerjakan ibadah solat.\nKisah ini diceritakan di dalam hadis sahih berkenaan Israk Mi\u2019raj yang panjang. Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa isra\u2019 dan mi\u2019raj, Baginda menyebut juga :\n\n\u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0641\u064f\u0631\u0650\u0636\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064f (\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f) \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e (\u0628\u0650\u0645\u064e\u0627) \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u062a\u064e\u0643\u064e \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062c\u064e\u0631\u064e\u0651\u0628\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u062c\u0652\u062a\u064f \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0633\u0652\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a\u0644\u064e \u0623\u064e\u0634\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u062c\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u062e\u0652\u0641\u0650\u064a\u0641\u064e \u0644\u0650\u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e (\u0628\u0650\u0645\u064e\u0627) \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u062a\u064e\u0643\u064e \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062c\u064e\u0631\u064e\u0651\u0628\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u062c\u0652\u062a\u064f \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0633\u0652\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a\u0644\u064e \u0623\u064e\u0634\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u062c\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u062e\u0652\u0641\u0650\u064a\u0641\u064e \u0644\u0650\u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a (\u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0652) \u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0623\u064f\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0648\u064e\u0632\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0627\u062f\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0646\u064e\u0627\u062f\u064d \u0623\u064e\u0645\u0652\u0636\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u062e\u064e\u0641\u064e\u0651\u0641\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u064a\nMaksudnya : \u201c\u00a0Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?. Nabi SAW menjawab : Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. Kata Nabi Musa : Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada\u00a0 Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Kata Nabi SAW : Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Nabi SAW menyebut : Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada\u00a0Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata : Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?. Kata Nabi SAW : Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Nabi SAW bersabda : Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru : Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.\u201d\nRiwayat Al-Bukhari (3887)\nSumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/4301-tashih-al-mafahim-17-kisah-israk-dan-mi-raj-palsu-kerana-menzahirkan-kelemahan-nabi-saw\n\n\n\n\nSecara ringkasnya\n\nPada peristiwa itu, Allah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.\nSepanjang di Mekah, sahabat dan Nabi menghadap Masjid al-Aqsa. Namun setahun selepas hijrah di Madinah, kiblat bertukar ke arah Masjidil Haram.\n\nRingkasan Peristiwa Israk Mikraj\nISRAK\n\nJibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam\nSebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.\nNabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.\n\n\nMIKRAJ\n\nDari Baitul Maqdis naik ke langit\nJibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.\nLangit 1, berjumpa Nabi Adam.\nLangit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.\nLangit 3, berjumpa Nabi Yusuf\nLangit 4, berjumpa Nabi Idris\nLangit 5, berjumpa Nabi Harun\nLangit 6, berjumpa Nabi Musa\nLangit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.\nMelawat Syurga dan Neraka.\nNabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.\nNaik ke sidratulmuntaha\nMelawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat\nNaik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.\nJibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.\nTurun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi\nPulang semula ke Mekah.\n\nHikmah Peristiwa Isra\u2019 Mi\u2019raj\nSebagai umat islam, terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran boleh diambil masyarakat Islam melalui peristiwa israk mikraj untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian seperti yang di petik dari Tazkirah ;\n\n\n\n\n#1 \u2013 Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata\nPeristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan dan pengalaman Rasulullah s.a.w yang benar-benar terjadi dan, bukan hanya perjalanan rohani atau mimpi Baginda semata-mata.\nDalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu. Ini adalah bukti bahawa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu Allah yang lainnya.\nRasulullah juga mengalami perjalanan itu dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati Baginda. Selepas peristiwa itu, Baginda segera menceritakan kepada para sahabat dan pengikut Baginda dengan ingatan yang sangat jelas.\n#2 \u2013 Tanda Kekuasaan Allah S.W.T\nPeristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan Allah s.w.t. Allah juga ingin menunjukkan betapa besarnya kekuasaan-Nya dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.\nDengan kehendak Allah, boleh dilakukan apa-apa saja mengikut kehendak-Nya. Allah s.w.t dengan jelas telah menyatakan bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya.\n#3 \u2013 Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W\nSebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w menghadapi banyak ujian yang sangat berat, terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah Baginda. Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif.\nRasulullah s.a.w juga kehilangan dua orang yang penting, iaitu isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang banyak membantu iaitu Abu Thalib.\nOleh itu, Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebuah pengganti dari apa yang telah Rasulullah s.a.w hadapi terutamanya pada tahun yang sama.\n#4 \u2013 Bukti Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W\nIsrak Mikraj juga memperlihatkan sebahagian bukti akan kebesaran Allah selain bertujuan memantapkan dan mengukuhkan kerasulan Rasulullah s.a.w.\nSelain itu Israk Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah s.a.w sebagai seseorang yang dipilih oleh Allah s.w.t.\nPeristiwa ini juga bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani, rohaniah, dan aqliah Rasulullah s.a.w dalam menjalankan tugas-tugas kenabian Baginda.\n#5 \u2013 Bukti Ajaran Rasulullah S.A.W Bersifat Menyeluruh\nPeristiwa Israk atau perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Madinah), menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w bukan hanya untuk masyarakat Mekah sahaja tetapi agama kepada seluruh umat manusia yang ada di muka bumi.\n#6 \u2013 Perintah Didirikan Solat Lima Waktu\nPeristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa Rasulullah menerima perintah Allah s.w.t untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.\nPerintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.\nWalaupun pada awalnya Allah s.w.t memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah s.a.w memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.\nPerintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala amalan di dunia.\n#7 \u2013 Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah S.W.T\nDiriwayatkan, sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah \u2018dibedah\u2019 oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari dari sifat-sifat buruk seperti was-was.\nIni memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah s.w.t dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.\nSelain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih, maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.\nSungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.\nJadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu.\nKoleksi Peristiwa Isra\u2019 Mi\u2019raj PDF\nSebagai rujukan dan untuk perkongsian, di bawah ini Fuh.my sediakan koleksi-koleksi berkaitan peristiwa israk mikraj dalam bentuk PDF dari pelbagai sumber \n\nJais\nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan\nE-khutbah Jabatan Agama Islam Terengganu\nJabatan Agama Islam Perak\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/karangan-covid-19/", "title": "Contoh Karangan Bahasa Melayu Mengenai COVID-19", "body": ["\n\n", "\nDalam peperiksaan di peringkat sekolah mahupun Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Bahagian C, murid akan diminta menulis karangan menerusi tajuk-tajuk yang akan diberikan. \nAntara tajuk karangan yang dijangka akan ditanya dalam mana-mana peperiksaan Bahasa Melayu ialah mengenai wabak COVID-19 yang telah melanda dunia termasuk di Malaysia.\nOleh itu, adalah penting bagi murid-murid mempunyai sedikit sebanyak kefahaman mengenai wabak COVID-19 ini bagi memastikan mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dan betul. \nMaklumat mengenai COVID-19 boleh dirujuk melalui pautan http://covid-19.moh.gov.my/\nTips Penulisan Karangan Yang Baik\nKarangan yang ditulis juga perlulah mempunyai fakta dan juga maklumat yang betul dan dapat memuaskan hati pemeriksa.\nTerdapat beberapa tips penulisan karangan yang baik yang boleh diamalkan oleh murid-murid iaitu:\nBaca dan fahami soalan beserta tajuk yang diberikan terlebih dahulu.Tulis atau brainstorming idea-idea yang terlintas mengenai soalan dan tajuk yang dipilih.Susun rangka karangan sebelum menulis.Rancang masa untuk menulis dengan baik.Tulis karangan mengikut format yang betul.Semak karangan sebelum membuat keputusan untuk menghantar. \nFormat Karangan\nKarangan mempunyai 3 struktur yang utama iaitu pendahuluan, isi kandungan, dan penutup.\nJumlah perenggan bagi sesebuah karangan yang baik pula adalah sebanyak 6 perenggan merangkumi 1 perenggan pendahuluan, 4 perenggan isi, dan 1 perenggan penutup.\ni) Pendahuluan\nPendahulan di dalam karangan perlu menjurus kepada memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang diberikan.Pendahuluan perlu dibuat secara ringkas dan umum sahaja melibatkan 3 atau 4 ayat. \nPendahuluan karangan yang baik adalah penting bagi menarik minat pembaca terutamanya kepada pemeriksa.\n\n\n\n\nii) Isi \nIsi yang ditulis perlulah bersesuaian mengikut kehendak tajuk karangan yang diberikan.\nKarangan yang baik perlu mempunyai 4 isi dan disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.Isi yang utama diletakkan pada perenggan pertama dan isi seterusnya diletakkan pada perenggan seterusnya. \nMurid perlu memastikan bahawa setiap perenggan tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.\nLazimnya, jumlah perkataan bagi setiap perenggan isi adalah 4 hingga 5 ayat.\niii) Penutup\nPenutup ialah kesimpulan atau rumusan secara keseluruhan mengenai karangan yang telah ditulis. Murid-murid juga dibernarkan untuk memberi pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk karangan tersebut. \nSelain itu, murid-murid perlu mengelakkan untuk menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. \nContoh Karangan Mengenai COVID-19\nBerikut adalah salah satu contoh karangan yang boleh dijadikan panduan mengenai COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-arif-aiman-jdt/", "title": "Biodata Arif Aiman JDT Penyerang Johor Darul Ta\u2019zim", "body": ["\n\n", "\nBiodata Arif Aiman JDT\nArif Aiman \u200b\u200batau nama sebenarnya Airf Aiman bin Mohd Hanapi merupakan bintang bola sepak Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) yang semakin bersinar selepas dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) 2022 dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 tahun lalu.\nBeliau yang beraksi cemerlang bersama kelab JDT itu juga telah berjaya bersama pasukanya membolot semua piala kejuaraan, apabila menjuarai Piala Malaysia,Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super dalam satu musim sekaligus melayakan mereka untuk beraksi di pentas Piala AFC 2023.\nArif aiman hanafi ketika ini, menurut satu Media Thailand, Main Stand Arif Aiman tersenarai di kedudukan kedua daripada 11 senarai pendek di kalangan 11 \u2018wonderkid\u2019 (bintang muda) termahal di Asia Tenggara dengan nilai pasaran sebanyak 400,000 euro (RM1.8 juta).\nBiodata Arif Aiman JDT\n\nNama penuh : Arif Aiman \u200b\u200bbin Mohd Hanapi\nTarikh lahir :4 Mei 2002 (umur 20)\nTempat lahir : Kuantan, Pahang, Malaysia\nKetinggian : 1.70 m (5 kaki 7 inci)\nKerjaya : Pemain bola sepak profesional\nKedudukan :(s) Penyerang, pemain sayap\nPasukan semasa : Johor Darul Ta\u2019zim F.C.\nNombor jersey : 42\nGari Arif Aiman : RM11,000 (Musim 2022)\nInstagram : arifaiman42\nPenglibatan Arif Aiman Dalam Dunia Bola Sepak\nArif Aiman \u200b\u200bbin Mohd Hanapi (lahir 4 Mei 2002) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang atau pemain sayap untuk Johor Darul Ta\u2019zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.\nAiman \u200b\u200bmemulakan kelab seniornya dengan Johor Darul Takzim selepas bermain untuk kelab remaja itu beberapa tahun lalu. Pada 2021, beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021, dan mencipta sejarah negara selepas menjadi pemain termuda (19 tahun) pernah dipilih sebagai MVP, mengatasi rakan sepasukan Safawi Rasid, yang berusia 21 tahun ketika berusia dipilih sebagai MVP pada 2018. Dia juga dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai dalam anugerah tahun itu.\n\n\n\n\nPada tahun 2022, beliau sekali lagi memenangi memenangi anugerah MVP di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022\nBakat Arif Aiman \u200b\u200bditemui semasa program Mykids pada 2011/12, dan kemudiannya menyertai skuad yang memenangi IberCup Costa Del Sol pada 2015. Dia kemudian memutuskan untuk meninggalkan AMD pada penghujung 2018 untuk menyertai Akademi JDT bagi meningkatkan permainannya. peluang. Selepas bermain untuk JDT dalam Piala Belia dan Presiden, beliau mendapat perhatian jurulatih skuad Malaysia B18, Bojan Hodak, pada awal 2019\nArif Aiman \u200b\u200bmerupakan produk Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia (NFDP) dari 2015 hingga 2017 dan seterusnya Akademi Johor Darul Ta\u2019zim. Dia bermain di semua peringkat akademi termasuk JDT IV, JDT III, JDT II sehingga menjadi pemain tetap untuk pasukan utama.\n\n\nJaringan Arif Aiman menewaskan penjaga gol FC LOKOMOTIV MOSCOW \nPerjalanan Kerjaya Arif Aiman\n\n2015\u20132017 : Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari \n2018\u2013 Kini : Johor Darul Ta\u2019zim\n\nJDT \u2013 Musim 2020\nArif membuat penampilan pertamanya pada musim 2021 menentang UiTM selepas rakan sepasukannya Safawi Rasid dibuang padang kerana kecederaan lutut. Dia juga menjaringkan gol dalam perlawanan itu. Arif telah dinamakan dalam 25 wonderkids terbaik ASEAN dalam bola sepak. Pada 22 Jun 2021, dia membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara AFC dalam kekalahan 0-1 menentang kelab Jepun Nagoya Grampus.\nJDT- Musim 2021\nArif Aiman \u200b\u200bmembuat penampilan sulung menentang Felda United pada 14 Mac 2022 dalam Liga Super Malaysia. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab JDT menentang Kuching City F.C. dalam kemenangan 1-0 dalam aksi Piala Malaysia.\nPeringkat Antarabangsa\nArif membuat penampilan pertamanya untuk Malaysia dalam perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang Kuwait pada 23 Mei 2021 pada usia 19 tahun 19 hari. Debut rasminya adalah menentang Bahrain pada 29 Mei 2021. Perlawanan kompetitif pertamanya dengan Malaysia adalah menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai pemain gantian pada minit ke-61 dan akhirnya tewas 1-2\nPermulaan musim 2023, beliau sekali lagi menunjukan taring, bila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat kelab JDT dalam aksi perlawanan persabatan kelab bola sepak antarabangsa menewaskan kelab bola sepak rusia Lokomotive Moscow FC, 1-0 di \nPencapaian Arif Aiman Hanafi\nBersama kelab Johor Darul Ta\u2019zim (JDT)\n\nJuara Liga Super Malaysia : 2021, 2022\nJuara Piala FA, Malaysia: 2022\nJuara Piala Malaysia: 2022\nJuara Piala Sumbangsih : 2021, 2022, 2023\n\nIndividu\n\nPemain Paling Berharga (MVP) \u2013 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: 2021, 2022\nAnugerah Penyerang Terbaik \u2013 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: 2021, 2022\nPemain Muda Terbaik \u2013 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: 2021, 2022\n\n\nBegitulah sedikit sebanyak biodata Arif Aiman JDT yang dapat kami kongsikan. Di harapkan beliau akan terus berjaya melakar kejayaan pada musim-musim akan datang. Semoga maju jaya buat Arif Aiman Hanafi.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-aina-abdul/", "title": "Biodata Aina Abdul : Profil & Pencapaian Dalam Industri Muzik", "body": ["\n\n", "\nBiodata Aina Abdul\nKebolehan Aina Abdul dalam bidang nyanyian tidak perlu dipertikaikan. Maka, tidak salah lagi untuk orang ramai meramal kemenangan beliau dalam AJL 37 yang berlangsung pada 12 Februari lalu.\nPenyanyi yang sering tampil dengan fesyen memukau dan eksotik ini juga berbakat dalam mencipta lagu. \nBeliau dikhabarkan telah mencipta sebanyak 50 lagu dan bersedia untuk menawarkan khidmat sebagai komposer.\nDengan kemenangan besar pada AJL 37 tempoh hari, ramai menantikan perkembangan serta kejutan yang bakal Aina tampilkan pada masa akan datang.\nJom kita kenali pemilik lagu Terus Hidup ini dengan menyemak biodata Aina Abdul serta pencapaiannya dalam industri nyanyian.\n\nBaca Juga : Biodata Sissy Imann, Penyanyi dan Pelakon Berbakat Besar\nBiodata Aina Abdul\nNama Penuh : Nurul Aina binti Abdul Ghani\nNama Pentas : Aina Abdul\nIbu & Bapa : Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah\nTarikh Lahir : 30 (2023)\nUmur : 25 Oktober 1993\n\n\n\n\nAsal : Negeri Sembilan\nPendidikan : Universiti UCSI, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari)\n\nPencapaian\n\nTempat Pertama / Juara AJL 37 \u2013 Lagu Terus Hidup\nVokal Terbaik AJL 37\nVokal Terbaik AJL 36\nPenyanyi Pilihan Popular OPPO AJL 36\nNaib Juara AJL 35 \u2013 Lagu Semalam\nJuara The Masked Singer Musim Pertama\nJuara Idol Pertama Vokal Mania 2020\nNaib Juara Mentor Legend 2014\nJuara Grand Senior Vocalist Champion of The World Category di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood (2014)\nJuara Golden Voice of MBPJ (2012)\nTempat ke-2 Bintang Idola Berita Harian (2011)\nFinalis Irama 1 Malaysia RTM (2010)\nMetro Idol 2010\nBintang Remaja RTM\n\nPerjalanan Karier Aina Abdul\nPenyertaan Aina dalam Mentor Legend pada tahun 2014 menjadi batu loncatan untuk beliau menceburkan diri secara rasmi dalam industri muzik. \nBerkat kesungguhannya, beliau berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara dalam rancangan realiti tersebut.\nAnak didik ratu rock Ella ini kemudiannya mengeluarkan single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu pada tahun 2015.\nBanyak lagu hits daripada Aina Abdul yang menjadi siulan ramai antaranya Sumpah, Sepi, Nafas Cinta (ft Khai Bahar), Kasih Merintih dan Terus Hidup.\n\nBagi mengubati kerinduan peminat, beliau baru melancarkan single terbaharu dalam Bahasa Inggeris yang berjudul Shoot. \nAtas sambutan yang sangat menggalakkan, Aina juga dikatakan sedang merancang untuk adakan konsert ketiganya, A Night With Aina Abdul 3.0 dalam masa terdekat. \nRamai yang mengenali Aina sebagai penyanyi, namun tahukah anda yang gadis berbakat ini juga pernah membintangi drama di Slot Akasia TV3? Aina Abdul pernah berlakon dalam drama bersiri Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.\nAina juga mempunyai kelab peminat bernama \u2018Aination\u2019 yang menyokong penuh kariernya.\nUntuk ketahui perkembangan serta aktiviti terkini Aina Abdul, sila ikuti laman Instagramnya di @ainaabdul\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-pertukaran-ppp-tahun-2022/", "title": "EGTUKar : Permohonan Pertukaran PPP 2022", "body": ["\n\n", "\nEGTUKAR : Permohonan Pertukaran PPP 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah & Dalam Daerah untuk tahun ini telah dibuka mulai 1 Januari 2022.\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dialu-alukan untuk memohon melalui Modul EGTUKAR.\nKemudahan EGTUKAR\nEGTUKAR merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi memudahkan PPP membuat pertukaran lokasi perkhidmatan atas sebab-sebab yang dibenarkan. \u00a0\nUntuk menggunakan sistem ini, guru perlulah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem. Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh mendapat akses bagi sistem ini.\nKredit Foto : epgo.moe.gov.my\nTarikh Permohonan Pertukaran PPP Tahun 2022 \nBerdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2021, permohonan pertukaran PPP melalui EGTukar akan dibuka bermula 1 Januari 2022.\n\n\n Permohonan Pertukaran PPP Yang Dibenarkan\nMerujuk kepada surat pekeliling yang sama, permohonan pertukaran PPP tahun 2022 yang dibenarkan adalah :\nAntara bahagian / negeriAntara daerahDalam daerah\nSyarat Permohonan Pertukaran PPP 2022\nSyarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi permohonan pertukaran PPP Tahun 2022 :\nPermohonan pertukaran kepada negeri yang tiada kekosongan jawatan kosong tidak akan dipertimbangkan oleh KPM.Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.KPM tidak akan pertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran seterlah permohonan pertukaran diluluskanPenempatan ke sekolah baru akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM.\nGuru-Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon\nSenarai guru-guru yang tidak layak bagi Permohonan Pertukaran PPP Tahun 2022 adalah seperti berikut :\nGuru interim yang sedang menyertai kursus dalam cuti (KDC)PPP/guru yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh gajiPPP/guru yang sedang mengikuti kursus atau cuti belajarGuru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangatGuru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.\nCara Permohonan EGTUKAR Secara Online\nSebelum kemukakan permohonan secara online, pastikan maklumat dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah.\nLangkah ini sangat penting bagi mengelakkan masalah teknikal yang tidak diingini.\n\n\n\n\nPara guru boleh dapatkan ID pengguna dan kata laluan EGTUKAR mengikut langkah-langkah berikut :\nLayari portal EGTUKAR di pautan https://epgo.moe.gov.my/Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan No. Kad PengenalanKlik OKKlik PERMOHONAN dan lengkapkan maklumat permohonanSila muatnaik maklumat yang diperlukanKlik HANTAR setelah selesai mengisi maklumatSimpan salinan permohonanCetak permohonan untuk rujukan masa hadapanSila log keluar apabila anda telah lengkapkan permohonan\nTempoh Permohonan Bagi Pertukaran \u00a0\nTempoh permohonan boleh dibuat berdasarkan jawatan masing-masing\nPermohonan Sepanjang Tahun 2022 :\nPengetua / Guru BesarPenolong KananGuru Kanan Mata PelajaranGuru Tingkatan 6\nPermohonan Mengikut Sesi Penggal Persekolahan :\nGuru akademik biasa\nMaklumat Lanjut \nSemua PPP juga diminta untuk fahami serta patuhi garis panduan permohonan pertukaran. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan di bawah.\nhttps://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/manual_pengguna_am_e-GTukar.pdf\nFAQ Pertukaran Guru boleh dibaca melalui pautan ini :\nhttps://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/FAQ%20PERTUKARAN%20GURU%202019.pdf\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bakul-makanan-penduduk-kampung-labuan/", "title": "Permohonan Bakul Makanan Penduduk Kampung W.P Labuan", "body": ["\n\n", "\nPenduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan kini boleh memohon bakul makanan yang diagihkan melalui Perbadanan Labuan.\nPemberian bakul makanan ini adalah untuk membantu penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat pandemik COVID-19. \nUntuk makluman, Perbadanan Labuan akan menyalurkan sebanyak 100 bakul makanan kepada setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.\nDengan pemberian bakul makanan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan untuk mendapatkan bekalan makanan terutamanya B40.\n\nTarikh Permohonan\nPenduduk kampung dalam Wilayah Persekutuan Labuan yang ingin membuat permohonan bakul makanan boleh membuat permohonan mulai 2 Ogos 2021 hingga 8 Ogos 2021.\nSyarat Permohonan\nTiada syarat permohonan dikenakan bagi penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.\nIni bermakna, mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan ini boleh terus membuat permohonan tanpa dikenakan apa-apa syarat permohonan.\n\n\n\n\nTatacara Permohonan\nPenduduk kampung yang ingin membuat permohonan bakul makanan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nBerjumpa dengan ketua kampung dan berikan maklumat kepada ketua kampung (senarai ketua kampung boleh dirujuk melalui pautan https://www.pl.gov.my/direktori/jawatankuasa-pembangunan-dan-keselamatan-kampung-jpkk-wp-labuan/?fbclid=IwAR00HfyQ7oXeJjT61jtW7E70Wk32Xy4d8JfaZpHLUHdGWr7Chis1fNdD1QI).Ketua kampung diminta mengumpulkan maklumat yang diterima dan menyerahkan kepada Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan (senarai Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan boleh dirujuk melalui pautan https://www.pl.gov.my/direktori/majlis-perwakilan-penduduk-wp-labuan/?fbclid=IwAR2lYzV0fQ_B52ynE9gdk4zjwnTedsJoLKUXjtWsQEhesyL3LcS1jdYj6vY).Kemudian, ketua kampung dan Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan akan menyerahkan bakul bakanan kepada pemohon yang terlibat. \nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah bakul makanan yang disediakan bagi setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan? Sebanyak 100 bakul makanan disediakan kepada setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan. Adakah permohonan bakul makanan ini mempunyai syarat permohonan? Tidak. Mereka yang terjejas boleh memohon bantuan bakul makanan ini. Adakah saya boleh memohon bakul makanan terus kepada Perbadanan Labuan? Tidak. Permohonan perlu dibuat melalui ketua kampung masing-masing. Bilakah tarikh tutup permohonan bakul makanan ini? Tarikh tutup permohonan bakul makanan ini adalah pada 8 Ogos 2021. \nPertanyaan Lanjut \nUntuk pertanyaan lanjut mengenai pemberian bakul makanan ini, sila hubungi Perbadanan Labuan di talian 087-408738. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gaji-penjawat-awam-2023/", "title": "Gaji 2023 Penjawat Awam ANM & Jadual Pembayaran Terkini", "body": ["\n\n", "\nTarikh pembayaran gaji 2023 bagi bulan April dan Mei bagi penjawat awam diawalkan seperti mana arahan baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merujuk kepada surat rujukan MOF.BKSK (S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023.\nKerajaan Malaysia sangat komited dan prihatin termasuk dalam aspek kebajikan kakitangan dan penjawat awam.\nMenerusi Bajet 2023 yang di umumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, kerajan juga bersetuju untuk memberikan kenaikan gaji 2023 penjawat awam iaitu KGT Tambahan Khas RM100 kepada Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang akan dilaksanakan pada Januari 2023.\nKerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 ringgit dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350,\u201d katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat\nPermakluman dan penyediaan jadual gaji ini adalah bagi memudahkan rujukan kakitangan awam untuk membuat perancangan kewangan peribadi dan juga keluarga untuk apa-apa urusan.\nTarikh Gaji Penjawat Awam Januari 2023\nPembayaran gaji pada bulan Januari di awalkan iaitu pada 17 Januari 2023. Ianya bagi membolehkan kakitangan awam khususnya yang berbangsa cina untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tersebut pada tarikh 23 & 22 Januari 2023.\nTarikh Gaji Penjawat Awam Februari dan Mac 2023\nTarikh pembayaran gaji kakitangan awam pada bulan Febuari dan Mac ialah pada 24 Febuari hari Jumaat dan 24 Mac 2023 hari Jumaat\nTarikh Gaji Penjawat Awam April 2023\nTarikh gaji bulan April 2023 diawalkan kepada 14.04.2023 bersaman hari Isnin. (Surat rujukan MOF.BKSK (S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023).\nPembayaran gaji pada bulan ini di awalkan bagi memudahkan kakitangan Awam beragama Islam membuat persiapan dan perancangan kewangan bagi menyambut Hari Raya\nGaji Mei 2023\nTarikh pembayaran gaji bagi bulan Mei 2023 di awalkan kepada 19 Mei seperti Surat rujukan MOF.BKSK (S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023.\nSempena menyambut Hari Pesta Kaamatan bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah yang disambut pada 30 & 31 Mei 2023\nGaji Jun 2023\nTarikh pembayaran gaji bagi bulan Jun 2023 ialah pada 23.06.2023 bersamaan hari Jumaat. Memandangkan cuti umum perayaan Hari Raya Haji jatuh pada 29 & 30 Jun 2023, tiada keperluan khusus untuk pemberian gaji di awalkan.\nGaji Julai, Ogos, September,Oktober 2023\nBagi bulan Julai, Ogos,September dan Oktober 2023, pembayaran gaji adalah pada tarikh 25 haribulan berkenaan. \nGaji November 2023\nPembayaran emolumen bulan November ialah pada 24 November 2023.\n\n\n\n\nGaji Disember 2023\nPembayaran emolumen bagi bulan Disember 2023 ialah pada 19.12.2023. Pembayaran bulan ini di awalkan bagi membolehkan penjawat awam penganut agama Kristian membuat persiapan bagi menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember 2023\nJADUAL GAJI PENJAWAT AWAM\nBerikut gaji penjawat awam 2023 terkini mengikut jadual tarikh bayaran bulanan yang disediakan oleh Jabatan akauntan Negara Malaysia (JANM)\nTarikh GajiBulanCatatan 17.01.2023 Januari Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) 24.02.2023 Februari 24.03.2023 Mac 14.04.2023 April Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) 19.05.2023 Mei Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) 23.06.2023 Jun Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) 25.07.2023 Julai 25.08.2023 Ogos 25.09.2023 September 25.10.2023 Oktober 24.11.2023 November Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) 19.12.2023 Disember Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) \n\n\nJadual Pembayaran Gaji 2023\n\nTarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 \u2013 Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK (S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.\nMUAT TURUN LAMPIRAN PDF:\nUntuk rujukan kakitangan awam, dokumen ini boleh di muat turun melalui pautan berikut ; \nSPANM-2023Download\ne-Penyata Gaji 2023 & Laporan\n\n\nSemua pengguna ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) JANM https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/\nPENETAPAN SEMULA KATA LALUAN\nJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa\u00a0penambahbaikan ciri keselamatan\u00a0sedang dijalankan. Antaranya ialah\u00a0penambahan ciri keselamatan pada penetapan kata laluan.\u00a0Sebahagian\u00a0pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu mengikut kriteria yang ditetapkan\nBagi pengguna baharu, anda perlu klik\u00a0pertama kali mendaftar\u00a0dan memasukkan maklumat\u00a0nombor telefon, email\u00a0serta pastikan anda\u00a0tandakan\u00a0pada\u00a0checkbox Email dan SMS\u00a0bagi tujuan penerimaan notifikasi kata laluan sementara.\nUntuk makluman, beberapa penambahbaikan sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL) telah dilaksanakan seperti berikut :\n\nePayslip JANM Mobile ditutup capaian\u00a0pada masa ini dan akan beroperasi semula bermula Disember 2022 dengan ciri kawalan keselamatan terkini.\nSemua Pengguna\u00a0perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Login Masuk\u00a0ke dalam sistem.\nPematuhan kepada\u00a0kriteria keselamatan baharu kata laluan.\nMemperkenalkan\u00a0penggunaan captcha\u00a0bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.\nWatermark baharu\u00a0untuk penyata gaji bulanan (Berkuatkuasa 15 September 2022).\nSekatan Login\u00a0bagi pengguna yang\u00a0gagal lebih daripada tiga (3)\u00a0cubaan.\u00a0Klik Lupa Kata Laluan\u00a0sekiranya akaun pengguna telah disekat\u00a0bagi mengakses sistem semula.\nSekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\nSebarang pertanyaan boleh emelkan ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan pembayaran gaji 2023 atau untuk pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:\nPengarahBahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)Aras 4, Kompleks Kementerian KewanganNo.1, Persiaran Perdana62594, Presint 2Putrajayau.p. : Unit Pengurusan Prestasi\n\nemel :\u00a0[email\u00a0protected]\nNo. Tel. : 03 \u2013 8882 1624/1612/1622/1611\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-komputer-riba-yayasan-negeri-sembilan-2022/", "title": "Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022 telah dibuka. Bantuan ini khusus untuk \u00a0membantu mahasiswa dan mahasiswi daripada golongan B40 dan juga asnaf. Kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan menawarkan bantuan berupa komputer riba.\nKomputer riba menjadi keperluan utama kepada mahasiswa dan mahasiswi di menara gading. Tambahan pula, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak Mac 2020 yang lalu suasana pembelajaran telah berubah daripada kebiasaan. Kekangan untuk menghadiri kuliah secara bersemuka menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai norma baharu.\n\nDengan adanya inisiatif ini, diharap dapat membantu mahasiswa dalam mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajaran dari rumah dan sebagainya.\n\n\u00a0\nBaca juga : Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra Untuk Pelajar Sarjana Muda\nSyarat -Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan\nBerikut beberapa kriteria dan syarat yang layak di pertimbangkan untuk\u00a0 menerima bantuan ini;\n\nAnak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi \u00a0telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun \u00a0( sila kemukakan sijil \u00a0berhenti sekolah rendah dan menengah)\nPendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)\nPelajar IPTA / POLITEKNIK \u00a0yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).\nPelajar tahun pertama \u00a0(1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)\nSekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.\n\nDokumen Diperlukan\nBerikut pula senarai dokumen yang diperlu di muat naik\u00a0 semasa membuat permohonan adalah :\n\n\n\n\n\nSijil kad pengenalan.\nSurat tawaran belajar.\nSurat pengesahan belajar.\nSijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.\nPenyata gaji bapa.\nSurat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).\nPenyata gaji ibu.\nSurat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).\nSalinan kad pengenalan bapa.\nSalinan kad pengenalan ibu.\n\nCara Permohonan\nUntuk permohonan bantuan ini, hanya boleh dibuat secara atas talian.\u00a0 Langkah-langkah permohonan adalah berikut iaitu:\n\nSila layari pautan berikut http://bit.ly/BantuanKomputerRibaYNS.\nPastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nIsikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nPeringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila pastikan perkara berikut;\n\nMaklumat yang tidak lengkap akan ditolak\nSemua Dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan\nDokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak\nPermohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046.\n\u00a0\nBaca juga : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kolej-felcra/", "title": "Permohonan Kolej FELCRA Tawaran Yuran Pengajian Percuma", "body": ["\n\n", "\nBerita baik , kepada mereka yang ingin membuat permohonan kemasukan Kolej FELCRA, kini boleh mohon tajaan khas untuk golongan B40.\nFELCRA menawarkan tajaan yuran pengajian secara percuma untuk pelajar yang berkelayakan dan terpilih terhad kepada kouta yang telah ditetapkan.\nKolej FELCRA menawarkan kursus pengajian dalam bidang sijil, pra diploma dan diploma. Kolej FELCRA terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.\nPenubuhan Kolej FELCRA juga adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan modal insan yang berguna kepada negara.\nKos Yang Ditawarkan Di Kolej FELCRA\nAntara kos pengajian yang ditawarkan seperti ;\nDiploma Pengurusan Pasca-TuaiDiploma Teknologi PertanianDiploma Pengurusan Sumber ManusiaDiploma Pengurusan PerniagaanDiploma Pendidikan Awal Kanak-KanakDiploma Pengurusan Amalan HalalSijil Pendidikan Awal Kanak-KanakPra Diploma Perdagangan UiTMDiploma Pengurusan Ladang UiTMDiploma Pengajian Perniagaan UiTM\n\nSyarat Kemasukan Kolej FELCRA\nSyarat Umum\ni) Program Sijil\n\n\n\n\nMemperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nii) Program Diploma\nMemperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nSyarat Khusus\nDiploma Pengurusan Pasca-Tuai \u2013 3 Kredit SPMDiploma Teknologi Pertanian \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pengurusan Sumber Manusia \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pengurusan Perniagaan \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pengurusan Amalan Halal \u2013 3 Kredit SPMSijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak \u2013 1 Kredit SPMPra Diploma Perdagangan UiTM \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pengurusan Ladang UiTM \u2013 3 Kredit SPMDiploma Pengajian Perniagaan UiTM \u2013 3 Kredit SPM\n\nKelebihan Kolej FELCRA\nIPT milik penuh FELCRA Berhad Yang Bernaung Dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).Mendapat Pengiktirafan MQA/KPTYuran Pengajian Percuma Bernilai Sehingga RM19,000 ( B40 ) bagi Program. Usahasama UiTM.Yuran Asrama Percuma Semester Satu dan Serendah RM60 Sebulan @ RM300 Per Semester Untuk Semester Dua dan Seterusnya Bagi Semua Program.\nAsrama\nAntara kemudahan yang terdapat di Kolej FelCRA ialah asrama lelaki dan perempuan siap sedia sebagai penempatan pelajar. Mempunyai 6 Blok Asrama untuk kemudahan & keselesaan para pelajar.\nCara Permohonan Kolej Felcra\nPermohonan boleh di buat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut\u00a0https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.Baca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonanLengkapkan permohonan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Permohonan Kolej FELCRA, anda boleh layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau hubungi talian berikut : Jabatan Pemasaran: 05-6551575\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ibakipt-2022-bantuan-awal-kemasukan-ke-ipt/", "title": "Permohonan iBAKIPT 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT", "body": ["\n\n", "\nTerkini Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022 FASA 2 dibuka mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan. Bantuan kewangan sebanyak RM300 secara one-off akan di berikan. Ini merupakan salah satu inisiatif bantuan Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pelajar negeri Kedah di kalangan keluarga B40 untuk persedian awal melanjutkan pelajaran ke Insituti pengajian tinggi.\n\u00a0\nKadar Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022\nJumlah sumbangan ialah\u00a0RM 300.00\u00a0(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).\nBaca juga : YPJ : Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022\nSyarat Permohonan\n\n\nPemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).\nPendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.\nPemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh\u00a0Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.\nPermohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.\nPelajar kategori berikut\u00a0TIDAK LAYAK\u00a0memohon:\n\nPelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION\nPelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)\nPelajar SEPARUH MASA\nPelajar LUAR KAMPUS\nPelajar di Institusi Perguruan (IPG)\nPelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan\nPelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\n\n\n\u00a0\nDokumen Sokongan\n\u00a0\nDokumen sokongan yang\u00a0WAJIB\u00a0dimuat naik\u00a0 di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang\u00a0DISAHKAN\u00a0oleh\u00a0PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL / PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN KEDAH\u00a0adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon\nSalinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi\nSalinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian\nSalinan Akaun Bank / Penyata Bannk\nBorang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim (Bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)\n\n\nPermohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza\nPermohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.\n\n\u00a0\nCara Mohon Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022\n\nPermohonan BAKIPT FASA 2 2022 mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan\nPermohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (on-line) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt\n\nKaedah Bayaran\n\nBayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar\nKaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.\nSila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.\u00a0\u00a0>>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022, anda boleh hubungi SPPNK di talian 04 702 7272/7283 atau melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-sekolah-negeri-selangor/", "title": "Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022", "body": ["\n\n", "\nProgram bantuan sekolah negeri Selangor 2022. Permohonan dibuka sehingga 31 April 2022. Ianya merupakan salah satu insiatif kerajaan negeri Selangor di bawah Sistem Smart Peduli Rakyat (SSIPR) .Program ini bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian bantuan sehingga\u00a0RM50,000.\nPentadbiran negeri akan memberi keutamaan terhadap keperluan perumahan rakyat, perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, sistem pengangkutan yang berkesan, kelestarian alam sekitar dan peluang pekerjaan yang berkualiti. Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan matlamat ini tercapai.\nProgram Bantuan Sekolah Negeri Selangor\n\nMerupakan bantuan kepada pihak sekolah untuk menambah atau memperbaiki infrasttktur sekolah. Insiatif ini di kendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia BPSM, SUK\nJumlah Bantuan\nMaksimum RM50,000\nTarikh tutup permohonan 31 Mac 2022\nSyarat Kelayakan\nSekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.\na) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)c) Sekolah Mubalighd) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)\n2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.\n3. Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:\n\n\n\n\nBaca juga : Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor 2022 RM1,000\n1) Kantin2) Surau3) Kelas4) Tandas5) Bumbung Bocor6) Dinding7) Susur Gajah8) Pagar Sekolah9) Pintu Kelas, Tandas10) Gelanggang Bola Keranjang11) Bilik Guru12) Perpustakaan13) Longkang/Perparitan14) Makmal Sains15) Makmal Komputer16) Bangunan Sekolah17) Bangunan Asrama18) Mengecat Bangunan Sekolah19) Kerusi/Meja20) Saluran Paip Air21) Pendawaian Elektrik22) Tingkap23) Lain-lain\nCara Permohonan\nPermohonan boleh di buat secara online menerusi website https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022, sila rujuk pautan berikut:\u00a0\nhttps://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/\nUrusetia:\nUnit Pendidikan,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorTingkat 3, Bangunan SSAAS,40503 Shah Alam, SelangorTelefon : 03-55212279Fax: 03-55135564\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-saraan-kwsp-untuk-individu-bekerja-sendiri/", "title": "i-Saraan KWSP Untuk Individu Bekerja Sendiri", "body": ["\n\n", "\ni-Saraan KWSP Untuk Individu Bekerja Sendiri ~ Sukacita dimaklumkan i-Saraan KWSP dibuka untuk permohonan. Inisiatif ini dibangunkan bagi membantu kewangan golongan suri rumah, usahawan, peniaga dan yang bekerja sendiri.\n\nApa Itu i-Saraan KWSP ?\ni-Saraan KWSP merupakan peluang yang diberikan kepada golongan yang bekerja sendiri, suri rumah ataupun tiada pendapatan tetap untuk melakukan carumah KWSP. \nDengan inisiatif ini, pemohon berpeluang untuk memiliki simpanan tunai di KWSP sebanyak RM 100,000 ke atas.\nTidak hanya itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan sumbangan sebanyak 15% tambahan dalam bentuk caruman maksimum KWSP sejumlah RM 250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri.\nBagi program i-Saraan ini, tiada had minimum carumah KWSP ditetapkan tetapi bayaran maksimum tidak boleh melebihi RM 60,000.\nPanduan Daftar i-Saraan KWSP \nBagi yang berminat untuk mendaftar, anda boleh hadir ke cawangan kaunter KWSP dekatan dan ikuti panduan di bawah :\nBawa bersama kad pengenalan/ MyKad untuk tujuan rekod dan pengesahan oleh pegawai bertugas.Sila isi borang i-Saraan KWSP 16G(M) bagi pendaftaran KWSP kali pertama.Isi borang KWSP 6A(2) untuk tujuan bayaran caruman.\nAnda juga boleh memohon secara online dengan mengisi borang melalui pautan di bawah :\n\n\n\n\nPendaftaran i-Saraaan \nFaedah i-Saraan\nAntara faedah yang boleh diperoleh menerusi caruman i-Saraan :\nMemberi manfaat kepada mereka yang tiada pendapatan tetap dan bekerja sendiri untuk membuat caruman.Boleh membuat caruman mengikut kemampuan kewangan.Boleh mengeluarkan simpanan bila-bila masa.Insentif 15% daripada simpanan dan terhad kepada RM 250 setahun.Dapat nikmati dividen tahunan.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan i-Saraan\nAntara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon ialah :\nWarganegara MalaysiaOrang yang bekerja sendiriMendaftar sebagai Ahli KWSPBelum mencapai umur 60 tahunIndividu yang bekerja sendiri tiada pendapatan tetap atau pekerja berpencen.Mencarum apa-apa amaun pada bila-bila masa. (Amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM 60,000 setahun).\nCara Pembayaran Caruman\nCaruman boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :\nPerbankan internet (Pemindahan wang secara elektronik)Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)Ejen Bank Berdaftar (BSN)Kaunter KWSP (Tunai maksimum RM 500 / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari pautan di bawah :\nhttps://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kerajaan-baru/", "title": "Pakej Bantuan Kerajaan Baru Akan Diumum Isnin / Selasa Ini", "body": ["\n\n", "\nSemua sedia maklum PKP 3.0 tidak tamat esok malah disambung ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan kerajaan.\nPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyaatan terbaru hanya memberitahu PKP 3.0 fasa pertama akan diteruskan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes.\n\nJika dilihat Pelan Pemulihan Negara, kita dijangka memasuki Fasa ke-2 pada awal bulan Julai nanti.\nItu pun bergantung kepada pencapaian nilai ambang kes harian.\nKemungkinan besar peralihan fasa ini akan berlaku pada pertengahan Julai nanti.\n\u201cSekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.\n\n\n\n\n\u201cBukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap\u2026kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,\u201d kata Muhyiddin, petik laporan\u00a0Bernama.\nBantuan Kerajaan PKP 3.0\nDalam masa sama, kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.\n\u201cKita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),\u201d kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya, hari ini.\nPerdana menteri berkata bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.\n\u201cPerinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,\u201d katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-memohon-sumbangan-pendidikan-zakat-anak-selangor/", "title": "Cara Memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021| RM700-RM2500", "body": ["\n\n", "\nSPZAS: Cara Memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 | RM700-RM2500 ~ Kepada semua pelajar IPT dalam dan luar negara, permohonan Bantuan Zakat Pendidikan kini telah dibuka. Sila lakukan permohonan dengan segera sekiranya anda layak memohon.\u00a0\nSila baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan anda. Bantuan disalurkan secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.\nSumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 (SPZAS)\nBantuan SPZAS merupakan salah satu bantuan yang disalurkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos pendidikan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara.\nBerapa peruntukan bantuan zakat IPT kali ini?\nUniversiti Dalam Negara : RM4 jutaUniversiti Luar negara : RM1 juta\nBantuan zakat ini terbuka kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.\nSetiap pelajar yang berjaya memohon akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian, sebanyak;\u00a0\nRM700, untuk pelajar IPT dalam negara\u00a0RM2,500)untuk pelajar IPT luar negara\u00a0\n\nSyarat Kelayakan Permohonan \nPelajar IPT Dalam Negara; Hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:\nSijilPra-Diploma/Asasi/MatrikulasiDiploma/Diploma LanjutanIjazah Sarjana Muda/Sijil ProfessionalIjazah Sarjana (Master)\nPelajar IPT Luar Negara; Hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:\nIjazah Sarjana Muda\nKriteria Kelayakan Pemohon\nMestilah beragama Islam.Warganegara Malaysia.Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.\u00a0Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.\nTarikh Permohonan\nPara pelajar yang menepati syarat dan kriteria kelayakan boleh membuat permohonan bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021.\u00a0\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, sila layari laman web rasmi Zakat Selangor di pautan berikut: www.zakatselangor.com.my/spzas\n\n\n\n\nSila pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:\u00a0\nKad Pengenalan PemohonKad Pengenalan Suami/Isteri/PenjagaSijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan KeluargaBil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)*Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)*Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)Kad OKU (Jika Berkenaan)Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)Passport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)\nAnda boleh muat turun borang-borang* yang diperlukan di:\u00a0 www.zakatselangor.com.my/spzas atau, klik pautan di bawah;\u00a0\nBilBorangMuat Turun1Borang Pengesahan BelajarMuat Turun Borang2Borang Pengesahan PemastautinMuat Turun Borang3Borang Pengesahan PendapatanMuat Turun Borang\nSebarang permohonan yang dihantar dengan maklumat/dokumen lampiran yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon dinasihati agar menyemak semua maklumat, kiraan Haddul Kifayah dan dokumen lampiran dengan teliti sebelum menghantar permohonan.\nSemakan Status Permohonan\nTempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.\nSekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 20 Januari 2022.\nBayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi;\u00a0\nTalian Zakat Selangor: 1300-88-4343\u00a0\nNota: Pertanyaan khusus berkaitan status bantuan SPZAS yang telah dihantar hanya dibuka bermula 2 Januari 2022.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sukarelawan-kesihatan-komuniti-selangor/", "title": "Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)", "body": ["\n\n", "\nKerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan orang ramai yang ingin mengambil bahagian sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) untuk seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut. \nUntuk makluman, SUKA ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.\nPelaksanaan SUKA ini akan melibatkan sebanyak 56 DUN di seluruh Negeri Selangor dan orang ramai yang ingin menyertai boleh membuat permohonan secara atas talian atau melalui QR Kod yang disediakan.\n\nManfaat Ditawarkan\nTerdapat beberapa manfaat yang ditawarkan kepada orang ramai yang menyertai SUKA seperti:\nSkim Insurans Peduli Sihat (SIPS) (terhad kepada 1000 pendaftaran terawal dan tertakluk kepada terma dan syarat). Kit Sukarelawan \u2013 Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPELatihan percuma secara berkala\nSyarat Pendaftaran\nBagi orang ramai yang berminat untuk menyertai, mereka perlu menepati syarat-syarat pendaftaran iaitu:\nWarganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.Hendaklah berumur 18 tahun ke atas.Sihat tubuh badan.\nCara Mendaftar\nUntuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\nLayari pautan pendaftaran berikut iaitu https://bit.ly/SUKA2021.Isi maklumat dengan lengkap dan betul.Pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum menghantar permohonan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nSoalan Lazim\nApakah yang dimaksudkan SUKA ini? SUKA ialah Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor yang berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti. Jika saya tinggal di DUN Kota Anggerik, adakah saya layak menyertai SUKA? Ya. Program akan dilaksanakan di 56 buah DUN di seluruh Negeri Selangor dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertainya. Apakah manfaat yang boleh diperolehi jika saya menyertai SUKA? Terdapat beberapa manfaat yang akan diterima antaranya Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS), kit sukarelawan dan latihan percuma secara berkala. Jika saya berumur 17 tahun, adakah saya boleh menyertai SUKA? Tidak. Orang ramai yang ingin menyertai mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai SUKA, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pakej-keluarga-malaysia-ktmb/", "title": "Pakej Keluarga Malaysia KTMB 2022 : Diskaun 25% Tiket KTM Intercity dan ETS Seluruh Negara", "body": ["\n\n", "\nPakej Keluarga Malaysia KTMB : Diskaun 25% Tiket KTM Intercity dan ETS Seluruh Negara ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi diskaun Pakej Keluarga Malaysia bagi perkhidmatan KTM Intercity dan tren elektrik (ETS) kini dibuka.\nPakej diskaun ini digerakkan oleh kerajaan bagi membantu pulihkan ekonomi negara. Melalui program ini, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal sebagai pilihan utama.\nMelalui pakej ini, pemohon akan nikmati diskaun tambang perjalanan sebanyak 25%.\n\nBaca Juga : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang\nTempoh Tawaran Diskaun Pakej Keluarga Malaysia KTMB\nUntuk makluman, tawaran diskaun ini adalah sah bagi perjalanan sepanjang 14 Februari 2022 hingga 31 Disember 2022.\nPenggunaan Pakej Keluarga Malaysia KTMB\nUntuk makluman diskaun Pakej Keluarga Malaysia KTMB boleh digunakan seperti berikut :\nPengguna boleh beli minima empat (4) tiket dalam satu transaksi pembelian (dewasa atau kanak-kanak).Tiket boleh dibeli untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan.\nCara Pembelian Pakej Keluarga Malaysia KTMB\nUntuk dapatkan tawaran diskaun 25% melalui pakej ini, anda boleh buat pembelian menggunakan kod promo KMKTMB2 .\nPengguna boleh membuat pembelian tiket melalui salah satu kaedah berikut :\nAplikasi KTMB Mobile (KITS)\n\n\n\n\nLaman sesawang KTMB\nUntuk pembelian tiket secara online, pilih tarikh, masa dan masukkan kod promo untuk dapatkan diskaun.\nMenerusi pakej ini, KTMB mensasarkan peningkatan jualan tiket sempena cuti sekolah yang akan datang pada bulan Mac dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei nanti.\nBuat semua rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi ini dan rancanglah destinasi percutian anda yang seterusnya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03 2267 1200 atau layari laman media rasmi KTMB untuk perkembangan terkini.\nDiharap tawaran diskaun istimewa dapat memberikan manfaat kepada ramai warga Malaysia untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.\nSebagai pengguna kita juga perlu berikan kerjasama dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan kekalkan penjarakan untuk kesejahteraan bersama.\nKTM terus komited dalam memastikan semua penumpang sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsn-myringgit-i-banjir/", "title": "BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Khas Untuk Mangsa Banjir", "body": ["\n\n", "\nBSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Khas Untuk Mangsa Banjir ~ Sukacita dimaklumkan, BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, iaitu pembiayaan peribadi yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.\nBSN MyRinggit-i Banjir\nBSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.\nJumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir ini ditingkatkan sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini.\u00a0\n\nSyarat Kelayakan Pemohon\nWarganegara Malaysia.Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).Bukan seorang yang muflis.Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.\nTarikh Permohonan\nAnda boleh membuat permohonan mulai 27 Disember 2021.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir\nSelain itu, anda juga boleh membuat permohonan dengan mengunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.\n\n\n\n\nBorang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui laman sesawang berikut:\u00a0https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx .\nDokumen Yang Diperlukan\nPastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan seperti dibawah:\u00a0\nSalinan Kad PengenalanSalinan bil elektrik rumah yang terjejasSurat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas\nMaklumat Pembiayaan\nKadar Keuntungan0.00%Had PembiayaanSehingga RM10,000Tempoh Pembiayaan3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulananKaedah Bayaran\u00a0Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN\nUntuk semakan status permohonan, Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan anda melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.\nAnda juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan berikut: https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari laman web rasmi BSN (www.bsn.com.my) atau, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian: 1300-88-1900.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-saman-trafik/", "title": "Diskaun Saman Trafik PDRM Sempena Hari Polis ke-216", "body": ["\n\n", "\nDapatkan Diskaun Saman Trafik PDRM 50-60% Khas Bulan Sempena Hari Polis ke-216 ~ Melakukan kesalahan undang-undang jalan raya akan menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang, antaranya ialah saman.\u00a0\nAdalah satu kewajiban bagi pengguna jalan raya untuk membayar saman atas kesalahan jalan raya yang dilakukan. \nSekiranya anda mempunyai saman trafik, mungkin inilah masa yang anda tunggu-tunggu!\nSukacita dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kini menawarkan pengurangan kadar kompaun saman atau diskaun sehingga 60% bermula dari 20 hingga 31 Mac 2023. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai diskaun khas yang ditawarkan. \n\nDiskaun Saman Trafik / Pengurangan Kompaun Yang Tidak Ditawarkan \nAnda boleh dapatkan diskaun sehingga 60% untuk semua jenis saman kecuali:\n\nKemalangan\nKesalahan bicara mahkamah (M)\nSaman berstatus waran (W)\nKesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)\nMemotong secara berbahaya \nMenggunakan lorong kecemasan \nKesalahan tidak boleh kompaun (NC)\nTidak patuhi isyarat lampu merah\nMemotong di garisan berkembar \nKesalahan pengubahsuaian ekzos \nSaman berstatus OP selamat \n\nKaedah Pembayaran Saman \nUntuk mendapatkan diskaun sehingga 60%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara. \nSelain ke kaunter, anda juga boleh buat pembayaran melalui laman web dan aplikasi MyBayar Saman. \nBaca Juga : Mybayar Saman Cara Semak & Bayar Saman PDRM Secara Online\nCara Menyemak Saman Secara Atas Talian (Online)\u00a0\n\nTidak mahu beratur panjang di kaunter? Anda kini boleh membuat urusan pembayaran saman dengan lebih mudah secara atas talian.\nAnda boleh menyemak status saman anda dan buat pembayaran secara online menggunakan perkhidmatan digital, MyBayar Saman.\u00a0\n\n\n\n\nPerkhidmatan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).\nSekiranya anda merupakan pengguna baharu, anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman dengan melayari https://mybayar.rmp.gov.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi MyBayar Saman menerusi : \nGoogle Playstore\nApple App Store\nHuawei Appstore\nJangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan diskaun khas pada waktu terhad ini bagi pembayaran kompaun saman yang dibenarkan. \nUntuk keterangan lanjut mengenai diskaun yang ditawarkan, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik \u00a0atau hantarkan emel ke alamat\u00a0[email\u00a0protected].\nCawangan Pengurusan Saman,Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikIbu Pejabat Polis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 8.00AM \u2013 4.30PM\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/proton-x90-2023/", "title": "Proton X90 (2023) Malaysia \u2013 Harga, Varian, & Spesifikasi", "body": ["\n\n", "\nModel baru Proton X90 2023 yang di lancarkan pada 8 April 2023 baru-baru ini di seluruh Malaysia bersempena sambutan ulang tahun Proton yang ke 40 tahun.\nPelancaran itu telah di sempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim di bangunan MITEC. Sempena pelancaran itu juga, tempahan bagi model SUV Proton X90 turut di buka bermula 8 April 2023 di pusat pengedar 3S dan 4S yang terpilih sahaja di seluruh negara .\nTurut di umumkan harga rasmi bagi X90 bermula daripada RM 123,800 yang mana dilihat bakal menjadi pesaing bagi model kereta SUV dari kalanganya yang telah berada di pasaran seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (bermula daripada RM177,674) dan Hyundai Santa FE.\nProton X90 2023\nProton X90 ialah sebuah kenderaan SUV model ketiga dalam siri X PROTON. Namun X90 mempunyai reka bentuk dan identiti yang sangat berbeza daripada dua keluaran sebelumnya iaiatu X70 dan X50. \nX90 dicipta berasaskan DNA rekabentuk dan teknologi gabungan idea bersama rakan strategik PROTON iaitu Geely Automobile yang merupakan pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company,yang merupakan antara pengeluar utama kenderaan penumpang China. \nJadi tidak hairan jika mungkin jika anda perasan ianya mirip kepada kenderaan SUV Geely Okavango yang dilancarkan di Filipina\nSpesifikasi Proton X90\n\nX90 bukan sahaja model pertama keluaran PROTON yang mengunakan unit rangkaian kuasa hibrid ringkas, malah kenderaan tenaga baharu pertama bagi jenama automotif berkenaan.\nX90 dikuasakan oleh enjin tiga silinder pengecas turbo TGDi 1.5 liter yang menghasilkan 190PS kuasa kuda dan 300Nm tork yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik (EMS) 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Ia dipadankan dengan transmisi dual-clutch basah (DCT) 7-kelajuan. Jentera kuasa ini telah menerima pengiktirafan di pasaran seperti China dan Filipina.\nHarga Rasmi Proton X90 2023\n\nProton telah mengumumkan harga rasmi yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula dari ;\n\n1.5 TGDi Standard : RM 123,800\n1.5 TGDi Executive : RM 130,800\n1.5 TGDi Premium : RM 144,800\n1.5 TGDi Flagship : RM 152,800\n\nBaca juga : Harga Terkini Roadtax Kereta 2023\nVarian X90\n\nX90 tersedia dalam empat varian ;\n\n1.5 TGDi BSG Standard \u2013 7 Tempat duduk \n1.5 TGDi BSG Executive \u2013 7 Tempat duduk \n1.5 TGDi BSG Premium \u2013 7 Tempat duduk \n1.5 TGDi BSG Flagship \u2013 6 Tempat duduk\n\nSpesifikasi asas bagi Varian 1.5 TGDi BSG Standard didatangkan dengan ciri seperti :\n\n\n\n\n\n7 Tempat duduk\nEnjin 1.5L TGDI dengan Hibrid Ringan\nTransmisi Dwi Klac 7-Kelajuan\nLampu Depan LED Penuh\nRoda Aloi 18\u2033.\nTempat duduk kain\nSkirn infotaimen paparan sentuh bersaiz 12.3 inci \n\n\nVarian Executive menambah ciri seperti ;\n\nSistem Pemantauan Tekanan Tayar\nPintu Belakang Kuasa\nTempat Duduk Kulit Kulit\nTempat duduk Kuasa Pemandu\nTempat Duduk Pengudaraan Depan\nKamera 360 dengan Paparan 3D\n\nVarian Premium menambah ciri peningkatan daripada Eksekutif seperti ;\n\nSistem Bantuan Pemandu Termaju\nRoda Aloi size 19 inci\nTempat Duduk Kulit Nappa\nTempat Duduk Kuasa Penumpang Depan\nPengecas Tanpa Wayar\nBantuan Parkir Kenderaan\n\nVarian Flagship menambah ciri daripada Premium seperti ;\n\nBumbung Matahari Panoramik\n\u2018Boss\u2019 Suis Penumpang Depan\nTempat Duduk Kapten Baris Kedua\n\n\nWarna Pilihan Proton X90\nDari segi pilihan warna pula, terdapat 4 pilihan varian dan 6 pilihan warna bagi model yang berbeza yang ditawarkan iaitu:\n\nSnow White\nArmour Silver\nJet Grey\nCinnamon Brown\nRuby Red\nMarine Blue\n\n\nSecara ringkasnya apa yang boleh dikatakan mengenai X90, ianya merupakan kereta keluaran Proton yang paling luas, paling canggih dan semestinya paling mahal berbanding mana-mana kereta yang pernah di keluarkan PROTON sebelum ini.\nReview Perbandingan\nRata-rata ulasan dan kritikan daripada peminat-peminat kereta di Malaysia selepas melihat ketiga-tiga model keluaran Proton X50, X70, X90 dan beberapa model kereta SUV pasaran Malaysia yang sebaris dengan X90 menyenaraikan secara ringkas perbandingan ketara yang dapat dilihat daripada model X90 ini adalah seperti berikut ;\nKelebihan\n\nDalaman yang luas\nEnjin berkuasa\nPerjalanan yang selesa\nNilai yang baik untuk wang\nBentuk hadapan yang menarik dengan rekabentuk grill berbentuk taburan pin krom bersama kemasan\u00a0\u2018Ethernal Bow\n\nKekurangan\n\nTiada Apple CarPlay atau Android Auto\nTiada lubang udara baris ketiga dalam varian Standard\nSesetengah ciri hanya tersedia pada varian yang lebih tinggi\nRekabentuk belakang yang kurang menarik\n\nUntuk melihat dan menonton review keseluruhan X90 anda juga boleh menonton video di bawah\n\n\n\nTempahan\nBagi tempahan dan maklumat lanjut mengenai Proton X90 2023 baru bagi pasaran Malaysia, anda juga boleh melayari website https://www.proton.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-anis-2022-bantuan-anak-istimewa-selangor/", "title": "Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan ANIS 2022 iaitu Bantuan Anak Istimewa Selangor dibuka mulai 17 Mei 2022. Permohonan ini terbuka kepada anak oku berumur 18 tahun ke bawah.\n\u00a0\nIbu bapa atau penjaga kepada anak istimewa Selangor adalah dipelawa untuk memohon bantuan ini.Pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga rm5000 bagi satu keluarga.\n\u00a0\nApa Itu Bantuan Anak Isitmewa Selangor ANIS\n\nProgram bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.\nBantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.\nYAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat\u00a0one-off\u00a0dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.\n\n\n\n\nObjektif Utama Bantuan ANIS adalah:\n\nMembantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.\nMembantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.\nPenerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\n\nSyarat dan Kelayakan Bantuan ANIS\n\nWarganegara Malaysia;\u00a0DAN\nIbu /bapa/ penjaga salah seorang\u00a0Pengundi Selangor.\nIbu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah;\u00a0DAN\nIbu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor;\u00a0ATAU\u00a0Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);\nAnak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM;\u00a0ATAU\nSurat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);\n\n*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973\n\u00a0\nJenis Bantuan Yang Diberikan\n\nMakanan/keperluan tambahan*\nPembelian/Pembaikian peralatan/mesin*\nUbat-ubatan*\nPendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)\n\n* berdasarkan preskripsi doktor sahaja\n\u00a0\nDokumen Yang Diperlukan\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan pasangan.\nSalinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.\nSalinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).\nSalinan Kad Pengenalan Anak OKU.\nSalinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)\nCop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)\nSalinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)\nSalinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)\nSalinan Semakan daftar Pemilih SPR\u00a0https://pengundi.spr.gov.my\n\nCara Mohon Bantuan ANIS\n\nPermohonan boleh dibuat mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang\nPemohon hendaklah memuatnaik borang permohonan diatas talian di laman sesawang\nhttps://www.anisselangor.com/bantuananis\nPemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan\nPenghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:Pejabat YAWAS\nAras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,\n40000 Shah Alam, Selangor.\n\nCara Pembayaran\n\nJenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):\n\nPembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.\nBarang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.\nPembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.\n\n\nJenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU\n\nPembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.\nProses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.\nPembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Anak Istimewa Selangor ANIS, anda boleh hubungi talian 03-55453170 atau melalui email [email\u00a0protected] atau anda juga boleh layari laman https://www.anisselangor.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rayuan-haji-2023/", "title": "Rayuan Haji 2023 Dibuka \u2013 Ini Cara Permohonan Online", "body": ["\n\n", "\nRayuan haji musim 2023 /1444H boleh dibuat buat mulai hari ini 27 Mac 2023 bersamaan hari Isnin secara online melalui THiJARI tanpa perlu lagi membuat surat.\nCara rayuan secara online memudahkan pendeposit tanpa perlu lagi hadir ke kaunter cawangan TH untuk beratur panjang dan menghadap kesesakan lalulintas.\nUntuk makluman, kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini adalah seramai 31,600 orang jemaah. \nKuota ini adalah kuota haji rasmi negara-negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation \u2013 OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.\nUntuk makluman Malaysia telah mengemukakan dua rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi untuk tambahan 350 kuota haji untuk tahun 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na\u2019im Mokhtar menjelaskan, Malaysia mempunyai asas untuk memohon kuota tambahan itu berdasarkan pertambahan penduduk kepada 31.95 juta orang. \nKerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini, dan Malaysia meminta tambahan 350 jemaah untuk menjadikan jumlah keseluruhan 31,950. Menteri itu melahirkan harapan kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan rayuan Malaysia.\nPihak TH juga sebenarnya telah mengeluarkan senarai daftar haji secara berperingkat kepada pendeposit yang terpilih.\nNamun begitu, bagi yang tiada nama dalam senarai Semakan Tawaran Haji 2023, anda masih mempunyai peluang. Ini kerana kemungkinan terdapat pendeposit yang terpaksa untuk membatalkan atau menanguhkan niat menunaikan haji tahun ini disebabkan faktor kesihatan dan pelbagai faktor lainnya.\nTarikh Tutup Rayuan Haji 2023/1444 H\n\nPermohonan rayuan menunaikan haji 2023 akan mula dibuka pada ;\n\nTarikh permohonan :- 27 Mac 2023 (Isnin)\nTarikh tutup permohonan :-\n\nCara Rayuan Haji Online 2023 (THiJARI)\nBagi semua urusan Haji termasuk rayuan haji, boleh dibuat secara online menerusi website dan aplikasi THiJARI.\n\n\n\n\nUntuk panduan anda boleh rujuk video penerangan berikut ;\n\n\n\n\nBuka aplikasi THiJARI anda, atau layari portal rasmi THiJARI di https://www.thijari.com.my/\nAnda perlulah telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu\nSekirnya anda belum mendaftar akaun THiJARI, anda boleh semak cara untuk mendaftar akaun THiJARI di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari\nBagi yang sudah mendaftar, sila log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji\nKemudian klik pada Rayuan Haji\nSeterusnya klik pada Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya\nPastikan anda baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji. Seterunya klik Saya Faham.\nSelanjutnya anda dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji\nPastikan anda faham soalan yang diberikan. Pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito\u2019ah)\nKlik hantar untuk kemukakan rayuan\nAkhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji untuk simpanan dan rujukan anda.\n\nSyarat Rayuan Haji\nBagi mereka yang berhajat untuk membuat rayuan, pastikan anda memenuhi kriteria syarat tunai haji yang ditetapkan oleh kerajaan arab saudi bagi musim haji 1444/2023 seperti berikut ;\n\nKesihatan -individu sihat tanpa risiko kesihatan\nHad umur -tiada had umur maksima\nVaksin -mengambil suntikan vaksin meningococcal & covid-19\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan\u00a0TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919\nSoalan Lazim F.A.Q\nBolehkah saya membuat rayuan walaupun gililiran tunai haji masih lama lagi? Rayuan haji boleh dibuat melalui platform atas talian THiJARI mulai\u00a027 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram. Adakah mereka yang membuat rayuan tunai haji membuat bayaran haji ikut mengikut kategori yang ada? Bagi mereka yang merayu dan terpilih untuk menunaikan haji secara Muassasah, bayaran penuh Kos Haji iaitu\u00a0RM30,850\u00a0telah ditetapkan, melainkan mereka yang membuat rayuan sebagai: i.-Mahram kepada BH yang telah terpilih menunaikan haji; atauii.Pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji. Bolehkah saya merayu untuk tukar status Bayaran Haji ke kadar kumpulan B40? Penentuan status kategori B40 adalah berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada Kerajaan dan adalah muktamad. Apakah cara pemilihan Bakal Haji (BH) bagi musim haji 1444H/2023M? Kaedah pemilihan BH pada tahun ini adalah sama seperti kaedah sebelum ini, iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji di mana yang dahulu didahulukan Apakah kriteria yang diutamakan dalam memilih bakal haji 1444H/2023M? TH\u00a0akan mengutamakan BH giliran tunai haji pada tahun 2020, 2021 dan seterusnya 2022 yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik Covid19, sebelum diikuti dengan BH giliran 2023. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-zakat-pendaftaran-ipt/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ", "body": ["\n\n", "\nMajlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan bagi pelajar yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menerusi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT.\nUntuk makluman, MAIJ merupakan majlis agama Islam yang berfungsi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor dan menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf yang layak.\nTujuan skim bantuan zakat ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban para pelajar yang mendaftar IPT dalam negara.\nPermohonan bagi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini dibuka secara atas talian bermula 1 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang ditawarkan dalam Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini adalah:\nDiploma\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Muda\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nDiploma (semester pertama): RM500.00Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:\nPemohon warganegara Malaysia beragama Islam Anak kelahiran Johor\u00a0dan menetap di dalam Negeri Johor.Pemohon bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.Permohonan hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web rasmi permohonan iaiatu\u00a0https://epayment.maij.gov.my/.Klik pada bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Masukan no. kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak No. Kad Pengenalan.\u2019Sekiranya no. Kad Pengenalan telah didaftarkan, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan. Klik pada \u2018Klik Di Sini\u2019 untuk kemas kini kata laluan.Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon.Setelah melengkapkan maklumat pendaftaran, klik \u2018Setuju\u2019 dan \u2018Simpan.\u2019Login semula ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.Klik pada klik \u2018Bantuan IPT Dalam Negeri.\u2019Lengkapkan butiran berikut:\u2013 Maklumat pemohon.\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\u2013 Maklumat pengajian.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u2018Hantar.\u2019Klik \u2018Cetak Slip\u2019 sebagai rujukan permohonan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan ibu bapa.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.Salinan surat tawaran IPTSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.Dokumen yuran pendaftaran.Gambar berukuran passport.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/waktu-operasi-baru-klinik-kesihatan/", "title": "Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM 2023", "body": ["\n\n", "\nPEMANJANGAN WAKTU OPERASI BARU SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) 2023\nBagi mengurangkan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat satu inisiatif baru dengan memanjangkan waktu operasi bagi klinik-klinik kesihatan yang terpilih.\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa usaha bersama Jabatan Kesihatan Negeri digembleng bagi mengatasi masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital yang menyebabkan pesakit perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan\nDalam pada itu, sebanyak 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti boleh dilaksanakan perpanjangan waktu operasi.\nWaktu Operasi Baru Klinik Kesihatan 2023\nWaktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.\nBagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5.00 petang hingga 9.30 malam dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.\nPerkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum.\nWalau bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.\nWaktu Operasi Baru Klinik Kesihatan Mengikut Negeri\n\nKedah\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi negeri Kedah\n\nAhad \u2013 Khamis : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Alor Setar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-7332775\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kulim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Hospital, 09000 Kulim,Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-4921377\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Suncai Petani\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Badlishah,08000 Sungai\u00a0\u00a0\u00a0Petani,Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-4213355\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kuah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Air Hancat,07000 Langkawi Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-9668030\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Padang Matsirat\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a007100 Langkawi,Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-9551355\u00a0\u00a0\u00a0\nJohor\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi negeri Johor\n\nAhad \u2013 Khamis : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Mahmoodiah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jkr 6274,Jalan Mahmoodiah, 80000 Johor Bahru,\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a007-2266166\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Sultan Ismail\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Persiaran, Jalan Mutiara Emas Utama, Taman Mount Austin, 81100\u00a0\u00a0\u00a0Johor Bahru,Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a007-3577129\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Bandar Maharani\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Taman Utama Satu,Jalan Hospital,84000 \u00a0\u00a0\u00a0Muar, Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-9539729\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Mengkibol\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Menckibol ,Taman Sunrise Rise Park ,86000 Kluang ,Johor.\u00a0\u00a0\u00a0 07 \u2013 776534407 \u2013 7765343 \u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Batu Pahat\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat,Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a007-4331544\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kulai Besar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Batu 19, Jalan Air Hitam 81000 Kulai,Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a007-6625255\u00a0\u00a0\u00a0\nKelantan\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi negeri Kelantan\n\nAhad \u2013 Khamis : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0 Kelantan Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu Jalan Hospital,15200 Kota Bharu,Kelantan 09-7475770 \nKuala Lumpur & Putrajaya\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0WPKL dan Putrajaya\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0 Jalan Temerloh,Titiwanci- Sa 53200 Kuala Lumpur, Wilayah PersekutuanKuala Lumpur \u00a0\u00a0\u00a003-2618 3200\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Presint 9\u00a0\u00a0\u00a0 1,Jalan P9E, Presint 9,62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya \u00a0\u00a0\u00a003-8888 3057\u00a0\u00a0\u00a0\nMelaka\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Melaka\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Melaka\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Masjid Tanah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Besar Masjid Tanah 78300 Alor Oajah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-3843012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Alor Oajah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a078000, Alor Oajah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-5566235\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Jasin\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a077000,Jasin\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-5294636\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Merlimau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a077300,Merlimau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-2631533\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Ayer Keroh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Ayer Keroh Lama, 75350,Ayer Keroh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-2312344\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Perinooit\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Pantai Perinooit, 75400 Melaka\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-2882333\u00a0\u00a0\u00a0\nNegeri Sembilan\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Port Dickson\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KML,Jalan Seremban, 71000,Port Dickson, Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a006-6473333\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Bahau\u00a0\u00a0\u00a0 Kampung Jambu Lapan, 72100,Bahau,Negeri Sembilan \u00a0\u00a0\u00a006-4541234\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Seremban\u00a0\u00a0\u00a0 Jalan Rasah,70300, Seremban,Negeri Sembilan \u00a0\u00a0\u00a006-7679267\u00a0\u00a0\u00a0\nPahang\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Pahang\n\nIsnin -Jumaat: 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0Pahang Klinik Kesihatan Bandar Jalan Bukit Sekilau,25200, Kuantan, Pahang 09-5135571 \nPerak\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Perak\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Tapah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Damai,35000 Tapah, Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-4010260\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Teluk Intan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a036000 Teluk Intan,Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-6214020\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Greentown\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Raja Musa Aziz,30450 Ipoh,Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-2530801\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kamuntinci\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a034600 Kamuntinci,PERAK\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-8913751\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Taipino\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Tupal,34000 Taipino,Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-8041555\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Sitiawan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a032000 Sitiawan,Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-6914355\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Tanjung Malim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Besar, 35900 Tanjuno Malim, Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a005-4596333\u00a0\u00a0\u00a0\nPerlis\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Perlis\n\nIsnin -Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kuala Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Kuala Perlis,02000 Kuala\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-9854259\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Kancar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Kolam, 01000 Kancar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-9778333\u00a0\u00a0\u00a0\nPulau Pinang\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Pulau Pinang\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Bayan Baru\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Tenciah, 11950 Bayan Baru,Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a004-6425102\u00a0\u00a0\u00a0 Klinik Kesihatan Seberang Perai Jalan Perpustakaan,13700 Seberang Perai,Pulau Pinang \u00a0\u00a0\u00a004-3900264\u00a0\u00a0\u00a0\nSabah\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Sabah\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Inanam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Kionsom,88450 Kota Kinabalu,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0088-436435\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Luyang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Gunung Bintang, Taman Makmur,88300 Kota Kinabalu,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0088-715000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Menggatal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Kokol Poring-Poring, 88400 Kota Kinabalu,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0088-489770\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Lahad Datu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jln Lahad Datu \u2013 Tawau, Bandar Lahad Datu,91100 Lahad Datu,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0089-881703\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Penampang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kampung Tuavon,89500 Penampang,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0088-717978\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Putatan\u00a0\u00a0\u00a0 Penampang Lot 13a-2, Pusat Dagangan Donggongan Penampang,Jalan Pasir Putih, 88200,Putatan, Sabah \u00a0\u00a0\u00a0088-765704\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Sandakan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kilometer 3.2, Jalan Utara, 90500 Sandakan, Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0089-225800\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Tawau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Chonc Thien Vun, 91000 Tawau,Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0089-775710\u00a0\u00a0\u00a0\nSarawak\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Sarawak\n\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sarawak\u00a0\u00a0\u00a0 Klinik Kesihatan Jalan Masjid(Tarikh Operasi Akan Dimaklumkan) \u00a0\u00a0\u00a0Jalan Masjid,93400 Kuching\u00a0\u00a0\u00a0 082-427110082-257867 \u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Bintulu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kilometer 1,Jalan Tun Abdul Razak, 97000 Bintulu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0086-858140\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Jalan Lanang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jln.Ulu Lanang. Sibu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0084-210433\u00a0\u00a0\u00a0\nSelangor\n\nSenarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh beroperasi selepas waktu pejabat bagi Negeri Selangor\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 5:00petang \u2013 9:30malam\nSabtu : 8:00pagi \u2013 12:00tengahari\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLINIK KESIHATAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ALAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TELEFON\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sarawak\u00a0\u00a0\u00a0 Klinik Kesihatan Jalan Masjid(Tarikh Operasi Akan Dimaklumkan) \u00a0\u00a0\u00a0Jalan Masjid,93400 Kuching\u00a0\u00a0\u00a0 082-427110082-257867 \u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Bintulu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kilometer 1,Jalan Tun Abdul Razak, 97000 Bintulu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0086-858140\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Klinik Kesihatan Jalan Lanang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jln.Ulu Lanang. Sibu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0084-210433\u00a0\u00a0\u00a0\nBaca juga : Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya adan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai waktu operasi baru Klinik Kesihatan 2023, anda boleh layari portal Kementerian Kesihatan Malaysia https://www.moh.gov.my/\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah waktu baru operasi klinik-klinik kerajaan? Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5.00 petang hingga 9.30 malam dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum. Apakah semua klinik akan terlibat dengan waktu operasi baru ini? Tidak. Hanya terdapat 52 buah klinik sahaja terlibat buat masa ini Bagaimana untuk saya tahu senarai klinik-klinik yang terlibat Anda boleh dapatkan senarai klinik yang terlibat disini \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/portal-aduan-buli-kpm/", "title": "Portal Aduan Buli KPM Hentikan Buli Di Sekolah", "body": ["\n\n", "\nTerkini Kementerian Pendidikan Malaysia,melancarkan Portal Aduan Buli KPM bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada kementerian tersebut, jelas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.\nKementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana sekolah yang cuba menyorok kejadian buli yang berlaku dalam kalangan murid atau pelajar\nTurut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.\nApa Itu Portal Aduan Buli KPM\nPortal Aduan Buli bagi membolehkan penyaluran maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM.\nSebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga.\nContoh Kes Buli di Sekolah & Boleh Di Laporkan Di Portal Buli KPM\nBuli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menangani masalah kes buli dalam kalangan murid. Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murid yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah khususnya murid. KPM akan menyediakan portal aduan buli sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi kes buli di sekolah\n\nHukuman Buli Di Sekolah\nBagi mereka yang terlibat sebagai pembuli, mereka boleh dikenakan hukuman disiplin seperti berikut;\n\n\n\n\nDigantung dari sekola selama 14 hari atauDibuang dari sekolahDirotan tidak lebih daripada tiga kali rotan\n\nCara Buat Aduan di Portal Aduan Buli KPM\nPortal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang\u00a0https://www.moe.gov.my/aduanbuli\u00a0ituLaporan boleh dibuat oleh orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.Pelaporan boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email\u00a0protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.\n\nPortal Aduan Buli KPM Pdf\nBerikut disenaraikan bahan-bahan yang boleh di muat turun yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan hebahan dan promosi di sekolah-sekolah ;\n\nBuku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di SekolahSurat Siaran Dan SPI Berkaitan BuliBorang PK 04-3 Pengurusan AduanOrdinan Pelajaran 1957SPI 7 2011 Pelaksanaan SOP 1:3:7 Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin MuridSPI 8 2010 Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di SekolahSS KPM BIL.16 2009 Ketegasan Menangani Tingkah Laku Ala Samseng Dalam Kalangan MuridKPM BIL.16 2014 Pematuhan Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di SekolahCarta alir Menangani Kes Buli Di Sekolah\nPek Pemula : Pemerkasaan Sahsiah SejahteraPoster\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, tentang kes buli di sekolah dan pelaporan di Portal Aduan Buli KPM sila rujuk saluran berikut:\nSistem Aduan SISPAA\u00a0E-mel:\u00a0[email\u00a0protected]Telefon :\u00a00388849325\u00a0(Waktu bekerja)Whatsapp / Telefon 24 Jam :\u00a00148009325\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-latihan-kemahiran-akademi-binaan-malaysia-tajaan-maidam/", "title": "Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia Tajaan MAIDAM", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan tawaran menyertai Program latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia tajaan MAIDAM kini dibuka. Program yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur).\nTawaran ini dibuka untuk anak-anak asnaf Terengganu berumur 18 -35 tahun, mempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat menegah dan sihat tubuh badan. Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 11 oktober 2022\nDalam memastikan pendidikan anak-anak asnaf terjamin, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah memperkenalkan beberapa latihan atau program khusus untuk mereka\nObjektif utama untk anak-anak asnaf diperkenalkan adalah bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akedemik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang memungkinkan mereka dapat berdikari suatu hari nanti\nSelain itu kursus ini diperkenalkan untuk membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik\nSyarat-Syarat Kemasukan\n\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :Merupakan rakyat negeri TerengganuBerumur antara 18 hingga 35 tahunMempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat MenengahSihat tubuh badan\n\nKelebihan Menyertai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM\nPengajian yang selama 4 bulanProgram ditanggung sepenuhnya oleh MAIDAMElain bulanan diberikanPenginapan disediakanMakan dan minum ditanggung sepenuhnyaPeserta bakal diberikan kad hijau/OGSP\n\nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh di dapati pada pautan berikut https://ypmaidam.my/2022/06/22/bantuan-anak-asnaf/Borang permohonan dan salinan dokumen perlulah dihantar ke ;\nYayasan Pendidikan MAIDAM\n\n\n\n\nLot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,\nJalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu,\nTerengganu Darul Iman.\nTel : 09-622 5600 / 09-622 3500\nDokumen Yang Perlu Disertakan\nSalinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta anak-anak dalam tanggungan/penjagaSalinan sijil-sijil akademik (SPM/STAM/STPM dan lain-lain)Salinan slip gaji atau akuan pendapatan ibu dan bapa/penjaga/sendiriSalinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)Surat bermastautin bagi kelahiran luar negeri terengganuLain-lain dokumen yang berkaitan\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM, anda boleh layari website https://ypmaidam.my/ atau hubungi ;\nTelefon : 09-6223500 / 09-6225600Email : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mendaftar-muet-2022/", "title": "MUET: Cara Mendaftar MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini", "body": ["\n\n", "\nMUET: Cara Mendaftar MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini ~ Kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, sila ambil perhatian. Pendaftaran bagi sesi 11 tahun 2022 kini dibuka dan anda boleh membuat permohonan secara atas talian bermula 7 Disember 2021.\u00a0\nMUET (Malaysian University English Test)\u00a0\nMUET atau Malaysian University English Test merupakan satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar-p\nelajar institusi pengajian tinggi dan bagi calon-calon yang bercadang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.\u00a0\nSistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan\u00a0 dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\nPeperiksaan ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.\nBermula pada tahun 2012, peperiksaan ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlangsung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.\n\nCara Mendaftar MUET Sesi 1 (2022)\nUntuk mendaftar, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my/registration\nIsi maklumat peribadi anda dalam ruang yang disediakan.\nIkuti langkah selanjutnya, klik \u201cNext/Seterusnya\u201d.\nBuat bayaran mengikut kaedah yang tertera.\nPendaftaran dibuka bermula 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.\nPENTING: Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.\nCara Membayar Yuran\nCalon yang berminat dikehendaki untuk membuat bayaran bagi menduduki ujian ini sebanyak RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara).\u00a0\nAnda boleh membayar yuran tersebut melalui perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my\n\n\n\n\nMakluman Pembayaran Bagi Calon Persendirian Individu\nSekiranya anda merupakan calon Persendirian Individu yang telah memberi PIN MEC bagi tujuan pendaftaran MUET Sesi 1 2022, calon perlu:\n1. Membuat pendaftaran baru secara perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my\u00a0\n2. Mengisi Google Form untuk tindakan pengembalian semula yuran yang telah dibuat oleh calon : https://forms.gle/ogd1Uu8YacwvvQK19\nPengembalian akan dibuat dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu 12 Januari 2022.\nRujuk manual pengguna selengkapnya (KLIK): Manual Pendaftaran Calon Persendirian\n\nJadual Tarikh MUET 2022\nSila ambil maklum tarikh-tarikh penting seperti jadual di bawah:\u00a0\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/kekeliruan dan ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan MUET/MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/\nAtau, hubungi talian 03-6126 1600 / hantarkan emel ke [email\u00a0protected] untuk sebarang pertanyaan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-diskaun-50-bayaran-balik-pinjaman-pelajaran-yayasan-terengganu-2022/", "title": "Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran diskaun 50% bayaran balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu. Tawaran ini dibuat oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu sejak 1972 sehingga 2022.\nBagi peminjam yang masih mempunyai baki tunggakan pinjaman, adalah di alu-alukan untuk merebut peluang ini untuk mendapatkan diskaun bayaran bagi pinjaman yang tertunggak\n\u00a0\nTempoh Diskaun Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu\n\nBagi peminjam yang ingin merebut peluang mendapatkan diskaun 50% bayaran balik ini boleh berbuat demikian mulai 1 April 2022 sehingga tarikh tamat tempoh promosi diskaun pada 31 Mei 2022.\n\u00a0\nKategori Layak Menerima Diskaun \u00a0Pinjaman Yayasan Terengganu\nSemua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.\n\u00a0\nBaca juga : Terkini Skim Permata Sejahtera 2022 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu\nCara Transaki Bayaran Balik Pinjaman\nUntuk membuat bayaran balik pinjaman ini, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:\n\ni) Kaunter Bayaran /UTC\n\nKaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.\n\n\n\n\n\nii) Kaunter BSN\n\nPeminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.\n\niii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)\n\n\nMaybank\n\n\nLogin ke Maybank2U.\nPergi ke bahagian \u2018Pay.\u2019\nDi bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.\nDi bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.\nKlik pay untuk membuat pembayaran.\n\n\nCIMB Bank\n\n\nLogin ke Maybank2U.\nKlik bahagian \u2018Pay Bills.\u2019\nCIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.\n\n\nBSN\n\n\nLogin ke myBSN.\nPergi ke bahagian \u2018Bill Payment.\u2019\nDi bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.\n\n\nRHB\n\n\nLogin ke RHB Now.\nKlik bahagian \u2018Other Biller.\u2019\nDi bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.\n\n\nJom Pay\n\nDi bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:\n\u2013 Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam\n\u2013 Ref 2: Nama peminjam\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, anda boleh hubungi nombor telefon 09-6221733, atau sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.\n\u00a0\nSoalan Lazim\nApakah Kategori Yang Layak Menerima Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjman Pelajaran Terengganu?\nSemua kategori adalah layak untuk menerima diskaun ini\nBilakah Tempoh Sah Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran Terengganu?\nTawaran ini sah mulai 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kewangan-pelajar-oku/", "title": "Bantuan Kewangan Pelajar OKU & Pendidikan Khas IPT", "body": ["\n\n", "\nPermohonan tawaran Bantuan Kewangan bagi Pelajar OKU atau orang kelainan upaya ini khusus untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) .Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. \nOleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini. Elaun khas ini\u00a0tidak\u00a0mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.\nApa Itu Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT\n\nSkop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;\nSkop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;\nPelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.\nTempoh Pembiayaan\nTempoh tajaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut :\nSijil \u2013 2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)Diploma \u2013 3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)Sarjana Muda \u2013 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)Diploma Lepasan Ijazah -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)Sarjana -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)Ph.D -4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)\nBaca juga: Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor\nSyarat-Syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT\ni. Pelajar warganegara Malaysia;ii. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;iii. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).iv. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;v. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;vi. Pelajar yang mengikuti\u00a0kursus separuh masa\u00a0atau\u00a0pengajian jarak jauh layak\u00a0menerima bantuan kewangan ini;danvii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).viii.Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru\nBaca juga : Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM RM300\nKaedah Bayaran\n1. Orang Kurang Upaya (OKU)\na. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)\nBantuan\u00a0meliputi wang saku dan yuran pengajian\u00a0yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak\u00a0wang saku\u00a0sahaja.Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut\u00a0tidak akan\u00a0dibayar kepada pelajar dan\u00a0tidak akan\u00a0dibawa ke hadapan.Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.Walau bagaimanapun, pelajar boleh\u00a0memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.Bayaran akan dibuat berdasarkan\u00a0tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan.\u00a0Tuntutan untuk\u00a0semester yang telah berlalu\u00a0adalah\u00a0tidak dibenarkan.\nb. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :\nBantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.Bayaran\u00a0yuran pengajian\u00a0akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; danBayaran akan dibuat berdasarkan\u00a0tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan.\u00a0Tuntutan untuk\u00a0semester yang telah berlalu\u00a0adalah\u00a0tidak dibenarkan.\n2. Program Pendidikan Khas (PPK)\ni. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada\u00a0Kolej Komuniti\u00a0dan\u00a0Politeknik\u00a0terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.\n\n\n\n\nii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :\nRM 3660/Semester 1 sahaja.RM 3360/Semester 2 hingga 4.\nKategori Yuran Tidak Di Tuntut\nBil.Yuran pengajian yang LAYAK dituntutYuran pengajian yang TIDAK LAYAK dituntut1.Yuran Pendaftaran PengajianYuran Penempatan / Yuran Asrama2.Kad Kampus / Kad MatrikInsuran Kesihatan / Perlindungan Insuran3.Yuran PerpustakaanYuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat4.Yuran PeperiksaanYuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA5.Yuran PerkhidmatanYuran Pencalonan6.Yuran Ko-Kurikulum / SukanTabung Kecemasan7.Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)Elaun Buku8.Yuran Pemeriksaan / Yuran TesisElaun Sara Hidup9.Yuran KomputerElaun Tesis10.Yuran Peralatan / Bahan MakmalElaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan11.Elaun Perjalanan / Tambang12.\u00a0Elaun Akhir Pengajian13.\u00a0Elaun Penyelidikan14.\u00a0Elaun Pengangkutan\nNota : Bagi tuntutan lain yang tidak tersenarai dalam senarai yuran yang LAYAK atau TIDAK LAYAK seperti di atas adalah tidak layak dituntut.\nCara Permohonan /Tuntutan Bantuan Kewangan Pelajar OKU\nPelajar perlu membuat permohonan secara dalam talian menerusi pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/login.php\n Salinan dokumen yang dinyatakan dalam permohonan dimuat naik lengkap.\nPelajar tidak perlu menghantar dokumen dan Salinan dokumen ke Bahagian ini.\nHanya Invois Asal yang perlu dikemukakan kepada Bahagian ini secara pos atau serahan tangan ke alamat:\nKementerian Pengajian Tinggi,Bahagian Biasiswa,Unit Pra Perkhidmatan,Aras 2, No. 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5,62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.No Hotline : 03-8888 1616\nPeringatan\nUrusetia berhak untuk tidak memproses tuntutan / permohonan pelajar sekiranya Salinan dokumen yang dimuat naik didapati mengelirukan ataupun tidak lengkapPermohonan\u00a0BKOKU\u00a0dan\u00a0PPK\u00a0akan dibuka pada\u00a03 Januari 2022.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan pelajar oku ipt ini, anda boleh ajukan melalui ;\nUnit Pra Perkhidmatan,Aras 2, No. 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5,62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.No Hotline : 03-8888 1616\nRosnidah Binti Ab.Rahim[email\u00a0protected]\nKalaivani A/P M Vadivelu[email\u00a0protected]\nNor Hidayah Binti Harun @ Zakaria[email\u00a0protected]\nWaktu pejabat SAHAJAIsnin hingga Jumaat \u2013 9.00 pagi hingga 4.30 petang\nWaktu RehatIsnin hingga Khamis (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang)Jumaat (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-pelajaran-skim-bantuan-pendaftaran-ypj/", "title": "Permohonan Pinjaman Pelajaran & Skim Bantuan Pendaftaran YPJ", "body": ["\n\n", "\nAnak-anak Negeri Johor yang akan mendaftar kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di IPTA & IPTS yang terpilih boleh membuat permohonan menerusi Pinjaman Dalam Negara dan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). \nUntuk makluman, YPJ telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh kerajaan Negeri Johor bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di IPT di dalam dan di luar negeri.\nOleh itu, antara bantuan yang ditawarkan menerusi YPJ ialah Pinjaman Dalam Negara dan SBP bagi membantu anak-anak Negeri Johor yang akan mendaftar dan sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS yang terpilih.\nPermohonan kedua-dua bantuan ini telah dibuka pada 15 Ogos dan akan ditutup pada 28 Ogos 2021. \n\nInstitusi Yang Ditaja\nIPTA, IPTS dan Politeknik yang akan ditaja menerusi kedua-dua bantuan ini adalah seperti berikut:\nIPTA\nSemua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)\nIPTS\n\n\n\n\nKolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)Marsah (Diploma sahaja)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:\ni) Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri\nPemohon lahir dan menetap di Johor.Pemohon telah mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum\u00a0memohon pembiayaan pendidikan.Kursus yang diikuti pemohon mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada\u00a0Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku\u00a0semasa permohonan dikemukakan.Baki tempoh pengajian semasa pemohon semasa membuat permohonan hendaklah\u00a0tidak\u00a0kurang\u00a0dari 1 tahun.Pemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).Kursus yang diikuti pemohon mestilah\u00a0\u2018sepenuh masa.\u2019Pendapatan ibu\u00a0dan\u00a0bapa\u00a0tidak melebihi\u00a0RM8,000 sebulan (tertakluk\u00a0kepada dasar semasa &\u00a0kelulusan).Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang\u00a0mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah\u00a0pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang\u00a0diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat\u00a0dan kriteria yang telah ditetapkan.\nii) SBP\nPemohon lahir dan menetap di Negeri JohorPermohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih IAITU Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah.Pemohon telah mendapat surat tawaran dari IPT.Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.Pendapatan ibu dan bapa atau Penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan dan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri dan SBP, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan Pra Pendaftaran.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Pra Permohonan.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan.Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru atas kanan jenis permohonan yang di pohon, sama ada \u201cPinjaman Pelajaran\u201d atau \u201cSkim Bantuan Pendaftaran (SBP)\u201dMasuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:Yayasan Pelajaran Johor,No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri, Larkin Jaya, Kg Dato\u2019 Onn Jaafar,Karung Berkunci 711,80990 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua bantuan ini, sila layari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/penangguhan-bayaran-balik-pembiayaan-tekun/", "title": "Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN 3 Bulan", "body": ["\n\n", "\nPara usahawan yang menerima pembiayaan TEKUN Nasional, sukacita dimaklumkan pihak TEKUN Nasional menawarkan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN selama 3 bulan.\nUntuk makluman, TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998 yang bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan.\nAkibat pandemik COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pihak TEKUN Nasional menawarkan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN bagi usahawan yang terlibat. \nPermohonan penangguhan bayaran balik ini telah dibuka dan tarikh akhir permohonan penangguhan bayaran balik ini adalah pada 31 Ogos 2021.\n\nTempoh Penangguhan\nUntuk Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN selama 3 bulan ini, tempoh penangguhan yang ditawarkan adalah dari Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.\nSelepas penangguhan bayaran balik tamat, pembayaran balik pembiayaan pemohon perlu dibuat seperti biasa mulai September 2021. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi usahawan yang layak memohon penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPembiayaan yang tidak bertunggakan tidak melebihi 6 bulan pada 30 April 2021 atau 31 Mei 2021.Semua produk pembiayaan layak memohon penangguhan kecuali produk Kontrak-i.\nCaj Tambahan\nPihak TEKUN Nasional memaklumkan penangguhan bayaran balik ini tidak melibatkan caj tambahan.\nIni bermakna, jumlah pinjaman yang yang perlu dibayar tidak melibatkan penambahan selepas penangguhan bayaran balik diluluskan.\nSelain itu, rekod pembayaran balik pemohon juga tidak terjejas sepanjang pengurangan diberikan. \nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari pautan berikut https://tinyurl.com/mora4tekun.Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Next.\u2019Isi maklumat sehingga paparan terakhir.Pada paparan terakhir, klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nPemberitahuan Kelulusan\nSetiap permohonan yang dihantar akan diberitahu kelulusan melalui SMS kepada setiap pemohon. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN ini, sila hubungi pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/karangan-wawancara/", "title": "Karangan Jenis Wawancara : Format dan Contoh Panduan", "body": ["\n\n", "\nSalah satu soalan di dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Bahagian C yang lazim ditanya di dalam kategori karangan berformat adalah soalan berbentuk karangan jenis wawancara.\nUntuk makluman, wawancara merupakan perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau temu bual yang bertujuan ingin mengetahui sesuatu maklumat atau perkara.\nKarangan wawancara mempunyai dua watak iaitu penemu bual dan orang yang ditemu bual. \nPenemu bual ialah orang yang bertanyakan soalan di dalam wawancara ini manakala orang yang ditemu bual ialah orang yang menjawab soalan daripada penemu bual.\nKarangan Jenis Wawancara\nTerdapat beberapa jenis wawancara yang anda perlu tahu secara umumnya iaitu : \n\nWawancara Berstuktur\n\nJenis temu bual ini, ialah temu bual berstruktur atau berpandu, di mana semua soalan yang ingin anda tanyakan telah disediakan secara terperinci dan lengkap.\n\n\nWawancara tidak berstuktur\n\nSeperti namanya, wawancara tidak berstruktur adalah bertentangan dengan wawancara berstruktur, di mana soalan yang ditanya adalah terbuka. Jenis ini juga biasa dipanggil wawancara terbuka, kerana penemuduga boleh bertanya apa sahaja kepada sumber.\nNamun, apa yang perlu diberi perhatian ialah soalan-soalan ini masih relevan dengan keperluan data supaya wawancara masih boleh dikawal.\n\n\nWawancara Bebas Berpandu\n\nIni adalah wawancara yang terakhir, iaitu gabungan dua jenis wawancara sebelum ini, di mana penemuduga masih menyediakan soalan untuk ditanya\n\n\n\nTips Karangan Yang Baik\nUntuk karangan jenis wawancara, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk penulisan yang baik iaitu:\n\nPastikan murid memahami soalan yang diberikan dan wawancara tersebut berkenaan apa.\nPastikan setiap soalan dan jawapan yang dikemukakan adalah bertepatan dengan tajuk yang diberikan.\nMulakan wawancara dengan memberikan ucapan salam dan terima kasih atas kesudian untuk di wawancara.\nPastikan setiap jawatan orang yang ditemu bual tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.\n\nFormat Karangan Wawancara\nFormat karangan wawancara mempunyai format yang berlainan daripada karangan-karangan yang lain.\nNamun, format karangan ini adalah lebih ringkas dan mudah seperti berikut:\ni) Perenggan pertama\nDalam perenggan pertama, penulis perlu memberikan penerangan serba sedikit mengenai maklumat wawancara tersebut beserta tujuan wawancara tersebut dilakukan. \nii) Nama watak\n\n\n\n\nNama watak perlulah ditulis selari di sebelah kiri kertas.\nDi samping itu, nama watak perlulah ditulis pendek dan sekurang-kurangnya 2 patah perkataan. \niii) Tanda titik bertindih\nTanda titik bertindih perlu diletakkan di sebelah nama watak sebelum memulakan dialog dan perlu selari\nContoh Karangan Wawancara\nAntara contoh karangan jenis wawancara yang boleh dijadikan panduan murid-murid adalah seperti berikut:\ni) Contoh Karangan Wawancara Pegawai Polis\nSoalan: Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap. \n\n\nii) Contoh karangan Wawancara Penulis Novel\nSoalan: Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya. \n\n\nInfo Lanjut\nUntuk info dan maklumat lanjut mengenai karangan jenis wawancara, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=KKpRk5Ve0gg.\nSemoga ianya membantu untuk murid-murid membuat ulangkaji dan persediaan menghadapi peperiksaan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tesp-mara-2022/", "title": "TESP MARA 2022 : Program Penajaan Pengajian Tertiari", "body": ["\n\n", "\nPermohonan TESP MARA 2022 : Program Penajaan Pengajian Tertiari kini di buka. Ianya merupakan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara. \nPelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.membuat permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan pada 25 Oktober 2022, jam 5.00 petang.\nApa Itu TESP MARA 2022 : Program Penajaan Pengajian Tertiari\n\nMARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi / STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia.Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf BumiputeraMemenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:\nKategori KelayakanPendapatan BulananPendapatan Bercukai TahunanYuran & Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawahYuran sahajaRM12,001 \u2013 RM20,000RM150,001 \u2013 RM250,000\nNota: Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.\nIbu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.\nBaca juga : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022\nSyarat Akedemik\nPelajar Baharu\nMendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma serta setaraf;Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2022.\nPelajar Sedia Ada\nMendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DANMempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.\nLain-Lain Syarat\nLulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.\nBidang dan Sub Bidang Terpilih\n\nEngineering & Environment\nChemical EngineeringCivil EngineeringMechanical, ElectricalRobotics & AutomationTelecommunicationMechatronicNanotechologySolar EnergyWind EnergyEnvironment EngineeringOccupational Safety and Health\nNatural Science / Medical Science / specialist\nPharmacySports Medicine RehabilationVeteninary ScienceGenetic EngineeringSpecialists Cardio,Oncologist, Radiologist, DermatologistsBiomedical ScienceMedical Lab TechnologyMeical Imaging MedicineNursing PhysiotherapyBiologyChemiatryPhysics\nTransport -Vehicle Design & Engineering\nMotorcycle / Automotivr /Heavy Vehicles/Trains/Aircraft/Marine Motorcycle/Auto Design SafetyEmissionsElectricNoise,vibration,harshnessVehicle ElectronicsDurabilityMaterialParts Design ProductionMaintenanceTesting\nFood Security\n\n\n\n\nAgricultureAquatic Marine ScienceBiotechnologyFood Science with NutritionSeed TechnologyHerbal Technology\nAccounting & Finance\nBanking & FinanceBanking & InvestmentsFinancial EngineeringFinancial Technology (FinTech)Islamic Banking & FinanceAccountingRisk ManagementProfessional Accounting\nBuild Professionals\nArchitectureInterior ArchitectureInterior DesignQuality SurveyingTown Planning / Real Estate\nIT & Computer Science\nBioinformaticsCyber SecurityBusiness Information System (BIS)Cloud ComputingComputer EngineeringData Analysis/Data ScienceInternet Of Things (IOT)Network ComputingProgrammingSoftware EngineeringComputer SecurityComputer Games DevelopmentInformation & Communication Technology (ICT)\nCreative Design\nGame DesignanimationApss DesignWeb DesignGraphic DesignMultimedia DesignAdversiting DesignVirtual RealityFashion DesignAdversiting & Brand MFilm,TV, VideoBroadcasting\nEconomy ,Business & Mnagement\nMarketing ManagementE-businessInternational BusinessLogistics ManagementSupply Chain ManagementOnline Sales & SupplyMarketing CommunicationsLawSalesBusiness ManagementHuman Resource ManagementMass CommunicationsInformation ManagementSocial SciencePublic RelationPsychologyIslamic Study/syariah\nCara Mohon TESP MARA 2022\nPermohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my bermula 23 September sehingga 25 Oktober, jam 5.00 petang. Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.\nPermohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nPermohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal TESP MARA 2022 : Program Penajaan Pengajian Tertiari boleh dibuat dari jam pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di IPTA)[email\u00a0protected] (bagi permohonan di IPTS)[email\u00a0protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)[email\u00a0protected] (bagi permohonan di UniKL)[email\u00a0protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/intipati-belanjawan-2023-madani/", "title": "Intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani", "body": ["\n\n", "\nBerikut intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani ringkasan bajet 2023 daripada pembentangan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.\nBelanjawan 2023 dibentuk hasil daripada pendekatan dan usaha secara konsultatif dan inklusif bersama pelbagai pemegang taruh.\nDalam hubungan ini, lebih 100 sesi perbincangan bersama kumpulan fokus telah dilaksanakan dalam bulan Januari dan Februari 2023; dan hampir 3,282 cadangan telah diterima melalui portal Belanjawan 2023 dan diteliti.\nBajet 2023 pada asalnya\u00a0dibentangkan oleh kerajaan terdahulu\u00a0pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan selepas Parlimen dibubarkan.\nMaka di atas iltizam tersebut, Belanjawan 2023 bertemakan Membangun Malaysia Madani, seiring dengan agenda Belanjawan 2023 yang akan menjadi langkah pertama yang menyusul teras pembangunan Negara MADANI. Semua usaha yang dirangka akan mendasari setiap rukun MADANI.Kerangka ini merupakan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri berpaksikan kepada enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan dan rahmah.\nIntipati Belanjawan 2023\n\nSecara ringkasnya intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani yang telah dirangka untuk pelan pembangunan dengan tema Membentuk Malaysia Madani memperuntukan ;\n\nJumlah peruntukan keseluruhan Belanjawan 2023 = RM388.1 bilion (2023), RM372.3 bilion (10/2022)\nBelanja mengurus = RM289.1 bilion, belanja pembangunan = RM99 bilion\nPeruntukan pembangunan = Melebihi RM97 bilion\n\n\nINISIATIF PEMBIAYAAN PMKS\n\nRM40 bilion = Kemudahan peminjam usahawan PMKS\nRM1.7 bilion = Disediakan di bawah BNM, BSN dan TEKUN\nRM300 juta = PMKS untuk golongan wanita dan belia\nRM10 juta = Bantuan modul dari TEKUN\n\nINISIATIF UNTUK GOLONGAN BELIA\n\nBantuan eTunai Belia Rahmah\nJumlah peruntukan = RM400 juta, Pemberian sebanyak RM200 (2 juta belia, berusia 18 hingga 20 tahun)\n\nINISIATIF KOS SARA HIDUP\n\nSumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 (B40)\nJumlah peruntukan = RM8 bilion, 8.7 juta penerima\nBergantung kepada bilangan anak sebanyak RM2500, Golongan isi rumah B40 (RM2500 ke bawah)\nRM600 = Tambahan untuk bakul makanan dan baucar makanan asas\nRM3100 = Sumbangan Bakul Rahmah\n\nINSIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR)\n\nTujuannya membantu golongan miskin\nJumlah peruntukan IPR = RM750 juta\nRM2.5 bilion = Bantuan kebajikan diberikan 400 juta penerima\nRM64 bilion = Subsidi, bantuan serta insentif\nRM250 juta = Usaha membantu golongan rentan miskin\nJualan Rahmah\nJumlah peruntukan = RM100 juta untuk 222 kawasan Parlimen\n\nINISIATIF PARA GRADUAN PERKESO\n\n\n\n\n\nJumlah peruntukan = RM50 juta\nRM400 sebulan/6 bulan = Insentif para majikan menggaji 17 ribu graduan\nRM750 sebulan/6 bulan = Insentif majikan untuk golongan OKU, banduan, gelandangan, tegar\nRM40 juta = Pekerja GIG kepada 30 ribu orang bekerja\nRM100 juta = Tanggungan 80 peratus pekerja daripada nilai caruman PERKESO\n\nLESEN MEMANDU\n\nUjian memandu percuma bagi motorsikal kelas B2, teksi dan bas serta perkhidmatan e-hailing ditanggung kerajaan\n\nPRASARANA AWAM\n\nRM2.7 bilion = Selenggara dan naik taraf jalan persekutuan\nRM1.5 bilion = Keseluruhan jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar\nRM100 ribu = Penurapan jalan oleh Khidmat Jurutera Daerah (seluruh kawasan daerah)\nRM300 juta = Selenggara kecil bagi jalan persekutuan dan jalan kampung\nRM50 juta = Pemasangan lampu jalan\nRM5.2 bilion = Selenggara jalan negeri oleh MARRIS\nRM1.2 bilion = Membaik pulih 400 buah klinik, 380 sekolah daif\nPembersihan hasil cukai kerajaan untuk golongan rakyat = RM900 juta\n\nINFRASTRUKTUR RANGKAIAN JALUR LEBAR\n\nProjek JENDELA dipercepatkan\nRM725 juta = Melaksanakan ketersambungan rangkaian Internet\n\nPEMBANGUNAN SABAH DAN SARAWAK\n\nPeruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak = RM6.5 bilion, RM5.6 bilion\nRM1 bilion = Membina bandar bersempadan di Kalimantan, Indonesia\nRM2.5 bilion = Melaksanakan projek bagi prasarana awam\nRM20 bilion = Menyenggarakan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo dan Sabah-Sarawak Link Road (jajaran melebihi 1000km)\nProgram Pembasmian Kemiskinan Bersetuju menggunakan sebahagian jumlah bayaran petroleum daripada Sabah dan Sarawak\nSabah, Sarawak terima manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.\nSejumlah RM30 juta diperuntukan untuk memperbanyakkan kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak.\n\nINISIATIF PENDIDIKAN\n\n\nPengagihan komputer riba = 50 ribu unit diagihkan bagi sekolah dan institusi pengajian KPM\n\nBANTUAN KHAS\n\nBantuan khas kewangan Aidilfitri = RM700 (penjawat awam Gred 56 ke bawah), RM350 (pesara kerajaan)\n\nINSENTIF KWSP (i-MADANI)\n\n\nKerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.\n\nAMANAH SAHAM BUMIPUTERA\n\n\nJumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSaiz dana Amanah Saham Malaysia ditingkatkan sebanyak RM5 bilion\n\nPENGENALAN CUKAI BARU\n\n\nKerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.\nCukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah\nDuti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape\n\nPELEPASAN MUFLIS SERTA-MERTA\n\n\nAkta Insolvensi 1967\u00a0akan dipinda\u00a0supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat.Kes muflis dengan hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.\nKerajaan juga menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan tersebut\n\nMaklumat Lanjut\nSelain daripada ringkasan intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani, anda juga boleh melihat dengan lebih terperinci pembentangan belanjwan yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim melalui laman web berikut https://budget.mof.gov.my/ms/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skipma/", "title": "Permohonan SKIPMA MARA: Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA", "body": ["\n\n", "\nTerkini Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang ingin memiliki komputer boleh memohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) 2022 yang telah dibuka. \nTujuan skim ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar IPMA memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu pembelajaran.\nSkim pinjaman ini dibuka kepada pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat persediaan/prauniversiti, sijil, diploma dan ijazah sarjana pertama (sarjana muda).\nPermohonan SKIPMA telah dibuka secara atas talian mulai 10 Ogos sehingga 23 Ogos 2022.\n\nPelajar IPMA Layak Memohon\nPelajar tajaan MARA dibawah institusi IPMA seperti dibawah yang layakmemohon:\nKolej MARA (KM).Institut Kemahiran MARA (IKM).Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).MARA Japan Industrial Institute (MJII).Kolej Profesional MARA (KPM).Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).German Malaysian Institute (GMI).\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera dan warganegara Malaysia.Pemohon sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan/Pra-Universiti, Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).Pemohon tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.Baki pengajian tidak kurang satu tahun dari tarikh permohonan dibuat.Pemohon layak memohon satu kali pinjaman bagi setiap peringkat pengajian. \nAmaun Pinjaman\nAmaun pinjaman komputer maksimum adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada harga sebenar komputer tersebut.\nPinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.\n\n\n\n\nBayaran Balik\nTempoh bayaran balik bagi SKIPMA ini adalah selama 18 bulan dan bayaran balik bermula setelah tamat pengajian. \nPengiraan bayaran ansuran bulanan adalah seperti berikut:\nNilai pinjaman (RM)\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013 = Kadar ansuran (RM) bulananTempoh bayaran balik (18 bulan)\nPerlu diingatkan, peminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian dan menamatkan pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian.\nPenjamin Yang Diperlukan\nPermohonan SKIPMA perlu mempunyai penjamin dan syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Penjamin berumur 21 tahun dan ke atas.Penjamin mestilah terdiri daripada ibu/bapa/penjaga/ahli keluarga.Pendapatan kasar penjamin mestilah sekurang-kurangnya RM500.\nCara Memohon\nPelajar yang ingin membuat permohonan SKIPMA, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0aplikasi.mara.gov.my/skipKlik butang \u2018Permohonan Online.\u2019Isi maklumat yang dikehendaki pada 6 halaman dan klik butang \u2018Next.\u2019Apabila sampai ke paparan terakhir, klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai SKIPMA, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pdp-pakk-program-diploma-perguruan-pendidikan-kanak-kanak/", "title": "Permohonan PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak", "body": ["\n\n", "\nBerita baik buat guru tadika yang sedang berkhidmat, PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.\nProgram Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.\nPermohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).\u00a0\nApa itu PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak\n\nProgram ini dibuka khas kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).\nProgram pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.\nPDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.\nSyarat Kelayakan\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia.Sihat tubuh badan.Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\nSyarat Akademik\nMemiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atauLulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atauLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau\nBagi pemohon yang\u00a0TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA: Lulus ujian penilaian\u00a0Accreditation of Prior Experiential Learning\u00a0(APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM\nMaklumat Program PDP-PAKK\nProgram ini bermatlamat untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.\nTarikh Permohonan\nPermohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester\nBaca juga : Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT\nStruktur Yuran\nBagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:\nSemester 1 (RM1470.00)Semester 2 (RM1020.00)Semester 3 (RM1020.00)Semester 4 (RM1020.00)Semester 5 (RM1020.00)Semester 6 (RM2280.00)\nJumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00\nYuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00\nJumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00\nPembiayaan Program PDP-PAKK\nKos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.\nLokasi Pusat Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak\nInstitut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walau bagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.\nZON UTARA\nIPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang\nZON TENGAH\nIPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur\nZON SELATAN\nIPG Kampus Raja Melewar, Negeri SembilanIPG Kampus Perempuan Melayu, MelakaIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor\nZON TIMUR\nIPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang\nZON SARAWAK\nIPG Kampus Batu Lintang, SarawakIPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak\nZON SABAH\nIPG Kampus Gaya, SabahIPG Kampus Tawau, SabahIPG Kampus Keningau, Sabah\nCara Permohonan Program PDP-PAKK\nSila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:\nDokumen diperlukan\n\n\n\n\ni) Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)\u00a0ii) Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan\u00a0\u00a0iii) Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM\u00a0\u00a0iv) Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)\u00a0\u00a0v) Salinan Permit Mengajar Yang Sah\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan melalui pautan https://forms.gle/QhwPnqhscSkeSSRK6 \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai PDP PKK anda boleh layari https://bit.ly/pdppakk atau Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:\nINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA\nKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA\nARAS 1 \u2013 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1\n63000 CYBERJAYA, SELANGOR\n(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)\nNo. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim (F.A.Q)\nAdakah selepas saya tamat pengajian, saya akan diserapkan dalam ambilan guru prasekolah Kerajaan?\nPelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi Guru Tadika Swasta yang sedang berkhidmat. Selepas tamat pengajian, guru akan kembali berkhidmat ke Tadika Swasta sebelum ini/sedia ada.\nAdakah saya layak memohon pinjaman pendidikan untuk program ini? (Contoh: MARA, PTPTN)\nTidak layak.\nMod program ini adalah sepenuh masa, adakah kelas akan diadakan hanya pada hujung minggu atau cuti persekolahan?\nPengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP PAKK) dilaksanakan secara sepenuh masa. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).PdP interaksi bersemuka fizikal (Kuliah/Tutorial/Amali/Lain-lain) akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus.Interaksi dalam talian (tidak segerak) melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah (guided learning) yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian.\nAdakah program ini mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?\nYa\nAdakah saya dibenarkan untuk membuat penangguhan pengajian?\nPelajar dibenarkan untuk membuat penangguhan pengajian maksimum satu tahun (3 semester) dan satu kali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Antara sebab pengangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah:\ni) Mengandung\nii) Masalah kesihatan\niii) Kes Keselamatan\nAdakah yuran yang telah dibayar untuk satu-satu semester akan dikembalikan semula sekiranya saya gagal menamatkan semester tersebut?\nJawapan:\nTidak. Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya pelajar tidak menamatkan pengajian dalam satu semester.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pendaftaran-muet-sesi-1/", "title": "Pendaftaran MUET Sesi 1 2023 Online & Jadual", "body": ["\n\n", "\nTarikh pendaftaran MUET sesi 1 2023 boleh dibuat mulai 7 Disember 2022 \u2013 10 Januari 2023. Pendaftaran ini adalah untuk calon persendirian dan juga calon sekolah/insitusi\nMUET atau Malaysian University English Test, ialah ujian Bahasa Inggeris yang dijalankan diperingkat Pra Universiti, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan STPM. Tujuan MUET adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke IPT. MUET juga wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.\nPendaftaran MUET Sesi 1 2023\n\nPenting, terdapat dua kaedah pendaftaran yang disediakan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.\nPendaftaran Calon Persendirian Individu\nBagi calon persendirian individu kaedah pendaftaran adalah secara dalam talian sahaja melalui pautan https://muet.mpm.edu.my\nCara Pendaftaran Calon Persendirian Individu\n\nLayari : https://muet.mpm.edu.my\nPilih Pusat Peperiksaan yang tersedia\nSila lengkapkan semua butiran peribadi dengan betul. (CAJ RM 25.00 AKAN DIKENAKAN UNTUK MENGUBAH MAKLUMAT KEMUDIAN)\n\n\nSelepas memastikan bahawa semua perincian adalah betul, klik Next\nTeruskan pembayaran menggunakan FPX atau Kad Kredit\nSila simpan anda resit untuk masa depan rujukan\nPENDAFTARAN SELESAI\n\nCara Untuk mendapatkan Penyata Pendaftaran (MUET/PP) \n\nLayari : https://muet.mpm.edu.my\nKlik Menu > Registration Statement (MUET/PP)\nMasukkan nombor ic atau passport click Search\nKlik Download PDF\n\nPendaftaran Bagi Calon Sekolah/Insitusi\n\n\n\n\nManakala bagi calon sekolah/insitusi pendaftaran adalah melalui sekolah/institusi masing-masing\nPIN MEC\nPembelian PIN MEC hanya untuk pendaftaran calon sekolah/institusi sahaja, bukan calon persendirian\nYuran Pendaftaran\n\nWarganegara RM100\nBukan warganegara RM 350\n\nTarikh Pendaftaran MUET 2023\n\n7 Disember 2022 \u2013 10 Januari 2023\n\nJadual \u00a0MUET 2023\n\nTarikh Ujian Bertulis (Written) -1 April 2023\nTarikh Ujian Lisan (Speaking) \u2013 13,14,15,16,20 dan 21 mac 2023\n\nMakluman Penting Untuk Calon Persendirian/Individu\n\nCalon Persendirian Individu\u00a0TIDAK DIBENARKAN\u00a0membeli\u00a0PIN MEC\u00a0di kaunter BSN atau MyPay.\u00a0Pembayaran hendaklah dibuat melalui pembayaran dalam talian di halaman ini semasa pendaftaran.\nTempat duduk di pusat ujian adalah\u00a0TERHAD\u00a0(siapa cepat dia dapat).\nSila rujuk Kalendar MUET 2023 di portal rasmi MPM di\u00a0http://www.mpm.edu.my\u00a0untuk butiran tarikh ujian.\nSila rujuk\u00a0Arahan dan Garis Panduan Kemasukan Calon MUET\u00a0dalam portal MPM atau pautan di\u00a0https://www.mpm.edu.my/en/muet/instructions-and-guidelines-for-muet-candidates-admission\u00a0berkenaan dengan kemasukan MUET .\nSila cetak dan/atau simpan Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) dalam format PDF setelah pendaftaran selesai.\u00a0Ketiadaan MUET/PP akan menyebabkan pendaftaran anda tidak sah dan calon dikehendaki mendaftar semula.\nSemua calon\u00a0diwajibkan melanggan\u00a0saluran Telegram rasmi MUET Sesi 1 2023 di\u00a0https://t.me/muets1202\u00a03 untuk mengikuti perkembangan terkini dan pengumuman rasmi MUET.\u00a0TIADA\u00a0pengumuman mengenai MUET akan dibuat melalui\u00a0SMS atau emel\u00a0.\nCalon diwajibkan membaca manual pengguna ini\u00a0untuk\u00a0merujuk butiran proses pendaftaran\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran MUET Sesi 1 2023 \u00a0, sila e-mel ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kwsp-10k/", "title": "Permohonan KWSP 10K 2022 Di Luluskan YAB Dato Ismail Sabri Yaakob", "body": ["\n\n", "\nPermohonan pengeluaran KWSP 10K diluluskan. Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Pengumuman ini telah di sampaikan oleh Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yakob sebentar tadi\nKerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.\nPermohonan KWSP 10K\n\nKerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.\nJusteru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.\nPenjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.\nSebelum ini juga, Kumpulan wakil pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyerahkan memorandum kepada Parlimen berhubung tuntutan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara \u2018one-off\u2019, pada Isnin.\nBaca juga : Pengeluaran i-Ceria KWSP RM10k\nWakil kumpulan tersebut, Mohammad Farhan Jailani berkata, memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada tiga pemimpin iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.\n\n\n\n\nMohammad Farhan berkata, pencarum mempunyai hak untuk menuntut pengeluaran wang simpanan itu mengikut Akta KWSP 1991.\n\u201cKami dengan tegasnya sebagai pencarum KWSP yang terkesan ingin menuntut hak kami menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 54 dan kami tidak akan sesekali berhenti sehingga wang tersebut berada dalam akaun kami.\nTonton Perutusan Ucapan YAB Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob\n\n\n\nBaca juga : Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP\nMaklumat Lanjut\nPihak kami akan update dan kemaskini maklumat lanjut cara pengeluaran,permohonan KWSP 10K dari masa ke semasa\nSumber : https://www.facebook.com/ismailsabri60\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pendaftaran-stpm-2023-online/", "title": "Pendaftaran STPM 2023 Online", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran STPM 2023 online boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 ini. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tahun 2023. Tahniah buat calon yang mendapat tawaran pengajian ke Tingkatan 6.\nBagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), anda boleh membuat pendaftaran STPM 2023 dalam tempoh yang ditetapkan.\nSijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).\nSelepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)\nTarikh Pendaftaran STPM 2023\nCalon boleh membuat pendaftaran STPM bagi tahun 2023 secara online sepanjang tempoh pendaftaran berlansung pada :\nTarikh Buka : 1 Ogos 2022 (Isnin)Tarikh Tutup : 30 Ogos 2022 (Selasa)\nCara Pendaftaran STPM 2023 Online\nCalon boleh membuat pendaftaran STPM tahun 2023 secara online di\u00a0https://online.mpm.edu.my\n\n\n\n\nBagi pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta dibuat oleh sekolah atau institusi.\nManakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan:\u00a0https://mypay.com.my/web/mpm\nTempoh Pengajian \nPengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung semester.\nJumlah Waktu P&P dalam Peperiksaan STPM\nSebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut semester persekolahan yang sedia ada.\nCiri Peperiksaan STPM\nPeperiksaan diadakan pada akhir setiap semesterPentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursusCalon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap semester untuk memperbaiki keputusan\nMaklumat Lanjut \nSebarang pertanyaan mengenai pendaftaran STPM 2023 online, sila emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tube-tunas-usahawan-belia-bumiputera-pemerkasa/", "title": "TUBE : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera PEMERKASA Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan dalam talian Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera @ PEMERKASA tahun 2022 kini di buka. Warganegara Bumiputera berusia 18 -30 tahun di pelewa untuk menyertai program ini. Cara mohon, semakan status kelayakan seperti di nyatakan di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 April 2022\n\u00a0\nPengenalan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)\n\nProgram ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 \u2013 29 Mac 2014. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun 2014.\nProgram ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.\n\u00a0\nMaklumat Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera\nProgram ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 \u2013 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:\n\nMemupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia\nAnjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta\nMembentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri\n\nProgram TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar. Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu :\nFasa Pertama\nPeserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan\u00a0bootcamp\u00a0untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.\n\u00a0\nFasa Kedua\nPeserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai\u00a0acumen\u00a0perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau\u00a0business plan.\n\n\n\n\nFasa Ketiga\nPeserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem\u00a0Buddy\u00a0oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.\n\u00a0\nBantuan Yang Akan Diterima Peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera\nPeserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:\n\nLatihan asas untuk menjalankan perniagaan\nLayak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan\nKhidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan\nSyarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan\n\nSyarat Dan Kelayakan Calon Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera\n\nWarganegara\u00a0Malaysia bertaraf\u00a0Bumiputera\u00a0berumur di antara\u00a018 \u2013 30 TAHUN\u00a0;\nSekiranya telah mendaftar perniagaan hendaklah\u00a0kurang dari 12 bulan\u00a0/ Sekiranya belum mendaftar perniagaan, pemohon\u00a0telah menjalankan perniagaan tidak rasmi sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan. Perlu lampirkan pembuktian akaun bank perniagaan/ individu yang menunjukkan terdapat aktiviti debit/ kredit melalui pautan yang boleh dimuat turun.\u00a0(Contoh: Dropbox, Google Drive dan lain-lain)\n\nHanya\u00a0mengambilkira pendaftaran\u00a0perniagaan\u00a0kali pertama. Sekiranya\u00a0pembaharuan pendaftaran\u00a0atau\u00a0pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/ kali kedua tersebut\u00a0tidak diambil kira.\nBagi\u00a0graduan\u00a0institusi pengajian yang\u00a0telah mendaftarkan perniagaan, tempoh\u00a0tamat pengajian\u00a0rasmi mestilah kurang dari 12 bulan.\u00a0Pemohon perlu lampirkan salinan surat pengesahan tamat belajar melalui pautan yang boleh dimuat turun\u00a0(Contoh: Dropbox, Google Drive dan lain-lain)\n\n\nSihat tubuh badan/ tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang).\nPemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis atau disenaraihitam oleh bank;\n\nPemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon\n\n\nPemohon\u00a0bukan\u00a0merupakan\u00a0keluarga terdekat\u00a0dengan mana-mana\u00a0kakitangan SME Corp. Malaysia.\n\nKeluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.\n\n\nBagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak/ boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.\n\nHanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami/ isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.\n\n\nPemohon\u00a0tidak bekerja [email\u00a0protected]/ telah diberhentikan kerja\u00a0sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta;\nPemohon\u00a0tidak pernah menyertai Program ini\u00a0sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, [email\u00a0protected]).\nBagi pemohon yang merupakan\u00a0pelajar IPT tahun akhir, sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk\u00a0TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun/ dua belas (12) bulan\u00a0dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai\u00a0sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini; dan\nKeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran/ telah diberhentikan kerja, namun mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya.\n\nPemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta\n\u00a0\nPeringatan Kepada Calon Yang Memohon\n\nPemohon mesti\u00a0membaca\u00a0serta\u00a0memahami konsep\u00a0pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) serta\u00a0kriteria kelayakan permohonan\u00a0sebelum melengkapkan dan mengemukakan permohonan untuk menyertai Program [email\u00a0protected] 2022\nPermohonan dalam talian akan dibuka mulai\u00a021 sehingga 27 April 2022 (8.00 pagi \u2013 5.00 petang ) sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima dan hanya permohonan yang melalui sistem dalam talian sahaja akan diterima dan diproses.\nPermohonan melalui dalam talian hanya boleh dibuat sekali sahaja.\nSila\u00a0pastikan emel\u00a0yang digunakan semasa\u00a0Pendaftaran ID adalah aktif dan sah\u00a0untuk dihubungi kelak.\nSila\u00a0lengkapkan semua soalan\u00a0di setiap Seksyen dengan maklumat yang\u00a0tepat dan betul\u00a0sebelum menekan butang \u201cSah & Hantar\u201d\nSebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang \u201cSah & Hantar\u201d. Urus Setia tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan selepas dihantar secara on-line.\nPemohon\u00a0diwajibkan\u00a0untuk\u00a0mencetak\u00a0makluman penerimaan permohonan untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang.\nBerdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia\u00a0berhak\u00a0untuk\u00a0meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat\u00a0permohonan ini pada bila-bila masa\u00a0tanpa\u00a0memberi\u00a0notis\u00a0terlebih dahulu.\u00a0Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan\u00a0TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.\nBerikut adalah tarikh-tarikh penting Program [email\u00a0protected] 2022 (tertakluk kepada pindaan, jika ada):-\n\nPermohonan dalam Talian \u2013\u00a021 sehingga 27 April 2022 (8.00 pagi \u2013 5.00 petang ) sahaja\nSaringan Permohonan \u2013\u00a0Mei 2022\nPersediaan Latihan dalam Talian \u2013\u00a014 sehingga 15 Jun 2022\nLatihan dalam Talian \u2013\u00a016 sehingga 25 Jun 2022 (secara berperingkat)\nPelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) \u2013\u00a012 bulan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Julai 2023 (mengikut sesi latihan dalam talian)\n\n\n\nCara Mohon\nPermohonan program keusahawan ini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://tube.smecorp.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) 2022 anda boleh hubungi ;\nSME Corporation Malaysia\nLevel 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral\nJalan Stesen Sentral 2\nKuala Lumpur Sentral\n50470 KUALA LUMPUR\nEmail: [email\u00a0protected]\nInfoline: 1-300-30-6000\nWebsite : https://tube.smecorp.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-program-biasiswa-zamalah-pendidikan-maik-2022/", "title": "Tawaran Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran bagi Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022 kini di buka bermula April. Program biasiswa ini khusus anak Kelantan dan juga pemastautin tetap di negeri ini yang mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan penaja untuk program biasiswa ini.\nMaklumat berkaitan borang permohonan biasiswa Maik, semakan status, cara permohonan boleh diikuti seperti berikut.\nApa Itu Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik\n\nIanya merupakan penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di sahaja.\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan untuk program biasiswa sesi 2022 ini bermula April sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April 2022\nSyarat Umum\n\nTerbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.\nMerupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.\nTerdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.\nMelepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.\nTidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.\nBerumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.\nTelah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA)\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, syarat khusus bagi permohonan program ini adalah bergantung kepada peringkat pengajian:\ni) Sijil Kemahiran\n\nSKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atau\nSijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.\n\nii) Diploma\n\n\n\n\n\nPNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya; atau\nBerkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.\n\niii) Ijazah Sarjana Muda\n\nPNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atau\nDiploma PNGK 3.5 ke atas; atau\nSTPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas; atau\nSTAM yang setara dengan STPM; atau\nMatrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.\n\nBidang Pengajian\nMAIK tidak menetapkan syarat khusus untuk bidang pengajian yang di ambil.Mana-mana bidang yang bermanfaat. Walaupun begitu bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk tawaran program biasiswa MAIK ini\nTempat Pengajian\nInstitusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.\nCara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK\nPermohonan untuk program biasiswa ini boleh di buat menerusi dua kaedah iaitu ;\n\nSecara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/\nPerkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusyiklan mengenai Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/niat-puasa-zulhijjah/", "title": "Niat Puasa Zulhijjah, Tarikh-Tarikh Puasa & Fadhilatnya", "body": ["\n\n", "\nSedar tak sedar, bulan Zulhijjah kembali lagi \u2013 Selain sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah haji, ramai yang berebut untuk melakukan amalan sunat seperti puasa sunat dalam bulan ini. \u00a0\nUntuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun 2023 (Khamis). Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya melalui telah mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1444H bersamaan 20 Jun 2023.\n\nKeistimewaan Bulan Zulhijjah\nAntara ibadah yang ramai umat Islam lakukan pada bulan Zulhijjah adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah.\nTerdapat banyak fadhilat yang menanti umat Islam yang melaksanakan ibadah sunat pada bulan ini.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai puasa Zulhijjah.\nPuasa Hari Tarwiyah dan Kelebihannya\nHari Tarwiyah merupakan hari kelapan Zulhijjah. Menurut Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya, terdapat dua sebab mengapa hari tersebut dipanggil hari Tarwiyah.\n\nPara jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (\u064a\u062a\u0631\u0648\u0648\u0646).\nSelain itu, dinamakan juga dengan \u201cTarwiyah\u201d adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (\u064a\u0631\u0648\u064a) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat:\u00a0al-Mughni, 3/249]\n\nTerdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun.\nTarikh Hari Arafah 2023\nHari Arafah pada tahun ini jatuh pada 28 Jun 2023 di Malaysia.\nHari kesembilan pada bulan ini juga merupakan Hari Arafah di mana seluruh umat Islam yang sedang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah. Selain merupakan waktu mustajab untuk berdoa, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa pada Hari Arafah kerana ganjarannya yang mampu menghapuskan dosa selama 2 tahun.\nDikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,\n\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u0641\u064e\u0629\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nMaksudnya: Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.\nHadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248].\n\nNOTA: Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn \u2018Arraq al-Kinani.\nWalaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha\u2019if (lemah) di dalam bab fadhail al-A\u2019mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.\nBaca Juga : Puasa Arafah : Lafaz Niat & Fadhilatnya\n\n\n\n\n\nSeterusnya, umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melaksanakan ibadah Korban pada Hari Tasyriq.\nSelain itu, kita juga digalakkan untuk mengagungkan kebesaran Allah dengan perbanyakkan berzikir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan berzikir.\nDaripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627: \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\nMaksudnya: Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?\u201d Baginda bersabda, \u201cWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.\n[HR al-Bukhari, hadis sahih]\nTarikh-Tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2023\nBerikut disenaraikan tarikh penting bagi puasa sunat Zulhijjah :\n\n1 Zulhijjah = Selasa, 20.06.2023\n2 Zulhijjah = Rabu, 21.06.2023\n3 Zulhijjah = Khamis, 22.06.2023\n4 Zulhijjah = Jumaat, 23.06.2023\n5 Zulhijjah = Sabtu, 24.06.2023\n6 Zulhijjah = Ahad, 25.06.2023\n7 Zulhijjah = Isnin, 26.06.2023\n8 Zulhijjah = Selasa, 27.06.2023\n9 Zulhijjah = Rabu, 28.06.2023\n\nBerikut pula merupakan hari yang diharamkan puasa.\n\nHari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Khamis, 29/06/2023\nHari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Jumaat, 30/06/2021\nHari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Sabtu, 1/07/2023\nHari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Ahad, 2/07/2023\n\nNiat Puasa Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah\nNiat Puasa Sunat Zulhijjah(1-7 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0630\u0650\u064a\u0652 \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u062c\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\nNiat Puasa Sunat Tarwiyah(8 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\nNiat Puasa Sunat Hari Arafah(9 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0641\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nSemoga perkongsian ini dapat melancarkan lagi ibadah puasa sunat pada bulan Zulhijjah kali ini. Selamat beramal!\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kenyataan-pra-bajet-2022/", "title": "Kenyataan Pra-Bajet 2022: Tema Dan Tumpuan Utama Bajet 2022 \u2013 Tengku Zafrul", "body": ["\n\n", "\nKenyataan Pra-Bajet 2022: Tema Dan Tumpuan Utama Bajet 2022 ~ Pembentangan Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 akan berlangsung pada hari Jumaat, bersamaan 29 Oktober 2022 dan dijangka akan bermula pada pukul 4 petang.\nPembentangan ini akan dilakukan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YBM Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.\u00a0\nBajet 2022 dirangka dengan jangkaan situasi ekonomi yang akan pulih daripada kesan pandemik COVID-19 pada tahun hadapan.\u00a0\nOleh yang demikian, Bajet 2022 akan memberi tumpuan utama untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan pasca-pandemik.\nSebagai salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan bersetuju untuk menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) atau Pre-Budget Statement bermula tahun ini.\nHal ini adalah agar rakyat berpeluang mendapatkan gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil dan jangkaan kemudahan yang bakal dinikmati daripada Bajet 2022.\u00a0\nTema Bajet 2022\nTerdapat 3 tema utama Bajet 2022 yang dirangka seiring dengan senario negara yang sedang pulih daripada krisis pandemik dan ekonomi.\u00a0\nBajet 2022 dirangka dengan matlamat untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat, membina semula daya ketahanan ekonomi serta memangkin pembaharuan sosioekonomi.\u00a0\n3 Tema Utama Bajet 2022;\nMeneruskan program bantuan dan sokongan. Hal ini adalah\u00a0 untuk memastikan pemulihan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi selaras dengan pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat melalui PPN.\u00a0\nMenentukan kesinambungan dasar dan bantuan. Hal ini adalah untuk menyokong rakyat dan perniagaan agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis bagi terus melindungi mata pencarian dan kehidupan rakyat dan perniagaan.\u00a0\nMemangkin pembaharuan pasca-pandemik supaya negara mampu bangkit dengan lebih perkasa dan berdaya saing serta berteraskan pembangunan negara yang lebih terangkum dan mampan.\u00a0\nTumpuan Utama\n\n\u201cBajet 2022 akan tertumpu kepada 3R dan ia bersandarkan ketelusan. Dalam memastikan semangat ketelusan, Kementerian Kewangan memperkenalkan kenyataan pra-Bajet dan empat kertas rundingan dan ia merupakan satu sejarah.\u201d \u2013 Tengku Zafrul\u00a0\n\n\n\n\n3R yang dimaksudkan tersebut ialah, 3R\u00a0 \u2018Recovery\u2019, \u2018Resilience\u2019, \u2018Reform\u2019.\nA.Recovery: Melindungi Dan Memulih Kehidupan Serta Mata Pencarian\nMeneruskan kesinambungan strategi peralihan keluar secara berfasa bagi mengatasi kemelut pandemik COVID-19 (PPN). Hal ini adalah untuk memacu pemulihan negara.\nTerus melindungi dan memulih kehidupan dan mata pencarian pasca pandemik bagi memastikan negara berjaya pulih dan keluar daripada kemelut ini.\u00a0\nMemacu pemulihan bagi sektor ekonomi yang paling teruk terjejas seperti sektor pelancongan dan peruncitan.\nMenumpukan usaha untuk membantu golongan rentan, wanita, orang asli dan kurang upaya supaya tidak terpinggir dalam agenda pemulihan dan pembangunan negara.\u00a0\nUsaha berterusan bagi melindungi dan mencipta peluang pekerjaan baharu akan terus dijadikan keutamaan.\u00a0\nB. Resilience: Membina Semula Daya Ketahanan Negara\nKESIHATAN \u2013\u00a0\nMenekankan usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara untuk menghadapi krisis kesihatan melalui peningkatan kapasiti dan kualiti, memperkasa modal insan dalam sektor berkenaan serta menjalinkan kerjasama lebih erat antara penyedia perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.\nMemberi tumpuan kepada aspek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur fizikal.\u00a0\nMemberikan penekanan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi dan sosial pada masa hadapan.\u00a0\nPENDIDIKAN \u2013\u00a0\nMeningkatkan infrastruktur dan aplikasi digital bagi membolehkan sistem pendidikan membuat penyesuaian dengan keperluan belajar secara dalam talian di rumah.\u00a0\nPERNIAGAAN\u2013\u00a0\nMeningkatkan aplikasi dan infrastruktur digital yang turut memainkan peranan penting sepanjang tempoh PKP bagi memastikan sektor ini kekal beroperasi dan produktif.\nTRANSFORMASI DIGITAL-\u00a0\nMempercepat peralihan kepada teknologi IR 4.0 dan transformasi digital serta meningkatkan keupayaan modal insan negara melalui program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula berasaskan permintaan semasa pasaran pekerjaan.\nFISKAL-\u00a0\nBajet 2022 turut akan mengkaji kaedah untuk membina semula ketahanan fiskal negara yang terkesan disebabkan komitmen Kerajaan dalam menampung pakej rangsangan dan bantuan untuk rakyat dan perniagaan.\u00a0\nC. Reform: Memangkin Pembaharuan\u00a0\nMemberi penumpuan kepada pencapaian SDG, RMKe-12 dan WKB2030 sebagai salah satu langkah-langkah pembaharuan yang akan dilaksanakan.\u00a0\nMemperkukuhkan agenda kelestarian dan kemampanan dalam Bajet 2022.\nMenumpukan ke arah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam serta penekanan unsur alam sekitar, kemampanan dan tadbir urus (Environmental, Social and Corporate Governance \u2013 ESG) dalam perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan Kerajaan.\u00a0\nMembangunkan ekonomi yang lebih lestari dan terangkum agar menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan utama.\u00a0\nMemperkukuh kerjasama dengan CSO dalam pelbagai bidang seperti membasmi kemiskinan, meningkatkan modal insan dan meningkatkan kualiti kesihatan rakyat.\nKerajaan sedang melaksanakan pelbagai sesi libat urus dan konsultasi bagi mendapatkan input dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan Bajet yang dirangka adalah komprehensif dan memenuhi aspirasi segenap pihak selaras dengan iltizam Keluarga Malaysia.\u00a0\nSumber: www.mog.gov\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-upkk/", "title": "Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023", "body": ["\n\n", "\nSemakan Keputusan UPKK\nSukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2022 akan dibuka bermula pada 9 Mac 2023 jam 4.00 petang sehingga 23 Mac 2023 jam 11.00 pagi.\nPerkara ini diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman Facebook mereka pada 2 Mac 2023.\nIbu bapa dialu-alukan untuk membuat semakan keputusan UPKK buat anak-anak menerusi SMS atau secara atas talian.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai semakan keputusan UPKK.\nBaca Juga : Semakan MRSM 2023 /2024 Kemasukan Tingkatan 1 & 4\nTarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2022\nKeputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA akan diumumkan pada 9 Mac 2023 (Khamis), bermula jam 4.00 petang.\nBerikut merupakan kenyataan media penuh oleh JAKIM mengenai kaedah semakan :\nKENYATAAN MEDIAJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\nBERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022\nBil.2/2023\n1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.\n2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato\u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na\u2019im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).\n3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :\ni. UPKKNo. MyKid/No. Kad Pengenalan KhasNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau\nii. Laman sesawang di pautan\u00a0https://semakan.islam.gov.my/\u00a0 dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.\n4. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.\n\n\n\n\nDATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFFKetua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia7 Mac 2023\u00a0\nSumber :\u00a0MyJAKIM \n\nApa Itu UPKK?\nUPKK atau Ujian Penilaiaian Kelas Kafa diwujudkan bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan serta penghayatan murid-murid tahun 5 dalam pembelajaran Al-Quran, Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Asas Lughatul Quran serta Jawi dan Khat.\nSecara asasnya, terdapat 8 subjek Peperiksaan UPKK yang perlu diambil oleh pelajar iaitu :\n\nAmali Solat\nPenghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)\nTilawah Al-Quran\nPelajaran Jawi dan Khat\nSirah\nUlum Syariah (Ibadah & Aqidah)\nAdab (Akhlak Islamiah)\nLughah Al-Quran\n\nManfaat Pengambilan Peperiksaan UPKK\nMeskipun sudah dalam diwujudkan, namun silibus UPKK masih relevan untuk dijadikan sebagai medium bagi memupuk ilmu Islam di kalangan murid-murid.\nPeperiksaan ini juga dijadikan sokongan bagi kemasukan murid-murid ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan.\nSelain itu, keputusan ujian UPKK juga boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan pelajar ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.\nCara Buat Semakan Keputusan UPKK 2022/2023\nTerdapat 2 kaedah untuk anda lakukan semakan keputusan UPKK iaitu :\n1.Semakan Online\nPergi ke pautan rasmi JAKIM di laman web https://semakan.islam.gov.my\nContoh paparan bagi semakan online adalah seperti berikut :\n\nAnda juga boleh cetak slip peperiksaan seperti lampiran di bawah :\n\n2.Semakan Melalui SMS 15888\nAnda juga boleh lakukan semakan melalui SMS dengan menaip UPKK No. MyKID/No Kad Pengenalan KhasAngka Giliran dan hantar ke 15888.\nNota : Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bagi-biasiswa-kerajaan-republik-turkiye-tahun-2022/", "title": "Permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi biasiswa untuk Pengajian Agama dari kerajaan Republik Turkiye kini dibuka. Calon-calon dari Malaysia dialu-alukan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan.\nTawaran biasiswa ini diumumkan sempena kunjungan hormat Duta Besar Republik Turkiye TYT Merve Kavakci ke Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama pada 14 Februari 2022.\nArtikel ini akan berkongsikan maklumat mengenai tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 untuk panduan calon penerima biasiswa dari Malaysia.\nBaca Juga : Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi biasiswa ini dibuka sehingga 15 Mac 2022. Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.\nProgram Biasiswa Yang Ditawarkan oleh Kerajaan Republik Turkiye\nKedutaan Besar Republik Turkiye telah mengumumkan tawaran biasiswa di bawah kelolaan bersama Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye dan Yayasan Turkiye Diyanet seperti berikut :\n\n\n\n\nAnatolian Imam Hatip High School\nTheology Undergraduate\nTheology Graduate (Master and PhD)\n\nCara Memohon Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022\nCalon-calon yang berkelayakan di kalangan warganegara Malaysia boleh memohon melalui langkah berikut :\nPergi ke laman rasmi Diyanet Burslari Scholarship . Anda tidak perlu risau kerana laman web boleh dialih bahasa ke Bahasa Inggeris. \nUntuk memohon biasiswa, anda perlulah daftar sebagai pengguna Diyanet Burslari Yonetim Sistemi (DBYS) terlebih dahulu.\nPastikan maklumat yang diisi lengkap dan benar. Maklumat yang tepat adalah penting bagi penentuan kelayakan biasiswa.\nMuat naik dokumen yang diperlukan apabila sistem sudah bersedia.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web rasmi Diyanet Burslari di pautan berikut : https://diyanetburslari.tdv.org/en/\nMewakili kerajaan Malaysia, Senator Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Turki dan Kedutaan Besar Republik Turki di Malaysia atas tawaran biasiswa yang berprestij ini. \u00a0\nSemoga hubungan diplomatik yang baik dan sedia terjalin antara Malaysia dan Turki akan terus kukuh.\nDiharap tawaran biasiswa ini dapat memberi manfaat kepada ramai warganegara Malaysia yang berhasrat untuk lanjutkan pengajian di negara Turki.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-ctos/", "title": "Cara Semakan CTOS Report Online & Kredit Skor Untuk Pinjaman", "body": ["\n\n", "\nSelain bank negara (BNM), semakan CTOS secara online boleh dibuat bagi semakan CCRIS (Central Credit Reference Information System) kredit kewangan individu dan perniagaan dengan akses kepada maklumat penting dengan cepat dan selamat. \nCTOS merupakan peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang ditubuhkan sejak 1990.\nSemakan CTOS\nAntara perkhidmatan yang paling kerap digunakan oleh individu atau syarikat yang mengunakan CTOS, adalah semakan bank negara (BNM), semakan ccris.\nSelain itu juga CTOS menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada individu dan perniagaan. Produk dan perkhidmatan ini termasuk:\n\nLaporan kredit: Menyediakan laporan kredit kepada individu dan perniagaan. Laporan ini termasuk maklumat tentang sejarah kredit anda, hutang semasa anda, dan sebarang penghakiman atau kebankrapan tertunggak.\nMarkah kredit: Mengira skor kredit untuk individu dan perniagaan. Markah ini digunakan oleh pemberi pinjaman untuk menilai risiko anda sebagai peminjam.\nPemantauan kredit: Menawarkan perkhidmatan pemantauan kredit kepada individu dan perniagaan. Perkhidmatan ini memaklumkan anda tentang perubahan dalam laporan kredit anda, seperti akaun baharu, pembayaran lewat atau pertanyaan.\nPembaikan kredit: Perkhidmatan pembaikan kredit kepada individu. Perkhidmatan ini boleh membantu anda meningkatkan skor kredit anda dengan mempertikaikan maklumat yang tidak tepat atau lapuk pada laporan kredit anda.\n\n\nBaca juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)\nCara Daftar Akaun CTOS Online\nSyarat & Kelayan Pendaftaran Akaun\n\nWarganegara Malaysia atau pemastautin tetap.\nBerumur sekurang-kurangnya 18 tahun.\nMempunyai alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang sah.\nMemberikan maklumat yang tepat dan terkini semasa mendaftar.\n\nUntuk mendaftar akaun CTOS percuma, anda boleh mengikuti langkah berikut:\n\nPergi ke laman web https://ctoscredit.com.my/ dan klik pada butang \u201cDaftar\u201d.\nMasukkan nombor kad pengenalan/pasport dan tarikh lahir anda.\nCipta nama pengguna dan kata laluan.\nMasukkan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.\nKlik pada butang \u201cDaftar\u201d.\n\nAnda akan menerima e-mel daripada CTOS dengan pautan untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk dan meminta laporan kredit dan skor percuma anda.\nBaca juga : Pinjaman KWSP Bercagar \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\nCTOS Login\nSelepas anda mendaftar akaun, anda boleh log masuk akaun CTOS anda dengan cara berikut ;\n\nLayari laman pautan https://ctoscredit.com.my/ dan klik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nMasukkan nombor kad pengenalan/pasport dan kata laluan anda.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\n\nLupa Kata Laluan CTOS\nJika anda terlupa kata laluan, anda boleh klik pada \u201cLupa Kata Laluan\u201d dan ikut arahan seterusnya.\nCara Semakan CTOS Bank Negara, CCRIS Online\nUntuk semakan maklumat CTOS berkaitan Rekod CCRIS (BNM), anda perlu membuat pembelian Laporan Kredit & Skor melalui https://ctoscredit.com.my/\n\n\n\n\nAnda juga digalakkan untuk membuat semakan melalui CTOS apps setiap 3 bulan atau 6 bulan sekali kerana :\n1- Pastikan nama tidak ada disalah guna oleh orang lain.\n2-Pastikan semua hutang bayar tepat masa, rekod tidak ada tunggakan hutang.\n3- Guna detail dalam CTOS report buat kiraan DBR untuk diri sendiri,supaya selalu tahu berapa kelayakan pinjaman anda dengan bank.\n4- Semak CTOS report untuk pastikan tidak ada tunggakan pinjaman dengan company Maxis, Celcom , Indah Water dan sebagainya.\nMaklumat Yang Dipaparkan Dalam Laporan MyCTOS Score\nLaporan MyCTOS adalah komprehensif, memperincikan pengesahan identiti, pendedahan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. \nIa juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat muflis. Akhir sekali, laporan itu juga mengandungi komen subjek (jika berkenaan).\n\n\nAntara data dan maklumat yang akan diberikan dan dipaparkan dalam laporan MyCTOS Score adalah seperti ;\n\nMaklumat Peribadi (JPN)\nMaklumat Pengarah & Perdagangan (SSM)\nLitigasi & Kebankrapan\nRujukan Perdagangan (eTR)\n2 laporan MyCTOS Basic percuma setiap tahun\nCTOS Score\nRekod CCRIS (BNM)\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda berminat untuk membuat semakan CTOS secara online untuk laporan BNM , CCRIS atau maklumat lanjut berkaitan, anda boleh hubungi ;\nWaktu operasi CTOS seluruh Malaysia adalah dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 7 petang, Sabtu dan Ahad 9 pagi hingga 5 petang, tidak termasuk cuti am.\n\nE-mel : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://ctoscredit.com.my/\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nDarimanakah CTOS mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan individu /perniagaan? Maklumat data-data ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber umum termasuklah:Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Pendaftar PertubuhanPenerbitan prosiding undang-undang dan notis di akhbar dan warta kerajaanSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Jabatan Insolvensi MalaysiaSumbangan rekod litigasi daripada Pelanggan Saya diberitahu selepas semakan CTOS, blacklist nama saya? CTOS tidak menyenarai hitamkan mana-mana individu atau syarikat. CTOS hanya memberi maklumat kredit kepada pelanggannya. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-fitrah-2023/", "title": "Zakat Fitrah 2023 Kadar Harga Bayaran Ikut Negeri", "body": ["\n\n", "\nKadar bayaran zakat fitrah 2023 mengikut negeri adalah berbeza-beza bergantung kepada majlis agama negeri masing-masing.\nKadar harga bayaran zakat dikira mengikut kategori beras yang menjadi makanan ruji bagi penduduk disesuatu negeri tersebut. Ia juga berdasarkan harga beras yang dikeluarkan oleh pihak berwajib mengikut harga semasa\nMembayar zakat hukumnya wajib bagi ke atas dirinya sendiri, dan setiap orang yang wajib diberi nafkah. Golongan itu termasuklah isterinya, usul dan furu\u2019 (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.\nHukum Bayaran Zakat Fitrah Secara Online\nZakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar pada bulan Ramadhan. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW berikut:\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u200c\u0641\u064e\u0631\u064e\u0636\u064e \u200c\u0632\u064e\u0643\u064e\u0627\u0629\u064e \u200c\u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u200c\u0645\u0650\u0646\u0652 \u200c\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650\u060c \u0635\u064e\u0627\u0639\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0645\u0652\u0631\u064d\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0635\u064e\u0627\u0639\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0650\u064a\u0631\u064d\u060c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u062d\u064f\u0631\u064d\u0651 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064d\u060c \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064f\u0646\u0652\u062b\u064e\u0649\u060c \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya:\u00a0Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia, satu sa\u2019 (unit ukuran berat) daripada kurma, atau satu sa\u2019 daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.\nRiwayat Muslim (984)\nMerujuk kepada majlis fatwa kebangsaan, hukum membayar zakat fitrah secara online hukumnya sah zakat fitrah\u00a0yang dibayar secara atas talian/online\u00a0kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya\nBayaran zakat secara online boleh dibuat mengikut pusat zakat negeri masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai kesempatan masa disebabkan kesibukan bekerja atau apa jua halangan, kini boleh membuat pembayaran zakat secara online.\nBaca juga : Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023\nSyarat Wajib Menunaikan Zakat Fitrah\n\nIslam\nMempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.\nDapat menemui dua masa \u2013 akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.\n\nWaktu Bayar Zakat Fitrah\n\nBerbeza dengan zakat-zakat yang lain, zakat fitrah perlu dilaksanakan pada waktu yang khusus. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:\n\nWaktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.\nWaktu afdhal: Sebelum\u00a0Solat Sunat Hari Raya.\nWaktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.\nWaktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.\nWaktu haram: Selepas terbenam matahari 1\u00a0Syawal.\n\nKadar Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri\n\nKadar zakat fitrah bagi tahun 2023 mengikut ketetapan majlis agama islam negeri masing-masing setelah di putuskan adalah seperti berikut ;\nNegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2023PerlisRM7.00KedahRM7.00/ RM14.00 / RM21.00Pulau PinangRM7.00/ RM13.00 / RM20.00PerakRM7.00/ RM14.00 / RM21.00SelangorRM7.00/ RM14.00 / RM21.00Negeri SembilanRM7.00MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00JohorRM7.00 / RM10.00PahangRM7.00TerengganuRM7.00KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00SarawakRM7.00SabahRM7.00WP Kuala LumpurRM7.00 / RM14.00 / RM21.00\nBagi negeri-negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat fitrah, setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.\nKadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM7 dan jumlah tersebut ditetapkan untuk meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan itu ketika Covid-19.\nDua lagi kadar zakat fitrah ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan\nBayaran Zakat Secara Online\nBagi memudahlan pembayar zakat untuk menunaikan rukun islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, pelbagai inisiatif dan platform telah dibuat bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah dilakukan. Antaranya pembayaran zakat melalui platform perbankan online seperti Maybank2u, ecomerce seperti shopee.\nSelain itu juga, setiap negeri telah menyediakan platform pembayaran zakat online masing-masing seperti berikut ;\n\nZakat Johor (MAIJ) https://fitrah.maij.gov.my/\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) https://zakatfitrah.com.my/\nZakat Melaka (izakat) https://www.izakat.com/ui.php\nMajlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) https://www.maips.gov.my/\nMasjlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) https://zakat.e-maik.my/\nPusat Kutipan Zakat Pahang https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) https://www.zakatns2u.biz/fitrah/\nZakat Pulau Pinang (ZPP) https://zakatpenang2u.com/\ne Zakat Perak https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/\nMajlis Ugama Islam Sabah (MUIS) https://appszakat.sabah.gov.my/\nTabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak https://www.tbs.org.my/\nLembaga Zakat Selangor https://fpx.zakatselangor.com.my/\nMajlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) https://epay.maidam.gov.my/epay/\nPusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (MAIWP) https://fitrah.zakat.com.my/\n\nGolongan Penerima Zakat\nZakat yang dikeluarkan akan diagihkan kepada golongan asnaf, yang telah ditetapkan oleh syara\u2019. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60\n\u06de \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0635\u064e\u0651\u062f\u064e\u0642\u064e\u0670\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u0652\u0641\u064f\u0642\u064e\u0631\u064e\u0622\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u064e\u0670\u0643\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0639\u064e\u0670\u0645\u0650\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u064e\u0644\u064e\u0651\u0641\u064e\u0629\u0650 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0671\u0644\u0631\u0650\u0651\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u063a\u064e\u0670\u0631\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0633\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u06d6 \u0641\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064e\u0629\u064b\u06ed \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06d7 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064c \u062d\u064e\u0643\u0650\u064a\u0645\u064c\u06ed\u00a0\u06dd\u0666\u0660\n\u201cSesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana\u201d\n\n\n\n\n8 Golongan Asnaf\nAsnaf Fakir \nAsnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.\nAsnaf Miskin\nAsnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.\nAsnaf Amil\nAmil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri bagi mewakili pentadbir untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.\nAsnaf Muallaf\nMuallaf ialah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam\nAsnaf Riqab\nRiqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.\nAsnaf Fisabillilah\nFisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.\nAsnaf Gharimin\nGharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.\nOrang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:\n\nOrang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.\nHutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.\nHutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.\n\nAsnaf Ibnu Sabil\nIbnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:\n\nPutus bekalan dalam perjalanannya.\nTidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.\nMemerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.\nDitinggalkan dalam perjalanan\n\nSemoga panduan kadar zakat fitrah 2023 ini membantu untuk anda membuat rujukan bagi mengeluarkan zakat pada tahun ini. Jangan lupa bayar zakat, kerana zakat itu menyucikan harta dan jiwa\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mysme-lady/", "title": "Permohonan MySME Lady: Pembiayaan PKS Wanita Sehingga RM3 juta", "body": ["\n\n", "\nUsahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) wanita yang memerlukan pembiayaan perniagaan, SME Bank menawarkan pembiayaan perniagaan sehingga RM3 juta menerusi pembiayaan MySME Lady.\nUntuk makluman, MySME Lady adalah satu program pembiayaan khusus bagi golongan usahawan wanita untuk pembelian aset dankeperluan modal kerja.\nMatlamat besar pelaksanaan MySMELady adalah untuk membina komuniti yang menyokong pemerkasaan wanita di dalam duniaperniagaan.\nOleh itu, usahawan wanita yang memerlukan pembiayaan perniagaan boleh membuat permohonan MySME Lady di mana-mana cawangan SME Bank yang berhampiran.\n\nKonsep Pembiayaan\nKonsep pembiayaan yang ditawarkan adalah Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah atau Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i).\nCMTF-i bermaksud pembiayaan berjangka berlandaskan Syariah untuk tujuan pembelian aset tetap dan atau modal kerjadan dikira berdasarkan kadar tetap atau rata atau berubah.\n\n\n\n\nHad Pembiayaan\nUntuk MySME Lady, minimum jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500,000 dan jumlah maksima yang ditawarkan adalah sebanyak RM3 juta.\n\nTempoh Pembiayaan\nTempoh pembiayaan yang ditawarkan bagi pembiayaan ini adalah sehingga 5 tahun.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum membuat pemohonan adalah seperti:\nMemenuhi definisi PKS. Pemilikan ekuiti oleh wanita mestilah melebihi 51% atau Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% pemilikan ekuiti.Perniagaan diuruskan sendiri oleh pemilik.Tujuan pembiayaan dan aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip syariah.Perniagaan berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat daerah atau badan berkanun profesional.Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.Memenuhi kelayakan skim jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan MySME Lady, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://mysmebank.com.my//.Klik butang \u2018Apply Now.\u2019Klik butang \u2018Accept.\u2019Klik butang \u2018Sign Up.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Submit.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.Setelah berjaya masuk, buat permohonan dengan memasukkan maklumat yang lengkap dan betul.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, sila layari laman web https://www.smebank.com.my/ms/financing/programmes/mysmelady.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-sarawakku-sayang/", "title": "Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 | Senarai Bantuan", "body": ["\n\n", "\nBantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 | Senarai Bantuan ~ Dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022,\u00a0 Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan untuk meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0.\u00a0\nInsentif ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.\u00a0\nSenarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0\nIni merupakan berita baik khususnya buat rakyat Sarawak. Insentif & Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 ini akan diteruskan bagi tahun 2022 merangkumi pelbagai jenis bantuan seperti berikut:\n\n1. Bantuan Kewangan 6 Bulan\nKerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM285.47 juta dana untuk memberi bantuan kewangan selama enam bulan sepanjang tahun 2022 bagi keluarga yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.\n2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air\nSelain itu, pakej bantuan ini juga merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan dana sebanyak RM166.8 juta. Diskaun bil elektrik ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 647,000 isi rumah.\nManakala, bagi diskaun bil air pula, sebanyak RM24 juta dana diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.\n3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai\nDiskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan juga turut diberikan.\nKerajaan juga akan bercadang untuk memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dan memberi diskaun 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan peruntukan RM1.7 juta.\n\n\n\n\n4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen\nPengusaha perahu tambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van juga akan menerima insentif sebanyak RM500 (one-off).\n5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000\nGeran sekali bayar (RM1,000) akan turut diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan.\u00a0\n6. Lain-lain Bantuan\nAntara pakej-pakej bantuan yang akan turut dilaksanakan pada tahun 2022 ialah:\nHousing Deposit Assistance Scheme; menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 (diuruskan oleh MUTIARA).Peruntukkan dana untuk membantu persatuan-persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.Bantuan Khas untuk penjawat awam dan RM500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kerajaan Negeri Sarawak pada pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/\nATAU\nRujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0: https://srms.sarawak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/puasa-arafah/", "title": "Puasa Arafah : Lafaz Niat & Kelebihan / Ganjaran", "body": ["\n\n", "\nBulan Zulhijjah bukan sahaja sinonim dengan ibadah haji serta korban, malah ramai umat Islam yang berlumba-lumba untuk banyakkan beribadah dan melakukan amalan sunat seperti puasa Arafah dan berdoa.\nTambahan pula, Hari Arafah adalah waktu yang mustajab untuk umat Islam berdoa.Baca Juga : Hari Arafah : Tarikh Wukuf & Cuti Umum 2023\nKeistimewaan Bulan Zulhijjah\nRamai yang berpuasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Meskipun tiada kelebihan khusus bagi puasa hari pertama hingga kelapan, namun terdapat manfaat yang cukup besar bagi sesiapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah.\nPada hari tersebut, seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadah wukuf.\nBagi yang tidak berpeluang untuk melakukan haji, adalah sangat digalakkan untuk banyakkan ibadah seperti berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.\nIni juga selaras dengan hadis Rasulullah SAW.\nDaripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627: \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\nMaksudnya: \u201cTiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?\u201d Baginda bersabda, \u201cWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.\u201d\n[HR Al-Bukhari, hadis sahih]\nAntara kelebihan puasa Arafah adalah :\n\nPuasa Arafah adalah satu peluang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar. Ia juga merupakan hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.\nPeluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.\nHari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.\nDigalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : \u201cSebaik-baik doa adalah pada hari Arafah\u201d.\n\n\u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0650\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u201cPuasa hari \u2018Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.\u201d\n(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)\nTarikh Hari Arafah di Malaysia 2023\nUntuk makluman, tarikh Hari Arafah / Hari Wuquf pada tahun ini adalah jatuh pada 9 Zulhijjah 1444 iaitu 27 Jun 2023.\n\nKelebihan Hari Arafah\nBerdasarkan sebuah hadis sahih, Hari Arafah merupakan hari di mana Allah SWT sendiri mendekati hamba-hambaNya.\nSabda Rasulullah \ufdfa:\n\u0645\u0627 \u0645\u0646 \u064a\u0648\u0645 \u0623\u0643\u062b\u0631 \u0645\u0646 \u0623\u0646 \u064a\u0639\u062a\u0642 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0641\u064a\u0647 \u0639\u0628\u062f\u0627 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0645\u0646 \u064a\u0648\u0645 \u0639\u0631\u0641\u0629\u060c \u0648\u0625\u0646\u0647 \u0644\u064a\u062f\u0646\u0648 \u062b\u0645 \u064a\u0628\u0627\u0647\u064a \u0628\u0647\u0645 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0627\u0626\u0643\u0629 \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0645\u0627 \u0623\u0631\u0627\u062f \u0647\u0624\u0644\u0627\u0621\u061f\n\u201cTidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?\u201d\u00a0(Sahih Muslim)\nTarikh Puasa Arafah 2023\nDisebabkan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah sehari lebih awal berbanding Malaysia, mungkin ada yang tertanya-tanya Hari Arafah di Malaysia?\nSeperti Hari Raya Aidilfitri, penetapan tarikh Hari Arafah juga adalah berdasarkan rukyah di negara masing-masing. Anda boleh rujuk kenyataan daripada Mufti Selangor berkenaan isu ini.\n\n\nNiat Puasa Sunat Hari Arafah\nLafaz niat bagi puasa sunat Hari Arafah adalah seperti berikut :\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0651\u0644\u0650\u0647 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\n\n\nMaksud : Saya berniat puasa sunat \u2018Arafah kerana Allah Taala.\nSumber : Facebook Ustazah Asma\u2019 Harun\nWaktu Mustajab Berdoa Pada Hari Arafah\nSetiap kali tibanya Hari Arafah, pasti ada yang tertanya-tanya jangka waktu yang tepat untuk mereka berdoa. Ada juga yang mahu samakan waktu berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah.\nSebenarnya, tiada waktu yang spesifik ditetapkan untuk umat Islam berdoa pada hari tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW :\n\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\nMaksudnya:\u00a0\u201cSebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..\u201d\nDalam hadis ini, dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi SAW tidak menyatakan sebaik-baik doa adalah ketika waktu wukuf, sebaliknya pada sepanjang Hari Arafah. Dengan erti kata lain, sepanjang 9 Zulhijjah adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.\nNamun, bagi yang berpeluang untuk mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu laksanakan ibadah wukuf di padang Arafah.\nSabda Nabi s.a.w:\n\u0627\u0644\u062d\u062c \u0639\u0631\u0641\u0629\nMaksudnya: \u201cHaji itu (berwukuf) di padang Arafah.\u201d\nWaktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. \nOleh itu, orang yang mengerjakan haji digalakkan untuk berdoa sepanjang waktu wukuf kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.\nJadi, jelaslah di sini bahawa sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.\nSementara itu, \u2018bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.\nNabi S.A.W bersabda:\n\u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u064e\u0629\u064c \u0644\u0627 \u062a\u064f\u0631\u064e\u062f\u064f\u0651 \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0644\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u062f\u0650\u0644\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0626\u0650\u0645\u064f \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0638\u0652\u0644\u064f\u0648\u0645\u0650..\nMaksudnya:\u00a0\u201d Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi..\u201d\nKesimpulannya, hari Arafah adalah satu hari yang cukup mesra dalam bulan Zulhijjah. Jadi, umat Islam haruslah merebut peluang agar tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan.\nSumber :\n Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan \nPusat Pungutan Zakat\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sekolah-seni-malaysia-2022/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nIbu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Seni Malaysia, permohonan bagi kemasukan tingkatan 1 sesi 2022 telah dibuka.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan permohonan kemasukan ke sekolah tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my. \nPermohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia ini telah dibuka mulai 15 Julai sehingga 30 September 2021. \n\nMengenai Sekolah Seni Malaysia\nSekolah Seni Malaysia ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.\nPenubuhan sekolah ini adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u2013 2025 iaitu \u201cMenyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.\nLokasi Sekolah\nTerdapat 4 buah Sekolah Seni Malaysia di seluruh negara iaitu: \nSekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, MasaiSekolah Seni Malaysia Sarawak di KuchingSekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, Kuala LumpurSekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara\nTerdapat sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:\n\n\n\n\nSMK Elopura, Sandakan, Sabah\nBidang Kesenian\nBidang kesenian yang ditawarkan bagi murid yang memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:\nMuzikTariTeaterSeni Visual\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi murid yang ingin memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik).Sihat tubuh badan.Hanya permohonan secara atas talian atau online sahaja akan diproses.\nSyarat Kemasukan\nSelain syarat permohonan, murid juga perlu memenuhi syarat kemasukan iaitu:\nCalon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian).Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.Mengemukakan rekod kesihatan murid.Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://essem.moe.gov.my.Klik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat di 5 bahagian berikut:\u2013 Maklumat Sekolah dan Bidang Pilihan\u2013 Maklumat Pemohon\u2013 Maklumat Keluarga\u2013 Maklumat Akademik (PBD)\u2013 Maklumat Kokurikulum dan KepimpinanKlik bahagian \u2018Kemaskini Pautan Rakaman Video (Uji Bakat)\u2019 untuk menghantar rakaman video.Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Kemaskini.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke sekolah seni ini, sila hubungi:\nPn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616Cik Noor Azilah Binti Ismail: 03-88721760\nIbu bapa juga boleh menghantar email pertanyaan ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-zakat-pelajar-uitm/", "title": "Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023 Mohon Sekarang", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023 sesi 1 telah dibuka. Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Universiti Teknologi Mara telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.\nPermohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.\nButiran permohonan adalah seperti berikut :\nTarikh Buka Permohonan : 26 September 2022 ( Isnin )Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 ( Isnin )Tarikh Temuduga : 17 Oktober 2022 \u2013 16 Disember 2022\n\n\nSyarat Permohonan Zakat Pelajar UiTM\nBagi pelajar yang hendak memohon bantuan zakat ini, perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut ;\nBeragama IslamPelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-DiplomaTidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universitiPermohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.\n\nDokumen Sokongan\nBerikut dokumen yang WAJIB disertakan oleh pelajar sebagai dokumen yang perlu disertakan ketika mengisi borang permohonan :\nSalinan kad matrik pelajarPengesahan pendapatan / Slip GajiSlip pengesahan akaunSurat perakuan doktor (jika perlu)Sijil kematian (jika perlu)\n\nCara Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi ;\nPortal Pelajar UiTM https://zawaf.uitm.edu.my/Menerusi Whatsapp pada talian berikut:\u00a0Zakat & Wakaf UiTM\n\n\n\n\n\nSemakan Status Permohonan\nSemakan boleh dibuat menerusi portal pelajar UiTM. Hanya pelajar yang menerima status DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA perlu hadir ke sesi temuduga untuk proses seterusnya.\nKaedah Temuduga\nKaedah temuduga adalah tertakluk kepada fakulti masing-masing (atas talian atau secara fizikal)\nPelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga di dalam sistem E-zakat setelah status permohonan pelejar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA.Temuduga hanya dijalankan pada hari ISNIN,SELASA,RABU dan KHAMIS sahaja pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum) tertakluk kepada fakulti masing-masingPelajar hendaklah menghubungi Panel Penemuduga Fakulti yang telah dilantik oleh Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam (Rujuk Maklumat PAnel Penemuduga di dalam Jadual Panel di sistem E-Zakat UiTM) bagi urusan temudugaPelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA DAN BERJAYA TEMUDUGA akan ditemuduga secara panggilan telefon atau atas talian (Online) atau secara fizikal tertakluk kepada fakulti masing-masingKegagalan pelajar untuk menghubungi Panel Penemuduga Fakulti pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan zakat pelajar UiTM 2022/2023 anda boleh layari websitie https://zawaf.uitm.edu.my/ atau menghubungi ;\nBAHAGIAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF (ZAWAF)\u00a0UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA\nAras Bawah, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam, Malaysia\nTelefon : 03-5544 3115\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-tan-sri-lee-shin-cheng-2022/", "title": "Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimakumkan pelajar yang mendapat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda, boleh memohon biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022.\nBiasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia dan yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.\nApakah Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\u00a0?\n\nSejak 1998, Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng di bawah Kumpulan IOI telah menganugerahkan lebih RM7.7 juta kepada lebih 300 pelajar.\u00a0Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng berhasrat untuk menggalakkan, menyokong dan melabur dalam pendidikan tinggi untuk belia Malaysia yang berkelayakan, menyumbang ke arah pemupukan bakat di negara ini.\nYTSLSC telah menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang akademik yang mengikuti pengajian sarjana muda sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan di Malaysia. Semasa mengikuti kursus masing-masing, para pelajar akan menjalani latihan praktikal atau amali berkaitan dengan pekerjaan masa depan mereka.\u00a0Selepas tamat pengajian, mereka diberikan peluang kerjaya dalam Kumpulan IOI, memperoleh pengalaman profesional dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menerajui perbadanan global\nTarikkh Tutup Permohonan\nBagi anda yang berminat, sila isi borang dan hantarkan permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai 2022\nKadar Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\nJumlah bayaran biasiswa meliputi yuran pengajian dan kos sara hidup.\n\n\n\n\nBidang Pengajian Yang Ditaja \nUntuk makluman, hanya bidang pengajian seperti berikut sahaja yang layak untuk dipertimbangkan mendapatkan tajaan biasiswa ini\nKejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)Kimia / Teknologi MakananSains Komputer / Teknologi MaklumatKejuruteraan Pertanian / Pengurusan PerladanganSains PersekitaranPerakaunan / Kewangan\nSyarat Permohonan\nWarganegara Malaysia.Terbuka kepada pelajar yang akan menjalankan atau yang sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di mana-mana Universiti/Kolej Awam atau Swasta yang berpusat di Malaysia.Mesti telah mendapat penempatan yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi.Mencapai keperluan akademik minimum seperti yang dinyatakan dalam laman web kami.Peringkat STPM/A \u2013 minimum 2APeperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)Asasi \u2013 PNGK minimum 3.5TER Australia \u2013 minimum 90.0Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3,Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.Tidak memegang sebarang biasiswa/pinjaman lain yang memerlukan ikatan.Bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat IOI Group untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian\nCara Mohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut https://yayasan.ioigroup.com/scholarship_online\nPermohonan Manual\nUntuk permohonan manual, anda boleh download borang permohonan seperti berikut\n2022_scholarship_application_formDownload\nBorang yang lengkap diisi mestilah dihantar dan sampai ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan ;\nSekretariat \u2013 Biasiswa Ijazah Sarjana MudaYayasan Tan Sri Lee Shin ChengAras 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.\nCalon akan menerima e-mel pengesahan sebaik sahaja permohonan diterima.\nSekiranya calon belum menerima menerima e-mel pengesahan atau menerima mesej ralat semasa/selepas menyerahkan permohonan anda, sila simpan tangkapan skrin halaman/mesej ralat dan hantar ke\u00a0[email\u00a0protected].\nSemakan Status Permohonan\nCalon akan disaring dan disenarai pendek dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup dan dimaklumkan melalui telefon dan emel untuk menghadiri sesi temuduga.\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, anda boleh terus emailkan ke [email\u00a0protected] atau dihubungi di talian 03-8947 6605.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/maipk-permohonan-bantuan-persekolahan-sesi-2022/", "title": "MAIPK: Cara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan Sesi 2022", "body": ["\n\n", "\nMAIPK: Cara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan Sesi 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2022.\u00a0\nBantuan ini terbuka kepada mereka yang terdiri daripada golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin.\u00a0\nSkim Bantuan Persekolahan MAIPk Bagi Sesi 2022\nSkim Bantuan Persekolahan ini diwujudkan bagi memastikan anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang sempurna. Selain itu, melalui skim bantuan ini, pihak MAIPk berharap dapat membantu sedikit sebanyak untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.\nPermohonan baharu untuk skim bantuan persekolahan ini hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:\nKemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah\nAnda boleh membuat permohonan bermula pada: 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 sahaja.\u00a0\n\nSyarat Kelayakan Umum Pemohon\nDana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:\nPemohon / Penerima beragama Islam.Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).\nNOTA: Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.\nCara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk\nUntuk memohon, anda perlu mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan ini:\u00a0\nMAIPK-borang-bantuan-sekolahDownload\nAnda juga boleh mendapatkan Borang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak atau terus ke alamat dibawah:\nMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.\n\n\n\n\nWaktu Berurusan:\nIsnin \u2013 Khamis : 8.00 pg \u2013 1.00 ptg | 2.00 ptg \u2013 5.00 ptgJumaat : 8.00 pg \u2013 12.15 tgh | 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg\nTelefon: 05 208 4000\nSetelah mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila hantar borang permohonan tersebut ke pejabat cawangan MAIPk yang berdekatan anda.\nLain-Lain Skim Bantuan Zakat Perak\u00a0\nJenis Skim Bantuan Zakat Perak\ni) Program Pembangunan Sosial\nSkim Bantuan Kecemasan / SegeraSkim Bantuan PerubatanSkim Bantuan HemodialisisSkim Bantuan Bina RumahSkim Bantuan Baik Pulih RumahSkim Bantuan Kewangan BulananSkim Bantuan Penyelesaian HutangSkim Bantuan BencanaSkim Bantuan Tambang Perjalanan DomestikSkim Bantuan Hari Raya\nii) Program Pembangunan Pendidikan\nSkim Bantuan Am PelajaranSkim Bantuan Dermasiswa Dalam / Luar NegaraSkim Bantuan Tambang Perjalanan Pergi Sehala / Balik SehalaSkim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir Dan Jordan)Skim Bantuan PersekolahanSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal\niii) Program Pemerkasaan Ekonomi\nSkim Bantuan ModalSkim Latihan Dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Dan Asnaf\niv) Program Pemerkasaan Insan\nSkim Latihan Kemahiran Asnaf\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui makluamt lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web rasmi MAIPk di pautan berikut: www.maiamp.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-yuran-pengajian-ipt-komuniti-india/", "title": "Bantuan Yuran Pengajian IPT Komuniti India Selangor 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Yuran Pengajian IPT Komuniti India Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan bagi Yuran Pengajian IPTA/IPTS untuk pelajar India dari golongan B40 yang menetap di Selangor kini dibuka.\nBantuan yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor ini terbuka kepada semua pelajar berketurunan India yang menetap di Selangor yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.\nBaca Juga : Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022\nKadar Bantuan \nKadar bantuan bagi Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS bagi komuniti India adalah seperti berikut :\nIjazah Sarjana Muda : Maksimum RM 5,000\nDiploma : Maksimum RM 3,000\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia yang berketurunan India sahaja\nPemohon merupakan rakyat Selangor dan memenuhi kriteria berikut :\nPemohon lahir di negeri Selangor Darul Ehsan ; atau\nIbu atau Bapa lahir di negeri Selangor Darul Ehsan ; atau\nPemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di negeri Selangor.\nPemohon sedang dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.\nPendapatan isi rumah adalah RM 2,000 ke bawah sebulan.\n\nCara Memohon\nPelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 24 Februari 2022.\nPemohon \u00a0boleh muat turun borang di pautan berikut :\nBorang Permohonan Bantuan Yuran Pengajian Selangor\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau pengambilan borang secara manual, pemohon boleh ke lokasi beralamat seperti berikut :\nURUS SETIA BANTUAN YURAN PENGAJIAN IPTA/IPTS BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40\n\n\n\n\nPejabat YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman\nEXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,\nTingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,\n40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan\nUntuk sebarang pertanyaan, anda boleh hantarkan emel di alamat \u00a0[email\u00a0protected] atau hubungi talian :\n03 \u2013 5544 7307 ; atau \n03 \u2013 5544 7305\nNota : Jumlah pemberian sumbangan Bantuan Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO serta keputusan Jawatankuasa Pertimbangan dan kelulusan Program Bantuan Yuran Pengajian yang bersidang.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-biasiswa-api-mdc-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa API-MDC 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Biasiswa API-MDC 2022 Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi \u00a0Biasiswa API-MDC 2022 Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Sains Malaysia.\nTarikh Tutup Permohonan Biasiswa API-MDC 2022\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan biasiswa ini adalah pada 31 Mac 2022.\nBaca Juga : Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan\n\nMaklumat Biasiswa\nNama biasiswa : Program Biasiswa API-MDC\nNama Penaja : API-MDC Group of Companies\nJenis Program Pengajian : Semua program pengajian boleh memohon\nJumlah Biasiswa : RM 6,000 setahun\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nPermohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut :\nWarganegara MalaysiaPelajar sepenuh masa mengikuti pengajian Bachelor Degree di Universiti Sains Malaysia (semua kampus) dan dalam pengajian tahun kedua.Pencapaian akademik pengajian tahun pertama minimum CGPA 3.00 dan ke atasAktif dalam penglibatan ko-kurikulum.Semua jenis program pengajian layak memohon biasiswa ini.\nCara Memohon\nPemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian. Borang permohonan boleh didapati di bawah :\nBorang Permohonan Biasiswa API-MDCDownload\nSemua permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 ke alamat email berikut :\napimdc.scholarship@admin\nDokumen Yang Diperlukan \nPemohon juga dikehendaki untuk sertakan dokumen seperti berikut dalam bentuk PDF: \nGambar berukuran pasport terkini Salinan kad pengenalan pemohon depan dan belakangSalinan transkrip dan sijil akademik (SPM/STPM/UEC/A-Levels/O-Levels/MUET/CPU/Matrikulasi/Diploma/IB dan setara dengannya)Salinan keputusan ujian semester terkiniSalinan sijil Ko-KurikulumSalinan Borang Cukai Pekerja Swasta (EA Form) , Slip Gaji Ibu Bapa/Penjaga, Penyata Cukai Pendapatan (*jika berkenaan). Salinan Surat Tawaran dari universiti. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-program-fuqaha-maidam/", "title": "Bantuan Program Fuqaha MAIDAM Pengajian Timur Tengah", "body": ["\n\n", "\nYayasan Pendidikan Maidam membuka permohonan bantuan program Fuqaha bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2021\u00a0 yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah selain melahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang agama.\n\u00a0\nTawaran ini dibuka kepada kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.\n\u00a0\n\u00a0\nApa Itu Bantuan Program Fuqaha MAIDAM\n\nMenyediakan peluang kepada pelajar cemerlang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah.\nMelahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda serta mempunyai pengetahuan yang tinggi (Faqih) dalam bidang agama. Antara bidang dan universiti-universiti yang ditetapkan oleh MAIDAM seperti berikut :\n\u00a0\n\nUniversiti Yarmouk -Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun\nUniversiti Al-alBayt-Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun\nUniversiti Mu\u2019tah-Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun\n\n\u00a0\nBaca juga : Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS (CUI) 2022\nSyarat-Syarat\n\nPermohonan Program ini dibuka kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.\nMempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di universiti-universiti yang ditetapkan.\nMemperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkini seperti berikut:\n\n\nBahasa Arab \u201cA\u201d\nPendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah \u201cA\u201d\nPendidikan Syariah Islamiah \u201cA\u201d\nBahasa Melayu \u201cA\u201d\nMatematik \u201cA\u201d\nLain-lain subjek \u201cA\u201d atau \u201cB\u201d sahaja.\n\n\nTidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya yang lain.\nPerlu menyertai kursus persediaan melanjutkan pengajian ke luar Negara (jika perlu) Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tajaan MAIDAM.\nKuota pemilihan pelajar tidak melebihi dua puluh (20) orang setahun yang akan dibuat melalui proses temuduga.\nPembiayaan pengajian berstatus \u201cDermasiswa Bersyarat\u201d dan disediakan tiket penerbangan pergi dan balik.\nPermohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.\nKeutamaan diberikan kepada para pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak asnaf miskin.\nPendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.\nSebarang syarat dan urusan permohonan, tertakluk kepada persetujuan pengurusan Yayasan Pendidikan MAIDAM.\n\n.\nDokumen Diperlukan\nPemohon perlu mengisi borang program yang ditetapkan serta menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut;\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga serta adik beradik dalam tanggungan.\nSalinan terkini slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.\nSalinan akaun bank pelajar yang jelas dan aktif (selainTabung Haji dan ASB). Sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan\n\n\u2019\nCara Mohon Bantuan Program Fuqaha MAIDAM\n\nPermohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://ypmaidam.my/2022/06/08/bantuan-program-fuqaha/\nBorang permohonan dan salinan dokumen yang telah disahkan perlulah dihantar ke pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM.\nPara pelajar perlulah membuat permohonan dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) terlebih dahulu bagi mengikuti pengajian di timur tengah. Permohonan adalah secara dalam talian di laman e-timurtengah http://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ yang akan dibuka pada 1 JUN 2022 dan akan ditutup pada TUJUH (7) HARI SELEPAS KEPUTUSAN RASMI DIUMUMKAN\n\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan mengenai Bantuan Program Fuqaha MAIDAM\u00a0 anda boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi ;\nhttps://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam\nLot 9 & 10 Tingkat 1,\nBazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,\n20100 Kuala Terengganu,\nTerengganu Darul Iman.\nEmail : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\nNo. Tel : 09-6223500 / 096225600\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/myraillife/", "title": "MyRailLife : Daftar, Syarat & Cara Mohon Pas My Rail Life", "body": ["\n\n", "\nDaftar MyRailLife hari ini untuk menikmati insiatif perjalanan percuma menaiki KTM Lembah Kelang tanpa had khas untuk pelajar darjah satu sampai tingakatan 6 serta orang kelainan upaya(OKU) selama setahun bermula 15 Febuari 2023 sehingga 14 Febuari 2024\nMenteri Pengangkutan dengan kerjasama KTM melancarkan insiatif MyRailLife iaitu pas KTM perjalanan percuma buat pelajar Insiatif ini membolehkan golongan ini, dapat menaiki kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad( KTMB) secara percuma di Lembah Klang di dasar inisiatif MyRailLife\nMenteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengatakan insiatif ini akan meringankan beban lebih kurang 500, 000 pelajar serta OKU selagi mereka berdaftar dengan jabatan kebajikan warga.\n\u201c Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan buat meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat.\n\u201c Jika sebelum ini seorang yang dalam perjalanan dari Alor Star ke Butterworth memerlukan RM7. 20 satu hari. Jadi ia akan memerlukan RM180 sebulan buat pengangkutan.\nApa Itu Insiatif MyRailLife\nInsiatif MyRailLife ini merupakan penambahaikan kepada inisiatif Myrail5\u00a0 yang pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada belanjawan 2021.\nDengan insiatif ini,pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan KTM dan menikmati perjalanan percuma tanpa had bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas \u2013 Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.\nPas MyRailLife bertujuan bagi membantu meringankan beban kos pengangkutan yang ditanggung ibu bapa para pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan penggangkutan awam\nDokumen yang diperlukan ialah MyKad atau MyKid pelajar (pelajar Tingkatan 6 memerlukan surat pengesahan pihak sekolah) atau kad OKU keluaran kerajaan.\u00a0Untuk KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran, nombor PNR anda diperlukan.\u00a0Jika anda sudah mempunyai kad konsesi Komuter Link, tukarkannya dengan pas MyRailLife.\nPenggunakan pas MyRailLife ini sah bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.\nLokasi Laluan Perjalanan MyRailLife\n\nPerkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas \u2013 Tumpat\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang \u2013 Tg. Malim \u2013 Pelabuhan Klang & Batu Caves\u2013 Pulau Sebang Batu Caves)\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar \u2013 Butterworth \u2013 Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas)\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia\nPelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun \u2013 12 tahun)\nPelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun \u2013 19 tahun)\nOrang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan\u00a0Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\nCara Mendapatkan Pas MyRailLife\nBagi mereka yang layak, boleh mendapatkan pas MyRailLife dengan 3 cara seperti berikut ;\nPengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas \u2013 Tumpat.\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar \u2013 Butterworth \u2013 Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas.\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:\n\nMendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.\n\nDokumen Perlu Di bawah Semasa Pendaftaran Pas MyRailLife\n\nBagi memudahkan proses pendaftaran, pengguna perlu membawa dan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut ;\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter):\n\nMyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)\nMembawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melaluionline atau kaunter):\n\n\n\n\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nBayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Pas MyRailLife\n\nPerkhidmatan Shuttle Timuran (DMU): \n\nTiada bayaran yang dikenakan.\n\nPerkhidmatan KTM Komuter:\n\nTiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada. \nPemegang kad konsesi Komuter Link (pelajar & OKU) sedia ada boleh digunakan terus bermula 15 Februari 2023.\n\nPengguna Baharu & Pengguna Kad MyRail5:\n\nPengguna baharu akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.\nPemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.\nPas MyRailLife TIDAK BOLEH dipindah milik.\n\nSyarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife\n\nBoleh digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera di Pas MyRailLife.\nBoleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.\nBoleh digunakan dalam tempoh sah laku yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.\nPas MyRailLife dan MyKad/MyKid mesti dikemukakan kepada kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.\nPerincian syarat boleh disemak di laman sesawang KTMB.\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai pertanyaan mengenai MyRailLife, anda juga boleh layari www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau media sosial rasmi KTMB:\n\nFacebook (KTM Berhad)\nTwitter (@ktm_berhad) \nInstagram (ktmbofficial)\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah Pas MyRailLife dan faedahnya? Pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas \u2013 Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam. Berapa Lamakah Tempoh Penggunaan Pas MyRailLife? 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024. Perkhidmatan manakah yang membenarkan penggunaan Pas MyRailLife? i. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas \u2013 Tumpatii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang \u2013 Tg. Malim \u2013 Pelabuhan Klang & Batu Caves \u2013 Pulau Sebang Batu Caves)iii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar \u2013 Butterworth- Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas) Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan Pas MyRailLife? i.Warganegara Malaysiaii.Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun \u2013 12 tahun)iii.Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun \u2013 19 tahun)iv.Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan\u00a0Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bagaimana dan di mana saya boleh mendapatkan Pas MyRailLife? Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):i. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger NameRecord (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawangKT MB (www.ktmb.com.my)ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas \u2013 Tumpat.Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:i. Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:i. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger NameRecord (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawangKTMB (www.ktmb.com.my)ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar \u2013Butterworth \u2013 Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas. Apakah tindakan yang bakal diambil bagi penumpang yang menyalahguna dan gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife untuk perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)? a) Dikenakan surcaj (denda) RM30 beserta tambang; ataub) Diarahkan turun dari tren jika gagal menjelaskan bayaran. Adakah KTMB akan mengantikan Pas MyRailLife yang hilang atau rosak? Ya. Penumpang boleh memohon cetak semula Pas MyRailLife (membuatpengeluaran melalui kaunter) dan tidak dikenakan bayaran. Adakah KTMB akan memberikan pemulangan bayaran atau apa-apa bayaran jika penumpang tidak menggunakan Pas MyRailLife yang telah dibeli? Tidak Adakah KTMB akan memberikan pemulangan bayaran atau apa-apa bayaran pampasan jika penumpang tidak dapat meneruskan perjalanandisebabkan kegagalan perkhidmatan tren atau berlaku kelewatan tren? Tidak Adakah ibu bapa atau penjaga sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka? Ya, dibenarkan dengan syarat membawa atau memuat naik dokumen sepertidinyatakan dalam perkara (6) ketika membuat pendaftaran. Adakah dikenakan bayaran bagi pengeluaran Pas MyRailLife? Tiada bayaran yang dikenakan \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-akaun-kwsp/", "title": "i-Akaun KWSP : Cara Pendaftaran & Semakan Penyata Secara Online", "body": ["\n\n", "\ni-Akaun KWSP : Pendaftaran & Semakan Penyata Secara Online\nSeiring dengan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA20, pasti ramai yang ingin membuat pengeluaran atau pinjaman di akaun 2 KWSP masing-masing.\nTak kurang juga pasti ramai yang ingin buat semakan penyata akaun secara berkala memandangkan gaji dicarum oleh majikan pada setiap bulan.\nIngin tahu cara untuk mendaftar dan membuat semakan penyata KWPS secara online? Jom ikuti perkongsian daripada kami.\nBaca Juga : Pinjaman KWSP Bercagar \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\nCara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP\nSebelum kita pergi ke kaedah pendaftaran i-Akaun, ayuh kita lihat beberapa kaedah pendaftaran untuk menjadi ahli KWSP.\ni. Pendaftaran Automatik Oleh Majikan\nApabila gaji pekerja dicarum buat kali pertama, ini akan menjadikan pekerja sebagai ahli KWSP secara automatik.\nPendaftaran ini dilakukan atas nama serta nombor MyKad anda seperti yang tertera dalam Borang KWSP 6 (Borang A).\nAkaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).\nii. Pendaftaran di Kaunter\nAhli juga boleh mendaftar di mana-mana kaunter KWSP. Sekiranya pemohon bukan warganegara Malaysia atau pengesahan gagal, pemohon perlu mengisi Borang KWSP 3. Notis dengan nombor ahli KWSP akan dihantar kepada ahli sebaik pendaftaran diluluskan.\niii. i-Akaun Majikan\nMajikan juga boleh mendaftarkan pekerja sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (majikan) menggunakan maklumat pekerja.\nSebaik pendaftaran berjaya, pekerja akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP.\niv. Kiosk\n\n\n\n\nSelain itu, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli di kiosk KWSP berdekatan menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.\nAnda akan menerima notis serta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.\nSelain pekerja makan gaji, keahlian KWSP juga terbuka kepada yang bekerja sendiri. Untuk menjadi ahli, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.\nKemudahan i-Akaun KWSP\nAhli KWSP yang telah mendaftar boleh membuat pendaftaran KWSP Online menerusi i-Akaun.\ni-Akaun menawarkan pelbagai kemudahan bagi pengurusan akaun KWSP secara atas talian antaranya :\n\nKemaskini profil peribadi\nSemak kelayakan pengeluaran\nSemak baki simpanan\nSemak penyata KWSP\nSemak rekod caruman\nMemohon e-Pengeluaran\nMenyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya\nMenyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran\nMenukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah\nMenyemak maklumat penamaan\nMengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan\nMenyemak transaksi caruman KWSP terkini\nMenyemak log aktiviti i-Akaun\n\n\nCara Mendaftar / Aktifkan i-Akaun (KWSP Online)\nLangkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun adalah seperti berikut :\n\n\u00a0Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda\nLayari laman web\u00a0www.kwsp.gov.myPilih\u00a0\u2018Log Masuk\u2019\u00a0dan klik\u00a0i-Akaun (Ahli)\u00a0ATAU\n\nMuat turun aplikasi mobil i-Akaun\n\n\nMasukkan\u00a0nombor ahli KWSP sebagai ID\u00a0dan\u00a0Kata Laluan Sementara\u00a0yang diterima melalui SMS\nSetelah berjaya log masuk, tetapkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda\nSelepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.\n\n\nCara Daftar i-Akaun Online (View Mode)\nTak sempat untuk ke kaunter atau pejabat KWSP? Jangan risau, anda juga boleh membuat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online.\nCaranya mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (waktu operasi : 8 pagi-5 petang).\nBagaimanapun, i-Akaun (view mode) ini hanya terhad kepada kemudahan berikut :\n\nSemakan Baki Akaun\nSemakan Caruman Semasa\nSemakan Profil\nSemakan Sejarah Pengeluaran\nSemakan Kelayakan Pengeluaran\nPush Notifications/i-Akaun Secured Inbox\n\n\nNota : Untuk mendapat akses penuh bagi kemudahan i-Akaun seperti reset kata laluan, e-pengeluaran, penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, sila hadir ke kiosk/kaunter di cawangan KWSP terdekat bagi pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.\nCara Semak Penyata KWSP Online\nAhli KWSP yang telah mendaftar i-Akaun boleh membuat semakan penyata KWSP secara online melalui langkah-langkah berikut :\n\nLog masuk di pautan\u00a0https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login\u00a0menggunakan\u00a0ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.\nKlik tab \u2018Akaun Peribadi\u2019.\nPilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan \u2018Cari\u2019.\nMaklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.\n\n\nPenyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci.\n\nSelain itu, anda juga boleh semak penyata bagi tahun sebelumnya. Penyata ini boleh dicetak untuk digunakan sebagai dokumen sokongan dalam pelbagai urusan seperti pinjaman perumahan dan sebagainya.\n\nAplikasi i-Akaun KWSP\nSelain melalui laman web KWSP, anda juga boleh akses i-Akaun dengan lebih pantas menerusi aplikasi di pautan berikut :\n\nAplikasi i-Akaun di\u00a0Google Apps Store\nAplikasi i-Akaun di\u00a0Apple Apps Store\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun, sila ke pautan http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-ijazah-luar-negara/", "title": "Program Khas Ijazah Luar Negara (PKILN) Tajaan JPA", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara (PKILN) Tajaan JPA telah dibuka.\nSukacita Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa\u00a0pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan\u00a0untuk memohon penajaan di bawah Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2022. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai\u00a015 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang\nApa Itu Program Khas Ijazah Luar Negara\n\nPermohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Pertama dalam bidangbidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).\nSyarat Permohonan\nCalon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia;Lulus pemeriksaan kesihatan;Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan;Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan); Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa; danPelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada\u00a0 31 Disember 2022.\nSyarat Khusus\nMemenuhi syarat akademik minimum yang ditetapkan seperti berikut:\nProgram PersediaanSyarat Akademik MinimumSijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 / 4.00Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)PNGK 3.50 / 4.00A-Level dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan14 / 15 mata (tanpa C)International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan\u00a0 35 / 45 mata\nPeringkat Pengajian\nPelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja.\nTempat Pengajian\nPilihan institusi pengajian bagi program penajaan ini adalah universiti-universiti terkemuka dunia di ranking Top 100 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti, di negara-negara yang dikenal pasti sahaja. Senarai universiti adalah seperti di LAMPIRAN 1.\nIKLAN-PKILN-2022Download\nBidang Pengajian\nPenajaan di bawah program ini akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang dikenal pasti bagi memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan Negara.\nProgram ini mensasarkan penajaan di dalam bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi yang seiring Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), Internet of Things (IOT), blockchain,bahan dan teknologi termaju (Advanced Material) dan analitik data raya (Big Data Analytic). Ini juga termasuk ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama antaranya pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan.\nKursus-kursus yang diikuti di peringkat Ijazah Pertama hendaklah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan penuh Badan-badan Profesional bagi kursus-kursus profesional.\nBidang Pengajian Yang Tidak Ditaja\nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP).\nMekanisma Perjanjian\nPerjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat (4) keadaan PBU seperti berikut:\n\n\n\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nCara Permohonan\nPermohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang. \nCalon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.\nCalon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat\nStudent Assessment Centre (SAC)\nCalon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syarat- syarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2022. Calon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SAC.\nSemakan Keputusan Permohonan\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan mengenai Program Khas Ijazah Luar Negara (PKILN) Tajaan JPA dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.\nCalon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email\u00a0protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kolej-profesional-mara/", "title": "Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Secara Online", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Kolej Profesional MARA (KPM) secara online sesi 3 2022/2023 pengambilan November dibuka bermula 05 \u2013 30 September 2022\nLepasan SPM dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan ke program-program diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA di seluruh Malaysia. Tawarkan\u00a0pengajian ini adalah program pengajian peringkat Diploma dan Semi-Profesional. KPM menawarkan 14 program diploma, iaitu bidang perniagaan, logistik, dan grafik/teknologi.\nTarikh Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM)\nUntuk Sesi 3 2022/2023 Pengambilan November tarikh permohonan adalah daripada 05 \u2013 30 September 2022\nProgram \u00a0Kursus Kolej Profesional MARA Yang Ditawarkan\n\nAntara kursus bidang yang ditawarkan di KPM ialah seperti ;\nDiploma in Accounting (DIA)Diploma in Business Studies (DBS)Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)Diploma in Entrepreneurship (DEN)Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)Diploma in Computer Networking (DCN)Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)Diploma in International Business (DIB)Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)Diploma in Marketing (DMK)Diploma in Business and Information Technology (DBIT)Diploma In Computer Science (DCS)Diploma In English Communication (DEC)Diploma In Halal Industry (DHI)\n\nKemudahan dan Kelebihan Kolej Professional MARA\nAntara kemudahan dan kelebihan yang diberikan oleh KPM kepada pelajar ;\nKemudahan Penginapan Asramapenginapan disediakan bagi pelajar semester 1, manakala penginapan pelajar kanan bergantung kepada kekosongan asramaPemberian Elaun Sara Hidup (ESH)Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM300 diberikan secara bulanan sepanjang pengajianTiket Penerbangan Bagi Pelajar Sabah,Sarawak,LabuanBayaran semula tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik kepada pelajar Sabah,Sarawak dan LabuanGraduan Bebas HutangPelajar yang berjaya menamatkan pengajian, dikecualaikan daripada membuat bayaran ESH yang telah diterima sepanjang pengajian\n\nSenarai Lokasi KPM\nSetakat ini terdapat 6 insitut yang terdapat di Malaysia, yang anda boleh mohon iaitu :\nKolej Profesional MARA BeranangKolej Profesional MARA Ayer MolekKolej\u00a0Profesional MARA\u00a0Indera MahkotaKolej Profesional MARA Seri IskandarKolej Profesional MARA Bandar PenawarKolej Profesional MARA Bandar Melaka\n\nSyarat Kemasukan Kolej Profesional MARA\nAntara syarat kelayakan permohonan mendaftar ke Kolej Profasional MARA ialah:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.Berumur 18 sehingga 35 tahun.Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia\n\nCara Mohon\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan melayari website https://hi-edu.my/\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA,anda boleh layari laman web\u00a0https://hi-edu.my/\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa perbezaan Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA (KPM)?\nKOLEJ MARA\nKolej MARA adalah institusi untuk belajar di\u00a0PERINGKAT PERSEDIAAN ATAU PRA-UNIVERSITI. Ada 4 cawangan KM di Malaysia dan ada 5 jenis program yang ditawarkan iaitu\u00a0Asasi, Matrikulasi, Pra-U USM, International Baccalaureate (IB), dan A-Level\nKOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)\nKPM pula adalah institusi yang tawarkan\u00a0pengajian peringkat Diploma Dan Semi-Profesional.\n\nKolej Profesional MARA Swasta Atau Kerajaan?\nKolej Profesional MARA\u00a0(KPM) ialah sebuah\u00a0kolej awam\u00a0yang diuruskan oleh\u00a0Majlis Amanah Rakyat\u00a0(MARA).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/atm-duit-raya/", "title": "Senarai Lokasi ATM Duit Raya Maybank, Affin Bank, Ambank", "body": ["\n\n", "\nSenarai Lokasi ATM Duit Raya Maybank, Affin Bank, Ambank (Tukar RM 10 & RM 50 Baharu di ATM)\nHari Raya akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Sudahkah anda menukar duit raya di bank? Tak perlu risau untuk bersesak dan beratur panjang. Kini, anda boleh tukar wang kertas RM 10 dan RM 50 serba baharu di ATM terpilih.\nLebih mudah dan pantas! Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai kemudahan ini.\nBaca Juga : Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 Malaysia \u2013 JAKIM\nCara Tukar Duit di Mesin ATM Duit Raya\nBagi tahun ini, terdapat beberapa bank yang menyediakan mesin ATM khas untuk pengguna menukar duit raya iaitu Maybank, Affin Bank dan Ambank.\nJom kita semak satu persatu kemudahan yang ditawarkan bagi setiap bank yang dinyatakan.\nATM Maybank\n1. Untuk pengguna Maybank, pergi ke cawangan Maybank terpilih dan pilih mesin ATM yang mempunyai gambar \u2018dapatkan wang kertas RM 10 di mesin ini\u2019 untuk anda dapatkan duit raya baharu.\n\n2. Seterusnya, tekan \u2018pengeluaran\u2019 dan pilih jumlah.\n3. Jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan adalah RM 300. Pilih jumlah yang diperlukan dan wang kertas wangi dan serba baharu akan keluar dari mesin tersebut.\n4. Minta sampul raya daripada kaunter hadapan.\n\n\n\n\nSenarai Lokasi Mesin ATM Duit Raya Maybank\nBerikut disenaraikan lokasi mesin ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya bagi tahun 2023.\nUntuk makluman, not kertas yang disediakan bagi setiap cawangan adalah RM 10 dan RM 50 sahaja.\n\n\nATM Ambank\nSempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, Ambank juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan perkhidmatan pertukaran wang kertas RM 10 kepada pengguna mereka.\nBerikut disenaraikan lokasi ATM Ambank yang menyediakan perkhidmatan ini.\n\nAffin Bank\nBerita baik untuk pengguna Affin Bank, anda boleh tukar duit raya bernilai RM 10 dan RM 50 di 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic. Berikut disertakan senarai lokasi ATM Affin Bank :\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ATM Duit Raya bagi setiap bank, sila layari laman web rasmi bank seperti berikut :\nMaybank : https://www.maybank2u.com.my/\nAmbank : https://www.ambankgroup.com/\nAffin Bank : \u00a0https://www.affinalways.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/affin-online/", "title": "Affin Online Banking Cara Daftar, Login & Semak Baki", "body": ["\n\n", "\nPanduan Affin Online Banking Cara Daftar, Login & Semak Baki\nAffin online banking merupakan cara yang mudah dan selamat untuk mengurus kewangan anda dari mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai askes talian internet. Bagi pelanggan Affin bank, dengan ciri-ciri kini, and boleh ;\n\n\nMelihat baki dan transaksi akaun anda\nMembuat pindahkan dana antara akaun\nMembayar bil untiliti dan pelbagai\nMohon pinjaman dan kad kredit\nSediakan makluman dan pemberitahuan\nDan banyak lagi\n\nAffin Bank Online Banking Registration\nUntuk mendaftar bagi kemudahan perbankan dalam talian Affin Bank, anda boleh mendaftar dengan memilih mana-mana cara seperti berikut ;\n\nMelalui kaunter khidmat pelanggan\nMelalui mesin ATM\n\nCara daftar melalui ATM\n\nPergi ke mesin ATM Affin Bank terdekat\nMasukkan kad ATM dan pin\nPada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau Other\nPilih menu Daftar Perbankan\nPilih Perbankan Internet\nTekan Agree\nMasukkan kata nama (username) yang mahu digunakan\nMasukkan kata kunci (password)\n\nCara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah menggunakan ATM untuk mendaftarkan akaun perbankan internet ini, anda boleh terus ke kaunter Affin Bank cawangan terdekat anda.\nUntuk tujuan pengesahan, pastikan anda turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan kad ATM.\nBaca juga : RHB Online Cara Aktifkan Akaun & Daftar di RHB Mobile Banking\nCara Login \nSebaik sahaja anda telah mendaftar untuk Perbankan Dalam Talian Affin, anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. Anda kemudiannya boleh mengakses semua ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbankan Dalam Talian Affin.\n\n\n\n\nUntuk log masuk ke akaun online bank Affin anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web Affin Bank di pautan\u00a0https://rib.affinonline.com/retail/\nMasukkan kata nama dan kata kunci\nKlik butang Login\n\nAffin Online App\n\nBagi pengguna aplikasi AffinSecure, anda boleh terus log masuk melalui aplikasi tersebut.\nSekiranya anda belum muat turun, anda boleh muat turun aplikasi Affin Oline menerusi pautan ;\n\nPlay Store\u00a0\u2013 Untuk pengguna Android\nApp Store\u00a0\u2013 Untuk pengguna iOS\n\nCara Semak Baki Affin Bank Online\nSelepas anda log masuk ke dashbord Affin Online Banking anda, anda kini boleh memyemak baki akaun anda,pemindahan dana, pembayaran bil, permohonan pinjaman dan kad kredit dan lain-lain\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Affin Online Banking, anda boleh menghubungi talian hotline perkhidmatan pelanggan.\n\nTel : 03-82302222\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/opr-naik/", "title": "OPR Naik Lagi 2023 Apa Maksud & Kesannya BNM", "body": ["\n\n", "\nSah OPR naik lagi 2023. Kenaikan OPR kepada 3 peratus telah diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM)\nSeperti yang telah di jangka oleh pakar-pakar ekonomi seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini. Malah kenaikan ini lebih awal berbanding jangkaan yang dibuat iaitu pada bulan Julai 2023\nKenaikan OPR di buat menerusi penilaian MPC ketika ini yang melihat keadaan pertumbuhan dalam negeri yang kian berdaya tahan dan menilai ini adalah masa terbaik bagi mengembalikan tahap penyesuaian ke paras yang wajar\nApa Itu OPR\nDalam konteks kewangan dan ekonomi, \u201cOPR\u201d merujuk kepada Overnight Policy Rate (OPR) iaitu kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat sesebuah negara untuk mengawal inflasi dan kestabilan ekonomi\nKenapa OPR Naik\n\nDalam melaksanakan peranan menggalakkan kestabilan monetari, BNM berusaha untuk melaksanakan dasar monetari yang mengekalkan kadar kenaikan paras umum harga barang dan perkhidmatan yang rendah dan boleh diramal, dengan mengambil kira perkembangan dan prospek ekonomi. Matlamatnya ialah untuk menggalakkan kestabilan monetari yang kondusif untuk ekonomi Malaysia tumbuh dengan mampan.\nKenaikan nilai OPR pada masa ini adalah selepas Jawatankuasa MPC Bank Negara membuat penilaian daripada pelbagai aspek yang menepati dasar monetari iaitu satu tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempengaruhi kadar faedah dalam ekonomi bagi memastikan inflasi kekal rendah dan stabil yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.\nSecara ringkasnya kenaikan OPR ialah satu langkah untuk mengekalkan kestabilan harga barang dan perkhidmatan dalam negara\nKesan OPR Naik Kepada Rakyat\nKenaikan kadar faedah OPR oleh Bank Negara, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat sebagai pengguna seperti:\n1. Peningkatan kadar faedah dalam pinjaman dan simpanan: Kenaikan dasar OPR dalam kadar faedah boleh menyebabkan bank dan institusi kewangan lain meningkatkan kadar pinjaman mereka. Ini boleh menjadikan kredit dan pinjaman lebih tinggi, sekali gus mengurangkan kuasa beli rakyat.\nDengan erti kata mudahnya, opr naik loan kereta naik. Bagi yang menyimpan atau melabur pula kadar faedah keuntungan yang diterima lebih tinggi\n2. Pelaburan dan pertumbuhan ekonomi yang berkurangan: Peningkatan dalam kadar OPR boleh mengurangkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi dengan mengurangkan jumlah wang yang ada dalam pasaran. Ini boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pekerjaan.\n3. Penurunan harga hartanah: Kenaikan kadar OPR juga boleh menyebabkan harga hartanah jatuh dengan disebabkan syarat pinjman perumahan yang ketat dan faedah yang tinggi kepada pembeli.\nWalau bagaimanapun, dasar meningkatkan kadar OPR juga boleh memberi kesan positif, seperti menstabilkan mata wang dan menggalakkan penjimatan dengan menarik wang daripada pelaburan yang lebih berisiko.\n\n\n\n\nDalam konteks dasar kadar faedah OPR, kesannya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar faedah sebelumnya dan faktor lain. Oleh itu, BNM biasanya mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk menaikkan kadar faedah OPR termasuk kesan kepada rakyat dan ekonomi secara keseluruhan.\nBaca juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)\nKesan OPR Naik Terhadap Loan & Simpanan\n\nJenis Loan / SimpananSelepas OPR NaikPerubahan Selepas Kenaikan OPRPinjaman berkadar tetap sedia ada. (contoh loan kereta)Kadar faedah kekal samaTiada perubahan pada ansuran bulananPinjaman runcit berkadar terapung sedia ada (contoh loan rumah)Kadar faedah akan meningkat pada jumlah yang sama seperti peningkatan OPRBayaran ansuran pinjman yang lebih tinggiPinjaman perniagaan berkadar terapung dan berkadar tetapKadar faedah pada amnya akan meningkatBayaran ansuran pinjman yang lebih tinggiSimpananKadar faedah pada amnya akan meningkatPulangan simpanan yang lebih tinggi\nKebaikan OPR Naik\n\nSebagai pengguna, mahu atau tidak, kita terpaksa melalui implikasi terhadap kenaikan OPR kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang diluar kawalan kita sebagai rakyat dan pengguna.\nSebagai pengguna, apa yang boleh kita lakukan untuk memanfaatkan kenaikan OPR ini dengan cara ;\nMELEBIHKAN SIMPANANManfaatkan kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi untuk mengandakan wang melalui simpanan atau pelaburan\nMENGURUSKAN HUTANG SEDIA ADADengan kadar faedah pinjmana yang lebih tinggi, kira semula komitmen bulanan anda untuk memastikan anda boleh meneruskan bayaran ansuran dengan selesa\nMENGELAKKAN HUTANG BAHARUdalam masa yang sama, sebarang pinjaman atau komitmen baharu yng tidak mustahak boleh ditangguhkan dahulu\nMENGURANGKAN PERBELANJAANSusun semula rancangan perbelanjaancari barang yang boleh mengurangkan perbelanjaan\nKenapa BNM menaikan kadar OPR daripada 2.75% kepada 3.00 %? i)Ekonomi Malaysia mencatatkan pengukuhanii)Pada tahap ini, OPR kembali ke paras sebelum krisi dan lebih selaras dengan ekonomi yang lebih kukuh Bila OPR Naik? 3 Mei 2023 \nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang punca OPR naik lagi pada bulan Mei 2023 ini, dasar monetari, termasuk OPR, layari Soalan Lazim melalui\u00a0bnm.gov.my/mp-faq\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP", "body": ["\n\n", "\nPara asnaf di Wilayah Persekutuan yang menghadapi kesulitan pendapatan, mereka boleh memohon menerusi salah satu bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Bantuan Kewangan Bulanan.\nSebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal Islam bagi Wilayah Persekutuan, antara bantuan yang disediakan kepada para asnaf yang layak ialah Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.\nTujuan utama bantuan ini diberikan adalah untuk membantu para asnaf yang menghadapi masalah pendapatan dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.\nSetiap permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP mestilah melalaui borang permohonan yang dihantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.\n\nAsnaf Yang Terlibat\nSebanyak 4 kategori asnaf yang layak memohon Bantuan Kewangan Bulanan ini iaitu:\nFakirMiskinMualafAr-Riqab\nSyarat Umum\nPemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat umum seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon ialah warganegara MalaysiaPemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.\nCara Memohon\nBagi permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:\nMuat turun atau download borang permohonan dengan klik pautan file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti:\nSatu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:\u2013 Pemohon\u2013 Suami\u2013 Isteri\u2013 Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.\u00a0Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.\nLain-Lain Dokumen\nDokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan sekiranya pemohon tergolong dalam kategori ini:\nKeluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066\u00a0atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-kebenaran-rentas-negeri/", "title": "Panduan & Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri", "body": ["\n\n", "\nSusulan peningkatan kes harian COVID-19, kerajaan bermula 13 Januari 2021 telah menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. \nAntara SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ialah larangan merentas negeri bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus merebak di seluruh negara.\nWalau bagaimanapun, pihak kerajaan memberikan pengecualian kepada mereka yang perlu melakukan perjalanan rentas negeri seperti mereka yang bekerja di negeri yang lain, penghantar barangan, atau mereka yang mempunyai kes-kes kecemasan yang memerlukan mereka melakukan perjalanan rentas negeri tersebut.\nNamun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum boleh membuat perjalanan rentas negeri tersebut. \nUntuk mendapatkan kebenaran tersebut, mereka perlu menulis surat untuk menerangkan tujuan perjalanan rentas negeri dan juga mengisi borang kebenaran rentas negeri yang disediakan oleh pihak PDRM. \nLarangan Merentas Negeri\nSehingga hari ini, kerajaan masih menguatkuasakan larangan merentas negeri walaupun tiada negeri di Malaysia dikenakan PKP.\nNegeri-negeri yang sebelum ini dikenakan perintah PKP telah bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).\n Sehingga kini, negeri-negeri yang melaksanakan PKPB adalah seperti berikut:\nKelantanPulau PinangSelangorKuala LumpurJohorSarawak\nManakala negeri-negeri yang melaksanakan PKPP adalah seperti: \nPerlisKedahPerakPahang TerengganuNegeri SembilanMelakaSabahLabuan\nFormat Surat\nSurat permohonan bagi kebenaran rentas negeri perlulah menggunakan format Surat Rasmi.\nIni kerana, permohonan tersebut adalah dengan tujuan rasmi dan surat tersebut dihantar kepada pihak polis.\nSebagai contoh, bagi Surat Kebenaran Rentas Negeri atas tujuan pekerjaan, format lengkap bagi penulisan surat adalah seperti berikut:\nNama dan Alamat Syarikat\nNama dan alamat syarikat mesti ditulis dibahagian atas surat. Lazimnya nama dan alamat syarikat ini sudah ditulis di bahagian kepala surat atau letterhead. \n2. Tarikh\nTarikh perlu ditulis di bahagian atas kanan di bawah kepala surat tersebut.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan lengkap iaitu hari, bulan dan tahun.\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n3. Penerima\nUntuk penerima umum, lazimnya ia ditulis \u2018Kepada Pihak yang Berkenaan.\u2019 Ini bermaksud bahawa surat tersebut boleh digunakan bagi rujukan pelbagai pihak.\n4. Panggilan Penerima\n\n\n\n\nPanggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.\nJusteru, panggilan Surat Kebenaran Rentas Negeri ini, penerima yang digunakan ialah Tuan.\n5. Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nTajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang atau meleret. \nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Surat\nPada yang pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima iaitu memohon kebenaran rentas negeri bagi tujuan pekerjaan. \nUntuk perenggan kedua pula, penulis perlu memberikan butiran pekerja yang dimaksudkan merangkumi nama penuh dan no kad pengenalan. \nPerenggan ketiga pula ialah penutup dengan memberikan nombor telefon syarikat bagi rujukan dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nUntuk perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7. Tandatangan, nama, dan jawatan pengirim\nDi akhir surat terbabit, penulis perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.\nDi bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.\nSelepas nama penuh, penulis perlu meletakkan nama jawatan di bawah nama tersebut dengan huruf pertama sahaja pada setiap perkataan ialah huruf besar.\nContoh Surat \nBerikut adalah contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri yang boleh dijadikan panduan:\n\nBorang Kebenaran Rentas Negeri\nSelain itu, orang ramai juga untuk diingatkan bagi mengisi borang kebenaran rentas negeri yang disediakan oleh pihak polis.\nBorang kebenaran tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2&fbclid=IwAR3PtuiH3TyyPHytnB8vA03Q3gHIShIcVO8beZ2jJk2-TUC06HzFQmKSwos. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengeluaran-i-citra-kwsp/", "title": "Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP", "body": ["\n\n", "\nPermohonan kemudahan i-Citra KWSP iaitu pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpnanan Pekerja (KWSP) sehingga RM5,000 kini telah dibuka kepada para pencarum mulai 12 Julai 2021.\nKemudahan i-Citra KWSP sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.\nMatlamat kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada pencarum yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.\nJusteru itu, para pencarum boleh membuat permohonan i-Citra KWSP mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021 secara atas talian. \n\nSyarat Kelayakan\nPara pencarum yang ingin memohon kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nAhli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.Ahli mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya\u00a0RM150\u00a0dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.\nAmaun Boleh Dikeluarkan\nMenurut KWSP, amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah maksimum RM5,000.\nIni bermaksud bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan dan jumlah maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.\n\n\n\n\nPengeluaran minimum pula adalah RM50 dan para pencarum perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).\nBerikut adalah senario dan contoh bagi pencarum mendapatkan gambaran yang lebih jelas: \nSenario 1Senario 2Senario 3Senario 4Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947Bayaran Pertama1,0001,0001,000940Bayaran Kedua1,0001,0001,000\u2013Bayaran Ketiga1,0001,0001,000\u2013Bayaran Keempat1,0001,000\u2013\u2013Bayaran Kelima1,000510\u2013\u2013\nCara Membuat Permohonan\nPara pencarum yang ingin membuat permohonan i-Citra KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nSila portal rasmi i-Citra di pautan\u00a0https://icitra.kwsp.gov.my/Masukkan no. kad pengenalan dan no telefon bimbit yang aktif.Klik butang \u2018Teruskan.\u2019No OTP yang akan dihantar melalui SMS ke no telefon bimbit yang dimasukkan. Masukkan nombor OTP tersebut dan klik butang \u2018Sahkan OTP.\u2019Jawab soalan keselamatan jika diperlukan.Kemudian, pilih amaun pilihan. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun. Gerakkan slide pilihan berbentuk bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.Klik butang \u2018Teruskan.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan iaitu:\u2013 Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan\u2013 No MyKad\u2013 No telefon bimbit\u2013 Alamat email\u2013 Alamat rumah\u2013 Poskod\u2013 Bandar\u2013 NegeriLengkapkan maklumat pembayaran yang diperlukan. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).Klik butang \u2018Teruskan.\u2019Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & PembayaranTandakan pada kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan.Tandakan \u2018Saya Bukan Robot\u2019 bagi meneruskan permohonan.Paparan yang tertulis \u2018Terima Kasih\u2019 menunjukkan permohonan telah diterima. Klik butang \u2018Cetak & Simpan\u2019 untuk mencetak atau menyimpan rekod permohonan i-Citra.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebrang pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra KWSP di talian 03-8922 4848 atau \u2018Ask Elya\u2019 di laman web KWSP di pautan\u00a0www.kwsp.gov.my.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kelas-digital-spm-ywp/", "title": "Permohonan Kelas Digital SPM YWP: Tuisyen Online Percuma", "body": ["\n\n", "\nKepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Wilayah Persekutuan pada tahun ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah bersetuju untuk melaksanakan Kelas Digital SPM YWP.\nUntuk makluman, inisiatif Kelas Digital SPM YWP adalah salah satu daripada tujuh inisiatif baharu di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 telah diumumkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan pada 25 Mei yang lalu.\nMenerusi inisiatif ini, pelajar SPM yang terpilih akan mengikuti tusiyen online secara percuma mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh tamat peperiksaan SPM 2021.\nPelaksanaan kelas digital ini akan melibatkan seramai 20,000 pelajar di Wilayah Persekutuan yang bakal mengambil SPM pada tahun ini. \nSubjek Yang Terlibat\nSubjek-subjek yang terlibat dalam kelas digital ini merangkumi 10 subjek teras/wajib lulus/kritikal SPM iaitu:\nBahasa MalaysiaBahasa InggerisSejarahPendidikan IslamMatematikSainsFizikKimiaBiologiMatematik Tambahan\nKesemua kelas pembelajaran tersebut direkodkan dalam Video On Demand (VOD) yang membolehkan pelajar yang terlibat untuk mengakses melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui live chat.\nSyarat Kelayakan\nHanya dua syarat kelayakan yang ditetapkan bagi melayakkan pelajar menyertai kelas ini iaitu:\n\n\n\n\nCalon SPM bagi tahun 2021 Belajar di mana-mana sekolah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.\nCara Memohon\nUntuk memohon bagi meneyrtai kelas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iaitu https://www.yayasanwp.org/kelasdigitalspmywp.Klik butang \u2018Klik Di Sini Untuk Memohon.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Submit.\u2019\nSoalan Lazim\nBilakah Kelas Digital SPM YWP akan bermula? Kelas Digital SPM YWP akan bermula mulai 1 Jun 2021 sehingga tamat SPM 2021. Apakah bayaran yang ditetapkan untuk menyertai Kelas Digital SPM YWP ini? Tiada bayaran ditetapkan dan penyertaan ke dalam kelas ini adalah percuma. Apakah subjek yang ditawarkan dalam kelas ini? Sebanyak 10 subjek teras yang ditawarkan iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkss-8-0-senarai-insentif-bantuan-khas-sarawak-ku-sayang/", "title": "BKSS 8.0 | Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0", "body": ["\n\n", "\nBKSS 8.0 | Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0 ~ Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) bernilai RM285.47 juta tidak lama lagi.\u00a0\nBKSS 8.0\nBKSS 8.0 ini akan melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat merangkumi enam bulan pertama 2022 terutamanya isi rumah yang terjejas teruk akibat COVID19.\u00a0\nTambahan lagi, kerajaan Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 billion.\nSenarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0\nBerikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 kelak.\n1. Bantuan Kewangan Selama 6 Bulan\nKerajaan Gabungan Parti Sarawakakan menyediakan peruntukan sebanyak RM285.47 juta bagi mendanai bantuan kewangan selama enam bulan sepanjang tahun 2022 ini.\n2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air\nBKSS 8.0 juga merangkumi bantuan diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta bagi memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.\n3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai\nSelain itu, diskaun 50 peratus juga akan diberikan kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.\n\n\n\n\nSelain itu, sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri juga akan dimansuhkan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut diberikan.\u00a0\n4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen\nSeramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.\n5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000\nGeran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.\n6.Lain-lain Bantuan\nHousing Deposit Assistance Scheme; Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40.Peruntukkan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/\nATAU, sila rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan: https://srms.sarawak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-menyemak-keputusan-muet/", "title": "MUET: Cara Menyemak Keputusan MUET Secara Online & SMS", "body": ["\n\n", "\nMUET: Cara Menyemak Keputusan MUET Secara Online & SMS ~ Anda boleh menyemak keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 bermula 13 Januari 2022 ini bersamaan hari Khamis, pada pukul 10.00 pagi.\u00a0\nCara Menyemak Keputusan MU\nSila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan keputusan anda. Semakan boleh dilakukan secara online (atas talian) atau melalui sistem pesanan ringkas, SMS.\nKAEDAH\u00a0 1: SEMAKAN ATAS TALIAN (ONLINE)\nUntuk menyemak keputusan anda secara online, sila layari pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/ atau, http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/\u00a0\nKAEDAH 2 : SEMAKAN SMS\nSila taipkan : MUETRESULTNo. KP, dan hantar ke 15888.\nContoh: MUET RESULT 09050310xxx\nRayuan Semakan Semula \nSekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan anda, sila rujuk maklumat di bawah dengan teliti.\nSekiranya calon kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, anda boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM, atau layari laman web berikut: http://www.mpm.edu.my\u00a0 atau, http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/\nYuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).\nTarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan diumumkan bagi setiap sesi.\nAnda boleh menyemak keputusan rayuan penyemakan semula keputusan di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)\u00a0 selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan sijil baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.\nPendaftaran MUET 2022\n\nManakala, untuk pendaftaran bagi Sesi 1 Tahun 2021, anda boleh membuat permohonan sebelum 12 Januari 2022 ini.\u00a0\n\n\n\n\nBayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara).\nAnda boleh melakukan pembayaran dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my\u00a0\nCalon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.\nPendaftaran adalah secara dalam talian (online).\nMaklumat Lanjut\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan:\u00a0 https://www.mpm.edu.my/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/portal-pengeluaran-khas-kwsp/", "title": "Portal Pengeluaran Khas KWSP RM10K Secara One-Off", "body": ["\n\n", "\nPortal pengeluarankhas.kwsp.gov.my akan boleh di akses untuk tujuan pengeluaran khas KWSP secara one-off pada 1 April 2022\nKWSP mengumumkan bahawa permohonan kwsp 10k untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.\nPembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.\nSebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP.\nJumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.\nAhli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.\nKWSP dalam kenyataan berkata, Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini.\n\u201cKWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.\n\n\n\n\nPortal Pengeluaran Khas KWSP\nPortal pengeluarankhas.kwsp.gov.my hanya akan boleh di akses untuk permohonan bila telah di aktifkan oleh pihak KWSP nanti dalam masa terdekat\nTarikh Permohonan Dan Semakan\nKWSP mengumumkan bahawa ahli boleh membuat permohonan untuk pengeluaran khas ini bermula pada;\nTarikh permohonan : bermula 1 April dan berakhir pada 30 April 2022,Tarikh\u00a0 pembayaran : 20 April 2022.\nKaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP\nUntuk makluman anda, kerajaan telah mengumumkan pembayaran akan dibuat secara one-off.Pembayaran akan dibuat secara sekali sahajaPembayaran akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa ahliPembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkanBayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain\nSyarat Pembayaran\nUntuk menggelakan sebarang masalah pembayaran atau pengkreditan;\nAhli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.\nSemakan Status Permohonan\nSemakan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.\n\u201cAhli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka,\u201d katanya.\nMaklumat Lanjut\nMengenai kemudahan portal pengeluaran khas ini boleh didapati di \u2018Ask ELYA\u2019 dalam laman web KWSP di\u00a0www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-tunas-usahawan-tuzpp-zakat-pulau-pinang-2022/", "title": "Program Tunas Usahawan (TUZPP) | Zakat Pulau Pinang 2022", "body": ["\n\n", "\nTUZPP | Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang 2022 ~ Berita baik kepada Usahawan-Usahawan di negeri Pulau Pinang!\nUntuk makluman, tujuan program ini diwujudkan adalah untuk membantu mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.\nPermohonan ini TERBUKA kepada sesiapa yang berkelayakan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.\nProgram Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)\nProgram Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang.\nProgram ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang.\nSyarat Kelayakan\nBerikut adalah syarat-syarat penuh:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia dan beragama Islam.Berumur 18 hingga 46 tahun (pada tarikh tutup permohonan)Mempunyai lesen perniagaan SSM (Sekurang-kurangnya telah berdaftar 6 bulan).Tidak hamil / dalam tempoh berpantang.Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.Tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swastaTidak pernah menyertai program ini sebelumnya.\nCara Membuat Permohonan\n\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui pautan Google Form berikut: https://bit.ly/3hqcmQU\n\u00a0Atau, imbas QR Code dalam poster di atas.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila klik pautan berikut: https://wa.me/601128724558\nAtau, sila rujuk Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di mana-mana cawangan berdekatan anda.\u00a0\nAnda juga boleh melayari facebook rasmi Zakat Pulau Pinang, atai laman web rasmi: www.zakatpenang.com\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-baik-pulih-rumah/", "title": "Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023 telah dibuka. Ianya merupakan satu Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Daerah Baling tahun PPKB 2023.\nTujuan program ini \u00a0dilaksanakan adalah bagi membantu kumpulan B40 yang menetap di kawasan PBT Daerah Baling mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.\nTerdapat 8 mukim di daerah Baling iaitu Mukim Siong,Mukim Bongor,Mukim Baling,Mukim Pulai,Mukim Kupang,Mukim Tawar,Mukim Teloi Kanan dan Mukim Bakai. Daripada 8 buah mukim di daerah Baling ini terdapat lebih kurang 200 buah kampung\nPermohonan Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023\n\nTarikh permohonan :- 1 November 2022\nTarikh tutup permohonan :- 27 Disember 2022 (Selasa)\nBagi ketua isi rumah yang menetap di kawasan Daerah Baling yang ingin memohon bantuan ini, berikut merupakan syarat dan kriteria permohonan ;\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\nKIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;\nKIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;\nBagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;\nRumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;\nRumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki\n\nDokumen Sokongan\nUntuk melengkapkan permohonan, dokumen-dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan bersama borang permohonan :\n\nSalinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)\nGambar Penuh Rumah (dari luar)\nGambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)\n\nBorang Permohonan\n\n\nBorang permohonan PPKB boleh di dapati melalui kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling bermula ;\n\nJAM 8.00 PAGI \u2013 5.00 PETANG (AHAD-RABU)\nDAN 8.00 PAGI \u2013 3.30 PETANG (KHAMIS)\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023 anda boleh hubungi nombor telefon 04-4701800 Unit Perhubungan Awam Dan Komunikasi Korporat Majlis Daerah Baling atau layari Facebook https://www.facebook.com/MDBALING/\nBagi rumah yang terlibat banjir, boleh cuba untuk mohon bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/al-syahadah-al-ulya-ulul-albab-2022/", "title": "Tawaran Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 Untuk Pelajar Lepasan Tingkatan 3", "body": ["\n\n", "\nTawaran Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 Untuk Pelajar Lepasan Tingkatan 3 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi kemasukan program Al-Syahadah Al-Uhya\u00a0 Ulul Albab untuk lepasan pelajar Tingkatan 3 kini dibuka.\n Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021 untuk memohon program ini.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa API-MDC 2022\nApa itu Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab (SUUA) ?\nAl-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kitab Turath untuk murif tahfiz pada peringkat menengah atas.\nProgram ini dilaksanakan bagi memantapkan dan memperkasakan KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murif-murif yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam megikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka dari 14 Mac hingga 21 Mac 2022.\nMata Pelajaran Kurikulum Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab\nBerikut adalah matapelajaran kurikulum Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab :\nBahasa MelayuBahasa InggerisMatematikSejarahMatematik TambahanBiologiFizikKimiaTahfiz Al-Quran\nMatapelajaran Kitab Turath :\nTurath Al-Quran Wa Al-SunnahTurath Al-Lughah Al-ArabiahTurath Al-Dirasat Al-Islamiah\nSyarat Kelayakan\n\n\n\n\nPermohonan ini terbuka kepada murid yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaMurid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agama Negeri (PBAN).Pemilihan calon akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).Calon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 15 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.\nCalon akan melalui proses temu duga secara bersemuka di pusat temu duga terpilih dan perlu hadir membawa dokumen seperti yang berikut :\nSalinan keputusan akhir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau peperiksaan pertengahan/akhir tahun 2021 yang telah disahkan; danBuku rekod hafazan al-Quran yang telah disahkan oleh pihak sekolah.Mempunyai tubuh badan yang sihat untuk mengikuti pengajian ini sepenuhnya sehingga tamat Tingkatan Lima.\nCara Memohon\nCalon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang berikut :\nPERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut berkenaan tawaran kemasukan ke program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab, anda boleh rujuk di laman web rasmi KPM di pautan berikut :\nPEMBERITAHUAN PERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH\n\n`\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kolej-teknikal-yayasan-sabah-pengambilan-2022/", "title": "Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini pengambilan 2022 Kolej Teknikal Yayasan Sabah KTYS telah dibuka. KTYS menawarkan program-program pengajian peringkat sijil dan diploma dalam bidang pengurusan, teknikal dan latihan kemahiran yang boleh dipohon. \nPengambilan kemasukan ke Kolej Teknikal Yayasan Sabah tidak terhad kepada bumiputera sahaja. Pengambilan terbuka kepada semua kaum warganegara Malaysia. \nKTYS terletak di Kota Kinabalu, Sabah dan mempunyai Dua (2) kampus iaitu Kampus Bandaraya Sembulan, beroperasi sebagai kampus utama yang menjalankan program-program pengurusan serta Kampus Pengajian Teknikal Likas, menjalankan program-program teknikal dan latihan kemahiran.\nPengenalan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)\nKTYS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditubuhkan pada tahun 1990 sejajar dengan objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah, No.8, 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan Pendidikan, Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah disamping mengekalkan nilai-nilai dan budaya negeri Sabah.\nKTYS adalah milik penuh Yayasan Sabah yang diuruskan oleh KKYS Sdn. Bhd\nSyarat dan Kelayakan\nKelayakan minimum untuk melanjutkan pengajian di KTYS adalah \nLulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau setara (bergantung pada kursus yang dipohon) KECUALI bagi Asasi Sains yang memerlukan 5 kredit termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains Fizikal bagi program Akademik dan Lulus PT3 atau setara bagi program Kemahiran\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\nKTYS kini menawarkan dua (jenis) program pengajian, seperti berikut:\nProgram akademik dalam peringkat sijil dan diplomaProgram kemahiran dalam peringkat sijil dan diploma.\nProgram-program yang ditawarkan:Sekolah Teknologi & Teknikal:\nDiploma Teknologi Automotif\u00a0Diploma Teknologi Binaan Bangunan\u00a0Diploma Teknologi Elektrik\u00a0Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak\nSekolah Pengurusan & Perniagaan\nDiploma Pengurusan Perniagaan\u00a0Diploma Pengurusan Teknologi\u00a0Diploma Perakaunan\u00a0Diploma Pengurusan Harta Tanah\u00a0Diploma Sains Komputer\nProgram Persijilan Kemahiran Malaysia\nPentadbiran Pejabat\u00a0Teknologi Automotif\u00a0Binaan Bangunan\u00a0Teknologi Elektrik\u00a0Teknologi Kimpalan\u00a0Penyejukbekuan & Penyamanan Udara\u00a0Penyediaan & Pembuatan MakananPembuatan Pastri\nKemudahan\nKTYS menyediakan kemudahan asrama dan kadar asrama yuran mengikut jenis program pengajian (tertakluk kepada tempoh pengajian). Tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar baharu. Walau bagaimanapun pelajar kanan yang ingin mendapatkan kemudahan asrama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Kediaman.\n\n\n\n\nJenis-jenis kemudahan yang disediakan oleh KTYS adalah seperti berikut:\nAsramaPerpustakaanMakmal komputerKafeteriaSurauPerlindungan insuran secara berkumpulanPengangkutan\nSesi Kemasukan Pelajar baharu\nSesi kemasukan pelajar baharu adalah tertakluk pada jadual kemasukan mengikut program seperti berikut:\nProgram Akademik bermula pada Bulan Disember dan Jun setiap tahun.Program Kemahiran adalah tertakluk pada jadual ambilan dan kuota pelatih tertakluk pada jenis kemahiran.\nCara Mohon\nLayari laman web www.ktys.edu.my dan lengkapkan borang permohonan secara online. Pemohon boleh menyemak status kemasukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.\nSoalan Lazim\nfaqDownload\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan dan pertanyaan tentang Kolej Teknikal Yayasan Sabah, anda boleh hubungi ;\nTelefon : 088-239810 / 088-239637\nWhatsApp :\n019-8233369 (https://wa.me/60198233369)019-9303369 (https://wa.me/60199303369)\nWebsite : http://ktys.edu.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/ktyssabah\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kempen-servis-prihatin-modenas/", "title": "Kempen Servis Prihatin MODENAS, Khusus Untuk Motosikal Terjejas Banjir", "body": ["\n\n", "\nKempen Servis Prihatin MODENAS, Khusus Untuk Motosikal Terjejas Banjir ~ Sukacita dimaklumkan, baru-baru ini, dalam sebuah kenyataan media terkini, pihak MODENAS telah mengumumkan satu bantuan khas melalui Kempen Servis Prihatin MODENAS khusus untuk mangsa banjir.\u00a0\nBencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan banyak kerugian termasuklah kepada pemilik-pemilik motosikal. Besarlah harapan pihak MODENAS agar kempen ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban mangsa yang terjejas banjir.\u00a0\nKempen Servis Prihatin MODENAS\nKempen Servis Prihatin MODENAS menawarkan pemeriksaan PERCUMA untuk pemilik motosikal yang terjejas akibat banjir, diskaun alat ganti sehingga 25%, upah kerja PERCUMA bagi motosikal yang tidak perlu di baikpulih serta perkhidmatan cuci motosikal secara PERCUMA!\nCawangan Yang Terpilih\nKempen ini berlangsung mulai 22 hingga 31 Disember 2021 ini. Anda boleh mendapatkan servis percuma yang ditawarkan di cawangan MODENAS Service Centre yang terpilih seperti di bawah:\n1. MODENAS SERVICE CENTRE (SHAH ALAM, SELANGOR)\nAlamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,SelangorWaktu Operasi: 9.00am \u2013 5.00pmNombor Telefon: 04-4668160\n2. MODENAS SERVICE CENTRE (KUANTAN, PAHANG)\n\n\n\n\nAlamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, PahangWaktu Operasi: 9.00am \u2013 5.00pmNombor Telefon: 09-5123380 /044668199\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nAntara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah:\nCaj upah kerja PERCUMA untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)Pemeriksaan PERCUMApembersihan motosikal PERCUMAdiskaun sehingga 25 peratus untuk alat gantiDiskaun 15 peratus untuk alat ganti skuterDiskaun 70 peratus bagi caj buruh melibatkan servis \u201coverhaul\u201d\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut sebagai pemilik motosikal yang terjejas, anda boleh menghubungi pusat servis Modenas yang terpilih, atau hubungi: 1-800-880-181 atau, 019-570 8135 (Whatsapp).\nSila kunjungi pusat servis Modenas cawangan Subang dan Kuantan bagi mendapatkan tawaran ini.\nInfo lanjut, sila layari :\u00a0\nhttps://bit.ly/3pkUbjB\u00a0https://modenas.my/v2/modenas-to-offer-free-motorcycle-service-for-flood-victims/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengajian-ke-timur-tengah/", "title": "Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir & Jordan)", "body": ["\n\n", "\nPelajar dan pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah sama ada Mesir dan Jordan, permohonan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2021/2022 telah dibuka.\nUntuk makluman, Jabatan Pendidikan Tinggi Kemeneterian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dibuka kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat.\nPihak Jabatan Pendidikan Tinggi KPT juga memaklumkan bahawa mereka tidak melantik\u00a0mana-mana\u00a0ejen\u00a0dalam sebarang urusan pelajar ke Timur Tengah.\nPermohonan dalam talian mula dibuka pada\u00a02 Jun 2021 iaitu hari Rabu\u00a0mulai jam 10.30 pagi dan akan\u00a0ditutup 7 hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.\n\nBidang Pengajian Ditawarkan\nBidang pengajian yang ditawarkan bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir adalah seperti berikut:\nBidang Pengajian IslamBidang Pengajian QiraatBidang Pergigian & Farmasi\u00a0Bidang Ulum Islamiah\nUntuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Jordan, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nBidang Perubatan & PergigianBidang Pengajian Islam/Bahasa Arab\nSyarat Permohonan Ke Mesir\nBagi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nPergigian & Farmasi\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM; dan Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.\nPengajian Islam\n\n\n\n\nLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan; danMenduduki Imtihan Qabul (IQ).\nPengajian Qiraat\nMempunyai Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan dan lulus:\u2013 Tapisan Keselamatan (Muafaqah Amniyah)\u2013 Ikhtibar Lugahwi\nUlum Islamiah\nLulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran Sunah, dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan. Selain itu, keputusan SPM juga haruslah tidak memiliki mana-mana subjek gagal atau tidak hadir; danMenduduki Imtihan Qabul (IQ).\nSyarat Permohonan Ke Jordan\nUntuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nPerubatan & Pergigian\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM.Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.\nPengajian Islam/Bahasa Arab\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) di peringkat SPM.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:\nLayari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.Klik bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dan buat permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nBagi pemohon yang mempunyai pertanyaan lajut, sila hubungi En Shahrul Fazli Bin Abu Hassan atau En Aliff Firdaus Bin Abdul Rahman di talian 03-8870 6217/6226.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/btb-jkm/", "title": "Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM RM300", "body": ["\n\n", "\nBagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan bagi golongan ini menerusi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).\nUntuk makluman, terdapat beberapa bantuan OKU yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui JKM antaranya ialah Bantuan BTB.\nMenerusi bantuan ini, OKU yang layak akan menerima bantuan BTB secara bulanan sebanyak RM300.\nTujuan bantuan BTB diberikan kepada OKU yang layak adalah seperti:\nMembantu OKU yang tidak berupaya bekerja.Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh OKU yang ingin memohon bantuan BTB adalah seperti berikut:\nPemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas.Pemohon ialah pemegang Kad OKU JKM.Pemohon mestilah tidak berupaya bekerja.Pemohon bukan penghuni atau pelatih:\u2013 Institusi kendalian JKM; atau\u2013 Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau\u2013 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin PerKapita semasa; atauMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. \nCara Memohon\nPemohon yang ingin memohon bantuan BTB boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n1. Muat turun borang-borang berikut:\u2013 JKM 18 Borang Permohonan Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf\u2013 JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf\u2013 Borang Permohonan\u00a0Pendaftaran OKU pindaan 2019:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BORANG%20PERMOHONAN%20PENDAFTARAN%20OKU%20PINDAAN%202019.pdf2. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.\n\n\n\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ke pejabat JKM adalah seperti berikut:\nKad Pengenalan\u00a0diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Lain-lain dokumen yang berkaitan.\nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah yang layak diterima oleh OKU yang memohon bantuan BTB? OKU yang layak menerima bantuan BTB akan menerima bantuan RM300 sebulan. Jika saya sebagai seorang OKU namun tidak mempunyai Kad OKU JKM, adalah saya layak memohon? Tidak. Pemohon perlu mendapatkan Kad OKU JKM yang boleh dipohon melalui mana-mana pejabat cawangan JKM. Jika saya merupakan penghuni Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), adakah saya boleh memohon bantuan BTB? Tidak. Penghuni PDK tidak layak untuk memohon bantuan BTB daripada JKM. Saya seorang OKU berumur 17 tahun dan tidak berupaya untuk bekerja. Adakah saya layak memohon BTB? Layak. OKU berumur 16 tahun ke atas layak memohon bantuan BTB. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BTB, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-apz-2021/", "title": "Bantuan APZ 2021 Untuk Mangsa Banjir Pahang", "body": ["\n\n", "\nBantuan APZ 2021 Untuk Mangsa Banjir Pahang ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk dapatkan bantuan menerusi Agihan Prihatin Zakat (APZ) kini dibuka.\nUmum mengetahui rakyat Pahang merupakan antara yang paling terjejas dalam bencana banjir yang melanda bermula hujung tahun lepas.\nMemetik Berita Harian, semua daerah di Pahang didapati terjejas akibat banjir kecuali Rompin dan Cameron Highlands.\nPuluhan ribu mangsa dari pelbagai daerah dalam Pahang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan cuaca yang buruk di kawasan kediaman mereka. \nKredit Foto : bharian.com\nBanjir yang sangat buruk ini juga telah menyebabkan kerugian harta benda yang cukup banyak termasuklah kenderaan, kerosakan rumah, dan perabot serta perkakas rumah. \nJusteru itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka peluang kepada penduduk Pahang untuk dapatkan bantuan kewangan melalui APZ Mangsa Banjir Pahang 2021.\n\n\n\n\nSyarat-syarat Permohonan APZ Mangsa Banjir Pahang 2021\nWarganegara MalaysiaBeragama IslamBermastautin atau menetap di negeri PahangMangsa banjir di dalam negeri Pahang yang disahkanHanya dibuka untuk golongan yang telah berkahwin/duda/ibu tunggal\nAgihan ini akan disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja bagi setiap rumah yang terjejas bencana banjir.\n\nCara Memohon Bantuan APZ Mangsa Banjir Pahang 2021\nPemohon baru perlulah mendaftar sebagai pengguna sistem di pautan https://easnaf.muip.gov.my .Klik Daftar Pengguna di bahagian bawah butang Log Masuk untuk mula mendaftar.Pengguna Zakat4Pengajian, ePerakuan, atau eBayt yang pernah menggunakan pautan ini boleh log masuk dengan MyKad serta kata laluan yang sama. \u00a0Pengguna sedia ada yang lupa kata laluan boleh klik Lupa Katalaluan untuk tindakan lanjut.Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.Setelah maklumat diisi dan disemak sebaiknya, hantar permohonan.\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bantuan adalah pada 15 Februari 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan APZ 2021, sila berhubung melalui whatsapp MUIP di talian 011-30163882.\nSemoga bantuan yang ditawarkan oleh MUIP ini dapat meringkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-kompaun-saman-polis/", "title": "Diskaun Kompaun Saman Polis Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021", "body": ["\n\n", "\nDiskaun Kompaun Saman Polis Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021 ~ Sukacita dimaklumkan, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun saman sehingga 80%, anda masih ada masa lagi!\u00a0\nBerikutan pelbagai aduan, mengenai masalah untuk mendaftar dan membayar saman melalui Portal MyBayar Saman, tempoh tawaran diskaun kini dilanjutkan lagi.\u00a0\nDiskaun Kompaun Saman Polis, Potongan Sehingga 80%!\nPihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 bagi memberi kemudahan dan peluang kepada semua pengguna.\u00a0\nTawaran pengurangan dan diskaun kompaun saman polis sebenarnya ditawarkan hanya pada 9 hingga 12 Disember sahaja bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.\nNamun begitu, dalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.\n\nSatu kenyataan mengenai pelanjutan tempoh diskaun ini telah dimaklumkan melalui satu hantaran di media sosial Facebook (Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM).\n\n\n\n\nSelain memaklum tempoh pelanjutan diskaun sehingga 31 Disember, hantaran tersebut juga turut menjelaskan kaedah yang boleh digunakan untuk membayar saman.\u00a0\nEmpat kaedah tersebut ialah:\nDi Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.\nPortal Dan Aplikasi Mudah Alih MyBayar Saman.\nPejabat Pos Malaysia.\nATM Maybank\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi atau media sosial Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik \u2013 JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\nSumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kalendar-2024/", "title": "Kalendar 2024 Malaysia Cuti Umum & Cuti Sekolah", "body": ["\n\n", "\nKalendar 2024 Malaysia beserta cuti sekolah & cuti umum untuk panduan perancangan tahun 2024. Untuk makluman anda, 2024 merupakan tahun lompat, yang bermaksud akan ada hari tambahan pada bulan Februari, menjadikan tahun 2024 mempunyai sebanyak 366 hari. Ini penting untuk perniagaan dan organisasi yang perlu merancang jadual mereka lebih awal, kerana ini boleh menjejaskan masa cuti, acara dan tarikh penting lain.\nAntara peristiwa besar dunia untuk kalendar 2024 antaranya \u00a0ialah tahun pertama Sukan Olimpik Musim Panas akan diadakan di Paris, Perancis. Olimpik Musim Panas ialah acara sukan antarabangsa utama yang diadakan setiap empat tahun, dan ia menarik minat atlet dari seluruh dunia. \nSukan Olimpik Musim Panas 2024 dijangka menjadi rangsangan ekonomi utama bagi Paris dan Perancis, dan ia juga akan menjadi acara kebudayaan yang penting.\nKalendar 2024 Malaysia\nBagi kalendar Malaysia 2024 termasuk (kalendar kuda 2024), berikut senarai cuti umum pelepasan setiap negeri termasuk cuti perayaan dan juga cuti sekolah\nJanuari\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Januari 2024\n\n1 Jan (Isnin): New Year Day 2024 Semua negeri. kecuali\u00a0Kelantan, Kedah, , Perlis, Johor dan Terengganu\n14 Jan (Ahad) : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan\n25 Jan (Khamis) : Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor\n\nFebruari\u00a0\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Febuari 2024\n\n1 Feb (Khamis) : Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya,\u00a0Kuala Lumpur\u00a0dan Labuan\n8 Feb (Khamis) : Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Terengganu & Perlis\n10 Feb (Sabtu) : Chinese New Year (CNY) Semua Negeri\n11 Feb (Ahad) : CNY Hari Kedua Semua Negeri Kecuali Terengganu dan Kelantan\n\nMac\u00a0\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Mac 2024\n\n4 Mac (Isnin) : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu\n11 Mac (Isnin) :\u00a0Awal Ramadhan* Johor, Kedah & Melaka\n23 Mac (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Johor Johor\n27 Mac (Rabu) : Hari Nuzul Al-Quran Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,\u00a0Selangor, Terengganu\n29 Mac (Jumaat) : Good Friday Sabah &\u00a0Sarawak\n\nApril\nKalendar Kuda 2024 Malaysia April 2024\n\n10 Apr (Rabu) : Hari Raya Aidilfitri* Semua Negeri\n11 Apr (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri Kedua* Semua Negeri\n15 Apr (Isnin) : Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka\n26 Apr (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu\n\nMei\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Mei 2024\n\n1 Mei (Rabu) : Hari Pekerja Semua Negeri\n17 Mei (Jumaat) : Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis\n30 Mei (Khamis) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah dan Labuan\n31 Mei (Jumaat) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Hari Kedua Sabah dan Labuan\n\nJun\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Jun 2024\n\n1 Jun (Sabtu) : Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak\n2 Jun (Ahad) : Perayaan Hari Gawai Dayak Hari Kedua Sarawak\n3 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Semua Negeri\n15 Jun (Sabtu) : Hari Arafah Terengganu\n16 Jun (Ahad) : Hari Raya Haji* Semua Negeri\n16 Jun (Ahad) : Hari Puteraan Sultan Kedah Kedah\n17 Jun (Isnin) : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua)* Kelantan dan Terengganu, Kedah, Perlis\n\nJulai\u00a0\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Jun 2024\n\n7 Jul (Ahad) :\u00a0Awal Muharram\u00a0Semua Negeri\n13 Jul (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang)\n22 Jul (Isnin) : Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak\n30 Jul (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang\n\nOgos\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Ogos 2024\n\n10 Ogos (Sabtu) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor\n24 Ogos (Sabtu) : Hari Jadi YDP Yang Di-Pertua Negeri Melaka Melaka\n31 Ogos (Sabtu) : Hari Kebangsaan Semua Negeri\n\nSeptember\nKalendar Kuda 2024 Malaysia September 2024\n\n15 Sept (Ahad) : Maulidur Rasul Semua Negeri\n16 Sept (Isnin) : Hari Malaysia Semua Negeri\n\nOktober\n\n\n\n\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Oktober 2024\n\n5 Oct (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah Sabah\n12 Oct (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak\n\nNovember\nKalendar Kuda 2024 Malaysia November 2024\n\n1 Nov (Jumaat) : Hari Deepavali* Semua Negeri Kecuali Sarawak\n1 Nov (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Perak Perak\n11 Nov (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan\n12 Nov (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua Kelantan\n\nDisember\nKalendar Kuda 2024 Malaysia Disember 2024\n\n11 Dec (Rabu) : Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor\n25 Dec (Rabu) : Hari Krismas Semua Negeri\n\nKalender 2024 Malaysia Cuti Sekolah\nSesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).\nIa adalah untuk mengembalikan sesi persekolahan 2026 kepada Januari seperti sebelum ini.\nBaca juga : Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 KPM\nBagi jadual cuti sekolah 2024, akan dikemaskini kemudian\nKumpulan A \n(Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)\nKalender Akademik Sesi 2023/2024\nTakwim SekolahMulaAkhirHari Pertama Persekolahan19 Mac 2023(Ahad)Cuti Pertengahan Penggal21 Apr 2023(Jumaat)29 Apr 2023(Sabtu)Cuti Penggal 126 Mei 2023(Jumaat)3 Jun 2023(Sabtu)Cuti Penggal 225 Ogos 2023(Jumaat)2 Sep 2023(Sabtu)Cuti Penggal 315 Dis 2023(Jumaat)1 Jan 2024(Isnin)Cuti Akhir Sesi Persekolahan9 Feb 2024(Jumaat)9 Mac 2024(Sabtu)\nKumpulan B\n(Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)\nKalender Akademik Sesi 2023/2024\nTakwim SekolahMulaAkhirHari Pertama Persekolahan20 Mac 2023(Isnin)Cuti Pertengahan Penggal22 Apr 2023(Sabtu)30 Apr 2023(Ahad)Cuti Penggal 127 Mei 2023(Sabtu)4 Jun 2023(Ahad)Cuti Penggal 226 Ogos 2023(Sabtu)3 Sep 2023(Ahad)Cuti Penggal 316 Dis 2023(Sabtu)1 Jan 2024(Isnin)Cuti Akhir Sesi Persekolahan10 Feb 2024(Sabtu)10 Mac 2024(Ahad)\nKalendar Kuda 2024\nBagi anda yang berminat untuk dapatkan kalendar kuda 2024 Malaysia seperti di atas, anda boleh download di GTApp\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/geran-myice-2022-sehingga-rm10000-00-kepada-pertubuhan-berdaftar/", "title": "Geran MyICE 2022 Sehingga Rm10,000.00 Kepada Pertubuhan Berdaftar", "body": ["\n\n", "\nTerkini Permohonan Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) 2022 kepada Pertubuhan Berdaftar di lanjutkan sehingga 31 Julai 2022. Geran MyICE juga antara yang terkandung dalam Bajet 2022. Objektif inisiatif ini adalah untuk meperkasakan pertubuhan melalui:\nTadbir urus yang baikNilai kesukarelawan melalui pertubuhanKepimpinan yang unggulMemastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin\nKepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar Malaysia yang belum mohon geran ini, boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup tempoh pelanjutan ini.\nApakah itu Geran MyICE?\n\nMalaysian Incentive Community Empowerment\u00a0(MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM).\n\n\n\n\nTarikh Tempoh Permohonan Lanjutan\nSehingga 31 Julai 2022\nSyarat Kelayakan\nPertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori:Kategori Kebajikan:Ibu TunggalKebajikan MasyarakatKebajikan AhliOrang Kurang Upaya (OKU)Warga EmasKanak-KanakKategori Keselamatan:Pencegahan JenayahBomba SukarelaKategori Hak Asasi:Alam SekitarPenggunaManusiaPendidikanKategori Sosial:AlumniPendidikanPendudukKeturunanPekerjaanPertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik\nJenis Program Yang Boleh Dimohon\nProgram yang layak adalah merangkumi program pembangunan kapasiti dan pengurusan pertubuhan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan ke arah pengukuhan dan pemerkasaan pertubuhan seperti program pencegahan jenayah, gotong-royong, aktiviti kejiranan, bantuan kemanusiaan dan lain-lain.Program yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik.Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.\nCara Permohonan\nPertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui\u00a0sistem eROSES\u00a0di alamat. Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang. Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam borang permohonan yang didaftarkan di atas nama pertubuhan sahaja, manakala akaun yang didaftarkan di bawah nama persendirian/individu adalah tidak dibenarkan.\nDokumen Diperlukan\nPertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE.Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Geran MyICE 2022, anda boleh layari https://www.eroses.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tonton-anugerah-drama-sangat-2023/", "title": "Anugerah Drama Sangat 2023 : Senarai Kategori dan Calon Tonton", "body": ["\n\n", "\nTonton Anugerah Drama Sangat 2023\nSebelumnya dikenali sebagai Anugerah Drama Sangat, acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 merupakan acara berprestij yang bakal meraikan usaha penggiat industri hiburan tanah air.\nAnugerah yang membawa slogan \u2018Lagi Drama Lagi Rasa\u2019 ini turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton serta Oppa Pilihan Tonton.\nJom kita lihat senarai kategori serta calon bagi anugerah yang bakal diadakan pada Mac nanti.\nBaca Juga : Senarai Pemenang AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2023)\nSenarai Kategori dan Calon Tonton Anugerah Drama Sangat 2023\nAnugerah Kategori Undian Penonton\nAnugerah undian penonton ini bakal mempertandingkan 8 kategori seperti berikut :\nDrama Popular\nDramaPenerbitBudak Tebing 2Country & Universal Sdn BhdAyahandaZeel Production Sdn BhdBisik-Bisik GeloraGlobal Station Sdn BhdKekasih Hati Mr BodyguardCreative Skill Solution Sdn Bhd7 Hari Mencintaiku 3SR One Sdn BhdMelur Untuk FirdausA-Ten Alliance Sdn BhdSuamiku Lelaki PendosaGlobal Station Sdn BhdSekali Lagi Cinta KembaliA.Aida Production Sdn BhdAku Tanpa CintamuWiranusa Corporation Sdn BhdKhilaf AsmaraRadius One Sdn Bhd\n\nDrama Adaptasi Novel Terbaik\nDramaPenerbitAyahandaZeel Production Sdn BhdBisik-Bisik GeloraGlobal Station Sdn BhdKekasih Hati Mr BodyguardCreative Skill Solution Sdn Bhd7 Hari Mencintaiku 3SR One Sdn BhdMelur Untuk FirdausA-Ten Alliance Sdn BhdSuamiku Lelaki PendosaGlobal Station Sdn BhdKerana Dia SukaZeel Production Sdn BhdBila Hati Memilih DiaGlobal Station Sdn BhdTarik Aku Ke SyurgaCreative Skill Solution Sdn BhdAku Tanpa CintamuWiranusa Corporation Sdn Bhd\n\nPelakon Lelaki Popular\nPelakonDramaAdam LeeBudak Tebing 2Redza RosliKekasih Hati Mr. BodyguardShukri Yahaya7 Hari Mencintaiku 3MeerqeenMelur Untuk FirdausAlif SatarRisik Pada HatiAniq SuhairSekali Lagi Cinta KembaliAedy AshrafBila Hati Memilih DiaAndi BernadeePerisik Cinta Tak DiundangFattah AminKhilaf AsmaraSyafiq KyleCinta Buat Dara\nPelakon Wanita Popular\nPelakonDramaElisya SandhaHello, Jangan Tapau CintakuSiti KhadijahSekali Lagi Cinta KembaliSharifah RoseKekasih Hati Mr. BodyguardAnna JoblingMelur Untuk FirdausBella AstillahAku Tanpa CintamuJanna NickShakiraEyka FarhanaBila Hati Memilih DiaRiena DianaCinta AmnesiaNelydia SenroseKhilaf AsmaraFasha SandhaKhilaf Asmara\nPasangan Drama Terbaik\nPelakonDramaRedza Rosli & Raysha RizroseBisik-Bisik GeloraShukri Yahaya & Siti Saleha7 Hari Mencintaiku 3Meerqeen & Anna JoblingMelur Untuk FirdausAniq Suhair & Siti KhadijahSekali Lagi Cinta KembaliAndi Bernadee & Shiha ZikirPerisik Cinta Tak Diundang\nOST Terbaik\nLaguDramaCIAO \u2013 Joe Flizzow ft MK, Jay ParkBudak Tebing 2Cinta \u2013 Marsha MilanBisik-Bisik GeloraKalau Kau Rindu \u2013 Luqman PodolskiSemanis SenyumanmuSiapa Tak Mahu \u2013 Siti NurhalizaShah Alam 40000Nafas Cinta \u2013 Khai Bahar & Aina AbdulKekasih Hati Mr. BodyguardDemi Cinta Ini \u2013 Tomok ft Fatin AfeefaShakiraDuka Sebalik Tawa \u2013 Puteri KhareezaMelur Untuk Firdaus300 Saat \u2013 Bunga & AmzarWife Sebelah RumahSejarah Cintaku \u2013 UsopKisah Cinta KitaKaulah Syurga \u2013 Khai Bahar & Lia Aziz7 Hari Mencintaiku 3\nAnugerah BBNU Tonton\nPelakonDramaAniq SuhairTahyulCik BTahyulAhmad AdlyTahyulQistina KhaledThe Pak Mat ClanImran AqilRepublik GombakNabil AqilAdakah Engkau MenunggukuAdy MohammadSentuhan NajwaAfieq ShazwanRepublik GombakAiman TinoAnak Beranak Abe YieSophia AlBarakbahAir Mata Allisya\n\nOppa Pilihan Tonton (Dengan Kerjasama TvN)\n\n\n\n\n\nChoi Si-won\nCha Eun-woo\nKim Min-kyu\nAhn Bo-hyun\nKim Min-jae\n\nBagi kategori Oppa Pilihan Tonton, 30 peratus undian adalah daripada peminat, manakala 70 peratus adalah daripada juri profesional.\nAnugerah Kategori Juri\nBerbeza dengan anugerah sedia ada, anugerah Kategori Juri juga bakal dipertandingkan pada malam acara. \nSenarai anugerah serta calon-calonnya adalah seperti berikut :\nDrama Terbaik\nDramaPenerbitBudak Tebing 2Country & Universal Sdn BhdAyahandaZeel Production Sdn Bhd7 Hari Mencintaiku 3SR One Sdn BhdSuamiku Lelaki PendosaGlobal Station Sdn BhdRisik Pada HatiZamriez Golden Pictures Sdn BhdAku Tanpa CintamuWiranusa Corporation Sdn BhdKerana Aku Isteri BidaanCreative Skill Solution Sdn BhdTerlerai NoktahPadi Pictures Sdn BhdKhilaf AsmaraRadius One Sdn BhdSekali Lagi Cinta KembaliA.Aida Production Sdn Bhd\nPengarah Terbaik\nDramaPengarahBudak Tebing 2Feroz KadirAyahandaDato Ahmad Tarmimi Siregar7 Hari Mencintaiku 3Jamal KhanSuamiku Lelaki PendosaEyra RahmanRisik Pada HatiPali YahyaAku Tanpa CintamuEmi SuffianKerana Aku Isteri BidaanAyie MustafaTerlerai NoktahAmor RizalKhilaf AsmaraUchee FukadaSekali Lagi Cinta KembaliRiza Baharudin\n\nPenulis Skrip Terbaik\nDramaPenulis SkripBudak Tebing 2PGRs Team, Sofira Aliza, JanjiraAyahandaWan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis7 Hari Mencintaiku 3Siti Rosmizah SemailSuamiku Lelaki PendosaEenaz Mokhtar & Siti Jasmina IbrahimRisik Pada HatiHani RamsulAku Tanpa CintamuZuraida RamliKerana Aku Isteri BidaanNor Shuhadatul Ain ZakariaTerlerai NoktahAmor Rizan, Ghufron, Salim & Saiqa AskariKhilaf AsmaraSiti Jasmina Ibrahim & Uchee FukadaSekali Lagi Cinta KembaliRehal Nuharis\nPelakon Lelaki Terbaik\nPelakonDramaAedy AshrafBudak Tebing 2Jalil HamidAyahandaRedza RosliBisik-Bisik GeloraShukri Yahaya7 Hari Mencintaiku 3Hisyam HamidCukup Derita ItuDato Aaron AzizSuamiku Lelaki PendosaZamarul HishamAku Tanpa CintamuAlif SatarRisik Pada HatiFattah AminKhilaf AsmaraAniq SuhairSekali Lagi Cinta Kembali\nPelakon Wanita Terbaik\nPelakonDramaFauziah Ahmad DaudAyahandaSiti Saleha7 Hari Mencintaiku 3Nad ZainalHarith FayyadhSophia AlBarakbahSuamiku Lelaki PendosaUmmi NazeeraRisik Pada HatiZara ZyaRisik Pada HatiNabila HudaTerlerai NoktahFasha SandhaKhilaf AsmaraNelydia SenroseKhilaf AsmaraBella AstillahAku Tanpa Cintamu\nPelakon Antagonis Terbaik\nPelakonDramaZamarul HishamAku Tanpa CintamuJasmin HamidCukup Derita ItuDidie AliasCukup Derita ItuGambit SaifullahSuamiku Lelaki PendosaFasha SandhaKhilaf Asmara\nTempoh dan Cara Mengundi\nBagi para peminat yang masih belum mengundi artis kegemaran, anda masih boleh hantarkan sebelum tempoh tamat iaitu pada 26 Februari 2023 jam 11.59 malam.\nAnda boleh mengundi dengan melayari pautan : www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat.\nTerma dan Syarat Undian\n\nUndian online bermula dari hari Rabu, 1 Februari 2023 sehingga hari Sabtu, 26 Februari 2023, 11:59 malam.\nSetiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.\nKeputusan undian adalah muktamad.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Tonton Anugerah Drama Sangat 2023, sila layari Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-kwsp-mbsb/", "title": "Pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i (FS2A) Online 2023", "body": ["\n\n", "\nBermula 7 April 2023 pinjaman KWSP MBSB ihsan-i boleh dibuat secara online. MBSB Bank Bhd (MBSB Bank)\u00a0merupakan antara bank yang menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah.\nMenerusi kemudahan ini juga, ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun boleh memohon pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun bergantung kepada kelayakan.\nMBSB Ihsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang direka khas untuk ahli KWSP dalam menyediakan bantuan kewangan\nBerikut kami kongsikan mengenai pinjaman FSA2 KWSP MBSB Ihsan-i dengan lebih lanjut\nApakah Ihsan-i ?\nIhsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif\nCiri Pinjaman KWSP Ihsan-i MBSB Bank\n\n\nKadar pembiayaan yang kompetitif\nKonsep produk: Tawarruq (Komoditi Murabahah)\nTempoh pembiayaan: sehingga 10 tahun\nJumlah pembiayaan: RM 3,000 sehingga RM 50,000\nPerlindungan takaful: Wajib\nTerma pembiayaan:\n\n12 bulan pertama: Bayaran Keuntungan sahaja\nBulan ke 13 dan seterusnya : Prinsipal + Keuntungan (Ansuran Penuh)\n\n\nTiada Penjamin diperlukan.\n\n(Nota: Kadar Asas Standard (KAS) semasa pada 2.75%)\nKadar Pinjaman KWSP MBSB ihsan-i\nJumlah yang dibenarkan di bawah kemudahan sokongan adalah antara minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 Ahli KWSP apabila permohonan dikemukakan.\nBerikut gambaran kelayakan pengeluaran kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\u00a0bagi ahli KWSP\n\u00a0\u00a0\u00a0Ahli KWSP\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ahmad\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Baki simpanan Akaun 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 70,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 3,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 7,500\u00a0\u00a0\u00a0 Amaun permohonan pengeluaran pra- persaraan yang belum diluluskan \u00a0\u00a0\u00a0RM 10,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0None\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 5,500\u00a0\u00a0\u00a0 Amaun Kelayakan Awal \u00a0\u00a0\u00a0RM 50,000\u00a0\u00a0\u00a0Had maksimum pembiayaan\u00a0\u00a0\u00a0adalah RM50,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 3,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000\u00a0\u00a0\u00a0\nWalau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh MBSB Bank\nSemakan Baki Akaun 2 KWSP\nSebelum membuat permohonan Ihsan- i dengan MBSB Bank, ahli KWSP disarankan dahulu untuk menyemak jumlah simpanan Akaun 2 KWSP. Untuk semakan ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:\n\ni-Akaun (Ahli) web / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau\nSelf Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP\n\nCara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB\n\nPermohonan cukup mudah. Anda boleh membuat permohonan secara online melalui MBSB Bank . Tanda tangan juga tidak di perlukan untuk permohonan ini. Untuk memohon anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut ;\n\nLangkah 1: Buat semakan awal terlebih dahulu iaitu semakan kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login\nLangkah 2: Sekiranya jumlah baki akaun kwsp 2 anda memenuhi syarat, anda boleh meneruskan permohonan Ihsan- i melalui portal MBSB Bank https:// www.fsa2mbsbbank.com mengikut terma dan syarat yang ditetapkan ;\nLangkah 3: Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal MBSB Bank , berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh MBSB Bank berkenaan\n\nDokumen Sokongan Diperlukan\n\n\n\n\n\ni.Berpendapatan Tetap: Hanya Kad Pengenalan (IC) pemohon diperlukan\nii.Bekerja Sendiri: 6 bulan penyata bank atau 3 bulan penyata pendapatan atau borang BE\n\nSemakan Status Permohonan\nSama ada berjaya atau tidak, pemohon akan menerima SMS pemberitahuan mengenai status permohonan\nPengkreditan Pinjaman KWSP MBSB\nSekiranya permohonan pinjaman anda berjaya dan diluluskan, dana akan dipindahkan ke Akaun Simpanan Peribadi MBSB. Akaun Bersama dan Akaun Simpanan lain tidak dibenarkan.\nBagi anda yang tidak mempunyai akaun bank MBSB, anda boleh membuat Pendaftaran perbankan dalam talian untuk tujuan pemindahan dana pembiayaan kemudahan Ihsan- i. Sila layari laman web MBSB Bank di https://www.mbsbjourney.com/rib/ dan daftar dengan akaun Simpanan Peribadi MBSB\nBayaran Ansuran Pembiayaan\nSekiranya permohonan berjaya, ahli boleh membuat bayaran ansuran pembiayaan boleh dibuat melalui:- \n\nKaunter MBSB Bank\nPermohonan arahan tetap (SI)\nPerbankan dalam talian\n\nAnsuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja. Selaian daripada itu Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra\u2019 atas kadar keuntungan Bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui\nKegagalan Membuat Pembayaran Pinjaman\nSekiranya pemohon gagal menunaikan kewajipan pihak MBSB Bank berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang diperlukan. Pihak KWSP juga tidak akan bertanggungjawab dengan kegagalan ahli untuk membayar pinjaman mereka.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat tentang pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i seperti, jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan anda boleh layari web MBSB.\nUntuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini:\u00a0https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu MBSB Ihsan-i ? MBSB Ihsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang direka khas untuk ahli KWSP dalam menyediakan bantuan kewangan Berapakah kadar pembiayaan MBSB Ihsan-i? RM3000 sehingga maksima RM50,000 Adakah terdapat sebarang potongan fi atau bayaran pendahuluan daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan?\u00a0 Amaun sumbangan Takaful Kredit Berkala Berkumpulan (GCTT) akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah pembiayaan yang dikeluarkan. GCTT akan memberi perlindungan sehingga tempoh pembiayaan. Kadar takaful bergantung kepada umur dan tempoh pembiayaan \n \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ucapan-selamat-hari-ibu/", "title": "Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu", "body": ["\n\n", "\nKasih ibu tiada tandingannya. Tanpa ibu, maka tiadalah kita di dunia ini. Kepada si ibu jugalah kita mengharapkan restu serta doa yang mustajab.\nPada tahun ini, kita akan menyambut Hari Ibu pada 14 Mei (Ahad). Hari istimewa ini disambut bagi meraikan pengorbanan serta jasa para ibu yang telah membesarkan kita sejak kecil.\nHari Ibu biasanya disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.\nNamun, sebagai umat Islam, kita perlulah berbuat baik pada ibu setiap hari tanpa perlu menunggu Hari Ibu. \nNamun, tidak salah untuk anda memberikan hadiah istimewa atau berkumpul bersama keluarga pada hari tersebut.\nSempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan beberapa ucapan Selamat Hari Ibu untuk anda kongsikan buat ibu tercinta.\nBaca Juga : Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat\nSumber gambar : Adobe\nContoh Ucapan Selamat Hari Ibu\nIbu,\nDoamu tiada hijab,\nKurniakanlah restu kepada anakmu ini,\nMaafkan aku yang ada kalanya mengingkari nasihatmu,\nTanpamu, takkan ku kenali erti kehidupan\nSelamat Hari Ibu.\n\nTiada pelukan sehangat pelukan ibu,\nTiada doa semakbul doa ibu,\nTiada cinta sesuci kasih ibu,\nTanpa ibu, tiadalah ertinya hidup ini,\nSemoga Allah memberkati setiap pengorbananmu\n\nKau selalu ada disisiku,\nDi kala aku sedih,\nDi kala aku gembira,\nDi kala aku sihat,\nDi kala aku sakit,\nMungkin kini aku tidak dapat bersamamu setiap hari,\nNamun diri ini sentiasa mendoakanmu,\nSelamat Hari Ibu.\n\nIbu,\nKasihmu selembut sutera,\nSesuci embun pagi,\nSenyaman angin dinihari,\nSiapalah diriku tanpa kau disisi,\nSelamat Hari Ibu\n\nOh ibu,\nDi kala semua meragukanku,\nKau sahaja yang mempercayai,\nDi kala semua meninggalkanku,\nKau sahaja yang setia menemaniku,\n\n\n\n\nDi kala semua membenciku,\nKau sahaja yang tetap mencintaiku,\nSemoga Allah membalas segala kebaikanmu dengan syurga abadi.\n\nIbu yang kucintai,\nAnakmu yang dahulu sekecil tapak tangan,\nKini mampu berbakti kepada dunia,\nNamun segala kejayaan ini,\nTiada maknanya tanpa iringan doa daripadamu,\nKu dedikasikan kejayaan ini buatmu ibu,\nSatu-satunya orang yang setia bersama dalam setiap jatuh bangunku.\n\nPantun Hari Ibu\nPisang emas di dalam peti,\nDisimpan bersama buah delima,\nKasih ibu tiada pengganti,\nHanya satu di dalam dunia.\n\nBeli susu ikat mati,\nUntuk dibawa ke rumah nenda,\nCintailah ibu sepenuh hati,\nBerbaktilah selagi dia masih ada\n\nHarum sungguh aroma setanggi,\nBaunya wangi sehingga melekat,\nDengan doa ibu mengiringi,\nHidup si anak semakin berkat\n\nPergi ke hutan di tengah hari,\nBuat mencari pohon kekabu,\nIbarat lilin membakar diri,\nBegitulah pengorbanan murni si ibu.\n\nSudah lama tidak bertemu,\nKini tubuhku dimamah usia,\nBesar sekali pengorbananmu,\nHanya syurga yang setimpal membalasnya\n\nManis sungguh air tebu,\nLebih manis lagi senyuman kamu,\nSungguh besar pengorbananmu ibu,\nSemoga Allah dirikan syurga untukmu\n\nSemoga perkongsian ucapan Selamat Hari Ibu ini dapat memberi lebih makna buat anda menyambut hari istimewa bersama si ibu.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/saat-hilang-cintamu/", "title": "Telefilem Saat Hilang Cintamu (Adaptasi Kisah Benar)", "body": ["\n\n", "\nTelah ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3, telefilem Saat Hilang Cintamu berjaya meruntun jiwa penonton dengan jalan cerita yang menyayat hati. \nLakonan mantap Zamarul Hisham serta Rita Nadira yang memainkan watak sebagai suami isteri juga memberikan kesan emosi luarbiasa.\nUntuk makluman, telefilem ini telah disiarkan pada 25 Mac 2023 yang lalu.\nTelefilem Saat Hilang Cintamu Diadaptasi Daripada Kisah Benar\nSiapa sangka rupanya jalan cerita telemovie ini diadaptasi daripada kisah benar. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pelakon utama, Zamarul Hisham di laman Instagramnya. \n\nWatak Razil dikatakan benar-benar wujud dan kini orangnya sudah berusia 70 tahun dan menetap di Perlis.\nLebih menarik lagi, idea dan skrip bagi cerita ini juga ditulis oleh anak-anak Perlis. Menurut penerbit utama, Fadzil Teh, beliau berterima kasih kepada atas sambutan hangat daripada penonton bagi telefilem Saat Hilang Cintamu. \nUntuk mempromosikan lagi negeri Perlis, beliau juga bercadang untuk adakan lebih banyak penggambaran di negeri kecil tersebut pada masa akan datang.\n\nIngin tahu lebih lanjut mengenai telefilem ini? Jom kita semak sinopsis, barisan pelakon serta review penonton.\nBaca Juga : Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon\n\nSinopsis \nSalina merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM sementara Razil pula adalah seorang pemuda yang bekerja di kampung. Walaupun jarak usia antara mereka agak jauh, namun rasa cinta menyatukan mereka. Selepas tamat sekolah, Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak.\nIbu Salina tidak menyukai Razil kerana membuatkan anaknya sebagai seorang surirumah dan risau kebajikan anaknya terjejas jika Razil meninggal dunia.\nOleh itu, Salina berkeras untuk bekerja. Razil menghormati keputusan isterinya dan turut membantu Salina mencari kerja.\nKonflik bermula apabila Salina mula rapat dengan rakan sepejabat. Dia mula terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang suka memperlekeh dan mengaibkan Razil.\nSalina juga rapat dengan seorang rakan sepejabat yang bernama Kamal sehingga mencetuskan gosip di pejabat. Dia pun mula mendapatkan khidmat nasihat daripada Hadi, pakar kaunseling di tempat kerjanya.\n\n\n\n\nMasa berlalu, Salina mula tawar hati dengan Razil dan telah jatuh cinta dengan Hadi. Salina juga mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan tinggal bersama ibunya.\nSalina terbuai dalam perasaan terhadap Hadi sehingga membawa ke bilik hotel. Mereka berdua telah ditangkap khalwat oleh pejabat agama. Razil yang mendengar berita itu sangat sakit hati namun sanggup memaafkan isterinya.\nMeskipun begitu, Salina tetap mahu diceraikan kerana sudah bosan hidup bersama Razil. Dia ingin berkahwin dengan Hadi.\nRazil menurut kehendak Salina namun dengan beberapa syarat. Syaratnya mereka berdua perlu tinggal di rumah itu supaya anak-anak dapat bersama Salina. \nRazil pula akan menetap di pondok kecil di tepi rumah supaya tidak berjauhan dengan anak-anak.\nSalina bahagia dengan kehidupannya yang baharu namun kegembiraan itu tidak kekal lama. Salina akhirnya dapat tahu yang dia merupakan isteri kedua dan Hadi sudah memiliki anak.\nSalina rasa tertipu dan meluru keluar rumah. Hadi mengejarnya sehingga kedua-duanya ditimpa kemalangan.\nHadi meninggal dunia manakala Salina cedera teruk sehingga terlantar di rumah. Salina menyesali segala perbuatannya. \nRazil pula bersetuju untuk bernikah semula dengan Salina dan menjaganya. Namun, belum sempat melafazkan akad, Salina sudah meninggal dunia.\nBarisan Pelakon Saat Hilang Cintamu\nWatakPelakonRazilZamarul HishamSalinaRita NadiraKamalAbbas MahmoodHadiMalek MccroneIqaNur Dania MiazaraRozanKashfi Haiqal Zamarul\nReview Saat Hilang Cintamu\nWarganet yang telah menonton telefilem ini cukup terkesan dan terbawa-bawa perasaan sedih dan geram dengan kisah cinta Razil dan Salina. \nJom kita tengok review menarik yang ditinggalkan oleh penonton.\n\n\nKetinggalan untuk menonton telefilem ini? Jangan risau, anda boleh menontonnya menerusi platform streaming Tonton.\nJangan lupa untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama dan telefilem kegemaran anda menerusi laman media sosial\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kewangan-rider-makanan/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan One-Off Rider Makanan Labuan RM300", "body": ["\n\n", "\nPenghantar makanan (rider) di Wilayah Persekutuan Labuan kini boleh memohon Bantuan Kewangan One-Off Penghantar Makanan menerusi Perbadanan Labuan.\nBantuan ini disalurkan oleh Perbadanan Labuan bagi membantu dan meringankan beban rider makanan di Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. \nOleh itu, rider makanan di Wilayah Persekutuan Labuan adalah dialu-alukan untuk memohon bantuan ini.\nPermohonan bagi bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 27 Jun 2021 iaitu hari Ahad jam 11.59 malam. \n\nJumlah Bantuan\nBagi rider makanan yang layak, mereka akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM300 yang disalurkan melalui Perbadanan Labuan.\nSyarat Permohonan\nBagi rider makanan di Labuan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nWarganegara Malaysia.Rider makanan yang masih aktif.Sumber pendapatan hanya bergantung kepada perkhidmatan menghantar makanan.Mempunyai ID rider makanan yang aktif.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\nLayari pautan berikut https://forms.gle/4pSw8i4HdA5vjE447.Isi maklumat dengan betul dan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen-dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan (muka depan sahaja).Salinan (Screenshot) nombor ID rider.Salinan (screenshot) kali terakhir menerima kerja penghantaran melalui aplikasi servis penghantaran makanan.Salinan muka depan penyata bank (memaparkan nama dan no. akaun).\nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah bantuan yang diterima bagi rider yang layak menerima bantuan ini? Bagi rider makanan yang layak, mereka akan menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Adakah bantuan kawangan ini diberikan secara automatik? Ya. Bantuan kewangan ini diberikan secara automatik selepas rider makanan tersebut membuat permohonan. Jika saya bukan lagi rider makanan yang aktif, adakah saya layak memohon? Tidak. Bantuan ini hanya layak kepada rider makanan yang aktif sahaja. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Pn. Amalina, Setiausaha Kerja Majlis Belia Labuan di talian 014-312 4459.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/projek-khas-tani-pasca-covid-19/", "title": "Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022", "body": ["\n\n", "\nProjek Khas Tani Pasca Covid-19 diteruskan bagi tahun 2022. Bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani diteruskan.\nDi bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin, kerajaan negeri menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Jabatan Pertanian.\nDengan bantuan ini diharapkan bebanan petani dapat dikurangkan berikutan peningkatan harga baja dan racun yang meningkat kini.\n\u00a0\nUntuk makluman, permohonan projek khas ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan. Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.\nApa Itu Projek Khas Tanis Pasca Covid-19\n\nIni adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun. Melalui projek ini, secara tidak langsung ianya memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan\nBaca juga : BMT RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh 2022 Pekebun Kecil\n\n\n\n\nKriteria dan Syarat Permohonan\n\nProjek sedia ada masih aktif\nTerbuka kepada petani negeri Perak\nBelum pernah menerima peruntukan dari Jabatan\nStatus tanah yang sah (Geran/Tol/Pajakan)\nMinimum keluasan pemberian bantuan adalah :\na.\u00a0\u00a0 \u00a00.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah \u00a0dan daun,\nb.\u00a0\u00a0 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa\nc.\u00a0\u00a0\u00a0 minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.\nDokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan\nLawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan\nSemua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum di luluskan\n\n\u00a0\nCara Permohonan Projek Khas Tanis Pasca Covid-19\nPermohonan hanya boleh dibuat secara talian melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau dengan scan qr code seperti pada gambar iklan. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Projek Khas Tani Pasca Covid-19, Jabatan Pertanian Negeri Perak, anda boleh hubungi ;\nAlamat : Jabatan Pertanian Negeri Perak Darul Ridzuan,\nTingkat 6, Bangunan Seri Perak,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,\n30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,Malaysia.\nEmel : doaperak[at]gmail[dot]com\nTelefon : 05 \u2013 242 6176 / 05 \u2013 254 1999\nFaks : 05 \u2013 242 6177 / 05 \u2013 255 5324\nLaman Web : http://www.pertanianperak.gov.my\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dana-emp-ihsan/", "title": "Borang Permohonan Dana (Emp Ihsan) Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan Negeri Perak", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Dana (EMP Ihsan) Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan khusus untuk usahwan bumiputera Negeri Perak merupakan program oleh Ekuiti Nasional Berhad yang di laksanakan di bawah kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIPk) dan seketeria Usahawan Negeri Perak (STep).\nIltizam Bersama Ekuinas\nSebuah program tanggungjawab social koprat Ekuiti Nasional Berhad diilhamkan daripada keazaman, semangat dan kegigihan individu yang ingin mendorong pembaharuan dan merealisasikan transformasi yang berkesan\nDana EMP Ihsan\nSebuah program bantuan kewangan one-off kepada usahawan micro yang terjejas pendapatan perniagaan akibat pandemic COVID-19. Di bawah teras Keusahawan ILTIZAM yang dikenali sebagai Enterprenueur Mentorship Programme (EMP), EMP Ihsan adalah satu program kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak\nBaca juga : Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara\nTarikh permohonan\nPermohonan dibuka bermula 27 Januari sehingga 9 Februari 2022 sahaja.\nKriteria kelayakan :\nPerniagaan 100% dimiliki oleh bumiputera;Berdaftar dengan SSM atau PBT atau mana-mana pihak pihak berkuasa di lokaliti pemohon;Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa;Pemohon adalah asnaf / bekas asnaf / golongan usahawan B40 yang terjejas pendapatan akibat pandemikCovid19; danTIDAK PERNAH menerima mana2 bantuan dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri Perak sebelum ini (cth: GeranKhas Prihatin-GKP, Geran Usahawan Perak-GeRUP, one off dll bantuan tunai).\nTerma dan syarat :\nKeperluan modal perniagaan (pembelian bahan mentah);Modal perniagaan baru (setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid19); danBantuan perbelanjaan operasi (pembelian peralatan, pembayaran gaji pekerja, pembayaran bil eletrik, air dan lain-lain yang difikirkan layak oleh jawatankuasa kelak).Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yahg diperlukan sebagai bukti pemprosesan iaitu :\n\nSalinan Akaun Bank Atas Nama Pemohon;Kad pengenalan pemohon dan pasangan (yang berkahwin);Salinan SSM (jika ada);Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi Berkenaan;Sebut harga peralatan yang hendak dibeli;Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian; danResit \u2013 resit dan bukti lain berkaitan.\nBorang permohonan\nPermohonan adalah secara atas talian. Borang permohonan boleh di isi menerusi oautan berikut ;\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfs3UD3KJXv1fj0Xkc5xn24u1Pl2i5E_EbsH-_0zkf9CKsQ0Q/viewform\n\n\n\n\nMaklmumat lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai borang Permohonan Dana Emp Ihsan Negeri Perak boleh dikemukakan terus kepada urusetia MAIPk dan STeP berikut :\n\u2013 Hotline MAIPk 0195711384.\n\u2013 Puan Hazlien 01112503001\n\u2013 En Aiman 0134003947\n\u2013 Cik Aliaa 0142526246\n\u2013 Cik Azwin 0124618792\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kewangan-kolej-komuniti/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti BKPKK RM300 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti BKPKK. Untuk membantu pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.\nPelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.\nKadar Bantuan Pelajar RM300 Sebulan\n\nPelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.\u00a0 Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.\nSyarat Permohonan BKPKK\nPemohon hendaklah warganegara Malaysia;BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumahMenandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.\n\nBaca juga : Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023\nCara Permohonan\nPelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.\nSemakan Bantuan Kewangan Kolej Komuniti\nBagi pelajar yang telah membuat permohonan, semakan bantuan boleh dibuat menerui pautan berikut \nhttps://app.mypolycc.edu.my/bkpkk/borang/semak/semak01.php\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Kolej Komuniti, anda boleh hubungi Kolej Komuniti masing-masing atau ;\nUnit BiasiswaBahagian BiasiswaKementerian Pengajian Tinggi,Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 562200 Putrajaya\nTalian Utama : 03 \u2013 8888 1616\u00a0(samb.)Faks : 03 \u2013 8870 6839\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nSiapakah Yang Layak Untuk Menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti Ini?\nPelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.\nApakah Syarat-Syarat Dan Kriteria Untuk Melayakkan Pelajar Mendapat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti?\nPemohon hendaklah warganegara Malaysia;BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; danPelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.\n\nBerapakah Jumlah Bantuan Kewangan Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian?\nPelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.\u00a0 Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ismp-biasiswa-perguruan-persekutuan-ijazah-sarjana-muda-pendidikan/", "title": "ISMP | Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan", "body": ["\n\n", "\nISMP | Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 kini telah dibuka.\u00a0\nBiasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)\nBiasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini adalah terbuka bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapka.\u00a0\nPermohonan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.\nProgram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\u00a0\nWarganegara MalaysiaUmur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan)Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh KerajaanCalon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohonBagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaanBagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohonCalon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu dugaCalon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; danPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohonPelajar Universiti Awam sahaja\nBidang-bidang Yang Layak Memohon\nBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa TamilPendidikan IslamPendidikan MoralPendidikan Jasmani dan KesihatanPendidikan Seni VisualPendidikan KhasMatematikSejarahGeografiReka bentuk dan TeknologiBimbingan dan KaunselingTeknologi Elektrik dan ElektronikTeknologi Automotif\nCara Permohonan\nSila layari pautan berikut untuk membuat permohonan:\u00a0 https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 \u2013 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mmepunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:\nPuan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154\nAtau,\u00a0\nE-mel: [email\u00a0protected]Pautan pantas: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pencen-2023/", "title": "Tarikh & Jadual Bayaran Pencen 2023 Untuk Pesara Kerajaan", "body": ["\n\n", "\nBayaran Pencen 2023\nBayaran pencen adalah penting bagi semua pesara kerajaan selepas tamat perkhidmatan dalam sektor awam. \nSeperti yang ramai sedia maklum, pesara kerajaan termasuk pesara tentera (ATM) akan menerima kadar pencen dengan kenaikan 2% bermula Januari 2023. \nIni selaras dengan kadar kenaikan tahunan yang telah diperkenalkan sejak 2013 lagi. \nDi sini kami ingin kongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 untuk makluman umum.\nBaca Juga : Gaji Penjawat Awam 2023 Jadual & Tarikh Bayaran\n\n\n\n\nTarikh Bayaran Pencen 2023 Mengikut Bulan\nBerikut merupakan tarikh bayaran pencen bagi tahun 2023 seperti yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA.\nBulan Tarikh HariCatatanJanuari 16.01.2023IsninTahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) Februari 20.02.2023Isnin\u2013Mac 20.03.2023Isnin\u2013April13.04.2023KhamisHari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)Mei18.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) Jun 19.06.2023IsninHari Gawai 01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)Julai 20.07.2023Khamis\u2013Ogos21.08.2023Isnin\u2013September 21.09.2023Khamis\u2013Oktober19.10.2023Khamis\u2013November 20.11.2023IsninHari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) Disember 14.12.2023KhamisHari Krismas 25 DIsember 2023 (Isnin)\n\nBantuan Khas Kewangan Pesara 2023 \nMelalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 untuk pesara dengan kadar seperti berikut : \nJumlah BantuanPesaraRM 700Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawahRM 350\u2013 Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen\u2013 Penerima Pencen Terbitan\u2013 Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP \u2013 Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen\nNota : Pembayaran akan mula dilakukan bermula 17 Januari 2023. \n\nMaklumat Lanjut \nUntuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai pembayaran pencen 2023, sila rujuk laman web berikut : \n\nJPA Pencen :\u00a0http://www.jpapencen.gov.my/\nKumpulan Wang Persaraan (KWAP) :\u00a0https://www.kwap.gov.my/my\nFacebook Bahagian Pencen JPA : https://www.facebook.com/bahagian.pencen\nJabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM : 03-205 08131 / [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sdep-skim-dana-ehsan-pendidikan/", "title": "SDEP Skim Dana Ehsan Pendidikan Bantuan Kewangan Secara One-Off", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) dibuka sepanjang masa. Yayasan Pelajaran MARA YPM menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.\nYPM adalah badan organisasi yang mempunyai skim bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan.\n\u201d Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan program bantuan ini berterusan tidak kira di mana tempat, asalkan kita dapati ada laporan daripada sekolah-sekolah tertentu dan juga di pejabat-pejabat pendidikan daerah meminta kita salurkan bantuan,\u201d katanya.\nApa Itu Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)\nSDEP diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian\nMISI\nMenyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.\nOBJEKTIF\nMembantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.\n\nKadar Bantuan\nPelajar yang menerima bantuan ini, akan menerima bantuan kewangan secara one-off RM500 \nFaedah \u2013Faedah SDEP\nAntara faedah-faedah yang diterima oleh penerima bantuan ini adalah seperti ;\n\n\n\n\nPenyelesaian yuran tertunggak.Mengelakkan \u201cdropouts\u201d dikalangan pelajar IPT.Meringankan beban kos pengajian.\n\nKelayan & Syarat Permohonan\nAntara syarat-syarat permohonan Skim SDEP ialah ;\nBumiputera warganegara Malaysia.Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.\n\nCara Permohonan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan pada pautan berikut ; https://www.ypm.org.my/index.php/muatturun/borang#sdep\nPermohonan & Kelulusan\nSegala permohonan dan kelulusan bantuan ini adalah tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) anda boleh menghubungi ;\nSeksyen Bantuan PersekolahanYayasan Pelajaran MARA,Tingkat 18 Menara MARA,No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur.No. Tel : 603-26927273 #sbpRujuk Pegawai yang terlibat iaitu di :\u00a0Senarai Wargakerja YPM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bydpa-2022/", "title": "Permohonan BYDPA 2022: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong", "body": ["\n\n", "\nPermohonan BYDPA 2022: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ~Sukacita dimaklumkan permohonan Biasiswa yang di-Pertuan Agong kini dibuka.\n Untuk makluman, permohonan adalah terbuka bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana /Master (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) bagi bidang pengajian yang terpilih.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 19 Januari 2022.\nBorang permohonan perlulah dimuat turun dan diisi selengkapknya, dicetak dan ditangani oleh pemohon.\nPemohon juga perlu hantarkan permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum tarikh tutup.\nTarikh Permohonan\nPemohon perlulah hantarkan permohonan pada atau sebelum 22 Februari 2022.\n\nBidang Pengajian Yang Layak Bagi Permohonan BYDPA 2022\nPelajar yang sedang mengikuti program pengajian dalam bidang yang tersenarai di bawah layak untuk memohon :\nSains dan Teknologi\nEkonomi\nUndang-Undang\nKewangan Islam\nSenarai IPT Layak Memohon\nSenarai IPT yang layak memohon boleh dirujuk melalui pautan di bawah :\nIPT Dalam Negara \nIPT Luar Negara \nSyarat-Syarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaUmur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus permohonan adalah seperti berikut :\n\n\n\n\nMempunyai keputusan akademik cemerlang di peringkat pengajian :\nIjazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75\u00a0 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana ; atauIjazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon PhD.\nTelah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikuti bidang pengajian.\nPengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.\nTerlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu :\nCalon Sarjana : Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan ; atauCalon PhD : Penglibatan calon adalah wajib.\nCara Memohon\nPelajar yang berminat boleh ikuti cara permohonan BYDPA 2022 seperti di bawah :\nLayari pautan berikut untuk buat permohonan secara atas talian : https://esilav2.jpa.gov.my/\nSetelah selesai membuat permohonan, muat turun borang permohonan.\nSediakan dokumen yang diperlukan\nHantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :\nKetua Pengarah,\nJabatan Perkhidmatan Awam\nBahagian Pembangunan Modal Insan\nAras 3, Blok C2, Kompleks C\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan\n62510 PUTRAJAYA\n(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\nSalinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan).\nSalinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan\u2013bagi permohonan peringkat Ph.D).\nSurat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.\nSalinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.\nSalinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan (sekiranya ada).\nKertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.\nBorang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan \u2013 dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. Ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan juga perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai BYDPA, sila hubungi talian :\n\u00a003\u20138885 3879/3569/3438/3371/3571\nPemohon juga boleh ajukan pertanyaan melalui email ke alamat : \u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/vaksin-covid-19-untuk-kanak-kanak/", "title": "Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5\u201311 Tahun", "body": ["\n\n", "\nVaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5\u201311 Tahun ~ Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan kini meluluskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.\n Pengumuman ini dihebahkan sejurus persidangan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) kali ke-368 dijalankan baru-baru ini.\nMenerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia, telah diumumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10 mcg Concentrate for Dispersion for Injection akan digunakan bagi golongan kanak-kanak tersebut.\nVaksin Covid-19 untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada golongan berusia 12 tahun ke atas.\nKategori Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun Serta Kelebihannya\nMesyuarat PKBD telah berikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin berikut :\nComirnaty 10 mcg Concentrate for Dispersion for Injection\nUntuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahunMempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Corminaty yang diberikan kepada golongan 12 tahun ke atas.\nComirnaty (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection\n\n\n\n\nVaksin dengan formulasi baharu bagi individu 12 tahun ke atasTidak perlu dicairkan sebelum disuntikMempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang (10 minggu) berbanding formulasi sedia ada dengan jangka hayat 1 bulan.Perlu disimpan pada suhu \u00a02\u00b0 C hingga 8\u00b0 C setelah dinyahbeku\nPemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacting GmbH Jerman. \nKredit Foto : Bernama\nKelulusan Bersyarat Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine Sebagai Dos Penggalak\nDi samping itu, PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vacine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak bagi individu 18 tahun ke atas.\nPemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah Solution Biologics Sdn Bhd dan dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc China.\nPemberian vaksin ini diperlukan dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama dari vaksin sama.\nKelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin yang dipantau dari semasa ke semasa oleh Bahagian Regulatiori Farmasi Negara (NPRA).\nPenilaian adalah berdasarkan data-data terkini bagi memastikan perbandingan manfaat risiko vaksin kekal positif. \u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-tiket-kapal-terbang/", "title": "Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik Bagi Pelajar IPT", "body": ["\n\n", "\nPada 12 Julai 2023, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian bantuan tiket kapal terbang untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nBantuan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.\nInisiatif yang bakal bermula pada 15 Ogos ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan peruntukan anggarang berjumlah RM 16.8 juta.\nInisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM 300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nPelajar boleh merancang tarikh penerbangan dan sekiranya baucer tersebut mempunyai baki, ia boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya dengan menambah wang sendiri jika tidak mencukupi.\n\nBaca Juga : eBelia Rahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus\nSyarat Kelayakan\nAntara syarat yang dikenakan bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah :\n(a) pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:\n(i) berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;\n(ii) berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;\n(iii) berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;\n(iv) berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau\n(v) berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak;\n(b) hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan\nkelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar\n\n\n\n\nsedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);\n(c) hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air,\nFirefly dan MYAirline; dan\n(d) tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023.\nNamun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.\nCara Mohon / Tebus Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT, Sabah & Sarawak\nUntuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, para pelajar universiti awam perlu mengambil langkah seperti berikut :\n(a) Buat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing;\n(b) Lakukan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;\n(c) setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. \nSekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya (Rujuk Lampiran 1 untuk contoh); dan \n(d) Gunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.\n Sila rujuk lampiran di bawah untuk keterangan lanjut :\n\nUntuk ketahui perkembangan mengenai bantuan tiket kapal terbang, sila ikuti perkembangan Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport Malaysia) menerusi Facebook rasmi mereka di pautan https://www.facebook.com/motmalaysia.\nSumber : Kementerian Pengangkutan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-span-suruhanjaya-perkhidmatan-air-negara/", "title": "Biasiswa SPAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempelawa pelajar-pelajar yang layak untuk memohon Biasiswa SPAN.\nSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara merupakan badan pengawal seliaan kebangsaan untuk industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nBagi pelajar tajaan SPAN, yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.\nApakah Biasiswa SPAN ?\n\nProgram biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang Semester 2 Asasi/Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.\nBaca juga : Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022\nBiasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.\nKelebihan Biasiswa SPAN\nSelain bantuan kewangan, pelajar-pelajar juga akan di di bimbing oleh \u2018Scholar Guide\u2019 untuk ;\nMencapai kecemerlangan akademikMengatasi masalah dan cabaranMengekalkan kesejahteraan pelajar\nUntuk memantapkan lagi persediaan pelajar untuk menghadapi persaingan dan kebolehan mengadaptasi pendidikan secara formal dengan keperluan dalam bidang pekerjaan selepas tamat pengajian, pelajar juga akan menerima program latihan kemahiran insaniah yang disediakan merangkumi 4 kemahiran;\n\n\n\n\nKemahiran KomunikasiKemahiran Pembangunan InsaniahKemahiran OrganisasiKemahiran Kebolehpasaran\nJumlah Pembiayaan Biasiswa SPAN\nBiasiswa SPAN yang ditawarkan merangkumi sokongan kewangan seperti yang berikut;\nYuran pengajian -Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.Elaun \u2013 Elaun-elaun seperti yang berikut disediakan untuk membantu pelajar dalam perbelanjaan universiti mereka;Sara hidupPenginapanBukuAlat PerkakasTesisLatihan AmaliKomputer riba -Sebuah komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian.\nBidang Tajaan\nSPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:\nTeknikal (Kejuruteraan, Ukur Bahan)Ekonomi / PerniagaanPerakaunan / PerniagaanTeknologi Maklumat / Data Sains\nSyarat Permohonan\nCalon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Mempunyai kesihatan yang baik;Aktif dalam aktiviti kokurikulum;Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.Pemohon\u00a0perlu\u00a0memenuhi syarat-syarat khusus berikut;Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2021;Pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya keputusan PNGK 3.50 bagi Semester 1 Matrikulasi/Asasi\n\nCara Permohonan\nKepada anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan permohonan, sila ikuti langkah permohonan di bawah:\nLayarai laman website berikut http://www.metropolitancorridor.com/sfa-span-bm.phpBaca kemaskini terkini biasiswa seperti syarat dan tarikh tutup permohonanKlik pada butang \u201cMohon Sekarang\u201dIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Semak semula semua maklumat yang diisi dan pastikan ianya lengkap sebelum menghantar permohonan.Hantar permohonan anda dengan klik pada butang \u2018Submit.\u2019\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Biasiswa SPAN 2022, anda boleh hubungi nombor 03-5613 6288 atau emailkan kepada [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ppes-siri-2/", "title": "Permohonan PPES Siri 2 2021 Negeri Johor: Geran Sehingga RM15,000", "body": ["\n\n", "\nKoperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar di Negeri Johor kini boleh memohon geran sehingga RM15,000 melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) Siri 2 2021.\nUntuk makluman, PPES merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Korperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.\nTujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti projek-projek keusahawanan yang berpotensi dan berdaya maju berasaskan komuniti di negeri Johor.\nBagi pertubuhan yang berminat, permohonan PPES Siri 2 telah dibuka secara atas talian sehingga 2 Julai 2021.\n\nSkop Bantuan\nSkop bantuan yang ditawarkan adalah geran sehingga RM15,000 yang merangkumi kos berikut:\nMenaik taraf infrastrukturPembelian mesin dan peralatan, Latihan dan kursus kemahiran asas yang berkaitan dengan projek.\nWalau bagaimanapun, nilai peruntukan yang diluluskan menerusi PPES ini akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Kelulusan.\n\n\n\n\nUntuk makluman, geran ini tidak diberikan dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk peralatan, mesin, infrastruktur atau kursus yang berkaitan projek.\nSyarat Permohonan\nPertubuhan yang berminat untuk membuat permohonan perlu menepati syarat-syarat permohonan iaitu:\nPemohon mestilah penduduk tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.Permohonan hanya kepada dibuka kepada pertubuhan/koperasi/persatuan/komuniti/organisasi bukan kerajaan (NGO) berdaftar dibawah ROS/ROY/SKM/Pejabat Daerah/agensi atau kementerian.Permohonan terbuka kepada semua projek/perniagaan yang patuh syariah dan telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih.Projek yang dijalankan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti, mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.Meningkatkan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga 5 orang pekerja samada secara langsung mahu pun tidak langsung.Pemohon mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek.Komuniti yang memohon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan menjadi keutamaan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohoan PPES Siri 2 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nKlik pautan berikut https://tinyurl.com/PPES2021SIRI2.Isi maklumat dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen sokongan.Pastikan segala maklumat yang diisi betul sebelum hantar.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.\nDokumen Sokongan\nDokuman sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSijil pendaftaran.Kertas kerja projek (rujuk panduan di pautan https://tinyurl.com/BahanPPESSiri2).\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai PPES Siri 2 2021, sila hantar email ke pautan [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-skim-tingkat-ekonomi-produktiviti-pahang-stepp-iatn-2022/", "title": "Permohonan Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022 telah dibuka. Bantuan ini khusus bagi usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) Negeri Pahang.\nProgram STEPP adalah merupakan insentif berbentuk Geran Permadanan yang diberikan kepada usahawan di bawah industri Asas Ternakan (IATn).\nProgram ini dipertimbangkan kepada usahawan mikro IATn dalam kategori ;\n\u00a0\n\nTahap 1 nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM50,000\nTahap 2 nilai jualan kasar lebih\u00a0 RM50,000 sehingga RM100,000\n\nTarikh tutup bagi permohonan bantuan ini adalah pada 24 Jun 2022.\n\u00a0\nSyarat-Syarat Program Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang\n\nProgram ini dipertimbangkan kepada setiap usahawan berdasarkan syarat-syarat berikut ;\n\nWarganegara malaysia yang bermastautin di negeri pahang yang berumur antara 18 hingga 60 tahun\nTelah menjalankan projek lebih sekurang-kurangnya satu (1) tahun\nKeutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada tahap 1 dan tahap 2\nMempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan\nMempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih\nTidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum permohonan di buat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan pengarah perkhidmatan veterinar negeri pahang sekiranya projek yang dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang lebih baik dan kekal mampan\nTidak disenarai hitam oleh jabata\nMembuat permohonan menggunakan borang permohonan program step (dsv/step-1) dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan\nPermohonan yang berjaya di wajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia untuk dipantau dalam tempoh 2 tahun selepas menerima bantuan\n\nBaca juga : Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022\nSkop Insentif Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022\nPemohon boleh memilih salah satu insentif atau secara kombinasi atau semua sekali. Antara skop insentif program yang boleh dimohon adalah seperti ;\n\n\n\n\n\nKajian nutrisi dan jangka hayat produk\nReka bentuk pembukusan dan pelabelan\nPeningkatan kapasiti pengeluaran\nPenambahbaikan premis\nPerolehan papan tanda perniagaan\n\nKadar dan Nilai Geran\nKadar geran adalah berbeza mengikut skop insentif yang di mohon. Bagi permohonan untuk skop insentif kajian nutrisi dan jangka hayat produk \u00a0usahawan akan menerima geran penuh 100% dengan nilai maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap permohonan yang dibuat.\n\u00a0\nManakala bagi skop insentif yang lain, usahawan akan menerima geran pemadanan (geran 90%, usahawan 10%) dengan nilai maksimum tidak elbih daripada RM10,000 bagi setiap permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi).\n\u00a0\nCara Permohonan STEPP\n\nBorang permohonan boleh didapati dengan memuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/11eLunl4Har-_0C4Kn2OFgL3ymu7HJ0ty/view?fbclid=IwAR1gozG0JYFq-7SP9US9pgmbP65Cs_QaQaTX529z8o64Pev49sSdOi9mczk.\nCetak borang permohonan ,isi borang permohonan dan dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dibawah.\nHantar dokumen-dokumen tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.\n\n\u00a0\nDokumen Yang Diperlukan\n\nMemorandum and Articles of Association\nPenyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)\nLesen perniagaan\nSalinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM); atau\nSalinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022, sila layari laman web https://dvs.pahang.gov.my/.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/drama-perempuan-itu/", "title": "Drama Perempuan Itu \u2013 Barisan Pelakon, Sinopsis & Review", "body": ["\n\n", "\nDrama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana kini menjadi sebutan warganet. Meskipun pernah mencetuskan kontroversi, namun drama bersiri arahan Ain Sharif dan Isma Yusof ini sudah pun disunting untuk tayangan di platform penstriman online Tonton yang juga boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. \nDrama ini mempunyai 30 episod dan diterbitkan di bawah produksi Rumah Karya Cinta. Sarat dengan plot yang menarik serta lakonan yang bermain dengan emosi penonton, drama ini telah pun memenangi ribuan hati peminat drama tempatan. \nLebih penting lagi, drama Perempuan Itu juga dikatakan bakal menyajikan banyak pengajaran serta teladan terutamanya ilmu agama rumah serta hak seorang wanita dalam perkahwinan.\nRancangan ini telah mula bersiaran mulai 1 Jun 2023 secara HD di laman web www.tonton.com.my atau www.xtra.com.my/live-tv.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai drama Perempuan Itu.\nBaca Juga : Andai Itu Takdirnya : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review\n\nBarisan Pelakon\nWatakPelakonKhalishMimi LanaEmirZul AriffinSeiraSiti HariesaAryanAmar AsyrafUstaz SalahudinEman MananKhafilaNorish KarmanSaodahAzizah MahzanFarishaAleeza KasimIsmail YaacobIsmail YaacobMusalmahBalkisyh Semundur KhanWardahErysha EmyraYasminaElfriena AdrosIqbalAhmad Iqbal ZulkefliRemyAmir AhnafRafiudinShaidan Izwan\n\nSinopsis Drama Perempuan Itu\nIbu bapa Khalish mahu anaknya mengambil alih pentadbiran Madrasah Mujahidah namun dia menolak kerana ingin menjadi peguam Syariah bagi memperjuangkan pemerkasaan wanita.\nAkibat takut dengan gaya pemikiran Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan anak kawan mereka iaitu Emir.\nWalaupun Emir keberatan, namun dia tetap meneruskan perkahwinan tersebut bagi memenuhi permintaan ibunya.\nSetelah 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya memenangi hati Khalish. Sedang mereka menanti kelahiran anak sulung mereka, Khalish kemudiannya dapat tahu yang suaminya mempunyai kekasih gelap iaitu Seira. \n\n\n\n\nBerita tersebut telah menyebabkan Khalish rasa dikhianati. Akibatnya, Khalish berasa tertekan dan akhirnya dia jatuh sakit dan alami keguguran.\nDapatkah Khalish dan Emir mempertahankan rumah tangga mereka dengan kehadiran orang ketiga? Jika anda ingin tahu kesudahannya, jangan lupa untuk ikuti drama Perempuan Itu menerusi platform penstriman online di Tonton atau xtra.com.my.\nReview\nDisebabkan plot ini banyak bermain dengan perasaan isteri, drama ini telah menjadi topik hangat dalam kalangan warganet terutamanya wanita. \nRata-rata ramai yang cukup puas hati dengan lakonan mantap yang diperankan oleh setiap pelakon. Jom kita tengok apa kata penonton tentang drama ini. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, sila ikuti laman media sosial Tonton di platform berikut :\nLaman rasmi : https://watch.tonton.com.my\nFacebook : https://www.facebook.com/tontonmy/\nInstagram : https://www.instagram.com/tontonmy/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-prihatin-kasih/", "title": "Program PRIHATIN Kasih: Semakan Bantuan Barangan Dapur RM100", "body": ["\n\n", "\nBagi keluarga miskin bandar di seluruh negara, anda bakal menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.\nProgram PRIHATIN Kasih adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)\u00a0yang bakal dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.\nMenerusi program ini, matlamat utama yang disasarkan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan.\nKerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program ini yang bakal memanfaatkan 300,000 isi rumah miskin bandar di bandar-bandar utama seluruh negara.\n\nApa Itu Program PRIHATIN Kasih?\nUntuk pengetahuan, Program PRIHATIN Kasih adalah pemberian elaun yang diberikan kepada keluarga miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan atau MyKad.\u2800\nKeluarga yang layak menerusi program ini akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 yang mana elaun tersebut akan terus dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.\nMereka boleh menggunakan elaun tersebut untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti minyak masak, makanan dalam tin, telur, susu bayi, beras, dan sebagainya.\n\n\n\n\nLokasi Pembelian Barangan\nKetua isi rumah boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:\nMydinGiantEconsaveThe StorePacificMilimewa99 SpeedmartLotus Stores (Tesco)Kedai-kedai runcit yang terpilih\nTarikh Pelaksanaan\nProgram PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan iaitu:\nNegeriTarikh PelaksanaanSelangor dan Kuala LumpurJulai hingga September 2021Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan TerengganuOgos hingga Oktober 2021Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan SarawakSeptember hingga November 2021; atauOktober hingga Disember 2021(akan dimaklumkan kemudian)\nSemakan Penerima\nProgram ini tidak memerlukan permohonan dan penerima dipilih melalui data isi rumah yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. \nOleh itu, orang ramai boleh membuat semakan status melalui langkah-langkah berikut:\nMelayari laman web\u00a0iaitu https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.Klik butang \u2018Semak Status.\u2019Keputusan kelayakan dipaparkan.Penerima juga akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka dan perlu perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web\u00a0http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-fitri-perantau/", "title": "I-Fitri Perantau 2023 Terengganu Permohonan & Syarat", "body": ["\n\n", "\nSASARAN 20,000 PERANTAU MENERIMA MANFAAT I-FITRI PERANTAU 2023 MELALUI PERUNTUKAN SEBANYAK RM6 JUTA TAHUN INI\nPermohonan online I-Fitri Perantau 2023 Anak Terengganu diperantauan dikini dibuka untuk permohonan bermula 6 April sehingga 20 April 2023.\nBantuan i-Fitri Perantau merupakan inisiatif bantuan Kerajaan Terengganu bagi membantu golongan perantau yang merupakan anak \u2013anak Terengganu yang akan menyambut Aidilfitri di perantuan. Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar sentiasa komitet untuk menjaga kebajikan rakyat negeri itu, turut\u00a0 tidak meminggirkan kebajikan anak negeri di perantauan apabila golongan ini turut sama menikmati insentif menerusi bantuan i-Fitri Perantau yang memperuntukan sebanyak RM6 juta dan mensasarkan sebanyak 20,000 penerima bantuan yang layak\nApa Itu i-Fitri Perantau 2023\n\nIanya merupakan insentif bantuan tunai secara one-off bernilai RM300 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023 untuk setiap KIR perantau yang layak yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu\u00a0\nBantuan ini juga turut disalurkan bagi rakyat Terengganu yang bukan perantau dan menetap di Terengganu melalui Bantuan i-Fitri 2023\nSyarat Kelayakan Permohonan i-Fitri Perantau\nSyarat Utama\n\nRakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)\nPermohonan dibuat secara online melalui sistem iBantuan.\n\nSyarat Kelayakan\n\nMempunyai pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).\nPenjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.\nPeniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).\nPemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).\nPemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti permohonan selesai.\nPermohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.\n\nCara Permohonan & Tarikh Tutup i-Fitri Perantau\n\nBagi anak-anak perantau Terengganu yang layak dan berminat untuk memohon bantuan khas ini, permohonan boleh dibuat mulai 6 April 2023 sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 April 2023.\nCara permohonan boleh dibuat dengan secara online menerui pautan berikut \n\nLayari wesbtise https://ibantuan.terengganu.gov.my/\nSekiranya anda belum pernah mendaftar menerusi iBantuan, sila klik Daftar terlebih dahulu dan isikan maklumat berkaitan\nBagi yang pernah mendaftar anda, boleh terus masukkan nombor Mykad dan kata luluan dan tekan log masuk\nSila muat naik dokumen sokongan, sekiranya perlu kemaskini dokumen boleh dimuatnaik disini\nSeterusnya klik pada mohon bantuan iFitri Perantau\nKlik berikutnya\nSekiranya paparan kad pengenalan pemohon dan pasangan betul, klik semak\nPastikan paparan maklumat betul dan tanda \u2611 di kotak pengesahan. Kemudian klik simpan dan cetak\nCetak atau simpan (save) borang permohonan sebagai bukti permohonan selesai\n\nPenting :\n\nPastikan maklumat pemohon betul di borang permohonan sebelum klik butang cetak\nPastikan nombor telefon yang di masukkan dalam sistem adalah betul dan boleh dihubungi melalui whatsapp\n\nDokumen di Perlukan\nPemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan:\n\nSalinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan\nSalinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan\nSalinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air\n\n*Muatnaik (upload) dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.\nSemakan I-Fitri Perantau 2023\nPemohon boleh membuat status kelayakan dengan cara log in di website yang sama permohonan di buat iaiatu https://ibantuan.terengganu.gov.my/ dan melihat di paparan permohonan saya \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi kesulitan untuk membuat permohonan online i-Fitri Perantau 2023 melalui website https://ibantuan.terengganu.gov.my/, anda juga boleh hubungi talian hotline 011-53320015 /010-8182231 \n\n\n\n\n\nBesut 011-53310012\nSetiau 017-97769274\nKuala Nerus 011-18501124\nKuala Terengganu 011-59626839\nMarang 017-9376052\nHulu Terengganu 011-53101212\nDungun 011-53671124\nKemaman 011-18541214\n\nAtau hubungi wakil adun masing-masing seperti berikut ;\nBesut\n\nN01 Kuala Besut : 013-9325030\nN02 Kota Putera 013-5634979\nN03 Jertih : 018-2992949\nN04 Hulu Besut : 011 -10035135\n\nSetiu\n\nN05 Jabi : 018-3904302\nN06 Permaisuri : 019-4052075\nN07 Langkap : 011-15405411\nN08 Batu Rakit : 011-64110199\n\nKuala Nerus\n\nN09 Tepuh : 011-70765417\nN010 Buluh Gading : 012-9545102\nN11 Seberang Takir : 013-9289665\nN12 Bukit Tunggal 013-9869729\n\nKuala Terengganu\n\nN13 Wakaf Mempelam : 0135512957\nN14 Bandar : 0139553086\nN15 Ladang 01153100452\nN16 Batu Buruk 0194294392\n\nMarang\n\nN17 Alur Limbat 0197550778\nN18 Bukit Payung 0129983613\nN19 Ru Rendang 01125696836\nN20 Pengkalan Berangan 0199209978\n\nHulu Terengganu\n\nN21 Telemung 011-12928845\nN22 Manir 017 8483298\nN23 Kuala Berang 0142909610/09-6811011\nN24 Ajil 0179849008\n\nDungun\n\nN25 Bukit Besi 013-9234101\nN26 Rantau Abang 017-6904190\nN27 Sura 011-57573860\nN28 Paka 011-59854669\n\nKemaman\n\nN29 Kemasik 011-33237247\nN30 Kijal 01158652398\nN31 Cukai 01138381800\nN32 air Putih 019 9859394\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBila tarikh tutup permohonan I-Fitri Perantau 2023? Permohonan boleh dibuat mulai 06 April sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 April 2023 Saya belum daftar PRT20, sebab perantau mengapa saya tak boleh nak daftar di website https://ibantuan.terengganu.gov.my/ ? Sekiranya anda mengahapi masalah pendaftaran atau pertanyaan anda boleh hubungi talian hotline 011-53320015 /010-8182231 atau wakil disetiap adun tempat anda mengundi seperti dalam gambar berikut Bagaimana untuk saya semak status permohonan? Anda boleh membuat status kelayakan dengan cara log in di website yang sama permohonan di buat iaiatu https://ibantuan.terengganu.gov.my/ dan melihat di paparan permohonan saya \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pas-keluarga-malaysia/", "title": "Pas Keluarga Malaysia: Nikmati Perjalanan Tanpa Had Mulai 1 Dis 2021", "body": ["\n\n", "\nPas Keluarga Malaysia: Nikmati Perjalanan Tanpa Had Mulai 1 Disember 2021 ~ Berita baik buat pengguna yang sering menggunakan pengangkutan awam (LRT, MRT, Monorel, BRT), kini anda boleh menikmati perjalanan anda tanpa had.\u00a0\nBagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan satu inisiatif terbaru iaitu; Pas Keluarga Malaysia. Pas ini adalah untuk memudahkan pengguna sekiranya bercadang untuk menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu atau cuti umum. \nPas Keluarga Malaysia, Serendah RM15 \nPas Keluarga Malaysia menawarkan penggunaan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.\u00a0\nHanya dengan bayaran RM15, anda boleh menggunakan pas tersebut tanpa had bermula 1 Disember 2021.\u00a0 Ini bermakna kos bagi setiap penumpang adalah hanya RM3.75/orang.\u00a0\nInisiatif ini dilakukan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam untuk berjalan-jalan, dan bersiar-siar bersama keluarga pada hari cuti.\u00a0\nDengan menggunakan pas ini, setiap warganegara Malaysia (4 orang di dalam satu kumpulan) boleh menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit \u2013 Laluan Sunway (BRT).\u00a0\nSelain itu, anda juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.\n\n\n\n\n\nCara Dapatkan Pas Keluarga Malaysia\u00a0\nUntuk menikmati inisiatif ini, anda boleh dapatkan pas ini di\u00a0 mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej 4 orang.\nMemang berbaloi!\nTerma & Syarat Kelayakan\u00a0\nPemohon mestilah Warganegara MalaysiaPas tersebut hanya sah pada hari Sabtu, Ahad & Cuti UmumPas tersebut hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja\nHarga yang satu Pas Keluarga Malaysia ini adalah RM15 sahaja bermula 1 Disember ini.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari: https://myrapid.com.my\nSemoga inisiatif ini dapat menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam sekaligus meransang ekonomi di di sepanjang rangkaian pengangkutan awam di KL dan juga Selangor.\u00a0\nSebarang informasi terbaru akan dikemaskini.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-fasa-4/", "title": "STR Fasa 4 \u2013 Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori", "body": ["\n\n", "\nTarikh bayaran STR Fasa 4 ialah pada November 2023. Jumlah bayaran sumbangan tunai rahmah adalah antara RM200 -RM1,200 berbeza bagi setiap kategori. \nUntuk semakan, data penerima adalah menggunakan maklumat penerima STR 2023 yang telah dikemaskini pada penghujung Mac yang lalu.\nBagi STR Fasa 4 kategori bujang tiada bayaran yang akan dilakukan. \nBayaran akhir sumbangan tunai rahmah untuk kategori bujang telah dibuat pada julai 2023 dengan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023 kategori bujang adalah sebanyak RM350\nJumlah Bayaran STR Fasa 4\n\nBayaran akhir STR 2023 ini akan melibatkan tujuh kategori penerima dan had umur (tidak termasuk penerima str tambahan).\nKategori Penerima dan Had UmurPendapatan Bulanan(RM)Bil. AnakFasa 4Nov-23(RM)Jumlah KeselurahanBayaran STR 2023(RM)Isi Rumah Tiada Had Umur\u2264 2,50002001,0001-26001,5003-49002,000\u2265 512002,5002,501-5,000005001-206503-43001,000\u2265 55001250Warga Emasa Sebatang Kara\u00a0\u00a0\u2265 60 tahun\u2264 5,0000200600Bujang 21-59 tahun\u2264 2,50000350Bujang OKU 19 -59 tahun\u2264 2,50000350\nJumlah bayaran bagi penerima sumbangan tambahan bagi bayaran ke 5\n\nKategori Penerima dan Had UmurPendapatan Bulanan(RM)Bil. AnakBayaran 5Nov-23(RM)Jumlah KeselurahanBayaran STR 2023(RM)* Isi Rumah Miskin TegarTiada Had Umur(Tambahan RM600)\u2264 PGK MiskinTegar RM1,16901006001-21006003-4100600\u2265 5100600\n\n\n\n* Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM)\u00a0Semakan Status Daftar e-Kasih\n** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas\n\n\n\n\nTarikh Bayaran\nTarikh pengkreditan bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 4 ke akaun penerima, bayaran akan dibuat pada November 2023 secara berperingkat seperti mana yang telah di maklumkan menerusi pembentangan belanjawan 2023 yang lalu.\nSTR FASA 4 Login & Semakan\nUntuk login dan semakan STR Fasa 4, anda boleh buka aplikasi MySTR pada smartphone anda (sekiranya anda telah install aplikasi) atau untuk semakan melaui portal anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut\n\nLangkah 1 : Layari website rasmi LHDNM Hasil di\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nLangkah 2 : Cari bagian MySTR Log Masuk\u00a0\u00a0\nLangkah 3 : Pada ruangan kosong masukkan nombor MyKad (12 Digit tanpa tanda \u201c-\u201c_)\nLangkah 4 : Tekan Butang Semak\nLangkah 5 : Sila sahkan Kata Kunci Keselamatan \nLangkah 6 : Masukkan password dan tekan log masuk\n\nKaedah Pembayaran\nUntuk penerima sumbangan tunai rahmah fasa empat, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima sama seperti pembayaran STR Fasa 3\nManakala untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda dikehendaki untuk hadir sendiri ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tuntutan pembayaran dengan mengemukakan kad pengenalan asal pemohon\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4 ? Bayaran akan dibuat pada November 2023 Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4? Jumlah bayaran RM200 \u2013 RM1,200 mengikut kategori Jumlah bayaran STR Fasa 4 Kategori Bujang? Tiada. Bayaran akhir untuk kategori bujang telah dibayar semasa pembayaran STR Fasa 3 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-slip-gaji/", "title": "Contoh Slip Gaji, Butiran Penting & Cara Buat Slip Gaji Sendiri", "body": ["\n\n", "\nAdakah anda sedang tercari-cari contoh slip gaji untuk dijadikan rujukan? Sekiranya anda bekerja dengan majikan, tiada masalah.\u00a0\nYang menjadi isu adalah di kalangan pemilik bisnes dan yang berniaga atau bekerja sendiri.\u00a0Apakah maklumat yang perlu ada dalam payslip dan bagaimana cara untuk buat slip gaji sendiri?\nJom ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk buat slip gaji serta butiran yang wajib ada dalam dokumen tersebut.\u00a0\nBaca Juga :\u00a0Gaji Penjawat Awam 2023 Jadual & Tarikh Bayaran\nApa Itu Slip Gaji?\nSlip gaji adalah satu dokumen tanda bukti atas gaji atau pembayaran untuk seorang pekerja yang bakal menjelaskan butiran gaji seseorang secara terperinci dari tempat kerja.\u00a0\nTidak seperti penjawat awam yang mempunyai sistem epenyata gaji yang boleh dirujuk secara online, pekerja yang berniaga sendiri atau pekerja sambilan tidak mempunyai slip gaji sendiri.\u00a0\nDisebabkan tiada rekod pendapatan atau slip gaji, maka mereka sukar untuk buat pembelian aset, harta atau mohon pinjaman dari bank. Jadi, sebesar mana sekalipun pinjaman, bank tetap tidak akan memberi kelulusan.\u00a0\nDokumen ini juga adalah dokumen yang berharga kerana pihak bank lebih cenderung untuk berikan pinjaman kepada pemohon yang berstatus \u2018makan gaji\u2019.\u00a0\nBagi pihak bank, pemohon dengan slip_gaji juga mempunyai pendapatan yang lebih terjamin.\nMaklumat Yang Dipaparkan\nSetiap syarikat mempunyai format slip_gaji yang berbeza. Ia bergantung kepada maklumat yang ingin diisi serta aplikasi yang digunakan ketika menyediakan slip gaji buat pekerja.\u00a0\nBerikut merupakan beberapa perkara yang perlu ada dalam slip_gaji anda :\u00a0\n\nMaklumat Syarikat\u00a0\n\nAntara maklumat syarikat yang wajib dinyatakan adalah nama, nombor pendaftaran syarikat serta alamat syarikat.\u00a0\n\nMaklumat Pekerja\u00a0\n\nButiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat perlu ada dalam slip gaji.\u00a0\n\n\n\n\n\nMaklumat Gaji\u00a0\n\nMaklumat gaji secara terperinci perlu dinyatakan termasuk jumlah gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan butiran lain yang berkaitan.\u00a0\n\nCop Syarikat\u00a0\n\nSlip_gaji juga perlu disahkan dengan cop syarikat yang sahih.\u00a0\nCara Buat Slip Gaji Online\u00a0\nSekiranya anda bekerja sendiri, tak semestinya anda tidak boleh membuat slip_gaji sendiri. Kini, anda boleh sediakannya dengan mudah secara online mengikut format payslip yang standard.\u00a0\nAnda boleh buat payslip sendiri secara percuma di pautan berikut : https://payslip-generator.payrollpanda.my/\n\nContoh Slip Gaji\u00a0\nAntara contoh slip gaji yang anda boleh jadikan panduan adalah seperti berikut :\u00a0\n\n\n\nTips Khas Untuk Pemilik Bisnes / Bekerja Sendiri\nBagi yang bekerja sendiri, anda boleh ikuti panduan seperti berikut :\u00a0\n\nDaftarkan bisnes anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\u00a0\nBuat cop rasmi bisnes (digunakan untuk semua tujuan rasmi)\u00a0\nBuka Akaun Semasa syarikat di bank pilihan anda. Akaun bank syarikat adalah penting sebagai bukti aliran tunai (cashflow) yang baik dalam membuat pinjaman pada pihak bank.\u00a0\nTetapkan gaji yang diinginkan mengikut kemampuan syarikat\u00a0\nDaftar syarikat sendiri dengan KWSP. Buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang caruman sendiri adalah sebanyak 11%, manakala caruman majikan adalah 13%.\u00a0\nSlip_gaji perlu dibuat setiap bulan mengikut mana-mana format slip_gaji standard.\u00a0\nBuka fail dengan LHDN untuk syarikat sendiri dan failkan cukai pendapatan peribadi. Lebih besar pendapatan yang diperoleh, lebih besar cukai yang perlu dibayar.\u00a0\n\nKesimpulannya, slip_gaji adalah dokumen penting yang dapat memudahkan urusan anda. \nBagi yang bekerja atau berniaga sendiri, anda boleh lakukannya sendiri secara atas talian. Anda juga boleh rujuk contoh slip_gaji yang kami sediakan sebagai rujukan. \nSemoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba! \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pinjaman-kerajaan-negeri-sarawak-bpkns/", "title": "Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)", "body": ["\n\n", "\nKerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah membuka permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).\nUntuk makluman, antara fungsi SPANS adalah untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di IPTA/Universiti Awam.\nSalah satu biasiswa pinjaman yang ditawarkan adalah BPKNS yang merupakan biasiswa pinjaman yang ditawarkan kepada anak Sarawak telah mendapat surat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam.\nPermohonan BPKNS ini dibuka kepada pemohon mulai 2 Ogos dan akan ditutup pada 15 Ogos 2021.\nJumlah Pembiayaan\nPemohon yang layak menerima BPKNS akan diberikan pembiayaan mengikut lokasi pengajian:\nLokasi PengajianJumlah Per SemesterSarawak2500Sabah2750Semenanjung Malaysia2850\nSyarat Permohonan\nPemohon yang berhasrat memohon BPKNS perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\n\n\n\n\nPemohon mestilah peribumi Sarawak dan anak jati SarawakTelah mendapat surat tawaran\u00a0di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.Permohonan dibuka kepada semua kursus pengajian\u00a0kecuali pendidikan\u00a0dan\u00a0perubatan.Permohonan tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian\u00a0secara sepenuh masa sahaja.\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan BPKNS melalui langkah-langkah berikut iaitu:\nMelayari laman web berikut\u00a0escholarship.sarawak.gov.my.Klik butang \u2018Log Masuk Untuk Memohon.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Sekarang\u2019 dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.Isi maklumat dan buat pengesahan telefon bimbit.Log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019Masukkan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Cetak borang permohonan setelah selesai membuat permohonan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email\u00a0[email\u00a0protected].\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan iaitu:\nSalinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.Salinan Sijil Lahir pemohon.Salinan Surat Tawaran IPTA.Salinan sijil akademik terkini (SPM/keputusan semester terkini).Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).\nSemua dokumen di atas wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS, sila hubungi pihak SPANS:\nCatherina: 014-686 6089Jesfer: 017-843 6031Ali: 013-571 2425Corina: 014-590 1677Maltina: 014-588 0600\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengambilan-perajurit-muda/", "title": "Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022", "body": ["\n\n", "\nPengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022.\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195/2022 secara atas talian dibuka mulai 17 hingga 31 Januari 2022.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nKelayakan Akademik : Mempunyai sijil SPM/SPVM dan setaraf dengannya. \nKeutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian bagi subjek berikut :\nBahasa MelayuBahasa InggerisSainsMatematikSejarah\nUmur : Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022.\nKelayakan Fizikal\nTinggi 1.62 m (minimum)Berat 47.5 (minimum)BMI 18.0 -26.0\nAnda boleh ikuti panduan permohonan lengkap di bawah : \nPanduan Pengambilan Permohonan \nKelayakan Tambahan\nKelebihan mempunyai sijil atau kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik atau pancaragam.Kelebihan dalam penguasaan Bahasa AsingSkim Gaji, Elaun & Kemudahan\nSPM \u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM 1,459.00)\nSPVM \u2013 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM 1,564.00)\nSKM Tahap 2 \u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,630.01)\nSKM Tahap 3 \u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1696.02)\nDiploma Perubatan \u2013 Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,894.05)\nDiploma Kejuruteraan \u2013 Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 2,026.07).\nElaun\nElaun Sara HidupElaun KhidmatBayaran Insentif KhasElaun KepakaranElaun Imbuhan PerumahanElaun Perjalanan\nKemudahan\nPinjaman Perumahan/Kenderaan/KomputerRawatan PerubatanLembaga Tabung Angkatan TenteraInsurans Kelompok Angkatan TenteraPeluang melanjutkan pelajaranKemudahan kediaman\nCara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022\nPemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan di bawah :\nPendaftaran Baru/Daftar Masuk-\u00a0https://mims.mod.gov.my/sppmtd/Jom Masuk Tentera \u2013\u00a0https://jmt.mod.gov.my/PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.\nCalon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.\n\n\n\n\nHanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.\nPanduan Mendaftar Online\nTekan pautan seperti berikut :\nPendaftaran Baru/Daftar Masuk\u2013 https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )\natau\nJom Masuk Tentera \u2013 https://jmt.mod.gov.my/\nIsi maklumat penuh seperti berikut :\nNAMA PENUHNO KAD PENGENALANJANTINANO TELEFON (Boleh dihubungi)EMAIL (Aktif)KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)\nTekan (Click) DAFTAR\nLog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan\nIsi maklumat peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan Huruf Besar\nSetelah maklumat lengkap diisi, tekan butang Hantar\nUntuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari lama sesawang rasmi dan media sosial Tentera darat di pautan berikut :\nLaman Sesawang Rasmi \u2013 https://army.mil.my\nFacebook Rasmi \u2013 https://www.facebook.com/TenteraDaratMY\nInstagram Rasmi \u2013 https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en\nTwitter Rasmi \u2013 https://twitter.com/tenteradarat\nAlamat Surat Menyurat:\nSel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur\nTel: 03-40140404\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sinopsis-review-imaginur/", "title": "Imaginur : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review", "body": ["\n\n", "\nImaginur\nSejak Imaginur ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Februari 2023, filem ini rata-rata mendapat pujian daripada ramai warganet.\nDisutradai oleh Nik Amir Mustapha, pengarah bagi filem KIL (2013) dan Terbaik dari Langit (2014), Imaginur dikatakan membawa mesej serta aura yang berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.\n\nMenurut Nik Amir Mustapha, beliau terinsipirasi dari masyarakat dan berhasrat untuk hasilkan sebuah snapshot kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis.\n\u201cSebenarnya, idea untuk hasilkan filem ini sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. Akhirnya saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan.\u201d ulas Nik Amir.\nNik Amir juga kreatif dalam menghasilkan sebuah dunia imaginasi sambil bermain dengan ruang dan waktu serta garis halus antara mimpi dan realiti.\n\nBaca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)\nSinopsis Filem Imaginur\nFilem bergenre cinta Sci-Fi ini mengisahkan Zuhal yang mengalami panic attack.\nJadi, dia cuba minta bantuan dengan pergi ke satu pusat rawatan hipnosis namun pelbagai kejadian pelik berlaku setelah itu sehinggakan dia tidak dapat membezakan antara fantasi atau realiti. \u00a0\nPada masa yang sama, seorang wanita misteri turut muncul dalam bayangannya. Siapakah wanita misteri itu dan apakah yang bakal terjadi pada Zuhal?\nKalau nak tahu, anda kenalah tonton sendiri di pawagam terdekat!\nJalan cerita Imaginur yang disusun dengan begitu cantik meskipun agak kompleks membuatkan durasi 1 jam 30 min tidak terasa. \u00a0\nSelain jalan ceritanya yang menarik, visual sinematik filem ini yang sangat cantik membuatkan Imaginur sebagai sebuah filem yang wajib anda tonton di pawagam. \u00a0\n\nPujian turut diberikan kepada pelakon utama filem ini iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle atas lakonan serta chemistry yang berkesan di hati penonton sehingga boleh menitiskan air mata!\n\n\n\n\n\nPenonton turut hargai isu penjagaan pesakit Alzheimer yang dibawakan dalam filem Imaginur ini memandangkan ia begitu jarang diketengahkan dalam mana-mana filem lokal.\nImaginur juga menjadi bualan hangat warganet ketika ini kerana ia dikatakan sebagai satu karya yang berjaya bermain dengan emosi penonton dan berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.\n\nBarisan Pelakon Filem Imaginur\nWatakPelakonZuhalBeto KusyairyNurDiana DanielleDr RamliDato\u2019 Afdlin ShaukiIsmaNadiya NisaaBapa ZuhalMior Hashim ManafYazminRuzana IbrahimHaikalPekin Ibrahim\nReview\nMelihatkan pelbagai reaksi positif dan sambutan hangat daripada kebanyakan warganet, alamatnya memang rugi jika anda tak tonton dan alami sendiri dunia Imaginur.\nJom kita lihat beberapa review daripada netizen yang telah menonton filem ini. \n\n\n\n\nBagi yang masih belum menyaksikan filem ini, jangan lupa untuk menontonnya di pawagam kegemaran anda.\nSebelum itu, anda boleh tonton trailer rasmi filem ini di bawah : \n\n\n\nAnda boleh semak waktu serta tayangan filem Imaginur di pawagam melalui pautan di bawah :\nGolden Screen Cinemas (GSC) \nTGV \nMBO \nMMCineplex \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-upuonline/", "title": "Semakan UPUOnline & Rayuan Lepasan SPM/Setaraf 2023/2024", "body": ["\n\n", "\nSemakan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023dibuat mulai\u00a07 Julai 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari hingga 16 Julai 2023 (Ahad) jam 5.00 petang. \nHebahan ini telah dibuat oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.\nCara Buat Semakan UPUOnline\nSemakan boleh di buat melalui dua kaedah iaitu : \ni) Laman Web\n\nLayari laman web atau URL berikut:\u2013\u00a0https://jpt.utm.my\u2013\u00a0https://jpt.uum.edu.my\u2013\u00a0https://jpt.unimas.my\u2013\u00a0https://jpt.ums.edu.my\u2013\u00a0https://jpt.umt.edu.my\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.\nKeputusan permohonan akan dipaparkan\n\nii) Aplikasi Telefon Pintar\nSemakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:\n\nGoogle Play Store\nApple App Store\nHuawei App Gallery\n\n\nSetuju Terima Tawaran\nUntuk makluman, tarikh tempoh setuju terima tawaran ada bermula 8 hingga 16 Julai 2023. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.\nPermohonan Rayuan UPUOnline\nDasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.\n\n\n\n\n[PEMAKLUMAN] Permohonan Rayuan UPUOnline\u00ae bagi lepasan SPM sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai hari ini jam 12:00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.\nHanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline\u00ae bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my\nKenyataan media boleh di akses di pautan: https://www.mohe.gov.my/\u2026/kenyataan-media-hebahan\u2026\n\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024\nTARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE (LEPASAN STPM/ SETARAF)\nTarikh-Tarikh PentingLepasan SPMLepasan STPMFasa Permohonan (Fasa 1)7 Februari 2023 hingga 28 Mac 20237 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023Fasa Permohonan (Fasa 2)15 Mei 2023 hingga 12 Jun 202315 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023Proses Temu Duga dan/ atau UjianMei 2023 hingga Jun 2023Mei 2023 hingga Ogos 2023Fasa PengemaskinianMinggu Pertama Jun 2023Minggu keempat Julai 2023Hebahan Perdana dan Permohonan RayuanMinggu Pertama JulaiMinggu Pertama September 2023Hebahan RayuanMinggu Pertama Ogos 2023Minggu ketiga Oktober 2023\n\nNota : Informasi mengenai permohonan rayuan UPUOnline akan diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa. \n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan UPUOnline dan rayuan melalui UPUOnline lepasan SPM sesi 2022/2023, sila hubungi:\n\nhttps://www.facebook.com/UPUonlineBKPAJPT\nHotline UPU: 03-86842363\nMaklumbalas UPU:\u00a0https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/\nEmail:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gerhana-matahari-separa-20-april/", "title": "Gerhana Matahari Separa 20 April 2023 di Malaysia", "body": ["\n\n", "\nMYSA- Gerhana Matahari Separa 20 April 2023 akan kelihatan di Malaysia, manakala Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua).\nKejadian gerhana matahari kali ini adalah sangat jarang berlaku iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.\nApa yang berlaku sebenarya pada 20 April 2023 ialah kejadian fenomena Gerhana Matahari Hibrid akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan. Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua)\nApa itu Gerhana Matahari Hibrid\n\nGerhana matahari hibrid, juga dikenali sebagai gerhana anulus-jumlah, ialah sejenis gerhana matahari yang jarang berlaku yang memaparkan ciri-ciri kedua-dua gerhana total dan anulus.\nSemasa gerhana hibrid, saiz jelas Bulan hampir sama dengan Matahari, tetapi tidak cukup. Apabila Bulan lebih dekat dengan Bumi, ia kelihatan lebih besar dan boleh menutup Matahari sepenuhnya, mengakibatkan gerhana penuh. Apabila Bulan berada lebih jauh dari Bumi, ia kelihatan lebih kecil dan tidak menutup Matahari sepenuhnya, mengakibatkan gerhana anulus.\nDalam gerhana hibrid, laluan totaliti \u2013 kawasan di Bumi di mana gerhana penuh boleh dilihat \u2013 adalah sempit dan boleh berbeza-beza di sepanjang trek gerhana. Di sesetengah lokasi, gerhana mungkin bermula sebagai gerhana anulus dan kemudian beralih kepada gerhana penuh, manakala di lokasi lain ia mungkin bermula sebagai gerhana penuh dan kemudian beralih kepada gerhana anulus.\nGerhana hibrid agak jarang berlaku, menyumbang kurang daripada 5% daripada semua gerhana matahari. Ia berlaku apabila Bulan berada pada jarak tertentu dari Bumi dan pemerhati terletak di kawasan tertentu di sepanjang laluan gerhana.\nApa Itu Gerhana Matahari Separa\nGerhana matahari separa berlaku apabila Bulan menghalang sebahagian Matahari, tetapi penjajaran tidak sempurna dan Bulan tidak menutup sepenuhnya cakera suria. Ini mengakibatkan kawasan Matahari yang boleh dilihat kelihatan seperti bentuk bulan sabit, seolah-olah gigitan kecil telah dikeluarkan daripadanya.\nTahap gerhana separa bergantung pada lokasi pemerhati di Bumi, serta kedudukan relatif Matahari, Bulan dan Bumi pada masa kejadian. Di sesetengah lokasi, gerhana mungkin kelihatan sebagai gerhana separa untuk keseluruhan tempoh, manakala di tempat lain ia mungkin merupakan fasa separa ringkas sebelum atau selepas gerhana penuh atau gerhana anulus.\nLokasi Gerhana Matahari Separa 20 April\n\nPada 20 April 2023, rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan gerhana matahari separa. Peristiwa angkasa ini berlaku apabila Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi, menimbulkan bayang-bayang di planet kita dan menghalang sebahagian sinaran Matahari. \nSelain daripada Malaysia, negara lain yang akan dapat melihat fenoma gerhana matahari separa ini adalah negara asia tengara seperti Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.\n.\n\n\n\n\nJadual Lokasi & Masa Gerhana Matahari Separa Pada 20 April di Seluruh Malaysia\n\nGerhana Matahari Separa akan bermula sekitar jam 11:00 am hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.\nJadi, bagaimana anda boleh menyaksikan peristiwa astronomi di Malaysia ini? Inilah yang anda perlu tahu:\nMasa: Gerhana matahari separa akan berlaku pada 20 April 2023, bermula sekitar jam 2:12 petang waktu tempatan dan berakhir kira-kira jam 5:28 petang.\nLokasi: Untuk melihat fenomena ini diseluruh Malaysia, anda boleh merujuk jadual masa kejadian Gerhana yang akan dapat dilihat di seluruh Malaysia yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Agensi Angkas Malaysia (MYSA), tetapi lokasi tontonan terbaik adalah di negeri timur Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, walaupun di bahagian lain negara, orang ramai masih boleh menyaksikan gerhana separa.\nCara Melihat Gerhana Matahari\nUntuk keselamatan, bagi orang awam yang ingin melihat fenomena ini, adalah penting untuk melindungi mata anda semasa gerhana matahari. Melihat terus ke Matahari boleh menyebabkan kerosakan kekal pada penglihatan anda, jadi penting untuk memakai cermin mata gerhana matahari khas atau menggunakan penapis solar pada kanta kamera anda.\nJika anda berminat untuk merakam gerhana pada kamera, pastikan anda menggunakan penapis solar dan ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada merosakkan peralatan anda.\nKeterlihatan gerhana matahari juga akan bergantung pada keadaan cuaca, jadi perhatikan ramalan dan rancang dengan sewajarnya. \nPemerhati juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku. Anda boleh juga menyemak waktu dan laluan Gerhana Matahari tersebut dengan merujuk kepada peta gerhana interaktif oleh Xavier Jubier,\u00a0http://xjubier.free.fr/\u2026/HSE_2023_GoogleMapFull.html\u2026.\nGerhana matahari separa di Malaysia adalah peristiwa jarang berlaku yang menawarkan peluang unik untuk menyaksikan keindahan dan keajaiban alam semesta ciptaan Tuhan. Dengan persediaan dan langkah berjaga-jaga yang betul, anda boleh menikmati pemandangan cakerawala ini dengan selamat dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup mengenai fenomena alam yang jarang-jarang berlaku ini\nPada tarikh yang masa yang juga iaitu 20 April pengumuman hari raya adilifitri 2023 akan di buat untuk menentukan tarikh 1 syawal bagi umat islam di Malaysia\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian gerhana separa pada 20 April 2023 ini, anda juga boleh melayari website Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Agensi Angkas Malaysia (MYSA) https://www.mysa.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/upuonline-fasa-2/", "title": "Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Sesi Akademik 2023/2024)", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa Permohonan UPUOnline Fasa 2 kini dibuka untuk kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nBerdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), permohonan terbuka kepada pelajar yang berkelayakan bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).\nUntuk makluman, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.\nSelaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan UPUOnline Fasa 2 bagi kemasukan sesi 2023/2024.\nBaca Juga :Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Untuk Pelajar IPT Sabah\nTarikh Permohonan UPU Fasa 2 Sesi 2023/2024\nTarikh permohonan adalah seperti berikut :\n\nFasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac2023\nFasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023\n\n\n\nSenarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2023/2024\nTerdapat sebanyak 471 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,088 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau staraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.\nCalon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada pautan berikut :\nhttps://upu.mohe.gov.my/\n\n\n\n\nPembelian No. Unik ID UPUOnline\nSeperti yang tercatat dalam kenyataan rasmi KPT, pembelian nombor pin unik ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.\nPanduan Permohonan UPUOnline Fasa 2 2023\nPemohon boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk kemukakan permohonan UPUOnline secara atas talian :\n\nLayari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/\nPastikan kategori anda betul.\nSemak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.\nKira merit disini.\nSemak tren permohonan dan penawaran.\nSemak laluan kerjaya.\nIsi permohonan UPUOnline.\nPastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.\nPilih pilihan program mengikut keutamaan.\nLengkapkan borang permohonan.\nKlik butang \u201cSIMPAN\u201d.\nCetak slip permohonan.\nSimpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nSemakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.\n\n\n\nTarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting yang pemohon perlu tahu bagi permohonan UPUOnline Sesi 2023/2024 :\n\nAplikasi UPUPocket\nUPUPocket adalah sebuah aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.\nAntara kemudahan yang ditawarkan dalam aplikasi adalah :\n\nSemakan status: Semak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan rayuan pemohon dengan lebih mudah\ne-Panduan: Dapatkan panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya\nTakwim: Kalendar dengan tarikh -tarikh penting berkaitan permohonan UPU secara dalam talian\nAduan: Salurkan sebarang aduan atau maklumbalas terus daripada UPUPocket\nDirektori: Aplikasi ini juga menyediakan direktori universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak universiti/kolej\n\nPara pemohon dialu-alukan untuk memuatnaik aplikasi UPUPocket ini di :\n\nGoogle Play Store \nApple App Store \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai sistem serta permohonan UPU Online Fasa 2, sila hubungi UPU menerusi saluran berikut :\n\nHotline : 03 \u2013 8684 2363\nE-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\nFacebook :\u00a0Kemasukan BPKP JPT \u2013 FB rasmi UPU\n\nAnda juga boleh menyalurkan pertanyaan, aduan serta cadangan menerusi borang maklumbalas di pautan ini :BORANG MAKLUMBALAS KPT\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-pahang-sekolah-menengah-bsm-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan Pahang Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran permohonan Biasiswa Yayasan Pahang kategori Biasiswa Sekolah Menengah 2022 (BSM) telah dibuka. Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kini menawarkan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2022.\n\u00a0\nSkim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak\u00a0 tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di\u00a0 Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang\u00a0 tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan\n\u00a0\nApakah Biasiswa Yayasan Pahang \u2013 Sekolah Menengah (BSM)\n\nBiasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.\n\u00a0\nBaca juga : Biasiswa Yayasan UMP Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus & Mod Campuran Tahun 2022 Kini Dibuka\nKeutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.\n\u00a0\nMulai tahun 2012, kadar baharu BSM telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM 600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.\n\u00a0\nJumlah Kadar Tajaan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)\n\nKadar biasiswa bagi bagi Tingkatan 1\u00a0 dan tingkatan 4 adalah RM600 setahun.\n\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\nKriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:\n\nPemohon adalah warganegara Malaysia.\nIbu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.\nPemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.\nJika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.\nMempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.\n\u00a0Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.\n\u00a0 Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, atau tingkatan 4 tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).\nPendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.\nMurid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.\nPermohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun pada tahun semasa.\n\n\u00a0\nCara Mohon\n\nBorang permohonan hanya boleh didapati di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).\nPermohonan boleh dibuat melalui 12 Mei sehingga 15 Jun 2022\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Pahang \u2013 Biasiswa Sekolah Menengah (BSM), anda boleh dilayari di laman web YP www.yp.org.my. atau hubungi talian 09-518 1800\n\u00a0\nSoalan lazim yang biasa di tanya mengenai BSM\n\u00a0\nSiapakah yang layak memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)?\n\nMurid-murid\u00a0yang berada di\u00a0Tingkatan 1, 4\nSedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur\u00a0(Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).\n\n\u00a0\nBagaimanakah permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) boleh dibuat?\nPermohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)\u00a0 pada tahun semasa.\n\u00a0\nBerapakah kadar tajaan Biasiswa Sekolah Menengah?\nBagi Tingkatan 1 dan 4 adalah RM600 setahun.\n\u00a0\nBilakah Tarikh Permohonan?\nPermohonan boleh dibuat mulai 12 Mei sehingga 15 Jun 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-keperluan-peralatan-sekolah/", "title": "Zakat Selangor : Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022 Lembaga Zakat Selangor ~ Sukacita dimaklumkan tawaran untuk Bantuan Peralatan Sekolah Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini dibuka bagi sesi persekolahan 2022.\nBaucar ini ditawarkan bagi membantu para asnaf, fakir miskin serta muallaf yang sedang membuat persiapan sekolah anak-anak.\nUntuk makluman, terdapat 2 vendor yang mengurusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah LZS mengikut kawasan yang berbeza.\n2 vendor tersebut adalah TERAS Sdn Bhd dan DIV Sdn Bhd.\n\nTarikh Tebusan Bantuan Peralatan Sekolah LZS 2022\nTarikh tebusan bantuan ini adalah dari 13 Disember sehingga 28 Februari 2022.\nSemak Status Bantuan Zakat\nSebelum anda menebus bantuan yang ditawarkan, anda dinasihatkan untuk buat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada anda layak menerima Bantuan Peralatan Sekolah (KPS) 2022.\nAnda boleh buat semakan melalui pautan Elektronik Zakat Online (EZO) di bawah :\nhttps://ezo.zakatselangor.com.my/\nBagi pemohon baharu, anda bolehlah mendaftar pada pautan yang sama.\nCara Menebus Bantuan di Vendor Terpilih\nPergi ke kedai atau pasaraya terpilih dan ikuti langkah-langkah di bawah :\nLangkah 1\nSetiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli 1 (satu) pasang pakaian seragam sekolah.Setelah selesai memilih pakaian seragam sekolah, anda bebas memilih barang keperluan peralatan sekolah lain yang diluluskan mengikut keperluan masing-masing.\nContoh :\u00a0 Sekiranya anda mempunyai 3 orang anak yang layak mendapat bantuan, anda harus memilih 3 pasang pakaian seragam sekolah terlebih dahulu sebelum membuat pembelian barangan yang lain.\n\n\n\n\nLangkah 2\nMasukkan MyKad (Ketua Isi Rumah atau wakil yang disahkan) di terminal yang terletak di kaunter bayaran.\nLangkah 3\nJuruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.\nLangkah 4\nJuruwang akan masukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.\nLangkah 5\nBagi pemegang MyKad, masukkan 6-Digit PIN di terminal ( 6 digit pertama yang tertera di MyKad). (Nota Penting : 6-Digit PIN Ketua Keluarga yang berdaftar dengan LZS).Bagi pemegang pasport, masukkan 6-Digit PIN di terminal (6 digit pertama dari 12 digit nombor akaun yang disediakan). Contoh : No. Akaun- 201116295480, nombor pin yang perlu dimasukkan ke terminal adalah 201116.\nSila rujuk infografik di bawah untuk keterangan lanjut.\n\nCara Menebus Bantuan Secara Atas Talian\nUntuk pembelian atas talian melalui vendor TERAS Sdn Bhd, anda boleh ikuti langkah seperti berikut :\nLayari pautan //terasds.com/order/#/teras untuk mulakan pembelian.Daftar masuk menggunakan ID Ketua Ketua Keluarga (MyKad/Pasport)Sahkan maklumat diri dan tanggungan serta jumlah bantuan yang diluluskanPilih jenis atau saiz serta kuantiti pakaian seragam sekolah. Pihak TERAS akan membuat pembungkusan dan penghantaran melalui J&T. Tempoh penghantaran maksimum adalah selama 14 hari.Setelah menerima barang yang dipesan, sahkan penerimaan barang secara online.\n\nMaklumat Lanjut \nUntuk info lanjut, anda boleh ke pautan ini untuk membaca Soalan Lazim.\nAnda juga boleh rujuk dan muat turut Panduan Lengkap Pembelian Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) mengikut vendor.\nDIV Sdn Bhd (Penebusan di kedai atau pasaraya) \nTERAS Sdn Bhd (Pembelian Atas Talian) \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hadiah-pengajian-ipt-hpipt/", "title": "Permohonan Hadiah Pengajian IPT \u00a0(HPIPT)\u00a0 Selangor 2022 RM1,000", "body": ["\n\n", "\nPermohonan hadiah pengajian IPT (HPIPT) Selangor 2022 telah dibuka. Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022. Bantuan RM1,000.00 secara \u201cone-off\u201d untuk Siswa Baharu Anak Selangor.\nMahasiswa anak\u00a0Negeri Selangor\u00a0tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) kini dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor Tahun 2021.\nInisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau\u00a0B40.\nApa itu Hadiah Pengajian IPT (HPIPT)\nHadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi\u00a0(HPIPT)\u00a0Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak \u2013 anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Pemohon yang layak untuk memohon\u00a0 merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nTarikh Permohonan\nPermohonan HPIPT sesi 2022, dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022\nBaca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan\nSyarat Kelayakan\nPemohon, ibu dan bapa adalah\u00a0Warganegara Malaysia\u00a0sahaja.Pemohon, ibu dan bapa\u00a0mestilah\u00a0terdiri daripada\u00a0rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan\u00a0yang memenuhi kriteria seperti berikut:sdsdsd\nPemohon\u00a0lahir\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri SelangorIbu atau bapa lahir\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri SelangorPemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di negeri SelangorIbu atau bapa\u00a0telah\u00a0bermastautin\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri Selangor selama\u00a011 tahun.\nPemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertamaPemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian\u00a0secara sepenuh masa\u00a0di IPTA atau IPTS\u00a0diiktiraf\u00a0oleh\u00a0Kerajaan\u00a0bagi\u00a0pengajian di peringkat\u00a0Ijazah Sarjana Muda,\u00a0Diploma\u00a0dan\u00a0Sijil \u00a0Kemahiran Tahap 4\u00a0sahajaPemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajianPemohonan hanya untuk\u00a0tahun pertama pengajian\u00a0sahajaPemohon mestilah mempunyai\u00a0Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah\u00a0RM5,000 dan ke bawah danPermohonan yang\u00a0tidak lengkap\u00a0dikategorikan sebagai\u00a0PERMOHONAN GAGAL\nNOTA:\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0\n*Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah\u00a0TIDAK LAYAK MEMOHON.\n\n\n\n\nCara Permohonan\nPermohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web Sistem\u00a0Permohonan HPIPT:\u00a0http://hpipt.selangor.gov.myPemohon diminta untuk sentiasa melayari laman web HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi berkaitan HPIPTPemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat \u2013 syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonanPemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukanPemohon diminta untuk melngkapkan permohonan di atas talian serta\u00a0menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTSSalinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos\u00a0SEBELUM TARIKH TUTUP\u00a0di alamat seperti berikut:\nUrus Setia Hadiah Pengajian IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam\nPanduan Mengisi Borang HPIPT\nPermohonan secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonanPemohon perlu\u00a0klik\u00a0pada pautan Daftar di dalam sistem berkenaan sekiranya ingin membuat\u00a0sebarang permohonan ataupun\u00a0klik\u00a0pada pautan Semak untuk mengetahui status permohonanPemohon juga perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem\u00a0berkenaanPermohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk\u00a0mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakanBorang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut langkah 4 di atas hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA\nNota:\u00a0*Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan\nBaca juga : Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan RM50,000\nCara Pembayaran\nHanya permohonan yang\u00a0MENEPATI SYARAT\u00a0dan didapati\u00a0LENGKAP\u00a0sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaranBayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonanSetiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahajaPemohon dikehendaki menyemak status pembayaran satu (1) bulan selepas permohonan diluluskan oleh Urus Setia HPIPT\nDokumen Sokongan\nSijil Kelahiran\nSalinan Sijil Kelahiran Pemohon\nKad Pengenalan \nSalinan Kad Pengenalan Pemohon;Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia;Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan; danSurat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan\nSurat Pengesahan Pemastautin\nSurat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);Pemohon;Ibu; dan Bapa\nSurat Tawaran\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT\nSijil Berhenti Sekolah\nSalinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5);\nPenyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan\nSalinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atauSurat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /\u00a0 \u00a0Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /\u00a0 \u00a0Pengerusi KRT; atauKad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)\nSalinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT), sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:\nUrus Setia Hadiah Pengajian IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S40503 Shah Alam.\nNo. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659URL :\u00a0http://hpipt.selangor.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-sujud-syukur/", "title": "Cara Sujud Syukur : Panduan Ringkas & Bacaan (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nCara Sujud Syukur : Panduan Ringkas & Bacaan (JAKIM)\nSujud merupakan salah satu rukun solat yang wajib dilakukan bagi semua umat Islam. Selain perbuatan sujud dalam solat, terdapat banyak jenis sujud yang boleh diamalkan seperti sujud tilawah, sujud sahwi dan sujud syukur.\nKali ini kita akan berbincang mengenai sujud syukur. Meskipun ia merupakan perbuatan yang ringkas, namun masih ada yang keliru mengenai cara untuk melakukannya.\nPerlulah seseorang itu ada wudhuk dan menutup aurat seperti bersolat untuk melakukan sujud syukur? Untuk membahas soal ini, ayuh kita semak dengan lebih lanjut cara sujud syukur serta panduan ringkas untuk rujukan anda.\n\nDalil Sujud Syukur\nBerdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan ,dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064f \u0633\u064f\u0631\u064f\u0648\u0631\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064f\u0634\u0650\u0651\u0631\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u062e\u064e\u0631\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0627\u062c\u0650\u062f\u064b\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0643\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\nMaksudnya:\u00a0Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.\n(Riwayat Abu Daud (2774), disahihkan oleh Al-Albaani)\nBegitu juga diriwayatkan daripada para Sahabat yang mana turut juga melakukan sujud syukur ketika menerima satu perkhabaran yang gembira. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA sujud syukur ketika pembukaan Yamamah. \nBegitu juga Ali RA telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka\u2019ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.\nBaca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap \u00a0\nWaktu Paling Sesuai Sujud Syukur\nMufti Wilayah Persekutuan turut berkongsi waktu paling sesuai untuk melaksanakan sujud syukur iaitu apabila seseorang berada dalam keadaan seperti berikut :\nKetika menerima kurniaan nikmat daripada Allah SWT seperti kelahiran anak, mendapat harta, lulus peperiksaan dengan cemerlang dan sebagainya.\nKetika terbebas daripada segala bala dan bencana seperti terselamat daripada kemalangan atau bencana alam.\nCara Sujud Syukur & Bacaan Ketika Bersujud\n1. Berniat\u00a0(Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala)\n\n\n\n\n2. Bertakbir sepertimana takbiratul ihram dengan mengangkat tangan kerana diqiyaskan dengan solat\n3. Bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan untuk sujud\n4. Sujud sekali seperti di dalam solat. Bacaan sujud syukur sama dengan bacaan sujud di dalam solat.\u00a0Anda boleh bacakan doa ketika bersujud seperti yang dikongsikan oleh JAKIM seperti berikut.\n\n5. Bangun dari sujud (dalam keadaan duduk antara dua sujud) lalu memberi salam.\nSujud Syukur Tanpa Wudhuk dan Tidak Menghadap Kiblat\nWalaupun terdapat kaifiyat yang mengatakan sujud syukur ada seperti sujud di luar solat yang memerlukan seseorang untuk berwudhuk dan menghadap kiblat, namun terdapat juga perbahasan para \u2018ulama mengenai sujud syukur tanpa wudhuk dan tanpa menghadap kiblat.\nBerdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, ini merupakan pendapat kebanyakan salaf \u00a0serta sebahagian al-Malikiyyah. \nBegitu juga ianya adalah pendapat jemaah\u00a0muhaqqiq\u00a0seperti Ibn Jarir al-Tabari, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Syaukani\u00a0dan al-San\u2019ani.\n\nBagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:\n\nPendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wudhu\u2019 perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.\nZahir hadith Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu\u2019. Sekiranya memerlukan wudhu\u2019 pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.\nSujud syukur dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wudhu\u2019, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwudhu\u2019, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud syukur. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.\n\nJadi, dapatlah kita simpulkan yang sujud syukur boleh dilakukan tanpa berwudhuk dan menghadap ke kiblat memandangkan tiada dalil yang menjadi pemutus mengenai keperluan ini.\nNamun, jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wudhuk serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.\nSemoga perkongsian cara sujud syukur ini dapat membantu anda untuk sempurnakan sujud syukur dengan lebih baik pada masa akan datang. Selamat beramal!\nSumber :\nMufti Wilayah Persekutuan\nJAKIM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/le-tour-de-langkawi-2023/", "title": "Le Tour De Langkawi 2023, Tarikh, Jadual & Laluan LTdL", "body": ["\n\n", "\nTrek laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL) Edisi -23 tidak melibatkan Langkawi. Acara basikal bertaraf dunia itu di jadualkan akan berlangsung pada tarikh 23 hingga 30 September dengan tema \u201cBeat The Heat\u201d.\nKementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku pemilik LTdL dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang merupakan badan induk sukan itu di negara ini.\nManakala Majlis Sukan Negara (MSN) dilantik sebagai pengendali LTdL Edisi -27 ini.\nLe Tour De Langkawi 2023 (LTdl) Ke-27\n\nPerlumbaan acara jelajah lumba basikal lebuh raya bertaraf dunia LTdL edisi ke-27 di jadualkan akan berlangsung selama 8 hari bermula pada tarikh 23 hingga 30 September 2023.\nTema perlumbaan tahun ini \u2018Beat The Heat\u2019 di ambil berdasarkan gambaran ujian getir yang bakal di harungi oleh para pelumba yang akan melalui pendakian yang mencabar ke puncak Genting Highlands, beserta cuaca panas terik di samping janji sorakan hangat daripada peminat di sepanjang laluan perlumbaan di seluruh negara\nTrek Laluan Le Tour De Langkawi 2023\n\nPerlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km)\n\nPeringkat 1 (Sabtu, 23 September) -Kerteh ke Kuala Terengganu \u2013 184.4km\nPeringkat 2 (Ahad, 24 September) -Kuala Terengganu ke Kota Bharu \u2013 186.2km\nPeringkat 3 (Isnin, 25 September)- Jeli ke Baling \u2013 177.1km\nPeringkat 4 (Selasa, 26 September) -Bukit Mertajam ke Meru Raya \u2013 140km\nPeringkat 5 (Rabu, 27 September) -Slim River ke Genting Highlands \u2013 133.3km\nPeringkat 6 (Khamis, 28 September)-Karak ke Melaka \u2013 176.6km\nPeringkat 7 (Jumaat, 29 September)-Muar ke Seremban 2 \u2013 125.7km\nPeringkat 8 (Sabtu, 30 September)-Setia Alam ke Kuala Lumpur \u2013 157km\n\nBaca juga : Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2023\nSenarai Pasukan Yang Bertanding\nPenyertaan Le Tour De Langkawi 2023 melibatkan minimum tiga tiga pasukan dunia (UCI World Team) dan tujuh pasukan Pro (UCI Pro Team).\n11 pasukan benua berstatus Pro Series (UCI Continental) dan wakil tunggal tempatan \u2013 pasukan kebangsaan Malaysia juga bakal bersaing pada kejohanan LTdl 2023 ini.\nManakala bagi senarai rasmi pasukan yang akan mengambil bahagian pada edisi kali ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.\n\n\n\n\n \nFakta Menarik Le Tour De Langkawi 2023\n\nWalaupun Langkawi tiada dalam senarai laluan LTdL, nama kejojahan ini masi di kekalkan\nIni bukan kali pertama Langkawi tiada dalam senarai trek laluan kejohanan LTdl\nKejohanan ini akan berlangsung selama 8 hari dengan melalui 8 trek laluan\nMSN mempunyai rekod yang baik sebagai penganjur LTdL dari 2012 hingga 2014 di mana mereka dianugerahkan \u201cOrganizational Level of Excellence\u201d oleh badan induk dunia, Union Cycliste International (UCI).\n\nBaca juga : Azizulhasni Awang Raja Pecut Basikal Trek Kebangaan Malaysia\nSejarah Le Tour de Langkawi\nAcara bertaraf dunia ini mula di perkenalkan pada tahun 1996 hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel.\nHasil daripada kejohanan ini sekaligus telah berjaya mempromosikan Langkawi, yang telah berjaya merubah dan meningkatkan taraf ekonomi Langkawi itu sendiri.\nWalaupun begitu kejohanan ini juga telah beberapa kali menghadapi kesulitan disebabkan masalah kewangan.\nPada tahun 2021 pula kejohanan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia\nMaklumat Lanjut\nKBS mengalu-alukan sokongan daripada pelbagai penaja untuk tampil ke hadapan bagi menjamin kelancaran penganjuran dan menyemarakkan lagi kemeriahan perlumbaan peringkat Pro-Series ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Le Tour De Langkawi 2023 LTdl Edisi Ke-27 ini anda juga boleh hubungi ;\nMajlis Sukan Negara Malaysia,Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur, Malaysia.\n\nTel : +603 8992 9877\nE-mel : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.letourdelangkawi.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/letourdelangkawi\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hrmis-2-0/", "title": "HRMIS 2.0 : Sistem Pengurusan Sumber Manusia Penjawat Awam", "body": ["\n\n", "\nPenjawat awam pasti tidak asing lagi dengan sistem HRMIS. Ia merupakan sebuah aplikasi perdana Kerajaan Persekutuan khas untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awal seluruh Malaysia.\nUntuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memindahkan fungsi-fungsi yang ada di dalam HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0.\nSetelah pengujian serta migrasi selesai, para pengguna HRMIS diminta untuk menggunakan HRMIS 2.0 memandangkan HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya.\nTarikh sebenar bagi penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kelak. \u00a0\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sistem HRMIS 2.0.\nApa Itu HRMIS?\nHRMIS merupakan sistem yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan.\nSistem HRMIS dibangunkan secara komprehensif sambil mengambil kira semua proses serta fungsi HR dari mula pelantikan sehingga ke penamatan perkhidmatan.\nSegala rekod berkaitan penjawat awam sepanjang berkhidmat akan direkod dan disimpan secara digital dalam sistem ini.\nSelain berfungsi sebagai pangkalan data secara berpusat, sistem HRMIS juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, Kerajaan Negeri atau di peringkat nasional.\nObjektif HRMIS\nSecara terperinci, penggunaan HRMIS adalah bagi :\n\nmembolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;\nmengautomasikan proses-proses operasi PSM;\nmembangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;\nmemudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal,\npenyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui\u00a0single window;\nmenyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan\nmenyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.\n\nKepentingan Sistem HRMIS untuk Penjawat Awam\nPenjawat awam boleh memanfaatkan sistem ini melalui kemudahan yang ditawarkan seperti berikut :\n\nmengemas kini rekod peribadi\nmemohon dan menyemak cuti rehat\nmengemukakan tuntutan\nmemantau prestasi kerja\nmemohon kursus yang bersesuaian\nmembuat penilaian kompetensi\nmemohon pertukaran\nmemohon kaunseling\n\nCara Login HRMIS 2.0\nUntuk menggunakan sistem ini, semua penjawat awam akan diberikan ID pengguna daripada pentadbir HRMIS bagi jabatan masing-masing.\nUntuk log masuk bagi kemaskini rekod peribadi, membuat semakan serta permohonan, sila ikuti panduan berikut :\n\n\n\n\n\nPergi ke laman web\u00a0https://hrmis2.eghrmis.gov.my/\nMasukkan ID Pengguna.\nMasukkan Kata Laluan.\nKlik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil\nUntuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.\nLog keluar setelah selesai.\n\nPertukaran Kata Laluan HRMIS\nMengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS), anda perlu menukar kata laluan mengikut kriteria berikut :\n\nSekurang-kurangnya 12 aksara\nMengandungi huruf dan nombor\nMengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)\nMengandungi huruf besar dan huruf kecil\n\nPanduan Muat Naik Gambar Sendiri Dalam Sistem\nPengguna perlulah mematuhi syarat dan peraturan untuk muat naik gambar pegawai pada sistem HRMIS :\n\nSaiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG\nSaiz fail : Tidak melebihi 204..8kb\nLatar belakang gambar mesti berwarna putih / biru\nGambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan\nPenampilan pegawai :Pegawai LelakiBerbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian\n\nPegawai WanitaBerbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata\n\nBerpakaian seragam (uniform)\n\n\n\n\n\nRujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:\n\nKemaskini & Semakan Data di HRMIS 2.0\nLuangkan sedikit masa untuk buat semakan dan kemas kini data peribadi anda.\n\nAntara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah\n1. Sokongan / Kelulusan Cuti2. Perisytiharan Harta3. Pengisian / Pengesahan SKT4. Kemaskini / Pengesahan Maklumat Rekod Peribadi5. Pengesahan dan Semakan Tuntutan Perjalanan\nUntuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.\nPANDUAN-PENGGUNA-FUNGSI-SEMAKAN-DATA-PERIBADIDownload\nRujuk poster Fungsi Semakan Data untuk panduan anda.\n\nMuat Turun Aplikasi MyHRMIS\nSemua kemudahan dalam sistem ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi MyHRMIS. \nAplikasi MyHRMIS Mobile boleh di muat turun melalui :\n\n\nGamma \u2013\u00a0https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/9\nGoogle Playstore\u2013\u00a0https://play.google.com/store/apps/details\u2026\nApple App Store \u2013\u00a0https://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876\nHuawei App Gallery \u2013\u00a0https://appgallery.huawei.com/#/app/C101640047\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan sistem ini, sila hubungi talian \u00a003-8321 1400 atau e-melkan pertanyaan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di\u00a0[email\u00a0protected].\nUntuk dapatkan informasi serta perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook rasmi \u00a0Change Management HRMIS JPA\u00a0dan laman web\u00a0https://www.eghrmis.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/maidam-bantuan-awal-pengajian-ipt/", "title": "MAIDAM 2021: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara", "body": ["\n\n", "\nMAIDAM 2021: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara ~ Sekiranya anda merupakan pelajar IPT (dalam & luar negara), ini adalah peluang untuk anda mendapatkan bantuan awal pengajian.\u00a0\nBantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara (MAIDAM)\nMAIDAM memperuntukkan dana khusus bagi memberi bantuan kepada para pelajar IPT dalam dan luar negara. Bantuan ini diberikan kepada para pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).\nBantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.\nPermohonan untuk bantuan ini akan ditutup pada 10 Disember 2021 bagi peralihan kepada sistem yang baru. Sehubungan dengan itu, para pelajar yang berkelayakan dan hendak memohon, sila\u00a0 hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup.\u00a0\nCara Memohon Bantuan Pengajian MAIDAM\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi MAIDAM berikut:http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Syarat.aspx\\\nKlik \u201cBorang Permohonan\u201d\u00a0\nMasukkan \u201cNo Kad Pengenalan\u201d dan \u201cTarikh Daftar Pengajian\u201d.\u00a0\nIkuti arahan selanjutnya.\u00a0\n\nSerahan borang permohonan yang telah dicetak bagi Bantuan Awal Pengajian adalah melalui serahan di :\n\n\n\n\n1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM\n2) Melalui pos. (Hantarkan ke:\u00a0 Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu)\nGaris Panduan / Syarat Kelayakan\nPemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua KampungPelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah dan miskin.Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPAPemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Urusan Zakat Daerah :\n\u00a0DaerahNo. Telefon\u00a0\u00a0\u00a0 Kuala Terengganu\u00a0 09-630 30 30\u00a0\u00a0\u00a0 Marang\u00a0 09-618 33 17\u00a0\u00a0\u00a0 Hulu Terengganu\u00a0 09-681 78 09\u00a0\u00a0\u00a0 Dungun\u00a0 09-845 28 10\u00a0\u00a0\u00a0 Kemaman\u00a0 09-859 45 45\u00a0\u00a0 Setiu\u00a0 09-609 03 07\u00a0\u00a0\u00a0 Besut\u00a0 09-697 53 23\u00a0\u00a0\u00a0 Kerteh\u00a0 09-826 64 63\u00a0\u00a0\u00a0 Kuala Nerus\u00a0 09-662 2910\u00a0\nAtau hubungi:\u00a0\nTel: 09-6223500E-mail : [email\u00a0protected]\nYayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,20100 Kuala Terengganu, Terengganu.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-rumah-residensi-wilayah-2022-rumawip/", "title": "Tawaran Rumah Residensi Wilayah 2022 ( RUMAWIP )", "body": ["\n\n", "\nTawaran Rumah Residensi Wilayah 2022 ( RUMAWIP ) ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi rumah mampu milik melalui program Rumah Residensi Wilayah 2022 (RUMAWIP) kini dibuka. \nProgram ini disasarkan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan bagi membeli dan memiliki rumah.\nProgram ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama. \nUntuk pengetahuan anda Residensi Wilayah juga merujuk kepada rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM 300,000 seunit.\nBaca Juga : Tawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124)\nSyarat Kelayakan Permohonan RUMAWIP 2022 \nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasDilahirkan atau menetap / bekerja di Wilayah PersekutuanBerpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin).\n\nCara Memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2022\nBerikut adalah cara-cara untuk memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah , sila ikuti langkah-langkah tersebut :\nLayari laman web rasmi Residensi Wilayah Daftar permohonanLengkapkan profil peribadiPilih projek yang diminatiMuat turun surat akuan sumpahTandatangan di hadapan Pesuruhjaya SumpahMuat naik dokumen yang diperlukan Sahkan profil dan dokumen sokongan\nPemohon juga boleh rujuk Manual Pengguna di pautan berikut untuk keterangan lanjut : \n\n\n\n\nManual Pengguna Residensi Wilayah \nDokumen Sokongan\nBerikut adalah senarai dokumen untuk sokongan yang diperlukan :\n\nCara Semakan Status Permohonan\nPemohon boleh log masuk ke Laman Rasmi Residensi Wilayah untuk menyemak status permohonan semasa.\n*Nota \u2013 Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap yang telah dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.\nSenarai Projek Residensi Wilayah\nAntara senarai Projek Residensi Wilayah ialah :\nRumawip Setapak JRumawip Bukit JalilRumawip Taman MiharjaResidensi MaxResidensi Laman Segar HijauResidensi AlamandaResidensi MH Platinum 2 / Merdu\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Residensi Wilayah atau hubungi talian 03-26179154 bagi sebarang pertanyaan. \nPemohon juga boleh hantarkan emel ke alamat [email\u00a0protected] untuk dapatkan maklumat mengenai Rumah Residensi Wilayah. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-oku-negeri-selangor/", "title": "Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor", "body": ["\n\n", "\nBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor, anda kini boleh memohon Bantuan Khas OKU sebanyak RM500 secara one-off daripada Kerajaan Negeri Selangor. \nPemberian Bantuan Khas OKU ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.\nMenerusi bantuan khas ini, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 dengan mensasarkan sebanyak 1,200 permohonan yang layak.\nGolongan OKU yang berminat boleh membuat permohonan bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2021 secara atas talian.\n\nMatlamat Bantuan\nMatlamat pelaksanaan Bantuan Khas OKU ini adalah bagi membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.\nIni termasuklah sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan terutamanya bagi yang berniaga. \nSyarat Permohonan\nBagi pemohon yang ingin memohon bantuan khas ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur\u00a018 tahun dan ke atas.Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja.Pemohon merupakan pemegang Kad OKU JKM Selangor.OKU yang\u00a0terjejas sumber pendapatan\u00a0akibat Pandemik Covid-19.Pemohon merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; atauPemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahunPermohonan bantuan ini adalah terhad kepada\u00a01 pemohon untuk 1 keluarga sahaja.\nCara Memohon\nBagi pemohon yang ingin menghantar permohonan Bantuan Khas OKU ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0bantuan iaitu https://www.anisselangor.com/bantuanOKU.Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Isi no. kad pengenalan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Setelah penhantaran selesai, cetak borang permohonan.Sila hantar borang permohonan dan dokumen sokongan dalam masa 14 hari sama ada melalui:\u2013 Melalui Email:\u00a0[email\u00a0protected]\u2013 Melalui Pos: Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.\nDokumen Sokongan\nSemua dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:\n\n\n\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya).Salinan slip gaji terakhir; atauSurat pengesahan pendapatan\u00a0bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN/Ahli Parlimen/Ketua Kampung/Penghulu/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja).\nSoalan Lazim\nAnak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini? Ya boleh. Permohonan dibuka untuk usia 18 tahun dan ke atas sahaja. Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM. Bolehkah saya memohon? Tidak boleh. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM. Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya? Tidak boleh. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon. Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Kuala Lumpur, bolehkah saya memohon bantuan ini? Tidak. Pemohon mesti menetap di Selangor sahaja. Saya bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor hanya 8 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini? Tidak. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun. Saya merupakan OKU Pembelajaran dan tidak pernah bekerja sebelum ini. Adakah saya boleh memohon bantuan ini? Tidak boleh. Ini kerana tidak memenuhi syarat kelayakan. Bantuan OKU ini khas kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini samada dipecat, dipotong gaji atau semaksud dengannya. \nPertanyaan Lanjut\nBagi pertanyaan lanjut mengenai bantuan khas ini, sila hubungi pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 018-256 7093/018-235 6213 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/prn-johor-2022/", "title": "PRN Johor 2022 | Penamaan Calon & Tarikh Penting Mengundi", "body": ["\n\n", "\nPRN Johor 2022 | Penamaan Calon & Tarikh Penting Mengundi ~ Pada 23 Januari 2022 yang lalu, SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 selepas Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor, dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN pada 22 Januari lalu.\nPRN Johor 2022\u00a0\nPRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14. Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.\nUntuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\nBerikut ialah senarai tarikh-tarikh penting untuk PRN Johor 2022:\u00a0\nTARIKH PENAMAAN CALON PRN JOHOR:\nHari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari 2022.\nTARIKH MENGUNDI PRN JOHOR:\nTarikh mengundi awal \u2013 8 Mac 2022Tarikh mengundi SPR \u2013 12 Mac 2022\n\nSemakan SPR\nManakala, bagi semakan secara dalam talian, semakan boleh dibuat dalam:-\n(a) Daftar Pemilih Induk\u00a0\n(bagi pemilih-pemilih yang telah disahkan pendaftaran / pertukaran alamat mereka pada tahun-tahun yang lepas. Semakan Sepanjang Tahun (Pemilih yang telah sah dalam DPI)\n\n\n\n\n(b) Daftar-daftar Pemilih Tambahan\u00a0\n(bagi pemilih-pemilih yang baru memohon pendaftaran / tukar alamat dalam tahun berkenaan) Semakan Rang DPT (Pemilih yang baru memohon / baru tukar alamat)\n(c) Daftar Pemilih Pilihan Raya\u00a0\n(disediakan khas untuk pilihan raya umum/kecil sahaja dan dengan itu hanya terdapat semasa pilihan raya sahaja)\nUntuk membuat semakan, sila layari pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/\nPindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa 15 Disember lalu.\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\nPemilih baharu yang layak boleh menyemak maklumat pengundiaan selepas 16 Januari 2022 melalui portal semakan daftar pemilih dipautan berikut: https://pengundispr.gov.my\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan berikut:\nhttps://mysprsemak.spr.gov.my/https://www.spr.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/myjanjitemu-cara-buat-temujanji-online-jpn/", "title": "MyJanjiTemu | Cara Buat Temujanji Online JPN 2022", "body": ["\n\n", "\nMyJanjiTemu | Cara Buat Temujanji Online JPN 2022 ~ Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai urusan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda boleh membuat temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda dan tidak perlu beratur panjang!\nMyJanjiTemu\nMyJanjiTemu adalah sistem temujanji atas talian dan merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi\u00a0 mengelakkan jumlah yang hadir di agensi kerajaan secara walk in tidak terkawal.\u00a0\nMelalui MyJanjiTemu ini, anda boleh menyelesaikan bermacam-macam urusan anda dengan mudah dan cepat. Semua perkhidmatan urusniaga JPN boleh dilakukan melalui temu janji online ini.\u00a0\nWalaubagaimanapun, Perkhidmatan Tanpa Janji Temu di pejabat JPN bagi pejabat JPN di negeri yang telah berada pada fasa 3 & 4 PPN, kehadiran pelanggan secara walk in diterima berdasarkan kapasiti dan keupayaan pejabat dari aspek pematuhan penjarakan fizikal.\n\nCara Buat Temujanji Online\u00a0\nSila layari laman web rasmi JPN di pautan berikut: https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/\u00a0Kemudian, klik \u201cMULA TEMPAHAN\u201d.Ikut langkah selanjutnya seperti yang dipaparkan.\u00a0\nSila tentukan tarikh yang anda ingin datang, dan cawangan negeri mana yang anda ingin pergi.\u00a0\nSekiranya anda sudah buat appointment dan daftar melalui MyJanjiTemu, anda tidak boleh sama sekali tukar ke tarikh yang lain. Anda dikehendaki untuk memohon semula tarikh yang baru untuk temujanji yang baru.\u00a0\n\n\n\n\nWaktu Operasi Kaunter\nSila semak waktu operasi kaunter mengikut negeri dan cawangan di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/my/pengumuman/569-waktu-operasi-kaunter\nTerma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN\nTempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.\nPermohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat).\nPemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.\nPengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.\nPemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.\nSekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.\nPemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa.\nPerkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:\nTeknikal : [email\u00a0protected]\u00a0\nAm: 03-8880 7077\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sinar-fm/", "title": "Sinar FM : Frekuensi, Segmen Harian & Senarai DJ", "body": ["\n\n", "\nPopular dengan slogan Menyinari Hidupmu, Sinar FM terus komited dalam menawarkan muzik serta informasi terkini menerusi radio sejak tahun 2014.\nSelain terkenal sebagai radio yang menyajikan lagu retro yang evergreen daripada zaman 80an, 90an dan 2000an, Sinar juga cukup sinonim dengan segmen Pagi Di Sinar yang menghiburkan dan boleh menceriakan pagi sesiapa sahaja.\nMana tidaknya, apabila Jep, Rahim, Elizad dan Angah berceloteh, memang tak kering gusi!\n\nAyuh kita kenali radio tempatan kegemaran ramai ini dengan lebih lanjut!\nBaca Juga : Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop\nFrekuensi Siaran Radio Sinar FM Seluruh Malaysia\nIngin nikmati lagu-lagu retro dan terkini? Dengarkan Sinar FM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menerusi frekuensi-frekuensi berikut :\nFrekuensiLokasiPemancar96.7\u00a0MHzLembah KlangGunung Ulu Kali97.1\u00a0MHzAlor Setar, Kedah dan PerlisGunung Jerai97.1\u00a0MHzPulau PinangGunung Jerai100.9\u00a0MHzLangkawi, KedahGunung Raya96.4\u00a0MHzTaiping, PerakBukit Larut96.9\u00a0MHzIpoh, PerakGunung Kledang96.9\u00a0MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk96.0\u00a0MHzMelaka dan Utara JohorGunung Ledang87.8\u00a0MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai97.2\u00a0MHzKuantan, PahangBukit Pelindung97.5\u00a0MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung93.8\u00a0MHzKota Bharu, KelantanBukit Panau102.1\u00a0MHzKuching SarawakBukit Djin96.6\u00a0MHzMiri, SarawakBukit Lambir96.6\u00a0MHzKuala Belait, BrunesiBukit Lambir104.9\u00a0MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong106.9\u00a0MHzSandakan, SabahBukit Trig\n\nSelain di corong-corong radio, anda juga boleh mendengar Sinar FM di mana-mana sahaja anda berada secara atas talian menerusi platform Syok di pautan https://sinar.syok.my/\nSenarai DJ / Penyampai Radio Sinar FM\nBerikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio Sinar FM:\n\n\n\n\n\nJep\nRahim\nAngah\nDina Nadzir\nElizad\nHefny\nFalyq\nPutra\nHaiqal\nSyafa\nRoy Azman\n\nSegmen / Program Harian dan Hujung Minggu\nSenarai segmen harian dan minggu di Sinar FM pula adalah seperti berikut :\n\nPagi Di SINAR\nSINAR Solo\nDuo SINAR\nRehat dan Relax Sinar\nBorak Selebriti SINAR\nHujung Minggu SINAR\nSINAR ETA (Eh! Tetiba Ahad)\nLaguku Di SINAR\nLaman Rohani\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Sinar FM, sila layari pautan \u2013 dan ikuti laman media sosial rasminya di pautan berikut :\nFacebook : facebook.com/SINARdotmy\nTwitter : https://twitter.com/sinar_my\nInstagram : instagram.com/sinar_my\nYoutube : youtube.com/c/sinar_my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/potongan-gaji-angkasa-spga/", "title": "Potongan Gaji Angkasa (SPGA) Sistem Semakan Online", "body": ["\n\n", "\nSistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah sistem potongan gaji yang digunakan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk memudahkan kutipan bayaran balik pinjaman daripada ahlinya.\nDi bawah sistem SPGA, ahli ANGKASA yang telah membuat pinjaman daripada ANGKASA atau koperasi gabungannya boleh memilih untuk dipotong bayaran pinjaman mereka terus daripada gaji atau gaji mereka. \nIni bermakna pembayaran balik pinjaman dipotong secara automatik daripada gaji atau upah ahli setiap bulan, dan ahli tidak perlu membuat pembayaran manual.\nSistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA)\n\nSistem SPGA direka bentuk untuk memudahkan ahli ANGKASA membayar balik pinjaman mereka, dan memastikan pembayaran balik pinjaman dibuat tepat pada masanya dan sepenuhnya. Dengan menggunakan sistem SPGA, ahli ANGKASA boleh menikmati pengalaman pembayaran balik pinjaman tanpa kerumitan dan mengelakkan risiko kehilangan pembayaran atau mungkir pinjaman mereka.\nBaca juga : Gaji Penjawat Awam 2023 Jadual & Tarikh Bayaran\nSemakan Potongan Gaji Angkasa Online\nUntuk menyemak status potongan gaji anda di bawah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), anda boleh mengikuti langkah berikut:\n\nLayari laman www.sola.my/espga_semakan\nmasukan no k/p awam /polis (no badan) /tentera (no tentera)\nMasukkan kata laluan\nKlik LOG MASUK\nAnda seharusnya dapat melihat status potongan gaji anda, baki pinjaman dan maklumat lain yang berkaitan\n\nBaca juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan\nSemakan Melalui Live Chat di Portal Angkasa\n\nLayari laman web ANGKASA di https://www.angkasa.coop/\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d yang terletak di sudut kanan atas halaman.\nMasukkan nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun anda. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftar untuk satu di halaman yang sama.\nSebaik sahaja anda log masuk, klik pada tab \u201cSPGA\u201d.\nAnda seharusnya dapat melihat status potongan gaji anda, baki pinjaman dan maklumat lain yang berkaitan.\n\nSemakan Melalui E-mel\n\nSila e-emelkan ke [email\u00a0protected]\nE-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja\n\nSemakan SPGA Melalui Telefon\n\nSila hubungi +603 -78061977\nTekan nombor 1 \u2013 untuk pilihan potongan gaji\ndan tunggu arahan seterusnya\n\nUntuk semakan melalui panggilan telefon, sila hubungi waktu operasi iaitu ;\nWaktu operasi : 9:00 pagi \u2013 4:30 petang (Isnini -Jumaat)\nWaktu rehatIsnini -Khamis 1:00pm \u2013 2:00pmJumaat 12:15pm \u2013 2:30pm\n\n\n\n\nJika anda menghadapi sebarang masalah atau menghadapi masalah untuk mengakses akaun anda, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan ANGKASA untuk mendapatkan bantuan lanjut.\nCara Berhenti Potongan Angkasa\nJika anda ingin menghentikan potongan gaji di bawah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan ANGKASA untuk mendapatkan bantuan. Mereka akan dapat membimbing anda tentang langkah dan prosedur yang diperlukan untuk menghentikan potongan gaji.\nAnda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan ANGKASA melalui laman web, e-mel atau telefon mereka. Butiran untuk dihubungi adalah seperti berikut:\nLaman web: https://www.angkasa.coop/\nEmel: [email\u00a0protected]\nTelefon: +603-5511 7000\nAdalah penting untuk ambil perhatian bahawa menghentikan potongan gaji mungkin mempunyai implikasi pada pembayaran balik pinjaman anda dan boleh mengakibatkan penalti atau caj. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan perkhidmatan pelanggan ANGKASA dan memahami akibatnya sebelum membuat keputusan untuk menghentikan potongan gaji.\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana cara untuk menyemak potongan gaji angkasa? Semakan boleh dibuat melalui ;i.Secara online melalui laman website www.sola.my/espga_semakanii. Live chat di portal https://www.angkasa.coop/Iii.Melalui e-mel Bagaimana cara semak potongan gaji angkasa melalui sms? Buat masa ini,perkhidmatan ini tidak tersedia \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-awal-persekolahan-2/", "title": "Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 bagi Keluarga B40", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 bagi Keluarga B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 kini sudah dibuka.\nBantuan ini merupakan inisiatif oleh kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga yang tergolong dalam kategori B40.\nBantuan ini menyasarkan kepada pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM 3,000 dan ke bawah.\nSyarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan\nPelajar yang ingin memohon bantuan perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :\nPelajar adalah warganegara Malaysia.Terbuka untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.Berasal dari keluarga dengan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM 3,000 ke bawah pada tahun semasa.(Pendapatan kasar mengambil kira gaji pokok serta elaun tetap sahaja)Permohonan dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.\n\nJumlah Bayaran\nSetiap pelajar yang layak akan menerima BAP secara one-off sebanyak RM 150.\nKaedah Penyaluran\nBantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :\nAkaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau\nAkaun Khas Pejabat Pendidikan Daedah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.\nCara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022\nKelayakan permohonan akan ditentukan oleh pihak sekolah.\nIbu bapa dan penjaga yang layak perlu mengisi borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu).\nKemudian, hantarkan borang yang diisi lengkap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.\nBorang Permohonan Bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022\nAnda boleh muat turun Borang Permohonan (PB-1) di pautan ini.\n\n\n\n\nBorang Permohonan PB-1\nibu bapa yang tiada slip gaji atau bekerja sendiri boleh muat turun borang PB-2 untuk pengesahan pendapatan.\nBorang PB-2\nNota : Borang PB-2 perlulah mendapat pengesahan dan cop rasmi daripada ketua kampung atau mana-mana pegawai.\nDokumen Yang Diperlukan \nBerikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini :\nBorang PB-1Borang PB-2 (bagi ibu bapa / penjaga yang tiada penyata pendapatan)Salinan sijil kelahiran pelajarSalinan Kad Pengenalan Ibu Bapa /PenjagaSalinan slip gaji/penyata pendapatan/Borang Pengesahan Pendapatan Borang PB-2Salinan Kad OKU (jika berkenaan)Sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini :\nBantuan Awal Persekolahan (BAP)2022\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jawatan-kosong-universiti-tun-hussein-onn-malaysia-uthm-2022/", "title": "Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022", "body": ["\n\n", "\nJawatan Kosong Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022. Terkini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP/ KONTRAK seperti yang terdapat pada iklan tawaran.\nMaklumat Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022\nSenarai Jawatan Kosong\nPEGAWAI TADBIRPENOLONG PEGAWAI SAINSPEMBANTU KEMAHIRAN\u00a0PEMBANTU KESELAMATANPEMANDU KENDERAAN\n\nTarikh tutup permohonan :\u00a002 Oktober 2022 (Ahad)Lokasi : JohorSektor : KerajaanGaji : RM 1,218.00\u00a0\u2013 \u00a0RM 9,546.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00 \u2013 RM 225.00Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktirafStatus Pelantikan : Tetap/Kontrak\n\nImbuhan Dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Gaji)\nAntara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk ;\n Imbuhan Tetap PerumahanImbuhan Tetap Keraian Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa\n\nSyarat Am Kelayakan\nPemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.\n\n\n\n\nSyarat dan maklumat lanjut perjawatan lihat disini\nCara Mohon Jawatan Kosong \nBagi mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, boleh memohon dengan cara berikut ;\n(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\nKeterangan Am\n(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong universiti tun hussein onn Malaysia 2022, anda boleh emailkan kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ucapan-selamat-hari-guru/", "title": "Contoh Ucapan dan Pantun Selamat Hari Guru", "body": ["\n\n", "\nCONTOH UCAPAN SELAMAT HARI GURU\nSambutan Hari Guru boleh menjadi waktu yang tepat untuk anda sampaikan ucapan terima kasih kepada semua para guru.\nDisambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun, sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawakan tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.\nBagi memperingati jasa para guru yang banyak berkorban masa dan tenaga buat anak murid, ayuh kita sampaikan ucapan istimewa buat mereka.\nDi sini kami kongsikan beberapa ucapan serta pantun menarik khas buat anda yang ingin sampaikan salam sayang buat para guru menerusi teks atau media sosial.\nBaca Juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu\n\nContoh Ucapan Selamat Hari Guru\nSesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. \u2014Hadis Riwayat At-Tirmizi\n\nGuru,\nEngkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2023\n\nUntuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu.\n\nOh, Guru!\nBegitu besar jasa-jasamu selama ini,\nKau bukan sekadar guru mata pelajaran\nTapi kau adalah orang tua kami di sekolah ini.\nTerima kasih tak terhingga dari lubuk hati kami yang terdalam.\n\n\nWahai guru,\nIbu bapa memberikan kami kehidupan,\nManakala engkau mengajari kami cara untuk menjalaninya,\nJasa dan pengorbananmu akan sentiasa dikenang.\n\nWahai guru pengasuh jiwa,\nJasamu tidak akan kulupakan sampai bila-bila,\nTerima kasih kerana telah mendidikku,\nSelamat Hari Guru diucapkan buat semua guru-guruku.\n\nOh guru,\nMaafkan kami yang ada kalanya nakal dan tidak mendengar kata,\nAmpunkan kami yang sering mengingkari nasihatmu,\nAtas segala kasih sayang dan kesabaran menghadapi kami,\nKami berharap semoga Allah membalas kebaikanmu dengan setimpal.\nAtas segala ilmu yang diturunkan,\nAtas semua kesabaran dan keikhlasan ketika mengajar kami,\nKuungkapkan jutaan terima kasih padamu,\nSelamat Hari Guru 2023.\n\nTanpa bimbingan darimu,\nTidak mungkin kami dapat berjaya ke tahap ini,\nSelamat Hari Guru diucapkan untukmu.\nJasa dan baktimu akan dikenang sampai akhir waktu.\n\nSelamat Hari Guru 2023 Sedunia untuk semua guru!\n\n\n\n\nTerima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.\nTidak tergambar oleh kata-kata,\nKerana banyaknya jasa para guru,\nSemoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan,\nYang memimpin kami mengenal Tuhan,\nSemoga kebaikan yang dicurahkan menjadi asbab untuk guru ke syurga.\n\nKepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru 2023.\n\nGuru ibarat lilin yang menerangi kegelapan,\nSemoga segala usaha murni para guru akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.\nSumber gambar : Dreamstime\nPantun Hari Guru\nPergi ke hutan mencari gaharu,\nUntuk dibuat sarung peluru,\nTanpa insan bernama guru,\nTakkan membangun generasi baharu.\n\nTurun ke laut bersama umpan,\nNamun hujan di tengah hari,\nMengajarkan kami tentang harapan dan kehidupan,\nItulah guru, insan utama yang membentuk kami.\n\nSuasana gunung nyaman dan redup,\nNamun penuh semak dan belukar,\nGuru memberi pedoman hidup,\nTanpanya pasti kita tersasar.\n\nPakaian berseri serba baharu,\nUntuk dipakai di malam temasya,\nHidup manusia tanpa guru,\nIbarat burung tanpa sayapnya.\n\nHarum sungguh tidak terperi,\nBunga pemberian dari sang ratu,\nUmpama lilin membakar diri,\nBegitulah pengorbanan mulia si guru.\n\nPelita dibakar di hujung sumbu\nTerang benderang sinar cahayanya,\nBetapa mulia kerjaya guru,\nSemoga Allah mengangkat darjatnya.\n\nSemoga perkongsian ucapan dan pantun Hari Guru ini dapat menyerikan lagi sambutan hari istimewa.\nMeskipun ringkas, namun ia pasti cukup bermakna buat para guru.\nDalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru yang telah banyak berbakti dalam mendidik anak bangsa.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bingkas-selangor-2022/", "title": "BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300/bulan Selama 12 Bulan", "body": ["\n\n", "\nTerkini BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300/bulan Selama 12 Bulan ~ Kerajaan Selangor akan melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang berkelayakan untuk pelbagai perkara seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.\nBINGKAS Selangor 2022\nBINGKAS Selangor adalah merupakan program baharu dan inisiatif kerajaan negeri Selangor. Melalui program ini, kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT).\u00a0\nMenurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini. Sebanyak RM108 juta peruntukkan disediakan dengan jangkaan 180,000 penerima manfaat.\n\n\nJumlah Bantuan\nKerajaan Selangor bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan yang akan disalurkan terus dalam bentuk e-Wallet sebanyak RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600\nManfaat BINGKAS\nAntara kelebihan dan manfaat daripada pemberian bantuan ini;\n\u00a0e-Wallet BINGKAS boleh digunaan di kedai serta pasaraya berdaftarUrusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)RM300 had pembelian keperluan asasbaki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan di bawah ke bulan hadapane-Wallet bingkas akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik\nSyarat Kelayakan Pemohon\nNOTA: Sila pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan sebelum memohon agar permohonan anda tidak ditolak.\nBantuan ini diperuntukkan khusus untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.\n21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS serta tambahan 9000 kuota baru permohonan dibuka untuk memastikan semua keluarga yang berkelayakan menerima bantuan.\u00a0\nSyarat Permohonan Baru\nWarganegara Malaysia;Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;Pemilih berdaftar di Negeri SelangorKeluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; danPendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.\nDokumen Yang di Perlukan\nSalinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).\nSetiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.\n\n\n\n\nCara Membuat Permohonan\nUntuk Penerima /Pemegang Kad KISS Yang Masih AKtif\nSukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui\u00a0aplikasi Selangkah.\u00a0Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.\nLangkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini :\u00a0shorturl.at/amqwH\nSelepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang\u00a0www.bingkasselangor.com\u00a0bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. \nJika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.\n\nPermohonan Baru BINGKAS Selangor 2022 (Online)\nProgram BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor. \nUntuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link\u00a0https://play.google.com/store/apps/details\u2026). \nWavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.\nMaklumat Lanjut\nBerikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS :\nPermohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / LivechatPengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) |\u00a0[email\u00a0protected]\nUntuk maklumat lanjut mengenai BINGKAS Selangor 2022, sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-ikat-tali-leher/", "title": "Cara Ikat Tali Leher Paling Mudah Tapi Segak dan Kemas", "body": ["\n\n", "\nCara Ikat Tali Leher Paling Mudah Tapi Segak dan Kemas\nTali leher atau tie merupakan aksesori yang menjadi pelengkap bagi para lelaki yang ingin tampil formal dan profesional. Selain untuk menghadiri temu duga, tali leher juga biasa digayakan oleh pelajar sekolah dan pekerja profesional.\nCara ikat tali leher ini bukan sahaja perlu dipelajari oleh lelaki, malah wanita juga perlu tahu asasnya. Mana tidaknya, suatu hari nanti kita pasti perlu bantu suami atau anak bersiap memakai tali leher!\nNamun, bagaimanakah cara ikat tali leher yang paling mudah untuk dipraktikkan setiap hari? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\n\nCara Ikat Tali Leher (Gaya Ringkas Tapi Kemas)\n1) Gaya Ikatan Four-In Hand\nGaya ikatan tali leher ini adalah paling popular kerana sangat mudah. Ia juga merupakan cara ikat tali leher yang sesuai bagi yang kesuntukan masa untuk bersiap. Walaupun ringkas, namun ikatannya cukup kemas.\n\nCara-cara ikatan :\u00a0\n\nMulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek.\u00a0\nLilitkan bahagian panjang ke belakang.\nLilitkan bahagian panjang lagi sekali dan bawa ke hadapan secara melintang.\u00a0\nBawakan bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.\n\n2) Gaya Pratt\nGaya ikatan Pratt boleh digunakan bagi acara formal dan kasual. Ikatan tali leher ini juga membolehkan anda untuk longgarkannya jika ada temu janju kasual selepas mesyuarat atau waktu kerja. \u00a0\n\nCara-cara ikatan :\u00a0\n\nMulakan dengan menyilang tali bahagian pendek di atas bahagian panjang.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke atas.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke hadapan dengan melalui celahan di leher.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang secara menyilang.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke atas melalui celahan di leher.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan di leher. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.\n\n3) Gaya Half Windsor\nGaya ini pula sesuai bagi yang sudah mahir ikatan Four-In Hand. Ia juga sesuai digayakan untuk ke pejabat atau ketika hadiri majlis formal.\n\nKedah ikatannya adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\nMulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek.\u00a0\nLilitkan bahagian panjang ke belakang.\nTarikkan bahagian panjang ke atas.\u00a0\nBawakan bahagian panjang ke belakang dengan melalui celahan ikatan.\nBawakan bahagian panjang ke secara melintang.\n\u00a0Bawakan tali bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.\n\n4) Gaya Full Windsor\nGaya ini sesuai untuk acara rasmi sahaja kerana ikatannya lebih tebal, lebar dan berbentuk segi tiga. Anda boleh gayakan tali leher dengan cara ini untuk hadiri majlis majlis perkahwiman, mesyuarat serta pembentangan di pejabat.\n\nCara-caranya adalah seperti berikut :\n\nMulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek.\u00a0\nLilitkan bahagian panjang ke belakang.\nTarikkan bahagian panjang ke atas.\u00a0\nBawakan bahagian panjang ke belakang dengan melalui celahan ikatan.\nBawakan bahagian panjang ke secara melintang.\n\u00a0Bawakan tali bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan.\u00a0\nBawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.\n\nTeknik Lain Ikatan Tali Leher\nSelain empat cara di atas, anda juga boleh cuba beberapa gaya ikatan lain seperti di bawah.\n1 ) Kelvin Knot\n\n2) Oriental Knot\n\n3) Nicky Knot\n\n4) Victoria Knot\n\n5) Caf\u00e9 Knot\nRujukan : RealMenRealStyle\nTips Gayakan Tali Leher\n\nSelain tahu cara ikat tali leher, anda juga perlu pastikan panjang tali leher tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Panjangnya mestilah cukup untuk menyentuh kepala tali pinggang selepas diikat. Anda boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.\n\n\n\nUntuk yang bertubuh agak besar, anda boleh gunakan tali leher dengan kelebaran yang besar.\nUntuk bertubuh kecil atau kurus, anda boleh gunakan tali leher yang kurang lebar seperti skinny tie.\nUntuk menggayakan baju kosong dengan tali leher, pilihlah tali leher yang berwarna lebih gelap berbanding baju. Warna sama pun tak apa.\nJika ingin padankan baju bercorak dengan tali leher kosong, pilihlah tali leher yang berwarna sama dengan salah satu warna dalam corak baju yang dipakar atau pilih warna yang dominan.\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda menggayakan tali leher dengan lebih mudah bagi setiap acara atau program. Selamat mencuba! \nBaca Juga : 20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/covid-19-10-sop-fasa-peralihan-ke-endemik/", "title": "COVID 19 | 10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik Bermula 1 April 2022", "body": ["\n\n", "\nCOVID 19 | 10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik Bermula 1 April 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, bermula pada 1 April 2022, Malaysia akan beralih ke fasa endemik. Ini menyebabkan beberapa SOP dimansuhkan dan pihak berwajib telah mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini.\n10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik\nBerikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022 kelak.\n\n\n\n\nPelitup muka masih wajib dipakai di tempat awam.Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).Pendaftaran kemasukan menggunakan My Sejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial (boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.Vaksinasi \u2013 had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. My TravelPass akan turut dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi My Sejahtera.Vaksinasi lengkap \u2013 tiada keperluan untuk menjalani kuarantin bagi sesiapa yang lengkap vaksinasi. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.Tiada Vaksin \u2013 Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)sop endemik.Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri bertugas dalam masa terdekat ini.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari pautan berikut: [Kenyataan Media] \nhttps://www.pmo.gov.my/2022/03/kenyataan-media-berkaitan-fasa-peralihan-ke-endemik/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/epc-jkm/", "title": "Permohonan Elaun Pekerja Cacat (EPC) JKM RM450 Seorang", "body": ["\n\n", "\nOrang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja boleh memohon Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah Jabatan Kebanjikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 seorang. \nUntuk makluman, JKM adalah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang berperanan memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.\u00a0\nMatlamat utama EPC diberikan adalah untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.\nPelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.\n\nSyarat Kelayakan\nOKU yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:\nOKU merupakan warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia.Berumur 16 tahun dan ke atas.Meurpakan pemegang kad OKU JKM.Pendapatan bulanan RM1,200 dan ke bawah; atauMana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan EPC, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\n1. Muat turun borang-borang berikut:\u2013 JKM 18 Borang Permohonan Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf\u2013 JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf\u2013 Borang Permohonan\u00a0Pendaftaran OKU pindaan 2019: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BORANG%20PERMOHONAN%20PENDAFTARAN%20OKU%20PINDAAN%202019.pdf2. Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.3. Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.\n\n\n\n\nDokumen Sokongan\nDokumen-dokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama borang-borang permohonan iaitu:\nKad Pengenalan diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Lain-lain dokumen yang berkaitan.\nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah yang layak diterima oleh OKU yang memohon EPC? OKU yang layak menerika EPC akan menerima elaun sebanyak RM450 seorang. Adakah OKU yang bukan warganegara Malaysia layak memohon? Tidak. Syarat kelayakan EPC ialah OKU tersebut mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Malaysia. Saya seorang OKU tetapi tidak berdaftar dengan JKM. Adakah saya boleh memohon? Boleh. Pemohon terlebih dahulu perlu berdaftar dengan JKM dengan melengkapkan Borang Permohonan\u00a0Pendaftaran OKU pindaan 2019. Berapakah pendapatan maksimum OKU bagi melayakkan mereka mendapat EPC? OKU yang layak menerima EPC mestilah pendapatan bulanan mereka RM1,200 dan ke bawah. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai EPC, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sulung-program-pembangunan-siswa-sulung-keluarga-malaysia/", "title": "SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nSULUNG |\u00a0 Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, satu inisiatif untuk membantu para siswa telah diwujudkan melalui Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia.\nProgram Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 (SULUNG)\nProgram Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022 adalah merupakan sebuah program yang memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.\nSULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.\nMelalui program ini, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.\nProgram ini merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dikendalikan oleh Menteri Pengajian Tinggi.\u00a0\n\n\n\n\nBesarlah harapan agar program ini kelak akan membantu memberikan tahap pendidikan yang baik yang kepada siswa harapan keluarga tersebut dan berjaya membawa keluarga mereka keluar dari kitaran B40.\n\nJenis Bantuan Yang Disediakan\nTawaran Biasiswa AsramaProgram mentoring sehingga mendapat pekerjaan\nPerdana Menteri juga mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.\nSumber: BERNAMA TV, https://www.bharian.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bpt-jkm/", "title": "Permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) JKM RM500", "body": ["\n\n", "\nKeluarga yang menjaga Orang Kurang Upaya (OKU) telantar akibat sakit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).\nPenerima yang layak menerima BPT ini akan menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM500 seorang. \nTujuan utama BPT ini diperkenalkan oleh kerajaan adalah untuk:\nMeringankan bebanan yang ditanggung keluarga/penjaga. Menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.\nPemberian BTB ini diharap mampu menjaga kebajikan OKU yang telantar dan sakit yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga. \n\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang ingin memohon BPT perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM3,000; atauMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan BPT, ikuti langkah-langkah berikut iaitu: \n1. Sila muat turun borang-borang berikut:\u2013 JKM 18 Borang Permohonan Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf\u2013 JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan:\u00a0https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf2. Borang-borang terbabit perlu diisi dengan lengkap dan betul.3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.\n\n\n\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama ke pejabat JKM iaitu:\nKad Pengenalan\u00a0diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Surat atau memo pengesahan dari hospital atau klinik kesihatan (kerajaan/swasta) atau pegawai JKM yang menunjukkan yang dijaga adalah terdiri daripada OKU yang terlantar atau pesakit terlantar atau sakit kronik.Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).Lain-lain dokumen yang berkaitan.\nSoalan Lazim\nBerapakah bantuan yang akan diterima seorang bagi penerima BPT daripada JKM? Bantuan yang diterima oleh penerima BPT daripada JKM adalah sebanyak RM500 sebulan. Berapakah jumlah pendapatan isi rumah pemohon yang layak untuk menerima BPT? Pendapatan isi rumah pemohon yang layak menerima BPT mestilah tidak melebihi RM3,000. Jika saya menjaga adik saya OKU yang sakit secara separuh masa, adakah saya layak menerima BPT? Tidak. Hanya penjaga sepenuh masa layak menerima BPT. Adakah pemohon bukan warganegara Malaysia layak memohon BPT? Tidak. Hanya pemohon warganegara Malaysia layak memohon BPT. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BPT, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-seni-kewangan-jkkn-2022/", "title": "Insentif Seni JKKN 2022 Buat NGO dan Penggiat Seni", "body": ["\n\n", "\nInsentif Seni Kewangan JKKN 2022 Buat NGO & Penggiat Seni ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Insentif Seni Kewangan JKKN 2022 buat NGO dan penggiat seni kini dibuka.\nInsentif ini ditawarkan bagi memperkasakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka dalam melaksanakan\u00a0 program berkaitan seni budaya.\nBaca Juga : Bantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor\n\nJKKN menawarkan 4 insentif kepada NGO dan penggiat seni berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program atau aktiviti seni dan budaya.\nInsentif yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nInsentif Seni Kewangan\nInsentif Seni Ruang\nInsentif Seni Kepakaran\nInsentif Seni Promosi\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi Insentif Seni Kewangan oleh JKKN dibuka mengikut sesi. Tarikh permohonan bagi setiap sesi adalah seperti butiran berikut :\n\nKadar Bantuan & Insentif Yang Ditawarkan\nBantuan kewangan berupa modal permulaan akan diberikan bagi menampung sebahagian kos program atau aktiviti seni dan budaya.\nMaksimum pemberian bantuan adalah sebanyak RM 15,000.\nSkop Program atau Aktiviti Seni Bagi Insentif Seni Kewangan JKKN 2022\nSkop program atau aktiviti seni budaya yang akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan adalah seperti berikut :\nPembangunan KandunganPembangunan Kapasiti dan Sidang KeilmuanPenyelidikan dan Pembangunan Seni BudayaPembangunan Modal Insan SeniProgram Jangkauan Seni BudayaProgram Penyemarakan Seni Budaya\nCara Memohon \nNGO seni budaya mestilah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966;\n\n\n\n\nUniverisiti Awam perlulah memohon melalui Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).\nYayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan. (Dokumen sokongan perlulah relevan untuk menyatakan yayasan bukan bersifat keuntungan).\nPemohon perlulah mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN dalam laman sesawang JKKN di bawah Perkhidmatan BBK Seni Budaya : Borang Permohonan. \nKeutamaan bagi penerimaan insentif akan diutamakan bagi program atau aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia.\nPemohon boleh ikuti garis panduan permohonan melalui pautan di bawah :\nGARIS PANDUAN INSENTIF SENI KEWANGAN 2022\nGARIS PANDUAN INSENTIF SENI RUANG 2022 \nMaklumat Lanjut\n\u00a0Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai penyelaras JKKN di negeri masing-masing atau layari pautan berikut :\nINSENTIF SENI JKKKN 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-tanpa-rekod/", "title": "Cuti Tanpa Rekod : Senarai Cuti & Cara Mohon", "body": ["\n\n", "\nBagi pegawai perkhidmatan awam, mereka juga diperuntukkan cuti tanpa rekod selain cuti tahunan dan cuti sakit.\nKemudahan cuti tanpa rekod ini ditawarkan bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam menguruskan aktiviti tertentu.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan Cuti Tanpa Rekod.\nJenis-Jenis Cuti Tanpa Rekod dan Tempoh\nBerikut dikongsikan jenis cuti tanpa rekod (CTR) serta tempoh hari maksimum yang diperuntukkan.\nJenis-Jenis CTRTempoh hari maksimumMengambil bahagian dalam sukan/olahragaTidak lebih 30 hariCuti gantian9 jam bersamaan 1 hariLatihan pasukan sukarela30 + 2 hari perjalananLatihan/khemah/Kerja Persatuan/ Pertubuhan14 + 2 hari perjalananLatihan Syarikat KerjasamaTidak melebihi 2 bulanMesyuarat Persatuan IkhtisasTempoh sebenar + 2 hariTugas khas perubatan14 hariLain-lain kursus (Kursus Belia, Kepimpinan dan Kesatuan Sekerja)14 + 2hariMengambil PeperiksaanHari PeperiksaanLawatan Kebudayaan dan Pertandingan Bulan Bahasa KebangsaanTempoh sebenarMesyuarat MBKHari MesyuaratHadir Mahkamah Luar StesenTempoh sebenar + 2 hariIsteri bersalin7 hariJurulatih PLKNTempoh sebenar + 2 hariKursus sambilan30 hariUrusan kematian ahli keluarga terdekat3 hariMeyertai musabaqah Al-Quran30 hariDeepavali1 hariGood Friday1 hariPerayaan Songkran1 hariPesta Kaamatan dan Hari Gawai1 hariPerayaan Vaisakhi1 hariKeagamaan7 hariMenderma organ42 hariUmrah7 hari\n\nSeterusnya, dikongsikan butiran serta syarat kelayakan bagi setiap cuti\ni) Cuti Ganti / Cuti Gantian\nPegawai Yang Layak Memohon\n\nPegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa / sebarang bayaran khas lain.\nAKP yang tidak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa.\nPegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi\nPegawai Kumpulan P&P.\nDiarahkan bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.\n\nSyarat Kelayakan\n\nArahan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa.\nTugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.\nCuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa (tidak termasuk hari perjalanan).\n\nKategori Kerja Lebih Masa\n\nKerja-kerja kecemasan\nKerja-kerja yang dikehendaki oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya.\nKerja mustahak tidak boleh ditangguh kepada hari berikutnya (mudaratkan perkhidmatan jika ditangguh).\n\nii ) Cuti Latihan Pasukan Sukarela\nSyarat Kelayakan\n\nDihadkan bagi tujuan menghadiri latihan khemah tahunan sahaja di dalam / di luar negeri.\nSurat arahan dari Pemerintah Pasukan Sukarela yang menyatakan tempoh diperlukan.\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nDicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti.\n\nPegawai Yang Layak\nPegawai merupakan ahli pasukan sukarela\nTempoh : Tidak melebihi 30 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik\nNota : Cuti rehat adalah bergantung kepada pertimbangan kuasa tertentu.\nSenarai Pasukan Sukarela\n\nAskar Wataniah\nPasukan Sukarela Tentera Udara Diraja\nPasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja\nPasukan Sukarela Polis\nPasukan Pertahanan Awam.\nIkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).\n\niii)\u00a0Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan\nSyarat Kelayakan\nMenghadiri kursus / latihan seperti yang disenarikan berikut :\n\nKursus Latihan\nKhemah Latihan Tahunan\nMesyuarat Agung Tahunan\nMesyuarat Luar Biasa\nSeminar\nAktiviti Sukan\nAktiviti dalam Malaysia sahaja.\nAktiviti luar Malaysia (Pertubuhan Pengakap & Pandu Puteri)\nAktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan / cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat.\n\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan perlu dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nPegawai Yang Layak\n\nPegawai adalah ahli pertubuhan / persatuan atau Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan Kerajaan.\nPertubuhan / Persatuan tergolong dalam 36 kumpulan yang berdaftar dengan pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.\n\nTempoh : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.\niv) Cuti Lain-Lain Kursus\nSyarat-Syarat Kelayakan\nMerupakan ahli kesatuan sekerja yang menghadiri :\n\nPersidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan / Antarabangsa.\nMesyuarat Agung Tahunan / Luar Biasa di peringkat Kebangsaan.\nKursus kesatuan sekerja yang dihadiri perlu terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.\nAktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan)\nAktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).\n\nPegawai yang Layak\nPegawai-pegawai dikehendaki menghadiri :\n\nKursus Kepimpinan Belia & Bina Semangat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.\nKursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.\n\nTempoh Cuti : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.\nv) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama\nSyarat Kelayakan\n\nKursus / Latihan / Seminar / Mesyuarat Syarikat Kerjasama.\nAktiviti syarikat kerjasama diluluskan oleh Ketua Pengarah KPDNKK.\nAktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan).\nAktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\n\nPegawai Yang Layak\n\nPegawai-pegawai yang menjadi ahli Syarikat Koperasi dan membuat akuan untuk memegang jawatan di dalam Syarikat Koperasi.\nAkuan bertulis untuk memegang jawatan selama 2 tahun (selepas tamat kursus).\n\nvi) Cuti Memasuki Peperiksaan\n\nCuti untuk hadiri peperiksaan yang boleh membaiki peluang pekerjaan pegawai berkenaan.\nTerhad pada hari peperiksaan sahaja\nDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\n\nvii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas\nSyarat Kelayakan\n\nPerlu hadiri Mesyuarat Agung Tahunan / Mesyuarat Agung Luar Biasa/ Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan\nDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\n\nPegawai Yang Layak\n\nPegawai adalah ahli bagi salah satu daripada 53 Persatuan /Pertubuhan Ikhtisas\nPersatuan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.\n\nviii) Cuti Mengambil Bahagian dalam Olahraga / Sukan\nSyarat Kelayakan\n\nAtlit / pengurus pasukan / pengadil / jurulatih.\nAhli majlis Jawatankuasa pertandingan bagi menghadiri mesyuarat sebelum atau selepas pertandingan.\nPerlawanan sukan di peringkat wilayah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.\nDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nPertimbangan Kuasa Tertentu\n\nTempoh : Tidak melebihi 30 hari\nix)\u00a0Cuti bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian dalam Lawatan Kebudayaan\n\nPegawai yang mengambil bahagian dalam lawatan atau pertunjukan kebudayaan anjuran MOTAC / KBS / Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)\nCuti diambil berdasarkan tempoh aktiviti yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur\nCuti dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\n\nx)\u00a0Cuti Tanpa Rekod Bagi Peserta Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa\n\nPegawai yang dipilih menyertai Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa atau program anjuran KBS\nDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nBerdasarkan tempoh program yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur.\n\nxi) Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Bersama Kebangsaan / Jabatan\nPerlu hadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan / Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) /Konvensyen bagi memilih Ahli Majlis Pihak Pekerja /Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan (pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja) /Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (Peringkat Kementerian / Jabatan).\n\n\n\n\nxii)\u00a0Kemudahan Bagi Pegawai Yang Disapina Untuk Hadir di Mahkamah Sebagai Saksi / Memberi Keterangan Pakar\nSaksi Pihak Kerajaan\n\nDianggap sebagai tugas rasmi\nLayak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.\n\nSaksi Pihak Bukan Kerajaan (Dalam Stesen)\n\nDiberi pelepasan bagi tempoh diperlukan.\nTidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.\n\nSaksi Pihak Bukan Kerajaan (Luar Stesen)\n\nLayak Cuti Tanpa Rekod bagi mahkamah di luar stesen.\nTidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.\nDicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\n\nxiii) Cuti Isteri Bersalin\n\nUntuk pegawai lelaki lantikan tetap /PPP yang bertugas / diarah bertugas dalam Cuti Penggal persekolahan\nCuti terhad sebanyak 5 kali sepanjang perkhidmatan\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nCuti bermula pada hari isteri bersalin atau keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang)\n\nTempoh :\u00a07 hari termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.\nNota : Tempoh cuti bermula pada hari isteri bersalin ATAU keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang).\nTempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.\nxiv) Cuti Kursus Sambilan\nCuti khusus untuk penjawat awam hadiri kuliah / tutorial / seminar / bengkel / Kolokium / Latihan Amali / Latihan Industri\nSyarat-Syarat\n\nPegawai telah mendapat kebenaran bertulis mengikuti kursus secara sambilan daripada Ketua jabatab.\nPegawai yang dilantik berjawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan\nKursus yang diikuti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.\nIPTA / IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.\nMengikuti pengajian dalam apa jua bidang di peringkat Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Lanjutan.\nPegawai belum mempunyai kelayakan berkenaan, kecuali guru kerana pengajian yang dibenarkan hanya bidang yang diluluskan oleh BPG sahaja.\n\n\nxv) Cuti Bagi Menderma Organ\nSyarat Kelayakan\n\nPegawai lantikan tetap /sementara / kontrak (CoS) Sangkut / Guru Sandaran.\nMematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh KKM.\nPembedahan dalam negara sahaja.\n\nKemudahan Cuti Sakit\nTempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk jalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarikan discaj dari hospital.\nTempoh cuti : Tidak melebihi 42 hari mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan.\nxvi)\u00a0Cuti Perayaan Vaisakhi\nSyarat Kelayakan\nPenjawat awam merupakan penganut Sikh untuk menunaikn tanggungjawab keagamaan.\nTempoh : 1 hari (14 April setiap tahun).\nxvii) Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat\nTujuan : Membuat urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat dan untuk membantu waris jenazah.\nAhli keluarga terdekat termasuk :\n\nSuami / Isteri\nAnak kandung\nIbu kandung / Ibu angkat\nBapa kandung / bapa angkat\nIbu mentua\nBapa mentua\nAnak angkat\nAnak angkat\u00a0de facto\nAnak pelihara\n\nSyarat Kelayakan\n\nCuti bermula pada tarikh kematian ATAU hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat\nCuti termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.\n\nTempoh Cuti : 3 hari berturut-turut\nxviii) Cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai\nSyarat Kelayakan\n\nPegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Hari Gawai 1 Jun / 2 Jun setiap tahun)\nPegawai kelahiran Sabah atau WP Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Pesta Kaamatan 30 Mei / 31 Mei setiap tahun)\n\n\nxix) Cuti Umrah\nSyarat Kelayakan\n\nPegawai awam perkhidmatan awam persekutuan beragama Islam dan bertaraf Tetap.\nPermohonan cuti disertakan dengan dokumen perjalanan.\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nDicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nMenunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.\n\nCuti tak termasuk :\n\nHari rehat mingguan\nHari kelepasan mingguan\nHari kelepasan am\nCuti penggal persekolahan\nCuti peristiwa\n\nTempoh cuti : 7 hari\nAnda juga boleh semak lampiran di bawah untuk informasi lanjut\nCuti_Tidak_BerekodDownload\nCara Mohon Cuti Tanpa Rekod \nPenjawat awam boleh mengisi borang cuti tanpa rekod (CTR) dan kemukakannya kepada Ketua Jabatan masing-masing. \nBerikut dilampirkan contoh borang permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR).\nNota : Format borang mungkin berbeza mengikut jabatan, sila rujuk pada Jabatan Sumber Manusia masing-masing untuk maklumat lanjut.\nBorang-CTR-JanDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Cuti Tanpa Rekod, sila rujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia berkenaan kemudahan cuti menerusi pautan berikut : https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/\nAnda juga disarankan untuk merujuk Jabatan Sumber Manusia masing-masing untuk sebarang pertanyaan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sukarelawan-sukma-2022/", "title": "Jom Daftar Sukarelawan SUKMA XX Para SUKMA XX MSN 2022", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran sebagai sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022 telah di buka!\nKepada anda yang berminat untuk menyumbang dalam temasya sukan negara, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan.\nPendaftaran telah dibuka mulai\u00a01 Julai sehingga 15 Julai 2022.\nSebanyak 700 sukarelawan SUKMA dan 100 sukarelawan Para SUKMA MSN 2022 diperlukan untuk temasya sukan dwi-tahunan negara\nTiba masanya, ayuh warga Malaysia, sahutlah seruan menjadi salah seorang SUKARELAWAN dalam sejarah gemilang. Ayuh semua. #DemiMalaysia\nPengenalan Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022\n\nProgram Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara. \nProgram ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.\nApakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?\nSumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini. \nOleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas. Maka kami memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara\nPeranan Dan Tanggungjawab Sebagai Sukarelawan\nPertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah. Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022\u00a0 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini. Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan\nSenarai Bidang Tugas Sukarelawan\nButiran mengenai tugasan ini akan dimaklumkan kepada sukarelawan yang terpilih pada peringkat seterusnya program ini.\na) Tugas-tugasb) Anti-Dopingc) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)d) Kesihatan dan Perubatane) Pengangkutanf) Mediag) Sajianh) Penginapani) Persiapan Venue\nUntuk butiran lanjut mengenai bidang tugas sukarelawan, and boleh rujuk di\u00a0SINI.\nKelebihan dan Ganjaran Menjadi Sukarelawan\nMemegang kepada semangat sukarelawan dan hakikat bahawa Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu temasya sukan yang tidak berlandaskan kepada keuntungan serta dianjurkan untuk merayakan semangat untuk berkhidmat kepada tanah air dan masyarakatnya, TIADA GANJARAN ISTIMEWA yang akan ditawarkan untuk perkhidmatan anda. \n\n\n\n\nApa yang kami tawarkan ialah peluang untuk anda menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah dan bermakna tanahair kita ini.\nNamun begitu, kami ada menyediakan kemudahan asas, seperti di bawah:-\nPeruntukan elaun harian;Peruntukan eluan makananSkim Perlindungan insuransT-shirt dan seluar rasmi untuk sukarelawan, untuk dipakai pada setiap masa ketika bertugas; danSijil penghargaan\nTarikh SUKMA XX 2022\n16 September 2022 \u2013 24 September 2022\nTarikh PARA SUKMA XX 2022\n01 November 2022 \u2013 06 November 2022\n\nSyarat dan Kelayakan\nUntuk memastikan proses pendaftaran, penyebaran maklumat dan pelaksanaan peranan serta\ntanggungjawab sukarelawan dapat berjalan dengan lancar lagi efisyen, seseorang sukarelawan itu mestilah:\na. Warganegara Malaysiab. Berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2022.c. Bebas dari sebarang penglibatkan kes jenayahd. Memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap mengenai dirinya dan segera mengemas kini apa-apa perubahan maklumat ini kepada Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022; dane. Berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan disahkan oleh pegawai perubatan untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan.\nUntuk perincian mengenai terma dan syarat anda boleh baca disini\nBaca juga : \nSkim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022\nPendaftaran dan Maklumat Lanjut\nUntuk anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan Sukma dan Para SUKMA 2022, pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi\u00a0https://portal.sukarelawanmsn2022.my/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/karangan-ucapan/", "title": "Karangan Jenis Ucapan: Format dan Contoh Panduan", "body": ["\n\n", "\nSalah satu karangan berformat bagi murid-murid sekolah rendah mahupun menengah yang mungkin ditanya dalam peperiksaan termasuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)\u00a0Bahagian C adalah karangan jenis ucapan.\nUcapan lazimnya dibuat ketika berlakunya sesebuah majlis yang dianjurkan.\nAntara majlis yang biasa mempunyai ucapan adalah seperti berikut seperti:\nMajlis perasmianMajlis perpisahanMajlis meraikan seseorangMajlis mengingati hari tertentu\nSelain itu, ucapan juga biasanya diberikan oleh pihak-pihak yang mempunyai pangkat atau jawatan yang lebih tinggi di dalam sesebuah organisasi, jabatan, mahupun agensi.\nNamun, terdapat juga majlis yang memberikan ruang kepada wakil-wakil tertentu seperti murid mahupun guru untuk memberikan ucapan.\nGelaran/Panggilan\nDalam karangan ucapan, setiap gelaran dan panggilan kepada jemputan yang hadir perlulah bersesuaian.\nSebagai contoh, gelaran atau panggilan untuk individu berikut adalah seperti:\nYang\u00a0di-Pertuan Agong: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan AgongYang di-Pertua Negeri: Tuan Yang TerutamaPerdana Menteri Malaysia: Yang Amat BerhormatTimbalan Perdana Menteri: Yang Amat BerhormatMenteri/Timbalan Menteri: Yang BerhormatWakil Rakyat/Adun: Yang Berhormat\nFormat Karangan Ucapan\nTerdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam format karangan ucapan iaitu:\ni) Pengenalan\nSetiap ucapan perlu dimulakan dengan kata-kata aluan.\nKata-kata aluan ini perlu disusun mengikut protokol atau tahap kedudukan para jemputan yang hadir di dalam sesebuah majlis. \nii) Isi\nIsi lazimnya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis yang kemudiannya disusuli dengan menyebut tujuan ucapan.\nIsi ucapan perlu tertumpu kepada memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan kepada hadirin yang hadir.\n\n\n\n\nLetakkan 1 atau 2 kata penghadapan sebelum memulakan isi baharu untuk menarik perhatian seperti hadirin\u00a0yang\u00a0dihormati sekalian.\nAdalah digalakkan untuk memasukkan kiasan, pantun atau peribahasa supaya ucapan tersebut menjadi lebih menarik.\niii) Penutup\nUcapan penutup perlu menjurus kepada menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.\nSelain itu, ucapan penutup pula perlu mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan.\nUcapan penutup perlu disudahi dengan ucapan terima kasih dan mengucapkan salam kepada hadirin yang hadir terutamanya kepada jemputan yang diraikan.\nContoh Karangan \nContoh karangan ucapan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\ni) Contoh karangan 1\nSoalan: Majlis sambutan Hari Guru akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan selengkapnya.\n\nii) Contoh karangan 2\nSoalan: Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda selengkapnya.\n\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut mengenai karangan jenis ucapan, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=im4ivEnDoM8.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tema-maulidur-rasul/", "title": "Tema Maulidur Rasul 1444H /2022M Malaysia", "body": ["\n\n", "\nPada setiap tahun mengikut kalender Islam iaitu pada 12 Rabiulawal adalah tarikh penting bagi seluruh umat Islam. Kerana ianya adalah tarikh Maulidur Rasul dalam Islam iaitutarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.\u00a0Setiap tahun adalah unik. Sudah pasti ramai yang tertunggu apakah tema maulidur rasul 1444H /2022M Malaysia bukan?\nDi Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.\nAntara sambutan dan pengisian yang selalu di adakan adalah seperti perarakan sepanduk yang dihias dengan kalimah-kalimah ayat berzanji, diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW. Selain itu juga diakan program-program majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.\nProgram-program ini juga dibuat secara besar-besaran. Dari peringkat kampung, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan\nTema Maulidur Rasul 1444H/2022M\nPada tahun ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad).\nTema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M kali ini adalah\u00a0\u201cKeluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran\u201d.\nAcara sambutan ini juga akan mendapat liputan siaran langsung dan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari sambutan\nRingkasan Kisah Hidup Nabi Muhammad S.A.W\nNabi Muhammad di lahirkan sekitar tahun 570 (dalam kalendar Masihi).\u00a0Bapa saudaranya telah membesarkan baginda selepas ibu bapanya meninggal dunia semasa baginda masih kecil.\u00a0Nabi Muhammad bermula dengan menceburi bidang perdagangan dan penggembalaan.\nBaginda mula berdakwah sekitar umur 40.\u00a0Akhirnya, baginda dan pengikut-pengikutnya yang berjumlah sekitar sepuluh ribu berjaya menguasai Mekah.\u00a0Nabi Muhammad meninggal dunia akibat keuzuran pada 632 selepas menyatukan Tanah Arab kepada sebuah entiti Muslim tunggal.\nTarikh Cuti \u00a0Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia\nCUTI MAULIDURRASUL 2022 jatuh pada tarikh berikut:\n9/10/2022 \u2013 AHAD (12 Rabiulawal 1443H)10/10/2022 \u2013ISNIN (Semua Negeri cuti umum, kecuali Johor,Kedah, Kelantan & Terengganu) Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia\n\nSejarah Sambutan Maulidur Rasul\nSebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab\u00a0Al-Bidayah wa al-Nihayah\u00a013/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata:\u00a0\u201cAdalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi\u2019ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.\n\n\n\n\nDisamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.\u201d Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:\nAl-Abbas bersyair:\u00a0\u201cDi kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.\u201d\u00a0Lihat\u00a0al-Mustadrak ala al-Sahihain.\nHasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.\nHukum Sambutan Maulid Nabi Menurut Mufti\nTarjih\nMengikut keputusan dan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid\u2019ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:\nPengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.Tiada percampuran lelaki dan perempuan.Menutup aurat.Tiada unsur maksiat.Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-MubarakfuriKitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn HishamKitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-TirmiziPenekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-GhazaliKitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-ButiKitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa \u2018Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba\u2019ieKitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lainDisemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d\u060c \u0648\u064e\u062d\u064f\u0637\u064e\u0651\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062e\u064e\u0637\u0650\u064a\u0626\u064e\u0627\u062a\u064d\u060c \u0648\u064e\u0631\u064f\u0641\u0650\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u062a\u064d\u201cSesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).\u201d(Riwayat al-Nasa\u2019i, no. 1297)\nBerhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka\u2019ab bin \u2018Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: \u201cKatakanlah\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c\nMeraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: \u201cTermasuk perkara baru atau bid\u2019ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma\u2019ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.\u201d\n\nSumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan\nSemoga dengan Tema Maulidur Rasul 1444H/2022M \u201cKeluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran\u201d akan membawa makna dan memberi kesan kepada penyatuan dan perpaduan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/anugerah-biasiswa-luar-negara-pnb/", "title": "Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021", "body": ["\n\n", "\nKepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuka tawaran biasiswa pengajian ke luar negara melalui Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021.\nUntuk makluman, PNB merupakan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara dan telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia.\nSelain sebagai syarikat yang menumpukan kepada pelaburan negara, PNB juga turut membantu pengajian pelajar-pelajar cemerlang seperti menawarkan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB kepada mereka yang layak.\nBagi calon-calon yang berminat, tarikh tutup permohonan anugerah biasiswa ini adalah pada 29 Jun 2021.\n\nSyarat Kelayakan Minima\nCalon-calon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayak minima iaitu:\n\n\n\n\nCalon memperolehi gred minima 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) sahaja) bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2020.Gred A\u2013 (Cemerlang) tidak diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.Calon memperolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2020.Umur pemohon tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2021.Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan serta mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.Calon mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.Tiada keluarga terdekat calon yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.\nSyarat Tawaran Biasiswa\nSelain syarat kelayakan minima, calon-calon juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan biasiswa iaitu:\nPemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang ditetapkan dan berdasarkan kelulusan PNB.Pemohon dikehendaki menulis di Bahagian IV dengan teliti 3 pilihan program pengajian sahaja kecuali Perubatan, Farmasi, Pergigian dan program pengajian yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.Setelah lulus pengajian peringkat persediaan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh PNB, pemegang biasiswa perlu mendapat tempat di universiti luar negara yang ditetapkan oleh PNB untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.pnb.com.my/.Pada bahagian Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB, sila klik \u2018Mohon Sekarang.\u2019Kemudian, di bahagian Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara PNB 2021, klik butang \u2018Mohon Di Sini.\u2019Isi maklumat di borang permohonan yang dimuat turun tersebut.Sediakan dokumen wajib yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen wajib ke email [email\u00a0protected].\nDokumen Wajib\nDokumen wajib yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nGambar berukuran passport.Salinan MyKad pemohon.Salinan slip keputusan penuh SPM 2020.Salinan slip gaji bulanan terkini (2021) bapa dan ibu atau penjaga; dan atau Salinan Penyata Pendapatan untuk LHDN terkini (Penggajian/Perniagaan) ibu dan bapa atau penjaga; dan atauSalinan Kad Pesara dan slip Penyata Bayaran Pencen Bulanan terkini.Salinan Sijil Penilaian Ko-kurikulum Sekolah Menengah meangkumi Sijil Penilaian Ko-kurikulum yang memaparkan Markah Purata Terkumpul (PNGK) sahaja.Salinan Sijil Berhenti Sekolah.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ahmad Radhi daripada Unit Pendidikan PNB di talian 03-20505858.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/yayasan-sabah-permohonan-biasiswa-pinjaman-pengajian-tinggi-2022/", "title": "Yayasan Sabah : Permohonan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2022, tawaran pelbagai biasiswa,pinjaman dan dermasiswa Siri 2/2022 Pengajian Tinggi boleh dibuat mulai 17 Jun 2022. Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa anak Sabah yang berkelayakan untuk memohon tajaan pendidikan ini. Tawaran ini adalah untuk pengajian di peringkat Sijil,Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.\nPermohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (Online) melalui pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022.\nPermohonan Biasiswa Yayasan Sabah ,Pinjaman Pengajian Tinggi & Derwasiswa Siri 2/2022\n\nTajaan ini terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi. Permohonan adalah berdasarkan kelayakan akademik, bidang pengajian dan juga tahap pengajian.\nTajaan ini boleh dimohon bermula 17 Jun sehingga tarikh tutup permohonan untuk tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) dan Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB) ialah pada 30 jun 2022. Manakala tajaan lain sehingga 22 Julai 2022\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022\nTarikh Permohonan\nBiasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) 17 Jun Sehingga 30 Jun 2022Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB) 17 jun sehingga 30 Jun 2022Tajaan lain 17 Jun sehingga 22 Julai 2022\n\nSyarat Permohonan\n1.Pemohon,ibu dan bapa warganegara Malaysia berasal dari negeri Sabah atau\n2.Pemohon,ibu dan bapa warganegara malaysia salah seorang ibu atau bapa\u00a0 penduduk asal negeri sabah atau\n3.Pemohon,ibu dan bapa warganegara malaysia salah seorang ibu atau bapa mempunyai status penduduk tetap negeri Sabah\n\n\n\n\n\nJenis Tajaan & Kelayakan Akademik\nBiasiswa\nBiasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)\nPemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5A+ termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan SPM 2021\nKursus : Matrikulasi/Pra/Asasi/A\u2019level/DiplomaTempat pengajian : Dalam negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikui program berkembar (TTP)\nBiasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB)\nPemohon mestilah sekurang-kurangya memperoleh 5A termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan SPM 2021. khusus kepada golongan B40 luar bandar\nKursus : Matrikulasi/Pra/Asasi/DiplomaTempat pengajian : Uitm/UMS/UMP/UM/USNIZA/UNISHAMS/KOLEJ PRO BAITULMAL,KL/KTYS/UCSF/KUIPSAS\nBiasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam\nPeringkat pengajian : diploma /ijazah sarjana mudaTempat pengajian : Institut pengajian tinggi tempatan/program berkembar (TTP)/ASEAN/Timur Tengah\nBiasiswa Ulum Islamiah\nPeringkat pengajian : Ijazah Sarjana Mudatempat pengajian : Universiti Al-Azhar Mesir\nBiasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)\nPeringkat pengajian : Asasi -Ijazah Sarjana MudaKursus : Bahasa ArabTempat Pengajian : UCSF \u2013 Yarmouk University,jordan\nBiasiswa Kejuruteraan ( Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)\nPeringkat Pengajian : Ijazah Sarjana MudaTempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang ( Program Kerjasama Jerman) atau\nKursus :Asasi KejuruteraanTempat Pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology (YSCT)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang\nBiasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( YSCT)\nPeringkat Pengajian : DiplomaTempat Pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology (YSCT)\nBiasiswa IPTA/IPTS\nPeringkat pengajian : diplomaTempat pengajian : IPT TempatanKurusus: pertanian,velentinar,perakaunan,senibina,juruukur bahan, keushawanan,pergigian\nBiasiswa Pelancongan /Perhotelan\nPeringkat pengajian :Diploma/ Ijazah Sarjana MudaTempat Pengajian : Universiti Collage Sabah Foundation (UCSF)\nDermasiswa\nDermasiswa YSCT/Politeknik/Uitm\nPeringkat pengajian : sijil/diplomaTempat pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology/Politeknik/Uitm\nDermasiswa Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur (DBPBKL)\nPeringkat pengajian : Foundation In Accounting (FIA)/London Chamber of Commerce and indusry (LCCI)Tempat pengajian : Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur\nPinjaman Pengajian\nPinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai dalam kursus dermasiswa/biasiswa\n\nKelayakan Akademik\nBiasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)\nPemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5a+ termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm 2021\nBiasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB)\nPemohon mestilah sekurang-kurangya memperoleh 5a termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm 2021. khusus kepada golongan b40 luar bandar\nBiasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah\nPemohon mestilah memperoleh Sijil penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kuragnya jaid jiddan/sangat baik)dan/atau memperole sekurang-kuragnya 5 kredit trermasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM\nBiasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)\nPemohon mestilah memperolehi sijil penuh dalm peperiksaan STAM sekurang-kuragnya jaid jiddan/sangat baik) dan/atau memperolehi sekurang-kuragnya 4 kredit termasuk bahasa melayu,bahasa arab,pendidikan al-quran & sunnah dan pendidikan syariah islamiah dalam peperiksaan SPM\nBiasiswa Kejuruteraan\nPemohon mestilah memeperoleh sekurang-kuragna CGPA 3.00 dalam Peperiksaan Matrikulasi/Asasi\nBiasiswa IPTA/IPTS/Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian Tinggi\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm\nBiasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( YSCT)\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM\nDermasiswa Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur (DKPBKL)\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM\nCara Mohon\nPemohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di yayasansabahgroup.org.my melalui pautan portal permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022.Pemohon perlu mendaftar dengan e-mail peribadi. sila maklum bahawa borang permohnan secara dalam talian ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer rina (laptop) atau komputer peribadi\nSila klik DAFTAR akaun di https://ysedu-online.net.my/ dan isikan nama,nombor mykad,emel yang sah dan juga negeri asal/daerahSetelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan sila tekan butang DAFTARSelepas DAFTAR, permohonan akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan kata laluan (password)Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara onlineSila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum tekan butang HANTAR\nSekiranya permohonan telah mendaftar tetapi tidak menerima e-mel,sila hubungi pejabat bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah \n\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan biasiswa yayasan sabah 2022,pinjaman pengajian tinggi dan dermasiswa Yayasan Sabah siri 2/2022 anda boleh layari http://www.yayasansabahgroup.org.my/ atau hubungi ;\nNombor telefon;\n088-326402088-326385088-326390088-326392\nE-mail [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/spz-muip/", "title": "Permohonan Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ) MUIP", "body": ["\n\n", "\nRakyat Negeri Pahang yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan dan terkesan dan terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah membuka inisiatif iaitu Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ).\nUntuk makluman, SPZ dilaksanakan oleh MUIP bagi membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara terutamanya di Negeri Pahang. \nPemberian SPZ MUIP ini diharap mampu meringankan beban golongan yang terlibat untuk meneruskan kehidupan mereka dalam tempoh yang sukar ini.\nPermohonan bagi SPZ MUIP ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Jun 2021. \n\nSyarat Permohonan\nHanya terdapat 4 syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak MUIP bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini iaitu:\nWarganegara Malaysia.Pemohon mestilah beragama Islam.Pemohon berumur 21 ke atas.Bermastautin di negeri Pahang sahaja.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\nLayari laman web easnaf.muip.gov.my.Klik bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Isi maklumat dengan betul dan lengkap.Klik butang \u2018Daftar Baharu.\u2019Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang \u2018Log Masuk.\u2019Buat permohonan SPZ dan hantar permohonan setelah mengisi maklumat diri.\nSoalan Lazim\nApakah yang dimaksudkan dengan SPZ? SPZ merupakan bantuan yang disalurkan oleh MUIP kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan dan terkesan dan terjejas pendapatan akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0. Jika saya berumur 20 tahun dan ingin membuat permohonan, adalah saya layak memohon SPZ? Tidak. Hanya pemohon berumur 21 tahun dan ke atas sahaja layak untuk membuat permohonan. Saya tidak bermastautin di Negeri Pahang. Adakah saya layak memohon? Tidak. Permohonan hanya dikhaskan kepada penduduk yang bermastautin di Negeri Pahang sahaja. Bolehkah saya membuat permohonan SPZ di pejabat MUIP? Dalam tempoh PKP 3.0, semua permohonan perlu dibuat melalui laman web https://easnaf.muip.gov.my. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai SPZ MUIP, sila hubungi pihak MUIP di talian 011-3016 3882\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-fwd-takaful-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa FWD Takaful tahun 2022 telah dibuka. Pelajar-pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan kewangan biasiswa FWD Takaful ini.\nFWD Takaful Berhad (\u201cFWD Takaful\u201d) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga.\nMelalui insiatif ini FWD Takaful menawarkan program biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5000 atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.\nApa Itu Biasiswa FWD Takaful\nIanya merupakan program bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5000atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.\nProgram biasiswa ini akan membiayai sepenuhnya pengajian untuk tempoh4 tahun (termasuk pra-universiti bagi pelajar lepasan SPM) di universiti yang terpilih.Tujuan Biasiswa ini bertujuan untuk mem bolehkan pelajaryang cemerlang dalam pengajian mereka\u00a0 mendapatkan\u00a0 kemahiran dan\u00a0 pengetahuan yang Iebih mendalam. \nFWD Takaful Berhad menggalakkan dan mendorong pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Takaful/Insurans, Syariah, Kewangan/ Kewangan Islam, Teknologi Maklumat dan Sains Aktuari.\nBagi menjamin peluang pekerjaan setelah tamat program biasiswa dan pengajian, penerima biasiswa perlu berkhidmat dengan FWD Takaful bagi tempoh 3 tahun. Calon yang berjaya akan diberi perlindungan takaful dan seorang mentor sepanjang tempoh biasiswa ini berlangsung.\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti\nSyarat Permohonan\n\nUmur 21 tahun ke bawah pada 22 januari 2022SPM/Percubaan SPMminima 5a, termasuk bahasa inggeris,bahasa melayu,matematikpemohon yang memiliki keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas di galakkan memohonSTPMlulus kertas pengajian am dan minimum PNGK 3.5Pemohon perlu menyerahkan karangan tulisan tangan sebanyak 500 jumlah patah perkataan untuk menjelaskan ;Sebab-sebab permohonan biasiswa iniManfaat yang diperolehi daripada pengajian yang dipilihRancangan pengajian dan kerjaya pemohon\nBaca juga : Permohonan BSM : Biasiswa Tingakatan 6 Rendah RM600 Yayasan Pahang\nKriteria Tambahan\n\nPemohon perlu berjaya mendapat tempat di universiti tempatan daripada senarai univertsiti yang diluluskan,untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang seperti di bawah\nKeutamaan diberikan kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum\nPemohon tidak boleh menerima biasiswa/menerima bantuan kewangan daripada badan atau organisasi lain\n\nBidang pengajianTakaful/InsuransSains AktuariTeknologi maklumatSyariahKewangan Islam/Kewangan\nSenarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan\nPermohonan biasiswa ini juga hanya sah untuk pengajian di senarai kolej atau universiti tempatan yang terpilih sahaja seperti senarai berikut\n\nTarikh Permohonan\n23 Febuari 2022 \u2013 30 April 2022\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan cara;\nMuat turun borang permohonan biasiswa disini atauMenghantar permintaan melalui e-mel di [email\u00a0protected] (*Sila tulis\u201dPermintaan Borang Permohonan\u201d sebagai subjek)E-mel borang yang lengkap kepada [email\u00a0protected]\nSoalan Lazim\nBolehkah saya memohon biasiswa ini sebelum mendapat tempat di pusat matrikulasi atau universiti?\nYa, anda boleh memohon biasiswa ini sebelum mendapat tempat di pusat matrikulasi atau universiti dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan anda. Tawaran biasiswa akan diberi berdasarkan syarat-syarat tertentu. Pemohon hanya akan mendapat biasiswa apabila sudah menerima tawaran daripada universititerpilih. Oleh itu, pemohon diminta untukmemberitahu pihak kami dengan secepat mu ngkin sekiranya sudah menerima tawaran kemasukan universiti keiak\nSiapakah yang layak untuk memohon biasiswa ini? Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya layak untuk memohon?\nAnda boleh memohon biasiswa ini jika:\n\u2022\u00a0\u00a0 Anda adalah pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac 2022; atau\n\u2022\u00a0\u00a0 Anda adalah pelajar Tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan semester akhir Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Mei 2022.\nAnda boleh memohon biasiswa ini jika pendapatan seisi keluarga anda kurang daripada RM5,000 sebulan.\n\n\n\n\nApa yang perlu saya lampirkan bersama permohonan biasiswa saya?\nSila rujuk Borang Permohonan di mane panduan langkah demi langkah telah disediakan. Pastikan anda membaca semua syarat-syarat yang dinyatakan sebelum memohon.\nApa yang perlu saya sertakan dalam karangan serahan saya?\nAnda boleh memulakan karangan dengan memperkenalkan diri anda, dan menyatakan pencapaian akademik, cite-cite dan minat anda. Nyatakan sebab keperluan biasiswa ini dan mengapa anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam salah satu bidang pengajian yang dinyatakan. Beritahu kami tentang matlamat dan rancangan kerjaya anda. lni adalah peluang untuk menonjolkan keistimewaan anda berbanding pemohon yang lain.\nApakah kos yang akan ditaja melalui biasiswa ini?\nProgram Biasiswa FWD Takaful akan membiayai yuran kursus pengajian sepenuhnya, termasuk yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran asrama, kos sara hidup, pembelian komputer riba, mesin pencetak dan buku atau bahan rujukan kursus sepanjang tempoh program.\nApa yang diharapkan daripada saya jika saya Berjaya mendapat biasiswa ini?\nSekiranya anda berjaya mendapat biasiswa ini, anda perlu mengekalkan keputusan akademikyang konsisten dan hendaklah sentiasa berkelakuan baikseperti yang dinyatakan dalam perjanjian biasiswa anda. Sila rujuk maklumat program biasiswa di laman web kami.\nBolehkah biasiswa ini dibatalkan?\nYa, biasiswa ini boleh dibatalkan sekiranya anda gagal mematuhi mana-mana syarat biasiswa, seperti mengekalkan PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) pada tahap setiap semester atau anda gagal mengekalkan tingkah laku yang balk sejajar dengan\u00a0 peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pusat matrikulasi atau universiti. Contohnya, jika anda didapati terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengandadah atau aktiviti yang tidak mematuhi Syariah, biasiswa ini akan dibatalkan serta-merta.\nBolehkah saya menerima biasiswa ini jika saya menerima tawaran daripada universiti luar negara?\nBiasiswa ini hanya akan diberi jika anda mendapattawaran untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti atau kolej tempatan yang disenaraikan oleh program biasiswa kami.\nBaca juga : Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021\nBagaimana caranya untuk saya mengetahui permohonan saya berjaya atau tidak?\nFWD Takaful akan menilai dan membuat pemilihan bermula pada bulan Mei 2022 sehingga Julai 2022. Kami akan memberitahu pemohon yang terpilih melalui e-mel atau melalui pos, sebaik sahaja keputusan dibuat.\nSaya telah diberitahu bahawa permohonan saya berjaya. Adakah saya akan menerima maklumat yang lebih lanjut selepas itu?\nAnda\u00a0akan menerima\u00a0surat\u00a0tawaran\u00a0melalui\u00a0 e-mel\u00a0 atau\u00a0 pos\u00a0 dimana maklumat\u00a0\u00a0 lanjut\u00a0\u00a0mengenai\u00a0\u00a0biasiswa\u00a0 seperti\u00a0kelayakan\u00a0\u00a0 perbelanjaan,kaedah pembayaran, tanggungjawab anda sebagai penerima biasiswa dan pembaharuan biasiswa anda untuk tahun-tahun berikutnya akan dijelaskan. \nSekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut setelah menerima surat tawaran tersebut, anda boleh menghubungi kami di nombor yang disertakan di bawah.\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan program biasiswa FWD Takaful 2022 ini, anda boleh menghubungi kami di 1300 13 7988 atau Clara Thambu di 012503 2562 atau email [email\u00a0protected]\nWebsite : fwd.com.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perbezaan-resume-cv/", "title": "Resume & CV: Ini Perbezaan Yang Perlu Diketahui", "body": ["\n\n", "\nSesetengah individu mungkin keliru apakah perbezaan yang sebenarnya antara resume dan CV dalam memohon pekerjaan.\nSebahagian pihak berpandangan bahawa resume dan CV adalah dua dokumen yang sama dan tidak mempunyai perbezaan.\nWalau bagaimanapun, hakikat yang sebenar ialah terdapat perbezaan yang ketara antara resume dan CV dan perbezaan ini perlu diketahui khususnya kepada mereka yang sedang mencari kerja.\nIni kerana mereka perlu mengetahui dokumen mana yang sesuai untuk dihantar kepada bakal majikan sama ada resume ataupun CV.\nMaksud Resume & CV\nResume bermaksud dokumen yang disediakan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu.\u00a0\nCV atau Curriculum vitae ialah dokumen yang bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci.\nGambar\nGambar adalah perkara yang wajib untuk diletakkan di dalam resume ketika memohon pekerjaan.\nNamun berbeza dengan resume, CV pula tidak mewajibkan gambar diletakkan.\nNamun, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya gambar turut diletakkan di dalam CV tersebut.\nJumlah Helaian\nResume lazimnya mempunyai jumlah helaian yang sedikit iaitu 1 hingga 2 muka surat maksimum sahaja. \nIni kerana, resume yang biasa ditulis adalah lebih ringkas berbanding penulisan CV. \nManakala, CV pula lebih panjang helaiannya sehingga mencapai 3 muka surat kerana lebih banyak maklumat diletakkan berbanding dengan resume.\nFormat Yang Ditetapkan\nResume tidak mempunyai format secara khusus dan ia bergantung kepada kreativiti penulisnya untuk membuatkan resume tersebut kelihatan menarik.\nCV pula mempunyai format yang ditetapkan dan maklumat yang perlu diletakkan mengikut turutan yang betul. \n\n\n\n\nInfo Yang Dimasukkan\nInfo yang masukkan di dalam resume dan CV adalah hampir sama antara kedua-duanya.\nAntara info yang dimasukkan di dalam resume secara ringkas adalah tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu.\nBagi CV pula, antara info penting yang perlu diletakkan ialah latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman. \nCV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat-maklumat yang berkaitan.\nContoh Perbezaan\nContoh perbezaan yang boleh dilihat antara resume dan CV adalah melalui gambar di bawah\nContoh Resume\n\nContoh CV\n\nJika dilihat kepada contoh tersebut, maklumat di dalam resume lebih dilihat ringkas berbanding CV yang dilihat lebih terperinci dan panjang.\nDi samping itu, resume di atas disertakan dengan gambar penulis bebranding CV yang tidak diletakkan gambar. \nDalam aspek info, maklumat mengenai pendidikan di dalam resume adalah lebih ringkas dengan menyatakan nama universiti dan tahun sahaja berbanding CV yang turut disertakan dengan GPA/CGPA pemohon.\nSelain itu, dalam aspek pengalaman kerja, maklumat di dalam resume lebih ringkas berbanding CV yang menerangkan secara terperinci mengenai pengalaman dan skop pekerjaan yang dilakukan terdahulu. \nBacaan Lanjut\nAnda boleh melayari laman web https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-resume-2058495 untuk mengetahui maklumat mengenai perbezaan antara resume dan CV\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/niat-puasa-ramadan/", "title": "Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nNiat Puasa Ramadan\nSedar tak sedar, bulan Ramadan kini menjelma lagi. Adakah anda sedang refresh semula cara lafaz niat puasa Ramadan? \nAnda tak perlu risau kerana kami akan kongsikan lafaz niat puasa harian dan sebulan sebagai rujukan dan persediaan bagi anda menyempurnakan rukun Islam ketiga pada tahun ini.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Kadar Fidyah 2023 Ikut Negeri & Kalkulator Fidyah\nApa Itu Puasa?\nSebelum kita pelajari lafaz niat puasa, ayuh kita kenali erti sebenar puasa terlebih dahulu.\nDari segi bahasa, puasa bermaksud \u201cmenahan diri\u201c.\nDari segi istilah syarak pula, puasa bermaksud \u201cmenahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat\u201c.\n\nLafaz Niat Puasa Ramadan\nLafaz niat puasa harian dan sebulan adalah seperti berikut :\n1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan\u00a0\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\nNawaitu Souma Ghadin \u2018An Ada-\u2018i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\nMaksud:\u00a0Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta\u2019ala\n2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan\u00a0\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u0650\u0644\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\nNawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul\u2019lihi Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\nMaksud:\u00a0Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta\u2019ala\u00a0\nWaktu niat berpuasa adalah bermula pada terbenamnya matahari (waktu Maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.\n\n\n\n\nSumber: JAKIM\nPerlu Niat Puasa Setiap Malam atau Sebulan?\nSetiap kali bulan puasa tiba, persoalan tentang niat puasa setiap atau sebulan sering menjadi tanda tanya bagi umat Islam.\nBagi menjelaskan perkara ini, jom kita rujuk pandangan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.\nDalam hal ini, para ulama telah terbahagi kepada dua pendapat iaitu :\nBoleh Diniatkan Terus Sebulan Berpuasa\nMenurut pandangan al- Imam Zufar dan al-Iman Malik, berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.\nIanya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.\nPerlu Memperbaharui Niat Pada Setiap Malam\nPuasa Ramadan dilihat sebagai ibadah yang bersendiri (mustaqil) tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak atau terjejas.\nTidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.\nDatuk Dr Zulkifli yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyimpulkan bahawa adalah dibolehkan untuk berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat.\nMaka, tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga.\nSeseorang itu juga hendaklah berniat pada setiap malam seperti yang disarankan oleh mazhab kita, mazhab Syafi\u2019ie.\n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda mempersiapkan diri dalam melaksanakan puasa di bulan Ramadan.\nDalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.\nSemoga kita diberi pengampunan dan rahmah daripada Allah SWT.\nSumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / JAKIM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah-mcd/", "title": "Menu Rahmah McD : Hidangan RM 5 Lengkap Dengan Minuman", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah McD\nSeperti yang ramai sedia maklum, Menu Rahmah merupakan inisiatif kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kos sara hidup khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan.\nMcDonald\u2019s juga nampaknya tidak ketinggalan untuk menawarkan hidangan mampu milik bersempena kempen Menu Rahmah. \nOleh itu, McDonald\u2019s telah memperkenalkan Menu Rahmah khas bagi sesiapa yang ingin menikmati McD dengan harga rendah.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Menu Rahmah : Hidangan Seimbang Dengan Harga Mampu Milik\n\nPelancaran Menu Rahmah McD ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub di McDonalds\u2019s Mutiara Damansara, Selangor.\n\u201cDengan penyertaan McDonald\u2019s ke dalam Menu Rahmah, ia membuktikan makanan yang disediakan dalam inisiatif ini adalah berkualiti dan bukannya berkelas rendah.\n\u201cKami tidak berkompromi walaupun harganya murah.\n\u201cKami sangat berbesar hati melihat McDonald\u2019s dapat bersama kami melaksanakan Menu Rahmah ini sebagai usaha untuk menyediakan hidangan yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan,\u201d ujar Datuk Seri Salahuddin.\n\n\n\n\n\nMula ditawarkan sejak 8 Mac 2023, apa yang membezakan menu ini dengan tawaran McDonalds lain adalah Menu Rahmah yang ditawarkan boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja tanpa had masa.\nDengan adanya Menu Rahmah daripada McD, kini seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmatinya seisi keluarga.\nPilihan Menu Rahmah McD\nHidangan dengan bajet rendah serta lengkap dengan minuman yang ditawarkan oleh McDonalds adalah seperti berikut :\n\nBurger Ayam + Teh Ais Limau (S)\nBubur Ayam McD (S) + Teh Ais Limau (S)\nMcEgg + Teh Ais Limau (S)\n\nKetiga-tiga menu ini ditawarkan dengan harga RM 5.00 sahaja.\n\nMenu Rahmah McD boleh didapati di mana-mana cawangan McDonalds seluruh negara.\nSempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald\u2019s turut mengumumkan kemunculan semula menu yang ramai nantikan sempena bulan Ramadan iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging. \nKedua-dua menu ini juga boleh didapati pada masa terhad di semua restoran McDonald\u2019s mulai hari ini.\nUntuk perkembangan terkini mengenai tawaran hidangan McDOnald\u2019s sila ikuti laman Facebook McD di https://www.facebook.com/My.McDonalds/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-kira-bmi-guna-kalkulator-bmi-online/", "title": "Cara Kira BMI Guna Kalkulator BMI Online", "body": ["\n\n", "\nCara Mudah Kira Body Mass Index (BMI) Dengan BMI Kalkulator Online\nBody Mass Indeks (BMI) juga dikenali sebagai Indeks jisim badan (JIT) adalah ukuran lemak badan berdasarkan berat badan seseorang berhubung dengan ketinggian mereka. Formula ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk menentukan sama ada seseorang itu kurang berat badan, berat badan berlebihan atau dalam julat berat badan yang sihat\nCara Kira BMI Guna Kalkulator\nUntuk mengira BMI anda, anda perlu mengetahui berat dan ketinggian anda. Formula untuk BMI ialah:\nBMI = berat (kg) / tinggi (cm)\nUntuk mengira bmi dengan mudah, anda hanya perlu masukan nilai berikut dalam\n\nTinggi (dalam cm)\nBerat (dalam kilogram)\nTekan butang Kira BMI\n\nPowered by YAZIO\n\nKeputusan BMI (Body Mass Index)\n\nJULAT BMIKATEGORI18.5 KebawahUnderweight (Kurang berat badan)18.5 \u2013 24.9Normal (Berat ideal)25.0 \u2013 29.9Overweight (Lebih berat badan)30.0 ke atasObese (Obesiti/kegemukan)\nNota : Kadar bacaan BMI yang ideal bagi seseorang ialah dalam lingkungan bacaan BMI 18.5 -24.9.\nKurang daripada 18.5 adalah kurang berat badan. Manakala bacaan 25.0 \u2013 29.9 di anggap berat badan berlebihan. Dan paling kritikal bacaan BMI 30.0 dianggap obesiti atau kegemukaan berlebihan\nWalaupun begitu, adalah penting untuk anda megambil perhatian bahawa BMI hanyalah satu alat untuk menilai status berat badan secara umum dan tidak mengambil kira faktor seperti jisim otot, ketumpatan tulang atau komposisi badan. \nSebagai contoh, atlet yang mempunyai jisim otot yang banyak mungkin mempunyai BMI yang tinggi tetapi peratusan lemak badan yang rendah, manakala orang dewasa yang lebih tua mungkin mempunyai BMI yang sihat tetapi lebih berisiko mengalami masalah kesihatan akibat kehilangan otot.\nFormula Cara Kira BMI\nFormula pengiraan Body Mass Index (BMI) ini adalah sama untuk mengira bmi dewasa,ibu mengandung dan kanak-kanak iaitu\n\n\nBMI\u00a0= Berat (kg) / ketinggian (m)\u00b2\n\nUntuk lebih mudah, anda gunakan saja kaedah cara kira bmi guna kalkulator seperti yang kami kongsikan di atas\nCara Kira BMI Murid\nBMI kanak-kanak dikira sedikit berbeza daripada orang dewasa, kerana komposisi badan mereka berubah apabila mereka membesar. CDC menyediakan kalkulator BMI khusus untuk kanak-kanak dan remaja.\nBaca juga : Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025\nBMI harus digunakan bersama dengan penunjuk kesihatan lain, seperti lilitan pinggang, tekanan darah, paras kolesterol dan paras gula dalam darah.\nBMI di bawah 18.5 mungkin menunjukkan kekurangan zat makanan, gangguan pemakanan, atau keadaan kesihatan yang lain.\n\n\n\n\nBMI melebihi 25 boleh meningkatkan risiko anda untuk masalah kesihatan, tetapi ini bukan jaminan. Faktor lain seperti sejarah keluarga, merokok dan penggunaan alkohol juga boleh menjejaskan kesihatan anda.\n\n\nCara Kira BMI Bayi & Ibu Mengandung\nCara Kira BMI Bayi\nBMI biasanya tidak digunakan untuk menilai status berat badan pada bayi atau kanak-kanak kecil, kerana komposisi badan dan corak pertumbuhan mereka berbeza daripada orang dewasa. Sebaliknya, penyedia penjagaan kesihatan biasanya menggunakan carta pertumbuhan untuk memantau pertumbuhan dan perkembangan bayi. Carta ini menjejaki berat, panjang dan lilitan kepala bayi dari semasa ke semasa dan membandingkannya dengan corak pertumbuhan bayi lain pada umur dan jantina yang sama\nUntuk melihat carta ini, anda boleh rujuk cara kira bmi bayi dan ibu mengandung ini\nCara Kira BMI Ibu Mengandung\nPengiraan BMI untuk wanita hamil adalah sedikit berbeza daripada pengiraan untuk orang dewasa yang tidak hamil. Ini kerana kehamilan melibatkan perubahan dalam komposisi badan, termasuk peningkatan jumlah darah, cecair amniotik, dan tisu payudara, serta penambahan berat badan daripada janin yang sedang membesar.\nWalaupun BMI masih digunakan sebagai alat pemeriksaan untuk status berat badan semasa kehamilan, adalah penting untuk diingat bahawa kehamilan bukanlah masa untuk menurunkan berat badan, dan penambahan berat badan dijangka dan perlu untuk kehamilan yang sihat.\nUntuk mengira BMI untuk wanita hamil, formula yang sama digunakan:\nBMI = berat dalam kilogram / (tinggi dalam meter)\u00b2\nKesimpulan\nSebagai alternatif, anda boleh menggunakan cara kira bmi guna kalkulator BMI online seperti yang kami kongsikan untuk mengira BMI anda. Untuk menggunakan kalkulator online, hanya masukkan ketinggian dan berat anda dalam medan yang sesuai dan klik \u201ckira bmi.\u201d Kalkulator kemudian akan menjana BMI anda dan menunjukkan sama ada anda termasuk dalam kategori kurang berat badan, normal, berat badan berlebihan atau obes.\nPenting untuk diingat bahawa BMI hanyalah satu alat yang digunakan untuk menilai status berat badan dan potensi kesihatan.\nUntuk mengetahui dan mendapatkan info lanjut tentang cara kira bmi juga anda boleh dapatkan info daripada Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website : https://hq.moh.gov.my/nutrition/\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa itu BMI? BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian Bagaimana cara kira BMI? Formula kira BMI\u00a0= Berat (kg) / ketinggian (cm) \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-skim-bantuan-peralatan-perniagaan-johor-skipp/", "title": "Tawaran Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) kini dibuka untuk permohonan.\nInsentif ini digerakkan oleh kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim, (YPKDT) bagi usahawan yang berminat untuk mendapatkan peralatan perniagaan.\nBaca Juga : Permohonan Bantuan Perniagaan & Bimbingan Keusahawanan MAIWP\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan skim ini adalah pada 15 Mac 2022 (Selasa). \u00a0\n\nGolongan Sasar\nSkim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) menyasarkan usahawan dalam golongan seperti berikut :\nWanita (ibu tunggal dan B40)\nBelia\nOrang Kurang Upaya (OKU)\nSyarat Kelayakan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP)\nCalon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\n\n\n\n\nBerumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun (bagi ibu tunggal dan wanita); atauBerumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun (bagi belia); atauBerumur di antara 18 tahun sehingga 60 tahun (bagi OKU).Pemohon mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal/Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (bagi ibu tunggal dan wanita).Pemohon mempunyai Sijil Pendaftaran OKU/Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (bagi OKU).Warganegara MalaysiaPemohon kelahiran Negeri Johor/bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan.Telah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah (home-based business) atau mempunyai premis perniagaan sendiri.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/pernah mengikuti program/kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim.Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/ tidak pernah mengikuti program/kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat.Telah mendaftar sebagai golongan sasar (ibu tunggal, wanita, belia dan OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar) YPKDT menggunakan borang SMART.\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan boleh memohon melaui langkah-langkah berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0berikut : \nBORANG PERMOHONAN SKIPP\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.\nSediakan dokumen sokongan.\nHantar borang permohonan ke pejabat YPKDT yang berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nPeserta diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan semasa kemukakan permohonan mengikut senarai di bawah :\n\u00a0Salinan MyKad/Kad Pengenalan.Sekeping gambar berukuran passport.Surat Pengesahan Ibu Tunggal/salinan Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (Ibu Tunggal).Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)/ Kad OKU di bawah JKM.Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) (sekiranya ada).Salinan Slip Gaji Terkini (Jika masih bekerja beserta cop pengesahan majikan).Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu/Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan atau golongan profesional (sekiranya tiada slip gaji).Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan mengenai SKIPP, sila layari laman web\u00a0http://ypkdt.org.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-prihatin-pahang-bpp/", "title": "Terkini Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPahang menawarkan Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022. Bantuan ini di salurkan secara berperingkat mulai April hingga Julai 2022.\nBantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 memperuntukkan RM30 juta yang akan diagihkan kepada empat kluster utama warga negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.\nMenteri Besa Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata dana berkenaan akan diagihkan mulai bulan ini hingga Julai depan membabitkan 297,013 penerima.\nApa Itu Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022\n\nIanya bantuan khas Kerajaan Negeri Pahang yang menyasarkan empat kluster utama negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.\nDi bawah kluster pelajar dan anak muda ialah pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik serta anak muda 18 tahun hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.\nKluster B40 terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi manakala kluster umum adalah penerima di kampung tradisi peneroka, Orang Asli, penjaja harian, serta pengusaha bot dan pemandu pelancong; manakala kumpulan di bawah kluster apresiasi pula adalah veteran tentera dan polis.\nBantuan yang bakal disalurkan termasuklah wang tunai RM200 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.\nWang tunai RM100 pula akan diagihkan untuk pelajar Tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM manakala wang tunai RM300 untuk penggiat di media sosial.\n\u201cSaya percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil Kerajaan Negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja Bantuan Prihatin Pahang tetapi juga pelbagai bantuan lain untuk rakyat,\u201d katanya.\nBaca juga : Bantuan APZ Untuk Mangsa Banjir Pahang\n\u00a0\nSenarai Kluster Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP)\nKluster Pelajar dan Anak Muda\n\n\nKluster B40\n\nDalam inisiatif Bantuan Prihatin Pahang kali ini, Kerajaan Negeri menyalurkan RM200 tunai kepada 4 golongan berikut:\n\n\n\n\n\n4,500 para nelayan\n928 pemandu teksi.\n700 pelajar anak yatim.\n7,000 ibu tunggal\n\nManakala 500 gelandangan di Jalan Wong Ah Jang pula akan menerima RM100 tunai melalui bantuan ini.\nTarikh Bayaran Bantuan BPP\nKluster Umum\n\nAntara golongan yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 ialah penjaja harian serta pengusaha bot dan pemandu pelancong.\nJusteru, bagi membantu dan meningkatkan kembali semangat mereka untuk meneruskan aktiviti perniagaan dan pekerjaan, maka Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan RM200 tunai melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022.\nSelain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengagihkan Kotak Aidilfitri bernilai RM50 kepada 130,060 penduduk kampung dan peneroka serta 30,600 masyarakat Orang Asli di seluruh Pahang. Semoga sumbangan tersebut dapat menyuntik sedikit kegembiraan buat mereka menjelang hari lebaran nanti.\nKluster Apresiasi\n\nBagi mengenang jasa dan bakti serta membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan insentif RM200 tunai kepada veteran ATM dan PDRM ini melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022.\nTarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022\n\nBayaran bantuan ini akan mulai di salurkan kepada penerima mulai April ini sehingga Julai 2022 secara berperingkat.\n\u00a0\nKemampuan menyalurkan BPP 2022 ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka untuk menjalani kehidupan seharian.\nSumber :\u00a0https://pahangmedia.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-pelajar-uitm-sarawak/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Sumbangan Zakat Untuk Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bantuan zakat untuk pelajar UiTM Sarawak kini dibuka untuk permohonan.\nPermohonan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM cawangan Sarawak. \nBaca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD\nSyarat-Syarat Permohonan Tawaran Zakat Untuk Pelajar UiTM Sarawak\nPelajar UiTM Sarawak yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nBeragama IslamPendapatan kasar ibu bapa atau penjaga adalah RM 4,000 ke bawah.Pelajar tidak terikat dengan mana-mana biasiswa mahupun tajaan pelajaran lain.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPelajar juga diminta untuk kemukakan dokumen berikut :\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa atau penjaga.Salinan penyata akaun pemohon. Pastikan nombor akaun tertera untuk proses transaksi wang bantuan.Salinan penyata gaji ibu bapa atau penjaga.\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi student portal UiTM.\nTarikh-Tarikh Penting Permohonan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Sarawak\nTarikh permohonan : 21 Mac hingga 21 April 2022Semakan dokumen : 22 hingga 30 April 2022Sesi Temuduga : 9 hingga 15 Mei 2022\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lajut mengenai bantuan zakat pelajar ini, sila hubungi Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Sarawak di talian 082-677056. \nUntuk mendapatkan perkembangan terkini sila ikuti Laman Facebook MPP UiTM Sarawak. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-buat-link-whatsapp/", "title": "Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Di TikTok, IG", "body": ["\n\n", "\nPanduan Cara Buat Link WhatsApp Bussines Tanpa Nombor di Tiktok, IG, Instagram\nWhatsApp ialah aplikasi pemesejan popular yang membolehkan orang ramai menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan suara dan video serta berkongsi fail antara satu sama lain. Satu ciri WhatsApp ialah keupayaan untuk mencipta pautan yang membolehkan orang lain menghantar mesej kepada anda di WhatsApp tanpa perlu menambah nombor telefon anda pada kenalan mereka. \nIni berguna untuk perniagaan, organisasi dan individu yang ingin memudahkan orang ramai menghubungi mereka di WhatsApp tanpa perlu berkongsi nombor telefon mereka. Untuk membuat pautan WhatsApp tanpa nombor telefon, anda boleh menggunakan fungsi yang telah disebdiakan oleh pihak whatsapp itu sendiri atau anda boleh menggunakan alat atau perkhidmatan pihak ketiga yang anda biasa\nCara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor di TikTok\n\nUntuk membuat pautan WhatsApp di TikTok tanpa meletakkan nombor telefon, anda boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Linktree atau Beacons.ai. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti:\n\nPertama, daftar akaun percuma di salah satu platform seperti Linktree atau Beacons.ai.\nSelepas mendaftar, anda akan mendapat pautan profil khas yang memaparkan semua pautan dan maklumat yang ingin anda kongsi. Salin pautan profil anda.\nBuka aplikasi TikTok dan buat video baru.\nPilih \u201cEdit Profile\u201d dan masukkan pautan profil Linktree atau Beacons.ai anda di bahagian \u201cWebsite\u201d.\nSetelah anda menyimpan perubahan, pautan profil anda akan dipaparkan pada profil TikTok anda.\n\nIni langkah-langkah cara buat pautan WhatsApp tanpa nombor di TikTok menggunakan aplikasi Linktree:\n\nPertama sekali, muat turun apl Linktree pada telefon anda, atau anda juga boleh terus layari website https://linktr.ee/ dan buat akaun jika anda belum memilikinya.\nSemak email, dan sahkan\nKemudian log masuk ke akaun Linktree anda, klik butang \u201cAdd New Link\u201d untuk menambah pautan baharu.\nNamakan pautan anda (cth. \u201cHubungi saya melalui WhatsApp\u201d) atau anda juga boleh buat dengan cara tambah ikon WhatsApp yang tersedia di bahagian bawah.\nKlik butang \u201cTambah Pautan Sosial Baharu\u201d untuk menambah pautan WhatsApp anda.\nPilih ikon WhatsApp daripada senarai media sosial yang tersedia.\nMasukkan nombor WhatsApp anda, termasuk kod negara, dalam kotak yang disediakan dan klik \u201cSimpan\u201d.\nSelepas itu, salin pautan Linktree anda.\nBuka apl TikTok .\nPilih \u201cEdit Profil\u201d di bahagian bawah skrin dan masukkan pautan Linktree anda dalam kotak \u201cLaman Web\u201d.\nSimpan perubahan anda dan pautan Linktree anda kini akan dipaparkan pada profil TikTok anda.\n\nKini, apabila pengguna mengklik pautan WhatsApp dalam Linktree anda pada profil TikTok anda, mereka akan dialihkan ke sembang WhatsApp dengan nombor anda, supaya mereka boleh menghubungi anda dengan mudah melalui WhatsApp.\nCara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Guna create.wa.link\nBagi pengguna aplikasi Whatsapp Business, untuk membuat link whatsapp tanpa nombor, anda boleh ikut beberapa langkah mudah ini. \n\n\n\n\n\nLangkah 1 : Layari website https://create.wa.link/\nLangkah 2 : Klik Create a free wa.link\nLangkah 3 : Masukkan nombor telefon\nLangkah 4 : Masukkan ayat pada create custom massage\nLangkah 5 : Generate my wa.link\nLangkah 6 : Copy link \n\nKini anda hanya perlu copy short link tersebut dan letakkan di bio TikTok anda\nOrang yang klik pada short link yang anda buat tadi akan terus boleh hubungi anda melalui whatsapp tanpa perlu nombor\nCara Buat Link Whatsapp di IG\n\nAnda boleh Follow step by step yang sama seperti cara buat pautan WhatsApp tanpa nombor di TikTok menggunakan aplikasi Linktree, dan hanya perlu copy link yang anda telah anda generate menggunakan wa.link itu tadi dan letakkan di IG anda\nAnda juga boleh tonton video ni untuk lebih jelas tentang cara buat link whatsapp tanpa nombor di TikTok dan IG\n\n\n\nKelebihan Guna Aplikasi Linktree \nBagi anda yang biasa menggunakan aplikasi TikTok, aplikasi ini mempunyai pantang larang seperti tidak membenarkan meletakkan nombor telefon dan meletakkan pautan keluar daripada sosial media mereka seperti whatsapp. Oleh sebab itu dengan cara ini, pengikut atau follower anda masih boleh menghubungi anda melalui whatsapp dengan cara ini.\nSelain itu juga, anda boleh meletakkan beberapa banyak pautan yang anda mahukan seperti pautan ke media sosial anda yang lain seperti facebook, twitter dan lain-lain.\nDengan cara buat link Whatsapp tanpa nombor ini juga lebih memudahkan untuk follower atau pengikut di media sosial anda terus menghubungi anda melalui whatsapp dengan hanya satu klik tanpa perlu menyalin nombor telefon anda.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/banjir-pahang-bantuan-tunai-rm200/", "title": "Banjir Pahang: Bantuan Tunai RM200/bulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa", "body": ["\n\n", "\nBanjir Pahang: Bantuan Tunai RM200/bulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa ~ Sukacita dimaklumkan, kepada mangsa banjir di negeri Pahang yang terjejas teruk dan kehilangan kediaman bakal menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.\nBantuan Tunai Untuk Mangsa Banjir Pahang\nBantuan tunai ini telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Ubai.\nBantuan ini akan disalurkan terus kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.\nSehubungan dengan itu, kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.\n\n\n\n\nDalam lawatan tersebut, beliau juga menyerahkan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada Kerajaan Pahang serta bantuan bakul makanan kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato\u2019 Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai.\u00a0\nProsedur & Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang\n\nMangsa banjir yang terjejas boleh mendapatkan borang\u00a0 bantuan dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.\nBorang pendaftaran juga boleh dimuat turun di pautan\u00a0 berikut: https://bit.ly/3mvnVbw\u00a0\nUntuk senarai JPKK, sila klik pautan berikut:\u00a0 https://bit.ly/3pne1Lc.\nSelain itu, dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.\nBorang-Pendaftaran-Mangsa-Banjir-PahangDownload\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di dalam senarai PDF di bawah:\nSenarai-Anggota-JPKK-BANJIR-PAHANGDownload\nSumber :\nhttps://pahangmedia.my/kerajaan-pahang-akan-beri-bantuan\u2026/https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/905108/mangsa-banjir-hilang-rumah-di-pahang-terima-rm200-sebulan-selama-6?fbclid=IwAR0MzvmZ-pI6P-83BjPZvQlPuIqzzlPK6ICVT4RmPN5JOnOeNLkCvKC6L7AFacebook Pahang Media : https://www.facebook.com/PahangMedia/photos/a.115464059862979/684960576246655/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/teka-teki-kanak-kanak/", "title": "36 Teka-Teki Kanak-Kanak Yang Lucu dan Mencuit Hati", "body": ["\n\n", "\nSejak dari kecil, bermacam-macam teka-teki yang diajukan untuk mengasah minda kanak-kanak.\nKalau dapat jawab, memang gembira dan puas rasanya! Kelakar pun ada bila kita dapat tahu jawapannya yang tak masuk akal. \nJom kita semak teka-teki kanak-kanak untuk menguji minda dan berhibur santai bersama anak-anak di rumah!\nBaca Juga : 60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan\n36 Teka-Teki Kanak-Kanak Yang Kelakar dan Menghiburkan\nSumber gambar : https://www.freepik.com/\n1. Boleh dirasakan tapi tak boleh dipegang. Tanpanya manusia tak boleh hidup. Apakah ia?\nJawapan : Udara\n2. Berapa bulan dalam setahun yang ada 28 hari?\nJawapan : Semua ada! Kan setiap bulan ada sekurang-kurangnya 28 hari.\n3. Sukan apa yang selepas main kita tabik?\nJawapan : Golf\n4. Kuda apa yang tiada kaki?\nJawapan : Kuda kepang\n5. Masuk dari satu lubang besar, keluar di tiga lubang kecil\nJawapan : Baju\n6. Binatang apa yang kurang ajar?\nJawapan : Kutu, kerana dia merayap atas kepala.\n7. Jam apa yang paling busuk tapi kita tetap kena gunakannya?\nJawapan : Jamban\n8. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?\nKereta kabel\n9. Buku apa yang tidak mempunyai kertas?\nJawapan : Buku lima ATAU Facebook\n10. Dia lembu, tapi bukan lembu. Apakah ia?\nJawapan : Gambar lembu\n11. Saya boleh memenuhi ruang bilik, tetapi saya tidak mengambil ruang. Apakah saya?\nJawapan : Cahaya.\n12. Negara apa yang ejaannya huruf berganda?\nJawapan : Uganda\n13. Dia menggunting rambut setiap hari, tetapi rambutnya masih ada. Siapakah dia?\nJawapan : Tukang gunting rambut\n14. Walaupun bukan doktor, tapi semua orang disuntiknya. Siapa dia?\nJawapan : Nyamuk\n15. Kamu cuba koyak kulit saya, tetapi saya tidak sakit, kamu pula yang menangis. Siapakah saya?\nJawapan : Bawang\n16. Ubat apa yang kalau nak guna kena bakar dulu?\nJawapan : Ubat nyamuk\n17. Apa yang boleh melompat lebih tinggi daripada bangunan?\nJawapan : Apa sahaja yang boleh melompat, sebab bangunan tidak boleh melompat!\n18. Ada tiga orang naik bot. Bila bot terbalik, dua orang sahaja rambut basah. Kenapa?\nJawapan : Sebab yang seorang lagi botak!\n\n\n\n\n19. Apa benda yang ringan seperti kapas, tetapi manusia terkuat di dunia pun tak dapat menahannya lebih daripada seminit?\nJawapan : Nafas / Oksigen\n20. Bulan manakah yang orang paling sedikit tidur?\nJawapan : Bulan Februari sebab ada hari yang lebih sikit berbanding bulan lain.\n21. Apa yang perlu dipecahkan sebelum kita gunakannya?\nJawapan : Telur\n22. Apa yang naik tetapi tak pernah turun?\nJawapan : Umur\n23. Apa yang mempunyai satu mata tetapi tak dapat melihat ?\nJawapan : Jarum\n24. Apakah 2 makanan yang tidak boleh dimakan ketika sarapan pagi?\nJawapan : Makan tengah hari, makan petang dan makan malam.\n25. Apa benda yang milik kita, tetapi rakan dan keluarga yang selalu gunakannya?\nNama kita sendiri.\n26. Binatang apa yang macam kucing, tapi lagi kecil daripada kucing?\nJawapan : Anak kucing\n27. Apa yang ada kaki, tetapi tak boleh berjalan?\nJawapan : Kaki lima ATAU Meja\n28. Cawan kalau pecah, baling dekat mana?\nJawapan : Baling dekat Kedah.\n29. Kenapa biri-biri jalan lambat?\nJawapan : Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.\n30. Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling banyak guna air?\nJawapan : Rumah terbakar panggil bomba.\n31. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada banyak mata?\nJawapan : Ikan bilis satu kilo.\n32. Benda apa yang lebih kecil daripada kuman?\nJawapan : Anak kuman.\n33. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?\nJawapan : Ikan patin (Fatin)\n34. Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?\nJawapan : Air terjun\n35. Bagaimana caranya untuk buatkan air terjun berhenti?\nJawapan : Ambil gambar\n36. Bila mati, saya hitam. Bila saya hidup, saya merah. Siapakah saya?\nJawapan : Arang\nWah, memang sangat menarik dan menguji minda teka-teki kanak-kanak ini. Jawapannya ada yang menghiburkan, ada yang sukar dijangka! \nMemang sesuai untuk ditujukan kepada anak-anak dan murid sekolah. Pasti mencuit hati! Selamat mencuba!\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/geran-bantuan-khas-mm2h-pemerkasa/", "title": "Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H PEMERKASA One-Off RM3000", "body": ["\n\n", "\nMenerusi Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan geran bantuan khas kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak iaitu Geran Bantuan Khas Malaysia My Second Home (MM2H) PEMERKASA.\nInisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang terkesan dengan wabak COVID-19.\nBantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H yang berlesen. \nOleh itu, syarikat yang beminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.\u00a0\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi syarikat yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPermohonan hanya dibuka kepada syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.Permohonan hanya dibuka kepada pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.Untuk lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada adalah layak menerima bantuan kewangan ini.Untuk lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) adalah tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk menerima bantuan kewangan ini.Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat yang berdaftar sahaja.Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan geran bantuan khas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h/permohonan.Klik negeri yang berkaitan.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nTerdapat 3 dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:\nBorang Permohonan PEMERKASA MM2H yang lengkap perakuan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat\u00a0(muat turun melalui pautan http://www.motac.gov.my/images/attachstore/pkp/pemerkasamm2h/Borang-Pemerkasa-MM2H.pdf).Salinan muka hadapan penyata bank syarikat.Salinan Lesen TOBTAB atau Salinan Resit Fi Proses Pembaharuan Lesen (jika berkenaan).\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai geran ini boleh dirujuk kepada Pejabat MOTAC Negeri di pautan http://www.motac.gov.my/images/attachstore/pkp/pemerkasamm2h/Senarai_Direktori_Pegawai_Pejabat_MOTAC_Negeri_untuk_dihubungi.pdf. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/splkpm/", "title": "SPLKPM 2023 \u2013 Login Modul Individu & Penyelaras", "body": ["\n\n", "\nSPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sistem Pengurusan Latihan dan Pembangunan Profesional Berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia). \nIa merupakan sistem berasaskan web yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengurus latihan dan pembangunan profesional guru dan kakitangan pendidikan lain. Sistem ini menyediakan platform untuk guru mendaftar dan menjejaki penyertaan mereka dalam program latihan, serta mengakses sumber dan bahan yang berkaitan dengan pembangunan profesional mereka. \nSPLKPM juga menyediakan platform kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau dan menilai latihan dan pembangunan profesional guru dan warga pendidikan lain.\nModul Individu\nBagi modul idividu SPLKPM, ianya dibangunkan untuk kegunaan\u00a0Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.\nLDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.\nPegawai yang berkhidmat di ;\n\nBahagian\nJPN\nKolej Matrikulasi\nInstitut Pendidikan Guru\nBahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan \nPPD \n\nPerlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.\n\nSemua Individu juga diminta menjawab\u00a0training needs analysis\u00a0TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.\n\n\n\n\nSPLKM Modul Penyelaras\nModul ini khas dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.\u00a0\nMaklumat asas\u00a0\u00a0Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil. SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan\nSPLKM Cara Login di splkpm.moe.gov.my\nUntuk log masuk ke dashbord splkm.moe.gov.my berikut langkah-langkahnya ;\n\n\nLangkah 1 : Sila layari pautan log masuk portal SPLKPM melalui\u00a0https://splkpm.moe.gov.my/\nLangkah 2 : Pilih login SPLKPM Modul Individu\nLangkah 3 : Masukkan ID (no kad pengenalan) dan password\nLangkah 4 : Pilih \u201cPembelajaran Kendiri\u201d pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih \u201cSenarai Pembelajaran Kendiri\u201d.\nLangkah 5 : Tutup menu dan pilih \u201ce-Pembelajaran\u201d. Boleh juga klik Pembelajaran Kendiri sekiranya berkenaan di dalam sistem SPLKPM.\nLangkah 6 : Pilih \u201cTambah Aktiviti\u201d SPLKPM\nLangkah 7 : Lengkapkan butiran dan simpan.\n\nLupa Kata Laluan Login SPLKPM?\n\nSekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik \u201cLupa Kata Laluan\u201d atau terus kepautan berikut https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/Lupa_katalaluan.cfm?semak=1&user_lupa= .Masukan nombor kad pengenalan dan klik Hantar untuk set semula password. \nUntuk modul panduan penguna SPLKPM anda boleh semak disini\n\nSenarai Kursus / Webinar SPLKPM\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut beserta tarikh kursus/webinar terkini yang dianjurkan, anda boleh semak di ;\n\nSenarai webinar SPLKM terkini\nSenarai kursus\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika login / mengisi maklumat,sila hubungi penyelaras SPLKPM negeri masing-masing.\nUntuk senarai penyelaras termasuk nombor telefon bantuan, anda boleh rujuk\u00a0di sini.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-pickids/", "title": "Cara Daftar PICKids : Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun", "body": ["\n\n", "\nCara Daftar PICKIDS : Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun ~ Bagi menggalakkan imuniti berkelompok (herd immunity) di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan bakal memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun. \nProgram ini bakal dimulakan pada Februari 2022.\n\nSistem Tempahan Janji temu Vaksinasi PICKids\nUntuk makluman, sistem temu janji pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera akan dibuka pada akhir bulan Januari 2022.\nPemberian vaksin bagi kanak-kanak golongan ini akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.\nKredit Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia \nAdakah Vaksin Covid-19 Selamat Untuk Kanak-Kanak ?\nSetakat ini, kanak-kanak kategori ini akan diberikan dos pediatrik vaksin Pfizer-BonNtech/ Corminaty. \nIa telah diluluskan dan dibuktikan selamat dan berkesan bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta mengurangkan simptom Covid-19.\nBagi ibu bapa yang masih sangsi akan kesan vaksin kepada anak-anak, sila rujuk pada infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah :\n\n\n\n\n\nCara Daftar PICKIDS\nIbu bapa boleh ikuti panduan di bawah untuk pendaftaran vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera.\nPergi ke aplikasi MySejahtera dan klik pada Add Vaccine DependentLengkapkan borang dan pastikan butiran betul sebelum dihantar. Ibu bapa juga boleh tambahkan lebih dari satu dependent bergantung kepada jumlah anak.Sahkan pendaftaran dan jawab beberapa soalan.Pastikan dependent (anak-anak) didaftarkan pada satu akaun MySejahtera sahaja.\n\n\n\nTiada Sekatan Bagi Kanak-Kanak Yang Tidak Divaksin\nBerdasarkan perkongsian dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun yang tidak mengambil vaksin Covid-19.\nBerbanding golongan dewasa, Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak (PICKids) adalah tidak wajib.\nNamun, ibu bapa adalah sangat digalakkan untuk daftar anak masing-masing untuk dapatkan vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera bagi melindungi mereka dari wabak Covid-19.\nKKM turut mensasarkan 70% kanak-kanak 5 hingga 12 dalam sistem pendidikan dapat diberikan satu dos vaksin Pfizer dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pelancaran program vaksin iaitu pada awal Februari 2022 dan 80% akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.\nSemoga pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat meningkatkan lagi imuniti berkelompok bagi negara kita untuk membendung vaksin Covid-19 dengan lebih berkesan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/epemula-cara-cash-out-dengan-mudah/", "title": "ePemula |\u00a0 Cara Cash Out Dengan Mudah Tanpa Perlu Keluar Rumah", "body": ["\n\n", "\nePemula |\u00a0 Cara Cash Out Dengan Mudah Tanpa Perlu Keluar Rumah ~ Dah claim epemula tapi tak tahu cara cash out? Jangan risau, anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah.\u00a0\nePemula\nePemula adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.\nProgram ini\u00a0 adalah salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022. Para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet masing-masing.\u00a0\nProses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaMencapai umur 18-20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) ATAUMerupakan pelajar sepenuh masa TANPA HAD UMUR di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:Kementerian Pendidikan TinggiKementerian PendidikanKementerian Belia dan SukanKementerian Pertanian dan Industri MakananKementerian Pembangunan Luar BandarKementerian Sumber ManusiaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan\nCara Menebus\nAnda boleh menebus RM150 ini melalui:\n\n\n\n\nBoostTNGShopeePayBigPay\nCara Cash Out ePemula RM150\nHah, ramai yang pening kepala macam mana nak cash out kan ePemula ni kan sebab takleh guna untuk online payment. Sayanglah kalau tak guna sebab tak suka guna offline dan terhad nak beli apa.\u00a0\nIkut langkah-langkah dibawah untuk masukkan RM150 ini ke akaun bank anda dan anda boleh terus cash out dan beli apa saja keinginan anda!\nLangkah-langkahnya adalah seperti berikut:\nMuat Turun akaun Maybank QRpaybizKlik \u201cDAFTAR\u201dSeterusnya pilih nombor IC dengan tarikh lahir. ( klik \u201cV\u201d dekat bahagian tepi business registration number tu dan pilih IC dan tarikh lahir)Kemudian masukkan username, pin code, nama company dll (just masukkan ikut keselesaan)Link kan dengan akaun bank anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun maybank, jangan risau. Pilih bank pilihan anda, dan masukkan no telefon yang aktif kerana no tac akan diberikan melalui sms untuk mengesahkan akaun bank anda.\u00a0Klik baris tiga dekat bahagian atas sebelah kiri.Pilih \u201cSETTING\u201d > \u201cSTATIC QR\u201dScreenshot code yang keluar tadi.\nSelepas itu, pergi ke apps dimana anda claim ePemula tadi.\u00a0Klik \u201cScan\u201dDan, select gambar code yang anda telah screenshot tadi.Selesai. RM150 tersebut terus masuk ke akaun anda dan anda boleh berbelanja tanpa had!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/nombor-plat-khas-ump-uc/", "title": "Nombor Plat Khas UMP \u2018UC\u2019 Dibuka Untuk Bidaan Mulai 1 Februari Ini", "body": ["\n\n", "\nNombor Plat Khas UMP \u2018UC\u2019 Dibuka Untuk Bidaan Mulai 1 Februari Ini ~ Untuk makluman, nombor plat khas ump \u2018uc\u2019 akan dibuka untuk bidaan mulai esok (1 Februari 2022).\u00a0\nPerkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman. Beliau berkata;\u00a0 bagi kakitangan dan pelajar UMP, mereka berpeluang mendapat harga istimewa mulai 25 Februari ini.\nTambahnya lagi, UMP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran UC mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama.\u00a0\nNombor Plat Khas UMP \u2018UC\u2019 \nKetika ditanya apakah maksud disebalik nama \u201cUC\u201d, beliau menjawab; kombinasi dua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U iaitu awalan perkataan UMP, manakala C adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang.\u00a0\u00a0\nAntara objektif penjualan nombor pendaftaran khas itu adalah susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu universiti awam menjana pendapatan sendiri.\nBidaan nombor plat UC ini adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan.\n\n\n\n\nHasil penjualan no.plat ini akan disalurkan ke tabung Yayasan UMP bagi kegunaan kebajikan mahasiswa serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan universiti.\nKepada mereka yang berminat, anda boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my untuk mendaftar.\u00a0\n\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari https://www.ucplat.com.my/ untuk proses bidaan.\u00a0\nProses bidaan akan bermula pada 1 Feb sehingga 14 Feb 2022, iaitu selama 2 minggu sahaja.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-dana-mudahcara-warisan-kesenian-dan-kebudayaan-sarawak/", "title": "Permohonan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak telah dilancarkan. Dana ini disediakan khusus untuk pengiat industri ini di negeri Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak mempelawa anda untuk memohon dana ini bagi merancakan semula indsutri. Untuk pelaksanaan dana ini, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM10 juta.\n\u00a0\nKepada pengiat, industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak yang berminat boleh membuat permohonan dana ni sehingga 28 Oktober 2022.\nApa Itu Dana Mudahcara Warisan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak\nDana Mudahcara Warisan, Kesenian, dan Kebudayaan Sarawak ini adalah Dana Mudahcara yang memberi fokus serta tumpuan sepenuhnya ke atas program, aktiviti dan pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak sahaja\n\u00a0\nTujuan geran ini adalah ;\n\nMemberi sokongan dan membantu mempercepatkan pemulihan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak daripada impak pandemik Covid- 19;\nMenggalakkan dan memastikan kelangsungan program dan aktivitiberkaitan dengan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan; serta\nMempertingkatkan kapasiti penggiat individu atau penggiat industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak\n\nBaca juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000\nSenarai Program & Aktitiviti Layak Di Pertimbangkan\nAntara senarai program dan aktiviti yang layak untuk dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini adalah seperti berikut:\n\u00a0\n\nBengkel, kelas dan kursus;\nPersidangan, simposium, forum, dialog, seminar (termasuk secara dalam talian contohnya webinar);\nPementasan\nPertandingan;\nPameran;\nPesta;\nPendokumentasian (termasuk penerbitan buku dan perfileman);\nKegiatan dan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat; dan\nLain-lain program dan aktiviti seumpamanya yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan\n\nSyarat Permohonan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak\nPermohonan hanya terbuka kepada warga Sarawak dan pemohon hendaklah terdiri daripada kategori seperti berikut:\n\nPenggiat seni (individu);\nPersatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan; dan\nPersatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO) tempatan\n\nBaca juga : MOTAC : Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022\nPengiat Seni\nPenggiat seni (individu) perlu mempunyai minimum satu (1) tahun pengalaman profesional, terlibat secara aktif dalam sektor warisan, kesenian dan kebudayaan dan wajib mengemukakan portfolio kerja\n\u00a0\n\n\n\n\nPersatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan dan Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO) tempatan \n\nHendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya selama tempoh enam (6) bulan\nMempunyai maklumat pendaftaran yang sah dan diwajibkan untuk mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran/pengesahan seperti berikut:\n\nBorang 3 \u2013 Akta Pertubuhan 1966 dan telah beroperasi sekurang- kurangnya selama enam (6) bulan daripada tarikh permohonan; atau\nPersatuan/Pertubuhan/Badan yang bergiat dalam bidang warisan, kesenian, dan kebudayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dimana Persatuan/Pertubuhan/Badan ini diwujudkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu organisasi bukan berorientasikan keuntungan (non-profit making) yang diperbadankan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ); dan\nPendaftaran Persatuan/Pertubuhan/Badan yang masih sah.\n\n\n\n\u00a0\nSyarat -Syarat Tajaan\n\nKelulusan Dana Mudahcara hanya akan dipertimbangkan sekiranya kertas cadangan memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan di dalam lampiran Senarai Semak Kertas Cadangan Program atau Aktiviti.\nSetiap permohonan diwajibkan untuk menyatakan faedah/keberhasilan program dan aktiviti yang dicadangkan kepada sektor warisan, kesenian dan kebudayaan, serta juga butiran terperinci anggaran kos program untuk tujuan penilaian pihak Kementerian.\nNilai publisiti hasil daripada tajaan perlu setimpal dengan jumlah peruntukan yang disalurkan.\nPemohon diwajibkan untuk menyenaraikan senarai penaja yang telah mengesahkan penglibatan dalam program atau aktiviti berkenaan.\nPihak penganjur diwajibkan untuk mengambil insurans liabiliti awam (public liability insurance) dan polisinya hendaklah dihantar kepada Kementerian untuk tujuan rekod.\nPihak penganjur wajib mempamerkan logo Sarawak State Crest dan Sarawak More to Discover di dalam apa-apa jua bentuk bahan-bahan promosi.\nSegala bentuk artwork seperti backdrop, banner, fishtail, buku program dan sebagainya hendaklah disediakan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum program berlangsung dan artwork tersebut perlu mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada pihak Kementerian.\nPihak penganjur diwajibkan untuk melibatkan Kementerian dalam penganjuran sidang akhbar dan mesyuarat penyelarasan dengan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.\nPihak penganjur diwajibkan untuk menyediakan dan mengemukakan press kit serta draf teks ucapan kepada pihak Kementerian sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum mengadakan sidang akhbar.\nJemputan untuk Tetamu Kehormat bagi sesuatu program atau aktiviti tersebut perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian.\nPenajaan yang telah diluluskan boleh ditarik balik sekiranya pihak pemohon gagal melaksanakan program dan aktiviti sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam kontrak perjanjian dan pihak Kementerian berhak untuk menuntut kembali jumlah peruntukan yang telah disalurkan\n\n\u00a0\nCara Permohonan\n\nPemohon perlu menghantar surat rasmi permohonan Dana Mudahcara dengan mengisi Borang Permohonan Dana Mudahcara (MTCP/DMWKK/F(1)) dan menghantar kertas cadangan yang lengkap kepada pihak\nPermohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 60 hari atau 2 bulan sebelum tarikh pelaksanaan program atau\nTarikh tutup permohonan Dana Mudahcara ialah 28 Oktober 2022. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima.\nKertas cadangan dan hasil laporan perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris \nSetiap permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:\n\n\u00a0\nSetiausaha Tetap\nKEMENTERIAN PELANCONGAN, INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN SARAWAK,\nTingkat 16, Sayap Kanan, Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya,\n93050 Kuching, Sarawak. Malaysia. Tel: 082-442226\nFaks: 082-442216\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, anda boleh berhubung dengan pegawai seranta di Seksyen Seni, Budaya dan Warisan Kementerian.\nAnda juga boleh layari website https://mtcp.sarawak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-kafalah-mahabbah/", "title": "Permohonan Zakat Kafalah Mahabbah ZPP: Khairat Kematian RM1000", "body": ["\n\n", "\nWaris bagi pembayar zakat yang membayar zakat harta dan penerima bantuan bulanan zakat di Zakat Pulau Pinang yang telah meninggal dunia kini boleh memohon tuntutan khairat kematian menerusi Zakat Kafalah Mahabbah di bawah Zakat Pulau Pinang (ZPP).\nUntuk pengetahuan, Zakat Kafalah Mahabbah merupakan bantuan khairat kematian kepada waris-waris pembayar zakat yang membayar zakat harta di Zakat Pulau Pinang dan penerima bantuan bulanan zakat, apabila berlaku kematian.\u00a0\nZakat ini telah berkuatkuasa bermula tahun 2020 dan matlamat pemberian zakat ini adalah untuk mempermudahkan urusan pengebumian kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan.\nOleh itu, waris yang ingin membuat permohonan zakat ini boleh membuat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang.\n\nKategori Penerima\nKategori penerima Zakat Kafalah Mahabbah diberikan kepada dua jenis kategori iaitu:\nMuzakki (Pembayar Zakat Harta)\u00a0Mustahik (Penerima Bantuan Zakat Bulanan)\nKadar Zakat\nKadar zakat yang akan diterima oleh waris pemohon yang layak adalah RM1000. \nProses pembayaran akan dibuat kepada waris yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nWaris yang ingin membuat permohonan zakat ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nMerupakan pembayar zakat yang membayar zakat di Zakat Pulau Pinang dengan kadar bayaran minimum zakat anda sebanyak RM100.00 setahun.Merupakan penerima bantuan bulanan Zakat Pulau Pinang.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web zakatpenang2u.com.Klik butang \u2018Log Masuk\u2019 dan klik bahagian \u2018Daftar Akaun Anda.\u2019 Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.Isi maklumat peribadi yang diperlukan.Klik bahagian kemaskini Skim Kafalah.Hantar permohonan.\nSoalan Lazim\nApakah kategori yang layak menerima bantuan zakat ini? Terdapat 2 kategori yang layak menerima bantuan zakat ini iaitu Muzakki iaitu pembayar zakat harta dan Mustahik iaitu penerima bantuan zakat bulanan. Berapakah kadar zakat yang akan diterima waris yang layak? Waris yang layak menerima zakat ini akan menerima khairat kematian sebanyak RM1000. Berapakah kadar bayaran minimum zakat harta bagi kategori Muzakki? Kadar bayaran minimum zakat bagi kategori Muzakki adalah sebanyak RM100 setahun. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Zakat Kafalah Mahabbah, sila hubungi pihak ZPP di talian 1-300-88-8808. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-kecemerlangan-pendidikan-spm-2021-yayasan-veteren-atm/", "title": "Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM 2021 Yayasan Veteren ATM", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk anak-anak Veteran ATM, satu Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM telah dibuka permohonan.\nTarikh tutup permohonan pada 1 Oktober 2022\nYayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.\nApa Itu Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM\n\nBantuan ini adalah untuk membantu veteren ATM untuk meringan sedikit beban kos perbenlanjaan pendidikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran selain sebagai memberi penghargaan kepada anak-anak veteran ATM yang telah menunjukan pertasi cemerlang dalam pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia.\nInsentif ini terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022)\nSyarat-Syarat Permohonan\nBorang ini adalah terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022).Tuntutan insentif ini hanya kepada calon yang mendapat keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022.Keputusan SPM sekurang-kurangnya 6A- dan ke atas.Pemohon hanya layak memohon sekali sahaja.Keutamaan insentif adalah kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling cemerlang.Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.\nCara Permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM\nPemohon insentif ini boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan seperti langkah-langkah yang berikut:\nKlik pautan borang permohonan online berikut\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj7kqvSmH0NhAMkCzhKdEFkrxIrfy-vJhizf-j1AihGO1Q5Q/viewform?fbclid=IwAR1QIsPHVT86F_NWhtMARrxkfsl4GSppzKuupaZQpeMZrZQw81VkPmjkg2Q.Isi dan lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan tersebut.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\n\n\n\n\nPermohonan ini hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.\nPastikan maklumat yang di berikan betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran.\nDokumen Sokongan\nBagi Anak Jagaan Sah (Anak angkat / Anak tiri)Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat Bagi Anak Angkat di Bawah Jagaan Yang SahSijil Nikah Bagi Permohonan jika Pelajar SPM / Anak Veteran ATM adalah Anak Tiriijil Kelahiran Bagi Permohonan Untuk Pelajar SPM / Anak Veteran ATM adalah Anak TiriMuat naik salinan MyKAD / MyKID PELAJAR SPM / ANAK SPMMuat naik sijil KEPUTUSAN SPM / TRANSKRIP SPM*\u00a0\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM, anda boleh hubungi Yayasan Veteran ATM melalui ;\nPejabat: 03-20508192.Whatsapp: +6013-9300736.Email: yayasanveteranatm.2004@admin\nBaca juga :\nKejora Bakti Siswa Untuk Pelajar B40 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kejora-bakti-siswa/", "title": "Kejora Bakti Siswa Untuk Pelajar B40 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk pelajar \u2013pelajar cemerlang SPM, STPM Lembaga Kemajuan Johor Tenggara menyediakan insentif kecemerlangan di kenali KEJORA BAKTI SISWA kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan\nApa Itu KEJORA BAKTI SISWA\n\nIanya merupakan salah satu Insentif kecemerlangan untuk membantu kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar/miskin/B40 dalam Wilayah KEJORA lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia;Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnyaBerjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.ii. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.\nKadar Intensif\nKadar insentif untuk pemohon yang layak menerima insentif ini adalah seperti berikut ;\nDiploma : RM 500.00Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat melalui platform \u2018Google Form\u2019https://docs.google.com/\u2026/1FAIpQLSckO3YFeQ\u2026/formResponse\nPemohon boleh juga hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.\nTarikh Permohonan\nPermohonan insentif ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2022\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan \u00a0mengenai Permohonan Kejora Bakti Siswa, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/lembagakemajuanjohortenggara atau hubungi nombor:\nEncik Amir Hafizal \u2013 07 882 3086Cik Norniza \u2013 07 882 3085\nBaca juga ;\nPermohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat 2022 Dilanjutkan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gssp-geran-sepadan-sektor-pelancongan-2022/", "title": "GSSP : Geran Sepadan Sektor Pelancongan 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSP 2022 bernilai sehingga RM1 juta di buka kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri .Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menawarkan geran ini untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/ acara pelancongan domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula.\nGeran Pelancongan ini bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan seperti yang dirangka dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai langkah pemulihan sektor ini yang terjejas teruk susulan penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).\nIanya juga bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi, selain memartabatkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau Asia.\nApa Itu Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSP?\n\nGeran GSSP bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri.\nFormat peruntukan GSSP adalah secara tuntutan bayaran semula (reimbursement).\nSejumlah RM25 juta akan digunakan untuk penganjuran program/acara oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri di bawah GSSP sepanjang tahun semasa (2022).\nMaklumat Geran GSSP\nNama geran : Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSPPenganjur : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya MalaysiaPeruntukan : Domestik sehingga RM500,000Antarabangsa sehingga RM1 JUTA\nPenganjuran dibenarkan memohon lebih dari 1 penganjuran program/acara pada tahun semasa (2022), tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian berbeza\nBaca juga : GSSK : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022\nTempoh Penerimaan Permohonan\n60 hari sebelum penganjuran program /acara domestik90 hari sebelum penganjuran program /acara antarabangsaTempoh pelaksanaan program /acara yang diluluskan adalah sehingga 31 disember 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkanPertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada pematuhankepada prosedur operasi standard (SOP) pelan pemulihan negara yang sedang berkuat kuasa dan yang dikemaskini dari semasa ke semasa\nPenganjuran yang dibenarkan\nProgram/acara pelanconganFestival /karnival pelanconganPameran pelancongan (travel fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) dan program acara sukan yang menyuntik elemen pelancongan\n*Penganjuran program / acara perlu mempunyai elemen pergerakan inter-state\nPenganjuran yang Tidak dipertimbangkan\nMempromosikan produk sahaja tanpa ada program /acara yang dianjurkanFamiliarisation trip (Famtrip)Penerbitan video/bahan promosi berbentuk videoPembangunan aplikasi/kandungan/laman web\nBaca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022\n\n\n\n\nSyarat Tambahan\nPenganjuran program/acara bersiri \u2013 hanya satu siri dipertimbangkanBagi permohonan yang telah diluluskan, kontrak rasmi /surat setuju terima (SST) beserta syarat dan terma yang dipersetujui akan dikeluarkanTuntutan beserta dokumen dan laporan lengkap perlu dikemukakan selepas program /acara tamat sepenuhnyaTuntutan perlu dikemukakan melalui surat tuntutan dan invois rasmi, termasuk dokumen sokongan yang lain seperti salinan surat setuju terima /akuan terima, bil pihak ketiga dan resit pembayaran (sekiranya berkaitan) dan laporan komprehensif bergambar (berdasarkan timbal balas yang dipersetujui bersama di dalam kontrak /SST)Setelah kesemua dokumen tuntutan lengkap diterima dan disemak, proses pembayaran akan di buat dalam tempoh masa 14 hari bekerja\nSyarat Permohonan\nPersatuan pelancongan malaysia sahajasyarikat/organisasi tempatan (bukan agen pelancongan)syarikat berkaitan kerajaan negerianak syarikat di bawah negeripersatuan/pertubuhan bukan kejrajaan (NGO)setiap permohonan dihantar kepada urusetia menggunakan surat rasmi syarikat /organisasi/NGO yang diwakili beserta maklumat pendaftaran yang sahSetiap permohonan perlu disertakan Borang Permohonan dan Kertas Cadangan yang disediakan mengikut format yang terdapat di dalam Garis Panduan. Kertas Cadangan boleh disediakan dalam BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS\nCara Permohonan\n\nBorang permohonan dan garis panduan untuk geran boleh dimuat turun menerusi laman web koprat Tourism Malaysia https://www.tourism.gov.my/Permohonan lengkap perlu dikemukakan kepada urustia melalui hard copy secara serahan tangan /courier dan e-mel salinan kepada ;\nGERAN PADANAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (GPPSB) LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TOURISM MALAYSIA)\nBAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, ARAS 2, NO.2, MENARA 1,\nJALAN P5/6, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA\nDAN\nE-MEL KEPADA:\n[email\u00a0protected]\nTALIAN UNTUK DIHUBUNGI: 03-8891 8191 / 8196 / 8232\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkaitan Geran Sepadan Sektor Pelancongan 2022 juga anda boleh dapatkan di sini\nGSSP2022Download\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-intervensi-awal-anis/", "title": "Permohonan Program Intervensi Awal ANIS Negeri Selangor", "body": ["\n\n", "\nIbu bapa di Negeri Selangor yang mempunyai anak-anak dalam kategori Kurang Upaya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mewujudkan satu program bagi anak-anak Kurang Upaya iaitu Program Intervensi Awal ANIS.\nProgram Intervensi Awal ANIS merupakan program yang menyantuni golongan kanak-kanak Kurang Upaya dengan menyediakan Program Intervensi Awal selama setahun di Pusat ANIS.\nObjektif pelaksanaan program intervensi ini adalah untuk:\nMembantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor.Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian anak-anak Istimewa. Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan anak-anak istimewa.\nPendaftaran bagi program intervensi ini telah dibuka mulai 1 Julai 2021 \u2013 30 Julai 2021.\n\nMengenai Program Intervensi Awal ANIS\nMelalui program intervensi ini, setiap peserta akan menjalani sesi sebanyak seminggu sekali dan tempoh masa bagi setiap sesi ialah selama 2 jam dan setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.\nHariSesiMasaIsnin hingga Khamis18.30 pagi \u2013 10.30 pagi211.00 pagi \u2013 1.00 tengah hari32.30 petang \u2013 4.30 petang\nTempoh masa yang diperuntukkan kepada anak-anak yang mengikuti sesi intervensi awal ini ialah selama 12 bulan sahaja.\nYuran Pengajian\nYuran pengajian yang ditetapkan bagi program intervensi ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nJulat Pendapatan KeluargaYuranPotongan Jika Anak OKU Lebih Dari SeorangKurang dari RM 5,000Dikecualikan\u2013RM 5,001 \u2013 RM 6,000RM5050%RM 6,001 \u2013 RM 8,000RM7050%RM 8,001 \u2013 RM 10,000RM9030%\nAnak Kurang Upaya Yang Terlibat\nProgram Intervensi Awal ANIS ini akan melibatkan anak-anak Kurang Upaya seperti:\nAutismeADHDGlobal Developmental DelayDown Syndrome\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke dalam program intervensi ini adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaPermohonan dibuka kepada semua Kanak-Kanak Istimewa di Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 2 \u2013 6 tahunMemiliki Diagnosis dari doktor yang bertauliah.Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40.Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor.Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor atau ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS.Ibu bapa mestilah melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.anisselangor.com/intervensianis.Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Cetak borang permohonan dan hantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui:\u2013 Email: [email\u00a0protected]\u2013 Pos: Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, Yayasan Warisan Anak Selangor, Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam. \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan yang dicetak adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan pasanganSalinan Kad Pengenalan AnakSalinan Kad OKU anak (jika ada)Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliahSalinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu BapaSalinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)Salinan slip gaji ibu DAN bapaSalinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR yang boleh di dapati di\u00a0www.pengundi.spr.gov.my\nBagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sama ada:\nAhli Parlimen/SenatorADUN/Pengerusi JK Penyelaras DUNPenghulu/Ketua KampungAhli Majlis Pihak Berkuasa TempatanPengerusi Taman Perumahan/Ketua BlokMasjid/Pengerusi Surau/Ketua Tokong/Ketua Kuil/Ketua Gereja/Ketua Komuniti\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Progam Intervensi Awal ANIS, sila hubungi Pusat ANIS iaitu 03-55453170 atau Ibu Pejabat YAWASA di talian 03-54818800.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-login/", "title": "Login STR 2023 \u2013 Semakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3", "body": ["\n\n", "\nSTR Login : Bayaran Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan mulai 26 Jun 2023\nSemakan ini adalah untuk semua penerima STR Fasa 1 & 2 yang layak termasuk permohonan baru dan juga kategori penerima STR Fasa 2 Bujang.\nKementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran STR Fasa 3 membabitkan peruntukan belanjawan kewangan negara \u00a0pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion yang mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.\nPengumuman itu berkata penerima STR di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak, dengan atau tanpa akaun bank juga akan menerima bayaran pada hari yang sama.\nBayaran Fasa 3 diawalkan bagi memudahkan rakyat malaysia yang beragama islam terutamanya membuat persedian untuk menyambut hari raya haji 2023 yang akan disambut pada 29 Jun 2023.\nRayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi semakan keputusan yang tidak layak.\n\nMy STR Login 2023 Semakan Fasa 3\n\nBagi permohonan baru, dan lama untuk tujuan semakan status kelayakan STR Fasa 3, untuk semakan pantas, anda boleh membuat semakan terus dengan cara ;\n\nLayari https://bantuantunai.hasil.gov.my\nUntuk log masuk str login masukan nombor kad pengenalan tanpa tanda \u201c-\u201d di ruangan kotak MySTR\nKlik Semak\nPastikan kata kunci keselamatan anda adalah sama seperti yang anda telah tetapkan ketika membuat permohonan\nJika betul, klik Ya dan tekan log masuk\nSeterunya klik pada semakan permohonan\nTekan pada maklumat pembayaran\n\nLupa Kata Laluan Tak Boleh Login STR\n\nSekiranya tak boleh nak log masuk MySTR untuk semakan, sila tenang dan sabar untuk masalah ini, anda boleh ikuti langkah-langkah untuk buat kata laluan yang baru ;\n\n\n\n\n\nLangkah 1 : Layari \u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my\nLangkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda \u201c-\u201d dan tekan \u201cLog Masuk\u201d.\nLangkah 3: Tekan \u201cLupa Kata Laluan\u201d\nLangkah 4: Sila masukkan nombor kad pengenalan dan klik \u201cSemak\u201d.\nLangkah 5: Sila masukkan alamat emel yang didaftarkan sebelum ini dan tekan \u201cSeterusnya\u201d. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan\nLangkah *6: Buka emel anda, dan anda boleh login STR menggunakan kata laluan sementara\nLangkah 7: Jika tiada emel, klik seterusnya\nLangkah 8:Soalan keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan\nLangkah 9: Klik butang seterusnya\nLangkah 10: Isi kata laluan yang baru dan pengesahan kata laluan\nLangkah 11: Klik butang tukar kata laluan\n\n*Nota : Langkah 6 \u2013 11 hanya untuk penguna yang tiada emel\nTukar Kata Laluan Baru\nUntuk anda tukar kata laluan baru bagi tujuan log masuk str login>>mystr, anda boleh ikut cara tukar kata laluan baru MySTR berikut ;\n\nLayari portal\nPilih log masuk\nMasukkan nombor mykad (12 digit)\nMasukkan kata laluan yang telah diemelkan\nKlik butang log masuk\nMySTR akan dipaparkan\nKlik tukar kata laluan\nMasukkan kata laluan baru\nPenukaran kata laluan berjaya\n\nAnda juga boleh download panduan terlupa kata laluan STR berikut untuk rujukan anda.\nPanduanPenggunaSTR_TerlupaKataLaluanDownload\n\nSemakan tarikh bayaran STR Fasa 3\nSemakan tarikh bayaran STR Fasa 4\nSemakan Tarikh Bayaran STR Tambahan\n\nMasih Bermasalah Untuk STR Login 2023 My STR Anda?\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan dengan MySTR dan juga masih gagal untuk login str, anda boleh hadir terus ke cawangan LHDNM berhampiran, atau anda boleh hubungi cawangan LHDN mengikut negeri seperti berikut ;\nBILNAMA LHDNM NEGERINO TALIAN (SAMBUNGAN)1LHDNM JOHOR BAHRU07-2337000 (170175)07-2337000 (170181)07-2337000 (170192)2LHDNM KLUANG07-7783300 (171220)07-7783300 (171143)07-7783300 (171208)3LHDNM MUAR06-9563323 (171526)06-9563322 (171525)06-9563321 (171519)4LHDNM ALOR SETAR04-740016204-740020004-74002925LHDNM SUNGAI PETANI04-4456142 (140754)04-4456133 (140755)04-4456133 (140763)6LHDNM KANGAR04-973 9100 (141043)04-973 9100\u00a0\u00a0\u00a0(141120)04-973 9100\u00a0\u00a0\u00a0(141119)7LHDNM KUALA TERENGGANU09-621150009-858232209-690203309-84430738LHDNM KOTA BHARU09-745 908009-745 907409-745 907709-745 90219LHDNM SEREMBAN06-7665000 (160080)06-7665000\u00a0\u00a0\u00a0(160092)06-7665000\u00a0\u00a0\u00a0(160212)06-7665000 (160017)10LHDNM MELAKA06-285 8888 (160783)06-285 8888\u00a0\u00a0\u00a0(160785)06-285 8888\u00a0\u00a0\u00a0(160577)11LHDNM KUANTAN09-5183000 (190197)09-5183000\u00a0\u00a0\u00a0(190198)12LHDNM RAUB09-3515888 (190425)09-3515888\u00a0\u00a0\u00a0(190426)09-3515888\u00a0\u00a0\u00a0(190427)09-3515888\u00a0\u00a0\u00a0(190428)13LHDNM TEMERLOH09-2715598 (190803)09-2715597\u00a0\u00a0\u00a0(190802)14LHDNM PULAU PINANG04-2552000 (142279)04-2552000\u00a0\u00a0\u00a0(142280)15LHDNM BUKIT MERTAJAM04-5487000 (143344)04-5487000 (143345)04-5487000 (143266)16LHDNM IPOH05-540776605-540777705-540786305-540777305-540778017LHDNM TAIPING05-8296000 (151165)05-8296000\u00a0\u00a0\u00a0(151166)05-8296000\u00a0\u00a0\u00a0(151167)18LHDNM TELUK INTAN05-629625205-629624305-6296200\u00a0\u00a0\u00a0(150738)05-6296200\u00a0\u00a0\u00a0(150738)19LHDNM SHAH ALAM03-55215200 (133349)03-55215200\u00a0\u00a0\u00a0(133350)20LHDNM PETALING JAYA03-78827500 (132688)03-78827500\u00a0\u00a0\u00a0(132640)03-78827500\u00a0\u00a0\u00a0(132571)21LHDNM KLANG03-33614633 (133631)03-33614633\u00a0\u00a0\u00a0(133637)03-33614633\u00a0\u00a0\u00a0(133713)22LHDNM DUTA03-62091000 (121355)03-62091000\u00a0\u00a0\u00a0(121358)03-62091000\u00a0\u00a0\u00a0(121153)03-62091000\u00a0\u00a0\u00a0(121156)23LHDNM KUALA LUMPUR BANDAR03-20593600 (130484)03-20593600\u00a0\u00a0\u00a0(130534)03-20593600\u00a0\u00a0\u00a0(130549)24LHDNM WANGSA MAJU03-2601657503-26016400\u00a0\u00a0\u00a0(131571)03-26016400\u00a0\u00a0\u00a0(131757)25LHDNM CHERAS03-92074200 (131142)03-92074200\u00a0\u00a0\u00a0(131143)26LHDNM KOTA KINABALU088-328701 (328702)088-328701\u00a0\u00a0\u00a0(328605)27LHDNM KENINGAU08-7313600 (181667)08-7313600\u00a0\u00a0\u00a0(181642)28LHDNM LABUAN08-759535308-7595300 (181802)08-7595300 (181875)08-7595300 (181879)08-7595300 (181891)08-7595300 (181892)29LHDNM TAWAU089-982154089-98218830LHDNM SANDAKAN089-241800 (181456)089-241800\u00a0\u00a0\u00a0(181457)089-241800\u00a0\u00a0\u00a0(181458)31LHDNM KUCHING082-223400 (182067)082-223400\u00a0\u00a0\u00a0(182366)082-223400\u00a0\u00a0\u00a0(182130)082-223400 (182246)082-223400 (182106)082-223400 (182321)32LHDNM MIRI08-5462508 (182726)08-5462508\u00a0\u00a0\u00a0(182836)08-5462508\u00a0\u00a0\u00a0(182840)08-5462508\u00a0\u00a0\u00a0(182842)33LHDNM BINTULU086-854500086-854533086-85456034LHDNM SIBU084-238238084-238120\u00a0\u00a0\u00a0(183214)35LHDNM BANGI03-89133800 (120526)03-89133800\u00a0\u00a0\u00a0(120046)36JABATAN OPERASI CUKAI (JOC)03-8913 3800 (120142)03-8913 3800\u00a0\u00a0\u00a0(120331)03-8913 3800\u00a0\u00a0\u00a0(120042)03-8913 3800\u00a0\u00a0\u00a0(120142)\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana untuk login str My STR? Anda boleh login melalui ;i. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my atau ii. Melalui aplikasi My STR Terlupa kata laluan untuk str login? Anda boleh ikut panduan terlupa kata laluan mystr \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/penangguhan-bayaran-balik-ptptn-pkp-3/", "title": "Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)", "body": ["\n\n", "\nPara peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, anda boleh membuat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN selama 3 bulan.\nUntuk makluman, pihak PTPTN memaklumkan inisiatif yang disediakan kepada peminjam ini adalah untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh PKP 3.0.\nPenangguhan ini tidak bersifat automatik dan peminjam yang memerlukan penangguhan perlu membuat permohonan kepada pihak PTPTN.\nPermohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) telah dibuka mulai 10 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021 secara atas talian. \nSyarat Permohonan\nPemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut layak memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN iaitu:\nPeminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; danPeminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.\nTempoh Penangguhan\nTempoh penangguhan yang ditetapkan adalah selama 3 bulan iaitu iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat.\nWalau bagaimanapun, bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal.\nRingkasan penangguhan adalah seperti berikut:\nBulan KelulusanTempoh kelulusan penangguhanbagi peminjam yang tidak terlibat potongan gajiTempoh kelulusan penangguhanbagi peminjam yang terlibat potongan gajiJunJun hingga OgosJulai hingga SeptemberJulaiJulai hingga SeptemberOgos hingga OktoberOgosOgos hingga OktoberSeptember hingga November\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan penangguhan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/.Masukkan no kad pengenalan serta no pinjaman dan klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Hantar permohonan.\nMakluman Kelulusan\nPTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui email yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.\nSoalan Lazim\nApakah dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon penangguhan? Tidak. Tiada sebarang dokumen diperlukan. Bagaimanakah rekod CCRIS peminjam sepanjang penangguhan? Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Namun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat. Adakah permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan? Boleh. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan Adakah peminjam boleh membuat bayaran balik dalam tempoh penangguhan? Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan. Sekiranya peminjam tidak terkesan dengan pandemik COVID-19 tetapi pasangan peminjam yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dalam tempoh (PKP 3.0), adakah peminjam layak memohon penangguhan bayaranbalik? Tidak layak. Penangguhan hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Untuk situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lajut, sila hubungi Pusat Panggilan (Careline) PTPTN di talian 03 2193 3000 atau Mengemukakan pertanyaan di pautan https://eaduan.ptptn.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-jkm-rm1000-bkk-bantuan-kanak-kanak/", "title": "Permohonan Bantuan JKM RM1000 BKK Bantuan Kanak-Kanak", "body": ["\n\n", "\nKerajaan telah mengumumkan menaikan permohonan Bantuan JKM RM1000 untuk kategori Bantuan Kanak-Kanak berbanding sebelum ini.\nIanya berdasarkan bajet yang telah di umumkan sejak 2021. Oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat\nUntuk makluman, bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kategori Bantuan Kanak-Kanak (BKK)\nBerikut adalah senarai kategori bantuan mengikut\u00a0kadar lama\u00a0dan\u00a0kadar baru\u00a0yang boleh anda mohon :\nBantuan Kanak-Kanak (BKK)Kadar Lama\u00a0: RM100 \u2013 RM400Kadar Baru\u00a0: RM150 \u2013 RM1000\nBantuan JKM RM1000:- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)\n\nKadar Bayaran\n\nMinimum\u00a0 sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan\u00a0 mengikut pecahan berikut :\ni.\u00a0 \u00a0RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;ii.\u00a0 RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; daniii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan\nTujuan\nMembantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supayadapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.\nKelayakan\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan GarisKemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAUMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengankelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 \u2013 jadual kesembilan Senarai Perundangan.\nCara mohon\nPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti \nsalinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.\nBorang\nSila download borang di bawah. Dan isikan semua maklumat. borang permohonan ini perlu di kemukan sekali semasa membuat permohonan manual di pejabat kebajikan bahagian masing-masing\nJKM 18 Borang Permohonan Bantuan\u00a0\nJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\nPermohonan online JKM\nBoleh layari pautan berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp\n\n\n\n\nHubungi \nSekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan permohonan bantuan JKM RM1000 iaitu kategori Bantuan Kanak-Kanak BKK. Boleh lah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian masing-masing.\nBoleh dapatkan melalui pautan JKM berikut ;\nJabatan Kebajikan MasyarakatAras 6, 9-18No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya\nTelefon : 03 \u2013 8000 8000Faks : 03 \u2013 8323 2045Emel :\u00a0Maklum Balas (ISPAAA)\nAduan :\u00a0[email\u00a0protected]\nATAU\nJKM Negeri\n\nArtikel berkaitan\nPermohonan Bantuan Orang Tua (BOT) JKM RM500 SebulanPermohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-minyak-terkini/", "title": "Harga Minyak Terkini Malaysia RON 97,RON 95,Diesel", "body": ["\n\n", "\nHarga minyak terkini Malaysia untuk minggu ini 12 Januari \u2013 18 Januari 2023 bagi minyak RON 97 ,Pertol RON 95,Diesel kekal tidak berubah\n\nBagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.\nKerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.\nBaca juga : Intipati Bajet 2023 : Senarai Inisaitif Bantuan Rakyat & Penjawat Awam\n\nHarga Minyak Terkini Malaysia 12 Januari \u2013 18 Januari 2023\n\nBerdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula\u00a0Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 Januari hingga 18 Januari 2023 adalah ditetapkan seperti berikut:\n\nharga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter\nharga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan\nharga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.\n\nKementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.\n Jadual Harga Minyak Terkini Malaysia 2023 Sehingga 18 Januari 2023\n\n\n\n\n\nHarga Minyak TerkiniMalaysia 2022\nHarga Minyak Petrol RON95\nHarga Minyak Petrol RON97\nHarga Minyak Diesel\n\n\n\n\n12 Januari \u2013 18 Januari 2023\nRM2.05 (RM0)\nRM3.35 (RM0.20)\nRM2.05 (RM0)\n\n\n05 Januari \u2013 11 Januari 2023\nRM2.05 (RM0)\nRM3.35 (RM0.20)\nRM2.05 (RM0)\n\n\n29 Disember \u2013 04 Januari 2023\nRM2.05 (RM0)\nRM3.35 (RM0.20)\nRM2.05 (RM0)\n\n\n22 Disember \u2013 28 Disember 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.35 (RM-0.20)\nRM2.05 (RM0)\n\n\n15 Disember \u2013 21 Disember 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.55 (RM-0.20)\nRM2.05 (RM0)\n\n\n8 Disember \u2013 14 Disember 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.75 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n1 Disember \u2013 7 Disember 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.85 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n24 November \u2013 30 November 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n17 November \u2013 23 November 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n10 November \u2013 16 November 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n3 November \u2013 9 November 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n27 Oktober \u2013 2 November 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n20 Oktober \u2013 26 Oktober 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n13 Oktober \u2013 19 Oktober 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n6 Oktober \u2013 12 Oktober 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.95 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n29 September \u2013 5 Oktober 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.00 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n22 September \u2013 28 September 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.05 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n15 September \u2013 21 September 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.15 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n1 September \u2013 7 September 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.30 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n25 Ogos \u2013 31 Ogos 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.30 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n18 Ogos \u2013 24 Ogos 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.35 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n11 Ogos \u2013 17 Ogos 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.40 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n4 Ogos \u2013 10 Ogos 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.50 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n28 Julai \u2013 3 Ogos 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.55 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n21 Julai \u2013 27 Julai 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.65 (-RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n14 Julai \u2013 20 Julai 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.75 (-RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n7 Julai \u2013 13 Julai 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.80 (-RM0.04)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n30 Jun \u2013 6 Julai 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.84 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n23 Jun \u2013 29 Jun 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.84 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n16 Jun \u2013 22 Jun 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.83 (+RM0.11)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n9 Jun \u2013 15 Jun 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.72 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n2 Jun \u2013 8 Jun 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.70 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n26 Mei \u2013 1 Jun 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.70 (+RM0.37)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n19 Mei \u2013 25 Mei 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.33 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n12 Mei \u2013 18 Mei 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.31 (+RM0.37)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n5 Mei \u2013 11 Mei 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.94 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n28 April \u2013 4 Mei 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.94 (+RM0.13)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n21 April \u2013 27 April 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.81 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n14 April \u2013 20 April 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.81 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n7 April \u2013 13 April 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.81 (-RM0.10)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n31 Mac \u2013 6 April 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.91 (+RM0.08)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n24 Mac \u2013 30 Mac 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.83 (-RM0.17)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n17 Mac \u2013 23 Mac 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM4.00 (+RM0.25)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n10 Mac \u2013 16 Mac 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.75 (+RM0.40)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n3 Mac \u2013 9 Mac 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.45 (+RM0.16)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n24 Feb \u2013 2 Mac 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.29 (+RM0.02)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n17 Feb \u2013 23 Feb 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.27 (+RM0.06)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n10 Feb \u2013 16 Feb 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.21 (+RM0.09)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n3 Feb \u2013 9 Feb 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.12 (RM0)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n27 Jan \u2013 2 Feb 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.12 (+RM0.05)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n20 Jan \u2013 26 Jan 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.07 (RM0)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n13 Jan \u2013 19 Jan 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.07 (+RM0.04)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n6 Jan \u2013 12 Jan 2022\nRM2.05 (RM0)\nRM3.03 (+RM0.03)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n30 Dis 21 \u2013 5 Jan 22\nRM2.05 (RM0)\nRM3.00 (+RM0.01)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n23 Dis \u2013 29 Dis 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.99 (-RM0.01)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n16 Dis \u2013 22 Dis 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.00 (+RM0.01)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n9 Dis \u2013 15 Dis 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.99 (-RM0.03)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n2 Dis \u2013 8 Dis 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.02 (-RM0.03)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n25 Nov \u2013 1 Dis 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.05 (-RM0.03)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n18 Nov \u2013 24 Nov 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.08 (RM0)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n11 Nov \u2013 17 Nov 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.08 (+RM0.02)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n4 Nov \u2013 10 Nov 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM3.06 (+RM0.09)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n28 Okt \u2013 3 Nov 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.97 (+RM0.10)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n21 Okt \u2013 27 Okt 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.87 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n14 Okt \u2013 20 Okt 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.87 (+RM0.10)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n7 Okt \u2013 13 Okt 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.77 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n30 Sept \u2013 6 Okt 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.76 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n23 Sept \u2013 29 Sept 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.75 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n16 Sept \u2013 22 Sept 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.73 (RM0)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n9 Sept \u2013 15 Sept 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.73 (+RM0.01)\n\u00a0RM2.15 (RM0)\n\n\n2 Sept \u2013 8 Sept 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.72 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n26 Ogos \u2013 1 Sept 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.72 (-RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n19 Ogos \u2013 25 Ogos 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.74 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n12 Ogos \u2013 18 Ogos 2021\nRM2.05 (RM0)\n\u00a0RM2.74 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n5 Ogos \u2013 11 Ogos 2021\nRM2.05 (RM0)\n\u00a0RM2.74 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n29 Jul \u2013 4 Ogos 2021\nRM2.05 (RM0)\n\u00a0RM2.74 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n22 Jul \u2013 28 Jul 2021\nRM2.05 (RM0)\n\u00a0RM2.73 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n15 Jul \u2013 21 Jul 2021\nRM2.05 (RM0)\n\u00a0RM2.73 (+RM0.03)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n8 Jul \u2013 14 Jul 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.70 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n1 Jul \u2013 7 Jul 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.69 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n24 Jun \u2013 30 Jun 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.67 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n17 Jun \u2013 23 Jun 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.67 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n10 Jun \u2013 16 Jun 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.65 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n3 Jun \u2013 9 Jun 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.63 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n27 Mei \u2013 2 Jun 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.61 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n20 Mei \u2013 26 Mei 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.61 (+RM0.01)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n13 Mei \u2013 19 Mei 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.60 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n6 Mei \u2013 12 Mei 2021\n\u00a0RM2.05 (RM0)\nRM2.60 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n29 April \u2013 5 Mei 2021\n\u00a0RM2.05 (RM0)\nRM2.58 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n22 April \u2013 28 April 2021\n\u00a0RM2.05 (RM0)\nRM2.58 (+RM0.04)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n15 April \u2013 21 April 2021\n\u00a0RM2.05 (RM0)\nRM2.54 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n8 April \u2013 14 April 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.54 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n1 April \u2013 7 April 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.52 (+RM0.02)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n25 Mac \u2013 31 Mac 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.50 (+RM0.03)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n18 Mac \u2013 24 Mac 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.47 (+RM0.07)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n11 Mac \u2013 17 Mac 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.40 (+RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n4 Mac \u2013 10 Mac 2021\nRM2.05 (RM0)\nRM2.35 (RM0)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n27 Feb \u2013 3 Mac 2021\nRM2.05 (+RM0.05)\nRM2.35 (+RM0.05)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n20 Feb \u2013 26 Feb 2021\nRM2.00 (+RM0.04)\nRM2.30 (+RM0.04)\nRM2.15 (RM0)\n\n\n13 Feb \u2013 19 Feb 2021\nRM1.96 (+RM0.03)\nRM2.26 (+RM0.03)\nRM2.15(+RM0.04)\n\n\n6 Feb \u2013 12 Feb 2021\nRM1.93 (+RM0.03)\n\u00a0RM2.23 (+RM0.03)\nRM2.11(+RM0.04)\n\n\n30 Jan \u2013 5 Feb 2021\nRM1.90 (RM0)\nRM2.20 (RM0)\nRM2.07 (-RM0.02)\n\n\n23 Jan \u2013 29 Jan 2021\nRM1.90 (+RM0.01)\n\u00a0RM2.20 (+RM0.01)\nRM2.09 (+RM0.04)\n\n\n16 Jan \u2013 22 Jan 2021\nRM1.89 (+RM0.05)\nRM2.19 (+RM0.05)\nRM2.05 (+RM0.03)\n\n\n9 Jan \u2013 15 Jan 2021\nRM1.84 (RM0)\nRM2.14 (RM0)\nRM2.02 (+RM0.01)\n\n\n2 Jan \u2013 8 Jan 2021\nRM1.84 (+RM0.04)\nRM2.14 (+RM0.04)\nRM2.01 (+RM0.03)\n\n\n\n\nUntuk makluman, harga minyak terkini Malaysia, dan harga terkini RON 97, RON 95 dan Diesel akan dikemaskini pada setiap hari\u00a0Rabu\u00a0berpandukan data terkini dari portal MOF dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).\nUntuk maklumat lanjut tentang harga produk petroleum RON95, RON97 dan Diesel, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan\u00a0https://www.mof.gov.my/portal/ms/\nHarga minyak di Malaysia pada RM2.05 seliter merupakan antara yang terendah di dunia. Berdasarkan kompilasi yang dikeluarkan oleh Global Oil Prices, hanya terdapat beberapa buah negara sahaja yang mempunyai harga minyak yang lebih rendah berbanding Malaysia.\n\n\n\n\nHampir kesemua negara tersebut mempunyai kadar pengeluaran minyak yang jauh lebih tinggi berbanding penggunaan domestik.\nDalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, harga Minyak di Malaysia merupakan yang terendah selepas Brunei. Singapura misalnya menetapkan harga minyak sebanyak RM8.51 seliter. Manakala Thailand dan Indonesia masing-masing menetapkan harga pada RM5.71 dan RM3.78 seliter.\nFormula Harga Minyak Terkini Malaysia Kekal Kaedah Terbaik\nMenurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata formula harga minyak yang masih diguna pakai kerajaan sehingga ke hari ini seperti dicadangkan beliau beberapa tahun lalu kekal sebagai kaedah terbaik untuk menentukan harga bekalan bahan api itu.\nKatanya, formula itu perlu dikekalkan buat masa ini kerana ia mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia selain perlu mengambil kira berapa harga siling yang patut dikenakan.\nRakyat Malaysia teruma dari golongan B40, sudah semestinya berharap agar harga minyak RON 95 akan kekal pada harga ini atau turun lebih rendah. Begitu juga bagi harga terkini minyak RON 97 yang kini dilihat mempunyai penurunan sejak minggu lalu\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nApa itu RON?\nRON adalah singkatan bagi Research Octane Number. Ia adalah ukuran kebolehrintangan minyak petrol terhadap \u201cknocking\u201d.\u201dKnocking\u201d pula adalah kejadian letupan tidak terkawal yang berlaku di dalam kebuk pembakaran. Dan kejadian \u201cknocking\u201d ini tidak memberikan kuasa yang positif malah boleh membawa kecelakaan kepada enjin.\nApa Beza Petrol RON 95/ RON 97?\nSebenarnya nilai tenaga (calorific value) untuk petrol dengan RON 95 atau RON 97 atau RON 100 semua lebih kurang sama. Yang membezakannya adalah kualiti melawan sifat \u201cknocking\u201d (anti-knock quality). Dengan itu, tiada isu RON mana yang lagi \u201cpower\u201d. Ini kerana kandungan tenaganya sama sahaja. Yang bagi lebihan kuasa itu adalah bagaimana enjin menggunakan kelebihan bahan bakar tersebut secara efektif.\nHarga minyak terkini Malaysia menetapkan ;\n\nRON95 \u2013 Khusus untuk kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja\nRON97 \u2013 Boleh digunakan oleh semua kenderaan Malaysia & asing\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rayuan-str/", "title": "Rayuan STR 2023 Tarikh Permohonan & Dokumen Permohonan", "body": ["\n\n", "\nKeputusan semakan STR anda tidak LULUS? Tarikh rayuan STR 2023 boleh dibuat mulai 3 Julai \u2013 31 Julai 2023. Cara permohonan boleh dibuat secara online atau borang manual. Rujuk panduan di bawah.\nRamai mengeluh tidak menerima STR Fasa 3 termasuk penerima bagi STR Fasa 1 dan Fasa 2. \nSeperti yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri,pembayaran fasa 1 dan 2 adalah merujuk data lulus BKM 2022. Manakala pembayaran fasa 3 adalah mengikut data yang telah dikemas kini pada bulan Mac 2023 dan telah disemak silang dengan agensi yang telah\u00a0dilantik oleh Kementerian Kewangan.\n\nSebelum anda membuat permohonan rayuan str, berikut adalah antara 3 kategori bagi penerima STR Fasa 1 & Fasa 2 yang tidak menerima STR Fasa 3 \n\nTidak LULUS permohonan STR 2023\nPerubahan status daripada khawin kepada cerai /kematian pasangan\nLulus kategori isi rumah (tiada anak) berpendapatan RM2501 \u2013 RM 5000\n\nSekiranya anda tidak LULUS permohonan STR 2023, atau anda merasakan ada kesilapan semakan keputusan daripada pihak LHDN, sila rujuk info berikut.\nTarikh Rayuan STR\n\nTarikh permohonan 03 Julai 2023\nTarikh tutup rayuan STR 31 Julai 2023\n\nRayuan STR 2023\n\nTarikh rayuan str 2023 boleh dibuat mulai 03 Julai \u2013 31 Julai 2023. Cara buat rayuan STR boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi LHDN di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau permohonan rayuan str 2023 juga boleh dibuat dengan mengisi borang manual yang boleh di dapati di mana-mana kaunter cawangan pejabat lembaga hasil dalam negeri berhampiran anda pada tempoh rayuan.\nBagi mengelakkan rayuan STR anda tidak di LULUSKAN, adalah di nasihatkan agar anda menyemak terlebih dahulu, apakah kod alasan permohonan STR anda tidak LULUS.\n\n\n\n\nSemak juga, tindakan /dokumen sokongan yang anda perlu kemukakan bersama permohonan rayuan str anda nanti.\nCara Buat Rayuan STR\n\nTerlebih dahulu semak apakah kod alasan permohonan STR Fasa 3 anda tidak LULUS dengan cara login str dan semak keputusan\nPerhatikan apakah kod alasan permohonan STR anda tidak LULUS\nSetelah itu baca apakah tindakan /dokumen sokongan yang perlu anda sertakan ketika menghantar borang rayuan STR rujuk jadual Kod Alasan STR Tidak LULUS.\n\nKod Alasan STR Tidak LULUS\nKODALASANPENERANGAN / DOKUMEN SOKONGAN1ALASANMaklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status KewarganegaraanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensiyang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)2ALASANMaklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor PengenalanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)3ALASANMaklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor PengenalanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)4ALASANHubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensiTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD / MyKID Anak; danii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)5ALASANMaklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan Salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen Pengenalan Pasangan; atauii.\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR); atauiii.\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Perkahwinan (sekiranya pemohon tidak mempunyai anak)6ALASANPemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori BujangTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau2.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan Salinan yang boleh dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 tahun dan ke atas; atauii.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen pembuktian tamat belajar bagi sesi 2022 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atauiii.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 22 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas7ALASANSemakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh MasaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANDokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2022 / 2023; danii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kad Pelajar anak sesi 2022 / 20238ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANiii.\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapataniv.\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)9ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)10ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)11ALASANSemakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)12ALASANAnak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensiTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)iii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan13ALASANAnak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)iii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan14ALASANPemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / PerkongsianTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)15ALASANPemohon berdaftar sebagai Pemegang SahamTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Sahamii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)16ALASANPemohon berdaftar sebagai Pengarah SyarikatTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikatii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)17ALASANPemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti TerhadTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhadii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)18ALASANPasangan berdaftar sebagai Pemegang SahamTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Sahamii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)19ALASANPasangan berdaftar sebagai Pengarah SyarikatTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikatii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)20ALASANPasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti TerhadTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhadii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)21ALASANPemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / PerkongsianTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)22ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan\u00a0\u00a0akan\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0\u00a0secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)23ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanPemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)24ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)25ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaanAnak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)iii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan27ALASANSemakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaanii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)iii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan28ALASANPemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM350,000TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pemilikan Hartanahii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian KewanganMalaysia (MOF)30ALASANPemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pembelian SahamTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pembelian Sahamii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian KewanganMalaysia (MOF)31ALASANPemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensiTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysiaii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)32ALASANPermohonan dari Luar Negara secara dalam talianTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon sendiri perlu hadir ke LHDNM bersama-sama borang Permohonan Rayuan STR 2023: danii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Salinan MyKAD Pemohon33ALASANPemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.2.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD Pemohon; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atauc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)ii.\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)35ALASANPasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.2.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD Pasangan; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atauc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)ii.\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)36ALASANPasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 20232.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR (Pas Sempadan): danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atauc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)ii.\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)37ALASANPasangan wujud sebagai Anak di permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 20232.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD Pasangan; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atauc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)ii.\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudac)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dand)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)38ALASANAnak telah membuat permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktianii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkaniii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan39ALASANAnak wujud sebagai Pasangan di permohonan lainTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktianii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkaniii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan /Perubahan Pendapatan41ALASANPemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat PasanganTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 20232.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD Pemohon; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); danc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); ataud)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)ii.\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)43ALASANStatus Perkahwinan perlu pengesahanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 20232.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i. Status Kahwina)\u00a0\u00a0\u00a0 MyKAD Pemohon; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); danc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); ataud)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarka dalam permohonan STR)44ALASANSemakan agensi mendapati Anak berstatus KahwinTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktianii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkaniii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan46ALASANTarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian PasanganTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan); atauc)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)48ALASANAnak meninggal duniaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktianii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkaniii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013 Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan49ALASANAnak tidak menepati syarat kelayakanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktianii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkaniii.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan \u2013Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan70ALASANTarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi KerajaanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 20232.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Dudaa)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); danb)\u00a0\u00a0\u00a0 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)71ALASANPasangan meninggal duniaTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGANi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian kematian pasangan meninggal duniaii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensiyang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)72ALASANSemakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan2.\u00a0\u00a0\u00a0 Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan pada Borang Permohonan Rayuan STR73ALASANSemakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakanTINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN1.\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah :i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintuii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Perjanjian sewa rumah bagi perayu yang menyewa\nUntuk rujukan dan semakan anda boleh juga download soalan lazim rayuan STR 2023 beserta kod alasan str tidak LULUS\nSOALAN_LAZIM_FAQ_MYSTR_RAYUAN_STR_2023Download\nKeputusan Rayuan STR 2023\nSemakan keputusan rayuan str dijangka dapat diketahui sekitar bulan November 2023 iaitu pada STR Fasa 4. Tarikh sebenar akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rayuan STR 2023, anda juga boleh menghubungi boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-tabung-amanah-kpypj/", "title": "Terkini Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Sesi 1/2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Bantuan bagi Tabung Amanah KPYPJ sesi 1/2022 pelajar Kolej Yayasan Pelajaran johor (KYPJ) telah dibuka.\nPelajar Kolej KYPJ yang kurang berkemampuan dan berminat untuk bantuan ini adalah di alu-alukan untuk membuat permohonan. Borang, syarat kelayakan dan semakan seperti dalam permakluman berikut\nBantuan Tabung Amanah KPYPJ Sesi 1/2022\nKolej Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah institusi pendidikan milik penuh Kerajaan Negeri Johor.\u00a0Bantuan ini adalah bagi membantu keluarga golongan B40 yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk menghabiskan pengajian dengan jayanya\nKolej Yayasan Pelajaran Johor\n\nKolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) lahir daripada perjuangan kerajaan negeri untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa yang gagal melanjutkan pelajaran ke universiti.\u00a0Ia merupakan satu impian besar pimpinan Kerajaan Negeri Johor untuk melihat sebuah istitusi pendidikan ditubuhkan di negeri Johor bagi membolehkan lepasan SPM yang tidak berpeluang\u00a0 ke universiti melanjutkan pelajaran di daerah tempat mereka tinggal.\u00a0\nIlham Ikhlas kemudian ditukarkan nama kepada Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) pada 1997 bagi menyediakan program peluang kedua pendidikan kepada lepasan sekolah melalui penubuhan empat kolej utama dan lapan buah kolej komuniti YPJ.\nKebanyakan kolej KPYPJ ketika itu beroperasi di bangunan milik kerajaan negeri dan Pusat Latihan Kemahiran (PLK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.\u00a0Pada tahun 2006 KTBYPJ telah digabungkan di bawah bumbung ITPYPJ. Bermula 2013, nama-nama kolej ini telah ditukar kepada Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial (SPSS) bagi KIJ, Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) bagi ITP YPJ dan Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) bagi IHYPJ.\n1 November 2015 merupakan tarikh penuh bersejarah bagi KPYPJ apabila secara rasminya Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) yang tersergam indah di tengah kehijauan ladang kelapa sawit di kilometer 17 Jalan Kota Tinggi-Kulai diserahkan kepada pengurusan KPYPJ oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).\u00a0Kampus seluas 100 ekar bernilai RM120 juta itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan sejak majlis pecah tanahnya diadakan pada 11 Disember 2010.\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah bagi sesi 1/2022 dibuka dalam tempoh berikut :\n10 April hingga 10 Mei 2022\nJenis Bantuan\n\n\n\n\nJenis bantuan yang ditawarkan melalui tabung bantuan kepada pelajar adalah seperti berikut :\nSara DiriKeperluan Pengajian / PeralatanKos Rawatan / Perubatan\nManakala pelajar yang mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan\nBaca juga : Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor\nSyarat Permohonan\nPelajar yang berminat dan berkelayakan untuk mohon bantuan ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan pelajar KPYPJPendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara DiriPelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.\nCara Memohon\nPelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nBorang bantuan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh sila layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor melalui pautan di bawah :\nhttps://www.v2.kypj.edu.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ccid-pdrm-semak-nombor-telefon-scammer/", "title": "CCID PDRM | Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online", "body": ["\n\n", "\nCCID PDRM | Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online ~ Untuk makluman, beribu-ribu kes telah dilaporkan melibatkan scammer gagal mendapat penyelesaian. Oleh itu, orang ramai digesa agar sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang transaksi dalam talian khususnya.\nAntara kaedah penting yang perlu anda ambil tahu melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian adalah, pastikan anda sentiasa;\u00a0\nMenyemak nombor telefon yang digunakan\u00a0Menyemak nombor akaun yang digunakan\nHal ini kerana, kebiasaannya, seorang scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau beberapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka. Dengan itu, anda dapat mengesan sekiranya terdapat sebarang keraguan pada no telefon atau no akaun yang digunakan.\u00a0\n\nCCID PDRM\nCCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.\nPihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.\nAnda boleh mengakses Portal CCID melalui pautan berikut bagi tujuan untuk semak scammer\nhttp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/\u00a0 atau;\u00a0https://semakmule.rmp.gov.my/\u00a0\u00a0\nLangkah Menyemak Nombor Telefon (Scammer)\n\n\n\n\nUntuk menyemak sebarang no telefon yang mencurigakan, sila layari portal CCID seperti pautan di atas.\u00a0\nKemudian, pilih kategori Nombor Telefon.\nMasukkan nombor telefon yang ingin disemak.\nMasukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan.\nKlik \u201cSemak Maklumat\u201d\nMaklumat berikut akan dipaparkan:\n\u201cTiada Laporan Diperolehi\u201d \u2013 Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRMSekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.\nNota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.\nLangkah Menyemak Nombor Akaun (Scammer)\nUntuk menyemak sebarang nombor akaun yang mencurigakan, sila layari portal CCID seperti pautan di atas.\u00a0\nKemudian, pilih kategori Akaun Bank.\nMasukkan Nombor Akaun Bank yang ingin di semak.\nMasukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan.\nKlik \u201cSemak Maklumat\u201d.\nMaklumat berikut akan dipaparkan:\n\u201cTiada Laporan Diperolehi\u201d \u2013 Sekiranya nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRMSekiranya nombor Akaun Bank tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.\nNota: Walaupun berkemungkinan nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor akaun orang lain sebagai tumpangan bagi menerima duit anda.\nAplikasi CCID\nSekiranya anda kerap melakukan transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui Google Play \u2013 Untuk Android.\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-lee-chong-wei/", "title": "Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Malaysia", "body": ["\n\n", "\nBiodata Lee Chong Wei\nDatuk Wira Lee Chong Wei adalah pemain badminton nombor satu Malaysia. Pencapaian luarbiasanya dalam sukan tersebut berjaya mengangkat nama negara ke persada antarabangsa.\u00a0\nMeskipun sudah bersara, namun setiap aksi serta kemenangannya pasti akan dikenang rakyat Malaysia sampai bila-bila.\u00a0\nMana tidaknya, setiap kali beliau berentap di gelanggang, segenap rakyat Malaysia pasti akan setia memberikan sokongan kepadanya di stadium mahupun di layar kaca televisyen.\nJom kita kenali wira badminton negara ini dengan menyemak biodata Lee Chong Wei secara lebih lanjut.\u00a0\nBaca Juga : Biodata Shalin Zulkifli, Ratu Boling Negara\n\nBiodata Lee Chong Wei\nNama Penuh : Lee Chong Wei\nKetinggian : 172 cm\nTarikh Lahir : 21.10.1982\nTempat Lahir : Pulau Pinang\nIsteri : Wong Mew Choo\nAnak : 3 orang, Kingston (2013), Terrance (2015) dan Anson (2022)\n\nKarier Lee Chong Wei dalam Sukan Badminton\nMinat Lee Chong Wei pada sukan badminton mula berputik pada usianya 10 tahun.\u00a0\nAtas usaha serta dorongan ibu bapa, beliau layak menyertai skuad badminton kebangsaan sejak tahun 1999.\u00a0\nSejak itu, beliau tidak toleh belakang lagi dan terus melakar nama dalam arena sukan negara.\u00a0\nLee Chong Wei juga menerima tunjuk ajar daripada beberapa jurulatih handalan seperti Datuk Misbun Sidek, Teh Peng Huat, mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek, Morten Frost, Datuk Tey Seu Bock, Hendrawan dan banyak lagi.\u00a0\nLee akui nama-nama ini bukan hanya menggilap kemahiran badmintonnya, bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.\n\nKejohanan Yang Dimenangi Lee Chong Wei\n2003 \n\nLuster Malaysia Satellite\n\n2004 \n\nProton-Eon Malaysia Open\n\u00a0Chinese Taipei Open\n\n2005 \n\nDenmark Open\n\u00a0Proton Malaysia Open\n\n2006 \n\nMalaysia Open\nWilson Badminton Swiss Open\n\n2007 \n\nFrench Super Series\nPhilippines Open\nDjarum Indonesia Open Super Series\n\n2008 \n\n\n\n\n\nWorld Super Series Masters Finals\nAviva Singapore Super Series\nProton Malaysia Open Super Series\n\n2009 \n\nYonex-Sunrise BWF World Super Series Master Finals\nYonex Sunrise Hong Kong Open Super Series\nMacau Grand Prix Gold\nYonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold\n\u00a0Djarum Indonesia Super Series\nWilson Swiss Super Series\nMalaysia Super Series\n\n2010 \n\nYonex Sunrise Hong Kong Open Super Series\nCommonwealth Games\nJapan Super Series\n Kumpoo Macau Open Badminton Championships\nYonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold\n Djarum Indonesia Super Series\nAll England Super Series\nProton Malaysia Open Super Series\nKorea Super Series\n\n2011 \n\nYonex Badminton French Open\n\u00a0Djarum Indonesia Open\nYonex-Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2011\nYonex-Sunrise India Open\n Yonex All England Open\nVictor Korea Open\nProton Malaysia Open\nVictor \u2013 BWF Superseries Finals\n\n2012 \n\nYonex Sunrise Hong Kong Open\nYonex Denmark Open\nYonex Japan Open\nSukan Olimpik\nYonex Sunrise Malaysia Open GP Gold\nYonex Sunrise India Open\n Yonex All England Open Badminton Championships\nMaybank Malaysia Open Presented by Proton\n Victor Korea Open\n\n2013 \n\nBWF World Superseries Finals\nYonex Sunrise Hong Kong Open\nYonex Open Japan\nDjarum Indonesia Open\nYonex Sunrise India Open\nMaybank Malaysia Open 2013\n\u00a0Victor Korea Open\n\n2014 \n\nYonex Japan Open\nYonex-Sunrise India Open\n Yonex All England Open\nMaybank Malaysia Open\n\n2015 \n\nYonex-Sunrise Hong Kong Open\nThaihot China Open\nYonex French Open\nYonex Canada Open\nYonex Suffolk County Community College US Open\n\n2016 \n\nYonex Japan Open\nBCA Indonesia Open\nDong Feng Citroen Badminton Asia Championship\n Celcom Axiata Malaysia Open\n Victor Far East Malaysia Masters\n\n2017 \n\nYonex-Sunrise Hong Kong Open\n\u00a0Yonex All England Open\n\n2018 \n\nCelcom Axiata Malaysia Open\nCommonwealth Games\n\nPengiktirafan\nBWF Player of the Year 2009, 2010 dan 2011\nSepanjang kariernya, beliau telah merekodkan 713 kemenangan daripada 851 perlawanan.\nLee Chong Wei menempa nama di arena sukan apabila dinobatkan sebagai pemain badminton terbaik selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut.\nSelain meraih 69 gelaran siri super, beliau juga telah mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.\nLee Chong Wei Bersara\nPada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraan secara rasmi selepas mendapati kesihatannya terjejas selepas didiagnos kanser hidung.\u00a0\nMeskipun beliau dikhabarkan telah menerima beberapa tawaran sebagai jurulatih daripada luar negara, namun Lee masih belum bercadang untuk tinggalkan Malaysia.\u00a0\nTerkini, beliau telah mengumumkan kelahiran anak ketiga bersama isteri, Datin Wong Mew Choo pada November lepas.\u00a0\nMeskipun pasangan ini telah bersara, namun kisah pasangan suami isteri ini tetap menjadi bualan di kalangan peminat sukan badminton negara.\u00a0\nSumber\u00a0:\nBWF Tournament Software\nAstro Awani \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-cimb-asean/", "title": "Tawaran Biasiswa CIMB ASEAN 2022 Program Ijazah Sarjana", "body": ["\n\n", "\nTawaran permohonan Biasiswa daripada CIMB ASEAN 2022 telah di buka. Warganegara ASEAN, berumur 27 tahun dan ke bawah memiliki tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah atau program Sarjana daripada universiti peringkat teratas di dunia, rantau ASEAN atau negara asal masing-masing. Adalah di pelawa untuk\u00a0 memohon pembiayaan biasiswa ini\nCIMB, komited untuk membantu bakat muda yang memerlukan untuk merealisasikan impian mereka.\nApa Itu Biasiswa CIMB ASEAN\n\nMerupakan biasiswa penuh selektif dan penuh untuk pelajar luar biasa dari negara-negara ASEAN di mana CIMB mempunyai kehadiran.\u00a0Kami sedang mencari individu yang didorong untuk melampaui kebiasaan.\nDalam mengiktiraf perkembangan dalam industri perbankan, CIMB mengalu-alukan pemohon daripada pelbagai disiplin akademik.\u00a0Kami sebelum ini telah menaja pemohon yang mempelajari Sains Komputer, Sains Data dan Psikologi, selain daripada ijazah yang secara tradisinya dikaitkan dengan kerjaya dalam perbankan seperti Perakaunan, Ekonomi, Kewangan\nDengan melangkaui sokongan kewangan, program Biasiswa ASEAN menyediakan pembangunan profesional yang menarik dan sistem sokongan mentor yang direka untuk memperkasakan bakat muda di rantau ini untuk mengubah hidup mereka dan membuat perubahan bagi mereka di sekeliling mereka.\n\u00a0\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong Foundation (HLF) 2022\nKelebihan Biasiswa CIMB ASEAN\nBiasiswa CIMB ASEAN ialah anugerah biasiswa penuh yang meliputi semua yuran akademik, termasuk yuran pendaftaran, peperiksaan dan tuisyen, serta elaun sara hidup.\u00a0Perbelanjaan lain yang berkaitan dengan tambang penerbangan, visa/dokumen perjalanan juga akan disubsidi.\nSelain itu, bagi graduan yang berjaya menerima tawaran biasiswa ini, anda akan berpeluang untuk menerima kemudahan dan insentif lain daripada pihak CIMB seperti ;\n\nBimbingan kerjaya\nAkses terus kepada pasukan mentor mesra kami yang melatih dan menyokong sarjana kami sepanjang program\nPengalaman dan peluang kerjaya Peluang\nuntuk melancarkan kerjaya anda dengan CIMB.\u00a0Latihan amali dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian disertakan\nPerlindungan biasiswa penuh\nPembiayaan kami termasuk yuran pengajian sarjana kami, elaun sara hidup, insurans dan yuran lain yang berkaitan\nPeluang rangkaian global\nSelami budaya ASEAN CIMB melalui acara serantau kami.\u00a0Rangkaian dengan rakan sekerja dari seluruh dunia dan bercakap dengan pemimpin kanan\nAsimilasi budaya CIMB\nManfaat daripada program pembangunan bersepadu kami yang direka untuk mengecas turbo kemahiran peribadi dan profesional anda\n\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\nKelayakan asas:\n\n\n\nWarganegara sama ada Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam atau Filipina.\n27 tahun ke bawah.\nPemohon yang akan memulakan ijazah atau program Sarjana atau mereka yang telah bermula dengan baki sekurang-kurangnya satu tahun akademik penuh.\nMin.\u00a0PNGK 3.25 atau setara dengan rekod prestasi akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kurikulum.\n\n\n\nPemohon tidak boleh menjadi penerima biasiswa lain yang disertakan dengan obligasi kontrak seperti bon perkhidmatan\n\u00a0\nKriteria Pemilihan\nSemua permohonan akan melalui lima tahap pemilihan\n\u00a0\nTAHAP 1\nSemua permohonan disaring untuk memastikan kriteria kelayakan asas dipenuhi.\nTAHAP 2\nPemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam penilaian dalam talian CIMB.\nTAHAP 3\nPemohon yang disenarai pendek akan bertemu dengan panel penemuduga.\nTAHAP 4\n\n\n\n\nPemohon yang disenarai pendek akan mengambil bahagian dalam Penilaian Maya Biasiswa CIMB ASEAN kami\nTAHAP 5\nPemohon yang disenarai pendek akan menjalani temu duga akhir dengan pasukan pengurusan kanan Kumpulan CIMB\nPemilihan calon yang sesuai untuk Biasiswa CIMB ASEAN akan berdasarkan terutamanya pada perkara berikut:\n\n\n\n\n\nGenerasi penerus perubahan.\nAnda bukan sahaja boleh menyesuaikan diri dengan mudah untuk berubah, kami mahu anda menerimanya dan berkembang maju dalam persekitaran yang sinergi.\nKeupayaan yang kuat untuk menyampaikan fikiran anda adalah kunci.\u00a0\nCalon dijangka dapat mendengar dengan empati dan berkomunikasi dengan impak.\nRekod prestasi akademik yang kukuh dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nKami mengutamakan individu yang mempunyai kepimpinan yang teguh, kerja berpasukan dan kemahiran interpersonal.\nKeupayaan untuk berfikir\u00a0tanpa\u00a0kotak.\nIndividu yang boleh menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam menyediakan penyelesaian dan menyelesaikan masalah sebenar.\n\n\n\n\u00a0\nKumpulan CIMB berhak untuk meminda kriteria ini dari semasa ke semasa.\n\u00a0\nCara Permohonan\nPermohonan boleh di buat secara atas talian menerusi pautan https://careers.cimb.com/students/cimb-asean-scholarship sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 Mei 2022\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Biasis2wa CIMB ASEAN 2022 anda boleh emailkan kepada\u00a0[email\u00a0protected]\n\u00a0\n\u00a0\nSoalan Lazim\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa CIMB ASEAN?\nMerupakan biasiswa penuh selektif dan penuh untuk pelajar luar biasa dari negara-negara ASEAN di mana CIMB mempunyai kehadiran.\u00a0Kami sedang mencari individu yang didorong untuk melampaui kebiasaan.\n\u00a0\nBagaimanakah Cara Memohon?\nAnda boleh memohon secara online menerusi pautan https://careers.cimb.com/students/cimb-asean-scholarship yang disediakan\n\u00a0\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan?\n13 Mei 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eoperasi/", "title": "eOperasi KPM : Modul Pengurusan Guru & Pentadbir Sistem", "body": ["\n\n", "\neOperasi adalah salah satu bahagian daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang\u00a0dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),\u00a0Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\nModul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru serta bukan guru.\nAntara maklumat yang dapat dikongsikan dalam sistem ini termasuklah tugasan kemaskini data, semakan status bagi pertukaran lokasi/penempatan guru menerusi Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain.\nTerdapat beberapa kategori yang ditawarkan iaitu :\nPentadbir Sistem\n\npengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah.\nHanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk gunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.\n\nPengguna\n\nTerdiri daripada guru dan bukan guru.\nHanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentadbir Sistem sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini. \u00a0\n\nBaca Juga : HRMIS 2.0 : Sistem Pengurusan Sumber Manusia Penjawat Awam\nCara Login eOperasi KPM dan Pendaftaran Pengguna\nBerikut merupakan cara mendaftar dan login eOperasi KPM :\n\nLayari laman web rasmi e-Operasi di halaman\u00a0https://eoperasi.moe.gov.my\nLog Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.\nPengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.\nPastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.\nKata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.\nKlik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.\nPengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.\nSetelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.\n\n\nNota : Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan browser Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768 untuk mendapatkan paparan terbaik.\nMaklumat Guru Yang Perlu Dikemaskini\nAntara maklumat yang perlu dikemaskini serta diisi adalah seperti berikut :\ni. Maklumat Staf\n\n\n\n\n\nmaklumat pasangan\nmaklumat subjek ajar\nmaklumat akademik\nmaklumat ikhtisas\nmaklumat sejarah perkhidmatan\nmaklumat peribadi\nmaklumat perkhidmatan\nmaklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru\n\nii. Maklumat Enrolmen\n\nenrolmen ikut kelas\nenrolmen ikut subjek\nenrolmen ikut elektif\n\niii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM)\u00a0Perjawatan\n\nPermohonan\nSemakan\nKelulusan\nAnalisis kelulusan / pelaksanaan\n\niv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)\n\nKedudukan guru\nPengisian opsyen\nkurang / lebih mengikut opsyen\n\nv. Instrumen\n\nPenilaian program orientasi guru baru\nPenilaian seminar\n\nvi. Maklumat Subjek\n\nAnalisis pemantauan\nSubjek Elektif\nMPV\nPAV\n\nDi samping itu, pengguna juga boleh mendapat informasi terkini melalui ruang pengumuman yang dikemaskini dari semasa ke semata di laman utaman laman web ini.\nManual Pengguna\nPengguna juga boleh merujuk manual pengguna menerusi pautan berikut : https://eoperasi.moe.gov.my/\nMANUAL-PENGGUNA-SUB-MODUL-KEBERADAAN-GURUDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai sistem eOperasi, sila ajukan pertanyaan anda ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing menerusi nombor telefon yang tersedia di butang \u2018Bantuan\u2019.\nAnda juga boleh mendapatkan bantuan dengan hantarkan emel ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-khairy-jamaluddin/", "title": "Biodata Khairy Jamaluddin, Bekas Menteri Kesihatan Malaysia", "body": ["\n\n", "\nBiodata Khairy Jamaluddin (KJ)\nSejak akhir-akhir ini, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menjadi sebutan warganet atas penglibatannya dalam pelbagai bidang di luar politik.\nApabila berbicara tentang KJ, rata-rata rakyat Malaysia pasti akan ingat detik kekalahan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.\nWalaupun kemenangan tidak menyebelahinya, namun ribuan warganet telah menitipkan kata-kata semangat buat Khairy dan berharap semoga beliau akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam arena politik tanah air pada masa hadapan. \u00a0\u00a0\n\u00a0Meskipun sudah tidak aktif dalam bidang politik buat masa ini, namun lelaki berusia 47 tahun ini telah menabur banyak jasa kepada pentadbiran negara.\nJom kita semak serba sedikit biodata Khairy Jamaluddin serta pengalaman dan pencapaian beliau.\n\nBaca Juga : Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama Sehingga Kini\nBiodata Khairy Jamaluddin\nNama Penuh : Khairy Jamaluddin Abu Bakar\nTarikh Lahir : 10 Januari 1976\nUmur : 47 tahun (2023)\nTempat Lahir : Kuwait\n\n\n\n\nIsteri : Nori Abdullah (anak kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi)\nAnak : 3 orang (Jibreil Ali, Timor Abdullah, Raif Averroes)\n\n\nPendidikan \n\nUniversity College London \u2013 Sarjana dalam Teori Undang-Undang dan Politik\nKolej St Hugh Universiti Oxford \u2013 Sarjana Muda dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi\n\nAnugerah\n\nSingapore Felo Pertukaran Lee Kuan Yew\nHarvard Ministrial Leadership Programme\nPingat Emas Sukan Asia Tenggara (SEA) untuk Polo (2017)\nThe Most Gallant Order of Military Service Medal Malaysia (2016)\nRakan Perdana Menteri New Zealand (2016)\nAsia Society Asia 21 Fellow (2006)\nPemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (2005)\nChevening Visiting Fellow, Pusat Pengajian Islam Oxford (2002)\n\nPenglibatan dalam Kementerian dan Politik \n\nMenteri Kesihatan Malaysia (2021-2022)\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2020-2021)\nDe Facto Shadow Menteri Kewangan, Parlimen Malaysia (2018 \u2013 2020)\nAhli Parlimen Rembau, Parlimen Malaysia (2008 \u20132022)\nMenteri Belia dan Sukan, Malaysia (2013 \u2013 2018)\nKetua Sayap Pemuda bagi parti UMNO (2009 \u2013 2018)\nTimbalan Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri Malaysia (2003 \u2013 2004)\nPembantu Khas, Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1999 \u2013 2003)\n\n\nPengalaman Lain\n\nPengerusi Perbadanan Pembangunan Usahawan Nasional (2012 \u2013 2013)\nPengarah, Perbankan Pelaburan, ECM Libra Avenue Securities (2004 \u2013 2007)\nKomander Rejimen Simpanan ke-508 Tentera Darat Malaysia berpangkat Brigedier Jeneral (2014 \u2013 2018)\nPengerusi Forum Halal Dunia yang menganjurkan pameran perdagangan Halal terbesar di dunia (2006 \u2013 2007)\nTimbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (2007 \u2013 2010)\nPelatih dan Penulis di The Economist melaporkan dari Afghanistan yang ditadbir oleh Taliban (1999)\nPenyampai Dateline Malaysia, program televisyen perbincangan berita untuk hal ehwal semasa (1999)\nPenulis artikel TIME, Wall Street Journal, dan banyak penerbitan serantau dan nasional\nRakan Kongsi, Rakan Kongsi Kyra (Semasa)\nPengerusi dan Pengasas Bersama, The Centre (Semasa)\n\nKhairy Aktif Dalam Bidang Luar Politik\nKhairy mengejutkan orang ramai apabila bersetuju untuk menjadi penyampai radio bagi HotFM untuk slot Bekpes Hot bermula 15 Februari 2023.\n\nKemudian, beliau juga telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.\nMenurut DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, pengalaman Khairy yang luas dalam pelbagai bidang di negara ini bakal memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Khairy Jamaluddin, sila layari laman media sosial rasmi beliau seperti berikut :\nLaman web : khairykj.com\nFacebook : facebook.com/Khairykj\nTwitter : @khairykj\nInstagram : @khairykj\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-rawatan-tibi-selangor/", "title": "Bantuan Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) ialah salah satu intensif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mereka yang menghidapi penyakit Tibi di negeri tersebut.\nUntuk pengetahuan, Negeri Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes penyakit Tibi pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5,071 kes diikuti dengan Sabah iaitu 5,008 kes, Sarawak dengan 3,122 kes, Johor iaitu 2,150 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya\u00a0dengan 2,017 kes.\nInsentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB)\nKerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi penduduk Selangor akibat kesan wabak COVID-19. Oleh itu, sebuah Pakej Rangsangan Ekonomi akan diumum bagi menyerap impak penularan wabak COVID-19.\u00a0 Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) ini merupakan salah satu insentif Kerajaan Negeri Selangor merupakan salah satu Pakej Rangsangan Ekonomi dari kerajaan Selangor untuk membantu meringankan mereka yang terkesan dari akibat wabak COVID-19.\nKriteria Pemohon\n\nKepada rakyat negeri Selangor yang menghidap penyakit Tibi dan memenuhi kriteria berikut\nWarganegara Malaysia yang bermastautin di NegeriSelangorPesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan RespiratoriSedang menerima rawatan tibi secara aktif\nCara Permohonan\nLengkapkan borang IRTB\u00a0yang boleh didapati di laman web selangorprihatin.com\nHantar dokumen lengkap kepada Selcare Management melalui email\u00a0[email\u00a0protected]\nPembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak melalui 3 fasa:\nFasa 1 : RM 200Fasa 2 : RM 200Fasa 3 : RM 400\nDokumen Di Perlukan\nSila kemukakan dokumen sokongan dibawah bersama borang permohonan bagi mengelakkan kelulusan ini dibatalkan:-\nMemo / Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit TibiSalinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E)Salinan Kad Pengenalan pemohonPenyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bankSalinan dokumen pengesahan pemastautin di Selangor (contoh: Bil air, bil eletrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).\nSoalan Lazim\nSaya baru sahaja bermastautin di Negeri Selangor kurang daripada 5 tahun. Adakah saya layak memohon insentif ini?\nLayak, tetapi pemohon hendaklah mendapatkan rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.Saya dilahirkan di luar Selangor namun mendapat rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori. Adakah saya layak memohon?\n\n\n\n\nLayak. Pemohon yang lahir di luar Naegeri Selangor namun mendapat rawatan di hospital atau klinik kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar dalam Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori layak memohon dengan syarat perlu bermastautin di Negeri Selangor.Saya telah mendapat bayaran permulaan sebanyak RM200 namun, saya telah terlepas beberapa kali siri rawatan di hospital. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?\nTidak layak. Pemohon hendaklah menamatkan kesemua rawatan pada 2 bulan pertama selepas permohonan bagi melayakkan untuk mendapat insentif seterusnya. Insentif akan dihentikan sekiranya pesakit gagal menamatkan rawatan tersebut.Saya disahkan positif penyakit tibi namun tidak mendapat rawatan di hospital. Adakah saya layak?\nTidak layak. Pemohon hendaklah disahkan positif penyakit Tibi dan sedang aktif mendapatkan rawatan di pusat perubatan berdaftar seperti syarat yang telah ditetapkan.Pada fasa pertama rawatan, saya masih lagi dirawat di hospital di Negeri Selangor namun telah berpindah ke negeri lain dan meneruskan rawatan di negeri tersebut. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?\nTidak layak. Pemohon hendaklah bermastautin di Negeri Selangor dan mendapat rawatan di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.Rawatan tibi saya telah melebihi 6 bulan namun saya masih lagi meneruskan rawatan. Adakah saya layak mendapat insentif terakhir?\nLayak dengan syarat pemohon mematuhi fasa rawatan seperti yang ditetapkan oleh pusat perubatan yang merawat dan menamatkan rawatan.Ketika pendaftaran program ini, saya telah memasuki fasa terakhir rawatan tibi. Adakah saya layak untuk mendapat insentif fasa pertama dan kedua?\nPemohon layak mendapat bayaran insentif Fasa 1 dan Fasa 2 dengan syarat fasa tersebut telah disahkan oleh Pegawai Perubatan yang membuat rawatan. Fasa 3 akan diperolehi selepas pesakit menamatkan rawatan.\nMaklumat Lanjut\nPemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Program Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) boleh menghubungi talian 1-800-22-6600 yang beroperasi 24 jam.\nPemohon juga boleh melayari\u00a0https://www.selangorprihatin.com/\u00a0untuk maklumat lanjut.\nArtikel berkaitan ;\nPermohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/syarat-vaksinasi-pelajar-ipt/", "title": "Syarat Vaksinasi Pelajar IPT Sempena Kemasukan Mac 2022", "body": ["\n\n", "\nSyarat Vaksinasi Pelajar IPT Sempena Kemasukan Mac 2022 ~ Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah umumkan kemasukan pelajar institusi pendidikan (IPT) bermula Mac 2022.\nSeperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, KPT telah memastikan kemasukan pelajar ke kampus sama ada tempatan atau antarabangsa mulai Mac 2022.\nKeputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian kepada pelajar.\nBaca Juga : PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka\n\nTarikh Kemasukan IPT\nUntuk makluman, tarikh kemasukan semula ke IPT akan bermula pada Mac 2022.\nAspek Keselamatan & Kesihatan Jadi Keutamaan KPT\nEkoran wabak Covid-19 yang masih menular ketika ini, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar adalah menjadi keutamaan KPT dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus.\nJusteru itu, IPT diingatkan supaya menyediakan kapasiti secukupnya untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal. Pematuhan SOP \u00a0pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga perlu dipatuhi dengan ketat.\nBagi mencegah penularan wabak Covid-19, perlaksanaan PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian tertakluk kepada keputusan pengurusan IPT.\nPelajar yang pulang ke kampus juga diminta untuk terus amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa amalkan kebersihan diri.\n\n\n\n\nSemua aktiviti sukan dan riadah di dalam kampus perlulah dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang telah digariskan oleh KKM.\nSyarat Vaksinasi Pelajar IPT & SOP Mac 2022\nKemasukan pelajar IPT ke kampus masing-masing mulai Mac 2022 mestilah ikuti syarat yang ditetapkan seperti berikut :\nKerajaan membenarkan kemasukan pelajar ke kampus dengan 70% hingga 100% mengikut kapasiti IPT.\nSemua pelajar dan staf yang belum lengkap vaksinasi dibenarkan memasuki kampus dengan mematuhi SOP seperti berikut :\nLakukan Ujian RT-PCR : 2 hari sebelum masuk kampus\nLakukan Ujian RTK-Ag : 1 minggu sekali\nSemua pelajar antarabangsa yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk dengan tempoh kuarantin berikut :\nLengkap Vaksin : 7 hari\nLengkap vaksin + Dos Penggalak : 5 hari\n\nMaklumat Lanjut\nIbu bapa dan pelajar boleh hubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT di talian 03 8870 6777/ 6949/ 6623/ 6628.\nAnda juga boleh hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing untuk keterangan lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/karangan-perbahasan/", "title": "Karangan Jenis Perbahasan: Contoh dan Format Panduan", "body": ["\n\n", "\nKarangan jenis perbahasan adalah merupakan salah satu jenis karangan dalam bentuk karangan berformat dan lazim ditanya di dalam peperiksaan. \nPerbahasan adalah ucapan yang menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong ataupun membangkang sesuatu tajuk yang telah diberikan.\nLazimnya, mempunyai satu tajuk yang dibincangkan dan mempunyai satu pencadang dan pembangkang. \nJenis Perbahasan\nTerdapat dua jenis perbahasan yang biasa wujud dilaksanakan iaitu:\n\nPerbahasan berbentuk pertandingan\nPerbahasan bukan pertandingan\n\nPerbezaan kedua-dua jenis perbahasan ini ialah perbahasan berbentuk pertandingan memerlukan penulis untuk meletakkan kata-kata aluan pada permulaan ucapan.\nNamun, untuk perbahsan bukan pertandingan, kata-kata aluan tidak diperlukan dan penulis hanya menumpukan kepada tajuk perbahasan sahaja. \nTips Penulisan\nTips penulisan karangan perbahasan yang baik yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\n\nSebelum menulis karangan perbahasan, penulis perlu jelas mengenai pendirian yang perlu diambil supaya penulisan nanti tidak mengelirukan.\nJika penulis mengambil peranan sebagai pihak pencadang, penulis haruslah membentangkan hujah-hujah yang menyokong tajuk. Sebaliknya, jika penulis mengambil peranan sebagai pembangkang, penulis mesti mengutarakan hujah-hujah yang menentang tajuk.\nSegala hujah penulis mestilah tepat, meyakinkan, matang dan logik, serta menjawab kehendak soalan.\nPenulis perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan meyakinkan.\n\nFormat Teks Karangan Perbahasan\nKarangan perbahasan terbahagi kepada 3 jenis bahagian iaitu:\ni) Pendahuluan\nDalam pendahuluan pada perenggan pertama, lazimnya penulis memberikan kata-kata aluan dan menerangkan tajuk perbahasan secara umum\nii) Isi\n\n\n\n\nPenulis perlu menerangkan hujah di bahagian isi karangan.\nLazimnya, isi karangan merangkumi lebih daripada 3 hujah untuk menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan. \niii) Penutup\nUntuk bahagian penutup, penulis perlu menegaskan semula dan merumuskan hujah-hujah yang telah dikemukakan lebih awal.\nContoh Karangan Jenis Perbahasan\nBeberapa contoh karangan perbahasan berikut boleh dijadikan panduan iaitu:\ni) Karangan berbentuk pertandingan\nSoalan: Anda mewakili pihak pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk \u201cAktiviti menonton pita video mendatangkan banyak kesan negatif kepada kehidupan kita\u201d. Tulis hujah anda selengkapnya.\n\n\nii) Karangan bukan berbentuk pertandingan\nSoalan: Cuti sekolah sepatutnya dijadikan waktu untuk pelajar beristirehat, bukannya dibebankan dengan kelas-kelas tambahan dan tugasan sekolah yang banyak. Bahaskan penyataan ini selengkapnya.\n\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai karangan perbahasan, sila tonton video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=MnYxOhXoBgM. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ajl-anugerah-juara-lagu/", "title": "Live Streaming AJL 37: Keputusan Anugerah Juara Lagu 2023", "body": ["\n\n", "\nTonton Live Streaming AJL 37 yang akan berlangsung malam ini bermula jam 9 malam di TV3.\nAnugerah Juara Lagu atau AJL adalah sebuah acara anugerah muzik tahunan di Malaysia yang menjadi platform untuk penyanyi dan artis muzik untuk mempromosikan lagu-lagu terbaru mereka dan berinteraksi dengan penonton dan peminat. \nAnugerah ini juga membantu mempromosikan industri muzik tempatan dan mengenal pasti bakat-bakat baru dalam bidang muzik.\nBerikut senarai 12 finalis yang akan membuat persembahan pada malam ini:\nLAGUPENYANYIKOMPOSERLIRIKMainanNaim DanielFirdaus Rahmat, Omar K & Mas DewangaArisz Ab RahmanPayung PelangiNoki & MkNoki & MkNoki & MkIramaShiha ZikirIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesSengsaraKhai BaharJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KNangIman TroyeEzra Kong & A.RamleEzra Kong & A.RamleTerus HidupAina AbdulAina AbdulAina AbdulKembali TerangMarsha MilanSenna & AjinSennaSatu Malam Di TemasekJoe Flizzow & SonaoneSonaoneJoe Flizzow & SonaoneBahagiakan DiaLiza Hanim & Shila AmzahAliff IskandarAliff Iskandar & Que AfiqKorbanErnie ZakriErnie ZakriErnie ZakriDebuDayang Nurfaizah & Amir MasdiMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimAnugerah TerindahAlif SatarAlif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry ArwisAlif Satar, Shah Shamshiri & RomeoSumber: eCentral\nKeputusan Anugerah Juara Lagu 2023\nBerikut keputusan terkini AJL 37 (akan dikemaskini)\n\n\n\n\n\nPersembahan Terbaik:\nVokal Terbaik:\nTempat Ketiga:\nTempat Kedua:\nJuara Lagu:\n\nTonton Live Streaming AJL 37\nBagi anda yang lebih suka menonton persembahan AJL 37 secara online, anda boleh saksikan siaran langsung di portal Tonton.\nDi bawah adalah MEDLEY AJL37 bersama Meerqeen.\n\n\n\nTahniah buat semua pemenang malam ini.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rmr-rumah-mesra-rakyat/", "title": "Program RMR : Rumah Mesra Rakyat SPNB", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibuka buat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. \nRMR yang telah dilancarkan pada 16 Ogos 2002 ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.\nOleh itu, mereka yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah ini dialu-alukan untuk memohon RMR ini.\n\nHarga Rumah Rumah Mesra Rakyat SPNB\nYang terkini, SPNB telah mengeluarkan 6 reka bentuk RMR yang terbaru iaitu pada harga RM75,000 dan juga RM95,000 bergantung kepada jenis reka bentuk yang dipilih.\nUntuk maklumkan, harga bayaran bulanan rumah bermula dari RM 300 sehingga RM 370. \nReka Bentuk Rumah\nReka bentuk RMR yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Reka bentuk 1\n\nii) Reka bentuk 2\n\niii) Reka bentuk 3\n\niv) Reka bentuk 4\n\nv) Reka bentuk 5\n\nvi) Reka bentuk 6\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon RMR adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah warganegara\u00a0Malaysia.\nPemohon mestilah berumur\u00a018 tahun sehingga 65 tahun. \nPendapatan bulanan seisi rumah\u00a0tidak melebihi RM5,000.\nPemohon dan pasangan\u00a0tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki\u00a0rumah usang/tidak sempurna.\nTanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian\u00a0dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan\nKeluasan tanah\u00a0tidak kurang daripada 3,000 kps\u00a0(tertakluk kepada rekabentuk).\nTertakluk kepada peruntukan kewangan.\n\nNota : \n\nKeperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.\nBagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.\n\n\nCara Memohon RMR\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkat berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/.\nKlik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap\nLogin ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon\nLog masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR\nLengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem\nKlik selesai pendaftaran borang dan cetak borang\nHantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan\nMaklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).\nSalinan kad pengenalan tuan tanah.\nSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).\nSalinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.\nSlip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).\nSurat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A). \nSurat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.\nSalinan sijil nikah pemohon.\nBorang laporan tapak bergambar.\n\n\nNota : \n\nSPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.\nFormat bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.\nKeperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.\n\nTanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)\nJika permohonan pemohon berjaya, mereka perlu menyelesaikan beberapa tanggungjawab iaitu:\n\nPerlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan\nPerlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan\nPerlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik\nPerlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan\nPerlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan\n\nPembayaran RMR Secara Online \nAnda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.\n\nCari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.\nTerdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.\nMasukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.\nCara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):Biller Code:\u00a0(Rujuk Kod Pembayaran JomPay)Amount (RM):\u00a0Jumlah PembayaranRef-1:\u00a0No Akuan RMRRef-2:\u00a0No Kad PengenalanKod Pembayaran JOMPAY:\n\nRMR 2020 \u2013 RMR 2022Semenanjung:\u00a0RM300.00Sabah & Labuan:\u00a0Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.\n*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:\n\nSelangor,KL,Putrajaya :\u00a0631085\nPerlis :\u00a0158394\nJohor :\u00a0296053\nKedah, P.Pinang :\u00a0546879\nMelaka :\u00a0560128\nSembilan :\u00a0691543\nTerengganu :\u00a0775239\nPahang :\u00a0781252\nKelantan :\u00a0783597\nPerak :\u00a0789446\nSabah,Labuan :\u00a0106526\n\n*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari:\u00a0https://rmrportal.spnbonline.com.my/\nSoalan Lazim RMR\nDi manakah borang RMR boleh diperolehi? Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.\n\n\n\n\n Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan? Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat). Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah? Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat. Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia? Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian. Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah? Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran. Apakah sebab permohonan ditolak? Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik3. Tapak cadangan tidak sesuai4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air/elektrik? Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja. Bolehkah rumah diubahsuai? Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Bagaimana membuat pembayaran bulanan? Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan. Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan? Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan. Apakah konsep Kediaman SPNB? Menyediakan persekitaran yang mampu memberi inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik, dan alam sekitar yang mampan serta suasana harmoni. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon Kediaman SPNB? Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank. Bagaimanakah cara untuk memohon Kediaman SPNB? Anda boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan/jualan kami. Apakah status pajakan Kediaman SPNB (pegangan kekal atau peganganbebas? Ia bergantung kepada hakmilik (\u201cpemilik\u201d) tanah pada setiap pembangunan SPNB. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan semasamendaftar Kediaman SPNB? Dokumen yang diperlukan:1. Salinan kad pengenalan pemohon2. Slip gaji 3 bulan yang terkini3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA4. Penyata KWSP terkini5. Surat Pengesahan Jawatan daripada majikanJika bekerja sendiri1. Penyata bank 3 bulan terkini2. Pendaftaran Perniagaan (SSM)3. Dokumen sokongan tambahan (jika ada) \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai RMR, sila hubungi pihak SPNB di : \nTelefon : +603-7849 2000\nWaktu urusan:Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi \u2013 5.30 petang)\nAlamat:Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.\nE-mel: [email\u00a0protected]\nLaman web : www.spnb.com.my\nFacebook: SPNBInstagram : spnb_officialTwitter: spnb_officialYoutube: spnb_official\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-khas-maiwp-insani/", "title": "Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani Untuk Golongan Asnaf", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk asnaf, Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan diberikan kepada setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan. MAIWP Insani merupakan bantuan tambahan bagi menangani bebanan kewangan asnaf kesan daripada inflasi negara.\nSetiap penerima akan menerima bantuan khas ini berjumlah RM500.00. Bagi bulan Ogos sebanyak RM250.00 dan Disember RM250.00 yang akan dikreditkan secara berperingkat ya bermula 19 Ogos 2022.\nJumlah Bantuan\nKadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500. Di berikan secara berperingkat\n\nTarikh Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani\nPenerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :\nFasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)Fasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.Tertakluk kepada pengiraan Had al-KifayahPemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.\n\nPermohonan Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani\nUntuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun asnaf yang menerima bantuan bulanan MAIWP. \n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nBagi maklumat lanjutUntuk lanjut tentang Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani, bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.\nAnda juga boleh ikuti laman Facebook\u00a0Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan\u00a0untuk ketahui maklumat terkini.\nLain-lain Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP\nAntara Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP yang lain adalah seperti ;\nPembangunan Asnaf\nBantuan Kewangan BulananBantuan AidilfitriBantuan Khairat AsnafBantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)Bantuan Guaman SyarieBantuan PerkahwinanBantuan KecemasanBantuan MusibahBantuan Tambang Dan Keperluan Diri\nPerlindungan\nBantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah BulananBantuan Membina / Membaiki RumahBantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah\nEkonomi\nBantuan Perniagaan dan Bimbingan KeusahawananBantuan Pertanian / Perikanan / PenternakanBantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)Bantuan Deposit Sewa Beli TeksiBantuan Deposit Kenderaan Perniagaan\nPendidikan\nBantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah BerasramaBantuan Pakaian dan Peralatan PersekolahanBantuan TuisyenBantuan Am Pelajaran IPT / \u00a0Bantuan Persediaan IPTBantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)Bantuan Galakan Hafaz Al-QuranBantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang\nPembangunan Ummah\nBantuan Aktiviti Dakwah & KebajikanBantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pantun-hari-raya/", "title": "Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat", "body": ["\n\n", "\n\u00a0Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat\nMenjelang lebaran, pasti ramai yang ingin sampaikan ucapan kepada sahabat rapat dan keluarga sebagai pengganti diri. \nMeskipun kaedah komunikasi semakin maju dengan adanya pelbagai platform seperti Whatsapp, Telegram dan TikTok, namun ucapan berbentuk pantun masih popular sehingga ke hari ini. \nDi sini kami ingin kongsikan beberapa pantun Hari Raya Aidilfitri khas buat anda yang ingin menyapa rakan dan sanak saudara yang bakal menyambut Syawal. \nBaca Juga : Ucapan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa\n\nKoleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Menarik \nBurung cenderawasih terbang ke awan,\nHinggap sebentar di pohon cemara,\nMaaf dan kasih kami sampaikan,\nIkhlas buatmu di Hari Raya.\n\nPergi ke rumah Pakcik Hamdan,\nDijamu dengan kuih keria,\nBerakhir sudah bulan Ramadan,\nKini Syawal disambut meriah.\n\nBuah keranji dalam perahu,\nMasak sebiji di atas peti,\nSudah lama menahan rindu,\nSemoga bertemu lebaran nanti.\n\nPergi ke desa mencari rotan,\nUntuk membuat meja dan kerusi,\nKami sekeluarga ingin mengucapkan,\nSelamat Hari Raya Aidifitri.\n\nJika kita tak sempat bersua,\nJika ada kata mengguris hati,\nSemoga pintu maaf masih terbuka,\nSelamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.\n\nBulan Ramadhan bulan yang mulia,\nDi sambut dengan hati yang gembira,\nKini syawal semakin menjelma,\nTangan ku hulurkan maaf dipinta.\n\nAda kalimah yang tak perlu disampaikan,\nAda juga perasaan yang ridak mampu diucapkan,\nKamu yang jauh tidak pernah ku lupakan,\nSalam Aidilfitri, Selamat Menyambut Hari Lebaran.\n\nPulang ke kampung di malam hari,\n\n\n\n\nBerangkat menuju ke Kampung Mantin,\nMinal Aidil Wal Faizin,\nMohon maaf zahir dan batin.\n\nJambangan indah lagi berseri,\nMenjadi hiasan di Aidilfitri,\nWhatsapp dikirim pengganti diri,\nTanda ingatan tidak lupa dihati.\n\n\nBuah nangka buah bidara,\nEnak dimakan bersama rakan,\nSelamat Hari Raya wahai saudara,\nSemoga silaturrahim dapat dieratkan.\n\n\u00a0Memukul gendang pelbagai gaya,\nAmat meriah riang gembira,\nRamai bertandang di hari raya,\nTersenyum riang sanak saudara.\n\nSungai disusur sehari-hari,\nDalam gelap menangkap ikan,\nKami menyusun sepuluh jari,\nSalah dan silap harap maafkan.\n\nSatu Syawal menjelang tiba,\nTakbir bergema mengegarkan jiwa,\nSekiranya ada salah dan dosa,\nAmpun dipinta dihari mulia.\n\nBeli minuman pelbagai perisa,\nUntuk dihidang waktu berbuka,\nTak terasa sebulan berpuasa,\nAkhirnya Aidilfitri berkunjung tiba.\n\nKian Berlabuh Tirai Ramadhan,\nLambaian Syawal Kian Dinanti,\nLuhur Hati Ikhlas Kemaafan,\nSalah dan silap harap dimaafi.\nSemoga perkongsian pantun Hari Raya ini dapat mendekatkan yang jauh dan merapatkan lagi hubungan anda dengan rakan dan keluarga. Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/spim-tekun-permohonan-skim-pembiayaan-informal-mikro/", "title": "SPIM TEKUN 2022: Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro", "body": ["\n\n", "\nSPIM TEKUN 2022: Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro ~ Sukacita dimaklumkan,permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN 2022 kini dibuka!\nSila pastikan anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.\u00a0\nSkim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN)\nSkim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) merupakan\u00a0 skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.\nObjektif pembiayaan skim ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.\nSkim ini boleh dimohon oleh mana-mana usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil, peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).\n\nSyarat Kelayakan Permohonan\nUntuk memohon, pastikan anda menepati syarat asas pembiayaan seperti berikut:\nBumiputera / India dan warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapanAktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.\nNilai Pembiayaan SPIM\nNilai pembiayaan adalah, RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.\nRM1,000 \u2013 RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).RM1,000 \u2013 RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).\n*Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:\n\n\n\n\nKAEDAH 1: Melalui pejabat cawangan berhampiran dengan premis.\nAnda boleh merujuk senarai pejabat cawangan TEKUN di pautan berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/\nKAEDAH 2: Memohon secara dalam talian\u00a0\nSila layari pautan berikut untuk membuat permohonan secara dalam talian (online): https://tekunfin.tekun.gov.my/\nNOTA: Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara atau,\u00a0 layari: https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\nTALIAN HOTLINE: 03-9059 8888\nSOALAN LAZIM:\n\nhttps://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-mikro-spim/\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-maiwp-kasih-asnaf-back-to-school-2022/", "title": "Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost", "body": ["\n\n", "\nBantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost ~ Sukacita dimaklumkan kepada para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh membuat semakan dan menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Back To School.\nBantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School\nBantuan Kasih Asnaf Back To School adalah merupakan bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.\nProses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan kali ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.\nCara Menebus\n\nSila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau layari pautan berikut: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/\nKlik \u201cSemakan Status Bantuan\u201d.\nMasukkan nombor kad pengenalan murid.\u00a0\nSila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini.\u00a0\nStatus e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.\nJika nombor telefon tidak berdaftar, sila daftarkan nombor telefon terlebih dahulu untuk menebus bantuan ini.\nPastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan.\nNOTA: Sekiranya anda tidak berjaya untuk mengesahkan akaun dalam masa 24 jam, sila cuba sekali lagi.\n\n\n\n\n\nUntuk rujuk aplikasi BOOST, sila layari pautan berikut:\u00a0\nhttps://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-muat-turun-aplikasi-boost/\nAnda boleh rujuk Manual Pendaftaran Boost seperti video di bawah:\nhttps://www.youtube.com/watch?v=ficKy74nXaI&t=16shttps://www.youtube.com/watch?v=RnvU_mXsCC8&t=3shttps://www.youtube.com/watch?v=lvunW50zjRM\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila emelkan pertanyaan anda ke emel berikut: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pembiayaan-putra-mara/", "title": "Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah", "body": ["\n\n", "\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 atau Program Usahawan Lepasan Insitusi Pendidikan MARA/Belia. Kepada belia graduan lepasan insitutsi MARA yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan boleh memohon pembiayaan ini.\nApa Itu Pembiayaan PUTRA MARA\n\nProgram Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia merupakan salah satu insentif pihak mara untuk memberi galakan dan bantuan kepada bekas pelajar lepasan insitusi pendidikan mara untuk\nKemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakanMelahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan\nSyarat Dan Kelayakan\nSyarat Asas\nWarganegara dan BumiputeraBerumur 18-40 tahunMempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan\u00a0online)Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Menjalankan perniagaan sepenuh masaPerniagaan patuh SyariahBebas dari senarai hitam MARA\nSyarat Khusus\nBelia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baikPelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMaLepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA\nPembiayaan\nSkopModal PusinganPembelian Mesin dan PeralatanHad pembiayan RM10,000.00Tempoh pembiayaan 1-3 tahun @ 12-36 bulan\nJaminan /Cagaran\nTIADA (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong @reference dikalangan ahli keluarga)\nKadar Keuntungan\n0%\nBaca juga : DanaNITA MARA : Permohonan 2022 Skim Pembiayaan Perniagaan Perniagaan Khas Wanita RM150,000\n\n\n\n\nPermohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi website \nhttps://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx\nSyarat-Syarat Pendaftaran Dan Permohonan Pembiayaan\nNo. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGALNo. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)No. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN. BHDDokumen Sokongan\nsenarai_semak_pembiayaanDownload\n[PENTING :Dokumen lengkap mengikut senarai semak dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) / Bahagian Pembiayaan Perniagaan (Pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.]\nSegala kos penyediaan dokumen untuk permohonan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemohon\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan Pembiayaan PUTRA MARA, anda boleh \u00a0hubungi 03-2613 2000 atau layari website https://www.mara.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/doa-awal-tahun-hijrah-1445h-2023/", "title": "Doa Awal Tahun Hijrah 1445H / 2023 (JAKIM)", "body": ["\n\n", "\nSempena ketibaan tahun baru 1445 H, lazimnya kita sebagai umat Islam akan memulakannya dengan membaca doa awal tahun dengan harapan supaya Allah memelihara kita sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.\nDoa Awal Tahun Hijrah 1445H / 2023 boleh dibaca selepas masuknya waktu Magrib pada 18 Ogos 2023 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1445H.\nIni bertepatan dengan penggunaan kalendar Islam di mana pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.\nBaca Juga : Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023 \u2013 JAKIM\nTeks Doa Awal Tahun Hijrah 1445H / 2023\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0641\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0640\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0640\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u0628\u064e\u062f\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0645\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0648\u064e\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0645\u064f\u0639\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650\u060c \u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064c \u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627\u060c \u0646\u064e\u0633\u0652\u0626\u064e\u0640\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u062f\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0639\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0641\u0652\u0633\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0623\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0621\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0627\u0650\u0634\u0652\u062a\u0650\u063a\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0642\u064e\u0631\u0650\u0651\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0632\u064f\u0644\u0652\u0641\u064e\u0649. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0648\u0650\u0651\u0644\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650 \u062d\u064e\u0648\u0650\u0651\u0644\u0652 \u062d\u064e\u0627\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0632\u0650\u064a\u0632\u064f \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064d. \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e.\nMaksudnya:\nYa Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.\nYa Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.Amin ya Rabbal \u2018alamin.\n\nSelain doa awal tahun, anda juga boleh membacakan doa tambahan seperti berikut :\nDoa Dibaca Dari Awal Muharram hingga Hari Kesepuluh Muharram\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\n\n\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0645\u064c \u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064c \u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e \u0648\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064c \u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064e\u0629\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u060c \u0646\u064e\u0633\u0652\u0626\u064e\u0640\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f\u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0640\u0643\u0652\u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0634\u064f\u063a\u0652\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u0650\u064a\u0645\u0650. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0637\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u062f\u064f\u0648\u064b\u0651\u0627 \u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0639\u064f\u064a\u064f\u0648\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0637\u064e\u0651\u0644\u0650\u0639\u064b\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650\u0640\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0623\u064e\u064a\u0652\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0634\u064e\u0645\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u0650\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0631\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0648\u064e\u0642\u0650\u0628\u0650\u064a\u0644\u064f\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0644\u0627\u064e \u0646\u064e\u0631\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u0652\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0622\u064a\u0650\u0633\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0622\u064a\u064e\u0633\u0652\u0640\u062a\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064e\u0640\u0646\u0650\u0651\u0637\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0640\u0646\u064e\u0651\u0637\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0641\u0652\u0648\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0639\u0650\u062f\u0652 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0640\u0646\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0640\u0646\u064e\u0647\u064f \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062d\u064f\u0644\u0652\u062a\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0640\u0646\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0642\u064e\u0627\u062f\u0650\u0631\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0641\u064e\u0639\u064e\u0651\u0640\u0627\u0644\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e.\n(Dibaca sebanyak 3 kali)\nDoa \u2018Asyura\nSeterusnya, anda boleh bacakan ayat-ayat berikut pada hari kesepuluh Muharram :\n1. \u062d\u064e\u0633\u0652\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0648\u064e\u0643\u0650\u064a\u0644\u064f \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0635\u0650\u064a\u0631\u064f.\n(Dibaca sebanyak 70 kali)\n2. \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0644\u0652\u0621\u064e \u0627\u0644\u0645\u0650\u064a\u0632\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e\u0647\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u063a\u064e \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u0636\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0632\u0650\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0631\u0652\u0634\u0650 \u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0644\u0652\u062c\u064e\u0623\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0646\u0652\u062c\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650. \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0639\u064e\u062f\u064e\u062f\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0641\u0652\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u064e\u062f\u064e \u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0622\u0645\u064e\u0651\u0627\u062a\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0633\u0652\u0626\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064e\u0629\u064e \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650\u060c \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062d\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u0649 \u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0648\u064e\u0643\u0650\u064a\u0644\u064f \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0635\u0650\u064a\u0631\u064f \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0630\u064e\u0651\u0627\u0643\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u063a\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u063a\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e.\n(Dibaca sebanyak 7 kali)\n3. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u0641\u064e\u0631\u0650\u0651\u062c\u064e \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0643\u064e\u0631\u0652\u0628\u064d \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u064e \u0630\u0650\u064a \u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0648\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0645\u0650\u0639\u064e \u0634\u064e\u0645\u0652\u0644\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0640\u0642\u064f\u0648\u0628\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064e \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650 \u062f\u064e\u0627\u0648\u064f\u0648\u062f\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0634\u0650\u0641\u064e \u0636\u064f\u0631\u0650\u0651 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0648\u0628\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0627\u0645\u0650\u0639\u064e \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u0650 \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0627\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0627\u0644\u0650\u0642\u064e \u0631\u064f\u0648\u062d\u0650 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u062d\u064e\u0628\u0650\u064a\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0635\u0652\u0637\u064e\u0641\u064e\u0627\u0647\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0622\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u064e \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0627\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0650\u0642\u0652\u0636\u0650 \u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u062a\u0650\u064a \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0650\u0644\u0652 \u0639\u064f\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0641\u0650\u0649 \u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u062d\u064e\u0628\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e.\nSumber : JAKIM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-maybank2u/", "title": "Maybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online", "body": ["\n\n", "\nSeperti kebanyakan bank di Malaysia, Maybank juga tidak ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan atas talian menerusi Maybank2u.\nMaybank juga merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet.\nDengan adanya kemudahan ini, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan transaksi atas talian seperti :\n\nSemakan baki akaun\nTransaksi serta pindahan keluar masuk dana ke Maybank dan bank-bank lain.\nPembayaran bil serta pinjaman / loan\nPembayaran kad kredit\nKemas kini had pembelian\nPenukaran pin kad kredit\nKemas kini status transaksi luar negara\nPembelian prabayar telefon bimbit (topup)\nMuat turun e-penyata\n\nAnda sudah ada akaun Maybank dan ingin daftar Maybank2u? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara daftar dengan mudah.\nBaca Juga : myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online\nCara Daftar Akaun Maybank2U\nLangkah 1 : Daftar Nombor Telefon di ATM Maybank\n\nPergi ke mesin ATM Maybank berdekatan.\nMasukkan pin nombor keselamatan seperti biasa.\nDi paparan menu utama, pilih Maybank2u > Phone Banking > ATM SMS Alert\nPilih Kemaskini Telefon Bimbit M2U TAC\nPada paparan seterusnya, masukkan nombor telefon yang anda ingin gunakan. Kemudian, tekan Ya.\n\nLangkah 2 : Daftar Akaun di Portal Maybank2u\n\nLayari laman web https://www.maybank2u.com.my.\nMasukkan butiran berikut :\n\n\nNombor kad / Access Number \u2013 Nombor akaun Maybank 12 digit\nNombor PIN \u2013 Nombor PIN ATM Maybank 6 digit\n\n\nLangkah 3 : Cipta Profil Baharu\n\n\n\n\n\nSila cipta Profil Pengguna dalam ruang\u00a0Username\u00a0dan\u00a0Password.\nKemudian masukkan alamat e-mel anda yang aktif.\nKod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.\n(Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.)\n\n*Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit\u00a0\nLangkah 4 : Lengkapkan Butiran Keselamatan\nSeterusnya anda perlu isi 3 butiran berikut bagi tujuan keselamatan :\n\nImage\u00a0\u2013 Setkan gambar bagi tujuan keselamatan.\nSecurity Phrase\u00a0\u2013 Ssila isikan apa-apa perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingat bagi tujuan keselamatan.\nMemorable Question\u00a0\u2013 Pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan taipkan jawapan bagi kesemua soalan tersebut. Pastikan ia jawapan yang anda ingat dan tidak lupa kerana ia akan menjadi rujukan pada masa akan datang.\n\nApabila anda menerima notifikasi Successful, ini bermakna pendaftaran anda sudah lengkap dan berjaya. Kini, anda boleh mula gunakan perkhidmatan Maybank2u.\nAnda juga boleh rujuk pada video di bawah untuk panduan bagi mendaftar akaun Maybank2u.\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran Maybank2u, sila hubungi Maybank Careline pada talian berikut:\n\nCustomer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)\n+603-7844 3696 (Luar Negara)\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jawatan-kosong-pembantu-tadbir-kewangan-w19-285-kekosongan/", "title": "Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19 (285 Kekosongan)", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan, pihak JPA dan KKM menawarkan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19. Sebanyak 285 kekosongan untuk menjawat jawatan ini di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.\nKeksongan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan bagi kawasan semenanjung. Syarat kelayakan kelulusan minimum SPM atau SKM. Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 21 Ogos 2022 (Ahad).\nMaklumat lanjut berkaitan kekosongan ini, kami kongsikan seperti berikut\nJawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19 JPA & KKM\n\n\nPembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\nKlasifikasi Perkhidmatan: KewanganKumpulan Perkhidmatan: PelaksanaKementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan\nJADUAL GAJI\nGaji Minimum : RM1,353.00Gaji Maksimum : RM4,005.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00\n\nSyarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia; danBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; danSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)\nBidang SKM\nBidang SKM Tahap 3 : Pengurusan Bisnes Perakaunan, Pengauditan dan percukaian\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Bahasa Melayu\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nTugas -Tugas Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19\nSeorang pembantu tadbir (kewangan) gred W19 adalah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan ;\n Kawalan belanjawanKewangan amTerimaanPerolehan kerajaanBayaran emolumenPembayaranAkaunPelaburan dan Pinjaman\n\nCara Permohonan\nCalon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan\u00a0https://spa9.spa.gov.myCalon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan pada 21 Ogos 2022\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19, anda boleh layari Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan\u00a0https://spa9.spa.gov.my\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/senarai-pemenang-ajl-37/", "title": "Senarai Pemenang AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2023)", "body": ["\n\n", "\nSenarai Pemenang AJL 37 : Anugerah Juara Lagu 37 telah sampai pada malam kemuncaknya!\nMengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi, anugerah ini menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merebut gelaran Juara Lagu serta hadiah lumayan berjumlah sehingga RM 100,000. \u00a0\nAcara anugerah muzik berprestij ini telah dihoskan oleh Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad dan telah berlangsung pada 12 Februari 2023, di Axiata Arena, Bukit Jalil.\nRancangan ini juga telah ditayangkan secara langsung di saluran TV3 dan secara online di platform penstriman di Tonton.\nAJL 37 diserikan lagi oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama untuk menghangatkan lagi acara muzik tahunan yang gilang-gemilang ini.\nSelain 12 finalis yang berentap, acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada DeFam, Waris, Syamel, Blues Gang, Exists, Kugiran Masdo dan ramai lagi.\nSempena Anugerah Juara Lagu yang baru melabuhkan tirai Ahad lalu, jom kita semak senarai pemenang AJL 37.\nBaca Juga : Keputusan Gegar Vaganza 2022 & Juara Konsert Akhir\n\nSenarai Pemenang AJL 37\nLagu Terus Hidup ciptaan serta nyanyian daripada Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 37.\nSelain itu, Aina Abdul juga terpilih sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 12,000 berserta trofi.\n\nTempat kedua pula dirangkul oleh Joe Flizzow dan Sonaone bagi lagu Satu Malam di Temasek. Naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 berserta trofi. \u00a0\nSementara itu, tempat ketiga pula dimenangi oleh Alif Satar & The Locos yang membawakan lagu Anugerah Terindah ciptaan Alif Star, Shah Shamshiri, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis. \nPemenang tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai RM 30,000 berserta trofi.\nKategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh Shiha Zikir yang membawa lagu Irama. \nBeliau turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 dan trofi.\n\n\n\n\nAnugerah khas oleh penaja iaitu Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa pula diberikan kepada Khai Bahar yang mendapat undian tertinggi menerusi platform TikTok.\n\nBerikut merupakan senarai penuh pemenang bagi AJL37 :\nJuara : Terus Hidup (Aina Abdul)\nTempat Kedua : Satu Malam di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)\nTempat Ketiga : Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)\nVokal Terbaik : Aina Abdul (Terus Hidup)\nPersembahan Terbaik : Irama (Shiha Zikir)\nPenyanyi Pilihan Popular Alha Alfa : Khai Bahar\nDiketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, barisan juri yang mengadili malam anugerah tersebut merupakan pakar dalam industri muzik iaitu Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.\nKetua Juri, Datuk Mokhzani turut memuji kebolehan vokal Aina Abdul yang berupaya untuk menyampaikan keseluruhan lagu dengan cemerlang. \nMenurut Mokhzani, Terus Hidup bersaing rapat dengan lagu Satu Malam di Temasek bagi kedudukan juara namun persembahan vokal telah menjadi penentu bagi kedua-dua lagu ini.\n\u201cKalau disemak kembali bahagian akhir lagu yang dipersembahkan secara langsung, ada \u2018progression chord\u2019 yang boleh \u2018menjerat\u2019 Aina.\n\u201cMenariknya, bahagian \u2018susah\u2019 itu disampaikan Aina dengan baik. Jadi, juri sebulat suara meletakkan Aina sebagai juara AJL 37 tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah bersifat luar biasa,\u201d katanya lagi.\nSumber : xtra.com.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-tasyrik/", "title": "Hari Tasyrik 2023, Maksud,Amalan & Keutamaanya", "body": ["\n\n", "\nHari tasyrik adalah hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Bagi tahun 2023, hari tasyrik bertepatan dengan tanggal 30 Jun \u2013 2 Julai 2023. Pada hari ini juga, umat islam haram untuk berpuasa seperti mana yang tedapat dalam hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :\n\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0634\u0652\u0631\u0650\u064a\u0642\u0650 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0644\u064d \u0648\u064e\u0634\u064f\u0631\u0652\u0628\u064d\nMaksudnya: \u201cHari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.\u201d\nRiwayat Muslim (1141)\nApa Itu Hari Tasyrik\n\nDari segi istilah\u00a0\u2018Tasyriq\u2019\u00a0diambil dari kata (\u0634\u0631\u0642\u062a \u0627\u0644\u0634\u0645\u0634) yang bermaksud matahari terbit. Menjemur sesuatu, dalam bahasa Arab dinyatakan: (\u0634\u0631\u0642 \u0627\u0644\u0634\u064a\u0621 \u0644\u0644\u0634\u0645\u0634).\nPengertian hari tasyrik menurut islam yakni hari raya bagi orang berhaji. Hari Tasyrik juga merupakan tanda selesainya para jemaah haji melakukan wukuf, jamarat, dan tahalul.\nAmalan Sunat\nAmalan-amalan sunat pada hari Tasyrik(*hari tasyrik 2023 ialah pada 30 Jun \u2013 2 Julai) , iaitu pada hari ke-11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah, termasuklah:\n\n1.Takbir\nSabda Nabi Muhammad SAW:\n\u0632\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u064a\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0643\u0652\u0628\u064a\u0631\nMaksudnya: \u201cKamu hiasilah hari raya dengan takbir.\u201d\n[HR al-Thabarani]\nAl-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a. keluar ke pasar pada 10 hari awal Zulhijjah, lalu mereka bertakbir sehingga menyebabkan orang ramai turut bertakbir bersama mereka.\n\u2018Affan turut menceritakan peristiwa ini. Beliau berkata:\n\u201cAbu Hurairah dan Ibnu Umar datang ke pasar pada 10 hari terawal bulan Zuhijjah, kemudian meraka bertakbir dan orang ramai turut bertakbir bersama mereka. Mereka berdua tidak datang melainkan untuk bertakbir.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nMaksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.\nTerdapat dua jenis takbir pada hari raya:\ni. Takbir Mursal atau Muthlaq (\u0627\u0644\u0645\u0631\u0633\u0644 \u0623\u0648 \u0627\u0644\u0645\u0637\u0644\u0642)\n\u2022 Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.\nii. Takbir Muqayyad (\u0627\u0644\u0645\u0642\u064a\u062f)\n\u2022 Bermula bermula dari solat Subuh Hari \u2018Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).\n2. Banyakkan Zikir\nAntara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.\n\n\n\n\nHadis Nabi Muhammad SAW:\n\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0623\u064e\u0639\u0652\u0638\u064e\u0645\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0647\u0652\u0644\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u0650\u064a\u062f\u0650\nMaksudnya: \u201cTidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.\u201d\n[HR Ahmad]\n3. Hari Untuk Makan \u2013 Makan & Minum\n\nDari Nubaisyah al-Hudzali\u00a0radhiyallahu \u2018anhu, bahawa Rasulullah\u00a0shallallahu\u2019 alaihi wa sallam\u00a0bersabda:\n\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0634\u0652\u0631\u0650\u064a\u0642\u0650 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0644\u064d \u0648\u064e\u0634\u064f\u0631\u0652\u0628\u064d \u0648\u064e\u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u064d \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\n\u201cHari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.\u201d\n(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa\u2019i).\n\nDaripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah\u00a0S.A.W\u00a0telah bersabda:\u00a0\u00a0\u201cHari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir.\u201d\u00a0\u00a0\u00a0(Imam Muslim r.a.)\n\nDan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :\u00a0\u00a0\u201cSesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.\u201d\u00a0\n4. Menyembelih haiwan korban. \nSelain hari Idul Adha, waktu untuk berkurban adalah hari-hari Tasyrik. Jika tidak sempat untuk berkurban di hari AidilAdha, maka dianjurkan menyembelih haiwan korban di hari-hari Tasyrik\n5. Memperbanyak berdoa mohon kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.\n\n\n\nSemoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Hari Tasyik dan kelebihanya, dapat kita meningkatkan amalan kita untuk mendapat redha dan rahmat daripada Allah S.W.T \nWallahu\u2019alam\nSumber : \n1 \u2013 Amalan Pada Hari-Hari\u00a0Tasyriq \u2013 shafiqolbu.wordpress.com\n2 \u2013 Hari yang di Haramkan Berpuasa \u2013 www.jawi.gov.my\nBacaan lanjut : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/2570-irsyad-al-fatwa-siri-ke-20-kaifiat-dan-waktu-takbir-hari-raya-aidiladha \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-pelajaran-mara-ke-universiti-terbaik-dunia/", "title": "Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021", "body": ["\n\n", "\nPelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat ingin menyambung pengajian ke universiti terbaik dunia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021.\nTujuan pinjaman pelajaran ini diwujudkan adalah untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi professional dan meningkatkan bilangantenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.\nPermohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021 ini dibuka mulai 14 Jun sehingga 27 Jun 2021 secara online. \nWalau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa penghantaran pelajar ke luar negara adalah bergantung kepada situasi terkini pandemik COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada universiti dan pihak berkuasa yang terlibat.\n\nTempoh Pinjaman\nTempoh pinjaman yang ditetapkan bagi program pinjaman pelajaran ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.\nSenarai Universiti\nPelajar yang menyambung pengajian di univesiti terbaik dunia berikut yang layak untuk memohon:\n\n\n\n\nMassachusetts Institute of Technology (MIT)-USAStanford University-USAHarvard University-USACalifornia Institute of Technology (Caltech)-USAUniversity of Oxford-UKETH Zurich Swiss Federal Institute of Technology-SwitzerlandUniversity of Cambridge-UKImperial College London-UKUniversity of Chicago-USAUniversity College London-UKNational University of Singapore (NUS)-SingapuraPrinceton University-USANanyang Technological University (NTU)-SingapuraEPFL-SwitzerlandTsinghua University-ChinaUniversity of Pennsylvania-USAYale University-USACornell University-USAColumbia University-USAThe University of Edinburgh-UKUniversity of Michigan Ann Arbor-USAThe University of Hong Kong-Hong KongPeking University-ChinaUniversity of Tokyo-JapanJohns Hopkins University-USAUniversity of Toronto-CanadaThe Hong Kong University of Science and Technology-Hong KongThe University Of Manchester-UKNorthwestern University-USAUniversity of California, Berkeley (UCB)-USA\nSyarat Umum\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.Had umur pemohon pada 31 Disember 2021 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda adalah tidak melebihi 30 tahun.Pemohon masih belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah serta tiada rekod masalah mental.Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga tidak di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.Pemohon mestilah tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.Pemohon mestilah mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:\nTawaran dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti dalam senarai di atas.Bidang atau kursus yang diambil pemohon mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.Pendapatan keluarga (ibu dan ayah/penjaga) pemohon tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.Syarat kelayakan akademik bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:\u2013 International Baccalaureate (IB) : 35/45 pt\u2013 A-Level : 13/15 pt\u2013 Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma : CGPA 3.6/4.0 IELTS: BAND 6.5 @ TOEFL: 100/120 @ SAT: 1200/1600\nCara Memohon\nUntuk memohon program pinjaman pelajaran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/LoginKlik butang \u2018Pengguna Sekarang.\u2019Masukkan maklumat dan klik butang \u2018Daftar Akuan.\u2019Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.Buat permohonan dan hantar selepas selesai mengisi segala maklumat.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan lanjut mengenai Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021, sila email ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-sewa-kediaman-sarawak/", "title": "Permohonan SRAS: Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nBagi golongan B40 di Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Negeri Sawarak telah membuka Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak atau Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS) kepada mereka yang layak.\nUntuk pengetahuan, HDC merupakan badan korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Ordinan Perumahan dan Pembangunan dan mula beroperasi pada 1 November 1972. \nFungsi umum perbadanan ini adalah untuk membangun, membina, mendirikan dan melengkapkan rumah untuk dijual atau disewakan di Negeri Sarawak.\nSelain itu, bagi membantu golongan B40, SRAS ini diperkenalkan bagi meringankan beban golongan tersebut untuk membayar sewa rumah.\n\nMengenai Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak\nSRAS adalah skim bantuan sewa yang diberikan kepada mereka yang layak dengan bantuan sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan atau 3 tahun maksimum.\nPermohonan ini dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja. \n\n\n\n\nSelain itu, pemilihan adalah berdasarkan kepada \u201dfirst come, first serve basis\u201d atau siapa cepat dia dapat. \nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan mempunyai kad pengenalan dengan status \u2018K.\u2019Pemohon berusia 21 tahun ke atas.Pemohon ialah penerima bantuan ekasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,131.00 sebulan.Pemohon sudah BerkahwinUntuk pemohon yang merupakan bapa atau ibu tunggal, mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang anak yang tinggal bersama.Keutamaan permohonan juga akan diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).Pemohon sedang menyewa (premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat).\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim bantuan sewa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://hdc.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang2/BorangPermohonanSRASbyHDC.pdf. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petrajaya, P.O Box 1504,93050 Kuching, Sarawak, Malaysia\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nBukti sebagai penerima eKasih.Salinan sijil kahwin/sijil cerai.Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal Bersama pemohon.Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan.Salinan kad OKU bagi pemohon OKU.Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan stem hasil.Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini. Gambar premis yang disewa.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HDC di talian 082-444 381 atau 082-443 681. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-risda-2021/", "title": "Semakan Bantuan RISDA 2021| Senarai Bantuan Yang Disediakan", "body": ["\n\n", "\nSemakan Bantuan RISDA 2021| Senarai Bantuan Yang Disediakan ~ Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu para pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini.\u00a0\nHal ini amat penting bagi memastikan nasib pekebun dan penoreh getah terbela di samping memastikan negara kita tidak kekurangan sumber pertanian dan getah khususnya.\u00a0\nPihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah perkenalkan pelbagai bantuan RISDA kepada yang layak termasuk Bantuan Musim Tengkujuh.\nBantuan RISDA Untuk Pekebun Kecil & Penoreh Getah\u00a0\u00a0\nRISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973.\u00a0\nDengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.\nBerikut ialah antara bantuan RISDA yang disediakan:\nBajaAlat alat menorehAlat yang kawal kecuraman menorehInsentif\u00a0 RM500/hektar (Semenanjung Malaysia)Insentif\u00a0 RM650/hektar (Sabah, Sarawak)Bantuan Musim Tengkujuh\u00a0Dan lain-lain (sila rujuk laman web rasmi RISDA)\u00a0\nCara Mendapatkan Borang Permohonan Bantuan\u00a0\nSekiranya anda merupakan pekebun kecil/penoreh getah, anda boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana cawangan RISDA yang berdekatan anda.\u00a0\nAnda boleh dapatkan borang tersebut melalui kaunter atau, sila dapatkan bantuan staf/petugas sekiranya perlu.\u00a0\n\n\n\n\nSetelah membuat permohonan, Pegawai RISDA akan datang melihat sendiri kebun/ladang anda untuk membuat pemerhatian dan pemeriksaan sebelum meluluskan permohonan anda.\u00a0\nJangan risau, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana bagi tujuan membantu peladang, penoreh getah dan pekebun kecil untuk memastikan kelangsungan usaha ini.\u00a0\nMohon segera!\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari: www.risda.gov.my\nUntuk Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh layari: https://pekebunkecil.borang.my/utama\nAtau, hubungi Pejabat RISDA berdekatan anda. Kehadiran ke pejabat cawangan RISDA hanya melalui Temujanji sahaja buat masa ini.\u00a0\nTelefon : 03 \u2013 42564022Faks : 03 \u2013 42576726\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/terkini-biasiswa-shell-malaysia-2022-lepasan-spm-2021/", "title": "Terkini Biasiswa Shell Malaysia 2022 Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Shell Malaysia 2022 kini dibuka untuk lepasan SPM 2021. Tawaran ini adalah untuk calon ditaja tajaan 2 peringkat: A-level di institusi berasrama tempatan dan mahasiswa di universiti berprestij di luar negara (tertakluk kepada prestasi skolastik pelajar).\nPelajar yang berminat untuk menerima tajaan biasiswa Shell Malaysia boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2022\nBiasiswa Shell Malaysia\n\nSejak penubuhannya, Program Biasiswa Shell Malaysia telah memanfaatkan lebih daripada 1500 pelajar dalam mengejar aspirasi pendidikan mereka dan menyediakan kemasukan unik ke dalam industri tenaga.\nTawaran Biasiswa Shell Malaysia\nIa adalah tajaan penuh termasuk ;\nYuran pengajian,Yuran peperiksaan,Elaun sara hidup,Elaun perjalanan pulang dan lain-lain\nBaca juga :Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021 \nBidang Pengajian Tajaan \nBiasiswa ini khusus untuk menaja pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang pengajian berikut:\nKejuruteraan: Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrik & Elektronik, Alam Sekitar, MampanSains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik, Sains DataKomersial: Perniagaan & Pengurusan, Pemasaran Digital\nSyarat Kelayakan\nKemahiran kepimpinan yang kukuh dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan, dsb.Tidak memegang biasiswa/pinjaman lain pada masa iniMempunyai pencapaian akademik yang cemerlang secara konsisten seperti berikut:Minimum 8A (A/A+) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAUGred peringkat O yang cemerlang di IGCSE (A*/A)Sebelum membuat permohonan, pastikan anda layak bekerja di negara tempat program biasiswa ditawarkan.Mesti lepasan SPM 2021 atau 2022 O-LevelBersedia untuk mengikuti peringkat A di institusi asrama terpilih\nCara Permohonan\nLangkah 1 : Permohonan Dalam Talian\n\n\n\n\nPermohonan boleh di buat melalui pautan berikut https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.htmlLengkapkan permohonan anda dalam talian \u2013 ambil perhatian bahawa anda boleh menjimatkan masa dengan menyambung ke profil LinkedIn anda.\u00a0Sebelum memohon, pastikan anda layak bekerja di Malaysia.\u00a0Permohonan tidak boleh mengambil masa lebih daripada 5-10 minit.\nLangkah 2 : Penilaian dalam Talian\nSelepas anda menyerahkan permohonan anda, anda akan diminta untuk melengkapkan empat penilaian berasaskan permainan dalam talian.\u00a0Permainan ini mengukur pelbagai kebolehan kognitif dan pilihan gaya kerja anda dengan memberikan anda cabaran yang berbeza.Keseluruhannya ini akan mengambil masa kira-kira 20 minit dan perlu diselesaikan\u00a0\u00a0dalam tempoh lima hari selepas menerima jemputan penilaian.\nLangkah 3 : Temuduga Video\nJika anda telah disenarai pendek selepas LANGKAH 2, anda akan menerima jemputan untuk melengkapkan temu bual video atas permintaan.\u00a0Temu bual video pendek yang dirakam sendiri ini adalah peluang untuk anda memberitahu kami tentang diri anda dan kelayakan anda.\u00a0Anda juga akan melihat beberapa graduan semasa kami yang akan bertanya kepada anda beberapa siri soalan berasaskan kecekapan yang telah direkodkan.\u00a0Anda boleh merakam temu duga di mana-mana lokasi yang didayakan internet pada masa yang paling sesuai untuk anda.\u00a0Untuk setiap soalan, anda mempunyai 30 saat untuk menyediakan dan 3 minit untuk merekodkan jawapan anda.\nLangkah 4 : Temuduga Akhir\u00a0\nIni adalah peringkat penilaian terakhir, di mana anda akan ditemu bual oleh Lembaga Pemegang Amanah Biasiswa mengenai soalan berasaskan senario dan pengalaman akademik & kepimpinan anda.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan mengenai Biasiswa Shell Malaysia 2020, anda boleh layari https://www.shell.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-ppbu-bank-rakyat-2022-pembiayaan-pendidikan-boleh-ubah-fasa-2/", "title": "Permohonan PPBU Bank Rakyat 2022 : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2", "body": ["\n\n", "\nTajaan PPBU Bank Rakyat 2022 atau Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2 kini dibuka mulai 1 julai sehingga 12 Ogos 2022.\nYayasan Bank Rakyat membuka tawaran ini kepada semua warganegara Malaysia dan terbuka untuk semua peringkat pengajian.\nApa Itu PPBU Bank Rakyat\n\nPPBU\u00a0ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.\u00a0Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang cerdas tetapi memerlukan menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.\nPPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).\u00a0PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR paling berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.\nKelebihan Tajaan PPBU Bank Rakyat\nBagi pelajar cemerlang ,peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!\nBagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 \u2013 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.\nRujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:\nCGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%\nJumlah Pembiayaan PPBU Bank Rakyat\nSijil Kemahiran ~ Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400/Bulanan+Yuran)\nDilpma Kemahiran Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].\nDiploma Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Yuran+Elaun].\nIjazah Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Yuran+Elaun].\nProfesional Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM28,500 untuk 2 tahun [Yuran+Elaun].\nMaster Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM 12, 000 setahun [Yuran + Elaun].\nDoktor PHD ~Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM55,800 3 tahun [RM800/Bulanan+Yuran].\n\nBidang Pengajian\nTerbuka kepada semua bidang pengajian.\u00a0kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).\n* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:\n\n\n\n\nPerakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\n* Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.\n* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.\n\nSyarat Dan Kelayakan\nTerbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.Layak mengikuti\u00a0PENGAJIAN SEPENUH MASA\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.\n\nCara Mohon\nPermohonan adalah secara atas talian sahaja. Untuk memohon, layari website https://application.yayasanbankrakyat.com.my/\n\n**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang PPBU Bank Rakyat 2022, anda boleh layari pautan berikut: www.yayasanbankrakyat.com.my\nBaca juga : \nKolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-awal-pendidikan-jpkm-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022", "body": ["\n\n", "\nYayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) membuka Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022. JPKM merupakan singkatan bagi Jelajah Pendidikan Kelaurga Malaysia. Bantuan JPKM ini, khusus untuk membantu keluarga golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.\n\u00a0\nPRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair.\nPRIHATIN diurustadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dan diperbadankan melalui Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ). Kekuatan PRIHATIN dapat diterjemah dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan CSR dan juga program kepimpinan di kalangan mahasiswa, belia dan usahawan muda. Hal ini adalah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan anak muda dalam menyelusuri kehidupan yang semakin mencabar.\nPRIHATIN tidak mempunyai sumber kewangan utama yang tetap dan bagi memastikan dana yang mencukupi, PRIHATIN sentiasa mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada individu, agensi kerajaan, sektor swasta dan sebagainya.\n\u00a0\nJenis Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022\nTerdapat 4 kategori bantuan yang boleh di mohon, iaitu ;\n\nBantuan wang pendahuluan/pendaftaran\nBantuan cermin mata percuma\nSumbangan laptop maiwp (hanya untuk anak wp sahaja)\nBantuan kelengkapan asas (hanya untuk anak wp sahaja)\n\nBaca juga : Permohonan iBAKIPT 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT\n\nSyarat-Syarat Permohonan\n\nPemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap\ntidak akan diproses.\nPemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan\u00a0dipertimbangkan.\nPemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.\n\n\u00a0\nDokumen Sokongan\nPermohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjaga\nSalinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjaga\nSalinan penyata bank\nBil yuran pelajar (jika berkaitan)\nPenyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga\nSalinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta\n\n* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.\n\u00a0\nCara Mohon Bantuan Awal Pendidikan JPKM\n\nDapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN\nMuat turun borang permohonan pada pautan https://www.yayasanprihatin.com/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-BANTUAN-JPKM.pdf\nLengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022\nDapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)\nPenghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:\n\nSEKRETARIAT\u00a0JPKM 2022\nYayasan Prihatin Nasional,\nNo.\u00a0129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,\n40170,\u00a0Setia Alam,\nSelangor\u00a0Darul Ehsan\nNo.\u00a0Telefon: +603-3358 8612\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Pendidikan Awal JPKM 2022, anda boleh jayari website berikut https://www.yayasanprihatin.com/ atau anda juga boleh hubungi melalui\nEmail:\u00a0[email\u00a0protected] ,\nWhatsapp: 012-2788612 ,\nNo.\u00a0Telefon: +603-3358 8612\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mypay-coin-conversion-tukar-duit-syilling-dengan-mudah/", "title": "MyPay Coin Conversion Tukar Duit Syilling Dengan Mudah", "body": ["\n\n", "\nBerita baik MyPAY Coin Conversion menawarkan perkhidmatan tukaran duit syilling terus ke akaun bank anda, tanpa perlu ke bank.\nPerkhidmatan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MyPay yang membolehkan orang ramai menukar duit syiling mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun\u00a0bank\u00a0dengan mudah dan cepat\nApa yang menarik perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang cas tersembunyi. Hanya perlu bawa duit syilling anda ke booth MyPay Coin Conversion untuk membuat penukaran tersebut\nApakah itu MyPay Coin Conversion?\nPenukaran wang syiling ini merupakan satu penyelesaian inovatif untuk memudahkan rakyat Malaysia mendepositkan wang syiling ke dalam akaun bank mereka.\nMelalui inisiatif ini, mereka yang ingin mendepositkan wang syiling mereka hanya perlu membuat carian rakan MyPay Coin Conversion di dalam aplikasi MyPay. Maklumat akan dipaparkan, seperti waktu beroperasi, lokasi and bantuan GPS untuk memudahkan pengguna yang berminat melakukan penukaran wang syiling.\nCara Guna MyPay Coin Conversion\nLog masuk akaun MyPay anda dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun daripada Apple Store atau Google Play StoreKlik \u2018Tambah Syiling\u2019 di belah kanan atas skrin andaKlik \u2018Pilih Lokasi\u2019, kemudian \u2018Imbas QR\u2019Berikan wang syiling yang ingin ditukar kepada krew MyPayGunakan MyPay untuk imbas kod QR yang dipamerkan oleh krew MyPayIsikan maklumat akaun bank anda dan pengesahan maklumat untuk dikreditkan ke dalam akaun bank andaTransaksi anda berjaya! Anda akan menerima notifikasi setelah wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda\n\n\n\n\n\nLokasi MyPay Coin Conversion\nBuat masa ini perkhidmatan ini hanya boleh di buat di lokasi berikut ;\nBerjaya Times Square- LG, Berjaya Times SquareSubang Parade- Aras G, Pintu Utama Subang Parade\n\nDaftar Sebagai Sertai Rakan MyPay Coin Conversion\nMyPay juga kini menawarkan rakan niaga kepada mereka yang mempunyai kemudahan kedai fizikal yang mempunyai sambungan internet, kemudahan telefon pintar dan pekerja kaunter.\nAntara kelebihan menjadi rakan ialah\nMeningkatkan kunjungan pelanggan ke lokasi andaAnda memerlukan wang syiling untuk operasi harian perniagaan anda di Lembah Klang\nCara Daftar\nLayari website https://mypay.com.my/coinconversion/merchantBaca terma dan syaratLengkapkan butiran maklumat yang diperlukanAnda akan dihubungi oleh pihak MyPay untuk proses seterusnya\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari https://mypay.com.my/coinconversion\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/maksud-lampu-dashboard/", "title": "18 Maksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu", "body": ["\n\n", "\n18 Maksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu\nSebagai pemilik kereta, berapa banyak simbol pada dashboard yang anda tahu maksudnya?\nSelain simbol yang biasa menyala seperti handbrake atau minyak petrol, sebenarnya ada banyak lagi simbol yang anda perlu tahu dan faham maksudnya.\nKebiasaannya, ia juga menyala disebabkan oleh masalah tertentu pada kereta anda. Oleh itu, jom kita semak maksud lampu dashboard yang boleh menyala bila anda memandu.\nMaksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu\n1. Enjin\n\nSekiranya ada masalah pada bahagian enjin kereta, simbol ini boleh berkelip atau menyala. Periksalah bahagian enjin segera untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.\nIa juga boleh menjadi isyarat bagi beberapa masalah pada kereta seperti masalah sensor, sistem pendawaian atau masalah lain yang lebih serius.\n2. Pintu Kereta\nSimbol ini menandakan salah satu pintu kereta anda tidak ditutup dengan rapat. Jadi, anda perlu pastikan semua pintu ditutup rapat sehingga simbol ini dimatikan sebelum memulakan perjalanan.\n3. Isyarat Keselamatan\n\nSimbol ini pula menandakan terdapat kerosakan pada penggera sistem anti-theft yang anda pasang.\n4. Minyak Dalam Tangki\n\nJika simbol ini menyala, ia menandakan minyak dalam kereta anda berkurangan. Pergilah ke stesen minyak berdekatan untuk isi minyak.\n5. Bateri Kereta\n\nJika simbol ini muncul, ini bermakna kuasa bateri anda semakin berkurangan. Apa yang anda boleh lakukan adalah kurangkan penggunaan dalam kereta yang boleh memakan kuasa bateri seperti radio, lampu dan penyaman udara.\nAnda juga disarankan untuk bawa kereta ke bengkel kerana mungkin juga alternator anda mempunyai masalah.\n6. Tali Pinggang Keledar\n\nSimbol ini mengingatkan anda untuk memakai tali pinggang keledar demi keselamatan anda di jalan raya.\n7. Brek Tangan / Handbrake\n\nSimbol tanda seru ini pula menandakan anda tidak melepaskan brek tangan. Sebelum bergerak, jangan lupa untuk turunkan brek tangan, ya!\nNamun, jika simbol ini masih menyala bila memandu, ia mungkin bermakna kereta anda kekurangan minyak brek atau ada masalah lain. Sila ke pusat servis atau bengkel segera untuk pemeriksaan.\n8. Lampu Bahaya / Hazard Light\n\nButang berbentuk segi tiga pada dashboard ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain agar berhati-hati kerana kereta anda mungkin bermasalah dan perlu berhenti pada bila-bila masa.\nAnda juga tidak boleh memasang lampu ini sesuka hati terutamanya semasa hujan turun demi keselamatan anda serta penumpang lain.\n9. Lampu Suluh Tinggi / Main Beam Headlight\n\nSimbol berwarna biru ini menandakan anda sedang menggunakan lampu suluh tinggi yang lebih terang. Anda boleh gunakannya semasa di kawasan sunyi, tidak berlampu dan gelap seperti jalan kampung. Namun, jangan pula guna lampu ini di jalan biasa kerana ia boleh mengganggu penglihatan pemandu lain terutamanya yang menuju daripada arah bertentangan.\n10. Suhu Enjin\n\nJika enjin anda terlalu panas, simbol ini akan muncul untuk memberi amaran. Berhenti segera dan matikan enjin serta-merta untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk terutamanya pada radiator.\n\n\n\n\n\u00a011. Minyak Enjin / Minyak Hitam\n\nMaksud lampu dashboard yang seakan teko atau jag dengan air ini pula menandakan minyak enjin atau minyak hitam anda makin berkurang. Sila pergi ke bengkel berdekatan untuk periksa sebarang kebocoran pada tangki minyak tersebut.\n12. ABS (Advanced Braking System)\n\nSekiranya kereta anda mempunyai sistem ABS, segera ke bengkel berdekatan jika simbolnya menyala. Sistem ABS bermaksud Anti-lock braking system atau sistem brek anti-kunci. ABS berfungsi untuk mengelakkan roda dari terkunci ketika membrek.\n13. Beg Udara\n\nLampu ini hanya akan menyala bagi memberi amaran kerosakan pada beg udara sekiranya kereta anda dilengkapi dengannya. Bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.\n14. Amaran Lampu Kabus\n\nSekiranya anda sedang memandu di kawasan yang berkabus atau hujan lebat, lampu ini akan menyala secara automatik menandakan lampu kabus di depan dan belakang.\nCahayanya yang terang akan memastikan keselamatan anda serta pemandu lain.\n15. Air Pada Wiper\n\nMaksud lampu dashboard ini pula menandakan paras air wiper anda mungkin berkurangan atau berada di bawah paras minimum. Sila periksa tangki air wiper atau tambahkan air.\n16. Tekanan Tayar\n\nSimbol ini pula menandakan tekanan tayar anda tidak seimbang dan mungkin kurang angin.\n17. Kawalan Penstabil Kenderaan\n\nSimbol ini pula bermaksud TCS berada paa mod off iaitu tidak aktif. TCF adalah Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Kawalan ini sesuai digunakan ketika melalui jalan yang licin atau basah.\nJika ia muncul, perlahankan kereta supaya pergerakan lebih stabil dan selamat.\nSekiranya ia masih menyala walaupun memandu perlahan, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan.\n18. Pemanas Cermin Belakang (Demister)\n\nButang ini pula berfungsi untuk mengelakkan kabus di bahagian belakang. Anda perlu hidupkan jika ingin pemanas cermin belakang beroperasi.\nBaca Juga : Kereta Harga \u201cRahmah\u201d Axia E 2023 Manual\nSekiranya muncul simbol di dashboard, jangan pula anda hiraukan kerana ia mungkin menandakan kereta anda mempunyai masalah dan perlu diberi perhatian segera. Kalau tersadai tepi jalan, anda sendiri juga yang susah!\nKalau dibiarkan berlarutan, ia juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian tertentu atau menjejaskan fungsi bagi bahagian kenderaan tertentu.\nSeperkara lagi harus diingat, sesetengah simbol pada dashboard juga mungkin berbeza bergantung kepada model kereta. Semak manual kereta anda untuk maklumat lanjut mengenai simbol pada dashboard anda.\nRujukan : Perodua Roda Juara\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-soalan-pksk/", "title": "Contoh Soalan PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM", "body": ["\n\n", "\nPentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 15 April 2020 susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.\nPKSK adalah kaedah terbaharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus (SK) iaitu:\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)\nIni bermakna, kemasukan ke SK adalah melalui atu sistem permohonan kemasukan murid yang dibangunkan secara single entry point secara dalam talian menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nProses Pengambilan\nProses pengambilan ke SK yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:\nPermohonanPKSKPemilihanTawaranRayuan\nFormat PKSK\nFormat PKSK dan peratusan skor yang digunakan oleh KPM adalah seperti berikut:\nPerkaraBahagian A (Kecerdasan Insaniah)Bahagian B(Kecerdasan Intelek)Bahagian C (Artikulasi Penulisan)KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektifCakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk DitetapkanPecahan Skor20%70%10%\nTarikh Pelaksanaan PKSK\nTarikh pelaksanaan PKSK bagi tahun 2021 untuk kemasukan tahun 2022 akan diumumkan oleh KPM.\nContoh Soalan PKSK\nBagi bahagian A, murid-murid akan diuji tahap kecerdasan insaniah mereka yang dijawab secara atas talian.\nBahagian ini memperuntukkan skor sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan skor. \n\n\n\n\nAntara contoh-contoh soalan PKSK bagi bahagian A yang dijangka ditanya adalah seperti berikut:\n\nUntuk bahagian B pula, murid-murid akan diuji kecerdasan intelek mereka dalam menjawab soalan.\nBahagian ini merupakan bahagian terpenting kerana bahagian ini adalah penyumbang terbesar skor markah iaitu 70%.\nAntara contoh-contoh soalan PKSK bagi bahagian B yang dijangka ditanya adalah seperti berikut:\n\n\n\nBagi Bahagian C pula, murid-murid akan diuji dengan artikulasi penulisan dengan skor markah hanya 10% sahaja.\nAntara contoh-contoh soalan PKSK Bahagian C yang mungkin akan ditanya adalah seperti:\nApakah yang dimaksudkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ceritakan pengalaman anda ketika PKP berlaku?Apakah wabak COVID-19 dan bagaimanakah anda dapat menghindari wabak tersebut?Wabak COVID-19 telah memberikan kesan buruk kepada ekonomi dan sosial. Bincangkan.Penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan kita perlu membudayakan norma baharu dalam kehidupan. Bincangkan.Penularan wabak COVID-19 telah memberikan banyak pengajaran kepada saya. Bincangkan.Pembelajaran secara online lebih mudah berbanding pembelajaran secara bersemuka. Bincangkan.Gajet memberikan kesan buruk kepada remaja. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?Kesedaran penjagaan alam sekitar semakin terhakis dalam kalangan masayarakat. Bincangkan kesan-kesan buruk sekiranya alam sekitar tidak dipelihara.Penggunaan media sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja. Bincangkan keburukan dan kebaikan media sosial bagi pandangan anda.Bagaimanakah anda menjaga kesihatan diri dan keluarga anda?\nMaklumat Mengenai PKSK\nUntuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PKSK, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-rasmi/", "title": "Surat Rasmi Format & Contoh Sebenar Penulisan", "body": ["\n\n", "\nSurat rasmi ialah sejenis surat yang digunakan untuk bertujuan rasmi. Ia biasanya ditulis dalam bahasa formal dan mengikuti format yang telah ditetapkan serta mengandungi maklumat yang penting dan sahih. \nIanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk menghantar maklumat, membuat permintaan, mengadakan perbincangan, atau mengirim notis kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak yang berkaitan\nSama ada anda sedar atau tidak,pasti ada dalam kalangan kita pernah menerima surat rasmi sama ada daripada agensi/jabatan/organisasi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan.\nKadang kala, kita juga perlu menulis surat tersebut untuk membuat sebarang permohonan/aduan/cadangan dan untuk dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan.\nNamun, bagi yang tidak biasa menulis surat rasmi, sering kali wujud kekeliruan mengenai format sebenar penulisan surat rasmi yang ingin dihantar. \nFormat yang betul adalah penting bagi memastikan tujuan surat tersebut dihantar dapat difahami dan diambil tindakan oleh penerima. \nMaksud Surat Rasmi\nSurat rasmi bermaksud surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi sahaja.\nRasmi dalam konteks tersebut merujuk kepada segala urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.\nPenulis surat ini boleh terdiri sama ada orang perseorangan atau seseorang atas nama jabatan atau seseorang atas nama institusi, ataupun syarikat.\nPenerima surat pula boleh terdiri daripada orang perseorangan, sebuah jabatan, institusi dan sebagainya.\nSelain itu, surat ini juga merupakan alat komunikasi yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung atau berkomunikasi secara rasmi antara satu sama lain.\nTujuan Surat \nTerdapat beberapa tujuan surat tersebut ditulis iaitu:\n\nMedium bertulis yang formal antara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan, agensi kerajaan dengan agensi swasta, agensi swasta dengan agensi swasta, agensi kerajaan atau agensi swasta dengan orang ramai atau orang ramai dengan agensi kerajaan atau agensi swasta.\nSaluran yang menggambarkan pendirian atau sikap sesuatu agensi terhadap orang ramai.\nDokumen atau bahan rujukan dalam sesuatu perkara.\nDuta organisasi yang membawa imej sesebuah organisasi tersebut.\n\nJenis Surat Rasmi\nTerdapat banyak jenis-jenis yang sering digunakan antaranya seperti:\n\nSurat Arahan\nSurat Iringan\nSurat Perjanjian\nSurat Sokongan\nSurat Permohonan\nSurat Bantahan\nSurat Perakuan\nSurat Jemputan\nSurat Cadangan \n\nFormat Surat Rasmi\n\nBerbeza dengan surat tidak rasmi, struktur isi dan karangan surat rasmi memiliki format yang telah ditentukan, termasuk alamat pengirim, tarikh, tajuk, dan alamat penerima. Surat ini ditulis menggunakan bahasa yang formal dan biasanya ditandatangani oleh orang yang memiliki autoriti dalam organisasi atau institusi\nElemen asas yang perlu ada dalam penulisan surat adalah seperti berikut: \n\nNama dan alamat pengirim\nNama,jawatan, dan alamat penerima\nTarikh surat ditulis\nPanggilan Penerima\nTajuk surat\nPengenalan\nIsi surat\nTandatangan dan nama pengirim\n\n1.Nama dan alamat pengirim\nNama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\nPengirim mestilah meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.\nJika pengirim menulis surat atas kapasiti peribadi, maka alamat yang perlu diletakkan adalah alamat rumah.\nNamun, jika pengirim mewakili agensi/jabatan/organisasi, pengirim perlu meletakkan alamat pejabat sebagai mewakili agensi/jabatan/organisasi terbabit. \n2. Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang. \nNama penerima perlu ditulis dengan penuh atau jika penerima ialah sebuah organisasi, nama organisasi tersebut mestilah ditulis dengan penuh.\nJawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima. \nAlamat penerima ialah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat agensi/jabatan/organiasi beroperasi. \n\n\n\n\n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima. \nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.\nJusteru, panggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan.\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri. \n5. Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nLazimnya, tajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang.\nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan. \n6. Isi Surat Rasmi\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima.\nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis.\nPerenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nBagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7. Tandatangan dan nama pengirim\nDi akhir surat terbabit, pengirim perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.\nDi bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan. \nContoh Surat Rasmi\nDi bawah adalah contoh yang boleh dijadikan panduan:\n\nContoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah\n \n\nRozaimi Bin Ibrahim\nNo 30, Jalan Cempaka Indah\nTaman Cempaka Indah\n81000, Kulai\nJohor Darul Takzim\n_________________________________________________________________________\n\nEn Abdul Rahman bin Abdul Aziz\nGuru Besar,\nSekolah Kebangsaan Kulai\n81000 Kulai\nJohor Darul Takzim 13 Mac 2021\n\nTuan,\n\nKETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH\n\nMerujuk kepada perkara di atas, saya Rozaimi Bin Ibrahim adalah bapa kepada anak saya iaitu Mohd Asif Bin Rozaimi, kelas 4 Cemerlang ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah daripada 15 Mac sehingga 20 Mac 2021\n\n\n2. \tKetidakhadiran anak saya adalah disebabkan beliau terpaksa menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur berkaan penyakit yang di hadapinya. Rawatan ini memerlukan beliau untuk beberapa hari berada di sana sehingga selesai rawatan dijalankan\n\n\n\n3.\tDiharapkan pihak Tuan dapat mengambil maklum dan perhatian mengenai perkara ini.\n\nSaya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan\n\n\nSekian\n\n\nYang benar,\n\n\n\n\n\n(ROZAIMI BIN IBRAHIM)\n\n\nTemplate Surat Rasmi\nAnda juga boleh download template berikut yang disertakan dalam bentuk PDF untuk memudahkan anda membuat rujukan\ntemplate-suratDownload\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai surat kiriman rasmi, sila tonton video berikut\nhttps://www.youtube.com/watch?v=eYafStkcl3M\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ebelia-rahmah-boost/", "title": "eBelia Rahmah Boost : Syarat Kelayakan & Cara Tebus", "body": ["\n\n", "\neBelia Rahmah Boost : Syarat Kelayakan & Cara Tebus\nProgram eBelia Rahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.\nProgram ini bertujuan bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.\nProgram ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.\nSelain kredit, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).\nPenyedia perkhidmatan e-dompet Boost turut mengambil bahagian dalam insentif ini. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\n\nTempoh Tebusan Kredit\nPermohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.\nSetelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.\nInsentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.\nBaca Juga : eBeliaRahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus\nSyarat-Syarat Kelayakan eBelia Rahmah Boost\nSyarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:\na. Warganegara Malaysia; dan\nb. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU\nc. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (\u201cIPT\u201d) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (\u201cJAKIM\u201d) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai \u201cKementerian Pengawal\u201d), tanpa had umur.\n\nCara Mohon Kredit eBelia Rahmah Boost\nBerikut adalah cara membuat permohonan eBelia Rahmah melalui aplikasi Boost\n\nMuat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.\nBagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.\nPenyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).\nDi aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan \u201cHantar\u201d.\nAnda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.\n\nNota \n\nPenerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia Rahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.\nSekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.\n\nSoalan Lazim eBelia Rahmah Boost\nSaya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini? Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (c).Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Syarat ( c). Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak? Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk syarat kelayakan eBeliaRahmah Boost. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak? Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.\n\n\n\n\n Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eBeliaRahmah ini? Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:a. Boost;b. Setel; danc. Touch \u2018n Go eWallet Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut? Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:a. pemindahan \u201cpeer-to-peer\u201d;b. penebusan tunai;c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;f. pembelian permainan (\u201cgames\u201d) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dani. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian. Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini? Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut. Saya merupakan peruncit luar talian yang tidak mempunyai fasiliti pembayaran e-dompet. Bolehkah penerima eBeliaRahmah berbelanja di premis saya? Tidak. Oleh itu, semua peruncit digalakkan menyertai platform e-dompet atau menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow agar penerima eBeliaRahmah boleh berbelanja kredit eBeliaRahmah mereka di kedai anda. Mengapa permohonan saya lambat diluluskan? Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi. Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak? Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut. Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal? Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda Adakah terdapat proses bagi sebarang pertikaian (\u2018dispute\u2019)? Ya. Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda, dan pihak penyedia perkhidmatan e-dompet akan membantu anda.Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian. Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian? Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan. Terdapat perniagaan/peruncit fizikal yang tidak mempunyai penyedia perkhidmatan edompet pilihan saya sebagai kaedah pembayaran. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran? Kaedah piawaian penggunaan kod QR saling boleh kendali Duitnow membolehkan rakyat Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan edompet yang berdaftar dengan hanya satu kod QR: https://www.duitnow.my/QR/index.htmlSukacita dimaklumkan bahawa ketiga-tiga dompet di bawah inisiatif eBeliaRahmah adalah berdaftar dengan Duitnow.Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, anda masih boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kod QR DuitNow. Bagaimana tiga penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut dipilih untuk program ini? Pihak kerajaan telah mengundang 10 penyedia perkhidmatan e-dompet utama (berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif) untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan.Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, 3 penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu Boost, Setel dan Touch \u2018n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Ketiga-tiga syarikat e-dompet ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas ini membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara. \nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai eBeliaRahmah Boost, sila layari laman rasmi Boost di pautan berikut : \nhttps://myboost.co/\nAnda boleh rujuk senarai premis yang berdaftar dengan Boost di pautan berikut : \nBoost Marketplace Merchant\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-penempatan-tahun-1-2023-2024-rayuan/", "title": "Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 & Rayuan", "body": ["\n\n", "\nTerkini semakan penempatan tahun 1 2023/2024 boleh di buat mulai hari ini 1 Ogos 2022.\nUntuk makluman, ibu bapa penjaga yang telah membuat pendaftaran murid tahun 1 pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022, boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1-30 Ogos 2022 di pautan https://public.moe.gov.my.\nCara Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 & Pengesahan\nSemakan hanya boleh dibuat secara online. Hanya ibu bapa/penjaga yang telah mendaftar dan mempunyai akaun sendiri serta boleh log masuk boleh membuat semakan. Sekiranya anda terlupa, boleh semak panduan ini\nUntuk membuat semakan, langkah-langkahnya adalah seperti berikut; \nLayari laman web\u00a0https://public.moe.gov.my/Klik butang\u00a0Log masukSeterunsya tekan klik pada\u00a0Semakan Status Permohonan Tahun 1Pilih\u00a0Semakan PenempatanStatus permohonan murid akan dipaparkan.Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.\nProses Pengesahan Penempatan Tahun 1 2023\nProses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:\nTINDAKAN IBU BAPA /PENJAGA\nPERAKUAN PENEMPATAN\nIbu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut\nPERMOHONAN RAYUAN\nPermohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan\u00a0TIADA\u00a0proses RAYUAN MANUAL.Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukanTarikh rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos \u2013 31 Ogos 2022\nTINDAKAN SEKOLAH\n\n\n\n\nMUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.\n\nTerlupa Kata Laluan\nUntuk ibu bapa/penjaga yang mengalami kesulitan untuk log masuk akaun disebabkan terlupa kata laluan, boleh ikut langkah-langkah berikut ;\nTekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.\nMohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)\nSekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 Pengesahan & Rayuan, atau mengenai akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI. https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/byrhasil-bayar-cukai-pendapatan-lhdn/", "title": "ByrHASIL | Bayar Cukai Pendapatan LHDN Dengan Mudah Melalui Online", "body": ["\n\n", "\nByrHASIL | Bayar Cukai Pendapatan LHDN Dengan Mudah Melalui Online ~ Tahukah anda, anda boleh membayar cukai pendapatan dengan mudah dan cepat hanya melalui portal ByrHASIL. Kaedah ini adalah untuk memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan.\nByrHASIL\u00a0\nByrHASIL adalah merupakan sebuah portal rasmi yang membolehkan pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian. Secara ringkasnya, ByrHASIL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.\u00a0\nSetiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing. Melalui maklumat di e-filing tersebut anda akan dimaklumkan sekiranya anda perlu membayar cukai ataupun tidak.\u00a0\nSekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.\n\nPembayaran Cukai (ByrHASIL)\nBayaran Cukai Melalui FPX \u2013 Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.\nBayaran Cukai Melalui Kad Kredit \u2013 Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian untuk semua kad kredit/debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.\nCara Pembayaran Cukai Melalui FPX\nSila layari portal ByrHASIL di pautan berikut: https://byrhasil.hasil.gov.my/\u00a0Kemudian, klik pada gambar FPXPilih \u201cJenis Pengenalan\u201dMasukkan \u201cNo. Pengenalan\u201dMasukkan \u201cKod Keselamatan\u201d berdasarkan imej yang dipaparkanKlik butang \u201cSubmit\u201dPilih \u201cKod dan Jenis Bayaran:\u201dPilih \u201cTahun Pentaksiran\u201dPilih \u201cBilangan Ansuran\u201dMasukkan \u201cAmaun Cukai (RM)\u201dKlik butang \u201cHantar\u201dSelesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet\nCara Pembayaran Cukai Melalui Kad Kredit\nSila layari portal ByrHASIL di pautan berikut: https://byrhasil.hasil.gov.my/\u00a0Kemudian, klik pada gambar FPXPilih \u201cJenis Pengenalan\u201dMasukkan \u201cNo. Pengenalan\u201dMasukkan \u201cKod Keselamatan\u201d berdasarkan imej yang dipaparkanKlik butang \u201cSubmit\u201dPilih \u201cKod dan Jenis Bayaran:\u201dPilih \u201cTahun Pentaksiran\u201dPilih \u201cBilangan Ansuran\u201dMasukkan \u201cAmaun Cukai (RM)\u201dKlik butang \u201cHantar\u201dSelesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit\nCara Alternatif Selain ByrHASiL\u00a0\nPortal MyTax: https://mytax.hasil.gov.my melalui \u2018Perkhidmatan ezHasil\u2019 > \u2018ByrHASiL\u2019Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNMKaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNMMesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNMMesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM\nNOTA:\u00a0\n\n\n\n\nPembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila klik pautan berikut: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ atau,\u00a0 hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau,\u00a0\nHasil Care Line;\u00a0\nTelefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-selangor-peduli/", "title": "Zakat Selangor Peduli: Permohonan Bantuan Zakat Untuk B40 Terjejas COVID19", "body": ["\n\n", "\nZakat Selangor Peduli: Permohonan Bantuan Zakat Untuk B40 Terjejas COVID19 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Zakat Selangor Peduli kini dibuka. Kepada warga Selangor, sekiranya anda layak dan menepati syarat permohonan, sila kemukakan permohonan anda sebelum 10 Disember 2021.\n\nZakat Selangor Peduli\nZakat Selangor Peduli adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor yang dikhususkan untuk golongan B40 yang terjejas dengan pandemik Covid19 walaupun tidak tergolong sebagai penerima zakat/asnaf berdasarkan syarat/kriteria tertentu.\nPeruntukkan zakat ini adalah BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor.\nObjektif utama inisiatif ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.\nInisiatif ini adalah kesinambungan daripada pakej bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).\nSyarat-Syarat Permohonan\nPastikan anda memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti dibawah:\u00a0\nBeragama IslamWarganegara atau pemastautin tetap (PR)Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.\nIndividu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:\n\n\n\n\nHilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atauMasih diarah cuti tanpa gaji; atauMasih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atauPemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.Lain-lain\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila layari pautan berikut:\u00a0 Zakat Selangor Peduli\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Zakat Peduli Selangor\nSila pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap, sebelum menghantar permohonan.\u00a0\nSalinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATANDokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASAPengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).\nNOTA: Jika tidak mempunyai surat diberhentikan kerja, pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN\nPermohonan yang tidak mempunyai maklumat serta lampiran yang lengkap atau palsu akan di tolak serta merta.\u00a0\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:\nTalian Zakat Selangor : 1 300 88 4343Laman web : https://www.zakatselangor.com.my/peduli/Facebook : Lembaga Zakat Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ekasih/", "title": "eKasih 2023: Pendaftaran & Semakan Status Penerima Bantuan", "body": ["\n\n", "\nUntuk makluman, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu sistem pengkalan data keluarga miskin di peringkat nasional di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu sistem eKasih. \nSistem diwujudkan untuk bagi membantu\u00a0merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan yang dijalankan di seluruh negara. \nSistem ini juga maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.\nOleh itu, keluarga miskin di seluruh negara perlu mendaftar di dalam sistem eKasih ini bagi memastikan setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dapat diterima terus kepada mereka. \nKomponen Data eKasih\nKomponen data e-Kasih terdiri daripada maklumat-maklumat asas seperti:\n\nKetua Isi Rumah (KIR) \nAhli Isi Rumah (AIR)\nMaklumat Lokasi\nKediaman\nPendidikan\nKemahiran dan Pekerjaan\nPemilikan Harta\nKesihatan\nPendapatan \nBantuan\n\nSyarat Kelayakan\nTerdapat dua syarat utama yang melayakkan sesebuah keluarga untuk mendaftar di dalam sistem eKasih iaitu:\n\nWarganegara Malaysia.\nIsi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.\n\nUntuk makluman, PGK ialah pendapatan sesbuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan dan PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2019.\n\n\n\n\nJadual PGK semasa boleh dirujuk melalui jadual di bawah:\n\nCara Mendaftar\nPemohon yang ingin mendaftar ke dalam sistem eKasih, mereka boleh berkunjung ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran.\nPemohon juga boleh menghubungi nombor telefon pejabat PPN terlebih dahulu untuk sebelum pergi ke pejabat PPN. \n\nProses Perdaftaran & Permohonan eKasih 2023\nUntuk mendapatkan gambaran lebih lengkap mengenai proses pendaftaran dan permohonan sistem e-Kasih ini, sila rujuk dalam rajah di bawah. \n\nSemakan Status\nSetelah mendaftar, pemohon boleh membuat semakan status melalui langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://e-kasih.icu.gov.my/e-kasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.\nMasukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Klik Untuk Carian.\u2019\nKeputusan status pendaftaran dipaparkan.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai sistem eKasih, sila hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM di talian 03-8000 8000. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mohon-rebat-bil-elektrik-tnb/", "title": "Cara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Untuk Bayaran Bulan Disember Ini", "body": ["\n\n", "\nCara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Untuk Bayaran Bulan Disember Ini ~ Berita baik untuk anda! Sukacita dimaklumkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.\nPotongan ini adalah untuk membantu meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir\nRebat Bil Elektrik TNB 100%, Bantu Mangsa Banjir\nTenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara \u2018one-off\u2019 bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas.\u00a0\nSelain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.\nInisiatif ini melibatkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.\nPerkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media di Masjid Al-Muttaqin.\u00a0\n\n\n\n\n\u201cKita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,\u201d tambahnya lagi.\u00a0\n\nCara Semakan & Permohonan\nPerincian cara semakan dan cara membuat permohonan buat masa ini masih dalam proses untuk diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.\nSegala maklumat akan dikemaskini semula.\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.\nLaman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/\nManakala untuk sebarang pertanyaan, sila majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya dan sertakan maklumat seperti dibawah:\nNama andaAlamat lengkap termasuk poskodNombor telefon pertamaNombor telefon kedua\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkm-bujang/", "title": "BKM Bujang | Syarat Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 \u2013 4", "body": ["\n\n", "\nBKM Bujang | Syarat Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 \u2013 4 ~ Sukacita dimaklumkan, melalui pembentangan Bajet 2022 yang lalu, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.\nBantuan ini akan disalurkan kepada beberapa golongan yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.\nBantuan Keluarga Malaysia\u00a0 (BKM Bujang)\nJangan risau, sekiranya anda merupakan seorang bujang, anda juga berpeluang untuk menikmati Bantuan Keluarga Malaysia ini. Syarat kelayakan penerima BKM bujang adalah seperti berikut:\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danHad umur adalah 21-59 tahun; danPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nJumlah Bayaran BKM Bujang\nWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan (Berpendapatan bulanan bawah RM5,000): RM600Bujang (Berpendapatan bulanan bawah RM2,500): RM350\nSila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.\nJumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:\n\nKadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:\nTambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau\u00a0Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas\nJadual Bayaran BKM Bujang 2022 (Fasa 1 \u2013 4)\nSeperti yang diumumkan sebelum ini, bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022.\nTarikh bayarannya adalah seperti berikut:\nFasa 1 : Mac 2022\n\n\n\n\nPenerima BKM fasa 1 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 2: Jun 2022\nPenerima BKM fasa 2 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nFasa 3 : September 2022\nPenerima BKM fasa 3 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 4 : Disember 2022\nPenerima BKM fasa 4 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahu Info lanjut, sila hubungi:\nHotline BKK LHDNM : 1800 88 2747Hotline BKK MoF : 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel : [email\u00a0protected]Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-agromakanan-penjana/", "title": "Skim AgroMakanan (PENJANA): Pembiayaan Usahawan Mikro & B40", "body": ["\n\n", "\nBagi usahawan mikro dan B40 yang memerlukan bantuan pembiayaan kewangan untuk meneruskan perniagaan, Agrobank menyediakan pakej dana\u00a0bagi membantu usahawan B40 iaitu Skim AgroMakanan (PENJANA).\nSkim ini merupakan satu skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkanmelalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara(PENJANA) bagi membantu industri pertanian dan makanan yang terjejasakibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\nObjektif utama pelaksanakan skim ini adalah bagi menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas.\nBgai melaksanakan skim ini, dana sebanyak RM350 juta disediakan bagi membantu usahawan mikro dan B40 yang terlibat.\n\nJumlah & Tempoh Pembiayaan \nJumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 bagi setiap pemohon.\nTempoh pembiayaan bagi setiap pemohon adalah maksima sehingga 5 tahun atau 60 bulan.\nKadar Keuntungan\nKadar keuntungan adalah sebanyak 3.5% setahun atas baki pembiayaan.\n\n\n\n\nJenis Pembiayaan\nUsahawan mikro dan juga usahawan kategori B40 yang terlibat dalamaktiviti pertanian dan pengeluaran makanan layak memohon skim ini.\nAktiviti perniagaan yang layak untuk dibiayai adalah seperti berikut:\nAktiviti penanaman, penternakan (termasuk akuakultur) dan penangkapan ikan yang bertujuan bagi pengeluaran makanan.Aktiviti peruncitan dan pembekalan makanan termasuk yang melibatkan penghantaran dan pemasaran makanan.Aktiviti penyediaan makanan seperti restoran, penjaja, katering, kantin dan yang seumpama dengannya\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon ialah warganegara MalaysiaPemohon berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 65 tahun semasa permohonan.Perniagaan pemohon telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.Pemohon tidak diisytiharkan bankrapPemohon tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana Bank.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim pembiayaan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nHadir ke mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon.Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:\u2013 Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).\u2013 Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 6 bulan terkini.\u2013 Salinan Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.Dapatkan borang permohon dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Serahkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke cawangan Agrobank tersebut.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Skim AgroMakanan (PENJANA) ini, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan di talian 1-300-88-2476 atau layari https://www.agrobank.com.my/ untuk maklumat lanjut. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/epemula-cara-tebus-kredit-ewallet-rm150/", "title": "ePemula | Cara Tebus Kredit eWallet RM150 Untuk Belia", "body": ["\n\n", "\nePemula | Cara Tebus Kredit eWallet RM150 Untuk Belia (18-20 Tahun / Pelajar) ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperkenalkan program ePemula/e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 pada pembentangan Bajet 2022 yang lalu.\u00a0\nProgram ini mempunyai peruntukan dana sebanyak RM300 juta untuk dimanfaatkan oleh lebih 2 juta belia.\u00a0\nProgram ePemula/e-Start\u00a0\nePemula/ e-Start adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.\nMelalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\n\n\n\n\n\neDompet / eWallet Yang Terlibat\nTouch n Go eWalletShopeePayGrab PayBigPay\nUntuk mendapat manfaat program ini, anda perlu mendaftar di aplikasi yang dinyatakan di atas.\u00a0\nTarikh Penebusan/Pelaksanaan\nProgram\u00a0 ePemula/e-Start ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kebenaran-suami-menemani-isteri-di-wad-bersalin-hospital-kerajaan/", "title": "Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan | SOP Terkini", "body": ["\n\n", "\nKebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan | SOP Terkini ~ Adalah dimaklumkan, pada 9 Mac 2022, KKM sekali mengingatkan SOP terkini yang perlu dipatuhi oleh suami untuk menemani isteri di wad bersalin Hospital Kerajaan (KKM).\nKebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan\nBerikut adalah SOP dan kriteria terkini bagi suami / ahli keluarga untuk menemani ibu hamil semasa bersalin:\nA) Suami / ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu;\n14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson\nB) Suami / ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian;\nATAU\nC) Suami / ahli keluarga memberi kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.\n\n\n\n\n\nNOTA:\nSila semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.\nPelaksanaannya tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.\nKKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pembukaan-sempadan-johor-singapura-tol-percuma-selama-7-hari-mulai-1-april/", "title": "Pembukaan Sempadan Johor-Singapura | Tol Percuma Selama 7 Hari\u00a0 Mulai 1 April", "body": ["\n\n", "\nPembukaan Sempadan Johor-Singapura | Tol Percuma Selama 7 Hari\u00a0 Mulai 1 April ~ Seperti yang kita telah maklum, sempadan Johor-Singapura akan mula dibuka pada 1 April ini. \nMaka, bersempena dengan pembukaan darat antara Malaysia dan Singapura kepada pengembara, Kerajaan Malaysia memberi satu lagi buah tangan untuk mereka yang merentas Singapura ke Johor atau sebaliknya dengan pengecualian tol.\u00a0\nTol Percuma Selama 7 Hari\u00a0 Mulai 1 April\nPengecualian ini adalah khusus untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui \u2018Touch \u2018n Go\u2019 dan \u2018SmartTag\u2019.\u00a0\nIanya bakal membabitkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 April 2022, selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.\nPengecualian ini akan dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua).\nSelain itu, pengecualian bayaran tol ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.\n\n\n\n\nPada 24 Mac lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan namun dengan syarat pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi.\nPengumuman ini telah dilakukan pada 30 mac 2022. \nAnda boleh rujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan seperti gambar di bawah:\u00a0\n\n\nSumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940298/pengecualian-tol-7-hari-di-pintu-masuk-malaysia-singapura-mulai-1 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-selangor-bantuan-banjir-rm600-lzspeduli/", "title": "Zakat Selangor : Cara Memohon Bantuan Banjir RM600 (LZSPeduli)", "body": ["\n\n", "\nZakat Selangor : Cara Memohon Bantuan Banjir RM600 (LZSPeduli) ~ Sukacita dimaklumkan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sejumlah bantuan zakat (LZSPeduli) untuk membantu meringankan beban keluarga yang terjejas banjir terutamanya baru-baru ini.\n\nBantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli)\nBantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak Lembaga Zakat Selangor untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.\nBantuan akan diberikan sebanyak RM600 secara one-off. Penduduk / pemastautin Selangor yang berkelayakan boleh membuat permohonan bantuan secara dalam talian melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-\nBeragama IslamWarganegara Malaysia atau permastautinan tetapLahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.\n*Nota: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan\nCara Membuat Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor\nA. Permohonan secara individu (ketua keluarga)\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal LZSPeduli.Anda dikehendaki memuat naik (upload) dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.\nB. Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-\n\n\n\n\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal LZSPeduli.Anda dikehendaki memuat naik (upload) dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.\nTarikh Kelulusan & Bayaran\nPembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.\nKaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-\nAkaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas\nBagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga akan dipertimbangkan. Sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.\nSemakan Status Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\nStatus permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini: Sistem eZakatONLINE\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor (1-300-88-4343) atau layari: https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/5-persediaan-e-filing/", "title": "5 Persediaan E-Filing LHDN", "body": ["\n\n", "\nPersediaan E-Filing\nBagi mengelakkan anda daripada terlupa atau tersilap memasukkan maklumat pengecuaian cukai, adalah sebaiknya jika anda lakukan persediaan e-filing lebih awal.\nBagi membantu anda membuat persediaan, di sini kami ingin kongsikan 5 perkara penting yang anda perlu persiapkan untuk membuat e-Filing bagi tahun 2023. \nTeruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Senarai Pelepasan Cukai Taksiran 2022 Untuk e-Filing 2023\n5 Persediaan E-Filing 2023 Yang Anda Perlu Tahu\n1. Borang EA/EC\nBorang EA/EC adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.\nBorang EA : Borang Cukai Pekerja Swasta Untuk Penyata Gaji selama setahun\nBorang EC : Borang Cukai Pekerja Kerajaan Untuk Penyata Gaji selama setahun\nPastikan nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang terpapar dalam Borang EA/EC ini.\nNota : Majikan biasanya akan memberikan borang ini dalam bulan Mac untuk pekerja lakukan proses e-Filing.\nAnda boleh bertanyakan kepada majikan sekiranya mereka terlewat untuk serahkan dokumen ini pada anda.\nContoh Borang EA\nContoh Borang EC\nBorang EA (format terbaru PDF) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/borang_c.p.8a__ea___format\u2026\nBorang EA (format terbaru Excel) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/borang_c.p.8a__ea___format\u2026\nNota Panduan EA 2022 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/nota_panduan_borang_ea___ec.pdf\n2. Penyata Komisen\nBagi individu yang menerima komisen (Takaful, Unit Trust, MLM, Remisier, ejen penapis air), sila dapatkan borang CP58 (penyata bayaran insentif) daripada syarikat masing-masing\nBorang CP58 perlu diserahkan kepada ejen, pengedar atau wakil berkenaan sebelum 31 Mac 2023.\n\nMuat turun Borang CP58 (Format PDF) :https://phl.hasil.gov.my/\u2026/Borang_CP58_Pin_012022_1.pdf\nMuat turun Borang CP58 (Format Excel) :https://phl.hasil.gov.my/\u2026/Borang_CP58_Pin_012022_1.xlsx\nMuat turun Nota Panduan Pengisian Borang CP58 :https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Panduan_CP58_1.pdf\n3. Penyata Untung Rugi\nPenyata seterusnya ini adalah untuk pemilik bisnes. Setiap pemilik bisnes tidak kiralah untung atau rugi, mereka perlu isytiharkan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\nTerdapat 3 kategori dalam laporan ini iaitu :\nSales / Jualan\n\n\n\n\nNilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar.\nContoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.\nCost of Goods Sold / Kos Jualan\nNilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan.\nSebagai contoh, hasil jualan restoran adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan tersebut.\nExpenses / Belanja\nKos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut.\nWalaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.\nDaripada situ, kita dapat lihat DUA angka iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. \nNilai untung bersih inilah yang akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.\n\nPenyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.\n4. Penyata / Resit Yang Berkaitan\nAnda juga perlu menyimpan segala resit bayaran yang boleh mendapat pengecualian cukai kerana pihak LHDN boleh memintanya pada bila-bila masa.\nPastikan anda menyimpan semua resit-resit ini untuk persediaan e-Filing seperti zakat, takaful/insurans, resit alatan sukan, resit gaya hidup, resit alatan penyusuan dan sebagainya.\nWalaupun pihak LHDN tidak meminta anda menghantar resit-resit ini setiap kali melakukan e-filing, anda mungkin diminta untuk menghantarnya pada masa akan datang.\nSetiap tahun, pihak LHDN akan memilih segelintir individu untuk menghantar resit dan semua dokumen berkaitan bagi tujuan semakan.\nSekiranya tiada, jangan terkejut sekiranya anda dikenakan denda atau penalti kerana dianggap melakukan tuntutan palsu bagi pengecualian cukai.\n\n5. Jelaskan Tunggakan Cukai\nJangan lupa untuk membuat semakan dan menjelaskan tunggakan cukai terdahulu sekiranya ada.\nSekiranya anda tidak mampu untuk bayar sekaligus, anda juga boleh meminta ansuran dari pihak LHDN.\nBagi tujuan ini, pihak syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan.\nNamun, anda juga perlu ingat meskipun rayuan anda diterima, namun penalti akibat pembayaran lewat tetap akan dikenakan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai e-Filing LHDN, sila layari laman web hasil.gov.my dan ikuti laman Facebook rasmi LHDN di pautan facebook.com/LHDNM\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/masa-takbir-raya-haji-panduan-lafaz-takbir-aidiladha/", "title": "Masa Takbir Raya Haji & Panduan Lafaz Takbir Aidiladha", "body": ["\n\n", "\nBilakah waktu takbir hari raya Haji?\u00a0Adakah sama dengan Eidul Fitri atau ada perbezaan antara kedua-dua perayaan ini?\nTakbir raya adalah keutamaan dan Sunnah untuk kita amalkan. Namun begitu, terdapat perincian dan perbezaan antara takbir untuk Eidul Adha dan Eidul Fitri.\u00a0Mereka adalah seperti berikut:\nTakbir Raya Haji : Takbir Mursal dan Muqayyad\n\nTakbir pada hari raya adalah keutamaan yang menjadi sunnah untuk kita amalkan.\u00a0 Jenis Takbir untuk \u2018Idul Fitri\nPara fuqaha membahagikan takbir hari raya kepada dua kategori;\u00a0Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.\nTakbir Mursal\u00a0: Dikatakan juga sebagai Takbir Mutlaq kerana amalannya tidak dikenakan waktu solat.\u00a0Justeru, bermula daripada terbenamnya matahari pada malam Eidul Adha dan Aidil Fitri sehinggalah kepada takbiratul ihram solat \u2018Aidiladha, disunnahkan untuk kita bertakbir dalam waktu ini.\u00a0Ulama menyatakan bahawa amalan Takbir Mursal untuk Hari Raya Aidilfitri lebih diutamakan daripada Hari Raya Aidil Adha.Takbir Muqayyad:\u00a0Amalan takbir seperti ini tertakluk kepada waktu solat fardhu (solat lima waktu).\u00a0Jadi, apabila tiba waktu takbir \u2018Eidul Adha, disunnahkan untuk kita bertakbir selepas menunaikan solat fardhu.\u00a0Takbir Muqayyad hanya berlaku pada Eidul Adha dan bukan untuk malam Eidul Fitri.\u00a0Namun, Takbir Mursal lebih dititikberatkan untuk Eidul Fitri.\u00a0[1]\nBeliau pernah bertakbir pada hari Arafah untuk solat subuh, dan dia mengganggunya dengan solat asar pada hari-hari terakhir Tasyriq.\n\u201cRasulullah SAW sentiasa bertakbir pada hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subh) dan mengakhirinya selepas menunaikan solat \u2018Asar pada hari terakhir tasyriq.\u201d\nAl-Hakim (1111) dengan sanad yang sah\nTakbir ini dilakukan dengan kaedah jahar (suara lantang) sebagai kemuliaan umat Islam.\u00a0Rujuk\u00a0al-Mu\u2019tamad fi al-Fiqh al-Syafi\u2019e\u00a0(1/559) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili &\u00a0al-Taqrirat al-Sadidah\u00a0(halaman 347).\nMasa Mula Takbir Raya Haji\nSeperti yang telah disebutkan sebelum ini, terdapat perbezaan waktu takbir bagi Aidil Adha dan Aidil Fitri.\u00a0Kaifiat (kaedah) berikut ini kami kumpulkan dari tindakan Nabi SAW dan para sahabatnya, yang diturunkan kepada para ulama.\nWaktu Takbir Muqayyad untuk Eidul Adha bermula dari hari Subuh Arafah dan berterusan hingga akhir \u2018Ashar pada hari ketiga tasyriq.\u00a0\nMaksudnya, apabila masuk Subuh 9\u00a0Zulhijjah\u00a0, disunnahkan bagi orang yang tidak mengerjakan haji untuk bertakbir pada setiap akhir solat fardhu \u2018Ashar 13\u00a0Zulhijjah\u00a0, yang menjadikan waktu takbir. ialah 5 hari 4 malam.\u00a0\nAkan tetapi, bagi mereka yang mengerjakan haji, sunnah takbir bermula dari ketika matahari telah melepasi kemuncaknya, iaitu Zuhur Eidul Adha (10\u00a0Zulhijjah) sehingga terbit fajar sadiq, iaitu Subuh ke-\u00a013\u00a0Namun\u00a0, jika mereka selesai tahallul kedua, maka bolehlah mereka bertakbir hingga solat \u2018Asar, seperti yang lain.\nDi sini, kami memetik kenyataan daripada\u00a0Sabila al-Muhtadin\u00a0(halaman 57) oleh Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari:\n\u201cTakbir (bagi mereka) yang tidak menunaikan haji bermula dari hari Subuh Arafah, iaitu hari kesembilan [Zulhijjah] hingga \u2018Ashar hari terakhir tasyriq\u201d\nKedua, daripada kitab\u00a0Kifayah al-Muhtadi\u00a0(Halaman 103) oleh Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma\u2019il al-Fathani:\n\u201cBermula dari selepas menunaikan solat Subuh hari Arafah hingga selesai solat \u2018Asar hari terakhir tasyriq\u201d\nKetiga, daripada kitab\u00a0Bughyah al-Tullab\u00a0(halaman 233) oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, seorang ulama dunia Melayu yang berilmu seperti berikut:\n\u201cDan Takbir Muqayyad juga dilakukan pada hari Eidul Adha, bermula dari hari Subh Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji sehingga menunaikan solat \u2018Asar hari tasyriq yang terakhir\u201d\nLAFAZ TAKBIR RAYA HAJI / AIDILADHA\n\nAda beberapa lafaz takbir yang diucapkan oleh para sahabat dan salafusolih.\nAntara lafaznya ialah :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n\n\n\n\nTelah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas\u2019ud r.a. adalah beliau mengucapkan :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nErtinya : \u201cAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.\u201d (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)\nDiriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064f\u0651 , \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n(Musannaf Ibnu Abi Syaibah).\nBerkata Imam As-Son\u2019ani :\n\u0648\u0641\u064a \u0627\u0644\u0634\u0631\u062d \u0635\u0641\u0627\u062a \u0643\u062b\u064a\u0631\u0629 \u0648\u0627\u0633\u062a\u062d\u0633\u0627\u0646\u0627\u062a \u0639\u0646 \u0639\u062f\u0629 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0623\u0626\u0645\u0629 \u060c \u0648\u0647\u0648 \u064a\u062f\u0644 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0648\u0633\u0639\u0629 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0645\u0631 \u0648\u0625\u0637\u0644\u0627\u0642 \u0627\u0644\u0622\u064a\u0629 \u064a\u0642\u062a\u0636\u064a \u0630\u0644\u0643\nErtinya : \u201cDan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi imam-imam mujtahid. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.\u201d (Kitab Subulusslam)\nTAKBIR AIDILADHA YANG LEBIH PANJANG\nDan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b\u060c \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b\u060c \u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\u060c\n\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u0627\u064e\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nBerkata Imam As-Syafie :\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0632\u064e\u0627\u062f\u064e \u0641\u0642\u0627\u0644 : \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u0647 \u0627\u0644\u062f\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f : \u0641\u064e\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064c\nErtinya : \u201cJikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.\u201d (Kitab Al-Umm)\nKesimpulan\nWaktu takbir Eidul Adha dan Eidul Fitri berbeza antara satu sama lain.\u00a0Namun, tujuannya adalah sama di mana ia bertujuan untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari di mana Syarak menyuruh kita meraikannya.\u00a0Inilah kemuliaan dan simbol agama kita yang mahu kita meraikannya dengan sepenuh hati sebagai manifestasi komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa.\nSumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan\nBaca juga :\nSkim Agihan Bina Rumah GURU KAFA Negeri Kedah\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/s1oku1p-ssm/", "title": "Perdaftaran S1OKU1P SSM: Skim Pendaftaran Perniagaan OKU Percuma", "body": ["\n\n", "\nKepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin mendaftarkan perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mewujudkan Skim 1 OKU 1 Pendaftaran Perniagaan (S1OKU1P) yang menawarkan pendaftaran perniagaan percuma khas kepada usahawan OKU di seluruh Malaysia.\nUntuk makluman, S1OKU1P telah dilaksanakan sejak 23 Oktober 2012 bagi golongan OKU yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. \nTujuan utama S1OKU1P diperkenalkan adalah untuk memberi galakan kepada golongan istimewa ini untuk menceburi bidang perniagaan secara sah di sisi undang-undang bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.\nSkim ini diberikan untuk tempoh satu tahun pendaftaran perniagaanbaru dan pembaharuan perakuan pendaftaran yang didaftarkan namun permohonan maklumat perniagaan dan cawangan dikenakan bayaranseperti biasa.\nOKU yang berminat boleh mendaftarkan perniagaan mereka menerusi https://ezbiz.ssm.com.my/ dan tawaran ini hanya terhad kepada 1 OKU, 1 pendaftaran sahaja.\n\nPengecualian Fi Pendaftaran & Pembaharuan\nPengecualian fi dan pendaftaran yang ditawarkan menerusi skim ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPerniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan-RM30 setahun.Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred-RM60 setahun.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon S1OKU1P ini adalah seperti berikut:\nWarganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.Belum mendaftarkan perniagaan dan pembaharuan menggunakan skim ini di SSM.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonanm, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web EzBiz iaitu\u00a0https://ezbiz.ssm.com.my/.Klik butang \u2018Sign Up\u2019 dan masukkan maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Save.\u2019Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat diri dan perniagaan yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Pendaftaran selesai.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan depan dan belakang (Mykad).Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian03-77214000 atau menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkm-2022-kadar-bayaran-bkm-fasa-1/", "title": "BKM 2022 | Kadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap Kategori", "body": ["\n\n", "\nBKM 2022 | Kadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap Kategori ~ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan bermula 28 Mac ini. Mari kita lihat berapa kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori.\u00a0\nTarikh Bayaran BKM\nPembayaran akan dibuat secara berfasa \u2013 iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.\nAda akaun bank \u2013 Mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).Tiada akaun bank \u2013 Mulai 30 Mac 2022 secara tunai di Cawangan BSNPedalaman Sabah / Sarawak \u2013 Akan dimaklumkan dari semasa ke semas\nManakala, untuk fasa kedua adalah pada Jun 2022. Fasa ketiga, September 2022. Dan, Fasa keempat adalah pada Disember 2022.\n\nKadar Bayaran BKM\nBerikut dikongsikan jadual tersebut untuk rujukan bersama.\nJumlah bayaran BKM Fasa 1 adalah seperti jadual berikut.\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\nii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\niii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n1-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\niv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM200\nv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150\nJumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100\nii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100\niii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n1-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100\niv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada\nv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150\n\n\n\n\nJumlah bayaran BKM Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100\nii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 5001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM700\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM4001-2 anak : RM4003 anak dan ke atas: RM400\niii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n1-2 anak : RM8003 anak dan ke atas: RM900\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM600\niv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150\nv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150bayaran bkm fasa 1 2 3 4bayaran bkm fasa 1 2 3 4\nJumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\nii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n0 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\niii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM5000\n1-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300\niv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada\nv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150\nCara Membuat Rayuan\u00a0\nRayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan. Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-isaac-voo/", "title": "Biodata Isaac Voo \u2013 Peserta Big Stage Musim 5", "body": ["\n\n", "\nBiodata Isaac Voo atau nama sebenarnya Isaac Voo Kai Meng\u00a0yang merupakan peserta big stage musim 5. Merupakan penyanyi lelaki berasal dari Kota Kinabalu Sabah, Malaysia yang popular dengan solo single beliau TIME BOMB\nRamai yang menyangka Isaac Voo merupakan artis yang berasal daripada Korea selepas melihat raut wajah dan penampilanya. \nBeliau merupakan ahli kumpulan\u00a0K-Pop\u00a0Korea Selatan,\u00a0IN2IT, dan telah diiktiraf sebagai penyanyi K-Pop solo pertama di Malaysia.\u00a0Beliau membuat penampilan solo pertamanya menerusi single pertamanya, \u201cTime Bomb\u201d pada 5 Ogos 2022\u2033\nBiodata Isaac Voo\n\nBerikut ringkasan biodata profile Isaac Voo\n\nNama sebenar :\u00a0Isaac Voo Kai Meng\nTarikh Lahir\u00a0: 12 Disember 1994 \nUmur : 28\nBangsa : Cina\nStatus perkhawinan : Bujang\nTempat Lahir : \u00a0Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia\nGenre : \u00a0K-Pop\nPekerjaan\u00a0: Penyanyi\nTahun aktif\u00a0: 2016\u2013kini\n\nSyarikat rakaman\n\nMMO Entertainment\nProdigee Asia Talent\n\nKumpulan\n\nIN2IT, \nBOYS24\n\nLaman Sosial\n\nFacebook Isaac_Voo\nInstagram : @isaacvkm_12\nTiktok Isaac Voo : @isaacvkm1212\nYoutube : https://www.youtube.com/@IsaacVkm1212\n\nLatar Belakang Isaac Voo\n\nSelapas mengetahui biodata isaac voo, ini pula kami kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang perjalanan Isaac berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai penyanyi dan artis K-Pop. Merupakan anak bongsu dalam adik-beradiknya. Voo mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa di daerah\u00a0Likas\u00a0dan Sekolah Menengah Lok Yuk.\n\n\n\n\nVoo menunjukkan minatnya dalam bidang hiburan pada usia 17 tahun dengan menyertai persembahan untuk hari guru sekolah itu. Dia mula menyertai pertandingan bakat yang akhirnya membawa kepada siri televisyen Korea Selatan, BOYS24. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan semua peserta lelaki menunjukkan bakat mereka melalui beberapa siri persembahan tarian kembara.\nVoo berjaya menjadi salah seorang peserta terbaik dalam rancangan itu dan dipilih keenam daripada 27 peserta yang dipilih untuk menyertai proses latihan untuk menjadi artis K-Pop teratas di Korea Selatan.\nSelepas berjaya dipilih sebagai pemenang BOYS24, Voo mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa dia telah berjaya menduduki tempat di kalangan peserta kumpulan Re-born. \nPada tahun 2022 Voo telah mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik solo, memandangkan rakan-rakannya ahli kumpulan In2It yang lain dikehendaki\n\n \nFakta Menarik\n\nMerupakan satu-satunya artis K-Pop berasal dari Malaysia\nLebih pouplar di Korea berbanding di Malaysia\nMerupakan ahli kumpulan IN2IT dan BOYS24\nPada 5 Ogos 2022, Voo melancarkan single solo pertamanya, \u201cTime Bomb\u201d\nTersenarai sebagai peserta Big Stage 2023 Musim 5\nTahukah anda kebanyakan artis K-Pop melalukan pembedahan plastik untuk mendapatkan rupa paras yang menarik, tetapi tidak untuk Vo\nSeperti kebanyakan pencinta industri K-Pop, Isaac juga sangat meminati kumpulan BTS.\n\nBegitulah serba sedikit yang dapat kami kongsikan biodata perihal Isaac Voo peserta Big Stage Musim 5\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tema-hari-guru-2023/", "title": "Tema Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan", "body": ["\n\n", "\nGuru Insani Pemangkin Generasi MADANI menjadi tema pilihan Sempena Sambutan Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan.\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan tema hari guru 2023 sempena program majlis pelancaran Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di Kuantan, Melaka baru-baru ini.\nDalam pada itu beliau juga menyatakan bermula 16 Mac 2023 ini, \u00a0penjadualan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir baru-baru ini. Walaubagaimana pun ia bergantung kepada situasi dari semasa ke semasa, khususnya persediaan logistik dan lain-lain. Kita berharap cuaca bertambah baik supaya tidak bertambah penjadualan semula dan kita boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja.\nCadangan Tema Hari Guru 2023\n\nPada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) menetapkan cadangan tema hari guru 2023 ini adalah berkonsepkan membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan falsafah pendidikan guru untuk pembinaan negara bangsa. Selain itu juga fokus kesediaan guru mendukung aspirasi falsafah pendidikan guru dengan memberipenekanan kepada\n\nJati diri dan kenegaraan\nRoh dan jiwa guru\nPengatahuan dan kemahrian\n\nCadangan tema hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 13 Januari 2023 melalui google form dan imbas kod QR untuk panduan dan syarat. Layari pautan berikut:\n\nGoogle Form: https://tinyurl.com/THG2023\nPanduan dan Syarat: https://tinyurl.com/BahanTHG2023\n\nHari Guru adalah hari istimewa untuk menghormati dan menghargai kerja keras dan dedikasi guru yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Malaysia. Ia adalah masa untuk mengiktiraf sumbangan penting guru dalam pembangunan negara dan menunjukkan rasa terima kasih atas usaha mereka dalam mendidik generasi muda\nBaca juga : Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM\nTema Hari Guru 2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\n\nTema hari guru bagi tahun 2023, iaitu \u2018Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Tema ini dipilih bertepatan dengan konsep dan fokus yang ingin diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya juga dilihat selasar dengan konsep Malaysia MADANI yang di pacu oleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berteraskan 6 tonggak utama iaitu ;\n\nKeMampanan\nkesejAhteraan\nDaya Cipta\nHormAt\nKeyakiNan\nIhsan\n\n\nKepentingan Hari Guru di Malaysia melangkaui sambutan guru. Ia adalah masa untuk mengiktiraf peranan pendidikan dalam pembangunan negara. Ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan kepentingan pendidikan dan menggalakkan lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.\nSejarah Tema Hari Guru \nTema Hari Guru di Malaysia telah berubah dari semasa ke semasa. Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA\u201dTema Sambutan Hari Guru Tahun 2022\nGuru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.\nPenjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.\n\n\n\n\nAkronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf \u201cS\u201d membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf \u201cE\u201d pula bermaksud etika dan empati, huruf \u201cJ\u201d bermaksud jati diri, huruf \u201cA\u201d bermaksud adab sopan, huruf \u201cH\u201d bermaksud harmoni, huruf \u201cT\u201d bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf \u201cE bermaksud eksplorasi, huruf \u201cR\u201d bermaksud rasional dan huruf \u201cA bermaksud artikulasi.\nBerikut pula antara senarai tema-tema hari guru setiap tahun peringkat kebangsaan\n\n2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\n2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\n2021 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu\n2020 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu\n2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi\n2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan\n2017 : Guru Pembina Negara Bangsa 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa\n2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak\n2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi\n2013 : Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda\n2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara\n2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara\n2010 : Guru Pembina Negara Bangsa\n2009 : Guru Pembina Negara Bangsa\n2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang\n2007 : Guru Penjana Modal Insan Cemerlang\n2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan\n2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\n2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\n2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara\n2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara\n2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama\n2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan\n1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang\n1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama\n1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari\n1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia\n1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan\n1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan\n1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang\n1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera\n1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca\n1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme\n1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan\n1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan\n1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan\n1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu\n1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat\n1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara\n1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya\n1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang\n1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan\n1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan\n1975 : Guru dan Pembangunan Negara\n1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi\n1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan\n1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara\n\nSambutan Peringkat Kebangsaan\n\nSambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Malaysia berlangsung setiap tahun pada 16 Mei. \nHari tersebut juga dikenali sebagai Hari Guru dalam bahasa Melayu. \nPerayaan itu merangkumi pelbagai aktiviti seperti upacara penganugerahan, persembahan kebudayaan, dan pameran. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai kerajaan, pendidik, dan pelajar dari seluruh Malaysia.\nSejarah Sambutan Di Malaysia\nSejarah Hari Guru di Malaysia bermula sejak zaman penjajah. British telah menubuhkan Maktab Perguruan Melayu pada tahun 1922, yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (Maktab Perguruan Sultan Idris). Kolej ini melahirkan ramai guru bertauliah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.\nPada tahun 1957, Malaysia mencapai kemerdekaan daripada Empayar British, dan kerajaan mengiktiraf peranan penting guru dalam pembinaan negara. Sambutan Hari Guru yang pertama telah diadakan pada 10 Ogos 1957, bagi menghargai sumbangan guru kepada negara.\nSejak itu, Hari Guru telah menjadi acara tahunan, dan sambutan itu semakin besar dan penting. Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia mengisytiharkan 16 Mei sebagai Hari Guru rasmi di Malaysia.\nSelain itu, sambutan Hari Guru tidak terhad kepada sekolah dan institusi pendidikan. Ia adalah acara seluruh negara yang melibatkan penyertaan kerajaan, sektor swasta, dan orang awam. Kerajaan Malaysia menyediakan pembiayaan dan sumber untuk menyokong sambutan Hari Guru dan mengiktiraf pencapaian guru cemerlang.\nSambutan Hari Guru merupakan satu peluang kepada para pelajar untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru mereka atas usaha gigih dan dedikasi mereka. Ia juga merupakan peluang untuk guru merenungkan peranan mereka dalam pembangunan generasi muda dan memperbaharui komitmen mereka untuk menyediakan pendidikan berkualiti.\nSelain sambutan peringkat kebangsaan, setiap sekolah dan institusi pendidikan menganjurkan acara Hari Guru mereka sendiri untuk mengiktiraf dan menghormati usaha guru mereka. Acara ini biasanya termasuk upacara anugerah, persembahan kebudayaan, dan aktiviti lain untuk menunjukkan penghargaan kepada guru. Selain itu, Hari Guru juga merupakan kesempatan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sektor pendidikan di Malaysia. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan memperkenalkan dasar dan inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran dan meningkatkan akses kepada pendidikan untuk semua pelajar\nSemoga tema hari guru 2023 \u201cGuru Insani Pemangkin Generasi MADANI\u201d membawa satu nafas baharu kepada para pendidik untuk terus menabur bakti memandaikan anak bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-program-sayangi-rumahku/", "title": "Borang Permohonan Program Sayangi Rumahku 2022 Yayasan Perak", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan rumah perak atau Program Sayangi Rumahku kini boleh di buka . Warganegra Malaysia, penduduk tetap atau bermastautin di negeri Perak melebihi 10 tahun di pelawa untuk membuat permohonan ini.\nProgram Sayangi Rumahku merupakan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah tanpa bayaran bagi rakyat Negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.\nBorang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di\u00a0www.yayasanperak.gov.my\nApa Itu Bantuan Program Sayangi Rumahku\n\nKerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.\nKonsep Program\n\nMerupakan program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak\n\nBaca juga : Permohonan GRAD[email\u00a0protected] 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan\nKriteria Permohonan\n\nWarganegara Malaysia dan Berkahwin\nBerumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak\nBerdaftar di dalam\u00a0e-Kasih\u00a0atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung\nStatus tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)\nBelum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain\nStatus Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)\n\nDokumen Yang Di Perlukan\n\nSalinan kad pengenalan pemohon.\nSalinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.\nPenyata pendapatan pemohon.\nPenyata pendapatan pasangan / waris.\nSurat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.\nSalinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.\n\n\u00a0\n\nDokumen salinan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung.\nDokumen sokongan tidak akan dikembalikan.\u00a0 *Sekiranya Borang / Dokumen sokongan yang dihantar tidak lengkap, permohonan tuan / puan akan DITOLAK. *Keputusan akhir bagi kelulusan permohonan ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa dan penilaian Yayasan Perak.\n\nSemua borang permohonan dan dokumen perlu dihantar dan diserahkan ke salah alamat berikut;\n\nYayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)\n\nTingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah,\n30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan\nNo. Telefon : 05-255 2929\nNo. Faks : 05-253 1701\n\u00a0\n\nBahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan) Aras 2,\n\nBangunan UMNO Negeri Perak, No. 112,\nJalan Sultan Idris Shah,\u00a0 30000 Ipoh,\nPerak Darul Ridzuan\nNo. Telefon : 05-246 0998 No.\n\n\n\n\nFaks : 05-246 0937\n\u00a0\n\u00a0\nKategori Sayangi Rumahku\nBaik Pulih\n\nBantuan kepada peserta yang mempunyai\u00a0\u00a0 rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.\nSkop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,\nkerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar \u00a0rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.\n\nBina Baru Rumah\n\nBantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu\u00a0\u00a0 uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi\u00a0kepada tiga (3):\n\n\nKos Rendah 1 Bilik\n\nKos Rendah 2 Bilik\n\n\u00a0\nKos Rendah 3 Bilik\nCara Permohonan\nPemohon boleh mohon secara atas talia atau mendapatkan borang secara percuma di tempat \u2013 tempat berikut :-\n\nMohon atas talian (online) di \u2013\u00a0>>KLIK SINI<<\nPejabat Yayasan Perak\nPejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)\nPejabat Daerah / Pejabat Penghulu\nMuat Turun\u00a0Borang Permohonan Sayangi Rumahku\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Sayangi Rumahku, anda boleh hubungi talian 05 255 2929 / 05-246 0998. atau layari https://yayasanperak.gov.my/\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/moratorium-pemulih/", "title": "Moratorium PEMULIH: Permohonan Penangguhan Automatik 6 Bulan", "body": ["\n\n", "\nInisiatif yang dinanti-nantikan oleh rakyat akhirnya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) iaitu pemberian moratorium automatik tanpa syarat selama 6 bulan.\nMatlamat pemberikan moratorium automatik tanpa syarat ini dilakukan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan mereka akibat penularan\u00a0COVID-19\u00a0dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.\nInisiatif ini juga dilakukan akibat pelbagai rintihan daripada golongan\u00a0M40\u00a0dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga turut membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19 dan PKP 3.0.\nLangkah pemberikan moratorium automatik selama 6 bulan tersebut dibuat hasil daripada kerjasama daripada pihak bank-bank di dalan negara.\n\nTarikh Permohonan \nIndividu yang ini memohon moratorium PEMULIH boleh mula memohon mulai 7 Julai 2021.\nKategori Pemohon\nPermohonan moratorium PEMULIH ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan termasuklah:\nB40M40T20Usahawan/Peniaga mikro\nSyarat Permohonan\nTidak seperti permohonan moratorium yang lalu, kali ini tiada lagi syarat dikenakan kepada pemohon yang ingin memohon seperti: \n\n\n\n\nPengurangan pendapatan.Semakan kehilang pekerjaan.Dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.\nSekiranya pemohon memohon PEMULIH ini daripada pihak bank, pemohon akan diberikan kelulusan automatik selepas mereka menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.\nKemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha atau usahawan mikro dan PKS yang terjejas dan perkara ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank yang terlibat.\nCara Memohon\nOrang ramai akan dimaklumkan mengenai cara memohon oleh pihak bank pada 7 Julai 2021.\nSelain itu, pemohon juga boleh menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat dan info mengenai moratorium ini: \nNama BankNo TelefonAffin Bank Berhad03-8230 2222Al Rajhi Banking &Investment Corporation (Malaysia) Berhad03-2332 6000Alliance Bank Malaysia Berhad03-5516 9000AmBank (M) Berhad03-2178 8888BNP Paribas Malaysia Berhad03-2179 8361Bank Islam Malaysia Berhad03-2690 0900Bank Muamalat Malaysia Berhad03-2600 5500CIMB Bank Berhad03 6204 7788Citibank Berhad03-2383 0000\u00a0HSBC Bank Malaysia Berhad1300 88 1388\u00a0Hong Leong Bank Berhad03-7959 1888Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad1300 888 534\u00a0MUFG Bank (Malaysia) Berhad03-2034 8000Malayan Banking Berhad\u00a01300 88 6688MBSB Bank Berhad03-2096 3000OCBC Bank (Malaysia) Berhad03-8317 5000\u00a0Public Bank Berhad03-2179 9999\u00a0RHB Bank Berhad03-2776 3111Standard Chartered Bank Malaysia Berhad\u00a01300 888 888\u00a0Sumitomo Mitsui Banking CorporationMalaysia Berhad03-2176 1512United Overseas Bank (Malaysia) Bhd\u00a003-2616 6800Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad(Bank Rakyat)1300 800 800Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3217Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)1300 88 2476Small Medium Enterprise DevelopmentBank Malaysia Berhad (SME Bank)03-2615 2020Bank Simpanan Nasional1300 88 1900Export-Import Bank of Malaysia Berhad(EXIM Bank)03-2601 2000\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PEMULIH yang lain, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan\u00a0https://www.mof.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/calon-bn-pru-15/", "title": "Calon BN PRU 15 Malaysia 2022 Senarai Penuh", "body": ["\n\n", "\nBerikut senarai calon BN PRU 15 Malaysia yang akan bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum 2022 dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Pengerusinya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\nPercaturan ini juga akan menentukan nasib BN dan sekutunya pada keputusan pru 15 ini.\nSenarai Calon BN PRU 15 -Parlimen\n\n1\u00a0PERLIS\nP.001 PADANG BESAR ZAHIDA BINTI ZARIK KHANP.002 KANGAR FATHUL BARI BIN MAT JAHYAP.003 ARAU ROZABIL BIN ABD RAHMAN\n\n2\u00a0KEDAH\nP.004 LANGKAWI ARMISHAH BIN SIRAJP.005 JERLUN OTHMAN BIN AZIZP.006 KUBANG PASU HASMUNI BIN HASSANP.007 PADANG TERAP MAHDZIR BIN KHALIDP.008 POKOK SENA NORAN ZAMINI BIN JAMALUDDINP.009 ALOR STAR TAN CHEE HIONGP.010 KUALA KEDAH MASHITAH BINTI IBRAHIMP.011 PENDANG SURAYA BINTI YAACOBP.012 JERAI JAMIL KHIR BIN BAHAROMP.013 SIK MAIZATULAKMAM BINTI OTHMAN @ IBRAHIMP.014 MERBOK SHAIFUL HAZIZY BIN ZAINOL ABIDINP.015 SUNGAI PETANI SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFFP.016 BALING ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIMP.017 PADANG SERAI SIVARAJ A/L CHANDRANP.018 KULIM/BANDAR BAHARU MUHAR BIN HUSSAIN\n\n3\u00a0KELANTAN\nP.020 PENGKALAN CHEPA MOHD HAFIEZULNIEZAM BIN MOHD HASDINP.021 KOTA BHARU ROSMADI BIN ISMAILP.022 PASIR MAS AB. GHANI BIN HARUNP.023 RANTAU PANJANG ZULKARNAIN BIN YUSOFFP.024 KUBANG KERIAN NURUL AMAL BINTI MOHD FAUZIP.025 BACHOK MOHD ZAIN BIN YASIMP.026 KETEREH MARZUANI ARDILA BINTI ARIFFINP.027 TANAH MERAH BAKRI @ MOHD BAKRI BIN MUSTAPHAP.028 PASIR PUTEH ZAWAWI BIN OTHMANP.029 MACHANG AHMAD JAZLAN BIN YAAKUBP.030 JELI NORWAHIDA BINTI PATUANP.031 KUALA KRAI MOHAMED ZULKEPLI BIN OMARP.032 GUA MUSANG TENGKU RAZALEIGH HAMZAH\n\n4\u00a0TERENGGANU\nP.033 BESUT NAWI BIN MOHAMADP.034 SETIU ABDUL RAHMAN BIN MAT YASINP.036 KUALA TERENGGANU MOHD ZUBIR BIN EMBONGP.037 MARANG JASMIRA BIN OTHMANP.038 HULU TERENGGANU ROZI BIN MAMATP.039 DUNGUN NURHISAM BIN JOHARIP.040 KEMAMAN AHMAD BIN SAID\n\n5\u00a0PULAU PINANG\nP.041 KEPALA BATAS REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICANP.042 TASEK GELUGOR MUHAMAD YUSOFF BIN MOHD NOORP.043 BAGAN TAN CHUAN HONGP.044 PERMATANG PAUH MOHD ZAIDI BIN MOHD SAIDP.045 BUKIT MERTAJAM TAN YANG PANGP.046 BATU KAWAN TAN LEE HUATP.047 NIBONG TEBAL THANENTHIRAN A/L RAMANKUTTYP.048 BUKIT BENDERA RAZALIF BIN MOHAMAD ZAINP.049 TANJONG TAN KIM NEEP.050 JELUTONG LOGANATHAN A/L THORAISAMYP.051 BUKIT GELUGOR WONG CHIN CHONGP.052 BAYAN BARU SAW YEE FUNGP.053 BALIK PULAU SHAH HEADAN BIN AYOOB HUSSAIN SHAH\n\n\n6\u00a0PERAK\nP.054 GERIK ASYRAF WAJDI BIN DUSUKIP.055 LENGGONG SHAMSUL ANUAR BIN NASARAHP.056 LARUT MOHAMMAD KAZIM BIN ELIAS (TARIK DIRI) \u2013 PEGANTI MOHD. SYAFIQ FHADLY MAHMUDP.057 PARIT BUNTAR IMRAN BIN MOHD YUSOFP.058 BAGAN SERAI ZUL HELMI BIN GHAZALIP.059 BUKIT GANTANG MOHAMMAD SOLLEHIN BIN MOHAMAD TAJIEP.060 TAIPING NEOW CHOO SEONGP.061 PADANG RENGAS MOHD ARRIF BIN ABDUL MAJIDP.062 SUNGAI SIPUT S.VIGNESWARAN A/L M.SANASEEP.063 TAMBUN AMINUDDIN BIN MD HANAFIAHP.064 IPOH TIMOR NG KAI CHEONGP.065 IPOH BARAT LOW GUO NANP.066 BATU GAJAH TEOH CHIN CHONGP.067 KUALA KANGSAR MASLIN SHAM BIN RAZMANP.068 BERUAS DING SIEW CHEEP.069 PARIT MOHD NIZAR BIN ZAKARIAP.070 KAMPAR LEE CHEE LEONGP.071 GOPENG TING ZHAO SONGP.072 TAPAH SARAVANAN A/L MURUGANP.073 PASIR SALAK KHAIRUL AZWAN BIN HARUNP.074 LUMUT ZAMBRY BIN ABD KADIRP.075 BAGAN DATOK AHMAD ZAHID BIN HAMIDIP.076 TELUK INTAN MURUGIAH A/L THOPASAMYP.077 TANJONG MALIM MAH HANG SOON\n\nCalon P.056 LARUT Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias walaubagaimana pun telah menarik diri pagi ini daripada bertanding mewakili BN di Parlimen berkenaan dan digantikan dengan Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut yang pada awalnya, diletakkan sebagai calon di DUN Kubu gajah.\n7 PAHANG\n\n\n\n\nP.078 CAMERON HIGHLANDS RAMLI BIN MOHD NORP.079 LIPIS ABDUL RAHMAN BIN MOHAMADP.080 RAUB CHONG SIN WOONP.081 JERANTUT MOHD ZUKARMI BIN ABU BAKARP.082 INDERA MAHKOTA QUEK TAI SEONGP.083 KUANTAN AB HAMID BIN MOHD NAZAHARP.084 PAYA BESAR MOHD SHAHAR BIN ABDULLAHP.085 PEKAN SH MOHMED PUZI BIN SH ALIP.086 MARAN SHAHANIZA BT SHAMSUDDINP.087 KUALA KRAU ISMAIL BIN MOHAMED SAIDP.088 TEMERLOH MOHD SHARKAR BIN SHAMSUDINP.089 BENTONG LIOW TIONG LAIP.090 BERA ISMAIL SABRI BIN YAAKOBP.091 ROMPIN HASAN BIN ARIFIN\n8\u00a0SELANGOR\nP.092 SABAK BERNAM ABD RAHMAN BIN BAKRIP.093 SUNGAI BESAR JAMAL BIN MD YUNOSP.094 HULU SELANGOR MOHAN A/L THANGARASUP.096 KUALA SELANGOR TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZP.097 SELAYANG CHAN WUN HOONGP.098 GOMBAK MEGAT ZULKARNAIN BIN OMARDINP.099 AMPANG IVONE LOW YI WENP.100 PANDAN LEONG KOK WEEP.101 HULU LANGAT JOHAN BIN ABD AZIZP.102 BANGI HOH HEE LEEP.103 PUCHONG SYED IBRAHIM BIN KADERP.104 SUBANG KOW CHEONG WEIP.105 PETALING JAYA CHEW HIAN TATP.106 DAMANSARA TAN GIM TUANP107 SUNGAI BULOH KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKARP.108 SHAH ALAM HIZATUL ISHAM BIN ABDUL JALILP.109 KAPAR MUHAMMAD BIN NOOR AZMAN @ NOOR HIZAMP.110 KLANG TEE HOOI LINGP.111 KOTA RAJA KAJENDRAN A/L DORAISAMYP.112 KUALA LANGAT MOHANA A/P MUNIANDY RAMANP.113 SEPANG ANUAR BIN BASIRAN\n\n9\u00a0WILAYAH PERSEKUTUAN\nP.115 BATU A.KOHILAN PILLAY A/L G.APPUP.116 WANGSA MAJU MOHD SHAFEI BIN ABDULLAHP.117 SEGAMBUT DANIEL LING SIA CHINP.118 SETIAWANGSA IZUDIN BIN ISHAKP.119 TITIWANGSA JOHARI BIN ABDUL GHANIP.120 BUKIT BINTANG TAN TEIK PENGP.121 LEMBAH PANTAI RAMLAN BIN SHAHEAN @ ASKOLANIP.122 SEPUTEH LEE KAH HINGP.123 CHERAS CHONG YEW CHUANP.124 BANDAR TUN RAZAK CHEW YIN KEENP.125 PUTRAJAYA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSORP.166 LABUAN BASHIR BIN ALIAS\n\n10\u00a0NEGERI SEMBILAN\nP.126 JELEBU JALALUDDIN BIN ALIASP.128 SEREMBAN WONG YIN TINGP.130 RASAH NG KIAN NAMP.131 REMBAU MOHAMAD BIN HAJI HASANP.132 PORT DICKSON P.KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHANP.133 TAMPIN MOHD ISAM BIN MOHD ISA\n11\u00a0MELAKA\nP.134 MASJID TANAH ABDUL HAKIM BIN ABDUL WAHIDP.135 ALOR GAJAH SHAHRIL SUFIAN BIN HAMDANP.136 TANGGA BATU LIM BAN HONGP.137 HANG TUAH JAYA MOHD RIDHWAN BIN MOHD ALIP.138 KOTA MELAKA KON QI YAOP.139 JASIN ROSLAN BIN AHMAD\n\n12\u00a0JOHOR\nP.140 SEGAMAT RAMASAMY A/L MUTHUSAMYP.141 SEKIJANG MD SALLEHEEN BIN MOHAMADP.142 LABIS CHUA TEE YONGP.143 PAGOH RAZALI BIN IBRAHIMP.144 LEDANG HAMIM BIN SAMURIP.145 BAKRI LEE CHING YONGP.146 MUAR MOHD HELMY BIN ABD LATIFP.147 PARIT SULONG NORAINI BINTI AHMADP.148 AYER HITAM WEE KA SIONGP.149 SRI GADING MOHD LASSIM BIN BURHANP.150 BATU PAHAT ISHAK @ MOHD FARID BIN SIRAJP.151 SIMPANG RENGGAM HASNI BIN MOHAMMADP.152 KLUANG GAN PING SHOU @ GAN PING SIEUP.153 SEMBRONG HISHAMMUDDIN BIN DATUK HUSSEINP.154 MERSING ABD LATIF BIN BANDI @ NOR SEBANDIP.155 TENGGARA MANNDZRI BIN NASIBP.156 KOTA TINGGI MOHAMED KHALED BIN NORDINP.157 PENGERANG AZALINA BINTI OTHMANP.158 TEBRAU WONG SIAW TINGP.159 PASIR GUDANG NOOR AZLEEN BIN AMBROSP.160 JOHOR BAHRU JOHAN ARIFIN BIN MOHD ROPIP.161 PULAI NUR JAZLAN BIN MOHAMEDP.162 ISKANDAR PUTERI TEOH SEW HOCKP.163 KULAI CHUA JIAN BOONP.164 PONTIAN AHMAD BIN MASLANP.165 TANJONG PIAI WEE JECK SENG\n\n13.SABAH\nBagi negeri Sabah, calon BN PRU 15 telah di umumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan 11 calon mewakili BN. Bagi kerusi Parlimen Beluran yang disandang Datuk Seri Ronald Kiandee masih belum diumumkan susulan perbincangan bagi kerusi tersebut masih dalam perbincangan bersama pengerusi GRS\nP.169 KOTA BELUD \u2013 DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN (BN)P.171 SEPANGGAR \u2013 DATUK YAKUB KHAN (BN)P.173 PUTATAN \u2013 DATUK SHAHELMEY YAHYA (BN)P.176 KIMANIS \u2013 DATUK MOHAMAD ALAMIN (BN)P.177 BEAUFORT \u2013 SITI AMINAH ACHING (BN)P.181 TENOM \u2013 JAMAWI JAAFAR (BN)P.182 PENSIANGAN \u2013 DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP (BN)P.184 LIBARAN \u2013 SUHAIMI NASIR (BN)P.187 KINABATANGAN \u2013 DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN (BN)P.188 LAHAD DATU \u2013 MAIZATUL AKMAM ALAWI (BN)P.191 KALABAKAN \u2013 ASLAN FADLI SAMSUL ALANG (BN)\n\nManakala senarai calon BN PRU 15 bagi parlimen ,P.03 KUALA NERUS,P.095 TANJUNG KARANG, SARAWAK dan LABUAN setakat ini belum lagi di umumkan.\n\nMaklumat lanjut juga boleh di dapati daripada portal https://umno-online.my/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lokasi-menu-rahmah-kpdn/", "title": "Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n", "\nSenarai Terkini Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN Mengikut Negeri Seluruh Malaysia 2023 Berhampiran Lokasi Anda\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mewujudkan direktori restoran yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara.\nAplikasi yang sedang diusahakan itu akan memaparkan direktori premis menawarkan Menu Rahmah.\n\u201cKPDN bersama pejabat KPDN negeri akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama pengusaha restoran untuk mempromosi Menu Rahmah.\n\u201cKita juga akan membangunkan direktori sebagai rujukan untuk membolehkan orang ramai mengetahui lokasi Menu Rahmah berhampiran dengan mereka.\nMenurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata selain daripada itu, direktori KPDN ini juga akan melibatkan sektor lain seperti perubatan dan pendidikan bertujuan menangani kos sara hidup.\nDirektori Menu Rahmah KPDN\n\nDirektori Menu Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.\nMenerusi direktori ini, ianya akan memaparkan senarai lokasi premis menyediakan menu rahmah, selain maklumat mengenai waktu penyediaan menu yang akan memudahkan pengguna dan peniaga premis perniagaan makanan di seluruh negara.\nSenarai Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN\n\nSehingga kini terdapat lebih 700 gerai dan restoran di seluruh negara sudah menawarkan Menu Rahmah dengan jangkaan jumlah peniaga bakal menyertai inisiatif berkenaan meningkat dua kali ganda bulan depan.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata peningkatan penyertaan itu termasuk melalui pembabitan francais restoran makanan segera.\nAntara francais yang telah turut serta McD Menu Rahmah Burger King, IKEA, Bubble Bee, Menu Rahmah Texas Chicken\n\n\n\n\nDengan adanya direktori KPDN ini, ianya memudahkan pengguna melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).\nSelain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori KPDN ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.\nUntuk senarai lokasi menu rahmah seluruh Malaysia, anda boleh semak melalui pautan berikut ;\n\nJohor\nKedah\nKelantan\nMelaka\nNegeri Sembilan\nPahang\nPulau Pinang\nPerak\nPerlis\nSelangor\nTerengganu\nSabah\nSarawak\nW.P Kuala Lumpur\nW.P Labuan\nW.P Putrajaya\n\nUntuk menggunakan direktori KPDN dan carian penuh lokasi menu rahmah, anda boleh scan qr code pada gambar atau layari https://menurahmah.kpdn.gov.my/\nCara Daftar Menu Rahmah Direktori KPDN\n\nBagi peniaga yang berminat untuk menyertai inisiatif ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda secara percuma dan secara sukarela. Melalui direktori ini juga, perniagaan anda secara tidak langsung akan mendapat promosi percuma melalui direktori yang disediakan oleh pihak KPDN.\nUntuk pendaftaran anda boleh ikuti langkah-langkah berikut ;\n\nLangkah 1 : Layari laman web Direktori Menu Rahmah KPDN di alamat\u00a0https://menurahmah.kpdn.gov.my/\nLangkah 2 : Klik \u201cDaftar\u201d pada bahagian Menu\nLangkah 3 : Lengkapkan segala butiran dalam borang dalam talian seperti:\n\nNama restoran\nJenis restoran\nAlamat\nPoskod\nNegeri\nDaerah\nTempoh Promosi\nJenis Persatuan\nJenis Media Sosial\nNama Media Sosial\nEmel Restoran\nNombor telefon Restoran\n\n\nLangkah 4 : Klik butang \u201cHantar\u201d\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai lokasi menu rahmah dan direktori kpdn, anda boleh hubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui ;\n\nE-mel : [email\u00a0protected]\nNo. tel : +603 8882 5903\n\n Soalan Lazim F.A.Q\nApa itu menu Rahmah? Menu Rahmah merupakan kerjasama kerajaan dan restoran untuk sediakan makanan tengah hari atau malam dengan harga RM5 dan ke bawah Di mana saya boleh periksa lokasi Menu Rahmah? Pembeli boleh memeriksa senarai di https://menurahmah.kpdn.gov.my/ Bagaimana peniaga ingin turut serta dalam projek Menu Rahmah? Peniaga boleh mendaftar premis secara percuma di laman web sama iaitu https://menurahmah.kpdn.gov.my/ \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-bkp/", "title": "Semakan BKP RM500: Status Bantuan Kehilangan Pendapatan", "body": ["\n\n", "\nBerikut cara membuat semakan BKP RM500 di bkp.hasil.gov.my\nUntuk makluman semua, Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP akan disalurkan mulai 26 Oktober 2021.\nPerkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Ismail Sabri melibatkan peruntukan sebanyak RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas.\u00a0\n\nSiapa Yang Layak Bantuan Kehilangan Pendapatan?\nBKP merupakan bantuan khas untuk anda yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO sepanjang tahun 2021.\nBantuan ini merupakan sebahagian insentif PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini.\n\n\n\n\nSelain BKP, Bantuan Khas COVID-19 turut diumumkan dalam pakej PEMULIH.\nJumlah Bantuan BKP Oktober\nBantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak\u00a0RM500 secara \u2018one-off\u2019.\nSemakan Status BKP\nSemakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai\u00a026 Oktober2021\u00a0melalui Portal BKP, iaitu\u00a0https://bkp.hasil.gov.my.\nUntuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-top-glove-foundation/", "title": "Terkini Biasiswa Top Glove Foundation 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022 telah dibuka. Pelajar yang berkelayakan di alu-alukan untuk memohon biasiswa ini. Borang permohonan, cara mohon, syarat dan semakan status permohonan ada di sertakan untuk rujukan pelajar yang berminat.\nApa Itu Biasiswa Top Glove Foundation\n\nAnugerah Biasiswa TG ditubuhkan dengan objektif menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa (prasiswazah).\u00a0Anugerah pengajian sarjana muda dibahagikan kepada dua kategori;\u00a0anugerah untuk universiti awam tempatan dan anugerah untuk universiti Taiwan terpilih\nBaca juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT\nJumlah Pembiayaan Biasiswa\nPelajar yang akan menerima pembiayaan sebanyak RM13,000 setahun\nBidang Pengajian Layak Untuk Memohon Biasiswa Top Glove\n\nKejuruteraan/Sains\nKejuruteraan MekatronikKejuruteraan mekanikalKejuruteraan kimiaKejuruteraan pembuatan\nKejuruteraan Elektrik & ElektronikKejuruteraan awamKimia / Bio Kimia / Fizik / MatematikSains Polimer / Sains Gunaan\nPengurusan perniagaan\nPerakaunan, Perdagangan dan KewanganStatistik/MatematikPemasaran/E-Dagangekonomi\nSains & Teknologi KomputerSumber ManusiaPentadbiran/Pengurusan Perniagaan\nBaca juga : Biasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda 2022 | Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan\nSyarat Kelayakan\nAnugerah Biasiswa ditawarkan kepada mana-mana warganegara Malaysia dengan keputusan sebenar mereka diperolehi dalam satu persidangan.\u00a0Kriteria seperti di bawah:\n\n\n\n\nMempunyai kelayakan akademik yang baik (minimum)SPM/O-Level10A+/A dalam mata pelajaran yang berkaitan, termasuk Bahasa InggerisUEC3SebagaimanaMatrikulasi/ STPM/ Asasi/ A-LevelsPNGK >3.5, dengan mengambil kira mata pelajaran yang berkaitan\nPenyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan \u2013 Rekod kepimpinan yang kukuh.Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegap;\u00a0danPemohon tidak boleh memegang biasiswa/pinjaman lain pada masa ini dengan tempoh ikatan daripada mana-mana perbadanan/Biasiswa atau badan kerajaan lain.Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan\nTerma dan syarat\n1 .\u00a0Pemohon yang berjaya mesti menandatangani perjanjian biasiswa dengan Yayasan Top Glove (\u201cYayasan\u201d).2. Pemohon tidak boleh terikat dengan mana-mana badan atau organisasi lain.3. Pemohon yang berjaya tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Yayasan, terima apa-apa biasiswa lain atau bentuk bantuan kewangan daripada sumber lain walau apa pun semasa Perjanjian masih berkuat kuasa4. Setiap pemohon individu bertanggungjawab ke atas semua kos yang ditanggung semasa memohon Biasiswa.5. Yayasan berhak untuk membuat perubahan kepada Terma dan Syarat ini tanpa notis awal pada bila-bila masa dan/atau hak untuk membatalkan, mengubah suai, menggantung, menangguh atau menarik balik tawaran program Biasiswa mengikut budi bicara mutlaknya dan pemohon akan terikat dengan perubahan tersebut.6. Semua keputusan Yayasan dalam sebarang perkara berhubung dengan program Biasiswa adalah muktamad dan mengikat dan tiada rayuan, perbincangan atau surat-menyurat akan dilayan.7. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel dan/atau panggilan telefon untuk sebarang temu janji.8. Pemohon yang berjaya akan dianugerahkan Biasiswa berjumlah RM13,000 setahun untuk pelajar prasiswazah untuk semua disiplin seperti yang dinyatakan dalam senarai disiplin pilihan.\u00a0Pengeluaran akan dibayar dua kali setahun sehingga tamat pengajian.9. Pemohon yang berjaya akan menikmati peluang pekerjaan dan latihan di TOP GLOVE GROUP OF SYARIKAT.\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan tutup permohonan biasiswa Yayasan Top Globe ini pada 31 Mei 2022\nCara Mohon Biasiswa Top Glove Foundation\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1eqi2w9FHS7r_QMJg-ou8Xo5pRKZfKK48/view?fbclid=IwAR36Hu6Mmk78kv7fxxoXvstAtwmUzmDz51tjQ-C1e32ljy6OGbaxL_lsM30.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar ke semua dokumen ke alamat berikut:Level 21, Top Glove Tower,16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,Seksyen U13,40170 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Untuk penilaian segera, pemohon boleh emelkan permohonan ke alamat emel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0sebelum tarikh tutup.\nSemakan Status\nSila ambil perhatian garis masa permohonan biasiswa.\u00a0Selepas penutupan tetingkap permohonan, jawatankuasa biasiswa akan menyemak permohonan dan menyenarai pendek calon yang layak untuk temu duga.\u00a0\nAkan ada tempoh penilaian permohonan dan temu duga sebelum senarai akhir penerima biasiswa diumumkan.\nHANYA pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan/atau panggilan telefon.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Top Glove Foundation, anda juga boleh hubungi ;\nTel\u00a0: +603-3362 3098Faks\u00a0: +603-3362 3860E- mel\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-i-lestari-hijrah-selangor-2022-untuk-usahawan/", "title": "Skim i-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan", "body": ["\n\n", "\nSkim I-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Skim i-Lestari kini dibuka untuk para usahawan di Selangor. \nBagi menyokong perniagaan usahawan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM 120 juta melalui skim ini. Inisiatif ini juga digerakkan bagi merancakkan ekonomi negeri ini pada tahap optimum. \nApa Itu Skim i-Lestari ? \nSkim i-Lestari merupakan tawaran modal tambahan bebentuk kewangan kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan. Pembiayaan yang ditawarkan melalui skim ini ialah dari RM 51,000 hingga RM 100,000. \n Syarat Kelayakan Skim i-Lestari Hijrah Selangor\nTawaran ini terbuka kepada semua usahawan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaMerupakan rakyat Selangor / bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.Mengundi dalam negeri SelangorBerumur antara 18 hingga 65 tahunPerniagaan sudah beroperasiMempunyai permis perniagaan khususMempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatnya perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan atau pajakan.Mempunyai lesen atau permit perniagaan yang sahTidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.Terlibat secara langsung dalam perniagaanSatu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian\n\nDokumen Permohonan Skim i-Lestari Hijrah Selangor\nPemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan seperti senarai berikut :\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan2 keping gambar berukuran pasport pemohonSalinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah) pemohonSalinan penyata akaun bank 6 bulan terkini atau buku bank pemohonGambar perniagaan pemohonSalinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon\nSyarat Pembiayaan\nTempoh pembiayaan : 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)Caj perkhidmatan : 8% setahunWajib membuat tabunganBayar balik secara mingguan / bulanan\nNota : Syarat adalah tertakluk kepada perubahan semasa.\nCara Memohon Skim i-Lestari Hijrah Selangor\nPemohon yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nhttp://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pelan-insurans-isi-rumah-miskin/", "title": "Pelan Insurans Isi Rumah Miskin RM10,000 Akibat Kematian Ketua Isi Rumah", "body": ["\n\n", "\nTerkini Pelan insurans isi rumah miskin bernilai RM10,000 kepada isi rumah miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua isi rumah (KIR) akan di sediakan kerajaan menerusi Majlis Perlindunga Sosial Malaysia (MySPC)\nKerajaan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR).\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia akan melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.\nPerdana Menteri juga memaklumkan, setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun.\nApa Itu Pelan Insurans Isi Rumah Miskin?\nMerupakan bantuan berbentuk pelan insurans kepada keluarga miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua isi rumah akan menerima RM10,000.\nKeluarga ini perlulah berdaftar dalam eKasih\nMySPC juga memutuskan untuk memperkasakan agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa 2.\nSelain itu, MySPC akan meningkatkan tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.\nBaca juga : Permohonan Sumbangan Prihatian Zakat (SPZ) MUIP\n\n\n\n\nMalaysia Productivity Corporation (MPC) diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti\nMenurut perdana menteri, MySPC telah melancarkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Fasa 1: Bantuan Sosial (Persekutuan) melibatkan 167 program daripada 17 kementerian atau agensi.\nUjar beliau, ia mengandungi 13.7 juta data profil individu penerima manfaat sehingga tahun 2020 dan program-program perlindungan sosial merentasi pelbagai kementerian atau agensi yang terlibat.\nPDPS ini akan menjadi single gateway serta sumber rujukan utama program-program perlindungan sosial yang meliputi elemen Pekerjaan, Insurans Sosial dan Bantuan Sosial.\nAkses penuh sistem ini kepada orang awam dan semua pihak berkepentingan akan dibuka setelah Modul Insurans Sosial dan Intervensi Pasaran Buruh siap dibangunkan selepas tahun 2023.\nPerdana Menteri berkata, langkah-langkah yang diputuskan dalam mesyuarat MySPC itu akan membantu untuk memantapkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai miskin tegar sifar menjelang tahun 2025 yang dihasratkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12.\nMaklumat lanjut berkaitan perlindungan pelan insurans isi rumah miskin ini akan dikemas kini dari masa ke semasa\nSumber : MKN\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-imam-bilal-sabah/", "title": "Bantuan One \u2013Off RM500 Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022", "body": ["\n\n", "\nBayaran One \u2013Off RM500 Bantuan Imam, Bilal,Siak dan Guru Takmir Di Sabah.Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM58.5 juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk membayar imbuhan imam, elaun guru KAFA dan takmir sepanjang tahun ini.\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, menerusi peruntukan terbabit, RM17.3 juta imbuhan diperuntukkan kepada 1,699 imam, RM34.2 juta elaun kepada 2,490 guru KAFA dan RM4.48 juta kepada 415 guru takmir.\nSelain itu, Idris juga berkata, pihaknya turut memberi bayaran khas sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di Sabah tahun ini.\n\u201cBayaran khas sebanyak RM500 diteruskan lagi pada tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir seramai 4,372 penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,186,000.\n\u201cIni bagi menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah. Bayaran khas ini akan disalurkan kepada penerima sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.\nCaruman kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO juga diteruskan lagi tahun ini kepada mereka membabitkan seramai 1,230 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM286,344 setahun,\u201d katanya ketika Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di sini, semalam.\nTurut hadir, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.\nIdris berkata, pihaknya juga menyalurkan bantuan khas RM1,245,000 kepada 2,490 guru KAFA di negeri ini sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap mereka.\nBantuan Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022\nBayaran ini merupakan susulan bantuan pada tahun yang lalu yang terdapat dalam pembentangan bajet 2022. Ianya merupakan salah satu insentif daripada kerajaan persekutuan menerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. Insentif ini adalah bagi menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah\nSyarat kelayakan\nWarganegara MalaysiaImam,Bilal,siak dan Guru takmir berdaftar dengan JHEINS sahaja\nJumlah bayaran\nBayaran sebanyak RM500 one off\nTarikh Bayaran\nBayaran akan di buat terus ke akaun bank masing-masing sebelum menjelang hari raya aidilfitri 2022\nCara Mohon\nUntuk permohonan, sila rujuk kepada Pengerusi Masjid masing-masing atau terus melalui Pejabat JHEAINS daerah masing-masing tempat tinggal anda\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalah berkaitan Bantuan One \u2013Off RM500 Bantuan Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022, anda boleh hubungi Pejabat JHEINS daaerah masing-masing semak di pautan ini \n\n\n\n\nhttps://jheains.sabah.gov.my/index.php/hubungi-kami/pejabat-agama-daerah-jheains\natau menerusi \nJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah\nTingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,\n88737 Kota Kinabalu, Sabah.\n\u00a0088 \u2013 522 222\n\u00a0088 \u2013 233 573 / 088 \u2013 248 324\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://jheains.sabah.gov.my\n\nArtikel berkaitan \nPermohonan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/anggun-niaga-bantuan-khas-usahawan-kecil-ibu-tunggal-2022/", "title": "Anggun Niaga : Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022", "body": ["\n\n", "\nAnggun Niaga: Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022 ~ Berita baik buat usahawan kecil yang berasal dari negeri Pahang,\u00a0 Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022 kini telah dibuka sehingga 28 Februari 2022 ini.\u00a0\nBantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal (Anggun Niaga)\nBantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal (Anggun Niaga) ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan dalam perangkaan bajet tahun lalu.\u00a0\nKerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 setiap seorang membabitkan 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh negeri.\n\nSyarat Permohonan\nSila baca dengan teliti syarat-syarat kelayakan dibawah sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.\u00a0\nWarganegara Malaysia berumur 20-55 tahun.Ibu Tunggal semasa memohon.Telah menjalankan perniagaan.Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan mengisi borang melalui pautan berikut: https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8\n\n\n\n\nAnda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda seperti; nama, kad pengenalan, umur, alamat, no telefon, status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan, daerah, parlimen, dun.\u00a0\nHanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.\nPENTING: Tarikh tutup permohonan program bantuan ini adalah 28 Februari 2022\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Pahang dan laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkss-penjaja-8-0-bantuan-geran-one-off-peniaga-kecil/", "title": "BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)", "body": ["\n\n", "\nBKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 ~ Tahukah anda,\u00a0 Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan \u201cPemulihan Sosio Ekonomi Rakyat\u201d.\u00a0\nBantuan Geran One-off Peniaga Kecil\nGeran Bantuan One-off Peniaga Kecil adalah merupakan salah satu inisiatif yang terdapat dalam BKSS Penjaja 8.0. Bantuan ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.\nPenerima akan dibayar sejumlah RM 1,000 secara one-off melalui SarawakPay.\nAnda boleh rujuk 7 inisiatif lain yang terdapat dalam BKSS Penjaja 8.0 seperti maklumat dibawah:\u00a0\nDiskaun bil elektrikDiskaun bil airDiskaun 50% Sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun & GLC NegeriDiskaun 50% Sewa Pasar & KedaiInsentif one-off kepada; Pengusaha, penambang, pemandu teksi, pengendali van dan bas sekolah di SarawakBantuan Geran One-Off Kepada Penjaja Dan Peniaga Kecil Yang Berdaftar Dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melalui Sarawak Pay\nSyarat Kelayakan\nPenjaja dan peniaga kecil tidak berlesen.Mestilah merupakan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri SarawakBerumur 18 tahun dan ke atas.Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.\nPemohon yang layak adalah seperti berikut:\nGerai makanan;Pasar;Kedai kampung / kedai terpencil;Barber / salun rambut;Kantin (pemilik individu)\nNOTA: Orang ramai diseru untuk memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat untuk memudahkan proses saluran bantuan.\n\n\n\n\nTarikh Bayaran\nMenurut beberapa sumber, terdapat beberapa orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima bantuan ini pada 7 Februari 2022 yang lalu. Terkini, difahamkan sudah ada pengguna media sosial menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui Sarawak Pay pada 3 Mac 2022.\nAnda boleh rujuk langkah-langkah untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank anda seperti gambar di bawah sekiranya anda lulus bantuan ini:\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut: http//talikhidmat.sarawak.gov.my atau https://sarawak.gov.my/\nTalian Telefon: 555999 (talian tetap seluruh Sarawak).\u00a0 Untuk pengguna telefon mudah alih, sila dial: 082-555999Pesanan Ringkas (SMS) :\u00a0 Taip 555999 hantar dan hantar ke 62999Laman Mobile : https://w555999.sarawak.gov.myFaksimili : 082-555888Emel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-myezycover-com-kemudahan-pembiayaan-insurans-kenderaan-keluarga-malaysia-untuk-penjawat-awam/", "title": "Skim MyezyCover.com: Kemudahan Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Untuk Penjawat Awam", "body": ["\n\n", "\nTerkini Skim Myezycover.com iaitu Program Pembiayaan Insurans Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Dato Ismail Sabri,Perdana Menteri Malaysia.\nMelalui program ini, penjawat awam di seluruh negara boleh mendapatkan pembiayaan insurans kenderaan tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 bulan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui platform myezycover.com.\nPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian berkata program itu berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.\nInisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama strategik daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan penyedia platform pembiayaan kewangan, A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH)\nMelalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit\nApa itu Myezycover.com Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia\n\nMyEzyCover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn BhdIanya merupakan sebuah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am. \nSelain itu juga MyEzyCover juga menawarkan pinjaman sifar faedah untuk pelanggan yang layak untuk pembelian produk takaful kenderaan. Tiada caj terselindung!\n\n\n\n\nTawaran Istimewa MyEzyCover.com Untuk Penjawat Awam\nPinjaman 0% Faedah. Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalanAnsuran Sehingga 10 bulan. Pembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulanSkim Bayaran Balik Mudah. Pembayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)\nCara Mohon Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia\nLayari laman web\u00a0https://myezycover.com.my/.Klik butang \u2018Sebutharga.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Dapatkan Sebutharga.\u2019Pilih tawaran sebutharga yang terbaik.Buat bayaran.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program pembiayaan insurans kenderaan keluarga Malaysia menerusi myezycover.com, sila layari laman web\u00a0https://myezycover.com.my/ atau\nAlamat ;\n[email\u00a0protected], Lot 9.2. Level 9, Jalan Changkat Semantan, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur\nEmail : [email\u00a0protected]\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-unisza-2022/", "title": "Bantuan Zakat UniSZA 2022 Khas Pelajar UniSZA", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan permohonan bagi bantuan Zakat Unisza 2022 telah dibuka kepada semua pelajar UniSZA yang sedang menjalani pengajian (AKTIF) di UniSZA.Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) sedang membuka permohonan Bantuan Zakat kepada pelajar UniSZA yang layak. |Tarikh permohonan boleh dibuat bermula 25 Ogos 2022 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 September 2022\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)\nbermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).\u00a0KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada 1981.\nKUSZA dinaik taraf ke universiti dan menjadi Universiti Darul Iman (UDM).\u00a0UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).\u00a0Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi menghormati jasa Duli Yang Maha Mulia dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.\nPada 29 November 2013, logo baru UniSZA telah diperkenalkan.\u00a0UniSZA kini beroperasi di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut serta mengendalikan pejabat satelit di Putrajaya.\nTarikh Permohonan:\n\nPermohonan dibuka mulai 25 Ogos 2022 (Rabu) sehingga 8 September 2022 (Khamis)\nBantuan Zakat kepada pelajar UniSZA\nSyarat Permohonan\nUntuk memohon bantuan zakat UnisZA ini, pelajar-pelajar perlulah memenuhi syarat-syarat berikut ;\n1. Beragama Islam\n\n\n\n\n2. Pelajar Sepenuh Masa UniSZA\n3. Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah\n4. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi\nBaca juga : Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dibuat dengan ;\nLayari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu\u00a0https://siswa.unisza.edu.my/login.php.Masukkan Username dan Kata Laluan.Klik \u2018Bantuan Kebajikan Pelajar\u2019 dan \u2018Bantuan Zakat.\u2019Kemudian klik \u2018Permohonan.\u2019Lengkapkan permohonan sehingga selesai.\nPORTAL PELAJAR \u2013 BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR \u2013 BANTUAN ZAKAT \u2013 PERMOHONAN\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Unisza 2022 \u00a0boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen Dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian : 09-668 8611 / 7811 / 7942 / 8401\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/aplikasi-myjpj/", "title": "Aplikasi MyJPJ : Cara Daftar & Semak Paparan Digital LKM, LMM", "body": ["\n\n", "\nAplikasi MyJPJ\nMulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi telefon MyJPJ.\nPerkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu sidang media.\n\u201cMenerusi inisiatif ini, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi akan dikuatkuasakan.\nRakyat kini hanya perlu tunjukkan lesen memandu dan cukai jalan secara digital sekiranya perlu,\u201d kata Anthony Loke.\nBeliau juga memaklumkan bahawa pelaksanaan digital itu akan berjalan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal milik warganegara.\nDengan pelaksanaan pendigitalan LKM dan LMM, Anthony berkata ia mampu menjumatkan sehingga RM 96 juta setahun.\n\nBaca Juga : Semakan No Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri\nApakah Aplikasi MyJPJ?\nMyJPJ merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semakan urusniaga berkaitan dengan JPJ.\n\nFungsi Yang Ditawarkan Dalam Aplikasi MyJPJ\nAntara fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini adalah :\n\neLMM : Penyimpanan maklumat lesen memandu.\neLKM : Penyimpanan butiran insurans kenderaan dan maklumat cukai jalan.\nSemakan nombor terkini yang ditawarkan oleh JPJ\nSemakan keputusan ujian pengguna\nSemakan saman\nPautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan (JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ)\nSemakan mata demerit\nSemakan senarai hitam kenderaan\nMembuat aduan kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna lain ([email\u00a0protected])\n\n\n\nCara Log Masuk Aplikasi MyJPJ\n\nLangkah pertama, anda perlu muat turun aplikasi MyJPJ menerusi Google Store, Apple Store atau Huawei App Gallery. \nLogin masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.\n\n\nPanduan Mendaftar MyJPJ Untuk Pengguna Baharu\nUntuk pengguna pertama kali, anda perlulah mendaftar akaun baharu berpandukan langkah berikut : \n\n\n\n\n\nIsikan butiran yang diperlukan dan tick pada kotak pengesahan dan tekan hantar.\nPopup \u2018Telah berjaya disimpan\u2019 akan keluar sekiranya pendaftaran anda berjaya.\nAnda juga diminta untuk isi maklumat Soalan Keselamatan sekiranya anda terlupa kata laluan pada masa akan datang.\nTetapkan kata laluan mengikut kriteria yang diminta.\nKemudian, cuba log masuk semula aplikasi dengan ID Pengguna (nombor MyKad) dan kata laluan tadi.\nSelain itu, pengguna juga boleh mendaftar menerusi laman Portal Awam JPJ di pautan : https://public.jpj.gov.my\n\nCara Reset Kata Laluan\n\nBagi yang sudah ada akaun dan lupa kata laluan, tekan butang \u2018Terlupa Kata Laluan\u2019.\nMasukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.\nPengguna akan menerima kod TAC untuk set semula kata laluan.\nSekiranya pengguna terlupa alamat emel yang didaftarkan pada akaun MyJPJ, pengguna boleh ke kaunter JPJ berhampiran untuk bantuan kemaskini akaun.\n\nCara Semak Paparan Digital di Aplikasi MyJPJ\nUntuk semak butiran lesen memandu, klik butang Profil pada laman utama di bahagian bawah skrin untuk lihat paparan secara penuh.\nBagi semakan cukai jalan dan insurans kenderaan, tekan pada nombor plat kenderaan untuk lihat butiran.\nCara Kemaskini Gambar di Paparan Lesen MyJPJ\nSetakat ini, urusan kemaskini gambar terkini hanya boleh dilakukan secara fizikal di kaunter JPJ berhampiran atau kaunter bergerak kenderaan JPJ mobile.\nKegunaan Kod QR Pada Paparan Lesen Digital\nPenguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kod QR untuk semakan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya terutamanya di kawasan yang tiada liputan internet.\nKod ini hanya boleh diakses oleh peranti khas yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ atau PDRM sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan bantuan teknikal bila menggunakan aplikasi ini, sila hantarkan butiran aduan ke laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) \nAnda juga boleh semak senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai aplikasi MyJPJ di pautan berikut :\nSoalan Lazim (FAQ) MyJPJ\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pusat-anak-genius-negara/", "title": "Permohonan Kemasukan Pusat Anak Genius Negara KPM", "body": ["\n\n", "\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Anak Genius Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh Malaysia kini boleh membuat permohonan kemasukan sesi akan datang.\nUntuk makluman, Program Asuhan Genius Negara diwujudkan oleh KPM sebagai progam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak bawah umur 4 tahun.\nProgram ini ditawarkan kepada anak-anak kalangan keluarga yang berpendapatan rendah bagi membolehkan kanak-kanak mereka bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.\u00a0\nOleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 15 Oktober 2021. \n\nKeistimewaan Pusat Anak Genius Negara\nTerdapat beberapa keistimewaan anak-anak yang menyertai pusat ini iaitu:\nMerupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen, dan mengalami (exploring, experimenting, dan experiencing).Pendidikan berkelayakan.\nLokasi Pusat Anak Genius Negara \nUntuk seluruh negara, terdapat 89 Pusat Genius Negara yang boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/07_Jul/Senarai_Pusat_Anak_GENIUS_Negara.pdf. \n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi kemasukan ke pusat ini adalah seperti berikut:\nAnak tersebut mestilah warganegara Malaysia.Anak tersebut berusia 4 tahun ke bawah.Pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM4,000.00 sebulan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nKlik pautan berikut iaitu https://drive.google.com/drive/folders/1yHIRzt-MHRhdjFGjNLJYVEZxemTYkvq8?fbclid=IwAR3MZJ_06QBt20fKJGO-q8B-Fh7oxIYtQ02H26n2vezoDBlKsXn7TxWrGTY.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke Pusat Anak Genius Negara yang terdekat.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan surat beranak anak.Salinan\u00a0Mykid\u00a0anak.Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.Salinan Pendapatan\u00a0ibu bapa/penjaga yang disahkan.Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (sekiranya bekerja sendiri).Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan.\nPengesahan salinan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua Kampung & Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) sahaja.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Pusat Asuhan Genius Negara boleh menghubungi Bahagian GENIUS KPM di talian 03-8880 5151.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-amir-ahnaf/", "title": "Biodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council", "body": ["\n\n", "\nBiodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council\nDrama bersiri Projek : High Council mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar drama tempatan. Selain jalan ceritanya yang menarik, ramai yang memuji barisan pelakon-pelakon baharu yang cukup menjiwai watak yang diberikan.\nAntara watak yang mendapat perhatian warganet adalah Kahar yang terkenal sebagai \u2018Kapla High Council\u2019 lakonan beliau.\nMemang tak dinafikan lakonannya sebagai pelajar senior yang nakal dan dominan di kalangan pelajar asrama lelaki cukup menyerlah.\n\nSejak drama tersebut menjadi tular di media sosial, ramai yang mengakui aura serta bakat luar biasa yang dimiliki pelakon berusia 23 tahun ini.\nTanpa melengahkan masa, jom kita semak biodata Amir dan serba sedikit latar belakang pelakon muda yang berbakat ini.\nBaca Juga : Biodata Nadhir Nasar : Pelakon Projek High Council\n\nBiodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council\nNama Penuh : Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin\nNama Komersial : Amir Ahnaf\nTarikh Lahir : 17 Februari 2000\nUmur : 23 tahun (2023)\nTempat lahir : Kuala Terengganu\nAdik beradik : Anak pertama daripada 9 orang adik beradik.\nPendidikan :\n\n\n\n\n\nMaktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu\nUniversiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) \u2013 Diploma Reka Bentu & Pembangunan Permainan (Games Development).\n\n\nPerjalanan Karier Amir Ahnaf\nBakat Amir dalam bidang lakonan diwarisi daripada ibunya yang dikatakan seorang bintang teater.\nBukan sahaja pandai berlakon, malah Amir Ahnaf juga memiliki bakat bermain gitar dan menyanyi. \u00a0Beliau sangat meminati bidang nyanyian sehingga pernah menubuhkan band sendiri sewaktu di bangku sekolah.\nAmir juga gemar menghasilkan kandungan nyanyian cover kepada pengikut laman media sosialnya.\nBerbekalkan minat serta bakat yang ada, Amir memberanikan diri untuk menyertai ujibakat program realiti popular, Hero Remaja.\nSejak tahun 2020, Amir Ahnaf dikatakan telah menyertai ujibakat Hero Remaja sebanyak empat kali sebelum berjaya menduduki senarai Top 12 dalam Hero Remaja 2021.\nMeskipun tidak berjaya ke pusingan separuh akhir, namun pengalaman yang diperoleh dalam program tersebut sedikit sebanyak telah menjadi batu loncatan buat Amir untuk menceburkan diri dengan lebih aktif dalam bidang lakonan.\nAntara peserta lain yang turut bertanding pada tahun yang sama dengan Amir Ahnaf adalah Mierul Aiman, Alif Haiqal, Afiq Hamidon, Aryan Naim, Aqil Taqee dan Zaid Erakad.\n\nSelain Projek : High Council, Amir juga pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Perempuan Itu, Akim dan Mira \u2013 Kisah Cinta 1999 dan telefilem hierarki.\nDaripada 3,300 pengikut, akaun Instagram Amir Ahnaf kini mencecah sehingga lebih 275,000 pengikut susulan fenomena drama bersiri Projek : High Council yang melanda negara.\nSelepas bahang Projek : High Council, ramai yang tak sabar menantikan penampilan Amir Ahnaf di kaca TV.\nKini, Amir sedang melakukan penggambaran bagi drama Scammer Geng Marhaban terbitan Astro Gempak. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Raja Azura dan Ozlynn Waty.\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Amir Ahnaf, jangan lupa untuk ikuti laman instagram @amir.ahnaff .\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-alat-bantuan-mengajar-rm100/", "title": "Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nInsentif Alat Bantuan Mengajar RM100 (Mac 2022) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperuntukkan dana untuk Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar (RM100, one-off), lebih kepada 400,000 guru sekolah KPM.\nPengumuman ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022.\u00a0\nInsentif Alat Bantuan Mengajar RM100\u00a0\nInsentif Alat Bantuan Mengajar adalah merupakan ini\u00a0 inisiatif pihak kerajaan untuk membantu guru-guru. Hal ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).\nDalam perkembangan terkini, pembayaran insentif sekali bayar (One-Off) akan dibuat kepada guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac ini.\nPerkara itu dimaklumkan melalui satu surat rasmi oleh Ketua Setiausaha KPM.\n\nKelayakan Insentif Alat Bantuan Mengajar\u00a0\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:\nPrasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia), Sekolah Reendah dan Sekolah MenengahKolej VokasionalKolej Tingkatan 6Kolej MatrikulasiInstitut Pendidikan GuruPegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPMPegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney\nPembayaran ini TIDAK LAYAK diberikan kepada:\n\n\n\n\nLantikan MyStepGuru SABK lantikan Kerajaan NegeriGuru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib\n\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/ms/\u00a0\nSoalan Lazim\nBersama ini dilampirkan Soalan Lazim berkenaan pembayaran insentif ini untuk rujukan semua.\nNOTA:\nMenurut Soalan Lazim yang dilampirkan, guru yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan TIDAK LAYAK menerima Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar ini. (Sila rujuk Soalan Lazim No.6 dalam lampiran di bawah)\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/estart/", "title": "eStart : Bantuan e-Wallet One-off RM 150 Untuk Belia", "body": ["\n\n", "\neStart : Bantuan e-Wallet One-off RM 150 Untuk Belia~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan e-Wallet sebanyak RM 150 kini dibuka untuk warga belia.\nApa itu Program eStart ?\nProgram ini merupakan inisiatif dari kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai (cashless) di premis perniagaan.\n Di samping itu, program ini juga digerakkan bagi meringankan beban kewangan di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang berdaftar.\nBaca Juga : PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka\nSyarat Kelayakan Permohonan eStart\nPemohon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :\nWarganergara MalaysiaBerumur 18 hingga 20 tahunSedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\n\nJumlah Bantuan e-Wallet Yang Diterima\nPemohon yang layak bakal menerima bantuan e-Wallet sebanyak RM 150 setiap seorang.\nCara Memohon eStart\nPemohon perlulah daftarkan salah satu di antara apliasi e-Wallet seperti yang tersenarai di bawah :\n\n\n\n\nBoost\nTNG\nShopeePay\nBigPay\nCara Daftar di Aplikasi Boost, TNG, ShopeePay dan BigPay\nCara Daftar eStart di Boost\nPemohon perlu muat turun aplikasi BoostNaik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.Sahkan atau verify akaun BoostPastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah betul.Klik \u201cGet Ready to Claim eBelia\u201d dan ikuti arahan yang diberikan jika program sudah dimulakan.\nCara Daftar eStart Touch n Go eWallet\nMuat turun aplikasi Touch n GoSetiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih sahaja.Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.Setelah selesai daftar, pemohon boleh gunakan TnG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM 150.\nCara Daftar eStart di ShopeePay\nPemohon perlu muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.Pemilik akaun Shopee perlulah aktifkan ShopeepayBuka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage ShopeeMasukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.\nCara Daftar eStart di Bigpay\nPergi ke laman sesawang https://www.bigpayme.com/ebeliaLog masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBelia.Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.Masukkan maklumat diri selengkapnya untuk proses verifikasi.Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM 150 jika program ini sudah dimulakan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://www.mof.gov.my/\u00a0 untuk dapat info-info terkini mengenai program eStart.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pendidikan-baktidesa/", "title": "Tawaran Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB", "body": ["\n\n", "\nTAHUKAH ANDA? Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar / miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.\nBantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara \u201cone-off\u201d sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Harian / Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian ( Latihan / Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.\nApakah Bantuan Pendidikan BaktiDesa KPLB?\nBantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB telah dilancarkan pada 21 Julai 2005 sebagai satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar yang menetap di luar bandar agar dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan yang telah diiktiraf.\nBantuan secara one-off ini ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan serta telah mendapat tawaran di pusat pendidikan seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\n\nKadar Bantuan \nKadar bantuan yang ditawarkan bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut :\nPeringkat PengajianKadar BantuanSBP, MRSM, Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan Pendidikan bertaraf sijil)RM 500.00Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama)RM 1,000.00\nSyarat-Syarat Permohonan\nPelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia\nJumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garisan Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah :\n\n\n\nTelah ditawar/diterima masuk ke SBP, MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);\nKursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan\nPermohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.\n\nBaca Juga : Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 Dibuka\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlu kemukakan semua salinan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah. \nSemua salinan dokumen perlulah disahkan oleh pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu, pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.\nSalinan dokumen yang wajib dikemukakan adalah :\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon;\nSalinan surat tawaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah Asrama Harian/ Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;\nSalinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/ Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;\nSalinan Penyata Pendapatan Bulanan/ Slip gaji bulanan ayah/ibu ata waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/ slip gaji, pengeesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan\nSalinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.\n\nCara Memohon \nBorang permohonan rasmi serta lampiran lengkap hendaklah dihantar melalui pos kepada pihak urus setia AAB, KPLB di alamat berikut :\nURUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), KPLB\nBahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,\nKementerian Pembangunan Luar Bandar,\nAras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,\n62100 Putrajaya\nNo. Telefon : 03-8891 2226/2237/2225\nNo. faks : 03-8888 2336\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan sila ke pautan berikut : \nhttps://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/efs-bantuan-bayi-baru-lahir-sarawak-rm1000/", "title": "EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Endowment Fund Sarawak (EFS), dana insentif bantuan bayi baru lahir Sarawak RM1000,boleh dimohon menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak.Pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.\nCara permohonan, semakan status dan syarat kelayakan adalah seperti di bawah.\nEndowment Fund Sarawak (EFS) Insentif Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak\n\nDana ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.\nBaca juga : Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450\nSyarat Kelayakan\nSyarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:\n\n(i) Warganegara Malaysia;(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus \u2018K\u2019; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.(v) Bagi kategori anak angkat:a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus \u2018K\u2019; danb) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.\nCara Mohon\nPemohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti\nSalinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN atauSalinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN.Borang EFS yang diisi lengkap\nCIF-01-Account-Opening-Form-for-EFS-programmeDownload\nSemakan Status Permohonan\nSemakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak\nSoalan Lazim\nAnak saya telah dilahirkan di Johor, adakah anak saya layak untuk mendapat?\n\n\n\n\nYa, sekiranya kelahiran berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, borang permohonan EFS yang diisi lengkap dan dokumen sokongan seperti berikut perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh masa setahun dari tarikh kelahiran anak.\na) Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN;b) Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN atauc) Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN.\nAnak saya telah dilahirkan di luar negara, adakah anak saya layak untuk mendapat?\nYa, bagi kelahiran di luar negara, kelahiran perlu didaftar di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia bagi anak tersebut sebelum menghantar permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh 1 tahun. Sila lampirkan salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN, salinan MyKad ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN.\nAnak saya telah meninggal dunia pada umur 15 tahun, adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) tersebut?\nYa, dibenarkan. Sekiranya anak itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, waris boleh mengeluarkan EFS bagi tujuan pengurusan jenazah dengan mengemukakan sijil kematian asal dan MyKad ke cawangan Bank Islam berdekatan.\nApakah prosedur yang diperlukan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) setelah anak saya mencecah umur 18 tahun?\nApabila penerima atau akaun telah genap 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad di cawangan Bank Islam yang berdekatan.\nAdakah saya layak untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk bayi saya sekiranya saya masih di bawah umur 18 tahun atau muflis?\nYa, layak untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk bayi anda dengan syarat ibu atau bapa kepada bayi melantik legal guardian untuk urusan permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia EFS.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai EFS Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau anda juga boleh layari website\u00a0https://isarawakcare.sarawak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengeluaran-hilang-upaya-kwsp-bantuan-rm5000/", "title": "Panduan Cara Pengeluaran Hilang Upaya KWSP & Bantuan RM5000", "body": ["\n\n", "\nTak perlu tunggu pencen. Sebagai pekerja yang mempunyai simpanan KWSP, \u00a0ahli boleh membuat Pengeluaran Hilang Upaya KWSP dan mengeluarkan semua simpanan.\nAhli yang layak jugak akan menerima bantuan RM5000 daripada KWSP sekiranya menerima musibah yang menyebabkan ahli tidak boleh lagi bekerja di sebabkan sesuatu perkara buruk berlaku kepada dirinya yang menyebabkan beliau hilang upaya fizikal atau mental\nApa Itu Pengeluaran Hilang Upaya KWSP\n\nPengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.\nSiapa Yang Boleh Memohon\nWarganegara dan Bukan WarganegaraTidak BekerjaDi bawah umur 60\u00a0tahunDisahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mentalAda simpanan di dalam KWSPMesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter\n\nKWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.\nJika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.\nJumlah Simpanan KWSP Boleh dikeluarkan\nAhli boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan di dalam KWSP\n\n\n\n\nBantuan Hilang Upaya (RM5,000)\nBagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budibicara KWSP.\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaDitamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerjaBelum mencapai usia 60\u00a0tahunMengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan\n\u00b7Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan\nDokumen Yang Di Perlukan\nBorang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak DokumenBorang KWSP 3 (Pindaan)\u00a0\u2013 untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagalSalinan dokumen pengenalan diri bersama yang asalLaporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat. Borang sampel perubatan boleh dapatkan disiniBuku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaunSurat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)\nMaklumat Tambahan\nPastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)Untuk memudahkan urusan pembayaran, Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli. Anda boleh semak disiniHantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel ke alamat ;\nKarung Berkunci No. 220Jalan Sultan46720 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia\nCara Pembayaran Untuk Pengeluaran Hilang Upaya KWSP\nBayaran Dalam Negara\nBayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun andaJika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bankAnda akan diberi Cek Jurubank. Jika bayaran ke akaun anda gagal\nBayaran Luar Negara\nBayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan andaJika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkanBayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan\nBaca juga : I-lindung KWSP : Coverage Dan Cara Permohonan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai soalan atau pertanyaan mengenai Pengeluaran Hilang Upaya KWSP, anda boleh layari website https://www.kwsp.gov.my/\nPengeluaran_hilang_upaya_11012017Download\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsm-tingkatan-6-rendah/", "title": "Permohonan BSM: Biasiswa Tingkatan 6 Rendah RM600 Yayasan Pahang", "body": ["\n\n", "\nPelajar tingkatan 6 rendah di negeri Pahang kini boleh memohon biasiswa menerusi Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Tingkatan 6 Rendah daripada Yayasan Pahang. \nBSM ialah biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.\nKeutamaan BSM adalah diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). \nNamun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan BSM ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.\nOleh itu, pelajar yang ingin memohon BSM Tingkatan 6 Rendah boleh membuat permohonan mulai 16 Ogos hingga 17 September 2021. \n\n\n\n\n\nKadar Biasiswa\nKadar BSM Tingkatan 6 rendah yang akan diterima pelajar yang layak adalah sebanyak RM 600 setahun. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon BSM Tingkatan 6 Rendah ini adalah seperti berikut:\nPelajar adalah warganegara Malaysia.Ibu atau bapa atau penjaga pelajar ialah warganegara Malaysia.Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama/ Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang Darul Makmur dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang.Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun pada tahun semasa.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan BSM Tingkatan 6 Rendah, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nPelajar perlu membuat permohonan melalui Guru Biasiswa atau pejabat ADUN.Isi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.Hantar semula borang tersebut kepada Guru Biasiswa dan pejabat ADUN yang berkaitan.Guru Biasiswa dan pejabat ADUN perlu menghantar borang yang lengkap ke Yayasan Pahang.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 09-518 1800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gaji-november-2022-diawalkan/", "title": "Bayaran Pencen & Gaji November 2022 Diawalkan Sempena PRU 15", "body": ["\n\n", "\nTerkni bayaran pecen & gaji november 2022 diawalkan sempena PRU 15. Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.\nGaji November 2022 Diawalkan Untuk Penjawat Awam \n\nMengikut jadual awal tarikh gaji penjawat awam 2022, pembayaran gaji November 2022 sepatutnya jatuh pada 25 November 2022\n\nNamun disebabkan Malaysia bakal mengadakan PRU15 18 November,dan keputusan PRU 15 dijangka akan diketahui pada malam hari yang sama.\n\u00a0Pihak kerajaan telah telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.\n\u201cPermohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.\n\u201cBayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),\u201d jelas surat tersebut\nTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)\n\n\n\n\nKakitangan awam dan pesara kerjaan yang menerima bayaran awal ini, di nasihatkan agar untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah. Ini kerana selain daripada masa untuk menerima gaji pada december adalah 32 hari.\nBukan itu sahaja risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia.\nSelain daripada peningkatan harga barang, harga minyak, penurunan nilai mata wang Malaysia bermakna paras hutang bagi negara membangun semakin membebankan. Kenaikan kadar faedah mewujudkan beban tambahan.\nKita juga mengharapkan kerajaan baru yang akan ditubuhkan selepas PRU 15 nanti akan intipati bajet 2023 dapat dilaksanakan untuk membantu ramai rakyat yang terkesan ketika ini.\nDi harapkan juga dengan pemberian gaji november 2022 diawalkan ini akan memudahkan kakitangan awam untuk merancang dan mengurus perbelanjaan diri dan keluarga\nSumber : Kosmo\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/upuonline-kpt/", "title": "UPUOnline KPT: Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan IPT 2021/2022", "body": ["\n\n", "\nIndividu yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi Akademik 2021/2022, anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui UPUOnline mulai 16 Julai 2021.\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan calon yang telah memohon ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terbabit melalui UPUOnline boleh membuat semakan keputusan mulai 16 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari. \nUntuk makluman, semakan ini adalah bagi permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang telah dibuka mulai 4 Januari hingga 7 April 2021 yang lalu. \nSelain itu, KPT juga membuka permohonan rayuan bagi calon status gagal dalam keputusan permohonan tersebut.\n\nDasar Pengambilan Pelajar\nKPT memaklumkan dasar pengambilan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA adalah melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.\nPenentuan merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal, dan sebagainya. \nPengesahan Setuju Terima\nCalon dalam status berjaya mendapatkan tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima dan mencetak surat tawaran. \nSurat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 17 Julai sehingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA yang terlibat.\nSelain itu, surat tawaran tersebut dikeluarkan setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari. \n\n\n\n\nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web semakan di pautan berikut:\u2013 jpt.utm.my\u2013 jpt.uum.edu.my\u2013 jpt.unimas.my\u2013 jpt.ums.edu.my\u2013 jpt.umt.edu.myMasukkan no kad pengenalan calon tanpa \u2018-\u2018Klik butang \u2018Masuk\u2019 atau \u2018Ok\u2019Keputusan status tawaran dipaparkan. \nPermohonan Rayuan\nPemohon yang gagal mendapat tawaran bagi program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan.\nPermohonan rayuan tersebut dibuka dalam tempoh 11 hari iaitu mulai 16 Julai hingga 26 Julai 2021 di pautan https://upu.mohe.gov.my. \nRayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA juga boleh dibuat secara terus tanpa perlu melalui UPUOnline.\n\nTawaran Penempatan\nPenawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.\nKPT memaklumkan, dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kepada tempat kekosongan yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) KPT di talian 03-8870 6765/6769/6121/6829/6751/6774 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insist9-insentif-siswazah-tani-n-sembilan-rm10000/", "title": "INSIST9 | Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000", "body": ["\n\n", "\nINSIST9 | Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000 ~ Sukacita dimaklumkan kepada\u00a0 Siswazah di Negeri Sembilan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswazah Tani (INSIST9) di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.\nInsentif Siswazah Tani N. Sembilan (INSIST9)\nInsentif Siswazah Tani N. Sembilan (INSIST9) adalah merupakan sebuah usaha bagi menggalakkan siswazah berumur 40 tahun ke bawah menceburi bidang pertanian dan mengubah persepsi mereka terhadap sektor pertanian.\nBagi pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif berjumlah RM10,000 untuk satu projek pertanian.\n\nSyarat Kelayakan Pemohon\u00a0\nPemohon ialah warganegara Malaysia dan siswazah yang berumur 40 tahun ke bawah.Merupakan anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya selama 10 Tahun.Mempunyai kemudahan tanah (sama ada sendiri atau sewa).Melaksanakan projek sayur-sayuran, buah-buahan dan industri berpotensi.Keluasan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensional, 1500 polibeg bagi fertigasi, bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut dan telah memulakan projek pertanian.Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur ladang seperti perparitan, sistem pengairan, jalan ladang dan bahan input pertanian.\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nSila layari laman web di pautan berikut: https://pertanian.ns.gov.my/borang.\u00a0Klik bahagian Siswazah Tani (INSIST9).Muat turun borang permohonan tersebut.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat-pejabat Pertanian Daerah berhampiran.\nKLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG: https://drive.google.com/file/d/1LwFKLgBdQeZL6-iQyDUk1r6FF2KJ53Uz/view\n\n\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nGambar Pemohon Ukuran Pasport (2 Keping)Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (jika berkenaan)Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah (jika perlu)Salinan Hak Milik Tanah/Kebenaran Penggunaan Tapak (jika berkenaan)Salinan Perjanjian Sewa/Surat Kebenaran Penggunaan tanah (Surat perjanjian/Kebenaran perlu disahkan)Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia (salinan sijil perlu disahkan).\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://pertanian.ns.gov.my/.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-kos-rendah-pahang/", "title": "Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang & Kos Sederhana Rendah", "body": ["\n\n", "\nPermohonan rumah kos rendah Pahang dan rumah kos sederhana rendah di buka untuk warganegara Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang RM3000 sebulan. Permohonan terbuka untuk semua rakyat Malaysia pejawat awam dan swasta. Keutamaan kepada rakyat negeri Pahang atau bermastautin tidak kurang 5 tahun secara tetap\nRumah Kos Rendah Pahang & Kos Sederhana Rendah\nPenyediaan rumah kos sederhana rendah adalah disyaratkan kepada pemaju bagi pembangunan tanah milik melebihi 5 ekar untuk maksud pembangunan bercampur dengan kadar 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina. Pembangunan bercampur adalah ditakrifkan sebagai pembangunan kediaman bersekali dengan perniagaan \u00a0komersil / industri.Dasar Kerajaan Negeri bagi penyediaan rumah kos sederhana rendah ini adalah dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu\nJenis Rumah dan Spesifikasi\nJenis Rumah\u00a0Teres\u00a0PangsaHarga Jualan\u00a0RM 70,000 \u2013 RM 90,000.00 seunit\u00a0RM 80,000.0Spesifikasi RumahKeluasan Lot Seunit\u00a020\u2032 x 60\u2032\u00a0\u2013Keluasan Lantai\u00a0800 kaki persegi\u00a0800 kaki persegi )Bilik Tidur\u00a03 bilik\u00a03 bilikBilik Air\u00a02 bilik air\u00a02 bilik airSpesifikasi Binaan\u00a0Sepertimana ditetapkan oleh Lembagapembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)\u00a0\u00a0Sepertimana ditetapkan oleh Lembagapembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)\u00a0\nSyarat dan Kelayakan\nWarganegara MalaysiaWarganegara\u00a0\u00a0Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.\nJumlah PendapatanJumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM3,000.00 sebulan.\nUmurBerumur tidak kurang daripada\u00a018\u00a0tahun.\nPemilikan\nTidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon;Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah;Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan; danPemohon atau suami / isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberikan keterangan palsu.\nBermastautinTelah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.\nDokumen Diperlukan\nSlip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan\u00a0Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon\u00a0Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri\u00a0Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian\u00a0Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon\u00a0Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)\u00a0Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)\u00a0Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)\u00a0Surat Akuan Sumpah\nCara Permohonan\nPermohonan melalui atas talian\nPastikan pemohon melepasi syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan\nLayari \u00a0https://eperumahan.pahang.gov.myPilih menu permohonan dan pilih rumah kos rendah dan sederhana rendahSila masukkan no kad pengenalan lama/no tentera atau polis/no kad pengenalan baru kemudian tekan butang semakLengkapkan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan prosesPastikan bahagian yang bertanda * wajib diisi Sila klik butang simpan setelah selesai mengisi borangPemohon boleh mengemaskini borang selagi tidak menekan butang hantar permohonan.Jika sudah lengkapkan borang, tandakan ruangan pengakuan dan tekan butang hantar permohonan Sila cetak slip penerimaan pendaftaran dan hantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan dibuat.Kemudian hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah.\nRujuk pautan di bawah untuk alamat pejabat daerah dan tanah untuk tujuan penghantaran permohonan\n\n\n\n\nhttps://eperumahan.pahang.gov.my/hubungi/alamat_perumahan.php\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang dan rumah kos sederhana rendah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:\nBahagian Perumahan,\nPejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,\nWisma Sri Pahang, 25503,\nKuantan, Pahang.\nTel : 09-5129412 / 09-5129415 / 09-5129416 / 09-5156303\nFaks : 09-5156106Artikel berkaitan ;\nPermohonan RMR 2021 : Rumah Golongan Berpendapatan RendahPermohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 ( Negeri Sembilan)Permohonan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Bulanan MAIWP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-i-sayang/", "title": "KWSP |\u00a0 Skim i-Sayang Bakal Dilancarkan Awal Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nKWSP |\u00a0 Skim i-Sayang Bakal Dilancarkan Awal Tahun 2022 ~ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa berusaha meningkatkan simpanan persaraan ahlinya, di samping pelaksanaan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ke arah persaraan yang selesa.\nBaru-baru ini, YBHG TAN SRI AHMAD BADRI MOHD ZAHIR selaku Pengerusi KWSP, mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan satu skim terbaru yang dikenali sebagai\u00a0 i-Sayang.\u00a0\nMenurut beliau, Skim i-Sayang ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan (2022). Antara objektif utama skim ini ialah untuk membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan pencarum khususnya.\nSkim i-Sayang KWSP\nSkim i-Sayang KWSP ialah inisiatif yang diwujudkan sebagai kemudahan untuk pemindahan wang caruman secara sukarela sebanyak 2% daripada akaun suami ke akaun isteri.\nSebelum ini, KWSP juga telah melancarkan beberapa inisiatif lain untuk memberi kemudahan kepada rakyat khususnya pencarum seperti, i-Sinar, i-Citra dll.\u00a0\nSelain Skim i-Sayang, KWSP juga akan melancarkan satu lagi inisiatif yang terbaru khusus buat golongan pesara. Inisiatif tersebut akan dikenali sebagai, i-Lindung.\u00a0\nMelalui skin i-Lindung ini, ia membolehkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.\u00a0\n\n\n\n\nPihak KWSP juga berusaha untuk melindungi pekerja sektor informal. Inisiatif lain yang masih dipertimbangkan termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.\n\nTAN SRI AHMAD BADRI MOHD ZAHIR\u00a0 juga menyatakan dalam\u00a0 dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 hari ini bahawa;\u00a0\n\u201cKami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh meminta majikan mereka untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.\u201d\nCara Membuat Permohonan dan lain-lain maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa. \nPerkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Inisiatif Terbaru KWSP 2022\n\nBerikut ialah kesimpulan penting mengenai Inisiatif Terbaru KWSP 2022:\nSkim i-Sayang yang bakal dilancarkan ini membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.\nSkim i-Lindung, khusus buat golongan pesara. Skim ini akan memberi kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.\nPerlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat; masih dalam pertimbangan.\u00a0\nMenyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh meminta majikan meningkatkan caruman KWSP lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-warga-emas/", "title": "Bantuan Warga Emas (BWE) RM 500 Sebulan \u2013 Belanjawan 2023", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Warga Emas kini dibuka untuk permohonan. Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu warga emas miskin tegar yang berkelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini secara lebih lanjut.\nBaca Juga : mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40\nKadar Bantuan\nKadar Bantuan Warga Emas (BWE) yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan adalah RM 500.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nWarganegara yang bermastautin di Malaysia\nWarga emas berumur 60 tahun dan ke atas\nPendapatan isi rumah tidak melebihi:\n\n\u2013 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau\n\u2013 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa\n\nWarga emas yang bukan tinggal di:\n\n\u2013 Institusi kendalian JKM; atau\n\u2013 Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma\nPelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 \u2013 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.\n\n\n\n\nKaedah Permohonan\nPermohonan bagi bantuan ini boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.\nNota :\n\nSetiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian\u00a0(means-tested)\u00a0bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan\nUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak\n\nDokumen Yang Diperlukan\nUntuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian iaitu :\n\nSalinan Kad Pengenalan diri pemohon;\nSalinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;\nSalinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;\nSalinan penyata gaji (jika ada); dan\nLain-lain dokumen yang berkaitan\n\nPemohon boleh lengkapkan SALAH SATU borang berikut :\nJKM 18 Borang Permohonan Bantuan\nJKM-18-BORANG-PERMOHONAN-BANTUAN2Download\nJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\nJKM-20-BORANG-KAJI-SEMULA-BANTUAN2Download\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai BWE, sila rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdekat atau hubungi talian 03-8000 8000.\nAnda juga boleh layari pautan budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/danasel-skim-dana-selangor/", "title": "DanaSel : Skim Dana Selangor Bantuan B40 Miliki Rumah Kos Rendah", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Dana Selangor (DanaSel) kini boleh dibuat menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Ianya dibangunkan dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah B40 di Negeri Selangor yang tidak layak atau gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank mahupun institusi kewangan. Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB) bersedia membantu rakyat Selangor bagi tujuan penyewaan dan pemilikan (pembelian) rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A\nApa Itu DanaSel Skim Dana Selangor?\n\nSkim Dana \u2013 Sel merupakan skim pembiayaan rumah selangorku (dana \u2013 sel) melalui skim sewa milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mereka yang telah mendapat tawaran Rumah Selangorku tetapi gagal untuk mendapat pinjaman dari bank.PHSSB merupakan ejen pelaksana untuk menguruskan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) Konsep Sewa dan Milik bagi golongan peneroka Bandar yang telah dikenalpasti oleh pihak Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).\nMelalui skim ini Kerajaan Negeri Selangor akan membeli rumah dan disewakan kepada pembeli. Rumah itu kemudian akan dijual dengan harga jualan yang ditolak sebahagian dari sewa yang dibayar. Peserta program ini boleh melaksanakan tujuan untuk membeli unit rumah berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun pada harga asal rumah tersebut bermula dari tarikh ia mula disewakan.\nIanaya merupakan salah satu insiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Perkhidmatan Insiatif Peduli Rakyat (IPR) System Smart Peduli Rakyat (SSIPR)\nInisiatif Peduli Rakyat (IPR)\nHasil kekayaan Negeri Selangor berhak dikongsi bersama rakyat negeri ini. Hasil kekayaan ini diagihkan melalui pelbagai program bantuan dan sumbangan khusus untuk rakyat Selangor. \nProgram-program ini telah berjaya menyumbang secara terus kepada sebahagian besar rakyat Selangor di mana sehingga kini jumlah sumbangan keseluruhan sudah melebihi RM 1.8 bilion. Hasil dari kejayaan tersebut, program ini telah ditambah dan dipergiatkan lagi supaya lebih banyak kekayaan dan hasil Negeri Selangor dapat dikongsi bersama dan dinikmati oleh rakyat Selangor. \nFasa-fasa berikutnya sentiasa dirancang dan dilaksanakan supaya Inisiatif Peduli Rakyat ini benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor\nBaca juga : Permohonan Zakat Selangor Peduli, Terhad 15,000 Penerima\nSyarat Kelayakan\nPemohon berdaftar di bawah LPHS/PHSSBPemohon memohon untuk Skim DanaselPermohonan akan ditapis oleh PHSSBSekiranya pemohon berjaya melepasi proses penapisan, pemohon mestilah menghadiri sesi temuduga bersama LPHS, PWN dan PHSSBPemohon yang berjaya mestilah menghadiri sesi taklimat dan membuat pembayaran awal kemasukanSewaktu proses kemasukan, pemohon mestilah membuat bayaran deposit 10% daripada harga rumahSeterusnya pemohon akan melalui proses penyerahan unit pemilikan kosong, penyerahan kunci, tandatangan perjanjian penyewaan, proses pertukaran nama bekalan air dan elektrik dan membuat lawatan periksa unit\nCara Permohonan\nJIKA TELAH MENDAFTAR DENGAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS), SILA SEMAK STATUS PERMOHONAN DAHULU DENGAN LPHS.\nJIKA BELUM MENDAFTAR, SILA KE KAUNTER LPHS UNTUK AMBIL BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH / HUBUNGI:\n\n\n\n\nPEJABAT PENGARAH EKSEKUTIF: 603 \u2013 5544 7000BAHAGIAN PERUMAHAN: 03-5510 3924BAHAGIAN PEMBANGUNAN: 03-5544 7906BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN: 03-5544 7166\nMaklumat Lanjut \nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Dana Selangor (DanaSel), anda boleh menghubungi ;\nPerumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd\nTingkat 5 Podium Utara,\nBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,\n40503 Shah Alam,\nSelangor Darul Ehsan.\nTel : 03-5510 3487 samb.108\nWebsite : https://phssb.com/maklumat-dana-sel/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsn-inisiatif-pendigitalan-pks/", "title": "BSN : Inisiatif Pendigitalan PKS 2022 Sehingga RM5000", "body": ["\n\n", "\nBajet 2022 : Inisiatif Pendigital PKS 2022 Bank simpanan Nasional (BSN) dibuka kepada peniaga kecil dan sederhana PKS dan koperasi.\nObjektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia\nApakah itu Inisiatif Pendigitalan PKS ?\nAmaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois pembelian penyelesaian pendigitalan\nMenerusi bajet 2022 ini, adalah di harapkan mereka yang terlibat dengan PKS dapat mengambil inisiatif ini untuk menggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia\nBaca juga : 2 Inisaitif Baru KWSP :e-PaR & Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman\n\n\n\n\nCiri-ciri Insentif \n\nSkop pendigitalan yang luas:\nSistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)Pemasaran / Jualan DigitalPerolehanPerancangan Sumber Perusahaan\u00a0(ERP) / Perakaunan & Cukai\u00a0Kerja Jarak JauhE-Dagang\nSyarat Kelayakan\nTerbuka kepada PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;PKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;PKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000\u00a0\nDokumen Yang Diperlukan\nBorang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan;\nSalinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan;Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.\nCara Permohonan\n\nPemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana \u2013 mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Inisiatif Pendigital PKS 2022 , anda boleh hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 1300 88 1900 atau dengan melayari laman web bsn.com.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/my50-pakej-perjalanan-tanpa-had/", "title": "Permohonan My50 2022 Pakej Perjalanan Tanpa Had", "body": ["\n\n", "\nMy50 merupakan pakej perjalanan tanpa had yang boleh di dapatkan bermula 1 januari 2022 di bawah bajet 2022. Ianya mengantikan pas perjalan My30, yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah skim PENJANA pada Jun 2020\nApakah itu Pakej Perjalanan My50?\n\nMy50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid PenangUntuk Kuantan, My50 tidak boleh diggunakan untuk servis Rapid Kuantan.\nBaca juga : Permohonan Skim Pembiayaan Zero To Hero\nSyarat Kelayakan\nHanya warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah layak membeli My50 di Lembah Klang dan Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.\nTempoh permohonan\nPakej perjalanan tanpa had ini tersedia untuk pembelian dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022\nCara memohon\nDokumen yang diperlukan: Perlu mengekalkan nilai dompet minimum sebanyak RM55 di dalam MyKad/MyTentera andaAnda boleh membeli pas My50 dari Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL yang terletak di:Semua stesen LRTSemua stesen LRT MRTSemua stesen MonorelSemua stesen BRTHab Bas RPID KL tertentu:Pasar SeniChow KitKLCCSri NilamPuchong UtamaPearl PointSunway PyramidGreenwoodSeksyen 2 Shah AlamKiosk Rapid Penang tertentu:KomtarWeld Quay (Termial B)Penang SentralBukit JambulIbu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)Kompleks Dat\u2019 kailan (Kepala Batas)Balik PulauBukit Mertajam\nCara membeli Pas di Lembah Klang\nSila pastikan MyKad atay MyTentera anda mempunyai fungsi Touch \u2018n GoBawa MyKad atau MyTentera anda ke Kaunter Perkhidmat Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas dan tambah nilai minimum RM55 ke dalam MyKad atau MyTentera anda terlebih dahulu. Jika nilai dompet anda tidak mencukupi, anda perlu memuatkan semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera anda. Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch \u2018n Go anda. Baki tidak akan ditolak sebaik pas anda telah diaktifkan, melainkan anda menggunakannya untuk transaksi lain (tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dll);\n\nPertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin \u201caktifkan\u201d atau mula menggunakan pas. Pas My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pas pintu dan akan dianggap sebagai Hari 1. Anda juga boleh meminta pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas. Apabila anda memilih untuk pembaharuan automatik My50 anda, anda boleh memuatkan semula MyKad atau MyTentera Touch \u2018n Go anda di mana-mana premis atau kedai runcit dengan kemudahan tambah nilai Touch \u2018n Go pada bulan-bulan berikutnya. Sila pastikan jumlah dalam nilai dompet anda dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pas diperbaharui secara automatik.\nCara membeli Pas Mutiara di Pulau Pinang\nBawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas My50 Mutiara untuk Pulau Pinang.Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin \u201caktifkan\u201d atau mula menggunakan pas. Pas My50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila anda menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang. Anda juga boleh meminta pembaharuan automatik di mana-mana hab bas terpilih di Kuantan sahaja. Perkhidmatan pembaharuan automatik untuk Rapid Penang masih tidak tersedia.\nMaklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemuskinan mengenai My50 Pakej Perjalanan Tanpa had ini, anda boleh menghubungi :\nTelefon :03 7885 2585\n\n\n\n\nWebsite : https://myrapid.com.my/our-products/my50/\nEmel ;[email\u00a0protected]\nAgensi ; Prasarana Malaysia Berhad\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gelaran-profesional-di-malaysia/", "title": "Gelaran Profesional di Malaysia Senarai & Maksud (Ir, Ar, Sr, Ts, Gs, Cr)", "body": ["\n\n", "\nSenarai gelaran profesional di Malaysia terbahagi mengikut disiplin bidang masing-masing. Selain daripada gelaran Dr (doktor) dan Ir (Jurutera Profesional) yang biasa kita dengar terdapat banyak lagi gelaran profesional yang berbeza di Malaysia dan ianya hadir bersama tanggungjawab dan keperluannya sendiri kepada mereka yang mempunyai gelaran tersebut. Antara bidang kerjaya di Malaysia yang mempunyai golongan profesional termasuklah ;\n\nAkauntan\nArkitek\nJurubank\nAhli perniagaan/wanita\nDoktor\nJurutera\nPeguam\nJururawat\nAhli farmasi\nGuru\nAhli teknologi\n\nSenarai Gelaran Profesional di Malaysia\nAntara gelaran profesional di Malaysia selain Dr (doktor) adalah seperti ;\n\nProfessional Engineer ( Ir), \nProfessional Architect ( Ar), \nProfessional Surveyor ( Sr), \nProfessional Technologist ( Ts), \nProfessional Geologist ( PGeol), \nProfessional Landscape Architect ( Lar), \nProfessional Town Planner ( TPr),\nGeospatial Profesional (Gs), \nCertified counselor (Cr)\nCertified Accountant C.A (M) \u2013 Gelaran bagi akauntan profesional\n\nIni hanyalah beberapa contoh daripada banyak gelaran profesional yang wujud di Malaysia. Keperluan khusus untuk setiap gelaran berbeza-beza bergantung kepada profesion, tetapi secara amnya, profesional di Malaysia mesti mempunyai tahap pendidikan dan pengalaman yang tinggi dalam bidang mereka.\nBaca juga : Insentif Kerjaya Madani ~Syarat Kelayakan & Kadar Insentif\nMaksud Setiap Gelaran Profesional\nProfessional Engineer ( Ir.)\n\nMerupakan gelaran tertinggi bagi bidang kejuruteran. Board of Engineers Malaysia (BEM) adalah badan berautoriti yang bertanggungjawab memberi gelaran Professional Engineer, Ir. pada golongan jurutera.\nUntuk memohon gelaran Jurutera Profesional (Ir) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan Penilaian Profesional (PAE) yang dikendalikan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).\nSetelah anda memenuhi semua syarat, anda boleh memohon pendaftaran dengan BEM. \n\nSebaik sahaja anda telah menyerahkan permohonan anda, BEM akan menyemak permohonan anda dan akan memberitahu anda tentang keputusan dalam tempoh 6 bulan. Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberi gelaran Jurutera Profesional (Ir).\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Jurutera Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cIr\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen kejuruteraan.\nAnda boleh menjadi ahli Lembaga Jurutera Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai jurutera profesional di Malaysia.\n\nMaklumat lanjut anda boleh layari http://bem.org.my/\nProfessional Architect (Ar)\nGelaran Professional Architect, Ar dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).\nUntuk memohon gelaran Arkitek Profesional (Ar) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan LAM Bahagian III yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Arkitek Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cAr\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkanb lukisan dan dokumen seni bina.\nAnda boleh menjadi ahli Lembaga Arkitek Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai arkitek profesional di Malaysia.\n\nUntuk maklumat lanjut anda boleh layari https://www.lam.gov.my/\nProfessional Surveyor (Sr.)\nUntuk memohon gelaran Juruukur Profesional (Sr.) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang ukur dari universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Penilaian Kecekapan Profesional (APC) yang dikendalikan oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Juruukur Profesional (Sr.) berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cSr.\u201d sebelum nama awak.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen ukur.\nAnda boleh menjadi ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai juruukur profesional di Malaysia\n\nRoyal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) badan yang mengurus permohonan sebagai Professional Surveyor, Sr. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://rism.org.my/\nProfessional Technologist (Ts.)\n\nUntuk memohon gelaran Ahli Teknologi Profesional (Ts.) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi yang berkaitan daripada universiti atau institut pengajian tinggi yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Penilaian Ahli Teknologi Profesional (PTA) yang dikendalikan oleh Lembaga Juruteknologi Malaysia (MBOT).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Ahli Teknologi Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cTs.\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen teknologi.\nAnda boleh menjadi ahli Lembaga Teknologis Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai ahli teknologi profesional di Malaysia.\n\nBadan yang memberi gelaran Professional Technologist berada di bawah bidang kuasa Malaysia Board of Technologist (MBOT) https://www.mbot.org.my/\n\n\n\n\nProfessional Geologist ( PGeol.)\nUntuk memohon gelaran Ahli Geologi Profesional (PGeol.) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang geologi daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan Penilaian Profesional (PAE) yang dikendalikan oleh Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Ahli Geologi Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cPGeol.\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen geologi.\nAnda boleh menjadi ahli Lembaga Ahli Geologi Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai ahli geologi profesional di Malaysia.\n\nBoard of Geologists Malaysia (BoG) bertanggungjawab mengendalikan lantikan sebagai Professional Geologist, PGeol https://bog.gov.my/\nProfessional Landscape Architect (LAr)\nKredit photo : re-thingkingthefuthure.com\nUntuk memohon gelaran Arkitek Landskap Profesional (LAr) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam seni bina landskap daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan Pendaftaran Arkitek Landskap (LARE) yang dikendalikan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Arkitek Landskap Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cLAr\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen seni bina landskap.\nAnda boleh menjadi ahli Institut Arkitek Landskap Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai arkitek landskap profesional di Malaysia.\n\nInstitute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) badan berautoriti yang bertanggungjawab memberi gelaran Professional Landscape Architect, LAr. https://www.ilamalaysia.org/\nProfessional Town Planner ( TPr)\nUntuk memohon gelaran Perancang Bandar Profesional (TPr) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda dalam perancangan bandar daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan Pendaftaran Perancang Bandar (TPRE) yang dikendalikan oleh Institut Perancang Malaysia (MIP).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi Perancang Bandar Profesional berdaftar di Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cTPr\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan lukisan dan dokumen perancangan bandar.\nAnda boleh menjadi ahli Institut Perancang Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai perancang bandar profesional di Malaysia.\n\nMalaysian Institute of Planners bertanggungjawab memberi gelaran sebagai Professional Town Planner, TPr. http://www.mip.org.my/\nCertified Accountant (CA)\nUntuk memohon jawatan Akauntan Bertauliah (CA) di Malaysia, anda mesti memenuhi syarat berikut:\n\nMempunyai ijazah sarjana muda perakaunan daripada universiti yang diiktiraf.\nMempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.\nLulus Peperiksaan Profesional Institut Akauntan Malaysia (MIA).\n\nBerikut adalah beberapa faedah menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia:\n\nAnda boleh menggunakan gelaran \u201cCA\u201d sebelum nama anda.\nAnda boleh menandatangani dan mengesahkan dokumen perakaunan.\nAnda boleh menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia.\nAnda boleh bekerja sebagai akauntan profesional di Malaysia.\n\nMIA ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967, dengan mandat untuk mengawal selia dan membangunkan profesion perakaunan di Malaysia dalam menyokong pembinaan negara. \nUntuk maklumat lanjut anda boleh layari https://mia.org.my/\nMaklumat Tambahan\nSelain gelaran profesional yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa badan profesional yang diiktiraf kerajaan di Malaysia. Badan-badan ini menyediakan pensijilan dan akreditasi kepada profesional dalam pelbagai bidang, dan ahli-ahli mereka biasanya berpegang pada standard tingkah laku profesional yang tinggi. Antara badan profesional yang diiktiraf oleh kerajaan yang paling terkenal di Malaysia termasuk:\n\nInstitut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)\nInstitut Arkitek Malaysia (MIA)\nMajlis Perubatan Malaysia (MMC)\nMajlis Peguam Malaysia (MBC)\n\nKeahlian dalam badan profesional yang diiktiraf kerajaan bukanlah wajib untuk semua profesional di Malaysia, tetapi ia sering dilihat sebagai tanda kualiti dan kecekapan.\nPenggunaan gelaran profesional pada umumnya dianggap sebagai hormat dan profesional. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui konteks budaya apabila menggunakan gelaran profesional di Malaysia. Sebagai contoh, pada umumnya tidak sesuai untuk menggunakan gelaran profesional apabila merujuk kepada seseorang yang lebih tua atau berstatus lebih tinggi daripada anda.\nBeberapa gelaran profesional di Malaysia dikawal oleh undang-undang. Sebagai contoh, hanya orang yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dibenarkan menggunakan gelaran \u201cdoktor.\u201d \nTerdapat beberapa persatuan profesional di Malaysia yang menyediakan sokongan dan peluang rangkaian untuk profesional dalam pelbagai bidang. Persatuan ini boleh menjadi sumber yang berharga untuk profesional yang ingin memajukan kerjaya mereka\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-rayuan-upuonline/", "title": "Hebahan Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nUntuk pelajar lepasan SPM 2022/2023 semakan keputusan rayuan UPUOnline 2022 boleh di buat mulai 22 Ogos 2022 (12.00 tengah hari) hingga 26 Ogos 2022 (5.00 petang).\nTahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Tempoh setuju terima tawaran 23 hingga 27 ogos 2022.\nRayuan UPuOnline 2022\nUntuk makluman rayuan hanya boleh di isi untuk pemohon yang telah mengisi permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik, tetapi gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.\nBagi sesi 2022/2023, permohonan rayuan telah DITUTUP. Permohonan rayuan hanyalah melalui Portal Rasmi UPU:\u00a0https://upu.mohe.gov.my/\u00a0\nBagi Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), permohonan dibuat melalui institusi tersebut dan bukan melalui portal UPUOnline.\nTempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022\n\nUntuk makluman anda juga,akses untuk semakan keputusan rayuan dibuka bermula 22 Ogos 2022 (12.00 tengah hari) hingga 26 Ogos 2022 (5.00 petang).\nBagi yang berjaya, anda diberi \u00a0tempoh setuju terima tawaran bermula dari 23 hingga 27 Ogos 2022.\nCara Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022\nBerikut langkah-langkah untuk membuat semakan rayuan UPUOnline;\nPemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.UTM \u2013\u00a0https://jpt.utm.myUUM \u2013\u00a0http://jpt.uum.edu.myUNIMAS \u2013\u00a0https://jpt.unimas.myUMS \u2013\u00a0http://jpt.ums.edu.myUMT \u2013\u00a0http://jpt.umt.edu.myKemudian, klik pada bahagian \u2018Permohonan Kemasukan\u2018.Log masuk seperti biasa.Semak keputusan rayuan yang tertera.Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.\n\nSemakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022 Melalui Aplikasi UPU Pocket\n\nUPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.\nSemakan Lain Melalui Apliskasi UPU Pocket\n\n\n\n\nPara graduan juga digalakan untuk memuat turun aplikasi UPU Pocket ini. Selain daripada membuat Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline, aplikasi ini juga ;\nMemudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.Memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.Boleh mendapat informasi terkini tentang upu.Terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.\n\nKeputusan Rayuan Upu Politeknik\nBagi yang mengisi permohonan rayuan melanjutkan pelajaran ke politeknik, semakan Keputusan Rayuan Upu Politeknik juga boleh dibuat melalui Aplikasi UPU Pocket atau boleh juga melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan tentang semakan keputusan rayuan UPUOnline 2022, anda boleh hubungi melalui ;\nFACEBOOK:\u00a0Kemasukan BPKP JPT \u2013 FB rasmi UPUTALIAN HOTLINE : 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774FAKS : 03 8870 6864ALAMAT EMEL\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]\nBahagian Kemasukan Pelajar IPTA\nJabatan Pendidikan Tinggi,\nKementerian Pengajian Tinggi\nAras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6\nPresint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan\n62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-tambahan/", "title": "STR Tambahan : Kadar Bantuan & Kategori Yang Berkelayakan", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa STR tambahan akan disalurkan kepada kategori yang berkelayakan.\nMenerusi pembentangan Belanjawan Madani 2023, terdapat beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\nPenambahan bantuan akan diberikan kepada kategori isi rumah dan miskin tegar. Sekaligus, ia bakal memberi manfaat yang lebih kepada golongan yang benar-benar terkesan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai STR tambahan secara lebih lanjut.\nApa Itu Sumbangan Tunai Rahmah?\nSumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu bentuk bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah.\nTerdapat beberapa kategori yang layak menerima STR seperti berikut :\ni. Isi Rumah\na) Berkahwin; atau\nb) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\nii. Warga Emas Tiada Pasangan\na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nb) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan\nc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\niii. Bujang\n\n\n\n\na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nb) Had umur adalah 21-59 tahun; dan\nc) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nNota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\nKategori Yang Layak Menerima STR Tambahan\nKadar STR tambahan berjumlah RM 600 akan diterima oleh golongan isi rumah yang berkelayakan dan telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.\nKadar tambahan ini terhad kepada golongan berikut :\n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan\nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.\n\n\nSemakan eKasih Untuk Penerimaan STR Tambahan\nUntuk menyemak kelayakan bagi penerimaan STR Tambahan, pemohon boleh lakukannya secara online menerusi pautan eKasih. \n\nBentuk Bantuan & Kaedah Penyaluran\nUntuk makluman, sumbangan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar bagi barangan makanan asas bernilai RM 100 bagi tempoh 6 bulan (jumlah RM600 secara keseluruhannya).\nIni bermakna, penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar layak untuk menerima bayaran maksimum bernilai RM 3,100 dalam bentuk bantuan kewangan, bakul makanan serta baucar makanan.\nTarikh Pemberian STR Tambahan\nBantuan tambahan ini akan mula diagihkan pada bulan Julai hingga Disember 2023.\nAnda boleh rujuk jadual berikut :\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan STR Tambahan, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pasca-siswazah-kursi-sheikh-othman-sarawak/", "title": "Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, satu tawaran tajaan biasiswa untuk pasca-siswazah daripada urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi\u00a0SEORANG (1) CALON\u00a0peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.\nMereka yang layak, akan menerima tajaan biasiswa ini\u00a0selama 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian.\u00a0\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai 2022. Cara permohonan dan info mengenai tawaran ini, adalah seperti di bawah\nApa Itu Biasiswa Pasca \u2013Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak\n\nBiasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 2022. Biasiswa ini ditawarkan oleh Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan masyarakat Islam Sarawak\nTujuan biasiswa ini adalah untuk membiayai SEORANG (1) calon pasca- siswazah peringkat Sarjana dalam bidang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di Sarawak\nBidang Penyelidikan\nBidang penyelidikan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni.\u00a0 Ekonomi Digital Negeri Sarawak;ii. Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak;iii. Pertanian Moden \u00a0 \u00a0iv. Perusahaan Kecil & Sederhana\nSyarat-Syarat Permohonan\nUntuk memohon biasiswa ini, pelajar perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut;\nSyarat-Syarat Asas\nBiasiswa ini terbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.Calon yang berjaya mesti mengikuti pengajian di UKM secara SEPENUH MASA dan MOD PENYELIDIKAN (Full Research).\nSyarat Khusus (Akademik)\nCalon memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertamaCalon dikehendaki untuk melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan\nKriteria Pemilihan\nCalon yang layak dan memenuhi syarat umum dan khusus akan ditemuduga oleh panel penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.\nPemilihan akan dilakukan dengan mengambil kira prestasi semasa\u00a0 temuduga, potensi calon dan cadangan proposal kajian yang akan dilaksanakan.\nPerakuan daripada panel\u00a0\u00a0 penilai\u00a0 akan\u00a0\u00a0\u00a0 dimajukan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 ke\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kursi untuk tujuan kelulusan.\nKeputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kursi adalah muktamad.\nCalon Yang Tidak Layak Memohon\nPemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.Pemohon yang telah bekerja tetapi tiada surat pelepasan/kelulusan daripada majikan.\nKadar Biasiswa\nBiasiwa mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup.Untuk semester pertama, peruntukan sebanyak RM 10,770.00 merangkumi seperti berikut:RM 5,370.00 (Yuran semester pertama).Rm 5,400.00 (Elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk TIGA (3) bulan pertama).\nTempoh Penajaan Biasiswa\nCalon yang berjaya akan ditaja SELAMA 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian.\nDokumen Yang diperlukan\nSegala dokumen hendaklah disertakan di dalam permohonan tersebut, iaitu:\nResume PemohonSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Sijil Kelahiran PemohonSalinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Salinan Sijil Ijazah SarjanamudaSalinan Transkrip Ijazah SarjanamudaSalinan Surat Tawaran Pengajian ke UKMCadangan Proposal Penyelidikan\nSILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil mestilah disahkan terlebih dahulu.\nKakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa sama ada bergaji penuh atau separuh gaji.\n\n\n\n\nSebarang pindaan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa dan elektronik.\nSemakan Keputusan \nMana-mana permohonan yang tidak mendapat maklum balas dan panggilan daripada pihak Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak dalam tempoh\u00a0 SATU (1) BULAN selepas tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak. Anda boleh hubungi Pejabat Urusetia di alamat seperti berikut ;\nURUSETIA KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA\n43600 UKM BANGI SELANGOR\nNO. TEL: 03-89215622\nNO. FAKS: 03-89213185\nEMEL: [email\u00a0protected]\nLAMAN SESAWANG: www.ukm.my/kursisos\nBaca juga ;\nPermohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Tunku Abdul Rahman 2022/2023\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-rumah-pertamaku/", "title": "Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 Tanpa Deposit", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 membolehkan anda memiliki rumah pertama tanpa deposit. Untuk semakan kelayakan dan cara permohonan, anda boleh semak maklumat seperti maklumat di bawah.\nMenerusi skim ini, anda boleh ;\nMemiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluanMendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibatPinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad\nApa Itu Skim Rumah Pertamaku\n\n\nSkim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.\nBaca juga : Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap\nSyarat Kelayakan\nPemohon Yang Layak\nWarganegara MalaysiaPembeli rumah pertamaPekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiriPemohon individu atau bersamaPendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersamaTiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepasPembiayaan sehingga 110%*\n* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang mendapat isi rumah \u2264RM5,000 + membeli harta tanah \u2264RM300,000\nHarta Yang Layak\nHarta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam MalaysiaNilai maksimum hartanah RM500,000Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)\nKeperluan Pembiayaan\nTempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaanPembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)Insurans/takaful kebakaran diwajibkanUntuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di\u00a0https://power.akpk.org.my/Tempoh moratorium selama 5 tahun\nCara Memohon\n Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.\n Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.\nSediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.\nHantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.\nBaca juga : Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah LPPB\n\n\n\n\nSenarai Bank Yang Mengambil Bahagian\nAffin BankAffin Islamic BankAlliance BankAlliance Islamic BankAmBankAmBank IslamicBank IslamBank MuamalatBank of ChinaCIMB BankCIMB Islamic BankHong Leong BankHong Leong Islamic BankMaybankMaybank IslamicMBSB BankOCBC Al-Amln BankOCBC BankPublic BankPublic Islamic BankRHB BankRHB Islamic BankStandard Chartered BankStandard Chartered Saadiq BankUnited Overseas Bank\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Skim Rumah Pertamaku, anda boleh hubungi ;\nAlamat\nCagamas SRPALevel 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur\nTelefon : +603-2262 1800\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.srp.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-minyak-masak/", "title": "Harga Minyak Masak Terkini 2023 Untuk 1Kg, 3Kg, 5Kg", "body": ["\n\n", "\nSenarai Harga minyak Masak Terkini 1KG, 3KG, 5KG Tahun 2023 Termasuk Minyak Masak Paket (Bersubsidi) Bagi Tarikh Kemaskini 8 Mac 2023 hingga 7 April 2023\nMinyak masak adalah bahan penting dalam masakan Malaysia. \nIa digunakan dalam segala-galanya daripada tumis hingga snek yang digoreng, dan harganya boleh memberi kesan yang ketara kepada kos sara hidup. \nSelama bertahun-tahun, harga minyak masak di Malaysia telah berubah-ubah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kos pengeluaran, dasar kerajaan, dan trend pasaran antarabangsa.\n\nHarga Minyak Masak Terkini\nHarga Runcit Maksimum yang ditetapkan oleh KPDNKK mulai 8 Mac 2023 \u2013 7 April 2023 ialah ;\nMinyak tulen kemasan botol bagi ; \n\n1 kg (RM 6.90), \n2 kg (13.30) \n3kg (19.60) \n5 kg (30.90). \n\nHarga Minyak Masak Paket Bersubsidi (Polibeg)\n\nManakala harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50\nBaca juga : Harga Minyak Terkini Malaysia RON 97,RON 95,Diesel\nHarga Minyak Masak di Malaysia\nKerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak Kelapa Sawit tulen untuk tempoh mulai 8 Mac 2023 hingga 7 April 2023. Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.\nIni adalah untuk menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.\nPada awal tahun 2000-an, harga di Malaysia agak stabil. Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), harga purata minyak sawit mentah, yang merupakan bahan utama yang digunakan dalam pengeluaran minyak masak, adalah sekitar RM1,500 setan pada tahun 2001. Bagaimanapun, harga mula meningkat dalam tahun-tahun berikutnya, mencapai kemuncak RM4,486 setan pada tahun 2008. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan permintaan minyak sawit di China dan India, yang mendorong kenaikan harga global.\nFaktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Masak\n\n\n\n\nSelain daripada permintaan global dan campur tangan kerajaan, terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi harga di Malaysia. Ini termasuk:\nKeadaan cuaca: Corak cuaca boleh memberi kesan kepada pengeluaran minyak sawit. Jika berlaku kemarau atau banjir misalnya, ia boleh menyebabkan kekurangan minyak sawit dan menaikkan harga.\nKadar pertukaran mata wang: Eksport minyak sawit Malaysia sebahagian besarnya didenominasikan dalam dolar AS. Oleh itu, perubahan dalam kadar pertukaran boleh menjejaskan harga minyak sawit dan akhirnya\nKos pengangkutan: Kos pengangkutan minyak sawit mentah dari ladang ke kilang penapisan dan kemudian ke kedai runcit juga boleh memberi kesan kepada harga minyak masak.\nKos pengeluaran: Kos pengeluaran minyak sawit juga boleh memberi kesan kepada harga minyak masak. Sebagai contoh, jika terdapat kekurangan tenaga buruh atau baja, ia boleh meningkatkan kos pengeluaran dan menaikkan harga.\nTingkah laku pengguna: Tingkah laku pengguna juga boleh menjejaskan harga minyak masak. Sebagai contoh, jika terdapat lonjakan permintaan mendadak untuk jenama atau jenis minyak masak tertentu, ia boleh menyebabkan kekurangan dan menaikkan harga.\nTinjauan masa depan: Memandang ke hadapan, masa depan harga minyak masak di Malaysia tidak menentu. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk menstabilkan harga, faktor seperti permintaan global dan keadaan cuaca masih boleh menyebabkan turun naik dalam pasaran. Selain itu, peningkatan kesedaran tentang risiko kesihatan yang dikaitkan dengan jenis minyak masak tertentu juga boleh menjejaskan pilihan dan permintaan pengguna.\nInsiatif Kerajaan Menangani Isu Minyak Masak Naik\nTurun naik harga minyak masak di Malaysia telah memberi kesan yang besar kepada pengguna. Apabila harga meningkat, isi rumah berpendapatan rendah amat terjejas kerana minyak masak adalah keperluan asas. Sesetengah pengguna menggunakan minyak yang lebih murah dan berkualiti rendah, yang boleh membawa implikasi kesihatan. Tambahan pula, perniagaan makanan kecil, seperti penjaja dan gerai makanan, mungkin bergelut untuk menyerap kos yang meningkat dan mungkin perlu menyampaikannya kepada pengguna, yang membawa kepada harga makanan yang lebih tinggi.\nBagi mengurangkan kesan kenaikan ini kepada pengguna, kerajaan Malaysia melaksanakan pelbagai langkah. Sebagai contoh, pada tahun 2008, kerajaan menurunkan cukai import minyak sawit mentah kepada sifar untuk mengurangkan kos pengeluaran dan menstabilkan harga. Selain itu, kerajaan memperkenalkan skim penstabilan harga minyak masak pada 2009, yang melibatkan penjualan pada harga tetap RM2.50 sekilogram melalui kedai runcit terpilih. Skim ini bertujuan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah mendapat akses kepada minyak masak mampu milik.\nWalaupun campur tangan kerajaan telah membantu menstabilkan harga, pengguna dan perniagaan makanan kecil masih terdedah kepada kesan kenaikan harga. Adalah penting untuk memantau pasaran minyak masak dengan teliti untuk memastikan ianya mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.\nMana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalty, bagi individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan; syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.\nKPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit bagi minyak sawit tulen di pasaran secara rasmi Kementerian.\nMaklumat Lanjut\nUntuk melaporkan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP\u00a0melalui:\n\nTalian bebas tol (1-800-886-800)\nSistem e-Aduan:\u00a0http://e-aduan.kpdnhep.gov.my\nWhatsapp\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/delima-2-0/", "title": "DELIMa 2.0 : Login Digital Educational Learning Initiative Malaysia", "body": ["\n\n", "\nDELIMa 2.0 merupakan penjenamaan semula kepada MOE Digital Learning yang sedia ada. Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa 2.0) merupakan pelantar bagi semua keperluan pendidikan.\nMelalui DELIMa 2.0 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan sumber, panduan dan maklumat untuk murid, guru dan ibu bapa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu supaya tiada murid yang ketinggalan.\nPengenalan DELIMa 2.0\n\n\nTaklimat DELIMa 2.0 Jabatan Pendidikan Negeri Perak\nSecara ringkasnya DELIMa 2.0 adalah ;\n\nPelantar pembelajaran digital KPM\nMengupaya semua sekolah di bawah kpm menjadi sebahagian ekosistem pembelajaran digital mulai tahun 2019\nBoleh diakses merentasi semua sekolah dan tahap dengan satu id\nPerisian percuma di bawah lesen pendidikan\u00a0 khas untuk semua murid dan guru\nGerbang kepada pelbagai kandungan yang dibangunkan dan dikongsikan oleh guru dan murid seluruh negara\n\nKelebihan Delima\n\nAkses ke kelas dalam talian\nMuat turun buku teks digital\nMenggunakan pelbagai alat berkomunikasi dengan guru dan murid lain\nMenggunakan id yang sama dari sekolah rendah hingga ke peringkat matrikulasi\nBerkongsi dan muat turun pelbagai bahan pembelajaran\n\nCara Login DELIMa 2.0\nUntuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:\n\n\nLayari portal\u00a0https://d2.delima.edu.my\nTandakan (/) pada kotak \u2018Accept Terms & Conditions\u2019\nKlik butang \u2018Click Here To Login\u2019\nMasukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.\n\nPaparan DASHBORD DELIMa 2.0 Guru\n\nSelepas sahaja berjaya login, untuk guru anda sepatutnya akan melihat paparan DASHBORD berikut Pengalaman Baharu (Guru) dalam lampiran di bawah ;\n\nGambar guru, nama guru, nama sekolah\nRuang carian\nRuang utama\nPautan ke perkhidmatan dalam talian KPM\nPilihan bahasa\nSentimen diri\nMode dark / light\nRuang Pembangunan Profesional\nRuang Pengajaran Saya\nButton pilihan ruang pengajaran\nRuang Pengumuman\nRuang aktiviti pengajaran (Google Classroom)\nRuang pertanyaan (Chatbot)\n\nPaparan DASHBORD DELIMA 2.0 (Murid)\n\n\n\n\n\nSelepas sahaja berjaya login, untuk guru anda sepatutnya akan melihat paparan DASHBORD berikut Pengalaman Baharu (Murid) dalam lampiran di bawah ;\n\nGambar murid, Nama murid, Nama sekolah\nDIGITAL ME \u2013 Digital badges yang diperolehi oleh murid\nRuang Carian\nRuang Utama\nPautan ke perkhidmatan dalam talian KPM\nPilihan Bahasa\nSentimen diri\nMode dark / light\nRuang Pengumuman\nRuang Pembelajaran Saya\nButton pilihan ruang pembelajaran\nRuang Tugasan (Gdrive)\nRuang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)\nRuang pertanyaan (Chatbot)\n\nPoster DELIMa\nBagi tujuan promosi dan pembelajaran, KPM dan JPN turut membuat promosi pertandingan mencipta poster -poster DELIMa 2.0 di peringkat sekolah-sekolah sebagai pendedahan \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari https://delima.moe-dl.edu.my/\nJika ada pertanyaantentang ID \u2013Admin Sekolah/ PPD / JPN sahaja yang boleh hubungi Admin KPM melalui email [email\u00a0protected](helpdesk DELIMa)\nGangguan kelas dalam talian\u2013hubungi helpdesk DELIMA KPM dengan kadar segera\nBaca juga : APDM : Aplikasi Pangkalan Data Murid & E-Kehadiran (KPM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-bantuan-kewangan-yayasan-kuok-berhad-2022/", "title": "Biasiswa Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad untuk Universiti Awam Malaysia 2022 telah dibuka. Bagi warganegara Malaysia yang sedang memohon atau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa untuk sesi akademik tahun 2022/2023 adalah di pelawa untuk memohon biasiswa ini.\nBiasiswa\u00a0 \u00a0ini adalah untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik, penglibatan ko-kurikulum dan kemahiran komunikasi yang baik.\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad\n\nYayasan Kuok ialah sebuah institusi amal tidak menguntungkan yang diperbadankan pada 1 Jun 1970 oleh keluarga Kuok di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 sebagai sebuah syarikat berhad melalui jaminan dan tidak mempunyai modal saham.\nBaca juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)\nIa ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia. Keluarga Kuok amat percaya dengan tanggungjawab sosialnya untuk berkongsi kekayaan dan nasib baik dengan golongan kurang bernasib baik.\n\u00a0\nKeluarga Kuok memulakan perniagaan di Johor Bahru, Malaysia sebagai Kuok Brothers Limited pada tahun 1949, berniaga beras, gula dan tepung gandum.\u00a0Aktiviti perniagaan keluarga itu berkembang pada tahun 1953 dengan pembukaan cawangan Singapura bernama Kuok (Singapore) Limited.\u00a0Dari permulaan yang sederhana ini, Kumpulan Syarikat Kuok telah berkembang menjadi salah satu konglomerat multinasional yang paling pelbagai dan dinamik di Asia.\n\u00a0\n\n\n\n\nSenarai Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok\nTerdapat 5 jenis biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad bagi pelajar Universiti Awam yang berkelayakan ;\n\nBiasiswa Kuok Keng Kang\n\n\nNilai: RM15,000 setahun\n\n\nBiasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing di Universiti Putra Malaysia\n\n\nNilai: RM15,000 setahun\n\n\nBiasiswa Kuok Khoon Hong\n\n\nNilai: RM15,000 setahun\n\n\nBiasiswa Wilmar\n\n\nNilai: RM15,000 setahun\n\n\nAnugerah Pinjaman-Geran Yayasan Kuok\n\n\nNilai: RM13,000 \u2013 RM15,000 setahun (bergantung kepada kursus yang dijalankan)\n\n\u00a0\nUntuk Anugerah Pemberian Pinjaman KF: bahagian pinjaman adalah tanpa faedah dan perlu dibayar balik secara ansuran bulanan selepas tamat pengajian.\nTiada Bon Perkhidmatan dikenakan kepada semua anugerah\nTempoh Anugerah: sehingga 5 tahun\n\u00a0\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 30 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 27 Jun 2022.\nSyarat Permohonan\n\nUntuk warganegara Malaysia sahaja.\nPelajar yang memerlukan berumur 25 tahun ke bawah.\nPelajar yang telah menamatkan STPM / Pra-Universiti / UEC / A-Level / Asasi / Matrikulasi Tempatan / Diploma.(Nota : kami menerima keputusan STPM Semester 1 & 2 bagi pemohon yang belum menerima keputusan rasmi keseluruhan STPM 2021/2022).\nPemohon hendaklah mempunyai pencapaian akademik yang baik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.\n\nCara Memohon\n\n\u00a0Daftar dan isi permohonan melalui pautan https://apply.kuokfoundation.org sebelum 27 Jun 2022\nCetak borang permohonan yang telah di isi\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan yang telah di cetak bersama dokumen yang di perlukan \u00a0ke alamat berikut ;KUOK FOUNDATION BERHAD\n(Bantuan Kewangan untuk Siswa 2022)\nLetter Box No. 110\n16th Floor UBN Tower\nNo. 10 Jalan P. Ramlee\n50250 Kuala Lumpur\nTarikh Tutup Penerimaan Dokumen : 04 Julai 2022\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan Kuok, sila layari laman web \u00a0https://kuokfoundation.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pinjaman-pengajian-kerajaan-negeri-sarawak-2022/", "title": "Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022 boleh di mohon mulai 1 Ogos \u2013 14 Ogos 2022. Permohonan hanya di buka selama 14 hari.\nSuruhanjaya Perkhimatan Awam\u00a0Negeri Sarawak, menawarkan pinjaman biasiswa kepada anak kelahiran Sarawak yang mengikuti pengajian di peringkat\u00a0Diploma\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik bagi Sesi 2022/2023.\nPelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.\nApakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022 (BPKNS)?\n\nBPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada peribumi Sarawak.\nTawaran Biasiswa BPKNS 2022\nBPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:-\nYuran PengajianElaun Sara HidupElaun PengangkutanElaun Buku, Pakaian dan lain-lain\nTarikh Permohonan Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022\nPermohonan BPKNS untuk pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat\u00a0Diploma\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik bagi Sesi 2022/2023 boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 \u2013 14 Ogos 2022\nSyarat Kelayakan\nPeribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;\u00a0Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian\u00a0secara sepenuh masa\u00a0di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;Terbuka kepada semua kursus pengajian\u00a0KECUALI PENDIDIKAN\u00a0dan\u00a0PERUBATAN\u00a0sahaja;Pelajar yang menerima tawaran BPKNS\u00a0WAJIB MEMBATALKAN\u00a0bantuan pendidikan yang\u00a0lain.\nJumlah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022\nJumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah\u00a0BERBEZA\u00a0mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.\u00a0 Sila rujuk jadual berikut:\n\nPelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya\nBayaran Balik Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak\nDimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan\u00a025% pinjaman\u00a0dan\u00a075% biasiswa.\u00a0\u00a0Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).\u00a0 Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran\u00a0100%\u00a0akan dikenakan.\nTempoh Bayaran Balik\u00a0\u00a0\nTempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).\nCara Mohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:\n\n\n\n\nSemua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web\u00a0https://escholarship.sarawak.gov.my.Wajib mendaftar akaun \u201cSarawak ID\u201d.Sila isi borang secara atas talian dengan lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam doumen dan sijil asal pemohon.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak 2022, anda boleh hubungi ;\nSURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK\nTINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK\nJALAN SATOK,\n93400, KUCHING, SARAWAK\nTEL: 082-236 325/ 544\nFAKS: 082-237 258 / 010\nWEB: http://psc.sarawak.gov.my\nBaca juga ;\nBiasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Tunku Abdul Rahman 2022/2023Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-vaksin-covid19-kanak-kanak/", "title": "Program Vaksin COVID19 Kanak-kanak Bakal Bermula Februari Ini", "body": ["\n\n", "\nProgram Vaksin COVID19 Kanak-kanak Bakal Bermula Februari Ini ~ Kepada ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia 5 hingga 11 tahun, sila ambil maklum perkara di bawah.\u00a0\nUntuk makluman, Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.\nProgram Vaksin COVID19 Kanak-kanak\nProgram Vaksin COVID19 kanak-kanak ini hanya melibatkan dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak bagi kategori umur 5-12 tahun setakat ini dan telah terbukti selamat dan berkesan.\nKeutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.\nManakala, sekiranya kanak-kanak mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui, pernah mengalami sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19 adalah tidak digalakkan.\u00a0\nDisamping itu, untuk makluman ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos uang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.\nUjian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.\n\n\n\n\nKesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.\nPemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.\n\nMaklumat Penting Mengenai Vaksin COVID19 Kanak-kanak\nDalam sebuah sidang media, Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah seperti berikut:\nVaksin COVID19 Yang Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun;\nCOMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection:\nMerupakan vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.\nCOMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection:\nMerupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2\u00b0C hingga 8\u00b0C setelah dinyahbeku.\nIndikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.\nUntuk makluman, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.\n\nSumber: Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-roti-gardenia-terkini/", "title": "Harga Roti Gardenia Terkini | Kenaikan Harga Bermula 1 Dis 2021", "body": ["\n\n", "\nHarga Roti Gardenia Terkini | Kenaikan Harga Bermula 1 Dis 2021 ~ Walaupun gaji minima masih lagi dalam kajian/perbincangan, harga barang-barang keperluan termasuklah makanan kian meningkat.\u00a0\nBermula 1 Disember ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia. Tular di media sosial, rakyat mulai bising ekoran kenaikan harga roti kegemaran ramai ini. Nilai kenaikan bermula dari 10 sen sehingga\u00a0 45 sen bergantung jenis roti.\nKenaikan ini berlaku kerana\u00a0 peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan juga kos pembungkusan.\nHal ini menyebabkan pihak Gardenia berada dalam keadaan sukar dan menyemak semua harga (price revision) untuk memastikan kelangsungan syarikat.\u00a0\nSejak pandemik Covid19, harga bahan mentah mulai naik dan memberi kesan yang besar kepada pihak Gardenia KL; bertahan untuk mengekalkan harga.\u00a0 Namun, peningkatan kos bahan mentah yang berbeza pada kali menyebabkan kenaikan harga berlaku.\u00a0\nProduk Gardenia Naik Harga Bermula 1 Disember\nKenaikan harga roti Gardenia ini melibatkan melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.\n\n\n\n\nAntara produk Gardenia yang terlibat ialah; rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.\nSebanyak 38 jenis produk roti Gardenia yang akan naik harga bermula 1 Disember ini. *berdasarkan senarai yang tular dimedia sosial.\u00a0\n\n\n\n\n\nSelain kenaikan harga roti Gardenia, kenaikan harga sayur-sayuran per kilogram juga turut memberi kesan kepada orang ramai memandangkan sayur merupakan antara sumber makanan harian yang penting. \n\nKenaikan harga berlaku diharapkan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan tampil dengan solusi yang terbaik demi kesejahteraan semua pihak. \nKenaikan gaji minima adalah antara perkara yang banyak disuarakan oleh rakyat terutamanya ketika kenaikan harga barang mula terasa. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/doa-pembuka-majlis/", "title": "Koleksi Doa Pembuka Majlis & Doa Selamat Ringkas", "body": ["\n\n", "\nDoa pembuka majlis telah menjadi pelengkap bagi memulakan sesuatu majlis atau acara.\nBacaan doa pembuka majlis ini sering dilazimkan dengan tujuan untuk memohon keberkatan serta dipermudahkan kelancaran sepanjang majlis berlangsung.\nKebiasaannya seorang Ustaz atau hadirin yang lebih berpengalaman dalam ilmu agama akan diberikan tanggungjawab untuk mengetuai bacaan doa ini. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai doa pembuka majlis.\nBaca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap \u00a0\nGalakan Membaca Doa Pembuka Majlis\nAmalan ini bukan sahaja sebahagian daripada kelaziman dalam aktiviti bermasyarakat, malah ia juga merupakan satu ibadah yang sangat dituntut.\nImam An-Nawawi Rahimahullah Ta\u2019ala menyatakan bahawa punca sesuatu majlis terasa kosong adalah kerana lalai daripada mengingati Allah SWT. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :\n\u201cTiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.\u201d \u2013 (Hadis riwayat Abu Daud)\nBacaan doa pembuka majlis atau doa selamat tidak semestinya perlu dibaca 100% dalam Bahasa Arab. \nSebaliknya, ia boleh dicampurkan dengan bacaan doa dalam Bahasa Melayu asalkan kandungannya mudah difahami dan mempunyai maksud yang baik.\nKoleksi Doa Pembuka Majlis\nBerikut dikongsikan beberapa doa pembuka majlis yang anda boleh bacakan untuk sempurnakan lagi majlis atau acara.\nDoa Pembuka Majlis 1\n\nYa Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.\nSemoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,\nEngkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.\nYa Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. \n\n\n\n\nPimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. \nAnugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami\nDoa Pembuka Majlis 2\n\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0631\u062d\u064a\u0645\n\u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646 \u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0641\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646 \u060c\n\u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0635\u0652\u062d\u064e\u0627\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u0646\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0622\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u064f\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0635\u0652\u062d\u064e\u0627\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\n\u00a0\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\nYa Allah ya Tuhan kamiKami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari iniJadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMuSesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi\nYa Allah Ya Rahman Ya RahimKami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancarKami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya AllahKurniakanlah ilmu kepada kamiSinarilah hati-hati kami dengan hidayahMuSesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui\nYa Zal Jalali Wal IkramHadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangatKami memohon kepada Engkau Ya AllahBantulah kami dalam menghadapi segala cabaranRinganlah beban kamiSesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa\nBerikut dilampirkan pula koleksi doa yang boleh dibacakan dalam pelbagai ACARA RASMI :\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk panduan lengkap mengenai bacaan doa pembuka majlis dan doa selamat, sila rujuk informasi yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi pautan berikut : \nhttps://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/panduan-doa-rasmi.pdf\npanduan-doa-rasmiDownload\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-am-persekutuan/", "title": "Bantuan Am Persekutuan JKM 2023 \u2013 Permohonan & Syarat", "body": ["\n\n", "\nJKM Bantuan Am Persekutuan 2023 Permohonan Sehingga RM350 Sebulan Bagi Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan.\n\nMenerusi Bajet 2023, Bantuan Am Persekutuan, Perdana Menteri telah memaklumkan megenai bantua am persekutuan yang akan dikendalikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat\nKerajaan amat peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan. Sehubungan itu , Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup\nApa Itu Bantuan Am Persekutuan (BA)\n\nBantuan Am Persekutuan, merupakan bantuan tunai RM100 hingga RM350 sebulan yang dibeikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti\nBaca juga : Senarai Bantuan JKM\nKadar Bantuan\nSetiap permohonan yang layak, akan menerima minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. \nSyarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nUntuk memohon, individu atau keluarga yang memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut ;\n\nWarganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan\nPendapatan isi rumah tidak melebihi:\n\nPendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau\nPGK purata miskin Per Kapita Semasa\n\n\nGolongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain\n\nCara Permohonan Bantuan Am Persekutuan \nBagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.\nBerikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:\n\nDapatkan borang permohonan dengan cara muat turun borang permohonan\nLengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut\nHantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan berhampiran anda.\n\nJKM-18-BORANG-PERMOHONAN-BANTUAN4Download\nSenarai dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohan ;\n\nSalinan Kad Pengenalan diri pemohon\nSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama\nSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama\nSalinan penyata gaji (jika ada), dan lmana-mana dokumen yang berkaitan.\n\nMaklumat Lanjut \nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:\n\nPejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nPejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan\nPejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh tutup permohonan? Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun Berapakah kadar batuan yang akan diterima Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. Bagi negeri-negeri yang bukan di bawah wilayah persekutuan kadar bantuan mungkin berbeza mengikut negeri masing-masing \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-perdana-menteri-malaysia/", "title": "Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama Sehingga Kini", "body": ["\n\n", "\nBiodata Perdana Menteri Malaysia\nMalaysia telah menyaksikan pemerintahan daripada 10 Perdana Menteri sejak mencapai kemerdekaan. \nMasih ingatkah anda tentang sumbangan dan gelaran terkenal ketika mereka menyandang jawatan tersebut? \nJom kita semak biodata Perdana Menteri Malaysia serta informasi ringkas bagi setiap tokoh. \nBaca Juga : Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10\nBiodata Perdana Menteri Malaysia\nTunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama)\nTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengetuai rombongan ke London pada tahun 1956 bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.\nRundingan tersebut membuahkan Perjanjian London dan sekaligus memerdekakan Tanah Melayu pada Ogos 1957.\nPada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Jalur Gemilang. \nTunku Abdul Rahman kemudiannya melaungkan \u2018Merdeka\u2019 sebanyak 7 kali dan disambut dengan penuh semangat oleh ribuan rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka.\nDigelar sebagai Bapa Kemerdekaan, beliau juga secara rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.\n\nBiodata Tunku Abdul Rahman\nNama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah\nTarikh Lahir : 8 Februari 1903\nTempat Lahir : Alor Setar Kedah\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sejarah Universiti Cambridge\nTempoh Perkhidmatan : 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970\nTun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2)\nTerkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan Tun Haji Abdul Razak bin Dato\u2019 Hussein merupakan Perdana Menteri Kedua Malaysia. Gelaran tersebut diberikan kerana jasa dan sumbangannya yang mendorong kepada pembangunan dalam negara.\nBeliau turut menyertai rombongan ke London bersama-sama Tunku Abdul Rahman. \nSetelah negara mencapai kemerdekaan, beliau mula berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama lebih 13 tahun.\nBeliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Barisan Nasional, gabungan parti politik yang memegang pentadbiran negara selama berpuluh tahun sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.\n\nBiodata Tun Abdul Razak\nNama : Tun Haji Abdul Razak bin Dato\u2019 Hussein\nTarikh Lahir : 11 Mac 1922\nTempat Lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang\nPendidikan : Pengajian Undang-Undang, Lincoln\u2019s Inn of Court\nTempoh Perkhidmatan : September 1970 hingga Januari 1976 (meninggal dunia)\nTun Hussein Onn (Perdana Menteri Ke-3)\nBeliau merupakan anak sulung Datuk Onn Ja\u2019afar iaitu pengasas UMNO. Tun Hussein Onn terkenal sebagai Bapa Perpaduan kerana jasa beliau dalam memupuk semangat perpaduan kaum dan tegas dalam membanteras mana-mana pihak yang ingin membangkitkan isu krisis perkauman.\nSebelum menjadi Perdana Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri. \nBeliau juga pernah menggalas jawatan penting dalam UMNO antaranya Setiausaha Agung, Timbalan Presiden dan Presiden.\n\nBiodata Tun Hussein Onn\nNama : Tun Hussein bin Dato\u2019 Onn\nTarikh Lahir : 12 Februari 1922\nTempat Lahir : Johor Bahru, Johor\nPendidikan : Ijazah Undang-Undang, Lincoln\u2019s Inn, London\nTempoh Perkhidmatan : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981\nTun Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-4& 7)\nTun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7.\u00a0 Beliau juga merupakan seorang pengarang, doktor, negarawan dan ahli politik yang cukup berpengaruh dalam negara.\u00a0\nBeliau telah digelar sebagai \u2018Bapa Pemodenan Malaysia\u2019 kerana telah membawa banyak perubahan kepada rakyat dan mengatur pelbagai perubahan demi kehidupan rakyat yang lebih baik pada masa hadapan.\nTun Dr Mahatir menggalas jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1965 sehinggalah beliau disingkirkan dari parti pada 26 September 1965 kerana lantang mengkritik pucuk pimpinan UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu.\nMenyandang jawatan sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang dilantik dua kali, beliau juga merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini.\nKetika waktu peletakan jawatannya pada 2020, beliau juga adalah pemimpin negara yang paling lama berkhidmat dalam dunia.\n\nBiodata Tun Dr Mahathir Mohamad\nNama : Tun Dr Mahathir bin Haji Mohamad\nTarikh Lahir : 20 Disember 1925\nTempat Lahir : Alor Setar, Kedah\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Universiti Malaya, Singapura)\nTempoh Perkhidmatan : Julai 1981 hingga Oktober 2003, Mei 2018 hingga Mac 2020\nIsteri : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali\nAnak : 7 orang (Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar)\nTun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ke-5)\nMesra dengan panggilan Pak Lah, Tun Abdullah Badawi mula menceburkan diri apabila berjaya memenangi pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978. \nPada tahun 1999, Tun Mahathir melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.\nPerdana Menteri yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan ini juga turut melancarkan program Islam Hadhari iaitu pimpinan berasaskan Islam daripada Al-Quran.\n\n\n\n\nObjektif Islam Hadhari adalah untuk melahirkan individu dan masyarkat yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual,inovatif dan berdaya saing.\n\nBiodata Tun Abdullah Ahmad Badawi\nNama : Tun Abdullah Ahmad Badawi\nTarikh Lahir : 26 November 1938\nTempat Lahir : Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Malaya\nTempoh Perkhidmatan : 31 Oktober 2003 hingga Mac 2009\nDato\u2019 Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ke-6)\nPenglibatan Perdana Menteri ke-6 ini dalam dunia politik bermula selepas ayahandanya meninggal dunia pada tahun 1976.\nSelain menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan seperti Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan, Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.\nNajib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 sehinggalah tewas secara rasmi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.\nDato\u2019 Sri Najib digelar sebagai Bapa Transformasi kerana kepimpinan transformasi beliau kepada negara. \u00a0\n\nBiodata Dato\u2019 Sri Mohd Najib Abdul Razak\nNama : Dato\u2019 Sri Mohd Najib Abdul Razak\nTarikh Lahir : 23 Julai 1953\nTempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England\nTempoh Perkhidmatan : 3 April 2009 \u2013 9 Mei 2018\nTan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ke-8)\nTan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah gemelut politik dan berkhidmat hanya selama 17 bulan bermula iaitu bermula pada 18 Mac 2020 sehingga Ogos 2021 apabila hilang sokongan di parlimen.\nSemasa pemerintahan beliau, Tan Sri Muhyiddin memacu inisiatif daripada Kementerian Pertahan dan Kementerian Kesihatan sebagai usaha memerangi wabak Covid-19 yang sedang mengganas bermula Mac 2020.\nBeliau juga turut memperkenalkan beberapa pakej rangsangan untuk memperkasakan rakyat, merangsang perniagaan serta merancakkan ekonomi yang terjejas akibat wabak tersebut.\n\nBiodata Tan Sri Muhyiddin Yassin \nNama : Muhyiddin bin Mohd. Yassin\nTarikh Lahir : 15 Mei 1947\nTempat Lahir : Muar, Johor\nPendidikan : Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu Universiti Malaya\nTempoh Perkhidmatan :\nDato\u2019 Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri ke-9)\nDato\u2019 Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.\nSebelum bergelar Perdana Menteri, beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Timbalan Perdana Menteri.\nBeliau juga berjaya mempertahan kerusi Parlimen Bera sejak tahun 2004 sehingga kini. \nNamun, tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri tidak lama apabila parti Barisan Nasional tidak memegang kerusi majoriti dalam parlimen di Pilihan Raya Umum ke-15.\n\nBiodata Dato\u2019 Seri Ismail Sabri Yaakob\nNama : Dato\u2019 Seri Ismail Sabri Yaakob\nTarikh Lahir : 18 Januari 1960\nTempat Lahir : Temerloh, Pahang\nPendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya\nIsteri : Datin Seri Muhaini Zainal Abidin\nAnak : 4 orang (Nina Sabrina, Gadaffi, Nashriq, Iqbal)\nTempoh Perkhidmatan : 21 Ogos 2021- 24 November 2022\nDatuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri ke-10)\nSelepas 24 tahun melibatkan diri dalam arena politik negara, Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas gabungan pimpinannya berjaya mendapat undi dan kerusi Parlimen tertinggi dalam PRU 15.\nSebagai Perdana Menteri yang terbaharu, kini ramai yang menantikan pembaharuan yang bakal dibawa oleh Anwar. \nPada 19 Januari 2023, beliau telah mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar dalam memartabatkan semula Malaysia sebagai negara makmur dan dihormati.\n\nBiodata Datuk Seri Anwar Ibrahim\nNama : Datuk Seri Anwar Ibrahim\nTarikh Lahir : 10 Ogos 1947\nTempat Lahir : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang\nPendidikan : Pengajian Melayu Sastera, Universiti Malaya\nIsteri : Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail\nAnak : 6 orang (Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana)\nTempoh Perkhidmatan : 24 November 2022 \u2013 sekarang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-khas-zakat-pulau-pinang/", "title": "Skim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang Untuk Pemilik Bengkel", "body": ["\n\n", "\nTerkini skim bantuan khas zakat pulau pinang untuk pemilik \u2013pemilik bengkel yang beroperasi di negeri pulau pinang dibuka bermula 8 Ogos 2022 \u2013 22 Ogos 2022.\nBagi pemilik bengkel yang menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan keluarga dan memerlukan bantuan.\n\u00a0Pusat \u00a0Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau\u00a0Pinang (MAINPP) mempelawa anda untuk memohon Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP.\nBantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini diberikan kepada pemilik bengkel yang layak dan beroperasi atau bermastautin di negeri tersebut.\n\nTarikh Permohonan\n\nPermohonan dibuka bermula 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).\nSkim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang 2022 \u2013Senarai Pemilik Bengkel Yang Layak\nUntuk bantuan khas ini, senarai pemilik bengkel yang layak untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut ;\n.\nBengkel membaiki kereta/motorBengkel mengimpal/mengecatMembaiki barangan elektrik/elektronik/penghawa dinginBengkel besiBengkel perabot\n\nBaca juga : Permohonan Skim Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nPemilik bengkel atau pemohon perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut untuk melayakan permohonan anda di pertimbangkan ;\nPemastautin dan mempunyai premis/bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang.Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan PBT.Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022.Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga.\n\nCara Permohonan Dan Borang Permohonan\nDapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.\nNo.Alamat1Kaunter Perkhidmatan Zakat Balik Pulau No.32 A-G, Jalan Sungai Nipah, 11000 Balik Pulau2Kaunter\u00a0 Zakat Pulau Pinang Bayan Baru No.81, Tingkat Bawah, Persiaran Mahsuri, 1/3 sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas3Kaunter Perkhidmatan Zakat Georgetown No. 34, Lebuh Buckingham 10200 Georgetown4Kaunter Perkhidmatan zakat Nibong Tebal No. 40, Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Nibong Tebal5Kaunter Perkhidmatan zakat Buterworth No.65, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth6Kaunter Perkhidmatan Zakat Ayer Itam D/A Masjid Negeri Pulau Pinang Jalan Ayer Itam, 11500 Air Itam7Kaunter Perkhidmatan Zakat Kepala Batas No. 2102, Wisma Syeikh Abdullah Fahim, 13200 Kepala Batas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08Kaunter Zakat Bergerak\nWaktu Urusan:\nIsnin \u2013 Khamis: 8:00 pagi hingga 4:00 petangRehat: 1:00 petang hingga 2:00 petang\nJumaat: 8:00 pagi hingga 4:00 petangRehat: 12:15 tengahari hingga 2:45 petang\nSabtu & Ahad Tutup\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang untuk pemilik bengkel,anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/zakatpenang atau sila hubungi talian terus 011.2872.4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pismp-2023/", "title": "PISMP 2023 : \u00a0Permohonan IPG 2023/2024 Lepasan SPM (Fasa 2)", "body": ["\n\n", "\n2023 PISMP IPG Ambilan Kedua \u00a0Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi permohonan Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP) kini dibuka untuk calon lepasan SPM.\nUntuk makluman, program PISMP 2023 ini terbuka kepada warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar.\nBaca Juga : Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM\nTarikh Permohonan PISMP 2023\nIklan PISMP 2023 (Ambilan Kedua)\nPermohonan bagi program fasa 2 dibuka bermula 09 \u2013 12 Jun 2023.\nProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023\nProgram anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini diadakan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.\nPemohon yang berjaya akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.\nButiran bagi program PISMP adalah seperti berikut :\nCalon SPM Tahun 2020, 2021 dan 2022\n\nLaluan Perdana\nLaluan Khas\nAmbilan Khas\n\nMod Pengajian : Sepenuh Masa\nTempoh Pengajian : \n\n1 tahun persediaan \n4 tahun ijazah\n\nProgram Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan\nCalon SPM Tahun 2022\nMod Pengajian : Sepenuh Masa\nTempoh Pengajian :\n\n4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara\n1 tahun PDPP di IPG\n\nWarganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon.\nCalon SPM tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan peperiksaan sebenar.\nPermohonan PISMP 2023 Fasa 2\nPermohonan hanya boleh dibuat secara atas talian mulai 09 Jun 2023 dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut : \nhttps://pismp.moe.gov.my\n\n\n\n\nCalon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU ujian dan temuduga seperti berikut : \n\n Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)\n Temu duga secara dalam talian\nCalon juga diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.\n\nProsedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023\nSila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPG dalam penerangan di bawah:\ne-UKCG (Ujian Komputer) \n\ne-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).\n Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.\nCalon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.\nSekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.\n\nTemu Duga\n\nHanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.\nTemu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar Google Meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.\nSetiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.\nSatu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.\n\nUKF (Menilai Tahap Kecergasan dan Fizikal Calon) \n\nCalon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.\nRakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan \u2018Unlisted\u2019 sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. \nAdalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.\nHantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.\nSekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.\nPenyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.\n\nPemilihan\nCalon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF, skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM.\nSemua keputusan adalah muktamad.\nTawaran Bidang Pengkhususan\nPenawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.\nPerjanjian Pendidikan Guru\nCalon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.\nCalon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.\nTakwim Tarikh Penting PISMP 2023\n\nSemua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.\nBILAKTIVITITARIKH1Permohonan15 Mac \u2013 14 April 20232Permohonan Fasa 21 Jun \u2013 10 Jun 20233Pelaksanaan e-UKCG17-20 April 202326-28 April 20234e-UKCG Fasa 2 * Bagi calon yang memohon PISMP Fasa 2 dan yang belum menduduki e-UKCG Fasa 113 Jun 20235Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP1 \u2013 5 Jun 20236Semakan keputusan e-UKCG, Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temu duga secara bersemuka12 Jun 20237Pelaksanaan UKF dan temu duga secara bersemuka19 \u2013 22 Jun 2023 / 3-6 Julai 20238Keputusan permohonan pengajian ke IPG24 Julai 20239Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus6/7 Ogos 2023\n\nCatatan : \n\n\u00a0Sila cetak tarikh-tarikh penting ini untuk simpanan dan rujukan anda.\nTarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.\n\nNOTA PENTING : \n\nCalon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.\nCalon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.\n\nCalon Yang Tidak Layak Memohon\n\nCalon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.\nCalon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.\nCalon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.\nCalon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai PISMP 2023 serta permohonan kemasukan ke IPG 2023 lepasan SPM secara atas talian, sila rujuk pautan berikut:\n\nLAMAN RASMI PISMP\nMAKLUMAT PROGRAM\nMAKLUMAT\u00a0PERMOHONAN\nMAKLUMAT PENTING\nBIDANG PENGKHUSUSAN\u00a0DITAWARKAN\nKALENDAR AKTIVITI\nSOALAN LAZIM (FAQ)\n\nUntuk sebarang pertanyaa, pemohon boleh berhubung melalui butiran seperti berikut : \nINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 1 \u2013 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 163000 CYBERJAYA, SELANGOR\n(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760\nLaman Facebook\u00a0Rasmi : Institut Pendidikan Guru KPM \u2013 Rasmi.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mendaftar-vaksin-dos-penggalak-booster/", "title": "Cara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / \u2018Walk-In\u2019", "body": ["\n\n", "\nCara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / \u2018Walk-In\u2019 ~ Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), agihan dos penggalak (booster) vaksin telah dimulakan.\u00a0\nIni juga merupakan satu berita baik kepada sesiapa yang merancang untuk menunaikan umrah, anda kini boleh memohon untuk menerima dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.\nSebelum menerima suntikan dos penggalak, pastikan anda;\nTidur dan makan secukupnyaSihat dan tiada gejalaPakai pakaian yang sesuaiPakai pelitup mukaBawa kad pengenalan atau dokumen diriBawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah mendapat dos lengkap**\nVaksin Dos Penggalak (Booster)\n\nKeberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan. Oleh sebab itu, pemberian dos penggalak dilaksanakan. Pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi & sosial.\nDos penggalak adalah untuk membantu anda meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Sekiranya anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda.\nLebih 900,000 dos penggalak telah diberikan setakat ini dengan kerjasama pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan @protecthealthco.\u00a0\nCara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tujuan Umrah\u00a0\n\nTerdapat satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera yang dibina khusus untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah. Ciri baharu ini adalah untuk memudahkan mereka yang berkenaan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.\u00a0\nBerikut ialah cara-cara mendaftar vaksin dos penggalak melalui MySejahtera untuk tujuan umrah;\u00a0\n1. Pergi ke \u2018Helpdesk\u2019 di aplikasi MySejahtera anda.\u00a0\n2. Klik \u2018Mula\u2019.\n3. Kemudian, pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak (PILIH: A)\n\n\n\n\n4. Seterusnya, (PILIH: G) dan isi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.\n5. Selesai.\u00a0\nAnda boleh klik pautan ini sekiranya perlukan cara-cara pendaftaran berbentuk video: https://twitter.com/JKJAVMY/status/1460458795025403907\nCara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Secara \u2018Walk-In\u2019\n\nBermula 22 November 2021, KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) juga boleh melakukan pendaftaran secara \u2018walk-in\u2019.\nKriteria untuk pendaftaran secara \u2018walk in\u2019 adalah:\nIndividu yang layak pemberian dos penggalakIndividu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temuIndividu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19Individu yang terlepas janji temu vaksinRemaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi\nManakala, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:\nPetugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;Individu berusia 40 tahun dan ke atas;Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;Keperluan ke luar negaraIbu mengandung\nSenarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan \u2018Walk-In\u2019\nUntuk mengetahui senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan \u2018walk in\u2019, sila rujuk senarai tersebut melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.\nSelain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.\n(Rujuk Kenyataan Rasmi KKM di bawah)\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-pelajar-uthm/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa", "body": ["\n\n", "\nTawaran Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan zakat pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 kini dibuka untuk permohonan.\nTawaran ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022\nTarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM \nUntuk makluman, bantuan zakat khas untuk pelajar UTHM ini dibuka bermula 15 Mac 2022 hingga 14 April 2022.\nJenis Bantuan Zakat Pelajar UTHM \nUntuk makluman, terdapat dua bentuk bantuan ditawarkan kepada pelajar UTHM iaitu :\nBantuan Sara Diri\nSyarat-Syarat Permohonan :\n1) Beragama Islam2) Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap3) Mod Pengajian Sepenuh Masa4) Terbuka kepada pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PhD5) Kategori B406) Pelajar aktif berdaftar7) Tapisan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAINJ dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti\n\nBantuan Yuran Pengajian\nSyarat-Syarat Permohonan :\n1) Beragama Islam2) Warganegara Malaysia3) Mod Pengajian Sepenuh Masa4) Terbuka kepada pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana sahaja5) Kategori B406) Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tajaannya disekat / tajaan tamat tempoh (lanjutan semester) / Gagal mendapatkan tajaan7) Tapisan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAINJ dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan mengisi borang Google docs melalui pautan berikut :\nPERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UTHM (SEMESTER 2 SESI 2021/2022) \n\nPanduan Mengisi Borang\n1) Segala butiran hendaklah diisi dengan TEPAT dan LENGKAP dengan menggunakan HURUF BESAR\n2) Pemohon hendaklah memuat naik dokumen sokongan seperti berikut:\n2.1) DOKUMEN WAJIB (BANTUAN SARA DIRI)\na) Salinan Kad Pengenalan\n b) Salinan Kad Matrik, SEKIRANYA tiada KAD Matrik pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran\nc) Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (WAJIB)\n\n\n\n\nd) Salinan keputusan peperiksaan semester terbaru\n2.2) DOKUMEN WAJIB (YURAN PENGAJIAN)\na) Salinan Kad Pengenalan\nb) Salinan Kad Matrik, SEKIRANYA tiada KAD Matrik pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran\nc) Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (WAJIB)\nd) Salinan keputusan peperiksaan semester terbaru\ne)Lain-lain bukti yang menyokong permohonan\n2.3) DOKUMEN TAMBAHAN (JIKA ADA)\na) Salinan Laporan Kesihatan/ Kad OKU (Jika Berkenaan)*\nb) Salinan Sijil Perakuan Perceraian ibubapa (Jika Berkenaan)*\nc) Salinan Sijil Kematian Ibubapa/ Penjaga (Jika Berkenaan)*\n3) Sekiranya pemohon GAGAL untuk memuat naik dokumen sokongan dan TIDAK LENGKAP, permohonan tidak akan diproses dan diklasifikasikan sebagai GAGAL\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila rujuk laman media sosial rasmi Pusat Islam UTHM (ZAKAT UTHM) atau hubungi salah satu talian berikut :\n011-392 46829 (Sdr Sarah Shahirah)\n011-275 33889 (Sdr Fadlin Afina)\n011-209 68761 (Sdr Syamimi)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-ibu-tunggal-2022-terengganu/", "title": "Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan ibu tunggal 2022 terengganu secara online di buka mulai 24 Ogos sehingga 3 September 2022 melalui ibantuan Terengganu. Bantuan ini terbuka kepasa semua wanita berstatus ibu tunggal pendapatan isi rumah di bawah RM2500. iBantuan terrenganu bantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut\nTarikh Permohonan iBantuan\nTempoh permohonan i-bantuan dibuka secara online dari 24 Ogos hingga 3 September 2022\n\nKadar Bantuan \nTunai RM150 one-off\nSyarat permohonan\nTerbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.Penerima bantuan i-Fitri TIDAK LAYAK memohon.Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2500 sebulan.Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.\nSyarat Ibantuan\nPemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.\nBagi yang belum mendaftar PRT20, berikut info untuk anda\nBorang PRT20 \u2013 Sistem Profil Rakyat Terengganu\nBorang PRT20 sangat perlu diisi oleh semua rakyat Terengganu.melalui PRT20, ia akan membantu kerajaan mewujudkan satu pengkalan data rakyat Terengganu.Tujuan PRT20 diwujudkan adalah untuk memudahkan kerajaan merancang agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan lebih berkesan dan menyeluruh.\nOleh itu, Semua rakyat Terengganu diseru untuk mengisi dan melengkapkan data Profil Rakyat Terengganu (PRT20)bagi mengelakkan sebarang keciciran maklumat serta memudahkan urusan kerajaan dalam pelbagai sektor pada masa depan\nCara Mengisi Borang PRT20\nUntuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN\n.\nBorang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu\nSila muat turun borang permohonan seperti dalam lampiran di bawah atau melalui pautan\u00a0https://ibantuan.terengganu.gov.my/\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan kepada\u00a0ibu tunggal\u00a0yang memerlukan bantuan one-off yang disediakan menerusi Bantuan Ibu Tunggal.\nBantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut\nCara Memohon Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu \nPermohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web\u00a0https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.Klik bahagian \u2018Daftar.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Klik butang \u2018Mohon\u2019 pada ruangan Bantuan Ibu Tunggal.Baca syarat permohonan dan klik butang \u2018Berikutnya.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.Klik butang \u2018Simpan dan Cetak.\u2019Lengkapkan lampiran yang diperlukan.\n\nMaklumat Lanjut\nSekinya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu , sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/piala-fa-2023/", "title": "Piala FA 2023 \u2013 Tarikh Jadual Perlawanan & Tiket", "body": ["\n\n", "\nPiala FA 2023, Tarikh Jadual Perlawanan dan Tiket. Aksi pusingan pertama Piala FA akan berlangsung pada 8 Mac ini.\nBerdasarkan undian yang telah dibuat aksi pertama, akan menemukan Perak FC vs Sri Pahang FC di Stadium Perak kick off bermula jam 08:00 malam. Diikuti dengan perlawanan pada hari yang sama diantara Kedah FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada jam 09:00 malam\nUndian yang berlangsung pada Jumaat 10 Februari lalu menyaksikan sebanyak 20 pasukan bertanding untuk edisi ke-32.\nSejarah Piala FA Malaysia\n\nMalaysia FA Cup, juga dikenali sebagai Piala FA Malaysia, ialah pertandingan bola sepak tahunan di Malaysia yang pertama kali diadakan pada tahun 1990. \nKejohanan ini terbuka kepada semua kelab di Malaysia, termasuk kelab yang bermain di peringkat tertinggi kanca bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia.Piala FA Malaysia diwujudkan untuk memberi peluang tambahan kepada kelab bola sepak Malaysia untuk bersaing dan memenangi piala. Persaingan ini adalah sama dalam format Piala FA Inggeris, dengan pasukan dari liga bawahan berpeluang untuk menentang mereka di peringkat teratas.\nPerlawanan akhir Piala FA Malaysia yang pertama diadakan pada 5 Mei 1990, antara Selangor dan Perak. Selangor muncul juara pertama kejohanan itu dengan memenangi perlawanan akhir dengan jaringan 1-0.Sejak itu, Piala FA Malaysia menjadi kejohanan yang dinanti-nantikan dalam bola sepak Malaysia. Ia telah dimenangi oleh pelbagai pasukan selama ini, termasuk Selangor, Pahang, Johor Darul Ta\u2019zim, Kedah, dan Kelantan.\nPada 2018, perlawanan akhir Piala FA Malaysia telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, di mana Pahang menewaskan Selangor pada perlawanan akhir dengan jaringan 2-0. Perlawanan akhir itu dihadiri lebih 85,000 peminat, menjadikannya salah satu acara sukan yang paling banyak ditonton di Malaysia pada tahun itu.\nSalah satu perlawanan akhir Piala FA Malaysia yang paling diingati diadakan pada 2013, apabila Kelantan menentang Johor Darul Ta\u2019zim. Kelantan memenangi perlawanan akhir dengan jaringan 1-0, dengan gol kemenangan dijaringkan pada saat akhir perlawanan. Perlawanan itu secara meluas dianggap sebagai salah satu perlawanan akhir Piala FA Malaysia yang paling dramatik pernah dimainkan.\nPiala FA Malaysia juga telah menyediakan platform untuk pasukan liga bawahan mempamerkan bakat mereka dan bersaing dengan pasukan di peringkat teratas. Pada 2016, Felda United, pasukan divisyen dua bola sepak Malaysia, mara ke final kejohanan itu tetapi tewas kepada Kedah dengan jaringan 3-2.\nSenarai Pasukan Bertanding\nSelain penyertaan 14 pasukan Liga Super, sebanyak 6 pasukan Liga M3 iaitu Imigresen FC, Kuala Kangsar BRM FC, Manjung City FC, Melaka FC, PIB Shah Alam FC dan Sains FC juga akan menyertai Piala FA. pertandingan musim ini. Undian kedudukan pasukan untuk pusingan pertama hanya melibatkan tiga pasukan terakhir Liga Super 2022 (Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC) selain tiga pasukan terakhir Liga Perdana 2022 Kelantan United FC , PDRM FC dan Perak FC 6 Liga M3 untuk mencari tempat keempat bagi pusingan 16.Selepas enam kelab terbaik Liga Super musim 2022 (Johor Darul Ta\u2019zim, Terengganu FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC) dan dua kelab teratas Liga Perdana 2022 (Kelantan FC dan Kuching City FC), layak ke pusingan 16.\n\n\n\n\nPasukan Liga M3\n\nImegresen FC\nKuala Kangsar BRM FC\nManjung City FC\nMelaka FC\nPIB Shah Alam FC\nSains FC\n\n3 Pasukan Tercorot Dari Liga Super 2022\n\nSri Pahang FC, \nKedah Darul Aman FC dan \nPenang FC\n\n3 Pasukan Tercorot Dari Liga Perdana 2022\n\nKelantan United FC \nPDRM FC \nPerak FC\n\n6 Pasukan Teratas Liga Super 2023 (layak ke pusingan 16 secara automatik)\n\nJohor Darul Ta\u2019zim, \nTerengganu FC, \nSabah FC, \nNegeri Sembilan FC, \nSelangor FC dan \nKuala Lumpur City FC\n\n2 Kelab teratas Liga Premier 2022 (layak ke pusingan 16 secara automatik)\n\nKelantan FC dan \nKuching City FC\n\n \nTarikh Jadual Perlawanan Piala FA 2023\n\n10 Febuari \u2013 Undian Piala FA 2023\n08 Mac \u2013 Pusingan Pertama \n14 -15 April \u2013 Pusingan 16 Pasukan\n27 -28 Mei \u2013 Suku Akhir\n24-25 Jun \u2013 Separuh Akhir\n22 Julai \u2013 Final Piala FA\n\nJadual Piala FA 2023 Pusingan Pertama\nTarikhKick OffPerlawananLokasiWed, 8 Mac 20238 :15 pmPerak FCSri Pahang FCStadium PerakWed, 8 Mac 20239 :00pmKedah FCPenang FCStadium Darul Aman,KedahSat , 25 Mac 202310 :00pmBRM FCImegresen FCStadium PerakSat , 25 Mac 202310 :00pmPuchong FuerzaKSR Sains FCTBD\nSenarai Pemenang Piala FA Sepanjang Zaman\nTahunPasukan Mara Ke FinalJaringan1990Selangor vs Perak1-01991Kuala Lumpur vs Sarawak3-11992Kuala Lumpur vs Pahang2-11993Pahang vs Sabah2-11994Kedah vs Perak1-01995Pahang vs Selangor1-01996Sabah vs Sarawak1-01997Pahang vs Sabah2-11998Pahang vs Perak2-01999Selangor vs Sarawak3-02000Perak vs Pahang1-02001Terengganu vs Sabah2-12002Pahang vs Perak1-02003Perak vs Selangor2-12004Perlis vs Selangor1-02005Perlis vs Kedah3-12006Kedah vs Perlis3-22007Kedah vs Perlis1-02008Kedah vs Selangor3-22009Kelantan vs Negeri Sembilan2-2 (5-4p)2010Kelantan vs Negeri Sembilan1-02011Negeri Sembilan vs Terengganu2-12012Kelantan vs Sime Darby1-02013Kelantan vs Johor Darul Ta\u2019zim1-02014Pahang vs Johor Darul Ta\u2019zim2-2 (5-3p)2015LionsXII vs Kelantan3-12016Felda United vs Kedah2-32017Pahang vs Kedah0-0 (5-3p)2018Pahang vs Selangor2-02019Kedah vs Perak1-02020Tidak diadakan kerana wabak COVID-19\u20132021Kedah vs Terengganu1-02022Johor Darul Ta\u2019zim vs Terengganu2-0\nTiket Perlawanan\nUntuk setiap perlawanan musim ini, anda boleh menyemak dan mendapatkan tiket perlawanan piala FA 2023 anda dengan membuat pembelian tiket secara online menerusi\u00a0https://ticket.tickethotline.com.my/.\nJadual Perlawanan Piala FA 2023 juga anda boleh dapatkan menerusi laman rasmi Malaysia Football League https://www.malaysianfootballleague.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/myasnb-cara-keluarkan-asb-online/", "title": "MyASNB | Cara Keluarkan ASB Online Dengan Mudah", "body": ["\n\n", "\nMyASNB | Cara Keluarkan ASB Online Dengan Mudah ~ Berita baik! Anda kini tidak perlu susah payah lagi beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB. Anda kini boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dengan cepat dan pantas.\u00a0\nMyASNB\nKemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.\nPemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.\nSebelum ini, anda kena pergi ke bank dan beratur panjang sekiranya ingin mengeluarkan duit asb. Tetapi, kini anda boleh mengeluarkan wang simpanan ASB anda secara dalam talian (ONLINE) menerusi portal myASNB sahaja.\nSelain itu, had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan. Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.\n\nCara-Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online\nLog in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan :\u00a0 https://www.asnb.com.mySeterusnya, klik Portfolio > Transaksi > Jualan BalikTekan \u201cTransaksi\u201d. Pilih \u201cJualan Balik\u201d.Pilih amaun > Klik SeterusnyaPilih \u201cSeterusnya\u201d. Maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal akan dipaparkan.\u00a0Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran. Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.Klik Permintaan TAC > SeterusnyaDuit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.Semak\u00a0 wang yang dipindahkan dari ASB di akaun simpanan anda.\nNOTA: Anda perlu mempunyai akaun myASNB. Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online juga. Pastikan anda daftarkan no telefon anda di kaunter ASB sebelum itu.\u00a0\nHad Minimum & Maksimum Pengeluaran Asb Online Setiap Bulan\nHad MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya\nNOTA: Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.\nHad Bilangan Urusniaga ASB\nUrus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.\n\n\n\n\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Bilangan Urus Niaga Jualan Balikyang dibenarkan bulan OgosStatus urus niaga8/3ASBRM800.002Berjaya10/3ASBRM200.001Berjaya16/3ASB 3 DidikRM600.000Berjaya22/3ASNRM100.000Tidak berjaya\nNOTA: Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.\nTempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank\nSekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.\nWang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.\nNamun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:\nMaklumat akaun bank tidak sah/ tepat.Menggunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.\nNOTA:\nSila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php\nFacebook: Amanah Saham Nasional BerhadHotline ASNB: 03-7730 8899\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/saps-ibu-bapa/", "title": "SAPS Ibu Bapa 2023 \u2013 Semakan Keputusan Peperiksaan Online", "body": ["\n\n", "\nSemakan SAPS Ibu Bapa 2023 Keputusan Peperiksaan Secara Online\nSistem Analisis Peperiksaan Malaysia (SAPS) adalah satu sistem yang digunakan di Malaysia untuk menguruskan dan menganalisis data peperiksaan pelajar. Ia mula dilancarkan pada tahun 2002 sebagai inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di seluruh negara.\nSAPS bertujuan untuk memudahkan pentadbir sekolah dan guru dalam menguruskan data peperiksaan pelajar, seperti kehadiran, markah, dan prestasi peperiksaan. Sistem ini juga membolehkan ibu bapa dan pelajar untuk memantau prestasi akademik mereka secara dalam talian.\nSejak pelancarannya pada tahun 2002, SAPS telah terus diubahsuai dan diperbaharui untuk meningkatkan lagi keberkesanannya dalam menguruskan data peperiksaan pelajar di Malaysia.\nSAPS Ibu Bapa 2023\nBagi keputusan peperiksaan sekolah 2022/2023 ibu bapa penjaga boleh merujuk kepada pihak sekolah atau guru kelas anak masing-masing sekiranya keputusan peperiksaan tidak dapat di semak menerusi semakan keputusan di sapsnkra moe gov. my\nTidak dinafikan sistem analisis peperiksaan sekolah ini mempunyai kelebihan selain memudahkan para guru-guru dan ibu bapa untuk mengetahui rekod peperiksaan pelajar. Namun disebabkan masih terdapat kelemahan yang agak kritikal,rugutan dan aduan daripada guru-guru dalam aktiviti merekod data di dalam sistem analisis peperiksaan sekolah sejak ianya mula diperkenalkan, yang mana terdapat beberapa kelemahan yang perlu di pertimbangkan seperti kestabilan sistem akan \u201cCRASH\u201d atau masalah kesesakan memasuki sistem SAPS dan banyak lagi.\nKementerian Pendidikan Malaysia YB Puan\u00a0Fadhlina Siddiq, telah mengeluarkan satu kenyatan media berhubung isu tersebut.\nKenyatan Media \n\u00a0\n\nPerekodan dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Sesi Akademik Tahun 2022/2023\nKPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB (secara hibrid). Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.\nApa Itu SAPS Ibu Bapa ?\nSAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod laporan markah peperiksaan pelajar dengan lebih sistematik.\nDalam sistem ini, guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi SAPS.\nIbu bapa pula boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak melalui sistem yang sama.\nBaca Juga : SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan 2023\nSAPS Semakan Ibu Bapa 2023\nBagi semakan SAPS Ibu Bapa 2023, boleh dibuat secara online. Sekiranya tiada maklumat dalam sistem semakan SAPS, ibu bapa penjaga perlu merujuk kepada pihak sekolah. \nCara Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2023\n\nSemakan SAPS Ibu Bapa boleh dilakukan melalui laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut :\n\n\nLog masuk ke pautan berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/\nKlik pada Menu Semakan Ibu Bapa\nIsikan maklumat pelajar dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir untuk semak slip peperiksaan pelajar.\nPastikan maklumat yang dimasukkan tanpa tanda sengkang atau \u2018-\u2018 .\nKemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini atau sekolah sebelum ini jika ada.\nPastikan maklumat negeri, daerah dan nama sekolah betul.\nKlik \u2018Semak\u2019.\nKemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan.\n\nGred Permarkahan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah\nAnda boleh rujuk pada gred pemarkahan di bawah untuk keterangan lanjut :\nGred Sekolah Rendah\n\n80-100 Gred A \u2013 Cemerlang\n65-79 Gred B \u2013 Baik\n50-64 Gred C \u2013 Memuaskan\n40-49 Gred D\u00a0\u2013 Mencapai Tahap Minimum\n0-39 Gred E \u2013 Belum Mencapai Tahap Minimum\nTH \u2013 Tidak Hadir\n\nGred Sekolah Menengah Rendah\n\n\n\n\n\n85-100 Gred A \u2013 Cemerlang\n70-84 Gred B \u2013 Kepujian\n60-69 Gred C \u2013 Baik\n50-59 Gred D\u00a0 \u2013 Memuaskan\n40-49 Gred E \u2013 Mencapai Tahap Minimum\n0-39 Gred F \u2013 Belum Mencapai Tahap Minimum\nTH \u2013 Tidak Hadir\n\n\nGred Sekolah Menengah Atas\n\n90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi\n80-89 Gred A \u2013 Cemerlang Tinggi\n70-79 Gred A- Cemerlang\n65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi\n60-64 Gred B Kepujian Tinggi\n55-59 Gred C+ Kepujian Atas\n50-54 Gred C Kepujian\n45-49 Gred D Lulus Atas\n40-44 Gred E Lulus\n0-39 Gred G Gagal\nTH Tidak Hadir\n\n\nTakwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2022/2023\nDi bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk mengemaskini markah peperiksaan 2022/2023 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.\nBerpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan berdasarkan jadual yang disediakan pada tahun ini.\nUjian Awal Tahun\n\nTahun 6\nTingkatan 5\n\nPeperiksaan Pertengahan Tahun\n\nTahun 6\nTingkatan 5\n\nPeperiksaan Percubaan\n\nTahun 6\nTingkatan 5\n\nPeperiksaan Akhir Tahun\n\nTahun 5\nTingkatan 4\n\n\n\n\n\n\nPEPERIKSAAN DALAMAN\nTINGKATAN\nPENGISIAN MARKAH\n\n\nBUKA\nTUTUP\n\n\n\n\nPeperiksaan Pertengahan Sesi Akademik\nTingkatan 4 dan 5\n05 September 2022\n05 Oktober 2022\n\n\nPeperiksaan Percubaan Spm\nTingkatan 5\n15 November 2022\n31 Disember 2022\n\n\nPeperiksaan Akhir Sesi Akademik\nTingkatan 4\n01 Januari 2023\n31 Januari 2023\n\n\n\nUntuk makluman, tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkenaan SAPS Ibu Bapa 2023, anda juga boleh layari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.moe.gov.my/\n\nFacebook : https://www.facebook.com/KemPendidikan\nE-mail : [email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana untuk ibu bapa dapatkan slip peperiksaan pelajar secara online? Ibu bapa boleh layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ Saya telah semak melalui sapsnakra.moe.goe.my , tetapi tiada data yang di paparkan untuk peperiksaan 2022/2023 Bagi ibu bapa,pelajar yang gagal mendapatkan keputusan slip peperiksaan pelajar secara online, sila berhubung dengan pihak sekolah untuk bantuan Bilakah tarikh semakan keputusan peperiksaan sekolah boleh dibuat? Sila hubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan Saya tak dapat Login SAPS Ibu Bapa, apa yang perlu saya buat? Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah. \n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/e-pengambilan-pdrm-konstabel-ya1/", "title": "e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Konstabel Polis YA1 (Lelaki)", "body": ["\n\n", "\nOrang ramai (lelaki) yang berminat untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi jawatan Konstabel gred YA1, permohonan bagi jawatan awatan Konstabel Polis Gred YA1 akan dibuka melalui sistem e-Pengambilan PDRM.\nUntuk makluman, skim perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 telah mula dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.\nMenerusi skim ini, anggota yang terlibat bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.\nAntara tugas-tugas anggota tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.\nOleh itu, permohonan bagi jawatan ini dibuka kepada permohonan bermula 2 Ogos hingga 15 Ogos 2021 melalui sistem e-Pengambilan PDRM. \n\nKelayakan Gaji & Elaun\nKelayakan gaji minimum dan maksimum bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nGaji minimum: RM1,441.00Gaji maksimum: RM4,152.00Kadar gaji tahunan: RM105.00\nElaun dan kemudahan yang ditawarkan pula adalah seperti berikut:\nElaun Tetap Perumahan: RM300Elaun Cola: RM100-RM350Elaun Khidmat Awam: RM115Elaun Khas PDRM: RM200Elaun Seragam PRP/Konstabel: RM690Elaun Kasut: RM300\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\nPemohon terdiri daripada warganegara Malaysia.Pemohon berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online.Untuk kelayakan Akademik:\u2013 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,441.00]; dan\u2013 2 kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain atau;\u2013 Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,441.00]; dan\u2013 Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred \u2018C\u2019), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.c) Teknologi Kejuruteraan Awam.d) Perniagaan.e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atauf) Teknologi Kejuruteraan Marin; atau\u2013 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau [Gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,507.01].\u2013 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,573.02].\nKelayakan Fizikal\nPemohon juga perlu memenuhi kelayakan fizikal yang ditetapkan iaitu:\nTinggi sekurang-kurangnya 163 sm tanpa bersepatu.Berat badan sekurang-kurang 50 kg.Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm.Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacatDiperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan). \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.Klik butang \u2018Pendaftaran Baru.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Serah.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.Klik pada menu\u00a0bahagian \u2018Permohonan Polis\u2019 dan kemudiannya \u2018Permohanan Baru.\u2019Isi maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum. Untuk bahagian \u2018Permohonan Jawatan,\u2019 pilih jawatan yang ditawarkan.Klik butang\u00a0\u2018Simpan\u2019 dan kemudiaan pilih pengakuan pemohon.\u00a0Klik butang\u00a0\u2018Hantar Borang\u2019\u00a0untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengambilan jawatan ini atau mengenai sistem e-Pengambilan PDRM, sila hubungi Talian Helpdesk PDRM di talian: 03-2266 8348/8350/8351. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-asasi-tvet/", "title": "Program Asasi TVET Malaysia 2023 Lepasan SPM", "body": ["\n\n", "\nProgram Asasi TVET Malaysia 2023 lepasan SPM /setaraf merupakan program baharu yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyediakan pelajar bagi kerjaya dalam TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional). \nMajlis pelancaran program ini juga telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini pada Majlis Penutup Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM)\nProgram ini terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan peperiksaan SPM atau setaraf dengannya.\nProgram Asasi TVET Malaysia 2023 / 2024\n\nProgram ini merupakan program baharu yang diperkenalkan pada tahun ini oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ianya bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).\nKelebihan/Keunikan Program Asasi TVET\nLepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana\u00a0EMPAT (4)\u00a0universiti dibawah\u00a0MTUN\u00a0iaitu\u00a0\n\n\n\n\n\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP),\u00a0\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),\u00a0\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan\u00a0\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP).\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut adalah syarat-syarat kelayakan ;\n\nWarganegara Malaysia\nLulus SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan satu (1) mata pelajaran lain\nMempunyai minat yang tinggi dalam bidang TVET\n\nCara Permohonan Program Asasi TVET\nPermohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga tarikh tutup permohonan pada 13 Jun 2023. Untuk permohonan, berikut adalah langkah-langkah cara untuk membuat permohonan ;\n\nLayari laman web UPU Online di \u00a0https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.. \nDaftar akaun. Kemudian isikan maklumat peribadi anda, seperti nama, tarikh lahir dan maklumat hubungan anda.\nLengkapkan borang permohonan. Anda perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan transkrip akademik, keputusan SPM dan dokumen sokongan yang lain.\nKlik butang \u2018Sah & Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nCetak Slip permohonan sebagai bukti.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda membunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Asasi TVET Malaysia 2023, anda boleh hubungi ;\n\nNo.telefon pejabat : 03-888 3837 (waktu pejabat)\nNo. Whatsapp : 019 \u2013 8683 738 (whatsapp sahaja)\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : http://ambilan.mypolycc.edu.my\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/spm-jadual-sijil-pelajaran-malaysia/", "title": "SPM | Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Bagi Sesi Kedua", "body": ["\n\n", "\nSPM | Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Bagi Sesi Kedua ~ Umum mengetahui, sesi kedua Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 5 April hingga 19 Mei kelak.\u00a0\nPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ini merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.\nPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Sesi Kedua\nKementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan SPM sesi kedua ini dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac.\nLembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh , masa , kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022.\n\n\u00a0Jadual SPM 2021 Bagi Sesi Kedua\nAnda boleh dapatkan maklumat berkaitan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini melalui:\n\n\n\n\nLaman web: https://elp.moe.gov.my\nAtau, melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.\nJadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan boleh dimuat turun mulai 1 April 2022.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.\nUntuk info terkini berkaitan tarikh dan jadual peperiksaan, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook Kementerian Pendidikan MalaysiaTwitter Kementerian Pendidikan MalaysiaLaman Web: moe.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eatmarna-tawakkalna-cara-memohon-permit-umrah/", "title": "Eatmarna & Tawakkalna | Cara Memohon Permit Umrah Melalui Aplikasi Online", "body": ["\n\n", "\nEatmarna & Tawakkalna | Cara Memohon Permit Umrah Melalui Aplikasi Online ~ Sukacita dimaklumkan kepada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadhan kelak, kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna.\nPermohonan permit umrah ini telah dibuka pada 6 Mac dan diumumkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi.\u00a0\nNOTA:\u00a0\nAnda perlu menggunakan nombor telefon yang sama untuk kedua-dua aplikasi.\u00a0\nTawakkalna\nTawakkalna adalah merupakan sebuah aplikasi seperti MySejahtera. Aplikasi ini digunakan di Arab Saudi. Orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, banngunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan kontak rapat.\nAplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya.\nOleh hal yang demikian, mana-mana rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci, anda WAJIB memuat turun aplikasi ini untuk digunakan di sana kelak. Melalui aplikasi ini juga, status vaksinasi anda akan dikemaskini secara automatik.\u00a0\nCara memuat turun aplikasi Tawakkalna:\n\n\n\n\nPergi ke AppStore/ Google PlayTaip, \u201cTAWAKKALNA\u201dKemudian, daftar akaun andaPilih akaun visitor dan masukkan butiran diri andaBarcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permis\n\nEatmarna\nSelain aplikasi Tawakkalna, anda juga perlu memuat turun aplikasi \u201cEATMARNA\u201d.\u00a0\nAplikasi ini adalah untuk pengeluaran permit bagi memasuki dua masjid suci, menunaikan umrah, lawatan dan solat mengikut kapasiti yang diluluskan oleh pihak berkuasa.\u00a0\nIntegrasi dengan aplikasi Tawakalna, aplikasi ini dapat membantu untuk mengesahkan tahap keselamatan dan keadaan kesihatan pemohon permit (orang yang mengerjakan umrah) bagi mendapatkan keizinan untuk membuat melakukan aktiviti ibadah yang ditetapkan.\nAntara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:\nTunaikan UmrahSolat Fardhu di Masjidil HaramZiarah RaudhahZiarah Makam RasulullahMencium dan memegang Hajarul AswadSolat di Hijr Ismail\nCara memuat turun aplikasi\u00a0 Eatmarna:\nPergi ke AppStore/ Google PlayDaftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diriLengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantarPilih permit yang ingin dimohonLengkapkan maklumat peribadiPilih tarikh permit yang ingin dimohonPilih slot masa permit yang ingin dimohonPilih pusat pengangkutanSemak butiran dan lakukan pengesahanSetelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjayaSekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:\u00a0\nhttps://www.saudia.com/travel-with-saudia/book-with-us/umrah-by-saudia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-pinjaman-pengajian-tinggi-negeri-perak-2022-2023-spptp/", "title": "Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 (SPPTP)", "body": ["\n\n", "\nTawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak bagi sesi 2022/2023 kini dibuka.\nPinjaman dibuka bagi memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada anak Perak yang berkelayakan untuk lanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang ditaja dan seterusnya dapat menyumbang kepada modal insan dan ekonomi negeri Perak.\nPeringkat Pengajian Yang Terlibat Dalam Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak\nPinjaman ini diberikan kepada calon mahasiswa Perak yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat :\nDiplomaIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana (Master)Ijazah Kedoktoran (PhD)\nPelajar yang lanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan memperoleh CGPA 3.75 ke atas layak untuk memohon pengecualian bayaran balik.\nWalau bagaimanapun, pengecualian ini tertakluk pada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Negeri Perak dari semasa ke semasa.\n\nSyarat Permohonan \nPemohon perlulah penuhi syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri PerakPemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak tetapi beralamat di luar negeri Perak telah bermastautin di negeri Perak lebih dari 10 tahun;Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar negeri Perak telah bermastautin di negeri Perak lebih dari 10 tahun ;Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa ;Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya hendaklah berbaki tiga (3) semester ada satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima;Keutamaan diberikan kepada golongan B40;Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.Maklumat yang diisi perlulah benar, lengkap dan betul. Jika didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu, pihak kerajaan negeri Perak berhak membatalkan permohonan serta-merta.Status permastautin perlu dikemukakan dan perlu disahkan oleh Penghulu di daerah masing-masing.\nPemohon juga disarankan untuk membaca maklumat lengkap \u00a0di bawah sebelum mengisi borang \u00a0:\nSyarat Permohonan \nsyarat-permohonanDownload\n\u00a0Senarai IPT Yang Ditaja\n\n\n\n\nsenarai-iptDownload\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan pinjaman dibuka mulai 30 Januari 2022 hingga 29 April 2022.\nCara Permohonan\nPermohonan melalui secara dalam talian dalam pautan : \nhttp://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pinjamam Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Perak di talian 05-209 5000 sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.\nMedia sosial : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak \nPautan permohonan : http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#\nLaman web : https://www.perak.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sisppa-peperiksaan-perkhidmatan-awam-ppa-2021/", "title": "SISPPA : Tarikh Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) 2021", "body": ["\n\n", "\nSISPPA : Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah dinaik taraf kepada versi 2.0 berdasarkan keputusan Mesyuarat JKKP Bilangan 1 Tahun 2017.\u00a0\nSistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.\nModul Utama Sistem SISPPA\u00a0\nTerdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:\nModul PermohonanModul Semakan Status PermohonanModul Semakan Keputusan\nTarikh Permohonan Menduduki PPA KPM Sesi 1 Tahun 2022\u00a0\nSukacita dimaklumkan, permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2022 bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang belum disahkan jawatan akan dibuka mulai: 6 Disember 2021 \u2013 31 Januari 2022\nCalon lantikan baharu / mengulang perlu membuat pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.\u00a0\n\nCara Membuat Permohonan\nSila rujuk langkah-langkah dibawah untuk login ke sistem SISPPA 2.0:\n\n\n\n\nA. Login Pengguna Baharu\nUntuk memohon, anda boleh layari laman web rasmi SISPPA di pautan berikut:\u00a0 https://sisppa.moe.gov.my\nKemudian, klik \u2018Daftar\u2019.\nMasukkan nombor kad pengenalan anda.\nSekiranya notis \u2018Tiada Data\u2019 dipaparkan, sila hubungi pentadbir sistem melalui email dengan menyertakan maklumat berikut:\nNama penuhNo kad pengenalanJawatan\nSenarai nama pentadbir sistem boleh didapati melalui menu \u201cHubungi Kami\u201d\nB. Login Pengguna Berdaftar (Calon Lama)\nUntuk memohon, anda boleh layari laman web rasmi SISPPA di pautan berikut:\u00a0 https://sisppa.moe.gov.my\u00a0\nKemudian, klik \u2018Log Masuk\u2019.\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang sama seperti portal SISPPA 1.0 sebelum ini.\nRuang e-mel tidak perlu diisi.\nSistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan baharu.\nSila tukar kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.\n\nManual\nAnda boleh memuat turun manual pengguna di pautan berikut:\u00a0\nhttps://sisppa.moe.gov.my/uploads/admin/Manual_Log_Masuk_Pentadbir.pdfhttps://sisppa.moe.gov.my/uploads/admin/Manual_Calon_SISPPA_V2.pdf\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi :\nJabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Perkhidmatan, Sektor Penilaian Kompetensi, Aras 4, Blok C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 WP.Putrajaya\nNo. Tel. : 03-8000 8000 (MyGCC)Talian alternatif : Urus setia mengikut jenis peperiksaanE-mel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khairat-kematian-rm1000/", "title": "Permohonan Bantuan Khairat Kematian RM1,000 COVID-19 Selangor", "body": ["\n\n", "\nPenduduk di Negeri Selangor yang meninggal dunia akibat COVID-19, kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Bantuan Khairat Kematian RM1,000 bagi kematian yang disebabkan COVID-19.\nBantuan Khairat Kematian RM1,000 ini telah diumumkan oleh oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di dalam pengumuman pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.\nKerajaan Negeri Selangor mensasarkan sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada bantuan ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM 1.5 juta.\nPermohonan bantuan ini telah dibuka mulai 12 Julai 2021 dan akan ditutup pada 12 Ogos 2021 secara atas talian.\n\nSyarat Permohonan\nWaris yang ingin membuat permohonan bagi bantuan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nWarganegara Malaysia.Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.Disahkan meninggal dunia berpunca daripada COVID-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.Meninggal dunia di negeri Selangor.Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja.Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja.\nCara Memohon\nWaris yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.selangorprihatin.com/.Klik bahagian \u2018Jenis Bantuan.\u2019Di bahagian \u2018Sumbangan Khairat Kematian COVID-19 Selangor,\u2019 klik butang \u2018Mohon Sekarang.\u2019Di bahagian \u2018Bantuan Khas Khairat Kematian Pesakit COVID-19 One-Off,\u2019 masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Seterusnya\u2019 dan hantar permohonan. \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSalinan Kad Pengenalan Si mati yang telah disahkan.Penyata Bank Lengkap Waris terdekat yang telah disahkan.Dokumen pengesahan bermastautin di Selangor yang telah disahkan.Salinan pengesahan positif Covid-19 atau borang kemasukan wad dari hospital dan sijil kematian yang telah disahkan.Bukti dokumen pertalian waris terdekat dengan si mati (cth sijil nikah atau surat beranak) yang telah disahkan.Salinan kad pengenalan waris terdekat yang telah disahkan.\nSoalan Lazim\nSi mati dilahirkan di luar Selangor dan telah bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor. Adakah layak memohon? Layak. Si mati telah bermastautin melebihi 10 tahun di Selangor. Si mati dilahirkan di Selangor namun bermastautin di luar negeri Selangor. Adakah layak memohon? Tidak layak. Si mati hendaklah menetap di Selangor sahaja. Si mati telah meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 pada tahun 2020. Adakah waris terdekat masih boleh memohon bantuan khairat kematian ini? Tidak layak. Hanya yang meninggal dunia bermula pada tahun 2021 sahaja yang layak untuk memohon bantuan khairat kematian ini. Si mati merupakan penerima bantuan Program Kerajaan Negeri seperti Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Adakah waris terdekat layak memohon bagi pihak si mati? Penerima bantuan Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) tidak layak memohon bantuan ini. Penerima bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) layak memohon bagi bantuan ini. Si mati merupakan penjawat awam Negeri Selangor dan turut menerima manfaat Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA). Adakah waris terdekat layak memohon bagi pihak si mati? Tidak layak. Penerima manfaat PSPA tidak layak memohon bagi bantuan ini. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Khairat Kematian RM1,000, sila hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-idaman-selangor/", "title": "Cara Memohon Rumah Idaman Selangor Bernilai RM250,000 Seunit", "body": ["\n\n", "\nIni Cara-Cara Untuk Memohon Rumah Idaman Selangor Bernilai RM250,000 Seunit ~ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan projek Rumah Idaman yang dikendalikan dibawah Rumah Selangorku pada 27 Oktober yang lalu.\u00a0\nMenurut beliau lagi, projek pembinaan tersebut akan dilaksanakan di enam lokasi iaitu; Bandar Saujana Putra, Bandaraya Shah Alam, Puchong, Cybersouth Sepang dan Bandar Puncak Alam.\nRumah Idaman, Khas Buat Warga Selangor\nRumah Idaman merupakan sebuah projek pembinaan khas untuk warga Selangor yang bekerja dan baru pertama kali mahu memiliki rumah. \nWarga Selangor yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 namun masih belum mempunyai rumah, anda boleh cuba memohon untuk memiliki rumah kos rendah ini dengan harga kira-kira RM250, 000 seunit.\u00a0\n\n\n\n\nLokasi pembinaan Rumah Idaman ini ditentukan berdasarkan beberapa kriteria utama seperti mudah diakses melalui lebuh raya utama dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berdekatan seperti hospital, sekolah dan universiti.\nCiri-Ciri Menarik Rumah Idaman\u00a0Selangor\nRuang tamu dilengkapi 1 unit televisyenRuang dapur dilengkapi dengan kabinet dapur dan peti sejukDua bilik air dilengkapi unit pemanas airTiga bilik tidur, setiap bilik tidur dilengkapi 1 unit almari dan penyaman udaraDua ruang parkir1,000 kaki persegi\u00a0\n\nSyarat Kelayakan Permohonan\nSebelum memohon, pastikan anda baca syarat-syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:\nMestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama 5 tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).\nCara Memohon\nLayari laman web rasmi Rumah Idaman di pautan berikut: https://idamanselangor.com.my/\nSebelum itu, anda perlu mendaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan: http://lphs.selangor.gov.my/\nKlik \u201cDaftar Pengguna Baru\u201d sekiranya anda baru pertama kali mendaftar.\u00a0\nIsi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan benar.\u00a0\nKemudian, log masuk semula setelah selesai proses pendaftaran.\u00a0\nAnda boleh membuat pendaftaran selepas itu. Ikut arahan selanjutnya yang diberikan.\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun kekeliruan, sila layari laman web rasmi Rumah Idaman di: https://idamanselangor.com.my/ , atau emelkan pertanyaan anda ke: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/report-kesalahan-trafik-jpj/", "title": "Pantas Cara Report Kesalahan Trafik JPJ Melalui WhatsApp & Email", "body": ["\n\n", "\nIni cara report kesalahan trafik JPJ melalui whatsapp atau email dengan mudah. Sekiranya anda melihat Kesalahan trafik yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, anda boleh membuat aduan trafik JPJ\nAntara kesalahan trafik yandg anda laporkan tersebut termasuklah Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat, Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar yang boleh menyebabkan kecederaan bagi penumpang kenderaan atau penunggang motorsikal.\nBagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. JPJ juga amat berharap kepada masyarakat yang melihat kesalahan dilakukan di jalan raya tolong hantar segera kepada JPJ dengan maklumat apa kesalahan, tarikh dan nombor plat kenderaBaca juga : No.Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri & Cara Beli No Plat\nCara Membuat Report Kesalahan Trafik JPJ Melalui WhatsApp\n\n\nAmbil gambar atau rekod video kesalahan yang dilakukan\u00a0 dengan jelas. Sebaiknya anda di galakan mengaktifan fungsi location tags pada tetapan aplikasi kamera bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat.Hantar gambar atau video kesalahan\u00a0 trafik JPJ tadi melalui WhatsApp ke nombor 013-4498997Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:Laporan ringkasan aduanTarikh / masaTempat kejadianJenis kenderaanNombor pendaftaran kenderaanSalinan foto, video atau dokumen berkaitanMasukkan juga butiran pengadu seperti berikut:Nama penuhAlamat surat menyuratNombor kad pengenalanNombor telefon\n\nCara Report Kesalahan Trafik JPJ Aduan Email\n\n\nAmbil gambar atau rekod video kesalahan yang dilakukan\u00a0 dengan jelasHantarkan laporan aduan melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected]Masukkan butiran pengadu seperti berikut:Nama PenuhNo Kad PengenalanAlamat Surat MenyuratNombor TelefonNyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:Laporan ringkas aduanJenis KenderaanTarikh dan MasaNombor Pendaftaran KenderaanTempat KejadianSalinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan\n\nSatu Notis 114 iaitu notis temu siasat akan dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada pemilik kenderaan yang dilaporan untuk tujuan siasatan dan memberi keterangan\nJika pemilik kenderaan yang dilaporkan didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit\nRakaman aduan dalam bentuk video jika bukan dash cam, \u00a0perlu dilakukan penumpang dan bukan pemandu kenderaan bagi memastikan keselamatan serta mengelak kemalangan daripada berlaku.\nBilik Kawalan JPJ di setiap negeri dan ibu pejabat beroperasi 24 jam bagi memantau perjalanan penguatkuasaan yang dijalankan dan menerima aduan orang ramai.\nContoh Aduan Trafik JPJ Kesalahan Yang Anda Boleh Laporan\n\nMengekori kereta hadapan dengan terlalu dekatMenyalahgunakan laluan lorong kecemasanMemotong barisan di jalan rayaMelanggar lampu isyarat merahMasuk ke jalan sehala di arah berlawananMenggunakan telefon bimbit atau peranti pintar lain semasa memanduMemandu dalam keadaan mabukMemotong digarisan berkembarMemotong barisan \u2018Q\u2019,Menggunakan Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.\n\nDan lain-lain kesalahan trafik dan lalulintas di jalan raya.\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan atau pertanyaan mengenai aduan trafik JPJ, anda boleh layari website https://www.jpj.gov.my/\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nApakah yang boleh saya adu kepada JPJ?\nSemua aduan yang berkaitan kesalahan trafik dan lalu lintas.\nAdakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?\nTiada. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.\nApakah jenis aduan yang boleh diterima oleh JPJ?\nKesalahan-kesalahan trafik seperti berikut\nMengekori kereta hadapan dengan terlalu dekatMenyalahgunakan laluan lorong kecemasanMemotong barisan di jalan rayaMelanggar lampu isyarat merahMasuk ke jalan sehala di arah berlawananMenggunakan telefon bimbit atau peranti pintar lain semasa memanduMemandu dalam keadaan mabukMemotong digarisan berkembarMemotong barisan \u2018Q\u2019,\n\ndan lain-lain kesalahan berkaitan\nBagaimana cara saya membuat aduan trafik JPJ ?\nOrang ramai dan pengguna jalan raya yang berhasrat membuat aduan boleh berbuat demikian melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-449 8997 atau e-mel di [email\u00a0protected] dengan nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:\nLaporan ringkas aduanJenis KenderaanTarikh dan MasaNombor Pendaftaran KenderaanTempat KejadianSalinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ujian-memandu-percuma-2023/", "title": "Ujian Memandu Percuma 2023 \u2013 Belanjawan 2023", "body": ["\n\n", "\nUjian memandu percuma 2023 bagi lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing akan di tanggung kerajaan.\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke butiran terperinci akan diumumkan dalam satu sidang media khas di mana beliau sendiri memgakui turut terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini\nYAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing\nSelain bakal memanfaatkan golongan belia, beliau berkata pihaknya juga akan membincangkan dengan lebih lanjut kemungkinan untuk meluaskan inisiatif itu kepada golongan sasar yang lain.\nDalam pada itu, Perdana Menteri juga mengumumkan untuk meneruskan inisiatif pas bulanan My50. \nMenurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, inisiatif itu bakal memanfaatkan 180,000 pengguna di Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel dan RapidKL\nUjian Memandu Percuma 2023\n\nUjian memandu percuma merupakan inisiaitif kerajaan yang terdapat dalam Belanjawan 2023 Malaysia Madani. Dengan kerajaan memberikan peruntukan untuk tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing, diharap akan dapat meringkan beban ini dan membantu golongan belia agar mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig\n\n\n\n\nJenis lesen memandu yang akan ditanggung kerajaan ;\n\nLesen Motorsikal B2\nLesen teksi\nBas\ne-hailing\n\nCara Mohon & Syarat Kelayakan\nButiran lanjut mengenai mekanisma cara permohonan dan syarat kelayakan bagi permohonan ujian lesen memandu ini akan diumumkan dalam oleh Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat\nMaklumat Lanjut\nDi atas dasar keprihatinan kepada golongan B40 yang menceburi aktiviti ekonomi gig seperti e-hailing dan p-hailing, MOT menyambut baik inisiatif untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 dan Lesen Memandu Vokasional (PSV) untuk teksi, bas dan e-hailing\nMaklumat lanjut mengenai ujian lesen memandu percuma 2023 ini juga boleh diikuti di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia\nBelanjawan 2023, kerajaan turut memberi pelbagai inisaitif dan bantuan selain bantuan ujian lesen memandu percuma 2023. Dengan tema Belanjawan 2023 Malaysia Madani, untuk melihat apakah inisiaitf dan bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, anda juga boleh klik pada pautan Belanjawan 2023 atau Bajet 2023\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/igems-insentif-perkhawinan-belia-selangor-ipb-rm300/", "title": "iGems : Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) RM300", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) melalui iGems iaitu Program Insentif Generasi Muda Selangor menawarkan insentif bernilai RM300 dalam bentuk baucer yang boleh ditukarkan kepada tunai.\nKerajan negeri Selangor mempelawa belia-belia berusia 40 tahun ke bawah yang baru berkhawin untuk kali pertama untuk memohon insiatif yang disediakan kerajaan negeri ini.\nInsentif ini adalah salah satu bentuk keperihatinan kerajaan negeri Selangor untuk memperkasakan golongan belia Selangor.\nApa Itu iGems ~ Insentif Perkhawinan Belia Selangor\n\u201cY.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan. Beliau juga tidak hanya mahu fokus kepada pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata malah beliau ingin menekankan aspek memberi daya melalui pemerkasaan kepada para penerima manfaat dan dalam konteks ini adalah kepada golongan belia Selangor yang baru berkahwin.\u201d\nKesinambungan daripada hasrat tersebut, Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.\nDengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.\nBaca juga : Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSuami atau / dan isteri mesti memenuhi syarat pendaftaran iGemsWajib hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri)Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan\nSyarat Pendafaran\nPendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja melalui https://yawas.my/igems.phpWarganegara MalaysiaKelahiran negeri Selangor atau bukan kelahiran negeri SelangorBermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (alamat mykad mesti negeri Selangor)Pengundi berdaftar di negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuatTelah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuatPerkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuatBerumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuatPendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 september 2018 dan ke atas.\u00a0(*bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 september 2018 sehingga 31 disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 jun 2020 sahaja)\nNilai Insentif\nPemberian sebanyak RM300.00 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri \u2013 tertakluk kepada yang menepati syarat layak program iGems\nCara Pemberian Insentif Perkhawinan Belia Selangor\nPemberian melalui baucer cenderahati premium (bcp) bernilai rm300.00 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *penerima perlu hadir ke bank bsn untuk menukarkan bcp dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.Pemberian insentif ini akan diberikan setelah tamat kursusInsentif diberikan sebagai tanda penghargaan dan komitmen belia hadir kursus disamping menggalakkan belia menyimpanKursus kekeluargaan yang mewajibkan kehadiran kedua-dua pasanganKursus kekeluargaan selama setengah hari dan kos kursus dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor\nPelaksanaan Kursus Kekeluargaan\nKehadiran ke kursus secara pasangan adalah diwajibkan.Kursus ini dilaksanakan selama setengah hari\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai iGems : Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) 2022, anda boleh hubungi melalui;\nAlamat\nAras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\nTelefon : 03 5481 8800\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-galakan-nelayan/", "title": "Permohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN kini dibuka.\nInsentif ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan para nelayan yang memerlukan bantuan peralatan. \nBantuan ini diharap dapat meningkatkan lagi hasil tangkapan para nelayan dan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi di Negeri Sembilan.\nPermohonan ini terbuka kepada semua nelayan (pemilik lesen sampan) yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.\n\nTempoh Permohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan 2022\nPara nelayan boleh kemukakan permohonan bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2022.\nSkop Bantuan\nUntuk makluman, skop bantuan yang ditawarkan dalam program insentif ini adalah :\nSampanEnjinPeralatan menangkap ikan\nSetiap nelayan hanya boleh memilih satu skop bantuan sahaja dengan peruntukan maksimum yang telah ditetapkan.\nSetiap permohonan yang diterima akan disemak dan dinilai oleh ahli jawatankuasan INGEN yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).\nSyarat-Syarat Permohonan\nPara nelayan yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan pemilik lesen sampan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.\nNelayan memiliki Kad Pendaftaran Nelayan.\nKeutamaan kepada pemohon yang berdaftar dengan PNK.\nHanya satu skop bantuan bagi setiap permohonan.\nCara Memohon Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN\nPara nelayan yang ingin kemukakan permohonan boleh dapatkan borang di PNK Telok Kemang atau PNK Port Dickson di alamat berikut : \nPersatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson \n\n\n\n\nNo 16, Lot 5725, Taman MikamasBatu 2, Jalan Seremban71000 Port Dickson\nNo. Telefon : 06 651 6035\natau \nPersatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang \nKg. Telok, Pasir Panjang,71250 Port Dickson\nNo. Telefon : 06 661 0042\nMaklumat lanjut mengenai Pejabat PNK boleh didapati di portal rasmi PNK di pautan berikut :\nPortal Rasmi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi LKIM Negeri Sembilan di talian 06-675 1911 atau hantarkan emel ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-fasa-3/", "title": "STR Fasa 3 2023 \u2013 Semakan Status & Jadual Bayaran Terkini", "body": ["\n\n", "\nSemakan STR Fasa 3 bayaran sumbangan tunai rahmah akan dibuat pada tarikh Jun 2023 sebelum sambutan hari raya haji. Tarikh bayaran ini diawalkan daripada jadual pembayaran yang sepatutnya dibuat pada bulan Julai untuk STR Fasa 3. \nPengumuman ini dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim di parlimen hari ini dalam menjawab pertanyaan yang di ajukan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.\nSelain daripada bayaran STR Fasa 3 diawalkan, Perdana Menteri turut mengumumkan (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia berusia 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini.\nTarikh pembayaran STR 2023 akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh rasmi bayaran untuk fasa 3 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan, iaitu mulai 26 Jun 2023. \n\nSTR Fasa 3 \u2013 Tarikh Semakan Status Terkini\nBagi penerima STR Fasa 2, secara automatik akan menerima sumbangan tunai rahmah fasa tiga ini. Manakala pemohon baharu dan rayuan yang dibuat pada fasa 2 yang lalu. Semakan terkini boleh dibuat untuk mengetahui status kelayakan dan permohonan anda.\nPerdana Menteri, YAB Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima.\nManakala untuk jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima bantuan sumbangan tunai rahmah,anda boleh rujuk jadual seperti berikut ;\n\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Tiada had umurA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:\n\n0 anak : RM 300\n1-2 anak : RM400\n3 -4 anak : RM600\n5 anak ke atas : RM800\n\n\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2501 \u2013 RM5000\n\n0 anak : RM0\n1-2 anak : RM150\n3 -4 anak : RM200\n5 anak ke atas : RM250\n\n\nii) Warga Emas Sebatang Kara \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\n\niii) Kategori Bujang \u2013 Pemohon berumur 21 \u2013 59 Tahun : RM150\niv) Bujang OKU 19-59 tahun Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM150\n\n\n\n\n\nv) STR Tambahan bagi *Kategori Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur Pendapatan di bawah PGK Miskin Tegar RM1,169 (Tambahan RM600)\n\n0 anak : RM 100\n1-2 anak : RM100\n3 -4 anak : RM100\n5 anak ke atas : RM100\n\nNota :\n*Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas\nTarikh Pembayaran STR Fasa 3\nBagi sumbangan tunai rahmah fasa 3, tarikh pembayaran diawalkan dan akan dibuat sebelum Hari Raya Haji iaitu mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dalam sebuah kenyataan rasmi dilampirkan di bawah:\n\nSemakan Status Kelulusan STR\nSemakan status\u00a0kelulusan STR\u00a0 boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;\n\nPortal rasmi STR:\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nAplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS\nMenghubungi LHDM\nMenghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)\nHadir ke cawangan LHDNM yang berhampiran\n\nCara Login STR Fasa 3\nBagi anda yang terlupa berikut langkah-langkah untuk login mystr\n\nBuka aplikasi MySTR pada Layari portal STR di\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nLog Masuk MySTR adalah seperti berikut:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKlik Log Masuk STR\nMasukkan Nombor MyKad (12 Digit)\nKlik Butang Semak\nPengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan\nMasukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan\nKlik Log Masuk\n\nBagi anda yang pertama kali menerima bayaran str fasa 3, anda perlu daftar terlebih dahulu di MySTR Login.\nMelalui MySTR ini, ianya adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan STR 2023 yang menyediakan fungsi seperti berikut:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\nSemakan Status Permohonan\nKemas Kini Permohonan\nCetakan Permohonan\nTukar Kata Laluan\nMaklum Balas\nPeti Mel\n\nSekiranya anda terlupa kata laluan str fasa 3 login di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/, anda boleh semak cara untuk panduan terlupa kata laluan MySTR\nKaedah Pembayaran\nBayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 akan terus di buat ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank\nBagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntun di BSN dengan mengemukakan kad pengenalan pemohon\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 ? Bayaran akan dibuat pada bulan Jun 2023 sebelum Hari Raya Aidiladha Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3 Jumlah bayaran bermula dari RM100 -RM800 mengikut kategori \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/info-banjir-terkini-senarai-laluan-yang-ditutup/", "title": "Semakan Info Banjir Terkini | Senarai 20 Laluan Yang Ditutup Sementara", "body": ["\n\n", "\nSemakan Info Banjir Terkini | Senarai 20 Laluan Yang Ditutup Sementara ~\u00a0 Polis menutup 20 laluan yang dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda beberapa daerah di Selangor, sejak malam tadi.\nKesemua laluan itu membabit beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya, IPD Klang Utara, IPD Sungai Buloh, IPD Subang Jaya, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat dan IPD Shah Alam.\n\n 20 Laluan Ditutup Sementara Akibat Banjir\nMenerusi maklumat yang dikongsi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, IPD Petaling Jaya menutup laluan pusingan U keluar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) menghala ke bulatan lapangan terbang; lorong motosikal susur masuk ke lapangan terbang serta laluan ke lapang sasar Subang.\nIPD Klang Utara menutup Lebuhraya Shapadu manakala IPD Sungai Buloh lima laluan iaitu Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Plong; Jalan Gajah 2/3; Jalan Gajah 2/4 dan Jalan Gajah 16.\nIPD Sepang turut menutup lima laluan iaitu Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan/Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Bukit Canggung/ Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Salak/Sepang dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid).\nIPD Shah Alam pula menutup laluan Jalan Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Persekutuan; Seksyen 13 dan Jalan HICOM.\n\n\n\n\nSementara satu laluan ditutup IPD Subang Jaya iaitu di Kampung Bukit Lancong Putera Heights dan Jalan Kebun dari Shah Alam ke Banting pula ditutup IPD Kuala Langat.\nUntuk mendapatkan maklumat Notis Penutupan Jalan, sila layari; www.bencanaalam.jkr.gov.my\nNota: Sila cakna dengan info semasa mengenai banjir dan sentiasa utamakan keselamatan diri anda. Ikut arahan pihak berkuasa dan berpindah segera sekiranya terdapat tanda-tanda air naik. \n\nSumber: Berita Harian\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah-texas-chicken/", "title": "Menu Rahmah Texas Chicken : RM 5 Sahaja Bagi Setiap Kombo", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah Texas Chicken\nSejak inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan oleh kerajaan kira-kira sebulan lalu, nampaknya semakin banyak kedai makan serta restoran cawangan terkemuka turut serta dalam menawarkan aneka menu dengan harga berpatutan.\nDemi menyahut seruan kerajaan, restoran makanan segera terkemuka, Texas Chicken Malaysia turut memperkenalkan menu dengan harga bajet kepada semua rakyat Malaysia.\nDitawarkan bermula 7 Mac 2023, anda dapat nikmati aneka hidangan yang cukup menarik daripada Texas Chicken dengan dengan harga RM 5.00 sahaja untuk setiap kombo.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai promosi terbaharu yang ditawarkan.\nBaca Juga : Menu Rahmah McD : Hidangan RM 5 Lengkap Dengan Minuman\nPilihan Menu Rahmah di Restoran Texas Chicken\nHidangan menu dengan harga mampu milik yang ditawarkan di Texas adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\nSpicy Korean Rice Bowl & Drinking Water\nButtermilk Rice Bowl & Drinking Water\nSmoky BBQ Flatbread & Drinking Water\n\nAnda boleh nikmati mana-mana kombo seperti di atas dengan harga RM 5.00 sahaja dengan pembelian secara dine-in atau take-away.\nWaktu pembelian Menu Rahmah adalah terhad bermula 12.00 tengah hari sehingga 3.00 petang selagi stok masih ada. \n\nTerma & Syarat Pembelian Menu Rahmah di Texas Chicken\nPembelian Menu Rahmah di cawangan Texas Chicken adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut :\n\nTawaran bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 3 petang sahaja.\nTawaran tidak terdapat di KLCC, KLIA dan Genting.\nTawaran tidak sah melalui aplikasi penghantaran makanan, trak makanan dan dengan mana-mana kupon, tawaran atau promosi lain.\n\nJangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan Texas Chicken dengan harga mampu milik. Untuk masa terhad sahaja sementara stok masih ada!\nUntuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan di Texas Chicken, sila ikuti laman Facebook Texas Chicken di pautan : facebook.com/TexasChickenMalaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/piala-sumbangsih-2023/", "title": "Piala Sumbangsih 2023 [LIVE & Update Perlawanan JDT vs TFC]", "body": ["\n\n", "\nPiala Sumbangsih 2023 edisi ke 38 bakal menyaksikan JDT selaku juara Liga Super 2022 yang akan menentang\u00a0 Terengganu selaku, naib juara Liga Super 2022. Format perlawanan piala sumbangsih sepatutnya dimainkan antara juara Liga Super 2022 dan juara Piala Malaysia 2022. Namun oleh kerana Johor Darul Ta\u2019zim juga merupakan juara bagi Piala Malaysia 2022 seterusnya merangkul paling banyak anugerah di ABK22, ianya akan diganti dengan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Liga Super 2022 iaitu Terengganu FC\nSejarah Piala Sumbangsih\nSejarah pertandingan piala sumbangsih bermula pada tahun 1982. Pada awalnya, pertandingan ini dikenali sebagai \u201cPiala Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang\u201d sebagai penghormatan kepada Pangeran Mahkota Pahang, yang pada masa itu dilantik sebagai Presiden Persatuan Sepak Bola Malaysia.\nBermula pada saat itu, Piala Sumbangsih menjadi perlawanan amal yang akan menjadi acara tahunan sebelum bermulanya musim bola sepak pada tahun tersebut.\nHasil daripada pendapatan pertandingan ini, akan disumbangkan untuk tujuan amal atau kepentingan sosial. Bermula pada tahun 1998, Piala Sumbangsih diadakan di venue Stadion Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, dan menjadi salah satu acara berprestij di dalam kalender sepak bola tanah air.\nPiala Sumbangsih menjadi ajang yang sangat dinanti oleh para penggemar sepak bola di Malaysia karena pertandingan ini menjadi pertandingan perdana yang menandai dimulainya musim sepak bola Malaysia setiap tahunnya. Selain itu, ajang ini juga memberikan kesempatan bagi tim untuk menunjukkan kemampuan mereka dan memenangkan trofi sekaligus menyumbangkan pendapatan dari pertandingan untuk amal atau kepentingan sosial.\nFormat Pertandingan Piala Sumbangsih 2023\n\nFormat awal, pertandingan Piala Sumbangsih hanya mempertemukan juara Liga Malaysia dan juara Piala Malaysia. Namun, sejak tahun 2012, format perlawanan berubah dan mempertemukan juara Liga Super Malaysia dan juara Piala Malaysia, serta pemenang Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia musim sebelumnya dalam pertandingan ganda.\nNamun bagi edisi ke 38, disebabkan juara bagi Liga super, Piala Malaysia dan Piala FA di menangi oleh satu pasukan tunggal iaiatu Johor Darul Ta\u2019zim, maka perlawanan akan menemukan juara liga super 2022 dan naib juara liga super 2022 iaiatu di antara Johor Darul Ta\u2019zim dan Terengganu\nTarikh Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2023\n\nPerlawanan piala sumbangsih 2023 di antara Johor Darul Ta\u2019zim dan Terengganu FC di jadualkan akan berlangsung pada tarikh 24 Februari 2023 bersamaan hari Jumaat bertempat di Staadium Sultan Ibrahim iaitu sehari sebelum Liga Super 2023 bermula. Sepak mula akan bermula pada jam 9:00\n\n\n\n\nJualan Tiket Piala Sumbangsih 2023 JDT vs Terengganu\nBagi peminat bola sepak untuk kedua-dua pasukan, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2023 diantara Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023 \nINFO JUALAN TIKET PIALA SUMBANGSIH\n\nTiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi\u00a0https://tickets.jdtfc.com.my/\u00a0pada 22 Februari bermula jam 2 petang.\nSetiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium. \nSiaran Langsung Piala Sumbangsih 2023\nSiaran langsuh live stream Piala sumbangsih 2023 perlawanan di antara Johor Darul Tazim dan Terengganu FC ini boleh ditonton menerusi Astro dalam definisi tinggi (HD), On Demand dan Astro GO dan RTM\nSenarai Keputusan & Juara Piala Sumbangsih Sepanjang Zaman\nBerikut pula Fuh.my kongsikan keputusan dan senarai juara piala sumbangsih sepanjang zaman (1985 -2022)\nTahunJuaraNaib JuaraKeputusan2022\u00a0Johor Darul Ta\u2019zimKuala Lumpur City3\u201302021Johor Darul Ta\u2019zimKedah2\u201302020Johor Darul Ta\u2019zimKedah1\u201302019Johor Darul Ta\u2019zimPerak1\u201302018Johor Darul Ta\u2019zimKedah2\u201312017KedahJohor Darul Ta\u2019zim1\u20131 (5\u20134)\u00a0(pen.)2016Johor Darul Ta\u2019zimSelangor1\u20131 (7\u20136)\u00a0(pen.)2015Johor Darul Ta\u2019zimPahang2\u201302014PahangLionsXII1\u201302013ATMKelantan1\u20131 (4\u20133)\u00a0(pen.)2012Negeri SembilanKelantan2\u201312011KelantanSelangor2\u201302010SelangorNegeri Sembilan2\u201312009SelangorKedah4\u201312008PerlisKedah0\u20130 (6\u20135)\u00a0(pen.)2007PerlisPahang2\u201312006PerakSelangor4\u201322005PerakPerlis2\u20132 (4\u20132)\u00a0(pen.)2004MPPJ FCNegeri Sembilan4\u201322003Pulau PinangSelangor1\u201302002SelangorTerengganu2\u201312001TerengganuPerak4 \u2013 02000Kuala LumpurBrunei1\u20131 (4\u20133)\u00a0(pen.)1999PerakJohor2\u201301998SarawakSelangor3\u201311997SelangorKedah2\u201301996SelangorSabah2\u201301995Kuala LumpurPahang3\u201321994KedahKuala Lumpur1\u201301993PahangSarawak5\u201301992PahangJohor2\u201301991KedahSelangor2\u201311990SelangorKuala Lumpur0\u20130 (3\u20130)\u00a0(pen.)1989SingapuraKuala Lumpur1\u201301988Kuala LumpurPahang2\u201311987SelangorKuala Lumpur1\u201301986JohorSingapura1\u20131 (6\u20135)\u00a0(pen.)1985SelangorPahang2\u20131\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gssk-geran-sepadan-sektor-kebudayaan-2022/", "title": "GSSK : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022", "body": ["\n\n", "\nBerita baik! Geran Sepadan Sektor Kebudayaan GSSK 2022 di buka kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri seni dan kebudayaan sepanjang tahun semasa (2022).\nMenerusi geran ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memperuntukan sebanyak RM500,000 untuk untuk penganjuran program / acara domestik ekosistem kesenian dan kebudayaan di negara ini.\n\nApa Itu Geran Sepadan Sektor Kebudayan GSSK?\n\nGeran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC bagi memastikan ekosistem kesenian dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing dan diperkasa susulan penularan pandemik Covid-19\n\nInisiatif ini dirangka bagi membantu para penggiat industri dari pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program/ acara seni budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022.\nIanya juga bertujuan menyemarakkan dan merancakkan semula sektor kebudayaan sebagai langkah pemulihan sektor ini yang terjejas susulan penularan wabak pandemik Covid-19.\nSelain itu, ianya juga bagi memastikan industri kebudayaan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada para penggiat industri sebagai penggerak ekosistem kesenian dan kebudayaan negara.\nMaklumat Geran GSSK\nNama geran : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022Penganjur : Pelancongan, Seni dan Budaya MalaysiaKadar peruntukan : Domestik RM500,000Tarikh permohonan : 1 April 2022\nKaedah Saluran\nPeruntukanNGO/NPO \u2013 mkasimum sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaaan keseluruhan\nSyarat -maksimum sehingga 80% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan\nKadar penyaluran \u2013 penyaluran pertama / deposit sehingga 80% daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu program/acara bermula, manakala baki akan di salurkan selpas MOTAC menerima dokumen-dokumen lengkap daripada pemohon\nBaca juga : Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H Pemerkasa One-Off RM3000\nSkop Permohonan\nPenganjuran program dan acara yang dirancang hendaklah bersesuaian dan selaras dengan bidang keutamaan, dasar serta objektif MOTAC dalam merangsang dan memberikan faedah kepada industri. Pelaksanaan program dan acara adalah dalam bentuk fizikal, digital dan hibrid bergantung kepada situasi tahap semasa pandemik Covid-19 negara.Konsep dan kandungan program dan acara yang tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik.\nKategori Permohonan\n\nPersatuan Seni, Budaya dan Warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993; dan Lain-lain entiti berdaftar dengan Kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC.\nSkop Acara / Program\nPameran /Espo /festivalPementasan/peresmbahanPertandinganPersidangan/seminar/bengkel/simposium/kolokiumPenerbitan/rakaman/pendokumentasian/pendigitalanProgram-program lain seumpamanya yang dikitiraf MOTAC\nBidang Seni, Budaya dan Warisan\nBidang-bidang seni, budaya dan warisan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut: \nSeni Tarian; Seni Muzik; Seni Lakon (teater, filem dan drama); Kraf; Seni Mempertahankan Diri; Adat dan Budaya (adat istiadat, busana/kostum, kulinari, permainan tradisi dan perubatan tradisi); Seni Halus (seni lukis, seni hias, anyaman/sulaman manik/tekad, ukiran, pertukangan, khat dan kaligrafi, seni bina serta lanskap); Bahasa dan Kesusasteraaan (tulisan jawi, sastera rakyat/lagu dan cerita rakyat, sajak, gurindam, pantun, syair dan teromba); dan Audio Visual dan Media Interaktif (grafik, pameran, teknologi maklumat, seni foto dan media sosial).\nCara Permohonan\nBorang permohonan dan garis panduan untuk geran boleh dimuat turun menerusi laman web koprat Tourism Malaysia https://www.tourism.gov.my/Permohonan lengkap perlu dikemukakan kepada urustia melalui hard copy secara serahan tangan /courier dan e-mel salinan keada ;\nURUS SETIA\n\n\n\n\nGERAN PADANAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (GPPSB) LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TOURISM MALAYSIA)\nBAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, ARAS 2, NO.2, MENARA 1,\nJALAN P5/6, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA\nDAN\nE-MEL KEPADA:\n[email\u00a0protected]\nTALIAN UNTUK DIHUBUNGI: 03-8891 8191 / 8196 / 8232\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkaitanGeran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022 juga anda boleh dapatkan di sini\nGSSK2022Download\nBaca juga : Permohonan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Yayasan Pahang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-dermasiswa-pengajian-zakat-pulau-pinang-mainpp-2022/", "title": "Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD", "body": ["\n\n", "\nBantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD ~ Sukacita dimaklumkan bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk pelajar Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah 2022 kini dibuka. \nPeluang ini terbuka kepada semua pelajar beragama Islam yang bermastautin di Pulau Pinang serta memenuhi syarat kelayakan.\nBaca Juga : Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi bantuan ini dibuka bermula 23 Mac 2022 hingga 22 April 2022.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan \nPelajar yang berminat untuk memohon Dermasiswa Zakat Pulau Pinang MAINPP perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBeragama IslamWarganegara Malaysia dan Pemastautin TetapBermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulanTidak mendapat bantuan atau tajaan pembiayaan dari mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau PinangTerbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi yang tersenarai dalam MQA.Sedang melanjutkan pelajaran dalam salah satu peringkat pengajian berikut :\n-Diploma\n-Ijazah Sarjana Muda\n-Ijazah Sarjana\n\n\n\n\n-Ijazah Doktor Falsafah\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nZakatpenang2u.com\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di saluran berikut :\nTelefon : \u00a004 \u2013 549 8125/155\nEmel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-kewangan-aidilfitri/", "title": "Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan disalurkan kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.\nInisiatif tambahan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023.\nBeliau yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan berita baik ini ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada 31 Mac 2023.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.\nBaca Juga : STR Fasa 4 2023 Tarikh & Jumlah Bayaran MySTR\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan\nKerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebagai persiapan mereka menyambut Hari Raya tidak lama lagi dengan peruntukan sebanyak RM 170 juta.\nDalam pembentangan Bajet 2023 sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM 300 sebulan kepada nelayan serta RM 200 sebulan untuk pesawah padi bagi tempoh 3 bulan semusim. \nSelain itu, sumbangan musim tengkujuh juga dinaikkan kepada RM 800 bagi tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah berbanding RM 600 sebelum ini.\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, jumlah bantuan yang akan diterima bagi setiap golongan adalah seperti berikut :\nGolonganBantuanJumlahNelayanRM300 + RM200RM500Pesawah PadiRM200 + RM200RM400Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000\nSumber : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)\nMenurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif baharu yang diperkenalkan ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menambah baik tadbir urus demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. \nTambah beliau, pemberian bantuan ini adalah antara yang terbesar pernah diberikan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun getah kecil.\nKerajaan juga menyifatkan bantuan ini sebagai bukti kesungguhan dan kepekaan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan kebajikan golongan ini.\nTarikh Bantuan\nBantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.\nMenerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).\nBayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-tawaran-rayuan-tingkatan-6-semester-1-2021/", "title": "Semakan Tawaran & Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 2021", "body": ["\n\n", "\nBagi pelajar yang merupkan lepasan SPM 2020, anda kini boleh menyemak tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 semester 1 tahun 2021 mulai 5 Julai 2021 iaitu pada hari Isnin.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan tawaran tersebut boleh dibuat melalui Portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan 6 iaitu https://sst6.moe.gov.my/.\nSemakan tawaran tersebut akan dibuka kepada pelajar SPM 2020 yang terlibat sehingga 15 Julai 2021.\nBagi pelajar yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan tawaran kemasukan kepada pelajar yang terlibat. \nSesi pengajian Tingkatan 6 bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 25 Julai 2021 dan bagi negeri Kumpulan B pula, sesi pengajian akan bermula 26 Julai 2021. \n\nMengenai Tingkatan 6\nUntuk makluman, Tingkatan 6 ialah peringkat lepasan SPM yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan sejak lebih 50 tahun dahulu.\u00a0\nPelajar yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan 6, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. \nObjektif pelaksanaan Tingkatan 6 adalah seperti:\nMeningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.\nAliran Yang Ditawarkan\nTerdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan 6 di sekolah menengah harian iaitu:\n\n\n\n\nAliran Sains.Aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama).\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang membolehkan pelajar menyambung pengajian ke Tingkatan 6 terbahagi kepada syarat am dan syarat khas.\nSyarat Am\nLulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.\nSyarat Khas\nBidang Sains \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.Bidang Sains Sosial \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.\nCara Membuat Semakan\nKemasukan ke Tingkatan tidak melibatkan sebarang permohonan dan calon lepasan yang layak dan memenuhi syarat akan terus ditawarkan bagi mengikuti pengajian ini.\nCara-cara membuat semakan kemasukan adalah seperti berikut:\nLayari laman web semakan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm.Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ada sempang.Klik butang \u2018Klik Untuk Semak.\u2019Keputusan kemasukan dipaparkan.\nRayuan Kemasukan\nUntuk pelajar yang tidak layak untuk memasuki Tingkatan 6 selepas membuat semakan, anda boleh terus membuat rayuan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/erayuan/calon_spm0.cfm.Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ada sempang.Klik butang \u2018Klik Untuk Merayu.\u2019Ikuti langkah-langkah seterusnya untuk menyelesaikan proses rayuan. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM di talian 03-8884 9370.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tabung-usahawan-belia-felda-tubf/", "title": "Permohonan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF)", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF 2022 dibuka mulai 30 Ogos 2022. Dana pusingan keseluruhan berjumlah RM10 juta Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) merupakan inisiatif Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan. Dengan dana ini juga, ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA.\nApakah itu Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF\n\nPinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 \u2013 40 tahun.Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.Usahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).\nKelebihan TUBF\nAntara kelebihan yang akan diperolehi oleh pesert ;\nPeluang ikuti kursus induksi secara percuma.Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.\n\nKadar Pinjaman Tabung Usahawan Belia FELDA\nKadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nUsahawan sedia ada : RM 10,000 \u2013 RM 20,000Usahawan baharu : RM 5,000 \u2013 RM 15,000\n\nPakej Yang Ditawarkan\nTUBF menawarkan 6 pakej perniagaan untuk usahawan baharu, dan 4 pakej perniagaan untuk usahawan sedia ada\nUsahawan sedia ada : 4 pakej\u00a0 perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)Usahawan baharu : 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash)\n\nSyarat Kelayakan\nKelayakan asas\n\u00a0Warga peneroka golongan belia (18-40 tahun)Usahawan baharu (urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan)Usahawan sedia ada urusniaga sekurang-kurangnya\u00a0 tahunMendaftar dengan SSM\n\nKriteria Kelayakan Permohonan\nKriteriaUsahawan Sedia AdaUsahawan BaruKelayakan urusniagaSekurang-kurangnya 1 tahunSekurang-kurangnya 1 tahunPakej ditawarkana)Perkhidmatan,\u00b7 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 b)Kraf,\u00b7 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 c)Perniagaan dan\u00b7 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 d)Perusahaana)Kiosk makanan \u00a0 \u00a0 \u00a0 b)Bakeri \u00a0 \u00a0 \u00a0 c)Andaman\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 d)Jahitan\u00a0 \u00a0 e)It\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 f)car washKuota kelakayan70% atau 200 orang30% atau 160 orangHad pinjamanRM10000 -RM20,000RM5000 \u2013 RM15000Tarikh Mula mohonOgos 2022Januari 2023\nKonsep Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF)\nKonsep tabung usahawan belia FELDA ini adalah ;\nPinjaman\u00a0 0% dan patuh syariahLatihan dan pemantauan prestasi perniagaanTanpa caj perkhidmatan\n\nCara Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Belia FELDA\nCara permohonan adalah seperti berikut:\nLayari laman web\u00a0https://felda.gov.my/media-home/pengumuman-program/pengumuman/tabung-usahawan-belia-felda-tubf.Muat turun borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengurus Rancangan FELDA.Pengurus Rancangan perlu menghantar borang ke Pejabat Wilayah.Semakan dan pengesahan pengurusan wilayah.Semakan dan sokongan daripada Ibu Pejabat FELDA.Proses di BIMB.Status lulus atau gagal diketahui\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF anda boleh layari website https://www.felda.gov.my/ hubungi nombor telefon\u00a0 : 03-21912191 atau emailkan pertanyaan anda ke alamat email : [email\u00a0protected] \n\n\n\n\nBaca juga : Skim Insentif Anak Peneroka FELDA (SIAP) ~Bantuan Pendidikan\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah Itu TUBF?\nPinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 \u2013 40 tahun.\nKeutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.\nPembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.\nPinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.\nUsahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).\nBilakah tarikh permohonan TUBF?\nPermohonan untuk usahawansedia ada akan dibuka mulai Ogos 2022Permohonan bagi usahawan baharu, hanya akan dibuka pada januari 2023\n\nAdakah permohonan untuk ternakan dan pertanian dibenarkan?\nTidak dibenarkan\nApakah kelebihan TUBF?\nPeluang ikuti kursus induksi secara percuma.Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/akta-kerja-1955/", "title": "Akta Kerja 1955 : Pindaan 2022 Berkuatkuasa Januari 2023", "body": ["\n\n", "\nPenguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.\nMenurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri bagi memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan bagi menguatkuasakan akta tersebut.\nPada Ogos 2022, Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023, berbanding perancangan terdahulu yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lalu.\n\nAntara perkara yang terangkum dalam pindaan tersebut adalah pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.\nAnda boleh rujuk ringkasan serta penerangan berkaitan Akta Kerja (Pindaan 2022) seperti di bawah.\n\nBaca Juga : Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)\nPindaan Terkini (2022/2023) Akta Kerja 1955\nSeperti yang kita tahu, Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.\nNamun yang terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM 4,000 sebulan.\nSebagai majikan mahupun pekerja, apakah perubahan atau pindaan Akta Kerja yang perlu kita tahu?\nPindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.\nGaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai\u00a01 Januari 2023.\nNamun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:\n\na. Bayaran Kerja Lebih Masa\nb. Kerja pada Hari Rehat\nc. Kerja pada Cuti Am\nd. Elaun Syif\ne. Faedah Penamatan Kerja\n\n\nDengan erti kata lain, sesiapa yang bergaji antara RM 1,500 (gaji minimum) sehinggalah RM 4,000 akan mendapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.\n\n\n\n\nSelain itu, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu peka sebagai majikan mahupun pekerja iaitu :\n1 Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.\n2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.\n3. Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:\n\nPelanggaran syarat Kontrak Kerja\nMisconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)\nSyarikat tutup seperti bankrupt.\n\n4. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.\n5.\u00a0Cuti Paterniti sebanyak 7 hari.\u00a0Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).\n6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.\n7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai contoh jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.\n8. Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan Ekspatriat.\nSoalam Lazim Akta Kerja 1955\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dilampirkan bersama informasi penuh mengenai Akta Kerja 1955 ini yang boleh dimuat turun dalam fail PDF.\nakta_kerja1955Download\nSumber : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)\u00a0https://jtksm.mohr.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/inisiatif-kwsp/", "title": "2 Inisiatif Baru KWSP: e-PaR & Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman", "body": ["\n\n", "\nKUALA LUMPUR, 13 September 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)\u00a0melancarkan dua inisiatif baharu untuk majikan bagi meringankan pengurusan aliran kewangan mereka ketika tempoh pandemik, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab statutori ke atas pekerja. \nMelalui inisiatif pertama iaitu\u00a0pengecualian caj lewat bayar caruman, majikan diberi kelonggaran untuk tempoh membayar caruman bulan semasa, manakala melalui inisiatif kedua iaitu\u00a0Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR), majikan berpeluang untuk mendapatkan pengurangan menyelesaikan baki caj lewat bayar yang tertunggak.\u00a0\nPengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj yang dikenakan ke atas majikan yang gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan. \nWalaupun tarikh akhir untuk membayar caruman tersebut tidak berubah, melalui inisiatif ini majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar. \nIni akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif semasa tempoh mencabar ini. \nPihak majikan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk inisiatif ini yang akan berkuat kuasa secara automatik bermula caruman bulan September 2021 sehingga Disember 2021.\nBagi inisiatif e-PaR pula, majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70% untuk caj lewat bayar yang tertunggak bagi caruman yang lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021. \n\n\n\n\nUntuk layak mendapatkan pengurangan ini, majikan perlu memastikan caruman dan dividen yang tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 telah diselesaikan sebelum 31 Disember 2021.\u00a0\nPengurangan caj lewat bayar caruman ini bertujuan untuk membantu majikan menguruskan aliran tunai mereka di samping menyediakan peluang dan insentif untuk mereka menyelesaikan sebarang baki pembayaran caruman yang tertunggak. \nPermohonan e-PaR akan dibuka mulai 13 September 2021 hingga 31 Disember 2021.\nKWSP menyedari cabaran kewangan yang sedang dihadapi oleh majikan sepanjang tempoh kawalan pergerakan dilaksanakan. \nDiharapkan kedua-dua inisiatif yang ditawarkan ini dapat mengurangkan impak pandemik ke atas operasi perniagaan selain memastikan majikan dapat meneruskan tanggungjawab membayar caruman pekerja untuk simpanan persaraan mereka.\nSumber: KWSP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-anwar-ibrahim/", "title": "Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10", "body": ["\n\n", "\nBiodata Anwar Ibrahim\nTeka teki yang berlegar di kalangan rakyat Malaysia terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.\nLantikan beliau merupakan salah satu insiden politik yang unik kerana tiada parti yang dapat mengumpul minimum 112 kerusi parlimen.\nIni mendorong penglibatan Yang di-Pertuan Agong sehingga terbentuknya kerajaan perpaduan antara PH selaku parti paling banyak kerusi serta parti-parti lain.\nSejak pelantikan beliau, ramai yang menanti perubahan yang bakal dibawa oleh Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.\nAnwar juga bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air.\nPencapaian serta semangatnya dalam membawa perubahan untuk pertiwi membuatkan beliau menjadi tokoh politik yang disegani.\nJom kenali Perdana Menteri Malaysia ke-10 dengan menyemak biodata Anwar Ibrahim.\n\nBaca Juga : Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal\nBiodata Anwar Ibrahim\nNama Penuh : Anwar bin Ibrahim\nTarikh Lahir : 10 Ogos 1947\nAsal : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang\nUmur : 75 tahun\nIsteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail\nAnak-Anak : Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, Ehsan\n\nSumber: Berita RTM\nLatarbelakang Pendidikan\n\nBukit Mertajam Boys School (Sekolah Rendah)\nMaktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (Sekolah Menengah)\nPengajian Melayu (Sastera) Universiti Malaya\nDianugerahi Ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University\nAnugerah Presiden oleh Georgetown University\n\nPengalaman Dalam Pentadbiran Kerajaan\n\n1982 \u2013 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri\n1983 \u2013 Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan\n1984 \u2013 Menteri Pertanian\n1986 \u2013 Menteri Pendidikan\n1991 \u2013 Menteri Kewangan\n1993 \u2013 Timbalan Perdana Menteri\n1997 \u2013 Pemangku Perdana Menteri & Menteri Dalam Negeri\n2022 \u2013 Perdana Menteri Malaysia ke-10 & Menteri Kewangan \n\nJawatan Yang Pernah Disandang Dalam Parti\nWakil Rakyat\n\n\n\n\n\n1982-1995 Ahli Parlimen Permatang Pauh (UMNO)\n1998-1999 Ahli Parlimen Permatang Pauh (Bebas)\n2008-2015 Ahli Parlimen Permatang Pauh (PKR)\n2018-2022 Ahli Parlimen Port Dickson (PKR-PH)\n2022 Ahli Parlimen Tambun (PKR-PH)\n\nPenglibatan Dalam Politik\n\n29 Mac 1982 Menyertai UMNO\n8 Ogos 1982 Pengerusi UMNO Bahagian Permatang Pauh\n9 Sept 1982 Ketua Pemuda UMNO\n24 April 1987 Naib Presiden UMNO\n21 Okt 1993 Timbalan Presiden UMNO\n\n\nSept 1998 Dipecat daripada UMNO dan dilantik sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)\n28 Ogos 2008 Dilantik sebagai Ketua Pembangkan di Parlimen\n8 April 2015 Dilantik sebagai Ketua Umum PKR\n2018 Menyandang jawatan Presiden PKR\nSejak 2020 : Menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan\n\nPenglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Antarabangsa\n\n1971 Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik\n1973 Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)\n1973-1976 Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)\n1972-1982 Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia\n1983-1998 Canselor dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)\n1988-1991 Pengerusi Jawatankuasa Pengarah dan Presiden Majlis Umum Pertubuhan Pendidkan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris\n1997-1998 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia\n2006 Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC\n2006-2008 Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC\n1980-kini Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT)\n\n\nCabaran Berliku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Karier Politik\nBeliau pertama kali dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas penglibatannya dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demonstari pelajar terhadap isu kemiskinan di kawasan luar bandar.\nSelepas dibebaskan, Anwar menyertai parti UMNO yang diketuai oleh Tun Mahathir ketika itu.\nSetelah menyandang beberapa jawatan penting dalam kabinet seperti Mentri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991), karier politik Datuk Seri Anwar mencapai tahap tertinggi apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993.\nNamun, hubungan Anwar dan Mahathir semakin merosot akibat perbezaan pandangan dalam hal pentadbiran negara.\nPada September 1998, Anwar dipecat daripada UMNO. \nBeliau juga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga mendorong kelahiran gerakan Reformasi yang menular di seluruh negara.\nPada tahun 1999, beliau dipenjara atas kesalahan rasuah namun menjadi pengaruh besar kepada Barisan Alternatif (BA) dan selepasnya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan DAP.\n\nSelepas menyepikan diri selama hampir 10 tahun, Anwar muncul sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh setelah memenangi pilihan raya pada Ogos 2008.\nPada tahun 2015, Anwar dipenjara sekali lagi pada tahun 2015 selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kes pelakuan seks luar tabii.\nSetelah menerima pengampunan diraja dari Sultan Muhammad V, beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, sebaik parti PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018.\nBeliau juga muncul sebagai ahli Parlimen Port Dickson apabila memenangi majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut pada tahun yang sama.\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, sila layari laman web anwaribrahim.com dan laman media sosial rasmi seperti pautan berikut : \nFacebook : Anwar Ibrahim \nInstagram : anwaribrahim_my \nTwitter : @anwaribrahim \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ssm-oba/", "title": "Semakan SSM OBA : Senarai Perniagaan Penipu Online Terkini", "body": ["\n\n", "\nTerkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia melancarkan SSM OBA atau SSM Online Business Alert\u00a0,yang merupakan insiaitif SSM untuk memberi kesedaran kepada orang awam untuk tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan entity pernigaan yang tidak beretika.\nSSM Online Business Alert menyediakan semakan senarai perniagaan penipu online, senarai syarikat scammer. Dengan adanya insiaitif yang disediakan ini, orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat entiti perniagaan yang disyaki terlibat dengan penipuan atas talian.\nApa Itu SSM OBA SSM Online Business Alert\n\nIanya merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian\nSenarai Syarikat Disyaki Terlibat Penipuan\nBerikut adalah senarai Laman sesawang / Media Sosial yang disyaki terlibat di dalam penipuan perniagaan atas talian merujuk kepada maklumat dalam fail aduan yang diterima. Sila berwaspada semasa berurusan dengan entiti berkenaan. \nSenarai syarikat yang disyaki telibat dalam penipuan boleh disemak menerusi langkah berikut berikut:\u200b\nLayari laman web berikut\u00a0https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspxKlik perkataan \u2018SSM OBA.\u2019Senarai syarikat yang disyaki dipaparkan\n\nNota : Sekiranya mana-mana entiti ingin memohon nama untuk dikeluarkan daripada senarai ini boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui emel : [email\u00a0protected] untuk pertimbangan.\nSelain itu juga, SSM OBA turut menyenaraikan laman-laman pembaharuan secara atas talian yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang bukan dikawal selia oleh SSM.\nSSM menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.\n\n\n\n\nOrang ramai perlu memastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.\nCara Membuat Laporan SSM OBA\nBagi individu yang mengalami kes penipuan boleh membuat laporan menerusi kaedah berikut:\nBuat laporan dengan menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].Lampirkan alamat URL syarikat yang disyaki.Lampirkan bukti penipuan.Lampirkan laporan polis.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai SSM OBA, anda boleh layari laman https://www.ssm.com.my/ atau hubungi ;\nSSM Contact Centre:\nTel: 03-7721 4000\n\u200bE-mail : enquiry[at]ssm.com.my\nBaca juga ;\nSemakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-ihsan-komputer-baik/", "title": "Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Untuk Pelajar IPT Sabah", "body": ["\n\n", "\nKhas untuk anak Sabah Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk tahun 2023 diteruskan lagi. \nKerajaan Negeri Sabah meneruskan insiatif ini untuk membantu kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.\nDengan peruntukan sebanyak RM 15 juta, kerajaan negeri Sabah telah berjaya menyalurkan bantuan komputer riba kepada kira-kira 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM pada tahun lalu. \nKini, bantuan ini dteruskan bagi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak Sabah mencukupi.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nBaca Juga : Pesta Menuai 2023 Sabah & Cuti Umum Kaamatan\n\n\n\n\nApa Itu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)?\nBAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagi membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta yang tidak berkemampuan memiliki komputer demi sesi pembelajaran yang lebih lancar.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut;\n\nPermohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.\nSatu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.\nIbu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.\nMemberikan justifikasi keperluan komputer riba.\nPermohonan perlulah dibuat secara online.\n\nCara Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)\n\nLayari pautan permohonan di\u00a0https://baik.sabah.gov.my/.\nKlik butang \u2018Permohonan.\u2019\nKlik butang \u2018Belum Daftar? Klik DiSini.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk ke dalam laman web tersebut.\nBuat permohonan sehingga dengan mengisi butiran yang diperlukan dengan lengkap sehingga selesai.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPastikan ketika anda mengisi permohonan, sertakan sekali salinan dokumen seperti berikut ;\n\nSalinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.\nSalinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.\nSalinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S\n\nNota : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Komputer, sila layari website\u00a0https://mttk.sabah.gov.my/\u00a0atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/piala-malaysia-2023/", "title": "Piala Malaysia 2023: Jadual & Tarikh Perlawanan", "body": ["\n\n", "\nUndian Piala Malaysia 2023 telah pun dibuat. 16 pasukan (14 dari Liga Super, 2 dari Liga M3) telah diketahui.\nAksi pembuka tirai menyenaraikan pendahulu liga Malaysia 2023, Johor Darul Ta\u2019zim akan bertembung menentang Kelantan FC yang kini berada di tangga tercorot Liga Super. \nAksi pertama piala Malaysia 2023 akan bermula Ogos ini selepas pertengahan musim iaitu selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13).\nMengikut tarikh jadual perlawanan piala malaysia 2023 yang disediakan oleh Malaysian\u00a0Football League (MFL), Piala Malaysia akan berlangsung pada 3-6 Ogos 2023.\n\nPertandingan akan melibatkan 14 kelab-kelab Liga Super 2023 dan 2 kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).\nManakala bagi pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir secara automatik akan meneruskan cabaran di pentas MFL Challange Cup 2023.\nFormat Perlawanan\n\nBagi format perlawanan piala Malaysia 2023, MFL telah memperkenalkan format baru pertandingan iaitu ;\n\nPertandingan akan melibatkan 14 kelab-kelab Liga Super 2023 dan 2 kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).\nPertandingan Piala Malaysia akan bermula selepas pertengahan musim iaitu selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13);\nProses undian/kelayakan adalah seperti berikut:\n\na. Pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan (selepas perlawanan ke-13 Liga Super 2023) merupakan pasukan seeded.\nb. Pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 14 (selepas perlawanan ke-13 Liga Super 2023) dan kedudukan pertama dan kedua Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi pasukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan-pasukan seeded.\n\n\nPerlawanan Pusingan 16 Pasukan, Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir akan dimainkan secara timbal balik;\nVenue Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan ditetapkan oleh MFL.\n\nSenarai 16 Pasukan Saingan Piala Malaysia 2023\n\n\nJohor Darul Ta\u2019zim\nSelangor FC\nSri Pahang FC\nKedah Darul Aman FC\nSabah FC\nKuala Lumpur City FC\nTerengganu FC\nNegeri Sembilan FC\nPDRM FC\nPenang FC\nPerak FC\nKelantan United FC\nKuching City FC\nKelantan FC\nM3 (1)\nM3 (2)\n\nTarikh Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2023\n\nJadual penuh perlawanan piala Malaysia, akan dikemaskini selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13). \nJadual Perlawanan Pusingan 16 Perlawanan Pertama\nTarikh MasaTuan RumahPelawatVenueTBDTBDKelantan FCJDTTBDTBDTBDKelantan UnitedNegeri Sembilan FCTBDTBDTBDPerak FCKedahTBDTBDTBDKuching City FCSabah FCTBDTBDTBDPDRM FCSelangor FCTBDTBDTBDM3(1)Terengganu FCTBDTBDTBDM3(2)Sri PahangTBDTBDTBDPenang FCKL City FCTBD\nJadual Perlawanan Pusingan 16 Perlawanan Kedua\nTarikh MasaTuan RumahPelawatVenueTBDTBDKelantan FCJDTTBDTBDTBDKelantan UnitedNegeri Sembilan FCTBDTBDTBDPerak FCKedahTBDTBDTBDKuching City FCSabah FCTBDTBDTBDPDRM FCSelangor FCTBDTBDTBDM3(1)Terengganu FCTBDTBDTBDM3(2)Sri PahangTBDTBDTBDPenang FCKL City FCTBD\n\nSaingan Liga Malaysia 2023 akan membuka tirai pada Jumaat, 24 Februari dengan Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta\u2019zim dan Terengganu FC\nManakala enam lagi perlawanan Liga Super 2023 akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari.\nTarikh Penting Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2023\n\n3-6 ogos 2023 : Perlawanan Pusingan 16 Pasukan (pusingan pertama) membuka tirai\n18-20 Ogos 2023 : Perlawanan Pusingan 16 pasukan (pusingan kedua iaitu sebelum ACL & AFCC -MD1)\n15 & 17 September 2023 : Pusingan Suku akhir (Pusingan pertama)\n23,24,25 September 2023 : Pusingan Suku Akhir (pusingan kedua)\n20 & 21 Oktober 2023 : Separuh Akhir (Pusingan pertama)\n3 & 5 November 2023 : Separuh Akhir (Pusingan kedua)\n9 Disember 2023 : Penentuan Juara Piala Malaysia\n\nSebarang perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada Malaysian Football League.\nSejarah Piala Malaysia\n\n\n\n\n\nSejarah Piala Malaysia bermula pada awal 1920-an dengan kejohanan Piala Malaya yang disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pada mulanya, perlawanan akhir melibatkan juara utara dan selatan yang telah menempah tempat masing-masing melalui kejohanan peringkat negeri. Pada tahun 1933, kejohanan ini telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang HMS Malaya. Piala tersebut disumbangkan oleh kapten Ion Beauchamp Butler, pegawai yang memerintah kapal tersebut.\nPiala Malaysia\u00a0merupakan perlawanan bola sepak paling berprestij di Malaysia dan merupakan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia menjadi acara tahunan mengikut format yang ditetapkan oleh\u00a0Persatuan Bola Sepak Malaysia\u00a0(FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia.\nWalaupun perlawanan ini terpaksa dihentikan seketika semasa Perang Dunia Kedua dari tahun 1942 hingga 1947, ia kemudian dilanjutkan semula pada tahun 1948. Pada tahun 1967, Piala HMS Malaya digantikan dengan Piala Malaysia yang baru. Kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai kejohanan ini.\nMulai tahun 1982, sebuah liga kejohanan diperkenalkan untuk menentukan pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir. Liga ini dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga layak bertanding dalam Piala Malaysia.\nPada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia dan Piala Malaysia kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dari dunia bola sepak Malaysia. Namun, sebelum itu, Singapura telah menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.\nPada tahun 1999, bilangan pasukan yang menyertai Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan Johor FC menjadi kelab pertama yang berjaya menyertai Piala Malaysia dengan status kelab. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor mempunyai pencapaian paling tinggi dalam sejarah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali menjadi naib juara. Perak merupakan juara terbaru dan ini merupakan Piala Malaysia yang ke-8 bagi mereka\nSenarai Juara Piala Malaysia Sepanjang Zaman\n\u00a0\u00a0\u00a0Piala Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tahun\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Juara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Naib Juara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor Darul Ta\u2019zim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02\u20131\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02021\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur City\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02\u20130\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor Darul Ta\u2019zim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02020\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dibatalkan kerana\u00a0pandemik COVID-19\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02019\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor Darul Ta\u2019zim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02018\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 3 (4\u20131\u00a0Penalti)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02017\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor Darul Ta\u2019zim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02016\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 1 (6\u20135\u00a0Penalti)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02015\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02014\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 2 (5\u20133\u00a0Penalti)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor Darul Ta\u2019zim\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02013\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ATM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02009\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02008\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02007\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02006\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02005\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02004\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02003\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0MPPJ\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02002\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0 (gol emas)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02001\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01999\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brunei\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sarawak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01998\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 1 (5\u20133 Penalti)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Nasional Bukit Jalil,\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01997\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0 (gol emas)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01996\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a00 \u2013 0 (5\u20133 Penalti)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01995\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0 (gol emas)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01994\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Shah Alam, Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01993\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01992\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01991\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01990\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01989\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01988\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01987\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01986\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01985\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01984\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01983\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2 (Masa tambahan)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01982\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01981\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01980\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01979\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01978\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01977\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2 (Masa tambahan)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01976\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01975\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01974\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01973\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01972\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01971\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01970\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01969\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01968\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01967\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Piala HMS Malaya\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01966\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ATM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01965\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01964\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01963\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01962\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01961\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01960\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01959\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01958\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 3 (3\u20131 Ulangan)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01957\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01956\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01955\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Rifle Range, Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01954\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01953\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01952\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01951\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01950\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01949\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ATM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01948\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 2 (2\u20131 Ulangan)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01942-1947\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak Dipertandingkan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01941\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01940\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01939\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01938\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01937\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01936\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Rifle Range, Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01935\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01934\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium\u00a0\u00a0\u00a0Merdeka, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01933\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jalan Rifle Range, Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Piala Malaya\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01932\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05 \u2013 3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01931\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01930\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Jalan Anson, Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01929\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor \u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0(Berkongsi Juara)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01928\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor \u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0(Berkongsi Juara)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01927\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01926\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01925\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Stadium Jalan Anson, Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01924\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01 \u2013 0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01923\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01922\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selangor \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 \u2013 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Singapura\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01921\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Singapura \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 \u2013 1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Padang Kelab\u00a0\u00a0\u00a0Selangor, Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\nFakta Menarik\nDisini kami di Fuh.my senaraikan beberapa fakta-fakta menarik mengenai Piala Malaysia\n\nPiala Malaysia bermula sebagai Piala Malaya pada awal 1920-an, sebelum ditukar namanya menjadi Piala HMS Malaya pada tahun 1933.\nNegeri-negeri di Tanah Melayu turut serta dalam kejohanan tersebut sejak awal pertandingan.\nPada Perang Dunia Kedua, kejohanan ini terpaksa dihentikan dari tahun 1942 hingga 1947.\nPada tahun 1959, Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.\nPada 1967, Piala Malaya digantikan dengan Piala Malaysia.\nSabah, Sarawak, dan Brunei turut serta dalam Piala Malaysia setelah Piala Malaysia digantikan pada 1967.\nLiga kejohanan diperkenalkan pada tahun 1982 untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.\nSingapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia sejak 1995.\nSingapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 sebelum berundur dari dunia bola sepak Malaysia.\nBilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan pada tahun 1999.\nPada 2000, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan.\nKelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003.\nSelangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara.\nPerak merupakan juara terbaru dan Piala Malaysia yang kelapan bagi mereka.\nPiala Malaysia adalah satu-satunya kejohanan bola sepak di Malaysia yang melibatkan pasukan dari seluruh negeri dan wilayah persekutuan.\nPiala Malaysia dianggap sebagai salah satu kejohanan bola sepak terbesar dan paling bergengsi di Malaysia.\nTerdapat beberapa pasukan yang pernah berjaya menjuarai Piala Malaysia secara berturut-turut, termasuk Selangor (1981-1985), Perak (1998-2000), dan Kelantan (2010-2012).\nPada tahun 2001, pertandingan Piala Malaysia diadakan di luar negara, iaitu di Jakarta, Indonesia.\nPada tahun 2007, Piala Malaysia diadakan secara serentak di Malaysia dan Singapura.\nPada 2017, Johor Darul Ta\u2019zim menjadi juara buat kali pertama sejak penjenamaan baharu pasukan tersebut pada tahun 2012 selepas menumpaskan juara bertahan Kedah 2 \u2013 0.\nPada tahun 2018, Piala Malaysia disertai oleh 16 pasukan dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, dan Liga FAM.\n\nSiaran Langsung Live Stream Piala Malaysia\nSiaran langsung live stream Piala Malaysia 2023 boleh ditonton menerusi Astro dalam definisi tinggi (HD), On Demand dan Astro GO dan RTMKlik.\n\u00a0Astro dan MFL secara rasmi mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.\nManakala RTM akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 dengan semua perlawanan boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik\nTiket Perlawanan Piala Malaysia 2023\nBagi peminat bola sepak tanah air, tiket untuk setiap perlawanan Piala Malaysia 2023 dijual secara online menerusi\u00a0www.tickethotline.com.my\u00a0. Pengumuan tiket jualan secara walk in pula akan di maklumkan kelak bila ianya mula di buka\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-upu-online/", "title": "Permohonan UPU Online 2023 / 2024 \u2013 Panduan & Syarat", "body": ["\n\n", "\nPermohonan UPU Online 2023/2024 Fasa satu dibuka bermula\u00a07 Febuari (jam 12:00 tengah hari) hingga 28 Mac\u00a02023 (jam 05:00 petang). Ianya bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik , Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti untuk lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya. \nPermohonan ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.\nCalon-calon yang ingin membuat permohonan disarankan untuk senaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi. \nPastikan juga bidang yang dipohon sesuai dengan kelulusan akademik.\nPermohonan UPU Online 2023 /2024\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan bagi Sesi 2023/2024 dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA)\nDijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mengambil peluang mengisi permohonan ini\nPengecualian Bayaran Proses UPUOnline / Unik ID\nBerita baik, selaras dengan hasrat kerajaan yang berteraskan Malaysia MADANI, bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Penggajian Tinggi.\nDijangkakan lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini. KPT juga berharap semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang tersebut bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi\nIni bermakna, pemohon tidak perlu terus lakukan permohonan terus di portal rasmi UPU tanpa perlu membuat pembelian nombor pin.\nKategori Pemohon\n\nLepasan SPM\n\nSijil /Asasi /Diploma / Ijazah Sarjana Muda UiTM di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam\nKategori A :- SPM 2022 (Tahun semasa)\nKategori B ;- SPM 2021 & 2020 (Bukan tahun semasa)\n\n\nLepasan STPM/Setaraf\n\nIjazah Sarjana Muda Di UA\nSTPM 2022\nMatrikulasi /ASASI Sains UM,ASASIpintar UKM & Asasi UiTM 2022/2021\nSTAM 2022 & 2021\nDiploma/ Setaraf\n\nKATEGORI E\n\nKelayakan Diploma DKM/DLKM/DVM/Lain-lain Diploma\n(E1) \u2013 DKM/DLKM\n(E2) \u2013 DVM\n(E3) \u2013 Diploma IPTS/Luar Negara/ILKA/Lain-lain kelayakan\n\n\nKATEGORI F\n\nKelayakan setaraf\n(F1) \u2013 A-Level\n(F2) \u2013 IB\n(F3)- Sekolah Sukan\n(F4) \u2013 STPM (Bukan tahun semasa)\n(F5) \u2013 Matrikulasi KPM / ASASI (Bukan tahun semasa)\n(F6) \u2013 STAM (Bukan tahun semasa)\n(F7) \u2013 AUSMAT/SAM/CPU\n(F8) \u2013 Foundation IPTS\n\n\nKATEGORI G\n\nDiploma UA/Politeknik\n(G1) \u2013 Diploma UA\n(G2) \u2013 Diploma Politeknik\n\n\n\n\n\nBila sudah jelas dengan kategori masing-masing, calon boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum kemukakan permohonan.\nSyarat Permohonan UPU Online 2023/2024\nSyarat AM SPM\n\n\nWarganegara Malaysia yang mempunyai No.Kad Pengenalan/My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan\n\nKelayakan SPM untuk Kemasukan ke Universiti Awam (UA)\nASASI\nPemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya ;\n\nLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu\nLulus Sejarah\n\nDIPLOMA\n\nTIGA (3) kepujin termasuk Bahasa Melayu\nLulus Sejarah\n\nKelayakan SPM untuk Kemasukan ke Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA\nDIPLOMA\nPemohon mestilah memilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya;\n\nTIGA (3) kepujian\nLulus Bahasa Melayu & Sejarah\n\nSIJIL\nPemohon mestilah ;\n\n\n\n\n\nMenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)\nBoleh membaca, menulis dan mengira\n\nSyarat AM STPM/Setaraf\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap (PR) dan Pemastautin Sementara yang mempunyai kad pengenalan\nPelajar bukan warganegara Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKas) akan diproses tertakluk pada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara\n\nSTPM2021MATRIKULASI/ASASI2021/2022STAM2021 & 2020SPMKepujian Bahasa MelayuLulus SejarahSPMKepujian Bahasa MelayuLulus SejarahSPMKepujian Bahasa MelayuLulus SejarahPNGK2.0Gred C (2.0) dalam 3 matapelajaran termasuk Pengajian AMPNGK2.0PANGKATJAYYIDMUETBAND 1/1.0Mendapat sekurang-kurangnya BAND 1.0 untuk peperiksaanyang bermula sesi 1 tahun 2021 atau BAND 1 untuk peperiksaan 2020\nLaluan Khas Melibatkan 4 Kumpulan Sasar & Padanan Data\nBagi pemohonan kategori berikut, pemohon mendapat kelebihan dan akan mendapat laluan khas bagi kemasukan Universiti Awam (UA), Politeknik , Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti\nB40\n\neKasih (unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri\nBantuan Sara Hidup (BSH) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)\nPendapatan isi rumah RM4850.00 & ke bawah (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020)\n\nOrang Asli\n\nJabatan Pendaftaran Negara (JPN)\n\nOKU\n\nJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\nATLET\n\nBahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM\nSeksyen Sukan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD), KPT\nPenyertaan sukan sekurang-kurangnya peringkat negeri\n\nPanduan Memilih Program Pengajian\nUntuk memudahkan anda membuat pilihan program pengajian, anda boleh pertimbangkan panduan berikut ;\n\nMelepasai syarat am & syarat khas program insitusi/agensi\nProgram yang minat\nPemilihan program mengikut keutamaan\nRujuk kaunselor\nPelbagai pilihan bidang & insitusi/agensi\n\nPanduan Permohonan UPU Online 2023/2024\n\n\nLayari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my\nPastikan kategori anda\nSemak syarat dan kelayakan di e-panduan UPUOnline\nKira merit \nSemak tren permohonan dan penawaran\nSemak laluan kerjaya\nIsi permohonan UPUOnline\nPastikan anda mengisi maklumat bertanda (\u2018) dengan lengkap\nPilih pilihan program mengikut keutamaan\nLengkapkan boran permohonan\nKlik butang \u201cSIMPAN\u201d\nCetak slip permohonan\nSimpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah di buat\nSemakan & kemaskini permohoan adalah tnapa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR\n\nTarik-Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2023/2024\n\nBagi pemohon lepasan SPM dan STPM/Setaraf berikut di kongsikan tarikh-tarikh penting bagi sesi kemasukan akademik 2023/2024 ;\n\u00a0\u00a0\u00a0Lepasan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SPM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0STPM/Setaraf\u00a0\u00a0\u00a0 Fasa Permohonan \u00a0\u00a0\u00a0FASA 1:\u00a0\u00a0\u00a07 Febuari 2023 \u2013 28 Mac 2023\u00a0\u00a0\u00a0FASA 2 :\u00a0\u00a0\u00a015 Mei 2023 \u2013 12 Jun 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0FASA 1:\u00a0\u00a0\u00a07 Febuari 2023 \u2013 28 Mac 2023\u00a0\u00a0\u00a0FASA 2 :\u00a0\u00a0\u00a015 Mei 2023 \u2013 12 Jun 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Proses Temuduga dan/atau ujian \u00a0\u00a0\u00a0Mei 2023 \u2013 Jun 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mei 2023 \u2013 Ogos 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fasa Pengkemaskinian\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minggu Pertama Jun 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minggu Ke-4 Julai 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Hebahan Perdana Dan Permohonan Rayuan \u00a0\u00a0\u00a0Minggu Pertama Julai 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minggu Pertama September 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hebahan Rayuan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minggu Pertama Ogos 2023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minggu Ke-3 Oktober 2023\u00a0\u00a0\u00a0\nSistem Aplikasi Borang Permohonan UPU Online 2023 /2024\nPermohonan perlulah dilakukan melalui atas talian / online melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPUOnline seperti pautan di bawah :\nDaftar Akaun Baru UPUOnline Melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPUOnline\nBagi permohonan kali pertama / baru, anda perlu mendaftar akaun sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.\nPemohon juga perlu gunakan nombor unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem.\nCalon boleh rujuk pada manual pengguna seperti di bawah :\n\nManual Pengguna Lepasan SPM \nManual Pengguna Lepasan STPM \n\nSemakan Keputusan\nHebahan semakan Keputusan UPUOnline akan di maklumkan kelak. Untuk semakan anda boleh lihat pautan Semakan Keputusan UPUOnline\nRayuan UPUOnline\n\nHanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan\nPermohonan rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusankemasukan diumumkan\nPemohonan dibebarkan mengemukakan empat pilihan sahaja\nRayuan ke KK & ILKA adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnlineHanya rayuan ke UA & Politeknik sahaja melalui UPUOnline\nSekiranya tidak berjaya melalui UPUOnline semasa rayuan, pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui ambilan sendiri Insitusi /Agensi berdasarkan iklan yang dikeluarkan. Boleh rujuk laman web institusi /agensi sendiri atau portal rasmi UPUOnline\n\nMaklumat Lanjut\n\nUntuk keterangan lanjut mengenai Permohonan UPU Online 2023 / 2024, anda boleh hubungi ;\nNombor telefon : \u2013 03-88708200\nWaktu operasiIsnin \u2013 Jumaat8:00pagi \u2013 5:00petang\nWaktu rehatIsnin \u2013 Khamis1:00petang \u2013 2:00petangJumaat12:15tengah hari \u2013 2:45petang\n\nFacebook : https://www.facebook.com/UPUonlineBKPAJPT\nWebsite : https://upu.mohe.gov.my/\n\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nKenapa permohonan saya GAGAL?\nAntara sebabnya ;\n\nTidak tekan butang simpan\nTidak memenuhi syarat khas program pengajian\nTiada kekosongan tempat, terutama program kompetitif\nGAGAL dalam saringan temuduga/ujian\nKedudukan merit RENDAH\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-ekonomi-pertanian-spep-2022-untuk-petani-kejora/", "title": "Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 Untuk Petani KEJORA", "body": ["\n\n", "\nTawaran Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 Untuk Petani KEJORA ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi \u00a0Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 kini dibuka.\nInsentif ini disalurkan bagi memberikan bantuan alatan pertanian kepada pengusaha ladang anjura Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.\nBaca Juga : Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani\n\nObjektif Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)\nObjektif perlaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah seperti berikut :\ni. Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.\nii. Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.\niii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 sebelum jam 5.00 petang. \nBorang yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.\nKategori Permohonan\nPermohonan terbahagi kepada dua kategori seperti berikut :\nKategori A : Individu / Persendirian Kategori B : Kelompok / Koperasi\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\nSyarat-Syarat Bagi Permohonan Kategori Individu\ni. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);\nii. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas.\niii. Pemohon telah melaburkan modal sekurang-kurangnya RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.\niv. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;\nv. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;\nvi. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;\nvii. Syarat-syarat lain adalah :\na. Memiliki tapak projek;\nb. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA;\nc. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek;\nd. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian;\ne. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan;\nf. Penduduk wilayah KEJORA.\nSyarat-Syarat Permohonan Kelompok / Koperasi\ni. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);\nii. Penubuhan koperasi mestilah berusia dua (2) tahun ke atas pada tahun permohonan;\nviii. Pemohon telah melabur modal sekurang-kurangnya RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.\niii. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;\niv. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;\nv. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;\nvi. Syarat-syarat lain adalah :\n\n\n\n\na. Memiliki tapak projek\nb. Lokasi projek didalam wilayah KEJORA\nc. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek\nd. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian\ne. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan\nf. Koperasi wilayah KEJORA\nDokumen Yang Diperlukan\nSemua permohonan perlulah kemukakan dokumen seperti berikut :\nSalinan kad pengenalan\nSalinan pendaftaran perniagaan\nSalinan penyata bank\nSemua dokumen perlu dapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.\nSyarat-Syarat Bagi Pemohon Yang Berjaya\nPemohon-pemohon yang berjaya dan terpilih untuk menyertai program ini akan dikenakan syarat-syarat sebagaimana berikut:\ni. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA\nii. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik.\niii. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali.\niv. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini.\nPihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula bekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.\nv. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota-anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.\nvi. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila-bila masa yang diperlukan.\nCara Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)\nPemohon boleh kemukakan permohonan dengan memuat turun borang di pautan berikut :\nBORANG PERMOHONAN KATEGORI A (INDIVIDU) \nBORANG PERMOHONAN KATEGORI B (KELOMPOK)\nATAU\nIsikan borang secara atas talian melalui google form seperti berikut :\nPERMOHONAN INDIVIDU \u00a0\nPERMOHONAN KELOMPOK \nATAU\nDapatkan borang di ibu pejabat KEJORA di alamat berikut :\nLEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,\nBANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,\nJALAN DATO\u2019 HJ. HASSAN YUNUS,\n81930 BANDAR PENAWAR,\nJOHOR.\nPermohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat di atas atau emelkan ke [email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-884 3000 atau 07-884 3156.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/doa-akhir-tahun-hijrah-1444h-2023/", "title": "Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023 \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n", "\nDalam sekelip mata, tahun 1444H akan berakhir tak lama lagi. Bagi menutupi tahun ini, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu Magrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1444H (18 Julai 2023, Selasa).\nIni sesuai dengan konsep pertukaran tarikh hijri yang bermula selepas masuk waktu Magrib.\nSempena sambutan Maal Hijrah yang akan tiba tak lama lagi, kami ingin kongsikan doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nBaca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap \u00a0\nAmalan Bacaan Doa Akhir Tahun\nBerdasarkan perkongsian daripada Jabatan Mufti Negeri Perak, catatan daripada Dar al-Ifta\u2019 al-Misriyyah menyebut bahawa bacaan doa akhir tahun dan awal tahun telah pun diamalkan oleh segolongan ulama dari aliran mazhab Hanbali lebih kurang 1,000 tahun lalu.\nDoa-doa tersrbut kemudiannya diwasiat kepada ulama yang sealiran dengan mereka termasuklah al-Syeikh al-Imam al-Waliyy al-Soleh Abu \u2018Umar al-Maqdisiyy Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Hanbaliyy yang juga merupakan saudara kandung kepada al-Imam al-\u2018Allamah al-Muwaffiq bin Qudamah, pengarang kitab al-Mughniyy dalam mazhab Hanbali.\nTeks Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0640\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0647\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u0646\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0633\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0644\u0650\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064f\u0642\u064f\u0648\u0628\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u062c\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0639\u0652\u0635\u0650\u064a\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0648\u064e\u0627\u0628\u064e\u060c \u0641\u064e\u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f \u064a\u064e\u0627 \u0630\u064e\u0627\u0627\u0644\u062c\u064e\u0644\u0627\u064e\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0625\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650\u060c \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0640\u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f. \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\n\n\nMaksud :\nYa Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.\nApa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.\n\nAmin ya Rabbal \u2018alamin.\nSumber :\nJabatan Mufti Negeri Perak \nJAKIM \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tol-rahmah/", "title": "Tol Rahmah : Inisiatif Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Tol Rahmah.\nPemberian tol secara percuma ini menandakan keprihatinan Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sempena musim perayaan.\nInisiatif yang berlangsung selama 4 hari ini juga merupakan kali pertama diberikan oleh kerajaan kepada pengguna lebuh raya dan melibatkan semua kelas kenderaan di 33 lebuh raya. \nBaca Juga : Hari Raya Aidilfitri 2023 : Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM\nTarikh Perlaksanaan Tol Percuma (Tol Rahmah)\nUntuk makluman, pemberian tol percuma ini akan berkuatkuasa pada tarikh berikut :\n\nBermula jam 12:01 pagi pada 19 April 2023 (Rabu) sehingga jam 11:59 malam pada 21 April 2023 (Jumaat); dan\nBermula jam 12:01 pagi sehingga jam 11:59 malam pada 24 April 2023 (Isnin)\n\n\nCara Pembayaran Tol Rahmah\nTouch \u2018n Go\n\n\n\n\nMeskipun tiada bayaran tol dikenakan dalam tempoh 4 hari tersebut, namun pengguna lebuh raya kad Touch \u2018n Go masih perlu menyentuh kad di peranti (reader) yang disediakan di lorong tol bagi membolehkan palang tol dibuka.\nSmartag dan RFID\nBagi pengguna Smartag dan RFID (kecuali di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2), mereka juga masih perlu memperlahankan kenderaan seperti biasa apabila melalui lorong tol.\nSenarai Lebuhraya\nBerikut merupakan senarai lebuh raya yang terlibat dalam inisiatif Tol Rahmah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri :\n\nLebuhraya Utara \u2013 Selatan (PLUS)\nLebuhraya Utara \u2013 Selatan Hubungan Tengah (ELITE)\nLebuhraya Seremban \u2013 Port Dickson (SPDH)\nLaluan Kedua Malaysia \u2013 Singapura (LINKEDUA)\nLebuhraya Butterworth \u2013 Kulim (BKE)\nJambatan Pulau Pinang (JPP)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)\nLebuhraya KL \u2013 Karak (KLK)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT)\nLebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)\nLebuhraya Baru Pantai (NPE)\nLebuhraya Kajang \u2013 Seremban (LEKAS)\nLebuhraya Bertingkat Ampang \u2013 Kuala Lumpur (AKLEH)\nLebuhraya Kemuning \u2013 Shah Alam (LKSA)\nLebuhraya Koridor Guthrie (GCE)\nLebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)\nLebuhraya Shah Alam (KESAS)\nLebuhraya Skim Penyuraian Trafik KI Barat (SPRINT)\nLebuhraya Damansara \u2013 Puchong (LDP)\nSistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)\nLebuhraya Cheras \u2013 Kajang (GRAND SAGA)\nLebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)\nLebuhraya KL \u2013 Putrajaya (MEX)\nLebuhraya Duta \u2013 Ulu Kelang (DUKE)\nLebuhraya Senai \u2013 Desaru (SDE)\nLebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)\nLebuhraya KL \u2013 Kuala Selangor (LATAR)\nJambatan Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (JSAHMS)\nLebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)\nLebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)\nLebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)\nLebuhraya Sungai Besi \u2013 Ulu Kelang (SUKE)\nLebuhraya Bertingkat Damansara \u2013 Shah Alam (DASH)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai inisiatif Tol Rahmah, sila layari laman web http://www.kkr.gov.my/ms dan https://www.plus.com.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jpn-eservices/", "title": "JPN eServices: Perkhidmatan Urusan JPN Secara Online", "body": ["\n\n", "\nOrang ramai yang ingin melaksanakan urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini boleh melakukannya secara online menerusi sistem JPN eServices. \nUntuk makluman, JPN eServices adalah sistem yang diwujudkan oleh JPN bagi memudahkan urusan permohonan orang ramai dan mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan pejabat JPN.\nJPN memberi jaminan bahawa keselamatan maklumat peribadi dan data-data sensitif orang ramai berada di tahap yang tertinggi. \nSehingga Mac 2021, sebanyak 41,816 orang telah menggunakan perkhidmatan JPN eServices sehingga Mac 2021. \n\nPerkhidmatan Yang Boleh Dilakukan\nTerdapat 5 perkhidmatan yang boleh dilakukan menerusi sistem JPN eServices iaitu:\nPerdaftaran KelahiranPendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam)Kad Pengenalan 12 TahunCabutan Rekod KelahiranCabutan Rekod Kad Pengenalan\nSyarat Permohonan\nOrang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan di atas perlu memenuhi syarat-syarat permohonan.\ni) Pendaftaran Kelahiran\n\n\n\n\nIbu kanak-kanak mestilah memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap/Pemastautin Sementara yang memiliki no kad pengenalan 12 digit MyKad, MyPR, dan MyKAS.Pendaftaran kelahiran dibuka kepada kelahiran yang berlaku di hospital atau klinik integrasi sahaja.Permohonan kelahiran anak kembar tidak boleh dilakukan melalui JPN eServices.\nii) Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen\nPasangan warganegara Malaysia.Memenuhi terma dan syarat permohonan perkahwinan secara dalam talian.\niii) Kad Pengenalan 12 Tahun\nKanak-kanak tersebut mestilah berusia genap 12 tahun.Kanak-kanak tersebut tidak boleh kurang daripada umur 16 tahun semasa membuat permohonan.\niv) Cabutan Rekod Kelahiran\nHanya kelahiran yang berlaku di Semenanjung Malaysia sahaja.Sijil kelahiran pemilik bertaraf warganegara.Bukan status anak angkat.\nv) Cabutan Rekod Kad Pengenalan\nPermohonan berdasarkan rekod fizikal daftar kad pengenalan kali pertama, penukaran taraf hidup/terkini dikeluarkan kepada pemilik\nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan perkhidmatan melalui JPN eServices, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.jpn.gov.my/.Pilih bahagian \u2018Perkhidmatan\u2019 dan klik perkhidmatan yang dikehendaki.Daftar pengguna baharu dan log masuk ke dalam sistem.Baca terma dan syarat dan klik butang \u2018Setuju.\u2019Lengkapkan borang-borang yang dipaparkan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Cetak permohonan selepas pendaftaran berjaya dilakukan.Bawa slip permohonan tersekut ke Kaunter JPN yang berhampiran. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai JPN eServices, sila layari laman web https://www.jpn.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/prn-2023/", "title": "PRN 2023 Malaysia Tarikh Pilihan Raya 6 Negeri Terlibat", "body": ["\n\n", "\nPRN 2023 akan melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan. Terkini hasil mesyuarat khas, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan tarikh Penamaan calon 29 Julai 2023 Sabtu, tarikh Mengundi awal 8 Ogos 2023 Selasa, dan tarikh mengundi ialah pada 12 Ogos 2023 Sabtu.\nSebelum ini, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut sama memberi bayangan tarikh PRN 2023 pada bulan Ogos ini \n\nTarikh Penting PRN 2023\nPilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. \nDewan Undangan NegeriMula penggalTamat penggalTarikh pembubaran Selangor26 Jun 201826 Jun 202323 Jun 2023 Kelantan28 Jun 201828 Jun 202322 Jun 2023Terengganu1 Julai 20181 Julai 202328 Jun 2023Negeri Sembilan2 Julai 20182 Julai 202330 Jun 2023Kedah4 Julai 20184 Julai 202328 Jun 2023Pulau Pinang2 Ogos 20182 Ogos 202328 Jun 2023\nTarikh PRN 2023\nKredit gambar : Utusan.com.my\nMengikut undang-undang pilihan raya, tarikh akhir bagi mengadakan pilihan raya negeri adalah 60 hari selepas tarikh pembubaran. \nDewan Undangan NegeriTarikh terakhir mungkin PRNSelangor26 Ogos 2023 Kelantan28 Ogos 2023Terengganu1 September 2023Negeri Sembilan2 September 2023Kedah4 September 2023Pulau Pinang2 Oktober 2023\nTarikh-tarikh penting PRU DUN KE-15:\n\n\nTarikh keluar wirit 5 Julai 2023 Rabu\nPenamaan calon 29 Julai 2023 Sabtu\nMengundi awal 8 Ogos 2023 Selasa\nMengundi 12 Ogos 2023 Sabtu\n\nTempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengistyiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai 2023 (Sabtu) sehingga pukul 11:59 malam, 11 Ogos 2023 (Jumaat)\nSemakan Daftar Pemilih PRN 2023\nBagi tujuan semakan kelayakan dan status daftar pemilih PRN 2023, anda boleh menyemak dengan cara melayari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih\nSenarai Calon Pilihan Raya Negeri 2023\nUntuk senarai calon PRN 2023, anda boleh membuat semakan menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon\nUndi Pos PRN 2023\nTarikh permohonan bagi undi pos dalam dan luar negarai bagi pilihan raya negeri (PRN) 2023, akan dibuka bermula 15 Jun 2023, manakala tarikh tutup ialah pada;\n\nKategori 1A \u2013 26 Julai 2023 Rabu\nKategori 1B \u2013 8 Julai 2023 Sabtu \n\nCara Pelaksanaan Undian POS\n\nKategori 1A -petugas pilihan raya, anggota/pegawai SPR dan petugas media\nKategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara)\nKategori 1C (agensi/organisasi)\n\nKategori 1A, 1B dan 1C perlu membuat undian pos secara online menerusi https://myspr.spr.gov.my.\nKecuali bagi Kategori 1A bagi anggota polis dan tentera kaedah permohonan undi pos perlu dibuat secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my mulai 15 Jun.\nBorang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing\nSemua pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.\nTarikh tutup permohonan undi pos \n\n\n\n\n\nKategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon\nKategori 1B tiga hari selepas mesyuarat khas \nKategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas.\n\nTarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak katanya.\nBagi penghantaran kertas undi pos kepada pengundi tidak hadir (PTH) luar legara, pengundi perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.\nPTH luar negara boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke [email\u00a0protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun ini.\nSebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200\nPermohonan Program Pemerhati PRN Ke-15 2023\n\nBagi anda yang berminat untuk menjadi sebagai Pemerhati Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15, permohoan kini di buka bermula\u00a015 Jun 2023 (Khamis)\u00a0dan ditutup pada\u00a07 Julai 2023 (Jumaat).\nSyarat -Syarat Kelayakan\nTerbuka kepada :\u00a0\u2013\n\nAgensi Kerajaan;\nOrganisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);\nBerkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.\n\nNota : Program ini tidak terbuka kepada individu\nSyarat-syarat kelayakan\u00a0:\u00a0\u2013\n\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;\nTidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;\nTidak bankrap;\nTidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;\nDapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;\nWAJIB\u00a0menghadiri latihan yang disediakan; dan\nMembuat pemerhatian dalam satu DUN SAHAJA; dan\nMaksimum 3 orang pemerhati di setiap DUN\n\nNota\u00a0:\u00a0\n\nTiada ganjaran kewangan akan diberikan\nLatihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik\n\n\u00a0Skop Pemerhatian\n\nProses Penamaan Calon;\nProses Pengeluaran Kertas Undi Pos;\nKempen Pilihan Raya;\nProses Undi Awal;\nProses Semakan Isi Peti Undi Biasa;\nProses Pengundian Biasa;\nProses Pengiraan Undi Awal;\nProses Pengiraan Undi Pos;\nProses Pengiraan Undi; dan\nProses Penjumlahan Rasmi Undi.\n\nDokumen yang diperlukan\n\nSalinan sijil pendaftaran SSM/ROS dan muat turun borang-borang yang disediakan;\nLaporan aktiviti;\nProfil pertubuhan;\nPerlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS);\nMaklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi\nBorang permohonan\nLampiran A (Senarai bahagian DUN bagi setiap negeri dan pilihan lokasi latihan)\u00a0\nLampiran B (Kod Etika dan Akujanji)\u00a0\nLampiran C (Senarai Nama Permohonan Pemerhati PRU DUN)\u00a0\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkaitan PRN 2023 bagi enam negeri iaitu Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan boleh di dapati menerusi website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di https://www.spr.gov.my/\nImbas kembali Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & DUN Pilihan Raya 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-shalin-zulkifli/", "title": "Biodata Shalin Zulkifli, Ratu Boling Negara", "body": ["\n\n", "\nBiodata Shalin Zulkifli\nNama Shalin Zulkifli sebagai pemain boling negara sememangnya cukup sebati di kalangan rakyat Malaysia. \nBakat luar biasa, kecekalan serta semangat yang ditunjukkan oleh wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini mencetuskan fenomena dan melakar sejarah buat arena boling negara.\nDengan deretan kejuaraan yang pingat yang dirangkul sejak remaja sehingga persaraannya pada Januari 2021, Shalin Zulkifli adalah antara atlet paling cemerlang yang pernah negara miliki.\nIngin tahu serba sedikit latar belakang serta pencapaian wanita ini? Jom kita semak biodata Shalin Zulkifli serta rekod pencapaiannya dalam bidang sukan boling.\nBaca Juga : Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal\n\nBiodata Shalin Zulkifli\nNama: Shalin Zulkifli\nTarikh Lahir: 28 Mac 1978\nUmur: 45 tahun (2023)\nAsal : Kuala Lumpur\nTempat lahir: North Islington, England\nPendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (pengkhususan Psikologi dan Latihan Sukan), Universiti Malaya (UM)\nSuami : Azidi Ameran\nAnak : Aleeya Azidi\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun lahir di England, namun Shalin membesar di Malaysia. Minat beliau pada sukan boling berputik pada usia 9 tahun apabila beliau sering mengikuti ibu bapanya bermain boling pada masa lapang.\nBerkat kesungguhan dan dorongan daripada ibu bapa, Shalin akhirnya terpilih untuk mewakili skuad tenpin boling Selangor dan Kebangsaan sehingga beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent-Malaysian All-Stars pada tahun 1994.\nPada usia 16 tahun, beliau menunjukkan prestasi bertaraf antarabangsa dan berupaya mengalahkan pemain handalan lain.\nJom kita semak pencapaian serta pengiktirafan yang pernah diraih oleh Shalin Zulkifli dengan lebih lanjut.\nPencapaian\n\n1994 \u2013 Juara terbuka wanita \u2013 Kent Malaysian All-Stars\n1996 \u2013 Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland)\n1999 \u2013 Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei.\n2001 \u2013 Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA)\n2002 \u2013 Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina\n2003 \u2013 Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam.\n2004 \u2013 Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia\n\u00a02005 \u2013 Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus\n2017 \u2013 Pingat emas berpasukan, trio dan Masters Sukan SEA Kuala Lumpur dan emas berpasukan Kejohanan Boling Dunia, Las Vegas (2017)\n2019 \u2013 Pingat emas individu, juara keseluruhan Kejohanan Tenping Boling Asia, Kuwait (2019)\n\nSepanjang penglibatannya dalam sukan boling daripada tahun 1993 hingga 2020, Shalin Zulkifli berjaya meraih sebanyak 74 pingat peringkat senior termasuk 5 kejuaraan peringkat dunia, 4 kejuaraan peringkat Asia dan 20 kemenangan di Sukan SEA. \u00a0\nDengan pelbagai pencapaian beliau dalam mengharumkan nama negara, maka tidak keterlaluan untuk rakyat Malaysia ingati wanita ini sebagai Ratu Tenpin Boling Sepanjang Zaman.\n\nPengiktirafan \n\nAnugerah Olahragawati Malaysia (1994, 1996, 1997, 2001, 2002)\nJuara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001-03)\nWorld Tenpin Masters \u2013 Juara Wanita Pertama (2001)\nMasukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)\n\nSetelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam bidang sukan boling, akhirnya Shalin Zulkifli mengumumkan persaraan beliau pada usia 42 tahun.\nWalaupun sudah mengucapkan perpisahan kepada skuad kebangsaan, namun Shalin akui beliau masih cintakan sukan tersebut. \nBeliau kini berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Kerjaya di Sekreteriat Kerjaya, Pendidikan dan Kebajikan, Majlis Sukan Negara (MSN) sejak Januari 2022.\nShalin juga mengorak langkah sebagai ahli perniagaan dengan membuka pusat boling. Dikenali sebagai Shalin\u2019s Bowl, pusat boling dengan kemudahan 24 lorong serba moden ini terletak di Selangor.\nShalin juga berhasrat untuk menjadikan pusat boling tersebut sebagai medan untuk melahirkan lebih ramai pemain boling tempatan.\nUntuk ketahui aktiviti terkini serta perkembangan mengenai Shalin, sila ikuti laman Instagram beliau. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pingat-jasa-pahlawan-negara/", "title": "Bayaran One-Off RM 500 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2022", "body": ["\n\n", "\nBayaran One-Off RM 500 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bayaran one-off RM 500 akan disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.\nInisitatif ini sejajar dengan pengumuman kerajaan dalam Bajet 2022 bagi mengenang jasa anggota polis yang pernah berkhidmat semasa Era Insugensi Komunis bermula 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1990.\nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan One-Off Pingat Jasa Pahlawan Negara\nBantuan One-Off ini adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\nMerupakan seorang pesara atau bekas polis yang masih hidupTelah berdaftar melalui Sistem e-Pesara PDRM di pautan http://epesara.rmp.gov.my/Telah kemaskini maklumat selengkapnya dalam Sistem e-Pesara PDRM.Memenuhi syarat-syarat kelayakan tempoh perkhidmatan seperti dalam Statut PJPN bertarikh 3 Mac 2014.\nCara Mendaftar Di e-Pesara\nBagi yang pertama kali mendaftar, anda boleh ikuti panduan mudah di bawah :\nLayari portal e-Pesara di http://epesara.rmp.gov.my/Klik pada Log Masuk ePesara PDRMKlik pada pautan di bawah butang Log Masuk di \u201cKlik sini untuk daftar\u201dIsikan maklumat pedaftaran pengguna akaun selengkapnya.Setelah maklumat lengkap, klik butang Hantar yang terletak di bahagian bawah laman.Semak kata laluan sementara yang telah dihantar ke e-mail peribadi anda.Gunakan kata laluan yang telah diberikan untuk Log Masuk kali pertama.\n\nDokumen Yang Perlu Dimuatnaik\nPesara dan bekas polis yang ingin kemaskini maklumat dalam Sistem e-Pesara PDRM perlulah muat naik dokumen seperti berikut secara atas talian :\nDokumen Diperlukan Untuk Pesara Polis\nSalinan Kad Pengenalan AwamSalinan Kad Pesara Polis / Kad Pesara JPASalinan Akaun Bank / Salinan Penyata Bank\nDokumen Diperlukan Untuk Bekas Pollis\n\n\n\n\nSalinan Kad Pengenalan AwamSalinan Dokumen Pengesahan PerkhidmatanSalinan Akaun Bank/Salinan Penyata Bank\nNota : Semua salinan dokumen perlulah disahkan oleh KPD/KPB atau mana-mana Pegawai Kanan Polis/Pegawai Golongan Profesional/Pegawai Daerah.\nTarikh Tutup Kemaskini\nPesara dan bekas polis yang berkelayakan dinasihatkan untuk kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan segera sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 30 Januari 2022.\nBayaran\nPembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\nBayaran akan\u00a0 dikreditkan pada tarikh yang akan dimaklumkan.\nMaklumat Lanjut\nPemohon boleh hubungi Jabatan Pengurusan PDRM di talian 03-2266 8387 atau hantarkan e-mail ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kredit-e-wallet-rm150/", "title": "Bantuan Kredit e-Wallet (RM150) | Cara Klaim Yang Mudah", "body": ["\n\n", "\nBantuan Kredit e-Wallet (RM150) | Cara Klaim Yang Mudah ~ Sukacita dimaklumkan, Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan (eWallet Belia 2022) melalui pembentangan Bajet 2022 yang diadakan pada tahun lalu.\u00a0\nBantuan Kredit e-Wallet (e-Start)\u00a0\nBantuan Kredit e-Wallet, e-Start adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Meluai bantuan ini, pihak kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\nBantuan ini mempunyai dana peruntukan sebanyak RM300 juta dengan sasaran lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini.\u00a0\nSenarai rangkaian e-Dompet @ e-Wallet yang terlibat belum lagi diumumkan setakat ini.\u00a0\nProgram sebegini telah diadakan pada tahun lalu (2021) melalui program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 menggunakan aplikasi eWallet Belia seperti berikut:\n\n\n\n\nTouch n Go eWalletBoostGrab PayBigPay\n\nPermohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.\nSila layari laman web melalui pautan berikut untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain: https://www.mof.gov.my/ \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nProgram bantuan mengenai dompet e-wallet (e-Start) ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari masa ke semasa.\nAnda juga boleh rujuk Bajet 2022 yang melibatkan belia seperti dibawah:\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-yayasan-perak-dalam-luar-negara/", "title": "Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara", "body": ["\n\n", "\nPelajar anak Negeri Perak yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti Awam (UA)/Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara boleh memohon insentif Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara. \nDermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara ialah bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat UA/IPT di dalam dan luar negara.\nObjektif pelaksanaan dermasiswa ini adalah untuk:\nMeringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.\nPermohonan dermasiswa ini boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Yayasan Perak di pautan www.yayasanperak.gov.my.\n\nKadar Pemberian\nKadar pemberian bagi dermasiswa ini ditentukan mengikut peringkat pengajian pelajar.\nUntuk mahasiswa Dalam Negara, kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00DiplomaRM500.00Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00\nBagi mahasiswa Luar Negara pula, kadar bantuan adalah berbeza mengikut kategori negara iaitu:\nPeringkat Pengajian Kategori AKategori BDiplomaRM1,500RM2,500Ijazah Sarjana MudaRM3,000RM5,000Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor FalsafahRM4,000RM6,500\nNegara di dalam kategori A adalah seperti berikut: \n\n\n\n\nIndiaPakistanThailandMyanmarIndonesiaLaosVietnamMesir\nManakala negara yang di dalam kategori B pula adalah seperti berikut:\nSingapuraAmerika SyarikatArab Saudi Emiriah Arab BersatuJordan Turki China New ZealandJerman Perancis Rusia SepanyolUnited Kingdom Jepun\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi bantuan dermasiswa dalam negara adalah seperti berikut:\nPermohonan adalah bagi kemasukan pengajian sepenuh dan separuh masa bagi semester pertama di tahun pertama sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPTPermohonan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa serta sama ada yang bekerja atau tidak bekerja.Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Perak sama ada:\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).\nUntuk mahasiswa Luar Negara pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama dan tahun pertama pengajian sahaja.Pemohon mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di IPT luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara adalah tidak termasuk dalam bantuan ini.Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Perak sama ada:\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\u2013 Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).\nCara Memohon\nMahasiswa yang ingin memohon Dermasiswa Yayasan Perak boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web permohonan di pautan http://dsys.com.my/syarat2.php?id=f151d68894e3596d4c646070ce1f3d1ccc50a94a.Tandakan pada \u2018Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut\u2019 dan klik butang \u2018Permohonan Online.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang \u2018OK.\u2019Isi semua maklumat yang diperlukan.Tekan butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan. Cetak borang permohonan tersebut.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar melalui\u00a0pos/faks/serahan kaunter/Pusat Khidmat DUN\u00a0dalam masa 1 minggu ke Yayasan Perak di alamat:\nYayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, \u00a0No.111, Jalan Sultan Idris Shah,\u00a030000 Ipoh, Perak.\u00a0\nDokumen Sokongan \nDokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan Dermasiswa Yayasan Perak bagi dalam dan luar Negara adalah seperti berikut: \nSalinan surat tawaran terkini (wajib), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (jika ada).Salinan kad pengenalan mahasiswa, bapa dan ibu yang lahir di Perak/Surat Pengesahan Bermastautin (jika berkaitan)Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(wajib), Salinan Slip \u2018Bank-In\u2019 Yuran Pendaftaran (jika ada).Salinan pendapatan (isi rumah) bapa & ibu/penjaga. Sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu/Ketua Kampung kawasan masing\u2013masing.Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).Borang Permohonan perlu mendapat:a) Sokongan: Penghulu/Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)b) Perakuan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/Wakil Rakyat/Pemimpin Tempatan (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).Semua dokumen ini perlu disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan Kelas A/Penghulu/Ketua Kampung.\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929/253 7779\u00a0atau emel ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-selangor-peduli/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli: Terhad 15,000 Penerima", "body": ["\n\n", "\nGolongan B40 Negeri Selangor yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan kini boleh memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli menerusi Lembaga Zakat Selangor.\nBantuan Zakat Selangor Peduli adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 terutamanya bagi mereka yang hilang pekerjaan atau terjejas pendapatannya. \nBantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini yang disalurkan Lembaga Zakat Selangor iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).\nUntuk pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli, mereka boleh mula membuat permohonan mulai 2 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sebelum memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli iaitu:\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon merupakan warganegara atau pemastautin tetap (PR)Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang 3 tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).Pemohonan mestilah\u00a0melalui ketua keluarga\u00a0bagi isi rumah.Pemohon merupakan golongan B40 yang kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan. Bukan asnaf fakir, miskin, dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor.Pemohon memenuhi kriteria\u00a0Had Kifayah\u00a0yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.\nHad Kifayah akan dibanci serta memenuhi kriteria seperti berikut:\nSihat.Berumur tidak lebih 60 tahun.Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil/penjaja); atauMasih diarah cuti tanpa gaji; atauMasih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atauPemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan)/Pencen atau Bantuan Ilat/Pencen Penakat/Insuran/Pengeluaran KWSP.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web di pautan https://pre-reg.zakatselangor.com.my/bait_search.asp?co=Peduli.Masukkan Captcha dan No. Kad Pengenalan disusuli dengan klik butang \u2018Semak.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Semak & Seterusnya\u2019 pada akhir setiap paparan.Muat naik dokumen sokongan pada bahagian Lampiran.Setelah selesai membuat pengakuan, klik butang \u2018Hantar.\u2019\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam bahagian lampiran adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSalinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini di pautan https://drive.google.com/file/d/1LVKuDUgnXkrnYcAbJg_2J51etHOVupLt/view.Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil di pautan https://drive.google.com/file/d/1_StVdB5_Mk9FIO8jVcgjwue4AJYmPfHl/view.Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor seperti bil air/ bil Elektrik/bil Internet/cukai pintu atas nama atau alamat pemohon (satu sahaja diperlukan).\nSoalan Lazim\nBerapa lama tempoh Bantuan Zakat Selangor Peduli ini dibuka untuk permohonan? Tempoh bantuan ini adalah 6 bulan bermula daripada tarikh kelulusan. Sepanjang tempoh 6 bulan, pemohon boleh memohon Bantuan Keperluan Hidup sebanyak 3 kali. Selepas tempoh 6 bulan, bolehkah saya memperbaharui permohonan bantuan ini? Selepas tempoh 6 bulan, pemohon yang masih memerlukan bantuan boleh berhubung denga LZS untuk siasatan bancian bagi menentukan bantuan yang boleh ditawarkan kepadanya. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan ini? Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT). Adakah pihak ketiga (contoh: NGO, institusi, pusat jagaan dsb) boleh memohon bagi pihak lain? Tidak boleh. Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria Zakat Selangor Peduli sahaja. Namun, pihak ketiga dibenarkan untuk membantu pihak lain untuk memohon bantuan ini. Adakah ada proses rayuan atau permohonan semula bagi pemohon yang gagal? Proses rayuan atau permohonan semula akan dibuka setelah selesai proses kelulusan dan bergantung kepada baki peruntukkan. Untuk mengelakkan kegagalan dalam membuat permohonan, pemohon dinasihatkan supaya memastikan setiap butiran permohonan adalah tepat dan lengkap sebelum proses penghantaran (submit) dibuat. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Selangor Peduli, sila hubungi:\nLive chat di https://www.zakatselangor.com.my/ (9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja)Email di [email\u00a0protected].Talian Zakat Selangor iaitu 1-300-88-4343.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-hadiah-hari-guru/", "title": "20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan", "body": ["\n\n", "\nSempena Hari Guru ini, pasti ramai yang sedang mencari hadiah yang menarik untuk diberikan kepada guru-guru tersayang.\nSeperti yang kita tahu, 16 Mei menjadi tarikh keramat bagi memperingati jasa para pendidik dalam membentuk anak bangsa sehingga berjaya. Pada hari tersebut, biasanya sekolah akan mengadakan sambutan khas dengan meriah.\nJadi, tak salah untuk kita turut serta meraikan jasa para guru yang disayangi. Tak ada idea untuk beri hadiah kepada cikgu, pensyarah atau ustaz/ustazah anda? \nDi sini kami akan kongsikan beberapa contoh hadiah Hari Guru yang menarik dan praktikal untuk kegunaan harian para guru.\n\nBaca Juga : Contoh Ucapan dan Pantun Selamat Hari Guru\n20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Menarik Untuk Kegunaan Harian\n1. Tali Leher\n\nMemang tak lengkap baju kemeja apabila tidak dikenakan sekali bersama tali leher. \nTerdapat banyak pilihan tali leher dengan harga dan corak berbeza yang anda boleh dapatkan mengikut kesesuaian bajet.\n2. Baucer/ Gift Card Buku\n\nGuru dengan buku memang tak dapat dipisahkan. Namun, anda mungkin kurang tahu citarasa guru anda atau penulis kegemaran mereka. \nJadi, adalah idea yang bijak untuk anda hadiahkan kepada mereka gift card atau baucer buku yang boleh dipakai secara fizikal atau online. Tambahan pula, ia boleh didapati dengan harga serendah RM 50. \n3.Tudung\n\nPerempuan mana yang tak suka tudung, bukan? Jadi, kalau tak ada idea nak berikan hadiah kepada guru wanita, apa kata anda belikan tudung buat mereka? Daripada shawl, tudung sarung sehinggalah tudung bawal, terdapat pelbagai jenis tudung yang anda boleh dapatkan untuk dijadikan hadiah buat mereka.\n4. Brooch / Pin Tudung\n\nBila sudah ada tudung, mestilah si pemakai memerlukan pin tudung atau brooch sebagai pelengkap gaya. Keronsang juga boleh diborong dengan harga murah dan sesuai untuk anda berikan kepada ramai guru. Jangan lupa pilih yang cantik-cantik!\n5. Bouquet Baby Breath\n\nBunga boleh dijadikan hadiah yang sesuai untuk wanita bagi apa-apa sambutan sekalipun. Namun, memang tak dinafikan sejambak bunga ros walaupun cantik tetapi harganya tidaklah murah. Jadi, apa kata anda hadiahkan bouquet baby breath kepada guru kesayangan anda? \nBukan sahaja boleh didapati dengan harga berpatutan, malah bunga ini juga tahan lebih lama walaupun sudah kering.\n6. Planner\n\nRutin guru setiap hari selalu sibuk sehingga mereka boleh lupa beberapa tugas penting. Jadi, bila anda hadiahkan planner buat mereka, pasti lebih mudah untuk mereka uruskan dan rancang aktiviti saban hari.\n7. Thermos / Botol Air\n\nBotol air atau thermos memang sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah buat cikgu lelaki mahupun perempuan.\nTambahan pula, keadaan cuaca ketika ini membuatkan kita cepat haus. Jadi, adalah idea yang baik untuk kita bawa botol air ke mana-mana sahaja. \n8. Pendrive\n\nIni adalah antara contoh hadiah Hari Guru yang cukup praktikal untuk kegunaan harian mereka. Bolehlah mereka simpan file atau material mengajar dengan lebih mudah!\n9. Tali Pinggang\n\nSelain tali leher, anda juga boleh hadiahkan tali pinggang untuk guru lelaki. Barulah nampak lebih kemas bila mengayakan seluar slack.\n10. Whiteboard Marker\n\nInilah antara alat tulis yang paling penting untuk kegunaan guru setiap hari. Jadi, anda bolehlah hadiah whiteboard marker pelbagai warna buat mereka.\n11. Kotak Pensel / Pencil Case\n\nBercakap tentang alat tulis, cikgu juga memerlukan kotak pensel untuk menyimpan whiteboard marker, pen dan sebagainya.\n\n\n\n\n12. Jam\n\nGuru perlulah tepati masa untuk ke kelas dan perjumpaan penting setiap hari. Apa kata anda hadiahkan jam comel buat mereka sempena Hari Guru kali ini? Sangat praktikal dan sesuai untuk guru lelaki mahupun wanita.\n13. Telekung Travel\n\nMana-mana wanita pun pasti suka mendapat telekung sebagai hadiah. Bukan sahaja mudah dibawa, malah ia sangat praktikal untuk wanita gunakan bagi menunaikan solat di mana sahaja mereka berada. \nIa adalah salah satu contoh hadiah Hari Guru yang terbaik kerana telekung travel ini boleh didapati dengan harga serendah RM 30 sahaja!\n14. Tanaman Hiasan\n\nSelain jambangan bunga, anda juga boleh hadiahkan guru anda tanaman hiasan yang comel atau indoor plant. \nMemang cantik untuk dijadikan hiasan meja guru dan senang dijaga. Harganya juga tidak terlalu mahal.\n15. Laser Pointer\n\nSesetengah guru yang kecil molek mungkin mengalami kesukaran untuk mengajar di kelas akibat papan putih atau projektor yang terlalu besar. \nJadi, adalah idea yang baik untuk anda hadiahkan hand pointer buat mereka. Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.\n16. Mouse\n\nPercayalah, mouse atau tetikus sememangnya sangat diperlukan oleh guru untuk tugasan harian mereka. Memang bagus sekiranya mereka miliki mouse lebih untuk kegunaan kecemasan.\nTambahan pula, agak kurang praktikal untuk guru bergantung pada laptop semata-mata.\n17. Set Wangian / Mandian\n\nGuru tak kiralah wanita atau lelaki pasti suka untuk tampil kemas dan wangi setiap hari. \nJadi, adalah idea yang baik untuk anda hadiahkan set wangian atau set mandian dengan haruman yang menyenangkan buat mereka. \nPastikan anda pilih wangian yang sesuai dengan jantina guru, ya!\n18. Coklat\n\nAda kalanya cikgu juga boleh mengantuk apabila asyik menanda buku atau kertas peperiksaan. Jadi, jika guru anda sukakan coklat, apa kata anda jadikannya sebagai hadiah?\n19. Powerbank\n\nPowerbank memang sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan. Ia juga mudah didapati dengan harga berpatutan.\n20. Kusyen Kerusi\nWalaupun kurang baik untuk kesihatan, namun kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak untuk duduk dan menyiapkan kerja mereka. \nUntuk tingkatkan keselesaan mereka semasa bekerja, jom hadiah guru kesayangan anda dengan kusyen bangku. Pasti cikgu lebih selesa dan bersemangat untuk bekerja.\n\nBergantung kepada kesesuaian dan bajet, terdapat pelbagai hadiah yang anda boleh berikan sempena Hari Guru. \nDari hadiah comel seperti jam, tanaman hiasan sehinggalah ke kelengkapan harian seperti telekung, tudung dan tali leher, ia pastinya sangat berguna untuk guru setiap hari.\nSemoga perkongsian ini dapat memberi idea buat anda untuk mencari hadiah yang menarik untuk para guru.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mara-program-pembangunan-usahawan-teknikal-putek-2022/", "title": "MARA : Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022", "body": ["\n\n", "\nBertia baik, khas untuk usahawan teknikal, satu Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau PUTEK 2022 telah di perkenankan menerusi bajet 2022. Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa generasi muda yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kemahiran untuk memohon menyertai program ini.\nMereka yang layak untuk menyertai program ini, akan menerima pembiayaan sehingga RM500,000 tanpa cagaran dan kadar keuntungan sifar. Belia yang berminat untuk menyertai program ini, boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2022\n\u00a0\nApakah Itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)\n\n\nIanya merupakan program yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.\nKemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.\n\n\u00a0\nSyarat-Syarat Permohonan\nSyarat-syarat Asas\n\nWarganegara dan Bumiputera\nBerumur 18-60 tahun\nMempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)\nMempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan\nMempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)\nMenjalankan perniagaan sepenuh masa\nPerniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan\u00a0tidak melebihi (5) tahun\nPerniagaan patuh Syariah\nBebas dari senarai hitam MARA\n\nSyarat-syarat Khusus\n\nMempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta\n\nBaca juga : Tekini Jawatan Kosong Guru MARA 2022 Pelbagai Bidang\nSkop Pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)\n\nPembelian Mesin dan Peralatan\nModal Pusingan (Usahawan baru sahaja) Merangkumi:\n\n60% pembiayaan\n40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)\n\n\nTempoh pembiayaan \u2013 1-5 tahun @ 12-60 bulan\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHad Pembiayaan\nPembelian mesin dan peralatan\n\nMinima: RM3,000.00\nMaksimum:RM500,000.00\n\nModal Pusingan\n\n3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terenda\n\nCara Mohon\nPermohonan secara dalam talian di pautan https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx \u00a0atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut dan pertanyaan mengenai Program Usahawan Teknikal (PUTEK), anda boleh hubungi nombor telefon 03-26132000 atau menerusi emel [email\u00a0protected]\nBaca juga : TUBE : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera PEMERKASA Tahun 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/masalah-pengeluaran-khas-kwsp/", "title": "Masalah Pengeluaran Khas KWSP RM10K? Semak Panduan Ini", "body": ["\n\n", "\nBagi anda yang mempunyai masalah berkaitan pengeluaran khas KWSP RM10K, anda tak perlu bimbang. Kemungkinan masalah yang anda hadapi itu sama seperti ahli-ahli kwsp yang lain.\nAnda perlu sabar dan bertenang. Sebelum anda, berhajat untuk terus ke kaunter kwsp, cuba semak terlebih dahulu senarai masalah-masalah berkaitan kwsp berikut. Mungkin urusan anda boleh di selesaikan tanpa anda perlu hadir ke kaunter KWSP. Memandangkan waktu sekarang ramai juga yang bermasalah ketika mengisi borang di portal pengeluaran khas kwsp .\nMasalah Pengeluaran Khas KWSP RM10K\n1. Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?\nPengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik\u00a0COVID-19.\n2. Siapakah yang layak memohon?\nAhli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; danMempunyai jumlah simpanan\u00a0sekurang-kurangnya RM150\u00a0dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.\nBaca juga : Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima Kod OTP\n3. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?\nYa, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas,\u00a0tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.\n4. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?\nAnggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.\n5. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga\u00a0maksimum RM10,000.Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.\n6. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?\nBayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.\nIlustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:\nSenario 1Senario 2Senario 3Senario 4Senario 5Baki Akaun 2 (RM)15,1503,150150049Baki Akaun 1 (RM)50,00012,0003,45016599Amaun Kelayakan (RM)10,00010,0003,5001651TidakLayak2Amaun pengeluaran daripada:Akaun 2 (RM)10,0003,1501500\u2013Akaun 1 (RM)06,8503,35065\u2013\nNota:\n1Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.\n2Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.\n7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?\nSimpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.\n8. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?\nPermohonan boleh dibuat\u00a0mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.\n9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal\u00a0pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih\u00a0(mobile app)\u00a0i-Akaun.\n10. Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?\nBayaran akan dibuat\u00a0bermula 20 April 2022.\n11. Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?\nPengeluaran Khas akan dibuat dalam\u00a0satu (1) bayaran\u00a0sahaja (single payment).\n12. Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?\nBayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.\nPastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:\n\n\n\n\nAkaun bank (simpanan atau semasa)Akaun bank masih aktifAkaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)\nPeringatan:\nAhli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.\n13. Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?\nAhli\u00a0tidak boleh\u00a0membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.\n14. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?\nAhli\u00a0tidak dibenarkan\u00a0membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.\n15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?\nAhli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas\u00a0dengan tambahan 20%.\nIlustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:\nAmaun Pengeluaran KhasRM10,00020% daripada amaun pengeluaran20% x RM10,000 = RM2,000Amaun penggantian semulaRM10,000 + RM2,000 = RM12,000\nCaruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.\nSetelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).\n16. Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?\nRasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.\nTambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen\u00a0(opportunity loss)\u00a0ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan bagi penggantian yang dijangka mengambil masa hingga 4 tahun tertakluk kepada jumlah caruman ahli dan konsistensi dalam mencarum.\nIni bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.\n17. Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?\nKelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.\n18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?\nSimpanan Akaun Emas\u00a0tidak boleh\u00a0digunakan untuk Pengeluaran Khas.\nAkaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan\u00a0simpanan tambahan\u00a0ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.\n19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?\nAhli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:\ni-Akaun (Ahli)Aplikasi mudah alih\u00a0(mobile app)\u00a0i-AkaunKios KWSP\n20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?\nAhli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas\u00a0mulai 9 April 2022\u00a0melalui:\nMenu\u00a0Semak Status Permohonan\u00a0di\u00a0pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atauMenu\u00a0Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran\u00a0di i-Akaun (Ahli)\n21. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?\nSecara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:\nSempurna milik\u00a0(milkut taam)\u00a0iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan\u00a0(haq tasarruf kaamil); danMencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.\nNamun,\u00a0zakat boleh dikecualikan\u00a0ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya\u00a0(hajah asliyah)\u00a0seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.\nAhli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun\u00a0(haul)\u00a0yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai masalah pengeluaran khas kwsp rm10k selain dari yang di nyatakan di atas, anda boleh hubungi ;\nLaman web rasmi KWSP di pautan\u00a0www.kwsp.gov.myAsk ELYA\u00a0di laman web rasmi KWSPHotline Pengeluaran Khas di\u00a003-8922 4848\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-zero-to-hero/", "title": "Permohonan Skim Pembiayaan Zero To Hero", "body": ["\n\n", "\nKini, menerusi Skim Pembiayaan Zero To Hero yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor, anda tidak perlu keluarkan modal permulaan. Hanya terus berniaga dengan bantuan latihan, pemasaran dan bimbingan yang disediakan oleh syarikat peneraju.\nSkim Pembiayaan Zero To Hero menawarkan lebih daripada 30 pakej perniagaan untuk warga Selangor yang ingin memulakan perniagaan.\nApa Itu Skim Pembiayaan Zero To Hero\nIanya merupakan insentif Yayasan Hijrah Selangor untuk membantu bolongan belia dan siswazah yang terjejas di sebabkan oleh pendemik yang melanda seluruh dunia, untuk bangkit dan memulakan perniagaan dengan zero modal.\nGolongan belia atau graduan siswazah baharu kini boleh menjalankan perniagaan di musim pandemik dengan mudah. Melalui Skim \u00a0yang ditawarkan Hijrah Selangor, peserta tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan dan boleh menjalankan perniagaan dengan bimbingan yang disediakan syarikat peneraju\nPakej perniagaan\n\n\nBakeriBarber/dandanan rambutKraftanganSolekan professionalDeko kreatifJahitanMakanan & minumanPerkhidmatanServis digitalMobile spa/bekam\nSyarat kelayakan\n\nWarganegara MalaysiaTerbuka kepada semua kaumRakyat Selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahunMengundi di SelangorBerumur di antara 18 tahun \u2013 65 tahunMinat dan bersemangat berniagaBersedia untuk di bimbing\nDokumen di perlukan\n\n2 keping gambar berukuran passport pemohonSalinan kad pengenalan pemohonSalinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukan no.akaun pemohon)Salinan bil untiliti tempat tinggal pemohon\n**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.\nSyarat pembiayaan\n\nPembiayaan berbentuk pakej perniagaan sehingga RM10,000Tempoh pembiayaan sehingga 150 minggu (3 tahun)Caj perkhidmatan sehingga 8%Wajib membuat tabunganBayaran balik secara mingguan\nAliran proses Skim Pembiayaan zero to hero\n\n01.Majlis taklimat\ntaklimat penerangan awalsaringan dan pemilihan peserta mengikut kriteria\n02.Kursus/latihan\npeserta yang layak akan mengikuti kursus/latihantempoh kursus bergantung pada pakej yang ditawarkan\n03.Pra-penilaian\nmenilai kelayakan peserta kursus berdasarkan potensi dan minatpengesahan tempat tinggal dan dokumen berkaitan\n04.Permohonan lengkap\npeserta layak akan melengkapkan borang permohonan pinjaman untuk di prosesdokumen dan sijil kursus/latihan di sertakan\n05.Siasatan/penilaian\nmenilai kelayakan permohonan peminjammenilai keupayaan bayaran balik\n06.Kelulusan\npenilaian jawatankuasa kelululsan (JKL Caw)\n07.Kursus asas disiplin kredit\nmenghadiri kursus ADK selama satu jam atau lebihkursus berkaitan disiplin kredit dan asas mikrokredit\n08.Tandatangan surat tawaran\nmenandatangani surat tawaran pinjamanmempersetujui terma dan syarat yayasan hijarah selangor\n09.Penyerahan peralatan\npenyerahan di pejabat cawanganmelafazkan IKRAR pinjaman\n10.Bayaran balik\nmembuat bayaran balik selepas 30 hari dari tarikh serahan peralatanbayaran mingguan secara konsisten mengikut jadual bayaran balikmemastikan resit bayar balik di terima\nMaklumat lanjut Skim Zero To Hero\n\nBerminat? Hubungi kami sekarang, untuk menyemak sama ada anda layak!!!Sila klik di pautan berikut:\u00a0https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6\nPertanyaan\nSebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Skim Zero To Hero, anda boleh\nHubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\n\n\n\n\nTel :03-5519 1692\nWebsite :\u00a0http://www.hijrahselangor.com/\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/hijrahselangor/\nDapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:\nhttps://t.me/hijrahselangorofficial\nArtikel berkaitan :\nSkim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan Sehingga RM50,000Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ramadhan-2022-jadual-waktu-imsak-berbuka-puasa-seluruh-malaysia/", "title": "Ramadhan 2022 | Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n", "\nRamadhan 2022 | Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia ~ Ramadhan menjelang tiba. Sudah pasti ramai yang tidak sabar menyambut Ramadhan kali ini setelah lebih kurang dua tahun tidak dapat menyambut ramadhan dengan meriah.\u00a0\nTarikh Bermula Bulan Ramadhan 2022\nPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan puasa di bulan Ramadan bermula pada:\nHari : Ahad\nTarikh : 3 April 2022\n\nJadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1443H/2022 Seluruh Malaysia\nBerikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di seluruh Malaysia.\nKlik link negeri di bawah untuk anda rujuk jadual waktu Imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadhan mengikut negeri yang disediakan.\nJadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Negeri-Negeri-Seluruh-Malaysia-Tahun-2022-1443H-webDownload\nNiat Berpuasa Di Bulan Ramadhan\u00a0\n1.\u00a0 Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan\u00a0\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\nBahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin \u2018An Ada-\u2018i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\n\n\n\n\nMaksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta\u2019ala\n2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan\u00a0\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u0650\u0644\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\nBahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul\u2019lihi Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\nMaksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta\u2019ala\u00a0\nTips Untuk Kekal Cergas Di Bulan Puasa\nBerikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.\nAmbil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah \u00bd jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.\nSelamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan!\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-cagamas-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Cagamas 2022 Tanpa Bon", "body": ["\n\n", "\nTawaran Biasiswa Cagamas 2022 kini dibuka. Tarikh tutup permohonan pada 22 Julai 2022. Permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 25 tahun keatas dari keluarga kategori golongan B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4000 kebawah.\n\u00a0\nCagamas menawarkan biasiswa sehingga RM20,000 seorang setahun. Pelajar yang layak memohon dan memenuhi syarat yang di tetapkan juga tidak perlu membayar balik biasiswa ini. Pelajar juga tidak terikat dengan bon.\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa Cagamas\n\nProgram ini bertujuan untuk mendekati rakyat Malaysia yang layak yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.\nCagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Gadai Janji Nasional Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan penyebaran pemilikan rumah yang lebih luas dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.\u00a0Cagamas mengeluarkan sekuriti hutang untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada pemberi pinjaman utama.\u00a0Penyediaan kecairan pada kos yang munasabah kepada pemberi pinjaman utama pinjaman perumahan menggalakkan pengembangan selanjutnya pembiayaan untuk rumah pada kos yang berpatutan.\n\u00a0\nTarikh Tutup Permohonan\n22 Julai 2022\n\u00a0\nTawaran Biasiswa Cagamas\n\nSehingga RM10,000 setahun dalam kursus dan yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;\nElaun sehingga RM2,000 untuk bahan bantu belajar termasuk buku, komputer, alat tulis dan bahan lain setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;\nSehingga maksimum RM6,000 elaun setahun atau RM500 sebulan;\nTiada ikatan kepada biasiswa ini dan penerima tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.\ninduksi akan disediakan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas. Ini bagi memastikan penerima memahami mandat, visi, misi dan nilai Cagamas.\nSetiap graduan akan diberikan \u201cmentor\u201d daripada Pasukan Pengurusan Kanan dan Pasukan Pengurusan terpilih. Mentor akan membantu memberikan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang tempoh program sarjana. Ini adalah untuk memastikan para graduan mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman mentor mereka.\n\n\u00a0\nKelebihan Lain Biasiswa Cagamas\n\nYuran Kursus & Asrama/ Penginapan yang disewa jika perlu tinggal di luar kampus;\nElaun bulanan RM500.00 sebulan (dipindahkan setiap bulan ke dalam akaun ulama individu);\u00a0dan\nBahan Bantu Belajar \u2013 termasuk buku, komputer riba & pencetak (sekali sahaja), alat tulis dsb. (Bayaran atas dasar pembayaran balik disokong oleh dokumen berkaitan).\n\n\u00a0\nSyarat dan Kelayakan\nBiasiswa ini akan ditawarkan setiap tahun kepada pemohon yang berjaya, untuk menjalani pengajian sarjana muda sehingga empat (4) tahun di dalam negara.\nNotis tawaran biasiswa ini dibuka untuk permohonan daripada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan.\u00a0Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda mereka juga layak memohon dengan syarat memenuhi syarat.\n\nAnda mestilah warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun;\nAnda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);\nAnda mestilah pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;\nTidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan atau anugerah;\nTidak menerima sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan;\nTidak pernah ditamatkan perkhidmatan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, kerana tindakan tatatertib terhadap pemohon;\u00a0dan\nPermohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan;\u00a0bidang pengajian khusus dan senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh Cagamas.\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPra Syarat dan Syarat\n\nGaji gabungan isi rumah maksimum tidak melebihi RM4,000.\u00a0Adalah menjadi satu keperluan bagi pemohon untuk memberikan maklumat tentang pendapatan ibu bapa;\nTawaran biasiswa akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan Cagamas; dan\nPenerima anugerah biasiswa akan dikehendaki memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan \u2018Purata Nilai Gred Kumulatif\u2019 (CGPA) minimum 3.00 atau mencapai sekurang-kurangnya \u2018Kelas Kedua Atas\u2019 dalam peperiksaan akhir\n\n\u00a0\nSyarat-Syarat Penajaan Berterusan\nCagamas boleh menghentikan biasiswa atau mana-mana bahagian biasiswa, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:\n\nTidak dapat meneruskan pengajiannya, atas apa jua sebab;\nGagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) minimum dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 dalam mana-mana semester;\nGagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam percubaan;\u00a0atau\nMelanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas.\n\n\u00a0\nBidang Pengajian\nAntara bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti;\n\nPerakaunan\nKewangan/ Kewangan Islam\nPerangkaan\nUndang-undang/ Undang-undang Syariah\nPengurusan Risiko\nPerbankan/ Perbankan Islam\nPerbankan dan Pengurusan Kewangan\nMatematik\nSains Komputer/ Teknologi Maklumat\nBidang Berasaskan Teknologi berkaitan Industri Kewangan\nPentadbiran perniagaan\nEkonomi/ Ekonomi Kewangan Antarabangsa\nSains Aktuari\nSumber Manusia\n\n\u00a0\nSenarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan\nInstitut Pengajian Tinggi Awam\n\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti Malaysia Perlis (UNIMAP)\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Teknologi Mara (UiTM)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\n\nInstitut Pengajian Tinggi Swasta\n\nMultimedia University (MMU)\nUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)\nUniversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)\nUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)\nUniversiti Selangor (UNISEL)\nTunku Abdul Rahman University College (TAR UC)\n\n\u00a0\nCara Permohonan Biasiswa Cagamas\nPermohonan biasiswa boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan scholarship.cagamas.com.my\n\u00a0\nDokumen Sokongan\nAnda mesti mengemukakan dokumen berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (I/C).\nSalinan STPM, Matrikulasi, Diploma atau mana-mana transkrip pengajian tinggi\u00a0dan\u00a0SPM.\nSalinan borang cukai pendapatan terkini ibu bapa/penjaga/slip gaji;\u00a0atau\nSebarang bukti pendapatan lain seperti surat bantuan kewangan yang diterima daripada kerajaan, zakat, baucar tunai dll.\nGambar berwarna terkini berukuran pasport.\nPermohonan/ Surat Penerimaan/Tawaran oleh universiti atau kolej swasta untuk mengikuti bidang pengajian yang diluluskan oleh Cagamas.\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Cagamas 2022, anda boleh layari\nWebsite : scholarship.cagamas.com.my,\nFacebook : https://www.facebook.com/Cagamas.Official\natau hubungi tel 03-22621800\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/panduan-solat-tarawih-jakim/", "title": "Panduan Solat Tarawih: Cara Bacaan, Niat,Witir & Doa \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n", "\nPANDUAN CARA SOLAT TARAWIH BACAAN, NIAT, WITIR LENGKAP & DOA DISEDIAKAN JAKIM UNTUK PANDUAN SOLAT TERAWIH BERJEMAAH DI MASJID / SENDIRI DI RUMAH\nSolat Tarawih merupakan solat istimewa yang ditunaikan khusus pada bulan Ramadan yang mulia oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia, secara umumnya pelaksanaan solat terawih dilaksanakan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.\nKelebihan solat tarawih ini juga banyak dinyatakan di dalam Al-quran. Antaranya\nDaripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: \u201cSesiapa yang mendirikan solat (Tarawih)\npada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu\u2026\u201d(Riwayat Muslim)\nHukum Solat Tarawih\n\n\nHukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.\nSunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam\n\nWaktu Sembahyang Sunat Terawih\n\nDitunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba\u2019diah dua rakaat\n\nNiat Solat Terawih\nniat \nImam \n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u064e\u0627\u0648\u0650\u064a\u0652\u062d \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u00a0\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nSahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah\u00a0Taala.\nMakmum\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u064e\u0627\u0648\u0650\u064a\u0652\u062d \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u00a0\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nSahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah\u00a0Taala\nRukun Solat Terawih\nRukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga\nBaca juga : Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan \nCara Solat Tarawih\n1.Niat\u00a0untuk menunaikan solat terawih.\nMulakan solat dengan melakukan Takbiratul Ihram iaitu lafaz \u201cAllahu Akbar\u201d dengan niat memulakan solat.\n2.Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.\n\nBacaan surah ayat al-quran selepas Al-Fatihah adalah bebas. Namun untuk memudahkan pelaksaan solat terawih pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al- Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:\n\nSurah Al-Takathur\nSurah Al-Asr\nSurah Al-Humazah\nSurah Al-Fil\nSurah Quraisy\nSurah Al-Ma\u2019unSurah \nAl-KautsarSurah \nAl-Kafirun\nSurah An-Nasr\nSurah Al-Masad\n\n\nPada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.\nDari malam 16 hingga akhir Ramadhan,pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.\nPada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.\n\n3.Ruku\u2019 dengan mengucapkan \u201cSubhana rabbiyal Adheem\u201d \u200b\u200btiga kali ketika rukuk.\n4.Berdirilah tegak dari posisi ruku\u2019 dan bacalah \u201cSami\u2019Allahu liman hamidah\u201d. \n5.Iktidal kemudian ucapkan \u201cRabbana wa lakal hamd\u201d.\n6.Sujud dengan mengucapkan \u201cSubhana rabbiyal A\u2019la\u201d tiga kali ketika sujud.\n7.Duduk tegak dari posisi sujud dan membaca \u201cRabbighfirli\u201d (Ya Tuhanku, ampunilah aku) sebelum melakukan sujud yang lain.\n8.Ulang langkah 3-7 untuk rakaat kedua.\n9.Selepas selesai rakaat kedua, berdiri untuk rakaat ketiga dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.\n10.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat ketiga dan keempat.\n11.Selepas selesai rakaat keempat, berdiri untuk rakaat kelima dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.\n12.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat kelima dan keenam.\n13.Selepas selesai rakaat keenam, berdiri untuk rakaat ketujuh dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat Al-Quran terpilih.\n14.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat ketujuh dan kelapan.\n15.Selepas selesai rakaat kelapan, bacalah Tashahhud\n\nAkhiri solat dengan bertaslim iaitu lafaz \u201cAssalamu alaikum wa rahmatullah\u201d ke kanan dan kiri.\n\nSelawat & Wirid Antara Solat\nBacaan selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih adalah tidak wajib dan tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.\nTetapi ianya amalan yang sunat untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.\nSebagai panduan, berikut adalah bacaannya ;\nBacaan sebelum memulakan solat sunat terawih\n\nDibaca oleh BILAL\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0650\u0651\u00a0\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u062d\u064e\u0628\u0650\u064a\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u0634\u064e\u0641\u0650\u064a\u0639\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u0630\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u064e\u0627\u0648\u0650\u064a\u062d\u0650 \u062c\u064e\u0627\u0645\u0650\u0639\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u062b\u064e\u0627\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f\u00a0\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627\u00a0\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\nSelepas Rakaat 2, 6, 10, 14 dan 18\nDibaca oleh BILAL\n\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u00a0\u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b\n\n\n\n\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b\u060c \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u064a\u064f\u062d\u0652\u064a\u0650\u064a \u0648\u064e\u064a\u0645\u064f\u064a\u062a\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\u00a0\u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064d\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u062f\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0650\u064a\u0631\u064f \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064c\u060c\u00a0\u0635\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0627\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nSelepas Rakaat 4, 8, 12 dan 16\nDibaca oleh BILAL\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u0650\u0643\u0650\u00a0\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u0648\u062f\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u0650\u0643\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650\u060c \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u0650\u0643\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u0650\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0646\u0627\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0645\u064f\u0648\u062a\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0641\u064f\u0648\u062a\u064f \u0623\u064e\u0628\u064e\u062f\u064b\u0627\u060c \u0633\u064f\u0628\u064f\u0651\u0648\u062d\u064c \u0642\u064f\u062f\u064f\u0651\u0648\u0633\u064c \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0648\u062d\u0650 . \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0640\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0650\u0651\u00a0\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDibaca oleh BILAL\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u062d\u064e\u0628\u0650\u064a\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u0634\u064e\u0641\u0650\u064a\u0639\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u0630\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\u00a0\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDibaca oleh MAKMUM\n\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\nDoa Selepas Solat Tarawih Rakaat 4, 8, 12 dan 16\n\nDibaca oleh BILAL/IMAM\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0646\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f\u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0637\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650\u060c \u0623\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0639\u064e\u0641\u064f\u0648\u064c\u0651 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064c\u060c \u062a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0641\u0652\u0648\u064e \u0641\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u060c \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e\u00a0\u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064f\nDengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan\u00a0kedamaiannya.\nDoa Sebelum Witir\nDibaca oleh BILAL/IMAM\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0643\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0641\u064e\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u0636\u0650\u0643\u064e \u0645\u064f\u0624\u064e\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0627\u0641\u0650\u0638\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0632\u064e\u0651\u0643\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0639\u0650\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0643\u064e \u0637\u064e\u0627\u0644\u0650\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0639\u064e\u0641\u0652\u0648\u0650\u0643\u064e \u0631\u064e\u0627\u062c\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0647\u064f\u062f\u0670\u0649 \u0645\u064f\u062a\u064e\u0645\u064e\u0633\u0650\u0651\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u063a\u0652\u0648\u0650 \u0645\u064f\u0639\u0652\u0631\u0650\u0636\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0627\u0647\u0650\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u0670\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0627\u063a\u0650\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0631\u064e\u0627\u0636\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0639\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0634\u064e\u0627\u0643\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0628\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u062a\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e \u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0633\u064e\u0627\u0626\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0631\u0650\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u062f\u064e\u0627\u062e\u0650\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0639\u0650\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u062d\u064f\u0648\u0652\u0631\u064d \u0639\u0650\u064a\u0652\u0646\u064d \u0645\u064f\u062a\u064e\u0632\u064e\u0648\u0650\u0651\u062c\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0652\u062f\u064f\u0633\u064d \u0648\u064e\u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u064e\u0628\u0652\u0631\u064e\u0642\u064d \u0648\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0628\u064e\u0627\u062c\u064d \u0645\u064f\u062a\u064e\u0644\u064e\u0628\u0650\u0651\u0633\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0627\u0670\u0643\u0650\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0628\u064e\u0646\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0633\u064e\u0644\u064d \u0645\u064f\u0635\u064e\u0641\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0634\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0628\u0650\u0627\u064e\u0643\u0652\u0648\u064e\u0627\u0628\u064d \u0648\u064e\u0627\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u064a\u0652\u0642\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0623\u0652\u0633\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u0646\u064d \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064f\u0651\u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0647\u0670\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0631\u0650\u064a\u0652\u0641\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0639\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0642\u0652\u0628\u064f\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0634\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u062f\u064f\u0648\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0625\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u064e\u062e\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627. \u0648\u064e\u0644\u0650\u0623\u064e\u062c\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u062c\u064e\u062f\u064e\u0651\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0634\u064e\u0627\u0626\u0650\u062e\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0645\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627\u062a\u0650\u060c \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0643\u0652\u062a\u064f\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0628\u0650\u064a\u062f\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064f\u062c\u064e\u0651\u0627\u062c\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u063a\u064f\u0632\u064e\u0651\u0627\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0632\u064f\u0651\u0648\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0642\u0650\u064a\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0638\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0646\u0635\u064f\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u064a\u064e\u0627\u0645\u064f\u062c\u0650\u064a\u0628\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0627\u0626\u0650\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u062e\u0652\u062a\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0628\u0650\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u064a\u064e\u0627\u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u00a0\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e.\nYa Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap ampunanMu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cubaan, mensyukuri segala nikmatMu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawah naungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw, dan melalui telaga yang sejuk, masuk didalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di takhta kehormatan, didampingi oleh bidadari syurga, dan mengenakan baju-baju kebesaran dari sutra berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, minum susu dan madu yang suci bersih dalam gelas-gelas dan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat pada mereka dari golongan para Nabi, shiddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang shahih. Dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dari Allah SWT, dan kecukupan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian\u00a0alam.\nSolat Sunat Witir Selepas Tarawih\nMenurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah\nJumlah Rakaat\nSolat witir dilaksanakan dengan tiga rakaat dengan dua salam\nNiat Solat Witir\nLafaz Niat Witir Dua Rakaat\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\nLafaz Niat Satu Rakaat:\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u201cSahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\nPada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut sembahyang Subuh\n\nBacaan Surah:\nSelepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat sembahyang sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:\n\nRakaat pertama :- Surah al-\u2018Ala\nRakaat kedua ;- Surah al-Kafirun\nRakaat ketiga ;-\n\nSurah al-Ikhlas\nSurah al-Falaq\nSurah al-Nas\n\n\n\nDoa Penutup\nDibaca oleh BILAL/IMAM\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0631\u064f\u0643\u064f\u0648\u0652\u0639\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u062c\u064f\u0648\u0652\u062f\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u062e\u064e\u0634\u064f\u0651\u0639\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0628\u064f\u0651\u062f\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0636\u064e\u0631\u064f\u0651\u0639\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0645\u0650\u0651\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0642\u0652\u0635\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0627\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u060c \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0627\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u00a0\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nYa Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian\u00a0alam.\nPanduan Solat Terawih 8 Rakaat PDF\nBagi memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh juga download panduan solat terawih 8 rakaat dalam bentuk PDF yang disediakan oleh JAKIM pautan berikut ;\nhttps://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih.pdf\n\nDengan adanya panduan solat terawih ini, semoga dapat memudahkan kita menunaikan amal ibadah di bulan Ramadan dengan lebih yakin dan supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam \u201cLailatul Qadr\u201d\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-khas-19-april/", "title": "Cuti Khas 19 April 2023 KPM (Tambahan Cuti Hari Raya)", "body": ["\n\n", "\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April 2023.\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Aidilfitri\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan cuti tambahan kepada semua guru dan murid pada 19 April ini.Menurut Menterinya Fadhlina Sidek, ia bagi memudahkan urusan guru dan ibu bapa yang bertugas di negeri lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.\nKPM Umum Cuti Khas 19 April 2023 \n\n\u201cBerita gembira yang saya ingin umumkan bahawa dengan ini 19 April, KPM mengumumkan cuti khas untuk semua warga KPM.\u201d\u201cKita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan masing-masing khususnya guru-guru kita dan warga KPM untuk mengurus perjalanan pulang ke kampung.\u201dBeliau berkata demikian pada sidang media Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah KPM 2023 di Putrajaya.Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April ini.Calon boleh memperoleh keputusan tersebut daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar.Terdahulu, seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.\nBaca juga : Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya 2023\nTAMBAHAN CUTI PERAYAAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA TAHUN 2022\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat ketetapan untuk memberikan cuti khas pada 19 April 2023 (Rabu) kepada semua institusi pendidikan bawah KPM. Pemberian cuti khas ini dibuat bagi memudahkan perancangan dan persiapan awal kepada semua murid, guru dan warga sekolah untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada murid asrama dan guru yang perlu merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.\nSelain itu, KPM juga ingin memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April 2023 (Selasa). Seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.\n\n\n\n\nCalon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.\nDi samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:\n\ni. secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023; dan/atau\nii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.\n\nKPM sentiasa komited untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua warganya\n\nMaklumat Lanjut\nInfo KPM mengenai cuti khas 19 april 2023 dan keputusan peperiksaan STAM 2022 juga boleh di dapati melalui sumber rasmi media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.facebook.com/KemPendidikan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/epoku-jkm-bantuan-oku/", "title": "EPOKU :JKM Bantuan OKU Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450", "body": ["\n\n", "\nEPOKU di bawah JKM, atau Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya antara bajet 2022 bantuan OKU yang boleh di mohon menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Elaun EPOKU ini juga sebelum ini di kenali sebagai Elaun Pekerja Cacat (EPC).\nPermohonan EPOKU merupakan elaun OKU atau bantuan wang tunai RM450 sebulan untuk OKU bekerja. Kepada warganegara pemegang OKU JKM yang pendapatan bulannya kurang daripada RM 1,500 anda boleh memohon bantuan ini.\nApakah itu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)?\nIanya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk bantuan kewangan RM450 sebulan seorang. Ianya bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.\nSyarat dan Kelayakan untuk memohon EPOKU\nWarganegara yang bermastautin di Malaysia;Berumur 16 tahun dan ke atas;Pemegang kad OKU JKM;Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAUMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).\nCara Memohon\nSetiap pemohon perlu melengkapkan\u00a0BORANG berikut ;JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan\u00a0Pendaftaran OKU pindaan 2019\u00a0\u00a0\nUntuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:Salinan Kad Pengenalan diri pemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohonUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.\nBaca juga : Permohonan Bantuan JKM RM100 BKK Bantuan Kanak-Kanak\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan OKU, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) JKM ini, anda boleh menghubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;\nIbu Pejabat\n\n\n\n\nJabatan Kebajikan MasyarakatAras 6, 9-18No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 PutrajayaTelefon : 03 \u2013 8000 8000Faks : 03 \u2013 8323 2045\nEmel :\u00a0Maklum Balas (ISPAAA)\n\nBaca juga : Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/maal-hijrah-2023/", "title": "Maal Hijrah 2023 (1445H) : Tarikh Cuti Umum Awal Muharam & Tema Sambutan", "body": ["\n\n", "\nMaal Hijrah atau Awal Muharam merupakan hari yang penting bagi umat Islam memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.\nLatar Belakang Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW\nTahun berlakunya Hijrah Rasulullah SAW ini diambil sebagai permulaan bagi kiraan kalendar hijrah. Ia bukan sekadar perpindahan biasa, malah ia merupakan suatu iktibar untuk seseorang berubah kepada yang lebih baik.\nNabi Muhammad SAW bersabda: \u201cWahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.\u201d (HR Tabrani)\nAnda boleh ikuti infografik di bawah untuk renungan bersama.\n\n\n\n\nTarikh Cuti Awal Muharam / Maal Hijrah 2023\nBerdasarkan kalendar/takwim JAKIM, tarikh Awal Muharam di Malaysia jatuh pada 19 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu.\nTarikh ini juga merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan. Ini bermakna semua negeri akan bercuti pada hari ini. \u00a0\nAnda boleh rujuk lampiran di bawah untuk info lanjut.\n\nTema Sambutan Maah Hijrah 2023 / 1445H\nMajlis Sambutan Maal Hijah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 1 Muharam bersamaan 19 Julai 2023.\nPada tahun ini, tema sambutan Maal Hijrah pada tahun 1445H adalah \u2018Perpaduan Teras Malaysia Madani\u2019.\n\nAnda boleh saksikan liputan langsung bagi sambutan ini bermula di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 7.00 pagi.\nLogo Maal Hijrah dan Maksudnya\nBerikut dikongsikan erti di sebalik logo Maal Hijrah :\n\nKuning \u2013 Keagungan\nBiru \u2013 Persaudaraan\nHuruh \u2018ha\u2019 \u2013 Hijrah\nPutih \u2013 Fitrah manusia yang suci dan bersih\nMerah \u2013 Semangat perpaduan\nBulatan \u2013 Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah\n\n\nPeristiwa Penting Bulan Muharam\nSelain menyambut kedatangan tahun baru dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, kita juga digalakkan untuk menghayati bulan Muharam dengan memperingati peristiwa penting yang berlaku pada bulan tersebut.\nPeristiwa penting yang berlaku pada bulan Muharam adalah :\n1.\u00a01 Muharam\u00a0\u2013 Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharam adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).\n2.\u00a010 Muharam\u00a0\u2013 Juga dinamakan sebagai hari \u2018Asyura\u2018. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.\nHari Asyura juga sangat sinonim dengan ibadah puasa sunat. \nAntara fadilat terbesar\u00a0puasa\u00a0pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah\u00a0diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu. \nWalau bagaimanapun, mazhab Shafie\u00a0menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.\nJadi, memang rugi jika umat Islam tidak berpuasa pada hari tersebut sekiranya berkemampuan. \nPada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut :\n1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.\n2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.\n3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.\n\n\n\n\n4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.\n5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.\n6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.\n7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.\n8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.\n9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.\n10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.\n11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.\n12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.\n13. Hari pertama Allah menciptakan alam.\n14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.\n15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.\n16. Allah menjadikan \u2018Arasy.\n17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.\n18. Allah menjadikan alam.\n19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.\n20. Nabi Isa diangkat ke langit.\nBaca Juga : \nDoa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023 \u2013 JAKIM \nDoa Awal Tahun Hijrah 1445H / 2023 (JAKIM)\nSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/fsa2-kwsp/", "title": "Pinjaman KWSP Bercagar \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)", "body": ["\n\n", "\nSyarat dan cara permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) dikini telah dimaklumkan secara rasmi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Permohonan fasa 1 fasiliti sokongan akaun 2 kwsp ini akan dibuka mulai 7 April 2023.\nSelepas banyak permintaan daripada rakyat yang masih terkesan dengan impak daripada musibah covid-19 yang melanda seluruh dunia, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah memtuskan tiada lagi pengeluaran KWSP bersasar, dan setelah diusulkan di parlimen, maka satu keputusan telah dibuat bagi membantu rakyat yang masih terkesan ialah dengan memperkenalkan kaedah pinjaman bank dengan mencagarkan\u00a0 simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\nApa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\n\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu mekanisme kaedah insiatif perkhidmatan kewangan bagi tujuan membantu pencarum KWSP menerima bantuan kewangan dengan cara pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Baki simpanan Akaun 2 KWSP akan menjadi sandaran asas bagi pembiayaan ini melalui permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun\nPermohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.\nSyarat- Syarat Kelayakan FSA2\n\nSyarat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membolehkan ahli membuat pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan adalah seperti berikut ;\n\ni) Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun\nii) Warganegara Malaysia\niii) Permohonan adalah sekali sahaja\niv) Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan\nv) Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak\nvi) Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP\nvii) Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000\nviii) Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli\nix) Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon\n\nNota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.\nBaca juga : Pengeluaran KWSP 2023 Dibenarkan Kerajaan selain daripada Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\nTarikh Permohonan\nPermohonan untuk fasa 1 bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 40 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun (FSA2) bermula 7 April 2023.\nManakala untuk fasa 2 bagi ahli yang berusia 40 tahun ke bawah akan di maklumkan kelak. Untuk makluman juga tempoh permohonan FSA2 ini hanya dibuka untuk tempoh satu (1) tahun dan permohonan adalah sekali sahaja bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada wang simpanan KWSP untuk membayar dan menyelesaikan hutang dan ini akan menjejaskan simpanan ahli\nCara Mohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\nPermohonan boleh dibuat secara online melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Cara-cara permohonan adalah seperti berikut ; \n\nBuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu melalui portal KWSP atau portal perbankan yang mengambil bahagian;\nPermohonan pembiayaan peribadi boleh dibuat melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan;\nMembuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.\n\nUntuk memudahkan urusan permohonan ahli, anda dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi\nInstitut Perbankan\nBuat permulaan, setakat 30 Mac 2023, institusi perbankan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) yang mengambil bahagian untuk ahli yang ingin membuat permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) adalah seperti berikut:\n\nBank Simpanan Nasional \nMBSB Bank\n\nPengiraan Amaun kelayakan awal Berdasarkan KWSP Akaun 2\nAmaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.\n\n\n\n\nIlustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ahmad\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Baki simpanan Akaun 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM70,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM3,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM7,500\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum\u00a0\u00a0\u00a0diluluskan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM10,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tiada\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM5,500\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amaun kelayakan awal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM50,000\u00a0\u00a0\u00a0Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM3,000\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun\u00a0\u00a0\u00a0RM3,000\u00a0\u00a0\u00a0\nCiri-ciri produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang mengambil bahagian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk, ahli boleh berhubung terus dengan institusi perbankan yang berkenaan. Ahli perlu memahami syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh institusi perbankan dan memahami implikasi menyertai pembiayaan peribadi tersebut.\nKWSP tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi kewangan dan tindakan yang diambil oleh institusi perbankan ke atas ahli, termasuklah di senarai hitam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berikutan kegagalan ahli membayar ansuran pembiayaan peribadi tersebut.\nSemakan Status Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP \nAhli akan menerima notis makluman seperti berikut:\n\ni) Status permohonan pembiayaan peribadi daripada pihak institusi perbankan melalui SMS; dan\nii) Status permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun daripada KWSP melalui Secured Inbox i-Akaun (Ahli).\n\nPembatalan Permohonan FSA2 KWSP\nAhli tidak boleh membatalkan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun setelah diluluskan oleh KWSP.\nPermohonan hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:\n\ni) Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun; atau\n\n\nii) Ahli telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. Ahli/pihak institusi perbankan perlu memaklumkan KWSP mengenai penyelesaian pembiayaan peribadi tersebut\n\nKesan Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\nSetelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:\n\ni) Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan\n\n\nii) Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2), anda boleh hubungi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui ;\n\nLaman web : https://www.kwsp.gov.my/\nTelefon : 03 \u2013 8922 6000\nFaks : 03 \u2013 8922 6222\n\nMasa Operasi: Isnin \u2013 Jumaat 8.30\u00a0pagi ke 4.30 petang(Kecuali\u00a0pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\nSoalan Lazim F.A.Q\nBila tarikh permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) dibuka? 7 April 2023 Siapa yang layak memohon? i) Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahunii) Warganegara Malaysiaiii) Permohonan adalah sekali sahajaiv) Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskanv) Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelakvi) Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSPvii) Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000viii) Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahliix) Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kktmmjii-ikm-mara-sesi-januari-2023/", "title": "Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023", "body": ["\n\n", "\nPermohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023 boleh dibuat mulai 03 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022.\nKolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII).\nKelebihan TVET MARA\nBagi pelajar yang layak menyambung pengajian menerusi TVET MARA, terdapat beberapa kelebihan yang diterima oleh pelajar iaitu:\nElaun sara hidup.Asrama atau penginapan disediakan.Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan profesional.\n\nKemudahan dan Fasiliti\nBagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, terdapat\u00a0 pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KKTM, MJII dan IKM kepada pelajar. Antara kemudahan yang\u00a0disediakan oleh KKTM, MJII dan IKM merangkumi bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, cafeteria dan lain-lain.\nSenarai institusi TVET MARA di seluruh negara adalah seperti berikut iaitu:\ni) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)\nKKTM Balik PulauKKTM Petaling JayaKKTM RembauKKTM LenggongKKTM Pasir MasKKTM KemamanKKTM KuantanKKTM LedangKKTM Sri GadingKKTM Masjid Tanah\nii) Institut Kemahiran MARA (IKM)\nIKM Alor StarIKM BeseriIKM SikIKM Sungai PetaniIKM Seberang Perai UtaraIKM LumutIKM Kuala LumpurIKM BesutIKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu JayaIKM Johor BahruIKM JasinIKM BintuluIKM KuchingIKM Kota Kinabalu\nii) Japan Industrial Institute (MJII)\n\n\n\n\nMJII Beranang\nSyarat Kemasukan KKTM,MJII & IKM MARA\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut iaitu:\nWarganegara MalaysiaPemohon mestilah merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pemohon berumur 17 tahun ke atas.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon lulus SPM atau setara.\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan adalah bergantung kepada peringkat pengajian iaitu:\ni) Peringkat Sijil\nLulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:\u2013 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\u2013 Lulus matematik.\nii) Peringkat Diploma\nLulus SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:\u2013 Matematik.\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran lain.\u2013 Lulus Bahasa Inggeris.\n\nCara Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA\nPermohonan boleh dibuat secara online. Untuk memohon sila ikuti langkah-langkah berikut:\nPergi ke laman web\u00a0https://apponline.mara.gov.my/spupim/.Klik \u201cPengguna Baru.\u201dIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u201cHantar.\u201dLogin dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.Klik \u201cPermohonan.\u201dLengkapkan semua maklumat yang diberikan.Tandakan pada kotak pengakuan dan klik \u201cHantar.\u201d\n\nMaklmumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023, sila hubungi pihak MARA yang berikut untuk membuat pertanyaan iaitu:\nUnit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4589/34589/34605Unit Promosi: 03-26134581/34609Whatsapp: 013-9498063\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/minit-mesyuarat/", "title": "Penulisan Minit Mesyuarat: Format & Contoh-Contoh Panduan", "body": ["\n\n", "\nSetiap mesyuarat sudah pasti mempunyai minit mesyuarat yang dicatatkan oleh setiausaha atau pihak-pihak lain yang bertanggungjawab untuk mencatat minit tersebut.\nIni kerana dokumen ini amat penting kerana setiap perbincangan dan keputusan akan direkodkan di dalam minit tersebut.\nSetiap tindakan yang perlu dilakukan selepas daripada mesyuarat perlu berpandukan kepada keputusan yang dibuat yang boleh dirujuk melalui minit tersebut.\nSetiap minit perlu disahkan pada mesyuarat seterusnya bagi memastikan perbincangan mesyuarat terdahulu telah diminitkan dan juga mengetahui setiap gerak kerja dan susulan telah dilakukan ataupun sebaliknya. \nPerkara Penting \nMinit mesyuarat perlulah merekodkan beberapa penting sewaktu mesyuarat dijalankan iaitu:\nSenarai kehadiran ahli mesyuarat yang disusun mengikut kekananan jawatan. Perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat. Keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat perlu dicatat dengan jelas.Setiap tindakan dan pihak yang perlu mengambil tindakan susulan yang perlu dicatatkan. Jika terdapat pembentangan di dalam mesyuarat, setiausaha perlu mencatatkan beberapa perkara penting iaitu tajuk kertas pembentangan, pihak yang membentangkan, tujuan pembentangan, pandangan ahli mesyuarat dan keputusan yang dicapai terhadap pembentangan tersebut. \nFormat \nFormat yang biasa digunakan oleh pelbagai agensi, jabatan, dan kementerian adalah seperti berikut:\n1. Maklumat mesyuarat\nSemua maklumat mesyuarat perlu dinayatakan merangkumi tarikh, hari, masa, dan tempat mesyuarat.\nSemua maklumat ini dimaklumkan di dalam pemaklumat surat yang dihantar kepada ahli mesyuarat, \n2. Senarai Kehadiran\nSenarai kehadiran perlulah dicatatkan merangkumi nama dan jawatan ahli-ahli mesyuarat.\nAhli-ahli yang tidak hadir juga perlu dicatat nama mereka dan sebab ketidakhadiran. \n3. Perutusan Pengerusi\nPerutusan pengerusi ialah kata alu-aluan pengerusi mesyuarat pada permulaan mesyuarat tersebut.\nPerkara-perkara penting yang disebut oleh pengerusi perlu direkodkan dan diminitkan.\n\n\n\n\n4. Pengesahan \nPengesahan minit perlu dilakukan setelah semua ahli mesyuarat menyemak minit tersebut dan berpuas hati dengan setiap perkara yang direkodkan.\nLazimnya, minit tersebut disahkan oleh seorang pencadang yang telah menghadiri mesyuarat tersebut sebelum ini dan disokong oleh seorang ahli mesyuarat. \n5. Perkara-Perkara Berbangkit\nPerkara-perkara berbangkit merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh ahli mesyuarat mengenai keputusan mesyuarat yang terdahulu.\nLazimnya, perkara-perkara berbangkit dibangkitkan untuk mengetahui tindakan susulan yang telah dipersetujui sebelum ini.\n6. Perbincangan\nPerbincangan adalah menjurus kepada perkara dan tujuan utama mesyuarat tersebut dipanggil.\n7. Hal-Hal Lain\nHal-hal lain pula ialah perkara lain yang dibincangkan yang tidak ada di dalam agenda mesyuarat.\n8. Penutup\nPenutup adalah kata-kata terakhir oleh pengerusi mesyuarat. Lazimnya, pengerusi mesyuarat akan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. \nContoh Panduan\nContoh minit mesyuarat yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut: \n\n\n\n\nPanduan Lanjut\nUntuk mendapatkan panduan lanjut mengenai minit mesyuarat khususnya di dalam agensi kerajaan, sila rujuk pautan berikut http://ipgkpm.edu.my/download/Panduan_Penulisan_Minit_Mesyuarat.pdf. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mains-bantuan-awal-persekolahan-2022/", "title": "MAINS: Bantuan Awal Persekolahan 2022 Khusus Untuk B40", "body": ["\n\n", "\nMAINS: Bantuan Awal Persekolahan 2022 Khusus Untuk B40 ~ Untuk makluman, melalui Skim Bantuan Zakat yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, satu inisiatif bagi membantu para pelajar memulakan sesi persekolahan diwujudkan.\u00a0\nInisiatif tersebut dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi sesi 2022. Permohonan untuk bantuan ini kini dibuka bagi yang berkelayakan.\nPemohon boleh membuat permohonan sehingga 15 Mac 2022.\n\nBantuan Awal Persekolahan MAINS 2022\nBantuan Awal Persekolahan adalah merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada setiap tahun.\nTujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak sempena bermulanya sesi persekolahan kelak.\nSyarat-Syarat Kelayakan\u00a0\nBantuan Awal Persekolahan MAINS 2022 ini dibuka untuk pemohon yang mempunyai anak-anak dari prasekolah (6 tahun) sehingga Tingkatan 5.\u00a0\nBerikut ialah syarat-syarat pemohon:\nPemohon mestilah merupakan warganegara atau pemastautin tetap yang beragama IslamBermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahunTerbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah.\nDokumen Yang Diperlukan\nPastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen dan mengisi borang yang diperlukan sebelum memohon.\u00a0\nSila layari pautan berikut untuk memuat turun borang permohonan:\u00a0\n\n\n\n\nhttps://www.mains.gov.my/v1/images/borang/borangsekolah.pdf\nAnda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon & pasanganSalinan MyKid / MyKad / sijil kelahiran tanggunganSalinan sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian (jika berkenaan)Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bankSlip gaji / Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan/pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Agihan MAINS Daerah seperti maklumat dibawah:\nE-mel: [email\u00a0protected]\nTelefon : 06-765 1402 / 06-765 1405\nLaman web : https://www.mains.gov.my/\nUntuk mengetahui senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan, sila layari pautan berikut: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan\nUntuk permohonan janji temu pula, sila layari pautan berikut: https://www.mains.gov.my/temujanji/borang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mykasih-2023/", "title": "MyKasih 2023 : Semak Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)", "body": ["\n\n", "\nSemakan MyKasih 2023 untuk status kelayakan sumbangan asas rahmah (SARa) boleh dibuat boleh dibuat dengan cara login str\nPermohonan bantuan MyKasih 2023 \u00a0Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah secara automatik iaitu berdasarkan maklumat senarai penerima bantuan e-kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.\nTerkini bagi tujuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), bantuan akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.\nApa Itu MyKasih\n\nMyKasih merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih sebuah pertubuhan organisasi bukan kerajaan yang di asaskan pada 2009 oleh oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan tujuan membantu keluarga dan pelajar yang miskin.\nMelalui program ini bantuan diberikan secara cashless kepada penerima yang layak.\u00a0Butiran penerima seperti yang terdapat di dalam MyKad akan didaftarkan dan disenaraikan di dalam sistem sebagai penerima bantuan.\nPenerima bantuan akan menerima elaun bulanan yang boleh ditebus dengan hanya perlu menunjukan MyKad atau My Kasih mereka di kaunter bayaran kedai runcit atau pasar raya seluruh negara yang mengambil bahagian.\nMyKasih 2023 Saluran Sumbangan Asas Rahmah (SARa)\nBagi melancarkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah STR, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bekerjasama dengan MyKasih Foundation\u00a0bagi tujuan tersebut\nSemakan Status Kelayakan\nStatus kelayakan Sumbangan Asas Rahmah(SARa) ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my.\n\n\n\n\nPaparan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)\nSemakan Status MyKasih 2023\nUntuk semakan status MyKasih pula, anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan berikut \u00a0https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=\n\nSenarai Kedai Runcit Untuk Tebus Baucer Bantuan\nTerdapat lebih daripada 250 senarai kedai yang menjadi rakan runcit MyKasih di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco),Milimewa Super Stor, Bataras serta pasar raya dan pasar mini bebas.\nAnda juga boleh membuat semakan senarai pasaraya atau kedai runcit berhampiran anda di senarai kedai\nSenarai Barangan Makanan Yang Boleh di Tebus\nPenerima bantuan boleh membeli atau menebus barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan seperti berikut ;\n\nBeras, \nMi, \nRoti, \nBiskut, \nTelur, \nPerasa, \nTepung, \nMinyak masak, \nMakanan dalam tin dan \nMinuman \n\nJumlah Sumbangan Asas Rahmah\n\nBagi Sumbangan Asas Rahmah, bantuan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 setiap bulan selama 6 bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.\nTarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah;\n\nSARA 1 \u2013 Julai 2023 (RM100)\nSARA 2 \u2013 Ogos 2023 (RM100)\nSARA 3 \u2013 September 2023 (RM100)\nSARA 4 \u2013 Oktober 2023 (RM100)\nSARA 5 \u2013 November 2023 (RM100)\nSARA 6 \u2013 Disember 2023 (RM100)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai MyKasih 2023, anda juga boleh layari ;\n\nWebsite : http://www.mykasih.com.my/\nTalian hotline : 03-77201800\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-lembaga-zakat-selangor-2022/", "title": "Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022 : Mesir, Jordan & Morocco", "body": ["\n\n", "\nDermasiswa Lembaga Zakat Selangor\u00a0 (LZS) 2022 kini dibuka. Tawaran adalah untuk tajaan pendidikan ke Mesir, Jordan dan Morocco untuk sesi pengajian 2022. Jabatan Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar lepasan SPM dan STAM 2021 negeri Selangor yang berhasrat menyambung pengajian ke IPT di Mesir ,Jordan dan Morocco memohon TAJAAN bagi sesi kemasukan 2022 Syarat dan permohonan dalam talian.\n\u00a0\nDermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022\n\n\u00a0\n\nIanya juga di kenali sebagai Bantuan Dermasiswa Luar Negara (Timur Tengah). Bantuan yang diberikan berbentuk dermasiswa yang diberikan kepada pelajar paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan melepasi kelayakan temuduga serta ujian bahasa yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Pemilihan pelajar melalui JAIS. Keutamaan kepada keluarga berpendapatan pertengahan (lebihan had kifayah tidak melebihi RM7,000.00). Kuota pelajar yang disediakan adalah 50 orang untuk tiga buah negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco. Nilai peruntukan setiap tahun RM4 juta.\n\n\n\n\nSyarat Am\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat am seperti berikut:\n\nPemohon, Ibu dan bapa Warganegara Malaysia/pemastautin tetap (Dermasiswa Zakat).\nPemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau pemohon telah menetap lebih dari 3 tahun di Negeri Selangor sehingga kini.\nBebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).\nTelah membuat permohonan atau mendapat pengesahan kelayakan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\ni) Morocco (Pengajian Islam)\n\nPemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi mata pelajaran:\n\n\n\n\nKurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau\nKurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau\nBahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\n\n\n\n\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\n\n\n\n\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.\n\n\n\n\u00a0\nii) Mesir (Pengajian Islam & Bahasa Arab)\n\nMemperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM tahun 2021 sahaja.\nMemiliki SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\n\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya; dan\nTelah menduduki Imtihan Tahdid Mustawa yang dianjurkan RABITAH melalui JAIS dan mencapai sekurang-kurangnya Mutawwasit Awwal.\n\n\n\niii) Mesir (Ulum Islamiyah)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\n\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.\n\n\n\niv) Jordan (Pengajian Islam/Bahasa Arab/Pengajian Al-Quran & Qiraat)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:\n\nKurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau\nKurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau\nBahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\n\n\nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\n\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.\n\n\n\nCara Permohonan\nMereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan Dermasiswa LZS 2022 ini boleh membuat permohonan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my.\nKlik butang \u2018Daftar Baru.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.\nIkuti arahan dan lengkapkan permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Sselangor (LZS) 2022 , sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, BPI JAIS:\n\nTel: 03 5514 3400\nWhatsapp: +60103437054\nEmail: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gets-4-0/", "title": "GETS 4.0 : Tawaran Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak", "body": ["\n\n", "\nGETS 4.0 Tawaran Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS 4.0) kini dibuka. \nProgram ini disasarkan menerusi strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 bagi mempromosikan program latihan indutri kepada semua graduan di negeri ini.\nLepasan universiti yang menetap di Sarawak dialu-aluakn untuk mengambil peluang ini.\nBaca Juga : TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022\nMatlamat GETS 4.0\nMatlamat program GETS 4.0 adalah :\nMempromosikan program latihan industri atau internship kepada semua graduan di Sarawak.Memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan.Menyeru anak muda mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi.Menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digitalTumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0 .\n\nSyarat Kelayakan\nPermohonan bagi program GETS 4.0 terbuka kepada graduan yang menepati syarat-syarat seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia dan rakyat negeri SarawakGraduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Master)Berumur antara 23 hingga 35 tahunTamat pengajian dengan CGPA 2.6 dan ke atas\n\nKelebihan Program\nAntara kelebihan graduan yang mengikuti latihan seperti program GETS 4.0 adalah :\n\n\n\n\n12 bulan on-job training dengan kerajaan, GLC, Private AgencyElaun bulanan RM 1,500Latihan Soft Skill disediakan\nBidang Latihan\nBerikut adalah bidang latihan yang ditawarkan bagi menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital :\nDesign thinkingProject managementBusiness IntelligenceCommunication Excellence\nDaftar Program GETS 4.0\nBagi graduan yang berminat untuk sertai latihan industri dan bina kerjaya melalui program GETS 4.0, anda boleh buat permohonan secara atas lain di pautan berikut :\nPermohonan Program GETS 4.0 \nPemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 bulan selepas permohonan boleh buat permohonan bagi pengambilan seterusnya.\nKerajaan negeri Sarawak turut jangkakan peralihan suasana kerja ekoran wabak pandemik Covid-19. Justeru, organisasi perlu memberikan lebih banyak latihan berkaitan penggunaan teknologi untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran pekerja menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya kerja baharu dalam mengekalkan produktiviti. \u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hdas-skim-bantuan-deposit-perumahan-sarawak-2022/", "title": "HDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022", "body": ["\n\n", "\nHDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022 ~ Housing deposit assistance scheme (hdas) atau, skim bantuan deposit perumahan sarawak 2022ini ditawarkan khusus buat golongan B40 dan M40 yang menetap di Sarawak.\u00a0\nHDAS: Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022\u00a0\nHDAS adalah merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman dan diuruskan oleh Mutiara Mortgage bersama Credit Sdn Bhd.\u00a0\nAntara objektif utamanya adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan muda.\nSkim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) ini telah dibuka untuk permohonan bermula Januari ini. Permohonan bagi skim ini boleh dibuat menerusi pemaju yang tersenarai bagi projek yang diluluskan atau skim Mutiara Mortgage and Credit.\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia berasal dari Sarawak.Permohonan mestilah berusia 21 tahun dan ke atas.Permohonan tidak berstatus bankrup.Semua jenis pembangunan perumahan yang dibiayai adalah di bawah Housing Development Corporation (HDC) dan skim rumah mampu milik yang telah diluluskan oleh Kerajaan.\nDokumen Yang Diperlukan\nSurat tawaran daripada Housing Development Corporation (HDC).Borang permohonan pembiayaan.Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.Bukti pendapatan (slip gaji, baucer pembayaran dsb..) termasuk penyata bank akaun.\nCara Permohonan\nKepada sesiapa yang berminat,anda\u00a0 boleh menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Ground Floor of The Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi /layari seperti maklumat dibawah;\nTalian: 082-313035Website: https://mutiaracredit.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-perkhidmatan-pengendalian-taska-kpm/", "title": "Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM Putrajaya 2022", "body": ["\n\n", "\n\u00a0Terkini tawaran Perkhidmatan Pengendalian (TASKA) di KPM Putrajaya 2022 dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat\u00a0(JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyertai tawaran ini.\nTarikh tutup permohonan tawaran ini adalah pada 31 Oktober 2022 sebelum\u00a012 tengahari (Isnin).\nMaklumat Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM\nTawaran :\u00a0Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)Anjuran :\u00a0Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Lokasi :\u00a0Aras 3, Blok E12,\u00a0 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 PutrajayaTarikh Lawatan Tapak :\u00a05 Oktober\u00a0 2022, 3.00 petang (Rabu)Tarikh Tutup :\u00a031 Oktober 2022 sebelum\u00a012 tengahari (Isnin)\n\nTempoh Permohonan\nKepada pengusaha-pengusaha taska yang berkelayakan, tempoh permohonan tawaran ini dibuka bermula 22 September 2022 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2022\nCara Permohonan\nBagi pengusaha taska yang berkelayakan dan berminat untuk menerima tawaran ini, anda boleh menghubungi urusetia jawatankuasa pemilihan TASKA KPM untuk mendapatkan borang permohonan. Anda juga boleh terus menghantar permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat ;\nUrus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,\nUNIT PENTADBIRAN\nCAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN\nBAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN\n\n\n\n\nARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E,\u00a0\nKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA\u00a0\n62604 PUTRAJAYA\nDokumen Yang Diperlukan\nSetiap pengusaha dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut :\nLatar belakang TASKA.Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan.Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taska KPM Putrajaya 2022 ini, anda boleh layari website https://www.moe.gov.my/ atau sila hubungi ;\nPuan Nurul Akmar Rasli (03-8884 6191)Puan Maria Ab Rahman (03-8884 6062)Puan Nadhirah Abd Latiff (03-8884 6095)\n\nBaca juga ; Pendaftaran Online Permohonan Tadika MAIWP 2023 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bacaan-dalam-solat/", "title": "Bacaan Dalam Solat Serta Maksudnya Yang Perlu Kita Tahu", "body": ["\n\n", "\nBacaan Dalam Solat\nSolat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan bagi setiap umat Islam.\nAllah berfirman di dalam surah Al-\u2018Ankabut ayat-45 yang bermaksud:\n\u201cBacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. \nSesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar, dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.\u201d\nSudahkah anda fahami maksud bacaan dalam solat yang dikerjakan lima kali sehari? \nAyuh kita semak bacaan solat serta maksudnya agar kita dapat tunaikannya dengan lebih khusyuk.\nBaca Juga : Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan (JAKIM)\n\nMaksud Bacaan Dalam Solat\n1. Takbiratul-Ihram\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\nMaksud : Allah Maha Besar\n2. Doa Iftitah\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f \u0627\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u0652 \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b. \u0623\u0650\u0646\u0650\u0651 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0651\u0647\u0652\u0629\u064f \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u064a\u064e \u0650\u0644\u0644\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0641\u064e\u0637\u064e\u0631\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0652\u0644\u0622\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u062d\u064e\u0646\u0650\u064a\u0650\u064a\u0652\u0641\u064b\u0627 \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u062a\u0650\u064a\u0652 \u0648\u064e\u0646\u064f\u0633\u064f\u0643\u0650\u064a\u0652 \u0648\u064e\u0645\u0652\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u064a\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a\u0652 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0644\u0627\u064e\u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\nMaksud :\u00a0Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin.\n3. Al-Fatihah\n\u00a01.\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\n2. \u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0670\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u06d9\n3. \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\u06d9\n4. \u0645\u0670\u0644\u0650\u0643\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u0650\u06d7\n5. \u0627\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0643\u064e \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0643\u064e \u0646\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u0646\u064f\u06d7\n6. \u0627\u0650\u0647\u0652\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u0631\u064e\u0627\u0637\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\n7.\u0635\u0650\u0631\u064e\u0627\u0637\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u06d5\u06d9 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u063a\u0652\u0636\u064f\u0648\u0652\u0628\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0636\u064e\u0651\u0627\u06e4\u0644\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\n\nMaksud :\n\nDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.\nSegala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.\nYang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.\nYang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).\nEngkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.\nTunjukilah kami jalan yang lurus.\nIaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.\n\n4. Bacaan Ketika Rukuk\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650\nMaksud :\u00a0Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.\n\n5. Iktidal\n\u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062d\u064e\u0645\u0650\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nMaksud :\u00a0Allah mendengar pujian orang yang memujinya.\n\n\n\n\n6. Doa Qunut\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0647\u0652\u062f\u0650\u0646\u0650\u0649\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0647\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e ,\u0648\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u0646\u0650\u0649 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u0641\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e ,\u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u0646\u0650\u0649\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u062a\u064e\u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u0650\u0649\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627 \u0627\u064e\u0639\u0652\u0637\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e ,\u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652 \u0634\u064e\u0631\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u064e\u0636\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u060c\u0641\u064e\u0627\u0650 \u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u0636\u0650\u0649\u0652 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0642\u0652\u0636\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u0648\u064e\u0627\u0650 \u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0630\u0650\u0644\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e ,\u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0639\u0650\u0632\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e ,\u0641\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0636\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0648\u064e\u0627\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u064e\u062a\u064f\u0648\u0652\u0628\u064f \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064f\u0645\u0650\u0651\u064a\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\nMaksud :\nYa Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang sudah Engkau beri hidayah.Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau sudah beri kesihatan.Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah kurniakan.Dan lindungi aku dari segala kejahatan yang Engkau sudah pastikan.Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukanya yang kena hukum.Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya.Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.\u00a0Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.\u00a0Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.\u00a0Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.\nWahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.\n7. Sujud\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650\nMaksud\u00a0: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.\n\n8. Duduk di antara Dua Sujud\n\u0631\u0628 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0644\u064a \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0648\u0627\u062c\u0628\u0631\u0646\u064a \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0648\u064e\u0627\u0647\u0652\u062f\u0650\u0646\u0650\u0649 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u0646\u0650\u0649 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u0649\nMaksud\u00a0: Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah daku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah daku.\n\n9. Tahiyat Awal\n\u0627\u064e\u0644\u062a\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u064e\u0627\u062a\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u064f\u0647\u064f\u060c \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0627\u064e\u0646\u0652 \u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064b\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u060c \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nMaksud :\u00a0Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.\nSejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.\nAku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.\u00a0\n10. Tahiyat Akhir\n\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u064e\u0627\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u064f\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064b\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\n\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064b\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\n\u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e \u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e \u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e \u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c\nSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.\nSejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.\nAku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.\nYa Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.\nBerkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.\nBerdasarkan maksud dalam bacaan solat, dapatlah kita simpulkan bahawa ia mengandungi pelbagai doa serta puji-pujian kepada Allah SWT.\nSebagai hamba yang lemah, adalah sangat digalakkan bagi kita untuk menghafal serta menghayati makna bacaan dalam solat bagi meningkatkan keberkatan serta kualiti ibadah yang dikerjakakan. Insya-Allah.\nSumber : tzkrh.com, zayan.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-peralatan-perniagaan-maim-2022-sehingga-rm10000/", "title": "Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM 2022 Sehingga RM10,000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, permohonan bagi bantuan peralatan perniagaan bagi golongan asnaf dan fakir miskin negeri Melaka boleh di buat di pejabat cawangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)\nAdalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka mengalu-alukan permohonan bagi warganegara Malaysia beragama islam penduduk asal dan bermastautin di Melaka yang layak untuk memohon bantuan ini\nBaca juga : Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM\nBantuan Peralatan Perniagaan MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin\n\nBantuan ini termasuk berbentuk peralatan perniagaan seperti khemah, meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.\nJumlah bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak. Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.Mereka yang layak menerima bantuan ini juga tidak dikenakan bayaran balik\nTarikh Permhonan\nPermohonan boleh dibuat sepanjang tahun\nSyarat Umum Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di MelakaMerupakan asnaf fakir dan miskin di negeri MelakaPendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM\nCara Mohon Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM\nBorang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM\nIsi borang permohonan dan lengkapkan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.\nHantar permohonan ke Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM \nSEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,Badan Sukarelawan Al-TaqwaNo B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,Bukit Baru 75150 Melaka\n\n\n\n\n\nDokumen Yang di Perlukan\nBorang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)Salinan Kad Pengenalan MalaysiaSijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktifPengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)Sebut Harga Alat Perniagaan\nDokumen Sokongan\nGambar Perniagaan / Produk JualanKertas Kerja PerniagaanRekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)\n\nPermohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap. Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)\u00a0\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permhonan Bantuan Perniagaan MAIM 2022, anda boleh layari website https://maim.gov.my/ atau hubungi talian 06-2868109 atau 011-58914140 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengumuman-hari-raya-aidilfitri-2023/", "title": "Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 Malaysia \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n", "\nPengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 di Malaysia akan dibuat 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. \nTarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan berdasarkan melihat anak bulan, dan ia boleh berubah sedikit dari tahun ke tahun.\nSecara amnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JAKIM) Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MNFC) akan memantau kehadiran anak bulan Ramadan dan Syawal. Mereka kemudiannya akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja anak bulan kelihatan, menandakan permulaan bulan Syawal dan hari Hari Raya Aidilfitri.\nAdalah dinasihatkan untuk memerhatikan pengumuman rasmi daripada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan bagi umat islam di Malaysia mengenai tarikh 1 syawal 2023.\nIni berikutan tular satu tangkap layar yang memaparkan \u201cPemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023\u201d yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Sehingga ianya menarik perhatian pihak JAKIM untuk membuat satu kenyataan melalui media masa untuk mengelakkan kekeliruan\n\u201cOrang ramai dinasihati tidak membuat sebarang andaian berhubung tarikh 1 Syawal kerana tarikh sebenar hanya diketahui selepas cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara\u201d \n\n\n\nTarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023\nMengikut takwim dan kelender islam yang disediakan oleh pihak JAKIM menerusi portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/, tarikh 29 Ramadan 1444H bersamaan\u00a020 April 2023. \nBermakna cerapan hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) akan dibuat pada tarikh tersbut bermula pada petang hari Khamis\nKaedah Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023\nTarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia ditetapkan berdasarkan kepada kaedah ru\u2019yah atau penglihatan rukyah hilal atau bulan sabit baru. Kaedah ini merupakan amalan tradisional yang dilakukan secara global oleh masyarakat Muslim untuk menentukan bermulanya bulan Ramadhan dan Syawal.\nDi Malaysia, terdapat beberapa badan yang memantau penglihatan hilal, antaranya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pada setiap tahun, badan-badan ini akan mengeluarkan pengumuman rasmi tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah yang berkenaan.\nApabila hilal atau bulan sabit baru yang muncul selepas matahari terbenam pada malam ke-29 Ramadan, dilihat dengan jelas oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang terlatih, maka ia dikira sebagai awal bulan Syawal. Selain itu, kajian astronomi dan pengiraan matematik turut digunakan sebagai rujukan untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.\n\n\n\n\nDalam kesulitan untuk melihat penglihatan hilal, sesetengah negara seperti Malaysia turut menggunakan kaedah hisab (pengiraan matematik) sebagai alternatif dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Kaedah ini merujuk kepada perhitungan matematik dan astronomi bagi menentukan bermulanya bulan baru Syawal.\nRujuk : https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan\nTarikh Jangkaan 1 Syawal 2023 Malaysia\n\u00a0\u00a0\u00a0TAHUN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TARIKH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0HARI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CUTI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a022 APRIL\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SABTU\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0HARI RAYA AIDIL FITRI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SEMUA NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02023\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a023 APRIL\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0AHAD\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0HARI RAYA KE-2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SEMUA NEGERI\u00a0\u00a0\u00a0\nBaca juga : Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya\nBaju Pengumuman Raya 2023\n\nSalah satu yang paling menarik perhatian bagi jutaan rakyat Malaysia pada setiap kali menantikan pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023, rata-rata akan berteka-teki apakah warna baju yang akan di pakai oleh penyimpan mohor-mohor besar pada kali ini?\nBaca juga : Koleksi Pantuan Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat\nSeperti sudah menjadi satu budaya untuk seluruh umat Islam menanti pengumunan tersebut di depan kaca tv masing-masing. Sehinggakan RTM sebagai media massa utama kerajaan juga terjebak\nBerikut kami senaraikan warna baju pengumuman raya dari tahun 2010 \u2013 2022\nTahunTarikh Hari Raya AidilfitriNama Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja MalaysiaWarna Baju Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Malaysia201010 September 2010Dato\u2019 Paduka Maharaja Setia Laila Diraja Raja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan BadlishahUngu201130 Agustus 2011Dato\u2019 Seri Maharaja Setia Diraja Sahibus Samah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul KhususKuning201219 Agustus 2012Dato\u2019 Setia Maharaja Diraja Tengku Zainal Adlin Ibni Almarhum Sultan Tengku Muhammad ShahMerah20138 Ogos 2013Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato\u2019 Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja\u2019afarBiru Tua201428 Julai 2014Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Alang Reza Ibni Sultan AbdullahHijau Muda201517 Julai 2015Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKuning Keemasan20166 Julai 2016Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizMerah201725 Jun 2017Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizUngu Tua201815 Jun 2018Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKuning Keemasan20195 Jun 2019Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizCoklat202024 Mei 2020Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizBiru Tua202113 Mei 2021Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKelabu Cerah20221 Mei 2022Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizUngu2023Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz???\nUntuk Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 ni nanti,agak-agaknya apakah warna baju yang akan dikenakan oleh penyimpan mohor-mohor besar raja-raja Dato\u2019 Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz ?\nSama-sama kita nantikan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-rayuan-sbp/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan SBP Tingkatan 1 & 4 2023", "body": ["\n\n", "\nSemakan Keputusan Rayuan SBP 2023 boleh dibuat mulai 20 April 2023.\nTahniah diucapkan bagi pelajar yang berjaya dalam proses rayuan. KPM memaklumkan bahawa seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA\nKeputusan permohonan ke sekolah SBP / SMKA sesi 2023 telah dikeluarkan bulan Mac lalu dan telah melibatkan beberapa peringkat, termasuk peperiksaan kemasukan, temu duga, dan penilaian akademik. Selepas proses pemilihan awal, pemohon yang berjaya akan ditawarkan tempat di sekolah SBP.\nNamun, bagi mereka yang tidak berjaya dalam proses permohonan awal, masih ada peluang untuk membuat rayuan atau \u201csemakan rayuan\u201d bagi mendapatkan tempat di sekolah SBP /SMKA. \nTarikh Rayuan SBP 2023 \nPermohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah dibuka bermula\u00a017 Mac 2023 iaitu tarikh yang sama Semakan Permohonan SBP /SMKA 2023 dikeluarkan\nSemakan Keputusan Rayuan SBP 2023\n\nUntuk menyemak status permohonan semakan rayuan anda, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan dengan melayari pautan berikut ;\n\nSemakan SBP / SMKA Tingkatan 1\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\u00a0 \nSemakan SBP / SMKA Tingkatan 4\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\u00a0\n\nMaklumat Lanjut Semakan Keputusan Rayuan SBP /SMKA Tingkatan 1 & 4 2023\nSekiranya ibu bapa penjaga mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan mengenai semakan keputusan ini, ibu bapa penjaga boleh menghubungi ;\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPMAras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\n\n\n\nBahagian Pendidikan Islam KPMAras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pengurusan Maklumat KPMAras 3-4 Blok E11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 WP Putrajaya.Tel: 03- 8884 3509 / 3684(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nLaman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0http://www.moe.gov.my/\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh keputusan rayuan SBP /SMKA ? 20 April 2023 Semakan Rayuan SBP /SMKA Tingakatan 1 2023? Pautan untuk semakan SBP /SMKA Tingkatkan 1\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\u00a0 Semakan Rayuan SBP /SMKA Tingkatan 4 2023? Pautan Semakan SBP /SMKA Tingkatan 4\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\u00a0 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/linkedin/", "title": "Tips Kemas Kini Profil LinkedIn Yang Kemas & Profesional", "body": ["\n\n", "\nBagi pencari kerja sama ada dalam sektor awam, korporat dan sebagainya, sudah pasti anda mempunyai akaun LinkedIn\u00a0bagi mendapat perhatian pasaran pekerjaan yang sedang mencari pekerja.\nDalam erti kata yang lain, profil LinkedIn anda adalah resume online yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun tersebut.\nBagi memastikan anda mendapat perhatian majikan, profil LinkedIn anda perlulah nampak kemas dan profesional.\nApakah Itu LinkedIn?\nUntuk makluman, LinkedIn ialah rangkaian profesional yang terbesar di dunia yang digunakan untuk mencari kerja atau internship.\nSelain itu, LinkedIn juga digunakan untuk mengadakan atau mengukuhkan hubungan profesional khususnya dalam bidang korporat. \nCara Daftar LinkedIn\nBagi mereka yang belum mendaftar LinkedIn, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.linkedin.com/.Klik butang \u2018Join Now.\u2019Isi email atau no telefon serta kata laluan dan klik butang \u2018Agree & Join.\u2019Masukkan nama pertama dan terakhir.Kod Pengesahan LinkedIn dihantar ke telefon atau email.Masukkan kod yang diterima.Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga pendaftaran selesai.\nTips Kemas Kini Profil \nTerdapat beberapa tips yang perlu diambil perhatian untuk memastikan profil anda kemas dan profesional.\n1. Rumusan diri yang memukau\nProfil yang dimaksudkan adalah merangkumi gambar, lokasi, dan rumusan mengenai diri anda. \nGambar yang diletakkan di dalam profil perlulah gambar yang sesuai dan sedikit formal.\nLokasi yang perlu diletakkan adalah kawasan tempat tinggal anda.\nUntuk rumusan mengenai diri, sebaiknya anda menceritakan diri anda dalam bentuk karangan yang menarik seperti apakah minat anda dan apakah pengalaman anda dalam bidang pekerjaan.\nContohnya seperti gambar di bawah:\n\n2. Letakkan butiran pendidikan anda dengan lengkap\nDi ruang pendidikan, pastikan anda meletakkan kelayakan pendidikan anda dengan lengkap.\nLetakkan butiran pendidikan anda bermula daripada sekolah menengah sehingga ke pengajian universiti.\nPastikan anda meletakkan peringkat pendidikan terakhir terlebih dahulu sebelum ke peringkat pendidikan yang lain. \nSelain itu, pastikan pengkhususan dan keputusan peperiksaan terakhir anda juga diletakkan bersama bagi setiap peringkat pengajian.\nContohnya adalah seperti dalam gambar di bawah:\n\n3. Sertakan pengalaman pekerjaan anda dengan lengkap\n\n\n\n\nAnda juga perlu meletakkan pengalaman pekerjaan anda di ruangan pengalaman.\nRuangan ini adalah penting kerana ia memaparkan senarai pengalaman pekerjaan anda sebelum ini.\nPerlu diingat bahawa tempoh pekerjaan beserta tahun juga perlu dimasukkan bersama.\nContoh adalah seperti di bawah.\n\n4. Pengalaman sukarelawan yang pernah disertai\nIni adalah bahagian bonus bagi anda yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.\nBagi yang pernah terlibat dalam aktiviti ini, letakkan aktiviti sukarelawan yang pernah disertai.\nDengan meletakkan pengalaman sukarelawan anda, majikan dapat mengetahui bahawa anda merupakan seorang yang aktif.\nContoh dapat dilihat mellui gambar di bawah:\n\n5. Kemahiran yang boleh dilakukan\nDalam bahagian kemahiran, anda perlu meletakkan kemahiran yang boleh dilakukan dengan lengkap. \nPilih kemahiran yang berkaitan dengan pengalaman dan keupayaan diri anda.\nUntuk mendapat endorsement yang cepat, anda boleh memohon daripada kenalan di LinkedIn untuk membuat endorsement terhadap diri anda.\nContohnya seperti dalam gambar di bawah.\u00a0\n\n6. Ikuti akaun LinkedIn yang berpengaruh\nAnda digalakkan untuk mengikuti akaun LinkedIn yang berpengaruh bagi memperoleh maklumat yang lebih menarik pada ruangan feed.\nIni juga boleh menjadi nilai tambah serta meningkatkan pelbagai ilmu dengan isu semasa yang ada mengikut peredaran zaman.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai LinkedIn, sila tontoh video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=3FnovWnhObs.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/timbalan-menteri/", "title": "Senarai Timbalan Menteri Kabinet Anwar Ibrahim 2022", "body": ["\n\n", "\nSenarai timbalan menteri kabinet Perpaduan malaysia 2022. Pelantikan ini dibuat genap seminggu selapas Anwar Ibrahim mengumuman barisan menteri kabinet. Dalam perlantikan tersebut saiz kabinet kerajaan Anwar memperuntukan 28 ahli jemaah menteri.\nSebelum pelantikan itu, sekurang-kurangnya 35 nama, termasuk Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) serta parti lain telah dipertimbangkan, untuk mengisi portfolio timbalan menteri. Walau bagaimana pun pegumumuman oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi,menyenaraikan secara rasmi hanya 27 ahli jemaah timbalan Menteri sahaja. \nDalam protfolio kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga memegang protfolio sebagai Menteri kewangan, beliau telah melantik dua orang timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan Steven Sim Chee Keong\n27 Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia 2022\n\nTimbalan Menteri Kewangan\n\nSteven Sim Chee Keong\nDatuk Seri Haji Ahmad bin Maslan\n\n\nTimbalan Menteri Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah\n\nHajah Rubiah\n\n\nTimbalan Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi\n\nSiti Aminah Acing\n\n\nTimbalan Menteri Pengangkutan\n\nHasbibullah\n\n\nTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan\n\nChang Fung Hin\n\n\nTimbalan Menteri Ekonomi\n\nHanifah Hajar Taib\n\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan\n\nAkmal Nasrullah Mohd Nasri\n\n\nTimbalan Menteri Pertahanan\n\nAdli Zahari\n\n\nTimbalan Menteri Kerja Raya\n\nDatuk Abdul Rahman Mohamad\n\n\nTimbalan Menteri Dalam Negeri\n\nDatuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah\n\n\nTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri\n\nLiew Ching Tong\n\n\nTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi\n\nYusuf Afdal\n\n\nTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi\n\nDatuk Arthur Joseph Kurup\n\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat\n\nAiman Nafirah Sabu\n\n\nTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup\n\nFuziah Salleh\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)\n\nRamkarpal Singh\n\n\nTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim\n\nHuang Tiong See\n\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi\n\nSaraswathy Kandasami\n\n\nTimbalan Menteri Luar Negeri\n\nDatuk Mohamad Alamin\n\n\nTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya\n\nKhairul Firdaus\n\n\nTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital\n\nTeo Nie Ching\n\n\nTimbalan Menteri Pendidikan\n\nLim Hui Ying\n\n\nTimbalan Menteri Belia dan Sukan\n\nAdam Adli\n\n\nTimbalan Menteri Sumber Manusia\n\nMustapha Sakmud\n\n\nTimbalan Menteri Kesihatan\n\nLukanisman\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)\n\nWilson Uggah\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesemua barisan timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara esok\nSenarai dan maklumat lanjut senarai jemaah timbalan menteri kabinet malaysia 2022 juga boleh didapati menerusi website rasmi https://www.kabinet.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/baucer-pakej-pelancongan-johor/", "title": "Baucer Pakej Pelancongan Johor Tourism RM100 ~ Jom Tebus Sekarang!", "body": ["\n\n", "\nTahukah anda, bermula 5 November sehingga 30 November, anda boleh menebus baucer percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange sebanyak RM100!\nIni adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menggalakkan orang ramai bercuti di Johor.\u00a0\u00a0\nMenerusi kempen \u201cKenali Johor, Yok Round Johor\u201d, sebanyak lebih kurang 15, 000 baucer percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange ditawarkan dengan syarat mestilah bercuti di negeri Johor.\u00a0\nSelain itu, untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor, sebanyak 450 pakej pelancongan yang disediakan dari 45 agensi pelancongan yang berdaftar.\nTerdapat 3 kategori pakej percutian dalam kempen ini yang boleh anda pilih iaitu, \u201cnatural escapade\u201d, \u201cfamily fun\u201d dan \u201cheritage & culture\u201d.\u00a0\nSila teruskan membaca untuk mengetahui cara-cara penebusan baucer tersebut.\u00a0\nBaucar Pakej Pelancongan Johor\n\nKempen \u201cKenali Johor, Yok Round Johor\u201d menawarkan baucer pakej pelancongan Johor yang merupakan usaha sama Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menggalakkan peningkatan dalam industri pelancongan di Johor.\nTerma & Syarat Penebusan Baucer\nPenerima baucer mestilah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia.\nBaucer hanya layak digunakan untuk satu transaksi sahaja.\nPembayaran dilakukan di platform JTI.\nPromosi baucer ini tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai.\nJumlah baucar adalah terhad, dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila jumlah keseluruhan baucer yang ditawarkan habis di beli.\nPromosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.\nBaucar boleh ditebus menerusi platform Johor Tourism Interchange (JTI). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store sahaja.\nTiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.\n\nCara Untuk Menebus Baucer Pelancongan Tourism Johor\u00a0\n\nAnda perlu memuat turun aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) di Google Playstore atau Apple App Store atau terus ke laman web http://johortourism.my/\n2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, sila daftar akaun baru sebagai pengguna aplikasi JTI.\n\n\n\n\n3. Tebus baucar bernilai RM100.00 (terhad kepada 15,000 penebusan terawal sahaja).\n4. Anda boleh memilih mana-mana pakej pelancongan melalui pakej sedia ada;\u00a0 \u201cnatural escapade\u201d, \u201cfamily fun\u201d dan \u201cheritage & culture\u201d.\u00a0\n4. Jangan lupa pilih tarikh percutian yang anda inginkan.\n5. Lengkapkan transaksi pembayaran.\u00a0\nUntuk sebarang persoalan, sila rujuk FAQ seperti gambar di bawah: \n\nSelamat menikmati percutian anda!\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-ibnu-haitham-yayasan-universiti-multimedia-2022/", "title": "Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia (YUM) 2022 telah dibuka. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Islam daripada keluarga berpendapatan B40 untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah university terkemuka, Universiti Multimedia.\nTawaran ini juga terbuka untuk permohonan yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat program asasi,diploma dan ijazah sarjana muda\nTarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2022\nApa Itu Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022\n\nBiasiswa Ibnu Haitham adalah biasiswa tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin sahaja untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.\nBaca juga : Permohonan Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan Tahun 2022\nManfaat Biasiswa\nPermohonan yang layak menerima tawaran biasiswa yayasan university multimedia ini juga akan turut menerima manfaat seperti ;\nYuran pengajian dan asramaElaun sara hidupElaun bukuProgram pembangunan pelajar\nSyarat Kelayakan\nUntuk mendapatkan tawaran biasiswa ini, pemohon perlu la memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut ;\n\n\n\n\ni. Terbuka kepada pemohon beragama Islam daripada keluarga berpendapatan B40 dan memenuhi kriteria Asnaf Fakir & Miskin yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor\nii. Kelayakan Akademik:\u2013 SPM: Minimum 4A\u2013 STPM/Asasi/Diploma: PNGK \u2265 3.00\niii. Sila sertakan surat tawaran program pengajian di MMU\nProgram Pengajian\nPermohonan biasiswa ini juga terbuka untuk permohonan pengajian di Universiti Multimedia di peringkat ;\nProgram asasiDiplomaIjazah Sarjana Muda\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan biasiswa ini ialah pada 15 September 2022\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan https://bit.ly/IbnuHaitham2022Lengkapkan maklumat data peribadi anda dengan betul dan tepat seperti berikut :Maklumat pelajar,Maklumat ibu bapa / penjagaPendapatan Kasar Seisi RumahMaklumat adik beradikAkuanMaklumat akedemikSila isi \u201cKursus pilihan\u201dSediakan dokumen sokongan dan pengesahanKemudian tekan butang \u201cSubmit\u201d\nMaklumat Lanjut\nSekirnaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022, anda boleh layari website https://yum.mmu.edu.my/ atau hubungi 03-83125103/5040/5043\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/irakyat/", "title": "iRakyat : Cara Login & Daftar Bank Rakyat Online", "body": ["\n\n", "\niRakyat merupakan kemudahan perbankan atas talian yang disediakan buat pengguna Bank Rakyat yang ingin membuat transaksi serta pembayaran bil di hujung jari.\nDengan berbekalkan telefon bimbit atau laptop serta internet yang stabil, pengguna bakal nikmati pelbagai kemudahan perbankan secara online daripada Bank Rakyat. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan iRakyat.\nBaca Juga : Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)\nCara Akses iRakyat\nUntuk mendapatkan akses iRakyat, anda perlulah mendaftar akaun menerusi iRakyat Online Internet Banking. Anda boleh mendaftar menerusi penggunaan :\n\nKad Debit-i / Credit Card-i\n\natau\n\nID Sementara (Bagi pengguna yang tiada Kad Debit-i / Credit Card-i)\n\nSelepas mendaftar, anda boleh gunakan username serta kata laluan yang sama untuk akses bagi Online Internet Banking (kemudahan perbankan di browser) dan Mobile Banking (kemudahan perbankan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Google PlayStore atau App Store).\nCara Daftar Bank Rakyat Online\u00a0\nTerdapat dua kaedah untuk daftar iRakyat iaitu menerusi :\n\nKad Debit-i / Credit Card-I\n\nAtau\n\n\n\n\n\nID Sementara\n\nCara Mendaftar iRakyat Menggunakan Kad Debit-i / Credit Card-i\n\nMenerusi browser, pergi ke pautan www.irakyat.com.my\nTekan butang Login dan pilih \u2018Personal Banking\u2019.\nPilih \u2018Register\u2019.\nSekiranya anda menggunakan aplikasi iRakyat, klik pada \u2018Side Menu\u2019 iaitu simbol tiga titik bertindih yang ada di bahagian kiri atas.\n\n\n\nKlik \u2018Registration\u2019\nSeterusnya, pilih Kad Debit-i / Credit Card-i\nMasukkan informasi yang diperlukan dan ikuti prosedur yang sudah ditetapkan sehingga selesai.\nBaca dan tandakan pada \u2018Terms & Conditions\u2019.\nPendaftaran selesai. Anda boleh mula gunakan akaun iRakyat.\n\nCara Mendaftar Menggunakan ID Sementara\n\nHubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) dan mohon ID sementara (Temporary ID).\nMenerusi browser, pergi ke pautan www.irakyat.com.my\nTekan butang Login dan pilih \u2018Personal Banking\u2019.\n\n\n\nPilih \u2018Register\u2019.\nSekiranya anda menggunakan aplikasi iRakyat, klik pada \u2018Side Menu\u2019 iaitu simbol tiga titik bertindih yang ada di bahagian kiri atas.\nKlik \u2018Registration\u2019\nSeterusnya, pilih \u2018Temporary ID\u2019\nMasukkan informasi yang diperlukan dan ikuti prosedur yang sudah ditetapkan sehingga selesai.\nBaca dan tandakan pada \u2018Terms & Conditions\u2019.\nPendaftaran selesai. Anda boleh mula gunakan akaun iRakyat.\n\nSoalan Lazim iRakyat\nSekiranya saya tidak dapat akses kepada akaun iRakyat, apa yang perlu saya lakukan? Sila hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) atau emelkan kepada [email\u00a0protected]. Bagaimana saya hendak daftar atau kemaskini nombor telefon untuk penggunaan TAC? Untuk daftar atau kemaskini nombor telefon :Sila hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan atau hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) Adakah saya akan dicaj apabila menggunakan Pay Bills? Pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj. Namun, sesetengah urusan pengebilan mungkin akan dikenakan caj perkhidmatan. Contohnya, PTPTN akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50. Caj ini akan dipaparkan di skrin sebelum pembayaran dilakukan. Bolehkah saya daftarkan akaun iRakyat kepada beberapa telefon bimbit? Ya, pelanggan dibenarkan untuk daftarkan akaun kepada beberapa telefon bimbit, namun hanya satu (1) sesi log masuk dibenarkan dalam satu-satu masa. Sila log keluar daripada satu peranti sebelum anda log masuk ke peranti lain.Nota : Sila pastikan bahawa anda telah mendaftar akaun iRakyat di peranti peribadi sahaja. \nUntuk semak Soalan Lazim penuh sila ke pautan berikut : \nSoalan Lazim iRakyat\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau bantuan mengenai pendaftaran iRakyat, sila hubungi Hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) atau emelkan pertanyaan anda di [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ptptn-cara-dapatkan-diskaun/", "title": "PTPTN: Cara Dapatkan Diskaun 10-15% Untuk Pembayaran Setiap Bulan", "body": ["\n\n", "\nPTPTN: Cara Dapatkan Diskaun 10-15% Untuk Pembayaran Setiap Bulan ~ Melalui pembentangan Bajet 2022 yang lalu, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul, Menteri Kewangan Aziz, telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut syarat yang ditetapkan dalam inisiatif ketiga, fokus Rakyat Sejahtera.\u00a0\nDiskaun ini diberikan kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.\nDiskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN\nPotongan diskaun tersebut adalah mengikut kategori seperti dibawah:\n15% : Baki hutang penyelesaian penuh12% : Bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayar10% : Bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual pembayaran\nPemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam.\n\nCara Dapatkan Diskaun Bayaran \nLayari https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login untuk login ke akaun PTPTN anda dan semak penyata pinjaman.\nMasukkan kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah tetapkan. Klik \u201cLog Masuk\u201d.\nKemudian, klik \u201cPenyata Baki\u201d.\nSeterusnya, skrol paparan anda ke bawah dan klik \u201cPendaftaran untuk Debit Terus\u201d.\nDi paparan seterusnya, klik \u201cPermohonan Baru\u201d.\nIsi maklumat peribadi anda; no telefon dan emel peribadi yang aktif.\nMasukkan Amaun Potongan Debit Terus(RM) yang anda inginkan. Anda boleh ubah nilai amaun tersebut mengikut kemampuan anda.\u00a0\nIkuti arahan seterusnya sehingga selesai.\u00a0\nDengan pembayaran auto-debit, anda layak mendapat diskaun mengikut syarat yang ditetapkan. Mudahkan?\n\n\n\n\nAnda boleh menikmati diskaun ini sehingga APRIL 2022. Jangan lepaskan peluang ini!\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari: https://www.ptptn.gov.my/ atau, rujuk akaun Facebook PTPTN.\u00a0\nSemoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing\nAntara pakej bantuan pendidikan lain yang diumumkan adalah; Bantuan Awal Persekolahan RM150, pas rel tanpa had, bantuan tablet kepada pelajar IPT, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, komputer, & tablet sehingga 31 Disember 2022 dan lain-lain.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-pengumuman-dividen-asb-2021/", "title": "AMANAH SAHAM BUMIPUTERA: Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021 & Penangguhan Urusniaga", "body": ["\n\n", "\nAMANAH SAHAM BUMIPUTERA: Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021 & Penangguhan Urusniaga ~ Seperti kebiasaannya, menjelang hujung tahun pengumuman dividen ASB adalah perkara yang ditunggu-tunggu bagi setiap pemegang unit/pelabur.\nUntuk tahun lalu, jumlah agihan adalah sebanyak 4.25 sen (dividen) manakala untuk tahun ini belum diumumkan lagi. Adakah dividen tahun ini lebih tinggi atau lebih rendah daripada tahun lalu, sama-sama kita nantikan.\u00a0\n\nTarikh Pengumuman Dividen ASB 2021\nPihak ASNB masih belum mengumumkan tarikh rasmi tentang pengagihan pendapatan ASB untuk tahun ini. Kemungkinan besar dijangkakan, dividen (pendapatan) Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan diumumkan pada minggu keempat Disember seperti tahun lepas (pada 23 Disember 2020).\nTarikh Penangguhan Urusniaga\u00a0AMANAH SAHAM BUMIPUTERA\n\nMelalui laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),\u00a0 adalah dimaklumkan bahawa penangguhan urusniaga ASB bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.\nTarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.\nSila daftar MYASNB untuk semakan baki, dividen dan lain-lain secara atas talian untuk memudahkan anda.\u00a0\n\n\n\n\nBagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut:\u00a0\nhttps://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman\nUntuk makluman, penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB di pautan: www.asnb.com.my\nPemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-amelia-henderson/", "title": "Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland", "body": ["\n\n", "\nBiodata Amelia Henderson\nSiapa tak kenal dengan Amelia Henderson? Walaupun ramai yang kenali gadis ini sebagai pelakon drama, namun Amelia telah lama berada melibatkan diri dalam bidang seni sebagai model, bintang iklan dan hos.\nPada Mac 2022, gadis kacukan India-Scotland ini menjadi bualan warganet apabila sebuah video menunjukkan Aedy Ashraf melamarnya tular di media sosial.\nMeskipun wajahnya sering terpampang di kaca TV, namun pasti ada lagi yang belum kenali gadis cantik ini dengan lebih dekat. \nAyuh kita semak serba sedikit biodata Amelia Henderson.\nBaca Juga : Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus\n\nBiodata Amelia Henderson\nNama Penuh : Amelia Thripura Henderson\nNama Islam : Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah\nTarikh Lahir : 20 Oktober 1995\nUmur : 27 tahun\nAsal : Klang, Selangor\nAgama : Islam\nIbu Bapa : Jaya Rudralingam (ibu) dan Graham L. Henderson (bapa)\nAdik beradik : Alexander Rudrakeith Henderson (2 beradik, Amelia anak sulung)\n\n\n\n\nInstagram : @ameliath\n\n\n\nPerjalanan Karier Amelia Henderson\nAmelia mula berjinak-jinak dalam industri seni apabila mendapat beberapa tawaran sebagai hos bagi program berbahasa Inggeris.\nKetika Amelia berusia 18 tahun, beliau dinobatkan sebagai naib juara ratu cantik Miss Asia Pacific.\nBakat beliau dalam bidang lakonan tidak perlu disangkal lagi. Antara drama yang dibintangi oleh gadis cantik ini adalah Keluarga Pontimau, Jangan Benci Cintaku, Pengantin 100 Hari, Cinta Non Grata, Rindu Yang Terindah, Pengantin Satu Malam, Romantika 4 Hari 3 Malam dan Kisah Cinta Kita.\nSelain itu, beliau turut berlakon dalam beberapa filem popular seperti Talentime, J2 : J Retribusi dan Pisau Cukur.\nDi samping berlakon, Amelia juga bekerja sebagai model dan bintang iklan. \nBeliau juga rajin berkongsi aktiviti serta perkembangannya menerusi platform Youtube dan Instagram.\nBeliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti lasak serta melukis. \nAmelia turut berkongsikan beberapa hasil seninya menerusi satu akaun Instagram khas iaitu @artmeliath .\nBerdasarkan perkongsian daripada beberapa portal media, Amelia dikatakan telah memeluk agama Islam dan pernah berkahwin pada Ogos 2015 dengan Tunku Dato\u2019 Harrunnarrassheed Putra namun telah bercerai pada tahun 2018.\n\nUntuk ketahui perkembangan gadis cantik berdarah kacukan ini, jangan lupa untuk ikuti akaun Instagram Amelia Henderson.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pendaftaran-murid-tahun-1/", "title": "Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 KPM", "body": ["\n\n", "\nKPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran\u00a0 Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 ~ Kepada ibu bapa/penjaga terutamanya yang ingin mendaftarkan anak anda untuk masuk bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh rujuk perkongsian daripada kami seperti di bawah. \nTarikh Pendaftaran\u00a0 Murid Tahun 1 KPM\nPermohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan mulai 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.\nPermohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online).\nSebelum mendaftar, sila semak syarat pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 seperti dibawah:\nPendaftaran dibuka bagi kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja. \n\nBaca Juga : ePrasekolah | Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 (Online)\nDokumen Yang Diperlukan\n\nBuku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)\nSijil Lahir murid\nBorang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)\nKad pengenalan ibu bapa / penjaga murid\nSijil nikah/Sijil Daftar Kahwin\nSijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)\nBil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)\n\nTarikh-Tarikh Penting\n\nTarikh Mula : 1 Mei 2023\nTarikh Tutup : 30 Jun 2023\nTarikh Rayuan : 1 Ogos \u2013 31 Ogos 2023\nKeputusan Rayuan : 1 Oktober 2023\n\nCara Membuat Pendaftaran\nSIla ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:\n\nSila layari portal Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my\nKlik Pengguna Baru\nTekan Daftar Pengguna\u00a0\nKlik Daftar\nIsikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar\nSetelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1\nKlik Permohonan Baharu\nMasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar\nLengkapkan maklumat berikut: \nMaklumat murid, Maklumat kesihatan, Maklumat penjaga\nSetelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya\nUntuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.\nSetelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan\nSemak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.\nStatus permohonan murid akan dipaparkan.\n\nNOTA: Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.\n\n\n\n\nAnda juga boleh rujuk manual pengguna untuk ePendaftaran Tahun 1 seperti di bawah : \nMANUAL PENGGUNA eDAFTAR TAHUN 1\nMANUAL-PENGGUNA-IDME-PENDAFTARAN-TAHUN-1Download\nAnda juga boleh rujuk panduan penuh penggunaan sistem idME seperti di bawah: \nFull_Awam_Manual_PenggunaDownload\nSoalan Lazim ePendaftaran Pelajar Tahun 1 \n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, sila hubungi nombor telefon atau emelkan pertanyaan andal mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.\nAnda boleh rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sbbu-skim-sumbangan-bakti-bantuan-perubatan/", "title": "SBBU | Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022", "body": ["\n\n", "\nSBBU | Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Koperasi Tentera telah membuka permohonan kepada anggota untuk memohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022.\nSkim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022.\nSkim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan, SBBU adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.\nAntara objektif skim bantuan ini adalah untuk membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk merawat anggota terbabit.\nPermohonan bagi skim sumbangan ini telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\u00a0\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nSila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat permohonan.\u00a0\nAnda dikehendaki untuk memuat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/35BFW2C.\u00a0Kemudian, isikan borang dengan maklumat anda dengan lengkap dan betul.Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan.Seterusnya, anda diminta untuk menghantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\nKoperasi Tentera, Wisma Koperasi Tentera, No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\nDokumen Yang Diperlukan\ni) Pemohon\nSalinan MyTentera (Anggota ATM)Salinan MyKad (Awam/Pesara)Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank\nii) Pesakit\nSalinan MykadSurat Perubatan Terkini dari Hospital/KlinikSalinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-berkat-bantuan-kasih-bangsa-johor/", "title": "i-Berkat : Bantuan Kasih Bangsa Johor Sumbangan Kit Kesihatan", "body": ["\n\n", "\nBantuan i-Berkat Bangsa Johor telah di buka permohonan sehingga 31 Mei 2022. Program ini menawarkan bantuan sumbangan berupa kit kesihatan kepada mereka yang berisiko atau menghidap kencing manis dan darah tinggi serta barang keperluan pesakit kronik atau terlantar kepada golongan sasar.\nIanya merupakan salah satu program insiatif kerajaan negeri Johor daripada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor . Bantuan ini akan disalurkan melalui YPDKT yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi pada April 2022 yang lalu.\nInsentif ini adalah bagi menyantuni dan membantu meringankan beban golongan sasar yang kurang berkemampuan.\n\u00a0\n\nGolongan Sasar i-Berkat\n\u00a0\nProgram ini menyasarkan golongan keluarga berpendapatan rendah B40 yang terdiri daripda ibu tunggal,wanita berpendapatan rendah,bapa tunggal,belia remaja,kanak-kanak. Selain itu inya juga menyasarkan golongan orang kurang upaya,warga emas dan pesakit kronik/terlantar\n\u00a0\nSyarat Permohonan\n\nTerbuka kepada semua warganegara malaysia (b40, oku, warga emas, pesakit kronik atau terlantar)\nPermohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan\n\n\u00a0\nDokumen Sokongan\n\nSila lampirkan salinan kad pengenalan / mykid / surat beranak\nSila lampirkan salinan rawatan perubatan / pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit / terlantar)\n\n\u00a0\nCara Permohonan i-Berkat\n\nUntuk permohonan, sila klik pautan borang berikut https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8 atau boleh hadir ke pejabat YPKDT yang terdekat.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022 (Selasa)\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengeni banrtuan i-Berkat : Bantuan Kasih Bangsa Johor ini, anda boleh layari laman web rasmi wwww.ypkdt.org.my atau hadir ke pejabat YPKDT\u00a0 yang terdekat atau anda juga boleh hubungi nombor telefon : 07-2666526\n\u00a0\nSoalan Lazim\n\u00a0\nApakah Itu i-Berkat ?\nMerupakan salah satu insiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor. Program ini menawarkan sumbangan kit kesihatan kepada mereka yang berisiko/menghidap kencing manis dan darah tinggi serta barang keperluan pesakit kronik/terlantar kepada golongan sasar.\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan ?\n31 Mei 2022 (Selasa)\nBagaimanakah Cara Permohonan ?\nUntuk permohonan, sila klik pautan borang berikut https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8 atau boleh hadir ke pejabat YPKDT yang terdekat.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-kuala-lumpur-kepong-klk-2022/", "title": "Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong KLK 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) telah dibuka. Warganegara Malaysia yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, ingin melanjutkan pengajian kursus Ijazah di insitutut pengajian awam mahupun swasta di pelawa untuk membuat permohonan.\nKepada calon yang berminat untuk memohon Biasiswa Yayasan KLK ini, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2022\nApa Itu Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong\n\nYayasan KLK, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh KLK, menawarkan biasiswa kepada anak muda Malaysia yang mempunyai keputusan cemerlan. Sama ada sedang belajar atau telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia.\u00a0\nSelepas tamat pengajian, pelajar akan berpeluang \u00a0untuk \u00a0bekerja di KLK atau unit perniagaannya. Semasa menjalani pendidikan tertiari, prestasi akademik pelajar akan dipantau dan mereka dijangka menjalani latihan praktikal dalam Kumpulan.\u00a0\nPemantauan sedemikian adalah perlu kerana ia memastikan hanya bakat terbaik akan diambil untuk meneruskan tradisi kecemerlangan kepimpinan\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Tunku Abdul Rahman 2022/2023\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan akan ditutup pada 30 September 2022\nKadar Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong\nPemohon yang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:\nKursus Ijazah\n\n\n\n\nInstitusi Awam \u2013 RM 13,000 setiap tahun akademikInstitusi Swasta \u2013 RM 20,000 setiap tahun akademik\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang berminat untuk memohon biasiswa yayasan klk perlulah memenuhi beberapa kriteria seperti berikut ;\nMesti warganegara Malaysia;Penguasaan bahasa Inggeris yang baik, baik bertulis dan lisan;Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum;Mendapat penempatan yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi;Tidak terikat, memegang sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi;Bersedia untuk berkhidmat dengan bon pekerjaan selama 3 tahun dengan Kumpulan di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.\n\nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\nSelain perlu memenuhi syarat kelayakan, hanya bidang pengajian seperti tersenarai di bawah ini sahaja layak untuk dipertimbangkan\nSains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau disiplin berkaitan;Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi);Perakaunan atau Kewangan;Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara);Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau disiplin berkaitan)\n\nCara Permohonan\nBerikut cara-cara permohonan biasiswa yayasan kuala lumpur kepong ;\nPemohon yang berminat perlu memuat turun borang permohonan berikut:klik di sini untuk memuat turunImbas dan e-mel borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sijil berkaitan cth SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada\u00a0[email\u00a0protected] atauHantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sijil berkaitan cth SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:\nPermohonan Biasiswa Yayasan KLK\r\nKuala Lumpur Kepong Berhad\r\nWisma Taiko\r\nNo 1, Jalan SP Seenivasagam\r\n30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan\r\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK), anda boleh hubungi ;\nWisma Taiko,No. 1, Jalan S.P. Seenivasagam,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan,Malaysia.Tel :\u00a0+605-240 8000Fax :\u00a0+605-240 8115Email :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-tambahan-sempena-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri", "body": ["\n\n", "\nPada 18 April 2023 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan beberapa khabar gembira sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.\nAntara berita gembira yang diumumkan adalah pemberian pelepasan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi semua rakyat Malaysia, sama ada yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. \u00a0\nCuti tambahan ini diberikan sebagai hadiah buat warga Malaysia supaya mereka dapat membuat persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.\nCuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri\nUntuk makluman cuti am ini akan jatuh pada :\n\nHari Jumaat (21 April 2023) jika 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu (22 April 2023)\nHari Isnin (24 April 2023) sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat 21 April 2023\n\n\nNota : Cuti am ini terkecuali di Sabah. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, cuti umum tambahan bagi negeri Sabah jatuh pada 21 April 2023 (Jumaat) seiring dengan Ordinan Hari Kelepasan Am negeri Sabah. \nPengumuman ini selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Perdana Menteri bagi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk memutuskan cuti am bagi negeri masing-masing. \nBerita Gembira Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nDi samping penambahan cuti am, kerajaan perpaduan juga telah mengumumkan beberapa \u2018hadiah\u2019 lain sempena perayaan Aidilfitri antaranya :\n\n\n\n\n1. Tol Rahmah (Tol Percuma Selama 4 Hari)\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Tol Rahmah. Inisiatif ini ditawarkan kepada semua kelas kenderaan di 33 lebuh raya di Malaysia.\nRujuk artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut : Tol Rahmah : Inisiatif Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri\n\n2. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL)\nAtas rasa ihsan, Kerajaan Perpaduan turut memberi peluang kepada penghuni penjara untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti). \nSepanjang bulan Ramadan dan Syawal, PBSL ini melibatkan lebih 1,000 Orang Bebas Berlesen (OBB).\n\n3. Kadar Khas Bayaran Saman RM 50\nDi samping itu, kerajaan juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyelesaikan saman trafik mereka dengan hanya RM 50 daripada 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023.\n\nJangan lepaskan peluang untuk nikmati inisiatif yang ditawarkan. Semoga khabar gembira yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan ini dapat memberi lebih makna bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dos-penggalak-covid-19/", "title": "Dos Penggalak COVID 19 | Cara Buat Temu Janji Melalui Aplikasi MySejahtera", "body": ["\n\n", "\nDos Penggalak COVID 19 | Cara Buat Temu Janji Melalui Aplikasi MySejahtera ~ Sukacita dimaklumkan, bermula 21 Mac yang lepas, orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk tempahan slot dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera di seluruh negara.\nKetua Pegawai Eksekutif Protect Health Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.\nIa bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.\n\nDos Penggalak COVID 19\nDos Penggalak COVID 19 adalah merupakan vaksin penggalak yang diambil setelah lengkap dua vaksinasi bagi melindungi tubuh dari jangkitan COVID19. Warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.\nAnda boleh membuat temujanji untuk mendapatkan dos penggalak ini melalui aplikasi MySejahtera di bahagian Booking Management System.\u00a0\n\n\n\n\nMemandangkan Malaysia akan beralih ke fasa peralihan kepada endemik mulai 1 April 2022 ini, diharapkan kemudahan ini dapat menggalakkan masyarakat mendapatkannya terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik dapat dilaksanakan dengan selamat.\nOleh itu, marilah kita sama-sama jayakan usaha ini untuk melindungi keluarga kita. Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web ProtectHealth di pautan berikut: www.protecthealth.com.my\u00a0\nAnda juga boleh melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di \u2018Find Vaccination Centre (PPV)\u2019.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-perubatan-madani/", "title": "Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Kesihatan Percuma B40", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan kini menawarkan Skim Perubatan MADANI iaitu perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40.\nInisiatif yang dilancarkan pada 15 Jun 2023 ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI.\nApa Itu Skim Perubatan MADANI?\nSkim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan melalui KKM bagi menampung keperluan kesihatan masyarakat yang tergolongan dalam kategori B40 bagi mendapatkan Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).\nMenerusi skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. \nDi samping mengurangkan beban kos rawatan kesihatan, inisiatif ini juga dapat meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.\n\nUntuk makluman fasa rintis akan dilaksanakan di beberapa daerah iaitu :\n\nJohor Bahru (Johor)\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nKlang, Petaling, Hulu Langat, Gombak (Selangor)\nKinta (Perak)\nTimur Laut (Pulau Pinang)\nKucing (Sarawak)\nKota Kinabalu (Sabah)\n\n\nJenis Rawatan Percuma \nRawatan percuma yang ditawarkan dalam skim ini adalah luar daripada kes-kes akut iaitu :\n\nDemam dan selsema\nCirit-birit dan muntah\nTerseliuh\nSakit kepala\nTrauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain\n\nRawatan yang tidak termasuk dalam skim perubatan ini adalah :\n\nImunisasi rutin\nSaringan kesihatan\nRawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin\nRawatan susulan ibu dan anak rutin\nPerancangan keluarga rutin\nPerkhidmatan rehabilitasi\nPermintaan ubat tanpa konsultasi doktor\nPermintaan suplemen\n\nKategori & Jumlah Kos Rawatan\nBerikut dikongsikan kategori serta jumlah kos rawatan yang ditanggung\n\n\n\n\nKategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)Isi Rumah BerkeluargaRM250Warga Emas (tanpa pasangan)\u2013 60 tahun ke atasRM125Bujang\u2013 21-59 tahun\u2013 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)RM75\nSyarat Kelayakan\nKelayakan adalah automatik bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.\nMereka yang berkelayakan wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.\nSemak Kelayakan\nSemakan bagi kelayakan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan berikut :\nhttps://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/\n\nAnda boleh semak klinik yang terlibat dalam program ini menerusi pautan berikut :\nhttps://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics\nCara Dapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI\n\n\u00a0Semak kelayakan anda di pautan\u00a0https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/\nHadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan.\nJika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.\nHad manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.\n\nNota : Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.\nUntuk makluman, tempoh sah laku inisiatif ini adalah daripada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila layari laman rasmi Skim Perubatan MADANI di pautan : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-diploma-to-bachelor/", "title": "Program Diploma To Bachelor Tajaan JPA D2B", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Program Diploma to Bachelor 2022 tajaan JPA telah dibuka.\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 15 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022. Pelawaan penajaan dalam bentuk pinjaman boleh ubah (PBU). Program ini merupakan kesinambungan bagi pelajar cemerlang tajaan JPA yang telah habis dalam program diploma dan ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama\n\nApa itu Program Diploma To Bachelor D2B 2022\n\nPermohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (termasuk Government Linked Universities (GLU)) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan ini. \nObjektif pelaksanaan program D2B ini adalah sebagai usaha Jabatan dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Diploma dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada.\n Selain itu, program penajaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga B40 mengenai peluang-peluang pengajian tinggi dengan berfokuskan kesinambungan bidang pengajian pelajar di peringkat Diploma\n\nSyarat Permohonan\nCalon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut ;\nSyarat-Syarat Umum\nWarganegara Malaysia;Mempunyai kesihatan yang baik;Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama;Mencapai Purata Nilai\u00a0Gred\u00a0Kumulatif\u00a0(PNGK)\u00a0peringkat Diploma minimum 3.50;Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma;Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.\nSyarat Khusus\nPelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.\nTempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.\nKeutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.\nPeringkat Pengajian, Bidang Dan Institusi Tajaan\nPeringkat pengajian yang ditaja di bawah program ini ialah Ijazah Pertama secara sepenuh masa.\nBidang pengajian adalah meliputi bidang Kejuruteraan dan Teknikal, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi) selaras dengan pengajian yang diikuti pelajar di peringkat Diploma, dengan syarat bidang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tersebut mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan / atau diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan). Senarai Badan Profesional yang berkaitan seperti di LAMPIRAN 1.\nBagi tahun 2022, penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja. Senarai IPTS adalah seperti di LAMPIRAN 2.\nIKLAN-D2B-2022-lampiran-1_2Download\n\n\n\n\n\nMekanisma Perjanjian Pinjaman Program Diploma To Bachelor\nPelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian seperti berikut:\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nCara Mohon\nPermohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.myPermohnan hanya dibuka selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.Calon juga boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Diploma To Bachelor Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.\nStudent Assessment Centre(SAC)\nCalon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syarat- syarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2022.\nCalon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SAC.\nSemakan Status Keputusan Permohonan\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022.\nJika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya\nMaklumat Lanjut Program Diploma To Bachelor\nPertanyaan mengenai Program JPA Diploma To Bachelor 2022 dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.\nCalon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email\u00a0protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pemerkasa-plus/", "title": "PEMERKASA Plus: Senarai Bantuan Kerajaan Ketika PKP 3.0", "body": ["\n\n", "\nSusulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).\nPelaksanaan PEMERKASA Plus dibuat susulan kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 pada 12 Mei 2021 akibat kes jangkitan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara kebelakangan ini.\nPelaksanaan bantuan-bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40 bilion ringgit yang mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion ringgit.\nMatlamat pelaksanaan PEMERKASA Plus adalah untuk mampu membantu golongan yang terjejas terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kehidupan mereka ketika PKP 3.0 dilaksanakan.\nMatlamat PEMERKASA Plus\nSeperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus iaitu:\n\n\n\n\nMempertingkatkan Kapasiti Kesihatan AwamMeneruskan Agenda Prihatin RakyatMenyokong Kelangsungan Perniagaan\nMatlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam\nMenerusi matlamat pertama ini, bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion disalurkan merangkumi:\nPeruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan\u00a0COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.Peruntukan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai.Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.\nMatlamat Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat\nUntuk matlamat kedua, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan seperti:\nMenambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan dibayar pada penghujung Jun 2021:\u2013 Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.\u2013 Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.\u2013 Individu bujang pula akan menerima RM100.Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan bagi golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.Peruntukan RM1 bilion bagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.Penerusan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.Pelanjutan\u00a0Program Subsidi Upah\u00a0selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan.Pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021 bagi majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.\nMatlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan\nBagi matlamat ketiga, kerajaan mengumumkan beberapa bantuan seperti berikut:\nPenambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) kepada RM1,500.Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM.Pengecualian bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.Menambah baik Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829.Pemberian\u00a0diskaun bil elektrik\u00a0sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.Pelanjutan dan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai setiap bantuan PEMERKASA Plus, sila rujuk kepada laman web Kementerian Kewangan iaitu\u00a0https://www.mof.gov.my/ms/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/selamat-hari-lahir/", "title": "Contoh Ucapan \u2018Selamat Hari Lahir\u2019 Untuk Ibu, Ayah, Romantik, dll", "body": ["\n\n", "\nIstimewa contoh ucapan selamat hari lahir khas untuk kekasih, ibu, bapa, sahabat dan ahli keluarga (isteri, suami,kakak,abang,adik, anak lelaki, anak perempuan)\nHari lahir adalah detik istimewa dalam hidup seseorang. Ia adalah masa untuk meraikan kehadiran mereka di dunia ini. Ucapan selamat hari lahir seperti Sanah Helwah, happy birthday adalah cara terbaik untuk menunjukan rasa syukur, terima kasih, cinta dan kebahagiaan buat insan yang kita sayangi pada lahir kelahiran mereka.\nBagi mewujudkan suasana bahagia buat insan yang disayangi pada hari kelahiran mereka, sudah tentu anda teruja untuk memberikan kata-kata ucapan happy birthday, sanah helwah yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan mereka pada hari tersebut.\nDisini kami kongsikan koleksi ucapan selamat hari lahir untuk ibu, ayah, suami,isteri, anak\nUcapan Selamat Hari Lahir Untuk Kekasih\n\nIstimewa untuk pasangan kekasih, berikut koleksi ucapan selamat hari jadi untuk kekasih yang terbaik\n\u201cSelamat ulang tahun, sayang! Setiap tahun dengan awak menjadikan hidup saya lebih bermakna dan penuh kebahagiaan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup saya. Sayang awak ketat-ketat.\u201d\n\u201cDi hari lahirmu ini, aku ingin mengucapkan betapa beruntungnya aku memiliki kekasih seperti kamu. Kamu adalah sinar dalam hidupku, dan aku bersyukur setiap hari kerana memilikimu. Selamat ulang tahun, sayang!\u201d\n\u201cSelamat hari jadi, cinta sejatiku! Setiap momen bersamamu adalah anugerah berharga dalam hidupku. Aku bersyukur kerana kamu ada. Semoga hari jadi ini membawa berkat dan kebahagiaan tak terbatas bagi kita berdua.\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, kasih yang abadi, Kau membuat hidupku berwarna dan terang benderang seperti fajar. Dalam setiap detik bersamamu, hati ini terbakar, Bersama kita berdua, cinta kita tak akan pernah pudar.\u201d\n\u201cSelamat hari jadi, cahaya hatiku yang terangi, Cinta kita bak bintang-bintang yang bersinar di langit yang cerah dan riang. Bersamamu, hidupku terasa lengkap dan bererti, Semoga kita terus bersama hingga akhir hayat, tak pernah berpisah dan terhenti\u201d\nUcapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu\n\n\u201cSelamat hari lahir untuk ibuku tercinta! Terima kasih atas semua cinta dan kasih sayangmu. Semoga hari ini dan setiap hari berikutnya penuh dengan kebahagiaan dan berkat.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir untuk ibu yang penuh kasih sayang. Terima kasih atas segala perhatian dan doa yang tak pernah terputus. Semoga hari ini dan setiap hari menjadi lebih indah.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, ibu tersayang, Cintamu tiada tara, selalu hangat mengalir. Doa dan kasihmu takkan pernah pudar, Semoga bahagiamu abadi, selamanya bersemi.\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, ibu tersayang, Engkau adalah bintang yang menyinari hidupku. Kasihmu tak pernah pudar, selalu tulus dan ikhlas, Semoga bahagiamu tak tergantikan, selamanya tak terlupa.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, ibu tercinta dan penyayang,Ibu adalah sumber kekuatan dan keselesaan setiap langkah.Cintamu mengalir tanpa henti, sentiasa ikhlas dan ikhlas,Semoga ibu diberkati Ilahi, sentiasa dikelilingi oleh kasih sayang yang suci.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, ibu tercinta. Semoga Allah SWT selalu memberkahi langkahmu dan melindungimu dalam setiap perjalanan hidupmu.\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, ibu tersayang. Semoga Allah memberikanmu kesihatan yang baik, kebahagiaan yang tak terhingga, dan membalas segala kebaikanmu.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, ibu. Semoga Allah memberikanmu kekuatan untuk menghadapi setiap cobaan, mengaruniakanmu rezeki yang berlimpah, dan menghimpunmu dalam surga-Nya.\u201d\nBaca juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu\nSelamat Hari Lahir Ayah\n\nUcapan dan kata-kata terbaik sempena hari lahir untuk ayah\n\u201cSelamat hari lahir ayah tercinta. Terima kasih atas kasih sayang, sokongan, dan bimbinganmu sepanjang hidupku. Semoga hari ini dan setiap hari dipenuhi dengan kebahagiaan dan keberkatan.\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, ayah tersayang! Engkau adalah teladan dan inspirasiku. Semoga semua impianmu tercapai dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, ayahku yang tercinta. Dalam doaku, aku memohon agar Allah selalu menjaga dan melindungimu. Semoga segala usahamu diberkahi dan segala keinginanmu tercapai.\u201d\n\n\n\n\n\u201cSelamat ulang tahun, ayah tersayang! Engkau adalah teladan dan inspirasiku. Semoga semua impianmu tercapai dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir ayah yang tercinta! Dalam hidupku, ayah adalah cahaya dan pembimbing yang tiada gantinya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada mu.\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, ayah terhebat, Dalam doa kami, engkau selalu ada. Semoga Allah memberkati langkahmu, Hidupmu dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang sejati.\u201d\n\u201cBuat ayah yang bijaksana dan sabar, Di hari jadimu, kutaburkan harapan yang tulus. Semoga Allah memberikanmu kesihatan yang baik, Hidupmu dipenuhi kebahagiaan dan kejayaan yang abadi.\u201d\nBaca juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Bapa\nSelamat Hari Lahir Sahabat\n\nDisini kami kongsikan koleksi ucapan selamat selamat hari lahir sahabat versi islamik dan juga pantun\n\u201cSelamat hari lahir, sahabatku yang terkasih. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya padamu dan memberikanmu kebahagiaan yang hakiki.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, sahabat terbaikku. Semoga Allah membimbingmu ke jalan yang lurus, memberikanmu ketenangan hati, dan melimpahkan keberkahan dalam segala hal yang kamu lakukan.\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, sahabat ku,Setiap kali kita bersama, tiada siapa yang bosan.Semoga hidup mu penuh dengan tawa dan jenaka,Dan hidup mu sentiasa ceria seperti pagi yang cerah\u201d\n\u201cSelamat hari lahir, sahabat yang sentiasa memberi inspirasi! Terima kasih kerana berada di samping ku dalam setiap langkah kehidupan. Semoga terus berjaya dan bahagia dalam setiap apa yang dilakukan\u201c\n\u201cSelamat hari jadi, sahabat terbaikku! Semoga hidupmu dipenuhi dengan kesuksesan, kebahagiaan, dan kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih telah menjadi sahabat sejati bagiku.\u201d\nContoh Ucapan Selamat Ulang Tahun Untuk Suami Dalam Bahasa Arab Beserta Maksud\nBerikut pula kami kongsikan contoh ucapan hari lahir buat suami dalam versi arab beserta maksud\n\u201cEid Milad sa\u2019id ya habibi, atamanna lak al-sa\u2019adah wal-sihah wal-najah fi al-hayah \u2013 Selamat ulang tahun, cintaku. Semoga kamu diberkahi dengan kebahagiaan, kesehatan, dan kesuksesan dalam hidupmu.\u201d\n\u201cA\u2019id Milad sa\u2019idah ya habibi, anta a\u2019dham hadiyah fi hayati wa ana mumtinah likulli lahazah naqdimuha ma\u2019an \u2013 Selamat ulang tahun, sayangku. Kamu adalah hadiah terbesar dalam hidupku dan aku bersyukur atas setiap momen yang kita habiskan bersama.\u201d\n\u201cBarakallahu fii umrik, suamiku. Semoga di umurmu sekarang ini kamu diberkahi oleh Allah SWT. Milad mubarak.\u201d\n\u201cMiladuki saidah, barakallahu fii umrik, sayang. Semoga di sisa umurmu berkah sampai dunia akhir.\u201d\nContoh Ucapan Happy Bitrhday Untuk Isteri\n\u201cDi hari istimewa ini, abang ucapkan selamat ulang tahun buat cahaya hidupku, isteri tercinta. Kamu adalah sumber kebahagiaanku dan abang bersyukur memilikimu. Semoga hari jadimu penuh dengan keceriaan dan berkat. Happy birthday, my love!\u201d\n\u201cSelamat ulang tahun, kekasihku. Kamu adalah matahariku yang terang dan penyejuk dalam hidupku. Aku bersyukur setiap hari karena memiliki kamu di sampingku. Semoga cinta kita terus berkembang dan kita selalu bahagia bersama. Happy birthday, my dear wife!\u201c\n\u201cHappy birthday to the love of my life. Sayang adalah harapan abang yang menjadi kenyataan. Bersamamu, abang merasakan kebahagiaan yang tak tergantikan. Terima kasih telah membuat setiap hari hidup abang lebih berarti. Selamat ulang tahun, my beautiful wife!\u201d\n\u201cSanah helwah, buat isteri tercinta, Bersyukur memilikimu dalam hidup yang indah. Dalam setiap detik, kau selalu berikan, Kasih sayang tulus, tanpa batas waktu dan rehat\u201d\n\u201cHappy birthday, isteri tercinta, Kau umpama bintang dalam hidup yang berkilau. Dengan setia, kau menjaga rumah tangga, Semoga bahagia selamanya, tanpa berhenti seketika.\u201d\nBaca juga : Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/etesting-jpj-ujian-lesen-memandu/", "title": "eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April", "body": ["\n\n", "\neTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April ~ Adalah dimaklumkan bahawa, bermula April 2022, JPJ akan melaksanakan sistem eTesting di seluruh negara.\u00a0\nKepada sesiapa yang bakal mengambil lesen memandu, sila baca maklumat dibawah dengan teliti.\u00a0\neTesting JPJ\neTesting JPJ adalah merupakan sistem yang bakal dilaksanakan oleh JPJ bermula bulan April 2022. Melalui sistem ini, pegawai JPJ tidak akan duduk di dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu. Tetapi, sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.\nMenurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau \u2018e-Testing\u2019 yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.\nKebaikan sistem ini adalah dapat menjimatkan petugas, dan \u2018mobilize\u2019 petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja.\u00a0\nPelaksanaan Sistem eTesting JPJ\nSistem ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.\nDengan menggunakan sistem ini, kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT.\n\n\n\n\nSegala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.\n\nKelebihan Sistem eTesting JPJ\nAntara kelebihan sistem ini termasuklah dapat mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan, di samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.\nKeputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.\nUntuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.\nJPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.\nSistem ini sebenarnya sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/uniten-bantuan-zakat-pelajar-semester-khas-2021-2022-di-buka/", "title": "UNITEN : Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas 2021/2022 Di Buka", "body": ["\n\n", "\nBantuan zakat pelajar muslim UNITEN bagi semester khas 2021/2022 telah dibuka. Kepada pelajar-pelajar muslim UNITEN yang berminat boleh mengisi permohonan bermula pada 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.\nBagi pelajar semesta 2, bantuan zakat uniten 2021/2022 telah ditutup\nPelajar tidak dibenarkan mengisi borang permohonan online tanpa tujuan yang betul. Pastikan anda betul-betul memerlukan bantuan zakat ini.\n\u00a0\nApa Itu Bantuan Zakat Pelajar Muslim UNITEN Semester Khas\n\n\u00a0\nBantuan zakat ini khusus untuk pelajar uniten muslim semseter khas 2022 sahaja. Pelajar yang mengalamai finance blocking bagi masalah-masalah tertentu sahaja boleh memohon bantuan zakat ini.\nPada 14 Julai 2010 UNITEN telah menerima Tawaran Pelantikan sebagai Penolong Amil bagi pihak Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya, pada 2 September 2010, UNITEN dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) Pelantikan UNITEN sebagai Penolong Amil dan merasmikan penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).\n\u00a0\nMatlamat penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah sebagai satu sumber kewangan alternatif untuk membantu para pelajar yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat untuk menerima bantuan bagi meneruskan pengajian.\nObjektif penubuhan TAZU ini adalah untuk ;\n\na) Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak.\nb) Menjana sumber kewangan bagi melahirkan profesional Muslim.\nc) Menyediakan bantuan kewangan bagi para pelajar UNITEN yang memerlukan.\nd) Bertindak sebagai One Stop Center dalam pelbagai kegiatan keilmuan dan kerohanian.\n\n\u00a0\nTarikh Permohonan\nPelajar-pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini, boleh mula mengisi borang permohonan bermula pada 23 Mei 2022 \u2013 17 Jun 2022.\n\n\n\n\nKategori Pengajian\nPermohonan dibuka kepada pelajar kategori seperti berikut ;\n\nAsasi\nDiploma\nIjazah\nsarjana\n\nPermohonan juga dibuka kepada pelajar yang mengalamai finance blocking bagi masalah-masalah tertentu sahaja\nSyarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia\nMuslim\nPelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa\nTiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah\nMendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa)\nmelengkapkan proses permohonan\nHadir temuduga\n\n\u00a0\nCara Mohon\n\nPelajar yang layak, boleh mengemukan permohonan dengan mengisi borang online menerusi website https://amanahuniten.my/\nHanya calon yang melengkapkan permohonan dan dokumen akan di panggil temuduga\n\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN 2021/2022 ini, sila hubungi:\n\nPuan Majdah Binti Sulaiman: 03-8921 2033 ([email\u00a0protected])\nCik Siti Mawahidah Binti Zainol: 03-8921 2020 samb: 1325 ([email\u00a0protected])\n\n\u00a0\nSoalan lazim\nBilakah tarikh permohonan bantuan zakat pelajar semseter khas uniten?\n 23 Mei 2022 \u2013 17 Jun 2022.\nBagaimana cara untuk mohon bantuan zakat UNITEN (TAZU)?\nPermohonan boleh dibuat menerusi laman website https://amanahuniten.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/smpk/", "title": "SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan 2023", "body": ["\n\n", "\nSMPK (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) iaitu sistem maklumat prasekolah yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia).\nSMPK ialah platform dalam talian yang membolehkan pendaftaran dan pengurusan prasekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini membantu memudahkan proses pentadbiran pengurusan prasekolah, membolehkan guru dan pentadbir menumpukan pada penyediaan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak kecil. \nPentadbir prasekolah boleh menggunakan SMPK untuk mengurus rekod pelajar, mengesan kehadiran, menjadualkan kelas dan acara serta berkomunikasi dengan ibu bapa. Sistem ini juga menyediakan akses kepada sumber dan bahan latihan untuk guru, membolehkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan kaedah dan amalan pengajaran terkini.\nObjektif SMPK (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) \nObjektif Kementerian Pendidikan mewujudkan sistem maklumat prasekolah adalah seperti berikut:\n\nMenyediakan sistem maklumat yang bersepadu untuk pengurusan prasekolah di seluruh Malaysia di peringkat kebangsaan, yang membolehkan pendaftaran dan pengurusan prasekolah secara berpusat.\nUntuk memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.\nUntuk memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana\n\nSecara ringkasnya, objektif sistem maklumat prasekolah kebangsaan adalah untuk menggalakkan pengurusan prasekolah yang cekap, menyediakan sistem untuk memastikan pematuhan piawaian Kementerian Pendidikan, dan meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.\nBaca juga : ePrasekolah Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024/2025\nPeringkat Pengguna dan Agensi Pelaksana SMPK\nBeberapa pihak terlibat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, Ini termasuk:\nKementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia): Kementerian Pendidikan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan dan pengawalseliaan sistem SMPK. Ia menetapkan piawaian untuk pendidikan prasekolah di Malaysia dan memastikan prasekolah mematuhi piawaian ini.\nPentadbir prasekolah: Ini adalah individu yang mengurus dan mengendalikan prasekolah di Malaysia. Mereka bertanggungjawab untuk mendaftarkan prasekolah mereka dengan SMPK, mengurus rekod pelajar, mengesan kehadiran, menjadualkan kelas dan acara, dan berkomunikasi dengan ibu bapa.\nGuru prasekolah: Ini adalah individu yang mengajar kanak-kanak kecil di prasekolah di Malaysia. Mereka menggunakan SMPK untuk mengurus rekod pelajar, mengesan kehadiran, menjadualkan kelas dan acara serta berkomunikasi dengan ibu bapa.\nIbu bapa dan penjaga: Ini adalah individu yang telah mendaftarkan anak mereka ke prasekolah di Malaysia. Mereka menggunakan SMPK untuk mengakses maklumat tentang kehadiran anak mereka, kemajuan akademik dan acara yang akan datang. Profesional IT: Ini adalah individu yang bertanggungjawab untuk pembangunan, penyelenggaraan dan sokongan sistem SMPK\nSecara ringkasnya ;\n\n\n\n\n\nPeringkat Pengguna\n\n\nKementerian Pelajaran Malaysia (KPM)\nJabaran Pelajaran Negeri (JPN)\nPejabat Pelajaran Daerah (PPD)\nInstitusi (Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta)\n\n\nPeringkat Pelaksana\n\n\nPrasekolah sekolah-sekolah KPM\nTadika KEMAS\nTadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)\nTadika Swasta\n\n\nFungsi dan Cara Menggunakan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan\nPenggunaan sistem SMPK (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) berbeza-beza bergantung kepada jenis pengguna. Berikut ialah langkah umum tentang cara menggunakan sistem:\nBagi pentadbir prasekolah: Pentadbir prasekolah hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan prasekolah mereka dengan SMPK. Setelah didaftarkan, mereka boleh log masuk ke sistem untuk mengurus rekod pelajar, mengesan kehadiran, menjadualkan kelas dan acara serta berkomunikasi dengan ibu bapa. Langkah-langkah khusus tentang cara menggunakan sistem bergantung pada keperluan dan keperluan prasekolah.\nUntuk guru prasekolah: Guru prasekolah boleh log masuk ke SMPK untuk mengurus rekod pelajar, mengesan kehadiran, menjadualkan kelas dan acara serta berkomunikasi dengan ibu bapa. Mereka juga boleh mengakses sumber dan bahan latihan untuk mengikuti perkembangan kaedah dan amalan pengajaran terkini.\nUntuk ibu bapa dan penjaga: Ibu bapa dan penjaga boleh log masuk ke SMPK untuk mengakses maklumat tentang kehadiran anak mereka, kemajuan akademik dan acara akan datang. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan pentadbir prasekolah dan guru melalui sistem tersebut.\nUntuk mengakses SMPK, pengguna mesti mempunyai akaun berdaftar dengan sistem terlebih dahulu. Langkah khusus tentang cara mendaftar dan log masuk ke sistem bergantung kepada jenis pengguna dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.\nCara Login SMPK\n\nUntuk log masuk ke SMPK (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan), anda perlu mempunyai akaun berdaftar dengan sistem. Berikut ialah langkah-langkah umum untuk log masuk ke SMPK:\n\nPergi ke laman web SMPK. Alamat laman web ialah https://smpk.moe.gov.my/.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d di sudut kanan atas tapak web.\nMasukkan nama pengguna dan kata laluan anda dalam medan yang disediakan.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\n\nSebaik sahaja anda log masuk, anda akan diarahkan ke papan pemuka SMPK, di mana anda boleh mengakses ciri dan fungsi sistem berdasarkan jenis pengguna anda.\nCara Isi Data SMPK\nSebagai panduan dan rujuan pengguna, boleh download manual cara isi data SMPK di bawah\n\nManual panduan PPD/JPN\n\nMANUAL-SMPK_JPN-PPDDownload\n\nManual panduan sekolah\n\nMANUAL-SMPK_SEKOLAHDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SMPK anda boleh layari website Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/\nUntuk aduan dan masalah teknikal berkenaan sistem ePrasekolah sila emelkan kepada [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/andai-itu-takdirnya/", "title": "Andai Itu Takdirnya : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review", "body": ["\n\n", "\nAndai Itu Takdirnya adalah salah sebuah drama bersiri yang menjadi bualan warganet pada tahun 2023. Diarahkan oleh Jamal Khan, drama yang mempunyai 60 episod ini banyak mengutarakan isu perkahwinan antara dua darjat serta dugaan berumah tangga. \nPendek kata, penonton wanita pasti akan terikut beremosi bila menonton drama tayangan Astro Ria dalam slot Megadrama ini.\nBuktinya, antara salah satu sedutan video yang menjadi tular di media sosial adalah adegan Umairah yang dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana yang memaki Syed Aizril lakonan Syukri Yahaya dengan penuh perasaan.\nIngin tahu serba sedikit informasi mengenai drama yang sedang hangat ini? Jom kita semak sinopsis, barisan pelakon serta review bagi drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Siti Rosmizah ini. \nBaca Juga : Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon\n\nSinopsis Andai Itu Takdirnya\nAleya yang berasal daripada keluarga sederhana telah jatuh cinta dengan Syed Adam Aizril, anak seorang tokoh korporat dan juga rakan kuliahnya ketika melanjutkan pengajian di United Kingso.\nSebagai anak golongan berada, Syed Aizril terkenal dengan sikapnya yang sombong dan suka merendahkan orang lain. Dia juga popular di kalangan wanita kerana paras rupanya yang tampan.\nKisah bermula apabila Aleya dan Syed Aizril diperangkap oleh Faizal sehingga ditangkap khalwat. Syed Aizeil menuduh bahawa Aleya yang telah merancang perkara ini supaya dia dapat hidup senang. Insiden tersebut menyebabkan mereka terpaksa berkahwin dalam satu majlis yang sederhana.\nPerkahwinan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada keluarga Syed Aizril. Ibunya, Puan Sri Sharifah Aishah dan ibu saudaranya, Sharifah Rosnah cukup membenci Aleya. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin yang sepatutnya dijodohkan dengan Syed Aizril cukup kecewa apabila mendengar berita tersebut.\nKehidupan Aleya sebagai isteri Syed Aizril cukup pahit sehinggalah terjadi satu kemalangan pada Syed Aizril. Sejak itu, Syed Aizril menyesal kerana memberikan layanan buruk kepada isterinya. Walaupun sering diseksa, Aleya tetap memaafkan Syed Aizril atas rasa cinta dan kebahagiaan anak-anak. Selepas berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan dalam perkahwinan, Ayed Aizril dan Aleya akhirnya hidup bahagia.\n\n\n\n\nLapan tahun kemudian, Sharifah Azreen muncul dalam kehidupan Syed Aizril dan berniat untuk memenangi hatinya.\nKehadiran Sharifah Aizril nampaknya menggugat rasa cinta Syed Aizril pada Aleya. Aleya redha dengan dugaan yang menimpa rumahtangganya. Sekaligus, rasa cinta Aleya pada Syed Aizril juga mula hilang.\nMampukah Aleya memberikan peluang kedua buat Syed Aizril atau dia akan memilih untuk meninggalkannya?\nBarisan Pelakon \nPelakonWatakShukri YahayaSyed AizrilHannah DelishaAleyaDayang AreedaSharifah EmilinPuteri Sarah LiyanaUmairahIdzham IsmailIkramAtikah SuhaimeSharifah AzreenHariz HamdanAzharRazman MahayuddinFaizalHaziq NazimuddinRudyFahrin AhmadLukman HakimErry PutraIdhamAida KhalidaPuan Sri Syarifah AisyahEsma DanielSyed RahimZulkifli IsmailTan Sri Syed AbasSafura YaacobPuan RamlahAiman BadrulDarwinNur Dhia IrdinaDania ArisyaRayyan MikailDanyLaila NasirSharifah RosnahKamal BakarEncik Idris\n\nJom kita lihat tayangan perdana drama di bawah. \n\n\n\nReview Drama Andai Itu Takdirnya\nDrama terbitan SR One Sdn Bhd ini mendapat pelbagai reaksi daripada penonton.\nJom kita lihat apa kata warganet mengenai drama ini.\n\nJangan lupa untuk saksikan drama bersiri Andai Itu Takdirnya melalui slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 6 Mac 2023.\nAnda juga boleh menonton drama ini secara atas talian menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial Astro Gempak di @astrogempak .\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permit-bazar-ramadhan-mbsa/", "title": "Borang Permohonan Permit Bazar Ramadhan MBSA 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Permit bazar Ramadhan MBSA 2022 telah di buka bermula 17 Januari 2022 sehingga 16 Febuari 2022. Sebanyak 33 lokasi di sediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Sha Alam pada tahun ini.\nMBSA hanya menerima permohonan bazar Ramadan secara dalam talian untuk pengeluaran permit bazar tahun ini.\nKetua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai boleh membuat permohonan mulai 17 Januari sehingga 16 Februari 2022 melalui laman sesawang eBazar MBSA\u00a0 \u201cOrang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.\nUntuk makluman seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadhan pada 3 April 2022 (ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)\nKepada usahawan dan peniaga yang berminat untuk membuka gerai jualan pada bulan Ramadhan, di pelawa untuk membuat permohonan ini.\nPermit Bazar Ramadhan MBSA 2022 \nMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan daripada peniaga setakat ini. \nTarikh permohonan\n17 Januari 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 16 Febuari 2022\nProses kelulusan\nKelulusan akan boleh di semak mulai 17 Febuari \u2013 2 Mac 2022\nPembayaran\nSemua permohonan yang mendapat permit kelulusan, perlu membuat bayaran permit pada 3 Mac \u2013 9 Mac 2022\n\n\n\n\nCara memohon\nBorang permohonan permit dboleh di isi secara atas online menerusi\npautan berikut : https://bazar.mbsa.gov.my.\nTaklimat dan penyerahan permit \nSemua peserta yang mendapat permit kelulusan, di kehendaki untuk hadir taklimat yang akan di adakan pada 21 \u2013 24 Mac 2022. Bertempat di \u00a0di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam\nBaca juga : Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN\nLokasi tapak Bazar MBSA 2022\n33 Lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak MBSA tahun ini. Antaranya di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20\nKadar bayaran permit lot bazar\nJualan makanan dan minuman dalam balang bayaran RM207.Makanan (bergoreng) RM237air kelapa / tebu rm237dan jualan berbakar RM237,Ayam golek pada kadar RM297.\nMakluman\nSemakan iSekat (tunggakan sewa, cukai,lesen dan kompaun) boleh dibuat secara atas talian sistem EPS MBSA atau melalui Kaunter Jabatan Perlesenan Tingkat G, Wisma MBSA\nMaklumat lanjut\nOrang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan Permohonan Permit Bazar Ramadan MBSA 2022, boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian ;\n03-55105133 sambungan 1700/1762/1486/1699/1317/1366,.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-ustaz-wadi-anuar/", "title": "Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal", "body": ["\n\n", "\nBiodata Ustaz Wadi Anuar\nUstaz Wadi Anuar merupakan penceramah bebas yang cukup berpengaruh di negara ini.\nCara penyampaian serta kepetahan beliau dalam menyebarkan dakwah ternyata mampu menyentuh jiwa kepada rakyat Malaysia. \nBuktinya, Ustaz Wadi Annuar berjaya mengumpul lebih 555,000 subscriber di platform Youtube rasminya dan 909,000 pengikut di laman Instagram.\nVideo ceramahnya juga sering tular di pelbagai media sosial antaranya Facebook dan TikTok.\nUstaz Wadi Anuar juga pernah menjadi buah mulut warganet apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2018 bersama rakan dakwahnya. \nDalam kemalangan tersebut, beliau berada dalam keadaan kritikal sementara rakannya, Mohd Murtadza meninggal dunia 10 hari selepas kejadian tersebut.\nDua lagi penumpang iaitu rakan serta bapa Murtadza dilaporkan mengalami kecederaan ringan.\nJom kita semak serba sedikit latarbelakang serta biodata Ustaz Wadi.\n\n\n\nBaca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof\nBiodata Ustaz Wadi Anuar\nNama Penuh : Mohammad Wadi Annuar bin Ayub\nNama popular : Ustaz Wadi Anuar (UWA)\nUmur : 40 tahun (2023)\nTarikh Lahir : 20 September 1983\nAsal : Sungai Petani, Kedah\n\n\n\n\nPendidikan : Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islamik, Damsyik, Syria\nKerjaya : Penceramah agama, pendakwah\nInstagram : @ustazwadiannuar \nYoutube : Ustaz Wadi Annuar Official \u00a0\n\nPengalaman Ustaz Wadi Anuar\nSelain berkhidmat sebagai penceramah, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan sebagai guru serta pentadbir sekolah.\n\u00a0Beliau berpengalaman sebagai guru sekolah menengah di sekolah swasta dan sekolah agama bantuan kerajaan dari tahun 2008 hingga 2015.\nPada tahun 2016 hingga 2018, beliau menyandang jawatan sebagai pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar.\nSebagai penceramah bebas, beliau bukan sahaja mendapat jemputan untuk mengisi program ilmu di pelbagai masjid-masjid besar serata negeri, malah Ustaz Wadi juga sering ditawarkan untuk menjadi penceramah jemputan di bagi program radio dan televisyen.\nUstaz Wadi pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah (TV3) dan Semusim di Barzakh (TV Al Hijrah).\n\n\n\nSelain aktif menyebarkan dakwah, beliau juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.\nTak hanya terlibat sebagai sukarelawan bagi beberapa misi kebajikan, malah Ustaz Wadi Anuar juga merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).\nDi samping itu, beliau juga memegang beberapa jawatan penting bagi beberapa badan NGO iaitu :\n\nPengerusi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (Islami)\nJawatankuasa NGO Penawar Kedah\n\nDi samping menyampaikan ilmu menerusi ceramah agama, Ustaz Wadi pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk \u2018Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al-Khattab\u2019.\nUntuk ketahui perkembangan Ustaz Wadi Anuar, sila ikuti laman Instagram dan Youtube pendakwah popular ini.\n\nFacebook : Ustaz Wadi Annuar\nInstagram : https://www.instagram.com/ustazwadiannuar/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-temuduga-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-dg41/", "title": "Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3)", "body": ["\n\n", "\nSemakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3) ~ Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuat hebahan panggilan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 (FASA 3) semalam iaitu, pada 3 November 2021.\u00a0\nUntuk pengetahuan anda, sesi temuduga telah dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat bermula 8 September 2021 yang lalu.\nUntuk semakan panggilan temuduga pula boleh dibuat mulai 3 September 2021 bagi Fasa 1, 3 Oktober bagi Fasa 2 dan terkini, 3 November bagi Fasa 3.\u00a0\nMenurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), temuduga ini melibatkan calon graduan\u00a0dan Bakal Graduan Pendudukan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan.\nSelain itu, setiap calon hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut pilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).\n\nTERKINI: Tarikh Semakan Status Panggilan Temuduga Spp Fasa 3\nAnda boleh menyemak panggilan temuduga bagi Fasa 3 di Portal SPP bermula pada 3 November 2021. Panggilan Temuduga Fasa 3 ini adalah berdasarkan pilihan-pilihan seperti berikut:\u00a0\nAgroindustri TanamanAgroindustri Ternakan PoultriAgroindustri Ternakan RuminanBakeri dan PastriBioteknologiDINIFlorikulturHortikulturKosmetologiInsuransPendidikan Awal Kanak \u2013 KanakPendidikan IslamPendidikan MoralPengurusan PeruncitanReka Bentuk dan TeknologiSeni KulinariTeknologi AutomotifTeknologi ElektrikTeknologi ElektronikTeknologi Enjin MarinTeknologi Kimpalan (Kimpalan dan Fabrikasi Logam);Teknologi Mekanisasi Agro;Teknologi Pembinaan;Teknologi Pemesinan Industri;Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara; danTeknologi Sistem Komputer dan Rangkaian.\nCara Membuat Semakan\nSekiranya anda pernah memohon dan ingin membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:\n\n\n\n\nLayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui pautan berikut:\nhttps://semakan.spp.gov.my/semakan/OneOff/fasa3/jadual_temuduga_rakaman_view.php\n2. Masukkan ID dan kata laluan anda untuk Log Masuk\n3. Ikuti arahan selanjutnya yang dipaparkan dan klik, \u201cSemak Status\u201d untuk mengetahui status panggilan temuduga anda sekiranya anda layak.\nPenting: Adalah diingatkan bahawa calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.\nUntuk menyemak keputusan temuduga pula, anda boleh semak keputusan melalui pautan berikut; https://semakan.spp.gov.my/semakan/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh layari; https://www.spp.gov.my/\nAtau, rujuk kenyataan penuh di laman web rasmi dan media sosial rasmi SPP seperti yang disenaraikan berikut:\nFacebook: https://www.facebook.com/SPPHQTwitter: https://twitter.com/sppmy\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-beras-terkini/", "title": "Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia 1kg, 5kg,10kg", "body": ["\n\n", "\nHarga beras terkini 2023 Malayisa bagi 6 Julai masi kekal pada harga RM2.60/ 1kg di peringkat pengguna walaupun permintaan beras naik mendadak ketika ini. Ini adalah harga beras terkini bagi Beras Super Spesial Tempatan (SST).\nManakala harga beras import me\u00adningkat antara RM1 dan RM2 sekampit.Pada masa ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram. \nHarga Beras Terkini 2023 Malaysia\nBerikut adalah harga beras terkini di Malaysia mengikut daerah dan juga gred beras\nRuang 1Ruang 2BAHAGIAN IRuang 3(BAHAGIAN\u00a0\u00a0\u00a0II)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ruang 3No. ButiranGred BerasPunca UtamaJualan Borong Berat Bersih 100kgJualan Runcit Berat Bersih\u00a0\u00a0\u00a01kg(i)\u00a0\u00a0\u00a0(ii)(iii)\u00a0 (iv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 (v)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(vi)(i)\u00a0 (ii)(iii)(iv)(v)(vi)1Standard85.3189.7791.8993.12\u00a0 94.74\u00a096.47\u00a0\u00a0\u00a096.470.98\u00a00.991.011.031.041.042Premium92.5196.8798.90100.22 101.95 103.57 103.571.041.061.071.091.111.113a.Super TempatanTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum1.651.701.751.751.80\u20133b.Super (import)Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimumTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum3c.Super 15Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum\u2013\u2013\u2013\u2013\u20131.804RebusTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimumTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum5PulutTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimumTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum6HancurTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimumTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum7Super Spesial Tempatan 5Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum2.60 2.602.602.602.602.608Super Spesial Tempatan 10Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum2.40 2.402.402.402.402.409Super Spesial 5Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum\u2013\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013\u2013\u2013\u20132.6010Super Spesial 10Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas\u00a0\u00a0\u00a0harga maksimum\u2013\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013\u2013\u2013\u20132.40\nHarga -harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit\n\nSubruang (i) \u2013 Negeri Kedah dan Perlis, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dalam Pulau Pinang, daerah\nKrian dalam Negeri Perak, daerah K. Selangor dan Sabak Bernam dalam Negeri Selangor dan Negeri Kelantan, dikecualikan daripada\ndaerah Gua Musang\nSubruang (ii) \u2013 Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Perak, dikecualikan daripada Negeri-negeri itu daerah yang dimasukkan dalam Wilayah yang\ndisebutkan dalam subruang (i)\nSubruang (iii) \u2013 Wilayah Persekutuan, dan Negeri Selangor, dikecualikan daripadanya daerah K. Selangor dan Sabak Bernam\nSubruang (iv) \u2013 Negeri Sembilan dan Melaka\nSubruang (v) \u2013 Negeri Johor, Negeri Pahang dan Daerah Gua Musang dalam Negeri Kelantan\nSubruang (vi) \u2013 Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kuching, Bintulu, Sibu dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nBaca juga : Harga Minyak Masak Terkini\nAkta Kawalan Harga Beras\n\nBagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5), peniaga tidak boleh menaikan harga sewang-wenangnya. Ini kerana harga kawalan maksimum beras putih tempatan termaktud di dalam peruntukan\u00a0Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).\n\n\n\n\n\nBeras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh Kerajaan. \nLapor Ketidak Patuhan Harga Beras Terkini\n\nSekiranya anda mendapati peruncit meletakkan harga yang tidak sepatutnya, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengesa orang ramai untuk melaporkan perkara tersebut.\nOrang ramai diminta menghantar sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku ke alamat emel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau melalui talian 03-88701751/1748/1183\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan harg beras terkini Malaysia, anda juga boleh melayari website Bahagian Pembangunan Industri Padi,Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di pautan \n\nWebsite : https://portalelesen.kpkm.gov.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/kpbkpkm\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/didi-and-friends/", "title": "Didi and Friends The Movie 2023 \u2013 Pelakon, Trailer", "body": ["\n\n", "\nDidi And Friends The Movie telah ditayangkan di pawagam pada 23 Februari. Dalam masa dua hari tayangan, Didi & Friends The Movie kini mencapai jualan kutipan tiket sebanyak RM1.1 Juta. Tahniah\n\nSelepas 12 tahun, salah satu media pendidikan-hiburan terkemuka di Malaysia, Didi And Friends mengorak langkah pertama dengan filem pertama \nFilem animasi komedi terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah unik dan menjanjikan animasi yang menarik bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada penonton. Didi & Friends Filem ini turut mencipta sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam mencipta muzik dan muzik latar untuk acara tersebut\nMelalui filem ini, 6 lagu telah dirakamkan di MPO/DFP bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan memenuhi telinga pendengar kelak.\nMengenai Didi And Friends The Movie\n\nTajuk: Didi & Friends The Movie\nGenre : Musical Flem 3D Travel Animation\nBahasa: Melayu\nMasa Tayangan : 104 minit\nDihasilkan oleh: Warnakala Studios |\u00a0Astro Shaw |\u00a0Durian Digital |\nSyarikat Pengeluaran\u00a0MDeC : Warnakala Studios |\u00a0Astro Shaw |\u00a0Durian Digital |\u00a0MDeC\nTarikh di pawagam : 23 Febuari 2023\n\nPelakon suara Didi And Friends The Movie\nLebih menarik, beberapa watak baharu telah diperkenalkan menampilkan pelakon suara daripada selebriti tanah air seperti Dato\u2019 Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura selain pelakon asal. watak Didi, Nana, Jojo, En. Atan, En. Beruang dan lain-lain. Didi & Enyi turut mengacarakan filem Saiful Ridzuan atau Duan selaku pengarah muzik, bekas pengarah muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal membuat rakaman termasuk lagu Kapten Zee & Crew.beserta Irama & Lagu \n\nBaca juga Sinopsis dan Review Imaginur\n\nWatak -Watak Dalam Didi And Friends The Movie\nApa yang menarik, watak-watak yang digunakan dalam aminasi filem ini direka berkonsepkan haiwan yang sedang terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\nNur Insyeerah sebagai Didi\nAdilia Myra sebagai Nana\nAdam Muqri sebagai Jojo\nDato\u2019 Awie sebagai Tok Chip\nW.A.R.I.S sebagai Torra\nAmelia Henderson sebagai Kapten Zee\nRuminah Sidek sebagai Nenek Kura\nKhairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan\nAkmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang\n\n\nLagu Tema & Sound Track\nSebanyak 11 buah lagu dimuatkan dalam filem itu, termasuk lagu tema Didi And Friends The Movie berjudul Luar Biasa Didendangkan oleh penyanyi Hael Husaini. Disertakan Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan ditulis oleh ahli kumpulan Shah.\u201d\nTrailer Didi And Friends The Movie\n\n\nDidi And Friends Official Trailer\nDidi and Friends The Movie ini bermula apabila kebahagiaan Didi bertukar menjadi putus asa apabila Pak Atan menghalangnya daripada pergi melancong dan tinggal bersama Pekan Horey dan rakan-rakannya yang lain. Pak Atan dan Pak Beruang akan ke Dunia Muzika untuk mencari ubat ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba jatuh sakit. \nDidi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke Dunia Muzika seorang diri. Kedua-dua Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi bersendirian dan menyertainya. Pelbagai cabaran menanti mereka di Dunia Muzika, termasuk ancaman besar daripada lanun di langit yang menakutkan bernama Torra. Siapa Tora? Apakah penyakit yang sedang dihadapi oleh Encik Beruang? Adakah Didi, Nana dan Jojo dapat mencari penawarnya? Jawapannya ada dalam filem 23 Februari 2023.\nSemak waktu tayangan di pawagam berhampiran anda ;\n\nMBOCinema\nCinema\nGSC\n\nMaklumat Lanjut\nAnda juga boleh dapatkan update program terkini seperti aktiviti bergambar dan bertemu dengan maskot \u2018Didi & Friends\u2019 menerusi siri jelajah\u00a0Didi & Friends The Movie dan pelbagai lagi program menarik layari website : https://didiandfriends.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-fitri-2023/", "title": "Bantuan i-Fitri 2023 : Semakan Permohonan & Status Bayaran", "body": ["\n\n", "\nBelanjawan Terengganu 2023: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Rakyat Terengganu ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan Dana i-Fitri kini dibuka. \nBantuan ini akan memanfaatkan seramai 115,000 penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah yang terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.\u00a0\n\nBantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40\ni-Fitri adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada keluarga miskin dan isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan. \nMenteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan bantuan ini ketika persidangan Belanjawan Terengganu 2022. Persidangan ini bertemakan \u2018Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua\u2019 dan telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.\nObjektif utama pakej bantuan i-Fitri ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas dari segi kewangan supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan kelengkapan yang cukup dan lebih meriah.\u00a0\nIkuti perkongsian kami dengan lebih lanjut untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan serta kaedah untuk kemaskini permohonan. \nBaca Juga : Belanjawan Terengganu 2022: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40\nTarikh Permohonan \nBantuan i-Fitri\n\nTarikh permohonan dibuka :\u00a019 Mac 2023\nTarikh akhir permohonan:\u00a031 Mac 2023\n\nKadar Bantuan Dana i-Fitri 2023\nBerikut ialah kadar bantuan yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan : \n\n\n\n\n\nRM 300 one-off\n\nSyarat Utama Permohonan \n\nRakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu. \nMaklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.\nPemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM 2,500. \n\nSyarat Bagi Permohonan Baru \nPermohonan BARU hendaklah muatnaik dokumen berikut ke sistem : \n\nSalinan Kad Pengenalan / sijil kelahiran pemohon dan tanggungan. \nSalinan Slip Gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan \nPemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK). \nPemohon boleh cetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.\nPermohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap. \n\nPemohon Tidak Layak\n\nPeniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,5000 sebulan (disahkan oleh JPKK).\nSemua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon. \n\nKaedah Permohonan \nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian mulai 19 Mac 2023 menerusi pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan i-Fitri 2023, anda boleh rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu seperti di bawah : \nTeks-Belanjawan-Terengganu-2022Download\nTeks-Belanjawan-Terengganu-2023Download\nAnda juga boleh hubungi Hotline Negeri di talian berikut : \n\n011- 5368 1120\n011- 1526 5561\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-ceria-kwsp/", "title": "Pengeluaran i-CERIA KWSP RM10K", "body": ["\n\n", "\nPengeluaran i-CERIA KWSP RM10K, \u00a0kerajaan diminta membenarkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-Ceria.\nDatuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan, bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca COVID-19.\nIni kerana, katanya, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.\nBeliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan \u2018Keluarga Malaysia\u2019 dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.\n\u201cDitambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan \u2018sudah jatuh ditimpa tangga\u2019.\n\u201cSebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah \u2018Keluarga Malaysia\u2019\n\u201cMemandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat \u2018Keluarga Malaysia\u2019,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.\nApa Itu i-Ceria KWSP\nIanya adalahh tuntutan pengeluaran KWSP daripada rakyat Malaysia yang terjejas. Sebelum ini pihak kerajaan pernah menawarkan dan melaksanakan bantuan i-Citra RM10K untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemic Covid-19\nTuntutan pengeluaran i-Ceria itu menerima sokongan wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).\nDalam pada itu, Salim mencadangkan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, selari titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencapai matlamat pemulihan industri pelancongan dan bidang berkaitan secara holistik.\n\n\n\n\n\u201cMeskipun ketika ini pelancongan domestik dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun ia masih belum memadai untuk membantu sektor lain berkait rapat dengan bidang pelancongan.\nBaca juga : i-Saraan KWSP Untuk Individu Bekerja Sendiri\n\u201cTumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada pelancongan domestik sahaja. Sudah tiba masanya, negara mengorak langkah dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan pelancong asing,\u201d katanya.\nSementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.\nIni kerana, katanya, beliau difahamkan tuntutan berkenaan dibantah segelintir menteri selepas cadangan itu dikemukakan Ismail Sabri pada mesyuarat Kabinet.\n\u201cSaya menyokong apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.\n\u201cIni terutamanya selepas kejadian banjir, COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka\u2026 yang tak berniaga selama dua tahun, mereka sudah pun hilang modal untuk bermula semula.\n\u201cKita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini\u2026 apa yang mereka hendak makan,\u201d katanya.\nSetakat ini belum ada maklumat terkini tentang permohonan ini. Pihak kami akan kemas kini untuk update terkini mengenai pengeluaran i-CERIA KWSP dari masa ke semasa\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ikafalah/", "title": "iKAFALAH : Bantuan Khairat Kematian Untuk Warga Kedah", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kedah telah memperkenalkan bantuan khairat kemaitan bagi rakyat di negeri tersebut iaitu iKAFALAH.\nBantuan ini bertujuan bagi meringankan bebas ahli keluarga atau waris bagi melaksanakan atau menyempurnakan pengurusan jenazah setelah berlakunya kematian ahli keluarga.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini secara lebih lanjut. \nBaca Juga : mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40\nKadar Bantuan iKAFALAH\nKadar bantuan iKAFALAH yang bakal diperoleh oleh waris atau ahli keluarga adalah sebanyak RM 500.\n\nCara Memohon\nWaris atau ahli keluarga yang ingin memohon bantuan iKAFALAH ini boleh hadirkan diri ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Pejabat Penyelaras DUN masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.\nPemohon diminta bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan iKAFALAH iaitu : \n\nSalinan Kad Pengenalan waris yang memohon\nSalinan sijil kematian / permit mengubur\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan iKAFALAHi, sila layari laman web https://www.kedah.gov.my/.\nAnda juga boleh berhubung dengan pejabat ADUN atau penyelaras DUN di alamat berikut :\n1- Yang Berhormat Encik Juhari bin BulatADUN Ayer HangatPusat Khidmat DUN Ayer HangatNo. 51, Lot 2073, Padang GaongUlu Melaka07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN\n2- Yang Berhormat Encik Azhar bin IbrahimADUN Ayer HitamPusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer HitamPida 5 Jerlun06150 AYER HITAMKEDAH DARUL AMAN\n3- Yang Berhormat Encik Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji ZakariaADUN Kuala NerangPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang38, Jalan SemeliangPekan Baru06300 KUALA NERANGKEDAH DARUL AMAN\n4- Yang Berhormat Haji Mohd Radzi bin Md AminADUN PeduPusat Khidmat Wakil Rakyat PeduHadapan Sek Men Keb Naka06350 NAKAKEDAH DARUL AMAN\n5- Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood Al HafizADUN Bukit LadaPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN LadaBangunan MPD Bukit Lada06400 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN\n6- Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatADUN Sungai LimauPusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai LimauNo.18 Batu 15, Padang Lumat08800 GUAR CHEMPEDAKKEDAH DARUL AMAN\n7- Yang Berhormat Ustaz Mohd Isa bin ShafieADUN BelantekPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BelantekBangunan MTD Pekan Sik08200 SIKKEDAH DARUL AMAN\n8- Yang Berhormat Ustaz Hanif bin GhazaliADUN Tanjung DawaiPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung DawaiPusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM)08400 MERBOKKEDAH DARUL AMAN\n9- Yang Berhormat Ustaz Fadzli bin HashimADUN Pantai MerdekaPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka111, Jalan Butterworth08600 Tikam BatuSUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n\n\n\n\n10- Yang Berhormat Encik Abd Nasir bin IdrisADUN BayuPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BayuV4, Lorong Syed Sheh 4Pekan Baru Baling09100 BALINGKEDAH DARUL AMAN\n11- Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin ZakariaDUN Kuala KetilPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala KetilPusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil)Kg Bukit Pak Kuning09300 KUALA KETILKEDAH DARUL AMAN\n12- Yang Berhormat Dato\u2019 Norsabrina binti Mohd NoorADUN Bandar BaharuPusat Khidmat ADUN Bandar BaharuNo. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya09800 SERDANGKEDAH DARUL AMAN\n13- Encik Hayazi bin AzizanPenyelaras DUN Kota SiputehPusat Khidmat Penyelaras DUN Kota SiputehNo. 7, Tingkat 1, Taman BerjayaJalan Sanglang,06100 KODIANGKEDAH DARUL AMAN\n14- Encik Syafirol bin AhmadPenyelaras DUN DergaPusat Khidmat Penyelaras DUN DergaNo. 2, Taman AmiraJalan Langgar06500 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n15- Yang Berbahagia Dato\u2019 Hashim bin JahayaPenyelaras DUN Kubang RotanPusat Khidmat Penyelaras DUN Kubang RotanTingkat 3, Bangunan UMNOJalan Tunku Ibrahim05100 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n16- Encik Yu Kuan KhaiPenyelaras DUN Kota Darul AmanPusat Khidmat MCA Bahagian Alor SetarNo. 15-16, Tingkat 1, Kompleks Sultan Abdul HamidPersiaran Sultan Abdul Hamid05050 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n17- Encik Rahmat bin MohamedPenyelaras DUN Bukit SelambauPusat Khidmat Penyelaras DUN Bukit SelambauNo. 56, Tingkat Atas, Jalan Teratai 1, Aman Jaya08000 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n18- Encik Mohd Faisol @ Mohd Tahuddin bin MansorPenyelaras DUN Bakar ArangPusat Khidmat Penyelaras DUN Bakar ArangNo. 679, Lorong 3/9, Seksyen 3Bandar Puteri Jaya08000 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n19- Yang Berbahagia Dato\u2019 Aminuddin bin OmarPenyelaras DUN JitraPusat Khidmat Penyelaras DUN JitraNo 17 Arked MDKPTanah Merah06000 JITRAKEDAH DARUL AMAN\n20- Tuan Dr Ahmad Fakhruddin bin FakhruraziPenyelaras DUN Pengkalan KundurPusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan KundurDewan Al-Amin, Kampung TengahTelok Bagan, Tandop05400 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n21- Encik Rashidi bin RazakPenyelaras Dun Anak BukitPusat Khidmat Penyelaras DUN Anak BukitPejabat MTD Anak BukitKM 8 Kampung Alor PialMukim Gunong05150 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n22- Encik Zakaria bin SulaimanPenyelaras DUN Alor MengkuduPejabat Pas Kawasan Alor SetarKM 12-5, Jalan Dato\u2019 Kumbar05300 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n23- Encik Mohamad Zaidi Bin MahamudPenyelaras DUN Suka MenantiPusat Khidmat Penyelaras DUN Suka MenantiNo. K-145, Tingkat BawahPerumahan Awam MergongJalan Sultanah Sambungan05350 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n24- Encik Abd Rani bin SaadPenyelaras DUN GurunPusat Khidmat Penyelaras DUN GurunNo. 4-A, Tingkat 1Arked MPSP, Pekan Gurun08300 GURUNKEDAH DARUL AMAN\n25- Encik Foo Kim HingPenyelaras DUN KulimPusat Khidmat Penyelaras DUN KulimNo. 704, Tingkat 1, Lorong Kemuning 15,Taman Kemuning Bukit Kulim,09000 KULIMKEDAH DARUL AMAN\n26- Haji Badrul Hisham Bin AbdulPenyelaras DUN JeneriPusat Khidmat ADUN JeneriLot 3706 Kompleks PAS Kawasan Sik,Kampung Sungai Pau,08700 SIK,KEDAH DARUL AMAN\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-geran-kewangan-mitra-2022-untuk-masyarakat-india/", "title": "Tawaran Geran Kewangan MITRA 2022 Untuk Masyarakat India", "body": ["\n\n", "\nTawaran Geran Kewangan MITRA 2022 Untuk Masyarakat India ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Geran Kewangan MITRA kini dibuka.\nMasyarakat India dialu-alukan untuk memohon. Geran Kewangan MITRA diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara iaitu mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.\nMenerusi geran ini, Badan Bukan Kerajaan (NGO), yayasan, dan syarikat berdaftar akan diberikan bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India di dalam negara.\nBaca Juga : BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan adalah daripada 14 Mac 2022 hingga 13 Julai 2022.\n\nJumlah Bantuan Geran Kewangan MITRA\nJumlah bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh pemohon adalah tidak melebihi RM300,000.00.\n\n\n\n\nPihak Yang Layak Membuat Permohonan\nTerdapat 3 pihak yang layak membuat permohonan geran ini iaitu:\nBadan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftarSyarikat/Peniagaan BerdaftarYayasan Berdaftar\nKategori Permohonan\nTerdapat dua kategori permohonan yang boleh dipohon menerusi geran ini iaitu:\nKategori 1: Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.Kategori 2: Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iaitu\u00a0https://aplikasi.perpaduan.gov.my/spgkm/.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Akaun.\u2019Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.Setelah login, klik butang \u2018Tambah +\u2019 dan klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Isi semua maklumat yang diperlukan di setiap bahagian.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2022, sila hubungi 03-8091 8198 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dermasiswa-utm-holdings/", "title": "Bantuan Dermasiswa UTM Holdings Untuk Pelajar Tahun Akhir", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, permohonan Dermasiswa UTM Holdings dibuka untuk permohonan oleh pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa Universiti Teknologi Malaysia\nProgram ini adalah sumbangan dana yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd (UTMH) untuk diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang UTM yang memerlukan.\nPelajar tahun akhir UTM golongan B40 yang memerluan bantuan kewangan untuk mengurangkan beban pengajian, boleh memohon bantuan dermasiswa UTM Holding sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 September 2022 (Selasa) jam 5.00 petang\nUTM Holding\nUTM Holdings Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia dan memainkan peranan sokongan utama dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan Universiti yang berkaitan.\u00a0Ditubuhkan pada 13 Julai 2010, UTM Holdings menyediakan jambatan antara akademik dan industri dan menyokong pengkomersilan inovasi yang dihasilkan daripada penyelidikan terkemuka dunia di Universiti \ndengan:\nMenawarkan nasihat dan sokongan kepada penyelidik;Menyediakan perniagaan dan pelabur akses kepada harta intelek Universiti;Menyokong pembangunan teknologi;Pelesenan IP;dan mewujudkan syarikat spin-out yang mengekalkan hubungan rapat dengan kepakaran Universiti.\nUTMH juga berusaha untuk menambah nilai kepada aset pelanggan kami melalui pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan hartanah bertajuk strata, pengurusan pajakan dan perakaunan, pengurusan penyewaan dan perundingan pengurusan hartanah.\u00a0UTMH menyediakan penyelesaian pengurusan hartanah yang komprehensif dan bersepadu pada pelbagai jenis hartanah termasuk: Pusat beli-belah, bangunan pejabat, bangunan perindustrian dan pembangunan bercampur guna\n\n\n\n\nFaedah Dermasiswa UTM Holdings Kepada Penerima\n\nPenerima yang bakal menerima dermasiswa ini akan menerima faedah-faedah seperti berikut:\nDianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.Peluang kerja amali \u201cinternship\u201d dengan UTM Holdings (jika diperlukan).\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nBerada di Tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2022/2023.Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.Warganegara Malaysia.Kategori B40.Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.\nCara Permohonan\nPelajar yang berminat untuk memohon dermasiswa ini, boleh mengikuti cara permohonan seperti berikut:\nLayari pautan permohonan berikut\u00a0https://forms.gle/C3QpJ6gbntJpcyCM6.Isi maklumat permohonan tersebut.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi Hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di talian 011-55599651 atau 07-5530680 atau emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-pendidikan-sppnk-tahun-2022/", "title": "iPINJAM :Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 Online", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bagi anak kelahiran Kedah yang memerlukan Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022. Permohonan online melalui portal sistem iPINJAM boleh dibuat mulai 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 2 Oktober 2022 (Ahad). Untuk makluman, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah menawarkan pinjaman pendidikan ini khas untuk anak Kedah yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 2 Oktober 2022 (Ahad)\nKadar Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022\nKadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 setahun (RM7,500.00 setahun bagi pengajian di UniSHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.\nTawaran Pinjaman Pendidikan SPPNK\n\nPinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.\u00a0Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)\u00a0Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.\u00a0\n\nSyarat Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK\nPemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin dan menetap di Kedah.Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta telah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.Terbuka untuk pelajar Semester Pertama Kemasukan Baharu ke IPT Tahun 2022 sahaja.Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam/dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.\n\nSenarai IPT Yang Ditawarkan Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022\nBerikut disertakan senarai IPT tempat pengajian yang layak untuk dipertimbangkan;\nIjazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam TempatanIjazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS)Asian Institute of MedicineScience and Technology (AIMST)Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)TATI University College and Terengganu Advanced Technical InstituteUniversiti Selangor (UNISEL) danInstitut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diperlukan semasa mengisi permohonan dan PERLU DIMUATNAIK ke dalam\u00a0Sistem iPINJAM SPPNK\u00a0adalah seperti berikut: \na) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;b) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;c) Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);d) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;e) Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;f) Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;(Slip Gaji/ Penyata Pesara/ Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07)g) Salinan Sijil SPM/ SPMV;h) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);i) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;j) Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);k) Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);l) Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT;m) Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);n) Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;o) Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK\nSecara dalam talian melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam\nPinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 Semakan\nSemakan keputusan boleh dibuat bermula\u00a0 Oktober 2022 melalui Sistem iPINJAM (tarikh akan dimaklumkan kelak)Log masuk Sistem iPINJAMKlik Semakan Permohonan PinjamanStatus Permohonan\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan juga pertanyaan , anda boleh hubungi;\nTelefon: 04 702 7272 | 04 702 7286 atau E-mel: [email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nSaya ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil/Matrikulasi/Asasi/Diploma, adakah saya layak memohon?\nTidak.\n\nSaya sedang mengikuti pengajian secara separuh masa/jarak jauh, adakah saya layak memohon?\nTidak.\n\nSaya merupakan peminjam PTPTN untuk pengajian sekarang. Bolehkah saya memohon pinjaman SPPNK?\nPemohon perlu menamatkan perjanjian dengan PTPTN terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman SPPNK.\nSPPNK akan membuat semakan dengan pihak PTPTN serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pinjaman pendidikan pelajar baharu.\n\nBilakah keputusan permohonan pinjaman akan dikeluarkan?\nKeputusan permohonan boleh disemak dari masa ke semasa di portal. Pemohon yang LULUS\u00a0 perlu memuat turun dokumen dan hantar semula ke SPPNK pada tarikh yang akan diumumkan.\n\nSekiranya saya berjaya dalam permohonan pinjaman SPPNK, bilakah bayaran akan dikreditkan?\nPemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pelajar.\nBayaran akan dikreditkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semua dokumen perjanjian dan dokumen sokongan lengkap diterima.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eperolehan/", "title": "ePerolehan MOF \u2013 Cara Daftar & Login Masuk Pembekal", "body": ["\n\n", "\nKontraktor pembekal tender kerajaan login masuk ePerolehan MOF. Cara daftar dan login adalah seperti berikut.\nePerolehan MOF ialah sistem perolehan dalam talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses perolehan kerajaan. Sistem ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2000, dan sejak itu telah melalui beberapa peningkatan untuk meningkatkan ciri dan fungsinya. \nSalah satu objektif utama ePerolehan MOF adalah untuk menyelaraskan proses perolehan dan mengurangkan masa dan kos yang terlibat dalam kaedah perolehan tradisional. \nSistem ini membolehkan pembekal mendaftar dalam talian dan mengambil bahagian dalam tender dan lelongan kerajaan, dan membenarkan agensi kerajaan menguruskan aktiviti perolehan seperti menerbitkan notis tender, menilai bida, dan memberikan kontrak.\nApa Itu ePerolehan\nePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).\nAplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep \u201cpaperless\u201d atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.\nPerkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:\n\nMenghantar cadangan Tender / Sebut Harga\nMenghantar permohonan\nMenerima Permohonan\nMenyemak status permohonan\nMenyerahkan tawaran tender\nMembuat / menerima pembayaran secara atas talian\nKatalog Elektronik (eCat)\n\nBaca juga : Cara Daftar e-Filing 2023 \u2013Borang Nyata Cukai LHDN\nFaedah Kepada Kerajaan & Pembekal\nPelaksanaan ePerolehan MOF telah menghasilkan manfaat yang besar untuk kedua-dua agensi kerajaan dan pembekal. \nFaedah Kepada Agensi Kerajaan\nBagi agensi kerajaan, sistem ini telah membolehkan mereka menjimatkan masa dan kos yang berkaitan dengan kaedah perolehan tradisional. Ia juga telah meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko penipuan dan rasuah, kerana semua aktiviti perolehan dijalankan dalam talian dan tertakluk kepada pemantauan dan pengauditan yang ketat. \nFaedah Bagi Pembekal\nBagi pembekal, ePerolehan MOF telah menyediakan lebih banyak peluang untuk menyertai tender kerajaan, tanpa mengira lokasi atau saiz geografi mereka. Ia juga membolehkan mereka menyerahkan tawaran dengan cepat dan cekap, mengurangkan beban pentadbiran dan kos yang berkaitan dengan kaedah perolehan tradisional\nCara Daftar ePerolehan Pembekal\nLangkah 1: Lawati laman web ePerolehan MOF\nPergi ke laman web ePerolehan MOF di https://www.eperolehan.gov.my/online-registration / dan klik pada butang \u201cPendaftaran Pembekal Baru\u201d\nLangkah 2: Isi Borang Pendaftaran\nIsikan borang pendaftaran dengan maklumat peribadi anda, maklumat perniagaan dan butiran akaun bank. Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat kerana ini akan digunakan untuk tujuan pengesahan.\nTerdapat 3 jenis akaun untuk pendaftaran iaitu ;\nAkaun asas\n\n\nBagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding)\u00a0tidak melebihi RM20,000.00.\nTiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.\nHanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas\n\nAkaun MOF\n\n\nBagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:\n\na) Kontraktor:\n\nbertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau\nbertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)\n\n\nb) Perunding \u2013 bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.\n\n\n\nAkaun G2G\n\nBagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan\u00a0kaedah pembelian terus tanpa had nilai\u00a0di sistem ePerolehan.\n\nAgensi Kerajaan bermaksud\u00a0Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan\nLangkah 3: Muat Naik Dokumen Sokongan\nMuat naik dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk sijil pendaftaran perniagaan, penyata bank dan dokumen pengenalan anda. Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis perniagaan anda.\nLangkah 4: Sahkan Pendaftaran Anda\nSelepas menyerahkan pendaftaran anda, anda akan menerima pemberitahuan e-mel daripada ePerolehan MOF untuk mengesahkan pendaftaran anda. Ikut arahan yang diberikan dalam e-mel untuk mengesahkan pendaftaran anda.\nLangkah 5: Tunggu Kelulusan\nSetelah anda menyelesaikan proses pendaftaran dan mengesahkan pendaftaran anda, anda perlu menunggu kelulusan daripada ePerolehan MOF. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.\nLangkah 6: Aktifkan Akaun Anda\nSelepas pendaftaran anda diluluskan, anda akan menerima pemberitahuan e-mel untuk mengaktifkan akaun anda. Ikut arahan yang diberikan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.\nLangkah 7: Log masuk ke ePerolehan MOF\nSebaik sahaja anda telah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk ke ePerolehan MOF menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. Anda kemudian boleh mula mencari tender dan lelongan kerajaan dan menyerahkan bida anda dalam talian.\nePerolehan Login Masuk Kali Pertama\n\n1.Klik pada Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu (Pembekal)\n\n2.Masukkan \u2018captcha\u2019 dan tanda pada Terma & Syarat dan klik Seterusnya\n\n\n\n\n\n3.Masukkan No.PendaHaran Kem Kewangan (MOF) dan tanda pada Terma & Syarat dan klik Seterusnya\n\n4.Pilih nama Pentadbir Pembekal dan masukkan No Kad Pengenalan dan klik Teruskan.\n\n5.Isi maklumat yang diperlukan dan klik Serah.\n\n6.Skrin pengesahan akan dipaparkan.Emel akan dihantar bagi katalaluan dan ID pengguna.\n\n7.Log masuk emel.Salin Kod PengakQfan dan klik pautan Klik untuk mengaaktifkan\n\n8.Masukkan Kod PengakQfan dan cipta ID Log Masuk.Seterusnya klik Serah\n\n9. Skrin pengesahan akan dipaparkan.Log masuk emel untuk dapatkan katalaluan log masuk kali pertama.\n\n10.Log masuk emel untuk dapatkan katalaluan sementara.\n\n11.Log masuk ePerolehan menggunakan ID Log Masuk dan katalaluan sementara.\n\n12.Tukar katalaluan sementara dan klik Submit.\n\n13.Paparan utama akan dipaparkan.Klik pada Aplikasi Saya\u00e0 Pengurusan Pembekal\n\n14.Seterusnya klik pada Permohonan Kemaskini MOF\n\n15.Klik pada Terma dan Syarat dan klik pada Seterusnya\n\n16. Pada skrin Maklumat Asas Syarikat,isikan maklumat dan tanda pada Kerajaan Persekutuan\n\n17. Isi maklumat pada setiap seksyen.\n\n18. Selepas semua maklumat diisi,pada seksyen PengisyQharan,klik butang Isytihar.\n\n19. Skrin Pengesahan akan dipaparkan setelah selesai.Klik Cetak BuQran Permohonan untuk mencetak maklumat\nSekiranaya anda menghadapi masalah, anda boleh hubungi khidmat pelanggan melalui email ;\n\n[email\u00a0protected] \n[email\u00a0protected] \n\nManual-Permohonan-ID-Log-Masuk-dan-Kata-Laluan-Baharu-Bagi-Pembekal-Sedia-AdaDownload\nLatihan eP\u00a0online\u00a0untuk Pembekal\nBagi anda yang masih belum faham dan perlukan kursus bagaimana, anda juga boleh semak jadual sesi latihan pengguna Pembekal sama ada secara online atau dalam kelas di ePOL https://epol.eperolehan.gov.my/ep/login.do\nSijil Digital ePerolehan\nTransaksi perolehan kerajaan melalui sistem eperolehan memerlukan penggunaan Sijil Digital. Fungsi Sijil Digital adalah untuk membuat pengesahan Pesanan Tempatan (LO), Pesanan Penghantaran (DO),invois serta penyerahan dokumen tender (jika berkenaan)\nPermohonan Sijil Digital hanya boleh dibuat oleh pentadbir pembekal melalui atas talian\nCara Mohon Sijil Digital\n\nlog masuk sistem\nklik pada pengurusan pembekal\nklik pada pengurusan sijil digital\ntanda pada nama pentadbir pembekal yang aktif di senarai personel klik pada permohonan sijil digital\n\nDokumen sokongan yang diperlukan ialah salinan Mykad pemohon dan surat permohonan rasmi\nKatalog\nUntuk pengiklanan produk atau perkhidmatan,pembekal perlu mengiklankan sekurang-kurangnya satu (1) katalog\nTerdapat tiga peranan yang boleh mencipta katalog iaiatu pentadbir untuk pembekal, pengguna untuk pembekal dan pengguna katalog\nKatalog boleh dicipta melalui dua cara iaitu;\n\ncipta tanpa kelulusan atau\ncipta dengan kelulusan pentadbir katalog\n\nCara Cipta Katalog\n\n\nlog masuk ke sistem\nklik aplikasi saya klik butang katalog\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem ePerolehan MOF, anda juga boleh layari website https://www.eperolehan.gov.my/\nWaktu Operasi Bantuan Pelanggan: 7.00 pagi \u2013 11.00 malam (Setiap hari)\n\nPembekal : +603 7985 7777:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKerajaan :+603 7985 7888\n\nUnit Bantuan Pendaftaran Syarikat\nPembekal / Kerajaan\n\nTelefon\u00a0 :\u00a0+603 8882 3166, +603 8882 4341\nTelefon :\u00a0+603 8882 4337\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu ePerolehan? ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bagaimana untuk login eperolehan? Anda boleh layari www.eperolehan.gov.my login \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-lindung-kwsp-coverage-dan-cara-permohonan/", "title": "I-lindung KWSP : Coverage Dan Cara Permohonan", "body": ["\n\n", "\nTerkini, permohonan i-lindung KWSP kini boleh dibuat secara online. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk membolehkan ahli membeli produk insurans dan takaful menggunakan Akaun 2. \nPengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, penawaran perlindungan yang disediakan adalah daripada harga serendah RM30 setahun, bagi perlindungan berjumlah RM10,000\n\u201cIni bersamaan dengan bayaran kurang RM3 sebulan.\u201d Katanya dalam siding akhbar selepas majlis pelancaran yang disempurnakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini.\nPembelian perlindungan menerusi platform i-Lindung tidak memerlukan pemeriksaan perubatan selain menyediakan sebut harga serta-merta\nUntuk cara permohonan dan apakah \u00a0pelan perlindungan yang terdapat pada pelan terbaru KWSP ini boleh boleh lihat seperti maklumat dibawah\nApa Itu I-lindung KWSP\ni-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara malaysiaPengguna i-akaun (ahli)Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP\nJenis Perlindungan yang ditawarkan\nBuat masa ini, terdapat dua pelan yang ditaswarkan oleh KWSP kepada ahli-ahlinya iaitu ;\nPerlindungan HayatPerlindungan Penyakit Kritikal\nCiri-Ciri Utama i-lindung\n\nProses yang lancer -cara yang mudah untuk mendapatkan perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatanSebut harga serta-merta -dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talianPaparan keseluruhan -memaparkan maklumat berkaitan polisi/sijil yang dibeli secara keseluruhanBila-bila masa dan di mana sahaja -kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua\nCara Permohonan\nLog masuk ke i-Akaun (Ahli) >klik pada tab i-Lindung >pilih produk yang ditawarkan oleh SIT >Lengkapkan maklumat di portal SIT >\u00a0Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP >\u00a0Penerimaan penyata maklumat dari SIT.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai I lindung KWSP layari website https://www.kwsp.gov.my/\n\nSoalan Lazim (F.A.Q)\nApakah itu i-Lindung?\ni-Lindung adalah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.\nApakah kelayakan untuk membeli produk di bawah i-Lindung?\nMempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun 2;Warganegara Malaysia; danPengguna i-Akaun (Ahli).\nJika saya berumur 55 tahun dan ke atas, adakah saya layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung?\nYa, anda layak membeli produk di bawah i-Lindung selagi anda mempunyai minima RM100 di dalam Akaun 55 dan/atau Akaun Emas, berdasarkan syarat lingkungan had umur penyertaan bagi produk yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (\u201cSIT\u201d).\nBolehkah saya membeli produk di bawah i-Lindung dengan ejen insurans/takaful?\nTidak, pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).\nBolehkah saya membeli produk insurans jika saya pemegang akaun Simpanan Shariah?\nTiada halangan untuk membeli jika anda adalah pemegang akaun Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, ahli beragama islam amat disarankan untuk menyertai produk takaful kerana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah (haram).\nApakah jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung?\nPerlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung terdiri daripada perlindungan hayat dan penyakit kritikal.\nApakah tempoh perlindungan bagi produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung?\nBuat masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun\nAdakah terdapat nilai tunai/elemen simpanan untuk produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung?\nTidak, produk yang ditawarkan hanya terhad kepada perlindungan asas.\nBagaimanakah jumlah premium/sumbangan ditentukan untuk produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung?\nPremium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.\n\n\n\n\nBolehkah saya membeli produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung untuk pasangan dan anak-anak saya?\nBuat masa ini, ahli hanya boleh membeli untuk diri sendiri sahaja.\nAdakah saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan untuk membeli produk di bawah i-Lindung?\nTidak, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan. Namun, anda perlu menjawab beberapa soalan kesihatan (pengunderaitan) yang disediakan oleh SIT, jika perlu.\nAdakah produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung layak menikmati pelepasan cukai?\nYa, premium/sumbangan yang ditolak daripada Akaun KWSP anda layak mendapat pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.\nBolehkah produk yang bukan dibawah i-Lindung digunakan untuk menyambung bayaran premium/sumbangan bagi polisi/sijil yang sedia ada?\nTidak, pengeluaran melalui Akaun KWSP hanya boleh digunakan untuk membeli produk di bawah i-Lindung.\nApakah langkah untuk menyempurnakan transaksi melalui i-Lindung?\nLog masuk ke i-Akaun (Ahli) > klik pada tab i-Lindung > pilih produk yang ditawarkan oleh SIT > lengkapkan maklumat di portal SIT > kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP > penerimaan penyata maklumat dari SIT.\nBilakah perlindungan bagi polisi/sijil saya bermula?\nPerlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.\nBilakah pembayaran akan dibuat kepada SIT?\nSetelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.\nAnda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.\nBolehkah saya membatalkan polisi/sijil setelah melakukan pembelian?\nAnda boleh membatalkan polisi/sijil anda pada bila-bila masa melalui SIT berkenaan. Sekiranya anda membatalkan polisi/sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas perlindungan bermula, SIT akan memulangkan premium/sumbangan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan polisi/sijil anda selepas 15 hari, SIT akan mengembalikan bahagian yang belum digunakan, tertakluk kepada pengiraan yang ditentukan oleh SIT.\nSila ambil perhatian bahawa anda tidak lagi mendapat perlindungan setelah pembatalan dilakukan. Anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.\nUntuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi/sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian\u00a0Pelan Perlindungan Saya\u00a0di bawah i-Lindung.\nBerapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan didalam Akaun 2 KWSP saya?\nIa akan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja setelah SIT meluluskan proses pembatalan polisi/sijil anda dan memaklumkan ke KWSP. Tempoh kelulusan proses pembatalan polisi/sijil adalah berbeza diantara SIT. Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT berkenaan.\nMengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?\nPenamaan adalah penting untuk melindung orang yang tersayang dan memastikan mereka menerima manfaat seperti yang anda inginkan tanpa sebarang kelewatan. Tanpa penamaan, manfaat di bawah polisi/sijil akan dibayar oleh SIT kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.\nAdalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.\nBolehkah saya melakukan Hibah untuk polisi/sijil yang telah dibeli?\nHibah, yang bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela tanpa balasan, hanya terpakai bagi penamaan di bawah produk takaful. Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.\nBagaimanakah cara untuk membuat penamaan atau tuntutan bagi polisi/sijil yang telah dibeli?\nAnda boleh melakukan penamaan atau tuntutan melalui SIT tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk dokumen polisi/sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian\u00a0Pelan Perlindungan Saya\u00a0di bawah i-Lindung.\nApakah yang akan diterima jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil saya?\nProduk yang ditawarkan di bawah i-Lindung tidak mempunyai manfaat matang.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eprasekolah-pendaftaran-prasekolah-kpm/", "title": "ePrasekolah | Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 (Online)", "body": ["\n\n", "\nePrasekolah | Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 (Online) ~ Sukacita dimaklumkan, pendaftaran prasekolah sesi 2024 kini dibuka melalui portal ePrasekolah KPM bermula 1 Mac 2023.\u00a0\nePrasekolah KPM\nePrasekolah merupakan inisiatif pihak KPM bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.\nUntuk makluman, kepada\u00a0 ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2024), anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM ini.\u00a0\nPermohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Bagi yang sudah buat permohonan tahun lalu, semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi ePrasekolah KPM.\nTARIKH PERMOHONAN\n\nSecara Dalam Talian : 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023\nSecara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023\n\nTarikh Semakan : 5 Ogos 2023\nMelalui sistem ePrasekolah KPM, anda boleh membuat beberapa urusan seperti berikut:\n1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM; Borang permohonan, Semak dan kemas kini permohonan, Rayuan permohonan.\n2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA; Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif).\n\n\n\n\n3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH; Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.\n4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN; Semak status pendaftaran murid.\u00a0\nBaca Juga : KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025\n\nSyarat Kelayakan\u00a0\n\nKanak-kanak warganegara Malaysia sahaja\nKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.\n\nCara Mendaftar\u00a0\n\nSila layari laman sesawang ePrasekolah KPM di pautan berikut:\u00a0 https://eprasekolah.moe.gov.my\u00a0\n\n\nDaftar & Login : Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.\n\n\nLengkapkan maklumat yang diperlukan\n\n\nMuatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.\nPastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.\nPastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.\nPastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.\nPastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.\n\n\nKemaskini & Cetak\n\n\nPermohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 30 Mei 2023 beserta dokumen yang berkaitan.\nKemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).\nPermohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.\nIbu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.\nSetelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.\nSekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.\n\n5. Semak Status Permohonan\n\nSemak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2024/2025 boleh dilakukan bermula 5 Ogos 2023.\nBagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.\nBagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).\n\n6. Rayuan\n\nPermohonan Rayuan boleh dilakukan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023 (tertakluk kepada pindaan).\u00a0\nBagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman ePrasekolah.\nBagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.\n\nNOTA: Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.\nAnda juga boleh rujuk manual pendaftaran secara lengkap seperti di bawah : \nPANDUAN-PERMOHONAN-PRASEKOLAH-KPMDownload\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pendaftaran melalui sistem ePrasekolah, sila email kepada: [email\u00a0protected]\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/strok-haba/", "title": "Strok Haba : Gejala, Golongan Berisiko dan Kaedah Rawatan", "body": ["\n\n", "\nSusulan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya Strok Haba.\nTambahan pula, terdapat beberapa kes strok haba yang turut dilaporkan melibatkan kanak-kanak sehingga meragut nyawa.\nOleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah gejalan yang mungkin dialami dan dapatkan rawatan segera untuk pencegahan awal.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai strok haba secara lebih lanjut.\nApa Itu Strok Haba?\nApabila seseorang terdedah kepada cuaca panas yang melampau, mereka terdedah kepada keseluan haba (heat exhaustion) dan boleh melarat kepada strok haba atau heat stroke.\nMenjadi perbualan hangat di kalangan warganet pada waktu ini, strok haba merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila seseorang didedahkan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga badan tidak mampu lagi menstabilkan suhu badan. \nKondisi yang boleh berlaku secara tiba-tiba berperingkat ini mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila keadaan suhu mencapai lebih 39.2 \u00b0C.\nNamun risikonya juga bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat.\nBaca Juga : mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40\n\n\n\n\n\nTanda-Tanda & Gejala Strok Haba\nSebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihati supaya dapat mengenalpasti tanda-tanda serta gejala strok haba. Lebih teruk lagi, strok haba yang tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.\nAntara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti apabila seseorang itu mengalami strok haba adalah :\n\ndenyutan jantung menjadi cepat. Pesakit juga akan merasa berdebar-debar\nPernafasan menjadi laju dan pendek,\nbadan terasa panas dan kering, namun tidak berpeluh\nkerap sakit kepala atau pening.\npeningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40\u00b0C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.(suhu badan normal: 36.5\u00b0C hingga 37.5\u00b0C)\ntekanan darah menurun\nmudah hilang fokus\nbadan lesu dan kerap pengsan\nlidah menjadi bengkak\n\n\nOrang ramai dinasihati supaya tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mengalami tanda-tanda awal penyakit ini.\nGolongan Berisiko Tinggi Apabila Cuaca Panas\n\nIndividu berusia 40 tahun ke atas\nKanak-kanak berusia 5 tahun ke baawh\nIndividu yang menjalankan kerja-kerja berat (buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain)\nPenghidap darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. \nPesakit dengan masalah pernafasan serta jantung. \n\n\nCara Mencegah\nBagi mengelak berlakunya strok haba, berikut merupakan beberapa kaedah pencegahan yang anda boleh amalkan :\n\nElakkan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang,\nHindari aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,\nPastikan badan kekal terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari,\nAmalkan pemakanan sihat dan seimbang\nPilih pakaian yang longgar dan ringan serta aksesori pelindung haba seperti topi atau payung,\nJangan tinggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik\nPastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis\n\nRawatan Strok Haba \nRawatan di tempat kejadian :\n\nAlihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.\nSejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.\nBerikan udara segar, halakan\u00a0 kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.\nSekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.\nDapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.\n\n\n\n\nRawatan di Hospital :\n\nMangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.\nSekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.\nPenyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.\n\nMaklumat Lanjut\nJangan lupa untuk dapatkan maklumat cuaca semasa menerusi METMalaysia dan informasi kesihatan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mencegah penyakit strok haba dengan lebih baik.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/caj-rm1-pengeluaran-wang-melalui-atm/", "title": "Caj RM1 Bagi Setiap Pengeluaran Wang Melalui ATM Mulai Tahun Depan", "body": ["\n\n", "\nCaj RM1 Bagi Setiap Pengeluaran Wang Melalui ATM Mulai Tahun Depan (2022) ~\u00a0Bermula pada tahun hadapan (2022), caj pengeluaran RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali berkuat kuasa.\u00a0\nCaj ini akan dikenakan sekiranya pengeluaran di lakukan di mesin ATM selain kad bank yang digunakan. Contohnya, pemegang kad bank MAYBANK akan dikenakan caj RM1 sekiranya mengeluarkan duit di mesin ATM selain MAYBANK. Begitu juga dengan bank-bank yang lain.\u00a0\nBeberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.\nCaj RM1 Dikenakan Bermula 1 Februari 2022\n1 Februari 2022, secara rasminya, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Caj ini akan dilaksanakan semula setelah dimansuhkan.\u00a0\nUntuk makluman, sebelum ini para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.\nSeperti yang dijangka, hampir semua bank di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali mengenakan caj RM1, jika mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di bank lain bermula 1 Februari 2022. Ia menuruti langkah yang diumumkan oleh CIMB sebelum ini.\n\n\n\n\nKerajaan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian. Hal ini disokong apabila pelbagai insentif yang disediakan oleh pihak kerjaan untuk rakyat adalah menggunakan dompet elektronik (eWallet), contohnya seperti pemberian RM30 pada awal 2020, RM50 pada akhir 2020 dan kredit eBelia RM150 pada 2021.\nTuntasnya, antara kebaikan langkah ini adalah dapat menggalakkan para pengguna untuk menggunakan e-wallet dan sistem cashless.\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman web rasmi bank masing-masing atau, di mana-mana cawangan bank berdekatan anda.\u00a0\nAtau, rujuk info di bawah. \n\nBermula dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank. Info: https://t.co/woO1R2SupD pic.twitter.com/31ZwudLqDv\u2014 Maybank (@MyMaybank) December 15, 2021\n\n\nDear Valued Customers, Please be informed, effective 1 Feb 2022, the banking industry will reinstate the transaction fee of RM1.00 when you perform Interbank Cash Withdrawal at an ATM or CRM. For any enquiries, you may contact our Contact Centre at 03-2178 8888.Thank you pic.twitter.com/dQFCQMoICd\u2014 AmBank (@AmBankMY) December 15, 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-status-pengeluaran-khas-kwsp-rm10k/", "title": "Semakan Status Terkini Pengeluaran Khas KWSP RM10K", "body": ["\n\n", "\n\u201cPERMOHONAN ANDA TELAH DI LULUSKAN\u201d , \u201cPERMOHONAN ANDA SEDANG DI PROSES\u201d. Sudahkah anda membuat semakan status terkini pengeluaran khas kwsp rm10k? Untuk makluman anda semakan status kelulusan pengeluaran khas kwsp boleh di semak bermula 09/04/2022\nSemakan status sebelum ini, hanya memaparkan \u201cPERMOHONAN ANDA TELAH DI TERIMA\u201d, \u201cPERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD\u201d. Ini kerana pihak KWSP memerlukan sedikit masa untuk membuat semakan dan kemasikini permohonan.\nUntuk makluman anda, permohonan pengeluaran khas ini saja, KWSP telah menerima sebanyak 5.3 juta permohonan dari pencarum\nSemakan Status Pengeluaran Khas KWSP\n\nUntuk makluman, bagi ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran khas, semakan status pengeluaran khas boleh di semak melalui dua cara iaitu\nSemakan melalui pautan khas KWSP seperti berikut ;\nSemakan Melalui Portal Pengeluaran Khas\nhttps://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/\nSemakan Melalui i-akaun\nLogin ke akaun anda https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginMasukkan \u201cUSER ID\u201cPastikan \u201cSECRET PHRASE\u201d sama seperti yang anda telah tetapkan semasa membuat pendaftaran i-akaunMasukkan \u201cPASSWORD\u201cPergi ke menu PENGELUARAN / \u201cWITHDRAWAL\u201cKlik SEJARAH PENGELUARAN / \u201cWITHDRAWAL HISTORY\u201cSearch PENGELUARAN KHASStatus pengeluaran / pembayaran akan dipaparkan\nMaksud Bagi Setiap Semakan Status Pengeluaran Khas\nPermohonan anda telah diterima\n\nPermohonan pengeluaran khas anda telah DITERIMA, SEDANG DISEMAK DAN AKAN DI PROSES SECARA BERPERINGKAT\nAnda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas\nPermohonan anda tiada dalam rekod\n\nSemak semula dan pastikan maklumat yang di masukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan di buat\nSekiranya masih mengalami masalah yang sama, hubungi hotline pengeluaran khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut\nTarikh Bayaran Pengeluaran Khas \nBayaran pengeluaran khas akan di buat secara berperingkat bermula pada 18 April 2022\nPengkreditan amaun ke akaun ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank\nAnda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas\nBagi bayaran secara arahan bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran\nCara Bayaran Pengeluaran Khas\nBayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai\u00a018 April 2022.\nMasalah Berkaitan Permohonan Pengeluaran Khas\nTersilap isi nombor akaun ketika membuat permohonan?\nBagi nombor akaun bank yang salah, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan dan bayaran akan di gantikan dengan cek jurubank\nPenukaran nombor telefon TAC/OTP\nBuat masa ini, penukaran nombor telefon TAC/OTP hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.\nNamun, jika nombor telefon terkini yang digunakan belum berdaftar dengan KWSP, anda masih boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Khas melalui portal: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dengan menjawab soalan keselamatan yang disediakan.\n\n\n\n\nSebagai makluman tambahan, Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui portal yang disediakan (tanpa perlu menjawab soalan keselamatan) selepas 24 jam dari masa pengemaskinian nombor telefon di kios/kaunter KWSP. Tempoh permohonan dibuka dari 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.\n.\nStatus Kelulusan Pengeluaran Khas\nBagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 di pautan: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq\nSoalan Lazim (FAQ)\nApakah maksud status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA ?\nPermohonan pengeluaran khas anda telah DITERIMA, SEDANG DISEMAK DAN AKAN DI PROSES SECARA BERPERINGKAT\nMacam mana cara semak Pengeluaran Khas KWSP?\nSemakan boleh di buat menerusi portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau dengan login ke i-akaun anda\nBilakan bayaran pengeluaran khas akan di kreditkan?\nBayaran pengeluaran khas akan di buat secara berperingkat bermula pada 18 april 2022\nPengkreditan amaun ke akaun ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank\nMaklumat Lanjut :\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran Khas Kwsp, anda boleh hubungi ;\nHotline pengeluaran khas 03-89224848\nPusat Pengurusan Perhubungan Kwsp 03-89226000\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-insentif-makanan-ternak-ruminan-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, sekiranya anda merupakan penternak kecil rumina, anda dialu-alukan untuk memohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.\n\u00a0Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022\nBantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan ini diwujudkan adalah untuk membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.\nSehubungan dengan itu, usaha ini mampu membantu untuk menurunkan harga ruminan di pasaran yang dapat membantu pengguna mendapatkan bekalan ruminan dengan harga yang murah.\nPermohonan ini dibuka kepada para penternak yang berminat dan anda boleh membuat permohonan sehingga sebelum atau pada 31 Mei 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut ialah syarat-syarat kelayakan pemohon:\n\n\n\n\nPremis ternakan mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pendaftaran hendaklah pada atau sebelum 31 Disember 2021)Makanan ternakan mestilah menggunakan PKC dan disertakan dengan invois pembelian.Pemohon merupakan penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:Lembu/kerbau \u2264 50 ekorKambing/Bebiri \u2264 100 ekorPemohon mestilah menghantar borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nSila muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/3xgkFXI. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Pastikan semua maklumat diisi.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk dihantar bersama borang permohonan:\nSalinan Pembelian PKC.Salinan nombor akaun Agrobank pemohon.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web di pautan berikut: https://www.dvs.gov.my/.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/axia-e-2023/", "title": "Kereta Harga \u201cRahmah\u201d Axia E 2023 Manual", "body": ["\n\n", "\nModel \u201cRahmah\u201d Perodua Axia E 2023 manual di lancarkan dengan harga rahmah RM RM22,000, atas jalan, tanpa insurans dengan anggaran bayaran bulanan sekitar RM300\nModel Perodua Axia E ini juga menjadikan harga Axia E sebagai kereta paling murah di keluarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) selepas model Kancil yang dijual pada pada harga RM24,800. \nIni juga menjadi varian ke 3 edisi Axia selepas Axia 2023 Serba Baru diperkenalkan pada Febuari 2023 yang lalu.\nPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata istimewa keluaran Axia E 2023 ini adalah harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak\u00a0adalah\u00a0berbeza. \nIanya adalah bertujuan bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah kereta mampu milik untuk kegunaan harian.\nPerodua Axia E Spesifikasi\u00a0 \u201cAxia Rahmah\u201d\nKredit gambar : Careta\nKredit gambar : Careta\nModel perodua Axia e 2023 (manual), merupakan kereta keluaran PERODUA yang paling murah, malah lebih murah daripada model kancil yang pernah dikeluarkan.\nPerodua Axia E 2023, di hasilkan berdasarkan model yang diperkenalkan pada 2017. Dengan erti kata lain, Varian E dalam siri Axia (2023) terbaru ini, ialah model paling asas yang berasaskan model 2017.\nBerikut adalah ciri-ciri spesifikasi Axia E ;\n\nDua beg udara,\nSistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu \u00a0\nModel ini dijana enjin 3-silinder aspirasi natural (NA) 1.0L (998cc) DOHC VVT-i\nSistem transmisi manual 5-kelajuan (MT).\nMenggunakan rim keluli (rim kompang) 14 inci.\nKapasiti but 260 liter.\nKecekapan bahan api (kitaran ECE) 22.5km per liter. Kapasiti tangki petrol 33 liter, \nJaminan selama lima tahun\n\nWalaupun ianya model terbaharu, ianya tidak memiliki sebarang teknologi yang canggih seperti mana-mana model kereta terkini, kerana model ini direka dengan kos yang paling minimum untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.\n\n\n\n\nDengan spesifikasi paling asas berdasarkan Axia model 2017, ianya cukup bagi membolehkan rakyat yang hanya mampu untuk memiliki motorsikal beralih kepada memiliki sebuah kereta yang lebih selesa untuk kegunaan harian\nPilihan Warna\nWarna perodua Axia E didatangkan dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey\nCiri Keselamatan Perodua Axia E\nSebagai sebuah kenderaan beroda yang dipandu di jalan raya, PERODUA tetap memastikan ianya mencapai ciri keselamatan paling minimum dan standart untuk penggunaan di jalan raya, mahupun lebuh raya. \nDengan mengambil konsep keluaran model Axia 2017, \u00a0model ini diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).\nSpesifikasi & Senarai Aksesori\nBerikut pulah senarai penuh spesifikasi dan senarai aksesori yang terdapat dalam model \u201cAxia Rahmah\u201c\n\n\n\nTempahan\nBagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kereta Perodua model Axia E 2023 Manual \u201cAxia Rahmah\u201d ini, tempahan sudah di buka dan berkemungkinan akan terus memiliki kenderaan ini, kerana stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan\nUntuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh berkunjung ke showroom Perodua terdekat atau anda juga boleh layari https://www.perodua.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-rumah-ikram/", "title": "Tawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124)", "body": ["\n\n", "\nTawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124) ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Rumah IKRAM KPKT (Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia) kini dibuka.\nRumah IKRAM KPKT merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat tinggal ekoran wabak Covid-19.\nBaca Juga : Skim Inapan Kasih ZPP Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin\nObjektif Rumah Ikram KPKT\nObjektif Rumah IKRAM KPKT adalah bagi :\nMemberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang telah kehilangan tempat tinggal akibat Covid-19.\nMenyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.\nSenarai Projek\nProjek yang terlibat dalam program Rumah IKRAM KPKT ini adalah :\nPPR Sentul Murni, Kuala LumpurPPR Lembah Subang 2, SelangorPPR Amanjaya, KedahPPR Kota Setar, KedahPPR Sinar Intan 3, KedahPPR Kota Bharu, KelantanPPR Gua Musang, KelantanPPR Sg. Melana 2, Johor\n\nKadar Sewa Bulanan\nKadar sewa bulanan Rumah IKRAM KPKT adalah serendah RM124 Sebulan dengan tempoh sewaan sehingga 2 tahun.\nCiri-Ciri Rumah IKRAM KPKT (PPR)\nBerikut adalah ciri-ciri Rumah IKRAM KPKT (PPR):\nKawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat\nKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres\nKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi\nBinaan \u2013 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air\nKemudahan Asas:\n-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai\n-Surau/Ruang Solat\n-Gerai Makan/Ruang Niaga\n-Tadika\n-Kemudahan OKU\n\n\n\n\n-Taman Permainan/Kawasan Lapang\n-Rumah Sampah\nDokumen yang Diperlukan\nPemohon juga perlu sertakan senarai dokumen seperti lampiran berikut : \n\nSyarat-Syarat Permohonan\nBerikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan :\nGolongan B40 yang terkesan akibat Covid-19\nPemohon dan pasangan warganegara Malaysia\nPemohon berumur 18 tahun keatas\nTidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya\nPendapat isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan\nCara Memohon\nSekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, bolehlah membuat permohonan secara atas talian melalui web rasmi KPKT iaitu :\nhttps://teduh.kpkt.gov.my/\nSoalan Lazim\nSila semak Soalan Lazim di pautan di bawah : \nSoalan Lazim \nMaklumat Lanjut \nUntuk sebarang pertanyaan, anda sila hubungi Jabatan Perumahan Negara atau Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta melalui butiran berikut :\nJabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,\u00a0Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Presint 4, 62100 Putrajaya\nTel: 03-8891 4475Email: [email\u00a0protected]Bahagian Pemantauan Perumahan SwastaTel: 03-8891 4200\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-uniten/", "title": "Bantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa", "body": ["\n\n", "\nBantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa Semester 2 Sesi 2021/2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan zakat secara atas talian bagi pelajar sepenuh masa (Universiti Tenaga Nasional ) UNITEN kini dibuka.\nSelain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), UNITEN turut menyantuni para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan demi meneruskan pengajian di kampus secara sepenuh masa. \nBantuan zakat yang ditawarkan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar pada waktu pandemik serta dugaan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.\nPermohonan bantuan zakat ini terbuka kepada pelajar-pelajar UNITEN yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat seperti berikut :\nAsasiDiplomaSarjana Muda (Degree)Sarjana (Master)\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UNITEN 2022 \nBeragama IslamWarganegara MalaysiaPelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (BERSTATUS AKTIF) pada semester semasaBersih daripada rekod masalah disiplin atau rekod jenayahMendapat bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikanMelengkapkan proses permohonan dan kemukakan dokumen yang diperlukanHadir ke sesi temuduga apabila diumumkan\nTarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UNITEN 2022 Sepenuh Masa \nPara pelajar perlulah lengkapkan permohonan bantuan zakat secara atas talian bermula 4 Januari 2022 sehingga 11 Februari 2022. \n\nCara Memohon Bantuan Zakat \nPelajar boleh memohon menerusi laman sesawang di bawah :\nhttps://amanahuniten.my/\n(Sila gunakan browser Google Chrome atau Firefox)\nPelajar yang kemukakan permohonan dan dokumen selengkapnya akan dipanggil untuk sesi temuduga. \u00a0\nNota : Sila muatnaik dokumen berkaitan di laman sesawang tersebut untuk rujukan pentadbir.\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Sepenuh Masa UNITEN, para pelajar boleh hubungi nombor pihak UNITEN seperti di bawah :\nHotline (Whatsapp): 017-347 1917\nTel (Kaunter): 03-8921 2030 / (D/L) : 03-8921 2033 \u2013 Pn. Majdah\nATAU\nPara pelajar juga boleh ajukan soalan menerusi emel ke alamat di bawah :\n\u00a0[email\u00a0protected] (Tabung Amanah Zakat UNITEN)\n[email\u00a0protected] (Pn Majdah Sulaiman)\n[email\u00a0protected] (Cik Mawahidah)\nSemoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi pelajar Universiti Tenaga Nasional pada waktu mencabar ini. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-memohon-jumper-punb/", "title": "Program Jumper PUNB 2023 : Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nSertai Program Jumper PUNB 2023. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad\u00a0mempelawa graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.\n Sukacitanya, permohonan Program Jumper PUNB kini dibuka untuk sesi pengambilan bulan Febuari 2023. Kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang keemasan ini!\nProgram ini adalah merupakan sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.\nMentor perniagaan: Usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.\nPUNB merupakan \u00a0syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. ditubuhkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta membangunkan Komuniti Komersial dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) yang dinamik, berdaya tahan, progresif\n\nSenarai Mentor boleh dirujuk dalam senarai di bawah:\n\nhttps://jumper.punbbiz.com.my/storage/MENTOR%20PUNB%202021.pdf\n\nProgram Jumper PUNB 2023\n\nSasaran program ini adalah graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.\nAntara objektif utamanya, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.\nSetakat ini sahaja terdapat lebih kurang 89 senarai mentor dari pelbagai industri yang telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program ini bagi melatih graduan yang berminat\n\n\n\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\u00a0\nTidak semua permohonan akan diterima. Graduan yang berminat haruslah memenuhi syarat-syarat minima seperti yang berikut, sebelum di panggil untuk proses temuduga saringan kelayakan. Antara syarat-syarat kelayakan pemohon:\n\nBerminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang Perniagaan\nBerminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat Mentor yang terpilih\nMencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri\nGraduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran\nPemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)\nKomited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan\n\nKeistimewaan Program\nBukan sekadar mendapat latihan keusahawanan secara terus tentang bidang indsutri yang anda minati, malah program ini turut menawarkan kelebihan-kelebihan yang berikut kepada calon yang terpilih. Sekiranya anda berjaya menyertai program ini, antara keistimewaan/kelebihan yang akan diperoleh adalah:\u00a0\n\nPerantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan\nProgram latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan\nPerantis berpeluang untuk mempelajari ilmu perniagaan dari Mentor yang berpengalaman\nKursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini\nPemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program\n*Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.\nPembiayaan patuh syariah\n\n* Tertakluk kepada terma & syarat\nProses Permohonan\nProses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:\n\nPeserta mendaftar dan disaring\nMenghadiri temuduga panel (PUNB & Mentor)\nPemberitahuan sekiranya disenarai pendek\nProses penempatan & kelulusan\nPeserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan\nPeserta lapor diri & latihan bermula\n\nCara Permohonan Program Jumper PUNB 2023\nUntuk memohon, sila ikuti langkah-langkah dibawah:\n\nUntuk memohon, sila layari pautan berikut: https://www.punbbiz.com.my/jumper\nKemudian, klik \u2018DAFTAR SEKARANG\u2019.\u00a0\nIkuti arahan selanjutnya yang tertera di laman web tersebut.\u00a0\n\nPanduan Permohonan\nSebelum Mengemukakan Permohonan:\n\n\u200bSila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.\n\u200bMenghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).\nSila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.\nCalon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.\n\nSemasa Mengemukakan Permohonan:\n\n\u200bSemua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.\nSila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.\nSila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.\nBagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.\n\u200bHanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.\n\nPermohonan akan ditutup pada: 23 Disember 2022.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Jumper PUNB 2023, sila layari laman web rasmi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di pautan berikut:\u00a0\n\nhttps://www.punb.com.my/\nFacebook PUNB Official: https://www.facebook.com/punbofficial\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-banjir-rebat-pembelian-peralatan-elektrik/", "title": "Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik (SEDA) Sebanyak RM500", "body": ["\n\n", "\nBantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik (SEDA) Sebanyak RM500 ~ Sukacita dimaklumkan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mengumumkan program bantuan yang boleh dinikmati oleh Keluarga Malaysia baru-baru ini. Bantuan tersebut melibatkan mangsa-mangsa yang terjejas banjir akhir tahun lalu dan juga semua rakyat Malaysia.\u00a0\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia: Program SAVE 3.0 vs Rebat RM500\u00a0\nProgram SAVE 3.0\u00a0 boleh ditebus oleh semua rakyat Malaysia (termasuk yang\u00a0 terjejas banjir walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik), manakala rebat pembelian peralatan elektrik domestik RM500 ini khas untuk yang terjejas banjir sahaja.\nPermohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.\nPenebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir. Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.\nPekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem.\nProgram Bantuan Banjir Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA RM500\n\nProgram Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ini adalah merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir. \nBantuan akan disalurkan melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.\nObjektif bantuan ini adalah berikutan kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir melibatkan barangan elektrik yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi.\u00a0\nPemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik\u00a0 akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).\u00a0\nBantuan ini merangkumi:\n\n\n\n\nMaksimum rebat sehingga RM500 dengan pembelian peralatan elektrik keperluan harian per isi rumah.\nBarangan peralatan elektrik untuk kegunaan harian dan\u00a0 yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.\nSyarat Kelayakan Pemohon\nMangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM \u2013 Suruhanjaya Tenaga.Kelayakan maksimum adalah berdasarkan 1 rebat untuk 1 akaun bil elektrik yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh Kerajaan.\nUntuk menyemak kelayakan anda, sila ikuti langkah dibawah:\nLayari laman web rasmi di pautan berikut: https://save.seda.gov.my/publics/banjir\u00a0Atau, semak kelayakan anda di mana-mana Kedai Berdaftar (pekedai boleh membantu menyemak kelayakan anda).\u00a0\n\nCara Memohon / Menebus\nKaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar.\nAnda boleh melayari\u00a0 laman web (https://save.seda.gov.my/publics/retailer) untuk melihat senarai Kedai / pasar raya Berdaftar di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.\nKaedah 2 : Pembelian secara dalam talian (e-dagang \u2013 Shopee / Lazada / PG Mall).\nKedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian. Rebat ini boleh ditebus di Shopee di bawah Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).\n\nUntuk menebus, sila ikuti langkah membuat penebusan seperti dibawah.\nMaklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti dalam senarai berikut.\nSila bawa:\nSalinan kad pengenalanAkaun bil elektrik domestik TNB yang sahDokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut): Polis, NADMA, Pegawai Daerah, Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.\nWalaubagaimanapun, sekiranya anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, sila lakukan perkara dibawah;\nHubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atauBuat permohonan untuk dimasukkan dalam kemaskini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12).\u00a0Kelulusan permohonan kemaskini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai bertugas di talian: 03-8870 5800, atau layari laman web SEDA dan FAQ penuh di pautan berikut: http://www.seda.gov.my/2021/12/program-rebat-bantuan-banjir-pembelian-barangan-elektrik/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-roadtax-motor/", "title": "Harga Roadtax Motor JPJ 2023 Mengikut CC Terkini", "body": ["\n\n", "\nHarga roadtax motor di Malaysia tahun 2023 ditentukan mengikut cc oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Harga yang ditetapkan bergantung pada beberapa faktor seperti jenis motosikal, kapasiti enjin, dan tempoh pendaftaran.\nSetiap tahun, JPJ mengeluarkan jadual harga roadtax baru berdasarkan pada keputusan kerajaan dan faktor lain yang berkaitan. Faktor lain yang boleh mempengaruhi harga termasuk faktor ekonomi, keperluan dana untuk membiayai projek jalan raya dan penyelenggaraan, dan faktor lain seperti insurans dan cukai.\nHarga Roadtax Motor 2023 (JPJ)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KUASA ENJIN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0HARGA SEMENANJUNG\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0HARGA SABAH SARAWAK\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Harga renew roadtax untuk motor150cc dan kebawah \u00a0\u00a0\u00a0RM2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM2\u00a0\u00a0\u00a0 Harga renew roadtax motor 151cc hingga 200cc dan insuran \u00a0\u00a0\u00a0RM30\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM9\u00a0\u00a0\u00a0 Harga renew roadtax motor 201cc hingga 250cc dan insuran \u00a0\u00a0\u00a0RM50\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM12\u00a0\u00a0\u00a0 Harga renew roadtax motor 251cc hingga 500cc dan insuran \u00a0\u00a0\u00a0RM180\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM30\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0501cc hingga 800cc\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM250\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM40\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Melebihi 800cc\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM350\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM42\u00a0\u00a0\u00a0\nBaca juga : Harga Roadtax Kereta 2023\nHarga Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos 2023\nPembaharuan roadtax motor di pejabat pos mempunyai sedikit perbezaan dari segi kos caj berbanding terus ke JPJ. Mana-mana pemilik atau ejen yang datang ke pejabat pos akan dikenakan bayaran untuk mengaktifkan cukai kenderaan. Berikut adalah beberapa contoh mudah perbezaan harga renew roadtax di pejabat pos dan JPJ:\nCukai jalan motosikal: RM2\nYuran: RM2.50\nKos: RM4.50 sahaja\nPembaharuan cukai jalan (LKM) juga lebih mudah, sekiranya di buat di pejabat pos. Anda atau wakil anda hanya perlu membawa polisi insurans untuk tujuan proses pembaharuan roadtax motor anda.\nCara Renew Cukai Jalan Motor di MyEG Online\n\nAnda boleh memperbaharui roadtax motor anda secara atas talian melalui laman web MyEG. Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui roadtax motosikal secara online melalui MyEG:\n\nLawati laman web MyEG di https://www.myeg.com.my/\nKlik pada pilihan \u201cRoad Tax Renewal\u201d di bahagian \u201cVehicle\u201d pada halaman utama MyEG.\nMasukkan butiran kenderaan anda seperti nombor pendaftaran dan nombor enjin.\n\u00a0Pilih jika anda mahu roadtax motor mahu dihantar terus ke alamat anda atau, anda mahu mengambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Untuk penghantaran ke alamat pilihan, anda akan dikenakan caj penghantaran\nPilih tempoh pendaftaran yang diinginkan dan pilih opsyen pembayaran yang sesuai.\nPastikan butiran yang dimasukkan adalah betul sebelum membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit anda.\nCetak resit pembayaran anda sebagai bukti pembayaran dan simpan ia untuk rujukan masa depan.\nMyEG akan memproses permohonan anda dan meneruskan butiran pendaftaran anda kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).\nAnda akan menerima roadtax baru anda melalui pos dalam tempoh yang ditetapkan.\n\nSekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa memperbaharui roadtax motosikal secara atas talian melalui MyEG, anda boleh menghubungi MyEG di talian hotline mereka di 03-78018888 atau e-mel kepada MyEG di [email\u00a0protected] untuk mendapatkan bantuan lanjut.\nCara Renew Roadtax Motor di JPJ\nPermohonan pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil mereka. Pemilik atau wakil berdaftar mesti mengemukakan MyKad mereka untuk tujuan bacaan dan penyimpanan rekod ke dalam sistem MySikap melalui pembaca MyKad. Ini bagi memastikan rekod kehadiran pemohon disimpan dalam pangkalan data JPJ sebagai rujukan prosedur pembaharuan LKM.\n\n\n\n\nSyarat permohonan:-\n\nPermohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil mereka di mana-mana Pejabat/Cawangan/UTC JPJ Negeri.\nTempoh pembaharuan yang dibenarkan ialah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.\nKenderaan mesti mempunyai perlindungan insurans sepanjang tempoh LKM dipohon.\nHanya LKM yang akan tamat tempoh dalam tempoh dua (2) bulan boleh diperbaharui.\nSekiranya pemilik berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap permohonan, maksimum lima (5) tahun. Kelulusan diperlukan sekiranya tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.\n\nBagi kenderaan yang telah luput tarikh luput LKM melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan, kenderaan tersebut hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut:\n\na. Pemeriksaan PUSPAKOM untuk semua kenderaan, atau\nb. Pemeriksaan PG10 untuk motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa semasa program anjuran JPJ, atau motosikal yang disita oleh JPJ.\n\nBagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan yang diisytiharkan yang kadar LKMnya lebih rendah daripada kawasan yang diisytiharkan asal, pemilik berdaftar perlu menukar kawasan yang diisytiharkan sebelum proses pembaharuan LKM boleh dijalankan.\nDokumen yang diperlukan:-\n\nDokumen pengenalan pemilik berdaftar atau wakil mereka yang hadir.\nLaporan pemeriksaan PUSPAKOM yang sah jika kenderaan bermotor tidak aktif.\nPemeriksaan PG10 untuk motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa semasa program anjuran JPJ, atau motosikal yang disita oleh JPJ.\nBagi pemilik berdaftar yang kematiannya lebih 5 tahun lalu, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian harta pusaka telah bermula atau sebarang dokumen untuk pertimbangan kelulusan hendaklah dibawa.\nBorang pensijilan kawasan yang diisytiharkan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak, dan Pulau Bebas Cukai).\nAkuan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak, dan Pulau Bebas Cukai).\n\nRenew Roadtax Motor Online JPJ MySikap\nSenang sekarang, untuk perbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor (sticker road tax), dah tak perlu menapak ke JPJ atau pejabat pos. Boleh buat online sahaja.\nApps MyJPJ hanya akan paparkan status terkini shj samada lesen memandu/road tax/insurans dah tamat tempoh atau masih berkuatkuasa. Di apps, tak boleh buat sebarang pembayaran kalau nak perbaharui lesen atau roadtax.\nCara untuk renew roadtax kenderaan melalui MySikap ;\n\n\nLayari portal MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul\nUntuk pengguna baru, anda perlu daftar dahulu sebelum boleh log masuk\nSekiranya anda tidak boleh register di mySikap, boleh register di apps MyJPJ. Data akan synchronize sebab ia melalui sistem yg sama iaitu JPJ. Username dan password adalah sama sahaja.\nPastikan anda telah renew insurans kenderaan terlebih dahulu.\nSetelah pilih insurans dan bayar, polisi akan berkuatkuasa dalam masa 1 hari\nTapi biasanya 1-5 minit dah dapat pun emel cover Note tu. Bila dah dapat cover note, bermaksud sistem JPJ dah kemaskini yang kenderaan kita telah renew insurans dan sistem di mySikap dah boleh untuk perbaharui LKM tu.\nSelepas isi no plat kenderaan mana yang nak di renew, pilih 6 bulan/12 bulan\nBuat pembayaran guna online banking/card\nSistem akan pop up \u201cSila ke kaunter JPJ utk dapatkan disk LKM\nNi maksudnya kalau kita nak dapatkan road tax tu,kena print kat JPJ. \nKalau tak mahu pun tak mengapa. Anda boleh tekan \u201cCetak Lesen Kenderaan Motor\u201d dan terus print untuk salinan anda\n\nKredit FB : Abah Iman\nLesen Memandu & Roadtax Kenderaan Digital\n\nMulai 10 Febuari 2023, pemilik kenderaan boleh mendapatkan paparan lesen dan juga roadtax digital melalui Aplikasi MyJPJ. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna mempunyai pilihan, sama ada masi mahu menggunakan pelekat cukai jalan atau sticker roadtax atau pemilik kenderaan boleh mula menggunakan roadtax digital sahaja.\nSoalan Lazim F.A.Q\nBerapa harga roadtax motor? Bermula dari RM2 -RM350 bergantung mengikut kapasiti kuasa motor dan juga lokasi Bagaimana untuk renew roadtax kenderaan secara online? Anda boleh layari ;i. https://public.jpj.gov.my/public/login.zul atauii. https://www.myeg.com.my/ \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/modenas-elegan-ex/", "title": "Modenas Elegan EX Vs Elegan 250 ABS Harga & Spesifikasi", "body": ["\n\n", "\nSkuter Modenas Elegan EX 2023 baru sahaja dilancarkan oleh Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).\nSkuter keluaran terbaru Modenas itu merupakan model upgare bagi Modenas Elegen 250 ABS yang di keluarkan pada tahun 2020.\nSudah tentunya bagi peminat motor keluaran Modenas ini, ternanti-nanti apa ciri-ciri utama Modenas Elegan EX yang ingin diketengahkan berbanding model sebelumnya Elegan 250 ABS.\nBagi peminat motor jenis skuter keluaran Modenas, kedua-dua model Elegen EX dan Elegen 250 ABS seperti tidak berubah.\nNamun jika anda amati dan letakan kedua-dua model ini bersebelahan, pastinya anda sudah dapat melihat perubahan dan perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini.\nReka bentuk yang sama, tetapi Modenas Elegan EX dicipta dengan mempunyai bentuk yang ergonomik, untuk lebih keselesaan terutama bagi perjalanan jauh disamping penampilan lebih sporty, moden dan bergaya. Elegen EX 250 juga hadir dengan ciri keselamatan tambahan (Dual Channel ABS) yang dikekalkan seperti Elegan 250 ABS.\nDengan fungsi ini (Dual Channel ABS), sekiranya berlaku apa-apa emergency atau situasi yang memerlukan anda untuk memberhentikan motor,kedua-dua tayar takkan terkunci dan sekaligus memberikan jaminan keselamatan yang lebih ketara.\nModenas Elegan EX Lebih Keselesaan, Lebih Selamat & Lebih Bergaya\n\nIa adalah motosikal yang elegan dan selesa untuk ditunggangi, dengan ciri-ciri yang boleh menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan menyeronokkan.\nRekabentuk\nMempunyai reka bentuk yang lebih moden dan sporty berbanding model Elegan ABS 250. \nEnjin\nMenggunakan enjin SOHC 4-lejang, 250 cc penyejuk Cecair dengan transmisi CVT.\u00a0Ia menghasilkan kuasa 22.1 Hp pada 7000 RPM dan tork maksimum 22.4 Nm pada 6500 RPM.\nMenjadikan Enjin Modenas Elegant EX sangat responsif dan mempunyai prestasi yang baik. Ini menjadikan perjalanan lebih cepat dan lebih cekap.\nPenggunaan Bahan Api Lebih Jimat\nDitambah dengan suntikan bahan Api (EURO 4), model terbaru Modenas ini dibina dengan antipelepasan tambahan bagi memastikan toksin dalam gas ekzos dapat dikurangkan semasa pelepasan apabila enjin berjalan. Penggunaan bahan api yang cekap juga menjadikan Modenas Elegant EX pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan kos bahan api.\nLebih Cekap dan lebih Selamat\nSuspensi hadapan dan belakang yang baik memberikan keselesaan tambahan apabila memandu di jalan yang tidak rata. \nCiri tambahan seperti kawalan suhu penyaman udara dan sistem audio menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.\nRuang simpanan yang besar membolehkan anda membawa barang-barang yang diperlukan semasa perjalanan.\nLampu depan yang terang dan reka bentuk tangki bahan api yang elegan menjadikan Modenas Elegant EX pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin kelihatan bergaya semasa memandu.\n\n\n\n\nSoket pengecas USB\nSatu lagi ciri-ciri yang sangat berguna ialah soket pengecas USB yang dipasang secara strategik, membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka semasa dalam perjalanan. Ciri-ciri ini sudah tentunya sangat diperlukan terutma bagi mereka yang menjalankan pekerjaan sebagai runer atau penghantar barangan /makanan\nPilihan Warna\n\nModenas Elegan juga di datangkan \u00a0dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu \n\nPerak (Matte Silver Crystal) dan \nBiru (Petroleum Blue).\n\nSpesifikasi Modenas Elegant EX\n\n\nDual ABS Channle\nMempunyai soket pengecas USB\nKompartmen penyimpanan dengan lampu LED\n\nENGINEnjin4-Lejang, 1-Silinder, 2-Injap, SOHCAnjakan249.1 cm\u00b3Sistem penyalaanECU (Transistor Penuh)Kapasiti tangki bahan api12.5 LSuntikan bahan apiSuntikan Bahan Api (EURO 4)Sistem pemulaanPemula ElektrikBroke X Stroke72.7 mm X 60 mm\nPENULARANTaipCVT AutomatikSistem pemanduanPemacu Tali PinggangKlacEmpar & Kering\nCASISJenis bingkaiTulang bawahSuspensi depanTeleskopikSuspensi belakangLengan Hayun MengekorBrek depanCakera 260 mm ABS 3 PistonSize tayar depan120/80 R14Membendung berat badan195 kg*Panjang keseluruhan2,235 mmLebar keseluruhan810 mmKetinggian keseluruhan1,375 mmBrek belakangCakera 240 mm ABS 2 PistonSize tayar belakang150/70 R13\nSISTEM ELEKTRIKALKuasa maksimum16.5 kW / 7,000 rpmIsyarat pusingLEDLampu depanLEDLampu ekor/brekLED\nHarga Modenas Elegan EX\nAnggaran harga bagi skuter\u00a0Modenas Elegan EX (2023)\u00a0di pasaran Malaysia ialah\u00a0RM16,997\nPerbezaan Ketara Model Elegan EX vs Elegan ABS 250\nBerdasarkan penilitian Fuh.my berikut adalah beberapa ciri-ciri ketara dan perbezaan di antara kedua-dua model Modenas Elegan EX dan Elegan ABS 250\nRekabentuk\n\nBagi yang baru, mungkin tidak akan perasan perbezaan diantar kedua-dua model ini. Kecuali jika kedua-dua model ini diletakan bersebelahan. Elegan EX kelihatan lebih kecil sedikit berbanding Elegan ABS 250.\n Walaupun sebenarnya kedua-dua model ini mempunyai berat yang sama iaitu 195kg, tetapi Modenas Elegan EX mempunyai kelebihan dari segi titik graviti rendah. Ianya akan membantu untuk pengendalian skuter maxi ini dengan lebih cemerlang dan lebih stabil terutama bila meredah laluan trafik jem\nEnjin \n Sistem bahan api bagi Elegan EX telah ditambah baik dengan menggunakan suntikan bahan api (EURO 4) berbanding Elegan ABS 250 yang mengunakan suntikan bahan api biasa Minyak tanpa plumbum\nLampu Depan\n\nModel itu juga dipasang dengan lampu depan projektor baharu yang lebih anggun dengan ciri pencahayaan siang LED untuk meningkatkan penglihatan sepanjang hari bagi penunggang dan pengguna jalan raya lain. Manakala lampu ekor berbentuk X dikekalkan yang mana ianya menjadikan skuter modenas elegan satu-satunya yang mengunakan rekabentuk ini yang mana ianya mampu meningkatkan penglihatan kenderaan semasa ditunggang pada waktu malam.\nHarga\n\nModenas Elegan 250 ABS, RM15,315\nModenas Elegan EX, RM16,997\n\nUntuk melihat perbezaan kedua-dua model ini dengan lebih terperinci dari segi spesifikasi anda boleh lihat disini https://modenas.my/product/elegan/\nKesimpulan\nSecara keseluruhannya, Modenas Elegan EX ialah motosikal yang sangat baik untuk mereka yang mencari skuter dengan rekabentuk elegan, selesa dan responsif. Reka bentuk moden dan ciri berguna menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan dan membuatkan anda kelihatan bergaya semasa memandu. \nJika anda sedang mencari motosikal automatik yang mempunyai keseimbangan yang baik antara prestasi, keselesaan dan gaya, maka Modenas Elegant EX adalah pilihan yang tepat untuk anda.\nDan jangan lupa inilah salah satu skuter yang direka mempunyai kecekapan bahan api dan lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar serta mesra alam\nKatalog & Bosur Modenas Elegan EX\nAnda juga boleh download dan dapatkan pdf brosur & katalog model Modenas Elegan EX https://modenas.my/file/product/1675912815.Cp412.pdf\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan maklumat lanjut atau nak test drive Modenas Elegant EX ini, anda boleh layari website https://modenas.my/ atau hubungi\n\nTalian bebas tol Modenas ; +1800880181\nModenas Whatsapp careline : +60195708135\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pendaftaran-online-tabika-kemas/", "title": "Pendaftaran Online Tabika Kemas 2023/2024 Mohon Sekarang", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan kepada ibu bapa penjaga pendaftaran online Tabika KEMAS 2023 telah dibuka bagi sesi kemasukan 2023 /2024.\nPermohonan ini dibuka untuk kanak-kanak berstatus warganegara sahaja. Berusia 3 tahun hingga 5 tahun pada tahun permohonan (tahun ini 2022)\nWalaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh dimohon secara online.\nTarikh Pendaftaran Tabika KEMAS\nPendaftaran boleh dibuat mulai 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022\n\nSyarat Kemasukan Tabika KEMAS\nKanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).Permohonan secara online untuk Tabika KEMAS yang terpilih sebagai projek perintis sahajaTabika KEMAS yang tidak terpilih sebagai projek perintis perlu menghantar borang permohnan ke Tabika KEMAS berdekatanBorang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan untuk makluman kepada ibubapa/penjaga\n\nSyarat Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2023\nUntuk makluman ibubapa penjaga, kaedah pendaftaran tabika kemas secara online ini hanya boleh di buat bagi tabika kemas yang disenaraikan dalam projek rintis buat masa ini\nSebanyak 144 Tabika KEMAS yang terlibat untuk projek rintis ini di 4 buah negeri iaitu ;\nWilayah Persekutuan Kuala LumpurSelangorPahangNegeri Sembilan\nSenarai TABIKA terlibat seperti pautan dibawah:\u00a0https://bit.ly/SENARAITABIKAKEMASONLINE2023\n\n\n\n\nCara Pendaftaran Online Tabika Kemas 2023\nUntuk mendaftar secara online, ibu bapa/penjaga perlu mendaftar sebagai pengguna dahulu sebelum boleh menruskan pendaftaran. Berikut langkah-langkah untuk membuat pendaftaran ;\nCara Mendaftar Sebagai Pengguna\nSila layari website https://enrol.kemas.gov.my/Tekan butang DaftarIsi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.Pilih Kaedah \u2018Kata Laluan\u2019 untuk pengesahan.Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.\nCara Membuat Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online\nSila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL\u00a0https://enrol.kemas.gov.my/Klik [BORANG PERMOHONAN]Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.Maklumat yang diekstrak ialah:-Nama;No Kad Pengenalan;Alamat E-mel; danNo Telefon.Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.Sila cetak Borang Permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)\n\u00a0Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online\nPendaftaran Tabika Kemas 2023 \u2013 Borang Permohonan\nBagi PENDAFTARAN di Tabika KEMAS yang tidak tersenarai dalam Senarai Tadika KEMAS Projek Rintis, pendaftaran boleh dibuat dengan muat turun borang pendaftaran dan menghantar borang permohonan ke tabika berhampiran.\nBORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-NEWDownload\nBORANG-PENDAFTARAN-TASKA-PERMATA-KEMAS-NEWDownload\nApabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan online tabika kemas 2023, sila layari website https://www.kemas.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengecualian-lkm-kenderaan-elektrik-oku/", "title": "Pengecualian Fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU Bajet 2022", "body": ["\n\n", "\nInsentif Pengecualian bayaran fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2025. Insentif ini antara belanjawan yang terkandung dalam Bajet 2022. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sepenuhnya untuk kenderaan motor elektrik (EV) dan kenderaan motor untuk orang kurang upaya (OKU).\nApa Itu Insentif Pengecualian LKM Kenderaan Elektrik & OKU?\nSelaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan Elektrik & Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya (OKU).\nPengecualian fi LKM Kenderaan Elektrik hanya diberikan kepada kenderaan EV sama ada dikuasakan oleh bateri atau \u2018fuel cell\u2019 (sel bahan api). Permohonan untuk pengecualian itu akan bermula 15 Februari 2022.\nPengecualian itu tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman sama ada dengan sumber petrol atau diesel.\nManakala Insentif Pengecualian fi LKM Kenderaan OKU pula, membolehkan kenderaan khas yang di ubahsuai untuk kegunaan OKU untuk tidak dikenakan bayaran fi LKM.\nMengenai kenderaan motor milik OKU, pengecualian fi LKM sepenuhnya hanya terpakai kepada kenderaan motor yang telah diubah suai khas untuk kegunaan OKU.\nBagi kenderaan motor yang tidak diubah suai, pengecualian hanya diberikan kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan kereta nasional.\nKenderaan motor terbabit yang layak hendaklah didaftarkan dan dilesenkan atas nama individu OKU berkaitan dan OKU hendaklah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\nPengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan dan dimiliki oleh ibu bapa atau penjaga berdaftar dan mempunyai anak OKU serta suami atau isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.\nSyarat Pengecualian Fi LKM Kenderaan Elektrik (EV)\n\nMelibatkan motokar dipacu oleh sumber elktrik atau electric vehicle (EV)Tempoh pengecualian dari 1 januari 2022 sehingga 31 disember 2025Pengecualian fi lkm bagi ev hanyalah melibatkan kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik sepenuhnya sama ada yang dikuasakan dengan bateri atau fuel cell sahaja\nPengecualian ini tidak terpakai kepada mana-mana kenderaan motor jenis hybrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman sama ada dengan sumber pertol mahupun disesel\nSyarat Pengecualian Fi LKM OKU\n\nKenderaan Motor Orang Kurang Upaya (OKU)\n\n\n\n\nKenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahajaHendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\n*** Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.\nCara Permohonan Pengecualian fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU\nPermohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022\nMana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk;\ni. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk di ajukan berkaitan Insentif Pengecualian Fi LKM Kederaan Elektrik dan Kenderaan OKU, anda boleh hubungi ;\nTel : 03-8000 8000\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.mot.gov.my/my\nFacebook : https://www.facebook.com/motmalaysia\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/temujanji-ujian-saringan-hiv/", "title": "Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Melalui MySejahtera", "body": ["\n\n", "\nCara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Melalui MySejahtera ~ Ujian HIV adalah merupakan salah satu perkara penting dan wajib dilakukan sebelum anda berkahwin.\u00a0\nKedua-dua pihak diwajibkan menjalani ujian HIV terlebih dahulu sebelum berkahwin untuk mengelakkan mudarat yang akan berlaku sekiranya salah satu pasangan disahkan positif HIV.\u00a0\nSetiap Klinik Kesihatan mempunyai sedikit perbezaan dari segi proses, tarikh temujanji, masa & dokumen yang diperlukan untuk menjalani ujian saringan ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa klinik yang dibuka untuk \u2018walk in\u2019 manakala masih ada juga klinik yang memerlukan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu.\nJangan risau! Anda kini boleh membuat temu janji secara dalam talian (online) melalui aplikasi MySejahtera anda.\u00a0\nNak tahu caranya, teruskan membaca.\u00a0\nUjian Saringan HIV Pra-Perkahwinan\nUjian Saringan HIV adalah untuk membolehkan individu yang ingin berkahwin mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya.\u00a0\nLangkah ini seterusnya membolehkan individu tersebut untuk mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain, iaitu pasangannya.\u00a0\n\n\n\n\nMana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.\nUjian ini boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan.\u00a0\nCara Buat Temujanji Melalui MySejahtera\n\nTanpa perlu bersusah payah, kini anda boleh membuat membuat temu janji secara dalam talian (online) melalui aplikasi MySejahtera anda. Ikuti langkah dibawah:\nPastikan anda telah memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda.\u00a0Buka aplikasi tersebut untuk membuat temujanji.\u00a0Klik \u201cMore\u201d di bahagian pilihan atas MySejahtera anda.Kemudian, klik \u201cDigital Healthcare\u201d.Klik \u201cClinic Appointment Booking\u201d.Pilihan seterusnya adalah berdasarkan tempat tinggal anda. Jangan tersilap ya. Sila rujuk senarai dibawah:\nSekiranya anda tinggal di :-\nPerlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan, sila pilih: BookDocSelangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan, sila pilih: QueuemedUntuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin, sila pilih: EncoreMed\nUntuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari, https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/761\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/penulisan-laporan/", "title": "Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya", "body": ["\n\n", "\nSelain surat rasmi, laporan adalah salah satu dokumen yang penting. Penulisan laporan lazimnya ditulis bagi melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku.\nMenurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), laporan bermaksud sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan.\nPenulisan laporan yang baik mestilah ditulis dengan tepat dan juga mudah dihafami berdasarkan pelaporannya.\nSelain itu, laporan lazimnya ditulis oleh setiausaha sesebuah persatuan atau organisasi dan penulis laporan perlulah orang yang turut sama menyertai perkara atau peristiwa yang dilaporkan.\nJenis Laporan\nTerdapat dua jenis penulisan laporan yang biasa ditulis bagi pelaporan sesuatu aktiviti atau peristiwa iaitu:\nLaporan format tertentuLaporan format karangan\nLaporan berformat tertentu merujuk kepada setiap organisasi telah mempunyai format laporan tersendiri dan perlu diisi di dalam borang.\nLaporan jenis ini adalah lebih ringkas dan tidak terlalu panjang. \nLaporan format karangan pula adalah laporan yang kebiasaanya ditulis oleh setiausaha program\nFormat laporan jenis ini adalah lebih panjang dan menggambarkan keseluruhan aktiviti yang dijalankan. \nBagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan PT3 atau SPM, format laporan ini adalah yang digunakan bagi menjawab soalan mengenai laporan. \nFormat Laporan\nBagi laporan format karangan, format laporan biasanya merangkumi perkara seperti berikut:\n1. Tajuk Laporan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nTajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti dan tempat aktviti terbabit.\nHuruf pertama pada setiap awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar.\nTajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah kertas tersebut dan juga dihitamkan. \n2. Isi laporan\n\n\n\n\nIsi laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.\nSelain itu, isi laporan perlu menyentuh kepada semua perkara yang berlaku di dalam aktiviti atau peristiwa yang telah berlaku terbabit. \n3. Disediakan oleh dan Tandatangan\nDi bawah perenggan terakhir, penulis perlu menulis perkataan Disediakan Oleh,. \nTandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha di bawah perkataan Disediakan Oleh tersebut. \nSetiap tandatangan yang diturunkan adalah untuk mengesahkan laporan yang telah ditulis. \n4. Nama dan Jawatan\nNama dan jawatan perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.\nNama perlulah ditulis dengan kesemua huruf ialah huruf besar dan diletakkan kurungan pada awal dan akhir nama.\n5. Tarikh\nTarikh perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan Disediakan Oleh. \nContoh Laporan\nAntara contoh-contoh penulisan laporan yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:\nContoh Laporan 1\n\nContoh Laporan 2\n\nPembelajaran Online\nUntuk pembelajaran mengenai penulisan laporan secara online, sila layari https://semakanonline.com/delima-kpm/ untuk maklumat lanjut. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-kerjaya-madani/", "title": "Insentif Kerjaya Madani : Syarat Kelayakan & Kadar Insentif", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini telah melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 bagi mengurangkan kadar pengangguran lebih lagi di kalangan golongan terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), miskin tegar dan bekas banduan.\nKementerian menerusi Perkeso juga akan mengadakan kempen bagi menggalakkan majikan agar memberi perhatian serta keutamaan terhadap pekerja tempatan dalam pengambilan pekerja baharu.\nUntuk makluman, permohonan bagi Insentif Kerjaya Madani telah dibuka bermula 1 Mei 2023 dan akan ditutup pada 31 Disember 2023. \nBaca Juga : SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman\nInsentif Kerjaya Madani oleh PERKESO\nTerdapat 3 jenis insentif ini yang diumumkan kerajaan iaitu:\n\nProgram Daya Kerjaya\nDaya Kerjaya TVET\nProgram Bina Kerjaya\n\nAyuh kita semak butiran bagi setiap satu insentif.\n\nProgram Daya Kerjaya\nProgram Daya Kerjaya adalah bantuan yang ditawarkan buat majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023.\nAntara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah :\n\nIndividu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.\nWanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.\nTempoh menganggur sebelum pengambilan adalah sekurang-kurangnya 2 bulan.\n\nTempoh serta kadar insentif yang ditawarkan bagi program ini adalah :\n\n\n\n\n\nRM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.\nMaksima 3 bulan kepada majikan.\n\n\nDaya Kerjaya TVET\nProgram Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah iaitu sebuah insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM 4,000.\n\nAntara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah :\n\nGraduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.\nTaraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.\nBerumur 16 sehingga 40 tahun.\nTempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.\n\nKadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:\n\nYuran Latihan Kompentesi dan RPEL \u2013 sehingga RM2,500\nYuran Latihan Profesional dan Microcredential \u2013 sehingga RM4,000\n\nProgram Bina Kerjaya\nProgram Bina Kerjaya pula diwujudkan bagi meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.\n\nSyarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :\n\nPekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.\nBerumur 16 tahun hingga 40 tahun.\n\nKadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:\n\nKadar bayaran latihan sehingga RM4,000.\nElaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan.\n\nKaedah Memohon\nPermohonan insentif ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web PERKESO di pautan https://www.perkeso.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-lesen-memandu-maipk/", "title": "Tawaran Terhad Program Lesen Memandu MAIPk Asnaf 2022", "body": ["\n\n", "\nTerkini, bantuan Program Lesen Memandu MAIPk telah dibuka permohonan. Tawaran ini terbuka Bantuan LESEN daripada MAIPk khusus Untuk Meningkatkan Ekonomi Asnaf negeri Perak\nApa Itu Program Lesen Memandu MAIPk\n\nMajlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.\nSyarat-Syarat Utama Permohonan\nUntuk menyertai program bantuan lesen ini, peserta perlulah memenuhi syarat seperti berikut ;\ni.\u00a0\u00a0\u00a0 Beragama Islamii.\u00a0\u00a0 Bermastautin di negeri Perakiii.\u00a0 Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)iv.\u00a0 Berumur 21 tahun keatasv.\u00a0\u00a0 Memiliki lesen memandu Kelas D Penuhvi.\u00a0 Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)vii. Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRMviii.Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)\nInstitut Memandu\nUntuk program ini, terdapat 3 insitut memandu yang terlibat iaitu ;\ni.\u00a0\u00a0 Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhdii.\u00a0 Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhdiii. Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.\nKumpulan Lesen yang Ditawarkan :\nBerikut antara lesen yang ditawarkan dan boleh dimohon oleh peserta ;\ni.\u00a0\u00a0 Lesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial) untuk:ii.\u00a0 Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda)iii. Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer \u2013 Bersendi)iv. Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam)Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas)\nCara Permohonan\nTarikh tutup: 31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam\nPermohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf\u00a0 di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran atau\ndimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Klik https://www.maiamp.gov.my/\u2026/borang-bantuan-zakat.html\nDokumen Sokongan\nPemohon WAJIB melampirkan dokumen tambahan\u00a0iaituSalinan lesen memandu yang dimilikiHantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:\nUnit Pemerkasaan Asnaf,\nBahagian Agihan Zakat\n\n\n\n\nAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,\nJalan Panglima Bukit Gantang Wahab,\n30000 Ipoh, Perak.\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut berkaitan Program Lesen Memandu MAIPk, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf: 019-5711384\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/smart-selangor-parking/", "title": "Smart Selangor Parking : Cara Daftar, Bayar e-Kupon Parkir & Semak Kompaun", "body": ["\n\n", "\nSmart Selangor Parking: Cara Daftar, Bayar e-Kupon Parkir & Semak Kompaun ~ Bermula 3 Januari 2022, segala urusan pembayaran parkir akan diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi negeri Selangor dan akan menggunakan sepenuhnya kaedah digital (online).\u00a0\nSmart Selangor Parkin\nPenggunaan kupon manual akan digantikan dengan pembayaran parkir secara digital. Semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP).\u00a0\nPerkara ini telah dimaklumkan secara rasmi oleh\u00a0 EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han pada Mac yang lepas.\u00a0\nAntara objektif utama Inisiatif Smart Selangor ini adalah untuk membolehkan proses pembayaran parkir menjadi lebih mudah, cepat dan selamat. Selain itu, objektif gagasan Smart Selangor adalah untuk membawa Selangor ke arah negeri berpaksikan rakyat (citizen-centric state) yang didorong oleh falsafah tadbir urus berasaskan penyelesaian pintar.\nSelain membayar parkir, aplikasi ini turut berfungsi membolehkan pengguna untuk;\u00a0\nMembuat bayaran parkir merentasi PBT di SelangorImbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talianMemberi peringatan tempoh tamat parkirPembayaran tempat letak kereta (parkir) secara atas talian\n\nCara Bayar Parking Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking\nSila ikuti langkah-langkah dibawah:\u00a0\n\n\n\n\nAnda perlu memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking di Google/Apple Play Store terlebih dahulu melalui pautan yang diberikan dibawah. Atau,\u00a0 layari laman web: https://www.smartselangor.com.my/services/smart-parking/\nPlayStore:\u00a0https://play.google.com/store/apps/detailsid=my.com.lits.smartselangorparking&hl=en&gl=US\nApple Store: https://apps.apple.com/my/app/smart-selangor-parking/id1369995577\nPengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan.\nSelain itu, anda juga boleh membuat pembayaran melalui ejen e-Kupon yang sah. Ini adalah merupakan alternatif bagi pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar atau belum memuat turun aplikasi tersebut.\u00a0\nSekiranya anda ingin menambah nilai kredit e-kupon, anda boleh melakukannya di beberapa kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart.\nSemakan Kompaun & Cara Bayar Secara Atas Talian (Online)\nSelain pembayaran parkir, melalui aplikasi Smart Selangor Parking ini,\u00a0 anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian dan terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi SSP di pautan berikut: https://www.smartselangor.com.my/\nAtau, hubungi:\u00a0\nEmel: [email\u00a0protected]No tel: 03 \u2013 565 00900\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-skim-rawatan-jantung-selangor-2022/", "title": "Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022", "body": ["\n\n", "\nKerajaan negeri Selangor di bawah belanjawan Selangor 2022, menyediakan skim rawatan jantung Selangor.\nSkim ini membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan, untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah jantung secara percuma. Permohonan dibuka khusus untuk warga Selangor sahaja.\n\u00a0\nKerajaan negeri Selangor memperuntukan dana sebanyak 5 juta untuk skim bantuan ini.\n\u00a0\nApa Itu Skim Rawatan Jantung Selangor\n\nSkim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.\nSkim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM5 juta untuk tahun 2019 sehingga tahun 2022. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).\nProgram ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.\nSebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.\n\u00a0\nSyarat dan Kelayakan\nKategori A\n\n\n\n\nAhli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).\n\nWarganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.\nPendapatan isi rumah Bawah RM3,000 sebulan\nMekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism) -Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan\nHad pembiayaan ;\n\n\n\n\u00a0Saringan Jantung\nProsedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)\nRawatan Susulan (maksimum 2 kali)\n*Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja\n\n\nKategori B\nBukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) & Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.\n\nWarganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.\nPendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan\nMekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism) -Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor\nHad pembiayaan ;\n\n\n\nProsedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)\nRawatan Susulan (maksimum 2 kali)\nMaksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.\n\nCara Mohon Skim Rawatan Jantung Selangor\nKategori A\n\n.Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).\nPesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan\nPermohonan boleh dihantar melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected]dengan tajuk\u00a0PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.\nPemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.\nSekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.\nPesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).\n\nKategori B\n\nPemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang\u00a0https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm\u00a0(Dahulu dikenali sebagai https://pedulisihat.com/cvs.html).\nPermohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke\u00a0[email\u00a0protected]dengan tajuk\u00a0PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.\nPemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.\nSekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon\n\n\u00a0\nSemakan Status Permohonan\nSemakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600\n\nMaklumat Lanjut\n\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Rawatan Jantung Selangor 2022, anda bolh menghubungi ;\nNo Telefon: 1-800-22-6600\nNo Faks: 03 \u2013 5525 6900\nEmel: [email\u00a0protected]\nWebsite : https://pedulisihat.com/cvs.html\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bsh-mahasiswa-anak-negeri-sembilan-2022/", "title": "Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini dibuka.\nMahasiswa dari Negeri Sembilan yang memenuhi kelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan.\n\nBaca Juga : SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, tempoh permohonan bagi bantuan Permohonan BSH 2022 (Fasa 1) dibuka selama 2 MINGGU sahaja bermula 23 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.\nPelajar yang berminat bolehlah kemukakan permohonan segera sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.\nSyarat-Syarat & Kelayakan Bagi Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022\nPemohon anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap\u00a0 pemohon hendaklah di Negeri Sembilan sahaja.\nJika pemohon tidak lahir di negeri sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon hendaklah muat naik sijil tamat berhenti sekolah darjah 6 dan\u00a0 tingkatan 5.\nMasih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam\u00a0\u00a0 (IPTA ) dan Politeknik sahaja.\nPermohonan\u00a0 BSH hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas ( tahun akhir tidak layak memohon).\nPemohon perlu mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).\nIbu bapa pemohon di kategori kumpulan B40 terkini.\nMuat turun borang\u00a0 BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).\nBorang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.\nCara Memohon\nPemohon yang memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan boleh lengkapkan borang serta semak terma dan syarat di pautan di bawah :\nBORANG PERMOHONAN BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022\n\n\n\n\nPomohon juga diminta untuk isi borang yang disertakan di bawah :\nBORANG PENGESAHAN ADUN / PENYELARAS ADUN BAGI BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022\nSURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Yayasan Negeri Sembilan di pautan https://www.yns.gov.my/v7/ms/ . \nPemohon juga boleh hantarkan emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi talian 06 762 8046 untuk sebarang pertanyaan. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-gamuda-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Program Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n", "\nTawaran mendapatkan tajaan Biasiswa Gamuda 2022 kini dibuka. Yayasan Gamuda mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan tajaan biasiswa untuk program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.\n\u00a0\nTawaran ini juga terbuka bagi pelajar lepasan Pra-Universiti* dan pelajar yang menjalani ijazah sepenuh masa pertama. Maklumat lanjut berkaitan cara permohonan, syarat kelayakan seperti di nyatakan di bawah\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa Gamuda\n\nDiasaskan sejak 1996, Biasiswa Gamuda telah membantu ramai anak muda Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat global\nSetiap tahun, Biasiswa Gamuda membolehkan berpuluh-puluh graduan mengikuti pengajian kursus pilihan mereka dan memasuki universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara.\u00a0Sehingga kini, sebanyak 471 pelajar telah mendapat peluang yang telah mengubah kehidupan, perspektif dan kerjaya mereka.\nGamuda komited dalam membentuk generasi pemimpin masa depan dengan menyediakan latihan kepimpinan dan penempatan kerja di dalam oragnisasi Gamuda.\u00a0Kebanyakan graduan yang telah tamat pengajian mendapat manfaat yang besar kerana memilih untuk menyertai Kumpulan Gamuda selepas menamatkan pengajian mereka.\u00a0Hari ini, ramai graduan Gamuda menerajui jawatan pengurusan kanan dalam syarikat.\nLebih daripada sekadar bantuan kewangan, program biasiswa kami menyediakan platform holistik untuk masa depan yang lebih cerah, kerana anda akan memulakan perjalanan yang mengubah hidup\nBaca juga :\u00a0 Tawaran Biasiswa CIMB ASEAN 2022 Program Ijazah Sarjana\nKelebihan Penerima Biasiswa Gamuda\nBantuan kewangan\nTerima sokongan kewangan untuk mengikuti program ijazah pertama anda, meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan (hanya untuk pelajar luar negara).\nPeluang Penempatan\nSebagai sarjana kami, anda akan diberikan latihan amali dan penempatan kerja dalam Kumpulan Syarikat Gamuda selepas tamat pengajian\nProgram Penglibatan dan Pembangunan Pengurusan (SEDP)\n\n\n\n\nProgram ini melengkapkan sarjana kami yang sedang belajar dengan peluang kepimpinan dan rangkaian serta kemahiran yang diperlukan untuk berkembang sebagai profesional bekerja yang serba lengkap.\u00a0Selain itu, anda juga akan mengalami satu siri sesi penglibatan dengan pengurus kanan kami dan pemimpin Gamuda.\n\u00a0\nBaca juga : Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS (CUI) 2022\n\u00a0\nKurusus Pengajian Yang Layak\nTerbuka kepada lepasan Pra-Universiti* dan pelajar yang menjalani ijazah sepenuh masa pertama mereka melanjutkan pengajian tinggi dalam:\n\nKejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)\nSains Alam Sekitar dan Kelestarian / Hortikultur / Pengurusan Biodiversiti\nUkur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan\nPengurusan Hartanah dan Hartanah\nKewangan / Perakaunan\nPengajian Perniagaan / Pentadbiran Perniagaan\nSeni bina\nPsikologi / Pengurusan Sumber Manusia\n\n*STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia.\nMinimum 3A / PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).\nMahir berbahasa Inggeris.\nKualiti kepimpinan yang kukuh- aktiviti ekstrakurikuler, sukan dan khidmat masyarakat.\nBukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.\nMemulakan\u00a0/\u00a0sedang belajar\u00a0sepenuh\u00a0masa program ijazah pertama\u00a0.\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2022\n\u00a0\nCara Mohon Biasiswa Gamuda 2022\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin\n\u00a0\nDokumen Di perlukan\nPemohon dikehendaki melampirkan perkara berikut sebagai dokumen sokongan:\n\nKeputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnya\nSurat tawaran dari universiti/universiti\nTranskrip akademik terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda)\nDokumentasi pendapatan terkini ibu bapa ( cth slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen)\n\nMaklumat Lanjut\nSekirnaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Gamuda 2022, anda boleh ajukan melalui email ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0.atau anda juga boleh layari https://gamuda.com.my/sustainability-esg/yayasan-gamuda/gamuda-scholarship/\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-asrama-malaysia/", "title": "Kemasukan Ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nKemasukan Ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia Sesi 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 ke Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2022/2023 kini dibuka.\nPermohonan ini dibuka khusus untuk semua pelajar Tingkatan 1 2022/2023 yang berbangsa Cina, India serta etnik lain dari seluruh negara.\nProgram Asrama Malaysia (AMal) merupakan inisatif yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama.\n Ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dan pemahaman bagi budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.\nBaca Juga : Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi Program AMal adalah pada 16 Februari 2022.\nDasar Pengambilan Murid Amal\nDasar pengambilan murid bagi Program Asrama Malaysia (Amal) adalah seperti berikut :\nPermohonan terbuka kepada semua kaum dan etnik di Malaysia\nPermohonan terbuka kepada murid Tahun 6 pada tahun 2021 di SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.\nJawatankuasa Pemilihan Murid Amal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan murid Amal.\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang digariskan seperti berikut :\nTerbuka kepada semua warganegara Malaysia\nTerbuka kepada semua kaum\nKeutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.\nSekiranya murid Amal keluar dari Program Asrama Malaysia, pihak sekolah berhak mengambil tindakan mengeluarkan murid tersebut daripada sekolah Amal sekuranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program Amal KPM.\nDokumen Yang Diperlukan\nSetiap pemohon perlulah kemukakan bersama satu salinan dokumen yang disahkan seperti berikut :\nSijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibu bapa\nKeputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2020 dan 2021 bagi permohonan ke Tingkatan 1\nSijil-sijil Akademik, kokurikulum dan sijil-sijil lain\nSlip gaji/Penyata Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Ketua Kampung / Penghulu sekiranya tiada slip gaji.\nDokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan)\nDokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan)\nSekolah Yang Terlibat dalam Program AMal 2022\nSekolah yang terlibat dalam Program Amal adalah seperti berikut : \nSMK Victoria, Kuala Lumpur (Lelaki Sahaja) \nSMK (P) Sultan Ibrahim, Johor (Perempuan Sahaja)\n\n\n\n\nMaktab Sabah, Kota Kinabalu (Lelaki & Perempuan)\nKolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (Lelaki & Perempuan)\nPemohon boleh ke pautan di bawah untuk lihat butiran mengenai setiap sekolah di atas : \nProgram Asrama Malaysia (AMal)\n\nProses Permohonan\nPemohon bolehlah ikuti prosedur permohonan seperti berikut :\nPemohon perlu mengisi Borang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dan telah disahkan.\nPemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Amal.\nPermohonan bagi murid Semenanjung untuk mengikuti Program AMal di Sabah dan Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid ke Sabah dan Sarawak adalah tanggungan sendiri.\nPemohon perlulah memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.\nBorang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada AMal pilihan pertama sahaja.\nPemohon boleh dapatkan borang Permohonan melalui pautan di bawah :\nBorang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM 2022/2023 \nProses Penempatan dan Rayuan\nSemua permohonan ke AMal yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran Asrama Malaysia.\nSemua pemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan kemasukan ke Amal dengan menghubungi sekolah yang ditawarkan seperti dalam surat tawaran.\nPemohon yang berjaya wajib melapor diri ke Amal yang ditetapkan pada tarikh yang dinyatakan pada surat tawaran. Pemohon yang gagal melapor diri pada tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan tawaran penempatan ke sekolah yang dipilih.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pendidikan-muis-2022-yuran-pendaftaran-awal-ipta-tiket-penerbangan/", "title": "Bantuan Pendidikan MUIS 2022 : Yuran Pendaftaran Awal IPTA & Tiket Penerbangan", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan bantuan pendidikan MUIS 2022 telah dibuka. Bagi anak Sabah yang akan melanjutkan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara pada tahun semasa.\nMajlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membuka permohonan bagi Bantuan Pendidikan MUIS yang merangkumi yuran pendaftaran awal dan tiket penerbangan sehala.\nUntuk makluman, MUIS ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI\u2019 92). Di bawah seksyen 32 EPUI\u201992 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.\nAntara objektif penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.\nBantuan ini (Yuran Pendaftaran Awal IPTA & Tiket Penerbangan) diutamakan kepada golongan fakir, miskin, mualaf dan juga para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka.\nApakah Bantuan Pendidikan MUIS 2022\n\nBahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah menyediakan Skim bantuan pendidikan khusus untuk Penduduk asal Negeri Sabah.\nDi bawah skim bantuan pendidikan terdapat 5 jenis bantuan yang boleh dipohon iaitu ;\nBantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTABantuan Tiket Penerbangan IPTADermasiswa (Awal)Dermasiswa (Lanjutan)Dermasiswa (Tiket Akhir)\n**Bantuan pendidikan yang boleh dimohon buat masa sekarang, Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA dan Bantuan Tiket Penerbangan IPTA\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian\nUntuk pelajar yang ingin memohon bantuan pendidikan ini, berikut senarai peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini :\nSijilAsasiDiplomaIjazah Sarjana Muda\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPenduduk asal Negeri Sabah.Warganegara Malaysia/permastautin tetapTidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.Klik pada bahagian Log Masuk.Klik bahagian \u2018Daftar Sekarang.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Pengesahan.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Buat pendaftaran sehingga tamat.Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email\u00a0[email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS 2022, sila hubungi 088-279 206/179.\nBaca juga ;\nPermohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ranking-sbp-terbaik/", "title": "Ranking SBP Terbaik Berdasarkan Keputusan SPM 2022", "body": ["\n\n", "\n2023 Ranking SBP terbaik berdasarkan keputusan SPM 2022 mencatatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak (INTEGOMB) dengan pencapaian gred purata maktad (GPM) 1.05 dengan 71 orang mendapat semua A dan empat orang daripadanya memperoleh semua A tambah menjadikan SBP Integrasi Gombak di nobatkan sebagai Sekolah Terbaik mengungunguli Keputusan SPM 2022 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) seluruh Malaysia.\nKeputusan ini berdasarkan data terkini selepas pengumuman keputusan SPM 2022 diumumkan baru-baru ini pada 8 Jun 2023 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.\nPencapaian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 adalah lebih baik berbanding tahun 2021. Gred Purata Nasional (GPN) tahun 2022 adalah 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021 iaitu perbezaan sebanyak 0.12.\nPencapaian SPM tahun 2022 bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan. Jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2022 telah semakin mengecil, iaitu sebanyak 0.03 mata berbanding tahun 2021.\n\n\n\n\nNota: Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik\nSenarai Sekolah Berasrama Penuh Mengikut Negeri \nBilNegeriNama Sekolah1PerlisSM Sains Tuanku Syed Putra2KedahSM Sultan Abdul Halim3KedahSM Sains Pokok Sena4KedahSM Sains Sultan Mohamad Jiwa5KedahSM Sains Kubang Pasu6KedahSBP Integrasi Kubang Pasu7Pulau PinangSMs Tun Syed Sheh Shahabudin8Pulau PinangSM Sains Kepala Batas9PerakThe Malay College Kuala Kangsar10PerakSM Sains Raja Tun Azlan Shah11PerakSekolah Tuanku Abdul Rahman12PerakSM Sains Teluk Intan13PerakSBP Integrasi Gopeng14PerakSM Sains Tapah15PerakSM Sains Bagan Datoh16PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah17Kuala LumpurSM Sains Alam Shah18Kuala LumpurSM Sains Seri Puteri19Kuala LumpurSM Sains Selangor20SelangorSM Sains Kuala Selangor21SelangorSekolah Seri Puteri22SelangorKolej Islam Sultan Alam Shah23SelangorSM Sains Hulu Selangor24SelangorSM Agama Persekutuan Kajang25SelangorSBP Integrasi Gombak26SelangorSBP Integrasi Sabak Bernam27SelangorSBP Integrasi Rawang28SelangorSM Sains Banting29Negeri SembilanSM Agama Persekutuan Labu30Negeri SembilanKolej Tunku Kurshiah31Negeri SembilanSekolah Dato\u2019 Abdul Razak32Negeri SembilanSM Sains Tuanku Jaafar33Negeri SembilanSM Sains Tuanku Munawir34Negeri SembilanSBP Integrasi Jempol35Negeri SembilanSM Sains Rembau36Negeri SembilanSMs Perempuan Seremban37MelakaSBP Integrasi Selandar38MelakaSM Sains Muzaffar Shah39JohorSekolah Tun Fatimah40JohorSM Sains Muar41JohorSM Sains Johor42JohorSM Sains Kota Tinggi43JohorSM Sains Sultan Iskandar44JohorSM Sains Sembrong45JohorSM Sains Batu Pahat46PahangSM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah47PahangSM Sains Tengku Abdullah48PahangSekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan49PahangSBP Integrasi Kuantan50PahangSBP Integrasi Tun Abdul Razak51PahangSBP Integrasi Temerloh52PahangSM Agama Persekutuan Bentong53TerengganuSM Sains Sultan Mahmud54TerengganuSM Sains Kuala Terengganu55TerengganuSM Sains Dungun56TerengganuSBP Integrasi Batu Rakit57TerengganuSM Sains Hulu Terengganu58TerengganuSM Sains Setiu59KelantanSM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra60KelantanSM Sains Machang, Kelantan61KelantanSM Sains Pasir Puteh62KelantanSM Sains Jeli63KelantanSM Sains Gua Musang64SabahSM Sains Sabah65SabahSM Sains Lahad Datu66WP LabuanSM Sains Labuan67SarawakSM Sains Kuching68SarawakSM Sains Miri69SarawakSM Sains Kuching Utara\nRanking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik 2023 Berdasarkan keputusan SPM 2022\n\nBerikut pula kami senaraikan ranking sbp terbaik SPM 2022, mengikut turutan gred purata sekolah ;\nRankingNama SekolahGPSNegeri1SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB)1.05Selangor2Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)1.07Selangor3Kolej Tunku Kursiah (TKC)1.12Perak4Sekolah Seri Puteri (SSP)1.2Kuala Lumpur5Sekolah Tun Fatimah (STF)1.36Johor6Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS)1.38Kelantan7Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (Kusess)1.42Selangor8Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (TSMP)1.46Kelantan9Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)1.48Perak10Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (Sakti)1.53Johor\nMaklumat Lanjut\nSenarai penuh ranking sbp terbaik berdasarkan keputusan spm 2022, adalah sebagai penanda aras kedudukan terkini SBP seluruh Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk memasuki sekolah berasrama penuh, anda boleh layari website Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perkeso-psu/", "title": "Semakan PERKESO PSU 5.0 : Subsidi Upah 2022", "body": ["\n\n", "\nSemakan bantuan PERKESO PSU 5.0\u00a0 Subsidi Upah Bersasar 2022 boleh di buat secara online. Permohonan untuk bantuan PERKESO PSU 5.0 adalah berkuatkuasa mulai 30 Disember 2021.\nPermohonan untuk Subsidi Upah 2022 PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat wabak COVID-19.\nUntuk makluman anda, SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.\nApakah Itu PERKESO PSU 5.0 Program SIP Subsidi Upah Bersasar?\nPSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.\nTujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.\nBagi PSU 5.0, golongan sasaran adalah majikan dalam sektor pelancongan\nTarikh Permohonan /Kuatkuasa\nPSU 5.0 BAJET 2022 berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.\nTarikh tutup permohonan PSU 5.0 2022\nTarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.\nSyarat Kelayakan Majikan\nHad Bilangan Pekerja yang Boleh Dituntut maksima 500 orangKadar Bayaran bagi majikan RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan\nBagi sektor pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan\nSyarat-Syarat Kelayakan\nKadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 /2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022.Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM -Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2022Tiada had gaji pekerja\nSyarat-Syarat Lain\nBagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan, sepanjang program dijalankan. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji dengan persetujuan bersama pekerja.\nCara Permohonan\nPermohonan\u00a0hendaklah\u00a0dikemukaka oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my\nPermohonan PSU 5.0 Bukan Sektor Pelancongan\nMajikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 boleh mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php\nPERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad\nSenarai Tidak Layak Memohon PSU 5.0\nMajikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Januari 2022;Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2022;Majikan yang belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;Pekerja yang telah diberhentikan kerja;Pekerja yang sedang digajikan di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);\nPekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan);Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); danMajikan yang menarik diri dari permohonan PSU 5.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.\nSenarai dokumen di perlukan\nDokumen yang diperlukan ialah:Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitanSalinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhanAkuan Pengisytiharan PSU 5.0\nMaklumat Business Registration Number (BRN)\nMaklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.Majikan hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah yang betul dan tepat.Majikan perlu memuat turun borang BRN dari portal PRIHATIN melalui capaian di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my, seterusnya mengisi, melengkapkan borang dan memuat naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.\nMaklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).Kegagalan majikan dalam memberikan BRN yang betul akan melambatkan proses pembayaran subsidi upah\nBorang Akuan Pengisytiharan PSU 5.0\nAkuan Pengisytiharan PSU 5.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 5.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan yang mengemukakan permohonan.\nPermohonan baru\nBagi majikan yang pernah menerima atau tidak bantuan daripada Program Subsidi Upah (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 dan PSU 4.0) semua majikan yang berkelayakan di bawah PSU 5.0 hendaklah mengemukakan permohonan baru di laman web prihatin.perkeso.gov.my\nMemandangkan syarat PSU 5.0 adalah berbeza dengan PSU-PSU sebelum ini.\nMajikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.\n\n\n\n\nKegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang\nPengiraan Penurunan Pendapatan 30% Peratus\n\nMajikan boleh membuktikan penurunan pendapatan atau jumlah jualan sebanyak 30% atau lebih dengan menyatakan jumlah berkenaan di dalam permohonan PSU 5.0 melalui capaian portal prihatin.perkeso.gov.my yang menunjukkan kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan Oktober/November/Disember tahun 2021 berbanding dengan mana- mana bulan pada tahun 2019 /2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.\nSemakan Majikan Yang Diluluskan PSU\nPekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan \u00a0permohonan PSU di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my.\nSekiranya majikan yang\u00a0menyertai PSU 5.0 tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja, pekerja boleh membuat aduan berhubung PSU 5.0 di https://eaduansip.perkeso.gov.my.\nSekiranya pihak PERKSESO menerima aduan daripada pekerja berkaitan isu bayaran gaji dan pemberhentian pekerja \u00a0setelah bantuan PSU diterima, PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula \u00a0bayaran yang telah diterima oleh majikan dan tindakan undang- undang boleh diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan\nSebarang masalah perburuhan di luar PSU 5.0, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03 -8886 2409 atau emel di jtk[email\u00a0protected]\nCaruman Bekerja Yang Diberi Cuti Tanpa Gaji\nMajikan masih perlu membayar caruman PERKESO dan SIP seperti biasa semasa dan selepas menerima bayaran PSU sebagaimana gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja setiap bulan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Bajet 2022 PERKESO PSU 5.0 ;\nSila semak terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di\n\u00a0soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0).\nWebsit : www.perkeso.gov.my\nPertanyaan dan aduan\nLayar ; eaduansip.perkeso.gov.my\nHotline PSU\n03-80915400\nLampiran Senarai Sektor Dan Aktiviti Industri Layak 3 Bulan Di Bawah PSU 5.0\n\n\n\nArtikel berkaitan : SIP Gig PERKESO \u2013 Bantuan Untuk Orang Bekerja Sendiri\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kiss-selangor-cara-mohon-bantuan-kasih-ibu-smart-selangor/", "title": "KISS Selangor | Cara Mohon Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor", "body": ["\n\n", "\nKISS Selangor | Cara Mohon Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor ~ Sukacita dimaklumkan, pendaftaran online bagi Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kini telah dibuka bagi tahun 2022.\u00a0\nKISS Selangor\nKISS Selangor (Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor) adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor\u00a0 untuk membantu para ibu tunggal\u00a0 dari kumpulan B40 dan berasal dari Selangor dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.\nMenerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).\nBerikut ialah antara senarai barang keperluan yang termasuk dalam bantuan ini;\n\u200bBerasMi dan BihunRotiBiskutTelurGula dan GaramRempah ratusTepungMinyak masakSayur-sayuranDaging ayam, lembu, kambing dan ikanSabun dan bahan pencuci (detergent)Lampin pakai buang (bayi / dewasa)Produk tenusu \u2013 susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manisBarangan persekolahan \u2013 kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya\nNOTA: Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaLahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahunPemilih berdaftar di SelangorIbu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawahBerdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)\nCara Membuat Permohonan\u00a0\nAnda boleh mendaftar permohonan anda dan muat turun borang melalui pautan berikut\nhttps://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/\nSila sertakan sekali:\nSalinan Kad PengenalanSalinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sahSalinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan PolisSalinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasihSalinan Pemilih Berdaftar Di Selangor\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi/layari :\u00a0\nLaman web: https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/\u00a0Talian: 1800-22-6600Email: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/johor-apprentice-2022/", "title": "Johor Apprentice 2022 : Program Persediaan Bekerja Untuk Belia Johor", "body": ["\n\n", "\nJohor Apprentice 2022 : Program Persediaan Bekerja Untuk Belia Johor ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi program Johor Apprentice 2022 kini dibuka untuk belia Johor timba pengalaman bekerja. \n Program ini dibangunkan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan GLC Negeri Johor bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada golongan belia untuk menghadapi alam pekerjaan.\n Di samping itu, ia juga merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk membangunkan modal insan khususnya anak jati Johor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.\nJohor Apprentice program memegang matlamat untuk membina individu yang berpersonaltiti dan berketerampilan dari segi kepimpinan. Elaun juga akan diberkan kepada peserta yang mengikuti program ini.\nTarikh Tutup Permohohonan Johor Apprentice 2022\nUntuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 27 Februari 2022.\n\n\n\n\n\n\u00a0Syarat Kelayakan\nPermohonan bagi Johor Apprentice adalah terbuka kepada semua anak jati Johor yang memegang kelayakan seperti berikut :\nBerkelulusan ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.Merupakan anak kelahiran negeri JohorBerusia 25 tahun dan ke bawah semasa sedang memohon Komited untuk mengikuti latihan sepenuh masa sepanjang enam bulan (Jun sehingga November 2022)Berkemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baikBerpengetahuan am luas, terutamanya mengenai negeri Johor, sistem pemerintahan kerajaan, isu-isu semasa dan sebagainya.Berkemahiran tambahan seperti kemahiran ICT, kecekapan menguruskan media massa, menyunting video dan lain-lain.Keutamaan diberikan kepada yang belum bekerja / menganggur. \nCara Daftar Program Johor Apprentice 2022\nBagi yang berminat, sila kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan berikut :\nBorang Permohonan Johor Apprentice 2022 \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Dalyana di talian 019 2662 576 atau layari laman Facebook Rasmi Institut Dato Onn . \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/poslaju-senarai-kadar-postage-2022/", "title": "POSLAJU: Senarai Kadar Harga/Kos Postage 2022", "body": ["\n\n", "\nPOSLAJU: Senarai Kadar Harga/Kos Postage 2022 ~ Pembelian secara atas talian semakin mendapat tempat dalam kalangan pembeli. Sehubungan dengan itu, pihak penjual perlu bijak memilih kurier yang terbaik sebagai medium penghantaran barang yang dipesan oleh pembeli.\u00a0\nSenarai Kadar Harga Postage & Rate Harga Pos Laju 2022\u00a0\nSenarai Kadar Harga Postage & Rate Harga Pos Laju ini adalah merupakan senarai yang terkini untuk penghantaran dalam malaysia dan ke luar negara mengikut timbangan berat timbang.\u00a0\nSila rujuk butiran lanjut dibawah untuk menyemak senarai kadar bayaran harga poslaju mengikut berat dan kos penghantaran untuk setiap jenis sampul surat prabayar, plastik, express dokumen & kotak prabayar serta kain-lain lagi.\u00a0\nSenarai kos harga adalah termasuk untuk penghantaran di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.\n\n\n\n\nKos Harga Postage Poslaju\npos dari Sabah ke semenanjungpos dari Sarawak ke semenanjungpos dari semenanjung ke Sabahpos dari Semenanjung ke Sarawak\nPERKARAHarga Pos Laju Terkini 2022 termasuk prepaid, kotak, sampul prabayarhttps://www.pos.com.my/send/pos-laju.html\n\nHarga Flyers Poslaju 2022 Prepaid\nPERKARAHarga Kategori Prepaidhttps://www.pos.com.my/send/pos-laju/domestic/prepaid.html\nPos Ekspres dan Harga Pos Ekspres Xpresdrop\nPERKARAHarga Pos Express 2022 pricehttps://www.pos.com.my/send/pos-laju/domestic/express.html\nHarga Parcel Pos Laju 2022\nPERKARAHarga Poslaju rate Parcelhttps://www.pos.com.my/send/pos-laju/domestic/economy.html\nKadar Pos Motor (Motosikal)\nPERKARAHarga pos motor poslaju 2022 samada hantar motosikal di dalam semenanjung mahupun ke Sabah dan Sarawakhttps://www.pos.com.my/send/pos-laju/domestic/services/motorcycle-delivery.html\n\nCara Menyemak PosLaju Tracking Express\nUntuk mengetahui status parcel anda, sila semak no tracking anda daripada masa ke semasa melalui pautan bawah ini : https://www.pos.com.my/\nKATEGORIKOD TRACKINGUrusan pos dilakukan di kaunter di mana akan sampai antara 1 hingga hari bekerjaEXxxxxxxxMYUntu penghantaran domestik, akan ambil masa lebih lama untuk sampai (3 hingga 5 hari bekerja) dengan caj yang lebih murahCDxxxMYKod ini untuk yang ada kaun dengan Shopee di mana ia turut sama mengambil masa 1 hingga 2 hari bekerja untuk sampaiPLxxxxUntuk yang ini anda perlu beli pelekat terlebih dahulu, bungkus sendiri tetapi harga caj lebih murah dan jangkamasa sampai antara 1- 3 hari bekerjaEHAxxxxxxxMY\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi;\u00a0\nPERKARAPAUTANContact Number (HOTLINE)1-300-300-300Customer Service (EMAIL)[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pemandu-pelancong-2022/", "title": "Bantuan \u00a0Pemandu Pelancong 2022 ~ RM1500 Bajet 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Pemandu Pelancong Tourist Guide (TG)2022 sebanyak RM1500 bajet 2022.Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau Ministry of Tourism and Culture (MOTAC) menerusi bajet 2022, menyediakan insiatif bantuan kewangan sebanyak RM1500.00 kepada Pemandu Pelancong Berlesen.\nApakah itu Bantuan Pemandu Pelancong (TG)?\nBantuan TG adalah bayaran tunai RM750 sebulan untuk 2 bulan (bulan Februari dan Mei) kepada TG yang terkesen semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang berkuatkuasa akibat COVID-19.Bantuan ini bagi membantu pengoperasian semula aktiviti pemanduan TG dalam Pelan Pemulihan Negera (PPN).\nSyarat Kelayakan\nBantuan ini diberikan kepada TG yang berlesen dengan MOTAC yang masih sah sahaja.Hanya\u00a0Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.Pemohon hendaklah memiliki lesen\u00a0Pemandu Pelancong Bandar/ Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat/ Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak atau Sabah (RSTG) yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC.Penerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021\u00a0akan terus layak menerima bantuan ini. Insiatif ini juga di panjangkan kepada pemegang lesen Pemandu Pelancong yang masih sah laku pada 31 Oktober 2021 layak menerima bantuan kewangan ini.Lesen Pemandu Pelancong yang telah\u00a0tamat tempoh sah laku sebelum atau pada 1 November 2021 dan tidak mengemukakan pembaharuan lesen pemandu pelancong berserta dengan bayaran fi proses sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.\n\nCara Memohon\nPemohon yang layak perlu mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan secara atas talian kepada Pejabat MOTAC Negeri berkenaan.Maklumat lanjut berhubung bantuan ini boleh dirujuk di laman sesawang\u00a0MOTAC.\nBayaran\nPemberian bantuan kewangan ini\u00a0hanya diberikan kepada individu yang layak sahaja. Proses bayaran peringkat pertama sebanyak RM1,000.00 bermula pada bulan Februari 2022 dan baki bayaran RM500.00 akan dilakasanakan pada bulan Mei 2022.\nSoalan Lazim\nAdakah Pemandu Pelancong Kategori Sementara (Warga Asing) layak untuk bantuan kewangan di bawah inisiatif Bajet 2022?\nHanya Warganegara Malaysia (MyKad) yang memiliki/memegang lesen Pemandu Pelancong yang dikeluarkan oleh MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.\nAdakah Lesen Pemandu Pelancong yang telah tamat tempoh pada 31 Oktober 2021 dan tidak memperbaharui lesen sebelum tarikh tersebut tetapi telah membuat pembaharuan pada 1 November 2021 layak menerima bantuan ini?\nTidak layak. Hanya individu yang memiliki Lesen Pemandu Pelancong yang masih sah atau mengemukakan permohonan pembaharuan dengan MOTAC pada atau sebelum 31 Oktober 2021 sahaja yang layak bantuan kewangan ini.\nAdakah seorang Pemandu Pelancong yang memegang pelbagai kategori lesen seperti Pemandu Pelancong Bandar dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat yang masih sah di dalam pelbagai bahasa dapat memohon bantuan di bawah inisiatif Bajet 2022?\nPemberian bantuan kewangan ini hanya diberikan secara One-Off ke atas setiap individu sahaja. Pemberian kewangan ini tidak diberikan berdasarkan bilangan kategori lesen yang dimiliki.\nApakah jenis kategori lesen Pemandu Pelancong yang layak menerima bantuan Bajet 2022 ini?\nPemegang lesen Pemandu Pelancong yang layak menerima bantuan kewangan ini mestilah terdiri daripada kategori Bandar/ Alam Semulajadi Setempat/ Khas Wilayah Sarawak dan Khas Langkawi yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan masih sah laku layak menerima bantuan ini.\nJika Pemandu Pelancong yang tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh MOTAC adakah individu tersebut boleh membuat rayuan kepada MOTAC?\nHanya Pemandu Pelancong Berlesen yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.\nPemandu Pelancong yang tidak layak untuk menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif PEMERKASA+ 2021 ataupun tetapi telah memenuhi syarat-syarat kelayakan Bajet 2022, adakah individu tersebut akan menerima bantuan kewangan ini?\nIndividu ini masih layak untuk menerima bantuan kewangan Bajet 2022 jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MOTAC.\n\n\n\n\nSekiranya ada pertanyaan lanjut berkenaan dengan bayaran bantuan Bajet 2022 bagaimanakah orang ramai boleh mendapat maklumat?\nMakluman berkenaan bayaran bantuan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman sesawang rasmi dan Facebook rasmi MOTAC. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi\n\u00a0Agensi\nBAHAGIAN PELESENAN & PENGUATKUASAAN PELANCONGAN (BPPP), MOTAC\nTelefon :03-8891 72019\nEmel ; [email\u00a0protected]\nWebsite : motac.gov.my\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-roadtax-kereta-2023/", "title": "Harga Roadtax Kereta 2023 Senarai Terkini JPJ", "body": ["\n\n", "\nBagi tahun 2023 senarai harga roadtax kereta di Malaysia bergantung pada beberapa faktor seperti kapasiti enjin, jenis kenderaan, umur kenderaan, penggunaan kenderaan dan tempoh pendaftaran. Anda boleh merujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memperbaharui roadtax kereta anda atau melalui ejen-ejen insurans kenderaan yang sah seperti Pejabat Pos dan lain-lain untuk anda memperbaharui roadtax kenderaan anda.\nTetapi sebelum itu, mungkin anda nak tahu terlebih dahulu apakah faktor yang mempengaruhi kos dan harga untuk memperbaharui roadtax kenderaan anda.\nFaktor Mempengaruhi Harga Roadtax Kenderaan\nHarga roadtax untuk kereta di Malaysia ditentukan berdasarkan beberapa faktor, antaranya ialah:\n\nKapasiti Enjin: Harga roadtax biasanya berkaitan dengan saiz enjin kenderaan anda. Semakin besar kapasiti enjin, semakin tinggi harga roadtax.\nJenis Kenderaan: Jenis kenderaan anda seperti kereta, lori atau motosikal juga memainkan peranan dalam menentukan harga roadtax. Setiap jenis kenderaan mempunyai kadar cukai yang berbeza.\nUmur Kenderaan: Umur kenderaan juga mempengaruhi harga roadtax. Semakin tua kenderaan anda, semakin rendah harga roadtax.\nPenggunaan Kenderaan: Penggunaan kenderaan anda seperti peribadi atau komersial turut mempengaruhi harga roadtax.\nTempoh Pendaftaran: Tempoh pendaftaran kenderaan juga mempengaruhi harga roadtax. Biasanya, pendaftaran kenderaan untuk tempoh setahun akan mempunyai harga roadtax yang lebih rendah berbanding pendaftaran untuk tempoh tiga tahun.\n\n\nKetahui juga : Aplikasi MyJPJ Cara Daftar & Semak Paparan Digital LKM, LMM\nHarga Roadtax Kereta 2023\nUntuk memudahkan anda membuat calculation harga roadtax untuk anda membuat kira-kira bajet kewangan anda, disini kami senaraikan harga roadtax kereta 2023 mengikut model kenderaan, cc dan pecahan harga bagi pengguna di semenanjung dan juga Sabah & Sarawak.\n\nHarga Roadtax Kereta Perodua 2023\nModel KeretaCC KeretaHargaSemenanjugMalaysiaHargaSabah & SarawakPerodua Alza 1.51495ccRM90RM56Perodua Aruz 1.51496ccRM90RM56Perodua Ativa 1.0996ccRM20RM20Perodua Axia 1.0998ccRM20RM20Perodua Bezza 1.0998ccRM20RM20Perodua Bezza 1.31300ccRM70RM56Perodua Myvi 1.31329ccRM70RM56Perodua Myvi 1.51496ccRM90RM56Perodua Kancil850ccRM20RM20Perodua Kelisa1000ccRM20RM20Perodua Kembara 1.31300ccRM70RM56Perodua Rusa 1.61590ccRM90RM56Perodua Rusa 1.31296ccRM70RM56Perodua Viva 1.0989ccRM20RM20Perodua Viva 660659ccRM20RM20\nBaca juga : Semakan No.Plat Terkini Mengikut Negeri\n\n\n\n\nHarga Roadtax Kereta Model Proton 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjugMalaysiaHarga Sabah & SarawakProton Ertiga 1.41373ccRM70RM56Proton Exora 1.61561ccRM90RM56Proton Gen2 1.31332ccRM70RM56Proton Gen2 1.61597ccRM90RM56Proton Iswara 1.31298ccRM70RM56Proton Iswara 1.51468ccRM90RM56Proton Perdana 2.01997ccRM378.50RM237.25Proton Perdana 2.42354ccRM734RM451Proton Persona 1.61597ccRM90RM56Proton Preve 1.61561ccRM90RM56Proton Saga 1.31332ccRM70RM56Proton Saga 1.61597ccRM90RM56Proton Satria Neo 1.61597ccRM90RM56Proton Satria GTi 1.81834ccRM297RM232.50Proton Savvy 1.21149ccRM55RM44Proton Suprima 1.61561ccRM90RM56Proton Inspira 1.81798ccRM279.20RM223.36Proton Inspira 2.01998ccRM379RM273.50Proton Iriz 1.31332ccRM70RM56Proton Iriz 1.61596ccRM90RM56Proton X50 1.51,477 ccRM90RM56Proton X70 1.81799ccRM279.60RM223.68Proton Waja 1.61597ccRM90RM56Proton Waja 1.81783ccRM273.20RM218.56Proton Wira 1.31298ccRM70RM56Proton Wira 1.51468ccRM90RM56Proton Wira 1.81834ccRM297RM232.50\nHarga Roadtax Kereta Model Honda 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjugMalaysiaHarga Sabah & SarawakHonda Accord 1.51498ccRM90RM56Honda Accord 2.01997ccRM378.50RM273.25Honda Accord 2.42356ccRM736RM452Honda BR-V 1.51497ccRM90RM56Honda City 1.51497ccRM90RM56Honda Civic 1.31339ccRM70RM56Honda Civic 1.51498ccRM90RM56Honda Civic 1.71668ccRM227.20RM181.76Honda Civic 1.81799ccRM279.60RM223.68Honda Civic 2.01998ccRM379RM273.50Honda Civic 2.0 Type-R1998ccRM379RM273.50Honda CR-V 1.51498ccRM90RM56Honda CR-V 2.01997ccRM378.50RM273.25Honda Elysion 2.42354ccRM734RM451Honda Freed 1.51497ccRM90RM56Honda HR-V 1.51496ccRM90RM56Honda HR-V 1.81799ccRM279.60RM223.68Honda Insight 1.31339ccRM70RM56Honda Integra 2.01998ccRM379RM273.50Honda Jazz 1.51497ccRM90RM56Honda Jazz Hybrid 1.31339ccRM70RM56Honda Odyssey 2.22156ccRM536RM352Honda Odyssey 2.42356ccRM736RM452Honda Stream 1.81799ccRM279.60RM223.68Honda Stream 2.01998ccRM379RM273.50Honda CR-Z 1.51496ccRM90RM56\nHarga Cukai Jalan Kereta Model Toyota 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjungMalaysiaHarga Sabah & SarawakToyota 861998ccRM379RM273.50Toyota Alphard 2.42362ccRM729.60RM402.28Toyota Alphard 2.52493ccRM834.40RM459.92Toyota Alphard 3.02995ccRM1,632.00RM898.60Toyota Alphard 3.53456ccRM2,369RM1,450.20Toyota Altis 1.81798ccRM279.20RM223.36Toyota Avanza 1.31298ccRM100RM50Toyota Avanza 1.51496ccRM120RM60Toyota Caldina 2.01998ccRM379RM273.50Toyota Camry 2.01998ccRM379RM273.50Toyota Camry 2.22163ccRM543RM355.50Toyota Camry 2.42362ccRM742RM455Toyota Camry 2.52494ccRM874RM521Toyota CH-R 1.81798ccRM279.20RM223.36Toyota Corolla Altis 1.81798ccRM279.20RM223.36Toyota Estima 2.42393ccRM773RM470.50Toyota Estima 3.53456ccRM4,182RM1,639.60Toyota Fortuner 2.42393ccRM773RM470.50Toyota Fortuner 2.72694ccRM1365RM718Toyota Harrier 2.01998ccRM379RM273.50Toyota GR Supra2998ccRM2,125RM1,022Toyota Harrier 2.32360ccRM740RM454Toyota Harrier V6 3.02994ccRM2,115RM1,018Toyota Hiace 2.01997ccRM378.50RM273.25Toyota Hiace 2.52494ccRM874RM521Toyota Hiace 2.72694ccRM1,365RM718Toyota Hilux 2.42393ccRM773RM470.50Toyota Hilux 2.52494ccRM874RM521Toyota Hilux 2.82755ccRM1,517.50RM779Toyota Hilux 3.02982ccRM2,085RM1,006Toyota Innova 2.01998ccRM379RM273.50Toyota Previa 2.42362ccRM742RM455Toyota Prius 1.51497ccRM90RM56Toyota Prius 1.81798ccRM279.20RM223.36Toyota RAV4 2.01987ccRM373.50RM270.75Toyota Rush 1.51496ccRM90RM56Toyota Sienta 1.51497ccRM90RM56Toyota Unser 1.81781ccRM272.40RM217.92Toyota Vellfire 2.52494ccRM874RM521Toyota Vios 1.51496ccRM90RM56Toyota Wald 2.01998ccRM273.50RM379Toyota Wish 1.81797ccRM278.80RM223.04Toyota Wish 2.01998ccRM379RM273.50Toyota Yaris 1.51496ccRM90RM56Toyota Yaris GR 1.61618ccRM207RM165\nHarga Roadtax Kereta Model Mitsubishi 2023\nModel KeretaCC KeretaHargaSemenanjug MalaysiaHarga Sabah &SarawakMitsubishi Attrage 1.21193ccRM55RM44Mitsubishi Airtrek 2.0 Turbo1997ccRM378.50RM273.25Mitsubishi ASX 2.01998ccRM379RM273.50Mitsubishi Chariot 2.42354ccRM734RM451Mitsubishi Grandis 2.42378ccRM758RM463Mitsubishi Lancer 2.01998ccRM379RM273.50Mitsubishi Lancer Sportback 2.42360ccRM740RM454Mitsubishi Mirage 1.21193ccRM55RM44Mitsubishi Outlander 2.01998ccRM379RM273.50Mitsubishi Outlander 2.42360ccRM740RM454Mitsubishi Pajero IO1834ccRM297RM232.50Mitsubishi Pajero L0472555ccRM1,017.50RM579Mitsubishi Pajero 2.52477ccRM857RM512.50Mitsubishi Pajero 3.83828ccRM5,856RM2,141.80Mitsubishi Triton 2.42442ccRM822RM495Mitsubishi Triton 2.52477ccRM857RM512\nHarga Cukai Jalan Kereta Model Nissan 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjugMalaysiaHarga Sabah &SarawakNissan 370Z Coupe 3.73696ccRM5,262RM1963.60Nissan 370Z Roadster 3.73696ccRM5262RM1963.60Nissan Almera 1.51498ccRM90RM56Nissan Cefiro1995ccRM377.50RM272.75Nissan Elgrand 3.53498ccRM4,371RM1,696.30Nissan Fairlady 3.53498ccRM4,371RM1,696.30Nissan Frontier 2.5 4WD2488ccRM868RM518Nissan Grand Livina 1.61598ccRM90RM56Nissan Grand Livina 1.81798ccRM279.20RM223.36Nissan GTR R-353799ccRM5,725.50RM2,102.65Nissan Latio 1.61598ccRM90RM56Nissan Latio Hatcback 1.81798ccRM279.20RM223.36Nissan Leaf EV0ccRM20RM20Nissan Liberty1998ccRM379RM273.50Nissan Murano 3.53498ccRM4,371RM1,696.30Nissan Navara 2.52488ccRM868RM518Nissan NV350 Urvan 2.52488ccRM868RM518Nissan Sylphy 1.81798RM279.20RM223.36Nissan Sentra 1.61597ccRM90RM56Nissan Serena 2.01997ccRM378.50RM273.25Nissan Teana 2.01997ccRM378.50RM273.25Nissan Teana 2.5 V62488ccRM868RM518Nissan Vanette1488ccRM90RM56Nissan X-Gear 1.61598ccRM90RM56Nissan X-Trail 2.01997ccRM378.50RM273.25Nissan X-Trail 2.52488ccRM868RM518\nHarga Cukai Jalan Model Mazda 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjungMalaysiaHargaSabah &SarawakMazda 2 Hatchback & Sedan 1.51496ccRM90RM56Mazda 3 Hatchback & Sedan 1.51496ccRM90RM56Mazda 3 Hatchback & Sedan 2.01998ccRM379RM273.50Mazda 5 2.01998ccRM379RM273.50Mazda 6 Sedan 2.01998ccRM379RM273.50Mazda 6 Sedan 2.52488ccRM868RM518Mazda 6 Grand Touring 2.52488ccRM868RM518Mazda 8 2.32260ccRM640RM404Mazda BT-502198ccRM578RM373Mazda BT-50 3.23198ccRM3,021RM1,291.30Mazda CX-3 2.01998ccRM379RM273.50Mazda CX-5 2.01998ccRM379RM273.50Mazda CX-5 2.22191ccRM571RM369.50Mazda CX-5 2.52488ccRM868RM518Mazda CX-9 2.52488ccRM868RM518Mazda CX-8 2.22191ccRM571RM369.50Mazda CX-8 2.52488ccRM868RM518Mazda MX-51998ccRM379RM273.50Mazda CX-30 1.81759ccRM263.60RM210.88Mazda CX-30 2.01998ccRM379RM273.50\nHarga Cukai Jalan Kereta Model Kia 2023\nModel KeretaCC KeretaHargaSemenanjungMalaysiaHarga Sabah &SarawakKia Cerato 1.61591ccRM90RM56Kia Cerato 2.01999ccRM379.50RM273.75Kia EV6 GT-Line AWDElectric driveRM20RM20Kia Forte 2.01998ccRM379RM273.50Kia Forte Koup 2.01998ccRM379RM273.50Kia Forte 1.61591ccRM90RM56Kia Grand Carnival2199ccRM579RM373.50Kia Optima 2.01998ccRM379RM273.50Kia Picanto 1.21248ccRM70RM56Kia Pregio2665ccRM1,292.50RM689Kia Rio 1.41368ccRM70RM56Kia Spectra 1.61591ccRM90RM56Kia Stinger 2.01998ccRM379RM273.50Kia Stinger 3.3 V63342ccRM3,669RM1,485.70Kia Sportage 2.01995ccRM377.50RM272.75Kia Sorento 2.22199ccRM579RM373.50Kia Sorento 2.42398ccRM778RM473\nHarga Roadtax Kereta Model Naza 2023\nModel KeretaCC KeretaHargaSemenanjungMalaysiaHargaSabahSarawakNaza Bestari1402ccRM90RM56Naza Citra 2.01975ccRM367.50RM267.75Naza Ria 2.52497ccRM877RM522.50Naza Rondo1998ccRM379RM273.50Naza Suria1086ccRM55RM44Naza Sorento2359ccRM739RM453.50Naza Sorento 2.52497ccRM877RM522.50\nHarga Cukai Jalan Kereta Model Ford 2023\nModel KeretaCC KeretaHarga SemenanjungMalaysiaHarga Sabah &SarawakFord Econovan 1.41415ccRM90RM56Ford Econovan 2.22184ccRM564RM366Ford Spectron 1.81799ccRM279.60RM223.68Ford Ranger 2.22198ccRM578RM373Ford Ranger 2.52499ccRM879RM523.50Ford Ranger 3.23198ccRM3,021RM1,291.30Ford Fiesta 1.41388ccRM70RM56Ford Fiesta 1.61596ccRM90RM56Ford Lynx 2.01991ccRM375.50RM271.75Ford Ecsport 1.51498ccRM90RM56Ford Focus 2.01999ccRM379.50RM273.75Ford Ranger 2.22198ccRM578RM373\nHarga Cukai Jalan Kereta Model Volkswagen 2023\nModel KeretaCC KeretaHargaSemenanjungMalaysiaHargaSabah &SarawakVolkswagen Beetle 1.21197ccRM55RM44Volkswagen EOS TFSI1984ccRM372RM270Volkswagen Golf 1.4 TSI1390ccRM70RM56Volkswagen Golf GTI 2.02000ccRM380RM274Volkswagen Golf R1984ccRM372RM270Volkswagen Jetta 1.41390ccRM70RM56Volkswagen Passat 1.81798ccRM279.20RM223.36Volkswagen Passat CC 2.01984ccRM372RM270Volkswagen Passat CC 3.6 R3597ccRM4,816.50RM1,829.95Volkswagen Polo 1.21197ccRM55RM44Volkswagen Polo 1.6 MPI1598ccRM90RM56Volkswagen Scirocco 1.41390ccRM70RM56Volkswagen Scirocco R1984ccRM372RM270Volkswagen Tiguan 1.41395ccRM70RM56Volkswagen Tiguan 2.01984ccRM372RM270Volkswagen Touareg 3.02967ccRM2,047.50RM991Volkswagen Touareg 3.6 V63597ccRM4,816.50RM1,829.95Volkswagen Vento 1.2TSI1197ccRM55RM44Volkswagen Vento 1.61598ccRM90RM56Volkswagen Wald 2.01984ccRM372RM270\nCara Untuk Memperbaharui Cukai Jalan\nUntuk memperbaharui roadtax kenderaan di Malaysia, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nPastikan insurans kenderaan anda masih sah dan memiliki cukup perlindungan. Anda perlu mempunyai polisi insurans yang sah sebelum dapat memperbaharui roadtax.\nBayar cukai jalan (roadtax) mengikut kadar yang tertera pada borang permohonan. Anda boleh membayar menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan seperti secara online melalui laman web JPJ atau di kaunter JPJ yang berdekatan dengan anda.\nSetelah bayaran anda berjaya, anda akan menerima resit pembayaran dan sticker cukai jalan baru yang perlu dilekatkan pada kenderaan anda.\n\nBagi penjawat awam, anda boleh memperbaharui insurans kenderaan anda dengan mengunakan Skim MyEzyCover\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga roadtax kereta 2023, anda juga boleh layari website Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada pautan berikut\nhttps://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/kadar-bayaran-pelesenan-kenderaan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/btar-2022-biasiswa-tunku-abdul-rahman/", "title": "BTAR 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman", "body": ["\n\n", "\nBTAR 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman ~ Sukacita dimaklumkan, Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022) kini telah dibuka!\nTarikh tutup permohonan BTAR akan ditutup pada 31 Mac 2022.\nBiasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)\nBiasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah merupakan tajaan pengajian yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.\u00a0\nBiasiswa ini terbuka kepada semua khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.\nPenerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun. Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.\nSelain itu, penerima BTAR juga akan mendapat tajaan yuran universiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nPNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU BBB untuk A-level.\nKeutamaan akan diberikan kepada:\nPendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawahPertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajianCalon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan\nNOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon.\n\nCara Permohonan\u00a0\nUntuk memohon, sila layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman di pautan berikut: www.yayasantar.org.myKlik \u201cmohon sekarang\u201d untuk mendapat borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan.Tulis esei permohonan.Tunggu panggilan temuduga.Semak keputusan penawaran biasiswa.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada: [email\u00a0protected]\nRujuk FAQ (Soalan Lazim) untuk mendapatkan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/soalan-lazim/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jadual-pembukaan-kaunter-bkm-2022/", "title": "Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022 di Pejabat LHDN Seluruh Negeri", "body": ["\n\n", "\nJadual Pembukaan Kaunter BKM 2022 di Pejabat LHDN Seluruh Negeri ~ Sukacita dimaklumkan Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini dibuka di seluruh negeri untuk kunjungan pemohon.\nPembukaan kaunter BKM bertujuan untuk memudahkan urusan pemohon untuk kemukakan borang atau mendapatkan bantuan serta maklumat lanjut berkenaan permohonan atau kemaskini secara online.\nKaunter BKM boleh didapati di beberapa cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan anda.\nPemohon perlulah sedia maklum bahawa Kaunter BKM hanyalah dikhaskan untuk urusan berkaitan BKM sahaja.\nBaca Juga : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang\nUntuk makluman anda, jadual pembukaan kaunter BKM 2022 telah dikeluarkan dan telah mula beroperasi mulai 2 Januari hingga 31 Januari 2022 kecuali pada hari-hari cuti tertentu.\nUrusan Bantuan Keluarga Malaysia di Kaunter\nPemohon boleh kunjungi kaunter BKM berdekatan untuk urusan atau berhadapan dengan isu seperti berikut :\nPermohonan baharuKemaskini maklumatPenyerahan dokumen berkaitanMasalah teknikal akaun MyBKMMasalah kata laluan akaun MyBKMPertanyaan serta maklumat lanjut mengenai BKM\nLokasi Kaunter BKM 2022\nPembukaan kaunter BKM 2022 adalah di lokasi seperti berikut :\nCawangan LHDN berdekatanPejabat Satelit (PS) LHDNPusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNPusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN\n\nBorang Permohonan & Kemaskini BKM 2022\nSebelum hadir ke kaunter BKM 2022, para pemohon baharu \u00a0dinasihatkan untuk membawa borang yang telah lengkap diisi atau dikemaskini.\n\n\n\n\nSila klik di bawah untuk dapatkan borang bagi permohonan baharu :\nBorang Permohonan (Untuk Pemohon Baharu) \nPara pemohon sedia ada dinasihatkan untuk kemaskini maklumat dengan Log Masuk akaun MyBKM masing-masing di pautan ini :\nhttps://bkm.hasil.gov.my/Account/Login\nJadual Pembukaan Kaunter BKM 2022\nJadual pembukaan kaunter BKM 2022 seluruh negara adalah seperti berikut :\n\nMaklumat Pembukaan Kaunter BKM 2022\nBerikut adalah antara maklumat penting bagi pemohon yang merancang untuk hadir ke Kaunter BKM 2022 dalam masa terdekat.\nCawangan yang beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petangKaunter BKM 2022 ditutup pada setiap hujung minggu, cuti umum, dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.Notis akan dipamerkan pada premis bagi Kaunter BKM 2022 yang tidak beroperasi pada tarikh di atas.Waktu operasi Kaunter BKM 2022 di UTC adalah tertakluk kepada jadual waktu operasi UTC di tempat berkenaan.Masa pembukaan Kaunter BKM 2022 adalah tertakluk kepada pindaan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembukaan Kaunter BKM 2022, anda boleh hubungi Hotline BKK LHDNM di talian 1 800 88 2747.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kalendar-islam/", "title": "Kalendar Islam 2023 / 1444H JAKIM Malaysia (PDF)", "body": ["\n\n", "\nTakwim Kalendar Islam 2023 / 1444H di Malaysia ini dikeluarkan oleh JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.\nIanya bagi melaraskan dan bagi mengelakkan perselisihan pengiraan bermulanya kalender hijrah tahun baru setiap tahun untuk umat islam di Malaysia.\nIni kerana penentuan tarikh dan bilangan hari dalam kalender islam ditentukan melalui cerapan hilal dan ianya memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu dan pengunaan alatan tertentu untuk mencerap dan melihat kedudukan bulan sabit bagi menentukan bilangan hari dalam bulan-bulan islam.\nApa Itu Kalendar Islam\nKalendar Islam, juga dikenali sebagai kalendar Hijriah, adalah sistem kalendar yang digunakan dalam agama Islam. \nKalendar ini adalah berdasarkan sistem kalendar bulan lunar, yang bermaksud setiap bulan bermula dengan cerapan hilal (bulan sabit) baharu. Oleh itu, kalendar ini mempunyai 12 bulan, setiap satu terdiri daripada 29 atau 30 hari. Tahun kalendar Islam terdiri daripada 12 bulan, bermula dengan bulan Muharram dan berakhir dengan bulan Dzulhijjah. Tahun baru Islam bermula pada 1 Muharram. \nWalau bagaimanapun, oleh kerana kalendar Hijrah terdiri daripada 354 atau 355 hari, iaitu lebih pendek daripada tahun kalendar Gregory yang digunakan di dunia barat, tarikh dalam kalendar Hijrah sentiasa kembali ke belakang kira-kira 11 hari dalam setiap tahun kalendar Gregory\nKalendar Islam 2023 / 1444H Hari ini\nBagi mengetahui tarikh islam 2023 hari ini secara online, anda juga boleh taipkan menerusi browser google dengan menaipkan kata kunci \u201ctarikh islam hari ini\u201d \nKalendar Islam 2023 / 1444H Malaysia\n\n\nKredit : https://www.islamicfinder.org/\nKalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.\nTerdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.\nTerdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.\nTarikh Penting Islam 2023\n\nBerikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2023 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul\nTARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah12 RABI\u2019ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul\n*Tarikh ini akan disitiharkan oleh Penyimpan mohor Besar Raja-Raja Malaysia\n\n\n\n\nDownload Kalender Islam 2023 / 1444H JAKIM (PDF)\n\nAnda juga boleh download pdf kalender islam 2023 Malaysia pada pautan di bawah\nTakwim-2023M-1444-1445HDownload\nPerbezaan Tahun Islam Hijrah Dan Masihi\nPerbezaan antara tahun Hijrah dan tahun Masihi (atau Gregorian) terletak pada sistem kalendar yang digunakan. Tahun Hijrah merujuk kepada tahun kalendar Islam yang berdasarkan cerapan anak bulan, manakala tahun Masihi berdasarkan kalendar matahari.\nTahun Hijrah bermula dengan peristiwa Hijrah, apabila Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya berpindah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tahun ini ditetapkan sebagai tahun pertama Hijrah, dan setiap tahun Hijrah dikira dari titik permulaan ini. Tahun Hijriah terdiri daripada 12 bulan, setiap satu terdiri daripada 29 atau 30 hari. Tahun Hijriah lebih pendek daripada tahun Masihi, iaitu 354 atau 355 hari dalam setahun.\nSementara itu, tahun Masihi adalah berdasarkan sistem kalendar suria, dengan 365 atau 366 hari dalam setahun. Tahun Masihi bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Sistem kalendar Mesianik dinamakan sempena Paus Gregory XIII, yang memperkenalkan pembaharuan kalendar pada tahun 1582 untuk membetulkan pengiraan perbezaan masa antara tahun suria dan kalendar gereja.\nWalaupun terdapat perbezaan dalam sistem kalendar antara tahun Hijrah dan Masihi, kedua-duanya digunakan secara meluas di seluruh dunia, bergantung kepada agama, budaya, dan lokasi geografi orang yang menggunakan kalendar.\nPerbezaan Takwim Kalendar Islam 2023 / 1444H Di Setiap Negara\nPenentuan tarikh dalam kalendar Islam atau Hijrah bergantung kepada cerapan anak bulan (anak sabit) di setiap wilayah. Oleh itu, tarikh dalam kalendar Islam mungkin berbeza di setiap negara atau wilayah bergantung pada lokasi geografi dan keadaan atmosfera.\nPemerhatian anak bulan dilakukan secara langsung dengan mata kasar atau menggunakan alat seperti teleskop. Apabila anak bulan kelihatan, hari berikutnya dianggap sebagai permulaan bulan baru dalam kalendar Hijrah. Namun, kerana cerapan anak bulan bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan atmosfera di rantau ini, tarikh permulaan anak bulan dalam kalendar Hijrah mungkin berbeza di setiap wilayah.\nSelain itu, terdapat perbezaan kaedah pengiraan dalam kalendar Hijrah yang digunakan di negara yang berbeza. Sesetengah negara menggunakan kaedah pengiraan (pengiraan matematik) untuk menentukan permulaan bulan baharu, manakala negara lain lebih bergantung kepada pemerhatian langsung untuk menentukan permulaan bulan baharu. Kaedah pengiraan yang berbeza boleh menyebabkan perbezaan dalam penentuan tarikh dalam kalendar Hijrah.\nOleh itu, tarikh kalendar Islam 2023 / 1444H mungkin berbeza di setiap negara atau wilayah bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan permulaan anak bulan dan cerapan hilal yang dibuat di wilayah tersebut. Contoh pada penetapan hari raya 2023 di Malaysia dan UAE yang berbeza tarikh sambutanya\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Kalendar Islam 2023 / 1444H dan tarikh-tarikh penting dalam Islam di Malaysia, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di\u00a0https://www.e-solat.gov.my/.\n\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,62100 Putrajaya.\n[email\u00a0protected]\n+03 8870 7000\n+03 8870 7003\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dpli-ukm/", "title": "DPLI UKM Eksekutif Ambilan OGOS 2023 (MQA)", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran DPLI UKM Eksekutif ambilan Ogos 2023 di iktiraf (MQA) telah dibuka. \nYuran dan subjek program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) adalah seperti maklumat di bawah.\nDPLI UKM Eksekutif 2023\n\nPengajian ini khusus bagi graduan ijazah yang berminat untuk bekerja dalam sektor perguruan tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut. Tempoh jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)\nTarikh tutup permohonan : 30 Jun 2023\nKelebihan Pengajian DPLI UKM Eksekutif\nSelain tempoh jangka masa pengajian yang singkat, antara kelebihan Diploma Pengajian Lepasan Ijazah UKM Eksekutif ini adalah ;\n\nYuran Pengajian berpatutan\nDijalankan semasa cuti persekolahan\nJangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)\nPensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi\nPengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)\n\nSyarat Permohonan\n\nPemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.\nTemuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.\nUjian MEdSI akan dijalankan pada Semester Kedua.\nTiada had umur permohonan.\u00a0\u00a0\n\nYuran Pengajian DPLI UKM 2023\nBayaran bagi yuran Pengajian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\u00a0 Eksekutif mod cuti sekolah adalah sebanyak RM 10,200.00. Bayaran boleh dibuat mengikut semester seperti jadual berikut ;\nSEMESTER 1 (RM 3500)\n\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1500\u00a0SEBELUM 22 Ogos 2023\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 OKTOBER 2023\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 NOVEMBER 2023\n\nSEMESTER 2 (RM 3500)\n\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1500\u00a0SEBELUM 25 FEBRUARI 2024\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 MAC 2024\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 APRIL 2024\n\nYURAN SEMESTER 3 (RM 3200)\n\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1200\u00a0SEBELUM 25 OGOS 2024\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 SEPTEMBER 2024\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 OKTOBER 2024\n\nSubjek Pengajian DPLI UKM Ogos 2023\nBagi subjek pengajian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\u00a0 Eksekutif mod cuti sekolah adalah seperti berikut ;\n\nSemesterKategori KursusKursusJumlah Kredit Semester 1 15 Jam Kredit Asas Pendidikan GGGA5032 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan diMalaysia2GGGB5222 : Psikologi\u00a0\u00a0\u00a0Pendidikan2GGGE5013 : Kurikulum\u00a0\u00a0\u00a0dan Inovasi Dalam Pendidikan3GGGA5022 :\u00a0\u00a0\u00a0Pentaksiran Pembelajaran2GGGD5022 : Sekolah\u00a0\u00a0\u00a0dan Masyarakat2Persediaan ProfesionalGGGE5014 : Kaedah\u00a0\u00a0\u00a0Mengajar4 Semester 2 9 Jam KreditAsas PendidikanGGGB5023 : Kajian\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan Dalam Pendidikan3Persediaan ProfesionalGGGE5042 : Pengajaran\u00a0\u00a0\u00a0Mikro dan Makro2Elektif ( Wajib ) \u2013 2 dari 3 kursusGGGB5432 : Kemahiran Berkomunikasi dan Berfikir dalamPendidikan3GGGB5682 : Asas\u00a0\u00a0\u00a0Kaunseling & Pengurusan Bakat3GGGS5132 :\u00a0\u00a0\u00a0Keusahawanan dalam Pendidikan3Semester 3 6 Jam KreditLatihan MengajarGGGE5016 : Praktikum6\nLokasi Pengajian\n\nPusat Kuliah Bangi, Selangor\nPusat Kuliah Kota Bharu, Kelantan\nPusat Kuliah\u00a0Kuching, Sarawak\u00a0\nPusat Kuliah\u00a0Kota Kinabalu, Sabah\n\n*NOTA PENTING: Kampus utama untuk kelas bersemuka adalah di UKM Bangi, Selangor. Bagi lokasi lain, kelas bersemuka hanya akan dibuka berdasarkan bilangan pelajar di kawasan tersebut. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, kelas hanya akan dijalankan di kampus UKM Bangi, Selangor\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online pada pautan berikut https://koperasisiswazah.onpay.my/prospect/form/8\nBayaran permprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan dan perlu boleh dilakukan dengan cara:\n\nPindahan wang ke akaun Maybank \u2013 Koperasi Siswazah Bangi Berhad: 5622 6352 4364 ATAU\nBank draft atas nama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).\n\nSenarai Semak Permohonan DPLI UKM\n\nBorang Permohonan yang\u00a0LENGKAP\u00a0diisi. (Borang yang\u00a0TIDAK LENGKAP\u00a0tidak akan diproses)\nSekeping\u00a0gambar\u00a0berukuran Pasport. (Lekatkan dalam borang permohonan)\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan slip\u00a0deposit bank\u00a0bagi bayaran pemprosesan sebanyak RM 50.00 (Tempatan) dan RM100 (Antarabangsa)\nSalinan SIJIL DAN TRANSKRIP IJAZAH SARJANA MUDA yang telah\u00a0disahkan benar\nSalinan SIJIL DAN TRANSKRIP DIPLOMA yang telah\u00a0disahkan benar\u00a0(Jika ada)\n\nPenghantaran Borang\nPenghantaran Borang Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\u00a0 Eksekutif mod cuti sekolah boleh dihantar secara EMEL (DIGALAKKAN) atau POS:\nPenghantaran melalui Emel \n\n\n\n\nBorang permohonan dan dokumen sokongan (rujuk senarai semakan) dihantar dalam format PDF dan di hantar ke alamat emel : [email\u00a0protected]\nPastikan diletakkan juga maklumat ini di kandungan emel anda:\n\nNama Penuh\nNo Kad Pengenalan\nAlamat Emel\nNo Telefon\n\n(BORANG PERMOHONAN YANG DIHANTAR SECARA EMEL BOLEH MEMPERCEPATKAN LAGI\u00a0 PROSES PENDAFTARAN DAN PENILAIAN PERMOHONAN ANDA)\nPenghantaran Melaui POS\nSila kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.\nBorang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu diposkan ke alamat:\nKoperasi Siswazah Bangi Berhad,\nParas 1, Bangunan Pentadbiran,\nKolej Keris Mas,\nUniversiti Kebangsaan Malaysia\n43600, Bangi, Selangor\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan DPLI UKM Eksekutif Ambilan OGOS 2023, anda juga boleh layari https://koperasisiswazah.com/maklumat-program-dplie/ atau hubungi melalui telefon atau whatsapp ke nombor berikut ;\n\nCik Nik Nurzuhayra:\u00a0+6011-60809134\u00a0\nCik Nurul Syazwani : +6014-9887114\nPuan Nabilah : +6011-33001173\n\nBaca juga : Permohonan PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkm-fasa-1-cara-dapatkan-no-siri-baucar-bkm/", "title": "BKM Fasa 1 | Cara Dapatkan No Siri/Baucar BKM", "body": ["\n\n", "\nBKM Fasa 1 | Cara Dapatkan No Siri/Baucar BKM ~ Sukacita dimaklumkan, Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 telah disalurkan bermula 28 Mac 2022 yang lalu.\u00a0\nTerdapat beberapa kerisauan orang ramai berkenaan bantuan ini, antaranya ialah bagaimana hendak mendapatkan no siri/baucar BKM bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank yang aktif dll.\u00a0\nBerikut kami kongsikan caranya. Sila baca dengan teliti ya!\nBKM Fasa 1\u00a0\nBKM Fasa 1 disalurkan melalui beberapa cara iaitu; ke akaun bank bagi yang mempunyai akaun bank yang aktif dan melalui no siri/baucar.\u00a0\nSekiranya anda telah menyemak status permohonan anda di laman web rasmi BKM, dan mendapati anda telah LULUS BKM FASA 1 tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BKM tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BKM Fasa 1 anda GAGAL KREDIT.\nJadi anda perlu dapatkan No Siri/Baucar bagi menebus bantuan ini.\u00a0\nNOTA: Bantuan Keluarga Malaysia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam\u00a0 pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal\n\nCara Dapatkan No Siri/Baucar BKM\u00a0\u00a0\nKaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia adalah seperti berikut :\n\n\n\n\nAda maklumat akaun \u2013 bayaran adalah secara kredit ke akaun; atauJika status bayaran adalah gagal kredit \u2013 menerima PEMBAYARAN TUNAI BKM DI BSNTiada akaun \u2013 terima PEMBAYARAN TUNAI BKM DI BSN\nMaka dalam kaedah bayaran yang kedua dan ketiga ia memerlukan penerima BKM yang layak dikehendaki menerima bayaran secara tunai di BSN. Mereka perlu membawa Nombor BAUCER BKM.\nNOMBOR BAUCER BKM ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Keluarga Malaysia tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.\u00a0\nBagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BKM untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional berhampiran anda.\u00a0\nManakala, sekiranya anda GAGAL KREDIT, anda diminta untuk buat Semakan Bayaran di laman web: https://bkm.hasil.gov.my/\u00a0\nAnda perlu melihat kepada bahagian No. Baucar untuk melihat No. Siri yang akan diberikan oleh LHDN. Jika masih kosong. Anda diminta untuk bersabar. Dan sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa.\nDi Mana Perlu Tunaikan No.Siri /No Baucer Bkm\nAnda boleh tunaikan NO SIRI /NO BAUCAR BKM\u00a0 tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kawasan anda.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:\u00a0\nhttps://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ_Pembayaran_Fasa_1.pdf\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-anak-yatim-yayasan-pahang/", "title": "Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang RM7000 Setahun", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2022 boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 05 Oktober 2022.\nKerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon\u00a0 yang berkelayakan untuk memohon BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.\nApa Itu Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang\n\nIni diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.\u00a0 Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang\nSyarat Kelayakan\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\u00a0Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang;\u00a0\u00a0Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai\u00a0\u00a0 adik beradik yang masih bersekolah.\u00a0\u00a0Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan\u00a0\u00a0 RM4,850/bulan dan kebawah.Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:\nNoPeperiksaan AwamKeputusan1Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Minimum lima (5) kepujian2Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)Minimum CGPA 2.503Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Minimum Jayyid Jiddan\nPemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian\u00a0 di IPTA\u00a0 sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.\n\n\n\n\n\nKadar Penajaan\nYuran Pengajian & sara hidup RM7000 setahunTajaan diberikan semasa diperingkat ijazah sarjana muda sahaja\n\nCara Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang www.yp.org.my dengan memilih ikon biasisswa IPTBorang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang, anda boleh hubungi ;\nYAYASAN PAHANG Kompleks Yayasan Pahang,\nTanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur\nTel: 09-5181800\u00a0\u00a0Faks: 09-5181888Email : Puan Zakiah binti Saleh ([email\u00a0protected])Puan Azimah Kamaliah binti Mohamad Kamal ([email\u00a0protected])Laman Web : www.yp.org.my\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Email\u00a0 : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-kemasukan-mrsm-2023-2024-tingkatan-1-4/", "title": "Permohonan MRSM 2023/2024 Tingkatan 1 & 4", "body": ["\n\n", "\nTerkini Permohonan MRSM 2023 tingkatan 1 dan 4 kini dibuka. Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.\nMARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.\nPengenalan MRSM\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nVisi MRSM\nMenjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.\nMisi MRSM\nMelahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.\nKemudahan\nMRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut\u00a0 :\nSurauPusat MediaKedai KoperasiRawatan GigiKaunselingPerkhidmatan Bas dan VanPusat Sumber (berhawa dingin)Dewan MakanPerkhidmatan DobiKawalan KeselamatanKemudahan Sukan dan Permainan / Rekreasi\n\nProgram Sistem Pendidikan MRSM\nTerdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)dilaksanakan di MRSM seperti berikut::\n\n\n\n\nPremierMengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARAUlul AlbabGabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-QuranIGCSEMenawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEMIB MYP (Middle Years Programme)Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEMTeknikalMenerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains KejuruteraanPKP (Program Khas Pendidikan)Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM\n\nPermohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan 4\n\nSebagai makluman pengambilan kemasukan pelajar MRSM setiap tahun adalah untuk tingkatan 1 dan 4 sahaja. Pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran ke MRSM serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum adalah dipelawa memohon bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.\nKeutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar\nSyarat Kemasukan Umum\nCalon warganegara MalaysiaIbu dan / atau bapa ialah warganegara MalaysiaCalon memohon secara dalam talian (online)Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikariCalon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.Tarikh permohonan 2023/2024 akan dibuka pada 1 September hingga 4 November 2022\nCara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4\nBerikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.\nLayari laman web rasmi MARA di\u00a0https://www.mara.gov.my/Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (\u2714) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.\nUjian Kecenderungan Kemasukan MRSM 2023/2024\nSemua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan MRSM 2023, anda boleh layari website\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ .Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi mulai tarikh yang dinyatakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-sejukkan-rumah/", "title": "9 Cara Sejukkan Rumah & Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond", "body": ["\n\n", "\nMemang tak dinafikan keadaan cuaca di Malaysia sejak-sejak akhir ini sangat panas dan tak menentu! Sehinggakan nak tidur pun boleh berpeluh-peluh dibuatnya.\nAdakah anda sedang cari alternatif untuk kurangkan bahang di rumah tanpa gunakan aircond? Jom kita semak beberapa cara sejukkan rumah. Mudah dan praktikal!\n\n9 Cara Sejukkan Rumah & Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond\n1. Pasangkan Langsir Yang Sesuai\nSinar matahari pada cuaca yang melampau boleh menyebabkan suhu rumah anda meningkat. Untuk mencegahnya, anda boleh pasangkan langsir yang dengan fabrik anti tembus. \nSeterusnya, pilihlah warna yang terang kerana dapat memantulkan semula cahaya. Jangan lupa untuk tutup langsir pada waktu siang untuk kurangkan pancaran matahari.\n2. Pasangkan Lapisan Tinted Pada Tingkap\nSelain penggunaan langsir yang sesuai, anda juga boleh pertimbangkan untuk pasangkan lapisan tinted pada cermin tingkap anda.\nCara ini sesuai bagi yang tak suka pasang langsir dan mampu menghalang kehangatan cahaya matahari masuk terus ke rumah anda.\n3. Tanam Tumbuhan Hijau\nBukan sahaja dapat mengindahkan lagi ruangan dalam dan halaman rumah, malah tanaman hijau juga dapat membantu mencegah sinaran matari untuk terkena pada dinding atau terus ke dalam rumah.\nTanaman ini berfungsi untuk menyerap sinaran matahari dan memberikan suasana yang lebih redup dan nyaman untuk kedaiaman anda. Antara tanaman yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah adalah pokok lidah jin, pokok getah dan ara beringin. \n\n4. Gunakan Pelembap Udara\nMeskipun ia tidak menawarkan kedinginan seperti aircond, namun ia boleh menjadi alternatif yang lebih murah untuk dinginkan sedikit rasa bahang dalam bilik. \nDalam pada masa yang sama, air humidifier juga menggunakan elektrik yang lebih sedikit berbanding aircond. Jadi, anda bolehlah berjimat lebih banyak.\n5. Pilih Cadar Yang Sesuai\nWalaupun nampak remeh, namun pemilihan cadar sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda mendapatkan tidur yang lebih selesa dan lena.\n\n\n\n\nUntuk cadar, pilihlah yang diperbuat daripada material seperti linen atau kapas yang lebih sejuk. \nElakkan memilih cadar yang berasaskan bahan sutera atau polyester kerana ia boleh memerangkap haba serta kelembapan.\n6. Cat Warna Cerah Pada Dinding Rumah\nDinding dengan cat warna yang cerah seperti putih atau warna pastel dapat mencipta ruang kediaman yang lebih sejuk dan nyaman kerana kebolehannya untuk memantulkan semula haba. Elakkan warna yang gelap seperti biru tua, coklat dan warna seumpamanya.\n\n7. Minimakan Penggunaan Perkakas Yang \u2018Panas\u2019\nSebelum tidur, tutup semua perkakas elektrik yang menjana haba seperti laptop, lampu (terutamanya lampu warna kuning) dan televisyen. Ini bagi mengurangkan penjanaan haba berlebihan melalui peralatan elektronik.\n8. Guna Lampu LED\nBercakap tentang lampu, anda sangat digalakkan untuk menggunakan lampu LED di rumah. \nLampu jenis ini adalah pilihan yang lebih mesra alam, mampu milik dan tidak mengeluarkan haba. Berbanding dengan lampu mentol yang alam, ia boleh mengeluarkan haba yang panas.\n9. Halakan Kipas ke Tingkap\nAda juga yang mengesyorkan cara ini untuk mengeluarkan haba dari bilik. Apabila cuaca panas, halakan kipas ke luar atau menghadap tingkap. Lakukan selama 10 ke 15 minit untuk mengurangkan bahang panas di dalam bilik.\n\nSemoga cara-cara ini bermanfaat untuk anda cuba bagi menyejukkan rumah tanpa penggunaan aircond berlebihan. \nKebanyakan alternatif ini untuk mengurangkan bahang di rumah ini juga mudah untuk diikuti. Tambahan pula, penggunaan aircond yang lama boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi! Selamat mencuba!\nBaca Juga : 7 Tips Jimat Aircond Supaya Bil Bulanan Tak Melambung Tinggi\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-buka-sekolah-kpm/", "title": "Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023 & Sesi Persekolahan Penggal 3", "body": ["\n\n", "\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023 & Sesi Persekolahan Penggal 3 ~ Berikutan pandemik COVID 19, sesi persekolahan mengalami beberapa perubahan terutamanya dari segi kalendar akademik.\u00a0\nBiasanya, para pelajar akan tamat sesi persekolahan pada setiap hujung tahun. Namun berbeza dengan kali ini, sesi akademik penggal 3\u00a0 akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.\u00a0\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023\u00a0\nKepada para pelajar, ibu bapa dan penjaga, sila ambil maklum tarikh-tarikh penting dibawah.\u00a0\nKalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.\nRujuk jadual di bawah (gambar):\n\n\nSesi Persekolahan Penggal 3 \nUntuk makluman, sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia. Penangguhan sesi akademik penggal 3 ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.\n\n\n\n\nDalam satu\u00a0kenyataan media KPM berhubung Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 15 November 2021, tarikh mula sesi persekolahan penggal 3 bagi tahun 2021/22 telah ditetapkan. \nSesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.\nUntuk Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 pula, sila rujuk jadual di bawah (gambar):\n\nTakwim Cuti Sekolah (Cuti Perayaan) Bagi Sesi 2022/2023\n\nNOTA:\nNegeri Kumpulan A \u2013 Johor, Kedah, Kelantan, TerengganuNegeri Kumpulan B \u2013 Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai takwim persekolahan dan sesi akademik 2022/2023m anda boleh muat turun pdf berkaitan melalui laman sesawang KPM di pautan: https://www.moe.gov.my/takwim\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-bistari-sabah/", "title": "Permohonan BISTARI Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk rakyat Sabah,permohonan BISTARI iaitu Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah boleh dibuat mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2022. Ianya merupakan bantuan bayi baru lahir di negeri Sabah.Borang permohonan, syarat kelayakan permohonan seperti dinyatakan di bawah.\n\u00a0\nBantuan ini merupakan salah satu \u00a0insiatif kerajaan negeri Sabah dalam pembangunan modal insan bagi rakyat negeri ini serta \u00a0bagi mengalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak sejak awal kelahiran. Bantuan BISTARI ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021.\nTarikh Permohonan BISTARI\n\nTarikh permohonan bagi bantuan ini, dibuka sepanjang tahun, bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.\n\u00a0\nBaca juga : Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200\nJumlah Bantuan\nBantuan yang di berikan berjumlah RM100 dalam bentuk tabung simpanan . Simpanan sebanyak RM100 ini akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).\nSyarat-Syarat Kelayakan\nIbu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nBayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah\nSimpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).\nSimpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.\n\nCara Memohon\nTerdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu :\n\nAtas Talian (Online)\n\n\nLayari pautan permohonan berikut\u00a0https://cutt.ly/OnlineBISTARI.\nLengkapkan borang permohonan di pautan berikut.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.\nKlik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\n\u00a0\n\nii) Borang Permohonan\n\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0https://cutt.ly/BorangBistari.\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\n\n\u00a0\nPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas\nBlok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu\nJalan UMS, Teluk Likas\n88400 Kota Kinabalu, Sabah\n\u00a0\nBaca juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000\n\n\n\n\nDokumen Di Perlukan\nDokumen sokongan seperti berikut perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan :\n\nSijil lahir bayi\nKad pengenalan ibu bapa\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Bayi Baru Lahir Negeri Sabah (BISTARI ), sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419. atau anda juga boleh layari facebook PTPTN Negeri Sabah\n\u00a0\nSoalan lazim mengenai BISTARI ;\nApakah Itu BISTARI?\nBantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah atau ringkasanya BISTARI merupakan bantuan berbentuk tabung pendidikan anak Sabah. Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/ bapa/penjaga yang berasal dari Sabah. Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\n\u00a0\nBagaimana Cara Memohon?\nPermohonan secara online melalui pautan berikut\u00a0https://cutt.ly/OnlineBISTARI. Atau secara manual dengan menghantar borang berikut https://cutt.ly/BorangBistari. ke alamat ;\nPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas\nBlok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu\nJalan UMS, Teluk Likas\n88400 Kota Kinabalu, Sabah\n\u00a0\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan?\n31 Disember 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-anna-jobling/", "title": "Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus", "body": ["\n\n", "\nBiodata Anna Jobling\nNama Anna Jobling mendapat perhatian peminat bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia disebabkan ledakan populariti drama bersiri slot Lestary TV3, Melur Untuk Firdaus.\nRamai yang memuji bakat serta chemistry lakonan gadis cantik kacukan Melayu-Inggeris ini bila digandingkan dengan pelakon kacak Merqeen.\nPelakon ini turut terkejut apabila namanya tersenarai sebagai antara 10 personaliti paling banyak carian dalam Google Malaysia sepanjang tahun 2022.\nBukan itu sahaja, malah drama bersiri Melur Untuk Firdaus pula menjadi drama bersiri kedua paling dicari selepas drama bersiri daripada Korea Selatan, All Of Us Are Dead. \nParas jelita Anna juga pernah menjadi sebutan warganet kerana dikatakan mirip dengan aktres Amelia Henderson.\n\nMungkin ramai lagi yang belum kenali pelakon dan bintang iklan cantik ini dengan lebih dekat. Jadi, jom kita semak serba sedikit biodata Anna Jobling.\nBaca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof\n\nBiodata Anna Jobling\nNama : Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman\nKeluarga : Azni Raihana Arop (ibu), Abdul Rahman Abdullah (bapa)\nUmur : 23 tahun (2023)\nTarikh Lahir : 14 Ogos 2000\nTempat Lahir : Kuala Lumpur\nAgama : Islam\n\n\n\n\nLaman Instagram : @annajobling \nPerjalanan Karier Anna Jobling\nSejak berusia belasan tahun, ibu bapa Anna telah memberikan sokongan penuh kepada anak tunggalnya untuk menceburkan diri di pentas peragaan. \nAntara pentas peragaan terawal yang pernah disertai oleh Anna adalah Miss Melaka dan Miss Pahang.\nBagi menggilap bakatnya dalam bidang peragaan, Anna dilaporkan turut menyertai akademi peragaan milik Amber Chia.\nAnna Jobling mendapat peluang untuk tampilkan bakat di pentas Dewi Remaja 2018/2019 bersama peserta lain antaranya Haneesya Hanee, Tia Sarah dan Sherin Amiri.\nBerkat usaha dan kecekalannya, beliau berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat. \n\nSekaligus, pentas Dewi Remaja turut menjadi batu loncatan bagi Anna untuk menceburkan diri secara lebih profesional dalam bidang seni.\nSetelah berakhirnya program Dewi Remaja, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan apabila dihujani pelbagai tawaran lakonan dan iklan.\nDrama pertama lakonan beliau adalah One Two Hantu terbitan Awesome TV.\nSelain drama Melur Untuk Firdaus, aktres berbakat ini turut muncul di beberapa drama seperti Kalung, Malaysian Ghost Stories, Shah Alam 4000, Mr Millenium serta filem Pasal Kau dan Penunggang Agama 2.\nBeliau juga pernah muncul sebagai wajah bagi beberapa jenama terkemuka seperti Darlie, Enchanteur, Samsung, DiGi, Watson dan banyak lagi.\nUntuk ketahui perkembangan Anna Jobling, jangan lupa untuk ikuti akaun Instagram gadis cantik ini.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/penulisan-memo/", "title": "Panduan & Contoh Penulisan Memo Yang Mudah & Lengkap", "body": ["\n\n", "\nBagi peringkat dalam, penyampaian arahan atau peringatan tidak lagi menggunakan Surat Rasmi sebaliknya digantikan dengan menggunakan memo. \nMemo adalah singkatan daripada perkataan memorandum yang bermaksud catatan atau peringatan.\nPeranan memo adalah menyampaikan arahan atau peringatan di peringkat dalaman.\nTujuan Penulisan Memo\nTujuan penulisan sesuatu memo dilakukan adalah untuk:\nMenyampaikan maklumat dalaman organisasi.Mengumumkan sesuatu perubahan dasar organisasi tersebut.Menjelaskan prosedur baharu tentang sesuatu perkara.Membuat permohonan sesuatu perkara dalam bahagian di organisasi.Memberi nasihat tentang membuat sesuatu keputusan.Laporan ringkas tentang status atau apa yang sedang berlaku pada ketika itu\nCiri-Ciri Memo\nSecara umumnya, terdapat beberapa ciri-ciri penulisan memo iaitu:\nDitulis secara ringkas.Mementingkan isi.Bertujuan untuk makluman, permintaan, cadangan atau arahan.Berbentuk borang dan berbentuk terbuka.Penggunaan memo dalam organisasi yang sama.Mementingkan keseragaman dalam penggunaan di organisasi.\nBentuk Memo\nTerdapat 2 bentuk memo yang biasa digunakan iaitu:\nBentuk BorangBentuk Terbuka\nMemo Bentuk Borang merujuk kepada memo yang tajuk dan maklumat telah dicatat dalam borang\nPenulis hanya perlu mencatat atau menanda pada ruang yang disediakan dan memo bentuk ini juga mempunyai ruang kosong untuk catatan tambahan.\n\n\n\n\nManakala, Memo Bentuk Terbuka pula merupakan bentuk memo yang sama seperti surat rasmi dan setiap organisasi boleh mempunyai reka bentuk sendiri mengikut kesesuaian organisasi tersebut bagi tujuan memudahkan urusan. \nFormat Penulisan Memo\nUmumnya, format penulisan memo mengandungi perkara-perkara yang berikut:\nLogo organisasiNama organisasiJenis memo iaitu sama ada \u201cMemo Dalaman\u201d, \u201cMemo Antara Bahagian\u201d,\u201cMemo Antara Unit\u201dPenerima memo \u2013 \u201cKepada\u201dPengirim memo \u2013 \u201cDaripada\u201dTarikh memoRujukanPenerima salinan \u2013 \u201cSalinan kepada\u201dPerkara/tajukIsi/maksud memoUcapan terima kasihTandatangan pengirimNama pengirim \u2013 dalam kurunganNombor telefon pengirimAlamat e-mel pengirimRingkasan pendraf dan penyedia memo\nPenulisan memo perlu mengikut konsep piramid terbalik, iaitu bahagian atas ialah isi penting, diikuti oleh data sokongan dan bahagian akhir sekali ialah harapan penulis.\n\nContoh Memo\nContoh memo yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\ni) Memo Bentuk Borang\n\nii) Memo Bentuk Terbuka\n\nBacaan Lanjut\nUntuk bacaan lanjut mengenai penulisan memo, sila layari pautan https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/IAB-BUKU%20PENULISAN%20SURAT%20RASMI%20DAN%20MEMO-FULL.pdf. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-ke-german-malaysian-institute-2022/", "title": "GMI: Permohonan Ke German-Malaysian Institute | Pengambilan Jan 2022", "body": ["\n\n", "\nGMI: Permohonan Ke German-Malaysian Institute | Pengambilan Jan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan,\u00a0 Permohonan Ke German-Malaysian Institute untuk Pengambilan Jan 2022 kini telah dibuka. Kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pendidikan ke GMI, sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.\u00a0\nGerman-Malaysian Institute (GMI)\nGerman-Malaysian Institute (GMI) ialah sebuah pusat latihan yang berasaskan kemahiran dan menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang. Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.\nSelain itu, ia juga\u00a0 mempunyai kelengkapan fasiliti berteknologi tinggi untuk pelbagai jenis\u00a0bidang kemahiran.\n\nProgram Yang Ditawarkan\u00a0\nBerikut ialah antara bidang pengajian yang ditawarkan;\u00a0 (sila rujuk gambar)\nKejuruteraan Mekanikal (6 program)Kejuruteraan Elektrik (7 program)Pengajian umum dan Pra Universiti (2 program)\n\n\nKemudahan Tersedia Di GMI:\u00a0\nTajaan MARABantuan yuran pengajianDuit poket RM630 setiap bulan sepanjang pengajianDiskaun Pembayaran Balik Sehingga 85%*Pembelajaran 70% Praktikal & 30% TeoriPenginapan & Persekitaran Kampus Yang KondusifPeluang Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Dalam & Luar Negara14 Pusat Teknologi Hasil Kolaborasi Bersama IndustriKelengkapan Pembelajaran Praktikal Bertaraf Industri\n*Tertakluk kepada syarat kelayakan.\n*Pembiayaan MARA dijamin (tertakluk kepada terma dan syarat).\n\n\n\n\n\nPermohonan Pengambilan GMI Januari 2022\nAnda kini boleh membuat permohonan dengan melayari pautan berikut: https://sis.sqayy.com/onlineapp/ atau, gmi.edu.my/onlineapp\nSyarat-Syarat Kelayakan Pemohon\nLulus SPM + 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal)\n*untuk syarat-syarat kelayakan yang lain, sila rujuk laman web rasmi German-Malaysian Institute.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila layari: www.gmi.edu.my atau https://linktr.ee/germanmalaysianinstitute\nAtau,anda boleh Whatsapp pegawai pengambilan di bawah untuk sebarang pertanyaan:\nhttps://wasap.my/+601156741706/MohonJan2022 (Pn. Sallysmar)https://wasap.my/+601126055460/MohonJan2022 (En. Amir)https://wasap.my/+601115328200/MohonJan2022 (Pn. Syamimi)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tpkkkp/", "title": "Permohonan TPKKKP: Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor", "body": ["\n\n", "\nKakitangan Kerajaan Negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran dan mencari pembiayaan pelajaran kini boleh membuat permohonan menerusi Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) 2021. \nUntuk makluman, TPKKKP telah diperkenalkan sejak tahun 2018 yang bertujuan menggalakkan\u00a0penjawat awam Johor\u00a0melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.\nTPKKKP ini dilaksanakan di bawah Permodalan Darul Ta\u2019zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).\nPermohonan TPKKKP telah dibuka kepada kakitangan kerajaan yang berminat dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021. \nSyarat Permohonan\nKakitangan kerajaan yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\n\n\n\n\nPermohonan dibuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun).Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.Tiada had umur ditetapkan.Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT atau mana-mana bantuan yang dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta\u2019zim selama 5 tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan TPKKKP, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web iaitu https://www.pdt.com.my/tpkkkp2021/.Klik butang \u2018Borang Permohonan.\u2019Muat turun Borang Permohonan TPKKKP.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan.Setelah siap, hantar borang permohonan ke alamat email berikut [email\u00a0protected].\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sah surat tawaran kemasukan ke universiti awam.Salinan surat pengesahan status perkhidmatan.Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin).Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin-slip gaji pasangan).Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.Sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).Sijil-sijil kelayakan daripada badan-badan profesional/ikhtisas (jika ada).Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat daerah/negeri (jika ada).\nPerlu diingatkan semua dokumen tersebut perlu mendapat pengesahan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web iaitu https://www.pdt.com.my/tpkkkp2021/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-perniagaan-bimbingan-keusahawanan-maiwp/", "title": "Permohonan Bantuan Perniagaan & Bimbingan Keusahawanan MAIWP", "body": ["\n\n", "\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan bantuan perniagaan kepada para asnaf yang menjalankan perniagaan dan keusahawanan melalui Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.\nUntuk makluman, tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu peniaga-peniaga yang telah memulakan perniagaan atau modal tambahan bagi menjana pendapatan golongan asnaf tersebut.\nBagi memastikan para asnaf layak menerima bantuan ini, mereka mestilah telah menjalankan perniagaan sekurang-kurang 6 bulan sebelum permohonan dilakukan. \nOleh itu, permohonan Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini mestilah melalaui borang permohonan yang dihantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.\n\nAsnaf Yang Terlibat\nUntuk Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini, sebanyak 4 kategori asnaf yang layak memohon iaitu:\nFakirMiskinMualafAl-Gharimin\nSyarat Umum\nBagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat umum seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon ialah warganegara MalaysiaPemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.\nCara Memohon\nPemohon yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut:\nMuat turun atau download borang permohonan dengan klik pautan\u00a0file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti:\nSatu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:\u2013 Pemohon\u2013 Suami\u2013 Isteri\u2013 Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan\u00a0surat akuan\u00a0sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.\u00a0Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiamiSatu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun bank yang menunjukan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/ terkiniSatu salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan lesen, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan.Satu salinan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatanDua keping gambar berwarna berukuran 3R yang menunjukkan pemohon sedang menjalani operasi perniagaan\nLain-Lain Dokumen\nDokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan sekiranya pemohon tergolong dalam kategori ini:\nKeluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan ini, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 03-4047 9444 atau melayari laman web\u00a0https://www.maiwp.gov.my/\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biz-nita-cara-memohon-bantuan-usahawan-perak-rm3000/", "title": "Biz Nita | Cara Memohon Bantuan Peralatan Bagi Usahawan Perak (RM3,000)", "body": ["\n\n", "\nBiz Nita | Cara Memohon Bantuan Peralatan Bagi Usahawan Perak (RM3,000) ~ Untuk makluman anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak mengalu-alukan usahawan wanita memohon bantuan peralatan bagi tujuan membangunkan perniagaan menerusi Biz Nita.\nBiz Nita\u00a0\u00a0\nBiz Nita adalah merupakan sebuah program yang memperuntukkan bantuan peralatan dan bantuan tunai one off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak. Program ini dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.\nPRE Perak Sejahtera pada tahun ini telah diluluskan dengan peruntukan RM23 juta mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, umum Menteri Besar Perak, Dato\u2019 Seri Saarani bin Mohamad.\u00a0\n\nTarikh Permohonan\nKepada mana-mana usahawan wanita yang berminat untuk memohon bantuan ini, anda boleh membuat permohonan bermula 13 April 2022 sehingga 20 April 2022 secara atas talian (online).\nJumlah Bantuan\nMelalui program ini, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM3,000 bagi membeli bantuan peralatan perniagaan untuk usahawan wanita.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah wanita.Pemohon berumur 18 tahun ke atas.Pemohon telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.Pemohon menetap di Negeri Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila layari pautan permohonan berikut:\u00a0 https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8.\u00a0Pastika anda membaca syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.Dan, lengkapkan permohonan sehingga tamat.Klik\u00a0 \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan anda.\nMaklumat lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Wanita Perak di talian dan email berikut:\u00a0\nNo tel: 05-5269829Email: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-gradpreneur-perak-2022/", "title": "Permohonan GRAD[email\u00a0protected] 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan", "body": ["\n\n", "\nTerkini Yayasan Perak Gradpreneur menawarkan program latihan dan pinjaman mikrokedit untuk ushawan graduan anak Perak. Program ini juga dikenali sebagai GRADPRENEUR @ PERAK 2022.\n\u00a0\nTarikh permohonan di buka mulai 24 Mei 2022 \u2013 29 Mei 2022 untuk fasa satu. Semua graduan Lepasan SIJIL, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA (IPTA dan IPTS) yang berminat untuk mengembangkan perniagaan adalah di pelawa untuk menyertai Program Penjana KPT CAP \u2013 GRADPRENEUR @ PERAK (KOHORT 2) ini.\n\u00a0\nApa Itu GRADPRENEUR @ Perak 2022\n\nIanya merupakan program pinjaman mikro kredit oleh Yayasan Perak kepada usahawan graduan anak Perak bagi mengembangkan perniagaan.\nBaca juga : Skim Pembiayaan PTPK : Dana Pinjaman TVET Untuk Lepasan Sekolah\nSelain daripada bantuan pembiayaan program ini juga memberikan upskilling dan reskilling kepada graduan yang terpilih. Peserta juga akan menerima sijil yang kompotensi dan di iktiraf oleh agensi-agensi.Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja\nTarikh Dan Lokasi Program\nProgram \u00a0[email\u00a0protected] 2022 akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022\n\u00a0\n\n\n\n\nApa\u00a0Yang Peserta Akan Dapat\nPeserta yang menyertai program ini akan menerima ;\n\nLatihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari\nPinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000\nSesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan\n\n\u00a0\nSyarat Kelayakan Permohonan GRADPRENEUR @ Perak 2022\n\nGraduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 \u2013 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)*\nPemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.\nPemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.\nMenjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.\nPerniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.\nGraduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.\n\n\u00a0\nCara Mendaftar\nPendaftaran boleh di buat secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6 (Link taklimat akan diberikan selepas peserta mendaftar)\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Gradpreneur @ Perak 2022, anda boleh layari facebook Page :https://www.facebook.com/Yayasan-Perak-Gradpreneur-YPG-110257431554226 atau anda juga boleh\u00a0 hubungi:\nDr Sharul Effendy Janudin (UPSI) \u2013 0122118608\nYayasan Perak \u2013 05-2460227\nPASAK -018-297 4725\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lembaga-tabung-haji-malaysia-kos-haji-2022/", "title": "Lembaga Tabung Haji Malaysia | Kos Haji TH & Bayaran Haji 2022", "body": ["\n\n", "\nLembaga Tabung Haji Malaysia | Kos Haji TH & Bayaran Haji 2022 ~ Tahukah anda, Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang jemaah haji Muassasah.\nHal ini dipercayai adalah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi.\nKos Haji TH & Bayaran Haji 2022\u00a0\nUntuk pengetahuan anda, kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900.\u00a0\nSekiranya kenaikan ini berlaku, sebanyak 12 peratus peningkatan yang terjadi adalah mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan.\u00a0\nIni belum masuk perkiraan pelbagai peningkatan kos dengan SOP baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.\nKos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.\u00a0\nKos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari.\u00a0\nSelain dari kos-kos langsung, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji. Jumlah kos tidak langsung ini sahaja mencecah RM60 juta setiap tahun.\n\n\n\n\n\nBantuan Kewangan Untuk Menunaikan Haji Masih Diteruskan\nWalaubagaimanapun, anda tidak perlu khuatir. Pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia masih lagi meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.\u00a0\nLembaga TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.\nKepada para bakal haji, anda perlu membuat persediaan awal dari segi kesihatan dan perbelanjaan haji sekiranya mendapat panggilan haji pasca COVID ini. Namun, Kerajaan Arab Saudi masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan ibadat haji bagi Musim 1443H/2022M.\nPengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji\nSekiranya anda mempunyai caruman KWSP, anda layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP bagi tujuan mengerjakan haji.\u00a0\nJumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).\nHad maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\nAhli KWSPMengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSPMengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSPBerumur kurang 55 tahun\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut sila rujuk pautan di laman web berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/iltizam-anak-selangor-2023/", "title": "Iltizam Anak Selangor 2023 : Bantuan Anak Selangor Dapat RM500", "body": ["\n\n", "\nPermohonan skim iltizam Anak Selangor kini dibuka buat anak-anak yang baru lahir di Selangor bermula kelahiran tahun 2022.\nIa merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Inisiatif ini menawarkan bantuan sejumlah RM500 dalam bentuk tabung simpanan bernilai RM100 setahun selama 5 tahun.\nBantuan ini menyasarakan sebanyak 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini secara lebih lanjut. \n\nApa Itu Iltizam Anak Selangor 2023?\n\nProgram Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.\nSetiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.\nWang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas\n\n\n\n\nTempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. \nPermohonan baharu akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut\nSyarat Kelayakan Permohonan Iltizam Anak Selangor\n\nAnak lahir bermula tahun 2022.\nWarganegara Malaysia.\nAnak lahir di Selangor.\nPenjaga menetap di Negeri Selangor.\n\nKriteria Ibu Bapa / Penjaga\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 18 tahun ke atas.\nSedang menetap di Selangor.\nMerupakan pengundi berdaftar di Selangor. \n\n\nDokumen Sokongan\nPemohon juga perlu kemukakan dokumen sokongan seperti berikut : \n\nSalinan Sijil Kelahiran anak\nSalinan MyKad Penjaga\nSalinan SPR\nSekiranya penjaga bukan IBU / BAPA\n\nSurat Perakuan Anak Angkat (Sekiranya Anak Angkat)\nSurat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu/bapa/angkat)\n\n\n\nSila Muat Naik Dokumen yang lengkap dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan. Sekiranya Dokumen yang di muat naik tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses dan akan digagalkan secara automatik\nCara Permohonan\n\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian di\u00a0https://anas.yawas.com.my/ mulai 1 Ogos 2022. \nBorang permohonan secara manual juga boleh didapati di pejabat DUN terdekat. \nDokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.\nPemohon boleh menyemak status permohonan di laman web https://anas.yawas.my/online/permohonan.php\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Iltizam Anak Selangor 2023, sila hubungi saluran berikut:\n\nLaman web :\u00a0https://anas.yawas.my/online/\nTelefon : +03 5481 8800\nE-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\nBaca juga : Selangor Saring : Program Saringan Kesihatan Percuma Warga Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkc-pemulih/", "title": "BKC PEMULIH: Jumlah & Jadual Pembayaran Bantuan Khas COVID-19", "body": ["\n\n", "\nMenerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu bagi golongan rakyat yang memerlukan iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC). \nMenerusi BKC PEMULIH, pemberian bantuan ini diwujudkan adalah untuk memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.\nBagi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion bagi melaksanakan bantuan ini. \nBantuan ini akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang yang layak. \n\nMatlamat PEMULIH\nTerdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMULIH seperti yang diumumkan Perdana Menteri iaitu:\nMeneruskan Agenda Prihatin RakyatMenyokong PerniagaanMeningkatkan Vaksinasi\nOleh itu, pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.\nKategori Penerima BKC\nUntuk makluman, terdapat 3 kategori penerima BKC PEMULIH yang akan menerima bantuan ini iaitu:\nMiskin TegarB40M40\nJumlah Bayaran\nUntuk jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC PEMULIH, butiran jumlah pembayaran adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran BujangMiskin TegarRM1,300RM500B40RM800RM200M40RM250RM100\nJadual Pembayaran\nPenerima yang layak akan menerima bantuan BKC PEMULIH seperti dalam jadual berikut:\nKategori PenerimaBulan OgosBulan NovemberBulan DisemberIsi rumah Miskin TegarRM500RM500RM300Bujang Miskin TegarRM200RM300\u2013\u00a0Isi rumah B40RM500\u2013RM300Bujang B40RM200\u2013\u2013Isi rumah M40RM250\u2013\u2013Bujang M40RM100\u2013\u2013\nCara Pemohonan\nUntuk permohonan BKC PEMULIH, info mengenai cara-cara membuat permohonan akan diberitahu dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.\nSoalan Lazim\nApakah matlamat utama pelaksanaan BKC? Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021 Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini? 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak? Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima. Bilakah bayaran BKC akan dibuat? Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan\u00a0https://www.mof.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mavcom-cara-buat-tuntutan-pampasan-penerbangan-ditunda-dibatalkan/", "title": "MAVCOM : Cara Buat Tuntutan Pampasan Jika Penerbangan Ditunda / Dibatalkan", "body": ["\n\n", "\nKetahui hak anda, apakah kriteria dan cara buat tuntutan pampasan jika penerbangan anda ditunda atau di batalkan syarikat penerbangan.\nUntuk pengetahuan, pengguna boleh membuat tuntutan pampasan sekiranya penerbangan mereka ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).\nMAVCOM merupakan suruhanjaya yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di bawah\u00a0Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771).\u00a0 Bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia.\n\u00a0\nAntara peranan dan fungsi MAVCOM eperti yang dinyatakan di dalam Akta 771 tersebut, merangkumi:\n\nmengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam;\nmemperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna;\nmemperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;\nmentadbir dan menguruskan hak trafik udara; dan\nmenasihati Kerajaan, mentadbir dan menguruskan laluan-laluan di bawah obligasi perkhidmatan awam.\n\n\u00a0\nSemenjak pembukaan semula sempadan negara, dan syarikat penerbangan mulai rancak semula menerima penumpang, terlalu banyak aduan dan keluhan dapat dilihat di media sosial berkaitan penerbangan lewat dan asyik dijadualkan semula tanpa notis.\n\u00a0\nKeluhan ini memuncak pada musim perayaan hari raya aidilfitri baru-baru ini. Berikutan daripada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa pengguna yang terjejas untuk mengemukakan aduan mengenai isu penjadualan semula penerbangan\n\u00a0\nMAVCOM ingin menegaskan sekali lagi bahawa hak-hak pengguna penerbangan perlu sentiasa diutamakan oleh syarikat penerbangan. Penyiasatan Suruhanjaya mengenai isu penjadualan semula penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa musim perayaan baru-baru ini juga sedang dijalankan.\nMAVCOM : 3 Kriteria Tuntutan Pampasan Jika Penerbangan Ditunda atau Batalkan\n\n\u00a0\nJika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan. Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, pampasan ini mungkin merangkumi:\n\nMakanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih);\nPenginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih);\nPembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan).\n\nBaca juga : Super App AirAsia | Check in Melalui Website sudah Tidak Tersedia Anda Perlu Guna Apps Ini\nSatu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu \u201ckeadaan luar biasa\u201d yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.\nJika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut\u00a0sebelum anda menghubungi MAVCOM.\n\u00a0\nContoh Dan Situasi Tuntutan Pampasan Penerbangan Ditunda /Batalkan\n\u00a0\nIlustrasi\u00a01 \u2013\u00a0Penundaan\u00a0Penerbangan\n\n\n\n\nAli\u00a0telah\u00a0membeli\u00a0dua\u00a0tiket\u00a0penerbangan\u00a0berlainan\u00a0dari\u00a0Penang\u00a0ke\u00a0Kuala Lumpur\u00a0daripada\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0dan\u00a0dari\u00a0Kuala Lumpur\u00a0ke\u00a0Singapura\u00a0daripada\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0XYZ.\u00a0Penerbangan\u00a0beliau\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0telah\u00a0ditunda\u00a0selama\u00a08 jam.\u00a0Disebabkan\u00a0penundaan\u00a0ini, Ali\u00a0telah\u00a0terlepas\u00a0penerbangan\u00a0sambungan\u00a0beliau\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0XYZ\u00a0ke\u00a0Singapura.\u00a0Adakah\u00a0Ali\u00a0berhak\u00a0untuk\u00a0mendapat\u00a0pampasan\u00a0dan\u00a0jagaan\u00a0bagi\u00a0penerbangan\u00a0sambungan\u00a0beliau\u00a0ke\u00a0Singapura?\n\nSyarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0hanyalah\u00a0bertanggungjawab\u00a0untuk\u00a0penerbangan\u00a0Ali\u00a0dari\u00a0Penang\u00a0ke\u00a0Kuala Lumpur.\u00a0Oleh\u00a0kerana\u00a0penundaan\u00a0ini\u00a0lebih\u00a0daripada\u00a05 jam, Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0bertanggungjawab\u00a0untuk\u00a0menyediakan\u00a0Ali\u00a0dengan\u00a0yang\u00a0berikut:\ni.\u00a0Makanan,\u00a0panggilan\u00a0telefon\u00a0yang\u00a0terhad\u00a0dan\u00a0akses\u00a0kepada\u00a0internet (di mana\u00a0tersedia)\nii.\u00a0Penginapan\u00a0di hotel (di mana\u00a0pengguna\u00a0didapati\u00a0perlu\u00a0bermalam)\niii.\u00a0Pengangkutan\u00a0antara\u00a0lapangan\u00a0terbang\u00a0dan\u00a0hotel (di mana\u00a0perlu);\nOleh\u00a0kerana Ali\u00a0mempunyai\u00a0tempahan\u00a0yang\u00a0berasingan\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0XYZ\u00a0ke\u00a0Singapura, Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0tidak\u00a0akan\u00a0bertanggungjawab\u00a0ke\u00a0atas\u00a0sebarang\u00a0kos\u00a0langsung\u00a0yang\u00a0berkaitan\u00a0dengan\u00a0urusan\u00a0perjalanan\u00a0Ali\u00a0untuk\u00a0penerbangan\u00a0sambungan\u00a0beliau.\n\n\u00a0\nIlustrasi\u00a02 \u2013\u00a0penundaan\u00a0penerbangan\nHani\u00a0mempunyai\u00a0satu\u00a0tiket\u00a0penerbangan\u00a0dari\u00a0Pulau\u00a0Pinang\u00a0ke\u00a0London\u00a0dengan\u00a0transit di Kuala Lumpur\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC.\u00a0Penerbangan\u00a0beliau\u00a0dari\u00a0Pulau\u00a0Pinang\u00a0ke\u00a0Kuala Lumpur\u00a0telah\u00a0ditunda\u00a0selama\u00a03 jam.\u00a0Akibat\u00a0daripada\u00a0itu,\u00a0dia\u00a0akan\u00a0terlepas\u00a0penerbangan\u00a0sambungan\u00a0beliau\u00a0ke\u00a0London.\u00a0Apakah\u00a0hak\u00a0Hani\u00a0sebagai\u00a0penumpang\u00a0pesawat?\n\nSyarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0bertanggungjawab\u00a0untuk\u00a0membawa\u00a0Hani\u00a0ke\u00a0destinasi\u00a0terakhir\u00a0beliau\u00a0(London) kerana\u00a0dia\u00a0memegang\u00a0satu\u00a0tiket\u00a0daripada\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0dari\u00a0Pulau\u00a0Pinang\u00a0ke\u00a0London.\u00a0Oleh\u00a0kerana\u00a0kelewatan\u00a0itu\u00a0disebabkan\u00a0oleh\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC,\u00a0ia\u00a0adalah\u00a0tanggungjawab\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0untuk\u00a0menempatkan\u00a0Hani\u00a0dalam\u00a0penerbangan\u00a0seterusnya\u00a0ke\u00a0London\u00a0tanpa\u00a0sebarang\u00a0kos\u00a0tambahan.\nSementara\u00a0itu, Hani juga\u00a0berhak\u00a0untuk\u00a0mendapat\u00a0makanan,\u00a0panggilan\u00a0telefon,\u00a0akses\u00a0internet (di mana\u00a0tersedia)\u00a0dan\u00a0penginapan\u00a0(di mana\u00a0pengguna\u00a0didapati\u00a0perlu\u00a0bermalam).\n\n\u00a0\nIlustrasi\u00a03 \u2013\u00a0pembatalan\u00a0penerbangan\nPenerbangan\u00a0Ali\u00a0dari\u00a0Kuala Lumpur\u00a0ke Beijing\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0telah\u00a0dibatalkan.\u00a0Oleh\u00a0itu, Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0menawarkan\u00a0samaada\u00a0penerbangan\u00a0alternatif\u00a0pada\u00a0keesokan\u00a0hari\u00a0kerana\u00a0itu\u00a0merupakan\u00a0penerbangan\u00a0yang\u00a0tersedia\u00a0serta-merta,\u00a0atau\u00a0bayaran\u00a0balik\u00a0sepenuhnya. Ali\u00a0mendapati\u00a0bahawa\u00a0penerbangan\u00a0alternatif\u00a0itu\u00a0tidak\u00a0bersesuaian\u00a0dan\u00a0membuat keputusan untuk membeli tiket lain dengan Syarikat Penerbangan XYZ. Bolehkah Ali meminta Syarikat Penerbangan ABC untuk membayar tiket penerbangan beliau yang telah dibeli dengan Syarikat Penerbangan XYZ?\n\nPenjadualan\u00a0semula\u00a0penerbangan\u00a0tidak\u00a0dapat\u00a0dielakkan\u00a0dalam\u00a0industri\u00a0penerbangan\u00a0oleh\u00a0sebab\u00a0pelbagai\u00a0keadaan\u00a0operasi.\u00a0Namun,\u00a0syarikat\u00a0penerbangan\u00a0wajib\u00a0memberi\u00a0notis\u00a0yang\u00a0mencukupi\u00a0serta\u00a0menyediakan\u00a0penerbangan\u00a0alternatif\u00a0seawal\u00a0mungkin\u00a0atau\u00a0bayaran\u00a0balik\u00a0sepenuhnya\u00a0kepada\u00a0penumpang\u00a0yang\u00a0terjejas.\nDalam\u00a0kes\u00a0ini, Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0telahpun\u00a0menawarkan\u00a0penerbangan\u00a0alternatif\u00a0atau\u00a0bayaran\u00a0balik\u00a0sepenuhnya\u00a0kepada\u00a0Ali. Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0ABC\u00a0telah\u00a0menjalankan\u00a0tanggungjawabnya\u00a0dan\u00a0tidak\u00a0bertanggungjawab\u00a0untuk\u00a0membayar\u00a0tiket\u00a0yang Ali\u00a0telah\u00a0beli\u00a0dengan\u00a0Syarikat\u00a0Penerbangan\u00a0XYZ.\n\nUntuk\u00a0keterangan\u00a0lanjut,\u00a0sila\u00a0rujuk\u00a0kepada\u00a0Kod\u00a0Perlindungan\u00a0Pengguna\u00a0Penerbangan\u00a0Malaysia 2016 (MACPC) \u2013\u00a0Bahagian\u00a0III,\u00a0Perenggan\u00a012:\u00a0Hak\u00a0Penumpang\u00a0Pesawat\u00a0Udara\u00a0\u2013\u00a0Kelewatan\u00a0dan\u00a0Pembatalan\nCara Buat Aduan Tuntutan Pampasan Kepada MAVCOM\n\nSekiranya anda mengalami penundaan penerbangan atau isu penerbangan lain dan tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya, anda boleh menghubungi syarikat penerbangan berkaitan untuk mendapatkan penyelesaian.\nJika penyelesaian yang diterima adalah tidak memuaskan, sila kemukakan aduan anda dengan dokumentasi yang lengkap melalui laman web FlySmart di www.flysmart.my, aplikasi mudah alih FlySmart atau hubungi MAVCOM di talian hotline pengguna kami di 1-800-6966 (dalam Malaysia) untuk bantuan selanjutnya.\n\u00a0\nButiran dan Dokumentasi Diperlukan\n\nAduan bertulis yang anda telah kemukakan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang, bersama-sama dengan maklum balas syarikat tersebut;\nButiran penerbangan anda, termasuk\nNombor penerbangan dan tarikh/masa;\nNama lapangan terbang, lokasi dan tarikh; dan\nApa-apa bukti lain, seperti salinan tiket/tempahan, salinan imbasan pas masuk pesawat, gambar/ tangkap layar (screenshot), salinan sijil perubatan (jika berkenaan), salinan pasport/kad pengenalan (jika berkenaan), laporan bagasi dll.\n\nSemak Status Aduan / Pampasan MAVCOM\nSekiranya anda telah membuat aduan kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart, anda boleh menyemak status kes anda di semakan status\n\u00a0\nJika anda tidak dapat mengesan atau terlupa nombor rujukan kes, sila e-mel kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\n\u00a0\nBagi pengguna yang terjejas dan tidak menerima maklum balas atau tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan penerbangan digalakkan untuk mengemukakan aduan kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart di\u00a0www.flysmart.my, atau aplikasi mudah alih FlySmart yang boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store. Pengguna juga boleh menghubungi talian pengguna kami di 1800-18-6966 bagi panggilan dalam Malaysia atau +603-7651 2777 bagi panggilan di luar Malaysia\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jawatan-kosong-felda-sebagai-field-supervisor/", "title": "Jawatan Kosong FELDA Sebagai Field Supervisor", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, permohonan jawatan kosong sebagai Field Supervisor FELDA dibuka. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Field Supervisor.\nPemohon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Field Supervisor mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 24 Jun 2022.\nLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)\nTelah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas \u2013 Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.\nFELDA Plantation Management Sdn Bhd FPMSB adalah merupakan sebuah anak syarikat felda (Federal Land Development Authority) yang menumpukan kepada sektor peladangan seperti kelapa sawit dan getah\nJawatan Kosong FELDA \u2013 Field Supervisor\n\nRingkasan Tugas Sebagai Field Supervisor\nBertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit.\nKelayakan\nMinimum spm/stpm atau setaraf dengan mendapat minima 4 kredit termasuk subjek bahasa melayu & matematikKeterampilan yang baik, ampu bertutur serta menulis dengan baikBoleh bekerja dengan pengawasan yang minimum dan secara berkumpulanMempunyai kemahiran menggunakan computerBerumur tidak melebihi 35 tahunMemiliki lesen bsLelaki\nBaca juga : Program GEMS PTPTN : Tawaran Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 24 Jun 2022\nCara Permohonan\nCalon-calon yang berminat hendaklah membuat permohonan beserta resume dan salinan sijil-sijil akademik serta gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan). Sila kemukakan permohonan kepada;\n\n\n\n\nKetua bahagian pembangunan sumber manusia\nFelda Plantation Management Sdn Bhd\nTingkat 28,menara felda\nplatinum park, no 11,persiaran klcc\n50088 kuala lumpur\nAtau emailkan kepada [email\u00a0protected], [email\u00a0protected] \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Jawatan Kosong FELDA Sebagai Field Supervisor 2022 anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/FeldaLKTP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tukar-akaun-tabung-haji/", "title": "Cara Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa", "body": ["\n\n", "\nCara Tukar Akaun TH Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa | Elak Akaun Dibekukan Selepas 1 Disember \u201821 ~ Kepada semua para pendeposit TH, khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan.\u00a0\nLembaga Tabung Haji (TH) menyarankan anda untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa segera. Pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya bermula 1 Disember 2021.\nMenurut Mustakim Mohamad (Pengarah Eksekutif Operasi), terdapat hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti.\u00a0\nTransaksi Pengeluaran Akaun TH Akan Dibekukan Mulai 1 Disember\n\nKegagalan berbuat demikian selepas 1 Disember 2021 ini akan menyebabkan akaun Tabung Haji yang melebihi had umur kanak-kanak iaitu 18 tahun dibekukan.\u00a0\nAkaun TH tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.\nWalau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.\nCara Menukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa\n\nAnda boleh menukar status akaun TH Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa di mana-mana kaunter cawangan TH yang berdekatan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat);\u00a0\n\n\n\n\nIsnin-Khamis: 9.30 pagi hingga 1.00 petangJumaat: 9.30 pagi hingga 12.15 petang\nIbu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu datang bersama anak tersebut.\nDi samping itu, para pendeposit hendaklah memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif agar dapat menikmati manfaat yang ditawarkan.\nSila rujuk di mana-mana kaunter cawangan TH sekiranya anda mempunyai kekeliruan.\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, sila layari laman web rasmi www.tabunghaji.gov.my .\nAtau hubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di talian: 03-6207 1919.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-awal-ipt/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan", "body": ["\n\n", "\nPara pelajar yang bakal mengambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta, anda boleh memohon bantuan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu Skim Bantuan Awal IPT.\nUntuk makluman, Skim Bantuan Awal IPT adalah bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.\nTujuan skim bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur untuk mendaftar anak mereka ke IPT.\nOleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi YWP e-Portal System (Y.E.S).\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon Skim Bantuan Awal IPT ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Pemohon menetap di Wilayah Persekutuan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon ialah RM1,000 ke bawah.Ibu/bapa pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan atau pemohon lahir di Wilayah Persekutuan.Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran (PhD) sepenuh masa sahaja.\nCara pengiraan untuk pendapatan perkapita keluarga pemohon RM1,000 ke bawah adalah seperti berikut:\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://yes.yayasanwp.org.my/.Klik bahagian Daftar Baru.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Password. Isi maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen permohonan Hantar permohonan\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sijil kelahiran pelajar.Salinan kad pengenalan pasangan (bagi pelajar yang telah berkahwin).Salinan sijil/kad nikah (bagi pelajar yang telah berkahwin). Salinan kad pengenalan bapa/penjaga.Salinan kad pengenalan ibu/penjaga.Salinan sijil kematian jika ibu/bapa meninggal dunia. Salinan surat perakuan cerai ibu/bapa.Salinan kad pengenalan isi rumah (ahli keluarga yang dalamtanggungan.Salinan kad OKU (jika ahli keluarga pemegang kad OKU). Salinan bil utiliti.Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan bapa/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri).Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan ibu/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri.Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal MAIWP (jika ibu/bapa penerima bantuan).Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ibu/bapa penerima bantuan).Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (jika ibu/bapa penerima bantuan).Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT. Salinan resit pembayaran yuran pengajian/slip transaksi pembayaran kepada IPT.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Wilayah Persekutuan di talian 03-2698 3073/2073.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mrc-scholarship-awards-2022/", "title": "MRC Scholarship Awards 2022 Permohonan Kini Dibuka", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, MRC Scholarship Awards 2022 iaitu biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT telah dibuka. Biasiswa BSMM diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.\nTawaran ini dibuka kepada warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan\nMalaysian Rubber Council (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).\nMRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.\nMRC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China, India dan Timur Tengah.\nKelebihan Biasiswa MRC Scholarship Awards\nKepada mereka yang berjaya menerima tawaran biasiswa ini, akan mendapat manfaat seperti berikut:\nYuran PendidikanElaun Sara HidupPeluang-peluang Latihan IndustriPeluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian\n\nBaca juga : Gamuda Scholarship\n\n\n\n\n\nBidang Yang Layak Memohon\nKejuruteraan \u2013 Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/TenagaSains dan Teknologi PolimerLogistik dan Rantaian BekalanEnvironmental StudiesEkonomi/Pemasaran/Pengajian Perniagaan/Akaun/Analisa StatistikIT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem KomputerSains Data dan Analitik\n\nSyarat Permohonan MRC Scholarship Awards\nWarganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.\n\nCara Permohonan\nBorang permohonan online boleh di dapati di laman website\u00a0https://www.myrubbercouncil.com/scholarships2022/mrcscholaronlineform.php.Sila buat akaun anda terlebih dahulu untuk mengakses borang permohonan dengan Klik \u201cCreate Account.\u201d terlebih dahuluLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta.Semak maklumat yang telah anda isi sebelum hantar permohonan.\n\nTarikh tutup permohonan\n20 September 2022\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MRC Scholarship Awards, anda boleh hubungi Cik Nur Lina atau En. Adrian di talian 03-2782 2100 atau hantarkan pertanyaan anda melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-kenalpasti-wang-kertas-palsu/", "title": "Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)", "body": ["\n\n", "\nCara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)\nWalaupun ramai pengguna kini banyak bergantung pada kaedah pembayaran atas talian, namun ramai yang masih bergantung pada wang kertas untuk tujuan jual beli.\nApa Itu Wang Kertas Palsu?\nWang kertas palsu adalah penghasilan semula wang kertas sebenar menggunakan bahan berkualiti rendah namun kelihatan serupa dengan wang tulen. \nDihasilkan dengan niat untuk menipu orang ramai, wang kertas tiruan ini tidak mempunyai sebarang nilai namun ada kemungkinan ia boleh digunakan dan mungkin terlepas daripada pengesanan.\nSumber : NST\nSemua wang kertas moden yang palsu boleh dikenalpasti tanpa sebarang masalah. \nPerbezaannya boleh dilihat apabila diteliti dengan dekat menggunakan kaedah \u2018RASA, LIHAT, SENDENG, dan PERIKSA\u2019.\nBaca Juga : Maybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online\nCara Kenalpasti Wang Kertas Asli : Ciri-Ciri Keselamatan Yang Anda Perlu Tahu\n1.RASA\n\nRasa kualiti wang kertas dan cetakan timbul :\n\nKertasnya kasar dengan kesan cetakan terangkat pada teks dan potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama.\nWang kertas polimer diperbuat daripada plastik khas dengan kesan cetakan terangkat pada teks dan potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama.\n\n2. LIHAT\n\nLihat pada potret 3-Dimensi dan benang keselamatan:\n\nPotret tera air (watermark) 3 Dimensi, daftar tembus yang sempurna dan tetingkap jelas akan muncul.\nBarisan keselamatan berwarna gelap berterusan akan muncul.\n\n3. SENDENG\n\n\n\n\n\nSendengkan wang kertas dan perhatikan perubahan imej dan warna:\n\nPerhatikan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan tampung berkilat berwarna.\n\n4. PERIKSA\n\nPeriksa menggunakan peranti cahaya ultraungu atau kanta pembesar:\n\nPeranti cahaya Ultraungu \u2013 substrat kertas tidak akan bercahaya kecuali untuk ciri keselamatan yang dipilih.\nKanta pembesar \u2013 huruf mikro akan kelihatan dengan jelas\n\nCiri Keselamatan Mata Wang Malaysia\nWang kertas asli juga dihasilkan dengan beberapa ciri-ciri keselamatan menerusi rekabentuk sisi, garisan mikro dan imej pendam. \nAnda boleh rujuk infografik di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut : \n\nCara Mengendalikan Wang Kertas Dengan Betul\nBerdasarkan perkongsian daripada Bank Negara Malaysia, wang kertas diperbuat daripada kapas kecuali wang polimer RM 1 dan RM 5. Namun, cara pengendalian atau penjagaan wang kertas adalah sama bagi kedua-duanya iaitu :\n\nJangan lipat wang kertas berulang kali (contohnya untuk dijadikan bahan hiasan) kerana ia boleh meninggalkan kesan lipatan kekal.\nJangan renyukkan wang kertas\nJangan gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang kertas.\nJangan masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna\nJangan kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM 50\nJangan ubah suai wang kertas\n\nSebagai pengguna, adalah tanggungjawab untuk kenalpasti wang kertas dan membezakan antara yang asli atau palsu. \nBila anda sudah boleh kenalpasti wang kertas asli dan membezakannya dengan yang palsu, maka lebih mudahlah untuk anda menyemaknya sebelum menerima.\nSelain itu, anda juga perlu tahu cara untuk mengendalikan wang kertas agar kualitinya terjaga dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai cara kenalpasti wang kertas asli dan kaedah pengendalian yang betul, sila layari laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) di pautan https://www.bnm.gov.my/methods-to-check-banknote-security-features. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rekalibrasi-tenaga-kerja-rtk-2-0/", "title": "Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0) \u2013 Daftar & Semak Status", "body": ["\n\n", "\nPROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK) 2.0 TAHUN 2023Pada 10 januari lalu mesyuarat khas pengurusan pekerja asing yang di pengerusikan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk melaksanakan semula program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 selain mewujudkan pelan kelonggaran pengajian pekerja asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing\nMenteri Dalam Negeri, Dato Saifuddin Nasution Bin Ismail berkata, RTK 1.0 yang tamat pada disember tahun lalu diteruskan selama setahun lagi kerana ia mampu memberi peluang tenaga kerja asing sedia ada dalam negara.\nProgram itu diwujudkan semula menjadikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing sah dan digajikan majikan yang layak mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan khususnya 3D, iaitu kotor, bau dan bahaya yang sukar terisi.\nApa itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023?\n\nProgram Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syaratsyarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).\nBaca juga : Perintah Pelaksanaan Gaji Minimum 2023 Malaysia\nTempoh Pelaksanaan\n\nMenurut Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, kelonggaran dalam program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang bermula 27 Januari lalu terpaksa dilakukan buat sementara waktu bagi atasi kekurangan tenaga kerja yang mendesak dalam sektor seperti perladangan dan perkhidmatan\nSehubungan itu bagi majikan yang kekurangan pekerja asing disarankan untuk mengambil peluang ini sebelum tamat tempoh pelaksaan.\nTarikh permohonan boleh dibuat ;\n\nTarikh mula : 27 Januari 2023\nTarikh tamat : 31 Disember 2023\n\nSyarat Permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023\nKelayan Majikan\n\nHanya majikan daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan (warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan;\u00a0\nSub Sektor Perkhidmatan seperti \u2013 Restoran, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Premis Kesejahteraan dan Urutan, Kedi (Lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat;\u00a0\nSektor Beku (Tidak Dibenarkan) \u2013 Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula\nTertakluk kepada kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Pengawal Keselamatan);\u00a0\nPematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN\n\u00a0Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;\n\nKelayakan PATI\nTerbuka kepada warga asing seperti berikut:\u00a0\n\ni. Hanya 15 negara sumber SAHAJA (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar,\u00a0Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan);\u00a0\nPATI yang telah melakukan kesalahan sebelum atau pada\u00a031 Disember 2022 seperti dibawah:\u00a0\n\nSeksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/6;\u00a0\nSeksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63;\u00a0Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah PeraturanPeraturan Imigresen, 1963;\u00a0 \nPATI Program 6P dan Rehiring yang telah tinggal lebih masa;\u00a0\n\n\nPATI yang mempunyai dokumen perjalanan (Pasport) negara asal yang masih sah laku melebihi 18\u00a0 bulan;\nTidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;\u00a0\nKelayakan umur adalah 18 ke atas tertakluk kepada saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) (Fit To Work);\n\u00a0Syarat Penggajian RTK 2.0 tidak melebihi 5 (lima) tahun tertakluk kepada Dasar Penggajian semasa sehingga tahun ke-13 bagi lainlain sektor;\u00a0\nPekerja yang telah mencukupi tempoh bekerja perlu dihantar pulang melalui Memo Periksa Keluar (C.O.M) ke negara asal;\n\nBaca juga : Hari Pekerja 2023\nKos Bayaran\nBagi permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut ;\n\nTIADA wang cagaran dikenakan\nFi rekalibrasi RM 1,500.00 (seorang)\nLevi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i. sektor Perkilangan, Pembinaan, Perlombongan &\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pengkuarian, Pengawal Keselamatan dan Perkhidmatan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 1,850.00\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii. sektor Perladangan dan Pertanian RM 640.00\nPas RM60.00\nProses RM125.00, dan\nVisa (mengikut warganegara)\n\nPermohonan / Proses Kerja Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023\n\n\nPermohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM)\u00a0https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main\u00a0(Majikan daftarkan maklumat PATI secara online)\nPenetapan tarikh temujanji\u00a0(STO)\nMajikan hadir bersama PATI\nProses verifikasi\nSekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan\nPemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan\nSekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.\nSetelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak\u00a0PLKS.\n\nPerhatian\n\n\n\n\nMajikan yang telah selesai proses Verifikasi di Bahagian Penguatkuasa perlu hadir ke Bahagian Pekerja Asing bersama surat kelulusan dan keputusan pemeriksaan FOMEMA (FIT To Work) bagi urusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).\nSila rujuk kepada Syarat dan Kriteria Asas bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 sebelum membuat pendaftaran di Portal RTK 2.0. Sekiranya berlaku kesilapan semasa pendaftaran dalam Portal RTK 2.0, ianya adalah menjadi tanggungjawab majikan.\nMajikan dinasihatkan agar tidak cuba memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja secara memberi kenyataan palsu, Permohonan akan DIBATALKAN dan tindakan MAHKAMAH akan ambil dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63.\nMajikan perlu hadir bersama \u2013 sama dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak di atas.\nCara Login Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0\nUntuk tujuan log masuk bagi tujuan semakan atau kemaskini permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 ini, majikan akan dikehendaki untuk memasukan No. Dokumen Syarikat/Individu (ROC/MYKAD) dan juga nombor PIN seperti yang telah di daftarkan dan tekan butang biru \u201cSAHKAN\u201d.\nSekiranya anda terlupa nombor pin keselamatan untuk login, anda boleh klik pada tulisan berwarna merah \u201cLupa Nombor Pin Keselamatan\u201d\nSemakan Status Permohonan RTK 2.0\n\nUntuk semakan status permohonan rekalibrasi tenaga kerja 2.0, semakan boleh dibuat secara online dengan cara ;\n\nLayari portal,\u00a0https://imigresen-online.imi.gov.my\nKlik pada bahagian \u201cSemakan Status Pendaftaran / Kemaskini Permohonan\u201d.\nMasukkan nombor dokumen syarikat/ individu dan nombor pin yang sah.\nKemudian klik pada butang \u201cSahkan\u201d.\nKeputusan status permohonan pendaftaran/kemaskini RTK 2.0 akan dipaparkan\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh tutup permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0? 31 Disember 2023 Check Status Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0 Semakan boleh dibuat secara online layari portal,\u00a0https://imigresen-online.imi.gov.my \nAdakah terdapat sektor tertentu yang menghadkan pekerja asing daripada negara sumber untuk menyertai Program ini?\u00a0 o Pekerja Lelaki dari negara Filipina dibenarkan untuk bekerja di semua sektor dan pekerja wanita hanya untuk pembantu rumah sahaja;\u00a0o Pekerja dari negara Nepal dibenarkan bekerja untuk semua sektor termasuk sektor Kawalan Keselamatan (sebagai Pengawal Keselamatan).\u00a0 \n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO)\u00a0https://eapp.imi.gov.my atau menerusi laman sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut ;\n\nFacebook: Jabatan Imigresen Malaysia\u00a0https://www.facebook.com/imigresen\nTelegram: Jabatan Imigresen Malaysia\u00a0https://t.me/imigresen\nTwitter: imigresenmy\u00a0https://twitter.com/imigresenmy\nTik Tok: imigresenmy\u00a0https://tiktok.com/@imigresenmy\nInstagram: Imigresen\u00a0https://instagram.com/imigresen\nYouTube: Imigresen TV\u00a0https://youtube.com/c/imigresentv\nPortal: Jabatan Imigresen Malaysia\u00a0https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mykasih-kapital/", "title": "MyKasih Kapital, Bantuan Modal Perniagaan RM1,000 Khas Untuk Wanita", "body": ["\n\n", "\nMyKasih Kapital, Bantuan Modal Perniagaan RM1,000 Khas Untuk Wanita ~ Tahukah anda, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah melalui pelaksanaan Program MyKasih Kapital.\u00a0\nMelalui program ini, sesiapa yang berkelayakan akan menerima insentif yang merupakan bantuan asas modal perniagaan. Selain itu, program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian turut diberikan.\u00a0\nProgram ini dijangkakan akan memberi memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.\u00a0\nProgram Bantuan MyKasih Kapital\n\nUntuk pengetahuan anda, Program Bantuan MyKasih Kapital adalah merupakan salah satu ini inisiatif tambahan pihak kerajaan untuk membantu para wanita khasnya bagi menjana pendapatan secara atas talian.\u00a0\nProgram ini telah mula dilaksanakan bermula pada 8 Mac 2021 yang lalu sempena Sambutan Hari Wanita dan kini akan ditambah baik melalui Bajet 2022.\u00a0 \nProgram Bantuan MyKasih Kapital ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).\nMelalui program ini, insentif tambahan berbentuk suntikan modal perniagaan maksimum RM1, 000 akan diberikan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita. \nPemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship dan lain-lain perniagaan.\n\n\n\n\n\u00a0Objektif Program Bantuan MyKasih Kapital\u00a0\nMenurut laman web rasmi Yayasan Kebajikan Negara, berikut ialah antara objektif program bantuan ini:\u00a0\nMemperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.\nSyarat Kelayakan Pemohon\nBerikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas\nProgram ini khusus buat golongan wanita sahaja\nKetua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga\nIndividu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian\nWanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit\nBerminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan\nCara Memohon\nLayari laman web rasmi Yayasan Kebajikan Negara di pautan berikut: https://yknm.org.my/bantuan-mykasih-kapital/\nIkuti arahan selanjutnya yang dipaparkan.\u00a0\nPemohon yang layak akan dihubungi secara berperingkat oleh pihak urus setia bagi mengikuti kursus keusahawanan yang telah disediakan.\n*Makluman: Permohonan baru belum lagi dibuka. Maklumat terkini akan dikemas kini.\u00a0\nSekiranya anda pernah memohon sebelum 19 April 2021, anda boleh semak status permohonan anda di pautan berikut:\u00a0 https://forms.gle/KRCPCERDDuqRk2Xm9\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:\nYAYASAN KEBAJIKAN NEGARAAras 8, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya.\nTel: +603-8323-2451Faks: +603-8323-2062Emel: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-siswa-portal-carian-rumah-sewa-untuk-pelajar-ipt/", "title": "Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT", "body": ["\n\n", "\nAnda pelajar IPT yang mencari rumah sewa disekitar IPT anda? Tahukah anda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan kemudahan website yang dikenali sebagai Portal Rumah Siswa.\nKementerian Penggajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar luar kampus diberi perhatian yang sewajarnya.\nBagi memenuhi hasrat tersebut, KPT telah melancarkan insiatif Rumah Siswa yang telah disempurkan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi\nPortal ini dibangunkan bagi membantu pelajar dalam urusan sewa penginapan dan bertujuan untuk untuk semua pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, dengan lebih mudah.\nApa Itu Portal Rumah Siswa\nPortal Rumah Sewa Siswa adalah satu platform yang membantu mahasiswa IPT dalam urusan sewa penginapan di sekitar IPT masing-masing.\nKemudahan ini juga untuk memastikan bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak teraniaya apabila berurusan dengan tuan rumah. Selain itu, pelajar dapat membuat persediaan untuk mencari rumah sewa dengan lebih mudah dan teratur.\nTujuan Portal Rumah siswa\nPortal ini juga dapat memastikan wujudnya pangkalan data khusus di peringkat universiti berkaitan lokasi penginapan, kemudahan yang diperolehi, jarak terhadap akses kemudahan universiti serta paling penting aspek keselamatan pelajar luar kampus\n\n\n\n\nPanduan mahasiswa untuk mencari rumah sewa sekitar kampusMemberi khidmat nasihatMemudahcara proses pencarian bilik atau rumah sewaMengekalkan harga sewa rumah pada kadar berpatutan\nKompenan Utama Ruma Siswa\nInisiatif Rumah Siswa melibatkan tiga (3) komponen utama iaitu;\nPembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus;Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus; danPortal Rumah Siswa.\nSenarai IPTA Terlibat\n\nBagi inisiatif Pembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus, KPT bersama 20 buah Universiti Awam telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) yang berperanan sebagai pentadbir, penasihat, khidmat kaunseling perumahan dan pemantau kepada pelaksanaan program serta aktiviti pelajar luar kampus.\nAntara senarai IPT yang terlibat;\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaya (UM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nCara Daftar Rumah Siswa\nLayari laman web\u00a0https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.Klik butang \u2018Daftar\u2019 di bahagian atas kanan laman web.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang \u2018Verify Email Address\u2019 untuk mengesahkan email.Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang \u2018Cari.\u2019Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan keterangan lanjut mengenai \u00a0Portal Rumah Siswa, sila layari laman web\u00a0https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.\n\nBaca juga : \nBantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor 2022Dermasiswa B40 DRB Hicom University Lepasan SPM 2021\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-ibu-tunggal-ppwn-melaka/", "title": "Bantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Bantuan Khas Ibu Tunggal PPWN Melaka bagi tahun 2022 kini dibuka.\nInsentif ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu golongan ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah untuk lengkapkan persiapan ke sekolah yang bermula pada awal tahun ini.\nTarikh Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PPWN\nUntuk makluman, permohonan bagi bantuan ini bermula pada 19 Januari 2022 sehingga 14 Februari 2022. \nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon bermastautin (menetap) di Melaka dan merupakan warganegara Malaysia.\nWanita menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi ibu tunggal.\nBerpendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM 1,169.00 atau RM 310.00 per kapita.\nMempunyai tanggungan berusia 17 tahun ke bawah serta masih bersekolah.\nKategori Pemohon Bantuan Khas Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka\nIbu tunggal yang menjadi Ketua isi Rumah (KIR) perlulah berada di dalam salah satu kategori seperti dalam senarai di bawah :\n\n\n\n\nIbu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan ; atau\nMempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja akibat sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan) ; atau\nIbu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan anak yang sah.\nCara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka\nPemohon boleh dapatkan borang permohonan di lokasi yang terpilih.\nBerikut merupakan lokasi yang terpilih bagi mendapat borang bantuan tersebut :\nPejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.\nPejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.\nKompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan. Maklumat Kompleks JAPERUN boleh dirujuk melalui pautan https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun\nMaklumat Lanjut\n\nPemohon yang berminat boleh dapatkan keterangan lanjut mengenai bantuan ini dengan menghubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/piala-sudirman-2023/", "title": "Piala Sudirman 2023 BWF Jadual & Keputusan", "body": ["\n\n", "\nKejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 BWF, Live siarang langsung kejohanan ini boleh disaksikan di RTM TV Okey, Astro Arena & Astro Supersport. Manakala jadual perlawanan dan keputusan piala sudirman 2023 akan dikemaskini dari masa ke semasa.\nEdisi Sudirman Cup 2023 kali ini menyaksikan 16 pasukan daripada negara anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, India, Thailand, Jepun, Indonesia, Malaysia, Taiwan, Singapura,Denmark, Perancis, England, Jerman,Mesir,Kanada dan Australia akan bertanding bagi merebut takhta juara Piala Sudirman 2023 BWF\nSejarah Sudirman Cup BWF\nPiala Sudirman ialah pertandingan berpasukan campuran badminton antarabangsa yang dipertandingkan oleh negara anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF), badan induk global sukan itu. Kejohanan itu akan di adakan setiap dua tahun sejak kejohanan sulung pada tahun 1989.\nNama kejohanan badminton Piala Sudirman di ambil sempena nama Dick Sudirman, salah seorang pengasas Persekutuan Badminton Indonesia (PBSI). Beliau merupakan pemain dan pentadbir badminton yang hebat, dan dianggap sebagai salah seorang perintis sukan itu.\nTerdapat lima perlawanan dalam setiap satu sesi perlawanan peringkat kumpulan iaitu ;\n\nPerseorangan Lelaki, \nPerseorangan Wanita, \nBeregu Lelaki, \nBeregu Wanita dan \nBeregu Campuran. \n\nSeitap pasukan perlu memenangi 3 daripada 5 sesi perlawanan baru dikira sebagai pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Piala Sudirman adalah kejohanan yang sangat popular, dan ia sering diadakan di stadium besar.\nBerikut adalah beberapa pasukan paling berjaya dalam Piala Sudirman:\n\nChina (12 kali juara)\nIndonesia (3 kali juara)\nKorea Selatan (4 kali juara)\nDenmark (1 kali juara)\nJepun (1 kali juara)\n\nPiala Sudirman adalah peluang yang baik untuk pemain badminton dari seluruh dunia untuk bersaing antara satu sama lain. Ia juga merupakan cara terbaik untuk mempromosikan sukan badminton dan memberi inspirasi kepada pemain generasi baharu.\nPiala Sudirman 2023 BWF\nTuan rumah bagi kejohanan badminton Piala Sudirman 2023 akan diadakan di Suzhou, China, bermula dari 14-21 Mei.\nSebanyak 16 negara yang menyertai kejohanan badminton Sudirman Cup edisi 2023, dan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada :\n\nKumpulan A: China, Denmark, Singapura, Mesir.\nKumpulan B: Indonesia, Thailand, Jerman, Kanada.\nKumpulan C: Malaysia, Chinese Taipei, India, Australia.\nKumpulan D: Jepun, Republik Korea, Perancis, England\n\nBaca juga : Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Malaysia\nFormat Perlawanan\nDua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir. Suku akhir akan dimainkan dalam format knock out, dengan pemenang mara ke separuh akhir. Separuh akhir juga akan dimainkan dalam format knock out, dengan pemenang mara ke final. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 21 Mei 2023.\nJadual & Keputusan Piala Sudirman 2023\nBerikut pula jadual dan keputusan terkini Piala Sudirman 2023\nPerlawanan Peringkat Kumpulan 14 Mei 2023\nTarikhMasaGroupPasukanKeputusanPasukan14 Mei 202310 :00Group CChinese Taipei4 -1India14 Mei 202310 :00Group DKorea4 \u2013 1Perancis14 Mei 202310 :00Group CMalaysia5 \u2013 0Australia14 Mei 202317 :00Group DJepun5 \u2013 0England14 Mei 202317 :00Group ADenmark4 \u2013 1Singapura14 Mei 202317 :00Group AChina5 \u2013 0Egypt\nPerlawnanan Peringkat Kumpulan 15 Mei 2023\n\n\n\n\nTarikhMasaGroupTeamResultTeamMei 15, 20239:00 AMAChina5-0DenmarkMei 15, 20239:30 AMASingapore0-5EgyptMei 15, 202310:00 AMBIndonesia5-0ThailandMei 15, 202310:30 AMBGermany0-5CanadaMei 15, 202311:00 AMCMalaysia4-1Chinese TaipeiMei 15, 202311:30 AMCIndia0-5AustraliaMei 15, 202312:00 PMDJapan4-1Republic of Korea\u00a0Mei 15, 202312:30 PMDFrance0-5England\nPerlawnanan Peringkat Kumpulan 16 Mei 2023\nTarikhMasaGroupTeamResultTeamMei 16, 20239:00 AMAChina5-0SingaporeMei 16, 20239:30 AMAEgypt0-5DenmarkMei 16, 202310:00 AMBIndonesia5-0GermanyMei 16, 202310:30 AMBCanada0-5ThailandMei 16, 202311:00 AMCMalaysia5-0Chinese TaipeiMei 16, 202311:30 AMCAustralia0-5IndiaMei 16, 202312:00 PMDJapan5-0Republic of KoreaMei 16, 202312:30 PMDEngland0-5France\nPusingan Peringkat Kumpulan 17 Mei 2023\nTarikhMasaGroupTeamResultTeamMei 17, 202310:00 AMCMalaysia3-2Chinese TaipeiMei 17, 202310:00 AMCIndia3-2AustraliaMei 17, 202317:00 PMDJapan3-2Republic of KoreaMei 17, 202317:00 PMDFrance3-2England\nPusingan Peringkat Kumpulan 18 Mei 2023\nTarikhMasaGroupTeamResultTeamMei 18, 20239:00 AMAChina5-0SingaporeMei 18, 202310:00 AMBIndonesia5-0GermanyMei 18, 202311:00 AMCMalaysia4-1Chinese TaipeiMei 18, 202312:00 PMDJapan5-0Republic of Korea\nPusingan Suku Akhir \u2013 Knockout\nPiala sudirman 2023 peringkat suku akhir menyaksikan China akan menentang Indonsia,Thailand vs Jepun, Denmark vs Malaysia dan Chinese Taipei vs Korea\n\nTarikhMasaTeamResultTeamMei 19, 202310:00 AMKorea3-1Chinese TaipeiMei 19, 20232:00 PMJepun3-2ThailandMei 19, 202317:00PMChina3-0IndonesiaMei 19, 202317:00PMMalaysia3-1Denmark\nPusingan Separuh Akhir \u2013 Knockout\nPasukan Malaysia layak ke pusingan separuh akhir piala sudirman dan bakal bertemu Korea.\n\nTarikhMasaPasukanKeputusanPasukanMei 20, 202310:00 AMMalaysia3-1Republic of KoreaMei 19, 202317:00 PMChina0-0Jepun\nNamun begitu, impian Malaysia terhenti apabila Malaysia gagal untuk menundukan Korea dengan tewas 3 -1. Sementara itu Korea telah mengesahkan kelayakan untuk final yang akan bertemu pemenang di antara pasukan tuan rumah China menentang Jepun\nPusingan Akhir\nFinal Piala Sudirman 2023 akan berlangsung pada 21 Mei 2023. Korea telah mengesahkan kelayakan dan menanti pemenang di antara China menentang Jepun\nTarikhMasaPasukanKeputusanPasukanMei 21, 202314:00\u00a0Republic of Korea\u00a00 -3\u00a0China\n\nDominasi pasukan China yang turun sebagai tuan rumah tidak dapat disangkal lagi apabila menang mudah 3 -0 terhadap pasukan Korea, sekaligus di nobatkan menjadikan China sebagai Juara Piala Sudirman 2023 buat kali ke-13\nSiaran Langsung Piala Sudirman 2023 BWF\nSiaran Langsung Badminton Piala Sudirman 2023 BWF boleh di tonton merusi saluran RTM TV Okey, Astro Arena & Astro Supersport seperti tarikh dan jadual perlawanan.\nUntuk maklumat lanjut dan juga keputusan rasmi Piala Sudirman 2023 BWF anda juga boleh layari https://bwfsudirmancup.bwfbadminton.com/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-usas-online/", "title": "Permohonan USAS Online 2023 Universiti Sultan Azlan Shah", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan USAS online 2023 bagi pengambilan pelajar baharu Universiti Sultan Azlan Shah kemasukan Febuari 2023 telah dibuka. Ianya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/PRASISWAZAH menyambung pelajaran ke peringkat universiti.\nPelbagai bidang kursus pengajian yang ditawarkan bermula daripada peringkat asasi,diploma,dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan secara online boleh dibuat mulai 2 november 2022 bagi program diploma & ijazah sarjana muda. Manakala untuk asasi permohonan boleh dibuat mulai 8 november 2022.\nUniversiti Sulatan Azlan Shah juga menawarkan biasiswa bagi pelajar yang layak.\n\nUSAS terletak di Bukit Chandan, 33000 Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan sebuah universiti swasta milik kerajaan negeri Perak.\nDitubuhkan sejak 1999. Dahulunya di kenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan yang terkini USAS. Setelah beberapa kali proses dinaik taraf dilakukan, secara rasminya Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ditubuhkan pada 15 Jun 2016. Iaitu setelah YAB. Perdana Menteri Malaysia ketika itu mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta\nPermohonan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Online 2023\n\nBagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Azlan Shah, berikut maklumat berkaitan syarat kemasukan, cara permohonan,yuran pendaftaran dan maklumat yang berkaitan untuk rujukan anda\nTarikh Permohonan\nPeringkat PengajianTarikh PermohonanTarikh Tutup PermohonanAsasi8 November 202213 Januari 2023Diploma & Ijazah Sarjana Muda2 November 202210 Febuari 2023\n\nCara Permohonan USAS\nPermohonan untuk pendaftaran pelajar Universiti Sultan Aziz Shah boleh dibuat secara online dengan melayari portal USAS http://online.usas.edu.my/ \nYuran Pendaftaran USAS\nRM200 SAHAJA (tertakluk terma dan syarat)\nSyarat Kemasukan USAS\nSyarat Minima Permohonan Lepasan SPM/STPM/STAM :\nASASI\nLulus SPM, minima SPM 5 kredit ( termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)\nDIPLOMA \nLulus SPM dengan minima SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.\nIJAZAH \nLulus STPM dengan minima (PNGK 2.0) / STAM (Maqbul) / Diploma (PNGK 2.0) / DVM (PNGK Akademik 2.00 dan PNGK Vokasional 2.67 serta kredit Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah peringkat (SVM)\n\nKos Yang Ditawarkan Di USAS\nTerdapat bidang dan kurus yang ditawarkan bagi setiap peringkat pengajian.\nPascasiswazah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Program\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti/Pusat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Doktor Falsafah Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Doktor Falsafah Syariah\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Doktor Falsafah Psikologi\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Syariah\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Usuluddin\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Pendidikan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Kewangan Islam\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Psikologi\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Pengurusan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Diploma Pasca Siswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nPrasiswazah\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Program\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti/Pusat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Pengajian Islam\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Usuluddin\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Kewangan Islam\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Diploma In Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Kaunseling Islami\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Syariah Islamiyyah\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Pengurusan Muamalat\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Komunikasi Islam\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Perakaunan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Pentadbiran Perniagaan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Diploma Multimedia dengan Dakwah \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Diploma Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam ( Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian) Keusahawanan \n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Bachelor of Agricultural Industry (Honours)\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\nAsasi / Fast Track / Program Eksekutif\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Program\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Fakulti / Pusat\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Asasi Sastera\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0SPM Fast Track Programme\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0USAS Bridging Centre\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ODL \u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Professional and Continuing Education\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nSemakan Kelayakan USAS\nUntuk memudahkan anda membuat semakan kelayakan, program berdasarkan maklumat pendidikan anda boleh semak melalui pautan http://online.usas.edu.my/kalkulator/\nSemakan Permohonan USAS\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan melalui email. Anda juga boleh membuat semakan sendiri dengan cara layari pautan http://online.usas.edu.my/onlineapp/\nMasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan\n\nKelebihan USAS\nTempoh Program Pengajian yang Menjimatkan Masa : Asasi (1 tahun), Diploma (2\u00b9/\u00b2 tahun), Ijazah Sarjana Muda (3-4 tahun)PINJAMAN PTPTN disediakanBIASISWA PELAJAR CEMERLANG (T\u2019takluk T&S)Tambahan Sijil Profesional Bagi Program Ijazah Sarjana Muda.Universiti milik penuh Kerajaan Negeri Perak.Yuran Pengajian yang berpatutan (subsidi Kerajaan Negeri).Asrama yang selesa disediakan.Highly job marketability\n\nPermohonan Biasiswa USAS\nKelayakan biasiswa akan ditawarkan secara automatik apabila memenuhi syarat minima semasa mengisi permohonan secara online. Calon akan ditemuduga sebelum ditawarkan Biasiswa USAS.\nSyarat minima Biasiswa USAS bagi Program Diploma dan Ijazah :\nAsasi \u2013 minima PNGK 3.75SPM \u2013 minima 7ASTPM \u2013 minima PNGK 3.75STAM \u2013 MumtazDIPLOMA \u2013 minima PNGK 3.75\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan USAS 2023 anda boleh layari portal https://www.usas.edu.my/ atau hubungi nombor ;\nPejabat : +605 -773 2298Izzul : +609- 414 7732Faizal : +6019 -470 7732\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sade-skim-air-darul-ehsan-2022/", "title": "SADE: Skim Air Darul Ehsan 2022 | Bil Air Percuma Setiap Bulan!", "body": ["\n\n", "\nSADE: Skim Air Darul Ehsan 2022 | Bil Air Percuma Setiap Bulan! ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh berjimat dengan lebih banyak melalui program SADE, Skim Air Darul Ehsan.\u00a0\nMelalui program ini anda boleh menikmati bil air percuma setiap bulan!\u00a0\nSADE: Skim Air Darul Ehsan 2022\nSkim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.\nNOTA: Bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang.\nAntara objektif program in adalah untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.\n\n\n\n\nProgram bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).\u00a0\n\nSyarat Kelayakan\u00a0\nSila semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui sekiranya anda layak.\nPemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.Premis kediaman mempunyai meter individu.Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.\nCara Memohon\nUntuk memohon secara atas talian, sila layari laman sesawang berikut: https://ssipr.selangor.gov.my\nBorang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: www.airselangor.com\nKaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke: [email\u00a0protected]\u00a0atau, melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:\nSoalan Lazim (FAQ) : https://www.airselangor.com/uploads/2021/03/IPR_FAQ_BM_V3.pdf\nAtau, layari pautan berikut untuk menonton video mengenai program ini: https://www.youtube.com/watch?v=Xu28eC_bEnw&t=12s\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/str-fasa-2/", "title": "STR Fasa 2: Semakan Status Pembayaran 5 April 2023", "body": ["\n\n", "\n8.7 JUTA GOLONGAN B40 AKAN MENERIMA STR FASA 2 BERNILAI RM1.26 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 5 APRIL 2023\nBerikut cara membuat semakan pembayaran STR Fasa 2.\nSeperti yang diumumkan oleh YAB Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.\nPembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu)\nSehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.\nTarikh Bayaran\nBayaran STR Fasa 2 Sumbangan tunai rahmah akan dikreditkan secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu)\nSemakan Status STR Fasa 2\nSemakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023. Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\nBayaran STR Fasa 2\n\nPenerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.\nDengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.\n\n\n\n\nJumlah Bayaran\nKategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\nPembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.\nSekiranya anda mempunyai masalah mengenai semakan permohonan STR Fasa 2 2023, disebabkan gagal untuk login MySTR, anda boleh rujuk STR Login\nSoalan Lazim\nBilakah pembayaran STR Fasa 2? STR Fasa 2 akan mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 5 April 2023 Perlukah saya mohon semula? Tidak. Pembayaran STR Fasa 2 akan dibayar mengikut data sebelum ini. Bagaimana untuk semak status kelulusan? Dengan melayari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my Kenapa duit STR belum masuk? Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 5 April dan akan mengambil masa 2-3 hari untuk disempurnakan. \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-endowment-uitm-2022/", "title": "Biasiswa Endowment UiTM 2022: Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBiasiswa Endowment UiTM 2022: Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Berita baik buat para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM tanpa menggunakan PTPTN.\u00a0\nBiasiswa Endowment UiTM 2022\nBiasiswa Endowment UiTM 2022 : Tahukah anda, UiTM ada menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menawarkan Biasiswa Endowmen UiTM.\u00a0\nSemua pelajar UiTM yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon. Biasiswa ini bukan sahaja merangkumi yuran pengajian akademik tetapi juga elaun bulanan.\u00a0\n\nTarikh Penting\u00a0\nPermohonan Biasiswa Endowmen UiTM telah dibuka pada 10 Jan 2022. Sila hantar permohanan anda sebelum tarikh tutup iaitu, 23 Jan 2022.\u00a0\nTarikh keputusan : 21 Feb 2022\n\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui aplikasi ENSURE.\n\n\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nSyarat Am:\u00a0\nTerbuka kepada pelajar sepenuh masa (mod penyelidikan) sarjana muda dan pascasiswazah.Terbuka kepada siswazah dan pascasiswazah sepenuh masa (semua mod pengajian) untuk pelajar orang kurang upaya (OKU).\u00a0\u00a0Bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi (Kecuali zakat, dermasiswa, hadiah, bantuan kewangan orang kurang upaya (BKOKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau mana-mana jenis biasiswa sekali sahaja).Hendaklah mendapat pengecualian/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu bagi pengajian yang telah dijalankan sebelum memohon biasiswa ini.Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinikal UiTM dikecualikan).Tidak mempunyai rekod jenayah.Tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis.Belum disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia/antarabangsa).Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM.\nNilai Biasiswa\nIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana(Warganegara Tempatan)Kedoktoran(Warganegara Tempatan)Ijazah Sarjana(Antarabangsa)Kedoktoran(Antarabangsa)Elaun tahunan RM 10,000.00 \u00a0termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Elaun tahunan RM 24,000.00 \u00a0termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Elaun tahunan RM 36,000.00 \u00a0termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Elaun tahunan RM 30,000.00 \u00a0termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Elaun tahunan RM 42,000.00 \u00a0termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: \nhttps://endowment.UiTM.edu.my/v1/index.php/services/scholarships\nAtau,\u00a0 hubungi:\nEmail : [email\u00a0protected]Tel\u00a0 \u00a0 : +603-5543 5966Facebook: UiTM ENDOWMENT FUND\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-nurul-izzah/", "title": "Biodata Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti PKR", "body": ["\n\n", "\nBiodata Nurul Izzah\nNurul Izzah merupakan bekas ahli parlimen Permatang Pauh serta orang penting yang menyokong perjuangan politik ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSejak ayahnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 sambil dihujani pelbagai dakwaan, wanita cekal ini gigih untuk membersihkan kembali nama ayahnya bersama ibu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.\nSifatnya yang lembut tetapi tegas juga menjadikan beliau sebagai role model kepada ramai wanita di Malaysia.\nMungkin ada yang belum kenali puteri Anwar Ibrahim ini dengan lebih dekat. Jadi, jom kita semak biodata personaliti ini secara lebih lanjut.\nBaca Juga : Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10\n\nBiodata Nurul Izzah Anwar\nNama Penuh: Nurul Izzah binti Anwar\nTarikh Lahir : 19 November 1980\nAsal : Kuala Lumpur\nNama Bapa : Datuk Seri Anwar Ibrahim\nNama Ibu : Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail\nAdik Beradik : Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana\nSuami : Yin Shao Loong\nAnak : Raja Nur Safiyah, Raja Harith, Yu Zhou\nUsia : 43 tahun (2023)\n\nPendidikan :\n\nSekolah Kebangsaan Bukit Damansara\nSekolah Menengah Sri Hartamas\nSekolah Menengah Assunta Petaling Jaya\nUniversiti Tenaga Nasional (Electrical and Electronic Engineering)\nJohn Hopkins University (International Relations Specializing in Southeast Asia Studies)\n\nParti Gabungan : Pakatan Harapan\n\n\n\n\nParti : Parti Keadilan Rakyat (PKR)\nJawatan Disandang dalam Politik\n\nBekas Naib Presiden PKR\nBekas Pengerusi PKR Pulau Pinang\nAhli Parlimen Permatang Pauh (2018-2022)\nAhli Parlimen Lembah Pantai (8 Mac 2008-7 April 2018)\n\n\nPerjalanan Politik \nNurul Izzah pernah digelar sebagai \u2018Puteri Reformasi\u2019 kerana aktif dalam gerakan Reformasi 1998.\nBeliau menceburkan diri buat pertama kali dalam arena politik apabila dipilih untuk menjadi calon bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008. \nKemenangan beliau menentang calon popular Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan kemasukan anak sulung Anwar Ibrahim ini ke dalam Parlimen Malaysia.\nBeliau juga berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada pilihanraya umum 2013 selepas berjaya menewaskan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. \nSecara keseluruhan, Nurul Izzah telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Lembah Pantai daripada 2008 hingga 2018.\n\nPada tahun 2018, Nurul Izzah telah melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.\nPada pilihan raya 2018, beliau diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi parlimen yang pernah diduduki ibu dan bapanya iaitu Parlimen Permatang Pauh.\nNamun, beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas di tangan calon daripada parti Perikatan Nasional, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dalam Pilihan Raya Umum ke-15. \nNamun, Nurul Izzah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyandang jawatan Naib Presiden PKR bagi penggal 2022-2025. \nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Nurul Izzah, sila layari laman web serta platform media sosial Nurul Izzah seperti berikut :\nLaman Web : https://www.nurulizzah.com/site/\nInstagram : @n_izzah\nFacebook : Nurul Izzah Anwar\nTwitter : @n_izzah\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-dermasiswa-pengajian-tinggi-zakat-selangor-2022/", "title": "Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor 2022", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, satu kemudahan Permohonan Online bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor telah pun di buka dikenali sebagai Portal Pendidikan Zakat Selangor. \nPermohonan dibuka untuk kemasukan sesi 2022 bagi pelajar lepasan SPM 2021 sahaja.\nPelajar asnaf fakir,miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS Majlis Agama Islam Selangor yang berminat menyambung pengajian ke ipta/ipts mahupun intitut latihan kemahiran awam dan swasta di pelawa untuk membuat permohonan.\nDengan kemudahan akses permohonan secara online ini, di harap akan memudahkan sedikit-sebanyak urusan pelajar-pelajar daripada membuat permohonan melalui borang secara serahan pos melalui kaunter Lembaga Zakat Selangor sejak bantuan ini mula diperkenalkan.\nPortal Pendidikan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor\n\nPortal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.\nMelalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf LZS dalam mendapatkan pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.\nBantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor Yang Ditawarkan\nPemohon yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti berikut:\nSurat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)Bantuan Persediaan Masuk IPTBantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi:\u2013 Wang saku\u2013 Penginapan\u2013 Elaun buku\nSenarai IPT Layak Memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor\nPelajar yang menyambung pengajian di IPT berikut layak untuk memohon:\nInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)Projek Khas Kemahiran KerjayaInstitusi Khas Muallaf\nBagi ILKA, hanya pelajar ILKA dalam senarai berikut layak untuk memohon:\nADTEC-Pusat Latihan Teknologi TinggiCIAST-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran LanjutanIKBN-Institut Kemahiran Belia NegaraILP-Institut Latihan PerindustrianInstitut Kemahiran Baitulmal MAWIPGIAT-Giatmara/Pusat GiatmaraKKTM-Kolej Kemahiran Tinggi MaraIKM-Institut Kemahiran MaraKolej KomunitiKolej Vokasional\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:\nBerdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.\nCara Memohon\nCara-cara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\nLayari laman web\u00a0https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.Klik butang \u2018Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.\u2019Bagi pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang \u2018Masuk.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semuanya selesai.Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSurat TawaranPenyata Akaun BankStruktur Yuran Pengajian\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor ini, anda boleh layari website https://www.zakatselangor.com.my/ atau hubungi talian 1-300-88-4343\nSoalan Lazim (FAQ)\nBagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor\nPemohon boleh membuat permohonan dengan melayari https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/\u00a0 \nPada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:\nMaklumat PendidikanMaklumat BantuanLampiran Dokumen\nBerapa lamakah permohonan saya akan diproses?\nTempoh kelulusan permohonan ini adalah bedasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:\nJumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 \u2013 6 hari bekerjaJumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 \u2013 8 hari bekerjaJumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 \u2013 10 hari bekerjaJumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 \u2013 16 hari bekerja\nSetelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS\nBerapa lamakah Bantuan Persediaan Masuk IPT saya akan dikreditkan ke dalam akaun saya setelah permohonan diluluskan?\nBantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan\nBerapa lamakah tempoh yang diberikan untuk saya menerima/menolak tawaran BDPT di dalam Portal Pendidikan setelah bantuan ini diluluskan?\nPemohon diberikan tempoh masa lima (5) hari bekerja untuk menerima/menolak tawaran. Permohonan akan automatik digagalkan jika tiada sebarang jawapan ke atas tawaran BDPT yang melebihi tempoh tersebut.\n\u00a0Adakah LZS akan memberi pemakluman bagi status permohonan bantuan BDPT kepada saya?\nYa. Pemohon akan diberikan notifikasi melalui emel bagi setiap jenis aktiviti seperti berikut:\nNotifikasi pendaftaran kali pertama berjayaNotifikasi permohonan Lupa Kata LaluanNotifikasi permohonan diluluskanNotifikasi permohonan dipulangkan (Return)Notifikasi permohonan digagalkan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkm-semakan-status-tarikh-bayaran-fasa-1/", "title": "BKM: Semakan Status Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)", "body": ["\n\n", "\nBKM: Semakan Status Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)\u00a0 ~ Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan antaranya ialah, Bantuan Keluarga Malaysia 2022. Sejak diumumkan tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti info lanjut mengenai bantuan BKM ini.\u00a0\nMari teruskan membaca.\u00a0\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban keluarga B40 yang terjejas pasca COVID19. Untuk makluman, tarikh akhir permohonan dan kemaskini bantuan ini telah berakhir pada 31 Januari 2022 yang lalu.\nManakala, bayaran pertama (Fasa 1) dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.\nCara Membuat Semakan Status\u00a0\nUntuk membuat semakan status, sila log masuk portal MyBKM dipautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my\u00a0\nKemudian, klik LOG MASUK.\u00a0\u00a0\nSila masukkan Nombor Kad Pengenalan , dan klik SEMAK.\u00a0\nJika kunci keselamatan anda yang dipaparkan betul, klik YA.\u00a0\nMasukkan kata laluan anda.\u00a0\nAnda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM), klik SEMAKAN STATUS.\u00a0\nMaklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.\nMaklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.\nNOTA: \nBagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.Klik \u201cTERLUPA KATA LALUAN\u201d sekiranya anda terlupa kata laluan yang didaftarkan, dan ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan.\u00a0\nTarikh Bayaran BKM Fasa 1\nPembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.\nSila rujuk jadual berikut:\n\nFasa 1 : Mac 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujangFasa 2: Jun 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganFasa 3 : September 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujangFasa 4 : Disember 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nJumlah Bayaran BKM Fasa 1 \u2013 Fasa 4\nPembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:\n\nKadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:\n\n\n\n\nTambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atauTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas\nBuat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.\nNOTA: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.\nKaedah Pembayaran\nPembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:\nA) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank\nBerjaya KreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.Gagal KreditTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.\nB) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank\nTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia\nUntuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:\nFAQ_BantuanKeluargaMalaysia_BKM-1Download\nMaklumat lanjut layari portal rasmi BKM.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-sayang-kwsp/", "title": "i-Sayang KWSP 2023 Permohonan,Syarat & Semakan", "body": ["\n\n", "\nTerkini i-Sayang KWSP telah dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaras dengan konsep Malaysia Madani yang di perkenalkan kerajaan hari ini. Ianya juga sebagai langkah pihak kerajaan yang memberikan komitmen dalam \u00a0menjaga kepentingan kaum wanita di samping menerapkan nilai kekeluargaan.\nDengan adanya kemudahan dan inisiatif ini, golongan suami boleh berkongsi hasil caruman dengan rela hati sebanyak dua peratus setiap bulan kepada isteri tercinta. \nIanya juga membantu sebagai tabungan tetap persediaan dari segi kewangan buat para isteri untuk masa hadapan.\nApa Itu i-Sayang KWSP\n\ni-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).\nCiri-ciri i-Sayang KWSP\n\nPindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.\nPermohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.\nPindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).\n\nCara Pengiraan\nCara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut:\nFormula pengiraan 2% / 11% (kadar berkanun syer pekerja) x jumlah caruman pekerja.\nContoh ;\nJom kita buat pengiraan berdasarkan gaji minimum RM1500 dan RM5700 (gaji median lelaki pemegang ijazah tahun 2021 Open DOSM).\n2% i-Sayang bagi gaji RM1500 dan RM5700 adalah RM30 dan RM114.\nAndaian yang digunakan:\n\nPurata kenaikan gaji tahunan 5%\nPurata dividen tahunan KWSP 5%\nTidak pernah terima sebarang bonus dari majikan \n\n2% i-Sayang anda akan menyumbang kepada tambahan simpanan persaraan isteri mengikut tahun seperti berikut:\n\n\n\n\n\n10 tahun 6k vs 22k\n15 tahun 11k vs 42k\n20 tahun 19k vs 71k\n25 tahun 30k vs 113k\n\nKredit FB : Mo Amen\nSyarat Kelayakan\nSUAMI \u2013 PEMBERI\n\nWarganegara Malaysia atau bukan warganegara\nAhli KWSP\nBelum mencapai umur 75 tahun\nPerkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia\n\nISTERI \u2013 PENERIMA\n\nWarganegara Malaysia\nAhli KWSP\nBelum mencapai umur 75 tahun\nPerkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia\n\nCara Permohonan i-Sayang KWSP\nPermohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:\n\ni. i-Akaun (Ahli); ATAU\nii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang \u2013 KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.\n\nBorang-Permohonan-Pendaftaran-i-Sayang-KWSP-16G-SYDownload\nSuami juga tidak perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada isteri untuk pendaftaran. Walaubagaimanapun caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi).\nCaruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%.\nPemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi).\nSemakan i-Sayang KWSP\nUntuk semakan i-Sayang KWSP, amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli). Walaubagaimanapun hanya suami (pemberi) boleh menyemak status pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli). Rujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang\nMaklumat Lanjut \nMaklumat lanjut berkaitan i-Sayang KWSP boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:\n\ni. Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU\nii. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU\niii. Cawangan KWSP yang berhampiran.\n\n Soalan Lazim F.A.Q\nApa itu i-sayang KWSP? i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). Mengapakah i-sayang terhad kepada 2% sahaja? Caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%. Bolehkah suami (pemberi) menuntut kembali caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)? Tidak boleh. Caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi). \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-yakin-kelantan-2022-tajaan-pinjaman-kursus-peringkat-diploma-sesi-2022-2023/", "title": "Pinjaman YAKIN Kelantan 2022 : Tajaan Pinjaman Kursus Peringkat Diploma Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nTerkini, permohonan pinjaman YAKIN Kelantan 2022 telah dibuka. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermastautin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) begi mengikuti pengajian di peringkat:\nDiploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja)Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah)Diploma di Koleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)\nApa Itu Pinjaman YAKIN Kelantan 2022\n\nYayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).\nTarikh Permohonan\nTarikh akhir permohonan online adalah pada\u00a025 Ogos 2022 (Khamis)\u00a0manakala Borang Permohonan Manual hendaklah dihantar kepada Pejabat YAKIN Sebelum\u00a01 September 2022 (Khamis).\nKelebihan Pinjaman YAKIN\nKhairat kematian\nRM130.00 setahunBagi pinjaman melebihi RM10,000.00 setahunRM100.00 setahunBagi pinjaman antara RM4,000.00 sehingga RM9,999.00 setahunRM70.00 setahunBagi pinjaman kurang dari RM3,999.00 setahun\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:\nWarganegara Malaysia peranakan KelantanMendapat tawaran kemasukan daripada Universiti / Insitusi tempatan sebagaimana di atasKepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon\n\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan pinjaman yakin secara online di (http://www.espmb.com/yakin) bermula pada 26 Julai 2022 (Selasa)Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.Borang permohonan online hendaklah dicetak dan disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut:Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan pemohonSurat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan Ibu bapa dan PenjagaSijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitanSatu keping gambar berukuran pasportSlip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)Surat tawaran kemasukan ke universitiKeputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)Hantar borang permohonan yang telah dicetak salinan dokumen tersebut ke alamat berikut:YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)Tingkat 5, Kompleks YAKIN,Jalan Gajah Mati,15000 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09-748 3213 / 744 6127\n\nSemakan Keputusan Pinjaman YAKIN Kelantan 2022\nHanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan pemohon boleh menyemak keputusan di. Jika tidak menerima sebarang jawapan daam tempoh (1) satubulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pinjaman YAKIN Kelantan 2022, anda boleh layari website http://www.espmb.com/yakin/\u00a0@\u00a0http://yakin.kelantan.gov.my/\nTelefon: 09-744 6127\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nFacebook:\u00a0https://www.facebook.com/yayasankelantandarulnaim\n\nBaca juga :\nSkim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022Program Diploma To Bachelor Tajaan JPA D2B\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/eprasekolah-pendaftaran-prasekolah-sesi-2023-2024/", "title": "ePrasekolah | Pendaftaran & Semakan Prasekolah Bagi Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n", "\nePrasekolah | Pendaftaran & Semakan Prasekolah Bagi Sesi 2023 / 2024 ~ Kepada semua ibubapa/penjaga terutamanya yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2023), sila baca dengan teliti.\u00a0\nUntuk makluman, anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem e Prasekolah KPM mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022.\u00a0\nBagi murid tahun 1 juga, permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sekolah KPM boleh dibuat bermula 1 Mac 2022.\n\nePrasekolah\nePrasekolah merupakan sistem aplikasi bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal memasuki Prasekolah secara atas talian.\nSelain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:\n1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM\nBorang permohonanSemak dan kemas kini permohonanRayuan permohonan\n2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA\nPastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif)\n3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH\nCarian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM\n4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN\nSemak status pendaftaran murid\nSyarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2022\nKanak-kanak warganegara MalaysiaKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.\nCara Mendaftar ePrasekolah KPM\n1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM\nSila layari laman sesawang rasmi di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my\u00a0\n2. Daftar & Login\nPengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.\nNOTA: Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.\n3. Lengkapkan Maklumat\nMuatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.\n4. Kemaskini & Cetak\n\n\n\n\nPermohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 beserta dokumen yang berkaitan.\nNOTA:\nKemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.\n5. Semak Status Permohonan\nSemak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2022.\nNOTA:\nStatus adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;\nMenunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemaskini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.\n6. Rayuan\nPermohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).\nBagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman ePrasekolah.\nBagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.\nSemakan Keputusan Permohonan\nBagi yang dah buat permohonan tahun lalu, semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi ePrasekolah KPM.\nSemakan boleh dibuat di portal rasmi: https://eprasekolah.moe.gov.my\nBagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.\nBagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada: [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/perjanjian-sewa-rumah/", "title": "Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap", "body": ["\n\n", "\nKepada pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah kepada orang lain, sudah pasti perjanjian sewa rumah adalah dokumen yang paling penting untuk disediakan sebelum penyewa menduduki rumah terbabit.\nIni bagi memastikan sewaan rumah tersebut mempunyai bukti perjanjiaan yang merangkumi hak tuan rumah dan hak sebagai penyewa serta hak-hak yang perlu dihormati dan dipersetujui bersama.\nSelain itu, perjanjian ini juga dapat melindungi rumah tersebut daripada sebarang kerosakan dan juga kecacatan. \nOleh itu, adalah amat penting bagi perjanjian ini ditandatangani oleh tuan rumah dan penyewa bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini pada masa akan datang.\nMaksud Perjanjian Sewa Rumah\nPerjanjian sewa rumah adalah suatu kontrak yang dilakukan antara tuan rumah dan penyewa merangkumi peraturan, syarat, atau tanggugungjawab yang terkandung di dalam perjanjian terbabit yang perlu dipatuhi bersama.\nPerlu diingatkan bahawa di Malaysia, terdapat undang-undang melibatkan sewaan rumah iaitu:\n\n\n\n\nAkta Kontrak 1950: Melibatkan konflik perjanjian sewa rumahAkta Bantuan Khas (Specific Relief Act) 1950: Larangan tuan rumah mengusir penyewa atau menghalang penyewa memasuki hartanah tanpa perintah mahkamahAkta Distress 1951: Melibatkan masalah pengusiranUndang-undang Sivil 1956: Meliputi pertikaian pembayaranCommon law/undang-undang kes: Undang-undang besar mengenai perselisihan berkaitan sewa\nUndang-undang tersebut digubal adalah untuk melindungi hak-hak tuan rumah dan juga penyewa di Malaysia. \nFormat Perjanjian \nFormat atau butiran yang perlu ada di dalam sesebuah penjanjian sewa rumah yang akan ditandatangani adalah seperti berikut:\nNama tuan rumah dan penyewaAlamat rumah untuk disewaTarikh perjanjianJumlah sewaan yang dipersetujuiTanggungjawab penyewaTanggungjawab tuan rumahPersetujuan tuan rumah dan penyewaTandatangan tuan rumah, penyewa, dan saksi\nSelepas perjanjian ini ditandatangi, tuan rumah perlu memastikan duti setem diletakkan di dalam perjanjian tersebut bagi memastikan perjanjian tersebut rumah adalah sah. \nContoh Perjanjian \nContoh perjanjian yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\nBacaan Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyewaan rumah dari sudut undang-undang, sila layari pautan berikut https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apakah-akta-sewaan-kediaman-44185 untuk bacaan lanjut. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/baucar-buku-semarak-membaca-rm10/", "title": "Baucar Buku Semarak Membaca RM10 | Cara Tebus & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBaucar Buku Semarak Membaca RM10 | Cara Tebus & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia dengan berbesar hati telah melancarkan program Baucar Buku Semarak Membaca pada 1 April 2022 yang lepas.\u00a0\nBaucar Buku Semarak Membaca\nBaucar Buku Semarak Membaca ini adalah merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.\nTujuan program ini adalah untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.\nBerikut ialah antara objektif program ini dilakukan:\nMembantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.\n\nTarikh Tamat Penebusan\u00a0\nProgram ini telah bermula pada 1 April 2022, dan akan berakhir pada 31 ogos 2022.\u00a0\nSyarat Penebusan\nPerbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu resitPenerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma\nKategori Kedai Buku Boleh Di Tebus\nPenebusan baucar buku boleh dibuat di 371 buah kedai buku dan merangkumi 3 kategori,antaranya adalah:\nKedai buku fizikal.Kedai buku atas talian menerusi e-Sentral Ebook Portal.Kedai buku di laman e-dagang menerusi aplikasi Shopee.\nCara Penebusan\u00a0\nPenebusan Di Kedai Buku Secara Fizikal\nSebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh pelusuk negara untuk mengambil bahagian dalam program ini. Rujuk sini: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/\u00a0\nPara pembaca boleh dapatkan diskaun RM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat. Bermula 1 April sehingga 11 April 2022 mengikut lokasi-lokasi tertentu.\n\n\n\n\nPenebusan Di Kedai Buku Secara Talian\nAnda boleh menebus baucar ini melalui aplikasi e-Sentral. Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore untuk mula membaca.\u00a0\ne-Sentral adalah merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.\nPengguna kini boleh mendapatkan bahan bacaan digital mereka dimana sahaja, pada bila- bila masa sejajar dengan era norma baharu.\nNOTA: Tebus baucar bernilai RM 10 dengan setiap pembelian eBuku khusus daripada penerbit tempatan bernilai RM 20 dan ke atas bersempena dengan kempen Semarak Membaca 2022.\nPenebusan Di Kedai Buku Secara e-dagang\nSebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan. Rujuk sini: https://shopee.com.my/m/pesta-buku-2022\u00a0\nAtau, anda boleh membeli mengikut senarai kedai buku pilihan anda di pautan berikuti: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/\u00a0\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi/layari:\nTel: +603-7880 5840Fax: +603-78805841E-mel: [email\u00a0protected]Facebook: SemarakMembacaInstagram: SemarakMembaca\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hlb-connect/", "title": "HLB Connect \u2013 Daftar & Login Akaun Hong Leong Bank Online", "body": ["\n\n", "\nHLB Connect Login akaun hong leong bank online dengan mudah dan selamat di mana sahaja. Pelanggan perbankan peribadi Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dengan akaun aktif layak mendaftar untuk perbankan online HLB Connect.\nHong Leong Bank online menawarkan perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang mudah kepada semua bil utama di Malaysia melalui JomPAY. Pelanggan HLB dan HLISB boleh memnuat pembayaran sehingga 5 jenis bil kegemaran dalam satu transaksi daripada akaun Kad Simpanan, Semasa atau Kredit HLB anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan Perbankan Dalam Talian HLB Connect \nApa Itu HLB Connect\nHong Leong Connect atau HLB Connect adalah perkhidmatan perbankan digital yang ditawarkan oleh HLB & HLISB (Bank) bagi pelanggan perbankan peribadi. Bank menawarkan perkhidmatan perbankan HLB Connect Online melalui pelayar internet & perkhidmatan perbankan mudah alih HLB Connect App melalui iOS 8.0 ke atas (telefon pintar dan tablet) dan telefon pintar Android dengan OS 6 dan ke atas dan Huawei dengan OS 4.1.2.\nPerbankan Hong Leong Bank Berhad online bank ini boleh diakses 24 jam sehari. Walau bagaimanapun, terdapat selang penyelenggaraan selama 15 minit antara pukul 11.55pm \u2013 12.10am di mana pengguna hanya boleh melihat baki akaun dan membuat pemindahan dana ke akaun sendiri atau akaun Hong Leong yang lain.\nCara Daftar Akaun Hong Leong Bank Online Bagi HLB Connect Online / App\n\nKepada pelanggan perbankan peribadi Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) anda boleh mendaftar secara online di https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/sec/reg\nSebelum mendaftar, sila pastikan bahawa:\n\ni. Anda telah mendaftar nombor mudah alih semasa anda untuk menerima TAC.\nii.Anda juga memerlukan ID Sementara jika anda\n\ntidak mempunyai Kad Debit/Kad Debit-i atau Kad Kredit Hong Leong, DAN\nmempunyai kombinasi produk yang termasuk akaun Pinjaman / Pembiayaan-i (contoh: akaun Simpanan dan Pinjaman Perumahan).\n\n\n\nNota: Sila kunjungi mana-mana\u00a0cawangan kami untuk mengemaskini nombor mudah alih anda atau memohon ID Sementara.\n\niii.\u00a0 Apabila siap, sila layari\u00a0www.hongleongconnect.my\u00a0dan klik \u201cRegister for Online Banking\u201d untuk mula.\n\nPemegang Kad Debit/Kad Debit -i or Kad Kredit juga boleh memuat turun dan mendaftar melalui Aplikasi HLB Connect. Hanya imbas kod QR untuk memuat turun Aplikasi HLB Connect.\n\niv. Masukkan nombor ID anda dan TAC enam digit yang dihantar melalui nombor mudah alih yang didaftarkan, kemudian ikuti langkah-langkah untuk melengkapkan pendaftaran. Anda akan ditanya tentang butiran Kad Debit/Kad Debit-i, Kad Kredit atau akaun anda untuk pengesahan.\n\nCara Login Pertama Kali\nUntuk log masuk ke HLB Connect buat kali pertama :\n\nLayari website www.hongleongconnect.my\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nPilih \u201cPengguna Baru\u201d.\nMasukkan nama penuh, nombor ID dan nombor telefon bimbit anda.\nMasukkan kata laluan sekali sahaja (OTP) yang dihantar ke nombor mudah alih anda.\nBuat nama pengguna dan kata laluan.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\n\nUntuk log masuk ke akaun Hong Leong Bank (HLB) anda, anda boleh mengikuti langkah berikut:\n\n\nPergi ke laman web HLB dan klik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nMasukkan nama pengguna dan kata laluan anda.\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\n\nTerlupa Kata Laluan Login HLB Connect?\n\n\n\n\n\nAnda perlu set semula Nama Pengguna / Kata Laluan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nJika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan anda, anda boleh klik pada pautan \u201cLupa Nama Pengguna/Kata Laluan?\u201d. \nAnda akan diminta memasukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda yang didaftarkan. \nSebaik sahaja anda telah memasukkan nombor mudah alih atau alamat e-mel anda, anda akan menerima kata laluan sekali sahaja (OTP) pada peranti berdaftar anda. Masukkan OTP dan klik pada butang \u201cSerah\u201d.\n\n\nUntuk ciri keselamatan tambahan, selain cara login akaun HLB Connect menggunakan password, anda juga boleh log in ke akaun HLB anda menggunakan cap jari atau ID muka anda. \nUntuk mengaktifkan ciri keselamatan login mengunakan cap jari atau id muka, anda perlu memasang aplikasi pada peranti mudah alih anda. Setelah anda memasang aplikasi tersebut, buka aplikasi dan log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda. Sebaik sahaja anda telah log masuk, anda akan dapat mendayakan cap jari atau pengesahan ID muka.\nHong Leong Connect App\nUntuk versi mobile phone, pengguna boleh muat turun Aplikasi HLB Connect melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Cari \u2018HLB Mobile Banking App\u2019 atau \u2018Hong Leong Connect Malaysia\u2019 untuk muat turun. \nUntuk mengakses aplikasi, telefon pintar anda perlu beroperasi menggunakan iOS 8.0 dan ke atas atau telefon pintar Android dengan OS 6 ke atas dan Huawei dengan OS 4.1.2.\nBagi penguna tablet, Anda boleh menggunakan Aplikasi Connect yang baharu pada Apple iPad tetapi tidak pada tablet Android.\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang soalan tentang HLB Connect, anda boleh menghubungi hong leong bank customer service melalui; \n\nTelefon : 03 7626 8899 (24 jam)\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.hlb.com.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/HLBMalaysia\n\nBaca juga : \n\nAffin Online Banking Cara Daftar, Login & Semak Baki\nRHB Online : Cara Aktifkan Akaun & Daftar di RHB Mobile Banking\nMaybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/selangor-saring-program-saringan-kesihatan-percuma-warga-selangor/", "title": "Selangor Saring : Program Saringan Kesihatan Percuma Warga Selangor", "body": ["\n\n", "\nTerkini Selangor Saring bakal dilancarkan untuk warga Selangor secara percuma. Inisiatif Selangor Saring diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor, terutamanya apabila kita menginsafi keterjejasan penjagaan kesihatan bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung sepanjang tempoh pandemik Covid-19.\n\u00a0\nKerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan dan kesihatan warga Selangor.\nSejumlah RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti.\nPermohonan & Penyaluran pakej saringan bakal dilaksanakan secara digital melalui aplikasi Selangkah, bagi meningkatkan efisiensi dalam pemantauan, dan meminimakan ketirisan semasa agihan.\n\u00a0\nSaringan kesihatan dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih.\n\u00a0\nGolongan Sasar Program Selangor Saring\n\nPenduduk di Negeri Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko bagi penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dll) serta belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.\nBaca juga : Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022\nSenarai Inisiatif di bawah Selangor Saring\n\nRM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik\n\nKencing Manis\nDarah Tinggi\nPenyakit Jantung\n\n\nRM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser\n\nKanser Kolorektal\nKanser Payu Dara\nKanser Pangkal Rahim\nKanser Prostat\n\n\nRM 100 000 bagi kesihatan mata, dan\nRM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti\n\n\u00a0\nJenis Saringan Kesihatan\n\nUjian fizikal\nUjian darah\nUjian air kencing\nSaringan mata\nSwab servik\nUjian iFOBT\nUjian Mammogram\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPenyakit Disaring\nKategori A: Penyakit Tidak Berjangkit\n\nJantung\nDarah Tinggi\nKencing Manis\nBuah Pinggang\n\nKategori B: Kanser\n\nKolorektal\nProstat\nServiks\nPayudara\n\nKategori C: Mata\n\nRabun\nGlaucoma\nRetina\n\n\u00a0\nCara Pendaftaran\nIndividu yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui:\n\nAplikasi SELangkah\u00a0\nTalian hotline SUKA\nPusat Khidmat DUN\n\nSetiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran.\nBaca juga : Bantuan Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800\nManfaat Selangor Saring\n\nBaucar SARINGAN boleh dipohon dan akan disalurkan melalui aplikasi SELANGKAH warga Selangor\nKadar penggunaan dapat dipantau secara \u2018real-time\u2019, dan agihan dapat dilaksanakan secara efisien dan bersasar bagi mengelak ketirisan\nRekod hasil saringan disimpan secara digital di dalam aplikasi SELANGKAH\nKesemua warga Selangor akan diberikan akaun HAYAT (Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat Selangor) yang membolehkan rujukan dibuat bagi rawatan lanjut dengan mudah ke fasiliti kesihatan lain\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program Selangor Saring boleh diajukan ke talian\n\nTalian hotline SelCare: 1800-22-6600\nTelegram Khidmat Pelanggan Selangkah:\u00a0https://t.me/SELANGKAHMY_bot\nTalian hotline SUKA:\u00a0https://drsitimariah.com/talian-suka\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/siaran-langsung-piala-dunia/", "title": "Jadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 (TV2 & Astro)", "body": ["\n\n", "\nJadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 TV2, RTM, Astro kini sampai ke puncak final World Cup 2022 Qatar bagi menentukan siapakah bakal juara piala dunia di antara Argentina vs Perancis. Keputusan tempat ke-3 piala dunia sah milik Crotia selepas menewaskan team underdog Morocco 2-1 apabila Mislav Orsic menjaringkan gol kedua pada minit ke 42 untuk pasukan Crotia.\nWalaupun perlawanan di lihat seimbang, namun Morocco gagal untuk mencari gol penyamaan, sekali gus terpaksa akur dengan Crotia yang lebih berpengalaman dalam saingan piala dunia.\nAcara bola sepak paling berprestij ini, berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini. RTM telah dilantik sebagai penyiar rasmi acara sukan. Jadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Qatar Waktu Malaysia ini termasuk Jadual Siaran Langsung dan Live Streaming Piala Dunia 2022 (FIFA World Cup 2022). Saluran bukan RTM, TV3, Astro Arena Dan Astro SuperSport\nSebanyak 41 perlawanan akan disiarkan oleh RTM iaitu 27 perlawanan secara langsung termasuk perlawanan akhir dan 14 siaran tertunda melibatkan 130 jam siaran secara keseluruhan. Piala Dunia 2022 Qatar akan disiarkan menerusi tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung melalui RTM Klik\nRTM akan menyiarkan perlawanan melibatkan negara ranking tinggi yang mempunyai ramai peminat di Malaysia.\nManakala perlawanan yang tidak di siarkan di saluran RTM, anda boleh menyemak jadual siaran langsung bola sepak piala dunia astro seperti berikut.\nJadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Qatar (TV2 & Astro)\n\nBerikut merupakan jadual perlawan dan saluran TV yang akan membuat Siaran Langsung perlawan bola sepak antara negara-negara yang layak ke Piala Dunia Fifa 2022 Qatar. Peminat bola sepak di Malaysia boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming perlawanan bola Piala Dunia 2022 di Qatar menerusi portal Fuh.my yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sport (Sukan), RTM TV1, RTM TV2, RTM TV Okey, rangkaian Media Prima dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSport\n\n\n\n\n\nKUMP\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\nNEGARA\n\n\n\n\n21 NOVEMBER 2022 \u2013 ISNIN\n\n\nA\n12:00AM\nQATAR\nASTRO,TV2,TV OKEY\nECUADOR\n\n\nB\n9:00PM\nENGLAND\nASTRO, TV2, TV OKEY\nIRAN\n\n\n22 NOVEMBER 2022 \u2013 SELASA\n\n\nA\n12:00AM\n SENEGAL \nASTRO\n BELANDA \n\n\nB\n3:00AM\n USA \nASTRO\n SENEGAL \n\n\nC\n6:00PM\n ARGENTINA \n TV2,TV OKEY \n SAUDI ARABIA \n\n\nD\n9:00PM\n DENMARK \n ASTRO \n TUNISIA \n\n\n23 NOVEMBER 2022 -RABU\n\n\nC\n12:00AM\n MEXICO \n ASTRO \n POLAND \n\n\nD\n3:00AM\n FRANCE \n ASTRO \n AUSTRALIA \n\n\nF\n6:00PM\n MOROCCO \n ASTRO \n CROTIA \n\n\nE\n9:00PM\n GERMANY \n ASTRO \n JAPAN \n\n\n24 NOVEMBER 2022 \u2013 KHAMIS\n\n\nE\n12:00AM\n SPAIN \n ASTRO, TV2,TV OKEY \n COSTA RICA \n\n\nF\n3:00AM\n BELGIUM \n TV2, TV OKEY \n CANADA \n\n\nG\n6:00PM\n SWITZERLAND \n ASTRO \n CAMEROON \n\n\nH\n9:00PM\n URUGUAY \n ASTRO \n SOUTH KOREA \n\n\n25 NOVEMBER 2022- JUMAAT\n\n\nH\n12:00AM\n PORTUGAL \nASTRO,TV2, TV OKEY\n GHANA \n\n\nG\n3:00AM\n BRAZIL \nASTRO, TV2, TV OKEY\n SERBIA \n\n\nB\n6:00PM\n WALES \n ASTRO \n IRAN \n\n\nA\n9:00PM\n QATAR \n ASTRO \n SENEGAL \n\n\n26 NOVEMBER 2022 \u2013 SABTU\n\n\nA\n12:00AM\n BELANDA \n ASTRO, TV2 \n ECUADOR \n\n\nB\n3:00AM\n ENGLAND \n TV2,TV OKEY \n USA \n\n\nD\n6:00PM\n TUNISIA \nASTRO\n AUSTRALIA \n\n\nC\n9:00PM\n POLNAD \nASTRO\n SAUDI ARABIA \n\n\n27 NOVEMBER 2022 \u2013 AHAD\n\n\nD\n12:00AM\n FRANCE \n ASTRO,TV2 ,TV OKEY \n DENMARK \n\n\nC\n3:00AM\n ARGENTINA \n ASTRO,TV2 ,TV OKEY \n MEXICO \n\n\nE\n6:00PM\n JAPAN \n ASTRO \n COSTA RICA \n\n\nF\n9:00PM\n BELGIUM \n ASTRO, TV2 \n MOROCCO \n\n\n28 NOVEMBER 2022 \u2013 ISNIN\n\n\nF\n12:00AM\n CROTIA \n ASTRO,TV2 \n CANADA \n\n\nE\n3:00AM\n SPAIN \n ASTRO,TV2,TV OKEY \n GERMANY \n\n\nG\n6:00PM\n CAMEROON \n ASTRO,TV2 \n SERBIA \n\n\nH\n9:00PM\n SOUTH KOREA \n ASTRO \n GHANA \n\n\n29 NOVEMBER 2022 \u2013 SELASA\n\n\nG\n12:00AM\n BRAZIL \n ASTRO \n SWITZERLAND \n\n\nH\n3:00AM\n PORTUGAL \n ASTRO,TV2,TV OKEY \n URUGUAY \n\n\nA\n6:00PM\n ECUADOR \n ASTRO,TV OKEY \n SENEGAL \n\n\nA\n9:00PM\n BELANDA \n ASTRO \n QATAR \n\n\n30 NOVEMBER 2022 \u2013 RABU\n\n\nB\n12:00AM\n WALES \n ASTRO \n ENGLAND \n\n\nB\n3:00AM\n IRAN \n ASTRO \n USA \n\n\nD\n6:00PM\n AUSTRALIA \n ASTRO,TV2,TV OKEY \n DENMARK \n\n\nD\n9:00PM\n TUNISIA \n ASTRO \n FRANCE \n\n\n1 DISEMBER 2022 \u2013 KHAMIS\n\n\nC\n12:00AM\n POLAND \n ASTRO \n ARGENTINA \n\n\nC\n3:00AM\n SAUDI ARABIA \n ASTRO \n MEXICO \n\n\nF\n6:00PM\n CROATIA \n ASTRO \n BELGIUM \n\n\nF\n9:00PM\n CANADA \n ASTRO \n MEXICO \n\n\n2 DISEMBER 2022 \u2013 JUMAAT\n\n\nE\n12:00AM\n JAPAN \nASTRO\n SPAIN \n\n\nE\n3:00AM\n COSTA RICA \nASTRO\n GERMANY \n\n\nH\n6:00PM\n GHANA \nASTRO\n URUGUAY \n\n\nH\n9:00PM\n SOUTH KOREA \nASTRO\n PORTUGAL \n\n\n3 DISEMBER 2022 \u2013 SABTU\n\n\nG\n12:00AM\n SERBIA \n ASTRO \n SWITZERLAND \n\n\nG\n3:00AM\n CAMEROON \n ASTRO \n BRAZIL \n\n\n\n\nJadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Qatar Peringkat 16 Pasukan\nAksi piala dunia Qatar kini memasuki peringkat knock out. Dimana hanya 16 pasukan iaitu juara dan naib juara bagi setiap kumpulan yang layak ke pusingan ini.Pusingan ini adalah pusingan untuk menentukan 8 pasukan terbaik seterusnya yang layak mara ke pusingan suku akhir.\nPiala Dunia Qatar 2022 menyaksikan Australia, Jepun dan Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik.\nIni setelah Korea Selatan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Portugal 2-1 di Education City Stadium\nIni kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, tiga pasukan Asia mara ke pusingan kalah mati\nJepun membuat kejutan apabila menewaskan Sepanyol 2-1 di Khalifa International Stadium hasil jaringan Ritsu Doan dan Ao Tanaka sekaligus melenyapkan peluang bagi Jerman\nAustralia pula layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Denmark 1-0 di Al Janoub Stadium hasil jaringan tunggal Matthew Leckie.Hanya Arab Saudi dan Iran gagal ke pusingan seterusnya\nPiala Dunia FIFA 2022 Qatar \u2013 Negara \u00a0Layak ke Pusingan 16\n\n\nBelanda\nEngland\nSenegal\nAmerika Syarikat\nAustralia\nPerancis\nArgentina\nMagribi\nPoland\nCroatia\nSpain\nJapan\nBrazil\nSouth Korea\nSwitzerland\nPortugal\n\n\n\n\n\nGAME\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\n\n\n\n\n3 DISEMBER 2022 -SABTU\n\n\n49\n11:00PM\nBELANDA VsUSA\nTV2,TV OKEY,ASTRO\n\n\n4 DISEMBER 2022 \u2013 AHAD\n\n\n50\n3:00AM\nARGENTINA VsAUSTRALIA\nTV2,TV OKEY,ASTRO\n\n\n51\n11:00PM\nFRANCE Vs POLAND\nASTRO \n\n\n5 DISEMBER 2022 \u2013 ISNIN\n\n\n52\n3:00AM\nENGLAND Vs SENEGAL\nASTRO \n\n\n53\n11:00PM\nJAPAN Vs CROTIA\nASTRO \n\n\n6 DISEMBER 2022 \u2013 SELASA\n\n\n54\n3:00AM\nBRAZIL Vs SOUTH KOREA\nTV2,TV OKEY,ASTRO\n\n\n55\n11:00PM\nMOROCCO VsSPAIN\nTV2,TV OKEY,ASTRO\n\n\n7 DISEMBER 2022 \u2013 RABU\n\n\n56\n3:00AM\nPORTUGAL VsSWITZERLAND\nASTRO \n\n\n\nBuat pertama kali Magribi mencipta sejarah mereka tersendiri, selepas berjaya mara ke peringkat lapan terakhir. Kemenangan Maghribi kali ini cukup dramatic dan menjadi satu petunjuk menguasai permainan sahaja belum cukup untuk memberikan anda kemenangan.\n\u00a0Sepanyol yang menguasai 77 peratus penguasaan bola dengan 13 percubaan berbanding Maghribi, yang hanya menguasai 23 peratus pemainan dan menghasilkan enam percubaan. Tidak membawa sebarang makna bagi bekas juara piala dunia 2010 itu\nSepanyol telah disingkirkan\u00a0 dengan Magribi menjaringkan 3-0 dalam penentuan sepakan penalti aksi pusingan 16 di Stadium Education City sebentar tadi.\nManakala perlawanan terakhir pusingan knock out 16 pasukan terbaik, mengesahkan Portugal berjaya marah ke pusingan suku akhir setelah berjaya menewaskan Switzerland\n\n\n\n\nJadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 (TV2, Astro) Peringkat Suku Akhir\nPeringkat suku akhir pula akan berlangsung pada 9 Disember 2022 sehingga 11 Disember 2022\nPasukan Layak Ke Suku Akhir Piala Dunia 2022 Qatar\n\nBerikut adalah 8 negara yang telah berjaya meneruskan perjuangan ke pusingan Suku Akhir (Quarter Final)\n\nBelanda\nArgentina\nCrotia\nBrazil\nEngland\nPerancis\nMagribi\nPortugal\n\nPerlawanan pembukaan untuk pusingan suku akhir akan bermula pada jumaat 9 disember 2022 jam 11:00 malam, menyaksikan negara Croatia akan berjumpa Brazil sebagai pembuka tirai untuk menentukan siapakah pasukan pertama yang akan berjaya mara ke pusingan Separuh Akhir.\n\n\n\n\nGAME\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\n\n\n\n\n9 DISEMBER 2022 -JUMAAT\n\n\n57\n11:00PM\nCROTIA Vs BRAZIL\nTV2,TV Okey,ASTRO\n\n\n10 DISEMBER 2022 \u2013 SABTU\n\n\n58\n3:00AM\nBELANDA VsARGENTINA\nASTRO\n\n\n59\n11:00PM\nMOROCCO VsPORTUGAL\nASTRO \n\n\n11 DISEMBER 2022 \u2013 AHAD\n\n\n60\n3:00AM\nENGLAND Vs PERANCIS\nTV2,TV Okey,ASTRO\n\n\n\nSelepas Neymar yang terpaksa pulang dengan tangisan selepas Brazil terpaksa akur kepada Crotia pada sepakan penalti 3 \u2013 0 , selepas terikat 0-0 sehingga babak masah tambahan.\nAksi pagi tadi pula melihatkan kapten pasukan Portugal Cristiano Ronaldo juga, dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas terpaksa akur dengan negara underdog Magribi.\nMagribi sekali lagi terus mara kehadapan mencipta lagi dan lagi sejarah manis selepas berjaya menumbangkan Portugal 1-0.\nMereka harus berterima kasih kepada Youssef En-Nesyri yang melonjak tinggi untuk melepasi pertahanan Portugal dan menanduk hantaran Yahya Attiat-Allah pada minit ke-42\nSeparuh Akhir\nPerlawanan separuh Akhir akan berlangsung pada 14 Disember 2022 sehingga 15 Disember 2022\n\nInilah dia 4 negara terbaik yang marah ke pusingan separuh akhir\n\nCrotia\nArgentina\nMagribi\nPerancis\n\n\n\n\n\nGAME\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\n\n\n\n\n14 DISEMBER 2022 \u2013 SELASA\n\n\n61\n3:00AM\nARGENTINA VsCROATIA\nTV2, TV Okey,Astro\n\n\n15 DISEMBER 2022 \u2013 RABU\n\n\n62\n3:00AM\nMAROCCO VsFRANCE\nTV2, TV Okey,Astro\n\n\n\nPerlawanan Penentuan Tempat 3 & 4\n\nPerlawanan penentuan tempat 3 dan pula akan diadakan pada 17 Disember 2022\n\n\n\n\nGAME\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\n\n\n\n\n17 DISEMBER 2022 \u2013 SABTU\n\n\n63\n11:00\nCrotia VsMorocco\nTV2, Tv Okey,Astro\n\n\n\nPerlawanan Peringkat Akhir (Final) Piala Dunia 2022\n\nTarikh final piala dunia 2022 pula akan dilangsungkan pada 18 Disember 2022\n\n\n\n\nGAME\nMASA\nNEGARA\nSALURAN TV\n\n\n\n\n18 DISEMBER 2022 \u2013 AHAD\n\n\n64\n11:00\nARGENTINA VSFRANCE\nTV2, TV Okey,Astro\n\n\n\nJadual ini mungkin berubah, dan akan dikemas kini dari masa ke semasa sepanjang kejohanan berprestij dunia ini berlangsung. \nPautan Live Stream Piala Dunia 2022\nLive stream boleh dilihat secara langsung menerusi pautan yang di kongsikan\n\n\n\n\nSALURAN LIVE STREAM\nPAUTAN\n\n\n\n\nRTM 1\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1\n\n\nRTM 2\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\n\n\nTV OKEY\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey\n\n\n\n\nPiala Dunia 2022 Qatar akan berlangsung di beberapa venue iaitu ;\n\nAl- Bayt Stadium\nKhalifa International Stadium\nAl Thumama Stadium\nAhmad Bin Ali Stadium\nLusail Stadium\nStadium 974\nEducation City Stadium\nAl Janoub Stadium\n\nJangan terlepas menyaksikan pasukan kegemaran anda, ikuti Jadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Qatar (TV2,Astro) Waktu Malaysia ini yang di kemaskini dari masa ke semasa. \nAnda juga boleh muat turun jadual perlawanan piala dunia 2022 Qatar\n2022fwc_qatar_match_schedule_v34b_11082022_EN_international-useDownload\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-pembelian-carseat-kanak-kanak/", "title": "Diskaun Pembelian Car Seat Kanak-Kanak Sehingga 50% Atau RM150", "body": ["\n\n", "\nDiskaun Pembelian Car Seat Kanak-Kanak Sehingga 50% Atau RM150 ~ Berikutan statistik kematian yang melibatkan kanak-kanak agak merungsingkan, kerajaan tampil dengan solusi melalui Bajet 2022.\nDengan itu, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM30 juta dana untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah (khususnya golongan b40) melalui pemberian insentif bagi setiap pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems \u2013 CRS).\n\nInisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 bagi setiap pembelian car seat kanak-kanak.\nUsaha ini dilakukan adalah untuk membantu meringankan beban golongan b40 yang mempunyai anak kecil dan memerlukan car seat bagi tujuan keselamatan di dalam kenderaan. Keselamatan golongan kanak-kanak adalah amat signifikan kerana mereka merupakan aset negara yang bernilai untuk masa depan.\u00a0\nKelayakan Pemohon\nSubsidi 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian car seat kanak-kanak ini layak dimohon oleh semua golongan b40 yang mempunyai anak kecil berdasarkan syarat yang ditetapkan.\u00a0\n\n\n\n\nKadar Insentif Car Seat Yang Diperuntukkan\nSetiap penerima boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems \u2013 CRS) berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.\u00a0\nCara Memohon/Penebusan Insentif Car Seat\nMaklumat mengenai cara memohon/penebusan insentif & subsidi carseat akan dikemaskini kelak**berdasarkan maklumat yang akan akan dikemaskini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) / Agensi berkenaan dalam masa terdekat\nRujuk: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=247522500752535&id=100064843592221\nTarikh Permohonan/Penebusan Insentif & Subsidi Car Seat\nMakluman rasmi mengenai tarikh permohonan/penebusan insentif & subsidi car seat belum ada lagi diumumkan. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai insentif ini termasuklah tarikh permohonan/penebusan dibuka akan dikemaskini kelak.\u00a0\nCiri-Ciri Car Seat Kanak-Kanak Yang Menepati Undang-Undang (bermula Tahun 2020)\nPemakaian car seat adalah wajib bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 cm tanpa mengira umur. Kerajaan tidak menetapkan pemakaian car seat berdasarkan berat, namun menggunakan ketinggian sebagai penanda aras untuk mewajibkan penggunaan carseat dalam kenderaan.\u00a0\nIbu bapa hendaklah meletakkan car seat anak-anak di bahagian belakang tempat duduk kereta.\u00a0\nIbu bapa hendaklah membeli car seat yang sesuai dengan ketinggian dan berat anak-anak untuk memberi keselesaan serta memastikan aspek keselamatan terjamin.\u00a0\nSetiap pembelian car seat mestilah mempunyai cop kelulusaan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-saman-trafik-setiap-negeri/", "title": "Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bagi Setiap Negeri (Disember 2021)", "body": ["\n\n", "\nDiskaun Saman Trafik Sehingga 50%\u00a0 Bagi Setiap Negeri (Disember 2021) ~ Berita baik buat anda! Sekiranya anda mempunyai saman yang belum dibayar, ini lah masa terbaik untuk berbuat demikian.\nSempena di akhir bulan 2021 ini, terdapat beberapa negeri yang menawarkan pengurangan saman trafik PDRM sehingga 50%.\nBayar Saman, Diskaun Sehingga 50% Menanti Anda!\nBerikut adalah senarai negeri-negeri yang menawarkan pengurangan saman. Sekiranya negeri anda tidak tersenarai, sila rujuk di mana-mana kaunter trafik yang berdekatan anda.\u00a0\n1. SARAWAK\u00a0\n\nAnda boleh dapatkan diskaun saman 50% di semua kaunter saman trafik seluruh Kontinjen Sarawak dan pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 3:00 petang (waktu pejabat).\nTarikh: Bermula 1 Disember sehingga 14 Disember 2021.\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nTidak Patuhi Lampu Isyarat MerahLorong KecemasanPotong Secara MemberhayaPotong di Garisan BerkembarKemalanganDalam PerbicaraanTidak Boleh KompaunKesalahan Berkaitan LoriPengubahsuaian Ekzos\n2. PERLIS\n\nDapatkan diskaun saman 50% dengan kadar minima RM30 di semua kaunter saman trafik JSPT IPK Perlis, Arau, dan Padang Besar. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat).\nTarikh: Bermula 1 Disember sehingga 5 Disember 2021.\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nSaman kemalanganSaman Berstatus NC (No Compound)Saman dalam perbicaraanSaman berstatus waran tahun semasa / status mahkamahSaman berkaitan lori\n3. KEDAH\n\nJangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun saman trafik sehingga 50% pada bulan Disember 2021 ini. Anda boleh melakukan pembayaran di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Pendang, Kedah pada waktu pejabat, 9 pagi \u2013 4 petang.\nDiskaun ini hanya boleh didapatkan selama dua hari berdasarkan tarikh yang ditetapkan (6-8 Disember).\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nTidak Patuhi Lampu Isyarat MerahLorong KecemasanPotong Secara MemberhayaPotong di Garisan BerkembarKemalanganDalam PerbicaraanTidak Boleh KompaunKesalahan Berkaitan LoriPengubahsuaian Ekzos\n4. PERAK\u00a0\n\nAnda boleh dapatkan diskaun saman sehingga 50% di semua kaunter saman trafik PDRM Perak. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka seperti ketetapan berikut:\u00a0\nIsnin hingga Khamis : 9.00 pagi \u2013 4.00 petang (Rehat pukul 1-2 petang)Jumaat : 9.00 pagi \u2013 4.00 petang (Rehat 12\u00a0 t/hari \u2013 2.30 petang)\nTarikh: Bermula 1 Disember sehingga 30 Disember 2021.\u00a0\n\n\n\n\nPembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nSaman Kemalangan Tahun 2021Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)Saman Berstatus Bicara Mahkamah (\u2019m\u2019)Saman Berkait Kenderaan M/Lori (\u2018\u03b2\u2019)Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong \u2018Q\u2019 Tahun 2021Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (\u2019\u00eb\u2019)\n5. KELANTAN\u00a0\n\nDapatkan diskaun saman 50% sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan di semua kaunter saman trafik seluruh Kontinjen Kelantan.\u00a0\nPembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu pejabat).\nTarikh: Bermula 15 sehingga 30 November 2021.\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nTidak Patuhi Lampu Isyarat MerahLorong KecemasanPotong Secara MerbahayaPotong di Garisan BerkembarDalam PerbicaraanTidak Boleh KompaunKesalahan Berkaitan LoriPengubahsuaian EkzosSaman Kemalangan\n6. PAHANG\u00a0\n\nDapatkan diskaun saman sehingga 50%\u00a0 di semua kaunter saman trafik Kontinjen Pahang.\u00a0\nPembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter yang dibuka bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu pejabat).\nTarikh: Bermula 22 Nov sehingga 6 Disember 2021.\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nTidak Patuhi Lampu Isyarat MerahLorong KecemasanPotong Secara MerbahayaPotong di Garisan BerkembarDalam PerbicaraanTidak Boleh KompaunKesalahan Berkaitan LoriPengubahsuaian EkzosSaman Kemalangan\n7. NEGERI SEMBILAN\u00a0\n\nTawaran diskaun tawaran pengurangan sehingga 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.\nAnda boleh membuat pembayaran di kaunter saman semua daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Negeri Sembilan pada waktu pejabat, 9 pagi \u2013 4 petang.\u00a0\nJenis Diskaun: Anda boleh dapatkan diskaun sehingga\u00a0 50% untuk semua jenis saman KECUALI:\nTidak Patuhi Lampu Isyarat MerahLorong KecemasanPotong Secara MerbahayaPotong di Garisan BerkembarDalam PerbicaraanTidak Boleh KompaunKesalahan Berkaitan LoriPengubahsuaian EkzosSaman Kemalangan\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kaunter trafik berdekatan anda atau rujuk laman Facebook rasmi PDRM negeri masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-gawai-2023/", "title": "Hari Gawai 2023 Sarawak Cuti Umum Pesta Menuai", "body": ["\n\n", "\nCuti Umum Hari Gawai 2023 Sarawak, Malaysia 1 & 2 Jun Sempena Perayaan Pesta Menuai \nHari Gawai merupakan perayaan penting bagi orang Dayak, kerana ia menandakan berakhirnya musim menuai padi dan merupakan masa untuk mengucapkan terima kasih atas hasil tuaian. Ia juga merupakan masa untuk orang Dayak meraikan budaya dan warisan mereka, melalui aktiviti tradisional seperti tarian ngajat, bacaan pantun, dan upacara minum tuak.\nApa Itu Hari Gawai\nHari Gawai ialah perayaan tahunan yang disambut oleh orang asli Sarawak, Malaysia. Ia merupakan peristiwa penting bagi masyarakat Dayak dan menandakan berakhirnya musim menuai padi, yang dikenali sebagai perayaan \u201cpadi di jelapang\u201d. \nPerayaan ini biasanya berlangsung pada 1 dan 2 Jun setiap tahun dan merupakan masa untuk orang Dayak berkumpul untuk meraikan budaya, tradisi, dan warisan mereka.\nCuti Hari Gawai 2023 Sarawak Malaysia \nDi Malaysia, cuti umum Hari Gawai di isytiharkan bagi negeri Sarawak ialah pada 1 & 2 Jun 2023. \nCuti umum hari gawai ini tertakluk bagi negeri Sarawak sahaja, memandangkan sambutan perayaan itu merupakan perayaan istimewa bagi kebanyakan rakyat bumiputera di negeri Sarawak\nSambutan Perayaan Kaum Dayak\nHari Gawai disambut oleh orang Dayak Sarawak, Malaysia. Orang Dayak adalah istilah kolektif yang digunakan untuk merujuk kepada pelbagai kumpulan etnik pribumi di Sarawak, seperti Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, dan lain-lain. Kumpulan ini berkongsi banyak persamaan budaya, termasuk amalan pertanian mereka, kepercayaan tradisional dan adat resam.\nBaca juga : Intipati Belanjawan 2023 Pembangunan Untuk Sarawak\nSejarah & Amalan Hari Gawai\n\nSejarah Hari Gawai bermula pada zaman dahulu apabila orang Dayak adalah animisme, dan perayaan itu diadakan sebagai upacara untuk menenangkan roh dan dewa tanah itu. Dari masa ke masa, perayaan ini telah berkembang menjadi perayaan yang lebih moden yang masih berakar umbi dalam budaya tradisional Dayak.\nPersiapan Hari Gawai bermula beberapa minggu sebelum perayaan sebenar, dengan ramai keluarga Dayak mula membersihkan dan menghias rumah mereka dengan motif dan simbol tradisional. Motif yang paling penting ialah \u2018buah berijan,\u2019 sejenis tumbuhan memanjat yang dipercayai dapat menghalau roh jahat dan membawa tuah.\nMenjelang Hari Gawai, orang Dayak berkumpul di rumah panjang, tempat tinggal bersama di mana beberapa keluarga tinggal bersama. Mereka menyertai upacara tradisional yang dikenali sebagai \u2018miring\u2019 untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka dan roh tanah. Miring melibatkan persembahan makanan, minuman, dan barangan simbolik seperti beras, telur, dan pinang kepada arwah.\nSemasa perayaan, orang Dayak memakai pakaian tradisional mereka, termasuk pakaian berwarna-warni, hiasan kepala, dan aksesori yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti manik, rotan, dan bulu. Wanita memakai pakaian cerah dan rumit dikenali sebagai \u2018bunga terung,\u2019 manakala lelaki memakai \u2018selampai\u2019 yang diperbuat daripada bahan tenunan.\n\n\n\n\nPerayaan ini dimeriahkan dengan rangkaian aktiviti dan ritual tradisional termasuk tarian \u2018ngajat\u2019 yang dipersembahkan oleh lelaki dan wanita. Tarian ngajat ialah tarian tradisional yang bercerita melalui pergerakan dan gerak geri yang anggun, diiringi muzik tradisional yang dimainkan pada alatan seperti \u2018sape\u2019, kecapi tradisional.\nSatu lagi aktiviti penting semasa Hari Gawai ialah upacara \u2018tuak\u2019 yang melibatkan minum arak beras. Tuak ialah minuman tradisional Dayak yang dibancuh daripada beras yang ditapai dan merupakan bahagian penting dalam perayaan. Orang Dayak percaya bahawa meminum tuak akan membawa tuah, kemakmuran, dan kebahagiaan kepada mereka.\nFestival itu turut merangkumi pelbagai pertandingan dan permainan, seperti \u2018panjat pinang,\u2019 yang melibatkan memanjat tiang yang digris untuk memenangi hadiah di bahagian atas. Terdapat juga perlumbaan \u2018terompah\u2019, di mana peserta berlumba dengan terompah kayu.\nSalah satu kemuncak Hari Gawai ialah deklamasi \u2018pantun\u2019 iaitu satu bentuk puisi tradisional Dayak. Pantun dibacakan oleh orang tua-tua masyarakat dan merupakan satu cara untuk menyampaikan nilai-nilai tradisi, adat resam dan kepercayaan kepada generasi muda.\nSumber : Dewan Budaya\nTarikan Pelancong Ke Sarawak\nDalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hari Gawai telah menjadi acara pelancongan utama di Sarawak, menarik pengunjung dari seluruh dunia. Perayaan ini memberi peluang unik kepada pengunjung untuk merasai keceriaan dan kepelbagaian budaya masyarakat Dayak, serta merasai masakan tempatan dan menyaksikan seni dan kraf tradisional.\nSelain itu, Hari Gawai memainkan peranan penting dalam menggalakkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pelbagai etnik di Sarawak. Perayaan ini menghimpunkan orang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza, memupuk semangat kemasyarakatan dan kekitaan. Ia adalah masa untuk meraikan kepelbagaian dan menghargai kekayaan warisan budaya Sarawak.\nWalau bagaimanapun, di sebalik kepentingan Hari Gawai, orang Dayak menghadapi banyak cabaran dalam mengekalkan tradisi dan budaya mereka. Pemodenan dan pembandaran telah membawa kepada penghakisan amalan tradisional, dengan generasi muda semakin terputus hubungan daripada akar budaya mereka. Lebih-lebih lagi, orang Dayak terus menghadapi ketidaksamaan sosial dan ekonomi, yang menjejaskan keupayaan mereka untuk mengekalkan cara hidup tradisional mereka.\nDalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat usaha untuk mempromosi dan memelihara budaya Dayak, termasuk penubuhan pusat kebudayaan, dokumentasi pengetahuan tradisional, dan menghidupkan semula seni dan kraf tradisional. Walau bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan budaya dan tradisi Dayak dalam jangka panjang. \nKesimpulannya, Hari Gawai merupakan perayaan penting yang meraikan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Dayak Sarawak, Malaysia. Ia adalah masa untuk masyarakat berkumpul untuk bersyukur atas hasil tuaian, menghormati nenek moyang mereka, dan meraikan warisan mereka. \nKepada mereka yang menyambutnya Selamat Menyambut Hari Gawai 2023\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/intake-pusat-bahasa-jepun-mara-oisca-sesi-oktober-2022/", "title": "Intake Pusat Bahasa Jepun Mara-Oisca Sesi Oktober 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran kursus Bahasa jepun di Pusat Bahasa Jepun Mara-Oisca sesi Oktober 2022 kini dibuka. Ianya merupakan program kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA).\nUntuk makluman anda Pusat Bahasa Jepun Mara-Oisca menawarkan Kursus Bahasa Jepun untuk asas dan Lanjutan.\nIni adalah pengambilan terkahir untuk tahun 2022. Sekiranya terlepas, anda boleh tunggu pengambilan untuk sesi tahun 2023.\nSetiap tahun pengambilan akan di buat sebanyak 5 kali \u00a0iaitu pada bulan Januari, Mac. Jun, Ogos dan Oktober.\nSelepas menamatkan kursus, graduan lepasan MARA-OISCA juga berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.\nApa Itu Pusat Bahasa Jepun Mara-Oisca\n\nKerjasama OISCA-Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dimulakan selepas Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Presiden juga pengasas OISCA International, Dr Yonosuke Nakano dan kakitangan kanan MARA pada tahun 1967 dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknikal belia Malaysia .\nGraduan MARA Institut Vokasional yang ingin mendapatkan kemahiran teknikal lagi di Jepun dikehendaki untuk menjalani pengajaran Jepun di OISCA-MARA Pusat Bahasa di MJII Beranang. Selepas menamatkan kelas Jepun, pelatih yang terpilih akan dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan teknikal sebenar dan didedahkan kepada etika dan budaya kerja Jepun. Sebelum latihan sebenar, pelatih dikehendaki menjalani tiga bulan pengajaran intensif Jepun dan belajar budaya Jepun di OISCA College di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Sejak permulaan program ini, kira-kira 1000 pelatih Malaysia pergi ke Jepun untuk menjalani latihan industri.\n\n\n\n\nThe OISCA Antarabangsa Malaysia Bab (OIMC) bertanggungjawab dalam menyelaras dengan OISCA Jepun dan MARA dari segi hal-hal pentadbiran dan susulan alumni selepas kembali ke Malaysia dari Jepun. OIMC menyediakan perkhidmatan perundingan direka untuk Alumni OISCA-MARA latihan industri, usahawan muda dan perniagaan kecil yang mencari untuk bersaing peralihan perniagaan terkini. Dengan kerjasama yang berjaya alumni bekerja sendiri atau pakar / pensyarah, OIMC juga menganjurkan seminar keusahawanan dan bengkel.\nSyarat Permohonan\nBujangLelakiWarganegara berumur 20-29 tahunLepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA)\nBidang Yang Diperlukan\nAntara bidang yang diperlukan untuk calon memohon menyertai program ini adalah seperti ;\nTeknologi Kejuruteraan AutomotifTeknologi Kejuruteraan BangunanTeknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara\nTarikh Mula pengajian\nProgram ini akan bermula pada Oktober 2022 \u2013 Disember 2022 (2 bulan)\nKemudahan Yang Disediakan\nAntara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus, adalah seperti berikut ;\nElaun Sara Hidup BulananAsrama disediakanYuran pengajian ditanggung MARAPeluang latihan industri di Jepun\nCara Memohon Pusat Bahasa Jepun Mara-Oisca\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan melalui pautan berikut http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan,anda boleh layari facebook :https://www.facebook.com/MARAOISCAJapaneseLanguageCenter/ atau sila hubungi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA di talian 03-87249344 atau melalui Whatsapps 011-13307312.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-aidilfitri-kedah/", "title": "Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah Beri RM1000", "body": ["\n\n", "\nBantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah ~ Sukacita di maklumkan kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua Penjawat Awam, Pengerusi & Setiausaha JPKK.\nKelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Wisma Darul Aman.\nKelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta\nKerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas berkenaan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri itu.\nBantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah Penjawat Awam, Pengerusi & Setiausaha JPKK\n\nMesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang.\nKelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta\nManakala, sejumlah RM307,500 di peruntukkan sebagai bayaran bantuan khas kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK.\nUntuk Pengerusi dan Setiausaha JPKK sahaja, bantuan Khas Aidilfitri ini akan membabitkan seramai 2,050 orang penerima yang akan menerima manfaat.\nSebelum ini juga, kerajaan persekutuan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.\n\n\n\n\n\nJumlah Bantuan Khas\nSemua penerima bantuan khas kerajaan negeri Kedah ini akan menerima bantuan berbentuk kewangan berjumlah RM1000 seorang\nTahun lalu, jumlah sama turut diberikan Kerajaan Negeri Kedah melihatkan 5,300 penjawat awam\nPenerima Bantuan Khas Aidilfitri\nSemua penjawat awam negeri kedahPengerusi JPKKSetiausaha JPKK\nBayaran\nBayaran akan di salurkan terus ke akaun masing-masing bagi penjawat awam. Manakala bayaran kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing\nTarikh pembayaran bantuan khas ini semua akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari\nFacebook Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-wartawan-nasional-2023-hawana/", "title": "Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA) Tema & Acara", "body": ["\n\n", "\nHAWANA, atau Hari Wartawan Nasional 2023, ialah Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia. Ia adalah hari untuk meraikan sumbangan wartawan kepada masyarakat Malaysia. HAWANA pertama disambut pada tahun 2018, dan ia telah diadakan setiap tahun sejak itu.\n.\nHAWANA 2023 akan menampilkan pelbagai acara, termasuk ucaptama oleh Perdana Menteri, perbincangan panel mengenai etika media, dan bengkel kewartawanan digital. Terdapat juga karnival, dan beberapa acara di mana wartawan boleh berinteraksi dengan orang ramai dan belajar tentang teknologi media baharu.\nHAWANA 2023 merupakan acara penting bagi industri media Malaysia. Ia adalah peluang untuk wartawan berkumpul dan meraikan profesion mereka, dan ia juga peluang untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang peranan media dalam masyarakat.\nHari Wartawan Nasional (HAWANA)\nTarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Tarikh bersejarah itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.\nHAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan \u2018Membela Bangsa, Membina Nasional\u2019. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.\nBagaimanapun, HAWANA tidak dapat diadakan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.\nTujuan & Objektif HAWANA\nHAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia. Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi\nSecara asasnya objektif hari wartawan nasional adalah ;\n\n\n\n\n\nMengiktiraf sumbangan wartawan kepada masyarakat Malaysia.\nUntuk mempromosikan kebebasan dan kemerdekaan media.\nUntuk menggalakkan kewartawanan beretika.\nUntuk mengeratkan hubungan antara media dan orang ramai.\n\nBaca juga : Format dan Contoh Penulisan Karangan Jenis Berita\nLogo HAWANA 2023\n\nBagi sambutan 2023, logo sambutan hari wartawan nasional adalah berasaskan elemen labu sayong dan bunga kertas yang menjadi simbolik kepada Ipoh Perak yang menjadi lokasi sambutan bagi tahun ini.\nLabu sayongElemen utama bagi mengambarkan identiti perusahaan dari perak\n3 Kelopaksimbolik daun bunga kertas yang sinonim dengan Ipoh, yang terkenal sebagai Bandar Bunga Kertas (Bougainvillea)\n4 WarnaWarna yang terdapat pada bendera Malaysia\nBaca juga : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023\nTarikh & Tema Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA)\n\nHAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh, Perak, dari 27 hingga 29 Mei. Tema HAWANA tahun ini ialah \u201cMedia Berintegriti, Negara Sejahtera.\u201d Tema ini menggambarkan kepentingan integriti media dalam mewujudkan negara yang makmur\nAcara / Aktiviti HAWANA 2023\nSepanjang sambutan hari wartawan nasional 2023, beberapa acara dan aktiviti yang dirancang pada hari tersebut di antaranya ;\n\nMajlis kemuncak\nTreasure hunt\nTabung kasih @ HAWANA\nPameran\nForum Media\nMini Karnival\nBoling\nCenderamata\n\nMaklumat Lanjut\nBagi anda yang berminat untuk hadir ke program sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA) anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran bagi aktiviti atau acara yang dibuat, anda boleh layari ; \n\nWebsite :- https://www.hawana.my/ \nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-keluarga-malaysia/", "title": "Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022 kini dibuka.\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nBKM merupakan bantuan tunai inisiatif kerajaan yang menyasarkan golongan yang memerlukan bagi meringan\u00a0 beban sara hidup dan isi rumah berpendapatan rendah.\nBKM juga telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan bakal memberi manfaat kepada pelbagai golongan termasuklah isi rumah B40, M40, warga emas, serta bujang.\nGolongan yang layak memohon bolehlah semak syarat kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia serta cara memohon.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan bagi pemberian Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut :\nIsi Rumah\nBerkahwin atauIbu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang memepati syarat danPendapatan isi rumah adalah RM 5,000 ke bawah\nWarga Emas Bujang/ Tiada Pasangan\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syaratMestilah berumur 60 tahun ke atasPendapatan isi rumah RM 5,000 ke bawah\nBujang\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syaratHad umur antara 21 ke 59 tahunPendapatan bulanan RM 2,500 ke bawah\nKedah Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia\nUntuk maklumat anda, data penerima BPR 2021, BKC B40, serta data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik untuk diverifikasi kelayakannya.\nPermohonan baharu BKM perlulah dibuat sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan dalam tempoh yang ditetapkan.\nPermohonan baharu boleh dibuat melalui pautan di bawah.\nhttps://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM?\nTarikh Kemaskini / Permohonan Baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2022\nTempoh kemaskini maklumat atau permohonan baharu bagi Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat sepanjang tempoh berikut :\n1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022\nTarikh kemaskini dan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.\nKadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nKadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut :\nBantuan Isi Rumah\n\n\n\n\nPendapatan Rm2,500 ke bawah\nTiada anak : RM 1,0001-2 orang anak : RM 1,500Anak melebihi 3 orang : RM 2,000\nPendapatan RM 2,501- RM5,000\nTiada anak : RM 4001-2 orang anak : RM 600Anak melebihi 3 orang : RM 800\nWarga Emas Bujang/Tiada Pasangan\nPendapatan RM 5,000 ke bawah\nTiada anak : RM 600\nBujang\nPendapatan RM 2,500 ke bawah\nTiada anak : RM 350\nKredit Foto : mysumber.com\nKadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia\nKadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :\nTambahan RM 500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat ; atauTambahan RM 300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.\nTarikh Pembayaran BKM\nPembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa iaitu 4 kali setahun :\nTarikh Bayaran BKM Fasa 1 (Mac 2022)\nIsi rumahWarga emas bujang / tiada pasanganBujang\nTarikh Bayaran BKM Fasa 2 (Jun 2022)\nIsi rumahWarga emas bujang / tiada pasangan\nTarikh Bayaran BKM Fasa 3 (September 2022)\nIsi rumahWarga emas bujang/ tiada pasanganBujang\nTarikh Bayaran BKM Fasa 4 (Disember 2022)\nIsi rumahWarga emas bujang / tiada pasangan\nTarikh pembayaran BKM bagi setiap fasa juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuatnaik di portal LHDNM melalui pautan di bawah.\nhttps://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mynept-ujian-psikometrik-usahawan-nasional/", "title": "MyNEPT | Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma", "body": ["\n\n", "\nMyNEPT | Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma ~ Tahukah anda, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memperkenalkan Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) bagi membantu usahawan mencari penyelesaian kepada kelemahan yang dihadapi oleh perniagaan masing-masing.\nUjian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma (MyNEPT)\nUjian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma (MyNEPT) adalah merupakan inisiatif pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi membantu usahawan mengenal pasti kelemahan dan menari solusi bagi memajukan perniagaan mereka.\nBeliau berkata, semasa krisis, ramai usahawan yang berjaya membuat keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa semua perniagaan mampu bangkit jika mempunyai perancangan rapi.\nUntuk makluman, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.\nSelaras dengan tagline \u201cMemperkasa Usahawan Hari Esok\u201d, INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.\n\nKebaikan/Kelebihan MyNEPT\nMembantu usahawan serta bakal usahawan mengenali kecenderungan diri, malah membantu mempersiapkan mereka mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (IR4.0).Menjadi rujukan bersepadu untuk usahawan mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi. Ia adalah ujian sehenti dan memudahkan urusan semua pihak berkepentingan.Menjadi usahawan mempunyai cabaran tersendiri termasuk emosi, pendirian dan kedudukan, justeru ujian ini adalah untuk mengenal pasti di mana letaknya kelemahan.Menerusi keputusan yang diterima, mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi latihan tambahan daripada pihak berkaitan termasuk agensi kerajaan seperti INSKEN, SME Corp dan lain-lain\nCara Buat Ujian Psikometrik MyNEPT\nUntuk melakukan ujian psikometrik ini, sila layari pautan berikut: https://www.mynept.com/\u00a0\n\n\n\n\nKemudian, klik \u201cTake the personality test\u201d. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik \u201cSign up for an account\u201d. Atau, \u201cSign In\u201d dengan memasukkan email dan password yang telah didaftarkan.\u00a0\nAnda boleh mendapatkan keputusan ujian psikometrik ini secara percuma. Terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh usahawan yang mengambil masa dalam tempoh 15 minit.\u00a0\nSistem ujian ini terbuka untuk semua pihak dan usahawan agar anda boleh membuat perbandingan skor bagi membantu mereka menambah baik kemahiran perniagaan sedua ada berdasarkan kedudukan mereka dalam graf dan skor diperoleh.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari : https://www.mynept.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gkp/", "title": "GKP 2.0: Semakan Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin RM3,000", "body": ["\n\n", "\nPermohonan GKP atau Geran Khas Prihatin 2.0 telah dibuka semula selama sebulan sepanjang bulan Oktober 2020.\nKini pemohon boleh membuat semakan status GKP 2.0 di portal rasmi gkp.hasil.gov.my bermula 27 November.\nManakala pembayaran dijangka bermula 30 November 2020.\nMenurut sumber, sebanyak 512,000 permohonan\u00a0telah diterima berbanding fasa terdahulu di mana 76% dari 642,976 permohonan telah diluluskan sebelum ini.\nTentang GKP 2.0\nSecara ringkasnya, GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.\n\nSiapa Yang Layak?\nGKP 2.0 hanya terbuka kepada anda yang memenuhi syarat permohonan berikut:\nBukan penerima GKP sebelum iniMestilah Warganegara MalaysiaMempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)Mestilah berdaftar dengan LHDNM /\u00a0SSM\u00a0sebelum 31 Ogos 2020Masih aktif menjalankan perniagaanSemakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my\n\n\n\n\nPermohonan secara manual tidak diterima.\nSemakan GKP\n\nStatus permohonan akan diumumkan pada 27 November 2020.\nPemohon boleh menyemak status di portal rasmi GKP.\nSoalan Lazim\nSaya mempunyai SSM tapi tidak membuka fail cukai LHDN, adakah saya layak memohon? Ya anda layak memohon. Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0 akan dibuat? Bermula 30 November sebanyak RM3,000 ke akaun masing-masing. Apakah kaedah pembayaran Geran Khas Prihatin? Secara terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa memohon. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/covid19-berapa-lama-kuarantin-bagi-kontak-rapat/", "title": "COVID19 | Berapa Lama Kuarantin Bagi Kontak Rapat?", "body": ["\n\n", "\nCovid19 | Berapa Lama Kuarantin Bagi Kontak Rapat? ~ Penularan kes Covid 19 semakin merisaukan berikutan varian Omicron baru-baru ini. Muncul beberapa persoalan yang sering menjadi kekeliruan rakyat berkaitan Covid 19 ini termasuklah tempoh kuarantin bagi kontak rapat dan sebagainya.\u00a0\nAnda boleh rujuk info terkini yang ditetapkan oleh KKM (Info dikemaskini 17 Februari 2022) seperti di bawah.\u00a0\nKuarantin Bagi Kontak Rapat COVID19 Akan Dimansuhkan?\nMenurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19 akan dilaksanakan minggu depan (selepas Sidang Media Kementerian Kesihatan (KKM)).\u00a0\nFasa 1: Sektor Perkhidmatan Kesihatan Awam\nMenteri Kesihatan itu berkata, bagi fasa pertama, ia akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam. Sehubungan itu katanya, satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.\nKontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.\nSatu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala. Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu.\u00a0\nNOTA: untuk petugas kesihatan.\u00a0\nTempoh Isolasi Dan Tempoh Kuarantin Covid19\n\nTempoh Kuarantin Terkini ( update 17 Februari 2022)\n\n\n\n\nKES POSITIF:\nTelah menerima dos penggalak : 7 hariLengkap vaksinasi : 7 hariTidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari\nNota: Tempoh kuarantin sama ada tidak bergejala atau bergejala\nKONTAK RAPAT:\u00a0\nTelah menerima dos penggalak : 5 hari\nTiada gejala \u2013 tidak perlu ujian pengesanan Covid-19Bergejala \u2013 perlu lakukan RTK-Ag kendiri\nLengkap vaksinasi : 7 hari\nTiada gejala \u2013 tidak perlu ujian pengesanan Covid-19Bergejala \u2013 perlu lakukan RTK-Ag kendiri\nTidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari\nTiada gejala \u2013 tidak perlu ujian pengesanan Covid-19Bergejala \u2013 perlu lakukan RTK-Ag kendiri\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mymohon/", "title": "myMOHON 2023 Permohonan Pensyarah & Pengurusan IPG", "body": ["\n\n", "\nmyMOHON 2023 : Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Pengurusan & Pegawai Kaunselor Di 27 Buah Ipg Kampus Dan Eltc 2023.\nInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siswazah Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Kaunselor & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidangbidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Instititut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan English Language Teaching Centre (ELTC). Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara hidup (BSH). Kekosongan kritikal di Sabah dan Sarawak.\nApa Itu myMOHON\nmyMOHON atau mohon sgmy merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk membolehkan permohonan bagi Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dapat dibuat secara online.\nInstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) ingin mnegajak kepada calon-calon Warganegara Malaysia yang berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan\u00a0(Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan) yang\u00a0berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru\nmyMOHON 2023 : Iklan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Pengurusan & Pegawai Kaunselor\n\nTarikh -tarikh penting myMOHON 2023\n\u00a0\u00a0\u00a0PERKARA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TARIKH\u00a0\u00a0\u00a0 Permohonan dibuka secara online \u00a0\u00a0\u00a09 Mac 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Permohonan ditutup \u00a0\u00a0\u00a021 Mac 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan dokumen oleh IPGK \u00a0\u00a0\u00a022 Mac \u2013 31 Mac 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Semakan panggilan temuduga \u00a0\u00a0\u00a02 April 2023\u00a0\u00a0\u00a0 Temuduga Bersemuka \u00a0\u00a0\u00a09 April \u2013 18 April 2023\u00a0\u00a0\u00a0\nBaca juga : Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB\nJAWATAN AKADEMIK : PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP)DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)\nSyarat Kelayakan \nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;\n\nWarganegara Malaysia;\nDisahkan dalam perkhidmatan;\nTahap kesihatan yang baik;\nMencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);\nTidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;Melaksanakan perisytiharan harta;Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;\n\nBerada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;\n\n\nMemiliki kelayakan akademik seperti berikut:-\n\nIjazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.\nIjazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau\nIjazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\nKeutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\nDiperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/ Bahagian dan Pengetua/ Guru Besar).\n\n\n\nSyarat Kelayakan Bahasa Melayu\nCalon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan\n\n\n\n\nJAWATAN AKADEMIK : JURULATIH KOKURIKULUM DG44H / 48 / 52 / 54(KUP)\nSyarat kelayakan :\n\nWarganegara Malaysia;\nDisahkan dalam perkhidmatan;\nTahap kesihatan yang baik;\nMencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian restasiPTahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-\u00a0kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022);\nTidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;\nMelaksanakan perisytiharan harta;\nBebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;\nBerada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;\nMemiliki kelayakan akademik seperti berikut:-Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atauIjazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau iploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\n\nDiperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/ Bahagian dan Pengetua/ Guru Besar).\n\n\nKelayakan tambahan dalam bidang Ko-Kurikulum seperti:Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang KoKurikulum.\n\nMempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA(2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Ko-Kurikulum daripada Jabatan/ Agensi sukan yang diperaku.\n\n\nAktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum\n\nJAWATAN PENGURUSAN : PEGAWAI PENGURUSAN DG41 / 42 / 44(KUP) PEGAWAI KAUNSELOR DG41 / 42 / 44(KUP)\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia;\nDisahkan dalam perkhidmatan;\nTahap kesihatan yang baik;\nMencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang\u00a0 kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022);\nTidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;Telah melaksanakan perisytiharan harta;\nPerakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;\nBerada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/ 44 KUP;\nMemiliki kelayakan akademik seperti berikut:-\n\nIjazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.\nKeutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\n\n\n\nCara Permohonan di myMOHON\nPemohon dikehendaki mengisi borang permohonan di laman sesawang berikut:\n\nLayari https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON\nDaftar Permohonan Baharu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nLog Masuk Permohonan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nProfil Permohonan( Lengkapkan Maklumat)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPermohonan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPergesahan Permohonan/ Cetak Borang Permohonan\u00a0\u00a0\u00a0\nPergesahan/ Sokongan Secara Manual daripada:\n\ni .Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar\nii Pengarah/ Pengarah JPN\n\n\nTamat/ Log Keluar\n\nProsedur Permohonan\n\nSeorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan dan HANYA boleh memohon di SATU (1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) sahaja.\nCalon yang berjaya ditempatkan di IPG perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.\nCalon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sangat dialu-alukan memohon.\nCalon perlu mencetak borang permohonan dari sistem myMohon dan wajib mendapat sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing. Calon perlu mendapat kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian/ JPN seperti dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian/ JPN sebelum menghantar borang ke IPGK yang dipilih. Borang permohanan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ JPN perlu dihantar ke IPGK yang berkenaan untuk diproses. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. \nTarikh tutup permohonan adalah pada 21 MAC 2023 11.59 Malam (Selasa)\nPermohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui KETUA JABATAN/ BAHAGIAN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.\n\nDokumen Yang di Perlukan\nSila sertakan semua Salinan dokumen/ sijil (Perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional \u2013 Kumpulan A) seperti berikut:\n\nKad Pengenalan;\nSalinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;\nSijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO;Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);\n\nTestimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan ;\n\n\n\n\n\n\n\nmyMOHON Semakan Memohon\nCalon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Proses temuduga secara bersemuka akan dilaksanakan di IPG Kampus yang dimohon. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.\nMaklumat Lanjut\nSila hubungi IPGK/ELTC berkenaan sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan (mymohon).\nUnit Pengurusan Sumber Manusia,Pejabat Pendaftar,Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,SELANGORNo Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana cara untuk membuat permohonan? Permohonan boleh dibuat secara online melalui https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON/ Bilakah tarikh tutup permohonan myMOHON 2023? Permohonan dibuka 9 hingga 21 Mac 2023. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-ambilan-ke-2-program-matrikulasi-kpm-2022/", "title": "Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nTerkini Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022 boleh dibuat mulai 29 Julai 2022. Bagi calon yang telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semoga anda berjaya. Cara untuk semakan keputusan adalah seperti di bawah.\nProgram Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.\nCara Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi KPM 2022/2023\n\nBerikut panduan cara untuk membuat semakan bagi keputusan Ambilan ke-2 kemasukan Kolej Matrikulasi ;\nSila layari laman web\u00a0https://matrikulasi.moe.gov.my/.Tekan bahagian \u2018Semakan.\u2019Masukkan maklumat no Kad Pengenalan.Tekan butang \u2018Semak.\u2019Keputusan semakan permohonan akan dipaparkan.Atau anda boleh imbas QR Code seperti dalam gambar di atas\nTarikh Penting Program Matrikulasi 2022/2023\nSemakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (16-23 Julai 2022)Pendaftaran ke kolej 24/25 Julai 2022Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (16-18 Julai 2022)Keputusan pertukaran (22 Julai 2022)Keputusan ambilan 2 (29 Julai 2022)Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022\nJurusan Ditawarkan Program Matrikulasi KPM\nProgram Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan 4 jurusan bidang pengajian seperti berikut;\n\n\n\n\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains Komputer\nJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan MekanikalJurusan PerakaunanJurusan Perakaunan Profesional\nSenarai Matrikulasi Seluruh Malaysia\nKepada calon yang berjaya untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM 2022/2023, berikut merupakan lokasi Kolej Matrikulasi mengikut jurusan yang ditawarkan:\nKolej MatrikulasiAliran/JurusanKolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PerakPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi JohorPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PahangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi KedahPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraanKolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, SainsKolej MARA KulimPerakaunan, SainsKolej MARA Kuala NerangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains\nMaklumat Lanjut Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi\nSebarang pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022/2023 anda boleh hubungi melalui emel kepada [email\u00a0protected] atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks atau ;\nBahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.No.Tel: 03 \u2013 8884 4083No.Faks: 03 \u2013 8888 4028\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-rekrutmen-usahawan-pekebun-kecil-risda-2022/", "title": "Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022 ~ Sukacita dimakluman tawaran bagi program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022 kini dibuka.\nProgram ini dilancarkan bagi memantapkan sistem permohonan program ke arah yang lebih sistematik di samping memudahkan urusan pengenalpastian calon-calon usahawan yang berkelayakan.\nProgram ini merupakan satu peringkat tapisan bagi pemohon yang layak menerima bantuan keusahawanan RISDA.\nUntuk tahun ini, program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA akan dilancarkan secara menyeluruh di semua Pusat Tanggungjawab.\nBaca Juga : Skim AgroMakanan (PENJANA): Pembiayaan Usahawan Mikro & B40\n\n\nSyarat-Syarat & Kelayakan Bagi Pemohon\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat dan kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\n\n\n\n\nPemohon mestilah seorang Pekebun Kecil Getah (pemilik pengusaha) atau Ahli Isi Rumah (isteri / suami / anak \u2013 keutamaan yang tinggal serumah) warganegara Malaysia yang berdaftar dengan RISDA dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungan.\nKeutamaan kepada peserta yang menyertai program tanam semula.\nKeutamaan kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM4,395 sebulan sekeluarga (Kategori B40).\nKeutamaan juga diberikan untuk mereka yang berumur antara 18-60 tahun dan mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang perniagaan yang hendak diceburi.\nBersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.\nBersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.\nBerkemampuan menjalanakan bisnes / perniagaan secara separuh atau sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.\nSemua usahawan yang layak akan dipilih melalui proses rekrutmen RISDA.\n\nCara Memohon\nCalon yang memenuhi kelayakan boleh lakukan permohonan melalui salah satu cara seperti berikut :\nPermohonan atas talian di pautan rekrutmenrisda.borang.my https://rekrutmenrisda.borang.my/user/login atau ;\nHadir ke Pejabat RISDA terdekat.\nSoalan Lazim / FAQ Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA\nUntuk keterangan lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim seperti di bawah :\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Pejabat RISDA berdekatan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. \nPemohon juga boleh layari laman rasmi RISDA atau hubungi RISDA seperti butiran di bawah :\nhttps://pekebunkecilmakmur.com.my/\nhttps://www.facebook.com/BPURISDA\nTelefon : 03 \u2013 4256 4022\nE-mail :\u00a0[email\u00a0protected])\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/nilam-johor/", "title": "NILAM Johor : Portal Rekod Bacaan Murid Negeri Johor", "body": ["\n\n", "\nSeperti yang kita tahu, program NILAM telah wujud sejak lebih 20 tahun lalu bagi memupuk semangat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.\nKhas untuk murid-murid yang bersekolah di negeri Johor, mereka kini boleh merekod bacaan buku secara atas talian menerusi NILAM Johor.\nNILAM Johor merupakan satu laman yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai alternatif kepada murid serta guru yang sering merekodkan bacaan buku secara manual.\nApa Itu Program NILAM?\n\nNILAM adalah akronim bagi \u2018Nadi Ilmu Amalan Membaca\u2019 dan merupakan program bacaan yang telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1999.\nIa diperkenalkan secara rasmi pada tahun tersebut dengan Tahun 1 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 atau peralihan di sekolah menengah. \nPerlaksanaan program ini adalah bagi membina tabiat membaca dalam kalangan murid di samping menggalakkan pemikiran serta idea kreatif dan inovatif bagi memupuk tabiat membaca.\nUntuk makluman, program NILAM melibatkan 3 komponen utama iaitu:\n\n\n\n\n\nMembaca dan merekod bacaan\nMengesahkan rekod\nMemberi pengiktirafan\n\nUntuk komponen membaca dan merekod bacaan, langkah ini adalah melibatkan murid itu sendiri.\nBagi komponen\u00a0mengesahkan rekod dan memberi pengiktirafan, ia adalah tanggungjawab guru di sekolah masing-masing.\n\nCara Login NILAM Johor\nBerikut merupakan cara-cara untuk login portal NILAM Johor :\n\nLayari laman web NILAM Johor iaitu\u00a0https://nilamjohor.edu.my/\nMasukkan ID Delima murid.\nSebagai contoh ID Delima murid adalah:\u00a0[email\u00a0protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default):\u00a0[email\u00a0protected]\nPengguna dinasihatkan supaya ID dan kata laluan ini tidak diubah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.\n\nCara Rekod Bacaan\n\nPergi ke menu utama dan klik bahagian \u2018Aktiviti Bacaan.\u2019\nKlik butang \u2018Tambah Aktiviti Bacaan\u2019 untuk merekod bacaan yang telah dibaca.\nPilih \u2018Klasifikasi Bahan Bacaan.\u2019\nIsi maklumat bahan bacaan seperti judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit dan tarikh bacaan.\nKlik butang \u2018Simpan\u2019 setelah selesai.\nRekod maklumat yang telah berjaya disimpan boleh dipadam oleh guru kelas dan atau Admin sekolah sahaja.\n\nAnda boleh tonton video di bawah untuk keterangan lebih lanjut mengenai penggunaan portal NILAM Johor.\n\n\n\nBaca Juga : SSDM KPM 2023 : Sistem Sahsiah Diri Murid\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/e-lembaga-peperiksaan/", "title": "E-Lembaga Peperiksaan: Dapatkan Sijil Peperiksaan Secara Online", "body": ["\n\n", "\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mewujudkan sistem atas talian e-Lembaga Peperiksaan bermula 1 Februari 2021 bagi orang ramai mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang. \nSistem ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai membuat tuntutan terhadap sijil peperiksaan mereka yang hilang tanpa perlu berkunjung ke ibu pejabat KPM di Putrajaya. \nMelalui sistem ini, orang ramai akan memperoleh semula sijil peperiksaan mereka melalui pos yang dihantar terus ke rumah mereka. \nSistem e-Lembaga Peperiksaan ini ternyata memudahkan orang ramai yang hanya perlu memohon secara atas talian.\nBaca juga: Dapatkan Info Maklumat Terkini APDM KPM 2021 Di Sini.\nSijil Peperiksaan Yang Boleh Dituntut\nTerdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dituntut melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan ini iaitu:\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM)Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Sijil Vokasional Malaysia (SVM)Mata Pelajaran Vokasional (MPV)Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)Malaysia Certificate of Education (MCE)Penilaian Menengah Rendah (PMR)Sijil Rendah Pelajaran (SRP)Lower Certificate of Education (LCE)\nBayaran Yang Dikenakan\nBayaran yang dikenakan untuk setiap tuntutan sijil peperiksaan yang hilang adalah RM30 tidak termasuk kos penghantaran.\nKos penghantaran yang dikenakan kepada pemohon adalah sebanyak RM10. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\n1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/.\n\n\n\n\n2. Klik bahagian \u2018Perkhidmatan\u2019 di sebelah kiri paparan.\n\n3. Klik bahagian \u2018Salinan Keputusan.\u2019\n\n4. Pilih salinan keputusan peperiksaan yang dikehendaki.\n\n5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Papar Borang Permohonan.\u2019\n\n6. Setelah maklumat pemohon di paparkan, pilih sama ada sijil peperiksaan tersebut ingin dihantar melalui pos atau mengambil di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia.\n\n7. Apabila selesai membuat pilihan, klik butang \u2018Mohon\u2019 untuk membuat permohonan.\n\nTempoh Pengeluaran Sijil Peperiksaan di Kaunter \nUntuk mereka yang ingin mengambil sijil peperiksaan di kaunter, tempoh pengeluaran adalah seperti berikut.\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994- 1 jam.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993-\u00a07 hari bekerja.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998-1 jam.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997- 7 hari bekerja.Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL)-\u00a07 hari bekerja.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai sistem e-Lembaga Peperiksaan ini, sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-permohonan-skim-halimatul-saadiah-bantuan-untuk-pengasuh-di-rumah/", "title": "Cara Permohonan Skim Halimatul Saadiah ~ Bantuan Untuk Pengasuh di Rumah", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk pengasuh di negeri Kelantan Skim Halimatul Saadiah untuk pengasuh di rumah dibuka untuk permohonan 2022\nSeramai 300 orang pengasuh telah mendapat manfaat dari penganjuran ini pada tahun 2015, 2016 dan 2019.\nTarikh tutup permohonan 18 Ogos 2022. Bantuan ini diuruskan oleh kerajaan Negeri Kelantan di bawah Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita\nCara Permohonan Skim Halimatul Saadiah,Borang permohonan dan maklumat berkaitan bantuan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 18 Ogos 2022\nKelebihan Skim Halimatul Saadiah\n\nSetiap ahli pengasuh yang layak menerima bantuan ini akan menerima kelebihan dan maafat seperti :\nKursus disediakan.Bantuan wang tunai secara \u201cOne Off\u201d sebanyak RM300.00.Group Whatsup bersama pengasuh di seluruh Negeri Kelantan\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nUntuk melayakan anda menerima bantuan ini, permohonan mestilah ;\nWarganegara Malaysia dan bermaustautin di Kelantan.Berumur 25 tahun ke atas.Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak dirumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira).Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun.Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah.\n\nCara Permohonan Skim Halimatul Saadiah\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0https://drive.google.com/file/d/1qOqvr7Bb3GKqkf4rn3Ke7emCKahniXdT/view?fbclid=IwAR30EpGt6wyjSzai36752GtRMebpq8gY8sUw2XOhcbRJ-s-u5Q-tAxAagC4.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui serahan tangan, pos, faks atau email ke alamat:Unit Pembangunan Keluarga,Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga danWanita Kerajaan Negeri Kelantan,Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu, Kelantan.No. Faks : 09-7481959Alamat email : [email\u00a0protected]\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSenarai dokumen berikut perlu disertakan bersama borang permohonan;\nBorang permohonan yang lengkap.1 keping gambar pemohon (saiz\u00a0[email\u00a0protected]).1 keping gambar tempat mengasuh berserta kanak-kanak yang dijaga.1 keping salinan kad pengenalan pemohon.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan mengenai Skim Halimatul Saadiah, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/ukekwa atau hubungi Unit Pembangunan Keluarga ditalian 013-9836915 atau 09-7476568.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/i-citra-kwsp/", "title": "i-Citra KWSP: Tarikh Permohonan & Pengeluaran Sehingga RM5,000", "body": ["\n\n", "\nDalam pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang untuk mengeluarkan sehingga RM5,000 menerusi akaun 1 mereka menerusi kemudahan i-Citra.\nPerdana Menteri juga memnaklumkan seramai 12.6 juta ahli KWSP di seluruh negara berpeluang mendapatkan kemudahan i-Citra dan jumlah pengeluaran tersebut tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.\nMatlamat pengeluaran i-Citra diperkenalkan kepada adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.\nImplikasi kewangan bagi pelaksanaan i-Citra KWSP ini sebanyak RM30 bilion dan memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli.\n\nTarikh Permohonan\nKemudahan i-Citra boleh dipohon\u00a0mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.\nSyarat Kelayakan\nBagi pencarum KWSP yang ingin memohon kemudahan i-Citra perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nAhli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya\u00a0RM150\u00a0dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.\nJumlah Layak Dikeluarkan\nJumlah amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah sehingga\u00a0 RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.\nIni bermaksud, amaun maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 sebulan atau ini tertakluk kepada jumlah baki simpanan.\nPengeluaran minimum pula adalah seabnyak RM50 dan ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.\nJumlah kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).\nCara Memohon\nBagi pencarum yang berminat untuk memohon kemudahan i-Citra, permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.\n\n\n\n\nNamun, portal ini hanya boleh diakses bermula\u00a015 Julai 2021.\nInfo mengenai langkah-langkah untuk memohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.\nProses Pembayaran\nProses pembayaran kemudakan i-Citra kepada pencarum yang layak akan dibuat bermula bulan Ogos 2021.\nSoalan Lazim\nMengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan? Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra? Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja? Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100? Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar? Boleh tetapi tertakluk kepada syarat kelayakan. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra? Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/teka-teki-lawak/", "title": "60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan", "body": ["\n\n", "\nSedang mencari teka-teki lawak untuk diberikan pada anak-anak? Sememangnya teka-teki adalah aktivit ringkas yang sesuai untuk dilakukan pada waktu lapang. Selain berhibur, ia juga boleh menguji minda dan memaksa kita untuk berfikir di luar kotak.\nPasti anda akan pecah perut dengan teka -teki yang bakal kami kongsikan. Jom kita tengok kompilasi teka-teki lawak beserta jawapannya!\nBaca Juga : Didi and Friends The Movie 2023 \u2013 Pelakon, Trailer\n\n60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan, Kelakar Sampai Pecah Perut!\n1. Macam mana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?\nJawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.\n2. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?\nJawapan: Telur\n3. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya di kepala, bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?\nJawapan: Kutu\n4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.\nJawapan: Kuih Donat\n5. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?\nJawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.\n6. Apa benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?\nJawapan: Seluar dalam\n7. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?\nJawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.\n8. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?\nJawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!\n9. Antara kereta dengan motor, yang mana lebih tua?\nJawapan : Motor sebab dia pakai tongkat.\n10. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang paling kejam?\nJawapan : Kuih Lompat Tikam\n11. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang tak ada mata, kepala, badan dan ekor?\nJawapan : Bebola ikan / fishcake\n12. Kenapa keyboard penat?\nJawapan : Sebab dia ada dua Shift.\n13. Negara apa yang ada 42 orang perempuan?\nJawapan : Portugal (Four-two girl)\n14. Ada benda yang bila kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama?\nJawapan : Tapak kaki\n15. Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia cakap apa?\nKetepilah (Caterpillar).\n16. Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang selalu perempuan hilangkan?\nJawapan : Pintu-dung\n17. Dalam banyak-banyak sate, sate apa yang paling panas?\nJawapan : Saterika\n18. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?\nJawapan: Bahrain \u2013 bah tu banjir, rain tu hujan.\n19. Binatang apa yang pandai berkarate?\nJawapan : Kuda belang/zebra sebab ada banyak black belt!\n20. Pintu apa yang 10 orang tolak pun tak boleh buka?\nJawapan : Pintu yang ada tulis \u2018TARIK\u2019.\n21. Ubat apa yang tak boleh dimakan?\nJawapan : Ubat nyamuk.\n22. Benda apa yang masa hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?\nJawapan : Lilin Hari Jadi\n23. Buah apa yang kalau kita nak makan, kita kena langkah dulu?\nJawapan : Buah dam.\n24. Nenek apa yang jalannya melompat-lompat?\nJawapan : Nenek katak\n25. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?\nJawapan : Bunga tayar.\n26. Binatang apa yang ada dua huruf saja?\nJawapan : Udang, U dan G.\n27. Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?\nDua-dua kalau dah kringg kita akan angkat.\n28. Apa benda yang masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang?\nJawapan : Mata kail\n29. Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?\nJawapan : Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.\n30. Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang takut dengan perempuan?\nJawapan : Eagle (eee\u2026girl!)\n\n\n\n\n31. Tempat ini beri makanan, minuman dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?\nJawapan: Penjara\n32. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang bila kita siram dia mat?\nJawapan : Bunga api\n33. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?\nJawapan : Taugeh\n34. Kenapa biri-biri jalan lambat?\nKalau jalan cepat, nama dia buru-buru!\n35. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?\nJawapan: Pengail yang dapat ikan.\n36. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?\nJawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.\n37. Sekolah apa yang tak ada guru dan murid?\nJawapan : Sekolah cuti\n38. Apa yang jauh di mata, dekat di hati?\nJawapan : Usus\n40. Apa benda yang bila masuk dia keras, bila keluar, dia lembik?\nJawapan : Stoking\n41. Pokok apa bila orang nampak, semua akan lari?\nJawapan : Pokok nak tumbang\n42. Bahagian kereta apa yang paling kurus?\nJawapan : Brek, sebab brek tak makan.\n43. Air mata apa yang manis rasanya?\nJawapan : Air mata kucing.\n44. Sotong kalau dibelah dua jadi apa?\nJawapan : Sotongah (setengah)\n45. Ada seekor lembu yang tengah mengamuk. Macam mana nak jadikan dia lembut?\nJawapan : Tambah T dekat belakang, jadilah LEMBUT!\n46. Ikan apa yang paling besar di dunia?\nJawapan : Ikan paus celup tepung.\n47. Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?\nJawapan : Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).\n48. Binatang apa yang sejak lahir dah tua?\nJawapan : Burung kakak tua\n49. Tempat apa yang paling kecil di Malaysia?\nJawapan : Setapak\n50. Anak apa yang tak disayangi dan selalu dipijak-pijak?\nJawapan : Anak tangga.\n51. Daun apa yang tak tumbuh di pokok?\nJawapan : Daun terup.\n52. Ikan apa yang bila kita panggil, dia berhenti?\nJawapan : Ikan paus (pause)\n53. Sebelum Gunung Everest dijumpai, gunung apakah yang paling tinggi di dunia?\nJawapan : Gunung Everest jugalah!\n54. Siapa mak ayah kepada Transformers?\nJawapan : Transparent\n55. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?\nJawapan : Hang Tuah\n56. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang orang tak panggil kereta?\nJawapan : Teksi\n57. Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang paling berat?\nJawapan : Mi wantan (one tan)\n58. Motor apa yang boleh bergerak tanpa tayar?\nJawapan : Motorbot\n59. Dalam banyak-banyak tayar, tayar apa yang ada rambut?\nJawapan : Tayar baru. Kalau tayar dah lama, dia botak!\n60. Bom apa yang boleh selamatkan orang dan tidak pernah meletup?\nJawapan: Bomba\n\nBila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati\n\nJawapan: Jantung\nWah, menarik betul teka-teki lawak ini! Jawapannya pula memang susah nak dijangka! Jom uji minda anak-anak dengan teka-teki yang kami kongsikan. Pasti lucu!\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/aplikasi-jejak-asnaf/", "title": "Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM", "body": ["\n\n", "\nAkibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, permohonan Bantuan Kecemasan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini hanya boleh dilakukan melalui aplikasi mobil Jejak Asnaf.\nPermohonan melalui aplikasi ini juga dilakukan disebabkan Bahagian Agihan Zakat MAIM tidak membuka kaunter bagi urusan bantuan kecemasan ketika dalam tempoh PKP 3.0 pada kali ini. \nOleh itu, bagi orang ramai yang ingin memohon Bantuan Kecemasan MAIM, mereka boleh memohon melalui aplikasi Jejak Asnaf tersebut. \nSelain itu, menerusi aplikasi ini juga orang ramai boleh melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kecemasan tersebut dan permohonan tersebut akan diproses oleh pihak MAIM bagi bantuan disalurkan dengan segera. \n\nKelebihan Aplikasi Jejak Asnaf\nTerdapat beberapa kelebihan yang boleh dilihat menerusi aplikasi Jejak Asnaf ini iaitu: \nSaluran untuk menyampaikan maklumat berkaitan individu yang memerlukan bantuan.Mengurangkan kes-kes tular yang berlaku melibatkan para asnaf.Sistem yang boleh digunakan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja.Dapat melaporkan kes-kes mengenai asnaf dengan cepat dan mudah.Dapat mengurangkan atau tiada lagi keciciran bantuan terhadap golongan yang memerlukan.\nCara Mendaftar\nUntuk membuat perdaftaran menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi di Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maim.asnaf.Buka aplikasi dan klik \u2018Daftar Pengguna.\u2019Buat semakan asnaf sama ada telah berdaftar dengan MAIM atau tidak.Jika belum berdaftar, sila isi maklumat asnaf tersebut.Setelah mendaftar, pengguna boleh menyemak status maklumat atau aduan yang telah dilakukan menerusi aplikasi ini.\nSoalan Lazim\nApakah tujuan aplikasi Jejak Asnaf ini diwujudkan? Aplikasi mobil Jejak Asnaf ini ditubuhkan adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat negeri Melaka untuk menyampaikan maklumat individu yang memerlukan bantuan kebajikan. Adakah aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store? Tidak. Setakat ini aplikasi ini hanya boleh dimuat turun melalui Google Play Store sahaja. Bilakah status semakan akan dikemaskini oleh pihak MAIM? Setelah menerima maklumat dan aduan, status semakan akan dikemaskini secepat mungkin. \nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapat maklumat lanjut, layari laman web rasmi MAIM iaitu https://maim.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/doa-dhuha-dan-panduan-solat-sunat-lengkap/", "title": "Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap", "body": ["\n\n", "\nDoa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap \u00a0\nSolat sunat Dhuha merupakan satu ibadah yang sangat digalakkan di kalangan umat Islam. \nIa juga sering dikenali sebagai salah satu amalan pembuka rezeki dan terkandung banyak fadhilatnya.\nKelebihan Solat Sunat Dhuha\nTerdapat pelbagai hadis yang menyatakan kelebihan solat sunat Dhuha untuk diamalkan oleh umat Islam setiap hari.\nAntara kelebihannya adalah :\ni. Merupakan wasiat oleh Nabi Muhammad SAW\nNabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:\n\u0623\u064e\u0648\u0652\u0635\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u0650\u064a \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0628\u0650\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064d: \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u0650 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0648\u062a\u0650\u0631\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627\u0645\u064e\nMaksudnya: \u201cKekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.\u201d\u00a0[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]\n\nii. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi\nSelain itu, dua rakaat solat Dhuha memiliki fadhilat pahala yang menyamai sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.\nHadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:\nDaripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u064a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0633\u064f\u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\u0649 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0641\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u062d\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064c \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0631\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0647\u0652\u064a\u064c \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u064a\u064f\u062c\u0652\u0632\u0650\u0626\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0643\u064e\u0639\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649\nMaksudnya: \u201cPada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.\u201d\u00a0[Riwayat Muslim (720)]\niii. Diberi Kecukupan\nDaripada Nu\u2019aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT:\n\u064a\u064e\u0627 \u0627\u0628\u0652\u0646\u064e \u0622\u062f\u064e\u0645\u064e\u060c \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0639\u0652\u062c\u0650\u0632\u0652\u0646\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u064e\u060c \u0623\u064e\u0643\u0652\u0641\u0650\u0643\u064e \u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.\u201d\u00a0\n[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu\u2019aib al-Arna\u2019outh menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]\nBerikut dikongsikan panduan lengkap bagi solat sunat Dhuha serta panduan doa Dhuha sebagai rujukan.\nBaca Juga : Cara Mandi Wajib : Rukun & Panduan Lengkap (JAKIM)\nWaktu Solat Dhuha\nWaktu solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan bermula pada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk/ sekitar jam 8.00 pagi) sehingga sebelum tergelincir matahari (sebelum masuk waktu Zohor).\n\nBilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha\nSolat sunat ini boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian empat, enam lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.\nMenurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,\u00a0bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani\u2019 bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u062a\u0652\u062d\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649 \u062b\u064e\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u064a\u064f\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nMaksudnya :\u00a0Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.\nRiwayat Abu Daud (1290)\nImam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.\n\n\u00a0Cara Solat Dhuha Serta Doa Dhuha\nBerikut merupakan panduan solat sunat Dhuha serta doa lengkap :\n1. Lafaz Niat\n\n\n\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u064a \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0646 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064a\u064e\nBacaan Rumi : Usollii sunnatadh-dhuhaa rak\u2019ataini lillaahi ta\u2019aalaa\nErtinya: \u201dSahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.\u201d\n2. Membaca Surah Al-Fatihah\nSetelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.\n3. Membaca Surah\nRingkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.\nNamun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:\n\nAyat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;\nAs-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;\nAl-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).\n\nKemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.\n4. Bacaan Semasa Sujud Akhir\nPada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:\n\nBacaan Rumi : Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala\nMaksudnya: Berikan kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah & murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.\nNota : Bacaan ini tidak wajib. Solat sunat tetap sah walaupun tidak tidak dibacakan zikir semasa sujud. \nSelepas melengkapkan solat mengikut bilangan rakaat yang diinginkan, ucapkan istighfar.\nDoa Dhuha\nSeterusnya, anda boleh bacakan doa Dhuha seperti yang sering dibacakan oleh Rasulullah SAW.\nMenurut hadis sahih dari \u2018Aisyah radhiyallahu \u2018anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\nBacaan Rumi : Allahummagh fir lii wa tub \u2018alayya, innaka antat tawwabur rahiim\nErtinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.\n(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)\nAnda juga boleh membacakan doa dhuha ini:\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0622\u0621\u064e \u0636\u064f\u062d\u064e\u0627\u0621\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064e \u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e.\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0622\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064f\u0639\u064e\u0633\u064e\u0651\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064e\u0633\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0637\u064e\u0647\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0631\u0650\u0651\u0628\u0652\u0647\u064f\u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651 \u0636\u064f\u062d\u064e\u0627\u0621\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\u0622\u062a\u0650\u0646\u0650\u0649\u0652 \u0645\u064e\u0622\u0627\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\nSemoga panduan solat sunat serta doa Dhuha ini dapat menjadi pembimbing serta pelindung daripada perkara-perkara yang dimungkari Allah SWT. \n\nErtinya :\nYa Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.\nAyuh kita beramal dan beristiqamah dalam melakukan solat sunat dan doa Dhuha dalam kehidupan seharian. \nTambahan pula, ia merupakan ibadah sunnah Rasulullah SAW.\nLuangkanlah sedikit masa walaupun sekadar dua rakaat. Semoga usaha kita untuk perbanyakkan ibadah sunat bakal mendapat ganjaran pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-zakat-uum-tahun-2022-untuk-pelajar-sarjana-muda-pascasiswazah/", "title": "Bantuan Zakat UUM Tahun 2022 Untuk Pelajar Sarjana Muda & Pascasiswazah", "body": ["\n\n", "\nBantuan Zakat UUM 2022 Untuk Pelajar Sarjana Muda & Pascasiswazah~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk bantuan Zakat (Universiti Utara Malaysia) UUM Tahun 2022 kini dibuka untuk siswa dan siswi UUM termasuk pascasiswazah.\nMemang tidak dinafikan beberapa tahun ini telah menduga segenap masyarakat dalam meneruskan kehidupan di tengah badai pandemik.\nDitambah pula dengan bencana banjir yang melanda pada Disember lepas, ia cukup memberi kesan kepada kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah para pelajar. \nKredit Foto : ummahtoday.com \nDalam usaha meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi oleh para pelajar UUM, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) sedang mengumpul maklumat pelajar bagi permohonan bantuan zakat atau asnaf UUM bagi sesi 1 tahun 2022.\nPelajar yang berkelayakan boleh mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UUM.\nKadar Bantuan Zakat UUM \nPemohon yang berkelayakan berpeluang untuk menerima bantuan seperti berikut :\nMinimum RM 300/seorang, maksimum RM 390/seorang.\nSyarat Kelayakan\nPermohonan terbuka kepada para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\n\n\n\n\nPelajar berdaftar dengan pihak Uum (Sarjana Muda dan Pascasiswazah)Warganegara dan Bukan WarganegaraPermohonan adalah SEKALI SAHAJA dalam tempoh SETAHUN/2 SemesterPendapatan keluarga kurang daripada RM 4,000Pelajar memegang status AKTIF ketika memohonPelajar termasuk dalam 8 golongan Asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Al-Riqab, Al-Qharimin, Fisabilillah, Ibnu Sabil)\nCara Memohon Bantuan Zakat UUM 2022\nPelajar UUM yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang melalui pautan berikut :\nBorang Permohonan Bantuan Zakat UUM 2022\nPelajar yang lulus permohonan akan menerima bantuan zakat melalui Akaun Pelajar atau KiplePay.\n\nTempoh Permohonan\nPermohonan bantuan zakat UUM dibuka sepanjang tempoh berikut iaitu :\n5 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022\nPara pelajar UUM perlulah lengkapkan permohonan bantuan sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 31 Januari 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284083 (En. Shahadat) atau 04-9284088 (En. Shahrul). Pelajar juga boleh hantarkan sebarang pertanyaan melalui e-mel ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sps-khidmat-skim-caruman-perkeso/", "title": "SPS Khidmat | Skim Caruman\u00a0 PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri", "body": ["\n\n", "\nSPS Khidmat | Skim Caruman\u00a0 PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri ~ Sekiranya anda bekerja sendiri, ini peluang anda untuk membuat caruman PERKESO. Sila baca dengan teliti maklumat dibawah.\u00a0\nSPS Khidmat\nSPS Khidmat, di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan\u00a0 oleh YB Menteri Kewangan\u00a0 dalam pembentangan Belanjawan 2022.\u00a0\nSPS Khidmat ialah bantuan penuh caruman di mana pihak Kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100%) di bawah Pelan Caruman dua (2) dan empat (4) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada OBS melalui kumpulan sasar yang ditetapkan.\n\nKumpulan sasar di bawah SPS Khidmat ini dikhususkan kepada empat (4) kategori seperti berikut:\ni. Anggota Pasukan Sukarelawan\na) Anggota Tentera Simpanan\nb) Anggota Polis Simpanan\nc) Anggota Pertahanan Awam Malaysia\nd) Anggota Maritim\nii. Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)\n\n\n\n\na) Guru Takmir, Noja, Siak, Imam, Bilal dan Merbut\niii. Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti\niv. Anggota Sektor Awam\na) Berstatus Contract For Service\nFaedah-Faedah Diterima Pencarum\nMelalui SPS Khidmat, mereka yang layak akan menerima faedah-faedah berikut:\nFaedah perubatanFaedah Hilang Upaya Sementara (HUS)Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)Faedah Orang Tanggungan (FOT)Lain-lain faedah\nSyarat Kelayakan\nBertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umurIndividu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkahBekerja sepenuh masa atau separuh masaOBS bekerja di Malaysia\nCara Membuat Permohonan\nBagi OBS yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:\nPermohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masingPermohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS ([email\u00a0protected]) untuk proses pendaftaranTempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO\nDokumen Diperlukan\nUntuk tujuan permohonan, pemohon juga dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut bagi memastikan permohonan anda akan diproses:\nSalinan kad pengenalan;Surat pelantikan / pengesahan kerja \u2013 untuk petugas khidmat komuniti / anggota sektor awam (contract for service) / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/rujuk:\nLaman Web: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/sps-khidmat.htmlLaman Web: https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sps-bajet-2022.htmlPegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian: 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/apdm/", "title": "APDM : Aplikasi Pangkalan Data Murid & E-Kehadiran (KPM)", "body": ["\n\n", "\nAPDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah satu Modul Pengurusan Murid yang digunakan oleh guru-guru serta pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua serta Guru Besar bagi mengemaskini e-kehadiran dan data-data berkaitan murid.\nSelain itu, ibu bapa serta penjaga juga perlu memanfaatkan aplikasi ini bagi mengemaskini beberapa maklumat mengenai anak masing-masing termasuklah :\n\nProfil anak jagaan\nAlamat anak jagaan\nMaklumat penjaga\nAsas kesihatan\nPerakuan maklumat\nCetak BMM\nCetak surat persetujuan kesihatan\n\nFungsi Sistem APDM KPM\nSistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini berfungsi sebagai pangkalan bagi mengisi serta menyimpan maklumat penting mengenai murid-murid di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).\nBerbanding sistem SAPS Ibu Bapa yang berfungsi untuk memaparkan keputusan peperiksaan pelajar, APDM pula mempunyai fungsi tersendiri untuk merekod kehadiran serta butiran pelajar secara terperinci.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cara penggunaan APDM.\n\nCara Login APDM\n\nLayari Aplikasi Pangkalan Data Murid di pautan https://apdm.moe.gov.my\nDi bahagian kiri laman utama, log masuk APDM dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.\n\nID Pengguna: Kod sekolah(Gunakan huruf besar yang tiada\u00a0spacebar. Contohnya, ABC1234)\nKata Laluan: ******(Kata laluan adalah\u00a0default password\u00a0yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)\n\nAdmin sekolah disarankan untuk menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali sebagai langkah keselamatan.\nSelepas menukar kata laluan, log masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna yang baru serta kata laluan yang telah ditetapkan. Tekan butang hantar.\n\nRujuk manual lengkap menerusi pautan berikut :\nMODUL PENGURUSAN MURID APDM \nMengisi dan Kemaskini Kehadiran Murid\nAntara fungsi utama APDM adalah untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.\nCatatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.\nSelain itu, e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.\nDi samping penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru juga boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan peranti android.\nPENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID APDM\n1. Log Masuk Bagi Pentadbir Sistem\n\n\n\n\n\n2. Log Masuk Bagi Guru Kelas\n\n\n\n\n\n3. Manual Pengguna Aplikasi Mudah Alih eKehadiran Murid\n\n\n\nNota :\ni) Waktu pengemaskinian kehadiran adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\nSesi pagi : Sebelum jam 10.00 pagi\nSesi petang : Sebelum jam 3.00 petang\n\nii) Para guru juga boleh memuat turun borang maklumat murid melalui sistem APDM secara mudah dan efisien.\nCara Mendaftar Maklumat Pelajar\nUntuk mendaftar maklumat murid menerusi APDM, sila ikuti panduan berikut :\n\nMurid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu \u2018Data Murid\u2019.\nSemak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.\nSekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik \u2018Daftar Murid\u201d dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.\nKlik \u2018Kemaskini Maklumat\u2019 apabila selesai mengemaskini maklumat.\n\nAntara maklumat yang perlu dilengkapkan adalah :\nMaklumat Murid\n\nNama penuh\nNombor MyKid\nWarganegara\nKaum\nAgama\nAlamat\nJenis bantuan yang diterima\n\nMaklumat Penjaga\n\nNama Penuh\nStatus\nNombor telefon untuk dihubungi\nPekerjaan\nPendapatan\n\nCara Kemaskini Maklumat Pelajar\nUntuk memadam atau membuang nama murid daripada sistem, guru kelas boleh lakukannya menerusi menu \u2018Data Murid\u2019.\n\nSemak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik \u2018Padam\u2019 di hujung nama murid tersebut.\nPilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.\nApabila selesai memilih sebab padam, klik \u2018Padam Murid\u2019 untuk memadam rekod tersebut.\n\nRujuk manual lengkap untuk panduan kemaskini maklumat di bawah:\ni) Kemaskini Maklumat Asas Murid\nINFORGRAFIK_KEMASKINI_APDMDownload\nii) Kemaskini Maklumat Bantuan Murid\nkemaskini_maklumat_bantuan_murid-1Download\nKemaskini Data Guru\nJika ingin mendaftar atau menukar guru kelas sedia ada, guru kelas boleh meminta bantuan daripada Admin APDM sekolah untuk menukar data guru menerusi menu \u2018Pendaftaran Kelas\u2019.\nCara Reset Kata Laluan Guru\nSekiranya guru terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk akses Aplikasi Pangkalan Data Murid, sila hubungi pihak admin sekolah untuk reset kata laluan.\nAdmin sekolah perlu menggunakan menu \u2018Pendaftaran Kelas\u2019 dan klik \u2018Reset Katalaluan\u2019 di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sedia ada kepada\u00a0default password\u00a0/ kata laluan sementara.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut tentang sistem ini, e-melkan kepada :\n\nBPSH 03-88849225\u00a0[email\u00a0protected]\nJOHOR 07-2371190\u00a0[email\u00a0protected]\nKEDAH 04-7745160\u00a0[email\u00a0protected]\nKELANTAN 09-7418112\u00a0[email\u00a0protected]\nMELAKA 06-2327201\u00a0[email\u00a0protected]\nNEGERI SEMBILAN 019-6233882\u00a0[email\u00a0protected]\nPAHANG 09-5715932\u00a0[email\u00a0protected]\nPERAK 05-55015143\u00a0[email\u00a0protected]\nPERLIS 04-9737723\u00a0[email\u00a0protected]\nPULAU PINANG 04-6521038\u00a0[email\u00a0protected]\nSABAH 088-537010\u00a0[email\u00a0protected]\nSARAWAK 082-473634\u00a0[email\u00a0protected]\nSELANGOR 03-55186231\u00a0[email\u00a0protected]\nTERENGGANU 09-6213310\u00a0[email\u00a0protected]\nWP KUALA LUMPUR 03-62046085\u00a0[email\u00a0protected]\nWP LABUAN 087-583351\u00a0[email\u00a0protected]\nWP PUTRAJAYA 03-88890000 ext. 0088\u00a0[email\u00a0protected]\n\n1.Surat Arahan Pengemaskinian APDM Sesi 2023/2024\u00a0baharu!2.Surat Arahan Pengisian Maklumat Pemulihan Khas Di APDM\u00a0baharu!a.\u00a0Manual Pengguna Modul Pemulihan Khas (Admin Sekolah/Guru Pemulihan/PPD/JPN)\u00a0baharu!3.Pengisian Data Pelaporan COVID-19 Bagi Sekolah/Institusi Pendidikan Bawah KPM\u00a0baharu!a.\u00a0Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pelaporan Data COVID-19 KPM\u00a0baharu!b.\u00a0Fitur Tambahan Aplikasi dan Pautan Panduan Aplikasi\u00a0baharu!4.Pengemaskinian Status Ibu/Bapa/Kedua-Dua Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia Disebabkan COVID-19\u00a0baharu!5.Surat Pindaan Makluman Pengisian dan Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi Murid\u00a0baharu!a.\u00a0Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi COVID-19\u00a0baharu!6.Pengemaskinian Maklumat Bantuan Peranti Komputer\u00a0baharu!7.Surat Pelaksanaan KWAPM -APB8.Surat Kemaskini Maklumat Penjaga Secara Atas Talian9.Pengemaskinian Data Persediaan Pembukaan Semula Sekolah (COVID-19)10.Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid11.Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Murid12.Proses Pengesahan Kelahiran JPN13.Manual Pengguna tagging murid DLP14.Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa DokumenGURU\u00a0|\u00a0\u00a0ADMIN15.MANUAL PENGGUNA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA\u00a0\u00a0baharu!16.MANUAL APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)\u00a017.MANUAL PENGGUNA SUB-MENU APDM\u00a018.INFOGRAFIK APDM\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/saguhati-umrah-jemaah-umrah-yang-terpaksa-dibatalkan/", "title": "Saguhati Umrah | Jemaah Umrah Yang Terpaksa Dibatalkan (RM1671/org)", "body": ["\n\n", "\nSaguhati Umrah | Kepada Jemaah Umrah Yang Terpaksa Dibatalkan (RM1671/seorang) ~ Sukacita dimaklumkan, menurut sebuah kenyataan media menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) berkenaan saguhati umrah akan dibayar pada 18 februari 2022.\u00a0\nSaguhati Umrah\u00a0\nSaguhati Umrah bernilai RM1671 seorang akan diikreditkan sebagai pembayaran saguhati dan tanda keprihatinan kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari yang lalu.\nPembayaran saguhati akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan. Senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH telah dikenal pasti.\nDaripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.\nPengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.\n\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat 18 Februari ini melalui akaun simpanan Tabung Haji.\nCara Permohonan & Semakan\nPara jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.\n\n\n\n\nBagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH.\nPara jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.\nNOTA: Oleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/universiti-terbaik-malaysia-2023/", "title": "Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023/2024", "body": ["\n\n", "\nSenarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023/2024 ~ Berikut dikongsikan senarai kedudukan universiti di Malaysia daripada Times Higher Education University Ranking 2023 & QS World University Ranking 2024.\nMenerusi edisi tahunan ke-19 oleh Times Higher Education World University Rankings, didapati universiti dari Amerika Syarikat menunjukkan pengurangan dalam 100 universiti terbaik dunia. Sementara itu, beberapa negara Asia dan Timur Tengah menunjukkan kemajuan yang ketara.\nTimes Higher Education (THE) telah menjadi penanda aras bagi mengenalpasti perubahan dalam inovasi global dan ekonomi pengetahuan semasa.\nMengambil kira 13 metrik prestasi yang berasing, THE World University Rankings merangkumi rangkaian penuh misi teras universiti penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan serta pandangan antarabangsa.\nEdisi 2023 diterbitkan berdasarkan analisis daripada lebih 15.5 juta penerbitan kajian, lebih 112 juta petikan dalam penerbita serta tinjauan daripada lebih 40,000 ahli akademik di seluruh dunia bagi menilai reputasi akademik setiap universiti.\nBeberapa faktor lain turut diambil kira seperti pendapatan institusi, demografi fakulti, pengambilan bakat pelajar antarabangsa serta kerjasama dalam penyelidikan.\nDalam ranking 2023, 10 tangga teratas didominasi oleh universiti terkemuka dari United Kingdom dan Amerika Syarikat iaitu :\n\nUniversity of Oxford (UK)\nHarvard University (UK)\nUniversity of Cambridge (UK)\nStanford University (US)\nMassachusetts Institute of Technology (US)\nCalifornia Institute of Technology (US)\nPrinceton University (US)\nUniversity of California, Berkeley (US)\nYale University (US)\nImperial College London (UK)\n\n\nDalam senarai tersebut, beberapa negara Asia menunjukkan peningkatan dalam kedudukan 100 teratas dunia. \nChina yang sebelum ini mempunyai 2 universiti dalam senarai 100 teratas telah meningkat kepada 7 manakala Hong Kong mempunyai 5 universiti, Korea Selatan 3 universiti serta Singapura dan Jepun masing-masing memiliki 3 kedudukan.\nBerikut dikongsikan senarai 10 universiti terbaik di Asia menurut Times Higher Education World University Rankings 2023.\n\nTshinghua University (China)\nPeking University (China)\nNational University of Singapore (Singapura)\nUniversity of Hong Kong (Hong Kong)\nNanyang Technological University, Singapore (Singapura)\nThe University of Tokyo (Jepun)\nChinese University of Hong Kong (Hong Kong)\nFudan University (China)\nShanghai Jiao Tong University (China)\nSeoul National University (Korea Selatan)\n\n\nSenarai Universiti Terbaik Malaysia 2023 (THE World University Rankings)\nBerikut pula dikongsikan 10 universiti terbaik di Malaysia mengikut carta THE Times Higher Education World University Rankings 2023:\n\nUniversiti Malaya UM (351-400)\nUniversiti Teknologi Petronas UTP (401-500)\nUniversiti Utara Malaysia UUM (401-500)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia UKM (601-800)\nUniversiti Putra Malaysia UPM (601-800)\nUniversiti Sains Malaysia USM (601-800)\nUniversiti Teknologi Malaysia UTM (601-800)\nUniversiti Malaysia Pahang UMP (801-1000)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (801-1000)\nSunway University (801-1000)\n\n\nSenarai Universiti Malaysia Terbaik (QS World University Ranking 2023)\nQS World University Rankings adalah penerbitan kedudukan tahunan universiti yang dijalankan oleh Quacquarelli Symonds (QS).\nSistem QS kini terdiri dari keseluruhan dan juga terdiri dari subjek peringkat global, bersama lima rantau bebas (Asia, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah, Wilayah Arab, dan BRICS).\nIni ialah satu-satunya kedudukan antarabangsa yang telah menerima persetujuan dari International Ranking Expert Group (IREG),dan dari jenis yang dipandang sebagai salah satu yang paling banyak dibaca, bersama dengan Academic Ranking of World Universities dan Times Higher Education World University Rankings.\n\n\n\n\nBerikut disertakan senarai universiti tempatan terbaik bagi tahun 2022/2023 : \n\nUniversiti Malaya (70)\nUniversiti Putra Malaysia (123)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (129)\nUniversiti Sains Malaysia (143)\nUniversiti Teknologi Malaysia (203)\nTaylor\u2019s University (284)\nUCSI University (284)\nUniversiti Teknologi Petronas (361)\nUniversiti Utara Malaysia (481)\nManagement and Science University (601-650)\n\n\nQS World University Ranking 2024 \nPada 27 Jun 2023, QS World University Ranking 2024 telah dikongsikan untuk ribuan universiti serata dunia termasuk Malaysia.\nDalam senarai tersebut, 10 universiti terbaik dunia terkini ialah :\n\nMassachusetts Institute of Technology (MIT)\u00a0\nUniversity of Cambridge\u00a0\nUniversity of Oxford\u00a0\nHarvard University\u00a0\nStanford University\u00a0\nImperial College London\u00a0\nETH Zurich \u2013 Swiss Federal Institute of Technology\u00a0\nNational University of Singapore (NUS)\u00a0\nUniversity College London (UCL)\u00a0\nUniversity of California, Berkeley (UCB)\u00a0\n\nKebanyakan universiti yang disenaraikan ini menerima markah 100 bagi \u2018Reputasi Akademik\u2019, \u2018Reputasi Majikan\u2019 dan \u2018Nisbah Fakulti / Pelajar\u2019.\nSeperti yang tersenarai, Universiti Nasional Singapura (NUS) didapati sebagai satu-satunya universiti daripada Asia yang mengungguli carta 10 teratas.\nBaca Juga : Permohonan USAS Online 2023 Universiti Sultan Azlan Shah\nSenarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2024 (QS World University Ranking)\nSecara umumnya, senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut ranking terkini 2023/2024 daripada QS World University Rankings adalah :\n\nUniversiti Malaya (65)\nUniversiti Sains Malaysia (137)\nUniversiti Putra Malaysia (158)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (159)\nUniversiti Teknologi Malaysia (188)\nTaylor\u2019s University (284)\nUCSI University (300)\nUniversiti Teknologi Petronas (307)\nUniversiti Utara Malaysia (538)\nUniversiti Teknologi MARA (555)\n\n\nBerdasarkan infografik yang dikongsikan, didapati Universiti Malaya mencatatakan peningkatan 5 anak tangga ke kedudukan 64 bagi tahun 2024.\nSementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6 anak tangga dan mengungguli ke-137 terbaik dunia bagi tahun 2024.\nUniversiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya.\nTaylor\u2019s University yang menduduki tangga ke-284 dalam carta berada dalam kedudukan ke-6 bagi senarai universiti terbaik di Malaysia. Mengungguli kedudukan yang sama seperti tahun lepas, ini sekaligus menjadikan Taylor\u2019s University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia bagi tahun 2024.\nSumber : Laman web rasmi QS\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mystep-2023/", "title": "Permohonan Online MySTEP 2023 & Jawatan Kosong Terkini", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Permohonan MySTEP 2023, menerusi Bajet 2023, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), MySTEP kini menawarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 peluang pekerjaan dalam Sektor Awam dan 35,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan strategik. Di samping itu, dalam usaha untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas OKU sebanyak 1 peratus bagi pengambilan MySTEP 2023 terus dikekalkan.Melalui kerjasama erat daripada setiap Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Kerajaan percaya bahawa sasaran sebanyak 80,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia akan berjaya dicapai.\nPermohonan MySTEP 2023 \n\nBagi tahun 2023,Inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).\n\nDi samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik\n\n\nTerdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:\n\nPenempatan di Sektor Awam\nPenempatan di GLC dan rakan strategik\n\nPenempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.\n\nPersonel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam\n\n\nBagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.\n\nTempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP\n\nMinimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan\nTempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023\n\nBaca juga : Permohonan BKP Negeri Sembilan : Bantuan Hilang Pekerjaan RM300\nGaji MySTEP 2023\nKadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.\n\n\n\n\nJenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC / GLIC / rakan strategikSaranan Kadar Minimum*(RM)Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500\nKemudahan Yang Diberi\n\n\nKelayakan Permohonan\n\nWarganegara Malaysia\n18 tahun keatas\nLepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas\nBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing\n\nPermohonan My STEP Online\n\nTempoh permohonan: 1 Januari 2023 \u2013 31 Disember 2023\nDokumen yang diperlukan:\n\nCV atau Resume\nSijil Digital Vaksinasi COVID-19\n\n\nPermohonan MySTEP adalah melalui\u00a0Portal Rasmi MySTEP\n\nSemakan MySTEP 2023\nUntuk semakan keputusan permohonan, anda akan di hubungi melalui e-mel sekiranya anda layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan Permohonan MySTEP 2023, anda boleh layari https://mystep.mof.gov.my/ atau hubungi ;\n\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nTelefon :\u00a003-8882 4666\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nApa Itu MySTEP 2023 Malaysia Short-Term Employment Programme\u00a0(MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP a.Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; danb.Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam) \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-go-digital-hijrah-selangor/", "title": "Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan RM50,0000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Pembiayaan Skim Go Digital Hijrah Selangor bagi tahun 2022 telah di tingkatkan dari RM5000 pada tahun 2021 kepada RM50,000. Tawaran Pembiayan Go Digital Yayasan Hijrah Selangor adalah terbuka kepada semua kaum\nPara peniaga dan usahawan negeri Selangor yang layak, adalah di pelawa untuk memohon pembiayaan ini.\nDengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian.\nHijrah Selangor telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.\nBaca juga : Bantuan Zakat Selangor Peduli\nSkim Go Digital Hijrah Selangor\nSkim Pembiayaan Go Digital, diwujudkan untuk membantu para peniaga mentransformasikan kaedah perniagaan kearah digitalisasi melalui platform terkini dan moden.\n\nJumlah pembiayaan\nPembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan Go Digital untuk membantu peniaga mentranformasikan perniagaan sedia ada mereka kearah digital.\nSyarat pembiayaan\n\nHad pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)Caj perkhidmatan sehingga 8% setahunBayaran balik secara mingguan\nSyarat dan kelayakan\n\n\nWarganegara malaysiaRakyat selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahunMengundi di selangorBerumur di antara 18 tahun \u2013 65 tahunPerniagaan sudah beroperasiMempunyai lesen/permit perniagaan yang sahLayak menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam hijrah\nDokumen diperlukan\n\nSalinan kad pengenalan pemohon2 keping gambar berukuran passport pemohonSalinan lesen/permit perniagaan (ssm/lesen pbt) pemohonSalinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)Salinan bil utility tempat tinggal\nSemua dokumen ini hendaklah dalam format pdf. Dan perlu dimuat naik semasa mengisi borang permohonan secara online\nPeneraju Hijrah Selangor\nIanya sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. \nDibawah Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang\u00a0mudah, cepat dan tidak membebankan.\nIanya khusus membantu\u00a0kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.\nProgram ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.\nCara memohon\nUntuk memohon skim Go Digital Hijrah Selangor. Permohonan boleh di buat secara online dengan melayari pautan berikut :\nhttp://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\n\n\n\n\nHubungi\nUntuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;\nTerdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\nTel :03-5519 1692\nWebsite : http://www.hijrahselangor.com/\nFacebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n \n\n \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kemaskini-nombor-telefon-kwsp/", "title": "Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima Kod OTP", "body": ["\n\n", "\nSudahkah anda kemaskini nombor telefon KWSP anda bagi proses OTP/TAC? Ramai ahli kwsp yang menghadapai masalah tidak dapat mengisi permohonan pengeluaran khas kwsp disebabkan masalah ini.\nUntuk makluman anda, untuk mengisi borang permohonan pengeluaran khas kwsp. Nombor telefon yang anda pernah daftarkan sebelum ini perlulah aktif.\nNombor OTP akan dihantar melalui nombor telefon yang anda daftarkan. Kegagalan memasukan nombor OTP, akan menyebabkan anda tidak dapat meneruskan permohonan.\nSekiranya no telefon yang anda telah anda telah daftarkan sebelum ini hilang, anda juga perlu kemaskini nombor telefon anda\nMasalah Kemaskini Nombor Telefon KWSP\n\nUntuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah mengisi borang online di portal pengeluaran khas kwsp kerana telah tukar nombor telefon, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.\nMenurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:\nJawab soalan keselamatanMengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP\nLangkah Kemaskini Nombor Telefon \nUntuk daftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP, anda perlu hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.\nUntuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut:\u00a0https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.\nAnda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP berhampiran anda\n\n\n\n\nTempoh Kemaskini\nNombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.\nPermohonan\u00a0Pengeluaran Khas KWSP\u00a0hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.\nPastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang kita setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini. Sekiranya anda terlupa, anda perlu hadir ke kaunter KWSP untuk membuat kemaskini\nApabila anda telah jawab semua betul soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.\nSemasa permohonan, anda boleh kemaskini maklumat nombor telefon baru.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan Pengeluaran Khas kerana telah bertukar nombor telefon.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan kemaskini nombor telefon kwsp dan masalah-masalah berkaitan pengeluaran khas kwsp, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web\u00a0https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/KWSP\u00a0www.kwsp.gov.myHotline : 03-8922 4848Facebook KWSP:\u00a0https://www.facebook.com/KWSPMalaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/residensi-wilayah-keluarga-malaysia/", "title": "Permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n", "\nBerita baik permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia 2022 dibuka untuk mereka yang dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.\nResidensi Wilayah Keluarga Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.\nApakah itu RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA?\nIa merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.\nPerumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.\nPada masa kini, harga rumah yang tinggi menyebabkan warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Maka program RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa lagi berkualiti serta mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.\nResidensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit dengan tagline \u201cResidensi Wilayah Residensiku\u201d. Penetapan sasaran baru Residensi Wilayah bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 \u2013 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.\nBaca juga : Permohonan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Bulanan MAIWP\nCiri-Ciri Rumah Residensi Wilayah\nMerupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja\nMenawarkan rumah yang mempunyai ;\nTiga (3) bilik tidur, Dua (2) bilik air, Dapur, Ruang tamu, Ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.\nSyarat dan Kelayakan\n\nPemohon mestilah\u00a0Warganegara Malaysia\u00a0berumur sekurang-kurangnya\u00a021 tahun\u00a0ketika permohonan dibuat;Pendapatan kasar isi rumah\u00a0bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah\u00a0tidak lebih daripada RM10,000 sebulan\u00a0manakala berkeluarga (suami dan isteri)\u00a0tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan;Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan\u00a0di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;Pemohon hendaklah\u00a0berdaftar di Portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel\nPanduan Permohonan\nPemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:\n\nUntuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal https://residensiwilayah.kwp.gov.my/login.Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.\nTempoh Sah Laku\nTempoh sah laku permohonan adalah 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik\n\n\n\n\nSemakan Status Permohonan\nPemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA. Keputusan permohonan juga akan di emel ke alamat emel pemohon bagi status Berjaya/Tidak Berjaya/Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia.\nSoalan Lazim\nSekiranya anda mempunyai keraguan dan pertanyaan anda juga boleh semak soalan lazim \nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan atau permasalah berkaitan, anda boleh hubungi melalaui ;\nUrus Setia RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIAUnit Residensi Wilayah,Bahagian Sosio Ekonomi,Aras 5, Blok 2,Menara Seri Wilayah,Presint 2,Kementerian Wilayah Persekutuan,62100 Putrajaya.\nWaktu Urusan : Isnin \u2013 Jumaat ( 9.30 pagi \u2013 4.30 petang )Waktu Rehat : Isnin \u2013 Khamis ( 1.00 petang \u2013 2.00 petang )Jumaat ( 12.00 tengahari \u2013 3.00 petang)Sabtu dan Ahad (Tutup)\nUrus Setia RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA DBKLAras 25, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur\nWaktu Urusan : Isnin \u2013 Jumaat ( 9.30 pagi \u2013 4.30 petang )Waktu Rehat : Isnin \u2013 Khamis ( 1.00 petang \u2013 2.00 petang )Jumaat ( 12.00 tengahari \u2013 3.00 petang)Sabtu dan Ahad (Tutup)\nFaks:\u00a003-8889 7640Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\nWebsite : https://residensiwilayah.kwp.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ebelia-rahmah-setel/", "title": "eBelia Rahmah Setel : Syarat, Cara Daftar & Kelebihan", "body": ["\n\n", "\neBelia Rahmah Setel : Syarat, Cara Daftar & Kelebihan\nProgram eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.\nProgram ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.\nProgram ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.\nPada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, atau mata ganjaran (rewards points).\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai insentif eBelia Rahmah Setel. \nBaca Juga : \n\neBeliaRahmah Boost : Syarat Kelayakan & Cara Tebus \neBeliaRahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus\n\nKelebihan Penebusan eBeliaRahmah Dengan Setel\nPenghuna yang menebus eBeliaRahmah melalui Setel juga berpeluang untuk nikmati kelebihan menarik seperti berikut : \n\nPeluang memenangi tiket konsert di Singapura pada 24 Jan 2024.\nPulangan tunai Setel sehingga RM 105\nTambahan e-baucar rakan niaga bernilai sehingga RM 800. \n\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan eBelia Rahmah Setel\nSyarat-syarat kelayakan bagi pemohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia DAN berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU Warganegara Malaysia tanpa mengira had umur yang merupakan pelajar sepenuh masa sebelum 30 April 2023*\n*Pelajar tersebut mestilah sedang melanjutkan pelajaran di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (\u201cIPT\u201d) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:\n\n\nKementerian Pendidikan Tinggi\nKementerian Pendidikan\nKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan\nKementerian Pertahanan\nKementerian Kemajuan Desa dan Wilayah\nKementerian Belia dan Sukan\nKementerian Sumber Manusia\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\nKementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya\n\n3. Memiliki akaun Setel yang sudah disahkan. \n\nNota \n\nJika anda memenuhi semua syarat di atas tetapi masih gagal dalam tuntutan anda, sila semak perkara ini dengan institusi pengajian tinggi anda (IPT), supaya mereka dapat membawa perkara ini kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan mengikutsertakan anda dalam inisiatif ini.\nPermohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023. Pemohon tidak lagi dapat membuat tuntutan melalui Aplikasi Setel selepas pukul 11.59 malam, 22 Ogos 2023.\nSetelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.\n\nCara Sahkan Akaun Setel\nLangkah-langkah untuk sahkan akaun setel adalah seperti berikut : \nPergi ke \u2018Lagi\u2019 dan klik \u2018Naik Taraf\u2019 akaun anda. \nSediakan dokumen pengenalan diri (ID) dan ambil swafoto dengan jelas. \nSelesai! Anda akan diberikan notifikasi apabila anda berjaya menaik taraf akaun. \n\nCara Daftar eBelia Rahmah Setel\nBerikut dikongsikan cara daftar / tuntut kredit eBelia Rahmah Setel :\n\n\n\n\n\nMuat turun Aplikasi Setel dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.\nJika anda adalah pengguna baru Aplikasi Setel, daftar sebagai pengguna baru.\nKlik ikon eBeliaRahmah pada Aplikasi Setel dan klik Tuntut sekarang. Anda perlu mengesahkan akaun Setel anda dahulu sebelum anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya.\nIsikan maklumat yang diperlukan melalui aplikasi di halaman permohonan eBeliaRahmah dan klik Hantar.\nAnda akan dimaklumkan jika tuntutan anda berjaya. Penerima yang layak hanya boleh membuat sekali tuntutan kredit eBeliaRahmah.\n\nCara Gunakan Kredit eBeliaRahmah Setel\nBerikut merupakan kaedah menggunakan kredit eBeliaRahmah anda semasa membayar dengan Setel:\n\nPertama, pastikan Aplikasi Setel anda telah dikemas kini ke sekurang-kurangnya versi 1.125.0 atau seterusnya.\nSentuh pilihan pembayaran di ruang atas kanan skrin.\nPilih Dompet eBeliaRahmah sebagai cara pembayaran anda.\n\n\n\nSoalan Lazim eBeliaRahmah Setel\nSaya menerima makluman bahawa tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya tetapi mengapa saya tidak menjumpai kredit tersebut di dalam Dompet Setel saya? Jangan risau, kredit anda selamat. Ia cuma disimpan di dalam Dompet eBeliaRahmah tersendiri. Bolehkah saya mengeluarkan kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai? Tidak, kerana program eBeliaRahmah adalah inisiatif untuk menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan kredit eBeliaRahmah dengan Aplikasi Setel di mana-mana kedai biasa. Bagaimana untuk mengetahui jika tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya? Kelulusan akan mengambil masa sehingga 3 hari. Bagaimana untuk mengetahui jika tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya? Kelulusan akan mengambil masa sehingga 3 hari. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak? Jika anda telah menghantar tuntutan melalui Setel dan tuntutan anda berjaya, anda akan menerima pemberitahuan di peti masuk aplikasi Setel. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan menyentuh ikon \u201ceBeliaRahmah\u201d di aplikasi Setel. Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut? Kredit dompet RM200 eBeliaRahmah boleh digunakan untuk perkara berikut:\u2013 Mengisi petrol di stesen PETRONAS;\u2013 Membeli di Cafe Mesra;\u2013 Membeli di Kedai Mesra;\u2013 Penghantaran dari Kedai Mesra dan restoran perkhidmatan pantas melalui Deliver2Me;\u2013 Membayar dengan kod QR di kedai-kedai yang menerima Setel;\u2013 Membayar dengan kod QR DuitNow di kedai.Semua insentif yang diterima adalah terhad daripada digunakan untuk melakukan transaksi seperti pemindahan antara rakan, pengeluaran tunai terus daripada akaun e-dompet pengguna, pembayaran bil utiliti melalui aplikasi, pembayaran yuran/caj kerajaan melalui aplikasi, pembayaran bil pascabayar telekomunikasi melalui aplikasi, pembelian servis prabayar melalui aplikasi, pembelian permainan dalam aplikasi, bayaran parkir dan/atau tol, aktiviti berkaitan pelaburan dalam aplikasi e-dompet dan transaksi yang dijalankan melalui laman web, aplikasi, gedung dalam talian atau platform berdaftar dalam atau luar negara. Semua insentif yang diterima tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti haram. Apakah yang boleh saya beli menggunakan pulangan tunai RM105 dompet Setel saya? Anda boleh menggunakan pulangan tunai RM105 Setel di semua pusat dalam dan luar talian yang menerima Dompet Setel. Bagaimana dapatkan pulangan tunai RM105 dengan membayar daripada Setel? Jika tuntutan anda untuk eBeliaRahmah berjaya:Anda boleh menerima RM10 apabila mendaftar untuk Aplikasi Setel dari 26 Jun 2023 hingga 22 Ogos 2023 tanpa menggunakan apa-apa kod promosi.Anda boleh menerima pulangan tunai RM5 dengan bayaran kumulatif RM100 bagi bahan api di Stesen PETRONAS melalui Aplikasi Setel, sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM25)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda.Anda boleh menerima RM1 dengan bayaran kumulatif RM10 di Cafe Mesra, sehingga 10 kali (pulangan tunai maksima RM10)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda.Anda boleh menerima RM10 dengan bayaran kumulatif RM200 dalam talian di PETRONAS Shop, sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM50)* sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM50)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet Keluarga, atau CardTerus sahaja.Nota: Kredit Dompet eBeliaRahmah tidak boleh digunakan untuk belanja dalam talian di PETRONAS Shop.Anda boleh menerima RM1 dengan bayaran kumulatif RM50 menggunakan Setel QR dan DuitNow QR melalui Aplikasi Setel, sehingga 10 kali (pulangan tunai maksima RM10) dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda sahaja.*Transaksi hanya layak mendapat pulangan tunai jika dibuat antara pukul 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 hingga pukul 11.59 malam pada 31 Ogos 2023. Jika bayaran kumulatif anda melebihi had minima untuk mencapai sasaran pulangan tunai, jumlah lebihan tersebut tidak akan dikira sebagai sebahagian daripada bayaran kumulatif bagi pulangan tunai kedua atau seterusnya.Sila rujuk contoh yang berikut:Alim membayar RM20 dan RM90 untuk dua transaksi petrol pertamanya di Stesen PETRONAS melalui Setel. Maka dia mendapat pulangan tunai RM5 yang pertama kerana telah mencapai had minima RM100 untuk petrol bagi sasaran pulangan tunai pertama.Jumlah tambahan RM10 daripada transaksi bahan api sebelumnya tidak akan dikira sebagai sebahagian daripada bayaran kumulatif untuk pulangan tunai seterusnya. Sebaliknya, jumlah tersebut akan diset semula dan dia perlu membelanjakan jumlah kumulatif RM100 lagi untuk menerima pulangan tunai seterusnya. Apakah manfaat lain apabila menuntut insentif eBeliaRahmah melalui Aplikasi Setel? Jika anda penerima yang layak bagi insentif eBeliaRahmah dan telah membelanjakan nilai minimum RM5 menggunakan Dompet Setel atau Dompet eBeliaRahmah dan memenuhi kriteria lain yang ditetapkan oleh Setel, anda akan menerima baucar eksklusif rakan Setel sehingga RM800 di Aplikasi Setel dan ia boleh ditebus daripada rakan-rakan perniagaan kami.Baucar-baucar tersebut diberikan secara rawak (berdasarkan jenama yang ditawarkan) dan berdasarkan sistem siapa cepat dia dapat, selagi baucar masih ada.Setelah baucar diberikan kepada anda, anda akan menerima makluman di peti masuk Aplikasi Setel. Baucar yang diterima boleh ditemui di Aplikasi Setel dengan menekan butang \u201cGanjaran\u201d dan seterusnya \u201cBaucar Saya\u201d.Baucar dari Setel tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan kepada pemilik e-Dompet Setel yang sah mengikut permohonan yang dihantar semasa proses pengesahan.Setel berhak untuk mengubah dan meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.Jika anda layak menerima insentif eBeliaRahmah dan telah membelanjakan sebarang jumlah untuk Petrol, Kedai Mesra atau Kafe Mesra menggunakan Dompet eBeliaRahmah dalam Aplikasi Setel antara jam 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam pada 31 Ogos 2023 (\u201cTempoh Pertandingan\u201d), secara automatik setiap transaksi anda akan dikira sebagai 1 penyertaan bagi menyertai Pertandingan untuk memenangi dua tiket ke konsert kumpulan muzik terkenal luar negara. Dengan menyertai Pertandingan ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:\u2013 Pertandingan ini bermula dari jam 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 dan berakhir selepas 11.59 malam pada 31 Ogos 2023 (\u201cTempoh Pertandingan\u201d).\u2013 Sebarang penyertaan yang diterima bukan semasa Tempoh Pertandingan akan terbatal secara automatik. Setel tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah alamat.\u2013 Tiada had jumlah penyertaan bagi setiap individu.\u2013 Setel hanya akan memilih dua (2) pemenang secara rawak melalui cabutan hadiah menjelang 30 September, 11:59 malam.Anda tidak layak dan dikecualikan daripada menyertai Pertandingan ini jika anda: (a) seorang pekerja di Setel Ventures Sdn. Bhd., syarikat induk, sekutu, anak syarikat dan syarikat yang berkaitan (secara kolektif, \u201cSyarikat Berkaitan\u201d); (b) ahli keluarga terdekat (suami isteri, ibu bapa, adik-beradik, anak-anak dan suami atau isteri masing-masing dan ahli isi rumah) bagi setiap individu dalam (a).Hadiah diberikan dalam keadaan \u201cseadanya\u201d dan tidak boleh dipindah milik, ditukarkan, dikembalikan atau ditukar ganti. Setel berhak untuk tidak memberikan sebarang hadiah atau sebahagian daripadanya kepada sesiapa yang, atas apa jua sebab, gagal memenuhi sebarang keperluan yang ditetapkan untuk menuntut hadiah.Pemenang akan diumumkan oleh Setel melalui e-mel atau makluman di peti masuk Aplikasi Setel pemenang atau melalui media sosial (\u201cPengumuman Kemenangan\u201d). Pemenang perlu memberikan maklum balas kepada Pengumuman Kemenangan dalam tempoh 24 jam untuk mengesahkan penerimaan hadiah. Kegagalan memberikan respons dalam tempoh 24 jam selepas dihubungi Setel mungkin mengakibatkan kehilangan hadiah. Dalam situasi ini, pemenang lain akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah.Setel akan mengatur pemberian hadiah secara langsung dengan pemenang.Hadiah tidak merangkumi kos perjalanan seperti, tetapi tidak terhad kepada, kos petrol, tiket penerbangan atau penginapan.Setel tidak bertanggungjawab bagi sebarang pembatalan atau perubahan kepada sebarang elemen tempahan hadiah yang berada di luar kawalan kami. Setel tidak akan bertanggungjawab bagi ketidakupayaan pemenang Hadiah atau tetamu mereka untuk menerima hadiah.Pertandingan kami tidak ditaja, disokong, atau diuruskan oleh, atau berkaitan dengan, penganjur konsert atau kumpulan muzik tersebut.Setel berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Mengapakah permohonan saya gagal dihantar? Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan tuntutan eBeliaRahmah anda.Jika anda telah menghantar tuntutan melalui Aplikasi Setel, anda boleh terus menghubungi Setel untuk pengesahan lanjut melalui borang emel kami.Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan seperti salinan kad pengenalan untuk verifikasi. Adakah terdapat kaedah bagi pertikaian jika tuntutan saya gagal diterima? Ya, jika anda telah mengemukakan tuntutan melebihi 3 hari yang lalu dan status tuntutan anda masih belum dikemaskini atau jika terdapat masalah yang belum selesai, sila hubungi Setel untuk sebarang pengesahan lanjut melalui borang emel kami.Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri yang tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian. Adakah saya akan diberitahu jika tuntutan tidak berjaya? Jika anda telah menghantar tuntutan anda melalui Aplikasi Setel dan tuntutan anda gagal, anda akan menerima pemberitahuan di peti masuk Aplikasi Setel.Bilakah kredit RM200 eBeliaRahmah akan dimasukkan ke dalam dompet eBeliaRahmah di Aplikasi Setel saya?Jika anda memenuhi kriteria kelayakan dan berjaya mengemaskini akaun Setel anda, anda akan menerima kredit sebanyak sekali pemberian RM200 ke dalam Dompet eBelia Rahmah anda yang akan diberikan dalam masa 1 hari dari tarikh kelulusan tuntutan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai eBelia Rahmah Setel, sila layari laman web rasmi Setel di https://www.setel.com/ebelia-rahmah dan laman Facebook rasmi Setel. \nAnda juga boleh ajukan pertanyaan mengenai insentif daripada Setel ini https://help.setel.com/email-us. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sukan-sea-2023/", "title": "Sukan SEA 2023 \u2013 Siaran Langsung & Kedudukan Pingat", "body": ["\n\n", "\nSiaran Langsung Sukan SEA 2023 Kemboja & Kedudukan Pingat Terkini Malaysia\nSukan Asia Tenggara (SEA Games) ialah acara pelbagai sukan dwitahunan yang melibatkan atlet dari negara-negara di Asia Tenggara. Permainan ini menampilkan pelbagai jenis sukan, termasuk olahraga, renang, berbasikal, bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi. Sukan SEA 2023 akan menjadi edisi ke-32 acara itu dan akan dihoskan oleh Kemboja. Ia dijangka menampilkan ribuan atlet dari seluruh Asia Tenggara, bersaing dalam pelbagai sukan dan disiplin. Sukan itu juga akan memberi peluang kepada atlet untuk mempamerkan bakat mereka dan mewakili negara mereka di pentas antarabangsa\nTuan Rumah Sukan SEA 2023\nKemboja merupakan tuan rumah bagi Sukan SEA edisi ke-32 bagi tahun 2023. Temasya sukan ini akan berlangsung bermula pada tarikh 5 Mei hingga 17 Mei 2023.\nSlogan bagi sukan SEA Edisi Ke-32 adalah Sport \u2013 Live in Peace yang diilhamkan oleh rakyat kemboja yang menikmati keamaan dan kestabilan kerajaan kini. Sukan juga merupakan pemangkin kepada tranformasi sosioekonomi kerjaan\nSebanyak 11 negara menyertai keojahan ini yang terdiri daripada negara ;\n\nBrunei\nKemboja\nIndonesia\nLaos\nMalaysia\nMyanmar\nFilipina\nSingapura\nThailand\nTimor-Leste\nVietnam\n\nMaksud Logo Sukan SEA 2023\n\nLogo Sukan SEA Kemboja 2023 mendapat inspirasi daripada sejarah dan warisan Kerajaan yang luar biasa-Angkor Wat. Tapak Warisan Dunia UNESCO bukan sahaja menjadi simbol dan identiti bagi negara Kemboja tetapi juga merupakan kebanggaan dan kegembiraan rakyat Kemboja. Warna emas dipilih sebagai warna utama logo untuk melambangkan kerajaan dan kemajuan berterusan dalam kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan.\nNaga(naga) berada dalam logo kerana ia adalah pelindung dan memberikan kestabilan bagi Kerajaan Kemboja. Empat naga berwarna hijau, merah, merah, biru dan kuning, yang disatukan sebagai satu, menandakan perpaduan dan kepelbagaian dalam masyarakat Asia Tenggara. Empat warna tersebut mewakili kepelbagaian Komuniti Asia Tenggara yang bersatu sebagai satu melalui empat naga.\nSenarai Sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2023 Kemboja\nTemasya sukan sea edisi 2023 kemboja menawarkan sebanyak 30 acara di pertandingkan iaitu ;\n\nAkuatik (Renang, Menyelam, Renang Artistik, Polo Air)\nMemanah\nOlahraga\nBadminton\nBola keranjang\nBiliard dan Snuker\nTinju\nBerkanu\nBerbasikal (Jalan Raya, Trek, Basikal Gunung, BMX)\npenunggang kuda\nPagar\nbola sepak\nGolf\nGimnastik (Artistik, Berirama, Aerobik)\nbola baling\nhoki\nJudo\nKarate\nKickboxing\nMuaythai\nPencak Silat\nMendayung\nRagbi\nbelayar\nSepak Takraw\nMenembak\nSoftball\nSkuasy\nPingpong\nTaekwondo\nTenis\nLumba Perahu Tradisional\nTriatlon\nBola Tampar (Dalam Ruangan, Pantai)\nAngkat berat\nGusti.\n\nSasaran Pinggat Kontinjen Malaysia\n\nKontinjen Malaysia mengumumkan sasaran pingat ke di Kemboja iaitu 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa. Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh selepas Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengendalikan sesi libat urus bersama semua persatuan sukan kebangsaan yang bertanding dalam temasya dwitahunan edisi ke-32.\nMalaysia akan terlibat dalam 33 jenis sukan yang dipertandingkan dan menyertai 340 acara. Jumlah atlit dan pegawai yang terlibat bagi kontingen Malaysia pada temasya sukan sea Kemboja 2023 ini melibatkan seramai 677 orang atlet, yang terdiri daripada 402 orang lelaki dan 275 orang wanita serta 251 orang pegawai.\nKontinjen Malaysia di ketuai oleh Datuk Mohd Nasir Ali manakala atlet Karate, En. Sharmendran Ragonathan telah di berikan tanggungjawab sebagai Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia bagi Majlis Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 pada 5 Mei 2023.\nRanking & Jumlah Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Sukan SEA 2023\nBerikut carta dan kedudukan terkini kontinjen Malaysia setakat ini\n\n\n\n\nRankNegaraGoldSilverBronzeJumlah PunggutanPingat1Brunei00002Kemboja00003Indonesia00004Laos00005Malaysia00006Myanmar00007Philippines00008Singapura00009Thailand000010Timor-Leste000011Vietnam0000\nBola Sepak Kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2023\n\nBagi pasukan bola sepak Malaysia, FAM telah mengesahkan 20 senarai akhir pemain Harimau Malaya B-22 Ke Sukan Sea 2023 Di Phnom Penh, Kemboja Bermula 3 Mei Ini\nBerikut adalah senarai akhir 20 pemain Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan yang telah terpilih bagi mengharungi kempen Kumpulan B bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bermula 3 hingga 16 Mei ini.\nPENJAGA GOL\n\nSikh Izhan\nAzim Al Amin\n\nPERTAHANAN\n\nRuventhiran\nHarith haiqal\nZikri khalili\nAzam azmi murad\nSafwan mazlan\nAzrin afiq\nUbaidullah shamsul\n\nTENGAH\n\nSyahir Bashah\nMukhairi ajmal\nAiman Afif\nNajmudin Akmal\nDaryl Sham\nAdam Farhan\nMuslihuddin atiq\nT.Saravanan\n\nPENYERANG\n\nAliff izwan\nFergus tierney\nHaqimi azim\n\nSkuad muda negara membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023 di mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Prince.\nJika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.\nSiaran Langsung Sukan SEA 2023\n\nBagi peminat sukan di Malaysia, anda boleh menyaksikan siaran langsung temasya sukan ini menerusi RTM TV Okey dan Sukan RTM. Untuk live streaming, anda juga boleh melayari https://rtmklik.rtm.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2023 Kemboja anda boleh juga mendapatkan liputan dan laporan langsung menerusi facebook Majlis Sukan Negara di \nhttps://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/erumah-johor-permohonan-rumah-mampu-milik-johor-rmmj/", "title": "eRumah Johor : Semakan & Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) boleh dibuat menerusi eRumah Johor . Portal eRumah Johor merupakan sistem permohonan perumahan negeri Johor secara online dikendalikan oleh\u00a0Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor\u00a0(SUKJ Bahagian Perumahan). \nKerajaan Negeri Johor menawarkan Perumahan Rakyat Johor untuk meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing\neRumah Johor -Sistem Perumahan Johor\n\nSistem Perumahan Johor ialah sebuah portal berkaitan hartanah Johor. Ianya merupakan sebuah portal\u00a0online\u00a0yang dikendali oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan Johor) untuk memudahkan proses pembelian rumah. \nMenerusi portal hartanah Johor ini, anda boleh melihat maklumat berkenaan projek terkini, sebut harga/tender, panduan pinjaman perumahan, syarat dan cara permohonan perumahan, dan juga sebagai sebuah\u00a0platform\u00a0untuk memohon untuk projek perumahan.\nJenis Dan Ciri Rumah Yang Ditawarkan\n\nBerikut merupakan antara ciri-ciri perumahan yang akan ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan:\nkediaman 3 bilik tidurdilengkapi 2 bilik airberkonsep mesra keluarga dan selesadijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat\nRumah Mampu Milik Johor (RMMJ)\nRMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya (RMB).\nTujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah\u00a0berpendapatan rendah (B40)\u00a0yang menetap di negeri Johor Cara untuk memohon rumah RMMJ boleh dibuat secara online menerui eRumah Johor\nBergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui tiga jenis perumahan berikut:\n01.Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)\n\nBerikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Biaya Johor (RMB):\nWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasMenetap di Johor selama 10 tahunTidak melebihi had pendapatan seisi rumah:RMB A \u2013 RM4,000RMB B \u2013 RM6,000RMB C \u2013 RM8,000RMB D \u2013 RM10,000KKS \u2013 RM13,000\nBerkahwin / bujang boleh memohonHanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteriPermohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohonPemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di JohorPemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohonPemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB DTempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran\n02.Lot Bumiputera\nWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasBerkahwin / bujang boleh memohonPemohon mestilah bertaraf bumiputeraPemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon\n03.Program Perumahan\u00a0Rakyat (PPR) untuk Sewa\nTerdapat tiga jenis kelayakan berbeza untuk memohon Pogram Perumahan Rakyat, antaranya:\ni. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan\nWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.Pemohon mestilah telah berkahwin, tetapi janda atau duda turut layak dipertimbangkan.Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuarters kerajaan.Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.Hanya bujang yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibubapa layak dipertimbangkan.Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000.\nii. Rumah Transit Belia Johor\nWarganegara Malaysia, berumur 18 \u2013 30 tahun dan berkahwin.Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon.Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000.Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan.\niii. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)\nWarganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, dan peniaga sepenuh masa.Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).Pemohon tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan).Pemohon perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan.Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon.Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pemohon mesti tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia.Pemohon digalakkan sediakan Profil Perniagaan.Keutamaan diberi kepada penyewa yang menetap di kawan PPR yang berkenaan.\nCara Mohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)\n\nUntuk mohon mana-mana projek Perumahan Johor yang ada, anda hanya perlu mengikuti langkah-\u00a0langkah di bawah ni:\nLangkah 1:-Jika anda tidak mempunyai akaun maka anda perlu mendaftar akaun baru di pautan ini:https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/id-DaftarAkaun.htm\nLangkah 2:\u2013 Kemudian log masuk ke akaun SUKJ\u2013 Kemaskini maklumat peribadi\nLangkah 3:\u2013 Pilih projek perumahan\u2013 Akhir sekali hantar permohonan\nBagi permohonan RMMJ, pemohon perlu menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Jika layak, pemohon akan dipanggil untuk proses pengundian.\nUntuk permohonan PPR, hanya pemohon yang layak akan dipanggil balik untuk sesi temuduga.\n\n\n\n\nManakala untuk permohonan Lot Bumiputera, pemohon akan dimaklumkan untuk proses seterusnya.\nCara Semak Permohonan eRumah Johor\nBagi mengetahui bahawa permohonan anda berjaya atau tidak, pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui dua cara ini:\nMasukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan\u00a0\u2018Semakan\u2019\u00a0melalui portal eRumah JohorLog masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan \u2018Status\u2019\nBaucar RM1,000 Rumah Mampu Milik Johor\n\nKebiasaanya setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.\nOleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.\nBaucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.\nBaucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).\nBaca juga : Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah\nSyarat-syarat Kelayakan Penerima Baucer\nBerikut merupakan syarat kelayakan penerima baucer RM1,000:\nPembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015Baucer ini hanya layak diberi\u00a0SEKALI\u00a0sahaja oleh pembeli dan pasangannya.\nNota: Pembeli-pembeli boleh menuntut baucar tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) dan muat turun permohonan baucer\u00a0di sini.\nBaucar ini akan dibayar dalam tempoh 14 hari selepas borang permohononan tuntutan diserahkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan, semakan eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh berhubung dengan pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:\nAlamat: Bahagian Perumahan Aras 1, Bangunan Dato\u2019 Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.\nNo. Tel : 07-2666260 / 07-2666261\nE-mel :\u00a0[email\u00a0protected] Facebook : SUKJ \u2013 Bahagian Perumahan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/emaklum/", "title": "eMaklum : Kaedah Carian Dokumen, Semakan Notifikasi", "body": ["\n\n", "\neMaklum merupakan sebuah sistem yang telah diwujudkan di bawah penyeliaan Jabatan Akauntan Negara.\nSistem ini berperanan bagi menyemak dan menghantar maklumat status invois serta bayaran kepada penerima bayaran. Penerima bayaran yang dimaksudkan adalah individu, pembekal, kontraktor dan penjawat awam.\nBagi memudahkan pengguna, sistem ini boleh berfungsi tanpa memerlukan pengguna untuk membuat sebarang pendaftaran sama ada dari pembekal atau individu.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai kemudahan ini dengan lebih lanjut. \nSemakan Notifikasi eMaklum\nPengguna eMaklum mempunyai pilihan untuk mendapatkan notifikasi perubahan status dokumen melalui salah satu kaedah berikut :\n\nEmel:\u00a0Notifikasi emel secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.\nSMS:\u00a0Notifikasi SMS secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.\nCetakan:\u00a0Notifikasi surat bercetak menerusi kiriman pos bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.\n\nNota :\nMulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.\nAdalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk membuat sandaran (backup) terhadap maklumat tersebut dengan memuat turun ke dalam local hard disk atau external hard disk untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.\nCarian Dokumen\nSistem eMaklum juga menawarkan fungsi bagi melakukan carian dokumen seperti invois atau bayaran dengan mudah. \nUntuk membuat carian dokumen, sila ikuti langkah-langkah berikut :\n\nLayari laman rasmi eMaklum di alamat\u00a0https://emaklum.anm.gov.my/\nPada halaman utama, perhatian borang carian yang bertajuk \u2018Carian Dokumen Pembayaran\u2019.\nMasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan :\n\nNo. Kad Pengenalan / No. Daftar Syarikat / Organisasi\n4. Tetapkan carian berdasarkan : No. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan Bayaran\n5. Masukkan tarikh mula dan tarikh akhir yang anda inginkan\n6. Klik pada butang \u2018Saya bukan robot\u2019 pada bahagian reCAPTHCA\n7. Klik pada butang \u2018Cari\u2019\n\nSenarai Status Notifikasi Bayaran eMaklum\nBerikut merupakan status notifikasi bayaran yang dipaparkan setelah pengguna menekan butang semak dalam sistem bergantung kepada situasi iaitu :\n\nDihantar ke Bank \u2013 Maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank.\nDiterima oleh Bank \u2013 Maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.\nGagal diproses bank \u2013 Maklumat bayaran EFT gagal diproses\nDikeluarkan \u2013 Status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (telegraphic transfer)\nDibatalkan \u2013 Maklumat invois dibatalkan.\n\nNota : Sekiranya status bayaran adalah berjaya, anda digalakkan untuk memuat turun perincian bayaran pada butiran cetak untuk rujukan dan rekod simpanan peribadi.\n\n\n\n\n*EFT \u2013 Electronic Fund Transfer\nAplikasi Mobile eMaklum\nKini, pengguna juga boleh membuat semakan rekod menerusi aplikasi eMaklum yang boleh dimuat naik di telefon bimbit.\nAplikasi ini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di platform berikut :\n\nApple App Store \nGoogle Play Store \nHuawei App Store \nGama \n\n\nSoalan Lazim\nApakah sistem eMaklum? Sistem yang menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam). Siapakah pengguna eMaklum? Semua individu dan pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (meliputi skop BEKALAN, PERKHIDMATAN dan KERJA). Adakah notifikasi status invois dan bayaran dihantar kepada pembekal atau individu? Notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran akan dihantar kepada emel penerima seperti yang terkandung di dalam maklumat invois. Berapa lama tempoh pemprosesan diambil untuk mengetahui status bayaran? Rekod pembayaran mengambil masa dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh terima dokumen lengkap sebelum status bayaran dipaparkan di sistem eMAKLUM. Mengapa pengguna eMAKLUM tidak dapat mencetak maklumat bayaran? Fungsi pop-up di browser (Chrome/Internet Explorer/Firefox) telah dimatikan (blocked). Pengguna perlu membenarkan fungsi pop-up (sila rujuk Settings di browser masing-masing) bagi mencetak maklumat bayaran tersebut. Apakah maklumat yang perlu dikemukakan ketika membuat aduan? Sila kemukakan nama syarikat, no pendaftaran syarikat, alamat, no telefon dan nama pusat pembayar atau nama Kementerian atau Jabatan yang anda berurusniaga, seterusnya keterangan aduan. Apakah perbezaan antara Mobile Aplikasi eMaklum dah Website eMaklum? Website eMaklum dan Aplikasi mobile eMaklum mempunyai fungsi yang sama. Kelebihan memasang Mobile Aplikasi eMaklum adalah pengguna boleh menyemak maklumat bayaran pada bila-bila masa menggunakan telefon pintar anda. Apakah ciri yang ada pada Aplikasi Mudah Alih? Kedua-dua Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web memberi anda keupayaan untuk mengakses maklumat bayaran, melihat pengumuman terkini, melaporkan gangguan dan direktori Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Apakah notifikasi yang akan saya dapat melalui Mobile Aplikasi eMaklum? Anda akan mendapat pengumuman terbaru daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Mobile Aplikasi eMaklum secara real-time. \nManual Panduan Pengguna\nAnda juga boleh rujuk manual panduan pengguna seperti di bawah untuk informasi lanjut.\nPanduan-Pengguna-eMaklumDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau sebarang aduan mengenai servis eMaklum, sila layari pautan :\nSistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Akauntan Negara Malaysia \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/senarai-bantuan-pemulih/", "title": "Intipati & Senarai Bantuan Kerajaan Menerusi PEMULIH 2021", "body": ["\n\n", "\nKerajaan Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).\nMenurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanakan PEMULIH akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM10 bilion. \nUntuk makluman juga, pelaksanaan PEMULIH adalah kesinambungan daripada Pelan Pemulihan Negara atau PPN bagi peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan secara berfasa.\n\n\n\n\nMatlamat PEMULIH\nPelaksanaan PEMULIH seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan melibatkan 3 matlamat iaitu:\nMeneruskan Agenda Prihatin RakyatMenyokong PerniagaanMeningkatkan Vaksinasi\nMatlamat Pertama: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat\nBantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar berikut:\u2013 Isi rumah kategori miskin tegar: RM 500 ringgit (Ogos), RM500 (November), dan RM300 (Disember).\u2013 Individu bujang kategori miskin tegar: RM200 ringgit (Ogos) dan RM300 (November).\u2013 Isi rumah kategori B40: RM500 (Ogos) dan RM300 (Disember). \u2013 Bujang kategori B40: RM200 (Ogos).\u2013 Isi rumah kategori M40: RM250 (Ogos).\u2013 Bujang kategori M40: RM100 (Ogos).Bantuan Kehilangan Pendapatan: RM500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan pendapatan.Memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO.Inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur.Program Bantuan Bakul Makanan: RM300,000 kepada setiap ahli parlimen.Program Harga Kawalan Minyak Masak berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.Meneruskan Dasar Pengawalan Harga Barang Perlu.Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.Diskaun bil elektrik sebanyak 10% kepada pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.Melanjutkan pemberian 1Gb data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.30 unit Bank Bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,\nMatlamat Kedua: Menyokong Perniagaan\nPelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0: RM500 (September) dan RM500 (November).Program Subsidi Upah 4.0: RM600 setiap pekerja selama 4 bulan.Pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh 2 bulan.Melanjutkan program PenjanaKerjaya 3.0.Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK.Kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan kepada penggiat seni.Bantuan Khas Taska: RM3,000 kepada pengusaha taska.Bantuan kewangan RM1,000 kepada pengusaha kantin.Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya.Bantuan kewangan RM500 untuk tempoh tiga bulan kepada OKU kehilangan pekerjaan dan ketiadaan kerja.Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU: Bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.Memudah cara prosedur Perolehan Kerajaan.Penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.Diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021.Meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah SJPP sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2021 kepada RM36.5 bilion.Meningkatkan had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak 20 bilion ringgit menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 56.5 bilion ringgit.Tambahan RM2 bilion akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS.Program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga RM1.1 bilion.Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.Bantuan one-off sebanyak RM3 ribu ringgit kepada agensi pelancongan berdaftar.i-Citra: Pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.Moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga 6 bulan.Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.Menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 3 bulan.Penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) kepada pemegang polisi insurans dan takaful yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.\nMatlamat Ketiga: Meningkatkan Vaksinasi\nMempercepat jadual pelaksanaan PICK: RM400 juta ringgit diperuntukkan untuk menambah bekalan vaksin negara.Membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home.Elaun khas kepada barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada kepada RM600 selama enam bulan bermula Julai 2021.Majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp) boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10% bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin COVID-19.Potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.Pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM30 bagi kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi mendapatkan vaksin. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-keluarga-malaysia/", "title": "Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM2,000", "body": ["\n\n", "\nMenerusi pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, kerajaan mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini. \nBantuan ini adalah bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.\nDengan peruntukan sebanyak RM8.2 billion, BKM bakal memberi manfaat kepada kira-kira 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Penerima terdiri daripada mereka yang mempunyai purata pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. \nSelain itu, terdapat juga BANTUAN TAMBAHAN sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 dan mempunyai tanggungan. Hal ini menjadikan, jumlah maksimum bantuan bagi setiap keluarga yang layak ialah RM2,500 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. \nDalam pakej bantuan BKM ini, warga emas juga turut akan mendapat bantuan sebanyak RM300.\nDisamping itu, terdapat beberapa lagi pakej bantuan yang diumumkan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID 19 ini seperti bantuan awal persekolahan, RM150 one-off e-wallet untuk belia, PerantiSiswa Keluarga Malaysia iaitu pemberian tablet bagi setiap pelajar golongan B40\u00a0secara percuma untuk membantu pembelajaran secara atas talian, dan lain-lain. \n\n\n\n\nUntuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, kerajaan akan menaikkan syarat kelayakan kebajikan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini. Dengan itu, lebih banyak keluarga akan layak memohon bantuan JKM. \nDana yang diperuntukkan adalah sebanyak RM2.4 bilion bagi tujuan penyaluran bantuan kebajikan dan akan memberi manfaat untuk lebih 440,000 isi rumah yang memerlukan.\nBKM: Bantuan Keluarga Malaysia\nSecara ringkasnya, berikut ialah mengenai Bantuan Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022. Isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima BKM mengikut kategori berikut:\nRM 2,000: Keluarga yang mempunyai lebih daripada 3 orang anakRM 1,500: Keluarga yang mempunyai 2 atau 1 orang anakRM 1,000: Keluarga yang tidak mempunyai anak\nBantuan tambahan BKM: \nIbu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000: RM500 Warga emas: RM300 \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-i-bermusim-hijrah-selangor/", "title": "Permohonan Skim i-Bermusim Hijrah Selangor", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Pembiayaan i-Bermusim,Hijrah Selangor 2022 telah dibuka. Melalui skim ini,telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.\nPembiayaan sehingga RM20,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim ini amat membantu para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan terutma pada musim perayaan yang bakal tiba.\nSkim ini TERBUKA untuk:\nPernigaan Musim PerayaanPerniagaan Musim Buah-Buahan\nPembiayaan Skim i-Bermusim adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan olehHijrah Selangor untuk membantu usahawan di Negeri Selangor yang memerlukanmodal pembiayaan sehingga RM20,000 untuk mengembangkan aktiviti perniagaan bermusim dengan lebih pesat.\n\u00a0\n\nSkim i-Bermusim Hijrah Selangor\n\n\nSkim ini baru sahaja di diwujudkan oleh Hijrah Selangor. Fokus utama kerajaan negeri Selangor menerusi skim ini, adalah bagi membantu dan menggalakkan menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan \u00a0\n\u00a0\n\nJumlah pembiayaan\n\u00a0\n\nHijrah Selangor memberikan bantuan pembiayaan sehinggaRM20,000 kepada usahawan yang memerlukan modal untuk menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan\n\u00a0\n\nSyarat kelayakan\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\nWarganegara Malaysia\nPerniagaan mestilah sudah beroperasi\nMempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjian\nRakyatSelangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahun\nMengundi di Selangor\nBerumur tidak kurang 18 tahun \u2013 65 tahun\nTidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana intitusikewangan atau agnsi kerajaan\nTerlibat secara langsung dalam perniagaan\nHanya satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian\n\n\n\u00a0\n\nSyarat Pembiayaan\n\n\n\u00a0\n\nHad pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM20,000 sahaja\nTempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan)\nCaj perkhidmatan sehingga 1% sebulan\nSurat perjanjian,Salinan geran tanah/dokumen lain yang sah melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi berkonsep sewaan/pajak\nBayaran balik secara mingguan\n\n\nDokumen Di Perlukan\n\n\n\u00a0\n\n2 keping gambar berukuran passport pemohon\nsalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan\nsalinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah)\nsalinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukkanno.akaun pemohon)\ngambar perniagaan pemohon\nsalinan bil untiliti premis dan tempat tinggal pemohon\n\n\n**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidakmelebihi 5MB.\n\nCara Permohonan\n\nPermohonan untuk pembiayaan Skim i-Bermusim hijrah Selangor ini boleh di buatsecara atas talian menerusi website berikut :-\n\nhttp://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\n\n\n\n\n\n\nMaklumat lanjut\n\n\nUntuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;\n\nTerdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan danpermohonan pembiayaan di\u00a0http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\n\nTel :03-5519 1692\n\nWebsite :\u00a0http://www.hijrahselangor.com/\n\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/hijrahselangor/\n\nDapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:\n\nhttps://t.me/hijrahselangorofficial\n\n\u00a0\n\nArtikel berkaitan :\n\n\nSkim Go Digital Hijrah Selangor Sehingga RM50,000Skim Pembiayaan i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000Skim Pembiayaan Zero To Hero\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-saraan-bercagar-islamik/", "title": "Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) : Syarat & Cara Mohon", "body": ["\n\n", "\nBagi memudahkan pembiayaan bayaran balik hartanah, anda kini boleh memohon Skim Saraan Bercagar Islamik atau SSB-i yang patuh syariah.\nSkim ini telah dilancarkan pada Januari 2022 dan merupakan produk pembiayaan pinjaman rumah pertama di bawah Cagaran Berhad (Perbadanan Gadai Janji Negara) dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).\nDengan adanya skim ini, ia mampu membantu menyara kehidupan individu selepas pencen dengan memberi pendapatan tetap setiap bulan sepanjang hayat melalui cagaran rumah.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Skim Saraan Bercagar Islamik secara lebih lanjut. \n\nApa Itu Skim Saraan Bercagar (SSB)?\nSkim Saraan Bercagar (SSB) merupakan sejenis pinjaman yang disasarkan bagi warga tua atau pesara yang memiliki rumah dan membolehkan mereka menukar aset besar yang dimiliki iaitu harta kediaman kepada aliran pendapatan bulanan tetap sepanjang hayat mereka, tanpa mengorbankan pemilikan sambil terus tinggal di rumah tersebut.\nBaca Juga : Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Kesihatan Percuma B40\n\nSkim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i)\nSSB-i merupakan adalah pembiayaan gadai janji berbalik Islam yang membolehkan warga emas berumur 55 tahun ke atas, memanfaatkan nilai rumah mereka yang dibayar penuh dan menukarnya kepada pembayaran tunai secara bulanan untuk menambah dana persaraan mereka sehingga umur 120 tahun, tanpa mengorbankan status pemilikan rumah.\nSkim Saraan Bercagar Islamik juga berteraskan patuh syariah (Syariah Komoditi Murabahah melalui pengaturan Tawarruq) dan diberikan pengecualian duti setem yang sama seperti SSB sehingga akhir 2023.\n\nFungsi SSB dan SSB-i\nKedua-dua skim ini berfungsi dengan cara seseorang mencagar rumah sama ada secara persendirian atau bersama bagi mendapatkan pendapatan tetap bulanan tanpa tempoh matang.\nMeskipun rumah telah dicagar, anda masih dianggap pemilik hartanah dan tetap boleh mendiami rumah tersebut tanpa bayaran balik sehinggalah anda meninggal dunia, barulah ia akan dijual oleh pihak Cagamas.\nLebih menguntungkan lagi, sekiranya selepas dijual (apabila anda telah meninggal dunia / berumur 120 tahun) semua lebihan keuntungan akan diserahkan kepada pewaris. Sebaliknya, jika hasil jualan kurang, pihak Cagamas akan menanggung baki pinjaman rumah anda 100%.\nKadar Bayaran Bulanan Yang Diperoleh\nUntuk ketahui jumlah bayaran bulanan yang boleh diterima, anda boleh cuba gunakan kalkulator yang disediakan oleh Cagamas. \nUntuk makluman, nilai bayaran yang akan diterima adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti :\n\nUmur peminjam\nJika pinjaman bersama, umur peminjam yang lebih muda akan digunakan.\nNilai, lokasi dan jenis hartanah \u2013 Lebih tinggi nilai hartanah, lebih tinggi bayaran bulanan yang bakal diterima.\u00a0\n\nSyarat Memohon\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\n\n\n\nA. Syarat Kelayakan (Peminjam)\n\nPeminjam mestilah warganegara Malaysia\nPeminjam wajib berumur 55 tahun dan ke atas.\nPemilik persendirian atau bersama bagi rumah kediaman yang dicagarkan.\nBagi pinjaman bersama, peminjam bersama boleh terdiri daripada rakan kongsi, ibu bapa, adik beradik atau anak, tertakluk kepada had umur.\n\nB. Syarat Kelayakan (Hartanah) \u2013 SSB\n\nHartanah kediaman di Malaysia atas nama Peminjam (pemilikan bersama untuk Pinjaman RM bersama)\nPeminjam diduduki dan tempat kediaman utama\nHarta pegangan bebas atau harta pajakan dengan baki tempoh pajakan tidak kurang daripada 90 tahun\nTanpa beban dan bebas gadai janji\n\nC. Syarat Kelayakan (Hartanah) \u2013 SSB-i\n\nHartanah kediaman di Malaysia yang dipegang atas nama Peminjam/Pelanggan.\nBagi permohonan bersama, pemilikan bersama diperlukan.\nPegangan Bebas atau Pajakan (baki tempoh tidak kurang daripada 90 tahun)\nHartanah mestilah diduduki pemilik dan menjadi tempat kediaman utama.\nHartanah bebas daripada gadai janji atau bebanan hutang.\nTidak tertakluk kepada sebarang Hibah (hadiah) termasuk Hibah Amanah\nNilai Harta : Tiada had. Walau bagaimanapun, untuk pengiraan jumlah pembayaran, hanya maksimum RM1.5 juta akan digunakan untuk kediaman bertingkat dan maksimum RM3 juta untuk kediaman atas tanah.\n\nCara Mohon SSB dan SSB-i\nHadir ke mana-mana cawangan KWSP yang tersenarai di bawah :\n\nKWSP Kuala Lumpur\nKWSP Petaling Jaya\nKWSP Johor Bahru\nKWSP Seberang Jaya\nKWSP Ipoh\nKWSP Seremban\nKWSP Melaka\n\n2. Ambil ujian pra-penilaian untuk menentukan kelayakan anda.\n3. Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK\n4. Lengkapkan modul nasihat kewangan gadai janji terbalik (Reverse Mortgage) bersama-sama AKPK di mana-mana cawangan AKPK yang terdekat.\n5. Akhir sekali, hantar borang permohonan anda untuk pinjaman Skim Saraan Bercagar (SSB) atau SSB-i kepada pihak Cagamas. Pastikan anda melampirkan borang pengesahan kehadiran AKPK serta dokumen sokongan lain yang berkaitan bersama-sama permohonan anda.\u00a0\u00a0\nAnda boleh muat turun borang permohonan di pautan ini :\nBORANG PERMOHONAN SSB \nCara Mohon SSB / SSB-i Secara Online\n\nUntuk memohon secara online, sila ke pautan : https://digitalssb.cagamas.com.my/main-page\nSemakan kriteria kelayakan (https://digitalssb.cagamas.com.my/eligibility-criteria)\nHadiri temujanji dengan AKPK\nHadiri Kaunseling di Pejabat AKPK\nTerima \u2018Sijil Pengesahan Kehadiran\u2019 daripada AKPK\nHantarkan permohonan di pautan https://digitalssb.cagamas.com.my/login\n\nKewajipan Peminjam / Pelanggan\n\nPenyelenggaraan harta dengan baik\nPembayaran yuran berkaitan dengan penyelenggaraan hartanah seperti taksiran, cukai tanah, yuran penyelenggaraan, dana terikat untuk penyelenggaraan, bil utiliti dan lain-lain.\nTidak dibenarkan keluar daripada rumah melainkan atas sebab perubatan atau keadaan kesihatan yang semakin tua (persetujuan daripada Cagamas diperlukan)\nMemaklumkan kepada Cagamas tentang sebarang perubahan mengenai butiran pelanggan dan penama\n\nPeranan Penama\n\nSebagai pengantara untuk Cagamas apabila peminjam meninggal dunia\nMemaklumkan kepada Cagamas apabila peminjam/pelanggan meninggal dunia\nMenerima surat/notis yang dihantar oleh Cagamas apabila peminjam/pelanggan meninggal dunia\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai skim ini, sila layari laman web Cagamas di pautan https://ssb.cagamas.com.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/go-digital-sarawak/", "title": "Go Digital Sarawak : Cara Mohon Geran Untuk Pendigitalan Bisnes PKS", "body": ["\n\n", "\nBerita baik buat peniaga Sarawak yang ingin kembangkan perniagaan ke platform digital. Kini, kerajaan negeri Sarawak telah melancarkan sebuah inisiatif iaitu GoDogital Sarawak bagi menyokong transisi pendigitalan perniagaan kecil dan sederhana di negeri tersebut.\nDiasaskan oleh MINTRED, inisiatif ini turut dikuasakan oleh SDEC bagi membiayai alatan teknologi kepada MSMEs Sarawak bagi tujuan pendigitalan bisnes selari dengan perkembangan teknologi masa kini.\nApa Itu Go Digital Sarawak?\nProgram Go Digital Sarawak merupakan satu inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dalam memulakan perniagaan secara digital.\nObjektif serta matlamat utama bagi inisiatif GoDigital Sarawak adalah :\n\nMembantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19\nUntuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak\nUntuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri\n\n\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, tempoh permohonan bagi bantuan dibuka bermula 12 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023.\nJenis Bantuan\nInisiatif GoDigital Sarawak bakal memberi peluang kepada peniaga PKS yang berkelayakan untuk terlibat dalam keusahawanan digital dengan pembelian perkakasan dan perisian bernilai sehingga RM 10,000.\n\n\u00a0Cara Mendaftar & Memohon\nPermohonan bagi geran Go Digital Sarawak ini boleh dilakukan menerusi atas talian menerusi pautan : https://go.sarawak.digital/\n\n\n\n\nPengguna baharu boleh ikuti panduan pendaftaran akaun seperti berikut :\n\nKlik butang \u2018Register Now\u2019 untuk mendaftar\nIsikan butiran anda dalam borang pendaftaran (Registration Form)\nPilih medium komunikasi pilihan (SMS atau Whatsapp) dan kategori perniagaan\nKlik butang Next\nMasukkan dan sahkan kata laluan anda.\nSila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk melengkapkan proses pendaftaran.\nSemak emel untuk sahkan pendaftaran.\n\nCara Memohon\nSetelah pendaftaran selesai, anda boleh mula membuat permohonan bagi geran GoDigital Sarawak.\nLangkah-langkahnya adalah seperti berikut :\n\nLayari laman web\u00a0https://go.sarawak.digital/\u00a0dan log masuk akaun anda dengan memasukkan emel dan kata laluan\nLengkapkan maklumat di halaman Profil\nLengkapkan maklumat di halaman Adresses (Alamat)\nLengkapkan maklumat di halaman Business Info (Maklumat Perniagaan)\nMuat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dalam format PDF:Sijil Pendaftaran Perniagaan (wajib)Salinan Nama Perniagaan (pilihan)Lesen Perniagaan (pilihan)\n\nBorang 9 (jika ada, pilihan)\n\n\nKlik pada butang \u2018Save Changes\u2019 untuk menyimpan butiran anda.\nKlik pada butang \u2018Back to Business\u2019\nKlik pada \u2018Products\u2019 untuk mengakses peranti digital dan perisian yang tersedia untuk permohonan.\nKlik pada \u2018+\u2019 untuk menambahkan peranti digital dan/atau perisian yang diinginkan ke dalam \u2018Basket\u2019.\nKlik pada ikon \u2018Cart\u2019 untuk melihat perkakasan dan/atau perisian yang telah anda pilih untuk dipohon. Pastikan anda tidak melebihi had yang ditetapkan.\nKlik butang \u2018Hantar Permohonan Anda\u2019 untuk meneruskan dengan penyerahan.\nKlik butang \u2018Proceed To Application Details\u2019 untuk meneruskan.\nPeriksa dan mengesahkan butiran peribadi dan butiran perniagaan anda\nKlik butang \u2018Proceed To Delivery Info\u2019 untuk meneruskan ke langkah seterusnya.\nSahkan alamat penghantaran anda \u2013 Jika permohonan anda berjaya, item anda akan dihantar ke alamat ini.\nKlik butang \u2018Proceed To Submission\u2019 untuk meneruskan ke langkah seterusnya.\nHalaman Penghantaran Permohonan \u2013 \u2018Submit\u2019\nSetuju dengan Terma dan Syarat dan Permohonan Akhir\nKlik butang \u2018Submit\u2019 setelah bersetuju dengan Terma dan Syarat\n\nNota :\n\nSetiap pengguna hanya dibenarkan untuk kemukakan satu permohonan sahaja.\nPemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini mengenai inisiatif ini, sila ikuti laman Facebook Sarawak Digital and Innovation dan sertai kumpulan Telegram Komuniti Kamek Digital SDEC. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/big-stage-2023/", "title": "Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta & Juri Tetap", "body": ["\n\n", "\nBig Stage 2023 Musim 5 membawakan senarai peserta dan juri tetap dengan banyak pembaharuan dibuat. Selain daripada menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas, hos pengacara Big Stage juga membawakan nama baru mengantikan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang telah empat musim berturut-turut menghiasi pentas tersebut\nRancangan realiti tv Big Stage musim 5 juga bakal bersiaran langsung mulai 7 Mei 2023.\nPada musim lalu Elica Paujin menyanyikan lagu Cinta nyanyian asal Misha dan lagu Believer duet bersama artis jemputan Hael Husaini telah menewaskan empat peserta lain yang terdiri dariapda Tegar Septian, Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer dan membawa wang tunai RM100,000 dan piala Big Stage musim keempat.\nKonsep Big Stage 2023\nBig Stage ialah sebuah rancangan televisyen realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu dalam industri muzik Malaysia, yang juga dikenali sebagai \u2018Budak Baru Nak Up\u2019 (BBNU). Ia memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat ke pentas realiti yang lebih kompetitif.\nRancangan ini amat dikenali dengan melahirkan bintang-bintang muda yang mempunyai kemahiran nyanyian luar biasa sehingga meraih perhatian di pelbagai platform media sosial mahupun dalam industri nyanyian.\nFormat Big Stage Musim 5 masih mengekalkan format asal. Penjurian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nasib peserta akan ditentukan berdasarkan permarkahan oleh juri profesional dan undian oleh peminat secara dalam talian. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan akan ditentukan oleh juri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan semasa konsert mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian, peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.\nBig Stage Musim 5 lebih menarik kali ini Big Stage tidak hanya menampilkan penyanyi solo malah ada juga peserta duo dan berkumpulan. \nBig Stage Bootcamp\nIstimewa menjelang Big Stage musim kelima, sebuah program khas yang memaparkan barisan peserta Big Stage 5 buat pertama kalinya di kaca TV bakal ditayangkan Syawal nanti iaitu pada 29 April & 30 Jun.\nPara peserta akan ditempatkan di sebuah rumah besar bergelar The Big House dan di situ jugalah mereka akan belajar dan menerima cabaran-cabaran yang akan menyerlahkan lagi karakter mereka kepada penonton\nBaca juga : Travelawak : Projek Bapak Bapak\nPengacara Big Stage Musim 5\n\nElly Mazlein atau lebih dikenali sebagai kak lina pom pom merupakan pengacara baharu yang telah dilantik untuk menjadi hos Big Stage 2023 ini. Pengacara yang popular ketika ini dan pengalaman dalam mengemudi banyak acara-acara besar di Astro. Kak Lina Pom Pom ternyata unggul dengan membuktikan bahawa dia adalah hos \nSenarai Juri Tetap Big Stage 2023\nBarisan juri turut melihat muka-muka baharu. Aina Abdul, antara penyanyi yang menjadi aspirasi untuk bakat-bakat muda, menggalas tugasan menjuri perserta-peserta muda. Dia adalah ikon, dan pastinya kata-kata memberangsangkan mereka untuk menjadi hebat lagi,\u201d katanya.\n\n\n\n\nManakala seorang juri lagi akan diperkenalkan di konsert minggu pertama\nSenarai Peserta Big Stage 2023 Musim 5\n\n\n\nSeramai 14 bintang BBNU yang bakal bersaing di musim 5 Big Stage terdiri daripada 10 artis baru dalam industri muzik Malaysia dan 4 bintang dari Korea, Singapura dan Brunei\nAntara nama-nama peserta big stage yang akan bersaing bagi musim ini adalah ;\n\n\nIsaac Voo\nFirdaus Rahmat\nMeer Nash \nNaufal Azrin\nAufahanie\nPuteri Khareeza\nPutera Muhammad \nNadeera Zaini\nDem Lepak Boyz (Duo) \nCOEX (Peserta berkumpulan yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan)\n\nManakala senarai empat bintang lain peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak\nPeserta-peserta ini juga ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal\nUdian Big Stage\nTiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.\nLagu Tema Big Stage Musim 5\nBuat pertama kalinya, edisi kali ini Big Stage 5 turut mengeluarkan lagu tema rancangan, istimewa buat edisi terbaharu ini yang berjudul Big Stage .\nLagu tema yang bergenre pop dan futuristik ini diterbitkan oleh PERSATUAN serta digubah oleh Shazee Ishak dan Audi Mok daripada Replay Music Sdn Bhd yang akan dinyanyikan oleh semua barisan peserta Big Stage musim 5.\nSiaran Langsung\nBig Stage 2023 Musim 5 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023 dan akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).\nUntuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skssr/", "title": "Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa para suri rumah juga boleh mendapatkan perlindungan PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).\nSkim yang diperkenalkan sejak 1 Disember 2022 ini bertujuan untuk melindungi serta menjaga kebajikan golongan suri rumah daripada bencana domestik atau apa-apa penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.\nMemetik ucapan daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam core economy yang turut membantu dalam penjanaan ekonomi negara.\nTambah beliau, Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini.\n\nBaca Juga : SPS Khidmat | Skim Caruman\u00a0 PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri\nApakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?\nSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.\nSkim ini menawarkan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan sehingga menjejaskan keupayaan dalam menguruskan rumah tangga.\n\nSiapakah Suri Rumah?\n\nSeorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.\nTermasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.\n\nPerlaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO\nMelalui skim yang diperkenalkan, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan dikenakan buat mereka yang tidak melaksanakannya.\nBagaimanapun, sekiranya pasangan berkenaan bercerai atau suami tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.\nMenurut Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Izad Raya dalam sebuah kenyataan berkata, \u201cDalam hal ini, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,\u201d\n\n\n\n\nMengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada PERKESO.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia / pemastautin tetap\nBelum mencapai umur 55 tahun\nSuri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.\nMembayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).\n\nFaedah SKSSR\nSkim ini bakal memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa bagi dua jenis faedah perlindungan iaitu :\n\nFaedah Perlindungan Bencana Domestik\nFaedah Perlindungan Keilatan\n\nFaedah Perlindungan Bencana Domestik adalah sebagaimana berikut :\n\nPerubatan\nHilang upaya kekal\nElaun keuzuran\nElaun layanan sentiasa\nKemudahan pemulihan jasmani / dialisis\nPengurusan mayat\nPencen penakat\n\n\nSementara itu, faedah Perlindungan Keilatan adalah seperti berikut\n\nElaun Keuzuran\nPencen Penakan\nFaedah Pengurusan Mayat\nElaun Layanan Sentiasa\nKemudahan Jasmani\n\n\nCara Pendaftaran\nPemohon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di laman web PERKESO melalui pautan berikut :\nhttps://suri.perkeso.gov.my/\nPendaftaran juga boleh dilakukan di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara dengan mengisi borang SR 1.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut : \n\nLaman web\u00a0https://www.perkeso.gov.my/\nFacebook\u00a0Pertubuhan Keselamatan Sosial\n\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-pendidikan-yayasan-johor-corporation-yjc/", "title": "Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation (YJC)", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation (YJC) 2022 boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 30 September 2022. YJC menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak dan memenuhi kriteria bagi kategori sijil , Diploma, Ijazah Sarjana Muda Dan Sarjana.\nTawaran ini dibuka kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2022. Bantuan pendidikan \u00a0yang ditawatkan Yayasan Johor Corporation ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal ke peringkat IPT.\nApa Itu Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation\n\nBantuan Pendidikan adalah inisiatif\u00a0 berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).\nSegala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.\nObjektif\nMembantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon. Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.\nTarikh Tutup Permohonan\n30 September 2022.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan YJC ini adalah seperti berikut ;\nWarganegara Malaysia.Permohonan Kali Pertama (Sekali Sahaja).Pendapatan Isi Rumah :Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau,Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40)Anda menyambung pengajian di\u00a0Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.Setiap dokumen yang dilampirkan\u00a0MESTI\u00a0disahkan oleh mana-mana\u00a0pegawai yang diberi kuasa sahaja:-Ketua KampungPenghuluPegawai Kerajaan Gred 41 & ke atasPemohon melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen-dokumen berikut perlu disertakan dalam bentuk salinan digital \u00a0(format pdf / jpg / jpeg sahaja)*dan di muat naik semasa mengisi borang permohonan online. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut ;\nSalinan akaun bank pemohonSalinan surat berkenaan sekiranaya ada menerima bantuan daripada agensi/yayasan lain salinan Kad pengenalan pemohonSertakan borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi\nSila sertakan Slip Gaji Ibu, Bapa atau Penjaga dalam satu lampiran. Jika tiada slip gaji, sila sertakan surat pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa. (Contoh: Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Kerajaan Gred 41 ke-atas)\n\n\n\n\nCara Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation\nBantuan hanya boleh dimohon secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut ;\nIsi borang permohonan online dengan layari laman web\u00a0http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.Seterusnya Klik butang \u201cDaftar Sekarang.\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u201cHantar Permohonan\u201d untuk menghantar permohonan tersebut.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan pendidikan yayasan johor coporation anda boleh layari website http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar , facebook Yayasan Johor Coperation https://www.facebook.com/yayasanjohorcorporation\nWaktu Operasi:\nAhad \u2013 Khamis : 8:00 A.M \u2013 5:15 P.MJumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup\nAlamat:\nTingkat 18, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor\nNo Telefon:\n+607-219 2692\nEmel:[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-harapan-rakyat-2022/", "title": "Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan)", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan) telah dibuka. Kepada rakyat Negeri Sembilan golongan B40 yang layak di galakan untuk mengisi permohonan\nKerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.\nBagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak\u00a0RM78,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak\u00a0RM70,000.00\u00a0sahaja. Pinjaman pembiayaan ini adalah\u00a0tanpa faedah\u00a0dan bayaran balik selama\u00a0300 bulan (25 tahun).\nProgram Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan)\nInisiatif\u00a0ini \u00a0diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa\nTarikh permohonan\nDibuka dari 15 Februari 2022 hingga 30 April 2022\nSyarat-Syarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.\nSebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan/pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat\nBaca juga : Permohonan BKP Negeri Sembilan : Bantuan Hilang Pekerjaan RM300\nTanggungjawab Pemohon\n\nMengisi dan melengkapkan borang permohonan;menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti stem;membuat pembayaran deposit 5% (rm3,500.00);Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi;Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik; danMembuka akaun dan membuat pembayaran bulanan\nDokumen Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)Salinan Kad Pengenalan PenjaminSalinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil KematianSalinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggunganSalinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohonSalinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)Slip Gaji Terkini Pemohon \u2013 3 bulan terakhirSlip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) \u2013 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)Gambar rumah terkini (Jika ada)Gambar tapak cadanganSalinan Hakmilik TanahSalinan Sijil Carian RasmiPengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)\nCara Permohonan\nMuat turun borang di laman sesawang PKNNS.Atau dapatkan borang permohonan di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.Hantar borang yang telah lengkap ke Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS\nPemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.\nhttps://www.pknns.gov.my/images/BORANG_PERMOHONAN_RHR2022.pdf\n\n\n\n\nJumlah Pinjman\nRM78,000\nBayaran\nHarga Seunit \u2013 RM78,000.00Pinjaman Pembiayaan \u2013 RM70,000.00Bayaran Deposit 5% \u2013 RM3,500.00Bayaran Balik \u2013 RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)\nHubungi\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 (Negeri Sembilan), anda boleh hubungi ;\nPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILANBAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.\nTel: 06 761 6871\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\nFaks: 06 761 6877\nWebsite : www.pknns.gov.my\nFacebook : https://www.facebook.com/pknns\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bkp-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan BKP Negeri Sembilan: Bantuan Hilang Pekerjaan RM300", "body": ["\n\n", "\nRakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada tahun 2021, anda boleh memohon Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.\nUntuk makluman, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan BKP yang mana bantuan tunai secara one-off akan disalurkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan.\nTujuan BKP Negeri Sembilan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang telah kehilangan pekerjaan ketika pelaksanaan PKP pada tahun ini.\nPermohonan BKP Negeri Sembilan ini telah dibuka mulai 30 Jun dan akan ditutup pada 30 Julai 2021 secara atas talian. \n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan menerusi BKP Negeri Sembilan bagi mereka yang layak adalah sebanyak RM300.\nBayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin memohon BKP Negeri Sembilan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nPemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021.Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan BKP Negeri Sembilan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store.Isi maklumat pada bahagian \u2018Daftar Untuk Memohon\u2019 dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Anda akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.Selepas itu, isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.Apabila selesai, anda akan dipaparkan dengan bahagian \u2018Bantuan Kehilangan Pekerjaan.\u2019Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (yang mana berkaitan).Surat pemberhentian kerja dari majikan.Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.\nAdalah diingatkan bahawa Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat lanjut mengenai BKP, sila layari laman web https://www.ns.gov.my/. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-rezeki-ternak-ruminan/", "title": "Cara Memohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022", "body": ["\n\n", "\nCara Memohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022 ~ Program ini telah dilaksanakan sejak tahun beberapa tahun yang lalu hasil cetusan idea YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato\u2019 Seri Salahuddin Bin Ayub semasa perjumpaan bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor.\u00a0\nAntara objektif utama Bantuan Skim Rezeki Ternak ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan melalui kaedah penjenamaan semula pawah dengan mewujudkan bantuan ternakan kepada penternak kecil ruminan.\u00a0\nProgram Rezeki Ternak Ruminan 2022\nProgram Rezeki Ternak dilaksana menggunakan kaedah geran pemadanan 90:10 bagi ternakan ruminan iaitu geran 90% kerajaan dan 10% daripada penternak.\u00a0\nTujuan program ini adalah untuk membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.\nSkop Program Rezeki Ternak Ruminan\nPemohon yang berjaya akan menerima bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu \u2013 dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.\nSyarat-Syarat Permohonan Rezeki Ternak\nPemohon harus mengikuti syarat-syarat seperti berikut:Pemohon mestilah penternak kecil sedia ada yang telah berdaftar dengan E-Permit 2 dan berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Daerah terdekat.\u00a0Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminansekurang-kurangnya 1 tahun.Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.Keluasan kawasan menternak yang mencukupi dan mempunyai sumber makanan.Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sepanjang tempoh perlaksanaan projek.Ladang penternak kecil mempunyai program kesihatan dengan DVS Negeri dan membuat saringan penyakit (Bruselosis/CLA/lain-lain penyakit) mengikut program kawalan penyakit kebangsaan sebelum permohonan dibuat.Pemohon yang berjaya layak diberi ternakan maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.Pemohon yang berjaya perlu menandatangani perjanjian bersama Kerajaan bagi menjalankan projek penternakan di bawah skim ini sekurang-kurangnya 3 tahun.Pemohon yang berjaya perlu menyediakan 10% daripada jumlah perolehan ternakan.\u00a0\nSasaran Program\nDalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Rezeki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.\nCara Membuat Permohonan\nPemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster dibawah ini.\u00a0\n\n\n\n\n\nBorang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.\nTarikh Permohonan\nAnda boleh membuat permohonan bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi pihak urusetia melalui talian berikut: 03-88702406/ 03-88702421\nAtau rujuk, laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar: http://www.dvs.gov.my/.\u00a0\nSumber: Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/protek-hrd-corp/", "title": "PROTEK HRD Corp: Program Vaksinasi COVID-19 Syarikat Swasta", "body": ["\n\n", "\nMajikan di syarikat swasta kini boleh menempah vaksin bagi keperluan organisasi melalui Program Vaksinasi Tenaga Kerja Nasional (PROTEK) di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).\nProgram ini adalah sebahagian daripada inisiatif pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi\u00a0(PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021.\nUntuk makluman, PROTEK adalah program vaksinasi majikan COVID-19 di seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan dilaksanakan oleh HRD Corp sebagai usaha untuk mempercepat usaha vaksinasi bagi pekerja sektor swasta.\nTempahan vaksin melalui PROTEK telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 melalui laman web PROTEK iaitu https://protek.hrdcorp.gov.my/.\n\nObjektif PROTEK\nObjektif pelaksanaan PROTEK seperti yang digariskan adalah seperti berikut:\nMempercepat pelaksanaan vaksinasi awam oleh pemerintah dengan memberikan pilihan lain yang efektif untuk melacak program vaksinasi pekerja mereka kepada perniagaan.Menyokong barisan hadapan ekonomi dan industri utama seperti perkhidmatan, pembuatan serta perlombongan dan penggalian dalam menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja mereka sambil memastikan perniagaan mereka terus berjalan.Memenuhi permintaan yang dibuat oleh majikan kami yang berdaftar untuk memberi mereka jalan untuk vaksinasi pekerja mereka dengan cepat dan menggunakan pungutan mereka untuk melakukannya.Menyokong hasrat kerajaan dalam mencapai herd immunity pada akhir 2021.\nPelaksanaan PROTEK\nPelaksanaan PROTEK bagi majikan yang telah mendaftar akan melibatkan 4 model iaitu:\n\n\n\n\nModelTempat VaksinasiKriteriaModel 1Klinik swasta/kemudahan penjagaan primer terdekat yang mengambil bahagian Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 5 hingga 100 orangModel 2Pusat vaksinasi bergerak Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 100 hingga 500 orangModel 3Pusat vaksinasi HRD Corp Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 500 hingga 1000 orangModel 4Vaksinasi di lokasi di premis majikan Majikan yang mempunyai pekerja lebih 1000 orang\n \nJenis Vaksin & Harga \nVaksin yang akan diberikan menerusi PROTEK ini adalah Sinovac-CoronaVac (Sinovac). \nHarga vaksin yang akan dikenakan adalah RM125 bagi setiap pekerja dan kos ini merangkumi:\n2 dos vaksinPegawai kesihatan professional dalam menjalankan proses vaksinasi yang dilantik oleh HRD Corp dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta bekalan perubatan yang berkaitan.\nCara Mendaftar \nUntuk majikan yang ingin mendaftar menerusi PROTEK, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://protek.hrdcorp.gov.my.Klik bahagian \u2018Sign Up.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Sign Up.\u2019Log in dengan memasukkan No. Co ID dan kata laluan.Buat pendaftaran sehingga selesai.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai PROTEK, sila hubungi 03-8602 9280 atau menghantar email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bulan-islam/", "title": "Bulan Islam 2023 / 1444H & Kelebihan Bulan Hijriah", "body": ["\n\n", "\nBulan islam mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya juga dipanggil sebagai bulan hijriah kalendar islam yang teridiri daripada 12 bulan yang mana ianya bermula dengan bulan Muharram sehinggalah bulan yang terakhir dalam satu pusingan bulan islam iaitu bulan Zulhijjah.\nBulan-bulan ini telah diguna pakai sebagai kalendar islam sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan masih digunakan sehingga sekarang dalam menentukan hari besar dan bulan-bulan penting dalam islam\n\u0625\u0646\u064e\u0651 \u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0634\u064f\u0651\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u0650 \u0627\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0634\u064e\u0631\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0629\u064c \u062d\u064f\u0631\u064f\u0645\u064c \u06da \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u064a\u0650\u0651\u0645\u064f \u06da \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0638\u0652\u0644\u0650\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0641\u064f\u0633\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u062a\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0627\u0641\u064e\u0651\u0629\u064b \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u062a\u0650\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0641\u064e\u0651\u0629\u064b \u06da \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa\u201d.\n[al-Taubah:36]\nBulan Islam 2023\nTARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah12 RABI\u2019ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul\nTarikh bulan islam ini adalah angaran sahaja. Ini kerana penentuan tarikh permulaan dalam bulan islam di tentukan dengan kaedah mencerap hilal \nTakwim Hijriah 2023 M / 1444H Malaysia\nPenyediaan takwim hijriah di Malaysia adalah dibawah selian unit falak Jakim dengan menggunakan rujukan Almanak Falak Syarie Malaysia.\nHitungan dibuat secara manual untuk menentukan kedudukan hilal dan matahari bagi stesen rujukan iaitu stesen paling timur Malaysia di Kampung Ateamu, Sabah dan paling barat Malaysia di Tanjung Chinchin, Langkawi, Kedah. Apabila semua hitungan selesai, hasilnya disemak dan kriteria Imkanur-Rukyah diguna pakai. \nSekiranya hitungan pada hari ke-29 setiap bulan hijriah memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari.\nTakwim disediakan apabila selesai semakan dilakukan bagi tahun yang diperlukan.\nHasil hitungan ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Panel Pakar Falak Jakim untuk semakan dan disahkan sebelum diedarkan kepada Jabatan/Pejabat Mufti Negeri dan agensi kerajaan berkaitan untuk hebahan kepada umum.\nTakwim-2023M-1444-1445HDownload\nKelebihan Bulan Islam\nBulan-bulan dalam islam mempunyai maksud dan kelebihan yang tersendiri\nMuharram\n\nMuharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Kelebihannya adalah Nabi Muhammad SAW menghormatinya dengan berpuasa pada hari ke-10 (Ashura). Bulan Muharram juga memiliki makna penting dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa perang Badar dan hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.\nNama bulan ini diambil dari perkataan \u201cHaram\u201d yang membawa maksud terlarang\nSafar\nSafar adalah bulan kedua dalam kalender Islam. Nama\u00a0Safar\u00a0ini diambil dari kata\u00a0\u201cshifr\u201d\u00a0yang bermaksud \u2018sifar\u2019 atau \u2018kosong\u2019. Bulan ini dinamakan Safar oleh kerana masyarakat Arab sering meninggalkan rumah kediaman mereka untuk pergi berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.\nMeskipun bulan ini seringkali dianggap sebagai bulan yang penuh dengan kesialan dan kepercayaan takhayul, sebenarnya tidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan Safar dalam Islam. Dalam Islam, tidak ada dasar untuk menganggap bulan ini sebagai bulan yang buruk atau sial.\nRabiul Awal\nRabiul Awal adalah bulan ketiga dalam kalender Islam. Kelebihan bulan ini adalah perayaan Maulid Nabi Muhammad SAW, yang merupakan peringatan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Banyak umat Muslim merayakan Maulid Nabi dengan kegiatan keagamaan dan berbagi kisah serta ajaran Nabi Muhammad SAW.\nRabiul Akhir \nRabiul Akhir adalah bulan keempat dalam kalender Islam. Tidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan ini dalam Islam.\nJamadil Awal\nJamadil Awal adalah bulan kelima dalam kalender Islam. Bulan ini disebut sebagai Jamadil Awal adalah kerana bulan ini merupakan bulan pertama musim panas.\nPerkataan \u201cJamada\u201d adalah membawa maksud permulaannya musim sejuk yang mana dari segi bahasa bulan ini bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan demikian kerana terjadinya musim pada bulan tersebut orang arab pada zaman itu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku dan pada ketika itu juga parit, sungai dan lembah menjadi kering.\nTidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan ini dalam Islam.\nJamadil Akhir \nJumadil Akhir adalah bulan keenam dalam kalender Islam. Pergolakkan peperangan Zi Qarad merupakan salah satu daripada peristiwa penting yang terjadi pada bulan Jamadilakhir tersebut.\nPada bulan ini juga, telah terbukti kehebatan tentera islam dalam peperangan Yamuk pada zaman Rasulullah SAW pada tahun ke-13 Hijriah telah mencatatkan kehebatan mereka dalam peperangan tersebuat antara tentera Rom dan Islam.\nTentera Rom disertai lebih 100,000 orang telah kalah dan tumpah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu.\n\n\n\n\nPeperangan tersebut dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah yang merupakan ketua panglima tentera islam. Kemenangan pada peperangan itu telah berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.\nWalaupun begitu pada bulan ini juga tidak ada amalan khusus pada bulan ini\nRejab\n\nRejab adalah bulan ketujuh dalam kalender Islam. Rajab dianggap sebagai salah satu bulan yang suci.\nAntara perisitiwa besar yang berlaku dalam bulan ini adalah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perjalanan Isra\u2019 dan Mi\u2019raj (perjalanan malam Nabi Muhammad dari Mekah ke Yerusalem dan perjalanan ke langit) pada bulan Rajab.\nSya\u2019ban\nSya\u2019ban adalah bulan ke lapan dalam kalender Islam. Maksud bulan sya\u2019ban adalah perpisahan atau pembahagian.\nDalam bulan ini telah terjadi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka\u2019bah di Masjidil Haram. Semenjak daripada peristiwa peralihan kiblat itu, solat mulai ditunaikan dengan menghadap Ka\u2019bah sebagai Kiblat utama umat islam\nKelebihan bulan ini adalah peringatan Nisfu Sya\u2019ban, yang merupakan malam pertengahan bulan Sya\u2019ban. Malam ini dianggap sebagai malam penuh berkah dan umat Muslim melakukan ibadah dan dzikir khusus.\nRamadhan\nRamadhan adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam. Ramadan diambil daripada perkataan \u201d ramada\u201d yang membawa maksud batu panas.\nBulan puasa juga, merupakan bulan yang penuh berkah di mana umat Muslim berpuasa dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Bulan Ramadhan dianggap sebagai salah satu bulan yang paling suci dalam Islam. Kelebihan utama bulan ini adalah bulan untuk meningkatkan ketakwaan, dan amalan ibadah kerana pada bulan ramadan juga ganjaran pahala akan dilipat kali gandakan\nSyawal\nSyawal adalah bulan kesepuluh dalam kalender Islam. Syawal berasal daripada bahasa Arab iaitu dari perkataan\u00a0\u201csyalat \u201c\u00a0yang membawa maksud mengangkat ia juga berasal dari kata kerja \u2018\u00a0Tasyawwala\u2018 yang membawa maksud sedikit atau berkurangan.\nKelebihan bulan ini adalah umat islam akan menyambut perayaan Idul Fitri atau Hari Raya, yang merupakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Ini adalah waktu untuk berbagi kegembiraan, saling memaafkan, dan memberikan sedekah.\nZulkaedah\nNama bagi bulan Zulhaedah diambil daripada perkataan \u2018 Qa\u2019ada\u2019 yang membawa maksud tempat duduk. Bulan ini juga termasuk salah satu daripada bulan-bulan yang haram untuk berperang\nAntara perisitiwa penting yang berlaku pada bulan ini iaitu pada tahun ke-7 Hijriah, Rasulullah SAW telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah yang pertama.\nDzulhijjah\nDzulhijjah adalah bulan ke dua belas dalam kalender Islam. Kelebihan bulan ini, ibadah haji dilaksanakan pada bulan ini. Seluruh umat islam akan menyambut hari raya haji, adalah perayaan Hari Raya Idul Adha dan ibadah haji. Umat Muslim di seluruh dunia melakukan ibadah haji di Mekah dan menyembelih haiwan sebagai melaksanakan ibadah qurban.\nPada 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah di sunatkan umat islam untuk ;\n\nAnjuran untuk tidak memotong rambut, bulu dan kuku ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafi\u2019e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi\u2019e.\nMelaksanakan puasa hari arafah. Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji\n\nBaca juga : Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan\nBulan Haram Dalam Islam\nBulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda\nBakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u0627\u0644\u0632\u0645\u0627\u0646\u064f \u0642\u062f \u0627\u0633\u062a\u062f\u0627\u0631\u064e \u0643\u0647\u064a\u0626\u062a\u0650\u0647 \u064a\u0648\u0645\u064e \u062e\u0644\u0642\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0648\u0627\u062a\u0650 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0631\u0636\u064e \u060c \u0627\u0644\u0633\u0646\u0629\u064f \u0627\u062b\u0646\u0627 \u0639\u0634\u0631 \u0634\u0647\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0645\u0646\u0647\u0627 \u0623\u0631\u0628\u0639\u0629\u064c \u062d\u064f\u0631\u064f\u0645\u064c \u060c \u062b\u0644\u0627\u062b\u0629\u064c \u0645\u064f\u062a\u0648\u0627\u0644\u064a\u0627\u062a\u064c : \u0630\u0648 \u0627\u0644\u0642\u064e\u0639\u062f\u0629\u0650 \u0648\u0630\u0648 \u0627\u0644\u062d\u0650\u062c\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u0627\u0644\u0645\u064f\u062d\u0631\u064e\u0651\u0645\u064f \u060c \u0648\u0631\u062c\u0628\u064f \u0645\u064f\u0636\u0631 \u060c \u0627\u0644\u0630\u064a \u0628\u064a\u0646 \u062c\u064f\u0645\u0627\u062f\u0649 \u0648\u0634\u0639\u0628\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya:\u00a0\u201cWaktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya\u2019ban\u201d.\n[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054] \nBulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain\nWalaupun begitu sebagai umat islam, kita disarankan untuk melaksanakan ibadah secara istiqomah dan tidak hanya melaksanakan ibadah sunat pada bulan-bulan islam yang tertentu sahaja.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-fitrah-selangor-2022/", "title": "Zakat Fitrah Selangor 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Secara Online", "body": ["\n\n", "\nZakat Fitrah Selangor 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Secara Online ~ Zakat fitrah adalah merupakan kewajiban bagi setiap individu muslim samada lelaki mahupun perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.\u00a0\nZakat Fitrah Selangor 2022\nKadar zakat fitrah di Selangor tahun 2022 telah ditetapkan bermula RM 7.00 setiap seorang. Penetapan ini adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan masyarakat di Selangor.\nWalaubagaimanapun, pihak Lembaga Zakat Selangor amat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.\u00a0\nZakat fitrah wajib dibayar pada BULAN RAMADHAN sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.\nNOTA: Zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan ramadhan sahaja bagi setiap tahun.\n\nKadar Bayaran Zakat Fitrah 2022\nKadar zakat fitrah berkenaan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nRM 7.00 seorang bagi seorang individu yang memakan beras biasa (Beras Super Spesial Tempatan 5%)RM 14.00 seorang bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangiRM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmati, beras jepun dan beras merah\nSeramai 2,745 orang ketua dan penolong amil di seluruh Selangor dilantik untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.\nCara Bayar Zakat Fitrah Online\nJangan risau, anda boleh melakukan pembayaran zakat melalui pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat.\nAnda boleh membuat bayaran online melalui kaedah berikut:\nEZakatPay dengan melayari: https://fpx.zakatselangor.com.my\u00a0Aplikasi Zakat SelangorPerbankan internetPortal MyEgPos OnlineAplikasi e-dompet GoPayzBoost\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan berikut: https://www.zakatselangor.com.my/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-syamsul-yusof/", "title": "Biodata Syamsul Yusof, Pengarah dan Pelakon Popular", "body": ["\n\n", "\nBiodata Syamsul Yusof\nSejak kisah pernikahannya bersama Ira Kazar di Thailand, nama Syamsul Yusof sering menjadi bualan hangat netizen. \nBeliau yang masih bergelar sebagai suami Puteri Sarah ini nampaknya masih belum lekang daripada pelbagai kontroversi.\nMeskipun namanya sering menjadi buruan wartawan dan topik perbualan warganet, namun pasti masih ramai yang belum mengenali pengarah yang popular dengan gelaran Six Million Dollar Man ini.\nJom kenali pengarah, pelakon dan penyanyi popular ini dengan menyemak biodata Syamsul Yusog yang akan kami kongsikan.\nBaca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof\n\nBiodata Syamsul Yusof\nNama Penuh : Mohd Syamsul bin Mohd Yusof\nNama Gelaran : Syamsul Yusof\nTarikh Lahir : 21 Mei 1984\nTempat Lahir : Kuala Lumpur\nUmur : 39 tahun (2023)\nIbu Bapa : Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail\nAdik Beradik : Empat orang \u2013 Faizal Yusof, Syamsul, Syafiq Yusof, Nur Syamin\nPendidikan : Bidang Penyiaran dan Kewartawanan, Akademi TV3 (Kini dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia -MIIM)\nPekerjaan : Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi\n\n\n\n\nIsteri : Puteri Sarah Liyana (berkahmwin pada 8 Mac 2014) dan Ira Kazar (berkahwin pada\nAnak : 2 orang (Syaikul Islam dan Sumayyah)\nInstagram : @syamsulyusoffilm \n\nPerjalanan Karier Syamsul Yusof\nSyamsul mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada usia 14 tahun. Ketika itu, beliau diberi peluang untuk memegang watak sampingan dalam filem Maria Mariana II arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam.\nLima tahun kemudian, beliau mengambil langkah untuk lebih serius dalam bidang perfileman sebagai pelakon dan pengarah bagi beberapa drama bersiri di RTM dan TV3 seperti Gerak Khas, Sembilu Kasih, Airmata Maria dan Tragedi Oktober.\nMula aktif mengarah filem pada tahun 2007, karya Syamsul Yusof mendapat sambutan hangat penonton tempatan sehinggam mencetuskan fenomena. \nAntara filem yang cukup sebati dengan Syamsul adalah Evolusi KL Drift, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat : Perjanjian Syaitan, KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, Munafik 1 dan 2, Mat Kilau. \nDaripada filem yang dihasilkan, Syamsul cukup popular dengan trademarknya yang sering membawa watak gangster atau samseng.\n\nSelain mengarah, beliau juga berpengalaman sebagai pelakon dalam beberapa filem seperti Gila Gila Pengantin Popular, SAM : Saya Amat Mencintaimu, Abang Long Fadil, Mat Moto, Desolasi, KL Special Force, Blok 404.\nDi samping itu, beliau turut aktif dalam lakonan drama bersiri seperti Gerak Khas, Tanah Kubur dan Evolusi KL Drift. \nMemiliki suara yang unik, Syamsul Yusof juga pernah merakamkan beberapa lagu bersama penyanyi popular seperti Kalah Dalam Menang (duet bersama Mawi), Bukan Propaganda (bersama Mawi), Senorita (bersama Dato\u2019 AC Mizal dan Shuib Sepahtu), Selamat Tinggal Masa (bersama Black Hanifah) dan Menangislah (bersama Mawi).\n\nBakat beliau dalam bidang lakonan dan penerbitan filem terbukti apabila Syamsul dinobatkan sebagai penerima pelbagai anugerah berprestij antaranya Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30, Anugerah Khas PFM Anugerah Blokbuster 2012 dan banyak lagi.\n\nBeliau kini dikhabarkan sedang dalam proses penggambaran filem terbaharu yang juga bertemakan gangster. Sama-sama kita nantikan karya terbaharu daripada Syamsul Yusof. \nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai pengarah filem popular ini, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau, @syamsulyusoffilm\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-i-bisnes/", "title": "Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor RM50,000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor bagi tahun 2022 telah di buka. Dana pembiayaan dari RM1000 sehingga RM50,000 bagi yang layak. Tawaran Skim i-Bisnes Yayasan Hijrah Selangor adalah terbuka kepada semua kaum.\nPara peniaga dan usahawan negeri Selangor yang layak, adalah di pelawa untuk memohon pembiayaan ini.\nHijrah Selangor telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.\nSkim i-Bisnes Hijrah Selangor\nPembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan i-Bisnes telah terbukti mampu membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.Pembiayaan Skim i-Bisnes ini TERBUKA kepada semua sektor perniagaan!\n\nJumlah pembiayaan\nPembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim I-Bisnes untuk membantu peniaga dan ianya terbuka kepada semua sector perniagaan\nSyarat pembiayaan\nHad pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)Caj perkhidmatan sehingga 8% setahunBayaran balik secara mingguan\nSyarat dan kelayakan\nWarganegara malaysiaRakyat selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahunMengundi di selangorBerumur di antara 18 tahun \u2013 65 tahunPerniagaan sudah beroperasiMempunyai lesen/permit perniagaan yang sahLayak menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam hijrah\nDokumen diperlukan\n\nSalinan kad pengenalan pemohon2 keping gambar berukuran passport pemohonSalinan lesen/permit perniagaan (ssm/lesen pbt) pemohonSalinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)Salinan bil utility tempat tinggal\nSemua dokumen ini hendaklah dalam format pdf. Dan perlu dimuat naik semasa mengisi borang permohonan secara online\nPeneraju Hijrah Selangor\nIanya sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.\nDibawah Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang\u00a0mudah, cepat dan tidak membebankan.\nIanya khusus membantu\u00a0kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.\nProgram ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.\n\n\n\n\nCara memohon\nUntuk memohon skim i-bisnes Hijrah Selangor. Permohonan boleh di buat secara online dengan melayari pautan berikut :\nhttp://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\nHubungi\nUntuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;\nTerdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\nTel :03-5519 1692\nWebsite : http://www.hijrahselangor.com/\nFacebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/\nArtikel berkaitan ;\nSkim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan RM50,000Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000Permohonan Skim i-Bermusim Hijrah Selangor\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/keputusan-pru/", "title": "Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & DUN Pilihan Raya 2022", "body": ["\n\n", "\n[RASMI] Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya 2022\nPilihan Raya Umum KE-15 (PRU KE-15) dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) N.66 BUGAYA, SABAH adalah untuk memilih dan mengisi 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.\u00a0\nPada masa yang sama, PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.\nUntuk\u00a0 PRU ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah,\u00a0 Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:\u00a0\u00a0\u00a0\n\nTarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022 (Khamis)\nHari Penamaan Calon : 5 November 2022 (Sabtu)\nHari Mengundi Awal : 15 November 2022 (Selasa)\nHari Mengundi : 19 November 2022 (Sabtu)\n\n\nBaca juga : Senarai Menteri Besar,Ketua Menteri Negeri ,Premier Sarawak\nTempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat).\nDaftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)\n\nDPPR bagi PRU Ke-15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada ;\n\n20,905,366 orang pengundi biasa,\n146,737 orang tentera serta pasangan,\n118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan\n2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara\n\n\nKeputusan Rasmi PRU 15 Parlimen & DUN Tahun 2022\n\nStatistik Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen\n\n\n\n\nParti Bertanding\nJumlah KerusiBertanding\nKerusi Menang\n\n\n\n\n PH \n 220 \n82\n\n\n BN \n 178 \n30\n\n\n PN \n 171 \n73\n\n\n PEJUANG \n 125 \n 0\n\n\n BEBAS \n 108 \n2\n\n\n WARISAN \n 52 \n 0\n\n\n GPS \n 31 \n23\n\n\n PRM \n 16 \n 0\n\n\n GRS \n 13 \n6\n\n\n PSB \n 10 \n 0\n\n\n KDM \n 7 \n1\n\n\n PBM \n 5 \n1\n\n\n PBDS \n 3 \n 0\n\n\n PBRS \n 1 \n 0\n\n\n PPRS \n 1 \n 0\n\n\n PBK \n 1 \n 0\n\n\n PUR \n 1 \n 0\n\n\n PSM \n 1 \n 0\n\n\n SEDAR \n 1 \n 0\n\n\n KESELURUHAN \n221\n221\n\n\n\nKERUSI PARLIMEN\nStatistik Keputusan Rasmi Kerusi DUN\n\n\n\n\nKerusi Negeri\nPN\nPH\nBN\nDLL\n\n\n\n\nPahang (41)\n17\n8\n16\n0\n\n\nPerak (59)\n26\n4\n9\n0\n\n\nPerlis (15)\n14\n1\n0\n0\n\n\nSabah (1)\n0\n0\n0\n1\n\n\nJUMLAH\n57\n33\n0\n0\n\n\n\nKERUSI DUN\n\n\n\n\n\nPenjumlahan Undi / Keputusan\nKeputusan rasmi akan diterima diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.\nPegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima. Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan\n\nRingkasan Keputusan PRU-15 2022\nHanya 1 kerusi parlimen yang masih belum terjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini. Ianya adalah bagi Parlimen Padang Serai, Kedah, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini, iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai, dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk DUN Tioman.\nPilihan raya bagi parlimen ini akan diadakan pada Disember 2022.\nKeputusan PRU-15 2022 menyaksikan tidak ada gabungan parti yang berjaya mencapai jumlah kerusi majoriti yang di perlukan untuk membentuk kerajaan.\nJumlah majoriti yang diperlukan iaitu 112 kerusi daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen iaitu 222.\nPakatan Harapan mendahului dengan 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30).Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 23 kerusi diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperoleh 6 kerusi dan Parti Warisan (3 kerusi).\nIni bermakna palimen bakal tergantung sehinggalah satu keputusan dicapai oleh mana-mana gabungan-gabungan parti yang menang untuk mencukupkan sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan sebuah kerajaan.\nGabungan atau kerjasama yang boleh di capai akan membentuk sama ada kerajaan campuran, kerajaan perpaduan atau pun kerajaan minoriti.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-rumah-mampu-milik-pulau-pinang-rmm-abc/", "title": "Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang RMM A,B,C", "body": ["\n\n", "\nBerita baik untuk penduduk Pulau Pinang kategori B40, permohonan rumah mampu milik 2022 RMM A,B,C kini boleh di buat secara online menerusi portal Lembaga Perumahan Negeri Pualau Pinang www.lpnpp.gov.my atau menerusi aplikasi erumah.penang.gov.my/app/login_pemohon.php\nTerdapat 3 kategori rumah mampu milik yang anda boleh mohon, bergantung mengikut kelayakan anda\nSyarat Kelayakan Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang (RMM)\nRumah mampu milik Pulau Pinang (RMM) ini mempunyai 3 kategori, iaitu RMMA, RMMB dan RMMC\nKategori RMMA\nHanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-\nWarganegara Malaysia\u00a0Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonanAnak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau PinangPengundi Berdaftar di Pulau PinangBekerja di Pulau PinangPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atauBagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)\nUntuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-\nSalinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteriSalinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinanSekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)Salinan slip SPRSekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suamiSalinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarumSekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-\nBorang-B-Perniagaan (LHDN)Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)Salinan penyata KWSP terkini\u00a0Akuan Sumpah Pendapatan\nSekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;\nSalinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.\nJika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamatSurat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji\nBaca juga : Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah\nKategori RMMB\nHanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-\nWarganegara Malaysia\u00a0Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonanAnak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau PinangPengundi Berdaftar di Pulau PinangBekerja di Pulau PinangPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atauBagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)\nUntuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-\nSalinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteriSalinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinanSekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)Salinan slip SPRSekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suamiSalinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum\nSekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-Borang-B-Perniagaan (LHDN)Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)Salinan penyata KWSP terkini\u00a0Akuan Sumpah Pendapatan\nSekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;\nSalinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.\nJika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayanPermohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.\nBaca juga : eRumah Johor : Semakan & Permohonan Rumah Mampu Milik Johor\nKategori RMMC\nHanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-\nWarganegara Malaysia\u00a0Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonanAnak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau PinangPengundi Berdaftar di Pulau PinangBekerja di Pulau PinangPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atauBagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)\nUntuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest PenangDokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-\nSalinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteriSalinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinanSekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)Salinan slip SPRSekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suamiSalinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarumSekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-Borang-B-Perniagaan (LHDN)Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)Salinan penyata KWSP terkini\u00a0Akuan Sumpah PendapatanSekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suamiPengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.\nJika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamatSurat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online dan manual. Untuk permohonan online rumah mampu milik Pulau Pinang, boleh dibuat menerusi portal\nhttps://www.lpnpp.gov.my/app/login_pemohon.php\nUntuk permohonan manual, anda boleh download borang berikut\nPN1Download\nIsi maklumat yang diperlukan pada borang dan sertakan dokumen sokongan yang di perlukan dan hantar borang permohonan anda beserta dokumen sokongan ke\n\n\n\n\nPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Perumahan,Tingkat 3,Komples Tun Abdul Razak (KOMTAR),10503 Pulau Pinang\nATAU\nKembalikan sendiri oleh pemohon di kaunter Perumahan, Tingkat 3, Komples (KOMTAR) beserta dokumen-dokumen sokongan\nSemakan Status\nUntuk semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi\nhttps://www.lpnpp.gov.my/app/login_pemohon.php\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang, anda boleh hubungi ;\nLembaga Perumahan Negeri Pulau PinangParas\u00a020, Komtar10503 Pulau Pinang\nTel. : +604-6505392Fax : +604-2622904Emel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/border-pass-malaysia/", "title": "Border Pass Malaysia : Cara Mohon, Syarat & Had Perjalanan", "body": ["\n\n", "\nSelain pasport, tahukah anda bahawa rakyat Malaysia boleh merantau ke menggunakan Border Pass yang jauh lebih murah? \nNamun, keistimewaan ini tidaklah terbuka kepada semua. Sebaliknya, pemohon perlulah menepati beberapa kriteria untuk layak memohon pas sempadan ke Thailand ini.\nIngin tahu dengan lebih lanjut? Ayuh ikuti perkongsian kami di bawah.\n\nBaca Juga : MySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura\nApa Itu Border Pass Malaysia?\nBorder pass merupakan satu lagi kemudahan yang ditawarkan bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand.\nNamun, permohonan bagi dokumen perjalanan ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di beberapa buah negeri di utara Malaysia sahaja.\nUntuk makluman, pas sempadan ini hanya dikeluarkan kepada warganegera Malaysia yang lahir atau bermastautin melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.\nSecara ringkasnya, permohonan pas sempadan ini terbuka kepada dua golongan rakyat Malaysia iaitu :\nGolongan 1 :\n\n Pemegang kad pengenalan 03, 08, 09 dan 02\n\nGolongan 2:\n\nBukan pemegang kad pengenalan Golongan 1, tetapi menetap LEBIH SETAHUN di Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.\nSudah tukar alamat di kad pengenalan, baru boleh memohon.\n\nHad Perjalanan\nWalaupun Border Pass ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memasuki Thailand secara sah, namun perjalanan mereka adalah terhad.\nPemohon perlu ingat bahawa pas sempadan ini hanya sah untuk pergerakan dari sempadan ke kawasan selatan Thailand atau lebih spesifik lagi di wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani sahaja.\nDengan erti kata lain, rakyat Malaysia yang ingin merantau ke kawasan yang lebih jauh masih perlu menggunakan pasport.\n\nTempoh Sah Border Pass\nBoleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan, border pass ini mempunyai tempoh sah laku selama 1 tahun dari tarikh dikeluarkan.\nPemohon tidak boleh lanjutkan tempoh sah laku. Sebaliknya, setiap pemohon perlulah mendapatkan pas baharu sebaik sahaja pas sempadan mereka telah tamat tarikh tempoh.\nCara Mohon Border Pass Malaysia\nUntuk makluman, permohonan bagi border pass tidak boleh dibuat secara online. Selain itu, ia juga boleh dibuat di Imigresen negeri sempadan.\n\nPemohon yang berkelayakan boleh hadirkan diri di ke Jabatan Imigresen Malaysia atau Pusat Imigresen UTC negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti yang dinyatakan di atas.\nAmbil nombor giliran.\nLengkapkan borang permohonan border pass.\nSerahkan borang permohonan bersama dokumen sokongan serta gambar.\nLakukan pengesahan cap jari dan buat pembayaran RM 10.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlulah menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut berdasarkan kategori umur :\n\n\n\n\nUntuk Pemohon Berumur 12 Tahun ke Bawah\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan : \n\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n2. Borang permohonan\n3. Sijil kelahiran\n4. Borang A1/B1 \u2013 borang kebenaran ibu bapa\nNota : Pemohon mesti ditemani ibu atau bapa\nUntuk Pemohon Bawah 18 Tahun:\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan : \n\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n2. Borang permohonan\n3. Kad pengenalan\n4. Borang A1/B1 \u2013 borang kebenaran ibu bapa\n5. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)\nUntuk Pemohon 18 Tahun ke Atas:\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan : \n\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n2. Borang permohonan\n3. Kad pengenalan\n4. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)\n5. Suami isteri perlu memohon border pass secara berasingan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai permohonan Border Pass Malaysia, sila rujuk kepada pegawai imegresen yang bertugas atau rujuk maklumat melalui saluran berikut:\n\nImigresen Malaysia:\u00a0https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/border-pass-cross-border/border-pass-malaysia-thailand/\nFacebook\u00a0Jabatan Imigresen Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-pinjaman-boleh-ubah-dalam-negara-2022/", "title": "Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022 (PBUDN) telah dibuka. Kerajaan negeri Selangor melalui tabung kumpulan wang biasiswa negeri Selangor (TKWBNS) mempelawa pelajar daripada negeri Selangor yang menyambung pengajian ke institut pengajian awam ipta atau insitutsi pengajian tinggi swasta dan memerlukan bantuan kewangan untuk memohon pinjaman ini.\nKeutamaan diberikan kepada anak Selangor dari keluarga Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah\u00a0tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).\n\u00a0\n\u00a0\nPinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Negeri Selangor\n\nProgram Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk\u00a0pinjaman tanpa faedah.\nIa merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui\u00a0Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)\u00a0yang diuruskan\noleh\u00a0Cawangan Biasiswa dan\u00a0Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.\n\u00a0\nBaca juga : PPBU Bank Rakyat | Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah 2022\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat mulai 3 Jun \u2013 31 Julai 2022\nSyarat Am\n\nPemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia;\u00a0DAN\nPemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau\nPemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (keutamaan diberikan kepada anak Selangor)\nTelah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.\nSedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam\u00a0Negeri Selangor dan\u00a0Kuala Lumpuryang diiktiraf oleh Kerajaan secara\u00a0SEPENUH MASA.\nPemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.\nPemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)\nPendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok)\n\n\u00a0\nSyarat Akademik\n\nSijil\n\n\nMemperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).\nMemperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).\n\n\n Diploma\n\n\n\u00a0Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau\nMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.\n\n\n\u00a0Ijazah Sarjana Muda\n\n\nMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM\n\n\u00a0\n\n Ijazah Perubatan\n\n\n\u00a0 Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.\n\nKadar Pembiayaan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara\nKadar pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian\nIPTA/IPTS\n(Kadar Setahun)\nUiTM, Politeknik &\nKolej Komuniti\n(Kadar Setahun)\n\n\nSijil\n\u2013\nRM3,000.00\n\n\nDiploma\nRM4,900.00\nRM3,500.00\n\n\nIjazah Sarjana Muda\n(Pelbagai dan Veterinar)\nRM6,500.00\nRM4,500.00\n\n\nPerubatan dan Pergigian\nRM 7,000.00\nRM 7,000.00\n\n\n\n\u00a0\nPengurangan Bayaran Balik\n\nPembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.\nSelain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\u00a0 Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;\n\u00a0 Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan\n\u00a0 Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia\u00a0 TKWBNS.\n\n\u00a0\nCara Memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara\nPermohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.\nKlik butang \u2018Daftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan sijil lahir pemohon, salinan my kad pemohon, bapa dan ibu, salinan sijil berhenti sekolah (rendah dan menengah), salinan keputusan SPM/STPM/STAM/ Matrikulasi/Asasi/Diploma\u00a0(mana yang berkaitan).\nSalinan slip gaji terkini\u00a0(ibu dan bapa/penjaga). Untuk\u00a0pesara,\u00a0sila kepilkan\u00a0salinan penyata pencen bulanan\u00a0atau jika\u00a0bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah\u00a0sila dapatkan\u00a0pengesahan pendapatan\u00a0(disahkan oleh ketua kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok\u00a0sahaja).\nBagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok\u00a0sahaja).\nSalinan Surat Kematian dan Surat Bercerai\u00a0(jika berkaitan).\nPermohonan yang\u00a0tidak lengkap\u00a0atau\u00a0tidak disertakan dokumen\u00a0yang diperlukan akan\u00a0ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.\nPemohon hendaklah membuat semakan secara talian/online dalam tempoh\u00a0dua minggu\u00a0selepas\u00a0tarikh tutup permohonan.\n\nSemakan Keputusan\nSila semak keputusan permohonan anda selepas dua (2) minggu dari tarikh permohonan ditutup.\n\u00a0\nProses Keseluruhan Pinjaman Pelajaran\n\nMelengkapkan Permohonan Secara Online Atau Bertulis ( Sebelum Temuduga )\n\nSila pastikan pengesahan pendapatan disertakan pada permohonan jika\n\nBapa atau ibu tidak bekerja / suri rumah\nBekerja sendiri atau mempunyai pendapatan lain\nBesara kerajaan ( jika ibu & bapa ), sila sertakan penyata persaraan daripada JPA\n\n\n\n\u00a0\n\nSila pastikan perakuan pemastautin di dalam negeri selangor disertakan pada permohonan jika\n\nPemohon, ibu dan bapa tidak lahir di negeri selangor\n\n\n\n\u00a0\n\u00a0\nPerhatian & Penting\n\nPengesahan perakuan pendapatan & pemastautin hanya boleh disahkan oleh Y.B ADUN, Penghulu Mukim, Ketua Kampung / Pengerusi Jkkk, Pengerusi Persatuan / Krt Penduduk, Pengerusi Perawakilan Penduduk Zon, Ketua Blok / Jmb Perumahan Bertingkat SAHAJA.\n\n\u00a0\n\nSelain daripada yang dinyatakan di atas seperti Orang Besar Daerah, Pegawai Kerajaan, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Nazir Kariah Masjid / Pengerusi Surau, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Komuniti, Ketua Ngo, Dan Pemimpin Parti Politik Yang Bukan Memegang Jawatan Y.B ADUN Kawasan adalah tidak boleh mengesahkan perakuan pendapatan & pemastautin bagi permohonan pinjaman pelajaran.\n\n\u00a0\nMelengkapkan Permohonan Secara\u00a0Online\u00a0Atau\u00a0Bertulis \u00a0( Selepas Temuduga )\nKepada yang berjaya ditawarkan pinjaman pelajaran selepas temuduga, anda boleh rujuk panduan melengkapkan dokumen perjanjian ini.\n\u00a0\n\nSila log \u2013 in menggunakan kad pengenalan dan password yang sama semasa membuat permohonan sebelum temuduga.\nCetak surat tawaran dan baca setiap perincian yang dinyatakan pada surat tawaran tersebut. (jika ada sebarang kesilapan atau ingin mengubah tempoh pengajian, SILA HUBUNGI URUS SETIA DI TALIAN 03 \u2013 5521 2275 / 03 \u2013 5544 7484)\n\n\n\n\n\n\n\nDapatkan dua orang penjamin yang terdiri daripada ibu / bapa / adik \u2013 beradik terdekat / saudara \u2013 mara \u00a0/ rakan \u2013 rakan.\n\n\u00a0\nPENJAMIN PERTAMA\n\nWarganegara Malaysia ( pemastautin tetap / bukan warganegara adalah tidak dibenarkan )\nTiada had umur\nPendapatan tetap sekurang-kurangnya RM\u00a01000.00 sebulan kakitangan awam&\u00a0rm 1500.00 sebulan\u00a0bagi kakitangan swasta\u00a0/\u00a0bekerja sendiri\nBerkemampuan membayar balik pinjaman sekiranya peminjam gagal menjelaskan pinjaman\nTidak disenarai hitamkan di Jabatan Insolvensi Malaysia\n\n\u00a0\nPENJAMIN KEDUA\n\nWarganegara malaysia ( pemastautin tetap / bukan warganegara adalah tidak dibenarkan )\nUmur di bawah 45 tahun sahaja\nBukan terdiri daripada ibu atau bapa yang telah menjadi penjamin pertama\nPendapatan tetap sebulan sekurang-kurangnya RM 1000.00 sebulan bagi kakitangan awam & RM 1500.00 bagi swasta / bekerja sendiri\nBerkemampuan membayar balik pinjaman sekiranya peminjam gagal menjelaskan pinjaman\nTidak disenarai hitamkan di Jabatan Insolvensi Malaysia\n\n\nIsi maklumat \u2013 maklumat penjamin ke dalam sistem. Pastikan maklumat tersebut diisi dengan cermat, tepat dan diakui benar.\n\n\u00a0\n\n\u00a0\n\n\u00a0\n\nSila buka akaun Bank Muamalat sahaja di cawangan yang berhampiran. Anda boleh rujuk cawangan bank muamalat dengan klik pada pautan di bawah.\u00a0( Jika anda telah mempunyai akaun Bank Muamalat, pastikan akaun tersebut masih aktif ). \u00a0Digalakkan pemohon membawa surat tawaran pinjaman pelajaran kerajaan negeri Selangor untuk rujukan pegawai Bank Muamalat. Pautan di bawah merupakan senarai cawangan Bank Muamalat di seluruh malaysia. http://www.muamalat.com.my/contact-us/our-branches/\n\n\u00a0\n\nMuat naik muka hadapan buku akaun Bank Muamalat atau penyata Bank Muamalat yang tertera nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun dan masukkan nombor akaun dengan tepat bagi tujuan pembayaran.\n\n\n\u00a0\n\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nSurat senarai semak, dokumen perjanjian, surat tawaran, borang ringkasan maklumat pelajar & penjamin, serta panduan mengisi borang akan dipaparkan selepas anda melengkapkan maklumat orang rujukan, maklumat penjamin, serta maklumat akaun pemohon.\nNOTA : Jika ingin membuat perubahan pada maklumat \u2013 maklumat penjamin atau nombor akaun Bank Muamalat (Jika terdapat kesalahan atau sebagainya, anda boleh lakukan demikian dengan klik pada pautan KEMASKINI MAKLUMAT.\n\u00a0\n\u00a0\nMelengkapkan Permohonan Secara\u00a0Online\u00a0Atau\u00a0\u00a0Bertulis \u00a0( Selepas Temuduga )\n\nSila klik pautan di bawah untuk panduan melengkapkan dokumen perjanjian pinjaman pelajaran kerajaan negeri Selangor. PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN\n\n\u00a0\nKegagalan melengkapkan borang serta mengemukakan dokumen berkaitan mungkin menyebabkan permohonan anda akan ditolak.\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022, sila layari laman web https://tkwbns.selangor.gov.my/.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-teks-pengacara-majlis/", "title": "Contoh Teks Pengacara Majlis Ringkas & Padat", "body": ["\n\n", "\nContoh Teks Pengacara Majlis Lengkap (Majlis Perasmian/Penutup, Persaraan Guru, Anugerah Cemerlang)\nAdakah anda sedang mencari contoh teks ucapan majlis untuk program atau acara yang bakal diadakan tak lama lagi?\nSesungguhnya, tanpa teks atau ucapan, tak akan lengkap sesebuah majlis rasmi tersebut. Dengan itu, di sini kami ingin kongsikan beberapa contoh teks pengacara majlis sebagai rujukan.\nMari sama-sama kita semak beberapa teks pengacara majlis berdasarkan majlis-majlis yang sering diadakan.\nBaca Juga : Contoh Ucapan \u2018Selamat Hari Lahir\u2019 Untuk Ibu, Ayah, Romantik, dll\nContoh Teks Pengacara Majlis Lengkap (Majlis Perasmian/Penutup, Persaraan Guru, Anugerah Cemerlang)\nSumber gambar : https://www.japantimes.co.jp/\nTeks Majlis Perasmian/Penutup\nMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ___ diiringi oleh dif-dif jemputan berarak masuk ke dewan.\nHadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri __.\nHadirin sekalian dipersilakan duduk.\nKe Pekan Kuala membeli bingka,\nBurung merbah di pohon cemara,\nMajlis bermula tirai dibuka,\nAssalamualaikum pembuka bicara.\nBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan buat semua para hadirin.\nYang Berbahagia _____, Yang Berusaha ___, barisan ahli jawatankuasa dan seterusnya para peserta yang dikasihi sekalian.\nSetinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat bersama-berkumpul pada hari ini bagi menghadiri Majlis Perasmian/Penutupan Program ____ bagi tahun __.\nHadirin yang dimuliakan,\nBagi memberkati majlis penyampaian hadiah pada hari ini, majlis ingin menjemput Al Fadhil Ustaz ___ untuk membacakan doa.\nAmin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz __ atas bacaan doa sebentar tadi.\nSeterusnya, majlis mempersilakan ___, wakil peserta program bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.\nTerima kasih saudara/saudari atas ucapan itu tadi.\nHadirin sekalian, marilah kita sama-sama menyaksikan video ringkas sepanjang berlangsungnya program ini. Dipersilakan.\nTerima kasih diucapkan atas persembahan multimedia tadi.\nSeterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha ____ untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.\nMajlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan tadi.\nMemulakan bingkisan ucapan, majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia ___ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian / penutupan program ___. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.\nMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.\nSeterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia ___ diiringi oleh dif-dif jemputan bagi menyampaikan sijl penyertaan kepada para peserta.\nUntuk itu dipersilakan wakil kumpulan / peserta __\nMajlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian sijil penyertaan itu tadi.\nSeterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha ___, bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia ____. Dipersilakan.\nMajlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi.\nHadirin sekalian,\nDengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.\nAkar keladi melilit selasih,\nSelasih tumbuh di tepi jambangan,\nKalungan budi junjungan kasih,\nMesra kenangan sepanjang zaman.\nDengan itu, maka sempurna sudah majlis kita pada hari ini. Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah dan silap sepanjang pengendalian majlis.\nAssalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.\nSekian terima kasih dan salam hormat.\nTeks Ucapan Majlis Persaraan Guru\n\nAssalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan selamat sejahtera.\nYang Diraikan Yang Berbahagia ___\nYang Berusaha ____, Ahli- ahli jawatankuasa PIBG SMK __ serta\u00a0 anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.\nAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama pada pagi yang berbahagia ini untuk meraikan majlis persaraan pengetua/guru yang kita kasihi ___. Semoga majlis yang bermakna ini akan menjadi memori di hati kita warga SMK ___.\nHadirin yang dimuliakan,\nTerlebih dahulu, saya mewakili warga sekolah terutamanya para pendidik merakamkan rasa terharu atas perpisahan ini.\nSuasana seakan redup dan keindahannya seakan hilang apabila nanti pengetua/guru kita Yang Berbahagia __ berlalu meninggalkan sekolah ini.\nWalaupun hati masih lara, namun kami semua reda dengan persaraan Yang Berbahagia ___.\nPersaraan ini merupakan detik paling bahagia untuk Yang Berbahagia ___.\nHadirin yang dirahmati,\nKami percaya walaupun amat berat dan menyedihkan namun perpisahan sebenarnya mengajar kita erti keikhlasan serta kedewasaan dalam kehidupan.\nJusteru, kita pasti akan mengenang kembali saat-saat ketika bersama dan tetap akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.\nBegitu juga halnya dengan keberadaan kita bersama-sama Yang Berbahagia ____, semuanya akan terhimpun menjadi sejarah dan terukir jitu dalam sanubari semua warga SMK ___.\nHadirin yang dikasihi,\nYang Berbahagia ___ bukan sahaja berperanan sebagai pengetua/guru, tetapi pemimpin dalam keluarga SMK ___, malah Yang Berbahagia ___ juga ialah ibu yang menjadi tonggak menerajui kita semua ke arah kecemerlangan. Masa berlalu begitu pantas, tidak terasa sudah _ tahun Yang Berbahagia __ menabur jasa dan bakti di sekolah ini.\nAkibat kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen yang kita tempuhi, menyebabkan kita tidak terasa dan tidak perasan begitu pantasnya tempoh perkhidmatan Yang Berbahagia ___ sebagai pengetua telah berakhir.\nAnak ikan berlima-lima,\nMati ditimpa punggur berdaun,\nKasihnya __ kami terima,\nSebagai hutang seribu tahun.\n\n\n\n\nHadirin yang dimuliakan,\nPeribadi yang lembut, tenang dan penuh pengertian menjadi sanjungan.\nItulah frasa yang tepat bagi menggambarkan keperibadian Yang Berbahagia __. Perwatakan mithali inilah yang menyebabkan Yang Berbahagia __ sentiasa mendapat tempat utama di hati semua warga SMK __.\nHadirin yang dikasihi,\nSepanjang tempoh perkhidmatan Yang Berbahagia __ di sekolah ini, terlalu banyak sumbangan serta pembangunan yang telah ditaburkan bagi kemajuan sekolah baik dari segi akademik, kokurikulim mahupun pembinaan modal insan.\nYang Berbahagia ___ tidak lokek dengan ilmu pengetahuan, malah segala pendapat dan pandangan kami sentiasa akan diperhalusi dan diterima dengan hati yang terbuka. (Kongsikan jasa serta sumbangan pengetua / guru yang diraikan)\nHadirin yang dirahmati,\nTak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kami sebagai warga SMK ___ amat berbangga menerima kepimpinan beliau. \nWalaupun beliau akan bersara, namun ketokohan, kecemerlangan dan dedikasi beliau telah memberi suntikan semangat kepada kami dalam meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan.\nBurung kedidi disambar helang,\nBawa naik ke pohon tinggi,\nBudi __ mana nak hilang,\nSudah mesra di dalam hati. \nKita semua pasti akan merindui gelak tawa dan senyuman manis Yang Berbahagia __ selepas ini di sekolah. Semoga silaturrahim ini akan berkekalan sepanjang zaman.\nPada kesempatan ini,\nsaya bagi pihak semua warga SMK __ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan\nterima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia__ atas sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan di sekolah ini. \nKami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmatNya dan peliharaanNya kepada Yang Berbahagia __, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan pada setiap masa. \nSemoga Allah mengganjari kebaikan atas usaha murni yang telah Yang Berbahagia __ sumbangkan. \nSabda Rasululah \u201cBarangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia dapat ganjaran sebagaimana ganjaran orangorang yang melakukannya\u201d (Riwayat Muslim)\nSelamat Bersara __ daripada Kami semua Warga SMK __. \nWabilhitaufik Walhidayah Wasalamualikum Warah Matullah Hiwa Barakatuh.\nSekian terima kasih.\nContoh Teks Pengacara Majlis Bagi Majlis Anugerah Cemerlang\nKredit : Facebook MRSM Alor Gajah \u2013 Page Rasmi\nMengumumkan ketibaan tetamu kehormat majlis Yang Berbahagia ______, diiringi oleh guru-guru SMK __.\nMajlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri ___ dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.\nMajlis mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia / Yang Berhormat/ Yang Berusaha ____ kerana sudi hadir dalam majllis Hari Anugerah Cemerlang SPM bagi SMK __ pada tahun ini.\nSelamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.\nIndah berbalam si awan petang,\nBerarak di celah pohon cemara,\nPemanis kalam selamat datang,\nAwal bismillah pembuka bicara.\nBagi memberkati majlis penyampaian hadiah pada hari ini, majlis ingin menjemput Al Fadhil Ustaz ___ untuk membacakan doa.\nAmin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz __ atas bacaan doa sebentar tadi.\nHadirin yang dihormati,\nTirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan serta laporan daripada Pengetua SMK __ dan sekaligus merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SPM bagi tahun 2023. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha ____ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.\nMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha ___ atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.\nSeterusnya, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2023. Dipersilakan.\nHadirin dan hadirat yang dihormati,\n\u00a0Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telah pun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik SMK ____. \u00a0Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat ____ diiringi oleh ____ untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.\nDimulakan dengan kategori Pelajar Terbaik Keseluruhan, majlis mempersilakan saudara/saudari ____. Untuk makluman saudara/saudari telah mencatatkan keputusan ___ dalam peperiksaan SPM lalu. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.\nKita beralih pula ke kategori seterusnya iaitu bagi para pelajar yang mendapat pencapaian keputusan SPM dengan keputusan A+ dan A. Berikut merupakan senarai para pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang A+ dan A.\nSyabas diucapkan buat para pelajar.\nMajlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar / multimedia.\nMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ___ atas persembahan sebentar tadi.\nSeterusnya, majlis penyampaian hadiah akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kategori pelajar dengan keputusan A dan A-. Para penerima anugerah diminta bersedia untuk menerima anugerah.\nMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___ atas kesudian menyempurnakan hadiah sebentar tadi.\nSekali lagi tahniah diucapkan buat semua penerima anugerah pelajar cemerlang SPM pada tahun ini. Semoga pencapaian saudara dan saudari dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.\nHadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka sempurna sudah majlis kita pada hari ini.\nGugur menguning buah kuini,\nMenghijau pohon subur dibaja,\nMajlis kita berakhir di sini,\nSalah dan silap lupakan saja.\nSebarang kelemahan harap dimaafi, Terima kasih sekalung budi, kenangan indah simpanlah di hati. Semoga kita berjumpa lagi.\n\u00a0Bagi pihak Sekolah ___, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada __ atas kesudian untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada Pelajar Cemerlang SPM 2023.\nJutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua bagi menjayakan majlis ini.\nSekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh\n\nSemoga perkongsian contoh teks pengacara majlis ini dapat memberi inspirasi buat anda merangka program atau majlis yang bakal berlangsung.\nAnda bebas untuk ubahsuai teks mengikut kesesuaian majlis yang ingin diadakan. Anda juga boleh menambah atau mengurangkan teks mengikut aliran program yang bakal diadakan. Semoga majlis yang ingin diadakan berjalan dengan lancar.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/geran-pks-makmur-johor/", "title": "Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) RM5,000 Bantuan Khas Usahawan Mikro", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) kini telah di buka. Kepada usahwan mikro negeri Johor yang layak, di pelawa memohon segera sebelum tarikh tutup permohonan pada 14 Feb 2022.\nGeran PKS Makmur (GOL 4.0) merupakan kesinambungan program Geran Orang Local (GOL 3.0) yang merupakan insiaitif kerajaan negeri Johor menerusi Perbadanan Usahwan Johor Sdn Bhd.\nGeran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00. Bantuan khas ini, dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan di negeri Johor. Geran bantuan ini, boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja. \nBaca juga : Geran Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES)\nUsahawan Mikro\nKategori usahwan mikro yang layak, iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang\nProgram ini diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, (PUJB) selaku sekretariat program.\nJumlah Geran PKS Makmur Johor 2022\nBantuan ini bernilai sehingga RM5,000.00 sahaja. Akan diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan yang diperlukan.\u00a0\nKluster Perniagaan Yang Layak Memohon\nKluster yang\u00a0LAYAK\u00a0memohon adalah seperti berikut :\n\n\n\n\nGunting Rambut\u00a0Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut.Pemprosesan Makanan & MinumanMerangkumi bidang pembuatan atau pemprosesan produk makanan dan minuman seperti makanan ringan, produk sejuk beku dan lain-lain.PercetakanKluster ini merangkumi bidang berkaitan percetakan dan lain-lain.KimpalanMerangkumi bidang dan proses pencantuman bahan yang melibatkan logam.Pertukangan KayuMerangkumi bidang dan proses pertukangan berorentasikan kayu kraftangan, perabot dan lain-lain.\u00a0\nSyarat Dan Kriteria Permohonan\u00a0\nPenduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang \u2013 kurangnya 5 tahun dan berumur 18 \u2013 65 tahun semasa permohonan dibuat.Memilik premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Perniagaan yang di jalankan adalah secara sepenuh masa dan bukan hanya secara sambilan.Semasa membuat permohonan, pemohon di kehendaki untuk mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan sijil pendaftaran perniagaan atau sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya mestilah merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya.Keutamaan permohonan kepada yang\u00a0belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun\u00a0sebelum permohonan ini dibuat.\u00a0\nCara Memohon\nBorang permohonan hendaklah diisi secara online di website Perbadanan Usahawan Johor Sdn.\u00a0Bhd (PUJB) di\u00a0https://www.pujb.my/\u00a0 menerusi menu \u201cDaftar Sistem PADU\u201d yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.PUJB akan menghubungi permohonan yang layak sahaja.Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.Satu syarikat hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja.Untuk mengelakkan sebarang masalah komunikasi dan masalah tidak dapat dihubungi sekiranya permohonan berjaya. Sila pastikan, ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktifPihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.\u00a0\nTarikh Permohonan\nPemohonan boleh dibuat bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00\nPertanyaan dan Maklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai permohonan Geran PKS Makmur Johor atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web\u00a0www.pujb.my\u00a0.\nPermohonan juga boleh dibuat menerusi kaedah berikut;\u00a0\nWhatsApp di\u00a0 011-2075 5135; atau\u00a0Emel di\u00a0\u00a0[email\u00a0protected]\nHubungi :\nTel : 07-510 2542\nFacebook : https://www.facebook.com/PUJB.official\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-haji/", "title": "Cara Daftar Haji Secara Online (THiJARI)", "body": ["\n\n", "\nCara Daftar Haji Secara Online (THiJARI)\nTak perlu bersusah-payah, kini anda boleh lakukan pendaftaran Haji secara online sahaja! Mungkin ada yang belum tahu bahawa membuka akaun di Tabung Haji TIDAK BERERTI si pemilik akaun telah mendaftar Haji.\nJadi, untuk membantu anda mendaftar dan masuk dalam giliran Haji, jom kita semak cara daftar Haji yang mudah.\nBaca Juga : Hari Arafah : Tarikh Wukuf & Cuti Umum 2023\n\nDaftar Haji di Tabung Haji (TH)\nSejak tahun 1995, TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran Haji terbuka berdasarkan konsep \u201cMendaftar Terdahulu, Didahulukan\u201d.\nPendeposit TH yang mendaftar Haji akan diperuntukkan tahun bagi menunaikan ibadah Haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran Haji dibuat.\nDengan erti kata lain, semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran Haji layak dipilih untuk menunaikan Haji apabila tiba giliran tahun peruntukan yang ditetapkan. \u00a0\n\nSyarat Daftar Haji Dengan TH\nPendeposit yang ingin mendaftar Haji perlulah menepati syarat-syarat berikut :\n\nMempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.\nTidak pernah menunaikan fardhu haji.\nMembawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.\n\n\nCara Daftar Haji Secara Online Melalui THiJARI\nPemilik akaun TH boleh membuat pendaftaran Haji secara online melalui THiJARI.\nBerikut merupakan cara daftar Haji online :\n\nLogin ke akaun\u00a0THiJARI\nPergi ke menu\u00a0Perkhidmatan Haji\u00a0(rujuk gambar di bawah)\nKlik\u00a0Pendaftaran Haji\nKlik ikon\u00a0Tambah Pemohon\nIsikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.\nBuat pengesahan maklumat yang didaftarkan.\nAnda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.\nTahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.\n\n\nNOTA : Pengguna boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.\n\nSaluran Lain Untuk Mendaftar Haji\nSelain pendaftaran secara atas talian, anda juga boleh mendaftar Haji melalui kaedah berikut :\n\nKaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH\nBank / rakan strategik TH\nTabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919\n\n\nPanduan Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak\nUntuk ibu bapa yang sudah miliki akaun THiJARI dan ingin membuka akaun dan daftar Haji secara online untuk anak, sila ikuti panduan berikut :\n\nLogin akaun\u00a0THiJARI\nPergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.\nIsi semua maklumat anak-anak.\nSelepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.\nSila bawa dokumen berikut: \n\n1 salinan dan original IC ibu / ayah\n\nWang untuk daftar Haji RM1300.00\n1 salinan dan original surat beranak anak\nWang untuk daftar Haji RM1300.00\n\n\n\n\n\nAnda juga boleh rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak\n\n\n\nNota :\n\nPendaftaran Haji untuk anak-anak secara atas talian hanya boleh dilakukan melalui THiJARI sekiranya ibu bapa masih belum mendaftar Haji.\nIbu bapa juga boleh ikuti saluran lain seperti yang dinyatakan di atas untuk mendaftarkan akaun serta giliran Haji untuk anak.\n\n\nKos Haji 2023\nUntuk makluman, harga bayaran Haji bagi tahun 2023 adalah seperti berikut :\n\n\n\n\nKos Haji atau bayaran Haji merujuk kepada semua bayaran bagi seseorang jemaah haji kepada TH untuk mendapatkan khidmat bagi untuk menunaikan Haji di Tanah Suci.\nKos langsung Jemaah Muassasah merangkumi kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.\nPanduan bayaran Haji bagi Musim Haji 1444H/2023M bagi jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut :\n\n\nTH juga komited dalam menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti :\n\nPenerbitan buku dan risalah panduan haji,\nKursus-kursus haji,\nPetugas haji kebajikan dan perubatan,\nKos berkaitan\u00a0operasi haji di tanah air;\nPerkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan\nUbat-ubatan.\n\nPengeluaran KWSP Untuk Bakal Haji\nBakal Haji yang terpilih pada tahun semasa layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP.\nJumlah pengeluaran dalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH demi mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).\nHad maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000\u00a0sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-\n\nAhli KWSP\nMengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP\nMengemukakan Penyata Simpanan\u00a0TH\u00a0ke pejabat KWSP\nBerumur kurang 55 tahun\n\nRayuan Haji Online (THiJARI)\nBagi yang telah mendaftar, anda boleh lakukan rayuan Haji secara online setiap tahun berdasarkan tarikh rayuan yang ditetapkan. Cara-caranya adalah seperti berikut :\n\nLogin ke akaun\u00a0THiJARI\nKlik Perkhidmatan Haji\nKlik Rayuan Haji\nKlik Rayuan Permohonan Haji\nBaca Garis Panduan\nKlik \u2018Saya Faham\u2019\nSila Pilih Kategori Rayuan Haji\nMasukkan No Akaun & No Kad Pengenalan\nKlik Berikutnya\nKlik Ya / Tidak (Perakuan Istito\u2019ah)\nKlik \u2018Hantar\u2019\nMuat Turun Surat Akuan\n\nRujuk video di bawah untuk tutorial membuat rayuan Haji.\n\n\n\nCara Daftar Haji Menggunakan Wang KWSP\nPendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM 1,300 dalam akaun, anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.\n\nMenerusi skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit\u00a0TH\u00a0hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.\nAhli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.\nAhli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-\n\nWarganegara Malaysia\nBeragama Islam\nMempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00\nBerumur 14 hingga 55 tahun sahaja\n\n\n\nUntuk informasi lanjut mengenai pendaftaran Haji menerusi caruman KWSP, sila rujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut:\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off\nATAU\nHubungi\u00a0Tabung Haji\u00a0Contact Centre (THCC) talian +603 \u2013 6207 1919. Faks : +603 \u2013 7728 4959. E-mail :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-gems-ptptn/", "title": "Program GEMS PTPTN : Tawaran Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nPendaftaran Program GEMS PTPTN atau Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus (GEMS) kini dibuka. Program ini khusus untuk peminjam PTPTN yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang masih belum mendapat perkerjaan dan berminat \u00a0dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran digital disamping menjana pendapatan.\nPeserta Program GEMS akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus\nDaftar sekarang selewat-lewatnya 21 Jun 2022\n\u00a0\nApa Itu Program GEMS\u00a0 PTPN ~ Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus\n\nIanya merupakan salah satu inisiatif PTPTN untuk memberi peluang kepada peminjam yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang belum mendapat pekerjaan dan berminat mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping dapat menjana pendapatan.\nHanya peminjam yang terpilih akan menerima emel pencalonan awal sebagai peserta untuk menyertai Program GEMS berdasarkan data dan kriteria yang ditetapkan. Peserta dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran pada pautan emel pencalonan tersebut.\n\n\n\n\nSebagai peserta GEMS, peserta akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus. Peserta GEMS turut diberi latihan intensif mengikut modul yang disediakan beserta bimbingan dan tunjuk ajar oleh pegawai PTPTN. Sekiranya peserta GEMS memperolehi tawaran pekerjaan yang lain semasa program ini berjalan, mereka masih boleh terus menjadi peserta GEMS secara sambilan.\nBaca juga : Cara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022\nKelebihan Program GEMS\n\nPerlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan);\nBerpeluang menerima komisen lumayan;\nTanpa modal perniagaan;\nWaktu kerja fleksibel;\nSokongan pemasaran berterusan;\nLatihan/bimbingan diberikan;\nSijil boleh digunakan memohon\u00a0MicroCredential\u00a0jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.\nPasaran luas tanpa sempadan;\nTidak melibatkan transaksi tunai;\nProduk Simpan SSPN Plus telah dikenali; dan\nProduk patuh Syariah.\n\n\u00a0\nSyarat-Syarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia;\nBerumur 18 tahun dan ke atas;\nLepasan Ijazah Sarjana Muda (Aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020 ;\nMerupakan peminjam PTPTN;\nBerstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman;\nMempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial; dan\nTidak berstatus muflis.\n\n\u00a0\nCara Pendaftaran\nPendaftaran untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web PTPTN iaitu\u00a0https://www.ptptn.gov.my/gems/index.\nMasukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u201cLog Masuk.\u201d\nIkut arahan dan lengkapkan maklumat pendaftaran.\n\nMaklumat Lanjut\nInfo lanjut mengenai Program GEMS, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/gems/index.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-peranti-siswa-fasa-2-2022-keluarga-malaysia/", "title": "Permohonan Peranti Siswa Fasa 2 2022 Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n", "\nPermohonan peranti siswa fasa 2 2022 keluarga Malaysia dibuka mulai 1 Ogos sehingga September 2022 ini.\nPerkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.\nKerajaan juga bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini\nApakah Itu inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia\n\nInisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.\nInisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nInisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.\nTarikh Permohonan Peranti Siswa Fasa 2\nPermohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka semula pada 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022\n\nTerma & Syarat \nPemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:Warganegara Malaysia;Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; danTidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.Peranti yang diberikan ini berdasarkan Kaedah Guna Pakai (KGP). Mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti mengikut kaedah yang ditentukan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Program.Peranti wajib dipulangkan sekiranya mahasiswa tersebut:menamatkan pengajian;berhenti pengajian;dibuang pengajian;menyalahgunakan peranti sehingga mendatangkan kemudaratan dan menyalahi undang-undang negara; ataumelanggari syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.Penerima peranti perlu melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.Pentadbir Program atau pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan semula tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.\n\u00a012. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa\n\n\n\n\nCara Permohonan Peranti Siswa Fasa 2\nPermohonan hanya boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/\nJenis Peranti Yang Dibekalkan\nPeranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:\nSkrin 10.1\u201d Paparan FHD, 1280\u00d7800Android OS 10 dan ke atas4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)Minimum RAM 4GBMinimum storan 64GBSlot SD Micro sehingga 256GBKamera hadapan minimum 2MPKamera belakang minimum 5MPPembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headsetBluetooth 4.1 dan ke atasWiFi 2.4GHz & 5GhzBateri minimum 4500 mAhPengecas USB disertakanPapan kekunci bluetooth disertakanPen stylus disertakan.\n\nSemakan Status Permohonan\nPemohon akan dimaklumkan untuk membuat semakan keputusan melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa. \nTarikh Pemberian Peranti Siswa Fasa 2\nPenyampaian peranti dijangka dapat dilakukan pada Oktober, sebaik saja permohonan ditutup pada 30 September\nMaklumat Lanjut\n\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan, sila emelkan ke [email\u00a0protected] atau melalui talian berikut:\n\u25aa 03-8911 5351\u25aa 03-8911 5258\u25aa 03-8911 5265\u25aa 03-8911 5188Waktu operasi:8.00 pagi hingga 6.00 petang\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-tapem-bantuan-insitusi-pengajian-tinggi-anak-melaka/", "title": "Bantuan TAPEM : Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi Anak Melaka", "body": ["\n\n", "\nBantuan TAPEM bagi bantuan insitusi pengajian tinggi anak Melaka 2022 merupakan bantuan untuk meringankan beban keluarga untuk anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Diploma/Ijazah/Sarjana dan Phd.\nPermohonan adalah dibuka sepanjang tahun\nAnak Melaka yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi berkelayakan dan berminat untuk memohon bantuan TAPEM ini adalah di alu-alukan untuk membuat permohonan.\nPelajar mengikuti pengajian separuh masa di IPT yang tersenarai dalam tajaan TAPEM serta pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) juga layak untuk memohon.\nApa Itu Bantuan TAPEM\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.\nTabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:\nPinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)Bantuan Institusi Pengajian TinggiBiasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah RendahAnugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang\n\nBantuan Insitusi Pengajian Tinggi Melaka TAPEM\n\nBantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di IPT yang tersenarai dalam tajaan TAPEM\nKadar Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM\nBantuan akan diberikan secara one-off. Dan kadar bayaran adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut :\nPeringkat Pengajian dan Amaun\nDIPLOMA ~RM 300.00IJAZAH\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 ~RM 400.00SARJANA ~RM 400.00PHD\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0~ RM 400.00\n\nSyarat Kelayakan Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi TAPEM\n\nPemohon lahir di negeri Melaka danIbu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka danBermastautin di Negeri Melaka danPengundi di Negeri Melaka.Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa\u00a0(BUKAN LAHIR DI MELAKA)\u00a0merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform \u00a0telah berkhidmat \u00a0dan telah \u00a0bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan\u00a0 dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.\n\n\n\n\n\nDokumen Yang di Perlukan\nSalinan dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan dikepilkan sekali dengan borang permohonan.\n\u00a0Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.1 Salinan Sijil Lahir pemohon.1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa\u00a0 yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.Bank yang aktif sahajaAkaun Bersama tidak dibenarkan.Pastikan nama dan nombor akaun jelas.1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai\u00a0PENDAFTARAN\u00a0MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY\u00a0 (MQA),\n\nCara Memohon Bantuan TAPEM\n\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian di https://tapemonline.melaka.gov.my.\u00a0Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.Borang permohonan TAPEM, juga boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada ;\n\n\nPengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,\nNo.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh,\nHang Tuah Jaya, 75450 Melaka.\n(No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung bantuan TAPEM atau bantuan pengajian tinggi Melaka anda boleh hubungi ;\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM\nNo 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota CemerlangHang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer KerohMelaka\nBaca juga :\nPermohonan Biasiswa Yayasan SarawakPermohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-iphone-di-malaysia/", "title": "Harga iPhone di Malaysia Terkini (2023) Semua Model", "body": ["\n\n", "\nHarga iPhone di Malaysia terkini 2023 bagi semua model adalah yang terendah berbanding harga dinegara-negara yang lain.\nWalaupun begitu harga Harga iPhone di Malaysia juga berbeza-beza bergantung pada model dan harga yang ditawarkan oleh peruncit.\nAnda juga boleh mendapat diskaun jika anda membeli iPhone daripada reseller yang sah atau dari penjual iPhone terpakai.\nSelain itu, juga terdapat reseller yang menawarkan free gift percuma dengan pembelian iPhone yang ditawarkan, seperti casing iPhone, fon kepala atau lain-lain.\nHarga iPhone di Malaysia Terkini (2023)\n\nBerikut senarai harga iPhone terkin bagi pasaran Malaysia untuk semua model keluaran Apple\nModel iPhoneHarga TerkiniiPhone 14RM 5,299iPhone 14 PlusRM 4,699iPhone 14 ProRM 5,799iPhone 14 Pro MaxRM 6,299iPhone SE (2022)RM 2,249iPhone 13 miniRM 3,199iPhone 13RM 3,699iPhone 13 ProRM 4,799iPhone 13 Pro MaxRM 5,299iPhone 12 miniRM 2,999iPhone 12RM 3,499iPhone 12 ProRM 4,599iPhone 12 Pro MaxRM 5,099iPhone 11RM 2,899iPhone 11 ProRM 4,199iPhone 11 Pro MaxRM 4,699iPhone XRRM 2,199iPhone XSRM 3,999iPhone XS MaxRM 4,499iPhone XRM 3,499iPhone 8 PlusRM 2,999iPhone 8RM 2,499iPhone 7 PlusRM 2,499iPhone 7RM 2,199iPhone 6s PlusRM 1,799iPhone 6sRM 1,499\nBaca juga : Bantuan Telefon Pintar dan Pakej Internet Rakyat Percuma\u00a0\nBagi pengguna di Malaysia, sebaiknya anda mendapatkan iPhone dari Apple Malaysia, atau reseller yang sah di Malaysia. Ini juga bagi memudahkan anda pada masa akan datang sekiranya ingin membaiki iPhone anda jika ia rosak.\nFaktor Yang Mempengaruhi Harga iPhone di Malaysia\nMemandangkan iPhone bukanlah produk buatan Malaysia, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi harga iPhone di Malaysia, ianya termasuk:\n\nKadar pertukaran antara ringgit Malaysia dan dolar AS. Harga iPhone di Malaysia ditetapkan dalam dolar AS, jadi apabila ringgit melemah berbanding dolar, harga iPhone di Malaysia akan naik.\nKos mengimport iPhone ke Malaysia. Apple perlu mengimport iPhone ke Malaysia, dan kos penghantaran dan duti import boleh menambah harga telefon itu.\nKos menjalankan perniagaan di Malaysia. Apple perlu membayar cukai dan yuran lain untuk beroperasi di Malaysia, dan kos ini juga boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih tinggi.\nPermintaan untuk iPhone di Malaysia. Jika terdapat banyak permintaan untuk iPhone di Malaysia, Apple boleh mengenakan bayaran lebih untuk mereka\n\nPerbezaan Harga iPhone Terkini 2023 Mengikut Model\nBerikut pula ialah daftar harga iPhone mengikut model dan spesifikasinya dan harganya di Malaysia :\nModelHarga (RM)Ciri-ciri IphoneiPhone 14 Pro Max6,999Paparan Super Retina XDR 6.7-inci, cip A16 Bionic, sistem kamera belakang tiga lensa, kamera hadapan TrueDepth 12MP, Pengimbas LiDAR, paparan ProMotion, sehingga 28 jam main balik videoiPhone 14 Pro6,499Paparan Super Retina XDR 6.1-inci, cip A16 Bionic, sistem kamera belakang tiga lensa, kamera hadapan TrueDepth 12MP, Pengimbas LiDAR, paparan ProMotion, sehingga 22 jam main balik videoiPhone 145,499Paparan Super Retina XDR 6.1-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang dwi-kanta, kamera hadapan TrueDepth 12MP, sehingga 19 jam main balik videoiPhone 14 Plus5,999Paparan Super Retina XDR 6.7-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang dwi-kanta, kamera hadapan TrueDepth 12MP, sehingga 21 jam main balik videoiPhone SE (2022)3,699Paparan Retina HD 4.7-inci, cip A15 Bionic, kamera belakang 12MP, kamera hadapan TrueDepth 7MP, sehingga 15 jam main balik videoiPhone 13 mini3,999Paparan Super Retina XDR 5.4-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang dwi-kanta, kamera hadapan TrueDepth 12MP, sehingga 17 jam main balik videoiPhone 134,199Paparan Super Retina XDR 6.1-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang dwi-kanta, kamera hadapan TrueDepth 12MP, sehingga 19 jam main balik videoiPhone 13 Pro5,299Paparan Super Retina XDR 6.1-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang tiga lensa, kamera hadapan TrueDepth 12MP, Pengimbas LiDAR, paparan ProMotion, sehingga 22 jam main balik videoiPhone 13 Pro Max5,799Paparan Super Retina XDR 6.7-inci, cip A15 Bionic, sistem kamera belakang tiga lensa, kamera hadapan TrueDepth 12MP, Pengimbas LiDAR, paparan ProMotion, sehingga 28 jam main balik video\nBaca juga : Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Wifi Rumah\n\n\n\n\nHarga iPhone Second Hand di Malaysia\n\nTerdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi harga iPhone terpakai, termasuk:\nModel: Semakin baharu model, semakin mahal harganya.Kapasiti storan: Lebih banyak ruang storan, lebih mahal harganya.Keadaan: Lebih baik keadaan, lebih mahal harganya.Peruncit: Harga boleh berbeza-beza bergantung pada tempat anda membelinya.Lokasi: Harga boleh berbeza-beza bergantung pada tempat tinggal anda.\nBerikut pula harga angaran untuk iPhone second hand di Malaysia\nModelPriceiPhone 13 Pro MaxRM6,500 \u2013 RM10,000iPhone 13 ProRM5,500 \u2013 RM9,000iPhone 13RM4,500 \u2013 RM8,000iPhone 13 miniRM3,500 \u2013 RM7,000iPhone 12 Pro MaxRM5,000 \u2013 RM9,000iPhone 12 ProRM4,500 \u2013 RM8,000iPhone 12RM4,000 \u2013 RM7,000iPhone 12 miniRM3,500 \u2013 RM6,000iPhone 11 Pro MaxRM4,500 \u2013 RM8,000iPhone 11 ProRM4,000 \u2013 RM7,000iPhone 11RM3,500 \u2013 RM6,000iPhone XS MaxRM4,000 \u2013 RM7,000iPhone XSRM3,500 \u2013 RM6,000iPhone XRRM3,000 \u2013 RM5,000iPhone XRM2,500 \u2013 RM4,000iPhone 8 PlusRM2,000 \u2013 RM3,500iPhone 8RM1,500 \u2013 RM3,000iPhone 7 PlusRM1,500 \u2013 RM2,500iPhone 7RM1,000 \u2013 RM2,000iPhone 6s PlusRM1,000 \u2013 RM1,500iPhone 6sRM800 \u2013 RM1,000\nHarga iPhone di Malaysia juga boleh dipengaruhi oleh promosi dan diskaun istimewa yang mungkin ditawarkan oleh syarikat Apple.\nSelain itu juga berikut ialah beberapa sebab faktor luaran yang boleh mempengaruhi harga iPhone di Malaysia contohnya:\nPada 2015, ringgit melemah dengan ketara berbanding dolar. Ini menyebabkan harga iPhone di Malaysia naik kira-kira 20%.\nPada 2017, Apple mengumumkan bahawa ia akan membuka kedai runcitnya sendiri di Malaysia. Langkah ini dijangka membawa kepada harga yang lebih rendah untuk iPhone di Malaysia, kerana Apple tidak lagi perlu bergantung kepada peruncit pihak ketiga untuk menjual produknya.\nPada tahun 2020, pandemik COVID-19 menyebabkan kekurangan separa konduktor global. Kekurangan ini membawa kepada harga yang lebih tinggi untuk iPhone dan peranti elektronik lain di seluruh dunia.\nSenarai Penjual iPhone Sah di Malaysia\nSekiranya anda berminat untuk mendapatkan harga promosi iPhone di Malaysia daripada Apple Malaysia atau reseller sah yang berdaftar, berikut senarai reseller rasmi iPhone di Malaysia yang kami syorkan ;\n\nhttps://www.apple.com/my/\nhttps://www.machines.com.my/\nhttps://shop.switch.com.my/\nLazada\n\nJual iPhone Second Hand Malaysia\n\nhttps://shop.compasia.com/collections/apple\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cukai-vape-2023/", "title": "Cukai Vape 2023 Berkuatkuasa 1 April Ini", "body": ["\n\n", "\nBermula 1 April 2023, kerajaan telah menguatkuasakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\nPerlaksanaan cukai ini diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBerdasarkan notis warta tersebut, duti baharu itu berkuat kuasa berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.\nDatuk Seri Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan menyatakan dalam Belanjawan 2023 bahawa duti eksais ini mampu menjana sehingga RM 2 billion berikutan penggunaan vape yang meluas di seluruh negara.\nTambah beliau lagi, perlaksanaan duti ini adalah langkah untuk membendung penggunaan rokok elektronik itu.\n\nSementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\nPengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.\nSebelum ini, nikotin (dengan pengecualian kepada tembakau) diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C dan hanya boleh dijual oleh doktor dan ahli farmasi.\nBerdasarkan pengecualian ini, sediaan cecai atau gel yang mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik kini adalah suatu barangan berduti eksais dan dikawal di bawah Akta Eksais 1976 (Akta 176).\n\u201cAkta Eksais 1976 memperuntukkan kawalan antaranya dengan melesenkan aktiviti pengilangan dan penggudangan yang melibatkan sediaan ini. Mana-mana orang yang mengilang barangan berduti eksais tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang,\u201d ulas Dr Zaliha.\n\n\n\n\n\nKKM Akan Bentangkan RUU Baharu Susulan Pengenalan Cukai Vape 2023\nBagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap cecair vape, KKM bakal membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang akan mengawal selia perkara tersebut.\nJelas beliau, KKM bercadang untuk membentangkan RUU baharu tersebut pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mei 2023.\n\u201cKKM telah menjalankan sesi libat urus berkenaan dasar yang telah ditetapkan di bawah RUU baharu ini termasuk peruntukan Generasi Penamat Rokok kepada semua pihak berkepentingan seperti ahli Parlimen, badan bukan kerajaan, badan profesional dan pihak lain yang berkaitan,\u201d katanya.\nTambah Zaliha, KKM akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (Gegar).\n\u201cIa adalah dengan meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui kerjasama bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Yayasan Sukarelawan Siswazah, Majlis Belia Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan,\u201d katanya.\nDalam pada itu, Dr Zaliha turut menjamin bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pelepasan-cukai/", "title": "Senarai Pelepasan Cukai Taksiran 2022 Untuk e-Filing 2023", "body": ["\n\n", "\nSENARAI PELEPASAN CUKAI 2022 UNTUK E-FILING 2023\nTunaikan tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai sekiranya anda menepati syarat dan dalam kategori yang berkelayakan.\nNamun, terdapat beberapa pelepasan cukai yang telah ditawarkan bagi mengurangkan jumlah cukai yang anda perlu bayar. Dengan kata lain, pelepasan cukai adalah amaun yang boleh ditolak daripada pendapatan yang akan dicukai.\nJadi sebelum anda membuat pembayaran cukai menerusi sistem e-Filing pada 1 Mac 2023, kami ingin kongsikan senarai pelepasan cukai \u00a0pendapatan untuk individu pemastautin 2022.\n\n\n\n\nBaca Juga : Cara Daftar e-Filing 2023 \u2013Borang Nyata Cukai LHDN\n\nSenarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023\nBerikut merupakan senarai pelepasan cukai terkini tahun taksiran 2022 bagi e-Filing 2023 yang boleh dituntut :\nBil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggungan9,0002Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (terhad)3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)4 Individu kurang upaya6,0005Yuran pengajian (sendiri) : i. Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah \u2013 bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;ii. Peringkat sarjana atau doktor falsafah \u2013 sebarang bidang atau kursus pengajianiii. Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM 2,000) 7,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan bagi : i. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami/isteri atau anak-anak) ii. Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami/isteri)iii. Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami/isteri atau anak-anak) (Terhad RM 1,000)8,000 (Terhad)7Perbelanjaan (Terhad RM 1,000) bagi : i. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).ii. Ujian pengesahan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami/isteri atau anak. iii. Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami/isteri atau anak. 8,000 (Terhad)8Gaya hidup \u2013 Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: i. Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);ii. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);iii. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikuti Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; dan iv. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)2,500 (Terhad)9aGaya hidup \u2013 Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi : i. Pembelian perlatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997ii. Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan.iii. Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.500 (Terhad)9bGaya hidup \u2013 Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500 (Terhad)10Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)11Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak/tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)12Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022)8,000 (Terhad)13Suami / isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)14Suami / isteri kurang upaya5,00015aAnak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas serta menerima pendidikan sepenuh masa (Peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut : i. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi /pra-ijazah/ A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atauii. berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. iii. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,00015cAnak kurang upaya6,00015cPelepasan tambahan sebanyak RM 8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,00016Insuran nyawa dan KWSP i) Kategori penjawat awam berpencen \u2013 Premium insurans nyawa yang tidak membuat caruman KWSP / skim yang diluluskan ATAUii. Kategori SELAIN daripada 16 (i) \u2013 Premium insurans nyawa (Terhad RM 3,000)\u2013 Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM 4,000)7,000(Terhad)17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)19Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)20Perbelanjaan pelancongan domestik bagi : i. Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar (Klik sini) dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 ii. Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancongiii. Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 19921,000 (Terhad)21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad)\nMaklumat Lanjut \nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pelepasan cukai 2022 bagi e-Filing 2023, anda boleh menghubungi Hasil Care Line\u00a0(rujuk di sini)\u00a0atau mana-mana\u00a0Cawangan LHDN\u00a0terdekat untuk mendapatkan bantuan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-insentif-anak-peneroka-felda-siap-bantuan-pendidikan/", "title": "Skim Insentif Anak Peneroka FELDA (SIAP) ~Bantuan Pendidikan", "body": ["\n\n", "\nBerita baik bantuan pendidikan berupa Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) secara one off kepada anak \u2013anak FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma mahupun ijazah. Di universiti awam mahupun swasta dalam mahupun luar negara\nApa Itu Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)\n\nFELDA menawarkan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kepada anak atau cucu peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan atau swasta. Melalui insentif ini, generasi baharu FELDA diberi bantuan sehingga RM1,500 berdasarkan kelayakan dan peringkat pengajian yang ditawarkan.\nInsentif ini juga merupakan suatu bentuk dorongan serta motivasi kepada generasi baharu FELDA untuk menjadikan pendidikan sebagai sebuah platform utama dalam membina nilai diri serta membantu meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA.\nJenis Dan Jumlah Bantuan\nBantuan yang diberikan adalah secara one-off kepada setiap anak peneroka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di dalam negara mahupun luar negara. Jumlah bantuan adalah seperti berikut;\nDiploma : RM500Ijazah dalam negara : RM1000ijazah luar negara : RM1500\n\nSyarat Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)\nUntuk insentif SIAP, berikut adalah syarat-syarat permohonan ;\nAnak/cucu peneroka, anak tiri,anak angkat yang telah didaftarkanBermastautin di rancangan feldaPermohonan adalah dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh surat tawaranBantuan diberikan sekalai sahaja kepada setiap anak/cucu penerokaKelayakan bergantung kepada ipta/ipts yang diluluskanTerbuka kepada peneroka bersama felda sahajaSertakan salinan surat pendaftaran anak angkat\n\nPermohonan Yang Tidak Layak\nBerikut pula adalah sistuasi atau sebab-sebab yang tidak layak untuk dipertimbangkan mendapatkan bantuan ini ;\n\n\n\n\nPeneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelalajaran.Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi, Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF).Pelajar DKPCF ke luar negara.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nUntuk melengkapkan permohanan anda, sila sertakan dokumen-dokumen berikut ;\nSurat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA\nSurat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA\nSalinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan penerokaSalinan penyata pendapatan peneroka terkini\n\nCara Permohonan\nDapatkan borang permohonan di Pejabat Rancangan FELDA berhampiranIsi borang permohonan dengan lengkpa dan betulSediakan dokumen diperlukanHantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat rancangan FELDA berhampiran\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) anda boleh layari website https://www.felda.gov.my/ atau hubungi :\n Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi\n03-21912216 (n[email\u00a0protected]) atau 03-21912313 ([email\u00a0protected])\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-program-pensijilan-tahfiz-al-quran-jakim-iium-sesi-2022-2023/", "title": "Tawaran Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n", "\nPengambilan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023 ~Sukacita dimaklumkan tawaran bagi pengambilan pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023 kini dibuka.\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman tarikh tutup permohonan adalah pada 7 April 2022.\nBaca Juga : Tawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor\nSyarat-Syarat Permohonan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM\nWarganegara MalaysiaBumiputera (Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak)Tidak berkahwinLulus Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan mendapat keputusan :\n-Minima Gred B+ bagi mata pelajaran Matematik.\nMinima Greb B bagi semua mata pelajaran berikut :\n-Bahasa Melayu\n-Bahasa Arab / Al-Adab wa-al Balaghah\u00a0 / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu\u2019asirah / Turath Bahasa Arab\n-Bahasa Inggeris\n\u2013\u00a0Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al- Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Manahij Ulum al-Islamiyah\nMinima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut : Biologi / Fizik\n-Kimia\n-Matematik Tambahan\n\n\n\n\n\nProses Temuduga Bagi Calon\nCalon yang berkelayakan akan dipanggil untuk hadiri temuduga secara online/bersemuka.\nPemohon boleh semak keputusan layak temu duga di laman sesawang Darul Quran JAKIM .\nProses temuduga akan dijadualkan akan berlangsung dari 20 hingga 22 April 2022 tertakluk kepada pindaan.\nTarikh akhir pengesahan penerimaan tawaran secara atas talian adalah pada 13 Mei 2022.\nPendaftaran pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM IIUM akan dilaksanakan pada 23 Mei 2022.\nCara Memohon\nPemohon boleh lakukan permohonan secara atas talian di laman sesawang Darul Quran JAKIM bermula 1 Mac 2022 sehingga tarikh tutupnya 7 April 2022.\nPelajar perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk teruskan permohonan dan untuk tujuan semakan pada masa hadapan.\nUntuk tujuan pendaftaran, sila pastikan :\nAnda mempunyai emel yang sah\nSila masukkan nombor kad pengenalan yang sah kerana ia akan menjadi ID Pengguna.\nSila masukkan butiran nama dan alamat yang betul.\nKatalaluan bagi kegunaan anda untuk masuk ke dalam sistem akan dihantar melalui emel anda.\nUntuk mula mendaftar, tekan butang Cipta Akaun Baru Anda\nPilih Program Pengajian : Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian : 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-prihatin-grand-seasons/", "title": "Rumah [email\u00a0protected] Seasons: Inisiatif Rakyat Terkesan COVID-19", "body": ["\n\n", "\nKementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan inistiatif terbaharu kepada warga Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur menerusi Program Rumah [email\u00a0protected] Seasons di bawah inisiatif Wilayah Prihatin. \nProgram [email\u00a0protected] Seasons merupakan satu inisiatif yang berkonsepkan hotel kebajikan untuk rakyat terkesan akibat COVID-19 khususnya kepada warga Wilayah Persekutuan seperti golongan miskin bandar dan yang menghadapi tekanan kesihatan mental.\nTujuan program ini dijalankan adalah untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilaksanakan secara bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan atau korporat.\u200b\nSelain itu, rumah prihatin yang terletak di hadapan Hospital Besar Kuala Lumpur, Jalan Pahang ini juga adalah sebuah pusat bagi pihak yang berkepentingan khususnya dalam usaha untuk membantu membaik pulih kesihatan mental para individu yang tertekan.\u00a0\n\nFungsi Rumah Prihatin\nFungsi Rumah Prihatin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:\u00a0\n\n\n\n\nPusat untuk menangani masalah / aduan yang disampaikan oleh rakyat melalui program \u201cJejak Prihatin\u201d.\u00a0One stop centre\u00a0kepada sumber tenaga belia dan sukarelawan, menyelaras kegiatan kesukarelawanan;.Pusat untuk menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank).Pusat untuk menyelaras tugas-tugas perubatan program suntikan vaksinasi COVID-19, dan program saringan COVID-19 RTK-Ag.Pusat untuk menyelaras pengurusan sanitasi awam.Pusat untuk menyelaras pengurusan gelandangan.\u00a0Pusat untuk lain-lain program yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.\nPerkhidmatan Rumah Prihatin\nTerdapat 6 perkhidmatan Rumah Prihatin yang ditawarkan buat permulaan seperti:\nDapur Prihatin (DP): Dapur berpusat ini menyediakan makanan percuma berjumlah 1,000 pek sehari kepada golongan gelandangan, fakir miskin, petugas barisan hadapan, musafir dan golongan yang tidak berkemampuan.Bilik Penginapan Prihatin (BPP): Sebanyak 300 bilik penginapan hotel untuk manfaat golongan musafir, pelajar, individu-individu yang memerlukan penginapan sementara dan hanya perlu membayar berdasarkan konsep BSM (Bayar Minimum Sekadar Mampu).\u00a0Klinik Kesihatan Mental Prihatin (KKMP): Khidmat klinik penjagaan kesihatan mental dan kaunseling yang dilaksanakan secara perseorangan dan kerahsiaan peribadi. Perkhidmatan kaunseling bagi menguruskan beban kewangan turut disediakan.\u00a0Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP): Perkhidmatan vaksinasi yang dijalankan untuk peniaga, penjaja, golongan yang kurang upaya, gelandangan dan mereka yang memerlukan bantuan khas.Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP)\u00a0\u2013 Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO-NGO dikoordinasikan untuk turun padang, menjejak dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan mengumpul maklumat aduan atau bantuan yang diperlukan sama ada berbentuk fizikal, mental mahupun kerohanian. Foodbank Prihatin: Sumbangan makanan kering kepada golongan rentan bandar yang memerlukan melalui Majlis Perwakilan Penduduk dan sukarelawan.\nCara Mendapatkan Perkhidmatan\nUntuk mendapatkan bantuan perkhidmatan-perkhimatan Rumah [email\u00a0protected] Seasons tersebut, sila hubungi talian berikut:\nDapur Prihatin (DP): 011-7074 2927Bilik Penginapan Prihatin (BPP): 011-7073 6458Klinik Kesihatan Mental Prihatin (KKMP): 011-7073 8412Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP): 011-7074 2318Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP): 011-7073 8633Foodbank Prihatin: 011-7110 7898\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Rumah [email\u00a0protected] Seasons, sila layari laman web https://www.yayasanwp.org/rumahprihatin. \n\u200b\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-mierul-aiman/", "title": "Biodata Mierul Aiman, Pelakon High Council, Hero Remaja 2021", "body": ["\n\n", "\nNama Mierul Aiman melonjak naik selepas drama Projek : High Council terbitan Astro menjadi tular di kalangan penggemar drama tempatan.\nWalaupun masih baharu dalam industri lakonan, namun ramai yang memuji bakat semulajadi Mierul yang membawakan watak Nur Fakhri bin Firdaus Ismet dalam drama tersebut.\n\nFenomena drama yang turut dibintangi oleh wajah-wajah baharu seperti Amir Ahnaf dan Nadhir Nasar ini cukup luar biasa. \nRamai yang turut memuji bakat profesional serta mutu lakonan pelakon-pelakon baharu ini meskipun rata-rata drama ini merupakan kemunculan pertama mereka di kaca televisyen. \u00a0\nKini, kemunculan Mierul Aiman dalam drama terbaharu Astro, Imam Instant Ustazah Scammer menjadi trending di media sosial. \nMemegang watak sebagai Ronaldo, drama komedi ini menggandingkan beliau bersama pelakon popular lain seperti Hun Haqeem, Qasrina dan Mira Filzah.\nNak kenali pelakon yang terkenal dengan trademark \u2018rahang lelaki\u2019 ini? Jom kita semak serba sedikit latar belakang serta biodata Mierul Aiman. \u00a0\n\nBaca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)\nBiodata Mierul Aiman, Pelakon Projek : High Council\nNama Penuh : Muhammad Amirul Aiman bin Norazman\nNama Komersial : Mierul Aiman\nTarikh Lahir : 14 Julai 1998\nAsal : Putrajaya\nUmur : 25 tahun (2023)\nAdik beradik : Anak kedua daripada 5 orang adik beradik\n\n\n\n\nKetinggian : 178 cm\nPendidikan :\n\nSekolah Menengah Sains Selangor\nIjazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya\n\nInstagram : @mierulaiman\nKredit : Kosmo! \nPerjalanan Karier\nSebelum menyertai Hero Remaja 2021, Mierul Aiman dikatakan telah menceburkan diri dalam bidang peragaan sejak tahun 2016 lagi.\nAtas bakat lakonan serta karismanya yang memukau, Mierul Aiman berjaya menyandang gelaran juara bagi program tersebut.\n\n\nMenerusi Projek : High Council, beliau turut digandingkan dengan peserta Hero Remaja yang seangkatan dengannya iaitu Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris. \nSementara itu, Nadhir Nasar dan Hazeeq Dean yang turut membintangi drama bersiri tersebut pula merupakan finalis Hero Remaja bagi tahun sebelumnya.\nLakonan pertama Mierul Aiman adalah menerusi telefilem Hierarki arahan Boy Fareed Sharif pada tahun 2021. Telefilem tersebut turut menampilkan 11 lagi finalis Hero Remaja pada tahun itu.\nBeliau turut membintangi filem pendek iaitu Villa Rosly bersama Shaza Bae, Mia Sara dan Akmal Asyraf. \nFilem pendek yang diarahkan oleh Nadhir Nasar itu telah dipilih sebagai finalis bagi acara BMW Shorties 2022. \nMemiliki bakat semulajadi dalam bidang peragaan, Mierul juga turut dipilih sebagai duta bagi jenama pakaian tradisional terkenal, Bulan Bintang. \nDengan populariti yang diraih selepas drama bersiri Projek : High Council, ramai yang menantikan lakonan Mierul Aiman pada masa akan datang. \nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Mierul Aiman, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau di @mierulaiman. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-anak-pelihara-bap/", "title": "Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM250 Jabatan Kebajikan Masyrakat", "body": ["\n\n", "\nBajet 2022,permohonan bagi Bantuan Anak Pelihara (BAP) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini adalah sebagai insiatif pihak kerajaan membantu untuk meringankan beban ibu bapa atau keluarga yang sanggup menjaga anak yatim piatu sebagai anak pelihara yang kurang bernasib baik.\nKerajaan menawarkan bantuan berbentuk kewangan RM250 sebulan atau maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.\nApa Itu Bantuan Anak Pelihara (BAP)?\n\nMembantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.\nSyarat Kelayakan\nKeluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-\u00a0\nKanak-kanak berumur bawah 18 tahun;Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atauKanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-Kanak-kanak yang diambil dari \u201cProgram Anak Pelihara\u201d yang dikendalikan oleh JKM; atauKanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.\nBaca juga : Permohonan Bantuan Kanak-Kanak RM1000\nCara Permohonan\nPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.\nBorang Berkaitan\nJKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini, anda boleh menghubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;\n\n\n\n\nIbu Pejabat\nJabatan Kebajikan MasyarakatAras 6, 9-18No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 PutrajayaTelefon : 03 \u2013 8000 8000Faks : 03 \u2013 8323 2045\nEmel :\u00a0Maklum Balas (ISPAAA)\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/myice-permohonan-geran-rm10000/", "title": "MyICE | Cara Membuat Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar", "body": ["\n\n", "\nMyICE | Cara Membuat Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar ~ Sukacita dimaklumkan, Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) menawarkan Geran sebanyak RM10,000 khusus kepada beberapa kategori Pertubuhan Berdaftar seperti berikut:\nKEBAJIKANSOSIALKESELAMATANHAK ASASI\nGeran MyICE\nMalaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah merupakan satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).\u00a0\nPemberian geran ini adalah bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.\n\nSyarat Kelayakan\nPertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021.\u00a0\n(Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.)\nKEBAJIKAN:\nIbu TunggalKebajikan MasyarakatKebajikan AhliOrang Kurang Upaya (OKU)Warga EmasKanak-KanakKategori Keselamatan:\u00a0Pencegahan JenayahBomba SukarelaKategori Hak Asasi\u00a0Alam SekitarPenggunaManusiaPendidikan\nSOSIAL:\nAlumniPendidikanPendudukKeturunanPekerjaanPertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.\nKESELAMATANHAK ASASI\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila isi dan lengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di pautan berikut: www.eroses.gov.my.\u00a0\nPermohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.\nPertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE.\u00a0\nPemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan & Semakan\nPermohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.\nManakala, keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang.\nKeputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD\nSurat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.\nJumlah Peruntukan\nJumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.\nMuat Turun Manual Panduan\nPanduan Pengguna untuk mendaftar CawanganPanduan Pengguna untuk mendaftar Persatuan Induk\nBIL\u00a0DOKUMEN\u00a0AKTIVITI1.\u00a0GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERANMUAT TURUN2.\u00a0CONTOH KERTAS KERJA PROGRAMMUAT TURUN3.\u00a0CONTOH LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAMMUAT TURUN\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: https://www.eroses.gov.my/\u00a0\nDapatkan maklumat lanjut di: https://www.eroses.gov.my/utama_p.php\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/abpbh-35-2023/", "title": "ABPBH 35 (2023): Senarai Calon, Undian & Siaran Langsung", "body": ["\n\n", "\nDebaran ABPBH 35 2023 kembali hangat senarai calon, tarikh siaran langsung malam kemuncak anugerah bintang popular berita harian dan undian telah pun dibuka selepas secara rasminya pelancaran bagi anugerah berprestij sejak 1987 itu diumumkan pada 11 Mei 2023 yang lalu di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, iaitu stesen kereta api ikonik milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin.\nSelepas detik-detik yang sukar dihadapi bagi pengiat seni sejak covid-19 melanda, ABPBH 35 kini kembali ke pentas dan dibuat secara bersemuka bagi merancakkan semula industri kreatif tempatan serta bagi mengiktiraf sumbangan kepada insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular.\nABPHB 35 \u2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023\n\nMalam kemuncak ABPHB 2023 akan berisaran secara langsung pada 21 Julai 2023 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya . Ianya di bawakan oleh penaja utama ABPBH 35 iaitu produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, keluaran Fellera. Selain daripada itu siaran langsung anugerah bintang popular berita harian 35 juga akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3\nAnugerah Berita Harian Popular edisi 35 2023 kali ini memberi fokus utama kepada golongan generasi Z dengan memberi pengiktirafan kepada anak muda dalam meningkatkan potensi diri serta berkongsi bakat dan nilai positif dalam menggapai kegemilangan selain turut tidak melupakan barisan orang lama sebgai senior dalam bidang seni kreatif.\nSelain 12 kategori utama yang dipertandingkan, 7 kategori Ekstra! diperkenalkan bagi membolehkan peminat dari generasi z membuat pilihan siapakah yang lebih layak untuk dianugerahkan tujuh kategori popular bersifat semasa dan \u2018trending\u2019, termasuk kandungan popular platform digital,\nBagi memartabatkan kredibiliti acara anugerah yang sinonim dengan BH juga, pembaharuan dan evolusi telah dibuat dengan Pelantikan Lembaga Juri ABPBH 35.\nTema ABPBH 35\nTema bagi anugerah bintang harian popular berita harian edisi ke-35 ialah Ekpresi Legasi Seni yang mana ianya membawa peminat seni tanah air untuk menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma hingga bakat pelapis era digital\nSenarai Kategori di Pertandingkan\nAnugerah Kategori Utama ABPBH 35\nABPBH ke-35 menawarkan dua belas \u00a0Kategori Utama yang dipertandingkan iaitu ;\n\nBBNU Lelaki Popular\nBBNU Wanita Popular\nPenyanyi Lelaki Popular\nPenyanyi Wanita Popular\nArtis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular\nAktor Filem Popular\nAktres Filem Popular\nAktor TV Popular\nAktres TV Popular\nPenyampai Radio Popular,\nPengacara TV Popular dan\nArtis Komedi Popular\n\nUntuk edisi ABPBH 2023 juga, selain kategori utama, turut dipertandingkan adalah tujuh Kategori Ekstra yang memfokuskan generasi z iaitu ;\nAnugerah Kategori Ekstra ABPBH 35\n\nCouple Drama Popular\nCouple Filem Popular\nDrama Popular\nLagu Paling Boom\nContent Creator Popular\nTikTokers Popular dan\nVideo Viral Popular\n\nSenarai Calon ABPBH 35 Mengikut Kategori\nBerikut merupakan senarai calon top 20 ABPBH 35 \u2013 Ekspresi Legasi Seni 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan ;\nSenarai Calon ABPBH 2023 Kategori Utama\nTop 20 Calon BBNU Lelaki Popular\n\nDanial Chuer\nMeer Nash\nImran Aqil\nIdan Aedan\nDanish Iskandar\nMalek Mccrone\nAhmad Syafiq\nIman Zulkarnain\nNaufal Azrin\nHalim Radzi\nFadhli Masoot\nRian Shain\nlan Haziq\nMierul Aiman\nAmeerul Asyraf\nAbbas Mahmood\nDanish Hazriq\nAmir Ahnaf\nSyarafi Sudarmaji\nSefik Khair\n\nTop 20 Senarai Calon BBNU Wanita Poluplar\n\nLia Aziz\nSophia Albarakbah\nVanessa Reynauld\nSiti Hariesa\nBunga Isme\nEmma Sofea\nAnna Jobling\nYana\nYazmin Aziz\nIman Suhana\nRita Nadira\nSiti Khadijah Halim\nNynaa Harizal\nAsha Merican\nNuha Bahrin\nQasrina Karim\nPuteri Khareeza\nYah Kuchai\nAlena Murang\nChombi\n\nTop 20 Penyanyi Lelaki Polular\n\n\nHael Husaini\nNaim Daniel\nHaqiem Rusli\nKhai Bahar\nSyamel\nAnuar Zain\n7. Hafiz Suip\nIsmail Izzani\nYonnyboii\nSufian Suhaimi\nNaqiu\nAlyph\nAzzam Sham\nAndi Bernadee\nFaizal Tahir\nAmir Masdi\nHazama\nAfieq Shazwan\nAchey\nSonaOne\n\nTop 20 Senarai Calon Wanita Popular\n\nNabila Razali\nIman Troye\nYuna\nAina Abdul\nMarsha Milan\nSiti Nordiana\nBunga\nWany Hasrita\nErnie Zakri\nKaka Azraff\nAisha Retno\nAra Johari\nNikki Palikat\nDayang Nurfaizah\nShiha Zikir\nJanna Nick\nStacy\nShila Amzah\nElizabeth Tan\nBaby Shima\n\nTop 20 Senarai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular\n\nLia Ahmad & Asfan Shah\nJoe Flizzow, MK & Jay Park\nYonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir\nDolla\nNoki & MK\nKmy Kmo & Luca Sickta ft Sufian Suhaimi\nErnie Zakri & Hafiz Suip\nErnie Zakri & Syamel\nSiti Nordiana & Bunga Isme\nBunga Isme & Noraniza Idris\nNuha Bahrin & Naufal Azrin\nMasdo\nAiman Sidek & Alin Sidek\nNaqiu & Vanessa Reynauld\nKhai Bahar & Aina Abdul\nAfieq Shazwan & Tajul\nKmy Kmo, Luca Sickta & Datuk Jamal Abdillah\nDayang Nurfaizah & Amir Masdi\nAlif Satar & The Locos\nJoe Flizzow & SonaOne\n\nTop 20 Senarai Calon Aktor Filem Popular\n\nFattah Amin\nZizan Razak\nNas-T\nZul Ariffin\nBell Ngasri\nDatuk Awie\nAmerul Affendi\nJoey Daud\nHairul Azreen\nAzhan Rani\nFarid Kamil\nSaharul Ridzwan\nJaa Suzuran\nMK K-Clique\nDatuk Rahim Razali\nDatuk Adi Putra\nBeto Kusyairy\nSyahmi Sazli\nAiman Hakim Ridza\nIdan Aedan\n\nTop 20 Senarai Aktres Filem Popular\n\nJanna Nick\nMona Allen\nAzira Shafinaz\nDiana Danielle\nKaka Azraff\nNabila Huda\nYah Kuchai\nLim Mei Fen\nElizabeth Tan\nFarah Ahmad\nMaya Karin\nNadiya Nisaa\nLayla Sania\nSangeeta Krishnasamy\nAlicia Amin\nKhatijah Tan\nSophia Albarakbah\nNasha Aziz\nSara Ali\nAhirine Ahirudin\n\nTop 20 Senarai Calon Aktor TV Popular\n\n\n\n\n\n\nAdam Lee\nAzlee Khairi\nRedza Rosli\nSaharul Ridzwan\nBeto Kusyairy\nHisyam Hamid\nNazim Othman\nAedy Ashraf\nSyafiq Kyle\nMeerqeen\nAndi Bernadee\nShukri Yahaya\nBen Amir\nHun Haqeem\nAlif Satar\nKamal Adli\nDatuk Aaron Aziz\nFattah Amin\nZul Ariffin\nJalil Hamid\n\nTop 20 Senarai Aktres Tv Popular\n\nIntan Najuwa\nAmyra Rosli\nSweet Qismina\nPuteri Sarah Liyana\nSiti Saleha\nMira Filzah\nNabila Huda\nAmelia Henderson\nNad Zainal\nEmma Maembong\nJanna Nick\nUqasha Senrose\nSharifah Rose\nRuhainies\nFasha Sandha\nNelydia Senrose\nUmmi Nazeera\nRaysha Rizrose\nAnna Jobling\nSophia Albarakbah\n\nTop 20 Senarai Calon Penyampai Radio Popular\n\nJohan\nFara Fauzana\nAG\nFizi Ali\nMuaz Mohamed\nHaiza\nMek Zura\nFizie\nMunaa Bella\nIsha Norsham\nJep\nSiti Elizad\nIssey Fazlisham\nMawi\nDJ Lin\nDJ Nazz\nCik Piah\nTyzo\nSharifah Shahirah\nDJ Sonic\n\nTop 20 Senarai Calon Pengacara Tv Popular\n\n\nSherry Alhadad\nNabil Ahmad\nAmyra Rosli\nSean Lee\nJanna Nick\nAhmad Fedtri Yahya\nJihan Muse\nNeelofa\nHaziq Hussni\nUyaina Arshad\nAlif Satar\nHawa Rizwana\nElly Mazlein\nFaizal Ismail\nMuaz Mohamed\nIzzue Islam\nDatuk Rosyam Nor\nFahrin Ahmad\nNabila Huda\nAin Edruce\n\nTop 20 Senarai Artis Komedi Popular\n\nSaiful Apek\nKazar Saisi\nDidie Alias\nJaa Suzuran\nAzlee Senario\nAzhan Rani\nAchey\nAzad Jasmin\nKhatijah Tan\nNormah Damanhuri\nLiza Abdullah\nDatuk Awie\nSyahmi Sazli\nZizan Razak\nJohan\nJoey Daud\nBell Ngasri\nRopie Cecupak\nSabri Yunus\nAtu Zero\n\nSenarai Calon ABPBH 35 Kategori Ekstra\nTop 20 Senarai Calon Couple Drama Popular ABPBH 2023\n\nAdam Lee & Sweet Qismina (Bidadari Salju)\nRedza Rosli & Sharifah Rose (Kekasih Hati Mr Bodyguard)\nRedza Rosli & Intan Najuwa (Tak Sempurna Mencintaimu)\nSaharul Ridzwan & Amyra Rosli (Sabarlah Duhai Hati)\nNazim Othman & Nad Zainal (Takdir Yang Tertulis)\nAedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)\nSiti Saleha & Syukri Yahaya (7 Hari Mencintaku 3)\nAniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)\nHisyam Hamid & Scha Elinnea (Kerana Aku Isteri Bidaan)\nAndi Bernadee & Janna Nick (Melastik Ke Hatimu)\nFattah Amin & Nelydia Senrose (Khilaf Asmara)\nAlif Satar & Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)\nHisyam Hamid & Ruhainies (Cukup Derita Itu)\nKamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)\nAmar Bahrin & Isyariana (Hati Yang Dikhianati)\nSyukri Yahaya & Uqasha Senrose (Rindu Awak Separuh Nyawa 2)\nFasha Sandha & Afieq Shazwan (Rampas Cintaku)\nDatuk Aaron Aziz & Sophia Albarakbah (Suamiku Lelaki Pendosa)\nRedza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)\nMeerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)\n\nTop 20 Senarai Couple Filem Popular ABPBH 2023\n\nMona Allen & Pekin Ibrahim (Salina)\nZul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)\nNam Ron & Farah Ahmad (Roh)\nDatuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)\nZul Ariffin & Amelia Henderson (J2: J Retribusi)\nBeto Kusyairy & Nabila Huda (Halimun)\nAzhan Rani dan Nazia Mustafar (Kampung Latah Kena Kuarantin)\nAlicia Amin & Syazuwan Hassan (The Disappearance Of Irdina Adhwa)\nAmerul Affendi & Lim Mei Fen (Prebet Sapu)\nQasrina Karim & Wilson Lee (Kongsi Raya)\nFarid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)\nNabila Huda & Saharul Ridzwan (Renjana)\nEyka Farhana & Jaa Suzuran (Autumn In Wales)\nMK K-Clique & Azira Shafinaz (Bunga dan Kayu)\nZizan Razak & Daiyan Trisha (Rompak)\nDatuk Hattan & Ahirine Ahirudin (Gadis Jolobu The Movie)\nZizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)\nZahiril Adzim & Shiqin Kamal (Ada Hantu 2)\nNaqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)\nIsmail Izzani & Yana (Dendam Penunggu)\n\nTop 20 Senarai Calon Drama Popular\n\nHati Yang Dikhianati\nAyahanda\nKekasih Hati Mr Bodyguard\nRahimah Tanpa Rahim\nMelastik Ke Hatimu\nKisah Cinta Kita\nSekali Lagi Cinta Kembali\nSetelah Terlafaznya Akad 2\nTakdir Yang Tertulis\nRindu Awak Separuh Nyawa 2\nSabarlah Duhai Hati\nBudak Tebing 2\n7 Hari Mencintaiku 3\nRampas Cintaku\nMelur Untuk Firdaus\nDendam Seorang Isteri\nSuamiku Lelaki Pendosa\nBisik-Bisik Gelora\nKhilaf Asmara\nRisik Pada Hati\n\nTop 20 Senarai Calon Lagu Paling Boom ABPBH 2023\n\nSantai (Faizal Tahir)\nKelentang Kelentung (Hael Husaini)\nSepi (Aina Abdul)\nKucu Kuca (Lia Aziz)\nIntan Payung (Bunga Isme & Noraniza Idris)\nMainan (Naim Daniel)\nKorban (Ernie Zakri)\nMimpi (Haqiem Rusli)\nSatu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & SonaOne)\nLalai (Baby Shima)\nMalam Semakin Dingin (Afieq Shazwan & Tajul)\nBerani (Dolla)\nAEWO (Shiha Zikir & Noki)\nNang (Iman Troye)\nAnugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)\nRindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa Reynauld)\nGatal (Janna Nick)\nCinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)\nTerus Hidup (Aina Abdul)\nCasablanca (Nuha Bahrin & Naufal)\n\nTop 20 Senarai Calon Content Creator Popular\n\nSofyank\nIsa iSarb\nArieff Yong\nRyan Bakery\nAlieff Irfan\nDD Chronicle\nSoloz\nIsaac Osman\nMark Odea\nKhairul Aming\nMek Yun\nSyahmi Sazli\nLuqman Podolski\nSlurpee Crank\nCeddy Ang\nBoss James\nMarbitter\nQawiyaro\nDurian Kimchi\nCik Yah Official\n\nTop 20 Senarai Calon Tiktokers Popular\n\nRyan Bakery\nWanchai\nImranbard\nSally Whoo\nMamat Got No Chill\nUstaz Adnin\nBagsudu\nBlack\nHafiz Mahamad\nAaabias\nRozyana Roslan\nMiaazahar (Kak Dino)\nUbai MZ\nUstaz Ahmad Yusof\nFendy Mojo\nNelysa Norazlan\nHosni Mubarak\nHamdan Mubarak\nSir Asai\nAleeya Zailan\n\nTop 20 Calon Video Viral Popular\n\nHelmet Singer\nAiriena Yahaya\nAldariya Dareesa\nSatthiya Kandi\nCatriona Ross Official (Kak Kek)\nImran Bard\nSherry Alhadad\nBell Ngasri\nAdyna Sumayyah\nJebat Jayden\nMak Jenny\nAaabias\nDouglas Lim\nSyahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey\nWaknat TV\nRyan Bakery\nRatu Farah Diva\nDanial Zaini\nAjiq Haris\nHaziq\n\nCara Undian Online ABPBH 2023\n\nPenilaian pemilihan calon yang layak adalah mematuhi syarat asas ditetapkan Jawatankuasa Penganjur ABPBH 35 termasuk penilaian Lembaga Juri ABPBH 35, membabitkan artis atau selebriti yang menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk fizikal termasuk rakaman atau kandungan digital yang memenuhi kriteria mengikut kategori disaingi, bagi tahun pencalonan 2021 dan 2022.\nSelain daripada itu keputusan berdasarkan sistem penjurian iaitu 70% undian orang awam dan 30% undian juri. \nTarikh tutup undian pada 11 Jun, jam 11.59 malam (Peringkat awal Top 20) dan 15 Julai,jam 11.59 (Peringkat Top 5)\nKakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan The New Straits Times Press(NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH35 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini\nBagi undi awam pula, undian boleh dibuat secara online dengan cara berikut.\nCara undian PERCUMA\n\nSetiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam masa 10 minit.\nLayari laman https://www.abpbh.com.my/ dan pergi ke menu Undian\nIsi maklumat peribadi anda: Nama, No. Telefon dan emel\nPilih Undian Percuma dan klik butang untuk mengundi\nKlik pada butang undi pada selebriti pilihan anda\nUndi selebriti pilihan anda dan hantar undian\nSetiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja\n\nCara undian LANGGANAN\n\nLayari Portal Berita Harian ePaper untuk melanggan akhbar digital Berita Harian\nPilih pakej langganan anda, masukkan email dan lakukan transaksi pembayaran secara atas talian atau tunai\nKembali ke laman sesawang ABPBH dan pergi ke menu Undian\nIsi maklumat peribadi anda: Nama, No. Telefon dan Emel dan klik hantar\nPilih Undian Melalui Langganan dan klik butang untuk mengundi\nPilih kategori dan selebriti pilihan anda\nMasukkan email yang digunakan untuk melanggan BH Digital dan klik \u201cUNDI\u201d\nPilih pakej langganan anda dan tekan \u201cBOOST UNDI\u201d\n\nSiaran Langsung ABPBH 35 2023\nSiaran langsung kemuncak anugerah bintang popular berita harian (ABPBH 35) 2023 akan bersiaran pada 21 Julai 2023 melalui TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kasih-bangsa-johor-2022/", "title": "Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022, Ini Senarai Penerima Insentif", "body": ["\n\n", "\nJOHOR : Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 merupakan insentif khas 2022 yang baru di umumkan oleh menteri besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui sebuah pengumuman khas pada 14 April 2022 kemarin. Cara permohonan, semakan status dan syarat kelayakan boleh rujuk jabatan atau agensi di bawah kerajaan Johor yang telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan insentif bantuan ini\nUntuk Bantuan Kasih untuk Bangsa Johor ini, kerajaan negeri memperuntukan dana sebanyak RM144.36 juta.\nBantuan ini akan meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi.\n\u00a0Daripada 5 kategori ini, ianya di pecahkan kepada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh.\nBantuan Kasih Bangsa Johor 2022\n\nSetiap bantuan insentif ini, bangsa johor boleh merujuk kepada badan-badan kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan Johor untuk cara permohonan dan maklumat lanjut. \nBerikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:\nBantuan Beras Bangsa JohorSetiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg berasDi uruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan Pejabat Daerah masing-masingUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526\nBantuan Pekerja Ekonomi GIGBantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makananDi urusakan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-5225400\nBantuan Imarah Masjid & SurauRM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-QuranDi uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900\n\nBantuan Khas Aidilfitri Fakir MiskinRM400: Golongan fakirRM300: Golongan miskin dan setiap tanggungan pula terima tambahan RM50Di uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900\n\nBantuan Pasangan Raja SehariBantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawahDi uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900 (JAINJ), 07-2341690 (JPN)\n\nProgram i-BerkatBantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantarDi uruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga Darul Takzim Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526\n\n\n\n\n\nBantuan Pengusaha Bot PelanconganRM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelanconganDi uruskan oleh TOURISM JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432\n\nBantuan Pemandu Bas Awam & Bas EkspresBantuan RM300 bagi pemandu bas yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)Di uruskan oleh Pengangkutan Awam JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-5225400\n\nBantuan Geran Pesara PolisBantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri JohorDi uruskan oleh Pejabat Menteri Besar JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355\nBantuan Geran Pesara ATMBantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri JohorDi uruskan oleh Pejabat Menteri Besar JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355\nBantuan Ketua KampungBantuan RM500 Kepada Ketua KampungDi uruskan oleh setiausaha Kerajaan Bahagian PengurusanUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666070\n\nBiasiswa Bangsa JohorPembelajaran secara percuma untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda di\u00a0Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)Di uruskan oleh Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-231000\n\nBantuan Mahasiswa IPTA /IPTSSkim Bantuan Pendaftaran Kemasukan ke IPTA / IPTS\u00a0bagi Diploma (RM500) dan Ijazah Sarjana Muda (RM1000)Di uruskan oleh Yayasan Pelajaran JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2344355\nBantuan Kepada Nelayan Nelayan-nelayan berdaftar dengan jabatan perikananDi uruskan oleh Jabatan Perikanan MalaysiaUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2244079\n\nInsentif Mesra rumah sewa kerajaan (RSK)Di uruskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-266620 \nInsentif Perumahan Rakyat (PPR)Di uruskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-266620 \nAnak Johor Prihatinanak yatim bersekolah yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat wabak COVID-19Bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 akan disalurkan kepada anak yatim dan anak yatim piatu hingga tamat persekolahanbantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans bagi anak yatim piatu sehingga mereka berumur 21 tahunDi uruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul TazimUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526\nBantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas Dan Anak YatimGeran RM10,000 diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Di uruskan oleh Jabatan Kebajikan MasyarakatUntuk makulmat lanjut, sila hubungi : 07-22282970\nBantuan Geran Orang Muda JohorDi uruskan oleh Insitut Dato OnnUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2071551\nBantuan Geran Majlis Belia Negeri JohorDiuruskan oleh Pejabat Menteri Besar JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355\nBantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 Kepada Pelajar Sekolah RendahDari keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000bAGI KELUARGA BERPENDAPATAN rm3,000 ke bawah, bantuan awal persekolahan telah diuruskan oleh kerajaan persekutuan pada tahun iniDi rusukan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan Kementarian Pendidikan MalaysiaUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2344355\nBantuan RM2,000 Kepada Agensi PelanconganYang berdaftar di bawah MOTACDiuruskan oleh TOURISM JohonUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432\nBantuan RM1,000 Kepada Pengusaha HomestayYang berdaftar di bawah MOTACDiuruskan oleh TOURISM JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432\nBantuan RM2,000 Kepada Operator hotelYang berdaftar di bawah MOTACDiuruskan oleh TOURISM JohorUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432\nInsentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa TempatanMeneruskan pengecualian bayaran sewa premis dan gerai milik PBT tahun 2022Di uruskan oleh Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan TempatanUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666380\nInsentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa TempatanPengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja dan PKS tahun 2022Di uruskan oleh Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan TempatanUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666380\nBantuan Geran Southern VolunteersDiuruskan oleh Johor Youth Development CentreUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2661698\nBantuan RM1000 Kepada Pemandu PelancongBerdafatar dengan MOTACDiruskan oleh TOURISM JOHORUntuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432\nPengumuman bantuan ini juga boleh di lihat menerusi media rasmi TV3\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Jcf4OVX0o9A\n\n\nSelain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri Johor juga telah bersetuju untuk memperuntukan bantuan kewangan sebanyak RM18.81 juta. Bantuan ini berbentuk setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri ini.\nMaklumat lanjut tentang insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 boleh dilihat dan dimuat turun di\u00a0https://www.johor.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-vaksin-dos-penggalak-booster/", "title": "Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap", "body": ["\n\n", "\nCara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap ~ Melalui satu kenyataan media, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.\nIni bermakna, bagi sesiapa yang tidak mendapatkan vaksin penggalak tidak akan mendapat status Vaksinasi Lengkap. seperti yang tertera di aplikasi MySejahtera sebelum ini.\u00a0\nCara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster)\u00a0\nSukacita dimaklumkan, kepada semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda kini boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara \u2018walk-in\u2019.\nDaftar Melalui MySejahtera;\u00a0\nBuka aplikasi MySejahtera anda.\u00a0Pergi ke pilihan \u201cHelpdesk\u201d.Kemudian, klik \u201cMula\u201d.Klik \u201cJanji Temu Vaksinasi Penggalak\u201d, dan pilih G.Isi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.\n\nAnda juga boleh rujuk video melalui pautan tweet dibawah:\n\nhttps://twitter.com/JKJAVMY/status/1460458795025403907?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1460458795025403907%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fecentral.my%2Fpendaftaran-booster-dose-vaksin%2F\n\nDaftar Melalui \u2018Walk-In\u2019;\u00a0\nSelain mendaftar melalui MySejahtera, anda juga boleh melakukan pendaftaran secara \u2018walk-in\u2019 bagi menerima suntikan vaksin dos penggalak (Booster Shot).\u00a0\nMenurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak \u2013 Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara \u2018walk-in\u2019 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.\nPendaftaran secara \u2018walk-in\u2019 ini akan dilaksanakan bagi:\n\n\n\n\nIndividu yang layak pemberian dos penggalak.Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu.Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19.Individu yang terlepas janji temu vaksin.Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi.\nKeutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:\nPetugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.Individu berusia 40 tahun dan ke atas.Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang.Ibu mengandung.Keperluan ke luar negara.\nMereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.\n Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel. \nJenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan\n\nSenarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan Walk-In\nUntuk melihat senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan \u2018walk-in\u2019, sila layari: www.protecthealth.com.my\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi KKM di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/high-council/", "title": "Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)", "body": ["\n\n", "\nDrama bersiri terbaharu Astro Originals, Projek : High Council kini trending di kalangan netizen. \nRata-rata penonton cukup berpuas hati dengan plot cerita bagi drama 10 episod arahan Anwari Ashraf ini.\nLain daripada yang lain dan cukup mendebarkan!\nDrama Projek : High Council turut menjadi buah mulut warganet kerana tradisi High Council yang disebut dalam drama ini dikatakan mirip dengan tradisi salah satu sekolah berasrama penuh lelaki di negara ini.\nBukan itu saja, malah banyak adegan dalam drama ini membuatkan ramai mengimbau kembali zaman sekolah menengah suatu ketika dahulu. \nDi samping itu, drama ini juga banyak ketengahkan isu sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti toxic masculinity, kes buli dan racism.\nBaca Juga : Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland\n\n\n\nSinopsis Projek : High Council\nKisah bermula apabila Fakhri (Mierul Aiman) seorang pelajar pintar mendaftarkan diri di sekolah berasrama Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.\nDi situ, dia didedahkan dengan satu tradisi di kalangan pelajar yang telah wujud selama berpuluh iaitu hierarki \u2018High Council\u2019.\nFakhri melihat tradisi ini sebagai salah guna kuasa dan tidak adil sama sekali.\nPada waktu yang sama, Fakhri juga bertemu semula dengan abangnya, Naim (Nadhir Nasar) setelah berpisah selama beberapa tahun akibat masalah keluarga. \u00a0\n\nSikap Fakhri yang kuat memberontak pula membuatkan dia dan rakan sebiliknya, Ayam (Naim Daniel) dan Ikhsan (Muzayyin Mahyuddin) menjadi sasaran pelajar-pelajar senior.\n\n\n\n\nIni membuatkan Fakhri nekad untuk membongkar sekaligus menghentikan tradisi High Council daripada terus membarah di KUDRAT.\nMampukah Fakhri hapuskan hierarki ini? Kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa untuk setia menonton drama ini sampai tamat!\n\nSenarai Pelakon High Council\nDrama ini juga mempertaruhkan banyak bakat-bakat baharu. Jom kita semak barisan pelakon bagi Projek High Council.\nPelakonWatakNadhir NasarNaimMierul AimanFakhriAzhar SulaimanFirdaus IsmetNaim DanielAyam / AzamDaiyan TrishaMiaAmir AhnafKaharYusof HashimAmerSazzy FalakPuan FanizaFazziq MuqrisZahrinFadhli MasootHakeemHazeeq DeanAriz\nReview \nJuara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman berjaya mencipta fenomena menerusi drama bersiri Projek High Council hingga namanya sering meniti di bibir peminat sejak akhir-akhir ini. \nSelain lakonan yang mantap oleh hero, watak-watak sampingan lain juga berjaya dihidupkan dengan sangat baik terutama Naim Daniel dan Daiyan Trisha.\nKalau dulu TV3 ada drama Juvana, kisah suka-duka dalam asrama penuh ini juga tak kurang menarik, walaupun ia mengetengahkan isu berat melibatkan sebuah kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk membuli pelajar lain. Tema yang dekat dengan kita, tapi kita akan tetap teruja nak tahu plotnya.\nDiselitkan juga konflik adik beradik dan kisah persahabatan. Gabungan pelakon familiar dan baru juga nampak berkesan.\nAzhar Sulaiman juga kali ini membawa watak yang lebih segar, agak lain daripada filem dan drama yang pernah dilakonkan sebelum ini.\nRata-rata memang ramai yang cakap drama ni BEST!\n\n\n\n\nJangan terlepas untuk menonton Projek : High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro Go bermula 14 Januari 2023 atau di saluran Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam.\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama ini, sila ikuti laman Instagram Astro Gempak .\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-peningkatan-pendapatan/", "title": "Tawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman", "body": ["\n\n", "\nTawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman ~ Sukacita dimaklumkan program latihan SPEEDS oleh Prasarana kini dibuka.\nPrasarana mengalu-alukan graduan baharu atau individu yang mempunyai pengalaman kerja kurang daripada satu tahun peluang untuk mempercepatkan kerjaya anda dengan Prasarana sebagai pemimpin masa depan. \nPeserta yang lulus permohonan akan ikuti program latihan selama 2 tahun.\nJika anda mempunyai kualiti dan semangat yang bertepatan dengan matlamat pasukan Prasana, anda dipelawa untuk mohon sekarang !\nBaca Juga : Jawatan Kosong Prasarana 2022 Bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda\n\nObjektif Program Latihan Prasarana SPEEDS\nAntara matlamat Prasarana menawarkan program SPEEDS ini adalah :\nUntuk mempercepatkan kerjaya graduan baru untuk menjadi generasi seterusnya sebagai penyumbang utama dan pemimpin syarikat.\nUntuk melatih dan membentuk graduan baru menjadi bakat yang lebih seimbang dengan pendedahan yang baik kepada aspek perniagaan.\n\n\n\n\nTarikh Tutup Permohonan \nUntuk maklumat, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.\nKelebihan Program \nCalon yang menyertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut :\nPembinaan kerjaya yang pantasPersekitaran pembelajaran diperepatkanOn-The-Job trainingMentorship\nSyarat Kelayakan\nPermohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\nMinima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidangKeputusan minima CGPA 3.30 dan ke atasGraduan atau calon mempunyai pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun\nCara Memohon\nPemohon yang beminat serta memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh lakukan permohonan secara tas talian melalui pautan berikut :\nPERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SPEEDS PRASARANA\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program SPEEDS Prasarana , sila rujuk laman web Prasarana atau hubungi pegawai bertugas :\nShaifful Fizal di talian 03 2299 1999 atauMuhammad Nabil Faiq di talian 03 2299 1999.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-insentif-sektor-pelancongan/", "title": "Bantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor", "body": ["\n\n", "\nBantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Insentif Sektor Pelancongan Johor kini dibuka. Insentif ini diwujudkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor kepada petugas pelancongan di negeri tersebut.\nMenerusi insentif ini, bantuan akan diberikan secara one-off kepada empat kategori yang layak dalam sektor pelancongan iaitu :\nPemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor,\nPengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor.\nSyarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Johor.\nPengusaha homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Johor dan Persatuan Homestay negeri Johor.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pemandu Pelancong \nPemohon perlulah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugasan pemandu pelancong beserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.Pemohon wajib menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.Pemohon lengkap 2 dos vaksinasi di Aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pengusaha Hotel Bajet (MyBha JOHOR)\nPengusaha hotel perlulah berdaftar sebagai ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor.Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang tahun 2021.Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan 2022 anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Syarikat Agensi Pelancongan\nMestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan dilesenkan oleh PBT.Pemohon mestilah syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di negeri Johor.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.Pemohon mestilah kemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021.Pemohon mestilah kemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).Pemohon wajib hadiri Latihan Pemerikasaan anjuran Tourism Johor.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pengusaha Homestay\nPengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay negeri Johor.Pemohon mestilah berdaftar dengan ahli persatuan yang diiktiraf di negeri Johor.Pemohon mestilah merupakan pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.Pemohon mesti kemukakan laporan jumlah penginap di homestay sepanjang tahun 2021.Pemohon mestilah kemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di palikasi Johor Tourism Interchange (JTI).Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.Pemohon perlu lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.\n\nCara Memohon\nPemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi syarat-syarat permohonan.\nBorang boleh didapati menerusi pautan seperti berikut :\nPERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF \n\n\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup bagi setiap kategori permohonan Bantuan Insentif Pelancongan Johor adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022.\nBorang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana ditetapkan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Tourism Johor di talian 07-2249960.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah-burger-king/", "title": "Menu Rahmah Burger King : Combo RM 5 Sahaja", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah Burger King\nSejak mula diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), inisiatif Menu Rahmah semakin mendapat sambutan di kalangan pengusaha kedai makan dan restoran.\nTak cukup dengan itu, kini banyak rangkaian restoran makanan segera yang turut menyambut baik inisiatif ini dengan menawarkan aneka menu menarik dengan harga berpatutan.\nMungkin ada yang belum tahu bahawa Burger King merupakan restoran makanan segera pertama yang memperkenalkan Menu Rahmah di Malaysia. Sangat membanggakan!\n\nBerkongsi di Facebook, promosi ini dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan. \nSejak Burger King memulakan inisiatif ini, banyak restoran makanan segera yang turut menyahut seruan kerajaan dalam memperkenalkan menu dengan harga bajet seperti Texas Chicken dan McDonald\u2019s. \nDengan tawaran ini, semua rakyat Malaysia dapat nikmati burger enak pilihan mereka dan sebotol air mineral dengan harga RM 5 sahaja.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai hidangan yang ditawarkan oleh Burger King sempena promosi Menu Rahmah.\n\n\n\n\nBaca Juga : Menu Rahmah Texas Chicken : RM 5 Sahaja Bagi Setiap Kombo\nPilihan Menu Rahmah Burger King\nPelanggan boleh nikmati antara dua menu burger sempena promosi Menu Rahmah iaitu :\n\nBK Chick\u2019N Crisp\nCheesy Beef Burger\n\nMenu dengan harga mampu milik ini tersedia sepanjang hari dan boleh didapati di kebanyakan cawangan Burger King di Semenanjung Malaysia.\n\nTerma dan Syarat Promosi \nTerma dan syarat yang ditetapkan bagi promosi ini adalah seperti berikut :\n\nPromosi hanya sah di cawangan Burger King Semenanjung Malaysia sahaja.\nPromosi tidak sah di cawangan Burger King Sunway Lagoon, Medini Mall, Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Mitsui Outlet Park, Langkawi dan cawangan di lapangan terbang.\nPromosi sah selagi stok masih ada.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai promosi Menu Rahmah serta tawaran terbaharu daripada Burger King, sila ikuti laman Facebook rasmi Burger King di pautan facebook.com/bkmalaysia.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-budi-mara-2022/", "title": "Bantuan Program Budi MARA 2022 \u00a0Untuk Pelajar MRSM B40", "body": ["\n\n", "\nBantuan Program Budi MARA 2022 \u00a0Untuk Pelajar MRSM B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi permohonan Program Budi MARA 2022 kini dibuka.\nProgram BUDI MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi pelajar yang layak.\nProgram BUDI ini membolehkan pelajar daripada keluarga golongan B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan pelajar lain melalui pelbagai kemudahan yang diberikan. ini seterusnya dapat membantu pelajar menyempurnakan sesi pembelajaran dengan sempurna.\nPerlaksanaan program ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekuran-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golongan B40.\nBaca Juga : Kemasukan Mrsm 2022 | Cara Buat Semakan & Rayuan Ke Tingkatan 1 & 4\nPengenalan Program BUDI MARA\nBagi yang tidak tahu, program Budi MARA bukanlah satu program baru sebaliknya sudah diperkenalkan sejak tahun 2005.\nPada awalnya program ini dikenali dengan nama Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada program Budi pada tahun 2006.\nSejak tahun 2005, pihak MARA telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kritera yang ditetapkan.\n\n\n\n\nBantuan yang diberikan tidak terhad kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi lain.\nSyarat Kelayakan\nTidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima bantuan ini. Sebaliknya, para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :\nPendapatan isi rumah kurang RM1,500Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSMKeluarga mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas\nPihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarata bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini.\nBentuk Bantuan \nPelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut:\nYuran persekolahanPakaian sekolahBarangan keperluan harianPeralatan pembelajaranTambang perjalanan cuti semestaPakaian sukanBarangan keperluan peribadiWang saku bulanan RM50Pengecualian bayaran wang caruman\n\nProgram Secara Menyeluruh\nMelalui program ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.\nProgram ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/e-penyata-gaji/", "title": "e Penyata Gaji \u2013 Log Masuk Semakan Slip Gaji Kerajaan", "body": ["\n\n", "\nSemakan e-Penyata gaji kerajaan Jabatan Akauntan Negara (ANM) boleh di buat secara online atau menerusi aplikasi ePaySlip untuk akses yang lebih mudah dan dengan ciri-ciri keselamatan yang telah di pertingkatkan.\nJabatan Akauntan Negara juga peka dengan isu-isu ancaman keselamatan siber yang kian meningkat. \nUntuk keselamatan data para penjawat awam juga, pihak kerajaan sentiasa memastikan data-data peribadi dan maklumat sulit seperti gaji kakitangan awam dengan membuat penyelenggaraan berkala dan meningkatkan tahap security kepada akses data pengguna.\nKakitangan awam juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan segala maklumat peribadi dan data sulit kepada pihak yang tidak sepatutnya.\nApa Itu e Penyata Gaji\n\ne Penyata Gaji adalah satu platform dalam talian yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan penjawat awam dan anggota perkhidmatan awam melihat penyata gaji mereka secara dalam talian.\nDengan ePenyata Gaji, penjawat awam dan anggota perkhidmatan awam boleh mengakses maklumat gaji mereka, termasuk butiran gaji bulanan, bonus, potongan dan elaun. Mereka juga boleh mengakses penyata gaji mereka dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar dengan akses internet\nCara Daftar Log Masuk e Penyata Gaji (ANM) Kali Pertama\n\nUntuk log masuk ke ePenyata Gaji bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web rasmi. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar dan log masuk ke ePenyata Gaji:\n\nPergi ke laman web ePenyata Gaji: https://epenyata.gaji.gov.my/\nKlik pada pautan \u201cDaftar\u201d yang terletak di bawah butang \u201cLog Masuk\u201d.\nIsi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat e-mel yang sah.\nPilih kata laluan yang kuat dan masukkan semula kata laluan yang sama di bahagian pengesahan kata laluan.\nSetelah selesai mengisi maklumat, klik butang \u201cDaftar\u201d.\nAnda akan menerima e-mel pengesahan daripada sistem ePenyata Gaji. Sila klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.\nSetelah mengaktifkan akaun, log masuk ke laman web ePenyata Gaji dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda pilih semasa pendaftaran.\n\nAnda juga boleh semak Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023\nCara Log Masuk e Penyata Gaji\nUntuk log masuk ke ePenyata Gaji dan mendapatkan penyata gaji anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nPergi ke laman web ePenyata Gaji: https://epenyata.gaji.gov.my/\nKlik pada pautan \u201cLog Masuk\u201d.\nMasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda di ruang yang disediakan.\nKemudian, klik butang \u201cLog Masuk\u201d.\nSelepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard ePenyata Gaji anda.\nPilih bulan dan tahun penyata gaji yang ingin anda lihat.\n\nCara Untuk Download Slip Gaji PDF\nUntuk memuat turun penyata gaji dalam format PDF dari ePenyata Gaji, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini:\n\nLog masuk ke akaun ePenyata Gaji anda di laman web rasmi: https://epenyata.gaji.gov.my/\nPilih tahun dan bulan penyata gaji yang ingin anda muat turun.\nSetelah penyata gaji dipaparkan, klik pada butang \u201cCetak\u201d yang terletak di bahagian bawah halaman.\nAnda akan dibawa ke halaman cetakan penyata gaji. Di sini, anda boleh memilih \u201cPDF\u201d sebagai format cetakan.\n\nSetelah memilih format PDF, klik pada butang \u201cCetak\u201d untuk memulakan muat turun penyata gaji dalam format PDF\nCara Semak Slip Gaji Kerajaan melalui Aplikasi ePayslip\n\nSelain semakan melalui website Jabatan Akauntan Negara, kakitangan awam juga boleh membuat semakan gaji penjawat awam menerusi kemudahan aplikasi ePayslip\nUntuk semak penyata melalui aplikasi ePayslip, anda perlu memuat turun aplikasi ePayslip dari Google Play Store atau Apple App Store terlebih dahulu. Selepas memuat turun aplikasi, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\nBuka aplikasi ePayslip dan log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama seperti log masuk ke ePenyata Gaji.\nSetelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard ePayslip.\nPilih bulan dan tahun penyata gaji yang ingin anda lihat.\nAnda boleh melihat maklumat gaji anda, termasuk butiran gaji bulanan, bonus, potongan dan elaun.\nAnda juga boleh memuat turun atau menghantar penyata gaji anda melalui aplikasi ePayslip.\n\n*Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0 telah diberhentikan (berkuatkuasa 1 September 2022). Sila kemaskini aplikasi versi terkini seperti pautan dibawah.\n\nGAMMA (https://bit.ly/ePayslipJANM-GAMMA)\nGoogle Play Store (https://bit.ly/ePayslipJANM-GPS)\nApple App Store (https://apple.co/3FXevNU)\nHuawei AppGallery (https://bit.ly/ePayslipJANM-HAG)\n\nSekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.\nCiri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip)\nBeberapa ciri keselamatan baharu yang telah ditambah kepada ePaySlip adalah seperti berikut:\n\nSemua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.\nPenggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.\nMemperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.\nWatermark baharu untuk penyata gaji bulanan.\nSekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.\nSekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email\u00a0protected]\nePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.\n\nSebarang pertanyaan boleh emelkan ke [email\u00a0protected]\n\nSistem e-Penyata Gaji & Laporan\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:\n\n18 bulan terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Gaji Bulanan; dan\n7 tahun terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan.\n\nAdalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau adauan berkaitan Sistem e Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0dengan menyertakan\u00a0\n\nNama Penuh \nNo.KP,\u00a0\nNo.Gaji, \nNo.Kod Pejabat Perakaunan,\u00a0\nNo.Kod Jabatan\u00a0dan\u00a0\nNo.Kod Pusat Pembayar.\n\nTelefon : 03-8882 1000\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman? a.Klik pada submenu \u201cPenyata Gaji\u201d di bawah menu \u201cPenyata Untuk Pinjaman\u201d.b.Skrin pengesahan untuk masuk ke \u201cPenyata Untuk Pinjaman\u201d akan dipaparkan untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata untuk pinjaman.c.Klik pada butang \u201cYA\u201d akan membawa anda ke skrin \u201cPenyata Untuk Pinjaman\u201d manakala klik pada butang \u201cTIDAK\u201d akan menghantar anda balik kepada skrin sebelum tekan ke menu \u201cPenyata Untuk Pinjaman\u201d.d.Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.e.Klik butang \u201cOK\u201d akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut.f.Seperti yang disebutkan di dalam skrin, anda perlu memuat turun penyata untuk pinjaman tersebut dan membawa ke institusi kewangan seperti (LPPSA, bank, koperasi) untuk rujukan sebelum Tarikh Luput. Berapakah tempoh sah bagi e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod? Tempoh sah laku e-Penyata Gaji JANM dengan kod QR adalah selama 30 hari. Ianya tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad. Cuti umum diambil kira dalam tempoh sah laku tersebut. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bonus-penjawat-awam-sabah/", "title": "Bonus Penjawat Awam Sabah 2022 Sempena Aidilfitri dan Kaamatan", "body": ["\n\n", "\nBonus Penjawat Awam Sabah Sempena Aidilfitri dan Kaamatan 2022 ~ Sukacita diumumkan Kerajaan Negeri akan memberikan bonus RM500 kepada semua penjawat awam Negeri Sabah kategori gred N54 dan ke bawah\nKerajaan Negeri juga bersetuju memberikan bonus Sempena Aidilfitri dan Kaamatan 2022 kepada pesara penjawat awam. Bayaran akan di buat sebelum sambutan hari raya Aidilfitri\nBonus Penjawat Awam Negeri Sabah 2022\n\nBonus ini adalah bagi menghargai sumbangan kakitangan penjawat awam selain sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat .\nPemberian bonus kepada penajawat awam negeri ini selaras dengan bantuan khas kewangan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM500 kepada penjawat awam awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada pesara\nJumlah Bantuan\nPenjawat Awam: RM500.00Pesara Awam: RM250.00\nKategori Penjawat Awam\nKategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:\nPenjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.Penjawat awam sementara,Penjawat Awam lantikan kontrakPekerja sambilan harian (PSH)\nPengumuman mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam negeri Sabah ini, dapat di tonton menerusi berita RTM Sabah.\nKetika mengumumkan pemberian bonus itu di Tawau, Hajiji berkata, bonus tersebut adalah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman itu dibuat selepas beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas baru-baru ini.\nDalam perkembangan lain, Hajiji berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.\nKatanya, lebih 1,000 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan berkenaan.\nHajiji berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau-Bangau, Semporna.\n\u201cKerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,\u201d katanya.\nSemoga dengan insentif berbentuk bonus kepada penjawat awam negeri Sabah dapat memberi sedikit sebanyak suntikan moral untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat Sabah itu sendiri.\nSumber : Awani\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mains-bantuan-keusahawanan-2022-golongan-b40-fakir-miskin/", "title": "MAINS : Bantuan Keusahawanan 2022 Golongan B40 Fakir Miskin", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Keusahawanan Masjlis Agama Islam Negeri sembilan MAINS 2022 kini di buka. Skim bantuan keusahawanan ini bertujuan membantu golongan fakir miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi\n\u00a0\nPermohonan untuk bantuan keusahawanan MAINS ini dibuka sepanjang tahun.\nBaca juga : Permohonan Bantuan Fakir Miskin Negeri Sembilan MAINS\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS\nSehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu(The Muslim Law and Malay Custom(Determination) Enactment.F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perentah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983 (kesalahan-kesalahan syara\u2019) (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).\nUsaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.\nUndang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato\u2019Hj.Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj.Ahmad b Sheikh Hj.Mohd Said b Hj.Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).\n\u00a0\n \nSyarat Permohonan Bantuan Keusahawanan MAINS 2022\nPemohon untuk bantuan ini perlu memenuhi syarat seperti yang berikut ;\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia.\nBermastautin di Negeri Sembilan.\nPerniagaan merupakan sumber pendapatan utama.\nPerniagaan dijalankan sepenuh masa.\nTertakluk pada pengiraan had kifayah.\n\n\u00a0\nCara Memohon\n\nBorang permohonan (Borang Am Kebajikan) boleh didapati di kaunter-kaunter Pejabat MAINS Daerah dan Cawangan atau\nImbas kod QR seperti dalam poster untuk muat turun borang.\n\n\u00a0\nDokumen Di perlukan\n\nSalinan kad pengenalan pemohon\nSalinan kad pengenalan suami/isteri/penjaga\nSalinan sijil nikah /surat cerai/ sijil kematian jika ada\nSalinan bil air /elektrik tempat tinggal pemohon terkini\nSalinan slip gaji /pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan\nSalinan buku akaun /penyata akaun bank (milik pemohon)\nSalinan lesen berniaga /lesen pendaftaran ssm/lesen nelayan\nSalinan penyata kwsp ( jika berkenanan)\nPenyata bank pinjmanan perumahan /pengesahan tuan rumah\nSebutharga barang dari kedai ( jika berkenaan)\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSemua Salinan mestilah disahakan oleh imam masjid/pengerusi masjid/pengerusi jawatankuasa komuniti\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Keusahawanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS 2022, sila rujuk laman web https://www.mains.gov.my/ MAINS atau scan kod QR yang terdapat dalam poster di atas.\n\u00a0\nAlamat\nMAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN\nPejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan\nEmail : [email\u00a0protected]\nNombor telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405\nNombor fax : 06-762 0648\nLaman sosial MAINS\n\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/majlisagamaislamns\nInstagram :\u00a0https://www.instagram.com/majlisagamaislamns/\nTiktok :\u00a0https://www.tiktok.com/@majlisagamaislamns\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-younity-pernas-pembiayaan-untuk-belia-mula-perniagaan-francais/", "title": "Program Younity Pernas Pembiayaan Untuk Belia Mula Perniagaan Francais", "body": ["\n\n", "\nBerita baik Program Younity Pernas menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk belia yang berminat untuk menceburi perniagaan francais.\n\nProgram ini menyediakan latihan dan pembiayaan pada kadar yang kompetitif kepada usahawan atau bakal usahawan francais terutamanya kepada usahawan muda.\nTerbuka kepada semua usahawan muda yang ingin terlibat dalam perniagaan permulaan atau mengembangkan perniagaan mereka melalui skim pembiayaan Francaisor, Francaisi, Pra-Francaisor, Pemberi Lesen, Pemegang Lesen dan Perniagaan dalam Transformasi (BIT).\nApa itu Program YOUNITY Pernas?\nProgram khas untuk golongan belia bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra \u2013francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur,padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan\nBaca juga : Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H PEMERKASA One-Off RM3000\nLatar Belakang Pernas\nPerbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.\nPernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti.\n\n\n\n\nPernas juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu objektif utama Pernas adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.\nPernas juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.\nBerpusat di Menara Pernas, Bangsar South City, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Pernas Wilayah Timur, Pejabat Pernas Wilayah Utara, Pejabat Pernas Wilayah Selatan, Pejabat Pernas Wilayah Sabah, dan Pejabat Pernas Wilayah Sarawak yang bersedia menjalankan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi ke tahap antarabangsa.\nSyarat Kelayakan\nSyarat Individu\n1 tahun- 40 tahun (lelaki dan wanita )Peserta belia harus memiliki minimum 60% saham syarikat\nSyarat Syarikat\nKriteria kelayakan pembiayaan Francaisi adalah seperti berikut:Usahawan adalah pemilik / pengusahaFrancaisor / Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)100% ekuiti dimiliki oleh BumiputeraSurat Tawaran dari Francaisor/Francaisi IndukPermohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahajaPerniagaan mesti Patuh SyariahPelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNSKriteria kelayakan pembiayaan Pra-Francaisi adalah seperti berikut:Usahawan adalah pemilik / pengusaha100% ekuiti dimiliki oleh BumiputeraSurat Tawaran dari Pra-FrancaisorPermohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahajaPerniagaan mesti Patuh SyariahPelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS\nSyarat Pembiayaan\nPembiayaan Islam (Tawarruq)Saiz Pembiayaan Sehingga RM500,000Kadar Keuntungan 3.75% setahunTempoh Pembiayaan Sehingga 7 tahun\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pernas.my/younity-program/\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Program Younity Pernas, anda boleh hubungi melalui e-mel [email\u00a0protected] atau anda juga boleh layari laman koprat www.pernas.my \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-sbp-2023/", "title": "Semakan SBP 2023 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 & 4", "body": ["\n\n", "\nSEMAKAN\u00a0TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) & EMPAT (4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN\u00a02023/2024 ADALAH PADA 17 MAC SEHINGGA 2 APRIL\u00a02023.\u00a0\nKeputusan kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP / SMKA) Sesi 2023 / 2024 boleh disemak mulai hari ini. \n\nSekolah Berasrama Penuh(SBP) dan \nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) \nSekolah Menegah Teknik (SMT), \nKolej Vokasional (KV) dan \nMaktab Tentera DiRaja Malaysia (MTD) \n\nIni adalah tarikh terkini semakan SBP sesi 2023 yang diwarwarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi ibu bapa pelajar, untu makluman bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP),Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA), serta kemasukan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menegah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD).\nPermohonan ini adalah secara berpusat, semakan kemasukan murid tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah khusus ini adalah seperti berikut.\nTarikh Semakan SBP 2023 Tingkatan 1 & 4 (Sekolah Khusus)\n\nPara ibu bapa pelajar boleh membuat semakan SBP/SMKA/SMT/KV/MTD tawaran kemasukan tingkatan \u00a01 & 4 2023 bermula pada ;\n\nTarikh :- 17 Mac 2023 \u2013 2 April 2023\n\nSemakan SBP 2023\n\nBagi semakan kemasukan tingkatan 1 2023, sila layari pautan berikut\n\nhttps://spskt1.moe.gov.my/\n\nUntuk semakan SBP Tingkatan 4, sila layari pautan berikut ;\n\nhttps://spskt4.moe.gov.my/ \n\nNota : Adalah di nasihatkan kepada pelajar yang berjaya dan menerima tawaran belajar ke sekolah khsusus ini, untuk\u00a0 mencetak surat tawaran dan melampirkan dokumen-dokumen seperti yang terdapat dalam lampiran surat tawaran\n\nKegagalan pelajar berbuat demikian, boleh menyebabkan permohonan pendaftran anda tidak di proses dan pihak sekolah berhak untuk menarik semua tawaran yang diberikan\nRayuan\nKepada pelajar yang mendapat keputusan tidak berjaya. Anda masi boleh membuat permohonan rayuan Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem online E-Rayuan \nRayuan bagi Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan\nManakala bagi kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja tiada permohonan untuk rayuan kemasukan.\nPendaftaran Pelajar SBP Tingkatan 1 & 4\nTarikh pendaftaran pelajar adalah pada bulan April 2023\nPersedian Ibu bapa /Pelajar SBP\nBagi pelajar yang berjaya dan ditawarkan untuk kemasukan belajar di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah agama kebangsaan (SMKA), sekolah menengah teknik (SMT), kolej vokasional (KV), Diraja. Maktab Tentera (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah tentu persiapan mereka bagus dan sistematik.\nWalaupun begitu, perlu di ingat persediaan akademik sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan anak-anak melanjutkan pelajaran di SBP. Menurut pensyarah Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang Selangor, Cikgu Adham Berhaumidin, banyak aspek yang perlu diambil kira sekiranya mereka terpilih untuk penginapan.\n\u201cSelain pelajar itu sendiri perlu bersedia, ibu bapa juga perlu memahami situasi dan memastikan anak-anak mempunyai kemahiran mandiri untuk belajar dan tinggal di asrama yang suasanaya jauh berbeza dengan belajar dan tinggal di rumah sendiri.\nIanya penting agar matlamat untuk masuk ke sekolah aliran khusus ini tercapai\nKata Adham dalam blognya. Cikgu Adham yang kini mengajar mata pelajaran matematik murid darjah 4 dan 5 berkata, terdapat sepuluh perkara yang perlu dipertimbangkan oleh murid dan ibu bapa di sekolah khas khususnya di SBP.\n10 perkara menurut Digital Economy Corporation (MDEC) Digital Educator Cikgu Adham ialah ;\n\n\n\n\n1) pemantauan dan penyeliaan berterusan\n\nSistem pemantauan dan pemantauan berterusan yang dibangunkan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar mencapai keputusan ujian yang baik.\n\n2) Elakkan gejala negatif\n\nElakkan gejala negatif dan pengaruh rakan sebaya yang negatif seperti merokok, dadah dan lain-lain seperti sekolah harian. Di sekolah yang masuk sebagai SBP, gejala sebegini terkawal dan jika ada kes sebegini, pelajar didedahkan dengan peraturan ketat seperti buang sekolah.\n\n3) Tersusun rapi\n\nProgram pendidikan juga disusun dengan baik supaya pelajar papan penuh perlu mengikuti program yang ketat seperti kurikulum (sekolah), kelas persediaan (persediaan), solat berjemaah dan hiburan.\n\n4) Jadi diri sendiri\n\nLulusan SBP dan sekolah khusus lain selalunya berdikari dan bergantung kepada orang lain. Mereka mempunyai lebih banyak kebebasan dan pengetahuan yang mungkin tidak terdapat di sekolah harian.\n\n5) Kitaran hidup\n\nAdalah penting untuk manusia mempunyai rutin kerana mereka boleh menggunakannya untuk mempelajari banyak perkara dalam kehidupan. Sebagai contoh, dalam rumah penuh, perlu awal pagi untuk mesyuarat subuh, diikuti dengan sarapan pagi, kelas pendidikan, persiapan, hiburan, aktiviti kerohanian di Maghrib, persiapan petang, dll. Jika anda ingin membuat pelajar di kediaman penuh, ia benar-benar penuh dengan kerja yang berguna. Walau bagaimanapun, pelajar masih mempunyai peluang untuk menonton TV, mendengar muzik, dan melayari Internet dengan jumlah yang tidak terkawal tanpa berlengah-lengah.\n\n6) Tambah kenalan\n\nKewujudan teknologi maklumat dan kebanjiran aplikasi menjadikan dunia kanak-kanak hari ini bercelaru. Berada dengan seseorang di media sosial sangat berbeza dengan dunia sebenar. Inilah masanya untuk menyediakan mereka menghadapi dunia sebenar dan interaksi sosial. Di sekolah khas, mereka akan mengenali erti kawan, dan akhirnya dapat meneruskan cabaran hidup apabila dewasa kelak.\n\n7) Maksimumkan potensi anda\n\nDi SBP, pelajar akan bersaing dengan pelajar terpilih. Pertandingan kesihatan ini akan meningkatkan kebolehan anak-anak bukan sahaja dalam bidang akademik, malah juga kokurikulum. Berbanding dengan prestasi akademik, kebanyakan pelajar di sini cemerlang dalam akademik, yang membezakan mereka ialah penampilan diri, lebih berkeyakinan, gaya, kepimpinan, petah berkata-kata, semangat juang dan kemahiran insaniah yang lain.secara berasingan. Inilah yang akan diperhalusi untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.\n\n8) Belajar untuk hidup susah dan kukuhkan jati diri\n\nDalam rumah yang penuh, pelajar akan mula berdikari, seperti mencuci pakaian, mengemas, berdisiplin, cepat membuat sesuatu, dan lain-lain. Kesengsaraan ini bermakna pelajar akan belajar dan seronok hanya apabila keluar dari asrama nanti.\n\n9) Perjalanan\n\nAktiviti di sini membolehkan pelajar mengembara ke seluruh negara melalui kem, seminar, sukan dan banyak lagi. Aktiviti kreatif sebegini mewujudkan jaringan sosial yang hebat antara pelajar dan ini akan berterusan apabila mereka melangkah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memasuki alam pekerjaan.\n\n10) Kesihatan yang baik\n\nSebelum memasuki kediaman, pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana terdapat aktiviti yang memerlukan mereka cergas, sihat, berdikari dan bertenaga dalam semua bidang.\n\nSebagai membantu untuk ibubapa pelajar mendapatkan sedikit gambaran suasana sekolah berasama penuh, Ibu bapa/penjaga juga boleh menonton video berikut untuk mengikuti pengalaman rutin harian bersekolah di sekolah berasrama penuh\n\n\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh semakan SBP/SMKA 2023? 17 Mac \u2013 2 April 2023 Bagaimana cara untuk membuat semakan status permohonan SBP/SMKA ? i.Bagi semakan SBP/SMKA kemasukan tingkatan 1, sila layari pautan berikut https://spskt1.moe.gov.my/ii.Untuk semakan kemasukan tingakatan 4, sila layari pautan berikut ;https://spskt4.moe.gov.my/ Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dibuat sekiranya pelajar mendapat tawaran ke SBP/SMKA? \u2022 Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran dan \u00a0lampiran yang disertakan.\u2022 Semua permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sempurna dan diserahkan kepada pihak sekolah pada hari pendaftaran.\u2022 Jika maklumat tidak lengkap/palsu, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftar/menolak pendaftaran. Bilakah e-rayuan dibuka? E-rayuan akan dibuka pada tarikh sama semakan permohonan di keluarkan Jika saya memohon SBP, bagaimana saya boleh membatalkannya kerana saya ingin memohon MRSM? Pelajar boleh memaklumkan kepada Jabatan melalui surat yang menunjukkan pembatalan permohonan kepada SBP. Sekiranya tawaran telah dibuat, pelajar boleh menolaknya dan menghantar membuat permohonan ke MRSM. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar telah membuat penolakan, pelajar tidak lagi akan ditawarkan kemasukan SBP/SMKA dan rayuan tidak akan dipertimbangkan Benarkah seseorang pelajar hanya diberi satu tempat di SBP atau MRSM? Ya. Setiap pelajar hanya akan menerima satu permohonan daripada KPM atau MARA. Walau bagaimanapun, pelajar masih mempunyai pilihan untuk ditawarkan ke MRSM sekiranya pelajar menolak tawaran SBP Bolehkah pelajar menukar kursus/aliran? Tidak \nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan SBP 2023, anda boleh hubungi talian 03-8884 6456\u00a0 atau e-melkan kepada adukpm[@]moe.gov.my\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gkp-4-0/", "title": "GKP 4.0: Permohonan Baharu Bayaran RM1,000 Mulai Julai 2021", "body": ["\n\n", "\nUsahawan PKS mikro yang layak akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu. \nSepanjang pelaksanaan GKP, inisiatif ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya dalam kalangan peniaga kecil dan mikro yang masih tidak dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.\nOleh itu, Perdana Menteri memaklumkan pelaksanaan GKP 4.0 adalah bagi mengurangkan beban dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro ketika pelaksanaan PKP 3.0 yang masih berkuatkuasa pada hari ini.\nGKP 4.0 akan memanfaatkan 1 juta usahawan PKS mikro yang terjejas seperti pemilik workshop, kedai roti dan kek, pengusaha kedai gunting rambut, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi.\n\nApakah Yang Dimaksudkan GKP?\nGKP merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan secara\u00a0one-off\u00a0kepada PKS mikro yang yang terjejas akibat pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di seluruh negara.\nKerajaan sebelum ini telah mengumumkan 3 siri GKP iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang mana kerajaan telah memberikan bantuan tunai\u00a0kepada usahawan secara keseluruhannya sebanyak RM7,000 bagi ketiga-tiga GKP tersebut. \nBagi GKP 4.0 pula, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan\u00a0sebanyak RM1,000 bagi usahawan PKS mikro yang layak.\nTarikh Permohonan\nPermohonan baharu bagi usahawan PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini akan dibuka pada pertengahan Julai 2021.\n\n\n\n\nJumlah Bayaran\nJumlah bayaran GKP 4.0 yang akan diterima oleh usahawan PKS mikro yang layak adalah RM1,000.\nBayaran RM1,000 tersebut akan dibayar sebanyak 2 kali bayaran iaitu:\nBulanJumlah BayaranSeptember 2021RM500November 2021RM500\nSyarat Kelayakan\nUntuk makluman, pemohon yang berhasrat untuk memohon GKP perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPemohon adalah bukan penerima GKP sebelum ini.Pemohon iaitu pemilik atau pengusaha PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.\nSyarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:\nLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.\nNamun, jika terdapat sebarang pindaan syarat kelayakan GKP 4.0, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\nPertanyaan Lanjut\nBagi pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-membuat-rayuan-bagi-yang-tidak-menerima-bkm/", "title": "Cara Membuat Rayuan Bagi Yang Tidak Menerima BKM | Dokumen Yang Diperlukan", "body": ["\n\n", "\nCara Membuat Rayuan Bagi Yang Tidak Menerima BKM~ Seperti ramai yang telah maklum Bantuan Keluarga Malaysia telah mula disalurkan bermula pada 28 Mac 2022, Isnin.\u00a0\nNamun, sekiranya anda gagal/tidak berjaya BKM 2022, anda boleh membuat rayuan bermula pada 2 Mei 2022 kelak.\u00a0\n\nCara Membuat Rayuan: Pemohon Tidak Berjaya/Gagal\nAnda boleh semak kod tidak lulus BKM 2022\u00a0 dan rujuk terus dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan anda buat rayuan nanti\n\n\n\n\nBerikut ialah ANTARA kod & keterangan bagi alasan tidak lulus BKM:\nKod\u00a0\u00a0\u00a0Kod KeteranganDokumen Yang Perlu Dikemukakan04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hubungan pertalian antara anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)MyKAD / MyKID Anak; danSijil Lahir Anak (bagi pengesahan hubungan pertalian)06\u00a0\u00a0Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori BujangSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)09\u00a0\u00a0Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,50012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)i. Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atauii. Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi20Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi21Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.23Pasangan wujud sebagai pemohon permohonan lain31Status perkahwinan perlu pengesahan32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan Agensi Kerajaan\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaBKM.pdf\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-telefon-pintar-dan-pakej-internet/", "title": "Bantuan Telefon Pintar dan Pakej Internet Rakyat Percuma 2022", "body": ["\n\n", "\nBantuan Telefon Pintar dan Pakej Internet Rakyat Percuma 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan telefon pintar dan pakej internet percuma kini dibuka.\nBantuan ini telah diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos rendah terutamanya bagi golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.\nBantuan ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.\nKredit Foto : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia \nPakej Remaja Keluarga Malaysia\nPakej ini merupakan sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi meringankan beban golongan remaja dan pelajar bagi mendapatkan pautan internet untuk tujuan pembelajaran atas talian tanpa sebarang kekangan data.\nMenerusi pakej ini, pengguna bakal dapatkan manfaat seperti berikut :\nData 20GB untuk 3 bulanPembayaran harga rendah iaitu RM 10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM 30) bagi Internet asas tanpa had.Tambahan 1G percuma sebanyak 90GB untuk 3 bulan bagi aktiviti produktiviti.\nData 20 GB boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video, penghantaran mesej, melayari interneti, permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan lain.\nData 1GB percuma setiap hari pula boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.\nKredit Foto : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia \nPakej Peranti Keluarga Malaysia\nPakej ini pula membolehkan rakyat Malaysia untuk menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.\n\n\n\n\nAntara ciri-ciri pakej ini ialah :\nLangganan RM 40/sebulanKontrak selama 12-24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti)\nCara Memohon Bantuan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia\nPemohon yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi syarikat komunikasi yang terlibat seperti :\nCelcom Digi Maxis U Mobile TM (Peranti) (Internet) YTL\n\nSyarat-Syarat Pendaftaran\nRemaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad.Pelajar yang berusia 21 tahun ke atas perlu mendaftar dengan kad pelajar.\nTempoh Pendaftaran Pakej\nTempoh mendaftar untuk pakej ini adalah selama enam bulan mulai 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.\nSemak Liputan (Coverage) Sebelum Mendaftar Pakej\nPemohon disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya rangkaian liputan boleh diterima di kawasan masing-masing di pautan https://jendela.my/map/.\nPemohon juga boleh rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk keterangan lanjut.\nMaklumat Lanjut\nPemohon boleh KLIK SINI untuk semak soalan Lazim mengenai pakej ini. \nAnda juga boleh layari portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini.\u00a0 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-starbucks/", "title": "Menu Starbucks : Senarai Makanan, Minuman & Harga Terkini", "body": ["\n\n", "\nKeenakan kopi Starbucks tidak perlu dipertikai lagi. Tidak kira siang atau malam, pasti ramai yang berpusu-pusu ke cawangan Starbucks untuk nikmati aneka kopi yang beraroma dan menyegarkan.\nBukan sekadar kopi, malah rangkaian restoran terkenal ini juga menawarkan pelbagai makanan seperti pastri, kek dan sandwich.\nNak tahu hidangan Starbucks yang menarik untuk dicuba? Jom kita tengok senarai menu Starbucks.\nBaca Juga : Menu Rahmah IKEA, Hidangan Lazat Serendah RM 3.50\n\n\n\n\n\nMenu Starbucks\nSpring Beverages\nMenuHargaPistachio White Chocolate FrapuccinoRM 21.20Pistachio White Chocolate Cream FrappucinoRM 21.20Strawberry Pie Cream FrappuccinoRM 21.20\nWinter Beverages\nMenuHargaHazelnut Dolce LatteRM 21.75Iced Hazelnut Dolce LatteRM 21.75Hazelnut Dolce Coffee FrappuccinoRM 21.75Hazelnut Dolce Cream FrappucinoRM 21.75Jasmine Clementine Pure Matcha LatteRM 21.75Iced Jasmine Clementine Pure Matcha LatteRM 21.75\nSpecial Bundle Deals\nMenuHargaCooler Bag (Small) + 2 FrappuccinoRM 47.15VIA Mocha (4 sachets) + Mocha FrappuccinoRM 47.50VIA Vanilla Latte (4 sachets) + Mocha FrappucinoRM 47.50VIA Columbia (12 sachets) + Mocha FrappuccinoRM 50.50VIA Italian Roasts (12 sachets) + Mocha FrappuccinoRM 50.50Whole Bean Kenya (250g) + Mocha FrappuccinoRM 72.50Whole Bean Sumatra (250 g) + Mocha FrappucinoRM 65.50\nEspresso & Coffee\n\nMenuHargaCaramel MacchiatoRM 18.00Iced Caramel MacchiatoRM 18.00Caffe MochaRM 17.50Iced Caffe MochaRM 17.50Caffe LatteRM 15.90Iced Caffe LatteRM 15.90Caffe AmericanoRM 12.20Iced Caffe AmericanoRM 12.20Doubleshot Iced Shaken EspressoRM 15.90Cold BrewRM 14.30Vanilla Sweet Cream Cold BrewRM 15.90\nFrappuccino (Blended beverages)\nMenuHargaCaramel FrappuccinoRM 17.50Caramel Macchiato FrappuccinoRM 20.65Caramel Cream FrappuccinoRM 16.45Vanilla Cream FrappuccinoRM 16.45Dark Mocha FrappuccinoRM 19.60Java Chip FrappuccinoRM 19.60Chocolate Cream Chip FrappuccinoRM 19.60Green Tea Cream FrappuccinoRM 19.60Mocha FrappuccinoRM 17.50Espresso FrappuccinoRM 17.50Raspberry Blackcurrant FrappuccinoRM 16.95Mango Passion FrappuccinoRM 16.95\nChocolate & Tea\nMenuHargaGreen Tea LatteRM 18.00Iced Green Tea LatteRM 18.00Signature ChocolateRM 15.90Iced Signature ChocolateRM 15.90Hazelnut ChocolateRM 16.95Iced Hazelnut ChocolateRM 16.95Caramel ChocolateRM 16.95Iced Caramel ChocolateRM 16.95Iced Shaken Lemon TeaRM 15.90Full Leaf TeaRM 14.30\nAll Day Treats\nMenuHargaJava Chip Frappuccino SetRM 25.10Caramel Frappuccino SetRM 22.95\nReady To Drink\nMenuHargaDilmah Green Tea \u2013 Rose and French Vanilla 300 mlRM 14.98Dilmah Iced Green Tea \u2013 Mandarin Orange 300 mlRM 15.98Evian 500 mlRM 8.51Rauch Apple Juice 200 mlRM 11.13Rauch Cranberry Juice 200 mlRM 11.13Rauch Orange Juice 200 mlRM 11.13Manuka Lemon 350 mlRM 16.96Joybean OriginalRM 7.42Joybean CollagenRM 7.42\nBreakfast Sandwiches\n\nMenuHargaSausage with Caramelized Onion SandwichRM 9.06Wholemeal Tuna Finger SandwichRM 8.34Croissant Sandwich \u2013 Chicken Loaf, Egg & CheeseRM 11.04\nLunch Pie\n\nMenuHargaButter Chicken PieRM 18.27Palak Paneer Pie (Spinach & Cottage Cheese Pie)RM 18.27\nBakery\nMenuHargaRaspberry Cream Ribbon CroissantRM 10.58Donut DuoRM 10.00Classic Wholemeal Bagel Served with Cream CheeseRM 8.98Salted Caramel Nuts DanishRM 11.98Trio MuffinRM 25Banana Chocolate MuffinRM 10.27Skinny Blueberry MuffinRM 10.27Chocolate Lava MuffinRM 10.27Jumbo CroissantRM 6.65\nSavory\nMenuHargaMini Cocktail Sausages with Nacho Cheese SauceRM 7.98Ozzie Sausage Mushroom RollRM 9.38Curry Puff with Potato & EggRM 6.98Mushroom DanishRM 11.98Chic O CheeseRM 10.64Black Pepper Lamb PieRM 12.58Beef Ragu PieRM 12.58\nCakes & Desserts\n\nMenuHargaPeanut Butter Chocolate CakeRM 19.58Hazelnut Chocolate CakeRM 19.58Chocolate Tuxedo TrufflesRM 17.94TiramisuRM 16.98Red VelvetRM 17.94\nSemua hidangan serta minuman yang ditawarkan di Starbucks nampak sedap-sedap belaka! \nDaripada pastry sehinggalah ke kek, ia pasti sesuai untuk dinikmati bersama minuman yang menyegarkan di Starbucks. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak rakan dan keluarga nikmati menu Starbucks hari ini!\nUntuk ketahui promosi terkini daripada Starbucks, jangan lupa untuk ikuti laman Facebook rasmi Starbucks di facebook.com/StarbucksMalaysia.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-transit-bangsa-johor/", "title": "Rumah Transit Bangsa Johor : Syarat-Syarat & Cara Memohon", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor kini memperkenalkan satu program iaitu Rumah Transit Bangsa Johor. Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa dan pada masa yang sama menabung untuk pembelian rumah pada masa akan datang.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini.\nBaca Juga : Program RMR : Rumah Mesra Rakyat SPNB\nBertumpu di kawasan bandar utama, Program Rumah Transit Bangsa Johor ini memerlukan penyewa untuk membayar sebanyak RM 650 sebulan bagi tempoh sewaan selama lima tahun. \nUntuk makluman RM 455 daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk bayaran sewa, manakala RM 195 lagi adalah bagi tabungan.\nDalam tempoh lima tahun, penyewa akan mempunyai tabungan sebanyak RM 11,000. Wang tersebut boleh digunakan untuk membayar deposit bagi rumah seterusnya.\nPenyewa juga akan diberikan notis selama enam bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah. \u00a0\nDifahamkan terdapat 92 unit Rumah Transit Bangsa Johor dan 500 unit akan dibina lagi masa akan datang.\n\nCiri-Ciri Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ)\nBerikut adalah merupakan ciri-ciri bagi RTBJ iaitu:\n\nKeluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;\n2 atau 3 bilik tidur;\n2 bilik air;\nRuang tamu; dan;\nRuang dapur.\nDilengkapi dengan kipas dan lampu\n\nKemudahan\nAntara kemudahan yang ditawarkan di sekitar Rumah Transit Bangsa Johor adalah :\n\nDewan serbaguna\nRuang taska\nKedai / gerai\nPejabat pengurusan\nTempat letak kereta\nTempat letak motosikal\nPagar kawasan\nKawalan keselamatan\nSurau\nLif\nLandskap\n\nLokasi Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ)\nBerikut adalah merupakan lokasi RTBJ yang tersedia pada masa kini iaitu:\n\n\n\n\nDAERAHLOKAI RTBJJohor BharuPPR TebrauPPR Sri StulangPPR Pasir PelangiPPR TampoiPPR PlentongPPR Sungai MelanaBatu PahatPPR Yong PengSegamatPPR Batu Anam\nNOTA:\u00a0Lokasi RTBJ akan dikemaskini dari masa ke semasa.\nSyarat-Syarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon dan menetap melebihi 10 tahun di negeri Johor.\nBerusia 18 hingga 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan\nPendapatan seisi keluarga dalam lingkungan antara RM 3,000.00 sehingga RM 6,000.00 sebulan.\nPemohon atau suami/isteri tinggal atau bekerja di Johor.\nPemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di negeri Johor; dan\nKeutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga perlu mengemukakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :\n1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.\n2. Salinan Kad Orang Kelainan Upaya bagi pemohon OKU (dokumen tambahan/sekiranya berkaitan).\n3. Salinan sijil kelahiran pemohon dan pasangan.\n4. Salinan sijil Nikah/Pendaftaran/ Perkahwinan/Perceraian/Kematian;\n5. Pengesahan Pendapatan :\n\nSalinan slip gaji 3 bulan terkini (Pemohon dan pasangan);\nSurat pengesahan majikan dan penyata KWSP (Pemohon dan pasangan); atau\nAkuan sumpah pendapatan terkini dengan perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah (Pemohon dan pasangan yang bekerja sendiri)\nBukti tempoh menetap melebihi 10 tahun di negeri Johor bagi pemohon bukan kelahiran negeri Johor (sijil kelahiran anak/surat pengesahan sekolah anak/passport).\n\nCara Mohon Rumah Transit Bangsa Johor\nPemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\n\nLayari laman web rasmi\u00a0 Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)\u00a0 di pautan berikut:\u00a0https://pkpj.johor.gov.my/\u00a0\nKlik \u2018Daftar akaun sekarang\u2019.\nPilih & klik \u2018Individu\u2019.\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\u00a0\nKlik \u2018log masuk\u2019.\nKlik \u2018Rumah Transit Bangsa Johor\u2019\nKlik \u2018Permohonan Baru\u2019\nIsikan maklumat yang diperlukan. (Pilih nama projek yang hendak di pohon pada bahagian projek)\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\u00a0\nKlik \u2018Hantar\u2019.\nTandakan kotak kecil sebagai persetujuan terma & syarat dan klik butang \u2018Ya\u2019.\nSelesai. Permohonan anda berjaya dihantar.\u00a0\n\nAnda juga boleh rujuk video di bawah untuk panduan memohon :\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Rumah Transit Bangsa Johor, anda sila layari portal rasmi\u00a0Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-mohon-ptptn/", "title": "Cara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022", "body": ["\n\n", "\nCara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA,IPTS dan Politeknik kini dibuka.\n Jika anda terlepas tempoh permohonan sebelum ini, jangan risau ! Kini anda boleh ikuti permohonan PTPTN Kelompok 2. \nBaca Juga : PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah\nTarikh Permohonan PTPTN\nCalon boleh mohon pembiayaan PTPTN melalui permohonan Kelompok 2.\n Tarikh permohonan untuk Kelompok 2 dibuka mengikut tarikh berikut : \n1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022\nSyarat Permohonan\nBerikut adalah syarat-syarat untuk memohon:\nWarganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;Tiada penaja lain; danTelah membuka akaun SSPN-i**.\nNOTA:\n**Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.\n\n\n\n\nBoleh juga baca:\u00a0Cara daftar akaun SSPN online\nUntuk pelajar yang ingin membuka akaun Bank Islam sendiri boleh ke pautan berikut: \u00a0https://vao.bankislam.vom.my/\nCara mohon PTPTN Secara Atas Talian\n\nBerikut adalah langkah-langkah untuk daftar permohonan PTPTN secara atas talian:\nPemohon perlu sediakan surat tawaran kemasukan ke IPT terlebih dahuluPastikan anda sudah membuka akaun SSPNPemohon perlu membeli No. Pin PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). (No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian)Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.Semak tarikh permohonan di atas. Pastikan buat permohonan sebelum tarikh tutup.Klik\u00a0PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN.Klik\u00a0PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN\u00a0di laman berikut.Isi selengkapnya pendaftaran seperti yang diminta sehingga\u00a0BERJAYA. \n\nBoleh rujuk infographik di bawah untuk permohonan pertama kali :\n\nPemberhentian Pinjaman \nPinjaman PTPTN akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:\nGagal/berhenti pengajian peringkat/jurusanIPT yanh diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikanPelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTNPemalsuan maklumat semasa permohonanPeminjam diisytihar muflis\nMaklumat lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang cara mohon PTPTN , boleh hubungi melalui medium berikut:\nMesej di messanger Facebook\u00a0Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Nombor telefon Careline: 03 \u2013 2193 3000, Faks: 03 \u2013 2193 1263 atau e-Aduan\u00a0iCare\u00a0di portal rasmi PTPTN.Alamat surat Menyurat:\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,Tingkat Bawah, Menara PTPTN,Blok D, Megan Avenue II,No.12, Jalan Yap Kwan Seng,50450 Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-pembangunan-ekonomi-setempat/", "title": "Permohonan Geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan geran bagi Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) 2.0 tahun 2022 Negeri Johor telah di buka. Kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) di negeri Johor di pelawa untuk membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup PPES 2.0 2022 pada 14 Febuari 2022\n Ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan (PPES) pada tahun 2021.\u00a0\nProgram ini dirangka bagi mengenal pasti projek \u2013 projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.\nSebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES\nSyarat Permohonan PPES \nPemohon mestilah penduduk tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang \u2013 kurangnya 5 tahun.Permohonan terbuka kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor, jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan.Ianya terbuka kepada semua jenis projek atau perniagaan yang patuh syariah dengan syarat perlu mempunyai kertas kerja projek dan dimuatnaik ketika permohonan dibuat.Projek mestilah telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju, ketika permohonan di buatSegala projek yang di bagunkan mestilah beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja. Serta berdaya upaya untuk menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang membuat permohonan perlulah mempunyai kewangan yang kukuh serta mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk pelaksanaan projek tersebut.Keutamaan permohonan diberikan kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang\u00a0tidak pernah menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun\u00a0sebelum permohonan ini dibuat.\nJumlah Geran\nProgram ini juga menawarkan geran bernilai RM15,000 bagi yang layak. Ianya merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek. \nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di\u00a0https://www.pujb.my/\u00a0 menerusi menu \u201cDaftar Sistem PADU\u201d yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.Hanya Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan. Permohonan tersebut DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.Satu permohonan hanya layak untuk satu projek sahaja.Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.\u00a0\nTarikh tutup permohonan\nFebruari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.\n\n\n\n\nPertanyaan\nSumber : Johorkini.my\nSekiranya anda, mempunyai sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan Geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) 2022 menerusi Sistem PADU di laman web\u00a0www.pujb.my\u00a0.\nPermohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut;\u00a0\nWhatsApp di\u00a0 011-2075 5135; atau\u00a0Emel di\u00a0\u00a0[email\u00a0protected]\nHubungi :\nTel : 07-510 2542\nFacebook : https://www.facebook.com/PUJB.official\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-rayuan/", "title": "Panduan, Format & Contoh Surat Rayuan Yang Baik", "body": ["\n\n", "\nBagi sesetengah keadaan, kadang kala Surat Rayuan perlu ditulis dan dihantar bagi urusan-urusan tertentu.\nLazimnya, Surat Rayuan dihantar untuk memohon sesuatu pertimbangan akibat berlaku penolakan permohonan atau sebagainya.\nPihak-pihak yang berwajib juga akan mempertimbangkan setiap surat yang diterima jika rayuan yang telah diajukan mempunyai sebab dan merit yang kukuh.\nOleh itu, adalah penting untuk mengetahui panduan penulisan Surat Rayuan yang baik bagi memastikan rayuan tersebut dapat dipertimbangkan dan diterima.\nTips Penulisan\nAntara tips penting yang perlu ada di dalam penulisan surat rayuan adalah seperti berikut:\nMenyatakan sebab yang kukuh mengenai sesebuah permohonan.Sebab yang dikemukakan mestilah relevan dan rasional.Menyertakan dengan bukti atau asas kepada sesebuah permohonan.Menyertakan dokumen sokongan jika ada.\nFormat Surat Rayuan\nSurat Rayuan yang ditulis mesti menggunakan format Surat Rasmi kerana tujuan surat tersebut dihantar adalah rasmi iaitu dengan tujuan merayu.\nFormat Surat Rayuan yang perlu ditulis adalah seperti berikut:\n1. Nama dan alamat pengirim\nNama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian paling atas surat.\nPengirim mestilah meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.\nAlamat yang perlu diletakkan oleh pengirim adalah alamat surat-menyurat. \n2. Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nNama penerima perlu ditulis dengan penuh dan jawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima.\nAlamat penerima ialah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat agensi/jabatan/organiasi beroperasi.\n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n4. Panggilan Penerima\n\n\n\n\nPanggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar iaitu Tuan.\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5. Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nLazimnya, tajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang.\nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Surat\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima.\nUntuk perenggan kedua dan ke atas pula, adalah sebab mengapa rayuan ini dibuat dan permohonan tersebut perlu diterima.\nPerenggan terakhir pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nBagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7. Tandatangan, nama pengirim dan jawatan.\nDi akhir surat terbabit, pengirim perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.\nPengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.\nSekiranya pengirim mempunyai jawatan, jawatan tersebut boleh tulis di bahagian bawah nama.\nContoh Surat Rayuan\nContoh-contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\ni) Contoh 1\n\n\nii) Contoh 2\n\niii) Contoh 3\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/anugerah-kecemerlangan-pendidikan-sabah-aksa/", "title": "Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan permohonan pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2021/2022 bagi pelajar-pelajar anak Sabah yang cemerlang dalam pendidikan kini dibuka. Ini adalah usaha kerajaan negeri dalam mengiktiraf bakat anak-anak Sabah yang cemerlang dalam bidang kurikulum\nMenteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ramai dalam kalangan pelajar di negeri ini berjaya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.\nSehubungan itu katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang cemerlang untuk diberi pengiktirafan menerusi pemberian AKSA.\n\u201cKita di Sabah ada anak-anak sekolah dan juga universiti yang cemerlang dari sudut kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\n\u201cAKSA diberikan kepada mereka ini sebagai tanda penghargaan kerana mengharumkan nama Sabah.\nIni termasuk kecemerlangan dalam bidang kesenian, keilmuan, dapatan sains yang perlu kita berikan penghargaan dan pengiktirafan,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA 2022 di Menara Kinabalu di sini hari ini.\u00a0\nMajlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang diwakili oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.\nMohd Arifin berkata, anak-anak Sabah yang cemerlang ini boleh berkembang jauh dari sudut bakat dan pencapaian mereka \u00a0di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\n\u201cTahun lepas kita ada pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah menjadi johan pidato bahasa Arab peringkat kebangsaan dan pelajar SMAN Papar naib johan pidato bahasa Inggeris peringkat kebangsaan.\nInilah pencapaian-pencapaian anak Sabah dan begitu juga yang mencipta rekod terbaik peringkat antarabangsa dalam bidang tarian kerana ia satu pencapaian luar biasa yang perlu diiktiraf,\u201d jelasnya.\n\n\n\n\nAKSA antara program baharu di bawah inisiatif pembangunan pendidikan bersama program Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) \u00a0yang akan dilaksanakan kerajaan negeri membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM35 juta.\nUsaha yang dijalankan itu selaras dengan komitmen kerajaan GRS untuk memartabatkan taraf pendidikan di Sabah.\n\nApa Itu Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)\n\nBermula dari tahun 2022, bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar anak Sabah disemua peringkat persekolahan, yang berjaya mengharumkan negeri Sabah samada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi\u00a0 Anugerah Khas Kecemerlagan Pelajar Sabah (AKSA).\nSyarat Kelayakan\nAnugerah Khas kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mewakili/mengharumkan nama Negeri Sabah sama ada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2021/2022Semua pelajar adalah layak memohon untuk anugerah iniLengkapkan maklumat yang diminta dan sertakan sijil-sijil yang berkaitan\n\nCara Permhonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)\nBoleh dimohon oleh pihak sekolah atau pelajar sendiri\nPencalonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri sabah atau pihak-pihak berkenaan untuk mendapat anugerah ini.Borang permohonan boleh dibuat turun melalui pautan berikut https://forms.gle/1avngK2JjX7YR9aV8Pencalonan boleh dibuat menggunakan borang pencalonan atau manual dan dialamatkan kepada ;\nAKSA-2022Download\nSetiausaha tugas-tugas khas\r\npejabat menteri tugas-tugas khas (PMTTK)\r\nAras 29, Blok A, Menara Kinabalu\r\n88450\r\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Khas Kecemerlagan Pendidikan Sabah (AKSA) anda boleh layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi nombor 088-369 872 atau emailkan pertanyaan anda ke [email\u00a0protected]\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nApa Itu AKSA?\nBermula dari tahun 2022, bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar anak Sabah disemua peringkat persekolahan, yang berjaya mengharumkan negeri Sabah samada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi\u00a0 Anugerah Kecemerlagan Pendidikan Sabah (AKSA).\nApakah Syarat Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)?\nAnugerah Khas kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mewakili/mengharumkan nama Negeri Sabah sama ada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2021/2022Semua pelajar adalah layak memohon untuk anugerah ini\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-skim-pembiayaan-ekonomi-desa-sped-rm250000/", "title": "Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) RM250,000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dibuka untuk mereka yang layak. Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempelawa usahawan bumiputera yang beroperasi di luar bandar mengikut ketetapan dan dasar KPLB, senarai parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) untuk memohon pembiayaan ini.\nApa Itu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)\nMembangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.\nSenarai Parlimen Di Bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB)\nPerlisPadang Besar,Kangar dan Arau\nKedahJerai,Pokok Sena,Kuala Kedah,Sungai Petani,Langkawi,Jerlun,Kubang Pasu,Padang Terap,Alor Star,Pendang,Sik,Merbok,Baling,Padang Serai Dan Kulim-Bandar Baharu\nPulau PinangKepala Batas,Tasek Gelugor,Bukit Mertajam,Nibong Tebal,Balik Pulau,Bayan Baru,Permatang Pauh Dan Batu Kawan\nPerakGerik,Lenggong,Larut,Parit Buntar,Bangan Serai,Bukit Gantang,Sungai Siput,Tambun,Batu Gajah,Kuala Kangsar,Padang Rengas,Berus,Parit,Kampar,Gopeng,Tapah,Pasir Salak,Lumut,Bangan Datok,Telok Intan Dan Tanjong Malim\nSelangorSabak Bernam,Sungai Besar,Hulu Selangor,Tanjong Karang,Kuala Selangor,Hulu Langat,Kapar,Kuala Langat Dan Sepang\nNegeri SembilanJelebu,Jempol,Kuala Pilah,Rasah,Rembau,Telok Kemang Dan Tampin\nMelakaMasjid Tanah,Alaor Gajah,Tangga Batu,Bukit Katil Dan Jasin\nJohorSegamat,Sekijang,Labis,Pagoh,Ledang,Bakri,Muar,Parit Sulong,Ayer Hitam,Sri Gading,Batu Pahat,Simpang Renggam,Kluang,Sembrong,Mersing,Kulai,Pon-Tian,Tanjong Piai,Gelang Patah,Tenggara,Kota Tinggi dan Pengerang\nPahangCameron Highlands,Lipis, Raub,Jerantut,Indera Mahkota,Paya Besar,Pecan,Maran,Kuala Krau,Temerloh,Bentong,Bera,Rompin Dan Kuantan\nKelantanTumpat,Pengkalan Cheap,Kota Bharu,Pasir Mas,Rantau Panjang,Kubang Kerian,Bachok,Kereteh,Tanah Merah,Pasir Puteh,Machang,Gua Musang,Kuala Krai Dan Jeli\nTerengganuBesut,Setiu,Kuala Nerus,Kuala Terengganu,Marang,Hulu Terengganu,Dungun Dan Kemaman\nSabahKudat,Kota Marudu,Kota Belud,Tuaran,Sepanggar,Putatan,Penampang,Papar,Kimanis,Beaufort,Sipitang,Ranau,Kenaingau,Tenom,Pensiangan,Beluran,Libaran,Batu Sapi,Sandakan,Kinabatangan,Silam,Semporna,Tawau,Kalabakan dan Labuan\nSarawakMas Gading,Santubong,Petra Jaya, Bandar Kuching,Stampin,Kota Samarahan,Mamboing,Serian,Batang Sadong,Batang Lupar, Sri Aman,Lubok Antu,Betong,Saratok,Tanjong Manis,Igan,Sarikei,Julau,Kanowit,Lanang,Sibu,Mukah,Selangau,Kapit,Hulu Rajang,Bintulu,Sibuti,Miri,Baram,Limbang dan Lawas\nBaca juga : Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 Untuk Petani KEJORA\nKonsep Pembiayaan\nPembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai\u2019 Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai\u2019 Dayn).\nBentuk Pembiayaan\nPembelian aset / mesin / peralatan;Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan\nSkop Perniagaan\nJenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut;\nPembuatanPerkhidmatanPertanian\u00a0(Bank Rakyat sahaja)Pelancongan Desa\nHad Pembiayaan\nMinimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan\nTempoh Bayaran Balik Pembiayaan\nTempoh pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun.\u00a0(tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)\nKadar Keuntungan Maksima Bank\nBayaran perkhidmatan sebanyak 5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan\nBaca juga : Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 Tanpa Deposit\nPemberian Muqasah 30% Geran Kerajaan\nRebat sebanyak 30% Geran Kerajaan daripada nilai pembiayaan pokok yang diluluskan.Pemberian bukan secara automatik dan hanya diberikan kepada Pelanggan SPED yang memohon, layak dan mematuhi syarat.Dibenarkan bagi pembiayaan SPED terkumpul yang diluluskan/dikeluarkan tidak melebihi RM250,000.00 sahaja.Pembiayaan tiada mempunyai tunggakan, bayaran balik mengikut tarikh ditetapkan dan tidak dijadual atau distruktur semula.Penerima Muqasah akan dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Cemerlang sekiranya menunjukkan prestasi perniagaan yang meningkat selepas mendapat kelulusan pembiayaan.\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan \u2018Di Luar Kawasan Seliaan\u2019 oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi \u2013 Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu\u00a0Central Credit Reference Information System\u00a0(CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, \u2018Sublet\u2019 (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.\nJadual Bayaran Ansuran\nJUMLAH\u00a0PEMBIAYAAN \u00a0(RM)KADAR BAYARAN\u00a0TEMPOH TANGGUHAN6 Bulan (RM)\u00a0KADAR BAYARAN\u00a0\u00a01 \u2013 60 Bulan / 1 \u2013 5 Tahun20,000.0063.00378.0050,000.00157.00944.0070,000.00219.001,321.00100,000.00313.001,888.00150,000.00469.002,831.00170,000.00532.003,209.00200,000.00625.003775.00250,000.00782.004718.00\n\u00a0*Nota: Jadual bayaran ansuran adalah anggaran dan tidak termasuk kos yuran guaman\nCagaran\nMesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.\nInsuran\nPeminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pembiayaan; danBagi pembiayaan bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.\nKos Setem dan Guaman\nAgensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; danSyarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.\nPengeluaran Wang Pembiayaan\nAgensi Pelaksana akan mengeluarkan pembiayaan setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:\nMenyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman ;Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank ;Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran ;Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen\u00a0Certificate of Acceptance and Satisfaction ;Mengemukakan nota/polisi insurans\u00a0Comprehensive/ All Risk ;Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; danMematuhi lain-lain syarat kelulusan.\nJawatan Kuasa Pelaksana Skim\nPermohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :\nPeringkat Penilaian Kredit \u2013 diurus setiakan oleh Bank; danJawatankuasa SPED \u2013 diurus setiakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.\nCara Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)\nMenggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KPLB.Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.\nSemakan Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)\nPermohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana, manakala yang tidak diluluskan akan dimaklumkan oleh KPLB.Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana.Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.\nBorang dan Panduan Berkaitan\nAnda boleh download dengan cara klik pada pautan di bawah ;\n\n\n\n\nPanduan Ringkasan Kertas Kerja (download)Senarai Dokumen Dikemukakan Bersama Permohonan (download)Borang\u00a0Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) (download)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Skim Pembiayaan ekonomi desa (SPED) anda boleh menghubungi kementerian dan agensi yang dilantik kerajaan seperti berikut ;\nKEMENTERIAN\u00a0PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)\u00a0\u00a0\nBahagian\u00a0Pembagunan Usahawan Desa Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya\nTel : +603-88915602 Faks : +603-8888 2341 Website : https://www.rurallink.gov.my/\nBANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BKRM)\nPerbankan Korporat Kerajaan/Syarikat Berkaitan Kerajaan Tingkat 25, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur \nTel : +603-22024500 ext:8975 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Faks : +603-2272 2307 Website : https://www.bankrakyat.com.my/\nSMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (SME BANK)\nProgram Financing, Tingkat 20, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50774 Kuala Lumpur.\nTel : +603-26152020\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Faks : +603-26932512 Website : https://www.smebank.com.my/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/geran-pra-siswazah-pasca-siswazah-yayasan-pahang/", "title": "Permohonan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Yayasan Pahang", "body": ["\n\n", "\nAnak-anak Negeri Pahang yang akan menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada peringkat pra siswazah atau pasca siswazah, anda boleh memohon Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah daripada Yayasan Pahang.\nUntuk makluman, geran ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT yang terpilih.\nPemberian geran ini merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kepada anak-anak Negeri Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.\nPemohon yang berminat boleh memohon secara atas talian melalui pautan http://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/. \nKadar Geran\nBagi pemohon yang layak, kadar geran yang akan diberikan adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:\nPra Siswazah: RM500Pasca Siswazah: RM1000\nPenerima hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori dan jika pelajar telah menerima geran ini semasa Asasi/Matrikulasi/Tamhidi/Pra/Diploma, mereka adalah tidak layak untuk memohon geran pra siswazah bagi Ijazah Sarjana Muda.\nSenarai IPTA/ITPS Yang Diluluskan\nBagi pelajar yang memohon geran bagi menyambung pengajian ke peringkat pra siswazah, senarai pengajian di IPTA/IPTS berikut layak memohon:\ni) IPTA\n\n\n\n\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\nii) IPTS\nUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)Universiti Multimedia (MMU)Universiti Teknologi Petronas (UTP)Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)Universiti Industri Selangor (UNISEL)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)\niii) Lain-Lain\nPoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)Pahang SkillsKolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja.Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja\nBagi pelajar yang memohon geran bagi menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah, senarai IPTA/IPTS berikut layak memohon:\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Islam Malaysia (UIM)Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)\nSyarat Kelayakan\nBagi pra siswazah, syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:\u2013 Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau\u2013 Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.\u2013 Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM; atauTelah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.Bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, peputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah\u00a0minimum CGPA 2.80.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan dan permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.\nUntuk pasca siswazah, syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan geran ini adalah seperti:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:\u2013 Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau\u2013 Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.\u2013 Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web di pautan http://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/. Klik bahagian \u2018Daftar Pengguna Baru.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan. \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman web http://www.yp.org.my/ untuk maklumat lanjut. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bwi-bantuan-banjir-kelantan-terengganu-2022-rm1000/", "title": "BWI : Bantuan Banjir Kelantan Terengganu 2022 RM1000", "body": ["\n\n", "\nBWI Bantuan Wang Ihsan RM1000, merupakan salah satu bantuan mangsa banjir Kelantan Terengganu yang akan diagih kepada penduduk terjejas mengikut senarai berdaftar di PPS sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Bantuan mangsa banjir Kelantan dan Terengganu akan di percepatkanSeramai 7,651 penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat bencana banjir akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dalam kadar segera.Perdana Menteri menyatakan demikian kepada pemberita di Pasir Mas, Kelantan selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gelang Mas.Sejurus tiba di PPS berkenaan yang menempatkan 808 penduduk terjejas daripada 277 keluarga dari kawasan sekitar, Perdana Menteri meluangkan masa selama sejam untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan banjir semasa di Kelantan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Beliau yang diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudiaannya beramah mesra bersama penduduk terjejas banjir di PPS berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada 40 ketua isi rumah terlibat.\nDalam pada itu menurut Datuk Seri Ismail Sabri lagi, selain bantuan wang ihsan, kerajaan turut menyalurkan pelbagai lagi bentuk bantuan kepada penduduk terjejas banjir bagi meringankan beban mereka.Antaranya, bayaran tunai RM2,500 untuk pembelian tunai barang keperluan asas yang rosak akibat banjir, baucar atau rebat RM500 bagi kerosakan barangan elektrik, RM1,000 bagi pembaikian kenderaan rosak dan diskaun 50% bagi pembelian alat ganti yang disediakan syarikat Perodua serta percuma bagi menunda kenderaan yang rosak ditenggelami banjir.Baucar RM1,000 itu juga boleh digunakan untuk membayar deposit kenderan baru seperti motosikal yang rosak akibat bencana tersebut.Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, kerajaan turut bersimpati terhadap nasib penduduk yang berdepan dengan kerosakan rumah dan rumah yang hanyut akibat banjir.Bagi kerosakan infrastruktur seperti jalan, balai raya dan sebagainya, laporkan segera kepada pejabat daerah ataupun pemimpin untuk diambil tindakan segera oleh kementerian terlibat seperti KPLB.Mengulas mengenai projek jangka panjang dalam menangani masalah banjir di jajahan Rantau Panjang Pasir Mas dan Tumpat, kerajaan sedang meneliti peruntukan RM1.3 bilion bagi meneruskan projek pembinaan tebatak banjir bagi fasa kedua yang dikemukakan KASA dan JPS.\nBanjir gelombang keempat yang melanda negeri-negeri pantai timur sejak Jumaat lalu telah menjejaskan lebih 26,697 penduduk di Terengganu dan Kelantan.\nApa Itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)\n\nIanya merupakan insiatif pantas kerajaan berbentuk bantuan wang ringgit bagi membantu keluarga yang terlibat dengan banjir\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).\nSyarat Permohonan\nBWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahajaSetiap permohonan hendaklah\u00a0disahkan\u00a0oleh\u00a0Pegawai Daerah\u00a0bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).\nSoalan Lazim\nKalau saya menyewa rumah bersama rakan dan rumah kami terkesan akibat banjir, adakah kami layak memohon?Layak. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.\nBerapa amaun yang layak dimohon bagi 2 keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama?RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:i. Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.ii. Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakatiii. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.\nBerapa kalikah saya boleh memohon BWI memandangkan rumah saya terlibat dengan banjir beberapa kali dalam musim tengkujuh ini?Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).\nAdakah saya layak memohon BWI walaupun pusat pemindahan sementara tidak diwartakan?Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).\n\n\n\n\nBolehkah saya memohon secara online?Tidak ada permohonan online. Permohonan diuruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada\nApakah kriteria yang membolehkan saya diklasifikasikan sebagai mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan seterusnya dipertimbangkan sebagai penerima BWI?Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda ada pertanyaan atau aduan mengenai BWI Bantuan Banjir Kelantan Terengganu anda boleh hubungi ;\nAGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARAPEJABAT PERDANA MENTERI (NADMA)\nTel +603-8870 4800\nWebsite : https://www.nadma.gov.my/en/info/soalan-lazim-faq-bantuan-wang-ihsan-bwi\nEmail : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-kertas-kerja-program/", "title": "Contoh Kertas Kerja Program Sekolah / Motivasi", "body": ["\n\n", "\nKertas kerja program sekolah / motivasi ini juga boleh diguna pakai untuk lain-lain tujuan seperti program sukan, sukarelawan (ngo), kesihatan dan lain-lain. \nIni kerana format penulisannya adalah lebih kurang sama. \nApa yang penting adalah isi kandungan tersebut perlu jelas dan lengkap untuk penilaian bagi tujuan kelulusan program yang dicadangkan.\nApa Itu Kertas Kerja\nIanya merupakan satu dokumentasi yang mengandungi cadangan program yang hendak di laksanakan. Pada kebiasanya, ianya akan disediakan oleh setiausaha AJK yang telah dilantik berdasarkan mesyuarat yang telah dibincangkan.\nAntara maklumat yang terdapat dalam format ini ialah ;\n\nTajuk program\nObjektif\nTarikh\nTempat\nMasa dan aturcara program\nBajet kewangan\nNama AJK yang terlibat sebagai pelaksana\nSenarai organisasi luar yang terlibat\n\nSelain itu juga ajk boleh memasukkan butiran-butiran lain yang berkaitan yang dirasakan perlu bagi membolehkan kertas program tersebut diluluskan.\nContoh Program Sekolah Yang Perlukan Kertas Kerja\nAntara contoh program/ aktiviti sekolah yang memerlukan kertas kerja untuk kelulusan sebelum dapat dilaksanakan adalah seperti ;\n\nProgram lawatan sambil belajar\nProgram sukaneka\nMesyuarat PIBG\nProgram merentas desa\nAcara sukan tahunan\nProgram seminar motivasi SPM\nPertandingan kawad kaki\nPerarakan bulan kemerdekaan\nSambutan Hari Guru\nProgram Anugerah Pelajar Cemerlang\nKem Motivasi Pelajar\nProgram Perkhemahan Perdana\nSeminar Teknik Menjawab Soalan SPM\nPenilaian Program Pencegahan Buli Sekolah\n\nBaca juga : Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya\n\n\n\n\nIni hanyalah beberapa contoh, dan terdapat banyak lagi jenis kertas kerja program sekolah yang boleh ditulis. \nApabila menulis kertas program sekolah, adalah penting untuk anda jelas tentang tujuan kertas kerja tersebut dibuat. \nAdakah ianya itu bertujuan untuk memohon dana untuk program yang hendak dilaksanakan? atau sekadar untuk memaklumkan?, atau untuk tujuan menganalisis?\nFormat Penulisan \nIsi kandungan kertas program sekolah boleh berbeza-beza bergantung pada aktiviti / program yang hendak dilaksanakan. \nWalau bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat umum yang biasanya disertakan dalam kertas program sekolah seperti ;\n\nPengenalan \u2013 Gambaran keseluruhan tentang tajuk kertas kerja dan menyatakan pernyataan\nMatlamat \u2013 Apa yang hendak dicapai sebelum / semasa / selepas program / aktiviti tersebut dilaksanakan\nObjektif \u2013 Sasaran program / aktiviti\nTarikh pelaksanaan\nAnggaran peserta / penyertaan yang terlibat dalam program /aktiviti yang hendak dilaksanakan\nSenarai ahli jawatankusaa \u2013 Nyatakan nama dan jawatan setiap ahli\nAnggaran perbelanjaan \u2013 Nyatakan butiran perbelanjaan\nJadual dan atur cara program\n\nContoh Kertas Kerja\n\nPenulisan kertas program sekolah hendaklah jelas, padat, dan teratur. AJK yang dilantik perlu menggunakan bukti daripada penyelidikan untuk menyokong hujah mereka. Kertas kerja juga perlu dilutis dengan teliti dan elakkan daripada kesilapan dalam tatabahasa\nSebagai rujukan, anda juga boleh download contoh kertas kerja program sekolah/ngo (pdf) seperti berikut ;\n\nKertas Kerja Program Seminar Motivasi SPM\nContoh Kertas Program Sekolah Perkhemahan Perdana\nContoh Kertas Mesyuarat PIBG\nContoh Format Keras Program NGO\nContoh Kertas Program Pengurusan Jenazah\nContoh Kertas Program Penyelenggaraan Sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rancangan-khas-pendidikan-yayasan-selangor/", "title": "Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022", "body": ["\n\n", "\nPengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 bagi Rancangan Pendidikan Khas Yayasan Selangor 2022 kini dibuka.\nProgram ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan dan Yayasan Selangor bagi mengambil dan menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.\nSyarat-Syarat Kelayakan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor\nIbu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak lepasan Tahun 6 ke Tingkatan 1 dalam Rancangan Khas Pendidikan KPM tahun 2022 boleh semak syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPelajar mendapat sekurang-kurangnya BAND 3\u00a0 dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah tahun 6 di sekolah rendah.Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan buat pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Pemohon atau ibu bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin perlulah kemukakan Borang Pengesahan Pemastautin sebagai bukti).Pemohon dari keluarga yang berpendapatan perkapita (pendapatan ibu bapa dibahagikan dengan jumlah tanggungan) kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.Pemohon serta ibu bapa adalah warganegara Malaysia.Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dan perlulah disahkan oleh doktor. Pemohon juga tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan sebagainya.\n\nAsrama & Sekolah Pilihan\nBerikut merupakan antara asrama dan sekolah pilihan bagi pelajar yang layak sertai Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022\n\u00a0Asrama Pusat Yayasan SelangorAsrama Daerah Yayasan SelangorTanpa Asrama/Berulang Dari Rumah\nAsrama Pusat Yayasan Selangor\nAsrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.\nPelajar-pelajar bakal bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).\nTerdapat 2 buah Asrama yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :\nAsrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)\nPersekolahan Pelajar Asrama Pusat\nPelajar yang lulus permohonan akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :\nAYSSB\nSMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)\nAYSK\nSMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki/Perempuan)SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)SMK Convent, Klang (Perempuan)SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)\nAsrama Daerah Yayasan Selangor\nAsrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian yang diberikan kuota untuk menempatkan pelajar Yayasan Selangor di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.\nAsrama Daerah Yayasan Selangor bertempat di negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\nAsrama Daerah yang terletak di Selangor adalah di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).\nPara pelajar tertakluk kepada peraturan yang digariskan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.\nAsrama Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah terdiri daripada :\nDaerah Sabak Bernam\nSMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki/Perempuan)SMK Bagan Terap (Lelaki/Perempuan)SMK Dato\u2019 Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)\nDaerah Kuala Selangor\nSMK Dato\u2019 Harun, Tanjong Karang (Lelaki/Perempuan)SMK Pengkalan Permatang (Lelaki/Perempuan)\nDaerah Hulu Selangor\nSMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki/Perempuan)\nDaerah Petaling\nSMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki/Perempuan)SMK Shah Alam (Lelaki/Perempuan)SMK Tinggi Kajang (Lelaki)\nDaerah Hulu Langat\nSMK Telok Panglima Garang (Lelaki/Perempuan)SMK Banting (Lelaki/Perempuan)SMK Bukit Changgang (Lelaki/Perempuan)\nDaerah Sepang\nSMK Seri Sepang (Lelaki/Perempuan)Wilayah PersekutuanSMK Victoria (Lelaki)\nTanpa Asrama/Berulang Dari Rumah\n\n\n\n\nPara pelajar akan ditempat di salah sebuah sekolah berikut :\nSelangor\nSMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nSMK Aminuddin Baki (Lelaki/Perempuan)SMK Seri Bintang Utara (Lelaki/Perempuan)\nCara Memohon Rancangan Pendidikan Khas Yayasan Selangor \nSecara Online\nPemohon perlu mengisi borang permohonan atas talian dan muat naik dokumen yang diperlukan selengkapnya.\nBorang serta dokumen yang lengkap serta disahkan perlu diserahkan secara online selewat-lewatnya pada 11 Februari 2022.\nATAU\nSecara Manual\nPemohon perlu muat turun borang di laman sesawang Yayasan Selangor.\nBorang serta dokumen yang lengkap dan disahkan perlu dihantar melalui serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup permohonan.\nMuat Turun Borang Permohonan\nBorang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian) \nBorang Pengesahan Pemastautin\nBorang Pengesahan Pendapatan \nDokumen Yang Diperlukan \nKeputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) \u2013 1 salinanKeputusan UPKK (sekiranya ada) \u2013 1 salinanSijil PAJSK \u2013 1 salinanKad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga \u2013 1 salinanSijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa \u2013 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga \u2013 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).\nNota : Semua dokumen di atas perlu disahkan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi :\nBahagian Hal Ehwal Pelajar\nYayasan Selangor\nTingkat 17, Menara Yayasan Selangor,\nNo. 18A, Persiaran Barat,\n46000 Petaling Jaya,\nSELANGOR DARUL EHSAN\nTel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141\nFaks : 03-7954 1790 / 1862\nEmail : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ujian-dass/", "title": "Ujian DASS 21 KKM Online Beserta Skala Skor", "body": ["\n\n", "\nBorang Ujian DASS 21 KKM Online Beserta Skala Skor Ujian Untuk Ketahui Tahap Kesihatan Mental di Sediakan Kementerian Kesihatan Malaysia.\nKementerian Kesihatan Malaysia KKM mengesah orang ramai yang merasakan diri mereka mengalami masalah mental seperti stress, tekanan dan kemurungan di sebabkan apa juga perkara yang menyebabkan ianya berlaku seperti masalah rumah tangga, masalah ditempat kerja disarankan agar tidak bersendirian, tetapi meluahkan perasan dan berkongsi masalah mereka dengan bercerita dengan orang mereka boleh percayai.\n\nSelain itu juga mereka boleh mendapatkan bantuan khidmat psikologi di klinik dan hospital kerajaan tanpa merasa malu\nApa Itu Ujian DASS KKM\n\n(DASS) merupakan satu Ujian Saringan Stres, Kebimbangan Dan Kemurungan\u00a0untuk mengenal pasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.Anda perlu menandakan pada skala yang disediakan keadaan anda\u00a0dua (2) minggu\u00a0yang lalu.Ia dibangunkan pada tahun 1995 oleh Peter Lovibond dan Andrew J.K. Penyewa di Universiti New South Wales di Australia. DASS mengandungi soal selidik 21 item yang meminta responden menilai kekerapan mereka mengalami simptom tertentu pada minggu lalu. Gejala-gejala itu dikelompokkan kepada tiga subskala: kemurungan, kebimbangan, dan tekanan.\nDASS merupakan ukuran kesihatan mental yang digunakan secara meluas dan disahkan. Ia telah terbukti boleh dipercayai dan sah dalam pelbagai tetapan, termasuk tetapan klinikal, penyelidikan dan komuniti. DASS boleh digunakan untuk menyaring masalah kesihatan mental, untuk memantau perubahan dalam kesihatan mental dari semasa ke semasa, dan untuk menilai keberkesanan rawatan.\nDASS merupakan satu kaedah yang pantas dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira tahap pendidikan atau latihan mereka. Ia adalah kaedah yang di iktiraf berkaitan kesihatan mental, penyelidik, dan sesiapa sahaja yang berminat dengan kesihatan mental mereka sendiri.\nWalaupun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan DASS MERUPAKAN BUKAN DIAGNOSIS. Untuk mendapatkan diagnosis anda perlu berjumpa dengan pakar perubatan atau kaunselor untuk mendapatkan nasihat yang tepat\nBerikut adalah beberapa faedah menggunakan Ujian DASS:\n\nIa adalah cara yang cepat dan mudah digunakan.\nIa boleh dipercayai dan di gunapakai oleh kebanyakan pusat perubatan di seluruh dunia.\nIa boleh digunakan untuk menyaring masalah kesihatan mental, untuk memantau perubahan dalam kesihatan mental dari semasa ke semasa, dan untuk menilai keberkesanan rawatan.\n\nJika anda bimbang tentang kesihatan mental anda, anda boleh mengambil Ujian DASS dalam talian atau di mana-mana klinik dan hospital kerajaan. \n\n\n\n\nSiapa Yang Perlu Buat Ujian DASS KKM?\n\nUjian DASS-21 boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menilai sendiri tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan mereka. Ia adalah instrumen lapor diri, yang bermaksud bahawa ia tidak ditadbir oleh profesional penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa DASS-21 bukanlah alat diagnostik dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional.\nBerikut ialah beberapa golongan yang mungkin mendapati ujian DASS-21 membantu:\n\nOrang yang mengambil berat tentang kesihatan mental mereka\nOrang yang mengalami gejala kemurungan, kebimbangan atau tekanan\nOrang yang melalui peristiwa hidup yang tertekan, seperti kehilangan pekerjaan, perceraian atau kematian orang yang disayangi\nOrang yang mengambil ubat untuk keadaan kesihatan mental\nOrang yang sedang menjalani terapi untuk keadaan kesihatan mental\n\nUjian DASS-21 boleh menjadi alat yang berguna untuk mengenal pasti masalah kesihatan mental yang berpotensi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa ia bukan alat diagnostik dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional. Jika anda bimbang tentang kesihatan mental anda, sila berbincang dengan profesional penjagaan kesihatan.\nUjian DASS KKM Online\nBagi anda yang ingin membuat ujian dass secara online, berikut beberapa sumber yang boleh membantu anda mencari profesional penjagaan kesihatan:\n\nDASS Sabah :- https://jpan.sabah.gov.my/perumahan/117-ujian-dass\nDASS Sarawak :- https://jknsarawak.moh.gov.my/hsk/screening-dass/\nDASS Johor :- https://ipsikologi.johor.gov.my/v2/modules/dass21/\nDASS Selangor / Kuala Lumpur : \u2013 https://e2pk.moe.gov.my/inframe.cfm?mindasihat\nDASS KKM :- https://mentari.moh.gov.my/app/Modules/Patient/public-dass/\n\nKeputusan Ujian\nSelepas anda selesai menjawab semua 21 soalan DASS, keputusan ujian saringan minda sihat ini akan diberikan dan, anda boleh melihat tahap kesihatan mental dan dan minda anda yang akan di pecahkan kepada subskala: \n\nKemurungan, \nKebimbangan\nTekanan\n\nSkor Skala Ujian DASS\n\n\u00a0TahapKemurunganKebimbanganStresNormal0-50-40-7Ringan6-75-68-9Sederhana8-107-810-13Teruk11-149-1014-17Teruk Sangat15+11+18+\nSekiranya keputusan ujian ini adalah tidak normal atau di tahap sederhana, anda boleh muat turun atau cetak keputusan ujian ini dan bawa ke mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan anda untuk diagnosa lanjut oleh pegawai perubatan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-biasiswa-albukhary-international-university-aiu/", "title": "Permohonan Biasiswa Albukhary \u00a0International University (AIU)", "body": ["\n\n", "\nTerkini, permohonan Biasiswa Albukhary International University AIU di buka kepada warganeraga Malaysia dan antarabangsa. Yayasan Albukhary Foundation mempelawa permohonan daripada pelajar cemerlang yang teridiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan. \nPermohonan ini dibuka kepada pelajar golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya & WP Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).\nTawaran biasiswa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke AIU yang kini membuat pengambilan kemasukan sesi pembelajaran Oktober 2022.\nAIU merupakan antara universiti bertaraf antarabangsa yang unggul di Malaysia.\nApa Itu Program Biasiswa Albukhary International University AIU\n\nProgram ini telah dibangunkan pada tahun 2005 dengan tujuan semata-mata untuk menyediakan talian hayat kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka akses kepada pendidikan tinggi, tanpa sebarang kos.\u00a0\nTerbuka kepada warga Malaysia dan Pelajar Antarabangsa, Biasiswa Albukhary memupuk komuniti di mana pembinaan sahsiah dicapai melalui penekanan terhadap khidmat masyarakat.\u00a0Melalui rangkaian universiti di Malaysia, Yayasan Albukhary menaja pelajar di 17 universiti di seluruh negara.\u00a0\nSelepas itu, apabila AIU ditubuhkan, Program Biasiswa Albukhary memenuhi keperluan pelajar Universiti yang terletak di Kedah.\u00a0Ini adalah Program Biasiswa yang kompetitif, di mana latar belakang kewangan bakal pelajar diperiksa dengan teliti, untuk memastikan mereka yang paling layak tidak kehilangan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.\nPelajar Universiti Antarabangsa Albukhary datang dari seluruh dunia, mewakili pelbagai latar belakang, pengalaman dan budaya.\nKami percaya bahawa kuasa kepelbagaian mencabar minda pelajar kami yang mempunyai potensi besar.\u00a0AIU bertujuan untuk menjadikan pendidikan universiti lebih mudah diakses oleh mereka yang mempunyai bakat yang mungkin tidak mempunyai peluang.\u00a0Tidak ada tempat lain seperti AIU yang menghimpunkan pelajarnya dan memupuk semangat perpaduan dan pendidikan untuk semua.\u00a0Satu langkah lagi sebelum kami mendedahkan potensi anda.\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\nUntuk tawaran biasiswa iasiswa Albukhary \u00a0International University bagi sesi kemasukan Oktober 2022 ini, antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti ;\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) PemasaranIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber ManusiaIjazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi (Kepujian)Ijazah Sarjana Muda Pembangunan dan Sosial (Kepujian)\nTawaran Biasiswa Albukhary \u00a0International University\nBiasiswa penuh termasuk kos pembelajaran, tempat tinggal dan elaun makanan bulanan sebanyak RM 450 ditanggung sepenuhnya selama 3 tahun. \nSyarat Kelayakan\nUmur antara 18 dan 22 tahun.Status perkahwinan bujang.Lulus STPM/Diploma/Asasi/Matrikulasi dengan memperolehi PGNK 2.80 ke atasMUET Band 2.0 ke atasPendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya & WP Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).\nDokumen Diperlukan\nSurat biasiswa \u2013 hanya jika anda ditaja oleh pihak lainPengenalan (ID) bapa atau sijil kematianPengenalan (ID) atau sijil kematian ibuSlip pendapatan bapa *Borang Akuan Bukti PendapatanSlip pendapatan ibu *Borang Akuan Bukti PendapatanBil utiliti (bil elektrik atau air)Surat pengesahan oleh salah seorang pengadil *Contoh Templat Surat Pengesahan BiasiswaTiga (3) Gambar rumah keluarga \u2013 pemandangan dari luar, ruang tamu, dapur *Contoh Gambar Rumah Keluarga\nCara Permohonan\nMengisi borang permohonan\u00a0secara atas talian.Muat turun\u00a0Manual Tatacara Permohonan Biasiswa.Melengkapkan dokumen sokongan.Menulis 3 karangan bertajuk di bawah:Mengapakah Yayasan Albukhary perlu menaja anda?Bagaimanakah biasiswa akan memberi kesan kepada masa depan anda?Apa yang menjadikan anda calon yang sesuai dan baik \u2013 sebarang kemahiran, pengalaman atau pencapaian yang berkaitan yang diperoleh daripada pendidikan, kerja atau aktiviti lain.Pelajar yang layak ke peringkat seterusnya akan dipanggil untuk temuduga.\nNota : Karangan perlulah ditulis sekurang-kurangnya 150 perkataan dalam Bahasa Inggeris.\nSesi Temuduga dan Proses Saringan\nApabila memenuhi kriteria akademik dan biasiswa, pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga dan aspek-aspek berikut akan dinilai secara menyeluruh semasa sesi temuduga.\nStatus Sosioekonomi 40%Kemahiran Komunikasi 25%Personaliti & Sikap 20%Pertahanan Kenyataan Peribadi 15%\n *\u00a0Sila ambil perhatian bahawa AIU berhak sepenuhnya untuk menolak atau menamatkan sebarang permohonan biasiswa yang mengandungi plagiarisme atau maklumat penipuan tanpa notis awal kepada pemohon\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda memerlukan lanjut mengenai Biasiswa Albukhary International University AIU, sila hubungi Unit Biasiswa menerusi saluran berikut\u00a0;\nTel Unit Biasiswa: +604-7747 392\nWhatsApp: +6011-2414 1208E-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga ;\nDermasiswa B40 DRB Hicom University Lepasan SPM 2021\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-tawaran-haji-2023/", "title": "Semakan Tawaran Haji 2023 / 1444H & Surat Tawaran", "body": ["\n\n", "\nSemakan tawaran haji 2023 M/1444H melalui THiJARI boleh dibuat mulai 22 Mac 2023. Selain itu juga untuk tahun ini, sebanyak 31,600 surat tawaran haji dikeluarkan untuk jemaah 2023 yang terpilih\nLembaga Tabung Haji (TH) menggalakkan semua bakal jemaah haji supaya segera menjawab tawaran haji yang telah dihantar kepada 31,600 bakal jemaah untuk musim haji 2023. Bakal jemaah haji boleh melayari laman web TH atau memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas menerima surat. Selain itu, semua jemaah haji yang terpilih perlu mencukupkan wang secukupnya ke dalam akaun TH dan mendapatkan Buku Rekod Rawatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, yang diperlukan untuk visa haji seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi\n.\n\nSurat tawaran ini akan di berikan secara berperingkat. Pemilihan bakal haji adalah sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Iaitu berdasarkan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.\nIni adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan. Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram. Tahun ini pihak Kerajaan Arab Saudi tidak lagi menghadkan umur untuk tunai haji\nSemakan Tawaran Haji 2023\n\nTabung Haji mengumumkan bahawa semakan tawaran haji musim ini boleh dibuat mulai 22 Mac 2023 \u00a0jam 12.00 tengah hari secara online menerusi melalui laman web rasmi TH atau memuatnaik aplikasi THiJARI\u00a0\nBaca juga Kos Haji 2023 & Bantuan Kewangan \nCara Semakan Tawaran Daftar Haji 2023\nUntuk semakan, para pendeposit TH boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut ;\n\nLogin ke Portal THiJARI di pautan\u00a0https://www.thijari.com.my\nPilih Menu PERKHIDMATAN HAJI\nKlik SEMAK TAWARAN HAJI\nAnda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini\n\nSurat Tawaran Haji \n\nKaunter TH Terpilih Dibuka Untuk Penerimaan Surat Tawaran Haji Pada Sabtu & Ahad, 25 & 26 Mac 2023\nTH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Untuk semakan pantas, para pendeposit digalakan untuk sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI untuk tidak terlepas makluman daftar haji tahun ini. Ini kerana\u00a0tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.\nCara Menjawab Tawaran Haji di THiJARI\nBagi yang menerima tawaran, tahniah diucapkan. Langkah seterusnya adalah anda perlu menjawab tawaran haji dan memberi maklum balasa secara online menerusi THiJARI. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut ;\n\n\n\n\nLayari portal https://www.thijari.com.my/\nklik perkhidmatan haji\nsemak tawaran haji\nsemakan tawaran\nklik ok\nterima tawaran haji\nkemaskini profil untuk mengemaskini maklumat peribadi dan klik berikutnya jika tiada perubahan\nklik ya untuk teruskan proses\nbaca terma dan syarat menjawab tawaran\nklik setuju dan klik ya\nklik terima tawaran haji dan klik berikutnya\nbaca dan fahami maksud istito\u2019ah.pilih setuju atau ditak setuju dan klik berikutnya\nklik tambah ahli keluarga dan klik cari\nklik berikutnya\nklik tambah ahli keluarga\nmasukkan nombor akaun ahli keluarha dan klik cari\nklik berikutnya\nmasukan pertalian aahli keluarga\npilih penerbangan,destinasai dan klik berikutnya\nisi maklumat 2 orang waris terdekat di malaysia\nklik berikutnya\nbaca dan fahami akta perlindungan data peribadi\nklik perakuan dan klik berikutnya\nsemak paparan yang telah di kemaskini\nklik perakuan dan klik mohon tac\nmasukkan nombor tac dan klik hantar\nsemak paparan yang telah dikemaskini\nmuat turun surat status\n\n\nPembatalan / Penundaan Pemergian Haji\nBakal haji yang telah menerima tawaran menunaikan haji tetapi terpaksa untuk menunda iaitu membatalkan pemergian haji disebabkan sebab-sebab tertentu, anda boleh mengemukakan permohonan mereka ke pejabat\u00a0TH\u00a0yang berhampiran dengan dikenakan caj pembatalan/ penundaan mengikut kadar tertentu.\nWalau bagaimanapun, bagi mereka yang menunda, peluang menunaikan haji pada tahun berikutnya adalah tertakluk kepada kekosongan dan tiada jaminan bakal haji akan ditawarkan semula untuk menunaikan haji.\nKadar denda yang dikenakan kepada bakal haji yang membatalkan atau membuat penundaan adalah mengikut kategori berikut:\n\n\n\n\n\nKategori I\u00a0Denda pembatalan sebanyak 5% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun\u00a0TH\u00a0pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah debit bayaran haji terlaksana.\u00a0\u00a0\nKategori IIDenda pembatalan sebanyak 20% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun\u00a0TH\u00a0pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah jadual penerbangan haji dikeluarkan.\u00a0\nKategori IIIDenda pembatalan sebanyak 40% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun\u00a0TH\u00a0pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah jadual penerbangan haji dikeluarkan dan visa haji diperuntukkan.\n\nSyarat Kesihatan Tunai Haji 2023 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menetapkan bagi pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 sama seperti tahun 2022 yang lalu.\nKeputusan ini, adalah disebabkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik. Walaupun Malaysia kini menuju ke fasa endemik\nKeputusan KKM dan\u00a0TH\u00a0ini dibuat adalah sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan bagi memastikan bakal Jemaah haji dari Malaysia berada pada status kesihatan terbaik dari segi fizikal dan mental bagi melakukan ibadah haji\nAntara kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah garis panduan ini antaranya menetapkan ; \n\nIndeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, \npenyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, \ntiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.\n\nBakal haji juga disyorkan untuk melengkapkan vaksin COVID-19 (dos pertama, dos kedua dan perlu menggambil dos penggalak.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato\u2019 Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama\u00a0TH\u00a0ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.\n\u201cIbadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.\nPemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,\u201d tambah beliau.\nUntuk lokasi senarai tempat pemeriksaan kesihatan seluruh negeri anda boleh semak di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/senarai-tempat-pemeriksaan-kesihatan. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan oleh pegawai/pakar perubatan yang disenaraikan mengikut tempat dan lokasi pemeriksaan kesihatan di seluruh negeri\nMaklumat Lanjut Semakan Tawaran Haji 2023\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan tawaran haji 2023 atau ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my\u00a0atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.\nSoalan Lazim F.A.Q\nBila surat tawaran haji dikeluarkan 2023? TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023 Adakah wanita bawah 45 tahun masih memerlukan mahram untuk menunaikan haji? Bakal haji wanita boleh menunaikan ibadat haji pada tahun ini tanpa mahram. Bagaimana untuk buat semakan haji 2023 melalui sms? Untuk semakan anda boleh layari portal https://www.thijari.com.my/ \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-kursi-tok-nan-2022/", "title": "Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBiasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, khususnya buat anak kelahiran Sarawak yang berpotensi dan berkelayakan, anda di pelawa untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022.\u00a0\nBiasiswa Kursi Tok Nan 2022\u00a0\nBiasiswa Kursi Tok Nan 2022 adalah merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.\nBiasiswa ini memberikan penajaan pengajian kepada pelajar yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah: yuran pengajian, yuran kolej kediaman, elaun buku dan wang saku.\nPenajaan biasiswa akan diberikan selama; 4 semester untuk Diploma, 6 semester untuk Bacelor.\nProgram pengajian yang ditawarkan adalah;\nDiploma Pembangunan Manusia danBacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.\n\nSyarat Permohonan\u00a0\nAnak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak).Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.Mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atas.Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar negara layak memohon.Pelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak layak untuk memohon.Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.\nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh didapati di laman web berikut:\u00a0 www.btu.upm.edu.my atau : https://btu.upm.edu.my/kandungan/biasiswa_kursi_tok_nan_tahun_2022-65421?L=bm\u00a0\n\n\n\n\nBorang yang telah lengkap beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan dan diterima secara serahan tangan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.\nPermohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :\nDiploma: 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022Bacelor: 28 Mac sehingga 16 April 2022\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh hubungi\u00a0 Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel: [email\u00a0protected]\u00a0\nAtau rujuk,\u00a0\nFacebook: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak \u2013 UPMKBLaman web: http://www.btu.upm.edu.my/Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak 97000 Bintulu, Sarawak086-855 201\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-kecemerlangan-yayasan-tuanku-canselor-ucyp-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Penajaan Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022 Lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda.\nPelawaan penajaan biasiswa penuh kepada calon-calon lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda. ini mensasarkan pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di Universiti Collage of Yayasan Pahang (UCYP) daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah. Iaitu golongan B40\nTarikh Permohonan\n15 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022 pada 6 September 2022\nSejarah Yayasan Tuanku Canselor UCYP\nInspirasi penubuhan Yayasan Tuanku Canselor UCYP (YTC UCYP) ini adalah bertitik tolak daripada titah Tuanku Canselor UCYP, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk mewujudkan satu dana pendidikan bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan terutama daripada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.\nSehubungan itu, pihak UCYP sebagai pengasas Yayasan berusaha untuk menubuhkan sebuah institusi yang menjalankan operasi secara berasingan daripada universiti dan tidak berorientasikan keuntungan.\nPermohonan untuk memperbadankan pemegang-pemegang amanah bagi YTC UCYP di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] telah dimajukan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) pada 10 Oktober 2019 dan telah diluluskan pada 23 Disember 2019.\nYTC UCYP sedang dalam proses memohon kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada penyumbang-penyumbang dana. Sumber dana yang terkumpul akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan pembangunan pelajar, meningkatkan taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan kualiti program-program yang ditawarkan terutama di peringkat kumpulan UCYP\nTajaan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022\n\nTajaan biasiswa penuh ini, meliputi ;\nYuran pengajianAsramaElaun\n\nSyarat Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonanLepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana MudaKategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)PNGK 3.5 dan ke atasTelah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).\nSyarat Kelayakan Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:\nKelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat KemasukanLepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah PertamaLepasan STAM (disamping mempunyaiSPM)4 Mumtaz dan 5 JayyidJiddanIjazah PertamaLepasan Matrikulasi di bawahKementerian Pelajaran Malaysia/UIA/Politeknik/ Program AsasiIPTA/lepasan Diploma dan lain \u2013 lainsetaraf denganya.CGPA 3.50 dan ke atasIjazah PertamaLepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).Salinan Sijil Berhenti sekolah.Salinan Sijil Keputusan SPM.Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.\nPanduan Mengisi Borang Permohonan\nBorang permohonan ini mestilah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.Pengesahan / sokongan bagi permohonan ini hendaklah diperolehi dari Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atasSila isikan borang permohonan ini dengan JELAS dan LENGKAP. Permohonan yang tidak jelas/ tidaklengkap serta mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.Dokumen WAJIB seperti yang dinyatakan dalam SENARAI SEMAK dan LAIN-LAIN DOKUMEN perludisahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022 \nIsi permohonan online melalui pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewformMuat turun borang permohonan manual di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQLengkapkan maklumat pada borang manualHantar borang permohonan manual beserta salinan dokumen yang diperlukan ke alamat di bawah\n\nNota : Lengkapkan maklumat di kedua-dua borang,\u00a0 iaitu di google form ini dan Borang Permohonan Manual (BYTC/2022/01). Sila hantar atau poskan Borang Permohonan Manual (BYTC/2022/01) serta salinan dokumen sokongan yang telah disahkan ke pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP.\u00a0\nBorang Permohonan yang telah lengkap boleh diposkan kepada:\nPEJABAT PENGURUSAN YAYASAN TUANKU CANSELOR UCYP,\nARAS 2, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,\nJALAN TANJUNG LUMPUR\n26060,\u00a0KUANTAN\nPAHANG DARUL MAKMUR\n(U/P: PENGARAH)\nTel. No.: 09- 404 8999\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0\n(BIASISWA KECEMERLANGAN YTC UCYP 2022)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persolan dan perlukan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, anda boleh layari website http://ytc.ucyp.edu.my/ atau hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email\u00a0[email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-budi-sabah-2022-bayaran-tunai-secara-one-off-pendaftaran-ipt/", "title": "Bantuan BUDI Sabah 2022 : Bayaran Tunai Secara One-Off Pendaftaran IPT", "body": ["\n\n", "\nBantuan BUDI Sabah 2022 atau Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off pelajar kelahiran Sabah telah di buka. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga golongan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi awam /swasta\n\u00a0\nApa Itu Bantuan BUDI Sabah\n\nBUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun 2021, \u00a0merupakan insiatif kerajaan negeri sabah untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta di seluruh Malaysia.\nIanya untuk membantu warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.\nIbubapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.\nBaca juga : Permohonan BISTARI Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah\n\u00a0\nTarikh Permohonan\nPermohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.\n\u00a0\nJumlah Bantuan\nPelajar yang layak menrima bantuan ini akan menerima bayaran tunai secara one off dengan kadar berbeza mengikut pengajian seperti berikut ;\n\u00a0\n\n\n\n\n\nDiploma/Foundation/Matrikulasi -RM1500\nIjazah Sarjana muda \u2013\u00a0 RM2000\n\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\nHanya mereka yang memeuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut akan di pertimbangkan untuk bantuan ini;\n\nPemohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam/swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan\nPemohon adalah warganegara malaysia dari sabah dan berumut tidak lebih dari 25 tahun\nIbu bapa pemohon atau penjaga adalah golongan b40 dan m40\nMendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT\nPelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.\n\n\u00a0\nBaca juga : Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022\nDokumen Diperlukan\n\nSalinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)\nSalinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)\nSalinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung\nSalinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA\nSalinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.\nSalinan muka penyata akaun pemohon\n\n\u00a0\n\u00a0\nCara Permohonan\npermohonan hendaklah di buat secaa online melalui laman sesawang melalui laman sesawang https://budi.sabah.gov.my/\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Budi Sabah 2022, iaitu Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah : 088-369 872 atau emal melalui [email\u00a0protected] website https://mttk.sabah.gov.my/\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-gaji-penjawat-awam-2022-penyata-gaji-bulanan/", "title": "Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 & Penyata Gaji Bulanan", "body": ["\n\n", "\nTarikh Gaji Penjawat Awam 2022 ~ Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)\nJadual gaji 2022 dan tarikh gaji penjawat awam ini adalah untuk memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat rujukan serta semakan bagi semua Kementerian / Jabatan Persekutuan seluruh negeri di Malaysia.\nUntuk makluman jadual pembayaran gaji ini adalah rasmi dan terpakai.\nMaklumat yang di paparkan adalah rujukan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang boleh di akses secara umum.\nTujuan pemakluman awal jadual bayaran gaji kerajaan 2022 adalah bagi memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang dan menguruskan kewangan dan perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.\nJadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022\n\n\n\n\nBulan\nTarikh\nHari\nCatatatan\n\n\n\n\nJanuari\n25.01.2022\nSelasa\n\u2013\n\n\nFebruari\n25.02.2022\nJumaat\nTahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)\n\n\nMac\n25.03.2022\nJumaat\n\u2013\n\n\nApril\n25.04.2022\nIsnin\n\u2013\n\n\nMei\n25.05.2022\nRabu\nHari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)\n\n\nJun\n24.06.2022\nJumaat\nHari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)\n\n\nJulai\n25.07.2022\nIsnin\nHari Raya Haji 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)\n\n\nOgos\n25.08.2022\nKhamis\n\u2013\n\n\nSeptember\n23.09.2022\nJumaat\n\u2013\n\n\nOktober\n18.10.2022\nSelasa\nHari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin)\n\n\nNovember\n25.11.2022\nJumaat\n\u2013\n\n\nDisember\n19.12.2022\nIsnin\nHari Krismas 25 Disember 2022 (Ahad)\n\n\n\n\nBaca juga : Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat\nPenyata Gaji Bulanan Penjawat Awam\nUntuk makluman pay-slip atau slip gaji penjawat awam boleh di dapatkan melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/\nPenjawat awam juga adalah di ingatkan, bahawa Sistem ePenyata Gaji dan Laporan ini hanya menyimpan\u00a0Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:\n\n\n\n\n18 bulan terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Gaji Bulanan; dan7 tahun terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan.\nAdalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan\u00a0SEBELUM\u00a0dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata\u00a0SELEPAS\u00a0tempoh tersebut adalah\u00a0TIDAK DILAYAN\nBagi kemudahan anda, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan\u00a0versi mobile\u00a0 juga bolehdimuat turun di\u00a0App Store\u00a0dan\u00a0Play Store\u00a0melalui carian \u201cePayslip JANM\u201d. Panduan Pengguna boleh didapati\u00a0 di Halaman Utama ePayslip JANM mobile\nBaca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan maklumat lanjut mengenai tarikh gaji penjawat awam 2022, anda boleh hubungi ;\nJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,\nNo. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.\n\u00a0\u00a0Tel:-\u00a0 +603-8882 1000 /+603-8889 5821\u00a0\u00a0Email : \u2013 korporat[at]anm[dot]gov[dot]my\n\nWaktu Urusan Kaunter JANM PutrajayaIsnin \u2013 Khamis : 9.00 pagi \u2013 4.00 petang(Rehat : 1.00 tengah hari \u2013 2.00 petang)Jumaat : 9.00 pagi \u2013 4.00 petang(Rehat : 12.15 tengah hari \u2013 2.45 petang)Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tm-elit/", "title": "TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022", "body": ["\n\n", "\nTM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi program TM Executive Leadership Industrial Training (TM ELIT) kini dibuka.\n Program TM ELIT ini mensasarkan pembangunan graduan di Malaysia bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.\nProgram ini bakal menyediakan kemahiran dan pengalaman kerja sebenar buat graduan melalui pengajaran di kelas dan latihan on-job training.\nBaca Juga : Tips & Contoh Permohonan Kerja Melalui Email Yang Baik\nObjektif Program TM ELIT\nObjektif utama program ini ialah :\nUntuk mewujudkan jaringan kerjaya profesional dan bimbingan dalam organisasi buat graduan.Menyediakan graduan dengan pengetahuan kemahiran, pendedahan dan skil yang relevan untuk tingkatkan nilai graduan untuk pasaran kerja.\n\nSyarat Kelayakan Program\nProgram anjuran syarikat TM ini terbuka kepada semua lepasan Ijazah Sarjana Muda yang masih belum mendapatkan pekerjaan dan memenuhi syarat berikut :\nWarganegara MalaysiaBerumur 30 tahun ke bawahMemperoleh CGPA 2.7 ke bawahMemiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknikal (Kejuruteraan / Telekomunikasi / Jaringan / IT / Sains Komputer / Komunikasi Data/ Programming / Multimedia / Analytic)Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bukan teknikal (Business Administration/ Marketing / Accounting / Finance / Corporate Communication/ Risk Management / Occupational Safety)\nMaklumat Program\nGraduan terpilih akan jalani program TM ELIT seperti berikut :\n\n\n\n\n1 bulan latihan soft-skill di Multimedia University (MMU)7 bulan on-job training di syarikat TM.\nKelebihan Program\nGraduan yang terpilih untuk sertai program ini juga bakal mendapat manfaat seperti berikut :\nElaun sebanyak RM 2,000 sebulanInsurance Coverage pesakit dalam dan pesakit luarSuasana kerja yang baik dan kondusifPeluang untuk menimba kemahiran dan pengalaman baru\nCara Mohon\nGraduan yang berminat boleh lakukan permohonan melalui laman sesawang TM di pautan berikut :\nTmcareer.tm.com.my \u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila ajukan emel ke [email\u00a0protected] atau dapatkan informasi lanjut berkenaan program TM ELIT di laman rasmi TM di pautan tmcareer.tm.com.my.\nSemoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada para graduan bagi mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-buka-sekolah-kpm-2022/", "title": "Tarikh Buka Sekolah KPM 2022 Ditangguhkan Susulan Banjir", "body": ["\n\n", "\nTarikh Buka Sekolah KPM 2022 Ditangguhkan Susulan Banjir ~ Tidak lama lagi sesi persekolahan sepatutnya akan dimulakan semula bagi sesi 2022. \nNamun, susulan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini dan menjejaskan beberapa negeri, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin bersama pengurusan tertinggi KPM telah membincangkan penyelarasan terkini berkaitan sesi persekolahan bagi tahun 2022.\nSeperti yang kita sedia maklum, penggal 3 sesi persekolahan akan dilaksanakan; sesi persekolahan bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac.\u00a0\n\n\nSesi Persekolahan Penggal 3 Dilewatkan Seminggu \nKepada ibu/bapa dan penjaga terutamanya yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti, sila ambil maklum tarikh penting yang dinyatakan di bawah.\nDr Radzi Jidin telah menjelaskan dalam sebuah kenyataan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada;\n\u00a09 Januari 2022: negeri-negeri Kumpulan A10 Januari 2022: negeri-negeri Kumpulan B\nNota:\u00a0\nNegeri Kumpulan A \u2013 Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu\u00a0Negeri Kumpulan B \u2013 Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya\u00a0\n\n\nKenyataan Media Penangguhan Tarikh Permulaan Sesi Persekolahan Penggal 3, 21/22\nManakala, jadual persekolahan Penggal 3 yang terkini akan dikongsikan oleh KPM melalui sebuah siaran media dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nSesi Persekolahan Penggal 3 ini diwujudkan adalah susulan berlakunya pandemik COVID19. Objektifnya adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.\nDalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023\nKalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.\n\n\nTakwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022\nKalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:\nSumber: https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/639886640477431\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mytax/", "title": "MyTax Hasil LHDN \u2013 Cara Daftar & Login e-filing 2023", "body": ["\n\n", "\nSudahkah anda layari MyTax Hasil dan login e filing bagi tahun 2023? Bagi mereka yang membayar cukai, tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2022 adalah 30 April 2023. \nTambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2023 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2022\nPembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.\nPortal MyTax Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)\nMyTax Hasil merupakan portal yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil dalam Negeri sebagai akses utama kepada perkhidmatan ezHASiL.\nMelalui portal MyTax pembayar cukai dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan tanpa perlu menunggu giliran dan hadir ke cawangan LHDNM.\nSelain itu melalui MyTax juga anda boleh ;\n\nMelihat jumlah sumbangan cukai bagi tempoh tiga tahun taksiran yang terkini termasuk semakan maklumat sekatan perjalanan\nRekod SPC\nSenarai ansuran CP500\nSemakan baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit\nTarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita\nSenarai PCB yang dipotong pihak majikan melalui gaji kita (hanya untuk semakan tahun semasa dibenarkan)\nRingkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini\nPerincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini\n\nTanggungjawab pembayar cukaiMelaporkan pendapatan tahunan dan mengira cukai pendapatan dalam borang nyata individu\nTarikh akhir penghantaran borang\n\n30 April setiap tahun -individu yang memperolehi pendapatan selain punca perniagaa\n30 Jun setiap tahun \u2013 individu yang memperolehi pendapatan perniagaan\n\nBayaranDijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang nyata\nSemakan\n\nPotongan cukai bulanan (PCB) yang telah dipotong oleh majikan melalui e-lejar (mytax)\namaun pcb yang betul dan sepatutnya setiap bulan melalui kalkulator pcb\n\nKategori Pengguna e-filing\n*Pengguna mesti merupakan pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM\n\nPembayar cukai baharu (pertama kali guna e-filing) perlu daftar sijil digital untuk akses ke MyTax dan mengemukakan e-filing\n\n\nTempoh sah Sijil Digital adalah tiga tahun sahaja dan pembayar cukai perlu memperbaharui sijil digital dengan klik setuju pada mesej yang dipaparkan pada MyTax\n\n\nPengguna telah guna e-filing dan Sijil Digital telah tamat tempoh ( 3 tahun) perlu dapatkan Sijil Digital yang baru melalui sistem terus login e-Borang\n\nApa Kaitan MyTax & e-Filing?\nMyTax merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain\nManakala e-filing pula adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.\nBagi membolehkan anda mengunakan kemudahan dan akses kepada e-filing, anda terlebih dahulu perlulah mendaftar melalui MyTax\nCara Daftar MyTax\n\nBagi yang pertama kali membayar cukai, anda perlu mendaftar bersama LHDN terlebih dahulu untuk mendapatkan nombor cukai pengguna.\nSelepas anda mempunyai nombor cukai pengguna, barulah anda boleh mendaftar MyTax.\n\n\n\n\nBagi anda yang telah berdaftar sebagai pembayar cukai dengan pihak LHDNM dan sudah mempunyai nombor cukai pengguna, berikut cara untuk anda daftar MyTax ;\n\nLangkah 1 : Layari website https://mytax.hasil.gov.my/\nLangkah 2 : Pilih menu e-Daftar\nLangkah 3 : Isikan maklumat yang di minta seperti Jenis Pembayar Cukai\nLangkah 4 : Klik pada nombor rujukan, dan masukan nombor rujukan\nLangkah 5 : Sila masukkan e-mel dan nombor telefon atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM untuk memaparkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) anda.\nLangkah 6 : Masukan Frasa Keselamatan\nLangkah 7 : Klik butang \u2018Cari\u2019 \n\nSatu paparan notifikasi berupa nombor cukai pengguna akan dipaparkan sebagai berdaftar atau tidak. Jika ya, pengguna boleh mula log masuk, manakala jika tidak, pengguna perlu mendaftar bersama LHDN terlebih dahulu.\nLogin e-filing Kali Pertama\nSetelah anda berjaya mendaftardi portal MyTax, anda perlu mendapatkan sijil digital terlebih dahulu untuk tujuan login e-filing kali pertama.\nBagi tujuan mendapatkan sijil digital ini, ada dua kaedah yang anda boleh lakukan. Pertama melalui website mytax.hasil.gov.my dan juga melalui aplikasi MyTax smartphone.\n\n\ne-CP550 \u2013 permohonan di web\ne-KYC \u2013 pengecaman identiti wajah di mobile\n\nSetelah anda mempunyai sijil digital, anda perlu aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.\nMyTax Login\nBagi yang terlupa boleh rujuk gambar rajah di bawah ;\nMyTax Hasil LHDN e-Filing Login \nLogin menggunakn nombor kad pengenalan\n\nKlik Menu pada sudut atas sebelah kanan \n\nSeterusnya pilih EZHASIL SERVICES\n\nPilih E-FILING\n\nMasukkan Pilih Tahun Taksiran 2022\n\nKredit Fb : Azri Johan\nKelebihan e-Filing \n\nJaminan keselamatan data\nCapaian pada bila masa sahaja\nMempercerpatkan proses bayaran balik\nLebih mudah dan cepat dirusus\nPengesahan penerimaan borang nyata\nPengiraan cukai tepat\nTiada kehilangan borang\n\nBagi yang mempunyai kesulitan untuk login akaun MyTax Hasil dan perlu hadir ke cawangan LHDNM, berikut kami senaraikan lokasi-lokasi cawangan lembaga hasil dalam negeri seluruh negeri\nSenarai Lokasi LHDNM mengikut negeri\n\n\nKuala Lumpur\nSelangor\nPutrajaya\nPerak\nPulau Pinang\nPahang\nTerengganu\nNegeri Sembilan\nMelaka\nKelantan\nKedah\nJohor\nPerlis\nSabah\nSarawak\nLabuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/zakat-pulau-pinang/", "title": "Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 Dibuka", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 ~ Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai kelengkapan anak-anak yang bersekolah perlu disediakan sebelum bermulanya sesi persekolahan secara fizikal selepas lebih kurang dua tahun pembelajaran atas talian disebabkan oleh pandemik COVID19.\u00a0\nBaca juga : SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan Slip Keputusan Peperiksaan Anak Sekolah\nSehubungan dengan itu, pihak Zakat Pulau Pinang memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memohon bantuan awal persekolahan 2023 di mana-mana cawangan pusat zakat berhampiran anda.\u00a0\nBantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023\u00a0\nBantuan ini merupakan bantuan tahunan dan terbuka kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, fakir miskin dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah (rendah/menengah).\nInisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran walaupun berasal daripada keluarga tidak berkemampuan. Melalui pendidikan, anak-anak ini akan membantu meningkatkan taraf sosial keluarga mereka.\u00a0\n\nSyarat Permohonan\nAntara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:\u00a0\nPemohon mestilah memenuhi syarat umum Bantuan Zakat yang ditetapkan seperti;\u00a0\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.\n\n2. Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi\u00a0 persekolahan.\n3. Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.\n4. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.\n5. Mempunyai dua orang anak bersekolah sekurang-kurangnya.\nNOTA: Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.\nBerikut ialah jadual pendapatan isi rumah yang layak memohon\u00a0 Bantuan Awal Persekolahan 2022, Zakat Pulau Pinang;\u00a0\nBilangan AnakPendapatan Kasar Isi Rumah2 orang anakRM1500 dan ke bawah3 orang anakRM2000 dan ke bawah4 orang anak RM2750 dan ke bawah5 orang anak dan ke atasRM3000 dan ke bawah\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, anda perlu mendapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022.\u00a0\nDokumen Yang Diperlukan\n\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan pemohon/isteri.Salinan surat cerai/mati/akuan (jika pemohon ibu tunggal).Salinan kad pengenalan/mykid/sijil kelahiran pelajar.Salinan penyata/pengesahan akaun bank.Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/pencen (jika berkenaan).\u00a0\n\nAnda perlu mengisi borang yang anda dapatkan di mana-mana pusat zakat dan hantarkan semula/pos ke kaunter perkhidmatan kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.\u00a0\n\n\n\n\nSemakan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023\n\u00a0\nUntuk semakan dan maklumat lanjut , sila hubungi/rujuk senarai di bawah:\u00a0\nLayari: https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/2013-06-30-14-37-18/pendidikan/program-bantuan-awal-persekolahan\nAtau,\u00a0\nFacebook: Zakat Pulau PinangTelefon : 04-549 8125/165 /168E-mel: [email\u00a0protected]\n\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nAnak tahun ni tadika tahun depan tahun 1 boleh mohon tak?\nBoleh. Untuk anak-anak yang bersekolah tahun 2023.\nSekolah rendahMurid tahun 1 hingga tahun 6Sekolah Menengah Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingakatan 6 (atas)\n\nUntuk murid pra sekolah atau tadika 2023 layak tak untuk buat permohonan?\nTidak. Pra Sekolah dan Tadika tidak akan dipertimbangkan\nBila tarikh tutup permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023?\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu)\nBagaimana cara untuk dapatkan borang permohonan?\nDapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 (Selasa).\nBagaimana cara untuk saya semak status permohonan bantuan ini?\nUntuk semakan dan maklumat lebih lanjut berkenaan Skim Awal Persekolahan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Pendidikan kami di talian 04-5498125 / 165 / 167 / 168 (Bercakap dengan En Rizal / En Nawawi / Puan Husna)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-kemasukan-mrsm-penggal-ketiga/", "title": "Tarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 Seluruh Negeri", "body": ["\n\n", "\nTarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 Seluruh Negeri ~ Sukacita dimaklumkan pelajar yang bakal mendaftar atau meneruskan pengajian di MRSM bagi penggal ketiga sesi 2021/2022 boleh mula semak jadual kemasukan masing-masing.\nIbu bapa diminta peka serta ambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang dikeluarkan kerana jadual kemasukan semula ke MRSM bagi penggal ketiga sesi 201/2022 bakal melibatkan semua negeri di Malaysia.\nKredit Foto : kosmo.com.my\nTarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022\nTarikh pendaftaran dan sesi persekolahan MRSM bagi penggal ketiga adalah berbeza mengikut kumpulan negeri seperti disenaraikan di bawah.\nNegeri Kumpulan A\nSenarai negeri :\nJohorKedahKelantanTerengganu\nTarikh pendaftaran MRSM Penggal Ketiga 2021/2022 bagi MRSM yang berada di negeri Kumpulan A adalah seperti di bawah :\nTarikh Pendaftaran : 8 Januari 2022\nTarikh Mula Sesi Persekolahan : 9 Januari 2022\nNegeri Kumpulan B\nSenarai negeri :\nMelakaNegeri SembilanPahangPerakPerlisPulau PinangSabahSarawakSelangorWilayah Persekutuan Kuala LumpurWilayah Persekutuan PutrajayaWilayah Persekutuan Labuan\nTarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga 2021/2022 bagi MRSM yang berada di negeri Kumpulan B adalah seperti di bawah :\n\n\n\n\nTarikh Pendaftaran : 9 Januari 2022\nTarikh Mula Sesi Persekolahan : 10 Januari 2022\nNOTA PENTING :\nBerdasarkan perkongsian dari laman Facebook MARA, tarikh-tarikh yang dinyatakan seperti di atas hanya melibatkan pelajar Tingkatan 4 & 5 sahaja. Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 pula akan meneruskan penggal ketiga dengan pembelajaran menerusi PdPR.\nIbu bapa juga boleh rujuk pada infografik di bawah untuk panduan mudah serta maklumat lebih terperinci.\nKredit Foto : Facebook Majlis Amanah Rakyat \nMaklumat Lanjut Pendaftaran & Pengoperasian MRSM\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah di talian 03 2613 4529 / 4531 / 4532.\nIbu bapa serta para pelajar juga diharap dapat sentiasa patuhi garis panduan serta SOP berkaitan Pendaftaran Pelajar MRSM untuk penggal baru yang bakal menjelang tidak lama lagi.\nSemoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan ibu bapa untuk mempersiapkan anak-anak pulang ke MRSM masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-am-kebajikan-mains/", "title": "Permohonan Bantuan AM Kebajikan MAINS", "body": ["\n\n", "\nPermohonan bantuan AM kebajikan MAINS dibuka sepangajng masa untuk orang islam Negeri Sembilan yang kurang berkemampuan dan layak untuk memohon bantuan zakat. Bantuan ini termasuklah bantuan yang berkenaan\nbil untiliti (TNB/SAINS)tunggakan/deposit rumahsara hiduplain-lain\n\nKadar Bantuan AM Kebajikan MAINS\nKadar bantuan dan jenis bantuan akan di tentukan oleh pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS, selepas semakan permohonan di buat\nSyarat Permohonan\nPermohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.\n\nDokumen Yang di perlukan\nBerikut merupakan dokumen yang perlu disediakan untuk memohon Bantuan Am ini.\nSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjagaSalinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohonSalinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika adaSalinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINISalinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasanganSalinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen NelayanSalinan Penyata KWSPPenyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan RumahSebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)\n(Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK)\n\n\n\n\nCara Permohonan AM Kebajikan MAINS\nBagi anda yang memerlukan bantuan ini, berikut langkah-langkah cara permohonan;\nDapatkan borang bantuan kebajikan am di pejabat baitulmal berhampiran atau anda juga boleh muat turun borang permohonan di\u00a0pautan\u00a0iniIsi maklumat dan lengkapkan borang permohonanAnda juga perlu menulis sebab kenapa anda memerlukan Bantuan Am MAINS.Hantar borang permohonan dan salinan dokumen borang yang perlu disertakan ke pejabat baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan berhampiran\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjutmengenai Bantuan AM Kebajikan MAINS, anda boleh layari webstie https://www.mains.gov.my/ atau anda juga boleh hantarkan pertanyaan melalui emel ke [email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.\nSenarai bantuan lain untuk penduduk negeri Sembilan ;\nBantuan Fakir Miskin Negeri Sembilan MAINSBantuan Awal Persekolahan MAINSBantuan Keusahawanan Fakir Miskin MAINS\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-mula-puasa-ramadhan/", "title": "Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 Malaysia -JAKIM", "body": ["\n\n", "\nPengistiharan tarikh mula puasa Ramadhan 2023 M/1444H di Malaysia ialah pada 23 Mac 2023, hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1444 (Hijrah).\nWalau bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh pihak Penyimpan Mohor Besar Raja Raja setelah semua tempat rukyah selesai melaksanakan kerja-kerja merukyah hilal yang pada kebiasanya akan disempurnakan sebelum jam 08:00pm. Ini adalah bagi tujuan pemakluman dapat dilakukan pada waktu perdana di seluruh negara\nPenentuan Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 Malaysia\nPada tahun sebelum 1972, penetapan bagi urusan menentukan tarikh Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) merupakan di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.\nKaedah cerapan (melihat) anak bulan, pertama kali mula dilaksanakan bagi seluruh Malaysia pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.\nPada masa ini, kaedah penentuan puasa dan hari raya di seluruh dunia Islam berdasarkan tiga amalan yang berbeza; rukyah, hisab serta gabungan rukyah dan hisab.\nRukyah\nIalah kaedah menentukan permulaan puasa dan hari raya dengan melihat anak bulan samada dengan mata kasar atau dengan bantuan alat seperti teleskop dan\u00a0total station.\nKeputusan ditentukan dengan anak bulan dapat dilihat ketika rukyah atau sebaliknya.\nHisab\nCara menentukan permulaan puasa dan hari raya dengan kaedah kiraan matematik dan astronomi, yang mana pengiraan dilakukan bagi menentukan sudah lahirnya anak bulan.\nAnak bulan (hilal) diistilahkan kelihatan atau sebaliknya berdasarkan beberapa kriteria tertentu.\nGabunggan Kaedah Rukyah dan Hisab\n\n\n\n\nMenggabungkan kaedah rukyah dan hisab dalam menentukan permulaan puasa dan hari raya adalah kaedah yang dipraktikkan oleh Malaysia bagi menentukan permulaan tarikh penting tersebut.\nPermulaan puasa dan hari raya ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.\nTarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan\nPada tahun 2022, sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Negeri\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Lokasi Cerapan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pontian Kecil\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Melaka\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bukit Melawati\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bukit Jugra\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Balai Cerap Selangor Sabak Bernam\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pantai Pasir Panjang Manjong\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pusat Falak Sheikh Tahir\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pantai Aceh\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\nLokasi Lain\nKampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah;\nBukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.\nBagi tahun 2023, lokasi untuk melihat anak bulan akan di maklumkan kemudian. Pencerapan untuk menentukan tarikh bermulanya 1 Ramadhan akan disempurnakan sebelum jam 8.00 malam bagi membolehkan ia dihebahkan pada waktu perdana.\nPengisytiharan Pengumuman Ramadhan 2023 Malaysia\nTarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah di Malaysia akan di istyiharkan oleh\u00a0 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. yang mana pengumuman ini akan dibuat secara langsung melalui saluran radio dan telesisyen di seluruh Malaysia\nUntuk makluman pengistiharan tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 bagi negara Malaysia akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat sebarang perubahan masa seperti mana yang dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.\nBerikut pula jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh Malaysia untuk rujukan anda.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-langgan-astro-njoi/", "title": "Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS", "body": ["\n\n", "\nFollow cara langgan Astro NJOI ni kalau nak tahu cara beli channel njoi melalui whatsapp atau sms.\nAnda juga sebenarnya boleh melanggan saluran NJOI kegemaran anda melalui aplikasi Astro NJOI.\nAnda boleh pilih mana-mana cara ikut keselesaan dan kemudahan anda.\nTanpa buang masa, berikut kami kongsikan cara-cara untuk beli channel NJOI melalui sms dan whatsapp.\nCara Langgan Astro NJOI\nUntuk anda yang nak tonton drama bersiri yang tengah hot sekarang ni Projek High Council, nak langgan astro ria njoi,atau nak tonton Liga Super 2023 di Astro Arena 2, dibawah ini cara-cara untuk anda melanggan saluran njoi melalui whatsapp,sms dan aplikasi njoi\nLanggan Astro NJOI Melalui WhatsApp\nBerikut cara beli channel njoi melalui whatsapp ;\n\nLangkah 1: Hantar\u00a0Hi\u00a0ke nombor WhatsApp NJOI (03 9543 8100)\nLangkah 2: Hantar\u00a04\u00a0untuk Beli Pek\nLangkah 3: Hantar kod saluran / pek prabayar seperti yang terdapat di saluran 200\nLangkah 4: Pilih cara pembayaran dan lengkapan transaksi\n\n\nLanggan NJOI Melalui SMS\n*Anda mungkin akan dicas setiap sms yang di hantar. Tertakluk kepada caj standard telekomunikasi yang anda gunakan dan Terma dan Syarat\nUntuk beli channel njoi melalui SMS, terdahulu pastikan baki kredit njoi anda mencukupi.\nSemak Baki Kredit NJOI\nUntuk semak baki kredit njoi anda ;\n\nLangkah 1: SMS\u00a0000Nombor kad pintar 12-digit\u00a0dan hantar ke 66688\nContoh sms: \u00a0 000 012345678910\n\nSekiranya baki kredit anda mencukupi, anda boleh terus ke langkah cara beli channel njoi guna sms di bawah\nSekiranya baki kredit njoi anda tidak mencukupi, anda boleh mendapatkan topup njoi yang bernilai RM10, RM20 dan RM30 di melalui:\n\nAplikasi My NJOI\nPortal Layan Diri Atas Talian\nSaluran 200 NJOI\nPerbankan atas talian terpilih\nkiosk e-Pay\nKedai runcit serbaneka seperti 7-Eleven\n\nCara Topup Kredit NJOI\n\n\nGores kad topup njoi anda untuk dapatkan nombor pin 16 Digit\nSekiranaya anda membuat pembelian topup menerusi perbankan online, anda akan menerima SMS daripada aplikasi perbankan internet yang anda gunakan\nHantar kod sms\u00a0111Nombor kad pintar 12-digitKod 16-digit\u00a0ke 66688\nContoh: 111 0123456789101234567890123456\nSatu SMS akan dihantar memaklumkan, baucer anda berjaya diaktifkan dan jumlah terkini topup/kredit njoi anda\n\nCara beli channel NJOI guna SMS\n\nLangkah 1: Pergi ke saluran 200 pilih saluran/pek prabayar\nLangkah 2: Ikut arahan yang tertera di skrin untuk pembelian SMS\n\nCara Langgan Astro NJOI Guna Aplikasi\nUntuk cara langgan saluran NJOI melalui aplikasi, anda boleh muat turun aplikasi pada smartphone anda melalui pautan https://apps.njoi.com.my/\nSenarai Saluran NJOI Terkini\nNjoi menyediakan saluran percuma dan juga pakej saluran berbayar yang anda boleh langgan tanpa sebarang kontrak.\nSaluran Percuma NJOI\n\nTerdapat sebanyak 18 saluran TV dan 26 saluran radio percuma untuk pelbagai kandungan seperti hiburan tempatan, antarabangsa, rancangan kanak-kanak, berita penyiaran dan sukan. \n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NOMBOR SALURAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0NAMA SALURAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0JENIS RANCANGAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 101\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RTM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 102\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RTM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 103\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TV3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 140\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Go Shop Baaru\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Beli Belah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 114\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv Alhijrah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islamik\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 118\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Go Shop Ruuma\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Beli Belah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 122\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tvs\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rancangan Fokus Etnik Sarawak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 123\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Awesome TV\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Awesome TV\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 140\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Njoi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Saluran Njoi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 146\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv Okey\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RTM Lebih Kepada Entik Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 147\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ntv7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rancangan Fokus Tumpuan Kepada Kawasan Bandar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 148\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08Tv\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Saluran Berbahasa Cina\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 149\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tv9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TV9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 303\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Go Shop\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Saluran Home Shopping\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 502\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bernama\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 601\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Astro Tutor Tv (SK)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pendidikan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 603\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Astro Tutor Tv (Smk)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pendidikan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 852\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hitz\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 853\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0My\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Cina)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 854\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lite\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 855\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mix\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 856\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Era\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 857\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sinar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 858\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Melody\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 859\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Raaga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Tamil)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH 860\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rock\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH861\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Gold\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH862\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Opus\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH863\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Gegar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH864\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0India Beat\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa India)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH865\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jazz\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH866\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Osai\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Tamil)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH867\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bayu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Sabah)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH868\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kenyalang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Sarawak)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH869\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nasional Fm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH870\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabah Vfhm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Sabah)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH871\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Waifm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Iban)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH872\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Traxxfm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Ingeris)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH873\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Minnal Fm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa India)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH874\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ai Fm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Cina)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH875\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Asyik Fm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH876\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zayan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Nasyid)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0CH877\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Qoxuan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Radio (Bahasa Cina)\u00a0\u00a0\u00a0\nPakej Saluran Berbayar NJOI\nManakala untuk saluran berbayar Njoi, terdapat beberapa tawaran iaitu ;\nStarter Pek\nTerdiri daripada 12 hingga 25 saluran dalam pakej langganan seperti ;\n\nPek HD,\nSports Mega Pack Baharu,\nKids Pack Baharu,\nPek Popcorn,\nPek Kombolicious Baharu\n\nPek Add-on\nManakala pek Add-on pula terdiri daripada 3 hingga 6 saluran berbeza. \nSaluran\nLebih fokus untuk pakej tambahan satu saluran dengan satu harga sahaja\nFilem\nAnda boleh memilih untuk menonton filem-filem dalam dan luar negara yang terdapat dalam pakej filem njoi.\nUntuk mengenatahui lebih lanjut tentang pakej saluran prabayar njoi anda boleh layari https://www.njoi.com.my/bm-channels-packs/starter-pack\nNota : Untuk pembelian mana-mana Pek Add-on atau saluran tambahan prabayar, pelanggan NJOI perlu mempunyai mana-mana \u00a0Starter Pek\u00a0dahulu\nDengan NJOI, pelanggan boleh menikmati TV satelit tanpa langganan bulanan dan mendapatkan perkhidmatan prabayar pada harga yang berpatutan.\nSemoga perkongsian mengenai cara langgan astro njoi ini membantu untuk anda melanggan saluran kegemaran di Astro NJOI.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ehlp-kkm-permohonan-cuti-belajar-bergaji-penuh/", "title": "eHLP KKM : Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bermula 28 Januari Ini", "body": ["\n\n", "\neHLP KKM : Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bermula 28 Januari Ini ~ Tahukah anda, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kepakaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian bermula 28 Januari 2022.\u00a0\nKetua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata tawaran tersebut terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.\neHLP KKM\nPembukaan tawaran kali ini adalah berbeza daripada tahun lepas yang mana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway. Sebelum ini, hanya pegawai lantikan tetap sahaja diberikan peluang untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.\nPermohonan boleh dilakukan menerusi sistem e-HLP KKM bagi yang berkelayakan.\u00a0\nTarikh permohonan akan dibuka pada 28 Januari 2022.\n\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan melalui sistem e-HLP KKM di pautan berikut: http://ehlp.moh.gov.my.\nDokumen Surat Penawaran Iklan Dan Syarat Tawaran\nTawaran A (Sarjana/ Kedoktoran/ Area of Special Interest)\u00a0\nSURAT PENGUMUMAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK 2022/2023PANDUAN PEMOHON, UNIT SUMBER MANUSIA DAN KETUA JABATANLAMPIRAN I \u2013 SENARAI PENTADBIR SUMBER MANUSIA (PSM)\nTawaran B (Sarjana Perubatan)\u00a0\nSURAT PENGUMUMAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023PANDUAN PEMOHON, UNIT SUMBER MANUSIA DAN KETUA JABATANLAMPIRAN I \u2013 SENARAI PENTADBIR SUMBER MANUSIA (PSM)\nTawaran C (Sub Kepakaran)\u00a0\n\n\n\n\nSENARAI SEMAK TAWARAN CIKLAN 2021 TAWARAN CSYARAT PERMOHONAN TAWARAN CMAKLUMAN IKLAN TAWARAN C TAHUN 2021BORANG PERMOHONAN TAWARAN C SESI 2022/2023BORANG REFEREE TAWARAN CBORANG PERAKUAN SUMBER MANUSIA TAWARAN C\nTawaran D (Laluan Paralel)\u00a0\nPENANGGUHAN IKLAN TAWARAN PROGRAM PARALLEL PATHWAY DENGAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN KKM BAGI SESI AKADEMIK 2022 / 2023 KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA\nTawaran E (Sijil/ Diploma/ Ijazah)\u00a0\nTAWARAN E: KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KUMPULAN PELAKSANA(KEMUDAHAN CUTI BELAJAR TANPA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK 2021/2022 KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (BUKAN GUNASAMA DAN KADER) LANTIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)\nADVERTISEMENT\nPengurusan & Professional (P&P)\nBORANG PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA HLP (DENGAN TAJAAN LUAR)LAMPIRAN C (PROGRAM FARMASI)LAMPIRAN D ( PROGRAM FARMASI)LAMPIRAN E (PROGRAM FARMASI)SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN SERTA SYARAT TAMBAHAN PROGRAM PERGIGIAN DAN FARMASIIKATAN PERJANJIAN/PENALTI\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:\u00a0\nBahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya\nAtau,\u00a0\nUnit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (Kursus Jangka Panjang / Sederhana): 03-8885 0694\n(Tawaran A) [email\u00a0protected]\u00a0(Tawaran B) [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jopac-fasa-2/", "title": "JOPAC (Fasa 2): Cara Membuat Permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021", "body": ["\n\n", "\nJOPAC (Fasa 2): Cara Membuat Permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021 ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021 bagi fasa yang ke- 2.\u00a0\nInisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) untuk membantu rakyat Johor meningkatkan ekonomi keluarga.\n\nMaklumat Asas JOPAC\nJOPAC adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar Kerajaan Johor melalui YPKDT dan mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2020 yang lalu.\u00a0\nInisiatif ini diwujudkan untuk membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestic yang dikenali sebagai Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC).\u00a0\nObjektif Utama JOPAC\nAntara objektif utama JOPAC ialah:\u00a0\nMembantu meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.\nMewujudkan komuniti perniagaan secara atas talian\u00a0 yang tidak memerlukan modal yang besar.\u00a0\u00a0\nMenggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembleng tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.\nMemupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.\nSyarat Permohonan\nPemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.\nKeutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga).\nPemohon yang mempunyai pengalaman menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga adalah digalakkan.\nMempunyai lesen atau kenderaan sendiri (lesen B2, D)\nCara Membuat Permohonanan\u00a0\nSekiranya anda berminat untuk memohon, sila klik pautan yang berikut:\u00a0\n\n\n\n\nhttps://forms.gle/vHcfdedDHHNKYao78\nSila patuhi arahan untuk mengisi borang seperti di bawah.\u00a0\n\nPANDUAN MENGISI BORANG\n\n1. Pastikan anda menggunakan tulisan HURUF BESAR sahaja.\u00a0\n2. Sertakan sekeping gambar berukuran passport & satu salinan kad pengenalan diri.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk sebarang maklumat lanjut & pertanyaan, sila hubungi:\nUnit Pembangunan Strategik YPKDT di talian 07-2666526 (waktu pejabat Ahad- Khamis | 8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ppbu-bank-rakyat/", "title": "PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah", "body": ["\n\n", "\nTawaran Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat. Merupakan tajaan oleh Yayasan Bank Rakyat, iaitu bantuan pendidikan biasiswa pengajian tinggi untuk rakyat Malaysia yang layak.\nSehubungan itu mereka yang layak di pelawa untuk membuat permohonan. Jumlah tajaan PPBU Bank Rakyat adalah sehingga RM55,800. Bergantung mengikut tahap pengajian yang di pohon.\nPembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat\nPembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.\u00a0Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang bijak tetapi memerlukan untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.\nPPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).\u00a0PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.\nBaca juga : Biasiswa Yang di-Pertuan Agong\nSyarat Kelayakan\nTerbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.Layak mengikuti\u00a0PENGAJIAN SEPENUH MASA\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.\nBidang Pengajian\n*Terbuka kepada semua bidang pengajian.\u00a0kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).\n* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:\nperakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\n* Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.\n* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.\nSijil Kemahiran\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Sekurang-kurangnya lulus SPM (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia).Tempoh pengajian Tahap 1 hingga Tahap 3 (Bergantung kepada institusi).Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].\nDiploma Kemahiran\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Sekiranya sekurang-kurangnya telah mencapai ATAU sedang memegang tahap 2 ATAU \u2013 Sijil Kemahiran lain memerlukan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM mereka (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia) ATAU pemohon mesti memperoleh Sijil Kemahiran dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dan ke atas.Tempoh pengajian 3 tahun.Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].\nDiploma\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Pemohon mestilah mempunyai kelayakan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan gred minimum 5A.Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Yuran+Elaun].\nIjazah\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Pemohon mestilah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.Tempoh pengajian 4 tahun / 8 Semester.Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Yuran+Elaun].\nProfesional\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki Diploma ATAU Ijazah dengan PNGK 3.0 dan ke atas.Tempoh pengajian 2 Tahun / 4 Semester.Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM28,500 untuk 2 tahun [Yuran+Elaun].\nMaster\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 45 tahun selepas tamat pengajian untuk Ijazah Sarjana.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.Tempoh pengajian 2 Tahun / 4 Semester.Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM 12,000 setahun [Yuran + Elaun].\nDoktor /PhD\nWarganegara Malaysia.Layak kepada mod\u00a0BELAJAR SEPENUH MASA\u00a0sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.TIDAK melebihi 50 tahun selepas tamat pengajian Ijazah Kedoktoran & PHD.Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki kelayakan Ijazah Sarjana dengan PNGK 3.00 dan ke atas.Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM55,800 3 tahun [RM800/Bulanan+Yuran].\n.\nJumlah Tajaan \u00a0\nJumlah tajaan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah PPBU Bank Rakyat sebaliknya memberikan jumlah maksimum berdasarkan tahap pengajian yang anda mohon.\nPhD: Sehingga RM55,800 (3 tahun)\nSarjana: Maksimum RM 12,000 setiap tahun\nIjazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setiap tahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500)\nDiploma: Maksimum RM7, 500 setiap tahun (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000)\nDiploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (3 tahun)\nSijil Kemahiran: Maksimum RM30,000 (2 tahun)\nPengecualian bayaran balik\nPPBU mempunyai perincian potongan yang diberikan kepada mereka yang berjaya. Berikut adalah senarai julat PNGK yang dicapai berbanding dengan diskaun yang akan anda terima.\n\nBagaimana dengan pembayaran balik?\nPPBU Bank Rakyat mempunyai kaedah yang sedikit berbeza. Setelah tamat pengajian, pelajar diminta untuk menghantar transkrip akademik penuh mereka beserta surat ke pejabat kelulusan YBR melalui e-mel atau pos.\n\n\n\n\nPembayaran balik ke PPBU dilakukan melalui dua kaedah, iaitu melalui perbankan internet (i-rakyat) atau di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Penangguhan pembayaran hanya akan dibenarkan sekiranya pelajar tersebut diterima untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan atas alasan yang diluluskan yang tertakluk kepada budi bicara Yayasan Bank Rakyat.\nTarikh permohonan\nBagi sesi pertama 2022.\nTarikh permohonan 15 Februari 2022Tarikh tutup permohonan 15 Mac 2022\n\nCara Permohonan\n\nPermohonan untuk Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat, boleh di buat secara online menrusi website \u00a0https://www.yayasanbankrakyat.com.my/\nPertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, anda juga boleh hubungi alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah;\nALAMAT:Yayasan Bank Rakyat,Tingkat 8, Menara 1,Menara Kembar Bank Rakyat,No.33, Jalan Rakyat,50470, Kuala Lumpur, Malaysia\nTELEFON:+603 2612 9600\nFAKS:+603 2260 1050\nEMEL:[email\u00a0protected]\nWAKTU OPERASI:Isnin \u2013 Khamis8:00am-1:00pm2:00pm-5:00pmJumaat8:00am-12:30pm2:30pm-5:30pm\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-ithbat-hafazan-al-quran-2022/", "title": "Tawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor", "body": ["\n\n", "\nTawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Program Ithbat Hafazan Al-Quran negeri Selangor kini dibuka. \nTeruskan membaca untuk ketahui syarat-syarat serta panduan memohon. \nBaca Juga : Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Bagi Penyertaan Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022\nPemohon mestilah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nPemohon mestilah beragama Islam dan warganegara Malaysia yang disahkan menetap di negeri Selangor melebihi tiga (3) tahun.\n\u00a0Pemohon yang lahir di negeri Selangor tetapi menetap di luar Selangor tidak layak memohon.\nPemohon yang tidak menetap dan hanya belajar di Negeri Selangor juga tidak layak untuk memohon.\nTidak menerima apa-apa elaun Ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana yayasan.\n\u00a0Memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.\nBerumur 18 tahun ke atas bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dan 1 hingga 20 juzuk pada tarikh tutup penyertaan. Bagi kategori 1 hingga 30 juzuk terbuka kepada semua peringkat umur.\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman calon, tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Syaaban 1443H / 25 Mac 2022 (Jumaat).\nWalaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh temuduga Ithbat mengikut kesesuaian masa dan keadaan.\nKadar Elaun\nKadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).\nCara Memohon Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022\nPemohon yang berminat untuk sertai Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 perlulah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.jais.gov.my/ atau di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk kemukakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan pemohon\nSalinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran\n\u00a0Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon)\nSalinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima)\nNota: Salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A.\nMuat Turun Borang Di Sini : \n\nBORANG-PERMOHONAN-ITHBAT-2022-V2.0Download\n\n\u00a0Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)sebelum diserahkan ke \u00a0Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut.\nSetelah mendapat pengesahan, pemohon juga boleh atau hantar permohonan ke alamat berikut : \n\n\n\n\n Bahagian Dakwah JAIS,\nTingkat 7 Menara Selatan,\n\u00a0Bangunan Sultan Idris Shah,\n\u00a0No. 2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K.,\n\u00a0Seksyen 5, 40676 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan.\nNombor Telefon : 03 5514 3590 / 03 5514 3507\nPenghantaran borang juga boleh dilakukan melalui emel. Calon perlulah pastikan :\n\u00a0Borang telah lengkap diisi.\n\u00a0Telah mendapat sokongan Ketua Unit Dakwah Daerah.\n\u00a0Salinan dokumen yang telah disahkan.\nMengimbas (Scan) semua dokumen yang diperlukan dengan menggunakan mesin pengimbas dalam bentuk format \u2018.pdf\u2019\n\u00a0Hantar dokumen yang telah lengkap diimbas ke email: [email\u00a0protected]\n\u00a0Nota : Elakkan mengimbas dokumen menggunakan kamera telefon atau sebagainya. Borang yang tidak jelas dan tidak sempurna mungkin menyebabkan permohonan DITOLAK.\nProses Temuduga\nPemohon yang layak dan lulus tapisan akan dipanggil temuduga pada tarikah yang akan diberitahu kelak. Calon akan dihubungi melalui surat/ emel atau panggilan telefon.\nPemohon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan. Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak akan dilayan.\nPermohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tajaan-program-perakaunan-profesional-fia-acca-zakat-pulau-pinang-mypac/", "title": "Tajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA Zakat Pulau Pinang MyPAC", "body": ["\n\n", "\nPermohonan tajaan Program Perakaunan Professional FIA-ACCA lepasan SPM 2021 dibuka. Berita baik untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang bermastautin di Pulau Pinang. MyPAC dan Zakat Pulau Pinang menawarkan tajaan pendidikan penuh untuk program perakaunan profesional MyPAC FIA-ACCA. \u200b\nApa Itu Program Perakaunan Professional FIA-ACCA\n\nProgram ini merupakan program kerjasama Zakat Pulau Pinang dan juga MyPAC. Ianya merupakan salah satu inisaitif Zakat Pulau Pinang untuk meringankan beban pelajar dari keluarga kategori B40 yang berminat untuk melanjutkan pengajian menjadi seorang akauntan profesional.\nPelajar yang layak akan mendapat tajaan penuh daripada Zakat Pulau Pinang termasuk elaun bulanan.\nLatar Belakang MyPAC\nPusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) adalah salah satu penyedia biasiswa terkemuka di Malaysia untuk memilih, menyokong dan memupuk Bumiputera yang layak untuk menjadi akauntan profesional.\u00a0Ditubuhkan pada Januari 2015, MyPAC dibentuk berdasarkan saranan yang dibuat oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (BPC).\u00a0MyPAC membayangkan mempercepatkan pembangunan Akauntan Profesional Bumiputera (BPA) dengan menyediakan peluang untuk mengikuti pensijilan perakaunan profesional dan seterusnya layak sebagai akauntan profesional.\nBaca juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD \nTarikh Permohonan\nPermohonan di buka bermula 27 Jun \u2013 1 Julai 2022\n\n\n\n\nKelebihan\nTajaan sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang termasuk elaun bulanan\nTempoh Pengajian\nPelajar yang layak menyertai program ini akan mengikuti pengajian selama 4 tahun.\nMereka yang tamat pengajian dalam program ini akan diiktiraf sebagai Akauntan Profesional.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Bermastautin di Pulau Pinang.Umur tidak melebihi 19 tahun.Minimum 5A dalam SPM termasuk Matematik dan B untuk Bahasa Inggeris.Berada dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.\nCara Memohon\nPermohonan untuk menyertai Program Perakaunan Professional FIA-ACCA adalah seperti berikut;\nLayari pautan berikut \u00a0https://forms.gle/7BAqw9RXtRZkznBv8.Baca syarat permohonan yang ditetapkan.Klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat permohonan yang diperlukan sehingga tamat.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut mengenai Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA tajaan Zakat Pulau Pinang ini, anda boleh layari Facebook ZPP iaitu\u00a0https://www.facebook.com/zakatpenang\u00a0atau menghubungi MyPAC di talian 03-78319990 atau 012-9190210.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kisah-hidup-mael-xpdc/", "title": "Mael XPDC \u2013 Biodata Ringkas Lagenda Rock 90\u2019an", "body": ["\n\n", "\nKisah Hidup Mael XPDC Lagenda Rock Tanah Air Yang Tiada Pengganti\nSyed Ismail bin Syed Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai Mael XPDC, merupakan seorang penyanyi terkenal dalam kumpulan rock XPDC pada era 90-an. Beliau dilahirkan pada 7 Mac 1967 di Muar, Johor dan menetap di Parit Tiram, Muar, Johor.\nPada 27 April 2023, anak kepada Allahyarham, Sharifah Irfatasha telah mengesahkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada pukul 9:30 malam. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah, Batu 6 Bakri, Muar, Johor pada 28 April 2023 sekitar pukul 10:55 pagi.\nBeliau meninggalkan warisannya sebagai seorang penyanyi rock yang terkenal di Malaysia. Beliau sering dikaitkan dengan lagu-lagu popular seperti \u201cHentian Ini\u201d, \u201cTanda Tanya\u201d, \u201cSemangat Yang Hilang\u201d dan banyak lagi. \nXPDC merupakan salah satu kumpulan rock paling popular pada zaman 80an dan 90an, dan Mael sering dikenali sebagai ikon rock Malaysia pada masa itu.\nBeberapa sumber telah mengesahkan bahawa Mael meninggal dunia akibat semput yang kritikal. \nBeliau meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan dalam dunia muzik rock Malaysia dan menginspirasi ramai anak muda untuk mengejar impian mereka dalam bidang muzik.\nKisah Hidup Mael Bersama XPDC\n\nUntuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.\nBagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.\n\n\n\n\nAlbum terakhir beliau bersama XPDC berjudul\u00a0Brutal\u00a0yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini.\nPada tahun 2016, beliau juga pernah diundang di pentas gegaz vaganza 3 sebagai artis jemputan\n\n\n\nMael dan XPDC mewakili era yang dilalui banyak generasi. Setiap kita ada nostalgia sendiri berdasarkan album yang dirakam beliau dan lagu-lagu dibawanya. Sama ada lagu metal atau balada, Mael \u2018ada di mana-mana\nPemergian Allahyarham sudah tentunya menjadi satu kehilangan besar\u00a0 buat peminat industry rock tanah air. \nSemoga sedikit sebanyak kisah hidup Mael XPDC ini menjadi tatapan nostalgia buat peminat-peminat beliau.\nBagi peminat-peminat allahyahram boleh melihat poster-poster gambar kenangan arwah di facebook Mael XPDC Official https://www.facebook.com/Maelxpdcofficial\nAl-Fatihah\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-sumbangan-bakti-bantuan-persekolahan-2022-sbbs-kt/", "title": "Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 (SBBS) KT", "body": ["\n\n", "\nTerkini Koperasi Tentera membuka permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 untuk anak-anak ahli koperasi tentera (KT).Bantuan pendidikan ini, khusus untuk anak yang belajar di sekolah rendah atau menegah sahaja.\nPermohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 September 2022.\nApa itu Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022\n\nSkim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Tentera seperti berikut ;\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja\n\nCara Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022\nBorang permohonan SBBS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau borang juga boleh di dapati dengan cara muat turun borang dipautan\u00a0https://bit.ly/3vpZUas Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:\nKoperasi Tentera\r\nWisma Koperasi Tentera\r\nNo.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat\r\n53000 Kuala Lumpur\r\n(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\r\n\nDokumen Sokongan\nSalinan dokumen-dokumen berikut perlu disertakan sekali bersama borang permohonan iaitu ;\nPEMOHON (ANGGOTA KT)\nSalinan MyTentera (Anggota ATM)Salinan MyKad (Awam/Pesara)Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendiriSalinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota\n\n\n\n\n\nANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)\nSalinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri\n\nNota Penting\nPastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.Sekiranya bayaran melalui cek \u201cpihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaanmenurut polisi KT dari semasa ke semasa\u201d.Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.\n\nMaklumat Lanjut\nSekrianya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran\n\nBaca juga : Kejora Bakti Siswa Untuk Pelajar B40 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-politeknik-kolej-komuniti/", "title": "Permohonan Politeknik Kolej Komuniti Sesi 2023/2024", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti kini dibuka bagi pelajar yang berkelayakan.\nPoliteknik dan kolej komuniti merupakan antara institusi pendidikan awam yang teletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.\nPengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.\nPendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.\nPendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).\nKenapa Anda Perlu Pilih Politeknik dan Kolej Komuniti?\n\nInstitusi milik penuh kerajaan\nProgram pengajian yang diiktiraf MQA\nLokasi pusat pengajian di seluruh negara\nYuran yang berpatutan\nPeluang pekerjaan yang cerah\nPeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi\n\n\nKategori Permohonan Politeknik / Kolej Komuniti\n1.Kemasukan Bagi Lepasan SPM 2020-2022\nKelulusan : Pemohon perlulah berkelulusan lepasan SPM Tahun 2020-2022\nTarikh Permohonan\nPermohonan terbahagi kepada dua fasa iaitu :\nFASA 1 : 7 Februari 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 28 Mac 2023 (5.00 petang)\nFASA 2 : 15 Mei 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)\nCara Permohonan\nPermohonan adalah melalui UPUONLINE menerusi pautan berikut : \nhttps://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login\nAnda boleh semak maklumat lanjut mengenai program pengajian menerusi pautan berikut :\nSenarai Program & Syarat Kemasukan \nYuran \n2.Diploma Politeknik, Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kolej Komuniti\nKelulusan\nPemohon perlulah memiliki salah satu kelulusan seperti berikut :\n\nLepasan SPM tahun 2019 dan ke bawah\nLulusan Sijil yang diiktiraf MQA (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA)\nLulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3\nSijil APEL Tahap 4\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai 28 Mac 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)\nCara Permohonan\nPermohonan adalah melalui eBorang POLYCC menerusi pautan berikut : \neBorang POLYCC Politeknik \n\n\n\n\neBorang POLYCC Kolej Komuniti\nAnda boleh semak maklumat lanjut mengenai program Diploma di Politeknik menerusi pautan berikut :\nSenarai Program & Syarat Kemasukan Politeknik \nSenarai Program & Syarat Kemasukan Kolej Komuniti\nYuran \n3.Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran)\nKelulusan\nPemohon perlulah berkelulusan lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran)\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai 28 Mac 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)\nCara Permohonan\nPermohonan adalah melalui eBorang POLYCC\nKlik pautan berikut untuk memohon secara online : http://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangpoli_v2/loginkhas.aspx\nAnda boleh semak maklumat lanjut mengenai program pengajian ini menerusi pautan berikut :\nSenarai Program & Syarat Kemasukan \nYuran \nSemakan Kelayakan \nAnda juga boleh semak program yang layak dipohon menerusi pautan berikut :\nhttp://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti, sila hubungi saluran berikut :\n03- 8888 3837 (Waktu Pejabat)\n019- 8683 738 (Whatsapp sahaja)\nLaman web : http://ambilan.mypolycc.edu.my\nEmel : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mbsb-online/", "title": "Cara Buka Akaun MBSB Online (M Journey)", "body": ["\n\n", "\nMBSB Bank merupakan antara bank yang telah lama beroperasi di Malaysia. \nSeperti mana-mana bank yang bertapak di Malaysia, bank ini juga tidak terlepas untuk menawarkan kemudahan perbankan online (online banking) buat para pelanggannya. \nKemudahan ini selari dengan keperluan teknologi semasa yang membolehkan urusan perbankan dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.\nBank ini juga mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini kerana telah disenaraikan sebagai bank yang menawarkan pinjaman KWSP Ihsan-i (FS2A). \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan perbankan online yang ditawarkan oleh Bank MBSB. \nBaca Juga : Cara Buka Akaun CIMB Online : Panduan Lengkap Untuk Pengguna CIMB Bank\n\nCara Aktifkan Akaun MBSB Online (M Journey)\nBagi anda yang sudah memiliki akaun bank MBSB, sila ikuti panduan di bawah untuk mendaftar perkhidmatan perbankan online yang ditawarkan oleh MBSB iaitu M Journey.\n\n\n\n\n\nPergi ke pautan https://mjourney.mbsbbank.com dan klik M JOURNEY REGISTRATION pada bahagian atas.\nPada laman pendaftaran, klik REGISTER NOW yang berada dalam kotak Financing Account.\nKemudian, masukkan butiran peribadi secara tepat dan lengkap.\nPilih \u2018Security Image\u2019\nTekan \u2018SUMBIT\u2019 dan pilih soalan serta jawapan bagi \u2018Security Question\u2019.\nPendaftaran selesai. Anda kini boleh gunakan M Journey Online Banking untuk transaksi secara atas talian.\n\n\n\n\nMuat Turun Aplikasi Online MBSB Bank (M Journey)\nAplikasi perbankan atas talian MBSB Bank iaitu M Journey boleh dimuat turun menerusi platform berikut :\n\nGoogle Play Store \nApple App Store \n\n\nCara Daftar M Journey Key\nM Journey Key merupakan kaedah pengesahan alternatif kepada SMS TAC. \nKemudahan ini membolehkan pengguna untuk membuat pengesahan transaksi dengan satu klik sahaja menerusi peranti yang telah didaftarkan di M Journey Mobile Banking App.\nBerikut merupakan cara untuk daftar M Journey Key :\n\nLog masuk aplikasi mobile M Journey\nPada laman utama, klik di ikon tiga titik bertindih pada bahagian kiri atas.\nSeterusnya, pilih My Profile dan klik M Journey Key.\nKlik pada slider untuk aktifkan M Journey Key. Pastikan ia telah berubah kepada warna biru.\nKlik OK untuk sahkan pendaftaran M Journey Key pada peranti yang anda sedang gunakan.\nSeterunya, klik butang Register dan tekan butang Request TAC. Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ketelegon anda.\nPendaftaran selesai. Kini anda boleh membuat pengesahan transaksi dengan lebih pantas dan mudah.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hbungi bahagian khidmat pelanggan di talian 03-2096 3000.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pendaftaran-perniagaan-prihatin-sppp/", "title": "Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Ushawan B40 & Pelajar IPT Sepenuh Masa", "body": ["\n\n", "\nSkim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.\nSkim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)\nSkim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM dilancarkan pada 15 Februari 2021 dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.\nSPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa\nBaca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan\n\nPengecualian Fi Pendaftaran Perniagaan\nPengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut ;\n\u00a0(a)\u00a0\u00a0 Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan \u2013 RM30 setahun;\n\u00a0\u200b(b)\u00a0 Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred \u2013 RM60 setahun; dan\n\u00a0\u200b(c)\u00a0\u00a0 Cetakan maklumat \u2013 RM10.\nSyarat dan Kelayakan\nKategori\u00a0Usahawan Kumpulan\u00a0B40:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0 Pemegang MyKad/MyPR\n(b)\u00a0\u00a0 Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0 Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di\u00a0https://bpn.hasil.gov.my/); dan\n(d)\u00a0\u00a0 Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.\nKategori\u00a0Pelajar IPT Sepenuh Masa\na)\u00a0\u00a0\u00a0 Pemegang MyKad/MyPR\n(b)\u00a0\u00a0 Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0 Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan\n(d)\u00a0\u00a0 Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.\n\n\n\n\nCara Permohonan\nPemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan di perkara 4\nPemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di\u00a0ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online, kemudian hadir di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti pemilik bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online. Sila rujuk\u00a0Tatacara Pengguna Ezbiz Mendaftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin. Sila lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:\nDokumen Diperlukan \nUsahawan Kumpulan B40:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0 Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang); dan\n(b)\u00a0\u00a0 Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Permohonan bantuan pinjaman/ geran perniagaan; atau\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau\n(iii)\u00a0\u00a0Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau (iv)\u00a0\u00a0Lain-lain dokumen yang berkaitan\nKategori\u00a0Pelajar IPT\u00a0Sepenuh Masa\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0 Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);\n(b)\u00a0\u00a0 Salinan kad pelajar; dan\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0 Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda, ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ,anda boleh hubungi pusat panggilan SSM di \nNombor telefont 03-77214000 atau \nemel ke\u00a0[email\u00a0protected].\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/grep-mara-2022/", "title": "GrEP MARA 2022 : Graduate Excellence Programme", "body": ["\n\n", "\nPermohonan GrEP MARA Graduate Excellence Programme 2022 telah di buka. Graduan yang layak boleh membuat permohonan mulai 05 September 2022 sehingga 22 September 2022. Permohonan hanya boleh di buat secara atas talian (online) menerusi website MARA.\nApa Itu GrEP MARA 2022 ?\n\nMARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.\nSyarat Kelayakan\nCalon-calon yang berminat perlulah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:\nSyarat Umum\nPemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:\nPeringkat PengajianTempat PengajianHad UmurSarjanaDalam NegaraTidak melebihi 40 tahunSarjanaLuar NegaraTidak melebihi 35 tahunDoktor FalsafahDalam NegaraTidak melebihi 45 tahunDoktor FalsafahLuar NegaraTidak melebihi 40 tahun\nPemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlangPemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajianPemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.\nSyarat Akademik\nPeringkat PengajianTempat PengajianKelayakan AkademikSarjanaDalam NegaraMemiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahuluSarjanaLuar Negara1.Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;\u00a02.Memperolehi IELTS 6.5Doktor Falsafah (PhD)Dalam Negara1. Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;Doktor Falsafah (PhD)Luar Negara1.\u00a0\u00a0 Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;\u00a02. Memperolehi IELTS 6.5\nBagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.\nSyarat Program\nPemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.Bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A\nlampiran-aDownload\n\nMendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di Lampiran B.\nlampiran-bDownload\n\nBelum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Permohonan\u00a0\u00a0 terbuka\u00a0\u00a0 untuk pengajian \u00a0secara\u00a0SEPENUH MASA mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di Lampilan C.\nlampiran-cDownload\nTempoh Pinjaman\nTempoh pinjaman adalah seperti berikut ;\nSarjana : 2 TahunDoktor Falsafah : 4 Tahun\nBaca juga : Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah\nCara Permohonan\nPermohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 01 April sehingga 15 April 2022.Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan.Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diprosesPermohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nBaca juga : Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan GrEP MARA 2022 : Graduate Excellence Programme boleh berhubung seperti butiran di bawah:\nAlamat\n\n\n\n\nBahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA\n21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur\nTelefon\n03-2613 2103 / 2054 / 2075 (GrEP@ Luar Negara) \n03-2613 2090 / 2106 / 2083 (GrEP@ Dalam Negara)\nEmel\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan dalam negara)\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan luar negara)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-tambang-penerbangan-pelajar-ipt/", "title": "YP MAIDAM Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT", "body": ["\n\n", "\nTerkini \u00a0bantuan tambang penerbangan pelajar IPT telah dibuka. Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan bantuan ini untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.\nPelajar yang beminat perlu membuat permohonan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian. Syarat dan cara permohonan bantuan tambang penerbangan pelajar ipt adalah seperti di bawah.\nSyarat Permohonan\nPemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.\n\nCara Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM\n\nPermohonan perlu dibuat 3 bulan dari tarikh tamat pengajianBorang permohonan online boleh di isi pada pautan berikut http://yp.maidam.gov.my/iptonline/Rujukan cara pengisian permohonan online Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Penerbangan IPT [pdf]\n\nSenarai Semak Dokumen\n\n\n\n\nSalinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaanpengajian sepanjang tempoh pengajian.Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradikdalam tanggungan.Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.Salinan asal tiket kapal terbang.Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar NegeriTerengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga(3) tahun berturut-turut.Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).Slip permohonan.\n*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.\n**Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, anda boleh layari website https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam atau anda juga boleh hubungi pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM melalaui Email :\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0/\u00a0[email\u00a0protected] atau No. Tel : 09-6223500 / 096225600\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/foodpanda-voucher-promo-code-januari-2022/", "title": "Foodpanda: Voucher Terkini & Promo Code Untuk Bulan Januari 2022", "body": ["\n\n", "\nFoodpanda: Voucher Terkini & Promo Code Untuk Bulan Januari 2022\u00a0~ Selamat Tahun Baru 2022!\u00a0Sambut awal tahun baru 2022 ini dengan makan-makan dan dapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan foodpanda voucher! \nAnda layak dapat diskaun yang ditawarkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.\u00a0\nDiskaun Foodpanda Januari 2022 (Voucher & Promo Code)\nFoodpanda merupakan antara syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di Malaysia dan pengguna setianya sering menantikan voucher dan promo code yang ditawarkan setiap bulan.\nUntuk mendapatkan voucher/promo code yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari halaman rasmi Voucher Foodpanda di pautan berikut: https://www.foodpanda.my/ms/contents/dealsSalin/Copy\u00a0 mana-mana Promo Code yang dilampirkan dalam laman halaman tersebut.Jangan lupa perhatikan pada kolum \u201cValidity\u201d untuk memastikan tempoh sah laku voucher tersebut.Anda juga boleh rujuk senarai voucher dan promo code bulan Januari 2022 melalui jadual di bawah:\nDEALPROMO CODEVALIDITYVALID FOREnjoy 35% off when you order your favourite food from us with code EXTRAONGEXTRAONG6 Jan \u2013 15 Feb 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders worth RM23 & up.Daily redemption limits apply. While stocks last.Get 50% off your next order with us, with code HALFPRICEHALFPRICE6 Jan \u2013 15 Feb 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders worth RM15 & up. Daily redemption limits apply. While stocks last.Get 25% off on your next food delivery orders with code ONGEATSONGEATSJan \u2013 15 Feb 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders worth RM35 & up. Daily redemption limits apply. While stocks last.Get 40% OFF* food delivery orders from selected restaurants, 10 days only every month from 10th to 19th! Use code PESTAPANDAPESTAPANDA10 \u2013 19 Jan 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders with selected restaurants worth RM25 & up. Maximum discount is RM12. Daily redemption limit applies. While stocks last.Get 30% OFF* food delivery orders from all restaurants that are only on foodpanda, with code PANDAONLYPANDAONLY1 \u2013 31 Jan 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders with all restaurants that are only on foodpanda, minimum spend is RM15, maximum discount is RM5. Daily redemption limit applies. While stocks last.Get 30% OFF* food delivery orders from selected restaurants that are only on foodpanda, with code PANDAVIPPANDAVIP1 \u2013 31 Jan 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders with selected restaurants that are only on foodpanda, minimum spend is RM25, maximum discount is RM8. Daily redemption limit applies. While stocks last.Enjoy 40% off pick-up as part of our monthly biggest Pesta Panda, with code PICKUPFESTPICKUPFEST10 \u2013 19 Jan 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for pick-up orders from selected restaurants worth RM25 & up. Maximum discount is RM12. Customer redemption and daily redemption limit applies. While stocks last.Get 30% off when you pick-up your fav food with code TAPAUEXTRATAPAUEXTRA6 Jan \u2013 15 Feb 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for pick-up orders from selected restaurants worth RM20 & up. Maximum discount is RM7. Customer redemption and daily redemption limit applies. While stocks last.Enjoy 50% off your first pick-up order with code TRYPICKUPTRYPICKUP6 Jan \u2013 15 Feb 2022(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for pick-up orders worth RM15 & up. Maximum discount is RM10. Only 1 redemption per customer for first pick-up order. While stocks last.30% OFF* for all shops orders with code SHOPEXTRASHOPEXTRA6 \u2013 31 January(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for shops orders worth RM35 & up per customer. Maximum discount is RM10.Daily redemption limit applies or while stocks last.50% OFF* for all shops orders with code TRYSHOPSTRYSHOPS6 \u2013 31 January(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for shops orders worth RM20 & up per customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.RM15 OFF* for all Watsons orders with code WS15WS151 \u2013 31 January(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for Watsons orders worth RM99 & up per customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.25% OFF* for all Mydin orders with code SHOPMYDINSHOPMYDIN1 \u2013 31 January(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for Mydin orders worth RM30 & up per customer. Maximum discount is RM8. Daily redemption limit applies or while stocks last.Enjoy extra 35% off on all pandamart. Valid with a minimum spend of RM22. Maximum discount is RM8. 4 redemption per customer.EXTRA35Jan 6 \u2013 Feb 15 2022New and Existing CustomersEnjoy extra 50% off on your first pandamart order. Valid for first pandamart order only. Valid with a minimum spend of RM20. Maximum discount is RM15. 1 redemption per customer.TRYMARTJan 6 \u2013 Feb 15 2022First pandamart order customer only\nCara Menggunakan Voucher Foodpanda\n\nSetelah anda memperoleh voucher/promo code yang ditawarkan, anda boleh terus menggunakannya di aplikasi Foodpanda anda. Caranya mudah sahaja, sila ikut langkah-langkah dibawah:\nBuka aplikasi Foodpanda di peranti mudah alih anda atau, buka laman web foodpanda melalui carian Google.\u00a0Pilih menu yang anda ingin beli.Kemudian, sahkan pembelian.Sila masukkan voucher/promo code pada ruangan kod promosi sebelum membuat pembayaran.Teruskan pembayaran seperti biasa.\nPanda Pro\nAnda juga boleh melanggan Panda Pro (RM11.90/bulan) sekiranya anda kerap menggunakan Foodpanda untuk penjimatan lebih. Antara kelebihannya adalah:\nPenghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM25, terhad kepada 12 pembelian setiap bulan.Potongan 15% dan keatas untuk lebih 10 ribu restoran.Tambahan potongan 5% untuk pesanan yang diambil di restoran atau pickupDan lain-lain\nMaklumat Lanjut\u00a0\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila layari: https://www.foodpanda.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-i-agro-hijrah-selangor/", "title": "Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000", "body": ["\n\n", "\nTerbaru Permohonan Skim i-Agro Hijrah Selangor sehingga RM50,000 telah di buka. Kepada usahawan sektor agro negeri Selangor di pelawa untuk membuat permohonan.\nPermohonan untuk mendapatkan bantuan pembiayaan Skim i-Agro hijrah Selangor ini terbuka kepada semua kaum, masyarakat di negeri Selangor.\nPembiayaan Skim i-Agro adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Hijrah Selangor untuk membantu usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan modal pembiayaan sehingga RM50,000 untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dengan lebih pesat.\nSkim i-Agro Hijrah Selangor\nSkim ini baru sahaja di diwujudkan oleh Hijrah Selangor. Fokus utama kerajaan negeri Selangor menerusi skim ini, adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda atau siswazah dalam bidang sektor Agro. Ianya merangkumi 3 sektor berkaitan iaitu sektor pertanian, penternakan dan akuakultur.\nJumlah pembiayaan\nHijrah Selangor memberikan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan yang memerlukan modal untuk usawahan agro bagi mengembangkan perniagaan mereka\nSyarat kelayakan\n\n\nWarganegara MalaysiaPerniagaan mestilah sudah beroperasiMempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjianRakyat Selangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahunMengundi di SelangorBerumur tidak kurang 18 tahun \u2013 65 tahunTidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana intitusi kewangan atau agnsi kerajaanTerlibat secara langsung dalam perniagaanHanya satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian\nPembiayan ini, khas untuk aktiviti perniagaan pertanian,penternakan dan akuakultur\nBaca juga : Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan Sehingga RM50,000\nSyarat Pembiayaan\n\nHad pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM50,000 sahajaTempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)Caj perkhidmatan sehingga 8% setahunWajib membuat tabunganBayaran balik secara mingguan\nDokumen Di Perlukan\n\n2 keping gambar berukuran passport pemohonsalinan kad pengenalan pemohon dan pasangansalinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah)salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini/buku bankgambar perniagaan pemohonsalinan bil untiliti premis dan tempat tinggal pemohon\n**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.\nCara Permohonan\nPermohonan untuk pembiayaan Skim i-Agro hijrah Selangor ini boleh di buat secara atas talian menerusi website berikut :-\nhttp://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\n\n\n\n\nMaklumat lanjut\nUntuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;\nTerdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di\u00a0http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32\nTel :03-5519 1692\nWebsite :\u00a0http://www.hijrahselangor.com/\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/hijrahselangor/\nDapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:\nhttps://t.me/hijrahselangorofficial\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pesta-menuai-2023/", "title": "Pesta Menuai 2023 Sabah & Cuti Umum Kaamatan", "body": ["\n\n", "\nSambutan Pesta Menuai 2023 Sabah, memilih daerah Tuaran sebagai tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan. Tarikh 30 & 31 Mei juga merupakan cuti umum bagi negeri Sabah dan Wilayah Pesekutuan Labuan sempena Kaamatan\nPerayaan Menuai di Sabah merupakan perayaan tradisi yang telah diadakan sejak turun temurun. Ia adalah acara penting yang menyatukan masyarakat untuk meraikan limpah kurnia tanah dan berterima kasih kepada semangat untuk menuai yang berjaya. Perayaan ini diadakan setiap tahun dan biasanya berlangsung pada bulan Mei atau Jun, bergantung pada kalendar lunar. Pada tahun 2023, Pesta Menuai ditetapkan untuk berlangsung pada 31 Mei, dan persiapan untuk acara itu sedang dijalankan.\nApa Itu Pesta Menuai\nPesta Menuai, juga dikenali sebagai Kaamatan, disambut oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah. Perayaan itu adalah masa untuk mengucapkan terima kasih kepada roh sawah, gunung, dan hutan atas limpahan makanan dan berkat yang telah mereka kurniakan kepada orang ramai. Ia adalah masa untuk menghormati nenek moyang dan mencari berkat mereka untuk masa depan. Perayaan ini juga merupakan peluang untuk mempamerkan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Kadazandusun dan Murut.\nPerayaan Pesta Menuai biasanya berlangsung selama dua hari dan ditandai dengan satu siri upacara tradisional, persembahan dan pertandingan. Acara utama perayaan adalah upacara Magavau, yang diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada semangat padi untuk tuaian yang melimpah. Upacara ini diketuai oleh Bobohizan, seorang pendeta besar yang berfungsi sebagai perantara antara orang ramai dan roh. Bobohizan melakukan beberapa siri doa, nyanyian, dan persembahan kepada roh, dan memberkati hasil tuaian.\nBaca juga : Hari Gawai 2023 Sarawak\nSambutan Pesta Menuai 2023 Sabah\nMajlis pelancaran perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini akan diadakan di Tuaran.\nPengerusi Penganjur Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan perkara itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan hari ini.\nSambutan yang berlangsung selama sebulan itu mencapai kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei di Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang\nTema Pesta Menuai 2023\nTema bagi sambutan perayaan menuai pada tahun ini ialah \u2018Kaamatan Membudayakan Perpaduan\u2019 yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli jawatankuasa.\n\n\n\n\nAcara & Aktiviti Semasa Kaamatan\n\n\nSempena sambutan Kaamatan 2023, berikut merupakan jadual program majlis pelancaran pesta kaamatan peringkat negeri sabah 2023 yang diadakan di daerah Tuaran\n\n27 April \u2013 Pertandingan alat muzik Tradisi\n28 April \u2013 Pertandingan Master Tuaran\n28 April \u2013 Sodop Unduk Ngadau\n29 April \u2013 Pertandingan Akhir Sugandoi\n30 April \u2013 Pertandingan sukan Tradisi\n30 April \u2013 Penampilan Khas Unduk Ngadau tuaran 2023\n01 Mei \u2013 Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Negeri Sabah\n01 Mei \u2013 Pertandingan Makanan & Minuman Tradisi\n01 Mei \u2013 Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Tuaran\n01 Mei -Konsert Gegar Kaamatan\n\nSelain upacara Magavau, terdapat banyak lagi aktiviti dan acara yang berlangsung semasa Pesta Menuai. Salah satu acara kemuncak festival ini ialah pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau, di mana wanita muda dari pelbagai daerah bersaing untuk merebut gelaran Ratu Pesta Menuai. Para peserta dinilai bukan sahaja pada kecantikan fizikal mereka tetapi juga berdasarkan pengetahuan mereka tentang budaya dan tradisi Kadazandusun.\nSatu lagi acara popular semasa Pesta Menuai ialah pertandingan tarian Sumazau. Sumazau merupakan tarian tradisional yang dipersembahkan oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut untuk menyambut musim menuai. Tarian ini dicirikan oleh pergerakannya yang perlahan dan anggun, serta diiringi oleh gong dan gendang tradisional.\nPesta Menuai juga merupakan masa untuk berpesta dan bergembira. Makanan tradisional seperti bambangan, hinava, dan sambal petai dihidangkan semasa perayaan, bersama-sama dengan makanan tempatan yang lain. Keluarga dan rakan berkumpul bersama untuk berkongsi makanan dan bertukar hadiah, manakala permainan dan sukan tradisional seperti tarik tali dan tembak sumpitan turut dimainkan.\nDalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pesta Menuai di Sabah telah menjadi tarikan pelancongan utama, menarik pengunjung dari seluruh dunia. Perayaan ini menawarkan peluang unik untuk merasai kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Kadazandusun dan Murut, serta merasai makanan dan minuman yang lazat di Sabah. Ia juga merupakan peluang untuk menyaksikan keindahan dan kepelbagaian persekitaran semula jadi Sabah, dengan banyak acara perayaan berlangsung di lokasi yang indah seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Tuaran Crocker.\nPesta Menuai di Sabah merupakan acara kebudayaan penting yang meraikan limpah kurnia tanah dan kekayaan tradisi masyarakat Kadazan Dusun dan Murut. Ia adalah masa untuk mengucapkan terima kasih, untuk menghormati nenek moyang, dan untuk berkumpul dalam persekutuan dan perayaan. Sama ada anda penduduk tempatan atau pelawat, Festival Harvest menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan yang tidak boleh dilepaskan.\nMaklumat Lanjut\nBagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan pesta menuai 2023, anda boleh melayari faebook Unduk Ngadau Tuaran 2023\nSumber : SabahNews\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-tabung-usahawan/", "title": "Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Perak", "body": ["\n\n", "\nYayasan Perak membuka permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan Perak. Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan.\nProgram Pinjaman Tabung Usahawan Perak\n\nObjektif Program\nMembangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.\nKonsep Program\nMerupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)Jumlah pinjaman dari\u00a0RM5,000.00 sehingga RM20,000.00\u00a0(bergantung kepada kemampuan)\nSyarat- syarat Permohonan\nBerumur antara 18 hingga 59 tahun serta\u00a0 menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / Berhad.Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang \u2013 undang.Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.\nPerniagaan yang\u00a0 berada di luar skop pembiayaan adalah:\nUrusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan\u00a0(usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya / Perjudian.Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula (mengikut pasaran semasa).Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi. \u2013 Perniagaan bermusim.Perniagaan secara orang tengah atau agen\u00a0 perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau \u00a0hartanah ) dan yang seumpamanya.Kontraktor Pembangunan\nDokumen yang diperlukan\nBorang / Surat Permohonan (wajib).Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan \u2013 (3) keping / Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.Senarai sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung / Penghulu.Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.* Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat \u2013 tempat berikut :-\u2013 Pejabat Yayasan Perak\u2013 Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)\u2013 Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu\u2013 Muat Turun\u00a0Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak\nDownload borang\nHubungi\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan mengenai Pinjaman Tabung Usahawan Perak, anda boleh hubungi ;\nWisma Yayasan Perak, No 111. Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,PerakTel : 05-255 2929 \nFaks : 05-253 1701\nWebsite : https://yayasanperak.gov.my/\n\n\n\n\nFacebook : https://www.facebook.com/yayasanperakYP\n\nArtikel berkaitan ;\nPermohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/isejahtera-2022/", "title": "Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang", "body": ["\n\n", "\nBantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang ~ Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan Kebajikan iSejahtera untuk warga Pulau Pinang kini dibuka untuk permohonan.\nBantuan tahunan ini disasarkan untuk membantu kebajikan warga Pulau Pinang yang terdiri daripada golongan seperti berikut :\nWarga Emas\nOrang Kurang Upaya (OKU)\nIbu Tunggal\nSuri Rumah\nBayi Berumur 2 tahun ke bawah\n\nSyarat-Syarat Asas Permohonan\nWarga Pulau Pinang yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia\nPemohon mestilah pengundi di Pulau Pinang (kecuali bagi Program Bantuan OKU).\nPemohon boleh rujuk pada syarat-syarat permohonan bagi setiap kategori bantuan di pautan berikut :\nhttps://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php\nKadar Bayaran iSejahtera 2022\nButiran bagi kadar bayaran iSejahtera mengikut kategori adalah seperti berikut :\nBayaran Satu Kali Setahun\nProgram Penghargaan Warga Emas : RM 150\nProgram Bantuan Ibu Tunggal : RM 100\nProgram Ibu Emas : RM 100\nProgram Bantuan OKU : RM 150\nBayaran secara One-Off \nProgram Anak Emas : RM 200\nKhairat Kematian : RM 1,000\nKredit Foto : Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya \nBayaran iSejahtera Fasa 1/2022\nUntuk makluman, bayaran iSejahtera akan dikreditkan secara berperingkat bermula 25 Januari 2022. \nPemohon dinasihatkan untuk semak status bayaran melalui sistem iSejahtera . \nPermohonan Baru dan Semakan Status Untuk Bantuan iSejahtera 2022\nPemohon boleh ikuti langkah seperti di bawah untuk tujuan permohonan baru dan semakan status bantuan iSejahtera :\nKlik Permohonan iSejahteraMasukkan nombor kad pengenalanTekan Semak/Mohon.\nLog Masuk Pemohon \n\n\n\n\nPemohon yang telah mendaftar boleh log masuk dengan cara berikut :\nKlik LoginMasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluanTekan Login\nPanduan Sistem iSejahtera\nPemohon boleh ikuti panduan lengkap bagi penggunaan sistem iSejahtera 2022 seperti di pautan di bawah :\nhttps://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/01/PANDUAN-SISTEM-I-SEJAHTERA-KERAJAAN-NEGERI-PULAU-PINANG.pdf\nMuat Turun Borang \nBerikut merupakan pautan bagi borang untuk bantuan iSejahtera 2022 :\nBORANG PENGEMASKINIAN MAKLUMAT EFT I SEJAHTERA\nBORANG PERMOHONAN PERLANTIKAN ATAU PERTUKARAN WARIS\nBORANG PERMOHONAN SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH DAN KEMATIAN\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) bagi bantuan iSejahtera 2022 di pautan di bawah : \nhttps://isejahtera.penang.gov.my/faq.php\nPemohon juga boleh layari laman sesawang iSejahtera di laman web https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php atau hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 untuk keterangan lanjut mengenai bantuan iSejahtera Pulau Pinang. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-ptpk-dana-pinjaman-tvet-untuk-lepasan-sekolah/", "title": "Skim Pembiayaan PTPK : Dana Pinjaman TVET Untuk Lepasan Sekolah", "body": ["\n\n", "\nBerita baik buat lepasan sekolah yang ingin menyertai program latihan kemahiran, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan Skim Pembiayaan PTPK, iaitu Dana Pinjaman TVET \u00a0untuk \u00a0Lepasan Sekolah. Permohonan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun \u2013 45 tahun.\n\u00a0\nApa Itu Skim Pembiayaan PTPK \u2013 Dana Pinjaman TVET \u2013 Lepasan Sekolah\n\nMerupakan skim pembiayaan latihan kemahiran yang disediakan kepada pelatih yang menyertai program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)\nBaca juga : Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) RM250,000\nSkim pembiayaan ini disediakan khusus kepada lepasan sekolah / belia yang ingin mengikuti program latihan kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di pusat-pusat latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK\nSyarat Pemohon Skim Pembiayaan PTPK\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 15 -45 tahun semasa latihan dijalankan\nMengikuti program latihan yang diluluskan oleh ptpk\nMengikuti latihan penyedia latihan yang diluluskan ptpk\nLatihan secara sepenuh masa setiap hari bekerja\nPendapatan ibu bapa tidak melebihi rm5000 sebulan (dikecualikan sehingga 31 disember 2021)\nMengemukakan seorang penjamin\nTiada bantuan kewangan daripada agensi lain\n\n\u00a0\nKadar Pinjaman PTPK\n\n\n\n\n\n\nKadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :\n\n\nYuran pengajian\nElaun sara hidup sebanyak RM 400.00 sebulan semasa tempoh latihan\nBayaran premium untuk perlindungan insurans.\n\n\nFi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.\n\n\u00a0\nSyarat-Syarat Penjamin\n\nWarganegara Malaysia\nSeorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.\nJika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.\nSeseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.\nTidak diisytiharkan muflis.\n\nKaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran\n\nPeminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)\nPinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata\u00a0auto pay\u00a0dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara\u00a0direct debit.\n\nBayaran Balik Pinjaman\n\nBayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.\nTempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.\nAnsuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.\n\n\u00a0\nBayaran balik pinjaman boleh di buat melalui kaedah ;\n\n\u00a0Kaunter\nOnline Bank\nATM\nPotongan Gaji\nKWSP Akaun 2\nPortal My Perkasa TVET PTPK\n\n\u00a0\nCara Permohonan Pinjaman PTPK\n\nPermohonan pinjaman boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPelajar perlu mendaftar dan memulakan latihan di Pusat Latihan/Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.\nPelajar membuat permohonan pinjaman melalui Pusat Latihan/Penyedia Latihan secara online.\nTunggu kelulusan permohonan sewal 1 hari bekerja.\nSurat Tawaran Latihan Kemahiran akan dikeluarkan.\nPelajar diminta mengemukakan dokumen serta salinan Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran.\nBuat semakan dokumen Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran yang dikemukakan.\nYuran latihan akan dibayar terus kepada Pusat Latihan/Penyedia Latihan manakala Elaun Sara Hidup disalurkan terus kepada pelajar.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Skim Pembiayaan PTPK \u2013 Dana Pinjaman TVET \u2013 Lepasan Sekolah, anda boleh hubngi 03-4051600 atau terus layari website https://www.ptpk.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengecualian-100-bayaran-bil-air-selangor/", "title": "Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022", "body": ["\n\n", "\nPengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022 ~Sukacita dimaklumkan Air Selangor telah mengumumkan pengecualian 100% bayaran bil air bulan Januari bagi pengguna yang terkesan bencana banjir di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.\nPengecualian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.\nBaca Juga : Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir\nTidak hanya itu, Air Selangor turut memanjangkan pengecualian kepada para pelanggan dengan akaun Domestik (Kod Tarif 10) yang terkesan banjir di Kuala Lumpur bagi meringankan beban penduduk bermastautin di sana.\nBagi menikmati pengecualian ini, warga Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat banjir bolehlah semak senarai kawasan yang layak mendapat pengecualian seperti yang diwar-warkan oleh Air Selangor.\n\nTempoh Pengecualian\nPara pengguna yang menetap di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir bakal menerima pengecualian bayaran bil air selama 1 bulan secara automatik.\nPengguna yang layak tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan atau mengisi borang kepada Air Selangor bagi melayakkan diri mendapat pengecualian ini.\nSepanjang tempoh pengecualian bayaran bil air, bil bulanan pengguna akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor.\nPengguna yang layak mendapat pengecualian juga tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.\n\n\n\n\nSenarai Kawasan Yang Layak Mendapat Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022 \nSenarai kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang layak mendapat pengecualian bayaran bil air selama 1 bulan boleh dirujuk melalui pautan Lampiran A di bawah : \nLampiran A\nAir Selangor berharap pengecualian sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesulitan dan meringankan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, pengguna boleh hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau layari laman komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, laman Facebook, Instagram serta Twitter.\nPengguna juga boleh semak Soalan Lazim (FAQ) mengenai Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor menerusi pautan di bawah : \nFAQ Pengecualian Bayaran Bil Januari 2022 (Air Selangor)\nPengguna juga boleh ajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi Help Centre di www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ubes-3-0/", "title": "UBES 3.0 : Pembiayaan Perniagaan Khas untuk Belia Terengganu", "body": ["\n\n", "\nUBES 3.0 : Pembiayaan Perniagaan Khas untuk Belia Sehingga RM 30,000 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) kini dibuka.\nUBES 3.0\nProgram UBES 3.0 dilancarkan bagi menggalakkan penglibatan warga belia Terengganu dalam bidang perniagaan terutamanya golongan lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke IPTS atau IPTA.\nProgram ini juga menyasarkan penglibatan kumpulan belia yang lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuh masa dari usia muda.\nDengan adanya program ini, ia dapat meningkatkan kualiti hidup belia di samping merancakkan lagi sektor ekonomi negeri Terengganu.\nAnda juga boleh rujuk pada infografik di bawah untuk keterangan lanjut.\nKredit Foto : semakanonline.com \nSyarat-Syarat Kelayakan UBES 3.0\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahunBeragama Islam dan memegang status BumiputeraPemohon mestilah dari kalangan rakyat Terengganu, namun permohonan juga terbuka kepada anak rantau Terengganu yang berniaga di luar negeri tersebut.Perlulah memiliki tahap pendidikan minimum SPMPemohon perlu lengkap 2 dos vaksinPemohon berminat untuk menjadi usahawan sepenuh masaBagi pemohon yang telah berniaga, perniagaan mestilah beroperasi tidak lebih dari 3 tahun.\nCara Memohon UBES 3.0\nLayari pautan untuk memohon di \u00a0https://bit.ly/permohonan-UBESIsi maklumat yang diperlukan dengan teliti dan klik butang NextMuat naik dokumen yang diperlukanKlik butang Submit untuk menghantar permohonan. Pastikan anda semak maklumat dan dokumen dengan baik sebelum menghantar.\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon UBES 3.0\nPara pemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :\nSalinan kad pengenalan ibu/bapa pemohon (jika berkaitan)Salinan kad pengenalan pemohonSijil lengkap vaksin (2 Dos)Sijil SPM atau setaraf (jika berkaitan)Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) jika berkaitan\nPerincian Pembiayaan\nPara belia dari kalangan warga Terengganu bakal mendapatkan pembiayaan perniagaan yang dibahagikan seperti berikut :\nPengembangan perniagaan : RM 5,000 hingga RM 30,000Dana peralatan : RM 5,000Dana penjenamaan/branding : RM 2,000\nTarikh Tutup Permohonan UBES 3.0\nBagi belia yang berminat untuk memohon, permohonan bolehlah dibuat atas talian sebelum 9 Januari 2022. \nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu di talian 09-6242424.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-takwim-matrikulasi/", "title": "Cuti Matrikulasi & Takwim KPM 2023 /2024", "body": ["\n\n", "\nJadual cuti matrikulasi 2023/2024 & takwim Matrikulasi KPM merujuk kepada Program Akedemik Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. Ianya bagi membantu pihak Matrikulasi dan pelajar untuk menyelaras jadual cuti dan aktiviti sepanjang sesi akademik 2023/2024.\nKepada pelajar baharu lepasan SPM yang mendapat tawaran pengajian di Matrikulasi, tahniah dan syabas di ucapkan.\nTarikh Lapor diri pelajar Matrikulasi\nBagi sesi kemasukan dan pembelajaran pelajar-pelajar Matrikulasi 2023/2024, berikut ialah tarikh melapor diri bagi pelajar Program Matrikulasi KPM semester satu/ pengambilan baru:\n\nKumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)- 9 Julai 2023\nKumpulan B (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan dan Johor)- 10 Julai 2023\n\nManakala untuk sesi akademik bagi semua pelajar semester satu,dua,tiga dan empat boleh merujuk kepada kalender Takwim akademik Kementerian Pendidikan Malaysia\nKalender Takwim Matrikulasi 2023/24\nUntuk sesi akademik Matrikulasi KPM jadual berikut merangkumi sesi akademik untuk pelajar semester I,II,III dan IV yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;\n\nKumpulan A \u2013 Kedah, Kelantan dan Johor\nKumpulan B \u2013 Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor\n\nTakwim Akademik Semester I /III\n\nTakwim Akademik Semseter II /IV\n\n\n\n\n\nTarikh Cuti Matrikulasi 2023/2024\n\nPelarasan cuti bagi setiap Matrikulasi adalah berbeza mengikut negeri. Selain daripada cuti perayaan dan cuti semester, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memberikan kemudahan cuti tambahan perayaan contoh seperti cuti hari deepavali Matrikulasi ada tambahan satu hari. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk jadual cuti matrikulasi sesi 2023/20224 seperti berikut ;\n\nPesta Kaamatan\u00a0(Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) \u2013 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nPerayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) \u2013 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nHari Krismas\u00a0\u2013 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\n\nNota : Jadual takwim dan cuti ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan adalah merujuk kepada pengumuman semasa yang akan di maklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak pengurusan Matrikulasi masing-masing.\nDownload Kalender Cuti & Takwim Matrikulasi 2023/2024\nUntuk rujukan, anda juga boleh download Kalendar Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 dalam format PDF\nDownload\n\nBagi pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran, anda boleh memohon bantuan komputer yang diperuntukan oleh kerajaan negeri Sabah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-akuan-bujang/", "title": "Contoh Surat Akuan Bujang Yang Ringkas & Mudah", "body": ["\n\n", "\nSurat Akuan Bujang adalah salah satu dokumen yang diperlukan bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.\nUntuk makluman, beberapa negeri di Malaysia mewajibkan pasangan untuk menyertakan Surat Akuan Bujang bagi melengkapkan proses sebelum perkahwinan berlangsung. \nSebagai contoh di Sabah, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menyertakan 2 salinan Surat Akuan Bujang bagi lelaki dan perempuan yang boleh dirujuk dalam pautan berikut https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/orang-awam/perkahwinan\nIni bagi memastikan mereka yang bakal mendirikan adalah disahkan bujang dan tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dengan orang lain.\nOleh itu, bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlu menyediakan surat akuan tersebut untuk memudahkan proses mereka di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.\nTempoh Sah Surat Akuan\nUntuk makluman, surat akuan ini hanya sah untuk digunakan selepas selesainya perkahwinan pasangan terbabit. \nSelepas pasangan tersebut berkahwin, surat akuan ini tidak lagi sah digunakan untuk perkara-perkara yang lain. \nSurat akuan ini juga tidak boleh untuk disalah guna bagi tujuan-tujuan yang lain. \nPengesahan Surat Akuan\nUntuk menegsahkan Surat Akuan Bujang ini, lazimnya terdapat dua pihak yang boleh membuat pengesahan terbabit iaitu:\n\n\n\n\nMajikanPesuruhjaya Sumpah\nMajikan boleh mengesahkan seseorang pekerjanya adalah bujang di dalam surat akuan tersebut.\nNamun, sekiranya seseorang tidak mempunyai majikan seperti pelajar atau mereka yang bekerja sendiri, surat akuan tersebut boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang berhampiran.\nButiran Surat Akuan\nUntuk surat akuan yang ringkas dan mudah, butiran yang wajib ada dalam surat akuan tersebut adalah seperti berikut:\nPenerima surat (Jabatan Agama)Nama individuNo kad pengenalan individuPengesahan bujang dan belum berkahwinTandatangan majikanCop majikan\nContoh Surat Akuan\nContoh surat akuan yang boleh dijadikan contoh untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga adalah seperti berikut:\ni) Contoh 1 (Pengesahan Majikan)\n\nii) Contoh 2 (Pengesahan Persuruhjaya Sumpah)\n\nBacaan Lanjut\nUntuk mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai surat-surat akuan oleh pihak peguam, anda boleh menonton video di pautan ini\u00a0https://www.youtube.com/watch?v=Y_gUyQIQmc8&t=149s\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-bayaran-perkeso-2023/", "title": "PERKESO: Tarikh Bayaran Faedah 2023 (Jadual Bulanan)", "body": ["\n\n", "\nPERKESO: Tarikh Bayaran Pencen/Faedah Bermula Januari 2023 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa PERKESO telah mengeluarkan jadual terkini bagi bayaran faedah / pencen PERKESO yang dijadualkan bermula Januari 2023 ini.\nApa Itu Bayaran Faedah PERKESO\nKonsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).\nPerlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.\nDalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.\nUntuk makluman, bayaran faedah PERKESO adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.\nSkim Bencana Pekerjaan\nSkim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.\n\n\n\n\n\nKemalangan Semasa Kecemasan\nKemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.\nPenyakit Khidmat: Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.\n\nContoh Penyakit Khidmat:\n\nHilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi\u00a0yang berterusan\nPenyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan\u00a0pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia\u00a0yang merbahaya dan sebagainya\n\nSkim Keilatan\nSeseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.\nSkim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.\nTarikh Bayaran Faedah PERKESO 2023\n\nBerikut ialah jadual yang mengandungi tarikh Bayaran Faedah PERKESO Bermula Januari 2023. \nBil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan1Januari17 Januari 2023Selasa22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina2Februari1 Mac 2023Rabu\u20133Mac31 Mac 2023Jumaat\u20134April17 April 2023Isnin22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa5Mei25 Mei 2023Khamis30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak6Jun23 Jun 2023Jumaat29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban7Julai1 Ogos 2023Selasa\u20138Ogos1 September 2023Jumaat\u20139September29 September 2023Jumaat\u201310Oktober1 November 2023Rabu\u201311November7 November 2023Selasa12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali12Disember19 Disember 2023Selasa25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas\nSumber : perkeso.gov.my\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila\u00a0rujuk portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/penambahbaikan-bkm-untuk-usahawan/", "title": "Penambahbaikan BKM Untuk Usahawan PKS Yang Terjejas Banjir", "body": ["\n\n", "\nPenambahbaikan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) Untuk Usahawan PKS Yang Terjejas Banjir ~ Sukacita dimaklumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ditambahbaik untuk membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir.\nPada bulan Disember 2021, kerajaan telah mengumumkan dana pinjaman RM 500 juta bagi Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman untuk PKS sehingga RM 700,000 pada kadar faedah sehingga 3.5% setahun dengan moratorium 6 bulan.\nSelain itu, dana berjumlah RM 30 juta juga disediakan melalui TEKUN Nasional untuk pinjaman sehingga RM 10,000 kepada usahawan mikro dan informal.\n\nPenambahbaikan BKM Untuk Usahawan PKS 2022\nBerdasarkan kenyataan dari Facebook Rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan tambahbaik bantuan kepada usahawan yang terjejas akibat banjir adalah seperti berikut :\nGeran RM 3,000 TEKUN Nasional\nKerajaan akan memberi geran bernilai RM 3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan sebanyak RM 50 juta.\n Dianggarkan, tambahbaik ini akan memberikan manfaat kepada 15,000 perniagaan mikro dan informal.\n\nSkim Pembiayaan Informal dan Mikro Sehingga RM 10,000\nTEKUN Nasional juga akan sediakan dana tambahan sebanyak RM 50 juta melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) untuk perniagaan mikro dan informal yang terkesan akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM 10,000 tanpa faedah. \nTempoh bayaran balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.\n\nPinjaman SME Emergency Fund (SMEEF) Sehingga RM 100,000\nProgram SME Emegency Fund (SMEEF) akan sediakan dana sebanyak RM 100 juta untuk PKS yang terjejas akibat banjir. \n\n\n\n\nPinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM 100,000 tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.\n\nTabung Bencana Tanaman Padi\nPada bulan Disember 2021, kerugian yang ditanggung dalam sektor pertanian adalah sebanyak RM 91 juta. Jumlah bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM 21 juta.\nKerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM 20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).\n\nPesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjur bakal menerima bantuan tunai sehingga RM 1,800/hektar di bawah TBTP dengan had maksimum sehingga 3 hektar.\n\nBagi pengusaha pertanian lain, tambahan sebanyak RM 50 juta akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).\nPetani, penternak dan peladang yang terkesan akibat banjir layak untuk memohon bantuan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kerugian di bawah PPSPA.\nKadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan.\nKerajaan sentiasa komited dalam meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir seperti PMKS dan Pengusaha Agromakan dengan sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan yang sewajarnya.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-agihan-awal-ipt/", "title": "Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah", "body": ["\n\n", "\nSkim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Luar Negara kini dibuka. \nPermohonan ini merupakan agihan one-off dan terbuka kepada penduduk negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.\nUntuk makluman, agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.\nBaca Juga : MAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022\nJumlah Bantuan\nJumlah Agihan Awal IPT ini mengikut peringkat pengajian seperti berikut :\nDalam Negara\nPeringkat Sijil / Matrikulasi : RM 300.00Peringkat Diploma : RM 600.00Peringkat Ijazah Pertama : RM 800.00\nLuar Negara\nPeringkat Pengajian Ijazah Pertama / Master / PhD : RM 1,000.00\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022.\nSyarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara\n\u00a0Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon bermastautin / menetap di negeri Kedah. Alamat mestilah bertepatan dengan yang tertulis pada surat tawaran.Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak universiti.Program pengajian bagi peringkat Pascasiswazah dan separuh masa tidak layak untuk memohon.Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas di mana pelajar memasuki IPT di bawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Pelajar yang menyambung pengajian dalam program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) tidak layak untuk memohon.Agihan ini diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian berbeza.LZNK berhak menolak permohonan sekiranya ia tidak diisi dengan lengkap dan kelas mengikut prosedur yang ditetapkan.\nSyarikat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon bermastautin / menetap di negeri Kedah. Alamat mestilah bertepatan dengan yang tertulis pada surat tawaran.Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.Tempoh minimum pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian.Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika mengemukakan permohonan.Bidang pengajian adalah diiktiraf\u00a0 oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia.Agihan ini diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.LZNK berhak menolak permohonan sekiranya ia tidak diisi dengan lengkap dan kelas mengikut prosedur yang ditetapkan.\nCara Memohon\nPemohon boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\n\u00a0Lembaga Zakat Negeri Kedah\u00a0 \n\n\n\n\nKlik Menu > Aplikasi Atas Talian > Agihan Awal IPT > Pilih Dalam/ Luar Negara\nTekan butang Permohonan Baru untuk pendaftaran baru.\nUntuk semakan dan cetakan borang, sila masukkan No. K/P dan kata laluan, kemudian tekang butang SEMAK.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlulah muat naik dokumen seperti senarai di bawah :\nSalinan kad pengenalan pemohon (pelajar)Salinan Kad Pengenalan Waris / PenjagaSurat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.Salinan Akaun Bank yang tertera nama pemohon.Lain-lain dokumen khusus yang berkaitan perlu disertakan seperti surat bermastautin / surat rayuan permohonan / resit zakat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai pautan Lembaga Zakat Negeri Kedah seperti berikut :\nPortal Rasmi \u00a0\nFacebook Rasmi \nInstagram\nTwitter \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-penting-pksk/", "title": "PKSK 2021/2022: Tarikh-Tarikh Penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Ting. 1 & 4", "body": ["\n\n", "\nPKSK 2021/2022: Tarikh-Tarikh Penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Ting. 1 & 4 ~ Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bagi menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) iaitu;\nSatu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point.Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.\nJenis sekolah khusus:\n1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)\n2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\n3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)\n4. Kolej Vokasional (KV)\n5. Maktab Tentera Diraja (MTD)\nPermohonan telah dibuka bermula 10 Oktober 2021 sehingga 15 November 2021. Untuk memohon, sila klik pautan berikut:\u00a0\nPautan permohonan Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.myPautan permohonan Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my\nTarikh-Tarikh Penting PKSK Ting. 1 & 4\nBerikut ialah\u00a0 tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021/2022 yang telah diumumkan oleh\u00a0 Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohon semua ibubapa/penjaga murid ambil maklum ya.\u00a0\n\nSemakan Pusat PKSK 1 & PKSK 4: Mulai 1 Disember 2021\n\n\n2. Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh dibuat melalui pautan:\n\n\n\n\n\n\nTingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.myTingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my\n3. Pelaksanaan PKSK:\u00a0\nTingkatan 1: 17 \u2013 27 JANUARI 2022Tingkatan 4: 7- 17 FEBRUARI 2022\n4. Keputusan Pemilihan Sekolah Khusus 2022 : Diumumkan pada 15 Mac 2022.\n5. Tarikh Rayuan dibuka:\nTingkatan 1 : 15 Mac- 29 Mac 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/Tingkatan 1 : 15 Mac- 29 Mac 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my/\nPersediaan Membuat Permohonan\nPemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.\nPemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.\nPersediaan Semasa Membuat Pentaksiran\n(Sila rujuk gambar)\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila layari https://www.moe.gov.my/, atau rujuk laman media sosial KPM seperti berikut;\nFacebook Kementerian Pendidikan Malaysia\u00a0Twitter KPM\nATAU\nHubungi KPM di talian berikut:\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-i-suri-kwsp/", "title": "Cara Permohonan i-Suri KWSP RM480 & Semakan Online", "body": ["\n\n", "\nUntuk langkah cara daftar permohonan i-Suri KWSP (*RM480 sumbangan kerajaan) & semakan online rujuk langkah-langkah yang ditunjukan seperti di bawah. Bagi suri rumah yang belum mengetahui mengenai insentif khas i-Suri, ianya merupakan satu Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022.\nFasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan\nSkim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.\nBaca juga : i-Lindung KWSP\nApa Itu i-Suri KWSP\n\nProgram Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP (i-Suri) merupakan satu bentuk perlindungan kewangan untuk suri rumah.\nIannya bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.\nSeperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk\u00a0bantuan hilang upaya,\u00a0bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).\nInsentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP. Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang diteruskan lagi bagi tahun 2022 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia\nInsentif i-Suri\nInsentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).\n\nKelebihan /Faedah i-Suri KWSP\n\nBagi suri rumah yang layak mendaftar dan membuat caruman i-suri, anda layak untuk menerima manfaat seperti berikut ;\nMenerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnyaCaruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.Menerima dividen tahunan KWSPBantuan Kematian: RM2,500Bantuan hilang upaya\n\nCara Permohonan i-Suri\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.\nSuri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara MalaysiaBelum mencapai umur 60 tahunGolongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP\n\n*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan i-suri baru.\nCara Daftar i-Suri\n\n\n\n\n\nCara Daftar i-Suri Online\nBuat masa ini pendaftaran hanya boleh di buat melalui kaunter kwsp sahaja.\nCara Daftar i-Suri Melalui Kaunter KWSP\nKunjungi mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara. dan bawa dokumen berikut untuk tujuan proses pendaftaran\nDokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:\nMyKadBorang i-Suri \u2013\u00a0KWSP 16G (M)\u00a0(Pendaftaran kali pertama sahaja)Borang i-Suri \u2013\u00a0KWSP 6A (2)\u00a0(Semasa pembayaran)\n\nCara Pembayaran Caruman i-Suri\nBagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.\nPembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:\nTunai atau cek di kaunter peresitan KWSPtunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank (rujuk jadual di bawah)\n*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan\nPerbankan Internet\u00a0Kaunter Ejen Bank\u00a0Ejen Bank BerdaftarKaunter KWSP\u00a0\u00a0Pemindahan wang secara elektronik\u2013 MBSB Bank\u2013 MAYBANK (M2u)\u2013 RHB Bank\u2013 Public Bank\u2013 Bank Muamalat\u2013 Alliance Bank\u2013 Hong Leong Bank\u2013 Bank Islam\u2013 Cimb BankTunai/cek\u2013 BSN\u00a0\u2013 Maybank\u2013 Public Bank\u2013 RHB Bank*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.Ejen Bank (EB) BSNTunai (maksimum\u00a0RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP MuarCara Pembayaran Caruman i-Suri KWSP\n\nHad Bayaran\nMinimum \u2013 Tiada hadMaksimum \u2013 RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan \u2013 berkuat kuasa Januari 2013)\n\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nKenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?\nInisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.\nBagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP?\nSumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.\nSumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:\nAkaun 1 dan Akaun 2 \u2013 peserta yang berumur bawah 55 tahunAkaun Emas \u2013 peserta yang berumur 55 tahun ke atas\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan mengenai permohonan i-Suri, anda juga boleh layari\u00a0www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000 atau anda boleh terus ke cawangan KWSP berhampiran anda.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-ibu-2023/", "title": "Hari Ibu : Tarikh, Tema, Sejarah & Sambutan di Malaysia", "body": ["\n\n", "\n2023 Hari ibu di Malaysia akan di sambut pada 14 Mei 2023. Di Malaysia ianya bukan cuti umum, tetapi ianya adalah hari khas bagi meraikan golongan ibu dan semua yang mereka lakukan untuk keluarga mereka.\nTerdapat banyak cara untuk menyambut hari istimewa ini di Malaysia. Sesetengah orang memilih untuk membawa ibu mereka keluar untuk hidangan istimewa, manakala yang lain lebih suka memberi mereka bunga atau hadiah lain. \nTerdapat juga banyak acara dan aktiviti yang berlangsung pada Hari Ibu, seperti konsert, festival, dan pameran.\nTidak kira bagaimana anda memilih untuk meraikan, ia adalah hari istimewa untuk menunjukkan kepada ibu anda betapa anda menyayangi dan menghargainya.\nTarikh & Tema Hari Ibu 2023 di Malaysia\n\nDi Malaysia tarikh sambutannya ialah pada 14 Mei 2023. Di Malaysia juga, kerajaan tidak pernah mengetepikan golongan ibu dan wanita,, yang mana ianya turut mempunyai kementerian khas yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga hak dan kebajikan mereka iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.\nTema sambutan hari ibu 2023 peringkat kebangsaan ialah Ibu Suri Hatiku.\nSejarah Sambutan Mother\u2019s Day\nMother\u2019s Days atau Hari Ibu \u00a0berasal dari Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Anna Jarvis, anak perempuan Ann Reeves Jarvis, adalah seorang aktivis keamanan yang ingin mencipta hari untuk menghormati ibu atas pengorbanan dan sumbangan mereka kepada masyarakat. \nPada tahun 1908, Jarvis mengadakan perkhidmatan Hari Ibu yang pertama di Gereja Episcopal Methodist Andrews di Grafton, Virginia Barat. Pada tahun berikutnya, dia menganjurkan acara Hari Ibu yang pertama di sebuah gedung serbaneka di Philadelphia.\nUsaha Jarvis untuk mempromosikan Hari Ibu berjaya, dan percutian itu dengan cepat merebak ke seluruh Amerika Syarikat. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson mengisytiharkan Hari Ibu sebagai cuti kebangsaan.\nHari ini, Hari Ibu disambut di banyak negara di seluruh dunia. Tradisi dan adat yang dikaitkan dengan percutian berbeza dari satu negara ke negara, tetapi semuanya berkongsi matlamat yang sama untuk menghormati ibu dan keibuan.\nBerikut ialah beberapa cara sambutan Hari Ibu di seluruh dunia:\nDi Amerika Syarikat, adalah perkara biasa untuk memberi ibu bunga, kad, dan hadiah. Ramai orang juga membawa ibu mereka keluar untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.\nDi United Kingdom, Mothering Sunday disambut pada hari Ahad keempat Prapaskah. Ia adalah hari tradisi untuk keluarga menghadiri gereja dan untuk kanak-kanak memberi ibu mereka bunga dan hadiah lain.\n\n\n\n\nDi China, Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei. Ia adalah hari untuk keluarga berkumpul dan menikmati hidangan istimewa.\nDi India, Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei. Ia adalah hari untuk keluarga menunjukkan penghargaan mereka kepada ibu mereka dengan memberi mereka hadiah, bunga, dan tanda kasih sayang yang lain.\nTidak kira bagaimana ia disambut, Hari Ibu adalah hari istimewa untuk menunjukkan kepada ibu anda betapa anda menyayangi dan menghargainya\nBaca juga : Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Ibu\nHukum Menyambut Hari Ibu Bagi Orang Islam\nDalam islam, menghormati ibu bapa merupakan perkara yang sangat di anjurkan dan\nmeletakkan kedudukan\u00a0ibu bapa pada\u00a0satu tempat yang tinggi kerana kewajipan berbakti dan\u00a0menghormati\u00a0mereka adalah besar selepas beriman kepada Allah dan menyembah-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak.\nDalam IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan bahawa sambutan hari_ibu itu tidak lain hanya sekadar istilah malah tiada larangan dalam islam untuk memuliakan kedua orang tua ibu dan ayah.\nHari ibu bukanlah perayaan seperti mana pada hakikatnya dalam islam perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.\nMenurut beliau lagi merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat seperti ;\n\nMenganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.\nTidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja\n\nRujukan : Mufti Wilayah Persekutuan\nTidak kira bagaimana ia disambut, tidak perlu untuk menungu sambutan hari ibu 2023, jadikan setiap hari, adalah hari istimewa untuk kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita, sayangi dan hargai lah mereka selagi mereka masi hidup\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/anugerah-pingat-emas-yayasan-terengganu/", "title": "Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecermerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021", "body": ["\n\n", "\nSukacita dimaklumkan permohonan bagi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021 telah dibuka. Bagi pelajar yang layak, anda di alu-alukan untuk memohon penganugerahan ini.\nAnugerah Pingat Emas merupakan salah satu inisiatif dan langkah Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri\nAnugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecermerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021\n\nPenganugerahan ini telah bermula sejak tahun 1980 yang lalu sehingga kini (2020) seramai 77 orang pelajar telah dianugerahkan pingat emas dan seramai 123,584 orang pelajar telah di beri hadiah kecemerlangan Yayasan Terengganu untuk kategori UPSR/PPSR, PT3/PBSMR, SPM, STPM dan STAM. Program ini diadakan adalah untuk memberi insentif serta pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dari kalangan anak-anak negeri Terengganu Darul Iman di Peringkat UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sama ada yang belajar di dalam (semua kategori) ataupun di luar negeri Terengganu (kategori SPM shj).\nTarikh Permohonan \nPermohonan untuk menerima penganugerahan ini boleh dibuat mulai 23 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022\nSyarat-Syarat Permohonan\n\nPemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:\u2013 Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)\u2013 Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)\u2013 Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtazIbu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atauIbu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.\n\nKriteria Pemberian Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022\nMemperolehi keputusan SPM 9A (A+, A, A-) dan ke atas (termasuk A+ dalam 6 subjek teras).Hanya Sembilan (9) mata pelajaran terbaik akan diambil kira dalam pemarkahan akademik (Termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia).Mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keperibadian serta aktif kegiatan kokurikulum semasa di sekolah.Pemilihan penerima Anugerah Pingat Emas Dilakukan Oleh Jawatankuasa Panel Hakim Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu dan keputusannya adalah MUKTAMAD.\nKriteria Pemberian Hadiah Kecemerlangan Pelajar\nMemperolehi keputusan peperiksaan SPM, SEMUA A (A+, A, A) dalam setiap mata pelajaran yang diambil.Memperolehi PNGK 3.84 hingga 4.00 bagi calon STPMManakala bagi calon peperiksaan STAM, calon haruslah memperolehi keputusan MUMTAZ\n\n\n\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nKad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah DISAHKAN.Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa BUKAN RAKYAT TERENGGANU yang telah DISAHKAN.Keputusan peperiksaan SPM ATAU STPM ATAU STAM yang DISAHKAN.\nSemua dokumen ini perlu dimuat naik dan digabungkan di dalam satu pdf file\nCara Permohonan\nPermohonan anugerah dan hadiah kecemerlangan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:\nIsi borang permohonan dengan melayari laman web\u00a0https://www.pingatemas.yt.gov.my/Lengkapkan borang permohonan.Pastikan semua maklumat adalah tepat.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nSemakan Status Permohonan\nSemakan permohonan boleh dibuat melalui laman web yang sama ketika pendaftaranMasukan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan / cetak permohonan\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web\u00a0https://www.pingatemas.yt.gov.my/ atau hubungi ;\nTelefon : 09-622 1733Email :\u00a0 : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/contoh-sijil-penyertaan/", "title": "Contoh Sijil Penyertaan & Template Sijil Boleh Edit", "body": ["\n\n", "\nFree download contoh sijil penyertaan dan template sijil boleh edit untuk pelbagai program\nSijil penyertaan ialah dokumen yang mengakui penyertaan individu dalam sesuatu acara atau aktiviti. Ia biasanya diberikan kepada peserta yang telah menyelesaikan semua atau sebahagian acara, dan ia boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa individu itu telah memenuhi keperluan tertentu.\nSijil ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, contohnya :\n\nMengiktiraf dan memberi ganjaran kepada peserta atas usaha mereka\nMenyediakan peserta dengan rasa pencapaian\nGalakkan peserta untuk terus menyertai acara dan aktiviti\nMempromosikan acara atau aktiviti\n\nSijil ini boleh dibuat dan dicetak sendiri dengan mudah, atau ia boleh dibeli daripada pelbagai sumber dalam talian dan luar talian. \nTerdapat banyak template dan reka bentuk berbeza yang tersedia, jadi anda boleh mencari yang sesuai dengan acara atau aktiviti tertentu.\nContoh Sijil Penyertaan\n\n\nBerikut adalah beberapa contoh sijil penyertaan:\n\nSijil menyertai acara /program sekolah\nSijil menyertai acara larian \nSijil menyertai persidangan \nSijil menyertai program latihan \n\nBaca juga : Contoh Penghargaan Kerja Kursus & Format Ringkas\nFormat Isi Kandungan Sijil Penyertaan\nSemasa membuat sijil penyertaan, pastikan anda memasukkan maklumat berikut:\n\nNama acara atau aktiviti\nTarikh dan lokasi acara atau aktiviti\nNama peserta\nTandatangan penganjur acara / pengesah sijil\nLogo-logo penganjur bersama\nLogo Penaja\nJenis sijil \u2013 Sijil Penyertaan / Penghargaan\nNo kad pengenalan penerima\nPeranan / sumbangan / sebab menerima sijil \n\nAnda juga mungkin ingin memasukkan maklumat tambahan, seperti tahap penyertaan peserta atau aktiviti khusus yang mereka selesaikan. Sijil penyertaan ialah cara terbaik untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada peserta atas usaha mereka. Ianya juga boleh digunakan untuk mempromosikan acara atau aktiviti dan menggalakkan peserta untuk terus mengambil bahagian\nPerbezaan Sijil Penyertaan & Sijil Penghargaan\nSijil penyertaan ialah dokumen yang mengakui penyertaan individu dalam sesuatu acara atau aktiviti. Ia biasanya diberikan kepada peserta yang telah menyelesaikan semua atau sebahagian acara, dan ia boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa individu itu telah memenuhi keperluan tertentu.\nSijil penghargaan ialah dokumen yang menyatakan rasa terima kasih atas usaha atau sumbangan individu. Ia biasanya dianugerahkan kepada individu yang telah melampaui huraian tugas mereka atau yang telah memberi impak yang ketara kepada organisasi atau komuniti.\nPerbezaan utama antara sijil penyertaan dan sijil penghargaan ialah tahap pencapaian yang diiktiraf. Sijil penyertaan diberikan untuk hanya mengambil bahagian dalam acara atau aktiviti, manakala sijil penghargaan diberikan untuk prestasi atau pencapaian yang cemerlang.\nDi samping itu, sijil penyertaan biasanya lebih generik dalam perkataannya, manakala sijil penghargaan selalunya lebih khusus dan diperibadikan. Sebagai contoh, sijil penyertaan mungkin hanya menyatakan bahawa individu itu \u201cmenyertai [nama acara] pada [tarikh].\u201d Sijil penghargaan, sebaliknya, mungkin menyatakan bahawa individu itu \u201cmenunjukkan kemahiran kepimpinan yang cemerlang semasa [nama acara].\u201d \nAkhirnya, keputusan sama ada untuk menganugerahkan sijil penyertaan atau sijil penghargaan adalah terpulang kepada budi bicara penganjur atau penganjur acara. \nWalau bagaimanapun, dengan memahami perbezaan antara dua jenis sijil, anda boleh membuat keputusan termaklum tentang jenis sijil yang paling sesuai untuk situasi tersebut.\nCiri-ciriSijil PenyertaanSijil PenghargaanTujuanUntuk mengiktiraf penyertaan individu dalam sesuatu acara atau aktivitiUntuk menyatakan rasa terima kasih atas sumbangan atau usaha individuKeperluanIndividu tersebut mestilah telah mengambil bahagian dalam acara atau aktiviti tersebutIndividu tersebut tidak perlu memenuhi sebarang keperluan khususReka bentukBiasanya mudah dan mudahBoleh menjadi lebih terperinci dan diperibadikanNilaiBoleh digunakan untuk tujuan pengiktirafan akademik atau profesionalBoleh digunakan dalam kerjaya (Contoh dalam maklumat resume kerjaya)\nBerikut ialah beberapa contoh masa anda mungkin menggunakan sijil penyertaan:\n\nSatu perlumbaan\nPersidangan\nProgram latihan\nAcara sekolah\nAcara komuniti\n\nBerikut ialah beberapa contoh masa anda mungkin menggunakan sijil penghargaan:\n\n\n\n\n\nSatu kerja yang dilakukan dengan baik\nSumbangan yang besar kepada sesebuah organisasi\nUsaha sukarela\nSumbangan kepada badan amal\n\nTemplate Sijil Boleh Edit (Download)\nAnda juga boleh download contoh template sijil berikut ;\n\nTemplat Sijil\u00a01\nTemplat Sijil\u00a02\nTemplat Sijil\u00a03\nTemplat Sijil\u00a04\nTemplat Sijil\u00a05\nTemplat Sijil\u00a06\nTemplat Sijil\u00a07\nTemplat Sijil\u00a08\nTemplat Sijil\u00a09\nTemplat Sijil\u00a010\n*Nota : Contoh template sijil penyertaan boleh edit ini dalam format power point, anda boleh edit maklumat dan design sijil mengikut keperluan dan kesesuaian anda\nCara Buat Sijil Menggunakan Google Slides\nBagi anda yang berminat untuk buat sijil dengan lebih mudah boleh gunakan google slides.\nDengan cara ini, anda tak perlu untuk masukan maklumat satu persatu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan peserta. Anda hanya perlu sediakan borang menggunakan google form yang mengandungi maklumat yang di kehendaki\nBoleh ikut langkah demi langkah panduan bergambar yang dikongsikan oleh \u00a0Fatihah Manaf\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kiosk-bantuan-mysejahtera/", "title": "Kiosk Bantuan MySejahtera | Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Terkini", "body": ["\n\n", "\nKiosk Bantuan MySejahtera | Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Terkini ~ Tahukah anda, baru-baru ini satu pengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) telah diumumkan.\n\nKiosk Bantuan MySejahtera\nKiosk Bantuan MySejahtera ini adalah merupakan inisiatif KKM yang menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.\nInisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan \u2018helpdesk\u2019 atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.\nKKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, kiosk bantuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan baik sehingga kehabisan angka giliran.\n\n\n\n\nNOTA:\u00a0\nKes Kontak Rapat @ Positif Covid TIDAK DIBENARKAN Hadir; Sila ambil perhatian bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir.\nLokasi ; World Trade Centre (WTC) KL, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.\nWaktu Operasi & Tarikh Pembukaan ; Setiap hari hingga 15 Mac 2022 (WTC KL), waktu operasi bermula 9 pagi. Untuk mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP, sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis.\nDokumen Yang Perlu Dibawa; Kepada pengunjung yang ingin datang, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.\nKad vaksinasi fizikalKad pengenalanDokumen vaksinasi daripada luar negaraPassportSurat Pengesahan tamat HSODokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negaraMemo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negaraDokumen VTL (Udara & air)\n\n\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui info lanjut berkaitan MySejahtera, sila rujuk ke bahagian HelpDesk MySejahtera.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pinjaman-akademik-angkatan-tentera/", "title": "Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera 2022", "body": ["\n\n", "\nTabung Pinjaman Akademik Angkatan Tentera/Anak Tentera (Tapat & SPAAT) ~ Sukacita dimaklumkan tawaran permohonan bagi Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) kini dibuka.\nBantuan Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera ini dibuka bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga anggota yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi sama ada di universiti tempatan atau luar negara. \nBantuan ini terbuka kepada anggota ATM, pasangan serta anak-anak anggota ATM yang mendapat tawaran untuk lanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nPemohon yang layak juga dapat nikmati pinjaman ini tanpa faedah.\nSyarat Permohonan TAPAT dan SPAAT\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti :\nAnggota ATM\nPasangan anggota ATM\nAnak-anak anggota ATM\nMendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\n\nJumlah Pinjaman bagi TAPAT dan SPAAT\nKadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :\n90% daripada yuran pengajian secara keseluruhan ; atau\nMaksimum RM 30,000 ; atau\nAtau mana-mana yang lebih rendah\nBayaran Balik Pinjaman Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera\nProses bayaran balik bagi pinjaman pembiayaan pelajaran TAPAT dan SPAAT adalah tertakluk seperti berikut :\n\n\n\n\nMelalui potongan gaji bulanan maksimum 60 bulan\nTertakluk kepada kelulusan Jawatan Kuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).\nCara Memohon Tabung Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera\nAnggota ATM, pasangan atau anak-anak yang ingin sambung pengajian boleh kemukakan permohonan ke Jabatan Arah Pendidikan.\nTarik Tutup Permohonan Tabung Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera\nUntuk makluman, permohonan perlulah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 17 Februari 2022. \nKelulusan Permohonan \nPermohonan akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif TKAT untuk kelulusan. \nMaklumat Lanjut\nAnggota ATM, pasangan atau anak-anak yang berminat untuk memohon boleh berhubung dengan Pegawai atau Jurulatih Pendidikan di pasukan masing-masing untuk pertanyaan lanjut.\nDiharap semoga bantuan ini dapat meringankan beban pembiayaan keluarga anggota ATM yang ingin melanjutkan pelajaran di IPT tempatan atau luar negara.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-bantuan-zakat-pendaftaran-ipt-maij/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ", "body": ["\n\n", "\nMajlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan bagi pelajar yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menerusi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT.\nUntuk makluman, MAIJ merupakan majlis agama Islam yang berfungsi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor dan menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf yang layak.\nTujuan skim bantuan zakat ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban para pelajar yang mendaftar IPT dalam negara.\nPermohonan bagi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini dibuka secara atas talian bermula 1 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang ditawarkan dalam Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini adalah:\nDiploma\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ijazah Sarjana Muda\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nDiploma (semester pertama): RM500.00Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:\nPemohon warganegara Malaysia beragama Islam Anak kelahiran Johor\u00a0dan menetap di dalam Negeri Johor.Pemohon bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.Permohonan hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web rasmi permohonan iaiatu\u00a0https://epayment.maij.gov.my/.Klik pada bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Masukan no. kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak No. Kad Pengenalan.\u2019Sekiranya no. Kad Pengenalan telah didaftarkan, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan. Klik pada \u2018Klik Di Sini\u2019 untuk kemas kini kata laluan.Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon.Setelah melengkapkan maklumat pendaftaran, klik \u2018Setuju\u2019 dan \u2018Simpan.\u2019Login semula ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.Klik pada klik \u2018Bantuan IPT Dalam Negeri.\u2019Lengkapkan butiran berikut:\u2013 Maklumat pemohon.\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\u2013 Maklumat pengajian.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u2018Hantar.\u2019Klik \u2018Cetak Slip\u2019 sebagai rujukan permohonan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan ibu bapa.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.Salinan surat tawaran IPTSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.Dokumen yuran pendaftaran.Gambar berukuran passport.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-parteniti-cuti-bersalin/", "title": "Akta Cuti Parteniti 7 Hari Dilanjutkan Dari 3 Hari Sebelum Ini", "body": ["\n\n", "\nCuti parteniti 7 hari dilanjutkan dari 3 hari sebelum ini. Manakala tempoh\u00a0cuti bersalin\u00a0kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98. Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada tiga kepada tujuh hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.\nIni sebagai permulaan dan setiap dua tahun kita akan semak balik akta yang ada dan kita akui ada masih ada kelemahan, namun ini manfaat untuk semua kumpulan pekerja terutama B40.\nTimbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.\nTempoh\u00a0cuti bersalin\u00a0kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.\nIni selepas Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat setelah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.\nSyarat-Syarat Cuti Parteniti\nPekerja lelaki yang sudah berkahwinTidak terhad untuk satu isteriTempoh perkhidmatan minima 12 bulan dengan majikan yang samaMemaklumkan dalam tempoh 30 hari kepada majikan sebelum isteri bersalinCuti boleh diambil mulai dari hari isteri bersalin\nTimbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan ini bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi\n\u201cCadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.\n\u201cMelalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,\u201d katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.\nFaedah Penambahan Cuti\nPemberian cuti paterniti amat penting bagi;\n Menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.Suami dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anakMenjaga isteri baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkanMenyelesaikan urusan tertetnu seperti urusan pendafataran anak\nBaca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022\n\n\n\n\nMengenai ketetapan maksimum untuk lima kelahiran bagi pekerja lelaki mendapat cuti paterniti, Awang berkata akta ini akan disemak dari semasa ke semasa.\nBeliau juga memaklumkan bahawa cuti paterniti itu diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.\nAkta Kerja atau Akta 265 digubal bagi memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum, berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nSeramai 20 ahli Parlimen terlibat dalam membahaskan pindaan itu meliputi 46 fasal yang merangkumi, antara lain, 28 fasal pindaan, 10 fasal baharu dan enam fasal yang dimansuhkan.\nAntara fasal yang dipinda adalah fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin, fasal 20 dan fasal 21 iaitu pengurangan waktu kerja dan waktu kerja syif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu dan fasal 22 iaitu pengasingan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum.\nPeruntukan baharu pula antaranya fasal 13 iaitu larangan pemberhentian wanita hamil, fasal 23 iaitu cuti paterniti lelaki, fasal 27 iaitu aturan kerja fleksibel dan fasal 36 yang mewajibkan majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja.\nBerkaitan pelaksanaan akta kerja, penambahan cuti parteniti dan cuti bersalin ini akan dikemaskini dari semasa kesemasa.\nSumber : https://www.facebook.com/YBAwangHashim\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/nbox-honda/", "title": "NBox Honda Malaysia Review Harga & Spesifikasi", "body": ["\n\n", "\nReview NBox Honda Harga di Malaysia & Spesifikasi kereta kompak kei car keluaran Jepun.\nSekilas pandang NBox Honda ini seakan-akan kereta kompak keicar keluaran Perodua Kenari tetapi dengan keluasan yang lebih besar\nNBox Honda merupakan model kereta yang paling laris dan di gemari bagi warga jepun sehingga pernah mencatatkan jualan tertinggi model kereta tersebut untuk pasaran negara matahari terbit tersebut selama 4 tahun (2017-2020).\nSelain daripada harga yang murah, dan penggunaan minyak yang sangat-sangat menjimatkan jimat bahan api dinilai pada 27 km/liter dan 23 km/liter masing-masing.\nRekabentuk yang menarik berbentuk kotak yang direka bentuk bagi pelbagai kegunaan harian, percutian hujung minggu bersama keluarga mahupun digunakan untuk menjalankan pernigaan.\nNBox Honda Malaysia\nKredit Photo : Mohamad Zaki\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman peminat-peminat kereta kompak kei car NBox Honda ini tidak terdapat untuk pasaran Malaysia. Kebanyakan peminat kereta model ini perlu mengimport daripada Jepun.\nMenurut perkongsian daripada tuan Asyraf ketika ditemu bual oleh tuan Nazz Abdullah, antara rakyat Malaysia yang pernah memiliki kenderaan ini ialah selebiriti Wak Doyok dan Tengku Permaisuri Agong.\nSpesifikasi NBox Honda\n\n\nSize engijn : 660cc 3-cylinder naturally aspirated or turbocharged\nPower: 58 hp (NA) or 64 hp (turbo)\nTorque: 60 Nm (NA) or 104 Nm (turbo)\nTransmission: CVT\nDrivetrain: Front-wheel drive or four-wheel drive\nDimensi 3,395 mm x 1,475 mm x 1,945 mm\nWeight: 950 kg\nKapasiti tangki minyak penuh : 27 litres\nTop speed: 134 km/h (turbo)\n\nBaca juga : Proton X90 (2023) Malaysia \u2013 Harga, Varian, & Spesifikasi\nVarian\nNBox Honda hadir dengan 3 varian iaitu ;\n\n\n\n\n\nN-Box Ex\nN-Box custom EX Turbo\nN-Box Edisi Khas STYLE + Black\n\nSetiap varian ini mempunyai sedikit sebanyak perbezaan daripada segi enjin, reka bentuk dan termasuk eksesori dalamanan.\nApa yang lebih menarik kereta ini mengunakan pintu sliding yang mempunyai power door di bahagian kiri dan kanan.\nPilihan Warna NBox Honda\nN-Box Ex\n\nMutiara Putih Cahaya Matahari Premium\u26053\nMutiara Putih Platinum 2\nLuna perak metalik\nmutiara hitam kristal\nPremium Agat Brown Pearl\u26052\nmutiara hijau british\nTaffeta White \u2162\n\nN-Box custom EX Turbo\n\nmutiara putih cahaya matahari premium 3\nMutiara Putih Platinum 2\nMetalik Kelabu Meteoroid 2\nmutiara hitam kristal\nMidnight Blue Beam Metallic 2\nPremium Velvet Purple Pearl\u26052\n\nN-Box Edisi Khas STYLE + Black\n\nMutiara Putih Platinum 2\nMetalik Kelabu Meteoroid 2\nmutiara hitam kristal\n\nHarga NBox Honda Malaysia\nSeperti yang anda sedia maklum, Honda N-Box pada tidak tersedia untuk dijual di Malaysia. Harga Honda N-Box terpakai atau recon di Malaysia pastinya lebih mahal daripada pasaran Jepun dan ianya bermula dari sekitar RM100,000 +++\nReview\nUntuk melihat review kereta NBox Honda ini dengan lebih dekat, anda boleh tonton video di bawah yang di bawahkan oleh youtuber Nazz Abdullah\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lebih lanjut mengenai N-Box Honda, anda juga boleh layari website rasmi Honda Japan https://www.honda.co.jp\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-kasih-johor-mykasih-rm200/", "title": "Bantuan Kasih Johor : Cara Menebus Bantuan Baucer Mykasih Rm200", "body": ["\n\n", "\nBantuan Kasih Johor : Cara Menebus Bantuan Baucer Mykasih Rm200 ~ Kepada rakyat Johor, anda kini boleh menebus baucer MyKasih yang bernilai sebanyak RM200 untuk pembelian di kedai yang berdaftar di bawah program ini.\u00a0\nKerajaan Negeri Johor telah melancarkan program bantuan yang dikenali sebagai Kasih Johor di bawah MyKasih Foundation bermula pada bulan Disember 2021 ini.\nBantuan Kasih Johor, Bantuan Baucer MyKasih RM200\n\nBantuan Kasih Johor adalah merupakan salah satu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato\u2019 Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan Jun 2021.\nMelalui program ini, rakyat Johor yang berkelayakan akan menerima menerima baucer MyKasih bernilai RM200.\u00a0 Baucer ini boleh digunakan dimana-mana kedai yang berdaftar dibawah MyKasih.\u00a0\nAkaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan.\u00a0\nSehubungan dengan itu, pasaraya yang terlibat ialah pasaraya yang mempunyai sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.\nInisiatif baucer barangan keperluan RM200 ini diberikan kepada isi rumah B40 bagi meringankan kos sara hidup terutama bagi pemohon yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.\nSyarat Kelayakan Penerima\nPenerima terdiri daripada keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah).\u00a0\nData-data ini telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima bantuan baucer Kasih Johor ini.\u00a0\nJadi, anda tidak perlu melakukan apa-apa permohonan. Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor, atau anda boleh menyemak status layak atau tidak dengan mengikuti langkah-langkah dibawah.\u00a0\n\n\n\n\n\nSemak Status Layak Atau Tidak\nPenerima yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.\nNamun, sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS, sila buat semakan di laman web MyKasih melalui pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/\nTempoh Sah Laku Baucer MyKasih\nBantuan baucer ini boleh ditebus sehingga 31 Disember 2021.\nSekiranya terdapat dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut, dana itu akan dibawa ke bulan berikutnya.\nWalau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.\nAturcara Pembelian Bantuan Makanan MyKasih\nAnda boleh rujuk aturcara pembelian makanan seperti yang tertera pada jadual di bawah:\n\nPasaraya Yang Terlibat\nSemak senarai kedai / pasar raya yang terlibat melalui carian di pautan berikut: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx\nAtau, layari: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx (Lokasi kedai / pasar raya yang terlibat).\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MyKasih melalui\u00a0 pautan yang diberikan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-mrsm-2023/", "title": "Semakan MRSM 2023 /2024 Kemasukan Tingkatan 1 & 4", "body": ["\n\n", "\nMaktab Rendah Sains Mara mengumumkan semakan MRSM 2023/2024 Kemasukan tingkatan 1 & tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Mac 2023 jam 08:00 malam\nPemohon atau ibu bapa mesti membuat pengesahan terima atau menolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran itu dianggap batal dan tidak sah sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaannya dalam had masa. \n\nCara Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2023/2024\n\nSemakan online boleh di buat bermula 7 Mac 2023 bermula 08:00 menerusi pautan berikut :\n\nLayari portal rasmi Mara di pautan berikut: www.mara.gov.my\u00a0\nAtau terus ke pautan UKKM MARA seperti di bawah:\u00a0\n\n\nSemakan MRSM tingakatan 1 https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1\nSemakan MRSM tingkatan 4 https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4\n\n\nKemudian, log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.\nKeputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.\nPemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.\n\nNOTA: Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.\nSelain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.\u00a0\nSemakan MRSM 2023 & Tindakan Perlu Dibuat Untuk Menerima Tawaran Kemasukan MRSM\n1. Pelajar atau ibubapa perlu membuat pengesahahn segera menerima tawaran tersebut dalam tempoh 7 hari selepas tarikh menerima tawaran.\n2. Bagi yang layak, anda dikehendakai untuk Muat turun dan cetak semua dokumen berikut ;\n\n Surat Tawaran, \nPanduan Pendaftaran MRSM, \nSenarai Semak dan Lampiran A, \nBorang Deklarasi Covid-19, \nBorang Maklumat Pelajar dan \nBorang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.\n\n3. Seterusnya, anda dikehendaki untuk melengkapkan dokumen-dokumen pendaftaran mengikut Senarai Semak & Lampiran A yang perlu dibawa ketika Hari Pendaftaran.\n4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.\nKemasukan MRSM 2023/2024\nKebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mempunyai peluang untuk meneruskan persekolahan di MRSM berbekalkan keputusan cemerlang.\u00a0\nPara pelajar yang telah membuat permohonan ke MRSM tingkatan 1 dan 4 sesi 2023/2024 boleh membuat semakan keputusan UKKM/tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4\u00a0 secara berperingkat.\n\n\n\n\nAntara kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut:\n\nLulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab\nMerit Status Sosio Ekonomi (SES) Keluarga\n\nNOTA:\u00a0\nMerit Status Sosio Ekonomi (SES) Keluarga adalah dasar 60 peratus pengambilan pelajar dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40. Keutamaan diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar.\u00a0\nBagi memastikan pelajar B40 ini dapat meneruskan pengajian di MRSM, Mara akan meneruskan program BUDI MARA.\nBUDI MARA; Pelajar terpilih akan diberi bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya.\nRayuan Kemasukan MRSM 2023/2024\nBagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada 7 hingga 14 Mac ini. secara dalam talian.\nPelajar yang ingin buat permohonan rayuan MRSM hanya perlu buat sekali sahaja.\nMaklumat Lanjut & Pertayaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan semakan kemasukan MRSM 2023/2024 dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi MARA di saluran berikut:\n\nPortal rasmi MARA : www.mara.gov.my\nTelefon : 03-2613 2000\nFacebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh semakan kemasukan MRSM 2023 untuk tingkatan 1 dan 4? Tarikh semakan boleh dibuat bermula 7 Mac 2023 jam 8:00 malam Bagaimana cara untuk membuat semakan? Semakan secara online boleh dibuat seperti berikut https://fuh.my/semakan-mrsm-2023 \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-sekolah-khusus-pksk/", "title": "Permohonan Sekolah Khusus 2023 Tingkatan 1 & 4 (PKSK)", "body": ["\n\n", "\nTerkini permohonan Sekolah Khusus 2023 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (PKSK) telah dibuka. Cara permohonan. Semakan status, syarat kemasukan dan lain-lain info seperti maklumat di bawah.\nPermohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023 / 2024 dibuka mulai\u00a030 September hingga 30 November 2022.\nMaksud Sekolah Khusus\nSusulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke\nSekolah Berasrama Penuh (SBP),Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) danMaktab Tentera Diraja (MTD).\nMesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:\nSatu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry pointb) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus\n\nSemua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.\nAPDM\u00a0ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.\nApakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?\n\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah\u00a0single entry point.\nSingle entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nCara Permohonan Sekolah Khusus 2023 (PKSK)\n\n\nPermohonan perlu di buat pada ;\nTarikh permohonan:\u00a030 September 2022Tarikh tutup permohonan:\u00a030 November 2022\n\nAmbil tindakan berikut. Kemaskini maklumat APDM dengan menghubungi pihak sekolah. Dapatkan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada pihak sekolah\nPemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran ataupengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan ketika mengisi permohonan secara online.\nPermohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 2023\nPermohonan online boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\n\nSyarat Permohonan\nWarganegara MalaysiaMendaftar dalam sistem APDM KPMMurid Tahun 6 Tahun 2022Berumur 12 tahun atauLahir pada 2 Januari 2010 \u2013 1 Januari 2011\n\nPermohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4 2023\nPermohonan online tingkatan empat melalui pautan\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\n\nSyarat Permohonan\nWarganegara MalaysiaMendaftar dalam sistem APDM KPMMurid Tingkatan 3 2022Berumur 15 tahun atauLahir pada 2 Januari 2007 \u2013 1 Januari 2008\n\nPentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus\n\nSelepas permohonan telah dibuat, pelajar akan menjalani penilaian melalui kaedah pentaksiran di pusat PKSK yang akan dimaklumkan kelak.\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Perkara\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bahagian A\u00a0\u00a0\u00a0Kecerdasan Insaniah\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bahagian B\u00a0\u00a0\u00a0Kecerdasan Intelek\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bahagian C\u00a0\u00a0\u00a0Artikulasi Esei\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Online\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Online\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Bertulis\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Tempoh pentaksiran\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a090 Minit\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a090 Minit\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Tingkatan 1 ;45 minit \u00a0\u00a0\u00a0(minimum 100patah perkataan)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n Tempoh pentaksiran \n 90 Minit \n 90 Minit \n\u00a0\u00a0\u00a0Tingkatan 4 :45 minit \u00a0\u00a0\u00a0(minimum 250 patah perkataan)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nJenis pentaksiran\n\u00a0\u00a0\u00a0EQ, SQ, SSQ\u00a0\u00a0\u00a0\n IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah \n\u00a0\u00a0\u00a0Tajuk ditetapkan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Bilangan item\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a030\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a070\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a03 (Pilih 1)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Wajaran skor\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a020%\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a070%\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a010%\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nUntuk rujukan anda juga boleh baca contoh soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus\nJadual Sesi Pentaksiran 2023\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Sesi\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pendaftaran Calon\u00a0\u00a0\u00a0\n Bahaigan C : Artikulasi Penulisan Esei \n Bahagian ptg A & B : Soalan Pelbagai Jawapan \n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Sesi 1\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a07:30 -8:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a08:15 -9:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a09:15 \u2013 10:45\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Sesi 2\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a09:30 -10:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a010:15 \u2013 11:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a011:15 \u2013 12:45\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Sesi 3\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a013:30 -14:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a014:15 -15:00\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a015:15 -16:45\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nPersediaan Pemohon Semasa Pentaksiran\n\nMematuhi PKSK, Tarikh , Masa & Sesi PKSKBerpakaian sekolah seragam lengkap sepanjang PKSKPermohon juga perlu membawa ;MyKid Slip / MyKadSlip Menduduki PKSKAlat TulisSihatTidak BergejalaMemakai Pelitup MukaMengamalkan Penjarakan Fizikal\n\nSemakan Pusat Pentaksiran\nSemakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat pada tarikh yang bakal diumumkan nanti iaitu;\nTarikh Semakan Pusat PKSK\nTingkatan 1: 15 Disember 2022 \u2013 2 Februari 2023Tingkatan 4: 15 Disember 2022 \u2013 16 Februari 2023\n\nTarikh Mula dan Akhir Ujian PKSK 2023\nTingkatan 1:\nTarikh Mula: 6 Februari 2023Tarikh Tamat: 16 Februari 2023\n\nTingkatan 4:\nTarikh Mula: 25 Januari 2023Tarikh Tamat: 3 Februari 2023\n\nSemakan Keputusan Tawaran ke Sekolah Khusus\nSemakan tawaran kemasukan dijangka akan dikeluarkan sekitar 24 Mac 2023 \u2013 10 April 2023\nCara Semakan Tawaran / Keputusan\nPautan semakan adalah seperti berikut:\nTingkatan 1 :\u00a0https://spskt1.moe.gov.my/Tingkatan 4 :\u00a0https://spskt4.moe.gov.my/\n\nTarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2023\n\nPendaftaran dijangka pada bulan April 2023Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang\u00a0http://www.rmc-education.edu.my\n\n\n\nTarikh Rayuan Sekolah Khusus\nBagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Anda boleh rujuk permohonan rayuan ke sekolah khusus\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://www.moe.gov.my/ atau hubungi nombor berikut :\nBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH\nTel : 03-83217400Fax : 0383217401 / 0383217403\n\nBAHAIGAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL\nTel : 03-88845154Fax : 03-888845047\nBAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM\n\n\n\n\nTel : 0383217200Fax : 0383217337\n\nMAKTAB TENTERA DIRAJA\nUnit Pengambilan dan Promosi\nJabatan Pendidikan Tentera\nTel : 03 -89465562 / 5565\n\nSoalan Lazim F.A.Q\n\nApakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah\u00a0 Khusus (PKSK)?\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi\u00a0 kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi\u00a0 tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.\nApakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?\nSekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).\nApa yang dimaksudkan dengan single entry point ?\nSingle entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan\u00a0 platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus\u00a0 menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nBagaimanakah untuk saya mengetahui\u00a0 saya layak memohon\u00a0 dan\u00a0 menduduki PKSK?\nSemua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid\u00a0 (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan\u00a0 menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid\u00a0 secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.\nAdakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)\u00a0 atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)\nPKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau\u00a0 Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai\u00a0 penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan\u00a0 kepada prestasi akademik semata-mata.\nApakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?\nPKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:\u00a0\u00a0\nBahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) \u2013 20%\u00a0\u00a0Bahagian B\u00a0 : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan\u00a0Penyelesaian Masalah) -70%\u00a0\u00a0Bahagian C : Artikulasi Penulisan \u2013 10%\n\nBagaimanakah PKSK dilaksanakan?\nPKSK akan\u00a0 dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei\u00a0 sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan\u00a0 tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit. Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian\u00a0 dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat\u00a0 dan masa yang telah ditetapkan.\nBagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?\u00a0\u00a0\nPemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta\u00a0 nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.\nApakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?\nPenjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem\u00a0 Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).\nApakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?\u00a0\u00a0\nPemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan\u00a0\nhttps://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1dan\u00a0 https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4\n\nSekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?\u00a0\u00a0\nPemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat\u00a0 diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.\nSelain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah\u00a0 pemohon juga boleh membuat permohonan secara offline (secara\u00a0 manual)?\u00a0\n\u00a0Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).\nAdakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi\u00a0 tidak menduduki\u00a0 PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?\u00a0\u00a0\nMurid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi\u00a0 tidak\u00a0 menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana\u00a0 mana Sekolah Khusus.\nAdakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?\u00a0\nTidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang telah ditetapkan sahaja.\nBilakah keputusan PKSK akan diumumkan?\nKeputusan PKSK tidak akan diumumkan.\nBenarkah seorang calon hanya ditawarkan satu tempat sahaja di mana mana sekolah khusus?\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Benar, hanya satu tempat sahaja akan ditawarkan bagi setiap calon.\nBolehkah PKSK dilaksanakan di rumah masing-masing?\u00a0\u00a0\u00a0\nTidak boleh. PKSK hanya boleh dilaksanakan di pusat-pusat PKSK yang telah\u00a0 ditetapkan.\nBolehkah calon menukar pusat PKSK sekiranya pusat yang ditetapkan itu\u00a0 terletak jauh dari rumah? \nCalon tidak dibenarkan untuk menukar Pusat PKSK kerana pusat yang ditetapkan untuk menduduki PKSK adalah berdasarkan pilihan calon.\u00a0\nAdakah calon\u00a0 dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?\u00a0\u00a0\u00a0\nTidak, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan tersebut.\nJika saya bergejala Covid-19 bolehkah saya menduduki PKSK?\u00a0\nCalon yang bergejala tidak boleh menduduki PKSK selaras dengan arahan KKM.\nJarak rumah saya dengan pusat PKSK terlalu jauh, apa yang perlu saya lakukan?\u00a0\nAnda perlu berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/harga-emas-hari-ini/", "title": "Harga Emas Hari Ini 999, 916 Per Gram Malaysia 2023", "body": ["\n\n", "\nHarga emas hari ini Malaysia, 1 Jun 2023, ialah AS$1,962.90 setiap auns. Ini adalah peningkatan sebanyak 0.86% daripada harga hari sebelumnya sebanyak AS$1,945.22 setiap auns. Harga emas berada dalam aliran menaik dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk perang yang berterusan di Ukraine, inflasi yang meningkat, dan rancangan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah.\nHarga emas Malaysia ini termasuklah harga emas di terengganu dan juga kelantan bagi emas 916 , 919 per gram.\nBerikut adalah beberapa faktor yang boleh mempengaruhi harga emas:\n\nFaktor ekonomi: Harga emas sering dilihat sebagai aset selamat, dan ia boleh meningkat apabila pelabur bimbang tentang ekonomi.\nInflasi: Emas juga dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi, dan ia boleh meningkat apabila inflasi tinggi.\nKadar faedah: Apabila kadar faedah meningkat, kos peluang memegang emas meningkat, yang boleh menyebabkan penurunan harga emas.\nFaktor politik: Peristiwa geopolitik juga boleh menjejaskan harga emas, kerana pelabur mungkin mencari emas sebagai aset selamat semasa masa ketidaktentuan.\n\nHarga emas juga akan sentiasa berubah-ubah, dan mungkin sukar untuk meramalkan bagaimana ia akan bergerak pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, faktor-faktor yang disenaraikan di atas boleh memberi anda sedikit gambaran tentang faktor-faktor yang boleh mempengaruhi harga emas.\nHarga Emas Hari Ini Malaysia (2023)\nBerikut adalah harga emas di Malaysia hari ini, 31 Mei 2023, untuk semua jenis emas gold bar 999 dan emas 916 per gram\nJenis EmasHarga Emas per Gram (MYR)999 (24k)335.00916 (22k)320.00Harga Emas 999, 916 per Gram di Ms Gold Bullion\nJenis EmasHarga Emas per Gram (MYR)999 (24k)329.30916 (22k)301.86Harga Emas 999, 916 per Gram di Ar -Rahnu X\u2019Change\nJenis EmasHarga Emas per Gram (MYR)999 (24k)335.00916 (22k)249.00Harga Emas 999.9, 999 per Gram di Public Gold\nAnda juga boleh membuat rujukan harga emas hari ini melalui \n\nMS Gold Bullion https://msgold.com.my/index.php#gold\nPublic Gold Malaysia https://publicgold.com.my/\nAr Rahnu X\u2019Change https://arrahnuxchange.com.my/web/\n\nCarta Harga Emas Hari Ini\n\nGraf Harga Emas 30 Hari\n\n\n\n\n\nGraf Carta Harga Emas 6 Bulan\nGraf Harga Emas 1 Tahun\n\nGraf Harga Emas 5 Tahun\n\nPerhatian : Harga emas yang ditunjukan di atas merupakan harga spot gold iaitu harga mentah untuk rujukan sahaja. Sekiranya anda berniat untuk membeli atau pajak emas, harga mungkin sedikit berbeza dari setiap penjual. Ianya juga berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti kualiti emas seperti emas 999 \u2013 24 karat, 916 \u2013 22 karat, reputasi kedai, kos upah dan lain-lain caj.\nMelalui carta graf harga emas di atas, boleh dikatakan harga emas akan sentiasa naik pada setiap tahun, dan kenaikanya sangat ketara bila dibandingkan dengan harga emas 5 tahun yang lalu. Manakala harga emas hanya akan membuat sedikit penurunan, yang mana turun naik harga emas ini adalah bersifat global yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang telah di nyatakan di atas\nSumber : https://goldprice.org/spot-gold.html\nBaca juga : Harga Minyak Terkini Malaysia RON 97,RON 95,Diesel\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-insentif-integrasi-tanaman-dengan-sawit-ita-mpob-2022/", "title": "Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) MPOB 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.\n\u00a0\nLembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekbun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui tanaman kontan melalui insentif integrase tanaman dengan sawit (ITa) ini.\n\u00a0\n\u00a0\nApa Itu Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)\n\nInsentif ini merupakan salah satu usaha yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membolehkan peserta mencapai objektif pemberian insentif ini iaitu ;\n\nMempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit melalui penanaman tanaman kontan\nMengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan\nMeningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara\n\nBaca juga : Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan\nSkop & Nilai Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)\nPermohonan yang menerima insentif ini akan menerima bantuan berbentuk ;\n\nTanaman Nenas \u2013 RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman\nTanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik \u2013 RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman\n\n\u00a0\nSyarat Permohonan\n\u00a0\n\n\n\n\n\nWarganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan\nPekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeri\nMenunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsah\nMempunyai lesen MPOB yang sah\numur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut sistem segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman)\nBelum melaksanakan kerja-kerja menanam tanaman kontan semasa permohonan di buat\n\n\u00a0\nBaca juga : Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022\nBorang Permohonan\nBorang permohonan insentif integrasi tanaman dengan sawit (ITa) boleh didapati di Pejabat Tunas MPOB di seluruh Malaysia\n\u00a0\nCara Permohonan\n\u00a0\n\nDapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Tunas MPOB di seluruh Malaysia boleh rujuk di sini lokasi Pejabat Tunas MPOB\nIsi borang permohonan dan dokumen sokongan seperti dinyatakan di bawah dan emelkan kepada [email\u00a0protected]\nAtau anda juga boleh poskan borang permohonan beserta dokumen sokongan anda ke alamat MPOB ;\n\n\nLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,\n43000 Kajang, Selangor.\n(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)\n\n\u00a0\nDokumen Sokongan\nSenarai dokumen yang di perlukan untuk permohonan ITa ;\n\nBorang permohonan yang lengkap diisi\nSalinan kad pengenalan\nSalinan dokumen pemilikan tanah\nSalinan lesen MPOB\nSurat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon\nDokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit MPOB 2022, anda boleh layari facebook MPOB https://www.facebook.com/malaysianpalmoilboard atau hubungi ;\n\nPn. Noraini Abdullah \u2013 03-8769 3935 ([email\u00a0protected])\nPn. Nor Syamira Hasri \u2013 03-8769 3933 ([email\u00a0protected])\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/nuzul-al-quran-2023/", "title": "Nuzul Quran 2023 & Cuti Umum Bagi Negeri Di Malaysia", "body": ["\n\n", "\nTarikh Nuzul Quran 2023 jatuh pada 8 April 2023M bersamaan 17 Ramadan 1444H. Antara negeri yang cuti umum sempena Nuzul Quran 2023 termasuk negeri Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya,Kelantan, Terengganu, Pahang,Perak,Perlis, Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan dan Labuan\nBagi umat islam, peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa besar yang bersejarah yang sangat penting hingga ke akhir zaman untuk diingati. Kerana pada peristiwa ini Allah S.W.T telah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Baginda Rasulullah S.A.W menerusi perantaraan malaikat Jibril. \nIanya berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira\n\nPengertian Nuzul Al-Quran\n\nDaripada segi bahasa, perkataan \u2018Nuzul\u2019 itu bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya \u2018nazala\u2019 (\u0646\u0632\u0644) membawa maksud \u2018dia telah turun\u2019 atau \u2018dia menjadi tetamu\u2019. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.\n\u00a0Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0645\u064e\u0627\u0621\u064b\nMaksudnya:\u00a0\u201cDia yang telah menurunkan hujan.\u201d\n(Surah al-Baqarah:22)\n\u0646\u064e\u0632\u064e\u0651\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651\nMaksudnya:\u00a0\u201cDialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.\u201d\n(Surah Ali-Imran:3)\nRujukan Mufti Wilayah Persekutuan\nTujuan Al-Quran diturunkan\n\u00a0Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:\n\u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064c \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064c \u0644\u0650\u064a\u064e\u062f\u064e\u0651\u0628\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u064e\u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064e \u0623\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0628\u0650\nMaksudnya:\u00a0\u201c(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.\u201d\n(Surah As-Sad: 29)\nSyeikh Sya\u2019rawi Rahimuhullah ketika mentafsirkan ayat di atas menghuraikan makna kalimah \u2018Mubarak\u2019 iaitu benda yang sedikit tetapi manfaat dan kebaikannya jauh melebihi apa yang digambarkan. Seumpama orang yang bergaji sedikit tetapi kehidupan keluarganya mencukupi. Segala perbelanjaannya dihalakan kepada perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Seakan hidup sebagai orang yang kaya.\nPersoalannya bagaimanakah Allah SWT memberkati rezeki yang sedikit? Pertamanya Allah memberikan rasa\u00a0qana\u2019ah\u00a0(mencukupi) kepada tuannya. Kedua, rezeki yang sedikit itu dibelanjakan kepada perkara yang memberi faedah sahaja. Ramai yang menyangka bahawa rezeki hanya harta. Perlu diingat rezeki juga ialah tidak membelanjakan kepada perkara yang dilarang.\nMaksud\u00a0al-Quran Mubarak\u00a0ialah ayat-ayatnya punyai keberkatan dari sudut hukum zahir di mana ia mentarbiyahkan jiwa untuk hidup dengan istiqamah. Hakikatnya istiqamah tidak memberi beban walaupun sedikit dan yang membebankan manusia ialah penyelewengan. Kerana itu sabda Rasulullah SAW:\u00a0\u201cSesungguhnya orang mukmin makan dengan perut yang satu dan orang kafir makan dengan tujuh perut.\u201d\n\n\n\n\nAyat Al-Quran Yang Pertama Di Turunkan Kepada Nabi Muhammad S.A.W\nAyat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril yang berlaku pada peristiwa Nuzul Quran ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.\n\nFirman Allah \u0633\u0628\u062d\u0627\u0646\u0647 \u0648\u062a\u0639\u0627\u0644\u0649:\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\u0671\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u0652 \u0628\u0650\u0671\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \ufd3f\u0661\ufd3e \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0671\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0633\u064e\u0640\u0670\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0642\u064d \ufd3f\u0662\ufd3e \u0671\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u0652 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0671\u0644\u0652\u0623\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0645\u064f \ufd3f\u0663\ufd3e \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0628\u0650\u0671\u0644\u0652\u0642\u064e\u0644\u064e\u0645\u0650 \ufd3f\u0664\ufd3e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0671\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0633\u064e\u0640\u0670\u0646\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u0652 \ufd3f\u0665\n\u201cBacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, \u2013 (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, \u2013 (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).\u201d [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].\n\nAmalan Ketika Nuzul Quran\nTiada amalan khusus ketika nuzul al-quran. Namun adalah di galakan untuk memperbanyakkan dan mengandakan amalan-amalan sunnah yang biasa dilakukan kerana hadirnya Nuzul Al-Quran juga bermakna umat Islam kini dalam pusingan akhir Ramadan bagi memburu\u00a0Lailatul Qadar. Antaranya ;\nMembaca Al Quran\nMembaca al-Quran pada bulan Ramadan tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana hukum membaca al-Quran bukan wajib, tetapi sunat. Namun, apabila dibaca pada bukan Ramadan, ganjarannya ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain.\n\nI\u2019tikaf \nHukum beriktikaf adalah\u00a0sunnah mu\u2019akkadah\u00a0(yang sangat dituntut). Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ia lebih dituntut. Dengan tujuan untuk mengikut petunjuk Nabi S.A.W dan mencari\u00a0Lailatul Qadr. Rujuk\u00a0Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/389)\nCeramah Nuzul Quran \nKebiasanya masjid-masjid dan surau-surau mengambil peluang ini untuk mengadakan ceramah sempena nuzul quran 2023. Majlis-majlis ilmu juga merupakan satu majlis yang sangat dituntut oleh agama. \nBaca juga : Panduan Qiamullail Ringkas (JAKIM)\nSenarai Negeri Yang Cuti Umum Nuzul Quran 2023\nBagi umat islam di Malaysia, terdapat negeri yang mengistiharkan hari nuzul quran sebagai cuti umum. Antara negeri-negeri yang mengistiharkan cuti umum sempena nuzul quran ialah ;\n\nSelangor\nKuala Lumpur\nPutrajaya\nKelantan\nTerengganu \nPahang\nPerak\nPerlis \nPulau Pinang \nWilayah Persekutuan \nLabuan\n\nBaginda Nabi Muhammad SAW apabila masuk bulan Ramadan, Baginda memperbanyakkan membaca al-Quran bahkan khatam dalam bulan Ramadan.\nSempena sambutan Nuzul Quran 2023 ini marilah kita mengambil ibrah dan pedoman untuk memperbanyakkan bacaan al-quran dan memperbaiki bacaan al-quran dibulan ramadan yang mulia ini, moga-moga ianya dapat meningkatkan amal dan keimanan kita kepada Allah S.W.T\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jawatan-kosong-prasarana/", "title": "Jawatan Kosong Prasarana 2022 Bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda", "body": ["\n\n", "\n\u00a0Cara Mohon Jawatan Kosong Prasarana 2022 bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda ~ Artikel ini akan berkongsikan kaedah memohon jawatan kosong bagi syarikat Prasarana iaitu syarikat pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.\nJawatan Kosong Prasarana 2022\nAntara jawatan kosong yang ditawarkan di Prasarana ialah :\nAssociateStation Officer (Pegawai Stesen)Technician (Juruteknik)\nBaca Juga : TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022\nSyarat Kelayakan Jawatan\nCalon yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nMinima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan CGPA 2.5 dan ke atasMampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa InggerisMempunyai sikap yang baik dan semangat kerja untuk mencapai matlamat\nCalon dengan kelulusan berikut digalakan untuk memohon :\nEngineering (Mechanical/ Electrical / Automotive / Information Techonology / Civil Engineering or Architecture)\nBusiness (Business Studies / Business Admin / Law / Internal Audit / Transportation / Logistics)\nSafety, Health & Environment\nStation Officer (Pegawai Stesen)\nCalon yang berminat untuk memohon jawatan Station perlulah menepati kriteria seperti berikut :\nMinima kelulusan Diploma dalam pelbagai bidangBerumur 21 hingga 35 tahunMempunyai kemahiran interpersonal yang baikMempunyai sikat yang mesra dan menarikBerkemahiran yang baik dalam perkhidmatan pelanggan\n\nTechnician (Juruteknik)\nMinima kelayakan Diploma dalam Engineering of Mechanical / Mechatronic / Civil / Electronic / Electrical / Power (sijil pengiktirafan AO / A1 / A4 adalah satu kelebihan) atau ;\nDiploma Vokasional dalam bidang berkaitanBiasa dengan peraturan kejuruteraan am (general engineering regulation) dan prosedur keselamatan (safety procedure)Biasa dengan amalan standard keselamatan Electrical Act & DOSHBerpengalaman dalam menguji dan penyelenggaraan barangan elektrik dan jentera\n\nBIDANG TUGAS\nBidang tugas bagi setiap jawatan adalah seperti berikut :\nAssociate\n\n\n\n\nMelaksanakan pelbagai tugas dan tugasan seperti sediakan laporan, menjejaki dokumen penting, mengendalikan pelbagai tugas pejabat dan banyak lagi.\n\nStation Officer (Pegawai Stesen)\nMenyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada penumpang dan kakitangan berkaitan kemudahan stesen, keselamatan, kebersihan, tindak balas kecemasan dan bantuan serta sebarang tugas lain yang berkaitan.\nTechnician (Juruteknik)\nMelaksanakan pelbagai tugas penyelenggaraan dan bertanggungjawab untuk pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan bergantung keperluan semasa.\nCara Mohon Jawatan Kosong Prasarana\nPemohon yang berminat dan berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nMOHON JAWATAN KOSONG PRASARANA\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pengambilan jawatan kosong di Prasarana, sila hubungi Shaifful Fizal di talian 03 2299 1999 atau Muhammad Nabil Faiq di talian 03 2299 1999.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-universiti-islamabad-comstats-cui-2022/", "title": "Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS (CUI) 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran Permohonan Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS 2022 telah dibuka. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islamabad untuk membuat permohonan.\nTawaran biasiswa daripada University Islamabad COMSATS untuk warganegara daripada negara ahli Pertubuhan Negara-Negara D-8 iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. dalam kursus persediaan, sarjana muda, sarjana, kedoktoran, perubatan am/program residen.\nBorang permohonan, cara mohon dan syarat kelayakan seperti di bawah.\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa Universititi Islamabad COMSTATS (CUI)\n\nTawaran biasiswa ini terbuka untuk warganegara daripada negara ahli Pertubuhan Negara-Negara D-8 iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Bidang pengajian yang layak untuk memohon mestilah dalam kursus persediaan, sarjana muda, sarjana, kedoktoran, perubatan am/program residen.\n\u00a0\nPengenalan Universiti Islamabad COMSTATS\nCOMSATS ialah sebuah organisasi antara kerajaan dengan Sekretariat tetapnya yang berpangkalan di Islamabad, Pakistan.\u00a0Ditubuhkan pada 1994, organisasi yang terdiri daripada 27 Negara Anggota, berusaha untuk menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang Sains dan Teknologi yang paling relevan dengan pembangunan sosio-ekonomi.\nRangkaian 19 Pusat Kecemerlangan di empat benua yang bergabung dengan COMSATS, menyediakan kumpulan sumber manusia dan infrastruktur saintifik yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai program pembinaan kapasiti, penyelidikan koperasi dua hala dan pelbagai hala serta perundingan/advokasi untuk promosi S&T sebagai asas. ramuan rancangan pembangunan negara.\nMisi COMSATS adalah untuk membantu mewujudkan dunia di mana semua negara berdamai antara satu sama lain dan mampu menyediakan kualiti hidup yang baik kepada penduduk mereka dengan cara yang mampan menggunakan sumber S&T moden.\u00a0Untuk butiran Senarai Negara\nCOMSATS Universiti Islamabad (CUI) menawarkan 100 biasiswa untuk penama COMSATS HQ dalam semua Program Sarjana & PhD termasuk mengikuti program utama\n\nSains Komputer\nSains Pengurusan\nKejuruteraan Elektrik\nBiosains\nMatematik\nFizik\nMeteorologi\n\nKemudahan dan Kelebihan Belajar di Islamabad COMSTATS\n\nUtamakan keselamatan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Keselamatan anda adalah kebimbangan kami yang paling penting.\nKelas Biasa\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Kami menyediakan kelas biasa kepada pelajar kami\nGuru Berkelayakan Tinggi\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Kemahiran dalam komunikasi, mendengar, bekerjasama, kebolehsuaian, empati dan kesabaran.\nBilik Darjah Mencukupi\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 74 teater kuliah yang luas, dengan keluasan keseluruhan 49,318.81 kaki persegi. Setiap teater mempunyai kapasiti untuk 100-120 pelajar Semua panggung kuliah didayakan IT, berhawa dingin, berkelengkapan baik dan diselenggara dengan baik.\nMakmal terkini\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a050 makmal Lebih daripada 1,100 komputer Makmal Utama ialah Makmal Elektronik, Mikropemproses, VLSI dan DSP dan Biosains.\nKemudahan sukan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Untuk melegakan tekanan akademik, sukan telah menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di COMSATS Islamabad.\n\nPenginapan\nCUI komited untuk memudahkan pelajar antarabangsa melalui penyediaan penginapan yang selesa, yang merangkumi semua kemudahan asas, dan peluang untuk berinteraksi, tinggal dan belajar dengan pelajar dari latar belakang yang berbeza.\u00a0Penginapan pelajar akan memastikan kehidupan dan persekitaran belajar yang lebih tenang.\nKafeteria\nPerkhidmatan katering ala food-street yang terdiri daripada kedai dan kiosk yang mempunyai pelbagai jenis makanan ringan dan makanan berkualiti\n\n\n\n\nKursus Yang Layak\n\nPersediaan,\nSarjana muda,\nSarjana,\nKedoktoran,\nPerubatan am\nProgram residen\n\nButiran Biasiswa\n\nTiada caj sekali sahaja\nTiada yuran Pendaftaran\nTiada Caj Makmal\nTiada yuran\n\nCara Mohon\nPermohonan biasiswa boleh di buat secara online menerusi http://ww3.comsats.edu.pk/internationalstudents/COMSATS_HQ.aspx\nTarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2022\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai pertanyaan mengenai Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS (CUI) 2022, anda boleh hubungi alamat e-mel di [email\u00a0protected]\nSumber : Kementerian Pengajian Tinggi\u00a0\nSoalan Lazim\n\u00a0\nBagaimana Cara Mohon Biasiswa Univeriti Islambad COMSTATS (CUI) 2022?\nPermohonan biasiswa boleh di buat secara online menerusi http://ww3.comsats.edu.pk/internationalstudents/COMSATS_HQ.aspx\n\u00a0\nBilakah Tarikh Tutup Permohonan?\n15 Julai 2022\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-kiriman-tidak-rasmi/", "title": "Format & Contoh Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi", "body": ["\n\n", "\nSelain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk kegunaan tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi.\nSurat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang dihantar secara peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya.\u00a0\nBagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini adalah merupakan karangan berformat.\nIsi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:\nBertanya khabarMengucapkan tahniah Mengucapkan takziahMemberi jemputan undanganMenyampaikan ucapan atau nasihat\nTips Penulisan\nTerdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh dijadikan panduan iaitu:\nPenulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang kasar.Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.\nPenggunaan Kata Ganti Nama\nKeunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata ganti nama beradat.\nBerikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam penulisan surat ini:\n\n\n\n\nAyah- AyahandaIbu- Ibunda/ bondaDatuk/Nenek- NendaAnak- AnakandaAbang/Kakak- KakandaAdik- AdindaCucu- CucundaRakan Lelaki- SaudaraRakan Perempuan- Saudari\nFormat Penulisan\nTerdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti:\nAlamat Pengirim Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.Tarikh Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya.Pembuka kata Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada perenggan pertama surat.Kata Ganti Nama Penerima Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat.Isi Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.Penutup Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan untuk mengakhiri surat tersebut.Tanda Tangan Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis. \nContoh Surat\nAntara contoh-contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang boleh dijadikan panduan ialah:\ni) Contoh surat 1\n\nii) Contoh surat 2\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai Surat Kiriman Tidak Rasmi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=3D89d7dq-ek.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-penempatan-guru-one-off-dg41-2022/", "title": "Semakan Keputusan Penempatan Guru One Off DG41 2022", "body": ["\n\n", "\nSemakan keputusan penempatan guru one off baharu 2022 boleh diketahui mulai hari ini 15 Julai 2022 jam 03:00 petang.\nCalon-calon yang telah lulus temu duga lantikan tetap sebagai\u00a0Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41,\u00a0anda kini boleh membuat semakan penempatan yang diumumkan oleh KPM bermula hari ini!\nKeputusan penempatan ini melibatkan sebanyak 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS)\nPenempatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.\nSepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.\nSemakan Penempatan Guru One Off 2022\n\nSebagaimana yang dimaklumkan, keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak mulai hari ini menerusi portal e-Graduan KPM di pautan\u00a0https://egraduan.moe.gov.my.\nTarikh Lapor Diri Guru One Off\nSelamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu ini yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.\nKepada guru-guru baharu, tahniah diucapkan.\nKPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.\nSemoga berjaya melaksanakan amanah dan memberikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang semakan dan tindakan yang perlu dilakukan di Portal eGraduan untuk makluman dan tindakan bersama\nApakah eGraduan KPM?\n\ne-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.\nModul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\n\n\n\n\nModul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).\n\nKategori Pengguna\nSasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem.\nPerincian adalah seperti berikut:\nGraduanHanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.Pentadbir SistemHanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.\u00a0\nCara Pendaftaran eGraduan\nLayari Portal eGraduan di pautan\u00a0https://egraduan.moe.gov.my/\nIsi semua maklumat dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.\nPastikan Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.\nKlik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.\nLogin eGraduan KPM\nSetelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.\nSekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.\nPengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.\nSetelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan.\nTerdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini.\nAnda boleh Muat Turun Manual Pengguna di bawah bagi memudahkan navigasi di halaman tersebut.\nTab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan\nCalon juga adalah diingatkan agar memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP pada pautan berikut \u00a0https://www.spp.gov.my/\u00a0 untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).\nLupa Kata Laluan eGraduan KPM\nBagi anda yang terlupa kata luan \n Sila klik\u00a0LUPA KATA LALUAN\u00a0dan lengkapkan maklumat di bawah bagi tujuan mendapatkan Kata Laluan.No. Kad Pengenalan :E-mel yang Digunakan Semasa Mendaftar :Mandatori \u2013 semua medan wajib diisi dengan lengkap.Anda juga boleh klik\u00a0TUKAR KATA LALUAN\u00a0untuk menukar password yang telah didaftarkan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya tuan/puan tidak berjaya untuk membuat Semakan Keputusan Penempatan Guru One Off 2022 melalui modul ini, sila hubungi:\nBahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.\nBaca juga :\nJawatan Kosong Guru Mara 2022 Pelbagai Bidang\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/karangan-berita/", "title": "Format dan Contoh Penulisan Karangan Jenis Berita", "body": ["\n\n", "\nSalah satu jenis karangan yang selalu ditanya di dalam peperiksaan termasuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bahagian C adalah karangan jenis berita.\nUntuk pengetahuan, berita ialah penulisan ditulis dengan bagi tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada para pembaca.\nBagi penulisan berita, adalah penting untuk murid-murid mempunyai fakta atau maklumat untuk peristiwa atau kejadian yang dilaporkan tersebut. \nSelain itu, karangan jenis berita mempunyai format yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh penulis.\nTips Penulisan \nUntuk penulisan karangan jenis berita, terdapat beberapa tips penulisan berita yang boleh dijadikan panduan:\nFahami kehendak soalan secara menyeluruh.Isi berita yang paling penting perlu didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan.Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan padat dan elakkan menggunakan ayat yang panjang.Sebelum menulis karangan tersebut, murid perlu mengetahui 6 persoalan iaitu:i) Apa- Apakah peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau intipati berita atau maklumat utama kepada keseluruhan berita.ii) Bila- Bilakah masa sesuatu peristiwa itu berlaku dan tarikh serta hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.iii) Di mana- Dimanakah tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa tersebut dan perlu ditulis dengan jelas dan penuh.iv) Siapa- Siapakah nama-nama yang terlibat dalam peristiwa tersebut dan nama-nama perlu ditulis dengan lengkap.v) Mengapa- Mengapa sebab-sebab peristiwa itu berlaku perlu ditulis dengan lengkap.vi) Bagaimana- Bagaimana cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa perlu diterangkan.\nFormat Karangan Berita\nFomat penulisan berita yang perlu diikuti oleh para murid adalah seperti berikut: \nTajuk: Tajuk berita perlu diletakkan di tengah kertas karangan bahagian atas.Nama tempat- Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari- Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.\nContoh Karangan Berita\nContoh karangan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSoalan 1:\nPada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan makanan. Tulis berita tentang kejadian itu.\n\nSoalan 2:\nKamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai. Tulis berita tentang kejadian tersebut.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai penulisan karangan jenis berita ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=OIFwfe2s0Oo.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/kasih-asnaf-zero-hunger/", "title": "MAIWP : Kasih Asnaf Zero Hunger \u2013Bantuan \u00a0RM150 Sebulan", "body": ["\n\n", "\nMAIWP melancarkan Kasih Asnaf Zero Hunger iaitu bantuan RM150 sebulan untuk golongan asnaf membeli barangan keperluan asasi melalui aplikasi e-wallet Boost. Cara permohonan, semakan status, cara tebus bantuan\u00a0 Kasih Asnaf Zero Hunger adalah seperti dibawah. Program ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 30,000 penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP.\nRM150 sebulan melalui e-wallet boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan keperluan asasi\nPendaftaran bermula pada 11 April 2022 dan program akan di laksanakan bermula 1 jun 2022 melalui e-wllet boost\nApa itu Kasih Asnaf Zero Hunger\n\nProgram ini adalah bantuan yang diwujudkan untuk membolehkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP membeli barangan asasi mereka menersui aplikasi Boost.\nCara Tebus Bantuan e-Wallet Boost RM150\n\nBermula 11 April 2022, semua penerima bantuan kewangan bulanan maiwp perlu hadir ke pusat zakat maiwp (paza berdekatan anda untuk membuat pengesahan identiti penerima di lokasi-lokasi berikut ;\nPaza Wilayah Persekutuan Putrajaya\nPAZA Wilayah Persekutuan PutrajayaAras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 Putrajaya.\nPaza Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n1. PAZA Cawangan Parlimen BatuNo. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 \u00bd, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur\n2. PAZA Cawangan Bukit BintangTingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur\n3. PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun RazakNo 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR\n\n\n\n\n4. PAZA Cawangan Lembah PantaiNo 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur\n5. PAZA Cawangan Parlimen Wangsa MajuNo 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur\n6. PAZA Cawangan Parlimen SetiawangsaNo 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur\n7. PAZA Cawangan TitiwangsaMini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur\n8. PAZA Cawangan Parlimen SeputehLot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur\n9. PAZA Cawangan Parlimen SegambutC-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur\nKaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan\nKaunter MAIWP Labuan Ujana KewanganBlok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 Labuan.\nKaunter MAIWP akan membantu anda untuk buat semakan dan kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost. Pemilik nombor telefon akaun boost juga perlu hadir bagi pengesahan identiti. Bagi penerima bantuan MAIWP yang telah mempunyai akaun Boost, walaupun anda sebelum ini pernah menerima Kasih Asnaf Back To School, anda juga peru hadir ke kaunter MAIWP untuk semakan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Kasih Asnaf Zero Hunger, sila layari laman web MAIWP di pautan\u00a0https://www.maiwp.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permit-umrah-ramadan-2022-dibuka/", "title": "Permit Umrah Ramadan 2022 Dibuka", "body": ["\n\n", "\nPermohonan permit umrah Ramadan 2022 di buka. Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan dibuka bermula semalam dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.\nKementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.\nBagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.\n\u201cLangkah ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,\u201d katanya.\nKenyataan itu berkata, slot tempahan umrah pada Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan slot sebelum ini.\nUntuk makluman anda, permohonan permit umrah dan haji sebelum ini dibekukan sementera disebabkan peningkatan kes wabak covid.COVID-19 membabitkan varian Omicron.\u00a0\nSebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah mengenakan tempoh menunggu 10 hari antara dua umrah untuk mencegah penularan COVID-19 di tanah suci.\u00a0\nKementerian tersebut sebelum ini mengenakan tempoh 15 hari antara pelaksanaan dua jemaah umrah tetapi membatalkan langkah itu pada Oktober tahun lalu.\u00a0\nBerita Terbaru dari Mekah, Arab Saudi 6.3.2022\nTiada lagi penjarakan Solat di Masjidi Haram dan Masjid NabawiPelitup muka tidak wajib di tempat-tempat terbuka.Kes Covid19 di Arab Saudi semakin menurun.\nBaca juga : Permohonan Permit Bazar Ramadhan MBSA 2022\nCara Permohonan Permit Umrah Ramadan 2022\nPermohonan boleh dibuat menerusi aplikasi\n\n\n\n\nEatmarna Tawakkalna\nSOP Baharu Bagi Umrah\nMesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 bertarikh 8 Februari 2022 telah bersetuju dengan pelaksanaan SOP baharu untuk aktiviti umrah. Antara perkara-perkara penting di bawah SOP baharu ini adalah:\nSyarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai 40 jemaah dan ke atas untuk mengawal/mengelola jemaah sepanjang perjalanan termasuk semasa di lapangan terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia. Manakala bagi kumpulan yang kurang dari 40 jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA. Tatacara pengurusan dan bagaimana untuk memohon kebenaran PIC untuk masuk ke ruang PMA di KLIA akan dimaklumkan kemudian melalui persatuan-persatuan pengendali umrah;Mewajibkan dos penggalak; danMembenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan HQA. Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.\nSOP baharu ini akan dikuatkuasakan bermula pada 14 Februari 2022. Susulan itu, kepada jemaah-jemaah yang melaksanakan perjalanan mengerjakan umrah di dalam tempoh 8 Februari 2022 sehingga 13 Februari 2022 boleh mengguna pakai tatacara SOP sebelum ini. \nPenggunaan SOP baharu akan mula diterima pakai sebaik sahaja jemaah kembali semula ke Malaysia. Ini termasuklah menjalani kuarantin di rumah secara automatik kecuali yang memilih untuk kuarantin di pusat kuarantin swasta\nSumber : https://www.motac.gov.my/media2/siaran/pelaksanaan-sop-baharu-bagi-umrah\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan dan soalan mengenai Permit Umrah Ramadan 2022 dan sop terkini anda boleh hubungi;\nKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya MalaysiaNo. 2, Menara 1, Jalan P5/6Presint 5, 62200 PUTRAJAYA\nTelefon : 03 8000 8000\nEmail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://www.motac.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/derms-2022-permohonan-skim-dermasiswa-koperasi-tentera/", "title": "DERMS 2022: Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera", "body": ["\n\n", "\nDERMS 2022: Cara Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Skim Dermasiswa telah dibuka bermula 24 Januari sehingga 28 Februari 2022.\u00a0\nSkim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS)\nSkim Dermasiswa (DERMS) adalah merupakan sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Skim ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.\nSyarat Kelayakan\nSila baca dengan teliti syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan.\u00a0\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).\n\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, sila muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/3tT5Bh7\u00a0\nAtau, melalui\u00a0 kaunter-kaunter Ibu pejabat, cawangan yang berhampiran. Borang yang di fotostat/emel/faks juga boleh diterima.\n\n\n\n\nNOTA:\nPastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2022).Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.Pastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang.\u00a0Sekiranya bayaran melalui cek \u201cpihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa\u201d.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web KT di www.katmb.com.my.\nAtau, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/e-tunai-belia-rahmah/", "title": "e-Tunai Belia Rahmah: Bantuan Kredit e-Tunai RM 200 Untuk Belia", "body": ["\n\n", "\ne-Tunai Belia Rahmah (Belanjawan 2023) \nDalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM 200.\ne-Tunai Belia Rahmah merupakan salah satu bentuk bantuan yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia.\nBantuan ini menyasarkan kepada 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan sebanyak RM 400 juta.\nInisiatif ini adalah bantuan daripada kerajaan sebagai usaha bagi menggalakkan pembayaran menggunakan e-wallet serta merancakkan lagi kegiatan ekonomi digital di kalangan masyarakat Malaysia.\nKerajaan Malaysia juga dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat yang membangunkan aplikasi e-dompet bagi mewujudkan inisiatif ini. \n\nBantuan yang dikenali sebagai e-Tunai Rahmah ini dikatakan sebagai pengganti kepada inisiatif ePemula yang disalurkan oleh kerajaan sebelum ini.\n\n\n\n\nPada bulan Oktober 2022 lalu, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan dua skop penerima bantuan e-wallet bagi belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.\nApakah pembaharuan yang bakal diperkenalkan bagi bantuan e-tunai kali ini? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nKadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah\nKadar bantuan khas untuk belia ini dinaikkan daripada RM 150 kepada RM 200.\n\nBaca Juga : \u00a0Semakan STR 2023 Kemaskini Bantuan Tunai Rahmah\nSyarat Kelayakan e-Tunai Belia Rahmah\nPenerimaan bagi bantuan ini hanya layak bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut :\n\nTergolong dalam kumpulan belia berumur 18-20 tahun.\nMasih menuntut di Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA).\n\nMaklumat lanjut seperti cara permohonan, tarikh serta kaedah penyaluran akan dikongsikan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/georgetown-festival-2023/", "title": "Georgetown Festival 2023 (GTF) : Tarikh & Senarai Program", "body": ["\n\n", "\nFestival Georgetown 2023 (GTF) Penang Edisi ke- 14 menawarkan lebih 50 program dan aktiviti yang menarik yang akan melibatkan 20 lokasi di sekitar Georgetown Pulau Pinang. Acara seni dan kebudayaan terbesar di Pulau Pinang ini akan berlangsung selama 16 hari bermula pada 15 Julai sehingga 30 Julai 2023. Ianya akan diserikan oleh peresmbahan dan pertunjukan daripada seniman antarabangsa serta produksi-produksi yang mewakili pelbagai cabang seni daripada seni tradisional, kontemporari, eksperimental dan kepelbagaian latar belakang disiplin.\nPada tahun 2022, festival ini berjaya membawa 100,000 orang pengunjung yang hadir. Bagi tahun 2023 ini, penganjur menyasarkan peningkatan penunjung sebanyak 150,000 orang yang akan hadir ke Georgetown Festival 2023.\nApa yang menariknya 70 peratus program yang dianjurkan daripadanya adalah percuma.\nGeorgetown Festival 2023\n\nGeorgetown Festival 2023, merupakan edisi ke-14 sejak Georgetown Festival mula di perkenalkan pada 2010 yang memperingati inskripsi George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008.\n\nLebih 50 program acara disediakan untuk pengungjung yang datang\nPersembahan antarabangsa luar negara dan dalam negara\nTarikh rasmi festival georgetown 2023 bermula pada 15 Julai \u2013 30 Julai 2023. Walaubagaimanapun terdapat beberapa program yang bermula seawal 1 Julai 2023\n\nGTF kali ke-14 ini akan membawakan karya cemerlang artis Malaysia dan antarabangsa merentasi pelbagai disiplin dengan produksi daripada karya tradisional, kontemporari, eksperimen dan pelbagai disiplin.\nSelain itu juga, sambutan kali ini lebih istimewa dan menarik apabila GTF 2023 akan mengadakan persembahan dan acara yang melibatkan artis dari Malaysia Timur dan Barat serta Taiwan dan Australia.\nBaca juga : Pesta Menuai 2023 Sabah & Cuti Umum Kaamatan\nTarikh & Tentatif Program Georgetown Festival 2023\n\nBagi memudahkan anda yang hendak berkungjung ke Festival Georgetown 2023, berikut senai tentatif jadual dan tarikh program yang di anjurkan ;\nPameran Georgetown Festival 2023\nPenang Heritage Photography Fiesta 2.0: Photography Exhibition\n\n\nLokasi : The Whiteaways Arcade\nTarikh & Masa : 1-16 Julai 2023 | 10am \u2013 10pm\n\nThe Library of Unread Books\n\nLokasi : Blank Canvas\nTarikh & masa : 8 Julai 3 Sept 2023 | 12pm \u2013 9pm\n\nLeaving Traces\n\nLokasi : Hin Bus Depot \nTarikh : 15-30 Julai 2023\nMasa : Weekdays: 12pm \u2013 7pm | Weekends: 11am \u2013 7pm\n\nRiso Art Jam: Exhibition\n\nLokasi : The Whiteaways Arcade\nTarikh & Masa : 15-30 Julai 2023 | 11am \u2013 7pm\n\nImmersio: Digital Art Gallery \n\nLokasi The Whiteaways Arcade\nTarikh & Masa 22-30 Julai 2023 | 12pm-9pm\n\nPra-Festival Georgetown 2023\nMacam Macam Berapit \n\nLokasi : Berapit Public Market\nTarikh & Masa : 1 Julai 2023 | 6pm\n\nGeorge Town Discovery Walk\n\nLokasi : Beach Street, George Town\nTarikh & Masa : 7 Julai 2023 | 7am\n\nSounds from the East\n\nLokasi : Design Village Outlet Mall\nTarikh & Masa : 8 Julai 2023 | 7pm\n\nPanggung Semar: Geliga Embun\n\nLokasi : Dewan Budaya, USM \nTarikh & Masa : 8 Julai 2023 | 8.45pm\n\n \n15 Julai 2023 (Sabtu)\n\nBansan: Rasa-Rasa Pasar\n\nLokasi & Masa : Experiential Bansan: Chowrasta Market | 9am \nLokasi & Masa : Open Gameplay: Chowrasta Market | 1pm\n\nGTF Summer School: Music Masterclasses FUNdanMENTAL Singing\n\nLokasi & Masa : Hikayat | 1pm\n\nGTF Summer School: Music Masterclasses Jazz for Classical Pianists and Musicians \n\nLokasi & Masa : Hikayat | 3pm\n\nA Night at Hin\n\nLokasi & Masa : Hin Bus Depot | 5pm\n\nMacallum 360\n\nLokasi & Masa : Taman Kejiranan Macallum | 6pm\n\nThree\u2019s Company: Junji Delfino, WinnieHO, Kirana KayT\n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 8pm\n\n16 Julai 2023 (Ahad)\n\nGTF Summer School: Music Masterclasses The Singer and the Song \n\nLokasi & Masa : Hikayat| 1pm\n\nGTF Summer School: Music Masterclasses We Ain\u2019t Swingers\n\nLokasi & Masa : Hikayat | 3pm\n\nThe Senses\n\nLokasi & Masa : The Habitat Penang Hill | 4pm\n\nThree\u2019s Company: Junji Delfino, WinnieHO, Kirana Kay\n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 8pm\n\nBansan: Rasa-rasa Pasar\n\nLokasi & Masa Experiential Bansan: Seberang Jaya Market | 9am\n\n18 Julai 2023 (Selasa)\nBansan: Rasa-Rasa Pasar Experiential Bansan\n\nLokasi & Masa : Air Itam Market | 9am\n\n20 Julai 2023 (Khamis)\nRenaissance & Baroque Gems\n\nLokasi & Masa : Chapel @ St Jo\u2019s Level 2, Gurney Paragon Mall | 8pm\n\nMaterial Woman in the Beauty World\n\nLokasi & Masa : Auditorium C, KOMTAR | 8pm\n\nA Night with Chelsea Guo \n\nLokasi & Masa : Auditorium, Penang Stonyhurst International School 1 8pm\n\n21 Julai 2023 (Jumaat)\nRenaissance & Baroque Gems\n\nLokasi & Masa : Chapel @ St Jo\u2019s Level 2, Gurney Paragon Mall | 8pm\n\nMaterial Woman in the Beauty World\n\nLokasi & Masa : Auditorium C, KOMTAR | 8pm\n\nAsia Pacific Youth Choir Concert \n\n\n\n\n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 8pm\n\n\n22 Julai 2023 (Sabtu)\nIsle to Isle Inspirations from the Southeast \u2013 Penang, Malaysia \n\nLokasi & Masa : GSC, Gurney Plaza | 2pm & 5pm\n\nMusic, Tea and Heritage An Evening with Asia Pacific Youth Choir Cheong Fatt Tze \u2013 \n\nLokasi & Masa : The Blue Mansion | 4.30pm\n\nMaterial Woman in the Beauty World \n\nLokasi & Masa : Auditorium C, KOMTAR I 3pm & 8pm\n\nA Night at Hin\n\nLokasi & Masa : Hin Bus Depot | 5pm\n\nJoy in George Town\n\nLokasi & Masa : Seh Tek Tong Cheah Kongsi | 7pm\n\n\nIsle to Isle\npulu\u2019em & Luna\n\n\nLokasi & Masa : Dewan Budaya, USM | 8pm\n\n\n23 Julai 2023 (Ahad)\n\nWarna Warni George Town\n\nLokasi & Masa : India House, Beach Street | 10am\n\nIsle to Isle Inspirations from the Southeast-Penang, Malaysia \n\nLokasi & Masa : GSC, Gurney Plaza | 2pm & 5pm\n\nMaterial Woman in the Beauty World \n\nLokasi & Masa : Auditorium C, KOMTAR | 3pm\n\nLittle Macam Macam\n\nLokasi & Masa : Taman Kejiranan Desa Mawar | 5pm\n\nJoy in George Town\n\nLokasi & Masa : Seh Tek Tong Cheah Kongsi | 7pm\n\n\nIsle to Isle\npulu\u2019em & Luna\n\n\nLokasi & Masa : Dewan Budaya, USM | 8pm\n\n\n26 Julai 2023 (Rabu)\n\nThe House of Doors: Tan Twan Eng in Conversation with Karina Robles Bahrin \n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 8pm\n\n27 Julai 2023 (Khamis)\nBAKAWALI: An Atypical Journey \n\nLokasi & Masa : COEX, Hin Bus Depot | 8pm\n\n28 Julai 2023 (Jumaat)\nMy Ugly Duckling\n\nLokasi & Masa : Auditorium A, KOMTAR | 8pm\n\nBAKAWALI: An Atypical Journey \n\nLokasi & Masa : COEX, Hin Bus Depot | 8pm\n\nbhumiMATA\n\nLokasi & Masa : Penang Institute | 8.30pm\n\n29 Julai 2023 (Ahad)\n\nRiso Art Jam: Bazaar \n\nLokasi & Masa : The Whiteaways Arcade | 11am\n\nRiso Art Jam: Forum\n\nLokasi & Masa : W Life Cafe | 11am\n\nMy Ugly Duckling\n\nLokasi & Masa : Auditorium A, KOMTAR | 3pm\n\nA Night at Hin\n\nLokasi & Masa : Hin Bus Depot | 5pm\n\nLight in the City\n\nLokasi & Masa : Beach Street 5pm\n\nQueens of Asia\n\nLokasi & Masa : Dewan Sri Pinang | 8pm\n\nThe Monkey King Adventures: Love of Onibaba\n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 3pm & 8pm\n\n30 Julai 2023 (Isnin) \u2013 Penutup GeorgeTown Festival 2023\nWarna Warni George Town \n\nLokasi & Masa : India House, Beach Street | 10am\n\nRiso Art Jam: Bazaar\n\nLokasi & Masa : The Whiteaways Arcade | 11am\n\nRiso Art Jam: Forum\n\nLokasi & Masa : W Life Cafe | 11am\n\nMy Ugly Duckling\n\nLokasi & Masa : Auditorium A, KOMTAR I 3pm & 8pm\n\nThe Monkey King Adventures: Love of Onibaba\n\nLokasi & Masa : Majestic Theatre | 8pm\n\nBatik Showcase: A Modern Interpretation \n\nLokasi & Masa : Beach Street | 7pm\n\nLight in the City \n\nLokasi & Masa : Beach Street | 5pm\n\nNota *Semua maklumat adalah tepat pada masa cetakan. *Program tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.\nMaklumat Lanjut Georgetown Festival 2023\nUntuk maklumat lanjut mengenai Georgetown Festival 2023 GTF Ke-14 Penang, anda juga boleh melayari\n\nWebsite : https://georgetownfestival.com/2023/\nFacebook : https://www.facebook.com/GeorgeTownFestival\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pismp-2021/", "title": "PISMP 2021: Permohonan IPG Program Guru Fasa 2 & Ambilan Khas", "body": ["\n\n", "\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), permohonan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2021 kini telah dibuka.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa terdapat dua ambilan yang akan dibuka bagi permohonan PISMP ini iaitu:\nPengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 lulusan SPM 2018, 2019, dan 2020. Pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021\nOleh itu, permohonan bagi pengambilan PISMP untuk kedua-dua kategori ini dibuka mulai 16 Julai hingga 22 Julai 2021 secara atas talian. \n\nMengenai PISMP\nPISMP ialah program yang bertujuan untuk melatih bakal guru di InstitutPendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.\nPemohon yang terpilih akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM dengan mod sepenuh masa. \nPemohon yang lulus PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. \nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pengambilan khas PISMP Fasa 2 bagi lulusan SPM 2018, 2019, dan 2020 adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.Sihat tubuh badan.Aktif dalam kegiatan kokurikulum.Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi 3 mata pelajaran berikut:\u2013 Bahasa Melayu.\u2013 Sejarah.\u2013 Bahasa Inggeris.\nBagi syarat umum pengambilan PISMP lulusan SPM yang mempunyai SMA, SMU, dan UEC, syarat-syarat umum adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.Sihat tubuh badan.Aktif dalam kegiatan kokurikulum.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah. \nSyarat Tambahan \nPengambilan PISMP lepasan SPM yang mempunyai SMA, SMU dan UEC, mereka perlu memenuhi syarat-syarat tambahan iaitu:\n\n\n\n\nLulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya 3 gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya 3 gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).\nBidang Pengkhususan\nBidang pengkhususan bagi pengambilan PISMP Fasa 2 adalah seperti berikut:\ni) Sekolah Kebangsaan (SK)\nPendidikan Muzik (SK)Pendidikan Islam (SK/SJKC/SJKT)Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah(TESL) (SK)Sains Pendidikan Rendah (SK)\nii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)\nBahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC)Bimbingan Dan Kaunseling (SJKC)Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKC)Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKC)Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKC)Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)Sains Pendidikan Rendah (SJKC)Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC) -Tahap Satu\niii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)\nBahasa Tamil Pendidikan Rendah (SJKT)Bimbingan Dan Kaunseling (SJKT)Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKT)Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKT)Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKT)Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)Sains Pendidikan Rendah (SJKT)Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKT) -Tahap Satu\nBidang pengkhususan bagi pengambilan PISMP lepasan SPM yang mempunyai SMU, SMA dan UEC pula ialah: \nPendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).\nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://pismp.moe.gov.my mulai 16 Julai hingga 22 Julai 2021.Buat permohonan secara online dengan mengikuti arahan yang diberikan.Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon boleh didapati melalui pautan di atas. Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai PISMP 2021, sila hubungi Jabatan Pengambilan dan Penempatan KPM di talian 03-8312 6720/6768/6758/6693/6678/6733/6731/6769/6689/6760. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jawatan-kosong-guru-mara-2022/", "title": "Terkini Jawatan Kosong Guru Mara 2022 Pelbagai Bidang", "body": ["\n\n", "\nTerkini Jawatan Kosong Sebagai Guru Mara 2022 telah di buka. Pengambilan sebagai Guru Mara di pelbagai bidang/subjek di perlukan. Bagi yang layak boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 24 April 2022. Permohonan secara online.\nMajlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.\nJawatan Kosong Guru Mara 2022\nJawatan: Pegawai Perkhidmatan PendidikanGred Jawatan: DG41Taraf Jawatan: KontrakGaji Minimum Gaji Maksimum: RM2,188.00 : RM9,552.00\nPemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.\nBidang /Subjek\n\nBahasa InggerisBahasa MelayuBimbingan & KaunselingBiologiFizikKimiaGeografiLogistikMatematikMediaPendidikan Islam\nPendidikan Islam (Tahfiz)Pendidikan Jasmani & Pendidikan KesihatanPengajian Makanan / Bioteknologi MakananPengurusan PerniagaanPrinsip Akaun / PerakaunanReka Bentuk TeknologiSains KomputerSeni PersembahanSeni Reka Grafik\nSyarat Kelayakan\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\nSihat fizikal dan mental;\nBerumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;\nMemiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;\nPemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;\nBagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;\nPemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.\nMendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atauhttps://www2.mqa.gov.my/mqr/\nAktif dalam kegiatan kokurikulum;\nMemiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);\nMempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain;\nBebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.\nPemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.\nCara Memohon\nPemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web MARA di alamat https://www.mara.gov.my mulai 12 April 2022.Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat- maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.\n4.\u00a0 Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2022 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.\nKaedah Pelaksanaan\nPermohonan yang memenuhi dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja akan diproses;Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria yang ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang menepati bidang / subjek yang dipohon;\nPermohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre);\nPemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;\nHanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan\nPemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong guru mara 2022, anda boleh emel ke [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-program-insentif-bahasa-inggeris-kpm-iep-untuk-lepasan-spm/", "title": "Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM", "body": ["\n\n", "\nTawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) kini dibuka. \nPermohonan ini ditawarkan bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).\nUntuk makluman, program ini akan berlangsung selama 2 bulan (8 minggu).\nBaca Juga : Permohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM\nMaklumat Program\nCalon yang terpilih akan ikuti program yang ditawarkan seperti berikut :\nProgram : Program Insentif Bahasa Inggeris (Insentive English Programme : IEP)\nTempoh : 2 bulan (8 minggu)\nKemasukan : Sesi 1/2022 ambilan bulan April\nTempoh Permohonan : Bermula 18 Februari hingga 18 Mac 2022\n\nLokasi Program Insentif Bahasa Inggeris KPM\nProgram ini akan dijalankan di beberapa lokasi seperti berikut :\nKPM Ayer Molek, Melaka\nKPM Bandar Melaka, Melaka\nKPM Bandar Penawar, Johor\nKPM Beranang, Selangor\nKPM Beaufort, Sabah (khas bagi pelajar Sabah)\nKPM Seri Iskandar, Perak\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumputera dan merupakan warganegara Malaysia.\nPemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun\nPemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.\nPemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.\nPemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.\nMARA mempertimbangkan pemohon bekeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.\nSyarat Khusus\nPemohon memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).\nKemasukan melalui SPM :\nBumiputera\nWarganegara Malaysia\nMemperoleh minimum 3 kepujian dalam SPM termasuk subjek Bahasa melayu dan dua subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris dengan gred D& Lulus Matematik dengan minimum gred E.\nCara Memohon\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal UPIM melalui pautan berikut :\n\n\n\n\nPermohonan Kemasukan ke Program Insentif Bahasa Inggeris (IEP)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan Bahagian Pendidikan MARA seperti butiran berikut :\nUnit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,\nTingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,\nJalan MARA, 50609 Kuala Lumpur\nNombor Telefon : 03 \u2013 261 34074 / 03 \u2013 261 34075 / 03 \u2013 261 34076 / 03 \u2013 261 34077 / 03 \u2013 26134081\nAlamat Emel : [email\u00a0protected]\nSila rujuk pada pautan ini untuk keterangan lanjut mengenai program : \nIKLAN IEP MARA\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/e-spbt-kpm/", "title": "e-Spbt KPM: Cara Muat Turun Buku Teks Digital Dengan Mudah", "body": ["\n\n", "\ne-Spbt KPM: Bantuan buku teks merupakan salah satu bantuan khas kepada pelajar sekolah untuk mendapat akses buku teks pelajaran mengikut subjek secara percuma.\u00a0\nBantuan ini memberi \u201cpinjaman buku teks\u201d kepada pelajar yang kurang mampu untuk membeli buku teks bagi kegunaan di sekolah. Buku teks ini kemudian akan dipulangkan semula kepada pihak sekolah setelah tamat sesi persekolahan pada tahun tersebut.\u00a0\nSkim pinjaman buku teks (SPBT) ini diwujudkan bagi meringankan beban kos dikalangan ibu bapa untuk beli buku teks yang baru setiap tahun.\u00a0 Bantuan ini telah diperluaskan kepada ke beberapa jenis sekolah yang lain termasuk sekolah menengah agama kerajaan negeri dan juga sekolah menengah agama rakyat.\nBuku Teks Digital\u00a0\nSebelum ini, Skim pinjaman buku teks (SPBT) memberi pinjaman buku teks fizikal kepada pelajar-pelajar yang layak.\nNamun kini, bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan secara online.\nIni bermaksud, para pelajar boleh muat turun buku teks yang mereka perlukan mengikut keperluan sesi persekolahan secara atas talian.\nBuku teks digital ini disediakan untuk semua tahap dari Tahun 1 sehinggalah Tingkatan 5. Semua pelajar Tahun 1 \u2013 Tingkatan 5 boleh menggunakan kemudahan ini.\u00a0\nCara Muat Turun Buku Teks Digital Melalui e-Spbt KPM\u00a0\n**(Pengguna bagi sistem ini terdiri daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urusetia sistem)\n\n\n\n\n1. Sila layari espbt.moe.gov.my untuk mendapatkan akses sistem pesanan Buku Teks Digital secara atas talian.\u00a0\n2. Untuk daftar masuk (login), sila masukkan kod sekolah anda dan kata laluan (password).\u00a0\n3. Pastikan sebelum anda lakukan pesanan secara online, muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut.\u00a0\n4. Sila pastikan anda mengemaskini maklumat anda di bahagian \u2018PROFILE\u2018 sebelum melakukan pesanan.\u00a0\n5. Klik \u2018PRA PESANAN\u2019 dan muat turun \u2018Borang Maklumat Stok Buku\u2019. Lengkapkan borang tersebut.\u00a0\n6. Penting: ENROLMEN MURID perlu dilakukan untuk mengesahkan murid yang mana mendapat buku ini. Anda juga digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome untuk mengakses ke sistem ini dengan lebih mudah.\u00a0\nPautan (link) Buku Teks Digital\nAnda boleh memuat turun buku teks digital melalui pautan di bawah; Tahun 1-6, Tingkatan 1-5. Sila dapatkan akses daripada pihak sekolah/guru anda.\u00a0\u00a0\nSENARAIPAUTANNYASALURAN PERTAMAwww.textbook.moe.gov.my (TELAH DITUTUP)SALURAN KEDUAhttps://drive.google.com\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gcr-2023-gantian-cuti-rehat/", "title": "GCR 2023 \u2013 Pekeliling Terkini 180 Hari Gantian Cuti Rehat", "body": ["\n\n", "\nPekeliling terkini GCR 2023 Gantian Cuti Rehat kepada 180 hari berbanding 160 hari sebelum ini manakala pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari\nSukacita dimaklumkan, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR mulai 1 Januari 2023.\nGantian Cuti Rehat (GCR) 2023\u00a0\n\nAward Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974. Walaubagaimanapun penambahbaikan telah dibuat menerusi GCR 2023 yang mana kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:\n\nKenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari\nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari\nPekeliling GCR terkini 180 hari berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.\n\nSekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 180 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.\nJumlah maksimum pengumpulan gantian cuti rehat yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 180 hari.\nNOTA: Pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 90 hari gantian cuti rehat terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.\nSyarat Kelayakan GCR 2023\nPegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR 2023 perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nTempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun.\nPegawai telah mencapai umur 45 tahun.\nJumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR/ hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari.\nBebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.\nMendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.\nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan\n\nPermohonan GCR 2023\nUntuk membuat permohonan penebusan GCR 2023, ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR untuk tujuan pengiraan yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.\nSila muat turun sistem tersebut melalui portal JPAPencen di pautan berikut: http://www.jpapencen.gov.my\nKetua Jabatan perlu memastikan pengumpulan gantian cuti rehat yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.\nSemua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.\nPekeliling GCR Terkini\n\n\nRujukan punca kuasa:\n\n\n\n\n\n(i)Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023\n(ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)\n(iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan\n(iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat\n\nAnda juga boleh download pekeliling GCR terkini menerusi pautan berikut ;\nhttps://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729\nAtau, e-mel ke: [email\u00a0protected]y.\nSurat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di : https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/se12052023.pdf\n\u00a0Soalan Lazim F.A.Q\nApa Itu Gantian Cuti Rehat (GCR)? Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan Apakah yang dimaksudkan pemberian awal award wang tunai GCR? Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan? 1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari *Nota: (a) Imbuhan Tetap Jawatan Utama (b) Imbuhan Tetap Keraian (c) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (d) Imbuhan Tetap Perumahan Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan semula sekiranya permohonan terdahulu tidak diluluskan atau ditolak? Ya Adakah pegawai yang memilih Skim KWSP layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi? Ya. Pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi. Nota: Pengiraan GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP bermula 1 November 2004. Siapakah yang akan melaksanakan kelulusan dan pembayaran awal award wang tunai GCR bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri? Bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri, kelulusan akan diuruskan oleh Bahagian Pencen, JPA manakala pembayaran akan diuruskan oleh Jabatan/ Agensi Negeri dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biodata-ira-kazar/", "title": "Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof", "body": ["\n\n", "\nBiodata Ira Kazar\nPelbagai kontroversi hangat membuatkan nama Ira Kazar tular di kalangan warganet. Nama anak gadis pelakon popular, Kazar ini juga sering disebut sebagai punca pergolakan rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.\nSebelum terpalit dalam kontroversi dengan Syamsul Yusoff, gadis ini pernah menjadi topik sensasi di media sosial apabila videonya bergelek tular pada tahun 2016.\n\n\n\nNama Ira kian mendapat perhatian netizen apabila pengarah filem Mat Kilau tersebut membuat kenyataan pada 6 Januari 2023 tentang pernikahan keduanya secara umum di media sosial.\nPernikahan yang berlangsung di Thailand itu turut berlangsung dengan kehadiran Kazar sebagai wali. Dalam kenyataan tersebut, Syamsul turut menegaskan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.\n\nSedang pelbagai kisah sensasi tular ketika ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang kini sah bergelar sebagai isteri kedua Syamsul Yusof dan madu kepada Puteri Sarah ini. \nJadi, kami akan kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang gadis yang menjadi tumpuan warganet Malaysia pada waktu ini.\nBaca Juga : Keputusan Gegar Vaganza 2022 & Juara Konsert Akhir\nBiodata Ira Kazar\nNama Penuh : Faghirah Fatini binti Kazaruddin\nUmur : 28 tahun (2023)\nNama Komersial : Ira Kazar / Ira Kaza\n\n\n\n\nAsal : Kampar, Perak\nIbu Bapa : Kazaruddin Sais (Kazar) bapa, Rashidah Latiff (ibu)\nAdik Beradik : Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff (Anak ke-4 daripada 5 beradik)\nKerjaya : Pelakon, Influencer\nInstagram : @irakaza \n\n\n\nPenglibatan Ira Kazar Dalam Bidang Hiburan\nKebanyakan netizen mengenali Ira sebagai influencer atau pempengaruh di media sosial seperti TikTok dan Instagram. Namun, tahukah anda yang Ira Kazar juga pernah libatkan diri dalam bidang hiburan.\nMenerusi beberapa portal hiburan, Ira juga dilaporkan pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia 2016.\n\nWalaupun ramai yang tahu bakat bapa Ira dalam bidang lakonan, rupanya beliau juga pernah berlakon sebagai satu watak sampingan dalam satu drama bersama Ain Edruce, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin. \nPerkara ini telah dikongsikan oleh salah seorang netizen menerusi laman media sosial TikTok. \nBegitulah serba sedikit biodata Ira Kazar yang dapat kami kongsikan. Sama-sama kita nantikan perkembangan bagi kontroversi hangat yang melanda Ira Kazar dan menjadi buah mulut warganet ketika ini. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/menu-rahmah-bubble-bee/", "title": "Promosi Menu Rahmah Bubble Bee, RM 5 Sahaja", "body": ["\n\n", "\nMenu Rahmah Bubble Bee\nSaban hari, inisiatif Menu Rahmah yang dilancarkan oleh kerajaan semakin mendapat sambutan di kalangan pengusaha kedai makan dan restoran.\nTidak terkecuali, pelbagai jenama restoran terkemuka seperti Texas Chicken dan McDonald\u2019s turut meraikan inisiatif ini dengan melancarkan pelbagai menu dengan harga mampu milik.\nSalah satu rangkaian restoran yang menyahut seruan kerajaan dalam menawarkan menu dengan harga bajet adalah Bubble Bee Malaysia.\nJenama pencuci mulut popular yang diasaskan oleh pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu kini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk nikmati menu Bubble Bee dengan harga yang cukup istimewa. Hanya untuk masa terhad sahaja!\nNak tahu Menu Rahmah apa yang ditawarkan? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.\n\nBaca Juga : Menu Rahmah : Hidangan Seimbang Dengan Harga Mampu Milik\nTempoh Promosi Menu Rahmah di Bubble Bee\nJangan lepaskan peluang untuk nikmati aneka aiskrim serta minuman yang menyegarkan tekak dari Bubble Bee bermula 18 Februari sehingga 18 Mac 2023.\n\n\n\n\nPilihan Menu Rahmah Bubble Bee\nNikmati aiskrim madu ikonik serta aneka pemanis mulut istimewa dengan harga mampu milik di Bubble Bee.\n5 Menu Rahmah yang anda boleh dapatkan dengan harga RM 5 adalah seperti berikut :\n\nHoney Milk with Black Pearl\nChocobee Ice Cream\nHoney Chocobee Ice Cream\nFRIZ\u2019B Mango\nFRIZ\u2019B Strawberry\n\n\nUntuk makluman, promosi Menu Rahmah tersedia di semua outlet Bubble Bee sehingga 18 Mac 2023 melalui pembelian secara walk-in sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui mengenai promosi terkini dari Bubble Bee, sila ikuti laman media sosial rasmi seperti di pautan berikut :\nInstagram : instagram.com/bubblebeemalaysia\nFacebook : facebook.com/bubblebeemalaysiahq\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/semakan-keputusan-stpm/", "title": "Semakan Keputusan STPM 2022 (Majlis Peperiksaan Malaysia)", "body": ["\n\n", "\nSeperti yang diwar-warkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dimaklumkan bahawa semakan keputusan STPM 2022 boleh dibuat mulai 13 Julai 2023.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai semakan keputusan STPM terkini dengan lebih lanjut. \nTarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2022\nKeputusan peperiksaan boleh disemak pada\u00a013 Julai 2023\u00a0(Khamis) mulai jam 11.30 tengah hari. \nBaca Juga : Semakan UPUOnline & Rayuan Lepasan SPM/Setaraf 2023/2024\nCara Semakan\nMajlis Peperiksaan Malaysia telah menyediakan 3 saluran untuk calon-calon membuat semakan iaitu ;\n\nPortal MPM\nSMS\n\nSemakan Melalui Portal MPM\n\nSemakan secara online boleh dibuat melalui talian https://stpm.mpm.edu.my\nMasukan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran pada ruang yang disediakan\nTekan butang Hantar untuk terima keputusan. \nCalon yang ingin memohon rayuan bagi semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan. \n\n\nSMS\n\n\n\n\nSemakan keputusan STPM melalui mesej pesanan ringkas (SMS) boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut :\n\nTaip STPMNo. K/PAngkaGiliran dan hantar ke 15888\nSemakan melalui SMS boleh dilakukan mulai jam 11.00 pagi pada tarikh tersebut. \n\nRayuan Semakan Semula\nBagi calon STPM yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan, tarikh mula melakukan rayuan bagi semakan semula STPM 2023 ditetapkan oleh MPM setelah keputusan diumumkan. \nSementara itu, kami kongsikan cara untuk membuat semakan semula seperti berikut : \n\nPermohonan semak semula ini menggunakan nombor PIN MEC yang boleh dibeli secara atas talian SAHAJA. Bayaran boleh dilakukan menerusi MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/. \nUntuk makluman, bayaran adalah RM 50.00 bagi 1 kertas. \nKeputusan rayuan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.\nUntuk buat semakan, sila ke pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS__STPM/ \nSila email maklumat anda ke [email\u00a0protected] sekiranya menghadapi masalah berkenaan bayaran ATAS TALIAN dan nombor PIN MEC.\n\nAnda juga boleh rujuk infografik seperti yang dikongsikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia seperti di bawah : \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman rasi MPM atau hubungi nombor telefon berikut :\n\nLaman web :\u00a0http://www.mpm.edu.my/\nTelefon : 0361261600\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-pendidikan-mahsa-university/", "title": "Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)", "body": ["\n\n", "\nBBerita baik, \u00a0tawaran mendapatkan biasiswa pendidikan mahsa university 2022 peringkat diploma telah dibuka. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar yang memenuhi kelayakan. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga asnaf fakir miskin.\n\u201cTempat cantik, suasana kondusif, pengajian ditaja..Jom sambung pengajian di MAHSA University \u201d\nPrasarana tempat pengajian yang lengkap dan eksklusif serta berdekatan dengan kemudahan yang diperlukan.\n\u00a0\nPermohonan bagi biasiswa pendidikan mahsa unitvsity kini\u00a0 dibuka untuk Kemasukan tahun 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2022.\nBiasiswa \u00a0Pendidikan MAHSA University\n\nTawaran bagi bagi pelajar yang layak menerima baisiswa ini, tajaan MAHSA University ini merangkumi tiga perkara berikut iaitu ;\n\nYuran pendaftaran,\nYuran pengajian dan\nYuran asrama\n\nBidang Pengajian Yang Ditawarakan\nUntuk tawaran ini, bidang pengajian yang layak untuk dipertimbangkan ialah dalam bidang Diploma in Business Administration. \u00a0(Jumlah tempoh pengajian selama 2 tahun atau 4 semester)\n\u00a0\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\nPelajar-pelajar yang berminat untuk memohon tawaran biasiswa ini, perlulah memenuhi kriteria dan kelayakan asas seperti berikut;\n\nWarganegra Malaysia\nBermastautin atau menetap di negeri Kedah\nBerusia 17 tahun ke atas\nSPM 3 kredit dan lulus subjek bm dan sejarah\nKeutamaan diberikan kepada asnaf fakir miskin\n\n\u00a0\nCara Pemohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dan wajib mengisi borang permonan melalui pautan berikut https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity\nPeringatan setiap pemohon hendaklah mengisi link google form yang diberikan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\n\u00a0\n\n\n\n\nSemakan Status\nCalon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022, anda boleh hubungi :\nBahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah\nAras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah\nNo.telefon : 04-7331740\nEmail : [email\u00a0protected]\nFacebook : https://www.facebook.com/zakatkedah\n\u00a0\nSoalan Lazim Permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA Univesity\nBilakah tarikh tutup permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA University?\nPermohonan akan ditutup pada 10 Jun 2022\n\u00a0\nBagaimana Cara Mohon Biasiswa Pendidikan MAHSA?\nPermohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-tadika-waip-2023/", "title": "Pendaftaran Online Permohonan Tadika MAIWP 2023 & MAIWP Kids", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Tadika Islam Maiwp 2023 dibuka mulai 1 hingga 30 September 2022. Ibu bapa /penjaga yang ingin boleh membuat pendaftaran online permohonan Tadika islam Maiwp boleh di buat bermula bulan September ini.\nTadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).\nKadar Yuran Pendaftaran\nBagi pendaftaran kemasukan Tadika Maiwp 2023 kada bayaran yuran adalah seperti berikut ;\nRM20.00 (Asnaf)RM50.00 (Warganegara)RM80.00 (Bukan warganegara)\nSyarat Permohonan Tadika Maiwp 2023\nPemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.Dibuka juga pada murid Bukan Warganegara mengikut kekosongan.Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a0tahun 2018Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a02017 (murid baru sahaja).Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal.Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.Permohonan hanya dibuka secara atas talian (online)\u00a0bermula 1 \u2013 30 September 2022.Ibu/bapa/penjaga\u00a0DIWAJIBKAN\u00a0mengisi Borang\u00a0Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP (maiwp.gov.my).Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat\u00a01 permohonan sahaja untuk seorang anak.Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP (maiwp.gov.my)\u00a0mulai 1 November 2022\u00a0dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatnya pada\u00a014 November 2022.\n\nSyarat Tambahan UNTUK KEMASUKAN KE TADIKA PERMATA MAIWP PRESINT 18, PUTRAJAYA\nDiutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang\u00a0tidak melebihi RM10,000.00.Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP\n\nDokumen Diperlukan Untuk Permohonan Tadika Maiwp 2023\nSalinan Sijil Kelahiran / Pasport MuridSalinan Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa/penjaga.Satu salinan Penyata Gaji / Pencen / Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini.Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji / bekerja sendiri / tidak bekerja.Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi)Satu salinan Cukai Pintu / Bil Utiliti kediaman semasaSalinan surat pengesahan Baitulmal (yang mendapat bantuan bulanan sahaja dari Zakat Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor)\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Tadika Maiwp 2023, anda boleh hubungi ;\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Bahagian Pembangunan Insan )Aras 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPURTelefon :03 \u2013 4047 9444 sambungan 599/523/571/597/395[email\u00a0protected]\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYANo. Tel : 03 \u2013 8871 50000\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUANNo. Tel : 087 \u2013 418 5515 / 512\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-aidilfitri-2023/", "title": "Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan", "body": ["\n\n", "\nSyukur, bantuan khas Aidilfitri 2023 bagi Penjawat Awam dan Pesara termasuk dalam belanjawan 2023. Itulah antara komen sebahagian penjawat awam dan pesara kerajaan selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri baru sahaja membentangan Belanjawan 2023.\nPengumuman ini adalah antara perkara yang amat dinanti-nanti oleh kebanyakan rakyat Malasyia.\nIanya juga adalah salah satu penilaian rakyat terhadap kerajaan perpaduan yang baharu.\n Untuk mengetahui apakah senarai bantuan dan juga inisaitif yang akan di berikan oleh kerajaan perpaduan yang telah dibentuk di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim sekalu Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dan juga selaku Menteri Kewangan di dalam Belanjawan 2023.\nDalam ucapan beliau sebentar tadi, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.\nKerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM350 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April. (Menurut pemerhatian FUH.my seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran kebiasanaya akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji penjawat Awam iaitu pada 25 April 2023).\nKerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama. \u201cDalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri\nUntuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022\nBantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Dalam Belanjawan 2023\n\nPengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.\nPemberian ini sudah tentunya dapat melegahkan sedikit penjawat awam, tertutamaya yang mempunyai anak yang akan mula bersekolah pada Mac 2023.\nSudah tentunya akan memerlukan perbelanjaan yang lebih berikutan musim persekolahan dan hari raya yang berturutan.\n\n\n\n\nPemberian ini juga adalah sebagai imbalan pihak kerajaan sangat menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tanpa berbelah bagi.\nKerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.\nJumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023\nJumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah seperti berikut:\n\nPenjawat Awam: RM700.00\nPesara Awam: RM350.00\n\nKategori Penjawat Awam\nKategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:\n\nPenjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.\nKakitangan di bawah Skim Contract of Service.\nKakitangan di bawah Skim Contract for Service.\nPegawai Sambilan Harian.\nLantikan di bawah MySTEP.\n\nSelain itu juga, insentif lain yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam iaitu ;\n\nMeneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari\nSubsidi yuran taska RM180 sebulan dan had kelayakan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan ini, anda boleh layari\nLaman rasmi Kementerian Kewangan: https://budget.mof.gov.my/ms/\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 penjawat awam dan pesara akan dibayar? Bayaran akan dibuat pada April 2023 Berapakah jumlah bantuan Khas Aidilifitri 2023? Penjawat Awam: RM700.00Pesara Awam: RM350.00 Siapakah yang layak menerima bantuan ini? i.Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.ii.Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.iii.Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.iv.Pegawai Sambilan Harian.v.Lantikan di bawah MySTEP \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bikecare-1000/", "title": "Program BikeCare-1000 Bantuan Pembelian Motorsikal", "body": ["\n\n", "\nProgram BikeCare-1000 iaitu bantuan pembelian motorsikal untuk pekerja GIG Selangor (bayaran pendahuluan sahaja) telah dibuka.\nPermohonan adalah terbuka kepada warga Selangor berusia 18 tahu ke atas. Tarikh tutup permohonan adalah pada 02/12/2022.\nProgram ini merupakan suatu insiatif inisiatif YB Tuan Ganabatirau Veraman dibawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat terutama para pekerja GIG (p-hailing).\nBantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motor disediakan bagi meringankan beban\npekerja yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi. Bagi mereka yang berminat untuk memohon bantuan ini, berikut maklumat mengenai program bantuan ini.\nApa Itu Program BikeCare-1000 Bantuan Pembelian Motorsikal\n\nProgram Bikecare-1000 merupakan suatu insiatif kerajaan negeri selangor untuk membantu para pekerja GIG (p-hailing).\nBantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motor disediakan bagi meringankan beban\npekerja yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi.\nGig Ekonomi\nEkonomi GIG adalah salah satu pilihan pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance) yang disokong dengan menggunakan aplikasi teknologi. Perkembangan ekonomi gig selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\n\nBerikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan bantuan ini, seperti berikut :\n\nPermohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.\nPemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.\nPemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.\nPemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.\nPerrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).\nPermohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.\n\n\nCara Memohon Bantuan Program BikeCare-1000\n\nBorang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.\nSetiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.\nPermohonan lewat tidak akan diproses.\nKegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.\nSila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 7 Disember 2022.\nBorang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:\n\nEast Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen sokongan berikut perlu disertakan dalam permohonan :\n\nSalinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).\nSalinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).\nSalinan penyata bank terkini (2 bulan).\nSalinan lesen motosikal.\nSalinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).\n\nBorang Permohonan BikeCare-1000\nPengambilan borang permohonan dari 25/11/2022 \u2013 02/12/2022\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari Facebook UPPS https://www.facebook.com/uppsel\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/renew-lesen-memandu/", "title": "Cara Renew Lesen Memandu 2023 Secara Online", "body": ["\n\n", "\nInsiatif Baru 2023 Renew Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun Cara Online Mysikap\nMenteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, mengumumkan satu inisiatif baharu yang membolehkan rakyat Malaysia memperbaharui lesen memandu mereka sehingga 10 tahun. Ini adalah peningkatan yang ketara daripada had sebelumnya iaitu 5 tahun. Inisiatif baharu ini turut disertakan dengan diskaun 10% ke atas yuran pembaharuan\nRenew Lesen Memandu 2023\nBermula 8 Mei 2023, Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan insiatif baru yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.\nDengan inisiatif baharu itu dijangka memudahkan rakyat Malaysia memperbaharui lesen memandu dan menjimatkan kos untuk proses pembaharuan lesen. Ia juga dijangka mengurangkan bilangan orang yang memandu tanpa lesen yang sah\nInisiatif baru 2023\n\nApa yang anda tahu mengenai inisiatif baru 2023 ;\n\norang ramai boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) masing-masing untuk tempoh maksimum sehingga 10 tahun\nPemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekaligus hanya dikenakan bayaran untuk 9 tahun sahaja\nPastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi 1 tahun\nInisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia\nBerkuatkuasa mulai 8 Mei 2023\n\nKebenaran Khas Pembaharuan LMM Tamat Tempoh\n\nKementerian Pengangkutan Malaysia memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM tanpa perlu menjalani semula ujian\nKebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja\nKemudahan ini boleh dinikmati mulai 8 Mei sehingga 31 Disember 2023 di pejabat / kaunter JPJ\nPeraturan sedia ada akan berkuat kuasa semula pada 1 Januari 2024\n\nKedua-dua inisiatif ini hanya boleh dinikmati oleh ;\n\nPemegang LMM yang bebas daripada sebarang sekatan urusniaga JPJ\nTidak disenarai hitam oleh PDRM\nBebas daripada sebarang penggantungan akibat hukuman atau perintah mahkamah\n\nBaca juga : Harga Roadtax Kereta 2023 Senarai Terkini JPJ\nCara Renew Lesen Memandu Online MySikap\n\nBerikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui lesen memandu secara online melalui MySikap:\n\n\n\n\n\nPergi ke laman web MySikap dan log masuk ke akaun anda.\nKlik pada tab \u201cLesen Memandu\u201d.\nKlik pada sub-tab \u201cPembaharuan Lesen Memandu\u201d.\nIsikan maklumat yang diperlukan, seperti:\n\nNombor lesen memandu\nTarikh lahir\nKategori lesen memandu\nTarikh luput baharu\n\n\nBuat bayaran untuk yuran pembaharuan.\nKlik pada butang \u201cHantar\u201d untuk menghantar permohonan anda.\nAnda akan menerima e-mel pengesahan permohonan anda.\nLesen memandu anda yang diperbaharui akan dihantar ke alamat berdaftar anda dalam masa 10 hari bekerja.\n\nBaca juga : eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April\nHarga Renew Lesen Memandu 2023\nBayaran bagi pembaharuan lesen memandu ialah ;\n\n RM30 untuk tempoh setahun, \nRM50 untuk dua tahun, dan \nRM70 untuk tiga tahun.\nRM270 untuk 10 tahun. (Ini adalah diskaun 10% daripada yuran pembaharuan biasa sebanyak RM300.)\nAnda boleh memperbaharui lesen memandu anda sehingga 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh.\nJika anda memperbaharui lesen memandu anda selepas tarikh tamat tempoh, anda akan dikenakan bayaran bayaran lewat sebanyak RM10 untuk hari pertama, dan RM5 untuk setiap hari berikutnya.\n\nAnda juga boleh memperbaharui lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ\nCara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos /JPJ\nBerikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui lesen memandu\n\nPergi ke mana-mana pejabat POS /JPJ.\nBawa lesen memandu asal anda dan salinan IC anda.\nIsi borang pembaharuan.\nAmbil gambar baru berukuran pasport.\nHantar permohonan anda.\nBuat bayaran untuk pembaharuan.\n\n*Pelaksanaan inisiatif ini melalui platform rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia akan tertakluk kepada kesediaan sistem pihak berkenaan\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai inisiatif baharu ini, anda boleh menghubungi talian hotline JPJ di 1-800-88-2778 atau melayari laman web https://www.jpj.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bakul-prihatin-negara/", "title": "Bakul Prihatin Negara: Bantuan Barangan Asas Keluarga Terjejas", "body": ["\n\n", "\nKerajaan hari ini telah melancarkan Bakul Prihatin Negara bagi membantu keluarga dan isi rumah yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan barangan keperluan asas.\nInisiatif ini adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengambil tindakan proaktif terhadap keadaan yang dihadapi oleh rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.\nBantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dan tambahan 16 juta daripada lima syarikat korporat iaitu Yayasan Petronas, AEON Big, Pharmaniaga, Tenaga Nasional Berhad, dan Telekom Malaysia. \nBagi keluarga yang terjejas dan memerlukan barangan asas, anda boleh memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan ini. \nApa Itu Bakul Prihatin Negara?\nBakul Prihatin Negara adalah bantuan yang diberikan hasil kerjasama strategik berkonsepkan \u201cWhole of Society\u201d melibatkan Kerajaan Malaysia dan syarikat korporat.\nPelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\nKeluarga yang memerluka akan menerima bantuan barangan asas untuk yang disalurkan menerusi Sukarelawan Skuad Prihatin Negara tersebut.\nSenarai Barangan Asas\nBerikut sebanyak 8 barangan asas yang diberikan menerusi bantuan ini iaitu:\nBeras (5 Kg)Gula (1 Kg)Tepung (2 Kg)Bihun (400 Gm)Kicap (650 Ml)Sardin (230 Gm)BiskutKopi\nSyarat Kelayakan\nSemua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga yang terjejas pendapatan akibat pendemik COVID-19 layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara.\nCara Memohon\nBagi memohon bantuan ini, hubungi sahaja Talian Kasih di 15999 atau menghantar Whatsapp ke 019-2615999.\nKeluarga yang ingin memohon juga boleh menghubungi mana-mana 108 Bilik Gerakan JKM yang berhampiran untuk membuat permohonan iaitu:\n1) Perlis\n\n2) Kedah\n\n3) Pulau Pinang\n\n4) Perak\n\n\n\n\n\n5) Selangor\n\n6) Wilayah Persekutuan \n\n7) Negeri Sembilan\n\n8) Melaka\n\n9) Johor\n\n10) Pahang\n\n11) Terengganu\n\n12) Kelantan\n\n13) Sabah\n\n\n\n14) Sarawak\n\nKaedah Penyaluran\nPenyaluran bantuan dibuat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon.\nKemudian, Skuad Prihatin Negara akan bertanggungjawab mengagihkan Bakul Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon yang terlibat dalam tempoh 24 jam selepas membuat permohonan. \nNamun, penghantaran bantuan tersebut bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon.\nMaklumat Lanjut\nBagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt-tajaan-yayasan-penyayang-iskandar-puteri/", "title": "Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri", "body": ["\n\n", "\nPenduduk MBIP kini boleh memohon bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT melalui tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri\nSukacita di maklumkan Kerajaan Negeri Johor, melalui Yayasan Penyayang Iskandar Puteri menawarkan peluang berupa bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT kepada semua komuniti yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang akan menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi . Tawaran ini terbuka kepada golongan yang berpendapatan Isi Rumah RM 3860.00 Dan Ke Bawah (B40)\nYayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP)\nYPIP\u00a0sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Penyayang MPJBT adalah sebuah badan di bawah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (sebelum ini Majlis Perbandarah Johor Bahru Tengah (MPJBT)).\u00a0Ditubuhkan pada Mac 2015 bagi mengisi keperluan membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar kawasan Iskandar Puteri.\n\u200b\nYPIP telah berpindah daripada Banguan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke bangunan baru di Taman Nusa Sentral, Gelang Patah. Segala Urusan berkaitan YPIP boleh hadir ke Pejabat baru kami.\nBantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tajaan YPIP\n\nBerikut maklumat mengenai bantuan pendidikan tajaan YPIP ;\nTarikh Tutup Permohonan\n Permohonan hendaklah di buat sebelum atau selewatnya pada 22 September 2022\n\n\n\n\nSyarat-Syarat Permohonan \nPemohon Adalah Warganegara Yang Tinggal Dalam Kawasan MBIP.Kemasukan Pengajian Ke Semester Pertama Di Peringkat DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA.Telah Mendapat Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke IPT.Lepasan SPM/STAM/STPM.Hanya Terbuka kepada Golongan Yang Berpendapatan Isi Rumah RM 3860.00 Dan Ke Bawah (B40).\nCara Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT\nPermohonan untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nDapatkan borang permohonan dengan caraMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1MBSsaqT93__i56MYqM6b4GJtSFJ3FCcr/view. Imbas QR kod pada poster atau Borang permohonan juga boleh di dapatimelalui Pejabat Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (Waktu Pejabat)Lengkapan maklumat permohonanSediakan salinan dokumen yang perlu disertakan.Hantar borang permohonan ke alamat:Yayasan Penyayang Iskandar Puteri,Aras 3, Wisma MBIP,81300 Skudai,Johor Darul Takzim.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:\nSalinan surat tawaran ke IPTA/IPTS.Salinan keputusan SPM/STAM/STPM.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah.Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri , anda boleh layari laman web\u00a0http://www.yayasanpenyayangiskandarputeri.com/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/liga-super-2023/", "title": "Liga Super 2023 \u2013 Tarikh, Jadual Perlawanan & Carta Terkini", "body": ["\n\n", "\nJadual Liga Super 2023 masuk perlawan LS3. Dengan Sabah masi mengunguli carta diikuti Selangor naik satu anak tangga di atas Johor Darul Ta\u2019zim. Siaran langsung dan Live Stream juga boleh d lihat menerusi rakan rasmi penyiar di Astro Arena Bola, Astro GO dan di platform RTM. \n\nJadual Carta Kedudukan Liga Super 2023\nPosPasukanPMSKJGGBPGMt1Sabah220071+662Selangor220060+663Johor Darul Ta\u2019zim220050+564Kedah Darul Aman220051+465Sri Pahang211052+346Kuching City210126\u2212437Pulau Pinang202022028Negeri Sembilan202011029Kuala Lumpur City201125\u22123110Perak201114\u22123111PDRM201104\u22124112Kelantan United200214\u22123013Terengganu200203\u22123014Kelantan200226\u221240\nBerikut pula senarai penjaring terbanyak LIGA SUPER L2\n\nMiguel Cifuentes 2 gol (Kelantan FC)\nNoor Al-Rawabdeh 2 gol (Selangor FC)\nPark Tae-su 2 gol (Sabah FC)\nPaulo Josue 2 gol (KLCity FC)\nSaddil Ramdani 2 gol )Sabah FC)\n\n Semakin terasa, tarikh jadual perlawanan liga super 2023 juga dilihat telah dirombak semula kepada format asal. Sebagai pembuka tirai kanca liga Malaysia perlawanan esok di antara JDT dan Terengganu FC bagi merebut piala sumbangsih 2023\nMFL dilihat lebih tersusun dan lebih bersedia untuk musim 2023 dengan banyak pembaharuan dan penstukturan semula liga bola sepak Malaysia.\nDengan pembaharuan dan penstukturan Liga Malaysia 2023 oleh Malaysian Football League (MFL) . liga bola sepak profesional tanah air akan berada pada satu tahap yang lebih kedepan dan semsetinya akan\u00a0 lebih berdaya saing dan mengubah satu atmosfera baru untuk peminat-peminat bola sepak Malaysia\nFormat Liga\nBagi musim 2023, MFL telah membuat rombakan untuk menstukturkan semula semula piramid bola sepak domestik yang lebih bersesuain dan mengikuti penaik tarafan arus permodenan bola sepak, termasuk dari aspek komersial dengan lebih menumpukan keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim ini\nAntara pembaharuan yang telah dibuat ;\n\nLiga Super pada awalnya memperuntukan 16 slot penyertaan membabitkan 18 kelab berbanding hanya 12 kelab sejak 2013. Namun hanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.\nLiga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi jambatan untuk memperbaiki jurang pembangunan dilihat dalam struktur liga tempatan. Liga Simpanan ini juga bertindak sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super. Dengan itu, konsep Reserve Team akan berakhir dan kesemua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan ini sekali gus akan memberi daya saing lebih seimbang kepada semua pasukan.\nKuota pemain import sejajar dengan pergerakan AFC tetapi juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang sambil memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan di dalam sesebuah liga elit kebangsaan juga diutamakan serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.\n\nKuota Pemain Import Untuk Liga Malaysia 2023\n\nKuota pemain import Liga Malaysia menimbulkan sedikit percanggahan semasa dimana Kelab yang tiada pasukan Reserve hanya menpunyai 5 pemain import berbanding dengan Kelab yang mempunyai pasukan Reserve yang menpunyai peluang memilih daripada 9 pemain import setiap perlawanan.\nUntuk melaraskan isu berkenaan, MFL dengan mengambil kira pertukaran terbaharu kuota pemain import yang dimaklumkan AFC iaitu hanya enam pemain import (5+1) dibenarkan, MFL telah menetapkan format baharu pendaftaran sembilan (9) pemain import diberikan kepada kesemua pasukan Liga Super bagi musim 2023 ini.\nWalaupun MFL akan mengikut ketetapan AFC dalam pengunaan 6 pemain import namun MFL masih kekal dengan hanya menbenarkan 5 pemain import (iaitu 3+1 (Asia)+1 (ASEAN)) diatas padang dalam satu-satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan bagi menjaga slot pemain tempatan di atas padang tidak terjejas.\nSebelum ini penggunaan sembilan pemain import hanya melibatkan pasukan yang memiliki pasukan simpanan (Reserve Team) tetapi kini kuota itu sama rata kepada kesemua 18 pasukan.\nBagaimanapun penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesesuaian dan percaturan pasukan masing-masing.\nMFL masih akan menguatkuasakan penggantian lima (5) pemain semasa perlawanan seperti yang dilaksanakan tahun lalu dan tahun ini. Peluang lima (5) pengantian pemain dilihat sebagai satu unsur positif dimana \u2018intensity\u2019 perlawanan dikekalkan dan juga pemain muda diberikan peluang dan kepercayaan.\n\nSenarai 14 Pasukan Bertanding Liga Super 2023\n\n\n\n\n\nSecara rasminya berikut senarai kelab yang akan bertanding bagi menentukan siapakah yang akan menjuarai liga super 2023 ini ;\n\nJohor Darul Ta\u2019zim (JDT)\nTerengganu FC\nSabah FC\nNegeri Sembilan FC\nSelangor FC\nKuala Lumpur City FC\nSri Pahang FC\nKedah Darul Aman FC\nPenang FC\nKelantan FC\nKuching City FC\nKelantan United FC\nPDRM FC\nPerak FC.\n\nJadual Liga Super 2023\nUntuk kalender liga Malaysia 2023, Malaysian Football League telah berusaha memastikan perjalanan aksi bola sepak tanah air dapat dijalankan dengan lancar. Bagi memastikan jadual yang sistematik dan merujuk kepada perkara-perkara berikut ;\n\nKalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Persiapan Pertandingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023)\nPertandingan\u00a0AFC Champions League 2023\u00a0dan Pertandingan\u00a0AFC Cup 2023\nPusingan kelayakan pertandingan AFC B23\nPertandingan AFF B23\nSukan Asia 2023, Guangzhou (B23)\nKejohanan Sukan SEA 2023 (Cambodia)\nPertandingan Piala MFL (Liga Simpanan) 2023\nPertandingan Piala FA 2023\nPertandingan Piala Malaysia 2023\nPertandingan\u00a0Challenge Cup\u00a02023\nHari pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri\nTempoh rehat dan perjalanan pasukan.\n\nWaktu Sepak Mula\nMFL pada musim ini juga memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu perlawanan awal pada sebelah petang. Ianya bertujuan bagi mendapatkan suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.\nTidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya yang mana perlawanan hanya di lakukan pada waktu malam.\nWalaupun begitu, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada keputusan dan perbincangan di antara penyiar rasmi dan MFL\n\u00a0\u00a0\u00a0VENUE\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0WAKTU (1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 WAKTU (2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 WAKTU (3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 RAMADAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semenanjung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 5:15pm/5:30pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08:15pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09:00pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010:00pm\u00a0\u00a0\u00a0 Sabah dan Sarawak \u00a0\u00a0\u00a0 4:30pm/4:45pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07:30pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08:15pm\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09:15pm\u00a0\u00a0\u00a0\nJadual Liga Super LS1\n\nAksi pertama liga super 2023, menyaksikan pertemuaan di antara JDT vs Terengganu FC untuk menentukan siapakah pemenang Piala Sumbangsih 2023\nSeterusnya di ikuti dengan enam lagi perlawanan Liga Super 2023 akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari\nTarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasiFri, 24 Feb 202309:00pm1Johor Darul Ta\u2019zimTerengganu FCStadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri Sat,25 Feb 202307:30pm2Sabah FCPDRM FCStadium Likas Kota KinabaluSat,25 Feb 202309:00pm3Kuala Lumpur City FCPenang FCStadium Bola Sepak Kuala Lumpur CherasSat,25 Feb 202305:30pm4Kelantan FCKuching City FCStadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota BharuSat,25 Feb 202309:00pm5Perak FCKedah Darul Aman FCStadium Perak,IpohSun,26 Feb 202309:00pm6Negeri Sembilan FC Sri Pahang FCStadium Tuanku Abdul Rahman ParoiSun,26 Feb 202308:15pm7Selangor FCKelantan United FCStadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya\nJadual Liga Super LS2\nTarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasiTue,28 Feb, 20239:00\u00a0\u00a0\u00a0PM8 PDRM FC Perak Fc Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Wed, 1 Mac 20238:15\u00a0\u00a0\u00a0PM9 Sabah FC Vs Kelantan United FCStadium Likas Kota Kinabalu Wed, 1 Mac 20239:00\u00a0\u00a0\u00a0PM10 Kedah Darul Aman FC Vs Terengganu FC Stadium Darul Aman, Alor Setar Wed, 1 Mac 20239:00\u00a0\u00a0\u00a0PM11 Pertang FC Vs Negeri Sembilan FC Stadium Bandaraya Pulau Pinang Wed, 1 Mac 20238:15 PM12 Kuala Lumpur City FC Vs Johor Darul Ta\u2019zim Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras Wed, 1 Mac 20238:15 PM13Kuching City FC Vs Selangor FCStadium Negeri, Kuching Wed, 1 Mac 20239:00 PM14 Sri Pahang FC V Kelantan FC Stadium Darul Makmur, Kuantan\nJadual Liga Super LS3\nTarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasiSat,4 Mac 20238:30 PM15Kelantran United FC Vs Perak FCStadium Sultan Muhammad Ke -IV, Kota BharuSat,4 Mac 20239:00 PM16Kedah Darul Aman FC Vs PDRM FCStadium Darul Aman, Alor SetarSun, 5 Mac 20239:00 PM17Terengganu FC Vs Kuala Lumpur City FCStadium Sultan Mizan Zainal AbidinSun, 5 Mac 20239:00 PM18Kelantan FC Vs Penang FCStadium Sultan Muhammad Ke -IV, Kota BharuSun, 5 Mac 20238:30 PM19Selangor FC Vs Sri Pahang FCStadium Majlis Bandaraya Petaling JayaMon,6 Mac 20238:15 PM20Kuching City FC Vs Sabah FCStadium Negeri KuchingMon,6 Mac 20239:00 PM21Negeri Sembilan FC Vs Johor Darul Ta\u2019zimStadium Tuanku Abdul Rahman Paroi\nJadual Penuh Liga Super 2023 PDF\nAnda juga boleh mendownload jadaul liga super 2023 PDF \ndownload-jadual-penuhDownload\nTiket Perlawanan\nUntuk setiap perlawanan musim ini, anda boleh menyemak dan mendapatkan tiket perlawanan anda dengan membuat pembelian tiket secara online menerusi https://ticket.tickethotline.com.my/\nUntuk Jadual Liga Super 2023 juga, anda boleh dapatkan jadual terkini di laman web Malaysia Football League https://www.malaysianfootballleague.com/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/hari-raya-haji-2023/", "title": "Hari Raya Haji 2023 Malaysia & Tarikh Cuti Umum", "body": ["\n\n", "\nTarikh Hari Raya Haji 2023 ialah pada 29 Jun 2023 bersamaan hari Khamis. Pengisytiharan itu dibuat oleh YBHG Datuk Haji Mohd Aseral Bin Usman, Penolong Setiausaha Majlis Raja- Raja\nDi Malaysia tarikh sambutan mengikut kalender Islam ialah pada 10 Zulhijjah 1444H iaitu bersamaan dengan 29 Jun 2023* .Pengumuman yang akan di buat oleh penyimpan mohor-mohor besar raja-raja yang bertanggungjawab untuk menentukan tarikh permulaan bulan islam di Malaysia.\nHari Raya ini Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Merupakan perayaan yang di sambut oleh umat islam selepas Hari Raya Aidilfitri.\nBerbeza dengan hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha di sambut bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. \nMelihatkan kesungguhan Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya sendiri, serta-merta tempat pembaringan Nabi Ismail itu digantikan oleh Allah s.w.t dengan binatang kibas\nTarikh Hari Raya Haji 2023\nMengikut kalender islam, hari raya haji akan disambut pada 10 Zulhijjah 1444H. Tarikh rasmi umumkan oleh penyimpan mohor-mohor besar raya-raya yang dibuat selepas berdasarkan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi) ialah pada 29 Jun 2023 (Khamis)\n\nCuti Umum Hari Raya Haji 2023\n\nTarikh pelepasan am persekutuan bagi tahun 2023 (cuti umum) sempena Hari Raya Haji ialah pada Hari Raya Korban yang pertama iaitu pada 29 Jun 2023. \n\n\n\n\nKecuali bagi negeri Kelantan dan Terengganu yang mengistiharkan cuti umum selama dua hari sempena Hari Raya Aidiladha iaitu pada 29 \u2013 30 Jun 2023.\nHari Raya Haji 2023 di Malaysia\nBagi menyambut perayaan hari raya aidiladha, kerjaan Malaysia mengistiharkan tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 sebagai cuti umum bagi membolehkan umat islam menyambut perayaan tersebut dan melakukan ibadah korban\nPada malam hari raya haji, umat islam akan bertakbir hari raya haji menandakan hari raya korban akan disambut pada esok hari nya.\nIbadah korban pula akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha. Kebiasanya masyarakat akan bergotong-royong ketika melaksanakan ibadah korban\nMaklumat Lanjut\nSelain daripada tarikh hari raya haji 2023 di Malaysia, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di\u00a0https://www.e-solat.gov.my/.\n\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,62100 Putrajaya.\n[email\u00a0protected]\n+03 8870 7000\n+03 8870 7003\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/login-egtukar/", "title": "eGTukar Login Kali Pertama,Cara Daftar & \u00a0Terlupa Kata Laluan", "body": ["\n\n", "\nPanduan Login eGTukar kali pertama, cara daftar eGTukar dan terlupa kata Laluan\nBagi para guru yang pertama kali mendaftar dan mengunakan sistem eGTukar 2023 disini, kami kongsikan panduan, dan cara-cara mengunakan eGTukar.\nUntuk makluman, e-Gtukar adalah sistem yang dibangunkan bagi\u00a0urusan pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada sekolah rendah atau menengah.\nSistem ini yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:\n\nGuru- Hanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini. dan;\nPentadbir Sistem- Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk\u00a0 menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.\n\nPermohonan pertukaran tempat bertugas boleh dibuat secara online menerusi e-Gtukar melibatkan pertukaran antara bahagian atau negeri, antara daerah dan dalam daerah.\nStatistik Pertukaran\nStatistik pertukaran antara negeri bagi kategori sekolah menegah antara negeri bagi sesi Januari 2022 adalah seperti berikut:\n\nManakala, statistik pertukaran bagi kategori sekolah rendah antara negeri bagi sesi Januari 2022 adalah seperti berikut:\n\nKriteria Layak Membuat Permohonan\nKPM memaklumkan terdapat 3 kriteria utama para guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas iaitu:\n\nKepentingan perkhidmatan\nKekosongan jawatan\nKeperluan opsyen di negeri yang dimohon\n\nGred Guru Yang Boleh Membuat Pertukaran\nTidak semua gred guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas melalui e-Gtukar.\nGred guru yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut:\nPermohonan secara dalam talian ini dibuka kepada\n\nDG29\nDG32 (KUP Time-based)\nDG34 (KUP Time-based)\nDG38 (KUP Time-based)\nDG41\nDG42 (KUP)\nDG44 (KUP Time-based)\nDG48 (KUP Time-based)\nDG52 (KUP Time-based)\nDG54 (KUP Time-based)\nGuru Cemerlang\nGuru Tingkatan 6\n\nCara Daftar Login eGTukar\nUntuk makluman, bagi permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGTukar.\nSebelum anda boleh mendaftar melalui eGTukar, sila pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal\nTiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada\u00a0tarikh yang ditetapkan sahaja.\n\n\n\n\nUntuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kebenaran akses di\u00a0peringkat sekolah\u00a0hanya kepada\u00a0Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir\u00a0untuk menyemak, mengemaskini dan mengesah maklumat guru menerusi eOperasi. Manakala\u00a0guru-guru\u00a0dikehendaki menyemak dan menyesahkan maklumat menggunakan ID pengguna dan kata laluan masing-masing.\nCara Login eGTukar Pertama Kali\n\n\nLayari Portal eGTukar di pautan\u00a0https://epgo.moe.gov.my/\nMasukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan\nKlik OK\nAnda kini dalam sistem eGTukar\nKlik PERMOHONAN\nLengkapkan maklumat permohonan\nSila muat naik dokumen yang diperlukan\nKlik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar\nSave/Simpan salinan permohonan anda\nCetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu\nSila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan\n\nTerlupa Kata Laluan Tak Boleh Login eGTukar\nSekiranya anda terlupa kata laluan,\n\nSila klik butang \u2018Lupa kata laluan eGtukar\u2019 semasa login atau terus ke pautan ini =\u00a0https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm\nIsikan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang\u00a0disediakan. \nKlik butang HANTAR, kata laluan pengguna sementara akan dihantar kepada emel yang telah didaftarkan\n\nTukar Kata Laluan\nUntuk tukar kata laluan, sila ikut langkah-langkah berikut ;\n\nLogin eGTukar\nMasukkan id, nombor kad pengenalan dan kata laluan sementara yang dihantar ke emel yang anda daftarkan\nKlik pada \u201cTukar Katalaluan\u201d\nSemua ruangan yang disediakan adalah wajib untuk diisi.\u00a0Maklumat mengenai\u00a0soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti\u00a0membuat pendaftaran pengguna\nMasukkan kata laluan yang baru\nSahkan kata laluan yang baru\nKlik OK\n\nCara Membuat Permohonan Pertukaran\n\nUntuk makluman permohonan pertukaran hanya akan di buka sebanyak empat kali setahun.\nPermohonan eGTukar Sesi 2023\n\nPermohonan di buka :\u00a0\u2014\nPermohonan Januari : Status permohonan telah di tutup pada\u00a024 Januari 2023\n\nTarikh permohonan eGTukar 2023 seterusnya akan di maklumkan kelak. Anda juga boleh menyemak kemaskini tarikh permohonan menerusi pengumuman yang di buat menerusi portal https://epgo.moe.gov.my/\nCara Membuat Semakan eGTukar\nUntuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://epgo.moe.gov.my/. \nLogin eGTukar dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No Kad Pengenalan.\nKlik bahagian semakan untuk mengetahui keputusan pertukaran.\nSetelah selesai, klik pada bahagian \u2018Log Keluar.\u2019 \n\nAnda juga boleh download manual pengguna eGTukar 2.0 dalam file pdf seperti berikut\nmanual_pengguna_am_e-GTukarDownload\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut atau masalah teknikal seperti Login eGTukar atau mengenai sistem e-Gtukar sila hantar email ke [email\u00a0protected]. \nJika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:\n\nPejabat Pendidikan Daerah\n\nPermohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nJabatan Pendidikan Negeri\n\nPermohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\u2013 Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nBPLTV\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional\n\n\nBPI\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.\n\n\nBPSBP\n\nPermohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh\n\n\nBPKHAS\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional\n\n\nBSKK\n\nPermohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.\n\n\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nBagaimana jika KATA LALUAN saya tidak diterima? Pemohon boleh menghubungi pegawai unit sekolah di PPD/JPN untuk mendapatkan bantuan berkaitan. Bagaimana jika saya terlupa KATA LALUAN saya? Pemohon boleh merujuk panduan seperti di atas. Pemohon juga boleh menghubungi pegawai unit sekolah di PPD/JPN untuk \u2018reset\u2019 kata laluan pemohon Bagaimana jika saya telah melengkapkan permohonan saya dan Pengetua / GB saya juga telah membuat pengesahan tetapi saya ingin membetulkan data atau membuat perubahan dalam permohonan saya? Pemohon boleh memohon secara rasmi (melalui surat, dsb) kepada pihak PPD/JPN untuk membatalkan permohonan yang telah dibuat dan kemudian pemohon boleh membuat permohonan baharu. Proses ini mesti dilakukan dalam tempoh permohonan pertukaran di e-GTukar \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tekun-nasional-geran-bantuan-banjir-keluarga-malaysia/", "title": "TEKUN Nasional | Cara Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM 3000", "body": ["\n\n", "\nTEKUN Nasional | Cara Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM 3000 ~ Sukacita dimaklumkan, Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional kini dibuka untuk permohonan. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dan cara permohonan.\u00a0\nTEKUN Nasional, Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia\nGeran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang mempunyai premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.\u00a0\nBantuan ini berbentuk one-off dan tidak perlu dibayar semula bagi membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.\nSyarat Permohonan\u00a0\nGeran ini disediakan untuk;\u00a0\nPerniagaan informal \u2013 iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)Perniagaan mikro \u2013 iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.\nBerumur 18 tahun dan ke atas.\nTerbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.\nPremis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.\nNOTA: Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan kad pengenalan individuSalinan Penyata bank individuSalah satu daripada laporan berikut:Laporan PolisBombaNADMAAgensi MEDACPemimpin TempatanPenghuluJawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan\nTarikh Akhir Permohonan\nGeran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.\nCara Permohonan\u00a0\nPermohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut:\n\n\n\n\nSecara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm\u00a0Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara.Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://tinyurl.com/geranbbkm\u00a0\nATAU, kunjungi cawangan TEKUN di: https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/\u00a0\nRujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/insentif-pengusaha-homestay-chalet-johor/", "title": "Permohonan Insentif Pengusaha Homestay & Chalet Johor RM1000", "body": ["\n\n", "\nPara pengusaha homestay dan chalet di Negeri Johor yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan Bantuan one-off sebanyak RM1000 menerusi Insentif Pengusaha Homestay & Chalet.\nUntuk makluman, bantuan one-off ini diberikan melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni bin Mohamad melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 pada 10 Jun 2021 yang lalu.\nMenerusi pakej ini, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.74 juta disediakan bagi membantu penggiat sektor pelancongan\u00a0termasuk pengusaha homestay dan chalet di negeri tersebut.\nPermohonan bagi Insentif Pengusaha Homestay & Chalet ini telah dibuka mulai 15 Jun dan akan ditutup pada 30 Jun 2021.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan kepada pengusaha homestay dan chalet yang layak adalah sebanyak RM1000 secara one-off.\nSyarat Permohonan\nTerdapat 2 sahaja syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu:\n\n\n\n\nPemohon mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay Negeri Johor (bagi permohonan homestay); atau pemohon mestilah berdaftar dengan persatuan yang diiktiraf di Negeri Johor.Pemohon diwajibkan\u00a0untuk membuat pendaftaran program vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan dan sertakan bukti pendaftaran vaksin di dalam aplikasi MySejahtera/saluran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.\nCara Memohon\nPara pengusaha homestay dan chalet yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://johortourism.org/.Klik butang \u2018Pengusaha Homestay/Chalet\u2019 di bahagian sektor pelancongan.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan. Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan.Bukti telah membuat pendaftaran sebagai Ahli Persatuan Homestay Negeri Johor atau pengusaha chalet boleh membuat pendaftaran bersama persatuan yang terdapat di negeri Johor.Salinan Penyata Bank.Bukti premis\nTarikh Pembayaran\nPemohon yang diluluskan permohonan mereka akan mendapat bayaran tersebut secara berperingkat mulai Julai 2021. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Insentif Pengusaha Homestay & Chalet ini, sila layari Facebook Toursim Johor di pautan https://www.facebook.com/tourismjohor. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-agihan-bina-rumah-guru-kafa-negeri-kedah/", "title": "Skim Agihan Bina Rumah GURU KAFA Negeri Kedah", "body": ["\n\n", "\nTerkini Skim Agihan Bina Rumah \u00a0Guru KAFA Kedah 2022 telah dibuka. Permohonan adalah dibuka bagi suami atau isteri Guru KAFA menetap atau bermastautin di negeri Kedah.\nGuru-guru KAFA yang telah berkeluarga, belum mempunyai rumah dan berminat boleh memohon skim ini.\nPembiayan ini di uruskan melalui Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad & Lembaga Zakat Negeri Kedah.\nPermohonan boleh dibuat mulai 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.\nSyarat Permohonan Skim Agihan Bina Rumah GURU KAFA Negeri Kedah\n\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.Memiliki geran tanah sendiri yang didaftarkan atas nama pemohon.Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIM\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan yang perlu disediakan pemohon adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.Salinan geran tanah yang disahkan.\nCara Mohon\nLayari laman web\u00a0https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.Di bahagian \u201cSkim Agihan Bina Rumah\u201d muat turun borang permohonan.Isi borang dengan menggunakan HURUF BESARPastikan semua maklumat diisi.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Agihan Bina Rumah Guru KAFA Negeri Kedah, sila layari laman web\u00a0https://www.zakatkedah.com.my/\nSoalan Lazim (FAQ)\nSiapa yang layak memohon skim ini.\nBagi tahun 2022, LZNK dan BIMB membuka tawaran ini kepada GURU KAFA sahaja.\nApakah syarat permohonan skim zakat ini?\nWarganegara Malaysia.Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dariRM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB\nBilakah permohonan ini dibuka?\n1 Julai \u2013 22 Julai 2022.\nBerapakah harga sebuah rumah ini?\nRM 57,000\nRM 63,000 (bagi daerah Langkawi sahaja)\nBerapa kos yang ditaja oleh LZNK?\nLZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00. manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.\nBerapa Kos Pembiayaan Peribadi (pinjaman) di Bank Islam?\nKos Pembiayaan Peribadi adalah 50% dari kos sebuah rumah. Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.\nJika tanah tersebut atas nama pasangan, adakah saya layak memohon?\nLayak, tanah mestilah milik pemohon atau pasangan sahaja\nJika tanah tersebut atas nama ayah, adakah saya layak memohon?\nTidak layak, hanya tanah atas nama pemohon yang layak dipertimbangkan.\n*Dicadangkan pemohon membuat proses memasukkan nama dalam geran terlebih dahulu bagi membolehkan permohonan ini dibuat.\nSaya bekerja sebagai guru KAFA di Kedah, tetapi hutang saya melebihi 75% gaji, adakah saya layak memohon.\nTidak layak\n\n\n\n\nGaji saya sebagai guru Kafa adalah RM 1,200, manakala pasangan saya sebagai Guru Sekolah Kerajaan berpendapatan RM 3,000, adakah saya layak memohon?\nTidak layak, kerana tidak cukup syarat. Pendapatan seisi rumah melebihi RM 3,000.00 sebulan.\nSaya bekerja di Pulau Pinang, tetapi tanah di Kedah, adakah saya layak memohon?\nTidak layak kerana tidak melepasi syarat, iaitu menetap dan bekerja di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.\nSaya seorang Ibu tunggal, bekerja sebagai guru Kafa, adakah layak memohon?\nLayak jika cukup syarat.\nSiapakah yang TIDAK LAYAK untuk memohon?\nBukan warganegara Malaysia.Pendapatan kasar isi rumah melebihi RM 3,000.00 sebulan (Gaji kasar)\nBagaimana cara untuk membuat permohonan?\nKlik borang di pautan berikut: https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun/\nBagaimanakah kaedah membuat permohonan?\nLengkapkan borang LZNK dan BIMB, dapatkan pengesahan penolong amil dan hantar ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.\nJika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat?\nAnda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (klik muat turun surat tersebut)Lengkapkan surat pengesahan pendapatan.Dapatkan pengesahan dari Penolong Amil Kariah\nAdakah asnaf di luar negeri Kedah layak untuk memohon skim zakat ini?\nTidak layak, bantuan ini dibuka untuk asnaf yang hanya tinggal dan berada di dalam negeri Kedah sahaja.\nSekiranya saya lahir di Perak dan menetap di Kedah melebihi 2 Tahun, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini?\nLayak bagi pemohon yang menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas dengan syarat memiliki tanah sendiri di Kedah.\nJika saya lahir di Kedah tetapi menetap di luar Kedah seperti Perlis, adakah saya layak untuk memohon?\nTidak layak, kerana anda berada di luar negeri Kedah. Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk permohonan zakat.\nSaya berstatus bukan warganegara, akan tetapi sudah tinggal di Kedah melebihi setahun. Adakah saya layak memohon skim zakat ini?\nTidak layak kerana permohonan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.\nAdakah golongan bujang layak memohon?\nPermohonan ini hanya dibuka kepada asnaf yang bekeluarga sahaja.\nBilakah jangkaan skim bina ini akan dibuat jika layak?\nPembinaan akan dibuat pada akhir tahun\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/gaji-penjawat-awam/", "title": "Jadual\u00a0 & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2022", "body": ["\n\n", "\nJadual\u00a0 & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2022 ~ Tahun 2022 bakal menjelang tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 telah diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) baru-baru ini.\u00a0\nBerikut ialah Jadual\u00a0 & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia bagi tahun 2022.\u00a0\nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022\nTarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Sila rujuk jadual di bawah.\nBULANTARIKHHARICATATANJanuari25.01.2022Selasa\u00a0Februari25.02.2022JumaatTahun Baru Cina \u2013 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)Mac25.03.2022Jumaat\u00a0April25.04.2022Isnin\u00a0Mei25.05.2022RabuHari Raya Puasa \u2013 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)Hari Pesta Kaamatan \u2013 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)Jun24.06.2022JumaatHari Gawai \u2013 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)Julai25.07.2022IsninHari Raya Haji \u2013 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)Ogos25.08.2022Khamis\u00a0September23.09.2022Jumaat\u00a0Oktober18.10.2022SelasaHari Deepavali \u2013 24 Oktober 2022 (Isnin)November25.11.2022JumaatDisember19.12.2022IsninHari Krismas \u2013 25 Disember 2022 (Ahad) Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia \ne-Penyata Gaji Penjawat Awam (Slip gaji online)\nSistem e-Penyata Gaji menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan hanya untuk tempoh berikut sahaja:\n18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan\nSetiap individu/penjawat awam hendaklah memuat turun semua penyata gaji yang telah yang dikeluarkan (bagi tujuan simpanan) SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan.\u00a0\n\n\n\n\nHal ini kerana, sebarang permohonan untuk mendapatkan semula e-Penyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.\nUntuk mendapatkan e-Penyata Gaji, anda boleh layari laman web berikut: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/\nSelain itu anda juga boleh memuat turun aplikasi e-penyata gaji di App Store dan Play Store melalui carian \u201cePayslip JANM\u201d.\u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut untuk memuat turun PDF berkaitan; \nhttps://www.anm.gov.my/arkib-pengumuman/pengumuman/2021/arkib-berita-pengumuman-2021/11024-spanm-bil-5-tahun-2021-tarikh-dan-peraturan-pembayaran-emolumen-tahun-2022\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-kursus-pengurusan-cafe-barista/", "title": "Program Kursus Pengurusan Caf\u00e9 / Barista Percuma Anjuran Kampus Bandaraya Johor Bahru", "body": ["\n\n", "\nProgram Kursus Pengurusan Caf\u00e9 / Barista Percuma Anjuran Kampus Bandaraya Johor Bahru ~ Sukacita dimaklumkan Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Richiamo Coffee Sdn Bhd akan melaksanakan Program Kursus Pengurusan Caf\u00e9/Barista.\nKampus Bandaraya Johor Bahru diwujudkan bagi memberi latihan kemahiran buat belia melalui perlaksanaan program yang berteraskan kerjasama dengan majikan.\nBukan sekadar untuk menyediakan latihan serta sijil kepada pelajar, malah institusi ini mewujudkan persekitaran sebenar industri bagi menyediakan pelajar dengan situasi sebenar tempat kerja. \u00a0\nPeserta yang tamat kursus juga akan berpeluang untuk berkhidmat di Richiamo Coffee. \nBaca Juga : Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 : Peluang Kerja Sambil Belajar\nMaklumat Kursus Pengurusan Caf\u00e9/Barista\nProgram adalah bertempat di Kampus Bandaraya Johor BahruProgram ini berkonsepkan industy-oriented (belajar sambil bekerja/ Learn & Earn)Kursus terhad kepada 10 orang sahajaSijil tamat kursus akan disediakanTempoh kursus adalah kurang daripada 3 bulanWaktu latihan adalah mengikut sif sehingga petang \u2013 malamPendaftaran adalah percumaElaun bulanan sekurang-kurangnya RM 300 akan diberikanPenginapan tidak disediakan (program ini mengalakkan penyertaan belia Johor Bahru/Permas Jaya/Pasir Gudang atau yang berdekatan) Peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada peserta yang berminat dan tidak terhad kepada negeri Johor sahaja. (bergantung kepada kekosongan jawatan di cawangan Richiamo seluruh Malaysia)\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk sertai Program Kursus Pengurusan Caf\u00e9/Barista perlulah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut : \n1. Berumur dari 18 tahun hingga 35 tahun;\n2. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat(4M);\n\n\n\n\n3. Berperwatakan positif serta sihat mental dan fizikal;\n4. Belia setempat dialu-alukan; dan\n5. Mampu memberi komitmen sepanjang program.\nCara Memohon\nCalon yang beminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nMOHON KURSUS PENGURUSAN CAF\u00c9/BARISTA\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan\nEncik Megat Hafizi bin Megat Jamil \u2013 0149328231 (Kursus Penyajian)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sop-terkini-prosedur-masuk-ke-malaysia/", "title": "Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022| SOP Terkini", "body": ["\n\n", "\nProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022 | SOP Terkini ~ Sukacita dimaklumkan, bermula 1 April 2022 ini kerajaan telah bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi. Sehubungan dengan itu, mari kita lihat SOP terkini berkaitan pengumuman tersebut.\u00a0\nProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022\u00a0\nProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022 ini adalah sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19. Pengumuman pembukaan semula sempadan ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sebuah sidang media rasmi KKM.\u00a0\nBukan itu sahaja, laluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian juga telah dibuka dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin serta tidak perlu menjalani ujian PCR/RTK pada pra-pelepasan dan ketibaan.\nSOP Terkini Masuk Ke Malaysia\n\nProsedur ini dibahagikan kepada dua iaitu, sebelum berlepas dan selepas ketibaan.\u00a0\nSebelum Berlepas\nAnda diwajibkan untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera.\u00a0Lengkapkan borang pra pelepasan melalui ikon Traveller/Pengembara di MySejahtera.Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikanTidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikanPastikan anda lakukan ujian PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atas. Bekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), haya perlu menjalani RTK-Ag prefesionalPastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan bagi pengembaraan bagi bukan warganegara\nSelepas Ketibaan\nLakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaanJalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap atau tidak divaksinUjian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatanUjian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser test) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembaraKanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional\nNOTA: Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.\n\n\n\n\nDefinisi Status Vaksinasi Bermula 1 April 2022\nPengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:\nMemohon kelulusan kemasukanMenjalani kuarantinMelakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepasMelakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan\nKeistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-ptptn-2023/", "title": "Diskaun PTPTN 2023 Sebanyak 20% Belanjawan 2023", "body": ["\n\n", "\nInsentif diskaun PTPTN 2023 termasuk dalam belanjawan 2023 Malaysia Madani. Dalam memastikan semua aspek tidak ketinggalan termasuk dalam pendidikan, pembentangan Belanjawan 2023, menyentuh beberapa perkara berkaitan hal pendidikan turut dibentangkan bagi memastikan kualiti pendidikan di negara kita terus berkembang maju.\nTidak ketinggalan, isu bayaran balik PTPTN yang ditunggu oleh ramai pihak terutamanya para peminjam.\nMelalui pembentangan tersebut dalam inisiatif kedua, fokus Pembangunan Malaysia Madani, YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, juga Menteri Kewangan mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut syarat yang ditetapkan.\nDiskaun PTPTN 2023 Sehingga 20%\n\nPihak kerajaan telah sepakat untuk memberikan diskaun sehingga 20% * kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran bermula hari ini iaitu 1 Mac 2023.\nBagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM 1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. \nBaca juga : Bantuan e-Tunai Belia Rahmah\nPemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada peminjam.\nPembayaran boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MyPTPTPN atau laman rasmi PTPTN. Atau, anda boleh pergi ke kaunter PTPTN berdekatan anda.\nPastikan anda menyemak semula baki pinjaman anda selepas membuat pembayaran untuk mengelakkan sekiranya berlaku kesilapan.\nPerlaksanaan Diskaun Bayaran Balik PTPTN\nPelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 meliputi empat (4) kategori seperti berikut:\n\nDiskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;\nDiskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;\nDiskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan\nDiskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.\n\nSemua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini.\nPeminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN, portal rasmi PTPTN atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik.\nDiskaun Khas Untuk Pembayaran Direct Debit dan Menerusi Aplikasi\nPeminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) adalah layak mendapat diskaun 15 peratus secara automatik. \nManakala, peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.\nSelain itu, diskaun 5% juga diberikan bagi bayaran balik yang dibuat melalui aplikasi myPTPTN. \nPeminjam boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui \u201cApp Store\u201d bagi pengguna iOS, \u201cPlay Store\u201d bagi pengguna Android dan \u201cHuawei AppGallery\u201d bagi pengguna Huawei. \nTempoh Diskaun PTPTN\n\nPertama :\u00a0Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan\nKedua :\u00a0Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan \u2013 Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.\n\nSekiranya anda belum pernah membuat apa-apa bayaran balik, jangan risau. \nAnda boleh menyemak baki keseluruhan pinjaman anda anda serta kadar bayaran balik yang anda perlu bayar setiap bulan di laman web rasmi PTPTN. \n\n\n\n\nInsentif Lain Universiti /Graduan Dalam Belanjawan 2023\nMeningkatkan kesalinghubungan internet\nBagi menjamin keberkesanan pelajar IPTA dalam menuntut ilmu, sebanyak RM35 juta juga disediakan sebagai dana bagi meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).\nBiasiswa pelajar ke luar negara\nSelain itu, bagi menggalakkan pelabur asing melakukan pelaburan dan beroperasi di Malaysia, kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa menuntut. Hal ini kerana, kita kekurangan bakat tempatan yang mampu menjadi tarikan pelabur asing.\u00a0\nOleh itu, kerajaan akan meneruskan inisiatif pemberian biasiswa kepada lebih seribu pelajar setiap tahun untuk bidang kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar-pelajar ini juga dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat tersebut\nSelain daripada potongan diskaun ptptn, ada banyak lagi insentif dan bantuan yang telah di umumkan oleh YAB Perdana Menteri. Anda boleh menyemak ringkasan bajet melalui Intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani\nDisamping itu, kerajaan juga dalam Belanjawan 2023 memberikan peruntukan untuk ; \n\nSektor Pendidikan \u2013 Peruntukan Kementerian Pendidikan (2023: RM55.2 b;2022: RM52.6 b)\nSektor Pendidikan Tinggi \u2013 Peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi (2023:RM15.3 b; 2022: RM14.5 b)\nKemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera (RM6.6 b)\n\n Melalui Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Peneraju dan UniversitiTeknologi MARA\nAkses kepada pinjaman pendidikan dan peluang mengikuti bidang profesional\n\n\n\nSemoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun ptptn 2023 sebanyak 20% (Belanjawan 2023),anda boleh layari: https://www.ptptn.gov.my/\nPeminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:\n\nCareline\u00a0PTPTN di 03 \u2013 2193 3000(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)\nLive Chat di www.ptptn.gov.my\ne-Aduan di\u00a0https://eaduan.ptptn.gov.my\nEksekutif Pemasaran PTPTN di\u00a0https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn\nMedia Sosial Rasmi @PTPTNOfficial\n\nSoalan Lazim F.A.Q\nSampai bilakah tawaran diskaun PTPTN Belanjawan 2023 ini? Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan Apakah insentif kepada peminjam PTPTN dalam belanjawan 2023? Pertama :\u00a0Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulanKedua :\u00a0Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan \u2013 Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 Adakah peminjam yang telah tamat pengajian Diploma dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah layak mendapatkan insentif ini? Tidak layak. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman peringkat Ijazah yang masih aktif ditamatkan. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan. Siapakah yang layak mendapat diskaun 20% ini? Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 layak mendapat insentif ini. Bagaimanakah cara untuk peminjam mendapatkan baki keseluruhan hutang pinjaman? Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi melalui Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama), myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/). \nAnda boleh rujuk penuh senarai Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-jasa-ann-joo/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo Peringkat Ijazah Muda", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo \u00a0kini di buka untuk pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohoan ini boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan sebelum 15 Oktober 2022\nBiasiswa Yayasan Jasa Ann Joo\n\nYayasan Jasa Ann Joo (\u201cYayasan\u201d) telah ditubuhkan pada April 2018 untuk menyumbang kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, status dan agama dengan menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang Teknikal/Kejuruteraan, Perakaunan/Kewangan, Gunaan Sains, dan Sains Komputer/Teknologi Maklumat daripada universiti/institusi TVET tempatan.\u00a0Yayasan ini membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik dan juga terlibat dalam usaha untuk melindungi dan memelihara alam sekitar\nBaca juga : Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia yang layak berumur tidak melebihi 23 tahun pada masa permohonan.Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan/Perakaunan/Kewangan/Sains Gunaan/Sains Komputer/Teknologi Maklumat pada tahun kedua (ke-2) dan seterusnya.Pencapaian akademik yang kukuh secara konsisten dengan PNGK minimum 3.0 untuk semester sebelumnya dalam kursus Ijazah atau purata minimum 60% untuk 6 kertas pertama ACCA mereka pada masa permohonan.Mahir berbahasa Inggeris dan memiliki kemahiran komunikasi yang kuat, sifat positif & kemahiran kepimpinan.Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan.Tidak boleh memegang biasiswa/pinjaman lain pada masa ini atau terikat kepada/atau menerima bantuan/anugerah kewangan daripada mana-mana perbadanan/institusi/yayasan atau badan kerajaan lain.\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo\nPeringkat 1: Pemohon dikehendaki memuat turun dan melengkapkan borang permohonan dengan menyerahkan dokumen berkaitan kepada\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0sebelum tarikh tutup permohonan.Peringkat 2: Semua permohonan yang dikemukakan akan disemak oleh Sumber Manusia Kumpulan (GHR) untuk memastikan semua kriteria kelayakan dipenuhi.Peringkat 3: Pemohon yang disenarai pendek akan ditemu duga oleh panel penemuduga daripada Sumber Manusia Kumpulan (GHR) dan Ketua Unit Perniagaan.Peringkat 4: Pemohon yang disenarai pendek dari Peringkat 3 kemudiannya akan menjalani pembentangan dalam mana-mana format yang dikehendaki dan sesi Soal Jawab dengan Jawatankuasa Biasiswa.\n\nYJAJ_Scholarship_Application_form_2022_v1Download\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo, anda boleh layari laman web\u00a0http://www.annjoo.com.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/mybayar-saman/", "title": "Mybayar Saman Cara Semak & Bayar Saman PDRM Secara Online", "body": ["\n\n", "\nRamai lagi tak tahu kemudahan Mybayar Saman iaitu kemudahan semakan dan pembayaran saman trafik PDRM secara online. Portal rasmi ini yang telah dibagunkan Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan trafik PDRM untuk kemudahan pembayaran saman dalam talian. Mybayar Saman mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding kaedah\u00a0 bayaran sedia ada.\n\u00a0Insiatif oleh JPST ini, salah satu usaha menuju kearah ekosistim digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah demi memnuhi ekspetasi orang ramai\nMelalui laman ini, semakan dan bayaran saman boleh dilakukan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Jika anda belum pernah menggunakan portal ini, berikut adalah cara langkah demi langkah bagaimana untuk membuat pembayarannya, dalam masa kurang dari 5 minit!\nCara Daftar Mybayar Saman\n\nUntuk pengguna baharu, pertama kali, anda perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan aplikasi ini. Cara pendaftaran adalah seperti berikut ;\nLayari laman website https://mybayar.rmp.gov.my/Tekan butang daftar pengguna baharuIsi maklumat peribadiIsikan pengesahan otpLog masuk di aplikasi mybayar saman\nMybayar Saman Check\nUntuk semakan jumlah saman terkini anda ;\nTekan butang semakan sanab di menu utamaButiran saman dipaparkan.notifikasi saman dipaparkan jika terdapat saman baharu\n\nAnda juga boleh dapatkan diskaun saman trafik pada masa-masa tertentu pihak PDRM melalukan promosi\nPembayaran\nUntuk melakukan pembayaran saman, anda boleh ikut langkah-langkah berikut ;\nTekan butang bayaran saman di menu utamaPilih saman yang hendak dibayarPilih mod pembayaranButiran transaksi pembayaran di paparkanSemak sejarah transaksi di paparan aktiviti\n\nMybayar Saman App\nSelain melalui portal website, anda juga boleh muat turun app Mybayar saman di playstore untuk pengguna android dan juga di Apps Store untuk pengguna iphone\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan juga komen mengenai portal Mybayar Saman, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/JSPTPDRM atau anda boleh hubungi melalui email [email\u00a0protected]Cawangan Pengurusan Saman,Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikIbu Pejabat Polis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 Kuala LumpurWaktu Operasi: 8.00AM \u2013 4.30PM\n\nSoalan Lazim F.A.Q\n1.Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?\nIndividu: rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.\n2.Apakah keperluan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?\nIndividu yang memenuhi syarat mesti mempunyai rekod atau transaksi dalam Sistem MyBayar.\n3.Bagaimana cara pengguna baru untuk mendaftar di portal MyBayar?\nPengguna baru boleh mengakses butang daftar dan akan terus ke halaman pendaftaran pengguna untuk mengisi semua butiran yang diperlukan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-industri-sukan/", "title": "TEKUN : Skim Pembiayaan Industri Sukan 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Skim Pembiayaan Industri Sukan 2022 diteruskan lagi menerusi bajet 2022. Kementerian Belia Dan Sukan melalui TEKUN Nasional memperuntukan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk suntikan modal bagi memulihkan penggiat industri sukan yang terjejas sejak pandemik covid-19 melanda.\nApakah itu Skim Pembiayaan Industri Sukan?\nSkim pembiayaan suntikan modal pusingan / tambahan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kepada operator / pengusaha fasiliti sukan.\nTerma Dan Syarat\nPerkaraPeneranganNilai PembiayaanDari RM1,000 to RM100,000Tempoh Bayaran BalikSehingga to 120 bulan (10 tahun)Kadar KeuntunganSebanyak 4% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.Sebanyak 2% setahun dengan syarat perlu mengemukakan pengesahan dari Kementerian Belia dan Sukan bagi atlet / bekas atlet kebangsaaan ( termasuk atlet paralimpik )SimpananSebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahunKaedah Penyaluran PembiayaanPindahan terus secara elektronik /\u00a0Electronic Fund Transfer\u00a0(EFT), cek atau apa-apa kaedah lain yang ditentukan oleh TEKUN\n\nKelayakan\nUsahawan mikro yang layak memohon harus memenuhi kriteria di bawah : \u200b\u200bWarganegara Malaysia Bumiputera / India.Berumur 18 \u2013 65 tahun ( Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun ).\u200bMempunyai daftar perniagaan (SSM), lesen atau permit yang sah daripada PBT. Bagi sektor Informal pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan menjalankan perniagaan daripada Ketua Kampung / Pengerusi JKKK atau Penghulu/Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) ATAU kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.\u200bTerlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.Bebas daripada sebarang tindakan kebankrapan.Syarikat Sdn. Bhd. dengan had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000.Baki pembiayaan sedia ada dengan TEKUN Nasional tidak melebihi RM100,000.Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.\u200b\nCara Permohonan\nUsahawan boleh menghantar permohonan melalui:Pejabat/Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon ATAULawati\u00a0Laman Web TEKUN\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Skim Pembiayaan Insutri Sukan, anda boleh terus ke pejabat cawangan TEKUN berhampiran anda atau menghubungi ;\nIbu Pejabat TEKUN NasionalMenara TEKUN, T5-01-01, Maju LinkJalan Lingkaran Tengah 257000 Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur\n\n\n\n\nWaktu OperasiIsnin \u2013 Khamis :\u00a0 8.30 pagi \u2013 5.30 petangJumaat\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0:\u00a0 8.30 pagi \u2013 5.00 petang\nNo. Telefon: 03-9059 8888No. Faks:\u00a003-9059 9292Emel:\u00a0[email\u00a0protected]Peta Google :\u00a0https://g.co/kgs/fPtthd\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-pelatih-skim-latihan-singkat-negeri-sembilan-plksk-mains-2022/", "title": "Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran untuk graduan yang berlum bekerja yang berminat untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS 2022.\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan membuat permohonan terbuka kepada graduan diploma & ijazah sarjana muda yang telah menamatkan pengajian di IPT Timur Tengah & tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 yang mempunyai surat senat. Keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan\nGraduan yang layak menyertai program ini akan menerima bayaran sebulan sebanyak RM1500 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1200 (Diploma) dan lain-lain manfaat\nTarikh Permohonan\n\nGraduan yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin).\nSyarat-Syarat Permohonan\nBagi graduan yang berminat untuk memohon, berikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ;\nWarganegara MalaysiaKeutamaan kepada anak-anak Negeri SembilanSihat tubuh badanBerkemahiran menggunakan komputerBertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat\n\nJenis-Jenis Latihan \nTerdapat 13 latihan yang ditawarkan menerusi Program PLKSK MAINS. Senarai latihan tersebut adalah seperti berikut :\nZakatWakafKaunselingEkonomiKewanganUkur BahanPentadbiran dan Sumber ManusiaKhidmat PelangganTeknologi MaklumatMultimediaMedia BaharuKorporatPengurus Mal (Harta Orang Awam)\n\nTempoh Program PLKSK MAINS 2022\nPeserta yang berjaya mendapat tawaran ini, akan menjalani latihan kontrak selama 12 bulan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan\nKelebihan / Kemudahan Yang Di Tawarkan\n\nPeserta-peserta program ini juga akan menerima kelebihan dan kemudahan seperti berikut ;\n\n\n\n\nBayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana MudaBayaran RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.Caruman KWSP dan PERKSEO.Tuntutan kerja lebih masa ( OT ), elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan\n\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan cara scan QR CODE pada gambar iklan atau dengan melayari pautan\u00a0https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda perlukan maklumat,sila layari laman web MAINS di pautan\u00a0https://www.mains.gov.my/.\nSoalan Lazim\n\nBilakah tarikh pendaftaran Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan PLKSK MAINS ?\nMulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin)\nBagaimana cara daftar \u00a0Program Pelatih Skim Latihan Singkat PLKSK MAINS ?\nIsi permohonan melalui pautan\u00a0https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsn-myauto-i-kempen-tahun-baru-2022-pembiayaan-kereta-baru-nasional/", "title": "BSN MyAuto/i : Kempen Tahun Baru 2022 Pembiayaan Kereta Baru Nasional", "body": ["\n\n", "\nKempen tahun baru BSN MyAuto/i 2022, pembiayaan pembelian kereta baru nasional minima RM25000. Warganegara yang berusia 21 tahun dan keatas berhajat untuk memiliki kereta baru nasional kini boleh membuat permohon dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).\nKempen ini adalah sempena tahun baru 2022. Tarikh promosi sah dari 1 Febuari sehingga 31 Mei 2022\n\u00a0\nApa Itu BSN MyAuto/i\n\nKemudahan ini diberikan kepada anda untuk membiayai sebahagian pembelian kenderaan. Setelah kemudahan diluluskan, suatu Perjanjian Sewa Beli akan dibuat di antara anda sebagai penyewa dan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai pemilik kenderaan tersebut. Kenderaan adalah milik BSN sehinggalah penyelesaian sepenuhnya pembayaran sewa beli. Kadar faedah bagi kemudahan Sewa Beli dikira berdasarkan kadar tetap atau terapung bagi tempoh kemudahan tersebut. Tempoh maksimum bagi kemudahan tersebut adalah 9 tahun sahaja. Operasi pembiayaan Sewa Beli kenderaan ini adalah di bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967\nBaca juga : Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) Sehingga RM300,000\nKonsep Syariah (BSN MyAuto-i)\nBerdasarkan kontrak\u00a0Al-Ijarah Thumma Al-Bai\u2019\u00a0(AITAB), yang merujuk pada dua kontrak; iaitu\u00a0Ijarah\u00a0dan\u00a0Bai\u2019, di mana perjanjian tersebut diambil secara berasingan dan mengikut turutan. Di bawah kontrak pertama, penyewa menyewa barangan dari pemilik barangan pada kadar dan tempoh sewaan yang dipersetujui. Selepas tamat tempoh sewaan, penyewa boleh memasuki kontrak kedua untuk membeli barangan tersebut dari pemilik barang pada harga yang dipersetujui.\n\u00a0\n\n\n\n\nTempoh Kempen\n1 Februari 2022 \u2013 31 Mei 2022\nKelayakan\n\nWarganegara Malaysia berumur 21 hingga 65 tahun (tertakluk pada umur persaraan semasa tamat pembiayaan).\nBekerja di sektor kerajaan dan swasta.\nPendapatan minimum RM3,000 sebulan.\nKhas untuk kereta buatan tempatan baharu kecuali kereta utiliti buatan tempatan baharu. (SUV).\n\n\u00a0\nDokumen Diperlukan\n\nBorang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon;\nSalinan Kad Pengenalan (depan & belakang);\nSalinan slip gaji untuk tiga (3) bulan terkini; dan\nSalinan Lesen Memandu yang sah minima lesen L\n\nKadar Keuntungan\n\n3 sehingga 5 tahun\u00a0 \u00a0 ~\u00a0 \u00a02.65%\n6 sehingga 7 tahun\u00a0 \u00a0 \u00a0~ 2.75%\n8 sehingga 9\u00a0 \u00a0tahun\u00a0 ~\u00a0 2.85%\n\n\u00a0\nKadar Keuntungan khas untuk kereta buatan tempatan baharu kecuali kereta utiliti buatan tempatan baharu (SUV).\nPembiayaan BSN MyAuto/i\nMargin Pembiayaan\n\nMinimum RM25,000\nMaksimum 90% dari harga atas jalan (OTR)\n\nSenarai untuk kereta nasional baharu (kecuali kenderaan utility sukan (SUV)\n\nPerodua -Myvi, Axia, Alza and Bezza\nProton- Saga, Iriz, Pesona and Exora\n\nCara Mohon\n\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari website https://www.bsn.com.my/CustomerCare/HighlightsPromotions/MyAutoCampaign2022\nAtau hadir ke cawangan BSN berhampiran anda\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BSN MyAuto/i, anda boleh layari laman web https://www.bsn.com.my/ atau hubungi talian 1300 88 1900\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-yayasan-ump-sarjana/", "title": "Biasiswa Yayasan UMP Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus & Mod Campuran Tahun 2022 Kini Dibuka", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, tawaran permohonan Biasiswa Yayasan UMP bagi Program Ijazah Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus dan Mod Campuran tahun 2022 telah dibuka. Tawaran ini dibuka bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana sama ada program Penyelidikan, Kerja Kursus mahupun Mod Campuran.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022\nPengenalan Yayasan UMP\nDalam membantu pembangunan pelajar Yayasan UMP menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif kepada para pelajar menerusi bantuan dan kebajikan.\nUsaha Universiti dalam mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan Universiti\nSyarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Penyelidikan\n\n\u00a0\n\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Penyelidikan mod SEPENUH MASA.\nKeutamaan kepada golongan B40\nPelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n\nBaca juga : Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Program Ijazah Sarjana Muda\n\n\n\nPelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa\nPelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6\nTempoh tajaan biasiswa ini dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan\nJika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester\n\n\u00a0\nSyarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Kerja Kursus & Mod Campuran\n\n\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara SEPENUH MASA yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.\nKeutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.\nPelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n\n\n\n\ni.\u00a0 Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\nii. Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\n\n\n\n\n\u00a0Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.\n\u00a0Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.\nJika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.\n\nCara Permohonan\n\nPermohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman dan Dermasiswazah Yayasan\nBorang Permohonan Biasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Penyelidikan (https://forms.gle/vRDat8fspRqXXkB3A)\nBorang Permohonan Biasiswa Program Ijazah Sarjana Kerja Kursus dan Mod Campuran\n(https://forms.gle/EASgx9Wxgezbngnu7)\nPermohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut:\n\n\nResume atau CV pelajar yang terkini\nTranskrip akademik Ijazah Sarjana Muda\nSlip gaji Bapa yang telah\nSlip gaji Ibu yang telah\nSlip gaji Penjaga yang telah\nSlip gaji Suami/Isteri yang telah\n\n\n\n\u00a0\n\nSetelah permohonan disemak oleh IPS dan didapati dokumen lengkap, satu temuduga akan dilaksanakan oleh\nIPS akan menghantar keputusan temuduga yang telah diperakukan oleh Dekan IPS mengikut keutamaan dan justifikasi untuk dipanjangkan kepada Pengerusi Yayasan UMP untuk\nSurat tawaran akan diberikan kepada pelajar setelah mendapat kelulusan oleh Pengerusi Yayasan\n\nSemakan Stasus Permohonan\n\nHanya pemohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.\nKeputusan permohonan Biasiswa Yayasan \u00a0Universiti Malaysia \u00a0Pahang dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.\nMana \u2013 mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus dan Mod Campuran Tahun 2022,boleh dibuat dengan menghubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke [email\u00a0protected]. Atau anda juga boleh layari laman sesawang https://www.ump.edu.my/\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/dividen-asb-2022/", "title": "Dividen ASB 2022 & Tarikh Pengeluaran Duit ASB 2023", "body": ["\n\n", "\nSemakan Dividen ASB 2022 beserta bonus boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online. Bagi urusan pengeluaran ASB online akan mengambil masa satu hari waktu bekerja untuk pemindahan dari akaun ASB ke akaun bank anda. Minima RM100 dan maksima pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 dan di hadkan kepada tiga kali pengeluaran dalam tempoh sebulan sahaja.\n\nManakala sekiranya anda berhajat untuk membuat pengeluaran duit ASB lebih daripada RM2,000 anda perlu hadir di kaunter atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Januari 2023.\nKadar Dividen ASB 2022 yang telah diumumkan adalah sebanyak sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, berjumlah 4.60 sen seunit selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit Dividen ASB 2021\nPengumuman oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang merupakan pemilik syarikat tersebut,telah dibuat pada 22 Disember 2022 pada pukul satu menerusi kenyataan media di facebook rasmi Amanah Saham Nasional Berhad dan tiada sidang akhbar dijalankan.\nIni merupakan pengumuman dividen ASB yang pertama dibawah Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim\nAmanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu jenis instrumen investasi yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji di Malaysia. ASB ditujukan khusus bagi orang Bumiputera atau penduduk asli Malaysia untuk membantu mereka menabung dan berinvestasi. ASB menawarkan dividen tahunan dan imbal hasil yang kompetitif, serta kemudahan dalam melakukan transaksi. \nASB merupakan sebuah dana pelaburan yang menawarkan pulangan yang stabil dan tinggi dengan risiko yang rendah. Dana ini terdiri daripada pelaburan dalam saham-saham Bumiputera dan instrumen kewangan lain yang sesuai dengan syariah.\nNamun, sebagai instrumen investasi, ASB juga memiliki risiko, sehingga penting bagi investor untuk memahami risiko tersebut sebelum memutuskan untuk berinvestasi.\nPermakluman Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022\nTarikh akhir penerimaan urus niaga melalui cek adalah pada 20 Disember 2022, manakala transaksi penukaran yang melibatkan ASN, ASN Imbangan 3 Global & ASN Equity Global adalah seperti jadual berikut ;\nBagi membolehkan pemegang unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata elektronik, pemegang unit adalah di nasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mel di jene-ejen atau cawangan ASNB\nTarikh Pengumuman Dividen ASB 2022\n\nTarikh : 22 Disember 2022 \nHari : Khamis \nMasa :- 1 : 00 tengah hari \n\nSejarah Tarikh Pengumuman Dividen ASB\nPada tahun 2020, tarikh dividen ASB diumumkan pada 23 Disember 2020.\nManakala bagi tahun lalu, penangguhan urusniaga pula bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 dan pengumuman dividen ASB diumumkan pada\u00a023 Disember 2021, jam\u00a09.45 pagi.\nBagi tahun ini pula penangguhan urusniaga ASB bermula 22 Disember 2022 sehingga 3 Januari 2022. Tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.\n\n\n\n\nTahun\nTarikh Dividen ASB diumumkan\n\n\n\n\n2020\n23 Disember 2020\n\n\n2021\n23 Disember 2021\n\n\n\nTarikh Pengkreditan Dividen ASB 2022 Ke Akaun Pendeposit\n\nPengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.\nAhli boleh membuat semakan menerusi myASNB mulai 1 Januari 2023.\nKetika ini, urus niaga ASB ditangguhkan untuk pengiraan pendapatan dan bonus dari 22 hingga 31 Disember 2022.\nUrusniaga boleh dibuat di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.\nKadar Dividen ASB 2021 & Tahun Sebelumnya\nPengumuman Dividen ASB 2021 yang di buat pada 23 Disember 2021\nSebagai rujukan, berikut di sertakan jumlah Dividen\u00a0ASB beserta bonus dari tahun 1990-2021\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\u00a0\u00a0\u00a0Kewangan Berakhir 31 Disember\nDividen + Bonus [sen/unit]\n\n\n\n\n2021\n4.25 + 0.75\n\n\n2020\n3.50 +0.75\n\n\n2019\n5.00 + 0.50\n\n\n2018\n6.50 + 0.05\n\n\n2017\n7.00 + 1.25\n\n\n2016\n6.75 + 0.5\n\n\n2015\n7.25 + 0.5\n\n\n2014\n7.50 + 1.00\n\n\n2013\n7.70 + 1.00\n\n\n2012\n7.75 + 1.15\n\n\n2011\n7.65 + 1.15\n\n\n2010\n7.50 + 1.25\n\n\n2009\n7.30 + 1.25\n\n\n2008\n7.00 + 1.75\n\n\n2007\n8.00 + 1.75\n\n\n2006\n7.30 + 1.25\n\n\n2005\n7.25 + 1.75\n\n\n2004\n7.25 + 2.00\n\n\n2003\n7.25 + 2.00\n\n\n2002\n7.00 + 2.00\n\n\n2001\n7.00 + 3.00\n\n\n2000\n9.75 + 2.00\n\n\n1999\n8.50 + 1.50\n\n\n1998\n8.00 + 2.50\n\n\n1997\n10.25 + 1.25\n\n\n1996\n10.25 + 3.00\n\n\n1995\n10.00 + 3.00\n\n\n1994\n9.50 + 4.50\n\n\n1993\n9.00 + 4.50\n\n\n1992\n7.50 + 5.00\n\n\n1991\n8.50 + 4.00\n\n\n1990\n8.00 + 6.00\n\n\n\nCara Kira Dividen ASB\nBagi anda yang ingin menyemak sendiri dan membuat kiraan berapa jumlah dividen beserta bonus yang bakal anda terima, anda boleh ikuti cara pengiraan berikut ;\nUntuk mengira dividen ASB, pertama anda perlu mengetahui jumlah unit ASB yang dimiliki, serta harga unit pada saat dividen dibayarkan.\nJumlah dividen yang diterima sama dengan jumlah unit yang dimiliki dikalikan dengan harga unit pada saat dividen dibayarkan.\nSebagai contoh, jika anda memiliki 30,000 unit ASB dan harga unit pada saat dividen dibayarkan adalah RM1.00, maka jumlah dividen yang akan anda terima adalah\n\n\n\n\n30,000 x RM1.00 = RM30,000.00.\nNamun, perlu diingat bahwa harga unit dan jumlah dividen yang dibayarkan dapat berubah dari waktu ke waktu.\n\u00a0Penting bagi anda untuk memantau perkembangan terkini dan menghitung ulang jumlah dividen yang akan anda terima sebelum memutuskan untuk menjual unit ASB anda.\nContoh Pengiraan\nFormula Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB:\nJumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar pengagihan\nPengiraan Bonus ASB:\n\u00a0Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar bonus\nKadar Dividen ASB 2022 + Bonus\n\nKadar dividen (Normal Reinvestment) = 3.35% \nBonus (Special Reinvestment) = 1.25%\nBonus khas (Special Bonus Dividend) =0.5%\n\nMaka pengiraan jumlah dividend an bonus yang bakal anda terima adalah seperti berikut ;\nAnda mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000 dari awal tahun Januari 2022. Jumlah yang anda perolehi adalah seperti berikut :-\n\nDividen\n\nRM100,000 x 3.35% = RM3,350\n\n\nBonus 1.25%\n\nRM100,000 x 1.25% = RM1,250\n\n\nBonus khas 0.5%\n\nBonus khas ini terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau dalam akaun ada 1 juta sekalipun, hanya dikira;\n0.5% x 30,000 = RM150 maksimum\n\n\n\nPENTING :\u00a0Anda akan mendapat dividen dan bonus sebanyak RM3,350 + RM1,250+RM150 = RM4,750 sekiranya tiada pengeluaran atas pelaburan dilakukan sepanjang 12 bulan pada tahun 2021. \nTetapi sekiranya anda ada membuat pengeluaran, maka jumlah dividen dan bonus akan dikira berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan\nSemakan Dividen ASB 2022\nUntuk membuat semakan secara online anda boleh berbuat demikian dengan cara melayari portal myASNB atau secara terus menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun melelui Google play untuk pengguna andoird App store dan juga menerusi AppGallery\nSekiranya anda belum pernah mendaftaran online, anda boleh ikuti langkah-langkah Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\nUntuk makluman anda, mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah\u00a0secara elektronik\u00a0kepada semua pemegang unit.\nPenyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB\u00a0www.asnb.com.my\nMaklumat Lanjut\nUrus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. \nPemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023\nUntuk info lanjut dan pengumuman kadar Dividen ASB, anda boleh ikuti facebook https://www.facebook.com/PNBmy.Official\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/maidam-bantuan-awal-pengajian-ipt-dalam-luar-negara/", "title": "MAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nMAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara (MAIDAM) akan dibuka bermula pada Februari 2022 ini.\u00a0\nMAIDAM: Bantuan Awal Pengajian Ipt Dalam Dan Luar Negara\u00a0\nBantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).\nBantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.\n\nSyarat Permohonan\nSila baca dengan teliti syarat kelayakan permohonan sebelum anda membuat permohonan.\u00a0\nPemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung.Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui fisabilillah dan miskin.Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA.Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.\nAnda boleh layari pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan: http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Syarat.aspx\nCara Membuat Permohonan\nAnda perlu mengisi borang permohonan online melalui pautan berikut: http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Permohonan_Login.aspx\n\n\n\n\nKemudian, serahkan borang permohonan yang telah dicetak di alamat berikut :\n1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM; ATAU\n2) Melalui pos di alamat Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah :\nKuala Terengganu: 09-630 30 30Marang: 09-618 33 17Hulu Terengganu:\u00a0 09-681 78 09Dungun: 09-845 28 10Kemaman: 09-859 45 45Setiu: 09-609 03 07Besut: 09-697 53 23Kerteh: 09-826 64 63Kuala Nerus: 09-662 2910\nAtau :\nYayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.\nTel: 09-6223500E-mail : [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/sabah-talent-entrepreneurship-program/", "title": "Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) Kursus Mobile Airconditioning Technician", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) kini dibuka untuk belia dan beliawanis Sabah yang berminat untuk menghadiri kursus Mobile Airconditioning Technician.\nProgram ini merupakan anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Peserta yang layak akan menerima kemudahan elaun, penginapan, makan minum, pakaian seragam dan perlindungan insuran berkelompok.\nMaklumat Kurus Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)\n\nUntuk sesi kali ini STEP menawarkan kursus berkaitan Mobile Airconditioning Technician. Peserta yang layak akan menjalani kursus secara bersemuka selama 3 bulan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah.\nKursus dijangka akan bermula pada 01 September dan tamat pada 30 November 2022\nKaedah Latihan\nProgram kursus Mobile Airconditioning Technician ini juga akan dijalankan secara;\nBersemukaBahasa MelayuPraktikal & Amali\n\nKemudahan Yang Disediakan\nPeserta-peserta kursus (STEP) akan menerima kemudahan seperti yang berikut sepanjang kursus berlangsung ;\nPenginapanElaun pelatihPakaian seragamMakan minumInsuran berkelompok\n\nSyarat Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program\nBerikut adalah syarat-syarat permohonan STEP;\n\n\n\n\nWarganegara MalaysiaBumiputera SabahLelaki dan WanitaBerkahwin atau BujangBerumur 18 \u2013 45 tahunSihat Tubuh BadanSekurang \u2013 kurangnya tamat (PMR/SPM)Berminat untuk menjadi usahawanMempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin\n\nDokumen di perlukan\nSalinan mykadSalinan sijil-sijil SKM atau setarasalinan lesen menandu kelas D/lesen motor kelas B2\nSalinan dokumen ini perlu di muat naik ketika mengisi borang permohonan online\nCara Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang pendaftaran online pada\u00a0 PAUTAN BERIKUT:-https://forms.gle/h6oAfUxNjkrJqw4F8Isi dan lengkapkan maklumat andaUpload Salinan dokumen yang diperlukanKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan anda\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat mulai 05 Ogos sehingga tarikh tutup permohonan pada 27 Ogos 2022 (SABTU)\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai pertanyaan mengenai, anda boleh layari facebook\nJPSM Negeri Sabah atau hubungi nombor 018-9621804 ( Puan Faizurina)\nSoalan Lazim F.A.Q\nApakah syarat Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program?\nWarganegara MalaysiaBumiputera SabahLelaki dan WanitaBerkahwin atau BujangBerumur 18 \u2013 45 tahunSihat Tubuh BadanSekurang \u2013 kurangnya tamat (PMR/SPM)Berminat untuk menjadi usahawanMempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin\n\nBilakah tarikh tutup permohonan STEP?\n27 Ogos 2022\nApakah kemudahan yang untuk peserta disediakan Sabah Talent Entrepreneurship Program?\nPenginapanElaun pelatihPakaian seragamMakan minumInsuran berkelompok\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/majlis-tilawah-dan-hafazan-al-quran/", "title": "Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023", "body": ["\n\n", "\nDalam komitmen kerajaan dalam membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun (MTHQK) kembali lagi pada edisi ke-65.\nIa juga merupakan manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini.\nDianjurkan pertama kali pada tahun 1960, MTHQK bermatlamat dalam melahirkan generasi qurani di Malaysia yang memahami intipati Kitab Suci ini untuk diaplikasikan dalam amalan kehidupan seharian.\nAcara ini merupakan program tahunan dan dianjurkan secara bersama melalui kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta beberapa Jabatan / Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.\nMajlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) bermula dari 11 hingga 16 Jun 2023 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.\nBaca Juga : Kalendar Islam 2023 / 1444H JAKIM Malaysia (PDF)\n\nPenambahanbaikan Format Pertandingan \nSejak tahun 2020, penganjuran MTHQK telah mengguna pakai pelbagai teknologi terkini bagi melancarkan pengurusan serta memberikan lebih daya tarikan kepada acara ini.\nAntara penambahbaikan dalam format pertandingan yang turut diperkenalkan dalam MTHQK 2023 ini adalah :\n\nPeserta Tilawah wajib membaca dua (2) lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.\nPeserta Hafazan pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa 2 minit. \n\nSiaran Televisyen dan Live Streaming Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M\nMajlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 juga akan bersiaran secara langsung di saluran TV1 RTM, TV Al-Hijrah, radio-radio milik RTM, radio IKIM FM, WEB TV JAKIM (www.jakim.tv).\nAnda juga boleh menonton secara online streaming di beberapa platform seperti laman Facebook Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia dan JAKIM bermula jam 9.00 hingga 10.30 malam.\nPenyertaan MTHQK 2023\n\nMTHQK 2023 dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 112 peserta daripada seluruh negeri.\u00a0\u00a0 \nSecara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan (8) peserta iaitu dua (2) peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam (6) peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran.\n\n\n\n\nPenglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah perserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari.\nHafazan pula bakal menyaksikan seramai 80 orang perserta, dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam 3 kategori seperti berikut iaitu:\n\nKategori Pertama = 10 Juzuk (14 lelaki dan 13 wanita)\nKategori Kedua = 20 Juzuk (14 lelaki dan 14 wanita)\nKategori Ketiga = 30 Juzuk (13 lelaki dan 12 wanita)\n\nKesemua peserta berumur di antara 10 hingga 25 tahun.\nPenjurian\nSeramai 32 hakim terlibat iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah.\u00a0 Manakala para huffaz pula akan dinilai oleh 15 hakim.\u00a0\u00a0 ]\nJemaah hakim akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.\u00a0 \nAspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan tarannum.\n\nHadiah Untuk Johan Tilawah & Johan Hafazan\nJohan tilawah dan johan hafazan 30 juzuk akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000. Kadar baharu bermula pada tahun 2023 di mana johan tahun 2022 mendapat hadiah wang tunai RM 15,000.\nAcara ini bakal menyaksikan seorang Qari dan seorang Qariah akan dinobatkan sebagai pemenang.\nJohan peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun ini akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan pada 19 hingga 24 Ogos 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini mengenai Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023, sila ikuti laman media sosial JAKIM seperti berikut :\n\nFacebook \nTwitter \nYoutube \n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-perjanjian-sewa-kenderaan/", "title": "Contoh Surat Perjanjian Sewa Kenderaan Yang Mudah & Lengkap", "body": ["\n\n", "\nBagi mereka yang mempunyai kenderaan dan ingin menyewakan kereta tersebut kepada orang lain, maka Surat Perjanjian Sewa Kenderaan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kenderaan tersebut diserahkan kepada penyewa kereta.\nSurat perjanjian ini adalah sebagai dokumen yang memberikan kebenaran untuk penyewa kenderaan untuk menggunakan kenderaan tersebut dalam tempoh tertentu. \nLazimnya, kenderaan yang biasa disewa oleh orang awam adalah kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal. \nWalaupun penyewaan tersebut dilakukan dalam tempoh yang singkat, namun surat perjanjian perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah timbul seperti kerosakan, kemalangan, dan sebagainya.\nOleh kerana itu, surat perjanjian ini mesti disediakan oleh tuan kenderaan sebelum menyerahkan kenderaan kepada penyewa.\nKepentingan Surat Perjanjian \nSurat perjanjian ini penting bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut:\nMengelakkan penyewa tidak bertanggungjawab terhadap kenderaan yang disewa.Menyatakan butiran mengenai tanggungjawab kedua-dua belah pihak.Mengenal pasti identiti penyewa kenderaan terbabit.\nTanggungjawab Tuan Kenderaan & Penyewa\nDalam penyewaan kenderaan, kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab sebelum membuat perjanjian penyewaan kenderaan iaitu:\ni) Tanggungjawab Tuan Kenderaan\n\n\n\n\nMemastikan cukai jalan dan insurans adalah masih dalam tempoh.Memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan.Memastikan kereta dalam keadaan yang bersih.\nii) Tanggungjawab Penyewa\nMemastikan kederaan digunakan dalam keadaan yang elok dan baik.Menyerahkan semula kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak menggunakan kenderaan tersebut untuk tujuan jenayah.Bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan tersebut. \nButiran Surat Perjanjian\nDalam Surat Perjanjian Sewa Kenderaan, terdapat beberapa butiran yang perlu ditulis di dalam surat perjanjian ini iaitu:\nNama penyewaNama tuan KenderaanNo kad pengenalan penyewa Alamat penyewaJenis/model kenderaanNo. Pendaftaran kenderaanTempoh sewaanKadar sewaanTanggungjawab penyewaTandatangan penyewa\nContoh Surat Perjanjian\nContoh Surat Perjanjian Sewaan Kenderaan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti berikut:\ni) Contoh surat perjanjian 1\n\nii) Contoh surat perjanjian 2\n\nBacaan Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyewaan kenderaan terutamanya sewaan kereta, sila ikuti video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=Bpgu5CbepKg.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/10-individu-terkaya-malaysia-2023/", "title": "10 Individu Terkaya Malaysia 2023 (Forbes)", "body": ["\n\n", "\nTop 10 individu terkaya di Malaysia 2023 senarai Forbes, meletakkan Tan Sri Robert Kuok dengan nilai kekayaan AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion) sebagai orang terkaya di Malaysia 2023.\nBoleh dikatakan, Tan Sri Robert Kuok merupakan individu paling kaya di Malaysia sepanjang zaman yang tidak pernah lagi di pintas nilai kekayaanya setakat ini.\nLahir pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru, beliau berasal dari keluarga Cina Malaysia yang terkenal dalam bidang perniagaan dan pembinaan kapal.\nKuok memulakan kerjayanya sebagai pembeli gula dari Thailand dan menjualnya di Malaysia pada tahun 1949. Kemudian, beliau membina kerjaya perniagaan dengan melabur dalam pelbagai sektor seperti perladangan kelapa sawit, perhotelan, pengangkutan, dan media massa. Syarikat terbesar Kuok Group, yang beribu pejabat di Hong Kong, terlibat dalam pelbagai perniagaan termasuk perladangan kelapa sawit, perikanan, perhotelan dan hartanah, pengangkutan, perdagangan beras, dan lain-lain\n10 Individu Terkaya Malaysia 2023 Menurut Forbes\n\nForbes Malaysia Rich List diterbitkan setiap tahun dan mencatat kekayaan bersih individu-individu terkaya di Malaysia berdasarkan penilaian majalah tersebut. Kriteria yang digunakan oleh Forbes Malaysia dalam menentukan kekayaan individu-individu tersebut termasuklah nilai saham yang dimiliki, jumlah aset dan kekayaan tunai, dan juga kepemilikan syarikat.\nBerikut senarai top 10 individu terkaya di Malaysia 2023 ;\nNoNamaUmurNilai KekayaanIndustri1Tan Sri Robert Kuok99 TahunUS$11.8 BillionKelapa sawit, perkapalan dan hartanah2Tan Sri Quek Leng Chan81 TahunAS$10.1 BillionPerbankan & hartanah3Tan Sri Ananda Krishnan85 TahunUS$5.2 BillionTelekomunikasi, media, perkhidmatan & gas4Tan Sri Koon Poh Keong61 TahunAS$4.0 BillionAluminium5Tan Sri Chen Lip, Keong75 TahunAS$2.8 BillionHartanah,tenaga & kasino6Datuk Lee Yeow Chor56 TahunAS$ 2.8 BillionKelapa sawit & hartanah7Tan Sri Lim Kok Thay71 TahunAS$ 2.3 BillionKasino8Wong Kie Chie75 TahunAS$ 1.8 BillionPelaburan9Tan Sri Lau Cho Kun87 TahunAS$ 1.7 BillionKelapa sawit & hartanah10Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary71 TahunAS$ 1.6 BillionKejuruteraan & automotif\nBerada di tempat kedua senarai 10 individu terkaya di Malaysia 2023, Tan Sri Quek Leng Chan merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia yang dikenali sebagai pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Hong Leong, sebuah konglomerat perniagaan yang beroperasi dalam pelbagai sektor termasuk kewangan, hartanah, hotel, perdagangan dan industri.\nTan Sri Quek Leng Chan dilahirkan pada 28 Ogos 1941 di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Adelaide, Australia pada tahun 1964 dan kemudian menyertai Kumpulan Hong Leong yang diasaskan oleh bapanya pada tahun 1963.\nSumber kekayaan Tan Sri Quek Leng Chan berasal daripada pegangan sahamnya dalam syarikat yang menjadi ahli Kumpulan Hong Leong. Syarikat-syarikat ini mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor seperti Hong Leong Bank, Hong Leong Assurance, GuocoLand, dan lain-lain.\nKekayaan Quek Leng Chan meningkat daripada AS$9.4 bilion pada tahun 2021, meningkat kepada AS$10.1 Billion pada 2023\nTan Sri Ananda Krishnan pula tersenarai di tempat ketiga keududukan 10 individu terkaya di Malaysia 2023, naik dua anak tangga daripada senarai top 10 individu terkaya di Malaysia 2022.\nTan Sri Ananda Krishnan adalah seorang pengusaha yang berasal dari Malaysia yang terkenal sebagai pendiri dan pemilik perusahaan telekomunikasi Maxis dan Astro. \nSumber kekayaannya berasal dari kepemilikan sahamnya di Maxis dan Astro, yang merupakan perusahaan terbesar di industri telekomunikasi dan media di Malaysia. Selain itu, ia juga memiliki investasi di beberapa perusahaan lain di berbagai sektor seperti minyak dan gas, hotel, dan hartanah.\nKedudukan seterusnya diraih Tan Sri Koon Poh Keong, yang merupakan mengasaskan Press Metal Aluminium pada 1986 yang juga merupakan pengeluar aluminium kedua terbesar di Asia Tenggara.\n\n\n\n\nTan Sri Chen Lip, Keong pula berada di tangga ke lima dari kumpulan NagaCorp, yang memegang lesen kasino di Phnom Penh, Kemboja turut berada dalam senarai Forbes tahun ini\nPewaris dan pengerusi IOI Corporation Berhad, sebuah syarikat yang terlibat dalam minyak sawit, hartanah dan hospitaliti iaitu Datuk Lee Yeow Chor tersenarai di tangga ke enam senarai 10 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2023. Sumber kekayaannya datang daripada pegangan sahamnya dalam IOI Corporation Berhad dan beberapa syarikat lain dalam sektor hartanah.\nTan Sri Lim Kok Thay CEO kepada Genting Berhad, merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pelancongan, perjudian dan hiburan. Sumber kekayaannya datang daripada pegangan sahamnya dalam Genting Berhad dan beberapa syarikat lain dalam sektor hartanah dan perjudian\nWong Kie Chie ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura yang merupakan pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Jumbo Group, sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor makanan dan minuman. Sumber kekayaannya datang daripada pegangan sahamnya dalam Kumpulan Jumbo dan beberapa syarikat lain dalam sektor makanan dan minuman.\nTan Sri Lau Cho Kun adalah ahli perniagaan dari Malaysia yang merupakan pengasas dan pemilik Hap Seng Consolidated Berhad, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri, hartanah dan perdagangan. Sumber kekayaannya datang daripada pegangan sahamnya dalam Hap Seng Consolidated Berhad dan beberapa syarikat lain dalam sektor hartanah. \nManakala di tangga kesepuluh senarai top 10 individu terkaya di Malaysia 2023, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan ahli perniagaan dari Malaysia yang memiliki saham majoriti dalam beberapa syarikat besar di Malaysia, seperti MMC Corporation Berhad, DRB-Hicom Berhad dan Malakoff Corporation Berhad. Sumber kekayaannya berasal daripada pemilikan saham dalam syarikat-syarikat ini dan perniagaannya dalam sektor pengangkutan, logistik dan tenaga.\nBeliau juga banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan seperti bantuan Biasiswa Albukhary International University\nBerikut pula senarai individu terkaya di Malaysia bagi tahun 2022 dan 2021\nTop 10 Orang Terkaya di Malaysia 2022\n\nTan Sri Robert Kuok \u2013 Pengasa Kuok Group\nTan Sri Quek Leng Chan \u2013 Pengerusi Hong Leong Bank\nTan Sri Poh Keong dan adik-beradik \u2013 Syarikat Aluminium Press Metal Bhd\nTan Sri Teh Hong Piow \u2013 Pengerusi Public Bank\nAnanda Krishnan \u2013 Mempunyai kepentingan dalam Maxis Bhd & Bumi Armada Bhd\nDatuk Lee Yeow Chor & Lee Yoew Seng \u2013 IOI Group\nTan Sri Chen Lip Keong \u2013 NagaCorp\nTan Yu Yeh & Tan Yu Wei \u2013 Mr DIY\nTan Sri Lim Kok Thay \u2013 Genting Group\nTan Sri Lau Cho Kun \u2013 Hap Seng Group\n\nTop 10 Individu Terkaya di Malaysia 2021\nBerikut pula senarai individu terkaya di Malaysia pada tahun 2021 yang berdasarkan Forbes Malaysia Rich List:\n\nTan Sri Robert Kuok \u2013 nilai kekayaan: $12.8 bilion\nTan Sri Quek Leng Chan \u2013 nilai kekayaan: $9.6 bilion\nTan Sri Teh Hong Piow \u2013 nilai kekayaan: $6.7 bilion\nTan Sri Lee Shin Cheng \u2013 nilai kekayaan: $4.6 bilion\nDatuk Seri Yeoh Tiong Lay \u2013 nilai kekayaan: $4.2 bilion\nTan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary \u2013 nilai kekayaan: $3.3 bilion\nTan Sri Lim Kok Thay \u2013 nilai kekayaan: $3.2 bilion\nTan Sri Azman Hashim \u2013 nilai kekayaan: $2.7 bilion\nTan Sri Lau Cho Kun \u2013 nilai kekayaan: $2.3 bilion\nDatuk Seri Lee Oi Hian \u2013 nilai kekayaan: $2.2 bilion\n\nKriteria Penilaian\nKriteria yang digunakan oleh Forbes Malaysia dalam menentukan kekayaan individu-individu tersebut termasuklah nilai saham yang dimiliki, jumlah aset dan kekayaan tunai, dan juga kepemilikan syarikat. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat-syarikat kewangan dan penilai harta tanah yang mempunyai pakar-pakar dalam penilaian kekayaan dan mungkin juga mempunyai senarai orang terkaya di Malaysia berdasarkan kriteria dan metodologi yang berbeza\nUntuk senarai lengkap mengenai senarai individu terkaya di Malaysia 2023 juga boleh didapati di\u00a0https://www.forbes.com/malaysia\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/the-masked-singer-malaysia/", "title": "Keputusan Juara The Masked Singer Malaysia 2023 Musim 3 Full", "body": ["\n\n", "\nKeputusan Juara The Masked Singer Malaysia 2023 Final Musim 3\nTahniah juara Ayda Jebat\u00a0(Beta Fish)The Masked Singer Malaysia 2023 musim ketiga. Syamel (Nyoq Muda) tempat kedua dan tempat ke tiga Han Byul(Pizza Panas)\nSementara tempat ke -4Mimi Fly \u00a0(Dewi Angsa) dan tempat Hael Husaini(Brokoli) ke-5\nPersembahan peserta pada malam ini diadili oleh lapan orang juri tiaitu Elly Mazlein,Zul Ariffin,Sharnaaz Ahmad,Shuib Sepahtu,Emma Maembong,Didie Alias Atu Zero.Ella\nRancangan yang bersiaran selama 11 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.\nTahniah Ayda Jebat(Beta Fish) Juara The Masked Singer Malaysia 2023 musim ketiga\nJom dengarkan apa kata Ayda Jebat si Betta Fish\n\n\n\nUntuk video penuh pesembahan akhir the masked singer malaysia musim 3, anda boleh tonton video di bawah artikel ini\n\nSiapakah di sebalik maskot 5 finalis Piza Panas, Nyoq Muda, Dewi Angsa, Brokoli dan Betta Fish akhirnya teungkai sudah teka-teki selama 11 minggu TMSMY musim ketiga. Antara nama artis yang disebut oleh pengguna internet sebelum ini ialah Haqiem Rusli, Stacy, Ayu Damit, Nikki Palikat, Sam Bunckface dan Anding.\nPada musim lalu Juara The Masked Singer Malaysia telah dimenangi oleh Shila Hamzah si maskot Rambutan yang telah membawa hadiah trofi berona emas.\nSembilan selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Amy Mastur (Loipop),Datuk Malik Nor (Abang burger),Liza Abdullah (Kurita),Dato Jalaluddin Hassan (Manggis),Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), zizi Kirana (Bertih Janggung),Idayu AF (Mawar Berduri)\nJom mari kita imbas semula perjalanan musim ketiga #TMSMY dari minggu pertama hingga minggu 10\nPaada minggu ke-10 Idayu merupakan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik di Malaysia. Bagaimanapun benar seperti tekaan netizen, figura di sebalik maskot Mawar Berduri adalah Idayu.\nSayangnya tinggal seminggu lagi, Idayu tak masuk ke final\nMari dengarkan luahan hati Mawar Berduri..\n\n\n\nKeputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 9 Bertih Jagung Meletup hahaha\u2026Akhirnya Zizi Kirana tersingkir juga di minggu 9 ni.\nTiada rezeki, itulah ayat yang dapat diucapkan kepada Zizi Kirana iaitu figura di sebalik maskot Bertih Jagung\n\u201cMalam ni Bertih Jagung menyanyi out sikitlah, dah jangka dia tersingkir,\u201d\nAksi si Bertih Jagung bertahan di pentas The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY 3) hingga ke minggu 9 sahaja. \nPersembahanya pada minggu ini yang di lihat tidak menjadi, menyebabkan beliau menjadi peserta yang mendapat markah terendah.\nSelain Bertih Jagung, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Dewi Angsa dan Brokoli.\n\u201cSampai disini saja nasib si Bertih Jagung sebagi peserta The Masked Singer Malaysia 2023 selepas berjaya di kantoikan\u201c.\nMemang tak sangka betul lah..\nDah kantoi mari dengar apa kata si Bertih Jagung\n\n\n\nUntuk menonton video penuh persembahan minggu sembilan anda boleh tonton video di bawah sekali\nSementara itu mari kita imbas kembali keputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu pertama hingga minggu ke 9.\nBerikut kami kongsikan keputusan minggu pertama sehingga keputsan The Masked Singer Malaysia 2023 minggu 10\nDrama bersiri kini trending di Astro : Projek High Council\nFormat Program The Masked Singer Malaysia 2023\nUntuk musim ke 3 TMSMY masih lagi mengguna pakai format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.\nKesemua peserta TMSMY 3 akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.\nHanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.\nThe Masked Singer Malaysia 2023 berlangsung selama 10 minggu bermula pada 23 Disember 2022 dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).\nPara peserta terdiri daripada tokoh terkenal dari latar belakang berbeza, seperti penyanyi, pelakon, pengacara, atlet dan lain-lain lagi, akan bersaing untuk mendapat tempat teratas dengan memikat penonton dan juri hanya dengan suara mereka.\nPenilaian peserta akan dibuat oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal tempatan.\n Untuk terus merahsiakan identiti peserta daripada terdedah, hanya lapan anggota pasukan produksi yang diberi amanah dan kepercayaan mengetahui identiti sebenar di sebalik maskot.\nSetiap minggu, sebelum setiap persembahan, klip video yang mempunyai klu didedahkan kepada penonton sebagai petunjuk untuk meneka identiti setiap peserta. \nSelepas sahaja peserta membuat persembahan, 3 orang juri akan membuat tekaan dan menamakan 3 selebriti yang kemungkinan besar menjadi identiti di sebalik penyanyi bertopeng itu. \nPada akhir persembahan, seorang peserta dengan kedudukan terendah akan disingkirkan berdasarkan peratusan markah yang diberikan oleh para juri.\nIdentiti peserta tersebut kemudian akan didedahkan buat pertama kalinya. Satu-satunya peserta yang masih bertopeng hingga pusingan penyingkiran terakhir akan dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 2023\n\n\n\n\nSenarai Peserta The Masked Singer Malaysia 2023\nPeserta musim 3 menampilkan 15 peserta dengan maskot yang diberi nama \n\nMawar Berduri, \nKurita, \nSi Tangkis, \nBetta Fish, \nLollipop, \nBertih Jagung, \nZirafah,\n Abg Burger, \nMr Parrot, \nManggis, \nPizza Panas, \nBrokoli, \nNyoq Muda, \nDewi Angsa dan \nSi Mawas.\n\nSenarai Juri & Pengkritik\nThe Masked Singer Malaysia 3 kali ini, bakal menyaksikan seramai lapan orang personaliti yang bakal menduduki kerusi juri.\nBarisan juri tersebut adalah ;\n\nElly Mazlein, \nZul Ariffin, \nSharnaaz Ahmad, \nShuib Sepahtu, \nEmma Maembong, \nDidie Alias dan \nAtu Zero. \nElla\n\nManakala ratu rock tanah air Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut.\nPengacara\nBagi memeriahkan dan menghangatkan suasa The Masked Singer Malaysia 2023, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi di beri tanggungjawab sebagai hos untuk TMSMY musim ke 3 ini.\nSenarai Lagu Dan Keputusan The King of Mask Singer 3\nSetiap minggu Fuh.my akan menyenaraikan kemaskini senarai lagu tugasan mingguan dari minggu 1 hingga peringkat akhir untuk para peserta The King of Mask Singer 2023 dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu setiap minggu.Peserta TMSMY 3 akan dinilai sepenuhnya melalui\u00a0sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan\u00a0kriteria yang telah ditetapkan.\nPeserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu berpotensi untuk tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.\nKeputusan ini akan di nilai oleh peratusan daripada 9 orang juri\nSenarai Lagu & Keputusan The King of Mask Singer 2023 Minggu 1\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas It\u2019s Gonna Be Me N\u2019sync tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Permata Biru\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ella\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Since U Been Gone\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelly Clarkson\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bang Bang Bang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Big Bang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lelaki Teragung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dayang Nurfaizah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Le Gayi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Asha Bhosle\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kabut Serangkai Mawar\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zaiton Sameon\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sentuhan Listrikmu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk M.Nasir\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kurita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Di Dadaku Ada Kamu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amelina\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tari Tualang Tiga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dayang Nurfaizah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zirafah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ada Gajah Di Balik Batu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wali Band\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manggis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lemak Manis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Roslan Madun\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a013\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Abang Burger\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Joget Kenangan Manis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dato\u2019 Sudirman\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a014\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lolipop\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Can\u2019t Take My Eyes Off You\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lauryn Hill\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 15 Cik Mawas Mungkin Hari Ini Hari Esok Atau Nanti Anneth Delliecia Misha Omar TERSINGKIR \n\nMinggu pertama pun dah ada drama. Lain macam plot twist nya. Minggu pertama tiada penyingkiran. Sekali kena scam dah hahaha Maskot Si Mawas yang didedahkan identitinya iaitu Misha Omar sebenarnya merupakan juri yang ke-9 untuk the masked singer Malaysia musim 3\nSenarai Lagu & Keputusan The King of Mask Singer Minggu 2\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas Pelayaran May tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dipenjara Janji\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dato\u2019 Awie\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setelah Aku Kau Miliki\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Shima\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Puncak Kasih\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ziana Zain\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kurita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Joget Berhibur\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk Sri Siti Nurhaliza\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Smooth\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Santana ft Rob Thomas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Abang Burger\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bukan Kerana Nama\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk Ramli Sarip\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hatinya Tak Tahan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Noraniza Idris\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manggis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Blue Suede Shoes\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Elvis Presley\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pematah Hati\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nabila Razali\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perpisahan Terasing\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KRU\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Raikan Cinta\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk M. Nasir\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a013\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zirafah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kau Aku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Aizat Amdan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 14 Lolipop Sha Na Na Amy Mastura Datuk Leong Mun Yee TERSINGKIR \nSenarai Lagu & Keputusan The King of Mask Singer Minggu 3\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja Judika tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mimpi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0K-Clique\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Putus Terpaksa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ziana Zain\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Musa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0You Give Love a Bad Name\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bon Jovi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0I Don\u2019t Want to Miss a Thing\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Aerosmith\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa Nak Dikata\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0XPDC\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Boneka\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ernie Zakri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Simply The Best\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tina Turner\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hanya Di Radio\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Headwind\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kurita\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Yang Terindah Hanyalah Sementara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Erra Fazira\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zirafah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bila Resah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anuar Zain\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a012\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manggis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Blues Gang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 13 Abang Burger Mat Disko Datuk Sudirman Datuk Malek Nor TERSINGKIR \nSiapakah si Piza Panas ni ?? memang betul-betul hot dah masuk minggu ke-3 masih lagi mengunguli carta keputusan The Masked Singer Malaysia 2023. \nMinggu ini juga menampilkan Abang Burger tersingkir untuk ke minggu seterusnya. Tetap semangat dalam maskot yang berat & besar, tentunya lejen Dato\u2019 Malek Noor\nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 4\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas Kau Sakiti Amir Masdi tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ah Rindu Lagi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amelina\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Saat Hilang Cintamu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Siti Sarah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Siapa Tak Mahu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dato\u2019 Sri Siti Nurhaliza\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jerangkung Dalam Almari\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wings\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengerti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KRU\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kau Bunga Cintaku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anuar Zain\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Chandelier\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sia\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Biru Mata Hitamku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wings\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zirafah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tiara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kris\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manggis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hati Yang Luka\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Broery Marantika\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 12 Kurita Rindu Hetty Koes Endang Liza Abdullah TERSINGKIR \n\nRamai dah jangka tapi masih ragu-ragu. Nah sekali keluar memang betul Liza Abdullah dalam maskot Kurita!\nOrang dengar suara pun dah tahu, nak buat macam mana\u2026.~ Liza Abdullah seorang pelakon veteran yang tidak asing lagi di Malaysia\nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 5\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas Highway To Hell AC/DC tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0La Copa De La Vida\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ricky Martin\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lara\u00a0\u00a0\u00a0 Naim Daniel,Hael Husaini & Haqiem Rusli \u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Money\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lisa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Simalakama\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Vita Alvia\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ku Ikhlaskan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dato\u2019 Seri Vida\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kau Kekasihku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dato\u2019 Sri Siti Nurhaliza\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oh My Darling\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Alisha Chinai & Sonu Nigam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akulah Kekasihmu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Francissca Peter\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zirafah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Angguk-Angguk Geleng-Geleng\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ahli Fiqir\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 11 Manggis Si Gadis Ayu Black Dog Bone Dato\u2019 Jalaluddin Hassan TERSINGKIR \n\nSenarai Lagu & Keputusan The King of Mask Singer Minggu 6\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Betta Fish She\u2019s Gone Steelheart tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Cinta\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Marsha Milan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mencari Konklusi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hujan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Di Pintu Syurga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dayang Nurfaizah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Piza Panas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Havoc\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr. Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelesit Kota\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Search\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Si Tangkis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ramlah Ram\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orak Arek\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datuk Zainal Abidin\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hands Up\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02PM\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 10 Zirafah Lelaki Seperti Aku Alif Satar Norman Hakim TERSINGKIR \nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 7\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Mawar Berduri Rock You Like A Hurricane Scorpions tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bamboleo\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Gipsy Kings\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jangan Bersedih Lagi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anuar Zain\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Piza Panas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Balqis\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Siti Nurhaliza\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Laksamana Raja Di Laut\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Iyeth Bustami\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sepi Sekuntum Mawar Merah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ella\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mr Parrot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Believer\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Imagine Dragons\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Girl On Fire\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Alicia Keys\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 9 Si Tangkis Angkara Siti Nordiana Amsyar Lee TERSINGKIR \n\nGeleng kepala dan hanya mampu tertawa Zul Ariffin selepas di tanya mengenai individu di sebalik maskot Si Tangkis.\nReaksi itu diberikan Zul kerana terkejut dan tidak sangka bahawa Si Tangkis merupakan seorang lelaki iaitu Amsyar Lee yang sememangnya popular dengan bakat meniru suara artis.\nJujur cakap saya tak kenal dan tak tahu sangat pasal si Amsyar Lee ni ~Zul Ariffin\nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 8\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Dewi Angsa Objection Shakira tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Piza Panas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sampai Syurga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Faizal Tahir\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Drama\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nikki Palikat. Ning Baizura & Yanie\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertih Jagung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bohemian Rhapshody\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Queen\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kejoraku Bersatu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Search\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Teman Pengganti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Black & Malique\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kasih Latifah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Spider\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 8 Mr Parrot Seberapa Pentas Sheila on 7 Ajai TERSINGKIR \n\n\u201cWow betul-betul Ajai ya, aku yakin dan berapa minggu dengar suara dia macam Zarul,\u201d\nSelain Mr Parrot, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah pada minggu ke 8 adalah Brokoli dan Mawar Berduri.\nSebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Si Tangkis adalah:\n\nElly Mazlein \u2013 Ajai\nZul Ariffin \u2013 Ajai\nMisha Omar \u2013 Ajai\nShuib \u2013 Ajai\nElla \u2013 Ajai\nSharnaaz Ahmad \u2013 Ajai\nEmma Maembong \u2013 Ajai\nAtu Zero \u2013 Ajai\nDidie Alias \u2013 Ajai\n\nTMSMY3 dijurikan oleh Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero, Emma Maembong dan Misha Omar.\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 8 Full Video\nUntuk menonton the king of mask singer 2023 minggu 8 Full anda boleh menonton menerusi video di bawah yang dibawahkan oleh AstroGempak\n\n\n\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 8 Part 1\n\n\n\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 8 Part 2\nSenarai Lagu & Keputusan The King of Mask Singer 2023 Minggu 9\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Mawar Berduri Sedalam Mana Cintamu Safura tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Piza Panas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sudah Ku Tahu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Projector Band\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0What\u2019s Up\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04 Non Blondes\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Matahariku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Agnes Monica\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua Jadi Satu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 Diva\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Helena\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0My Chemical\u00a0\u00a0\u00a0Romance\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 7 Bertih Jagung Akar & Bumi Amuk Zizi Kirana TERSINGKIR \n\nSelama sembilan minggu bertahan di pentas TMSMY3,Bertih Jagung merupakan antara maskot kegemaran juri dan juga netizen.\nTapi akan daya Zizi Kirana si Bertih Jagung yang menyampaikan lagu berjudul Akar Dan Bumi nyanyian kumpulan Amuk pada minggu ini akhirnya tersingkir.\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 9 Full Video\nUntuk menonton the king of mask singer 2023 minggu 9 Full anda boleh menonton menerusi video di bawah yang dibawahkan oleh AstroGempak\n\n\n\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 9 Part 1\n\n\n\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Minggu 9 Part 2\nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer 2023 Minggu 10\nSenarai lagu dan keputusan peserta yang tersingkir akan di kemaskini\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Piza Panas Eye Of The Tiger Survivor tidak diketahui MENANG \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sesal Separuh Nyawa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Datin Alyah\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Januari\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Glenn Fredly\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SELAMAT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jeritan Batinku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tan Sri P.Ramlee\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Conga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Gloria Estefan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tidak diketahui\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0TERCOROT\u00a0\u00a0\u00a0 6 Mawar Berduri Samar Bayangan Nicky Astria Idayu AF TERSINGKIR \nPersembahan Duet\n\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a01\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Brokoli vs Dewi Angsa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Marabahaya\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pop Shuvit\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mawar Berduri vs Betta Fish\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Heart Attack\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Demi Lovato\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pizza Panas vs Nyoq Muda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Gemuruh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Awie feat Amy Searc\u00a0\u00a0\u00a0\n\nSebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Mawar Berduri adalah:\n\nElly Mazlein \u2013 Idayu \nZul Ariffin \u2013 Idayu \nMisha Omar \u2013 Idayu \nShuib \u2013 Idayu \nElla \u2013 Idayu \nSharnaaz Ahmad \u2013 Idayu \nEmma Maembong \u2013 Idayu \nAtu Zero \u2013 Idayu Didie \nAlias \u2013 Idayu\n\nSelain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero serta Emma Maembong.\nManakala Ella Aminuddin merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. Minggu ini juga turut menyaksikan juri, Ella dan artis jemputan, Akim Ahmad memeriahkan TMSMY3 dengan menyampaikan lagu Baldu Biru\nSenarai Lagu & Keputusan The Masked Singer 2023 Musim 3 Final\n\u00a0\u00a0\u00a0Persembahan mengikut kedudukan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0No\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maskot\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu (Pusingan 1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lagu (Pusingan 2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Artis Duet Jemputan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyanyi Asal\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Identiti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan\u00a0\u00a0\u00a0 1 Betta FishTitaniumDavid Guetta ft SiaSalam TerakhirMarsha MilanDato\u2019 SudirmanAyda Jebat JUARA \u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0Nyoq MudaBukan rayuan gombalJudikaRegresa a M\u00edIdris BrownIl DivoShamel\u00a0\u00a0\u00a0NAIB JUARA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0Pizza PanasHilang naluriOnce MekelSri kandi cintakuAmir MasdiBloodshedHan Byul\u00a0\u00a0\u00a0KETIGA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0Dewi AngsaIkut rentakkuJaclyn VictorPenasaranSophia LianaKrisdayantiMimi Fly\u00a0\u00a0\u00a0FINALIS\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0BrokoliMy heart will go onCeline DionSenja nan merahErnie ZakriDato\u2019 Awie & Ziana ZainHael Husaini\u00a0\u00a0\u00a0FINALIS\u00a0\u00a0\u00a0\nThe Masked Singer Malaysia 2023 Final akan disiarkan pada malam ini 3 Mac 2023.\nTahniah Juara The Masked Singer Malaysia 2023 musim ketiga Ayda Jebat Betta Fish\n The Masked Singer Malaysia 2023 Minggu Akhir Full Video\nUntuk menonton the king of mask singer 2023 minggu akhir anda boleh menonton menerusi video di bawah yang dibawahkan oleh AstroGempak \n\n\n\n\n\n\n Anda boleh menonton rakaman secara langsung dan Siaran ulangan TMSMY 3 selain menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam, setiap Jumaat, anda juga boleh menonton di saluran\u00a0youtube AstroGempak\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tarikh-bayaran-i-citra-kwsp/", "title": "i-Citra KWSP: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021", "body": ["\n\n", "\ni-Citra KWSP: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021 ~ Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tarikh bayaran i-Citra KWSP bagi bulan November baru-baru ini.\u00a0\nInfo Pengeluaran i-Citra KWSP\nPengeluaran i-Citra telah diperkenalkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas.\nSemua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan boleh memohon.\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.\u00a0\nBayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan; RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpananBayaran minimum adalah RM50Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\nSemak Status Permohonan i-Citra\nSekiranya anda telah memohon namun belum menerima apa-apa bayaran, anda boleh semak status permohonan pengeluaran i-Citra dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:\u00a0\nLayari laman web rasmi i-Citra melalui pautan berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/\n 2. Klik \u201cSEMAK STATUS PERMOHONAN\u201d \u2013 kotak kedua.\u00a0 \n3. Lengkap maklumat yang diperlukan kemudian klik, \u201cSEMAK STATUS\u201d\n4. Status permohonan pengeluaran i-Citra anda akan dipaparkan.\u00a0\nSemak Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun\nSekiranya, permohonan i-Citra anda telah LULUS, anda boleh menyemak tarikh bayaran i-Citra melalui i-Akaun. Sila rujuk langkah-langkah di bawah:\nLayari laman web rasmi i-Akaun melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member \n(sekiranya anda telah memuat turun Apps i-Akaun, anda boleh login melalui aplikasi (apps) tersebut.\u00a0\n2. Masukkan ID dan Password anda untuk login. \n3. Pergi ke bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL dan klik \u201cWITHDRAWAL HISTORY\u201d\n\n\n\n\n4. Kemudian, klik pilihan \u201ci-Citra\u201d yang dipaparkan untuk melihat tarikh bayaran pengeluaran i-Citra anda.\u00a0\nPenting: Tempoh bayaran adalah mengikut seperti bayaran tarikh bulan pertama anda menerima bayaran. \nContohnya seperti, sekiranya anda menerima bayaran pertama pada 2 Ogos, maka bayaran bulan seterusnya akan diterima pada tarikh yang sama;\nAtau, maksimum dalam tempoh 2 minggu;\u00a0\nAtau, sebelum akhir bulan berkenaan.\u00a0\nTERKINI: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021\nSukacita dimaklumkan, bayaran i-Citra bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula pada 1 November 2021.\u00a0\nPengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.\n\nPenting: \u00a0Pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja sahaja. Oleh itu, kesabaran dan pertimbangan anda sepanjang proses pembayaran dilaksanakan amat dihargai.\nSebarang Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi;\nTalian KWSP: 03 \u2013 8922 6000Live Chat KWSP (Ask ELYA) : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us\nMasa Operasi: Isnin \u2013 Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang (kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pinjaman-komputer-pelajar-mara/", "title": "Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022", "body": ["\n\n", "\nSkim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022 telah di buka. Permohonan ini bagi membantu pelajar-pelajar MARA yang kurang berkemampuan untuk membuat pembelian komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.\nSkim Pinjaman Komputer MARA ini juga adalah bagi memenuhi keperluan pembelajaran pada ketika ini yang mana memerlukan pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian.\nApa Itu Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA)\nSkim Pinjaman komputer di wujudkan bagi membantu pelajar di Insitutsi Pendidikan MARA (IPMa) memilik komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran\nSyarat Kelayakan\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bumiputera dan warganegara MalaysiaPemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat persediaan /pra-universitit,sijil, diploma atau ijazah pertamaPemohon tidak menerima kemudahan pinjaman komputer dari badan penaja/pihak lainBaki tempoh pengajian tidak kurang satu tahun dari tarikh permohonan di buatPemohon layak memohon satu kali pinjaman bagi setiap peringkat pengajian\n*Nota : layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan\nBaca juga : Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah\nJumlah Pinjaman\nAmaun maksimum adalah sebanyak RM3,000 tertakluk kepada harga sebenar komputerPinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya\nPenjamin\nPinjaman ini memerlukan seorang penjamin\nSyarat Penjamin\nWarganegaraBerumur 21 tahun ke atasIbu/bapa/penjaga/ahli keluargaPendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500\nBayaran Balik Pinjaman\nPinjaman ini perlu di bayar balik sepenuhnyaPelajar tidak layak memohon pengurangan bayaran balik pinjaman iniBayaran boleh dibuat secara ansuran bulananTempoh maksimum bayar balik adalah 18 bulanBayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian\nCara Mohon\nPermohonan hendaklah di buat secara atas talian menerusi pautan aplikasi.mara.gov.my/skip bermula 04 april 2022 sehingga 18 april 2022Permohonan akan di proses dalam masa 3 bulan dari tempoh permohonan di buat. Sekiranya tiada maklumbalas berkenaan permohonan dalam tempoh tersebut.permohonan dianggap tidak berjayaSemakan status permohonan boleh dibuat melalui wakil person in charge (PIC) di institusi pengajian tinggi masing-masing\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022, anda boleh menghubungi ;\n\n\n\n\nBahagian Penganjuran Pelajaran\nTingkat 10, Ibu Pejabat Mara\n21, Jalan MARA,50609 Kuala Lumpur [email\u00a0protected]\nE-mail : [email\u00a0protected]\nWebsite : https://aplikasi.mara.gov.my/skip/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/anugerah-bola-sepak-kebangsaan/", "title": "Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22)", "body": ["\n\n", "\nAcara berprestij Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang telah berlangsung pada 15 Disember 2022. Malaysian Football League (MFL) telah menyempumpurnakan acara kemuncak ABK22 itu yang telah berlangsung secara virtual.Bagi peminat bola sepak tempatan ABK22 ini merupakan medan terbaik yang memberikan pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian bagi pelbagai pihak yang terlibat dalam kanca arena bola sepak tanah air terutamnya kepada pemain dan jurulatih sepanjang musim Liga Malaysia tahun ini.\nMusim 2022 juga pasti menjadi musim yang sangat menarik selepas 2021, yang mana pertandingan piala FA tidak dapat dilaksanakan susulan pandemik Covid-19.\nSehingga kini pertandingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Liga Premier dan Piala FA berjalan dengan jayanya, Manakala TM Piala Malaysia kini sedang rancak berlangsung menuju ke peringkat saigan suku akhir.\n16 Kategori ABK22 Yang Di Pertandingkan\n\nMFL pada kali ini menawarkan 16 kategori untuk di pertandingkan. Kategori\u00a0Gol Terbaik Liga Malaysia 2022\u00a0pula merupakan kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini di mana keputusan akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.\n\n\n\n\nBil\nKategori Yang Dicalonkan\n\n\n\n\n1\nPenjaring Terbanyak Liga Super 2022\n\n\n2\nPenjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022\n\n\n3\nPenjaring Terbanyak Liga Premier 2022\n\n\n4\nPenjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022\n\n\n5\nPenjaga Gol Terbaik\n\n\n6\nPertahanan Terbaik\n\n\n7\nPemain Tengah Terbaik\n\n\n8\nPenyerang Terbaik\n\n\n9\nJurulatih Terbaik\n\n\n10\nPemain Muda Terbaik\n\n\n11\nPemain Import Terbaik\n\n\n12\nPasukan Terbaik\n\n\n13\nAnugerah Fair Play\n\n\n14\nFan XI\n\n\n15\nGol Terbaik Liga Malaysia 2022\n\n\n16\nPemain Paling Bernilai (MVP)\n\n\n\n\nBagi anugerah kasut emas pula, berbeza daripada tahun sebelumnya yang hanya menetapkan hanya seorang pemenang pemain yang menjaringkan gol paling banyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia. Pemenang Anugerah Kasut Emas ABKK22 pula akan diberikan kepada 4 orang pemenang yang layak iaitu ;\n\nPenjaring Terbanyak Liga Super 2022,\u00a0\nPenjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022,\u00a0\nPenjaring Terbanyak Liga Premier 2022\u00a0\nPenjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022\u00a0\n\n\nMusim ini juga, bakal menjadi tahun terakhir di mana anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan untuk saingan Liga Super dan Liga Premier akan diberikan.\nSenarai Calon Penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022\n\nPencalonan bagi penerima ABK22 telah di pilih daripada 667 pemain, seramai 386 telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.\nSetiap pemain dipilih mengikut kategori dan posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.\nKeputusan undian akan dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media.\nBerikut adalah senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh kategori.\n\n\n\n\n\nCALON PENJAGA GOL TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nAhmad Syihan Hazmi\nNegeri Sembilan FC\n\n\n2.\nFarizal Marlias \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n3.\nFikri Che Soh \nKelantan United FC\n\n\n4.\nIzham Tarmizi Roslan \nJohor Darul Ta\u2019zim II\n\n\n5.\nKalamullah Al-Hafiz \nPJ City FC\n\n\n6.\nKhairul Fahmi Che Mat\nSabah FC\n\n\n7.\nNik Amin Ahmad (Kelantan FC)\nKelantan FC\n\n\n8.\nRahadiazli Rahalim (Terengganu FC)\nTerengganu FC\n\n\n9.\nSamuel Somerville (Selangor FC)\nSelangor FC\n\n\n10.\nSuhaimi Husin (Terengganu FC)\nTerengganu FC\n\n\n\nCALON PERTAHANAN TERBAIK\n\n\n\n\n\nCALON PERTAHANAN TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nAhmad Khuzaimi Piee \nNegeri Sembilan FC\n\n\n2.\nAzam Azmi Murad \nTerengganu FC\n\n\n3.\nDominic Tan \nSabah FC\n\n\n4.\nIrfan Zakaria \nKuala Lumpur City FC\n\n\n5.\nKamal Azizi Zabri \nKuala Lumpur City FC\n\n\n6.\nLa\u2019Vere Corbin-Ong \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n7.\nMatthew Davies\nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n8.\nNasrullah Haniff Johan \nNegeri Sembilan FC\n\n\n9.\nShahrul Nizam Ros Hasni \nTerengganu FC\n\n\n10.\nShahrul Saad \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n\nCALON PEMAIN TENGAH TERBAIK\n\n\n\n\n\nCALON PEMAIN TENGAH TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nAfiq Fazail \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n2.\nAkram Mahinan \nKuala Lumpur City FC\n\n\n3.\nBaddrol Bakhtiar \nSabah FC\n\n\n4.\nBrendan Gan\nSelangor FC\n\n\n5.\nDavid Rowley\nSri Pahang FC\n\n\n6.\nMukhairi Ajmal Mahadi \nSelangor FC\n\n\n7.\nNatxo Insa \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n8.\nNor Azam Abdul Azih \nSri Pahang FC\n\n\n9.\nRyan Lambert \nKuala Lumpur City FC\n\n\n10.\nZhafri Yahya \nKuala Lumpur City FC\n\n\n\nCALON PENYERANG TERBAIK\n\n\n\n\n\nCALON PENYERANG TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nArif Aiman Hanapi\nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n2.\nDarren Lok \nPJ City FC\n\n\n3.\nFaisal Abdul Halim \nTerengganu FC\n\n\n4.\nJ. Partiban \nKuala Lumpur City FC\n\n\n5.\nNor Hakim Hassan \nSelangor FC\n\n\n6.\nNur Shamie Iszuan Amin \nSarawak United FC\n\n\n7.\nNurshamil Abd Ghani \nKelantan FC\n\n\n8.\nS. Kumaahran \nPJ City FC\n\n\n9.\nSyafiq Ahmad \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n10.\nWan Fazli Wan Ghazali \nTerengganu FC II\n\n\n\nCALON PEMAIN MUDA TERBAIK\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCALON PEMAIN MUDA TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nArif Aiman Hanapi \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n2.\nAysar Hadi Shapri \nJohor Darul Ta\u2019zim II\n\n\n3.\nAzam Azmi Murad \nTerengganu FC\n\n\n4.\nDaryl Sham \nJohor Darul Ta\u2019zim II\n\n\n5.\nHaqimi Azim Rosli \nKuala Lumpur City FC\n\n\n6.\nMukhairi Ajmal Mahadi \nSelangor FC\n\n\n7.\nRahadiazli Rahalim \nTerengganu FC\n\n\n8.\nRuventhiran \nPJ City FC\n\n\n9.\nSyahir Bashah \nSelangor FC\n\n\n10.\nT. Saravanan \nPenang FC\n\n\n\nCALON JURULATIH TERBAIK \n\n\n\n\n\nCALON JURULATIH TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Jurulatih\nKelab\n\n\n1.\nBadrul Afzan Razali \nTerengganu FC II\n\n\n2.\nBojan Hodak \nKuala Lumpur City FC\n\n\n3.\nDato\u2019 Dollah Salleh \nSri Pahang FC\n\n\n4.\nDatuk Ong Kim Swee \nSabah FC\n\n\n5.\nHector Bidoglio \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n6.\nK. Devan \nNegeri Sembilan FC\n\n\n7.\nMariano Echeverria \nJohor Darul Ta\u2019zim II\n\n\n8.\nNafuzi Zain \nTerengganu FC\n\n\n9.\nP. Maniam \nPJ City FC\n\n\n10.\nRezal Zambery Yahya \nKelantan FC\n\n\n\nCALON PEMAIN IMPORT TERBAIK\n\n\n\n\n\nCALON PEMAIN IMPORT TERBAIK\n\n\n\n\nBil\nNama Pemain\nKelab\n\n\n1.\nBergson da Silva \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n2.\nCaion \nSelangor FC\n\n\n3.\nFernando Forestieri \nJohor Darul Ta\u2019zim\n\n\n4.\nGustavo \nNegeri Sembilan FC\n\n\n5.\nHerold Goulon \nNegeri Sembilan FC\n\n\n6.\nKevin Ray Mendoza \nKuala Lumpur City FC\n\n\n7.\nManuel Hidalgo \nSri Pahang FC\n\n\n8.\nPark Tae-su \nSabah FC\n\n\n9.\nPaulo Josue \nKuala Lumpur City FC\n\n\n10.\nTchetche Kipre \nTerengganu FC\n\n\n\nKeputusan bagi kategori Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL. Bagi Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey \u00a0yang bermula minggu depan.\nKategori untuk Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Encik Kim Pan-gon. Daripada kalangan best of the best daripada pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang\n\nSenarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 Mengikut Kategori\n\nBagi kategori kategori\u00a0Penjaring Terbanyak Liga Super 2022\u00a0iaitu Bergson da Silva yang telah meledak 29 gol bersama manakala Darren Lok bakal menerima Anugerah\u00a0Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022\u00a0selepas berjaya menyumbang 10 gol bersama PJ City FC.\nPenyerang Kuching City FC, Abu Kamara pula yang telah menjaringkan 11 gol dinobatkan sebagai\u00a0Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022\u00a0manakala Daryl Sham (JDT II) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) pula masing-masing meraih gelaran\u00a0Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022\u00a0selepas meledak 9 gol.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n KATEGORI \n NAMA PEMENANG \n KELAB \n JUMLAH GOL \n\n\n\n\n Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 \n Bergson da Silva \n Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) \n 29 \n\n\n Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 \n Darren Lok \n PJ City FC \n 10 \n\n\n Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 \n Abu Kamara \n Kuching City \n 11 \n\n\n Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 \n Daryl Sham \n JDT I \n 9 \n\n\n Nurshamil Abd Ghani \n Kelantan FC \n 9 \n\n\nPenjaga Gol Terbaik\nAhmad Syinan Hazmi\nNegeri Sembilan FC\n\u2013\n\n\n Pertahanan Terbaik \nShahrul Saad\nJDT\n\u2013\n\n\n Pemain Tengah Terbaik \nAfiq Fadzail\nJDT\n\u2013\n\n\n Penyerang Terbaik \nArif Aiman Hanafi\nJDT\n\u2013\n\n\n Jurulatih Terbaik \nNafuzi Zain\nTerengganu FC\n\u2013\n\n\n Pemain Muda Terbaik \nArif Aiman Hanapi\nJDT\n\u2013\n\n\n Pemain Import Terbaik \nBergson Dasilva\nJDT\nBergson Dasilva\n\n\n Pasukan Terbaik \n\u2013\nJDT\n\u2013\n\n\n Anugerah Fair Play \n\u2013\nPJ City FC\n\u2013\n\n\n Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 \nMukairi Ajmal Mahadi\nSelangor\n\u2013\n\n\n Pemain Paling Bernilai (MVP) \nArif Aiman\nJDT\n\u2013\n\n\n\nBerikut pula keputusan senarai Fan Xi undian peminat bola sepak tanah air\n\nGol Terbaik Liga Malaysia \u2013 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022\n\nABK22 Undian GOL Terbaik Liga Malaysia 2022 telah dibuka. MFL telah menyenaraikan 15 jaringan gol sepanjang musim 2022. Peminat bola sepak Malaysia boleh mula membuat melihat video jaringan dan undian melalui pautan berikut https://www.surveymonkey.com/r/ABK22FANXI.\nTarikh tutup undian Undian pada Jumaat, 18 November jam 11:59 malam\n\n\n\n\nSenarai Penjaring Gol Terbaik\nPerlawanan\n\n\n\n\nAlif Hassan\nKuching City FC lwn Perak FC | LP09\n\n\nAmri Yahyah\nSabah FC lwn Kedah Darul Aman FC | LS06\n\n\nArif Aiman Hanapi\nJohor Darul Ta\u2019zim lwn Sabah FC | LS22\n\n\nAzwan Aripin\nSri Pahang FC lwn Penang FC | FA QF\n\n\nBergson da Silva\nJohor Darul Ta\u2019zim lwn Sabah FC | LS22\n\n\nBergson da Silva\nJohor Darul Ta\u2019zim lwn PJ City FC | PM R16-2\n\n\nFernando Forestieri\nNegeri Sembilan FC lwn Johor Darul Ta\u2019zim | LS08\n\n\nHabib Haroon\nTerengganu FC lwn Kuala Lumpur City FC | LS10\n\n\nMukhairi Ajmal Mahadi\nSelangor FC lwn Melaka United FC | LS19\n\n\nNjoku Jacob\nPerak FC lwn Kelantan United FC | LP01\n\n\nNor Azam Azih\nKuala Lumpur City FC lwn Sri Pahang FC | LS07\n\n\nNurshamil Abd Ghani\nPerak FC lwn Kelantan FC | LP05\n\n\nS. Kumaahran\nPJ City FC lwn Melaka United FC | LS01\n\n\nSean Selvaraj\nSelangor FC lwn Negeri Sembilan FC | LS14\n\n\nZhafri Yahya\nKuala Lumpur City FC lwn Penang FC | LS08\n\n\n\nKeputusan penuh ABK22 akan dikemaskini. Untuk mengundi siapakah pemenang bagi kategori Fan XI anda boleh membuat undian melalui https://www.surveymonkey.com/r/ABK22FANXI \u00a0Undian akan ditutup pada Jumaat, 18 November jam 11:59 malam\nPemenang bagi ABK22 Undian GOL Terbaik Liga Malaysia 2022 telah dimenangi oleh Mukairi Ajmal Mahadi, pemain kelab Selangor FC\nKeputusan penuh sebentar tadi telah menyaksikan Arif Aiman Hanafi bintang muda berumur 20 tahun itu, sekali lagi dinobatkan sebagai pemain MVP 2022, sekaligus berjaya mempertahankan gelaran MVP dimenangi musim lalu selepas mempamerkan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini bersama JDT dengan meledak lapan gol dan 16 bantuan jaringan.\nArif Aiman Hanafi juga memenangi dua lagi anugerah, iaitu anugerah penyerang terbaik dan pemain muda terbaik ABKK 2022.\nJohor Darul Takzim (JDT) pula, telah memenangi Anugerah Pasukan Terbaik, sekali gus mempertahankan kemenangan sejak musim 2018\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pengambilan-pegawai-kadet-atm-2022-untuk-lepasan-ijazah/", "title": "Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah", "body": ["\n\n", "\nPengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Pegawai Kadet Lepasan Ijazah Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera (ATM) kini dibuka.\nAngkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).\nCalon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk jalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai \u2013 Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.\nBaca Juga : Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3)\nSyarat Kelayakan Permohonan Pegawai Kadet ATM 2022\nCalon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM.\nKeputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.\nSyarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.\n\nCara Permohonan ATM 2022\nPermohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php\nPortal JMT adalah merupakan satu pencapaian inisiatif pendigitalan MINDEF kerana ini adalah permohonan, semakan dan tawaran pegawai ihktisas ATM secara atas talian yang pertama.\nSelain itu, pemohon dapat menyemak status daripada awal permohonan sehinggalah kepada peringkat penawaran berbanding dengan sebelum ini, pemohon hanya dapat mengetahui keputusan permohonan hanya di peringkat akhir saringan permohonan sahaja.\n\n\n\n\n\nPortal JMT memberikan perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan rakyat (Citizen-Centric) dengan menyediakan transaksi perkhidmatan yang lebih telus kepada rakyat dan mengaplikasikan persekitaran go-green serta eco-friendly.\nUntuk memuat turun panduan permohonan, sila ke pautan berikut:\nfile:///C:/Users/User/Downloads/jom%20masuk%20tentera%20panduan%20pengguna%20pengambilan.pdf\nATAU muat turun melalui fail PDF di bawah:\nPandua-Pengguna-HRMIS-ATMDownload\nTarikh Permohonan\nTarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster di atas.\nJika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 011-655 045 85\nLaman web rasmi Jom Masuk Tentera: https://jmt.mod.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsr-yayasan-pahang/", "title": "Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang RM300", "body": ["\n\n", "\nIbu bapa dari Negeri Pahang yang mempunyai anak yang sedang belajar di tahun 3 pada tahun 2022 ini, Yayasan Pahang telah membuka permohonan untuk Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) bagi pelajar Tahun 4 sesi 2023. \nUntuk makluman, BSR telah diperkenalkan sejak tahun 2002 dan diberikan kepada murid-murid Tahun 4 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Negeri Pahang\nPada peringkat awal BSR ini diperkenalkan, kumpulan sasar BSR adalah anak-anak dari keluarga miskin atau daif dengan pendapatan keluarga pelajar dibawah paras RM700 sebulan namun kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM2000 sebulan.\nYayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.\nSebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai\u00a0Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)\nPermohonan bagi BSR dibuka mulai 22 Ogos sehingga 07 Oktober 2022 secara atas talian.\n\n\n\n\n\nKadar Biasiswa\nSebelum tahun 2012, kadar biasiswa BSR yang diberikan kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM300. \nNamun, mulai tahun 2012, kadar baharu BSR telah dinaikkan kepada RM300 setahun bagi murid tahun 4 yang layak. \nSyarat Kelayakan\nIbu bapa yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.Anak Negeri Pahang Darul Makmur mestilah ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia dalah tidak layak memohonPemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di SK/SJKC/SJKT dalam Negeri Pahang Darul Makmur.Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah tidak layak memohon.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan BSR, permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah sahaja. Oleh itu, ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlulah mendapatkan borang permohonan melalui sekolah masing-masing.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web rasmi Yayasan Pahang iaitu\u00a0http://www.yp.org.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-ebelia/", "title": "Program eBelia Pemerkasa: Tebus Kredit eWallet RM150 Mulai 1 Jun 2021", "body": ["\n\n", "\nSelain Program Jaringan Prihatin, belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang layak akan menerima kredit eWallet sebanyak RM150 menerusi program eBelia Pemerkasa.\nUntuk makluman, program eBelia ini adalah sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu. \nTujuan utama program eBelia ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan pada belia dan pelajar IPT serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.\u2800\nPenebusan untuk program eBelia ini boleh mula dibuat dari\u00a01 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.\n\nAplikasi eWallet Terlibat\nTerdapat 4 aplikasi eWallet yang boleh ditebus menerusi program eBelia ini iaitu:\nBigPayBoostGrab PayTouch n Go eWallet\n\nSyarat Kelayakan\nPenerima kredit eWallet ini perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:\nBelia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atauBelia yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa dalam negara di peringkat diploma atau SKM4 ke atas.\nCara Penebusan \nUntuk membuat penebusan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi eWallet sama ada BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch \u2018n Go eWallet daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.Install dan daftar bagi pengguna baharu.Ikuti arahan yang disediakan bagi membuat verifikasi identiti pengguna.Masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Status penebusan akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya. \nSoalan Lazim\nApakah tujuan program eBelia ini dilaksanakan? Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan pada belia dan pelajar IPT serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.\u2800 Berapakah jumlah kredit eWallet yang bakal diterima melalui program ini? Jumlah kredit eWallet yang diterima melalui program eBelia adalah sebanyak RM150. Apakah aplikasi eWallet yang boleh membuat penebusan program eBelia? Terdapat 4 aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat penebusan iaitu BigPay, Boost, Grab Pay, dan Touch n Go eWallet. Bilakah saya boleh mula membuat penebusan? Penebusan kredit eWallet boleh mula dibuat mulai 1 Jun 2021. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain sila layari laman web\u00a0https://belanjawan2021.treasury.gov.my/index.php/ms/pemerkasa. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-ihsan-sekolah-sabah-bisbah/", "title": "Permohonan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan permohonan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) 2022 kini dibuka.\nBantuan ini merupakan inisiafit kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pihak sekolah dalam pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah.\nDi bawah inisiatif BISBAH, RM12 juta diperuntukkan untuk membantu\u00a0 1,500 sekolah di seluruh negeri memperoleh komputer, mesin pencetak, peralatan\u00a0 bantuan mengajar, meja dan kerusi.\nBantuan ini juga dipertimbangkan kepada sekolah-sekolah lain yang berdaftar seperti Mahaad Tahfiz, Madrasah, dan yang seumpama dengannya.\nKerajaan Negeri juga akan memberi pengiktirafan khas kepada pelajar cemerlang\u00a0 Sabah yang cemerlang dalam akademik.\u00a0\n\u201cPengiktirafan khas Kerajaan Negeri akan dikenali sebagai Anugerah Kecemerlangan\u00a0 Pendidikan Sabah (AKSA).\nApa Itu Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)\n\nMulai tahun 2022, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan bagi pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah dengan kos maksimum RM15,000.00 bagi setiap sekolah secara berperingkat. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kelengkapan bagi menambah kecemerlangan sekolah di Sabah. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta yang akan memberi faedah kepada lebih\u00a0 500 buah sekolah.\n\n\n\n\nKadar Bantuan BISBAH\nKos maksimum untuk bantuan ini adalah sebanyak RM15,000.00 bagi setiap sekolah secara berperingkat. Bantuan akan diberikan dalam bentuk peralatan kelengkapan keperluan sekolah\nJenis Bantuan Ihsan Sekolah Sabah\nBantuan kepada semua sekolah berupa pembekalan kelengkapan keperluan sekolah seperti:\ni. \u00a0 Komputer Mejaii. \u00a0Komputer Ribaiii. Printeriv. Projector LCD\n\nSyarat /Kriteria Bantuan\nSyarat-syarat dan kriteria kelayakan untuk memohon bantuan BISBAH Sabah ini adalah seperti berikut ;\nBantuan kepada semua sekolah kerajaan yang berupa pembekalan kelengkapan keperluan sekolah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajarBantuan juga dipertimbangkan kepada sekolah-sekolah lain yang berdaftara seperti mahaad tahfiz, madrasah, dan yang seumpama dengannya\n\nCara Permohonan\nMuat turun borang permohonan melalui pautan https://forms.gle/nmbWz77Pf1dwAF398Isi dan lengkapkan borang permohonanHantarkan permohonan dialamatkan kepada ;\nSetiausaha tugas-tugas khas\npejabat menteri tugas-tugas khas (PMTTK)\nAras 29, Blok A, Menara Kinabalu\n88450 Sabah\nTel : 088-369 872\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH),anda boleh layari website\u00a0https://mttk.sabah.gov.my/\u00a0atau hubungi nombor 088-369 872 atau emailkan pertanyaan anda ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bsn-myhome-program-perumahan-rakyat/", "title": "Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) Sehingga RM300,000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik, Bank Simpanan Nasional Berhad menawarkan pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat). Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap. Kini, anda boleh memiliki kediaman sendiri.\nWarganegara yang berminat boleh membuat permohonan pembiayaan BSN MyHome sehingga RM300,000 bergantung kepada terma dan syarat kelayakan.\n\u00a0\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian.\nApa Itu BSN MyHome ~Skim Pinjaman Perumahan Rakyat (PPR)\nIanya adalah Produk Pinjaman Perumahan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap dengan syarat-syarat pemohon seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional Berhad. Pembiayaan sehingga RM300,000\n\u00a0\nBaca juga : HDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022\nCiri-Ciri Manfaat\n\nPembiayaan sehingga RM300,000.\nMargin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & LTHOT).\nTempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.\n\n\u00a0\n\u00a0\nSyarat Kelayakan BSN MyHome ~Skim Pinjaman Perumahan Rakyat (PPR)\n\nWarganegara Malaysia berumur 18 \u2013 60 tahun\nPemohon Individu / Bersama\nMempunyai bukti bekerja sendiri\nPendapatan minimum RM1,000 sebulan\nUntuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja\nBagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja\nMasih belum mengambil pinjaman perumahan dengan lain-lain institusi kewangan\nWajib mempunyai akaun BSN Giro/i / BSN Giro/i account holder.\n\n\u00a0\nKadar Faedah / Interest\n\n\nTempoh pinjaman 30 tahun\nMargin pinjaman 90%\nIlustrasi di atas adalah berdasarkan hartanah siap, jumlah pinjaman RM120,000, dan tempoh 30 tahun\nContoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja. Ia mungkin tidak menunjukkan keadaan atau tanggungjawab sebenar untuk setiap produk BSN MyHome.\n\n\u00a0\nFi & Caj Bayaran Lain\n\nDUTI SETEM\nDokumen Utama \u2013 Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.\nDokumen-dokumen Lain \u2013 RM 10.00\n\n\u00a0\nCara Mohon\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Loans/bsn-myhome-ppr\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat), anda boleh melayari laman web www.mybsn.com.my / atau anda juga boleh hubungi ;\n\u00a0\n\n\n\n\nAlamat / Address : Pusat Khidmat Pelanggan, BSN\nTel : 1300 88 1900 / 03-2613 1900 (Luar Negara) / (Overseas)\nFaks / Fax : 03-2613 1888\nEmel / Email : [email\u00a0protected]\n\u00a0\nSoalan lazim\nApakah BSN MyHome (Skim Pinjaman Perumahan Rakyat )?\nIanya adalah Produk Pinjaman Perumahan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap dengan syarat-syarat pemohon seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional Berhad. Pembiayaan sehingga RM300,000\nBerapakah jumlah pinjaman BSN MyHome?\nDari RM25,000 hingga RM300,000\nApakah yang dimaksudkan dengan Kadar Asas (KA)?\nKA yang ditawarkan kami bagi produk ini terdiri daripada dua bahagian; Kos Dana [Cost of Fund (COF)] pada kadar tertinggi yang ditawarkan dan \u2018Mandated Holding Cost\u2019.\n\u00a0\nApakah senario yang mungkin menyebabkan perubahan pada Kadar Asas (KA)?\nKA boleh meningkat atau menurun disebabkan oleh perubahan pada COF dan Mandated Holding Cost. Perubahan pada COF dan Mandated Holding Cost boleh berlaku disebabkan oleh perubahan perancangan dan strategi perniagaan, keadaan pembiayaan pasaran umum dan Kadar Dasar Semalaman [Overnight Policy Rate (OPR)] seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, selepas mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi global dan domestik.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-semak-tempat-mengundi/", "title": "Cara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)", "body": ["\n\n", "\nCara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)\nSetiap warganegara yang berkelayakan mempunyai hak untuk memilih kerajaan bagi memerintah negara menerusi pemilihan wakil rakyat sebagai wakil di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.\nSebelum mengundi, anda perlu mendaftar untuk memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Sekiranya nama tiada dalam sistem daftar, anda tidak boleh mengundi.\nJadi, bagaimana untuk semak pendaftaran? Pastinya ramai yang ingin membuat semakan memandangkan pembubaran Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri bagi beberapa negeri telah dumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini.\nSemuanya boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian melalui portal MySPR Daftar. Di sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara semak tempat mengundi PRN serta kaedah pendaftaran untuk mengundi.\nBaca Juga : PRN 2023 Malaysia Tarikh Pilihan Raya 6 Negeri Terlibat\nTarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) Terkini\nDalam sebuah mesyuarat khas, SPR telah mengumumkan kekosongan kerusi berikutan pembubaran iaitu :\n\n36 kerusi Dewan Negeri Kedah\n43 kerusi Dewan Negeri Kelantan\n32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu\n40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang\n56 kerusi Dewan Negeri Selangor\n36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan\n\nSPR juga telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:\n\nTarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu)\nHari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)\nHari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)\nHari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)\n\nSyarat Kelayakan Mendaftar MySPR\nSyarat kelayakan bagi mendaftar sebagai pemilih adalah :\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 21 tahun ke atas.\nBermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan\nTidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.\n\nCara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)\nPara pengundi bagi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian bagi mengetahui maklumat pusat mengundi,\u00a0saluran mengundi\u00a0dan\u00a0nombor bilangan\u00a0mereka mulai\u00a017 Julai 2023 (Isnin).\nBerikut dikongsikan cara semak tempat mengundi menerusi portal MySPR :\n\nMuat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut\u00a0https://mysprsemak.spr.gov.my;\nKlik butang [Semakan Daftar Pemilih]\nIsikan nombor kad pengenalan 12 angka\nTekan butang \u2018Semak\u2019.\nMaklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.\nCetak dan simpan maklumat untuk rujukan.\n\n\nDi samping itu, anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan\u00a0http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.\n\n\nCara Daftar / Buka Akaun Baru Untuk Mengundi\n\nBerikut dikongsikan langkah-langkah untuk permohonan akaun baru :\nLangkah 1 : Permohonan Akaun Pengguna\n\nSila layari laman web\u00a0https://myspr.spr.gov.my\nUntuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.\nKlik pada \u2018Permohonan Akaun Baru\u2019.\nUntuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:\n\n\nNombor telefon bimbit yang sah\nEmel yang sah\nGambar depan kad pengenalan\nGambar swafoto bersama kad pengenalan\n\n5. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.\n6. Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.\n\n\n\n\n7. Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.\n8. Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.\nUntuk panduan memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.\n\nLangkah 2 : Aktifkan Akaun Pengguna\nApabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.\nLogin menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nLangkah 3: Isi Borang A\n\nSelepas berjaya login, klik \u2018Status Saya\u2019.\nSekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).\nIsi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang \u2018Hantar\u2019.\nAnda juga boleh rujuk manual di bawah untuk maklumat lanjut.\n\nPanduan-Pengguna-MySPRDownload\nCara Tukar Alamat Bagi Tempat Mengundi Secara Online\nKaedah pertukaran bahagian pilihan raya / tempat mengundi SPR adalah seperti berikut :\n\nSila layari pautan\u00a0https://myspr.spr.gov.my/login\nLog masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.\nKlik\u00a0Borang A\u00a0(Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.\nPilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.\nIsikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.\nMuat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.\nSemak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.\nAnda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.\nAnda akan menerima notifikasi\u00a0\u201cBorang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia\u201d\u00a0melalui e-mel.\n\n\nCara Daftar Sebagai Pengundi Secara Manual\nBagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:\n\nKaunter Pendaftaran PemilihIbu Pejabat SPR MalaysiaAras G, Menara SPRNo.2, Jalan P2T, Presint 262100 Putrajaya\nPejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri\nPejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara\nKaunter SPR yang dibuka melalui Program\u00a0Outreach\u00a0di kawasan tumpuan orang ramai\nPejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar NegeriSila klik pada\u00a0http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission\nPenolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan\n\nSila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:\nhttps://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr\nCara Mohon Tukar Alamat di MyKad\nPengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\nAnda boleh rujuk maklumat yang dikongsikan oleh JPN berdasarkan infografik di bawah.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai prosedur pendaftaran serta undian, sila layari https://www.spr.gov.my/\nAnda juga boleh hubungi SPR di No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018 atau ajukan soalan melalui sistem aduan di\u00a0http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ssdm-kpm/", "title": "SSDM KPM 2023 : Sistem Sahsiah Diri Murid", "body": ["\n\n", "\nSSDM KPM iaitu Sistem Sahsiah Disiplin Murid telah ditambah baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan merekod Kes Salah Laku Murid dan Merekodkan Amalan Baik Murid yang sebelum ini dikenali sebgai Sistem Salahlaku Disiplin Murid.\nDengan wujudnya Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) ini, ianya sekaligus dapat memberikan laporan kelakuan murid-murid ketika waktu sekolah. Ianya sudah pasti menjadi medium yang lebih mudah bagi para guru dan ibu bapa khususnya untuk mengetahui sasiah murid-murid ketika di sekolah.\nSelain itu KPM juga telah mewujudkan Portal Aduan Buli KPM di Sekolah\nApakah SSDM KPM ?\n\nSistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) ini merupakan pelaporan dalam web bagi tujuan merekodkan maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan.\nUntuk pengetahuan semua ibu bapa, SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) ini, merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh pihak KPM dimana tujuannya adalah:\n\nMerekodkan Kes Salah Laku Murid\nMerekodkan Amalan Baik Murid\n\nDengan adanya SSDM ini, ianya dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.\nMurid-murid yang mendapat rekod tinggi dalam pengisian amalan baik oleh guru dan AKP, akan diberikan anugerah oleh pihak sekolah.\nSebelum ini merit dinilai dari segi akademik dan PAJSK tetapi murid tingkatan 4 (2022 dan seterusnya), selain akademik (keputusan SPM) dan PAJSK, SSDM turut dikira.\nUPU= SPM+PAJSK+SSDM\nCara Login SSDM KPM\n\nUntuk log masuk sistem SSDM KPM, pengguna perlu layari wweb\u00a0https://ssdm.moe.gov.my/.\nSeterusnya masukkan no id dan kad pengenalan\n\nLupa Kata Laluan\nBagi kes lupa kata laluan SSDM, sila berhubung dengan JPN (Senarai Pegawai Disiplin Negeri)\nBerikut pula ringkasan perkongsian yang di buat oleh Cikgu Ilyana Aman Nor Yana mengenai SSDM\nMengapa Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) digunakan semua sekolah melalui surat pekeliling?\n\nmerupakan pengkalan data utama untuk mengukur sahsiah kemenjadian murid.\nMengawal disiplin murid dengan lebih berkesan\nMembuat intervensi berfokus untuk murid-murid\n\nSiapa yang boleh mengisi data SSDM\n\nPengetua\nGPK HEM\nGuru ( SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN)\nAKP\nKaunselor\n\nSiapa yang boleh akses maklumat SSDM SECARA TERPERINCI DAN TINDAKAN DALAM SSDM\n\nPENGETUA\nGPK HEM\nKGD\n\nKenapa Maklumat SSDM Tidak Dapat Diakses Secara Terbuka\n\n\n\n\n\nMaklumat murid adalah rahsia kerana memberi kesan kepada psikologi murid di sepanjang hidupnya\nTidak mahu guru /murid lain memandang negatif pada murid\nSekolah tempat bimbingan untuk membentuk sahsiah bukan tempat hukuman\n\nSiapa yang Perlu Ambil Perhatian?\n\nSemua guru terutama guru tingkatan\nIbu bapa boleh berbincang dengan sekolah status sahsiah anaknya dengan sekolah pada setiap masa kerana mempunyai data yang tepat\n\nMengapa guru-guru perlu mengisi SSDM\n\nMudah untuk mengawal pergerakan murid supaya tidak berlaku masalah disiplin\nMenjadi guru penyayang dengan memberi amalan baik sebagai ganjaran\nPerekodan untuk guru lebih mudah\nMembantu unit kokurikulum dan kurikulum untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar\n\nBagaimana sistem ini menilai sahsiah murid\n\nMurid mempunyai 5 tahap iaitu terpuji, amat baik , baik , perlukan perhatian dan perhatian serius\nSekiranya berada pada perlukan perhatian dan perhatian serius murid ini perlukan inteevensi dari semua pihak\nSeorang pelajar hanya memerlukan 20 amalan baik yang direkodkan di sepanjang persekolahan sekiranya tidak melakukan kes untuk mencapai terpuji ini bermakana 4 amalan baik sahaja sekurang-kurangnya setahun\n\nSekiranya guru tidak mengisi/ mengisi melebihi 7 hari daripada kes berlaku dalam SSDM\n\nUnit disiplin sukar untuk menyiasat kerana saksi/ mangsa mungkin lebih teruk keadaanya terutama kes buli.\n2. Unit SSDM tidak akan dapat data yang tepat pada setiap masa\n3. Intervensi tidak dapat dilakukan dengan segera\n\nBila Data Dijana\n\nSetiap hari untuk unit disiplin dan unit ssdm merekod maklumat\nSetiap bulan untuk pelaporan\n\nAlat Membantu Meningkatkan Kecekapan SSDM KPM\n1.BUKU KAWALAN KELAS\nBuku ini merupakan kawalan guru di dalam kelas untuk merekodkan masalah di dalam kelas . Buku ini ada dalam pekeliling Uint HEM penggunaanya. Selain itu menjadi bukti kepada guru dan murid sekiranya ada kes-kes yang berlaku\n2.APDM /KEHADIRAN \nPengisian kehadiran perlu dilakukan pada setiap hari persekolahan . Kegagalan mengisi dan menjana surat amaran ponteng sekolah secara tepat akan menyebabkan ganguan terhadap ketepatan data SSDM. Semua surat ponteng sekolah dijana dalam sistem SSDM.\nMaklumat murid sentiasa perlu dikemaskini kerana urusan ssdm bergantung pada APDM\n\n3. GANJARAN\nGanjaran boleh diberi dalam bentuk sijil untuk menarik minat guru, AKP dan murid\nImplikasi Kurang Peka Terhadap Pengisian SSDM\n\nBebanan tugas UNIT DISIPLIN kerana terpaksa mengambil tindakan kes yang banyak. Kerana kes terkumpul dalam satu masa.\nBebanan tugas Unit KAUNSELING untuk membuat sesi, kaunseling dan tidak dapat membantu murid untuk menyelesaikan masalah dengan segera.\nUnit SSDM tidak akan mendapat data yang tepat dan sukar membantu Unit Disiplin dan Unit Kaunseling untuk membuat intervensi\nApabila PPD,dan JPN meminta laporan tiada data yang dapat dikeluarkan dapat pada sistem.\nPelajar tidak dapat dibantu sahsiahnya\n\nSurat Pekeliling SSDM KPM\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan sistem SSDM KPM ini, sila berhubung melalui ; \nUnit Pembangunanan Sahsiah MuridSektor Hal Ehwal MuridBahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pendidikan MalaysiaAras 3 & 4, Blok E2,Parcel E, 62604 PutrajayaTel : 03-88849339\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-matrikulasi-kpm-2021/", "title": "Permohonan Baharu & Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM 2021", "body": ["\n\n", "\nCalon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berhasrat ingin menyambung pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, permohonan baharu telah dibuka.\nUntuk makluman, Program Matrikulasi KPM mula diwujudkan pada tahun 1998 yang merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.\nIni bermakna, pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama sama ada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mahupun luar negara.\nBagi calon yang belum memohon program ini, anda boleh membuat permohonan baharu sehingga 22 Jun 2021 manakala calon yang telah memohon program ini sebelum ini boleh membuat semakan kemasukan pada 8 Julai 2021. \nJurusan Yang Ditawarkan\nSecara umumnya terdapat 3 jurusan yang ditawarkan melalui Program Matrikulasi KPM iaitu:\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains KomputerJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan MekanikalJurusan Perakaunan\u2013 Perakaunan\u2013 Perakaunan Profesional\nSyarat Umum\nSyarat umum yang perlu dipenuhi bagi calon-calon yang ingin memohon Program Matrikulasi KPM 2021 adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021.Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, calon-calon perlu memenuhi syarat khusus dan mendapat keputusan minimum mengikut jurusan yang diambil kelak iaitu:\ni) Jurusan Sains\n\n\n\n\nBahasa Melayu- CBahasa Inggeris- CSejarah- LulusMatematik- BMatematik Tambahan- CKimia- CFizik atau Biologi- C\nii) Jurusan Perakaunan\nBahasa Melayu- CBahasa Inggeris- CSejarah- LulusMatematik- CMendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.\niii) Jurusan Kejuruteraan\nBahasa Melayu- CBahasa Inggeris- CSejarah- LulusMatematik- BMatematik Tambahan- CKimia- LulusFizik- CMendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.\niv) Perakaunan Professional\nBahasa Melayu- CBahasa Inggeris- A-Sejarah- LulusMatematik- AMatematik Tambahan- CMendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik\nSenarai Matrikulasi\nCalon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:\nKolej MatrikulasiAliran/JurusanKolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi JohorPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PerakPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi KedahPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PahangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraanKolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, SainsKolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, SainsKolej MARA KulimPerakaunan, SainsKolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan ke program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://matrikulasi.moe.gov.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019Masukkan no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya klik butang \u2018Cari.\u2019Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat dengan betul dan klik butang \u2018Halaman Seterusnya.\u2019Pada paparan akhir, klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019Cetak borang permohonan untuk simpanan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut pertanyaan lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM 2021 ini, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083/4036/4037/4031 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/melur-untuk-firdaus/", "title": "Melur Untuk Firdaus Musim 1 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review", "body": ["\n\n", "\nSejak mula ditayangkan, drama bersiri Melur Untuk Firdaus menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Selain plot cerita yang menarik, ramai yang turut memuji chemistry baik antara pelakon utamanya, Merqeen dan Anna Jobling.\nMenutup tirai musim pertama pada 15 Julai 2022, drama ini mencetus fenomena luarbiasa apabila dilaporkan berjaya mencapai tontonan sehingga 11 juta di Malaysia. \nLebih mengejutkan lagi, drama ini juga meraih sehingga 2.7 bilion tontonan di TikTok dan tular ke beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina.\nMenerusi pantauan di media sosial, kira-kira 200 akaun peminat turut dicipta membuktikan sambutan yang cukup memberangsangkan daripada drama terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd ini.\nRata-rata penonton juga memberi pujian kepada pelakon seperti Merqeen, Anna Jobling, Fimie Don dan Nesa Idrus kerana mampu menghayati watak-watak yang diberikan.\n\nSekaligus, drama ini juga menjadi batu loncatan kepada Merqeen dan Anna Jobling sehinggakan drama ini kembali untuk musim ke-2 atas permintaan ramai.\nDrama yang ditayangkan sebanyak 28 episod ini merupakan adaptasi novel karya Cik Nor Cinta dan diarahkan oleh Zamri Zakaria.\nPeminat drama ini juga berkongsi kegembiraan apabila Melur Untuk Firdaus berjaya merangkul anugerah Drama Adaptasi Novel Terbaik dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada 12 Mac lalu. \nAnugerah tersebut turut menyaksikan kemenangan Anna Jobling bagi kategori Pelakon Wanita Popular untuk drama yang sama. \nTak cukup dengan itu, populariti Merqeen dan Anna Jobling dalam drama ini juga mendapat pengiktirafan apabila pasangan ini muncul sebagai pemenang kategori Pasangan\u00a0Drama\u00a0Terbaik dalam Tonton\u00a0Anugerah Drama Sangat\u00a02023. \n\nBaca Juga : Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus\n\n\n\n\nSinopsis Melur Untuk Firdaus\nKisah bermula apabila Firdaus Iskandar (Merqeen) tidak bersetuju apabila ibu bapanya mahukan dia berkahwin dengan Melur sedangkan dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam kepada Dee untuk berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee belum bersedia untuk berkahwin.\nMelur (Anna Jobling) pula sedih kerana dia menyukai Firdaus. \nMelur cuba untuk memikat Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat kepada Firdaus supaya dia dapat meneruskan hubungan dengan teman wanitanya.\nNamun, ego Firdaus surut perlahan-lahan dengan sikap Melur yang selamba.\n\nBarisan Pelakon \nPelakonWatakMerqeenFirdaus IskandarAnna JoblingMelurFimie DonHarisNesa IdrusDeeHaleeda MazlinRohanaZainon IsmailNasaruddinKuzaKamariahAzhar AmirKamarulHairi SafwanZain\n\nReview Drama \nSelain plot cerita yang menarik, rata-rata penonton turut cair dengan lakonan romantis antara Firdaus dengan Melur. \nJom kita lihat beberapa review yang dikongsikan oleh netizen di media sosial. \n\nWalaupun drama ini sudah tamat disiarkan di Slot Lestary TV3, namun anda masih boleh menonton drama ini di saluran Disney+ Hostar.\nKini, Melur Untuk Firdaus musim ke-2 kembali menemui peminat bermula 16 Mac 2023 di slot Akasia TV3. Waktu tayangan adalah dari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.\nUntuk ketahui info terkini mengenai drama Melur Untuk Firdaus, jangan lupa untuk ikuti laman Instagram Drama Sangat TV3 di @dramasangat.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/lppsa-cara-tuntut-insurans-rumah-terjejas-banjir/", "title": "LPPSA: Cara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir", "body": ["\n\n", "\nLPPSA: Cara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir ~ Untuk makluman, pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insurans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.\nSehubungan dengan itu, pihak LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans/ takaful LTHO masing-masing.\n\nInsurans / Takaful LTHO LPPSA\nInsurans/Takaful LTHO LPPSA adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang yang memberi perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.\nMelalui insurans / takaful ini, pelanggan boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.\nNOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.\nPeringatan: Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpuliH kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.\n\n\nCara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir\nPeminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:\nSalinan kad pengenalanLaporan polisLaporan bombaSebut harga baikpulihBorang tuntutan pampasan\n**Cara-cara membuat tuntutan adalah mengikut panel insurans/takaful masing-masing.\n\n\n\n\nPanel Insurans Dan Takaful Yang Terlibat\nBerikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA;\u00a0\n1. Etiqa General Takaful\n\n2. Takaful Malaysia\n\n3. Takaful Ikhlas Malaysia\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari Portal pertanyaan / Aduan Rasmi di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/\nAtau, hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian: 03-888 01 600\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tabung-haji-dividen-2022/", "title": "Semakan Dividen Tabung Haji 2022 / 2023", "body": ["\n\n", "\nAgihan dividen Tabung Haji 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.\nTH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022 sebentar tadi menerusi laman facebook rasmi Tabung Haji.\nAgihan Keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34 peratus dan zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit.\nPengumuman Agihan Keuntungan tahun 2022 telah dibuat oleh Yang Berhormat Senator Dato\u2019 Setia Dr Haji Mohd Naim Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada sidang media di\u00a0TH\u00a0hari ini.\nDividen Tabung Haji 2022\n\nUntuk makluman anda, pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan Tabung Haji 2022 bermula pada 29 April 2023 ini. Anda boleh lakukan semakan melalui cara dibawah:\n\nTHiJARI\nPortal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank\nATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB\n\nSila rujuk langkah-langkah dibawah untuk mengetahui cara semakan lebih terperinci:\nLangkah-Langkah Membuat Semakan Dividen Tabung Haji 2022\n\nUrusniaga\u00a0TH\u00a0akan ditangguhkan sementara waktu bermula jam 8 malam, Jumaat, 28 April 2023 sehingga jam 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023, bagi melancarkan urusan pengkreditan Agihan Keuntungan.\n\n\n\n\nPendesposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan TH bagi tahun 2022 bermula pada 12 tengah hari, Sabtu 29 April 2023. Untuk semakan pendeposit boleh mengikut langkah-langkah seperti berikut ;\n\nSila layari laman web rasmi ThiJARI di pautan berikut: www.thijari.com.my.\u00a0\nKemudian, masukkan ID yang telah didaftarkan.\nUntuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu \u201cRingkasan Akaun\u201d pada akaun yang diinginkan.\n\nNOTA: Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen\nSyarat Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023\nBagi memastikan anda layak untuk menerima agihan keuntungan tabung haji bagi tahun 2023, beberapa kriteria yang anda perlu pastikan bagi melayakan anda untuk k menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2023 seperti berikut:\n\nTelah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat\nAkaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat\nPendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.\n\nCara Pengiraan Dividen TH\nCara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2022 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2022.\nPengiraan terperinci adalah seperti berikut:\n\nPurata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari\u2013Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, mengenai status Dividen Tabung Haji 2022, sila rujuk Tabung Haji Contact Centre (THCC) dan hubungi:\u00a0\n\nTelefon : +603 \u2013 6207 1919\nFaks : +603 \u2013 7728 4959\nEmel : [email\u00a0protected]\nSMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 *setiap jawapan akan dicaj RM0.50\nFacebook Official : Lembaga Tabung Haji\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-bantuan-zakat-guru-agama-negeri-kedah-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah 2022", "body": ["\n\n", "\nLembaga Zakat Kedah (LZNK) membuka permohonan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah yang layak. Guru-guru agama di syorkan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2022.\nAgihan zakat ini untuk membantu guru-guru agama yang kurang berkemampuan, untuk mengurangkan sedikit beban ekonomi.\nBantuan ini juga mula di berikan sejak 2017 kepada guru-guru agama, yang dahulunya di kenali sebagai bantuan guru agama kampung.\nTarikh permohonan\nUntuk sesi 2022 ini, tarikh permohonan dibuka bermula pada 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.\nKepada guru guru agama Umumi dan Kampung yang kurang berkemampuan dan layak menerima bantuan zakat ini, di galakan agar segera membuat permohonan.\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas.Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Agihan Zakat Guru Agama serta memuat naik lampiran dokumen- dokumen berikut\nDokumen Di perlukan\nKad Pengenalan Pemohon.(kad pengenalan baru)Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak berkerja atau yang tiada slip gaji).Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji).\nHanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan\nDownload surat pengesahan pendapatan\nHubungi\nSekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah 2022, boleh hubungi ;\nBahagian Operasi Agihan\n\n\n\n\nAras 3, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah 05200 Alor Setar\nNombor telefon : 04-7331740\nwhatsapp : 019-5962155\nWebsite : https://www.zakatkedah.com.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/zakatkedah\n\nArtikel berkaitan :\nPermohonan zakat Kafalah Mahabbah ZPP : Khairat Kematian\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid19-nadma/", "title": "Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA", "body": ["\n\n", "\nBagi warganegara Malaysia yang terlibat dalam kematian akibat wabak COVID-19, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menawarkan bantuan khas iaitu Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA.\nBantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA merupakan bantuan one-off yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).\nSejak Tabung COVID-19 dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga 21 Mei 2021 sahaja pihak NADMA telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada 407 orang waris.\nPemberian bantuan khas ini diharap mampu meringankan beban waris mangsa si mati akibat COVID-19 dalam menguruskan kematian mereka.\nJumlah Bantuan Khas \nJumlah bantuan khas yang akan diterima oleh waris si mati adalah maksima sebanyak RM5,000 secara one-off.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi waris yang ingin memohon bantuan khas ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPengesahan kematian berkaitan COVID-19 hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.Kematian berkaitan COVID-19 hanya melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan (Lampiran A) seperti gambar di bawah melalui pautan http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19.Isi borang permohonan dengan lengkap dan dapatkan pengesahan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19.Sediakan dokumen sokongan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:\nKetua PengarahAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p. : Sekretariat KWABBN)\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Sijil KematianSalinan Kad Pengenalan waris si mati (pemohon)Salinan Penyata Bank waris si mati yang masih aktif (pemohon)\nProses Pembayaran\nProses pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar whatsapp ke 011-1321 8056 atau melalui email ke [email\u00a0protected]. \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bantuan-awal-pelajar-ipt-muip-pahang/", "title": "Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Pahang Sehingga RM5000*", "body": ["\n\n", "\nSukacita di maklumkan permohonan Zakat4Pengajian Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP untuk pemastautin negeri Pahang dibuka sepanjang tahun. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Zakat4Pengajian menawarkan bantuan secara one off kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran dari peringkat asasi/matrikulasi sehingga ke peringkat PhD.\nKadar bantuan berjumlah RM500 sehingga RM5000 diberikan mengikut taraf pengajian. Permohonan boleh dibuat secara online.\nApa Itu Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP\nBantuan ini diberikan sekali sahaja kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana Muda Pengajian Islam sepenuh masa atau Sarjana Muda tidak sepenuh masa/PJJ semua bidang pengajian atau Sarjana/PhD semua bidang pengajian secara sepenuh masa/tidak sepenuh masa atau di luar negara\nTempoh Permohonan\nPermohonan ini adalah dibuka sepanjang tahun\nSyarat Permohonan Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP\nBeragama islamPermohonan adalah pemastautin negeri pahangPermohonan adalah dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada iptBagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajianPerlu mengemukakan slip bayaran pendaftararan/sebarang bukti pendaftaran ke IPT\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang diperuntukan oleh MUIP untuk setiap pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah mengikut peringkat pengajian dan pemberian ini hanya akan diberikan sekali sahaja seperti berikut ;\nPeringkat PengajianBidang PengajianJumlah BantuanSijil Asasi /Matrikulasi (Sepenuh Masa)Semua BidangRM500Diploma (Sepenuh Masa)Semua BidangRM700Ijazah Sarjana Muda (PJJ)Semua BidangRM1500 \u00a0Ijazah Sarjana (Master)Semua BidangRM1500PHDSelain Pengajian IslamRM3000PHDPengajian IslamRM5000\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online melalui\u00a0 https://zakat4pengajian.muip.gov.my/Permohonan perlu mendaftar sebagai pengguna baharu sekiranya belum mendaftar\n\n\n\n\n\nPERINGATAN KEPADA PEMOHON\nPemohon diingatkan agar dapat memasukkan nombor\u00a0AKAUN BANK\u00a0yang\u00a0AKTIF\u00a0bagi memudahkan pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk membuat bayaran jika permohonan anda telah diluluskan.\nPemohon diingatkan agar dapat memberikan nombor\u00a0TELEFON BIMBIT AKTIF\u00a0ketika melengkapkan permohonan bagi tujuan memudahkan pihak Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang menyebarkan sebarang makluman berkenaan permohonan anda.\nSebelum permohonan dibuat, anda diingatkan agar membaca dan memahami syarat-syarat kelayakan serta tindakan yang perlu.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP, anda boleh layari website http://www.muip.gov.my atau menghubungi nombor telefon MUIP bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/Bantuan Awal Ke IPT, No.Tel : 09 \u2013 422 1311 ext. 1002 /ext 1003 /ext 1016\nBaca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/surat-tidak-hadir-ke-sekolah/", "title": "Format & Contoh-Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah", "body": ["\n\n", "\nSudah pasti ramai di antara kita pernah melalui kes-kes kecemasan yang menyebabkan anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah.\nOleh itu, ibu bapa perlu menulis surat kepada pihak sekolah bagi memaklumkan ketidakhadiran anak mereka ke sekolah. \nSurat tidak hadir ke sekolah ini penting bagi memberikan makluman kepada guru sebab-sebab ketidakhadiran anak anda tersebut dan jumlah hari yang tidak hadir tersebut. \nSebab Tidak Hadir Ke Sekolah\nAntara sebab-sebab tidak hadir ke sekolah yang memerlukan ibu bapa menhantar surat ini adalah seperti:\nKematian keluargaMenghidap penyakitPulang ke kampungMenghadiri majlis\nFormat Surat\nSurat tidak hadir ke sekolah mestilah menggunakan format Surat Rasmi.\nIni kerana surat ini adalah bertujuan rasmi dan dihantar kepada institusi pendidikan iaitu sekolah.\nNama dan alamat pengirim\nNama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\nLazimnya pengirim merupakan ibu bapa atau penjaga bagi mewakili anak mereka. \n2. Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nUntuk surat tidak hadri ke sekolah, nama penerima adalah sama ada guru besar, pengetua atau guru kelas. \nJawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima tersebut.\nAlamat penerima ialah alamat sekolah tersebut beroperasi. \n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\nTarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun dengan lengkap.\nBulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan penerima yang biasa digunakan bagi surat tidak hadir ke sekolah ialah Tuan atau Puan\n\n\n\n\nPanggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5. Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.\nLazimnya, tajuk surat adalah menyatakan ketidakhadiran ke sekolah.\nTajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Surat\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada guru besar, pengetua, atau guru kelas tersebut. \nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis dengan menyatakan jumlah hari ketidakhadiran ke sekolah. \nPerenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.\nBagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.\n7. Tandatangan dan nama pengirim\nDi akhir surat terbabit, pengirim iaitu ibu bapa/penjaga perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut. \nDi bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.\nContoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\nBerikut ialah contoh-contoh surat tidak hadri ke sekolah yang boleh dijadikan panduan. \nSurat disebabkan kematian keluarga\n\n2. Surat disebabkan menghidap penyakit\n\n 3. Surat disebabkan pulang ke kampung\n\n4. Surat disebabkan menghadiri majlis\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-kira-overtime/", "title": "Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)", "body": ["\n\n", "\nCara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)\nSeperti yang kita tahu, Akta Pekerja 1955 telah diwartakan Pindaan 2022 berkuatkuasa pada 1 September 2022.\nAntara perubahan yang diperkenalkan dalam pindaan ini adalah :\nJumlah waktu bekerja mingguan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Lebih daripada itu akan dikira sebagai Over Time atau Kerja Lebih Masa.\nPekerja bergaji bawah RM 4,000 juga layak untuk dapat Overtime tanpa mengira pangkat. Sebelum ini, hanya pekerja dengan gaji RM 2,000 ke bawah sahaja yang layak untuk claim.\nJadi, adalah hak dan tanggungjawab anda untuk ketahui mengenai cara kiraan overtime sekiranya anda bergaji RM 4,000 ke bawah. Bagi yang bergaji RM 4,001 ke bawah, ia adalah tertakluk kepada kontrak pekerjaan dengan majikan.\nTanpa melengahkan masa, jom kita fahami dan belajar cara kira overtime.\nBaca Juga : Contoh Slip Gaji : Butiran dan Cara Buat Slip Gaji Sendiri\nCara Kira Overtime\nSemak Jumlah Hari Bekerja\nPertama sekali, anda perlu semak jumlah hari bekerja masing-masing di jadual atau kontrak perjanjian kerja.\nSekiranya anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/6 = 7.5 jam sehari.\nJika anda bekerja 5 hari seminggu, maka waktu bekerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/5 = 9 jam.\nKira Kadar ORP dan HRP\nBila anda sudah tahu jumlah hari dan jumlah jam bekerja sehari, kira pula kadar harian OT.\nCaranya ialah dengan mengenalpasti rate gaji harian (ORP) terlebih dahulu. (ORP = Ordinary Rate Pay)\nFormula untuk mendapatkan ORP adalah seperti berikut :\nGaji bulanan/26\nContohnya gaji anda RM 4,000 :\nRM 4,000/26 = RM 153.85\nJadi, RM 153.85 ialah rate gaji harian anda.\nUntuk dapatkan rate gaji per jam (HRP), bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja. Contohnya, anda bekerja 8 jam :\n\n\n\n\nHRP : RM 153.85/8 = RM 19.23.\nJika anda bekerja 8.5 jam, maka HRP anda adalah :\nHRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51\nSumber : FB Abdul Basit\nSemak Hari Overtime\nUntuk kira overtime, semak jenis hari anda buat OT. Gandaan Hari OT adalah berbeza mengikut hari.\nHari biasa : 1.5\nHari Rehat : 2.0\nCuti Umum : 3.0\nPerlu diingat bahawa kadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari. Contohnya, kalau waktu bekerja anda adalah 8 jam, maka OT hanya dikira selepas daripada 8 jam.\nCara Kira Overtime\nFormula untuk cara kira overtime adalah seperti berikut :\nHRP X Jumlah Jam Anda Buat OT X Gandaan Hari OT\nSebagai contoh, jika anda bekerja lebih masa 3 jam pada hari biasa dan HRP anda adalah RM 19.23, maka kiraan gaji overtime yang anda akan dapat adalah :\nRM 19.23 X 3 X 1.5 = RM 86.54\nJika anda buat OT selama 3 jam pada Cuti Umum, anda lebih beruntung untuk dapatkan 3 kali ganda bagi setiap jam OT :\nRM 19.23 X 3 X 3 : RM 173.07\n\nMudah saja bukan untuk kira OT? Dengan panduan ini, anda dapat semak semula jumlah OT yang diterima pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!\nSumber : FB Abdul Basit\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pembiayaan-hafiz/", "title": "Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi 2023", "body": ["\n\n", "\nTAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) TAHUN 2023 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)\nBerita baik kepada pelajar-pelajar hafiz yang mendapat tawaran sambung pengajian sepenuh masa untuk semester kedua di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam negara sahaja. JAKIM menawarkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Sem.2)\nTarikh permohonan adalah pada 27 Mac sehingga 7 April 2023 tarikh tutup permohonan. Kepada pelajar hafiz yang berminat berikut disertakan cara permohonan dan syarat-syarat permohonan\nSkim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2023\n\nSkim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.\nSkim ini membiayai yuran dan elaun.Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar\nBidang Pengajian\nUntuk makluman hanya bidang yang disenaraikan seperti dibawah sahaja yang layak untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).\nSenarai bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut ;\nPengajian dalam negara\n\nIjazah sarjana muda\n\nPengajian Islam\nQiraat\nSastera\nSains\nKejuruteraan\nTeknologi\nPerubatan\nPergigian\nFarmasi\nOptometri\nUndang-Undang\nEkonomi/ Akaun\n\n\nIjazah Sarjana /Doktor Falsafah Pengajian Islam\n\nPengajian luar negara\n\nIjazah Sarjana Muda\n\nPengajian Islam\nQiraat\nSastera\nPerubatan\n\n\n\nTempat Pengajian\nBagi pengajian dalam negara,semua Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan adalah layak untuk memohon. Bagi pengajian luar negara berikut senarai lokasi tempat pengajian yang layak bagi memohon bantuan SPH JAKIM 2023;\n\nJordan\n\nUniversiti Mu\u2019tah\nUniversiti Al-Balqa\nUniversiti Al-Hashemite\nUniversiti Amman\nUniversiti Jordan, Amman\nUniversiti Al-Bayt\nUniversiti Yarmouk\nUniversiti WISE\n\n\nMesir\n\nMaahad Qiraat Al-Azhar\nUniversiti Al-Azhar\nMaahad Qiraat Mansoura\nUniversiti Thanta\n\n\nIndonesia\n\nInstitut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar\nInstitut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin\nInstitut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang\nInstitut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang\nInstitut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga\nInstitut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah\nInstitut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi\nInstitut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang\nInstitut Agama Islam Raden Intan, Lampung\nUniversitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh\nUniversitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau\nUniversitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan\nUniversitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya\n\n\n\nSyarat Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)JAKIM\nSyarat Umum\n\nWarganegara Malaysia;\nUmur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;\nTidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;\nPelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;\nPelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.\nTelah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi ;\n\nSyarat Akademik\n*Semua peringkat program pengajian WAJIB mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu\n\n\n\n\nProgram Pengajian Ijazah Sarjana Muda\n\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas ATAU ;\nSijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/ STM Pangkat Jayyid / Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid DAN\nSPM 5 Kepujian / STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid\n\nProgram Pengajian Ijazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke atas)\n\nPNGK tahun pertama 3.3 ke atas DAN\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid\n\nProgram Pengajian Ijazah Sarjana/ Ph.D (Pengajian dalam negara sahaja)\n\nIjazah Sarjana Muda (Kepujian) DAN\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid\n\n\nCara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM\nBagi pelajar hafiz yang layak dan berminat untuk membuat permohonan, berikut cara permohonan untuk bantuan skim SPH JAKIM ;\n\nPemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan mengisi borang permohonan;\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di http://sph.islam.gov.my;\nSemua dokumen sokongan perlu disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz;\nPemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan;\nPemohon hendaklah mencetak \u201cSlip Pengesahan Permohonan SPH\u201d sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat\n\n\nDokumen Sokongan\nSenarai dokumen sokongan yang perlu disertakan /dimuat naik ketika mengisi permohonan adalah seperti berikut ;\n\n1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport;\nSalinan Kad Pengenalan;\nSalinan Sijil-sijil akademik;\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM\n\nSijil Pelajaran Malaysia\nSijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia\n\n\nSalinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.\nSalinan Surat Tawaran Pengajian\nSurat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas);\nSalinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan;\nSlip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan\nSijil-Sijil Ko-Kurikulum.\n\nPelajar yang Tidak Layak Memohon\n\nCalon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;\nPelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;\nPenjawat awam;\nPelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh; dan\nPenerima SPH yang telah ditamatkan pembiayaannya\n\n\nMaklumat Lanjut \nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7125/7146/7149\nSoalan Lazim F.A.Q\nBilakah tarikh tutup permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM? Permohonan boleh dibuat pada 27 Mac \u2013 7 April 2023 Bagaimana cara untuk memohon Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://sph.islam.gov.my/ Berapakah kadar elaun SPH ? Skim ini membiayai yuran dan elaun.Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia \n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-pelajar-bekerja-wezas-upsi-2022-peluang-kerja-sambil-belajar/", "title": "Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 : Peluang Kerja Sambil Belajar", "body": ["\n\n", "\nSkim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 ~ Ingin bekerja sambil melanjutkan pelajaran ? Kini anda boleh ! Dengan satu inisiatif yang dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja semasa melanjutkan pelajaran.\nSkim Pelajar Bekerja ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan tanpa menjejaskan pengajian mereka.\nSkim ini telah terbukti berjaya dan telah membantu ramai pelajar setiap tahun. Ia juga melibatkan pelbagai jabatan, pejabat dan fakulti di universiti tersebut.\nManfaat Skim Pelajar Bekerja WEZAS\nMelalui skim ini, WEZAS UPSI akan memberikan manfaat kepada pelajar seperti berikut :\nMemupuk bakat muda dan mendedahkan pelajar kepada persekitara kerja semasa pengajian.\nMembantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk jana pendapatan tambahan tanpa menjejaskan sesi pengajian.\nMendedahkan pelajar kepada pengalaman bekerja yang kondusif dan pada masa yang sama membantu jabatan dan fakulti menyiapkan tugasan dengan lebih optimum.\n\n\n\n\nKriteria & Skop Kerja\nKriteria kelayakan dan skop kerja bagi setiap skim jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nPembantu Wakat & Zakat\nTerbuka kepada lelaki dan wanitaMinat dengan aktiviti penjanaan Dana Kewangan IslamBersemangat meneroka perkara baruBoleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)Bertanggungjawab membantu penjanaan Dana menggunakan medium offline dan onlineMahir menggunakan aplikasi TikTok adalah satu kelebihan\nPembantu Operasi & Kewangan\nTerbuka kepada lelaki dan wanitaMinat dengan aktiviti pengurusan pejabat serta dokumentasiBersemangat dalam meneroka sesuatu yang baruBoleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)Bertanggungjawab membantu aktiviti pentadbiran, kewangan dan operasi PTj\n\n\nCara Memohon\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara online melalui pautan berikut :\nhttps://myapps.upsi.edu.my/ejob/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Pelajar Bekerja, sila ke laman web rasmi WEZAS di pautan\nhttps://wezasupsi.my/utama/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/jkm-jadual-bayaran-bantuan-bulanan-2022/", "title": "JKM: Jadual Bayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022", "body": ["\n\n", "\nJKM: Jadual Bayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 ~ Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan adalah untuk membantu dan meringankan beban hidup rakyat Malaysia terutamanya apabila ditimpa kesusahan.\u00a0\nBantuan Bulanan JKM\nPerkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini\u00a0 disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.\nAntara objektif utama pemberian bantuan JKM ini adalah agar rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.\nProses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.\nJadual Bayaran \nBayaran bagi Bulan JANUARI 2022 pula akan dikreditkan kepada penerima mulai 1hb-10hb Januari 2022.\nUntuk bulan seterusnya anda boleh rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. \n\nCara Semakan Bayaran Bantuan Bulanan JKM Melalui eMaklum\nSelain itu, sekiranya anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan bayaran bantuan\u00a0 melalui eMaklum.\n\n\n\n\neMaklum; Sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.\nSila rujuk langkah-langkah berikut:\nLayari laman web eMaklum di pautan:\u00a0 https://emaklum.anm.gov.my/Masukkan nombor IC/no.akaun anda.Pilih tarikh semakan.Klik \u201cSemak\u201d.Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Anda boleh klik pada perincian untuk melihat detail atau memuat turun resit.\u00a0\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan/pertanyaan atau ingin menegtahui\u00a0 keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana anda membuat permohonan bantuan ini.\u00a0\nAtau, sila hubungi ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui talian berikut: 03 \u2013 8000 8000\nAlamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cuti-keputeraan-agong-2023/", "title": "Cuti Keputeraan Agong 2023 & Tarikh Cuti Umum di Malaysia", "body": ["\n\n", "\nCuti Keputeraan Agong 2023\nSeri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.\nRaja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.\nSebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.\nRaja-raja Melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. \nSeri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.\nPada setiap tahun, rakyat Malaysia akan diberikan cuti Keputeraan Agong khas bagi meraikan keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.\nLazimnya, perayaan ini akan diadakan di Istana Negara. Perutusan khas daripada Yang di-Pertuan Agong juga akan disiarkan melalui televisyen dan radio.\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cuti khas ini.\n\n\n\n\nBaca Juga : Pesta Menuai 2023 Sabah Cuti Umum Kaamatan\nTarikh Cuti Keputeraan Agong 2023\nTarikh cuti Keputeraan Agong 2023 jatuh pada 5 Jun 2023 iaitu pada hari Isnin.\nUntuk makluman, cuti ini juga termasuk sebagai salah satu Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari tersebut.\nSumber: https://www.facebook.com/MyGCCMalaysia\nMenurut Akta Kerja 1955, terdapat 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun iaitu :\n\nHari Pekerja (1 Mei)\nHari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan\nHari Keputeraan YDP Agong (5 Jun)\nHari Kebangsaan (31 Ogos)\nHari Malaysia (16 September)\n\nDi bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951, enam hari kelepasan am yang lain perlu ditetapkan oleh majikan pada setiap awal tahun.\nJika pekerja diarahkan untuk berkhidmat pada hari tersebut, maka majikan perlu membuat bayaran tambahan kepada mereka. (sila rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955).\nBagi cuti mengejut yang diumumkan oleh kerajaan pula, ia terletak di dalam Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951. Antara cuti mengejut yang pernah diberikan adalah sempena pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum atau selepas negara memenangi perlawanan bola sepak.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rumah-kos-rendah-negeri-sabah/", "title": "Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah LPPB", "body": ["\n\n", "\nPermohonan rumah kos rendah negeri Sabah di buka sepanjangan masa. Namun penjualan dan pengagihan rumah kos rendah hanya akan dilakukan apabila pembangunan projek pembangunan perumahan telah mencapai 50% kadar penyiapan\nRumah Kos Rendah Negeri Sabah\nPermohonan rumah kos rendah hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan rumah rendah yang boleh didapati di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Kota Kinabalu dan di pejabat-pejabat cawangan LPPB di Sandakan dan LPPB di Tawau. Semua borang permohonan yang diterima akan diproses menggunakan Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer yang diseragamkan di seluruh negara. Di bawah sistem ini semua permohonan akan didaftarkan dan diproses menggunakan sistem pembahagian markah. Permohonan rumah kos rendah adalah terbuka sepanjang tahun. \nSyarat Permohonan\nPemohon mestilah seorang warganegara Malaysia;Keutamaan kepada penduduk asal Sabah yang menetap di kawasan projek yang dipohon;Berumur 18 tahun dan ke atas;Berstatus berkahwin, balu, janda, duda dan bujang;Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai tanggungan keluarga;Jumlah pendapatan bersama suami/isteri atau bujang tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan;Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;Satu permohonan bagi setiap pasangan suami/isteri;Projek perumahan yang dibina dalam kawasan yang diwartakan sebagai \u201cNative Reserve\u201d adalah hanya untuk pemohon Bumiputera Sabah sahaja.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online dan juga manual melalui pengisian borang\nPermohonan Manual\nPermohonan melalui pengisian borang, borang-borang permohonan boleh di dapati di premis-premis LPPB seperti berikut ;\nIbu PejabatLembaga Pembangunan Perumahan dan BandarTingkat 14, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas88400 Kota Kinabalu.No. Telefon: 088-287777 (Ext: 412 \u2013 Kaunter Borang).Pejabat Cawangan LPPB SandakanBlok A12, Lot B09, Sri Taman,Batu 3 \u00bd, Jalan Utara,Peti Surat 1388,90008 Sandakan. Sabah.No. Telefon: 089-218719 No. Faks: 089-218719Pejabat Cawangan LPPB TawauBlok 15, Lot B7,Flet Kondominium Taman Semarak, Tawau.W.D.T 62 91009 Tawau.No. Tel: 089-714169 No. Fax: 089-714169\nPanduan Penghantaran Borang\nPastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas;Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON;Sertakan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar oleh jabatan yang mengeluarkannya (e.g JPN, JHEINS dsd);Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji boleh mengemukakan surat akuan bersumpah tentang sumber dan jumlah pendapatannya;Maklumat yang diberikan hendaklah benar. Seandainya didapati maklumat yang diberikan adalah PALSU, permohonan akan ditolak;Pastikan setiap borang permohonan yang dikemukakan telah diberikan resit penerimaan daripada LPPB;Sebarang urusan pembaharuan atau perubahan maklumat adalah PERCUMA selepas pendaftaran dibuat;Jika berlaku sebarang pertukaran alamat, sila maklumkan Unit Borang, Bahagian Harta, Penjualan dan Pemasaran, LPPB;Segala urusan surat menyurat dan merujuk status pemohonan hendaklah menggunakan NO KAD PENGENALAN pemohon;Tempoh sah setiap pemohonan rumah kos rendah tidak MELEBIHI 5 TAHUN. Selepas tamat tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki mendaftar semula/membuat pembaharuan maklumat peribadi. Pemohon yang gagal berbuat demikian dianggap tidak berminat untuk meneruskan permohonan. Sebagai contoh, di Negeri Selangor tempoh sah pemohonan hanya 2 TAHUN SAHAJA dan di Negeri Johor tempoh sah pemohonan hanya 5 TAHUN;\nPermohonan Online\nUntuk permohonan online, anda boleh layari sistem pendaftaran terbuka\nSebelum Memohon\nSila layari Laman Sesawang Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang rasmi untuk mendapatkan maklumat berkaitan di alamat berikut: http://www.lppb.gov.myJika anda menggunakan Komputer, klik Sistem Pendaftaran Terbuka Maklumat Lanjut atau jika anda menggunakan telefon bimbit, imbas kod QR sahajaBaca dan fahami syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rumah sewa atau rumah dibeli berharga RM47,000 seunit dan ke atas. Jika anda merasa layak dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, anda boleh klik Pendaftaran Atas Talian.\nDokumen Diperlukan\nSila sediakan salinan digital KAD PENGENALAN dan SURAT DAFTAR LAHIR anda dengan mengimbas menggunakan Scanner atau mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Anda boleh letakkan palang seperti \u201cKEGUNAAN LPPB SAHAJA\u201d semasa mengimbas atau mengambil gambar Kad Pengenalan dan Surat Beranak. Pastikan resolusi imej dokumen-dokumen anda tidak melebihi 1024KB (1MB). Format imej digital yang diterima hanya .gif, .jpg, atau .png sahaja. Namakan fail digital anda mengikut nombor Kad Pengenalan dan nombor Daftar Surat Lahir anda. Contoh\u00a0ic700113.jpg\u00a0untuk fail digital Kad Pengenalan dan\u00a0sl700113.jpg\u00a0bagi Surat Lahir.Sediakan alamat Email anda yang betul. Semua maklumbalas Permohonan Atas Talian disalurkan melalui Email anda. LPPB tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat sebarang pemberitahuan oleh kerana Email yang tidak tepat.Jika semua langkah diatas telah dipenuhi, anda siap memohon atas talian. Langkah-langkah seterusnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit\nSemasa Membuat Permohonan\nTandakan saya bersetuju dan ingin memohon dan klik butang Submit.Upload salinan Kad Pengenalan digital anda dengan mengklik\u00a0Drop files here or click to upload\u00a0di ruangan Kad Pengenalan. Pilih fail digital seperti\u00a0ic700113.jpg\u00a0dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik\u00a0Remove\u00a0dan mengulang proses nombor 2 tadi.Upload salinan Surat Lahir digital anda dengan mengklik\u00a0Drop files here or click to upload\u00a0di ruangan Surat Kelahiran. Pilih fail digital seperti\u00a0sl700113.jpg\u00a0dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik\u00a0Remove\u00a0dan mengulang proses nombor 3 tadi.\nJika anda melihat kedua-dua imej fail digital telah dipaparkan maka anda boleh menandakan kotak Tandakan kotak ini jika siap mengisi. Seterusnya tekan butang\u00a0Complete.\nPilih jenis permohonan anda samada untuk rumah Disewa atau Dibeli. Anda dinasihatkan menetapkan jenis rumah yang benar-benar anda perlukan. Hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses walaupun anda menghantar banyak permohonan.\nIsikan semua maklumat yang dikehendaki dan pastikan Email yang anda isi adalah tepat.\nJika semuanya lengkap diisi, tandakan kotak siap diisi dan tekan butang\u00a0Complete.\nIsikan butiran KRITERIA yang ditetapkan.\nTandakan kotak jika anda telah siap mengisi. Seterusnya tekan butang\u00a0Complete.\nPendaftaran Atas Talian anda telah selesai.\nSelepas\nSila periksa kotak Email anda untuk mendapatkan salinan borang permohonan untuk simpanan dan rekod. Semua Email tersebut datang dari alamat lppbspt.\nJika permohonan anda tidak lengkap dan ditolak oleh Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email.\nSelepas permohonan anda diproses melalui pemprosesan Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email samada LAYAK atau TIDAK LAYAK. Sila simpan dokumen pemberitahuan untuk ditunjukkan semasa berurusan dengan LPPB\n\nTempoh Menunggu\nAda beberapa perkara yang anda boleh lakukan semasa tempoh menunggu.\n1. Anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan datang ke Ibu Pejabat LPPB untuk mengisi borang permohonan kemaskini data, sekiranya masih berminat (Sila maklum tempoh sah setiap permohonan adalah tidak melebihi 5 tahun).\n2. Memberitahu LPPB jika anda sudah mendapat rumah dari agensi perumahan kerajaan yang lain.\nAda beberapa perkara apabila LPPB menghubungi anda.\n\n\n\n\n1. Meminta anda hadir ke Ibu Pejabat LPPB untuk ditemuduga dan mengemukakan salinan dokumen yang asal seperti Surat Lahir, Slip Gaji Terkini, Surat Nikah dan yang berkenaan. Permintaan ini akan dibuat secara rasmi. Oleh itu anda dinasihatkan menghubungi Bahagian Harta LPPB untuk pengesahan sekiranya ada pihak-pihak meragukan yang menghubungi anda.\n2. Memberikan Surat Tawaran rumah sekiranya anda terpilih dalam mesyuarat pemilihan oleh Jawatankuasa Perumahan Sabah dan seterusnya memberikan kunci rumah yang akan anda diami.\n3. Membatalkan permohonan dan tawaran rumah sekiranya mendapati maklumat permohonan anda adalah palsu.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan kemusyikan berkenaan Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah, anda boleh hubungi ;\nLembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)Tingkat 13-15, wima Perindustrian,Jalan Istiadat,Likas88400 Kota Kinabalu, SabahMalaysia\nTel: 6088-287 777Faks: 6088-222 670e-Mel: [email\u00a0protected]\n\nArtikel berkaitan ;\nPermohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 Negeri SembilanContoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ppbu-bank-rakyat-permohonan-pembiayaan-boleh-ubah/", "title": "PPBU Bank Rakyat | Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) | Bank Rakyat 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 akan dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.\nPermohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU)\u00a0\nPermohonan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) adalah merupakan inisiatif Bank Rakyat melalui Yayasan Bank Rakyat. Pembiayaan ini adalah terbuka untuk semua peringkat pengajian seperti berikut:\u00a0\nSijil KemahiranDiploma KemahiranDiplomaIjazah Sarjana MudaSarjanaSijil Profesional\nMatlamat pembiayaan ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.\nPPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).\nPPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.\n\nKelebihan PPBU Bank Rakyat\nPeminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 \u2013 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.\nRujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:\nCGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%\nJumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan\nJumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:\na. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun\nb. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun\nc. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)\n\n\n\n\nd. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)\ne. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).\nf. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).\n\nKursus Yang Ditawarkan\nPembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen). Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:\nPerakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\nSyarat Kelayakan\u00a0\nTerbuka kepada warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-\nBerumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan secara dalam talian. Sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut: www.yayasanbankrakyat.com.my\u00a0\nNOTA: Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut:\u00a0\nhttps://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/contact-us/ppbu\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-hilangkan-sakit-kepala/", "title": "15 Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Anda Wajib Cuba", "body": ["\n\n", "\n15 Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Anda Wajib Cuba\nSakit kepala sememangnya satu masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh semua tanpa mengira usia. \nMeskipun ia mudah ditangani menggunakan ubat tahan sakit, namun terdapat pelbagai cara yang anda boleh praktikkan untuk melegakan sakit kepala.\nAyuh kita semak beberapa cara hilangkan sakit kepala yang anda boleh cuba di rumah.\nSumber : NDTV.com\n15 Petua & Tips Serta Cara Hilangkan Sakit Kepala \n1. Urutan\nCara ini merupakan kaedah yang paling popular bagi meredakan sakit kepala. Urutan seperti di leher, bahu serta dahi boleh mengurangkan ketegangan otot dan seterusnya melegakan sakit kepala yang dialami.\nAnda boleh semak beberapa kaedah urutan berdasarkan sakit kepala yang dialami.\n\n2. Minum Air Secukupnya\nSakit kepala juga boleh disebabkan oleh dehidrasi. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk minum air secukupnya setiap hari bagi mengelakkan masalah sakit kepala.\nAnda juga disarankan untuk mengelak makanan serta minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti alkohol, minuman bergula serta kopi.\n3. Gunakan Pek Ais\nSekiranya anda menghadapi migrain, anda juga boleh cuba letakkan pek sejuk pada dahi anda. Jika tiada pek sejuk, gunakan ketulan ais yang dibalut tuala atau sebungkus kacang peak beku. Tekapkannya pada kepala anda selama 15 minit kemudian berehat selama 15 minit.\nSelain itu, anda juga boleh cuba mandi menggunakan air sejuk untuk mengurangkan sakit kepala.\n4. Limau Kasturi\nAntara petua yang orang lama sering sarankan untuk redakan sakit kepala adalah dengan menggunakan limau kasturi.\nCaranya ialah dengan membelah dua limau kasturi kemudian perahnya atas kepala sambil diramaskan pada rambut. Urutkan sedikit pada bahagian kepala yang terasa sakit.\nSetelah selesai, anda boleh gunakan kulit limau tadi dan masukkan dalam mangkuk berisi air kemudian jiruskan atas kepala.\n\n5. Kurangkan Tekanan Pada Kulit Kepala\nMungkin anda tidak sedari yang anda sendiri boleh berikan tekanan pada kulit kepala. Kajian menunjukkan bahawa individu wanita yang melonggarkan ikatan rambut mereka akan kehilangan rasa sakit kepala selepas itu.\nOleh itu, jika boleh kurangkan ikat rambut atau ikat rambut secara longgar sahaja. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat.\nSelain itu, pemakaian aksesori seperti topi, headband atau goggle yang terlalu ketat juga boleh menyumbang kepada sakit kepala.\nSekiranya anda bertudung, anda digalakkan untuk buka sebentar tudung untuk berikan pengudaraan kepada kepala dan mengurangkan sakit kepala.\n6. Halia\nMemetik HelloDoktor, halia mempunyai manfaat bagi mengurangkan kesakitan kepala. Terdapat juga penemuan yang mendapati halia mempunyai fungsi yang hampir sama seperti preskripsi ubatan migrain.\nSelain menambah hirisan halia pada the atau air kosong panas, anda juga boleh mendapatkan suplemen halia untuk diamalkan setiap hari.\n7. Gunakan Lampu Malap\nCahaya yang terlalu terang termasuk dari skrin komputer atau gadget boleh menyebabkan sakit kepala serta migrain.\nJika boleh, anda boleh tambah skrin anti-silau untuk gadget dan gunakan lampu yang lebih malap untuk elakkan sakit kepala.\n\n\n\n\nTips ini juga sangat baik untuk diamalkan oleh anda yang banyak melakukan kerja di komputer atau laptop.\nSumber : CBC\n8. Berhenti Merokok\nAdakah anda seorang perokok dan sering alami sakit kepala? Selain tidak memberikan sebarang manfaat pada kesihatan, rokok juga mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh menyebabkan rangsangan pada saraf otak dan seterusnya membuatkan seseorang mudah sakit kepala.\nJadi, berhentilah daripada merokok dan anda akan dapati masalah sakit kepala akan berkurangan.\n9. Pudina\nSatu pemerhatian juga mendapati aroma menthol yang segar pada pudina juga dapat membantu meredakan otot-otot serta saraf dan sekaligus mengurangkan sakit kepala.\nAnda juga boleh sapukan minyak pudina di sekitar dahi atau kepala. Minum teh pudina juga adalah idea yang baik untuk legakan sakit kepala.\n10. Cuka Epal & Madu Asli\nJika di rumah anda ada cuka epal dan madu asli, anda boleh cuba campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Seeloknya, gunakan sudu plastik untuk cedok madu, ya!\nKacaukan sehingga sebati dan minum. Kemudian, jangan lupa untuk terus bilas mulut dengan air masak kerana kandungan asid dalam cuka epal adalah agak tinggi.\nSumber : siraplimau.com\n11. Elakkan Makanan Tinggi Histamin\nHistamin merupakan bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindak balas kepada alergi. Sesetengah orang mungkin sensitif terhadap histamin sehingga mengakibatkan sakit kepala.\nOleh itu, anda mungkin boleh kurangkan pengambilan makanan tinggi histamin seperti ikan masin, keju lama, dan wain bagi menangani masalah ini.\n12. Teh Herba\nAntara cara hilangkan sakit kepala yang anda boleh amalkan ialah dengan mengambil teh herba seperti teh peppermint atau teh chamomile bagi meredakan sakit kepala.\nThe dengan khasiat herba ini mampu menenangkan dan membuat seseorang lebih relaks dan seterusnya mengurangkan rasa sakit kepala yang dialami.\nSumber :Times of India\n13. Aktiviti Yang Redakan Stres\nStres boleh menjadi punca utama sakit kepala. Jadi, untuk meredakannya anda boleh cuba amalkan aktiviti yang mampu meredakan stres seperti meditasi, yoga dan pernafasan dalam-dalam bagi mengurangkan sakit kepala.\n14. Ambil Supplemen Vitamin B\nBeberapa kajian mendapati vitamin B terutamanya B2 (riboflavin), B9 (asid folik) serta B12 dapat membantu meredakan migrain serta sakit kepala.\nJadi, sekiranya anda sering sakit kepala, adalah idea yang baik untuk mula amalkan pengambilan suplemen vitamin B.\n15. Dapatkan Rehat Yang Mencukupi\nAkhir sekali, jangan lupa untuk dapatkan rehat yang mencukupi kerana kurang tidur boleh menjadi satu faktor terjadinya sakit kepala. \n\nSemoga perkongsian mengenai petua serta cara hilangkan sakit kepala bermanfaat untuk anda. \nSekiranya sakit kepala tetap berulang atau teruk sehingga kerap mengganggu aktiviti harian anda, jangan berlengah untuk berjumpa doktor.\nPemeriksaan daripada doktor dapat membantu anda kenalpasti punca sakit kepala. Pakar perubatan juga dapat mengesyorkan kaedah rawatan serta ubat yang sesuai untuk kurangkan rasa sakit kepala yang anda alami.\nBaca Juga : Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Kesihatan Percuma B40\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/tawaran-bantuan-komputer-riba-uum-2022/", "title": "Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra\u2019 Untuk Pelajar Sarjana Muda", "body": ["\n\n", "\nTawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra\u2019 Untuk Pelajar Sarjana Muda UUM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan komputer riba melalui Program Iqra\u2019 kini dibuka untuk semua pelajar Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia (UUM).\nProgram ini merupakan inisiatif Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Hal Ehwal Pelajar UUM (SSSD), HEP UUM dengan kerjasama Tabung Haji. Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.\nBaca Juga : Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bantuan adalah pada 25 Mac 2022.\n\nSyarat Kelayakan Bagi Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022\nCalon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\n1. Dari keluarga B40\n2. Beragama Islam\n3. Bermula semester Dua (2) sehingga Lima (5)\n4. Memperoleh CGPA 3.00 ke atas\n5. Aktif dalam kegiatan mana-mana Kelab & Persatuan/Pusat Pengajian dan Penginapan Siswa Pelajar (diutamakan)\n6. Mendapat persetujuan/kelulusan daripada Pengetua INASIS\nMaklumat Pemilihan\nPemohon juga perlu ambil maklum mengenai pemilihan calon seperti berikut :\n\n\n\n\n1. Pemilihan akan dinilai melalui temuduga.\n2. Keputusan penilaian adalah muktamad.\n3. Permohonan dianggap gagal jika tiada sebarang panggilan dalam tempoh satu bulan.\n4. Jumlah bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada sumbangan atau tajaan yang ada.\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan ini secara atas talian melalui pautan berikut :\nPERMOHONAN BANTUAN LAPTOP 2022 PROGRAM IQRA\u2019 TH \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian :\n04 \u2013 9284 083 / 014 \u2013 679 1007 (En Shahadat)\n04 \u2013 9284 089 / 012 \u2013 415 5717 (Puan Rosnaliza)\nAlamat Emel : [email\u00a0protected]\nSemoga bantuan ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar UUM untuk melanjutkan pengajian pada waktu pandemik.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/ccris/", "title": "CCRIS : Panduan Semakan Rekod Kredit Untuk Buat Loan Rumah", "body": ["\n\n", "\nKini, pengguna yang berkelayakan boleh mendaftar akaun eCCRIS dan membuat semakan CCRIS dengan mudah dari rumah.\nUntuk makluman, CCRIS atau Central Credit Reference Information System merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta bagi membantu dalam urusan pemeriksaan sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.\nSistem ini juga berfungsi untuk mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan CCRIS serta kaedah semakan secara online.\nBaca Juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)\nPengenalan\nCCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu satu perkhidmatan yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia.\nIa dimiliki serta diuruskan oleh BNM bagi memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.\nCCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan merangkumkannya menjadi laporan kredit.\nLaporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) serta agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).\nPeminjam juga boleh mengakses laporan kredit secara dalam talian menerusi eCCRIS secara Percuma.\nPengguna eCCRIS juga boleh membuat semakan CCRIS secara online pada bila-bila masa sahaja.\n\nSiapa Yang Boleh Mengakses Laporan eCCRIS?\n\nMana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;\nMana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;\nInstitusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan\nAgensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.\n\nDi samping itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:\n\nsyarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;\npeminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.\n\nMaklumat Semakan CCRIS Online\nPengguna yang melakukan semakan CCRIS online akan mendapat laporan kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut :\ni) Kredit Belum Berbayar\nSemua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:\n\nnama sendiri;\nakaun bersama dengan peminjam lain;\nnama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;\nnama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau\nnama syarikat.\n\nKemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.\nii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas\nSemua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.\niii) Permohonan Kredit\nSemua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.\n\nCara Baca Laporan CCRIS\nBerikut merupakan contoh laporan CCRIS. Setiap huruf serta nombor yang tertera mempunyai maksudnya tersendiri.\nBerikut merupakan maksud bagi nombor-nombor yang terpapar dalam laporan :\n0 \u2013 Tiada tunggakan\n1 \u2013 Lewat 1 bulan\n2 \u2013 Lewat 2 bulan\n3 \u2013 Lewat 3 bulan\nAnda juga perlu ketahui kod penting dalam laporan CCRIS iaitu :\n\nKod 10 : Pinjaman hartanah\nKod 00 : Pinjaman Peribadi\nKod 00 : Kad kredit\nKod 30 : Pinjaman kereta code 30\nKod 23 : Pinjaman ASB loan\nKod 90 : Pinjaman pajak gadai\n\n[Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.\n[Kod 10] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10\nJika anda tidak membayar lebih daripada 3 bulan, nama akan akan direkod dalam pemerhatian Akaun Pemerhatian Khas atau Special Attention Account (SAA).\nIni akan membuatkan anda sukar untuk mohon pinjaman bank atau mendapatkan kelulusan daripada pihak bank akibat rekod pembayaran dan skor CTOS yang tidak cantik.\nSekiranya si pemohon pinjaman mempunyai rekod pembayaran yang baik, maka lebih mudahlah bank untuk meluluskan permohonannya.\nNamun, lain pula ceritanya bagi individu yang tidak pernah berhutang dan tidak mempunyai apa-apa rekod dalam CCRIS.\nJika seseorang tiada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin atau sebaliknya.\n\n\n\n\nNamun, kaedah semakan serta proses permohonan pembiayaan mungkin berbeza mengikut institusi kewangan.\nCCRIS juga bukanlah satu sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta bagi menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.\nSistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).\nContohnya;\ni. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)ii. Kedai motoriii. Bil dengan syarikat komunkasiiv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya\nNamun, harus diingat bahawa permohonan bagi CTOS perlu dibayar sementara CCRIS adalah percuma untuk digunakan.\nBaca juga : Cara Semakan CTOS Report Online & Kredit Skor Untuk Pinjaman\nKaedah Semakan CCRIS Online\nWarganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan belum mendaftar sebagai pengguna eCCRIS boleh melakukan sedemikian menerusi portal eCCRIS https://eccris.bnm.gov.my/\nBagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar\u00a0Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS\u00a0berserta\u00a0dokumen sokongan\u00a0kepada\u00a0BNMTELELINK.\nJika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:\nLangkah 1\nMuat turun Borang Permohonan di\u00a0bnm.my/ccrisform\nLangkah 2\nLengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:\n\n1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau\n1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)\n2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)\n\nLangkah 3\nHantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui\u00a0webform:\nhttps://telelink.bnm.gov.my\nAkhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.\nAnda juga boleh ikuti panduan permohonan menerusi video di bawah : \n\n\n\n\nCara Semak CCRIS Secara Manual\nAnda juga boleh melakukan semakan secara manual berdasarkan cara berikut :\ni)\u00a0Kios\nAnda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.\nKiosk CCRIS terdapat di premis Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.\nSila layari\u00a0laman web\u00a0dan\u00a0media sosial\u00a0AKPK untuk maklumat lokasi dan waktu operasi.\nSila bawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.\nii) Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan\nAnda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.\nAgensi Pelaporan Kredit yang diluluskan:\n\nCredit Bureau Malaysia Sdn Bhd\nCTOS Data Systems Sdn Bhd\nExperian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd\n\nAgensi Pelaporan Kredit mungkin mengenakan bayaran untuk khidmat mereka.\nSila bawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).\nLaporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.\niii) Memohon melalui surat\nSekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :\n\nBorang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);\nBorang Pengisytiharan Pinjaman;\nSalinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan\nMana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil air;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil elektrik;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil telefon;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata akaun bank;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata kad kredit; atau\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata KWSP.\n\nBorang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web\u00a0http://creditbureau.bnm.gov.my/\u00a0atau\u00a0klik di sini untuk muat turun borang.\nSila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:\nBNMTELELINKLINK dan Pejabat BNMBank Negara MalaysiaJalan Dato\u2019 Onn,P.O Box 10922,50929 Kuala Lumpur\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai semakan CCRIS online, sila hubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut\n\nTalian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi \u2013 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nhttps://www.bnm.gov.my/ccris\n\nAnda juga boleh rujuk Soalan Lazim menerusi lampiran di bawah :\neCCRIS_FAQ_enDownload\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-daftar-shopee-seller/", "title": "Cara Daftar Shopee Seller Untuk Jual Produk", "body": ["\n\n", "\nCara Daftar Shopee Seller Untuk Jual Produk\nShopee merupakan platform membeli-belah atas talian yang cukup popular di Malaysia. Saban hari, makin ramai pengguna yang turut berkongsikan pautan ke Shopee di media sosial apabila menemui produk yang menarik. Dengan customer base yang besar, ia bukan sahaja terkenal di kalangan pembeli, malah ia juga menjadi pilihan ramai peniaga.\nAdakah anda ingin kembangkan bisnes menerusi platform Shopee? Jom baca perkongsian daripada kami untuk ketahui cara daftar Shopee Seller dengan mudah.\n\nKelebihan Menjadi Peniaga di Shopee\nBerikut merupakan beberapa manfaat yang peniaga boleh nikmati apabila berniaga di Shopee :\n\nPendaftaran percuma\nTidak memerlukan lesen perniagaan SSM\nSangat mudah digunakan\nBantuan pelanggan 24 jam menerusi Chat \nLatihan pemasaran (marketing) serta kursus atas talian daripada Shopee University\nCustomer base yang luas, pelanggan Shopee mencapai ratusan ribu orang\nPengurusan kempen pemasaran yang mudah (berbayar)\nPeniaga boleh tawarkan Free Shipping dan kempen semasa Shopee (Jualan 11.11, 12.12, Hari Raya dan sebagainya)\nAplikasi dan laman web tersedia dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.\n\nCara Daftar Seller Shopee\nUntuk mendaftar sebagai Shopee Seller, anda perlulah membuka akaun di Shopee terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti berikut :\n\nLayari laman Shopee di\u00a0https://shopee.com.my/\nKlik pada tulisan \u201cDaftar\u201d pada bahagian atas kanan laman tersebut\nPada halaman berikut, anda boleh memilih sama ada hendak mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon, akaun Facebook atau akaun Gmail.\nIkuti langkah-langkah yang diberikan dan lengkapkan segala maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun Shopee anda.\n\nSelepas melalui langkah ini, barulah anda boleh mula berniaga di Shopee.\n\n\n\n\n\nKini, anda bolehlah mendaftar sebagai penjual di Shopee dengan mengikuti langkah-langkah berikut :\n\nPergi ke halaman utama Shopee dan klik pada tulisan Seller Centre yang terletak pada bahagian atas kiri laman tersebut.\nAnda akan di bawa ke halaman Seller Centre di pautan berikut : https://seller.shopee.com.my/portal/onboarding/\nUntuk memulakan proses pendaftaran, klik pada butang \u201cStart Registration\u201d\nLengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan ketiga-tiga tahap seperti berikut : \n\n\nShop information (Butiran mengenai kedai online anda) \nSeller information (Maklumat penjual)\nShipping Channel (Kaedah pengeposan) \n\nSetelah pendaftaran dilengkapkan, barulah anda boleh mula menjual dengan memuatnaik butiran produk serta gambar barangan yang anda ingin jual.\nMaklumat Lanjut\nUntuk bantuan serta maklumat lanjut mengenai cara daftar Shopee Seller, sila hubungi talian +603 2777 9222 atau emelkan pertanyaan anda ke [email\u00a0protected]\nBagi yang baru mulakan bisnes di Shopee, anda mungkin agak kekol pada awalnya. Namun, dengan sedikit masa dan latihan, anda pasti dapat menguasai penggunaan platform ini untuk berniaga.\nSelamat mencuba!\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/rhb-online/", "title": "RHB Online : Cara Aktifkan Akaun & Daftar di RHB Mobile Banking", "body": ["\n\n", "\nRHB Bank komited untuk menawarkan perkhidmatan terbaik buat pengguna secara atas talian melalui RHB Online Banking Platform.\nRHB telah mengumumkan penghentian perkhidmatan platform Now Internet Banking bermula 31 Mac 2023 sambil memperkenalkan platform terbaharunya iaitu RHB Online Banking.\nBerdasarkan kenyataan daripada RHB, keputusan tersebut dilakukan bagi menawarkan ciri-ciri perbankan atas talian yang lebih efisien dan diperbaharui serta peningkatkan ciri keselamatan terkini kepada pelanggan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai perkhidmatan RHB Online secara lebih lanjut. \n\nKelebihan RHB Online Banking\nDengan RHB Online Banking pengguna bakal nikmati manfaat perbankan berikut :\n\nPemindahan dana yang selamat menerusi FPX, Interbank Giro (IBG) dan DuitNow.\nPemindahan dana ke luar negara menerusi Foreign Telegraphic Transferr (TT) dan Western Union.\nPembayaran bil menerusi JomPay kepada lebih 8,000 penerima bil.\nPembayaran bil dengan cara yang ringkas dan mudah.\nPembayaran bil secara berjadual.\nTransaksi perbankan menggunakan telefon atau peranti menerusi aplikasi RHB Mobile Banking.\nTransaksi atau terima duit melalui telefon menerusi aplikasi DuitNow terbaharu.\n\nCara Pertukaran dari RHB Now ke RHB Online Banking Platform (Untuk Pengguna RHB Bank Sedia Ada)\nUntuk nikmati perbankan di platform baharu, pengguna tidak perlu membuka akaun baharu.\nPengguna hanya perlu melakukan pertukaran secara manual berpandukan langkah-langkah berikut :\n\nLog masuk ke platform RHB Online Banking terbaharu di pautan https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login menggunakan username dan password sedia ada.\nTambahkan akaun penerima kegemaran (favourite payee accounts) melalui ciri \u2018Add to Favourite\u2019 atau menerusi tetapan akaun (Account Settings).\n\nNota :\n\n\n\n\n\nLangkah ini tersedia untuk akaun yang masih aktif sahaja. \u00a0\nLogin buat pertama kali di RHB Online atau Mobile Banking selepas 30 April akan memerlukan pengguna untuk tetapkan semula kata laluan (reset password).\nSekiranya pengguna tidak log masuk sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan, akaun tersebut akan dianggap tidak aktif / dormant. Untuk aktifkan semula username, pengguna mungkin akan diminta untuk mendaftar semula di pautan https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login\n\nTetapkan Transaksi Berulang (Recurring Transactions)\nSekiranya anda mempunyai transaksi berulang di RHB Now, sila tetapkannya di platform terkini iaitu RHB Online. \nTetapan ini penting bagi mengelakkan pembayaran berganda. Cara-caranya adalah seperti berikut :\n\nSetelah log masuk menggunakan username dan kata laluan sedia ada, pilih DuitNow dan kaedah transaksi (cth : menerusi Nombor Akaun, Nombor Telefon, No Kad Pengenalan dan sebagainya).\nMasukkan butiran pembayaran dan klik pada \u2018Enable Recurring\u2019. Pilih kekerapan (frequency) tarikh mula dan akhir bagi pembayaran anda.\nSahkan transaksi berulang. Anda akan menerima notifikasi bagi tetapan yang berjaya.\n\nDengan langkah-langkah ini, pengguna dapat nikmati pengalaman perbankan yang lebih pantas dan selamat pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.\nCara Daftar RHB Online Menerusi Aplikasi RHB Mobile Banking\nSetelah mengaktifkan RHB Online Banking, anda kini boleh muat turun dan mendaftar di aplikasi RHB Mobile Banking. Cara-caranya adalah seperti berikut :\n\nMuat turun aplikasi RHB Mobile Banking menerusi Google Play Store dan Apple App Store.\nBuka aplikasi dan klik Register pada laman utama untuk mula mendaftar.\n\n\n\nKemudian, anda dikehendaki untuk masukkan nombor kad debit dan tekan Next.\nSeterusnya, isikan nombor PIN kad debit di ruangan bawahnya dan tekan Next.\n\n\n\nSelepas itu, masukkan nombor telefon berdaftar dan klik Submit.\nPada laman seterusnya, masukkan nombor OTP (One-Time PIN) yang telah dihantar melalui SMS kepada nombor telefon berdaftar.\n\n\n\nSelepas itu, masukkan butiran yang diminta seperti nama pengguna, kata laluan, emel dan Secure Word. Setelah lengkap, klik butang Next.\nKemudian, baca terma dan syarat dan dinyatakan dan tandakan tick pada 3 kotak. Setelah selesai, tekan submit.\n\n\n\nAnda diminta sekali lagi untuk masukkan nombor OTP (One-Time PIN) yang telah dihantar sebagai pengesahan.\nSeterusnya, pada bahagian keselamatan soalan, anda diminta untuk memilih soalan beserta jawapan dan ruangan yang disediakan.\nPada laman seterusnya, anda diberi pilihan untuk tetapkan sekuriti log masuk secara nombor PIN atau Biometrik. Jika sudah selesai, tekan Continue.\nKemudian, tekan tick pada kotak sebagai tanda setuju terhadap terma dan syarat yang telah dinyatakan. Setelah itu, tekan Authorise Now.\nKini anda boleh lakukan pelbagai jenis urusan pembayaran dan transaksi di hujung jari menerusi RHB Mobile Banking.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan RHB Online, sila hubungi talian khidmat pelanggan RHB di +603 9206 8118 atau hantarkan emel ke [email\u00a0protected].\nAnda juga boleh rujuk notis rasmi daripada RHB Bank serta maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini.\nNotis-RHB-OnlineDownload\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/keputusan-gegar-vaganza/", "title": "Keputusan Gegar Vaganza 2022 & Juara Konsert Akhir", "body": ["\n\n", "\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 menyaksikan Juara Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022 dimenangi oleh Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir yang lain.\nJaclyn dengan lagu It\u2019s All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E\nJuara Gegar Vaganza 9 Jaclyn Victor juga membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.\n\nTempat kedua pula di sandang oleh Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.\nTomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000.\nHazrul Nizam pula meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.\n\nSementara itu mari kita imbas kembali keputusan Gegar Vaganza 9 minggu pertama sehingga minggu separuh akhir.\nGegar Vaganza 2022 musim kesembilan (GV9) akan bermula dengan konsert minggu pertama\u00a0 (Grand Konsert) iaitu pada hari Ahad, 18 September 2022. Apakah keputusan gegar vaganza 2022 minggu 9 ? Juri-juri pasti sukar membuat keputusan gegar vaganza 2022 setiap minggu apabila GV9 pada kali ini terdiri daripada peserta yang mempunyai vocal yang mantap dan pernah menerima anugerah-anugerah tertinggi dalam industri nyanyian.\nBerikut kami kongsikan keputusan minggu pertama sehingga keputsan gegar vaganza 2022 minggu 10 separuh akhir\nSenarai Peserta Gegar Vaganza 9 2022\n\nPersembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-1 ini melibatkan 13 peserta iaitu peserta solo lelaki yang terdiri daripada Tomok, Bob Yusof, Asheed (Def Gab-C), Hazrul Nizam, Roy Kapilla dan Fuad Rahman (Singapura).\nPeserta solo wanita pula terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nazir, Pat Candy, Haida Hassan dan Tom (MyStarz LG).\u00a0\nHanya satu peserta berkumpulan yang menyertai Gegar Vaganza 2022 iaitu kumpulan V.E\nKesemua 13 peserta ini akan berentap setiap minggu dengan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing.\nPeserta yang menduduki tangga tercorot juga, berpotensi untuk tersinggir pada minggu seterusnya.\nKonsert mingguan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di\u00a0Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),siaran secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam, setiap Ahad\nPengacara Gegar Vaganza 2022\n\nSesi GV9 kali ini menampilkan pengacara yang sinonim dengan program ini iaitu Nabil Ahmad. Musim ini Nabil akan bergandingan dengan Elly Mazlein. Memandangkan Jihan Muse masih berpantang kerana baru sahaja bersalin anak yang kedua\nSenarai Juri & Pengkritik Profesional Tetap GV 9 (2022)\nAstro telah melantik tiga pengkritik profesional tetap untuk musim ke sembilan iaitu composer dan pemuzik terkenal Datuk Ramli MS (Tok Ram), biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal serta penyanyi Datuk Syafinaz Selamat. Setiap minggu juga, konsert gegar vaganza akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas.\nSenarai Lagu Dan Keputusan Gegar Vaganza 2022 (GV9)\nSetiap minggu fuh.my akan menyenaraikan senarai lagu tugasan mingguan dari minggu 1 hingga peringkat akhir untuk para peserta Gegar Vaganza 2022 beserta tema dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu setiap minggu.Peserta GV9 akan dinilai sepenuhnya melalui\u00a0sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan\u00a0kriteria yang telah ditetapkan.\nPeserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu berpotensi untuk tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.\nKeputusan ini akan di nilai oleh Dato\u2019 Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang.\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 1\u00a0 -Tema \u201cKembali Menyengat\u201d\nMinggu pertama, seramai 13 bintang GV9 menyampaikan lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan ramai. Minggu ini juga di anggap santai, sebagai pembuka tirai.\nKeputusan \u00a0Gegar Vaganza 2022 Minggu 1\nPESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN\nJumlah Markah Minggu 1\u00a0\n\nJaclyn Victor (Di Bawah Pohon Asmara & Gemilang) \u2013 88.40%\nShila Amzah (Patah Seribu & Memori Tercipta) \u2013 85.00%\nTomok (Sejarah Mungkin Berulang & Meraung) \u2013 84.10%\nDina Nadzir (Cinta Datang Lagi) \u2013 83.80%\nBob Yusof (Cinta Seorang Teman) \u2013 83.60%\nRoy Kapilla (Dikir Rambong) \u2013 70.60%\nPat Candy (Akan Ku Tunggu) \u2013 68.40%\nVE (Kerna Sayang & Tunggu) \u2013 67.10%\nHaida Hasnan (Hajat) \u2013 65.70%\nFuad Rahman (Bila Rindu) \u2013 63.70%\nTom (Lagu Untuk Kuala Lumpur) \u2013 61.50%\nAsheed Def Gab C (Cinta Sakti) \u2013 61.20%\nHazrul Nizam (Kaulah Segalanya) \u2013 56.20%\n\nJaclyn Victor memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.\n\nMeskipun Hazrul Nizam berada di tangga tercorot, penyanyi lagu Kaulah Segalanya itu mara ke minggu depan berikutan tiada penyingkiran.\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 2\u00a0 -Tema \u201cMalar Segar Mekar Membara\u201d\n\n\nJaclyn Victor \u2013 Gerimis Mengundang (Slam)\nShila Amzah \u2013 Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)\nTomok \u2013 Janji Padamu (Exists)\nDina Nadzir \u2013 Ku Teruskan (Siti Sarah)\nBob Yusof \u2013 Kepulangan (Raziz Ismail)\nRoy Kapilla \u2013 Izinkan Selamanya Namamu Dihati (Kumpulan EYE)\nPat Candy \u2013 Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)\nVE \u2013 Kasih Berubah (Ferhad)\nHaida \u2013 Di Sebalik Sejuta Wajah (Shima)\nFuad Rahman \u2013 Suara Cinta (Kumpulan Mega)\nTom \u2013 Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)\nAsheed \u2013 Percayakan Siti (Exists)\nHazrul Nizam \u2013 Untukmu Ibu (Exists)\n\n\nKeputusan Penyingkiran Gegar Vaganza 2022 Minggu 2\nPESERTA TERSINGKIR : ROY KAPILLA\nJumlah Markah Minggu 2\n\nTomok (Janji Padamu) \u2013 80.00%\nHazrul Nizam (Untukmu Ibu) \u2013 79.80%\nShila Amzah (Getaran Cinta Di Jiwa) \u2013 78.90%\nVE (Kasih Berubah) \u2013 74.50%\nJac (Gerimis Mengundang) \u2013 74.40%\nPat Candy (Makhluk Tuhan Paling Sexy) \u2013 69.30%\nBob (Kepulangan) \u2013 64.50%\nDina (Ku Teruskan) \u2013 61.40%\nAsheed Def Gab C (Percayakan Siti) \u2013 60.60%\nTom (Kemaafan Dendam Yang Terindah) \u2013 59.90%\nFuad Rahman (Suara Cinta) \u2013 57.90%\nHaida (Di Sebalik Sejuta Wajah) \u2013 57.80%\nRoy Kapilla (Izinkan Selamanya Namamu Di Hati) \u2013 53.20% (Tersingkir)\n\n\nPenyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) apabila tersingkir setelah menduduki tempat tercorot pada konsert minggu kedua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam. \nRoy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati yang dipopularkan kumpulan EYE gagal memikat hati juri untuk terus kekal bagi menghadapi minggu seterusnya\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 3\u00a0 -Tema \u201cLagu Pilihan Netizen\u201d\n\nTomok \u2013 Hukum Karma (Wings)\nHazrul Nizam \u2013 Fatwa Pujangga (S Affendi)\nShila Amzah \u2013 Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)\nVE \u2013 Dari Sinar Mata (Kumpulan BPR)\nJaclyn Victor \u2013 Perawan Atau Janda (Cita Citata)\nPat Candy \u2013 Cinta Gila (Juliana Banos)\nBob Yusof \u2013 Zalikha (Floor 88)\nDina Nadzir \u2013 Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami)\nAsheed \u2013 Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)\nTom \u2013 Goyang Inul (Inul Daratista)\nFuad Rahman \u2013 Gadis Melayu (Othman Hamzah)\nHaida \u2013 Nang (Iman Troye)\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 3\nPESERTA TERSINGKIR : HAIDA\nJumlah Markah Minggu 3\n\nShila Amzah (Secangkir Madu Merah) \u2013 78.80%\nBob Yusof (Zalikha) \u2013 77.30%\nHazrul Nizam (Fatwa Pujangga) \u2013 71.90%\nAsheed Def Gab C (Yang Penting Hepi) \u2013 71.60%\nJaclyn Victor (Perawan Atau Janda) \u2013 71.40%\nTomok (Hukum Karma) \u2013 66.80%\nFuad Rahman (Gadis Melayu) \u2013 65.90%\nVE (Dari Sinar Mata) \u2013 61.90%\nDina Nadzir (Laksmana Raja Dilaut) \u2013 61.70%\nPat Candy (Cinta Gila) \u2013 56.70%\nTom (Goyang Inul) \u2013 55.50%\nHaida Hasnan (Nang) \u2013 53.40%\n\n\nMenyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troye, Haida menerima markah terendah iaitu 53.4 peratus seterusnya menjadi peserta kedua yang tersingkir\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 4\u00a0 -Tema \u201cAman Di Mata, Damai Di Hati\u201d\n\nShila Amzah \u2013 Pudar (Indah Ruhaila)\nBob Yusof \u2013 Sumayyah (Hijjaz)\nHazrul Nizam \u2013 Ku Mohon (Sheila Majid)\nAsheed \u2013 Andai Ku Tahu (Ungu)\nJacyln Victor \u2013 You Raise Me Up (Secret Garden)\nTomok \u2013 Kau Yang Satu (Datuk Ramli Sarip)\nFuad Rahman \u2013 Layang-Layang Terputus Talinya (Alleycats)\nVE \u2013 Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)\nDina Nadzir \u2013 Mewangi (Akim & The Majistret)\nPat Candy \u2013 Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)\nTom \u2013 Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin)\n\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 4\nPESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN\n\nJumlah Markah Minggu 4\n\nJaclyn Victor (You Raise Me Up) \u2013 85.00%\nBob (Sumayyah) \u2013 80.20%\nVE (Kaulah Segalanya) \u2013 79.10%\nTomok (Kau Yang Satu) \u2013 77.60%\nHazrul Nizam (Ku Mohon) \u2013 75.70%\nShila Amzah (Pudar) \u2013 74.60%\nDina Nadzir (Mewangi) \u2013 68.20%\nFuad Rahman (Layang Layang Terputus Talinya) \u2013 65.00%\nAsheed Def Gab C (Andai Ku Tahu) \u2013 64.20%\nTom (Hanya Satu) \u2013 58.50% Pat Candy (Kembara Di Tanah Gersang) \u2013 55.60%\n\nTIADA penyingkiran! Semua 11 bintang bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) layak mara ke konsert kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).\nDalam pada itu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert malam ini apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.\nMalam konsert minggu ke 5, menyaksikan Fuad Rahman berasa sebak sehingga mengalir air mata ketika menyampaikan lagu Layang-Layang Terputus Talinya pada konsert minggu keempat yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.\nLagu nyanyian asal Alleycat itu membuatkan Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah.\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 5\u00a0 -Tema \u201cKu Seru, Lagu Bertemu\u201d\n\n\nJacyln Victor & Aina Abdul \u2013 Cinta (Marsha Milan)\nBob Yusof & Zizi Kirana \u2013 Ombak Rindu (Hafiz & Adira)\nVE & Nikki Palikat \u2013 Hanya Memuji (Marcell & Shanty)\nTomok & Suki Low \u2013 Mawarku (Mawarku (Pancha Sitara & P.Ramlee Quartet) Hazrul Nizam & Liza Hanim \u2013 Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah)\nShila Amzah & Mimi Fly \u2013 Tamparan Wanita (Elite)\nDina Nadzir & Kaka Azraff \u2013 Karma (Cokelat)\nFuad Rahman & Naqiu \u2013 Gemuruh (Search & Wings)\nAsheed & Tam Spider \u2013 Angin (Dewa 19)\nTom & Muss \u2013 Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)\nPat Candy & Aepul Roza \u2013 Babak Pertama (Drama Band)\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 5\nPESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN\nJumlah Markah Minggu 5\n\nJaclyn Victor & Aina Abdul (Cinta) \u2013 92.40%\nShila Amzah & Mimi Fly (Tamparan Wanita) \u2013 82.20%\nFuad Rahman & Naqiu (Gemuruh) \u2013 81.70%\nBob Yusof & Zizi Kirana (Ombak Rindu) \u2013 81.40%\nTomok & Suki (Mawarku) \u2013 79.20%\nTom & Muss (Senja Nan Merah) \u2013 76.40%\nVE & Nikki Palikat (Hanya Memuji) \u2013 76.00%\nHazrul Nizam & Liza Hanim (Haram) \u2013 73.90%\nDina Nadzir & Kaka Azraff (Karma) \u2013 67.60%\nAsheed Def Gab C & Tam Spider (Angin) \u2013 66.20%\nPat Candy & Aepul Roza (Babak Pertama) \u2013 58.40%\n\n\nVokalis Candy, Pat menjadi peserta ketiga meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), pada Ahad.\n\n\n\n\nDalam konsert minggu kelima, Pat yang berduet dengan Aepul Roza daripada Drama Band menyampaikan lagu Babak Pertama, gagal memikat hati juri apabila menerima markah terendah iaitu 58.4 peratus\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 6\u00a0 -Tema \u201cCitarasa Antara Benua\u201d\n\n\nJaclyn Victor \u2013 Bukan Rayuan Gombal (Judika)\nShila Amzah \u2013 I Will Show You (Ailee)\nFuad Rahman \u2013 My Sacrifice (Creed)\nBob Yusof \u2013 Kurik Kundi (Dato\u2019 Siti Nurhaliza)\nTomok \u2013 Everybody (Backstreet Boys)\nTom \u2013 I Hate Myself For Loving You (Joan Jett & the Blackherats)\nVE \u2013 Killing Me Softly With His Song (Lori Lieberman)\nHazrul Nizam \u2013 Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (Teresa Teng)\nDina Nadzir \u2013 Januari (Glenn Fredly)\nAsheed \u2013 Sweet Child O\u2019Mine (Guns N\u2019 Roses)\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 6\nPESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN\n\nJumlah Markah Minggu 6\n\nTomok (Everybody) \u2013 84.00%\nJaclyn Victor (Bukan Rayuan Gombal) \u2013 82.40%\nShila Amzah (I Will Show You) \u2013 76.60%\nBob Yusof (Kurik Kundi) \u2013 76.40%\nHazrul Nizam (Yue Liang Dai Biao Wo De Xin) \u2013 74.30%\nVE (Killing Me Softly With His Song) \u2013 73.60%\nFuad Rahman (My Sacrifice) \u2013 73.10%\nTom (I Hate Myself For Loving You) \u2013 63.50%\nAsheed Def Gab C (Sweet Child O\u2019 Mine) \u2013 59.90%\nDina Nadzir (Januari) \u2013 Tidak membuat persembahan\n\n\nDina Nadzir mengakui sebak melihat persembahan rakan-rakan yang menggantikannya pada konsert minggu keenam selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Nadzir Gulam Kadir, Ahad lalu\nSebak hilang bapa belum reda lagi. Bila salah seorang sahabat saya tunjuk video persembahan Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom menyanyikan lagu Januari menggantikan saya pada malam itu, tak dapat saya tahan air mata ini.\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 7\u00a0 -Tema \u201cMerentas Masa Kencang Selamanya\u201d\n\n\nTomok \u2013 Kenangan Lalu (The Flybaits)\nJaclyn Victor \u2013 Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)\nShila Amzah \u2013 Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu (Ramlah Ram)\nBob Yusof \u2013 Kasih (Sudirman)\nHazrul Nizam\u00a0\u2013 Azizah (P. Ramlee)\nVE \u2013 Belaian Jiwa (Carefree)\nFuad Rahman \u2013 Hari Ini Dan Semalam (J. Mizan)\nTom \u2013 Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)\nAsheed \u2013 Pagi Yang Gelap (Hujan)\nDina Nadzir \u2013 Lady Marmalade (Labelle)\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 7 \nPESERTA TERSINGKIR : Tom\nJumlah Markah Minggu 7\n\nBob Yusof \u2013 Kasih (Sudirman) \u00a085.6%\nShila Amzah \u2013 Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu (Ramlah Ram) 84.10%\nTomok \u2013 Kenangan Lalu (The Flybaits) 81.50%\nDina Nadzir \u2013 Lady Marmalade (Labelle) 77.10%\nVE \u2013 Belaian Jiwa (Carefree) 76.60%\nJaclyn Victor \u2013 Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee) 76.40%\nHazrul Nizam\u00a0\u2013 Azizah (P. Ramlee) 68.70%\nAsheed \u2013 Pagi Yang Gelap (Hujan) 63.30%\nFuad Rahman \u2013 Hari Ini Dan Semalam (J. Mizan) 57.80%\nTom \u2013 Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) 55.20%\n\n\nSelepas minggu ketujuh berjuang di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom akhirnya tersingkir apabila lagu Akhirnya Kini Pasti di popularkan oleh Anita Sarawak gagal menambat hati juri dengan hanya mendapat markah 55.20% daripada juri, setersunya meletakkan beliau sebagai peserta tercorot pada minggu ketujuh.\nSenarai Lagu & Keputusan GV9 2022 Minggu 8 \u2013 Tema \u201cKata Di Kota, Nama Di Carta\u201d\n\n\nBob Yusof \u2013 My Baby You (Marc Anthony)\nShila Amzah \u2013 Coba (Faizal Tahir)\nTomok \u2013 Mentera Semerah Padi (Dato\u2019 M. Nasir)\nDina Nadzir \u2013 Hijau (Dato\u2019 Zainal Abidin)\nVE \u2013 Rozana (Search)\nJacyln Victor \u2013 Lelaki Ini (Anuar Zain)\nHazrul Nizam \u2013 Widuri (Bob Tutupoli)\nAsheed \u2013 Tiara (Kris)\nFuad Rahman \u2013 Laila Namamu Teratas (Search)\n\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 7 \nPESERTA TERSINGKIR : Tiada peserta tersingkir\nJumlah Markah Minggu 8\n\nJaclyn Victor (Lelaki Ini) \u2013 85%\nVE (Rozana) \u2013 80.4%\nTomok (Mentera Semerah Padi) \u2013 79%\nHazrul Nizam (Widuri) \u2013 73.4%\nBob (My Baby You) \u2013 72.9%\nShila Amzah (Coba) \u2013 71.2%\nFuad Rahman (Laila Namamu Teratas) \u2013 69.8%\nAsheed (Tiara) \u2013 63.2%\nDina (Hijau) \u2013 60.6%\n\n\nBiarpun menerima markah terendah sebanyak 60.6%, namun Dina Nadzir menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.\n\nProgram\u00a0realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) membuat kejutan apabila pertandingan ditambah satu minggu lagi. Sepatutnya suku akhir pada hari ini tapi pihak Astro menambah seminggu lagi. Konsert akhir sepatutnya berlangsung pada 20 November tetapi ditukar kepada 27 November 2022,\u201d katanya.\nPerkara ini diumumkan oleh Pengacaranya Nabil Ahmad dan Elly Mazlein ketika pembukaan GV9 minggu kelapan pada malam Ahad.\nSehingga minggu kelapan, masih ada sembilan lagi peseta yang berjuang merebut gelaran juara\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza GV9 Minggu 9 \u2013 Tema \u201cYou Like I like\u201d \n\n\nJaclyn Victor \u2013 Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussin)\nVE \u2013 I Swear (All-4-One)\nTomok \u2013 Awas (KRU)\nHazrul Nizam \u2013 Writing On The Wall (Sam Smith)\nBob Yusof \u2013 Surga Di Telapak Kaki Ibu\nShila Amzah \u2013 Survivor (Destiny Child)\nFuad Rahman \u2013 Enter Sandman (Metallica)\nAsheed \u2013Lena Diulit Intan (Wings)\nDina Nadzir \u2013 Unbreak My Heart (Toni Braxton)\n\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 9\nPESERTA TERSINGKIR : Asheed Def Gab C\nJumlah Markah Minggu 9 \n\nShila Amzah (Survivor) \u2013 85.30%\nHazrul Nizam (Writing\u2019s on the Wall) \u2013 81.00%\nJaclyn Victor (Lagu Untukmu) \u2013 80.50%\nBob Yusof (Surga Ditelapak Kaki Ibu) \u2013 79.70%\nDina Nadzir (Un-Break My Heart) \u2013 77.80%\nFuad Rahman (Enter Sandman) \u2013 77.20%\nTomok (Awas) \u2013 67.30%\nVE (I Swear) \u2013 64.20%\nAsheed Def Gab C (Lena Diulit Intan) \u2013 58.60%\n\n\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 10 \u2013 Tema \u201cSeparuh Aku, Ada Kamu\u201d\nLagu Solo\n\nShila Amzah \u2013 Sang Dewi (Titi Dj)\nHazrul Nizam \u2013 Hal Hebat (Govinda)\nJaclyn Victor \u2013 Tapi Bukan Aku (Kerispatih)\nBob Yusof \u2013 Ajari Aku (Adrian Martadinata)\nDina Nadzir \u2013 Bukan Dia Tapi Aku (Judika)\nFuad Rahman \u2013 Di Alam Fana Cintamu (Fotograf)\nTomok \u2013 Suatu Masa (M. Nasir) V.E \u2013 Azura (Jamal Abdillah)\n\n\nLagu Duet Bersama\n\nSampai Bila (Misha Omar)\nBoneka (Ernie Zakri)\nKau Pun Sama (Syamel)\nSeniman Menangis (Ismail Haron)\n\nKeputusan gegar vaganza 2022 minggu 9, menyaksikan Shila Amzah menjadi peserta yang memenangi anugerah bintang memukau adabi\n Minggu 10 akan menjadi minggu separuh akhir, menyaksikan peserta akan menyanyikan dua buah lagu. Lagu kedua peserta akan menyanyi secara duet bersama artis jemputan atau secara duet bersama peserta.\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 10\nPESERTA TERSINGKIR : Fuad & Dina Nadzir\nJumlah Markah Minggu 10\n\nJaclyn Victor \u2013 Tapi Bukan Aku (Kerispatih) \u2013 84.35%\nShila Amzah \u2013 Sang Dewi (Titi Dj) \u2013 79.20%\nBob Yusof \u2013 Ajari Aku (Adrian Martadinata) \u2013 78.70%\nTomok \u2013 Suatu Masa (Dato M.Nasir) \u2013 75.95%\nHazrul Nizam \u2013 Hal Hebat (Govinda) \u2013 75.80%\nVE \u2013 Azura (Dato Jamal) \u2013 74.30%\nDina Nadzir \u2013 Bukan Dia Tapi Aku (Judika) \u2013 59.20%\nFuad Rahman \u2013 Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) \u2013 58.30%\n\n\nTak keluar dari kotak antara punca bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Fuad Rahman dan Dina Nadzir tersingkir di minggu separuh akhir yang berlangsung pada malam semalam.\nMenurut ketua juri Datuk Ramli MS, persembahan Fuad dan Dina pula dianggap tiada perubahan selain hanya duduk dalam zon selesa sepanjang 10 minggu GV9 berlangsung\nSenarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 11 Final \u2013 Tema \u201cKemanisan Di Akhir Garisan\u201d\nBattle Round \n\nJaclyn Victor & VE : Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif) & The Real Slim Shady (Eminem)\nShila Amzah & Tomok : Too Legit To Quit (McHammer) & Parti Sampai Pagi (Karmal) \nBob & Hazrul Nizam : Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyh)\n\n\nLagu Solo\n\nJaclyn Victor \u2013 It\u2019s All Coming Back To Me Now (Celine Dion) & This Is Me (Keala Settle)\nShila Amzah \u2013 Secret Love Song (Little Mix ft. Jason Derulo) & Tak Ada Logika (Agnes Monica)\nBob Yusof \u2013 Rahasia Perempuan (Ari Lasso) & Sejati (Wings)\nTomok \u2013 Berhenti Berharap (Sheila On 7) & Time Is Running Out (Muse)\nHazrul Nizam \u2013 Crazy (Gnarls Barkley) & Terlanjur Cinta (Hael Husaini & Cakra Khan) \nV.E \u2013 Ikhlas Tapi Jauh (Zainal Abidin) & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)\n\n\nKeputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 11 (Final) \n\nJuara Gegar Vaganza 9 \u2013 Jaclyn Victor\nTempat kedua \u2013 Bob Yusof\nTempat ketiga \u2013 Shila Amzah\nTempat keempat -Tomok\nKelima -V.E\nKeenam \u2013 Hazrul Nizam\n\n\n Juara Gegar Vaganza 9 Jaclyn Victor juga membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan percutian ke Paris\n\nKonsert akhir GV9 yang akan mementukan juara gegar vaganza 9 2022 telah di adakan pada 27 November 2022 di Auditorium MBSA, Shah Alam atau anda juga boleh menonton secara langsung dan Siaran ulangan gegar vaganza selain menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam, setiap Ahad, anda juga boleh menonton di saluran youtube AstroGempak\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor-wbs/", "title": "Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n", "\nBiasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan kepada wanita di Negeri Selangor, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS bagi menjalani Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).\nTarikh tutup permohonan adalah sebelum 15 Mac 2022 bagi ambilan Mei 2022.\nBiasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022\nBiasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana dan telah dilancarkan pada tahun 2021.\nAntara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 iaitu Kepimpinan dan Perwakilan.\nBidang pengajian yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPengurusanPemasaranSumber ManusiaPerniagaanSains Politik\nSyarat Kelayakan\ni) Kategori orang awam\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.Pemohon memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS)\nii) Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)\nPemohon mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.Pemohon berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Pemohon menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS).\n\nCara Membuat Permohonan\nSila layari pautan berikut bagi mendaftar: https://forms.office.com/r/GxdgQrj2a3%20%20?fsw=0.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 setelah semua maklumat diisi.\nKemudian, pemohon perlu menghantar email kepada pihak urusetia di emel berikut: [email\u00a0protected]\nSila tulis \u2018Nama Penuh \u2013 PPSH KOHORT 2\u2019 di subjek email dan menyertakan:\nSalinan salinan kad pengenalanGambar berukuran passportResume\u00a0Jawapan Peribadi Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor ;\n\u201cMengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?\u201d (minima 150 patah perkataan).\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk\u00a0 laman web berikut: https://www.wbselangor.com.my/.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/motac-bantuan-kewangan-pengusaha-pelancongan/", "title": "MOTAC | Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022", "body": ["\n\n", "\nMOTAC | Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan kepada agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), anda boleh membuat permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan di bawah Belanjawan 2022.\u00a0\nBantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022\nBantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan ini diwujudkan sebagai usaha untuk membantu sektor pelancongan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini kerana ia merupakan antara sektor yang sangat terjejas.\u00a0\nBerikut adalah merupakan antara pengusaha pelancongan yang terlibat untuk menerima bantuan ini:\nSyarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)Pemandu pelancongPengusaha spaPusat urutan kaki (PUK)Pengusaha homestay\nKadar Bantuan:\u00a0\nSyarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000Spa dan PUK: RM3,000.00Pemandu pelancong: RM1,500Pengusaha homestay: RM1,800\nNOTA: Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOBTAB) dan Syarikat MM2H yang berlesen dengan MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.Syarikat induk hendaklah mengemukakan permohonan baharu termasuk cawangan (jika berkenaan) secara serentak.Bantuan kewangan ini hanya dibenarkan kepada 1 syarikat induk dan 2 lesen cawangan sahaja (jika berkenaan).Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk memastikan maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah tepat dan benar.Kementerian ini tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dan maklumat tidak tepat yang dikemukakan oleh pihak syarikat yang boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.Sebarang pemakluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MOTAC.Bagi permohonan secara atas talian, akaun Google adalah diperlukan.\nTarikh Permohonan\u00a0\nPermohonan bantuan kewangan ini mulai dibuka\u00a0 1 Mac sehingga 15 Mac 2022.\nDokumen Diperlukan\nSila sediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan online.\u00a0\nBorang Bantuan Kewangan Tahun 2022 (Muat Turun)Salinan Lesen Induk dan cawangan (jika berkaitan)Salinan Penyata Akaun Bank terkini Syarikat yang mempunyai nama Syarikat, no.akaun dan bertransaksi.\nCara Permohonan Bantuan Pengusaha Pelancongan\nUntuk memohon, sila layari pautan berikut:\u00a0\nhttps://www.motac.gov.my/bantuantobtabmm2h/permohonan\nPilih negeri lokasi pengusahaan anda beradaLengkapkan segara maklumat yang tertera pada borang permohonanPastikan anda memuat naik dokumen yang diperlukanSetelah lengkap tick pada perakuan dan tekan submit.\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\u00a0\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk:\u00a0\nSoalan Lazim (FAQ)Website rasmi MOTAC: https://www.motac.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/diskaun-tiket-penerbangan-sempena-majlis-konvokesyen-uitm-2022/", "title": "Diskaun Tiket Penerbangan Sempena Majlis Konvokesyen UiTM 2022", "body": ["\n\n", "\nTawaran ekslusif diskaun tiket penerbangan sempena Majlis Konvokesyen Uitm 2022. Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly menawarkan diskaun 20% tiket penerbangan untuk graduan dan keluarga sempena majlis konvokeysen Uitm tahun ini .\n\u00a0\nPromosi ini merupakan salah satu insiatif yang dibuat oleh syarikat Mas dan firefly bagi membolehkan graduan dan keluarga dapat menghadiri majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh\n\u00a0\nPara graduan dan keluarga yang akan menghadiri majlis konvokesyen uitm pada tahun ini boleh mendapatkan tike promosi ini bermula 10 Jun 2022 bagi penerbangan pada 12 Jun hingga 7 Julai 2022.\n\u00a0\nTarikh Sah Promosi Diskaun Tiket Penerbangan Sempena Majlis Konvokesyen UiTM 2022\n\nTempoh Jualan:\u00a0Sekarang hingga 10 Jun 2022 Tempoh\nPerjalanan\u00a0: 12 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022\n\u00a0\nTarikh Konvokeyen \u00a0Uitm\n\n14 Jun sehingga 28 Jun 2022 \u2013 UiTM Shah Alam\n30 Jun sehingga 1 Julai 2022 \u2013 UiTM Sabah\n4 Julai sehingga 6 Julai 2022 \u2013 UiTM Sarawak\n\nMaklumat tentang konvokeysen Uitm 2020 boleh semak disini\n\n\n\n\nKod Promo Diskaun Tiket Penerbangan\nGraduan dan keluarga yang ingin menerbus promosi tiket penerbangan ini, boleh menggunakan Kod promo seperti berikut:\n\nMalaysia Airlines: MHUITM2022\u200b\u200b\nFirefly: FYUITM22\u200b\n\nKelas Penerbangan\nPromosi ini hanya sah dan boleh digunakan untuk kelas penerbangan berikut;\n\nKelas Ekonomi (Business Class)\nKelas Perniagaan (Economy Class)\n\n\u00a0\nCara Pembelian Tiket\n\nUntuk menempah dan membuat pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web\u00a0https://www.malaysiaairlines.com/dan\u00a0https://www.fireflyz.com.my/.\nMasukkan kod promosi untuk tebus diskaun 20% buat pembelian tiket tiket penerbangan.\n\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai diskaun\u00a0 diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly sempena majlis konvokesyen UITM\u00a0 2022 ini, sila layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/uitm.html\n\u00a0\nSoalan Lazim\nBagaimana Nak Dapatkan Promosi Tiket Penerbangan MAS /Firefly ke Majlis Konvokesyen Uitm 2022?\n\nBuat tempahan tiket bermula sekarang sehingga 10 Jun 2022 untuk penerbangan 12 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022\nMasukkan kod promo seperti berikut ketika membuat tempahan tiket penerbangan:\n\n\nMalaysia Airlines: MHUITM2022\u200b\u200b\nFirefly: FYUITM22\u200b\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/modal-kerjabap/", "title": "Tawaran Modal\u00a0[email\u00a0protected]: Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000", "body": ["\n\n", "\nTawaran Modal [email\u00a0protected]: Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi pembiayaan Modal Kerja @ BAP kini dibuka. \nPembiayaan yang digerakkan oleh SME Bank dan SME Corp ini terbuka kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS)/\nBaca Juga : Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan\nApa itu Modal [email\u00a0protected] ?\nModal [email\u00a0protected] ialah program yang dibankunkan untuk membantu pembiayaan modal kerja tetap sahaja menampung kos overhead selama 6 bulan.\nProgram ini bertujuan untuk meringankan beban usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan modal kerja tetap.\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi pembiayaan ini dibuka mulai 28 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana program ini habis digunakan.\nJumlah Pembiayaan\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak minima RM50,000 dan maksima sehingga RM500,000.\n\n\n\n\nKadar & Tempoh Pembiayaan\nKadar pembiayaan yang ditetapkan bagi program ini adalah sebanyak 4% setahun.\nTempoh pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.\nSyarat Kelayakan Bagi Permohonan Modal [email\u00a0protected]\nSyarat kelayakan bagi usahawan PKS yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan.Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh wargenegara Malaysia.Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%.Pemohon berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan professional.Pengendali perniagaan sepenuh masa.Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran untuk membuat permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Modal [email\u00a0protected], sila hubungi pihak SME Bank di talian 03-2603 7700 atau melayari laman web https://www.smebank.com.my/.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/permohonan-ke-sekolah-menengah-agama-negeri-johor/", "title": "Cara Membuat Permohonan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2022 ~ Sesi persekolahan akan dimulakan semula tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Bahagian Pendidikan Islam), mempelawa anak-anak dari seluruh Malaysia (khususnya kelahiran negeri Johor) untuk mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.\u00a0\nMurid-murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor boleh membuat permohonan secara atas talian (online).\u00a0\nPendaftaran secara atas talian (online) akan dibuka bermula 1 Disember 2021 (Rabu) sehingga 21 Disember 2021 (Selasa).\n\nSyarat Kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor\nWarganegara Malaysia (terutamanya berasal di negeri Johor).Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.Lahir pada 2 Januari 2009 \u2013 1 Januari 2010.Hendaklah melepasi saringan awal sebelum layak untuk ujian kelayakan seterusnya.\nSenarai Sekolah-Sekolah Yang Ditawarkan & Jenis Pengajian\nMaahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) : Pengajian dijalankan di Maahad Johor berteraskan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu hafazan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.\nMaahad Johor Lil Banat (MJLB) \u2013 beroperasi sementara waktu di SMAKJ : Pengajian dijalankan di Sek. Men. Agama Kerajaan Johor, Kluang berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan dan Kurikulum Bersepadu Azhari (KBA) serta hafazan 15 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.\nSekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) : Pengajian berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Kurikulum Bersepadu Azhari (KBA) serta hafazan 15 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.\nSekolah Maahad Pontian (MP) : Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\nSekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR) : Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\u00a0\nSekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG) :\u00a0 Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta hafazan Al Quran 2 juzuk setahun\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut: https://daftar-smanj.net/t1/2022/ (permohonan akan dibuka pada 1 Disember- 21 Disember 2021)\u00a0\nNOTA: Sila rujuk Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian(online) : [KLIK SINI]\n\n\n\n\nSenarai Tarikh-Tarikh Penting\nBerikut ialah antara tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil tahu:\n1 Dis \u2013 21 Dis 2021: Permohonan secara dalam talian (online) dibuka.26 Dis \u2013 31 Dis 2021: Semakan ke ujian kelayakan.3 Jan \u2013 6 Jan 2022: Ujian kelayakan dijalankan di sekolah yang ditentukan.16 Jan \u2013 20 Jan 2022: Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan.30 Jan \u2013 3 Feb 2022: Semakan dan pengesahan calon berjaya rayuan.\n\nNOTA:\u00a0 Ujian Kelayakan (3 Jan \u2013 6 Jan) akan disertai oleh pemohon yang telah disenarai pendek berdasarkan markah merit tertinggi. Ujian Kelayakan terbahagi kepada tiga bahagian; [KLIK SINI]\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://daftar-smanj.net/t1/2022/\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/bonus-penjawat-awam/", "title": "Bonus Penjawat Awam 2023 Tarikh Bayaran 17 Januari 2023", "body": ["\n\n", "\nBayaran bonus penjawat awam 2023 akan dikreditkan pada 17 Januari 2023 bersama-sama dengan gaji bulan Januari. Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023) ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada Disember 2022 yang lalu.\nDalam ucapan beliau, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350\nBantuan Khas Kewangan (BKK) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada penjawat awamnya. Bantuan ini bertujuan untuk membantu perbelanjaan sara hidup, dan biasanya dibayar setiap tahun. Jumlah bantuan yang diterima ditentukan oleh tahap gred individu, dan mungkin juga berdasarkan faktor lain seperti bilangan tanggungan. BKK bertujuan membantu penjawat awam memenuhi keperluan asas mereka dan dianggap sebagai satu bentuk bantuan kebajikan. Bantuan kewangan ini tidak terhad kepada kumpulan penjawat awam tertentu tetapi ia terbuka kepada semua penjawat awam di Malaysia.\nBonus Penjawat Awam & Pesara Bajet 2023\n\nJumlah bonus penjawat awam dan pesara ialah ;\n\nRM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah\nRM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen\n\nMelihat kepada pengumunan yang telah dibuat oleh perdana menteri pada pembentangan Mini Bajet 2023, boleh di katakan Dato Seri Anwar Ibrahim meneruskan perancangan seperti apa yang terdapat dalam Intipati Bajet 2023 untuk Penjawat Awam yang telah dibentangkan sebelum PRU-15 yang lalu oleh kerajaan yang sebelumnya.\nTarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023\nSeperti yang telah diumumkan oleh YAB Dato Sri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada disember yang lalu. Tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023) ialah pada 17 Januari 2023 bersama-sama dengan bayaran gaji bulan januari penjawat awam seperti dalam jadual gaji 2023.\nPekeliling Bonus Penjawat Awam 2023\nUntuk rujukan anda boleh rujuk Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan\u00a0https://tinyurl.com/yc8jbsnj\n\n\nSenarai LAYAK Menerima Bonus Penjawat Awam / Pesaraan\n\n\n\n\nBilSenarai LAYAK Menerima Bayaran Bonus Penjawat Awam /Pencen1Pegawai perkhidmatan awam kumpulan\u00a0\u00a0\u00a0pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana gred 56 dan ke bawah yang\u00a0\u00a0\u00a0masih berkhidmat pada 17 januari 2023 ;a. \u00a0\u00a0\u00a0pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service (COS)b. \u00a0\u00a0\u00a0pegawai yang bercuti bergaji penuhc. \u00a0\u00a0\u00a0pegawai yang bercuti separuh gajid. \u00a0\u00a0\u00a0pegawai yang bercuti tanpa gaji dane. \u00a0\u00a0\u00a0pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang di asingkan pengurusan\u00a0\u00a0\u00a0saraanya.BKK tahun 2023 ini akan dibyar oleh egensi yang menerima peminjaman\u00a0\u00a0\u00a0pegawai2BKK turut di bayar kepada ;a. \u00a0\u00a0\u00a0Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 dengan\u00a0\u00a0\u00a0syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari\u00a0\u00a0\u00a0berturut-turut;b. \u00a0\u00a0\u00a0Guru interim;c. \u00a0\u00a0\u00a0Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas,\u00a0\u00a0\u00a0serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan\u00a0\u00a0\u00a0pemandu oleh jabatannya; dand. \u00a0\u00a0\u00a0Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan\u00a0\u00a0\u00a0Pesuruhjaya Kehakiman3Pesara kerajaan yang menerima pencen\u00a0\u00a0\u00a0termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara\u00a0\u00a0\u00a0skim kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan\u00a0\u00a0\u00a0awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 janauri 2023\u00a0\u00a0\u00a0akan dibyar sebanyak RM350 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala\u00a0\u00a0\u00a0veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)4Pesara (rujuk para 3.3) dan veteran yang\u00a0\u00a0\u00a0dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih\u00a0\u00a0\u00a0berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak di bayar sebanyak RM700. Walau\u00a0\u00a0\u00a0bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya\u00a0\u00a0\u00a0sebanyak RM350 akan di bayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat5Pegawai perkhidmatan AWAM persekutuan yang\u00a0\u00a0\u00a0meninggal dunia pada 17 januari 2023 layak diberi BKK tahun 2023 sebanyak\u00a0\u00a0\u00a0RM700\nSenarai TIDAK LAYAK Bonus Penjawat Awam / Pesaraan\nBilSenarai\u00a0\u00a0\u00a0Tidak LAYAK Menerima Bayaran Bonus Penjawat Awam /Pencen1 Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi\u00a0\u00a0\u00a0dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan\u00a0\u00a0\u00a0penempatan khas ke gred jawatan utama/gred khas ;a. \u00a0\u00a0\u00a0Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat\u00a0\u00a0\u00a0dalam tempoh 1 januari 2023 hingga 17 januari 2023b. \u00a0\u00a0\u00a0Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1\u00a0\u00a0\u00a0janauri 2023 hingga 17 januari 2023c. \u00a0\u00a0\u00a0Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 januari 2023 hingga 17 januari\u00a0\u00a0\u00a02023 dand. \u00a0\u00a0\u00a0Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanaun\u00a0\u00a0\u00a0yang diasingkan saran2Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKK tahun 2023 ini. Pegawai hanya layak dibayar BKK tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan dan3BKK tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 Januari 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bonus penjawat awam 2023 /persaraan anda boleh hantar pertanyaan kepada\nEmel pertanyaan: \n\nJPA :\u00a0[email\u00a0protected]\nJHEV ATM :\u00a0[email\u00a0protected]\n\nhttps://tinyurl.com/yc8jbsnj\nMaklumat Tambahan\nSekiranya Perdana Menteri meneruskan belanjawan bajet 2023 untuk kakitangana awam seperti yang telah dibentangkan sebelum PRU-15, berkemungkinan besar Penjawat awam bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.\nWalaugaimanapun keputusan pemberian ini hanya dapat di pastikan selepas pembentangan semula bajet 2023 oleh Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang di jangka akan dibuat pada Febuari ini\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/no-plat-terkini-jpj/", "title": "Semakan No Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri", "body": ["\n\n", "\nBerikut semakan No plat terkini jpj untuk bulan April 2023. Bagi anda yang berhajat untuk mengetahui nombor plat terkini atau menempah nombor plat khas. Di bawah disenaraikan nombor pendaftaran kenderaan terkini JPJ yang akan di kemaskini dari masa ke semasa dan juga panduan untuk menempah nompoh plat kenderaan secara online\nBaca juga : eTesting JPJ Ujian Lesen Memandu Secara Automasi\nKod Huruf No. Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kod plate JPJ Lama\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kod Plate JPJ Terkini\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n Negeri \n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0A\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0A\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Perak\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0B\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0B\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Selangor\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0C\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0C\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pahang\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0T\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0D\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kelantan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0WSA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0F\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Putrajaya\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0J\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0J\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Johor\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0K\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0K\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kedah\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0K\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0KV\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Langkawi\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0L\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0L\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Labuan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0M\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0M\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Melaka\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0N\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0N\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Negeri Sembilan\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0P\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0P\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pulau Pinang\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0R\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0R\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Perlis\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0T\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0T\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0WSA\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0V\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Q\u00a0\u00a0\u00a0\n Q QA dan QK: Kuching QB: Sri Aman dan Betong QC: Samarahan QL: Limbang dan Lawas QM: Miri QP: Kapit QR: Sarikei QS: Sibu dan Mukah QT: Bintulu \n Sarawak \n\n\n E EJ: Jesselton (Kota Kinabalu) ES: Sandakan ET: Tawau ED: Lahad Datu EU: Keningau EK: Kudat EL: Labuan \n S SA,SY: Kota Kinabalu SB: Beaufort SD: Lahad Datu SK: Kudat SS,SM: Sandakan ST,SW: Tawau SU: Keningau \n\u00a0\u00a0\u00a0Sabah\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nSemakan No. Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri Bulan April 2023\n\nSenarai\u00a0nombor plat berikut \u00a0yang dikeluarkan oleh pihak JPJ bagi semua negeri di Malaysia \u2013\u00a0Selangor, Putrajaya, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Langkawi, Penang, Perlis, Labuan.\n Negeri Nombor Plat Terkini SELANGOR BHR4538 KELANTAN DEQ2859 KEDAH KFN8061 JOHOR JWC1824 KUALA LUMPUR VKK9357 TERENGGANU TCQ7554 PAHANG CES9814 PERLIS RAP7409 LANGKAWI KV4914E PULAU PINANG PQT197 PERAK AMW1483 MELAKA MDR1511 NEGERI SEMBILAN NDW7295 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN LH1395 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TIADA NOMBORPENDAFTARAN TERKINI\nDikemaskini pada 06/04/2023 @ 07:08:42\nNombor Pendaftaran Terkini JPJ Sabah & Sarawak\nBagi negeri Sabah dan Sarawak pula, anda boleh rujuk nombor pendaftaran terkini JPJ dibawah ;\n Negeri Nombor Plat Terkini KOTA KINABALU SYY6577 SANDAKAN SMH8187 KUDAT SK4195D TAWAU SWG3847 BEAUFORT SB1157G KENINGAU SU6425J LAHAD DATU SD4993U KUCHING QAB8846F SIBU QS4578R MIRI QM3578M SRI AMAN QBF5971 SARIKEI QRR5098 BINTULU QTY451 LIMBANG QLE1517 KOTA SAMARAHAN QCP6349 KAPIT QPC4304 MUKAH QS5648Q BENTONG QBF4716 LAWAS QLD9004\nDikemaskini pada 06/04/2023 @ 07:08:42\nNombor Plat Khas\nMerupakan nombor kenderaan yang dikeluarkan khas untuk kegunaan jabatan kerajaan atau perkara tertentu yang tidak diberikan kepada umum.\nTerdapat juga nombor plat khas yang dikeluarkan secara terhad. Yang biasanya diumumkan atau di iklankan untuk bidaan.\n\n\nHarga nombor plat ini kebiasanya sangat tinggi dan terhad kepada beberapa unit sahaja\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Nombor Plat Khas\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Pemilik\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0R1\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Raja Perlis,\u00a0\u00a0\u00a0Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Z\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Panglima\u00a0\u00a0\u00a0Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ZA \u2013 ZD\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Tentera Darat Malaysia (TDM)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ZL\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ZZ\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0JZ & JMF\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PUTRAJAYA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PROTON\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0TIARA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PERDANA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0SATRIA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0CHANCELLOR\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0WAJA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PERODUA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NAZA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0LOTUS\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0KRISS\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0JAGUH\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0BAMBEE\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0SUKOM\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala\u00a0\u00a0\u00a0Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0X OIC\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0XIII NAM\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0XI ASEAN\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di\u00a0\u00a0\u00a0Kuala Lumpur\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0XXX IDB\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank\u00a0\u00a0\u00a0Pembangunan Islam\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0G1M\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud\u00a0\u00a0\u00a0Gagasan 1 Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a01M4U\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PATRIOT\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara\u00a0\u00a0\u00a0Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0TTB\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan \u2018Transformasi Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0Baharu\u2019 oleh kerajaan negeri Terengganu\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0GT\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PUTRA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0VIP\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit\u00a0\u00a0\u00a0Pahang) 2017\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0GP\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna\u00a0\u00a0\u00a0pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0SAS\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang\u00a0\u00a0\u00a0ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0PERFECT\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan\u00a0\u00a0\u00a0Ping Pong Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0RIMAU\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan\u00a0\u00a0\u00a0Para Asean ke-9\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0MALAYSIA\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari\u00a0\u00a0\u00a0Kebangsaan tahun 2018 \u2018Sayangi Malaysiaku\u2019\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0SMS\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU\u00a0\u00a0\u00a0ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU\u2019ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA\u00a0\u00a0\u00a0BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0GG\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0G\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0T1M\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan\u00a0\u00a0\u00a0oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NBOS\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy\u00a0\u00a0\u00a0(NBOS).\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0A1M\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0NAAM\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO\u00a0\u00a0\u00a0yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan,\u00a0\u00a0\u00a0pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nCara Beli No Plat Terkini JPJ Online\n\nSeblum anda mula membuat tempahan nombor plat, ketahui dahulu ciri-ciri dan nilai harga bagi nombor-nombor tertetnu\nKategori Nombor Pendaftaran\n\n\n\n\nKategori Nombor-Nombor Bernilai Utama (Golden Number)\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a01\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a03\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a04\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a05\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a06\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a07\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a08\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a010\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori Nombor-Nombor Menarik ( Attractive Numbers )\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a012\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a013\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a014\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a015\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a016\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a017\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a018\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a019\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a022\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a028\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a033\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a038\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a044\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a055\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a066\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a077\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a088\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a099\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0111\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0222\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0333\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0444\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0555\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0666\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0777\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0888\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0999\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a01111\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a02222\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a03333\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a05555\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a06666\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a07777\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a08888\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a09999\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nKategori Nombor-Nombor Popular (\u00a0Popular Numbers\u00a0)\n20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 32\n34 35 36 37 39 40 41 42 43 45 46\n47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58\n59 60 61 62 63 64 65 67 68 69 70\n71 72 73 74 75 76 78 79 80 81 82\n83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94\n95 96 97 98 100 101 121 131 141 151 161\n171 181 191 200 202 212 232 242 252 262 272\n282 292 300 303 313 323 343 353 363 373 383\n393 400 404 414 424 434 454 464 474 484 494\n500 505 515 525 535 545 565 575 585 595 600\n606 616 626 636 646 656 676 686 696 700 707\n717 727 737 747 757 767 787 797 800 808 818\n828 838 848 858 868 878 898 900 909 919 929\n939 949 959 969 979 989 1000 1001 1010 1100 1122\n1133 1144 1155 1166 1177 1188 1199 1212 1221 1313 1331\n1414 1441 1515 1551 1616 1661 1717 1771 1818 1881 1919\n1991 2000 2002 2020 2112 2121 2200 2211 2233 2244 2255\n2266 2277 2288 2299 2323 2332 2424 2442 2525 2552 2626\n2662 2727 2772 2828 2882 2929 2992 3000 3003 3030 3113\n3131 3223 3232 3300 3311 3322 3344 3355 3366 3377 3388\n3399 3434 3443 3535 3553 3636 3663 3737 3773 3838 3883\n\n\n\n\n3939 3993 4000 4004 4040 4114 4141 4224 4242 4343 4400\n4411 4422 4433 4444 4455 4466 4477 4488 4499 4545 4554\n4646 4664 4747 4774 4848 4884 4949 4994 5000 5005 5050\n5115 5151 5225 5252 5335 5353 5445 5454 5500 5511 5522\n5533 5544 5566 5577 5588 5599 5656 5665 5757 5775 5858\n5885 5959 5995 6000 6006 6060 6116 6161 6226 6262 6336\n6363 6446 6464 6556 6565 6600 6611 6622 6633 6644 6655\n6677 6688 6699 6767 6776 6868 6886 6969 6996 7000 7007\n7070 7117 7171 7227 7272 7337 7373 7447 7474 7557 7575\n7667 7676 7700 7711 7722 7733 7744 7755 7766 7788 7799\n7878 7887 7979 7997 8000 8008 8080 8118 8181 8228 8282\n8338 8383 8448 8484 8558 8585 8668 8686 8778 8787 8800\n8811 8822 8833 8844 8855 8866 8877 8899 8989 8998 9000\n9009 9090 9119 9191 9229 9292 9339 9393 9449 9494 9559\n9595 9669 9696 9779 9797 9889 9898 9900 9911 9922 9933\n9944 9955 9966 9977 998\nCara Permohonan Tempahan No Plat Terkini JPJ\n\nTerdapat 3 cara untuk anda membuat tempahan nombor kenderaan iaitu ;\n\nTempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran\nPermohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan\nPermohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)\n\n\n\nTempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran\n\nTerbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.\nMengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10).\nMengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-\n\nIndividu :Satu\u00a0salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad \u00a0Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.\nPerniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :Satu\u00a0salinan\u00a0Sijil\u00a0Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat\u00a0pemilik) atau\nSyarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. : Satu\u00a0salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13\nPertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional: Satu\u00a0salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.\nSurat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.\n\n\nMengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.\nMengemukakan\u00a0bayaran penuh harga\u00a0tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama\u00a0KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA\u00a0(Negeri-Negeri lain)\u00a0/ AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T\u00a0(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).\u00a0Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.\nSampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan\n\n\nPermohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan\n\nTerbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.\nMengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).\nMengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-\n\nIndividu :Satu\u00a0salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/\u00a0Kad \u00a0Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.\nPerniagaan pemilik tunggal atau perkongsian \u00a0Satu\u00a0salinan\u00a0Sijil\u00a0Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat\u00a0pemilik) atau\nSyarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. Satu\u00a0salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13\nPertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional: Satu\u00a0salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.\nSurat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.\n\n\nMengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.\n\n\nPermohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)\n\nTerbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.\nMengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B).\nMengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-\n\nIndividu : Satu\u00a0salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad \u00a0Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.\nPerniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :Satu\u00a0salinan\u00a0Sijil\u00a0Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau\nSyarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :Satu\u00a0salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13\nPertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional: Satu\u00a0salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.\nSurat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.\n\n\nMengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.\n\n\n\nHarga Nombor Plat Malaysia\nHarga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah \u00a0seperti berikut :-\nKategori Nombor PendaftaranHarga bayaran TawaranNombor Bernilai Utama (Golden Number)RM20,000.00Nombor Menarik\u00a0(\u00a0Attractive Number\u00a0)RM3,000.00Nombor Popular\u00a0(Popular Number)RM800.00Nombor Semasa\u00a0(Running Number)RM300.00\n\n\nSemakan Status Tempahan No Plat Terkini JPJ\n\nSurat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.\nBagi pemohon yang tidak berjaya,draf bank/kiriman wang akan dikembalikan.\nSenarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.\nPemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:\n\n\nKategori PermohonanTempoh MendaftarTempoh MembayarPermohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran12 Bulan\u2013Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan6 Bulan14 HariPermohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)6 Bulan14 Hari\n\nPemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.\nNombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.\nPermohonan penangguhan pendaftaran adalah\u00a0TIDAK DIBENARKAN.\nPermohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah\u00a0TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN\u00a0.\nKeputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.\n\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\nMaklumat Tambahan\n\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200bTempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan. \nIklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.\nTempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.\nBayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan\n\n\u200b\u200b\u200b\u200b\n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200bMaklumat Lanjut \n\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai no plat terkini JPJ seluruh negeri dan cara beli no plat JPJ online anda boleh terus hubungi melalui ;\n\nFacebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia\nWebsite : https://www.jpj.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/skim-cakna-suri/", "title": "Skim Cakna Suri Rumah 2023 Bantuan Tunai RM200", "body": ["\n\n", "\nSkim cakna suri 2023 bagi suri rumah kelantan sepenuh masa telah dibuka untuk permohonan bantuan tunai one off RM200.\nTarikh tutup permohonan skim cakna 2023 ini adalah pada 31 Januari 2023. Jadi sekiranya anda seorang suri rumah sepenuh masa, pendapatan isi rumah kurang RM2000 sebulan cepat-cepat isi permohonan untuk bantuan cakna suri rumah Kelantan 2023\nSkim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.\nSkim Cakna Suri Tahun 2023\n\nBagi yang tak tahu, apa itu Skim Cakna Suri ni merupakan bantuan wang tunai secara one-off oleh kerajaan negeri kelantan sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah.\nProgram bantuan suri rumah Kelantan ini telah bermula sejak 2020. Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. \nMenyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri\u00a0 termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.\nBagi tahun 2023, bantuan suri rumah berbentuk wang tunai secara one-off diteruskan lagi dan di naikan daripada RM100 pada tahun sebelumnya kepada RM200 seperti yang di warwakan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan\nSyarat Kelayakan\nBagi suri rumah yang ingin memohon bantuan ini, berikut syarat-syarat permohonan ;\n\nSuri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah\nMempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan\nMerupakan rakyat Negeri Kelantan\nMempunyai pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah\nPemohon bukan penerima Skim Cakna Suri 2022\n\nCara Permohonan\nBagi mereka suri rumah yang layak, berikut cara-cara permohonan ;\n\nDapatkan borang permohonan, boleh muat turun borang pada pautan di bawah\nLengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan\nHantarkan borang permohonan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2023\nBorang boleh dihantar secara serahan tangan atau pos di alamat yang tertera pada borang permohonan.\n\nSenarai Dokumen Sokongan\n\nSalinan kada pengenalan pemohon (pastikan jelas)\nPengesahan no.akaun pemohon (pastikan jelas). Jika menggunakan akaun suami/anak, sila lampirkan bersama salinan kad pengenalan penama akaun\n\n\nBorang Skim Cakna Suri 2023\nBorang Skim Cakna Suri 2023 boleh dimuat turun pada link berikut\nBORANG-PENDAFTARAN-SKIM-CAKNA-SURI-2023-ONLINEDownload\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan boleh dibuat bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa)\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Cakna Suri 2023, anda boleh menghubungi ;\nUrus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri KelantanAras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu,Kelantan.\nTel : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569\n\n\n\n\n\nLaman web : https://upwkk.kelantan.gov.my/\nFacebook : https://www.facebook.com/ukekwa\n\n Soalan Lazim F.A.Q\nSaya tidak mempunyai akaun bank, bolehkah permohonan saya mengunakan akaun bank suami saya?\nBoleh. Permohonan boleh menggunakan akaun bank suami/anak. Jika menggunakan akaun suami/anak, sila lampirkan bersama salinan kad pengenalan penama akaun\nAlamat pada ic/mykad saya beralamat di Kota Bharu tapi alamat surat-menyurat di Machang, nak tulis DUN dan Parlimen dekat mana?\nParlimen adalah, tempat anda mengundi\nJika saya berpendapatan RM2,100, adalah saya layak membuat permohonan?\nTidak. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM2,000 ke bawah.\nBila tarikh tutup permohonan?\nTarikh tutup permohonan Skim Cakna Suri ialah pada 31 Januari 2023 (Selasa)\nSaya seorang suri rumah, tapi tidak mempunyai anak adakah saya layak memohon?\nTidak. Syarat kelayakan adalah suri rumah mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan\nDi mana saya nak hantar borang permohonan Skim Carna Suri?\nPermohonan boleh di hantar ke ;\nPusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek,15000 Kota Bharu, Kelantan\nNo Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497\nMacam mana cara untuk saya hubungi, jika saya mempunyai pertanyaan berkaitan skim cakna suri?\nBagi suri rumah yang mempunyai pertanyaan mengenai skim ini, sila hubungi melalui\u00a0whatsapp\u00a0Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915 atau Unit Kaunseling di talian 013-983 5912.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/biasiswa-kijang-bank-negara-malaysia-bnm-2022/", "title": "Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) 2022", "body": ["\n\n", "\nPermohonan Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia 2022 telah dibuka. Bank Negara Malaysia komited dalam usaha membentuk bakat muda negara menerusi program biasiswanya. Penerima biasiswa kami akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan Bank, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang, dan Sains Komputer. Permohonan ini dibuka sehingga 26 Jun 2022\n\u00a0\nApa Itu Biasiswa Kijang\n\nBiasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.\nBaca juga : Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021\nTawaran Biasiswa Kijang Bank Negara 2022\nBiasiswa Bank Negara Malaysia akan membiayai perbelanjaan termasuk;\n\nYuran pengajian,\nTiket penerbangan pergi balik (hanya kepada pelajar luar negara),\nElaun sara diri dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.\n\nJumlah Biasiswa\nJumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.\n\u00a0\nBidang Yang Layak Menerima Biasiswa Kijang\nBidang pengajian pemohon perlu berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank:\n\nEkonomi,\nPerakaunan,\nKewangan,\nSains Aktuari,\nMatematik,\nStatistik,\nUndang-undang,\nSains Data dan\nSains Komputer\n\n\u00a0\nSenarai Universiti Tempatan & Luar Negara Yang Layak\nKolej Pra Universiti Yang Diluluskan\n\nNexus International School Malaysia\nSunway College (Bandar Sunway campus)\nSunway College (Johor Bahru campus)\nKolej Tuanku Ja\u2019afar\nEPSOM College in Malaysia\nTaylor\u2019s College\nKolej Yayasan UEM\n\nSenarai Universiti di UK Yang Diluluskan\nPerakaunan dan kewangan\n\nUniversity of Leeds\nLondon School of Economics and Political Science\nThe University of Warwick\nLancaster University\n\nEkonomi\n\nThe University of Warwick\nUniversity of Cambridge\nUniversity of Oxford\nLondon School of Economics and Political Science\nUniversity College London\nUniversity of Leeds\n\nUndang-undang\n\nUniversity of Cambridge\nUniversity College London\nUniversity of Oxford\nLondon School of Economics and Political Science\nKing\u2019s College London\nUniversity of Leeds\n\nMatematik /Sains\n\nUniversity of Cambridge\nUniversity of Oxford\nThe University of Warwick\nDurham University\nImperial College London\nUniversity College London\nLancaster University\nUniversity of Birmingham\n\n\u00a0\nSains Aktuari\n\nCity, University of London\nLondon School of Economics and Political Science\nUniversity of Kent University of Manchester\nThe University of Warwick\n\n\u00a0\nSains Komputer/ IT/ Sains Data\n\nUniversity of Cambridge\nImperial College London\nUniversity of Oxford\nUniversity of Exeter\nUniversity of Manchester\nDurham University\nUniversity of Nottingham\n\nUniversiti di UK Yang Diluluskan\nKewangan\n\nUniversity of Pennsylvania\nMassachusetts Institute of Technology\nUniversity of California, Berkeley\nUniversity of Michigan\nNew York University The University of Texas, Austin\nCarnegie Mellon University\nCornell University\n\nEkonomi\n\nHarvard University\nMassachusetts Institute of Technology\nPrinceton University\nStanford University\nUniversity of California, Berkeley\nYale University\nNorthwestern University\nUniversity of Chicago\nColumbia University\nUniversity of Pennsylvania\n\n\u00a0\nUndang-undang (untuk pengajian pasca siswazah dalam Undang-undang sahaja)\n\nYale University\nStanford University\nHarvard University\nColumbia University\nUniversity of Chicago\nNew York University\nUniversity of Pennsylvania\nNorthwestern University\nUniversity of California, Berkeley\nUniversity of Michigan\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMatematik /Sains\n\nPrinceton University\nHarvard University\nMassachusetts Institute of Technology\nStanford University\nUniversity of California, Berkeley\nUniversity of Chicago\nColumbia University\nUniversity of California, Los Angeles\nCalifornia Institute of Technology (Caltech)\nNew York University\n\n\u00a0\nSains Komputer/ IT/ Sains Data\n\nMassachusetts Institute of Technology\nCarnegie Mellon University\nStanford University\nUniversity of California, Berkeley\nUniversity of Illinois, Urbana-Champaign\nCornell University\nUniversity of Washington\nGeorgia Institute of Technology\nPrinceton University\nUniversity of Texas, Austin\n\nSains Aktuari\n\nUniversity of Illinois, Urbana-Champaign\nUniversity of Michigan\nUniversity of Wisconsin, Madison\n\n\u00a0\nUniversiti Lain Yang Diluluskan\nAustralia\n\nUniversity of Melbourne\nUniversity of Sydney AUSTRALIA\nAustralian National University\nUniversity of Qu eensland\n\n\u00a0\nUniversiti Tempatan\n\nUniversiti Malaya Universiti Tunku Abdul Rahman\nUniversiti Kebangsaan Malaysia\nUniversiti Putra Malaysia\nUniversiti Sains Malaysia\nUniversiti Teknologi Malaysia\nUniversiti Utara Malaysia MALAYSIA\nUniversiti Tenaga Nasional\nUniversiti Teknologi MARA\nMonash University Malaysia\nThe University of Nottingham Malaysia Campus International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)\nAsia School of Business (in collaboration with MIT)\n\n\u00a0\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\nTajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nKeputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM\nMempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum\nMempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik\nUmur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2022\n\nSelepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.\n\u00a0\nCara Mohon Biasiswa Kijang Bank Negara\n\nPermohonan untuk Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda BNM kini dibuka sehingga 26 Jun 2022.\nLog masuk ke\u00a0 untuk memohon di pautan berikut https://careers.bnm.gov.my/psp/escholar/EMPLOYEE/HRMS/c/BNM_SCHOLARSHIP.BNM_SCR_EXT_LOGIN.GBL?\n\n\u00a0\nSemakan Status\nHanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya\n\u00a0\n\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kijang Bank Negara Malasysia (BNM) 2022, anada boleh layari website https://www.bnm.gov.my/ atau emailkan pertanyaan anda ke ke [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/cara-buka-akaun-cimb-online/", "title": "Cara Buka Akaun CIMB Online : Panduan Lengkap Untuk Pengguna CIMB Bank", "body": ["\n\n", "\nPerkhidmatan perbankan atas talian sudah menjadi keperluan utama buat semua. Kebanyakan syarikat perbankan utama termasuk CIMB Bank tidak terlepas untuk menyediakan khidmat ini menerusi CIMB Octosavers.\nLebih menarik lagi, akan CIMB Online ini dapat dibuka dengan percuma, mudah dan cepat dan tanpa perlu hadir ke kaunter CIMB Bank.\nIkuti perkongsian kami dengan lebih lanjut untuk ketahui cara buka akaun CIMB Online.\nBaca Juga : myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online\nKelebihan Pengguna CIMB Octosavers\nPengguna Octosavers juga bakal menikmati Octo Rewards yang menarik antaranya :\n\nOctoTravel Deals \u2013 Tawaran ekslusif untuk tempahan tiket kapal terbang serta hotel.\nCIMB Deals \u2013 Ganjaran istimewa untuk beli-belah, makanan serta melancong.\nDouble Rewards \u2013 Tawaran mata ganjaran OctoPoints yang boleh ditebus.\n\n\nSyarat Kelayakan Untuk Buka Akaun Octosavers CIMB\nPengguna yang ingin membuka akaun CIMB Octosavers perlulah menepati syarat-syarat berikut iaitu :\n\nPemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas\nMerupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan atau MyKad.\nMempunyai nombor telefon dan alamat email yang sah.\nTidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB sebelum ini.\nMempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri.\nMestilah meletakkan deposit RM20 bagi pembukaan akaun ini.\n\nCara Buka Akaun CIMB Online (Octosavers CIMB)\n\n1.Untuk membuka akaun CIMB Online, sila muat turun aplikasi CIMB Apply menerusi salah satu platform berikut :\n\nGoogle Store\nApple App Store\n\n2. Seterusnya, buka aplikasi dan klik \u2018Open OctoSavers Account\u2019.\n3. Tekan \u2018Apply Now\u2019 dan klik \u2018Begin Application\u2019.\n\n4. Pada bahagian Contact Details, sila masukkan nombor telefon dan alamat yang sah. Kemudian klik \u2018Request SMS OTP Code\u2019 dan masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.\n\n\n\n\n\n5. Lakukan pengesahan identiti dengan mengimbas bahagian depan dan belakang MyKad. Anda juga diminta untuk mengambil gambar swafoto (selfie). \n\n6. Sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan klik pada \u2018Confirm Details\u2019.\n7. Jawab soalan pengesahan yang diberikan dan klik \u2018Submit\u2019.\n\n8. Isikan maklumat permohonan dan klik \u2018Save and Continue\u2019. Isikan butiran pada bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan dan klik \u2018Confirm Details\u2019.\n\n9. Kemudian, semak maklumat permohonan dan klik \u2018Submit and Apply\u2019. Pindahkan deposit minimum RM 20 daripada akaun bank lain yang didaftarkan nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan klik \u2018Proceed\u2019.\n10. Buat CIMB Clicks ID. Di sini anda perlu cipta User ID, kata laluan SecureWord dan sebagainya.\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai cara buka akaun CIMB online, sila layari laman web CIMB di pautan berikut : \nOctosavers Account-i CIMB\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/program-jaringan-prihatin/", "title": "Program Jaringan Prihatin: Subsidi RM300 Peranti & RM180 Data", "body": ["\n\n", "\nBagi individu yang tergolong dalam kategori B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kerajaan telah menawarkan bantuan terbaharu merangkumi subsidi peranti dan data menerusi Program Jaringan Prihatin.\nUntuk pengetahuan semua, Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.\nPeruntukan program ini kemudiannya ditambah sebanyak RM500 juta lagi menerusi pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa). \nHasil daripada kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, mereka bersetuju menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion yang menjadikan faedah keseluruhan program ini adalah berjumlah RM3.5 bilion. \n\nJenis Subsidi\nTerdapat 2 jenis subsidi yang ditawarkan menerusi program ini kepada penerima BPR iaitu:\nIndividu yang mempunyai anak bawah 18 tahun: Subsidi RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.Individu yang tidak mempunyai anak: Subsidi RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.\u2800\n\nSyarikat Telco Terlibat\nProgram Jaringan Prihatin ini melibatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti:\nDigiMaxisCelcomMcallsredONEspeakOUTTune TalkU Mobileunifi MobileXOX MobileYoodoYES\nSyarat Penerimaan Subsidi\nIndividu yang ingin mendaftar untuk menerima subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\nPermohonan hanya syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan.Hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih sahaja untuk menerima subsidi.individu yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.Individu tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.Individu jugatidak boleh memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.\nCara Mendaftar\nPenerima BPR yang ingin mendaftar bagi mendapatkan subsidi Program Jaringan Prihatin, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n1. Semak kelayakan di laman web BPR iaitu\u00a0https://bpr.hasil.gov.my/\u00a0atau di laman web syarikat telekomunikasi\nDigi:\u00a0https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.Maxis:\u00a0https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/.Celcom:\u00a0https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin.redONE:\u00a0https://www.redone.com.my/promotion/bprMcalls:\u00a0https://mcalls.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.speakOUT:\u00a0https://speakout.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.U Mobile:\u00a0https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin.Tune Talk:\u00a0https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatinUnifi Mobile:\u00a0https://unifi.com.my/jaringanprihatinYodoo:\u00a0https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/XOX Mobile:\u00a0https://xox.com.my/jaringan-prihatin-enYES:\u00a0https://prihatin.yes.my/\n2. Jika individu layak, daftar sebagai pelanggan.\n3. Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.\n4. Setelah selesai, nikmati peranti atau data percuma.\nMaklumat Lanjut\nBagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Jaringan Prihatin, sila layari laman web\u00a0rasmi Belanjawan 2021 https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://fuh.my/pembiayaan-kampung-baru-cina-pkbc/", "title": "Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) Sehingga RM50,000", "body": ["\n\n", "\nBerita baik! Kerajaan menawarkan Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) sehingga RM50,000. Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina ini khas untuk perusahaan mikro miliki warganegara Malaysia yang beroperasi lebih 6 bulan. Ianya bertujuan untuk modal kerja, pembelian aset atau ubah suai premis perniagaan.\nApakah itu Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC)?\nPinjaman ini khusus untuk perniagaan dalam sektor:Peruncitan dan pemboronganPembuatanPerkhidmatanBSN Micro PKBC merupakan satu Skim Pinjaman Mikro tanpa cagaran di mana matlamat pinjaman ini adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha perusahaan mikro untuk mengembangkan perniagaan khususnya kepada:Penduduk tetap Perkampungan Baru CinaPemohon bukan berasal dari Perkampungan Baru Cina tetapi perniagaan beroperasi di dalam kawasan Perkampungan Baru Cina\nCiri -Ciri Pembiayaan PKBC\nTujuan Pinjaman: Modal Kerja / Pembelian Aset / Ubahsuai Premis PerniagaanJumlah Pinjaman: RM5,000 hingga RM50,000Tempoh Pinjaman: 6 bulan hingga 5 tahunJenis Sektor Perniagaan:\u00a0 Peruncitan dan Pemborongan / Pembuatan / Perkhidmatan\nSyarat Kelayakan\nPerusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)Dimiliki oleh warganegara MalaysiaPemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Badan Profesional berkaitan (untuk perniagaan Profesional)Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya enam (6) bulan\nDokumen Yang Diperlukan\nPemilikan Tunggal / Perkongsian\nPendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / Sijil Amalan (untuk perniagaan profesional)Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru CinaSalinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan KongsiPenyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkiniPenyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkiniLain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank\nSyarikat Sdn Bhd\nDokumen Disahkan Benar (Certified True Copy\u00a0(CTC)) seperti berikut :\nBorang 9, 24, 44, 49Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A)Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru CinaResolusi Ahli Lembaga PengarahSalinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika ada)Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkiniPenyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini\nLain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank\n\n\n\n\nBaca juga : Skim AgroMakanan (PENJANA) Pembiayaan Ushawan Mikro & B40\nCara Permohonan\nUntuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan\u00a0Portal Micro Financing BSNUntuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan boleh dimuat-turun di\u00a0SINI\nMaklumat Lanjut\nSekiraaya anda ada pertanyaanPembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) anda boleh anda boleh hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 1300 88 1900 atau dengan melayari laman web\u00a0bsn.com.my\n\n\n\n\n\n\n"]}